BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

PEMUDA PAS MALAYSIA,PASTI DAN SRITI


Terima kasih dan tahniah kerana menyokong PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada para penyokong PAS.

"Terima kasih dan tahniah buat anda kerana menyokong PAS. Semoga Allah meneguhkan hati kita bersama di jalan-Nya," ujarnya menerusi laman sosial facebook.

Beliau berharap semoga hari ini PAS terus teguh mara ke hadapan mengejar cita-cita dan matlamat Islam sebagaimana ia telahpun mencipta beribu kejayaan membimbing umat dan rakyat sepanjang 65 tahun umurnya.

"Ayuh, bersama kita layari bahtera berjuangan yang diberkati ini," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 23/5/2016

Sumber HD - 23-5-2016





Kecam hukuman mati ke atas Amir Jamaat Islami

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang telah dijatuhkan ke atas Amir Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Motiur Rahman Nizami awal pagi semalam di Penjara Pusat Dhaka.

Maulana Motiur Rahman Nizami telah digantung di Penjara Pusat Dhaka pada Rabu, 12.01 pagi waktu tempatan selepas Mahkamah Agung menolak rayuan akhir beliau terhadap hukuman mati dikenakan oleh satu tribunal khas yang diwujudkan pada tahun 2010 oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasena Wazed untuk tuduhan membunuhan, rogol dan merancang pembunuhan beramai-ramai ketika perang menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada tahun 1971.

DPPM berpendapat tindakan mengenakan hukuman gantung kepada Maulana Motiur Rahman Nizami adalah lebih kepada tindakan permusuhan politik, balas dendam serta bertujuan melenyapkan pengaruh Jamaat Islami Bangladesh dan pimpinannya terhadap rakyat Bangladesh itu sendiri. Maulana Motiur Rahman Nizami sebelum ini pernah dilantik sebagai Menteri Kabinet.

DPPM mendoakan agar seluruh warga Jamaat Islami dan seluruh saf pimpinannya agar tabah serta cekal dalam perjuangannya memartabatkan Islam demi kesejahteraan dan kemakmuran Bangladesh serta rakyatnya.

DPPM turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Maulana Motiur Rahman Nizami di atas hukuman yang dikenakan ke atas beliau serta mendoakan agar beliau dikurniakan syahid.

DPPM juga mendesak serta berharap agar Kerajaan Bangladesh pimpinan Sheikh Hasena Wazed agar menghentikan segala intimidasi, penindasan, sekatan serta kekejaman yang dikenakan terhadap pimpinan serta anggota Jamaat Islami dalam usaha untuk terus berkuasa di Bangladesh.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
12 Mei 2016 | 5 Syaaban 1437 - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016



Kekalkan kenaikan gaji minimum, turunkan GST

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru agar Kerajaan terus berpegang pada janjinya untuk melaksanakan serta menaikkan paras gaji minimum yang dipersetujui bermula 1 Julai 2016 iaitu daripada RM900 kepada RM1,000 untuk pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia serta daripada RM800 kepada RM920 untuk pekerja-pekerja di Sarawak dan Sabah.

Kenaikan tersebut adalah wajar dilaksanakan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak mesra pengguna dan rakyat yang dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Walau ada yang mendesak supaya Kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut atau menangguhkannya namun DPPM berpendapat kenaikan tersebut adalah wajar berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Saranan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (MEF) supaya di tangguhkan dahulu kenaikan tersebut agar tidak berlaku pemberhentian pekerja dalam jumlah yang ramai adalah tidak wajar.

Dengan pelbagai insentif yang diwujudkan Kerajaan kepada industri-industri di dalam negara terutamanya perindustrian kecil dan sederhana (PKS) ia dirasakan dapat membantu PKS di dalam negara dan juga pelbagai industri lain untuk lebih berdaya saing dalam pasaran ekonomi dunia era globalisasi dekad ini.

DPPM juga berpendapat adalah tidak wajar alasan akan terjadi pemberhentian sekitar 30,000 orang pekerja akan terjadi jika berlaku kenaikan gaji tersebut.

Sepatutnya pihak MEF dan Kerajaan terutamanya Kementerian Sumber Manusia sudah menyelesaikan perkara berbangkit dan bukannya membangkitkan perkara tersebut sekarang terutamanya dalam usaha menangguhkan kenaikan tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia,  Datuk Seri Ismail Abd Mutalib di Dewan Negara baru-baru ini, Kementerian tidak menerima apa-apa laporan mengenai jumlah besar pemberhentian tersebut dan mana-mana majikan perlu memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pekerja  diberhentikan kepada Kementerian.

Jadi seharusnya tiada lagi alasan kepada pihak majikan terutamanya di bawah MEF dalam melaksanakan skim gaji baru tersebut.

Perkara-perkara teras sepatutnya sudah diselesaikan dahulu dan disediakan mekanisme samada oleh pihak MEF mahupun Kerajaan terutamanya Kementerian Sumber Manusia dalam membantu pihak-pihak yang terbabit khususnya industri-industri yang terlibat supaya tidak timbul masalah apabila skim gaji baru ini dilaksanakan kelak.

DPPM juga berpendapat sekiranya Kerajaan tetap berkeras mahu mengenakan GST dan mudaratnya kepada rakyat dan negara, sayugialah sekiranya Kerajaan dapat mengurangkan kadarnya walaupun hanya sekitar 1% atau 2%.

Ini kerana cukai tersebut dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira miskin atau kaya namun yang benar-benar terkesan ialah rakyat yang berpendapatan rendah dan dikategorikan sebagai miskin yang mana masih banyak keperluan harian yang dikenakan GST.

Begitu juga kaitan GST dan kenaikan gaji minimum yang mana teras rakyat yang terkesan akibat kedua-duanya adalah yang berpendapatan rendah serta purata gaji sekitar RM3,000 ke bawah untuk sesebuah keluarga.

Dengan tahap gaji yang rendah serta kadar cukai yang membebankan ditambah dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sekarang, Kerajaan harus sedar dan mempertimbangkan kewajaran sesuatu perkara sebelum melaksanakannya.

Jangan kerana ingin memenuhkan kantung negara, negara terabai dan rakyat teraniaya.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016







Hentikan serangan ke atas Aleppo





HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serta mendesak dihentikan serangan ke atas bandar Aleppo di Syria terutama bahagian utara Aleppo yang dikuasai pihak pembangkang.

Serangan ke atas Aleppo mengakibatkan korban nyawa yang tinggi, jumlah kecederaan yang ramai, kemusnahan tempat tinggal dan harta benda dalam skala yang besar yang boleh ditakrifkan sebagai satu jenayah perang yang sangat serius.

DPPM merasakan perlu dihentikan serangan ke atas Aleppo terutamanya bahagian utaranya dengan menghormati gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua belah pihak di antara Kerajaan Bashar Al-Assad dan pihak pembangkang di Geneva pada penghujung Februari lalu yang disokong oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain menghentikan segala serangan, segala jenis bantuan kemanusiaan perlu diberi kepada penduduk Aleppo yang sememangnya sangat memerlukan keperluan asas yang musnah akibat perang.

Dengan gelombang pertama perang yang sudah hampir lima tahun berlaku, hampir tiga juta rakyat Syria menjadi pelarian serta kemusnahan nyawa serta harta benda yang cukup besar.

Selepas dicabuli gencatan senjata yang dipersetujui, serangan kali ini benar-benar melumpuhkan bahagian utara bandar Aleppo.

Hampir 12,000 keluarga masih terperangkap dengan anggaran seramai 350,000 hingga 400,000 orang berada di sana. Jika keadaan berterusan, tentunya korban yang lebih besar akan berlaku akibat serangan bertali arus ini.

DPPM mendesak campurtangan OIC serta Pertubuhan Negara-Negara Arab dalam konflik yang paling buruk melanda Syria dekad ini.

Walaupun dengan gencatan senjata naungan PBB serta di sokong oleh Amerika Syarikat dan Russia, hasilnya tampak kabur serta seolah-olah tidak nampak jalan penyelesaian.

Peranan Russia juga amat diragui dalam proses gencatan senjata ini kerana Russia juga terbabit dalam membekalkan kelengkapan persenjataan kepada Regim Bashar Al-Assad serta turut sama menyerang kedudukan bandar tersebut.

Dengan hampir keseluruhan bahagian utara Aleppo lumpuh termasuk hospital serta kemudahannya hampir musnah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh kebanyakan penghuninya melainkan lari meninggalkan bandar tersebut namun masih ramai yang terperangkap.

Dengan serangan yang tidak henti-henti serta peperangan yang meletus di segenap ceruk bandar tersebut, jumlah korban akan terus meningkat serta akan mengakibatkan kemusnahan yang cukup besar jika tidak dilakukan sesuatu untuk menghalang peperangan tersebut dari terus menagih korban.

DPPM mendesak Kerajaan Malaysia terutamanya sebagai salah satu negara anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar memainkan peranan penting dalam mendesak agar serangan tersebut dihentikan serta merta.

Keadaan mendesak ini perlu disegerakan agar Aleppo tidak menjadi seperti Palestin yang sudah dijarah serta ditindas oleh regim Zionis Israel sekian lama.

Palestin harus dijadikan contoh agar tindakan zalim serta tidak berperikemanusiaan ini dihentikan segara agar penduduk Aleppo tidak terus ditindas dan dizalimi berterusan.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016

AES hanya 'menjerat', bukan didik penguna jalan raya

HARAKAHDAILY | .


Jumlah kemalangan yang mencecah sehingga 489,606 kes dengan 6,706 kematian pada 2015 adalah sangat membimbangkan.

Walaupun angka kematian ini lebih rendah berbanding jangkaan asal iaitu 8,760 kematian, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) juga menjangkakan menjelang 2020, angka tersebut akan meningkat kepada 10,716 kematian.

World Health Organization (WHO) pada Mei 2014 di dalam laporannya pernah merekodkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia ialah 25.25 menjadikan negara ini berada pada kedudukan ke-34 daripada 172 buah negara lain.

Menyelesaikan masalah ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersetuju dengan keputusan Kerajaan antaranya untuk melaksanakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan membuat penilaian ke atas keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di LPT2 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin.

Namun, DPPM tetap tidak bersetuju dan membantah pelaksanaan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan tambahan pemasangan sebanyak 1,200 lagi kamera AES di seluruh negara yang memberikan tumpuan kepada kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu isyarat.

Ini kerana, tindakan tersebut dilihat hanya akan “menjerat” banyak pengguna khususnya di kawasan dalam bandar dan antara bandar dengan kesalahan trafik berbanding untuk mendidik sikap pengguna jalan raya.

Sebagai tambahan, DPPM mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi lain mewujudkan mekanisme yang dapat mengurangkan kesesakan di atas jalan raya.

Dua aspek perlu diberikan tumpuan iaitu (i) mengurangkan jumlah kenderaan aktif di atas jalan raya dan (ii) mengurangkan kesesakan kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa; khususnya pada waktu puncak.

Jumlah kenderaan di atas jalan raya ini perlu dikurangkan memandangkan jumlah kemalangan meningkat seiringan dengan peningkatan kadar bilangan kenderaan aktif di atas jalan raya berbanding jumlah populasi.

Sebagai contoh, pada 2009, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi ialah 50.4 dan jumlah kemalangan ialah 397,330 kes. Manakala pada 2013, kadar kenderaan aktif berbanding jumlah populasi meningkat kepada 58.0 dan jumlah kemalangan pula meningkat kepada 477,204 kes.

Oleh itu, keberkesanan dan kebolehcapaian pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam termasuk isu kos tinggi yang perlu ditanggung oleh pengguna juga mesti diberikan perhatian serius oleh Kerajaan.

Sekiranya isu perkhidmatan pengangkutan awam ini dapat diselesaikan dan ditambah baik, ia pasti menjadi salah satu langkah yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesesakan di atas jalan raya, justeru mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 20/4/2016

Sumber HD - 20-4-2016










10 cadangan supaya program PAS lebih menarik







AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN | .


MUTAKHIR ini, program anjuran PAS semakin mendapat tempat di dalam masyarakat, khususnya program yang berbentuk dialog santai. Inisiatif kawasan dan cawangan menganjurkan Santai Teh Tarik atau seumpamanya adalah menepati Teras Wacana Rakyat di dalam Pelan Pemerkasaan Parti dan Transformasi Imej PAS (PPTI) yang digubal oleh Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kekurangan dari aspek teknikal dan kelemahan pengurusan seperti sistem pembesar suara (PA System) yang tidak jelas, kedudukan penceramah yang tidak strategik, kesesakan tempat program, tiada kaunter keahlian PAS, penceramah kempen minta beli Harakah tetapi tiada yang jual Harakah di tempat program, serta isu-isu teknikal lain yang biasa berlaku.

Kekurangan dan kelemahan ini menyebabkan program-program PAS sesetengahnya tidak menarik, hambar, suram dan memberi kesan terhadap tahap fokus dan kefahaman audiens kepada apa yang diucapkan oleh panel/penceramah.

Lebih malang jika sejumlah belanja yang besar dikeluarkan untuk menganjurkan sesuatu program, namun kehadirannya tidak seperti yang diharapkan. Modal yang besar tetapi pulangannya kecil (high cost, low impact). Sebaiknya, modal yang kecil tetapi pulangannya besar (low cost high impact).

Oleh hal yang demikian, program anjuran PAS perlu diberi penekanan yang serius dari aspek teknikal dan pengurusannya. Daripada pemerhatian dan penilaian rambang yang dilakukan, terdapat 10 perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan program-program PAS lebih menarik.

1. KIOSK AGENSI-AGENSI RASMI PARTI (ARC, AMAL, PASTI, NISA' dan lain-lain).
Perlu ada KIOSK untuk mempromosikan agensi-agensi rasmi parti seperti Alternative Riding Club (ARC), Alternative Photografi Club (APC), Jabatan AMAL, Nisa' dan lain-lain agensi yang sesuai di dalam program-program PAS.

Kiosk tersebut hendaklah ada petugas yang memakai pakaian seragam agensi berkenaan yang bertindak sebagai 'promoter'. Meja, kerusi, bahan sebaran (pamplet), banting dan lain-lain yang berkaitan MESTI DISEDIAKAN & DISUSUN ATUR dengan baik & menarik perhatian.

Jika disediakan borang pendaftaran, sediakan juga pen utk mengisi borang & tukaran wang kecil jika ada yang membayar yuran penyertaan. Jika perlu gantung baju kemeja T (T-Shirt), sediakan penyangkut dan tempat menyangkut baju yang sesuai.

Elakkan sangkut baju pada wayar eletrik, pagar, handle motosikal atau hujung bucu meja, kerana ia memperlihatkan imej yang tidak menarik dan agak lekeh. Promosi terhadap sesuatu produk Islam hendaklah dalam keadaan menarik, supaya Islam itu sentiasa diliihat menarik.

2. 'SALESMAN' HARAKAH
Lazimnya ada kaunter atau meja yang menjual HARAKAH. Lebih menarik jika ada jurujual (salesman) yang menjual HARAKAH. Salesman ini mestilah beraksi sebagai juru-jual produk yang ringan mulut, ada maklumat tentang produk dan aktif bergerak ke sana ke mari mempromosi produknya.

Tukaran wang kecil juga perlu disediakan utk urusniaga jual beli HARAKAH. Jika perlu, sediakan juga buku tulis dan pen utk mencatat maklumat ahli-ahli yang ingin menjadi pelanggan tetap HARAKAH.

3. KAUNTER KEAHLIAN PAS
WAJIB ada kaunter daftar & semak KEAHLIAN PAS. Perlu sediakan borang keahlian PAS, laptop, internet, pen, dan tukaran wang kecil untuk mereka yang membayar yuran keahlian PAS. Keahlian PAS kini diproses oleh Pejabat Perhubungan PAS Negeri, disamping Pejabat Agung PAS Pusat.

Sebaiknya, petugas daripada pejabat PAS Negeri/Kawasan mengetuai tugasan ini. Dalam situasi PAS yang berhadapan dengan kemungkinan pertembungan 3 penjuru di dalam pilihan raya akan datang, PAS perlu mempunyai ahli yang ramai lebih daripada parti politik lain untuk memenangi pilihan raya. Justeru itu, program-program PAS yang melibatkan orang awam perlu menjadi medan merancakkan pertambahan keahlian PAS.

4. KAUNTER DAFTAR/SEMAKAN PEMILIH
Sediakan kaunter SEMAKAN DAFTAR PEMILIH. Laptop, printer, internet & SSDP diperlukan utk tujuan ini, disamping seorang petugas yang berpengetahuan dalam bab daftar pemilih. Buku catatan dan pen juga perlu disediakan jika terdapat sebarang kes-kes tertentu seperti pertanyaan untuk pindah tempat mengundi dan sebagainya.

Disamping itu, bancian daftar pemilih terhadap audiens yang hadir juga boleh dilaksanakan oleh pasukan ini ketika program berlangsung. Jika perlu, sediakan 'all in-one printer' yang berfungsi untuk fotokopi salinan mykad bagi tujuan daftar/semakan pemilih.

5. PEMBESAR SUARA
Sistem pembesar suara (PA System) perlu mencukupi dan boleh memenuhi saiz lokasi program dan jumlah audiens yang hadir. Pelarasan bunyi (bass, treble dan lain-lain) hendaklah dilakukan sebaiknya bagi memastikan bunyinya jelas dan terang.

Jika lokasi tersebut tiada sumber eletrik, pastikan bateri pembesar suara mudah alih telah dicaj secukupnya. Bateri mikrofon juga perlu cukup kuasanya supaya tiada gangguan kelancaran ketika majlis berlangsung. Jika hanya terdapat 1 buah speaker, pastikan kedudukannya strategik dan dapat didengari oleh semua audiens yang hadir.

Perlu diketahui, kegagalan pembesar suara boleh menyebabkan kegagalan majlis, walaupun dihadiri oleh audiens yang ramai dan penceramah yang hebat.

6. KEDUDUKAN PANEL/PENCERAMAH
Kedudukan panel/penceramah hendaklah diaturkan dengan baik. Pastikan tempat panel/penceramah lebih terang dan jelas cahayanya berbanding dengan tempat audiens. Jika perlu, tinggikan sedikit tempat panel/penceramah, supaya audiens dapat lihat penceramah tanpa perlu melihat daripada celah-celah audiens yang hadir.

Hubungan mata (eye contact) diantara audiens dengan penceramah akan lebih memberi kesan terhadap penyampaian penceramah. Sediakan juga air mineral utk diminum oleh panel/penceramah jika mereka kehausan setelah penat bercakap & menjawab soalan audiens. Penceramah yang kehausan kerana tiada air yang disediakan, akan membantutkan idea dan menjejaskan mood penceramah.

7. TEMPAT/PERALATAN JAMUAN
Jika disediakan jamuan untuk audiens, pastikan tempat jamuan dilengkapi kemudahan asas seperti meja, pinggan, cawan, bekas air, bekas makanan, dan tong sampah. Kedudukan tempat meletakkan hidangan hendaklah tidak mengganggu majlis. Susunan peralatan jamuan juga hendaklah sesuai supaya tidak berlaku kesesakan ketika audiens mengambil hidangan jamuan. Audiens yang mengikuti program dalam keadaan lapar dan dahaga, tahap penumpuannya terhadap program akan terjejas.

8. FOTO/GAMBAR PROGRAM
Program-program PAS mesti didokumenkan dalam bentuk foto. Dengan kecanggihan peralatan telekomunikasi hari ini, hampir setiap orang boleh menggunakan telefon masing-masing utk merakamkan foto.

Foto yang diambil mestilah menggambarkan keseluruhan suasana & keadaan majlis. Jika terdapat soal jawab antara audiens dengan penceramah, foto yang diambil mestilah menggambarkan berlakunya soal jawab tersebut. Teknik pencahayaan foto, teknik mengenal pasti sudut menarik, teknik zoom dan fokus, editing dan menerbitkan foto, hendaklah dilakukan oleh kumpulan jurufoto yang mahir. Pasukan daripada Alternative Photografi Club (APC) hendaklah memainkan peranan ini sebaiknya.

Selain itu, ucapan-ucapan penting daripada penceramah juga boleh direkodkan dengan video atau perakam suara, untuk tujuan rekod dan disebarkan. Foto, rakaman video/suara ini akan membantu sahabat-sahabat yang berhalangan untuk hadir program supaya dapat mengikuti 'siaran tertunda' program tersebut, sama seperti audiens yang hadir.

9. CATATAN/PEMBERITAAN PROGRAM
Selesai program, catatan-catatan yang berbentuk pemberitaan hendaklah dicatat sebaik mungkin dengan tepat dan betul. Catatan tersebut boleh diterbitkan di dalam Central Portal PAS (CPP) kendalian Lajnah IT PAS dan laman-laman media sosial yang berkaitan.

Wakil-wakil CPP disetiap negeri telah dilantik untuk mempercepatkan dan memudahkan berita program-program PAS diterbitkan. Jika sesuai & menarik, berita tersebut akan diterbitkan oleh Harakah Daily / Harakah Cetak. Berita berkenaan juga boleh dihantar kepada akhbar tempatan seperti Sinar Harian.

Syaratnya, catatan tentang program tersebut mestilah memenuhi rukun sesebuah berita yang menerangkan tentang who, when, where, what, why & how (5W1H). Catatan yang tepat dan betul dapat memberi maklumat yang sebenar tentang sesuatu ucapan atau keadaan yang berlaku. Perkara ini dapat menghapuskan fitnah dan kekeliruan yang sengaja diwujudkan oleh musuh-musuh PAS bagi memberi perspektif buruk kepada PAS. Dengan perkembangan teknologi media hari ini, sesiapa yang menguasai media, ia akan menguasai maklumat, walaupun maklumat itu batil.

10. KAWALAN TRAFIK & LALU LINTAS
Jika program melibatkan jalan-raya atau laluan orang awam, petugas daripada Jab. Amal / ARC perlu mencukupi untuk mengawal lalu-lintas & aliran trafik. Pastikan program-program PAS tidak menjejaskan laluan & mengganggu lalu lintas orang awam.

Jika terdapat konvoi motosikal, ianya mestilah diiring oleh pengiring (escort/marshall) yang terlatih, cekap dan berpakaian lengkap memenuhi ciri keselamatan. Elakkan berkonvoi, jika pengiring atau petugas terlatih tidak dapat disediakan. Akhlak di jalan raya dan keselamatan pengguna jalan raya perlu diutamakan.

PENUTUP
Selain daripada yang disebutkan diatas, inisiatif-inisiatif lain juga boleh dilakukan oleh penganjur untuk menjadikan program-program PAS lebih menarik daripada biasa. Gerai-gerai jualan yang menjual makanan, minuman atau produk-produk ekonomi Muslim boleh disediakan jika terdapat ruang yang mencukupi, sekaligus dapat menjana aktiviti ekonomi jamaah. Pihak muslimat juga boleh menyediakan khidmat penjagaan anak-anak (hadonah) yang selamat & selesa. Bayaran juga boleh dikenakan untuk menjana ekonomi muslimat.

Sistem & kemahiran pengurusan sesebuah program memberi kesan terhadap kualiti dan kesan kepada audiens serta masyarakat sekitar. Kaedah dakwah yang betul ialah kehadiran (penganjuran program) yang dapat memberi kesan kepada masyarakat.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada amilin PAS untuk menguruskan program dengan baik dan bersungguh-sungguh, kerana ia akan memberi kesan kepada jamaah & perjuangan Islam. Jika sesuatu program tersebut gagal disebabkan kelemahan pengurus yang menguruskan program, ianya akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak. Sebagai ahli jamaah Islam, hendaklah ada rasa berdosa jika tindak-tanduknya menyebabkan perjalanan jamaah terjejas.

Perlu diingati bersama, walaupun usaha-usaha untuk menjadikan program PAS lebih menarik telah dilakukan sedaya upaya, namun sebenarnya yang menjadikan program itu dilihat menarik oleh audiens ialah Allah SWT.

Maksudnya, pengurus dan penganjur program perlu memelihara hubungannya dengan Allah SWT, supaya program yang dianjurkan menarik perhatian manusia, memberi kesan yang baik dan menjadikan Islam mulia. Ketahuilah bahawa kebenaran yang tidak diuruskan dengan baik, akan ditewaskan oleh kebatilan yang diuruskan dengan baik. – HARAKAHDAILY 14/4/2016

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 14-4-2016

Moto3: Khairul Idham bekas pelajar Pasti rupa-rupanya

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .




PASIR SALAK: Kejuaraan Khairul Idham dalam perlumbaan Kejohanan MotoGP Dunia bagi kategori Moto3 dalam Grand Prix Motosikal Argentina merupakan hadiah terbesar buat keluarga.

Bapa beliau Pawi Omar berkata, anaknya merupakan bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Nurul Iman, Kampung Gajah sekali gus membuktikan kepada dunia didikan agama mampu mencipta nama di persada antarabangsa.

Perkara tersebut dinyatakan beliau ketika pertemuan Dewan Pemuda PAS Perak di kediamannya di Kampung Gajah, di sini.

Jelasnya, Khairul Idham pernah mengatakan kesusahan beliau memperoleh makanan halal di perantauan terutama negara Eropah.

Menurut Pawi, dia sentiasa mengingatkan anaknya agar tidak melupakan amalan bersedekah dan berzakat kerana itu adalah jalan mendapat keberkatan rezeki yang Allah kurniakan.

"Saya tidak meletakkan keuntungan wang ringgit kepada anak saya dalam setiap kejuaraan namun sebaliknya yakin setiap rezeki yang Allah tentukan.

"Minatnya pada sukan motosikal seawal usia 12 tahun lagi sehingga saya memberikan kepercayaan kepadanya untuk merealisasikan minat Khairul.

"Walaupun tanpa jurulatih dia tetap gigih berlatih di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak sehingga mampu pergi ke peringkat dunia hari ini," ujarnya menceritakan usaha keras anak beliau.

Pawi juga turut berkongsi bagaimana beliau terpaksa menggunakan duit sendiri demi merealisasikan cita-cita anaknya untuk berjaya menjadi seorang pelumba motosikal.

Turut serta dalam ziarah tersebut, Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Akmal Kamaruddin, Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak;  Ustaz Kamal Shaari, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak; Ustaz Amir Hamzah serta beberapa pimpinan Pemuda PAS Perak dan kawasan Pasir Salak. – HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016











Utamakan rumah rakyat, bukan hanya kaut untung

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasakan sudah sampai masanya kerajaan perlu menyelaraskan di semua peringkat baik di sektor awam mahu pun swasta berkaitan perumahan kos rendah atau rumah mampu milik.

Disebabkan rumah kos rendah menjadi keperluan mendesak kepada rakyat terutamanya di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, harga rumah dan jumlah yang dibina tidak mencerminkan keperluan rakyat diutamakan berbanding mengaut keuntungan semata-mata.

Rumah kediaman adalah termasuk dalam perkara hajiyyat (keperluan) yang telah ditentukan dalam Islam. Maka, menjadi kewajipan kepada Kerajaan untuk memudahkan rakyat memilikinya.

Malangnya pada hari ini, perkara-perkara yang termasuk dalam kategori tarfihiyyah seperti taman-taman, perhiasan, zoo dan lain-lain yang lebih diberikan perhatian oleh kerajaan.

Harga rumah kos rendah yang dibina sekarang tidak sepadan dengan pendapatan golongan sasar untuk jenis perumahan tersebut.

Malah jika dilihat harga yang ditawarkan umpamanya di bawah PR1MA, harga RM400,000 ke bawah yang bergantung kepada lokasi adalah kurang wajar serta tidak munasabah. Jika dilihat rata-rata pendapatan golongan sasar, ia terlalu jauh dari jangkauan.

Majoriti rakyat yang memerlukan rumah mampu milik berpendapatan sekitar RM3,000 ke bawah sebulan, setelah ditolak kos sara hidup dan perbelanjaan, keinginan mereka untuk memiliki rumah idaman menjadi igauan semata-mata.

Begitu juga pemaju swasta yang rata-ratanya seolah-olah tidak berminat membina rumah kos rendah atau rumah mampu milik.

Taman-taman perumahan yang dibina milik konglomerat besar hanya membina kebanyakannya rumah berharga sekitar RM500,000 ke atas.

Jika terdapat pun yang membina rumah yang dikategorikan sebagai rumah kos rendah, harganya juga terlalu jauh dari jangkauan golongan sasar.

Walaupun wujud begitu banyak taman perumahan tetapi hakikatnya ia tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang benar-benar dambakan rumah sendiri.

DPPM merasakan kerajaan perlu mewujudkan satu makenisme atau badan bertindak mengawal selia projek-projek perumahan terutamanya yang membabitkan rumah mampu milik atau kos rendah.

Perlunya ada pengawalan dari segi harga, mutu binaan dan juga kouta rumah mampu milik atau rumah kos rendah yang wajib dibina dalam sesuatu kawasan perumahan atau komuniti perumahan.

Begitu juga kepada pihak swasta, kerajaan perlu tegas dalam soal pembinaan taman-taman perumahan baru dengan mewujudkan kouta rumah kos rendah yang perlu dibina, tidak semata-mata rumah mewah dan mampu mengaut untung tinggi.

DPPM mahu agar Kerajaan memantau pemaju-pemaju perumahan agar tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga tidak masuk akal untuk rumah mampu milik atau rumah kos rendah baik dari kalangan sektor swasta mahupun kerajaan.

Perlunya dipraktikkan Corporate Social Responsibility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat dengan berkesan dan betul, dengan memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah sendiri dan tidak memikirkan untung semata-mata.

Namun apa yang dilihat sekarang yang menjadi keutamaan hanyalah keuntungan, nasib rakyat seolah-olah langsung tidak dihiraukan terutamanya daripada pemaju swasta.

Hingga Mac 2015, terdapat 405,000 orang yang memohon rumah mampu milik di bawah PR1MA di seluruh negara, namun jika dilihat natijah sekarang, rakyat terpaksa menunggu lebih lama atau hanya berputih mata dengan sikap sesetengah pihak.

Rakyat perlu diutamakan di saat pelbagai tekanan ekonomi yang dihadapi sekarang. Rumah menjadi keutamaan terutamanya bagi yang berkeluarga dan berpendapatan rendah.

Rakyat tidak mampu memiliki mahligai jutaan Ringgit, namun cukup sekadar keluhan dan keperluan mereka ditunaikan dengan penuh tanggungjawab dan bukan hanya retorik semata-mata.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
5 April 2016 | 27 Jamadil Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016



Admin FB Pemuda Pas 'mesra' Amanah?

Posted on Monday, April 04 @ 18:56:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Pas hari ini mengesahkan Pemuda Pas telah mewujudkan laman akaun Facebook rasmi baharu menggunakan nama DPP Malaysia [Official].

Memetik muat naik posting daripada akaun Facebook rasmi Pas, langkah itu dibuat memandangkan pihak pengurusan (admin) akaun asal milik Pemuda Pas didakwa lebih menyokong Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut kenyataan itu, admin telah memuatnaik beberapa posting yang tidak tepat tentang Pemuda Pas sejak akhir-akhir ini.

“Facebook "PEMUDA PAS MALAYSIA" tiada lagi kaitan dengan Pemuda Pas. Facebook tersebut bukan lagi Facebook rasmi Pemuda Pas bila adminnya sudah tidak lagi bersama Pas sebaliknya mesra Amanah.

“Ia adalah fitnah atas nama Pemuda Pas bila adminnya akhir-akhir ini memuatnaik beberapa posting yang tidak tepat tentang Pemuda Pas,” kata petikan itu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta pengguna Facebook yang lain untuk melaporkan akaun tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.


  Akaun baharu DPP Malaysia [Official] diwujudkan sejak tahun lalu.

Sumber TKO - 4-4-2016













SPAD perlu berlaku adil kepada pemandu teksi











HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius permasalahan yang melanda industri perkhidmatan teksi tanah air.

Apatah lagi cetusan rasa pemandu-pemandu teksi yang mengadakan tunjuk perasaan di Bukit Bintang baru-baru ini menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kementerian Pengangkutan sudah tidak dapat dibendung lagi akibat rasa diperlakukan dengan tidak adil berkaitan isu Uber dan Grabcar.

SPAD dan Kementerian Pengangkutan perlu adil dan saksama dalam menyelesaikan isu ini.

DPPM tidak mahu isu ini berlanjutan hingga menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan industri perkhidmatan teksi tanah air tergendala, membawa nama atau imej yang buruk serta tidak baik kepada negara.

Walaupun atas nama pembaharuan serta inovasi dengan membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi namun industri teksi yang sekian lama menjadi tulang belakang pengangkutan awam tidak harus diketepikan begitu saja.

Memodenkan serta menaikkan taraf industri pengangkutan awam sesuai dengan keadaan semasa memang patut dilakukan namun perlu juga menaiktaraf perkhidmatan yang sedia ada agar selari serta boleh bersaing secara sihat dan adil.

Tedapat banyak kekangan serta kekurangan yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi yang ada sekarang.

SPAD dan Kementerian Pengangkutan perlu menilai semula sistem serta cara pengusaha-pengusaha teksi beroperasi agar nasib pemandu-pemandu teksi terbela.

Kebanyakan pemandu teksi merasakan tidak adil bagi mereka dikenakan pelbagai peraturan sebelum boleh beroperasi berbanding pemandu Uber dan Grabcar seperti pemeriksaan Pusapakom, lesen PSV, permit teksi dan sebagainya.

Itu tidak diambil kira sewa harian yang secara puratanya sebanyak RM50 yang perlu dibayar kepada pengusaha teksi.

Berbanding dengan pemandu Uber dan Grabcar, mereka hanya seperti pemandu awam biasa tanpa dikenakan peraturan seperti pemandu-pemandu teksi lain yang berkerja tetap.

DPPM juga merasakan SPAD dan Kementerian Pengangkutan perlu menyelaraskan sistem untuk semua pengusaha teksi demi kebaikan industri perkhidmatan teksi terutamanya kebajikan pemandu-pemandu teksi itu sendiri.

Caruman Perkeso, KWSP, cuti dan lain-lain kebajikan perlu untuk setiap pemandu teksi.

Teksi yang dibekalkan kepada pemandu teksi juga perlu diseragamkan serta dengan harga yang berpatutan.

Jika dilihat sewa harian teksi yang perlu dibayar oleh pemandu teksi, mereka sepatutnya beroleh faedah yang lebih baik berserta kereta yang lebih berkualiti berbanding keadaan sekarang.

Dengan kegawatan yang melanda industri perkhidmatan teksi sekarang, DPPM merasakan sudah sampai masanya Kerajaan serius terhadap permasalahan ini dan bukan bertindak umpama melepaskan batuk di tangga.

Dalam usaha kerajaan untuk memodenkan industri pengangkutan awam serta menerapkan inovasi terbaru, perkhidmatan yang sedia ada perlu juga dinaik taraf serta dijaga kebajikannya seperti pemandu-pemandu teksi agar dapat bersaing dengan sihat serta setaraf dengan negara-negara lain.

Jangan kerana pembaharuan, perkhidmatan teksi yang sudah lama menjadi tunjang pengangkutan rakyat tidak dipedulikan.

DPPM merasakan biarlah semuanya sama adil serta saksama, apa yang dikenakan kepada pemandu teksi sekarang dikenakan juga kepada pemandu Uber dan juga Grabcar.

Begitu juga pengusaha-pengusaha teksi sedia ada, diberikan persaingan yang sama rata dengan Uber dan Grabcar serta diselarasaskan operasi mereka agar menjadi lebih efisyen dan berdaya saing serta yang paling utama ialah kebajikan pemandu terpelihara.

Mereka pemandu teksi adalah duta negara, jangan biarkan mereka merasa teraniaya di negara sendiri.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 April 2016 | 26 Jamadil Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016

Rakyat perlukan pemimpin, bukan badut

HARAKAHDAILY | .


Pada 10 Jun 2015 Menteri Pelancongan, Nazri Aziz mengatakan “saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh, pelancong-pelancong akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia”.

Pada 11 Ogos 2015 pula beliau mengatakan “Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan”.

Dan akhirnya dalam sidang parlimen pada 31 Mac 2015, Nazri menjilat kembali ludahnya dengan melaporkan bahawa jumlah pelancong yang datang melawat Malaysia pada 2015 hanyalah sebanyak 25.7 juta berbanding 27.4 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah ini menunjukkan pengurangan hampir 2 juta pelancong tahun lepas sekaligus memberikan jawapan padu kepada menteri yang sombong ini bahawa kejatuhan nilai matawang bukanlah advantange untuk negara menarik lebih ramai pelancong dari luar.

Kejatuhan nilai ringgit yang berlaku pada tahun lepas adalah yang terburuk dilalui oleh negara dengan nilai ringgit sebanyak RM4.33 berbanding USD1 pada 7 September 2015.

Malangnya terdapat pihak-pihak seperti Nazri yang menganggap kejatuhan itu sebagai perkara positif bagi pelancongan.

Namun pelancong sendiri memberikan jawapan yang jelas dan memboikot industri pelancongan negara.

Adalah sangat mengecewakan bila mana menteri-menteri seperti ini dibiar terus menerajui Kerajaan.

Sudahlah gagal untuk mencapai KPI yang ditetapkan, sombong bila ditegur dan tidak mampu memberikan penyelesaian kepada masalah rakyat.

Rakyat perlukan pemimpin, bukan badut untuk bergelak ketawa.

Menteri-menteri ini perlu terima hakikat, kejatuhan nilai ringgit, kurangnya jumlah pelancong ke dalam negara adalah disebabkan oleh kegagalan Kerajaan menunjukkan nilai integriti.

Skandal rasuah dan tadbir urus dalam kerajaan khususnya melibatkan Perdana Menteri memberikan imej buruk kepada negara serta merosakan peluang pasaran negara.

Terlalu banyak perkara yang didedahkan gagal dijawab dengan baik. Dan kehadiran menteri-menteri yang kurang cerdik dalam memberikan komen memburukkan lagi keadaan pentadbiran negara yang dilihat amat lemah ketika ini.

Sudah sampai masanya satu perubahan besar dilaksanakan. Bukan sekadar mengubah senarai kabinet sedia ada, tapi membubarkan terus parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum semula.

Ini sahaja ruang yang ada untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur serta pelancong terhadap keupayaan kepimpinan negara mengurus negara.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 April 2016 | 24 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 2/4/2016

Sumber HD - 2-4-2016














Pertemuan Syed Saddiq - DPMM rungkai kekeliruan













MUHTAR SUHAILI | .


PADA 30 Mac lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dinobatkan Pendebat Terbaik Asia menulis di Facebook beliau dan dipetik oleh media-media perihal luahan kekecewaannya terhadap PAS terutama sekali Presiden PAS.

Hari ini Jumaat, 1 April 2016, bertempat di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berlangsung pertemuan mahabbah dan perbincangan bertukar-tukar fikiran dengan beliau untuk merungkai salah faham dan melihat perspektif yang lebih benar.

Pertemuan hari ini disertai oleh saya (Mukhtar Suhaili, AJK PAS Pusat dan Bendahari DPPM), Nurul Islam Mohamed Yusoff (Penolong Setiausaha 1 DPPM), Mohd Shahir Abu Hassan (AJK Jabatan Penerangan PAS) dan Abdul Malik Abdul Razak (Staff Pejabat Presiden PAS).

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini semakin mendapat perhatian dari pemain-pemain politik negara dan masyarakat umum Malaysia. Bahkan mutakhir ini, PAS melakukan pelbagai pertemuan-pertemuan (engagements) dan dikunjungi oleh pelbagai pihak dalam dan luar negara.

Lebih dari itu, tindakan dan keputusan politik PAS dewasa ini sering menjadi bahan perbincangan pro dan kontra, dinilai penganalisis politik bertauliah dan pinggiran serta banyak gerak-gerak geri politik PAS yang kadang-kadang lari dari kebiasaan politik konvensional yang diamalkan di negara ini dipolemikkan.

Politik Malaysia semakin dinamik dan terbuka. Bagi saya ia sesuatu yang positif dan saya optimis ia budaya yang subur dalam kerangka demokrasi yang digunapakai.

Lebih menarik lagi, banyak gagasan politik yang dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang pada awalnya dicemuh oleh musuh-musuh politik beliau akhirnya diikuti, dipersetujui secara tindak langsung dan diperakui sebagai langkah yang wajar meskipun tidak dizahirkan secara nyata.

Berbalik kepada pertemuan DPPM dengan Syed Saddiq, saya ingin memberi kredit dan nyatakan bahawa beliau adalah anak muda intelektual yang mempunyai potensi dan bakat besar.

Atas segalanya dari perspektif perbincangan hari ini, yang jelas bagi saya ialah beliau tidak mendapat maklumat yang menyeluruh tentang perjuangan PAS dan catatan beliau sebelum ini adalah berasaskan persepsi.

Saya telah nyatakan kepada beliau bahawa dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterajui oleh PAS kini, terdapat 9 ciri (iaitu bertunjangkan prinsip, poltik dakwah, amar ma’ruf nahi mungkar, fokus penyelesaian Islam, pertantangan dasar bukan fizikal, utamakan kepentingan rakyat dan kurangkan politicking, politik aman dan diplomasi (muwajahah silmiyah), politik sebenar dan bukan persepsi serta politik rasional dan professional).

Dan ciri utama yang saya tekankan kepada beliau ialah politik sebenar dan bukan sekadar persepsi. BPMS ini ialah salah satu subset kepada satu agenda besar PAS yang dinamakan Wawasan Induk Negara (WIN).

Dalam perbincangan hampir sejam setengah tersebut, kami setuju dan setuju untuk tidak bersetuju dalam dua (2) perkara.

Kami bersetuju bahawa reformasi institusi (institutional reform) adalah sesuatu keperluan mendesak di dalam negara ini dalam menukar sistem yang korup yang sedia ada dan kami PAS tekankan betapa penyelesaian Islam adalah jalan ke hadapan.

Namun seperkara yang kami gagal mencapai kata sepakat ialah untuk PAS menyertai gerakan Deklarasi Rakyat yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan didokong kuat oleh Pakatan Harapan.

Bagi Syed Saddiq, Deklarasi Rakyat ini dan inisiatif selanjutnya Konsensus Nasional Rakyat yang katanya akan digerakkan adalah satu keperluan ke arah reformasi institusi dan #SelamatkanMalaysia.

Namun PAS melihat sebaliknya bahawa ia tidak lebih dari sekadar memenuhi agenda dan cita-cita politik pihak tertentu dan pada akhirnya ia menjadi usaha #SelamatkanUmno dengan sekadar menurunkan seorang Perdana Menteri dan diganti dengan Perdana Menteri yang lain namun masih dari parti dan sistem korup yang sama.

Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih sejahtera.

PAS sebagai Gerakan Islam yang berpegang kepada prinsip demokrasi melihat bahawa apa jua perubahan yang berlaku perlulah dalam kerangka demokrasi.

Ini sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen (jika benar ada cukup Ahli Parlimen untuk menyokongnya) atau melalui pembubaran parlimen yang membawa kepada pilihan raya umum (yakni memberi mandat kepada rakyat memilih melalui jalan peti undi).

Lebih penting dan apa yang utama kita hajati  ialah perubahan sistem secara total dari sistem yang korup kepada sistem yang terbaik dan kepercayaan PAS ialah #SelamatkanMalaysiaDenganIslam.

Melalui BPMS, PAS akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah. PAS akan mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan.

Kita akan menyokong keadilan dan menentang kezaliman tidak kira siapa jua pelakunya. Dan prinsip yang sihat inilah yang kita akan kita pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard).

Selain itu, satu perkara yang kami boleh sepakati ialah perlunya pendirian dan kenyataan PAS dirujuk dari sumber primer (www.pas.org.my dan Akhbar Harakah) dan bukan dari media-media yang berkepentingan yang sering sahaja mengangkat berita yang memberi persepsi negatif terhadap PAS khususnya Presiden PAS.

Lebih malang banyak berita tentang PAS diputar-belit (spinned), diambil secara sekerat-kerat dan seolah-olah trend terkini tajuk berita sengaja dibuat gempak namun sebenarnya tidak mewakili isi keseluruhan berita.

PAS sejak penubuhannya sehingga kini istiqamah menentang segala kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno-Barisan Nasional.

Untuk rekod juga, PAS konsisten menentang salah laku yang diwar-warkan berkenaan 1MDB, berhimpun membantah pelaksanaan GST, menolak pelaksanaan PPSMI (kini dijenamakan sebagai DLB), membantah kenaikan harga utiliti, barangan, kadar tol, pengangkutan awam dan lain-lain, berdemonstrasi membantah perjanjian TPPA yang merupakan satu bentuk penjajahan baru, menyelongkar pelbagai skandal berkaitan salahguna dana KBS, PKFZ, FELDA, MARA, Tabung Haji dan lain-lain serta banyak lagi.

Semuanya kita laksanakan meski kebanyakan media (tidak semua) tidak begitu adil dalam melaporkan hal-hal berkaitan aktiviti-aktiviti dan perjuangan PAS.

Secara kesimpulannya, pertemuan hari ini adalah pertemuan yang konstruktif dan membina. Semoga dengan pertemuan hari ini, Syed Saddiq mendapat gambaran yang lebih baik tentang PAS.

Di akhir pertemuan, saya mengambil kesempatan mengajak Syed Saddiq untuk bersama-sama PAS. Harapan saya sekiranya beliau tidak bersama PAS sekalipun, semoga beliau tidak membenci PAS dan dapat terus bersangka baik dalam usaha PAS meski berbeza dari sudut pendekatan.

Pada akhirnya kita mempunyai matlamat yang sama ingin membina Malaysia Sejahtera yang lebih baik. Menarik bila beliau menyebut bahawa pada pandangan beliau Pakatan Harapan tidak perlu bertanding di Kelantan kerana ia hanya akan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Umno-BN. Ini saya sangat bersetuju.

Di akhir pertemuan, DPPM menghadiahkan beberapa naskah buku tulisan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang selain beberapa edisi Akhbar Harakah sebagai cenderahati kenang-kenangan kepada Sdr Syed Saddiq.

Selepas pertemuan, beliau menghantar mesej WhatsApp kepada saya: “Terima kasih Tuan kerana sudi meluangkan masa. Insya-Allah kita boleh bergerak bersama pada masa hadapan untuk negara tercinta”. Dan saya balas: “Alhamdulillah, thanks brother in Islam. Seronok dapat berdiskusi dan bertukar-tukar pandangan. PAS and I are committed in building a better Malaysia. Insya-Allah.”

Ayuh fastabiqul khairat (berlumba-lumba membuat kebajikan). Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!- HARAKAHDAILY 1/4/2016

Nota: Syed Saddiq adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu alma mater saya juga. Kami sama-sama produk Taman Ilmu dan Budi, jadi ia pertemuan senior dan junior. Antara kenangan saya di UIA ialah pernah memimpin sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Students’ Representative Council (SRC) sesi 2003/2004. Namun kelebihan Syed Saddiq ialah beliau berjaya merangkul gelaran Pendebat Terbaik Asia, sedang saya hanya pernah bertanding dalam Debat Piala Ketua Menteri Sarawak suatu masa dahulu. Sekadar perkongsian juga, antara kenangan manis saya ialah pernah dianugerahkan tempat kedua The Asian Most Outstanding Youth pada tahun 2007. Syukur Alhamdulillah.

Sumber HD - 1-4-2016

Sokonglah PAS kerana dasarnya

HUZIR SULAIMAN | .


SAYA hormati hak Syed Saddiq dan keluarga beliau untuk tidak lagi mengundi PAS. Malah saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga beliau khususnya Syed Saddiq kerana pernah mengundi PAS suatu ketika dahulu.

Untuk makluman Syed Saddiq, PAS tidak pernah lari daripada dasar serta prinsip perjuangan Islamnya semenjak ia ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu. Kerana sikap ini, majoriti perwakilan PAS menolak hala tuju serta kaedah pemimpin G18 yang sebahagiannya dilihat menyanggahi dasar serta prinsip itu.

Mana mungkin Tuan Guru Presiden PAS yang disebut Syed Saddiq 'sudah lari' daripada perjuangan sebenar PAS masih terus dipilih majoriti perwakilan PAS di Muktamar yang lalu.

Mana mungkin majoriti perwakilan PAS juga dianggap 'sudah lari' daripada perjuangan sebenar PAS kerana terus menerus memilih Tuan Guru Presiden PAS untuk memimpin 1.4 juta ahlinya semenjak 14 tahun yang lalu selepas 13 tahun dipilih perwakilan sebagai Timbalan Presiden parti.

Malah Tuan Guru Presiden PAS masih memimpin PAS ketika pemimpin G18 menguasai majoriti daripada barisan kepimpinan PAS Pusat pada sesi yang lalu.

Perwakilan PAS tidak pernah memilih barisan kepimpinan kerana susuk tubuh badan seseorang atau kerana popularitinya. Malah saya berharap Syed Saddiq dan keluarga beliau tidak memilih PAS kerana sebab itu.

Pilihlah PAS kerana sikap PAS yang konsisten dengan dasar perjuangan Islamnya dalam menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kerana inilah kriteria pemilihan dan sokongan yang kita harapkan dari semua khususnya dari Syed Saddiq dan keluarganya.

Walau apapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq kerana dipilih sebagai Pendebat Terbaik Asia. Sudah pasti kejayaan ini satu kebanggaan kepada seluruh anak muda di negara ini.

Mudah-mudahan Syed Saddiq dapat dipilih pula oleh Allah sebagai mukminin yang terbaik di akhirat nanti kerana itulah yang lebih baik dan lebih kekal abadi.

Jadilah anak muda sehebat junjungan Baginda SAW dan para sahabat ketika usia muda mereka. Iringan doa dari saya buat seorang anak muda seperti Syed Saddiq agar suatu hari nanti dibuka pintu hatinya untuk seiring berjuang di samping ratusan ribu anak muda yang kini sudah bersama PAS. – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Sumber HD - 1-4-2016

















Politik Malaysia: PAS perlu sentiasa di tengah

SYAHIR SULAIMAN | .


"DAN demikian Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah: 143)

Teori Titik Tengah Hotelling

Dalam bidang ekonomi dan strategi pemasaran, terdapat sebuah teori yang dinamakan The Hotelling’s Law.

Ia dinisbahkan kepada seorang ahli ekonomi Amerika yang bernama Harold Hotelling (1895 – 1973), terkenal dengan pemerhatian beliau terhadap kelakuan dua pihak yang bersaing bagi meluaskan pasaran masing-masing.

Teori tersebut menyebut, pesaing-pesaing akan meminimumkan perbezaan (minimum differentiation) dengan berada di titik tengah persaingan (middle ground) bagi tujuan memaksimakan saiz pasaran (market share).

Pastinya ada pengecualian terhadap teori tersebut, namun prinsip utama Hotelling’s Law menjelaskan mengapa stesyen minyak cenderung untuk dibina berdekatan dengan pesaing, mengapa syarikat penerbangan menyusun jadual yang hampir sama, dan mengapa bentuk televisyen hampir sama walau pelbagai jenama.

Teori ini juga terpakai dalam politik, kerana ahli politik adalah seperti peniaga, bersaing untuk memaksimakan saiz pasaran (pengundi), di mana majoriti pengundi berada di titik tengah populasi yang biasanya terbahagi mengikut taburan berbentuk loceng (bell-shaped population).

PAS dan Titik Tengah

Asas pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), serta gagasan Politik Blok Ketiga yang diteroka oleh PAS, adalah langkah mengekalkan konsistensi PAS berada di paksi pertengahan.

Dalam aspek politik negara, PAS perlu mengimbangi desakan politik yang memperjuangkan agenda Melayu supaya tidak terjerumus ke lembah asobiyyah, dan pada masa yang sama tidak pula hanyut hingga hilang jatidiri Melayu-Islam dalam kemajmukan kaum.

Dalam aspek pemahaman Islam, PAS perlu mengimbangi golongan literalis yang memberi tafsiran agama yang sempit mengikut teks (textual), dan pada masa yang sama perlu berhadapan dengan golongan liberalis yang memberi tafsiran Islam yang bebas mengikut logik akal (contextual).

Dalam aspek pilihan raya, PAS merekodkan penyertaan dalam setiap 13 pilihan raya umum secara aman. PAS pernah menjadi kerajaan dan pembangkang, pernah memerintah negeri dan pernah ditumbangkan, pernah berada dalam kerajaan Persekutuan dan pernah dibuang, juga pernah bergabung dan pernah bersendirian.

Mencari keseimbangan (balancing) dan kesederhanaan (moderation) merupakan prinsip utama terhadap nilai keadilan dalam Islam. Dalam konteks Malaysia, PAS perlu kekal sebagai watak pengimbang di antara ufuk kanan dan kiri politik tanah air (perkauman vs pluralis).

Di samping itu, PAS perlu kekal sebagai sebagai watak penghubung di antara ufuk atas dan bawah pemahaman agama (literalis vs liberalis).

Mengambil jalan tengah ternyata suatu posisi yang makin ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman, yang merupakan pesanan agung yang terkandung dalam kalimah Wasatiyyah, dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta melaksanakan agenda dakwah dan siyasah.

Keberadaan PAS di paksi pertengahan pastinya memberi kelebihan untuk menguasai pasaran politik dan dakwah yang lebih besar, kerana majoriti rakyat dan mad’u berada di garis pertengahan. – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM

Sumber HD - 1-4-2016




Pemuda Pas Pusat desak KJ letak jawatan

Posted on Tuesday, March 22 @ 15:26:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Pemuda Pas Pusat mendesak agar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan segera kerana terbukti gagal memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh kementerian kendaliannya.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Khairy seharusnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelewengan dana yang sangat besar ini.

“Adalah amat mustahil penyelewengan sebesar ini berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa konspirasi daripada pentadbiran tertinggi Kementerian.

“Sekalipun menurut Khairy, penyelewengan tersebut tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana suspek berkenaan menggunakan prosedur yang tidak memerlukan kelulusan daripada pihak atasan, ia tetap merupakan satu kelemahan yang tidak boleh dimaafkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, satu perkara yang sangat menyedihkan apabila dilaporkan bahawa pegawai berkenaan telah hidup mewah hasil rasuah dengan membeli kereta mewah, jam berjenama, barang kemas dan unit-unit saham dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas negeri turut mempersoalkan, adakah perkara sebegini tidak pernah menimbulkan tanda tanya di kalangan warga Kementerian sehingga pihak pengurusan boleh ditipu begitu sahaja.

“Di manakah sistem pemantauan yang disediakan bagi memastikan setiap urusan tuntutan sesuai dengan program yang dijalankan?

“Kami sepenuhnya berpandangan bahawa siasatan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan oleh pihak atasan hanya akan dapat dijalankan sekiranya menteri berkenaan meletakkan jawatan terlebih dahulu.

“Tanpa pengunduran, tiada sebarang jaminan siasatan dapat dilaksanakan dengan telus apatah lagi jika benar andaian bahawa sebahagian daripada hasil penyelewengan berkenaan diperuntukkan untuk ‘aktiviti politik’ parti-parti tertentu,”katanya.

Sumber TKO - 22-3-2016



Hutang negara meningkat, kerajaan jangan boros

Posted on Tuesday, March 22 @ 08:26:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM - Pemuda Pas mengingatkan kerajaan tentang keperluan berbelanja mengikut keadaan ekonomi semasa susulan peningkatan kadar hutang negara yang sudah mencecah RM630.5 bilion.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dalam keadaan tidak stabil serta keadaan kewangan negara yang mendesak, kerajaan perlu sedar akan tanggungjawab kepada rakyat.


"Bukannya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan, boros dan berbelanja sesuka hati," katanya.

Menurutnya, subsidi gas, minyak masak, petrol dan barang keperluan asas harus dikekalkan untuk membantu rakyat mengharungi keadaan ekonomi, hari ini.

"Jangan pula untuk menjimatkan perbelanjaan, rakyat menjadi mangsa dengan menarik segala subsidi," katanya.

Menyambut baik langkah kerajaan yang memotong perbelanjaan tidak mustahak dan yang tidak menjadi keutamaan untuk mengurangkan perbelanjaan namun apa yang lebih penting ialah cara kerajaan menguruskan perbelanjaan.

"Di kala keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, penjimatan harus dilakukan dari segenap sudut pentadbiran negara sama ada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan.

"Namun, jika hanya sekadar memotong elaun keraian anggota kabinet sebanyak 10 peratus dan perbelanjaan-perbelanjaan tertentu sebagai langkah penjimatan, ia tidak mencukupi sedangkan banyak pembaziran dan salah urus pentadbiran berlaku dalam kerajaan," katanya.

Katanya, hutang kerajaan tu sudah hampir mencapai siling hutang yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak 55 peratus kerana RM630.5 bilion itu menyamai 54.5 peratus daripada KDNK negara.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, kerajaan harus menyemak semula syarat-syarat pemberian pinjaman kerajaan, surat jaminan hutang dan surat sokongan kepada badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat-syarikat swasta.

"Untuk tahun 2015 sahaja, sebanyak RM177.7 bilion telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam bentuk pinjaman manakala sebanyak RM12.8 bilion surat sokongan kredit telah dikeluarkan juga oleh kerajaan.

"Jumlahnya cukup besar. Pemuda Pas tidak mahu berlaku pembaziran dalam pemberian penjamin serta jaminan kepada projek-projek serta syarikat yang tidak menghasilkan pulangan setimpal serta berisiko tinggi berkemungkinan mendatangkan kerugian dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara," katanya.



Sumber TKO - 22-3-2016

















Hutang: K’jaan mesti berjimat, jangan hanya suruh rakyat


















HARAKAHDAILY | .


DPPM memandang serius jumlah hutang kerajaan Malaysia yang mencecah RM630.5 bilion, iaitu sebanyak 54.5% daripada KDNK negara. Ia hampir mencapai siling hutang yang ditetapkan oleh Kerajaan sendiri iaitu sebanyak 55% daripada KDNK negara.

Dengan hanya berbaki 0.5% daripada tahap siling hutang negara, Kerajaan harus peka serta sedar akan keutamaan dan keperluan berbelanja dalam keadaan ekonomi semasa.

Langkah Kerajaan yang memotong perbelanjaan yang tidak mustahak serta yang tidak menjadi keutamaan untuk mengurangkan perbelanjaan di alu-alukan namun apa yang lebih penting ialah bagaimana Kerajaan menguruskan perbelanjaan.

Di kala keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, penjimatan harus dilakukan dari segenap sudut pentadbiran negara samada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan.

Namun jika hanya sekadar memotong elaun keraian anggota kabinet sebanyak 10% dan perbelanjaan-perbelanjaan tertentu sebagai langkah penjimatan, ia tidak mencukupi sedangkan banyak pembaziran dan salah urus pentadbiran berlaku dalam Kerajaan.

Contoh yang paling ketara boleh dilihat didalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3.  Masih terdapat lagi kepincangan dalam soal tadbir urus Kerajaan di semua peringkat sama ada pengurusan, kewangan serta perlaksanaan projek yang membabitkan jutaan ringgit wang negara yang hampir saban tahun mendapat teguran namun masih tetap berlaku.

Dalam pada itu juga Kerajaan harus menyemak semula syarat-syarat pemberian pinjaman Kerajaan, surat jaminan hutang dan surat sokongan kepada badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat-syarikat swasta.

Untuk tahun 2015 sahaja, sebanyak RM177.7 bilion telah di keluarkan oleh Kerajaan dalam bentuk pinjaman manakala sebanyak RM12.8 bilion surat sokongan kredit telah di keluarkan juga oleh Kerajaan.

Dengan jumlah yang cukup besar, DPPM tidak mahu berlaku pembaziran dalam pemberian pinjamin serta jaminan kepada projek-projek serta syarikat yang tidak menghasilkan pulangan yang setimpal serta yang berisiko tinggi yang berkemungkinan mendatangkan kerugian dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.

Cukuplah Perwaja sebagai contoh yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit wang negara serta 1MDB yang meresahkan sekelian rakyat akibat daripada polisi yang tidak statik serta meragukan oleh Kerajaan.

Pada saat ekonomi dunia dalam keadaan tidak stabil serta keadaan kewangan negara yang mendesak, Kerajaan perlu sedar akan tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan, tidak boros dan berbelanja sesuka hati.

Dalam masa yang sama, subsidi kepada rakyat seperti gas, minyak masak, petrol dan barang keperluan asas harus dikekalkan untuk membantu rakyat mengharungi keadaan ekonomi yang getir ini. Jangan pula untuk menjimatkan perbelanjaan, rakyat menjadi mangsa dengan menarik segala subsidi.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016

Dana KBS RM100 juta: Boleh ditipu begitu sahaja?

HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil serius pengakuan yang telah dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengesahkan bahawa seorang pegawai dari Kementeriannya telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Mac lalu berhubung penyelewengan dana berjumlah RM100 juta. Pegawai tersebut telah ditahan bersama beberapa orang lagi suspek yang dipercayai kontraktor yang memberi rasuah.

DPPM dengan ini mendesak agar Menteri Belia dan Sukan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelewengan dana yang sangat besar ini.

Adalah amat mustahil penyelewengan sebesar ini berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa konspirasi dari pentadbiran tertinggi Kementerian.

Sekalipun menurut Khairy, penyelewengan tersebut tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana suspek berkenaan menggunakan prosedur yang tidak memerlukan kelulusan dari pihak atasan, ia tetap merupakan satu kelemahan yang tidak boleh dimaafkan.

DPPM mendesak agar Menteri Belia dan Sukan berundur dan meletakkan jawatan dengan kadar yang segera kerana telah terbukti gagal untuk memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Adalah merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan apabila dilaporkan bahawa pegawai berkenaan telah hidup mewah hasil rasuah dengan membeli kereta mewah, jam berjenama, barang kemas dan unit-unit saham dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Adakah perkara sebegini tidak pernah menimbulkan tanda tanya di kalangan warga Kementerian sehingga pihak pengurusan boleh ditipu begitu sahaja? Di manakah sistem pemantauan yang disediakan bagi memastikan setiap urusan tuntutan sesuai dengan program yang dijalankan?

DPPM sepenuhnya berpandangan bahawa siasatan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan oleh pihak atasan hanya akan dapat dijalankan sekiranya Menteri berkenaan meletakkan jawatan terlebih dahulu.

Tanpa pengunduran dari Menteri Belia dan Sukan, tiada sebarang jaminan siasatan dapat dilaksanakan dengan telus apatah lagi jika benar andaian bahawa sebahagian daripada hasil penyelewengan berkenaan diperuntukkan untuk ‘aktiviti politik’ parti-parti tertentu.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016



















Hudud: Sudahlah tidak membantu, sibuk jadi penghalang

Posted on Thursday, March 17 @ 16:54:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - “Hairan, setelah tidak membantu untuk memartabatkan undang-undang syariah, ada yang sibuk pula untuk menjadi penghalang.”

Demikian reaksi sinis Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari terhadap kenyataan terbaharu dibuat pihak tertentu mengenai hudud.

Menurutnya, di Kelantan Pas sudah mentadbir lebih 25 tahun dan memohon untuk diberikan hak dilaksanakan undang-undang Islam berkenaan di negeri itu namun ada pihak yang mendakwa suasana masih belum kondusif.

“Soalnya, bilakah tibanya suasana kondusif itu? Perjuangan kerajaan Kelantan ialah mengkanunkan undang-undang tersebut. Langkah pertama ialah dengan melakukan perubahan ke atas Akta 355 yang menyekat kuasa Mahkamah Syariah.

“Jika enakmen yang Kelantan luluskan ada kecacatan, perkatakan. Kenapa sibuk mempersoalkan tidak kondusifnya suasana untuk melaksanakan undang-undang syariah? Sedangkan boleh sahaja tenaga dihulur untuk turut membantu menjadikan suasana lebih kondusif,” katanya menerusi laman Facebook, semalam.

Dipercayai kenyataan beliau ini merujuk kepada kemas kini status Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyebut dahulu beliau pernah mengeluarkan pendapat agar syarat pelaksanaan hudud hendaklah diwujudkan dalam suasana yang kondusif.

Mohd Asri semalam mengulas soal sebuah video yang dimuat naik bertajuk ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Mengulas soal video tersebut, Ahmad Fadhli berkata, dalam video tersebut tiada kenyataan daripada pimpinan Pas bahawa hudud ditangguhkan.

“Bahkan ia hanya penegasan bahawa daripada pimpinan Pas bahawa hudud akan dilaksanakan dengan beransur-ansur. Bukannya (laksana) pagi esok selepas Pas memenangi pilihan raya umum.

“Jika perkataan tangguh itu keluar daripada pimpinan selain pimpinan Pas di dalam sidang media yang sama, tidak adil ia turut dilumurkan kepada Pas apatah lagi konteks perkataan itu ialah dalam rangka 'bersetuju dengan hudud sebagai seorang Muslim',” katanya.

Tambahnya, “adakah sebelum ini ada pimpinan Pas mendakwa bahawa hudud akan dilaksanakan serta merta jika Pas menang? Jika tidak, maka di atas butir mana tuan berhujah?”

Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.

Mohd Asri dalam kenyataan di Facebook itu berkata, beliau pernah menyebut ada hal lain yang lebih utama dibandingkan hudud bagi negara seperti Malaysia.

“Walaupun beberapa tahun lepas pandangan ini dibantah, Alhamdulillah hari ini pihak berkenaan akui. Alhamdulillah, zaman kekhilafan itu telah berakhir. Politik matang mengambil tempat.

“Semua tindakan lepas diakui salah dan 'tidak matang' di sisi agama. Perlembagaan diakui dan dihormati. Bahkan lebih jauh dari itu dinyatakan 'Islam tidak menggalakkan kita menukar pemimpin'.

“Walaupun ungkapan yang akhir itu saya rasa sangat perlukan perincian dan huraian yang lebih.

Tidak boleh ditelan begitu sahaja. Namun, kita akui bahawa perubahan yang besar telah berlaku dalam parti politik,” katanya.
Sumber TKO - 17-3-2016

Nasib pekerja dan kemerosotan ekonomi

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa para pekerja untuk menuntut hak yang berpatutan sekiranya diberhentikan (retrenchment exercise) oleh majikan mereka.

Hak ini dijamin di bawah Akta Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Industri 1967.

DPPM mahu supaya para majikan mengambil pelbagai pertimbangan terutamanya daripada aspek kebajikan pekerja tempatan sebelum tindakan ‘retrenchment’ dilakukan.

Gesaan ini dibuat ekoran daripada data yang didedahkan oleh Jabatan Tenaga Kerja yang melaporkan seramai 6,534 pekerja yang telah diberhentikan sepanjang tahun ini sahaja.

Malah, pada tahun lalu, sejumlah 38,499 pekerja telah diberhentikan yang kebanyakannya di peringkat profesional dan pentadbiran. Keadaan ini jelas menggambarkan senario ekonomi negara yang kurang memberangsangkan.

DPPM juga melahirkan kebimbangan terhadap nasib 1.61 juta penjawat awam (2016) yang juga akan terjejas sekiranya kerajaan terus mengambil langkah kewaspadaan mengoptimakan perbelanjaan. Jumlah ini menurun daripada 1.62 juta pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, DPPM turut akui peruntukan emolumen dan pencen mencakupi 40% (RM87 bilion) daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus.

DPPM akan merangka beberapa cadangan hasil daripada sorotan perkembangan ekonomi semasa khususnya dalam Suku Pertama 2016.

Ini adalah agenda daripada Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang telah dikemukakan pada tahun ini.

Dalam keadaan konflik kepimpinan negara yang berlaku, kita juga harus tampil untuk membantu menyelamatkan Malaysia berdasarkan tasawwur Islam yang lebih adil dan berkebajikan.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 17/3/2016

Sumber HD - 17-3-2016
























DAP tak perlu campur urusan Pas, kata Khalil

Posted on Sunday, March 13 @ 19:11:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SHAH ALAM – DAP dinasihatkan supaya tidak mencampuri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan urusan Pas.

Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, parti itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dalam lanskap politik yang diatur dalam Pas.

“Kenapa nak masuk campur urusan Pas. Itu hal Pas. Bukan hal mereka (DAP).

“Pas bebas membuat pilihan untuk memilih kerjasama dengan mana-mana parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mendakwa tindakan Pas membentuk kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Menurut Anthony, Pas sudah sedar kesilapannya ‘menceraikan’ Pakatan Rakyat sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh beri kelebihan kepada mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama: Bukti Pas tidak boleh sendirian]

Khalil dalam pada itu turut menyifatkan kenyataan Anthony dikeluarkan berikutan rasa terdesak DAP ke atas blok politik baharu yang bakal dibentuk oleh Pas.

“Mereka rasa ia satu ancaman kerana blok yang mahu dibentuk oleh Pas ini merupakan blok yang akan diterima oleh rakyat.

“Ia menunjukkan blok yang dibentuk DAP,PKR dan Parti Amanah Negara tersisih dan tidak mendapat tempat dihati rakyat,” katanya lagi. 
Sumber TKO - 13-3-2016

Tutup aurat: Perlu kerjasama pembekal pakaian sukan

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat perkembangan terbaru pakaian sukan bagi skuad bola sepak Afghanistan oleh syarikat jenama sukan 'Hummels' merupakan satu perkara yang positif dalam inovasi kepada pematuhan hukum dalam pemakaian ketika bersukan bagi kaum wanita Islam.

Menerusi pakaian sukan keluaran syarikat "Hummels" yang berpangkalan di Denmark ini yang juga pembekal rasmi jersi kebangsaan Denmark dan Lithuania, keperluan untuk atlet wanita muslimah yang terlibat dalam acara sukan seperti bola sepak, hoki dan badminton untuk menutup aurat dengan baik dapat dilaksanakan.

Bagi pihak DPPM, saya menyeru pihak Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, persatuan-persatuan sukan serta juga penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya dapat menjemput syarikat "Hummels" untuk memberikan taklimat berkenaan pakaian sukan ciptaan mereka tersebut.

Dalam hal ini pihak DPPM juga bersedia untuk terlibat dalam jawatankuasa untuk merangka dan melaksanakan garis panduan pemakaian atlit wanita Muslim dalam acara-acara sukan di negara ini.

Menerusi perkembangan terbaru ini juga diharapkan dapat memberikan pembelaan kepada atlit-atlit wanita negara terutama apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea pada 2017 nanti.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Naib Ketua DPPM
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) DPPM
11 Mac 2016 | 2 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 11-3-2016

























Bubar parlimen langkah terbaik hadapi krisis

HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pandangan dikeluarkan oleh PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agung, Dato Haji Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan bagi memberikan laluan kepada satu pilihan raya umum di negara ini.

Ia adalah langkah terbaik bagi menyerahkan semula mandat rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat yang hari ini telah terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan.

Hari ini dengan pelbagai isu ekoran kegawatan ekonomi, isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad), isu derma RM2.6 billion, kejatuhan nilai mata wang negara dan yang terbaru ialah dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa beliau telah ditunjukkan bukti terhadap jenayah didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia benar-benar meresahkan rakyat di negara ini.

Perlu diingatkan bahawa rakyat berhak mempunyai sebuah kerajaan yang lebih baik dan stabil untuk menyelesaikan segala permasalahan ini.

Walaupun tempoh parlimen dengan sendirinya boleh terbubar setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, tetapi akibat masalah kegawatan yang berlaku tanpa kawalan hari ini, pembubaran parlimen adalah merupakan satu langkah yang terbaik dan berkesan di dalam menangani kemelut berpanjangan ini.

Langkah membubarkan parlimen apabila menghadapi krisis kepercayaan bukanlah satu perkara yang baru dalam amalan demokrasi di dunia ini. Pada tahun 2001, Presiden Sri Lanka pada masa itu, Chandrika Kumaratunga pernah membubarkan Parlimen sekali gus mengarahkan supaya pilihan raya terbaru diadakan selepas menghadapi krisis kepercayaan daripada sebahagian anggota parlimen.

Di Jepun pada bulan November 2014, Perdana Menterinya, Shinzo Abe pernah membubarkan Dewan Rendah Parlimen Jepun secara mengejut bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum bulan berikutnya  dalam usaha mendapatkan mandat baharu terhadap kerajaannya setelah dihimpit skandal, sekali gus mencapai matlamat dasar yang dirangka. Ia dilakukan hanya selepas dua tahun Shinzo Abe menjadi Perdana Menteri.

Demikian juga di Thailand, pada Disember 2013, Perdana Menterinya pada masa itu, Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya di negara itu bagi menenangkan krisis politik yang semakin parah.

Yingluck menunjukkan ‘kejantanannya’ mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sekaligus mencabar penentangnya untuk berhadapan di dalam pilihan raya secara demokrasi dan bukannya melalui jalan raya.

Justeru, DPPM menuntut agar Perdana Menteri yang juga Presiden Umno menyedari denyut nadi rakyat yang semakin tertekan dengan segala bebanan hidup dan krisis di dalam kerajaan akibat daripada pertembungan dalaman Umno.

Di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pembubaran Parlimen hanya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri sewajibnya mengadap dan mengemukakan cadangan ini untuk diperhalusi oleh Baginda.

Kegagalan Perdana Menteri untuk bertindak menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap urusan ini hanya akan menambahkan lagi masalah yang sedang berlaku di negara ini. Rakyat akan terus menerus dihimpit oleh pelbagai tekanan hidup, manakala imej pimpinan negara semakin merudum dengan pelbagai skandal yang berlaku.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS MalaysiaHARAKAHDAILY 3/3/2016

Sumber HD - 3-3-2016

Anti Umno: Rafizi beri gambaran salah

























AHMAD FADHLI SHAARI | .


Seorang Ahli Parlimen yang digambarkan sentiasa berhujah dengan fakta dan angka tidaklah wajar sengaja memberikan gambaran yang salah terhadap sesuatu isu. Malangnya Yang Berhormat Rafizi Ramli yang saya hormati nampaknya cenderung ke arah itu apabila membicarakan berhubung pendirian Presiden PAS dalam isu apa yang dikatakan sebagai Himpunan Anti Najib pada 27 Mac ini.

Tiada siapa di kalangan pemimpin PAS yang memberikan gambaran bahawa PAS ingin bersama  Najib. Tiada sepatah kenyataan dari Presiden PAS bahawa parti ini sedang bekerja untuk mempertahankan Najib pada ketika kemarahan rakyat sedang memuncak. Apa yang dinyatakan oleh Presiden PAS ialah agenda yang lebih besar iaitu menukar sistem yang sedang mentadbir negara ini yang telah dirosakkan secara total oleh Umno dan Barisan Nasional.

Hairan saya, kenapa Rafizi yang begitu genius tidak boleh memahami kenyataan mudah dan ringkas daripada Presiden PAS ini? Perhatikan baik-baik transkripsi kenyataan Presiden PAS:
“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu.”

Di manakah silap kenyataan yang mudah di atas? Saya lihat saudara Rafizi sengaja pula menyelewengkan maksud yang sebenar dengan meletakkan perkataan “(pemimpin)” yang tidak disebut oleh Presiden PAS.
Perhatikan pula tulisan Rafizi: “Namun saya ditanya berkali-kali oleh orang ramai (terutama pengunjung FB ini) mengenai pandangan saya kepada pendirian terbaru Dato' Seri Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".”

Dari mana datang perkataan “pemimpin” itu? Apa yang pasti bukan dari Kajang ataupun Sungai Buluh. Ia adalah imaginasi saudara Rafizi yang sengaja diletak diatur sebaik mungkin bagi memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang cuba berbaik-baik dengan pemimpin Umno.

Saya fikir Rafizi perlu mentelaah kenyataan Ketua Umumnya sendiri yang telah disampaikan oleh Presiden PKR. Bukankah Anwar sendiri berkata bahawa “Langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja..”?

Sekalipun tajuknya ditukar daripada tajuk asal: “Anwar Tidak Setuju Jatuhkan Najib” namun maksudnya membawa kepada pemahaman yang sama. Menjatuhkan Najib pada saat sekarang tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara kerana individu yang akan menggantikannya tidaklah lebih baik daripada seorang Najib. Kenyataan ini boleh diakses melalui pautan: http://bm.selangorku.com/90677/langkah-terbaik-selamatkan-malaysia-anwar/

Atau PKR telah hilang kawalan terhadap Setiausaha Agungnya sendiri? Barangkali DAP lebih berhati-hati dalam menyatakan pendirian dalam isu Anti Najib ini. Perhatikan apa kenyataan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke di dalam sidang medianya tiga hari lepas di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=IWkK0e2qw8E.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa DAP bukanlah penganjur utama dan belum menerima apa-apa jemputan untuk menyertai gerakan Anti Najib ini. Lebih berhati-hati lagi katanya, DAP akan mengadakan perbincangan sebelum menetapkan sebarang pendirian berhubung isu ini.

PAS sama sekali tidak mendukung kezaliman dan salah laku pentadbiran kerajaan hari ini. Namun PAS tegas untuk menyatakan bahawa menukar individu yang ada tidak akan menyelesaikan masalah negara dengan total.

Apa yang lebih mustahak ialah rakyat wajib disedarkan bahawa sistem yang mentadbir negara ini telahpun mengalami kerosakan teruk tanpa dapat diperbaiki lagi. PAS bergerak ke arah menukar ganti sistem korup yang mentadbir negara pada hari ini.

Justeru, PAS menghulurkan salam kepada ahli-ahli Umno untuk bersama-sama bahtera ini melakukan perubahan. Bukankah ini juga yang dinyatakan pemimpin DAP sebulan yang lalu? Rujuk http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/806-dap-dan-pakatan-harapan-sedia-kerjasama-dengan-pemimpin-dan-ahli-umno-yang-kecewa

Ramai tertanya-tanya, tergesa-gesanya saudara Rafizi mengumumkan kesediaannya menyertai gerakan Anti Najib ini adakah mewakili partinya atau hanya sekadar pandangan peribadi? Atau Rafizi ingin menyindir rakan-rakannya sendiri di dalam PKR dengan menjadikan Presiden PAS sebagai sasaran?

Apapun tahniah kerana menyatakan pendirian dengan segera. Barangkali jika Setiausaha Agung PKR bertindak secepat ini di dalam isu dua Adun PKR di Pulau Pinang ditamatkan perkhidmatan di dalam syarikat milik kerajaan negeri, tentu ia lebih menggembirakan ahli-ahli parti itu. - HARAKAHDAILY 29/2/2016
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 29-2-2016

Skandal Dana SRC International : Pendedahan Muhyiddin Wajib Disiasat

Tulisan terbaru Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengulas berhubung penggantungannya daripada jawatan Timbalan Presiden Umno turut menyatakan fakta yang sangat menarik. Dinyatakan dengan jelas bahawa dalam isu dana daripada SRC International sebanyak RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ialah merupakan perbuatan jenayah. Menurut Muhyiddin, beliau telah ditunjukkan bukti yang sah berhubung jenayah ini oleh mantan Peguam Negara. Adalah difahami bahawa mantan Peguam Negara yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Ghani Patail yang telah ditamatkan kontrak pada 27 Julai 2015.

2. DPPM melihat fakta jelas yang disebut oleh Muhyiddin di dalam tulisannya ini memerlukan satu siasatan yang sangat serius. Tanpa berselindung lagi, Muhyiddin telah membuat satu kesimpulan bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah terlibat dengan jenayah skandal wang berjumlah RM42 juta. Lebih serius lagi bahawa individu yang mendedahkan isu tersebut kepada beliau ialah mantan Peguam Negara sendiri yang bertanggungjawab untuk menjalankan pendakwaan di negara ini.

3. DPPM bersama rakyat Malaysia pastinya tertanya-tanya adakah penamatan kontrak Ghani Patail sebelum ini benar-benar di atas faktor kesihatan seperti yang disebut-sebut  ataupun mahu menyelamatkan Najib daripada didakwa di kandang mahkamah? Secara logiknya, jika tulisan Muhyiddin ini benar, terdapat keraguan yang munasabah di sebalik sebab sebenar Ghani Patail ditamatkan kontrak.

4. DPPM mendesak pihak berkuasa segera menyiasat isu ini. Dakwaan Muhyiddin sangatlah serius kerana ia membabitkan nama baik seorang Perdana Menteri. Adalah tidak munasabah pada saat seorang wanita di Sepang beberapa hari lepas telah dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Perdana Menteri di laman sosial, tiba-tiba tulisan Muhyiddin ini  dibiarkan berlalu tanpa apa-apa tindakan.

5. Tindakan segera wajib diambil. Muhyiddin Yasin boleh dipanggil bila-bila masa untuk memberikan keterangan lanjut. Rakyat perlukan maklumat sebenar. Sebarang kelewatan dan kegagalan untuk menyiasat isu ini seolah-olah akan mengesahkan bahawa negara ini sedang dipimpin oleh seorang penjenayah.

Sekian.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
18 Jamadilawwal 1437H | 27 Februari 2016
©DPPM15/17

Sumber BO - 27-2-2016




























Sokong perkemaskan institusi mahkamah syariah



























HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan sokongan terhadap langkah bagi memperkemaskan lagi institusi mahkamah syariah di negara ini.

Ini termasuklah berkait dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman syariah Islam dapat dilaksanakan.

Ia adalah satu pendekatan yang seharusnya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Kita perlu bergerak satu langkah kehadapan bagi menangani pelbagai cabaran dan rintangan yang semakin dahsyat.

PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalan siasah sebagai medan perjuangannya dalam menegakkan ajaran Islam yang sempurna dan akan terus konsisten dengan agenda untuk memastikan syariat Islam yang sarat dengan kebajikan dan keadilan itu dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini.

DPPM juga akan terus berusaha menyampaikan penerangan kepada masyarakat beragama Islam mahupun bukan beragama Islam supaya mereka dapat memahami bahawa syariat Islam adalah sebuah cara hidup yang menyelamatkan manusia daripada permasalahan kehidupan, tidak seperti yang telah disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Ini juga adalah berteraskan kepada budaya politik matang dan sejahtera, satu gagasan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat keseluruhannya terhadap kewibawaan Islam sebagai pemerintah.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 26/2/2016

Sumber HD - 26-2-2016

1.5 juta bangla: Selesai dahulu lambakan pendatang sedia ada

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa kebimbangan terhadap langkah Kerajaan ingin membawa masuk seramai 1.5 juta warga Bangladesh sebagai tenaga buruh ke dalam negara sebagai tambahan kepada tenaga kerja asing sedia ada.

Lebih menggusarkan lagi kemasukan warga kerja Bangladesh kali ini tidak terhad untuk sektor pembinaan dan perladangan sahaja malah diluluskan juga kepada sektor perkhidmatan dan juga pembuatan atau perkilangan.

Malah kali ini, kemasukan juga turut membabitkan tenaga kerja wanita dari Bangladesh.

DPPM ingin mengingatkan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri akan statistik atau jumlah pekerja asing di dalam negara yang boleh dikatakan keadaannya kritikal dan agak membimbangkan.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November 2014, jumlah pekerja asing di dalam negara sama ada yang sah atau pun tidak berjumlah seramai 6.7 juta orang dengan hanya sejumlah 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.

Dengan jumlah seramai itu ditambah pula dengan kemasukkan warga kerja Bangladesh seramai 1.5 juta orang, ianya melebihi daripada jumlah populasi etnik kaum cina dari kalangan warganegara berdasarkan sumber daripada Jabatan Perangkaan iaitu sebanyak 6.64 juta orang serta boleh menyebabkan ketidak seimbangan pola populasi penduduk didalam negara.

Keadaan tersebut sudah tentu mewujudkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat yang sememangnya merasakan sudah terlalu ramai warga asing didalam negara serta merasa terancam dengan kehadiran mereka.

DPPM merasakan Kerajaan perlu mengkaji semula polisi pengambilan warga kerja asing.

Lambakan warga kerja asing terutamanya pendatang tanpa izin seperti tidak dapat dibendung dengan berkesan.

Walaupun operasi kerap dijalankan dan Jabatan Imigresen menjalankan pemutihan sejak beberapa tahun lalu, kebanjiran mereka seolah-olah tidak dapat dibendung dan tidak mendapat kerjasama daripada warga asing itu sendiri.

Daripada menjadi pekerja kini ada yang menjalankan perniagaan dengan memonopoli sesebuah kawasan seperti Jalan Silang, Chow Kit dan Kawasan Pasar Borong Selayang sebagai contoh.

Walaupun Kerajaan menyatakan kemasukkan baru pekerja Bangladesh untuk menampung kekurangan di sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, namun dengan jumlah pekerja asing yang terdapat didalam negara termasuk pendatang asing tanpa izi (PATI) sejumlah 6.7 juta orang, adalah terlalu sukar untuk diterima memandangkan jumlah tersebut sudah melebihi keperluan semasa pekerja asing di dalam negara.

Pada saat negara menghadapi pelbagai kesan ekonomi akibat kelembapan ekonomi dunia, kerajaan seharusnya memikirkan cara terbaik untuk manfaat rakyat dan negara seperti:

(a) Mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor didalam negara dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta dalam masa sama mengurangkan kadar inflasi didalam negara.

(b) Mengklasifikasikan semula sektor-sektor yang dibenarkan menggaji pekerja asing tanpa menjejaskan peluang anak tempatan dalam mendapat pekerjaan dan mengkaji semula keperluan pekerja asing didalam pelbagai sektor dalam negara yang mana jumlah pekerja asing yang berada didalam negara sudah lebih dari mencukupi.

(c) Menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan, menetapkan jumlah atau kouta sejumlah pekerja asing didalam setiap industri serta sektor pekerjaan dan juga majikan bagi menjamin peluang dan tempat anak tempatan didalam sektor pekerjaan, mengkaji kelemahan penguatkuasaan agensi berkaitan dalam membendung kemasukan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin.

DPPM merasakan sudah sampai masanya kerajaan serius dalam menangani isu warga kerja asing dan pendatang tanpa izin di dalam negara.

Sepatutnya dengan jumlah warga kerja asing yang begitu besar yang berada di dalam negara, kerajaan seharusnya bertindak bijak dalam menentukan tindakan seterusnya, bukan menambah lagi jumlah mereka di dalam negara.

Dengan menambah jumlah yang ada, kerajaan seolah-olah tidak peka dengan permasalahan didalam negara sekarang seperti pemberhentian kerja, penutupan operasi syarikat dan kesukaran mendapat pekerjaan di kalangan anak tempatan yang sudah cukup memeritkan apatah lagi terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mencari sesuap nasi di negara sendiri. - HARAKAHDAILY 18/2/2016

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 18-2-2016




























Faiz Subri: Roberto Carlos Malaysia





























HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkagumi keupayaan sepakan percuma Mohd Faiz Subri secara "knuckleball" yang sinonim dengan Lagenda Bolasepak Brazil, Roberto Carlos.

Sepakan Faiz malam tadi menjadi tumpuan dunia apabila skil sepakan sebegini jarang lagi dapat disaksikan selepas Roberto Carlos tidak lagi aktif dalam bola sepak kompetitif.

Diharapkan Faiz Subri dapat meneruskan kecemerlangan ini dan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan mengambil sepakan percuma secara "knuckleball" ini.

DPPM juga mengharapkan peningkatan bagi mutu bolasepak Malaysia melalui Liga Malaysia yang baru bermula bagi tahun 2016 ini.
Juga buat penonton dan peminat bolasepak tempatan, diharapkan supaya penonton menunjukkan akhlak yang baik kerana penonton merupakan pemain ke 12 bagi setiap pasukan yang bertanding.

DPPM merakamkan rasa kekesalan di atas insiden baling objek keras oleh penonton di Stadium Ipoh semasa perlawanan di antara Selangor dan Perak malam tadi.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam Liga Malaysia kerana ia hanya memburukkan keadaan dan tidak mencerminkan semangat kesukanan di kalangan peminat bola sepak tempatan.

“Beristiqamah Sehingga Kemenangan”

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Sukan - HARAKAHDAILY 17/2/2016

Sumber HD - 17-2-2016

Moto3 GP: Kejayaan Adam Norrodin inspirasi anak muda

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelumba Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin yang berjaya melangkah ke perlumbaan motosikal Moto3 GP Kejuaraan Dunia tahun ini.

Kejayaan pelumba berumur 17 tahun yang berjaya memikat Pegurus Pasukan Johan Stigefelt, pada siri ujian menggunakan motosikal Honda NSF250RW di Circuit de la Comunitat Valenciana Ricardo Tormo ini begitu membanggakan rakyat Malaysia khususnya anak muda di negara ini.

Adam adalah merupakan pelumba negara yang seterusnya dapat menyertai kejohanan Motosikal Dunia (Moto GP) bagi kelas Moto3 selepas Zulfahmi Khairuddin yang telah bersama dalam kejohanan motosikal bagi kelas yang sama sebelum ini.

Pelumba yang disifatkan sebagai mempunyai sikap profesional dan keupayaan untuk menguasai persekitaran perlumbaan pada usia yang begitu muda ini, diharapkan dapat memberikan saingan kepada pelumba-pelumba berkelas dunia dalam kategori Moto3 pada kejohanan yang dijangka akan bermula pada 20 Mac 2016 nanti.

DPPM mendoakan kejayaan kepada Adam dan Pasukan Drive M7 SIC Racing Team yang bakal membawakan cabaran negara untuk menaiki podium pada perlumbaan Moto3 GP Dunia yang akan berlangsung nanti.

DPPM berasa begitu positif dengan perkembangan ini dan mengharapkan kejayaan ini memberikan inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk terus memajukan diri dalam bidang masing-masing untuk bersaing dengan antara yang terhebat di dunia. - HARAKAHDAILY 16/2/2016

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia / Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan.

Sumber HD - 16-2-2016

































1.5 juta Bangla: Agensi boleh untung cecah RM3 bilion































SALMIYAH HARUN | .


BANGI: Kerajaan dilihat bagitu mudah membuat justifikasi bahawa belia negara ini tidak mampu bekerja di sektor 3D iaitu 'dirty, difficult and dangerous' hakikatnya di dalam konteks semasa ia mungkin tidak menjadi masalah kerana tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pengarah Strategik Pemuda PAS, Syahir Sulaiman berkata, anak muda pada hari ini tidak boleh lagi memilih sama ada berhadapan dengan tidak ada pekerjaan atau buat apa sahaja kerja yang ada.

"Jika perlu buat kerja pembinaan, kena buat kerja pembinaan. Kalau perlu jadi pencuci atau pelayan kenalah buat juga. Menteri pun ada menyebut kena buat dua kerja," katanya kepada Harakahdaily.

Jelas Syahir, anak muda yang mendapat kelulusan yang rendah terpaksa perlu membuat kerja-kerja di sektor 3D ini,  tetapi agak malang bagi mereka jika peluang ini diambil pekerja asing.

Misalnya, belia yang baru tamat pengajian sudah tentu akan bekerja di sektor ini bagi menampung perbelanjaan mereka sebelum mendapat pekerjaan tetap.

"Di dalam segmen kedai-kedai makan sepatutnya tidak boleh diberi kepada pekerja asing biar anak tempatan yang jadi tukang masak. Sekarang ini kedai-kedai makan kebanyakkannya warga Bangladesh atau Indonesia atau Kemboja.

"Sepatutnya peluang-peluang ini diberi kepada anak tempatan dengan cara kita kurangkan kebergantungan kepada buruh asing ini," katanya ketika ditemui dalam Program Sembang Teh Tarik bersama anak muda di Bangi semalam.

Jelas beliau, kajian ada menyebut buruh asing yang terlalu lama sangat bekerja di Malaysia ini tidak lagi menjadi buruh tetapi dinaikkan pangkat kepada supervisor.

"Bermakna mereka sudah masuk ke kumpulan pertengahan, jadi supervisor untuk kilang, supervisor pembinaan, perladangan, keadaan ini menafikan peluang anak muda tempatan bukan sekadar buruh kasar tetapi supervisor.

Kesan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini katanya akan merencatkan usaha kebergantungan Malaysia kepada pelabur asing.

"Oleh sebab kita terlalu bergantung kepada pelabur asing maka industri kita tidak meningkat, kita masih lagi berada di takuk lama dan tidak boleh naik ke tahap teknologi lebih tinggi

"Peluang pekerjaan kepada belia tempatan akan berkurangan yang mana mereka bergantung kepada tahap pendidikan. Jika ada mereka yang diberi peluang akan memilih kerja-kerja buruh kasar ini bagi menyara kehidupan kerana kos sara hidup yang tinggi," jelasnya.

Di sebalik kemasukan pekerja Bangladesh ini, beliau tidak menolak mereka yang ada hubungan dengan Kementerian Dalam Negeri akan mendapat manfaatnya iaitu agensi kerajaan yang mengawal permit, urusan pendaftaran 'online' dan juga pemeriksaan kesihatan.

"Kalaulah secara kasar 1.5 juta pekerja dengan keuntungan RM2,000 ke RM3,000 seorang, nilai keuntungan kemasukan sudah mencecah RM2 ke RM3 bilion. Dan ini mungkin akan dinikmati oleh agensi-agensi yang membawa masuk mereka ini. Siapakah mereka ini dan apakah hubungan mereka dengan pihak kementerian. Hanya KDN sahaha yang tahu," soal beliau. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD -16-2-2016

P'raya Sarawak: Pemuda PAS setuju hantar nama

SUFI NAZ | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan persetujuan menghantar beberapa nama daripada kalangan Pemuda PAS sebagai calon Pilihan raya  Negeri Sarawak selepas satu mesyuarat bulanan dewan itu di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menyenaraikan nama anak jati Sarawak adalah dalam kalangan individu yang berwibawa, kompeten dan berharap nama-nama tersebut akan diterima.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Timbalan dan Naib Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin.

Dalam sidang media itu Nik Abduh turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Dr Haron Din atas pelantikan sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI). - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Sumber HD - 14-2-2016
































































Lebih baik anak kecil menyusu berbanding...

AHMAD FADHLI SHAARI | .


LEBIH BAIK ANAK KECIL YANG MENYUSU BERBANDING ORANG TUA DERHAKA

SAYA dikatakan anak kecil yang masih menyusu. Marah benar orang yang menyerang saya itu sehingga kenyataan ditulis tidak kurang dua jam daripada kenyataan ringkas saya disiarkan oleh portal berita online.

Padahal saya hanya memberikan respon ringkas hasil kenyataannya yang terdahulu. Tanpa saya menulis apa-apa kenyataan sebagaimana biasa. Saya bukanlah mempunyai banyak masa terluang seperti beliau untuk menulis berjela-jela semata-mata inginkan perhatian.

Saya hanya minta beliau mengundurkan diri dari jawatan yang disandang. Baru selesa berforum di pentas berwarna apa sekalipun. Undur dari jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan yang Mesyuarat Badan Perhubungan tidak pernah beliau hadiri.

Undur daripada jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang beliau dipilih di atas tiket parti yang beliau sedang menyerangnya setiap hari. Itu sahaja. Undur dari kedua-dua posisi ini, lalu berpencak silatlah di atas pentas mana sekalipun, silakanlah. Sudah tentu bukan sebarang pentas bakal disediakan untuk seorang bekas ‘bakal Timbalan Perdana Menteri’.

Saya ditanya, jika saya berani kenapa tidak hadir mewakili Kerajaan Negeri di dalam forum berkenaan. Pelik, pertama saya tidak diundang. Kedua, jika saya diundang sekalipun, bukankah saya ada korum lain yang lebih sesuai untuk mendengar luahan hati beliau?

Bukankah ada Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan untuk beliau hadir melontarkan pandangan? Kenapa begitu susah hadir mesyuarat menyatakan pandangan walhal mengembara jauh serata dunia kelihatan amat senang untuk dilakukan?

Saya dikatakan tidak faham isu. Ya, bagaimana ingin faham jika tidak diberi faham. Berilah kefahaman itu di pentas yang sesuai dengan jawatan yang disandang. Jika benar ingin bersuara di luar, nah jalan terbuka luas terbentang. Pintu keluar tidak pernah dikunci.

Adapun sehari dua ini, saya dikaitkan dengan tohmahan salah guna kemudahan kenderaan kerajaan negeri. Saya berterima kasih kepada pihak yang telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Justeru, tidak perlu saya menghurai panjang, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa.

Kenyataan saya tempoh hari sangatlah ringkas, namun saya dikatakan anak kecil yang masih menyusu. Boleh sahaja saya mencari bidalan lain untuk menyerang balas, tetapi tiadalah berfaedah sangat melayan orang yang kecewa.

Banyak cerita boleh ditulis, namun biarlah Allah SWT memutuskan yang terbaik. Adalah lebih baik menjadi anak yang menyusu berbanding menjadi orang tua yang derhaka kepada nenek moyang.

Derhaka pula kerana gagal mendapatkan harta pusaka.

Tahun lepas, saya pernah menulis berhubung ‘anak derhaka’. Carilah dalam timbunan dunia internet ini dan anda pasti menjumpainya. Di hati kecil saya, saya mendoakan kebaikan kepada semua yang pernah bekerja mempertahankan kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990. Di dunia mungkin kita berselisih bahu, biarlah di syurga kita berjumpa di bawah naungan-Nya.

Cuma pesan saya kepada anak-anak muda yang cintakan perjuangan Islam dan kerajaan Kelantan. Mempertahankan kerajaan ini ada harganya. Tiangnya tinggi, badainya kuat. Semakin tinggi kita menaikkan benderanya, semakin kuat badai datang bertiup.

Kehidupan peribadi, kerjaya, keluarga, pengajian bahkan apa jua yang berkaitan akan menjadi taruhan. Saya katakan, jangan setapakpun kita undur. Jika ada yang bertanya, sampai bila? Saya katakan, sehingga nyawa anda berpisah dari jasad!

Dugaan besar yang anda terima, doakanlah besar juga ganjaran yang menanti. Syaratnya, ikhlas. – HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016

ARC: Satu kaedah PAS mendekati masyarakat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Alternative Riding Club (ARC) ialah kelab motor yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Unit Penerangan dan Media ARC Malaysia, ia adalah salah satu kaedah PAS dalam mendekati dan mentarbiyah masyarakat sesuai dengan minat mereka.

Islam tidak menghalang umatnya untuk membuat perkara kesukaan dan hobi selagi mana tidak bercanggah dengan larangan Allah.

Moto kelab ialah, "We riding for charity". Pelancaran peringkat pusat bagi kelab ini telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 31 Ogos 2007 di Kuala Terengganu.

Presiden kelab ARC yang pertama ialah Saudara Yasir Said, bekas juara “Malboro Castrol Malaysian Cub Prix Championship ’95 dan Yamaha-Shell Cub Prix ’96. - HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016



Tun M, Bukankah Segala Yang Patuh Syariah Itu Indah?

Posted on Sunday, January 31 @ 18:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kewujudan syarikat penerbangan dalam sistem pengangkutan menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan terutamanya dalam mendepani dunia tanpa sempadan dengan tuntutan masa yang semakin padat. Kehadiran syarikat penerbangan Rayani Air dengan pakej penerbangan patuh syariah pertama dalam pentas penerbangan di Malaysia telah menarik minat pelanggan muslim dan bukan muslim yang ingin turut mencuba.

Saya menilai kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dengan beberapa pandang sudut. Mungkin ada kebenarannya terdapat individu yang menggunakan nama Islam bagi mempromosikan barangan dan jualan mereka. Namun begitu, bukan bermakna semua yang berorentasikan Islam atau patuh syariah boleh dituduh sebagai mempergunakan agama.



Tun Dr. Mahathir menyatakan pemilik Rayani Air cuba menggunakan nama Islam bagi mengaut keuntungan. Persoalannya apakah ada syarikat penerbangan di Malaysia yang mematuhi panduan syariah sebelum ini? Walaupun pemilik Rayani Air bukan beragama Islam, namun kecenderungan pada pengamalan Islam itu harus dipuji.



Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menyatakan mengapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain. Isunya bukan menunjukkan siapa lebih Islam tetapi bagaimana kita menjadikan sistem Islam sebagai cara hidup dan membuktikan bahawa Islam adalah penyelesai terhadap segala permasalahan yang berlaku di dunia ini.



Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari menyatakan Rayani Air mewajibkan anak kapal yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat malahan polisi 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan yang halal serta pengamalan membaca doa naik pesawat pastinya akan menghadirkan keberkatan dalam penerbangan tersebut.



Tun Mahathir seharusnya melihat sudut pandang yang positif tentang penerbangan patuh syariah yang dibawa oleh Rayani Air. Keindahan Islam dapat dilihat apabila segalanya berpandukan syariah Islam. Arak merupakan ibu kepada maksiat, aurat pula merupakan maruah bagi seorang muslimah manakala doa pula merupakan ikatan kehambaan dengan Tuhan yang maha mencipta. 



Perkembangan teknologi dan pembangunan tidak cukup dengan material, ianya harus seiring dengan pembangunan rohani dan emosi.



Isu pramugari Islam tidak dibenarkan menutup aurat dan terpaksa menghidangkan arak bukanlah isu yang baru dan ia juga bukan isu yang remeh, namun begitu isu ini masih tidak diselesaikan dengan baik.



Usaha Kerajaan memperkenalkan Model Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan tahun lalu seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh di setiap sektor perindustrian terutamanya dalam perkhidmatan penerbangan ini. Seandainya dilaksanakan dengan baik, tidak timbul isu siapa lebih Islam dan menjual agama demi kepentingan peribadi malahan dengan perlaksanaan berpandukan syariah ia dapat membentuk negara yang berintegriti dan dirahmati.



USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia
(Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak)



Sumber TKO - 31-1-2016

TPPA Ancam Ekonomi Bumiputera

Posted on Saturday, January 30 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



1.         DPPM agak kabur bagaimana keadaan hala tuju ekonomi kumpulan bumiputera jika kerajaan bersetuju dengan TPPA. Tiada satu pun syor, kajian, dasar mahu pun pembentangan kertas putih oleh kerajaan tentang bagaimana survival ekonomi bumiputera yang dikala ini suram dan tidak memberangsangkan untuk mengharungi TPPA apabila dipersetujui. Lebih menggusarkan lagi ialah bagaimana survival tersebut selepas TPPA dilaksanakan sepenuhnya dua tahun kemudian.



2.         Sejak di lancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan sosio ekonomi antara kaum di dalam negara terutamanya untuk membantu kumpulan bumiputera, sasaran 30% pegangan ekuiti bumiputera menjelang tahun 1990 gagal dicapai. Hanya 19.3% sahaja pegangan ekuiti bumiputera pada tahun 1990, jauh tersasar dari sasaran asal. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menetapkan dasar, hala tuju serta polisi ekonomi yang jitu untuk kumpulan bumiputera ketika itu.

3.         Angka terbaru menunjukkan pada tahun 2011, kumpulan bumiputera memiliki ekuiti sebanyak 23.5%, masih jauh lagi ketinggalan dari sasaran yang ditetapkan pada tahun 1990 sebanyak 30%. Persoalan yang timbul ialah bagaimana survival yang sedikit tersebut dapat bertahan dan maju ketika TPPA dilaksanakan sedangkan didalam persaingan ekonomi yang ada didalam negara sekarang pun kumpulan bumiputera masih lagi ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

4.         TPPA secara umumnya bererti membuka pasaran secara meluas kepada negara-negara anggota terutamanya Amerika Syarikat yang di ketahui mempunyai pelbagai konglomerat besar dunia didalam pelbagai bidang. Dengan kapasiti industri kumpulan bumiputera yang ada sekarang, kekhuatiran kemampuan mereka untuk bersaing secara sihat dengan konglomerat multinational yang besar menjadi tanda tanya sedangkan di dalam negara sendiri sekarang keupayaan industri kumpulan bumiputera dan survival ekonominya jauh ketinggalan dari segenap aspek berbanding kaum-kaum lain.

5.         Secara relatifnya industri kumpulan bumiputera kebanyakkannya terdiri daripada Industri Kecil Sederhana (IKS) dan Industri Desa. Daripada 800,000 yang dikategorikan sebagai IKS, hanya 200,000 terdiri daripada kumpulan bumiputera termasuk dari Sarawak dan Sabah. Daripada jumlah tersebut, 88% dikategorikan sebagai syarikat kecil dan mikro dengan anggaran pendapatan tahunan sebanyak RM 250,000 kebawah dan mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja. Dengan majoriti industri kumpulan bumiputera di tahap sebegitu, keupayaan mereka untuk bersaing ditahap yang tinggi dan kompetitif sangat diragui dan boleh dikategorikan sebagai tidak bersedia untuk mengharungi persaingan global seperti TPPA apabila dilaksanakan kelak.

6.         DPPM berpendapat dengan suasana ekonomi yang tidak kondusif serta tidak menentu sekarang, kumpulan industri bumiputera lebih dilihat tidak bersedia dan mampu untuk mengharungi keadaan dimana TPPA dilaksanakan sepenuhnya kelak. Kerajaan juga dilihat lebih kepada menerima TPPA daripada menyediakan industri-industri kumpulan bumiputera itu sendiri supaya mampu bersaing di arena global. Sepatutnya kerajaan perlu memastikan keadaan industri kumpulan bumiputera benar-benar mampu bersaing serta berdaya maju sebelum menerima mana-mana perjanjian seperti TPPA.

7.         Seharusnya Kerajaan memperkemaskan lagi industri kumpulan bumiputera dalam segenap aspek sebelum membuka pasaran secara meluas. DPPM merasakan bahawa dengan tiada persiapan yang rapi, kemas serta tersusun tambahan pula jika kerajaan bersetuju dan menandatangani TPPA, tempoh dua tahun yang diberikan sebelum perlaksaan penuh TPPA dirasakan terlalu pendek sedangkan DEB yang dirancang untuk tempoh 20 tahun menemui kegagalan serta tidak mampu mencapai sasaran walaupun selepas lebih 10 tahun tamat tempoh perlaksaan DEB.

8.         DPPM tidak mahu kegagalan dahulu berulang kembali didalam bentuk yang baru malah lebih buruk ianya didalam konteks yang besar iaitu kegagalan kerajaan mengurus serta menentukan dasar dan polisi ekonomi negara. Membuka pasaran seluas-luasnya tanpa persediaan yang secukupnya dikhuatiri akan membawa kegagalan yang mana impaknya akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan atau dibangunkan semula serta meletakkan Malaysia terkebelakang berbanding negara-negara membangun yang lain.

Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan”

MUHAMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).




Sumber TKO - 30-1-2016



Nik Abduh isytihar ‘perang’, GST tetap salah

Posted on Thursday, January 28 @ 22:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: PAS membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkat serta menguntungkan rakyat.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai alasan untuk membolehkan kezaliman.

“Kalau dia (Najib) kata isu GST ini berkat maknanya harga minyak kita jatuh itu berkatlah (merujuk kepada kejatuhan ekonomi negara).


“Bagaimana Perdana Menteri nak kata benda ini (GST) berkat sedangkan dari sudut agama jelas bahawa mengambil cukai daripada orang miskin adalah salah,” katanya, semasa sesi soal jawab di majlis Hi-tea rakan media anjuran Dewan Pemuda PAS di restoran Puteri di Damansara.

Lantaran itu, Nik Abduh berkata PAS akan memastikan BN tewas pada pilihan raya akan datang.

“Kita (PAS) tetap tolak GST, kita akan pastikan rakyat akan menolak BN kerana GST,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri berkata, berkat pelaksanaan GST kerajaan masih mampu menyediakan biasiswa untuk siswa dan kakitangan awam mempunyai kerja di kala kemelut ekonomi yang melanda. - FMT

Sumber TKO - 28-1-2016



Nik Abduh minta maaf, mohon berkawan dengan media

Posted on Thursday, January 28 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz membuat permohonan maaf kepada pihak media susulan tindakannya sebelum ini yang sering kali menjauhkan diri dari menjawab soalan berhubung isu semasa, terutamanya isu melibatkan parti itu.

Katanya sempena majlis Hi-tea rakan media anjuran Dewan Pemuda PAS yang diadakan hari ini, beliau mewakili seluruh Pemuda PAS menyuarakan keinginnya mereka untuk “berkawan dengan semua media di negara ini”.

“Saya harap hubungan kita terus berpanjangan, saya sebagai Ketua Pemuda kalau tuan-tuan ingat dulu saya memperkenalkan diri saya sebagai seorang lelaki yang pemalu.

“Saya minta maaf, mungkin pihak media rasa saya agak payah nak dihubungi, kecuali saya diperangkap dan biasa ramai yang perangkap saya di pintu Parlimen memang saya tidak boleh lari, tapi kalau isu besar sangat saya akan lari ikut belakanglah,”katanya berseloroh, dalam sesi soal jawab bersama media di majlis tersebut yang dihadiri lebih 20 agensi media di Restoran Puteri, Damansara.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan tindakannya mengelak daripada menjawab pertanyaan daripada media itu kerana beliau tidak mempunyai makklumat mendalam tentang isu yang ditanyakan.

“Kerana payah untuk jawab dan memerlukan orang yang layak kerana situasi politik hari ini yang agak berkecamuk saya kena memilih untuk tidak menjawab untuk mengelak panas yang tidak perlu dalam dunia politik,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akan menjawab pertanyaan wartawan menerusi panggilan telefon, Nik Abduh hanya tersenyum sambil berkata akan menjawab setahun sekali, dalam dana gurau.


Nik Abduh sebelum ini hanya menjawab sesuatu isu menerusi kenyataan dari Dewan Pemuda PAS atau melalui Facebook. - FMT

Sumber TKO - 28-1-2016












































































Bantah pelaksanaan semula AES, gesa batal saman

HARAKAHDAILY | .


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya minggu lalu mengesahkan cadangan penguatkuasaan semula Automated Enforcement System (AES) akan dibawa kepada Kabinet dan akan dilaksanakan jika dipersetujui serta tidak menolak kemungkinan 1.9 juta saman yang dikeluarkan menerusi sistem ini mesti dibayar oleh pemandu terbabit.

Berhubung isu ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan bahawa pelaksanaan semula sistem ini adalah sangat tidak wajar setelah Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah AES ini untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan bantahan awam pada Disember 2012.

Sistem yang mempunyai banyak kelemahan pada aspek pelaksanaan dan perundangan ini serta hanya akan memberikan tekanan kewangan kepada pasalah trafik juga bukanlah penyelesaian terbaik dan jangka panjang untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Sekalipun sehingga ke masa ini masih terdapat 14 kamera AES yang beroperasi, dilaporkan sebanyak 489,606 kes kemalangan pada 2015 berbanding 476,196 pada 2014; iaitu peningkatan sebanyak 13,410 kes.

Data ini sekaligus menafikan kenyataan bahawa AES berjaya mengurangkan kes kemalangan.

DPPM juga merasa amat curiga apabila sistem ini mahu dilaksanakan semula selepas ia ditangguhkan lebih tiga tahun lalu.

Dalam keadaan hasil pendapatan negara merosot dan ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, pelaksanaan sistem ini dan pungutan 1.9 juta saman dilihat bertujuan sebagai laluan alternatif kepada Kerajaan untuk menambah hasil pendapatan negara secara segera.

Oleh itu, DPPM menggesa pihak Kementerian agar membatalkan cadangan ini serta melakukan kajian mendalam dan semakan dahulu kepada Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa cadangan mengenai pelaksanaan semula sistem ini dibuat.

DPPM juga mendesak Kerajaan agar membatalkan kesemua 1.9 juta saman yang telah dikeluarkan sebelum ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016

Pemuda PAS ucap takziah, pelajar terkorban di Jordan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga para pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas mengalami kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq, Jordan pada pagi semalam (waktu Jordan).

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pemuda PAS berdoa semoga kesemua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi saat getir dan menerima ketentuan Ilahi ini dengan redha dan penuh sabar.

"Semoga Allah SWT memberkati kehidupan mereka dan meletakkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa insya Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.

Menurut laporan rasmi daripada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ), tiga identiti pelajar berkenaan adalah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al-Najiatun Nailah Mohd Safie.

Manakala, dua lagi pelajar yang terselamat adalah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah, masing-masing cedera di kaki, tangan dan muka. - HARAKAHDAILY 24/1/2016

Sumber HD - 24-1-2016















































































Tarik balik novel Pantai Kasih, tuntut minta maaf

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan kekesalan dan kekecewaan dengan pemilihan novel Pantai Kasih sebagai teks sastera pelajar tingkatan empat.

Pemilihan novel ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pelbagai pihak terutamanya ibu bapa yang semakin risau dengan kualiti pendidikan anak-anak mereka.

Tambahan pula, penonjolan lucah dan materialism yang akan merosakkan minda para pelajar.

Malah, pemilihan novel ini oleh pihak panel pemilih dan Pusat Perkembangan Kurikulum telah melihatkan satu pencabulan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta rakyat yang berakhlak mulia. Ternyata pemilihan novel ini bukan satu yang bijak.

DPPM dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan untuk mengadakan pertemuan dengan panel pemilihan novel dan juga akan mengadakan mesyuarat pengurusan tertinggi untuk memutuskan keputusan berkaitan isu tersebut.

Oleh itu, DPPM menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk segera memohon maaf dan memutuskan menarik balik novel tersebut dan menggantikan dengan novel yang lebih bermoral dan mempunyai nilai yang lebih baik untuk dicontohi.

DPPM mengharapkan pendidikan negara kita perlu diberikan penekanan dan penelitian semaksima mungkin bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi.

Akhirnya DPPM, mengucapkan tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang semakin peka terhadap kualiti pendidikan negara kita.

HISHAMMUDIN MUSTAPHA
Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar DPPM - HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-1-2016

K'jaan tak cukup pendapatan, rakyat tak cukup belanja

HARAKAHDAILY | .


Kedudukan harga minyak dunia yang rendah ketika ini ditambah pula keadaan ekonomi global yang perlahan telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan semula terhadap Bajet 2016.

Bajet 2016 telah dirangka berdasarkan harga minyak dunia pada USD48 bilion per barrel dan jumlah itu semakin rendah dan jangkaannya akan semakin merosot bagi tahun ini.

Namun, penstrukturan semula bajet negara perlu mengambil kira beberapa aspek penting dan tidak boleh sewenang-wenangnya menambah beban baru terhadap rakyat.

Malah, aspek penstrukturan pula perlu memberi penekanan terhadap menyelesaikan kos sara hidup rakyat yang semakin membengkak.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjangkakan perbelanjaan operasi akan dinilai semula seperti mana yang telah dilakukan pada penstrukturan bajet tahun lalu. Malah, tidak mustahil program PLKN 2.0 perlu ditangguhkan disebabkan penjimatan perbelanjaan negara.

DPPM juga menolak sekiranya kerajaan berpendapat untuk memotong subsidi gas petroleum cecair (LPG) disebabkan isu kerugian sehingga RM800 juta subsidi berkenaan atas faktor penyelewengan yang telah dilaporkan media massa awal Januari yang lalu. Ia bukanlah utama penyelesaian terhadap masalah penyelewengan yang berlaku.

Di dalam menghadapi dua aspek besar ini iaitu penstrukturan semula bajet dan menangani masalah kos sara hidup, DPPM menyarankan kerajaan agar melihat pada unit ekonomi yang lebih kecil iaitu ekonomi kekeluargaan.

Ini kerana jika ekonomi kekeluargaan itu dicukupkan, ia akan mengembalikan kuasa membeli dalam kalangan rakyat dan secara tidak langsung masalah ekonomi negara dapat beransur pulih dan stabil.

Penstrukturan semula bajet ini perlu dilakukan serampang dua mata. Ia tidak boleh hanya menyelesaikan masalah negara yang mengalami kekurangan pendapatan, malah dalam masa yang sama, ia juga perlu menyelesaikan masalah rakyat yang semakin tidak cukup wang untuk berbelanja.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas
16 Januari 2016 | 6 Rabi’ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 16/1/2016

Sumber HD - 16-1-2016










































Wajar batal tambak laut, cari alternatif lain biayai PIP

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti penambakan laut untuk membiayai kos projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (P.I.P) negeri yang berjumlah RM27 bilion.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa projek penambakan laut sekarang dan projek yang telah diluluskan di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang akan diteruskan semata-mata untuk menjana pendapatan atau sumber kewangan bagi menampung kos pembiayaan P.I.P. yang memerlukan perbelanjaan yang besar tanpa mahu mencari sumber pendapatan alternatif yang lain.

DPPM berpendapat Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya mencari kaedah alternatif bagi menambah pendapatan untuk menampung kos projek P.I.P. tersebut.

Apa yang dikhuatiri ialah kesan penambakan laut itu akan mendatangkan mudarat atau wujud kesan sampingan seperti ketidakseimbangan ekosistem yang akan mengakibatkan kemusnahan habitat hidupan laut justeru bakal menjejaskan pendapatan nelayan pesisir pantai.

Tindakan para nelayan mendesak agar projek tersebut dibatalkan adalah amat wajar sekali.

DPPM berpendapat sepatutnya kerajaan negeri memajukan kawasan-kawasan seperti di Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan seperti Pantai Acheh, Balik Pulau, Teluk Bahang, Kota Kuala Muda, Penanti dan Bukit Mertajam yang dilihat agak ketinggalan dari segi pembangunan serta sosio-ekonomi berbanding timur laut Pulau Pinang dan Seberang Perai Tengah seperti Georgetown, Bayan Lepas dan Seberang Jaya.

Dengan memajukan kawasan-kawasan tersebut berserta dengan pelan pembangunan yang terancang dan berdaya maju dari segi ekonomi dan sosial, kerajaan negeri sebenarnya boleh menjana pendapatan untuk menampung kos P.I.P. tanpa perlu menambak laut demi memelihara alam sekitar serta mengekalkan ekosistem hidupan laut dan nelayan pula dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa dengan pendapatan yang tidak terjejas.

DPPM juga khuatir terhadap projek-projek pembangunan selepas siap projek penambakan laut seperti projek Bayan Mutiara yang mana nilai setiap unit kediaman tersebut pasti tidak mampu ditanggung oleh rakyat biasa.

Sepatutnya keutamaan harus diberikan kepada projek-projek perumahan mampu milik kerana ia adalah keperluan kebanyakkan rakyat pada masa ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang wajar menilai semula polisi pembangunan mereka agar tidak wujud pembangunan tidak seimbang diantara bandar dan luar bandar serta menjadikan keperluan rakyat sebagai keutamaan seperti menyediakan rumah mampu milik disaat harga rumah melambung tinggi dan kos sara hidup yang meningkat.

Pembangunan yang seimbang adalah sangat penting bagi memastikan tiada rakyat ketinggalan dan tenggelam dalam arus pemodenan dan pembangunan yang pesat.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua DPPM
16 Januari 2016 | 6 Rabi’ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 16/1/2016

Sumber HD - 16-1-2016
























































































SRITI: Langkah seterusnya pendidikan dari Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) adalah langkah seterusnya dalam dunia pendidikan daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Ketua DPPM, Nik Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, SRITI di bawah Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah DPPM adalah kelangsungan kejayaan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dalam pendidikan anak bangsa.

"Bermula 2016 dengan 11 buah sekolah memulakan pengajian dan beberapa lagi yang menggunakan silibus yang sama, mari berdoa kepada Allah agar SRITI terus melebar ke seluruh negara pada tahun-tahun mendatang," ujarnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, silibus pendidikan dibina dan diperbaiki sejak beberapa tahun oleh pakar-pakar pendidikan yang sebahagian mereka adalah barisan penggubal sistem pendidikan Pasti.

"Kami yakin SRITI akan maju dengan cepat dengan izin Allah. Doakan kejayaan kami," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi.

Ini, jelas beliau sebahagian usaha PAS dalam memajukan pendidikan Islan untuk anak bangsa tercinta.

'Maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal.' - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016












































Tun M, bukankah patuh syariah itu indah?

HAFEZ SABRI | .


KEWUJUDAN syarikat penerbangan dalam sistem pengangkutan menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan terutamanya dalam mendepani dunia tanpa sempadan dengan tuntutan masa yang semakin padat.

Kehadiran syarikat penerbangan Rayani Air dengan pakej penerbangan patuh syariah pertama dalam pentas penerbangan di Malaysia telah menarik minat pelanggan muslim dan bukan muslim yang ingin turut mencuba.

Saya menilai kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan beberapa pandang sudut. Mungkin ada kebenarannya terdapat individu yang menggunakan nama Islam bagi mempromosikan barangan dan jualan mereka. Namun begitu, bukan bermakna semua yang berorentasikan Islam atau patuh syariah boleh dituduh sebagai mempergunakan agama.

Tun Dr Mahathir menyatakan pemilik Rayani Air cuba menggunakan nama Islam bagi mengaut keuntungan. Persoalannya apakah ada syarikat penerbangan di Malaysia yang mematuhi panduan syariah sebelum ini? Walaupun pemilik Rayani Air bukan beragama Islam, namun kecenderungan pada pengamalan Islam itu harus dipuji.

Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menyatakan mengapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain. Isunya bukan menunjukkan siapa lebih Islam tetapi bagaimana kita menjadikan sistem Islam sebagai cara hidup dan membuktikan bahawa Islam adalah penyelesai terhadap segala permasalahan yang berlaku di dunia ini.

Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari menyatakan Rayani Air mewajibkan anak kapal yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat malahan polisi 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan yang halal serta pengamalan membaca doa naik pesawat pastinya akan menghadirkan keberkatan dalam penerbangan tersebut.

Tun Mahathir seharusnya melihat sudut pandang yang positif tentang penerbangan patuh syariah yang dibawa oleh Rayani Air. Keindahan Islam dapat dilihat apabila segalanya berpandukan syariah Islam.

Arak merupakan ibu kepada maksiat, aurat pula merupakan maruah bagi seorang muslimah manakala doa pula merupakan ikatan kehambaan dengan Tuhan yang maha mencipta. Perkembangan teknologi dan pembangunan tidak cukup dengan material, ia harus seiring dengan pembangunan rohani dan emosi.

Isu pramugari Islam tidak dibenarkan menutup aurat dan terpaksa menghidangkan arak bukanlah isu yang baru dan ia juga bukan isu yang remeh, namun begitu isu ini masih tidak diselesaikan dengan baik.

Usaha Kerajaan memperkenalkan Model Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan tahun lalu seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh di setiap sektor perindustrian terutamanya dalam perkhidmatan penerbangan ini.

Seandainya dilaksanakan dengan baik, tidak timbul isu siapa lebih Islam dan menjual agama demi kepentingan peribadi malahan dengan perlaksanaan berpandukan syariah ianya dapat membentuk Negara yang berintegriti dan dirahmati. – HARAKAHDAILY 6/1/2015

Penulis merupakan Ketua Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Sumber HD - 6-1-2016

Pemuda PAS terima kunjungan Jamiat-e-Talaba

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menerima kunjungan hormat dari delegasi Islami Jamiat-e-Talaba Pakistan.

Pertemuan mahabbah diadakan di Pejabat DPPM, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini.

Rombongan diketuai Faisal Javed  selaku Jurucakap Nasional merangkap Penolong Setiausaha Agung Pusat dan disertai Presiden Jamiat Daerah Punjab, Irfan Haider dan Presiden Jamiat Daerah Sindh, Salman Khalid.

Wakil DPPM yang hadir untuk meraikan tetamu dan bertukar-tukar pandangan ialah bendahari, Mukhtar Suhaili dan Penolong Setiausaha 1, Nurul Mohamed Yusoff. Turut bersama Ustaz Imran Al-Malizi.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah kerjasama dua hala, perkembangan gerakan Islam di negara masing-masing dan perancangan masa depan.

Islami Jamiat-e-Talaba Pakistan juga menjemput wakil Pemuda PAS Malaysia hadir ke Persidangan Antarabangsa Belia Muslim di Pakistan yang akan diadakan pada 2016. - HARAKAHDAILY 31/12/2015

Sumber HD - 31-12-2015




























































































Surat terbuka kepada TPM: Solusi (seng)sara hidup

SYAHIR SULAIMAN | .


Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan.” (Yusuf: 47)

Datuk Seri,

Malaysia berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar.

Pertumbuhan KDNK diunjur malar, ringgit hilang kadar, defisit kian melebar, inflasi terus menjalar, hutang kerajaan makin mengakar.

Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan cukai yang perlu dibayar dan harga semua barangan di pasar, menyebabkan tabungan semakin sukar,

Datuk Seri,

Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi cabaran ini, iaitu - cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan.

GST menjadi senjata utama kerajaan, atau dalam erti kata lain, poket rakyat yang menjadi sasaran. Bagi setiap perbelanjaan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin, sejumlah 6% daripada nilai setiap pembelian akan diserahkan kepada Putrajaya untuk dibelanjakan, dengan jumlah terkumpul mencecah RM30 bilion tahun ini, dan RM40 bilion pada tahun hadapan.

Rakyat perlu membayar lebih untuk makanan dan minuman. Subsidi gula telah dihapuskan sejak 2013, manakala subsidi beras, tepung, minyak masak dan tarif elektrik juga akan dikurangkan pada 2016, yang pastinya memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian golongan bawahan dan pertengahan.

Rakyat juga perlu membayar lebih untuk belanja pengangkutan. Subsidi bahan api dikurangkan sejak 2014 menyebabkan harga RON95 diapungkan setiap awal bulan, walaupun harga minyak dunia jatuh 60% sejak 2014. Kadar tol dinaikkan pada Oktober 2015 bagi mengelak kerajaan membayar dua bilion pampasan. Kenaikan tambang bas, LRT, ERL, keretapi dan bas sekolah sudah tidak dapat dielakkan. Semuanya menjadi punca inflasi tolakan-kos yang terus membebankan.

Datuk Seri,

Tindakan kerajaan yang memungut cukai berganda tetapi dikurangkan subsidi, umpama seorang bapa yang mendapat kenaikan gaji, namun dikurangkan pula duit saku kepada anak dan isteri.

Sewajarnya, dalam keadaan rakyat terpaksa berjimat, kerajaan perlu lebih berhemat.

Pertama, pastikan kerajaan tidak lagi memohon bajet tambahan, sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan.

Kedua, kerajaan perlu mengemukakan plan rasionalisasi gaji dan emolumen 1.5 juta penjawat awam, melalui inisiatif transformasi penjawat awam yang menekankan aspek kompetensi, prestasi, produktiviti dan inovasi. Dengan bajet RM70 bilion pada 2016 - tiga kali ganda lebih besar berbanding bajet subsidi RM26 bilion, banyak yang boleh dijimatkan. Selain dikaji saiz kabinet yang terlalu besar, setiap Menteri boleh menunjukkan teladan dengan pemotongan 20% gaji bulanan, serta dihapuskan ‘subsidi’ elaun tol, minyak, percutian, dan keraian, supaya kalian dapat merasai bebanan golongan bawahan.

Ketiga, rakyat tiada akses pada semua perjanjian penswastaan kerajaan, yang kami fikir wajar dikajisemula.

Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat keuntungan berganda, yang kami kira, wajar dirunding-semula. Rakyat tiada akses pada pembelian tenaga oleh TNB terhadap IPP yang mengaut untung berjuta, yang kami hitung wajar ditulis-semula. Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti Petronas, yang kami congak, wajar diagih rata. Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami anggar, wajar diberi secara telus dan terbuka.

Datuk Seri,

Inilah realiti yang menghimpit rakyat setiap hari, jauh dari kemewahan hidup para menteri dan isteri.

Besarlah harapan agar Malaysia dilimpahi ekonomi yang diberkati, dan politik yang mewujudkan harmoni, dalam keadaan tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi. – HARAKAHDAILY 30/12/2015

Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM

Sumber HD - 30-12-2015

Menteri patut kerja lebih masa agar rakyat terbela

HARAKAHDAILY | .


DPPM menyatakan rasa kesal dengan kenyataan-kenyataan ‘sambil lewa’ yang dikeluarkan pihak kerajaan sebagai sebahagian dari respons terhadap isu-isu penderitaan rakyat yang berbangkit sepanjang tahun ini termasuk terbaharu adalah kenyataan #2Kerja yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melalui laman media sosialnya.

DPPM melihat pandangan yang dikemukakan itu tidak sesuai untuk diutarakan bagi merujuk kepada kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat ketika ini. Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu ditangani jika kerajaan sendiri ‘bekerja lebih masa’ untuk mengurangkan bebannya kepada rakyat.

Asas permasalahannya adalah mengenai kenaikan gaji yang tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup hari ini dan polisi-polisi ‘separuh masak’ (half-baked policies) daripada kerajaan terutamanya mengenai perlaksanaan system cukai GST dan kenaikan-kenaikan kos tambang dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup secara keseluruhannya.

Di Sweden, langkah proaktif telah diambil dengan mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari. Selain memberi fokus yang lebih dalam menyiapkan tugasan kerja, waktu yang tersedia dapat diberikan kepada aktiviti sosial yang lain dan ini dapat memberikan satu gaya hidup yang lebih sihat kepada rakyat di sana.

Ironinya, ia tidak berlaku di Malaysia. Para pekerja terpaksa keluar pada awal pagi mengelakkan kesesakan kemudian balik pada lewat petang kerana jadual bekerja termasuk kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada waktu malam.
Adakah ini suatu yang rasional diutarakan oleh kerajaan walaupun hakikatnya inilah keperitan yang sedang dihadapi rakyat saban hari bagi mencari rezeki?

Lebih membimbangkan adalah kesan negatif terhadap sosio-ekonomi yang akan berlaku jika kedudukan ekonomi kekeluargaan ini tidak ditangani dengan baik seperti peningkatan kadar jenyah harta benda, kurangnya perhatian terhadap pendidikan dan kehidupan sosial anak-anak. Ini akan menjuruskan negara kepada masalah yang lebih besar iaitu masalah gejala sosial yang melibatkan aspek akhlak dan moral masyarakat.

DPPM ingin menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian yang mendalam terhadap masalah rakyat di samping membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin parah ketika ini. DPPM juga menyarankan kerajaan supaya terlebih dahulu melakukan #2Kerja iaitu melaksanakan tugas sebagai kerajaan dengan penuh amanah dan menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum memberi saranan tersebut #2Kerja kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 29/12/2015

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Ahli Parlimen Pasir Mas

Sumber HD - 29-12-2015


































































































Cadang 2 kerja, Ahmad Maslan tak perlu jadi menteri

HARAKAHDAILY |
.


Cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar golongan berpendapatan rendah menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang terus meningkat adalah merupakan satu cadangan yang naif dan dangkal.

Sewajarnya cadangan sebegini tidak datang dari seorang menteri yang mempunyai ruang bersuara di dalam kabinet dan berkuasa secara kolektif untuk menentukan dasar pentadbiran negara.

Ahmad Maslan tidak perlu untuk menjadi seorang menteri jika hanya mampu memberikan cadangan seperti ini.

Cadangan sebegini boleh lahir dari seorang penceramah motivasi yang hanya mampu memberikan suntikan semangat kepada masyarakat tanpa sebarang kuasa untuk menggubal dasar. Ia juga boleh lahir dari seorang pelakon lawak bagi menggembirakan seketika penonton-penonton yang sedang hiba akibat tekanan kehidupan.

Dalam dunia moden pada hari ini, sewajarnya kerajaan berfikir ke arah meringankan beban kerja. Antaranya ialah memberikan peluang lebih kepada rakyat untuk bersama dengan keluarga.

Justeru, memperkenalkan happiness index atau Indeks Kebahagiaan merupakan salah satu langkah untuk mengkaji dan memperkenalkan kaedah-kaedah bagi membantu rakyat mencapai kepuasan dan kebahagiaan di dalam hidup. Ia hanya diperkenalkan di negara ini beberapa tahun yang lepas.

Kelantan misalnya, apabila PAS mentadbir negeri ini pada tahun 1990, diperkenalkan cuti dua hari seminggu sebagai memberikan peluang kepada rakyat untuk bersama keluarga pada hari Sabtu selepas hari Jumaat diberikan jolokan sebagai hari ilmu.

Pada masa itu, kerajaan Pusat memperlekehkan langkah ini walaupun akhirnya mereka sendiri terpaksa tunduk kepada langkah pro aktif kerajaan Kelantan dengan memperkenalkan cuti dua hari seminggu. Ia secara tidak langsung memberikan ruang yang lebih kepada rakyat di hujung minggu bagi merancang aktiviti berkeluarga.

Mencadangkan rakyat menambahkan pendapatan dengan bekerja sampingan ialah satu cadangan yang sangat kontra dengan hasrat untuk mewujudkan komuniti rakyat yang bebas dari tekanan kerja. Ia bukanlah bermaksud mendidik rakyat menjadi pemalas untuk bekerja tetapi sekurang-kurangnya tidak berusaha ke arah meningkat beban rakyat yang sudah cukup terbeban.

Ahmad Maslan perlulah tahu bahawa tekanan kerja yang berterusan yang dialami oleh seseorang itu boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada individu yang terlibat.

Tekanan kerja boleh hadir samada melalui simptom ke atas fisiologikal, psikologikal dan tingkah laku. Lalu apa gunanya sebuah masyarakat sekiranya ia dipenuhi dengan individu yang cara fikirnya setiap hari hanyalah untuk mencari duit bagi menampung kos kenaikan harga barangan yang meningkat.

Hakikatnya, cadangan Ahmad Maslan ini secara tidak langsung mengakui bahawa kos sara hidup rakyat semakin meningkat. Kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang berfikir bagaiama mengurangkan beban rakyat bukannya kerajaan yang berfikir bagaimana memeras hidup rakyat.

Inilah dugaan yang besar untuk rakyat Malaysia. Sudahlah poket hampir kosong saban waktu dengan pentadbiran pincang kerajaan Barisan Nasional, lalu hadir pula menteri yang cara fikirnya sangat memalukan seperti ini. Atau anggap sahaja Ahmad Maslan juga merupakan salah seorang individu yang menghadapi tekanan kerja sehingga mengeluarkan cadangan yang pelik tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai timbalan menteri!

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 28/12/2015

Sumber HD - 28-12-2015






















































Pemuda PAS mahu Malaysia konsisten boikot Israel

HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Kerajaan Malaysia bersikap konsisten dalam memboikot Israel serta tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik, ekonomi, sosial dan sukan dengan negara haram Israel itu.

Selaras dengan pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1948 sehingga ke hari ini yang masih tidak mengiktiraf kedaulatan Israel, maka tiada seorang pun rakyat Israel boleh dibenarkan memasuki negara ini atas apa-apa tujuan sekalipun.

DPPM menganggap tindakan Kerajaan yang menolak visa dua peserta Israel dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Antarabangsa, Langkawi sebagai satu tindakan yang tepat memandangkan pada masa ini begitu banyak siri pembunuhan terbuka umat Islam Palestine dilakukan Israel.

Sebelum ini, PAS terlebih dahului mendepani cabaran kehadiran ahli sukan Israel di mana pada bulan April 1997, PAS bersama mahasiswa dan rakyat telah turun beramai-ramai ke jalan raya membantah kehadiran pasukan kriket Israel. Di ikuti dengan bantahan kedua pada Februari 2000 terhadap pasukan pingpong Israel.

PAS sangat konsisten dalam menyekat kehadiran Israel termasuk membawa isu-isu bantahan rakyat ke Parlimen terhadap hubungan dagang rahsia Malaysia-Israel yang disembunyikan oleh pihak kerajaan.

Rakyat Malaysia majoriti menolak sebarang ruang untuk hubungan Malaysia-Israel.

Mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong kehadiran rakyat Israel dinegara ini adalah dianggap merestui kezaliman yang dilakukan oleh zionis Israel.

Sama ada pemimpin DAP atau sesiapa sahaja, mereka perlukan sedar diri dan tidak berkompromi membenarkan hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau pun tidak.

Kita tidak boleh berkompromi dengan mengatakan bahawa aktiviti sukan ini tiada kaitan dengan politik dan keganasan yang dilakukan oleh Israel.

Jangan kita tega bersalam dengan tangan kanan Israel sedangkan kita tahu tangan kiri mereka berlumuran darah rakyat Palestin.

Rejim zionis tanpa henti terus membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa dan menceroboh wilayah-wilayah Palestine serta mencetuskan ketegangan politik.

Tidak cukup dengan itu, kapal-kapal perang Israel digunakan untuk menyekat kapal-kapal bantuan kemanusian yang datang dari seluruh dunia untuk membantu Palestin.

Kita tidak lupa juga tragedi melibatkan aktivis NGO rakyat Malaysia yang diserang tentera Israel di atas kapal Mavi Marmara yang sedang dalam perjalanan memasuki perairan Palestine membawa misi Freedom Flottila yang sarat dengan bantuan kemanusian. Ada yang terkorban dan tercedera. Hingga ke hari ini Israel tidak dihukum dan meminta maaf!

Maka, dunia perlu beri mesej yang jelas, Malaysia perlu terus mengajar dan menyekat mereka. Israel perlu terus diboikot sebagai satu balasan terhadap kezaliman yang dilakukan kepada Palestin.

Akhir sekali, DPPM mahu Kerajaan Malaysia konsisten juga dalam perkara ini dan bersikap jujur kepada rakyat.

Kita tidak mahu, hanya Menteri tertentu sahaja berani bersikap tegas kepada Israel, tapi kita mahu semua Menteri; khususnya Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Putuskan segera hubungan diplomatik dan dagang dengan Israel kerana Malaysia mampu memacu lebih jauh tanpa mereka.

Sekian.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”


KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua DPPM
Isnin, 17 Rabi’ul Awwal 1437 | 28 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 28/12/2015

Sumber HD - 28-12-2015

Sekatan Atlet Israel Serlahkan Sikap Sebenar DAP

Fadhli Shaari
“Tindakan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar langkah kerajaan Malaysia menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi yang bermula hari ini telah mencerminkan sikap sebenar DAP dalam isu Palestin. Dua atlit tersebut, Yoav Omer dan Noy Drihan telah dilaporkan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil bahagian di dalam dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf).

Dalam kenyataan Chong Zhemin, beliau telah menyelar Menteri  Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel. Menurut Chong Zhemin, sentimen politik dan peribadi telah digunakan dalam acara sukan antarabangsa itu.

Hakikatnya, kenyataan Chong Zhemin itu ialah merupakan gambaran sikap DAP yang pro Israel. Perlulah diingatkan bahawa tindakan ini bukanlah bermaksud mencampur adukkan politik ke dalam sukan namun ia hanyalah adalah pelaksanaan polisi terhadap hubungan diplomatik Malaysia – Israel yang telah diputuskan sekian lama. Boikot terhadap Israel sewajibnya berjalan bukan dalam isu sebegini sahaja namun dalam semua lapangan sebagai satu tekanan terhadap mereka yang terus menerus melakukan keganasan di bumi Palestin.

Ini bukanlah satu tindakan yang pelik di peringkat antarabangsa. Pada Januari 2014, seorang atlit warganegara Israel , Dan Mori telah dihalang dari memasuki Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai satu lambang solidariti kepada rakyat Palestin. Pada waktu itu, Dan Mori merupakan pemain kepada sebuah kelab bolasepak Belanda, Vitesse Arnhem. Pada bulan Mei yang lepas pula, pihak bekuasa Morocco juga telah mengenakan sekatan terhadap pasukan Judo dari Israel untuk menyertai Kejohanan Dunia Judo di Rabat sekalipun menerima kritikan hebat dari media massa Tel Aviv.

Bahkan negara jiran Malaysia, Indonesia juga telah mengenakan sekatan kepada pemain badminton Israel, Misha Zilberman daripada memasuki negara tersebut pada bulan Ogos lepas untuk menyertai Kejohahan Badminton Dunia. Ini belum lagi mengambil kira langkah peribadi atlit-atlit pelbagai jenis sukan yang tidak turun bermain sekiranya menentang atlit daripada negara haram Israel.

Apa yang perlu difahami oleh DAP ialah isu Palestin bukanlah isu politik dan peribadi, tetapi ia adalah isu kemanusiaan. Tidak membenarkan atlit Israel daripada memasuki negara ini merupakan langkat tepat sebagai menyatakan kebersamaan dengan seluruh masyarakat dunia yang menentang keganasan Israel di bumi Palestin.

Kerajaan Malaysia berhak menerima pujian dalam isu ini, namun kita mengharapkan agar semangat ini tidak hanya terhenti setakat menyekat kemasukan atlit negara haram tersebut bahkan wajib diteruskan dengan langkah-langkah yang lain termasuklah menghentikan hubungan perdagangan samada secara langsung mahupun tidak langsung dengan rejim haram Israel.

Berhubung kenyataan DAP Perak tersebut, ia merupakan satu isyarat jelas untuk umat Islam di negara ini untuk bangkit secara besar-besaran menolak secara total parti ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
16 Rabiulawwal 1437 | 27 Disember 2015

Sumber BO - 27-12-2015


















































Pemuda PAS ucap takziah pemergian Aziz Desa

HARAKAHDAILY | .

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aziz Desa yang telah meninggal dunia pagi tadi.

Semoga dikurniakan kesabaran di dalam menempuh kesukaran dan ujian daripada Allah.

Allahyarham Aziz Desa merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian selain bekas personaliti TV3 dan TV9 telah mengalami penyakit buah pinggang kronik dan kencing manis.

Semoga Allahyarham diampuni dan dirahmati Allah, segala amalannya diterima sebagai saham yang sangat bernilai di akhirat kelak dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.
15 Rabi'ul Awwal 1437H bersamaan 27 Disember 2015

Sumber HD - 27-12-2015



PAS Retak?


nik abduh
Siapa mengira berlaku keretakan dalam kepimpinan utama PAS hari ini, dia seperti sang dahaga yang menggoyang batang kelapa untuk mendapatkan air kelapa muda.

Sekarang, yang paling ditunggu adalah majlis mesyuarat dan pertemuan di antara kami. Gabungan mantap antara orang lama yang berpengalaman penuh ketenangan dan kumpulan muda yang berinspirasi penuh motivasi turut mencetuskan rasa ukhuwah yang kukuh.

PAS kini berada di landasan yang semakin tepat dan betul. Ia bergerak di antara kecenderungan tinggi untuk menggali nas-nas ugama dan budaya ‘fact and figure’ di dalam menentukan hala tuju dan strategi politik dan perjuangannya.

Dari zaman pemuda di bawah pimpinan YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sejak lebih 7 tahun dulu, kami memulakan langkah pengukuhan kepimpinan bersama antara kumpulan profesional, aktivis dan ustaz. Ia menghasilkan natijah yang semakin membuah hari ini samada di dalam kepimpinan tertinggi dan dalam pemuda juga.

Selain golongan cerdik pandai daripada universiti semakin rancak membekalkan dapatan masing-masing dalam pelbagai lapangan terutama sosio politik negara, ruang-ruang dakwah semakin luas diteroka oleh semua penggerak PAS di lapangan.

Orang-orang lama dalam PAS mahu melihat anak muda dan pelapis PAS yang bekerja dan berbudaya cemerlang. Apabila mereka melihat ini berlaku, pastinya mereka gembira dan setia menghulurkan bantuan dan nasihat.

Anda tahu kenapa ramai yang mahukan keretakan berlaku di dalam PAS? Jawabannya, kerana mereka tidak memiliki apa yang kami miliki hari ini. Kerana keyakinan pada diri sendiri yang tinggi, PAS berhak menawarkan politik matang dan bersolusi untuk Malaysia.

Akhir kata, jangan percaya fitnah. Sesungguhnya politik Islam menolak fitnah dan mengiranya sebagai jalan-jalan menuju kemusnahan negara dan umat.

Mari perangi musuh utama yang merosakkan negara iaitu rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan pemborosan wang rakyat, pemujaan terhadap golongan kaya dan kenaan cukai ke atas golongan miskin.

Kerana UMNO-lah yang memerintah negara puluhan tahun, jangan UMNO enggan untuk menerima hakikat untuk dituding jari ke arah mereka sebagai pesalah utama. Baiki diri atau anda ditolak rakyat.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber BO - 24-12-2015


Isu Bangladesh: Pemuda PAS serah memorandum bantahan























































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Pemerkosaan Hak Asasi Manusia Yang Serius Di Bangladesh kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini Rabu, 23 Disember 2015.

Sehingga kini sudah beberapa orang pimpinan Jamaat Islami Bangladesh telah dihukum mati baru-baru ini dan sebahagian lagi sedang dibicarakan atau menunggu hukuman dijatuhkan.

Memorandum telah diserahkan oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan diterima oleh Encik Qamar Arif Mohamad Auzi, Pegawai di Pejabat PBB Malaysia. Beliau memaklumkan akan menyampaikan memorandum tersebut kepada Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Turut hadir Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pemuda Selangor), Mukhtar Suhaili (Bendahari DPPM), Nurul Mohamed Yusoff (Penolong Setiausaha 1 DPPM), Damanhuri Dol (Penolong Setiausaha 2 DPPM), Syaiful Hizam (Pegawai Media DPPM) dan beberapa orang lagi pimpinan Pemuda PAS Malaysia.

Berikut ialah memorandum tersebut.

MEMORANDUM  BANTAHAN TERHADAP PEMERKOSAAN HAK ASASI MANUSIA YANG SERIUS DI BANGLADESH

Kepada: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Daripada: Dewan Pemuda PAS Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Menyertai bantahan antarabangsa di seluruh dunia, Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan kebimbangan terhadap ketidak stabilan politik yang serius dan ketiadaan kredibiliti Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh.

Kegagalan berterusan pihak berautoriti kehakiman Bangladesh untuk memastikan perbicaraan yang adil kepada aktivis dan ahli politik yang dituduh adalah satu pelanggaran serius kepada peraturan hak asasi manusia antarabangsa.

Dengan mensasarkan pemimpin politik parti-parti pembangkang khususnya Jamaat Islami Bangladesh, ia jelas dilihat sebagai satu tindakan politik oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa dan Kerajaan Bangladesh.

Proses penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib dilakukan secara sewenang-wenangnya, penuh kontroversi dan gagal mematuhi standard peraturan dan piawaian yang sewajarnya.

Tindakan-tindakan ini hanya akan meneruskan tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Hukuman yang telah dijatuhkan hendaklah dibatalkan sehingga perbicaraan yang adil oleh pihak berkecuali dan telus dapat dijalankan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan tegas kepada Kerajaan Bangladesh agar mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa dan memberikan keadilan perundangan kepada semua tertuduh.

Kerajaan Bangladesh tidak boleh terus mengabaikan kebimbangan antarabangsa dan hendaklah dengan segera memberi keadilan kepada mangsa yang terlibat seperti yang termaktub di dalam Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ini termasuklah membatalkan hukuman mati yang telah dan bakal dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah khususnya pimpinan politik pembangkang yang dilihat dizalimi.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 23/12/2015

Sumber HD - 23-12-2015

MyHackaton 2015 "Create A Better Malaysia"

MyHackaton 2015
MyHackaton 2015
"Create A Better Malaysia"

19-20 Disember 2015
Kompleks Pendidikan Islam, B.B.Bangi.

Anjuran Jabatan Profesional Muda (JPro), Dewan Pemuda PAS Malaysia

1. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T, program sulung MyHackaton telah melabuhkan tirainya dengan lancar.
2. MyHackaton lahir dengan tujuan membudayakan perkongsian idea bagi penyelesaian masalah secara berkumpulan dalam tempoh yang singkat dan pantas.

3. Pada penampilan sulungnya, MyHackathon yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Khalil, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia telah berjaya mengumpulkan golongan profesional serta memperkenalkan formula kaloborasi di antara pelbagai kepakaran yang dimiliki oleh ahli PAS untuk menghasilkan penyelesaian yang dinamik kepada masalah yang wujud di dalam masyarakat. Peserta hadir dari pelbagai bidang kepakaran dan juga lokasi dari utara, selatan dan pantai timur semenanjung.

3. Sesi kali ini menampilkan 10 idea dari pelbagai tema. Kami melihat idea-idea ini mampu memberikan impak secara lansung kepada masyarakat Malaysia bersesuaian dengan tema MyHackathon iaitu 'Create A Better Malaysia'. Pihak juri telah memilih 3 idea pembentangan terbaik dan 2 idea khas. Idea yang terpilih adalah:-

  A) 3 Idea Terbaik
     1. That's The Bus - Apps
     2. MyJiran - Apps
     3. Baitul Muslim System - Online System

  B) 2 Idea khas
     1. Post-Disaster House/School - Proposal/Paperwork
     2. Pertanian Bandar - Proposal/Paperwork

4. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat khususnya kepada para pemenang. Idea yang dibentangkan tidak akan terhenti disini sahaja, JPro akan terus berhubung dengan kesemua pasukan dan JPro akan menjadi fasilitator bagi membantu dan mencari ruang untuk idea tersebut dapat direalisasikan dan dilaksanakan.

5. JPro juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen para peserta, mentor dan juga juri. Semoga Allah membalas jasa saudara/i sekalian.

6. Di kesempatan ini, JPro memohon maaf di atas segala kelemahan dalam penganjuran MyHackathon yang julung kali diadakan ini.

7. MyHackathon siri pertama ini telah menerima banyak idea dan cadangan yang kami kira cukup baik dan ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang mempunyai kesedaran akan kepentingan membina negara dan mahu menggunakan kepakaran dalam bidang mereka untuk merealisasikannya.

8. Ir.Hj. Khairil Nizam selaku Naib Ketua Pemuda DPPM merangkap Ketua Juri MyHackathon di dalam ucapan penutupnya telah mengumumkan lantaran dari kejayaan program ini, maka insya Allah DPPM akan mengajurkan MyHackathon seterusnya dengan skala yang lebih besar bersempena dengan himpunan profesional yang akan diadakan tidak lama lagi.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua. Jumpa lagi di MyHackathon 2.0!

Sumber PP - 21-12-2015























































ICYTechs: Langkah awal gagasan negara teknokrat

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN | .


Ahli-ahli akademik atau pengkaji-pengkaji yang mengkaji mengenai pembangunan dan pemerintahan negara akan disediakan medium (platform) untuk membentangkan kajian mereka kepada PAS.

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengorak langkah ke hadapan apabila meluluskan cadangan ini di dalam mesyuaratnya kelmarin.

Persidangan Antarabangsa Teknokrat Muda (ICYTechs) adalah langkah awal yang akan diaturkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi mencapai hasrat tersebut.

Penyertaannya akan dibuka kepada semua kajian-kajian khusus mengenai pembangunan dan pemerintahan negara serta kajian yang ada kaitan dengan PAS daripada dalam dan luar negara.

Setelah itu, akan dibentuk pasukan khas yang dianggotai oleh pengkaji berkaitan dan beberapa orang pimpinan pemuda PAS, mengikut bidang-bidang kajian yang dibentangkan.

Strategi dan pelan bertindak yang dihasilkan oleh pasukan ini akan dibentangkan kepada pimpinan utama PAS, bagi membantu mereka membangunkan negara teknokrat dan mencadangkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah negara, mengikut acuan tasawur Islam.

Penganjuran ICYTechs ini merupakan wasilah untuk para pengkaji mengemukakan hasil kajian mereka untuk diaplikasikan dalam bentuk plan tindakan pembangunan, yang akan disuarakan kepada pihak pemerintah.

ICYTechs juga secara tidak langsung dapat mengumpulkan kajian-kajian akademik dan menghimpunkan para teknokrat muda untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Amanah pelaksanaan ICYTechs ini diserahkan mandatnya kepada Pengarah Strategi DPPM,  Syahir Sulaiman, dengan dibantu oleh Jabatan Profesional Muda (JPro), Jabatan Pembangunan Graduan (JPG) dan Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) yang akan membentuk pasukan khas dalam masa terdekat.

Persidangan ICYTechs ini juga merupakan tindakan lanjutan daripada wawasan negara teknokrat yang digagaskan oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS baru-baru ini.

Persidangan ini membuktikan bahawa PAS inklusif dan terbuka untuk menerima pandangan-pandangan dan kritikan-kritikan, demi membangunkan negara. - HARAKAHDAILY 14/12/2015

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sumber HD - 14-12-2015


























































PAS: Antara G25 dan ISIS

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


KUMPULAN dikenali G25 yang telah beberapa kali muncul dengan beberapa kenyataan kontroversi mengenai agama Islam dan pengamalannya di negara kita nampaknya semakin berani ke depan.

Umum mengetahui bahawa mereka membawa ajaran yang salah dan bertentangan dengan Islam. Mereka memahami dan menafsirkan Islam bersumberkan rujukan dan kefahaman barat seolah-olah dari baratlah wahyu al-Quran diturunkan. Antara seruan utama mereka ialah menolak kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa peribadi sebagai satu jenayah yang mesti dihukum.

Kemudian kumpulan ini berusaha membina kefahaman mengikut tafsiran dan acuan barat bahawa dosa-dosa tersebut hanyalah satu kesalahan moral yang tidak merosakkan masyarakat dan negara. Ia hak peribadi yang tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun. Ertinya, tiada hukuman ke atas orang yang meninggalkan solat dan puasa. Juga, bukanlah berzina dan minum arak itu satu kesalahan jenayah yang perlu dihukum.

Ia isu peribadi dan masing-masing berhak memilih sama ada untuk meninggalkannya sebagai satu usaha sendiri membina moral diri yang lebih baik atau sebaliknya.

Malah kumpulan ini, sama seperti kumpulan-kumpulan lain seumpamanya, begitu berani masuk jauh ke dalam urusan dan hukum agama Islam yang utama. Segala hukum agama daripada sumber nas yang nyata turut dijarah oleh mereka.

Hukum hudud, pusaka dan hak wanita misalnya, menjadi medan kritikan dan serangan mereka seolah-olah agama Islam mestilah ditukar ajarannya sesuai dengan cita rasa yang mereka mahukan.

Mereka secara jelas menghalakan serangan ke atas pensyariatan ibadah jihad fi-sabilillah dan menuduhnya sebagai jenayah agama yang menggugat keamanan dunia. Bagi mereka, jihad telah merosakkan Islam, bukan mengembangkan Islam dan tamadunnya.

Inilah G25 dan kumpulan-kumpulan seumpamanya. Ia tumbuh begitu terbuka dan berani dalam negara kita dan tanpa segan silu seolah-olah merekalah pemilik agama dan negara ini juga. Tidak salah jika dikatakan kumpulan ini memiliki sandaran kewangan dan kekuasaan di belakang tabir yang agak besar dan mewah.

Dari sebelah sudut yang bertentangan, wujud kumpulan Islam lain yang cuba mempengaruhi masyarakat Islam dalam negara untuk bertindak balas terhadap kumpulan pertama tadi secara keras.

Antara kumpulan ini yang semakin dikenali ialah ISIS atau DA'ISY yang sedang menjarah dan menumpahkan darah sesama umat Islam yang bertentangan dengan mereka di Iraq dan Syria. Kumpulan dan fahaman ini kini cuba meluaskan pengaruh mereka di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Pada pandangan mereka, umat Islam mesti menolak barat secara total. Islam dan umatnya telah dirosakkan oleh barat dan barat mestilah dihapuskan. Caranya ialah memaksa umat Islam untuk kembali kepada hukum dan syariah Islam tanpa pilihan. Sesiapa yang engkar dianggap musuh dan akan dihukum termasuk dibunuh. Non-muslim adalah musuh yang mesti diperangi.

Pada mereka, ia sama ada al-Quran atau senjata. Ia sama ada negara Islam atau negara kafir harbi. Hitam atau putih. Hidup untuk kawan dan maut untuk lawan.

Inilah dua kumpulan yang saling bertentangan. Satunya berusaha menjauhkan umat sendiri daripada syariah Islam, manakala satu kumpulan lagi berusaha memaksakan Islam ke atas dunia.

Umat Islam hari ini berada di tengah-tengah konflik di antara kedua-dua kumpulan yang saling bertentangan tersebut. Negara kita rupanya turut terkena tempiasnya, bahkan ia semakin membesar dan lantang bersuara.

PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dalam negara sudah pasti telah menyatakan sikap dan pendirian yang tegas di dalam isu ini. PAS menolak kedua-duanya dan menyeru umat Islam agar menjauhi pemikiran yang menyalahi ajaran Islam yang sederhana, adil dan sejahtera. Islam adalah rahmat untuk dunia, bukan kecelakaan dan kesempitan.

Dalam kejelasan ini, PAS tetap menerima tuduhan diresapi pemikiran rosak kedua-dua jalur fitnah tersebut.

Kumpulan pertama menuduh PAS sebagai menyokong ISIS atau keras seperti ISIS. Sebaliknya pula, kumpulan kedua menuduh PAS terlalu memberi muka, diresapi pemikiran, malah bersekongkol dengan kumpulan Islam acuan barat. PAS dituduh beriman dengan demokrasi barat yang menyalahi ajaran Islam.

Mudahnya, masing-masing kumpulan mahukan PAS membuat pilihan. Sama ada bersama mereka atau menjadi musuh mereka. Jika tidak, PAS bagi mereka, bukanlah sebuah gerakan Islam yang layak mewakili suara umat Islam yang sebenar.

Walau bagaimanapun, anda akan dapati bahawa tuduhan PAS diresapi ISIS atau mengamalkan Islam secara keras adalah lebih jelas dan nyata berbanding tuduhan PAS sebagai parti Islam yang terlalu memandang ringan dan berlembut dengan kumpulan pro barat.

Ada dua faktor utama; Pertama, PAS adalah parti dakwah dan politik yang hari-harinya adalah dakwah dan jihad mengajak rakyat kepada syariah Islam. Kedua, ajaran ISIS dan seumpamanya adalah diharamkan pergerakan mereka di dalam negara, sedangkan kumpulan seperti G25 dan seumpamanya tidak diharamkan, malah bebas bergerak.

Justeru kerana PAS menyeru kepada syariat, manakala kumpulan penolak syariat berleluasa, maka PAS dituduh menjaja fahaman ISIS tanpa sekatan oleh pihak kerajaan.

Kumpulan berfahaman keras seperti ISIS pastinya tidak memiliki jentera propaganda yang bebas sebebas G25 dan seumpamanya. Maka tuduhan bahawa PAS terlalu menerima sistem barat tidaklah meluas dan viral.

Serangan terhadap PAS adalah daripada pelbagai pihak dan berterusan. Umno pernah menuduh PAS membawa ajaran keras dalam beragama dan menuduh PAS menjaja fahaman takfiri (kafir mengkafir).

Baru-baru ini dua bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan dan menubuhkan parti baru menuduh PAS berfahaman ISIS. Sebelumnya, mereka pernah menyatakan sokongan terhadap kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang dihukum sesat oleh pihak berwajib ugama. Ertinya tuduhan PAS berfahaman keras ini datang daripada pelbagai arah; Umno, kumpulan Islam liberal dan bekas pimpinan PAS juga.

Jika anda memerhatikan secara mendalam, anda akan dapati betapa Islam sentiasa berhadapan cabaran yang besar. Islam dicemburui pada saat ia berada pada acuannya yang asal. Ia ditakuti mencabar ketuanan jahiliyah dalam kehidupan manusia hari ini.

Justeru apabila ada sekumpulan umat yang berusaha mengembalikan umat Islam kepada Islam yang benar, ia akan dihalang, difitnah dan diperangi dengan pelbagai cara. Tuduhan sebagai Islam yang palsu adalah sebaik-baik senjata untuk menarik sokongan ramai menolak kumpulan Islam ini.

PAS turut terkena tempias ini. Ia jalan mudah bagi musuh Islam untuk memalingkan umat Islam daripada melihat PAS dan perjuangannya. PAS pula terpaksa meluangkan masa yang banyak bagi menangkis serangan yang terancang dan bermatlamat ini.

Kewajiban PAS adalah terus bertahan, berdakwah dan beristiqamah. Kewajiban umat pula adalah berusaha memahami Islam dengan mendalam. Di hujungnya, Islam dan PAS akan bertemu. Islam dan PAS adalah isi dan wadah yang disatukan sedari awal penubuhannya. PAS kekal bertahan puluhan tahun walaupun musuh dari luar dan dalam tidak pernah jemu berusaha memesongkannya daripada landasan istiqamah.

Sebab itu, ahli dan penyokong PAS terutamanya perlu sedar bahawa kewajiban PAS adalah besar. PAS mestilah berwajah Islam dan Islam mestilah mewajahi PAS.

Musuh PAS ramai. Bukan hanya Umno yang menjadi musuh politik PAS, bahkan PAS berhadapan musuh-musuh yang berusaha meranapkan PAS sehingga ke akar umbi. Bagi sesetengah mereka, ketakutan mereka kepada PAS adalah lebih besar berbanding ketakutan mereka kepada Umno yang membawa agenda ketuanan Melayu.

Justeru ahli dan penyokong PAS mestilah melihat dalam kerangka yang lebih luas untuk lebih memahami liku-liku perjuangan yang terpaksa di lalui oleh PAS. Ia adalah tugas agung mendaulatkan Islam yang menyeluruh dan sederhana yang menepati panduan al-Quran dan Sunnah. – HARAKAHDAILY 14/12/2015

Sumber HD  - 14-12-2015

























































Perbaharui baiah di hadapan Presiden

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


Bertuah kami DPPM hari ini kerana dapat sejenak bersama Tuan Guru Presiden dalam majlis usrah sebelum memulakan mesyuarat bulanan DPPM.

Kami turut memperbaharui baiah kami di hadapan presiden untuk istiqamah dan setia dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Antara isi penting dalam pengisian usrah dan soal jawab ringkas bersama presiden ialah peringatan bahawa baiah adalah amalan syar'ie dan sunnah istimewa buat para pejuang di jalan Allah.

Perjuangan Islam adalah getir dengan ujian yang bertunjang janji Allah yang agung.

Para pejuang mestilah teguh dan baiah adalah keteguhan buat hati para pejuang yang ikhlas.

Ayuh umat Islam, ayuh pemuda Islam, jadilah 'ummah ittiba'... ummah yang beriman, beramal dan berjuang ikhlas penuh berani untuk ugama nan tercinta. - HARAKAHDAILY 13/12/2015

Sumber HD - 13-12-2015


Umno akan sentiasa sakit dengan Pas

Posted on Friday, December 11 @ 16:59:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



UMNO akan sentiasa sakit dengan Pas jika mereka terus buat salah dan zalim terhadap rakyat. Salah Umno bukan sikit. Banyak. Mengapa Umno banyak buat salah? Jawabnya, kerana Umno yang memerintah negara.

Rosak kehidupan dalam negara hari ini adalah kerana polisi dan arahan daripada Umno. Cuba bagi peluang Umno tak memerintah. Sihatlah Umno.

Umno hanya akan sihat dengan Pas jika mereka laksanakan Islam. Laksanakan Islam maknanya laksanakan keadilan yang menyeluruh. Keadilan tanpa Islam sebagai asas, di sisi umat Islam adalah palsu. Ia bahagia dalam murka ALLAH. Maka ia palsu sama sekali. Kepalsuan adalah musuh Islam.

Itu hanyalah keadilan cara barat. Ikut cara barat tanpa rujukan kepada Islam adalah ditolak. Biarlah barat laksanakan keadilan cara mereka. Biarlah mereka bahagia cara mereka dan kita bahagia cara kita.

Cara Islam ialah keadilan mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. Jaga agama rakyat. Jaga nyawa rakyat. Jaga akal rakyat. Jangan maruah dan keturunan rakyat. Jaga harta rakyat. Jaga hak dan kebebasan rakyat. Jaga amanah rakyat.

Umno campur adukkan antara cara agama dan barat sepanjang pemerintahan mereka. Maka mereka sakit dengan Pas dan Pas sakit dengan mereka. Sentiasa berbalah dan bertengkar.

Hari ini Umno ajak Pas kerjasama atas dasar syariah. Jawapan Pas adalah sama; Umno akan sakit dengan Pas jika buat salah dan zalim terhadap rakyat. Umno akan sihat dengan Pas dan 'beroksigen' bila mereka laksanakan Islam.

Jika itu maksud presiden Umno bahawa ia kerjasama 'atas dasar syariah', maka Pas kekal membantu Umno; pertama, laksanakan Islam. Kedua, mendorong Umno laksanakan Islam.

Ketiga, memaksa Umno menerima Islam secara menyeluruh. Keempat, mencegah Umno buat salah dan zalim. Kelima, bersama Umno perangi kerosakan dalam negara yang bukan daripada Umno.

Orang berkata, Umno akan ambil untung daripada kerjasama ini. Saya jawab, jika Umno laksanakan Islam, tanpa Pas pun Umno boleh buat untung besar. Saya jawab, sejak bila Pas rugi bila Islam semakin kukuh di Malaysia?

Islam bukan pada kata-kata dan janji. Islam adalah pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian. Umno dan Pas terikat dan tergadai pada ketiga-tiga ini. Umno, samalah Pas juga, akan maut disambar hukum sunnah ALLAH ke atas para munafikin yang memperolok-olokkan agamaNYA. Masa dan hukuman di sisi ALLAH adalah dekat. Bila-bila masa yang dikehendakiNYA.

Jika anda kata Pas tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani, anda berhak menghukum Pas.

Cuma saya berhak bertanya, betulkah Pas tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani? Bukankah pecah terserpih Pas kerana ikhlas, bersungguh dan beraninya Pas pertahankan perjuangan Islam yang menjadi nyawa dan nadinya?

Semua 'move' parti-parti politik adalah untuk memperoleh untung dan laba masing-masing melalui sokongan dan undi rakyat. Pas cara Pas. Umno cara Umno.

Ya, jika Umno untung, Pas rugi. Jika Pas untung, Umno rugi. Tapi, jika Islam untung, Pas dan Umno tak rugi. Sepatutnya begitulah. Cuma saya tak tahu jika Umno boleh rasa rugi jika Islam beroleh untung. Umno ni DNAnya tak sama dengan Pas. Melayunya lebih pekat dari agamanya. Maka kadang-kadang kiraan untung rugi antara Pas dan Umno tak sama.

Rakyat menghukum. Bukan kerja Pas mahukan rakyat undi Umno. Kerja Pas ialah ganti Umno. Undi rakyat hendaklah kepada Pas. Selama-lamanya itulah kemahuan dan kehendak Pas. Pas mahu ganti Umno di Putrajaya.

Hanya yang akan halang Pas ke Putrajaya ialah bila Umno jadi macam Pas. Berjuang untuk ketuanan Islam.

Mungkinkah? Rakyat dan umat Islam akan menghukum. Pas sentiasa yakin, rakyat Malaysia adalah baik. Hanya yang merosakkannya adalah anasir-anasir buruk yang dibiarkan, bahkan dijaga oleh Umno.

Pintu taubat terbuka seluas jarak antara timur dan barat. Itu keluasan rahmat ALLAH yang sombong makhluk bernama manusia.

'Sesungguhnya manusia itu maha zalim dan maha jahil.'

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda Pas
Sumber TKO -11-12-2015

Pemuda PAS kecam kenyataan Donald Trump





























































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam kenyataan calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump yang mahu semua umat Islam diharamkan masuk ke negara ‘Uncle Sam’ tersebut.

"Kenyataan tersebut jelas berbaur hasutan, diskriminasi, prejudis dan menimbulkan sentiman ketakutan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat," ujar Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ini, katanya bukan kebebasan ekspresi atau bercakap, tetapi ia dilihat satu provokasi terhadap masyarakat Muslim sedunia.

Tambahan lagi, ujar beliau Donald Trump adalah individu yang berpengaruh dan sedang berkempen untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2016.

"Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak polisi luar khususnya terhadap negara-negara di Timur Tengah," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya DPPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan ISIS dan siri-siri pengeboman di Eropah (Paris dan California), namun tindakan negara-negara kuasa besar untuk menghentam umat Islam dan juga Syria adalah tidak bertamadun dan merupakan satu jenayah antarabangsa.

Menurutnya, polisi menghapuskan ISIS sebenarnya turut mengheret umat Islam ke arah penderitaan.

"DPPM mahu sebarang usaha mempotretkan Islam sebagai agama keganasan harus dihentikan," kata Khalil lagi.

Malaysia juga, ujar beliau turut didesak agar lebih tegas menyuarakan pendirian bagi mewakili negara-negara umat Islam berhubung tindakan pihak antarabangsa menyerang secara menyeluruh umat Islam khususnya di Syria.

"Ia bukan hanya disasarkan ke atas ISIS, tetapi keseluruhannya," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 10/12/2015

Sumber HD - 10-12-2015

Bantahan Serangan Barat Terhadap Syria

Khalil Hadi4
DPPM membantah sekeras-kerasnya kempen antarabangsa Eropah menyerang bumi Syria. Mereka menjustifikasikan serangan adalah untuk menyerang ISIL, namun pengeboman tersebut dilakukan secara menyeluruh termasuk membunuh umat Islam (blanket bombings) khususnya di Raqqa, Syria.

2. Parlimen British pada Rabu, 2 Disember lepas telah meluluskan usul menyerang ISIL di Syria. Setakat ini, beberapa jet pejuang British (Royal Air Force) yang bersenjatakan tornado telah mengebom pelantar minyak Omar, di Deir Ezzor, Syria. Ia didakwa bertujuan untuk menghapuskan sumber kekuatan IS.

3. Pada 4 Disember 2015 pula, Parlimen Jerman turut meluluskan rancangan Canselor Angela Merkel untuk menempatkan 1,200 anggota tentera di Syria, termasuk menghantar jet pejuang bantuan untuk turut menyertai kempen menghapuskan gerakan ISIL di Syria. Ini bermakna, selain Amerika Syarikat, empat buah negara Eropah telah bersatu menyerang ISIL iaitu Perancis, Ausralia, United Kingdom dan Jerman.

4. Secara prinsipnya, DPPM dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak sekali-kali menyokong ISIL dan terorisma, namun dalam hal ini, serangan ke atas ISIL yang direncanakan itu menjadikan umat Islam secara keseluruhannya sebagai mangsa. Ia akan mengulangi nasib umat Islam dan kedaulatan negara Iraq yang dijarah oleh Amerika Syarikat (George W. Bush) dan United Kingdom (Tony Blair) pada tahun 2003.

5. Secara tidak langsung, ia telah mendiamkan kejahatan Basyar Assad yang telah membunuh dan menzalimi lebih 200,000 orang rakyatnya. Ini tidak termasuk lebih 4 juta rakyat Syria yang telah melarikan diri ke negara-negara Eropah sejak tahun 2011.

6. Sepatutnya, bagi menyelesaikan isu Syria ini ialah dengan memaksa Basyar Assad turun. PBB dan Liga Arab pula mestilah mengusahakan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat secara adil dan demokratik disamping membezakan di antara pejuang ISIL yang melampau dengan para pejuang kemerdekaan yang tidak lebih selain daripada mahu menjatuhkan Basyar Assad dan diganti dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Sekian.

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Isnin, 7 Disember 2015 | 25 Safar 1437 H

Sumber BO - 7-12-2015

Pandangan Mukhabarat Jordan terhadap PAS

Pandangan Mukhabarat Jordan terhadap PAS
Tahun lepas ketika lawatan saya ke Amman, Jordan; passport saya ditahan oleh pihak keselamatan Jordan dan saya diminta untuk datang ke pejabat mukhabarat ( SB Jordan ). Mereka dakwa passport saya banyak sangat cop dan perlu untuk disiasat.

Beberapa pegawai menyoal siasat saya dari pagi sampai petang sehinggalah tiba kepada ketua pegawainya; tanya berkait dengan PAS, Ikhwan Muslimin sehinggalah ISIS.

Apabila saya terang kepadanya saya adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ( Dia dah tahu semua ) dan kami pemuda PAS mentarbiah anak-anak muda supaya menjadi pemuda Islam yang baik; berkhidmat kepada ugama, masyarakat dan negara, patuh pada undang-undang. Saya tegaskan kalaulah kami pemuda PAS tidak mainkan peranan ini adakah kamu mahu semua anak muda Malaysia terlibat dengan ISIS. Akhirnya dia kata; " Ya aku tahu kamu PAS adalah sebuah gerakan yang mu'tadil ( tidak keras ) yang mengambil pendekatan pilihanraya dan tidak buat masaalah".

Selepas sehari suntuk mereka tahan saya; akhirnya mereka serahkan passport dan izinkan saya untuk keluar.

Tiba-tiba ada pulak pihak yang tuduh PAS ini macam ISIS. Cukup-cukuplah ! Mukhabarat Jordan lebih kenal siapa PAS yang sebenar.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
02 Dis 2015 Muhammad Khalil Abdul Hadi

Sumber PP - 2-12-2015

Tambang naik, pengerusi SPAD perlu letak jawatan
































































KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


DPPM mahu Tan Sri Dr Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meletakkan jawatan selepas agensi itu gagal memainkan peranan dalam membendung kenaikan tambang pengangkutan awam sepanjang 2015 hingga awal 2016.

Kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55 (kenaikan sebanyak RM20 iaitu 57%) berkuatkuasa 1 Januari 2016 melengkapkan senarai kegagalan SPAD dalam membendung kenaikkan harga tambang pengangkutan awam.

Pada pertengahan Mac 2015, SPAD telah mengumumkan kenaikan 49% tambang teksi bagi Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang, iaitu diantara 25 sen sehingga 75 sen per kilometer. Seterusnya SPAD membenarkan kenaikkan tambang bas ekspress sebanyak RM4.60 sehingga RM11.00 mulai 1 Mei 2015.

Berkuatkuasa pada hari ini pula, 2 Disember 2015 tambang Komuter KTMB naik  sebanyak 4 sen dari 11 sen bagi setiap kilometer, kepada 15 sen bagi setiap kilometer.

Manakala tambang bagi LRT turut naik sebanyak 102% dengan kadar bayaran 70 sen dan 30 sen bagi 4km pertama. Tambang Monorel pula naik sebanyak 40% bermula pada kadar 70 sen dan RM0.58 bagi 4km pertama dan RM0.37 bagi 5km seterusnya.

Secara puratanya kenaikan ini meningkatkan kos pengangkutan rakyat secara keseluruhannya sebanyak 60% berbanding tahun sebelumnya. Pengangkutan awam kini menjadi pilihan yang agak mahal dan membebankan rakyat.

Rakyat kini dipaksa untuk menanggung beban ini tanpa alternatif kerana kos minyak juga meningkat ekoran pemansuhan subsidi dengan kadar tol juga sudah dinaikkan, begitu juga dengan kadar parking bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang khususnya.

DPPM melihat SPAD gagal memainkan peranannya bagi membantu rakyat dan dilihat sebagai agensi yang wujud sekadar untuk meluluskan permit dan mengumumkan kenaikan tambang sahaja.

SPAD juga dilihat jauh tersasar dari visi dan misinya untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat bagi menjadi mod pilihan rakyat yang mampu dibayar.

DPPM percaya kakitangan SPAD dan keseluruhan kakitangan Kerajaan juga terasa beban ini. Tetapi dasar-dasar yang dirangka dan dilaksanakan bukan sahaja membebankan mereka tetapi rakyat keseluruhannya.

DPPM mengesa agar SPAD kembali memainkan peranan secara serius bagi membendung kenaikan ini dan berharap Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kewangan bekerjasama bagi menilai kos pengangkutan awam supaya dapat mengimbangi kos hidup rakyat secara keseluruhannya.

DPPM juga memahami beban yang ditanggung oleh pengusaha pengangkutan awam ekoran daripada kenaikan kos pengendalian dan penyelenggaraan. Namun mereka perlu melihat kesan kenaikan ini kepada ekonomi rakyat yang menjadi pelanggan mereka.

Satu mekanisma perlu dikenalpasti oleh pihak Kerajaan bagi membantu industri pengangkutan awam di negara ini supaya dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dengan harga yang berpatutan tanpa merugikan rakyat atau pihak pengusaha industri.

DPPM juga terbuka untuk bertemu SPAD dan syarikat pengangkutan awam untuk lebih memahami dan berkongsi idea bagi mencari jalan penyelesaian demi kepentingan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Sumber HD - 2-12-2015


































































Ucapan Presiden Saadat Parti bermanfaat - DPPM

SALMIYAH HARUN | .




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak penganjur Persidangan Pemuda Islam Sedunia kerana  menjemput merka ke persidangan kali ini.

Persidangan yang berlangsung di Istanbul Turki pada 26 hingga 28 November baru-baru ini turut menampilkan Presiden Saadat Parti, Prof Mustafa Kamalat.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut menyertai persidangan itu menyifatkan ucapan Professor Mustafa  cukup bermanfaat.

Di dalam ucapannya Mustafa Kamalat menyentuh tentang bencana-bencana yang dialami oleh umat Islam di dalam sejarahnya.

Ia bermula daripada perang Salib, serangan Tatar ke atas Baghdad sehinggalah kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Malah katanya, umat Islam masih lagi berada di zaman kemunduran dan kegelapan sama ada dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan bumi-bumi yang dijajah dab ditakluk.

Dengan memberi gambaran bagaimana keadaan umat Islam di Palestine, serangan pemikiran baru untuk mencabut jati diri Islam dari Gerakan Islam, penindasan  umat Islam Rohingya dan isu umat Islam Uygur.

"Umat Islam tidak boleh hanya meletakkan kesalahan ke atas musuh-musuh Islam bahkan perlu memperbetulkan diri masing-masing untuk kembali seperti zaman kegemilangan Islam," katanya.

Bagaimanapun, jelas Mustafa mutakhir ini dunia melihat kebangkitan dan kesedaran dalam kalangan umat Islam khususnya anak muda hasil daripada usaha tokoh-tokoh pejuang-pejuang Islam sebelum ini antaranya Al-Marhum Prof Nejmuddin Erbakan.

"Yakinlah masih depan adalah untuk Islam," katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2015

Sumber HD - 1-12-2015

Jaringan Pemuda Gerakan Islam Bakal Melakar Satu Kebangkitan Baru

 Jaringan Pemuda Gerakan Islam Bakal Melakar Satu Kebangkitan Baru
Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

JARINGAN PEMUDA GERAKAN ISLAM BAKAL MELAKAR SATU KEBANGKITAN BARU

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; [Surah Ali Imran: 103]

1. Dunia Islam kini menghadapi situasi yang mencemaskan apabila beberapa wilayah-wilayah Islam khususnya di Timur Tengah menghadapi pergolakan dan krisis hasil perancangan Barat. Tidak dinafikan Gerakan Islam juga menghadapi serangan pemikiran bagi mencabut jati diri agar ia tidak lagi berfungsi sebagaimana yang diinginkan bagi mempersada kegemilangan dunia Islam.
2. Maka, DPPM secara tradisinya sebagai sayap pemuda Gerakan Islam di Malaysia baru-baru ini telah menghadiri Persidangan Pemuda Islam Antarabangsa di Istanbul, Turki yang menghimpunkan para pemuda Gerakan Islam dari beberapa buah negara untuk membina kekuatan kesatuan pemikiran dan tindakan untuk melakar kebangkitan pemuda di dalam dunia Islam.

3. DPPM secara konsisten akan terus memberikan iltizam yang tinggi bagi menyambung usaha pimpinan PAS yang terdahulu dalam memperkukuh jaringan di peringkat antarabangsa bersama para pemuda Gerakan Islam di negara lain bagi mencapai kesepakatan bersama untuk menjadi tonggak terpenting dalam memacu ke era kegemilangan ummah.

4. Justeru itu, kolaborasi ini pasti akan memberikan satu langkahan baru dalam perjuangan Gerakan Islam bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Islam yang tulen mengikut manhaj wasatiyyah; bukan yang melampau dan bukan juga yang mempermudahkan ajaran Islam.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Isnin, 30 November 2015 | 18 Safar 1437H

Sumber PP - 1-12-2015

PASTI Terus Mendapat Tempat Dihati Rakyat

IMG_20151124_183940
Oleh : Haida

KUALA TERENGGANU – Menepati misi PASTI (Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam) dalam menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di DUN Bukit Payung khususnya dan di Malaysia amnya, satu Majlis Ihtifal PASTI DUN Bukit Payung telah diadakan di Madrasah Darul Iman (MDI), baru-baru ini.

Penganjuran ini juga sekaligus bagi mencapai visi PASTI dalam melahirkan kanak-kanak soleh pintar melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

IMG_20151124_184529

Puan Fauziah binti Abu Bakar, 43, yang merupakan seorang ibu kepada salah seorang pelajar cemerlang ketika ditemui berkata, PASTI berjaya membina insan berakhlak.

“Saya melihat PASTI berjaya membina insan-insan yang berakhlak dan keperibadian yang menyeluruh dari segi aspek sosial, jasmani ,

“rohani dan yang paling penting penerapan nilai-nilai agama dalam diri setiap pelajar. Justeru, tidak hairanlah jika saya dan ibu bapa diluar sana berpusu-pusu menghantar anak kami ke sini (PASTI),”ujarnya

Ditanya mengenai tips kejayaan anaknya, beliau mendedahkan sebenarnya, tunjuk ajar dan dorongan guru-guru PASTI menjadi rahsia utama selain rajin membaca buku dan majalah ringan.

“serta sentiasa membuat latihan. Dan yang terpenting, sungguh sedikit kelebihan yang ada pada Aisyah adalah satu anugerah Allah buat kami,”luahan ibu kepada Aisyah Humairaa’ Mohd Alwi dari PASTI Al-Huda, Kedai Buluh yang berjaya merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang 6 Tahun.

IMG_20151124_183735

Selain itu, Aisyah, PASTI DUN Bukit Payung juga menghantar seorang lagi juara iaitu Nur Alya Insyirah dari PASTI Al-Iman yang merangkul kejayaan bagi pelajar 5 tahun peringkat Kawasan Marang.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata, “Majlis ini bagi meraikan dan memberi penghargaan terutama kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di PASTI.”

Beliau turut mendedikasikan ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga buat ibu bapa di atas kerjasama, sokongan dan bantuan yang dihulurkan kepada PASTI selama ini, yang dapat dilihat dengan sambutan semakin meningkat saban tahun dari ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas buat ibu bapa. Saya percaya majlis ihtifal ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada semua pihak untuk terus memberi sokongan kepada PASTI agar lebih maju dan cemerlang,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI tersebut.

IMG_20151124_183635

Turut sama memeriahkan majlis tahunan itu ialah wakil Jabatan PASTI Kawasan Marang, Ustaz Bunyamin Razimi, Penyelaras PASTI DUN Bukit Payung, Encik Jailani Mohd; Timbalan Penyelaras PASTI DUN Bukit Payung, Ustaz Abdul Halim Abu Bakar dan Pengurus-pengurus setiap PASTI Qaryah.

Majlis pembukaan penuh gilang gemilang, dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar PASTI, nyanyian lagu Negaraku dan lagu tema PASTI “PASTI Cemerlang, Islam Gemilang” serta diikuti dengan persembahan keseniaan Islam oleh pelajar PASTI.

Bakat cilik anak-anak PASTI yang ditonjolkan dalam majlis ini dengan persembahan Pidato, Bercerita, Azan, Sajak, Kalam Jamaie dan Nasyid yang diwakili setiap PASTI di DUN Bukit Payung.

Pada majlis itu, seluruh tetamu dewan terpukau seketika dek kelunakan alunan nasyid anak-anak PASTI yang menpersembahkan lagu nasyid bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan lunak dan lancar.

IMG_20151124_183822

Majlis ihtifal yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Tindakan DUN (MTD), Pemuda, Unit Amal, Muslimat & Ameerah DUN Bukit Payung itu dihadiri lebih 500 ibu bapa pelajar.

Penyampaian hadiah pula melibatkan 359 pelajar yang terdiri dari kesemua tujuh PASTI kesemuanya di DUN Bukit Payung. Majlis berakhir dengan laungan doa wehdah oleh anak-anak PASTI dan jamuan rakyat.

Sumber BO - 24-11-2015

Tindakan Bangladesh Usaha Hapuskan Gerakan Islam

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

TINDAKAN BANGLADESH USAHA HAPUSKAN GERAKAN ISLAM

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Ali-Imran: 169]

1. Tindakan rejim Bangladesh di bawah Presiden Abdul Hamid melaksanakan hukuman mati kepada pimpinan Jamaat e-Islami Bangladesh adalah perbuatan kejam dan zalim.

2. Sekiranya dengan tindakan itu mereka menyangka akan melumpuhkan perjuangan Islam, kami di seluruh dunia mengimani bahawa itulah kemuncak kegemilangan perjuangan kami. Ia tidak akan sesekali mematikan Gerakan Islam sebagaimana ayat surah Ali Imran yang dinyatakan.

3. Dunia hari ini menjadi saksi, penggantungan mati Setiausaha Agung Jamaat e-Islami Bangladesh, Syeikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid sebagai senarai rentetan usaha Kerajaan Bangladesh mengekang kebangkitan Islam di negara itu.

4. Kerajaan Bangladesh sebelum ini telah pun menggantung beberapa orang pimpinan Jamaat e Islami seperti As-Syahid Syeikh Abdul Qader Mullah pada 12 Disember 2012 dan As-Syahid Kamaruzzaman pada 11 April tahun ini.

5. Mereka telah dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang, sedangkan yang diperjuangkan mereka adalah tuntutan kemerdekaan dengan Pakistan pada tahun 1971. Inilah adu domba, fitnah dan usaha memburukkan imej Islam di sepanjang zaman sebagai tindakan mengekang kebangkitannya.

6. Tindakan Bangladesh itu juga dilihat usaha mengekang pengaruh pihak-pihak yang tidak sealiran mereka lantaran turut menjatuhkan hukuman gantung tersebut kepada pemimpin pembangkang lain antaranya dari Parti Nasionalis Bangladesh, Salahuddin Quader Chowdhry.

7. Tindakan seperti ini hanyalah menggambarkan ketakutan rejim untuk mengekalkan kuasa, hakikatnya sebagaimana lakaran sejarah yang berulang, kebangkitan pasti berlaku menyah tirani dari singgahsananya.

8. Masyarakat dunia perlu melihat secara tenang dan adil betapa usaha menuduh Islam sentiasa diulang-ulang, tetapi hakikatnya Islam, umatnya serta pihak-pihak yang berjuang mempertahankan agama keamanan inilah menjadi mangsa kepada kezaliman dilakukan.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Ahad, 22 November 2015 | 10 Safar 1437H

Sumber PP - 23-11-2015 

Kerajaan Mesti Tegas Isu Penapisan Filem

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
KERAJAAN MESTI TEGAS ISU PENAPISAN FILEM

1. DPPM menggesa kerajaan agar lebih tegas terhadap isu penapisan filem dan rancangan televisyen di dalam menghadapi peningkatan dan perkembangan filem-filem tempatan dan antarabangsa yang terdedah kepada agenda merosakkan ugama, budaya dan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

2. Industri filem mempunyai nilai tarikan dan pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Pada era globalisasi kini, filem menjadi salah satu medan mempengaruhi pemikiran masyarakat dan ia yang bersifat serampang dua mata boleh membawa kesan negatif jika tiada pengawasan yang teliti terhadap perkara ini.

3. Filem-filem yang membawa unsur aqidah yang salah yang boleh menyebabkan salah faham terhadap ajaran Islam, faktor akhlak dan moral yang melangkaui batasan agama dan budaya perlu diberi perhatian dan ditapis sebelum ia ditayangkan kepada masyarakat. Ini termasuk juga filem-filem yang berkait dengan unsur pensengketaan antara kaum yang boleh mendorong kepada perbalahan kaum di negara kita.

4. DPPM menyatakan rasa kesal dan risau terhadap kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini yang mempertikaikan garis panduan terhadap babak-babak yang tidak sesuai dipertontonkan kepada masyarakat dan menyifatkannya sebagai berfikiran sempit. Ia menunjukkan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) yang berlaku di dalam kerajaan sendiri. Kenyataan tersebut ditakuti boleh mempengaruhi ketegasan pihak Lembaga Penapisan Filem di dalam memperkukuhkan garis panduan penapisan filem dan penguatkuasaannya ke arah yang lebih patuh kepada syariat Islam.

5. DPPM ingin menggesa ketegasan daripada pihak kerajaan dalam hal ini. Penapisan filem dari sudut jalan cerita, babak lakonan mesti mematuhi perkara yang ditetapkan oleh Islam. Suatu garis panduan yang komprehensif perlu diteliti semula selain memastikan pemain-pemain industri mengikuti garis panduan yang disediakan tersebut.

6. Selain itu, DPPM juga menyarankan agar filem-filem berunsur islamik diperbanyakkan dan diberi nafas oleh kerajaan untuk diluncurkan di dalam masyarakat agar nilai seni Islam diangkat dan diperteguhkan di dalam masyarakat supaya masyarakat lebih memahami Islam sebagai agama kehidupan, bukan hanya berkisar kepada ibadah tertentu seperti solat dan puasa semata-mata.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
16 November 2015 / 4 Safar 1437H

Sumber PP -16-11-2015

Bersikap Adil Untuk Bendung Keganasan Dunia

Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
BERSIKAP ADIL UNTUK BENDUNG KEGANASAN DUNIA

 1. DPPM mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan di Perancis hingga mengorbankan ramai penduduk awam, selain mendatangkan kecederaan kepada ramai lagi. Kami mengucapkan takziah atas keluarga mangsa serta seluruh rakyat Perancis dan menggesa pelaku kejadian segera diheret ke muka pengadilan.

2. Dunia akan bebas dari keganasan sekiranya semua pihak bersikap adil dan akan mencapai keaman-an hakiki di bawah naungan Islam. Idealogi manusialah yang menerbitkan kegelojohan hawa nafsu dan penguasaan hingga manusia bertindak melampau, ganas, menzalimi dan berperang.

3. Kami mengharap seluruh dunia agar bersikap adil dengan tidak menuding jari kepada Islam. Ia tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya cenderung membakar sentimen dan prejudis yang membawa kepada bibit-bibit melampau.

4. Sedangkan perbuatan melampau adalah pada siri serangan terancang tersebut. Sedangkan perbuatan melampau yang bukan dari ajaran Islam. Hatta dalam memenuhi keperluan hidup seperti makan dan berpakaian, juga dalam beribadah, Islam melarang sikap melampau.

5. Sesungguhnya Islam adalah agama yang mensejahterakan dunia hingga akhirat. Islam memimpin kepada kesederhanaan, perdamaian dan melindungi segala hak termasuk atas individu. Apatah lagi ke atas masyarakat dan negara.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Isnin, 16 November 2015 | 4 Safar 1437 H

Sumber PP - 16 - 11- 2015


Pemuda Pas tegur HOT FM, Dr Shazril

Posted on Thursday, November 05 @ 02:05:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




 PETALING JAYA: Pemuda Pas menegur stesen radio, HOT FM, kerana menyiarkan program bersama doktor sakit puan pada 2 November lalu yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada pendengar.




Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda Pas Malaysia, Hafeez Sabri berkata, isu perbincangan tidak mendatangkan banyak manfaat dan tidak bersifat ilmiah apabila yang ditekankan di dalam segmen pagi ini adalah sekitar ‘ketampanan’ paras rupa dan raut wajah doktor serta respon balas pendengar radio melalui panggilan telefon yang tersasar dari ajaran Islam.



HOT FM menerusi program AM Crew menyiarkan temubual berkenaan sakit puan bersama pegawai perubatan, Dr Shazril Shaharuddin.



Hafeez berkata, isu perbincangan dalam slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri ia bakal mengundang petaka dan orang jahil terus merasakan perbuatannya betul.



Ia merujuk komen pemanggil dalam kalangan wanita yang sanggup dan tidak kisah untuk melahirkan anak di hadapan doktor terbabit kerana ketampanannya.



Malah, ada juga pemanggil yang sanggup ‘menempah’ doktor berkenaan untuk bersalin selain menawarkan isteri kedua.



“Islam adalah agama yang sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan.



“Namun reaksi penyampai radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat menghalalkan cara kalian.



“Ada yang sudah pasang niat mahu doktor lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar sana, ramai doktor muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu sangat mulia di sisi Allah?, tegas Hafeez,



Dia yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak turut menegur Dr Shazril kerana tidak bersikap profesional ketika disoal pemanggil.



“Persoalan ini berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan mahram adalah haram sama sekali.



“Seorang doktor mukmin sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan,” katanya.



tags: bahasa, HOTFM, AM Crew, Dr Shazril, Pemuda Pas
Sumber TKO - 5-11-2015


Apa DAP mahu sebenarnya?
Posted on Wednesday, November 04 @ 21:51:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pemuda Pas mahu DAP memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian parti tersebut terhadap kerajaan Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada Pas atau mahu pertahankannya?," kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam berkata, Pemuda Pas menyokong kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menegaskan bahawa Pas Selangor tidak akan tunduk kepada desakan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong

"Pas kekal dengan pendirian sedia ada untuk terus mempertahankan kerajaan Selangor sehinggalah pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pas tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar sekarang.

"Pas menggesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka," katanya lagi.

Menurut beliau, Pas terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor.

Walaubagaimana pun, ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain.

"Pas percaya lebih ramai ahli DAP yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, walaupun Pas dan DAP kini sudah tidak sehaluan.

"Pas melihat rakyat sudah bosan dengan percaturan untuk meruntuhkan kerajaan Selangor. Adalah lebih baik DAP melihat ke hadapan untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan sebelum pilihanraya akan datang," kata Khairil Nizam lagi.

Pas juga katanya tidak risau jika pada pilihan raya akan datang DAP akan bertanding tiga penjuru di kerusi-kerusi peringkat Dun dan Parlimen.

"Tapi buat masa ini, tiada apa-apa yang perlu diubah dan dimusnahkan kerana itu hanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional," akhiri beliau. - SH
Sumber TKO - 4-11-2015










































































Juara Piala AFC: Pemuda PAS ucap tahniah kepada JDT

HARAKAHDAILY | .


(Foto daripada facebook JDT Fan Club)
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia selepas menewaskan FC Istiklol 1-0 di Dushanbe, Tajikistan malam tadi.

"Kejayaan ini harus menjadi titik kebangkitan bola sepak Malaysia untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni di Asia," ujar Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, tidak mustahil dengan kejayaan ini, Malaysia mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada peringkat Asia mahupun dunia.

Katanya, komitmen yang ditunjukkan oleh Penaung Diraja Bolasepak Negeri Johor, Tengku Mahkota Johor diharapkan dapat diteruskan dalam bolasepak Malaysia dan FAM, dengan pembangunan akar umbi yang tersusun dan komitmen berterusan diharapkan dapat melahirkan pasukan kebangsaan yang menyinar di peringkat antarabangsa.

Gol tunggal pada perlawanan akhir di Stadium Republican Central itu dijaringkan oleh pemain dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22.

JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai US$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC menerima US$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara. - HARAKAHDAILY 1/11/2015

Sumber HD - 1-11-2015


Kenyataan Sambutan 30 Tahun Peristiwa Memali Dan Penangguhan Ijtimak Tarbawi DPPM 2015

Setelah mengambil kira beberapa isu dan pandangan daripada pelbagai peringkat jentera parti, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin memaklumkan penangguhan program Ijtimak Tarbawi DPPM 2015 yang dirancang akan diadakan di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 20-21 November 2015 ini.

Justeru DPPM akan menumpukan kepada program Sambutan 30 tahun Peristiwa Memali yang dirancangkan pada tarikh yang sama dan berharap ia akan lebih meriah dan mencapai matlamat.

Program Ijtimak Tarbawi DPPM akan kembali menemui anak muda Malaysia pada 2016 nanti insya Allah.

Sekian. Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
13 Muharram 1437
26 Oktober 2015

Sumber PP - 26-10-2015


Suka Main Troll : Pemuda PAS Bidas Khalid Samad

Posted on Sunday, October 25 @ 19:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



AIDCNews – 24/10/15 – Dewan Pemuda PAS pusat membidas sikap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad yang suka bermain ‘troll’ di internet berbanding dengan tugasannya sebagai wakil rakyat.

‘Troll’ bermaksud seseorang yang secara sengaja dan gigih memposting kenyataan yang bersifat menghasut mengenai sesuatu topik sensitif untuk memancing pengguna lainnya merespons atau bertengkar mengenai topik tersebut.

“@KhalidSamad orang suruh jadi wakil rakyat bukan wakil ‘troll’. Cerdik sikit YB, “kata Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff dalam Twitternya.

khalid troll
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Khalid Samad dan gambar yang memperlekehkan Ahli Parlimen PAS.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara mempamerkan gambar yang menunjukkan Ahli-Ahli Parlimen PAS tidak mengangkat plakad bertulis ‘Mana RM2.6 Bilion?’ sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menyampaikan sesi pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat semalam.

Nurul Islam juga turut mempertahankan langkah Ahli Parlimen PAS yang tidak turut serta dalam kesepakatan Ahli Parlimen PKR, DAP dan Amanah tersebut.

nurul islam
Blogger Omak Kau, Hanisya Abdul Hamid sependapat dengan Nurul Islam.

Menurutnya, PAS bukan anggota Pakatan Harapan jadi parti Islam itu tidak perlu mengikut gelagat yang dipamerkan Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR dan Amanah.

hani


Sumber AIDC


Sumber TKO - 25-10-2015
Tarbiyah anak muda benteng hadapi krisis

Posted on Thursday, October 22 @ 15:24:31 MYT by paktam

Oleh HAZMI DIBOK

ADA pelbagai faktor kemasukan anak muda ke dalam PAS. Ada yang masuk kerana warisan, kerana ibu bapanya PAS, maka dia juga PAS. Ada yang masuk secara kebetulan. Terikut-ikut kawan menghadiri program himpunan anjuran PAS, lalu mendaftar sebagai ahli di kaunter yang disediakan. Seronok memiliki kad ahli sebagai koleksi.

Ada yang menyertai PAS kerana isu, marah pada Dr Mahathir, Umno dan BN ketika era reformasi, ada yang menyertai PAS. Setelah kejayaan pembangkang menguasai 5 negeri pada tahun 2008, berbondong-bondong anak muda menyertai PAS termasuk parti-parti pembangkang yang lain.


Begitulah juga tatkala PAS dilanda krisis selepas muktamar yang lalu. Tiba-tiba ramai anak muda menyerah borang permohonan keahlian PAS. Mereka masuk mungkin kerana benci dengan Umno-BN. Mungkin juga meluat dengan tindakan sebahagian bekas ahli PAS yang dilihat sanggup mensabotaj PAS demi mengikut telunjuk DAP.

Apa pun alasannya, anak-anak muda ini wajib dilihat oleh PAS sebagai potensi dan pelapis yang mesti dibina dan dibentuk secara tersusun dan istiqamah. Tujuan penyertaan mereka bersama PAS hendaklah diluruskan. Mereka mestilah difahamkan bahawa PAS bukanlah semata-mata sebuah parti politik.

PAS adalah jamaah Islam yang bertunjang aqidah dan sumber rujukan tertingginya ialah al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. PAS meletakkan keutamaan dan penekanan yang seimbang dalam tiga sektor utama perjuangannya iaitu sektor tarbiah, dakwah dan siasah.

PAS tidak maksum. Tiada pimpinan dan ahli yang mendakwa PAS maksum atau terpelihara dari silap. Tetapi sejarah panjang perjuangan PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini, ia terus kekal bertahan, berkembang dan terus relevan dalam arus perdana walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan krisis.

Kuncinya ialah kerana keikhlasan sebahagian ahlinya yang mendokong perjuangan PAS dan terus mempertahankan dasar dan prinsip perjuangannya yang berteraskan Islam. Benarlah kata-kata Saidina Umar RA yang mafhumnya : "Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka tatkala kita mencari kemuliaan tanpa Islam, kita akan ditimpa kehinaan oleh Allah."

Anak-anak muda ini hendaklah didedahkan dengan kurikulum tarbiah PAS (Nizam Tarbiah). Mereka mestilah difahamkan dengan serius bahawa mereka mestilah mengikuti aktiviti tarbiah secara rutin dan tersusun. Secara ringkasnya, ada tiga marhalah atau fasa pemeringkatan tarbiah.

Fasa Takrif (pengenalan), fasaTakwin (pembinaan) dan fasa Tanfiz (pelaksanaan). Bagi setiap fasa tersebut ada program tarbiah wajib iaitu usrah (satu aktiviti kelompok pembinaan berskala kecil dengan penyertaan terhad secara mingguan atau dwi bulanan) dan tamrin (satu program kem latihan sebagai medan pengukuhan).

Program Usrah ada teksnya yang tersendiri merangkumi tajuk tafsir, hadis, sirah dan fikrah bagi setiap fasa pentarbiyahan. Begitulah juga dengan pengisian tamrin, ada tajuk-tajuk tertentu yang telah disusun dalam teks mengikut kurikulum ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.

Seterusnya di sana ada program nilai tambah dalam tarbiyah yang dijalankan setelah program Usrah dan Tamrin dapat diikuti dengan baik. Program-program tersebut seperti qiamullail, ijtimak tarbawi, daurah atau kursus latihan, perkhemahan, muhasabah amalan harian dan lain-lain.

Untuk tujuan tersebut, lajnah tarbiyah di semua peringkat hendaklah memainkan peranan secara bersungguh, berstrategi dan berfokus. Program hendaklah disusun secara berjadual mengikut kurikulum tarbiyah. Mekanisme pemantauan, pelaporan dan penaziran mestilah diperkasa dalam organisasi tarbiyah di semua peringkat.

Jentera tarbiyah mestilah memiliki manual prosedur kerja yang jelas dan sistematik setanding jentera pilihan raya, penerangan dan lain-lain. Jika perlu, jentera tarbiyah disemua peringkat boleh menggajikan seorang pegawai tarbiyah bagi memastikan segala proses dan teknikal aktiviti tarbiyah dapat berlangsung dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Kerja secara bersungguh dan berfokus tidak dapat tidak mestilah dijadikan budaya dalam jamaah khasnya dalam sektor tarbiyah.

Hari ini rata-rata ahli di pelbagai peringkat, menyuarakan kembali akan peri pentingnya tarbiyah diperkasa dan dipersada setelah melalui krisis parti dewasa ini yang juga turut dilihat berkaitan dengan kecelaruan fikrah.

Elemen kesatuan amal atau keseragaman tindakan dalam organisasi PAS perlu dikembalikan setelah berlakunya perpecahan disebabkan krisis. Kesatuan amal datangnya dari kesepaduan hati dan keselarasan fikrah. Semua elemen ini perlu dibina dan dijana melalu program tarbiyah. Ayuh anak muda, kita sediakan jiwa untuk ditarbiyah! Tanpa tarbiyah, gerenti rebah.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPM merangkap AJK Lajnah Tarbiyah Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Pahang.

Sumber DD - 22-10-2015       















































































Takziah buat keluarga Allahyarham Samsuhaimi

HARAKAHDAILY | .



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shamsuhaimi Che Mat yang telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi musibah yang berat ini.

Allahyarham yang merupakan Timbalan Komandan Jabatan Amal Maran telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari program Himpunan Fastaqim 60K yang berlangsung di Kota Bharu.

DPPM melahirkan rasa dukacita di atas pemergian allahyarham. Komitmen dan segala usaha gigih di medan perjuangan Islam yang disumbangkan oleh allahyarham sangatlah dihargai dan diharap menjadi teladan dan inspirasi kepada pemuda Islam yang masih hidup.

Semoga Allah سبحانه وتعالى menerima segala amalan dan meletakkan allahyarham di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Selain itu, DPPM juga mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan Farhan Ruselan, peserta Fastaqim yang mengikuti rombongan ARC Selangor, agar segera sembuh selepas terlibat dalam kemalangan.

Semoga beliau diberikan kekuatan oleh Allah سبحانه وتعالى agar tabah dalam menghadapi ujian yang berat ini.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan”

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Isnin, 19 Oktober 2015 | 6 Muharram 1437H

Department of Art, Culture and Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Samsuhaimi Che Mat yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di LPT 2, malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia semasa kemalangan selepas menghadiri Himpunan 60K di Kota Bharu.

Allahyarham Samsuhaimi juga merupakan Timbalan Komandan Jabatan Amal Maran.

DACS DPPM juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada Farhan Ruselan yang juga mengalami kemalangan motosikal ketika konvoi ARC Selangor ke Himpunan Fastaqim 60K di Kota Bahru, Kelantan.

Beliau telah mengalami kecederaan tulang pinggul dan belakang yang serius.

Justeru, Lajnah Kebajikan DPPM akan melancarkan kutipan sumbangan melalui Tabung Pemuda Prihatin bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham Samsuhaimi dan juga Farhan.

DACS DPPM mendoakan agar roh Allahyarham Samsuhaimi ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

DACS DPPM juga turut mendoakan buat Farhan agar beliau cepat sembuh.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian adalah terlalu besar untuk dinilai.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala-galanya.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Pemuda merangkap Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 19/10/2015

Sumber HD - 19-10-2015















































































Selesai isu Duta Besar China cara diplomasi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru semua pihak bertenang dan menyerahkan isu kenyataan Duta Besar China, Dr Huang Kui Kang kepada pihak kerajaan untuk diselesaikan secara diplomasi antara dua negara.

Terbaru, Kedutaan China juga telah memberikan respons dan dilihat mempertahankan tindakan dutanya.

"Maka, kita sangat berharap agar pihak Kementerian Luar Negeri bertindak segera untuk menyelesaikan kes ini di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkannya terus berlarutan.

"Jangan biarkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan atas isu yang berlaku dengan menyemarakkan api perkauman sehingga bertindak tidak rasional dan mengundang ketidakstabilan negara," ujar Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak Kedutaan China bagi meredakan isu ini.

Di samping itu, ujar beliau DPPM juga komited membantah mana-mana isu perkauman sempit yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Selain itu, tambahnya DPPM bimbang sekiranya kenyataan Duta China tersebut turut menggambarkan perspektif yang diterima oleh negara-negara luar terhadap Malaysia mengenai tatacara hidup kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, tahap demokrasi serta hak asasi manusia yang dipraktiskan di negara ini.

"Jika benar, ini satu lagi igauan buruk buat Perdana Menteri," katanya. - HARAKAHDAILY 29/9/2015

Sumber HD - 29-9-2015



Lim Guan Eng diminta hentikan fitnah

KOTA BHARU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng disifatkan sebagai tidak pernah jemu menjatuhkan imej Pas, sekalipun terpaksa mereka-reka cerita yang sama sekali tidak wujud.

“Dakwaan bahawa Pas berkemungkinan akan hantar ahli pada perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini telah dinafikan oleh kenyataan beberapa pimpinan utama Pas, antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta penjelasan daripada PKR selepas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan pendirian mereka bahawa Pas sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baharu.

Selain itu, Guan Eng melalui sebuah portal online dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan ahli Pas menyertai perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini.

Ahmad Fadhli berkata, sebagai contohnya, di dalam isu 1MDB, Pas beberapa kali telah menyatakan pendirian bahawa isu itu adalah isu rakyat dan wajib ditangani pihak berkuasa dengan sebaik mungkin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas negeri berkata, Pas sama sekali tidak pernah bersekongkol dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan dan ia jelas terbukti melalui kenyataan media yang berterusan disiarkan melalui lidah rasmi Pas, sama ada melalui maya mahupun di media cetak.

“Kenapa Guan Eng mahu menyembunyikan fakta bahawa DAP yang sentiasa melontarkan cadangan bekerjasama dengan BN bagi mewujudkan kerajaan campuran? Naif sungguh seorang ketua menteri jika memperbodohkan rakyat dengan kenyataan provokasi seperti ini.

“Di dalam soal Pakatan Rakyat 2.0, Pas pastinya akan buat keputusan terbaik dan ia tidak perlu bergantung kepada seorang individu seperti beliau (Guan Eng),” katanya.

Sumber PP - 14-9-2015

"MOGA UJIAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT UNTUK SEMPURNAKAN HAJI"

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
28 Zulkaedah 1436 | 12 September 2015

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merakam takziah di atas kematian dan kecederaan dialami jamaah haji ekoran kejadian runtuhan jentera binaan di Masjidil Haram semalam.

2. Kami berharap, para dhuyufurrahman menerima kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah dalam meningkatkan ubudiyyah dan ketaqwaan mereka kepada-Nya.

3. Pihak kami juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berharap mereka redha serta bertenang menghadapi perkhabaran tersebut.

4. Didoakan mereka yang meninggal dunia diganjari Allah sebesar-besar pahala atas ibadah sedang mereka laksana.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia memohon agar pihak pengurusan haji khususnya Tabung Haji memberi bantuan sewajarnya kepada jamaah yang ditimpa ujian tersebut.

 Pihak kami mendoakan agar para jamaah memperolehi haji yang mabrur.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber PP -12-9-2015

















































































Sayugia rakyat turut diberi peluang rasai 'derma ganjil'

HARAKAHDAILY | .


Kelembapan ekonomi global nyata memberikan kesan secara tidak langsung kepada kejatuhan harga komoditi terutamanya melibatkan industri minyak dan gas (O&G) dan minyak sawit negara.

Lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran (BoP) kepada PNK menunjukkan penurunan daripada 4.8 peratus pada 2014 kepada 2 sehingga 3 peratus sahaja bagi tahun ini.

Malaysia sebagai negara kedua pengeluar minyak kelapa sawit dunia sudah pasti merasai implikasi daripada kejatuhan harga komoditi dunia tersebut.

Ini disebabkan permintaan yang rendah dari China yang mengalami kelembapan ekonomi, pengukuhan dolar AS dan dalam masa yang sama harga komoditi minyak mentah yang rendah, memberi kesan negatif kepada industri biodiesel.

Atas faktor ketidaktentuan ekonomi global tersebut di samping permintaan yang rendah, harga komoditi minyak sawit telah menyaksikan penurunan kepada RM1,836.50 per tan berbanding pada 2014, harga komoditi tersebut pada paras di antara RM1,944 dan RM2,921 per tan.

Kejatuhan harga minyak sawit juga sudah pasti memberi kesan kepada pendapatan peladang yang bergantung sepenuhnya kepada industri kelapa sawit sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan agar menyediakan suatu insentif bagi membantu meringankan beban peladang tersebut.

Dalam keadaan tekanan ekonomi domestik dan antarabangsa yang dihadapi negara ketika ini, maka, keutamaan tidak seharusnya diberikan hanya dalam memperbaiki kerancakan industri eksport dan import negara semata-mata.

Malah, dalam suasana harga komoditi di pasaran antarabangsa kini yang terumbang-ambing dan sukar diramal, DPPM menuntut agar kerajaan segera menyediakan plan jangka panjang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan situasi sebegini.

Para peladang selalu menjadi mangsa terakhir yang diabaikan pihak kerajaan setiap kali berlaku kejatuhan harga komoditi. Ia juga mestilah melibatkan pekerja dari semua industri lain yang berkait termasuklah industri getah yang juga mengalami kesan yang sama.

Kerajaan perlu lebih peka terhadap keperluan rakyat dan pendapatan keluarga terutamanya para peladang yang merupakan unit asas kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara.

DPPM juga memandang serius perkembangan yang berlaku terhadap kejatuhan industri yang melibatkan perdagangan industri komoditi negara dan berharap ia akan segera pulih bagi menstabilkan kedudukan ekonomi negara.

Situasi politik ganjil dalam negara yang menyaksikan kekayaan melampau parti pemerintah melalui derma antarabangsa RM2.6 bilion begitu melelehkan air liur rakyat miskin bahawa kekayaan negara hanyalah berputar dalam kalangan bangsawan politik sahaja.

Sayugialah rakyat juga turut diberi peluang merasai 'derma ganjil' ini melalui insentif dan pelan bantuan daripada pihak kerajaan seperti yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

Bicara Ketua Pemuda PAS Pusat
Posted on Thursday, September 03 @ 09:03:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



WACANA ini untuk menggantikan program ceramah yang biasa PAS dikenali dengan program ceramah umum sejak puluhan tahun. Ia sesuai dengan perubahan angin anak muda yang berbeza daripada orang tua. Dulu ceramah laku, kerana rakyat Malaysia tidak ada maklumat, yang ada hanyalah TV, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Jadi apabila pemimpin datang, mereka memang hendak mendengar kerana mereka tidak ada maklumat.

Tapi sekarang anak muda tidak perlu lagi maklumat, kerana mereka mungkin lebih banyak maklumat dari pemimpin. Jadi orang muda mahu berkongsi maklumat. Berkongsi maklumat ini kena dua hala, bersoal jawab. Maka pemuda PAS galakkan program wacana dalam gerak kerja mereka.

Krisis Kepercayaan Terburuk

Krisis yang melanda Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah yang terburuk kerana bukan sahaja melibatkan ketidakpercayaan rakyat kepadanya, tetapi juga tekanan dalaman Umno itu sendiri.

Walaupun Datuk Sri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kedudukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), tetapi Muhyiddin tidak membuat gerakan baru, sebaliknya kekal di dalam. Ini lebih menyakitkan. Kerana itulah disyorkan kepada rakan-rakan PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya keluar dari terus bermain di dalam PAS.

Walaupun tidak lagi menjadi TPM, Muhyiddin tetap kekal sebagai Timbalan Presiden Umno dan dapat bergerak bertemu ahli Umno di mana sahaja. Hal tersebut menjadi kesakitan yang perlu ditanggung Najib.

Ketika era reformasi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, semua jentera dan institusi kerajaan berpihak kepada beliau termasuk semua ahli Umno kecuali yang bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi hari ini jentera kerajaan sudah dilihat anti Perdana Menteri iaitu institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam berada di satu pihak yang bertentangan. Hanya pihak polis sahaja dilihat jelas bersama Datuk Sri Najib.

Hakikat Isu & Krisis

Malangnya, isu yang dipanggil keemasan ini tidak dapat disambut dengan baik kerana PAS juga ada krisis. Kita terlibat dalam krisis Pakatan Rakyat yang mengecewakan DAP, PAS dan rakyat kerana selama ini ia menjadi harapan rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada BN.

Tetapi isu-isu yang berlaku memaksa perpecahan itu terjadi walaupun agak sukar untuk diterima. Tapi itulah hakikat dunia politik yang bergerak dengan isu-isu semasa yakni sengaja Allah ciptakan ia berlaku. “Wallahu khalaqakum wama ta’malun”. “Allah Taala ciptakan kamu dan Dia juga ciptakan perkara yang kamu lakukan”. Isu-isu ini adalah ciptaan Allah sebelum ia adalah ciptaan manusia.

Para Sahabat RA yang menjadi contoh teladan, berlaku juga perbalahan pada zaman mereka khususnya semasa pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan dan Ali KW. Terjadinya perang antara Ali dan Muawwiyah kerana isu semasa yang tidak mampu diselesaikan oleh politik pada masa itu. Maka PAS juga tidak boleh lari daripada hakikat politik seperti itu yang memerlukan keluasan berfikir. Juga menerima hakikat bahawa PAS berjalan dalam situasi yang kadang-kadang gagah dan adakalanya lemah.

Krisis Pakatan Rakyat menambahkan satu lagi krisis, iaitu krisis dalaman PAS sendiri. Ia menyedihkan dan menyayatkan hati, hingga berlaku cabar-mencabar dan jawab-menjawab. Hati terluka, tiada siapa gembira melihat sahabat-sahabat seperjuangan keluar beramai-ramai. Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan lain-lain, mereka itu adalah pendidik Pemuda sebelum ini, juga pembuka laluan untuk berjuang. Tiba-tiba mereka berpatah hati, berpatah arang keluar isytihar tidak mahu lagi bersama PAS. Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah Taala di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus.

PAS Berdiri Untuk Agama

Kita yakin apabila berada di dalam PAS, PAS ini adalah parti Islam yang hari-hari para ulama dan para pejuangnya meneliti kedudukan PAS ini, sama atau tidak dengan hadis Nabi SAW. Sama atau tidak dengan nas-nas Al-Quran yang menggambarkan kehidupan ummah pada akhir zaman. Bagaimana ummah mahu hidup, bagaimana ummah mahu bergantung?

Adakah hendak serah agama dan ummah ini kepada JAKIM sahaja? Kalau yakin hendak serah ummah ini pada JAKIM sahaja, tidak perlulah ada PAS. Adakah hendak serahkan agama ini kepada para ustaz ataupun ulama-ulama yang tidak ada parti yang dipanggil pendakwah bebas? Adakah ia menepati sunnah Nabi SAW, hendak jaga ummah tidak perlu jamaah, hanya perlu ada ulama-ulama yang banyak dan bebas bergerak serta bebas menyokong? Hari ini sokong Umno, esok pula dia sokong PAS. Adakah itu cukup?

Semua ini dinilai oleh PAS dan para ulamanya, hingga akhirnya kita yakin, sejarah PAS ini begitu kuat tunjang akarnya, inilah bahtera yang menyelamatkan akidah ummah daripada tersasar dan menyeleweng. Menyelamatkan ummah daripada ditipu oleh gerakan-gerakan ataupun musuh-musuh agama yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama.

Generasi kini adalah sambungan perjuangan ayah-ayah, datuk-datuk kita dahulu dan bukan hanya bermula dari tahun 1951 apabila terbentuknya PAS. Itu hanyalah secara rasmi dengan diberi nama. Sebelum nama PAS, perjuangan ini telah kita ambil daripada pejuangan terdahulu zaman Tok Janggut, zaman penjajahan, zaman sebelum penjajahan, kita belajar dari buku Syeikh Daud Fatani dan sebagainya, zaman Tok Kenali.

Malah, sebelum daripada itu sejarah ulama kita bersama dengan para Raja, para Sultan tanah air kita untuk menggerakkan agama di Tanah Melayu ini selepas agama ini tersebar di tanah air ataupun selepas umat Melayu memeluk agama Islam. Kita yakin sejarah itu bersambung dan PAS adalah di antara bahtera perjuangan besar yang menyambung perjuangan terdahulu.

Proses Membuat Keputusan

Maka dengan sebab PAS menjadi sebuah parti politik, agak susah untuk membuat satu-satu polisi. Kerana memerlukan tapisan, memerlukan ‘istii-ab’ atau penguasaan terhadap sesuatu isu. Kadang-kadang orang bersungut kenapa PAS lambat buat keputusan? PKR sudah buat keputusan, ada kenyataan dia. DAP sudah ada, tapi PAS belum ada, lambat.

Kadang-kadang betul sepertimana dalam krisis paling besar iaitu isu Kajang Move. Lambat, wartawan tunggu dua minggu lagi baru hendak mesyuarat sedangkan pihak lain sudah mesyuarat dua minggu lepas. Wartawan hari-hari tanya, lambatnya PAS buat keputusan isu Kajang Move. Rupanya bukan Kajang Move sahaja, banyak ‘move’ yang PAS lambat buat keputusan.

Tapi kita kena ingat bahawa itulah Islam. Kadang cepat, kadang memerlukan masa, kadang terpaksa menanggung orang marah pada kita. Tapi akhir sekali orang akan melihat segala yang PAS putus itulah yang benar. Macam kes Kajang Move, lama orang marah sampai setahun, tapi sehari dua ini ada cerita di mahkamah pasal Kajang Move ini. Orang mula sebut, PAS betul buat keputusan.

Kenapa orang lambat nampak? Kerana isu itu berlaku begitu kritikal untuk PAS buat keputusan sehingga terpaksa melihat dan memilih beberapa polisi yang patut dibuat. Akhir sekali semua melihat, bahawa dalam banyak-banyak parti politik yang terlibat dalam politik Malaysia sejak merdeka, PASlah yang ditemukan satu dapatan, iaitu PASlah sebuah parti yang sederhana dan bertindak menyejukkan suasana politik di Malaysia.

PAS berada di tengah-tengah. Kewajipan kita dalam agama ialah memastikan negara ini aman. Kita tidak boleh sampai ke Putrajaya dengan sengaja membuat keadaan ‘havoc’, pecah belah semata-mata hendak dapat Putrajaya. Itu haram, tak boleh, kita tidak boleh susahkan rakyat. Kewajipan kita jaga politik. Kita pernah ditangkap, pernah ulama kita ditembak mati, pernah ahli-ahli kita dibuang kerja, ditukar, tidak boleh projek dan tender dan sebagainya.

Kesederhanaan Berpolitik

Sejarahnya, kita sentiasa dibuli. Orang marah sebut dibuli, mengaku diri sendiri lemah. Tapi PAS memang dibuli, PAS tidak melawan kerana kewajipan PAS untuk tidak melawan secara melampaui batas. Orang pertama kena buli dalam sejarah Islam ialah Rasulullah SAW sendiri. Baginda Nabi tidak lawan apabila Baginda dianiayai. Malaikat datang sedia diperintahkan, tapi Nabi kata biarlah, walau sahabatnya kena bunuh, sahabat kena siksa. Nabi suruh sabar kerana mahukan suasana dakwah yang tenang. Kalau Nabi lawan, angkat senjata semua Sahabat akan dibunuh, sudah pasti dakwah menjadi ranap.

Maka begitulah juga PAS bersabar dan sampai masanya orang mula benci pada kerajaan, maka lahirlah pembangkang yang kukuh. Dulu PAS sahaja, DAP walaupun menang banyak tapi tidak menguasai politik Malaysia, hanya mewakili sebahagian daripada kaum di Malaysia. Tapi akhirnya, lama-lama orang jadi semakin benci pada kerajaan. Lahirlah pembangkang yang gagah. Mereka terlalu anti pada Umno-BN.

Tetapi apabila pembangkang gagah dan diterima rakyat, lahir pula daripada pembangkang ini suara-suara yang mahu pergi cepat dan buat perkara dan tindakan yang akan merosakkan negara dengan mudah. Mereka sebut hendak buat melalui himpunan jalanan, hendak kepung Parlimen, hendak bakar dan buat pelbagai lagi. Ini suara-suara belah pembangkang daripada sahabat-sahabat tertentu yang keras.

Tetapi PAS mengambil sikap tidak ikut. PAS tidak ikut Umno yang melampau dan daripada pembangkang pun PAS tidak ikut jika melampau. PAS tidak ikut strategi dan kaedah yang salah walaupun terpaksa telan kemarahan. Contoh, apabila lantik seseorang sebagai Menteri Besar secara yang sah. Dalam Islam tidak boleh kita menjatuhkan pemimpin sehinggalah pemimpin tersebut terbukti salah, kerana ia mencemar maruah dirinya dan integritinya. Tan Sri Khalid bukan PAS tidak tahu mengenai kelemahan dirinya, tetapi tidak semua kelemahan itu boleh menjadi sebab dia wajar dijatuhkan. Kerana semua pemimpin ada kelemahan masing-masing.

Semua pemimpin dikritik termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan sahaja oleh Umno tetapi dalaman juga. Tapi dia tidak jatuh kerana orang tahu disebalik kelemahan dia itu dia tidak boleh dijatuhkan kerana dia ada kelebihan dan dia ada maruah diri yang mesti dipertahankan dan PAS kena pertahankan. Maka apabila ada cadangan hendak tukar dengan mudah, ikut suka hati kita untuk tukar, PAS tolak kerana ini bukan cara Islam. Pemimpin ada hak dia, rakyat juga ada hak dia masing-masing. Kita kena jaga dua-duanya.

Maka PAS berjalan di tengah-tengah, menyejukkan suasana politik di Malaysia. Jadi sejarah akan buktikan bahawa PAS inilah yang paling menjaga keamanan di Malaysia. Kalau kata kerajaan yang jaga keamanan, Umno kata negara aman kerana dia, itu tidak betul, itu bohong Umno. Umnolah yang merosakkan Malaysia ini, orang baik ditangkap, ulama ditekan, sekolah-sekolah agama rakyat dibantutkan dan dirosakkan kekuatannya. Tetapi PAS tidak ada sejarah merosakkan kecuali mempertahankan dirinya.

Sikap Terhadap GHB

Krisis dengan GHB belum pun sampai tiga bulan. Selepas daripada Muktamar pada Jun lalu ia tidak segera berlaku tetapi bergerak sikit-sikit. Pimpinan PAS buat keputusan untuk tidak bertindak segera kerana ini krisis dalaman dan penyelesaian kena lembut sepertilah masalah dengan anak isteri. Tidak boleh lafaz cerai selalu ataupun hendak lempang anak selalu. Apatah lagi keadaan dalaman parti, ini agak sukar. Hendak balah dengan Umno senang sahaja, kalau salah lempang pun tidak mengapa sebab dia Umno. Umno di luar rumah PAS.

Tetapi kena ingat, ahli keluarga PAS ramai dan penyelesaian sebenarnya boleh dibuat dengan mudah kalau kedua-dua pihak memahami agama dan memahami demokrasi. Kalau sudah tidak suka bolehlah keluar parti, janganlah beralasan tidak mahu keluar selagi bahtera tidak siap. Ini memalukan dan tidak profesional walaupun ia lahir daripada golongan profesional. Hendak tidur sini, hendak makan sini, tapi asyik hentam rumah sendiri. Ini tidak jadi penyelesaianlah. Maka kita kata kena keluar sebab orang lain hendak masuk, kerusi dan jawatan kita orang lain menunggu. Jadi penyelesaian yang paling ideal adalah isytihar parti baru, mereka menunggu melompat beramai-ramai.

Tapi kalau ikut maklumat, ada perancangan yang tidak elok, sepatutnya tidak boleh berlaku di kalangan ahli PAS iaitu mereka rancang keluar sebahagian daripada PAS, manakala sebahagian lagi tidak keluar. Inilah masalah yang kita sebut. Ini ijtihad dan tindakan yang salah dari sudut syarie, berdosa. Kita duduk di dalam dengan tujuan hendak pegang jawatan dan lumpuhkannya. Jadi ‘makan dalam’, ini salah dan berdosa. Tiba-tiba selepas parti baru dibentuk pun tidak mahu keluar juga.

Maka tindakan dan cara mudah adalah ahli PAS buat laporan salah laku bahawa mereka telah berkata begini dan berbuat begini. Angkat laporan kepada Setiausaha Agung PAS untuk tindakan. Penyelesaian ada di hadapan, hanya main masa kerana ini adalah krisis dalaman yang kita harus tangani secara lebih lunak.

Dialog Bersama GHB

GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia. Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka. Jadi sekarang ini PAS selesai caranya sendiri, iaitu buat perjumpaan secara individu, bukan atas nama PAS dan GHB. Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik.

Dengan individu boleh kerana walaupun kita tidak suka tindakan mereka, tetapi kena terima hakikat tentang wujudnya mereka di atas muka bumi ini. Sama seperti orang kafir, biarpun tidak disukai kekafirannya tetapi kewujudan mereka perlulah diterima dan diiktiraf. PAS tidak boleh bina Malaysia ini untuk orang Islam sahaja, orang bukan Islam ‘second class’. Itu haram. Sebagai rakyat, semuanya sama taraf. Cuma bezanya, “inna akramakum indallahi atqakum”. Jadi kalau ini dengan non-Muslim, maka apatah lagilah sikap PAS dengan parti baru GHB.

Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti. Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia (ketawa). Insya-Allah PAS akan bersikap terbuka. Cuma bukan sekarang kerana gangguan akan berlaku. Kalau saya hadir dialog dengan rakan-rakan GHB, akan ada satu pandangan kata Ustaz Nik Abduh boleh terima GHB. Maka tidak salah kita masuk GHB. Maka belum elok dimulakan sehingga selesai hal-hal yang berkait dengan soal dalaman parti.

Hubungan Dengan DHPP

Dewan Pemuda PAS Pusat sudah membentuk Jabatan DHPP Muda. Perbincangan sudah diadakan bersama Ketua Pemuda DHPP, Balendran dari Pahang. Beliau akan menjadi Pengarah Jabatan DHPP Muda dalam Dewan Pemuda secara lantikan. Maknanya siapa yang jadi Ketua Pemuda DHPP, maka dia secara automatik akan jadi Pengarah Jabatan DHPP Muda dan melayakkan hadir dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana saudara Balasubramaniam, Ketua DHPP masuk Mesyuarat PAS Pusat. Ini adalah pendekatan baru untuk kita dekati anak muda dari kalangan non-Muslim.

Isu Hudud

PAS telah melakukan pelbagai bentuk penerangan. Perlu difahami bahawa Allah Taala sengaja mahukan hukum-hukum-Nya ini dibahas oleh manusia. Contoh solat lima waktu, kajian menunjukkan daripada 100 anak muda, 20 sahaja solat lima waktu dengan sempurna. Apabila dikata solat lima waktu ini wajib, dibahas begitu dan begini. Setengah tidak terima, setengah terima, setengahnya tidak tahu.

“Wakaanal insanu aksara syai'in jadala”. Manusia ini memang dijadikan banyak bercakap, sampai bila saya sebut KP kurang bercakap pun, saya kena marah. Solat, hendak sampai orang Melayu Islam ini solat, kita kena syarah sampai orang faham, barulah dia solat lima waktu. Zakat, orang kaya selalunya cerdik, tetapi suruh bayar zakat dibuat tidak faham. Dia tidak faham zakat sehingggalah diberi penjelasan, barulah dia bayar zakat.

Itu perkara yang mudah, apatah lagi hal yang payah. Jadi jangan peliklah kalau hukum hudud ini sentiasa dibangkang oleh manusia kerana sengaja Allah Taala mahu melihat manusia membangkang hudud-Nya. Hingga satu hari nanti saat hudud terlaksana, mereka tidak ada hujah lagi hendak lawan, sebab segala yang mereka bangkang sudah berlalu dan diterima rakyat. Maknanya, hal tersekat sejak tahun 1990 selepas PAS buat hudud di Kelantan tapi tidak jalan, sebab manusia asyik berbahas.

Tun Mahathir bahas, sekat dengan undang-undang. Akhir sekali ramai yang bahas hari itu, kini dia sudah terima. Umno pun sudah terima, tidak berani kata hudud ini zalim kerana takut jatuh kafir. Dulu PAS beri amaran mereka tidak takut. Tapi hasil daripada penerangan PAS, sekarang sampai di peringkat non-Muslim juga sudah terima.

Bahkan sekarang ini ada ‘mujahid’ bukan Muslim mempertahankan hukum hudud. Ada non-Muslim yang menjadi pakar hudud daripada kalangan DHPP. Dia syarah bab hudud ini macam Kumutha dari DHPP Johor. Setiap kali ceramah dia bentang bab hudud sebab dia baca buku Islam berkait dengan hudud. Dia baca Quran, cari mengenai hukum hudud, bersungguh-sungguh.

Maknanya perkara ini tidak pernah berlaku 20 tahun lepas. Hasil daripada dakwah PAS, orang non-Muslim sudah tidak malu hendak mempertahankan hukum agama. Adakah kita yakin bahawa dengan hudud ini, makin gelap atau makin cerah masa depan PAS? Makin cerahlah sebab memang sengaja Allah Taala buka untuk dibahaskan. “Liyahlika manhalaka an baiyyinatin wayahya manhayya ambayyinah”. Supaya yang mampus/hancur, mampuslah dalam keadaan nyata dan jelas. yang hidup, hiduplah dalam keadaan nyata.

Allah Taala sebut, Islam adalah hujah. Jadi jangan takut, biar orang kata PAS ini membiarkan hukum hudud ini dihina. Rasulullah pun dihina, al-Quran dihina, tidak peliklah hukum hudud dihina. Kerana itulah yang Allah mahu al-Quran ini, dihormati dan dihina disisi manusia. Yang hina masuk neraka, yang hormat insya-Allah dapat balasan daripada Allah Taala.

Kita kena yakin, apabila sudah sampai Lebuhraya Karak bawa hudud, tiba-tiba sampai di terowong Karak, tengok ada DAP sedang tunggu untuk lawan hudud yang kita bawa. Kita pun buang hudud di hutan Karak semata-mata hendak mari Gombak. Ini tidak betullah! Kita bawa daripada Kota Bharu lagi, tiba-tiba disekat oleh DAP di Karak itu, kita lempar hudud, tidak betul, kerana sayang sangat ke DAP.

Mengenai Kemerdekaan

Selagi Islam tidak merdeka, maka tidak merdekalah negara ini. Yang merdeka ini merdeka dunia sahaja. Yang PAS nak adalah merdeka dunia akhirat. Jadi apabila merdeka tahun 1957 itu, negara baru merdeka sebahagian, iaitu daripada penjajahan. Selamatlah agama kita daripada dikuasai dan dirosakkan penjajah. Cuma oleh sebab yang ganti itu pun tidak bawa agama, maka kita tidak merdeka sepenuhnya juga.

Soal Baiah

Setiap tahun pada hari kemerdekaan, kita lihat anak remaja pelajar kita ditampilkan bersumpah setia, berbaiah kepada negara, berjanji ramai-ramai sambil menaikkan bendera. Itulah baiah untuk negara. Tetapi adakah berbaiah untuk negara bermaksud menjadi hamba kepada negara? Kalau begitu minta kepada Najib mulai merdeka tahun ini, jangan ada lagi baiah sumpah setia, lagu sumpah setia pada Malaysia jangan ada, batalkan sebab itu ajar jadi hamba pada Malaysia.

Tidak! Baiah ini memang diterima dan dilaksanakan oleh semua. Amerika yang tidak ada sejarah besar dan sejarah tamadun, akhir sekali mereka hendak bangkit semangat supaya jadi rakyat Amerika yang setia berbakti, mereka jadikan bendera Amerika itu tuhannya. Amerika ajar awal lagi, memuja bendera. Orang Malaysia, orang Islam tidak payah puja bendera, pujalah al-Quran.

Kita ada sejarah Nabi SAW, kita baiah dan baiah ini adalah kekuatan, bukan untuk mengikat dan membelenggu. Bahkan untuk menandakan kita bebas daripada semua manusia kecuali kepada Allah. Baiah ini daripada Quran, dalam Quran ini ada baiah. Amalan Nabi berbaiah, apabila kita buat baiah kita ikut Sunnah Nabi untuk perteguhkan iman. Sebab itulah kita jangan bermain dengan baiah. Jangan kerana kita nak lompat kepada parti lain, kita kata baiah wakil rakyat boleh tukar dengan sembelih kambing buat sup, selesai sudah ganti baiah. Jangan ingat begitu mudah nilai baiah dengan nama Allah itu selesai dengan sembelih kambing. Ini manusia tidak faham dengan baiah. Bawa hukum lain yang tak berkait dengan baiah.

Putus Dengan DAP

PAS putus dengan DAP bermakna PAS undur belakang? Politik ini ada pasang surutnya, sebab itulah kena ada siyasah syariah, hukum syarak berdasarkan kepada gelombang pasang surut. Tidak boleh kita ini kapal jenis layar satu tugas sahaja. Maknanya kalau angin ada, bergerak. Kalau angin tidak ada, berhenti, itu bukan kapal. Kapal ini kena bergerak sama ada masa angin tidak ada, angin ada, mahupun layar berlubang mesti bergerak. Maka ia ikut gelombang. Begitulah siyasah syariah diwujudkan.

Sekarang ini, kita melonjak undi sejak 2008 sehingga berlaku pembentukan Pakatan Rakyat selepas itu. Adakah lonjakan ini akan kekal lonjak dan takkan turun? Kita pun tahu ekonomi Malaysia tidak akan melonjak sentiasa, sebab itu Najib kata dia tidak rungsing. Macam nilai matawang Ringgit, turun naik. Kerja Bank Negara adalah kawal jangan terlalu turun dan jangan terlalu naik. Kalau naik sangat, letih hendak jual kelapa sawit tidak laku sebab duit Malaysia mahal sangat. Kerja Bank Negara adalah mengawal gelombang matawang Ringgit.

Begitu juga kita kena ingat sokongan kepada kita datang sebab ada isu yang lonjakkan. Sejarah menunjukkan parti ini setiap kali pilihan raya dia lonjak, lepas dia lonjak mungkin juga turun semula. Kadang-kadang dua kali pilihan raya lonjak, tidaklah melonjak setiap kali pilihan raya. Ada masa ia turun.

Kena ingat apabila PAS lonjak dengan undi non-Muslim, dua kali lonjak dan apabila ia turun adakah bermakna PAS tidak betul? Politik ini isu, kadang membantu, kadang tidak membantu. Masa turun janganlah turun sampai tidak tahu bagaimana hendak naikkan semula undi. Katakanlah PAS hilang bilangan non-Muslim dalam PRU akan datang akibat telah berpecah dengan DAP; iaitu hari ini kita telah dibantu oleh DAP yang telah buka pintu kita untuk pengundi Cina. Tetapi DAP juga kena setuju bahawa orang Melayu undi dia kerana pintu dibuka oleh PAS.

Sehingga orang Umno kata, dosa PAS adalah kerana buka pintu orang Melayu undi DAP. Memang betul pun PAS yang buka supaya orang Melayu terima DAP. Sekarang sama-sama tutup, DAP kata PAS jahat, PAS pun kata DAP jahatlah. DAP pun akan ada masalah, kajian seorang profesor di universiti menunjukkan bahawa kemarahan orang Melayu pada DAP begitu memuncak apabila salahkan dan tuduh PAS khianat. Sama dengan orang Cina, melalui akhbar, mereka sedang bakar marah pada orang PAS.

Tapi kena ingat, apakah apabila DAP tutup pintu, maka semua pintu dengan orang bukan Islam akan tertutup? Jawapannya tidak, DHPP makin gagah dan bersemangat. Tidak ada dalam sejarah, selepas DAP keluar daripada Pakatan Rakyat, ada orang DAP masuk PAS. Tapi kini berlaku di Perak, ahli DAP Cina dan di Kedah juga, bekas pimpinan DAP orang Melayu. Maknanya ada di kalangan ahli DAP yang memberontak terhadap parti dia sendiri. Dengan DAP tutup, tetapi pintu kita dengan semua NGO-NGO Cina terbuka.

Perlu yakin, tujuh tahun PAS bina hubungan dengan non-Muslim telah memberi satu perasaan dalam hati non-Muslim Malaysia bahawa PAS bukanlah parti rasis. Tidak ada satu bukti pun PAS ini rasis seperti rasisnya Isma dan Perkasa pada pandangan mereka. Itu di sisi DAP, tetapi mereka tidak boleh buktikan PAS ini rasis. Maknanya bila-bila masa kalau kita berani, kalau kita pandai, kita boleh menarik minat non-Muslim untuk mengundi PAS.

Kita kena ingat kita bertanding di kerusi yang DAP tidak bertanding, maknanya non-Muslim di kawasan kita bertanding cuma ada pilihan sama ada undi Umno atau undi PAS. Adakah mereka akan undi Umno? Cuma kalau ada kacau daun GHB masuk bertanding, itu kita tak tahulah. GHB parti baru, kalau dia mengundi, undi pecah. Itu bukan isu non-Muslim.

Jadi usaha-usaha PAS buat bagi meyakinkan non-Muslim. Suatu hari mereka akan faham bahawa isu yang melanda Pakatan Rakyat hari ini bukan berpunca dari PAS, tetapi dari sikap DAP yang keras terhadap polisi PAS untuk memperjuangkan agama Islam.

Penglibatan Dalam Bersih

Bersih 4.0 PAS sudah jelaskan tidak terlibat secara langsung. Memang dulu Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, PAS terlibat secara langsung. Bersih 1.0 memang PAS terlibat banyak, kemudian BERSIH 2.0 ada jawatankuasa melibatkan NGO, tapi PAS memainkan peranan besar walaupun NGO anjur. Kekuatan kita dihormati dengan Jabatan Amal, dengan kerahan, dengan sokongan anak muda PAS begitu juga dalam Bersih 3.0.

Tetapi dalam Bersih 4.0 ada dua perkara. Pertama PAS tidak dijemput awal, maknanya kita tidak diberi peranan yang besar. Kedua kena faham kita dalam krisis, musuh banyak untuk sabotaj PAS dan ada usaha untuk meminggirkan PAS daripada terlibat secara langsung. Jadi kita berhati-hatilah untuk tidak masuk perangkap. Kita perhati misalnya Amal Relief (AREF) yang baru tubuh itu berjanji hantar pasukan sukarelawan. Saya bimbang provakasi, apabila Jabatan Amal PAS dan AREF dihantar, akan ada perbandingan Unit Amal lebih baik, AREF lebih baik. Elok ataupun tidak elok perkara ini? Ia tidak elok dan takkan elok.

Kalau sudah ada orang yang sedia untuk pimpin biarkan dan Jabatan Amal boleh pergi tapi jangan pakai baju merah. Boleh pergi atas nama individu kalau hendak bantu tidak larang. Selama mana tidak lari dari matlamat untuk bersih pilihan raya yang mana kita juga letih dengan pilihan raya kotor, maka kita sokong. Cuma kita ambil sikap berhati-hati untuk mengelak provokasi yang melampau mengelak rosak nama dan terpaksa menanggung.

Parti Islam sentiasa didengki oleh semua orang yang memusuhi agama Allah Taala. Setakat ini kita ambil sikap kita tidak menyertai Bersih 4.0 secara rasmi, tetapi kita tidak halang anak muda yang pergi. Hati kecil saya hendak pergi, tetapi saya Ketua Pemuda, saya mesti bersama keputusan bersama kepimpinan yang lain. Tidak mahu kehadiran saya atau tidak hadir saya itu, kalau saya ambil sikap individu bukan sikap parti, takut salah dari sudut kesannya. – HARAKAHDAILY

.....
Ucapan dapat dipetik daripada lantunan bicara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Wacana Merdeka “Selamatkan Malaysia” di Shah Alam baru-baru ini. Disusun oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim. 
Sumber TKO - 3-9-2015

Awang Kijal Bawa Balik RM2,000 Kerana Ikan Dukang

joran perdana kemasik
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Pertandingan Joran Merdeka 2015 anjuran DACS (Department of Arts Cultures Sport) Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) yang diadakan di Pantai Kuala Kerteh berjaya menarik hampir 200 peserta pagi ini.

Awang Kijal yang menaikkan ikan sembilang seberat 1295 gram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala Naib johan dimenangi oleh Din Kerteh setelah berjaya menangkap ikan Dukang seberat 460 gram dan Mat Yie muncul tempat ke-3 dengan tangkapan ikan dukang seberat 340 gram.

Naib johan serta tempat ke-3 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500.
Ir Khairi Nizam Khiruddin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan majlis penutup pertandingan.

DSC_0158

[Gambar – Ir Khairi Nizam (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Joha Joran Merdeka 2015)]

Ketua Pemuda Pas Dun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili turut menyampaikan hamper cabutan bertuah kepada peserta memancing.

Turut bersama memeriahkan majlis penutup ialah YM Raja Rizal Arif, Timbalan Ketua Penerangan dan Media, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan Ahmad Zulkarami Salleh selaku pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Pada sessi pagi pimpinan pas kemaman, Yang Di Pertua, Ustaz Alias Abdul Hamid, Naibnya, Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam serta Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood menemui dan bertanya khabar peserta memancing di sepanjang persisir pantai.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat serta Ketua Pemuda PAS DUN, Ir Saiful Azmi Suhaili tidak melepaskan peluang berjumpa dengan para pemancing serta keluarga mereka.

Ir Khairi Nizam juga turut menyampaikan Taujihat Kemerdekaan dari Dewan Pemuda PAS Pusat kepada hampir 100 orang pemuda bagi mengisi ilmu dan memberi kefahaman kepada para pemuda konsep dan erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Pertandingan ini amat mendapat sambutan dari para pemancing yang kebanyakannya membawa ahli keluarga mereka bersantai di pantai Kuala Kerteh sempena dengan cuti umum Hari Merdeka.

Sumber BO - 1-9-2015





















































































Pemuda PAS gesa bina rumah mampu milik di bandar utama























































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak legislatif, eksekutif, pihak berkuasa tempatan dan swasta giat bersama-sama membangunkan lebih banyak perumahan mampu milik khususnya di bandar-bandar utama.

Menurut Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin rumah adalah satu keperluan utama bagi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan untuk menawarkan lebih banyak perumahan mampu milik.

Antaranya kata beliau, pembangunan tanah-tanah wakaf yang boleh dimodelkan daripada projek Taman Wakaf Seetee Aisah di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Ia adalah pusat komersial dan residen pertama yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan UDA Land (North) Sdn Bhd atas tanah wakaf seluas lima hektar untuk kepentingan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Langkah kedua yang boleh dipertimbangkan tambahnya,  ialah intervensi minima kerajaan terhadap nilai pasaran tanah khususnya di bandar-bandar utama.

"Harga rumah mampu milik sukar dibendung disebabkan spekulasi tidak terkawal nilai semasa tanah. Apakah mekanisme efektif untuk membendung spekulasi tersebut?

"Sebagai contoh, purata harga sebuah unit apartmen (800 kaki persegi) di Bukit Jalil berharga RM400,000. Purata harga sebuah unit apartmen (900 kaki persegi) di Brickfields berharga RM600,000 dan purata harga sebuah unit apartmen (900 kaki persegi) di Ampang berharga RM300,000.

"Perbezaan ketara antara ketiga-tiga kawasan boleh dijustifikasikan namun bagaimana kerajaan ingin memastikan nilai pasaran tersebut berada dalam lingkungan yang munasabah dengan kondisi apartmen, keperluan rakyat dan ia tidak terus dispekulasikan?" soalnya.

Walaupun penyewaan dan pembelian rumah kediaman dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun katanya,  para pemaju juga ditekan dengan beberapa cukai lain seperti setem duti, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan peningkatan kos binaan yang dikenakan GST serta kenaikan kos logistik termasuk petrol.

Jelasnya, bebanan ini yang disalurkan kepada rakyat yang majoritinya hanya mengecapi kenaikan paras tangga gaji yang perlahan dan menanggung kos sara hidup yang tinggi.

"Sudah menjadi satu kebiasaan hari ini, golongan muda berulang alik setiap hari dari Senawang, Banting, Ijok dan Tanjong Malim ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

"Kesukaran hidup telah mengherot graf keseimbangan hidup rakyat. Akhirnya, mereka sukar mengawal perasaan, tiada kesempatan untuk meningkatkan kefahaman agama dan membahagiakan rumah tangga," katanya.

Kajian terbaru didedahkan oleh Khazanah Research Institute mengenai lambungan pasaran harga rumah terlalu tinggi sehingga sukar dimiliki oleh majoriti rakyat di Malaysia.

Perkara tersebut pernah dibincangkan secara serius sebelum ini sehingga ramai pihak mengunjurkan akan berlaku lambakan generasi penyewa khususnya di kawasan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Pada 23 Mac lalu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga telah membangkitkan isu pemilikan hartanah di kalangan anak muda kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Katanya, antara isu yang dibangkitkan adalah lebihan penawaran kediaman mewah sehingga meminggirkan permintaan sebenar rakyat.

Menurut satu kajian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REI, pemaju-pemaju di Malaysia giat membina kediaman mewah yang hanya mampu dimiliki oleh 30 peratus rakyat Malaysia.

Purata hartanah mewah ditawarkan telah menjangkau sehingga 70 peratus dalam pasaran berbanding yang sewajarnya iaitu sekitar 20 peratus sahaja. - HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015

Jangan Perjudi Masa Depan Pelajar

pelan-pendidikan-650x400 (2)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa mengutamakan kepentingan pendidikan rakyat dan konsisten dalam pelaksanaan sesuatu dasar atau struktur bagi memastikan ia diberi keutamaan serta prestasi yang terbaik. DPPM ingin tegaskan supaya pertukaran menteri tidak boleh menjejaskan pelan pendidikan yang telah dilancarkan sebelum ini.

Pasca penstrukturan kabinet terbaru Perdana Menteri, sekali lagi sektor pendidikan di Malaysia dipisahkan kepada dua kementerian setelah ia disatukan di bawah satu bumbung sebelum ini pada tahun 2013 atas nama Kementerian Pelajaran. Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (2004) dua buah kementerian ini pernah disatukan dengan nama Kementerian Pelajaran. Kemudian, istilah ‘Pelajaran’ telah ditukar kepada ‘Pendidikan’ kerana berpendapat ia lebih tepat.

DPPM bimbang perkara ini turut akan menjejaskan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang telah digazetkan beberapa bulan lalu. DPPM menggesa pihak Kementerian Pendidikan mengkaji pelbagai aspek secara matang sebelum sesuatu polisi dikuatkuasakan tanpa memperjudikan nasib para pelajar dan menyulitkan tugasan para guru di negara ini.

PPPM_NEW

Beberapa hari lalu, Lembaga Peperiksaan telah menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016. Surat pekeliling mengenai polisi ini telah dikeluarkan sejak bulan Disember 2014, namun ia secara tiba-tiba ditangguhkan menjelang 3 bulan daripada tahun pelaksanaannya tanpa sebab yang diperincikan.

Perkara yang sama juga telah berlaku sebelum ini dalam melaksanakan polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Polisi tersebut akhirnya telah dimansuhkan pada tahun 2009/2012. Tidak mustahil ia akan dilaksanakan semula setelah banyak pihak yang dilihat melobi untuk meneruskan kembali polisi tersebut sejak tahun lepas. Kemudian, wujud pula dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada 2011.

Isu yang sama turut berlaku dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula diperkenalkan kepada pelajar tahun 1 tahun 2011. Pada tahun hadapan, kita akan menyaksikan pula perubahan sistem dalam peperiksaan UPSR setelah kita melihat pelbagai kontroversi yang timbul akibat daripada pelaksanaan yang terburu-buru dalam sistem Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3).

DPPM berpendapat kesan negatif terhadap pelaksanaan polisi-polisi baru pendidikan wajar diminimakan supaya para pelajar tidak terkeliru dan dijadikan bahan eksperimen pihak-pihak tertentu. Banyak isu utama pendidikan perlu diberikan perhatian yang serius dan menuntut solusi yang efektif serta efisyen. Elakkan flip flop policy dan utamakan hasilan yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

***KENYATAAN MEDIA USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA PADA 11 Zulkaedah 1436 | 25 Ogos 2015

Sumber BO - 26-8-2015

Pendedahan: Integriti kerajaan sudah musnah

HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador bahawa ketegasan beliau di dalam isu siasatan terhadap 1MDB menjadi antara punca beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah suatu pendedahan yang sangat memalukan kerajaan.

Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah hilang integriti sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi cerita sebenar di sebalik 1MDB.

DPPM percaya bahawa maklumat yang diperkatakan oleh Datuk Abdul Hamid di dalam sidang medianya kelmarin bukanlah satu maklumat yang mentah justeru ia diungkapkan oleh bekas timbalan pengarah cawangan khas sendiri yang telah berkhidmat selama 37 tahun di bahagian tersebut. Lebih menarik lagi apabila beliau sendiri dengan tegas meminta supaya ‘pihak-pihak’ tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat yang sebenar berhubung 1MDB.

DPPM ingin menarik perhatian seluruh lapisan masyarakat Malaysia terhadap sidang media yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid ini yang secara tidak langsung telah menjadi bukti terhadap kebenaran dakwaan bahawa kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dalam isu 1MDB ini.

Kenapakah pula Datuk Abdul Hamid sendiri ditukar ke JPM untuk mengisi jawatan yang belum diwujudkan lagi? Kenapakah urusan pertukarannya dibuat secara tergesa-gesa seolah-olah tidak sabar menunggu hari siang untuk mendengar ayam jantan berkokok?

Paling menarik apabila Datuk Abdul Hamid sendiri menyatakan rasa tidak setuju terhadap penangkapan beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat di dalam menyiasat kes berhubung 1MDB ini.

Jika benar seorang pegawai tinggi Cawangan Khas sendiri tidak bersetuju dengan tangkapan ini, maka siapakah pemain sebenar yang sedang berperanan di negara ini? DPPM mencabar kerajaan untuk bertindak menyatakan respons dengan segera terhadap pendedahan Datuk Abdul Hamid ini.

Hakikatnya, pendedahan yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid ini hanyalah salah satu manifestasi kebimbangan rakyat seluruhnya terhadap kemampuan kerajaan menyelesaikan isu yang menarik perhatian semua pihak ini. Tidak mustahil, kegagalan kerajaan mendapatkan kepercayaan umum terhadap kejujuran dan ketelusan inilah yang menyebabkan nilaian mata wang negara semakin menjunam. Tiada lagi harapan untuk rakyat melihat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ini mentadbir dengan telus dan jujur.

Pilihan berada di tangan rakyat untuk melangkah membina Malaysia yang lebih sejahtera. - HARAKAHDAILY 25/8/2015

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 25-8-2015

























































































Pemuda PAS ziarah penerbit Da'i Pendakwah Milenia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini telah menyerahkan memorandum kepada pihak penerbit rancangan Da'i - Pendakwah Milenia di Pejabat Media Prima Berhad, Sri Pentas.

Naib Ketua Pemuda DPPM, Khairil Khirudin bersama-sama Pengerusi Lajnah Dakwah DPPM, Mohd Hafez Sabri telah bertemu dengan Ketua Pegawai Perhubungan Awam dan wakil penerbit Da'i Pendakwah Milenia.

Turut hadir bersama adalah Penolong Setiausaha dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO, Nurul Islam dan Mohamad Ibrahim dan AJK-AJK Lajnah Dakwah DPPM.

Pertemuan itu disambut baik oleh pihak penerbit dan kesudian mereka menerima kunjungan Pemuda PAS.

Usaha yang dilakukan itu adalah tanda sokongan Pemuda PAS atas usaha dakwah yang dijalankan dengan mengelakkan isu kontroversi yang sensitif terhadap agama dan dunia dakwah.

Pemuda PAS berpandangan usaha untuk menambah rating penonton seharusnya selari dengan syariat Islam.

Pihak penerbit sewajarnya mengelakkan insiden yang boleh mencemarkan imej Islam semata-mata mahu menaikkan rating penonton.

Idea dan konsep Da'i Pendakwah Millenia cukup baik untuk diteruskan bagi melahirkan pendakwah kontemporari bagi mendepani cabaran semasa.

Namun, dari sudut pelaksanaan harus diperbetulkan dari semasa ke semasa dan dijauhkan program dakwah sebegini hanya bermotifkan keuntungan komersial semata-mata.

Saranan Pemuda PAS juga agar peserta Da'i Pendakwah Milenia ditempatkan di kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak dengan meletakkan target pencapaian untuk mengislamkan orang bukan Islam.

Harapannya agar para peserta dapat memahami realiti dunia dakwah sebenar.

Pemuda PAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit Da'i Pendakwah Milenia yang berbesar hati menerima memorandum dengan harapan episod seterusnya mampu diperbaiki dengan lebih baik. - HARAKAHDAILY 20/8/2015

Sumber HD - 20-8-2015

























































































As-Syirah Wakili Marang Ke Alam Ria Negeri

IMG-20150817-WA0046
MARANG – Kampung Kubu, Pengkalan Berangan menjadi saksi akan kepetahan dan kelunakan anak-anak pelajar PASTI mempersembahkan pelbagai acara dalam sebuah program Alam Ria dan Jamuan Aidilfitri peringkat PASTI Marang baru-baru ini.

Alam Ria yang merupakan acara tahunan mempertandingkan sebanyak 8 acara iaitu Nasyid, Kalam Jamaie, Azan, Khutbah, Hafazan, Pidato, Sajak dan Bercerita.

Dalam penganjuran tahun ini, kumpulan nasyid dari PASTI As-Syirah, Kg Bukit Kulim dari DUN Pengkalan Berangan dinobat sebagai juara bagi pertandingan nasyid.

Lagu nasyid bertajuk ‘Mari Berhibur’ dan ‘Makna Al-Fatihah’ yang menjadi persembahan dan alunan suara paling menarik membolehkan kumpulan berkenaan diumumkan sebagai juara.

Ditanya mengenai persediaan yang telah dilakukan sehingga digelar johan, Puan Zubaidah Ghani selaku guru pembimbing bagi kumpulan nasyid As-Syirah berkata,

“Persediaan yang di buat bermula awal bulan Julai. Setiap hari cuma dalam 10 minit sahaja diperuntukkan untuk latihan. Latihan dilakukan berulang ulang setiap hari sehingga ke tahap ini.

“Perasaan sangat teruja bilamana berjaya walaupun kekurangan masa untuk buat latihan. Dengan kemenangan ini, kumpulan nasyid As-Syirah diamanahkan untuk mewakili kawasan Marang ke Alam Ria Negeri yang bakal berlangsung 22 Ogos nanti di Kemaman”. ujarnya lagi disamping meminta didoakan kejayaan anak didiknya di Alam Ria peringkat negeri nanti.

Hadiah kemenangan berupa pingat dan hamper disampaikan oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong, yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah buat Jabatan PASTI Marang atas kejayaan menganjurkan progr dua dalam satu ini. Beliau turut mendedikasikan ucapan penghargaan buat guru-guru PASTI yang berjaya mengasah bakat anak-anak PASTI.

Beliau terharu dengan bakat yang digilap oleh guru-guru PASTI selari dengan visi PASTI iaitu melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah yang berteraskan Islam.

Beliau berucap demikian dihadapan 500 hadirin yang terdiri daripada ibu bapa, guru, pelajar, dan juga penduduk di sekitar Kampung Kubu.

“Walaupun tidak menang. Tetapi sekurang-kurangnya kehadiran kita ke sini amat bermakna dalam menjayakan aktiviti PASTI Marang. Bagi pihak PASTI Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan,

“Dokongan dan kepercayaan yang berterusan yang diberikan para ibu bapa sekalian. Kita mengharapkan hubungan yang harmoni dan baik ini terus berkekalan bagi memudahkan segala urusan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan PASTI”. tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua DPPKM.

Sumber BO - 19-8-2015

Kenyataan Media Ketua DPPM:"100 Wacana Merdeka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2015"





Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 58 pada tahun ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan jelajah ke 100 kawasan di seluruh negara melalui program yang dinamakan sebagai 'Wacana Merdeka Selamatkan Malaysia' bermula 15 Ogos 2015 sehingga akhir bulan September 2015 .

Ia merupakan program yang bersifat serampang dua mata di mana akan menjelaskan intipati kemerdekaan menurut aspirasi perjuangan PAS khususnya di dalam mendepani cabaran dalam politik negara pada hari ini.



Program ini diadakan berikutan suasana kemelut politik yang melanda negara yang sedang bergelumang dengan pelbagai isu yang melibatkan survival rakyat. Daripada isu 1MDB, kejatuhan nilai mata wang, cukai GST, serta dakwaan keterlibatan pimpinan negara dengan skandal penyaluran dana politik ke akaun peribadi, semuanya meletakkan rakyat berada di dalam situasi kalut ribut apatah lagi jika ia menjejaskan kehidupan sehari-hari. Justeru dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang sentiasa dijadikan sebagai peluang untuk memupuk rasa cinta rakyat kepada negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia tampil ke hadapan untuk turut menjelaskan kepada rakyat berhubung isu semasa ini supaya rakyat menyedari rasa sayang mereka kepada negara harus diterjemahkan kepada langkah menyelamatkan negara ini daripada terus terjerumus ke lembah kehancuran.

Wacana yang akan menampilkan pimpinan utama Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan turun ke 100 kawasan di seluruh negara juga bermatlamatkan memberikan penjelasan kepada para ahli khususnya anak muda berhubung krisis dalaman yang sedang melanda PAS pada hari ini. Situasi pasca Muktamar PAS 2015 dijangka menjadi persoalan penting yang berlegar di kalangan ahli turut perlu mendapat respon dan penjelasan dari pihak pimpinan. Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sudah tentu akan terus beristiqomah bersama-sama kepimpinan parti yang telah dipilih oleh perwakilan akan turun menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh ahli dan penyokong supaya sokongan yang diberikan kepada PAS akan terus kekal bahkan dapat ditingkatkan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

100 Wacana Merdeka ini adalah bersifat mesra melalui interaksi dua hala. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan segala persoalan yang timbul serta keraguan yang berlegar akan dapat diselesaikan melalui ruang soal jawab yang akan dibuka sepanjang wacana ini berlangsung.

Sekian.

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz,
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bertarikh: 16 Ogos 2015



Sumber PP - 16-8-2015


Sistem penilaian iCGPA tiada pembaharuan





























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan projek perintis penilaian baharu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di lima buah universiti awam yang terpilih sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, kelmarin.

"Walau bagaimanapun, DPPM melihat sistem penilaian yang meliputi sembilan aspek dengan menggunakan kaedah spider web tersebut bukan sesuatu yang baharu bahkan ia sebenarnya telah menjadi hasrat kualiti graduan yang diharapkan sebelum ini," ujar Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Kebiasaannya, kata beliau sebelum sesuatu modul kurikulum tersebut dibentuk, maka pelbagai aspek akan dititikberatkan untuk diserapkan kepada para pelajar seperti yang terdapat dalam Bloom Taxonomy yang merangkumi kognitif, afektif dan psikomotor.

"Persoalannya, adakah ia benar-benar memenuhi matlamat tersebut?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi seharusnya melihat kepada faktor-faktor yang menghalang potensi seseorang mahasiswa dikembangkan.

Tambahnya, tidak semua mahasiswa mempunyai kecenderungan yang sama dan universiti bukan hanya sekadar untuk memenuhi keperluan industri semata-mata.

Justeru, ujarnya DPPM menyarankan agar pihak kementerian harus peka terhadap pemasalahan semasa dan melihat secara komprehensif bagaimana mempersiapkan generasi Malaysia terutamanya bagi memiliki jatidiri yang lebih ampuh untuk mendepani cabaran yang lebih besar di hadapan kelak. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber HD - 13-8-2015

Derma RM2.6 Bilion Untuk Apa?

Khairil Nizam Khirudin (2)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan yang menangguhkan prosiding siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke satu tarikh yang tidak pasti.

DPPM tidak boleh menerima alasan penangguhan tersebut hanya kerana bekas pengerusinya YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri beberapa hari lalu.

Ini jelas satu tindakan sabotaj yang dilakukan oleh kerajaan. Prosiding siasatan yang dijadualkan bermula pada hari ini dijangka akan memanggil Presiden dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

DPPM melihat tindakan YAB Perdana Menteri yang merombak kabinet baru-baru ini memberi kesan langsung kepada PAC dan tidak menolak kemungkinan untuk menyelamatkan individu-individu penting 1MDB daripada prosiding siasatan termasuk taikun Jho Low.

Sementara itu, DPPM juga menyelar sejumlah RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri sepertimana yang dijelaskan oleh SPRM semalam. Tindakan tersebut boleh terdedah kepada aktiviti pengubahan wang haram yang berleluasa kepada parti-parti politik di Malaysia.

Jika ianya adalah dana untuk parti UMNO, maka kami mencabar pihak UMNO untuk mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berkenaan yang telah diserahkan kepada pihak ROS bagi mengesahkan dakwaan transaksi tersebut.

Sekian, terima kasih.

Ir. Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua
Pemuda PAS Malaysia

Sumber BO - 5-8-2015

Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

Saya terpanggil untuk menulis beberapa isu yang menjadi persoalan di kalangan ahli dan penyokong PAS khususnya apabila berdepan dengan beberapa dakwaan yang dilihat sengaja menyembunyikan fakta yang sebenar. Barangkali tulisan ini kurang lengkap atau mengandungi fakta yang kurang tepat, para pembaca boleh membuat penilaian dan pembetulan jika perlu. Apa yang pasti, tulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri di dalam parti dan kerajaan. Walaupun tidak sebagai seorang yang penting, namun ia cukup untuk mengajar saya berfikir dan meneliti fakta-fakta secara adil sebelum bertindak menyatakan sokongan atau bantahan.

1. KEMENANGAN DAN KEREDHAAN ALLAH

1.1: Selaku seorang mukmin yang betul aqidahnya akan mengerti dan memahami bahawa matlamat hidup adalah untuk memperolehi keredhaan Allah. Bagi orang yang ditarbiyyah dan dididik dalam sesuatu jamaah atau gerakan Islam tentunya tidak akan mempertikaikan bahawa matlamat asas perjuangannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

1.2: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah jemaah Islam dan parti politik telah meletakkan dasarnya yang selari dengan matlamat memperolehi keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.”

1.3: Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam fasal 5 tersebut, bagi mancapai matlamat tertegaknya hukum Islam di negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita Malaysia, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihanraya. Oleh itu PAS terpaksa memilih saluran ini. Dari aspek hukum dan keharusan perjuangan melalui parti politik, menyertai pilihanraya dan pengundian sudah pun dibahas dan diselesaikan oleh para ulamak muktabar muta’akhhirin , dan tidak menjadi persoalan besar untuk dipolimikkan.

1.4: Dalam perjuangan untuk mencapai kemenangan, tentunya PAS selaku parti Islam terikat dengan hukum dan syariat. Kemenangan dan kejayaan adalah matlamat PAS, namun matlamat yang lebih utama ialah keredhaan Allah. Kemenangan dan kejayaan hendaklah datang seiringan dengan keredhaan Allah. Ini bermakna, sesuatu kejayaan yang dicapai tanpa keredhaan Allah tidak akan membawa makna dalam perjuangan PAS dan ia bercanggah dengan perlembagaan PAS. Jika diberi pilihan antara kejayaan yang segera tetapi tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kejayaan yang tertangguh, namun mendapat keredhaan Allah, tentunya PAS memilih jalan yang kedua. Inlah wajah sebenar sebuah parti Islam.

1.5: Pandangan inilah yang tidak difahami dan mahu dimengerti oleh pemikiran sekular. Bagi mereka, kemenangan adalah segala-galanya tanpa mengisi dalam kamus perjuangan dengan istilah-istilah seperti “redha Allah”, “barakah”, “pertolongan Allah” dan seumpamanya. Sebab itulah mutakhir ini kedengaran cemuhan dan sindiran terhadap PAS seperti “PAS bukannya nak menang pilihanraya, dia nak keredhaan Allah sahaja”.

1.6: Bagi menjamin setiap tindakan berlaku di atas landasan syariat dan hukum, PAS mewujudkan “Majlis Syura Ulamak”. Kuasa dan peranan majlis ini ialah sebagaimana di dalam Fasal 7 (3) (b) Perlembagaan PAS;
“ Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

2. TAHALUF SIYASI

2.1: Perjuangan untuk mencapai kemenangan melalui sistem pilihanraya hendaklah dilihat secara waqi’ oleh PAS khususnya negara ini yang mengandungi rakyat berbilang bangsa dan agama. Satu jalinan kerjasama perlu diwujudkan dengan parti-parti lain, termasuk parti bukan Islam. Namun prinsip dan hukum syariat tidak boleh ditolak ansur. Kerjasama boleh berlaku, tetapi mesti melalui kaedah-kaedah yang dibenarkan dan pernah diterokai dalam perjuangan Islam terdahulu. Dari sinilah terbitnya istilah Tahaluf Siyasi.

2.2: Menurut rekod, Majlis Syura Ulamak telah diberikan peranan dalam pembentukan Tahaluf Siyasi ini. Setelah merujuk kepada kaedah-kaedah dalam Usul al-Fiqh dan Qawa`id Fiqhiyyah, terbentuklah Tahaluf Siyasi dengan menggariskan 6 prinsip atau syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak lain yang ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS. Ini bermakna, selagi 6 prinsip ini tidak dicerobohi dan masih berlaku dalam ruang yang dimaafkan, Tahaluf siyasi boleh diteruskan. Maka berjalanlah persefahaman dan kerjasama PAS dengan parti-parti politik yang lain khususnya PKR dan DAP dalam satu ikatan yang dipanggil Pakatan Rakyat. 6 prinsip dalam Tahaluf Siyasi tersebut sentiasa menjadi panduan dan semakan dari masa ke masa oleh Majlis Syura Ulamak. Jika pencerohohan yang ketara dilakukan oleh rakan kerjasama terhadap PAS, sehingga tidak diharuskan oleh pandangan syarak, maka Tahaluf Siyasi akan terbatal.

2.3: Ikatan persefahaman melalui Tahaluf Siyasi ini membawa matlamat yang sama antara parti-parti pembangkang, iaitu menumbangkan parti pemerintah negara. Merombak ikatan ini tentunya mendatangkan kerugian dan merugikan PAS sendiri, namun kompromi dan tolak ansur dalam Islam ada batas hukum dan sempadan syariat. Memperolehi kemenangan, tetapi dalam masa yang sama mengundang kemurkaan Allah, tidak memberi makna bagi PAS. Inilah yang tidak difahami oleh pemikiran sekular serta golongan yang terlalu ghairah mengejar kemenangan.

Penulis sendiri secara peribadi telah diminta oleh Almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood pada tahun 2008 untuk menulis kertas kerja bertajuk Tahaluf Siyasi ini selepas pilihanraya umum pada tahun tersebut sebagai satu bahan untuk kursus Tamrin Sahifah Madinah bagi seluruh jentera parti di negeri Kelantan.

3. BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

3.1: Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai dasar, matlamat dan falsafah perjuangan masing-masing. Namun di sana ada satu tujuan yang serupa iaitu menegakkan keadilan serta menentang pelbagai penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti pemerintah dengan cara menumbangkannya dalam pilihanraya. Penyelarasan usaha dan kerja antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh diselaraskan demi mencapai tujuan tersebut. Dalam masa yang sama parti-parti boleh menjalankan tindakan dan pelaksanaan ke arah mencapai matlamat dan misi masing-masing, yang mungkin tidak berlaku kesepakatan dan persetujuan antara satu sama lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, sebelum PRU13, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah menandatangani satu dokumen setebal 20 halaman, bersetuju untuk setiap parti menegakkan visi dan misi masing-masing. Di sinilah terbitnya istilah “agree to disagree” (bersetuju untuk tidak bersetuju). Sesebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat boleh tidak bersetuju dengan pelaksanaan yang akan dibuat oleh rakan komponennya, tetapi tidak boleh menghalang atau membuat apa-apa tindakan ke arah menggagalkannya.

3.2: Hasil dari persetujuan “agree to disagree” PAS telah bertindak ke atas perkara atau pelaksanaan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Contohnya;

3.2.1: Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah berusaha untuk melaksanakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. PAS telah membantah hasrat DAP itu atas alasan ia boleh melebarkan lagi polarisasi kaum serta sosio ekonomi di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Namun DAP terus bertekad sehingga memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mencari remedi undang-undang bagi mengembalikan pilihanraya Kerajaan Tempatan.

PAS membantah usaha DAP tersebut, namun tidak menghalang untuk menggagalkannya kerana mematuhi prinsip agree to disagree.

3.2.2: Langkah Kajang
Kerajaan PKR Selangor mengadakan “Langkah Kajang” dengan cara mengosongkan satu kerusi DUN di Selangor dan bercadang untuk digantikan dengan Ketua Umum PKR. Perkiraan dari segi untung-rugi politik jika diadakan pilihanraya semula di Kajang, antara PKR dan PAS tidak sama. PAS mengira langkah tersebut memberi kesan negatif, sedangkan PKR berpandangan sebaliknya.

Namun, bila kerusi Kajang dikosongkan, Ketua Umum PKR dihalang oleh perundangan dari menjadi calon pilihanraya, menyebabkan tempat tersebut diganti oleh Presiden PKR. Walau bagaimana pun bantahan PAS hanya setakat “agree to disagree” di mana PAS turut bersama dalam usaha memenangkan calon PKR dalam pilihanraya kecil Kajang.

Dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, apabila PAS diminta oleh pihak Istana mencadang nama calon Menteri Besar, PAS mengemukakan tiga nama, sesuai dengan titah Istana yang mahukan lebih daripada dua nama, tidak sebagaimana PKR yang hanya mengemukakan satu nama sahaja, iaitu Presiden PKR. PAS bertindak demikian adalah disebabkan dua perkara;

i. Istana telah menolak cadangan PKR yang mengemukakan nama Presidennya sebagai calon Menteri Besar. Adalah tidak bijak jika PAS turut membuat cadangan yang sama, yang kesudahannya akan ditolak.

ii. Presiden PKR ialah seorang wanita. Setakat ini PAS, melalui pandangan Majlis Syura Ulamak hanya membenarkan wanita menduduki jawatan di tahap ????? ???? (wilayah khassah) seperti menteri atau EXCO Kerajaan. Sementara jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri, ia merupakan jawatan di tahap ( ????? ???? ) dan bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak.

Percanggahan PAS dengan PKR dalam isu ini masih berlaku dalam ruang “agree to disagree”.

4. ISU HUDUD

4.1: Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Rang Kanun Jenayah Syariah II (hudud) pada tahun 1993, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat. Namun undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan atas halangan kuasa Parlimen yang mengatasinya.

4.2: Selepas PRU13, Kerajaan Kelantan telah membawa satu Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Negeri Kelantan dan diluluskan pada 18 Mac 2015.

4.3: Usaha Kerajaan PAS Kelantan mengkanunkan enakmen tersebut adalah sebahagian dari usaha melaksanakan dasar parti iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, sebagaimana terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS.

4.4: Usaha PAS ini mendapat bantahan dari PKR dan DAP, namun PAS menganggap bantahan tersebut adalah satu kebiasaan, berlaku dalam ruang “agree to disagree”. PKR dan DAP boleh tidak bersetuju, tetapi tidak boleh bertindak menghalang dan menentang sebagaimana sikap dan tindakan PAS terhadap isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dan isu Langkah Kajang.

4.5: Namun DAP bertidak melebihi sempadan apabila melihat kepada kenyataan para pemimpinnya;
i. Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo; Kata Dua Untuk Pas: Pas bukan lagi sebahagian ahli komponen PR jika bertegas bentang rang undang-undang hudud di sidang Dun Kelantan 18 Mac ini. - Sinar Harian, 23 Feb 2015.

ii. Setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke;
Sila Keluar Pakatan; Tindakan Pas Kelantan mahu laksana hudud dianggap cabuli muafakat PR. Sekiranya Pas bertegas untuk buat keputusan dan ambil tindakan yang tidak konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk Pas ialah berundur dari Pakatan Rakyat. - Sinar Harian, 26 April 2014

iii. Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim; Pas boleh meninggalkan gabungan pembangkang kerana isu hudud tidak termasuk dalam kerangka PR. - FMT News , 15 Mei 2015

4.6: Apa yang dikesali ialah sikap umat Islam termasuk segelintir ahli PAS yang tidak merasa sensitif dengan tindakan DAP, sebaliknya meletakkan kesalahan ke atas bahu pemimpin PAS yang kononnya tidak menyantuni DAP dengan sewajarnya. Tuduhan yang mengatakan PAS tidak pernah menjelaskan hasrat pelaksanaan hudud kepada DAP adalah tidak berasas. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014 : DAP berpuas hati: DAP berpuas hati dengan penjelasan Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai cadangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Bagaimana pun Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, hudud tetap isu berasingan dan bukan agenda PR. “Walau pun isu hudud isu persendirian Pas, kami akan cuba cari persefahaman dalam perkara ini.” ujarnya selepas menyertai Mesyuarat Setiausaha Agung PR di Pejabat Agung Pas, di sini semalam. (https://www.youtube.com/watch?v=tSPM-9NVVHE)

4.7: Sesetengah ilmuan atau ahli akademik juga keliru ketika menghurai pelaksanaan hudud di Kelantan. Mereka tidak dapat membezakan antara usaha mengkanunkan enakmen dengan pelaksanaan hukum. Pendapat yang menyatakan hudud tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan masyarakat yang tidak kondusif boleh diterima, dalam ertikata hukuman, seperti hukuman potong tangan tidak dilaksanakan di zaman Khalifah `Umar al-Khatab akibat kemarau. Barangkali inilah makna kondusif, suasana kemarau yang menyulitkan umat Islam mencari makanan dianggap sebagai suasana yang tidak kondusif. Maka Khalifah menangguhkan hukuman tersebut. Namun undang-undang hudud masih termaktub dan dikanunkan sebagai undang-undang negara. Cuma hukumannya tidak dapat disempurnakan. Inilah yang sebenarnya diperjuangkan oleh PAS di Kelantan. Kanun Jenayah Syariah perlu diangkat sebagai undang-undang, supaya ia mempunyai kuasa untuk menghukum. Namun semasa hukuman hendak dijalankan, suasana kondusif atau tidak diambil kira. Para ulamak dalam PAS bukanlah bebal tidak berilmu, untuk menghukum pesalah secara membuta tuli tanpa membuat perkiraan sebagaimana yang disebut oleh para ilmuan dan ahli akademik itu. Seolah-olah Dewan Ulamak PAS hanya mengerti Islam secara teori, jumud, konservatif, tidak memahami waqi’ umpama lebai kampung yang hanya tahu bertahlil dan bertalqin.

4.8: Memahami realiti dan mempertimbangkan suasana kondusif inilah, PAS telah mengambil inisiatif untuk kemukakan private bill di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang diperuntukkan kepada mahkamah syariah. Ia merupakan usaha pendahuluan atau langkah mula bagi memperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat. Terkandung dalam Akta 355 ini ialah kuasa Mahkamah Syariah yang boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebih RM5,000 dan sebatan tidak melebihi 6 kali. Jika parlimen meluluskan pindaan tersebut, sekurang-kurangnya mahkamah syariah dapat melaksanakan hukuman yang melibatkan sebatan, iaitu bagi kes zina ghair muhsan, minum arak dan qazaf. Juga boleh dilaksanakan hukuman diat dan takzir. Hukuman berupa sebatan, penjara dan denda sudah pun terlaksana di bawah bidang kuasa mahkamah syariah buat masa ini, dan tidak asing kepada masyarakat. Cuma pindaan ini akan memberi kuasa untuk menambah bilangan sebatan, jumlah denda dan penjara supaya ia dapat disesuaikan dengan kehendak hukum syarak.

Hukuman potong tangan pencuri dan rejam yang dikira asing bagi masyarakat, buat masa ini ditangguhkan, dan tidak terkandung dalam pindaan Akta 355. hukuman tersebut mengkin menjadi kejutan dan dilihat berat di sisi masyarakat Islam. Sementara menunggu saat dan ketika yang kondusif, PAS mengemukakan hukuman-hukuman yang lebih ringan dan mudah diterima melalui pindaan Akta 355 terlebih dahulu. Melakukan sesuatu yang mudah dahulu, sementara menunggu penerimaan yang lebih berat adalah berasaskan kepada kaedah; “Sesuatu yang tidak diperolehi semua, jangan tinggalkan semua"

Ini menunjukkan PAS memahami aspek kondusif. Pelaksanaan hukum hudud melalui pindaan ini dikira sebagai langkah awal bagi memperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat, agar mereka dapat menyaksikan keindahanya. Sebagai orang mukmin, tentunya beriman dengan istilah barakah, rahmat, pertolongan Allah dan seumpamanya, yang dijanji oleh Allah bilamana orang mukmin melaksanakan perintahNya. Langkah mula pelaksanaan beberapa hukuman melalui pindaan Akta 355 ini diyakini boleh menjadi pembuka pintu ke arah memperolehi ????? ?? ???? (cegahan dari Allah) yang dijanjikanNya, dalam suasana jenayah dan gejala sosial yang tidak terkawal mutakhir ini di negara kita. Inilah aqidah PAS yang tidak dimengerti oleh orang-orang bukan Islam, golongan sekular dan mereka yang terbuai lena dengan janji untuk mencapai kemenangan tanpa keredhaan Allah.

5. PAS DAN DAP

5.1: Sebagaimana yang disebut terdahulu, hubungan PAS dan DAP dibina melalui kaedah Tahaluf Siyasi. Majlis Syura Ulamak PAS telah menggariskan 6 prinsip sebagai kayu pengukur dan panduan dalam setiap gerak kerja dan tindakan, agar ia tidak terkeluar dari garisan hukum syarak.

5.2: Tahaluf Siyasi terus berjalan. Di sepanjang hubungan dan kerjasama antara parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat, wujud beberapa pergeseran antara PAS dan DAP. Namun Tahaluf Siyasi masih boleh diteruskan selagi 6 prinsip tersebut tidak dilanggari secara ketara dan masih boleh dimaafkan. PAS amat menghormati perjanjian bersama dalam Pakatan Rakyat untuk agree to disagree.

5.3: PAS sentiasa memerhati tindakan dan geraklaku rakan dalam PR khususnya DAP, dan merujuk kepada Majlis Syura Ulamak untuk menentukan sama ada Tahaluf Siyasi ini masih sah atau terbatal. 

Kini PAS telah membuat keputusan untuk membatalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP, apabila usul ini dikemukakan oleh Dewan Ulamak Pusat dalam muktamar ke-61, untuk dikaji dan diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak.

5.4: Tindakan membatalkan Tahaluf Siyasi adalah berdasarkan kepada beberapa faktor;

5.4.1: Sikap dan tindakan DAP yang telah melampaui batas agree to disagree sebagaimana yang disebutkan terdahulu dalam para 4.5 di atas.

5.4.2: DAP telah menunjukkan tanda-tanda awal untuk menyisihkan PAS dalam Pakatan Rakyat dan terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS.

Contohnya;

a. DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS
b. DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri-negeri tersebut.
c. Ucapan-ucapan pemimpin tertinggi DAP yang difahami memberi isyarat agar Presiden PAS dan golongan ulamak disingkirkan. DAP gesa PAS singkirkan ulamak kalau nak ke Putrajaya (Tranungkite, 9 Mac 2015)
d. Tindakan DAP mencampuri urusan pemilihan pimpinan PAS dan hubungannya dengan PASMA.
e. Kebimbangan PAS terhadap sikap agresif DAP yang semakin ketara dan
merbahaya dalam mencabar dan menentang pelaksanaan Islam. Contohnya

i. Pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham; DAP mahu umat Islam hormati hak untuk murtad (The Malaysian Insider; 12 Julai 2014)
ii. Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling, Sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum (Watan-Online)
iii. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; DAP memberi amaran kepada kepimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang itu merampas Putrajaya pada PRU14 nanti (Sinar Harian)
iv. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahu teruskan agenda hudud (AntaraPos; 15 Julai 2015)

6. TOK GURU NIK AZIZ DAN PIMPINAN PAS KINI

6.1: Pihak yang tidak bersetuju dengan pembatalan Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP termasuk dari kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri telah menyalahkan pimpinan kini yang diterajui oleh presiden. Tuduhannya ialah kerana pimpinan kini terutama Presiden PAS telah gagal menyantuni DAP secara bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz, menyebabkan ikatan dengan DAP terlerai dan menggagalkan misi PR ke Putrajaya. Jika Tok Guru masih hidup tentunya DAP masih bersama PAS.

6.2: Hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada pemerhatian kepada peristiwa-peristiwa yang menunjukkan hubungan baik Tok Guru dengan para pemimpin DAP. Dikemukakan gambar-gambar Tok Guru makan sekali dengan pemimpin DAP, bersalaman, berbual mesra dan gambar Tok Guru Nik Aziz memotong kek hari jadi mendiang Karpal Singh. Tidak kurang juga dengan bukti-bukti sambutan dan orang-orang bukan Islam yang sangat menghormati dan menyayangi Tok Guru. Kesimpulannya Tok Guru Nik Aziz bijak berinteraksi dengan pimpinan DAP, tidak sepertimana Tok Guru Presiden.

6.3: Persoalan pokok yang menatijahkan terlerainya ikatan DAP dan PAS bukan masalah hubungan baik. Cuba selidiki dan perhalusi, titik pemisahnya ialah isu hudud, bila DAP menentang Rang Undang-Undang Pindaan yang dibawa dan diluluskan di Dewan Negeri Kelantan serta private bill untuk pindaan Akta 355 di bawa ke Parlimen, sebagaimana yang dibincangkan di para 4 di atas.

6.4: Dalam isu hudud, Tok Guru Nik Aziz lebih tegas dan Presiden hanya selaku penyambung hasrat dan kerja al-Marhum. Ketegasan al-Marhum Tok Guru tidak berganjak sejak beliau masih di kerusi Menteri Besar lagi. Contohnya sepertimana dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 23 September 2011; Jangan Halang PAS – Nik Aziz: Tetap mahu laksana hudud sekali pun DAP mahu keluar PR.

Al-Marhum Tok Guru sudah membayangkan dari awal lagi, bahawa sampai kepada satu tahap, PAS mungkin akan berpisah dengan DAP, bila DAP bertegas menghalang perjuangan PAS. Persoalannya, adakah Tok Guru berubah haluan dan sikap selepas tidak menjadi Menteri Besar, membatalkan hasrat pelaksanaan hudud demi menjaga hati DAP?

Hasrat al-Marhum Tok Guru yang sangat inginkan hudud terlaksana di Kelantan boleh dilihat apabila bersetuju mengadakan sedikit rundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan. Rujuk kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014; Tok Guru setuju: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz sambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat Kebangsaan.

Tetapi malangnya, apabila pimpinan PAS melanjutkan usaha atas persetujuan Tok Guru ini untuk berunding dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan ke arah menjayakan pelaksanaan hudud dituduh usaha ke arah pembentukan UG.

Tok Guru sudah menyedari wujudnya penentangan dari rakan parti dalam Pakatan Rakyat, namun beliau sangat optimis dengan usaha Kerajaan PAS Kelantan. Sinar Harian bertarikh 12 April 2014 melaporkan; Tok Guru Yakin: Walau pun ditentang hebat rakan sekutunya, Mursyidul Am Pas yakin DAP dan PKR akan akur dengan cadangan Kerajaan Kelantan untuk laksanakan hukum hudud di negeri ini.

6.5: Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, al-Marhum Tok Guru bertugas sebagai penasihat atau Murabbi Ummah, di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), berpejabat di Kompleks Kota Darulnaim, sehingga beliau kembali ke Rahmatullah. Selaku Mursyidul Am, hal ehwal politik PAS berjalan di bawah kehendak beliau. Tuan Guru Presiden dan pimpinan PAS serta pimpinan-pimpinan Kerajaan Kelantan sering mengunjungi beliau di Pejabat IPTG, melapor dan membincang permasalahan politik serta perjalanan kerajaan Kelantan termasuk usaha pelaksanaan hudud.

6.6: Menuduh pembawaan dan tindakan Tok Guru Presiden telah menyimpang dari kehendak Tok Guru Nik Aziz adalah tuduhan yang tidak berasas. Contohnya dalam isu Langkah Kajang ketika menamakan calon Menteri Besar Selangor. Sinar Harian bertarikh 19 Ogos 2014 melaporkan; Nik Aziz sokong Pas Pusat; Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz menyokong keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

6.7: Tuduhan juga dibuat terhadap Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang merupakan anak kepada Tok Guru Nik Aziz, kononnya tindakan dan kenyataan Nik Abduh bercanggah dengan kehendak ayahnya. Bagi menjawab tuduhan ini, sila rujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Oktober 2014; Nik Aziz sokong pandangan anak: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong pandangan anaknya, Nik Abduh yang mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi termasuk isu berkaitan dalaman Pas dan PR.

6.8: Kesimpulannya, pandangan yang menyatakan bahawa pimpinan PAS kini telah menyimpang dari hasrat dan cara yang telah dibawa oleh al-Marhum Tok Guru Nik Aziz adalah tidak berasas dan berupa andaian yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Usaha menjarakkan al-Marhum Tok Guru dengan apa yang dibawa oleh pimpinan PAS kini khususnya Tok Guru Presiden, dipercaya satu usaha untuk menunjukkan kepada masyarakat khususnya para ahli dan penyokong PAS, bahawa pimpinan PAS kini telah membawa PAS jauh tersasar dari perjuangan sebenar dan sudah tidak relevan lagi. Akhirnya ia menghalalkan tindakan keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.

PENUTUP

Enam persoalan yang utama yang saya nukilkan di atas adalah merupakan kata kunci kepada kemelut yang sedang berlaku di dalam komponen Pakatan Rakyat khususnya melibatkan hubungan di antara PAS dan DAP. Semoga ia menjadi pencerahan kepada ahli-ahli PAS dan juga para penyokong untuk mereka memahami kedudukan isu yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan maklumat-maklumat separuh masak yang berlegar terutama yang berniat jahat dan menjatuhkan kredebiliti PAS selaku parti Islam di negara ini.

- Ahmad Fadhli bin Shaari merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber PP - 1-8-2015

Pemuda PAS gesa panggil sidang khas parlimen segera

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang mesyuarat khas segera ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Timbalan Perdana Menteri, pertukaran Tan Sri Gani Patail dan pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, kelmarin.

Timbalan Ketua DPPM, Muhammad khalil Abdul Hadi berkata ini selaras dengan peruntukan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat.

Katanya, perkembangan 1MDB terkini telah menjadi isu politik sehingga menjejaskan kepentingan awam termasuk memburukkan keadaan ekonomi dan melemahkan keyakinan pelabur luar negara.

Tambah beliau, tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri selaku individu penting dalam 1MDB telah menjejaskan integriti dan pertembungan konflik kepentingan dalam proses siasatan 1MDB.

"Oleh yang demikian, sidang khas tersebut boleh menjawab pelbagai dakwaan termasuk membuktikan akauntabiliti Perdana Menteri dalam isu ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, laporan interim yang telah diserahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara baru-baru ini boleh dibahaskan dan didedahkan kepada awam selepas mesyuarat khas tersebut.

Sementara itu, ujar beliau ia juga boleh memudahkan urusan perjalanan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Katanya, jadual rutin mesyuarat Dewan Rakyat pada bulan Oktober akan datang dianggap terlalu lewat. - HARAKAHDAILY 30/7/2015

Sumber HD - 30-7-2015

































































































Pemecatan Gani Patail tidak sah


































































































WAN ROHIMI WAN DAUD | .


NEGARA dikejutkan dengan berita penamatan perkhidmatan (pemecatan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkuat kuasa semalam, 27/7/2015). Manakala Tan Sri Apandi Ali (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Gani Patail, sebagaimana laporan berita online, dilaporkan sebagai tidak mengetahui mengenai pemecatan tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Perkara yang jelas, pemecatan Tan Sri Gani Patail adalah langkah terburu-buru serta bercanggah dengan perlembagaan. Berdasarkan penelitian terhadap peruntukan Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan dan status Peguam Negara adalah sama taraf dengan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Peguam Negara tidak boleh dipecat melainkan berdasarkan sebab-sebab dan kaedah-kaedah yang sama sebagaimana pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan [..shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court].

Manakala Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan dalam bab pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan boleh dipecat - apabila terdapatnya representasi daripada Perdana Menteri, atau daripada Ketua Hakim Negara selepas berbincang dengan Perdana Menteri, kepada Agong.

Maka dalam keadaan sedemikian Agong hendaklah menubuhkan satu tribunal untuk merujuk representasi tersebut kepada tribunal, dan bolehlah selepas menerima rekomendasi tribunal tersebut, untuk memecat Hakim (Peguam Negara) daripada jawatannya.

Secara umumnya sesuatu tribunal ditubuhkan untuk membicarakan isu perlanggaran kod etika dan masalah kesihatan. Anehnya dalam kes Tan Sri Gani Patail, tiada apa-apa tribunal ditubuhkan, bahkan Tan Sri Gani Patail sendiri mengakui beliau tidak tahu menahu tentang pemecatan sehinggalah dimaklumkan sedemikian.

Justeru, walaupun kita mungkin tidak mengenali atau menyukai Tan Sri Gani Patail atas sebarang sebab sekali pun, pemecatan Tan Sri Gani Patail adalah merupakan satu bentuk pencabulan Perlembagaan yang perlu dikecam.

Pencabulan Perlembagaan dan penafian hak untuk dibicarakan (oleh tribunal) terhadap individu bernama Tan Sri Gani Patail ini, memburukkan lagi pencabulan amanah rakyat serta krisis kepercayaan yang sedang melanda negara. Pemecatan Peguam Negara yang bercanggah dengan Perlembagaan ini akan terus mengaibkan negara, di kala negara sedang lemas dengan skandal 1MDB. – HARAKAHDAILY 28/7/2015

Penulis ialah Pengarah, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 28-7-2015

Rombakan Kabinet: Bersama PAS selamatkan negara

HARAKAHDAILY | .


ROMBAKAN kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini sebenarnya hanyalah langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri dan bukan untuk menyelamatkan Umno jauh sekali menyelamatkan negara serta memberikan keyakinan kepada rakyat.

Secara zahirnya, golongan yang digugurkan ialah mereka yang membangkitkan persoalan-persoalan yang berlegar dalam kalangan rakyat berhubung ketelusan pengurusan kewangan yang membabitkan wang pembayar cukai.

Keraguan rakyat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diselesaikan dengan penyusunan semula kabinet.

Mungkin suara-suara yang menentang boleh disenyapkan di dalam kabinet, namun ia tetap menjadi persoalan utama yang akhirnya akan mencetuskan kebangkitan rakyat.

Jika ditambah pula dengan isu-isu lain seperti skandal pembelian hartanah Mara, Tabung Haji, Felda Global Venture (FGV), kenaikan kos sara hidup, kenaikan tol dan sebagainya, rakyat sebenarnya boleh menjatuhkan hukuman total kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jelas sekali, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno tidak berhasrat untuk menyelamatkan negara. Apa yang ingin diselamatkan hanyalah dirinya dan kepentingan golongan yang berkaitan.

Tiada harapan lagi untuk ahli-ahli Umno untuk mengharapkan kepimpinan yang jujur dan telus dari Presiden mereka pada hari ini.

Tiba masanya untuk beralih kepada bahtera penyelamat yang sebenar. Kuasa politik umat Islam wajib diberikan keutamaan.

Sampai masanya untuk PAS menjadi alternatif sebenar kepada seluruh pengundi, sama ada untuk umat Islam khususnya mahupun masyarakat majmuk berbilang agama, Melayu mahupun bukan Melayu, ahli Umno yang ingin berhijrah mahupun yang hanya ingin menterjemahkan sokongan melalui kotak undi.

Mari membina Malaysia Baru. Malaysia yang bebas dari korupsi. Malaysia yang berkebajikan. Malaysia yang ditunjangi kuasa politik Islam sebagai asas penyelamat. Tiada harapan lagi bagi Umno di era kepimpinan ini. - HARAKAHDAILY 28/7/2015


AHMAD FADHLI SHAARI

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bertarikh: 28 Julai 2015

Sumber HD - 28-7-2015





































































































































































































KLIA2 bermasalah, kerajaan usah gadai nyawa rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Kerajaan Malaysia bertindak segera menyelesaikan masalah mendapan akibat takungan di terminal KLIA2.

"Masalah ini sudah berlarutan sekian lama sejak ia mula dibuka pada tahun lepas sehingga kini masih belum mempunyai penyelesaian yang konkrit," kata Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin.

Katanya, laporan media antarabangsa, Bloomberg di dalam portal beritanya yang bertajuk “Kuala Lumpur’s $1 Billion Terminal Is Sinking, Airline Says” tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.

Pada penghujung tahun 2014, ujarnya Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan nama lima anggota panel Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 yang diketuai oleh Datuk Dr Chuah Hean Teik.

Menurutnya, mereka diberikan tugasan untuk memastikan KLIA2 mematuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan dan mengkaji semua aspek termasuk isu mendapan di apron KLIA2.

Kini, ujar beliau tempoh masa 6 bulan yang diberikan sudah pun tamat.

"Bilakah pihak kerajaan akan menunaikan janji untuk mengumumkan laporan Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 tersebut kepada rakyat dan tindakan susulan yang perlu diambil?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, DPPM mengingatkan kerajaan agar memandang serius berkenaan aspek keselamatan di lapangan terbang ini lebih-lebih lagi pada saat imej dan reputasi industri penerbangan negara telah merosot teruk akibat insiden misteri kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.

Katanya, kerajaan usah menanti kejadian buruk berlaku barulah sibuk untuk bertindak, bak kata pepatah 'sudah terhantuk, baru tengadah'.

Justeru, ujarnya DPPM menggesa Kementerian Pengangkutan mengumumkan segera laporan Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 agar rakyat dapat menilainya dengan adil dan telus.

Beliau berkata, sebarang unsur salahguna kuasa, penyelewengan dan kecuaian oleh pihak yang terbabit perlulah dikenakan tindakan yang sewajarnya dan pada masa sama penyelesaian kongkrit terhadap masalah mendapan akibat takungan air perlu diselesaikan dengan kadar segera.

"Kerajaan usahlah menggadai nyawa rakyat akibat kelemahan dan kegagalan dalam bertindak," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015

Al-Aqsa: Malaysia perlu tegas, desak OIC campur tangan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak keselamatan Israel yang menggunakan kekerasan dan keganasan sehingga mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan Masjid al-Aqsa dan mencederakan 17 orang Islam ketika meleraikan ketegangan yang berlaku antara orang-orang Islam dan penganut Yahudi.

Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata sedangkan, insiden ketegangan itu berlaku berpunca daripada tindakan 120 orang penganut Yahudi diketuai oleh Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel yang cuba menceroboh Masjid al-Aqsa sempena Tisha B'Av iaitu hari berkabung tahunan dalam agama Yahudi bagi memperingati kemusnahan rumah ibadat purba mereka yang disambut pada 26 Julai setiap tahun.

Katanya, DPPM melihat tindakan tersebut adalah suatu bentuk provokasi yang sengaja dicetuskan oleh Israel bagi menimbulkan ketegangan agama di kota suci itu.

Menurutnya, akhbar dan portal berita Israel sejak kelmarin membuat liputan berkenaan insiden itu telah mula mencanangkan bahawa ia berpunca daripada rusuhan yang dibuat oleh umat Islam.
"DPPM percaya ia dilakukan bagi membuka laluan kepada tindakan ketenteraan selepas daripada ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPM menyatakan sokongan padu di atas keteguhan pejuang Hamas dan rakyat Palestin dalam mempertahankan kemuliaan dan kesucian Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.
DPPM juga, ujarnya menyeru negara-negara Islam di seluruh dunia untuk membantu perjuangan Hamas dan rakyat Palestin.

"DPPM menuntut Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas dan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu ini," katanya lagi. - HARAKAH DAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015

































































































Mahasiswa berpolitik, kerajaan jangan bersandiwara

HARAKAHDAILY | .


Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis lalu (23 Julai 2015) yang bersetuju supaya mahasiswa universiti diberi ruang lebih luas dalam sistem demokrasi negara, termasuk melibatkan diri dalam politik, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan agar tidak bersandiwara dalam isu ini.

DPPM melihat sikap dan tindakan kerajaan dalam mendepani mahasiswa yang terlibat dalam politik sendiri pun tidak selari dengan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 2012 yang sepatutnya akta ini dimansuhkan terus.

Pentadbiran universiti juga bersikap cauvinis, paranoid dan tidak profesional berurusan dengan kepimpinan dan gerakan mahasiswa yang konsisten menuntut penambahbaikkan dalam segenap sektor pentadbiran negara dan universiti termasuk prestasi sektor pendidikan negara kita.

Pidato Jelajah Kerajaan Mahasiswa, Pidato Umum DS Anwar Ibrahim di UM, insiden UM8, tindakan ke atas pejuang isu air di UKM (#UKM13), insiden #UIA3M dan insiden merampas mikrofon semasa Dialog GST di UIAM dan terkini isu 11 orang pimpinan mahasiswa UIAM yang bakal dikenakan tindakan berikutan kenyataan media berhubung isu yang melibatkan PM cukup menjadi bukti kegagalan kerajaan berhubung dan berinteraksi dengan kumpulan mahasiswa.

Pindaan pelbagai undang-undang dan peraturan kononnya untuk memperlihatkan keterbukaan kerajaan hanyalah bertujuan memerangkap mahasiswa yang komited memperjuangkan kepentingan awam sekalipun di luar pagar kampus.

Sedangkan perjuangan mahasiswa ini sendiri adalah kesan daripada tekanan serta bebanan yang dihadapi rakyat secara umumnya dan mahasiswa khususnya berikutan pelaksanaan GST, hutang PTPTN, peningkatan kos sara hidup dan kelemahan serta ketirisan yang berlaku dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara sehingga berlakunya skandal 1MDB, Tabung Haji, Mara dan kejatuhan merudum nilai Ringgit.

DPPM menyokong penuh tindakan berani dan semangat kepedulian yang tinggi golongan mahasiswa terhadap situasi negara, pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat kerana mahasiswa merupakan generasi teras kepada ketamadunan dan pembangunan bangsa dan negara Malaysia yang lebih aman, makmur, sejahtera dan berkebajikan. - HARAKAHDAILY 26/7/2015

AHMAD TAUFIQ KAMARUDDIN
Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa DPPM
Ahad, 26 Jul 2015 | 10 Syawal 1436 H

Sumber HD - 26-7-2015

Penganjuran Konsert Tidak Sensitif Keadaan Semasa

big bang world tour
DPPM membantah penganjuran konsert “BigBang 2015 World Tour [MADE] in Malaysia” yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Sabtu, 25 Julai 2015 bermula jam 6.00 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.

2. Bantahan ini adalah amat patut lebih-lebih lagi apabila pihak penganjur, IME Production dengan bangganya mengumumkan satu konsert tambahan akan diadakan oleh kumpulan BigBang pada hari ini, Jumaat, 24 Julai 2015 bermula jam 8.30 malam juga di Stadium Putra, Bukit Jalil.

bigbang

3. Konsert ini juga difahamkan mencatatkan rekod penganjuran yang termahal bagi siri MADE World Tour. Dilaporkan bahawa kos penyediaan pentas yang akan digunakan oleh BigBang sahaja sudah mencecah RM1 juta. Harga tiket pula dijual pada harga RM288 hingga RM798 mengikut enam kategori berbeza.

4. DPPM juga melahirkan kekecewaan kerana konsert ini disokong oleh Malaysia Major Events iaitu merupakan sebuah bahagian di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC).

5. Sebagai mewakili Kerajaan, sewajar dan sepatutnya pihak Kementerian mengawal industri hiburan dan mendidik rakyat dengan budaya hiburan yang tidak melalaikan atau merosakkan.

6. Sekurang-kurangnya insiden beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium dahi oleh penyanyi K-pop dari kumpulan B1A4 dalam satu konsert yang diadakan pada awal tahun ini dijadikan pengajaran penting supaya ia tidak lagi berulang.

7. Dalam keadaan negara menghadapi masalah dalam segenap sektor politik, ekonomi dan sosial, maka adalah amat buruk dan hodoh sekali apabila Kerajaan mengajak rakyat untuk berhibur sakan. Kita pula masih berada dalam bulan Syawal dan penganjuran konsert ini telah mencemarkan kemuliaan bulan ini.

Sekian.

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Jumaat, 24 Jul 2015 | 8 Syawal 1436 H

Sumber TKO - 24-7-2015

Perutusan Hari Raya 'Idil Fitri 1436H


Saya pada kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia amnya. Semoga amal Ramadhan kita diterima Allah dan dikurniai kita dengan sifat taqwa dengan anugerah sebagai seorang hamba-NYA yang bersyukur.

Hari raya adalah hari kesyukuran besar dan kegembiraan di atas nikmat hidayat yang dikurniakan Allah ke atas umat Ramadhan yang telah berjaya menjalani proses pembersihan jiwa melalui ibadah puasa yang difardhukan sepanjang bulan Ramadhan. Jiwa yang putih bersih dengan iman dan tauhid pastinya akan tambah mendekatkan lagi hubungan hamba dengan tuhannya. Itulah sebaik-baik bekal di perjalanan hidup ini.

Justeru jangan lupa tatkala memakai pakaian baru pada pagi raya bahawa sebaik-baik pakaian adalah taqwa. Jangan lupa tatkala menyentuh hidangan hari raya bahawa sebaik-baik hidangan dan bekalan hidup adalah taqwa. Juga, jangan lupa semasa bersuka ria bersama keluarga dan rakan taulan bahawa di akhirat nanti semua ikatan persahabatan adalah putus dan menjadi permusuhan kecuali persahabatan yang dibina di atas sifat taqwa kepada Allah.


Hati yang sejahtera dengan taqwalah akhirnya yang didamba. Itulah impian kita umat Ramadhan. Justeru kekalkan semangat Ramadhan sepanjang hidup kita.

Mari bersama kita berdoa pada hari raya penuh kemuliaan ini untuk saudara kita umat Islam di seluruh dunia semoga dilepaskan daripada segala kesusahan, kesukaran dan kezaliman. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi mujahidin di jalanNYA yang membantu umat yang ditindas dengan segenap kepunyaan kita.

Semoga Allah kurnia kita Ramadhan demi Ramadhan insyaAllah.

Selamat Hari Raya. 

Maaf Zahir Batin.
Minal A'idin Wal Faiziin.
Kullu Aam Wa Antum Bi Khair.
TaqabbalaLlahu Minna Wa minkum.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

Sumber PP - 16-7-2015


Insiden Low Yat; Pemuda PAS Seru Kekalkan Muafakat

nik abduh parlimen
Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita yang mendalam dan begitu perihatin terhadap kejadian pergaduhan berlaku di Plaza Low yang melibatkan anak-anak muda Malaysia yang berjiwa merdeka.

Ketuanya, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dalam apa jua keadaan pun, kejadian begitu mencemari kemuliaan bulan Ramadhan.

“bulan Ramadhan yang mendidik kita kepada kejernihan, kesabaran, kasih sayang dan kesantunan yang tinggi.

“Dengan harapan yang begitu tinggi, kami menyeru semua pihak agar bertenang dan bersama menyokong dan mendorong kepada usaha-usaha penjernihan dan permuafakatan,”ujarnya

Walaupun beliau sedih dengan kes jenayah perniagaan yang samada berpunca daripada pihak peniaga atau pun pembeli, namun katanya, ia tidak boleh sama sekali mendorong kepada tindakan beremosi dan merajakan nafsu dalam proses mencapai jalan penyelesaian.

nik abduh aziz

Katanya, tindakan sedemikian pastinya akan menambahkan lagi kekusutan dan membawa akibat yang lebih buruk.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak muda Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan suara-suara buruk yang bersifat perkauman dan permusuhan.

“Seperti pesan Rasulullah SAW, dengan kedatangan Islam yang mulia, seruan perkauman dan rasis sudah menjadi bangkai jahiliyah yang ditinggalkan.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyeru pihak kerajaan agar segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kejadian yang berlaku dalam mengenal pasti punca sebenar dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan,”tegas beliau dalam satu kenyataan.

Adalah perlu untuk rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, melihat kejadian ini dalam kerangka fikir yang lebih besar.

Katanya, kerajaan perlulah menjadi contoh dan teladan terbaik ke arah sifat amanah, telus dan benar di dalam menangani isu-isu jenayah perniagaan dan ekonomi yang melanda negara kita.

“Baik sesebuah kerajaan yang memerintah akan banyak membantu kepada baiknya kehidupan rakyat jelata,”tambah beliau

Sumber BO - 13-7-2015

Bukan Guru PASTI

sulaiman sulong (2)
PASTI Negeri Terengganu merasa sangat terkilan dan terkejut dengan satu penyebaran berita dari Terengganu Times pada hari ini 13 Julai 2015.

Berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.

Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.

Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.

Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas serta merta.

Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Semoga Ramadhan mengajar kita untuk menjadi insan bertaqwa yang yakin kepada hari pembalasan yang kekal abadi.

SULAIMAN BIN SULONG
PENGARAH,
JABATAN PASTI NEGERI TERENGGANU
26 Ramadhan 1436H
13 Julai 2015

Sumber BO- 13-7-2015










































































































Low Yat: Anak muda perlu bertenang, elak perkauman

| .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru semua pihak bertenang dan bersama menyokong usaha-usaha penjernihan dan permuafakatan antara satu dengan yang lain.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, anak muda Malaysia tidak harus mudah terpengaruh dengan suara-suara buruk yang bersifat perkauman dan permusuhan.

"Seperti pesan Rasulullah dengan kedatangan Islam yang mulia, seruan perkauman dan rasis sudah menjadi bangkai jahiliyah yang ditinggalkan.

"Walaupun kita sedih dengan kes jenayah perniagaan yang sama ada berpunca daripada pihak peniaga atau pun pembeli, ia tidak boleh sama sekali mendorong kepada tindakan beremosi dan merajakan nafsu dalam proses mencapai jalan penyelesaian," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, insiden yang berlaku di Plaza Low Yat sejak kelmarin sedikit sebanyak mencemari kemuliaan bulan Ramadan yang mendidik masyarakat kepada kejernihan, kesabaran, kasih sayang dan kesantunan yang tinggi.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyeru pihak kerajaan agar segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kejadian yang berlaku dalam mengenal pasti punca sebenar dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, rakyat Malaysia perlu melihat kejadian ini dalam kerangka fikir yang lebih besar.

Justeru katanya, kerajaan perlulah menjadi contoh dan teladan terbaik ke arah sifat amanah, telus dan benar di dalam menangani isu-isu jenayah perniagaan dan ekonomi yang melanda negara ini.

"Dewan Pemuda PAS juga ingin merakam ucapan terima kasih kepada nasihat khas yang telah disampaikan oleh Saudara Afdlin Syauki di laman Facebooknya yang menyeru semua pihak agar bertenang. Ia nasihat baik dan benar yang wajar diikuti," katanya. - HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015

111 Guru PASTI KT Terima Sumbangan

IMG-20150713-WA0050
KUALA TERENGGANU – Seramai 111 guru dan pembantu guru PASTI telah menerima sumbangan sempena Eidulfitri daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Ketuanya Mohd Azris Aris berkata program tersebut merupakan usaha kebajikan pemuda yang diadakan setiap tahun.

“Program yang diadakan saban tahun ini merupakan program yang bersifat kebajikan yang mana ianya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban para cikgu,

“dalam menghadapi hari lebaran yang bakal tiba. Sumbangan yang diberikan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian,”ujarnya.

IMG-20150713-WA0047

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada Sabtu 11 Julai.

Hadir sama dalam majlis sumbangan itu ialah Bendahari PAS Kuala Terengganu Ustaz Ahmad Kamal Ali dan Pengarah PASTI Kuala Terengganu, AlGhazali Abu Bakar.

Sehubungan itu, Bendahari PASTI Kuala Terengganu Zaim Azfar mengucapkan terima kasih kepada Pemuda dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan kepada PASTI.

“Program ini adalah satu tanda dari pihak Dewan Pemuda sebagai mengiktiraf jasa dan usaha yang telah disumbangkan oleh para guru PASTI dalam mendidik anak-anak,

“walaupun ianya tidak banyak, sekurang-kurangnya sumbangan ini sebagai usaha atau bukti penghargaan daripada Dewan Pemuda itu sendiri,”katanya.

Menurutnya, terdapat sebanyak 22 buah PASTI di dalam Kawasan Kuala Terengganu yang menampung kira-kira 1500 orang pelajar.

Sumber BO - 13-7-2015












































































































Pendirian MSU dipatuhi dan dihormati ahli












































































































IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan dan dokongan tidak berbelah bagi terhadap pendirian dikemukakan Majlis Syura Ulamak PAS bahawa tahaluf siyasi dengan DAP telah terbatal.

Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Fadhli Syaari berkata, sebagai badan eksekutif tertinggi parti yang berwibawa dan berautoriti memberi penafsiran hukum berasaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas.

“Maka pendirian tersebut menjadi ketetapan yang tertakluk ke atas seluruh ahli PAS. Sebagai mukmin yang beriman dan berpegang kepada sumber tersebut, kepatuhan kepada ketetapan ini ke atas ahli PAS adalah meliputi perasaan, fikiran dan tindakan.

“Penyiarannya pada saat menjelang Syawal akan menjadi saksi manifestasi keakuran seluruh ahli dan pimpinan PAS kepada hukum tersebut untuk diikuti dengan sabar dan reda. Itulah sebahagian tanda takwa bagi mereka yang berintima’ bersama PAS iaitu untuk dengar dan taat.

“Pendirian Majlis Syura Ulamak PAS yang dinyatakan itu adalah mengikat dan memandu seluruh peringkat parti ini kepada gerak kerja bersepadu dan satu. Paling utama, ia mesti dilihat dengan pandangan iman, bahawa setiap syura yang berlandaskan syarak, pasti mendatangkan maslahah serta mendapat nusrah dari Allah,” ujarnya.

Oleh itu tegasnya, semua ahli dan pimpinan mestilah bergerak di atas keputusan serta arahan-arahan semasa dari Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung pelaksanaan pendirian itu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga katanya, menasihatkan semua parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu agar menghormati pendirian tersebut sebagai pengajaran bahawa dalam membina jalinan hubungan, dasar dan prinsip setiap pihak mestilah dihormati.

Menurut Ahmad Fadhli, ketegasan Majlis Syura Ulamak PAS berhubung perkara ini adalah petunjuk bahawa parti ini tidak hipokrit, populis dan pragmatik sepertimana Umno.

Ujarnya, Umno sering membisu dan meremehkan pertikaian pihak lain ke atas Islam dan merugikan agama ini, hanya kerana menjaga survival undi dan sokongan kepada mereka.

“Majlis Syura Ulamak PAS telah mewakili parti itu dalam menzahirkan keberanian dan keteguhan prinsip, bahawa soal kepentingan Islam tidak sekali-kali akan dicurangi hanya untuk kepentingan politik. Walaupun mengundang risiko sokongan dan kedudukan, terutama pada waktu situasi politik negara sedang berkemelut dalam dilema ketika ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015

Kerajaan jangan dera waktu kerja pegawai perubatan

HARAKAHDAILY | .

Untuk kesekian kalinya, di penghujung Ramadhan ini kita dikejutkan pula semalam dengan kematian seorang pegawai perubatan, Dr. Afifah Mohd Ghazi, 29, akibat nahas kemalangan jalan raya selepas bertugas ‘on call’ di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia setahun.

Bagaimanapun, nahas yang dialami Allahyarham menjadi polemik apabila ia berlaku selepas Allahyarham dikatakan bertugas ‘on call’ selama 36 jam dengan hanya rehat beberapa jam sahaja.

Ia sekaligus mengakibatkannya keletihan untuk memandu dan selari dengan kenyataan saksi yang menyebut bahawa kereta yang dipandu Allahyarham terhoyong-hayang sebelum berlaku kemalangan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan mengambil berat isu bebanan kerja yang berlebihan yang dipikul oleh pegawai-pegawai perubatan muda ini.

Ini bukanlah kes kemalangan yang pertama yang menghiasi dada akhbar melibatkan doktor muda yang memandu di dalam keletihan akibat beban kerja yang berlebihan. Kerajaan perlu berhenti dari mendera.

DPPM menggesa kerajaan agar bertindak segera terhadap isu kekurangan pegawai perubatan demi memastikan agihan kerja seimbang dapat dilaksanakan di kalangan pegawai perubatan.

Perlulah diingatkan bahawa data rasmi kerajaan sendiri menyatakan bahawa nisbah antara doktor dan penduduk di Malaysia kini berlegar sekitar 1:660 sahaja berbanding 1:400 yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi negara maju.

Angka ini lebih sedikit berbanding kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun 2012 bahawa Malaysia akan mempunyai nisbah doktor 1:600 pada tahun 2015. Beliau yang merupakan Menteri Kesihatan pada masa tersebut mengeluarkan kenyataan demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kluang pada 29 April 2012.

DPPM mengajak warga dunia perubatan agar bangkit menyuarakan hak mereka sebagai profesional yang dilatih untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Warga perubatan harus mendesak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar prihatin dengan waktu kerja mereka yang tidak berperikemanusiaan ini. - 10/7/2015

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 10-7-2015














































































































PEMUDA PAS DOA PENYERANG SABAH CEPAT SEMBUH - PPM

Pemuda PAS doa penyerang Sabah cepat sembuh: KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menzahirkan ucapan takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman yang kini





KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menzahirkan ucapan takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman yang kini

Sumber HD - 7-7-2015


Harga minyak naik, Pemuda PAS gesa kajian semula kaedah apungan terkawal
Posted on Saturday, July 04 @ 11:41:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Kenaikan harga petrol yang meningkat secara berterusan sejak pengenalan kaedah apungan terkawal penghujung tahun lalu, membuktikan bahawa kerajaan gagal mencari formula terbaik yang 'benar-benar mesra dan mengutamakan kepentingan rakyat', dakwa Dewan Pemuda PAS.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga petrol baru-baru ini juga disifatkan sebagai pelik, kerana ia dilakukan ketika harga komoditi itu secara relatifnya rendah di pasaran dunia pada ketika ini. 


"Kerajaan perlu sedar bahawa lebih 40 peratus rakyat di Malaysia berada di paras pendapatan terendah. Manakala kelompok yang merasai pendapatan tertinggi pula hanya satu peratus," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Kaedah apungan terkawal diperkenalkan kerajaan pada Disember 2014, iaitu penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut mekanisme berkenaan. 


Mekanisme itu memberi maksud, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, maka harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat, dan begitu juga sebaliknya jika harga pasaran minyak mentah dunia menurun.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dengan perkembangan terbaru yang menyaksikan rakyat terus dibebani dengan kenaikan petrol secara berterusan, maka kerajaan digesa untuk meneliti semula formula kaedah apungan terkawal.


"Terutamanya, kaedah pengawalan harga ketika harga pasaran minyak mentah dunia semakin meningkat. 


"Walaupun secara asasnya, ia bergantung kepada harga pasaran dunia, namun bebanan harga minyak domestik yang tinggi tidak seharusnya dibebankan secara terus kepada rakyat. 


"Bebanan harga bahan api domestik akan meningkatkan kadar inflasi dan seterusnya mengurangkan kuasa membeli di kalangan rakyat," katanya lagi.


Awal Julai lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol RON95 sebanyak 10 sen, manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 1 Julai lalu. Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter.


Ini menjadikan harga RON95 pada waktu kini RM 2.15 manakala RON97 adalah RM 2.55.


Kali terakhir kenaikan harga bahan api itu dilakukan pada 1 Jun, iaitu sebulan yang lalu.  - ANtaraPos



Sumber TKO - 4-7-2015


Projek Budiman: Pemuda PAS bina 16 rumah kekal

ASLANI M | .


KUALA KRAI: Kepemimpinan baru Dewan Pemuda PAS Malaysia meneruskan komitmen Projek Rumah Budiman bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, program itu hasil gandingan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Katanya, Pemuda PAS telah menyiapkan pembinaan lima rumah kekal dan telah diserahkan kepada pemiliknya.

“Dua lagi rumah sedang dalam pembinaan dan dijangka dapat diduduki menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Manakala tiga lagi dijangka disiapkan selewat-lewatnya Ogos hadapan. Enam yang dilancar hari ini dijangka mengambil masa dua bulan untuk disiapkan,” katanya pada program pra penyerahan kunci rumah kekal kepada pemiliknya di Jalan Gaele di sini.

Hadir sama pada program tersebut Timbalan Ketua Pemuda Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Naib Ketua Pemuda Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda Selangor Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Selain itu Pengerusi Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Penyelaras Projek Rumah Budiman Nazman Che Iberahim.

Projek Rumah Budiman sebelum ini digerakkan Suhaizan Kaiat ketika menerajui dewan berkenaan. - HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015

Harga Minyak : Hadiah Hari Raya Dari Kerajaan Untuk Rakyat

Fadhli Shaari
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan kenaikan harga runcit petrol RON95 sebanyak 10 sen dan RON97 sebanyak 20 sen berkuatkuasa 1 Julai 2015 sebagai hadiah hari raya untuk rakyat Malaysia.

“Ia juga sebagai bukti bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO / Barisan Nasional akan terus menerus menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan bagi memastikan survival pemimpin-pemimpin mereka terjamin,”kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Katanya, DPPM mempersoalkan kenapakah kerajaan menaikkan harga minyak dalam keadaan harga minyak dunia tidak memperlihatkan kenaikan harga yang ketara berbanding pada bulan April dan Mei yang lepas.

Bahkan, kata beliau, jika dirujuk kepada harga minyak dunia, sedikit penurunan berlaku sepanjang bulan Jun berbanding dengan harga pada bulan Mei yang lepas.

“Kerajaan wajib berterus-terang adakah kenaikan harga minyak ini hakikatnya bukan didorong harga minyak dunia tetapi sebenarnya akibat kemerosotan nilai ringgit berbanding dengan dollar. Jika benar demikian, ia membuktikan bahawa pemimpin UMNO berbohong apabila menyatakan kepada rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk negara.

“Ini termasuklah kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri pada 14 Disember tahun lepas  bahawa kejatuhan nilai ringgit dijangka menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah berpotensi meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara,”ujarnya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 15 Disember 2014.

Justeru itu, DPPM mendesak kerajaan untuk segera mengembalikan subsidi minyak yang ditarik balik kononnya kerana harga minyak berada di paras yang rendah.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, beliau menegaskan, subsidi minyak yang dibekalkan kepada rakyat semenjak berpuluh tahun tidak boleh ditarik balik sebagai satu lambang perkongsian keuntungan ke atas perniagaan minyak yang diambil dari hasil bumi negara ini.

Sumber HD - 1-7-2015
















































































































Mekanisma baru tangani kenaikan kos bahan api TNB

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


Harga jualan gas asli kepada TNB dan Penjana Bebas (IPP) akan dinaikkan sebanyak RM1.50/mmBtu bermula 1 Julai 2015 menjadikan harga jualan meningkat daripada RM15.20/mmBtu kepada RM16.70/mmBtu.

Peningkatan ini adalah hasil daripada keputusan kerajaan untuk merealisasikan harga gas asli ke paras harga jualan pasaran secara berperingkat. Dengan kenaikan ini TNB akan membayar kos yang lebih bagi bekalan gas asli untuk kegunaan stesen janakuasa.

Walaubagaimana, kali ini tarif elektrik kepada pengguna tidak akan dinaikkan kerana TNB akan menggunakan lebihan bayaran (overcharge) daripada pengguna yang tersimpan berjumlah RM1.1 bilion untuk menampung kenaikan ini. Lebihan bayaran ini adalah disebabkan oleh harga gas bagi tempoh Jan sehingga Jun tahun ini adalah lebih rendah daripada harga yang digunakan di dalam kiraan penetapan tarif yang dikenakan.

Dengan kata lain pengguna sebenarnya telah membayar harga kenaikan ini lebih awal tetapi disebabkan penurunan harga pasaran gas asli sekarang ia telah menjadikan seolah-olah kenaikan harga gas asli ini tidak memberi kesan kepada penguna.

Sesuatu yang tidak diperkatakan adalah, kenaikan ini akan berlaku setiap enam bulan bermula Julai 2015 dengan kenaikan seterusnya pada Januari 2016. Itulah yang diputuskan kerajaan, sama ada ia benar-benar akan berlaku bergantung kepada situasi semasa ketika itu dan ‘political will’ kerajaan. Bagaimana rakyat akan terkesan dengan kenaikan tarif elektik seterusnya ini?

Ini yang merisaukan, kenaikan demi kenaikan harga bertali arus menekan hidup rakyat yang sudah berada di tahap parah. Kos sara hidup yang tinggi tidak sepadan dengan kenaikan hasil pendapatan rakyat.

DPPM ingin mengemukan cadangan kepada kerajaan untuk memikirkan semula mekanisma untuk memastikan bahawa kenaikan harga bahan api pasaran tidak terus memberi kesan kepada kenaikan tarif elektrik.
Mekanisma ICPT yang ada sekarang dilihat lebih untuk melindungi TNB daripada rakyat. TNB dapat memastikan keuntungan berbilion ringgit setiap tahun disebabkan mekanisma ICPT ini memastikan TNB tetap untung dengan kos bahan api akan disalurkan terus (cost past through) kepada pengguna.

DPPM mencadangkan untuk diwujudkan satu Tabung Imbangan (Buffer Fund) bagi menangani masalah kenaikan tarif yang berterusan ini. Tabung Imbangan ini bertindak sebagai mekanisma untuk memastikan kenaikan tarif dapat dikawal dengan menggunakan duit dari tabungan ini bagi menggantikan mekanisma yang ada sekarang yakni pengguna perlu menanggung setiap kenaikan tarif.
Sumber tabungan pula boleh didapati daripada kutipan GST yang berjumlah jutaan ringgit setiap hari, sumbangan khas sektor korporat sebagai sebahagian daripada program CSR mereka atau pun lebihan daripada dana kerajaan yang lain.

Cadangan kedua yang boleh difikirkan adalah dengan memberikan mandat kepada Suruhanjaya Tenaga bagi menjalankan initiatif bagi mengurangkan kos operasi TNB & Penjana Bebas. Inisiatif ini perlu diselia oleh Parlimen bagi memastikan ia dijalankan secara telus dan meletakkan agenda kebajikan kepada rakyat sebagai agenda utama.

Ini penting kerana, initiatif akan membuka isu-isu sensitif antaranya perbincangan semula Power Purchase Agreement (PPA) dengan Penjana Bebas, kecekapan (efficiency) sistem penyaluran TNB dan menutup ketidakcekapan yang lain bagi mengurangkan kos semaksima mungkin.

Apa mekanisma lain yang sesuai untuk melindungi rakyat? Kita ada pengawai kerajaan yang bijak pandai di Putrajaya untuk memilihkan dan mencadangkan initiatif yang dapat dilakukan. Masalahnya Policy Maker – PM tidak serius dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terbela. - HARAKAHDAILY 29/6/2015

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 29-6-2015


















































































































Pemuda PAS bersiap hadapi cabaran politik tanah air



















































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPrPM) telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama hari ini di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut pengarahanya, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan JPrPM Mohd Al Ghazali dan dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.


Katanya, mesyuarat telah berbincang dengan melengkapkan ahli jawatankuasa JPrPM serta merancang beberapa objektif dan program terdekat yang melibatkan urusan pilihan raya.

"Mesyuarat dimulakan dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberikan taujihat serta harapan kepada Jabatan Pilihan raya Pemuda," ujarnya.

Justeru, kata beliau besar harapan JPrPM agar seluruh jentera Pemuda PAS Malaysia bersiap siaga untuk menghadapi segala bentuk cabaran politik tanah air serta meningkatkan sokongan pengundi muda pada perjuangan PAS itu sendiri. - HARAKAHDAILY 28/6/2015

Sumber HD - 28-6-2015

Skandal Mara: Amanah rakyat terus dikhianati




















































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Skandal rasuah yang berlaku di dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melibatkan pegawai tertinggi agensi kerajaan itu boleh dikatagorikan sebagai 'rasuah berlesen' walaupun wang rakyat lebur begitu sahaja.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin berkata, mereka sanggup membida harga pembelian apartmen melebihi harga pasaran semasa demi mendapatkan wang lebihan untuk dimasukkan dalam poket mereka.

"RM 13.7 juta itu adalah nilai rasuah yang mereka ambil dengan menggunakan dana kerajaan iaitu wang rakyat walaupun ia diakui oleh Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa bahawa pembelian hartanah tersebut telah mematuhi tata cara perolehan yang di tetapkan mengikut garis  panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, adalah tidak memadai jaminan audit dan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Mara terhadap anak syarikatnya sendiri sedangkan kes itu sememangnya sudah dalam pengetahuan pihak pengurusan tertinggi Mara sepertimana diakui oleh Tan Sri Annuar.

Malangnya, kata beliau, pihak kerajaan dan Umno sering mencanang kepada rakyat untuk hidup berjimat-cermat dan bersederhana sedangkan pemimpin mereka telah mengkhianati amanah yang telah diberikan dengan melakukan amalan rasuah dan penggubahan wang haram untuk memindah-masuk wang rasuah tersebut dari Australia ke Malaysia.

"Rakyat sudah tertekan dengan cukai GST yang menekan hidup mereka, ditambah derita dengan penggunaan wang Tabung Haji untuk menyelamatkan 1 MDB dan kini rakyat khususnya orang Melayu-Bumiputera terus berlinangan air mata melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Mara  iaitu agensi kerajaan yang sepatutnya membela mereka," katanya yang juga Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. .

Justeru, Dewan Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai individu yang mempengerusikan Majlis Ekonomi, badan yang meluluskan pembelian hartanah tersebut, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal iaitu kementerian yang mengawal selia agensi Mara serta  Annuar Musa untuk turut mengambil tanggungjawab atas kes skandal rasuah yang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan dan pemimpin politik parti pemerintah ini.

Terdahulu, Akhbar Australia, The Age mendedahkan skandal kes rasuah yang berlaku dalam anak syarikat Mara, Mara Incorporated Sdn Bhd yang telah menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen Dudley International House daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air. – HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015

Kabinet penuh Pemuda PAS sesi 2015-2017

| .


SUKACITA saya maklumkan bahawa kami, selepas menilai pandangan dan cadangan daripada pelbagai peringkat jentera parti dan pemuda PAS  telah menyempurnakan perlantikan dan memuktamadkan senarai penuh organisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 - 2017.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa yang akan memegang portfolio lajnah dan jabatan dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia sesi ini:

JAWATANKUASA HARIAN

Ketua Pemuda
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

Timbalan Ketua Pemuda
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

Naib Ketua Pemuda
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin (Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS))

Setiausaha                                                                                                                                                   Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Pengerusi Sekretariat Pemuda)

Penolong Setiausaha 1
Nurul Islam Mohamed Yusoff

Penolong Setiausaha 2
Damanhuri Dol

Penolong Setiausaha 3
Mohd Eikhwan Mohd Ali

Bendahari
Engr. Mukhtar Suhaili

Ketua Penerangan
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Halim

JAWATANKUASA KERJA

Pengarah Strategi
Syahir Sulaiman

Akademi Tarbiyah Pemuda
Pengerusi: YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan

Timbalan Pengerusi: Ustaz Hazmi Dibok

Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP)
Pengarah: Ir. Hadi Amat

Lajnah Dakwah
Pengerusi: Ustaz Mohd Hafez Sabri
Timbalan Pengerusi: Sdr Zulzaim Hilmie Abidin

Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Rakyat
Pengerusi: YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim
Timbalan Pengerusi: Ustaz Nor Azariza Alawi

Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO
Pengerusi: Ustaz Mohamad Ibrahim

Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka
Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Pengerusi: Sdr Mohamad Arifiriazul Paijo

Jabatan Penerangan dan Media Baru
Pengarah: Sdr Izwan Abdul Halim

Jabatan Pilihanraya Pemuda
Timbalan Pengarah: Sdr Al Ghazali Abu Bakar

Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS)
Timbalan Pengarah: Ustaz Bilal Rahuddin

Jabatan AMAL
Pengarah: Sdr Mohd Nazree Mohd Aris

Jabatan PASTI
Pengarah: YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah
Pengarah: Ustaz Muhammad Ismail

Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Pengarah: Sdr Ahmad Taufiq Kamaruddin

Jabatan Pembangunan Mahasiswa Luar Negara
Pengarah: Ustaz Syed Kadir Hussin

Jabatan Pembangunan Graduan
Pengarah: Dr. Abdul Azim Abu Hasan

Jabatan Pembangunan Pelajar
Pengarah: Sdr Hishamuddin Mustafa

Jabatan Professional Muda
Pengarah: Prof. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid

Jabatan Hal Ehwal Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)

Pengarah: Sdr Wan Rohimi Wan Daud

Jabatan Teknologi Maklumat
Pengarah: Sdr Wan Asrul Affendi Wan Mohamad

Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Pengarah: Prof. Dr. Muhammad Ibrahim

Jabatan Perbendaharaan
Pengarah: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengarah: Ustaz Yussaine Yahya

Jabatan DHPP Muda
Pengerusi: Sdr Balendren a/l N. Balasubramanian

Ketua Staff: Ustaz Abdul Hadi Mohd Ghazali

Saf kepimpinan DPPM kali ini adalah kombinasi lulusan agama, profesional dan aktivis dengan pelbagai latar belakang bidang serta kepakaran.

Maka, dengan lengkapnya senarai ini, saya bagi pihak seluruh anggota Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan komitmen bahawa kami akan terus bekerja menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Kami mengulangi penegasan dan dukungan kami terhadap kepimpinan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan akan memastikan usaha pengukuhan dan kekuatan jamaah PAS sebagai wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah.

Kami menyeru sokongan seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia terutama anak muda untuk bersama kami memacu ke arah Malaysia yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 24-6-2015























































































































Penyertaan Dalam Siasah Untuk Kesinambungan Dakwah

Posted on Wednesday, June 24 @ 01:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh: Mukhtar Suhaili As-Sarawaki

1. Alhamdulillah, kita dilahirkan ke atas dunia ini dengan misi hanyasanya untuk mengabdikan diri kepada Allah. Menjadi hamba Allah dan mengikuti Sunnah serta meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.


2. Dalam ceramah-ceramah motivasi saya di sekolah-sekolah, kampung-kampung dan universiti-universiti, saya selalu bertanya 2 soalan.

3. Pertama "Apa matlamat kita di dunia ini?" Jawabnya "Mencari redha Allah". Mardhatillah. Kedua "Apa yang ingin kita capai di Akhirat sana?" Jawabnya "Masuk Syurga Allah". Menjadi Ahli Jannah dengan rahmat Allah.

4. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah terlibat secara langsung dengan NGO-NGO untuk gerak kerja dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan khususnya di pedalaman Sarawak. Sungguh usaha sebegini menjadi asbab hidayah dan mengembangkan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat.

5. Alhamdulillah, setakat hari ini saya telah diberi nikmat oleh Allah untuk mensyahadahkan 69 orang. Sama-sama kita doakan mereka yang telah bersyahadah diteguhkan iman dengan kalimah La Ilaha IllalLah, Muhammadur RasululLah!

6. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang jalan dakwah ini yang kadangnya membuat senyum bahagia dan ada ketikanya mengalirkan airmata. Tidak kurang juga mehnah, tribulasi hatta fitnah sepanjang jalan dakwah tersebut. Namun itulah Sunnatullah perjuangan, semoga Allah redha.

7. Kini saya telah diamanahkan oleh Perwakilan dan diberi taklifan memegang amanah sebagai Exco berjawatan Bendahari Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini bermakna saya sekaligus terlibat secara langsung dengan rencah politik nasional dan berusaha menyumbang ke arah kemampanan pola siasah kebangsaan.

8. Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan guru-guru yang memberi ucapan tahniah (dan takziah), nasihat, tunjuk ajar, panduan, cabaran dan harapan. Saya telah menerima ucapan-ucapan tahniah dari rakan-rakan di kedua-dua blok politik PR dan BN. Pandangan kalian amat saya hargai dan bantulah saya dalam merealisasikannya.

9. Saya telah menulis sebelum dari ini tentang mengapa saya memilih PAS sebagai medan bersiasah saya dan wadah perjuangan saya kini. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang mengusahakan kesyumulan dan merangkumi aspek tarbiyah, dakwah dan siasah. Saya memilih PAS bukan kerana hendakkan apa-apa habuan keduniaan (saya boleh bersama parti lain jika itu yang saya mahukan), sebaliknya bila memilih untuk menjadi Ahli PAS bermakna saya bersedia menyumbang semampu mungkin untuk menjayakan visi dan misi PAS.

10. Saya memilih untuk bersama PAS kerana Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

11. Kepada sahabat-sahabat yang belum memilih untuk bersama PAS, harapan saya semoga kita boleh terus bersama, bersahabat dan berganding bahu meskipun berbeza pandangan politik dan u***** perjuangan. Kepada rakan seperjuangan dalam PAS, teruslah beristiqamah dan menyumbang semampu mungkin untuk jamaah.

12. Sama-sama kita bina negara dan ummah kita. Semoga Malaysia mampu menjadi Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Kita semua mengidamkan terciptanya negara yang baik dengan suasana yang aman dan tenteram, di bawah naungan redha dan ampunan Allah.

13. Kalau Bukan Kita Siapa? Kalau Bukan Sekarang Bila?

14. Terus Beristiqamah Hingga Kemenangan!

Wallahu a'lam bissawab.
Sumber TKO - 23-6-2015


SUMBANGAN KEPADA TABUNG INFAK PEMUDA PAS - BENDAHARI PPM

Sumbangan kepada Tabung Infaq Pemuda PAS: KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk memberi sumbangan kepada Tabung Infaq bagi tujuan operasi dan



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk memberi sumbangan kepada Tabung Infaq bagi tujuan operasi dan


Sumber HD - 22-6-2015

Bankrap: Jangan cari komisen dari pinjaman rakyat

AHMAD FADHLI SHAARI | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius fakta dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Nasrun Mansur (BN-Silam) berhubung isu pengisytiharan bankrap di Parlimen pada 18 Jun baru-baru ini.

Menurut Ahmad Maslan, seramai 15,925 individu di bawah usia 35 tahun di negara ini diisytiharkan bankrap sepanjang tempoh 2012 hingga Mac lalu iaitu 4,100 individu (2012), 5,420 (2013) dan 5,457 (2014).

Statistik ini merupakan angka yang cukup tinggi dan jika tidak dikawal akan mengakibatkan terus meningkat dari tahun ke tahun. Dalam hal ini, kerajaan wajib memandang serius fenomena golongan muda diisytihar bankrap sebelum ia merebak dan menjadi gaya hidup baru di kalangan masyarakat khususnya golongan muda.

Merujuk data diberikan oleh Timbalan Menteri berkenaan, 47.4 peratus daripada pengisytiharan bankrap tersebut berpunca dari pinjaman kediaman diikuti dengan pinjaman kenderaan (16%), pinjaman peribadi (15.1%), kad kredit (3.7%) dan pembelian (6.4%).

Melihat kepada angka-angka berkenaan, DPPM menegaskan bahawa kos hidup tinggi di negara ini telah menjadi punca utama yang menjejaskan kemampuan golongan muda untuk menjelaskan pinjaman. Dengan pinjaman kediaman menjadi peratus terbesar pengisytiharan bankrap, ia membuktikan bahawa masyarakat semakin tidak mampu untuk memiliki barangan keperluan. Berbeza dalam beberapa tahun lepas, pinjaman kenderaan mencatat peratus terbesar berbanding kediaman.

Antara perlu diberi perhatian ialah harga rumah di negara ini yang berada di luar kategori mampu milik di mana secara purata ianya 5.5 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan pertengahan tahunan isi rumah. Malah, menurut Laporan Keadaan Isi Rumah yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah, purata harga rumah mampu milik berdasarkan amalan antarabangsa, haruslah berharga tiga kali ganda daripada pendapatan pertengahan tahunan isi rumah. Pada 2012, pendapatan pertengahan isi rumah di negara ini adalah di bawah paras RM3,626.

Di Singapura, harga rumahnya adalah 5.1 kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan pertengahan tahunan isi rumah, Amerika Syarikat (3.5), United Kingdom (4.7) dan Ireland (2.8) kali ganda. Laporan itu juga menunjukkan, pemaju hartanah di negara ini mendapat margin untung yang tinggi iaitu 21 peratus; hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (12%), United Kingdom (17%) dan lebih tinggi berbanding Thailand (14%).

Di manakah langkah serius kerajaan dalam membendung kenaikan harga rumah yang melambung naik ini? Realitinya, generasi muda tidak mempunyai pilihan untuk memiliki kediaman selain daripada mendapatkan pinjaman yang terpaksa dibayar secara ansuran.

Kerajaan sewajarnya mempunyai mekanisma mengawal pasaran harga hartanah di Malaysia kerana ia sememangnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan yang memerintah. Namun, seandainya pemimpin terus menagih komisen dan mempunyai kepentingan besar dalam industri hartanah, impian besar rakyat Malaysia hanyalah tinggal angan-angan semata.

Demikian juga harga kenderaan yang berada di paras tinggi di negara ini. Kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan awam berkesan hakikatnya memaksa rakyat Malaysia untuk membuat pinjaman bank bagi mendapatkan kenderaan yang selesa, sekurang-kurangnya bagi tujuan kegunaan ke tempat kerja. Di dalam masa yang sama, Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) yang dilancarkan kerajaan langsung tidak menurunkan harga kereta sebagaimana dicanangkan.

Kedegilan kerajaan untuk terus mengenakan cukai eksais begitu tinggi terhadap setiap pembelian kereta di antara 85 hingga 110 peratus, serta pelaksanaan dasar permit mengimport (AP) yang tidak telus dengan tujuan mengkayakan kroni, hanya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Rakyat terpaksa membeli kenderaan dengan harga yang tinggi dan menjejaskan pendapatan boleh guna mereka. Ia ditambah lagi dengan pemberian rebat cukai eksais yang tidak telus sehingga menyembunyikan struktur kos yang ditanggung oleh industri automotif. Ini memberi ruang kepada manipulasi margin keuntungan dalam rantaian pembuatan dan penjualan kereta.

Tanpa menghitung kos barangan dan lain-lain keperluan semasa ditanggung rakyat, bebanan kos kediaman dan kenderaan ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat menjadi mangsa kepada kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional berikutan dasar ekonomi yang tempang dan tidak adil.

DPPM mendesak kerajaan agar bertanggung jawab dalam merancang pelan strategik menyeluruh bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat di negara ini. Kerajaan tidak sewajarnya hanya pandai berhutang dan menambah hutang semata-mata, tetapi juga merancang untuk kesejahteraan rakyat.

Jika perancangan untuk kesejahteraan rakyat tidak mampu lagi dilaksanakan kerajaan Umno-Barisan Nasional, maka amatlah wajarlah baton Putrajaya bertukar tangan di dalam Pilihan Raya Umum akan datang. – HARAKAHDAILY 22/6/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 22-6-2015

PEMUDA PAS SANTUNI MANGSA GEMPA DI KUNDASANG - NKP / PPM


Pemuda PAS santuni mangsa gempa di Kundasang: PETANG tadi (3 Ramadhan 1436H 20 Jun 2015) saya dan pasukan dari





PETANG tadi (3 Ramadhan 1436H 20 Jun 2015) saya dan pasukan dari


Sumber HD - 21-6-2015



























































































































TNB beli 70% ekuiti, adakah 'bailout' 1MDB lagi?

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menjangka sebahagian besar aset 1MDB akan dijual dan dicair bagi melupuskan hutang syarikat berkenaan yang berjumlah RM42 bilion.

Strategi menyelamat (bailed out) krisis kewangan 1MDB terus dilakukan menerusi dana awam dan syarikat berkepentingan strategik negara.

Malangnya, rakyat masih terus diperbodohkan dengan skandal kewangan 1MDB selagimana ia belum diklarifikasikan kepada awam menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Malah, Kementerian Kewangan belum mengarahkan syarikat audit bebas untuk menjalankan audit tertangguh dari 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015.

Selepas isu kontroversi pembelian 1.56 ekar tanah Tun Razak Exchange menerusi Lembaga Tabung Haji (dana awam) yang berharga RM188.5 juta daripada 1MDB, kini syarikat utiliti terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad pula membeli (baca bailed out) 70 peratus ekuiti 1MDB dalam loji janakuasa arang batu (Projek 3B).

Semalam baru jelas terbukti kabinet telah membuat keputusan untuk membenarkan TNB membeli ekuiti tersebut pada hujung Mei lalu.

TNB ‘terpaksa’ membeli 70 peratus ekuiti ini setelah anak syarikat 1MDB (Syarikat Edra Global Energy Berhad) gagal meneruskan projek ini sejak 23 Februari 2015.

Kerajaan Malaysia wajib menjelaskan berapakah jumlah pembelian ekuiti bagi menyelamatkan Projek 3B dan 1MDB tersebut?

Menteri tidak bertanggungjawab jika hanya maklumkan bahawa ia dibuat secara ‘willing buyer and willing seller basis’.

Rakyat akan terus ditipu sama sepertimana pembelian plot tanah TRX sebelum ini yang dibeli 43 kali lebih tinggi daripada harga asal yang dibeli oleh 1MDB daripada Kerajaan Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa 1MDB adalah projek tenat Perdana Menteri dan kini semua masalah kewangan syarikat tersebut di‘bailed out’ oleh rakyat sendiri!

Rakyat sendiri akan menerima kesan akhir apabila TNB turut meminta kerajaan merevisi tarif ekoran daripada kelewatan projek berkenaan. - HARAKAHDAILY 21/6/2015

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sumber HD - 21-6-2015


























































































































Baiki dan susunlah jadual dan masa kita - Nik Abduh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Para ulama salaf menjadikan bulan Ramadhan bagai perayaan membaca al-Quran.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka mengurangkan telaah kitab-kitab hadis kerana penumpuan kepada tadarus dan tadabbur al-Quran.


"Mereka khatamkan bacaan al-Quran mengikut keupayaan masing-masing dengan izin Allah," tulisnya menerusi laman facebook.

Menurutnya, ada yang setiap minggu, setiap tiga hari bahkan diriwayatkan ada di antara mereka yang mengkhatamkannya sehari sekali.

Tambahnya, itulah kelebihan daripada Allah kepada mereka.

"Justeru, baiki dan susunlah jadual dan masa kita sebaik-baiknya sehingga mampu mengikuti jalan orang-orang yang soleh," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Katanya, kemanisan Ramadhan adalah rebutan para ulama yang mesti diusahakan kerana ia bukan datang secara percuma.

"Selamat beribadah dan bermuraqabah mendekati Allah," tambahnya. - HARAKAHDAILY 20/6/2015

Sumber HD - 20-6-2015



PR hancur kerana permainan DAP
Posted on Saturday, June 20 @ 19:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Kepimpinan baharu Dewan Pemuda Pas mendakwa DAP adalah punca sebenar berlakunya keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khairudin berkata, parti itu secara berterusan membuat serangan peribadi terhadap presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengaitkan beliau dengan isu perlantikan MenteriBesar Selangor, hudud dan kerjasama dengan UMNO.

Katanya, walaupun, Pas telah beberapa kali memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan pemimpin DAP, namun parti itu terus berdegil dengan memfitnah Pas, sehingga bertindak membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas.

“DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang Muktamar Pas yang lalu.

“Perkara ini turut disedari dan ditempelak oleh beberapa pimpinan PAS yang turut kalah dalam pemilihan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Khairil berkata, tindakan melampau DAP itu memaksa Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk membawa usul bagi memutuskan hubungan dengan parti itu namun kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Majlis Syura Ulama PAS,” katanya.

Terdahulu DAP mengumumkan menerima keputusan muktamar Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekaligus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Mengulas lanjut, Khairil berkata tindakan DAP itu dilihat terlalu gopoh dan terburu-buru menyerang Pas di mana mereka sendiri memulakan permainan dan parti itu juga yang mematikan PR.


Katanya, walaupun DAP telah membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi berjuang bersama Pas, namum bagi parti Islam itu mereka terus komited untuk terus bersama PR selagi ia tidak bertentangan dengan keputusan Majlis Syura. - FMT

Sumber TKO - 20-6-2015






















































































































DAP memulakan 'game', DAP juga mengakhirinya

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya melihat ini satu ‘game’ yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi Pakatan Rakyat serta berterusan menyerang peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," ujar Khairil Nizam Khirudin.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu merujuk kepada laporan berita RoketKini bertarikh 16 Jun 2015, mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP telah membuat keputusan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud atau mati.

"PAS telah beberapa kali mengulangi ketetapan bahawa kami tidak akan bekerjasama dengan Umno apatah lagi membentuk Kerajaan Perpaduan dengan parti tersebut," tulisnya menerusi facebook.

Kataya, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Muktamar Tahunan PAS telah menegaskan perkara itu.

Begitu juga, katanya isu yang dipertikaikan oleh DAP mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor yang turut dijawab dengan baik walaupun ia berpunca daripada tindakan kontroversi beberapa pihak yang bermula dengan Kajang Move.

Tambahnya, wakil pimpinan PAS juga telah memberikan penjelasan serta dialog bersama pimpinan DAP berhubung isu implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh PAS.

Namun, ujarnya sehingga laporan berita RoketKini semalam, DAP masih terus memfitnah PAS dan Presiden secara khususnya.

Parti tersebut juga, katanya telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada 24 Mac 2015.

Kemudian, tambah beliau DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS yang lalu.

Menurutnya, perkara itu turut disedari dan ditempelak oleh beberapa pimpinan PAS yang turut kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

"Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulamak PAS Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam Pakatan Rakyat.

"Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Majlis Syura Ulamak PAS," ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Katanya lagi, kenyataan Lim Guan Eng sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan harus merujuk kepada kenyataan kontradik Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang masih rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku.

Beliau menambah, Azmin masih optimis dengan kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor dan menolak pilihan untuk membubarkan Dun.

"Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan ‘game’ ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menekankan yang kami bersama-sama Presiden PAS dan kepimpinannya untuk bersama-sama komited dalam bertahalluf dengan Pakatan Rakyat selagi mana ia selari dengan ketetapan syara yg digariskan oleh Majlis Syura Ulamak," tegasnya. - HARAKAHDAILY 20/6/2015

Sumber HD - 20-6-2015

FGV: Apabila sang harimau menjaga kambing

























































































































AHMAD FADHLI SHAARI | .


Pada 31 Mei 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan dengan yakin bahawa penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) Holdings di Bursa Saham Malaysia adalah satu detik paling bersejarah dalam industri komoditi negara di mana ia akan memberi keutamaan kepada para peneroka serta pekerja-pekerja Felda bagi tujuan pemilikan saham syarikat konglomerat itu.

Bahkan kata Najib lagi, “...prestasi saham FGVH ini lebih baik daripada Facebook.” Cadangan ini disambut oleh seluruh menteri kabinet pada masa tersebut sebagai satu langkah yang sangat bijak dan tepat. Ia didahului dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu Datuk Ahmad Maslan yang memberitahu persidangan Dewan Negara pada 23 April 2012 bahawa inisiatif tersebut dianggap sebagai langkah tepat memandangkan harga komoditi sawit ketika ini berada pada paras tinggi.

Justeru pada 28 Jun 2012, Najib sekali lagi menegaskan bahawa kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di Bursa Malaysia pada tarikh tersebut adalah bukti dasar kerajaan sentiasa dilakukan dengan teliti, berprinsip dan terancang.

Hari ini, mimpi-mimpi manis yang disemai oleh Perdana Menteri telah bertukar menjadi igauan negeri. Janji kepada lebih 100,000 peneroka di seluruh negara untuk menikmati keuntungan hasil pelaburan FGV yang lebih hebat dari Facebook hanya tinggal janji sahaja. Pakcik dan makcik di kampung-kampung yang mungkin tiada pun akaun facebook terpaksa terus menelan hakikat bahawa harta mereka dirampas atas nama pelaburan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Saham Felda Global Ventures (FGV) kini hanya bernilai RM1.86 berbanding RM4.55 semasa disenaraikan pada 28 Jun 2012 dan melonjak naik kepada RM5.39 pada hari pertama ia diniagakan.

Modal pasaran FGV pula telah jatuh sebanyak 65% kepada RM7.19 bilion daripada RM 20 bilion pada hari-hari awal penyenaraiannya, sementara harga sahamnya yang kini diniagakan pada RM1.86 seunit hakikatnya telah menurun sebanyak 59% – jauh berbeza dari harga IPO sebanyak RM4.55 seunit saham.

Daripada saham yang lebih hebat daripada Facebook, kini FGVH dikeluarkan dari senarai 30 syarikat utama Bursa Malaysia kerana harga sahamnya menjunam dan keuntungan yang ketara berkurangan bagi suku pertama tahun ini. Bertambah lagi buruk imej FGV apabila secara rasminya transaksi sahamnya digantung tiga hari lepas (http://www.theedgemarkets.com/…/trading-fgv-shares-suspende…).

Di atas kertas, peneroka yang telah berhutang sebagai bayaran untuk mendapatkan anugerah 800 unit saham pada awal FGV disenaraikan hari ini telah menanggung kerugian berlipat kali ganda.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia, kita yakin bahawa kerugian FGVH ini bukan hanya sekadar dipengaruhi oleh penurunan harga komoditi sawit, tetapi turut juga didorong oleh beberapa faktor utama terutama soal pengurusan dan pentadbiran. Antaranya ialah:

1. Imej Pengerusi FGV sendiri yang pernah terpalit dengan politik wang dan dihukum oleh UMNO sendiri menyebabkan krisis keyakinan di kalangan pelabur untuk terus memberikan kepercayaan kepada FGV. Memberikan peluang kepada individu seperti ini menjaga harta para peneroka samalah seperti memberikan kepercayaan kepada sang harimau untuk menjaga sekawan kambing.

2. Pergantungan yang begitu ketara dengan harga komoditi sawit. Sewajarnya isu ini termasuk di dalam pelan jangka panjang sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menyenaraikan FGV di Bursa Saham. Hari ini, kerajaan sewenang-wenangnya menyalahkan penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) yang tidak menentu sebagai faktor penurunan harga saham FGV. Sedangkan hakikat sebenarnya penurunan harga CPO ini tidaklah seteruk yang diberitakan. Pada 28 Jun 2012 sewaktu FGV mula disenaraikan, CPO mencatatkan angka RM2,977 satu tan dan hari ini ditutup pada 11 Jun 2015 dengan harga RM2,287 satu tan. Ia lebih baik berbanding prestasi tahun lepas yang menjunam sehingga RM1,929 setan pada 29 Ogos 2014. Persoalannya, dalam situasi harga minyak sawit mentah kelihatan bertambah baik sekalipun, saham FGV terus menjunam, adakah benar-benar ia berkadar langsung atau hanya momokan pimpinan UMNO untuk mencari alasan?

(http://www.mpob.gov.my/smndimple/mpob_chart.php)

3. Pelaburan yang penuh misteri serta urusniaga yang boleh dipersoalkan juga menjadi faktor para pelabur kurang menaruh keyakinan terhadap FGVH. Misalnya terkini apabila Berita Harian pada 12 Jun 2015 melaporkan bahwa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli 37 peratus ekuiti syarikat ladang Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) daripada Kumpulan Rajawali pada pertimbangan AS$680 juta (RM2.55 bilion). FGV juga bercadang mengambilalih antara 93.3 peratus hingga 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dianggarkan bernilai AS$67 juta (RM251.5 juta) secara tunai. Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah. Secara logiknya, FGV wajar membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun berikutan sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Fakta menunjukkan bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, hanya 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.

(http://www.stockhut.com.my/news/44593) Adakah wujudnya rundingan di belakang tabir dan kira-kira di bawah tangga antara penguasa FGVH dengan EHP? Sekiranya benar khabar angin yang bertiup bahawa harga yang dibeli oleh FGVH lebih tinggi dari pasaran sebenar, ia hakikatnya merupakan satu lagi tragedi besar kepada negara.

4. Ini belum dikira faktor-faktor lain yang turut mendorong kepada ketidakyakinan pelabur terhadap FGVH terutamanya campur tangan politik terhadap urustadbir FGVH memandangkan kedudukannya yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan imej korporat pengurusan FGVH yang terkenal tidak professional berbanding syarikat perladangan yang lain seperti IOI Group, Boustead Plantations Bhd, KLK Berhad dan lain-lain gergasi di bidang perladangan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut agar kerajaan bertaggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang sedang dialami oleh FGVH ini. Langkah segera pemulihan FGVH perlu diambil termasuklah menukar barisan pengurusan dan pentadbiran tertinggi yang terbukti tidak mampu mentadbir syarikat perladangan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan, jangan sampai FGVH menjadi kain buruk yang tidak bernilai di ampaian, dipakai tidak elok, dibuang sayang. Setiap titik peluh peneroka yang tumpah untuk membangunkan ladang FELDA pastinya tidak akan disia-siakan. Jika situasi kerugian dan pengurusan yang bermasalah ini berkekalan, kerajaan Umno Barisan Nasional wajar menghadapi kebangkitan besar-besaran rakyat membela nasib peneroka yang ditipu hidup-hidup di bawah slogan Rakyat Didahulukan. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Sumber HD - 14-6-2015






















































































































Selepas rakyat dihambat GST, tol pula akan naik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas membantah cadangan kenaikan kadar tol dan ia disifatkan sangat melampau.

Naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin menyatakan demikian merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian semalam berhubung Kementerian Kerja Raya akan membawa cadangan kenaikan kadar tol bagi 16 lebuh raya utama di seluruh negara.


Kenaikan tersebut dijangka akan naik antara 20 sen sehingga RM1 dan ia akan mula berkuatkuasa Ogos ini.

"Kami juga meminta supaya pihak kerajaan berunding semula dengan pihak konsesi bagi mengelakkan pembayaran pampasan membabitkan ratusan juta sekiranya penangguhan kenaikan kadar tersebut dilakukan pada tahun ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan berusaha melakukan pelbagai usaha antaranya berunding dengan pihak Kementerian Kerja Raya, pihak konsesi dan juga menggerakkan bantahan rakyat sekiranya cadangan kenaikan ini diterima oleh kerajaan.

Difahamkan, ujarnya kenaikan tersebut sepatutnya berlaku pada November tahun lalu, namun ia telah ditangguhkan.

Contoh cadangan kenaikan kadar tol bagi beberapa lebuh raya utama di Lembah Klang adalah seperti berikut:

a. Cadangan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Besraya adalah sebanyak 70 sen (dari RM1.30 kepada RM2.00).

b. Cadangan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Baharu adalah sebanyak 60 sen (dari RM1.60 kepada RM2.20).

c. Cadangan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Duta - Ulu Kelang adalah sebanyak 50 sen (dari RM2.00 kepada RM2.50)

Kata beliau lagi, kerajaan sewajarnya mengambil kira keuntungan yang diraih oleh pihak konsesi dan keadaan semasa sosioekonomi rakyat sebelum mencadangkan apa-apa kenaikan kadar tol.

Rakyat kini sudah dihambat dengan kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bermula 1 April yang lalu dan kenaikan petrol dan diesel sejak 1 Jun. - HARAKAHDAILY 14/6/2015

Sumber HD - 14-6-2015






















































































































Cadang naikkan tol: Cukup-cukuplah susahkan rakyat

HARAKAHDAILY | .


CADANGAN kadar baharu tol yang dikatakan membabitkan 16 lebuh raya utama negara merupakan satu tamparan terkini untuk rakyat setelah disusuli pelbagai bebanan kewangan melibatkan kos sara diri dan percukaian. Sekalipun Perdana Menteri menyatakan bahawa ia hanya di peringkat perbincangan dan dibocorkan oleh pihak yang tidak beretika, namun ia sekaligus mengesahkan bahawa ada perbincangan serius ke arah menaikan kadar tol di pihak kerajaan.

Terbukti kerajaan gagal mencari penyelesaian terbaik untuk memuktamadkan isu konsesi lebuh raya ini dengan syarikat terbabit walaupun mencatat keuntungan mewah atas kadar tol yang dikenakan.

Setiap kali kajian atau semakan dilakukan ke atas konsesi, pengumumannya berakhir dengan kenaikan walaupun di saat rakyat terhimpit dengan pelbagai kos lain. Ini menunjukkan tahap keprihatinan sangat lemah kerajaan terhadap kepentingan rakyat. Akhirnya, kekal untung adalah syarikat pengendali lebuh raya tersebut yang diungguli oleh kroni politik kerajaan memerintah.

Dalam situasi realiti khususnya di Lembah Klang iaitu di mana terdapat kebanyakan lebuh raya terbabit, penggunaannya tidak dapat lagi dielakkan pada masa ini. Ia telah menjadi keperluan dalam urusan harian umum. Dalam masa yang sama, penambahan tinggi kenderaan menjadikan ia seolah-olah jalan raya utama di mana kesesakan lalu lintas di atas lebuh raya terbabit adalah pemandangan biasa.

Wajar diperingatkan, kenaikan tol akan mengakibatkan kenaikan harga barangan. Ia juga menjadi beban bulanan yang wajib bagi rakyat.

Tuntutan kami ialah kerajaan wajib segera merasionalisasikan konsesi tol demi kepentingan rakyat dengan mengambil alih lebuh raya tersebut, seterusnya menghala kepada penghapusan tol di situ. Kerajaan perlu juga memikirkan secara serius untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam sekaligus menjadi alternatif kepada penggunaan kenderaan persendirian bagi mengelakkan bebanan tol.

Kerajaan juga perlu segera memberi perhatian kepada jaringan jalan raya seluruh negara yang semakin sesak dengan kenderaan. Pelebaran jalan sedia ada serta dipertingkatkan aspek keselamatan dan pembentukan laluan baru, menjadi keperluan mendesak masa kini.

Peruntukan tambahan mesti segera diberi dan diutamakan sementelah kerajaan mengaut perolehan berbilion ringgit setiap bulan dari rakyat khususnya terbaru dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jika benar kenaikan kadar tol ini berlaku seperti yang dihebohkan, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan himpunan besar-besaran di beberapa lokasi bagi membantah satu lagi episod penderitaan yang akan menekan kehidupan rakyat ini.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 - HARAKAHDAIL 13/6/2015

Sumber HD - 13-6-2015






















































































































Pemuda PAS bekerja untuk Malaysia

| .


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mensasarkan pasukan kerja yang bersatu, bergagasan, berukhuwwah dan beristiqamah.

Beliau juga mahu memperteguh DPPM sebagai pemuda harapan dan aspirasi rakyat Malaysia terutamanya anak muda.

"Negara kita sekarang terumbang ambing dengan pelbagai gejala keruntuhan. Jadi saya mahukan Pemuda PAS menyumbang segala tenaga mereka demi membina kembali keyakinan masa depan yang cerah buat anak muda," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mensasarkan pembinaan barisan pelapis yang kukuh buat PAS pada masa akan datang dengan memperkukuh institusi pendidikan di bawah DPPM.

Ia termasuk mewujudkan satu lajnah seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk anak juda bukan Islam.

"Kita perkukuhkan generasi PASTI sehinggalah ke universiti. Kita akan pastikan generasi baru PAS hidup cintakan ilmu dan kepakaran dalam bidang yang diterokai.

"Kita mahu bina Malaysia. Dalam segala aspek dan keadaan, Pemuda PAS terus bekerja untuk Malaysia. Bahkan seperti saya sebut sebelum ini, kita mahu bangunkan bersama anak muda non muslim melalui jabatan DHPP Muda. Ia akan menjadikan Pemuda PAS lebih lengkap dan berperanan baik," katanya.

Sementara itu beliau turut berkata, pasukan kerja beliau akan meneruskan kerja-kerja yang dilakukan oleh DPPM sebelum ini di bawah Suhaizan Kaiat.

"Saya juga akan teruskan Projek Perumahan Rakyat Budiman yang sedang berjalan. Saya akan perkembangkan program bersama anak muda melalui medium wacana dan diskusi.

"Kita akan turun ke seluruh ‘genre’ dan akar umbi. Untuk PASTI, AMAL, DACS dan beberapa lagi jabatan di bawah Pemuda PAS, kita akan terus mara dengan inovasi yang akan lebih diterima masyarakat," katanya.

Beliau dalam pada itu menyifatkan saf kepimpinan yang baharu ini sebagai kombinasi yang mantap dengan latar belakang pemuda daripada pelbagai kepakaran.

"Saya hanya perlu memilih yang terbaik melalui kesepakatan bersama. Malah Pemuda PAS hari ini sudah melahirkan kepimpinan hebat di Sabah dan Sarawak. Pokok yang kita tanam sejak lama kini telah menghasilkan buah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015






















































































































Pemuda PAS selesai bentuk kabinet

| .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2015-2017 selesai melantik Jawatankuasa Harian dalam mesyuarat pertama malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia:

Ketua 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

Timbalan Ketua 
Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

Naib Ketua
Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

Setiausaha
Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat)

Bendahari
Muhtar Suhaili

Ketua Penerangan
Ahmad Fadhli Shaari

Pengarah Pilihanraya Pemuda
Syarhan Humaizi Abdul Halim

Penolong Setiausaha 1
Nurul Islam Mohamed Yusoff

Penolong Setiausaha 2
Damanhuri Dol

Penolong Setiausaha 3
Eikhwan Ali

Sementara itu, Nik Abduh berkata perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio akan dibuat pada mesyuarat keduanya selepas selesai siri lawatan ke beberapa negeri negeri bagi tujuan 'bottom up management review pada Ramadhan nanti.

"Saf bakal ditampilkan ini nanti adalah kombinasi lulusan agama, profesional dan aktivis dari pelbagai latar belakang bidang dan kepakaran," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

DPPM juga katanya merakam rasa prihatin terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri Melaka dan akan mengadakan lawatan segera ke sana untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa.

Jabatan AMAL telah pun digerakkan ke sana untuk sumbangan tenaga.

"Semoga Allah merahmati anak muda Malaysia dengan keberkatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba," katanya. - HARAKAHDAILY 9/8/2015


Sumber HD - 9-6-2015

Harap pimpinan baharu Pas lebih agresif
Posted on Monday, June 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MARANG - Pemuda Pas Kawasan Marang mengharapkan pimpinan baharu Pas mengorak langkah lebih pantas dengan mengibaratkan  walaupun terpaksa menaiki basikal tetapi Pas perlu mengubah basikal tersebut dengan kelajuan yang maksimum supaya dapat  membimbing kehendak generasi  muda masa kini.

Ketuanya, Sulaiman Sulong berkata, sambutan luar biasa pada Muktamar Pas di Kuala Selangor baru-baru ini sebagai membuktikan parti berkenaan diterima baik oleh rakyat termasuk golongan muda seluruh negara.

“Pas sudah masuk era milinieum, kini Pas akan masuk dunia lebih mencabar dengan generasi Y yang agresif dengan dunia teknologi tanpa sempadan.

“Dengan dunia semakin mencabar program tarbiyah seperti tamrin, liqa, mukhayam, usrah perlu didinamikkan selaras dengan perubahan kehendak anak muda," katanya.

Kata Sulaiman, realiti kini anak muda lebih berorientasikan politik, apa sahaja percakapan tidak hilang berbincang mengenai politik, Pas harus bersedia dengan pelbagai hujah akal dari generasi ini.  - SInar

Sumber TKO - 9-6-2015




































































































































Doakan pelumba negara cepat sembuh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap pelumba sukan permotoran negara, Muhammad Zamri Baba yang telah terlibat dalam kemalangan semasa mewakili negara dalam Perlumbaan 1 600cc Super Sport di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia semalam.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan sihat sepenuhnya," ujar ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berharap semoga ahli keluarga Muhammad Zamri diberi kesabaran dan kemudahan untuk bersamanya sepanjang musibah itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Motorsikal Antarabangsa (FIM), Muhammad Zamri telah terbabas ketika memasuki pusingan kedua sebelum beliau dirempuh oleh pelumba lain.

Kecederaan serius itu menyebabkan beliau segera dikejarkan ke hospital yang berdekatan. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2015

Agenda bertindak Pemuda PAS (siri 4)







































































































































SUHAIZAN KAIAT | .



6. Projek Rumah Budiman (PRB)


Mengikut maklumat sehingga 14 Mei 2015 terdapat 1,821 unit rumah yang musnah dalam banjir besar di Kelantan pada Disember 2014. Kawasan yang terlibat adalah Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Kota Baharu dan Pasir Mas.


Tanggungawab Kerajaan Negeri adalah membina 600 unit dan telah menyiapkan 48 buah rumah.

Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan adalah membina 1,221 buah rumah. Malangnya setakat ini hanya berjaya menyiapkan 6 buah rumah sahaja iaitu 0.5% sahaja.

Pemuda PAS telah menyiapkan 5 buah Rumah Budiman yang telah didiami di Manik Urai. Jika perbandingan dibuat di antara prestasi sebuah kerajaan dan sebuah sayap parti maka prestasi pemuda PAS lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan.

Rakyat yang kehilangan rumah sebahagian besarnya adalah masyarakat yang berpendapatan rendah. Tanpa rumah kekal, mereka berada di khemah-khemah sementara, menyewa dan menumpang di rumah saudara mara.

Jika mangsa banjir tidak mendapat rumah sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 maka isu rumah boleh menggugat Kerajaan Negeri Kelantan.

Umno dan Barisan Nasional akan melambat-lambatkan pembinaan rumah mangsa dan akan menggunakan isu kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan rumah magsa banjir. Justeru Pemuda PAS mestilah terus berusaha mendapatkan dana bagi membina Rumah Budiman sebagai usaha membantu meringankan beban Kerajaan Negeri Kelantan.

7. Mengarusperdanakan penyelidikan dalam gerak kerja pemuda

Untuk menjadi satu sayap parti yang berkesan, Pemuda mestilah menerapkan budaya kerja berkualiti dalam setiap program yang kita laksanakan. Kita tidak mahu hanya berbangga dengan kuantiti tetapi soal kualiti terabai. Kita tidak mahu apa juga program yang dilakukan, ia dibuat secara adhoc semata-mata. Perancangan mestilah dibuat setiap awal sesi agar perancangan yang lebih rapi dapat dilakukan.


Kita akui bahawa kajian lapangan memerlukan kos yang tinggi. Untuk berbelanja sekitar ratusan ribu ringgit untuk sesuatu kajian yang terperinci dan tepat bukan dalam keupayaan kita pada masa ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh Pemuda pada masa ini adalah mengambil manfaat daripada kajian-kajian ilmiah dari menara gading dan pelbagai badan pemikir luar dan diwacanakan di peringkat akar umbi baik di peringkat pusat, negeri, kawasan mahupun cawangan.

Untuk pembudayaan penyelidikan yang tidak memerlukan kos yang tinggi, saya menyarakan agar organisasi Pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar mula menggiatkan usaha penyelidikan dan penerbitan buku agar ia dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli Pemuda yang lain.

Misalnya Pemuda PAS Selangor boleh menerbitkan 5 buah buku setahun mengenai analisis politik dan ekonomi di Selangor atau apa jua isu yang melingkari masyarakat khususnya anak muda Melayu agar mereka lebih memahami isu-isu sekitar mereka dengan kaca mata yang lebih luas dan matang.

Pemuda adakan menganjurkan beberapa bengkel penulisan agar penulis-penulis muda dapat dilahirkan oleh Pemuda PAS Malaysia.

8. Koperasi Pemuda PAS Malaysia (Komuda)

Penubuhan Jabatan Pembangunan Usahawan atau Usahawan IMPAK adalah suatu yang sangat membanggakan Pemuda. Ini kerana, sambutan yang diberikan oleh anak muda untuk setiap program IMPAK adalah cukup baik. Tetapi kita perlu akui bahawa ia masih di peringkat permulaan untuk suatu agenda yang lebih besar.


Kita harus mengakui bahawa sebagai sebuah sayap penting parti politik, Pemuda PAS perlu mempunyai dana dan aset yang teguh dan kukuh. Kita perlu berusaha untuk menubuhkan sebuah koperasi atau konsortium perniagaan yang mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun.

Walaupun PAS pernah dilihat kurang berjaya dengan beberapa projek ekonomi terdahulu, tetapi kita perlu belajar dari sejarah dan bersedia untuk memperbaikinya semula. Justeru, Pemuda PAS Malaysia perlu memulakan langkah ke arah menubuhkan sebuah koperasi yang melibatkan Pemuda PAS seluruh negara iaitu Koperasi Pemuda PAS Malaysia (KOMUDA).

Dengan modal saham serendah RM50.00 seumur hidup, KOMUDA dijangka mampu mengumpulkan sejumlah RM500,000.00 sebagai dana permulaan. Kita akan memulakan perniagaan dalam beberapa bidang perniagaan yang strategik dan tidak melibatkan risiko yang tinggi.

9. Menyegarkan semula wacana Negara Berkebajikan

Sebagaimana yang kita tahu, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 iaitu pada tahun 2008 yang lalu, PAS dengan beraninya telah menggagaskan agenda Negara Berkebajikan sebagai suatu penjenamaan baru terhadap agenda negara Islam yang kita laungkan sejak dahulu lagi.


Prinsip-prinsip dalam Negara Berkebajikan telah didokumenkan dalam Buku Hijau Negara Berkebajikan PAS. Walau bagaimanapun, usaha memperjuangkan Negara Berkebajikan seakan-akan terhenti dan senyap tanpa ada usaha yang bersepadu untuk meneruskannya.

Justeru, Pemuda akan meneruskan langkah Negara Berkebajikan PAS dengan memperincikan setiap perkara yang telah digariskan dalam dokumen tersebut dengan mengambil-kira aspirasi masyarakat khususnya anak muda. Adalah penting untuk kita mendagingkan setiap rangka yang telah diwujudkan agar rakyat lebih jelas agenda yang kita ingin perjuangkan.

Institut Kajian Polisi (IKP), Jabatan Pendidikan Politik dan beberapa lagi jabatan berkaitan akan ditugaskan untuk tujuan tersebut. Hasilnya, kita mahu satu dokumen yang lebih lengkap dan menyeluruh dapat diterbitkan sebagai rujukan utama pada masa akan datang.

10. Pendidikan Islam yang menyeluruh

Sebagai kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak yang telah digerakkan oleh Pasti jayanya, Pemuda berpendapat bahawa penubuhan sekolah rendah kendalian Pemuda hendaklah digerakkan secara bersungguh-sungguh di kawasan masing-masing menjelang 2016.


Pemuda melalui Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR) telah menyediakan kurikulum sekolah rendah yang bersifat islamik untuk digunakan oleh semua sekolah rendah kendalian Pemuda. Pada masa ini sebanyak 7 buah sekolah telah menggunakan kurikulum JPSR. Kita yakin, sekolah-sekolah rendah milik Pemuda ini akan berkembang dan berjaya sebagaimana Pasti pada hari ini. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Sumber HD - 30-5-2015

Sempadan bolos, kedaulatan negara tergugat







































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Penemuan lebih 100 kubur warga asing di Bukit Wang Burma yang didedahkan baru-baru ini oleh media sebagai salah satu bukti bahawa kedaulatan negara tergugat berikutan sempadan negara senang di bolosi.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, berlakunya penyeludupan dan perdagangan manusia amat mencemaskan dan ia dilihat sebagai petanda hitam yang memberikan gambaran bahawa kedudukan sempadan Malaysia adalah negara yang paling mudah untuk dicerobohi.

"Sama ada di antara negeri Perlis, Perak dan juga Kelantan dengan Negara Thailand di Utara Malaysia, di sebelah Sabah dan Sarawak dengan Filipina dan Indonesia serta di selatan Johor dengan Singapura.

"Kerajaan Malaysia dan Pasukan Keselamatan yang menjaga semua sempadan kita perlu peka dengan cabaran yang ada dan memerlukan satu teknologi terkini sebagai peralatan sokongan bagi tujuan pemantauan," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, Malaysia perlu belajar daripada negara maju yang sanggup melabur dengan peruntukan besar bagi memastikan kedaulatan negara mereka terjamin dan selamat.

Bagi Malaysia, katanya cabaran utama ialah banyak sempadan dengan negara-negara jiran terutamanya lautan sebagai pemisah memerlukan jentera yang mampu dan berupaya bertindak balas dengan segera.

"Apa guna setiap tahun kita menganjurkan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang mempamerkan peralatan canggih ketenteraan daripada seluruh dunia dan saban tahun kita akan menandatanggani perjanjian usaha sama dengan syarikat-syarikat ada.

"Kami merasakan, Malaysia perlu berani melabur dan belajar dengan teknologi-teknologi terkini sebagai satu keperluan oleh Pasukan Keselamatan Negara kita," katanya.

Tambahnya, pastikan jentera yang dibeli mampu membantu dan ia penting kepada Pasukan Keselamatan negara untuk menjalankan operasi-operasi kawalan keselamatan di sempadan.

"Jangan nanti jika ada lagi pendedahan tentang keadaan sempadan negara yang memalukan Malaysia sekiranya lambakan perdagangan manusia terutamanya jika pihak kerajaan mengambil sikap tunggu dan lihat semata-mata tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Pembentukkan atas nama Pasukan Khas ataupun menjadikan kedudukan kawasan tertentu sebagai kawasan khas keselamatan, ia hanya bersifat sementara jika keupayaan kita dengan jentera yang ada tidak mampu bertindak sepantasnya," jelasnya.

Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan penemuan kubur besar di kawasan Wang Kelian sempadan negeri Perlis dan Thailand, yang mengandungi sebanyak 139 kubur besar dan kecil dipercayai milik pendatang asing.

Turut ditemukan di lokasi terletak hanya kira-kira 100 meter dari negara jiran itu adalah penempatan warga asing berpagar kawat duri yang di dalamnya terdiri daripada 28 buah bangsal dan khemah pelbagai saiz. – HARAKAHDAILY 29/5/2015

Sumber HD - 29-5-2015





































































































































Pemuda PAS lancar Tabung #RohingyaDihati

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi Tabung #RohingyaDihati bagi membantu mangsa keganasan etnik Rohingya di Arakan, Myanmar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sumbangan tersebut akan diserahkan terus ke pertubuhan Islam di Myanmar serta kem perlindungan terutama di Acheh, Indonesia.

Menurutnya, di samping itu, sumbangan tersebut akan disalurkan ke kem perlindungan yang baru dibuka di negara ini iaitu di Belatik, Sik untuk membiayai kos pengoperasiannya.

"Hasrat kami adalah untuk menghantar sumbangan ini secepat mungkin ke kem perlindungan di Acheh, kami telah berhubung dengan pihak sana untuk mengadakan satu misi kemanusiaan menyerahkan amanah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS juga telah menghubungi dengan Persatuan Islam Rohingya, Yangon untuk mengetahui perkembangan terkini serta kaedah penyampaian bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah selepas melancarkan Tabung #RohingyaDihati semasa Wacana Halatuju Pemuda PAS Malaysia, di Hotel Seri Malaysia Ipoh, semalam. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015





































































































































Agenda bertindak Pemuda PAS (siri 3)

SUHAIZAN KAIAT | .



(Agenda bertindak 1 hingga 5)

1. Pemuda PAS Malaysia telah mengariskan enam agenda yang sedang dan telah dilaksanakan pada waktu ini. Berikut adalah enam agenda tersebut

a. Mencetus dan menjuarai isu rakyat secara konsisten, sistematik dan berkesan.
b. Memantapkan hubungan(Engagement) dengan komponen Pakatan Rakyat, Gerakan Masyarakat Madani, NGO Islam, Media, Anak Muda dan organisasi luar negara.
c. Mengerakan agenda bersepadu untuk mengusai sokongan pengundi melayu muda.
d. Menerokai pendekatan dakwah yang lebih kreatif dan berkesan.
e. Memperkukuhkan pengurusan tarbiyah dan perkaderan dengan lebih dinamik
f. Memperkasa sistem pengurusan dan komunikasi dalam organisasi

2. Bagi memenuhi agenda diatas, saya mencadangkan 10 agenda bertindak untuk dilaksanakan oleh bakal exco Pemuda PAS pada sessi akan datang

1. Membangun Generasi Al-Helmy
(Telah dinyatakan dalam halatuju siri 2)

2. Mempertahankan Amanah & Harapan Rakyat

Berdasarkan kepada statistik PRU yang lalu, adalah sangat jelas bahawa rakyat majoriti telah memberian harapan yang sangat tinggi kepada Pakatan Rakyat. 5,623,984 pengundi 50.87 peratus yang telah memilih Pakatan Rakyat adalah satu angka yang sangat tinggi dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana gabungan parti pembangkang sebelum ini. Jika kita mengambil ringan atau bertindak mengkhianati harapan rakyat ini, maka dibimbangi rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya yang akan datang. Justeru adalah amat penting untuk kita pertahankan Pakatan Rakyat.

Mungkin ada dalam kalangan pemuda yang percaya bahawa berjuang sendirian adalah jalan yang terbaik. Tetapi lupakah kita dengan pencapaian sewaktu kita sendirian dahulu? Lupakah kita sewaktu PAS hanya menang 1 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum 1986 walaupun kita bertanding di 98 buah kerusi parlimen? Adakah kita mahu mengulangi saat kita lemah dan tertindas dahulu?

Justeru Pemuda perlu mempertahankan muafakat yang telah dibina. Pemuda perlu bertegas dengan suara-suara yang berpotensi untuk membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat. Jangan sesekali membenarkan muafakat yang dibina oleh pemimpin kita terdahulu termasuk oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor ini dimusnahkan oleh nafsu amarah dan kecuaian kita semata-mata.

3. Politik Sederhana

Politik Budiman yang telah digagaskan dalam muktamar yang lepas adalah politik yang berbudi, berakal dan bijaksana. Ia merupakan satu pendekatan politik yang sederhana. Pendekatan sederhana adalah latarbelakang kepada politik dalam negara ini. Islam datang ke negara ini melalui saluran dakwah bukannya melalui jalan perperangan. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan adalah melalui perjanjian dengan penjajah British bukannya melalui pertumpahan darah. Tidak pernah berlaku revolusi dalam negara tercinta ini.

Realitinya rakyat negara menolak politik yang keras dan ekstrem. Mana-mana parti politik yang dapat digambarkan sebagai ganas dan melampau akan ditolak oleh rakyat. Setakat ini tiada pendekatan politik yang keras dapat menawan hati rakyat negara ini. Rakyat berbilang agama dan bangsa tidak suka bermusuhan antara satu sama lain. Mereka mahu hidup harmoni, aman dan damai. Pemuda sewajarnya mewajahkan PAS dengan pendekatan yang sederhana melalui pendekatan politik budiman. Rasulullah S.A.W bersabda “ Sebaik-baik perkara adalah sederhana” Riwayat Tarmizi

4. Aktivis Mahasiswa Calon Pilihanraya Ke-14

Pemuda PAS Malaysia wajar mengangkat suara mahasiswa pada kedudukan yang tinggi dan strategik iaitu dengan mencadangkan kepada PAS dan PR seorang calon kerusi parlimen kepada aktivis Mahasiswa sama ada mahasiswa yang sedang menuntut ataupun yang masih berada dalam tempoh 3 tahun selepas bergraduasi. Pentingnya mahasiswa dilantik sebagai ahli parlimen adalah supaya setiap isu yang melibatkan mahasiswa dapat diangkat di Dewan Rakyat. Selepas lebih 5 dekad mahasiswa diperbudakkan melalui akta AUKU, Pemuda mahu membebaskan mahasiswa dengan satu langkah berani agar mahasiswa tidak terus rasa kerdil dan mudah dipergunakan.

5. Projek Anjung Budiman

Anak muda adalah pelanggan utama Pemuda PAS Malaysia dalam konteks untuk disantuni dan diperjuangkan agenda mereka. Kita sedar bahawa mutakhir ini, isu utama yang membelenggu anak muda adalah soal kerjaya dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ditambah dengan sistem pendidikan negara yang semakin merosot, kualiti graduan kita acapkali dipersoalkan. Justeru, Pemuda PAS perlu memartabatkan anak muda dengan beberapa pelan tindakan yang konstruktif. Pemerkasaan jati diri anak muda Malaysia perlu dibuat secara berstruktur dan berpusat. Anak muda perlukan bimbingan dalam kerjaya mereka contohnya dalam bidang keusahawanan. Mereka perlukan rakan berbincang, kursus kemahiran, perkongsian pengalaman, bimbingan agama, khidmat kaunseling dan lain-lain lagi.

Projek Anjung Budiman adalah satu projek menempatkan sekumpulan anak muda dalam satu kumpulan di mana mereka mendapat bimbingan untuk maju ke hadapan. Pemuda PAS bukan pemberi modal atau menyediakan peluang pekerjaan. Pemuda PAS hanya menyediakan tempat penginapan untuk disewa dan menyediakan modul pembangunan motivasi yang islamik untuk membimbing mereka sehingga berjaya. Peserta yang terpilih akan mengikuti aktiviti secara berkala semaada pada setiap hujung minggu atau setiap hujung bulan. - HARAKAHDAILY 28/5/2015
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 28-5-2015

Kit Siang, Guan Eng jangan campur urusan Pas
Posted on Wednesday, May 27 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

SHAH ALAM - Pemuda Pas memberi amaran kepada DAP terutama kedua-dua pemimpin tertingginya, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng agar tidak masuk campur dengan urusan dalaman parti itu termasuk sibuk berkempen untuk Muktamar Pas, minggu hadapan.

Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan Penasihat dan Setiausaha Agung DAP itu disifatkan menghiris perasaan golongan anak muda dan penyokong Pas.

“Pemuda Pas keseluruhannya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bersifat serangan yang dikeluarkan Kit Siang dan Guan Eng terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kenyataan yang berunsurkan provokasi dan fitnah secara berterusan kepada pemimpin tertinggi kami adalah perbuatan yang menghiris perasaan para anak muda dan penyokong Pas di segenap lapisan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terbaharu, Guan Eng mendakwa hati Abdul Hadi sekarang adalah bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama PR.

Mengulas lanjut, Khairil berkata, perbuatan DAP yang mencampuri urusan dalaman Pas dan menjadi batu api yang jelas di luar kerangka kerjasama PR.

“Suka saya mengingatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah para pimpinan dan perwakilan Pas. Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah-gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk-ajar kepada para ahli Pas siapakah yang layak untuk mengemudi Pas.

“Perbuatan masuk-campur urusan dalaman parti dan menjadi batu api ini adalah di luar kerangka ‘Common Policy Framework’ PR seperti yang sering diulang sebut oleh DAP,” katanya.

Menyentuh soal dakwaan Guan Eng tersebut, Khairil menyifatkan tuduhan itu begitu berat dan berunsur fitnah.

“Tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada Presiden Pas kononnya Tuan Guru Abdul Hadi telah mengkhianati PR dan hatinya bersama Umno adalah tuduhan yang begitu berat dan berunsur fitnah. Kisah ‘Unity Government’ juga bagaikan hantu yang begitu menakutkan DAP sedangkan ia adalah kisah lama yang telah diputar-belit dan menjadi sejarah.

“Sedangkan, Lim Kit Siang sendiri pada baru-baru ini mencadangkan ‘Save Malaysia Govenment’ yang menggabungkan ahli Parlimen PR dan BN. Bukankah ini adalah pengkhianatan kepada rakyat secara terang lagi terbuka?.

“Guan Eng menuduh Presiden Pas mempunyai jiwa Umno kerana Tuan Guru Abdul Hadi tidak turun berkempen di PRK Permatang Pauh. Saya ingin  bertanya, adakah Guan Eng dan gerombolan pimpinan tertinggi DAP ada turun berkempen di PRK Rompin yang melibatkan calon Pas baru-baru ini?

“Jikalau kita menggunakan sifir Lim Guan Eng itu, bolehkah disimpulkan bahawa beliau berjiwa Umno-BN juga kerana tidak pun turun berkempen dan beliau tidak juga menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Pas di PRK Rompin? Lebih baik beliau beringat sebelum sibuk menyerang orang lain, bak kata pepatah ‘bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan DAP agar tidak mencampuri urusan Pas kerana tindakan itu hanya akan merosakkan hubungan kerjasama mereka.

“Justeru, kami menegaskan dan memperingatkan kepada DAP agar jangan  mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman parti rakan kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini.

“Sepertimana DAP marah sekiranya orang Pas berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan Pas siapakah yang layak untuk memimpin Pas sesi kepimpinan 2015/2017,” katanya.  - Sinar

Sumber TKO - 27-5-2015





































































































































Pemuda PAS bentang laporan audit Rumah Rakyat Budiman

| .


KUALA LUMPUR: Projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) yang dibuka Pemuda PAS Malaysia selepas banjir besar di Kelantan Disember tanun lalu berjaya mengumpul dana sejumlah RM576,216.25 setakat akhir April lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM203,715.28 digunakan dengan item perbelanjaan terbesar adalah kos pembinaan berjumlah RM190,249.00 melibatkan pembinaan lapan buah Rumah Budiman.
Manakala baki akaun adalah sebanyak RM372,500.97.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, penyata penerimaan dan perbelanjaan PRB diaudit oleh juruaudit bertauliah Muzammil Bin Hafiz.

"Atas rasa tanggungjawab Pemuda PAS terhadap duit rakyat yang diamanahkan maka kami bentangkan laporan penerimaan dan perbelanjaan PRB sehingga 30 April 2015 untuk rujukan semua.
"Laporan audit ini adalah apa yang Pemuda PAS janjikan kepada penderma semasa kita mula-mula buka akaun dahulu," katanya.

Sehingga kini lima buah rumah berjaya diserahkan kepada mangsa banjir, lima buah lagi dalam proses pembinaan secara berperingkat sementara lima buah lagi dalam proses mencari tapak yang sesuai. - HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015

Pemuda PAS desak Guan Eng guna kebijaksanaan
















































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini, ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Menurutnya, mereka adalah penentu kepada masa depan politik khususnya dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN), kedua-duanya menghadapi masalah yang hampir sama iaitu menguruskan konflik yang timbul tanpa menghakis kepercayaan rakyat khususnya anak muda.

Tambahnya, PR yang telah memperolehi sokongan 51% dalam PRU13, perlu segera menguruskan konflik yang timbul dengan cermat dan bijaksana.

Menurutnya, jika salah isyarat yang diberikan, maka anak muda Malaysia akan menghukum PR dalam pilihanraya akan datang.

Terkini, ujar beliau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menuduh Presiden PAS condong kepada Umno.

"Tuduhan ini telah memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia," ujarnya.

"Bagaimana dua pemimpin yang duduk sepentas dalam PRU13 yang lalu dan duduk sebaris dalam Parlimen boleh bertembung antara satu sama lain.

"Apakah sudah tiada jalan yang bijaksana mengurus masalah yang berlaku?" tenya beliau.

Katanya lagi, jika konflik itu berterusan, maka anak muda Malaysia akan beranggapan pemimpin-pemimpin PR adalah hipokrit, lebih malang lagi menganggap tiada beza dengan Barisan Nasional yang jelas penuh dengan pelbagai masalah

Justeru, ujarnya pemimpin PR wajar memahami setiap pemimpin ada pendukung dan penyokongnya.

"Kami pemuda PAS membesar bersama tarbiyah daripada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kami adalah pendukung Presiden PAS.

"Walau Presiden tidak maksum, tapi kami tidak dapat menerima tuduhan-tuduhan liar Setiausaha DAP kepada batang tubuh Presiden kami.

"Jikapun ada kelemahan pada Presiden PAS, adalah tidak bijaksana menuduh Presiden kami condong kepada musuh PR iaitu Umno," tegasnya.

Menurutnya, masih banyak lagi saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku.

Katanya lagi, kenyataan Setiusaha Agung DAP akan mengundang tindak balas daripada daripada semua pihak dalam PAS khususnya sayap parti iaitu Dewan-Dewan Ulamak, Muslimat dan Pemuda, daripada peringkat pusat, negeri, kawasan sehinggalah kepada cawangan akan marah dengan kenyataan tersebut.

Tegasnya, mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan yang seumpama ini.

"Kemungkinan akan ada pihak yang bertindak luar kawalan. Ini akan menyebabkan Pemuda DAPSY pula akan bertindak balas," ujarnya.

Maka, katanya berlakulah pertembungan yang bertali arus dan akan mengurangkan keyakinan rakyat kepada PR.

"Sebagai Ketua Pemuda Malaysia, saya mewakili Pemuda PAS mendesak kepada Setiausaha Agung DAP dan pimpinan PR agar menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk menguruskan konflik yang berlaku," kata beliau lagi.

Justeru, ujar Suhaizan jangan hancurkan harapan rakyat khususnya anak muda yang mahu melihat Malaysia yang lebih unggul dan sejahtera di bawah PR dalam PRU14. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015















































































































































Membina Generasi Al-Helmy

SUHAIZAN KAIAT | .


(Halatuju Siri 2)

1. Pemuda Al-Helmi mempunyai elemen rabbani pada jiwanya, faqih akal fikirannya dan haraki pada tindakannya adalah bersumber daripada firman Allah S.W.T  dalam surah Al-Kahfi Ayat 13 dan 14  yang bermaksud: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka berdiri (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."  

2. Dalam ayat di atas Allah telah nyatakan:

(a) Pertama: [amanu birabbihim] bermaksud “mereka pemuda yang beriman” sebagai tanda RABBANI.

(b) Kedua : [zidnahum huda] bermaksud “Dan Kami tambahkan hidayah petunjuk”  sebagai tanda FAQIH di mana Allah telah memberi petunjuk agar Ashabul Kahfi boleh menggunakan hujah yang terbaik di depan pemerintah pada hari perayaan.

(c) Ketiga: [iz qaamuuu faqaluu] bermaksud “Ketika berdiri lalu berkata” sebagai tanda HARAKI. Asy Syahid Syed Qutub menyatakan Haraki itu adalah meninggalkan “duduk” dalam zon selesa kepada “berdiri” dalam zon mencabar.

3. Secara kesimpulannya Pemuda Al-Helmy memiliki sifat dan kualiti yang berikut:

(a) Menguasai asas-asas ilmu Islam dengan mantap. Mereka juga ghairah mendampingi para ulama’ dan intelektual Islam untuk terus menghadam nas-nas syara’ dengan method yang sahih;

(b) Tajam dan objektif dalam memahami realiti dakwah dan siasah tanah air yang begitu rencam. Juga tinggi kesedaran dan pemahaman terhadap realiti Ummah di peringkat global;

(c) Ikhlas dan istiqamah dalam Ibadah;
Memiliki akhlak yang mulia dan beradab tinggi sesama sahabat mahupun musuh. Matang dan bijaksana dalam menangani ikhtilaf(perbezaan);

(d) Semangat KEKITAAN yang tinggi dan bukannya keakuan atau kepuakan;
Prihatin dan tangkas dalam menyantuni keperitan rakyat;

(e) Berkeupayaan tinggi dan memiliki kepakaran dalam lapangan-lapangan tertentu sama ada dalam aspek ekonomi, pendidikan, sains & teknologi, sastera & budaya, pengurusan organisasi, agama dan sebagainya; dan

(f) Berwawasan besar dan optimistik terhadap kemenangan Islam.

4. Pemuda PAS bertanggungjawab membangunkan generasi kemenangan mengikut acuanya yang tersendiri. Generasi kemenangan adalah generasi yang akan mengisi kemenangan dalam pilihan raya ke-14 akan datang.

5. Pembangunan generasi kemenangan ini akan dipacu oleh sistem tarbiyah yang dinamik. Agensi-agensi Pemuda PAS yang akan berperanan membangunkan generasi Al-Helmy adalah Lujnah Tarbiyah, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM), Jabatan Pembangunan Graduan (JPG) dan Akademi Kepimpinan Remaja (AKR). Agensi-agensi ini perlu membangunkan module yang berkesan untuk melahirkan generasi harapan rakyat Malaysia.

6. Pembangunan generasi Al-Helmy bakal menghadapi cabaran yang besar untuk dijayakan. Agenda ini berada ditengah-tengah kehangatan ikhtilaf (perbezaan) yang berlaku dalam PAS.

7. Justeru agenda ini perlu dipimpin oleh kumpulan mereka yang amanah, berilmu, berani, cerdas mindnya dan kuat semangatnya. Cabaran ini sangat bersesuaian dengan persiapan memegang amanah menguasai Putrajaya pada masa akan datang. Insya Allah.

"Mempersiap Generasi Kemenangan, Membangun Generasi AL-HELMY" - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015


MEMPERSIAP GENERASI KEMENANGAN

Oleh Suhaizan Bin Kaiat

(Halatuju Siri 1 - 25 Mei 2015)

1. Ramai yang bertanya apakah halatuju saya untuk membawa Pemuda PAS dalam sessi akan datang. Saya ingin jelaskan bahawa halatuju saya adalah mempersiapkan Pemuda PAS Malaysia sebagai generasi kemenangan bagi menghadapi pilihanraya ke-14 akan datang.

2. Perkembangan politik negara pada masa ini menunjukkan desakan yang semakin kuat ke arah perubahan dalam menggantikan regim UMNO Barisan Nasional yang telah sekian lama berkuasa.

Regim yang berleluasa memerah hasil bumi negara ini sehingga ke paras hutang negara dan isirumah yang menjerut leher serta keruntuhan akhlak dan moral rakyat ke tahap yang terendah dan sangat menakutkan.

3. Parti pemerintah UMNO pada masa ini menghadapi masalah dalaman yang cukup rumit. Pertembungan antara Dato Sri Najib dan Tun Dr Mahathir sudah sampai di kemuncaknya. Sama ada Dato Sri Najib menang atau Tun Dr Mahathir yang menang, UMNO tetap akan tercedera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Rakyat akan terus menolak BN dalam pilihanraya akan datang. InsyaAllah Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam pilihan raya akan datang.

4. Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan bahawa Pemuda PAS bukan sekadar menjadi penumpang atau tempelan kepada perubahan yang diinginkan, sebaliknya menjadi teraju utama, perencana agenda dan pemain terpenting yang tidak mungkin dikesampingkan. Justeru generasi kemenangan ini mesti dipersiapkan di setiap jiwa para pemuda PAS untuk menghadapi kemenangan dalam tempoh tidak sampai 3 tahun daripada sekarang. Inilah yang sepatutnya diberi fokus Pemuda PAS pada sessi akan datang.

5. 18 bulan yang yang telah dilalui dalam sessi 2013-2015 adalah terlalu pendek. Pemuda PAS Malaysia telah melaluinya dengan penuh cabaran ditengah-tengah masalah dalaman dan kegelisahan rakyat terhadap halatuju PAS waktu ini. Dalam tempoh 18 bulan Pemuda PAS Malaysia hanya boleh bergerak dengan berkesan pada 9 bulan kedua selepas rombakan kecil exco Pemuda PAS Malaysia sejurus muktamar yang lepas. Rombakan terhadap jawatan Setiausaha dan Ketua Penerangan Pemuda PAS telah banyak membantu pergerakan pemuda berbanding sebelum muktamar yang lepas.

6. Hasilnya Pemuda PAS dapat mencetuskan dan melaksanakan idea Projek Rumah Budiman. Ini adalah projek rumah mangsa banjir di Kelantan. Setakat ini Pemuda PAS telah mengutip dana lebih daripada setengah juta ringgit Malaysia. 5 buah rumah telah siap dibina dan 10 buah lagi dalam proses pembinaan. Kerajaan Persekutuan baru menyiapkan 6 buah rumah sahaja setakat ini. Jika perbandingan dibuat di antara prestasi sebuah kerajaan dan sebuah sayap parti maka prestasi pemuda PAS lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan.

7. Pemuda PAS juga telah menjadi sekretariat Himpunan Hari Pekerja ‪#‎batalGST‬ pada 1hb Mei 2015 yang lepas. Parti politik dan NGO telah bersama dalam penganjuran himpunan ini. Ribuan rakyat Malaysia tidak kira agama mahupun bangsa telah hadir membantah GST. Mereka berarak dan berkumpul di hadapan KLCC. Kerajaan BN rasa tergugat dengan himpunan ini telah membuat tangkapan terhadap pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat. Inilah sedikit sumbangan Pemuda PAS Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang tertindas.

8. Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) dibawah Pemuda PAS Malaysia telahmenjadi kebangaan semua apabila telah memiliki lebih 100 ribu pelajarnya pada tahun ini. PASTI telah menjadi pusat asuhan kanak-kanak pra-sekolah swasta yang terbesar dalam negara ini. Pemuda PAS telah dan sedang mengembangkan pendidikan diperingkat sekolah rendah pada waktu ini.

9. Dalam meredakan kehangatan politik dalaman PAS mutakhir ini. Pemuda PAS Malaysia telah mengangkat idea Presiden PAS Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan menganjurkan Nadwah Fiqh Ikhtilaf(Seminar Perbezaan Pendapat). Seminar ini mendedahkan kepada peserta berkenaan adab-adab dalam menguruskan perbezaan pendapat. Kehadiran peserta seluruh negara yang sangat membanggakan memberi isyarat adanya cahaya dihujung trowong yang mahukan pendekatan politik budiman iaitu satu pendekatan politik sederhana dalam PAS.

10. Prestasi Pemuda PAS Malaysia dalam sessi lepas telah menjadi bukti kesungguhan pemuda untuk menjadi pengisi kepada kemenangan selepas pilihanraya ke-14 akan datang. Soalnya apakah rekabantuk generasi kemenangan ini?

11. Generasi kemenangan yang diimpikan oleh Pemuda PAS Malaysia adalah mereka yang memiliki tarbiyah harakiyah Islamiyah yang bersifat KAFFAH iaitu menyeluruh. Saya ingin mengagasan Pemuda Al-Helmy sebagai gagasan pemuda kemenangan. Pemuda Al-Helmy adalah Pemuda yang memiliki pakej Rabbani, Faqih dan Haraki.

12. RABBANI merujuk kepada pengukuhan tarbiah ruhiyyah yang mantap sehingga melahirkan nafsiah muslimah iatu jiwa yang mantap dengan tazkiyatun nafs yang konsisten dan bersungguh-sungguh. Keutuhan ruh inilah yang akan meniupkan daya juang untuk terus konsisten. Pemuda RABBANI juga adalah pemuda yang memelihara ukhuwwah Islamiyah dan menyantuni para muslimin khususnya kepada sahabat-sahabat seperjuangannya. Proses tazkiyatun nafs ini juga melahirkan para pemuda yang tawadhuk dan mudah berlapang dada dalam menyantuni ikhtilaf di kalangan para aktivis pemuda. Pemuda RABBANI bijak menangkis anak panah fitnah yang beracun sama ada daripada menembusi tubuh saudaranya atau tubuhnya sendiri.

13. FAQIH merujuk kepada sifat aqliyah muslimah iaitu minda yang mantap dengan fikrah dan kefahaman Islam yang sahih dan syumul. Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi menyebutkan bahawa rijal al taghyir (generasi perubahan) hendaklah berusaha menguasai dua peringkat fiqh yang penting iaitu Fiqh al Shar’i atau Fiqh al Nusus dan Fiqh al Waqi’. Fi al Nusus bermaksud memahami nas-nas syarak dan maqasid di sebalik nas-nas tersebut. Fiqh al Waqi’ pula bermaksud memahami realiti semasa berdasarkan maklumat-maklumat yang mendalam dan tepat. Justeru Pemuda PAS harus melipatkan usaha untuk memantapkan pemahaman terhadap nas –nas Al Quran dan Al Sunnah melalui pelbagai platform majlis ilmu termasuklah usrah, kuliah, tamrin dan sebagainya. Pemahaman terhadap nas mesti berjalan seiring dengan pemahaman terhadap realiti semasa supaya perlaksanaan nas tidak kelihatan canggung lantaran kecelaruan dalam menekuni realiti.

14. HARAKI bermaksud pemuda yang sentiasa bergerak dalam pelbagai lapangan amal Islam dengan penuh kompeten sehingga memberi manfaat kepada Ummah dan kejayaan kepada Islam. Kunci kata kepada ciri HARAKI ini adalah AMAL dan KOMPETENSI. Kita tidak mahu pemuda yang hanya berteori, berkuliah dan berwacana tetapi tidak turun ke lapangan untuk merealisasikan amal Islami dan menjadi khadam kepada rakyat. Amal biarpun ikhlas, tanpa kompetensi akan menyebabkan amal tersebut tidak efisen dan berimpak tinggi. Justeru Pemuda haruslah terus berusaha menajamkan kemahiran dan keupayaan dan membina kepakaran dalam pelbagai bidang kerana kemahiran ini akan memaknakan sumbangan kita kepada Ummah.

15. Nama Al-Helmy diambil adalah daripada nama Yang Dipertua Agung PAS ketiga iaitu Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau yang mempunyai ciri-ciri rabbani, faqih dan haraki telah berjaya meletakkan PAS dalam arus perdana gelanggang politik Malaysia. PAS di bawah kepemimpinannya berjaya melonjakkan jumlah kerusi parlimen daripada 1 kerusi dalam pilihan raya 1955 kepada 13 kerusi dalam pilihan raya 1959 selain berjaya menawan negeri Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya 1959. Ciri rabbaninya telah memberi ketahanan pada jiwanya yang ditahan beberapa kali dalam penjara. Ciri Faqihnya dalam ilmu Fiqh al Nusus dan Fiqh al Waqi’ telah meletakkan beliau setanding dengan pimpinan sezaman dengannya seperti Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Ciri harakinya telah membawa beliau terjun ke tengah-tengah masyarakat dengan membawa idea-idea Islamik yang mampu dicerna dan diterima oleh masyarakat.




Sumber FB / HD - 25-5-2015

Ikhlas, Sokongan Keluarga Pendorong Kejayaan

KUALA TERENGGANU – keikhlasan tanpa memikirkan ganjaran yang akan diperolehi serta sokongan dari keluarga tercinta adalah faktor utama Puan Khamisah Mohammed tetap bertahan sebagai guru Pasti yang sehingga kini telah memasuki tahun ke-29.

Rosimah (3)

Segala usaha dan penat lelah beliau sebagai guru Pasti akhirnya telah mendapat penghargaan oleh Pasti Negeri Terengganu setelah beliau dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Pasti Negeri Terengganu 2015.

Beliau memperolehi anugerah itu dalam Majlis Sambutan Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai, dan disampaikan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata beliau berasa bersyukur atas pengiktirafan itu dan menganggap ianya adalah penghormatan kepada semua guru-guru Pasti dan bukannya kejayaan beliau seorang.
Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang memberikan galakan kepada beliau, beliau juga berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan jawatankuasa pemilihan yang memilih beliau sebagai pemenang bagi tahun ini.

Puan Khamisah juga berharap agar guru-guru Pasti yang baru berkecimpung dalam bidang ini agar bersabar dan mengikhlaskan diri mereka kerana jawatan guru Pasti ini bukanlah jawatan yang menjanjikan kemewahan.

Sebaliknya, mereka cuma mengharapkan agar pekerjaan ini dikira sebagai amal soleh kerana kepayahan dalam melaksanakan tugas ini, sebenarnya adalah satu kemanisan dalam memertabatkan anak bangsa

“Kepada anak-anak muda pelapis guru Pasti, buatlah kerja ikhlas kerana Allah dalam semua perkara, samada sebagai guru Pasti ataupun apabila berkhidmat kepada masyarakat.

Walaupun kita payah nak bercuti tetapi jangan fikirkan sangat, termasuklahjuga dengan pendapatan kita yang kecil kerana ianya satu perjuangan dan pengorbanan kita kepada masyarakat.

Sebenarnya manis berkhidmat dengan Pasti walaupun kadangkala ianya berat,” tegas beliau.

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Pengarah Pasti Terengganu, Puan Rosimah Md Saleh pula berkata, mengakui merasa gembira dengan anugerah itu, tetapi bukan perasaan bangga kerana dia berkhidmat untuk masyarakat.

Sama seperti Puan Khamisah, Puan Rosimah juga menekankan keikhlasan berkhidmat adalah perkara utama dan bukannya ganjaran dunia yang beliau impikan kerana jauh lebih penting, syiar Islam dapat diketengahkan dalam masyarakat.

Beliau yang telah berkhidmat semenjak tahun 1986 lagi di Pasti al-Hayyu Kuala Besut, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam membantu kerjayanya sebagai guru Pasti.

Azlinda Mohd Ali @ Ariffin dari Pasti at-Tajdid Kuala Paka yang dianugerahkan sebagai Guru Harapan Pasti Terengganu pula, berharap agar pengiktirafan ini akan menjadikan beliau lebih bermotivasi untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik lagi.

Kesemua pemenang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan iaitu selain daripada cemerlang dalam pengajaran, mereka juga mesti aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Sumber BO - 23-5-2015

Guru PASTI Harus Berbangga

Guru PASTI Murabbi Ummah, begitulah slogan yang dipilih bagi, Majlis Sambutan Hari Guru Pasti 2015 Peringkat Negeri Terengganu semalam yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), berlangsung hampir tiga jam dengan kehadiran seramai kira-kira 450 orang tetamu.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Ustaz Mohd Nor mengingatkan kepada guru-guru Pasti agar benar-benar mengikhlaskan diri bagi membina ummah agar masyarakat akan hidup berpedomankan ajaran Islam.

Beliau juga percaya, diantara murid-murid Pasti itu, salah seorang daripadanya akan menjadi pemimpin masyarakat dan guru Pastilah dari kalangan orang yang pertama mendidik mereka selain daripada ibu bapa mereka sendiri.

“Betul, walaupun susah dengan bayaran yang agak kecil, tetapi inilah pengorbanan anda untuk anak bangsa.

“Kita masih jauh bandingannya dengan perjuangan wanita-wanita di Palestin, Syiria atau Yaman, yang terkadang terpaksa mati kerana berjuang.

“Tetapi sekurang-kurangnya inilah yang kita mampu buat dan saya harap semoga anda semua terus ikhlas dalam kerjaya yang mulia ini,”ujarnya.

_DSC0519

Beliau yakin, dalam ramai-ramai pelajar tersebut akan ada paling kurang seorang dua yang menjadi pemimipin besar negara.

Oleh itu, para guru PASTI haruslah berbangga kerana mereka adalah guru pertama yang mendidik pemimpin tersebut diluar rumahmkereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pasti Negeri, Ustaz Sulaiman Sulong pula berkata,tema yang digunakan ini sangat bersuaian sebagai cerminan betapa mulianya dan mustahaknya pendidikan terutamanya pra-sekolah seperti Pasti ini.

Asas pendidikan di Pasti kata beliau, mencangkupi semua aspek seperti mental, fizikal, spiritual dan emosi kanak-kanak bagi mempersiapkan mereka mencapai matlamat insan rabbani yang sangat diperlukan masyrakat.

Disebalik keruntuhan moral masyarkat sekarang, Pasti muncul dengan penuh komitmen daripada guru-gurunya untuk mengekang keruntuhan akhlak yang disifatkan beliau sebagai membimbangkan.
Dalam majlis itu juga, Pasti Terengganu telah mengurniakan beberapa anugerah kepada beberapa guru Pasti yang cemerlang sebagai penghargaan dan galakan kepada usaha guru-guru Pasti ini yang tidak mengenal penat lelah.

Tiga anugerah utama yang telah diberikan ialah Tokoh Guru Cemerlang Pasti Terengganu yang dianugerahkan kepada Puan Khamisah Mohammed dari Pasti al-Ulum, Hulu Takir dari kawasan Kuala Nerus.

Manakala Anugerah Khas Pengarah Pasti diberikan kepada Puan Rosimah Md Saleh dari Pasti al-Hayyu, Pacakan, Kuala Besut dan Anugerah Guru Pasti Harapan jatuh kepada Puan Azlinda Mohd Ali @ Ariffin dari Pasti at-Tajdid Kuala Paka, Dungun.

Sumber BO - 23-5-2015






















































































































































Muhyiddin perlu tunjuk protes terhadap Najib
























































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menunjukkan protes kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, Muhyiddin perlu berani mengambil tanggungjawab untuk melepaskan jawatan sebagai membantah apa yang dilakukan oleh Najib.

"Saya dah lihat video ucapan Muhyiddin yang mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri.

"Najib merupakan liabiliti kepada Umno, atas masalah tersebut Muhyiddin perlu menunjukan protes dengan melepaskan jawatan sepertimana yang dilakukan Tan Sri Musa Hitam sebelum ini," katanya.

Menurut beliau lagi, Muhyiddin tidak perlu berada dalam kerajaan jika tidak sehaluan dengan Najib.

"Najib pun tak nampak apa-apa tanda untuk berundur, bagaimana Muhyiddin ingin buat perubahan jika Najib terus berkeras.

"Najib tidak berasa bersalah dan mahu berubah, Muhyiddin perlu berani dalam menyatakan pendirian," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

Bahaya sempadan: Pemuda PAS gesa cari kaedah baharu

























































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia mencadangkan Kerajaan Malaysia mencari kaedah-kaedah terbaik dan terkini bagi memelihara kedudukan sempadan negara terutamanya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Negeri Sabah (ESScom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Negeri Sabah (ESSzone).

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss berkata, kejadian pencerobohan dan juga penculikan yang sering berlaku di perairan Semporna dan Lahad Datu amat membimbangkan serta pernah juga berlaku penculikan Pegawai Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sana.

"Perkara penting yang sentiasa dibincangkan adalah langkah kemas serta proaktif bagi memantau dan seterusnya mengawal sempadan dan pergerakan migrasi, selain memastikan tiada penyeludupan barang atau manusia berlaku di sana," ujarnya dalam sau kenyataan.

Beliau berkata, banyak cadangan yang dilontarkan seperti mempertingkat kerjasama baik dengan negara jiran seperti Negara Filipina dan Negara Indonesia dalam menangani isu sempadan dan keselamatan terutamanya di Sabah setelah berlakunya kejadian di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 dahulu.

Tambahnya, terdapat juga cadangan daripada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Hamid agar dibina tembok ataupun mengadakan pagar sepertimana di sempadan antara Negara Thailand dan Negeri Kelantan.

"Terdapat juga cadangan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semasa program ‘Bicara Negara’ di Ipoh baru-baru ini setelah sebuah syarikat menemuinya bagi memberikan taklimat produknya iaitu kapal terbang tanpa pemandu yang canggih untuk memantau perairan dan sempadan kita," ujarnya.

Produk tersebut, katanya mampu mengesan pergerakan dan mengesan identiti melalui kameranya, ianya juga berupaya beroperasi dua belas jam tanpa henti sepertimana yang dimaklumkan oleh Mahathir.

Menurutnya, Mahathir memaklumkan kepada syarikat tersebut agar bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia mencuba kaedah canggih tersebut.

"Bagi kami, isu kewangan bukanlah perkara besar yang lebih penting daripada isu keselamatan dan kedaulatan Negara kita," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Hukuman mati semarakkan perjuangan anak muda Mesir

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Mesir apabila Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, yang diketuai oleh Dr Mohammad Morsi, bekas Presiden Mesir yang sah.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, lebih memeranjatkan apabila mahkamah turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradhawi yng menetap di Qatar.

Selain Dr Mohammad Morsi, 100 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain yang turut dijatuhkan hukuman mati ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Dr Mohammad Badi', pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr Mohammed Beltaji.

Katanya, keputusan Mahkamah Mesir menjadi episod malang tidak berkesudahan buat umat Islam di Mesir dan Abdul Fattah As-Sisi menepati sejarah sebagai Firaun moden yang zalim dan bongkak.

Tambahnya, ternyata beliau lebih gemar tunduk kepada tuntutan Israel serta Amerika Syarikat sehingga sanggup mengorbankan ribuan syuhada di Dataran Rabiah dua tahun lepas serta menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin berbanding menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi sendiri.

"Bagi pendukung kebenaran dan gerakan Islam seluruh dunia, hukuman ini tidak merencatkan perjuangan kami," tegasnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya roh, semangat dan jiwa Dr Mohammad Morsi serta pemimpin Ikhwan Muslimin yang lainnya tetap bersama anak-anak muda khususnya di Malaysia.

Katanya, kesyahidan mereka akan memarakkan api perjuangan menentang kezaliman penguasa yang angkuh dan sombong.

"Kami sentiasa yakin, jika seorang Dr Mohamamd Morsi mati, sejuta Dr Mohammad Morsi yang lain akan lahir, memimpin dan menjatuhkan kezaliman Abdel Fattah As-Sisi," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015



ZALEHA GEMBIRA DINOBAT TOKOH GURU PASTI PULAU PINANG - PASTI PP


YB MOHD AZAM ABDUL SAMAD, ADUN SG LIMAU MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA ZALEHA. TURUT HADIR USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH, KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG.

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35442-zaleha-gembira-dinobat-tokoh-guru-pasti-pulau-pinang

Sumber HD - 16-5-2015


DACS ANJUR KAYUHAN AMAL ACC SEMPENA HARI PEKERJA - SALMAN





























































































































































http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35305-dacs-anjur-kayuhan-amal-acc-sempena-hari-pekerja


Sumber HD - 8-5-2015

Tubuh Pemuda Islam Dunia, Pemuda PAS jumpa Qardhawi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia telah memanjangkan cadangan untuk menubuhkan Sekretariat Pemuda Gerakan Islam Dunia kepada Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Prof Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi di Doha, Qatar.
“Tahniah Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia,” tulis ketuanya Suhaizan Kaiat menerusi facebook.

Sementara itu, pengerusi lajnah berkenaan, Dr Raja Iskandar Al-Hiss menerusi laman sosial itu menyatakan rasa syukur kerana dapat bertemu tokoh ulama tersebut, semalam.

“Alhamdulillah, diatur oleh Allah untuk bertemu dengan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Prof. Dr Syeikh Yusof Al-Qardawi di pejabatnya dekat Doha, Qatar untuk menyampaikan hasrat Pemuda PAS terhadap beberapa perkara.

“Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang yang sangat berharga kepada kami,” tulisnya.

Menurutnya, Dr Yusuf juga menyampaikan beberapa pesanan yang diamanatkan kepada Pemuda PAS dalam meneruskan gerak kerja Islam di Malaysia. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-5-2015






























































































































































Pemuda Pas hormati ketegasan negeri
Posted on Wednesday, April 29 @ 21:24:11 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat hari ini menyatakan bahawa pihaknya menghormati ketegasan Pemuda Pulau Pinang yang tetap mendesak AMK negeri itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat ke atas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meskipun telah bersetuju untuk menyokong kempen PKR di Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan Pemuda Pulau Pinang yang akur menuruti keputusan Pas Pusat untuk bekerjasama dengan rakan komponen dalam perikatan pembangkang itu sebagai tindakan yang dipuji

“Tindakan Pemuda Pulau Pinang itu satu tindakan yang dipuji walaupun mereka telah mengeluarkan kenyataan untuk boikot tapi setelah melalui perbincangan, mereka akur untuk mengikut keputusan Pas Pusat supaya Pas bekerjasama dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

“Tapi dalam masa yang sama, perkara yang ditekankan oleh Pemuda Pulau Pinang, kita hormati iaitu supaya AMK Pulau Pinang memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan terhadap Pas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Melalui sidang media pagi tadi, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni menukar pendirian sayap itu setelah satu mesyuarat Pemuda Pas negeri diadakan yang dihadiri Muhammad Khalil dan Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin, malam tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil menyifatkan apa yang berlaku ke atas parti dan sayap parti itu merupakan satu proses kepada semua ahli.

“Saya berpandangan ini satu proses kepada ahli-ahli Pas sebab Pas ini bukan sahaja parti politik tapi juga sebuah gerakan Islam.

“Jadi, ini satu ujian kepada kita untuk menurut arahan daripada parti itu sendiri walaupun berat untuk menerimanya,” katanya.

Ketika ditanya soal kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan tindakan akan diambil ke atas Mohd Yusni, Mohammad Khalil berkata, “kalau dimaksudkan dengan tindakan, ia perlu melalui proses-proses maknanya dari segi laporan, bukti dan sebagainya. Jadi, kita ambil langkah yang proaktif dengan turun berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan isu ini. Saya rasa isu ini sudah selesailah Insha-ALLAH.”

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat sebelum ini dilaporkan menyokong tindakan disiplin dikenakan ke atas Mohd Yusni susulan tindakan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu yang memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.

Sementara itu, melalui status terbaharu yang dikemas kini AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, memuji keputusan Pemuda Pas Pulau Pinang dan kejayaan Pemuda Pas Pusat menyelesaikan isu tersebut 

Sumber TKO - 30-4-2015

Pasti: Tapak semaian subur dalam 3 dekad

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .
Perkembangan pesat pendidikan pra sekolah di bawah kendalian dewan-dewan Pemuda PAS negeri-negeri telah menyebabkan timbulnya usul dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1988 supaya diwujudkan program pendidikan yang selaras untuk anak-anak ahli PAS.

Keprihatinan pemuda PAS ini juga berkait rapat dengan persaingan agenda kaderisasi dengan pertubuhan Islam lain di negara ini dan juga obligasi harakah Islam. Ia juga manifestasi kekecewaan Pemuda PAS dengan sistem pendidikan negara yang dilihat gagal melahirkan pelajar yang memahami Islam dengan baik.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang sewaktu itu dipimpin oleh Datuk Abu Bakar Chik telah mengambil tindakan susulan daripada usul muktamar Pemuda PAS. Tindakan konkrit telah diambil dalam mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai jabatan pendidikan prasekolah dibentuk di peringkat pusat diketuai oleh Dr Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan pendidikan pra sekolah ini.

Pada awalnya, Lujnah Tarbiah Pemuda memainkan peranan besar untuk membentuk dan menyuburkan kegiatan tarbiah nizomi terutama diperingkat prasekolah. Antara Dewan Pemuda yang aktif menggerakkan prasekolah ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung seminar prasekolah di Masjid Rusila, Terengganu yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Seminar ini adalah rentetan daripada keseriusan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk merakyatkan pendidikan prasekolah yang berorientasikan Islam di negara ini dengan penglibatan PAS telah membentangkan kertas kerja iaitu Dr Harun Taib dan Ustaz Abdul Halim Arshad.

Dalam sejarah penubuhan PASTI dan perkembangannya di tanah leluhur ini, Dr Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Pengarahnya yang pertama pada 18 Mei 1989, manakala Mohd Najib Fahami Yahaya sebagai Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Setiausaha PASTI Pusat yang pertama ialah Dr Ishak Ismail manakala Bendaharinya ialah Cikgu Noh Ahmad. Manakala semua pengarah PASTI negeri telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa PASTI peringkat Pusat.

Untuk mengoperasikan jenama pendidikan baru ini, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengetengahkan PASTI kepada masyarakat terutama ahli-ahli PAS. Pada 23 September 1989 Dewan Pemuda mengeluarkan arahan supaya kempen digerakkan ke seluruh negara. Pada 14 Januari 1990, PASTI menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PASTI dan pertandingan ini dimenangi oleh Raja Abdul Aziz Raja Azlan.

PASTI makin berkembang maju maka logo rasmi PASTI tersebut mula digunapakai secara rasmi semenjak 21 Julai 1991. Bagi mengukuhkan lagi organisasi PASTI, mulai 16 Januari 1993, semua PASTI diarahkan supaya berdaftar dengan PASTI Pusat bagi mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu prasekolah didaftarkan dengan kerajaan, dan Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengesahkan struktur baru organisasi penyelarasan PASTI semua peringkat pada 26 Januari 1994. Menjelang bulan September 1999 Ketua Pengarah PASTI Pusat telah mengarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan menubuhkan PASTI baru di kawasan masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan bengkel penyelarasan PASTI di peringkat pusat pada 10 Disember 1989 diikuti oleh penyelarasan secara rasmi mulai 14 Januari 1991. Kemudian, Konvensyen Pendidikan Prasekolah telah diadakan di Kota Bharu pada 15-16 November 1991 untuk membentuk landasan pergerakan PASTI, diikuti oleh Bengkel Kurikulum dan Latihan Bengkel Kurikulum dan Pembinaan Modul PASTI di Selangor pada 25-27 Oktober 1992.

Selain penyusunan kurikulum dan pengurusan pada Januari 1994, PASTI telah merancang untuk mewujudkan penyelarasan organisasi dan pentadbiran, kurikulum, latihan, buku teks, hari persekolahan, pakaian seragam dan keperluan elaun guru dan sebagainya. Pada 12 Ogos 1995, pihak pengurusan PASTI telah mengadakan satu taklimat khas penggunaan buku PASTI kepada semua pengurus-pengurus bagi menyelaras semula buku teks PASTI.

PASTI semakin berkembang dengan baik terutama di negeri Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah. Ia juga berkait rapat dengan kesungguhan petugas PASTI yang merupakan kelompok kelas menengah Melayu, keluaran universiti dalam dan luar negara. Selangor kini menjadi negeri mempunyai paling banyak bilangan PASTI.

Ini kerana tahap pendidikan ibu bapa yang lebih baik (Selangor Negeri Maju) mereka memilih anak-anak untuk mendapat Pendidikan Islam dan PASTI disinonimkan dengan Pendidikan Islam untuk anak-anak. Di Kelantan pula, PASTI berkembang dengan pesat kerana PAS mempunyai cawangan yang banyak di Kelantan dan cawangan pula memainkan peranan untuk memajukan PASTI di negeri tersebut.

Kini PASTI menjadi kilang besar pendidikan dalam mencetak generasi Quranik, medan operasinya makin melebar serta kompetetif. Semua amilin wajib menyokong institusi ini, terutama idea memperbanyakkan lagi institusi sekolah rendah dan menengah milik jamaah di seluruh negara. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Tarbiah Pusat.

Sumber HD - 18-4-2015

Had umur keluar KWSP 100 tahun, sindir Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .

 
KUALA LUMPUR: "Saya cadang KWSP naikkan had umur pengeluaran ke 100 tahun," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Beliau menyatakan demikian menerusi facebook sebagai respons kepada cadangan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada usia 60 tahun.

"Nampak nak pegang duit orang tu lama sangat. Nak buat apa?

"Kalau dah duit orang tu duit orang lah," tulisnya lagi.

Bagi beliau, biarlah para pencarum merasa hasil simpanan mereka bekerja selama ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong menyatakan bahawa kerajaan belum memuktamadkan berhubung perkara itu.

Beliau ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam berkata perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini daripada 55 kepada 60 tahun.

Katanya, sebarang pelaksanaan mesti perlu melalui Kabinet terlebih dahulu. - HARAKAHDAILY 14/4/2015

Sumber HD - 14-4-2015































































































































































Henti hunungan diplomatik dengan Mesir - Pemuda PAS

| .

 
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyeru seluruh masyarakat dunia memutuskan segala hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Mesir selagi lunas-lunas demokrasi tulen tidak ditegakkan dalam negara tersebut.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, seruan ini sebagai mengecam hukuman mati ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohammed Badie dan aktivis-aktivis 'Revolusi 25 Januari 2011' oleh Mahkamah Mesir.

"Pemuda PAS melihat hukuman ini merupakan suatu penghinaan kepada sistem kehakiman moden apabila Jeneral As-Sisi yang telah menyebabkan jenayah korban ribuan penduduk Mesir sewaktu merampas kuasa langsung tidak dihadapkan ke muka pengadilan sebaliknya Ihkwanul Muslimin yang menentang jenayah ini pula dijatuhkan hukuman mati," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hukuman ini adalah hukuman mati ketiga dijatuhkan ke atas Dr Mohammed Badie selepas mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau atas tuduhan membunuh dan merancang pembunuhan pada 30 Jun 2013, empat hari sebelum Presiden Mohammed Morsi disingkir. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Sumber HD - 13-4-2015

Nadwah Fiqh Ikhtilaf (6 Gambar)

Posted on Saturday, April 11 @ 21:45:32 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemuda menganjur Nadwah Fiqh Ikhtilaf bersama Presiden PAS. Nadwah Fiqh Iktilaf di Shah Alam anjuran Pemuda Pas Malaysia. Berkongsi pengalaman Parti PKS, Indonesia (Dr Madani) dan Ikhwan Muslimin, Mesir (Dr Jamal)









Sumber TKO - 11-4-2015



































































































































































Media baharu: Pemuda PAS serius teguran Tuan Ibrahim

HAZAYANI ZAKARIA | .

SHAH ALAM: Pemuda PAS Malaysia mengambil serius teguran yang dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung penggunaan media baharu dalam menyatakan perbezaan pandangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pemuda merupakan golongan yang paling terkesan dengan teguran itu golongan ini sangat aktif menggunakan media baharu.

"Pemuda sebenarnya satu generasi yang begitu terkesan dengan penggunaan media baharu ini kerana rata-rata pengguna media baharu ini dalam kalangan anak muda.

"Jadi pada saya teguran yang dibuat oleh naib presiden itu terkena banyak kepada pemuda kerana pemuda ini pengguna aktif media baharu," kata beliau kepada pemberita seusai program Nadwad Fiqh Iktilaf di Muzium Shah Alam, dekat sini hari ini.

Suhaizan berkata, di peringkat penuda sendiri sedang memantau ahli-ahli yang gemar membincangkan masalah dalaman parti di media baharu khususnya facebook.

"Kita selalu menegur pimpinan-pimpinan kita untuk lebih berhemah dari segi penggunaan media baharu dan kita selalu mengingatkan pemuda agar menggunakan media dalaman untuk meluahkan pandangan mereka tentang masalah dalaman yang berlaku dalam parti.

"Jangan menggunakan media baharu untuk menyelesaikan masalah hingga jadi bertambah buruk," katanya lagi.

Tuan Ibrahim dalam forum 'berbeza bukan bersengketa' mengingatkan ahli PAS agar menjadi pembaca dan penulis yang bertanggungjawab.

"Media baharu ni payah nak jaga. Kita kena jadi pembaca dan penulis yang bertanggungjawab," katanya. - HARAKAHDAILY 11/4/2015

Sumber HD - 11-4-2015

Pemuda PAS anjur seminar rungkai perbezaan pendapat

| .


KUALA LUMPUR: Lajnah Politik Pemuda PAS Malaysia menganjurkan seminar Nadwah Fiqh Ikhtilaf bagi merungkai penyelesaian perbezaan pendapat melalui konsep Fikh Ikhtilaf yang diketengahkan oleh Dr Yusof Al-Qaradhawi.

Seminar ini akan berlangsung pada Sabtu, 11 April ini di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.

Seminar sehari bermula dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang ini akan diisi dengan pembentangan dua kertas kerja, bedah buku dan forum.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Pengalaman Perbezaan Pendapat Dalam Ikhwan' akan dibentangkan oleh Setiausaha Agung Ihkwan, Dr Ibrahim Munir.

Kertas kerja kedua pula bertajuk 'Pengalaman Perbezaan Pendapat di Indonesia' akan dibentangkan oleh Ketua Hubungan Masyarakat PKS Indonesia, Dr Mardani Ali Sera.

Ahli jawatankuasa Kesatuan Ulama Dunia, Ustaz Ghani Shamsuddin dan penolong setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ramadan Alias akan membicarakan buku bertajuk Fiqh Ikhtilaf tulisan Dr Yusof Al-Quradhawi (Ash-Shahwah Al-Islamiyah, Bainal Ikhtilafil Masyru' Wat-Taffarruqil Madzmum).

Pada sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk 'Berbeza Bukan Bersengketa' yang akan menampilkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Hubungan Masyarakat PKS, Dr Mardani Ali Sera.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dan timbalannya Mohamad Khalil Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan diakhiri dengan penutup oleh Presien PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Seminar ini mensasarkan semua exco Pemuda PAS Malaysia dan exco negeri serta lima orang wakil bagi setiap pemuda kawasan dan kehadiran PAS Kawasan, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat Negeri dan Pusat turut dialu-alukan. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015




































































































































































Kanun Jenayah: Pemuda PAS ambil langkah proaktif

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) telah mengambil langkah yang proaktif melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dalam memberi penerangan mengenai Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 Negeri Kelantan (KJSII).

Setiausaha PPM, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata pihaknya dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan akan menganjurkan seminar khas pada 11 April ini bagi mendedahkan keseluruhan kandungan terkini undang-undang tersebut.

"Sesi penerangan ini melibatkan semua peguam yang bernaung di bawah PAS, kita dari PPM di bawah Juham akan menjadi agen penerangan tentang pelaksanaan KJSII.

"KJSII telah diluluskan di Dewan Negeri (Dun) Kelantan pada 24 November 1993 titik tolak penting usaha PAS memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini," katanya.

Menurut beliau, selepas 20 tahun usaha untuk melaksanakan KJSII ini semakin menghampiri realiti apabila Dun Kelantan telah meluluskan pindaan terbaru pada 9 Mac lalu dengan lebih komprehensif melalui Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

"Seminar ini bertujuan mendedahkan peguam-peguam PAS dengan seluruh kandungan enakmen, pindaan terkini, huraian dan prosedur-prosedur yang telah dilakukan oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bagi memastikan KJSII dapat direalisasikan selaras dengan peruntukan perlembagaan dan semangat demokrasi yang ada di Malaysia.

"Selain itu, seminar ini juga bakal memberikan kesempatan yang luas kepada para peguam PAS untuk memberikan pandangan serta buah fikiran khusus tentang langkah-langkah yang perlu dan penting bagi tujuan penerangan kepada orang awam terutamanya dalam soal menangkis tuduhan yang tidak tepat berkenaan dengan KJS2 dari sudut perundangan," tambah beliau lagi.

Beliua berharap seminar itu mampu menjadi medium untuk PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menyusun langkah-langkah yang strategik bagi menangani polemik dan isu-isu yang timbul berkenaan dengan KJSII.

"Sebagai 'buah tangan' atau 'hadiah' daripada Pemuda PAS Malaysia, maka adalah dimaklumkan bahawa para peguam PAS yang hadir pada seminar itu nanti akan diangkat sebagai ejen penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia atau badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana organisasi yang memerlukan pemahaman tentang KJSII," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 7/4/2015

Sumber HD - 7-4-2015

PAS mahu polis siasat Dr M selepas kenyataan pembunuhan Altantuya

Posted on Saturday, April 04 @ 19:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pemuda PAS hari ini mendesak polis segera menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad ‎berhubung persoalan ditimbulkan bekas perdana menteri itu kepada Datuk Seri Najib Razak mengenai pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss yang membuat laporan polis hari ini berkata, pihak berkuasa perlu mengambil serius dakwaan tersebut memandangkan orang yang membangkitkan persoalan tersebut pernah menyandang jawatan perdana menteri.


"Kami memohon pihak polis membuat siasatan di atas laporan dan kenyataan tersebut kerana ia adalah bersifat eksklusif daripada mantan perdana menteri Malaysia yang boleh mengundang spekulasi kepada negara," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Khamis lalu, Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata, rakyat sudah tidak mempercayai Najib kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi termasuk tuduhan terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir berkata rakyat berada dalam ketidakjelasan mengenai motif pembunuhan yang masih menjadi tanda tanya tentang siapa yang memberi arahan.

"Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Najib, dakwaan Sirul Azhar Umar perlu disiasat untuk menentukan siapa memberi arahan.

"Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul merepek, tidak ada siasatan dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan," kata Dr Mahathir di blognya.

Raja Ahmad berkata, Dr Mahathir perlu berkerjasama dengan polis mendedahkan kes tersebut terutama berhubung maklumat yang beliau perolehi.

"Ini merupakan isu negara, dakwaan dibuat bukan oleh orang biasa namun mantan perdana menteri yang dalam kepala beliau menyimpan pelbagai rahsia negara dan mempunyai pelbagai akses, beliau tidak akan cakap sebarangan, hujahnya pasti mempunyai fakta yang kuat," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak kenyataan Dr Mahathir sebagai menghasut kerana bukan beliau seorang sahaja yang membangkitkan isu tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu Suhaizan ‎berkata laporan yang dibuat Pemuda PAS bukan berkaitan dengan Akta Hasutan namun lebih kepada maklumat diperolehi pemimpin veteran Umno itu sehingga beliau membangkitkan persoalan secara umum.

"Kita minta Dr Mahathir disiasat, barangkali beliau ada maklumat yang pihak berkuasa tidak ada.
"Tetapi kita tidak minta untuk Dr Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan, ini isu berbeza‎ kerana wujudnya dakwaan baru dan sekali gus memberi tekanan untuk polis menyiasat kembali motif pembunuhan Altantuya," kata Suhaizan.

Raja Ahmad Iskandar yang juga merupakan exco pemuda PAS juga bersependapat dengan ketuanya dan berkata kenyataan Dr Mahathir bukan dilihat sebagai menghasut tapi lebih kepada mempertikaikan motif kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

"Saya berasa pelik kenapa Khalid kata tidak mahu menyiasat kerana tidak ada kaitan dengan Akta Hasutan‎, ia tidak boleh menyiasat hanya kerana mempunyai unsur hasutan semata-mata.

"Namun sekarang ini Dr Mahathir mempertikaikan kes tersebut, mempersoalkan motif pembunuhan dan ini tidak didedahkan dalam mahkamah yang bukan sahaja menjadi pertikaian rakyat Malaysia tetapi masyarakat Mongolia dan antarabangsa juga," katanya.

Beliau juga berkata desakan untuk pihak polis menyiasat Dr Mahathir perlu dibuat supaya dapat membersihkan nama Najib yang sudah tercemar dengan dakwaan tersebut.

"Saya lihat siasatan ini perlu untuk membersihkan bukan sahaja nama Najib, namun pihak keselamatan, badan mahkamah yang negara secara kesuluruhannya," katanya.

Sementara Suhaizan tidak menolak kemungkinan Pemuda PAS bakal mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Kami berhasrat untuk mengadakan pertemuan bersama mantan perdana menteri, ia sudah ada dalam perbincangan dan kita bakal menulis surat dan berharap beliau sudi untuk bertemu dengan kita," katanya.


Sumber TKO - 4-4-2015



GST : MISKIN TERHIMPIT, ORANG KAYA UNTUNG - PENGARAH KAJIAN PPOLISI PPM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34656-gst-miskin-terhimpit-orang-kaya-untung

Sumber HD - 1-4-2015


KONFLIK YAMAN, KERAJAAN DIGESA BAWA PPULANG RAKYAT MALAYSIA - RAJA ISKANDAR



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34619-konflik-yaman-kerajaan-digesa-bawa-pulang-rakyat-malaysia

Sumber HD - 30-3-2015


PUNCA DISEBALIK SERANGAN SAUDI DI YAMAN - NASAIEE



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34617-punca-di-sebalik-serangan-saudi-di-yaman

Sumber HD - 30-3-2015











































































































































































JET PERIBADI SIAPA PUNYA - KPPPP



Sumber HD - 27-3-2015

Asing dispensari: Nyawa rakyat jangan jadi taruhan

DR MUHAMMAD OMAR | .

DEWAN Pemuda PAS melihat kegagalan Kementerian Kesihatan untuk memberikan sebarang keputusan mengenai cadangan pengasingan dispensari terus membayangkan betapa Barisan Nasional tidak mempunyai kekuatan apatah lagi wawasan yang jelas dalam mentadbir negara.

Merujuk jawapan Datuk Sri S Subramaniam kepada sidang Parlimen, kerajaan seolah-olah kelu akan hala tuju dan masa depan sistem kesihatan di Malaysia.

Barangkali hanyut dibuai mimpi indah dinobatkan sebagai sistem kesihatan ketiga terbaik di dunia oleh sebuah majalah gaya hidup, Menteri Kesihatan menyatakan bahawa kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan oleh Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan untuk meminda Akta Farmasi 1957. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan tidak akan mengambil sebarang keputusan yang akan membebankan rakyat.

Apalah gunanya kenyataan bersifat reaktif sebegini jika ia sekadar demi menyedapkan hati rakyat semata. Walhal, jurang perbezaan di kalangan pengamal perubatan dan ahli farmasi semakin mencapah.

Lebih malang lagi, matlamat asal untuk memantapkan sistem kesihatan negara sekali lagi terumbang ambing selepas konsep 1Care juga terkubur begitu sahaja. Mangsanya adalah rakyat dan masa depan negara.

Pemuda Pas insaf bahawa perlu ada transformasi kepada sistem kesihatan negara dan berpegang kepada keyakinan bahawa ia perlu dijalankan dengan adil, telus dan saksama. Model penjagaan dan pembiayaan sistem kesihatan sekarang tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang lebih-lebih lagi dalam iklim ekonomi yang meruncing hari ini.

Masyarakat perlu dididik dan dibangunkan kesedaran mereka agar peka dan berdikari dalam menjaga kesihatan.

Rakyat perlu dikeluarkan dari khayalan rekaan Barisan Nasional bahawa mereka boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk menjaga tubuh badan mereka sepanjang hayat. Sedangkan, kerajaan BN tampak lebih berminat untuk memanjangkan hayat politik mereka melalui pendekatan populis yang menzalimi keperluan sebenar rakyat.

Untuk itu, Pemuda PAS mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil pendekatan berjiwa besar bagi memantapkan sistem kesihatan negara dan bersikap professional dalam mendepani kepelbagaian pendapat.

Adalah dikesalkan apabila pertemuan di antara persatuan-persatuan pengamal perubatan dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi berakhir sebelum sempat ia bermula.

Natijahnya adalah polemik di media yang membuntukan. Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil langkah proaktif untuk berterus terang dengan rakyat betapa perlunya pekhidmatan kesihatan di Malaysia menjalani perubahan bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan pada kos yang termampu oleh semua. Keterbukaan dan ketelusan; walaupun mungkin janggal pada kamus BN, perlu dititikberatkan kerana kesihatan adalah milik semua.

Realitinya hari ini adalah sistem kesihatan negara bertahan dalam keadaan yang rumit dan caca merba. Walaupun perkembangan teknologi dan kemahiran professional membawa impak kepada kualiti kehidupan pesakit namun ia gagal diurustadbir dengan efisyen.

Kerajaan lemah dalam menganalisa keperluan semasa dan seolah tidak berupaya untuk menentukan hala tuju sistem kesihatan negara. Ketirisan, kelemahan penyampaian perkhidmatan dan kepincangan tatacara perolehan serta kronisme adalah barah tahap akhir yang kronik menghidapi kerajaan hari ini.

Kualiti penjagaan kesihatan terabai kerana tiadanya perawatan yang berterusan dan bersepadu serta kurangnya penekanan kepada aspek pencegahan penyakit. Akibatnya, pesakit berulang-alik masuk keluar hospital lantaran tiadanya penjagaan kesihatan yang betul-betul berusaha untuk memahami seorang pesakit sebagai seorang manusia dan bukannya sekadar rangkaian penyakit.

Oleh itu, Pemuda PAS menyeru kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan supaya lebih bertanggungjawab dan adil dalam merencana hala tuju sistem kesihatan negara.

Setiap idea yang dimajukan perlu diperhalusi bersama semua pihak supaya ia tidak hanya menjadi polemik kedai kopi.

Wacana dan perbincangan melibatkan ahli profesional serta masyarakat awam wajar diadakan dan disemarakkan sebelum satu-satu polisi baru diketengahkan.

Usaha memantapkan perkhidmatan farmasi adalah satu langkah yang harus dipuji kerana umum sedia maklum peri pentingnya penguatkuasaan terhadap fungsi farmasi.

Namun, idea pengasingan dispensari adalah asing pada gaya hidup hari ini serta belum dijelaskan atau dibuktikan mampu untuk menangani masalah utama sistem kesihatan negara. Jangan jadi seperti tikus membaiki labu, nyawa rakyat dan masa depan negara menjadi taruhan. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 24-3-2015

DACS, KRU bincang patuh syariah industri kreatif

| .



CYBERJAYA: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim mencadangkan kerajaan melalui kementerian yang berkaitan mewujudkan garis panduan patuh syariah dalam industri kreatif.
Menurutnya, satu badan perlu diwujudkan bagi melaksanakan elemen tersebut semasa merangka garis panduan dalam penghasilan sesuatu karya sama ada filem, drama mahupun lagu.

Kata beliau, patuh syariah boleh berperanan dalam mengenal pasti karya-karya yang benar-benar mengikut syariat serta batasan agama Islam.

Antara lain, katanya, pihak yang terbabit boleh menghasilkan satu logo sebagai pengiktirafan halal dan ia akan diberikan sekiranya karya yang dihasilkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Kemungkinan perlu ada pengiktirafan pensijilan halal kepada karya-karya dalam industri kreatif seperti sijil halal yang dilaksanakan dalam pemakanan.

"Misal kata dalam industri pemakanan, apabila restoran ada logo halal, masyarakat akan lebih yakin untuk berkunjung ke sana. Begitu juga dalam industri kreatif.

"Contohnya, apabila artis barat datang ke Malaysia untuk membuat persembahan dan ia dikenal pasti tidak patuh syariah maka tidak ada logo di situ, jadi orang Islam akan mengetahui bahawa program tidak sesuai untuk dihadiri kerana tidak menepati syariat dan batasan Islam," katanya.

Beliau berkata demiKian dalam Kunjungan Hormat Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) Malaysia ke KRU Studios, dekat Cyberjaya minggu lalu.

Ujarnya, ia akan memberikan satu panduan kepada masyarakat untuk memilih karya-karya yang lebih sesuai dan bertepatan dengan batas-batas agama Islam.

Norman menyatakan, jika elemen patuh syariah itu berjaya dilaksanakan, ia akan mendorong kepada 'market' industri kreatif di samping menjadi panduan kepada mana-mana pihak dalam menghasilkan apa jua karya.

Apabila patuh syariah ini dilaksanakan, beliau yakin kesedaran itu akan datang dengan sendirinya ke dalam diri masyarakat dan ia adalah salah satu strategi dakwah yang boleh dilaksanakan.

"Saya yakin para penggiat industri kreatif akan berusaha untuk menghasilkan karya-karya yang patuh syariah bagi mendapatkan pensijilan logo itu agar masyarakat memilih karya mereka," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Dacs Malaysia, Salman Saleh menyambut baik cadangan yang dilontarkan Norman itu dan menyifatkannya sebagai sangat menarik.

Katanya, pada peringkat permulaan, Dacs Malaysia akan menghantar surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendapat penjelasan sama ada patuh syariah itu telah diwujudkan atau tidak. - HARAKAHDAILY 23/3/2015 

Sumber HD - 23-3-2015













































































































































































Pemuda DAP perlu matang – Suhaizan Kaiat

Posted on Thursday, March 19 @ 15:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, Pemuda DAP seharusnya bertindak matang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan mendakwa masalah yang berlaku sekarang hanya lumrah dalam berpolitik.

“Perbezaan dalam politik adalah lumrah. Masalah dalam politik adalah perkara biasa,” katanya kepada Free Malaysia Today bagi menjawab ugutan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong untuk mengkaji semula kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS ekoran tidak puas hati dengan pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Pembentangan kanun jenayah itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam dan dijangka diluluskan hari ini.

Kata Suhaizan, perbezaan pendapat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) hanyalah 10 peratus namun 90 peratus lagi adalah perjuangan bersama.

Tambah beliau, Pemuda DAP tidak seharusnya menjadikan Hudud sebagai alasan untuk mereka bertindak membuat ugutan kepada PAS kerana tindakan sedemikian boleh mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya mereka perlu bertidak menyuburkan perbezaan pendapat yang berlaku.

“Berulang kali kita telah sebutkan kanun Jenayah Syariah II yang kita bentangkan adalah perjuangan PAS. Ia bukan dipersetujui oleh PR. Maka PAS perlu teruskan walaupun bersendirian.

“Tiada ruginya parti rakan dalam PR bersetuju kerana seperti yang PAS janjikan perlaksanaannya di bawah mahkamah Syariah. Non muslim langsung tidak terlibat,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS yakin bahawa keputusan yang akan dibuat pemuda DAP berhubung isu yang berbangkit adalah keputusan yang matang, katanya ketika menjawab soalan sama ada Pemuda PAS bersedia untuk berpisah jika DAP bertegas untuk berbuat demikian.

“Saya yakin DAPSY (Pemuda DAP) matang dalam membuat keputusan,” akhirnya.

Sebelum ini, Pemuda DAP membidas sikap PAS yang membelakangkan semangat dan setiakawan dalam PR apabila tetap berdegil mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, sehingga ingin mengkaji semula kerjasama dengan Pemuda PAS.

Malah mereka mendakwa, pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di sidang DUN Kelantan semalam adalah permainan politik semata-mata, bukannya untuk keperluan dan kepentingan rakyat mahupun penekanan ajaran Islam yang bijak serta syumul. - FMT

Sumber TKO - 19-3-2015

Pemuda PAS anggap Pindaan EKJS II perkukuh Pakatan

| .


KUALA LUMPUR: Usaha Kerajaan Negeri Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam merupakan inisiatif yang selari dengan prinsip demokrasi dan kebebasan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Exco Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Marzuk Shaary berkata, ruang pembentangan di Sidang DUN dan Usul Persendirian di Parlimen yang dibuat oleh PAS sudah jelas lagi bersuluh merupakan usaha-usaha yang mengikut lunas-lunas demokrasi berparlimen.

"Sejujurnya PAS tidak kisah jika majoriti perwakilan menolak usaha ini, kerana PAS akan sentiasa hormat kepada proses dan perjalanan demokrasi.

"Ya, bantahan keras oleh DAP juga kami hormati. Kesepakatan dalam Pakatan Rakyat memberi maksud bahawa PAS akan sentiasa menghormati apa jua perbezaan yang wujud antara parti-parti komponen," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Beliau seterusnya mengajak seluruh rakan daripada PKR dan DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kerana musuh utama mereka adalah kezaliman dan ketidakadilan.

"Hakikatnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah memaksa DAP atau mana-mana pihak untuk menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

"Bahkan kami sentiasa terbuka dalam mengadakan perbincangan malahan debat jika perlu. Tambahan pula pelaksanaan EKJS II ini dimaklumi semua hanya untuk orang-orang Islam sahaja," tegasnya.

DUN Kelantan hari ini meluluskan sebulat suara rang undang-undang pindaan ke atas EKJS II apabila kesemua 44 orang Adun menyokong cadangan pindaan tersebut selepas perbahasan oleh ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan tiga Adun PAS. - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015

Pemuda PAS rayu bantuan untuk 13 OKT

| .



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana membantu keluarga 13 orang yang dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah menyertai himpunan di Perak pada 2009.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hafiz Musa, tabung yang dinamakan 'Tabung Pembelaan 13 Pejuang Demokrasi Perak' akan menggunakan akaun Tabung Rakyat Prihatin (Maybank).

Tabung ini katanya memang disediakan khusus sebelum ini untuk program-program kebajikan dan pembelaan aktivis.

Tabung ini dibuka mulai hari ini sehingga 30 April 2015 dan ssemua sumbangan di akaun dalam tempoh tersebut akan disalurkan terus untuk membantu keluarga mangsa.

"Mereka yang dihukum itu bukanlah golongan berada. Mereka hanya orang-orang
kebanyakan yang sedang diuji atas tekad mempertahankan kerajaan rakyat beberapa
tahun yang lalu.

"Malah terdapat di kalangan mereka yang masih mempunyai anak-anak kecil dan anak
kelainan upaya (OKU). Mereka ini perlu dibela sepenuhnya, tidak hanya sekadar
diberikan kata-kata semangat dan luahan simpati semata-mata.

"Mudah-mudahan usaha kecil ini akan membantu meringankan beban seluruh keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumbangan bagi tujuan tersebut boleh disalurkan ke akaun:

TABUNG RAKYAT PRIHATIN
564025400414 (Maybank).

Sebarang pertanyaan atau makluman berkaitan boleh berhubung di talian 019 210 0295.

Seramai 12 orang yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang menyertai perhimpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak bagi menghalang upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada tahun berkenaan.

Ia selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan melalui rampasan kuasa. - HARAKAHDAILY 19/3/2015

Sumber HD - 19-3-2015
















































































































































































Polis digesa siasat kekayaan 'luar biasa' keluarga Najib

| .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia hari ini membuat laporan polis meminta polis menyiasat kekayaan luar biasa keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan akhbar New York Times baru-baru ini.

Laporan New York Times itu mendedahkan anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan karibnya Jho Low yang juga mempunyai hubungan rapat dengan Najib membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dengan nilai AS$81.55 juta atau RM290.48 juta.

Ketua Penerangan, Mohd Nasaei Ismail berkata, wujud keraguan terhadap punca kewangan keluarga Najib walaupun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kekayaan luar biasa itu kerana Najib lama terlibat dalam kerajaan dan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak juga meninggalkan harta keluarga yang banyak.

Ini kerana empat adik beradik Najib membuat penafian bahawa bapa mereka Tun Abdul Razak meninggalkan harta yang banyak.

"Oleh sebab wujudnya keraguan terhadap punca kewangan tersebut, kami melaporkan kepada polis supaya diadakan siasatan terhadap Perdana Menteri dan keluarganya berkaitan dengan kekaayan luar biasa yang disabitkan keluarganya," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Turut bersama beliau ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat, Setiausaha, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Pengarah Pilihan Raya Sany Hamzan. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

Polis tak perlu menahan lanjut Bendahari Pemuda PAS - Juham

HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI | .



KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia menyelar proses penahanan Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman yang dilihat dilakukan secara tidak wajar dan profesional oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya bersama dengan Peguam Ariff Azami Hussein dan Azizul Shariman telah hadir bersama Ustaz Mohd Fakhrurazi Mokhtar ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk memberi keterangan tentang perhimpunan tersebut," ujar Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Namun, katanya Mohd Fakhrulrazi telah ditahan di Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Justeru, ujar beliau Juham mempersoalkan penahanan tersebut, di mana tindakan Mohd Fakhrulrazi hadir sendiri ke Balai polis Dang Wangi untuk memberi keterangan berkaitan ‘Perhimpunan Kita Lawan’ jelas menunjukkan tahap kerjasama serta komitmen beliau kepada pihak PDRM dalam membantu siasatan.

Oleh itu, tegas beliau sewajarnya pihak PDRM tidak perlu kepada menahan lanjut Mohd Fakhrulrazi di dalam siasatan tersebut.

"Tindakan PDRM ini dilihat tidak lebih sekadar kepada memberi tekanan kepada beliau," katanya lagi.

Justeru itu, kata beliau Juham menggesa agar Mohd Fakhrulrazi dilepaskan segera dari tahanan, di mana Juham yakin beliau tetap akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM tanpa memerlukan sebarang tahanan secara langsung kepada beliau dibuat.

"Juham akan mengambil langkah lebih tegas dalam perkara ini, di mana pasukan peguam Juham akan mewakili Ustaz Mohd Fakhulrazi dalam proses reman sekiranya dipohon pihak PDRM dalam tempoh 24 jam ini," kata beliau.

Malahan, katanya pasukan Peguam Juham juga telah bersiap siaga bagi mewakili beliau sekiranya pendakwaan ke atas beliau di mahkamah dilakukan kelak. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015


















































































































































































Bertudung tapi seluar pendek, Pemuda PAS dapat penjelasan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Johor telah mengadakan pertemuan dengan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Ishak Mahbob bagi mendapatkan penjelasan terus berhubung isu pelajar bertudung yang terpaksa memotong seluar panjangnya hingga ke paras peha bagi membolehkan beliau mengikuti satu acara sukan.

"Setelah mengadakan perbincangan, Pemuda PAS berpendirian bahawa KOAM perlu membuat penambahbaikan terhadap aturan pemakaian dalam aktiviti sukan di negara ini," kata ketuanya, Mohd Faizul Mohd Salleh dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak Kementerian Pendidikan juga harus menyediakan garis panduan yang jelas berhubung tatacara pengendalian sukan di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi yang mesra semua penganut agama.

Tamahnya, Pemuda PAS percaya bahawa semua pengamal agama di negara ini bebas mengamalkan tuntutan agama yang diyakininya tanpa sebarang bentuk diskriminasi.

Katanya lagi, sebagai sebuah negara demokratik, sudah sampai ketikanya Malaysia menggariskan satu dasar jelas dalam acara sukan yang sesuai untuk semua masyarakat samada muslim mahupun bukan muslim.

"Akhirnya, Pemuda PAS berharap agar insiden-insiden seperti ini tidak lagi berulang dan peraturan dan tatacara pemakaian sukan mengambil kira semangat hormat-menghormati antara agama dan bersesuaian dengan budaya dan masyarakat Malaysia yang majmuk," katanya. - HARAKAHDAILY 11/3/2015

Sumber HD - 11-3-2015

#KitaLawan: Bendahari Pemuda PAS pula ditahan polis

HAZAYANI ZAKARIA | .



KUALA LUMPUR: Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Fakhrul Razi telah ditahan polis petang ini di IPD Dang Wangi dan akan dibawa ke lokap Jinjang.
(lanjut menyusul)



Sumber HD - 11-3-2015



















































































































































































Pasti tawan hati penduduk, bertapak di Mindanao

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Pusat pendidikan prasekolah satu-satunya milik PAS iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) hari ini mengorak langkah dengan penuh yakin apabila berjaya bertapak di Mindanao, Filipina.

Buat pertama kalinya, Pasti yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya menawan hati penduduk Mindanao dengan pembukaan cawangan di Ambolong Marawi.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, kejayaan Pasti itu merupakan usaha dakwah yang memenuhi tuntutan rahmat untuk semua secara berterusan oleh Pemuda.

Malah katanya, usaha dan kesungguhan bekerja secara kumpulan dengan sistem kerja yang baik oleh pihak Pasti Pusat memberi kejayaan kepada institusi pendidikan khususnya pendidikan Islam.

"Pasti boleh menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di dalam PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga yakin Pasti akan menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang cemerlang dan berjaya melahirkan murid-murid yang berakhlak tinggi.

"Dengan penubuhan cawangan baru di Filipina, tidak mustahil selepas ini kita mungkin akan merentasi sempadan negara-negara jiran yang lain," katanya.

Pasti terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-28 pada 10 April 1987 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS. - HARAKAHDAILY 23/2/2015


Sumber HD - 23-2-2015


JELAJAH LIWAT BENARKAN PERDEBATAN DALAM KERANGKAA ISLAM - UAFS


DSAI - KETUA PEMBANGKANG / KETUM PKR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33964-jelajah-liwat-benarkan-perdebatan-dalam-kerangka-islam

Sumber HD - 20-2-2015


SEMOGA TOK GURU TENANG BERKELANA DI ALAM ABADI - EXCO PPM


AL MARHUM TGNA DIKUNJUNGI AMY SEARCH


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33917-semoga-tok-guru-tenang-berkelana-di-alam-abadi

Sumber HD - 17-2-2015


MASA DEPAN PAKATAN RAKYAT SETELAH ANWAR TERPENJARA - KETUA PPM


PEMIMPIN UTAMA PAKATAN RAKYAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33816-masa-depan-pakatan-rakyat-setelah-anwar-terpenjara

Sumber HD - 12-2-2015



TERUS BERJUANG TANPA ANWAR,  KATA SUHAIZAN


SUHAIZAN KAIAT - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33778-terus-berjuang-tanpa-anwar-kata-suhaizan

Sumber HD - 10-2-2015


JADIKAN GOLF SUKAN RAKYAT MAMPUKAH? - DACS PPM


SALMAN SALLEH - PENGARAH JKKS / DACS PPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33757-jadikan-golf-sukan-rakyat-mampukah

Sumber HD - 9-2-2015


KEDUTAAN PERANCIS SEDIA BERDIALOG DENGAN PAS - SU PPM



SETIAUSAHA KEDUTAAN PERANCIS BERKUNJUNG KE PEJABAT PPM, ABANG AHMAD KARDEE ABANG MASAGUS, SU PPM MENERIMA SURAT DIALOG 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33699-kedutaan-perancis-sedia-berdialog-dengan-pas

Sumber HD - 6-2-2015


IS : PEMUDA PAS GESA OIC BERTINDAK TEGAS - PPM


DR RAJA ISKANDAR AL HISS RAJA AHMAD - KETUA LAJNAH ANTARABANGSA PPM /  KETUA PEMUDA PP PERAK / YDP PAS KUALA KANGSAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33678-is-pemuda-pas-gesa-oic-bertindak-tegas

Sumber HD - 5-2-2015


TAHNIAH SALIMA AF SELAMAT TIMANG CAHAYA MATA SULUNG - BLOG BEAUTIFULNARA - http://beautifulnara.com


SALIMA BERSANDING DENGAN SYED ABDUL QADER AL JOFREE (AJK PPM)

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33666-tahniah-salima-af-selamat-timang-cahaya-mata-sulung

Sumber HD - 5-2-2015


MENTERI TANDUS IDEA TURUN HARGA BARANG - KPPM


SUHAIZAN KAIAT - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33654-menteri-tandus-idea-turun-harga-barang

Sumber HD - 4-2-2015


VINCENT PERLU JELASKAN MOTIF LUKISAN KENAPAMU MALAYSIA - KETUA PEMUDA PAS


SDR SUHAIZAN KAIAT - KETUA PEMUDA PPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33540-vincent-perlu-jelaskan-motif-lukisan-kenapamu-malaysia

Sumber HD - 29-1-2015


'ANAK SULUNG' MUDAHKAN PAS TERUS MARA DI SARAWAK - TIMBALAN PRESIDEN


PIMPINAN PP, PPM DAN PAS SARAWAK MEMULAKAN SUMBANGAN DANA PRN



TN HJ MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33538-anak-sulung-mudahkan-pas-terus-mara-di-sarawak

Sumber HD - 29-1-2015

PASTI DICEROBOH PENJENAYAH GURU DAN MURID TRAUMA - http://greencboc.blogspot.com



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33508-pasti-diceroboh-penjenayah-guru-dan-murid-trauma

Sumber HD - 28-1-2015


MAKAN MALAM PEMUDA PAS KUMPUL DANA RN SARAWAK - SANY HAMZAN


SDR MOHD SANY HAMZAN - PENGARAH PILIHANRAYA PPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33471-makan-malam-pemuda-pas-kumpul-dana-prn-sarawak

Sumber HD - 26-1-2015


BANJIR : PASTI KELANTAN PERLU RM1.8 JUTA - KETUA PEMUDA PAS NEGERI


MAJLIS PELANCARAN TABUNG PEMULIHAN PASTI KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33481-banjir-pasti-kelantan-perlu-rm1-8-juta

Sumber HD - 26-1-2015


RUMAH BUDIMAN : PEMUDA PAS TERUS TERIMA SUMBANGAN - SUHAIZAN


SDR SUHAIZAN KAIAT - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33418-rumah-budiman-pemuda-pas-terus-terima-sumbangan

Sumber HD - 23-1-2015


HARAKAH BERHASRAT JADIKAN PASTI AS SOBRI SEBAGAI MODEL - DR ROSLI YAAKOP


PASTI AS SOBRI, MANEK URAI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33417-harakah-berhasrat-jadikan-pasti-as-shobri-sebagai-model

Sumber HD - 23-1-2015


DUTA SAMPAI HASRAT PEMUDA PAS KEPADA PERANCIS - SUHAIZAN


SDR SUHAIZAN KAIAT - KPPPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33389-duta-sampai-hasrat-pemuda-pas-kepada-perancis

Sumber HD - 21-1-2015


MAKCIK WAHIDAH TURUT BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN - PPM


MAKCIK WAHIDAH PRIHATIN DENGAN MANGSA BANJIR 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33305-makcik-wahidah-turut-bantu-mangsa-banjir-di-kelantan

Sumber HD - 17-1-2015


PNB : PERLU ADIL KEPADA SEMUA PUSAT PENDIDIKAN - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA



SDR SUHAIZAN KAIAT - KPPPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33289-pnb-perlu-adil-kepada-semua-pusat-pendidikan

Sumber HD - 16-1-2015


PASTI BANDAR TASEK MUTIARA TERIMA PELAJAR NON - MUSLIM - PENYELARAS PASTI KAWASAN NIBONG TEBAL



http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33281-pasti-bandar-tasek-mutiara-terima-pelajar-non-muslim

Sumber HD - 15-1-2015



SUMPAHAN EMAS HITAM KESAN KEPADA RAKYAT - NAIB KETUA PPM


IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN - NAIB KETUA PPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33279-sumpahan-emas-hitam-kesan-kepada-rakyat

Sumber HD - 15-1-2015


RUMAH BUDIMAN LANGKAH PRAKTIKAL - SUHAIZAN KAIAT


YAB USTAZ DATO' AHMAD YAAKOB MELETAKKAN BATU ASAS RUMAH RAKYAT BUDIMAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/shukur-harun/33267-rumah-budiman-langkah-praktikal

Sumber HD - 15-1-2015


Mejar Zaidi: Pejuang ketika demokrasi dikerandakan

Posted on Tuesday, January 13 @ 14:03:08 MYT by paktam

Oleh Mohd Nasaie Ismai
l
Mejar Zaidi yang membuat pendedahan "dakwat tidak kekal" dalam Pilihan raya Umum Ke-13 lalu didapati bersalah.
Melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera (Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972).

Mendung, kelam dan menghibakan.


Harapan demokrasi sekali lagi dikerandakan.

Ketika undang-undang kebiasannya ditegakkan untuk memastikan keadilan tertegak, saat ini undang-undang diperalat untuk pemerintah menjahit mulut rakyat.

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan menggembur kembali rasa takut di tengah-tengah masyarakat awam.

Rakyat sekali lagi diajar untuk duduk diam atas nama patuh pada undang-undang.

Atmosfera politik Mahathirisme yang terlalu jauh kita tinggalkan di belakang sekali lagi diseru semangatnya.

Zalim dan mencengkam.

Hukuman ke atas Mejar Zaidi adalah perlambangan pencabulan demokrasi pada tahap paling buruk dan jelek.

Pemuda PAS percaya, di masa hadapan, pihak yang "bersalah" hari ini akan dikenang sebagai ikon pejuang demokrasi.

Tidak hanya pada anak muda, bahkan seluruh warganegara.

Pemuda PAS Malaysia menyatakan komitmen untuk terus bersama-sama dengan pejuang demokrasi ini.

Justeru, marilah sama-sama kita membantu beliau dan keluarga kerana pada hakikatnya beliau berkorban segalanya untuk berjuang demi kita dan generasi selepas kita! –

* Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber DD - 13-1-2015
















































































































































































































PEMUDA PAS UCAP TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA PASTI - ABANG MASAGUS:



ABANG MASAGUS ABANG MAS KARDEE - SU PPM


Sumber HD - 13-1-2015

Banjir: Pemuda PAS kemuka idea 'rumah budiman'



HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengetengahkan idea Projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) dalam usaha melaksanakan 10 peratus daripada keseluruhan rumah yang musnah dalam banjir 2014.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, ia datang daripada usaha pelbagai pihak seperti parti politik, NGO dan individu yang berhati budiman membantu mereka yang kurang berkeupayaan di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.

Menurut beliau, dengan usaha daripada kumpulan rakyat budiman itu akan mewujudkan jaringan persaudaraan baru pasca banjir antara rakyat di Kelantan dan di luar Kelantan.

Beliau mengambil contoh sebuah keluarga besar Haji Saadon di Johor Bahru mahu mengusahakan 2 unit rumah ibu tunggal, Mak Cik Besah dan Abang Li di Manek Urai.

"Setelah projek siap ia akan mewujudkan persaudaraan baru pasca banjir. Inilah idea yang mahu diketengahkan oleh Pemuda PAS," ujarnya menerusi facebook.

Katanya lagi, inisatif rakyat budiman di bawah pengawasan Kerajaan Negeri Kelantan.

Baginya, cabaran pemulihan pasca banjir bukanlah terletak di bahu kerajaan negeri sahaja tetapi juga kepada jentera PAS seluruh negara.

Ini, katanya kerana negeri itu telah diberi mandat oleh rakyat untuk ditadbir oleh PAS.

"Pemuda PAS perlu merasakan ia sebuah tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah kepada kita semua untuk menggalasnya," ujar Suhaizan.

Beliau berkata, sebagai parti Islam yang mendukung konsep kebajikan rakyat selaras tuntutan Islam, marilah sama-sama kita tanamkan azam agar segala kesusahan yang menimpa ini akan berkurang dalam tempoh sesegera mungkin.

Teruskan khidmat bakti untuk mangsa-mangsa banjir kerana Allah, katanya.

Untuk sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Pemuda boleh disalurkan melalui Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 6/1/2015
















































































































































































































Sukarelawan mekanik, juruelektrik diperlukan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan sama ada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini.

"Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir," ujar Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Katanya, bagi memenuhi keperluan semasa di lokasi bencana ketika ini, selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian Pemuda PAS juga menyeru agar individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan

Justeru, kata beliau pihaknya meminta agar Pemuda PAS kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.

Sesungguhnya, ujar beliau keadaan di sana benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.

"Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sana," ujarnya.

Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di www.jabatanamal.org atau memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian 01110664101 (call & SMS) 0133185263 (WhatsApp sahaja)

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 4/1/2015



















































































































































































































Program ‘Malam Amal Solidariti Banjir’ dibatalkan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Program Malam Amal Solidariti Banjir yang dijadualkan berlangsung di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat pada esok hari, Ahad, 28 Disember 2014 dibatalkan.

Program anjuran Yayasan Al-Moqni Malaysia, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia dan DACS Hulu Langat serta Majlis Perbandaran Kajang yang sepatutnya diadakan di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor dibatalkan setelah menerima nasihat daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat.

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengarah, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia, Salman Haji Saleh bagi pihak Penganjur Program.

Berikut kenyataan penuh DACS Malaysia.

1. Program yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 28 Disember 2014 di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor anjuran bersama Yayasan Al-Moqni Malaysia, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia dan DACS Hulu Langat serta Majlis Perbandaran Kajang dibatalkan.

2. Menerima nasihat daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan bencana banjir yang berlaku di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak agar program berbentuk hiburan dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di sana.

3. Bagi pihak penganjur, kami bersimpati dengan apa yang sedang berlaku dan menghormati nasihat yang diberikan kerana ia diadakan di Selangor dan dalam masa yang sama atas keperihatinan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat agar ia dibatalkan.

4. Sekali lagi kami memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas inisiatif asal penganjuran program ini serta kepada semua yang berhasrat hadir bagi tujuan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang diumumkan awal sebelum ini. – HARAKAHDAILY 27/12/2014




















































































































































































































DAP perlu berlapang dada dengan isu hudud

ANIS NAZRI | .

PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP berhubung isu hudud.

Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Khairil berkata mesyuarat tersebut diharapkan akan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh positif secepat mungkin.

Baru-baru ini, isu hudud kembali dibangkitkan DAP yang dengan jelas menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

Semalam, Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan bertentangan dengan persetujuan bersama dalam Pakatan.

Manakala, kerajaan negeri Kelantan bercadang mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen bagi membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu. - HARAKAHDAILY 22/12/2014

NKP/PPM - 
https://www.youtube.com/watch?v=aoMXq6ZWWPU























































































































































































































Tahniah Harimau Malaya, bangkit dan terus bangkit

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .




KEMENANGAN dalam kekalahan. Itulah ungkapan yang boleh ditujukan kepada skuad Harimau Malaya dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, malam tadi.

Meskipun dilihat mampu menjulang kejuaraan bagi kali kedua di gelanggang sendiri apabila mendahului dengan aggregat 3-2, namun akhirnya Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Thailand yang mampu merobek gawang Malaysia sebanyak 2 kali.

Natijahnya, Thailand menang dengan aggregat 4-3 sekaligus menjulang Piala AFF Suzuki buat kali keempat.

Di sebalik kekecewaan ini, pujian seharusnya diberikan kepada pasukan Malaysia. Seperti yang dijangka, Harimau Malaya mampu memberikan saingan pada perlawanan timbal balik.

Ketinggalan 0-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok pada perlawanan akhir pertama tidak mematahkan semangat Malaysia. Bahkan, bagaikan harimau yang terluka, Malaysia telah berjaya bangkit berjuang dan menunjukkan kekentalan semangat yang ampuh. Inilah sikap pemain yang harus diberikan pujian.

Kekalahan adalah sesuatu yang amat memeritkan. Akan tetapi, saya melihat ianya sebagai suatu
kekalahan yang amat berbaloi. Persembahan daripada pasukan kendalian Dollah Salleh ini sememangnya menakjubkan!

Namun, adat pertandingan, sememangnya ada menang dan ada kalah. Bola itu bulat. Segalanya mungkin terjadi. 2 gol pasukan Thailand pada 10 minit terakhir berjaya mengubah situasi.
Pahit kekalahan terpaksa ditelan bukan sahaja oleh pemain namun seluruh rakyat Malaysia serta skuad penyokong Ultra Malaya yang tidak putus-putus menyokong perjuangan Harimau Malaya.

Justeru, muhasabah perlu dilakukan demi meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak kita. Saya melihat perlunya lebih ramai pemain muda ditonjolkan bakat mereka dalam perlawanan-perlawanan seperti ini.

Lihat sahaja skuad Thailand, rata-rata yang bermain adalah di bawah usia 28 tahun. Kecergasan yang dimiliki mereka adalah sehingga minit-minit terakhir.

Dengan integrasi pemain muda dan pemain senior ini, kesinambungan kebangkitan Harimau Malaya dapat diteruskan hatta Insya Allah, akan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.

Tahniah juga buat anak muda yang telah mengadakan program street dakwah di pekarangan Stadium Bukit Jalil. Program di bawah kerjasama Pemuda PAS Malaysia bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor ini bertujuan mendidik rakyat peri pentingnya solat dalam apa jua keadaan.

Walaupun tanpa surau, tikar sejadah dan paip air, mereka berjaya menunjukkan bagaimana kaedah yang terbaik untuk bersolat. Dalam masa yang sama juga, solat hajat turut diadakan untuk kemenangan buat Skuad Harimau Malaya. Sekalung tahniah sekali lagi buat Ustaz Afnan Hamimi, Ustaz Syarhan Humaizi dan Nurul Islam yang bersama-sama menganjurkan program street dakwah di Stadium Bukit Jalil ini.

Alhamdulillah, program ini telah berjaya mendapat sambutan daripada kalangan anak muda yang hadir untuk menonton perlawanan akhir bola sepak ini dan menunjukkan bahawasanya nilai dakwah Islamiyyah merentasi nilai kepentingan politik kepartian.

Apapun, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah mempersembahkan aksi yang menarik pada sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2014 ini.

Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan dan menjadi semakin hebat pada perlawanan-perlawanan yang akan datang. Tahniah Harimau Malaya!

Selamanya Harimau Malaya!

Penulis ialah Naib Ketua Pemuda Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 21-12-2014


























































































































































































































Pemuda PAS optimis Piala AFF Suzuki 2014 milik kita

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya di atas semangat juang yang telah dipamerkan semasa menentang pasukan Thailand malam tadi.

Naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berata, meskipun tewas 0-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok namun pujian harus diberikan kerana mampu memberikan saingan hebat kepada pasukan tuan rumah.

Katanya, pada separuh masa pertama, formasi 4-4-1-1 dilihat bagaikan mampu menjinakkan skuad Gajah Putih.

Tambah beliau, tewasnya 2-0 di tangan Thailand pada masa kedua memberikan isyarat kepada Dato Dollah Salleh untuk memperbaiki seluruh jentera di samping merangka strategi baru.

"Saya masih optimis terhadap kemampuan Malaysia untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2014," ujarnya.

Katanya, kejayaan menundukkan skuad Vietnam selepas tumpas di Stadium Shah Alam pada perlawanan pertama membuktikan ketinggian semangat juang pasukan Harimau Malaya.

Justeru, beliau mengharapkan semangat itulah yang akan dinyalakan ketika menerima kunjungan pasukan Thailand di Stadium Bukit Jalil nanti.

Tambahnya, tarikh 20 Disember merupakan tarikh keramat bagi kedua-dua pasukan.
Menurut beliau, meskipun Malaysia belum pernah lagi menumpaskan Thailand sepanjang kempen Piala AFF Suzuki ini namun segalanya adalah mungkin.

"Insya Allah, sejarah tahun 2010 bakal berulang kembali. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, berikan sokonganmu kepada pasukan Harimau Malaya tanpa berbelah bahagi.

"Maralah skuad Harimau Malaya, jangan berundur walaupun setapak. Piala AFF Suzuki 2014 bakal milik kita!" ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/12/2014

Cairo Festival: Pemuda PAS serah memo kepada menteri

HARAKAHDAILY | .




PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bagi membantah Ekspo Malaysia 2014 yang berlangsung di Cairo Festival City Mall pada 10 hingga 13 Disember lalu yang mengandungi antaranya persembahan kebudayaan yang dicemari dengan artis yang tidak menepati syariat.

Delegasi yang diketuai oleh naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridwan disambut oleh Mohd Izzat dari Bahagian Afrika Kementerian Luar Negeri yang menerima memorandum itu bagi pihak menteri yang bercuti sehingga akhir tahun.

Khairil Nizam selepas menyerahkan memo itu memberitahu Pemuda PAS menyokong ekspo itu yang bertujuan antara lain untuk mempromosikan pendidikan, perdagangan dan pelaburan serta makanan Malaysia.

Namun, ujarnya insiden persembahan artis yang tidak berlandaskan syariat di bumi para anbiya’ itu amat dikesali.

Beliau juga mencadangkan agar Duta Malaysia di Kaherah lebih berhati-hati pada masa hadapan apabila menganjurkan program-program seperti itu.

Sementara itu, pihak kedutaan berjanji akan menyampaikan memo tersebut kepada menteri dan akan menyiasat insiden itu serta mengucapkan terima kasih di atas respons daripada Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 16/12/2014




























































































































































































































Ijtimak Tarbawi: Peserta tekad terus istiqamah

MOHD SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Ijtimak Tarbawi 4.0 di An Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam telahpun berakhir, namun semangat para peserta yang bermukim di sana pada 5-7 Disember lalu bertekad memastikan PAS terus menjadi parti pilihan rakyat.

Bagi mencapai hasrat tersebut, pelbagai teori wajar diterjemahkan secara praktikal untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada parti yang berteraskan Islam ini.

Pada sama yang PAS tetap mempertahankan konsep bertahaluf bersama rakan Pakatan Rakyat. Hal ini kerana masyarakat sangat mengharapkan pemimpin baharu yang lebih dinamik dan adil.

Pemuda yang menjadi benteng hadapan yakin amanat yang disampaikan oleh kepimpinan semasa Ijtimak Tarbawi kali ini terutamanya daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mentafsir surat al-Fath dapat dilaksanakan.

Seorang peserta dari Subang, Azrilisam Ramli (kanan) menyifatkan Ijtimak 4.0 itu menyerlahkan lagi PAS dalam persada politik tanah air.

Beliau juga mahukan Fikrah dalam jemaah mestilah jelas dan disamping sanggup menerima pandangan orang lain asalkan tidak lari daripada dasar perjuangan.

"Terimalah slogan teruskan istiqamah dengan baik dan jadikan ia sebagai pegangan menempuh onak dan duri," terangnya yang juga Setiausaha PAS Subang.

Seorang jentera petugas dari Permatang Pauh, Firdaus Arbain (kiri) pula berharap apa yang berlangsung selama tiga hari itu memuaskan hati semua pihak.

"Sebagai tuan rumah, kami sudah buat terbaik untuk semua. Selepas pulang ke tempat masing-masing, sampaikan pula ilmu dan pengalaman yang diperoleh masyarakat," kata beliau.

Manakala Zakuan Abu Bakar (kanan) dari Lenggong Perak memberitahu, selepas Ijtimak Tarbawi biarlah hubungan sesama jemaah bertambah kuat dan padu.

Ikatan persaudaraan tambahnya, jika longgar membolehkan musuh menyelinap masuk sekali gus menyemai permusuhan sesama sendiri. - HARAKAHDAILY 9/12/2014































































































































































































































Islam pasti menang! Tetapi....

IZWAN ABDUL HALIM | .
PERMATANG PAUH: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kemenangan Islam membuka (fathul) negeri adalah sama sekali berbeza dari penaklukan (isti’mar) dan revolusi yang dilakukan oleh kuasa penjajah atau idealogi lain.

Menurut beliau, Islam menguasai negeri dengan membuka hati manusia kepada keamanan, keadilan, kebaikan dan keindahan Islam hingga menyebabkan manusia menerimanya sebagai anutan akidah dan cara hidup.

Malah ujarnya, ia berbeza dengan penaklukan dan revolusi sebagaimana pernah dilakukan penjajah Barat dan idealogi lain yang telah memperhamba, menawan, menzalimi, memaksa dan merampas harta rakyat, bahkan menyebabkan terbunuhnya jutaan manusia.

“Kesan Perjanjian Hudaibiyah, kabilah Arab berduyun-duyun menemui Nabi SAW. Islam (berkembang) sampai ke tanah jajahan takluk Parsi dan Rom. (Mereka) bukan sahaja menukar agama (kepada Islam) tetapi juga budaya dan bahasa antaranya Sudan, Mesir, Iran hinggalah Utara Afrika,” ujar Ustaz Abdul Hadi menyampaikan tafsir surah al-Fath pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini semalam.

Oleh itu, beliau mahu para pejuang Islam menyedari bahawa kesan jihad secara damai (muwajahah silmiyah) terbukti menyebabkan lebih ramai manusia menerima Islam berbanding jihad peperangan.

Malah, Tuan Guru mahu para pejuang Islam meyakini hanya Islam akan kembali berkuasa, sedang semua agama, kuasa, ideologi dan teori selain Islam pasti akhirnya menemui kegagalan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang telah meninggalkan idealogi asalnya dan menganut pula idealogi lain, termasuk berakhirnya tamadun agama seperti Hindu dan Buddha.

Pun begitu katanya, Tamadun Islam yang masih berbekas dan akan muncul semula itu sedaya upaya disekat, ditangani dan dihalang musuh Islam serta didoktrinkan sebagai berbahaya oleh Barat.

Terang beliau, apabila Islam dianggap berbahaya, ia menunjukkan cabaran getir bakal dihadapi para pejuang Islam.

“Ia fitnah yang sengaja diwujudkan oleh Barat dengan serangan dari luar dan dalaman Islam sendiri (termasuk) menggunakan orang Islam yang tidak faham. (Iaitulah) orang yang ‘tasyahul’ yakni bermudah-mudah dan memandang remeh kepada Islam dan ‘tasyaddud’ iaitu orang yang melampau, terlalu kasih dengan cara tidak fekah untuk melaksanakan Islam.

“Orang yang memperjuangkan Islam dianggap pengganas. Yang berdakwah, yang masuk pilihan raya, yang berperang lawan musuh dalam negeri dianggap pengganas. Kita tak nafi ada kalangan kita yang buat silap, buat salah, bunuh tidak ikut hukum syarak. Tetapi Amerika dan Eropah teruk lagi tidak hukum syarak. Bom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua membunuh ratus ribu (termasuk) perempuan dan kanak-kanak mati. Di Afghanistan, di Iraq, senjata canggih digunakan, lebih ganas dari segala pengganas, (tetapi) ini dibiarkan.

“Kita nak perbetul orang kita yang silap itu minta tolong orang kafir, bukan kita sendiri yang perbetulkan. Sepatutnya orang-orang Islam membetulkan kesilapan yang berlaku di negara orang Islam itu, bukan jemput orang kafir membetulkan orang Islam. Ini mengapa? Ini kesilapan politik yang sangat ketara berlaku dalam dunia hari ini. Orang Islam dalam keadaan yang sangat kacau, zaman fitnah, zaman bencana, (serta) hilang sifat-sifat keras terhadap musuh dan berkasih sayang sesama mukmin,” ujar beliau menerangkan dilema itu.

Allah menjanjikan bahawa Islam pasti akan menang mengatasi segala agama dan idealogi, tetapi umat Islam mestilah bersifat dengan sifat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, Nabi SAW pernah bersabda bahawa Islam akan membuka Kota Konstatinople dan Kota Rom.

“Pembukaan dan kemenangan di Kota Konstatinople (kini Istanbul, Turki) telahpun berlaku dan Rom yang di situ adanya Vatican City juga akan dibuka Islam. Allah menjanjikan kemenangan, Islam masuk ke situ (Kota Rom) akan tiba masanya (pembukaan Kota Rom).

“Kerana ucapan Nabi akan berlaku. Tetapi untuk berlaku itu, orang Islam mestilah mewarisi sifat-sifat yang ada pada Nabi dan para Sahabat (RA),” ujar Tuan Guru.

Sifat yang dimaksudkannya itu ialah tegas terhadap musuh, tetapi berkasih sayang antara mukmin sebagaimana terdapat pada ayat 29 surah tersebut.

Terang beliau, mereka itu memiliki sifat rendah diri terhadap sesama orang beriman dan menunjukkan keperkasaan kepada orang yang menentang Islam, walaupun secara realitinya ada pertelingkahan dan perbezaan pendapat hingga kemudiannya melahirkan pelbagai mazhab.

Di sepanjang sejarah panjang umat Islam itu jelas Ustaz Abdul Hadi, umat Islam dan para ulama yang berkhilaf dengan pelbagai pandangan dan penafsiran tetap bersaudara dengan baik tanpa perpecahan.

Katanya, sungguhpun ada khilaf yang terkeluar dari Islam, tetapi para ulama memberi nasihat dan tidak dihadapi dengan perang.

Ulama dahulu ujarnya, bukan sahaja menyelesaikan masalah-masalah dalaman umat Islam, tetapi mereka jugalah yang menyusun usaha berdepan dengan kekuasaan Rom.

Menurutnya, hal tersebut berbeza dengan sikap umat abad akhir ini, perbezaan pandangan hingga menyebabkan perpecahan dan pergaduhan, sedangkan ketika sama kuasa-kuasa kufar terus menakluk dan mencengkam negeri umat Islam.

Umat Islam kata Tuan Guru, telah hilang sifat tegas terhadap musuh dan tidak berkasih sayang sesama mukmin hingga bertembung antara satu sama lain dan sanggup berperang dalam masalah sempadan negara, tetapi membiar musuh menakluk negeri.

“Sifat berkasih sayang ini mesti ada pada kumpulan Islam walaupun berbeza pendapat. Kecuali apabila terkeluar daripada dasar perjuangan dan aqidah perjuangan Islam. Nabi ambil tindakan disiplin terhadap sahabat-sahabat yang melakukan salah laku dalam tindakan politik,” terangnya.

Beliau memetik sirah Fathu Makkah di mana Nabi SAW mengisytiharkannya sebagai ‘Yaumul Marhamah’ (Hari Berkasih Sayang), tetapi Saad bin Ubaidah yang terlalu bersemangat telah menyebutnya sebagai ‘hari untuk berlawan’.

Akibatnya cerita beliau, panji yang ditaklifkan kepada Saad telah diambil dan jawatannya selaku ketua dilucutkan lalu diberi kedudukan itu kepada anak Saad sebagai satu tindakan disiplin.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyatakan bahawa para pejuang Islam memiliki sifat sebagai ahli ibadat di waktu malam dan pahlawan yang kuat di siang hari hingga terlihat cahaya keimanan pada wajah-wajah mereka kerana keikhlasan kepada Allah SWT daripada amal tersebut.

“Rabai-rabai Yahudi percaya, jika orang Islam memenuhi masjid pada waktu subuh berjamaah, bermakna Israel akan jatuh, suasana itu bermakna orang Islam kembali pada Islam. Kalau masjid belum banyak orang, belum kuat beribadat, tidak kuat pegangan dengan agama, menandakan lambat lagi Israel hendak jatuh.

“Malangnya ada yang tolong Israel. Mesir tolong buat rumah di sempadan nak selamatkan Israel. Ini satu hal orang Islam jadi ejen kepada musuh hendak menyelamatkan Israel. Negeri-negeri Arab pula bersama Zionis untuk membantu melindungi keamanan dan keselamatan Israel, menentang pejuang-pejuang Islam,” ujarnya kesal.

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang menyeleweng dari Islam, Allah akan lahirkan dari kalangan orang beriman, kumpulan lain untuk mewarisi perjuangan Islam.

Katanya, walaupun mungkin sifat seperti disebut dalam al-Quran itu belum ada, tetapi ia akan wujud sebagai kumpulan.

“Walaupun tidak ramai, kalau kecil pun tak apa, kalau ada kumpulan ini, Islam akan menang selepas itu. Di mana kumpulan ini akan wujud laksana tunas anak pokok yang tumbuh dicelah-celah pelepah pohon tamar. Pesaka yang ditanam oleh Nabi hingga hari kiamat, yang mengagumkan peladang yang menanamnya dan menyebabkan orang kafir sangat marah,” katanya.

Terang Tuan Guru, Allah juga boleh membinasakan satu negeri yang besar dan sombong dengan satu malaikat untuk menghancurkan negeri tersebut.

Jelasnya, Allah mempunyai bala tentera termasuk dari binatang sepertimana nyamuk menjatuhkan Raja Namrud, air menenggelamkan kaum Nabi Luth, juga lain-lain makhluk seperti angin dan bumi yang digempakan.

“Allah boleh memenangkan Islam dengan mudah, tetapi Allah mewajibkan jihad kepada orang beriman dan perlu bersusah supaya mendapat pahala besar sebagai satu kelebihan.

“Jangan tanya kenapa lambat menang, kenapa susah sangat, kenapa sampai 950 tahun, mengapa, mengapa, mengapa? Yang penting tunaikan perintah agama,” ujarnya menyeru jihad dengan mengembleng segala kemampuan termasuk tenaga, kebijaksanaan, kelebihan dan ilmu yang dikurniakan Allah.

Tambahnya lagi, Allah janjikan orang beriman dan mengerjakan amal soleh dengan keampunan dan pahala sangat besar.

Menurutnya, terutama mereka yang beriman dan beramal soleh dalam keadaan sangat mencabar, diuji dalam dan luar serta ditekan perasaan.

Oleh itu katanya, para pejuang Islam perlu menyedari dan memahami, wajibnya bergantung kepada Allah, Quran-Nya dengan huraiannya sebagai pusaka ilmu yang sangat kuat dan mesti kembali kepada petunjuk-Nya dengan melengkapkan diri mempunyai sifat digariskan-Nya agar menerima janji Allah untuk diberikan kemenangan. – HARAKAHDAILY 7/12/2014

YB DS TG HAHA - Tafsir Surah Al Fath:
https://www.youtube.com/watch?v=G143HB4WO2M

Sumber HD - 7-12-2014

Anak muda hendaklah sentiasa bersama jamaah

HARAKAHDAILY | .




Ustaz Hashim menerima cenderahati daripada Pemuda PAS. (Foto Mohd Sabri)

PERMATANG PAUH: Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Hashim Jasin berkata apa yang dilakukan bersama dengan PAS adalah jamaah yang mendukung kebenaran.

"Saya yakin bahawasanya apa yang kita lakukan bersama dengan jamaah kita bersama dengan kumpulan yang mendukung kebenaran," ujarnya ketika berucap merasmikan penutup Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru, beliau mengingatkan anak-anak muda supaya hendaklah sentiasa dengan jamaah.

"Jangan lari dengan jamaah, sentiasa bersama jamaah dan jangan cuba buat (jamaah) sendiri," ujarnya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis itu menambah, para pemuda perlu menghindari unsur yang tidak sihat yang berlaku dalam jamaah.

"Ada macam-macam yang berlaku, pertikai Jawatankuasa Pusat, Majlis Syura dan sebagainya yang saya rasa adalah unsur yang tak sihat yang perlu dihindari," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya ahli-ahli hendaklah melakukan apa yang disuruh oleh kepimpinan seperti mesyuarat. - HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014





























































































































































































































Ijtimak Tarbawi 4.0 cukup bermakna kepada peserta

HARAKAHDAILY | .




PERMATANG PAUH: Mesej daripada Ijtimak Tarbawi 4.0 adalah supaya para pemuda terus berpegang dengan Islam walau dalam apa cara sekalipun.

Demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Subang, Ustaz Hanafi Zulkapli kepada Harakahdaily pada hari terakhir ijtimak yang diadakan di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini hari ini.

"Kami yang datang ke sini berharap perkongsian murabbi murabbi yang hadir dapat mencerahkan segala kekusutan yang berlaku apabila tokoh lama seperti Dr Sanusi Daeng Mariok turut memberi panduan.

"Kami juga mendapat penjelasan yang cukup bermakna daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi kuliah tafsir surah Al-Fath semalam," ujarnya yang memimpin bacaan doa wehdah selepas ucapan penutup ijtimak yang disampaikan oleh bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Hashim Jasin.


Bagi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, ijtimak kali ini cukup bermakna apabila berpeluang bersemuka menimba mutiara ilmu dengan para murabbi mengupas pelbagai topik.

Ini, ujarnya bagi mengukuhkan asas-asas pembinaan jiwa abnaul harakah dalam mengorak langkah sebagai pejuang di atas muka bumi Allah yang tercinta ini.

"Ungkapan 'Tanpa Tarbiyah Gerenti Rebah' amat bermakna dalam memastikan gerak kerja kerja amal Islami ini dimantapkan demi menghadapi pelbagai rintangan masa kini," ujarnya.

Tambahnya, para pemuda pemudi yang memenuhi bumi An-Nahdhoh ini sudah pastinya bakal pulang dengan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan kepimpinan ulama.

"Kepimpinan ulama perlu dipertahankan agar kekal relevan memandu jamaah yang kita dukungi ini menuju keredhaan Allah dan memperolehi kesejahteraan di akhirat sana," katanya lagi.

"Dengan menyertai ijtimak tarbawi kali ini, saya dapat meletakkan bahawa bertakwa dengan Allah adalah kunci untuk merungkaikan segala permusuhan dan ketidaksefahaman dalam masyarakat," kata Nurul Madihah Mohd Hazmi.

Beliau juga dapat memahami pergerakan tarbiah PAS dengan lebih mendalam dari segi tarbiah, dakwah dan siasah serta menolak segala kekeliruan terhadap PAS yang dicanang oleh pihak luar.

Amirul Akram dari Kuantan pula berpendapat ijtimak tarbawi pada kali ini yang bertemakan tafsir surah al-Fath telah memberi impak yang amat besar terhadap pemuda-pemuda yang masih baru dalam perjuangan islamiah ini.

"Kami pemuda rasa amat bertuah kerana dapat bersama sama dalam ijtimak ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan untuk dibawa ke kawasan kami sendiri.

"Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Pemuda PAS yang sanggup menganjurkan ijtimak yang amat bermakna pada kami pemuda," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014





























































































































































































































Kita mesti mewarisi perjuangan Islam

MOHD SABRI SAID | .




PERMATANG PAUH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, golongan yang suka mengamalkan sikap remeh temeh dan terlalu melampau lebih senang dipergunakan oleh musuh untuk menghancurkan Islam berbanding musuh sebenar.

"Kita mesti mewarisi perjuangan Islam jangan bertindak menjadi acuan kehancuran.

"Dalam Islam pun ada khilaf dan pertelingkahan namun tetap ada ukhuwah dan keakraban persahabatan tanpa ada dendam," jelas beliau ketika menyampaikan kuliah tafsir Surah Al-Fath pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Kompleks An-Nahdhoh, dekat sini semalam.

Katanya, mereka yang tergolong dalam ketogari begitu wajar keluar segera dari kepompong seandainya mahu melihat tunas-tunas baru tumbuh dengan segar.

Beliau menjelaskan, perjuangan Islam menuntut keberanian untuk mencapai keberkatan.

"Sebab itu, kita diingatkan untuk terus bersama jamaah. Apa pun yang terjadi tetapkan hati dan ukhuwah, berkasih sayanglah sesama kita kerana ia akan mematikan usaha iblis yang asyik melaksanakan tugasan jahat," tegas beliau.

Menyentuh situasi dunia Islam hari ini, Tuan Guru yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia kesal kerana kebanyakan negara umat Islam sanggup berperang sesama sendiri tetapi dalam masa yang sama takut berhadapan dengan musuh.

Menurutnya, mereka sanggup bertempur sesama sendiri walaupun kadang-kadang dalam perkara kecil.

"Hari ini kebanyakan negara Islam takut dengan orang kafir tetapi sanggup bertelagah, berperang dan membunuh sesama Islam. Inilah yang dikatakan tragedi akhir zaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014





























































































































































































































P'raya: PAS lebih banyak bekerjasama dari bersendirian

HARAKAHDAILY | .
PERMATANG PAUH: "Kita terima hakikat 10 tahun akan datang masyarakat terus majmuk," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau menyatakan demikian pada Forum Santai: Cabaran PAS 10 Tahun Mendatang sempena Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini petang ini.

Justeru, beliau menegaskan bahawa strategi PAS dalam menghadapi pilihan raya boleh berubah yang berbeza dengan dasar yang tidak pernah berubah.

Jelasnya, strategi akan diteruskan sekiranya memberi manfaat kepada parti sebaliknya dihentikan jika tidak lagi bermanfaat kepada perjuangan.

Oleh kerana itu, ujarnya, dari segi strategi politik, PAS adalah parti yang paling banyak mengadakan kerjasama (tahaluf) dengan parti-parti dalam sejarah negara.

Sebagai contoh, katanya PAS mengadakan tahaluf dengn Parti Negara pada tahun 1969, Perikatan (1973/1974) sehingga wujudnya Barisan Nasional, Semangat 46 (1990-1995), Barisan Alternatif (1999) hinggalah Pakatan Rakyat sekarang.

Ini, jelasnya menunjukkan bahawa PAS lebih banyak mengadakan kerjasama dengan parti politik lain daripada bersendirian dalam menghadapi pilihan raya.

Oleh itu, katanya tahaluf sebagai strategi parti dalam menghadapi pilihan raya boleh berubah.

Ini kerana, ujar beliau kemenangan dalam pilihan raya adalah salah satu ukuran kejayaan perjuangan PAS.

"Namun kejayaan yang tak ada pada orang lain yang kita lakukan dapat keredaan Allah Taala," katanya lagi.

Namun, kata beliau dalam konteks latar belakang negara ini ialah wujudnya masyarakat majmuk yang berbilang bangsa.

Tambah Mustafa, realitinya pada peringkat kerajaan hari ini Umno berkongsi kuasa (power sharing) dengan parti-parti lain.

"Kita kerja untuk kalahkan Umno dan tak boleh dengan sorang-sorang kita boleh menang dengan Umno dari segi realitinya," ujarnya.

Menyentuh peranan yang perlu dilakukan oleh pemuda, beliau mengingatkan bahawa mereka merupakan kilang yang melahirkan pemimpin masa depan PAS sama ada ulama mahupun profesional.

Justeru, katanya pemuda PAS hendaklah menjadi golongan yang berusaha untuk menyelesaikan masalah, bukan yang mencetuskan masalah. - HARAKAHDAILY 6/12/2014

Sumber HD - 6-12-2014

Jangan terpengaruh usaha burukkan ulama

MOHD SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Mantan Naib Presiden PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariuk berpesan pada keseluruhan ahli PAS usah termakan usaha memburuk-burukan ulama sebaliknya memastikan benteng akidah semakin utuh dan kuat.

Menurutnya lagi, kejayaan ulama mentadbir terbukti apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato ' Nik Aziz Nik Mat dapat bertahan sehingga 24 tahun dengan slogan 'Membangun Bersama Islam'.

Ketegasan beliau jelasnya, mempertahankan prinsip perjuangan menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakan dan musuh.

"Ulama mesti dipertahankan. Para pemuda harus bangun dan jangan leka dengan mainan musuh yang sedang mencari -cari lubang memusnahkan perjuangan yang terbina lama hasil perjuangan orang terdahulu," tegasnya dalam kuliah maghrib.

Terang beliau, fenomena penubuhan parti baru bukan perkara baru pada PAS kerana sebelum ini semua parti serpihan PAS dengan sendirinya terkubur.

Sekarang ini apa yang sedang diusahakan oleh sesetengah orang PAS sendiri belum pasti semata-mata mahu menenggelamkan peranan Ulama yang menjadi teras perjuangan selama ini.

Justeru itu, kewibawaan kepimpinan menanganinya mesti padu supaya apa yang diagendakan tidak kesampaian sekali gus musnah di tengah jalan.

"Ulama mesti berani ke depan tangani apa juga mehnah yang mendatang agar ia tidak merebak luas menjadi nanah yang boleh pecah mengeluarkan bau yang busuk," ujarnya dalam program kali ke empat selepas Trengganu, Selangor dan Johor.

Hadir sama dalam acara pertama sempena Ijtimak Tarbawi 4.0 itu ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Haji Abdul Hadi dan Naibnya Ir. Khairil Nizam. – HARAKAHDAILY 6/12/2014

Sumber HD - 6-12-2014






























































































































































































































Jadikan Quran & Sunnah sebagai panduan gerak kerja

IZWAN ABDUL HALIM | .


PERMATANG PAUH: Para Pemuda PAS perlu memiliki persediaan diri dalam menghadapi mehnah dan perancangan untuk gerakan hingga Islam tertonjol kepada masyarakat, demikian seru Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Ujarnya, sebagaimana musyrikin Makkah pernah berusaha menangkap, memenjara, menghalau dan cuba membunuh Rasulullah SAW, seperti itulah para pemuda PAS yang menjadi pewaris menyambung perjuangan Baginda akan diuji.

“Dipenjara, dihalau, dibunuh syahid, kita kena ada persediaan menghadapi semua cabaran ini. Kerana menggerakkan perjuangan ini bukan mudah untuk menghadapi cabaran di hadapan,” ujarnya pada tazkirah Subuh sempena Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang.

Terangnya, persiapan diri itu termasuk memiliki rasa kasih sayang dan cinta kepada jamaah serta taat dan patuh untuk mengikuti setiap arahan jamaah.

Ujarnya juga, apabila berada dalam gerakan Islam, para pemuda mestilah mengikut perjuangan telah ditunjukkan Nabi SAW iaitulah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam bergerak kerja.

“Paling utama, adab akhlaklah yang perlu kita tonjolkan dalam setiap aktiviti dan gerak kerja kerana kita memberikan gambaran Islam pada masyarakat. Dari diri kita pulalah yang akan menonjolkan akhlak gerakan Islam kepada masyarakat,” ujar beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Persediaan diri itu pula terangnya, mesti disertakan sama dengan perancangan teliti sebagaimana Rasulullah telah menggerakkan strategi Hijraturrasul.

Beliau memetik perancangan dan strategi hebat dilaksanakan Rasulullah hingga berjaya melakukan hijrah ke Yathrib dengan menggerakkan segala sumber dan tenaga manusia yang ada di sebalik usaha musyrikin untuk menggagalkannya.

Katanya, Rasulullah saat diperintahkan berhijrah oleh Allah boleh sahaja terus ke Madinah, tetapi Baginda terlebih dahulu menyusun perancangan strategik hingga perintah itu dapat dilaksanakan mengatasi usaha dan kekangan musyrikin Makkah ke atas Baginda.

“Allah dedahkan rancangan tipu daya musyrikin dan Allah jualah yang menggagalkan tipu daya mereka. Jika sekiranya perjuangan Rasulullah hanya hendak solat, hendak puasa dan hendak mengerjakan haji sahaja, Baginda boleh cukup laksanakannya di Makkah.

“Tapi Baginda berhijrah, demi untuk melaksanakan Islam melengkapi segala aspek kehidupan manusia, menjadikan Islam sebagai ‘addin’ yakni cara hidup yang mesti diikuti semua manusia,” ujarnya berkongsi motivasi dengan sahabat-sahabat pemuda. – HARAKAHDAILY 6/12/2014

Sumber HD - 6-12-2014






























































































































































































































Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan

MOHD SABRI SAID | .



PERMATANG PAUH: Nakhoda kapal lebih tahu kenapa memberhentikan kapal di tengah lautan tanpa bertindak memberhentikan enjinya, kata Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Memahami Konsep Syura Dan Aplikasinya Dalam Perjuangan Islam dan seterusnya merasmikan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam tadi.

Katanya, sebagai seorang nakhoda yang diamanahkan membawa kapal tentunya berilmu dalam pelayaran dan anak kapal jangan pula memandai-mandai meninggikan suara kononnya mahu membetulkan keadaan.

"Nakhoda lebih arif tentang pelayaran. Dia bertindak mengikut ilmu yang ada padanya, bukan disebabkan merasa bangga apabila dilantik menakhodakan kapal tetapi berpandukan ilmu yang dipelajari. Maklumlah mungkin ada batu besar yang menunggu di hadapan," jelasnya.

Menurutnya, semasa nakhoda bertindak begitu maka ada dalam kalangan anak kapal bertindak pula
menebuk lubang kononnya kecewa hasil kelakuan nakhoda yang dianggap sudah 'pening' dan tidak layak menakhodakan kapal besar.

Tambahan pula, apabila di hadapan ada ribut besar yang menanti mungkin bagi anak kapal peluang
untuk menempuhnya terlalu sukar.

Nakhoda katanya, berhak memberhentikan kapal sambil mematikan enjin, adakalanya menghentikan kapal sahaja tanpa mematikan enjin.

Tambahnya, nakhoda bertindak menjatuhkan sauh dan ada sekadar berhenti tanpa menjatuhkan sauh.
"Jangan ditanya adakah tindakan nakhoda itu betul atau salah sebab kepandaian ada padanya. Kita sebagai anak kapal laksanakan kerja saja," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Hadir sama dalam program anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, timbalan dan naibnya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengetua An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof. - HARAKAHDAILY 6/12/2014





Sumber HD - 6-12-2014

Orang itu tidak tahu hinanya PAS dalam BN - Pak Daeng

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

"Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan tetapi sebenanya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

"Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Sebagai pemimpin veteran dan orang tua yang berpengalaman, pada renungan beliau para pemimpin parti hari ini semakin hilang wehdatul fiqr, jauh sekali wehdatul amal.

Beliau juga menekankan supaya tahaluf dengan parti-parti politik lain hendaklah diteruskan selama tidak menjejaskan dasar perjuangan PAS.

"Dasar kita adalah darah dan nyawa," tegasnya disambut laungan Allahu Akbar oleh para hadirin.

Pak Daeng turut mengimbau tahaluf PAS bersama dengan beberapa parti sebelum ini termasuk Semangat 46 yang membawa kemenangan kepada PAS di Kelantan pada Pilihan raya Umum 1990 lalu.

Mengenai tahaluf bersama DAP dan PKR, beliau berkata PAS mempunyai jasa dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, para pemimpin PAS hendaklah mencari jalan agar semua parti dalam Pakatan Rakyat supaya menghargai jasa di antara satu sama lain.

"Biar kita semua, PKR, DAP dan PAS, semua rasakan semua berjasa dan termakan jasa," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014

Jom anak muda, kita serbu Ijtimak Tarbawi 4.0

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



Ijtimak Tarbawi 2014: Kaderisasi dakwah dan program persiapan fikrah

GERAKAN Islam ini semakin membesar dan menerima kehadiran penyokong yang pelbagai latar belakang, konsistensinya di medan dakwah, tarbiah dan dakwah telah teruji dalam tempoh yang panjang, 63 tahun di negara ini.

Usai program mega Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar, jangan lupa pula program besar tahunan Dewan Pemuda Malaysia, 5 Disember sehingga 7 Disember ini, yang berlangsung program terbesar Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ijtimak tarbawi 2014 di Yayasan An-Nahdhah Pulau Pinang. Program ini merupakan kesinambungan program besar Dewan Pemuda PAS iaitu Ijtimak Tarbawi di Rusila, Taman Melewar, seterusnya Pagoh, Johor.

Dewan Pemuda PAS semenjak dekad 60-an telah ratusan kali mengadakan ijtimak tarbawi dalam kerangka mencetak kader-kader dakwah. Semasa dipimpin oleh Ustaz Hasan Shukri, seorang anak tarbiah Ikhwanul Muslimin program ini dinamakan SPEM. DPPP bergerak ke setiap negeri untuk mempersiapkan fikrah pemuda terutama tonggak lima rukun yang digagaskan oleh gerakan Islam fenomenal itu. Pemuda PAS yang diasak dengan program tarbiah telah berjaya menghadapi serangan tak beradab pemuda tahan lasak Umno yang dikenali sebagai pemuda tahan lasak.


Dalam dekad kebangkitan Islam pula, selepas peralihan kepimpinan ulama, pelbagai ijtimak tarbawi diadakan dengan menggunakan pelbagai jenis tema seperti ijtimak mustad’afin, ijtimak penerangan dan sebagainya, namun yang paling berskala besar ialah ijtimak alami yang menghimpunkan tokoh-tokoh besar gerakan Islam antarabangsa, termasuk daripada gerakan Jamiat Islami, Ikhwanul Muslimin dan juga gerakan Islam yang lainnya.

Yayasan an-Nahdhah dan kawasan sekitarnya akan menjadi ‘hotel’ yang akan menampung ribuan peserta ijtimak melepaskan lelah bersimpuh dan menadah kitab daripada murabbi Presiden. Gerai-gerai jualan yang pelbagai akan menyempurnakan himpunan ini, termasuk gerai pameran yang akan diuruskan oleh pelbagai unit dalam jamaah, NGO Muslim Care, peniaga pelbagai barangan dan lain-lain lagi.

Ijtimak Tarbawi 2014 Dewan Pemuda PAS akan berlangsung dengan euphoria santai namun sarat dengan mutiara ilmu yang akan disampaikan oleh pembentang kertas kerja, pengkuliah, juga panelis forum yang terdiri daripada kalangan pimpinan PAS Pusat dan tokoh jemputan daripada Majlis Syura Ulama.

Dengan jangkaan sepuluh ribu peserta yang hadir memenuhi dalam dan luar kompleks an Nahdah, program ini dijangka memberikan kesan yang mendalam untuk memerkasakan kembali program tajnid, mencetak kader-kader dakwah dan merimbunkan kembali program amal tarbawi di dalam gerakan Islam tertua dan terbesar di negara ini.

PAS walaupun disibukkan dengan medan siasah namun tidak melupakan kewajipan asasinya untuk membenihkan kefahaman terhadap ahli-ahlinya yang kini menjangkau sejuta orang dan dua juta penyokong.

Rahsia kekuatan PAS dapat bertahan dalam tempoh enam dekad ini ialah kerana kejayaan mentarbiah ahlinya, berdada dengan kezaliman pemerintah. Tanpa tarbiah, maka PAS telah lama berkubur di negara ini seperti puluhan gerakan lain yang hanya berada dirakaman sejarah negara.

Tadah kitab tafsir dengan Ayah Chik

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah semenjak tahun 70-an lagi. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Dasawarsa 70-an dan 80-an adalah zaman subur merendang dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan.

Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan beliau, bahkan merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau yang tak pernah lelah memberi mutiara ilmu buat anak muda dan masyarakat.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah alur atau ke pulau terbiar, Ayah Chik tetap hadir biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Presiden PAS dan Naib Ketua Ulama Sedunia, namun program tarbiah adalah keutamaan sejak dekad 70-an sehingga jamaah ini sepentas dengan Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali kehebatan Presiden PAS, namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan meyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun.

Pemuda Islam yang akan menggalas beban perjuangan PAS di masa hadapan, bukan anak-anak kecil yang disuap makan oleh ibunya. Islam tak akan menang di tangan sang pengecut dan pemuda yang manja, tiga hari bukanlah tiga bulan di tengah Sahara atau di hamparan ais di kutub Utara. Jom anak muda, kita serbu Ijtimak Tarbawi 2014. - HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014





































































































































































































































Iktiraf Palestin: Parlimen Perancis sindir negara Arab

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia ingin menyampaikan penghargaan kepada Parlimen Perancis khasnya kerana telah mengiktiraf Negara Palestin baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tidak lupa juga kepada Sweden dan Poland di antara negara Eropah yang terdahulu sudah mengiktiraf Negara Palestin yang sedang berjuang mempertahankan hak dan wilayah mereka di sana.

"Bagi kami, kepentingan Perancis dengan pengiktirafan ini kerana ia adalah salah satu kuasa besar dunia selain daripada Ahli Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai kuasa veto di atas konflik yang berlaku di dunia dan ianya adalah sebuah negara Eropah yang maju pada masa kini," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, warga PAS tentunya mengharapkan ianya menjadi pemangkin kepada dunia untuk terus mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin kelak.

Katanya, ia juga sebagai bukti bahawa negara besar seperti Perancis mengakui kezaliman regim zionis Israel dan hak rakyat Palestin selama ini dan juga sebagai sindiran kepada negara Arab dan Islam yang masih tidak berani sehingga kini. - HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014

Ijtimak tarbawi 4.0 bermula hari ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ijtimak Tarbawi 4.0 yang berlangsung di Kompleks Yayasan An-Nahdoh, Permatang Pauh, Pulau Pinang bermula hari ini. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia ini akan diadakan dari 5 (Jumaat) hingga 7 (Ahad) Disember 2014.

Mengikut perancangan, perasmian Ijtimak Tarbawi 4.0 akan disempurnakan oleh Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh, Pemangku Naib Ketua Ulamak yang juga AJK PAS Pusat pada jam 9.30 malam ini.

Sebelum itu, dalam program Kuliah Maghrib, Dr Sanusi Daeng Mariok, bekas Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Johor dan bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan (1990 dan 1999) dijangka membentang tajuk - Tarbiyah: Pasang Surut Perjuangan PAS.

Hari kedua merupakan kemuncak program apabila para peserta ijtimak akan mendengar Intisari Surah Al-Fath yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada petangnya akan diadakan Forum Mantan Ketua yang bertajuk Pemuda Cabaran Pas 10 Tahun Mendatang. Ahli Panelnya terdiri daripada tiga orang bekas ketua pemuda iaitu Datuk Mahfuz Omar, Dato’ Mustafa Ali dan Ustaz Nasrudin Hassan.

Pada hari yang sama juga para peserta berpeluang mendengar kuliah subuh yang disampaikan Ustaz Mohktar Senik, wacana tarbawi yang bertajuk “Cabaran Gerakan Islam Abad ke 21” oleh Dr Zuhdi dan Dr Redzuan Mohd Nor; dan kuliah maghrib oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz.

Pada malamnya pentas pemuda akan berlangsung dengan tajuk “Kemenangan; Melangkah ke PRU 14”. Ahli-ahli panel terdiri daripada Suhaizan Kayat, Ust Muhamaad Khalil Abdul Hadi, Ir Hj Khairil Nizam Hiruddin dan Us Mohd Yusni Md Piah.

Pada hari terakhir kuliah subuh akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Nushi Dato Mahfudz dan majlis penutup program disempurnakan oleh Ustaz Hasyim Jasin.

Dijangkakan kira-kira 5,000 peserta akan hadir dan bakal menghadam sekitar 15 slot pengisian untuk dibawa sebagai bekalan, ilmu dan semangat untuk memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014





































































































































































































































Selesai PAU, Umno terus ambil tanah rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Isu kehilangan 70 peratus tanah rezab Melayu menjadi topik hangat bermulanya Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut Presiden Umno pada penggulungannya.

"Namun tindakan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Umno Melaka mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas PAU berakhir menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO hanya satu lakonan semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mohd Nasaie turut berkata, kampung Sungai Jerneh merupakan sebuah kampung yang berusia 200 tahun dan rumah-rumah di kampung tersebut telah dibina sejak tahun 1830 lagi.

"Kampung ini mempunyuai nilai sejarah tersendiri, di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada tahun 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

"Bagi Pemuda PAS, kerajaan negeri sepatutnya membangunkan kampung tersebut dan menjadikannya sebagai produk pelancongan sejarah di melaka.

"Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diikhtiraf oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia, sebaliknya tindakan untuk membina empangan adalah tidak sepatutnya," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menggesa jika Kerajaan Negeri Melaka ingin meneruskan juga pembinaan empangan tersebut ia perlu dipindahkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan bersejarah.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani semalam. – HARAKAHDAILY 3/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014





































































































































































































































Wahai pemuda, fokus & perkemaskan jentera kamu

USTAZ HAFIZ MUSA | .

FIRMAN Allah SWT dalam Surah as-Soff; “Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalan-Nya dengan tersusun ibarat bangunan yang tersusun kukuh.”

Saidina Ali r.a. pernah berkata: “Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun kemas!”

Pimpinan Pemuda di setiap peringkat wajib menyedari bahawa mereka diberi amanah untuk memimpin sebuah entiti penting dalam organisasi besar PAS. Jatuh bangun PAS terletak sejauh mana sayap kanan PAS ini berperanan.

Berdasarkan ayat Allah dan kalam sahabah di atas, inilah fokus yang dituntut oleh Islam. Kita menyusun dan perkemaskan gerak kerja jentera di semua peringkat bagi memenuhi fasal penubuhan PAS iaitu, masyarakat yang terlaksana di dalamnya syariat Islam. Tidak sekadar itu, penyusunan tersebut juga bagi memenuhi gagasan Jemaah PAS dan kehendak muktamar, mendapat kuasa pemerintahan bagi tujuan menegakkan keadilan melalui pilihan raya – muwajahah silmiyyah.

Juga termasuk dalam ketetapan muktamar adalah memperkukuh Pakatan Rakyat. Sama ada kita terima atau tidak, kita terpaksa terima hakikat bahawa syura muktamirin telah membuat keputusan untuk kita bersama-sama dengan PKR dan DAP bagi tujuan mendapatkan kuasa pemerintahan.

Melaksanakan keadilan dan kebajikan untuk rakyat juga merupakan tuntutan Islam. Kita perlu fokus. PAS berbeza dengan gerakan-gerakan dakwah lain yang mungkin fokus dakwahnya berbentuk seruan ibadah formal semata-mata atau mungkin terdiri daripada orang-orang berkelulusan sahaja. PAS sebuah bahtera besar dan bak kata Tuan Guru Presiden sebelum ini, semua jenis manusia ada dalam bahtera besar ini.

Mereka yang alim, jahil, tua, muda, muslimat, profesional, ulama, orang kelainan upaya (OKU) bahkan kaki dadah dan jenis tidak solat pun ada dalam jemaah PAS. Justeru semua itu perlu disusun dan diatur mengikut kadar kemampuan masing-masing, tidak lain hanya semata-mata untuk Islam.

Antara kemahiran khusus yang perlu ada pada kepimpinan pemuda adalah menyusun atur sumber manusia yang kita miliki ini. Mereka yang bergelar ‘ustaz’ diberi amanah untuk pimpin qiamulail dan program-program agama, ‘mat-mat gitar’ yang rajin melepak hingga dinihari diberi peranan berjaga malam (hirasah) menjaga keselamatan awam, mereka yang mahir panjat pokok pula diberi peranan pasang bendera dan begitulah seterusnya.

Kita harus menyedari bahawa semua sumber manusia ini memiliki hak yang sama di sisi Perlembagaan Persekutuan. Tidak mengira mereka ini ustaz atau langsung tidak mengetahui asas-asas agama, kesemuanya sama sahaja iaitu mempunyai hak satu undi dalam pilihan raya. Maka sewajarnya kesemua ini menjadi sasaran sebagai mad'u kita.

Kita juga harus menerima hakikat bahawa semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hanya dengan kerjasama dan bertolak ansur sahaja kita akan kuat. Sifat mengasingkan diri dan melabel individu hatta mencantas mereka dalam parti ini hanya akan merugikan parti sahaja.

Selain itu, tarbiyah di medan dengan pengagihan peranan khusus merupakan sebahagian daripada konsep tarbiyah dalam gerakan Islam. Contoh yang boleh kita ambil adalah peristiwa Hijratul Rasul. Ali diberi peranan berada di tempt tidur Nabi, Abu Bakar menemani musafir Nabi, hatta orang bukan Islam, Abdullah bin Uraiqit juga berperanan sebagai petunjuk arah Nabi menuju ke Madinah! Semuanya ini disusun demi kepentingan dakwah dan perkembangan Islam.

Buat akhirnya, terdapat tiga konsep yang perlu ada bagi membolehkan kita berjaya dalam perjuangan yang panjang ini:

1. Asleh Nafsaka Wad'u Ghairuka (Perbaiki diri dan terus berdakwah pada yang lain)
Asleh Nafsaka Wad'u Ghairuka – Perbaiki akhlak dan budi pekerti kita kerana masyarakat akan menilai berdasarkan tingkah laku dan tutur kata kita. ‘Asleh’ ini juga termasuklah dalam komunikasi kita sama ada di facebook atau WhatsApp. Juga perkemaskan ukhuwwah sesama kita, tambah ilmu dan jaga hubungan dengan Allah.

2. Sharpen The Saw (Pertajamkan gergaji kamu)
Sharpen The Saw – Diambil daripada buku Stephen R Covey, 7 Habits Highly Efective People. Kita perlu mengenal pasti kelemahan diri dan jentera sebelum kita masuk di medan juang. Perbaiki efficiency kerja dan perkemaskan pengkalan data. Gerak kerja perlu berstrategi dan pintar. Penting sebab takut-takut kita berhabis masa dengan gergaji tumpul, masa habis dan kayu tidak putus.

3. Wajibaatuna Akthar Min Awqaatina (Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada)
Wajibaatuna Akthar Min Awqaatina – Masa kita terhad. Perlu disusun keutamaan kerja dan disiplin diri. Peruntukkan masa setiap hari untuk berfikir dan bekerja untuk perjuangan walau sesibuk mana pun kita. Musuh terus bergerak dan jangan pula kita terus bercakaran. Fokus, kerana kita telah diamanahkn untuk menegakkan panji Islam! – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Ustaz Hafiz Musa ialah Exco Pemuda Pas Malaysia

Sumber HD - 2-12-2014

Pemuda PAS terus menjadi benteng hadapan

MOHD SABRI SAID | .




PULAU PINANG: Pemuda PAS Malaysia telah turun ke negeri-negeri bertemu kepimpinan pemuda berbagai peringkat ke arah menjayakan Ijtimak Tarbawi 4.0 akan berlangsung pada 5, 6 dan 7 Disember ini di Kompleks An-Nahdoh, Permatang Pauh.

Timbalan ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya menamakan program itu sebagai 'Road To Ijtimak Tarbawi' ke beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Wilayah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Katanya, kepimpinan pemuda negeri-negeri lain pun sudah berjanji untuk bersama menjayakan program tersebut.

Beliau menaruh harapan yang sangat tinggi untuk melihat pemuda terus menjadi benteng hadapan.

"Ia sangat baik untuk menjadikan kita dan penyokong menghadapi rintangan di zaman global ini," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan langkah PAS masih jauh, maka satu ketegasan diperlukan sejajar dengan ujian yang semakin mencabar.

"Kita maklum bahawa dari segi agenda tarbiyah Pemuda PAS Malaysia mengakui ada kawasan pemuda kuat dan ada kawasan yang lemah, maka matlamat utamanya untuk mengukuhkan di samping memberikan motivasi dan memantapkan lagi program tarbiyah di setiap negeri dan kawasan," ujarnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS membuka ruang secara umum kepada pemuda yang menyokong gerakan Islam untuk bersama-sama ijtimak itu kerana PAS bukan sahaja gerakan politik dan dakwah sebaliknya mementingkan tarbiyah.

"Lagipun pemuda merupakan sayap utama kepada PAS kita diberikan tanggungjawab yang besar untuk memastikan kesinambungan tersebut dapat direalisasikan dengan baik demi bermatlamat memacukan PAS," ujanya.

Katanya, para peserta akan mengutip tips yang akan disampaikan oleh kepimpinan nanti di samping akan melancarkan manhaj tarbiyah dan usrah.

Justeru itu, katanya para pemuda wajar melapangkan masa untuk bersama menjayakan Ijtimak Tarbawi 4.0 nanti kerana banyak persoalan boleh diselesaikan dengan baik. - HARAKAHDAILY 1/12/2014

Sumber HD - 1-12-2014














































































































































































































































Operasi: Pemuda PAS hantar memo bantahan kepada JPJ

HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI | .
 



PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia menyerahkan memorandum bantahan terhadap operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, petang tadi.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menyerahkan memorandum itu kepada Pengarah Komunikasi Korporat JPJ.

Di antara perkara dibangkitkan dalam memorandum itu ialah:

1) Penguatkuasaan peraturan berkait saiz dan jarak nombor pendaftaran kenderaan yang lama yang digunakan sejak selepas merdeka dan tidak diperbaharui sesuai dengan keupayaan teknologi baru. AES sahaja sudah mampu mengambil gambar muka pemandu apatah lagi nombor plat kenderaan.

2) Penguatkuasaan terpilih apabila golongan berjawatan tinggi dalam kerajaan tidak dikenakan tindakan.

3) Tempoh operasi advokuasi yang memberi maklumat dan didikan kepada pemandu terlalu singkat sekitar 2 minggu sahaja berbanding operasi sekatan jalan raya yang memakan masa 1 bulan.

4) Alasan Ketua Pengarah JPJ yang mengatakan no plat di antara punca kemalangan maut sedangkan tidak ada sebarang bukti atau kaji selidik yang dikeluarkan oleh MIROS, PDRM atau JKJR dalam hal ini. Sedangkan mereka badan yang berautoriti.

5) Peraturan baru berkaitan cermin gelap yang masih belum diwartakan dan dimaklumkan kepada pengguna tetapi sudah dijalankan operasi berkait hal tersebut walaupun ia sepatutnya mula dikuatkuasa 1 Mei 2015.

6) Kaedah sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan disebabkan banyak lorong ditutup dan perlu diubah kepada sekatan di semua lorong supaya pergerakan lebih cepat.

7) Isu berkaitan integriti Ketua Pengarah JPJ apabila didedahkan penggunaan no Plat JPJ 1 Toyota Fortuner atas nama beliau yang menggunakan saiz kecil dan rapat serta penggunaan cermin yang terlalu gelap.

Sehubungan itu, Pemuda PAS menuntut:

1) Dihentikan segera Operasi Bersepadu ini sehingga isu dibangkitkan pengguna diselesaikan.

2) Mengkaji semula peraturan peraturan lama khususnya kaedah kaedah kenderaan motor 1959 supaya sesuai dengan keupayaan teknologi baru mengesan kenderaan.

3) Menghebahkan peraturan baru berkait cermin gelap.

4) Menghentikan penguatkuasaan terpilih yang selalu menyelamatkan orang orang besar.

5) Perbanyakkan kempen evokuasi kesedaran pengguna mematuhi undang undang dan bukan fokus kepada penguatkuasaan yang berpaksikan pendapatan melalui denda yang dikenakan.

6) Memberi penjelasan rasmi berkait isu kenderaan JPJ 1 yang melibatkan Ketua Pengarah JPJ agar integriti JPJ dapat dikembalikan. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014














































































































































































































































Pemuda PAS bantu Fahmi jika JPA tarik balik biasiswa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia bersedia mencari dana bagi membantu Fahmi Zainol jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertindak menamatkan tajaan terhadap aktivis mahasiswa Universiti Malaysia itu.

Komitmen itu dizahirkan ketuanya Suhaizan Kaiat hari ini.

"Jika JPA tarik biasiswa Fahmi, Pemuda PAS Malatsia akan buat kutipan derma seluruh negara untuk bantu Fahmi," tulisnya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Malaysiakini bahawa Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), berdepan resiko hilang tajaan pendidikan daripada JPA ekoran menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Laporan itu menyebut JPA juga tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014

Ijtimak Tarbawi 4 melengkap pemuda dalam saf tersusun

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pemuda adalah sumber sokongan dan tenaga penggerak utama kepada PAS sebagai sebuah parti siasah dan Harakah Islam.

Keberadaan pemuda bukan sahaja menjana tarikan sokongan kepada keperluan PAS dalam mendapatkan kuasa, bahkan mencapai matlamat tertinggi perjuangan ke tingkat ustaziyatul 'alam.

"Inilah iltizam yang wajib membugar disanubari para Pemuda PAS dalam mendukung cita-cita meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi sementara ini menerusi intima' atau penyatuan diri bersama jamaah PAS.

"Kita mengimani, hasrat tersebut tidak semudah melontar kata-kata dan tabiat dilalui perjuangan ini yang dirintis para Nabi dan Rasul telah memperlihatkan kepada kita kepentingan pembentukan teguh akidah tauhid menerusi manhaj tarbiyah rabbani," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, mencelup ke acuan yang sama, maka DPPM menerusi Lajnah Tarbiyyah akan meneruskan kelangsungan Ijtimak Tarbawi sejak ia diadakan kali pertama di Rusila, Marang, Terengganu pada 2010 dengan tampil untuk siri keempat pada 5 hingga 7 Disember depan di Yayasan An-Nahdhoh, Pulau Pinang.

Tambahnya, penyertaan setiap ahli Pemuda PAS terutama mereka yang memegang taklifan di peringkat pemuda kawasan amat penting sebagai satu bentuk penyatuan fikrah dan amal.

"Di sinilah ruang kita menghadami hadaf perjuangan kita secara manhaj jamaie seterusnya menghidupkan amal tarbawi dan siyasi disamping menjalin ukhuwah sesama ahli Pemuda PAS dari seluruh negara.

"Kita yakin dan percaya, kesatuan inilah sebenarnya resepi kejayaan untuk kita merintis hari mendepan yang semakin terserlah rencam cabarannya," ujarnya lagi.

Beliau berkata, Pemuda tidak harus terperuk dengan serangan pemikiran yang mengelirukan dan bebanan tugas tidak terkoordinasi hingga melemahkan hingga akhirnya melambatkan tercapai matlamat.

"Inilah disiplin buat Pemuda PAS sekaligus merealisasikan tuntutan 'Terus Beristiqamah' dalam garis yang telah dikemukakan Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sebagai rangka kesetiaan dan walak kita kepada jamaah," katanya.

Untuk itu, ujar beliau peruntukan Ijtimak Tarbawi 4.0 ini sebagai masa dan tempat untuk kita melengkapkan diri dalam saf tersusun bagi meneruskan agenda-agenda Pemuda.

"Bahawa kita mengaku, keizzahan jamaah ini bermula dari kesiapsiagaan para Pemudanya untuk dibentuk dan membentuk sesuai dengan semua peranan para pemuda beriman yang telah ditunjukkan Allah dalam al-Quran," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014

Drama tempatan: Pemuda PAS sokong cadangan Rosyam

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia menyokong cadangan Datuk Rosyam Nor agar diadakan perbincangan meja bulat antara penggiat drama tempatan dengan pihak RTM.

Pengarah DACS, Salman Saleh berkata, ianya bertujuan mencari jalan keluar berhubung isu RTM yang tidak lagi membeli drama tempatan untuk di siarkan dirancangan TV1 ataupun TV2, sejak Januari lalu, seperti didakwa pelakon terkenal itu.

"DACS juga berharap RTM fokus bahawa ianya adalah ‘tulang belakang’ kepada penggiat drama tempatan.

"Jika RTM tidak membantu mereka siapakah yang akan memastikan hasil seni mereka disiarkan melalui rancangan-rancangan di televisyen?" soalnya.

Selain itu beliau berharap semua penggiat drama tempatan bergerak secara gabungan termasuk dengan mewujudkan persatuan yang kuat bagi memastikan hasil seni mereka terbela dan sebagai pendesak kepada kerajaan apabila berlaku isu-isu berbangkit kelak.

Rosyam sebelum ini membuat keluhan ekoran perkara itu dengan mempersoal adakah drama yang dikeluarkan tidak berkualiti, atau berlaku lambakan industri tersebut sehinggakan RTM tidak lagi sanggup mengambilnya dan adakah pengusaha drama tempatan telah meletakkan satu harga yang tinggi sehinggakan RTM tidak mampu membelinya.

Setelah pendedahan dibuat oleh Rosyam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan tampil membuat penjelasan.

Ahmad Shabery berkata, RTM terpaksa berbelanja lebih berikutan menyiarkan perlawanan Piala Dunia yang bermula pada 12 Jun 2014 sehingga 14 Julai 2014 yang lalu.

RTM menurutnya, telah membawa hampir 57 perlawanan secara langsung, tertunda ataupun ulangan yang di siarkan dan terdapat beberapa perlawanan yang bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petangnya.

Beliau juga menjelaskan, tragedi pesawat MH370 dan MH17 juga menyebabkan RTM terpaksa memberikan perhatian penyiaran ataupun telah membelanjakan satu peruntukan ke atasnya.

Mengulas alasan itu, Salman berkata RTM sebenarnya telah lari daripada peranan sebenar mereka di dalam membantu penggiat drama tempatan.

"Sebagai contoh isu Piala Dunia, apakah tujuan RTM bersaing dengan Syarikat Penyiaran Swasta dan berbayar ketika itu?

"Sedangkan RTM sedar kos bayaran penyiaran yang terpaksa dibayar untuk tujuan tersebut yang sepatutnya boleh membeli drama tempatan tersebut.

"Rakyat Malaysia menerima hakikat kejadian yang menimpa terhadap MH370 dan MH17 yang lalu, RTM telah menyiarkan berita-berita terkini bagi tujuan maklumat rakyat yang simpati dengan kejadian tersebut.

"Tetapi kami sedikit hairan RTM menjadikannya sebagai antara penyebab kegagalan untuk membeli drama-drama tempatan selama ini," katanya. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014


















































































































































































































































Ketua Pengarah MSN: Pemuda PAS sokong langkah kementerian

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia menyokong langkah berani Kementerian Belia dan Sukan yang membuka ruang kepada semua pihak yang berkelayakan termasuk warga asing mengisi jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai satu langkah berani.

Pengarah DACS, Salman Saleh berkata pihaknya bersetuju dengan pendekatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi memberikan ‘nafas baru’ kepada sebuah organisasi penting itu bagi menggerakkan keupayaan dan cara bekerja yang baru di MSN selepas ini.

"DACS berharap isu membuka jawatan tersebut kepada warga asing tidak dijadikan isu lagi demi pembangunan sukan negara yang agak begitu malap pada ketika kini.

"Perkara ini perlu diakui oleh semua pihak daripada mementingkan ‘ego’ kepada melihat kemajuan sukan itu sendiri," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, DACS tuntas menyarankan kepada Khairy agar yakin dengan keterbukaan ini dan bukannya bersifat ‘rendah diri’ daripada melihat kejayaan yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan tanah air terhadap mutu dan kekalutan organisasi sukan selama ini.

Beliau berkata, berani berubah dan berani menyahut cabaran perlu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan semua aspek keperluan sukan menjadi fokus kepada MSN kelak.

DACS, ujarnya tetap menyokong siapa sahaja yang akan dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN nanti sama ada orang tempatan ataupun warga asing sekali pun.

"Kenapa pada sukan tanah air seperti bola sepak, badminton dan sukan-sukan lainnya kita boleh menerima jurulatih warga asing mengisi jawatan tersebut tetapi bagi MSN yang dianggap penting juga tidak diberikan kepercayaan?" tanya beliau

Katanya, sama ada bersetuju dengan tidak bersetuju di dalam isu itu, DACS berpendirian terbuka agar kemelut Ketua Pengarah MSN diselesaikan dengan segera.

"Diharap semua pihak bersikap terbuka dan rasional tentang perkara ini, tolak kepentingan diri demi ingin memastikan tahap dan mutu sukan negara setanding dengan Negara luar, bukannya emosional dan membantah tanpa ada cadangan konkrit untuk membantu pembangunan sukan negara agar benar-benar meyakinkan dan berdaya saing di setiap sukan yang diceburi," ujarnya lagi.

Bagi DACS, kata beliau Khairy telah memulakan langkah berani yang memerlukan sokongan dan pandangan yang baik untuk melihat masa depan sukan dalam negara kita benar-benar melonjak tinggi di masa hadapan.

"Jangan ada prasangka buruk dan tuduhan sinis yang tidak membina atas agenda yang lain. Majulah sukan untuk negara!" katanya. - HARAKAHDAILY 8/11/2014

Sumber HD - 8-11-2014

SIS wajar diharamkan - Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar.

Malah, katanya SIS adalah kewujudan baru atau penyelewengan agama di mana diasaskan oleh tokoh yang disepakati hampir semua ulama sebagai sesat iaitu Amina Wadud.

Menurutnya, asas Islam yang disesatkan Amina kepada umum dan pernah menimbulkan kontroversi seluruh dunia rupanya disambung di negara ini menerusi wadah SIS.

"Dari bertunjang isu feminisme yang diperjuangkan SIS, golongan ini dilihat semakin berani menyanggah asas-asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitulah mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, selain mempermain-main dan menyindir usaha-usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan, SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

"Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah. Bermakna SIS menolak keesaan Allah SWT sebagaimana Surah al-Ikhlas," jelasnya.

Tambahnya, DPPM kesal, SIS bersikap mencabar pihak-pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.

Beliau berkata, SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan.

"Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam negara ini," katanya.

Tegasnya, atas itulah DPPM berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014


















































































































































































































































Sister in Islam biadab cabar Majlis Fatwa

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kebiadaban Sister In Islam (SIS) mencabar fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atas pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bukti bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

"Malah, tindakan SIS itu mencabar institusi Raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan Negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Katanya, ia sekaligus juga membuktikan SIS mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, al-Hadith, ijmak ulama dan qias.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS menyokong dan berdiri teguh bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam keputusan itu dan merasa kesal atas keengganan SIS untuk akur dengan keputusan tersebut seterusnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan.

Menurutnya, tindakan SIS mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam.

"Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat," katanya lagi.

Beliau menambah, kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia.

PAS dalam isu itu, ujarnya berpendirian tegas menolak liberalisme dan pluralisme sebagaimana Muktamar Tahunan PAS 2009 meluluskan usul PAS Kawasan Shah Alam yang meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS.

Justru, kata beliau Pemuda PAS menasihati masyarakat awam agar berwaspada dengan agenda pihak-pihak tersebut yang sewenang-wenang mentafsir dan membentuk amalan bertentangan dari ajaran Islam.

"Sentiasalah merujuk para alim ulama dalam perkara ini kerana kita tidak hanya akan hidup di dunia, tetapi akan diperhitungkan di akhirat untuk ketetapan hidup kekal sama ada di syurga atau neraka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

Sumber HD - 31-10-2014


















































































































































































































































Hadir sebagai bantah kezaliman terhadap Anwar - Suhaizan

MUHAMMAD FAIZAL | .



PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia hari ini hadir memberi sokongan kepada kes rayuan terakhir terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira lebih seribu yang hadir, meminta agar sokongan solidariti akan berterusan buat mereka yang dizalimi.

"Pemuda PAS sentiasa bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat menyokong perjuangan yang dituntut rakyat terutama dalam isu kezaliman membabit Anwar.

"Kita hadir untuk menunjukkan sokongan yang sebenarnya apa yang kita laungkan selama ini, kita mahu keadilan yang sebenar dalam dunia kehakiman yang semakin murung sekarang ini," ucap beliau.

Beliau juga tidak menolak akan ada lagi konspirasi ketiga terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR selepas ini.

"Kalau sebelum ini ada fitnah satu, kemudian timbul fitnah liwat dua dan tak mustahil jika Anwar dibebaskan akan timbul konspirasi ketiga pula.

"Hendaklah kita menjadi penegak keadilan, kita perlu berlaku adil kerana keadilan itu lebih hampir kepada takwa.

"Kita perlu terus hadir bersama-sama bagi menuntut keadilan dalam sistem kehakiman ini kerana bukan untuk hari ini, tetapi untuk selama-lamanya," ucap beliau lagi.

Turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Anwar termasuk Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan juga Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

Anwar dilihat tiba pada jam 9 pagi disambut dengan laungan reformasi oleh para penyokong, dan kemudian sempat bertemu dengan mereka.

Turut menemani beliau adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wn Azizah Wan Ismail dan dua orang anaknya.

Sementara itu berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong cuba menolak halangan agar mereka dapat berhimpun lebih dekat di hadapan Istana Kehakiman.

Namun tindakan tersebut dapat ditenangkan Ahli Parlimen Batu Tian Chua setelah berbincang dengan pihak polis. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

KPPM - http://www.youtube.com/watch?v=ihLXIi53mJo&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 29-10-2014

Kes saman Presiden: Semoga Allah permudah urusan

HARAKAHDAILY | .



Salahuddin, Suhaizan, Dr Syed Azman dan Abang Ahmad Kerdee menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.


KUALA LUMPUR: Para pengunjung facebook Pemuda PAS Malaysia, pagi ini berharap semoga Allah memudahkan segala urusan berhubung kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Amri Bakar mengharapkan yang terbaik kepada Tuan Guru Abdul Hadi, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan dibebaskan dari belenggu khianat.

Abu Fayyadh pula mengharapkan agar kemenangan diberikan kepada pihak Tuan Guru Abdul Hadi, semoga sinar kebenaran kembali bersinar cemerlang.

"Alhamdulillah, mudahan dipermudahkanNya urusan perjalanan tuan-tuan semua ke Terengganu. Insya'allah, Amin ya Rabb'," tulis Muhammad Izzuddin Mohd Tahir sebagai respons kepada foto di atas yang dimuatkan dalam facebook Pemuda PAS Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut hadir bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

"Tabarakallah..Terus Membangun Bersama Islam," tulisnya. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014


















































































































































































































































Saman Fitnah: Pemuda akan iringi Presiden PAS, pagi 28 Okt

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan turun memberi sokongan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin, di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi, 28 Oktober ini.


Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau sendiri akan hadir bersama Setiausaha Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus bagi mengiringi Presiden PAS itu dan mengikuti perbicaraan di mahkamah.

"Pagi itu memang saya di Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada Tuan Guru Presiden.

"Kita tidak lah membuat kerahan, tetapi kita alu-alukan kehadiran khususnya sahabat pemuda Terengganu yang sudah tentu akan turun bersama," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 28 Oktober ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu akan mendengar keterangan saksi pihak plaintif antaranya seorang petugas media sebuah akhbar yang artikelnya dirujuk dalam kes saman tersebut.

Mahkamah sebelum ini sudahpun mendengar keterangan tiga orang saksi termasuk Mohd Shamsul sendiri.

Sementara itu, Suhaizan turut memaklumkan pada sebelah petang hari sama, beliau juga akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rayuan kes Fitnah II.

Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos lepas, menetapkan dua hari mulai 28 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes Fitnah II.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi dalam keputusan kes Fitnah II sebelum ini telah membebaskan Anwar, bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Anwar atas pertuduhan itu. - HARAKAHDAILY 23/10/2014

Sumber HD - 23-10-2014



















































































































































































































































Bajet 2015: K'jaan masih bersikap 'beri ikan bukan pancing'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Imbuhan yang diberikan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 di Parlimen baru-baru ini boleh disifatkan sebagai memberi 'ikan' dan bukan 'pancing' yang dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka masa panjang.


Pengarah Isntitut Kajian Polisi Pemuda PAS Malaysia Syahir Sulaiman berkata, beberapa imbuhan antaranya pemberian BR1M RM950 dan baucar buku RM250, walaupun baik, namun mekanisma pemberian tunai sebegini adalah tidak mampan.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Ilmiah yang bertajuk Bajet 2015: Perspektif dan Alternatif Islam yang dianjurkan oleh Majlis Penyelidikan & Tafaqquh (MPT), Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

Beliau menjangkakan inflasi juga akan terus meningkat pada kadar 4 ke 5 peratus bagi tahun 2015 berbanding 3 ke 4 peratus pada tahun 2014.

Fenomena kenaikan harga barangan ini katanya adalah kesan daripada langkah rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh pihak kerajaan yang akan menambahkan lagi bebanan rakyat.

Katanya, bajet 2015 memperlihatkan tiada mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap disiplin fiskal dan mengawal perbelanjaan secara efektif.

Malah, katanya ianya terus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek pelaksanaan yang lemah sebagaimana dibangkitkan dalam Laporan Audit setiap tahun, di samping permohonan bajet tambahan yang akan dikemukakan pada separuh pertama setiap tahun.

Untuk tahun 2015, beliau menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan sekitar RM235 bilion dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM274 bilion.

Kerajaan ujarnya dijangka akan menanggung defisit sekitar RM36 bilion (3.0% kepada KDNK) dan situasi ini telah berlarutan sejak tahun 1998 (tahun ke-18), mengakibatkan kerajaan terpaksa bergantung kepada hutang.

"Pihak kerajaan menyedari bahawa paras hutang persekutuan telah menghampiri paras siling 55 peratus kepada KDNK dan tiada pilihan selain mengurangkan perbelanjaan (merasionalisasi subsidi) dan mencari sumber pendapatan baru (melaksanakan GST)."

"Melihat kepada corak belanjawan ini, khususnya dalam pemberian BR1M, pengurangan subsidi, dan pelaksanaan GST, dapat disimpulkan bahawa kerajaan terpaksa mengambil tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun bagi mengurus persepsi di kalangan rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi, demi mempertahankan survival politik dalam PRU ke-14 nanti," katanya. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014


















































































































































































































































Belai anjing hilang stress minyak naik, entahlah...

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


Daripada sibuk berkempen sentuh anjing lebih baik buat kempen sapu kepala anak yatim.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap."

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik buat kempen belajar macam mana cara nak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk.

Daripada sibuk berkempen membelai anjing lebih baik belajar cara yang betul untuk membelai dan mengucup hajar aswad di Kaabah.

Di dalam Al-Quran pun Allah menceritakan kisah ashabul kahfi yang bersama-sama dengan anjing peliharaan mereka. Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing dalam kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya tersendiri.

Di dalam hadis pun Nabi s.a.w. ada menceritakan kisah perempuan pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana memberikan minum kepada anjing yang dahaga. Menunjukkan anjing tidak boleh disakiti dan berhak untuk dirahmati dalam keadaan yang memerlukan.

Mungkinkah program membelai anjing untuk mengatasi masalah rakyat yang stress akibat kenaikan harga minyak? Entahlah...

Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 20-10-2014


















































































































































































































































Keperibadian daie dan tugas utama

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .




Muqaddimah

Dakwah adalah tugas yang sangat mulia kerana ianya adalah tugas para anbiya dan mursalin. Ianya adalah amalan yang sangat penting untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Siapakah daie?

Daie kepada ugama Allah ialah setiap individu Muslim sama ada lelaki atau perempuan yang melaksanakan tugas anbiya a.s mengajak manusia supaya mengikut ugama Allah di dalam kehidupan di atas dunia ini.
Daie yang pertama bagi umat ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah:

لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ

“Dan ajaklah manusia kepada Tuhan kamu sesungguhnya kamu pasti berada di atas petunjuk jalan yang lurus“ (Al-Hajj: 67)

Kenapa kita mesti berdakwah?

1- Kerana ganjarannya sangat besar. Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan dia berkata sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam.” (Fussilat: 33)

Di dalam hadith juga disebut pahala pendakwah sama seperti orang yang mengikutnya. Sabda Nabi S.A.W; “ Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan.”

2- Kerana menyahut seruan Nabi S.A.W; sampaikan daripadaku walaupun satu ayat
3- Terlepas daripada bebanan di hadapan Allah
4- Kesejahteraan di dunia dan di akhirat
5- Untuk mengislahkan masyarakat
6- Supaya manusia mendengar kebenaran dan kita tidak tergolong di kalangan orang yang senyap menyatakan kebenaran

Kelengkapan kepada daie

Seorang daie sekurang-kurangnya mestilah melengkapkan dirinya dengan perkara-perkara berikut:

Pertama: Kefahaman yang terperinci

Seorang daie wajib mempunyai kefahaman yang terperinci dan menyeluruh kepada tajuk dakwah iaitu Islam yang mahu diseru manusia kepadanya. Ulama meletakkan satu kaedah yang sangat menarik فاقد الشيء لا يعطيه
(Seseorang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain)

Di atas dasar ini bagaimana seorang daie mahu menerangkan tentang Islam jika sekiranya dia sendiri tidak memahaminya.

Kedua: Keimanan yang mendalam

Seorang daie mestilah meyakini bahawa Islam yang diserunya adalah ugama dan petunjuk Allah yang benar yang tidak ada selain daripadanya. Sama ada dalam perkara yang berkait dengan aqidah, syariah ataupun akhlak dan moral. Dia mestilah meyakini bahawa Islamlah satu-satunya ugama yang boleh menyelamat dan menyelesaikan segala masalaah yang berlaku di dalam masyarakat manusia daripada dahulu, kini dan sehinggalah dunia ini ditamatkan oleh Allah.

Ketiga: Hubungan yang erat

Seorang daie mestilah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah kerana Dialah sahaja tempat bergantung dan memohon pertolongan dan Dialah sahaja yang boleh membuka pintu hati manusia untuk menerima ugama-Nya. Seorang daie hanya berusaha untuk menyampaikan ugama Allah adapun yang memberikan hidayah adalah Allah.

Saya mahu berda’wah tetapi….

Apabila soal dakwah dibicarakan seringkali persoalan-persoalan ini timbul di dalam diri daie:

Saya tidak layak untuk melaksanakan tanggungjawab ini
Saya tidak mempunyai masa
Saya segan
Saya tidak mempunyai ilmu

Keperibadian daie

Seorang daie mestilah mempunyai keperibadian Islam yang sejati yang diterangkan di dalam Al-Quran dan diperincikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Sunnahnya. Sekurang-kurangnya seorang daie itu mestilah mempunyai akhlak seperti berikut:

Pertama: Benar
Kedua: Sabar
Ketiga: Rahmat
Keempat: Merendah diri

Keutamaan Dakwah di Zaman Kini

Zaman sekarang ini sangat mencabar kepada daie kerana pertembungan antara Islam dan Kufur semakin getir. Di zaman Islam tidak mempunyai kerajaan dan pemerintahan; maka di sana terdapat beberapa aspek yang mesti diberikan keutamaan oleh daie di dalam medan da’wah pada zaman sekarang, antaranya ialah:

1- Memperbetulkan aqidah
2- Memberikan kefahaman yang betul dan tepat berkenaan dengan ajaran Islam
3- Menjawab syubhah dan kekeliruan terhadap Islam
4- Bicara dengan mad’u mengikut tahap pemikirannya
5- Menilai fiqh awlawiyyaat dan fiqh muwazanah

Penutup

Demikian ulasan serba ringkas kepada tajuk yang sangat penting ini. Mudah-mudahan ianya memberikan manfaat kepada kita bersama.

Rujukan:
Al-Quraan Al-Kareem
Sahih Al-Bukhari
Sahih Al-Muslim
Riyadhussalihiin
Usul Da’wah oleh Dr Abdul Kareem Zaidan

Tulisan di atas ialah kertas kerja ringkas penulis selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang dibentangkan pada Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD 2.0) pada 18 Okt 2014 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Sumber HD - 20-10-2014


















































































































































































































































Bajet 2015: Harap tidak perlu lagi bajet tambahan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) menegaskan agar tidak berlakukanya pertambahan bajet pada kali ini seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Bendaharinya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, PPM menjangkakan ianya akan dilakukan oleh kerajaan kerana kos akan meningkat terutama apabila perlaksanaan sistem cukai GST pada April tahun hadapan.

Ianya juga katanya, turut disuarakan dan dipesan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat di dewan rakyat termasuklah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucapan perbahasannya tempoh hari.

"Peruntukan bajet yang agak tinggi (RM273.9 bilion) ini sewajarnya mencukupi untuk menampung pembelanjaan negara dari semua aspek selagi amalan korupsi dapat dibendung daripada ianya berlaku," katanya.

"Kami mengambil maklum bahawasanya penambahan peruntukan adalah salah satu cara untuk terus melicinkan perjalanan pentadbiran namun ianya bukanlah satu tindakan yang rasional selagi mana amalan pemborosan terus bermaharaja lela," tegasnya.

Mengulas hutang negara yang terus meningkat, beliau berkata ianya satu lagi perkara yang sangat mendukacitakan lebih-lebih lagi tiada mekanisme dan usaha serius untuk menyelesaikannya.

Kerajaan katanya perlu lebih serius dalam membendung berlakunya ketirisan di semua peringkat terutama di seluruh agensi-agensi kerajaan.

Kerajaan juga ujarnya perlu mengamalkan pentadbiran yang amanah dan berintegriti oleh kerana ketirisan yang berlaku ini adalah penyumbang besar kepada peningkat hutang negara seterusnya menjejaskan perkembangan kewangan negara.

"Bajet defisit yang menjadi 'rutin' tahunan kerajaan perlu diambil perhatian serius oleh kerana ianya tidak menampakkan perubahan ke arah positif saban tahun.

"PPM menggesa agar kerajaan lebih serius dalam mepertingkatkan kewangan negara dengan menambah baik perjalanan pentadbiran serta mengurus sebaik mungkin sumber hasil mahsul negara," katanya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Ancaman ISIL: Pemuda PAS tawar khidmat penerangan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) besedia memberi penerangan kepada mana-mana pihak berhubung ancaman kumpulan radikal agama, Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) yang kini sedang hangat diperkatakan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata pihaknya bersedia turun padang sama ada bersama agensi kerajaan, NGO dan masyarakat awam untuk memberi kesedaran dan maklumat lengkap mengenai ISIL kepada anak-anak muda di negara ini.

"Dengan sumber tenaga terdiri daripada pemuda PAS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, memiliki profesion yang pelbagai, PPM yakin maklumat berguna dapat disampaikan kepada masyarakat.

"Selain itu, PPM sedia menggunakan pengaruh dalam masyarakat dalam mendidik anak-anak muda asas ajaran Islam yang sebenar, serta mengelakkan diri dari terlibat dengan mana-mana kumpulan ekstrim atau sesat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suhaizan, pihaknya bimbang dengan penglibatan rakyat Malaysia dengan ISIL.

Ianya termasuk strategi mereka dengan merekrut anak-anak muda terutama mereka yang jahil agama untuk menyertai mereka.

"Dengan umpan jihad dan ganjaran syahid serta syurga, segelintir rakyat Malaysia menyertai ISIL tanpa asas agama yang kukuh," tambahnya.

Bahaya ISIL kata Suhaizan lebih besar daripada ancaman pihak musuh Islam yang lain kerana ISIL bergerak dalam lapangan masyarakat di Iraq bertopengkan Islam, seolah-olah tindakan mereka selari dengan tuntutan dan syariat Islam.

Apa yang dibimbangkan katanya, adalah di sebalik pergerakan ISIL tersembunyi agenda zionis Israel atau Amerika Syarikat.

Kuasa-kuasa besar ini ujarnya menjadikan ISIL sebagai perisai bagi mengucar kacirkan pertahanan Islam, umat Islam berpecah dan berperang sesama sendiri di samping memberi gambaran buruk terhadap pejuang Islam.

Lebih dibimbangi perjuanagn ISIL juga memberi tafsiran yang negatif kepada umat Islam dan perjuangan Islam apatah lagi dengan racun islamiphobia yang wujud pasca tragedi 9/11 yang masih berlegar di kalangan masyarakat. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014



















































































































































































































































Bajet 2015: Untuk rakyat, daripada rakyat

SYAHIR SULAIMAN | .
Mafhum Firman Allah s.w.t.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Bajet rakyat

Bayangkan anda mempunyai pendapatan sekitar RM23,500 sebulan, namun anggaran perbelanjaan anda adalah sekitar RM27,400 sebulan.

Setiap bulan anda menanggung defisit sekitar RM3,900 dan situasi ini telah berlarutan sejak tahun 1998 (tahun ke-18), mengakibatkan anda tiada lebihan dan simpanan malah terpaksa bergantung kepada hutang. Ibu anda sering menasihati anda supaya lebih berhemah dalam berbelanja, namun anda terus membelanjakan wang ke atas perkara yang tidak perlu dan di luar kemampuan.

Pada suatu hari, pihak bank telah memberikan amaran bahawa paras hutang anda telah mencecah paras kritikal 55% nisbah hutang kepada pendapatan. Anda dipaksa untuk merasionalisasi perbelanjaan dan mencari sumber pendapatan baru.

Anda mempunyai pilihan samada untuk mencari pendapatan sampingan dan mula berjimat dalam berbelanja, atau memilih jalan mudah dengan ‘merasionalisasi’ wang saku kepada ibu anda dan ‘memecahkan tabung’ anak anda supaya anda mampu terus bermewah dalam gaya hidup sekarang.

Bajet kerajaan

Untuk tahun 2015, kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan sekitar RM235 bilion dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM274 bilion.

Kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM36 bilion (3.0% kepada KDNK) dan situasi ini telah berlarutan sejak tahun 1998 (tahun ke-18), mengakibatkan kerajaan tiada lebihan dan simpanan malah terpaksa bergantung kepada hutang.

Pihak kerajaan menyedari bahawa paras hutang Persekutuan telah menghampiri paras siling 55% kepada KDNK dan tiada pilihan selain mengurangkan perbelanjaan (merasionalisasi subsidi) dan mencari sumber pendapatan baru (melaksanakan GST).

Bajet adalah pilihan

Bajet adalah instrumen penting kerajaan dalam memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah bajet adalah sumber hasil (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment).

Ke mana RM274 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM223 bilion (82%) diperuntukkan untuk tujuan mengurus (2014: RM217b) manakala sejumlah RM49 bilion (18%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan. Nisbah 80:20 perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan sejak tahun 2011 ini adalah satu nisbah yang tidak seimbang bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Perbelanjaan untuk gaji dan emolumen kekal sebagai komponen terbesar berjumlah RM66 juta (29%) diikuti peruntukan subsidi berjumlah RM37 bilion (16%) dan perbekalan berjumlah RM38 bilion (17%).

Dari mana RM235 bilion ini diperolehi? Sebanyak RM183 bilion (78%) hasil cukai dijangka dipungut, merangkumi cukai langsung berjumlah RM135 bilion (cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum) dan cukai tidak langsung berjumlah RM48 bilion (duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, GST), manakala sejumlah RM52 bilion (22%) dijangka diperolehi daripada hasil bukan cukai (lesen, pelaburan).

Hutang kerajaan dicatatkan pada kadar RM569 bilion pada tahun 2014, iaitu pada kadar 53% kepada KDNK, terus menghampiri had siling 55% yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun, angka hutang ini adalah jauh lebih tinggi jika dicampur dengan jumlah tanggungan liabiliti luar-jangka (contingent liability) yang mencecah puluhan bilion ringgit.

Inflasi akan terus meningkat, diunjurkan pada kadar 4.0%–5.0% bagi tahun 2015 berbanding 3.0%-4.0% pada tahun 2014. Fenomena kenaikan harga barangan ini adalah kesan daripada langkah rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST oleh pihak kerajaan.

Sebagai pulangan daripada langkah kerajaan tersebut, beberapa imbuhan akan diberi kepada rakyat, antaranya pengurangan kadar cukai pendapatan pada kadar 1%-3%, pemberian BR1M bernilai RM950, boucer buku bernilai RM250, bantuan persekolahan bernilai RM100, elaun nelayan bernilai RM300, dan pelbagai lagi imbuhan dalam bentuk agihan tunai. Walaupun ia dilihat baik, namun mekanisma pemberian tunai sebegini adalah tidak mampan dalam jangka masa panjang, dan wajar diperbaiki dengan memperkenalkan sistem kupon supaya golongan penerima dapat membelanjakannya untuk barangan keperluan secara lebih efektif.

Di sebalik angka berbilion ini, bajet 2015 memperlihatkan tiada mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap disiplin fiskal dan mengawal perbelanjaan secara efektif, malah terus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek pelaksanaan yang lemah sebagaimana dibangkitkan dalam Laporan Audit setiap tahun, di samping permohonan bajet tambahan yang akan dikemukakan pada separuh pertama setiap tahun.

Melihat kepada corak belanjawan ini, khususnya dalam pemberian BRIM, pengurangan subsidi, dan pelaksanaan GST, dapat disimpulkan bahawa kerajaan terpaksa mengambil tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun bagi mengurus persepsi di kalangan rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi, demi mempertahankan survival politik dalam PRU ke-14 nanti.

Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 13-10-2014

Pemuda PAS rombak j'kuasa berdasar penegasan muktamar

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Rombakan kecil jawatankuasa Pemuda PAS Malaysia (PPM) bagi sesi 2013/2015 yang dilakukan diharap lebih berkesan dalam berhadapan dengan cabaran semasa, selain lebih dinamik dan inklusif.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat, berkata rombakan tersebut dilakukan secara demokrasi, berdasarkan pandangan perwakilan pada Muktamar Pemuda 2014, yang diadakan di Kota Tinggi, baru-baru ini.

"Rombakan ini merupakan satu penegasan yang telah dikemukakan kepada pewakilan dalam Muktamar yang lepas. Mesyuarat PPM pada 11 Oktober 2014 merealisasikan tuntutan dan kehendak semasa dengan menyaksikan perubahan kepada beberapa portfolio penting," tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurut Suhaizan, bagi jawatan Setiausaha yang sebelum ini dipegang Mohd Nasaie Ismail, telah diamanahkan kepada Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang dahulunya Penolong Setiausaha 3.

"Manakala Nasaie telah diamanahkan memegang portfolio Ketua Penerangan merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru Pemuda PAS Malaysia," kata Suhaizan.

Kekosongan Penolong Setiausaha 3 yang ditinggalkan Abang Kerdee pula diisi Mohd Hakim Mohd Nor yang juga Pengarah Akademi Pembangunan Remaja (AKR).

Sementara itu, Ustaz Zaharuddin Mohamad yang sebelum ini sebagai Ketua Penerangan diamanahkan menjadi Pengerusi Lajnah Pendidikan.

Mesyuarat juga membuat pelantikan baru iaitu Salman Saleh sebagai Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) bagi menggantikan Zulkarnain Zaki yang ditukar sebagai Timbalan Pengarah Mobilisasi.

Hasbie Muda pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Politik manakala penyandangnya Sdr Mohd Fadli Ghani diberi tugas sebagai Pengerusi Lajnah Tugas-Tugas Khas.

Berikut adalah senarai penuh saf kepimpinan Pemuda PAS Malaysia yang baharu.


DEWAN HARIAN

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin [Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

[BARU] Setiausaha : Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]

Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh

Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias

[BARU] Penolong Setiausaha III : Mohd Hakim Mohd Nor [Masih kekal sebagai Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja]

Bendahari : Ustaz Hj. Fakhrulrazi Mokhtar

[BARU] Ketua Penerangan : Mohd Nasaie Ismail [Pengerusi Lajnah Penerangan & Media Baru]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]

JAWATANKUASA (EXCO)

Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Dr Mohd Ibrahim [Pengerusi]
Azan Safar [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

[BARU] Lajnah Pendidikan : Ustaz Zaharudin Muhammad

[BARU] Jabatan Kebudayaan Seni & Sukan : Salman Salleh

JABATAN-JABATAN

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa Luar Negara : Dr Abdul Azim Abu Hasan [Pengarah]

Jabatan Pendidikan PASTI : Hassan Ahmad [Pengarah]

Jabatan AMAL : Juhari Osman [Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]
[BARU] Zulkarnain Zaki [Timbalan Pengarah : Status Exco]

Jabatan Pembangunan Usahawan : Mohd Burhanuddin Othman [Pengarah]

Jabatan Strategik Pemuda : Mohd Hilmi Radzuan

[BARU] Tugas-Tugas Khas : Mohd Fadli Ghani

[BARU] Jabatan Pendidikan Politik : Hasbie Muda [Pengarah]

[BARU] Jabatan Perbendaharaan : Zuhan Zain [Pengarah]

- HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014


















































































































































































































































Bajet 2015 'bajet sakit', kata Pemuda PAS

HAZAYANI ZAKARIA | .



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Bajet 2015 sebagai belanjawan kurang sihat apabila lebih banyak peruntukan pengurusan berbanding pembangunan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiyat berkata, nisbah peruntukan untuk pengurusan adalah 80 peratus berbanding untuk pembangunan sebanyak 20 peratus.

"Ini menunjukkan bajet yang kurang sihat kerana bajet untuk pengurusan terlalu banyak.

"Kalau untuk pengurusan maksudnya belanja hangus, tiada pulangan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, dekat sini.

Suhaizan juga berkata, kerajaan lebih banyak mengumumkan projek pembangunan di bandar berbanding di luar bandar.

"Projek-projek pembangunan hanya bertumpu di bandar dan meminggirkan luar bandar.

"Di negeri-negeri misalnya Kelantan masih tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya," katanya.

Kawal harga rumah

Menyentuh insentif untuk golongan muda pula, beliau menyambut baik pemberian kemudahan untuk golongan muda membeli rumah pertana namun mahu kerajaan turut mengawal kenaikan harga rumah.

"Memang ada insentif untuk golongan muda membeli rumah pertama tapi saya tidak nampak bagaimana kerajaan boleh mengawal kenaikan harga rumah.

"Harga rumah naik mendadak hingga golongan muda yang berpendapatan sederhana tidak mampu untuk membeli rumah," katanya lagi.

Untung peraih

Sementara itu beliau berkata, peruntukan RM100 juta untuk menyelesaikan masalah penoreh getah tidak diberikan terus kepada penoreh sebaliknya memberi keuntungan kepada peraih.

"Insentif 100 juta untuk penoreh tidak dapat menyelesaikan masalah penoreh yang berhadapan masalah penurunan harga getah sebaliknya diberikan kepada peraih," katanya.

Selain itu tegasnya, walaupun petrol tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi tiada jaminan kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol.

"Memang kerajaan umum petrol tak dikenakan GST tapi apa jaminan kerajaan tak akan naikkan harga minyak? Sekarang pun minyak dah naik 20 sen," katanya. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014

Letupan: Pemuda PAS bimbang cubaan wujud ketegangan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak polis membuat siasatan terperinci berhubung punca kejadian letupan di sebuah pub di kawasan Bukit Bintang, awal pagi tadi.


Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, letupan yang mengakibatkan 14 orang cedera itu dibimbangi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.

"Kita sangat jarang kedengaran berlakunya kes-kes sebegini di negara kita. Saya sangat bimbang jika ianya bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.

"Di harap pihak polis dapat membuat siasatan terperinci motif kejadian yang telah berlaku agar rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai," katanya.

Beliau mengulas insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Letupan dipercayai daripada dua bom buatan sendiri yang lemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan.

Difahamkan pihak polis dengan bantuan DBKL telah mengalihan kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja pemusnahan bom.

Sementara itu 11 mangsa letupan bom tersebut kini dirawat di Hospital KL iaitu warga tempatan (5), China (4), Singapura (1) dan Thailand (1). - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014


















































































































































































































































Minyak: Mustahil kerajaan mampu kawal harga barang

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas sikap kerajaan Malaysia yang menetapkan keputusan menaikkan harga minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 sen dan diesel mulai hari ini.

Kenaikan ini menjadikan harga petrol RON95 RM2.30 seliter sementara diesel dijual pada harga RM2.20.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata aApa yang mengecewakan adalah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel dalam keadaan tergesa-gesa tanpa notis awal kepada rakyat sehingga timbul suasana panik dan kelam kabut untuk mengisi minyak sebelum jam 12.00 malam tadi.

"Apakah tidak ada ruang buat rakyat memberikan pandangan balas serta cadangan bagi membantu kerajaan menampung perbelanjaan negara?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Soalnya lagi, apakah pemikir-pemikir negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat.

"Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikan minyak?" ujarnya.

Tambahnya, PPM melihat, langkah kerajaan menambahkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 adalah sekadar 'melepaskan batuk di tangga' kerana ia sekadar bantuan jangka pendek buat rakyat.

Yang pastinya, kata beliau rakyat akan merana dalam tempoh jangka panjang kemudiannya.

"Harga minyak adalah domino buat harga barang keperluan lain. Jika harga minyak naik bererti harga barangan lain akan turut naik," katanya.

Menurutnya, mustahil kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang keperluan kerana sebelum ini pun harga barang tetap naik melambung walaupun telah diberi jaminan penguatkuasaan dan pemantauan ketat kerajaan terhadap peniaga dan pembekal.

"Nampaknya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa lebih mengikat perut, bekerja lebih masa, mencari sumber pendapatan tambahan serta pekerjaan tambahan bagi menampung kehidupan sekeluarga," ujarnya lagi.

Beliau menambah, rakyat berpendapatan kecil adalah golongan terbesar bakal menerima kesan.

"Marilah kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ini," katanya. - HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014

Bukan niat untuk keluar PR - Suhaizan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat mengingatkan semua pihak mengelak dari memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR.

"Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khiruddin berhubung keluar PR yang dilaporkan media.

Sambil menafikan laporan itu, Suhaizan berkata kenyataan Khairil itu bukanlah bertujuan untuk PAS keluar daripada PR.

"Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

"Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia," katanya.

Kenyataan Khairil itu juga ujarnya turut dikeluarkan semasa muktamar Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini, dan ianya tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau perlantikan exco kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran itu kata Suhaizan, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK Malaysia untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan PR seperti diputuskan oleh muktamar 2008," tegasnya.

- HARAKAHDAILY 28/9/2014

Sumber HD - 28-9-2014



















































































































































































































































Surat terbuka kepada YAB Azmin Ali

SYAHIR SULAIMAN | .


“Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari berbuat kemungkaran, dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Hajj: 41)

1. Amanah Rakyat.

YAB Mohamed Azmin Ali,

Tahniah di atas perlantikan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang ke-15.

Seluruh rakyat dan pencinta keadilan menaruh setinggi harapan. Kebajikan rakyat perlu diutamakan. Kemajmukan agama perlu diharmonikan. Teras pendidikan perlu diperkukuhkan. Pemilikan rumah perlu disegerakan. Krisis air harap diselesaikan.

Kekayaan negeri adalah untuk diwarisi, agar rakyat tidak rugi. Jangan sesekali memungkiri janji, kelak menyesal di kemudian hari.

2. Memperkukuh Muafakat.

Bersama buka lembaran baru, ke arah kesepakatan yang lebih jitu.

Jadikan yang berlaku sebagai teladan. Mandat rakyat jangan dipertaruhkan. Harapan rakyat jangan dipermainkan. Setiap langkah perlu dikonsesuskan. Agenda bersama jangan ditinggalkan.

Jadikan syura budaya di Selangor. Rakyat dirujuk untuk membuat keputusan. Rakan dirujuk untuk mendokong keputusan. Sultan dirujuk untuk perkenan keputusan.

3. Terus Beristiqamah.

Amanah kepimpinan amat berat. Perbanyakkan sabar, teguhkan tekad.

Jadikan istiqamah sebagai azimat. Terus beristiqamah dengan ilmu dan syariat. Teguh komited mengislah masyarakat. Kekal konsisten mengukuh muafakat.

Jadikan doa sebagai senjata, solat dan zakat jangan dilupa. Menyeru kebaikan tanggungjawab semua, basmi kemungkaran agenda bersama.

Semoga YAB diberikan kekuatan, memimpin Selangor maju ke hadapan. – HARAKAHDAILY 23/9/2014

- Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM.

Sumber HD - 23-9-2014

Sudah-sudahlah ungkit kisah silam - Suhaizan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Walaupun krisis Menteri Besar Selangor sudah berada di penghujung, namun bagi Suhaizan Kaiat mahu menjawab sedikit apa yang disebut Lim Guan Eng semalam berhubung kekesalan pihaknya kerana kononnya empat exco PAS dalam kerajaan negeri adalah pengkhianat.

"Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar," tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menerusi facebook.

Beliau menegaskan, betapa hebat pengorbanan empat exco itu yang terpaksa lakukan demi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berfungsi agar ruang pembubaran Dun tidak berlaku.

Empat Exco daripada PAS ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa) dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan).

Suhaizan amat yakin keempat-empat exco itu masih ada semangat setiakawan, namun untuk maslahah yang lebih besar PAS terpaksa mengarahkan mereka terus kekal.

"Hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran MB yang lancar tanpa risiko pembubaran Dun.

"Sudah-sudahlah mengungkit kisah silam. Semua pihak mempunyai kesilapan masing-masing. Terus mara ke hadapan dalam suasana muafakat yang utuh," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

Sumber HD - 23-9-2014


















































































































































































































































Tak sabar nak merdeka

SYAHIR SULAIMAN | .

"TUGAS kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita belajar untuk berhasil" - Pak Hamka

Teringat di zaman sekolah, setiap tahun yang ada peperiksaan, hati mula berasa gundah. Masa untuk bermain terbatas. Buku dan kerja rumah tidak boleh culas. Siang dan malam menghadiri kelas. Kem motivasi menggantikan cuti, ujian percubaan disusun bersiri. “Tak sabar nak merdeka”, getus hati setiap hari.

Tekanan peperiksaan sangat berat. Si ibu mengharap yang terbaik, si bapa mengharap anak jadi cerdik. Guru tekun mengasuh mendidik, semua berharap dapat keputusan terbaik.

Orientasi peperiksaan menyebabkan kita lupa akan dasar dan falsafah pendidikan. Tekanan di bangku sekolah memaksa murid-murid berlumba mengejar ‘A’ dalam peperiksaan. Pencapaian akademik menjadi kayu ukuran, hingga terabai aspek sokongan, seperti ketinggian nilai, kekuatan spiritual, kecekalan emosi, kecergasan fizikal, kecerdasan intektual, dan orientasi sosial.

Akibat penumpuan berat sebelah pada jumlah ‘A’ dalam peperiksaan, maka terbentuklah generasi yang cemerlang akademik, tetapi lompang akhlak dan jati diri. Di belakang mereka yang digelar ‘berjaya’, tersisih golongan yang dihukum ‘gagal’ dan menjadi korban dalam persaingan periksa. Lebih malang apabila prestasi peperiksaan dijadikan penentu kejayaan, wujud budaya persaingan yang tidak sihat yang membibitkan budaya penipuan, yang mencemar kesucian falsafah dan nilai pendidikan.

Tanpa menolak pentingnya peperiksaan, kini adalah masa yang sesuai untuk semua kembali menilai dan memikirkan semula keupayaan sistem pendidikan Malaysia secara holistik dan mendasar, mengambil posisi korektif dan pembaikan sistem sedia ada, bersesuaian dengan kehendak dan cabaran semasa.

Model pemikiran yang mendasari zaman ini adalah ketinggian kreativiti dan inovasi. Sistem pendidikan yang holistik perlu keluar dari orientasi 'peperiksaan mengongkong' kepada pengembangan 'daya kreatif dan inovatif'. Pembudayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu beralih daripada orientasi 'meminta dan menunggu' kepada orientasi 'berdikari dan pemberdayaan potensi'.

Proses reformasi ini merupakan satu evolusi yang memerlukan penglibatan semua pihak, bukan hanya kebijaksaan menteri dan penggubal polisi. Guru yang berada di barisan hadapan perlu diberi pengiktirafan tinggi dalam agenda memperbaiki sistem pendidikan negara, bukan lagi sebagai bahan uji kaji dasar yang berubah setiap masa. Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu menjadi ruh yang membina generasi berjaya. Nilai agama dan institusi keluarga perlu diperkukuh agar generasi berjaya ini terdidik dan menjadi insan sempurna.

Sifat pendidikan adalah menyeluruh, kerana itulah sifat manusia. – HARAKAHDAILY 12/9/2014

* Syahir Sulaiman, Pengarah Kajian Polisi DPPM

Sumber HD - 12-9-2014


















































































































































































































































PM tiru idea Pemuda PAS

SYAHIR SULAIMAN | .
1. Pemuda PAS Malaysia menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk memperkenalkan skim sewa-milik (rent-to-own) bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).


2. Perdana Menteri dilaporkan mengumumkan skim tersebut pada majlis pecah tanah projek PR1MA di Seremban Sentral pada Selasa 9 September, bertujuan untuk membantu generasi muda memiliki rumah idaman dan mencadangkan agar pihak bank dapat menawarkan skim Rent-To-Own (RTO) dengan pemohon hanya perlu membayar sewa dalam tempoh 20 hingga 30 tahun sehingga rumah itu akan menjadi milik mereka.

3. Skim sewa-milik ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS dalam ‘Dokumen Agenda Anak Muda Berkebajikan’ pada 17 Februari 2013, yang telah menggariskan beberapa strategi penyelesaian terhadap permasalahan rumah mampu milik, di samping turut merungkaikan permasalahAN pendapatan boleh guna, kos sara hidup, keusahawan belia, pendidikan berkebajikan, pengakutan lestari dan kualiti hidup dalam kalangan generasi muda.

4. Pemuda PAS berpendapat situasi kenaikan harga rumah yang tidak terkawal ini, sebagaimana diunjurkan dalam Malaysian Housing Price Index (MHPI) yang meningkat pada kadar purata CAGR 5.5 peratus setahun sejak 2001, bukan sahaja menyebabkan ia tidak mampu-milik, malah hingga ke peringkat tidak mampu-bayar.

5. Pemuda PAS menyifatkan situasi struktural ini adalah disebabkan oleh faktor ketidakstabilan penawaran dan permintaan di pasaran hartanah. Pihak pemaju terpaksa menawarkan rumah dengan harga yang tinggi atas faktor lokasi dan harga tanah, kos buruh dan bahan binaan, di samping faktor keuntungan. Di pihak pembeli pula, pendapatan yang rendah dan perbelanjaan yang tinggi menyebabkan kemampuan untuk membayar deposit dan ansuran menjadi terbatas, di tambah pula dengan persaingan untuk mendapatkan rumah yang terhad di lokasi yang kondusif dan hampir dengan tempat kerja.

6. Menurut PR1MA, sehingga tahun 2013, sejumlah 700,000 pemohon telah mendaftarkan diri dalam sistem pendaftaran PR1MA, namun hanya 80,494 unit rumah mampu milik telah diluluskan untuk pembinaan. Ini bermakna, PR1MA hanya mampu memenuhi 11 peratus daripada keseluruhan permintaan, malah situasi yang sama turut disaksikan dalam beberapa skim rumah mampu milik yang telah diperkenalkan kerajaan, antaranya Skim Rumah PertamaKu, Skim MyHome dan seumpamanya.

7. Pemuda PAS menyarankan agar Perdana Menteri memperuntukkan dana khas bagi menjayakan skim sewa-milik yang pernah dicadangkan Pemuda PAS ini dalam Bajet 2015, di samping menuntut kerjasama institusi perbankan untuk menawarkan skim pembiayaan Al-Ijarah Al-Muntahiya bit-Tamlik (Sewaan Berakhir Dengan Pemilikan) dan pihak pemaju diseru untuk lebih inovatif dengan penggunaan kaedah pembinaan yang lebih kos efektif. Malah, skim perumahan sewa-milik ini sangat wajar dicontohi oleh kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, agar keperluan asasi ini dapat diperluaskan ke seluruh negara, khususnya bagi generasi muda. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Isu MB: Presiden PAS rancang penyelesaian terbaik

SUHAIZAN KAIAT | .


KRISIS MB Selangor ini besar cabarannya. Benar kata Tuan Guru Presiden, ada yang mabuk kerananya. Hasilnya berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Parahnya bila muncung senapang dihalakan sesama sendiri sedang rakyat menyaksikan dengan hati yang luluh.

Saya yang dari awal cuba mengambil pendekatan agar tidak terjebak terlalu jauh dalam krisis ini turut dipandang serong sesetengah pihak kerana kononnya tidak mempertahankan Tuan Guru Presiden.

Langkah yang saya dan pemuda ambil adalah demi kelangsungan perjuangan masa hadapan. Agar masih ada pihak yang dapat menyatukan kembali di saat gelora ujian sampai penghujungnya nanti. Justeru saya lebarkan jurang perdamaian ini kepada pemuda Pakatan Rakyat.

Doa Tuan Guru Presiden di awal ucapannya di Terengganu baru-baru ini memberi satu mesej jelas betapa beliau turut tersepit dengan krisis ini.

Sewaktu saya dan beberapa sahabat pimpinan pusat menziarahi beliau melahirkan kebimbangan tentang krisis ini, beliau menyatakan dirinya jauh lebih bimbang dan sedang merancang penyelesaian terbaik.

Atas apa faktor yang saya pun tidak ketahui (dan mungkin tak perlu pun saya ketahui) beberapa langkah Tuan Guru Presiden menjadi kontroversi yang mengundang kritikan ramai. Beberapa pimpinan PR yang menyerang beliau.

Ada sesetengahnya saya hubungi agar menghentikan serangan demi masa hadapan PR. Untuk menjawab di media saya tiada maklumat yang lengkap dan bimbang boleh mengganggu perancangan Tuan Guru Presiden, maka saya teruskan dengan agenda politik damai anak muda Malaysia.

Kini krisis masuk fasa yang baru. Sultan murka kepada PKR dan DAP. Mungkin ini yang berada di pemikiran Tuan Guru Presiden dari awal. Mengelakkan pertembungan dengan istana sementelah PAS adalah sebuah parti yang amat dekat dengan orang melayu.

Krisis ini sudah terlalu lama. Rakyat akan bertambah bosan dan muak jika masih ada usaha mengheret krisis ini tanpa penghujung.

Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan siapa yang sultan lantik sebagai MB selagimana ia dari Pakatan Rakyat. Pulihkan kembali muafakat kita. Kembali ke meja rundingan. Susun kembali strategi untuk menguasai suasana politik yang berkecamuk ini.

Kembalikan kestabilan politik Selangor agar Umno tidak dapat mengambil peluang. Dengan itu saya mengharapkan adanya cahaya di hujung terowong gelap ini. - HARAKAHDAILY 10/9/2014

Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 10-9-2014


















































































































































































































































Menanti 'badai Kajang' tenang

SYAHIR SULAIMAN | .
"... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah: 2)

Drama panjang

Tiada siapa menyangka kemelut yang pada asalnya hanya ‘ribut dalam cawan’ PKR sudah bertukar menjadi badai yang memabukkan seluruh negeri dan negara.

Apa yang bermula dengan perletakan jawatan Adun Kajang tanpa asbab munasabah pada 27 Januari 2014, disusuli dengan pilihanraya kecil Dun Kajang yang menelan belanja jutaan ringgit, masih berlarutan hingga masuk suku ketiga tahun 2014.

Skrip asal yang terkandung dalam dokumen Serampang Kajang – menghentikan sentimen perkauman dan agama di Selangor, Selangor negeri contoh model ke Putrajaya, menguatkan kubu Pakatan di Selangor, elak pengalaman Kedah, Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya – sudah melangkau ke episod perebutan kerusi Menteri Besar yang menggugat kestabilan kerajaan negeri, menggoncang konsensus Pakatan Rakyat, menghakis keyakinan rakyat, dan menongkah arus di hadapan istana.

Situasi ini sangat memualkan rakyat bawahan, hingga ada teman mengusik, “Panjang drama Langkah Kajang ini, bagai sinetron Bawang Putih Bawang Merah, episod berganti tanpa sudah, diselangi tawa tangis dan gundah”.

Penulis tidak berminat untuk mengulas setiap babak dan watak dalam Serampang Kajang ini, tetapi cukuplah untuk menyatakan bahawa drama panjang ini mesti dihentikan segera. Habis hilang fokus untuk membuat kerja, hatta untuk solat pun tergesa-gesa, usai salam telefon terus dibuka, takut terlepas babak penampar muka!

Terkadang kita berasa diri sudah bijak, hingga lupa ada musuh, rakan, rakyat dan raja yang jauh lebih bijak.

Badai gelombang

Sepanjang babak yang tidak berkesudahan ini, ramai yang mabuk dalam gelombang maklumat dunia terbuka. Semuanya berpunca daripada keghairahan mencari berita terkini, tidak sabar menanti dari sumber yang rasmi, hingga percaya pada fitnah dan gosip sensasi.

Dalam menghadapi gelombang ledakan maklumat ini, YB Tuan Guru Hj Hadi telah mengingatkan bahawa, “Maklumat yang tidak dinilai, tidak diselidiki, yang bertebaran merata-rata tempat itu mampu untuk merenggangkan saf ahli yang sepatutnya berada dalam keadaan tersusun.
Semua pihak dalam jamaah mestilah berdisiplin tinggi dan berakhlak dalam mengolah gelombang ledakan maklumat ini supaya tidak bertembung sesama sendiri yang akan merugikan jamaah itu sendiri”.

Ini adalah selaras dengan beberapa peringatan yang ditunjukkan oleh Al-Quran. Antaranya, kita dipesan untuk berusaha mendengar dan memilih perkataan yang baik sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai pemikiran.” (Az-Zumar; 18).

Kita juga dipesan agar berpaling daripada perkataan yang sia-sia, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu, sejahtera atas kamu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil.” (Al-Qasas: 55).

Malah, sebaik-baik sikap apabila menerima maklumat adalah sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6).

Sementara menanti ombak yang membadai bahtera ini kembali tenang, penulis ingin mengajak semua untuk merenung salah satu arahan yang dinukilkan oleh YB Tuan Guru Presiden di penghujung Ucapan Dasar Muktamar PAS 2013 yang bertemakan Rahmat Untuk Semua, iaitu:

“Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing”.

Merenungnya, terasa berat untuk disahut dengan ungkapan, “Kami dengar dan kami patuh”.

Ya Allah, tenangkanlah badai ini, banyak kerja ditangguh kami.

*Penulis adalah exco Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 7-9-2014

Generasi muda dunia mula benci Israel?

SYAHIR SULAIMAN | .


MAHA Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Al-Isra’: 1)

Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai ‘Medan Amali Ketamadunan Manusia’.

Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini. Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.

Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.

Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza. Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel. Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.

Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda. Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).

Dimensi baru konflik Palestin - Israel

Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya ‘Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?’ – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.

Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus. Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai ‘racist’ setaraf dasar ‘apartheid’. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.

Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan ‘Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia’ pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain. Ditanya ‘Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?’ – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak. Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.

Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).

Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.

Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah air kepada penduduk asal Palestin.

Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – ‘delegitimising’ - yang mempersoalkan ‘legitimasi’ atau status negara haram Israel. Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.

Konsep ‘delegitimising’ terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB. Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran ‘delegitimising’ ke seluruh dunia. Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.

Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.

Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia. Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan. – HARAKAHDAILY 5/9/2014

*Syahir Sulaiman ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM

Sumber HD - 5-9-2014


















































































































































































































































VEP wajar mula pada kadar minimum

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat mencadangkan agar kerajaan menetapkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan Singapura memasuki negara ini pada kadar minimum terlebih dahulu.

Beliau pada Wacana ke-30 Sinar Harian 'VEP: Apa Tunggu Lagi?' berpendapat penetapan kadar minimun ini adalah bertujuan untuk mengetahui terlebih dahulu hasil pelaksanaan tersebut.

"Kita khuatiri tindakan meninggikan caj tersebut akan menjejaskan beberapa aspek terutama ekonomi setempat.

"Kerajaan perlu menetapkannya pada kadar minimun terlebih dahulu dan kita lihat hasilnya," kata beliau yang dipetik Sinar Harian.

Suhaizan turut mengingatkan kenaikan VEP ini perlu dikaji dengan teliti agar ia tidak membebankan rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.

"Kita harap kerajaan meneliti dan mencari satu nilai munasabah bagi caj tersebut dan ia bagi mengelakkan suasana panik ke atas warga Singapura," sambung beliau.

Sementara itu timbul ketidak puashatian dari kalangan penonton yang hadir apabila Suhaizan dilihat seolah-olah membela rakyat Singapura.

Menjelaskan hal itu beliau berkata, ianya bagi menjaga hubungan politik anata dua negara.

"Malaysia negara kelahiran saya, tetapi sebagai ahli politik yang matang, saya ingin menjaga hubungan antara Malaysia dan Singapura.

"Dalam isu VEP kita tidak mahu wujudkan permusuhan dan kita harus beri mesej yang jelas dan kalau timbulkan kebencian ia merupakan suatu yang tidak baik," katanya.

Wacana yang diadakan di Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat di Tampoi johor selain Suhaizan sebagai ahli panel turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi dan Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Manakala, Moderator adalah Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik.
- HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014

Tahniah buat Tuan Guru Presiden PAS

MOHD NASAIE ISMAIL | .




Gembira bercampur lega dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman. Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Ia berlaku di tengah dunia Islam berada di persimpangan dan sebahagian umat Islam tercari cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Taliban, muncul pula gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam. Ketika dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring, penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang damai tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan Mesir kini. Namun kadang kala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat lebih dalam.

Apabila berlaku peperangan, di luarnya dilihat mudah, tetali untuk jangka masa yang panjang kemusnahan akan berlaku dan sukar dibangunkan.

Kemudian suasana perang mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa besar untuk mencatur sesuatu yang akhirnya merugikan dunia Islam. Itulah yang berlaku di Afghanistan dan Iraq serta berpotensi berlaku di Syria.

Kejayaan Tuan Guru merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani.

Alhamdulillah, anak-anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.

Cara fikir Tuan Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak muridnya juga Erdogan, Dr Kamal Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada pelbagai negara dan mazhab.

Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru seolah-olah bersendirian dan terpencil.

Kita bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat.

Namun cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli muktamar yang terdiri daripada ulama-ulama Islam seluruh dunia terhadap pencalonan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah.

Sebagaimana Allah memanjangkan usia Dr Yusuf Al Qardhawi sehingga 87 tahun hari ini, begitu juga harapannya agar Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi yang kini berusia 67 tahun untuk memimpin dan membimbing dunia Islam ke tahap menjadi ummat lebih bermaruah, bukan dipijak dan dihina sebagimana di Palestin dan lain lain wilayah Islam.

Sebagaimana kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 24-8-2014



















































































































































































































































Meneroka laluan alternatif, bukan U-turn

SUHAIZAN KAIAT | .
17 Ogos 2014 yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa. Bagi PAS, ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telahpun dicapai. Semua orang sudah tahu.

Namun apa yang penting bagi saya, dinamika yang berlaku dalam PAS sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya bagi saya sendiri yang baru sahaja diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Media pro UMNO - seperti kebiasaannya - terus menerus menggambarkan bahawa keputusan dibuat oleh PAS dalam mesyuarat 17hb yang lalu sebagai tidak 'gentleman'. PAS diwarnakan menerusi media-media mereka sebagai 'membuat U turn' demi mengikut telunjuk DAP. Mentera mereka bahawa PAS berjaya diperalat oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim, itu semamangnya sudah pasti.

Jalan alternatif

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa PAS bukanlah membuat U-Turn khususnya apabila ada yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh Presiden serta Majlis Syuro Ulama' sebelum ini yang ternyata kononnya tidak sejajar keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos.

Bagi saya, PAS telah mengambil jalan alternatif setelah jalan yang asalnya sudah rosak.

Jalan asal adalah menerima Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Asasnya adalah kemampuan beliau dalam mentadbir Selangor. Berita tentang kelemahan politik Khalid pada pandangan PAS masih bersifat dalaman parti dan ia boleh diperbaiki oleh partinya sendiri. Mengekalkannya dengan penambahbaikkan prestasi politik Khalid jauh lebih rendah risikonya berbanding mengugurkannya. Bahkan kepimpinan utama Pakatan Rakyat juga boleh memberikan cadangan, pandangan serta kritikan kepada PKR menerusi mesyuarat Majlis Presiden PR.

Namun, jalan yg dilalui PAS tidak seperti difikirkan pada awalnya. Masalah yang dihadapi Khalid seperti perbincangan dan pertimbangan panjang pucuk kepimpinan partinya sendiri telah mengakibatkan keahliannya sebagai anggota PKR digugurkan.

Nah, Khalid bukan lagi ahli PKR sekaligus beliau bukan lagi dari Pakatan Rakyat.

Dalam konteks ini, kita perlu sedar bahawa tahalluf siyasi PAS adalah dgn PKR dan DAP, bukan dengan batang tubuh Khalid!

Maka PAS mengambil jalan baru dengan menolak Khalid. Inilah yang saya sifatkan sebagai dinamika PAS dalam membuat sesuatu keputusan. Seperti harusnya sesuatu minuman itu diminum, menjadi terlarang sekiranya kondisi minuman itu bertukar menjadi minuman yang memabukkan.

Jalan baru PAS adalah menolak Khalid dari kerusi MB. Jalan baru ini memerlukan PAS menamakan penganti kepada kerusi MB. Walaubagaimanapun jalan baru PAS tetap ke hadapan bukan U-turn seperti yang digambarkan oleh media pro-Umno.

Dua nama, satu alternatif

Tok Guru Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan Istana Selangor. Pada Syawal keempat, beliau dititah mengadap Sultan. Hasilnya, Presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Dato' Seri Wan Azizah.

Atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif.

PAS boleh sahaja mengemukakan nama dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Wan Azizah. Namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat oleh PAS.

PAS juga penuh sabar ditohmah khianat terhadap PR kerana mengekalkan empat orang exco bersama Menteri Besar bebas. Niat PAS adalah baik untuk menyelamatkan kerajaan Selangor sebelum Menteri Besar yang baru dilantik. Minima exco dalam kerajaan Selangor adalah empat orang maka PAS menggalas peranan ini.

Atas semangat inilah, saya dengan penuh rendah diri menyeru rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat yang mendokong serta menyokong Pakatan Rakyat, usah ragu dan curiga dengan PAS.

Kita akan mempertahankan koalasi ini demi berhadapan Umno BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia
- HARAKAHDAILY 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014

Najib bakal berdepan pertempuran dalaman Umno

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja gagal memecahkan hubungan PAS dan PKR terutama dalam konflik di Selangor tetapi turut berhadapan dengan perpecahan dalaman parti beliau sendiri, Umno.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuktikan pentadbiran Najib kini berhadapan dengan masalah dalaman yang amat serius.

"Dalam banyak pertempuran dalaman Umno yang melibatkan Dr Mahathir, biasanya kemenangan akan memihak kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Ini jelas memberi gambaran pentadbiran Najib bukan sahaja ada perpecahan dalaman tetapi turut berdepan masa depan yang agak suram," katanya.

Ujar beliau, Najib mengharapkan kejatuhan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu membabitkan jawatan Menteri Besar.

Namun, katanya lagi percaturan terbaik dilakukan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam membuat keputusan menjadikan Pakatan Rakyat lebih kuat dan sefahaman berbanding sebelum ini.

"Kita di dalam Pakatan Rakyat bertambah kuat, tetapi Najib kini berada dalam keadaan serba salah sama ada ingin mengikut kata Dr Mahathir atau meneruskan dasar tranformasinya," sambung beliau.

Suhaizan turut meminta agar Pakatan Rakyat mengambil peluang di sebalik perpecahan di dalam Umno sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

"Masa tiga tahun cukup singkat untuk Najib, pasti Dr Mahathir akan meneruskan serangan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan lagi menjadi umpan untuk rakyat.

"Ini belum lagi kemarahan rakyat yang terpaksa menghadapi kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Peluang ini harus diambil Pakatan Rakyat untuk kita hadapi PRU14 nanti dan menafikan Barisan Nasional di Putrajaya sebagai usaha kita mengembalikan hak rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014



















































































































































































































































Tubuh S'jaya khas kemuka syor pemulihan MAS

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta segera memaklumkan keputusan semasa berhubung Pelan Pemulihan Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini mendapat perhatian utama dikalangan pemegang saham minoriti syarikat penerbangan itu.

Kelmarin, laporan akhbar memaklumkan saham MAS meningkat 8.33 peratus ekoran tindakan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional yang menguasai 69.3 peratus kepentingan dalam MAS membeli baki saham yang tidak dimilikinya.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Khairil Nizam Khirudin berkata tindakan ini masih menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya motif utama pemilikan sepenuhnya saham MAS dan menyusun semula syarikat penerbangan itu.

"Berdasarkan kenyataan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, MAS masih mempunyai modal yang mencukupi untuk kelangsungan 12 bulan operasinya, namun pelan seterusnya masih belum dijelaskan.

"Khazanah perlu memperincikan opsyen-opsyen yang telah diambil bagi memulihkan syarikat berkenaan. Ini kerana ia mungkin akan melibatkan lebihan suntikan dana oleh kerajaan terhadap MAS atau syarikat itu akan memfailkan kebangkrapan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, MAS seperti sedia maklum berhadapan dengan kerugian besar tiga tahun berturut-turut, malah sepertimana yang dilaporkan MAS mengalami kerugian bersih RM 443 juta dalam suku tahun pertama 2014 dan dianggarkan kini mencecah RM 7 juta sehari.

Maka kata beliau, perkara ini perlu dijelaskan secara telus dan yakin termasuk opsyen untuk menswastakan syarikat itu.

Beliau turut mencadangkan agar pembentukan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh subject matter experts (SMEs) dari pihak kerajaan dan pembangkang bagi mengkaji dan mengemukakan syor-syor yang konkrit bagi mengatasi kemelut yang berlaku.

"Ini kerana usul untuk membahaskan MAS pernah ditolak di Dewan Rakyat pada bulan Jun yang lalu.

"Malah, pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara enggan menyiasat kerugian yang dialami oleh syarikat penerbangan itu," tegasnya lagi.

Suruhanjaya Khas ini ujarnya boleh meneliti faktor sebenar pemasalahan yang berlaku meskipun MAS mampu mencatatkan perolehan yang tinggi tahun lalu.

Walaupun, tren kerugian ini turut dialami oleh syarikat-syarikat penerbangan serantau, beliau menjangkakan terdapat beberapa kos operasi yang boleh dipertikaikan.

"Penubuhan Suruhanjaya Khas ini juga diharap mampu menjadi medium yang efektif untuk menyelesaikan kemelut MAS dan Kesatuan Sekerja Kakitangan MAS (MASEU).

"Ini penting kerana nasib 20,000 kakitangan masih belum dapat dipastikan menerusi Pelan Pemulihan Penerbangan Malaysia ini," katanya.

- HARAKAHDAILY 13/8/2014

Sumber HD - 13-8-2014

Kemenangan Erdogan harapan ummah

DR RAJA AHMAD AL HISS | .

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan, dari Parti Keadilan & Sejahtera (AK Party) di atas kemenangan beliau dalam pemilihan Presiden Turki dalam pusingan pertama setelah mendapat 52 peratus undi.

Kemenangannya menjadikan beliau tanpa perlu melalui proses pusingan kedua kerana mendapat majoriti yang besar kali ini.

Kemenangan ini juga membolehkan beliau berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi setelah menjadi Perdana Menteri di Turki sejak 10 tahun yang lalu.

LA PPM merasa bangga kerana kejayaan Erdogan adalah hasil daripada proses demokrasi yang dijunjung tinggi.

Turki adalah sebuah negara moden yang berjaya menjulang demokrasi pada kedudukan tertinggi tanpa sebarang konflik dan penyelewengan.

Kejayaan Erdogan memimpin Turki sebagai Perdana Menteri sebelum ini amat mengagumkan banyak pihak.

Beliau mampu menghentikan sengketa, mengelakkan krisis, menyelesaikan masalah rakyat, mengangkat kedudukan ekonomi Turki serta menghapuskan amalan rasuah dan nepotisme di kalangan pemimpin negara.

Kecemerlangan era kepimpinannya sebaga PM Turki membawa landasan baharu Turki menjadi antara negara disegani lawan dan kawan.

Malah, keprihatinannya dalam isu antarabangsa terutama isu Gaza dan Mesir membuka mata pemimpin negara Islam yang lain.

Apa yang mengujakan adalah bagaimana AK Party, parti yang dipimpin oleh Erdogan mampu memberi impak yang besar kepada rakyat Turki walaupun baharu diwujudkan pada tahun 2001.

Dengan usaha progresif menyelesaikan masalah rakyat, mengutamakan kebajikan, serta bersikap realitistik dalam menangani isu-isu kemanusiaan dan rakyat, AK Party diterima baik oleh rakyat Turki.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh karisma yang begitu berwibawa seperti Erdogan, pastinya Ak Party adalah pilihan utama dan menjadi fenomena rakyat Turki ketika ini.

LA PPM bersama rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam meletakkan harapan Erdogan mampu menjadi pemimpin dan pembela ummah khususnya yang berkaitan isu Gaza sebagaimana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Umat Islam di dunia ini amat memerlukan seorang pemimpin pemberani dan lantang sehebat Erdogan, yang mampu mengancam dan menggugat keangkuhan Israel terkutuk!
- HARAKAHDAILY 12/8/2014

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 12-8-2014



















































































































































































































































MH17: Pemuda PAS desak PBB bersikap telus

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak secara telus dalam membuat siasatan berhubung tragedi pesawat MAS MH17.

Ketuanya Suhaizan Kaiat juga mendesak agar PBB mengambil tindakan terhadap mereka yang merancang dan bertindak menembak kapal terbang yang membawa orang awam milik negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada pegawai PBB di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Memorandum itu turut mengutuk tindakan tentera Ukraine yang seolah-olah cuba untuk menghalang delegasi daripada negara ini melakukan kerja-kerja di kawasan kejadian.

"Kita mengutuk juga tindakan yang menghalang kita bagi mendapatkan bukti-bukti kapal terbang itu terhempas,"katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, wakil PBB berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada unit penyiasatan PBB di New York dengan segera mungkin.

Tragedi MH17 yang terhempas ditembak oleh puak pemisah dikecam hebat oleh dunia malah ramai yang menyatakan simpati terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis, 17 Julali lalu.

Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. - HARAKAHDAILY 22/7/2014

Sumber HD - 2-7-2014

Pemuda PAS akan hantar sukarelawan ke Gaza

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) akan turut memainkan peranan penting dalam membantu umat Islam di Gaza, Palestin yang sedang menderita diserang oleh rejim Zionis Israel dengan mengusahakan menghantar sukarelawan ke Gaza.

"Misi kemanusiaan ini akan disasarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, atau dalam bulan Ogos 2014 nanti," ujar Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, PPM melalui Jabatan Profesional Muda akan menyediakan pasukan perubatan terdiri dari kalangan doktor dan pembantu perubatan yang terlatih dalam menghadapi misi sukar ini.

Selain mereka, jelasnya peralatan seperti ubat ubatan, makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain turut dibawa bersama dalam misi yang akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Untuk itu, katanya LA PPM mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000 akan berjaya dikutip dalam roadshow PPM di negeri-negeri.

Katanya lagi, kutipan itu nanti akan diserahkan terus oleh Suhaizan Kaiat, kepada wakil penduduk Gaza.

"Apa yang diharapkan, misi ini sebagai melahirkan rasa simpati dan kebersamaan rakyat Malaysia terhadap umat Islam Gaza yang dizalimi oleh rejim Israel.

"Semoga ia juga membuka mata pemimpin negara umat Islam agar bangkit menentang kekejaman rejim melalui pelbagai tindakan agresif sebagai menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini," ujarnya lagi.

Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, katanya LA PPM mengajak umat Islam di negara ini akan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya perjuangan umat Islam Gaza diberikan kemenangan oleh Allah SWT. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

peranan penting dalam membantu umat Islam di Gaza, Palestin yang sedang menderita diserang oleh rejim Zionis Israel dengan mengusahakan menghantar sukarelawan ke Gaza.

Sumber HD - 17-7-2014


















































































































































































































































Himpunan besar-besaran solidariti untuk Gaza Jumaat ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama NGO islam akan mengadakan himpunan besar-besaran Solidariti Untuk Gaza (S4G) pada hari Jumaat 18 Julai ini.

Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail, himpunan akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

"Seterusnya akan bergerak ke kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak.

"Semua parti-parti politik, ngo dan seluruh orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan solidariti terhadap penduduk Ghaza yang diserang Israel," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, orang ramai katanya diseru membawa bersama bendera Malaysia dan Palestin bagi menyatakan kebersamaan Malaysia buat Palestin.

Himpunan dijangka akan dipimpin oleh pimpinan kanan PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden DatukTuan Ibrahim Tuan Man, Dato Haji Husam Musa, Solehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS sendiri Suhaizan Kaiat.

Antara NGO yang akan turut serta dalam himpunan ini pula termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Muslim Care, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

Sumber HD - 16-7-2014

Piala Dunia 2014: Suatu penilaian buat Malaysia

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di Malaysia pagi semalam menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Ia juga memberi erti kemunculan juara dunia bola sepak bagi tempoh 4 tahun ini.

Jerman buat kali keempat telah dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina hasil jaringan tunggal Mario Gotze pada minit ke-113. Bagaikan perlawanan ulangan tahun 1986, kali ini yang bezanya ialah Jerman yang menang.

Piala Dunia 2014 kali ini amat menarik dan unik. Pelbagai kejutan di sepanjang kempen ini yang menjadikan ramai peminat bola sepak tertunggu-tunggu apakah kesudahan yang bakal tiba. Seawal persaingan peringkat kumpulan, beberapa pasukan yang menjadi pilihan untuk juara tersingkir.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Sepanyol yang menjadi penyandang juara Piala Dunia 2010 dan juara Eropah 2012 tersingkir di peringkat kumpulan. Bahkan lebih buruk lagi apabila hanya menang sekali sahaja dalam 3 perlawanan. Turut tersingkir di peringkat kumpulan lagi adalah pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Itali, England dan Portugal.

Meskipun dibarisi dengan barisan pemain ternama dunia namun ianya bukan menjadi tiket untuk mara bersaing di peringkat seterusnya. Apatah lagi Itali dan England mempunyai liga bola sepak domestiknya yang sangat berprestij. Namun semua itu tidak bermakna apabila pulang awal sebelum persaingan sebenar bermula.

Apa yang menyedihkan apabila wakil daripada Asia gagal menyerlah kali ini. Iran, Jepun dan Korea Selatan gagal memberikan impak. Menduduki tangga tercorot masing-masing membuktikan kualiti pasukan bola sepak Asia. Wakil Asia kali ini tidak mampu memenangi walaupun satu perlawanan. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi warga Asia.

Namun begitu, terdapat juga pasukan yang turun sebagai pasukan 'underdog' berjaya menyerlah kali ini. Algeria, sebuah negara di benua Afrika berjaya memposisikan diri mereka sebaris dengan pasukan-pasukan ternama yang lain. Algeria menyertai FIFA pada tahun 1964 selepas setahun setengah memperolehi kemerdekaan. Kemudian layak ke Piala Dunia pada tahun 2010 namun tewas di peringkat kumpulan. Kali ini mereka tampil bergaya apabila mampu bersaing sehingga ke peringkat kalah mati. Yang menariknya Jerman yang merupakan saingan mereka terpaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Algeria.

Sesuatu yang boleh diambil iktibar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini. Dari sudut geografi dan kekayaannya, Malaysia jauh lebih bertuah daripada Algeria. Bahkan, Malaysia terlebih dahulu merdeka berbanding Algeria. lebih hebat lagi, Malaysia menyertai FIFA 10 tahun awal daripada mereka. Namun, di manakah Malaysia pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini? Bagaikan mengulangi aktiviti 4 tahun sekali, Malaysia sekadar menjadi pemerhati dan bersorak mengikut pasukan yang diminati.

Pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini juga menyaksikan pasukan suka ramai iaitu Brazil gagal menampilkan aksi terbaik mereka. Sekalipun mampu mara sehingga ke perlawanan separuh akhir, skuad yang terkenal dengan gaya samba ini semakin layu di peringkat separuh akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kebergantungan penuh kepada Neymar menyaksikan skuad Selecao bagaikan hilang punca apabila Neymar cedera semasa menentang Colombia. Lebih malang lagi dalam sejarah bola sepak Brazil apabila skuad samba ini menjadi sambal yang lunyai dikerjakan Jerman. Bolos 5 gol dalam tempoh 30 minit membuktikan bahawa gaya samba bola sepak yang diagung-agungkan itu kini tidak relevan lagi. Zaman kegemilangan Brazil sebagai kuasa bola sepak dunia kian berlalu. Tidak dinafikan kemaraan sehingga peringkat separuh akhir.

Namun, kestabilan dalam kumpulan juga memainkan faktor kemenangan sesebuah pasukan. Natijah kebergantungan terhadap seorang pemain telah memberikan contohnya. Diaibkan 7 gol memberi erti bahawa anda bukan lagi sebuah pasukan yang digeruni.

Jerman menjadi juara Piala Dunia 2014. Tampil dengan pasukan yang bergaya, Jerman bagaikan melaungkan amaran bahawa Piala Dunia 2014 ini hendaklah dikembalikan kepada mereka setelah 20 tahun terlepas dalam genggaman. Jerman memerlukan 12 tahun untuk kembali ke final setelah tewas 0-2 dengan Brazil di Yokohama, Jepun.

Tahun 2014 menampilkan pasukan yang terdiri dari muka lama dan baru. Gabungan skuad final 2002 dan 2014 telah memberikan impak positif yang hebat apabila mara tanpa kalah di sepanjang kempen Piala Dunia 2014 ini.

Jerman juga telah dsebut-sebut bakal mara ke peringkat akhir berdasarkan kepada kestablan pasukan yang mereka ada. Bagaikan menjangkakan Jerman masuk ke final, jualan jersi pasukan Jerman di Malaysia bagaikan pisang panas. Rata-rata habis dijual seawal kempen Piala Dunia lagi.

Bagaikan strategi perang Blitzkrieg, Jerman mara dengan merempuh semua saingan mereka. Rempuhan hebat daripada pasukan Jerman adalah terhadap Brazil. Kemenangan 7-1 terhadap Brazil membuktikan bahawa skuad Joechim Loew ini memang layak untuk menjulang Piala Dunia dan akan diingati dalam sejarah Piala Dunia.

Menentang Argentina awal pagi semalam merupakan sesuatu yang sengit. Diheret ke masa tambahan membuktikan bahawa kehebatan kedua-dua pasukan namun hanya satu pasukan sahaja yang layak menjadi juara. Juara itu adalah Jerman. Sekaligus menjadi pasukan Eropah pertama yang memenangi Piala Dunia di benua Amerika.

Sesuatu yang perlu diambil iktibar bagi Malaysia dalam kempen Piala Dunia 2014 ini. Sudah 15 kali Piala Dunia berlangsung seusai kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Namun sebanyak itulah juga, Malaysia hanya mampu menjadi pemerhati dan bersorak mengikut pasukan yang diminati.

Meskipun FAM pernah mensasarkan pada tahun 1990 yang Malaysia akan ke Piala Dunia pada tahun ini, namun sehingga Piala Dunia ini berakhir, tiada apa-apa pun yang berlaku. Kita tidak perlu sehingga mencontohi pasukan-pasukan yang besar untuk melangkah ke Piala Dunia. Malaysia perlu mencontohi pasukan seperti Bosnia-Herzegovina, negara yang dulunya bergelut dengan perang dan kini bergelut untuk membangunkan negaranya.

Namun masih mampu menyaingi ke Piala Dunia. Algeria juga boleh dijadikan contoh bagaimana mereka juga sebuah negara yang membangun masih mampu ke Piala Dunia. Apatah lagi mereka ini yang kesemuanya Islam bermain dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan. Algeria juga dalam proses membangun setelah bergelut dengan perang. Jauh berbeza dengan Malaysia yang dalam keadaan aman dan damai. Inilah yang perlu diambil iktibar oleh pihak FAM. FAM perlu melaksanakan program intensif dalam memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia.

Saya berkeyakinan penuh dengan saf kepimpinan baru FAM yang diterajui oleh Tengku Abdullah ini mampu melonjakkan mutu bola sepak negara. Perlantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara dilihat sebagai satu usaha bersungguh-sungguh FAM dalam memartabatkan mutu sukan bola sepak negara.

Tambahan pula, Lim Teong Kim merupakan bekas penolong jurulatih pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich dan juga pernah bermain di Eropah dalam pasukan Hertha BSC di Jerman pada tahun 1987. Pengetahuan dan pengalaman meluas beliau dalam sukan bola sepak eropah diharapkan dapat membantu menjayakan bola sepak Malaysia. Tidak mustahil dan saya optimis bahawa dalam tempoh 15 tahun lagi, Malaysia mampu bersaing bersama-sama pasukan besar yang lain dalam Piala Dunia.

Dalam memastikan Malaysia mampu maju ke Piala Dunia, perubahan harus dilakukan. Malaysia tidak akan maju dan melangkah jauh sekiranya rasuah masih lagi berleluasa. Inilah virus yang harus dihapuskan. Bukan sahaja sukan, malah ekonomi negara juga tidak mampu melonjak jauh sekiranya terdapat pemimpin negara yang terlibat dalam rasuah. Gejala bookie juga masih menghantui bola sepak negara.

Tidak pelik sekiranya usaha dilakukan dalam memastikan mutu bola sepak negara ini terbantut dek kerana musuh-musuh negara di dalam selimut yang terlibat dalam gejala rasuah ini. Disiplin para pemain juga harus diperketatkan. Usaha tanpa disiplin adalah sesuatu yang sia-sia sahaja.

Saban tahun kedengaran masalah disiplin di kalangan para pemain. Ada yang terlibat dengan masalah di kelab malam, lari dari latihan dan ada juga yang terlibat dengan khalwat. Pemain-pemain seperti ini tidak layak untuk menduduki skuad negara. Bahkan mereka akan menconteng arang di muka Malaysia kelak. Lebih baik mencari skuad baru daripada berharap kepada pemain yang kerap menimbulkan masalah. Sikap besar kepala mereka harus diajar.

Sepanjang kempen Piala Dunia ini diharapkan juga mampu memberikan suatu peringatan kepada rakyat Malaysia mengenai cara hidup dan pemakanan. Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia tangga ke 6 tertinggi kadar obesitinya di Asia.

Pada tahun 2014 pula, sebuah jurnal perubatan British, The Lancet pula meletakkan Malaysia adalah yang paling tertinggi di Asia. 49 % wanita dan 44 % lelaki di Malaysia mengalami obesiti. Suatu angka yang amat menggerunkan. Justeru, menyokong pasukan bola sepak kegemaran haruslah diikuti dengan cara pemakanan seimbang mereka.

Para pemain mengikuti disiplin pemakanan yang ketat dan seimbang. Inilah yang perlu dicontohi oleh rakyat Malaysia di samping mengamalkan aktiviti senaman dan riadah. Para pemain yang diminati sihat, dan rakyat Malaysia juga seharusnya turut sama sihat seperti mereka. Justeru, ayuh kita mulakan mengamalkan cara hidup yang sihat. Rakyat sihat, negara juga sihat.

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 15-7-2014


















































































































































































































































Pemuda PAS lancar tabung kemanusiaan untuk Gaza

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia turut melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu saudara Islam di Gaza, Palestin yang kini sedang berdepan serangan tentera Zionais Israel.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Pemuda PAS Malaysia Muhammad Hafiz Musa berkata, hasil sumbangan orang ramai diperlukan bagi disalurkan kepada rakyat Gaza khususnya bantuan ubat-ubatan, makanan, pakaian dan lain-lain.

"Umat Islam di Gaza adalah mangsa yang wajib dibantu dengan kadar kemampuan yang ada.

"Bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan peralatan lain amat penting buat mereka meneruskan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi mereka yang berhajat untuk menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5640 2540 0100 atas nama Tabung Kemanusian Pemuda.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa seluruh umat Islam teruskan berdoa dan bermunajat bagi kekuatan dan keselamatan rakyat Palestin.

"Kekuatan doa seluruh umat Islam adalah peluru dan bom pemusnah paling menggerunkan musuh Islam.

"Bangunlah berdoa di waktu malam, terutama di bulan Ramadhan yang diberkati. Semoga bantuan Allah hadir dalam keadaan tidak terduga," katanya. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Sumber HD - 11-7-2014

No comments:

Post a Comment