BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, July 19, 2014

PAS DAN HALEHWAL MELAKA


Tambak laut bakal jejaskan Pantai Umbai, Melaka?











HUJAN menjadi trauma baharu rakyat negeri Melaka berikutan banjir yang semakin kerap melanda penempatan penduduk sejak kebelakangan ini. Kebimbangan tersebut sememangnya berasas setelah beberapa perkampungan dan perumahan turut dinaiki air, sedangkan sebelumnya tidak pernah mengalami bah. 
Ketika sama pernah didedahkan pihak media mengenai pencerobohan berleluasa di Perairan Selat Melaka oleh kegiatan penyangak yang mencuri pasir. Sindiket ini menempatkan kapal korek, jengkaut pemunggah dan jentera penyembur di kawasan antara 5 hingga 10 batu nautika berhampiran Tanjung Kling. 
Walaupun telah beberapa kali menghadapi tindakan pihak penguatkuasa sejak tahun lalu, namun mereka tetap aktif melakukan kerja pengorekan pasir tanpa permit yang sah. Terbaru dilaporkan kapal korek pasir dikesan beroperasi secara haram dan ditahan penguatkuasa di 1.4 batu nautika Tenggara Pulau Upeh. 
Semua ini merupakan tanda-tanda yang meningkatkan lagi kekhuatiran penduduk yang mendiami sekitar kawasan Pantai Umbai, Serkam. Mereka sedar terhadap risiko dan kemungkinan dari kerja tambakan laut dan pembangunan persisiran pantai itu di mana tetap dilaksanakan biarpun terdapat pelanggaran undang-undang yang memusykilkan.
Lebih-lebih lagi dimaklumkan bahawa rancangan asal yang terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Negeri Melaka (PIPPNM) itu telah berubah. Dari hanya pelabuhan perikanan, kini akan dibina juga pelabuhan bagi industri kilang kaca berteknologi tinggi terbesar Asia dengan melibatkan kawasan penempatan. 
Tiada sebarang kepastian bahawa perubahan pembangunan tersebut akan berlaku secara mampan serta tidak menimbulkan sebarang implikasi negatif kepada kehidupan awam dan kelestarian alam sekitar. Jaminan inilah yang amat diperlukan warga penduduk dari Ketua Menteri, Dato’ Seri Idris Haron. 
Namun hingga hari ini, yakni setelah sebulan berlalu, keresahan mereka masih belum diredakan, walaupun Datuk Seri Idris sendiri berjanji untuk memberikan penjelasan.  Sewajarnya, Seri Negeri tidak memerlukan tempoh begitu lama untuk 'menyediakan jawapan’ jika benar rancangan tersebut selaras PIPPNM. 
Malah, jika Ketua Menteri boleh memberi jaminan perkampungan Portugis tidak akan terjejas kesan projek tambakan laut, mengapa sukar menjanjikan jaminan serupa kepada penduduk Pantai Umbai? Idris juga pada awal tahun ini telah mengakui kesan tambakan kepada ekosistem dan mengarah kerja-kerja mendalamkan laut dilakukan.
Bermakna, akibat projek tambakan laut seperti di Pulau Melaka dan Klebang telah disedari dan menampakkan kesannya. Bahkan, perubahan kepada hidrodinamik laut dan geomorfologi pantai merupakan fenomena sedia dimaklumi. Di mana ia sekali gus turut mempengaruhi habitat semulajadi ikan di sekitar perairan. 
Natijahnya, beratus nelayan kecil telah hilang mata pencarian rezeki dan berkurangnya kegiatan perikanan persisiran pantai yang popular menghasilkan makanan tradisi Melaka iaitu cencalok. Malah ramai percaya, perubahan alam disebabkan pembangunan rakus itu menyumbang punca kepada banjir yang melanda. 
Situasi tersebut tentunya menjadi ancaman baharu yang boleh menjejaskan banyak kepentingan dan masa depan negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri Melaka harus mengambil iktibar dengan tidak mengulangi kesilapan lampau. Jangan nantinya jadi seperti kata pepatah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. 
ABU KHIR ABU BAKAR
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka
31 Ogos 2017 | 9 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017 


KM Melaka jangan emosi layan aduan rakyat

KETUA Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tidak tidak perlu emosi dan melihat secara negatif terhadap kemusykilan penduduk yang ditimbulkan ekoran cadangan pembangunan pesisir pantai Umbai. 
Menurut Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ahmad Bilal Rahuddin malangnya kemusykilan yang dibangkitkan penduduk disalahertikan sehingga dilabelkan sebagai bermain sentimen politik. 
"Kami hanya mengajukan pertanyaan dan menjadi perantara kepada pihak yang terlibat terutama mengangkat suara warga nelayan dan penduduk di situ. 
"Sebagai pemimpin tertinggi negeri, sepatutnya terbuka dan sentiasa bersedia menenangkan kegusaran dan kekaburan penduduk terhadap perkara tersebut, selain memberi pencerahan serta penerangan meyakinkan. Kerana mereka sedang menyaksikan perubahan atau aktiviti atau 'simptom' yang tampak secara nyata," katanya kepada Harakahdaily. 
Tegas beliau, penduduk sama sekali bukan anti pembangunan, tetapi berpendirian bahawa ia mestilah memberi manfaat kepada semua. 
Selain itu, katanya, ia sewajibnya tidak menjejas atau mengorbankan keharmonian dan kelangsungan sosio-ekonomi, budaya dan tradisi penduduk yang telah menjadi sebahagian identiti dan keunikan negeri bersejarah ini. 
"Juga terhadap kelestarian alam semulajadi yang andainya terganggu secara tidak wajar boleh mengundang kesan buruk lain. Di sana ada kedamaian alam dan ekosistem yang menjadi sumber rezeki penduduk dan perlu dipelihara. Ini lojik dan pengetahuan am yang tidak perlu dipolemikkan, kerana kita sedang mempertimbangkan kepentingan ramai. 
"Kami turut mendokong Falsafah Pembangunan Negeri Melaka, tetapi tidak mahu ia hanya di atas kertas. Suara 'semak dan imbang' perlu agar pelaksanaannya tidak dicabuli. Kerana keraguan timbul apabila projek itu direkodkan masih tidak mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Juga adakah telah mendapat kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara?"soalnya. 
Kesediaan Idris Haron memberi penjelasan terhadap cadangan pembangunan sekitar persisiran Pantai Umbai amat-amat dialukan dan dihargai, namun katanya penjelasan itu nanti perlu disusuli dengan penyataan yang didokumenkan agar ia tidak dimungkiri, terjejas atau berubah oleh pelbagai faktor dan kepentingan. 
Bahkan katanya juga supaya ia tidak sekadar menjadi cakap kosong dan janji manis untuk menyedapkan hati atau memanipulasikan penduduk. 
"Penduduk hanya mahukan kepastian dan jaminan memandangkan perkara ini adalah mengenai kehidupan dan masa depan mereka. Ia sama sekali akan melibatkan penempatan, pekerjaan dan kesejahteraan yang telah dikecapi dari generasi ke generasi sejak sekian lama,"ujarnya. 
Justeru katanya, Ketua Menteri juga perlu menjamin supaya hak rakyat tidak menjadi mangsa kecurangan oleh sebarang perancangan, kepentingan dan pertembungan yang berlaku di peringkat orang politik. – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 



Melaka Dilanda Banjir, 103 Penduduk Dipindahkan
Posted on Tuesday, June 27 @ 11:36:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35569



ALOR GAJAH: Seramai 103 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan Kampung Bukit Tambun dan Bukit Balai di sini, dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Jumlah itu membabitkan 70 mangsa di Balairaya Bukit Tambun manakala 33 mangsa di Balairaya Bukit Balai, setakat jam 8 pagi tadi.

Hujan lebat bermula jam 12 tengah malam tadi mengakibatkan sungai mula melimpah dan membanjiri dua kampung berkenaan kira-kira tiga jam kemudian.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan, berkata seramai 115 mangsa ditempatkan di Balairaya Bukit Tambun namun jumlah itu berkurang kepada 103 mangsa berikutan ada yang sudah pulang ke kediaman masing-masing.

"Jumlah ini tidak termasuk mangsa terjejas berpindah ke rumah ahli keluarga dan saudara masing-masing," katanya ketika ditemui di Balairaya Bukit Tambun, di sini, hari ini.
- Antarapos

Sumber TKO - 27-6-2017



33 NGO Lapor Polis Bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem
Posted on Tuesday, June 06 @ 06:14:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35287



MELAKA: Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis membantah penganjuran Perhimpunan Jubli Jerusalem di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mohd Nizam Omar berkata, laporan itu dibuat kerana khuatir program tersebut akan menggugat kemananan dan keharmonian masyarakat di negeri ini.

"Kami mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penganjur program berkenaan bagi menjamin keamanan negara ini kerana maklumat berkaitan program tersebut telah menjadi tular di laman sosial sehingga membangkitkan kemarahan rakyat seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh dekat sini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang menabur fitnah cuba memburukkan imej pemimpin negeri ini dengan menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kerajaan Negeri membenarkan serta mengeluarkan permit penganjuran program ini.

"Lebih buruk mereka mendakwa bahawa mengatakan Kerajaan Negerimemberikan dana sumbangan bagi menjayakan program ini," katanya.

Mohd Nizam menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia agar bersatu dan menjadi barisan hadapan dalam cubaan membantah sekeras-kerasnya perhimpunan itu.

"Solidariti kita sebagai rakyat amat diperlukan ketika ini. Justeru, gerakan umat Islam di negara ini termasuk anggota Gerakan Belia 4B diminta agar membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya membatalkan program ini dan menahan golongan penyebar fitnah," katanya.
-BERNAMA

Sumber TKO - 6-6-2017









Siapa dalang himpunan Evangelis Kristian di Melaka?

PIHAK berwajib perlu segera menyiasat dalang di sebalik penganjuran “All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation” berikutan ia tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana pihak, demikian gesa Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. 
Menurutnya, program tersebut adalah sambutan Jubli Emas 50 Tahun sempena perayaan kemenangan regim Yahudi Israel merampas Kota Juruselam dalam peperangan 6 hari pada tahun 1967 yang juga merupakan Hari Kebangsaan Israel dan Evangelis Kristian. 
Beliau melahirkan rasa hairan apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok beria-ia mempertahankan program tersebut dengan penafsiran bebas terhadap hak beragama sebagaimana peruntukan pada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. 
“Saya mahu tahu, apa hubungan kepimpinan DAP dengan program ini? Kenapa bersungguh-sungguh mempertahankan program ini? Saya dimaklumkan program ini tidak mendapat kebenaran walaupun oleh pihak kerajaan. 
“Jika demikian bermakna ada dalang yang membenarkan penganjuran melibatkan pihak seperti ini. Oleh itu PAS menggesa pihak berwajib untuk menjalankan siasatan,” ujarnya selepas mengadakan laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, di sini sebentar tadi.
Ustaz Kamaruddin turut mempertikai pemilihan Melaka sebagai lokasi penganjuran tersebut, sedangkan majoriti penduduk negeri ini beragama Islam dan penganut Kristian adalah minoriti. 
Tegasnya, beliau tidak reda bumi Melaka yang kaya dengan sejarah termasuk Islam itu dinodai sedemikian rupa dan sedia menganjurkan demonstrasi bantahan besar-besaran mendesak program tersebut dibatalkan. 
Beliau turut menyeru umat Islam bersatu tanpa mengira latar belakang kerana ianya adalah isu agama dan amat sensitif bagi umat Islam. 
Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin; Ketua Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Nazman Che Ibrahim. – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017 










Babi: Kerajaan Melaka hentilah main wayang

LAJNAH Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)merasa terpanggil untuk menyatakan kekesalan atas tindakan lembab Kerajaan Melaka sejak puluhan tahun yang lampau berkaitan kes pencemaran Pantai Telok Gong dan Sungai Tuang akibat projek penternakan babi di Kg Paya Mengkuang. Ia ibarat kucing mengejar ekor sendiri. Berpusing di tempat sama tanpa ada penyelesaian yang konkrit dan tuntas. 
Kami melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman yang menyebut bahawa Kerajaan Melaka melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan akan membincangkan Kertas Cadangan Perlesenan Ladang Babi 2017 sebagai suatu jawapan yang tidak meyakinkan rakyat. 
Apa sudah jadi dengan Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013? Kerajaan Melaka empat tahun lepas menyebut bahawa itu adalah usaha kerajaan negeri dalam menambah baik serta memberi kuasa di bawah Enakmen Menternak Babi 1980 dalam menangani permasalahan pencemaran tersebut. Namun selepas beberapa tahun berlalu, masalah ini kelihatan semakin kusut dan lebih teruk. Sungai Tuang semakin hitam, likat, busuk dan meloyakan sehingga akhirnya mengalir keluar ke Pantai Telok Gong. Kualiti dan bau udara di sekitar beberapa kampung berhampiran juga amat teruk dan betul-betul mengganggu urusan seharian penduduk. 
Rakyat juga semakin hairan apabila YB Exco Kerajaan Negeri menyebut bahawa semua penternak babi di Melaka sekarang ini tidak mempunyai lesen dan tiada undang undang khas yang mengawal aktiviti penternakan babi secara holistik dan efektif. Bagaimana hal semudah ini terlepas pandang? Sedangkan peniaga peniaga kecil Melayu, yang mencari sesuap nasi dengan berniaga di tepi tepi jalan sekalipun, dihambat dan ditekan dengan lesen itu dan ini, maka kenapa tauke tauke babi ini bebas tanpa ada lesen dan undang undang? Sungai Tuang musnah, Pantai Telok Gong membusuk malahan air kumbahan babi ini telahpun mengotori pantai sepanjang 24 kilometer bermula dari Pengkalan Balak sehingga ke Kuala Linggi lantas memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan di kawasan ini dan kerajaan negeri boleh sahaja menyebut penternak itu tidak tertakluk kepada undang-undang dan tidak mempunyai lesen? 
Perkara tersebut juga sebenarnya menambahkan kekeliruan fikiran rakyat yang mana apabila disebut bahawa tiada undang-undang khas untuk mengawal penternakan ini, maka apa pula kaitan dengan Enakmen Menternak Babi 1980 dan juga Kaedah Kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013? Yang mana satu benar? Ada undang-undang tapi tidak dilaksanakan atau memang tidak wujud lagi apa-apa peraturan yang lengkap tentang isu ini? Kerajaan Melaka wajib berterus terang dengan rakyat dan menghentikan tindakan acuh tak acuh apabila rakyat mulai bising dengan pencemaran ini. 
Mengenai cadangan kerajaan negeri yang mahu membangunkan ladang babi moden bernilai RM50 juta di atas tanah seluas 50 ekar di Paya Mengkuang juga amat meragukan. Projek yang dijangka bermula pada 2018 tahun hadapan itu, kami tidak yakini untuk menjadi solusi terbaik kepada masalah pencemaran ini. Adakah ia sudah melalui kajian yang mendalam dan bersifat menguntungkan rakyat secara keseluruhannya? Jangan pula nanti projek puluhan juta ini hanya menguntungkan lagi pemilik kepada 36 buah kandang babi ini sahaja sedangkan Sg Tuang tetap juga tercemar. Dan jangan juga nanti 48,000 ekor babi yang diternak ini yang akan selesa dalam kandang baru yang serba moden, canggih dan mewah sedangkan rakyat kekal menghidu udara yang busuk dan air hitam pekat dengan najis babi. 
LPPAS juga cukup terkejut dengan pengumuman Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka, Dr Azlan Enjah sebelum ini yang mengatakan berdasarkan penilaian awal mereka, sebanyak 22 ladang penternakan babi tidak mematuhi kriteria penilaian yang ditetapkan dan hanya 14 kandang sahaja yang mematuhinya. Pelbagai aspek harus dilihat termasuklah pengurusan ladang babi, kebersihan ladang dan kandang serta pematuhan kuota bilangan babi mengikut saiz ladang masing-masing. 
Kerajaan Melaka wajib menamatkan wayang 30 tahun ini. Lihatlah nasib rakyat terbanyak berbanding terus memberi muka kepada pengembala babi ini semata-mata. Nasib penduduk setempat malahan lebih khusus lagi nasib malang 153 pengusaha pusat peranginan yang menawarkan 1,503 bilik penginapan di kawasan ini perlu diberi perhatian. Sekiranya pengunjung dan pelancong sudah tidak mahu lagi berkunjung ke sini, jangan kata pengusaha chalet dan pusat peranginan tersebut yang terjejas, tetapi pemilik kedai makan, gerai gerai, kedai cenderamata, dan segala aktiviti bisnes yang hidup secara simbiosis dengan chalet tadi, akan turut terjejas. 
Janganlah babi di kandang diutamakan dan majoriti rakyat sendiri diberi bau busuk dan meloyakan setiap hari. Sampai bila masalah ini mahu diheret? Takkanlah pad tahun 2050, yang selaras dengan gagasan TN50, kita akan masih bercakap mengenai masalah ini? Adakah mahu menunggu wabak JE menular dan menggila di Melaka, maka barulah satu tindakan muktamad akan dibuat? Kandang yang hanya terletak 1 km dari pantai peranginan ini wajib dipindahkan segera! 
Nazman Che Iberahim
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) DPPM.
Sumber HD - 26-5-2017 












Jangan hanya lihat negatif peranan pembangkang

USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44307-jangan-hanya-lihat-negatif-peranan-pembangkang

PAS selaku pembangkang di DUN Melaka tidak pernah mengubah tanggungjawab 'semak dan imbang' kepada Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan pengurusan pentadbiran dilaksanakan selaras kepentingan agama, negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron tidak harus melihat suara dan posisi pihak pembangkang secara negatif atau diluar kewajaran sekiranya benar-benar memahami perkara tersebut dalam konteks demokrasi dan peranan perlu ditunaikan.

Apatah lagi memandang remeh, memperkecil atau melemahkan, sebaliknya interaksi antara pihak kerajaan dan pembangkang perlu untuk mempertingkatkan efisien dan integriti urus tadbir.

PAS tidak semberono dan membuta tuli, tetapi mengambil pendekatan politik matang dalam mengemukakan bangkangan mahupun sokongan. Tindakan berobjektif diambil PAS tidak harus dilihat condong atau memihak tanpa asas.

Begitu juga profesionalisme ditunjukkan wakil PAS yang juga ADUN Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim adalah termasuk dalam kerangka sama dan tidak bererti kerajaan harus merasa selesa untuk berwewenangan terhadap mandat rakyat.

Wakil PAS akan pastikan setiap keputusan serta hak dijayakan sehingga terwujud kesejahteraan dan kemajuan ke atas negeri tercinta ini. Inilah prinsip ta'awun yakni bertolong dalam perkara kebaikan dan takwa.

USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Melaka – HARAKAHDAILY 17/2/2017

Sumber HD - 17-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemimpin PAS bukan selebriti dan kejar ‘like’

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42849-pemimpin-pas-bukan-selebriti-dan-kejar-like

MELAKA: Pemimpin PAS bukan hidup dengan dunia selebriti dan mengejar ‘Like’, sebaliknya berjuang untuk memahamkan ummah supaya sedar dengan Islam, demikian jelas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan peserta berhubung kajian sosial menunjukkan akaun sosial para pemimpin PAS kurang menerima ‘Like’ berbanding pemimpin parti lain.

Terangnya, ada bermacam cara untuk menarik sokongan seperti yang berlaku dalam dunia selebriti, namun pemimpin PAS tidak begitu.

“Orang nak faham kita, (mereka) kecam dulu, kecam habis-habisan. Negeri Kelantan dah 26 tahun, tak habis lagi kena kecam. Bukan kerana apa pun,  kerana dia miskin, orang miskin pun kena kecam, bukan kerana dia buat benda jahat. Tapi kerana dia cuba fahamkan rakyat isu-isu besar.

“Isu besar ini walaupun orang lain faham juga, tapi ia tiada penghujung. Kita (PAS) ada hujung dia, ada penyelesaian yang membawa kebahagian dunia dan akhirat,” ujarnya pada sesi dialog sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, di sini petang semalam.

Beliau mengemukakan contoh dalam politik apabila orang bercakap mengenai ekonomi Malaysia yang teruk di mana PAS mengemukakan ‘Dokumen Hijau’ dan parti lain mengutarakan saranan dikatakan lebih terkehadapan.

Namun jelasnya, PAS hendak yakinkan rakyat Malaysia terutama orang Islam yang ada di depan mereka Quran dan Hadis bahawa penyelesaian pihak lain itu tidak habis dan berkesudahan.

Ustaz Nik Abduh mengemukakan isu rasuah sebagai rujukan di mana ia dilawan dan rakyat marah pemimpin rasuah serta merasa amat benci.

Pun begitu katanya, meniru pendekatan Barat yang diambil dalam menangani rasuah tidak menyelesaikan kerana mereka bertindak menghancurkan rasuah, tetapi membiar dan menghidupkan riba.

“Apa jadi kepada dunia Barat? Apakah kita jangka tamadunnya tidak akan hancur? Baca ekonomi Barat hari ini, kita akan tengok ekonomi Barat satu demi satu beradapan kehancuran walaupun mereka penuh integriti menentang rasuah. Kerana apa? Kerana penyelesaian mereka, mereka bina dengan tangan kanan, mereka runtuhkan dengan tangan kiri.

“Macam mereka bercakap hak-hak (asasi) wanita, buat undang-undang, jaga (segala kepentingan) wanita, kita nampak Barat ini hebat, lebih hebat dari (perjuangan) Muslimat. Tapi cuba tengok Barat selesaikan, dia hentam rogol, tapi dia hidupkan zina,” ujarnya membuka pencerahan.

Oleh itu tegas Ustaz Nik Abduh, PAS berusaha memahamkan rakyat supaya tidak mengikut penyelesaian Barat yang nampak manis tetapi hakikatnya merosakkan.

Malah, beliau turut menyedarkan para peserta yang khusyuk mendengar betapa cabaran kepada PAS dapat disaksikan sepertimana terkini Usul RUU Pindaan Akta 355 ditentang oleh pakatan agama-agama lain.

Oleh itu katanya, perlu masa yang panjang untuk fahamkan orang lain mengenai usaha PAS bawa di mana tidak bermaksud seperti dunia selebriti atau untuk mendapat ‘Like’.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengajak peserta bersyukur kerana dipilih Allah untuk faham PAS lebih awal, sedangkan ada mereka yang dilewat usia baru menyertai PAS di mana sebelumnya juga pernah melontarkan bermacam-macam kritikan pada PAS sebelum memahaminya.

Dalam ucapan yang mengalir penuh nasihat itu, Ustaz Nik Abduh mengingatkan supaya sentiasa berusaha menjalani hidup dan perjuangan mendekati hampir setiap perkara dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Juga serunya, supaya bermuhasabah agar melaksanakan amalan ahli syurga serta dipermudahkan dan menjauhi amalan ahli neraka. – HARAKAHDAILY 17/10/2016

Sumber HD - 17-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Ijtimak Tarbawi 5.0 antara titik lonjakan PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42843-ijtimak-tarbawi-5-0-antara-titik-lonjakan-pas

MELAKA: Sejarah Islam sekali lagi tercipta di Melaka apabila lebih 5,000 anak muda berhimpun sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 (IT5.0) Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, Telok Mas pada 14 hingga 16 Oktober.

Ia sekali gus menjadi petunjuk kepada titik lonjakan kebangkitan PAS di sebalik pelbagai hiruk pikuk politik dan perlecehan terhadap PAS ketika ini.

"Dalam pelbagai situasi melanda parti-parti politik kini, PAS pula membuktikan sedang maju bergerak meninggalkan krisis dan mengorak langkah jitu dalam agenda siyasahnya," demikian pandangan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

Menurutnya IT5.0 membuktikan PAS kekal relevan terutama kepada tonggak belakang negara iaitu kalangan anak muda.

Apatah lagi katanya, kejayaan ijtimak itu dilihat sebagai satu kebangkitan luar jangkaan kerana sebelum ini PAS di Melaka turut dilanda krisis.

Malah ujarnya, himpunan itu juga dijayakan dengan komitmen tenaga kerja hampir 80 peratus dari kalangan pemuda.

"Orang Melaka, dari kalangan ahli PAS, termasuk bukan ahli PAS seakan begitu teruja dengan penganjuran ini. Semangat timbul bila tahu seluruh Pemuda PAS akan bertumpu ke Melaka.
"Mereka bergotong-royong bina tandas sementara. Guna wang sendiri. Ada panjat menara pasang bendera PAS dan sekitar kawasan ini. Malah, yang memasak makanan itu adalah dari kalangan nelayan sekitar.

"Ada juga anak muda juruteknik atau berkepakaran dalam bidang tertentu hadir membantu urusan-urusan teknikal. Tidak ada sebarang upah kepada mereka," ujarnya terharu.

Selain itu menurutnya, pihak beliau turut menerima sumbangan berupa kewangan, cenderahati, penggunaan kenderaan dan pengangkutan serta lembu untuk jamuan.

Begitu juga terangnya, penduduk sekitar yang menawarkan rumah mereka sebagai penginapan serta mengambil peserta IT5.0 sebagai anak angkat, termasuk menyediakan kemudahan di surau dan markas.

"Kami hanya buat persiapan sekadarnya dengan kemampuan yang ada. Kerana kami menjangka kehadiran cuma dalam 3,000 peserta sahaja.

"Tiba-tiba saat akhir ramai yang mendaftar dan kami terpaksa menambah khemah. Apapun, sokongan dari orang Melaka dari kalangan ahli dan bukan ahli PAS telah menjayakan ijtimak ini.

"Ijtimak ini juga telah menyatukan orang Melaka dan dari reaksi saya dapat, mereka teruja dengan pengisian, munajat dan ukhuwah serta kemesraan setiap yang hadir," ujarnya menzahir kepuasan.
Beliau turut memuji kesungguhan para sahabatnya dari kalangan Pemuda PAS yang bertungkus lumus hingga ada tidak pulang ke rumah serta mengambil cuti untuk memberi tumpuan persiapan.

Kemeriahan ijtimak kali ini juga dilihat dari sudut santai keluarga antaranya tersedia permainan untuk kanak-kanak seperti kolam mandi, 'supa dupa' dan sewaan kereta serta motosikal elektronik.
Begitu juga gerai yang banyak iaitu 120 lot memberi kemudahan kepada pengunjung, walaupum sebenarnya penganjur terpaksa menolak banyak permohonan kerana kekurangan ruang.
Turut diadakan ruangan derma darah yang diurus langsung oleh pihak Hospital Melaka dengan sambutan menggalakkan. - HARAKAHDAILY 16/10/2016

Sumber HD - 116-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS meriah, gegar bumi Melaka

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42840-ijtimak-tarbawi-pemuda-pas-meriah-gegar-bumi-melaka

Ribuan anak muda, bahkan pelbagai lapisan umur masyarakat telah memeriahkan negeri Melaka yang bersejarah. Tanah bersejarah yang menerima Islam dengan usaha keras pendakwah daripada Makkah, Sayyid Abdul Aziz, mengislamkan raja Melaka seterusnya angin sejahtera Islam telah menyapa seluruh rakyat dan tanah jajahan. Melaka telah menggubal perundangan Islam untuk dilaksanakan melalui hukum kanun Melaka dan Undang-undang Melaka, sehingga seluruh Tanah Melayu dipayungi oleh perundangan Syariah.

Melaka pada kali ini bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah ijtimak tarbawi oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, sebuah program tahunan yang dihidupkan di zaman Ustaz Nasruddin Hassan dimana budaya ijtimak sebenarnya sangat rancak dalam PAS dalam dekad 80-an. PAS menggera kkan budaya ijtimak di awal abad 15 hijrah, juga terkesan daripada parti Islam ini yang kehilangan pengkalan kuasanya, Kelantan pada tahun 1978.

Dewan Pemuda PAS di semua peringkat, Dewan Ulamak antara yang dikesan banyak menganjurkan ijtimak dengan pelbagai jenama seperti Ijtimak Mustad'afin, Ijtimak 'Alami, Ijtimak Kebangkitan Islam, Ijtimak Ulama dan pelbagai nama lain. Program ijtimak bertujuan menghimpunkan ahli, menyemai ukhuwwah, memintal kebersamaan, mengisi ruang akal dengan pengisian. PAS sebagai gerakan Islam yang prominen dalam dunia kontemporari, tidak pernah meninggalkan juzuk tarbiah dalam segmen perjuangan mereka.

Ijtimak tarbawi merupakan reinkarnasi pembudayaan tajnid (kaderisasi dakwah) yang hangat berjalan dalam dekad 80-an. Ustaz Nasarudin Tantawi meniup wisel di zamannya menjadi Ketua Pemuda Pusat di mana Ustaz Nik Abduh menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah. Rusila yang hangat menjadi tuan rumah yang pertama penganjuran, lebih 10,000 anak muda membanjiri dataran masjid dan masjid. Pantai yang berjajaran putih dengan kerlipan bintang di dada langit menyambut tetamu yang datang daripada seluruh negara. Di pentas ceramah tarbawi juga menyambut wakil maktab irsyad Ikhwanul Muslimin, peserta-peserta ralik mengunyah ilmu daripada penulis kitab Tafsir at Tibyan.

Ijtimak di Rusila juga menyaksikan kali terakhir murabbi PAS, almarhum Ustaz Yahya Othman muncul di ijtimak tarbawi. Wajah hening bersih itu seolah tidak mahu berpisah dengan para peserta. Beliau tidak meninggalkan kerusi belakang, memandang peserta dengan wajah yang sayu dan penuh bahagia.

Ijtimak Tarbawi kedua di KUIZM, Taman Melewar bertambah meriah dengan banjiran anak muda. Keterujaan peserta jelas kelihatan apabila Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mehdi Akif memberikan taujihat kepada mereka dengan penuh saranan bermakna.  Antara yang dijemput ialah Prof Dr Kamal Helbawy, yang merupakan pemikir Islam, manakala peserta ijtimak bertalaqi kitab dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ijtimak tarbawi ketiga telah diadakan di Pagoh, Johor pada bulan Oktober 2013, walaupun jauh di selatan tanah air, namun tak menghalang ribuan anak muda berkampung di kawasan premis pendidikan yang diasaskan oleh Dr Mahfoz Mohammad, ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Tanah ditanam uri Umno pada tahun 1946 itu gempar dengan bondongan anak muda berketayap ke wilayah mereka, ijtimak tarbawi di Pagoh juga dimeriahkan dengan dendangan nasyid kumpulan UNIC.

Perkampungan Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang menjadi tapak Ijtimak Tarbawi kali keempat pada tahun 2014, menyaksikan lebih sepuluh ribu hadir semasa acara talaqi kitab oleh Tuan Guru Presiden. Seberang Prai semenjak dahulu subur dengan majlis-majlis ilmu terutama pasca Perang Dunia Pertama, jamaah haji menekuni kitab-kitab tua di madrasah, masjid dan halaqah ulama. Kali ini ijtimak sangat ramai penyertaan masyarakat umum yang datang memeriahkan acara talaqi kitab Tafsir at-Tibyan.

Pada tahun 2015, ijtimak tarbawi tidak diadakan kerana jentera pemuda memberikan fokus pada himpunan FASTAQIM di Kota Bharu. Himpunan FASTAQIM adalah tindak balas semerta kepada kewujudan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh pecundang muktamar kali ke-61 dengan kolaborasi alumni IRC/JIM.

Melihat sambutan seteguh banjaran gunung peserta-peserta ijtimak tarbawi di Melaka pada kali ini, penulis yakin dan percaya bahawa masa depan perjuangan Islam di negara ini sangat cemerlang. Anak-anak muda dengan energi yang mantap, iltizam yang tinggi, semangat yang membara serta keimanan yang mapan inilah akan menjadi penerus legasi perjuangan PAS, walau dihujat kebencian oleh para pembenci. Maju terus anak-anak muda Islami! - HARAKAHDAILY 16/10/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Tetap DPP Malaysia.

Sumber HD - 16-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Ijtimak Tarbawi 5.0 cipta sejarah Pemuda PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42838-ijtimak-tarbawi-5-0-cipta-sejarah-pemuda-pas

MELAKA: Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia mencipta sejarah apabila sekitar 10,000 hadir pada majlis tersebut.

Ia mengulangi kejayaan program tersebut yang diadakan kali pertama di Rusila, Marang, Terengganu pada tahun 2010.

Malah, penyertaan pada ijtimak kali kelima merupakan yang teramai dalam sejarah penganjurannya apabila menerima lebih 5,000 pendaftaran.

Ia dianggap luar biasa dalam situasi politik negara yang mensasarkan PAS dengan pelbagai imej negatif dan rekayasa untuk memburukkannya.

Keterujaan tersebut turut dikongsi veteran PAS Melaka, Mohd Diah Abdul, 79, yang secara rasmi menjadi ahli PAS sejak tahun 1972.

Menurutnya, di Melaka tidak pernah berlaku himpunan selama tiga hari seperti yang sedang berlangsung.

"Zaman saya, biasa himpunan satu malam sahaja. Hari ini majoriti orang muda. Veteran mungkin tak sampai satu peratus. Inilah potensi kepada PAS yang dibuktikan anak muda.

"Sebelum ini kita menerima pelbagai kata-kata yang menyakitkan hati. Tetapi dengan himpunan anak muda ini, kita buktikan mereka yang keluar PAS hanya serpihan sahaja.

"Paling penting, pengikut tidak keluar PAS mengikut mereka," ujarnya.

Perkara sama dikongsi sahabatnya, Abdul Ghani Ahmad, 82, yang menyifatkan kehadiran anak muda PAS ke ijtimak itu sebagai luar biasa.

"Belum pernah ada dan saya yakin masa depan PAS cerah. Saya nasihat anak muda terus berjuang. Tapi jangan nak rasa mudah. Perjuangan ni pasti diuji.

"Perjuangan menegakkan Islam yang PAS bawa tempuh susah. Kami nak makan sedulang pun tak cukup dulu. Dulu pun orang tak suka PAS, tapi sekarang dah berubah," ujarnya yang sangat terharu.

Sementara itu, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir memuji kesungguhan Pemuda PAS berhimpun seperti itu.

Katanya, semangat seperti itu tidak ada pada Umno yang jika membuat himpunan sedemikian pasti memerlukan jutaan ringgit dihabiskan.

PAS juga katanya, memainkan peranan penting untuk selamatkan Malaysia dan membawa kembali pentadbiran negara ke pangkal jalan. - HARAKAHDAILY 16/10/2016

Sumber HD - 16-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS bukan seperti parti sentiasa tukar prinsip

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42836-pas-bukan-seperti-parti-sentiasa-tukar-prinsip

MELAKA: PAS bukan seperti parti lain sentiasa menukar warna dan prinsip semata-mata ingin mengejar kemenangan, bukan juga parti yang menukar pemimpin serta selalu menukar prinsip.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian dalam Kuliah Subuh sempena Ijtima' Tarbawi 5.0 di Balai Islam Pernu, Telok Mas, hari ini.

Jelas beliau, muafakat bermaksud dengan pihak yang lain manakala maksud al-akhar pula  adalah manusia atau pasukan iaitu orang-orang yang tidak bersama dengan jemaah dengan pandangan.

Tambahnya, mereka berbeza dengan akidah, sama ada berbeza dengan akidah tapi sama dengan kepartian atau berbeza dengan pendekatan kepartian tetapi mempunyai akidah yang sama.

Justeru al-akhar merujuk kepada orang yang berbeza akidah.

"Orang yang dinamakan sebagai al-akhar, mereka mempunyai berbeza dari sudut berbeza pendekatan politik.

"Jadi macam mana kita nak bertahaluf dengan orang pendekatan politik berbeza, boleh kita lihat dalam sirah nabi.

"Contoh pada  zaman nabi dalam peristiwa hilful fudul, berlaku sebelum kenabian nabi, apabila berlakunya peperangan kabilah, maka antara kabilah-kabilah ada berlaku kesepekatan bahkan nabi turut terlibat walaupun belum jadi nabi," ujarnya. - HARAKAHDAILY 15/10/2016

Sumber HD - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Ini anak muda yang cintai Islam di Malaysia

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42835-ini-anak-muda-yang-cintai-islam-di-malaysia

MELAKA: Pemuda PAS mesti menjadi hamba yang dicintai Allah dengan mendamba kehidupan pasti di hari akhirat dan mendepani fitnah akhir zaman yang telah disebut oleh Nabi s.a.w.

Seruan itu diungkapkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, malam tadi.

Ijtimak Tarbawi menurutnya, dianjurkan bukan sekadar berhimpun tetapi menggilap iman dengan bentukan Allah.

"Ini anak muda yang cintai Islam di Malaysia. Ramai dan tidak akan pupus. Akan ada tentera Allah silih berganti datang.

"Lebib penting cerita di luar iaitulah isi dan jiwa yang dibangunkan dari program ini. Antara caranya kita berhimpun tunduk kepada Allah.

"Rasa tidak puas sujud dan bersama untuk menuju Allah s.w.t. Kemudian kita bersyukur kerana diperkenalkan dengan PAS," ujarnya.

Akuinya, untuk berpegang kepada Islam di zaman ini sememangnya mencabar berbanding zaman Rasulullah SAW selain sukar dilihat kerana banyak pecahan jamaah.

Anutan dan amalan pelbagai ini menyukarkan umat mendapat kenalpasti amalan Islam yang sebenar kerana melihat dari ibu bapa, guru dan masyarakat.

Pada ketika ini ceritanya, wujudnya pelbagai jamaah menjadi kemelut kepada umat Islam mencari Islam sebenar.

"Dalam keadaan itu Allah mudahkan kita kenal PAS. Tanpa dinafikan jamaah lain benar, tetapi PAS punya kekuatan memimpin ummah ke jalan Allah," ujarnya menyeru rasa syukur itu.

Jelasnya lagi, PAS bukan dibina oleh batang tubuh indivifu, tetapi hasil dari keikhlasan para pejuang sejak dahulu dengan mendokong cita-cita Islam.

PAS berbanding parti lain katanya, memperjuangkan kemerdekaan agama ketika mana lainnya bermatlamat kepada pemerintahan sendiri tanah air.

Menurut Ustaz Nik Abduh, walaupum dalam politik hari ini PAS belum kuat dari segi jumlah kerusi Parlimen, tetapi perjuangan Islam PAS diakui dan diterima pihak lain.

Katanya, hari ini PAS menjadi pengaruh utama politik tanah air kerana Allah membantu usaha itu.

"Najib sendiri terpaksa akur dengan kehendak rakyat yang mahu perjuangan PAS ini diterima. Ini berita baik untuk ummah.

"Perubahan yang kita nak bawa mesti diterima rakyat bukan dibenci rakyat. Kita jadi tangga kepada rakyat menuju Putrajaya, bukan jadi anak tangga parti lain.

"Supaya rakyat berasa sejahtera dengan PAS dan menjadi kejayaan Islam," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas yang mengajak berbangga menyertai PAS.

Untuk itu serunya, kekuatan siyasah ini mesti dibina dan dikuatkan dengan tarbiyah tanpa diabaikan antara keduanya.

Politik Islam juga jelasnya, menjadi kunci penyatuan dan kekuatan ummah yang terbina oleh usaha tarbiyah.

Kemampuan PAS menggembleng keselarasan tarbiyah dan politik menjadi kecemburuan pihak lain di mana ia mesti menjadi asas yang tidak diabaikan Pemuda PAS.

"Kita bukan perlu istiqamah lawan Umno, bukan istiqamah nak ke Putrajaya. Tapi kena juga istiqamah tazkiyatun nafs, kena istiqamah tarbiyah.

"Kita akan diuji bukan sahaja zaman muda, tetapi hingga ke mati. Ada yang rebah di tengah jalan, ada yang rebah hampir sampai Putrajaya," ujarnya menitip nasihat. - HARAKAHDAILY 15/10/2016

Sumber HD - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















PAS tetap dengan pendirian Islam untuk ke Putrajaya

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42834-pas-tetap-dengan-pendirian-islam-untuk-ke-putrajaya

MELAKA: Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, sebab kemenangan iaitulah usaha dan pengorbanan mesti dizahirkan untuk Allah menganugerahkan kemenangan-Nya.

Beliau menegaskan demikian pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, Telok Mas, malam tadi.

Sehubungan itu, setiap ahli PAS perlu melihat setiap dilakukannya dalam menggerakkan perjuangan parti agak layak menerima anugerah tersebut.

Beliau memetik pengajaran itu sebagaimana teladan ditunjukkan isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Hajar yang berusaha mencari minuman untuk anaknya.

Jelasnya, Allah boleh memberi kepada Siti Hajar dan juga hidayah mudah buat kaum kafir yang didakwah Nabi Muhammad SAW.

Juga katanya, dalam memberi kemenangan mudah kepada para pejuang Islam.

"Tetapi Allah nak tengok usaha kita, jauh mana pengorbanan kita, banyak mana ibadah, usrah dan tamrin kita. Barulah layak kita diberi kemenangan," terangnya.

Beliau juga mengingatkan betapa perlunya sifat istiqamah dalam perjuangan agar segala dilaksanakan sampai kepada Allah.

Ustaz Sallehen turut menegaskan betapa PAS tetap dengan pendirian Islamnya untuk ke Putrajaya walaupun dilihat oleh rakan-rakan parti lain sebagai kelambatan. - HARAKAHDAILY 15/10/2016 

Sumber HD - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                      















Pentadbiran: Umno tak layak nak banding dengan PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42833-pentadbiran-umno-tak-layak-nak-banding-dengan-pas

MELAKA: Tarbiyah telah meninggalkan kesan mendalam kepada PAS yang terlihat kepada integriti pemerintahan ditegakkannya, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Menurutnya, ketika parti-parti lain mendakwa mereka paling bersih, telus dan benar, PAS pula membuktikan dengan sebenar-benarnya.

Beliau merujuk pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS termasuk pernah di Terengganu dan Kedah yang tidak pernah berhadapan kes rasuah, penyelewengan harta dan dana.

"Menunjukkan kita menjaga kerajaan secara bermaruah. Langsung tak layak Umno nak bandingkan mereka dengan PAS.

"Kadang-kadang nampak macam imam, macam malaikat. Tapi kadang-kadang nampak macam perompak. Boleh berubah rupa," bidasnya pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, Telok Mas, malam tadi.

Katanya, semua parti dalam BN terpalit dengan isu penyelewengan dan kehilangan dana seperti kes BMF, Perwaja, Maika Holding dan lain-lain.

Terangnya, BN akan terus mencipta sejarah buruk dan kemelut seumpama itu tidak akan selesai dengan menukar individu melainkan dengan perubahan sistem.

Tegas beliau, PAS tidak mengikut rentak parti lain yang membangkitkan isu dan pertikaian sekadar menukar individu.

PAS ujarnya, kini menjadi penyumbang senario politik dan menjadi pengajaran buat parti lain.

Beliau turut mengingatkan orang Melayu Islam agar tidak mudah terpesona dengan lakonan orang politik.

Ustaz Kamarudin menempelak ketua menteri yang tampil dengan pendekatan agamawan, tetapi menghentikan pinjaman dan biasiswa kepada anak Melaka di Timur Tengah. - HARAKAHDAILY 15/10/2016      

Sumber HD - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak ada jeling mata dengan sekularisme

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42832-tidak-ada-jeling-mata-dengan-sekularisme

MELAKA:Para Pemuda bertanggungjawab sebagai generasi penerus dan meninggalkan legasi pewaris yang akan mencabut sekularisme dari umat Islam.

Ketua Ulamak PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail menegaskan, segala bentuk penyelewengan terhadap agama Allah yang mencengkam wajib dibetulkan hingga umat kembali ke jalan Islam.

"Tidak ada jeling mata dengan sekularisme. Ia mesti dikeluarkan dari umat ini hatta perlu mengorbankan darah dan nyawa kita.

"Jangan bermalas dan melepaskan batuk di tangga. Jangan tunggu melihat dari belakang, sedang penyelewengan mencengkam umat hingga semakin kukuh dan membesar serta mangsa semakin banyak.

"Para Pemuda tidak harus tunduk kepada kebatilan. Pemudalah yang akan membetulkan penyelewengan ini sama ada berjaya, atau ia disambung oleh keturunan kita," ujarnya pada Kuliah Maghrib sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, malam tadi.

Jelasnya, sekularisme adalah paradigma atau kerangka pemikiran dan manhaj yang bertujuan mewujudkan kehidupan tanpa agama dan terpisah hubungan dari Allah SWT.

Katanya, sekularisme boleh berjaya masuk dalam umat melalui nilai, peraturan hukum, aktiviti kehidupan dengan mengganti akan fikiran manusia menerusi teori, idealogi dan falsafah, serta saling melengkapi.

Sehubungan itu serunya, racun ini mesti dibuang dari umat Islam dengan mengembalikan umat kepada jalur Islam yang sebenar.

Katanya, usah terpengaruh dengan pengeliruan yang meletakkan Islam dan siyasah serta pemerintahan terasing dari agama ini.

Kerana menurutnya, kebatilan sentiasa sepakat untuk tidak mengizinkan kebenaran menguasai dan membawa umat kembali kepada 'waqiul hayah' iaitulah kehidupan Islam sebenar.

Untuk itu serunya, mestilah mencontohi para ulama dalam Harakah Islamiyah di seluruh dunia yang pernah berjuang menyelamatkan umat dari penyelewengan melanda.

Termasuk getusnya, Imam Hasan al-Banna yang telah memulakan gerakan di Mesir hingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia dengan menjadikan tarbiyah sebagai persiapan ruhiyah terpenting.

Dalam konteks Malaysia ujar Ustaz Zulkifli, PAS adalah Hizbul Islami yang berada dijalur tersebut serta berhimpun padanya para alim ulama untuk melangsungkan cita-cita menegakkan khalifah dan daulah Islam. - HARAKAHDAILY 15/10/2016 

Sumber HD - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                      
















PAN jangan hodohkan wajah agamawan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42430-pan-jangan-hodohkan-wajah-agamawan

POLITIK sentimen oleh Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusuf ternyata berbaur nafsu hingga tergamak meletakkan kepentingan berkaitan Islam 'di kandang pesalah' dan dipertikaikan. Bagaimana mungkin slogan "Islam Rahmatan Lil 'Alamin" yang dilaungkan dapat dihayati sekiranya Islam sering digoncang tangan umatnya sendiri?

Kewarasan awam juga menjadi terencat melihat tokoh tertinggi agama yang disegani, diakui kefaqihan dan menjadi rujukan ramai, tiba-tiba dibelasah secara terbuka. Apabila kredibiliti Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri semudahnya diperlekehkan, bagaimana pula maruah umat Islam yang bersandar padanya?

Cukup sudah Umno, MCA, MIC dan DAP yang selama ini sering menyebabkan Islam dan umatnya di negara ini dipandah rendah. Dr Mujahid dan partinya PAN jangan 'membuka gelanggang' kepada sikap berwewenangan yang menginjak-injak Islam serta institusinya.

Apakah mahu suara para agamawan menepati kehendak nafsu, untuk bersorak dan mendepa dada? Mahu mereka mengikut selera kamu? Bila diam dituduh bisu, bila bersuara didakwa salah guna kedudukan? Apakah permainan PAN cuba mainkan?

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menasihati agar Dr Mujahid supaya khatam dengan penuh penghayatan dan keterbukaan terhadap Bayan Linnas mengenai RUU355 yang ditulis Dr Zulkifli. Ia ternyata satu penjelasan berfakta, menyeluruh dan jujur serta paling penting, ilmiah.

Kami percaya, PAN yang selama ini menguar-uarkan penerimaan terhadap perbezaan pendapat, seharusnya lebih ke depan menyegarkan wacana dari pandangan dan hujah dinyatakan oleh Dr Zulkifli. Sekiranya ada, datangkanlah yang lebih berwibawa daripadanya. Jika tidak, akur dan mohonlah maaf secara harmoni.

USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAIM tunjuk bukti penghadang masjid boleh bergerak sendiri
Posted on Monday, June 20 @ 06:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30610


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjelaskan fenomena kayu penghadang Masjid Jamek Tedong, Serkam yang bergerak sendiri disebabkan faktor persekitaran dan bukannya akibat perbuatan jin.
Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, siasatan pihaknya mendapati penghadang itu boleh bergerak sendiri kerana ia beroda dan diletakkan di tempat terbuka.

Ini video menjadi pertikaian.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jxREZ5rt4Ag

“Pihak JAIM telah menjalankan siasatan di masjid tersebut dan mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri apabila angin ia mempunyai roda.

“Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin,” katanya dilapor Kosmo! hari ini.

Beliau tidak menafikan wujudnya golongan jin yang mampu menggerakkan sesuatu objek tetapi kes itu tiada kaitan dengan unsur tersebut.

Video penjelasan : https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/1130529297020888/

Sumber TKO - 20-6-2016























Iktibar daripada kegagalan Universiti Harvard

IZWAN ABDUL HALIM | .


BUKIT KATIL: Pendidikan tinggi dan kecemerlangan akademik tidak memberi erti tanpa kerohanian dan kemanusiaan, sebaliknya hanya membawa bencana dan krisis kepada dunia.

Mesej tersebut dinyatakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika menyampaikan tausiyah pada Himpunan Pendidik Islam Kebangsaan di Bukit Baru, di sini hari ini.

Beliau mengungkap kejayaan Universiti Harvard melahirkan ramai individu dan penjawat penting khususnya dalam Kerajaan Amerika Syarikat.

Menurutnya, mereka itu bukan sahaja cendiakawan, tetapi juga pembuat polisi terhadap dunia.

Malangnya ujar beliau, di sebalik kehebatan itu, mereka hakikatnya lahir sebagai binatang kapitalis yang hanya memenuhi hawa nafsu, kepuasan dunia, kedudukan tinggi dan segala kehendak berkait duniawi.

"Hanya difikirkan apa yang hendak dipakai, kediaman bagaimana dan apa dimakan. Tiada kerohanian dan kemanusiaan. Sanggup lakukan apa sahaja termasuk eksploitasi harta kekayaan negara.

"Gejala ini rupanya tidak berlaku dalam pendidikan Barat sahaja, tetapi telah merebak di seluruh dunia, termasuk dalam negara-negara Islam dan juga pendidikan negara kita," ujarnya menyatakan kebimbangan.

Tegasnya, pernyataan itu bukan bermaksud menolak kecemerlangan akademik, tetapi sikap mengagungkan akademik hingga mengorbankan kepentingan jiwa kerohanian dan kemanusiaan adalah satu bencana.

Situasi tersebut katanya, dapat dilihat di dalam masyarakat dan kalangan pendidik hari ini yang sibuk  mengaturkan seminar, kelas tuisyen dan seumpamanya.

"Hari ini tiada lagi anak-anak makan bersama ahli keluarganya, sukar melihat anak-anak bermain bersama kawan-kawannya. Berbaris bersama kawan menuju ke rumah guru Quran dan memberikan khidmat.

"Tiada lagi anak-anak mandi di sungai, bermain di padang dan menikmati keindahan alam kerana sibuk di kelas tambahan.

"Ibu bapa pula tidak ke surau madrasah, solat berjamaah dan mengaji kitab, mendengar kuliah. Kerana pada waktu-waktu itu sibuk berada di pagar sekolah.

"Apakah generasi akan kita lahirkan kalau begini? Tidak mesra adik-beradik, tidak kenal kawan jiran. Tiada ruang persahabatan dalam jiwa. Tidak nikmati alam, bagaimana akan kasihkan alam sekitar?" ujarnya memperinci hambatan akademik masa kini.

Menurutnya, kerana terlalu mengejar 'A' dan kecemerlangan akademik, akhirnya runtuh sistem kekeluargaan, masyarakat dan alam sekitar, semata-mata semua itu lampias hawa nafsu.

Beliau turut mengungkap perilaku jenayah hari ini di mana mereka yang tiada pendidikan antara punca berlakunya kes kecurian dan seumpamanya dalam masyarakat.

Tetapi jelasnya, jenayah juga dilakukan oleh mereka yang berlatar belakang pendidikan tinggi dan cemerlang akademiknya melalui penyelewengan hingga berbilion ringgit.

"Siapa sanggup tangkap golongan seperti ini? Inilah natijah pendidikan tanpa roh yang menimbulkan krisis. Maka perlu ada gerakan pendidikan untuk mengembalikan manusia kepada tugas sebenar.

"Guru mesti membawa insan kembali kepada bertauhidkan Allah. Justeru, pendidikan berkualiti bukan hanya semata tema, tetapi mesti direalisasikan dengan serius dan kesungguhan sebagai usaha teras.

"Juga mengembalikan agar masyarakat menjadikan guru sebagai pelita hidup mereka," seru beliau.

Beliau juga mengajak para warga pendidik menjadi seumpama bumi yang subur dan benih baik dengan dibaja dan diairi sebaiknya.

Lalu mereka katanya, akan tumbuh sebagai pohon yang memutik bunga nan cantik dipandang mata serta buah manis untuk dinikmati.

Pendidik serunya lagi, jangan menjadi seperti bumi gersang yang ditanam benih tanpa diketahui punca hingga menumbuhkan pohon berduri dan berbuah pahit lagi beracun. – HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber HD - 21-5-2016






















Peranan pendidik siapkan generasi hadapi zamannya

IZWAN ABDUL HALIM | .


BUKIT KATIL: Para pendidik mesti mempunyai kepekaan terhadap jangkaan masa depan agar mampu menyediakan anak bangsa terhadap zamannya.

Seruan tersebut dinyatakan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Himpunan Pendidik Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan di Bukit Baru, di sini hari ini.

Terangnya, anak-anak bangsa mesti bersedia dan dipersiapkan oleh para pendidik agar menjadi generasi yang mampu menempuhi zaman mereka.

"Untuk beri pendidikan yang baik, berkesan dan sempurna, maka rujukannya adalah peribadi Rasulullah SAW. Baginda adalah model terbaik yang dididik terus oleh Allah SWT.

"Maka pendidik berperanan bimbing dan membawa mereka ke jalan benar serta kembali kepada fitrah mengenal Allah melalui pendidikan," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Terdahulu, Datuk Mohd Amar dalam ucapannya memaklumkan tujuan program tersebut bertujuan menghimpunkan para pendidik Islam dari seluruh negara.

Menurutnya, pendidik dari pelbagai lapisan dan latar belakang itu perlu digabungkan agar fikiran dan idea mereka dapat dimanfaatkan.

Khususnya ujar beliau dalam usaha merancang untuk meningkatkan kemajuan pendidikan yang bukan bersifat kerajaan.

"Di mana akhirnya mengukuhkan sistem pendidikan negara dan melahirkan generasi beriman kepada Allah. Juga memberi penghargaan dan penghormatan kepada warga pendidik," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber HD - 21-5-2016





















Jangan jadikan bidang pendidikan mangsa politik

IZWAN ABDUL HALIM | .


BUKIT KATIL: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek mengingatkan para pemerintah agar tidak menjadikan sektor pendidikan sebagai persaingan dan perlawanan untuk kepentingan politik.

Menurutnya, banyak isu-isu pendidikan yang diabaikan pemerintah terutamanya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kebajikan para pendidik selain peruntukan terhadap institusi berkaitan.

"Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah anak-anak Melayu Islam dan institusi pendidikan umat seperti SAR," kesali beliau yang juga Mudir Maahad Rahmah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Himpunan Pendidik Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dewan Mu'allim Abdul Wahid Osman, Bukit Baru, di sini hari ini.

Katanya, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) lahir tepat pada masanya di saat kecelaruan sistem pendidikan negara berlaku.

Menurutnya, Pendidik telah bangkit memperjuangkan isu pendidikan bukan sahaja mengenai SAR, tetapi juga kebangsaan.

Antaranya ujar beliau, isu penempatan guru, pemisahan guru daripada keluarga, anak, isteri dan suami yang terpaksa berjauhan serta penafian kenaikan pangkat.

Beliau turut meletakkan harapan agar Pendidik yang dipimpin Presidennya, Normala Sudirman akan menjadi penyuntik semangat para pendidik di negara ini.

Beliau juga melahirkan impian agar usaha terhadap pendidikan akan melahirkan Malaysia sebagai hub pendidikan utama di rantau ini suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 21/5/2016

Sumber HD - 21-5-2016

PAS Alor Gajah Siap Sedia Hadapi PRU-14


Posted on Tuesday, May 10 @ 19:00:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"“Jentera pilihanraya PAS Alor Gajah berada dalam keadaan siap sedia menghadapi PRU-14 pada bila-bila masa”. Demikian tegas YDP PAS Alor Gajah, Shahbuddin Isnin ketika di temui usai program Jejak Istiqamah di DUN Gadek.

“PAS Alor Gajah telah gerakkan jentera di semua peringkat sejak lama dulu. Kita menemui bakal pengundi dari masa ke semasa menerusi pelbagai pendekatan dan program. Sebagai contoh,hari ini kita anjurkan program bertemu pengundi di dua DUN iaitu DUN Gadek dan DUN Durian Tunggal. Alhamdulillah kita dapat sambutan yang menggalakkan daripada pengundi. Program sebegini kita lakukan di seluruh Parlimen Alor Gajah termasuk di tiga lagi DUN iaitu DUN Asahan, DUN Rembia dan DUN Machap.”

Bagi Pengarah MTD Gadek, Emransyah Ismail, beliau bersyukur Program Jejak Istiqamah yang bertujuan untuk menziarahi ahli-ahli PAS di peringkat Unit Peti Undi (UPU) bukan sahaja berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan malah turut mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

“Kita terkejut dengan sambutan yang begitu baik terhadap kehadiran jentera PAS DUN Gadek. Ada penduduk yang menyatakan minat terhadap PAS dan setelah mendengar penerangan daripada petugas kita, terus mereka mengisi borang menyertai PAS”.

 Emransyah yang juga Ketua Pemuda PAS Alor Gajah berkata beliau yakin PAS mampu melakukan menang di DUN Gadek pada PRU akan datang.

Nada yang sama juga dinyatakan oleh Penyelia DUN Durian Tunggal, Jaafar Othman. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Alor Gajah percaya PAS mampu melakukan sesuatu pada PRU akan datang berdasarkan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

“Masyarakat di sini memberikan respon yang positif. Program yang kita anjurkan pada hari ni berjalan lancar. Masyarakat dapat menerima kehadiran kita dengan tangan terbuka. Kita akan lipat gandakan usaha bagi memenangi DUN Durian Tunggal pada PRU akan datang”.

Rata-rata penduduk yang ditemui di kedua-dua DUN menyatakan harapan agar PAS bertanding di Parlimen Alor Gajah bagi mewakili suara mereka.

Sumber TKO - 10-5-2016


Kami tunai solat sunat bukan sembah matahari


Posted on Friday, March 11 @ 17:39:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


JASIN - Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekali gus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

“Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

“Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

“Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.

“Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya.



Sumber TKO - 11-3-2016





















Terharu sikap istiqamah kepimpinan PAS Melaka

HARAKAHDAILY | .


MELAKA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memuji ketabahan pemimpin PAS Melaka yang teguh menghadapi ujian walaupun ada dalam kalangan mereka telah meninggalkan parti.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Melaka di D'Village, Ayer Keroh, malam tadi.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa terharu dan bangga dengan sikap istiqamah kepimpinan PAS negeri yang berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Dalam majlis tersebut, beliau turut melancarkan Dana Fastaqim PAS Melaka selain diberi penghormatan melancarkan Skim Kifalah Ahli PAS (Skimpas) yang dipengerusikan oleh Dr Rosni Adam selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat.

Sementara itu, pengarah program, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, majlis itu diadakan bagi mengumpul dana pilihan raya dan pengurusan parti.

"Kehadiran tetamu seramai 600 orang memeriahkan majlis," ujarnya yang juga Setiausaha PAS negeri. - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Sumber HD - 14-2-2016



















2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka

BERNAMA | .

MELAKA: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, tujuh pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing tiga di Melaka Tengah dan Jasin.

"Jumlah mangsa banjir yang ditempat di pusat pemindahan di Alor Gajah adalah seramai 1,491 orang, pusat pemindahan di Melaka Tengah (1,078 orang) dan Jasin (90 orang)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi Alor Gajah, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam adalah seramai 552 orang, Balai Raya Taman Seri Bayu (492 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (328 orang), Sekolah Kebangsaaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).

Katanya bagi Melaka Tengah pula, seramai 875 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang), dan Sekolah Kebangsaan Kerubong (85 orang).

Effendy berkata seramai 62 mangsa pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 orang).

Beliau berkata JPAM dan beberapa pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan anggota tentera memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. - Bernama

Sumbere HD - 7-2-2016



















PAS Melaka ucap takziah, lawat tempat kejadian




















HARAKAHDAILY | .


JASIN: PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini, petang semalam.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Kamarudin Sidek bersama bendahari, Yasim Musa dan beberapa pimpinan negeri turut menghadiri majlis pengebumian kanak-kanak itu, Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar berkenaan di samping melawat tempat kejadian dan menemui guru sekolah.

Dalam kejadian semalam, mangsa yang merupakan murid sekolah agama berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira 4.45 petang.

Bomba terpaksa menyedut keluar separuh daripada air kumbahan berkenaan sebelum mangsa ditemui kira-kira 5.30 petang. - HARAKAHDAILY 2/2/2016

Sumber HD - 2-2-2016

Ratu cantik: Banyak cara lain promosi pelancongan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Melaka mempersoal penganjuran program kerajaan negeri  yang menghadirkan seramai 52 ratu cantik dunia kononya untuk menarik sektor pelancongan di negeri itu.

Ketuanya, Kintan Man berkata, tindakan kerajaan negeri itu dilihat seolah-olah mengiktiraf pertandingan ratu cantik yang secara jelas ia mengeksploitasi maruah wanita sekali gus melanggar syariat Allah.

Bahkan katanya, banyak lagi usaha yang boleh dilaksanakan kerajaan negeri bagi memperomosi pelancongan di Melaka bagi melestarikan pendapatan negeri.

"Misalnya, menaiktarafkan tempat-tempat menarik yang ada potensi untuk dijadikan pusat pelancongan, selain mempromosikan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat Melayu melalui ikon beliau atau personaliti tempatan yang sedang meningkat naik di dalam negara," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, PAS sejak dahulu lagi mendokong dasar Islam yang sentiasa mengangkat martabat dan maruah wanita.

"PAS Melaka melalui Dewan Muslimat menyatakan kesediaan serta kemampuan untuk mentadbir negeri Melaka sesuai dengan lunas-lunas Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS FASAL 5 (1)  yang jelas menyebut, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah," katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.

Katanya, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.

"Usah melihat pertandingan ini semata-mata sebagai mencolok mata, sebaliknya perlu melihat dalam konteks semangat sebenar untuk memajukan negeri Melaka.

"Langkah bijak mempromosi Melaka membawa limpahan rezeki terutama dalam sektor pelancongan iaitu ratu cantik ini akan membantu mempromosi Melaka di negara mereka," katanya. – HARAKAHDAILY 12/1/2016

Sumber HD - 12-1-2016



















PAS Melaka ziarah nenek Allahyarham Kapten Hasman





















HARAKAHDAILY | .


MASJID TANAH: Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek menziarahi nenek Allahyarham Kapten Hasman Hussin, Hajah Jaamah Ahmad di Kampung Durian Daun.

Jaamah menjaga allahyarham sejak berumur 8 tahun setelah kematian ibunya.

Kamarudin yang turut disertai beberapa kepimpinan PAS negeri merakamkan ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham.

Jenazah Kapten Hasman kini dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan disemadikan di Tanah Perkuburan Empang Batu/Durian Daun.

Kapten Hasman meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat pada 26 Disember lalu. - HARAKAHDAILY 6/1/2016

Sumber HD - 6-1-2016

PAS Melaka buka bilik operasi banjir

FATHI YUSOFF | .


ALOR GAJAH: PAS Melaka telah membuka bilik operasi banjir bermula semalam ekoran bencana banjir yang sedang melanda daerah ini ketika ini.

Bilik operasi itu ditempatkan di Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah diketuai oleh Pengarah Amal negeri, Lokman Daud bagi membantu mangsa banjir sekitar Alor Gajah.

Bilik operasi ini turut digerakkan oleh Pemuda PAS negeri, PAS dan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah.

Sehubungan itu, Lokman menyeru para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan Bilik Operasi Banjir PAS Alor Gajah dapat beroperasi dengan lancar.

“Kita amat perlukan pelbagai bentuk sumbangan bagi menggerakkan bilik operasi ini.

"Oleh itu saya menyeru kepada pada dermawan untuk menghulurkan sumbangan seperti wang tunai, makanan, barangan keperluan asas dan alatan mencuci,” ujar beliau.

Individu yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun PAS Kawasan Alor Gajah BIMB: 04015010021837 dan maklumkan kepada Ahmad Suhaib Bahiki melalui talian 011 2083 7578.

Sumbangan juga boleh dihantar terus ke Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah di Pekan Durian Tunggal atau terus berhubung dengan Ketua Bilik Operasi Saudara Farid Odnan di talian 011 2304 2647. - HARAKAHDAILY 15/12/2015

Sumber HD - 15-12-2015


Pangkat Datuk untuk Rajinikanth?

Posted on Wednesday, October 28 @ 15:22:25 MYT by paktam

Oleh Nizha Periaswamy

Nampaknya kehadiran pelakon nombor satu India, ‘Superstar’ Rajinikanth yang terkenal dengan gayanya yang tersendiri dalam filem-filem Tamil telah membentuk satu gelombang dalam kalangan peminat beliau di Malaysia.

Kehadirannya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.30 petang, pada Isnin disambut bukan sahaja daripada kalangan peminat filem Tamil tetapi ‘orang-orang besar’ dan ‘berpengaruh’ dari dunia politik mahupun perniagaan.

Kuasa sebenar seorang ‘hero’ dapat dilihat apabila laman-laman sosial dihujani dengan info dan selfie hero Tamil yang berasal dari Karnataka, sebuah lagi negeri di selatan India, bersebelahan dengan Tamil Nadu.

Usah bercakap panjang tentang latar belakang hero yang diketahui umum, Rajinikanth ke Malaysia untuk meyempurnakan penggambaran filem terbarunya, Kabali.

Kabali merupakan sebuah filem mengenai kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India arahan P. Ranjith yang turut menyaksikan penampilan khas beberapa pelakon tempatan seperti Magendran Raman dan Datin Seri Shaila Nair.

Difahamkan Rajinikanth akan memegang watak Don yang dikenali sebagai Kabaliswaran, berusia lewat 50-an.

Menariknya tentang kehadiran hero pecah panggung dengan filem blockbuster seperti Padayappa, Enthiran, Sivaji The Boss dan Lingga yang pernah berkepit dengan heroin-heroin muda dan cantik seperti Aiswarya Rai, Sonakshi Sinha, Anushka Shetty dan ramai lagi ialah peluang berjumpa dengan beliau serta promosi terhadap filem tersebut yang akan secara tersendirinya menghasilkan ‘hype’ terhadap filem itu.

Namun, ada pula perkara yang menjangkaui realiti sebenar tentang Rajinikanth sebagai sekadar seorang hero yang hadir ke Malaysia untuk penggambaran filem. Mungkinkah ‘Superstar’ India ini akan dianugerahkan dengan pangkat Datuk?

Ekoran sekeping gambar Rajinikanth bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob tersebar berikutan perjumpaan mereka di negeri itu, ramai pula berteka-teka jika Rajinikanth akan turut ditawarkan pangkat ‘Datuk’ selepas Datuk Shah Rukh Khan.

Malah, sewaktu Datuk Shah Rukh Khan diberikan pangkat tersebut pada 2008, ramai pula ‘hero-hero kampung’ tempatan mula mengungkitkan pelakon India mana yang lebih layak menerima pangkat tersebut dan antara nama yang paling ‘menang’ ialah Rajinikanth.

Maka, memandangkan Rajinikanth sudahpun berada di Malaysia dan dikhabarkan akan menjalani penggambaran untuk beberapa bulan, mungkinkah impian rakyat Malaysia (bukan impian Rajinikanth) akan menjadi kenyataan?

Namun, persoalannya, apakah manfaatnya kepada rakyat Malaysia atau bangsa India di Malaysia jika Rajinikanth diberikan pangkat Datuk? Oh, lupa pula, ada juga yang mengidamkan pangkat Tan Sri dan Tun kepada Rajinikanth.

Adakah pelakon dari India iaitu Shah Rukh Khan ataupun Ratharavi yang pernah mendapat pangkat Datuk menggunakan pangkat tersebut sebaiknya demi kebaikan Malaysia? Dan betapa benar kemungkinan trend ini bakal dipanjangkan kepada Rajinikanth?

Jika ya, pasti ramai yang akan memuja pihak yang memberikan pangkat itu, tidak ketinggalan ramai juga yang akan mengkritik nilai pangkat tersebut diberikan kepada seorang pelakon asing sedangkan ramai ‘anak seni’ pula tidak dihargai.

Apapun, Rajinikanth sudah berada di Malaysia dan laman sosial akan terus bercerita mengenai beliau sekurang-kurangnya sehingga filem itu ditayangkan.

Yang pasti, impian sebenar Rajinikanth bergelar ‘datuk’ sudah tercapai melalui tiga cucu beliau daripada kedua-dua anak perempuannya, Aiswarya (dua orang anak) dan Soundarya (seorang anak).

Sumber DD - 28-10-2015



Jom Melabur, Jom Bantu
Posted on Thursday, October 08 @ 11:04:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Melaka , 8 Okt 2015  - Asrama kian uzur : Pengurusan Madrasah An Nuriah Ad Diniah di Sungai Udang, Tanjung Kling, di sini, yang juga antara sekolah agama persendirian di negeri itu meminta kerjasama orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembinaan asrama pelajar perempuan yang semakin uzur.

Bangunan dua tingkat yang dibina menggunakan kayu sekitar tahun 1950-an digunakan sebagai asrama bagi menampung 50 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun walaupun strukturnya dianggap sudah tidak selamat untuk diduduki.

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Madrasah An Nuriah Ad Diniah Mohd Herwan Mohd Khalil berkata, atas faktor keselamatan, pelajar perempuan terbabit dipindahkan ke blok pengajian madrasah itu yang dijadikan sebagai asrama sementara, minggu lalu.



“Jika dana sudah cukup, kami jangka bangunan asrama baru akan siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan saja. Kos keseluruhan pembinaan asrama baru itu dijangka menelan belanja RM250,000.



“Asrama sedia ada akan dirobohkan bagi membolehkan bangunan baru dibina di atas tapak sama. Kami berharap orang ramai sudi menghulurkan wakaf, sumbangan, derma atau infaq bagi membiayai kos pembinaannya nanti,” katanya.



Madrasah itu diasaskan oleh ulama terkenal di negeri itu, Abdul Wahid Othman atau lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Haji Wahid pada 1940.



Daripada keseluruhan 180 pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah mengikuti pengajian di situ, termasuk yang berulang-alik dari rumah, 10 adalah anak yatim manakala 20 lagi daripada keluarga miskin.



Proses pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan manakala hal ehwal pentadbiran pula dikendalikan lima kakitangan pengurusan.



Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Herwan di talian 013-6440709 atau pejabat madrasah 06-3519807.






Sumber TKO - 8-10-2015


Kita semua adalah orang Islam ..

Posted on Wednesday, August 05 @ 14:23:56 MYT by paktam

Oleh Sofi Wahab

Kepada sahabatku samada yang istiqamah dalam PAS dan yang berhijrah ke NGO GHB. Janganlah kalian merendah-rendah, mencaci, memfitnah, mengadu domba, melabel, memperlekeh dan segala macam sifat negatif terhadap sahabat lain.

Ingatlah kita semua adalah orang Islam yang wajib meneruskan silaturrahim kita. Jika benar kita semua mempunyai musuh yang sama maka apa salahnya kita berjuang bersama, bekerjasama dan meneruskan kesinambungan silaturrahim kita.

Percanggahan pandangan, idea dan strategi perjuangan bukanlah tiket untuk kita melakukan perkara-perkara yang terkutuk di atas.

Maaf wahai sahabat, aku bukanlah seorang yang menerima apa sahaja yang orang lain kata dengan sesuka hati. Aku menilai, memerhati, merujuk dan mengkaji apa sahaja yang dilontarkan kepada ku. Rujukan yang pasti sudah tentulah dari Pencipta dan PesuruhNya.

Sedikit pengalaman yang ada ditambah dengan perbincangan dan rujukan bisa memberikan bantuan kepadaku untuk menelusuri perjalanan hidupku.

Penelitian dan keterlibatanku dalam kehidupan ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran betapa manusia ini sering tertewas dan tertipu dengan lakonan manusia lain. Kepentingan dunia kadang-kadang mengatasi prinsip dan pegangan.

Namun antara kita mesti menghormati sahabat semanusia yang lain ...........

Sumber TKO  - 5-8-2015

Kenyataan Akhbar YDP PAS Kawasan Bukit Katil Isu GHB
Posted on Tuesday, July 28 @ 00:39:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan PAS Kawasan Bukit Katil sebagai 'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam menjalinkan hubungan dengan GHB dalam gerakerja membebaskan rakyat dari belenggu kerajaan Umno/BN.

Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Penyelaras GHB Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek dan hampir kesemua AJK GHB Bukit Katil.

Kami di Bukit Katil mengharapkan tiada unsur-unsur di luar yang mengganggu kami di Bukit Katil untuk bekerjasama. PAS Kawasan Bukit Katil dan GHB Bukit Katil mempunyai musuh yang sama dan sangat sedikit perbezaan antara kami.

Insya Allah kami akan tunjukkan 'izzah Islam kami. Takkanlah PAS Bukit Katil tidak boleh ber'tahalluf siyasi' dengan GHB Bukit Katil yang sama aqidah perjuangan.

Kami akan tunjukkan contoh bahawa berbaik dan bekerjasama lebih baik dari bergaduh dan berperang dingin.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit il


Facebook

Sumber TKO - 28 -7-2015

Lebih RM26 Juta Kerugian Pelaburan Emas Di Melaka


MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Lebih RM26 juta kerugian yang membabitkan 16 kes penipuan pelaburan emas dalam talian dicatat antara Januari hingga semalam di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt Ee Khong Koy berkata ia melibatkan 18 buah syarikat dengan 16 orang mangsa termasuk lima wanita.

Beliau berkata terdapat satu kes yang melibatkan seorang peniaga berusia 41 tahun yang kerugian RM21.6 juta.

"Jumlah tersebut menunjukkan peningkat jumlah kerugian dan bilangan kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya satu kes dengan kerugian berjumlah RM10,000 dilaporkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pelaburan emas secara dalam talian dengan syarikat yang diragui dan sebaliknya melabur dengan syarikat yang sah.

Dalam perkembangan lain, Ee berkata seorang wanita Fadzilah Hashim, 46, yang beralamat terakhir di No 12, Jalan MP 11, Melaka Perdana Resort Home dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkenaan kes wang palsu.

Beliau berkata wanita berkenaan ditahan setelah didapati memiliki 10 keping wang kertas RM100 yang disyaki palsu pada 6 Mac lepas.

"Suri rumah berkenaan telah memberitahu polis bahawa wang tersebut diterima suaminya hasil jualan barangan terpakai dan besi buruk," katanya.

Namun katanya wanita berkenaan telah menghilangkan diri setelah dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Mac.

-- BERNAMA / HD - 26-6-2015 

MOHON DERMA KILAT UNTUK MANGSA BANJIR BUKIT KATIL - YDP PAS BUKIT KATIL


PAS Kawasan Bukit Katil melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir. Bantuan boleh disalurkan terus kepada akaun Bank Islam PAS Kawasan Bukit Katil.

Nombor Akaun Bank Islam

04015010048965 atas nama PAS Kawasan Bukit Katil.
...
Sila whatsapp/sms 0193978488 utk makluman
Sumbangan tunai boleh disalurkan kpd Pejabat Adun Bukit Baru nombor telefon 062672239 atau 0193978488

Sumber HD - 9-6-2015

242 Mangsa Banjir Dipindah Di Dua Daerah Di Melaka

MELAKA, 8 Jun (Bernama) -- Sebanyak 242 mangsa melibatkan 78 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan di negeri ini selepas rumah mereka dilanda banjir pagi semalam berikutan hujan lebat lebih tiga jam dan fenomena air pasang besar.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata enam pusat pemindahan tersebut melibatkan lima buah di daerah Melaka Tengah dan satu di daerah Jasin termasuk jumlah teramai mangsa yang dipindahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Serkam.

Beliau berkata di Melaka Tengah, 37 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Peringgit; 12 mangsa di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong; 18 mangsa di Balai Raya Bkt Pulau; 11 mangsa di Bangunan Bahagian Umno Bukit Katil dan 20 mangsa di RTC Paya Ikan.

"Di Jasin seramai 144 mangsa melibatkan 57 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dua pusat pemindahan iaitu Surau Permatang Duyong dan SMK Dang Anum, Merlimau masing-masing telah ditutup pada pukul 10.00 pagi dan 10.50 pagi tadi.

Bilik Gerakan Negeri di Kota Cemerlang beroperasi 24 jam.

Hujan lebat mulai turun secara berperingkat sejak 4 pagi semalam sehingga pukul 11 pagi.

Sementara itu keadaan cuaca adalah mendung dan hujan pada awal pagi tadi.

-- BERNAMA /
Sumber HD - 8-6-2015

SANG LANUN ATAS NAMA AGAMA - DR ANGIN BUDIMAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34244-sang-lanun-atas-nama-agama


Sumber HD - 9-3-2015


BEBASKAN UMAT ISLAM DARI NAJIS ARAK - KERAJAAN MELAKA



Sumber HD - 2-2-2015


KEMALANGAN - KINI TINGGAL SAYA SEBATANG KARA - IDA DOLLAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33434-kemalangan-kini-tinggal-saya-sebatang-kara

Sumber HD - 23-1-2015

ADUN BUKIT BARU TURUT BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN: 


Dr Mohd Khalid Kasim

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33145-banjir-adun-bukit-baru-hantar-bantuan-ke-kelantan


Sumber HD - 8-1-2015

Kanak-kanak meninggal akibat denggi positif leptospirosis





















BERNAMA | .

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang meninggal dunia di sini Isnin akibat demam denggi juga didapati positif leptospirosis atau penyakit kencing tikus, kata Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba Selasa.

Umar Abd Qayyum Yassir Arafat dari Tampin, Negeri Sembilan meninggal dunia di hospital itu pada 6.12 petang.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital itu pada 10.15 malam Ahad lepas.

"Sebab kematian kerana denggi sekunder yang teruk dengan pendarahan akibat kejutan dan kegagalan organ yang pelbagai...pesakit juga positif leptospirosis," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata kanak-kanak itu disahkan telah dijangkiti leptospirosis ketika dirawat di Hospital Tampin, pada Ahad lepas sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Kerja siasatan dan konteks kes ini dan operasi kawalan akan dilakukan oleh agensi yang berkaitan di Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Sumber HD - 23-12-2014

Tukar kerajaan boros demi selamatkan negara




















AHMAD DANIAL | .

MELAKA: Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500 bilion sekarang.


"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020.

"Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat," ujar Dr Rosli.

Beliau berkata bahawa sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang daripada perbelanjaan.

"Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2,500 jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir.

"Apabila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." ujar beliau yang juga Pengarah Urusan Harakah.

Dr Rosli menyatakan bahawa GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin.

"Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST.

"Memang GST tidak dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST," tambah beliau.

Menurutnya, para pekedai dan peniaga boleh mendapat balik cukai GST yang dibayar dari kerajaan, tetapi rakyat terbanyak tidak dapat bayaran balik dan merekalah yang paling teraniaya.

"Sudah tentu Harga barangan akan naik dan rakyatlah yang terpaksa berbelanja lebih akibat kenaikan harga barang," ujar Dr Rosli.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya membuat perubahan bagi menyelamatkan negara yang tercinta ini.

"Jika pemimpin negara dan kerajaan tidak ditukar, sudah pasti Malaysia akan bangkrap dan rakyat akan bertambah sengsara.

"Sekarang ini hutang negara sudah melebihi 55 peratus daripada jumlah pendapatan dan kadar ini membuktikan bahawa negara berada di ambang muflis seperti yang dialami oleh Greece," ujar beliau

Menurutnya hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan negara daripada bangkrap iaitu dengan menukar kerajaan pada PRU14 nanti.

Beliau berkata demikian pada ceramah umum anjuran Jentera Pilihanraya Dun Ayer Molek dan PAS Kawasan Ayer Molek di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di Pekan Ayer Molek. Selain Dr Rosli Yaakob, turut berceramah bersamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amiruddin Shari. – HARAKAHDAILY 15/12/2014

Operasi kilang haram proses minyak terbongkar




















BERNAMA | .

JASIN: Operasi sebuah kilang haram yang membakar tayar bagi menghasilkan minyak di Kesang Pajak di sini terbongkar apabila diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka dalam operasi bersepadu bersama-sama Jabatan Imigresen Melaka dan Jabatan Pendaftaran Negara, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah JAS Melaka Mohd Nazir Mansor berkata kilang itu hanya menjalankan operasi pada waktu malam bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa dan minyak dihasilkan itu dipercayai bagi kegunaan kilang.

"Kilang itu juga melakukan pemasangan alat pembakaran secara haram dan tidak mendapat notifikasi dari pihak JAS," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata JAS akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata jabatan itu menahan tujuh warga Bangladesh dipercayai bekerja di kilang haram tersebut.

"Tujuh warga Bangladesh itu adalah antara 24 warga asing dipercayai pendatang tanpa izin yang ditahan di empat lokasi sekitar Jasin dan Melaka pada operasi lebih empat jam bermula 11 malam tadi," katanya.

Abu Bakar berkata semua mereka terdiri daripada 10 warga Bangladesh, sembilan warga Indonesia, empat warga Kemboja yang mana dua daripadanya kanak-kanak dan seorang warga Pakistan.

Beliau berkata empat warga Kemboja yang ditahan itu merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, anak perempuan berusia empat tahun dan anak lelaki berusia lima bulan.

"Semua yang ditahan berusia antara 5 bulan hingga 42 tahun," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 5-12-2014

4 pasangan ditahan disyaki bersekedudukan





















BERNAMA | .

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan empat pasangan warga Indonesia berusia antara 24 hingga 36 tahun kerana disyaki bersekedudukan, awal pagi ini.

Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata pasangan itu ditahan di tiga hotel bajet di Bachang dan pusat bandar raya ini dalam operasi bermula pukul 12 malam tadi hingga 5 pagi ini.

"Seorang lelaki warga Indonesia itu berusia 36 tahun cedera di kaki kanan akibat terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah di sini untuk siasatan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

Katanya dalam operasi dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, bertujuan mencegah kegiatan menyalahi undang-undang agama Islam dalam kalangan umat Islam. - Bernama

Sumber HD - 23-11-2014

Polis Melaka buru 'Potek'





















BERNAMA | .

MELAKA: Polis sedang memburu Mohd Jazman Abd Jalil, 30, atau dikenali sebagai 'Potek' berasal dari Kampung Paya Ikan di sini bagi membantu siasatan terhadap kes curi kenderaan di sekitar Melaka Tengah sejak tiga bulan lepas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Potek boleh menghubungi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di talian 06-2842222 atau Pegawai Penyiasat Hashim Rahim di talian 019-9998222.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata polis telah menahan rakan suspek berusia 40-an di sebuah rumah di Batu Berendam pada Rabu lepas.

Beliau berkata polis menemui masing-masing sebuah kereta Proton Waja, Perodua Kancil dan motosikal Yamaha RXZ dipercayai kenderaan curi, di halaman rumah lelaki tersebut.

"Lelaki ini tidak bekerja dan disyaki tidak bergerak sendirian untuk melakukan jenayah dengan menyasar kawasan terbuka atau tempat awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Dalam kes berlainan, Shaikh Abdul Adzis berkata tiga lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam tiga kes samun penjual surat khabar pada 27 Okt lepas.

Beliau berkata semua lelaki yang bergerak dalam kumpulan dan menggunakan kereta Perodua Viva yang disewa untuk melakukan samun itu ditahan di sekitar Bertam Hulu dan Kawasan Perindustrian Bukit Rambai dalam tempoh tujuh jam bermula 12.50 pagi pada 7 Nov lepas.

"Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga mereka mengaku melakukan samun tersebut dan polis percaya tiga kes berkenaan selesai dengan penangkapan mereka," katanya.

Dalam kejadian 27 Okt lepas, tiga penjual surat khabar berusia antara 47 hingga 77 tahun mengalami kerugian kira-kira RM400 apabila masing-masing disamun kumpulan tersebut di Jalan Hang Jebat, Jalan Ong Kim Wee dan Jalan Kampung Hulu antara pukul 4.45 pagi hingga 5.30 pagi. - BERNAMA

Sumber HD - 14-11-2014

Gores dan menang: 27 ditahan di Melaka




















BERNAMA | .

MELAKA: Polis menahan 27 orang disyaki terlibat dengan sindiket gores dan menang dalam dua serbuan di premis sama di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam di sini pada Khamis dan Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam serbuan pertama pada Khamis, polis menahan tujuh orang termasuk dua wanita dalam serbuan pada 11 pagi manakala 20 orang termasuk lima wanita ditahan dalam serbuan pada 3 petang, pada Isnin.

Beliau berkata mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus syarikat, penjaga premis serta jurujual gores dan menang.

"Siasatan awal mendapati syarikat yang terlibat dengan sindiket itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan menyasarkan pasar raya besar di negeri ini untuk mencari mangsa.

"Hanya dua daripada yang ditahan berasal dari Melaka manakala kerugian, bilangan kes terlibat dan jumlah mangsa masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Chuah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata antara Mac hingga Oktober lepas, sebanyak 181 kes gores dan menang dilaporkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM1.5 juta.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sama sekali mempercayai apa yang ditawarkan sindiket gores dan menang ini, malah sekiranya didekati jurujual atau ejen sindiket ini, orang ramai perlu terus menolak dan menjauhkan diri," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 12-11-2014

Kecewa pesta arak jadi sumber jana ekonomi





















HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat Negeri Melaka (DMPNM) kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang turut disokong kerajaan pusat melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, yang menjadikan pesta arak sebagai salah satu cara menjana ekonomi negeri.

Ketuanya Ustazah Kintan Man, berkata sewajarnya Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron serta menteri kabinet yang diberi mandat oleh rakyat, mampu untuk mengemukakan pelan ekonomi mapan yang bersih daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama.

"DMPNM merasa amat kesal bilamana pesta arak ini dijadikan sebagai salah satu produk penjanaan ekonomi serta cara untuk menarik pelancong.

"Islam tidak melarang penganut agama lain untuk meminum arak selagimana agama tersebut tidak melarang perlakuan sedemikian, tetapi untuk diberi kelulusan pesta meminum arak adalah suatu yang amat mendukacitakan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu peganjuran pesta arak Oktoberfest yang dijadual diadakan di Jonker Walk Melaka pada 18 Oktober in.

Menurut Kintan, tindakan memberi kelulusan kepada pesta sebegitu juga dilihat seperti tidak menghormati perlembagaan persekutuan yang menyebut bahawa agama bagi Persekutuan adalah Islam.

Mengulas saranan ketua menteri agar pemimpin PAS berfikiran terbuka pula, Kintan berkata sememangnya pemimpin PAS berfikiran terbuka dalam banyak hal, tetapi dalam soal hukum dan maslahah umat, PAS mengikut panduan ditetapkan didalam Al-Quran, hadith, dan ijma' ulama'.

"Adalah amat jelek di dalam satu negeri, bilamana di satu tempat diadakan Melaka Berselawat dan disatu tempat yang lain diluluskan pesta minum arak.

"Berimanlah dengan kesyumulan Islam, bukannya berselawat kepada Nabi namun dalam masa yang sama mengingkari ajaran Rasulullah S.A.W," katanya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Pesta arak: Sudah tiada cara lain untuk tarik pelancong?





















AHMAD DANIAL | .

MELAKA: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) yakin banyak lagi pendekatan lain untuk menarik pelancong datang ke negeri ini selain penganjuran pesta arak, Octoberfest.

Ketuanya Jauhar Mohamad Dawi berkata, PAS menerima konsep pelbagai budaya, agama dan bangsa di negara ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk menganjurkan sesuatu program yang dilihat jauh dari budaya timur masyarakat.

Menurutnya, DPPNM cukup kesal dengan jawapan Ketua Menteri Melaka dalam media yang hanya memberikan alasan pesta Oktoberfest ini untuk menarik pelancong ke negeri Melaka sehingga menggadaikan maruah dan budaya rakyat negeri Melaka.

"Adakah produk pelancongan Melaka yang terbaru pesta minum arak beramai-ramai?

"Walaupun alasan bahawa pesta itu boleh diadakan kerana rakyat negeri ini majmuk, tapi kita merasakan pesta minum arak ini bukan budaya rakyat negeri Melaka," katanya.

Beliau turut hairan dengan sikap kerajaan negeri yang boleh meluluskan penganjuran Oktoberfest dengan Majlis Selawat secara serentak pada 18 Oktober ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri Melaka dapat memikirkan produk budaya yang lebih tulen yang datang dari pelbagai kaum di negeri Melaka untuk dipromosikan dan menolak pesta yang bukan dari budaya rakyat Melaka. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014

Wanita disyaki bersekedudukan lahir 5 anak ditahan





























































BERNAMA | .


MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menahan seorang wanita berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

"Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rahimin berkata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.

Beliau berkata wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.

Sementara itu Rahimin berkata JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.

"Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

Sumber HD - 10-10-2014

72 keluarga dikesan hidap virus Aids di Melaka





















BERNAMA | .


ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka.

"Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, semalam.

Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan.

Latipah berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone.

Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/AIDS yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.

Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.

"Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya.

Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain. - Bernama

Sumber HD - 4-8-2014

Keluarga bersedia sambut jenazah ketua pramugara




















BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Anggota keluarga seorang anak kapal yang terbunuh dalam kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, Khamis lepas, berdoa supaya proses membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.

Syaza Athirah Mohamad Azman, 22, anak saudara kepada ketua pramugara MH17 Mohd Ghaffar Abu Bakar, 54, berkata semua anggota keluarganya kini sabar menanti kepulangan jenazah bapa saudaranya itu.

"Semua orang berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang perkembangan lanjut sambil memantau berita dari dalam dan luar negara selain menerima maklumat dari kawan-kawan arwah yang berada di Belanda," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, mereka akan pulang ke kampung di Masjid Tanah, Melaka, untuk berkumpul bersama nenek, Maimon Sarpan, 76, sementara menunggu kepulangan jenazah.

Syaza Athirah berkata wakil Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel DNA anak arwah, Amar Syariff, 25, dan Sa'imah Baizura, 29, semalam untuk tujuan pengecaman mayat.

Sementara itu, beliau sekeluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan rundingan beliau bersama pihak yang menguasai wilayah tragedi berhubung pengendalian mayat-mayat mangsa dan kotak hitam pesawat.

Antara yang dipersetujui ialah 282 mayat yang dikeluarkan dari kawasan nahas akan diterbangkan ke Amsterdam sebelum dibawa pulang ke negara asal masing-masing termasuk Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Sebanyak 43 warga Malaysia terkorban dalam nahas itu. - Bernama

Sumber HD - 23-7-2014

Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS





















SOFI WAHAB | .



MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. - HARAKAHDAILY 19/7/2014

Sumber HD - 19-7-2014

No comments:

Post a Comment