BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, July 14, 2014

PAKATAN RAKYAT, PAKATAN HARAPAN DAN DEKLARASI RAKYAT


PAN Pelawa PAS Bersama Pakatan Harapan
Posted on Monday, June 20 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30614



KUALA KANGSAR – Pakatan Harapan mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan
demi kebaikan bersama. Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan
 partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan
 gabungan parti pembangkang kembali utuh.

“Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya
sudah ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah
Kuala Kangsar di sini, semalam.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin
selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk
menewaskan BN di Parlimen berkenaan.

“Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas
perlu ikhlas,” katanya.

Kor Ming turut mendakwa 300 pengundi yang dikenalpasti penyokong setia DAP yang
berhasrat mengundi calon Amanah telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Padang Rengas.

Beliau yang juga ahli Parlimen Taiping turut menegaskan tindakan tidak adil SPR itu adalah
salah satu sebab undi Amanah berkurangan.

“Kita juga dapat tahu ke semua mereka tidak dimaklumkan tentang perubahan berkenaan,”
katanya – SH

Sumber TKO - 20-6-2016



Mahathir Mursyidul Am Pakatan Harapan?

Posted on Sunday, June 12 @ 18:49:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Artikel
KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) mempergunakan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir bagi memancing undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala
Kangsar dan Sungai Besar dikecam sebilangan besar penyokong pembangkang.

PAN dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Mahathir dalam satu majlis malam tadi
menyatakan sokongan terbuka beliau ke atas calon Pakatan Harapan dan menyeru orang ramai
menolak calon UMNO.

Pemilik akaun Facebook Muhamad Qalif menyelar pemimpin PAN terbabit kerana didakwa
terlupa bahawa Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali.

“PAN sudah lupa darah Memali di tangan Mahathir sehingga sekarang Mahathir tidak mohon
maaf kepada balu dan anak yatim Memali,” tegasnya.

Pemilik akaun Facebook Aminuddin Saad pula berkata, Melayu memang mudah terlupa kerana
Mahathir pernah menyatakan tokoh pembangkang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa
malapetaka kepada negara.

Beliau turut menyiarkan satu keratan lama akhbar mengenai kenyataan Mahathir bertajuk “Nik
Aziz bawa malapetaka kepada negara”.

Pengguna Facebook Naser Salleh pula menyindir Pakatan Harapan berkerjasama dengan
Mahathir kerana ia sebuah gabungan politik yang mempunyai agenda tersembunyi
masing-masing.

Seorang lagi pengguna Facebook pula mempersoalkan sama ada suara bekas Ketua
Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang sedang menjalani hukuman penjara sudah tidak laku dalam Pakatan Harapan.

“Mahathir la yg jd mursyidul diorg sekarang..,” katanya.

Anwar sebelum ini menggesa supaya Pakatan Harapan tidak mengadakan kerjasama dengan
Mahathir kerana Mahathir dianggap sebagai manusia licik yang sanggup berbuat apa sahaja
untuk memenuhi cita-citanya.

Seruan Anwar melalui satu warkah yang ditulisnya dari penjara itu bagaimanapun diabaikan
sebilangan besar pemimpin PKR dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain iaitu DAP dan
PAN.

Mahathir mula menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas semua usahanya untuk
menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara kotor gagal.

Beliau berdendam dengan Najib kerana enggan memenuhi pelbagai permintaannya dalam
banyak perkara termasuk berhubung pembinaan jambatan bengkok di Johor.

Sehubungan itu, mantan Perdana Menteri itu berhasrat menaikkan pengikut setianya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang baharu. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 12-6-2016



Deklarasi Rakyat: Dr M akui wujud 300,000 tandatangan
palsu


Posted on Sunday, June 05 @ 20:30:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujudnya 

pemalsuan tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk 
Seri Najib Razak melepas jawatan.
Katanya, tindakan itu sengaja dilakukan pihak tertentu secara terancang bagi menggagalkan
usaha menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun menurutnya lagi, pihak sekretariat berjaya mengesan sebanyak 300,000
tandatangan dipercayai dipalsukan dengan sengaja itu.

"Saya tahu ada usaha untuk menipu, ada yang tandatangan satu, ada tandatangan lima hingga
enam yang kad pengenalan dia sama.

"Semua itu kita sudah buang dan hampir 300,000 (borang Deklarasi Rakyat) yang terlibat
dengan penipuan dan perkara itu dilakukan secara terancang dan kita tahu ada orang yang
rancang.

"Tetapi (sehingga kini) sudah lebih 1.2 juta tandatangan yang kita terima. Sepatutnya saya
hanya dapat 1 juta tandatangan sehingga hujung tahun tetapi jumlah itu dicapai setelah dua
bulan ia dilancarkan," katanya ketika ditemui pada sidang media di sebuah program, di sini,
 hari ini.

Sebelum ini, pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus
niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan
untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.
Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu
disiasat oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ramai rakyat yang ingin menandatangan Deklarasi Rakyat,
namun dihalang oleh rasa takut kepada pihak kerajaan pemerintah.


  "Sebenarnya rakyat sokong dan nak tandatangan tetapi mereka ketakutan  kepada pihak
pemerintah apabila pihak pemerintah bertindak melakukan pemotongan BR1M (Bantuan
Rakyat 1Malaysia), kerajaan akan kacau perniagaan dan lain-lain lagi," katanya.

Sumber TKO - 5-6-2016




1.2 Juta Tandatangan Deklarasi Rakyat rupanya tipu!!

Posted on Thursday, May 26 @ 17:59:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Selongkar

KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini tampil mendakwa
kumpulan pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan
jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.

Bagi menguatkan hujah tersebut, seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu 

turut diketengahkan.


Lelaki yang dikenali sebagai Azharuddin Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer 
bebas secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu 
Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi 
mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat.

Azharuddin dalam pada itu turut membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan 
dan pengakuan beliau adalah benar.
"Pada tarikh 27 April 2016, saya telah dihubungi oleh seorang yang bernama Ema yang lebih 
dikenali dengan nama 'Ratu Naga'. Saya kenal dia melalui seorang kawan dan pernah jumpa 
berdepan. Komunikasi saya melalui Whatsapp tersebut bukanlah kali pertama juga.
"Sebelum ini dia (Ratu Naga) memang mengetahui saya mempunyai sejumlah besar (jutaan 
data base maklumat penduduk Malaysia yang boleh diceraikan berdasarkan beberap katogori 
berdasarkan keperluan).
"Dia menawarkan RM5,000 untuk mendapatkan 1.2 juta database dan beberapa penghantaran 
dibuat melalui emelnya ([email protected]/* */). Dia memaklumkan saya database itu untuk 
kegunaan bagi projek memorandum Deklarasi Rakyat ke DYMM Yang Dipertuan Agung," 
katanya sambil membacakan akuan berkenaan.
Pemalsuan itu kata Azharuddin, terpaksa dilakukan untuk mencukupkan bilangan dalam 
tempoh masa yang singkat.
Bagaimanapun kata Azharuddin, beliau dan rakan sepasukan tidak mendapat bayaran seperti 
yang dijanjikan selepas menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.
"Namun setelah semua selesai saya hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini saya 
tidak mendapat baki bayaran seperti yang dijanjikan," katanya lagi.
"Saya mengaku dan membuat akuan ini secara sedar dan bertanggungjawab," katanya sambil 
menunjukkan salinan 'print screen' perbualan Whatsapp dan penghantaran emel yang berkaitan.
Dalam pada itu, Chegubard berkata, jumlah sebenar tandatangan hanyalah 300,000 sahaja. 
Justeru, beliau menggesa agar 'kartel' Dr Mahathir segera memberi maklum balas berhubung 
pendedahan penipuan tandatangan tersebut.
Ujarnya, selepas melihat maklum balas daripada pihak yang berkenaan, pihaknya akan tampil 
dengan satu lagi siri pendedahan berhubung cara penipuan itu dilakukan.
Menurut Chegubard, pendedahan Azharuddin turut berkait dengan 'warkah' daripada Ketua 
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana akhirnya menimbulkan kesedaran kepada 
anak muda itu.
"Saya meminta mereka (Azharuddin dan pasukan) membuktikan mereka serius dengan 
mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lakukan semalam dan hari ini 
mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.
"Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh 
pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa 
nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal 
 Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' 
yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
"Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana 
dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali 
dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi 
diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan," ujar Chegubard.

Sumber TKO - 26-5-2016


Mesyuarat Pakatan Harapan, Macam Nak Tak Nak Aje!

Posted on Thursday, May 26 @ 16:24:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Walaupun mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada mulanya dibatalkan, namun ia 

diadakan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali serta Setiausaha 
Agung DAP Lim Guan Eng.
Mesyuarat yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di tingkat 14, Menara Parlimen itu
diadakan kira-kira jam 1.25 petang.

Mesyuarat itu diakhiri kira-kira jam 2 petang.

Ia dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah
Wan Ismail, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub,
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk
Saifuddin Abdullah.

Bagi DAP pula ia diwakili oleh antaranya Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Pagi tadi, dalam sidang media di lobi Parlimen, Wan Azizah yang juga ketua pembangkang
memberitahu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tangguh sekali lagi disebabkan ramai
pimpinan yang tidak dapat hadir pada mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini.

"Menteri Besar (Azmin) tak ada, Setiausaha Agung (Rafizi) tak ada sebab di mahkamah, dan
Ketua Menteri (Lim) pun tak ada.

"Kita dapati ramai pimpinan utama yang penting tak ada," katanya pada sidang media di lobi
Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung penangguhan
mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tertangguh buat kali ketiga hari ini.

Sumber TKO - 26-5-2016



Tun M jumpa MP pembangkang tapi tidak bincang isu
parti


Posted on Wednesday, May 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan
dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang di pejabatnya, hari ini.

Menurut Mahathir, pertemuan itu bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan wakil-wakil
rakyat pembangkang mengenai masalah-masalah yang sedang melanda negara.

"Kita ada perjumpaan hari ini dengan wakil rakyat parti-parti lawan namun mereka tidak
mewakili parti mereka kerana mereka tidak mendapat surat tauliah daripada parti mereka.

"Jadi, mereka bebas untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Tujuan saya mengadakan
perjumpaan ini untuk mengetahui apa pandangan wakil-wakil rakyat parti lawan dalam masalah
yang sedang melanda negara kita ini iaitu masalah cetusan Najib," katanya pada sidang media
di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Tegasnya, isu parti langsung tidak disentuh dalam pertemuan itu.

"Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan
(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan," katanya.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen
Bukit Bendera, Zairil Khir Johari‎; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli
Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Turut serta adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk
Mujahid Yusoff Rawa; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli
Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. - SH

Sumber TKO - 25-5-2016


Suasana Dan Sambutan Ceramah Perdana Pakatan
Harapan Bersama Rafizi Ramli Di Kemaman, Terengganu
Malam Sabtu Lalu


Posted on Monday, May 16 @ 21:18:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Biarlah gambar-gambar menjadi saksi berbicara mengenai sambutan dan suasana diberikan
rakyat terhadap Ceramah Perdana Pakatan Harapan Bersama Rafizi Ramli di Kemaman
Terengganu pada Sabtu malam lepas 14hb Mei 2016 di Perkarangan Pejabat KeADILan
Kemaman (Belakang Tunas Manja).




Selain Rafizi Ramli mantan Pakar Strategi yang diagung dan dipuja oleh para pentaksubnya 

sebagai pemikir dan ahli strategi politik yang paling genius, brilian, pintar dan bijak dalam dunia, 

beliau juga adalah Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR selain Ketua Cabang PKR 

Kemaman, para penceramah yang turun bagi memeriahkan ceramah perdana Pakatan Harapan 

ini ialah Pengerusi MPN PKR Terengganu dan Pengerusi PAN Terengganu.

Seperti dijangka sambutan cukup-cukup hambar, suram, longlai, layu dan memalukan sekali.

Membawa mesej dan isyarat yang cukup-cukup kuat, terang dan amat jelas bahawa Pakatan 

Harapan langsung tidak ada masa depan sedikit pun di Terengganu.

Politik Pakatan Harapan tidak relevan langsung di Terengganu.

Apa yang memalukan ialah Rafizi Ramli selaku Ketua Cabang PKR Kemaman pun tidak ada 

langsung sokongan dan pengaruh kalangan rakyat tempatan.

Jadi tidak menghairankan mengapa beliau walaupun selaku Ketua Cabang PKR Kemaman 
langsung tidak berani nak bertanding di Kemaman pada PRU ke-13 lalu begitu juga pada PRU 
ke-14 akan datang. Beliau sebaliknya berani tunjuk lagak dan taring di Pandan, Selangor, teritori 
yang langsung tidak ada kena mengena dengan politiknya.

Itu pun beliau masih bercakap sombong, angkuh dan berlagak kononnya sokongan rakyat kepada 
Pakatan harapan di Kelantan dan Terengganu cukup hebat diluar jangkaan sama sekali.

Apakah sambutan diberikan rakyat malam Sabtu lalu cukup hebat dan memberangsangkan 
sampai diluar jangkaan????

Masa sudah sampai bagi Pakatan Harapan mulai buka keahliannya terutamanya di Pantai Timur 
Semenanjung Malaysia kepada para makhluk halus, bunian, jin, jembalang dan mereka yang 
sewaktu dengannya.

Ceramah Pakatan Harapan Di Terengganu Langsung
Tidak Mendapat Sambutan Dan Dipedulikan Rakyat

Posted on Monday, May 16 @ 21:14:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Suasana dan sambutan ini dirakam pagi ini 13hb Mei 2016 di Pasar Pagi Kampong Tiong, 

Kuala Terengganu.







Memandangkan hari ini di Terengganu cuti maka tempat ini menjadi tumpuan juga bagi 
warga Tionghua Kuala Terengganu unuk membeli barang-barang keperluan harian.

Seperti biasa aktiviti Pakatan Harapan ialah mengadakan ceramah berdiri atas pikap untuk 
menjalankan propaganda mereka.  Nak adakah ceramah secara tertib, teratur dan 
berdisiplin memang sudah menjadi rahsia umum tiada siapa nak datang dengar.

Dengam ambil kesempatan kehadiran orang ramai membeli belah dipasar pun masih juga 
Pakatan Harapan gagal untuk memikat, menambat apatah lagi memukau warga 
Terengganu untuk berhenti sejenak mendengar apa yang mau dicelotehkan oleh para 
pemimpin tertinggi Pakatan Harapan Terengganu.

Senario sebegini sebagai suatu mesej dan isyarat jelas, nyaring lagi terang berderang 
betapa Pakatan Harapan di Terengganu langsung tidak mempunyai masa depan malahan 
ramai para pemerhati politik menyatakan dan meramalkan jika mana-mana calon Pakatan 
Harapan masuk bertanding dimana-mana jua kerusi di Terengganu sama ada dua penjuru 
atau tiga penjurunya calonnya akan kalah teruk sampai hilang wang deposit.

Ramalan dan jangkaan ini amat berasas sekali.

Posted by OMAK KAU!!!!

Sumber TKO - 16-5-2016



Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ



PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar : Retak Pakatan
Harapan Menanti Belah…


Posted on Saturday, May 14 @ 07:24:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Berita

KUALA LUMPUR: Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen
Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar
nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.

Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang
dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam
rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.

“Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding
di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,”
kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP
membawa kepada pertembungan di enam kerusi.

Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang,
Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.

Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden
AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu
kerusi itu.

Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman
dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh
semua komponen PH.

Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR –
seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam
rundingan kerusi dengan PAS.

“Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar
semalam,” menurut sumber itu.

FMT juga difahamkan bahawa calon-calon yang dikenalpasti oleh kumpulan Azmin itu
adalah Naib Presiden PKR, Shaharuddin Baharuddin atau bekas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Meskipun komen daripada dua nama yang disebutkan itu belum dapat diperoleh,
Muhammad, yang menyertai PKR tahun lepas selepas meninggalkan PAS berkata dua
kerusi itu patut ditandingi oleh parti Islam itu.

“Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.,”
katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azmin, ketika ditemui pemberita di Sungai Besar hari ini, enggan mengulas samada PKR
akan bertanding atau tidak di Parlimen itu.

“Calon belum ditentukan, masih dalam perbincangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada
PH supaya jangan menyertai pilihan raya kecil ini jika mereka mahu menewaskan BN
kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas Ahli Parlimen Noriah Kasnon
dan Wan Mohammad Khair-il Anuar maut dalam kemalangan helikopter minggu lepas
semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak –FMT

Sumber TKO - 13-5-2016





Mat Sabu Tepuk Meja, Bila PKR Mahu Bertanding
di Sungai Besar ?

Posted on Saturday, May 14 @ 07:20:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Berita

Presiden PAN, Mohamad Sabu dikatakan telah menepuk meja apabila kumpulan Timbalan
Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut kerusi Parlimen Sungai Besar
ditandingi oleh calon PKR.

Tuntutan itu dikemukakan oleh dua orang Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Shamsul
Iskandar Mat Akin yang dikenal pasti dari kem Azmin atau digelar sebagai kumpulan
boboi.

“Kalau nak perbodohkan orang pun, agak-agaklah……. bukan semua orang lain bodoh
macam Tian Chua dan Shamsul Iskandar.

“Ada ke patut, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di depan Mat Sabu dan
Lim Guan Eng, Boboi cadangkan supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR
bertanding di Sungai Besar….!

“Sekali Abang Mat hentak meja, tahu pun Boboi terkial-kial macam tikus masuk
perangkap, muka pucat lesi.

“Kalau aku jadi Abang Mat, aku pergi tonyoh je kepala Boboi tu ke bucu meja,” dedah
facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.


Kejadian itu didakwa berlaku semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu
pejabat PKR pada Rabu.

Mengulas isu sama, blogger Omak Kau tidak menolak kebenaran maklumat yang
didedahkan oleh facebooker pro PAN itu, namun dia berpendapat ini merupakan taktik
Azmin menggunakan kouta PKR untuk calon PAS.

“Siapa boleh berikan pengesahan dan penjernihan info mengenai PRK Sungai Besar
bahawa PKR sanggup beri laluan kepada PAS bertanding dengan syarat guna pakai logo
PKR.

“Calonnya PAS tapi guna logo PKR.

“PAS dengan tegas menolak cadangan tersebut … sebagai parti ada integriti, maruah dan
harga diri PAS tetap maukan calonnya bertanding di Sungai Besar dengan menggunakan
logo PAS juga.

“Tiada kompromi dan tiada boleh dijual beli,’katanya.
lebai

Sumber TKO - 13-5-2016



PAKATAN HARAPAN Buat U-Turn


Posted on Monday, May 09 @ 16:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah












Pelawaan Azmin Ali agar PAS kembali bersama dengan Pakatan Harapan adalah satu 
harapan murni yang dangkal. Kenapa hari ini pakar-pakar politik baru celik mata tentang 
perlunya PAS dalam pakatan pembangkang? Semasa hendak dikhianati PAS dahulu, tidak 
terbayangkah implikasinya?

 Grup Mat Sabu dalam PAS rasa DAP lebih betul dari partinya sendiri.  Dilarikan kerusi 
PAS, dilanggarnya bai’ah. DAP pula seolah-olah ada strategi tersembunyi lalu menyerang 
hudud  dan Presiden PAS sampai tahap menghina dan menentang ‘by hook or by crook’. 
PKR tanpa segan-silu menerima wakil rakyat PAS yang berpaling tadah selepas Langkah 
Kajang. Apa erti semua itu?

Azmin kena jawab; bila Pakatan Rakyat terbubar? Hanya DAP yang menarik diri secara 
jelas. PKR tidak. PKR Cuma bermain kayu tiga dengan membentuk Pakatan Harapan. 
Sebelum PRN Sarawak, PKR, DAP dan PAN merancang sesama sendiri kerusi-kerusi yang 
hendak ditandingi di sana. Masing-masing berpakat letak calon di mana PAS bertanding. 
Isu ini disentuh oleh Dr Zuhdi yang melihat permainan kotor PKR. Pakatan Harapan 
dirasakan boleh pergi jauh dalam politik Sarawak. Masing-masing tidak memandang PAS 
lagi. PAS dikatakan akan pupus. Begitulah keyakinan tinggi Pakatan Harapan.

Hari ini mereka buat U-turn melalui lidah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Presiden 
PKR, Dr Wan Azizah malu atau entah ke mana sekarang? Pemimpin DAP bersama ego 
yang tak berkesudahan. Pemimpin PAN pula sudah tahu betapa PAS terhiris dengan 
perbuatan mereka yang cukup durjana. Mereka hina Presiden dan ulama sendiri kerana 
DAP. Mereka canggah keputusan parti sendiri. Mereka langgar bai’ah. Mereka lompat 
parti. Mereka larikan kerusi. Cukup menghiris perbuatan mereka.

Kalau boleh PKR, DAP dan PAN mahu PAS buat U-turn. Mereka hendak lihat PAS 
berlutut di depan mereka. Rupa-rupanya PAS begitu tegas dan tetap beristiqamah hingga 
kemenangan. Dan apabila PRN Sarawak mendedahkan kegagalan pembangkang dengan 
DAP menerima kesan paling tragis, barulah mereka bangun dari tidur. Azmin celik mata.

Memang benar kata-kata Azmin. Pembangkang perlu bermuhasabah dan kembali bersatu. 
Pada pendapat aku, aku amat yakin PAS tidak akan bersatu dengan dua pihak; DAP dan 
PAN. Dengan PKR, sebenarnya PAS masih ada hubungan. Cuma PKR bagai lalang ditiup 
angin. Bagai gergaji dua mata.

PAS tidak akan percaya lagi kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Mereka benar-
benar manusia lupa diri apabila berkuasa. Apabila berkuasa, kawan ditendang macam 
lawan. Apabila berkuasa, perjuangan rakyat marhaen terabai. Integriti tercalar. Berlagak 
tuan besar dalam Pakatan. Permusuhan terhadap Islam lebih tajam daripada MCA.

Manakala bagi pengkhianat parti, Islam ada sikap yang jelas. Biarkan mereka terus 
berkokok. PAN bawalah agenda dan isme sendiri. PAS tidak akan memandang kamu 
kecuali bagi mereka yang benar-benar insaf akan perbuatan sendiri dan ingin kembali. 
PAS redha kamu mengambil Husam Musa untuk menguatkan posisi kamu. Kamu boleh 
mengambil  Si Mahfuz untuk menjadi panglima kamu. Untuk bersama PAN, tidak 
sekali-kali. Optimis.

Kalau ada sedikit cahaya di hujung terowong ialah pembinaan kembali Pakatan Rakyat 
antara PAS dengan PKR.  Ada perkara kita saling tidak berpuas hati. Ahli dan penyokong 
kita di media social asyik memperli dan berkelahi. Namun, kontradiksi kita tidak separah 
DAP dan PAN. Ada ruang dan peluang yang boleh diperbetulkan. Aku yakin Pakatan 
Rakyat  antara PAS dan PKR ( tanpa DAP dan PAN) lebih berpotensi untuk ke Putrajaya.  
Kaum Cina dan India yang menyokong DAP bila-bila masa boleh beralih kepada Pakatan 
Rakyat sekiranya mereka melihat Pakatan Rakyat lebih jitu, ikhlas membela rakyat dan 
bersih dan benar dalam amalan. Di Sarawak mereka telah buktikan. DAP hilang separuh 
kerusi apabila pengundi Cina beralih arah kepada BN.

Pakatan Rakyat antara PAS dan PKR ( termasuk IKATAN) akan lebih kukuh dengan 
penyertaan parti-parti lain khususnya dari Sabah dan Sarawak.  Ini sahaja jalannya. PKR 
adalah parti berbilang bangsa. PAS ada DHPP yang juga berbilang kaum.  Mereka boleh 
menggantikan peranan DAP yang tidak boleh dibuat kawan. Pertautan antara PAS dan 
PKR hendaklah dibina kembali. Baiki mana yang rosak tampung mana yang tiris. Ruang 
masih terbuka. Namun masa semakin suntuk. PKR mesti segera membuat pendirian.
Motif tulisan aku kali ini ialah untuk menjelaskan stand parti aku mengikut ilmu dan 
kefahaman aku. Itu sahaja.

Sumber TKO - 9-5-2016

PRK: Pakatan Harapan mula intai kerusi 

tradisi PAS

SYED AHMAD FADHLI | .


SEHINGGA kini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum membuat
pengumuman rasmi kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala
Kangsar, Perak akibat kematian dua orang penyandangnya yang terlibat dalam nahas
helikopter di Sarawak pada minggu lepas.

Tempoh matang Parlimen ialah tiga tahun, ia dikira mulai tarikh bermulanya sidang
pertama selepas Pilihan Raya Umum berlangsung. Apabila genap tiga tahun, Pilihan Raya
Kecil tidak perlu dilangsungkan lagi melainkan kekosongan tersebut boleh menggugat
majoriti parti pemerintah.

Tarikh Ahli Parlimen mengangkat sumpah selepas PRU 13 berlangsung ialah 24 Jun 2013,
maka tempoh matang tiga tahun ialah 24 Jun 2016. Secara tidak langsung, dapatlah kita
fahami bahawa PRK akan berlangsung di dua kerusi Parlimen tersebut.

Mengikut rekod PRU ke-11 (tahun 2004), 12 (tahun 2008) dan 13 (tahun 2013) yang lalu,
kedua-dua kerusi tersebut secara tradisinya ditandingi PAS menentang Umno. Menarik
apabila diperhatikan trend keputusan di dua kerusi tersebut, majoriti Umno kian merosot.

Bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, majoriti dimenangi Umno pada tahun 2004 ialah
7,349, kemudian merudum kepada 5,009 pada tahun 2008, dan terus merosot kepada
hanya 399 pada tahun 2013.

Bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pula, majoriti dimenangi Umno pada tahun 2004
ialah 5,557, kemudian merudum kepada 1,458 pada tahun 2008, dan terus merosot kepada
hanya 1,082 pada tahun 2013.

Semalam, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mengumumkan
bahawa PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Hari ini pula, Pakatan Harapan
mengumumkan akan berbincang sama ada mereka akan ikut serta bertanding di kerusi
tradisi PAS ini.

Umum mengetahui, PAN sememangnya berhasrat menjadi pesaing utama kepada PAS
sepertimana yang sering diulang dalam siri ceramah jerayawara pimpinan PAN yang saban
hari mengecam PAS.

Maka, hampir pasti PAN akan mengintai kerusi yang ditandingi PAS ini. PAN semestinya
tidak mahu melihat PAS berjaya merampas kerusi ini daripada Umno kerana ia akan
memberi signal peningkatan sokongan pengundi terhadap PAS.

Pimpinan PH khususnya DAP, PAN dan sebahagian PKR sering mendakwa PAS mesra
Umno dan akan bergabung dengan Umno. Tetapi, hakikatnya PAS tetap melawan Umno
cuma berbeza dari sudut pendekatan semasa PAS.

Jadi, seharusnya PH khususnya PAN tidak perlulah menjadi kumpulan pengacau di medan
PRK itu nanti kerana apa yang akan terzahir kelak ialah rakyat akan melihat PAN
bukannya nak lawan Umno tetapi hendak lawan PAS. – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Sumber HD- 9-5-2016 



Pakatan Harapan Tiada Harapan Lagi?

Posted on Tuesday, April 26 @ 08:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan
Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ seperti dahulu.
Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama
menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar
persetujuan bersama akan dipecat. “Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi
boleh digunakan dalam Pakatan Harapan,”
katanya

Pada hari itu Rafizi membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama,
pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian daripada tujuh fasal perjanjian.


Manakala Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke pula membentangkan fasal
empat dan lima iaitu dasar bersama serta perjalanan pilihan raya.Katanya Pakatan Harapan
akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili sesuatu pilihan raya di mana-mana
peringkat.

“Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang mempunyai
kebarangkalian paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya itu,”
Tambah Anthony
Loke.

Suhaizan Kaiat, Setiausaha Organisasi Amanah membentangkan fasal enam dan tujuh
iaitu perjalanan kerajaan, pembangkang serta keabsahan Pakatan.

Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang diguna pakai untuk
menentukan status Pakatan Harapan jika ada pelanggaran mana-mana perkara yang
dipersetujui dalam perjanjian ini.


Aku paling nak gelak Suhaizan pernah
menyebut “Kita belajar daripada
kesilapan dulu, tak ada kuasa untuk
mengambil tindakan ke atas parti
yang melanggar perjanjian."


Sehingga aku menulis artikel ini, aku
masih belum dengar apa-apa ulasan
 dua orang kuat PAS dulu ini si
Suhaizan dan Khalid Samad. Mana
pergi dia orang ni dalam isu
pertindihan kerusi aku pun tak tahu. Apakah PAN sudah tak tahu nak pilih siapa? PKR
atau Bos besarnya DAP?

Aku rasa Pakatan Harapan dah tak ada harapan lagi!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

Sumber TKO - 26-4-2016





Tun Mahathir Bakal Berceramah Di Pentas
Pembangkang


Posted on Tuesday, March 15 @ 22:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

PETALING JAYA: Selepas mengetuai Deklarasi Rakyat bagi mendesak Datuk Seri Najib
Tun Razak meletak jawatan, Tun Dr Mahathir Mohamad kini bakal berkongsi pentas
ceramah dengan pembangkang untuk meneruskan matlamatnya.

Selain Dr Mahathir, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin
Yassin turut dijadual akan menyertai pehimpunan yang dikenali sebagai ‘Muafakat
Selamatkan Malaysia’ pada 28 Mac ini.

Penyelaras Sekretariat, Mohd Rafizi Ramli berkata, ceramah berkenaan akan diadakan
di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Kuala Lumpur.

“Pengesahan ini diberikan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyelaraskan
program bagi pihak Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), perhimpunan
yang bakal diisi dengan pidato politik, deklamasi sajak dan persembahan pentas itu akan
turut dihadiri pemimpin utama pakatan pembangkang.

“Himpunan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan saya menggesa seberapa ramai
rakyat yang prihatin dengan masa depan negara untuk turun menyemarakkan gelombang
reformasi,” katanya.

Pada 4 Mac lalu, Tun Dr Mahathir bersama 50 yang lain termasuk pemimpin dan aktivis
pembangkang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib sebagai
perdana menteri.

Turut sama ialah Muhyiddin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir.

Deklarasi itu turut mendapat sokongan daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang;
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr
Ling Liong Sik – Mstar

mazlan

mazlan0

Sumber TKO - 15-3-2016


Pakatan Harapan Buat Perjanjian Letak Semua Calon PRU14 Tanpa PAS

Posted on Saturday, February 20 @ 18:34:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

Pakatan Harapan akan meletak calon di semua 32 kerusi DUN dan 8 Parlimen di
Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, perkara itu 

telah dipersetujui bersama tiga parti gabungan Harapan Rakyat di negeri itu iaitu PKR, DAP

dan Amanah.



“Kita telah berbincang lebih awal agar tiada pertindihan berlaku dalam meletakkan calon 

pilihan raya di satu-satu kerusi.



“Kita belajar dari sejarah pilihan raya lalu di Terengganu. PKR dah letak calon, mari 

kawan kita dia letak juga calon. Pengundi tengok pakatan yang tidak berpakat,” katanya 

dalam ceramah sempena Majlis Perasmian Pejabat Pakatan Harapan Dungun yang 

disempurnakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Jalan Balai Besar, Dungun malam 

tadi.

Sementara itu, Azan memberitahu, PKR

akan bertanding lebih daripada 14 kerusi
di Terengganu pada PRU14 di bawah 
Pakatan Harapan.

“Setakat ini target kita begitu dan 
 mungkin lebih, bergantung kepada 
keputusan bersama parti gabungan 
dalam Pakatan Harapan agar tiada 
peselisihan sesama sendiri nanti. Kita 
target 57 peratus undi popular di 
Terengganu.

“kita satu-satunya di Terengganu yang 
telah menanda tangan perjanjian sekiranya ingin turun jumpa rakyat, mesti ada ketiga-tiga 
parti gabungan ini,

“Setelah mengambil kira iklim politik semasa, penolakan secara total golongan pengundi 
baru terhadap UMNO dan Barisan Nasional, kita yakin ia dapat dicapai,” katanya.

Mengenai kedudukan beliau sebagai ADUN Bandar, Azan menyerahkan perkara itu 
kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan samada beliau bertanding atau tidak.
“Apa-apa keputusan, parti yang tentukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menolak desas-desus yang mengatakan Mohamad Sabu akan 
bertanding di Terengganu pada PRU14.

Sumber TKO - 20-2-2016



Apabila Amanah dibentuk, ramai mula buka mata

Posted on Friday, January 29 @ 07:51:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

SHAH ALAM – Kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) bukan ancaman buat Pas, 

malah penghijrahan serpihan Pas itu dianggap sebagai satu hikmah.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, perkara itu dapat dilihat
apabila adanya pertambahan ahli menyertai Pas.

“Apabila Amanah dibentuk, orang ramai mula buka mata dan kini ahli Pas berdaftar sudah
lebih sejuta seluruh negara, ini kelebihan besar buat Pas.

“Sebab itu kita tidak ambil kisah dengan Amanah sebab mereka bukanlah ancaman malah
sedikit pun tidak mengganggu kelangsungan Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Pas Selangor tidak berkecil hati dengan layanan dan penerimaan bekas rakan
sekutu PR iaitu PKR dan DAP terhadap Amanah.

“Buat masa ini, Selangor ditadbir dengan semangat PR menerusi mandat PRU13, kita
kerjasama seperti biasa... uruskan masalah negeri, masalah rakyat bersama PKR dan DAP.

“Kita masih mesyuarat, bergurau senda dan selesaikan masalah rakyat dengan harmoni
sehingga menjelang PRU14,” katanya.

Adun Meru itu juga tidak menghalang pimpinan Amanah membuat ceramah di kawasannya
malah bersifat terbuka.

“Amanah ada hak nak buat ceramah di Meru. Biasalah awal-awal kemunculan orang
memang ramai datang sebab nak dengar punca mereka keluar Pas.

“Saya tak halang, biarkan itu hak mereka nak berceramah cari pengikut. Tetapi masyarakat
sekarang bijak menilai,” katanya.

Sementara itu, Dr Abd Rani berpendapat berdasarkan logik, DAP sepatutnya bertoleransi
menyerahkan kerusi mereka kepada Amanah pada pilihan raya akan datang.


“Pendirian Pas, tidak akan sesekali menerima kembali Amanah kerana mereka sudah
keluar dan dibuang... Kita tidak akan terima,” katanya.

Sumber TKO - 29-1-2016




Ini kerja-kerja nak jatuhkan UMNO oleh PH

Posted on Tuesday, January 19 @ 13:52:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Ulasan/Komentar

Ketika DAP bergelut untuk mengikis label 'anti-Melayu' terhadap parti itu, rakan sekutunya 

PKR menyarankan DAP menukar separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya 
sekarang dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, sebagai
pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu
yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

"Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang
manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya
dalam satu kepada Malaysiakini semalam.

Walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang
 disandangkan sekarang seandainya AMANAH kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu,
namun Chang berkata, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti
untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya, AMANAH boleh menang di kerusi berkenaan sekiranya DAP memberi sokongan.
ADUN Teja itu berkata DAP berada di kemuncak politiknya selepas memenangi 37 kerusi
Parlimen dan 105 kerusi negeri dalam pilihan raya umum 2013.

Ini, digabungkan dengan struktur yang teratur dan ahli-ahli parti yang berdisiplin, akan
menyediakan tapak yang subur untuk transformasi DAP.


Chang (gambar) juga
menegaskan bahawa DAP
menghadapi masalah persepsi
di kalangan pengundi Melayu, walaupun ia telah bekerja keras untuk memenangi hati dan minda mereka.

Beliau berpendapat bahawa
punca kepada rasa tidak
percaya Melayu terhadap DAP itu
dikaitkan dengan modus
operandinya.

Ini disebabkan oleh DAP
yang aktif dalam politik
di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bahawa ia kurang
sensitiviti terhadap orang Melayu, katanya.

Beliau berkata, jika DAP hanya meningkatkan keahliannya di kalangan orang Melayu tetapi
masih bertanding di kawasan majoriti Cina, maka janji transformasi itu tidak akan membantu
untuk mewujudkan DAP yang benar-benar berbilang kaum.

Chang berpendapat bahawa hanya apabila DAP bertanding di sejumlah besar kerusi
campuran atau kerusi Melayu, maka baru ia akan dapat memperbaiki persepsi terhadap
modus operandinya.

Dalam reaksinya, seorang pemimpin Pemuda DAP mencadangkan Chang menggunapakai
strateginya itu di Selangor terlebih dahulu, dengan menyingkirkan PAS dari pentadbiran 
 negeri itu.

Pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong mencadangkan PKR terlebih
dahulu menggantung semua wakil PAS di Selangor dan memberi laluan kepada rakan 
sekutunya yang baru, AMANAH.

Memandangkan DAP, PKR dan
AMANAH telah membentuk satu pakatan
baru di bawah Pakatan Harapan, maka
Chiong (gambar) berkata, PKR tidak
seharusnya memainkan isu mengenai
kubu kuat PAS. Sebaliknya, kata beliau,
kerusi PAS perlu diambil alih oleh 
AMANAH.




















Sumber TKO - 19-1-2016

Malapetaka: Pakatan Harapan tunduk 

kepada DAP?

AHMAD AMZAD HASHIM | .


GAYA politik cauvinis dan gelojoh DAP yang sentiasa membakar sensitiviti 60 peratus
rakyat negara ini yang beragama Islam tidak akan menyumbang apa-apa dalam membina
hubungan antara kaum yang lebih baik.

Ia telah melebarkan jurang polarisasi kaum apabila kesemua yang berkait DAP dilihat
mewakili cita cita politik kaum cina.

DAP menjadi punca prasangka yang tidak sepatutnya kepada kaum-kaum lain yang
sepatutnya boleh hidup aman dan saling menghormati.

Mereka mahu memaksakan fahaman sosialis dan liberal mereka kepada umat Islam yang
majoriti dalam negara ini dikala PAS yang memperjuangkan Islam pun tahu menghomati
hak bukan Islam dengan mengecualikan sepenuhnya bukan Islam daripan tertakluk kepada
kanun jenayah syariah yang sedang diperjuangkan di Kelantan.

Desakan DAP sebagai parti paling berkuasa dalam Pakatan Harapan akhirnya
menundukkan semua parti komponennya PKR dan PAN agar menolak dari menyokong
perjuangan undang undang syariah.

Dalam masa yang sama Pakatan Harapan tidak akan berani mencabar perjuangan 'malaysian
malaysia' DAP yang bercirikan rebel serta menyanggah terhadap kedudukan perkara yang
sensitif dalam Islam, institusi raja Melayu dan kepentingan orang Melayu.

Isu arak, judi, pakaian sopan, kuasa Sultan, kedudukan mahkamah syariah, kuota
bumiputera akan dimainkan rentak mengikut kemahuan DAP.

Umno pula yang telah terlalu lama membuat rosak dalam negara mula ditinggalkan
orang orang Melayu yang kini mula menggabungkan diri dalam PAS seperti hasil kaji
selidik badan badan bebas yang terbaru.

Dijangka peralihan yang lebih besar akan berlaku dengan tunduknya Umno kepada agenda
Amerika melalui TPPA yang akan memangsakan rakyat dan negara lebih jauh lagi.

Kos perubatan akan menekan bilangan yang besar daripada rakyat apabila harga ubat-ubatan
dijangka melambung.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerima bencana besar kerana hilang daya saing.
Banyak IKS akan gulung tikar. Pekerja hilang pekerjaan.

Industri automatif negara tidak akan mampu bertahan dengan kemasukan kereta asing pada
harga yang murah, kualiti yang lebih baik.

Sistem vendor yang menaungi beratus IKS bakal goyah. Satu persatu skandal
penyelewengan baru akan terdedah lebih banyak lagi.

Derma ke akaun peribadi perdana menteri RM2.6Billion terus tidak terjawab. Pegawai
kerajaan negeri pangkat biasapun mampu sembunyi wang tunai ratusan ribu dalam mesin
basuh, apa pula orang politik umno yang berkuasa?

Aset kepentingan negara hatta yang mengeluarkan kuasa elektrik untuk negara
diserahkawalan untuk pemilikan asing seperti berlaku pada EDRA yang menjana kuasa
eletrik.

Bandar Malaysia dengan dimiliki kepentingan asing tiada lagi ertinya kerana nanti mungkin
yang tinggal cuma namanya Malaysia sahaja.

Teruk sangatkah tahap pemikiran rakyat kita sehingga begitu teruk yang dilakukan Umno
terhadap negara sehingga menjadi bahan jenaka di pentas antarabangsa, masih lagi rakyat
khususnya orang Melayu masih mahu merisikokan masa depan negara dengan masih mahu
mempertahankan Umno?

PAS dengan kepimpinan yang tegas berprinsip melalui panduan ulama dan dokongan
bilangan yang besar kumpulan profesional yang celik, NGO yang menjadi aktivis dalam
pelbagai isu, menjulang aspirasi rakyat telah mengisytiharkan sikap yang berlapang dada
dalam sebarang usaha yang baik demi agama, rakyat dan negara.

Mereka yang pernah bersama Umno adalah rakyat juga yang menjadi mangsa organisasi
yang korup yang terperangkap dalam kekusutan dan korupsi sistem dalam Umno yang walau cuba puluhan kali dengan retorik transformasi, tetap gagal dan semakin membarah bagai kanser tahap empat.

Oleh itu PAS yang sudah 61 tahun di pentas politik memisahkan diri daripada retorik politik
bersandar persepsi yang direka-reka, politik bermain dengan emosi dan kegelisahan. Politik
sarkas yang sarat dengan gimik yang tidak bermanfaat.

Politik matang dan sejahtera PAS menuntut pendekatan yang berasaskan kebenaran, rujukan
kepada sumber hukum yang tertinggi daripada Tuhan, mementingkan perdamaian dalam
mencari kerukunan, menambah kawan dan mengenepikan permusuhan, tidak beri ruang
kepada pengkhianat dan tingkah laku pengkhianatan, menekankan pendekatan
menggerakkan sumber bagi mencari penyelesaian masalah berasaskan Islam.

Matlamatnya menawarkan kehidupan yang sejahtera kepada seluruh rakyat.

Sekalipun kekal sebagai lawan politik kepada Umno dan Barisan Nasional, PAS menolak
permusuhan yang bagai hilang akal sehingga sanggup merisikokan kedudukan Islam dan
kepentingan orang melayu dengan memberi ruang pihak lain menangguk di air yang keruh.

PAS tidak boleh menggabungkan diri dengan Umno atau Barisan Nasional yang terpalit
dosa penyelewengan, kezaliman dan khianat yang begitu banyak kerana dasar Islam PAS
tidak membenarkan pendekatan begitu yang bagai memberi nafas baru kepada Umno untuk 
terus kekal dengan kejahatannya.

Akan tetapi bagi memaku mati pendekatan ini, rakyat hendaklah perlu bersama PAS
menjayakan perubahan ini dan menolak penangguk air keruh yang hanya memikirkan
manfaat kuasa jangka pendek, yang tidak mungkin dapat dipertahankan dengan realiti
susunan masyarakat majmuk kita yang 62% muslim, 19.8% Budha, 9% Kristian, 7%
Hindu.

Memberi laluan kepada Pakatan Harapan yang tunduk kepada DAP adalah satu malapetaka
yang perlu dielak kerana ia tidak akan stabil. Akan berlaku lebih banyak kegelisahan
kemudian hari.

PAS perlu menjadi teras. Jika kita boleh pertahankan Pakatan Rakyat tanpa DAP, jadikan ia
benar benar gerakan rakyat, NGO rakyat termasuk Kongres Rakyat yang telah terhimpun
dalamnya lebih 200. NGO, pelbagai pihak lain yang sudah hilang percaya dalam MCA, MIC,
GERAKAN, DAP, parti parti politik lain yang bagai melukut tepi gantang di dalam BN.

PAS melalui tempoh enam bulan lepas muktamar dari imej 'diperkudakan' sehingga kini
begitu berubah sekali hingga ditohmah orang 'memperkudakan' pula. Enam bulan dari
begitu lemah, tiba tiba dilihat bertenaga.

Menjelang PRU14, mungkin ditahun 2018, kita masih ada dua tahun membina kekuatan,
jika kita terus bersatu dan bergerak bersama, insya-Allah perubahan besar dalam politik
negara.

Enam bulan kita mencapai peningkatan sebegitu. Baki dua tahun, insya-Allah moga Allah
kurniakan lebih lagi.

Kita bina Malaysia yang sejahtera untuk semua. – HARAKAHDAILY 12/1/2015

Sumber HD - 12-1-2016


















Hanya kerjasama, tolak bergabung; BN-PH

 kepanasan

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


ANDA boleh lihat siapa yang melatah teruk hari ini? Kenyataan yang dikeluarkan Majlis
Syura Ulama PAS benar-benar membuat ramai pihak kepanasan. Ia bijak, cukup halus dan
menepati kehendak politik semasa. Intipati isi kenyataan tersebut adalah:

1. PAS sudi bekerjasama dengan sesiapapun atas dasar bertolong-menolong dalam perkara
kebaikan yang menjadi prinsip Islam.
2. PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional.

Berdasarkan kenyataan ini, PAS meletakkan garis panduan jelas berhubung isu perpaduan
ummah yang sedang dicanang Umno. Bagi PAS, ia sentiasa terbuka untuk menghulur apa
jua bantuan demi kepentingan ummah dan kemajuan negara.

Namun begitu, PAS tidak mensyaratkan kerjasama ini hanya boleh berlaku sekiranya
menyertai BN. Kerjasama yang PAS perkenalkan adalah merentasi politik kepartian.

Malangnya kenyataan ini membuatkan BN dan juga PH gundah gulana. Mereka terpaksa
memutar belit kenyataan MSU supaya rancangan mereka melemahkan PAS berterusan.

BN sebenarnya mengharapkan agar PAS menolak dengan keras tangan kerjasama yang
mereka hulurkan. Dengan itu, mereka boleh menjadikan ia hujah kepada orang Melayu
bahawa PAS mementingkan politik lebih daripada segala-galanya. PAS adalah punca
perpecahan umat, bukannya Umno.

Tetapi apabila PAS menjawab dengan penuh berhemah, mereka mati akal. Lalu muncul
di dada akhbar hari ini dakwaan pimpinan Umno kononnya PAS menolak langsung
kerjasama. Padahal yang PAS tolak adalah menyertai BN sahaja. Bagi PAS, kerjasama yang
diajar oleh Islam tidak terhad dengan ikatan rasmi antara parti politik semata-mata.

PH juga mengharapkan agar PAS menolak dengan keras kerjasama tersebut. Mereka sudah
tahu, PAS tidak bergabung dengan BN kerana ia sudah dinyatakan acap kali. Namun mereka
sengaja terus memainkannya supaya PAS berterusan menjauhi Umno dan bersikap dingin
dengan Umno dengan harapan, orang Melayu yang kini marah kepada Umno turut
membenci PAS. Maka apabila berlaku pertandingan tiga penjuru PAS-BN-PH nanti, undi
protes BN akan memihak kepada mereka.

Maka dengan kenyataan MSU, PAS akan dilihat sebagai sangat profesional dalam politik,
tidak melulu dan matang dalam langkah-langkah yang diambil. Pihak lain pula yang kelam
kabut dengan sikap PAS itu.

Malaysiakini dan TMI yang selama ini menjadi alat propaganda PH menyebarkan fitnah PAS mahu bergabung dengan Umno, hari ini melaporkan sendiri bahawa Umno kecewa PAS tolak kerjasama tanpa menyebut secara jujur bahawa PAS hanya menolak menyertai BN sahaja. Semua ini menunjukkan musih politik PAS sudah tidak tentu arah.

Sebenarnya, melaungkan semangat kerjasama sangat memberi pulangan positif kepada
mana-mana parti politik sekalipun. Majoriti rakyat Malaysia yang non-partisan sudah muak
dengan retorik politik.

Mereka amat mengharapkan agar isu negara dapat diselesaikan bersama bukan hanya
bercakaran sesama parti sepanjang sama.

Oleh itu bukan sahaja Umno menggunakannya sebagai alat meraih simpati, malah Naib
Presiden PAN dan Pengerusi DAP sendiri menyatakan kesediaan untuk turut bekerjasama
dengan kerajaan walaupun hakikatnya merekalah yang menentang keras sebarang kerjasama
PAS dengan kerajaan.

Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulamak PAS. Semoga anda terus
memandu gerakan Islam terulung ini sehingga menggapai kemenangan dan keredhaan Allah
SWT. – HARAKAHDAILY 7/1/2015

Sumber HD - 7-1-2016


Game over for Pakatan Harapan?

Posted on Wednesday, November 25 @ 08:56:04 MYT by paktam

By Jay Jay Denis

In order to actuate meaningful change a particular set of
circumstance, an individual or group must be able to first translate
its idea into a message, have a set of principles it abides by and,
most importantly, be able to convince its audience.

The foundation to all of these is to have an ideology, the driving
 force which propels that individual or group forward which in turn allows the audience or
subjects to be able to trust the message being delivered.


That is in essence what Pakatan Rakyat failed to do.


And what Pakatan Harapan is failing to do.

It has no clear ideology as a coalition, does not have a vivid set of ideas and principles its
willing to put on paper to abide by, which has led to a trust deficit among many Malaysians
towards its capabilities.

Inevitably, this coalition of parties is a ticking time bomb which will be blown into
smithereens, much like how the first edition ended.

All of this became clear over the weekend as I moderated a panel centred on the need for a
coalition founded on a recognisable ideology, much unlike the Pakatan Harapan of today.

Maria Chin Abdullah, chairman of Bersih 2.0 was “disappointed with the performance of
all political parties” and stressed that there was “a lot more to be done”.

S. Arutchelvan of Parti Sosialis Malaysia made it clear that Pakatan Harapan is indeed
Pakatan Rakyat 2.0 as most sensitive issues have been swept under the carpet, and that no
coalition can proceed with an “agree to disagree” policy.

Meanwhile, DAP Kluang MP Liew Chin Tong admitted the importance of an ideological
background but stressed that a particular ideology must also take into account its
“winability”.

And undoubtedly so.

But a coalition cannot win without a clear ideology on which to base itself on.

It was a resounding consensus among the audience that Pakatan Harapan does not have any
resemblance of an ideology, which is a hugely contributing factor in its ability to mount a
sustained assault on Putrajaya.

Among the many questions raised by the audience began with: “I’m a disgruntled
opposition supporter.”

And that is precisely the case.

Absence a clear and coherent set of principles is exactly the reason supporters of the
opposition are beginning to feel disillusioned.

The current makeup of each party in Pakatan Harapan is alike to a box of chocolates; you
never know what you’re going to get.

DAP prides itself on operating within a social democratic framework, although they have
veered a great deal to the right instead of staying true to its social democratic tradition.

PKR are said to believe in liberal democracy, although the more likely believe in family
values than anything else.

And while Amanah tries to preach liberal Islam, the jury’s still out on them, but many have
already begun to dismiss them as being “PAS-lite”.

All three then have very different ways of thinking and have been unable to come up with a
common ideology.

Without a common ideology, one cannot work on a common platform.

Lack of a common platform definitely means that Pakatan Harapan is setting itself up to fail.

Umno is a populist government. The last thing we need is a populist opposition.

If it does not regain the controls to the rudder, the opposition coalition is heading for a
disastrous crash which it might not be able to recover from.

In the following articles, I will try to go beyond the surface of the three opposition parties
within Pakatan Harapan and dig deeper into what actually motivates them, and whether or
not they truly are able to regain trust from the disgruntled people of Malaysia
- themalaysianinsider.com


Sumber DD -25-11-2015        


Jangka Hayat PH Di Jangka Lebih Pendek Dari PR

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan jangka hayat Pakatan Harapan (PH) lebih 
pendek dari Pakatan Rakyat (PR). Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara 
parti-parti komponen dalam PH hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam 
parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat PH boleh bertahan ialah sebaik sahaja 
selepas PRU 14. Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal 
dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.

Sehingga hari ini, PH masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap TPPA 
walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan. DAP dilihat 
cenderung untuk menyokong TPPA, manakala PKR sehingga hari ini masih berdiam 
meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan. PAN
pula, hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan 
utamanya masih tunggu dan lihat. PPP melihat kegagalan mereka menentu pendirian dalam 
isu sebesar ini, mendedahkan kerapuhan PH.

Berbanding dengan PAS, parti ini secara konsisten membantah keras keputusan 
kerajaan untuk terlibat dengan perundingan TPPA apatah lagi menyertainya kelak. Lebih 
dari itu, PAS telah memberi komitmen kuat bersama-sama dengan NGOs dan NGIs 
dalam Kongres Rakyat menentang TPPA. PPP mendapat makluman, Kongres Rakyat 
sedang merancang satu bantahan secara besar-besaran menjelang perbahasan TPPA 
dalam sidang khas parlimen yang dijangkakan Januari tahun hadapan. Jelas sekali 
solidariti Kongres Rakyat dalam isu TPPA ini lebih mantap dari PH.

PPP juga mengunjurkan PH tidak dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh PR 
dalam PRU 13, disebabkan mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu secara 
besar-besaran. Mereka juga dijangka tidak dapat meraih sokongan pengundi India, 
disebabkan tiada tokoh-tokoh besar kaum India di dalam PH hari ini. Selain daripada itu,
PH juga diyakini akan menghadapi masalah dalam isu pembahagian kerusi sebelum 
PRU akan datang. Kesemua faktor ini menjadi penyebab mengapa jangka hayat PH boleh 
berakhir sebaik sahaja selepas PRU 14.

Pergeseran yang berlaku antara parti-parti komponen PH, seperti mana yang berlaku di 
DUN Pulau Pinang minggu lepas secara jelas menunjukkan kerapuhan PH. Di masa 
yang sama, sehingga hari ini pembentukan kerajaan PH di Selangor tidak berjaya, malah 
Dato Menteri Besar Selangor meskipun didesak kuat dari luar dan dalam lebih selesa 
untuk sama-sama melibatkan PAS dalam mentadbir negeri. Berdasarkan 
perkembangan pergeseran dan konflik tersebut, PPP tidak menolak kemungkinan jangka 
hayat PH boleh berakhir sebelum PRU akan datang.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS

23 November 2015
11 Safar 1437


Sumber PP - 23-11-2015


























Tiada manfaat Pakatan Harapan konfrontasi dengan PAS'

Posted on Tuesday, November 17 @ 12:06:33 MYT by paktam

Oleh Koh Jun Lin

Tiada manfaatnya bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk mengambil pendirian konfrontasi terhadap PAS, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, kerana objektif utama gabungan itu adalah adalah untuk mengalahkan BN.
Untuk berbuat demikian, ia perlu memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang, dan itu memerlukan Pakatan Harapan untuk melibatkan diri dengan PAS, kata Rafizi.


Oleh itu, Rafizi berharap Pakatan Harapan dan blok pembangkang boleh mencapai pendrian di mana mereka mungkin tidak bersetuju terhadap dasar tertentu dan pandangan tertentu, tetapi mereka tidak boleh melupa gambaran besar, iaitu musuh utama mereka adalah BN dan Umno.Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan bercakap kepada pemberita di Subang malam tadi.

Rafizi ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan, dan mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang sama dengan undi untuk BN.

Bagaimanapun, Rafizi menyifatkannya kesimpulan seperti itu sebagai pramatang kerana Pakatan Rakyat hanya berpecah beberapa bulan yang lalu dan masih ada dua setengah tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) perlu diadakan.
PAS, katanya, juga telah mengisi sebahagian besar sejarah 60 tahun penubuhannya, dengan menentang BN dan sebelum itu, Perikatan.
"Ini hanya tiga atau empat bulan sejak perpecahan Pakatan (Rakyat).

"Sebab itu saya fikir rakyat juga mempunyai peranan penting untuk menyampaikan mesej itu dan harapan mereka terhadap PAS," katanya.Mkini

Sumber  DD - 17-11-2015

Sanggah Noh, Islam kuat bukan kerana 

Umno

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (Pakatan) menafikan dakwaan Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa kekuatan Islam di negara ini kerana
Umno mempertahankan perlembagaan.

Sebaliknya, pemimpin gabungan itu menyatakan apa berlaku hari ini memperlihatkan betapa
masyarakat Islam menghadapai pelbagai masalah berhubung kait dengan agama yang
didakwa dicetuskan pemimpin Umno.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari, berkata perkembangan dan kekuatan Islam bukan
disebabkan Umno dan BN selaku pemerintah tetapi banyak dipengaruhi usaha digerakkan 
badan bukan kerajaan (NGO).

“Kalau dilihat apa dilakukan pemimpin Umno tidak menggambarkan penghayatan Islam,
maka apa yang mengatakan Islam itu kuat kerana Umno. Kebangkitan Islam yang ketara
adalah selepas 2008 di bawah Pakatan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, kerajaan negeri ditadbir Pakatan memberi kebebasan kepada ulama dan
agamawan bagi menjalankan usaha dakwah yang dinafikan Umno sebelumnya.

“Dalam konteks Selangor hari ini, kita lihat perkembangannya baik dengan suasana begitu
ketara berbeza di surau dan masjid,” katanya.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata imej Islam kini dilihat
lemah ekoran tindakan pemimpin Umno dan BN yang didakwa
menimbulkan pelbagai isu seperti perkauman dalam kalangan rakyat.

“Secara realiti, fitnah dihadapi Islam dan masalah islamofobia apabila
masyarakat bukan Islam melihat umat Islam bagaikan tidak boleh
bersama atau tiada kesesuaian seakan mereka tersisih dan tidak
mendapat keadilan.

“Ini isu digunakan Umno sebagai pemerintah selama ini, maka kerana itu kita perlu berada
dalam arena politik ekoran masalah ditimbulkan Umno sendiri. Adanya Pakatan bagi
menyuarakan harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya Umno tidak boleh mendakwa mempertahankan perlembagaan
kerana negara kini menghadapi masalah berterusan berkaitan agama.

Sumber HD - 11-11-2015


Pakatan Harapan mahu bawa Malaysia ke arah politik
kuno


Posted on Wednesday, November 04 @ 16:35:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Pendapat
Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN

HAIRAN sekali apabila Khalid Samad daripada PAN membidas kenyataan Dato’ Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan PAS sedia beri kerjasama kepada mana-mana
pihak kerajaan dalam apa jua agenda baik demi kepentingan negara. Khalid mendakwa
katakata Tuan Guru Abdul Hadi ibarat mahu bergabung dengan Umno.


 Sangat dangkal rupanya pemikiran pendokong Pakatan Harapan (PH). Nampaknya mereka 

masih dalam kepompong pemikiran politik retro. Hanya kerana enggan bersama PH, terus 
dituduh bersama Umno.

Sistem dwi parti yang begitu lama diamalkan Malaysia menyebabkan otak mereka membeku
dan tidak mampu memahami sistem pelbagai parti sebagaimana banyak diamalkan di
negara-negara maju dan membangun lain.

PAS cuba membawa rakyat bergerak setapak lagi ke arah kematangan politik. PAS yang
terlibat sebelum merdeka lagi telah lama mendidik rakyat untuk berani berpolitik dan hak
untuk tidak bersetuju dengan pemerintah.

Waktu itu parti lain belum bernyawa lagi.

Sepanjang perjalanan itu juga banyak sudah parti-parti yang  tersungkur dan lenyap dari
massa. Namun PAS tetap istiqamah dan semakin berkembang saban hari.

Hari ini setelah majoriti rakyat faham hak mereka, PAS cuba melangkah setapak lagi,
dengan memahamkan pula bahawa rakyat mampu selamatkan negara bukan setakat dalam
pilihan raya lima tahun sekali sahaja. Ini dengan cara mencadangkan terus penyelesaian
kepada pemerintah melalui pintu perbincangan dan rundingan atas isu-isu tertentu.

Kedudukan parti pemerintah yang tidak sekuat dulu memungkinkan kita memperbaiki
beberapa kepincangan dalam amalan pemerintah selama ini.

Kerajaan hari ini tidak lagi berani menolak mentah-mentah pelawaan parti lain untuk
membetulkan negara. Jika tidak, kebangkitan baru mungkin akan berlaku dalam kalangan
penjawat awam sendiri.

Ditambah dengan kebanyakan kakitangan kerajaan kini bersikap terbuka dan tidak lagi
memilih parti, PAS yakin kalangan kakitangan kerajaan sendiri sudah tidak menaruh harapan
kepada BN, tetapi mereka masih mencaricari kaedah terbaik untuk merawat negara.

Kita boleh lihat beberapa badan beriktiraf hari ini sudah berani mendedahkan kepincangan
kerajaan secara terbuka; suatu suasana yang tidak berlaku dahulu.

SPRM, Bank Negara, Jabatan Audit, tentera, dan sebagainya. Malah tokoh dalam BN juga
telah berani bersuara.

Kakitangan kerajaan sebaik sahaja bersara pula terus memilih untuk membongkar apa yang
mereka lalui selama ini. Itu belum dikira mereka yang masih dalam kerajaan yang
menyalurkan maklumat secara rahsia. Semua ini perlu diuruskan.

Mereka adalah kumpulan profesional yang banyak tidak terlibat dalam parti politik. Kita
tidak boleh mewajibkan semua rakyat ikut kaedah parti politik sahaja. Perlu ada pendekatan
tanpa mileage politik - pada zahirnya - demi untuk menangani masalah kepincangan negara.

Tapi perkara ini gagal difahami PH. Bagi mereka, kalau kritik kerajaan bermakna musuh
kerajaan. Kalau bantu kerajaan bermakna sokong kerajaan. Untuk berfikir lebih jauh
daripada itu, mereka tidak mampu kerana terlalu kompleks.

“Jangan langsung bantu kerajaan. Nanti kalau kita beri idea mereka akan gunakan dan dakwa
itu idea mereka. Dengan idea itu, rakyat akan tengok BN hebat dan ini akan mendatangkan
sokongan buat mereka. Payahlah kita nak rampas Putrajaya.”

Hanya kerana mahukan kuasa, segala tindakan yang boleh beri kepentingan buat rakyat tidak
dipedulikan. Biar rakyat hidup merana dulu janji lepas ini PH dapat kuasa, daripada bantu
rakyat tetapi akhirnya PH terlepas peluang berkuasa.

Lihatlah negara-negara maju di luar sana. Kepelbagaian parti tidak memustahilkan mereka
untuk berbincang secara elok di dalam parlimen dan persidangan lain dalam isu-isu tertentu.
Tiba pilihan raya mereka tetap seteru dan masing-masing berebut sokongan dari rakyat.

Inilah corak demokrasi matang yang kita cita-citakan. Tanpa sentimen parti, tanpa
permusuhan ketat, penuh profesional dan sangat efektif!

ARTIKEL ARTIKEL YANG MENARIK YANG PATUT DIBACA

Sumber TKO - 4-11-2015



Hopes dim as Pakatan weakens

Posted on Monday, November 02 @ 11:50:06 MYT by paktam

Artikelby Karamjit Gill

When Pakatan Rakyat made great gains in the 2008 election, we
saw light at the end of the tunnel. It initially seemed to get
brighter as we moved towards it, but after a while we realised
that we were not getting any closer to it. And now, it seems to
be dimming.

Pakatan is becoming weak, with new problems between the
allied parties emerging nearly every day. Bonds between them have become so fragile that
a collapse looks imminent. Things have become so wobbly that sometimes the statements
coming from them don’t seem to follow any kind of logic.


BR1M Prior to the last general election, Dzulkefly Ahmad, who was then a member of Pakatan
Rakyat’s policy making team, said BR1M would be discontinued if the coalition came to
power. The opposition likened BR1M to vote-buying and condemned it outright. When the
government later announced that BR1M would progressively increase over the years,
assemblyman Lau Weng San of DAP criticised the decision, saying it would be an
unnecessary increase of expenditure. Recently, after Prime Minister Najib Razak announced
an increase in the BR1M aid in his budget presentation, Pakatan chief Wan Azizah Ismail
said the increase was not enough. Has the opposition finally accepted that BR1M is
necessary after all?

Toll issues

For as long as I can remember, Pakatan has been opposed to highway tolls, and has even
promised to abolish them. But after Najib announced that the Pan Borneo Highway linking
Sabah and Sarawak would be free of toll charges, Pakatan members are jumping again.
How can the Borneo highway be toll free, they ask. Rafizi Ramli alleges that Najib is
 showing favouritism to Sabah and Sarawak. So, what should it be? To charge or not to
charge?

SUKE (Sungai Besi-Hulu Klang Expressway), DASH (Damansara-Shah Alam Elevated
Expressway) and EKVE (East Klang Valley Expressway) are three major highways
approved by the Pakatan-led government of Selangor. Huge protests by the affected
residents have fallen on deaf ears. In the case of EKVE, World Wildlife Fund for Nature
Malaysia said that it would pass through two protected forests and pointed out that this
would contradict promises made by the state government. Worse still, these will be tolled
highways.

When the recent hike in toll rates was announced, Rafizi and other opposition figures
complained that it would burden the people further. They tried to pin all blame on the BN
government. However, when it was revealed that Pakatan members were on the boards of
some of the companies that hiked the rates, Azmin Ali jumped to their defence and said he
had issued a directive to them to oppose the hikes. Since that statement, everything has gone
cold and there has been no follow up on the supposed review and possible revision.

State administration

When PAS severed ties with DAP not long ago, Penang Chief Minister Lim Guan Eng told
PAS representatives in state agencies to resign. Those who did not resign were sacked.
However, when Azmin and Wan Azizah said that PKR would continue to work with PAS in
Selangor, DAP stayed put in the state government, saying their presence was required to
ensure there would be no wrongdoing. With DAP being the watchdog, it is a wonder how
Azmin approved the construction of highways without notifying other Pakatan members.
While Rafizi wants Azmin to explain his decision and the reason why the rest were kept
uninformed, ex-MB Khalid Ibrahim has backed Azmin’s action, saying Azmin need not
inform other party members. The same happened when Azmin formed Darul Ehsan
Investment Group (DEIG) without prior approval of coalition partners.

Houses of worship

In the past, when the Barisan Nasional government demolished houses of worship,
opposition members would draw blood and stage protests. Now that BN has stopped doing
so, Pakatan-led Selangor state has stepped-up the demolition of temples. When questioned,
Pakatan leaders claim that the destruction was necessary because the religious practices
being carried out were wrong. Is there a clear definition on which practice is right or
wrong?

Clare Rewcastle

Upon the arrest of former Petro Saudi employee Xavier Andre Justo in Thailand, Tony Pua
admitted to meeting Sarawak Report’s chief editor Clare Rewcastle several times for reasons
unknown. He even admitted to connecting Clare to the Edge Media Publications Group’s
Tong Kooi Ong and Ho Kay Tat. We all know what happened after that.

Leaks of WhatsApp chats from Justo’s phone revealed revelealed Rewcastle’s close ties
with Pua, Anwar Ibrahim and Mahathir Mohamad. In one of the alleged exchanges, Ho
allegedly questioned Rewcastle about her articles being editorialized in a way to oust Najib,
to which she allegedly replied “I have done this story, not you. Fulfil your commitment and
I walk away and I tell nobody.”

Authorities also allegedly picked up another message where Rewcastle alleged that she got
stories through “Anwar’s people” and used Mahathir to get other sources of information.

Pua strongly denies being part of a conspiracy to topple Najib’s government. Looking at the
leaked chat exchanges, if that is not conspiring, then what is?

There have been too many instances in which opposition figures speak a particular language
that they themselves would criticise if the same utterances came from BN. Do they practice “
Do as I say but do not do as I do”?

Now that we are in a dark tunnel where the only source of light is dimming, I can only hope
that there is no oncoming train. Our little hope of survival seems to be vanishing.

Karamjit Gill is an FMT reader.

Sumber DD - 2-11-2015


Bajet Pakatan Harapan lebih populis berbanding BN?

Posted on Sunday, November 01 @ 12:02:04 MYT by paktam

BeritaOLEH SHERIDAN MAHAVERA

Apabila Putrajaya memberi bantuan wang tunai kepada golongan
miskin dan mengumumkan dasar-dasar untuk penduduk luar
 bandar dan Malaysia Timur, penganalisis menuduh ianya sebagai
membeli undi dan bersifat populis.

Tetapi Pakatan Harapan dalam bajet alternatif mereka meletakkan
lebih banyak wang dan projek bagi Malaysia Timur serta subsidi
untuk penanam padi.

Mengikut belanjawan alternatifnya, jika Pakatan Harapan berkuasa, mereka akan terus
memberi bantuan wang tunai kepada golongan miskin tetapi dengan syarat. Namun, Pakatan
Harapan tidak dituduh sebagai populis.

Jadi, apakah terdapat berat sebelah terhadap Bajet 2016 Barisan Nasional (BN)? Adakah
Pakatan Harapan juga dianggap populis dalam rancangan mereka untuk golongan miskin,
Malaysia Timur dan penduduk luar bandar?

Siapa lebih populis?

Penganalisis dan pakar dalam laporan laman perniagaan Bloomberg menyifatkan peruntukan
Putrajaya sebanyak RM267.2 bilion bagi 2016 sebagai pemberian bertujuan mengambil hati
penduduk luar bandar dan miskin, yang dikenal pasti BN sebagai kumpulan untuk
mendapatkan sokongan.

Pelan yang dianggap populis termasuk menaikkan gaji minimum, pengecualian cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) bagi bahan makanan dan pertambahan pemberian wang
tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ia juga digelar bajet pilihan raya kerana kenaikan gaji turut diberikan kepada kakitangan
awam di samping program di Malaysia Timur seperti skim membina rumah panjang.

Namun, bajet Pakatan Harapan mempunyai cadangan yang lebih bercita-cita tinggi untuk
Malaysia Timur.

Ia berjanji memberikan 20% royalti minyak dan gas kepada Sabah dan Sarawak dan separuh
daripada hasil itu dimasukkan ke dalam dana sumber diilhamkan daripada Kumpulan Wang
Pencen Norway yang terkenal di dunia.

Pembangkang memperuntukkan RM1 bilion membangunkan bandar pertengahan di
Malaysia Timur dan RM1 bilion bagi biasiswa universiti bersyarat.

Mereka juga akan membina laluan kereta api menghubungkan Kota Kinabalu ke Kuching
dengan mengalihkan dana daripada projek Keretapi Laju Singapura-KL yang akan dibatalkan.Di Semenanjung Malaysia, Pakatan Harapan akan memperbaharui skim subsidi beras semasa dengan mengarahkan dana yang kini diberi
kepada pengilang untuk penanam padi itu sendiri.

Yang terbesar, dan cadangan paling berpotensi serta paling popular adalah menetapkan GST
pada sifar peratus, yang mungkin memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Merapatkan jurang

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, sebahagian daripada jawatankuasa penggubalan
bajet Pakatan Harapan, menyangkal dakwaan cadangan mereka adalah populis.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian falsafah bajet Pakatan Harapan, iaitu untuk merapatkan
ketidaksamaan sosio-ekonomi.

"Tumpuan kami di Malaysia Timur kerana mereka adalah 2 sumber terbesar minyak dan gas
tetapi mereka tidak mendapat pulangan yang adil daripada hasilnya," kata Wong (gambar,
kiri).

"Malaysia Timur dan kawasan luar bandar tidak mendapat bahagian sama dengan kawasan
lain di Malaysia."

Menetapkan GST pada sifar, kata beliau, adalah perlu untuk membantu isi rumah
berpendapatan rendah dan peniaga melepasi kemelesetan ekonomi yang diramalkan Pakatan
Harapan akan berlaku tahun depan.

"Ini tidak bererti langkah populis tetapi satu keperluan," kata Wong daripada PKR.

Sesuatu dasar akan dianggap populis jika tiada rasional selain cubaan terang-terangan untuk
membeli undi, kata seorang lagi anggota jawatankuasa bajet Pakatan Harapan, Dr Ong Kian
Ming.


Rasional keretapi di Malaysia Timur adalah memberi kelebihan kepada ekonomi Sabah dan
Sarawak berbanding Keretapi Laju Singapura-KL kata Ong, yang juga ahli Parlimen
Serdang.

Biasiswa pendidikan pula hanya akan diberikan kepada pelajar Malaysia Timur paling
cemerlang dengan syarat mereka kembali bekerja di Sabah dan Sarawak selepas
menamatkan pengajian, kata Ong.

"(Ia) adalah untuk menangani masalah kekurangan modal insan di Sarawak dan Sabah dan
hakikat ramai yang berbakat daripada (Malaysia Timur) datang bekerja di KL dan Singapura
daripada balik ke kampung halaman," katanya.

Hasrat besar, peruntukan kecil

Persepsi terdapat “double standard” apabila menyentuh dasar BN dan Pakatan Harapan
adalah disebabkan hakikat terdapat kurangnya kepercayaan terhadap parti pemerintah,
katanya.

Keraguan mengenai sama ada BN benar-benar akan mengotakan janji manis yang dibuat
juga adalah bukti apabila meneliti butiran bajet.

Wong menegaskan, walaupun ia banyak kedengaran, semua bantuan dalam bajet Putrajaya
berjumlah kira-kira setengah bilion, merupakan peratusan kecil daripada jumlah keseluruhan
RM267.2 bilion.

Apabila ia menyentuh Lebuhraya Pan Borneo, kata Ong, ia dijangka menelan kos
sekurang-kurangnya RM16 bilion, tetapi peruntukan bagi projek itu hanya RM800 juta
daripada Jabatan Perdana Menteri.

"BN banyak berjanji sejak 50 tahun negara merdeka dan menyerahkan hanya peratusan yang
sangat kecil daripada apa yang mereka janjikan," katanya.

Sumber DD - 1-11-2015


Pakatan Harapan: Kenyataan Azmin tepat, kata Pas

Posted on Wednesday, October 28 @ 14:38:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang 
tidak bersetuju dengan pembentukan Pakatan Harapan di Selangor adalah sebagai tepat.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, tindakan 
Mohamed Azmin itu boleh mengekalkan kerjasama dalam pasukan sedia ada khususnya 
yang dibentuk sejak awal melalui gabungan PR.

“Kerajaan Selangor yang ada sekarang ini adalah gabungan antara tiga parti iaitu Pas, PKR 
dan DAP yang dahulunya adalah PR sedangkan Pakatan Harapan tidak melibatkan tiga parti 
ini,” katanya di sini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin menyatakan tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di 
Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua 
negeri berbeza.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telah 
pun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang 
termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Abu Bakar berpandangan, tiada keperluan untuk membentuk Pakatan 
Harapan dan melihat Mohamed Azmin mengambil kira pakatan lama bagi melicinkan urusan 
pentadbiran di peringkat negeri.

Dalam masa sama, beliau memberitahu walaupun Kerajaan Selangor melibatkan kerjasama 
PAS, PKR dan DAP, namun secara dasarnya Pas tetap konsisten meneruskan kerjasama 
politik hanya dengan PKR sahaja.

“Kita menyokong Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang ini kerana ia dibentuk atas 
nama kerajaan pakatan dahulu walaupun bagi Pas pakatan yang ada sekarang ini hanya 
melibatkan Pas dan PKR,” katanya.

Melihat kepada perkembangan di Selangor, beliau menjelaskan bahawa dasar Pas yang telah 
memutuskan hubungan dengan DAP tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap 
kerjasama antara ahli-ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) Selangor itu dan berharap ia 
berkekalan sehingga penggal ini berakhir.

Dalam masa sama, beliau turut berharap pakatan pembangkang masih mampu mengekalkan 
kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang. - SH 

Sumber TKO - 28-10-2015

PAS terus jadi pembangkang, tak sertai Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan 
parti itu akan terus menjadi pembangkang tetapi tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Abdul Hadi, PAS akan mengambil pendekatan 'menerang' bukannya 'menyerang' 
antara satu sama lain.

"Hujah yang menerang tidak menyerang. Ini pendekatan yang kita ambil," tegas beliau 
yang juga Ahli Parlimen Marang pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, sebarang perubahan yang hendak dilakukan mestilah berteraskan Islam yang 
menjadi dasar, konsep dan matlamat PAS.

Bahkan katanya, PAS tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan kepada Islam kerana PAS tidak mungkin menaiki 'bas ekspress' yang tidak pasti sampai ke destinasi yang dituju.

Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahukan proses demokrasi yang beradab dan 
berakhlak dalam masa yang sama tidak melupai konsep Raja Berpelembagaan dan mesti 
memelihara hubungan dengan masyarakat majmuk.

Justeru, ujar beliau, PAS sedia bertemu dengan kerajaan dan bersemuka dengan sesiapa 
sahaja di kementerian termasuk Perdana Menteri untuk kemukakan cadangan-cadangan 
terhadap perkara yang tidak dipersetujui PAS.

"Misalnya GST. PAS tidak setuju dengan GST dan PAS ingin mencadangkan apakah 
inisiatif untuk menampung hasil kerajaan selain GST.

"Kita ada cadangan cuma tak cukup masa hendak bentang di Parlimen. Termasuk 
penurunan nilai mata wang. Kita ada pendekatan bagaimana meningkatkan dan 
mempertahankan nilai mata wang kita. Kita ada cadangan," kata beliau.

Tegasnya, pendekatan inilah yang diketengahkan PAS dalam menerangkan isu-isu kerana 
PAS lebih mahu memelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan Ahli Parlimen sahaja.

Turut bersama dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk 
Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman 
Razali, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Bachok Ahmad 
Marzuk Shaary.

Berikut transkrip beliau pada sidang media itu.

Wartawan:  'Bas ekspress' yang dimaksudkan itu adakah merujuk kepada Pakatan Harapan?

Tuan Guru Abdul Hadi: Itu masing-masinglah. Masing-masing boleh menilai dan faham 
sendiri.

Apa pandangan DS (Datuk Seri) tentang MP PAS yang tidak mengangkat placard 'mana 
RM2.6b' semasa bajet?

Kita ada MP yang bukan tunjuk perasaan. Saya dah sebut tadi kita jadi MP yang beradab. 
Membangkang dengan beradab.

Adakah kerjasama dengan Kerajaan BN berkaitan isu rakyat?

Ya, isu rakyat. Kita perlu berjumpa. Tidak cukup di Parlimen. Apa lagi ramai menteri tidak 
hadir ke Parlimen.

Adakah ini satu titik permulaan kerjasama dengan Kerajaan BN?

Kita punyai pengalaman yang lebih lama daripada parti lain. PAS pernah adakan kerajaan 
campuran tahun 1970. Ini merupakan pendekatan terbaru.

Adakah PAS akan kerjasama dengan parti lain?

Kita kerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan semua. Kerjasama dalam perkara 
yang baik. Tak kerjasama dalam perkara yang tidak baik. Ini konsep kita.

Dengan Pakatan Harapan?

Kita tidak ada harapan...harapan. Dengan harapan yang tidak sampai destinasi. Bas ekspres 
nak pergi Kuantan tetapi jalan ke Kuala Lipis. Mana boleh sampai. (Gelak).

Sesi ini DS tidak masukkan notis Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan hudud?

Kita tunggu keputusan mahkamah. Ia ada kaitan dengan mahkamah kerana bukan sahaja 
saya termasuk Speaker, dan Timbalan dibawa ke mahkamah oleh pihak tertentu. Tidak boleh
bincang pun kalau bawa ke dewan. Benda yang dibawa ke mahkamah tidak boleh bincang 
dalam Parlimen.

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan dan tidak akan bekerjasama dengan BN dari segi 
politik. Adakah PAS yakin sebagai parti yang boleh berdiri sendiri?

Bukan sahaja boleh, malah kita dah lama berdiri sendiri dan kita bersendirian. Kita percaya 
banyak parti lain bergantung dengan kita selama ini. Kita punya cawangan dan akar umbi 
yang kuat. Kamu saksikan sendiri. Berdemonstrasi! PAS tak ada... tak ada orang. Ini 
kekuatan yang ada pada kita dan kita tidak bangga dengan kekuatan ini. Dan kita tidak 
kerjasama dengan BN, itu tidak betul. Kita kerjasama dengan perkara yang baik. Tidak 
kerjasama dalam perkara yang tidak baik.

Adakah ini konsep Kerajaan Perpaduan (UG)?

Tidak, tidak. Itu sudah lama. Sudah ketinggalan sejarah. UG tahun 2008 yang saya kemukakan.

Kenapa DS membuat penegasan ini semua?

Supaya masyarakat lebih mengenali PAS. Bila tak umum, tak kenali PAS.

Pakatan Harapan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang. Mereka 
merayu agar rakyat bagi sokongan kepada DAP. Apa komen DS?

Akan datang saya tidak tahu. Bagi Islam dan bukan Islam kalau mahukan perubahan 
mereka undi PAS. Parti PAS terbuka kepada orang Islam dan bukan Islam. Kita ada DHPP, 
kita ada hubungan dengan semua NGO Islam dan bukan Islam. 

Sumber PP - 27-10-2015


Pakatan Harapan Selangor mungkin dilancar November
ini??? - Khalid Samad

Posted on Friday, October 23 @ 14:42:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad
hari ini memberitahu bahawa pelancaran Pakatan Harapan di Selangor mungkin akan
diadakan pada bulan depan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam 

penelitian disebabkan terdapat banyak terma gabungan yang perlu diperjelaskan sebelum 

dilancarkan.


"Pelancaran (Pakatan Harapan) di Selangor akan diadakan hanya kita tunggulah mungkin 

dalam bulan depan atau bergantung kepada negeri ikut negeri.


"Tetapi apabila telah ditubuhkan di peringkat pusat, kita anggap bahawa ianya sudah 

diwujudkan dan ini di peringkat negeri ada masing-masing masalah tertentu, jadi mungkin 

kerana Selangor itu kita masih berkongsi kuasa dengan PAS, hubungan kita dengan PAS 

perlu diperjelaskan, sama ada gabungan Pakatan Harapan dengan PAS atau pun PKR dengan

PAS mempunyai satu gabungan atau pun PKR dengan DAP dan Amanah ada satu lagi 

gabungan yang lain," katanya kepada AntaraPos ketika ditemui di lobi Parlimen tadi.


Beliau mengulas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang meminta kerajaan 

negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu seperti yang 

dilaksanakan di Pulau Pinang.


Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan 

Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor, 

merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).


Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan 

negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan 

Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.


Sehubungan itu, Khalid meminta PasMa memberikan masa untuk diperjelaskan kemudian 

berhubung pelancaran Pakatan Harapan di negeri Selangor.


"Perkara itu adalah teknikal dan boleh diperjelaskan (kemudian)," katanya.


Pandangan Khalid itu bagaimanapun berbeza pula dengan Naib Presiden PKR, Shamsul 

Iskandar Mohd Akin yang mahukan hubungan kerjasama dengan PAS diteruskan seperti 
biasa tanpa ada pengumuman baru membabitkan pelancaran Pakatan Harapan di negeri itu.
"Saya fikir apa yang telah ataupun sedang berlaku di Selangor ini kita kekalkan kerana dari 
segi pakatan pembangkang di peringkat persekutuan kita telah ada Pakatan Harapan.
"Dalam masa yang sama keadilan masih mengekalkan kerjasama dengan PAS jadi dari segi 
politik diperingkat persekutuan kita lihat ada dua kumpulan pembangkang satu pakatan 
harapan dan satu pakatan rakyat diantara keadilan dan juga PAS," katanya.
Sehubungan itu beliau menolak cadangan PasMa yang mahukan Pakatan Harapan dibentuk 
di negeri Selangor.
"Justeru di peringkat Selangor oleh kerana mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 
2013 itu adalah kepada Pakatan Rakyat yang telah pun kita lihat di susun dengan baik di 
Selangor maka saya tidak fikir cadangan-cadangan selain daripada itu adalah munasabah.
"Pada saya, biarlah kita kekalkan persepaduan yang ada di Selangor dan kita lihat semua 
exco daripada PAS, DAP dan Keadilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Azmin Ali.
"Kita lihat kerajaan begitu kukuh dan saya fikir tidak ada pihak yang ingin melihat 
mana-mana kerajaan yang kukuh itu digoyangkan dengan beberapa perbezaan politik yang 
ada," katanya lagi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mengambil sikap tidak mahu 
mengulas berhubung perkara tersebut.
Beliau sebaliknya meminta Menteri Besar Selangor yang meleraikan kekusutan itu.
"Lebih baik tanya Menteri Besar Selangor (Azmin)," katanya ringkas.  - AntaraPOS

Sumber TKO - 23-10-2015


Pakatan Harapan tidak perlu di Selangor, kata Azmin

Posted on Thursday, October 22 @ 16:06:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan
Harapan di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di
kedua-dua negeri berbeza.

Timbalan presiden PKR itu berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PKR 2 minggu lepas
meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di
Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab
senario politik berbeza.

"Kita meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan
semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha 
Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah
Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri
Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.

Phahrolrazi dilaporkan berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah
Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-14.

Katanya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri
Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. - Bernama

Sumber TKO - 22-10-2015


Pakatan Harapan kekalkan BR1M cuma ubah cara
bayaran


Posted on Thursday, October 22 @ 06:47:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan membuat rombakan terhadap Bantuan Rakyat 

1Malaysia (BR1M), bagi memastikan keberkesanan pelaksanaanya sekaligus mengurangkan 
kadar kemiskinan di negara ini.
Perkara itu dimasukkan dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 yang
dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu
di Parliman bertemakan ‘Mengelakkan Krisis’.

“Kami sedar bahawa model BR1M sekarang adalah tertakluk kepada unsur-unsur politik dan
rasuah. Maka sistem yang lebih telus, cekap dan bersyarat adalah diperlukan,” katanya.

Pakatan Harapan percaya pembatalkan BR1M secara mengejut akan membawa lebih mudarat
berbanding kebaikan.

Pakatan Harapan mencadangkan rombakan terhadap BR1M dengan menggunakan sistem
yang dipakai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimana pembayarannya dibuat
melalui penambahan gaji oleh setiap majikan.

Kedua, memperkenalkan sebuah lagi bentuk bayaran iaitu kepada isi rumah yang menghantar
anak-anak ke sekolah yang mempunyai pandapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

“Setiap bentuk bayaran ini adalah bersyarat iaitu kehadiran ke sekolah mestilah sebanyak 90
peratus. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran daripada sekolah terutamanya
daripada keluarga berpendapatan rendah untuk memastikan mobaliti sosial dan pada masa
sama meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Katanya, rombakan itu akan dibuat untuk sementara waktu sahaja sebelum ia dihapuskan
sepenuhnya apabila jurang kemiskinan dapat dikurangkan.

“Apabila gaji sara hidup telah meningkat dan bertambah baik, kami akan hentikan program
pembayaran bantuan kewangan ini dan akan lebih tertumpu kepada kebajikan masyarakat
untuk rakyat termiskin,” katanya.

Selain itu, Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan juga menitik beratkan soal pengurangan
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan membuat cadangan
mengurangkan kadar cukai tersebut sebanyak tiga peratus.

“Kami percaya pengurangan GST sebanyak tiga peratus boleh diseimbangkan menerusi
penjimatan daripada membasmi pembaziran dan rasuah termasuklah pendapatan tambahan
hasil daripada pelaksanaan Cukai Penambahan Kekayaan (CGT),” katanya. - FMT

Sumber TKO - 22-10-2015



Pakatan Harapan pun tak akan mansuh GST tapi...
Posted on Thursday, October 22 @ 06:44:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Membatalkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilihat
membebankan, mengurangkan pendapatan boleh belanja dan lain-lain yang tidak membantu
ekonomi, bukan satu tindakan yang cerdik.

Hal ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, ‎semua sistem perakaunan,
latihan, perbelanjaan mematuhi syarat GST yang telah dibelanjakan oleh semua syarikat 
termasuk kerajaan akan menyebabkan kerugian.

"Jika pakatan membatalkan akta GST untuk elakkan rakyat bayar cukai, itu nampak tidak
cerdik kerana perbelanjaan RM5 billion yang dibelanjakan oleh syarikat-syarikat dan
kerajaan untuk pematuhan kos  ini adalah  sia-sia," katanya.

Justeru katanya, langkah terbaik untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan GST ialah
menjadikan GST itu pada kadar sifar.

"Bila kadar GST sifar, maka samalah seperti rakyat tidak membayar GST, tetapi syarikat
boleh terus menggunakan sistem perakaunan.

"Sebab itu kerana kita hendak kurangkan beban kepada semua, cara terbaik ialah dengan
mengenakan kadar sifar," katanya dalam satu kenyataan.

‎Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2016 yang dibentangkan hari ini mencadangkan
kadar sifar bagi cukai itu.

Belanjawan alternatif itu menyatakan kadar sifar GST boleh diseimbangkan menerusi
penjimatan menerusi membasmi pembaziran dan rasuah.

Pakatan pembangkang itu berkata, meskipun pelaksanaan kadar sifar GST bermakna
kehilangan pendapatan sebanyak RM16 bilion, namun ia tidak akan memberi kesan kepada
kedudukan fiskal secara keseluruhan terhadap kerajaan.  - Sinar

Sumber TKO - 22-10-2015
PasMa Mahu Selangor tubuh Pakatan Harapan seperti
Pulau Pinang


Posted on Tuesday, October 20 @ 07:55:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ALOR SETAR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) meminta kerajaan negeri 

Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu seperti yang dilaksanakan 
di Pulau Pinang.
Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan
Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor,
merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan
negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.

"Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh kepada rakyat ketika
pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pengkalan Kundor kepada media hari ini.

Beliau berkata Pakatan Harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena politik negara
walaupun PAS enggan menyertai pakatan itu berikutan kemasukan Amanah.

Pahrolrazi berkata beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md
Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi memaklumkan penyertaannya dalam
Amanah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ia bagi memudahkan
speaker DUN mengatur kedudukan kerusi tujuh ADUN Pakatan Harapan pada sidang DUN
yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Nov ini.

Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai PAS dengan lapan kerusi DUN berbanding
Pakatan Harapan dengan tujuh kerusi DUN iaitu beliau dari Amanah, dua DAP dan empat
daripada PKR.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata ADUN PAS yang berhijrah kepada Amanah sebelum ini
bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai ADUN kerana mengambil kira pelbagai aspek.

"Kalau di tempat PAS bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon PAS disebabkan Pakatan
Rakyat," katanya.


  Beliau berkata sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru
serpihan PAS itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu.
 – BERNAMA

Sumber TKO - 20-10-2015


Saifuddin Abdullah ketuai sekretariat Pakatan Harapan

Posted on Monday, October 19 @ 16:37:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Bekas pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR baru-baru ini dilantik
sebagai ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan.

Bekas timbalan menteri itu diberi bertanggungjawab menerajui urus setia itu berkuat kuasa
serta-merta, menurut kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat gabungan pembangkang itu yang bermesyuarat kali
pertama hari ini.

Ia dikeluarkan oleh ketiga-tiga pemimpin kanannya iaitu Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara
(AMANAH) Mohamad Sabu.

Saifuddin sebelum ini hadir dalam mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan, menyebabkan
beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Umno, parti beliau ketika itu.

Sementara itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut meluluskan belanjawan Pakatan
Harapan yang akan dilancarkan oleh Azizah sebagai ketua pembangkang pada 21 Oktober
di parlimen.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan belanjawan 2016 pada 23
Oktober, dua hari selepas itu.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk
menggubal satu perjanjian pakatan dan dasar bersama yang akan dianggotai seorang wakil
daripada setiap parti. - MK

Sumber TKO - 19-10-2015


Zaid Ragui Saifuddin Boleh Buat Pakatan Lebih Kuat

Posted on Friday, October 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Fikir betul-betul, Datuk Saifuddin Abdullah telah diberi amaran oleh 

Datuk Zaid Ibrahim, yang menyertai PKR pada tahun 2009 tetapi keluar parti itu setahun 
kemudian.

"Saya tergesa-gesa untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan menerima padah. Beliau 

perlu lebih berhati-hati," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal 
undang-undang) itu kepada The Star Online.

Walaupun Saifuddin  mengumumkan bahawa beliau telah menyertai PKR pada Khamis, yang 

akan menjadi aset  besar kepada parti, Zaid berkata beliau kurang yakin bahawa dia boleh 
membuat parti pembangkang itu lebih kuat.

"Malah, (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak mampu berbuat 

demikian," katanya, dan menasihatkan Saifuddin untuk bermain selamat dalam parti baharunya.

Zaid merujuk kembali ketika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan 

timbalan presiden PKR walaupun sedar dirinya pendatang baharu.

Beliau kemudiannya menarik balik pencalonannya, dituduh menipu dan salah laku pilihan 

raya oleh lawannya, Azmin Ali.

Zaid kemudiannya meletak jawatan dalam parti itu pada November 2010, kerana hilang 

keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Sebelum itu, Zaid dipecat daripada Umno pada tahun 2009 selepas menghadiri majlis 

pembangkang dan membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap 
pemimpin-pemimpin pembangkang.

Sebelum menyertai PKR pada hari Khamis, Saifuddin berdepan dengan tindakan disiplin 

Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat oleh pihak pembangkang pada hari 
ulangtahun parti itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Walaubagaimana pun, Zaid percaya Saifuddin tidak akan menjadi seperti dirinya.

"Tidak, dia adalah seorang ahli politik yang lebih baik dan cekap. Bagaimana pun, keadaan 

telah berubah," katanya.

Pada Khamis, Saifuddin berkata beliau menyertai PKR kerana merasakan bahawa beliau tidak 

sesuai dengan Umno dan Barisan Nasional, dan beliau tertarik dengan model berbilang kaum 
PKR. - MStar 

Sumber TKO - 16-10-2015



Pakatan Harapan: PKR terus tagih simpati Pas

Posted on Thursday, October 15 @ 18:50:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

PETALING JAYA: PKR terus menagih simpati Pas untuk menyertai Pakatan Harapan walaupun parti Islam itu bertegas tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) di bawah satu gabungan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada Pas berhubung penolakan tersebut.

“Kita belum dimaklumkan secara rasmi (Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan), setakat ini perbincangan (dengan Pas) masih berjalan seperti biasa.
“Kita sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti politik (pembangkang) dan individu yang berpegang kepada prinsip untuk membawa perubahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Terdahulu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas serik dengan permainan politik DAP dan menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti itu akan menyertai pakatan pembangkang berkenaan.
Katanya,Pas tiada masa untuk melayan kerenah bekas rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat, DAP yang kerap menjadikan Pas sasaran serangan.  - FMT

Sumber TKO - 15-10-2015

Pakatan Harapan, usah terima kunjungan Perkasa

Posted on Wednesday, October 14 @ 12:43:51 MYT by paktam

Oleh Zainulfaqar Yaacob

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hanya membuat
kunjungan hormat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sahaja.

Itu yang Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar
sendiri tegaskan, sambil menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan
pertubuhan pelampau Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Walaupun begitu, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan
hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan
Harapan.


Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga
kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri.

Rakyat pasti akan bertanya, takkan Pakatan Harapan tidak boleh menerima kunjungan hormat
daripada Perkasa suatu hari nanti, selepas PAS sendiri menerima kunjungan hormat pertubuhan
 pelampau itu sekarang.

Barangkali selepas ini, pemimpin Amanah sendiri pun akan ditanya, bila lagi hendak terima
kunjungan hormat Umno seperti  Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Dr Mahathir Mohamad
yang sekarang ini lantang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jangan ingat rakyat tuli dalam menilai Pakatan Harapan, khususnya Amanah.

Kalau hendak mementingkan "politik kekuasaan" macam Perkasa yang mesra dengan Umno
dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita.

Sempena sambutan 1 Muharam 1437H ini, saya menyeru Amanah memperkasa "politik nilai"
seperti integriti, anti kezaliman, telus dengan rakyat.

Saya berharap Pakatan Harapan fokus pada agenda mengukuhkan sokongan rakyat, termasuk
mengikat perjanjian politik dengan parti-parti anti kezaliman Umno BN dari Sabah dan
Sarawak.

Pada masa yang sama, jangan lupa agenda membebaskan bakal perdana menteri daripada
Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seterusnya ke arah usaha menyelamatkan
ekonomi negara.

Semarakkan kefahaman rakyat, Najib adalah pemimpin yang menindas semua rakyat, dan
terbaru adalah isu kenaikan tol yang nyata membebankan rakyat terbanyak.

Saya yakin Pakatan Harapan lebih berwibawa tanpa anasir politik kepuakan melampau tajaan
Umno serta Perkasa.

Amanah perlu terus mempertahankan "politik nilai" yang rakyat harapkan ini.

Semoga Amanah, khususnya di Pulau Pinang boleh menggarap lagi sokongan  rakyat t
erbanyak kepada Pakatan Harapan atas amalan "politik nilai", bersama-sama PKR dan DAP.

Amanah perlu menggandakan usaha saling bekerjasama dengan PKR dan DAP atas nama
kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ke arah memupuk sokongan rakyat terbanyak, dari
peringkat negeri sehinggalah peringkat Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 
komuniti setempat.

* Zainulfaqar Yaacob ialah pengarah komunikasi Amanah Pulau Pinang.

Sumber DD - 14-10-2015



PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS, PSM,
parti Sabah, Sarawak


Posted on Monday, October 12 @ 11:43:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis
Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan hari ini.

Resolusi itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu,
dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat
selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

"Kami membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak
untuk menyertai kami," katanya.

Mesyuarat tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan
mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan lalu oleh
PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri.

"Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan cuba
masuk campur urusan parti lain.

"Jika kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk menawan
Putrajaya," katanya.

Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk
mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang sama.

"Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti," katanya.

Presiden dan MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang
kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.
Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah:

* PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan
keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;

* PKR akan mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan
politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan antara satu
sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing
dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

* PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan
berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu.

Sumber TKO - 12-10-2015


Pidato Perdana Pakatan Harapan Di Paya Jaras, Selangor 
Malam Tadi

Posted on Sunday, October 11 @ 22:12:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Lensa/Galeri

Tiada kata yang boleh diungkapkan selain kena akui akan kata-kata Setiausaha Agung Parti
Amanah Negara @ PAN Sdr Annuar Tahir betapa PAS diseluruh negara sudah lumpuh
gara-gara penubuhan parti yang keramat lagi hebat ditubuhkan oleh barisan individu yang
Amanah, Progresif, Peduli, Profesional dan Inklusif dengan para ulama yang luar biasa... tepat
ejekkan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim tertubuh PAN PAS terus mati.


Dengan sambutan hebat luar biasa diberikan oleh rakyat di program Pidato Perdana Pakatan
Harapan malam tadi di Tapak Pasar malam Paya Jaras yang dihadiri sendiri ulama luar biasa
juga merangkap Penasihat Umum PAN Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Awang membuktikan
kepada dunia PAS sekarang seakan-akan sudah tidak wujud .. hanya tinggal nama sedangkan
roh dan sokongan sudah lumpuh.

Beginilah hebatnya sambutan dan sokongan diberikan rakyat kepada parti mahahebat dan
keramat ini.

Terimalah kenyataan walaupun pedih dan pahit .... PAS sudah tidak relevan dengan penubuhan
PAN ... Tanpa PAS Pakatan Harapan boleh sapu bersih semua kerusi di Selangor selain
rampas Putrajaya.

Kredit:
Anak-Anak Pasir Puteh

Sumber TKO - 11-10-2015

Pakatan 4 dalam 1 untuk apa: menang kuasa atau tadbir
negara?


Posted on Sunday, October 11 @ 14:07:29 MYT by paktam

PendapatOleh Wong Chin Huat 

Kalau Pakatan 2.0 dibentuk tanpa persefahaman dalam dasar dan isu
besar, meskipun mampu menang dan berkuasa, sangat dikhuatiri
cita-cita mentadbir negara akan gagal.

Kerjasama antara parti politik boleh mengambil bentuk pakatan
(huruf kecil "p") untuk mencapai keputusan pilihan raya yang lebih
baik (electoral pact) ataupun gabungan untuk mentadbir negara/negeri
(governing coalition).


'Pakatan pilihan raya'
"Pakatan pilihan raya" pula boleh mengambil dua bentuk, yang secara terbuka (overt) dengan
tujuan untuk berkongsi undi sokongan, dan yang secara tersembunyi (covert) bertujuan
memecahbelahkan sokongan parti lawan.

Ramai orang salah tersilap kaedah atau mekanisme atau susunan, satu-lawan-satu adalah
satu-satunya bentuk pakatan pilihan raya. Kalau tak jadi satu-lawan-satu, maka parti-parti
pembangkang dikatakan berpecah dan bakal dihukum oleh pengundi.

Pandangan ini nyata jahil dengan sejarah pilihan raya pada 1980-an, di mana PAS dan DAP
banyak bersaing di kawasan yang lama. (atau sama?)

Ini bukan kerana pemimpin PAS dan DAP tidak ingin berpakat. Sebaliknya, sekalipun Barisan
Nasional (BN) percaya, persaingan 3 penjuru adalah pakatan pilihan mereka. Apabila PAS
masuk ke medan perang DAP dan MCA/Gerakan/MIC yang mempunyai minoriti Melayu,
maka PAS tarik undi Melayu daripada MCA/Gerakan/MIC dan meningkatkan peluang
kemenangan DAP.

Sebaliknya, apabila DAP masuk ke medan perang PAS dan Umno yang mempunyai minoriti
bukan Melayu, maka DAP tarik undi bukan Melayu daripada Umno dan meningkatkan
peluang kemenangan PAS.

Sungguhpun strategi ini tidak selalu berjaya, ia tetap strategi yang paling berkesan.

Kerana jurang ideologi antara PAS dan DAP terlalu luas, PAS tidak mungkin memujuk
penyokongnya untuk undi DAP dalam pertarungan satu-lawan-satu antara DAP dengan MCA/
Gerakan/MIC. Sebaliknya, DAP juga tidak mungkin memujuk penyokongnya untuk undi PAS
dalam pertarungan satu-lawan-satu antara PAS dan Umno.

Pertarungan satu-lawan-satu antara PAS/DAP dengan BN hanya menjadi strategi
menguntungkan setelah jurang ideologi antara PAS dan DAP itu dikurangkan dalam pilihan
raya umum (PRU) 1999 pasca reformasi dan lebih-lebih lagi dalam tsunami politik tahun 2008.

Apakah kaitan sejarah silam ini dengan percaturan strategi parti pembangkang hari ini?
Mereka yang mencadangkan pengaturan (kaedah) satu-lawan-satu akan menjamin kemenangan
parti pembangkang untuk menawan Putrajaya mengandaikan semua penyokong dan pengundi
gelanggang tengah begitu benci Najib dan Umno/BN sehingga mereka akan secara automatik
menumpukan undi mereka kepada parti pembangkang yang diaturkan untuk bertanding.

Dalam lain kata, pengundi nasionalis Islam akan menyokong DAP sungguhpun DAP tetap
menolak perlaksanaan kanun jenayah syariah di Kelantan dan penyokong negara madani akan
mengundi PAS sungguhpun PAS tetap ingin melaksanakan kanun jenayah syariah.

Bagi saya, ini adalah penganggaran sentimen pengundi yang cukup "syiok sendiri".

Naif sekali kalau ada yang berharap PAS dan Amanah boleh berpeluk dan bercium sekali lagi
seolah-olah tidak pernah berlaku persengketaan di antara mereka itu.

Kata seorang rakan saya yang beragama Islam, itu ibaratkan selepas talak tiga, suami nak
kahwinkan semula isterinya tanpa sekurang-kurangnya melalui dulu "kahwin cina buta"
(nikah muhalil).

Pakatan pilihan raya yang terbuka memerlukan tahap persefahaman atau 'kompromi' ideologi
yang tertentu supaya penyokong parti-parti yang bercanggah ideologi itu sanggup menyokong
parti yang lain.

Apakah proses mencari persamaan di antara PAS dan DAP sudah berlaku? Ini membawa kita
kepada peringkat gabungan pentadbiran.

Gabungan pentadbiran

Gabungan pentadbiran boleh dibentuk sebelum (ada yang bersifat kekal) atau selepas pilihan
raya. Apabila tiada satu parti dapat memenangi kerusi majoriti di Dewan, maka parti akan
mempunyai motivasi untuk mencari jalan mengatasi perbezaan ideologi dan bergabung demi
berkuasa.

(Parti pembangkang juga mungkin membentuk gabungan pasca pilihan raya tetapi itu jauh
lebih jarang).

Ini berlaku sekarang di Jerman (gabungan pasca pilihan raya antara Demokrat Kristian dan
Demokrat Sosial) dan Australia (gabungan kekal antara Liberal, Nasional dan sekutu
kewilayahan) dan pernah berlaku di United Kingdom (gabungan pasca pilihan raya antara 
Konservatif dan LibDem).

Gabungan pasca pilihan raya biasanya dimateraikan dengan perjanjian yang jelas kerana parti
terlibat adalah pesaing sebelum pilihan raya dan akan kembali bersaing dalam pilihan raya
akan datang. Dalam kata lain, parti terlibat adalah sekutu-pesaing pada masa yang sama.

Kerana keuntungan berkuasa, banyak gabungan pasca pilihan raya dapat kekal bersatu sampai
habis tempoh, malah ada yang memutuskan untuk bergabung secara berkekalan.

Di Malaysia, penubuhan BN berlaku selepas kejayaan pemerintah gabungan (coalition
government) di peringkat negeri dan perbandaran di Sarawak, Penang, Ipoh dan Kelantan.

Pakatan Rakyat (PR) contoh baik gabungan pasca pilihan raya, di mana pemerintah gabungan
terbentuk di Perak dan Selangor sebelum ketiga-tiga PKR, PAS dan DAP bergabung secara
rasminya pada 1 April, 2008.

Pemerintah negeri di Selangor yang ketika ini terdiri daripada Pakatan Harapan dan PAS
adalah gabungan pasca pilihan raya yang tidak jatuh sekalipun selepas tamatnya PR.

Pada teorinya, gabungan pra pilihan raya biasanya dibentuk untuk meyakinkan pengundi
bebas mereka sanggup mentadbir negara (jika menang pilihan raya) atau bekerjasama
di Parlimen (jika kalah) demi agenda polisi bersama.

Pada praktisnya, gabungan pra pilihan raya atau kekal juga sering dibentuk untuk
membolehkan parti-parti terlibat berkongsi undi penyokong masing-masing (vote-pooling).

Dalam kata lain, gabungan pra pilihan raya atau kekal sebenarnya boleh jadi "samaran" bagi
pakatan pilihan raya. Sejauh mana ini berjaya bergantung banyak kepada peluang gabungan ini berjaya. Kalau peluang kejayaan itu tinggi, maka asas kerjasama perlulah lebih dalam.

Sebaliknya, kalau peluang kejayaan itu rendah, maka penyokong parti terlibat akan lebih
serius tentang apa yang akan berlaku selepas kejayaan.

Soalan terbesar untuk Gabungan 4 dalam 1

Soalan terbesar, atau yang paling tidak memudahkan untuk para pencadang Pakatan 2.0 yang
berbentuk 4 dalam 1, yakni, PKR, PAS, Amanah dan DAP berbunyi demikian:

"Jika Pakatan 2.0 ini menang Putrajaya, dan pemerintah Kelantan menuntut pindaan
undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah,
apakah pemerintah persekutuan baru akan bersetuju?"

Kalau tidak, apakah PAS tidak akan tarik diri daripada pemerintah Persekutuan dan mungkin
menjatuhkannya?

Kalau ya, apakah DAP tidak akan tarik diri daripada pemerintah Persekutuan dan mungkin
menjatuhkannya?

Dengan kemusykilan sebegini, penyokong PAS dan DAP masih sanggup menyokong sesama
lain malah gabungan 4 dalam 1?

Dalam gabungan sebelum ini, dari "Angkatan Perpaduan Ummah-Gagasan Rakyat (APU-GR)"
pimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ke Barisan Alternatif (BA) dan PR pimpinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, soalan ini tidak pernah mempunyai jawapan yang jelas sampai
tiada ruang untuk pertikaian.

Kekaburan itu sememangnya bertujuan strategik supaya perkongsian undi boleh berlaku.
Tetapi, kejatuhan GR, BA dan PR membuktikan "kekaburan strategik" ini jalan buntu.

Apakah percubaan kali keempat akan berjaya?

Berbincang pasal percubaan makmal, Albert Einstein berkata:"ketidaksiuman ialah
mengulang perbuatan sama dan mengharapkan kesudahan yang berlainan."

Jikalau pertembungan ideologi antara pendukung Daulah Islamiyah (lebih jelas daripada
penterjemahan bahasa Melayunya "Negara Islam") dan pendukung persekutuan sekular 1963
tidak diselesaikan, maka mana-mana gabungan baru termasuk Pakatan Harapan juga akan
gagal.

Harapan untuk Malaysia baru tidak bergantung kepada pengundi yang terlalu "desperate"
ingin jatuhkan Najib tak kira apa kosnya, tetapi bergantung kepada pertemuan minda dalam
perjuangan yang jujur dan berprinsip.

Daripada segi itu, percubaan Parti Amanah untuk mengangkat maqasid syariah dalam lunas
demokrasi berperlembagaan sepertimana yang berlaku di Tunisia adalah murni sekali.

Saya harap parti baru ini juga berkeberanian untuk mengupas secara kritis isu kegagalan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru – kelemahannya melahirkan kegelisahan orang Melayu
(Malay Anxiety) tentang masa depan – dalam lunas Islam dan demokrasi kedua-duanya sekali.

Asas baru gabungan yang kekal dan sihat sememangnya jalan baru dalam pemikiran ideologi
dan dasar pemerintahan jangka panjang, bukan perhitungan undi dan kerusi jangka pendek.

Sumber DD - 11-10-2015


Apa Hujah Kemenangan PH?

Posted on Friday, October 09 @ 14:00:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



1. Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan patut memberi hujah kemenangan demi 

meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya dapat ditawan tanpa PAS. Lim Guan Eng jangan jadi 
kaki loyar buruk. Mat Sabu jangan gelabah. DS Wan Azizah jangan keliru. Tony Pua jangan 
selesa sembang dengan kepala lutut.
2. Pada PRU13, DAP meraih 80% undi Cina. Apakah DAP mampu menarik sehingga 90% 
undi mereka untuk PRU14? Atas hujah apa DAP boleh meningkatkan prestasi itu?

3. Kini DAP disertai oleh beberapa orang tokoh dan gadis jelita Melayu. Adakah dengan 
kemasukan mereka DAP  dapat menampung undi yang hilang dari sokongan Melayu PAS? 
Atas dasar apa; kredibiliti atau kejelitaan mereka?

4. Tanpa sokongan PAS, apakah DAP yakin dapat undi Melayu yang cukup dari Melayu PAN 
dan PKR? Agaknya berapa persen undi Melayu PAN boleh bagi? DAP tentu sudah buat kajian 
sebelum bercakap.

5. PAN pula agaknya dapat berapa kerusi Parlimen dalam PRU14 nanti? Atau masih belum 
tahu di mana nak bertanding? Agaknya Khalid Samad dapat satu di Shah Alam. Mujahid dapat 
satu di Parit Buntar. Hanifa dapat  satu kerusi di Sepang. Itu tak termasuk lagi kerusi yang akan dimenangi oleh Mat Sabu, Sallehudin Ayub, Dr Zulkifli. Dr Hatta nak bertanding di Kuala Krai lagi ke? Satu kerusi lagi.

6. Selain kerusi-kerusi tradisi yang pernah ditandingi oleh pemuka-pemuka PAN, adakah PAN 
akan mencabar kerusi-kerusi PAS yang lain? Atau berebut pula kerusi antara PAN, DAP dan 
PKR? Kalau ini terjadi, adakah ia memberi kerusi tambahan kepada pembangkang atau 
memudahkan BN pula melebarkan kemenangan?

7. Andai DAP dapat 40 kerusi, PKR dapat 40 kerusi, boleh PAN sumbangkan untuk PH 
sebanyak  32 kerusi untuk majoriti mudah andai bilangan 222 kerusi Parlimen tak bertambah? 
PAN kata dapat  100 000 ahli hujung tahun ini. Oklah, saya beri kepada PAN 200 000 ahlilah 
sehingga hujung 2016. Cukup jumlah itu untuk dapat 32 kerusi itu?

8. PKR pula bagaimana? Tanpa PAS boleh ke dapat 40 kerusi itu? Harap sangat PKR tidak 
berpecah. Itu harapan saya. Itulah harapan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM). Dan itulah 
juga harapan PAS. Jika berpecahnya PKR menjadi dua blok apatah lagi dua parti, adakah DAP 
dan PAN terus jatuh gila mengenangkan untung nasib ciptaan sendiri.


Peribahasa Melayu: cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut. Orang beranak, 
Mak Andeh pun nak beranak. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Abu Nawas 
mengira bintang di langit macam membilang bulu kambing. Mampuussss!

Sumber TKO - 9-10-2015


PH boleh menang PRU 14?
Posted on Thursday, October 08 @ 16:03:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

Assalamualaikum,, 

Tony Phua berkata tanpa PAS PH boleh menang PRU 14 tetapi Tian Chua
berkata tanpa PAS , PKR akan kalah.Dua persepsi dan ramalan yang bertentangan antara dua
ahli politik PH dan PKR.Nampaknya Tony Phua hanya beranggapan hanya dua parti PH, DAP
dan PAN sudah cukup kuat untuk menewaskan BN kerana Tian Chua yang merupakan ahli
PKR masih percaya PKR memerlukan PAS.PKR perlukan undi melayu dan undi itu hanya
boleh diraih menerusi PAS,Tony Phua pula tidak memerlukan undi melayu sebab PAN
mungkin akan dapat meraih undi Bangla.

Tony Phua buat buat tak nampak bagaimana karenah parti gabungannya yang menjemput dia
di majlis makan malam mengutip dana parti sebenarnya memberi talian hayat kepada BN yang
sudah nampak nazak.Tindakan mereka mufarakah dari PAS bukanlah tindakan bijak dalam
usaha menewaskan  BN.Kini dengan PH mereka berharap PAS akan bertolak ansur dengan
menggunakan hujah untuk menewaskan BN, mungkin nanti kalau PH tak boleh menang PRU
14 kerana perpecahan undi mereka akan segera menuding jari kepada PAS sebagai parti
matador.Mereka tak akan mengakui tindakan penkhianatan mereka kepada PAS itu sebenarnya
menjadi punca semua kekalutan ini sebab mereka mahu masyarakat melihat mereka betul serta
sebarang kritikan terhadap tindakan mereka akan dianggap sebagai kutukan apatah lagi kalau
kritikan itu datang dari PAS.

Sedar atau tidak, Tian Chua juga mengkritik mereka ketika mengatakan PKR masih perlukan
PAS dan Rafizi Ramli yang hadir di majlis PAN turut mengkritik mereka apabila berkata PKR  tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau dengan apa cara sekalipun.Perkara ini perlu diambil oleh Tony Phua dan DAP serta PAN
sebagai setback kepada cita cita mereka nak menang PRU 14 nanti.

Seandainya PKR meneruskan kerjasama dengan PAS sambil terus berada dalam PH,bermakna
pembahagian kerusi antara PAS dan PKR akan terus dijalankan tetapi sebagaimana ditegaskan
PAS tidak sesekali akan memberi laluan kepada PAN yang pula bermakna kalau PAN dengan
sokongan DAP masih mahu meletakkan calon di kerusi yang ditandingi PAS, maka apa yang
dikatakan oleh TITM akan berlaku, talian hayat untuk BN disediakan oleh PH melalui PAN.

Jadi Tony Pua, bolehkah PH menewaskan BN apabila PH sendiri memberi talian hayat kepada
BN?

PAN mungkin menjadi parti matador bukannya PAS!

Sumber TKO - 8-10-2015

Langkah Azmin Sonsang !!!

Posted on Thursday, October 08 @ 12:07:24 MYT by paktam

Oleh WFAUZDIN NS 

TINDAKAN Azmin, MB Selangor yang menyebut Pakatan Harapan
tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor satu perkataan
yang bersifat seperti angkuh.Apakah Azmin merasakan Pakatan
 Harapan itu tidak mendapat sokongan kuat dari akar umbi berbilang
kaum dan fahaman politik? Bukankah majoriti dari mereka ini
menyokong terdirinya kerajaan Selangor kini di bawah Azmin?
Azmin bukan teruk sangat. Azmin yang suka menjadikan dirinya
teruk.


Kalau Azmin belum bersedia sekalipun untuk mengisiharkan Kerajaan Selangor sebagai
Kerajaan Pakatan Harapan, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berkata Pakatan Harapan itu
tiada kaitan dengan Selangor.

Bayangkan, pada waktu pilihanraya nanti apabila kita berkempen, rakyat menjawab "kami
tiada kaitan dengan kamu dan parti kamu". Apa perasaan kita waktu itu?

Azmin tidak perlu menjadi MB yang mudah dicucuk hidung oleh kumpulan minoriti.

Kita bukan mahu Azmin menjadi pak angguk kepada sesiapa, kita cuma mahu setiap pemimpin mesti akur dengan disiplin berorganisasi dan mesti menghormati keputusan bersama. Mengapa Kerajaan Negeri P.Pinang lebih berdisiplin di
dalam hal ini?

Sumber DD - 8-10-2015


Lancar Pakatan Harapan, Kak Wan 'Kena Jawab' Dalam 
Mesyuarat MT Parti

Posted on Monday, October 05 @ 13:35:17 MYT by paktam

BeritaPETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dijangka akan berdepan masa yang sukar pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.

Mesyuarat itu dipanggil selepas 25 ahli Majlis Tertinggi menghantar
petisyen bagi membincangkan tentang pelancaran spontan pakatan
pembangkang baharu, Pakatan Harapan oleh Dr Wan Azizah pada
21 September.


Pengumuman itu dibuat oleh Dr Wan Azizah selepas mesyuarat meja bulat melibatkan
parti-parti pembangkang dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi membincangkan peranan
pembangkang dan hala tuju yang bakal berlaku dalam politik negara.

Apa yang mengejutkan, salah seorang pengikut setia Dr Wan Azizah, Exco Kerajaan Negeri
Selangor Elizabeth Wong, juga menandatangani petisyen itu, bersama Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Ahli Majlis Tertinggi terkenal lain yang menandatangani petisyen itu adalah Adun Sri Muda
Shuhaimi Shafiei, Adun Kampung Medan Haniza Talha, Adun Kota Anggerik Dr Yaakob
Sapari dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Sumber dalaman PKR berkata barisan pemimpin parti terkejut apabila Dr Wan Azizah
melancarkan gabungan pakatan baharu itu tanpa membincangkannya di peringkat Majlis
Tertinggi.

"Apa yang dibincangkan adalah, mesyuarat meja bulat itu akan menjadi perhimpunan awal
untuk percambahan fikiran," kata sumber itu sambil menambah mengikut perancangan,
beberapa perbincangan akan diadakan sebelum sebarang pengumuman atau keputusan
mengenai masa depan pembangkang dibuat.

Petisyen yang ditandatangani pada 22 September itu menyatakan bahawa pelancaran Pakatan
Harapan ini melanggar keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi PKR  pada
20 September.

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku selepas mesyuarat meja bulat itu, kerana sebahagian
daripada kami berpandangan PAS tidak boleh dikecualikan daripada pakatan pembangkang,"
kata sumber dalaman itu.

Tambahnya, kumpulan kecil pemimpin PKR juga mengesyaki bahawa pengumuman Dr Wan
Azizah itu amat dipengaruhi oleh DAP.

Beliau berkata, PKR mesti kekal sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang dan ada
yang tidak selesa apabila Dr Wan Azizah, selaku Ketua Pembangkang, mungkin gagal untuk
mengekalkan pendirian ini kerana penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara.

Salah seorang penandatangan petisyen, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mesyuarat
Majlis Tertinggi pada 20 September telah menyokong usaha Dr Wan Azizah untuk
mengadakan perbincangan meja bulat tetapi juga memutuskan bahawa tiada pengumuman
dibuat.

"Mesyuarat memutuskan bahawa sebarang cadangan yang dibuat pada mesyuarat meja bulat
akan dibincangkan lagi pada mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang," katanya.-Mstar

Sumber DD - 5-10-2015


Penubuhan Pakatan Harapan ‘tergesa-gesa’, tiada pelan
nasional, kata Maria Chin

Posted on Monday, October 05 @ 11:21:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

Ketika Pakatan Harapan yang baru dilancarkan bergelut menghadapi isu persepsi, aktivis Maria 

Chin Abdullah mempersoalkan mengapa parti politik pembangkang tergesa-gesa mahu 
menubuhkannya.

Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, Pakatan Harapan diumumkan sebelum 3 parti pembangkang 

itu menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai 
alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang turut dijemput hadir pada sidang meja bulat merundingkan gabungan itu berkata,
walaupun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi peluang memberi pandangan,
keputusan seolah-olah sudah dibuat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk
menubuhkan pakatan itu.

"Saya mempersoalkan proses di mana keputusan dibuat secara tergesa-gesa pada sidang meja
bulat itu," kata Maria kepada The Malaysian Insider.

"Tidak begitu banyak NGO dijemput dan hanya sesetengah sahaja yang diberikan 'hak
bercakap'," katanya.

Pada 22 September lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai gabungan baharu bagi menggantikan
Pakatan Rakyat (PR) yang "terkubur" tahun ini disebabkan perselisihan di antara DAP dan PAS.

Dr Wan Azizah juga berkata, Pakatan Harapan turut bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai calon perdana menteri mereka sekiranya gabungan pembangkang baharu itu berjaya
menawan Putrajaya.

Selain itu, katanya, gabungan itu kelihatan seperti tidak mencapai persetujuan dalam perkara
lain.

Maria berkata, sidang meja bulat itu gagal membincangkan "Buku Jingga" dan manifesto lain
dikeluarkan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), isu-isu penting yang timbul dan
sesetengahnya perlu diberikan perhatian segera termasuk pelan jangka panjang.

"Mesyuarat itu juga tidak membentangkan pelan untuk menyelesaikan krisis nasional yang
sering kali ahli politik ini katakan mereka akan bantu untuk selesaikan," katanya.

Maria berkata, adalah penting untuk Pakatan Harapan mempunyai pelan nasional semasa
mengumumkan penubuhannya kerana rakyat hendak melihat bagaimana krisis yang melanda
negara pada hari ini dapat diselesaikan.

"Pada ketika ini, tiada kepimpinan yang boleh melakukan secara individu atau kolektif,
membentangkan bagaimana mereka boleh menyelesaikan dengan segera isu seperti politik
perkauman, tiada arah dalam menyelesaikan masalah ekonomi kita yang teruk dan kelemahan
tadbir urus dan perkhidmatan awam.

"Ini semua berlaku kerana campur tangan kerajaan pusat terhadap institusi yang seharusnya
menyelesaikan masalah ini seperti membersihkan rasuah, reformasi pilihan raya terutamanya
proses persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak
kompeten bagi memastikan BN terus berkuasa.

"Inilah sebabnya mengapa Pakatan Harapan perlu mempunyai pelan nasional," katanya.



Pakatan Harapan tidak ditubuhkan secara tergesa-gesa dan keputusan dibuat sebelum sidang
meja bulat, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. - Gambar fail The Malaysian Insider, 5
Oktober, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun menafikan Pakatan Harapan
ditubuhkan secara tergesa-gesa dan keputusan sudah dibuat sebelum sidang meja bulat.

"Ia proses 2 hala. Pimpinan parti politik memberi pandangan dan mendengar pandangan NGO.

"Begitu juga pimpinan NGO memberi pandangan dan mendengar pandangan orang lain yang
turut hadir," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata sepanjang rundingan meja bulat, jelas pendapat
penubuhan segera Pakatan Harapan adalah satu keutamaan suara majoriti, baik di kalangan
pimpinan parti politik mahupun pimpinan NGO.

"Hanya satu dua pimpinan NGO yang berpandangan tidak perlu disegerakan, untuk memujuk
PAS. Empat pimpinan NGO lain yang mewakili segmen masing-masing berpandangan,
penubuhan Pakatan Harapan perlu disegerakan.

"Tidak timbul soal keputusan dibuat lebih awal. Dan kalau pun ada yang berpandangan begitu,
hanya pandangan satu dua orang dan saya hormati pandangan itu," katanya.

Begitu pun, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad ini selepas satu petisyen
kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar
diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Bagaimanapun, Maria berkata, walaupun terdapat "pergeseran" berhubung penubuhan Pakatan
Harapan, gabungan pembangkang baharu itu masih diperlukan demi keseimbangan politik
negara.

"Ujian litmus kepada Pakatan Harapan sekarang ialah untuk menunjukkan pelan nasional
mereka dan memulakan perundingan di peringkat nasional untuk mendapatkan pandangan
ramai pihak.

"Ia akan menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan tadbir urus demokratik," katanya.

Sumber TKO - 5-10-2015


Tanpa PAS, bersedia tewas
Posted on Monday, October 05 @ 10:36:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Pendapat

Kerjasama politik antara parti tidak boleh berlaku hanya melalui kata-kata atau tuduhan atau
pengaruh seseorang.

Kerjasama politik mesti berdasarkan realiti ialah persetujuan mengenai pembahagian kerusi.

Kerana kerusi yang dipertandingkan adalah komoditi terpenting dalam politik dan masalahnya
ia terhad. Kerusi adalah aset yang direbut semua parti politik untuk dipajak benderanya.

Yang menang akan melabelkan kerusi itu menjadi kerusi hak milik parti. Yang tewas pula akan
melabelkan kerusi itu sebagai kerusi yang ia mempunyai hak untuk bertanding pada pilihanraya
akan datang.

Ramai yang cuba mewajahkan akan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Tapi seperti yang
pernah ditanya Timbalan Presiden PAS - berapa kerusi yang Umno sedia bagi ke PAS, di mana
jika PAS bertanding, Umno tidak akan bertanding?

Apakah Umno akan undur dari bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor di
semua kerusi yang bakal ditandingi PAS? Tidak mungkin.

Umno ada banyak kerusi yang dimenangi berlawan dengan PAS. Semua kerusi ini tidak akan
diserahkan untuk berkongsi kuasa dengan PAS. Oleh itu, kerjasama politik antara Umno dengan
 PAS langsung tidak akan terjadi.

Bagaimana pula dengan Amanah dan Pakatan Harapan, dan Pakatan Rakyat antara PKR dan
PAS?

Apakah DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi milik mereka kepada Parti Amanah Negara
(Amanah)? Jika waktu berbaik di Pakatan Rakyat pun berlaku pertembungan kerusi kerana tidak
sanggup kerusi diberikan kepada rakan, kemungkinan DAP dan PKR memberikan kerusi kepada
Amanah amatlah tipis.

Yang bakal berlaku ialah DAP dan PKR memberi sokongan penuh kepada Amanah untuk
bertanding di kerusi yang dipersetujui bagi PAS bertanding.

PAS tidak akan berundur daripada kerusi yang sudah ditandingi mereka melawan Umno.

Sesiapa yang masuk hanya akan menyebabkan pertandingan 3 penjuru yang akan memihak
pada BN.

Sekiranya PKR memberikan sokongan kepada Amanah bertanding di kerusi PAS pada PRU14
nanti, apakah akan terjadi juga pertandingan 3 penjuru di kawasan PKR kerana PAS terasa
terbelot sekali lagi.

Sekiranya PKR tidak mahu memberikan sokongan kepada Amanah untuk bertanding di kawasan
PAS untuk mengelakkan perang 3 penjuru di kawasan PKR, apakah yang akan bakal terjadi
kepada Pakatan Harapan?

Begitulah situasi yang sedang menjerut semua pihak ekoran lahirnya parti baru di kalangan
pembangkang.

Tanpa PAS, komposisi kaum yang mewakili Pakatan Harapan sangat tidak seimbang dan tidak
mewakili komposisi rakyat Malaysia. Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon
perdana menteri jika Pakatan Harapan menang tidak cukup untuk mengaburi masalah ini.

Seperti kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang jatuh, pelantikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin
sebagai menteri besar tidak dapat menutup penguasaan DAP di Kabinet negeri Perak, walaupun
ramai yang tidak mahu mengakuinya.

Dalam politik, ada masanya kita perlu menggoncangkan kapal (rock the boat) untuk
membetulkan langkah yang silap. Meneruskan dengan langkah yang silap hanya akan membawa
 ke situasi yang lebih mudarat.

Jika takut "rock the boat", maka sedialah terima akibat daripada meneruskan perjuangan dengan
kaki tersilap seperti terlahirnya angin ABD (Asalkan Bukan DAP) secara senyap yang melawan
arus angin ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ABP (Asalkan Bukan PAS). Akhirnya, semua rugi.

Oleh Timmy Say

Sumber TKO - 5-10-2015


PAS Masih Berkuasa, PKR Bertelagah Gara-Gara Pakatan
Harapan

Posted on Sunday, October 04 @ 14:55:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Pendapat

INI bukti, bahawa PAS masih berkuasa dan diperlukan dalam politik pembangkang di Malaysia. Apa tidaknya, hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya 

berpecah belah berhubung isu ini.

Berlaku satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan 

pembangkang baharu itu. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas 
satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat 
tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran 

Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 
hari sebelum perbincangan meja bulat.

Lapor The Malaysian Insider.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan 

keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja 
Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan 
kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong 

segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan 
pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya 

membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen 
dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah 

mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal". 

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, 

Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 
11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR 

Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The 
Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

Apa yang penting, dikatakan satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka 

yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan 
pembangkang.
















Sementara itu, PAS  memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib 
yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan 
parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah). 

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat 

melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti 
Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan 

kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan. 

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta 

usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang 
menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan 

kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca 
Pakatan Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS. "Perpecahan 

dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan 
melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul 

pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan 
rakyat. Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada 
pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan
pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap 

kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk 
kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan 

rakyat. (IH) 

Sumber TKO - 4-10-2015


Pakatan Harapan Sarawak tutup pintu untuk DAP

Posted on Saturday, October 03 @ 09:55:42 MYT by paktam

ArtikelOleh Joseph Tawie


Siapakah yang patut memulakan perbincangan “damai” antara DAP Sarawak dan PKR Sarawak? Adakah mereka memerlukan orang tengah? Nampaknya mereka memerlukan seorang kerana dua pihak ini masih menunggu-nunggu salah seorang mengambil langkah pertama.

Mereka mempunyai masa sehingga Januari 2016 untuk melalukan perbincangan aman, selepas itu semuanya sudah terlambat.

Pilihanraya negeri boleh diadakan seawal tahun hadapan atau paling lambat pertengahan Jun.

Rakyat Sarawak mahu melihat dua parti itu bekerjasama sebagai baris hadapan untuk
menentang musuh bersama mereka- BN negeri, tetapi pemimpin-pemimpin dua parti itu tidak 
berada dalam keadaan baik.

Isu tuntutan bertindih kerusi, pendirian bersama serta strategi mereka memerlukan perbincangan
segera.

DAP Sarawak meninggalkan Pakatan Rakyat kerana keengganan PKR negeri untuk
memisahkan diri mereka daripada PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Bagi DAP, Pakatan Rakyat sudah mati. Tetapi PKR pusat masih mengharapkan PAS menyertai
kumpulan baru, Pakatan Harapan, dibentuk oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara
(Amanah).

Walaupun PKR negeri menentang pelaksanaan hudud, kedudukan mereka yang masih terikat
kepada dasar PKR pusat yang masih mahukan PAS berada dalam Pakatan Harapan.

Tidak seperti DAP Sarawak, PKR negeri tidak bebas membuat keputusan mereka sendiri
samada mahu meninggalkan PAS.

Apa yang membimbangkan rakyat Sarawak adalah samada DAP dan PKR Sarawak akan
berlawan sesama sendiri dalam beberapa kawasan perwakilan sehingga melupakan yang musuh
sebenar ialah BN negeri.

Sementara itu, pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen menghantar mesej jelas kepada PKR Sarawak yang DAP Sarawak dan Amanah Sarawak tidak mahu PAS menyertai Pakatan Harapan Sarawak yang baru tertubuh.

“PAS sudah lepas, dan tiada cara lagi dua parti kita (DAP Sarawak dan Parti Amanah Negara Sarawak) boleh bekerjasama dengan PAS dalam keadaan sekarang,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Turut hadir ialah pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

“ Kami katakana buat masa ini, PAS tidak termasuk dalam pakatan yang baru. Bagaimanapun,
masih ada yang percaya yang kita perlu membiarkan pintu terbuka untuk PAS. Itulah
 kebimbangan kami. Kerana itu, perkara paling baik ialah pendirian negeri kita sudah jelas sejak
awal,” kata Chong.

Dia berkata yang penglibatan mereka dalam pembentukan Pakatan Harapan Sarawak
berdasarkan syarat yang tidak akan wujudnya apa-apa kerjasama dalam apa jua bentuk atau
penglibatan dengan mana-mana parti yang tidak komited kepada prinsip “tadbir urus
berdasarkan persetujuan” dan prinsip yang dipegang oleh pakatan itu.

“Bagi kami, apa yang telah dilakukan PAS tidak boleh diterima langsung,” kata Chong, yang
juga merupakan wakil rakyat Kota Sentosa.

Tidak ada keraguan lagi yang pastinya sempurnah untuk semua parti pembangkang di bawah
satu gabungan. Tetapi isunya di sini adakah kesempurnan yang dicari itu mampu dicapai?

“Sangat mustahak untuk menghasilkan Pakatan yang berfungsi yang berjuang dalam satu
suara menyuarakan perkara penting melibatkan kerangka bersama.

“PAS telah membuktikan dirinya sebuah parti tanpa kewibawaan dan mengkhianati
gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini dengan bersendirian mahu melaksanakan undang-undang
hudud di negara ini dengan bekerjasama dengan Umno.

“Dengan berbuat demikian, mereka telah membuktikan mereka tidak boleh bekerja dalam satu
pasukan,” tambah Chong.

Ketika pelbagai krisis “ribut sempurna” negara, ekonomi dan etnik melanda negara, DAP dan
Amanah menyedari bahawa isu sebenar ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan,
perundangan, demokrasi dan keadilan perlu menjadi isu utama dan penting bagi gabungan
Pakatan Harapan.

Bukan hanya rakyat Malaysia perlu membebaskan diri daripada masalah semasa, Pakatan
Harapan Sarawak perlu mengetuai jalan untuk berkempen kepada kerajaan persekutuan untuk
memberikan kuasa yang lebih kepada negeri selari dengan semangat demokrasi, terutama sekali
autonomi negeri dalam isu dasar, pendidikan dan kesihatan.

“Pakatan Sarawak perlu memberikan harapan kepada rakyat Sarawak yang kita memberikan
mereka harapan baru.  Gabungan berasaskan prinsip tadbir urus yang baik dan bersih.

“Bagi kami, masalah sebenar ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan, perundangan,
demokrasi dan keadilan perlu menjadi isu yang utama dan penting.

“Bagi PAS, nampaknya pelaksanaan hudu adalah satu-satunya isu yang mereka bimbangkan dan isu lain tidak penting.
“Kerana itu kami ingin menegaskan yang tiada cara untuk dua parti kami bekerjasama dengan
PAS dalam keadaan sekarang.

“Kami berharap yang semua akan jelas tentang perkara ini dan tidak menyimpan harapan
yang kami akan berkompromi dengan pendirian kami untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Sumber DD - 3-10-2015


PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan
Harapan

Posted on Saturday, October 03 @ 15:39:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti 
parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti 
Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat 

melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti 
Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan
kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta
usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang
menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada
rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan
Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.

"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan
tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul
pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan
rakyat.

Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan
dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan
dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap
kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk
kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.
"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh,
kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi
beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat
46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.

Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama
dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.

"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan
Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh
terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan
markas PAS.

"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR
bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah
kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup
bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang
ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.

Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan
calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung
tali hayat kepada BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina
tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu
tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno
tentulah lagi tidak menyokong.


"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap
tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak
dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan
raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya.

Sumber TKO - 3-10-2015


Pok Loh Lebih Cerdik Daripada Pemimpin Pakatan
Harapan

Posted on Saturday, October 03 @ 10:12:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu

PAS kata Pakatan Rakyat (PR)  masih wujud. PR dianggotai oleh 3 parti. Apabila DAP keluar 

dari PR sebagaimana mereka keluar dari Barisan Alternatif dulu, maka PR tinggal PAS dengan 
PKR. Sehingga kini PAS dan PKR tak pernah menyatakan secara rasmi tentang penarikan diri 
masing-masing. Pas akui masih bersama PKR dalam PR. Yang anehnya PKR menganggap PR 
terbubar lalu ditubuhkan pula Pakatan Harapan (PH).
Apa cerita ni? Kalau benar nak bubar PR, biarlah ada hitam putih. Biar rasmi. Buat sidang 
akhbar , maklum PKR juga tarik diri dari PR. Selepas tarik diri, barulah terbubar PR. Kemudian 
bolehlah nak tubuh PH dengan DAP dan Parti Tak Amanah tu.

Sekarang dah jadi cacamarba. PAS kata PR masih wujud. PKR macam  ada kedua-duanya,  PR 
dan PH. Macam main pondok-pondok pula rasanya. Main kahwin-kahwin. Kemudian bila petang
balik rumah masing-masing. Rasmilah sikit. Kut ye pun ada sesuatu di balik lalang sehelai, 
buatlah sesuatu yang setaraf dengan kedewasaan dan keintelektualan kita.


Begitu juga dalam isu berpecahnya PR. Kenapa orang cerdik pandai boleh menyalahkan PAS dan
Presiden kami? PAS hanya membatalkan tahaluf dengan DAP bukan dengan PKR. Itupun  
merupakan fasa ketiga sebagai satu tindakbalas. Bukankah fasa pertama DAP Sarawak dan Sabah
memutuskan hubungan dengan PAS? Fasa kedua DAP memutuskan hubungan dengan Presiden 
PAS? Alih-alih fasa ketiga tindakbalas PAS yang didengungkan. Apa taraf intelektual politik 
macam ni? Nampaknya Pok Loh di kampung yang sedut rokok daun lebih cerdik daripada
pemimpin PH. Kata Pok Loh, "DAP-lah bodo".

Sumber TKO - 3-10-2015


PKR bertelagah berhubung penubuhan Pakatan Harapan
Posted on Friday, October 02 @ 08:00:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan
Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak
mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada
presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi
membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran
Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2
hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan
keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja
Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan
kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong
segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan
pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya
membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen
dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah
mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan
awal".

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider,
Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada
11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR
Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The
Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai
perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.

Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali
sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.

Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan
petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden
PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.

Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.

Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan
Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.

Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu
silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.

"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden
akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu
dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.

"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata
sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa
penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi
dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan
Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.

"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita
berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu,
mereka menghina presiden kami.

"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu
itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.

"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan
masih akan bekerjasama dengan PAS.

"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan
Harapan," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima
hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.

Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan
pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian
tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.

Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah
satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan
Putrajaya.

Sumber TKO - 2-10-2015

Wan Azizah menjawab sms beliau tidak berkata mengenai
153 - Arutchelvan

Posted on Thursday, October 01 @ 16:56:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Semalam hari Isnin, dalam suasana jerebu tebal, saya telah menulis satu email atas arahan JK 

Pusat PSM dan hantar satu sms yang penuh sopan kepada DS Wan Azizah meminta beliau 
menjelaskan supaya isu ini boleh tamat/close "put to rest" .

Wan Azizah menjawab sms saya dengan berkata beliau tidak berkata mengenai 153 dan ia adalah 

satu salahfaham (misunderstanding), Semalam juga Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil 
menegaskan bahawa bukan Wan Azizah yang tuduh PSM tetapi orang lain.

Maka saya rasa PSM tidak berhasrat memanjang-manjangkan isu ini lagi. Yang jelas, 2 MP tuduh

Wan Azizah. DS Wan Azizah cakap beliau tidak cakap dan disokong oleh Tian dan Fahmi. Maka 
kesimpulan adalah memang ada dikalangan yang buat kenyataan ini tidak amanah dan memang 
susah untuk mereka mengaku dan meminta maaf.

Saya berterimakasih kepada Tian dan Hanifa kerana meminta maaf walaupun mereka juga tidak 

terlibat . Walauapapun mereka semua setuju tuduhan keatas PSM tidak benar dan kita berjaya 
membongkarkan satu fitnah berniat jahat keatas kami.

Terima Kasih kepada begitu ramai orang yang menyokong PSM dan marah bagaimana kami 

difitnah dan dilayan.Selamat malam dan esok, kita fokus isu yang lebih berfaedah.Jom kita 
lawan penindasan dan membela rakyat. Let's move on !

.....

Ong Kian Ming dan Khalid Samad bercakap bohong ke?


Sumber TKO - 1-20-2015


Pilihan PAS selepas meninggalkan Pakatan Harapan

Posted on Tuesday, September 29 @ 19:14:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Kini PAS sudah “membujang” kembali dalam arena politik Malaysia. Secara teknikal meskipun
ia menganggap dirinya masih menjadi pembangkang kepada kerajaan Umno-BN, ia bukan
sealiran dan sekutu Pakatan Harapan.

PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP atas sebab prinsip. Ia juga tidak mahu bekerjasama
dengan Amanah kerana masih sukar memaafkan “pengkhianatan” yang dilakukan pemimpin-
pemimpin parti itu terhadap PAS.

Kini PAS perlu menggembleng usaha
meminang lebih ramai pengundi menjadi
anggotanya dan memperluaskan skop
sokongan Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) untuk mencapai martabat sama
dengan Pakatan Harapan.

Untuk terus bertahaluf dengan PKR bukanlah
satu opsyen yang baik. Di peringkat ini, PKR
nampak sudah agak selesa dengan kerabat
Pakatan Harapan tanpa PAS bersama.

Apa tidaknya, bersama Pakatan Harapan,
PKR sudah mendapat apa yang dihajati iaitu pengakuan dan sokongan DAP dan Amanah untuk
melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika BN
ditumbangkan!

PAS sebelum ini amat berhati-hati dan mahu bertindak sebagai “polis moral” dalam Pakatan
Rakyat dengan tidak mahu membabitkan diri dalam perkara-perkara yang kurang bermaruah dan
syubahat.

Antara lain, PAS amat keberatan mempersetujui manifesto pakatan itu mahu melantik Anwar
menjadi perdana menteri jika menang pilihanraya umum 2013 lalu. Apa sebabnya, hanya
pimpinan PAS tahu jawapannya.

PAS juga tidak mahu perubahan politik disusun menurut konsep “matlamat menghalalkan cara”
seperti Langkah Kajang PKR yang memecat keahlian menteri besar Selangor kerana enggan
memberi laluan kepada presiden PKR mengambil alih jawatan berkenaan.

Bagi PAS rekod perkhidmatan menteri besar berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat memuaskan dan tidak ada sebab munasabah beliau perlu disingkirkan.

PAS juga enggan mengkhianati rakyat dengan sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama Pakatan Rakyat hanya untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu mengisi kerusi DUN Kajang.

Kini, di segi politiknya, PAS perlu menjana keyakinan bahawa ia mampu hidup berdikari dan tidak perlu bergantung kepada PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Bagaimanapun PAS harus insaf bahawa dalam usaha menumbangkan Umno-BN, PAS tidak seharusnya mengizinkan dirinya untuk menjadi pemangkin atau “batu loncatan” kepada Pakatan Harapan mencapai cita-citanya.

PAS harus insaf bagaimana secara sistematik ia disisihkan daripada barisan pembangkang. Maka adalah penting ia memastikan amalan politik Machiavelli yang kurang bermaruah itu tidak pula menggantikan BN.

Akibatnya kelemahan moral dan gejolak nafsu mahu berkuasa itu mungkin lebih buruk daripada
segala amalan dan dosa yang pernah dilakukan BN ketika memerintah Malaysia.

Ini adalah masanya bagi PAS membuktikan bahawa keyakinannya hidup “membujang” adalah
berasas dan mampu melonjakkannya mencapai kemenangan lebih besar.

Sebenarnya, program berkelana bersendirian
dalam politik ini sudahpun siap dilakarkan oleh
presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
sendiri. Apa yang perlu PAS sekarang ialah
melaksanakannya dengan teratur dan jujur.

Strategi tujuh perkara ini dibentangkan oleh
Haji Hadi dalam muktamar ke-61 PAS Jun
lalu. Antara lain, beliau mengajukan supaya:

1.    PAS dan ahlinya menzahirkan kesetiaan pada
perjuangan Islam dengan istiqamah berdasarkan ajaran al Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.

2.    PAS dan ahlinya memahami dan menghayati erti kemenangan sebenarnya ialah mendapat
keredhaan Allah.

3.    PAS memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan dengan komited pada program yang
disediakan agar yakin bahawa sempadan perjuangan tidak terhad di dunia tetapi melangkau
hingga akhirat.

4.    Mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat termasuk di Dewan-Dewan dan Lajnah
termasuk Cawangan, Kawasan dan Negeri.

5.    Menyebarluaskan mesej bahawa Islam ialah penyelesai masalah ummah bersandarkan
kefahaman mengenai fiqhul-waqie atau sistem dan realiti semasa.

6.    Bertahaluf dengan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat tidak kira kaum dan agama dan
berta’awun dengan mana-mana pihak memerangi kezaliman dan kemungkaran.

7.    PAS melebarkan kedudukan dan peranan di peringkat antarabangsa membela pihak yang
dizalimi dan berusaha menyelesaikan konflik antarabangsa.

Yang penting PAS harus sedar bahawa ia mempunyai satu pangkalan politik yang cukup ampuh.
PAS mempunyai ramai ulama yang boleh membimbing ummah merintis jalan keredhaan Allah.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa umat Islam dahagakan pimpinan agama. Banyak institusi
yang turut bersaing dengan PAS untuk memberi keyakinan diri dan kefahaman ini pada umat. Ini
adalah tugas hakiki.

PAS harus jadi pembimbing yang boleh membantu umat faham masalah dan cabaran kehidupan hari ini yang saling bertindih dan mengemukakan solusi bagi kemelut yang boleh disesuaikan dengan tuntutan agama.

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia hari ini ialah kecelaruan yang ditimbulkan oleh pemain-pemain politik. Justeru PAS harus memperbaharui iktikadnya bahawa ia adalah sebuah jamaah dan itu adalah lebih mulia daripada parti politik.

Kurangkan berpolitik dan tingkat kesedaran umat untuk beramal. Antara amalan terbaik ialah menyantuni isu dan cabaran politik dengan jujur, ikhlas, dan tidak syubahat.

Jika benar PAS sedia bertahaluf dan berta’awun dengan sesiapa sahaja, maka PAS harus meluruhkan bibit kebencian yang sudah merasuknya terhadap jemaah lain seperti Umno dan Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma.

PAS harus insaf jamaah lain seperti Wadah, Ikram dan Abim kini lebih cenderung pada politik
Machiavelli yang meliliti Pakatan Harapan. PAS harus menghayati sebaliknya – Islam itu ad-din.

PAS tidak perlu memaksa diri dengan slogan inklusif, peduli dan Amanah kerana rekod menunjukkan
bahawa nilai-nilai itu memang sudah menjadi darah daging perjuangannya. Istiqamah.

Oleh Zainal Salleh

Link

Sumber TKO - 29-9-2015

Kenapa mesti Anwar Ibrahim?

Posted on Monday, September 28 @ 22:06:28 MYT by paktam

Oleh Danial Ghani

Beberapa hari yang lalu, lahir satu pakatan pembangkang yang baru yang
bernama Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah
berkubur beberapa bulan lepas. Bezanya, koalisi pembangkang ini turut
diisi parti baru iaitu Parti Amanah Negara yang mengisi kekosongan
yang ditinggalkan PAS.

Sekali lagi pakatan pembangkang meletakkan Anwar sebagai calon
Perdana Menteri sekiranya berjaya menumbangkan parti pemerintah pada PRU 14 akan datang.

Persoalannya disini, kenapa mesti Anwar? apakah pakatan pembangkang sudah ketandusan
pemimpin sehingga meletakkan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama 5 tahun
sebagai calon Perdana Menteri? seolah-olah kuota untuk menjadi Perdana Menteri hanya terbatas
kepada Anwar seorang. PRU 14 pastinya akan berlaku ketika Anwar berada di penjara. Lantas
bagaimana untuk melantikkan seorang yang berada di penjara sebagai Perdana Menteri ?

Pakatan Harapan pasti ada memikirkan percubaan untuk membebaskan Anwar andai mereka
berjaya memenangi PRU 14. Dan semestinya proses untuk membebaskan beliau pasti akan
mengambil masa. Siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi Perdana Menteri sementara proses
 pembebasan beliau dilakukan ? sepatutnya pakatan pembangkang harus meletakkan lebih ramai
calon untuk dipilih sebagai Perdana Menteri supaya andai percubaan untuk membebaskan Anwar
gagal, mereka tidak akan rungsing memikirkan siapa yang perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Tambahan pula, dengan meletakkan ramai calon selain Anwar, ini akan menyakinkan rakyat
pakatan pembangkang mempunyai ramai calon yang mempunyai kesesuaian dan karisma untuk
memerintah negara.


Isu pemilihan Perdana Menteri bukan remeh. Saya tidak menyangkal karisma Anwar, ditambah
pula dengan pengalaman beliau sewaktu dalam kerajaan dahulu, tapi sudahlah. Pakatan
pembangkang seolah-olah tidak habis lagi meratap dengan kehilangan Anwar.

Pakatan pembangkang perlu fikir ke hadapan dalam isu ini. Pakatan pembangkang perlu memberi
ruang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan
 pemimpin lama.

Rakyat perlukan pemimpin yang segar dengan idealisme yang baru bukan pemimpin yang
mengulangi retorik-retorik lama yang sudah basi tidak kisahlah pemimpin dari blok kerajaan
mahupun blok pembangkang.

Ini bukan bermakna kita melupakan jasa dan semangat perjuangan Anwar, tetapi kita harus faham,
negara ini milik rakyat bukan milik beberapa kerat pemimpin. Pakatan Harapan, move on lah. -

Sumber DD - 28-9-2015


Pelan PKR mendominasi Pakatan Harapan

Posted on Monday, September 28 @ 12:00:00 MYT by JackSparrow



Oleh Lokman Ramlee

Komposisi Rundingan Meja Bulat untuk menubuhkan sebuah gagasan politik pembangkang yang
baru Selasa lalu membayangkan betapa PKR mencatur untuk terus menerajui politik
pembangkang.

Selepas memastikan bahawa PAS, sebuah parti dominan Melayu dapat disisihkan dari sifir politik
 pembangkang, PKR nampak semakin jelas mahu terus berada di pelan pemimpin pakatan 
berkenaan. 
Langkah pertama yang diambil 
oleh PKR ialah mengukuhkan 
kedudukannya dalam Pakatan 
Harapan yang baru ditubuhkan 
dan kini memasuki tahap kedua 
perancangannya menyediakan 
barisan calon yang berpotensi 
menang. 
Antara rekrut utama yang 
dilakukan oleh PKR ialah 
menyeludup masuk Parti Amanah 
Negara (Amanah) ke dalam 
Pakatan Harapan yang sudah 
diumumkan penubuhannya. 
Dalam kalangan pemimpin-pemimpin Amanah boleh dikatakan kesemua mereka memang 
mempunyai akses pada pimpinan PKR di semua peringkat. Malah hubungan ini mula dikesan 
semasa mereka berada dalam saf PAS lagi.
Golongan inilah yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hassan Ali yang 
menyifatkan golongan yang dipanggil Anwarinas itu sebagai parasit politik dalam PAS.
Kini dengan “mencabut” mereka keluar PAS dan memimpin parti yang amat mesra PKR, lebih 
mudahlah PKR memperkukuhkan kedudukannya dalam Pakatan Harapan. 
Selain mahu terus menerajui barisan pembangkang, mungkin juga tindak tanduk PKR kini lebih 
merupakan reaksi terhadap kemajuan dan keberkesanan DAP merekrut ahli-ahli Melayu yang 
berpengaruh mutakhir ini. 
Ini kerana sudah tentu PKR dapat menghidu bahawa DAP jauh lebih tangkas menggarap isu s
emasa seperti 1MDB dan berupaya meyakinkan anak muda Melayu akan wawasan 
perjuangannya. 
Jika trend ini berterusan tidak mustahil selepas pilihanraya umum 14 kelak, DAP menguasai sekurang-kurangnya empat negeri dan mengubati kempunannya dalam pilihanraya umum 
ke 12 pada 2008 tidak dapat memerintah Perak. 
Walapun mempunyai bilangan kerusi terbanyak di kalangan anggota Pakatan Rakyat ketika 
itu, kerusi menteri besar terpaksa diberikan kepada PAS kerana perlembagaan negeri 
mahukan penjawatnya berbangsa Melayu dan muslim. 
Bagaimanapun untuk pilihanraya ke-14 tidak mustahil DAP akan meletakkan lebih ramai 
calon Melayu di negeri-negeri sasarannya dan bersedia dengan ahli Melayu-Islam untuk diangkat 
menjadi Menteri Besar dengan persetujuan Pakatan Harapan.
Keadaan sama mungkin juga berlaku di Selangor. Rekod 15 kerusi dalam DUN Selangor besar 
kemungkinn akan bertambah jika DAP meletakkan calon-calon Melayu. 
Dengan pengaruh PAS mungkin merosot, tidak mustahil DAP dengan ahli-ahli DUN Melayunya 
mempunyai kerusi paling banyak di kalangan pembangkang dan tidak mustahil menteri besar 
Selangor akan datang dari DAP.
Persepsi mutakhir yang agak negatif terhadap BN juga mungkin membantu DAP menambah 
kerusi lebih banyak berbanding PKR dan juga Amanah di Melaka dan Negeri Sembilan. Jika itu 
berlaku, PKR terpaksa akur.
Justeru demi mengelak kemungkinan itu, PKR merancang untuk mendominasi politik Pakatan 
Harapan dengan mempersiapkan calon-calon yang lebih berwibawa dan taat kepada kepimpinan. 
Umum tahu betapa PKR lebih intim dengan Amanah berbanding PAS kerana percaya Amanah 
mempunyai lebih ramai “winnable candidates” daripada PAS. Justeru itu adalah penting bagi 
PKR “mengikat” Amanah supaya sentiasa cenderung padanya. 
Bagi mengimbangi hakikat ini, 
maka barisan anggota Rundingan 
Meja Bulat harus diperhatikan. 

Nampaknya untuk pilihanraya 
umum ke-14 kelak, PKR sudah 
mula menggembleng seluruh 
pengaruh politiknya.
Secara rasmi atau tidak, umum 
tahu betapa pemimpin Wadah, 
Datuk Dr Siddiq Fadhil adalah 
tokoh yang menjadi ‘mursyidul am” tidak 
rasmi bagi PKR. Beliau menjadi rujukan bagi 
PKR bagi ehwal Islam.
Adalah difahamkan bahawa tokoh akademik itu memang sudah memimpin program perkaderan 
bagi tokoh-tokoh tertentu yang hendak dilonjakkan oleh PKR dalam hirakinya sejak sekian lama.
Beliau juga dipercayai masih memimpin majlis syura Angkatan Belia Islam (Abim) yang 
membolehkannya turut membantu membuat saringan terhadap potensi dan juga kredibiliti 
bakal-bakal calon PKR.
Sebab itu, kecuali DAP yang memang jelas tidak cenderung pada tata-urus soal sosial, ekonomi 
dan politik Islam, penyertaan NGO Islam berkenaan dan juga Amanah membayangkan betapa 
PKR mahu menjadi kepala jihad menentang BN. 
Dari kalangan Amanah sahaja Anwar sudah mendapat sokongan daripada ramai mereka yang 
pernah menyertai jaringan tarbiyah Abim dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan faham 
wawasannya. 
Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, mahupun Setiausaha 
Agung Amanah, Haji Anuar Tahir, adalah penyokong kuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sejak zaman Abim lagi.
Kini dengan gabungan Wadah, Ikram, Abim dan Amanah, PKR berasa lebih selesa apabila 
rundingan meja bulat Selasa lalu mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan oleh Presiden 
PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan 
Raya Umum ke 14.
"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani 
kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti 
yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib," kata Wan Azizah.

http://antarapos.com

Sumber DD - 28-9-2015



Elok Pakatan Harapan henti bercakaran

Posted on Monday, September 28 @ 11:30:58 MYT by paktam

ArtikelOleh Muhammad Wafiuddin Rosli

Gesaan Datuk Zaid Ibrahim untuk Pakatan Harapan, khususnya DAP
menunjukkan cara untuk membantu orang-orang Melayu di negara ini
sangat menarik untuk diwacanakan.Umno membuktikan, Mara dan
UiTM umpamanya adalah simbol komitmen mereka pada kepentingan
Melayu.

Isu RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan isu
Melayu, itu isu keluarga perdana menteri.

PH perlu membuktikan mereka lebih menjaga kepentingan Melayu. Jika tidak, melayu akan
dikelirukan para pemimpin Umno/Barisan Nasional lagi pada pilihan raya umum nanti.

Umno sejak lima dekad lalu pun menjadikan bangsa, Islam dan raja (3R) sebagai teras
perjuangan mereka.

Kalau PH pun mahu bergerak dalam kerangka yang sama, natijahnya akan sama, iaitu rakyat
akan terus diperbodohkan orang-orang politik.

Corak politik sama, natijahnya akan sama juga!

Kerana itu, elok PH melorongkan politik bijak dalam kerangka 'politik ekonomi'.

Rekod kebajikan yang dilakukan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang menyentuh
kepentingan Melayu dan Islam harus dirai di peringkat nasional supaya orang-orang Melayu
tidak bertanya 'soalan kosong' seperti Zaid.

Seperti di Pulau Pinang, ketegasan ketua menteri Lim Guan Eng untuk menolak sebarang pelan
kebenaran merancang yang dimohon tuan tanah Kampung Mutiara selagi tuntutan penduduk
asal tidak diambil kira akhirnya membatalkan langkah pengusiran di kampung Melayu
 berkenaan.

Di Kuala Lumpur, ada kampung Melayu akan lenyap tidak lama lagi di sebalik penubuhan
Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) di bawah kerajaan pusat tidak lama lagi,
walaupun Umno/BN yang menguasai Putrajaya.

Apa yang saya nak sebut di sini, kalau politik tanah air masih dalam kerangka 3R (Religion,
Raca & Royal), selagi itu keyakinan rakyat khususnya orang-orang Melayu terhadap PH tidak
boleh dipupuk.

Tetapi, jika Pakatan Rakyat berjaya membawa pemikiran majoriti rakyat ke medan 'politik
ekonomi', orang Melayu pun akan percaya Putrajaya akan lebih baik jika tidak lagi berada
di bawah Umno/BN.

Macam orang-orang Melayu di Kampung Mutiara berasa untung di bawah kerajaan PH Negeri
Pulau Pinang, berbanding orang-orang Melayu di Kampung Baru yang menunggu rumah
mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lama lagi.

Bagi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), PH harus menghentikan budaya
saling bercakaran secara dalaman, sama ada di Selangor mahu pun Kelantan.

PH mesti kembali fokus pada 'politik ekonomi', kerana rakyat mahu tahu – apakah wawasan
anda dalam memulihkan semula ekonomi negara dan mata wang Ringgit Malaysia.

Usaha menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat adalah tidak memadai.

Tekanan dalam isu RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib Razak di dalam negara adalah tidak
memadai, lebih baik mempengaruhi PBB untuk melakukan 'sesuatu' jika ia menguntungkan
negara dan rakyat.

Sesungguhnya rakyat paling bosan apabila PH pun 2 X 5 macam Umno/BN, dengan berpolitik
dan saling bercakaran yang terang-terang tidak menguntungkan rakyat.

Mahasiswa dan rakyat senantiasa menilai PH di PRU14. –

* Penulis merupakan presiden, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Sumber DD - 28-9-2015


Pakatan Harapan starts off with unfortunate misstep

Posted on Monday, September 28 @ 09:00:00 MYT by JackSparrow



By Scott Ng

To describe the launching of Pakatan Harapan (PH) and its announcement that the imprisoned Anwar Ibrahim is its sole candidate for Prime Minister as somewhat underwhelming would be to do it kindness. After all, having just come out of
mourning over the death of Pakatan Rakyat, we were expecting the new coalition to show
that it is viable and full of potential, and that is something that is not achieved by pinning all 
 hope on Anwar’s leadership again.

However, that is an issue many have talked about already.

Before the new Pakatan can move forward, it must ensure that at least its communication
system is in order, given that the old Pakatan perished essentially because of the lack of a
mature, structured communication system. Many pundits are of the opinion that the conflict
 between PAS and DAP could have been resolved with a mediator who commanded respect
in both parties, but alas, the lack of communication led to the two parties sniping at each 
other in the media, and the practice is still alive and well several months after PR’s demise.

So the opposition must forgive those of us with reasonable doubts, given that just a few days
ago a miscommunication occurred and several PH representatives misrepresented Parti
Sosialis Malaysia (PSM) in the media, and then blamed the snafu on information they
received from Pakatan Harapan leader Wan Azizah Ismail.

PH jumped right out of the gate and fell on its own face. While this incident alone does not
mean that PH is not a viable coalition, or that it is an incompetent one, it does look like a
teething problem that should have been resolved eight years ago, when PKR, DAP and PAS
announced they were forming an electoral pact. But we’ve seen that internal communications
can go wrong even today. This can only mean that there is no coherent structure within the
opposition.

PH must master its own internal communications before it can hope to truly communicate
to the public. The rakyat are now placing a very high premium on competence, and that means
that come next election, all parties will be expected to show substance, to show that they are
indeed suited for the job of governing and not owed it.

Whether or not PH eventually succeeds or fails is a hard call to make, especially without the
rural appeal of PAS. However, if PH does not learn how to talk to itself, getting its message
out to East Malaysia and the more rural communities on the peninsula will be a near
 impossible task.

The rakyat are looking for an alternative to Barisan Nasional. Once burned, twice shy, and
now PH must make good on not just its promises, but also the promises of PR that went
unfulfilled. The opposition parties need to stand on a common platform together, with a
common message and a common stance, or stand to fall in the next general election. And
given how weak Najib is, it will be a shame indeed if PH fails to get its act together.

http://www.freemalaysiatoday.com

Sumber DD - 28-9-2015




Tanpa PAS, Pakatan Harapan hilang undi Melayu - Agus

Posted on Monday, September 28 @ 05:53:27 MYT by JackSparrow



Oleh Azizul Osman

SHAH ALAM: Pakatan Harapan dijangka akan hilang pengundi Melayu khususnya Melayu
konservatif sekiranya PAS masih enggan menyertai gabungan pembangkang baru itu.

Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, ada beberapa 
faktor yang pada padangan beliau akan memburukkan gabungan berkenaan sekiranya tiada 
penglibatan PAS.
"Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif. Parti Amanah Negara 
(Amanah), parti baru yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu 
progresif, tetapi tidak sebanyak sekiranya Amanah kekal dalam PAS. Apatah lagi, jika PAS 
bekerjasama dengan UMNO, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu 
yang banyak."
"Kedua, saya melihat Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa menubuhkan gabungan baru dan 
ia terlalu eksklusif. Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar dengan merundingi 
terlebih dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak 
meninggalkan PSM", katanya dalam Facebook rasmi beliau.
Malah usaha beberapa pihak untuk tidak menerima PAS dalam Pakatan Harapan juga tidak 
meninggalkan kesan terhadap parti berkenaan yang mempunyai pengundi setia, katanya.
"Bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil kerana PAS 
adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan yang kukuh. PAS juga mempunyai 
cukup pengalaman dalam arus politik negara sejak tahun 1951 lagi," ujar pensyarah kanan 
UKM itu.
Justeru, katanya tindakan PAS untuk bergerak sendiri harus ditimbal balik oleh kepimpinan 
tertinggi parti itu kerana disifatkan terburu-buru. 
"Bolehkah PAS menang sebanyak kerusi yang dimenanginya dalam PRU lalu tanpa Pakatan? 

Jawapan saya, susah untuk PAS mengekalkan kemenangannya kerana komposisi pengundi 
negara memerlukan PAS juga mendapat sokongan pengundi bukan Melayu—sesuatu yang 
sukar untuk PAS memperolehinya tanpa Pakatan (Harapan)", ujar beliau.
PAS pada Selasa menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang baru dilancarkan 
hari ini dan dalam masa sama tidak sesekali akan bekerjasama dengan DAP.
Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan dibuat menerusi mesyuarat Dewan Harian 
PAS yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
PAS juga tidak memerlukan kerjasama dengan DAP memandangkan hubungan dengan parti
itu sudah putus, kata Takiyuddin.
Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September lalu hasil persidangan meja bulat anjuran 
PKR yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Gabungan bru pembangkang itu disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) 

Sumber TKO - 28-9-2015


Lagi-lagi TGHH Dipersalahkan
Posted on Sunday, September 27 @ 01:09:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu "Mantan Pengerusi DHPP, Hu Phang Chaw kata PAS kembali ke landasan
yang sebenar  tanpa TG Haji Hadi. Bukan beliau saja beranggapan
demikian, mantan AJK PAS Pusat yang kini berada dalam parti tidak
amanah pun bersangka demikian. Bak kata pepatah, kalau hati dah tak
suka, madu diminum terasa cuka. Bagai serigala yang tak dapat anggur,
masam katanya.

Mereka  dan orang yang seangkatan dengan mereka kena sedar; seorang 

Haji Hadi pergi, sepuluh orang Haji Hadi baru akan muncul.  Masalah 

mereka bukan batang tubuh dan kepimpinan TGHH . Sebenarnya mereka

nanar dalam simdrom anti-kepimpinan ulama. Tafsiran perjuangan Islam oleh  ulama yang 

istiqamah hingga kemenangan  menjadi cuka yang masam bagi mereka. Lantas mereka 

menganggap ulama-ulama  ini konservatif dan ekslusif. TGHH dan Majlis Syura Ulama tak 

progresif dan inklusif macam mereka. Itu sawan mereka.



Andai TGHH tiada lagi, kepimpinan ulama terus dipertahankan. Itulah kehendak ahli-ahli 

PAS yang berjuang untuk menang  dengan redha Allah. Yang tak hendak dah keluar mencari 

makan ikut parti baru. Agaknya Khalid Samad, Dr Hatta, Khalid Samad, Mujahid  dan Hu 

Phang Chaw nak join semula PAS setelah TGHH tiada? Tidak. Mereka akan penasaran 

apabila melihat wajah Tuan Guru Haji Hadi mengisi seluruh saf kepimpinan PAS.



Justeru, jadi-jadilah mempersalahkan Presiden yang kami pilih. Dulu, dibenar duduk di 

serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. Kini, sudah ada rumah sendiri, bolehlah 

beraja di mata bersultan di hati.



Sumber TKO - 27-9-2015

Pakatan Harapan(PH) rebranded PR?
Posted on Sunday, September 27 @ 01:08:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,  DSWA meneruskan politik berhelahnya apabila mengulangi harapannya
agar PAS boleh bekerjasama dengan PH.Menurut DSWA perbezaan antara PAS dan DAP
bukan perkara baru malah sebelum ujudnya PR lagi dan ujarnya lagi PKR akan bertindak
sebagai jambatan antara kedua parti. Aneh kenyataan ini kerana ketika perbalahan hebat PAS
dan DAP dulu, PKR cuma berdiam diri dan sebenarnya perbalahan itu berpunca dari PKR
yang memulakan langkah Kajang dan memutuskan DSWA untuk menjadi MB Selangor.PKR
hanya berdiam diri apabila selepas itu apabila DAP menyerang presiden PAS secara biadap,
tidak ada langsung usaha untuk menjadi jambatan ketika itu.

Kenapa ketika perbalahan sehingga mengheret kepada Hudud DSWA dan PKR berdiam diri,
cuma sekarang baru timbul soal untuk menjadi jambatan dan berharap PAS dan DAP boleh
bekerjasama dalam satu pasukan?Helah apa sebenarnya? Apakah ini bermaksud sebenarnya
PH tidak perlu diujudkan kalau fungsi jambatan itu dimainkan ketika langkah Kajang dulu?

DSWA juga menolak dakwaan keujudan PAN boleh mengeruhkan hubungan antara PAS dan
DAP tetapi DSWA menutup sebelah mata dengan penubuhan PAN yang telah mengguris hati
PAS.Malah penubuhan ini juga tidak perlu kalau peranan jambatan yang dimainkan PKR dulu
lagi, ini tidak DSWA sendiri hadir untuk meraikan PAN serta bagaimana DSWA boleh melupakan tindakan PKR menikam belakang PAS dengan mengambil Kamaruddin Jaafar, MP PAS yang secara jelasnya telah mencuri satu hak PAS?
Bagaimana DSWA boleh berharap PAS melupakan segala tindak tanduknya dan PKR dan mahu terus menjadi pak turut PKR dalam jenama pakatan baru? apakah PH hanyalah rebranded kepada PR sahaja dengan PAS mahu terus dijadikan pak turut?
Lupakan DSWA dan PKR, teruskan saja kerjasama seperti yang ada hari ini, bukan kerjasama
dalam PH yang sebenarnya sama dengan PR saja.

Sumber TKO - 27-9-2015


Pakatan Harapan: PKR masih harapkan Pas

Posted on Saturday, September 26 @ 21:55:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PERMATANG PAUH - PKR masih mengharapkan Pas akan dapat berkerjasama dalam 

Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan 
Parti Amanah Negara.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan pendapat antara
DAP dan Pas bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan
Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan
perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu
pasukan.

"Kita berharap Pas akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan
DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita
selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu
di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan
Parti Amanah Negara oleh bekas ahli Pas akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan Pas.‎


Isnin lepas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi
pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP
dalam pakatan pembangkang baharu itu. - Bernama

Sumber TKO - 26-9-2015


Tanpa PAS, Pakatan Harapan masih boleh pikat Melayu,
kata DAP

Posted on Saturday, September 26 @ 21:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Pakatan Harapan masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu walaupun tidak disertai 
PAS, kata seorang wakil rakyat DAP, mengulas kebimbangan yang gabungan parti 
pembangkang baharu itu mungkin lemah tanpa parti Islam itu. 



Pakatan Harapan masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu walaupun tidak disertai 

PAS, kata seorang wakil rakyat DAP, mengulas kebimbangan yang gabungan parti 
pembangkang baharu itu mungkin lemah tanpa parti Islam itu.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata pandangan itu satu anggapan yang salah 

kerana PAS tidak berupaya menarik minat orang Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu 
jika tidak kerana puak progresifnya.

Puak itu kini meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), yang
merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Liew berkata dengan mengandaikan "angin" politik akan memihak kepada pembangkang,
pilihan raya akan datang bakal ditentukan sama ada pembangkang boleh mengalahkan Umno
dalam 35 hingga 40 kerusi marginal di Semenanjung.

"Umno mempunyai 73 kerusi di Semenanjung," kata pengarah pendidikan politik DAP itu
dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada musuh ketat PAS dan parti tunjang Melayu
dalam Barisan Nasional (BN).

"Kekalahan dalam 40 kerusi marginal itu akan membawa kepada berakhirnya Umno sebagai
kerajaan. Kerusi tersebut kebanyakannya separa bandar di pantai barat Semenanjung dan
bercampur-campur dari segi komposisi etniknya.

"Ini kerusi yang PAS, di bawah kepimpinan
presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika
ini, tanpa puak progresif, akan mendapatinya
sukar untuk dimenangi," kata Liew (gambar,
kiri).

Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 50%
daripada 30 juta penduduk Malaysia dan
merupakan pemegang undi penting untuk
kedua-dua BN dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan, terdiri daripada parti
pembangkang PKR, DAP dan kumpulan
serpihan PAS - Amanah - dilancarkan awal
minggu ini menggantikan Pakatan Rakyat
(PR) yang kini tidak lagi berfungsi.

PAS enggan menyertai gabungan pembangkang baharu itu, menyatakan ia tidak boleh
bekerjasama dengan DAP dan "pengkhianat", merujuk kepada bekas anggota dan
pemimpinnya yang membentuk Amanah.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan, Liew berkata, pembangkang kini harus membina
sokongan dan keyakinan orang ramai bagi mengubah kerajaan.

Lebih penting lagi, mereka perlu meyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa bandar yang
 kerajaan baharu akan menjadi lebih baik berbanding Umno.

"Jika pembangkang baharu boleh membina kepercayaan dan perpaduan, terutamanya
di kalangan anak muda Melayu di kawasan pinggir bandar, mungkin akan ada gelombang
anti-kerajaan atau tsunami yang akan menyapu bersih Umno untuk selama-lamanya," katanya.

Pakar strategi DAP itu juga meramalkan, gelombang rakyat seterusnya akan berdasarkan
keadaan ekonomi semasa.

Menjawab kritikan yang Pakatan Harapan ditubuhkan dengan tergesa-gesa, Liew berkata,
lebih baik gabungan itu direalisasikan segera sekarang daripada terlalu lewat di kemudian 
hari.

Sumber TKO - 26-9-2015

Tempat duduk Saari dan Hasnol petunjuk halatuju
Pakatan Harapan?

Posted on Saturday, September 26 @ 11:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel Pilihan

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnol Baharuddin akan duduk di kerusi
barisan mana dalam sidang Dewan Undangan Negeri bermula  30 Oktober hingga 13 November depan?

Adakah mereka duduk di kerusi dalam barisan kerajaan atau pembangkang? Atau, adakah mereka akan 

menemani Adun dari Pelabuhan Kelang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas?


Jika mereka dikira sebagai pembangkang, maka sudah tentu mereka akan duduk sebaris dengan 

wakil-wakil rakyat Umno yang membentuk sektor pembangkang dalam Dewan Negeri.


Hasnol dan Saari secara automatik meninggalkan PAS apabila menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)

yang dilancarkan pada 16 September lalu.


Jika berdasarkan perkembangan politik mutakhir, parti baru mereka Amanah, adalah anggota Pakatan 

Harapan, gagasan yang dibentuk pada 22 September lalu bersama PKR dan DAP.


Justeru jika menurut semangat setiakawan Pakatan Harapan sewajarnyalah mereka di barisan kerusi 

wakil rakyat kerajaan. Namun Amanah masih bukan parti politik rasmi kerana belum mendapat kelulusan 

Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Bagaimanapun realiti politiknya, kerajaan negeri Selangor kini diterajui bersama PAS, DAP dan PKR. 

Adalah jelas PAS bukan ahli Pakatan Harapan yang baru dibentuk itu dan secara moralnya, tidak wajar 

berada di barisan kerusi kerajaan. 


Persoalannya, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR mahu mengikut 

protokol politik yang mana – mengutamakan wakil-wakil rakyat dari parti yang membentuk kerajaan 

sedia ada (iaitu PKR, DAP dan PAS) atau menghormati ahli baru Pakatan politik nasional, Amanah?


Agak pelik keadaannya jika ada wakil kerabat Pakatan Harapan diletakkan bersama wakil-wakil Umno 

sebagai pembangkang atau dianggap wakil yang tidak berparti seperti Tan Sri Khalid. Jika demikian, 

tidakkah itu bermakna Azmin tidak mengiktiraf Amanah?


Jika mereka diletakkan di barisan kerajaan, tentu itu akan menyinggung sensitiviti PAS. Kedua-dua 

bekas wakil rakyat PAS itu kini dianggap “pengkhianat” oleh PAS. 


Sudah pasti PAS akan tidak selesa dan perlu membuat protes terbuka berhubung isu tempat duduk 

Hasnol dan Saari jika diletakkan sebaris mereka sebagai wakil-wakil kerajaan.  


Kedudukan mereka dalam sidang Dewan akan datang menarik perhatian kerana ia membayangkan 

sama ada penubuhan barisan Pakatan Harapan oleh parti-parti pembangkang sudah mula berkuatkuasa 

atau tidak.


Keadaan ini agak berbeza dengan kedudukan bekas ahli-ahli PAS lain baik di Dewan Undangan negeri 

mahupun Dewan Rakyat yang melompat parti menyertai Amanah dan PKR. 


Bekas wakil rakyat PAS seperti Datuk Nizar Jamaludin (Perak), Datuk Pharolrazi Zawawi (Kedah) 

Aminohuda Hassan (Johor), dan Syed Hamid Syed Ahmad (Pahang) tidak menghadapi masalah seperti 

Saari dan Hasnol. Mereka tetap di barisan pembangkang kerana negeri-negeri berkenaan dipimpin BN.


Begitu juga dengan bekas ahli-ahli parlimen PAS, Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Hatta Ramli 

(Kuala Kerai), Abdul Khalid Samad (Shah Alam), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Hanifa 

Maidin (Sepang). Keadaan ini meliputi Kamaruddin Jaafar (Tumpat) yang menyertai PKR. Mereka kekal 

di barisan pembangkang dalam parlimen. 


Kes Saari dan Hasnol agak unik kerana nyata baik PKR mahupun PAS nampaknya masih perlu berpaut 

pada kedudukan dalam kerajaan Selangor. 


Jika Azmin memilih untuk meraikan Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan, sudah tentu beliau boleh 

memutuskan Hasnol dan Saari duduk di barisan wakil rakyat kerajaan. 


Namun seperti disentuh sebelum ini, tindakan itu pasti mengusik sensitiviti PAS. Bagaimanapun jika 

Hasnol dan Saari didudukkan bersama Khalid Ibrahim ia melambangkan PKR kurang hormat pada 

sekutu barunya, Amanah. 


Yang pasti, Azmin tidak akan berani menganggap Amanah sebagai parti pembangkang dalam Dewan 

Selangor dan mengizinkan Hasnol dan Saari duduk sebaris dengan wakil rakyat Umno. 


Kini terpulang kepada PAS untuk membantu meleraikan dilema ini. PAS boleh mengarahkan wakil-wakil 

rakyatnya beralih tempat duduk ke barisan pembangkang. 


Ini bermakna PAS berani meninggalkan kerusi empuk dan kuasa pentadbiran dalam kerajaan negeri dan 

bertindak sebagai pembangkang di Selangor. 


Apa yang perlu PAS gusarkan. Lambat laun memang di situlah tempat mereka duduk selepas 
pilihanraya umum ke-14 kelak kecuali jika ia mampu menawan sekurang-kurangnya 28 kerusi kelak.
PAS juga harus akur dan bersedia menjelang PRU 14 ia akan akan 'dibelasah' PKR dan 
kawan-kawannya dari DAP dan Amanah kerana PAS bukan lagi anggota pakatan pembangkang. 
Di peringkat ini, PAS seharusnya berasa maruahnya tercabar kerana hanya 'menumpang ihsan PKR' 
untuk terus berada dalam kerajaan negeri Selangor. 
Sebaliknya, jika wakil-wakil rakyat PAS menyeberang tempat duduk, bolehlah ia mencongak bagaimana 
mahu menawan kembali kerusi pemerintahan kerajaan Selangor. Satu pilihan ialah membuat kejutan 
bersama jiran barunya, Umno. 
PKR kini memang tidak tergamak dan tidak berani menolak PAS dari gabungan parti memerintah 
Selangor kerana ia kini tinggal 13 kerusi dan perlu “memimpin” DAP yang mempunyai 15 kerusi. 
Tambahan pula kini masih belum diketahui dengan pasti di antara PKR dan DAP, siapakah pilihan 
utama Amanah. 
Jika Amanah cenderung pada DAP, maka parti itu akan mempunyai sokongan 17 wakil rakyat. Jika 
sebaliknya, keutuhan maruah PKR masih boleh dipertahankan untuk PKR memimpin Selangor kerana 
 ada 15 kerusi, setara dengan DAP.
Oleh itu, jalan selamat bagi PKR ialah menjadikan PAS “kuda tunggangan” untuk beberapa bulan akan 
datang demi memelihara “air muka”nya dengan mengizinkan wakil PAS duduk di barisan kerusi parti 
kerajaan. 
Di sisi lain, bicara tempat duduk ini membayangkan realiti politik di Malaysia hari ini. Walaupun prestasi 
BN sebagai pemerintah dilihat agak lesu kini, namun pihak pembangkang pun juga tidaklah seutuh mana. 
Dilema politik di Selangor membuktikan Pakatan Harapan masih tiada kekuatan moral mahupun teknikal 
untuk membuktikan ia mempunyai iltizam politik untuk menggantikan BN memerintah Malaysia. 
Jika ia benar yakin, seharusnya Azmin mendudukkan Hasnol dan Saari di barisan kerajaan dan 
mengarahkan wakil-wakil rakyat PAS duduk di pihak pembangkang. 
Begitu juga dengan PAS. Jika ia yakin mampu berdikari dalam politik Malaysia, berilah notis akan 
berpindah keluar dari gabungan kerajaan Selangor. 
Dengan cara itu, mesej yang dihantar kepada pengundi akan lebih jelas bahawa PAS dan Pakatan 
Harapan adalah dua entiti politik yang mempunyai keberanian dan iltizam yang melayakkan mereka 
menggantikan BN.

Oleh  Lokman Ramlee
ANTARA POS

Sumber TKO - 26-9-2015



PAS Tanpa Pakatan: Bagaimana Politik Negara ke Depan?
 - Mohammad Agus Yusoff

Posted on Saturday, September 26 @ 11:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

Itulah debat utama perbincangan bagi mereka yang prihatin kepada politik negara.

Ada yang berkata PAS akan semakin kuat kerana boleh terus memperjuangkan agendanya
tanpa halangan dari rakan Pakatan lagi.

Ada juga yang kata PAS akan kalah teruk dalam PRU akan datang.

Tetapi bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil kerana
PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan yang kukuh. PAS juga
mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara sejak tahun 1951 lagi.

Cumanya, bolehkah PAS menang sebanyak kerusi yang dimenanginya dalam PRU lalu tanpa
Pakatan? Jawapan saya, susah untuk PAS mengekalkan kemenangannya kerana komposisi
 pengundi negara memerlukan PAS juga mendapat sokongan pengundi bukan Melayu—
sesuatu yang sukar untuk PAS memperolehinya tanpa Pakatan.

Apa ruginya pula Pakatan tanpa PAS?

Pertama, Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif. PAN, parti baru
yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu progresif, tetapi tidak
sebanyak sekiranya PAN kekal dalam PAS. Apatah lagi, jika PAS bekerjasama dengan
UMNO, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu yang banyak.

Kedua, saya melihat Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa menubuhkan gabungan baru dan ia
terlalu eksklusif. Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar dengan merundingi terlebih
dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak
meninggalkan PSM.

Bagaimana pula politik kita ke depan?

Saya mengharapkan parti-parti politik melupakan perbezaan masing-masing dan bekerja ke
arah mewujudkan satu kerjasama yang holistik.

Fungsi pembangkang bukan sekadar untuk menentang kerajaan semata-mata, tetapi untuk
menggubal satu dasar bersama demi kebaikan negara. Inilah yang mahu dilihat oleh rakyat
Malaysia untuk kebaikan negara masa depan negara.

Persoalannya, bolehkah Pakatan memberikan harapan itu tanpa parti-parti dari Sabah dan
Sarawak dan PSM?

Nampaknya, parti pembangkang juga masih kalut dalam keadaan BN juga sudah semakin
lemah .

Sumber TKO - 26 - 9 - 2015



Pencalonan Anwar sebagai PM tidak realistik
Posted on Saturday, September 26 @ 11:20:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu

PETALING JAYA: Keputusan pembangkang untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 

sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Putrajaya daripada
Barisan Nasional (BN) dianggap tidak praktikal
Sanggahan itu dibuat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
mempertikaikan cadangan berkenaan dari sudut undang-undang memandangkan Penasihat
Umum PKR itu masih dalam penjara atas atas kesalahan jenayah meliwat bekas pembantunya,
Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada
praktikal atau tidak,” katanya yang dipetik dari BNBBC.

Pandangan yang sama turut dikongsi dengan Pas yang menyifatkannya tidak realistik.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh
dianggap konklusif kerana Anwar masih berada di dalam penjara.

Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang meja bulat
Pakatan Harapan Selasa lalu mengumumkan suaminya sebagai calon Perdana Menteri
sekiranya PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional
(BN).  - FMT

Sumber TKO - 26-9-2015



Kerjasama Amanah tiada kaitan p'tadbiran negeri

Posted on Saturday, September 26 @ 08:23:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata kerjasama kerajaan
Selangor dengan Parti Amanah Negara (Amanah) hanya membabitkan agenda politik pakatan
pembangkang semata-mata dan tidak berkaitan dengan sistem pentadbiran negeri.

Beliau berkata kerajaan Selangor kekal dengan pentadbiran sedia ada sehingga tiba pilihan raya
umum akan datang.

"Kita bekerjasama dengan semua parti dan individu yang komited kepada agenda reformasi
(pakatan pembangkang).

"Pakatan Harapan itu dibentuk setelah kerajaan Selangor ditubuhkan...Kerajaan Selangor
(sedia ada) akan kekal utuh dan pentadbirannya diteruskan hingga tamat tempoh penggal ini,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana sempena Aidiladha
peringkat Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pakatan Harapan membabitkan parti-parti pembangkang DAP, PKR dan dan Amanah, yang
merupakan parti baharu ditubuhkan oleh kumpulan serpihan Pas. - Bernama

Sumber TKO - 26-9-2015



Mahfuz bimbang, tapi pertandingan 3 penjuru hampir
pasti!

Posted on Saturday, September 26 @ 08:18:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Assalamualaikum,,

Situasi semasa menunjukkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS

mungkin tidak dapat dielakkan.Inilah kebimbangan Mahfuz yang mungkin 
terlambat untuk mengubah keadaan.Sepatutnya Mahfuz atau mana mana 
orang yang bimbang dengan kemungkinan ini sudah berusaha menyelamat 
PR lagi.Mahfuz sepatutnya berusaha mengelakkan serangan gila gila DAP 
kepada Presiden PAS, berusaha mengelakan tertubuh dan aktifnya Pasma 
dalam bantuannya kepada DAP.Mahfuz sepatutnya berusaha bersungguh 
sungguh agar G 18 yang tewas ketika muktamar tidak mengambil jalan 
kianat.Oleh kerana Mahfuz hanya berdiam diri ketika itu, rasanya suaranya 
kali ini tidak mampu mengubah apa apa kecuali dirinya yang  mungkin menunggu hari 
sebelum PRU 14.
Kemungkinan pertandingan 3 penjuru sudah diketahui sebaik saja PAS menyatakan tidak akan
bersama PAN dan DAP dalam mana mana pakatan sekalipun.Jadi adalah realistik untuk
menjangkakan pertandingan 3 penjuru akan berlaku dalam PRU 14 nanti.

Kemungkinan yang terbayang ialah BN akan terus kekal berkuasa, PH akan dinafikan
kemenangan.Kebimbangan Mahfuz ialah tentang ini, tentang kerajaan UMNO yang kurop
tidak mampu dilenyapkan.Tetapi Mahfuz tidak bimbang langsung bagaimana corak kerajaan
yang bakal menggantikan UMNO seandainya PH menang.Memamg Mahfuz mahu
pembangkang menjadi kerajaan.

Politik PAS ialah politik kebenaran bukan politik kemenangan.Mahfuz sepatutnya sudah
hadam tentang itu sebagai ahli PAS dan sepatutnya faham juga bahawa PAS tidak kisah dengan
pertandingan 3 penjuru.Mesej yang PAS bawa dalam PRU ialah kebenaran bukan kemenangan.
Dalam senario sekarang  PAS tidak mungkin menjadi kerajaan dan PAS bersedia untuk itu.

Tetapi dalam kes kes tertentu,PAS mungkin akan menjadi penentu kepada pihak mana yang
akan membentuk kerajaan,samaada BN atau PH.


Dalam senario ini, PAS mempunyai satu suara yang kuat, boleh meletakkan syarat syarat
tertentu kepada kedua dua belah pihak di mana pihak yang bersetuju  akan mendapat kerjasama
PAS dan boleh membentuk kerajaan.Ini bermakna pertandingan 3 penjuru bukanlah semuanya
buruk pada PAS.Ustaz Nik Zawawi baru saja mengatakan sekiranya DAP sanggup minta maaf
dan menerima dasar Islam PAS, PAS mungkin berbaik semula dengan DAP.Kata kata ustaz
Zawawi ini tersirat maksud jangkapanjang di mana mungkin menjadi syarat PAS sesudah selesai
nya PRU 14 nanti.Siapa tahu?

Sumber TKO - 26-9-2015


Pas patut berunding, kata Mahfuz

Posted on Friday, September 25 @ 18:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan
Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan
dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan
antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan
terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum
(PRU) nanti.

“Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang
seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat
bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

“Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan
tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong
pembangkang selama ini,” katanya kepada Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti
Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di
sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti
Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

“… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah
(jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

“Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus
membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan
hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja
perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama,” katanya lagi.

sumber

Sumber TKO - 25-9-2015


Tian Chua gesa henti spekulasi pendirian PSM bercanggah
Perlembagaan

Posted on Friday, September 25 @ 14:41:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menggesa semua pihak agar menghentikan spekulasi 

mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan kerana 
prinsip parti itu yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, PKR sebelum ini pasti tidak akan 

membenarkan parti itu bertanding menggunakan logo mereka dalam pilihan raya umum jika 
PSM menyimpang daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya berharap sahabat dan seteru menghentikan spekulasi yang prinsip dan visi PSM tidak
sepadan dengan Perlembagaan. Kita mungkin tidak bersetuju dengan ideologi parti, namun kita
perlu mengakui PSM mempunyai hak yang sah menjadi sebahagian daripada sistem demokrasi
berparlimen," kata ahli Parlimen Batu itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chua, jemputan menyertai sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan baru-baru
ini adalah bergantung kepada budi bicara ketua pembangkang.

Namun jelasnya, walaupun PSM tidak dijemput, itu tidak bererti mereka dipinggirkan terus
daripada Pakatan Harapan.

"Proses ini masih di peringkat awal dan lebih banyak perbincangan susulan akan dilaksanakan
sehingga kita mencapai matlamat akhir kita iaitu menyatukan semua parti dengan objektif yang
sama.

Chua turut menzahirkan rasa kesalnya dengan persepsi tidak tepat terhadap PSM susulan
perbincangan meja bulat Pakatan Harapan baru-baru ini.

"PSM adalah sekutu Pakatan Rakyat yang setia dan dedikasi mereka terhadap perjuangan amat
dipandang tinggi di kalangan aktivis politik dan masyarakat tertindas.

"Sebagai sahabat, saya kesal dengan gambaran negatif terhadap PSM. Tidak hairanlah
pemimpin-pemimpin PSM tersinggung dengan kenyataan-kenyataan ini," katanya.

Semalam PSM dilaporkan berang dengan tindakan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang
didakwa berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu
pembangkang.

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan berkata Khalid Samad dan Ong Kian Ming dalam
laporan Malaysiakini mendakwa partinya kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan
Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar
Bersama dahulu.

Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto
Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan
Buku Jingga PKR.

Sumber TKO - 25-9-2015


Inilah Bahananya Bertindak Atas Dakyah
Posted on Friday, September 25 @ 06:55:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Jangkaan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli meleset. Mereka
telah digembar-gemburkan oleh PASMA bahawa PAS akan hancur. Sebahagian besar ahli dan
penyokong PAS akan bersama dengan Mat Sabu and the gang. Itu fikir mereka, yang
kemudiannya membentuk parti TIDAK AMANAH.

DAP diberikan dakyah bahawa TGHH akan bawa PAS bergabung dengan UMNO. Lim Guang 

Eng dan ayahnya cerdik-cerdik bodoh percaya. Kemudian penyokong DAP pula percaya oleh 

dakwaan Lim Guan Eng. Nurul Izzah mula pandai geli dengan janggut ulama PAS. Hari ini  

mereka sudah dapat gading bertuah, tanduk tindak berguna lagi. AMANAH. Aku panggil 

mereka TIDAK AMANAH.



Akhirnya Presiden dan ulama PAS diserang habis-habisan sebelum Muktamar ke-61 dengan 

harapan Pakatan Baru akan terbentuk dengan lebih jitu tanpa PAS yang dihancurkan tadi. Rupa-

rupanya Bersih 4 memberi gambaran yang tidak benar  seperti dakwaan golongan pengkhianat 

dalam PAS tadi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pada 16 September mereka telah 

beraya kerana untung sabut agaknya.



Maka kita lihat pemimpin-pemimpin PKR termasuk DS Anwar Ibrahim mula bersuara untuk 

mengajak PAS bersama dalam Pakatan Harapan. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.  

Pemimpin TIDAK AMANAH kata, Pakatan Harapan lebih mudah tanpa PAS. Nasi tak dingin, 

pinggan tak retak, orang tak ingin kita tak hendak.



Baru mereka nampak mahalnya PAS. Malah respon dan tulisan-tulisan wartawan politik yang 

mesra pembangkang sendiri banyak mengutarakan realiti politik pembangkang tanpa PAS. Nah, 

terkedu semuanya kan. Ke mana suara-suara jantan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kini? 

Adakah sibuk menembak anjing gila di Pulau Pinang?



Aku berpendapat nasi sudah menjadi bubur; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk 

padahnya. Mungkin ada yang melihat PAS sudah menjadi Awang yang memutuskan 

hubungannya dengan Pak Malau dalam tragedi Sri Mersing. Tidak. Awang ada unsur merajuk 

dalam tegasnya. PAS bukanlah parti emosi. PAS adalah parti istiqamah hingga kemenangan.



Andai rakan tahaluf boleh mencarikkan tahaluf dengan PAS; andai AJK PAS Pusat ( kini bekas)

boleh mengkhianati parti sendiri, PAS masih boleh meneruskan agenda dasar dan perjuangan 

walaupun secara bersendirian. Hari ini PAS sedang membaiki kerosakan bahteranya. Insha Allah

PAS tidak karam. Bahtera PAS terus belayar sambil dinaiki ahli-ahli baru yang terdiri daripada 

para pemuda yang gagah dan berkeyakinan dengan janji Allah.



Mulai kini semua orang mula menghitung hari. DAP menghitung hari untuk menguasai 

Putrajaya. PKR menghitung hari untuk menjadi Perdana Menteri dan para menteri.  

TAK AMANAH menghitung baki-baki hari usia kerusi yang dicuri.  Manakala PAS juga 

menghitung hari untuk membuktikan siapa benar dan siapa silap.



Sumber TKO - 24-9-2015


Konspirasi politik sisihkan PAS dari Pakatan Harapan?

Posted on Thursday, September 24 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kini semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS menyertai 

rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi 
pilihanraya umum ke-14 kelak.
Lakonan politik PKR dilakukan dengan agak dramatik agar ia 
kelihatan sesuatu yang jujur dan dapat menghindar persepsi 
bahawa ia sebenarnya tidak mahu PAS akan 'menjejaskan' 
Pakatan Harapan yang diumumkan penubuhannya pada Selasa, 
22 September 2015. 
Drama ini bermula dengan saranan dari penjara Sungai Buloh 
apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
mengeluarkan kenyataan tentang harapannya supaya PAS turut dijemput menyertai rundingan 
Pakatan 2.0.
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin PKR mula melakonkan watak masing-masing sehingga 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan seolah-olah 'bertegang urat leher' dengan 
pemimpin DAP yang tidak mahu PAS turut serta.
Ada juga kemungkinan bahawa DAP turut berlakon dalam drama politik ini dengan 
menyuarakan pendirian tegas tidak mahu PAS ada bersama demi terus mendapat 'restu' ahli-
ahlinya yang memang alergik terhadap PAS.
Sementara Parti Amanah Negara yang masih belum sah pendaftarannya tiba-tiba turut 
melunakkan pendiriannya dengan 'menerima kehadiran PAS' dengan syarat ia harus 'belajar 
menghormati konsensus Pakatan'.
Natijah yang PKR dan DAP harapkan ialah agar PAS atas nama prinsip dan maruah, benar-benar
enggan menyertai pakatan baru itu. Sebab itu, alasan yang diberikan oleh PAS harus 
ditimbangkan secara saksama. 

   
"Persidangan yang dibuat sedikit tergesa-gesa, kita (PAS) perlu berbincang terlebih dahulu 
kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti.
"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara 
termasuklah pendirian parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga 
terlalu pendek.
"Kita perlukan masa. Semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan 
secara spesifik tentang perkara ini.
"Sekiranya tidak ada perbincangan terperinci, PAS bimbang tidak dapat mengambil bahagian 
dengan baik dalam perbincangan itu," katanya.
Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bagi memeta pelan 
baru untuk menghidupkan kerjasama pembangkang menghadapi pilihanraya umum ke-14.
Malangnya, menurut Takiyuddin, tajuk perbincangan meja bulat berkenaan juga tidak 
dimaklumkan kepada PAS.
PKR mungkin berharap rakyat tidak menyalahkannya kerana 
tidak membuat tawaran pada PAS. Sekaligus ini akan 
menyorokkan sifirnya yang sebenar untuk membawa masuk 
Amanah tanpa banyak soal tentang kemampuan parti itu menjadi 
pengganti PAS dalam Pakatan Harapan.
Plot sempurna sisihkan PAS
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyerlahkan kemungkinan ini 
apabila beliau menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP dan partinya 
itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baru.
Salahuddin berkata, oleh kerana PAS keberatan bekerjasama, Amanah, PKR dan DAP bersama 
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan 
muafakat baru itu tanpa PAS.
"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan 
rakyat untuk bersama dalam pakatan baru pembangkang bagi membawa perubahan politik," 
katanya.
  
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua 
pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baru.
Beliau dalam pada itu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendirian PAS yang 
menolak untuk berada dalam kerjasama politik baru parti pembangkang sebaliknya hanya mahu 
bekerjasama dengan PKR.

Perihal PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP bukan satu rahsia lagi. 

Soal PAS tidak mahu bekerjasama dengan 'pengkhianat parti' yang kini menerajui Amanah juga 
bukanlah suatu misteri. 
Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia bersungguh mahu 
PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu bahawa PAS tidak akan mahu 
bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
PAS konsisten mengatakan ia masih bertahaluf dengan PKR. Namun mengambil kira reaksi PAS 
pada isu menteri besar Selangor tahun lalu dan drama politik kali ini, timbul persoalan adakah 
PKR juga mahu meleraikan tahalufnya dengan PAS?

Kini dengan pengumuman penubuhan Pakatan Harapan, sempurnalah plot politik yang disusun 
untuk menyisihkan PAS daripada pemuafakatan pembangkang.

Oleh  Abdul Rahman Malik

Sumber Link

Sumber TKO - 24-9-2015


Sidang meja bulat : Kesangsian Pas berasas
Posted on Thursday, September 24 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: PAS mencurigai wujud agenda tersembunyai di sebalik jemputan sidang
meja bulat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu kerana
pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu
Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu
melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

“Perjumpaan antara Pas dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu, langsung
tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

“Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi
gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan
rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain,” katanya dalam
kenyataan pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, daripada maklumat yang diperolehinya, terdapat pihak tertentu yang
tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Malah dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya
perancang utama di dalam pakatan baharu ini,” soalnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yakin keputusan Pas untuk tidak menyertai persidangan meja
bulat adalah tepat dan parti itu terus mara ke hadapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan
Nasional.

“Pada waktu ini, Pas sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan
Harapan kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @
Amanah,” katanya.

FACABOOK Dato’ Tuan Ibrahim

Sumber TKO - 24-9-2015




PSM berang Pakatan dakwa mereka tolak hak istimewa
Melayu

Posted on Thursday, September 24 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Respon

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang didakwa sebagai berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu pembangkang.

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak perkara tersebut yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Menurut Arutchelvan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam laporan Malaysiakini mendakwa PSM kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar Bersama dahulu.
"Kami cabar dan tuntut penjelasan berkenaan kenyataan ini kerana ia tidak benar, bohong dan berniat jahat.
"Bila dan di manakah perbincangan ini berlaku? Siapa yang hadir dan di manakah buktinya? Cuma ada 3 perbincangan di antara PSM dan PKR. Dalam semua perbincangan, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan," kata Arutchelvan dalam kenyataan hari ini.
Dalam laporan yang disebut Arutchelvan, Khalid yang kini bersama Parti Amanah Negara mendakwa dasar sosialis PSM menyebabkan parti itu menolak hak istimewa Melayu.
Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga PKR.

Sumber T



Baru Ambiga Tahu Diktatornya PKR, DAP Dan Pekerja
Posted on Thursday, September 24 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja 
bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari 
keputusan yang langsung tak demokratik.
Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk
bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat
kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja
didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan
PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi
rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini
sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak
lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam
Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi
suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-
mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai
sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual
person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi
telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk
mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.
(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 24-9-2015


Pakatan Harapan: Ambiga Mempertikai Keperluan?
Posted on Thursday, September 24 @ 21:52:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Seorang wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengesahkan bekas Presiden 
Majlis Peguam Negara S Ambiga mempertikaikan keperluan penubuhan Pakatan Harapan buat 
masa ini.
Pengerusi NGO pro-pembangkang Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Safwan Anang yang 

hadir semalam di persidangan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang 

memaklumkan perkara itu kepada Berita Daily namun menyifatkannya sebagai pandangan 

yang berhak dilontarkan oleh semua pihak yang terlibat dalam perbincangan.

"Dia (Ambiga) sekadar bertanya kenapa perlu sekarang? Dan 

akhirnya semua setuju kerana isu ini berlaku setelah sekian 

lama sejak isu krisis Menteri Besar Selangor genap setahun lalu," 

katanya.

Namun tambahnya pada akhirnya keputusan untuk 

menubuhkan Pakatan Harapan adalah atas persetujuan semua 

pihak walaupun wujudnya suara yang mempersoalkannya.

Naib Presiden PKR N Surendran dalam pada itu ketika diminta 

kesahihan bahawa Ambiga tidak bersetuju dengan penubuhan 

gabungan parti baru seperti yang dilaporkan akhbar New Straits 

Times tidak mahu membuka mulut.

Respon mana-mana pihak tidak boleh dihebahkan kerana 

pertemuan itu merupakan perbincangan tertutup.

"Saya tidak boleh ulas berkenaan ini kerana ianya adalah perbincangan tertutup," ringkas katanya.  


Safwan dalam pada itu memaklumkan anak muda daripada NGO yang dipanggil semalam 

mencadangkang agar Pakatan Harapan tidak mengulangi kesilapan yang lalu dengan tidak lagi 

menggunakan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju" selain parti yang menggangotainya perlu 

mengutamakan gabungan terlebih dahulu.

"Cadangan kami anak muda bagi Pakatan Harapan nanti adalah... Setiap keputusan-keputusan 

mesti konsensus dan Inklusif dengan parti-parti dan NGO-NGo yang lain," tambahnya 

memaklumkan empat cadangan anak muda.

Walaubagaimanapun empat cadangan tersebut belum dipersetujui sebaliknya hanya akan 

diputuskan kemudian.

"Belum ada respon,"ujarnya.



- Berita Daily



Sumber TKO - 24-9-2015

Unrealistic For Pakatan Harapan To Want Jailed Anwar 


As PM


Takiyuddin_Hassan_0104_1_620_413_100

Pakatan Harapan’s selection of Datuk Seri Anwar Ibrahim as its prime minister-designate if it
wins the general election is unfeasible since the convicted PKR de facto leader cannot hold the
post, PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said.

Local daily Utusan Malaysia reported Takiyuddin as saying that PAS also discussed the matter
yesterday and had maintained that any decision made must be realistic.

“This means that in the current circumstances that Anwar is in, we can’t make a conclusive
decision that he’ll be prime minister,” Takiyuddin was quoted saying in Kota Baru, Kelantan.

“We must live in the real world,” the Islamist opposition party leader added.

A new opposition coalition called Pakatan Harapan, comprising PKR, DAP and Parti Amanah
Negara, was announced Tuesday, with parliamentary opposition leader Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail saying that Anwar is their choice as prime minister should they win the next
general election.

The Federal Court convicted last February Anwar of sodomy and sent the 67-year-old to prison
for five years. The conviction disqualified him as MP and prevents him from contesting the next
general election due by 2018.

Sumber BO - 24-9-2015

PH jangan berkhayal


















































































MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .


SAYA tidak pasti usia sebenar kerajaan negeri Selangor, yang sohehnya ia wujud lama sebelum
penjajahan Inggeris lagi, absah dan berdaulat.

Diasaskan dengan pemerintahan Kesultanan Melayu, Selangor kemudian termasuk dalam
kumpulan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sewaktu penjajahan Inggeris. Seterusnya menyertai
Persekutuan Tanah Melayu, dan membentuk Malaysia melalui sebuah perjanjian- Federalisme.

Sejarah keabsahan Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah terputus sejak mula ia wujud. Tunjang
dan teras keabsahannya tidak tergugat walaupun kadaulatannya tercabar gara-gara penjajahan
Inggeris.

Sejak kelmarin ada pihak sedang mempertikaikan pendirian YAB Datuk Menteri Besar Selangor
berkaitan kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak berkuatkuasa di Selangor. Mereka
seperti marah kepadanya.

Selangor mempunyai undang-undang tubuh, dan peraturan lain di peringkat negeri dan
persekutuan yang membalutinya. Ia mengikat Sultan Pemerintah sebagai Ketua Negeri, Menteri
Besar sebagai Ketua Kerajaan, Ahli Exco, Institusi, jabatan dan agensi, penjawat awam dan
rakyat Selangor dalam membuat tindakan, pendirian dan keputusan.

Mesyuarat dua jam yang membentuk PH (di meja tidak bulat) tidak memberi kesan kepada
negeri Selangor dari sudut undang-undang yang mengikat ahli politik yang mengetuai kerajaan.

Tidak semudah itu sesebuah kerajaan yang dibentuk secara sah dapat dilenturkan. Tidak! Bukan
setakat Selangor, mana-mana negeri dan negara sekalipun!

Sidang itu dipanggil oleh Ketua Pembangkang di Parlimen yang kebetulannya juga Presiden
Parti PKR, secara tergesa-gesa. Ahli Parlimen manapun tidak ada bidang kuasa
"keparlimenannya" ke atas sebuah kerajaan negeri. 'Kuasanya' ada di persidangan Parlimen.
Kuasa parti diwakili oleh MB dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Sebelum parti membuat apa-apa keputusan yang sah yang selari dengan undang-undang untuk
dipatuhi oleh MB dan Exco, tiada kuasa politik 'halimunan' yang boleh memaksa mereka.

Sidang yang membentuk PH: Apakah kandungan kertas dasar pembentukan, terma-terma
rujukan, set polisi, ikatan undang-undang dan kuasanya yang digunapakai untuk membuat
keputusan dalam persidangan itu? Tidak pernah didedahkan kalaupun ada. Ada kah?

Perbincangan 'media event' dalam kalangan politikus seperti itu tidak mungkin dapat
menentukan perjalanan sebuah kerajaan moden seperti Selangor. Ia hanya sebuah persembahan
dua jam dengan tujuan politik antara parti, bukan antara kerajaan.

Logiknya, persidangan itu untuk menubuhkan PH, bukan meruntuhkan kerajaan Selangor, atau
mana-mana negeri.

Kepentingan berjuta-juta rakyat Selangor dan berbilang kepentingan institusi lain tidak mungkin
ditentukan dengan sidang di hotel selama  dua jam. Lebih dramatik kalau ia hanya ditentukan
oleh tiga orang sahaja. Mengubah struktur dan perjalanan sebuah kerajaan perlukan lebih
daripada itu.

Saya menyokong pendirian Menteri Besar Selangor dalam hal ini, berdiri di atas kedudukan dan
bidangkuasanya.

Saya pun seperti terpaksa meragui keabsahan PH gara-gara sebuah parti baru yang turut
menyertai PH. Adakah PAN sudah 'sah' untuk terbabit dalam persidangan dan sidang itu
kemudian melontarkan kemahuannya kepada sebuah kerajaan yang sah seperti Selangor. Mana
surat beranaknya? Apakah nama sebenarnya?

Kalau ia sudah sah, adakah PH mau bergerak dengan teori domino-B perlu basah kerana telah
berdiri selari dengan A yang telah sengaja membasahkan dirinya sendiri?

Adakah PH dilahirkan untuk menghadapi BN atau memberi bantuan pernafasan kepada
anggotanya? Saya nampak yang kedua itu lebih terang... bernafaslah dulu sebelum memberi
ORDER! ORDER! ORDER! – HARAKAHDAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015


PAS Tidak Iktiraf Pakatan Baharu

IMG-20150923-WA0046
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang mengucapakan terima kasih kepada semua
anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anak-anak orang asal
yang hilang.

“khususnya kepada komander pemandu operasi, tentera, polis, bomba dan semua anggota yang
telah memberi pengorbanan yang besar,

IMG-20150923-WA0037_resized (2)

“dan taklimat tadi menunjukkan bahawa langkah yang diambil lebih dariapada ‘detail’ lebih
terperinci, ikhtiar sebagai manusia kita sudah dilakukan,’ujarnya.

Beliau berkata pencarian yang telah dilakukan lebih daripada kawasan yang sepatutnya dan
melebihi daripada tempoh yang dijangka mengikut tahap kemampuan budak-budak bergerak
dalam kawasan tersebut.

Ustaz Hadi berkata demikian setelah mendengar taklimat mengenai usaha tersebut di Pusat
Pencarian Anak-anak Orang Asal Yang Hilang di Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang,
Kelantan pada Rabu, 22 September.

Menurutnya Lokasi pencarian sangat luas, namun masih lagi dilakukan dan bagi pihak rakan-
rakan PAS, beliau menghargai tindakan bertungkus lumus dalam pencarian tersebut.

Katanya, sebagai orang Islam, mestilah mengharapkan supaya Allah memberi jalan pulang
kepada mereka yang hilang itu.



“Walaupun yang hilang itu bukan daripada penganut Islam, di atas sifat kemanusian kita
berusaha sedaya upaya kita saya mengharapkan,”tambahnya.

Namun begitu, beliau memberi peringatan bahawa ia adalah satu tindakan yang ‘melampau’
sekiranya ada pihak yang meculik kanak-kanak tersebut di atas sebab agama.

“itu cara yang melampau dan tidak patut dilakukan……….bukan sahaja orang Islam, kristian
juga tidak boleh buat macam itu.

IMG-20150923-WA0027

“Kita orang Islam tidak boleh, kita nak Islamkan budak pun tak boleh culik daripada ibu bapa
dia. Itu satu benda yang salah. Kalau ada, kena rujuk kembali ke pangkal jalan,”tegasnya.

Menurutnya lagi dalam sejarah, orang-orang Eropah pernah menculik orang Afrika untuk
dijadikan hamba abdi dan mereka telah di ‘kristian’kan dan di bawa ke Amarika Latin.

Dimana kata beliau, penjajahan kristian, pernah menawan, dan menculik rakyat dibawah tanah
jajahan, untuk ditukarkan agamanya menjadi kristian.

“Itu berlaku dalam sejarah mereka. Sejarah macam itu, tidak boleh diulang pada zaman moden
ini,”ujarnya lagi,

Beliau berkata, di samping sokongan yang diberikan oleh kerajaaan negeri Kelantan beliau
datang sendiri untuk memberi sokongan moral.

“Kerajaan pusat, negeri (sudah) bagi (sokongan dan bantuan). Kita bukan kerajaan (kita) bagi
(bantuan) sekadar kita mampu.

IMG-20150923-WA0045_resized

“Di mana, kita perlu mengenepikan sebab-sebab politik, sebab-sebab agama, kena utamakan
sebab-sebab kemanusiaan,”jelasnya.

Bercakap tentang penubuhan Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen
Marang itu berkata, PAS tidak mengiktiraf pakatan baharu itu.

“Saya buat keputusan untuk tidak pergi. Kesan (baik atau tidak) itu akan datang, saya tidak
boleh jawab (sekarang) Tindakan kita (selepas ini) akan lihat perkembangan selepas ini.

“Kita tidak iktiraf, kita tidak pergi,”katanya ketika ditanya pihak media berhubungan Pakatan
Harapan yang hanya melibatkan PKR, DAP dan sebuah parti baharu.

Sumber BO - 23-9-2015


Ijtihad politik Pakatan Harapan

Posted on Wednesday, September 23 @ 15:44:58 MYT by paktam

Oleh Mohamad Sofee Razak 

Arena politik negara sentiasa berwarna-warni dan semua parti politik
sedang melalui landasan lebuh raya siasah yang panjang bagi
memenuhi kehendak rakyat yang menanti di destinasinya.

Hanya yang benar-benar mampu memacu aspirasi rakyat sahaja akan
teruskan perjalanan atau singgah sebentar di perhentian. Tiada jalan untuk pusingan U namun
masih boleh keluar dari landasan dan melalui jalan lain.


Semalam melalui ijtihad politik yang sangat dramatik maka lahirlah buat gagasan dan
permuafakatan baru parti politik pembangkang yang sebulat suara membentuk Pakatan Harapan
yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan bakal menjadi wadah baru parti pembangkang melalui landasan lebuh raya
siasah menuju PRU-14 bagi meneruskan kecemerlangan legasi Pakatan Rakyat yang begitu
hampir menjejaki Putrajaya sebelum ini dengan pengalaman strategik dalam PRU-12 dan PRU-13.

Persepakatan yang terbentuk melalui persefahaman politik komponen PKR, DAP dan Amanah
menjadi penanda aras dan harapan baru untuk Rakyat setelah melalui episod duka pembubaran
PR yang sebelum ini turut dianggotai PAS.

PAS nampaknya tidak menunjukkan minat yang tinggi kepada Pakatan Harapan walaupun
memutuskan untuk mengekalkan hubungan politik dengan PKR ketika ini. Apa pun landasan
lebuh raya siasah luas dan panjang, banyak pilihan terbentang untuk dilalui.

Realitinya rakyat mahukan hasil yang dinikmati dan bukannya retorik atau krisis politik yang
berpanjangan. Maka ijtihad politik yang melahirkan Pakatan Harapan tepat pada masanya dan
perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang kerana masa semakin suntuk untuk
mendepani PRU-14.

Justeru itu, dalam memenuhi tuntutan rakyat yang semakin kompleks, kewujudan Pakatan
Harapan perlu memberi keutamaan pembentukan model kerajaan terbaik pada masa hadapan
di samping pelan akomodatif pemulihan ekonomi, pembasmian rasuah secara holistik dan paling
penting memastikan nasib rakyat tidak dipolitikkan pihak penguasa.

Sumber DD - 23-9-2015


Pemuda Pakatan Harapan perlu jadi ejen perubahan

Posted on Wednesday, September 23 @ 14:02:39 MYT by paktam

Penulis TamuOleh Faiz Fadzil

Pemuda Amanah Nasional mengalu-alukan pembentukan permuafakatan pembangkang baru yang dianggotai oleh tiga parti utama pembangkang iaitu Amanah, DAP dan PKR yang
diberi nama Pakatan Harapan.Sesungguhnya, harapan rakyat kepada
Pakatan Harapan amatlah tinggi.



Kemunculan Pakatan Harapan di saat rakyat sedang bergelut dengan keperitan bebanan sara
hidup dan krisis ekonomi negara akibat rasuah dan skandal penyelewengan kewangan negara,
terutama 1MDB serta pergolakan politik tanah air yang kian meruncing seolah-olah tiada
kesudahannya amat penting bagi rakyat dan negara.

Harapan rakyat disandarkan kepada Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dan membebaskan negara dan rakyat daripada cengkaman kezaliman, ketidakadilan dan penyelewengan pemerintahan Barisan Nasional serta untuk menyelamatkan rakyat daripada terus terperangkap dalam ketegangan perkauman yang cuba ditiupkan demi survival politik Barisan Nasional.
Pemuda Amanah Nasional dengan ini mengusulkan 4 dasar utama yang perlu dijadikan asas kepada polisi bersama (common policy) Pakatan Harapan iaitu:
1) Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja (framework) dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
2) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.
3) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosioekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.
4) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.
Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini; Pemuda Amanah, DAPSY dan AMK hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara.
Sistem pemerintahan dan demokrasi yang korup ini hendaklah diubah dengan digantikan sistem yang amanah, adil, inklusif dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang.
Kepercayaan rakyat kepada pembangkang lebih 52% bukan sahaja tidak boleh dikhianati, tetapi hendaklah ditingkatkan bagi meneruskan perjuangan suci untuk menguasai Putrajaya.
Suara rakyat suara keramat pasti akan menjatuhkan rejim zalim Barisan Nasional. InsyaAllah.
Pemuda Amanah Nasional bersama-sama sayap pemuda parti koalisi lain daripada DAPSY dan AMK mempunyai tugas berat dalam mengembeleng tenaga dan fikiran bagi mendapatkan kepercayaan pengundi muda yang dianggarkan melebihi 7 juta orang.
Konsultansi, penyusunan strategi dan gerak kerja bersama amat penting untuk kita meneruskan agenda perubahan ini.
Sebagai anak muda yang merupakan mata rantai perjuangan, kita adalah ejen perubahan yang
diharapkan rakyat.

Sumber DD - 23-9-2015


Permulaan longlai ‘Pakatan Harapan’ – Zasyaf Ishak
Posted on Wednesday, September 23 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Penulis ucap tahniah dahulu, walaupun dengan pelbagai cabaran, kegagalan cubaan masa 

kecederaan untuk memujuk PAS bersekali di dalam pakatan baru, 'Pakatan Rakyat' secara 
rasminya bertukar nama menjadi 'Pakatan Harapan'.

Rasanya, walaupun baru berumur tidak sampai sehari, ada beberapa keputusan Pakatan Harapan 

sebenarnya membayangkan tidak ada sesuatu yang baru dengan muafakat politik ini. Masih 
berlegar dengan orang dan isu yang lama.

Menolak 'rakyat' di dalam muafakat politik baru dan menggantikannya dengan 'harapan' adalah
satu kesilapan yang paling awal. Harapan siapa yang mahu Pakatan perjuangkan? Harapan Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk bebas penjara dan kembali maksum dalam legar politik Malaysia?

Atau memenuhi 'harapan' DAP untuk menjahanam PAS secara politik?

Menghilangkan perkataan 'rakyat' di dalam pakatan itu adalah kesilapan yang tidak boleh
dimaafkan. Nampak benar, yang mahu diketengahkan hanya 'harapan' mereka untuk kekal
berkuasa di dalam senario politik Malaysia. Tidak lebih daripada itu.

Kesilapan kedua, yang juga besar dan tidak mungkin menarik minat rakyat secara umumnya,
adalah mengetengahkan kembali Anwar sebagai paksi dan modal politik.

Nampaknya, di sebalik apa yang berlaku, Anwar juga yang dikitar semula sebagai perdana
menteri 'simpanan'.

Apakah Pakatan tidak sedar mereka sudah perlu move-on dan mengemukakan calon yang lebih
wibawa dan tidak punya bagasi? Apakah dengan segala gempita reformasi selama ini, Pakatan
masih gagal mengemukakan wajah baru sebagai pembawa obor politik?

Daripada suatu segi, meletakkan kembali Anwar sebagai wajah perdana politik Pakatan
membayangkan harapan rakyat untuk melihat perubahan sudah meleset jauh dan semakin tidak
relevan.

Mengapa tidak dihayun sahaja Mohamed Azmin Ali? Mengapa tidak diangkat sahaja Nurul
Izzah Anwar? Mengapa tidak dijual sahaja nama Rafizi Ramli? Atau mereka-mereka ini masih
lagi menjadi kumpulan yang takut untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar?

Apakah Azmin, Nurul Izzah dan Rafizi tidak ada upaya membawa semangat 'tahriri-tanwiri'
(pembebasan dan pencerahan) di dalam Pakatan? Sampai bila Anwar mahu menjadi gam kepada
hubungan politik longgar ini?

Semakin lambat Pakatan mahu merdeka daripada misi 'membodek Anwar', maka semakin lambat
jugalah Pakatan layak diangkat sebagai alternatif.

Politik status-quo (Umno dan BN) memang semakin gagal mendapat tempat di hati rakyat. Tetapi
rakyat juga tidak ingin ianya diganti politik sendu dan simpatisan terhadap Anwar.

Rakyat mahu visi dan rentak pengurusan baru. Bukan bakal PM yang kononnya mahu digambarkan
sebagai tahanan politik.

Cukup menyedihkan jika kalangan pimpinan Pakatan yang bersidang hari ini masih lagi terbeban
dengan memori politik lama. Reformasi politik nyata satu istilah dan slogan yang gagal
dimanfaatkan.

Adalah lebih molek, jika kepimpinan tadi mengambil keputusan meletakkan Azmin, Izzah atau
Rafizi sebagai pembawa obor yang baru. Beri komitmen penuh, yang Pakatan sudah sedia keluar
daripada papan politik lama yang dikuda-kudakan Anwar dan Lim Kit Siang.

Semangat baru, atau 'harapan' yang mahu dijual kepada rakyat dibawa generasi baru yang tidak
ada kena mengena dengan generasi lama. Jika itu dilakukan, rasanya lebih mudah untuk
mendapat dokongan rakyat.

Pakatan Harapan hanyalah kumpulan yang masih lagi bermain dengan numerik dan sifir politik
lama. Percayalah, akan ada kelompok yang bosan dan menganggap ini satu langkah regresif dan
counter-productive.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kononnya sebagai Ketua) kepada Pakatan Harapan
sepatutnya lebih komited membawa arus reformasi dan perubahan. Malaysia sudah tidak boleh
lagi dibiarkan sibuk dengan politik liwat dan sodomi lebih daripada tiga dekad.


Angin perubahan mesti dimulakan dengan wajah kepimpinan baru. Maaf cakap, Kak Wan, Kit
Siang, Guan Eng dan Mat Sabu tidak ada aura membawa semangat perubahan itu.

Sumber TKO - 23-9-2015


PSM: Biarlah, kami sudah lama sendirian

Posted on Wednesday, September 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak menyertai gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan dan
menganggapnya bukan perkara besar.

“Tiada undangan (untuk sertai).
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat
dan meneliti masalah mereka,” kata pengerusi PSM Nasir Hashim kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan menjadi anggota gabungan baru tidak penting, Nasir bagaimanapun berkata
mereka akan mempertimbangkannya jika terdapat tawaran dibuat.

“Kita sudah bersendirian sejak sekian lama. Sama ada mereka undang atau tidak ia bukan perkara
besar,” katanya.

Walaupun bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, beliau bagaimanapun berharap apabila
tiba pilihan raya akan datang, masih terdapat ruang untuk kerjasama.

Ia, kata Nasir, bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan
pembangkang.

Nasir tewas dalam pilihan raya 2013 di Kota Damansara selepas berlaku pertembungan tiga
penjuru dengan PAS dan BN.

PSM juga kecundang di Semenyih dan Jelapang pada tahun itu susulan campur tangan Pakatan.

Parti sosialis itu telah melupakan idea bersama pembangkang November tahun lalu.

Mereka ketika itu membentuk gabungan kiri bersama Parti Rakyat Malaysia – usahasama yang
 kurang memberangsangkan.  - Malaysiakini

Sumber TKO - 23-9-2015

Kenapa Azmin Kata Pakatan Harapan Tiada Kaitan Dengan
Selangor?

Posted on Wednesday, September 23 @ 08:14:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Artikel

Semasa minum semalam ada sahabat bertanya, "Nordin kenapa Azmin kata PAKATAN HARAPAN

tiada kaitan dengan Selangor?" Saya menjawab kalau Azmin kata "PAKATAN RAKYAT" 
sebelum ini tiada kaitan dengan Selangor pun betul.

Wah menarik perbincangan kali ini, kata sahabat saya.

Saya dah lama anggap bahawa kerajaan Selangor bukan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Itu 

adalah kerajaan Azmin Ali dengan sokongan Adun PAS dan UMNO. Sama dengan sebelumnya 
kerajaan TS Khalid Ibrahim dengan sokongan adun PAS dan UMNO.

Kita kena faham politik pembentukan kerajaan dan dasar Malaysia terhadap posisi adun dan parti 

barulah kita boleh memahami pembentukkan kerajaan. Dasar ini menyebabkan "YB Katak" boleh 
hidup di Malaysia.

Sebelum saya menerangkan lebih detail kita kena faham dan sedar bahawa PKR memang nakkan 

Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. PKR memperjudi Pakatan Rakyat atas kehendak ini. 
Apabila Anwar tak boleh jadi MB, PKR terpaksa mempertahankan bermati-mati Wan Azizah 
sebagai MB Selangor.

Atas perkara ini, PKR sanggup curi 2 Adun PAS dengan janji-janji yang mungkin sudah tak 

releven lagi walaupun dia orang tahu risiko sangat tinggi sebab PAS ada komitmen bai'ah kepada 
parti dan ini menjejaskan hubungan PKR dengan PAS.

Saya tak hairan kalau Presiden mengatakan ini adalah pengkhianat dan barua. Memang itu 

selayaknya bagi mereka yang merobek sumpah janji setia kepada perjuangan yang didokong.

PAS dipanggil oleh Sultan Selangor dalam krisis ini dan ditawarkan sebagai MB untuk jalan 

penyelesaian, tapi Presiden PAS berpegang pada prinsip. Oleh kerana sultan tidak mahu Wan 
Azizah menjadi MB dan ini disampaikan oleh Presiden PAS kepada Anwar Ibrahim dan PKR. 
Tapi malangnya Anwar berkeras untuk nak Wan Azizah menjadi  MB dan sanggup untuk 
membelakangi sultan dalam isu ini. Perlembagaan dikaji untuk mencari celah bagaimanan kuasa 
sultan boleh disingkirkan.

Saya tak kisah itu sikap Anwar. Tapi malangnya ada pimpinan PAS yang "sekepala" dalam hal 

ini sanggup membelakangi parti sendiri yang boleh kita kenali sebagai PASMA/GHB.

PAS kemuka nama MB semuanya adalah PKR walaupun sultan berharap PAS mengemukan 

tokohnya. Tapi media dengan sokongan pimpinan dalam PAS memainkan isu kononnya PAS 
(Presiden) kemukakan 3 nama daripada PAS bertujuan untuk menyerang peribadi Presiden PAS. 
Allah Maha Kaya, manusia yang manipulasi isu dan keadaan ini akhirnya tercicir. Rasanya tak 
perlu saya sebut namanya satu persatu anda mungkin dah boleh mengganggapnya.

Isu menjadi makin rumit apabila 5 daripada 30 (termasuk 2 barua PAS, 13 PKR dan 15 DAP)

surat akuan sumpah menyokong Wan Azizah pada 11 September ditarik balik atas isu paksaan. 
Mereka ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), 
Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-
Bukit Gasing).

SD Xavier

Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas)

Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing)
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara)



SD Ng Sze Han


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) 
SD Shuhaimi








SD Amir  


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves)

Semua orang sedar dan tahu Azmin menyatakan sokongan kepada Wan Azizah dan PKR mengeluarkan kenyataan bahawa partinya memberikan sokongan sebulat suara kepada Wan Azizah. PAS lah jadi mangsa atas krisis dalam PKR ini sedangkan penyokong Azmin masih mengharapkan Azmin menjadi MB dan juga Presiden PKR.

Wan Azizah tak boleh bawa surat akuan sumpah kehadapan sultan kerana sokonganya kini tinggal 25 (termasuk Azmin). [25 daripada 56]

Sultan Selangor dengan nasihat yang baik mengurus isu ini dengan amat teliti bagi saya. 3 orang dipanggil mengadap termasuk Iskandar Abu Samad daripada PAS, selain Wan Azizah dan Azmin.

Ini menjadi isu kepada mereka yang ingin merobek PAS dengan fitnah kononnya PAS nak MB Selangor. Walaupun berkali-kali dinafikan oleh Presiden PAS tapi fitnah masih berjalan terus macam isu UG dengan UMNO. Sampai sekarang pun UG tak timbul sehingga ada poster seperti di bawah.. tapi malangnya mereka yang suka buat fitnah akan ratib UG UG UG sehingga hati mereka puas dan fitnah ini terlubuk dihati semua rakyat.

Bila Sultan tanya PAS, PAS dengan 13 Adun sokong Azmin 
selain Wan Azizah yang tak disetujui oleh sultan. UMNO 
pula dengan 12 Adun sokong Azmin. Azmin pula bila jumpa 
Sultan setuju dengan 5 lagi sokongan yang tarik surat akuan 
sumpah terhadap Wan Azizah. Jadi jumlah keseluruhan yang 
 menyokong Azmin ialah 31 Adun tak termasuk seorang lagi 
BEBAS, TS Khalid Ibrahim yang tak beri sokongan kepada 
Azmi.

PAKATAN RAKYAT hanya ada 24 Adun sahaja. Anwar 
pening kepala. Sultan umum Azmin Ali adalah MB Selangor 
yang baru ganti Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa kata Azmin 
adalah MB Selangor PAKATAN RAKYAT? Ini semua kerja 
bodoh menipu rakyat aje!!


 Bagi nak cover hal ini, pendamaian antara Azmin dan Wan 
Azizah dilakukan. Pendamaian ini bukan sahaja atas isu MB 
Selangor tapi kalau kita 'korek' ada isu lain yang lebih tragedis.
Tak baik untuk dipanjangkan. Manusia kadang kala pelik. Kita pun tak tahu macam mana dia 
boleh terhiris hati.

Suka saya ambil contoh bagaimana Ezam Mohd Noor keluar parti atas isu Anwar terhimpit pintu 
lift semasa di luar negara urusannya. Anwar hanya sebut kalau Azmin taklah terhimpit. Biasannya
2 orang sahaja yang urus Anwar di luar negara kalau tak Ezam, Azmin.











Bagi orang biasa melihat Kak Wan hadiahkan Azmin sebiji kek atas perlantikan dia menjadi MB 
Selangor. Tapi bagi yang mengetahui banyak perkara itu bukanlah sebiji kek biasa.... banyak 
maknanya.

PKR ubah struktur organisasi dengan melantik Rafizi sebagai setiausahanya untuk mengekang 
Azmin.

Saya rasa cukuplah di sini tak perlu panjangkan lagi.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 23-9-2015




























































































Kesatuan PH tidak sebulat sidang meja bulat



























































































IZWAN ABDUL HALIM | .


SIDANG meja bulat yang diutarakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI)
tidak lebih daripada keterdesakan PKR dalam mendepani situasi politik ketika ini. Hal ini kerana,
PKR adalah parti yang paling tidak mendapat perhatian dan seakan terkapai-kapai mencari pautan.

WAWI sendiri tidak pasti hendak membuat keputusan tatkala PKR sendiri masih mahu mengikat
diri hubungan bersama PAS. Tetapi WAWI nampaknya cepat teruja di samping permainan
penasihat-penasihat kelilingnya untuk dilihat merekalah peneraju Pakatan Rakyat 2.0. Maka
persidangan meja bulat selama hanya dua jam yang sepatutnya menjadi medan perbincangan
sahaja tiba-tiba menatijahkan keputusan pembentukan Pakatan Harapan.

Lontaran WAWI itu bukan kali pertama, telah dikeluarkan kenyataan seumpama berkali-kali,
tetapi ia tidak bersambut. Tidak bersambut lantaran WAWI itupun bertanding di Dun Kajang dulu
atas 'ihsan'. Malah, dalam banyak keputusan politiknya, bukanlah berdiri atas kaki sendiri, tapi arah
an atau suara di sebalik tirai besi. Bahkan, di keliling pinggangnya terdiri daripada penasihat-
penasihat terlalu eksklusif yang dijelik ahli parti sendiri.

Saat WAWI melontarkan ajakan untuk persidangan itu, tarikh, masa dan tempat terus sahaja
ditetapkan. Tiada lagi persetujuan diminta daripada parti-parti kerana hasrat ingin mengungguli
barangkali. Tapi barangkali juga beliau menjadi alat pihak tertentu sebagai proksi mengadakan
persidangan itu.

Lantas segeranya perlu mengadakan sidang itu tidak lebih untuk mengesahkan kewujudan Parti
Amanah Rakyat (PAN) yang baru dilancarkan. Sedangkan PAN itu masih ada prosedur pendaftaran
yang belum dipenuhi, masih ia berbayang-bayang dan tidak pasti.

Persidangan itu akan lebih bermakna buat PAN jika PAS hadir supaya diberi kredit ke atas
kelahiran tidak sah taraf itu. Malang bagi mereka, PAS melontarkan bunga-bunga awal
kemungkinan tidak hadir. Anehnya, kedengaran suara-suara rayuan daripada PAN mengharap PAS
hadir dan tidak kurang yang merasa lebih bagus tanpa PAS sebagaimana dinyatakan Timbalan
Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Persidangan itu juga dilihat lebih bermotif untuk merendahtarafkan PAS yang peranan belakangnya
tentulah dari DAP. Sebab itu mana mungkin PAS hadir untuk berunding sedangkan perbincangan
melibatkan mereka yang mengkhianati PAS hingga menubuhkan wadah baru PAN. Diikut serta
pula DAP yang telah memutuskan hubungan dengan PAS dan menyerang PAS bertubi-tubi.

PAN sendiri menuduh PAS menghalau mereka untuk membentuk wadah baru. Hakikatnya mereka
sudah tidak diterima dalam PAS oleh akar umbi sendiri. Mereka diturunkan secara demokrasi
sebagaimana juga selama ini mereka dinaikkan. Setelah gagal mendapat tempat, tiba-tiba mereka
mendakwa PAS menghalau?

Sedangkan ketika sama juga, mereka enggan patuh kepada dasar dan prinsip PAS. Lihat sahaja
bagaimana untuk mewajarkan keluarnya mereka daripada PAS, maka hukum-hakam berkenaan
talak taklik dirungkai. Dirujuk kepada ulama segenap pelosok dunia secara tidak benar dengan
masalah yang terjadi.

Bahkan selama ini para ulama telah mereka kesampingkan. Para ulama direndahkan semahu-
mahunya serta dihilangkan keyakinan atas ulama. Sayangnya mereka gagal memahami tabiat
agama ini yang tidak mungkin Allah pisahkan perjuangan agama-Nya daripada peranan ulama.

Kafarahnya jelas, sehingga hari ini PAN tidak lebih dari 'syok sendiri'. Belum ada kepastian mereka
secara sah menurut perundangan negara menjadi parti politik. Dasar dan halatujunya kabur. Mereka
sedari awal cuba meminta PAS berkompromi memberi laluan atau kerusi untuk mereka tandingi
pilihan raya nanti setelah mereka curi kerusi-kerusi yang ada. Mereka mahu PAS merayu pada
mereka dan lunak dengan pelbagai tawaran mereka. Maaf, Presiden PAS sudahpun tegaskan tidak
akan bekerjasama dengan pengkhianat yang lebih bahaya daripada musuh dan itulah pendirian
seluruh ahli PAS ketika ini. Titik.

Setelah perbincangan hari ini dan sebagaimana diumumkan lahirnya Pakatan Harapan, maka rakyat
Malaysia akan lihat pada media propaganda mereka kepada sensasi berita adalah mengenai
ketidaksertaan PAS dan sekitar kehadiran Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar. Laporan
mengenai koalisi itu tidak akan diberi perhatian besar melainkan yang diada-adakan kerana
sememangnya persidangan dua jam itu hanya berkepentingan semata-mata.

Perkara ini berbeza dengan Kongres Rakyat yang dijana PAS, walaupun tidak mendapat liputan
sewajarnya, tetapi ulasan di kalangan profesional memperlihatkan ia mendapat reaksi positif secara
berterusan dan PAS bersama NGO terlibat mesti terus menggembleng agenda ini ke akar umbi
rakyat.

Ketika sama, di akar umbi PKR tidak sepenuhnya mendokong untuk mewujudkan PR2.0 tanpa
PAS. Mereka pening dan keliru serta gusar tanpa adanya PAS selaku pemain utama politik negara 
masa kini. Selepas ini pasti ada banyak kenyataan menjurus pelawaan kepada PAS. Dalam situasi 
ini, PAS umpama anak dara sunti.

Ketamakan dan gelojoh mereka pasti dapat dilihat selepas ni terutama PAN dan DAP. Jika gagal
menundukkan PAS, mereka pasti cuba mengganggu Kerajaan Selangor. Maka waktu itu, PKR
sekali lagi akan menjadi bola dan mungkin akan ada drama setara 'Kajang Move’.

Aneh juga apabila PAN cenderung menyerang termasuk kepada Kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Bahkan berkali-kali meremehkan PAS dan mendakwa PAS telah lumpuh dari penghijrahan '
beramai-ramai' ahlinya menyertai PAN. Tidak terlihat pula PAN menyerang Umno-BN dan lebih
hipokrit apabila PKR dan DAP juga sebelum ini menghulurkan tangan kepada BN, selain
pemimpin mereka dilihat jauh lebih riang gembira dan mesra bersama pemimpin BN.

Rakyat akan menjadi makin menyampah kepada suasana politik negara. Ahli akademik juga
golongan profesional yang adil pula akan melihat bahawa secara empiriknya PAS dan Umno
sahaja sesuai dibandingkan dalam keutuhan politik sebenar atas faktor-faktor semasa, kestabilan,
sejarah, dasar, jentera dan lain-lain. Kita hanya usaha dan doa, moga-moga kecenderungan itu
banyak pada PAS.

Ikatan dan segala catatan mengenai kerangka kewujudan PR2.0 atau Pakatan Harapan ini akan
tertumpu kepada ikatan mengenai pembahagian-pembahagian antara mereka dan kehendak
parti-parti. Isu kerusi, isu jawatan, hudud dan banyak isu-isu yang PAS pernah ditekan atasnya akan
menjadi keutamaan. Sebaliknya perkara-perkara yang mereka laung seperti AMANAH, PEDULI
PROGRESIF, INKLUSIF dan seumpama itu akan mula hilang sikit demi sedikit. Entah ke mana
mereka akhirnya, hal itu hanya ada dalam ilmu Allah. Wallahu'alam. –
HARAKAHDAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015

Pakatan Rakyat sekarang PAS dan PKR

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS menjelaskan kehadiran mana-mana pemimpin yang
dikaitkan dengan PAS pada persidangan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan semalam bukan
atas kapasiti parti itu.

“Ini kerana kita telah nyatakan dengan jelas PAS tidak hadir dan tidak terlibat dengan persidangan
meja bulat itu,” kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Anggota parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dilaporkan hadir pada persidangan meja
bulat pelancaran Pakatan Harapan semalam.

Turut hadir pada persidangan itu bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdulllah.
Bagaimanapun Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas anggota parlimen
Temerloh tersebut.

Takiyuddin berkata Mahfuz hadir pada program tersebut bukan atas kapasiti PAS.

Ditanya pemberita mungkinkah bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu akan dikenakan tindakan
disiplin, katanya “Itu perkara lain, kita akan tengok selepas ini. Beliau tidak mewakili PAS pada
program itu”.

Bercakap di sidang media di JKR 10 malam tadi beliau juga berkata dari segi politik PAS masih
lagi memerlukan hubungan antara satu sama lain.

“PAS mempunyai peranan yang tersendiri, PAS pernah bersendirian dan PAS pernah bersama
rakan kongsi politik. Sekarang PAS bersama PKR.

“Dalam suasana yang ada sekarang kita masih meneruskan kerjasama dengan PKR.

“Dalam Pakatan Rakyat dahulu ada three partnership tetapi sekarang satu partner left jadi masih
lagi tinggal dua. Pakatan Rakyat masih lagi wujud antara PAS dan PKR,” katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata PAS cuba meraih sokongan dengan apa
sekali pun termasuk kerjasama mantap bersama PKR.

Bagaimanapun tidak semestinya kerjasama dengan PKR bagi meraihkan sokongan daripada orang
bukan Islam memandangkan PAS ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“DHPP disertai kaum Cina, India dan Siam. Hubungan dengan PKR sebagai partner yang dapat
memantapkan lagi agenda politik kita,” katanya.

Beliau juga sekali lagi menjelaskan tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin PAS untuk
bekerjasama dengan Umno atau Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


“Itu never cross tidak pernah terlintas di fikiran kita. Lagi kita sudah ditetapkan PAS menentang
ketidakadilan BN. Itu tidak timbul langsung,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 23/9/2015

Sumber HD - 23-9-2015


Pakatan Harapan tiada kaitan dengan S'gor

Posted on Wednesday, September 23 @ 06:37:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan – gabungan baru PKR bersama DAP
dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor.

Azmin berkata, pembentukan gabungan itu hanya melibatkan perancangan politik bagi menghadapi
 pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Tiada kaitan dengan kerajaan negeri. Ini perancangan masa depan untuk persiapan PRU14.

"Kita banyak cabaran sekarang," katanya kepada pemberita selepas perasmian pelancaran Wifi
Selangorku di Shah Alam hari ini.

PAS, yang tidak turut serta dalam gabungan baru itu, turut sama membentuk kerajaan negeri di
Selangor. Parti Islam itu juga mempunyai wakil dalam mesyuarat exco bersama PKR dan DAP.

Ditanya berkaitan status exco PAS dalam kerajaan negeri Azmin sekali lagi mengulangi bahawa ia
tiada kaitan.

"Tiada kaitan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.

"Ini perancangan parti-parti politik untuk melihat bagaimana kita dapat menangani cabaran-cabaran
semasa," katanya lagi.

Sementara itu, sempena ulang tahun pertama Azmin sebagai menteri besar esok, beliau melahirkan
 rasa syukur kerana mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk exco kerajaan negeri.

"Saya bersyukur dalam tempoh setahun, banyak pengalaman saya peroleh dalam urus tadbir di
Selangor.

"Ada cabaran tapi saya bersyukur kerana dapat dukungan kuat dari rakan pimpinan majlis
mesyuarat negeri dan anggota perkhidmatan awam yang beri kerjasama baik," kata Azmin. -
Malaysiakini

Sumber TKO - 23-9-2015


Apa Muslihat Pakatan Harapan (PH) Jemput PAS Beberapa
Kali Tapi Tak Jemput PSM?

Posted on Tuesday, September 22 @ 19:19:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Isu
Pintu masih terbuka untuk PAS menyertai gabungan
baru pembangkang bersama PKR, DAP dan Parti 
Amanah Negara (AMANAH), kata timbalan 
presiden PKR Azmin Ali.

Ini dikuatkan lagi oleh kenyataan Presiden PKR 

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang 
menyatakan bahawa ini satu perbincangan awal yang
membuka ruang untuk melihat tindakan seterusnya untuk menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.

Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu 

pula sedia menerima Pas untuk menyertai pakatan 
 pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan 
dengan syarat ia tidak berpecah semula.

Hanya DAP tiada kenyataan secara rasmi.. malu 

agaknya.

Hairan juga, dulu semuanya serang PAS kononnya nak bergabung dengan UMNO tapi sekarang 

semua nampak nak berbaik dengan PAS. Tak dengar pula serangan nak bergabung dengan UMNO.

Apa agaknya muslihat PH ini?

Yang menjadi pelik dan hairan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tak 
pula diajak bersama. Jemput pun tidak!


Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara 

Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia ada tempat untuk 
berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput?

Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.

“Tiada undangan."

"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan
 rakyat dan meneliti masalah mereka,”

Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR 
sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon 
tapi tak dijemput Dr Nasir?

Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? Diakan Ketua Pegawai 

Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. 
Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ 
BN?

Apakah Pakatan Harapan berbeza dalam menjatuhkan UMNO berbanding PSM?

Saya rasa macam nak tanya Khalid Samad, pasal dia sangat arif berkenaan Dr Nasir. Dia sanggup 

lawan Presiden kerana Dr. Nasir. Adakah Khalid Samad tak sedar Dr. Nasir tak dijemput?


Nordin Bin Ali
[email protected] /* */
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 22-9-2015


Beri peluang kepada pakatan pembangkang baharu

Posted on Tuesday, September 22 @ 12:10:14 MYT by paktam

ArtikelOleh Syed Ibrahim

Saya menghadiri dialog politik tentang Pembangunan Koalisi atau Pakatan di Malaysia anjuran
Akademi Keadilan (ArK) dan Penerangan Keadilan pada Ahad 20 September lalu.

Ucaptama disampaikan oleh Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail, dan Pengarah Wilayah Asia Selatan dan Timur Friedrich Naumann Foundation (FnF),
Siegfried Herzog.


Manakala sesi dialog dimudahcara oleh Fuziah Salleh, Pengarah dan Pengasas Akademi Keadilan,
Ahli Parlimen Kuantan dengan ahli-ahli panel terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Rafizi
Ramli; Pengarah Projek FnF Malaysia, Moritz Kleine Brockhoff dan Felo Penang Institute,
Dr Wong Chin Huat.


Pelaksanaan dialog ini amatlah tepat pada masanya ketika negara sedang menghadapi krisis
keyakinan dan ketempangan kepimpinan di bawah Datuk Seri Najib Razak, di samping pakatan
pembangkang diambang mengadakan rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan
pembangkang yang baharu.

Rakyat seolah-olah mencari penyelesaian dan cahaya harapan sama ada masih menaruh
kepercayaan kepada pakatan BN dan perdana menteri yang diselubungi skandal demi skandal atau
kepada pakatan pembangkang yang dianggap rapuh dan tiada kepimpinan.

Mungkin ada yang mengatakan dialog berkenaan agak terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur
apabila Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Namun saya tidak percaya begitu. Saya melihat ini adalah kesempatan keemasan untuk masing-
masing parti politik pembangkang khususnya dan parti pemerintah amnya, untuk melihat kembali
dasar kewujudan pakatan.

Pergi kepada asas dan jawab soalan-soalan asas seperti kenapa perlunya pakatan, apakah perkara
asas atau prinsip yang disetujui bersama, apakah had-had dalam pakatan dan apakah cabaran lalu
yang boleh diambil pengajaran untuk diatasi.

Dengan erti kata yang lain, cari ruang persamaan dan ketepikan perbezaan dengan aspirasi
menjayakannya atas sebab terpenting dan terutama.

Dalam menegaskan perkara ini, Dr Wan Azizah dalam ucaptamanya ketika dialog mengatakan,
untuk mencapai kemerdekaan negara malah untuk masa depan negara yang lebih baik, maka ia
bergantung kepada "coalition based politics" atau politik berpaksikan pakatan/koalisi.

Menurutnya, pakatan politik yang tulen menuntut pembangunan kerjasama dan kesepakatan
sebagai “prinsip pertama politik”.

Ini bermakna polisi dan objektif bersama wajib mengatasi hairaki objektif dan ideologi parti
masing-masing iaitu dengan mendahulukan kepentingan rakyat atau warganegara.

“Masa depan Malaysia akan dicorakkan oleh sejauh mana pimpinan parti-parti pembangkang
memahami pakatan politik yang berkesan menuntut kesepakatan dan keanjalan yang dipasak
kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip demokrasi sejagat,” tambahnya lagi.

“Kita mesti mengatasi kepentingan sempit dan manfaatkan kebijaksanaan bersama daripada
kekayaan pengalaman dalam pakatan”, katanya.

Apa yang diungkapkan oleh Dr Wan Azizah ini bukan bermakna beliau tidak memahami krisis
politik dalaman parti atau menghargai pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh mana-mana
parti atau tokoh parti, namun pada masa dan suasana sekarang, apa yang lebih penting ialah
memenuhi harapan rakyat dan selamatkan Malaysia.

Benar, kita boleh lihat dan baca sendiri pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh PAS, DAP dan
Parti Amanah Negara (Amanah) tentang rundingan meja bulat tajaan PKR tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan menegaskan tidak akan menghadiri
rundingan meja bulat yang melibatkan DAP dan Amanah kerana menyifatkan persidangan
tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman
 mengenainya.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilaporkan pernah menolak
kemungkinan PAS bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah
dan DAP.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata kerjasama melibatkan PKR, DAP, Amanah dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang pro pembangkang, akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu tanpa PAS.

Kemudian, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh pula dilaporkan berkata DAP
tidak mahu menyertai projek Pakatan baharu jika PAS turut diajak menganggotainya. Namun
menurut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, DAP akan hadiri rundingan meja bulat
apabila dijemput.

Walaupun kita hormati semua pandangan tersebut tetapi yang jelasnya semua pandangan ini
dibuat secara berasingan dan mendahului rundingan meja bulat.

Apakah tidak mungkin sikap keterbukaan, keikhlasan, kehormatan dan berlapang dada dapat
dizahirkan untuk menghadiri rundingan berkenaan? Untuk sekurang-kurangnya memberi peluang
menyampai dan mendengar pandangan tanpa prasyarat dan syak wasangka yang menebal demi
 kepentingan rakyat dan negara?

Saya tahu ini tidak mudah tetapi ia tidak mustahil kerana ia pernah berjaya dahulu. Saya bangga
dan kagum dengan mereka yang berjiwa besar, sabar dan sanggup ketepikan emosi dan sentimen.

Menurut Dr Wan Azizah, pakatan politik yang formal adalah lazim manakala pakatan sementara
pilihan raya atau “electoral pact” merupakan jenis kerjasama politik paling minimum. Ini bermakna jenis dan bentuk pakatan boleh dibincangkan dan diteliti dengan mengatasi apa-apa kekurangan dahulu.

Malah jika ditinjau jenis pakatan di negara Eropah khususnya Jerman, mereka sudah jauh lebih
matang dari segi “berpakatan” ini apabila boleh mewujudkan pakatan dengan ahli yang berbeza-
beza di peringkat yang berbeza.

Memetik artikel yang pernah ditulis oleh Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP;
di Jerman, parti Canselor Angela Merkel, Christian DemocraticUnion (CDU) menubuhkan
kerajaan pakatan dengan Social Democratic Party (SPD) di peringkat Persekutuan manakala blok
 pembangkang ialah Green Party dan Die Linke.

Namun, bentuk pakatan ini berbeza di peringkat Negeri. Di Negeri Brandenburg, SPD bergabung
dengan Die Linke manakala di North Rhine-Westphalia, SPD berkongsi dengan Green Party. Lebih
menarik lagi, di Hessen, CDU membentuk kerajaan pakatan dengan Green Party sedangkan kedua-
dua parti lahir daripada ideolgi yang bertentangan.

Bagaimana ini boleh berlaku dan apakah ini boleh digunapakai di Malaysia?

Menurut Zairil, ini tidak pelik dan boleh berlaku kerana ia menggambarkan keperluan dan
aspirasi peringkat wilayah dan politik yang berbeza-beza. Bukan sahaja negara maju seperti Jerman
mengamalkannya tetapi negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina juga turut
mempraktikkan bentuk pakatan tersebut.

Yang menggabungjalinkan mereka walaupun berbeza ideologi ialah kerana setiap pakatan bersifat
sementara atau tidak tetap dan tertakluk oleh perjanjian persefahaman yang bertempoh.

Inilah juga yang dinyatakan oleh Seigfried Herzog, Pengarah Wilayah Asia Selatan dan Timur,
FnF, ketika memberi ucaptama dalam Dialog Politik pada 20 September lalu.

Menurutnya, satu bentuk dokumen perjanjian diperlukan untuk memastikan kelestarian pakatan
parti politik.

“Tanpa dokumen perjanjian itu, sesebuah pakatan tidak boleh dibentuk atau bertahan lama”,
katanya.

Selain itu, tambahnya, parti-parti yang terlibat perlu bersetuju dengan tempoh masa untuk
perjanjian dan struktur tatakelola pakatan berkuatkuasa.

Berpandukan di atas, saya boleh merumuskan syarat asas kepada sesebuah pembentukan pakatan
atau gabungan seperti berikut:

Pertama, wujudnya terma rujukan atau dokumen asas perjanjian bertulis (semasa Pakatan Rakyat
dahulu, ini ialah apa yang disebutkan sebagai dokumen Kerangka Polisi Bersama);

Kedua, wujudnya dasar dan prinsip bersama yang dipersetujui;

Ketiga, wujudnya struktur tatekelola pakatan termasuk kaedah pembuatan keputusan dan
timbangtara yang jelas, dan

Keempat, wujudnya tempoh masa pakatan yang bersesuaian.

Empat sahaja syarat asas tetapi setiap satunya membawa pemberat yang tinggi.

Justeru, dengan masa kurang daripada 24 jam antara tempoh artikel ini ditulis dan rundingan meja
bulat pakatan pembangkang baharu, saya berharap di bawah kepimpinan ketua pembangkang dan
dengan kehadiran pimpinan parti pembangkang tanpa syak wasangka atau prejudis serta kefahaman
 terhadap apa yang terpenting dan terutama, maka rundingan meja bulat dapat dijayakan demi
kepentingan rakyat dan negara.

Saya akhiri dengan kata-kata penutup Dr Wan Azizah berikut:

"Lastly, we will only succeed if we apply humility, respect and sincerity as the tone of our
approach to coalition building. We must go beyond narrow interest and use our collective wisdom
from our rich political coalition experience.

On 22 September a round table meeting among key opposition parties may decide if it is a bloc,
coalition, electoral pact or just a divided opposition.

On 22 September will be our moment of truth if we continue to deserve the support and mandate to lead all those that have shown what 'Yellow' is and what 'Red' is not.

On 22 September will be our day of reckoning if we move together towards a common future or
remain stuck in a self-made political prison of the past.

Finally, a coalition by any name or configuration is just a means to an end which must be a Better
Malaysia for All and I end with a quote from Anwar Ibrahim; “Let us put aside all other
considerations and differences, and focus upon this great struggle to save Malaysia.”

("Akhir sekali, kami hanya akan berjaya jika kita mengamalkan sikap rendah hati, hormat dan
ikhlas sebagaimana bunyi pendekatan kami ke bangunan gabungan. Kita mesti melampaui
kepentingan sempit dan menggunakan kebijaksanaan kita bersama daripada pengalaman gabungan
kaya politik kita.

Pada 22 September mesyuarat meja bulat di kalangan parti-parti pembangkang utama boleh
membuat keputusan jika ia adalah blok, gabungan, pakatan pilihan raya atau hanya pembangkang
dibahagikan.

Pada 22 September akan menjadi masa kami yang benar jika kita terus berhak mendapat sokongan
dan mandat untuk membawa semua orang-orang yang menunjukkan apa yang “kuning” dan apa
yang “merah” adalah tidak.

Pada 22 September akan menjadi hari kami pembalasan jika kita bergerak bersama-sama ke arah
masa depan yang sama atau terus terperangkap dalam penjara politik buatan sendiri yang lalu.

Akhir sekali, gabungan dengan apa-apa nama atau konfigurasi adalah hanya satu cara ke akhir yang
perlu menjadi Malaysia yang lebih baik untuk semua dan saya berakhir dengan petikan dari
Anwar Ibrahim; "Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan
 memberi tumpuan kepada perjuangan yang besar untuk menyelamatkan Malaysia.)

Semoga segala tindak tanduk kita diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah dan mendapat
keberkatan dan RahmatNya sebagaimana Nabi merapatkan hubungan antara Auz dan Khazraj,
antara Muhajirin dan Ansar. – 21 September, 2015.

* Syed Ibrahim Syed Noh ialah ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/beri-peluang-kepada-pakatan-pembangkang-baharu-syed-ibrahim#sthash.FieyoVdk.dpuf

Sumber DD - 22-9-2015


Kesepakatan politik

Posted on Tuesday, September 22 @ 12:00:58 MYT by paktam

ArtikelOleh Amin Ahmad

Selepas berjaya menafikan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum
2008 dan 2013, kita melihat politik pembangkang di Malaysia kini begitu 
 bercelaru.

Apa yang boleh dihitung sebagai ‘nasib baik’ kepada pembangkang ialah
 situasi BN, parti pemerintah sejak lebih 50 tahun lalu yang masih belum menunjukkan mereka
sudah pulih sepenuhnya daripada kejutan sejak dua pilihan raya umum lalu.

Hari ini, sebagai usaha menangani kecelaruan yang ada, parti-parti pembangkang dilaporkan akan
mengadakan sidang meja bulat. Saya tidak begitu pasti mengenai langkah-langkah BN dalam
menyusun semula kerjasama pelbagai parti pemerintah.

Daripada retorika politik yang boleh dibaca di pelbagai media, tidak nampak usaha jelas kedua-dua
kerjasama politik untuk memulihkan situasi masing-masing.

Kita tahu sebelum ini, Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga buah parti yang mempunyai kedudukan
setara. Sementara itu, BN yang lebih lama wujud ada hierarki yang jelas menggambarkan struktur
‘kuasa’.

Situasi ini memberi peluang kepada kita untuk meninjau lebih lanjut perkembangan demokrasi dan
kebebasan di Malaysia.

Kemajmukan

Sebenarnya, penting untuk difahami politik wujud kerana manusia sentiasa berbeza pendapat, tidak boleh bersetuju semua perkara hampir setiap masa. Maka, perbezaan pandangan dalam politik adalah keniscayaan.

Namun, demokrasi bukanlah segalanya. Pilihan raya mungkin diterima sebagai satu ciri penting
untuk menunjukkan sesebuah negara mengamalkan demokrasi tetapi kualiti demokrasi tidak
terbatas setakat itu.

Indeks Demokrasi 2014 menunjukkan, daripada jumlah 167 buah negara, hanya 24 buah negara
mencapai tahap demokrasi penuh sementara 52 negara dikategorikan tempang demokrasinya, 39
negara mencapai status rejim hibrid dan 52 lagi dikuasi rejim autoritarian.

Kualiti demokrasi yang ada diukur berasaskan beberapa ciri penting yang saling terkait: proses
pilihan raya dan daya saing pelbagai parti/calon, kebebasan sivil, kerajaan yang berfungsi,
penyertaan politik dan budaya politik.

Kemajmukan sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri dalam menjamin kebebasan. James Madison
misalnya, pernah menyatakan: “The smaller the society, the fewer probably will be the distinct
parties and interests composing it; the fewer the distinct parties and interests, the more frequently
will a majority be found of the same party; and the smaller the number of individuals composing a
majority, and the smaller the compass within which they are placed, the more easily will they
concert and execute their plans of oppression.” (Federalist Paper No. 10 (1787))

Namun, dalam kita mahu menegaskan bahaya ‘kuasa tidak terbatas’ kerajaan atau kebarangkalian
‘kezaliman majoriti’ (tyranny of the majority), risiko yang mungkin dihadapi ialah kerajaan yang
langsung tidak dapat berfungsi, meskipun bagi tujuan yang sahih.

Diplomasi

Di sesetengah negara, demokrasi yang diamalkan mengambil bentuk perwakilan berkadar
(proportional representation). Ini bertujuan membolehkan wakil-wakil di dewan rakyat/negara
terdiri daripada pelbagai pihak – tidak seragam. Lazimnya, parti-parti yang bertanding perlu
 mencapai tahap undi minima untuk membolehkan mereka mempunyai wakil.

Kelebihannya jelas. Dasar-dasar yang ingin dilaksanakan perlu menimbang pelbagai sudut pandang
 yang ada. Parti-parti yang membentuk kerajaan boleh mengimbangi jenis dasar yang hendak
dikemukakan agar lebih mewakili majoriti.

Namun, pembentukan kerajaan lebih sulit. Di Turki baru-baru ini, Ahmed Davutoglu hampir sahaja
gagal membentuk kerajaan kerana tidak dapat memujuk parti-parti lain untuk membentuk majoriti
yang cukup. Kerajaan yang terbentuk juga boleh menjadi sangat tidak stabil dan mudah terbubar.
Ini pernah terjadi di Jerman ketika Free Democratic Party (FDP) memutuskan keluar daripada
kerjasama dengan parti yang jauh lebih besar dalam kerajaan, Christian Democratic Party (CDU).

Di United Kingom, sejak sistem First Past The Post (FPTP) digunakan, majoriti lebih mudah
ditentukan. Namun, pada tahun 2010, parti Konservatif dan Liberal terpaksa membuat kerjasama
untuk membentuk kerajaan, di mana gabungan mereka adalah yang pertama dalam sejarah politik
negara itu.

Real-politik

Kerjasama politik tidak semestinya gagal, tetapi ia melibatkan banyak kompromi. Ini menjadikan
kemahiran dan seni mempengaruhi dan berdiplomasi amat penting bagi seorang ahli politik. Di
negara berbilang kaum dan agama khususnya, diplomasi politik menjadi terlebih penting.

BN boleh dianggap berjaya menghimpunkan pelbagai parti, menjadikan kerjasama politik pelbagai
kaum. Namun, model pelbagai kaum ini kelihatan semakin teruji.

BN sendiri goyah mempertahankannya. Ini khususnya boleh dilihat melalui retorika pemimpin dan
penyokong Umno. Bagaimanapun, parti-parti pembangkang yang sebelum ini dilihat berupaya
menyaingi model pelbagai kaum yang dibawakan BN, nampak lebih goyah dalam menangani
asakan retorika pemimpin dan penyokong Umno.

Adakah parti-parti pembangkang akan berjaya mencapai satu persefahaman baru dalam rundingan
hari ini? Saya kurang yakin.

Saya percaya ia memerlukan tempoh lebih lama, sekurang-kurangnya enam bulan untuk
membolehkan perbincangan lebih tersusun dan matang. Namun, adakah mereka mempunyai
tempoh masa selama itu untuk memulihkan dan mengekalkan keyakinan ramai? Bagaimanakah
jika selepas tempoh itu tidak ada sebarang hasil yang positif?

Sementara itu, BN dan parti-parti pembangkang boleh belajar daripada keputusan pilihan raya di
Singapura. Parti pemerintah yang mendengar dan memberi maklum balas sewajarnya diberi mandat
lebih besar dan parti-parti pembangkang, meskipun lebih tersusun dan menikmati ruang demokrasi
yang lebih baik, kalah teruk kerana tidak cukup meyakinkan – tidak ada ketua yang jelas dan
agenda bersama.

Pengundi mahu memilih kerajaan yang baik, bukan pembangkang yang tidak mahu menjadi
kerajaan. – 22 September, 2015.

* Penulis merupakan pengarah eksekutif, Institute for Leadership and Development Studies 
(LEAD).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kesepakatan-politik-amin-ahmad#sthash.YNIIL69D.dpuf      

Sumber DD - 22-9-2015


Pakatan 2.0, mereka mahu tewaskan UMNO
Posted on Tuesday, September 22 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Assalamualaikum,,  

Persidangan meja bulat bakal membentuk Pakatan 2.0 dan persidangan ini
tidak akan dihadiri PAS.Persidangan yang bertujuan membentuk Pakatan 2.0 yang akan ada
kerangka utamanya untuk menumpaskan BN atau tegasnya UMNO kerana UMNO adalah
pemerintah yang zalim yang wajib ditentang, demikian kata kata Dr.Badrulamin yang turut berkata
dalilnya qatie atau tuntas yang tidak boleh ada perbezaan pendapat.Tidak boleh ada pendapat
selain UMNO itu zalim dan wajib ditentang.

Itulah yang akan menjadi fokus utama Pakatan 2.0 yang akan disertai bersama oleh DAP, satu
parti yang sebenarnya tak ada wajib dan haram dalam kamus mereka,yang ada hanyalah nilai
sejagat yang menyamai secara fizikal tetapi tiada roh dengan wajib dan haram itu.Arak tidak
haram kepada mereka dan tidak boleh diharamkan penjualannya ke atas orang Islam.

Menurut Dr.Badrulamin, tidak mengharamkan penjualan arak ke atas orang Islam itu tidak zalim,
penolakan hukum hudud ke atas orang Islam tidak zalim tetapi apa saja yang UMNO lakukan itu
zalim dan wajib ditentang, tiada khilaf!

Pakatan 2.0 bakal dibentuk untuk menumpaskan sizalim UMNO tanpa mengambil kira apa jua
bentuk kezaliman yang ada di dalam Pakatan 2.0.Dr Badrulamin boleh mengenepikan aspek
kezaliman dalam Pakatan 2.0 semata mata mahu menumpaskan UMNO.Itu keutamaan yang mesti
diberi perhatian, perbezaan pendapat di kalangan Pakatan atau pembangkang tidak boleh dihukum,
dengan hukuman hukuman seperti jebon dan barua sebaliknya perbezaan pendapat hatta sehingga
tertubuhnya parti lain itu mesti diraikan bukan dihukum.Sebab yang utama ialah menewaskan
UMNO.Tidak boleh ada perbezaan pendapat tentang itu sekaligus tidak perlu disemak tindak
tanduk penentang UMNO samaada dalam garis panduan ugama atau tidak kerana yang utama
UMNO mesti ditewaskan dulu.

Inilah seruan yang berkumandang menjelang penubuhan Pakatan 2.0, sebab itu kong kalikong PKR
sejak bermulanya krisis PAS dan DAP diketepikan sebaliknya PKR dengan DSWA tampil untuk
jadi ketua.Slogannya tewaskan UMNO walau dengan apa cara sekalipun.

Apapun PAS tidak berminat sebabnya untuk menumpaskan kezaliman dengan kezaliman dan atas
kemaslahatan ini, PAS mungkin akan berada di kedudukan tengah tengah antara UMNO dan
Pakatan 2.0 dan mungkin akan terpaksa membuat pilihan antara dua kemudaratan yang dibawa oleh UMNO dan pakatan 2.0, untuk itu pertimbangan kepada kurang kemudaratan akan diambil kira, bukannya menghukum perbezaaan pendapat selain 
pendapat UMNO itu zalim!

Sumber TKO - 22-9-2015



Muafakat Penubuhan Pakatan Harapan - Anwar PM Jika
PH Menang PRU-14

Posted on Tuesday, September 22 @ 14:24:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Kenyataan Media

Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran
Dato’ Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan,
rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan
permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.

Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih
berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya
sebuah pakatan pembangkang yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah
tadbir dan kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam
Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk
menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara
(PAN) berkuatkuasa hari ini.

Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan
ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian
pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.

Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik
yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon
Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani
 kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti
yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan
dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk
kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.

Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke
arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran
undang-undang.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

YB SAUDARA LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

Sumber TKO - 22-9-2015



Rundingan Meja Bulat..Parti-Parti Politik dan NGO sedang berlangsung di Hotel Empire,
Subang

Posted on Tuesday, September 22 @ 12:50:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Lensa

Rundingan Meja Bulat.. Parti-Parti Politik dan NGO sedang berlangsung di Hotel Empire, Subang
pagi ini... tanpa kehadiran daripada PAS.












Pemerhati swasta ke ni?


Gambar Kredit:
Dr Wan Azizah Wan Ismail
 

Sumber TKO - 22-9-2015


PR 2.0 tiada makna tanpa PAS - Dr. Mohamed Mustafa
Posted on Tuesday, September 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Analisis Isu

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat 2.0 tidak akan membawa apa makna tanpa kehadiran PAS dalam
gabungan baru parti pembangkang itu, demikian telahan penganalisis politik Datuk Dr. Mohamed
Mustafa Ishak.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN)
itu berkata, tanpa PAS PR 2.0 akan menjadi sekadar satu perhimpunan antara DAP, PKR dan
Parti Amanah.

"Saya melihat kalau tanpa penyertaan PAS perbincangan ini tidak akan membawa apa-apa makna,
kerana ia hanya sekadar menjadi perhimpunan antara DAP, PKR dan Parti Amanah.

“Semua orang tahu bahawa PKR, DAP dan Amanah memang telah pun bekerjasama. Mereka
memang berusaha untuk membentuk satu pakatan walaupun PKR cuba berusaha untuk meneruskan
hubungan dengan PAS.

"Dalam konteks penyertaan PAS dalam PR 2.0 bergantung kepada dua keadaan, satu bagaimana
dengan hubungan PAS-DAP dapat dipulihkan dan kedua lebih sukar antara hubungan PAS-
Amanah kerana PAS melihat Amanah adalah serpihan daripada PAS" katanya ketika dihubungi
Antarapos.

Justeru situasi krisis dalaman antara PAS-DAP-PKR-Amanah meninggalkan satu tanda tanya,
bolehkah PAS duduk semeja dengan DAP-Amanah yang secara terang-terangan tidak mahu
berbincang dengan parti Islam berkenaan.

"Saya fikir PAS tidak akan turut serta selagi Parti Amanah ada di situ dan selagi isu dengan DAP
tidak selesai."

"Pada saya bolehkah mereka bekerjasama dengan PAS diketika PAS menghadapai masalah dengan
dua lagi parti yang ada dalam pakatan baru ini. Kerana kita tahu bahawa Parti Amanah akan
gantikan PAS. Jadi sebab itu saya fikir meja bulat ini tidak akan bawa apa-apa makna melainkan
hanya untuk mengesahkan Parti Amanah mengambil alih tempat PAS."

Dalam perkembangan berkaitan, beliau terus menolak dakwaan sama ada PKR terhimpit dengan
kemelut berkenaan yang disifatkan beliau sebagai survival PKR bagi terus memegang tampuk
pemerintahan kerajaan negeri Selangor.

"PKR tidak tersepit sebetulnya. PKR lebih memikirkan bagaimana hendak pertahankan Selangor
sebab itu PAS penting kerana Selangor. Kalau PKR boleh memerintah Selangor dengan hanya
bekerjasama dengan DAP, maka sudah pasti mereka akan ambil pendirian yang sama terhadap
PAS."

"Tetapi di Selangor pertaruhannya adalah amat besar sebab itu mereka tidak bersedia untuk
mengenepikan PAS kerana penting untuk kestabilan kerajaan Selangor,” tambahnya.

Mustafa berkata, dalam konteks yang lebih mendalam, PKR sememangnya tidak memerlukan
PAS secara total kerana Amanah menjanjikan alternatif yang lebih baik kepada PKR dan DAP.

"Dalam konteks yang lebih jauh (selain kerjasama dalam kerajaan Negeri Selangor) saya fikir PKR
tidak begitu perlukan sangat PAS berbanding dahulu kerana mereka sudah ada Amanah.

“Soal sama ada Amanah ini boleh berjaya menarik sokongan PAS, itu perkara lain tetapi bagi
mereka, Amanah sudah cukup untuk membantu mereka cuma mereka bimbang keadaan sekarang
ini sehingga PRU akan datang.”

PKR menerusi Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menjemput
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu untuk menyertai persidangan meja bulat itu.

Ia untuk membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah
pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru.

Bagaimanapun, PAS hari ini mengesahkan tidak akan hadir persidangan meja bulat bersama
parti-parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Ia disahkan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh. -
ANtaraPOS

Sumber TKO - 22-9-2015



PAS sah tak hadir meja bulat bincang Pakatan Rakyat 2.0
hari ini

Posted on Tuesday, September 22 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita

SHAH ALAM: PAS mengesahkan tidak akan hadir persidangan meja bulat bersama parti-parti
pembangkang bagi membincangkan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh berkata
demikian ketika mengulas keengganan parti itu memberikan kata putus untuk hadir ke rundingan
dianjurkan oleh PKR.

"Biarlah mereka berunding dahulu. Jika rundingan itu pun lebih awal daripada Mesyuarat PAS
Pusat, terpulanglah. Kami tidak akan pergi selagi tiada keputusan.

"Kita tidak berapa berminat untuk berbincang," katanya kepada Antarapos.

Difahamkan, pimpinan PAS Pusat hanya akan bermesyuarat selepas perayaan Aidiladha.

Nik Zawawi berkata, tidak ada keperluan untuk parti-parti pembangkang menubuhkan Pakatan
Rakyat 2.0, sedangkan acuan dan hala tujunya tetap sama dengan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

"Kita sudah ada Pakatan Rakyat, mereka nak buat Pakatan Rakyat 2.0 terpulanglah. Kita setia
dengan janji dan prinsip. Bukan macam pihak lain, nak buat kemudian keluar. Sebab itu PAS
bertenang sebab kita sudah ada PR," demikian menurutnya.

Bukan itu sahaja, tambah Nik Zawawi, pimpinan PAS Pusat tidak membincangkan soal penubuhan
Pakatan Rakyat 2.0, malah Majlis Syura Ulama yang berperanan penting dalam penentuan dasar
parti itu juga tidak menyentuh perkara berkenaan.

Pendirian itu senada dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan pada hari
ini yang berkata parti itu tidak berminat menyertai gabungan baru pembangkang kerana hubungan
PAS dalam Pakatan Rakyat masih utuh.

Beliau juga menyifatkan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 masih kabur dan belum digerakkan
sepenuhnya.

Persidangan meja bulat anjuran PKR esok dikatakan akan membincangkan resolusi ke arah
pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 selepas Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan tidak lagi wujud pada
Julai lalu akibat kemelut berterusan antara PAS dan DAP.

Pakatan Rakyat 2.0 dikatakan bakal dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah).

Keengganan PAS terlibat dalam gabungan pembangkang yang baru itu berkait rapat dengan
hubungan tidak baiknya dengan DAP dan penolakan terhadap Amanah yang ditubuhkan oleh
bekas kumpulan progresif PAS yang tidak sebulu dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang.

Sumber TKO - 22-9-2015




Pas tolak Pakatan Rakyat 2.0 bukan sebab rasa hebat –
Nasrudin

Posted on Monday, September 21 @ 15:33:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tindakan Pas memutuskan untuk tidak menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bukan disebabkan parti
itu merasakan mereka hebat dan lebih baik daripada parti-parti lain, kata Ketua Penerangannya,
Nasrudin Hassan.

Jelasnya, Pas mempunyai pendekatan dan strategi sendiri dalam menghadapi Pilihan Raya 

Umum Ke-14 (PRU14) dan tanpa perlu terperangkap di dalam permainan politik daripada 

rakan pakatan mereka.



“Kita tidak mahu menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak baik dan terjerumus dalam 

satu situasi yang keliru dan terumbang ambing dalam percaturan politik semasa sedang PRU14 

semakin hampir.



“Masih banyak ruang ijtihad dan tindakan politik yang boleh dilaksana dan direncanakan 

sebagai persiapan Pas mendepani PRU 14 kelak. Ianya akan dihalusi, dicermati dan 

 dimusyawarahkan sebaik mungkin.



“Pas tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya dan menang disamping Pas 

mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersahabat dan mendukung cita-cita perjuangan 

Pas untuk sama-sama menghayun tangan melangkah kaki menuju kejayaan dan kemenangan 

di dunia dan akhirat,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata demikian menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 

sebelum ini yang menegaskan tiada tahalul siyasi bersama pengkhianat.



Ahli Parlimen Temerloh itu menyifatkan tindakan dan keputusan Abdul Hadi itu tepat dan 

pintar kerana isu Pakatan Rakyat 2.0 tidak berbangkit disebabkan Pas masih lagi menjalinkan 

kerjasama dengan PKR.



“Pakatan Rakyat 2.0 belum wujud malah usaha mewujudkannya juga masih kabur dan Pas 

tidak berminat mewujudkan versi 2.0 itu kerana Pakatan Rakyat versi asal masih utuh dan apa 

yang perlu ialah mengukuhkan versi asal dengan komitmen yang sudah jelas sebelum ini dan 

membuat penerokaan baru yang efektif kepada Pakatan Rakyat.



“Pakatan Rakyat 2.0 turut melibatkan DAP sedangkan Pas baru sahaja dikhianati oleh DAP 

yang menyerang Pas dari segenap sudut termasuk mensasarkan peribadi Presiden PAS.



“Malah serang saraf dan provokasi DAP terhadap Pas belum berakhir sehingga hari ini,” 

tegasnya.



Selain itu kata Nasrudin, Pas tidak boleh bertolak ansur dan tidak boleh mengiktiraf sikap dan 

tindakan bekas pimpinan dan ahli Pas yang menikam Pas dari belakang, yang mana mereka 

telah menubuhkan parti baru untuk berdepan dengan Pas.



Tegasnya, pengkhianat mesti dikekalkan rasa bersalahnya disepanjang zaman sehingga ia 

menyesal dan kembali bertaubat kepada Allah.



“Mengiktiraf pengkhianat akan menghilangkan rasa bersalah mereka yang terlibat. Ini sangat 

tidak baik untuk sebuah perjuangan rakyat apatah lagi perjuangan Islam.



“Penegasan begini bukan angkuh namanya. Bukan sombong dan ego. Sebaliknya ia adalah 

penegasan yang berpaksi kepada prinsip dan maruah perjuangan,” ujarnya.







Sumber TKO - 21-9-2015


Pas mungkin diperguna dalam PR 2.0 - Azman Shapawi

Posted on Monday, September 21 @ 15:30:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Semasa

KUALA TERENGGANU – Kesemua parti khususnya PKR, DAP dan Parti Amanah Negara 

disifatkan sangat berhajat supaya Pas sertai PR 2.0.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, ini sebab 

kekuatan yang ada pada Pas tiada pada parti lain dan Pas dilihat boleh membantu menampung 
kekuatan ketiga-tiga parti itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kekuatan Pas mungkin dipergunakan pihak terlibat untuk 

memastikan sokongan rakyat terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau berlaku pilihan raya pada bila-bila masa, sudah tentu tenaga Pas diperlukan untuk 

membantu. Kalau kita dalam PR 2.0, kita perlu bertungkus-lumus untuk bekerja (termasuk 
memenangkan calon parti lain dalam PR 2.0). Di sini, kekuatan Pas dipergunakan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub dalam 

kenyataannya sebelum ini memberitahu pendirian Pas untuk tidak menyertai PR 2.0 akan 
memudahkan penubuhan pakatan yang baharu itu, beliau percaya penyertaan Pas sangat 
diharapkan kerana Pas mempunyai akar umbi yang kuat.

“Pas ada di seluruh tempat dan seluruh negara, DAP pula sekitar bandar, PKR di sekitar Pantai 

Barat dan tidak begitu kuat di Pantai Timur manakala Parti Amanah Negara tidak tahu bila 
hendak ditubuhkan.

“Jadi, Pas ada di seluruh negara yang tiada pada parti lain. Pas sudah lama dikenali, tidak perlu 

diperkenalkan lagi serta ada ‘track record’. PKR, DAP dan Parti Amanah Negara walaupun 
bercakap seolah-olah bermusuh dengan Pas tetapi sangat perlukan Pas,” katanya.

Sementara itu, beliau turut sependapat dengan pemimpin Pas yang lain bahawa hasrat PKR 

untuk bekerjasama dengan mana-mana parti selain Pas tidak boleh dihalang. - SInar Harian 

Sumber TKO - 21-9-2015





































































































Pakatan Rakyat 2.0: Pendirian Presiden PAS

didukung

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 adalah didukung oleh seluruh saf
kepimpinan PAS masa kini.

"Malah menyifatkannya sebagai keputusan yang tepat dan pintar," ujar Ketua Penerangan PAS
Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Riuh rendah negara membincangkan situasi masa depan politik pembangkang apabila Presiden
PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada tahaaluf siasi
(kerjasama politik yang diikat denga terma syarat) bersama pengkhianat.

Penegasan Tuan Guru Presiden PAS berkait isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0
adalah didukung oleh seluruh saf kepimpinan PAS masa kini. Malah menyifatkannya sebagai
keputusan yang tepat dan pintar.

Ianya didirikan diatas beberapa noktah:

i - PAS masih dalam Pakatan Rakyat. Ini semua orang tahu. Kita hanya terputus tahaaluf dengan DAP tetapi tidak dengan Pakatan Rakyat yang masih mempunyai dua kompenan tahaaluf iaitu PAS dan PKR.

ii - Justeru itu tidak berbangkit isu Pakatan Rakyat 2.0 sementara komitmen PAS masih dalam
Pakatan Rakyat.

iii - Pakatan Rakyat 2.0 belum wujud malah usaha mewujudkannya juga masih kabur dan PAS
tidak berminat mewujudkan versi 2.0 itu kerana Pakatan Rakyat versi asal masih utuh dan apa
yang perlu ialah mengukuhkan versi asal dengan komitmen yang sudah jelas sebelum ini dan
membuat penerokaan baru yang efektif kepada Pakatan Rakyat.

iv - Usaha mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0 turut melibatkan DAP dan Parti Pekerja Malaysia
(yang diberi nama Parti Amanah Negara).

v - Sedang PAS baru sahaja dikhianati oleh DAP yang menyerang PAS dari segenap sudut
termasuk mensasarkan peribadi Presiden PAS. Malah serang saraf dan provokasi DAP
terhadap PAS belum berakhir sehingga hari ini.

vi - PAS tidak boleh bertolak ansur dan tidak boleh mengiktiraf sikap dan tindakan bekas
pimpinan dan ahli PAS yang menikam PAS dari belakang, kemudian bertindak keluar PAS lalu
menubuhkan parti baru untuk berdepan dengan PAS pula dipentas politik tanah air.

v - PAS tidak mahu ia menjadi precedent case kepada umum. Khianat kemudian diterima
sebagai kawan. Khianat kemudian diterima sebagai kawan. Khianat kemudian diterima sebagai
kawan. Precedent sebegini akan merosakkan kesejahteraan iklim politik negara justeru ia
mengheret negara menghalalkan sebuah pengkhianatan politik.

vi - Pengkhianat mesti dikekalkan rasa bersalahnya disepanjang zaman sehingga ia menyesal
dan kembali bertaubat kepada Allah swt. Mengiktiraf pengkhianat akan menghilangkan rasa
bersalah mereka yang terlibat. Ini sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan rakyat apatah lagi perjuangan Islam.

vii - Penegasan begini bukan angkuh namanya. Bukan sombong dan ego. Sebaliknya ia adalah
penegasan yang berpaksi kepada prinsip dan maruah perjuangan. Ia dibuat dengan segala
kerendahan diri kepada Allah swt yang memerintahkan kita agar memelihara kemuliaan Islam
dan perjuangannya.

viii - Sementelah kompenan Pakatan Rakyat 2.0 sendiri masih dalam keadaan keliru dan
dilemma. Parti yang baru ditubuhkan itu (mengambil alih parti lama) masih belum jelas hala
tuju dan tidak diketahui umum perlembagaan partinya, kecuali mereka bermaksud meneruskan
dasar dan perlembagaan parti lama itu sendiri sebagai Parti Pekerja Malaysia yang berhaluan
kiri.

ix - Usahkan perlembagaan, nama parti yang baru pun belum disahkan secara muktamad oleh
pendaftar pertubuhan.

x - Lebih mengelirukan, presiden parti baru itu sendiri jelas nyatakan sikapnya tidak perlukan
PAS dan tidak yakin untuk bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0, timbalan
presidennya pula berkata, marilah menyertai Pakatan Rakyat 2.0 dan naib presidennya pula
berkata PAS adalah musuh politik no. 1 mereka.

xi - Ertinya, sesama mereka terlebih dahulu kena duduk berbincang dan bermusyawarah untuk
mencari kesepakatan sebelum mengundang PAS apatah lagi untuk menganggap PAS sombong
dan angkuh.

Penegasan YB Tuan Guru Presiden PAS tidak mahu PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0 itu
sangat tepat dan pintar. Bukan kerana menganggap hanya PAS yang hebat dan PAS lebih baik
dari yang lain, tetapi kerana tidak mahu menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang tidak baik
dan terjerumus dalam satu situasi yang keliru dan terumbang ambing dalam percaturan politik
semasa sedang PRU14 semakin hampir.

PAS mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri dalam menghadapi PRU14 dan berusaha
memenanginya. Masih banyak ruang ijtihad dan tindakan politik yang boleh dilaksana dan
direncanakan sebagai persiapan PAS mendepani PRU14 kelak. Ianya akan dihalusi, dicermati
dan dimusyawarahkan sebaik mungkin.

Insya Allah, PAS tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya dan menang di samping
PAS mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersahabat dan mendukung cita-cita
perjuangan PAS untuk sama-sama menghayun tangan melangkah kaki menuju kejayaan dan
kemenangan di dunia dan akhirat. - HARAKAHDAILY 21/9/2015

Sumber HD - 21-9-2015


Pertemuan Meja Bulat Untuk Selamatkan Parti AMANAH
Posted on Friday, September 18 @ 21:29:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Artikel

Sebelum ini kita difahamkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 

mengumumkan pertemuan meja bulat antara parti pembangkang yang akan diadakan pada 
Selasa depan yang turut dihadiri PAS.

Keesokkannya pula Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan ada tahaluf 

dengan pengkhianat. Malah ucapan ini sebenarnya banyak kali disebut dalam pertemuan dengan 
ahli PAS bahawa pengkhianat perjuangan Islam lebih buruk dan jahat daripada musuh Islam.

PKR memang bergantung harap kepada PAS dalam pejuangannya. Daripada Presidennya Dr 

Wan Azizah, Naib Presiden Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua semuanya mengeluarkan 
kenyataan bahawa PAS perlu dalam Pakatan Rakyat bagi menumbang UMNO dan Barisan 
Nasional.

Sifir mudah untuk melihat kekuatan PAS, walaupun ada yang mengatakana PAS akan terkubur 

apabila parti baru AMANAH ditubuh ialah Himpunan BERSIH 4 baru-baru ini. Kehadiran 
Melayu sangat kurang sekitar 5-10% menunjukkan kumpulan 18 GHB dan AMANAH tidak 
langsung memberikan kesan kepada orang Melayu.

Malah ada yang mengatakan apabila mereka ini hiprokrit dalam soal lompat parti dan sumpah 

janji setia kepada parti membuatkan orang Melayu Islam mula tidak percaya kepada pimpinan 
AMANAH kerana mereka ini bila-bila masa sahaja boleh batalkan janji mereka kepada rakyat. 
Kalau parti pun mereka boleh berbohong apatah lagi kepada rakyat.



Bagi PKR, PAS adalah talian hayat parti mereka. Jika PKR putuh hubungan dengan PAS maka 

saya boleh kata PKR juga tidak hidup lama, apatah lagi AMANAH sedang giat menarik ahli-ahli
PKR untuk menyemberangi mereka. PKR walaupun nampak tenang tetapi sebenarnya sedang 
bergolak begitu hebat. Sebahagian yang sudah bosan dengan pergolakan dalam parti ini, telah 
mula menaruh hati kepada AMANAH dan PAS.

Tapi saya lebih berpendapat Pertemuan Meja Bulat ini adalah untuk menyelamatkan parti 

AMANAH. kenapa saya berpendapat demikian?

Dulu Dr Zulkifly Ahmad ada berkata tidak mustahil parti baru akan bertembung dengan PAS di 

beberapa kerusi. Malah salah seorang AJKnya si Phahrolrazi Zawawi pernah berkata bahawa 
parti baru tidak akan merebut kerusi dengan PKR dan DAP. Kalau begitu sudah pasti mereka 
akan bertanding di kerusi kawasan PAS iaitu kawasan Melayu.


Sebelum tertubuhnya AMANAH mereka begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat 2.0 akan 

ditubuhkan tanpa PAS (lihat gambar atas pertemuan untuk PR 2.0 dan 3 pertemuan awal 
menepikan PAS), tetapi setelah tubuh parti AMANAH setelah 35,000 borang diedarkan tapi 
yang dapat tidak lebih daripada 10,000 sahaja (saya dapat maklumat sulit daripada orang 
dalam AMANAH, tapi saya masih belum ada bukti kukuh untuk penulisan secara tepat. Pasal itu saya hanya menulis artikel "Ahli Baharu Parti AMANAH 30,018 orang, Kenapa Berbohong?")

Mereka mula sedar kekuatan mereka hanya pada pmimpinan dan golongan elit, NGO Islam 

seperti IKRAM, ISMA, HALUAN dll sedangkan NGO Islam ini pun ada komitmen NGO 
masing-masing.

Mereka ini tidak mendapat sokongan daripada golongan grasswood, malah golongan akar umbi 

masih teguh bersama PAS.


Sebagai contoh mudah, dulu war-war bahawa Terengganu adalah negeri paling ramai mohon 

jadi ahli PASMA tetapi Raja Bahrin hanya mampu berikan 129 borang keahlian semasa 
roadshow parti AMANAH di Terengganu.

Bersih 4 lagi parah, gambar pimpinan AMANAH hanya bersendirian tanpa sebarang sokongan 

orang Melayu disekitarnya. (Saya ada menulis di sini dengan tajun "MENCARI WAJAH 
MELAYU DI HIMPUNAN BERSIH 4". Saya cabar mana-mana pembaca yang tak setuju 
boleh hantar kepada saya gambar pimpinan AMANAH yang hadir bersama dengan golongan 
Melayu yang lebih daripada 20 orang)























Atas kesedaran itu maka untuk menyelamatkan kerusi AMANAH, PAS perlu ada dalam 

Pakatan Rakyat 2.0. Jika PAS datang berunding sekurang-kurang-kurang Mat Sabu boleh 
menarik nafas lega pasal AMANAH boleh minta kerusi tertentu atas dasar semangat Pakatan 
Rakyat 2.0. Mat Sabu cerdik dalam hal ini dia rela untuk berjumpa Hadi dan mencium tangan 
Hadi!! Ini Politik cari makan untuk ke Putrajaya.


Saya harap pimpinan PAS tidak tertipu dengan parti AMANAH yang TIDAK AMANAH lagi 

temberang ini. Dulu nak ketepikan PAS, nak kasi PAS mampus macam kata-kata Dato' Wan 
Rahim tapi sekarang kenapa sanggup jumpa Hadi dan nak Hadi hadir meja bulat?


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO -18-9-2015


Persidangan meja bulat ke arah pembentukan Pakatan baru

Posted on Thursday, September 17 @ 23:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Mutakhir ini, pelbagai kemelut negara akibat ketempangan kepimpinan
kerajaan di bawah YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri
telah membebankan rakyat. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi supaya
parti-parti pembangkang di negara ini bersatu dalam sebuah pakatan yang
harmoni demi tujuan bersama membela rakyat dan menewaskan
Umno/Barisan Nasional.

Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah mengambil inisiatif untuk duduk
berbincang dengan pimpinan parti-parti pembangkang utama sejak sebulan
yang lalu. Alhamdulillah melalui pertemuan-pertemuan ini, saya yakin ada kesepakatan yang kukuh ke
arah membentuk sebuah pakatan pembangkang baru seperti yang dikehendaki rakyat.

Justeru, saya dengan penuh keinsafan dan harapan akan menganjurkan satu persidangan meja bulat ke
arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru, seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 22 September 2015
Tempat : Banquet Hall, Hotel Empire Subang Jaya

Aturcara
930 pagi : Pendaftaran pimpinan parti-parti politik, NGO & pemerhati
10 pagi : Persidangan meja bulat
12 tengahari : Sidang media

Pada hari ini, saya telah memanjangkan jemputan kepada pimpinan parti-parti pembangkang utama
iaitu YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YB Saudara Lim Kit Siang (Ketua Parlimen
DAP) dan YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) untuk menyertai persidangan meja
bulat itu bersama-sama 3 pimpinan kanan lain dari setiap parti. Selain pimpinan parti-parti
pembangkang, saya juga telah memanjangkan jemputan yang sama kepada pimpinan NGO seperti
ABIM, Wadah, IKRAM, BERSIH dan Negaraku serta tokoh-tokoh seperti Dato’ Saifuddin Abdullah,
Tan Sri Simon Sipaun dan lain-lain.

Saya memanggil persidangan meja bulat ini untuk membincangkan perkara-perkara penting yang perlu
dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira
pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang untuk melahirkan sebuah Malaysia
yang adil, inklusif, harmoni dan berdaya saing.

Saya yakin semua pihak akan mengenepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang
baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Malaysia
Presiden KEADILAN

sumber




Gambar: Facebook

Sumber TKO - 17-9-2015


Pakatan 2.0: Lengkaplah Kebodohan PAS

Posted on Thursday, September 17 @ 10:35:21 MYT by paktam

Surat PembacaOleh ramziredang

"Dunia sedang memerhati. Mungkin ketua ulama duniapun sedang
memerhati. Seluruh rakyat malaysia sedang ingin menahan ketawa.

Pakatan 2.0 bakal menjadi jerat dua hala untuk PAS. Jika PAS tidak
sertai Pakatan 2.0 bermakna PAS bodoh. Tetapi jika PAS sertai, PAS
lagi bodoh. Sekarang cakap cakap pemimpin siku dan lutut PAS pun
dah nampak ala ala bodoh. Sedangkan orang mukmin tidak bodoh.

Masa rakyat berhimpun bersih PAS taknak amik bahagian, sebab itu la
sebab ini la sebab sianu la sebab siani la sebab buat disinun la sebab buat disini la...macam
macam. Tetapi tak lama lagi nak buat jugak kat kota bharu, nak berhimpun dan nak jemput
semua orang yang dia tak hadir masa dia dijemput itu hari.

Bab PR 2.0 Ketua panglima siku dan lutut, sekarang dia sebagai ketua penerangan so kira kira
dia nak terang la sikit,katanya dia taknak terburu buru sertai gabungan pembangkang baru
Pakatan 2.0 Banyak strategi yang nak kena fikir. Mungkin dia nak fikir macamana cara strategi
nak jalankan hudud melalui vellfirenya.

Atau mungkin aku dah salah faham, mungkin hudud telah dapat dijalankan sekarang. Kerana
itulah dia sekarang dah boleh  bersama sama dengan penentang hudud dalam PR 2.0 Dia
mungkin dah hafal surah lain yang nak digunakan nanti supaya boleh je bersama para penentang hudud, syurga kan dia punya sebab tu boleh main tukar tukar ayat je.

Alah apa susahnyaaa, kita gabunglah dulu. Supaya pembangkang kuat. Bila dah kuat nanti apa
nak susah, suruh la dewan ulama usulkan supaya berpecah. Senang jer.

Dia juga sudah boleh bersama sama dengan pengkhianat parti(yang sebenarnya pengkhianat
Islam pada dia). Pengkhianat pengkhianat ini telah dibersihkan dari parti, jadi kalau bergabung
sekarang dia tetap bersih dan tak kotor lagi. Dia pun dah  beli kelambu sebab tu sekarang boleh
je berkawan dengan nyamuk.

Dalam duk dengar penerangan siku dan lutut, terdengar pulak aku bunyi halus halus je. Ingatkan bunyi kentut rupanya bunyi ngauman cakar harimau. Garangnya mengalahkan bunyi kentut je. Cakar harimau cakap PAS masih memerlukan
gabungan pembangkang. Ades meleleh hingus betul bunyi ngauman macam tu.  Itu hari macam
garang je..siap baca amanat arwah ayah lagi...haha. Kejab je dah nak langgar amanat arwah ayah. Hudud belum terlaksana oiiii...napa nak langgar cakar sendiri? dah takda tempat ke nak cakar sampai depan orang di cakar diri sendiri?malu orang
tengok oiii.

Kalau nak citer banyakkk lagi bleh citer, tapi simpan lah sikit kebodohan diorang supaya
generasi akan datang mengerti dan mengenang sejarah politik yang paling bodoh terpahat
dalam sejarah negara.

Aku cuma nak bagi amaran je, kalau tak gabung PR 2.0 memang bodoh sebab kamu dah kena
sembelih dek UMNO.

Tetapi kalau bergabung dalam PR 2.0, itulah bodoh yang paling bodoh di kalangan bodoh bodoh
sedunia. Tak pasal pasal kamu kena bahagi kerusi bertanding nanti jadi pecah empat dengan
AMANAH pulak. Oleh kerana kamu tidak amanah, tiba tiba orang lain dapat AMANAH. Habis
itu kerusi deme makin banyak ke makin sikit bila gabung?

Dan bila gabung, secara tersohor seantaro dunianya kamu telah mengitiraf dan mengangkat
martabat AMANAH(gerombolan orang orang yang engkau hinakan dengan berbagai panggilan
hina) Kamu tak rasa ke kalau kamu muliakan balik orang yang kamu hina,nanti kamu pulak yang nampak hina??
Surah al imran

[3:26]
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau
muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau 
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
segala sesuatu.

Sumber DD - 17-9-2015



Dr.Mujahid, apa dia kerangka Pakatan 2.0?
Posted on Wednesday, September 16 @ 06:51:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Analisis Isu "

Assalamualaikum,,,

Dalam berita Astro Awani sebentar tadi, Dr Mujahid mengumumkan partinya PAN bersedia
menerima PAS dalam Pakatan 2.0 dengan syarat PAS bersedia menerima kerangka Pakatan yang
akan dibentuk nanti.Dr, Mujahid berkata demikian selepas pelancaran PAN peringkat negeri
Penang dan pengumuman ini memberi sedikit gambaran bahawa PAN mahukan PAS melupakan
dasar perjuangan asalnya yang memang sudah disedia maklum oleh Dr. Mujahid.

Ini adalah kerana apa jua kerangka yang akan dibentuk untuk Pakatan 2.0 adalah diyakini tidak
akan mengutama Islam dan untuk meminta PAS menerimanya bermakna meminta PAS
melupakan Perjuangan memartabatkan Islamnya.Sifir mudah tetapi mungkin dipayahkan oleh
setengah pihak yang tidak mahu faham matlamat sebenar kehidupan PAS sebagai jemaah
Islamiah yang satu satunya di negara kita.

 Pengalaman dalam PR boleh menjadi petunjuk kepada respon PAS kepada Pakatan 2.0 yang
akan ada kerangkanya sendiri.PR dulu tidak ada kerangka tetapi dibina atas asas persamaan yang
ada dalam parti parti pakatan sambil sebarang perbezaan diketepikan dulu.Dr Mujahid amat fasih dengan dasar ini.Tahalul siyasi yang PAS amalkan dalam PR juga kerana asas ini, tiada dasar yang khusus, tiada kerangka yang dibina.Tetapi kerana asas
ini juga akhirnya berlaku perpecahan kerana DAP dan PKR tidak tidak tahu cara
menghormatinya.PAS awalnya banyak mengalah sehinggalah isu perlantikan MB Selangor
bilamana PAS dan TGHH mengambil keputusan yang tidak disenangi oleh geng G18 temasuk
Dr Mujahid iaitu cukup sampai di sini.Sebelum itu PAS sudah cuba menyampaikan mesej
menerusi pertindihan calon ketika PRU 13, tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh DAP dan
PKR.

Mungkin kerana itu,Dr,Mujahid mahukan kerangka kepada Pakatan 2.0 supaya mudah  diikuti
oleh semua parti yang bernaung.Belajar dari pengalaman namun apakah kerangka itu nanti
memberi keutamaan kepada Islam? Sepatutnya begitu kerana PAN juga sebuah parti yang
menjaga Islam.Kebimbangan kita, DAP dan PKR masih dominan menguasai Pakatan 2.0,  jadi
sudah pasti dasar yang akan dibawa oleh kedua parti ke dalam kerangka Pakatan 2.0 nanti akan
meminggirkan Islam.

Lantaran itu Dr. Mujahid yang   sudah mengesahkan PAN akan bersama, apakah PAS akan turut
bersama? Pengalaman dalam PR sudah cukup membuktikan bahawa PAS tidak akan berganjak
dari perjuangannya, oleh itu satu yang wajar ialah menasihati PKR supaya melupakan PAS
kerana PAS ialah parti Islam yang sebenarnya, cukuplah PAN dalam Pakatan 2.0 mewakili Islam
gaya geng PAN yang progresif lupakan Islam yang syumul yang teguh dipegang oleh PAS.

Hakikatnya, kenyataan TGHH bahawa Pakatan 2.0 hanya berminat untuk menewaskan BN tetapi
tidak berminat untuk menegakkan Islam sudah cukup bagus untuk PAN dan PKR melupakan
PAS.Jangan pula nanti ajakan kepada PAS hanya bertujuan untuk menguatkan Pakatan 2.0 tetapi
tidak memberi apa apa keuntungan kepada Islam yang diutamakan PAS.PAS juga sudah
menyatakan lama dulu, PAS sanggup kalah pilihanraya asal Islam mendapat pembelaan, politik
PAS ialah politik kebenaran, bukan politik kemenangan.

Bottom linenya,  ketewasan Pakatan 2.0 dalam PRU lebih kurang mudaratnya berbanding
kemenangan kerana Islam paling kurang pun terbela dari Islam liberal atau progresif!

Sumber TKO - 16-9-2015


Pertemuan PKR-Pas tak bincang gabungan PR 2.0
Posted on Tuesday, September 15 @ 06:02:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta 
dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti 
pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjuangan Pas masih sama seperti 
parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia untuk menumbangkan 
Umno.

"Tugas kita adalah untuk menumbangkan kerajaan BN dan itu adalah matlamat kita," katanya 
ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin PKR, petang tadi.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil pertemuan dan mesyuarat 
dengan PKR.

Menurut Takiyuddin, konsensus yang dicapai sewaktu pertemuan tersebut adalah Pas, PKR, DAP
dan Parti Pekerja Malaysia berada di blok pembangkang.

"Tidak ada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang

"Kita semua masih pembangkang dan tidak ada pemimpin yang menyeberang ke BN," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyertaan Pas dalam PR 
2.0 masih dalam proses perbincangan.

"Belum ada sebarang konsensus. Buat masa sekarang kita berbincang perkara-perkara yang lebih
penting dahulu.

"Isu penting negara seperti isu jerebu, bajet dan ekonomi. Itu yang kita utamakan," katanya.

Katanya lagi, Pas masih menjalankan kerjasama baik dengan PKR.

"Hubungan kita dengan PKR masih diteruskan tetapi dengan parti-parti lain belum diputuskan," 
katanya.

Sementara itu ketika diajukan soalan mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk 
Kamaruddin Jaafar yang melompat parti dari Pas ke PKR, beliau berkata, perkara itu telah 
berlalu dan melupakan perkara berkenaan.

"Dalam pertemuan, kita tidak ada bincang mengenai perkara tersebut.

"Pertemuan petang ini sangat baik dan postif," katanya.

- Sinar Harian 
Sumber TKO - 15-9-2015

PKR bertemu PAS esok, bincang Pakatan Rakyat 2.0
Posted on Monday, September 14 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

PKR dijangka bakal bertemu wakil PAS esok bagi membincangkan kemungkinan kerjasama
yang akan dilaksanakan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakat 2.0, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, usaha yang dilakukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail turut dilakukan bersama parti pembangkang lain termasuk Parti Amanah
Negara (Amanah)

"Presiden kami sudah memulakan proses duduk berbincang dengan setiap pihak.

"Kami duduk dan berbincang dengan Amanah, pada Rabu dan akan berjumpa PAS esok, tapi
DAP belum lagi, jemputan sudah diberikan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri
Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor hari ini.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, pertemuan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat
PKR pada jam 2.30 petang.

"PKR ada beban kami perlu satukan semua pihak, sejak mula saya rasa PAS akan sukar untuk
sertai, tetapi tidak bermakna kita perlu keluarkan mereka daripada proses," katanya.

Meskipun mengakui terdapat kesukaran untuk merealisasikan perkara itu, Rafizi berkata, setiap
parti pembangkang perlu sedar matlamat utama mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan
Barisan Nasional (BN).

"Bukan tugas mudah untuk satukan dua pihak yang berbeza, tetapi apa yang penting ialah lawan
BN.

"Akhirnya, menewaskan BN adalah kunci segalanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dimaklumkan sama ada pertemuan itu akan berlangsung
bersama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau tidak.

"Saya tidak dimaklumkan Hadi akan hadir, ini pertemuan kedua, sebelum ini dalam mesyuarat
pertama diwakili timbalan presiden PAS (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man)," katanya, dan
menambah, kebiasaannya barisan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk Dr Wan Azizah akan
menghadiri pertemuan itu.

Katanya, hasil pertemuan itu berkemungkinan memberikan beberapa pilihan termasuk
penyertaan semua parti pembangkang dalam PR 2.0.

"Tetapi bagi mereka yang ingin menyertai pakatan itu perlu mematuhi kerangka dan prinsipnya.

"Model selain itu adalah jika PAS tidak sertai, tidak berada dalam pakatan baru, akan ada
kerjasama berkaitan urusan pilihan raya bagi memastikan tiada pertandingan antara pakatan
baharu dan PAS," katanya.

Sumber TKO - 14-9-2015



Tepat dan wajar: PAS tidak sepatutnya sertai Pakatan 2.0
Posted on Monday, September 14 @ 02:14:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Assalamualaikum,,

Kini, bergema lagi suara yang mahukan PAS dalam Pakatan 2.0, bukan PAS yang mengada ada mahu sertai Pakatan 2.0 tetapi gema seruan itu datang dari PKR dengan presidennya sendiri menyatakannya dengan jelas, sejelas sokongan yang pernah mereka beri kepada GHB.Pendeknya PKR mahu semua parti pembangkang berada dalam Pakatan 2.0.Sementara PAS sudahpun membayangkan bahawa mereka akan bersendirian sebagaimana tegas presiden bahhawa Pakatan 2.0 hanya mahu menang PRU akan datang tetapi tidak mempunyai agenda khusus untuk memartabatkan Islam.PKR seperti biasa lebih terbuka dan lebih cenderung kepada liberasasi ugama sambil DAP seperti baisa juga sentiasa mahu mengajar umat Islam berugama.Tiada yang berubah dengan terselitnya PAN di antara mereka bertindak sebagai pak turut sebagaimana G18 ketika berada dalam PAS.

Itu gambaran kasar yang menjadi bayangan kepada keengganan PAS menyertai Pakatan 2.0 walaupun kuatnya suara presiden PKR mahukan PAS bersama.Jika diamati dengan lebih teliti, PAS mempunyai sebab musabah yang kuat untuk menolak kerjasama dalam Pakatan 2.0.

Tindak tanduk PKR yang liberal turut menjadi sebab untuk menghalang tertegaknya Islam di bumi Malaysia.PKR ketika dalam PR sudahpun menjalin ikatan dengan parti sosialis malah turut memberi peruntukan kerusinya kepada parti sosialis tanpa persetujuan yang muktamat  dari PAS malah PKR tidak pernah mahu meminta persetujuan itu tetapi apabila berlaku pertindihan calon ketika PRU maka PAS disalahkan.Contoh jelas bagaimana PKR mahu bertindak sesuka hati dan mahukan PAS jadi pak turut.Begitu juga dalam kes blackout 505, mereka mahu  PAS turut serta walaupun PAS sudah menyatakan pendiriannya dan untuk menjayakan program blackout 505, Mat Sabu diarak ke sana ke mari sebagai wakil dari PAS.Kajang move satu lagi contoh terbaik kepada sikap terlalu terbuka PKR yang tidak bagus kepada kehadiran PAS dalam Pakatan.PKR seharusnya sedar tentang ini dan seharusnya mengambil usaha untuk memperbetulkan sikap mereka kalau mereka mahu PAS bersama Pakatan.

PKR sepatutnya lebih awal mencegah atau tidak menyokong G18 dalam usaha mufarakah mereka dari PAS.Tetapi jelasnya PKR tidak melakukan itu dan PKR tidak sepatutnya menjadi pencuri kepada ahli PAS walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Itu adat berkawan yang paling mudah, tetapi PKR tetap dengan sikap opportunisnya mencuri apa yang bolih dicuri sambil menghulurkan tangan kepada PAS.Tetapi atas alasan ini saja pun, PAS sudah tidak sepatutnya bersama PKR dalam Pakatan 2.0

Sebab lain seperti dinyatakan olih PJ PAS Terengganu, bolih merumitkan pembahagian kerusi kerana PAS tidak akan memberi laluan kepada PAN dan dalam  masa yang sama PKR juga pasti tidak akan bersedia memberi laluan di kerusi melayunya.Dengan DAP yang kelihatan akan terus menjadi penghalang tegar kepada peraturan hidup Islam tidak akan memungkinan PAS mampu melaksanakan peraturan ini sekalipun  Putra Jaya ditawan Pakatan 2.0

Apa yang nampak pasti Pakatan 2.0 hanya akan didominasikan olih DAP dan PKR, kedua dua parti ini nampak sejalan dan yang juga nampak akan berlaku ialah munculnya kumpulan manusia yang liberal manjadi  kumpulan pendesak untuk melakukan perubahan kepada cara hidup Islam yan syumul dan kemungkinan kerajaan Pakatan yang didominasikan olih PKR dan DAP akan menurutinya.PAN hanya akan jadi pak turut.

Sumber TKO - 13-9-2015


Mengapa Pakatan 2.0 mengulangi kesalahan serupa?

Posted on Sunday, September 13 @ 13:50:20 MYT by paktam

oleh Hazlan Zakaria 

Terdapat sebab tertentu mengapa Pakatan Rakyat terkubur dan hancur berselerakan kerana kegagalannya berpegang kepada prinsip yang sama, meskipun berdepan musuh yang sama dan membuat pelbagai kompromi.

Dan kini sebelum tertubuhnya Pakatan 2.0, gabungan pembangkang seakan bakal melakukan kesalahan serupa.

PKR and PAN terus bertegas agar PAS dibenarkan menyertai Pakatan 2.0 atas dasar menyatukan semua yang menentang Barisan Nasional.

Jelas mereka tidak belajar dari kesilapan lampau, di mana gabungan tersebut tidak mampu bekerjasama kerana ketiadaan dasar yang dipersetujui.

Dan jelas, mereka masih bersikap hipokrit dengan kononnya bersikap inklusif namun pada masa yang sama, menolak PSM dari bersama dengan mereka.

Lebih mustahak, tiada di antara mereka yang sanggup berkompromi dengan merungkai agenda kepartian mereka bagi membentuk satu konsensus yang dipersetujui.

Sebaliknya setiap parti hanya membuat kompromi sementara bagi mencapai agenda jangka pendek, sehinggalah ia tidak lagi diperlukan.

Contohnya PAS hanya kekal dengan Pakatan sehingga Umno setuju dengan usul hudud, sebelum mula memikirkan jalan keluar dari gabungan pembangkang.

DAP pula, yang tak selesa dengan undang-undang Islam yang dimainkan PAS, kekal bersama Pakatan sehingga ia kuat namun kemudian menggunakan PAS sebagai alasan kemusnahan gabungan tersebut.

Jadi PAS dan DAP sama-sama menyumbang kepada kegagalan Pakatan sementara PKR hanya dilihat sebagai pendamai mereka sahaja.

Kini PKR masih dilihat cuba memainkan peranan orang tengah dengan menjemput semua pihak ke dalam Pakatan 2.0. Ini perlu dilakukan kerana PKR sendiri lemah akibat kemelut dalamannya.

DAP juga sebenarnya tamak, kerana tidak mampu berunding dan hanya mahu menjayakan dasar kepartiannya sendiri.

Keengganan berkongsi platform yang sama ini menjadi masalah pakatan baru, yang bakal diuji sehingga mungkin kerjasama mereka akan terurai sekali lagi.

Lihat bagaimana isu hudud dan kurangnya konsensus memusnahkan Pakatan lama.

Pembangkang perlu belajar memilih platform yang dipersetujui berbanding sekadar mahu menumbangkan BN. Di masa lalu, pemikiran begitu tidak menemukan kejayaan.

Sekiranya mereka mahu gabungan yang ampuh, semua pihak perlu merendah diri dan berunding bagi menjayakan platform yang dikongsi.

Mereka perlu sedar bahawa sesiapa yang gagal mencapai persefahaman perlu disingkir sebelum menjadi barah.

Jalannya mungkin sukar, tetapi bagi pihak yang mahu menubuhkan gabungan baru, mereka perlukan masa bagi mewujudkan kompromi yang dipersetujui semua yang terlibat.

Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada hazlan@hckmedia.com

Sumber DD - 13-9-2015


Amanah mungkin bawa masalah dalam Pakatan 2.0, kata PAS Terengganu

Posted on Sunday, September 13 @ 11:29:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Penglibatan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Rakyat 2.0 (Pakatan 2.0) hanya akan menggugat kekuatan pembangkang kerana parti baharu itu bakal berdepan masalah pembahagian kerusi, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata, penglibatan Amanah dalam Pakatan 2.0 akan memecahbelahkan pakatan pembangkang dan sekali gus menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana PAS sudah semestinya tidak akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi milik mereka.

Bagaimanapun Satiful berkata, perkara sedemikian mungkin tidak akan menjadi isu di Kelantan dan Terengganu kerana PAS mempunyai pengaruh tersendiri di kedua-dua negeri itu.

"Pada pendapat saya, PAS mungkin tidak sertai PR 2.0 kerana parti ini sudah memutuskan hubungan dengan DAP. Perkara ini ditegaskan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Presiden sudah tegaskan pihaknya tidak menerima Amanah dan mempunyai pendirian tegas berkenaan perkara itu terutama syarat kerjasama dengan pihak lain," katanya.

Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk memutuskan sebarang kerjasama politik baharu.

Sebelum ini, Hadi dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

"Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam," katanya.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.

Sumber TKO - 13-9-2015

Pakatan 2.0: PAS tidak akan terburu-buru, mahu tunggu dan lihat apa akan berlaku - Khalil

Posted on Friday, September 11 @ 20:19:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BANGI: PAS tidak akan bertindak terburu-buru dalam menentukan masa depan kerjasama politik parti pembangkang yang didakwa akan membentuk konsensus baru Pakatan Rakyat siri kedua dengan kemasukan parti baru pimpinan bekas pimpinan parti Islam itu.

Sebaliknya tegas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi, parti itu perlu mengkaji semula kerjasama semasa dalam Pakatan dan juga keperluan hubungan tersebut.
"Kita lihat apa yang akan berlaku cuma dari segi sejarah PAS kita melalui semua pengalaman.
"PAS pernah bersendirian, PAS pernah bersama dengan Parti Perikatan dalam kerajaan di zaman Almarhum Tun Abdul Razak (Hussein) dan PAS bersama dengan parti-parti yang lain termasuk dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan juga Pakatan Rakyat," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
Selain itu beliau berkata PAS bersedia untuk bergerak sendirian tanpa terikat dengan mana-mana parti komponen sekiranya gagal mempertahankan hubungan dalam Pakatan berdasarkan senario semasa.
"Jadi apa yang penting ialah apa yang akan dihadapi PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang sama ada PAS bersendirian ataupun bersama dengan rakan-rakan lain dari kalangan parti pembangkang yang penting kita nak melihat bahawa kebaikan itu kepada agama, negara dan perjuangan PAS itu sendiri," katanya.
Sebelum ini DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan berbaik dengan PAS buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan Pakatan 2.0.
Dalam pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah bertemu dengan pemimpin Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam satu mesyuarat tertutup bagi membincangkan pembentukan pakatan baru.
Difahamkan PKR juga bakal bertemu PAS dan DAP untuk membincangkan perkara sama.
PAS akan ambil sikap tunggu dan lihat
Mengulas lanjut, Khalil berkata sayap PAS itu lebih selesa mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana perkembangan terhadap cadangan penggabungan itu.
"Ya, kita tunggu dululah apa yang akan berlaku," katanya.
Ditanya sama ada PAS bersedia bekerjasama dalam gabungan baru itu, beliau menegaskan sebarang kemungkinan boleh berlaku menambah perkara itu masih lagi kabur terutamanya  dakwaan bahawa PPM akan ganti PAS dalam Pakatan.
"Kita lihatlah apa yang akan berlaku tapi saya percaya apa yang disebut berlainan.
"PKR bersedia menerima PAS tapi Parti Pekerja tidak mahu menerima PAS bahkan meletakkan syarat lagi," katanya.
Pemuda PAS akui konflik berlaku menjejaskan kekuatan PAS
Dalam pada itu, anak sulung Presiden PAS menjelaskan kemelut sama pernah berlaku sebelum ini dan ia bukan satu fenomena baharu dalam pasti Islam itu.
"Bagi kami dalam PAS apa yang berlaku pada hari ini bukanlah satu perkara yang baru, kalau lihat sejarah PAS ia pernah berlaku sebelum daripada ini bahkan lagi dashyat daripada apa yang berlaku sekarang.
"Dulu serpihan PAS (seperti) HAMIM, ISLAH, BERJASA dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berseorang dalam Parlimen apabila wakil-wakil lain di kalangan PAS keluar daripada PAS menyertai parti lain," katanya.
Khalil menambah sebelum ini PAS pernah beberapa kali bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana parti komponen dan ia adalah pengalaman yang mematangkan parti itu.
Dalam pertemuan ringkas itu, beliau turut mengakui krisis dalaman itu menjejaskan parti itu namun PAS kini sedang berusaha memperkukuhkan jentera dan memperkemaskan tarbiah  di kalangan ahlinya.
"Jadi apa yang berlaku hari ini saya percaya dan saya akui memang ia memberikan kesan kepada PAS sedikit-sebanyak.

  "Tapi dalam masa yang sama saya melihat dari sudut positif apa yang berlaku juga menyedarkan ahli-ahli PAS supaya mereka bangkit di semua peringkat untuk mempertahankan parti dan bekerja memenangkan parti di semua peringkat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sumber Link

Sumber TKO - 11-9-2015


PR 2.0 : ‘Kita bincanglah’, kata Azmin

Posted on Friday, September 11 @ 20:07:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA - Semua parti pembangkang bakal diajak berbincang dalam misi membentuk gabungan baharu, PR 2.0 kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, parti itu sedia menerima mana-mana parti yang komited dengan perubahan. 


"Tak apa lah, PKR telah menjadi parti yang sangat inklusif dari dulu lagi. Kita terbuka kepada semua parti, semua individu yang mahu perubahan, yang komited untuk 'reform agenda'. 


"Mesti bincang. Kita kena bincang sebab itu Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata dalam kenyataan sebelum ini, setelah dia bertemu dengan Amanah, dia akan bertemu dengan Pas dan DAP. Kita kena teruskan perbincangan. Ini adalah proses," katanya kepada pemberita setelah sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal keengganan DAP dan Pas berdamai untuk membentuk PR 2.0.


Mengulas lanjut, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, kerja menguruskan sesuatu gabungan politik itu bukan mudah.


"Tapi anda mesti ada keberanian dan keyakinan. Kita kena bincang. Dalam keadaan sekarang ini kita sedang berdepan dengan krisis besar di mana kita mesti ketepikan perbezaan, maju ke depan, selamatkan negara dan ekonomi.


"Kita mesti duduk berbincang dan bertindak berdasarkan konsensus. Itu kekuatan PR sejak berbelas tahun lagi. Daripada Barisan Alternatif sampailah sekarang. Ada perbezaan tapi kami mampu menguruskannya melalui konsensus. Kita perlu teruskan proses itu.


"Lama lagi pilihanraya. Malah presiden dah jumpa Amanah, dah jumpa pimpinan yang masuk PKR. Pas dan DAP, Presiden akan atur pertemuan," katanya.

Sumber Link



Sumber TKO  - 11-9-2015


Mahukan PAS sertai Pakatan 2.0 sekadar perangkap?
Posted on Friday, September 11 @ 15:03:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,,,


Apa justifikasi Azmin dan Nurul Izzah serta beberapa pemimpin PKR lain mahukan PAS sertai Pakatan 2.0? Agak pelik dan agak ganjil kemahuan seperti ini.Rasanya kalau mahukan PAS bersama Pakatan, baik dikekalkan PR yang sedia ada dan tidak perlu tertubuhnya parti serpihan baru dan tidak perlu Pakatan 2.0.Peliknya kerana pemimpin PKR ini merestui dan membantu penubuhan parti baru sebagai usaha menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, untuk itu PAS sepatutnya tidak diperlukan lagi, jadi kenapa penegasan dibuat olih pemimpin PKR ini yang mahukan PAS bersama Pakatan 2.0? Apakah ini cuma sekadar perangkap?

Logiknya tertubuhnya parti PAN bererti PAS perlu disingkirkan dari Pakatan dan dari sudut pandang alam PAS, PAN hanya terdiri dari ahi ahli yang langgar bai'ah, yang permudahkan dan mengubah hukum ALLAH, yang sudah lari dari matlamat akhir kehidupan insan untuk mencari keredhaan Illahi yang seterusnya perlu dijauhi.Perbandingan logiknya, kalau seorang kawan baik mengkianati satu kumpulan atau jemaah dengan perbuatan mungkir janji seperti hutang yang tidak mahu dibayar kerana sesuatu hal yang berpunca dari luar jemaah,apakah wajar kawan baik jenis ini terus bolih dibuat kawan?

Tegasnyya tak mungkin PAS mahu bersama PAN dalam satu ikatan kerjasama.Malah suara seperti Mahfuz Omar yang mahukan PAS berbaik dengan PAN sepatutnya ditegur agar tidak lagi mengulangi suara seperti itu.Logik ini sepatutnya pula difahami olih Azmin dan Nurul Izzah tetapi persoalannya kenapa mereka seperti tidak faham? Atau mungkin mereka mempunyai agenda atau tujuan tertentu dengan melibatkan PAS dalam Pakatan 2.0?

Apa jua aganda dan tujuannya, pelawaan PAS untuk bersama Pakat 2.0 mugkin menjadi satu perangkap.PAS tidak mungkin menjadi parti yang dominan dalam Pakatan 2.0 kerana suara Islam yang liberal lebih kuat dari PKR yang diencho dengan lantang DAP.Sementara PAN nampaknya akan menurut suara itu, jadi di mana PAS akan berada? PAS bukan membawa suara liberal Islam seperti PKR dan DAP tetapi membawa suara Islam yang syumul.

Atas perbezaan ini dan dari pengalaman dalam PR, perbezaan yang jelas ini tidak memungkinkan mana mana slot untuk PAS dalam Pakatan 2.0 yang penubuhannya semata mata untuk menumpaskan BN/UMNO dan sesudah BN/UMNO ditumpas, negara mahu dibawa kepada nilai nilai murni sejagat bukannya nilai nilai murni Islam, jadi cara terbaik untuk mencapainya ialah memperkenalkan liberasasi dalam Islam.

Mungkin inilah perangkap yang perlu dielakkan olih PAS membawa kesimpulan bahawa PAS tidak perlu kepada Pakatan 2.0 dan PAS tetap komited untuk menjaga Islam agar tidak dicemari olih liberasasi.

PAS tidak kronik tetapi sebaliknya orang orang yang melihat PAS sebagai kronik sebenarnya kronik kerana mereka tidak sedar bahawa mereka semua akan mati!


Sumber TKO - 11-9-2015


Kalau PAKATAN 2.0 tanpa PAS memerintah, di mana ISLAM?
Posted on Thursday, September 10 @ 17:44:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,

Pakatan 2.0 sedang diusahakan dan kemungkinan besar PAS tidak akan bersama.Banyak sebab yang bolih dilihat dan dijangka akan menyebabkan PAS akan bersendirian dalam meneruskan kerja kerja politiknya.Walaupun ada pemimpin PR yang tegas mahukan PAS bersama Pakatan 2.0 tetapi dua sebab besar yang terlalu kuat menolak PAS untuk bersama Pakatan 2.0.Pertama kehadiran PAN yang merupakan parti serpihan PAS yang dipelupori olih orang orang yang melanggar bai'ah dan mungkir janji dan keduanya kerana DAP dan PKR yang terang terang menolak hukum ALLAH.

Dari dua sebab ini, artikal ini hanya ingin menyentuh sebab kedua kerana yang lebih penting. Dari penolakan DAP dan PKR kepada perlaksanaan hukum ALLAH ialah kegilaan kedua dua parti kepada ISLAM LIBERAL.Nampaknya pula PAN yang kononnya mahu menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0 lebih cenderung kepada menyokong berlakunya pengamalan Islam Liberal dalam negara.

Justeru itu, kalau Pakatan 2.0 tanpa PAS menang PRU akan datang, pasti mereka akan memerintah negara.Persoalannya di mana ISLAM? Kalau hari ini kita semua tahu ISLAM dipenjara olih pemerintah UMNO/BN tetapi mereka masih menolak liberasasi yang cuba diterap olih orang orang yang disokong olih DAP dan PKR.Penggunaan kalimah ALLAH olih gereja ditolak, tuntutan LGBT juga ditolak dan beberapa  promosi Islam liberal seperti perhimpunan pegang  anjing, makan setalam antara muslimah dan jantan ajnabi kafirun juga dibendung, kesemua promosi ini mendapat sokongan DAP dan PKR.Jadi apa akan jadi kalau kedua dua parti yang disokong olih PAN menjadi pemerintah negara?

Apa yang bolih dijangka ialah lulusnya undang undang yang membenarkan LGBT, luasnya amalan makan setalam antara muslimah bukan muhrim dengan ajnabi termasuk yang bukan Islam, lulusnya penggunaan kalimah ALLAH olih gereja dan mungkin yang lebih teruk ialah dibenarkan perkahwinan antara ugama serta tiada halang untuk umat Islam menukar ugama atau murtad.

Itu antara risiko liberasasi  dalam berugama kalau Pakatan 2.0 berjaya menewaskan BN/UMNO.UMNO secara khususnya semakin tenat dan semakin rapuh dan senario ini membuka peluang kepada Pakatan 2.0 untuk mengambil alih pemerintahan tetapi risiko yang terpaksa diambil olih  umat Islam ialah berlakunya fenomena yang selama ini kita pertahankan dari terjadi ia itu terlaksananya Islam liberal yang jauh lebih bahaya dari Islam hadhari atau Islam wasatiyah yang dianjurkan UMNO.Ini adalah kerana Islam hadhari dan wasatiyah lebih kepada retoriknya sahaja tetapi Islam liberal mungkin jadi undang undang negara.

Untuk itu, umat Islam tiada pilihan, mesti berada dalam jemaah Islam dan hanya PAS yang menyediakan jemaah Islam tersebut yang membolihkan kita membendung semua risiko ini dari berlaku, bagaimana? Perkara pertama, usaha kontigensi kita ialah menafikan kemenangan Pakatan 2.0, itu paling kurang sambil usaha utama kita ialah berusaha mengambil alih pemerintahan dari UMNO tanpa pengaruh Pakatan 2.0.Sistem demokrasi yang dijalankan di negara kita yang berbilang kaum dan ugama atas kertasnya tidak memungkinkan PAS menang PRU, tetapi hakikatnya, yang bakal memenangkan PAS bukan sistem tetapi ALLAH maka tegasnya, teruskan usaha dan bertawakkal, Firman ALLAH yang bermaksud

"Apabila kamu berazam. maka bertawakkal kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH menyukai orang orang yang bertawakkal"

Sumber TKO - 10-9-2015


PAS tak akan sertai pakatan pembangkang baharu

Posted on Thursday, September 10 @ 11:28:35 MYT by paktam

Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam. “Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.

Bagaimanapun, Azmin yang juga menteri besar Selangor jelas masih menganggap PR masih wujud dan mahu PAS terus kekal dalam pentadbiran Selangor.

Parti Amanah Negara (Amanah), parti pembangkang bercirikan Islam yang baru ditubuhkan sebagai alternatif untuk rakyat pula berkata, pemimpin mereka sepakat menerima PAS dalam gabungan baharu tetapi parti Islam itu sendiri yang nampaknya mahu bersendirian.

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata, sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, Amanah terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS.
Tetapi, kata ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad, dilihat daripada pendirian Hadi, terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian.

Bagaimanapun, sebelum ini, ahli parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah, Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bermesyuarat dengan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu bagi membincangkan secara terperinci hala tuju gabungan baharu pembangkang.

Dr Wan Azizah dilaporkan mengalu-alukan Amanah sebagai parti pembangkang baharu dan dipercayai akan bertemu pemimpin DAP dan PAS untuk membincangkan inisiatif Pakatan Rakyat 2.0. - .themalaysianinsider.com

Sumber DD - 10-9-2015


Nurul Izaah Bertegas PKR Perlukan PAS Dalam Pakatan Rakyat 2.0
Posted on Thursday, September 10 @ 14:21:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus mempertahan pendirian parti itu yang mahukan PAS turut serta dalam gabungan baru pembangkang.

Mengulas dakwaan DAP bahawa dasar parti Islam itu sudah bertukar, Nurul Izzah berkata masih ada pemimpin PAS yang konsisten dengan isu-isu rakyat.

Antara mereka, kata Nurul Izzah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad.

“Sebagai timbalan presiden PAS, beliau bukan hanya mengkritik 1MDB, tetapi juga dakwaan rasuah Najib.

“Begitu juga dengan kehadiran Idris Ahmad dalam BERSIH,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menolak penyertaan PAS atas anggapan parti itu beralih dasar dengan tidak menggerakkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 bagi menyatakan bantahan dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri.

Perpecahan Pakatan Rakyat juga sebelum ini berpunca daripada perbezaan pendapat dan perbalahan berpanjangan kedua-dua parti itu, terutamanya dalam isu hudud.

Gabungan pembangkang baru ini akan turut disertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS.

Sumber Link

Sumber TKO - 10-9-2015


PR 2.0: Wan Azizah sudah jumpa Mat Sabu
Posted on Tuesday, September 08 @ 22:50:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – PKR hari ini memulakan langkah proaktifnya ke arah pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  apabila pertemuan tertutup dengan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia (PPM), Mohamad Sabu mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan itu berhasil sambil beliau menyambut baik penyertaan PPM untuk menguatkan parti-parti pembangkang sedia ada untuk mencabar BN dalam isu semasa dan PRU14 akan datang.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan PPM sebagai parti pembangkang baharu.

“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa PR 2.0 akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan sama dengan pimpinan Pas dan DAP dalam masa terdekat bagi tujuan sama.

"Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baharu, dan saya akan bertemu dengan pimpinan Pas dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama,” katanya lagi.

DAP semalam menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14.

Sumber Link 


Sumber TKO -8-9-2915


PKR tegas mahu PAS dalam gabungan baharu pembangkang
Posted on Tuesday, September 08 @ 13:45:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.

"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.

"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah. Kita sudah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyatakan PKR sentiasa bersifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, PKR mahu duduk semeja berbincang dengan DAP dan PAS kerana percaya parti pembangkang perlu bermuafakat bagi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada terus merudum.

"Sebagai sebuah parti yang diberikan mandat oleh rakyat untuk bertanggungjawab menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi negara dengan melibatkan semua pihak, kita mesti ada rasa rendah diri untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak tapi dengan matlamat yang sama.

"Itu pendirian PKR," katanya.

Azmin berkata, perkara itu boleh dibincangkan dalam beberapa siri yang akan datang bagi melihatnya berdasarkan senario politik semasa.

"Sudah tentu ada keperluan untuk kita mengikat semua parti politik ini dengan satu muafakat dan matlamat yang lebih jelas bagi menyelamatkan negara dan memulih ekonomi hari ini," katanya.

Ditanya sama ada penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 akan datang melibatkan empat parti - PKR, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah), katanya perkara itu belum diputuskan.
"Saya tak tahu. Sebab, itu tertakluk kepada perbincangan. Kita sentiasa berdasarkan konsensus, bukan keputusan individu," katanya.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan menerima penyertaan PAS dalam gabungan baharu pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP dan PAS kini berada di tahap tidak mungkin dapat "rujuk" kembali kerana parti Islam itu sudah mengisytiharkan mereka sebagai musuh.
"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami?" soalnya.

Amanah minggu lalu turut menolak cadangan Anwar, yang menyebut PAS sebagai sebahagian gabungan baharu pembangkang, menyifatkan ia 'tidak realistik' kerana menganggap parti Islam itu bukan aset kepada Pakatan Rakyat 2.0.

Sumber TKO - 8-9-2015

Di mana logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0

Posted on Monday, September 07 @ 13:50:33 MYT by paktam

Oleh Edy Noor Reduan

Secara peribadi, saya amat menyokong desakan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat 2.0 tidak disertai parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir yang bergelar ulama diberi peluang dan amanat yang akhirnya disia-siakan? Sedangkan pilihan raya umum ke-13 mengajar kita erti sebuah pengkhianatan.


Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam PRU akan datang?
PRU-13 dianggap sebuah peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat.

Ketika di suatu pihak penuh dengan kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk hak penyiaran 100%, dan ketika di sebuah pihak lagi bertungkus-lumus bergolok gadai bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana presiden parti itu sanggup menuduh calon PR lain sebagai penjual pil kuda, penyembah karl marx dan pendokong ajaran komunisma, tuduhan bak howitzer yang menembak tanpa sasaran yang mengena.

Tuduhan tanpa sebarang bukti ini dilakukan secara terbuka beberapa hari selepas tempoh kempen berjalan hanya kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi penting.

Secara langsung dan tidak langsung, tindakan gopoh presiden parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap PR, pada ketika 'keyakinan dan kepercayaan' itu berada pada tahap keperluan paling optimum sekali. Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap PR.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang general mengarahkan pengeboman di beberapa lokasi 'kem askar sendiri' yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan perkara yang sama tidak akan berulang? Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui kemenangan BN (Datuk Seri Najib Razak) adalah di atas demokrasi yang adil.

Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar PR, maka PKR dan DAP lah yang harus keluar PR meninggalkan PAS. Akhirnya PAS boleh tanding di semua kerusi kerana selama ini memang mereka sering akui semua kerusi asalnya mereka yang tanding.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini dipilih dari selambak pilihan yang ada. Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah.

Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa, Vellfire, Range Rover, Cheyenne, dengan nombor plat super star. Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, katanya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabikah?

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Jika mahu bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan, boleh saja dengan syarat buang sahaja nama islam, maka tidak zuhud pun orang tidak berkata apa.

Saya tidak terkejut bilamana Anwar bersuara dari penjara mencadangkan PR 2.0 disertai PAS. Ini kerana saya sudah selidik, parti oppurtunis ini akan bergesel semula dengan PAS apabila musim pilihan raya menghampiri. Bergesel untuk mendapatkan konsensus supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru menentang parti pemerintah. Hasrat supaya PAS berada dalam PR 2.0 ini bukan dari Anwar semata, tetapi ianya jelas dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana mereka mengaku berjuang atas nama islam, dan nama partinya pun islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual.

Ingin sahaja saya imbas semula pengalaman dalam PRU-13 lalu untuk dijadikan pedoman demi PRU akan datang, melihat bagaimana Mat Sabu yang juga timbalan presiden PAS ketika itu dikalahkan sabotaj dalaman. Begitu juga dengan Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa lagi heavy weight PAS yang sengaja dibiarkan kalah demi kepentingan tertentu yang saya faham – menyekat golongan progressif PAS.

Bayangkan, sesama jemaah dalam PAS yang ketika itu berperang dengan Umno pun mereka boleh lakukan khianat. Inikan pula sesama PR. Saya percaya andai PAS berada dalam PR 2.0 dan walaupun setelah bersetuju konsep satu lawan satu, mereka tergamak memberitahu ahli mereka agar kalahkan semua calon AMANAH, calon PKR dan DAP dalam PRU akan datang, akhirnya presiden mereka menjadi ketua pembangkang dan termasuklah menjadi pembangkang juga di Kelantan dan Selangor.

Malah lebih parah jika PAS ditakdirkan memperolehi jumlah kerusi yang menjadi kuasa penentu sesebuah kerajaan, tidak mustahil kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi regim penindas, kerana kita tahu betapa bencinya PAS terhadap DAP (hanya kerana prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan)

Masihkah kalian mahu 'mereka' berada dalam PR 2.0? Padahal penubuhan PR 2.0 itu adalah kerana kerakusan 'mereka' sendiri. Di mana logiknya?

Sumber DD - 7-9-2015


Dengan tertubuhnya PAN, parti pembangkang mula bincang gabungan baru
Posted on Saturday, September 05 @ 19:46:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Parti pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu berikutan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September, kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.

"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.

"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini.

Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP.

"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih Amanah," kata bekas timbalan presiden PAS itu.

Sumber TKO - 5-9-2015

PAS teliti cadangan Anwar mengenai permuafakatan pembangkang

Posted on Thursday, September 03 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



SHAH ALAM: PAS akan meneliti gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti itu turut serta dalam permuafakatan politik baru yang turut membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad bagaimanapun berkata, sehingga ini PAS belum membuat sebarang keputusan tentang kebersamaan mereka dengan Amanah yang di terajui bekas pemimpin PAS.
"Cadangan Anwar itu PAS alu-alukan dan akan pertimbangkannya di dalam mesyuarat PAS akan datang. Semua pun tahu, jika pembangkang tanpa PAS, maka agak sukar Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Kita perlukan sokongan orang Melayu-Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Menerusi satu kenyataan semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan Amanah namun melahirkan harapan PAS tidak tersisih daripada permuafakatan pembangkang.
“Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama PKR, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
“Fokus kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik,” kata beliau.
Bagaimanapun pemimpin Amanah, Hanipa Maidin menolak kemungkinan PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0 kerana mendakwa langkah itu tidak akan membawa keuntungan kepada mana-mana pihak.
Malah Ahli Parlimen Sepang itu mendakwa DAP mungkin tidak dapat menerima keberadaan PAS selepas kedua-dua parti berkenaan berbalah dalam Pakatan Rakyat yang lama.
Mahfodz membidas kenyataan Hanipa itu sebagai angkuh.
"Belum apa-apa lagi, Gerakan Harapan Baru (GHB) jangan sombong dan jangan perlekeh PAS, sebab mereka (pemimpin GHB) dahulu menang dalam pilihan raya yang lepas-lepas atas tiket PAS," tegasnya lagi.

Isnin lalu, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu mengumumkan gerakan itu akan menubuhkan Amanah sebagai wadah politiknya dan berganding dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Sumber Link

Sumber TKO - 3-9-2015

PAS Still Part Of Pakatan Rakyat

pakatan rakyat
Despite notions that PAS has been booted from Pakatan, PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has made it clear that the Islamic party is still a part of the opposition pact.

Anwar said this when welcoming newly announced Parti Amanah Negara (Amanah) to the Pakatan alliance.

“The formation of a new opposition party (Amanah) committed to change and reform, augurs well for the mature politics of democratic accountability.

“Amanah will further strengthen the national opposition, together with PKR, Pas, DAP; and we will expand this cooperation to other committed non-governmental organisations (NGOs) which share our common objectives,” he said in a statement today – nst

Sumber BO - 3-9-2015


Pakatan 2.0 Bersedia Gabung Dengan MP BN, Singkir Najib Bebas Anwar
Posted on Friday, August 28 @ 07:21:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pembangkang bersedia menawarkan bantuan kepada MP BN untuk membentuk majoriti bagi menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Ahli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan.

"Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini. Semua penganiayaan politik harus dibatalkan," kata mereka.

Tawaran itu diputuskan selepas pertemuan antara anggota parlimen ketiga-tiga wakil parti itu di parlimen semalam.

Kumpulan MP itu turut memutuskan dua lagi perkara, menyokong perhimpunan aman BERSIH 4 hujung minggu ini dan akan menyertai Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai pembiayaan politik.

Bagaimanapun, mereka bersedia menyertai majlis itu jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam bank peribadi oleh suatu pihak asing ditangani dahulu.

Selain itu, kata mereka, skop majlis diperluaskan kepada pembaharuan pilih raya dan kebebasan diberikan kepada SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kenyataan itu dipersetujui oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan Teo Kok Seong dari DAP. Rafizi Ramli, Datuk Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S Manikavasagam dari PKR.

Manakala Gerakan Harapan Baru diwakili Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli dan Khalid Samad.

Sumber TKO - 28-8-2015

Sejarah buktikan PAS tidak pernah khianat pakatan

KOTA BHARU: Sepanjang sejarah kerjasama politik dengan parti-parti lain PAS tidak pernah khianat sehingga mengambil langkah meninggalkan kawan.

Selepas merdeka PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Negara yang diketuai Datuk Onn Jaafar.

Kemudian pada era 1990-an PAS mengadakan kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Bagaimanapun Angkatan hanya tinggal batu nisan selepas Semangat 46 dibubar dan pemimpinnya menyertai semula Umno.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan berkata begitu juga kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Barisan Alternatif menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.

Namun katanya, Barisan Alternatif juga berakhir pada 2001 apabila DAP meninggalkan kerjasama tersebut.

“Secara jelas PAS tidak pernah meninggalkan kerjasama yang disertai dengan mana-mana parti sebelum ini.

“PAS tidak pernah mengkhianati pakatan dengan mana-mana parti sejak parti itu diwujudkan sejak sebelum merdeka lagi,” katanya pada ceramah isu semasa dialog di Dataran Stadium malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abu Samah Hassan.

Dr Fadhli yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan ketika menjawab soalan berkata PAS tetap akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi PRU ke-14.

Kata beliau kerjasama tersebut bagi menafikan pengaruh Umno dan Barisan Nasional yang menguasai negara sejak merdeka.

Nassuruddin pula berkata sebagai parti yang mendaulatkan Islam sudah tentu setiap kerjasama dengan parti-parti lain dilakukan tanpa menggadaikan prinsip asas perjuangan.

“Pengundi pilih PAS kerana mahu melihat Islam dapat ditegakkan di negara ini. Kalau kerana bukan matlamat perjuangan Islam dibawa PAS pengundi mungkin tidak akan pilih,” ujarnya.

Sumber PP - 27-8-2015

Pasma putus kekal sebagai NGO Yang Menyokong Parti Baru
Posted on Thursday, August 13 @ 16:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ALOR SETAR - Pasma membuat ketetapan untuk terus mengekalkan statusnya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa perkara.
“Kita buat pendirian bahawa Pasma tidak akan dibubarkan dan kekal sebagai NGO yang bergerak dalam membantu, menyokong dan memperkukuhkan PR.
“Keputusan ini juga dibuat untuk memberi laluan kepada Harapan Baru menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu,” katanya, semalam.
Perkara itu secara tidak langsung menamatkan persoalan tentang pertimbangan Pasma untuk menukar statusnya kepada sebuah parti politik sebelum ini.
Phahrolrazi berkata, Harapan Baru bakal menjadi sebuah parti Islam baharu yang meneruskan perjuangan Pas dan menggunakan pendekatan terbuka seperti Pas Untuk Semua.
“Mereka belum lagi disahkan sebagai sebuah parti, tetapi Pasma bersama hampir 10 NGO lain di seluruh Malaysia akan bersama-sama membantu pergerakan Harapan Baru.
“Harapan kita supaya Harapan Baru menjadi sebuah parti terbesar yang dapat memperkukuhkan kembali PR baharu,” katanya.
Menurutnya, walaupun Harapan Baru akan menjadi parti terbesar dalam PR namun, ia tidak bermakna menjadi parti dominan dalam gabungan itu.
“Dalam PR kita tiada parti dominan seperti yang dilakukan oleh BN. Kita bersifat terbuka dan semua parti boleh mengambil tempat,” katanya.
Mengulas sama ada parti itu mungkin meletakkan calon PRU14 di kawasan ditandingi Pas, beliau mengesahkan bahawa tiada perbincangan dibuat mengenainya buat masa ini.
“Kita belum bincang mengenai itu, cuma penumpuan kita sekarang lebih kepada jawatankuasa penajaan untuk menubuhkan parti baharu,” katanya.
Pada 31 Mac lalu, Pasma mengumumkan bahawa sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.

  Phahrolrazi berkata, pertimbangan itu dibuat berikutan berlaku ketidakstabilan pada gabungan PR yang dilihat semakin kritikal. - Sinar

Sumber TKO - 13-8-2015


Rafizi Pujuk PAS Untuk Pertemukan PAS dan DAP

Posted on Wednesday, August 12 @ 16:37:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sebelum ini heboh pasal Tian Chua membuat kenyataan dalam akhbar Cina bahawa tanpa PAS, Pakatan Rakyat tak boleh tumbangkan BN. Walaupun pendapat Tian Chua tidak diperbesarkan oleh akhbar pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider tetapi perkara ini telah memberikan signal benar tentang keperluan PAS berada dalam kebangkitan rakyat.

Memang wujud kumpulan serpihan PAS (GHB) untuk menyingkirkan PAS dalam arus kebangkitan rakyat tetapi mereka sebenarnya tidak mampu mengambil alih kedudukan PAS.

Tapi oleh kerana mereka ini wujud dengan agenda sesetengah kepimpinan DAP dan PKR sendiri maka nak tak nak mereka terpaksa menelan bahawa mereka adalah penganti PAS dalam Pakatan Rakyat.


Akhbar Cina - Without PAS , Pakatan Rakyat cannot topple BN ~ Tian Chua

Dalam PKR terbelah dua, satu kumpulan masih mahukan PAS dan kumpulan ini adalah kumpulan yang mendominasi PKR. Termasuk Presidennya DS Wan Azizah berpendapat PAS patut bersama PR.

Justeru itu satu pertemuan PKR dan DAP telah diadakan di kediaman Dr Wan Azizah.

Pertemuan tersebut diadakan Jumaat lepas dimana PKR diwakili sendiri presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi serta naib-naib presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin, Chua Tian Chan dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

Manakala PAS pula diwakili timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan dan setiausaha politik kepada presiden PAS Dr Shamsuri Mokhtar.

Dalam pertemuan itu Rafizi memujuk PAS untuk mengadakan pertemuan dengan DAP dimana PKR bersedia menawarkan menjadi tuan rumah buat pertemuan kembali antara PAS dan DAP bagi mengurangkan ketegangan antara DAP dan PAS. PAS sedia menimbangkan tawaran itu yang akan dimaklumkan dalam mesyuaratnya keesokan hari (Mesyuarat AJK PAS Pusat sabtu).

Dalam pertemuan itu PAS bertegas dua perkara:-
1. Putus hubungan dengan DAP adalah keputusan muktamar dan keputusan itu dilihat tepat dan impaknya sokongan Melayu makin bertambah, walaupun PAS ada sedikit masalah dengan bukan Islam kaum cina.

Walapu bagaimana pun DHPP akan diperkasakan dan perkara ini boleh dibaiki dan mungkin DHPP akan berfungsi dengan lebih baik.

2. PAS tidak suka PKR membuat hubungan bekas pemimpin PAS yang berpaling tadah dan membelakangi parti dengan menubuh GHB. Ketegasan PAS dalam hal ini, jika PKR bergabung dengan GHB dalam apa-apa Pakatan PAS tidak akan bersama dengan PKR.

PAS menawarkan kerjasama terus diadakan dengan PKR terutama dalam menghadapi pilihan raya walaupun tidak lagi bersama dalam PR. Sikap keterbukaan ini bagi menjamin BN dijatuhkan dan pertandingan 3 penjuru dalam menghadapi BN tidak berlaku.

Sumber TKO - 12-8-2015

diadakan di kediaman Dr Wan Azizah

Sinar U turn masih terang untuk penaja GHB
Posted on Wednesday, August 12 @ 12:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Assalamualaikum,,  Ekoran tawaran berwawasan dan  mengutamakan jemaah olih PAS untuk menerima kembali mana mana ahli penaja GHB yang ingin u turn, harapan disandarkan supaya akan ada ahli ahli penaja yang tersedar dari lamunan mereka dan membuat u turn.Ini adalah kerana ramai atau hampir semua ahli ahli penaja asalnya tidak berpendirian seperti sekarang, asalnya progresif yang tawaduk dan kekal istiqamah dengan perjuangan memartabatkan Islam sebagai carhidup yang syumul mengikuti apa yang diputuskan jemaah.Asalnya tiada siapa yang mahu bertanding atau melawan ulamak tetapi kesemua mereka berubah sesudah berkawan dengan PKR dan DAP.Sebab itu sinar kesedaran tetap ada dan sememangnya tawaran u turn olih PAS sesuatu yang munasabah serta berpandangan jauh.
Insaflah, kesilapan yang berlaku itu perkara biasa, tak ada yang sempurna malah setiap orang berpontensi membuat kesilapan.Akui kesilapan yang telah dilakukan dan kembalilah kepada fikrah asal perjuangan.

Saya menyebut hampir semua ahli penaja GHB tidak berpendirian seperti sekarang.Saya menyatakannya kerana sudah bertahun tahun mengikuti  cara mereka berceramah.Baik Mat Sabu atau Dr. Mujahid atau Hanipa Maidan atau Husam atau ramai lagi tidak pernah mahu melawan ulamak atau menyatakan ulamak itu tidak betul, tidak progresif malah kesemua mereka amat tahu benar macam mana progresifnya TGHH.Mereka semua tahu amalan TGHH macam mana, tahu benar macam mana TGHH bercakap waima sekalipun TGHH ada menyebut barua, broker atau pil kuda, mereka tahu TGHH tidak akan menyebutnya tanpa sebab dan alasan yang dibenarkan olih ugama.

Dr. Mujahid sejurus selepas PRU 12 dulu dalam satu ceramahnya pernah memuji wawasan TGHH dan pernah berkata PR ujud hasil pemikiran TGHH yang memberitahu DAP dan PKR, kita bekerjasama berdasarkan persamaan yang kita ada dan ketepikan dulu perbezaan yang ada.Itu menjadi prinsip PR yang Dr. Mujahid sendiri setuju sebagai sokongan padu beliau kepada TGHH.

Dr. Mujahid  sebagai orang yang menyatakan sendiri sokongan kepada PR atas prinsip ini sepatutnya tahu benar bagaimana PKR dan DAP cuba mengubah prinsip ini dengan menjadikan PAS sebagai pak turut kepada semua plan perancangan mereka.DAP dan PKR secara perlahan lahan meracuni kumpulan yang dianggap progresif untuk membolihkan mereka mengatur rancangan mereka tanpa mahu TGHH dan ulamak yang ada campur tangan.Tanpa sedar banyak keputusan yang didakwa keputusan bersama PR sebenarnya bukan keputusan bersama kerana puak progresif yang sering mewakili PAS membuat keputusan diluar pengetahuan presiden dan parti.

Itu sebenarnya berlaku sehingga akhirnya TGHH bertindak menyanggah  langkah Kajang dan keputusan TGHH menolak calon MB Selangor yang dimahukan PKR dan DAP turut mendapat sokongan padu dari arwah TGNA.Ini menjadi hujah yang kuat untuk membuktikan betapa TGNA percaya penuh kepada TGHH dan menafikan dakwaan Husam yang menyatakan dia menyertai GHB sebagai mengikuti ajaran TGNA. Kalau Husam ikut ajaran TGNA pasti dia tak akan menyanggah TGHH kerana TGNA sendiri menyokongnya.

Mat Sabu pula bertahun tahun menyeru ahli PAS supaya istiqamah dengan jemaah dan sentiasa patut kepada pemimpin. Mat Sabu tak pernah minta ahli supaya jadi progresif dan apa yang dapat diperhatikan Mat Sabu berubah sesudah mendapat sedikit habuan dunia yang diberikan menerusi jawatannya dalam kerajaan DAP Penang sehingga dia bersungguh sungguh memuji LGE.Mat Sabu pernah bercerita macam mana LGE mahu jadi seperti khalifah Umar A Aziz, pernah bercerita LGE tidak masuk Islam kerana ayahnya LKS masih hidup.

Saya menyebut hampir semua penaja GHB berubah pendirian perjuangannya, kenapa tidak semua? Sebab desas desus yang menyatakan kumpulan IRC yang meyusup masuk dalam PAS mempunyai agenda mereka sendiri, memang dari awal niat perjuangan mereka tidak pernah sama dengan ahli  PAS yang lain.Kumpulan IRC menyelitkan diri mereka untuk menjadi penaja GHB yang saya keluarkan dari fikrah perjuangan penaja yang lain, kerana itu saya menyimpulkan hampir semua penaja bukan semua!

Semuga sinar keinsafan akan terpancar kepada orang orang ini,  antara nama yang saya belum sebut ialah bekas ketua pemuda yang garang, Salehuddin Ayub yang  pada saya berubah kerana terpengaruh dengan harapan "we are a goverment in making" DSAI


U turn lah demi  Islam.

Sumber TKO - 12-8-2015

Tanding p'raya, GHB masih berdolak-dalih
Posted on Wednesday, August 12 @ 12:49:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Gerakan Harapan Baru (GHB) masih lagi berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS.

Bagaimanapun, menurut Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara berhubung meletakkan calon pilihan raya masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini.

Katanya, keputusan untuk meletakkan calon di sesebuah kawasan memerlukan perbincangan dari segi teknikal daripada semua parti pembangkang.

Ia bagi memastikan asas utama gerakan itu bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mengalahkan BN dan bukan parti pembangkang yang lain, kata Mujahid.

Justeru itu, pengerusi penaja GHB Pulau Pinang itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk memastikan bahawa di sesebuah kawasan yang ditandingi tidak akan menguntungkan BN.

"Secara umumnya, dalam konteks pilihan raya, perkara itu perlu perbincangan dan persefahaman. Yang asasnya kita berdepan dengan BN. Bukan dengan PAS, PKR, DAP.

"Strateginya perlu dijadikan asas. Selagi menguntungkan BN, sudah tentu tak mahu ia berlaku. Tetapi ada juga keadaan kalau tak masuk (bertanding) akan untungkan BN.

"Itu adalah isu teknikal. Saya rasa belum ada asas lagi (untuk berbincang sama ada meletakkan calon atau tidak), Yang penting kena pastikan apa yang berlaku tak akan untungkan BN," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya negeri tersebut dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN.

Exco Selangor itu juga berkata, sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda politik mereka, gerakan itu perlu fokus menarik pengundi BN dan atas pagar.

GHB Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

Selain itu, ketika ditanya tidakkah GHB bimbang sekiranya berlaku pemecahan undi jika meletakkan calonnya, bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata perkara itu akan cuba dielakkan.

Ia bagaimanapun terpulang kepada hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu DAP dan PKR, katanya.

"(Pecah undi) pasti akan berlaku. Tetapi perlu lihat juga ruang-ruang lain supaya tak ada pertembungan. Kita juga terikat dengan DAP, PKR. Semua itu perlu ambil kira. Kita tak mahu keuntungan akan beri kemenangan pada BN dan pada masa sama, tak mahu pecahkan undi Pakatan. Perlu ada keseimbangan," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan GHB untuk menjadi sebuah parti politik, ahli parlimen Parit Buntar itu berkata, pada waktu ini, pihaknya mempunyai dua pilihan.

Selain daripada mendaftar sebagai sebuah parti baru, GHB juga akan cuba mengambil alih parti politik sedia ada, selain menggunakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

"Kita ada dua pilihan. Sama ada daftar parti baru yang pernah dibuat sebuah parti sebelum ini dan memakan masa dua tahun. Satu lagi pilihan yang pernah juga dibuat oleh PKR ialah mengambil parti yang sedia ada dan tukar perlembagaan mereka dan dibuat sebagai parti baru. Itu saya rasa lagi mudah.

"Itu pilihan yang kita ada. Kita akan guna dua-dua. Dari sudut parti mana itu, kita memang ada banyak pilihan. Walaupun ada yang kata parti KITA, itu hanyalah sebahagian dan salah satu pilihan. Ada parti lain juga yang berada dalam radar kita. - MK
Sumber TKO - 12-8-2015

PAS bimbang mimpi ngeri kembali berulang

Posted on Tuesday, August 11 @ 14:38:57 MYT by paktam

Oleh Juhaidi Yean Abdullah 

RABU lalu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa diwujudkan semula pakatan pembangkang yang kuat untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Cadangan ini dibuat dua bulan setelah DAP isytihar kematian pakatan pembangkang dan sebulan selepas sekumpulan pemimpin PAS atau G18 membuat keputusan bersedia meninggalkan parti itu dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Padahal beliau antara tokoh PAS yang kuat mempertahan kepemimpinan ulama daripada serangan ideologi DAP dan GHB, dan yakin kemampuan PAS meneruskan perjuangan politik secara bersendirian.

Apa yang mendorong Tuan Ibrahim membuat gesaan sebegitu? Adakah beliau bimbang PAS akan alami 'hujan di tengah hari' atau takut mimpi ngeri yang pernah menimpa parti itu 40 tahun lalu? Ramai yang masih ingat bagaimana gabungan PAS dan UMNO menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1974.

Penyertaan PAS dalam Barisan Nasional (BN) yang baru diperkenalkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein ketika itu mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia, termasuk (Allahyarham) Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berjawatan Ketua Dewan Ulama PAS pada waktu itu.

Namun begitu, tentangan kepada kerajaan campuran BN dapat dilihat dalam bentuk undi protes, yakni melebihi 20 peratus. Sebahagian besar pengundi yang tidak menyokong BN adalah ahli dan aktivis parti yang tidak yakin malah membantah kepemimpinan PAS.

Mereka meninggalkan jemaah dan menubuhkan Barisan Bebas Bersatu, diketuai Mohamed Fakharuddin yang dipecat PAS. Oleh kerana ditubuhkan pada 14 Mac 1974, gerakan ini juga dipanggil Revolusi 14. Matlamat utama mereka bukan untuk tumbangkan PAS tetapi tumpaskan beberapa tokoh yang mereka fikir tidak mampu menaikkan prestasi parti terutama dalam mengatasi masalah politik, ekonomi dan sosial.

Sasaran mereka termasuk Presiden PAS dan tokoh sekeliling beliau seperti Wan Ismail Ibrahim, Nik Mustapha Shafie, Zahari Awang dan Hussin Abdullah. Selain itu, mereka juga tidak setuju dengan tindakan Tun Razak melantik Datuk Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Sebahagian pemimpin dan ahli PAS curiga dengan Mohamed Nasir yang dilihat agak rapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Maka bermulalah gerakan beberapa tokoh dan ahli PAS memburuk-burukkan pemimpin dan parti sendiri. Mereka mengungkit tindakan pemimpin PAS mengharuskan kerjasama dengan UMNO dalam BN dan penyelewengan kuasa oleh Presiden termasuk dalam isu balak di Kelantan.Kumpulan yang menamakan diri mereka G20 pula berusaha menjatuhkan Menteri Besar.

Usaha mereka memecat keahlian Mohamed Nasir disokong Nik Aziz yang kecewa dan terkilan kerana kepemimpinan PAS tidak diminta pandangan terhadap pelantikan Mohamed Nasir sebagai MB Kelantan

 Nik Aziz anggap Mohamed Nasir pengkhianat parti kerana di satu pentas ceramah pernah mengungkap: "Ambo buke ore PAS, dan ambo pun buke ore UMNO."

Akhirnya Mohamed Nasir diguling sebagai MB melalui undi tidak percaya oleh G20 yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai tindak balas, Mohamed Nasir membongkar pelbagai kepincangan pemimpin PAS dan wujudkan puak dalam parti.

Penyokong Mohamed Nasir keluar beramai-ramai menzahirkan sokongan mereka kepada beliau. Lebih 80,000 orang mengadakan demonstrasi besar-besaran di Padang Merdeka, Kota Bharu pada 24 September 1977 untuk mengutuk G20.

Ini diikuti satu lagi demonstrasi membabitkan 20,000 penyokong Mohamed Nasir pada 19 Oktober 1977, yang berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
 Akibat kacau-bilau, darurat diisytiharkan dan Kelantan ditadbir oleh MAGERAN. PAS membantah kerana perisytiharan dibuat tanpa berunding dengan mereka. Semua pemimpin PAS dalam Kerajaan Pusat, kecuali Datuk Hassan Adli Arshad, letak jawatan.

Pada 13 Disember 1977, PAS disingkir daripada BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang darurat di Kelantan. MAGERAN ditarik balik pada 12 Februari 1978.

Pada pilihan raya negeri yang diadakan sebulan kemudian, PAS mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya. BN menang 23 daripada 36 kerusi DUN, Berjasa menang 11 dan PAS hanya dua. PAS bukan sahaja hilang ramai tokoh yang berpindah ke Berjasa seperti Ali Taib, Mahmud Zuhdi, Ismail Ali dan Wan Hashim Wan Teh, malah hilang kuasa selama 18 tahun.-bharian.com.my

Sumber DD - 111-8-2015

Pakatan 2.0: Pas tunggu dan lihat
Posted on Sunday, August 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap desas-desus yang menyebut Pakatan 2.0 bakal dibentuk tanpa Pas sekali gus meminggirkan parti Islam itu daripada pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Pas tidak diketepikan malah tetap dilibatkan dalam isu-isu besar.

"Kita akan tengok...Sebab ini benda akan datang. Semalam pun kita ada pertemuan dengan pimpinan PKR. Nak kata Pas diketepikan tidak juga. Malah dalam isu-isu besar pun, Pas dilibatkan cuma yang jelasnya majlis pimpinan PR itu sudah tidak berfungsi tapi tadbir kerajaan negeri berjalan macam biasa di Selangor.

"Hubungan antara Pas dengan PKR masih berjalan. Bahkan dalam program di peringkat negeri-negeri, ada yang pimpinan DAP turut hadir. Sekiranya kita (Pas) diketepikan, kita akan lihatlah bagaimana," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan parti itu, hari ini.

Menurutnya, Pas merupakan pembangkang utama di negara ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

"Saya nak sebut sejak daripada sebelum merdeka lagi, Pas ini tidak pernah diketepi oleh mana-mana barisan pembangkang sebab pembangkang yang utama di negara kita adalah Pas. 

Mengetepikan Pas bererti pakatan pembangkang itu akan pincang. Itu politik yang sebenar.

"Kita (Pas) akan tengok sekiranya mereka (ketepikan Pas)...(Mungkin) kita akan bergerak secara sendirian. Walaupun kita akur bahawa sebaik-baiknya pembangkang duduk bersama untuk menghadapi BN tapi Pas ada polisi kita yang mesti dihormati sebagaimana kita menghormati polisi parti-parti lain," katanya.

Gerakan Harapan Baru yang dibarisi bekas-bekas pemimpin Pas didakwa mahu menjadi pengganti Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR.

Sementara itu, beliau melihat negara ini tidak memerlukan parti politik pembangkang yang baharu kerana tiga parti yang ada sudah cukup meliputi semua tuntutan untuk rakyat.

"Dalam konteks pembangkang di Malaysia hampir tiada keperluan untuk ada parti yang baharu. Yang dah ada ini sudah memenuhi semua tuntutan rakyat.

"Mungkin jika tidak setuju dengan Pas boleh pergi kepada DAP atau PKR. Tapi nak wujudkan parti baharu dalam tempoh dua tahun lagi pilihan. raya, ia akan timbulkan polemik," katanya.  - Sinar
Sumber TKO - 9-8-2015


DAP Akan Mendominasi Pakatan Baru Yang Bakal Muncul?
Posted on Friday, August 07 @ 12:05:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



GHB yang dikatakan akan mengambil alih parti KITA dan proses penukaran secara rasmi dijangkan akan selesai beberapa minggu lagi. Bila mereka yang tewas dan tersingkir oleh akar umbi PAS menerajui parti baru bersama beberapa NGO, mereka akan membentuk satu Pakatan Rakyat baru yang menepikan PAS.

Penasihat DAP Lim Kit Siang telah memberi gambaran bahawa satu gabungan baru parti pembangkang akan diwujudkan selepas Gerakan Harapan Baru didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik dalam Malaysiakini (ruj di sini).

Antara yang disebut-sebut sebagai nama gabungan baru itu ialah Pakatan Rakyat Perjuangan.

"Apabila satu parti politik baru muncul daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam masa beberapa minggu, satu Pakatan Rakyat baru – sama ada Pakatan Baru, Pakatan 2.0 atau apa juga nama – akan sedia untuk membawa obor bagi Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim yang juga MP Gelang Patah berkata, gabungan baru itu akan membentuk jajaran baru dalam kuasa politik negara dan melahirkan gabungan politik baru yang akan menggantikan Pakatan Rakyat.

Mengikut penganalisis politik jajaran baru ini akan memnerikan DAP lebih kuasa dan makin mendominasikan Pakatan Rakyat.

DAP telah mempelajari bagaimana pelembangaan telah menyekat pimpinan DAP daripada menjadi Menteri Besar di negeri-negeri yang beraja. Pakar undang Aziz Bari telah menyertai DAP dalam usaha menawan Perak atau Johor DAP telah mempunyai caloin dikalangan orang Melayu yang "berfikiran DAP" bagi menerajui negeri berkenaan.

Ada yang menyebut kehadiran GHB dan NGO yang bersama mereka dengan menepikan PAS dalam politik Malaysia sebenarnya memberikan kekuatan dan kekuasaan kepada DAP.

Sumber TKO - 7-8-2015


DAP, PKR adakan mesyuarat tergempar Selasa ini

Posted on Monday, July 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Petaling Jaya – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tergempar di Parlimen untuk mengukur keyakinan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua Ahli Parlimen (MP) termasuk wakil Barisan Nasional serta badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri majlis pada Selasa itu.

Beliau berkata, pada mesyuarat itu, akan dibincangkan tindakan seterusnya yang perlu diambil susulan pendedahan laporan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran dana mencecah AS$700 juta (RM2.7 bilion) ke akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri.

“Ada asas kepada dakwaan serius yang dibuat WSJ, terutama apabila Peguam Negara mengesahkan meneliti dokumen serta menyerbu tiga premis yang dikatakan terbabit,” katanya menerusi kenyataan di sini, Ahad.


 Kata Dr Wan Azizah, walaupun laporan lengkap daripada semua agensi kerajaan belum siap sepenuhnya, rakyat perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, MP progresif dan NGO akan dijemput menghadiri mesyuarat itu.

Beliau mendakwa, pengesahan Peguam Negara berhubung dokumen berkaitan telah mengubah tafsiran berhubung dakwaan terhadap Najib.

“Dengan pengesahan Peguam Negara, tuduhan WSJ terhadap Najib kini semakin serius dan penting sebagai krisis kerajaan serta politik yang paling mendapat perhatian sejak 58 tahun negara merdeka,” katanya, lapor mStar Online.

Sumber TKO - 6-7-2015
Belum ada keputusan mengenai PAS, kata DAP selepas bertemu Azmin
Posted on Tuesday, June 30 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tiada keputusan dicapai membabitkan PAS dalam pertemuan hari ini, kata DAP selepas bertemu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, mereka akan bertemu semula dengan Azmin selepas raya bagi membincangkan mengenai masa depan kerajaan negeri.

"Kami ada bincang mengenai PAS Selangor hari ini, tapi belum ada keputusan," kata Pua kepada wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor selepas pertemuan hari ini.

"Kami tiada masalah dengan Azmin, tiada isu mengenai Azmin sebagai MB."

Pertemuan antara DAP dan Azmin, yang juga timbalan presiden PKR itu berlangsung kira-kira selama 30 minit.

Pua menyifatkan perbincangan antara Azmin berlangsung dengan pertukaran idea yang konstruktif mengenai status kerajaan Selangor.

"Ia satu perbincangan yang konstruktif, pertukaran idea dan kami berbincang mengenai status kerajaan Selangor serta tentang kemelut yang dialami buat masa ini.

"Satu pertemuan baik hari ini, kami saling memahami antara satu sama lain dan kami akan jumpa lagi selepas raya untuk bincang," katanya.

Pua bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut mengenai isu membabitkan PAS yang dibincangkan dengan Azmin memandangkan keputusan belum dicapai lagi.

"Pelbagai bentuk idea dicadangkan, tapi belum buat (konsensus) keputusan," katanya.
Menurut Pua, perbincangan hari ini tiada kena mengena dengan status jawatan exco, tapi lebih memfokuskan kepada kerajaan negeri.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan mengenai pertemuan DAP dengan Azmin hari ini bakal membincangkan mengenai masa depan kerajaan Selangor.

Pertemuan hari ini adalah yang kali pertama selepas Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan mati.

Sumber TKO - 30-6-2015


Negara Islam : Guan Eng Mengaku Buat Surat ‘Perjanjian Bersama’ Untuk Hadi
Posted on Monday, June 29 @ 20:02:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam satu rakaman video yang dimuat naik ‘Penang Buletin’, 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaku membuat surat perjanjian bersama di antara dirinya sendiri mewakili DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili PAS.

Surat itu ditandatangani bersama sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) di suatu tempat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Suatu tempat di Kepala Batas, saya berjumpa dengan Datuk Seri Hadi dan kita (DAP) rasa ada perlunya untuk keluarkan kenyataan bersama supaya tidak ada….tidak iya..ini tidak akan diperalatkan..(Guan Eng dilihat tidak lancar untuk menyebut matlamat sebenar perjanjian bersama itu dibuat)

“Isu ini tidak akan lagi diperalatkan oleh pihak BN untuk menang pilihanraya secara kotor,”kata Guan Eng dalam kenyataan bersama dengan Datuk Saleh Man yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Sebelum itu Salleh Man membacakan perjanjian bersama yang ditandatangani oleh Abdul Hadi dan Guan Eng.

Perjanjian bersama yang dibacakan oleh Salleh Man itu juga turut terdapat di facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dimuat naik pada 29 April 2013, iaitu kira-kira seminggu sebelum hari pengundian untuk PRU 13.

Mengulas berkenaan kenyataan yang berbunyi “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri,” yang terkandung dalam perjanjian itu, Guan Eng berkata setiap parti dalam PR berhak memperjuangkan agenda parti masing-masing.

“Tentu parti secara sendiri berhak untuk berjuang (mengikut) pandangan masing-masing, tetapi kita hanya dalam Pakatan Rakyat untuk isu-isu yang kita telah bersetuju.

“Macam isu tadi (yang dibacakan oleh) Datuk Salleh Man, perjuangan Negara Islam adalah perjuangan PAS tetapi bukan Pakatan Rakyat,”katanya lagi.

Facebooker Lim Sian See berkata apabila Guan Eng telah bersetuju bahawa ‘Negara Islam’ adalah hak PAS, bermakna secara tidak langsung DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud.

“Setiausaha Agung DAP sendiri Lim Guan Eng telah memberikan kelulusannya secara bertulis terhadap PAS untuk mengejar dan melaksana hasrat mereka untuk Negara Islam – yang pasti akan termasuk “hudud”.

“Yang membawa maksud, Lim Guan Eng telah memberikan kebenaran bertulis untuk PAS membentang dan melaksanakan hudud.

“Melainkan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terlalu jahil untuk memahami bahawa ‘Negara Islam’ juga termasuk hudud,” hujahnya.

Sumber TKO - 29-6-2015


Kerjasama Pakatan Rakyat masih berjalan di Selangor
Posted on Monday, June 29 @ 16:20:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih berfungsi seperti biasa kerana kerajaan yang mentadbir negeri masih tetap memegang teguh semangat PR dan dasar bersama yang diasaskan oleh ketiga-tiga parti komponen.




Hadi enggan campur DAP lantik Nizar

Posted on Saturday, June 27 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan masuk campur isu pelantikan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai ketua pembangkang Dun Perak.
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Pas Perak untuk membuat keputusan terhadap Mohammad Nizar yang menang kerusi itu atas tiket Pas tetapi dilantik DAP untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang Perak dalam keadaan kedua-dua parti pembangkang itu tidak lagi sehaluan.
“Itu serah kepada Pas Perak. Pas Perak akan tentukan (perkara itu),” katanya ketika ditanya mengenai tindakan DAP yang sepatutnya tidak menyokong Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang selepas kedua-dua parti itu tidak lagi bersama dalam satu pakatan berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pakatan sudah tidak lagi wujud.

Kenyataan Guan Eng itu sebagai tindak balas tindakan Dewan Ulama Pas mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar parti itu awal bulan ini.

Kelmarin, Pas Perak menganggap tindakan DAP mengekalkan Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang adalah di luar perbincangan Pas, PKR dan DAP walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dipetik berkata, pihaknya melihat pelantikan itu atas dasar persetujuan DAP, bukan mewakili Pas dan PKR, malah tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dibuat.

“Walaupun secara dasarnya DAP telah memutuskan hubungan dengan Pas, di peringkat negeri kita masih mempunyai hubungan baik sebagai sebuah pakatan. Cuma apa yang saya boleh katakan, lantikan DAP itu dibuat tanpa pengetahuan kita,” katanya.

Terdahulu, pelantikan Mohammad Nizar yang juga pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika PR menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, juga dikatakan menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dun Perak.  - Sinar Harian



Sumber TKO - 27-6-2015
Masa depan Pakatan Selangor dibincang Ahad ini, kata PKR
Posted on Friday, June 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS-DAP-PKR Selangor akan mengadakan pertemuan Ahad ini bagi membincangkan masa depan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu selepas kerjasama gabungan itu diisytiharkan berakhir.

Pertemuan itu merupakan inisiatif Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mengadakan satu majlis berbuka menteri besar Selangor bersama semua wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PR Selangor, ahli majlis,dan ketua kampung di kediaman rasminya di Shah Alam.

"Mesyuarat PKR Selangor akan diadakan petang itu pada pukul 4 petang sebelum majlis berbuka puasa," kata Setiausaha Politik MB Selangor, Shuhaimi Shafiei ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.


Menurut ketua penerangan PKR Selangor itu, pertemuan tersebut akan dijadikan ruang buat ketiga-tiga parti itu berbincang secara tidak rasmi selepas muktamar PAS membuat pendirian putus hubungan dengan DAP pada awal Jun lalu yang merenggangkan hubungan antara parti. 
Sumber TKO - 27-6-2015

Pakatan: Presiden PAS ulas kenyataan Guan Eng

















































































































































KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa persetujuan bertulis pernah dibuat bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi menghormati hak masing-masing.

“Sebab itu, kita (PAS) memberi peringatan acap kali dan sudah diadakan tandatangan bersama iaitu mereka menerima hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS untuk membuat sesuatu bagi melaksanakan Islam.

“Hak dia (DAP) tidak setuju terpulang kepada dia, tapi dia (DAP) hendak nasihat supaya kita berhenti itu tidak bolehlah,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, pagi tadi.

Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas tindakan DAP menentang RUU persendirian yang dibawa oleh PAS ke Parlimen, baru-baru ini.

Namun, katanya PAS telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya menarik orang bukan Islam menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam sayap parti.
Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab beliau bersama media.

Soalan: Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?

Jawapan: Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan dan DAP telah membuat kenyataan dia. Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulamak.

Pada Datuk Seri, adakah Datuk Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?

Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka Kamus Dewan tengok apa makna pakatan.

Pada Datuk Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?

Ya, sehingga kini masih wujud.

Tetapi, Datuk Seri, Lim Guan Eng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?

Saya melihat Kamus Dewan apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita berpisah. Dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita dapat melalui media sahaja.

Maknanya PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?

Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis, itu sikap kita.

Datuk Seri, dalam muktamar PAS mahu melihat semula tahaluf siasi. Tapi, apabila pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dalam soal bubar pakatan ini, maksudnya PAS masih mahu pertahankan pakatan ini atau masih menunggu MSU untuk membuat keputusan?

Pakatan Rakyat dibubarkan dan terbubar dengan sendirinya apabila semua parti dalam Pakatan Rakyat keluar daripada pakatan atau dipecat semua tinggal satu sahaja. Jika masih ada dua itu masih dalam pakatan.

Bagaimana dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang memecat Ahli Majlis PBT. Adakah itu sememangnya DAP mahu memutuskan hubungan dengan PAS, Datuk Seri?

Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja melibatkan dengan PAS termasuklah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti PKR masih ada lagi dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebab itu, keputusan kerajaan negeri mesti keputusan kerajaan yang melibatkan parti yang ada dalam kerajaan itu.

Datuk Seri, yang jelas PAS masih sayangkan Pakatan Rakyat?

Kita sayangkan perpaduan. Perpaduan kaum kerana kita menerima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

Pada Datuk Seri, Lim Guan Eng tidak berhak membut keputusan bubar pakatan?
Itu terpulang kepada masyarakat di bawah menilai. Biar masyarakat umum melihat kenyataan dia.

Bila agaknya, Majlis Syura Ulamak (MSU) akan membuat keputusan di antara hubungan PAS dengan DAP?

Itu akan ditentukan dalam mesyuarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat ini, insya Allah. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015
















































































































































Apabila DAP mahu PR hanya ada satu dasar

HUZIR SULAIMAN | .

SEPERTI yang saya katakan dalam tulisan saya sebelum ini di Harakahdaily (Kesatuan Fikrah - PR: Hanya Kerjasama atau Gabungan Dasar dan Prinsip?). Survival PR bergantung kepada rasa hormat setiap parti komponen PR kepada dasar dan prinsip parti masing-masing yang berbeza.



PR tidak boleh wujud dengan gabungan dasar atau satu dasar yang mewakili ketiga-tiga parti komponen PR kerana tindakan ini bercanggah dengan asas kewujudan setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

PR tidak boleh memacu setiap parti komponen tetapi setiap parti komponen boleh memacu PR melalui titik persamaan yang ada.

Walaupun parti komponen PR mengakui wujudnya 95% titik persamaan itu, kenapa DAP menggunakan perbezaan 5% itu untuk menghancurkan Pakatan Rakyat?.

Adakah ia disengajakan atau tidak disengajakan?

Mungkin kerana Dasar PasMa @ Parti Baru dilihat lebih mesra dengan Dasar DAP dan Dasar PKR (tidak Islam), maka besar kemungkinan satu dasar untuk memacu ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan baru itu akhirnya boleh juga diwujudkan.

Jika satu dasar itu berjaya dibentuk pakatan baru, maka sebuah parti besar yang dianggotai tiga  parti kecil (tanpa PAS) bakal ditubuhkan dengan harapan tiada lagi pertembungan dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariah khususnya Hudud seperti yang berlaku dengan PAS sebelum ini.

Satu tindakan sedikit demi sedikit untuk mengekang perkembangan dakwah Islam yang dibawa PAS agaknya pada pandangan peribadi saya.

Satu konflik yang mungkin sengaja dibentuk untuk memenuhi matlamat di atas dan juga satu persiapan buat parti politik yang terlibat untuk menang dalam PRU yang ke-14.

Sebab itulah konflik ini dicipta sekian awalnya kerana tempoh tiga tahun tidaklah panjang.

Bagaimanakah agaknya sebuah negara yang dihuni majoriti umat Islam diperintah oleh mereka yang tiada dasar Islamnya.

Jika inilah wayang mereka, Umno/BN yang Islam bukan dasarnya akan diganti juga oleh 'Umno/BN Baru' yang juga tidak Islam dasarnya.

Kenapa pinggirkan dasar Islam sebagai penyelamat rakyat dan negara?

Kita tunggu dan lihat. – HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015

Usul Tergempar ‘Tahaluf Siyasi’ Kekalkan PAS Dalam Pakatan

20150604_101637
KUALA TERENGGANU – Dato’ Mustafa Ali bagaimanana pun turut mempertahankan usul tergempar yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat di Muktamat Tahunan PAS kali Ke-61 itu.

Oleh kerana, katanya usul tersebut berkaitan dengan ‘tahaluf siyasi’ yang melibatkan soal halal, harus dan haram perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama’ (MSU).

“Ianya (krisis) ada hubung kait dengan usul Dewan Ulamak PAS di Muktamar Tahun PAS Kali Ke-61, di Kuala Selangor baru-baru ini. Usul tergempar yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak itu diterima tanpa bahas di muktamar.

“Dalam keadaan usul biasa muktamar memang memutuskan (muktamad). Oleh kerana, soal ‘Tahaluf Siyasi’ ini berdasarkan hukum halal, haram, harus itu ada pada PAS.

IMG-20150618-WA0040

“Sebab, ia bersandarkan prinsip (parti) itu Islam. Setiap tindakan itu akan dirujuk sama ada betul atau tidak tindakan mengikut prinsip dan ajaran Islam. Yang menentukan soal harus, halal dan haram itu Majlis Syura Ulama’ (MSU).

“Usul itu juga menyerahkaan kepada MSU dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tetapi kita (PAS) kena maklumkan kepada muktamar usul itu,” jelasnya bagi merungkai salah faham terhadap usul berkenaan.

Menurut Dato’ Mustafa, Majlis Syura Ulama’ masih belum bincang soal usul itu oleh kerana kebetulan MSU juga telah tamat tempoh penggal berdasarkan perlantikan lima tahun sekali.
Ketika ditanya tentang masa depan Pakatan Rakyat apabila pihak DAP telah bertindak keluar dari pakatan tersebut, beliau menegaskan bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

“Pada saya, oleh kerana DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS walau pun usul itu belum dibawa ke mesyuarat (MSU) tetapi DAP sendiri telah memutuskan (tahaluf) dengan PAS.

“Tetapi, usul itu mengekalkan PAS dengan Pakatan Rakyat sama sebagaimana Barisan Alternatif pada tahun 2001, apabila DAP keluar (BA) dan kita (PAS) masih bersama dengan KeADILan (ADIL).

“Apabila DAP memutuskan kerjasama dengan PAS maka ‘terputuslah’. PAS masih bersama dengan Pakatan Rakyat kerana masih ada dua dari tiga komponen parti pakatan,” tegasnya.

Sumber BO - 19-6-2015
















































































































































Bubar Pakatan Rakyat ada masalah kongsi kuasa

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


KUALA TERENGGANU: Datuk Mustafa Ali bekata, jika Pakatan Rakyat (PR) hendak dibubarkan turut menjadi masalah dalam perkongsian kuasa memerintah kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang.

“Jika ‘mati’ betul ada masalah juga sebab ada ‘anak’ yang hendak kena jaga iaitu ‘anak Selangor’, ‘anak Penang’ (Pulau Pinang).

“Selangor ada tiga, Pulau Pinang paling tidak pun ada dua (DAP dan PKR) kerana PAS hanya ada satu kerusi. DAP pula tidak ada majoriti yang ‘clear’ dan mesti memerlukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dia (DAP) hendak kena fikir tentang (senario) perkara ini.

“Pendapat saya (peribadi) dengan apa yang berlaku, apa yang saya sebut 'pengsan' tadi jika kena cara dia (Pakatan Rakyat) boleh hidup kembali,” tegas bekas Setiausaha Agung PAS itu pada satu sidang media di Pejabat PAS Terengganu di sini, semalam.

Namun, katanya senario yang sama pernah berlaku pada 2001 ketika gabungan pembangkang dalam Barisan Alternatif (BA).

Menurutnya, BA yang wujud pada tahun 1999 antara PAS, Parti Keadilan dan DAP juga akhirnya DAP keluar daripada BA.

“Saya ambil contoh, pada tahun 2001 dulu itu Barisan Alternatif (BA) yang kita bermula tahun 1999. BA itu yang terdiri daripada empat parti tetapi yang utamanya ada tiga iaitu PAS, DAP dan Parti Keadilan (sekarang PKR).

“Tubuh Barisan Alternatif, dan melalui proses pilihan raya tahun 1999 tetapi tahun 2001, DAP keluar (BA) dan bersendirian. Bila DAP keluar, Barisan Alternatif masih boleh berfungsi dengan adanya PAS dan Keadilan.

“Kita masih terus dengan Barisan Alternatif sehingga kita menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 2004. Malah, tahun 2008 pun Barisan Alternatif itu masih berjalan di antara Keadilan dengan PAS,” jelasnya.

Menurutnya, menjelang pilihan raya tahun 2008 apabila mahukan pertandingan satu lawan satu, maka DAP kembali dan tubuh pula Pakatan Rakyat.

“Jadi, jika satu parti keluar dan dua lagi berjalan masih boleh hidup pakatan itu. Sebab itu, saya guna ‘pengsan’ dan tidak ‘mati’ lagi. Itulah kedudukan Pakatan Rakyat pada waktu ini.

“Kita dengan PKR atas dasar yang sama, itu masih boleh jalan. Kita tidak ada bertengkar dengan PKR, cuma PAS dengan DAP sahaja.

“Perbezaan itu semua ada tetapi bertengkar tidak berlaku antara PAS dengan PKR,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun mempertahankan usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor, 4 hingga 6 Jun lalu.

Jelasnya, oleh kerana usul tersebut berkaitan dengan ‘tahaluf siasi’ yang melibatkan soal halal, harus dan haram perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak (MSU).

“Dalam keadaan usul biasa muktamar memang memutuskan (muktamad). Oleh kerana, soal ‘tahaluf siasi’ ini berdasarkan hukum halal, haram, harus itu ada pada PAS.

“Sebab, ia bersandarkan prinsip itu Islam. Setiap tindakan itu akan dirujuk sama ada betul atau tidak tindakan mengikut prinsip dan ajaran Islam. Yang menentukan soal harus, halal dan haram itu Majlis Syura Ulamak.

“Usul itu juga menyerahkaan kepada MSU dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tetapi kita kena maklumkan kepada muktamar usul itu,” jelasnya bagi merungkai salah faham terhadap usul berkenaan.

Menurutnya lagi, Majlis Syura Ulamak masih belum bincang soal usul itu kerana kebetulan MSU juga telah tamat tempoh penggal pelantikan.

Ketika ditanya tentang masa depan Pakatan Rakyat apabila DAP telah bertindak keluar, beliau menegaskan bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

“Pada saya, oleh kerana DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS walaupun usul itu belum dibawa ke mesyuarat (MSU) tetapi DAP sendiri telah memutuskan dengan PAS.

“Tetapi usul itu mengekalkan PAS dengan Pakatan Rakyat sama sebagaimana Barisan Alternatif pada tahun 2001, apabila DAP keluar (BA) dan kita masih bersama dengan Keadilan.
“Apabila DAP memutuskan kerjasama dengan PAS maka ‘terputuslah’. PAS masih bersama dengan Pakatan Rakyat kerana masih ada dua dari tiga komponen parti pakatan,” tegasnya. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015

Azizah: Muafakat Pakatan kekal di Selangor, Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 18 JUN- Biarpun Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal, muafakat parti itu tetap diteruskan di Selangor dan Pulau Pinang, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat 16 Jun lalu telah membuat keputusan berkenaan kerjasama dalam gabungan itu.

Dr wan Azizah

Katanya, KEADILAN kesal dengan usul tanpa bahas di Muktamar PAS ke 61 untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menamatkan Pakatan Rakyat yang disifatkan tergesa-gesa.

“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal;”

“Namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Azmin Ali, dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng terus kekal.

“Dan dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, KEADILAN akan terus memberikan sokongan kepada Dato’ Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya pada kenyataan media.

Menurut Wan Azizah, KEADILAN akan terus membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional.

 Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66899

Sumber KD - 18-6-2015

Rakyat mahu PR bawa perubahan di Selangor


















































































































































       | .


KOTA BHARU: Rakyat mengharap komitmen tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan di Selangor, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat semenangnya diharap rakyat untuk terus memperjuangkan nasib mereka.

Oleh itu beliau berkata usaha yang lebih padu perlu digerakkan demi mempertahankan aspirasi rakyat, di samping menolak sebarang pencakaran yang boleh membantutkan usaha tersebut.

“Saya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu menengakkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan aspirasi rakyat,” katanya pada majlis meraikan delegasi dari Selangor di sebuah hotel di sini malam semalam.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat serta anggota-anggota Exco kedua-dua negeri.

"Saya tidak gemar terus bercakaran kerana kita diberikan amanah untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.

"Mereka menaruh harapan tinggi kepada Pakatan untuk terus membawa perubahan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Azmin mengetuai 45 delegasi Selangor datang ke Kelantan bagi menyempurnakan majlis penyerahan rumah kekal kepada mangsa banjir di Manek Urai, Kuala Krai.

Azmin juga berkata mungkin ada pihak yang cemburu atas sambutan kerajaan Kelantan terhadap Selangor. - HARAKAHDAILY 18/6/2015

Sumber HD - 18-6-2015


Lim Kit Siang Buat U-Turn Juga: DAP tidak kata PR tamat riwayat
Posted on Thursday, June 18 @ 16:25:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak pernah membuat pengumuman untuk menamatkan riwayat PR.

Kit Siang, bagaimanapun tidak menjelaskan parti mana yang harus dipersalahkan dalam isu tersebut.

“DAP tidak pernah membuat keputusan," katanya ringkas kepada pemberita di perkarangan Parlimen hari ini.‎

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan tindakan DAP mengumumkan penamatan PR adalah tergesa-gesa.

Sementara menyentuh mengenai isu kerajaan Selangor Kit Siang berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

“Itu terpulang kepada perkembangan yang akan berlaku, dan lebih baik pemimpin-pemimpin di peringkat negeri Selangor yang  membuat ulasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dilihat menjarakkan diri daripada menjawab spekulasi berhubung usaha Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang mahu menubuhkan sebuah parti baru.

Beliau dilihat tidak mahu mengesahkan sama ada parti baru itu akan membentuk satu pakatan rakyat baru yang akan menggabungkan kerjasama dengan dua lagi parti iaitu DAP dan PKR.

“Siapa yang cakap? Saya tidak melayan apa orang sangkakan?,".

“Saya masih belum berjumpa Pasma, jadi saya tidak boleh sebut ada di dalam DAP yang sudah jumpa Pasma," katanya.

Sementara itu, beliau juga dilihat tidak mahu menjelaskan kedudukan sebenar DAP dan Pas di Selangor walaupun sudah ada pihak mendesak kedua-dua parti itu berundur daripada Selangor selepas tamatnya gabungan pakatan rakyat.

“Saya belum baca itu, jadi lebih baik awak tanya Datuk Mahfuz apa ertinya (mendesak Pas dan DAP menawarkan diri daripada berundur di Selangor)?," katanya.

Malah ditanya adakah wajar pembubaran Selangor dibuat segera memandangkan politik Selangor yang semakin bercelaru, Lim bagaimanapun sekali lagi menegaskan keputusan pembubaran itu perlu diserahkan kepada Azmin.

“Saya rasa soalan itu lebih baik dijawab oleh Selangor.”


Sumber TKO - 18-6-2015


Akhirnya DAP Mula Guna Otak!!

Posted on Thursday, June 18 @ 16:15:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PKR dan DAP sepakat untuk tidak membubarkan DUN Selangor untuk mengelakkan pilihan raya negeri dijalankan ekoran perpecahan Pakatan Rakyat.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pilihan raya negeri tidak perlu dilakukan kerana tiga parti dalam Pakatan sebelum ini berjaya menguasai Selangor dengan majoriti besar.

Pilihan raya negeri yang baru juga akan membazirkan dana, katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

“...lebih baik jika diteruskan kerjasama politik dalam bentuk kerajaan gabungan di peringkat negeri,” tambah Rafizi.

Beliau berkata, parti itu mengambil kira kritikan yang timbul apabila pilihan raya kecil DUN Kajang dijalankan pada tahun lalu.

“Di Selango, tiada apa yang berubah dalam soal kerjasama tiga parti dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Katanya, kerajaan Selangor juga tidak boleh dibandingkan dengan kerajaan persekutuan, yang dikuasai BN dengan hanya 48 peratus undi popular.

“BN hanya meraih 48 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kami pula (Pakatan pada masa itu) mendapat 52 peratus undi,” kata Rafizi.

Sementara itu, pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata langkah untuk membubarkan DUN adalah pilihan terakhir yang akan difikirkannya.

Katanya, DAP akan bertemu Menteri Besar, Azmin Ali dalam tempoh secepat mungkin untuk membincangkan pilihan yang ada bagi mengekalkan kerajaan Selangor.

"Pembubaran DUN ini adalah perkara yang kita cuba elak,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

MP Shah Alam, Khalid Samad pula berharap partinya tidak akan menyokong sebarang usul untuk membubarkan DUN.

Katanya, ketiga-tiga parti dalam kerajaan Selangor kini perlu meningkatkan usaha untuk memberi khidmat kepada rakyatnya.  - MK


Sumber TKO - 18-6-2015

Pakatan Not Dead, Just ‘Pengsan’, Says Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU – PAS’ newly-appointed election director Datuk Mustafa Ali (pic) says the party will stay with PKR to keep Pakatan Rakyat alive.

“Pakatan is not dead, only ‘pengsan’ (fainted),” he told a press conference at Terengganu state Liaison office here yesterday.

He added that the coalition was just facing a hiccup following the DAP’s decision to step out of Pakatan Rakyat.

“DAP is the one which decided to leave Pakatan; not PAS or PKR,” he said, recalling a similar incident in 2001 when DAP left Barisan Alteratif but eventually returned in 2008 to form Pakatan Rakyat.

IMG-20150618-WA0025

He added in a press conference at PAS Terengganu Terengganu Liason Office at Jalan Sultan Omar here, today, that no party could live alone and a coalition was needed.

Mustafa also referred to PKR president Datuk Seri Wan Azizah’s statement that PKR would stick with Pakatan.

“There is no issue of Selangor falling to the opposition as we have also been instructed to stay with the government.”

He added that they must find a way to solve the hiccup they are facing now.

“We must find the right prescription to continue with the coalition as the current prescription has a side effect,” he said, referring to PAS’ broken ties with DAP in Pakatan.

Mustafa described the the DAP’s move to leave Pakatan as an “academic exercise”.

Commenting on the party’s internal struggles, Mustafa said splinter group PasMa would not pose a threat to them.

“PasMa is not a threat, the real threat is the new political party,” he said, without mentioning any specific party’s name.

“PAS is open to criticism as we are not perfect and no party can live alone. There should be a marrying of parties in a coalition to ensure its strength,” he added

Sumber BO - 18-6-2015 


PR belum mati, PKR optimis tumbangkan BN
Posted on Thursday, June 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - PKR akan meneruskan semangat PR yang diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU12 walaupun DAP telah menyatakan pakatan itu telah tamat riwayatnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata, PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung lebih empat jam semalam.

Dalam kenyataan itu juga, PKR melahirkan rasa kesal keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang dianggap tindakan tergesa-gesa.

DAP membuat keputusan itu tengah hari semalam selepas Muktamar Pas ke 61, baru-baru meluluskan usul Dewan Ulama Pas tanpa bahas menamatkan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun keputusan mengenai usul itu belum lagi dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Dr Wan Azizah berkata lagi, mesyuarat PKR juga menyatakan rasa kesal kepada keputusan Muktamar Pas itu.

“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal, namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan PR di Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus kekal.

“Dan dalam semangat yang sama dan tertakluk kepada Dasar Bersama PR, PKR akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan mengatakan parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, ‘PR kini sudah terbubar’.

Dalam kenyataan itu juga, beliau berkata, “oleh kerana PR dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud.”

Keputusan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP malam Isnin lalu. - SInar Harian 


Sumber HD - 18-6-2015
















































































































































Pakatan masih boleh diselamatkan - Azmin

ASLANI M | .


KUALA KRAI: Berbeza dengan pendekatan DAP yang menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, sebaliknya PKR percaya perpecahan itu masih boleh lagi diselamatkan.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata ketiga-tiga parti perlu mengadakan rundingan segera mengelak berlakunya perpecahan terhadap kerjasama yang dibentuk sebelum ini.
Katanya, memang ada perbezaan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat terutama DAP dan PAS namun yakin pakatan boleh diselamatkan.
"Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain. Saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Jangan pula sampai Pakatan berpecah. Perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir di Simpang Tiga Kuari Manek Urai Baru hari ini.

Pada majlis itu Azmin menyerah replika kunci kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Kerajaan Selangor membiayai pembinaan 60 rumah mangsa banjir dengan kos RM62,000 sebuah membabitkan peruntukan sebanyak RM5.7 juta.

Sebanyak 30 rumah dibina pada fasa pertama pada tapak seluas enam ekar, tanah milik kerajaan negeri.

Hadir sama pada program itu anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, anggota-anggota Exco kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Dr Daroyah Alwi.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 kini tidak wujud lagi selepas usul Dewan Ulama PAS memutus hubungan dengan parti itu. - HARAKAHDAILY 17/6/2015

Sumber HD - 17-6-2015

DAP tidak perlu tekan PAS buat keputusan
Posted on Tuesday, June 16 @ 16:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP tidak perlu beri tekanan kepada PAS dengan mengatakan tidak ada lagi Pakatan Rakyat selepas Muktamar PAS baru-baru ini mengusulkan supaya kerjasama parti itu dengan DAP diputuskan.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan dan parti lain tidak wajar campur tangan dan beri tekanan.


"Usul yang kita bentang dalam muktamar itu dibawa ke dalam Majlis Syura. Jangan ada tekanan kepada PAS untuk membuat keputusan sehingga Majlis Syura bersidang.

"Kalau ada parti lain ingin buat keputusan awal, dia buatlah keputusan sendiri. Jangan tekan orang, DAP bebas buat keputusan.

"PAS akan buat keputusan sendiri. Jangan suruh PAS buat keputusan," tegasnya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan bahawa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat.

Menurut Nik Abduh, krisis dalam Pakatan Rakyat perlu diselesaikan segera dan sebarang keputusan termasuk untuk membubar pakatan itu perlu dibuat konsensus ketiga-tiga parti.

"PR ini hak tiga parti bersama. Sebarang keputusan kena bawa dalam mesyuarat, hendak bubar, hendak apa pun kena ada ketiga-tiga, bukan DAP seorang sebab itu saya cakap sebelum ini apabila PAS sebut ingin kekal Pakatan, kita kekal dengan PR.

"Kita tidak keluar PR. Kalau dia tolak kita, kita ada PKR. PR tidak habis walaupun hilang satu. DAP-lah habis, kita ada lagi PR, ada dua parti, maka gabungan itu wujud," katanya. _ The Rakyat POST

Sumber TKO - 16-6-2015

















































































































































Akhirnya DAP keluar Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .


Setelah pelbagai tindakan DAP untuk merasionalkan parti itu keluar PR (Exit Plan) gagal, akhirnya DAP mengambil tindakan tersebut. DAP memulakan usaha tersebut dengan menggunakan pendekatan memainkan sentimen keagamaan, melalui beberapa MP mereka di Sarawak seperti isu Kalimah Allah, dakwah Islam kepada masyarakat peribumi dan lain-lain.

Kemudian DAP Sarawak diberi autonomi untuk mengambil keputusan memutuskan hubungan bukan hanya dengan PAS malah dengan PKR di Sarawak. Tidak cukup dengan tindakan tersebut, DAP buat tindakan yang sama untuk memutuskan hubungan dengan PAS di Sabah. Dalam situasi seperti itu, kedudukan mereka dalam PR pusat masih kekal seperti biasa.

Disebabkan PAS masih mengambil pendirian bersama dengan PR, DAP mencari ikhtiar lain untuk keluar dengan membuat provokasi melampau terhadap Presiden PAS, dengan harapan PAS melayan provokasi itu dengan bertindak keluar dari PR.

Setelah usaha itu tidak berjaya, DAP buat keputusan yang agak pelik, memutuskan hubungan dengan Presiden PAS walaupun masih mahu ada ikatan dengan PAS. Usaha itu diteruskan dengan berkempen secara tidak langsung supaya perwakilan PAS menjatuhkan Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61.

PAS tidak berganjak dari PR, sebaliknya Dewan Ulamak membuat usul tegas untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi terus bersama PR.

DAP cuba mengambil kesempatan dari usul itu untuk mendesak PAS keluar PR, tetapi PAS tetap dengan pendiriannya bersama PR walaupun berkemungkinan memutuskan hubungan dengan DAP.

Selepas segala usaha tidak berjaya, akhirnya DAP sendiri membuat keputusan untuk keluar PR dengan andaian penarikan diri mereka dari PR bermakna PR akan berkubur.

PR terus kekal dengan gabungan PAS dan PKR, sebagaimana pernah berlaku kepada Barisan Alternatif (BA) sebelum ini. Pada tahun 2002, DAP keluar dari BA menjadikan hanya PAS dan PKR kekal dalam gabungan.

BA tanpa DAP inilah gabungan yang menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum 2004 dan 2008. Oleh sebab itu, keluarnya DAP dari PR bukan bermakna PR berkubur.

Sekarang terpulang kepada PKR yang memimpin negeri Selangor membuat keputusan sama ada untuk meneruskan gabungan dengan PAS di dalam PR atau tidak. Sekiranya PKR juga menarik diri dari PR, maka tidak mustahil Kerajaan Negeri Selangor goyah.

Sekiranya PKR terus bersama PAS dalam PR, maka mereka perlu menentukan sama ada menerima kehadiran DAP dalam Kerajaan Selangor atau tidak, disamping mereka juga perlu menentukan sama ada meneruskan sokongan kepada DAP di Pulau Pinang atau tidak.

Keputusan yang dibuat oleh PKR bakal menentukan negeri mana yang menjadi goyah, Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tidak mustahil juga formula YM Tengku Razaleigh Hamzah mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat akan dipakai semula. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

DR MOHD ZUHDI MARZUKI 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
16 Jun 2015
29 Syaaban 1436

Sumber HD - 16-6-2015
















































































































































Pacu peranan perkukuh Pakatan Rakyat demi negara


KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


Pakatan Rakyat adalah harapan rakyat di mana ia adalah alternatif terhadap BN. Maka, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) komited untuk bersama dengannya dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti pengurusan ekonomi mapan, pengurusan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan seumpamanya.

Adapun, perkara melibatkan dasar perjuangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat perlulah dihormati dan dilaksanakan selaras kerangka demokrasi Raja Berperlembagaan yang menjadi teras kepada negara ini.
PAS yang turut berada dalam kerajaan negeri di bawah seliaan Pakatan Rakyat adalah atas tanggung jawab sebagai anggota bersama di mana kemenangan pada PRU13 lalu merupakan hasil kerjasama semua parti komponen Pakatan Rakyat.

Tidak sepatutnya ada parti di dalam Pakatan Rakyat boleh mendabik dada bahawasanya kemenangan pada PRU lalu adalah dari usaha mereka sendiri sahaja.

Oleh demikian, setiap parti wajib menyumbang dengan jujur dan cemerlang dalam menyelaras pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat bagi menambah keyakinan rakyat terhadap koalisi ini.

Berhubung usul Dewan Ulamak PAS Pusat pada muktamar baru-baru ini, ia terserah kepada Majlis Syura Ulamak PAS (MSU). Selari dengan Perlembagaan PAS, perkara seperti itu adalah terletak di bawah penelitian kuasa MSU.

Sebagaimana kita diajar untuk berintegriti dalam pengurusan negeri dan negara melalui kerangka demokrasi Raja Berpelembagaan, seharusnya jugalah DAP menghormati dasar dan ketetapan yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

Kita perlu terus maju dan memperkukuhkan pakatan ini bagi menangani segala krisis ekonomi dan sosial yang wujud kerana ketiadaan integriti dan tanggung jawab BN dalam mentadbir negara.

Kerapuhan yang wujud kerana ketidaksabaran dan tiadanya penghormatan terhadap dasar parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat hanya akan menambahkan kegelisahan rakyat dan menyebabkan mereka semakin merana terhadap kezaliman Kerajaan Umno BN.

Seluruh penyokong dan ahli PAS diseru bertenang serta memberi thiqah kepada kepimpinan untuk menangani situasi ini. Yakinlah pimpinan berupaya merungkai perkara ini dengan hikmah dan terbaik untuk semua sesuai dengan kematangan pengalaman PAS di medan siyasah selama ini.

MSU juga diharap dapat segera untuk bersidang agar kesulitan yang berlaku dapat dijelaskan kepada rakyat dan seterusnya segala tenaga dan kekuatan ditumpukan kepada usaha penyelesaian masalah ummah dan negara. - HARAKAHDAILY 13/6/2015

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 13-6-2015

Jangan ajar kita, kata Mohd Amar
Posted on Friday, June 12 @ 12:31:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

"PAS Pulau Pinang memang sudah bersedia, dulu pada tahun 1977, berlaku darurat di Kelantan apabila PAS ditendang keluar oleh BN (Barisan Nasional), semua pemimpin PAS melepaskan jawatan, tidak ada masalah... bukan sayang pada jawatan.

"Saya juga ingin nasihat kepada Guan Eng jangan ajar kita, kita (PAS) tahu apa hendak buat. Kalau betul-betul putus, kita akan keluarkan arahan melepaskan jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Koperasi Tengku Muhammad Faris Petra 2015 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan DAP yang meminta anggota PAS supaya meletakkan jawatan yang dipegang dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mohd Amar sebelum ini menegaskan pemimpin dan anggota PAS tidak takut kehilangan jawatan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, sekiranya hubungan antara PAS dan DAP terlerai selepas ini.

Lim sebelum itu dipetik sebagai berkata beliau mengharapkan PAS menunjukkan bahawa maruah politik masih wujud dalam kalangan kepimpinan baharu parti itu dengan mengarahkan wakilnya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan jawatan.

Mohd Amar berkata pada masa ini, Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.

"Sekarang orang baru bincang kata hendak cerai, bukan cerai lagi, kalau bercerai selesailah cerita," katanya.

Dewan Ulama PAS sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mengakui anggota Majlis Mesyuarat Negeri di Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, namun parti itu perlu sedar kemenangan yang dikecapi mereka adalah sumbangan PAS.

- Bernama  / TKO - 12-6-2015



Bubar DUN jika mahu pecat pemimpin PAS, kata pesuruhjaya Terengganu
Posted on Friday, June 12 @ 12:33:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat berkata lebih baik DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sekiranya berhasrat memecat pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan agensi negeri itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Katanya, tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kuasa veto atau pemberi kata putus sama ada PAS, DAP mahu pun PKR.


"Di Pulau Pinang, ketika menang dulu, atas nama PR (Pakatan Rakyat). Kalau rasa PAS tidak perlu lagi... bubarlah Dewan.

"Sekurang-kurangnya DAP boleh lihat kedudukan mereka tanpa sokongan Melayu, Islam dan ahli PAS," katanya dipetik berkata.

Saiful berkata demikian ketika mengulas tindakan DAP yang mengalu-alukan pemimpin PAS dalam kerajaan negeri meletak jawatan susulan keputusan muktamar parti Islam itu memutuskan hubungan dan kerjasama antara mereka.

Beliau mendakwa, pihak terlibat dalam DAP tidak memahami prosedur PAS atau mempunyai agenda tertentu kerana mereka membuat kenyataan mendahului keputusan muktamad parti Islam itu.

Pada masa sama beliau menyatakan, peletakan jawatan PAS di Pulau Pinang tidak memberi kesan yang besar sekiranya parti itu mengambil keputusan muktamad memutuskan hubungan dengan DAP.

"Dalam isu ini saya dimaklumkan, perjawatan PAS tidak banyak pun. Bukan jawatan yang besar dan tidak beri kesan besar sangat," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula memberi amaran kepada DAP terutamanya setiausaha agungnya agar tidak mengajar parti Islam itu untuk meletak jawatan susulan keputusan muktamar lalu.

"Saya juga ingin nasihatkan kepada Lim Guan Eng, jangan ajar kita, kita tahu apa hendak buat. Kalau betul-betul putus, kita akan keluarkan arahan melepaskan jawatan.

"Sekarang orang baru bincang kata hendak cerai, bukan cerai lagi, kalau bercerai selesailah cerita," katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Amar berkata, PAS bersedia melakukannya pada bila-bila masa saja.

"PAS Pulau Pinang memang sudah bersedia. Dulu pada 1977, berlaku darurat di Kelantan apabila PAS ditendang keluar oleh Barisan Nasional (BN), semua pemimpin PAS melepaskan jawatan, tidak ada masalah.

"Bukan sayang pada jawatan," katanya dipetik berkata kepada akhbar milik Umno itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dilakukan selepas satu keputusan muktamad dicapai pada Majlis Syura Ulama akan datang yang bakal membincangkan perkara itu.



Sumber TKO - 12-6-2015
















































































































































Kenyataan DAP tidak cerminkan semangat Pakatan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian semalam, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihatkan Tony supaya tidak memberi tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya memilih antara DAP dengan PAS.

“Ini kerana kenyataan tesebut tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

“Saya juga ingin memberikan pandangan kepada pimpinan tertinggi PAS dan DAP supaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik yang berlaku sekarang ini. Buat permulaan, saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datok Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,” demikian tegas Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Tan Sri Muhammad juga memohon Ahli Majlis Syura Ulamak dan pimpinan tertinggi PAS supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau menggesa supaya tidak disia-siakan harapan rakyat Malaysia yang telah memberi undi 52 peratus kepada Pakatan Rakyat, khususnya harapan rakyat negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan Umno BN sedang lemah dengan pelbagai isu yang melanda mereka, Pakatan Rakyat perlu menunjukkan contoh alternatif terbaik kepada rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 nanti. – HARAKAHDAILY 12/6/2015

Sumber HD - 12-6-2015



Perutusan DS Anwar mengenai Pakatan Rakyat

Posted on Wednesday, June 10 @ 10:09:51 MYT by paktam

Oleh N SURENDRAN

Semalam saya telah bertemu DS Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN.”

DS Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

N SURENDRAN
Ahli Parlimen Padang Serai
Anggota Biro Politik KEADILAN


Sumber DD - 10-6-2015

















































































































































Azmin beri jaminan PR terus laksana amanah rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan Pakatan Rakyat (PR) akan terus melaksana tanggungjawab melunaskan amanah rakyat.

Katanya, tiga komponen PR masih teguh di Selangor, bahkan PKR komited merungkai kemelut yang sedang melanda rakan komponennya, PAS dan DAP di peringkat pusat.

“PKR punya tanggungjawab besar pastikan Pakatan terus kuat. Ini peranan yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan akan diteruskan demi kepentingan negara dan rakyat," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Katanya, beliau sendiri di peringkat negeri ingin melihat PR terus kukuh.

“Memang ada pandangan berbeza tetapi selaku wakil rakyat, kita punya tanggungjawab besar memenuhi aspirasi rakyat yang memilih Pakatan dalam pilihan raya,” katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya, usul Dewan Ulamak PAS menuntut memutuskan hubungan dengan DAP tidak sewajarnya dimanipulasi berikutan belum dimuktamadkan di peringkat tertinggi parti Islam itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pimpinan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada agenda besar membangunkan negeri dan kebajikan rakyat.

“Kita berada di Selangor atas sokongan kuat rakyat yang ingin Pakatan mentadbir negeri. Sokongan ahli parti sahaja belum tentu membolehkan kita mampu membentuk kerajaan.

“Rakyat letak harapan tinggi, jadi kita perlu tunjukkan kesungguhan membawa aspirasi mereka yang memilih Pakatan pada pilihan raya umum dahulu,” katanya.

Sumber HD - 9-6-2015

Anggota Pakatan Rakyat Jangan Pentingkan Diri Sendiri Tempelak Azmin Ali
Posted on Tuesday, June 09 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mohamed Azmin Ali hari ini mengingatkan anggota Pakatan Rakyat (PR) agar tidak mementingkan diri sendiri hingga menjurus kepada merosakkan gabungan parti pembangkang itu.

Mengulas kemelut terbaru melanda PAS dan DAP, timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan mereka itu boleh dianggap satu pengkhianatan kepada rakyat.


"Jangan kerana kepentingan peribadi kita, kita merosakkan PR, dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat.

"Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

"Sekali lagi saya mengatakan, kita ahli parti, juga wakil rakyat yang dipilih rakyat, kena ingat itu.

Tanggungjawab setiap wakil rakyat memastikan aspirasi rakyat dipenuhi.

"Kita harus ketepikan masalah ego peribadi dan meletakkan gagasan besar bagi kepentingan negara dan rakyat," kata menteri besar Selangor itu.

Beliau turut menegaskan, pentadbiran Selangor masih kuat dan kukuh serta tidak terjejas ekoran usul PAS pada muktamar tahunannya minggu lepas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Usul itu akan dibawa di peringkat perbincangan. Jangan kita buat sebarang spekulasi. Sebelum ini kita melalui banyak masalah, tetapi mampu menyelesaikannya.

"Krisis ini jangan dilihat sebagai satu kelemahan. Jangan melihatnya sebagai satu masalah. Tetapi ia peluang untuk kepimpinan mengetepikan ego masing-masing dan melihat masalah itu harus dijadikan keutamaan," katanya.

Azmin berkata PR berjaya memimpin Selangor dengan adanya sokongan rakyat, bukan hanya disebabkan sokongan daripada ahli parti.

"Kalau sokongan parti sahaja, tidak mungkin kita dapat membentuk kerajaan. Bila rakyat sokong, rakyat letak harapan.

"Maka kita wakil rakyat patut mengambil tanggungjawab ini untuk penuhkan aspirasi rakyat yang diberikan pada pilihan raya yang lalu. Mandat ini besar," katanya.

Pada masa sama, beliau juga memilih untuk bersikap "playsafe" ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam berhubung DAP menolak campur tangan daripada pihak ketiga dalam isu tersebut.

"Itu pandangan peribadi beliau, tetapi saya kira PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan PR terus kuat dan kukuh.

"Ini memang peranan yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini demi kepentingan negara dan rakyat. Dan saya sendiri di peringkat negeri ingin melihat PR terus kuat dan kukuh," katanya.

Pada Ahad, PKR menyatakan hasrat menjadi orang tengah sebagai pendamai antara PAS dan DAP.

Namun semalam, DAP berkata ia tidak perlukan campur tangan pihak ketiga dalam isu pergeserannya dengan PAS, mengatakan sebagai parti politik yang wujud sejak 1966 dan mempunyai majoriti ahli Parlimen dalam PR, mereka berupaya menangani isu itu.


"Kita tidak perlu orang tengah berhubung isu kita dengan PAS. Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," kata Lim.

Sumber TKO - 9-6-2015

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng Liabiliti Kesepaduan Pakatan Rakyat
Posted on Tuesday, June 02 @ 20:55:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kami meneliti dengan dekat perkembangan politik Malaysia baik Kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat ( Pembangkang ). Krisis sedang berlaku mutakhir ini memungkinkan PR bakal berpecah pada bila-bila masa sahaja. Kami begitu bimbang situasi ini jika benar menjadi kenyataan.

Malaysia bakal kehilangan pembangkang yang kuat di Parlimen selaku "check and balance" terhadap dasar dan polisi Kerajaan BN yang menekan rakyat.

Malaysia mampu diselamatkan dengan adanya kesepaduan yang utuh dari PR terdiri dari PKR PAS dan DAP. Gandingan komponan PR dilihat dalam sejarah politik Malaysia adalah yang terkuat untuk menegur dan mengasak kerajaan BN dari terus menjerumus Malaysia ke kancah krisis ekonomi yang serius.

2. Namun, tindakan LKS dan LGE yang melanggari dan mencabuli semangat serta prinsip kerjasama PR dalam tidak mencampuri hal dalaman parti rakan PR amatlah mengecewakan.

Serangan bertalu-talu dengan kenyataan demi tindakan kepada umum oleh LKS dan LGE kepada PAS khususnya Presiden PAS menampakkan ada usaha bersungguh-sungguh untuk mencatur dan memecah belahkan urusan dalaman PAS, lebih-lebih lagi pemilihan Muktamar PAS kali ke-61 bakal menjelang pada 4 Jun 2015.

3. PR menjunjung dan mengangkat semangat amalan demokrasi dalam sistem politik negara.

Kerjasama PR juga terbentuk atas persetujuan amalan demokrasi. Hakikat hari ini, penentangan LKS dan LGE terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan menunjukkan satu pelanggaran sistem demokrasi dalam negara. Pas memberi komitmen yang tinggi dan bersungguh -sungguh bergerak dalam kerangka demokrasi untuk merealisasikan agenda EKJS Kelantan terlaksana. Malangnya LKS dan LGE tetap menentang pelaksanaanya dengan mencipta pelbagai alasan, walaupun PAS sudah berusaha berkali-kali membawa cadangan pelaksanaan EKJS Kelantan melalui saluran yang ada dalam PR iaitu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

4. Konsensus PR telah merangka banyak polisi dan tindakan bersama antaranya Buku Jingga, Bajet PR 2008 hingga 2014, Penentangan terhadap GST dan banyak lagi. Usaha bersungguh -sunguh ini telah meyakinkan rakyat. Tetapi tindakan unilateral LKS mengusulkan Kerajaan Campuran "Save Malaysia Goverment" yang mengabungkan MP PR dan BN adalah amat mengejutkan dan mendukacitakan penyokong PR, bukankah ia satu pengkhianatan kepada rakan PR secara terang dan terbuka? Dimana ketelusan LKS terhadap rakan PR?. Sedangkan usul ini tidak pernah dibincang dan diputus secara bersama oleh pimpinan PR. Ianya timbul selepas usul RUU EKJS yang dibawa oleh MP Marang ke Parlimen sebelum ini, telah diterima oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

5. PR sentiasa konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat marhaen dan tertindas oleh kerajaan BN. Hubungan baik antara PR dan ahli ASEAN dalam soal hak asasi dan kemanusiaan dapat dilihat dalam siri pertemuan dan konsesus pimpinan PR bersama Kesatuan ASEAN. Kecacatan PR dilihat dengan keengganan LGE selaku KM Pulau Pinang membantu pelarian Rohingnya untuk ditempatkan sementara di Pulau Pinang. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap angkuh dan "pilih bulu" LGE apabila berkuasa. Apakah kita masih ingat ribuan pelarian Vietnam yang diletakan di Pulau Bidong Terangganu pada tahun 1975? Mereka bukan beragama Islam tetapi Kerajaan Terangganu dan Malaysia yang majoritinya menganut agama Islam tetap membantu mereka atas dasar kemanusiaan. Kerajaan Thailand juga bersimpati terhadap nasib pelarian Rohingnya, walaupun berbeza agama dengan menempatkan pelarian di kem sementara atas negara mereka.

Tindakkan LGE kepada pelarian Rohingnya membawa imej buruk kepada rakan PR secara keseluruhannya.

6. Selepas mengambil kira semua isu dan tindakan yang dilakukan oleh LKS dan LGE. Kami dengan ini menegaskan pengunduran LKS dan LGE dalam rakan PR adalah satu tindakan tetap dan perlu. Namun kami berharap Majlis Pimpinan PR dapat bermesyuarat dalam kadar segera bagi menentukan status LKS dan LGE dalam PR serta merangka semula "action plan" bersama dan halatuju PR bagi memenangi PRU-14 dengan penuh bergaya.
Kenyataan Bersama:
1. Prime Care Malaysia (PCM)
2. Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI)
3. Pertubuhan Prihatin Asnaf Negeri Terengganu (BANTU)
4. Islamic Centre For Malaysia (iC4M)
5. Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu
6. Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU)
7. Persatuan Ulama Masyarakat (ULUM)

Sumber TKO - 2-6-2015



Kasihanilah kami wahai pemimpin Pakatan
Posted on Tuesday, May 26 @ 14:29:32 MYT by paktam

Oleh Mohd Sofi Abdul Wahab

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.

PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.


Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang. Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda untuk reda
Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaaf-maafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.

Renung dan kenanglah jasa Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Datuk Seri  Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN.

Jangan mensia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.

Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng, rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya.

Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.

Mana janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.

Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan, rakyat dan demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan rakyat dan negara. 

* Mohd Sofi Abdul Wahab ialah yang dipertua PAS Bukit Katil

Sumber DD - 26-5-2015


DAP, Belajarlah Erti Adab Bekerjasama




1. Pemuda PAS keseluruhannya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bersifat serangan yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kenyataan yang berunsurkan provokasi dan fitnah secara berterusan kepada pemimpin tertinggi kami adalah perbuatan yang menghiris perasaan para anak muda dan penyokong PAS di segenap lapisan.

2. Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah para pimpinan dan perwakilan PAS. Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah-gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk-ajar kepada para ahli PAS siapakah yang layak untuk mengemudi PAS. Perbuatan masuk-campur urusan dalaman parti dan menjadi batu-api ini adalah di luar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang-sebut oleh DAP.


3. Tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada Presiden PAS kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengkhianati Pakatan Rakyat dan hatinya bersama UMNO adalah tuduhan yang begitu berat dan berunsur fitnah. Kisah Unity Government (UG UMNO-PAS) juga bagaikan hantu yang begitu menakutkan DAP sedangkan ia adalah kisah lama yang telah diputar-belit dan menjadi sejarah. Sedangkan, YB Lim Kit Siang sendiri pada baru-baru ini mencadangkan “Save Malaysia Govenment” yang menggabungkan ahli Parlimen PR dan BN. Bukankah ini adalah pengkhianatan kepada rakyat secara terang lagi terbuka?

4. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Presiden PAS mempunyai jiwa UMNO kerana Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak turun berkempen di PRK Permatang Pauh. Saya ingin bertanya, adakah Lim Guan Eng dan gerombolan pimpinan tertinggi DAP ada turun berkempen di PRK Rompin yang melibatkan calon PAS baru-baru ini? Jikalau kita menggunakan sifir Lim Guan Eng itu, bolehkah disimpulkan bahawa beliau berjiwa UMNO-BN juga kerana tidak pun turun berkempen dan beliau tidak juga menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS di PRK Rompin? Lebih baik beliau beringat sebelum sibuk menyerang orang lain, bak kata pepatah “bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.”

5. Justeru, kami menegaskan dan memperingatkan kepada DAP agar jangan mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman parti rakan kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini. Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017.

Ir Haji Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber PP / HD - 27-5-2015
















































































































































Usah percaya fitnah UG, perkukuh Pakatan

| .


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi jaminan tidak ada pihak dalam parti itu berusaha membawa PAS ke dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau sebaliknya menyeru semua pihak agar tidak mudah mempercayai fitnah mengenai isu Unity Government (UG) yang tidak berkesudahan.

Bahkan katanya, Majlis Syura Ulamak turut membuat penafian bahawa Majlis Syura Ulamak dan ahlinya berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan PAS dengan Umno BN.

Katanya, sekiranya ada usaha tersebut beliau akan menjadi orang pertama yang menentang usaha bergabung dengan BN.

"Untuk kesekian kalinya, saya ingin menegaskan PAS konsisten dengan ketetapan bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muktamar PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, mengenai usaha pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Kelantan, ia adalah hak demokrasi PAS yang diberikan amanah untuk mentadbir Kelantan sejak tahun 1990.

"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen, sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat mandat majoriti di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menambah, pelaksanaan EKJS di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Parlimen memberi kelulusan.

"PAS tidak ada halangan sekiranya DAP mahupun Umno BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

"PAS akan akur dengan dengan apa jua keputusan yang dibuat di Parlimen sama ada menerima mahupun menolak cadangan pindaan akta tersebut," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak dalam Pakatan Rakyat agar berjiwa besar dan optimis dalam mempertahankan kerjasama.

"Usahlah terlalu bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan yang kian longgar ini. Pada saat Umno BN sedang mengalami krisis kepercayaan rakyat,

sewajarnya Pakatan Rakyat memperkukuh dan mempertahankan kerjasama yang telah dibina selama ini," katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015


Azmin: Pemimpin PAS, DAP digesa henti berbalah
Posted on Sunday, May 24 @ 19:12:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pemimpin PAS dan DAP menghentikan perbalahan sesama sendiri secara terbuka dalam media berhubung isu kabinet bayangan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat mereka harus saling menghormati dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya tindakan berbalah secara terbuka melalui media tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara.

"Jadi kembali semula ke meja rundingan dan berbincang," katanya kepada pemberita ketika mengulas perbalahan antara sekutu pakatan pembangkang itu selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2014, di Shah Alam, semalam.
  
DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata PKR kini sedang mengusahakan untuk membawa PAS dan DAP ke meja rundingan dan bersedia untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah itu.
  
Semalam media melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata kabinet bayangan DAP sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata kerana menurutnya tidak mengambil kira masyarakat majmuk yang ada di negara ini.
  
-Bernama



Sumber HD - 24-5-2015

















































































































































‘Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan’

Posted on Thursday, May 14 @ 12:01:35 MYT by paktam

Oleh Lim Kit Siang


Terima kasih MC YB Baihaki dan YDP PAS Kota Bharu, YB Cikgu Rahim, Timbalan Presiden PAS YB saudara Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR YB Rafizi, YB Zuraida dan pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat, saudara- saudara dan saudari, selamat malam salam sejahtera dan salam Ubah.

Dalam dua tiga hari ini apa menjadi tajuk berita besar? Dua tiga hari ini, skandal 1MDB dan masalah skandal penjualan tanah di KL kepada Lembaga Tabung Haji bukan? Itu tajuk berita besar dan selepas itu pun ada lagi satu dua tajuk besar.

Hari ini nampaknya ada satu blog yang ditulis oleh Zaid Ibrahim, bekas Menteri. Dia kata daripada Jepun dia dapat maklumat bahawa ada satu perjumpaan sulit di Milan.

Kenapa di Milan? Siapa ada di Milan? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sekarang berada di Milan Itali. Dia ikut Zaid Ibrahim, dia dapat maklumat bahawa ada satu mesyuarat sulit Tan Sri Muhyiddin dengan Tengku Razaleigh mengenai kemungkinan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

LKS-kota-bharu
Benar tak benar dia kata pun tak tahu. Dia tak tahu, saya pun tak tahulah. Tapi apa yang kita tahu ialah Perdana Menteri kita di Tawau Sabah hari ini, malam ini. Dan dia sudah mula berperang dengan Tun Dr Mahathir. Dia cabar Dr Mahathir bahawa jangan kacau dia, dia rela lawan balik. Mungkin esok apabila dia jumpa dengan Ketua Bahagian UMNO akan (ada) perkembangan yang berikut(nya).

Tetapi dengan perkembangan- perkembangan semacam ini, bolehkah kita tumbang(kan) UMNO dan BN di masa depan? Bolehkah? Mungkinkah?

Kali yang pertama dalam sejarah Malaysia 58 tahun. Kali yang pertama kita lihat kemungkinan bahawa kita boleh tumbang(kan) UMNO dan BN. Dan ini kita boleh lihat daripada keputusan PRU-13 di mana parti-parti Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP.

Kita memperolehi majoriti pengundi- pengundi sungguhpun kita kalah daripada segi kerusi parlimen oleh kerana persempadanan kawasan- kawasan pilihanraya yang tidak adil dan tidak demokratik.

Dan bukan sahaja di masa depan, kalau kita ikut trend ini, mungkin kita boleh sampai ke Putrajaya. Tetapi ada tujuh negeri pun mungkin boleh jatuh. Betul? Kedah boleh jatuh? Terengganu boleh jatuh, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan satu negeri sampai PRU 2013 dilihat sebagai satu negeri tak mungkin parti- parti pembangkang untuk (ber)pecah.

Johor, Johor sekarang sudah dekat, kita boleh pun memerintah di Johor mengikut keputusan PRU-13. Betul? Tetapi pra-syarat ialah bahawa Pakatan Rakyat kekal.

Bolehkah Pakatan Rakyat kekal? Teruskan. Kalau saya ditanya saya pun tak tahulah. Sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal atau tak boleh kekal. Lagi satu bulan akan menentukan masa depan sama ada rakyat Malaysia boleh tukar tumbang(kan) UMNO dan BN dalam PRU akan datang.

Baru- baru ini saya dengan empat ahli parlimen DAP, YB daripada Kluang Chin Tong, YB daripada Bukit Bendera Zairil Khir Johari, YB daripada Seputeh Teressa dan YB daripada Bukit Mertajam Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir untuk jumpa tukar fikiran dengan pelajar- pelajar kita di Jordan lebih kurang dua ribu orang.

Ada pelajar- pelajar kita di Jordan dan di Mesir. Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar- pelajar di Mesir dan kita ada tukar fikiran dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.

Dan mereka sangat frank (terbuka) (ber)tukar pandangan dan ada soalan- soalan dikemukakan dan mereka ada tanya mengenai masalah- masalah politik di negara kita, sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal. Masalah-masalah yang sekarang Pakatan Rakyat hadapi. Kenapa Pakatan Rakyat tak boleh terus bersatu padu?

Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji(kan). Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai Dasar Bersama.

Dasar Bersama mengenai masa depan (bagi) menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah(nya).

Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh (ber)pegang (kepada) apa yang kita sudah janji(kan), bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai.

Dan dalam pertukaran (pandangan), sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam, tetapi dalam Jordan, dalam Mesir, 92 peratus penduduk- penduduknya orang Islam. Di Mesir 95 peratus penduduk-penduduk orang Islam. Di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.

Ada pandangan, ada pertikaian, ada debat sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak.

Dan saya bacalah apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid. Baca bahawa sarjana- sarjana dan ustaz- ustaz, ulama’-ulama’ Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan ada syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.

Syeikh Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.

Dan pun ada priority, keutamaan. Saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat-syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaan, semacam perumahan, semacam kesihatan dan transport lain- lain semua dibekalkan – keselamatan.

Semua diberikan sebelum kewajipan – hak-hak diberikan sebelum kewajipan dituntutkan. Itu bukan saya kata. (Sebaliknya) apa (yang) saya baca di Jordan dan di Mesir. Ada pandangan dalam pertukaran fikiran dengan pelajar- pelajar, saya kata bahawa kalau kita tidak ada persetujuan dengan perkara ini, bukan oleh kerana kita anti-Islam.

Adakah masalah di Jordan di Mesir masalah anti-Islam? Bukan, tetapi mengenai sama ada sesuai atau tak sesuai. Khasnya dalam Malaysia suatu masyarakat majmuk. Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip- prinsip utama dimaktub, itu hal- hal yang lain. Dan saya rasa mustahak khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dillihat sebagai anti-Islam atau bukan anti-Islam.

Saya, mungkin saya rasa bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai ada pelaksanaan hudud. Itu bukan oleh kerana saya anti-Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti-Islam dan pro-Islam, saya rasa ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada masyarakat kita.

Ceramah Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan
Adakah pemimpin- pemimpin Perdana Menteri, lima Perdana Menteri yang kita ada, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, (Dr) Mahathir 22 tahun (tadbir) dan Tun Abdullah – mereka anti-islam? Adakah UMNO anti-Islam? 

Kalau UMNO anti-Islam oleh kerana rasa bahawa hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia, adakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan UMNO pun anti-Islam? Tak mungkin, tak mungkin.

Parti PAS pun pernah bekerjasama dengan UMNO tahun 1973 ke 1977. Saya rasa kita perlulah fikir lebih mendalam dalam perkara ini. Apa yang mustahak ialah bahawa kalau kita mahu memastikan bahawa kita ada satu kerajaan yang baik, ada good governance, pemerintahan yang baik. Tidak ada skandal MDB, tidak ada penyelewangan semacam Lembaga Tabung Haji dan lain- lain. Kita perlu ada satu kerajaan yang boleh memastikan rakyat boleh menikmati keadilan, kebebasan dan kemajuan.

Tak kira apa kaum, tak kira apa- apa agama. Kita dalam Malaysia, kita perlu mengakui inilah satu masyarakat majmuk. Saya rasa ini mustahak dan kali yang pertama dalam 58 tahun kita ada peluang. Kita melihat peluang boleh tumbang(kan) kerajaan UMNO dan BN.

Tetapi kalau dalam satu bulan ini oleh kerana perkembangan-perkembangan politik dalam tanahair kita, Pakatan Rakyat tidak boleh dikekalkan, kita akan hilang peluang ini. Peluang yang (ke)emas(an), once in a lifetime – once in a lifetime, tak mungkin kemungkinan ini berlaku begitu (dalam) masa yang singkat.

Dan saya pun (ber)harap, saya pun lama dalam politik. Tahun depan 50 tahun saya dalam politik. Apa saya harap lihat ialah bahawa dalam PRU masa depan, Pakatan Rakyat boleh kekal.

Pakatan Rakyat boleh tumbang(kan) UMNO dan BN dan ada satu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan lapan negeri Malaysia. Kalau ini boleh berlaku, ini sejarah. Bolehkah? Itulah benteng dan saya rasa inilah mustahak untuk masa depan Malaysia. Barulah kita boleh berjaya.

Saya apabila jumpa aktivis-aktivis di Jordan dan di Mesir, saya ada tanya mereka. In the Islamic world, dalam dunia negara-negara Islam, apa negara mereka ada harapan, ada harapan besar (pada) nama-nama negara? Mereka ada namakan Tunisia, oleh kerana ada Ghannouchi di sana. Mereka ada namakan Turki. Mereka ada menamakan Malaysia.

Mereka harap Malaysia boleh memberi satu contoh untuk dunia Islam. Dan saya rasa ini kita boleh buat. Oleh kerana dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk, bagaimana perlu Islam di Malaysia boleh memberi contoh kepada dunia bahawa boleh adapt (laksana) dan sesuai(kan) dengan masyarakat majmuk untuk dunia, supaya bukan sahaja kita belajar daripada timur tengah, tetapi negara-negara timur tengah boleh belajar daripada Malaysia. Bolehkah?

Dan saya rasa ini pun harapan saya, dan saya harap bahawa di masa depan selepas satu bulan kita ada harapan yang tinggi bahawa kita tidak binasakan harapan-harapan yang kita ada untuk perubahan besar di tanah air kita. – Roketkini.com

Transkrip ucapan Lim Kit Siang di Ceramah Perdana ‘Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan’ di Kota Bharu pada 10 Mei 2015

Sumber DD - 14-5-2015

PAS setuju Ketua Pembangkang milik PKR

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu lepas bersetuju untuk menyerahkan kerusi Ketua Pembangkang kepada PKR

Ketua Whip Ahli Palimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang.

"Sabtu lepas PAS Pusat bermesyuarat dan ada membincangkan tentang kedudukan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Cadangan Presiden PAS itu untuk serahkan kepada parti yang mempunyai majoriti dan sudah tentu DAP.

"Namun pendirian DAP untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR, kita setuju cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk seri Dr Wan Azizah Ismail," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, walaupun mengikut kebiasaan yang mendapat majoriti di parlimen akan memegang jawatan tersebut, namun mengikut pandangan rakan-rakan di dalam Pakatan, Abdul Hadi bersetuju menyerahkan kepada Presiden PKR. – HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-2015


Anwar kekal sebagai de facto ketua pembangkang
Posted on Friday, May 08 @ 14:37:53 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh Malaysiakini



Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua pembangkang.

Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon PKR.

Ini tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok pembangkang.

Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, DAP bersedia untuk mengalah jika Wan Azizah kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.

Dinamik politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.

Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa Umno, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan terhakis.

Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan blok pembangkang untuk menawan pusat pentadbiran Putrajaya.

DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering bertelagah dengannya, boleh boleh menuntut jawatan itu.

Menyekat Hadi

Dengan latar belakang tersebut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi ketua pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.

Jika Hadi mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP telah pun memutuskan hubungan dengan Hadi, yang didakwanya sebagao seorang yang tidak boleh dipercayainya.

Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Wan Azizah, DAP akan dapat menangani senario tersebut.


Sumber TKO - 8-5-2015

Belum Mesyuarat Majlis Presiden PR, Kit Siang Umum Mahu Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang
Posted on Friday, May 08 @ 19:24:18 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Lim Kit Siang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan suaminya.

"Kemenangan padu dan mengagumkan Wan Azizah di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya dalam posting blog pada Jumaat.

Pakatan Rakyat kini tidak mempunyai Ketua Pembangkang yang diiktiraf berikutan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat.

Rayuannya untuk mendapatkan pengampunan diraja juga ditolak, dan beliau kemudian hilang statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Walau bagaimanapun kerusi itu dirampas semula oleh isterinya pada PRK, Khamis.

Wan Azizah pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen semasa pemenjaraan suaminya sebelum ini pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memegang kerusi Permatang Pauh dalam tempoh tersebut apabila Anwar telah diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pakatan bagaimanapun belum memutuskan secara rasmi siapa yang akan menggantikan Anwar. - Mstar


Sumber TKO - 8-5-2015


PAS SABAH TIDAK TERHALANG PKR DAP KELUAR PR NEGERI - TIMBALAN PJ III



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34635-pas-sabah-tidak-terhalang-pkr-dap-keluar-pr-negeri

Sumber HD - 31-3-2015

Melanggar persepsi kontroversi hudud

Posted on Monday, March 30 @ 13:58:54 MYT by paktam

Oleh Timmy Say
Cakap-cakap 1: Asal-usul Pakatan Rakyat
Mengikut sejarah, sejak penubuhan PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara pada 1998, PAS dan PKR sudah menjalin kerjasama politik.

Hubungan PAS-PKR tidak pernah putus sehingga hari ini. Ini tidak seperti DAP yang memutuskan hubungan dengan Barisan Alternatif pada 2001.

Pada 2007, ketika kempen "Asal Bukan Umno" mendapat sambutan meluas, DAP tetap membuat deklarasi bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS, meskipun PAS dan PKR sudah bekerjasama.

“Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam” – itulah kata-kata mendiang Karpal Singh pada 25 Januari 2007

Setelah menang 5 negeri di 2008, barulah Pakatan Rakyat (PR) dibentuk dengan gabungan PAS-PKR bersama DAP untuk mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Cakap-cakap 2: PAS sudah berjanji membuang hudud apabila masuk PR

PAS tidak pernah membuat deklarasi tidak lagi memperjuangkan Islam dan terus berpegang pada dokumen dasar bersama PR yang hanya melibatkan perkara dipersetujui bersama.


Dokumen itu dibentangkan pada Konvesyen PR pertama iaitu pada 19 Disember 2009, 21 bulan selepas kemenangan besar PRU13.

Perbezaan antara tiga parti hanya diketepikan seperti yang disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika konvesyen pertama - “Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza".

Oleh itu, perbezaan antara tiga parti hanya ditangguhkan perbincangan dan bukan dibuang ke dalam tong sampah, sebagaimana ada yang percaya bahawa PAS berjanji melupakan hasrat memperjuangkan hudud selepas bersama PR.

Cakap-cakap 3: Hudud memecahkan PR?

Mereka yang memperjuangkan hudud, iaitu PAS, jarang menyebut untuk keluar daripada PR. Malah, mereka rayu agar diberi ruang demokrasi yang merupakan hak kerajaan memerintah di Kelantan untuk membawa usul hudud ini mengikut peruntukan yang diberikan perlembagaan negara.
PAS tidak menghalau mereka yang tidak bersetuju dengan hudud untuk keluar daripada PR. Sebaliknya mereka meraikan perbezaan ini dengan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

Mereka yang membantah hudud dibentangkan di Kelantan pula selalu mendesak agar PAS dikeluarkan daripada PR jika inginkan hudud atau membuat deklarasi bahawa PR akan mati jika PAS Kelantan membentangkan hudud.

Apakah tidak benar kalau ada orang mengatakan bahawa mereka yang menentang hudud ini sebenarnya yang ingin memecahkan PR, kerana mereka yang memperjuangkannya jarang menyebut ingin PR berpecah?

Cuma terfikir, kalau setakat cadangan membuat pembentangan pun sudah mendapat reaksi sekeras ini, bayangkan jika benar hudud dapat dilaksana nanti, apakah ada yang akan menyarankan agar PAS dan Kelantan keluar Malaysia?

Cakap-cakap 4: PAS ditipu Umno?

Ada Umno atau tidak, PAS tetap tidak akan berganjak daripada cita-citanya.

Umno bergembira selama ini kerana DAP tidak putus-putus mengumumkan PR akan berpecah sekiranya PAS bertegas dengan cita-citanya. Kerana itu, Umno betul-betul yakin PR akan pecah jika PAS terus memperjuangkan hudud.

Namun begitu, apa yang dijangka Umno itu tidak betul. PR tetap tidak pecah meskipun nampak sangat goyah.

Hadiah yang dinanti-nantikan Umno iaitu negeri Selangor, tetap ditadbir seperti biasa. PR berjalan seperti biasa di Selangor. Meskipun di peringkat pusat, PR bergaduh, tetapi Selangor tetap menjadi pengikat ketiga-tiga parti bersama.

Pendeknya, PR tetap enggan berpecah. Ini menyebabkan bola ini kembali kepada Umno dan Najib. Tetiba mereka pula yang tersepit dengan soalan, “Kamu sokong hudud ke tak?”

Yang bagusnya, persoalan ini sudah selesai di kalangan PR. PAS sokong, DAP tidak sokong dan PKR masih samar-samar pendirian sebenar mereka. Tapi mereka tak pecah, negeri Selangor ditadbir seperti tiada apa yang berlaku.

Umno pula macam mana? Siapa yang kena tipu akhirnya? Cuba renungkan


Sumber DD - 30-3-2015

Hadi: ‘Saya tak pasti masa depan Pakatan Rakyat’

Posted on Monday, March 30 @ 15:52:38 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan 'tidak pasti' susulan isu Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang ditentang dua rakan sekutunya.

Tambah Abdul Hadi, untung nasib perikatan pembangkang yang ditubuhkan selepas PRU 2008 itu bukan berada di tangannya.

"PR punyai masa hadapan? Saya tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perjuangan Pas  dalam menegakkan pelaksanaan hukum hudud, beliau berkata tiada laluan mudah bagi tujuan tersebut.

" Tiada yang mudah dalam perjuangan, Namun Insya-ALLAH, Pas  ada alternatif lain," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Hadi berkata, beliau bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu.

"Saya baru balik dari luar negara, saya bersedia untuk jumpa dengan semua, termasuk kerajaan, saya terbuka untuk berbincang," ujarnya lagi.

Terdahulu Abdul Hadi pada 18 Mac memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang hudud untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan dapat dilaksanakan mengikut perundangan Islam.

Namun, usaha itu telah mencetuskan konflik di antara rakan Pas, iaitu DAP dan PKR yang sama sekali tidak bersetuju dengan langkah Abdul Hadi tersebut sehinggakan berlakunya krisis antara mereka.


Sumber TKO - 30-3-2015



Boleh berbalah tapi jangan sampai pecah!!

Posted on Sunday, March 29 @ 13:27:00 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Isu hudud yang timbul sekarang mencetuskan gelora yang sukar dijangka apa kesudahannya dalam Pakatan Rakyat, terutama melibatkan hubungan antara Pas dengan DAP. Walaupun PKR, sebuah lagi komponen dalam PR turut tidak bersetuju dengan hudud dan terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi ia tidak merenggangkan hubungannya dengan Pas.

Yang nampak bermasalah hanya antara Pas dengan DAP saja. Selain DAP sudah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Haji Hadi Awang, parti itu di Sarawak bertindak lebih ke depan dengan memutuskannya dengan Pas. Pas pula melalui beberapa pemimpinnya, turut membalas dengan agak keras tindakan DAP itu.

Ini memberi bayangan bahawa menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung selewat-lewatnya tahun depan, PR negeri itu tidak lagi sekukuh sebelum ini untuk berhadapan dengan BN negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Sudah tentu ini merupakan berita gembira bagi BN Sarawak.

Namun demikian, perbalahan antara Pas dengan DAP di peringkat Pusat tidak seharusnya dibiarkan terus berpanjangan, jauh sekali jika sampai membawa perpecahan. Mereka boleh berbalah, berbeza pendapat atau bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara, tetapi hubungan sebagai rakan gabungan dalam PR haruslah dipertahankan.

Walaupun PKR sedang berusaha untuk menjadi orang tengah dan menjernihkan apa juga kekusutan yang timbul, khususnya berkaitan isu hudud, yang jauh lebih penting lagi ialah Pas dan DAP harus sama-sama menyejukkan kepala dan tidak saling tuduh-menuduh serta bersikap keras antara satu sama lain.

Pas dan DAP harus mengutamakan harapan rakyat yang ketika ini relatifnya tinggi terhadap PR untuk membawa perubahan, pembaharuan dan menyelamatkan masa depan negara ini. Rakyat secara umumnya, apabila melihat satu demi satu isu timbul seperti 1MDB, pembelian jet, pembaziran dan pengurusan negara yang lemah, semakin nipis harapan mereka kepada BN untuk terus mentadbir negara ini.

Terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini, kegusaran umum ialah jika BN terus diberikan kuasa ia mungkin akan menyebabkan lebih banyak isu melibatkan pembaziran, kemewahan dan penyalahgunaan kuasa akan muncul lagi selepas ini.

Sebab itu, harapan rakyat kepada PR sebenarnya adalah tinggi. Tetapi perbalahan terbuka sesama rakan gabungan dalam PR sedikit-sebanyak juga menghampakan harapan rakyat. Mereka inginkan perubahan tetapi PR yang disandarkan harapan itu pula seperti berkecamuk dan sering berbalah sesama sendiri.

Dalam hubungan ini PR seharusnya menyedari harapan tinggi yang ada di hati rakyat itu. Pas dan DAP terutamanya, dalam mereka ghairah mempertahankan prinsip serta memperjuangkan kepentingan masing-masing, keinginan mempertahankan kedudukan PR sebagai pesaing kepada BN mestilah diutamakan.

Tidak salah berbeza pendapat, waima berbalah sekali pun tetapi ia tidak harus sampai kepada perpecahan. Apa yang berlaku di Sarawak diharapkan tidak merebak ke negeri atau peringkat yang lain.

Selain itu, tindakan saling mencabar keluar PR antara Pas dan DAP haruslah juga dihentikan. Mereka haruslah menyelesaikan perbezaan dengan perbincangan dan mencari titik persamaan seboleh yang mungkin dan bukannya dengan cuba menjarakkan lagi hubungan sesama sendiri.

Walapun sehingga ini, baik Pas mahupun DAP masih mahu bertahan dalam PR tetapi usaha mengukuhkan lagi peranan masing-masing dalam PR mestilah bukan saja sentiasa tertanam dalam hati, bahkan juga mesti dizahirkan melalui perbuatan.

Pas dan DAP tidak harus menjadi entiti yang mengecewakan harapan rakyat. Dengan banyak isu yang melanda negara, pimpinan kerajaan masih leka dan tidak mahu berubah memperbaiki nilai kepimpinan mereka, ditambah pula merengkoknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara yang boleh meningkatkan lagi simpati rakyat, kelebihan memang sedang bersama-sama PR.

Kelebihan juga kepada PR ialah melalui tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang terus mengkritik dan tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditakrifnya lemah dan membawa lebih banyak kemudaratan kepada rakyat.

PR mesti melihat semua kelebihan ini dengan rasional dan tidak emosional. Tiada gunanya terus berbalah sehingga pecah tetapi akhirnya mengecewakan harapan rakyat. Adalah lebih penting ruang perbincangan dan kesepakatan atas nama mengutamakan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan berbanding semua perkara lain yang ingin diperjuangkan.

Rakyat sudah menunjukkan keinginan dan iltizam ke arah perubahan melalui sokongan undi popular dalam pilihanraya umum lalu. Jika harapan itu dikecewakan sedangkan keinginan mereka terus membara sekarang ini, PR akan menghadapi kesukaran meraih kepercayaan rakyat di masa akan datang.

Sejauh mana mahu berbeza dan berbalah sekali pun, berpecah mesti dijauhkan kerana ia akan menghancur-leburkan sama sekali harapan rakyat. Siapa lagi, kalau bukan rakyat yang perlu diutamakan?

Sumber DD - 29-3-2015

Maka Berakhirnya Hubungan PAS dan DAP?

Posted on Saturday, March 28 @ 15:36:20 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad

Ada yang mengatakan bahawa kerjasama di antara PAS dan DAP sudah tiada lagi. Ini adalah atas sebab kenyataan DAP yang baru-baru ini menyebut bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sambil menuduh beliau sebagai seorang yang tidak amanah dan penuh tipu-helah. Sambil mengkritik Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) sebegitu rupa, DAP pada masa yang sama menyebut bahawa mereka ingin terus kekal bersama PR. Sedangkan PR itu termasuk PAS! Maka ini bermaksud bahawa DAP ingin juga meneruskan hubungan dengan PAS, akan tetapi tidak dengan TGHH!




Kenyataan yang pelik ini menghasilkan berbagai komen. Ramai yang menyoal samada ianya mungkin dilakukan. Adakah mungkin diputuskan hubungan dengan Presiden sesebuah parti politik tetapi terus berkerjasama dengan parti berkenaan? Ianya sebuah kenyataan yang membingungkan.

Tidak kurang juga yang melenting dan menjawab tuduhan DAP terhadap TGHH dengan kata-kata yang sama kasar. Sehingga ada yang isytihar sanggup “menumpah darah untuk mempertahankan DS Presiden”! Walaupun DS Presiden bukan diancam untuk dibunuh atau diancam dengan keganasan maka apa relevennya tumpah darah adalah sukar dikaitkan. Saya tidak tahu dari mana datangnya respon sebegini yang tidak mencerminkan sebuah parti Islam. Sudah pasti ianya bukan cara terbaik untuk melayani kerenah DAP dalam soal ini. Ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan yang telah sedia meruncing.

MERUNGKAI KEPELIKAN KENYATAAN DAP

Ada juga yang mengatakan tohmahan yang dilemparkan DAP terhadap DS Presiden adalah hanya satu helah. Perkara sebenarnya adalah penolakan mereka terhadap perlaksanaan hudud atau Enakmen Qanun Jenayah Syariah di Kelantan (EQJSK). Tuduhan bahawa DS Presiden tidak berpegang kepada keputusan dan tidak amanah dengan janji adalah hanya sekadar alasan semata.

Tetapi jika benar ianya adalah sekadar alas, enakmen ini telah ada dengan PAS sejak dulu lagi. Maka agak pelik untuk tiba-tiba mengamuk selepas 6 tahun oleh kerananya.

Hanya bezanya sekarang ialah usaha ke arah perlaksanaannya dimajukan PAS setapak lagi. Tetapi adakah ini penyebabnya? Sekiranya ianya adalah atas sebab usaha PAS ke arah perlaksanaannya, kenapa pula tidak ditolak PAS keseluruhannya? Sebaliknya penolakan ditujukan hanya terhadap DS Presiden sahaja. Sudah pasti DAP memahami bahawa perlaksanaan EQJSK adalah agenda PAS dan bukan agenda peribadi DS Presiden. Dasar PAS di dalam perlembagaan sudah dengan jelas menyatakannya. Maka tidak lojik DAP menolak hanya DS Presiden kerana Islam dan hudud. Sepatutnya kalau itulah sebabnya, DAP akan menolak PAS dan keluar dari PR!

Apabila membaca kenyataan DAP dengan lebih mendalam, sambil mengenepikan segala bahasa marah dan kutukan yang digunakan terhadap DS Presiden, maka difahami bahawa persoalannya bukan EQJSK sebenarnya. Segala bantahan terhadap perlaksanaan Hudud dan EQJSK serta dakwaan ianya bercanggah dengan perlembagaan adalah seperti yang pernah dikemukakan DAP sejak dulu lagi. Dan selama itu, walaupun sudah wujud isu Hudud dan EQJSK, tidak pernah dikeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

Adakah mungkin yang menjadi permasalahan bagi DAP adalah cara bagaimana isu ini telah diuruskan oleh DS Presiden? Ini adalah kerana, menurut DAP, DS Presiden telah melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah tercapai di dalam mesyuarat Majlis Presiden dan inilah yang menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Kononnya Pindaan EQJSK dan Private Members Bill (Usul Peribadi Ahli Parlimen) telah dipersetujui akan dibincang dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Presiden, sebelum ianya dilakukan, tetapi sebaliknya yang telah berlaku. Kedua-duanya dibawa dengan begitu sahaja dan adakah ini merupakan punca kemarahan DAP?

Turut diungkitkan juga ialah isu pencalonan MB Selangor 6 bulan lepas yang penuh celaru apabila DS Presiden turut dituduh melanggar persetujuan yang dicapai oleh Majlis Presiden untuk mencalonkan hanya DS Wan Azizah. DS Presiden tidak dapat hadir mesyuarat tersebut dan walau pun PAS diwakili 9 pimpinan utama lain, keputusan itu dibatalkan oleh DS Presiden pada keesokkan harinya. Menurut pandangan DAP, ketidak hadiran DS Presiden bukan alasan untuk mengubah keputusan yang telah dicapai bersama.

Walau pun begitu, peristiwa itu tidak dilihat seburuk dengan keadaan terbaru ini di mana walau pun DS Presiden hadir dan kononnya bersetuju, tetapi selepas itu melanggarnya dengan begitu sahaja.

Maka dalam keadaan itu mereka mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan DS Presiden atas sebab “kesukaran berkerja dengan seorang Presiden PAS seperti Hadi Awang yang terus bertindak secara tidak jujur dan tidak berakhlak”. Namun begitu, DAP masih ingin berkerjasama dengan PR dan dengan itu, PAS!

RESPON SAYA BERHUBUNG TUDUHAN DAP TERHADAP DS PRESIDEN

Saya tidak terlibat di dalam mesyuarat Majlis Presiden. Oleh itu saya tidak tahu sejauh mana tuduhan DAP terhadap DS Presiden adalah tepat dan benar. Namun saya yakin ianya hampir mustahil untuk seorang pemimpin gerakan Islam memungkiri janji dan melanggar sesuatu yang telah dipersetujui bersama. Ianya adalah akhlak yang asasi untuk pemimpin gerakan Islam supaya bertindak secara ‘sidiq dan amanah’, tidak bercakap dusta dan tidak memungkiri janji. Oleh itu, suasana ini adalah hasil salah faham atau DAP membuat tuduhan palsu!

Saya lebih cenderung untuk menganggap ianya adalah salah faham.

Saya merasakan mungkin juga punca masalah adalah sikap setiap parti terhadap kedudukan dan peranan Majlis Presiden itu sendiri. Mungkin PAS melihatnya sebagai medan perbincangan di mana keputusan yang dibuat tidak mengikat mana-mana parti. Sambil DAP dan PKR mungkin menganggap sebaliknya. Namun begitu, sudah pasti ianya berbeza sekiranya ianya telah dibincang terlebih dahulu dan dipersetujui akan tindakan bersama mengenainya! Sekiranya dibincang dan dipersetujui bersama akan sesuatu tindakan bersama, melanggar janji dan persetujuan tersebut sudah pasti tidak berakhlak.

Dalam soal ini saya tidak ada maklumat kerana saya bukan anggota mesyuarat Majlis Presiden dan oleh itu tidak boleh menyatakan lebih dari itu.

Namun pimpinan atasan, khususnya mereka yang hadir mesyuarat Majlis Presiden, ada maklumat dan oleh itu boleh bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Ini adalah kerana mereka tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden. Hanya, biarlah tindakan itu secara bijaksana dan bukan melulu dan dengan tujuan memperbaiki dan bukan untuk meruncingkan lagi.

Begitu juga dengan DS Presiden sendiri. Beliau perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku dan sekiranya tuduhan DAP adalah tidak benar, maka perlu DS Presiden perlu menegur DAP atas usaha memfitnah beliau. Tetapi sekiranya benar, maka perlu dijelaskan pula mengapa DS Presiden bertindak begitu.

CARA MENANGANI TEGURAN DAN KRITIKAN

Saya agak khuatir melihat reaksi sebahagian dari ahli dan pimpinan PAS yang melompat apabila mendengar kritikan pedas oleh DAP terhadap DS Presiden. Kenyataan emosi yang mengapi-apikan bukan cara PAS sebagai sebuah parti Islam menangani teguran dan kritikan. Ianya akan memberikan gambaran songsang bahawa PAS seolah-olah mendewa-dewakan pimpinannya dan apabila pimpinan ditegur, maka dengan itu tidak mampu menjawab dengan tenang dan rasional sebaliknya perlu menjawab dengan perasaan marah dan penuh emosi. Adalah perlu diingat, setiap tindakan yang dilakukan adalah dakwah dan setiap tindakan dilihat rakyat.

Nabi pernah menerima teguran dan tuduhan yang jauh lagi teruk tetapi ditangani Baginda dengan penuh berhemah dan bijaksana. Sehingga ada yang datang dengan pedang terhunus, berniat untuk membunuh Baginda tetapi dapat ditewaskan dengan hujjah yang tenang dan bijaksana.

PAS perlu menzahirkan sikap keadilannya dan mendengar fakta tuduhan kes tersebut terlebih dahulu dan menjawabnya satu per satu dengan tenang. Biarlah jawapan terhadap tuduhan tersebut berasaskan hujjah dan fakta, bukan emosi. Rakyat keseluruhannya sedang melihat. Reaksi seakan IS ini tidak menguntungkan PAS mahupun dakwah Islam.

Pada zaman Saidina Umar (RA), beliau pernah ditegur berhubung jumlah kain yang beliau perolehi dari ghanimah pembukaan Parsi. Orang lain dapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat sehelai jubah yang lengkap tetapi Umar dapat membuatnya. Umar disoal seolah-olah dituduh tidak amanah dan menyalah-guna kuasa dan kedudukannya sebagai khalifah untuk mendapat bahagian ghanimah yang lebih. Tetapi Umar menjawab tuduhan tersebut dengan tenang dengan memanggil anaknya. Anaknya menjelaskan bahawa bahagiannya diberikannya kepada Umar. Tiada pun mana-mana sahabat mengamuk atas soalan ‘biadap’ yang diajukan kepada Umar.

Begitu juga dengan aduan si Qibti Mesir terhadap tindakan kasar dan samseng yang dikenakan terhadap dirinya oleh anak Gabenor Mesir. Maka setelah Umar menyiasat kes tersebut, anak Gabenor dan Gabenor itu sendiri ditegur dan dihukum Umar. Ini dilakukan walaupun Gabenor dan anaknya merupakan sahabat Rasulullah (SAW). Tiada juga yang mengamuk atas ‘tuduhan biadap’ pemuda Qibti tersebut terhadap para Sahabat Nabi!

Rakyat ingin melihat PAS dan pimpinannya mampu menangani teguran dan kecaman dengan adil dan tenang. Lebih-lebih lagi apabila teguran dan kecaman dilakukan oleh rakan PR. Kaji tuduhan itu dan berikan respon, satu per satu, tanpa perlu pada emosi dan kemarahan.

KESIMPULAN

Dari awal telah disebut ramai bahawa isu Hudud ini ditonjolkan UMNO sebagai umpan untuk menyebabkan PAS berpecah dengan PR. Akhirnya yang diinginkan UMNO akan tercapai tetapi yang diinginkan PAS, iaitu perlaksanaan EQJSK tetap akan dinafikan. Mengadu bahawa PAS dikhianati UMNO adalah pernyataan kosong dan sia-sia. Kalau tidak khianat adakah mereka UMNO? Berapa kali perlu dikhianati untuk diyakinkan?

Cabaran pimpinan PAS adalah bagaimana mencapai yang dihajati, iaitu maju setapak lagi ke arah perlaksanaan EQJSK, tetapi pada masa sama tetap memperkukuhkan PR. Ini adalah kerana PR tetap diperlukan untuk mencapai kemenangan. Dan kemenangan diperlukan untuk membawa perubahan ke arah yang diinginkan.

Memilih hanya satu dari dua matlamat adalah tindakan mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun dari sudut usaha mencapai matlamat PAS sebagai sebuah parti Islam, ianya bagaikan melepaskan batuk di tangga.

Maka saya ulangi, ‘cabaran kepimpinan’ dewasa ini adalah untuk matlamat PAS terus diusahakan dan PR tetap dikukuhkan. Ke arah menggalas cabaran kepimpinan ini, diperlukan kejujuran, ketelusan dan kebijaksanaan (fataanah) dalam setiap perbincangan dan perancangan bersama.

Semoga Allah membantu pimpinan PAS dalam menggalas cabaran kepimpinan ini.

WaLlahu 'Alam

Sumber DD - 28-3-2015
















































































































































Serangan Provokatif Bersiri DAP Terhadap Presiden PAS; Apa Motifnya?


Sejak isu MB Selangor dan Kajang Move secara bersiri DAP melancarkan serangan provokatif khususnya terhadap peribadi Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS.

2. Tuduhan khianat, membelakangi PR dan seumpamanya meniti di bibir bukan seorang di kalangan pimpinan DAP. Terakhirnya pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS?

IMG-20150326-WA0018

3. Namun peliknya, tindakan bersendiri PKR dalam Kajang Move tidak pula dikatakan membelakangi PR. Memecat Tan Sri Khalid untuk membuangnya daripada jawatan MB tanpa persetujuan bersama PAS tidak pula dikira khianat. Lim Kit Siang pula mencadangkan pakatan dengan BN atas tema “save malaysia”? Tidakkah itu pengkhianatan terhadap Dasar Bersama PR?

4. Lebih ketara apabila isu undang-undang jenayah Islam (UUJI) dibangkitkan DAP telah memperlihatkan wajahnya yang sebenar dalam menentang sebarang usaha mendaulatkan UUJI sehingga melupakan prinsip bersama PR iaitu “bersetuju untuk tidak bersetuju”.

5. Perlu diingat bahawa PAS melakarkan segala gerak kerja dan strategi politiknya dengan merujuk kepada prinsip Islam. Kerjasama politik dengan DAP dibenarkan berasaskan prinsip dan syarat yang digariskan oleh Islam antaranya iaitu kerjasama membuka laluan memperkuatkan Islam. Begitulah juga PAS membincangkan perihal hukum mengundi calon pilihanraya bukan Islam dari parti sekular sosialis seperti DAP dengan merujuk kepada prinsip-prinsip Islam.

6. Saya sangat bimbang dengan tindakan berterusan DAP menyerang, memfitnah dan menghina Presiden Parti Islam Semalaysia PAS dan terlalu keras menentang usaha mendaulatkan UUJI boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi DAP dalam pilihanraya.

7. Justeru, saya menasihatkan DAP agar lebih berhemah dan tidak lagi meneruskan kenyataan provokatif terhadap PAS khususnya Presiden PAS jika PR masih diharapkan menjadi medium bersama menentang segala ketirisan, salahguna kuasa, rasuah dan kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
5 Jamadil-akhir 1436/ 26 Mac, 2015

Sumber BO - 26-3-2015

PRU13: Teringat hasrat DAP untuk guna lambang PAS

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL | .

SAYA teringat ketika DAP berhadapan dengan saat genting apabila terdapat ura-ura bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pendaftaran DAP sebelum PRU yang ke-13 akibat kesilapan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Terasa ketika itu bagai ada 'tangan-tangan ghaib' yang berusaha untuk memastikan DAP diharamkan sehinggakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk menggunakan lambang PAS sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya DAP dibatalkan.

Hasrat LKS itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Presiden PAS kerana mahu melihat rakan sekutunya di dalam PR dapat bertanding bagi mengalahkan BN. Ia adalah satu keputusan yang sangat besar ertinya kepada seluruh pendukung dan penyokong PR pada ketika itu.

Mungkin peristiwa itu sudah menjadi kenangan namun kenangan itulah yang membuktikan sifat keterbukaan Presiden PAS.

Sebagai mengingatkan mereka, Presiden PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sama pada ketika ini yang telah diputuskan hubungan oleh DAP.

Saya memberi sokongan penuh kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana TGHA adalah Presiden saya. Saya percaya TGHA tidak berkecil hati dengan keputusan ini cuma saya bimbang ia akan merugikan DAP.

Terus berjuang! - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung II PAS.

Sumber HD - 26-3-2015

Semua pihak saling bergantung dalam Pakatan

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Sekiranya Pakatan Rakyat berpecah bukan hanya PAS sahaja yang rugi, sebaliknya semua parti-parti dalam gabungan juga akan mengalami nasib sama.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, lagi pun belum tentu Pulau Pinang akan dapat dipertahankan DAP sekiranya Pakatan Rakyat berpecah.

“DAP kena ingat belum tentu kerajaan di Pulau Pinang dapat dipertahankan,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, DAP mengumum memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menyifatkan Ustaz Abdul Hadi tidak menepati janji.

DAP mengkritik PAS ekoran persidangan Dun Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II yang digubal pada 1993.

Enakmen itu sekarang dikenali Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) pindaan 2015.

Mohd Amar berkata tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden sama seperti memutuskan hubungan dengan PAS.

“Jangan hanya ingat PAS bergantung kepada pihak lain sahaja, sebaliknya semua pihak saling bergantung antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat.

“Setiap orang mesti bertindak bijak dalam menangani isu Kanun Jenayah Syariah. Andainya DAP bertindak silap, semuanya akan rugi,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015
















































































































































Putus hubungan dengan presiden, impak buruk kepada PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, kata timbalannya, Mohamad Sabu.

"Oleh itu, sebarang tindakan memutus hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS," tegasnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, katanya penyelesaian segera hendaklah dicari di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP untuk terus memantapkan Pakatan Rakyat.

"Jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, maka hubungan yang sedia ada semakin runcing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya," ujarnya lagi.

Menurutnya, cara yang terbaik ialah pemimpin Pakatan Rakyat perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015
















































































































































Putus dengan presiden, putuslah hubungan dengan PAS

| .

 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat kecewa terhadap keputusan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS samalah dengan memutuskan hubungan dengan PAS.

"Tuan Guru Abdul Hadi adalah Presiden kepada keseluruhan ahli PAS, Pemuda PAS adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli PAS.

"Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sangat kecewa dengan keputusan DAP yang mengambil keputusan sedemikian," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, sebagai sayap kepada PAS, kekuatan parti itu bersama Pakatan Rakyat amat diharapkan.

"Bagaimana PAS boleh kuat bersama Pakatan jika tanpa Presiden kami?

"Memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Abdul Hadi umpana memutus hubungan dengan PAS.

"Sebesar mana pun masalah pasti ada jalan penyelesaian yang boleh diselesaikan dengan cara terbaik," katanya lagi.

Beliau juga berharap agar semua pihak terutamanya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat melihat masa hadapan demi Malaysia yang terbaik.

"Masa depan Pakatan dalam menerajui negara ini perlu diutamakan, mari kita cari titik temu bagi menyelesaikan masalah ini.

"Pemuda PAS sangat optimis bahawa adanya jalan penyelesaian terhadap masalah ini, kita perlu berdamai kerana itu yang rakyat Malaysia harapkan," sambung beliau lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP malam tadi mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan Tuan Guru Abdul Hadi yang disifatkan sebagai 'tidak jujur'. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015
















































































































































Umno tersilap kira, Pakatan Rakyat masih hidup

TIMMY SAY | .


UMUM mengetahui PAS memperjuangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS), DAP membantah EKJS dan Umno pula tidak pernah mahu melaksanakannya di mana-mana negeri yang ditadbir mereka setelah hampir 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia.

Masalah terbesar Pakatan sudah selesai. EKJS yang Pakatan setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dibenamkan. Duri di antara PAS dan DAP kini sudah dicabut. Seperti mana biasa, pengeluaran duri akan menyebabkan sedikit sebanyak ada pihak yang terluka.

Kini duri ini berada di antara MCA, Gerakan dan Umno kerana Umno tiba-tiba menyokong EKJS.

Biarlah pula BN pening dengannya.

Pakatan sudah memikul isu ini terlalu lama. DAP pun sudah mengamuk sebegitu lama. Semua tahu DAP tidak setuju.

Tapi tak ramai yang tahu MCA dan Gerakan berani untuk tidak bersetuju dengan Umno. Apakah MCA dan Gerakan berani melanggar Umno sebagaimana DAP menekan PAS? Kita tunggu dan lihat.

Akan tetapi, DAP jangan pula terlebih marah. Umno mengambil risiko tertentu menyokong EKJS yang diperjuangkan PAS adalah untuk melihat Pakatan Rakyat pecah.

Mengapa Umno beranggapan EKJS boleh memecahkan Pakatan? Semua ini kerana DAP yang terlalu berkeras dalam isu EKJS sehingga timbul persepsi bahawa menghalang EKJS adalah jauh lebih penting daripada melangkah masuk ke Putrajaya.

Sebenarnya waktu inilah Pakatan kena eratkan hubungan. PAS dan DAP sudahpun menghantar mesej yang jelas kepada rakyat mengenai pendirian mereka. Di dalam Pakatan, PAS dan DAP, sama kuasa, tiada siapa yang tunduk pada siapa.

Dengan janji EKJS II tertunai di Kelantan, perbezaan terbesar antara PAS, DAP dan PKR sudah hilang. Yang tinggal antara mereka ialah persamaan yang teramat luas medannya.

Dengan agenda EKJS yang sudah selesai, PAS kini lebih ringan bagasinya untuk bergerak bersama rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat. Percayalah, selesainya isu EKJS, semangat PAS yang ada sekarang ini adalah seperti semangat parti ini sebelum berlakunya Langkah Kajang.

Kini bola di kaki DAP dan PAS: Apakah mereka ingin melihat Umno ditumbangkan? Mereka perlu membuat keputusan sama ada ini adalah cita-cita tertinggi mengatasi perkara lain. Jika ya, Pakatan Rakyat perlu kekal.

Ramai menuduh PAS lebih mementingkan cita-cita menjayakan EKJS daripada ke Putrajaya. Tapi, situasi ini sudah menjadi terbalik.

Jika Pakatan Rakyat pecah, siapa pula yang lebih mementingkan cita-cita menghalang EKJS daripada hasrat ke Putrajaya?

Soalan ini sudah boleh ditanya sebegitu rupa kerana Umno kini juga menyokong EKJS.

Ini bermakna MCA dan DAP dalam situasi yang sama. MCA tidak boleh lagi terus menekan DAP dalam isu EKJS kerana Umno juga menyokongnya. Isu politik yang DAP takut digunakan MCA untuk menyerang mereka juga telah hilang.

Kalau BN tak pecah, mengapa PR harus pecah? Dalam isu EKJS, Umno tersilap kira kerana Pakatan Rakyat masih hidup pada hari ini.

Cuma, apakah DAP akan menyebabkan Umno terbetul kira? Sama-sama kita tunggu Isnin ini. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Sumber HD - 21-3-2015

















































































































































Gobind mahu Pakatan bertindak terhadap PAS

Posted on Thursday, March 19 @ 16:51:45 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Seorang pemimpin DAP menggesa Pakatan Rakyat supaya bertindak terhadap PAS kerana melanggari dasar bersama gabungan itu, selepas enakmen hudud diluluskan di Kelantan hari ini.


"Pakatan Rakyat perlu bergerak pantas untuk memulihkan keyakinan rakyat Malaysia dengan mengambil tindakan terhadap PAS.

"Ini perlu dilakukan untuk meyakinkan semula rakyat bahawa ia serius mengenai rangka dasar bersamanya, janjinya kepada rakyat dan masa depan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika tidak, katanya, Pakatan boleh menjangka tindak balas dari penyokongnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai satu perkara prinsip, ahli Parlimen Puchong itu berpendapat gabungan itu tidak lagi boleh mengekalkan hubungan dengan PAS kerana langkah hari ini menunjukkan parti Islam itu tidak mengambil kira rangka dasar bersama pakatan pembangkang itu.

Sumber TKO - 19-3-2015


Hudud: PKR dakwa Pas tak hormati keputusan PR

Posted on Thursday, March 19 @ 16:50:26 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - PKR hari ini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Pas Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan ia telah diluluskan pada sidang Dun Kelantan, hari ini.

Menurut kenyataan bersama pimpinan tertinggi PKR, kedegilan Pas Kelantan itu jelas tidak menghormati persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu.

"Tindakan mereka sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai pada 2011 mengenai perkara ini.

"Sedang PKR menghormati hak dan pendirian kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat PR," kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan bersama itu melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; tiga Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Rafizi Ramli; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dun Kelantan, kira-kira jam 12 tengah hari, di Kota Bharu Kelantan, hari ini.

Kesemua 44 Adun termasuk seorang dari PKR serta 12 wakil pembangkang dari BN menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.

Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang Dun Kelatan, pagi semalam.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, wakil Kerajaan Negeri Kelantan Mohd Amar memaklumkan bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam 1993.

Walau bagaimanapun, PKR tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri).

"Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan oleh Mohd Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.

"Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh PR pada 2011 mengenai pelaksanaan hudud," kata kenyataan itu lagi. 

Sumber HD - 19-3-2015

Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II perkukuh PR

AHMAD MARZUK SHAARY | .



SAYA ingin mempertahankan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ianya adalah merupakan sebahagian daripada prinsip prinsip demokrasi dan kebebasan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelantan sejak daripada awal kedatangan Islam telah lama mengamalkan perundangan Islam. Hanya setelah di'jajah' Inggeris ia mula diganti dengan undang-undang British.

Sejarah perjuangan perundangan Kelantan juga menarik untuk diketahui. 6 hari sebelum pembentukan Malaysia , kerajaan negeri Kelantan mengadakan tindakan perundangan bagi mendapatkan pengistiharan bahawa Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia adalah tidak sah dan tidak mengikat negeri Kelantan.

Masyarakat bukan Islam di Kelantan telah ratusan tahun hidup harmoni bersama masyarakat Islam.

Bahkan perkembangan tokong tokong dan pusat ibadat di Kelantan menjadi simbol kebebasan dan keharmonian agama di Kelantan.

Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah memaksa DAP dan mana-mana pihak untuk menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan. Bahkan kami senantiasa terbuka dalam mengadakan perbincangan malahan debat jika perlu.

Sokongan kuat rakyat Kelantan termasuk masyarakat bukan Islam terhadap PAS sejak pilihanraya umum 1990 hingga kini menjadi mandat kepada kami untuk meningkatkan lagi agenda perjuangan kami.

Ruang Sidang Dun dan Usul Persendirian Parlimen yang dibuat oleh PAS adalah melalui saluran demokrasi. PAS tidak kisah jika majoriti menolak, kerana kami menghormati proses demokrasi yang ada.

Bantahan keras DAP juga kami hormati. Ini kerana kesepakatan dalam Pakatan Rakyat juga bermaksud kami akan senantiasa menghormati apa jua perbezaan yang ada.

Saya mengajak seluruh rakan daripada PKR dan DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Islam adalah rahmat untuk semua.

Penuis ialah Ahli Parlimen Bachok. 

Sumber HD - 18-3-2015

















































































































































Jangan salahkan PAS jika PR berpecah

TIMMY SAY | .


SERANGAN berterusan pimpinan DAP terhadap PAS di atas isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) atau hudud menimbulkan tanda tanya dalam kalangan umat Islam mengenai apakah yang tersirat di sebalik tekanan ini.

PAS telahpun menjelaskan dan mengikuti apa yang diingini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS telah memperjuangkan EKJS sebelum wujudnya Barisan Alternatif mahupun PR. PAS yang ada hari ini adalah PAS yang sama yang ingin melihat Islam didaulatkan.

Pembentangan semula enakman ini pada 18 Mac di Dewan Undangan Negeri Kelantan hanyalah 'pindaan' bagi menambah kebaikan dan menjelaskan kekeliruan. Hal ini telah dijelaskan dalam mesyuarat PR.

Selepas mesyuarat, DAP memperbesarkan isu ini kononnya PAS hendak membentangkan sesuatu yang baru dan sebab itulah mereka membantah.

Soalan pertama: Apakah kalau tak ada sebarang pindaan, apakah DAP akan sokong EKJS?

DAP juga mendakwa bahawa kerjasama antara kerajaan Kelantan di bawah PAS dan Kerajaan Pusat di bawah BN adalah petanda 'adanya usaha penyatuan PAS dan Umno.’

Pelbagai penjelasan telah dibuat, bahawa pelaksanaan enakmen ini memerlukan sokongan kerajaan Pusat kerana polis, lokap, penjara dan sebagainya masih di bawah kawalan kerajaan Pusat.

Soalan kedua: Apakah kalau Kerajaan Pusat tidak bagi kerjasama, maka DAP akan sokong EKJS?

Kemudian, ada yang mencadangkan utamakan penyelesaian isu banjir daripada EKJS. Bantuan banjir dan proses pembangunan semula mangsa banjir terus berjalan dan tidak terhenti dengan pembentangan enakmen Jenayah Syariah ini.

Bagaimana pembentangan enakmen ini boleh mengganggu usaha pembangunan semula banjir? Logik soalan ini kena diajukan pada mereka yang bertanya.

Soalan ketiga: Apakah kalau selesai isu banjir, maka DAP akan sokong EKJS?

Sebenarnya, rakyat Malaysia, termasuklah PAS sudah tahu DAP ini memang menentang perlaksanaan EKJS. Mesej sudah sampai ke rakyat. PAS pun tidak harapkan sokongan DAP. PAS cuba melaksanakan EKJS melalui jalan demokrasi, dan itupun kini ditentang oleh parti yang dikatakan menjunjung demokrasi.

Soalan keempat: Oleh itu, apa lagi yang DAP mahu? Apakah DAP mahu Pakatan Rakyat berpecah dan Umno-BN terus berkuasa?

Kalau BN tidak berpecah kerana isu 1MDB, serangan Dr Mahathir dan isu rasuah yang menyelubungi Umno, apakah wajar Pakatan Rakyat pecah kerana EKJS?

PAS tidak mahu Pakatan Rakyat berpecah. PAS cuma harapkan penjenayah beragama Islam untuk diadili oleh hukum jenayah Islam. Salahkah ini? Oleh itu, jangan salahkan PAS kalau Pakatan Rakyat pecah. – HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015


#KITALAWAN HENTIKAN PENAHANAN DAN MANIPULASI UNDANG-UNDANG - KP-KP PR


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34365-kitalawan-hentikan-penahanan-dan-manipulasi-undang-undang

Sumber HD - 16-3-2015
















































































































































SINERGI DALAM IKHTILAF DAN HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT - SUHAIZAN KAIAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34227-sinergi-dalam-ikhtilaf-dan-hubungan-pakatan-rakyat


Sumber HD - 8-3-2015

Pemimpin Pakatan Rakyat tiada masalah isytihar harta

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata beliau tiada masalah untuk membuat pengisytiharan harta.

Beliau berkata perkara itu juga merupakan sebahagian daripada pegangan dan amalan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008.

“Tiada masalah kerana tiada apa yang hendak disembunyikan. Mana-mana pimpinan dalam PR bersedia untuk mengisytiharkan harta masing-masing,” katanya dipetik Seangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa pihak supaya Menteri Besar mengisytiharkan harta.

Sebelum ini, Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencabar Adun dan ahli parlimen PR untuk mengisytiharkan harta.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terlebih dahulu menyahut cabaran berkenaan.

Rafizi dilaporkan berkata akan membuat pengisytiharan itu di lobi parlimen pada minggu hadapan.

Sebelum itu, beliau menyertai acara larian sejauh lima kilometer sempena Hari Wanita Sedunia bersama lebih 4,000 peserta yang tamat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Sumber HD - 8-3-2015


PELANCARAN SAMBUTAN 7 TAHUN PR PERAK 8 MAC - SU MAJLIS PR PERAK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34193-pelancaran-sambutan-7-tahun-pr-perak-8-mac

Sumber HD - 6-3-2015


INILAH MASANYA PEMIMPIN PAKATAN RAPATKAN SAF - SU-SU PARTI-PARTI PR


DATO' MUSTAFA ALI - SUA PAS


YB ANTHONY LOKE - SUO DAP


YB RAFIZI RAMLI - SUA PKR


PAS - PKR - DAP

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33795-inilah-masanya-pemimpin-pakatan-rapatkan-saf

Sumber HD - 11-2-2015


Penuhi tanggung jawab kepimpinan, kukuhkan Pakatan

Posted on Tuesday, February 10 @ 15:46:49 MYT by paktam

USTAZ AHMAD AWANG

SAYA mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat (PR). Kelihatan seolah-olah perbalahan di antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah musuh bersama (common enemy). Untuk menghadapi mereka, Pakatan Rakyat dibentuk.


Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap, perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan PR, maka saya anggap mereka telah gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.


kukuhkan Pakatan Rakyat

Sebagai pemimpin, tanggung jawab dan kewajipan utama kita - dalam suasana politik semasa - adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan Rakyat. Buat masa ini PR adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan PR tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ianya diakui Umno/BN sendiri. Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi ianya merupakan keperluan rakyat yang amat mendesak.

Saya menyeru kepada semua pemimpin PR untuk menumpu kepada usaha mengukuhkan PR dan melalui itu menjadi pembela nasib rakyat. Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu. Pada 2008 dan 2013, apabila yang bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nakutkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ketakutan ini, Umno/BN sekali lagi mengekalkan kekuasaan. Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda 'assobiyyah kaumiyyah' yang ditolak Rasulullah s.a.w..

Inilah sebabnya PAS selama ini mahu menjatuhkan Umno/BN. Supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam tetapi sebaliknya berasaskan politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amatlah pelik sekiranya ada yang menganggap PR tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam. Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS adalah pihak yang paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.


membebaskan rakyat dari cengkaman BN

Pada masa yang sama, pembebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara dari sudut politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan segala-gala sektor yang lain akan akhirnya dapat dibanteras dan diatasi. Ianya tidak dapat diatasi selagi mana Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yan membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pemimpin PR dan pemimpin PAS khususnya, untuk mengutamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan PR. Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar-dasar kronisme dan rasuah amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas membangun ditimpa bebanan yang menyebabkan ianya hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.

Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan. Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita merupakan sebab utama PR berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pemimpin parti-parti PR yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat. Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.


Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

fahami awlawiyyat

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat. PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam PR dan di kalangan rakyat seperti mana dilakukan selama ini sejak dekad 1990-an! Melalui kebijaksanaan mengenali awlawiyyat atau keutamaan ini, PAS telah berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pemimpin PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwwah dan persaudaraan di dalam PAS itu sendiri. Tidakkah pemimpin menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan PAS dan apabila PAS lemah maka PR akan turut terjejas. Apabila PR terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS. PAS seolah-olah telah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan ‘adabul ikhtilaf’ serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati. ‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pemimpin PAS akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam seperti mana yang pernah wujud dulu. Keadaan ini adalah hasil dari kemasukan budaya asing yang meresapi masuk selepas 2008. Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pemimpin PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan seperti mana ditetapkan oleh pemimpin terdahulu, khususnya Almarhum Ustaz Yusuf Rawa dan Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani. Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan, bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pemimpin PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggung jawab. Saya juga menyeru semua pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya pemimpin PAS, untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membina kembali kesatuan dan kekuatan PR demi membela keadilan dan kepentingan rakyat


Sumber HD - 10-2-2015

KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK PATAHKAN SEMANGAT PAKATAN RAKYAT - SUA PAS


DATO' MUSTAFA ALI - SETIAUSAHA AGUNG PAS 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33781-keputusan-mahkamah-tidak-patahkan-semangat-pakatan-rakyat

Sumber HD - 10-2-2015

Intipati penuh mesyuarat Pakatan Rakyat 8 Februari

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengesahkan komitmen kepada perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat.

meeting

Mesyuarat hari ini bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dibuat berteraskan prinsip muafakat bersama. Atas semangat saling menghormati, keputusan yang dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan Pakatan Rakyat selama ini.

Pun begitu, Pakatan Rakyat juga akan terus meraikan perbezaan pendapat di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memperbaharui dokongan para penyokong, kita bersetuju agar Konvensyen Pakatan Rakyat dianjurkan pada 10 Mei 2015.

Pakatan Rakyat mendokong semua langkah mewujudkan permuafakatan membabitkan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan bagi mencari penyelesaian berkaitan isu-isu semasa terutamanya ekonomi dan ketegangan hubungan kaum.

Menjelang hari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Fitnah II, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat akan terus dipertahankan. Kami menegaskan bahawa perbicaraan ini adalah perbicaraan bermotifkan politik.

Majlis Pimpinan juga bersetuju untuk bermesyuarat semula sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari 2015.

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

TG Hj Abdul Hadi Awang
Presiden​ PAS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65168

Sumber KD - 8-2-2015


MESYUARAT PR SELEPAS KEPUTUSAN RAYUAN KES ANWAR - KETUA PEMBANGKANG


SIDANG MEDIA PR DI PEJABAT AGUNG PAS 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33735-mesyuarat-pr-selepas-keputusan-rayuan-kes-anwar

Sumber HD - 8-2-2015


GAMBAR SEKITAR MAJLIS MESYUARAT PAKATAN RAKYAT - BLOGGER

http://kerabubersuara.blogspot.com







http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33732-gambar-sekitar-majlis-mesyuarat-pakatan-rakyat

VIDEO - http://www.harakahdaily.net/index.php/tv-harakahdaily

Sumber HD - 8-2-2015


SEMUA PIHAK PERLU PULIHKAN PR BUKAN PAS SAHAJA - PRESIDEN


YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG - PRESIDEN PAS DALAM SIDANG MEDIA DI RUSILA

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33706-semua-pihak-perlu-pulihkan-pr-bukan-pas-sahaja

Sumber HD - 7-2-2015


TERPULANG KEPADA SAYA NAK HADIR, TAK HADIR - PRESIDEN PAS


YB DS TG HJ ABDUL HADI AWANG KETIKA MENJAWAB SOALAN PEMBERITA DI RUMAHNYA 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33696-terpulang-kepada-saya-nak-hadir-tak-hadir-presiden-pas


Sumber HD - 6-2-2015


MESYUARAT PAKATAN BINCANG ISU MUSTAFA - GUAN ENG


YAB LIM GUAN ENG DAN DATO' MUSTAFA ALI

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33650-mesyuarat-pakatan-bincang-isu-mustafa-guan-eng

Sumber HD - 4-2-2015


MEJAR ZAIDI : PAS,PAKATAN CARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK - DMO


YB DATO' MAHFUZ OMAR - KETUA WHIP AHLI PARLIMEN PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33224-mejar-zaidi-pas-pakatan-cari-jalan-penyelesaian-terbaik

Sumber HD - 13-1-2015
















































































































































Persempadanan semula: PR tiada perjanjian dengan SPR

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Persempadanan Semula Pakatan Rakyat menegaskan bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan persempadanan semula.

Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ataupun menolak penambahan kerusi parlimen sebelum peta-peta baru dikemukakan oleh SPR.

"Kami ingin juga menegaskan bahawa sebarang penambahan kerusi yang bersifat tidak adil dan saksama akan ditolak oleh Pakatan Rakyat," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Dr. Ong Kian Ming (Serdang) dalam kenyataan media bersama.

Pada 7 November 2014, pihak Bersih dan Tindak Malaysia telah mengeluarkan kenyataan untuk menegur Pakatan Rakyat supaya tidak menyetujui untuk menambahkan kerusi parlimen dalam persempadanan semula yang akan bermula tidak lama lagi.

"Kami mengulangi cadangan jawatankuasa persempadanan Pakatan Rakyat yang telah dinyatakan dalam kenyataan media pada 26 Mac 2014 untuk penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti yang diamalkan di United Kingdom kerana integriti dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat diragui," tegas mereka.

Sekurang-kurangnya, kata mereka SPR perlu melibatkan pihak-pihak dan pakar-pakar pemerhati pilihan raya seperti Merdeka Centre, UMCedel dan Ideas dalam jawatankuasa ini untuk memastikan persempadanan semula yang adil dan saksama untuk semua.

"Kami juga ingin sekali lagi menyatakan sokongan kami terhadap permintaan daripada Majlis Persempadanan Semula Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang meminta agar SPR bekerjasama dengan mereka secara terus dalam urusan persempadanan semula yang akan dilakukan," ujar mereka lagi.

Mereka sedar bahawa sebelum ini SPR telahpun bekerjasama secara dekat bersama-sama Umno, jadi tidak ada sebab mengapa SPR enggan bekerja sama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Tambah mereka, sikap memilih bulu dalam gerakan persempadanan semula boleh merosakkan demokrasi.

Menurut mereka lagi, masanya telah tiba untuk SPR menjadi pemangkin ke arah menjadikan Malaysia demokrasi terbaik di dunia. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014
















































































































































Baru perintah satu negeri, janganlah sombong sangat

HAMBALI AKRAM | .
BARU-baru ini saya agak terkejut dan terkilan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang menyerang presiden PAS atas isu tidak hadir mensyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat. Namun, isu itu telah pun selesai dan sewajarnya tidak berbangkit lagi.

Tetapi, apabila saya terbaca berita yang disiarkan dalam portal Selangorkini yang menyatakan bahawa Majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat sejak 2009 – mendorong saya untuk meluahkan sesuatu di sini.

Bagi saya, tidak usahlah terlalu sombong dengan rakan-rakan pembangkang yang lain khususnya PAS hanya kerana sudah menjadi ketua menteri untuk penggal yang kedua. Ya, memang diakui kuasa anda dijangka tidak akan tergugat sekurang-kurangnya untuk beberapa PRU lagi.

Itu baru dapat kuasa satu negeri, bagaimana pula sikap anda jika dapat memerintah Malaysia? Sekali imbas mungkin dilihat serangan hanya kepada PAS. Tetapi perlu diingat majoriti pendokong PAS ialah orang Melayu. Hal ini akan dijadikan modal untuk Umno untuk mempengaruhi undi Melayu supaya menjauhi DAP.

Dari segi sejarah, PAS telah berkuasa di Kelantan sejak PRU 1959 – 1978 dan 1990 hingga sekarang.

Walaupun begitu, PAS tidak mudah melatah dan menyerang rakan-rakan pembangkang sesuka hati walaupun ketika Pakatan Rakyat masih belum terbentuk.

Umum mengetahui bahawa tidak ada suatu parti di Malaysia yang boleh membentuk kerajaan pusat secara sendirian. Mahu atau tidak mereka mesti bergabung dengan parti lain. Hal ini kerana, walaupun majoriti penduduk di Malaysia terdiri daripada Melayu dan bumiputera, sokongan daripada kaum lain juga amat penting.

Namun, sikap sombong ini akan menjauhkan orang Melayu khususnya pendokong PAS daripada parti anda. Bak kata pepatah, lukanya sudah sembuh, tetapi parutnya tetap ada. – HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

Isu Presiden PAS selesai, tak perlu bangkit lagi

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata perkara itu sudah selesai apabila satu pertemuan antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke diadakan kelmarin.

"Cerita ini sudah selesai, tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan berterusan oleh DAP sebelum ini terhadap Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pertemuan dua pihak antara PAS dan DAP itu diadakan selepas masing-masing bersetuju membincangkannya secara 'direct'.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui kesihatan beliau kurang baik sejak kebelakangan ini dan jarang dapat memenuhi jemputan termasuk ceramah parti pada waktu malam. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

Sumber HD - 14-11-2014
















































































































































Imej Pakatan Rakyat terjejas ekoran krisis MB S'gor

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Imej dan sokongan Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PAS terjejas ekoran isu pelantikan Menteri Besar Selangoe sebelum ini, menurut kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Kajian yang dijalankan selepas parlantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu itu, mendapati PKR paling teruk terjejas dengan diikuti rapat oleh PAS, sementara DAP pula tidak berubah.

Menurut laporan The Malaysian Insider, 52% responden pengundi Melayu bersetuju bahawa PKR paling terjejas sementara Cina (46%) dan India (45%).

Bagi PAS pula, 42% pengundi Melayu bersetuju behawa PAS turut terjejas manakala Cina (43%) dan India (41%).

DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.

Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala Cina (28%) dan India (26%).

Kajian itu juga mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan.

Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali dilaporkan mendedahkan dapatan kajian itu dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur semalam. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

Sumber HD - 14-11-2014

DAP kena cermat, tak perlu desak Presiden PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: PAS meminta DAP cermat dalam membuat kenyataan lebih-lebih lagi berkait dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, DAP tidak wajar untuk mendesak Presiden PAS hadir ke mesyuarat lebih-lebih lagi ia dibuat secara terbuka.

"Saya harap rakan-rakan dalam DAP harus berhati-hati membuat kenyataan, mereka tidak boleh menggesa untuk Tuan Guru Abdul Hadi hadir mesyuarat.

"Sudah tentu ketidakhadiran Presiden PAS itu atas faktor kesihatan.

"PAS sendiri tidak pernah menggesa Lim Guan Eng agar hadir mesyuarat walaupun kita tahu beliau pun tidak hadir kerana mungkin beliau ada sebab tertentu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan berterusan DAP supaya Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Terbaru Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang bermesyauarat kelmarin, sekali lagi membuat gesaan tersebut.

Malah, Guan Eng berkata, kehadiran Presiden PAS itu dalam mesyuarat tersebut adalah wajib kerana beliau adalah pemegang kuasa tertinggi yang boleh membuat keputusan dalam PAS.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha organisasi DAP Anthony Loke bagi menyelesaikan isu berbangkit tersebut- HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014
















































































































































DAP’s fuss about Hadi all wrong

Harakahdaily | .

The problem between PAS, DAP and PKR is not about PAS President Tuan Guru Abdul Hadi Awang’s purportedly absence from Pakatan Rakyat presidential meetings as DAP secretary general Lim Guan Eng attempted to paint last week.

Lim, at a fundraising dinner, had openly chided Hadi for not attending PR meetings, and as such, the coalition was unable to make decisions, as it required consensus by all three parties.

Ok. First, let’s define consensus. Consensus means any decision must require the agreement of all, or it is a no-go.

In the issue of changing the Selangor Mentri Besar, there was no consensus to remove Abdul Khalid Ibrahim from the start.

But, still the plan went on without consultation.

When PKR failed to get consensus, they went ahead by forcing the issues to force a consensus to be reached on their terms.

It started by PKR forcing the Kajang by-election. PAS and DAP were forced to commit their machineries for a by-election that brought nothing in the end besides the on-going bickering between Pakatan Rakyat component parties.

Before a consensus could be reached, PKR and DAP along with PAS assemblymen Saari Sungib and Hasnul Baharuddin went ahead to force the issue to appoint PKR president Wan Azizah Wan Ismail as the next Selangor Mentri Besar.

With that, PKR and DAP were hoping that they would reach a consensus with PAS, with the assumption that PAS had no more moves to be made after they managed to secure the support of 30 state assemblymen for Wan Azizah.

Also, was there a consensus that all Selangor state Exco members should resigne after Khalid was sacked by PKR? If no, then who had the right to criticise Selangor exco members from PAS for staying put to prevent the PR government from being dissolved and state-wide election being held?

In short, Pakatan Rakyat’s consensus system should be used to decide on a decision to be taken rather than a platform to force any party to give endorsement to what already had been done.

Hadi’s recent absence to PR meetings is not the root cause for PR’s consensus system failure.

It is the attitude of certain PR leaders who love to force the issue to force a consensus out from the three parties in PR that breaks the system.

Guan Eng should bark at the right tree if he is sincere to get PR going again.

Sumber HD - 13-11-2014  

Tak timbul soal bubar Pakatan Rakyat - Mahfuz

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: PAS menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat akan dibubarkan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah, ekoran kes Fitnah Liwat II yang sedang dihadapinya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS yakin Pakatan Rakyat akan terus kukuh dalam menunaikan tanggungjawab untuk rakyat.

"Tidak timbul isu Pakatan Rakyat berpecah atau dibubarkan jika Anwar disabitkan bersalah dalam konspirasi fitnah ini.

"Malah kita (PAS) yakin Pakatan Rakyat akan terus kukuh membawa isu rakyat dan memperjuangkan prinsip keadilan yang semakin merisaukan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, rakyat kini bukan sahaja mengharapkan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak mereka, tetapi mereka sendiri ke hadapan untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Setiap apa yang berlaku, Pakatan Rakyat perlu meneruskan perjuangan, rakyat mengharapkan kita untuk memperjuangkan hak mereka.

"Memusnahkan harapan mereka merupakan satu pegkhianatan yang akan menghilangkan kepercayaan mereka," sambung beliau.

Ditanya, adakah Pakatan Rakyat ada berbincang penyandang baharu Ketua Pembangkang, jika Anwar disabit bersalah, Mahfuz berkata ianya tidak berbangkit.

"Ia tidak berbangkit kerana seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP bahawa Anwar akan dibebaskan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar keadilan memihak kepada Anwar dan meminta keluarga Ketua Umum PKR itu bersabar.

"Air mata mereka selalu mengalir dalam menghadapi dugaan perjuangan yang dilalui Anwar, rakyat akan terus bersama-sama mereka dalam memberi sokongan," katanya.- HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014


























































































































































































































PAS pertahan kerjasama dalam PR, tentang kezaliman

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan kerjasama mereka untuk berjuang menentang kezaliman di dalam negara ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, kezaliman yang berlaku termasuklah ketidakadilan undang-undang dan kehakimam begitu juga kezaliman Akta Hasutan 1948.

"Kita Pakatan Rakyat dan NGO akan bersama-sama menentang Akta Hasutan yang disalahgunakan dan rata-rata dikenakan kepada mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat juga akan terus memberi tekanan kepada kerajaan agar memansuhkan akta tersebut.

"Seperti kita tekan kerajaan untuk mansuhkan ISA akhirnya diganti dengan Sosma begitu juga Akta Polis ditukar jadi Akta Himpunan Aman. Kita akan lawan sampai Akta Hasutan dimansuhkan,"katanya.

Malam ini satu langkah awal PAS di bawah Lajnah Mobilisasi menyatakan solidariti buat mangsa Akta Hasutan, menganjurkan makan malam yang akan dihadiri beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan beberapa pimpinan PAS termasuk Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Masih relevan

Sementara itu, Anwar menegaskan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menunjukkam gabungan pembangkang masih relevan.

"Perselisihan kecil diketepikan dan sekarang kita mara sebagai satu pasukan padu menentang Umno dengan trend perkauman makin sempit dan jelik.

"Mesyuarat hari ini menguatkan komitmen kami untuk kuatkan hubungan dan teruskan program tak kira apa yang berlaku Rabu ini," kata beliau.

Turut bersama dalam mesyuarat itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kaiat dan Siti Zailah Mohd Yusof. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014

Perpaduan kaum: Pakatan mesti tunjukkan contoh

MAZLAN ALIMAN | .


HARI ini, saya difahamkan, Jabatan Perdana Menteri menganjurkan dialog Siri ke 4/2014 di Putrajaya yang disertai kakitangan awam.

Serangan utama ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap pemecah belah dan ejen Amerika. Cara mereka menghentam DSAI, saya dapat rasakan apakah nasib DSAI di Mahkamah Persekutuan 28 Oktober ini.

Seperti biasa, isu Hak Istimewa Orang Melayu dan Melayu Malaysia akan jadi seperti Melayu Singapura dikumandangkan. Skrip yang tidak berubah sejak merdeka.

Kakitangan awam diminta pertahankan kerajaan hingga ke titisan darah yang terakhir. Maka disenaraikan kononnya banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang beroleh dana asing, yang dianggap pengkhianat negara. Di terangkan pula isu GST; manfaatnya kepada rakyat negara ini.

Sampai kiamat pun perpaduan dan keharmonian kaum tidak akan dapat dicapai jika begini caranya kita mengurus kehidupan masyarakat berbilang kaum. Prasangka dan assabiyyah-rasis tidak pernah reda. Di khalayak rakyat, dinyatakan 1 Malaysia, disambut 16 September, diselaraskan cuti selama seminggu buat tiga kaum terbesar; Melayu, Cina dan India, diwujudkan jawatankuasa parlimen mengenai perpaduan; tapi dalam waktu yang sama, pemimpin Umno, BTN dan agensi Kerajaan tidak pernah berhenti memainkan sentimen perkauman yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.

Justeru, saya amat mengharapkan Pakatan Rakyat mengambil model pemerintahan yang adil dan saksama buat semua kaum. Uniknya, Datuk Ahmad Yaakob adalah Menteri Besar Kelantan daripada PAS, Azmin Ali pula Menteri Besar Selangor daripada PKR, manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP. Ketiga-tiga parti berpeluang menerajui kerajaan dan mesti membuktikan Kerajaan yang dipimpin lebih baik daripada BN.

Kerajaan PR jangan dilihat pro kepada satu-satu kaum sahaja. Meskipun PAS hanya ada satu kerusi di Pulau Pinang, hakikatnya jumlah penduduk Islam hampir sama dengan masyarakat Cina di sana. Begitu juga di Kelantan, 5 peratus penduduk non muslim dan tiada satu pun kerusi pun DAP di Kelantan; hak mereka yang bukan Islam mesti dirai dan dihormati.

Jangan izinkan elemen tidak sihat yang memecah-belahkan perpaduan dalam PR berlaku. Pemimpin tertinggi dalam PR bukan untuk mewakili partinya sahaja, tetapi semua kaum. Saya terkilan dengan isu saman-menyaman dalam PR mutakhir ini, sama ada membabitkan Presiden PAS, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi. Ia memberi imej negatif kepada PAS dan PR. Berbagai-bagai usaha dibuat untuk mencari jalan penyelesaian, nampaknya menemui jalan buntu.

Apa pun keputusan yang membabitkan DSAI; pemimpin tertinggi PR mesti berjiwa besar dengan agenda perubahan buat seluruh rakyat. Pantai Timur, Pantai Barat serta Malaysia Timur sama penting meskipun dibezakan komposisi kaumnya. Kembali muafakat, mencapai kata sepakat. Perkukuh PR dan angkat idea-idea besar sebagai dasar PR agar tidak ada kelompok kaum yang dizalimi.

Saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika bertemu beliau di Pulau Melaka baru-baru ini. “...teruskan dakwah dengan bukan Islam, terutamanya anak muda Cina. Kalau intelek mereka masuk Islam, lebih cepat Islam berkembang'. Tok Guru berpandangan jauh, meskipun tinggal di negeri yang orang Cina boleh dibilang dengan jari di sesetengah tempat!

Jangan dipersia-siakan mandat rakyat, PAKATAN HARAPAN RAKYAT! – HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014


























































































































































































































Apakah cara paling sesuai PR cari jalan ke Putrajaya?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Oleh kerana isu yang sedang dihadapi oleh negara begitu besar, maka memilih kepimpinan yang berwibawa untuk membawa perubahan ini wajar dilakukan tanpa segan dan silu lagi.


"Alangkah baiknya jika dapat diketemukan semua parti-parti politik yang berbeza untuk bersama-sama membangunkan politik dan negara," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Justeru, menurutnya jika semua pemimpin politik dari parti-parti PAS, DAP, PKR serta parti-parti di Sabah dan Sarawak diketemukan dengan jujur maka sekali gus dapat diusahakan penyelesaian segala kemelut negara kita.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Setelah kita memahami apakah masalah-masalah besar sehingga PR tidak mampu untuk ke Putrajaya, sedang UMNO yang memerintah sudah hilang segala pedoman mentadbir negara, apakah tindakan rakyat untuk memperbaiki keadaan politik tanahair kita. UMNO dan BN hanya bergantung kepada situasi yang PR tidak akan mendapat dan berjaya ke Putrajaya itu. UMNO hanya kekal ‘by default of Pakatan Rakyat’.

Kalau kita hendak bertanya, jika Pakatan Rakyat mempunyai kelemahan yang jelas untuk melayakkan mereka untuk menjadi parti alternatif kepada BN, apakah formula terbaik bagi memperbaiki keadaan dan untuk keadilan demokrasi dan semangatnya. Bolehkah DAP dan mana-mana parti yang ingin berjuang untuk ke Putrajaya dan menjamah kuasa di sana?

Jika secara ‘direct assault’ terhadap UMNO itu tidak memungkinkan DAP dan PKR mahu pun PAS mampu mendekati kuasa di Putrajaya, apakah cara yang paling sesuai untuk mencari jalan ke Putrajaya itu? Seperti yang saya sebutkan dalam posting-posting saya yang baru-baru ini, UMNO dalam keadaan apa sekali pun tetap akan memerintah negara walaupun dengan majoriti kerusi yang kecil.

Tetapi ahli-ahli UMNO tidak mempunyai kudrat untuk menukar kepimpinan mereka yang berimejkan korupsi dan menyalahgunakan kuasa itu sedangkan ‘urgency’nya ialah untuk menukar kepimpinan mereka bagi memberikan keselesaan siasah bagi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO untuk menukar kepimpinan mereka.

Jika UMNO itu amat sukar untuk digantikan pemimpin-pemimpin mereka, maka kaedah menukar kepimpinan UMNO itu wajar dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari luar parti itu. Sistem secara konvensyen yang Presiden UMNO itu secara ‘automatic’ menjadi Perdana Menteri sudah menjadi ‘obsolete’ dan telah terbukti membawa kehancuran kepada negara.

Lagi pun untuk menggantikan kepimpinan UMNO dengan memilih barisan kepimpinan yang ada sekarang ini sememangnya menakutkan kita. Menggantikan Najib dengan Muhyiddin, atau Zahid Hamidi, Hishammuddin serta Shafie Apdal, ‘is no change’. Mereka adalah dari kumpulan dan budaya yang sama, seperti yang saya suka menggunakan istilah acuan yang sama.

Kita akan dilihat sebagai bersikap dayus politik jika mereka yang berkuasa ini masih diberikan sokongan oleh UMNO itu. Negara kita sedang melalui proses kejatuhannya dan ia sedang menghampiri keadaaan itu dengan pantas dan deras.

Itulah sebabnya blog ini tidak jemu-jemu mencadangkan agar kita perlu memulakan politik dan siasah yang baru semata-mata untuk menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehancuran yang begitu ‘imminent’ akan berlaku itu.

Kita terpaksa menerima hakikat yang kita mesti melakukan tindakan ‘drastic’ dan ‘unconventional’ tetapi yang dibenarkan oleh perlembagaan negara untuk dilakukan.

Dalam perlembagaan Persekutuan seorang mana-mana ahli Legislatif Persekutuan yang mendapat kepercayaan dari dewan yang mulia itu adalah yang paling layak untuk memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Dengan mengenepikan konvensyen biasa yang menetapkan hanya presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu wajar dikaji semula.

Ini adalah kerana dengan cara konvensyen biasa itu sudah tidak relevan lagi disebabkan kegagalan UMNO untuk menonjolkan kepimpinan yang bersih yang layak untuk diberikan sokongan untuk memimpin rakyat yang sedang dahagakan seorang pemimpin yang terhindar dari isu-isu peribadi yang menjengkelkan kita semua.

Asalkan yang dipilih oleh Dewan Legislatif Persekutuan itu adalah seorang Melayu, sesiapa sahaja boleh dipilih oleh Dewan Parlimen itu seperti yang tertulis dengan jelas dalam perlembagaan Persekutuan kita sekarang ini.

Pilihan itu mesti dilakukan terhadap seorang pemimpin Melayu yang ‘viable’ sebagai Perdana Menteri kerana Melayu itu merupakan rakyat majoriti negara ini. Ini adalah untuk menjaga kestabilan politik negara agar tidak ada peluang untuk mana-mana pihak untuk melanggar semangat perlembagaan negara dan realiti politik tanahair kita.

Biarlah yang dipilih itu seorang yang mempunyai kewibawaan dan berpengalaman serta berkemampuan untuk berunding dengan semua pihak untuk mewujudkan sebuah negara yang berwajah politik yang baru dan mewujudkan ‘ambience’ politik yang baru.

Biarlah pemimpin yang dipilih oleh Dewan yang mulia itu mampu untuk memahami masalah negara dengan sebenarnya kerana jika pemimpin itu tidak tahu apa masalah sebenarnya tidak akan ada jalan keluar untuk membetulkan keadaan buruk itu. Negara kita telah terbiar oleh pemimpin yang lalai terhadap tanggungjawab mereka.

Kelalaian pimpinan kita sejak tiga dekad yang lalu telah menyebabkan negara kita berada dalam situasi seolah-olah kita tidak mempunyai kerajaan lagi, kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang memimpin negara seperti pemimpin persatuan sepak takraw sahaja. Tidak dinampakkan ‘seriousness’ mereka untuk mengharmonikan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Isu perkauman merupakan isu yang sangat besar yang jika tidak diselesaikan dengan segera ia memungkinkan kita berhadapan dengan perkelahian di antara kaum yang amat kita takuti. Selain dari itu dengan memulakan sebuah negara yang ditransformasikan politiknya dengan besar-besaran maka isu yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak juga boleh dibawa bersama untuk mencari penyelesaiannya.

Oleh kerana isu yang sedang dihadapi oleh negara begitu besar maka memilih kepimpinan yang berwibawa untuk membawa perubahan ini wajar dilakukan tanpa segan dan silu lagi.

Alangkah baiknya jika dapat diketemukan semua parti-parti politik yang berbeza untuk bersama-sama membangunkan politik dan negara. Jika semua pemimpin politik dari parti-parti PAS, DAP, PKR serta parti-parti di Sabah dan Sarawak diketemukan dengan jujur maka sekali gus dapat diusahakan penyelesaian segala kemelut negara kita.

Dengan memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk membawa semua pihak duduk dan bersembang secara serius bagi membina negara dengan politk dan siasahnya yang baru dengan ‘ambience’ yang baru yang menyegarkan. - HARAKAHDAILY 18/10/2014

Sumber HD - 18-10-2014

Pemuda PAS dan DAPSY Wilayah terus pererat hubungan

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Wilayah Persekutuan terus mengeratkan hubungan dengan bersetuju untuk berkolaborasi sebagai sebuah angkatan pemuda bagi menjuarai isu rakyat ibu kota.

Hasrat itu dizahirkan pada pertemuan kedua-dua pihak dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Pemuda WP di Pejabat Agung PAS pada Sabtu lalu.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin berkata, pertemuan tersebut ibarat terciptanya sebuah sejarah, di mana masing-masing menyatakan kesediaan untuk saling berganding bahu dalam memperjuangkan isu rakyat di bandar ini.

"Agenda bertindak dalam masa terdekat ialah dengan menengahkan isu daftar pemilih baru. Satu memorandum bersama akan dihantar ke SPR WP dalam masa yang terdekat.

"Memorandum ini akan mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan dan desakan kepada SPR bagi mendengar suara pengundi muda," katanya.

Bagaimanapun kata Khairil, pertemuan Sabtu lalu itu tanpa kehadiran wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah kerana mereka masih belum melantik kepimpinan pemuda di setiap negeri.

Pertemuan kelmarin itu juga kata beliau merupakan pertemuan kali kedua selepas pertemuan pertama yang diadakan secara santai pada bulan Ramadhan yang lalu.

"Pertemuan kedua ini lebih serius membincangkan isu rakyat yang ingin dijuarai oleh Pemuda PR di Wilayah Persekutuan.

"Kami bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pemuda PR WP secara berkala iaitu 3 bulan sekali," katanya.

Selain itu, mereka juga akan merancang siri wacana dan penerangan berhubung isu berkait pembentangan Bajet 2015, termasuk isu implementasi GST, rasionalisasi subsidi, subsidi bersasar dan sebagainya.

"Harapan kami agar ini bakal menerobos kubu BN pada PRU 14 dan memimpin kebangkitan anak muda ibu kota pada masa depan," katanya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014


























































































































































































































Playing by the rules of the game

Harakahdaily | .

The week before last we touched on matters related to Pakatan Rakyat (PR). This time let us dwell a little on the systems that have to be understood by political parties vying for power.

Any political action will necessarily operate in a given system; let us say a political system. It is the vogue now that nations of the world opt for the democratic system even in countries which once had monarchies or other non-democratic systems. Malaysia since independence opted for democracy, a legacy left behind by the colonialists despite most Malaysians not agreeing that it is a full democracy.

And here too the political parties that emerged crafted a peculiar way of participating in the ‘democracy’. By setting up a coalition of parties supposedly representing different ethnic communities, they managed to capture power and established themselves in such a way that they still hold the roost. Surely to them there is a definite ‘secret recipe’ that could ensure their dominance of Malaysian politics. Besides what is seen as manipulation of the system and institutions, to a certain extent the ‘experiment’ of “coalition politics” did contribute too to its sustenance. Only when corruption and mismanagement had reached unbearable proportions did it finally start its downward slide as evidenced in the last two general elections.

So, one sees in “coalition politics” that ‘special recipe’ for political success. And it was repeated outside of the existing coalition – the National Front or BN – with the advent of Pakatan Rakyat (PR).

This new coalition too started making inroads in the political scene. The BN’s dominance was shattered and PR showed that the Malaysian political system could cater for another coalition of parties especially when the existing one had been around too long and had become arrogant and complacent and turned itself into a political dinosaur.

But for the coalitions to survive they had to remember one golden rule – understand the system well and play by the rules of the system. Since the system was a democracy, they would have to play according to the rules of democracy. This also meant that the support of all sections of the population would be crucial if they wanted to win in elections, that is, all ethnic groups’ support would be necessary if coalitions wanted a win at the elections. So far, PR had been able to observe this.

However, the future does not seem to look too rosy given the rising frustration of ethnic Chinese voters towards the new coalition of PR following signs of dissonance between the member parties. Of course nice words have been uttered to keep the coalition intact, but the rakyat simply do not judge based on words but rather on deeds.

And most importantly, will the PR remain as one unit committed to change and be able to remain as “one voice” over all issues? Again this would need some convincing despite again some “nice words” being uttered.

Words – “it’s only words” so the song goes; it is deeds that will really prove this.

Sumber HD - 29-9-2014

DAP, kenapa emosi sangat ni!

NAZRI ABDULLAH | .

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, adalah tidak wajar.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu.

Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.

Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng.
Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar.

Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati.

SD juga tiada merit

Seperkara lagi yang juga tidak wajar diungkit adalah isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS.

Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP.

Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.

PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.

Tamatkan episod

Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini.

Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.

Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini.

Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan.

Jika mahu meneruskan 'Langkah' lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.

Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka 'khianat'!


*Penulis adalah Pengarang Berita Harakahdaily

Sumber HD - 23-9-2014


























































































































































































































Cadangan untuk selamatkan Pakatan Rakyat

SOFI WAHAB | .
KEROSAKAN telah berlaku. Siapa yang salah, siapa yang menambahkan kerosakan bagi saya sudah tidak penting. Yang penting sekarang Pakatan Rakyat mesti memperbetulkan keadaan. Semua orang kena mengaku bersalah dan berjiwa besar mengakui manusia tidak sunyi dari kesalahan.

Oleh itu saya mencadangkan langkah-langkah yang ideal untuk menyelamatkan keadaan :

1) Majlis Presiden mesti membuat kenyataan bersama bahawa ketiga-tiga parti komited untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

2) Ketiga-tiga parti melupakan dan memaafkan semua kesalahan dan persengketaan yang berlaku.

3) Membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan sentiasa mengutamakan rakyat dan mengurangkan politiking sesama sendiri.

4) Menerima dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Sultan menjadi MB Selangor demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

5) Berjanji untuk tidak lagi menyusahkan rakyat dengan langkah dan tindakan yang merugikan rakyat seperti perletakan jawatan Adun dan sebagainya.

Jika ketiga-tiga parti tidak bersedia untuk melakukan perkara di atas pada pandangan saya masa depan Pakatan Rakyat adalah malap dan semua pihak akan rugi, tiada yang untung. – HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014

Umno mahu Pakatan pecah, bukan UG

ZULKIFLI YAHAYA | .

Kerajaan Perpaduan (UG) adalah istilah yang popular muncul dalam krisis Menteri Besar Selangor. Sama ada ia sekadar suatu sindiran atau tuduhan, akhirnya UG terbina dalam persepsi sebahagian masyarakat bahawa krisis yang berlarutan ada kaitan dengan isu UG.

Konsep UG pernah diperkatakan pada awal 2009 dalam. Ada cadangan tidak rasmi dalam PAS supaya difikirkan penyelesaian masalah negara melalui Kerajaan Perpaduan. Sistem demokrasi di Indonesia dan Malaysia adalah berbeza. Apapun asasnya ialah demokrasi. Indonesia berjaya mewujudkan kerajaan perpaduan model mereka, apabila Presiden yang terlantik akan melantik menteri kabinet dari pelbagai parti. Idea itu yang berlegar di peringkat cadangan.

Gabungan UG ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar. Maka UG menjadi formula yang boleh diuji.

Oleh kerana konsep UG ini adalah satu konsep yang baru di kala itu, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan. Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN – satu gambaran yang sangat menakutkan ahli-ahli di semua peringkat.

Dalam muktamar PAS yang diadakan kali pertama di Selangor, UG menjadi isu panas yang tunas cadangannya (jika wujud) telah dibenamkan habis-habisan ke dalam bumi oleh para perwakilan ketika itu. Semua sangat takut akan UG, akhirnya memaksa kepemimpinan utama PAS membuat penegasan bahawa PAS lebih bersedia untuk bersama KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Bermakna idea UG telah dibenamkan sama sekali.

Banyak sebab mengapa UG menjadi igauan ngeri yang menakutkan bagi sebahagian besar ahli-ahli PAS. Faktor utamanya ialah separuh abad Umno dimomokkan sebagai musuh durjana PAS yang menolak Islam, asobiyah, sekular dan rasuah. Itu antara kejayaan tarbiyah PAS; iaitu menghayati permusuhan dengan Umno hingga ke tulang sum-sum. Dalam situasi itu tiba-tiba konfrontasi berzaman dengan Umno hendak dilunakkan, maka ia termasuk perkara ajaib yang dianggap mustahil.

Faktor kedua, ialah rasa keperitan sebagai ahli pembangkang juga tersemai kukuh di benak dan sanubari. Ahli PAS terbiasa dianaktirikan oleh kerajaan BN. Penafian kemudahan infrastruktur dan bantuan terhadap penyokong pembangkang adalah biasa. Saban hari media arus pernah tidak pernah bersikap adil terhadap pembangkang. Para penyokong pembangkang yang paling banyak menghirup gas penyesak dada dan meminum air water canon. Bahkan pembangkang juga sentiasa menjadi serangan politik berterusan melalui media. Semua itu membina kekuatan di kalangan ahli PAS untuk membenci Umno.

Faktor ketiganya, ialah bayangan kekuasaan di Pusat yang semakin hampir. PRU 12 pada 2008, kali pertama dalam sejarah Malaysia majoriti dua pertiga BN dinafikan. Empat negeri ditawan Pakatan. Dalam PRU 13, kedudukan BN bertambah parah. Mereka kalah undi popular. Pakatan 53 peratus, manakala BN hanya dapat 47 peratus sokongan rakyat. Dalam keadaan cita-cita menjadi semakin hampir mana mungkin PAS berpatah balik memberi kekuatan kepada BN.

Bagi sebahagian besar ahli-ahli PAS bukan setakat persepakatan dengan Umno menjijikkan, perpecahan dengan Pakatan juga menakutkan. Kecuali Terengganu dan Kelantan, selainnya PAS tidak mampu memperoleh kerusi yang begitu lumayan kalau bukan kerana undi Cina, mengikut hukum akalnya. PAS berkuasa ke Kedah PRU12 lalu difaktorkan undi Cina. Dan pengembeling utama undi Cina untuk menyokong Pakatan ialah DAP dan KeADILan.

Sebenarnya UG sudah semakin jauh dari menjadi agenda PAS. Namun andai sekalipun UG datangnya dari PAS, apakah Umno sudi menyambutnya? Jawapannya, tidak mungkin! Agihan jawatan untuk para pemimpin mereka di semua peringkat sudah tidak mampu ditunaikan. Takkan Umno nak mengurangkan kepentingan untuk dihulurkan kepada PAS. Lagipun bagi Umno, sekiranya mereka membenarkan PAS memerintah bersama, PAS akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat. Pendedahan rakyat kepada kemampuan PAS akan menyebabkan kuasa Umno/BN akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Umno cuba bersikap lunak terhadap PAS sekarang hanyalah bertujuan untuk memecahkan Pakatan. Selepas pecah (waliyazubillah), PAS akan dibiarkan bersendirian. Ada idea nakal dari segelintir anggota supaya PAS bersendirian, tanpa Pakatan dan jauh sekali dari bersama Umno. Hakikatnya itu juga ‘idea UG’. PAS bersendirian, bermakna memecahkan undi pembangkang. BN akan menang selesa walaupun bertanding dalam keadaan tidur nyenyak kerana perpecahan pembangkang membantu mereka. Maka siapa yang mencadangkan supaya PAS bersendirian bermakna dia sedang menyempurnakan agenda Umno.

Apabila Umno terus berkuasa maka khazanah kekayaan negara terus teragih sesama para ‘penyamun’, rakyat hanya dapat sisa-sisa makanan dan kemungkaran politik, ekonomi dan sosial akan terus bermaharajalela tanpa batas sempadan.

Kerja keras Umno sekarang ialah memecahkan dalaman PAS dan cuba mengasingkan PAS dari Pakatan. Hasutan batu api mereka ialah PAS jangan tunduk kepada tekanan KeADILan dan DAP. Jika ada ahli PAS termakan dakyah tersebut, bermakna mereka sedang menjayakan agenda Umno. - HARAKAHDAILY 16/9/2014

Sumber HD - 16-9-2014


























































































































































































































Wanita PR gesa penyelesaian harmoni dan terhormat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat mahu semua pimpinan utama PAS PKR dan DAP segera duduk semeja bagi menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mereka yang bersidang semalam menggesa pimpinan utama ketiga-tiga parti menyelesaikan isu ini secara terbaik, harmoni dan terhormat.

"Memahami betapa semangat setiakawan dalam kerjsama politik perti-parti pakatan rakyat ini adalah satu kerjasama yang terbaik sebagai satu manifestasi politik baru bagi menghadapi Umno BN.

"Justeru kerjasama ini perlu dipertahan dengan semangat saling menghormati dan melengkapi antara satu sama lain," kata mereka dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat mereka semalam.

Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Siti Zailah Mohd Yusoff Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan Chong Eng.

Mereka juga mahu kesemua parti saling menghormati perinsip yang dipersetujui bersama bagi memastikan kelangsungan kesepakatan Pakatan Rakyat sesuai dengan slogan Pakatan Harapan Rakyat.

- HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Umno BN berusaha keras lumpuhkan Pakatan

http://www.detikdaily.net | .

MUKADIMAH: Untuk terus kekal berkuasa, Umno-BN telah menggunakan pelbagai taktik kotor sejak dahulu hingga kini bagi melumpuhkan pembangkang.

Antaranya termasuklah penggunaan Akta Hasutan 1948, campur tangan terhadap perbicaraan di mahkamah, dasar pecah dan perintah, membeli wakil rakyat pembangkang dan penyebaran fitnah, sehingga akhirnya turut mendatangkan kesan buruk kepada mereka. Ikuti pandangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mengenai perkara ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA


WARTAWAN: Dalam menghadapi PAS atau Pakatan, Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk melumpuhkan gabungan. Ditangkap, didakwa dan macam-macam lagi...

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR: Ia sangat terkesan. Ini boleh dirujuk kepada tindakan pihak kerajaan Umno-BN dengan melakukan pendakwaan-pendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan.

Ini merupakan perkara dasar dan perubahan sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mereka yang kena bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan, tetapi juga pegawai-pegawai kerajaan, orang-orang profesional, pensyarah-pensyarah.

Kesannya, mereka yang terkena itu pasti akan mengkaji semula sikap kerajaan Umno- BN terhadap mereka, terhadap rakyat yang penuh dengan penindasan terhadap rakyat.

Mereka juga akan melihat tindakan kerajaan itu sebagai satu perkembangan yang negatif dan menjejaskan suasana politik dan ekonomi.

Pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang profesional yang terkena itu pasti akan menyifatkan tindakan yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai tekanan politik ke atas mereka. Ini pasti menyebabkan berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa ke atas rakyat.

Terdapat banyak dakwaan pemimpin Umno-BN didakwa turut campur tangan dalam proses mahkamah melibatkan seteru mereka.

Yang jelasnya biasanya pendakwaan-pendakwaan khususnya yang berlaku sekarang berlaku setelah adanya desakan, bukan sahaja daripada dalaman Umno seperti juga yang sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Dato’ Seri Najib sekarang, tetapi juga daripada NGO-NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa. Ini jelas.

Ini boleh kita tafsirkan sebagai pendakwaan terpilih.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa dan pemimpin-pemimpin BN yang jelas menghasut boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan, tetapi ini tidak berlaku.

Sebaliknya Akta Hasutan hanya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli parti pembangkang sahaja.

Akta Hasutan hanya digunakan untuk politik kepartian, bukan untuk kesejahteraan negara dan masyarakat.

Dasar pecah dan perintah juga digunakan oleh Umno- BN untuk melumpuhkan pembangkang.

Tidak dapat dinafikan, dasar pecah dan perintah merupakan satu dasar dan taktik politik yang diamalkan oleh parti-parti politik. Di negara-negara lain juga turut digunakan taktik pecah dan perintah dan ia masih lagi dilihat dalam perkembangan politik yang agak biasa untuk menghadapi pihak lawan. Tetapi di Malaysia akta digunakan, contohnya Akta Hasutan.

Selain itu, di Malaysia pihak kerajaan turut menggunakan jabatan-jabatan kerajaan, radio dan televisyen dan semua media dikawal oleh kerajaan.

Inilah yang membezakan dasar pecah dan perintah di negara kita dengan negara-negara demokrasi lain di dunia ini.

Dasar pecah dan perintah dalam konteks kepartian boleh kita terima sebagaimana di negara-negara lain untuk menghadapi parti lawan, tetapi kalau ia berakhlak, adil dan saksama. Ini amat berbeza berbanding di negara kita yang bagaikan bermain bola di padang yang tak sama rata dan pengadilnya yang tidak bebas.

Akta Hasutan dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa...

Akta Hasutan ini dibuat oleh penjajah zaman penjajahan British ke atas negara kita dulu untuk kepentingan penjajah.

Dalam suasana sekarang, Akta Hasutan sudah tidak perlu lagi. Malah sekarang kita sudah ada undang-undang lain untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara dan untuk mendakwa orang yang disabitkan dengan menghasut seperti Akta Keharmonian Nasional.

Jelas sekali, Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar kepada undang-undang lain seperti Akta Keharmonian Nasional.

Tambahan pula, kerajaan sendiri telah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Proses untuk menggunakan Akta Keharmonian Nasional pun dah dimulakan.

Jadi, kerajaan perlu membawa akta itu segera ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.

Kita dari pembangkang bersedia untuk menyokong Akta Keharmonian Nasional jika ia dibawa ke Parlimen. Kita dari pembangkang sememangnya menyokong undang-undang baru yang lebih adil.

Adakah teknik membeli wakil rakyat pembangkang masih terus diamalkan oleh Umno- BN hingga sekarang?

Ia berlaku dari zaman awal 60-an lagi. Amalan ini dilakukan bersekali dengan politik wang yang melibatkan pemberian wang deposit kepada wakil rakyat terbabit. Selain itu, ia turut membabitkan penggunaan alat-alat dan jentera kerajaan, ugutan-ugutan dan penahanan di bawah ISA dan sebagainya.

Kita harap penggunaan politik wang ini tak lagi menjadi amalan mana-mana pihak. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam pilihan raya untuk memilih sesiapa sahaja calon yang dikehendaki oleh mereka.

Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat mereka melalui proses pilihan raya.

Rakyat berharap agar wakil rakyat mereka tidak lagi diugut dan berhadapan dengan tindakan-tindakan di luar undang-undang seperti juga politik wang.

Umno-BN juga tanpa segan silu menggunakan fitnah untuk mengalahkan lawan politiknya, sedangkan ia ditegah keras oleh agama.

Dalam menghadapi politik, kita memerlukan politik yang matang, politik yang maju, politik yang bermoral.

Politik yang mengaibkan, memfitnahkan, mengongkong media dengan kuasa sebagai kerajaan adalah budaya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan negara-negara bukan Islam dan negara-negara Barat pun tak lagi mengamalkan politik seperti ini.

Maruah dan penghormatan pemimpin-pemimpin tinggi politik dan segenap lapisan anggota masyarakat tak boleh dicerobohi oleh pihak pemerintah. Amalan ini amat jijik dari sudut agama dan moral dan tiada siapa pun yang terlibat yang boleh dibiarkan terlepas dari dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ternyata taktik-taktik kotor yang dipasang Umno-BN nampaknya telah memberikan kesan buruk kepada Umno-BN sendiri.

Umno sendiri pun sepatutnya sedar, menggunakan taktik-taktik kotor bukan hanya akan menjejaskan parti-parti lawannya, tetapi ia pasti akan memberikan pelbagai keburukan kepada partinya sendiri.

Sekarang kesan buruk dari permainan taktik-taktik kotor itu juga sudah dirasai dalam Umno-BN sendiri, sehingga menyebabkan dalam Umno sendiri pun sekarang sudah menjadi sangat tak stabil.

Pimpinan Umno sendiri sekarang sedang dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Dr Mahathir itu samalah seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah dulu dan sekarang terkena kepada Dato’ Seri Najib pula. Ini membuktikan taktik-taktik kotor yang digunakan itu pasti akan turut menjejaskan politik dalaman parti mereka sendiri seperti yang sedang dialami Umno sendiri sekarang.

Sumber HD - 10-9-2014
















































































































































Pemuda PR rancang jumpa tiga pemimpin utama

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kekeruhan yang berlaku ekoran isu Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, satu usaha penyelesaian segera perlu dibuat oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti bagi mengembalikan semula sokongan rakyat khususnya di negeri Selangor.

"Hari kelewatan itu akan mengurangkan jumlah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di Subang hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Teo Kok Seong.

Menurut Suhaizan, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin ketiga-tiga parti dengan segera bagi tujuan itu.

"Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia," katanya.

Beliau berkata, tindakan mengadakan pertemuan itu sebagai satu inisiatif bagi menyampaikan hasrat dan pandangan anak muda dalam kemelut yang berlaku itu.

- HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014

Focus on Putrajaya, Pakatan

Harakahdaily | .


Now that the dust has more or less settled over the MB imbroglio that somewhat caused unease among the component parties of Pakatan Rakyat (PR), the coalition must now sit down to strategize as to how the road to Putrajaya would take shape in the near future.

The parliamentary constituency of Putrajaya which is now in Umno’s hands symbolises the seat of power and despite PR’s rising influence it was not able to oust the incumbent at the last general election. Despite having an electorate that is well informed, prevailing circumstances have made it quite impossible for PR to wrest this symbolic seat from the BN. But that should not be a damper to continued efforts to ensure that the federal government is Pakatan’s at the next general election.

One of the lessons that PR should learn from the periodic “outbursts” and problems that have affected the coalition is that it has yet to come up with a grand overall model of a working and sustainable coalition for the long run. PR’s detractors, that include some well meaning NGOs and individuals have been hitting hard at it each time issues arise with the coalition that bring it to critical points to the extent of threatening a break up. It need not have to be that way, but unfortunately since “the rules of the game” have probably not been drawn up properly, relations between the PR components come to a boil once in a while.

PR must now really focus on unseating the BN at the next general election. In fact this objective should override any other because of the clear cut pronouncements by the leaders of all three parties that they would work to strengthen Pakatan. But how is this done? Enough of the rhetoric.

Each party must admit to its own internal weaknesses in creating the true coalition spirit. The days of working individually are actually over especially when it comes to issues affecting the rakyat and the nation. Major principles must be discussed and a proper policy framework must be established to ensure that PR stays its course and elements that cause dissension must be identified and counselled.

Sometimes it is the actions of a few that causes more damage. Hence, the PR leadership and the leadership of the individual parties must act quickly to stop anything that can undermine the principles that have been agreed upon by all the parties under the PR umbrella.

PR must surely come out of the Selangor MB episode much stronger. There must be a sense of urgency to work together involving all levels of the three parties to ensure that public confidence is fully restored. PR must now put into action – of course after ensuring that the basic guiding policy of Pakatan is already in place – those action plans that will drive it towards Putrajaya on a more confident mode.

Enough of internal bickering and mere rhetoric.

Sumber HD - 1-9-2014
















































































































































Sabit bersalah, mungkinkah PRK 6 parlimen, 2 Dun?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penangkapan secara sewenang-wenang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjelang sambutan ulang tahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Pada hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun - Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

Sumber HD - 28-8-2014

Kenapa Pakatan Rakyat perlu dipertahankan?

HARIS ZALKAPLI | .

SEJAK tahun 1990, parti-parti pembangkang di Malaysia mula merapatkan kerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional, dalam pakatan-pakatan yang lebih kohesif dan meyakinkan.

Bermula tahun 1990, PAS dan parti-parti pembangkang Semangat 46 dan tiga parti kecil Melayu bersatu menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah, APU, yang sempat bertanding dalam dua pilihan raya umum.

APU bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1990 dan 1995, dengan PAS mendapat kemenangan besar berjaya menguasai Kelantan dan kemudian mengekalkannya. PAS kekal menguasai Kelantan hingga ke hari ini, yang satu punca utamanya ialah kerjasama dalam APU.

Pada masa sama, Semangat 46 bekerjasama dalam Gagasan Rakyat yang anggota termasuk parti-parti yang kini membentuk Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Rakyat Malaysia, PRM, yang sebahagian besar ahlinya telah menyertai Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

APU dan Gagasan Rakyat walau bagaimanapun ialah dua pakatan yang berbeza walaupun bergerak secara seiringan dalam dua pilihan raya umum.

Selepas dua pilihan raya umum, hayat APU berakhir apabila Semangat 46 berpecah dengan ahli-ahlinya menyertai Umno bersama pemimpinnya Tengku Razaleigh Hamzah dan juga PAS.

APU mencatat sejarah berjaya menghadapi dua pilihan raya umum, dengan agenda yang sederhana dan dianggotai parti-parti yang tidak banyak berbeza dari sudut ideologi dan identiti.

Kemudian, pada pilihan raya 1999, ekoran peristiwa politik yang bermula September 1998, PAS bersama parti-parti pembangkang lain menubuhkan Barisan Alternatif.

Barisan Alternatif menggabungkan PAS, Parti Keadilan Nasional, DAP dan PRM dalam satu pakatan.

Dalam pilihan raya umum tahun 1999, Barisan Alternatif bertanding sebagai satu pakatan pilihan raya dengan meyakinkan, membawa satu manifesto bersama.

Tetapi kemudian, perbezaan pandangan parti-parti terbabit terutama PAS dan DAP menjejaskan kesepakatan Barisan Alternatif, sehingga akhirnya DAP menarik diri pada 2001.

Selepas itu, Barisan Alternatif wujud dalam keadaan yang tidak sempurna, kerana sebuah parti yang penting kepada pakatan itu telah keluar, dan akibatnya tidak menampakkan gabungan itu sebagai apa yang dipersembahkan pada awal penubuhan.

Walaupun dalam pilihan raya umum berikutnya nama Barisan Alternatif masih didengari, hakikatnya ia tidak sama dengan pakatan yang dibayangkan pada tahun 1999, dan menunjukkan pakatan itu gagal mencapai kesepakatan dalam hal yang asas.

Secara praktiknya, Barisan Alternatif berakhir apabila DAP menarik diri, dan gabungan ini sebenarnya hanya berjaya melalui satu pilihan raya bersama.

Dalam pilihan raya umum tahun 2004, tidak wujud satu pakatan kerjasama pilihan raya yang meyakinkan, walaupun PAS dan Parti Keadilan Rakyat yang dilancarkan pada tahun sebelumnya bekerjasama rapat.

Kemudian, dalam pilihan raya umum tahun 2008, parti-parti pembangkang sekali lagi berusaha menunjukkan kesepakatan dalam menghadapi BN, dengan keputusan pilihan raya yang menyaksikan PAS, PKR dan DAP mendapat kejayaan besar.

Pilihan raya ini telah memaksa PAS, PKR dan DAP bersatu, dan hasilnya Pakatan Rakyat ditubuhkan, dan muncul sebagai pakatan paling kohesif dalam sejarah terkini sejak APU dan Barisan Alternatif.

Pakatan Rakyat membina manifesto bersama, program bersama terperinci dalam Buku Jingga, dan memperlihatkan hubungan dan kerjasama rapat di semua peringkat.

Pakatan Rakyat ialah gabungan terbaik selepas dua eksperimen sebelum ini, yakni APU dan Barisan Alternatif.

Selepas hampir 25 tahun sejak penubuhan APU dan Gagasan Rakyat, parti-parti pembangkang kini bersama dalam satu gabungan Pakatan Rakyat yang sukar dibayangkan pada masa itu, dan selepas Barisan Alternatif berpecah.

Tempoh 25 tahun ialah satu masa yang panjang, dan sepatutnya telah menyediakan pelajaran yang cukup untuk mematangkan parti-parti pembangkang dalam pembinaan aliansi.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak dapat dikekalkan, parti-parti pembangkang bakal kelihatan lemah dan tidak berwibawa, kerana banyak sebab, termasuk kerana terus tidak mampu membina pakatan yang kohesif dan stabil selepas puluhan tahun terlibat dalam politik pilihan raya Malaysia.

Tahun-tahun kebelakangan ini telah menyediakan suasana yang kondusif untuk pembinaan pakatan politik yang mampu menyaingi BN, jauh lebih baik berbanding tahun 1990 dan 1999.

Pemimpin-pemimpin parti Pakatan Rakyat wajar membuktikan yang gabungan ini boleh dipertahankan, dan tidak mencatat sejarah sebagai pakatan yang hanya mampu melalui satu pilihan raya umum seperti pakatan sebelum ini. - HARAKAHDAILY, 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

Sungguh menarik ‘permainan’ ini

ZULKIFLI YAHAYA | .


LEBIH 60 tahun PAS berkecimpung dalam arena politik negara. Pelbagai pengalaman telah dilalui. Namun pengalaman kali ini adalah paling menarik.

Andainya politik ini boleh dianggap satu permainan, maka permainan kali ini paling mencabar minda.

Tidak pernah terbayang sebelum ini, selain dari Kelantan dan Terengganu; terdapat lagi sebuah negeri di mana semua Exconya adalah terdiri dari ADUN PAS.

Ia diketuai pula oleh menteri besar yang tidak berparti dan disokong oleh para ADUN Umno/BN yang sehingga kini tidak pernah menjalin apa-apa kerjasama politik dengan PAS.

Berbanding semua parti politik pembangkang di Malaysia, PAS unggul sebagai sebuah parti yang mempunyai kekuatan tarbiyah dan prinsip walak (patuh).

PAS dikagumi semua pihak, kerana dalam apa situasi pun tiada ahli PAS yang sanggup melompat parti. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti maka ahli-ahli PAS akan "sami'na wa ato'na" (kami dengar dan kami taat).

Namun untuk konflik yang muncul kali ini, ia tidak berjalan semudah itu. Zaman di mana semua orang bebas bercakap di mana sahaja (langit terbuka) tanpa memperdulikan status diri masing-masing maka polemik menjadi rutin harian.

Semua sibuk mengemukakan pandangan dan hujah. Sibuk pula membidas pandangan dan hujah yang awal. Semua hujah ada nas dan sandaran, sehingga keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS pun, disyurakan lagi secara terbuka.

Dahulu apa yang keluar dari mulut presiden dianggap keputusan parti. Hari ini ada yang mempertikai presiden kerana mengeluarkan kenyataan tanpa diputuskan Jawatankuasa PAS Pusat. Pendirian Presiden bercanggah pula dengan rakan kongsi, KeADILan dan DAP.

Sementara ada pihak mempertikaikan sikap Presiden PAS, di satu pihak pula menempelak KeADILan yang tidak berbincang dengan DAP dan PAS pun sewaktu memulakan Kajang Move (agenda permulaan menukar Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar).

"Jangan salahkan Presiden PAS menyatakan pendiriannya, jika dalam banyak keputusan dibuat oleh Anwar sebelum ini tanpa berbincang pun dengan beliau." Hujah berlawan hujah.

PAS memilih tarikh 17 Ogos untuk membuat keputusan, tiba-tiba muncul Majlis Syura seolah-olah mengikat keputusan AJK PAS Pusat dengan menyatakan sokongan terbuka terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Muncul pula hujah, bagaimana boleh ‘mahkamah rayuan’ bersidang dan membuat keputusan terlebih dahulu dari ‘mahkamah tinggi’ dalam kes yang sama? Lalu para alim ulamak muncul dengan hujah syarie berjela-jela mempertahankan Majlis Syura.

Majlis Syura berpencak dengan ilmu, tiba-tiba KeADILan berpencak dengan politik apabila memecat Khalid dari parti itu. Khalid sudah tidak berada dalam parti komponen Pakatan Rakyat, masakan PAS hendak menyokong?

Di tengah Majlis Syura tidak mengubah keputusan tiba-tiba dua ADUN PAS mengengkari keputusan itu, lalu bersama KeADILan dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Ada yang menganggap tindakan dua ADUN PAS itu sebagai pengkhianat kerana tidak mengikut keputusan parti. Ada yang berhujah, tidak khianat kerana keputusan parti belum dibuat dan hanya dibuat pada 17 Ogos.

Menurut seorang ulamak PAS pula, tidak khianat kerana keputusan syura dibuat ketika Tan Sri Khalid masih anggota Pakatan Rakyat, sekarang dia sudah dipecat. Maka keputusan syura tidak valid lagi.

Ada pihak membangkitkan isu baiah. ADUN terbabit menjelaskan bahawa tindakannya adalah untuk selamatkan PAS dengan tindakan yang merugikan. Maka ia bukan khianat namanya.

Ada pihak lain yang berhujah, keputusan memantap dan memperkasakan Pakatan dibuat oleh muktamar PAS. Mengikut perlembagaan PAS, keputusan muktamar adalah yang tertinggi.

Maka hujah mereka, yang cuba mengekari keputusan muktamar, yang cuba menampakkan perpecahan dengan rakan sekutu Pakatan adalah yang sebenarnya pengkhianat parti.

Empat Exco PAS yang bersama Khalid tidak dapat melepaskan diri dari menerima kecaman. Seolah-olah mereka tamak kuasa. Kononnya jika empat Exco tersebut melepaskan jawatan, maka kerajaan negeri pimpinan Khalid akan tumbang.

Ada yang pertahankan tindakan mereka adalah betul lagi syarie kerana patuh kepada arahan parti.

Hujahnya, kerajaan Selangor boleh wujud dengan seorang Menteri Besar dan empat Exco. Jika Exco PAS tarik diri, Menteri Besar boleh lantik empat Exco dari BN untuk kekalkan kerajaan.

Meskipun kerajaan tersebut hanya boleh bertahan sehingga Sidang DUN pada hujung tahun tetapi tempoh tersebut cukup untuk kerajaan BN Selangor melakukan pelbagai perkara.

Rizab tunai RM3.2 bilion akan berpindah ke tangan ‘penyamun’. Mereka juga boleh bubar DUN dan memanipulasi situasi sehingga berjaya tawan Selangor dalam pilihanraya negeri. Ada logiknya hujah tersebut.

Bagi PAS, isu Selangor menambah satu lagi koleksi cabaran dalam bertahaluf. Sebelum ini isu hudud menjadi cabaran. Buat masa ini isu hudud hanya berjaya disenyapkan di kalangan Pakatan tetapi belum diselesaikan.

Isu kemelut Pakatan di Selangor ini juga akan selesai dengan baik nanti. PAS, KeADILan dan DAP akan kembali duduk semeja juga akhirnya – membuat satu keputusan bersama.

Permuafakatan boleh ditautkan semula kerana masing-masing parti komponen Pakatan tidak boleh bersendirian dalam menuju Putrajaya. Cuma masalahnya ialah ‘kecederaan teruk’ dialami pada persepsi rakyat terhadap Pakatan dalam isu yang berlarutan ini.

Rakyat sukar mempercayai sebuah pakatan yang berkonflik untuk memimpin mereka, walaupun akhirnya krisis tersebut tampak selesai. Macam yang krisis yang berlaku di Kedah dahulu.

Ada pemimpin PAS yang menangis kegembiraan kerana akhirnya tokoh yang berkonfik boleh bersama dalam barisan Exco. Namun lepas itu menangis pula kerana Kedah jatuh ke tangan BN. - HARAKAHDAILY, 19/8/2014

Sumber HD - 19-8-2014
















































































































































Pakatan Rakyat putus terima Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas seorang lagi calon yang dicadangkan PAS, Mohammad Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, akur dengan keputusan parti itu sebelum ini yang telah bersetuju memilih Azizah.

Ianya diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor petang tadi.

"Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

"Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor," kenyataan yang ditandatangan pemimpin ketiga-tiga parti itu dipetik.

Tiga pemimpin tersebut adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat katanya akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan tersebut kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

- HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014

Pemuda Pakatan saran temu lapan mata

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mencadangkan pertemuan lapan mata membabitkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat (gambar), Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Teo Kok Seong dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini berkata, krisis dalaman Pakatan Rakyat rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor kini berada pada tahap membimbangkan.

"Kami dari Pemuda Pakatan Rakyat berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan Pakatan Rakyat dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

"Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera," ujar kenyataan itu.

Menurut mereka, langkah penyelesaian paling munasabah pada tahap ini bagi menangani krisis yang berlaku adalah pertemuan lapan mata di antara Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Khalid.

Mereka yakin berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang dimiliki empat tokoh tersebut, ia mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

"Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan lapan mata ini.

"Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua," ujar mereka.

Pemuda Pakatan Rakyat juga berharap pertemuan yang dicadangkan itu berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang.

"Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini," kenyataan itu dipetik. - HARAKAHDAILY, 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014
















































































































































Pakatan Rakyat Johor bantah kenaikan tol di KIK

HARAKAHDAILY | .



Pakatan Rakyat (PR) Johor membantah kenaikan bayaran tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru walaupun kenaikannya telah berkuatkuasa bermula dari 1 Ogos, 2014. Bantahan ini adalah berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1) Pertindihan Antara Konsesi Malaysian Resources Corporation (MRCB) Dalam Pembinaan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) Dan Konsesi Plus Malaysia Berhad (Plus) Yang Mengutip Tol Di Kik Sultan Iskandar

PR Johor mendesak supaya kerajaan Persekutuan mendedahkan kepada rakyat kedua-dua perjanjian konsesi ini kerana PLUS telah mengutip tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar sejak lebih 20 tahun lalu tanpa membina sebarang lebuh raya di antara KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan Lebuh Raya Utara Selatan. PLUS dianggarkan telah mengutip antara RM867 juta hingga RM1.5 bilion dalam tempoh tersebut. Jumlah ini adalah melebihi daripada kos pembinaan EDL oleh MRCB iaitu RM 977 juta termasuk pengambilan tanah kira-kira RM250 juta.

Sepatutnya pembinaan dan penyenggaraan EDL dilaksanakan oleh PLUS dengan menggunakan kutipan Tol daripada pengguna selama ini tetapi sebaliknya pembinaan EDL di laksanakan melalui konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB Southern Link Bhd iaitu anak syarikat MRCB. Kerajaan Persekutuan kemudiannya pada tahun 2012 telah mengambilalih EDL dengan bayaran pampasan kepada MRCB sebanyak RM68 juta bagi tempoh April- Disember 2012 dan bayaran RM11 juta sebulan selama tempoh perjanjian konsesi penswastaan.
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat telah membuat 2 kali bayaran bagi projek yang sama iaitu melalui:

a) Bayaran tol kepada PLUS selama lebih 20 tahun tanpa dibekalkan dengan lebuhraya yang menghubungkan lebuhraya Utara Selatan dengan KIK Bangunan Sultan Iskandar.

b) Bayaran pampasan RM68 juta dan RM11 sebulan sepanjang tempoh konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB bagi kerajaan mengambilalih EDL. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 40% saham dalam MRCB manakan Lembaga Tabung Haji (LTH) memegang 20% saham dalam MRCB.

Kerajaan juga hendaklah mendedahkan kepada umum bagaimanakah jumlah pampasan pengambilalihan EDL iaitu RM68 juta dan RM11 juta sebulan selama tempoh konsesi penswastaan ditentukan kerana ianya melibatkan wang rakyat melalui KWSP dan LTH.

2) Kenaikan Tol Adalah Untuk Membiayai Bayaran Pampasan Pengambilalihan EDL?

Bayaran Tol yang dikenakan kepada kenderaan Kelas 1 dari Malaysia ke Singapura adalah RM6.80 dibayar kepada MRCB manakala bayaran Tol bagi kenderaan dari Singapura ke Malaysia adalah RM6.80 + RM2.90 = RM 9.70 dimana RM6.80 dibayar kepada MRCB dan RM2.90 dibayar kepada PLUS. Ini menunjukkan bagi perjalanan dua hala ke Singapura pengguna terpaksa membayar tol sebanyak RM16.50 berbanding sebelum ini hanyalah RM2.90. Ini merupakan kenaikan hampir 470%. Daripada bayaran tol RM16.50, RM13.60 @ 82.42% dibayar kepada MRCB mana RM2.90 dibayar kepada PLUS.

3) Perbezaan Antara Tol Dan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP)

Terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan isu pokok kenaikan tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan kenaikan bayaran VEP yang dikenakan oleh Singapura kepada kenderaan dari Malaysia yang memasuki Singapura baru-baru ini dari SGD20 kepada SGD35.
Tol adalah bayaran yang dikenakan kepada semua kenderaan samada kenderaan Malaysia dan juga kenderaan negara asing manakala VEP adalah bayaran dikenakan kepada kenderaan asing yang masuk ke Singapura bagi tujuan mengurangkan jumlah kenderaan yang memasuki Singapura.

Dengan kata lain kenaikan tol akan membebankan terutamanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana hampir 70,000 kenderaan daripada Malaysia memasuki Singapura setiap hari.

Setakat ini Singapura masih mengenakan bayaran tol sebanyak SGD1.20 (RM2.90) dan Malaysia dan Singapura mempunyai perjanjian pakej tol dimana bayaran tol di Singapura adalah sama dengan bayaran tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna tol yang dikenakan oleh Singapura juga akan dinaikan dalam masa terdekat bersesuaian dengan kenaikan tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna akhirnya pemandu kereta akan menanggung tol sebanyak RM33 bagi perjalanan dua hala di KIK Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands CIQ.

4) Perundingan Dua Hala Dengan Singapura Berkaitan Isu-Isu Kepentingan Bersama

PR Johor mencadangkan supaya satu delegasi yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri berunding dengan Singapura bagi mengadakan perundingan isu-isu berkepentingan bersama seperti isu kenaikan tol, isu kenaikan VEP, isu penambakan laut berhampiran sempadan Malaysia-Singapura. Kerajaan hendaklah memberikan justifikasi kepada kenaikan tol dan dalam masa yang sama kerajaan Singapura hendaklah memberikan justifikasi kenaikan VEP yang dikenakan baru-baru ini. Dengan adanya perundingan dua hala yang berkala ini akan dapat menyelesaikan banyak isu-isu berkepentingan bersama untuk kebaikan kepada kerajaan dan rakyat dikedua-dua negara.

PR Johor berharap dengan adanya perundingan dua hala ini isu kenaikan tol termasuk isu kenaikan VEP akan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih munasabah dalam semangat kejiranan yang tinggi.

5) Implikasi Kenaikan Tol Dan Ekonomi Johor

PR Johor melahirkan kebimbangan kesan terhadap ekonomi Johor kesan daripada kenaikan tol di KIK bangunan Sultan Iskandar. Selama ini terutama apabila Dollar Singapura semakin mengukuh berbanding Ringgit Malaysia ramai rakyat Singapura datang ke Johor Bahru bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Secara tidak langsung peniaga dan penjaja dipasar awam seperti Pasar awam Larkin dan Pasaraya termasuk kedai runcit akan mendapat keuntungan daripada kehadiran rakyat Singapura ini. Dengan kenaikan bayaran Tol bagi dua hala perjalanan RM33 maka PR Johor bimbang jumlah rakyat Singapura yang akan berbelanja di Johor Bahru akan berkurangan dan sudah tentu ianya akan menjejaskan pendapatan peniaga-peniga di Johor Bahru.

Kesimpulan

PR Johor mendesak supaya kerajaan menangguhkan segera perlaksanaan kadar tol yang baru sehingga perkara (1) dan (2) yang dibangkitkan diatas dijawab dan diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. PR Johor juga mendesak supaya kerajaan hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan orang ramai serta mengadakan sessi penerangan sebelum melaksanakan sebarang polisi yang melibatkan kepentingan orang ramai.

YB Aminolhuda Hassan (PAS)
YB Liew Chin Tong (DAP)
YB Jimmy Puah (PKR)

Sumber HD - 4-8-2014

Pakatan perkukuh setiakawan, teruskan agenda reformasi

HARAKAHDAILY | .


Menyedari bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

Memahami bahawa suara dan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

Mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

Maka, Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Sumber HD - 2-8-2014

















































































































































Gaza: Kenapa kerajaan masih jadi rakan dagang Israel?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa Kerajaan Barisan Nasional masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010.

Demikan ditegaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), Wong Chen (Kelana Jaya) dan Charles Santiago (Klang) dalam kenyataan bersama.

Justeru, mereka menggesa Najib mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel di samping menjelaskan bagaimana.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Sebagai Ahli Kokus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik, kami telah diminta untuk berbincang dengan Froman untuk membincangkan perjanjian tersebut dan perkara-perkara berkait.

Pada masa yang sama, kami berasa amat kecewa dengan keganasan yang berlaku kepada rakyat Palestin di Gaza oleh rejim Zionis Israel pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih mengejutkan lagi, Presiden Obama telah secara jelas menunjukkan sokongan kepada Israel dalam Majlis Iftar di White House pada 14 Julai yang lepas dengan memberikan Ron Dermer, Duta Israel ke Amerika Syarikat peluang untuk berucap dalam majlis tersebut.

Ini diteruskan lagi apabila Obama berucap mempertahankan “hak” Israel untuk “mempertahankan diri” walaupun pada ketika ini lebih daripada 70 peratus daripada kematian yang berlaku di Gaza adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ingatan Obama buat Netanyahu untuk bertahan dalam mempertahankan diri sedang Israel membedil Gaza jelas mempamerkan ketidakpedulian beliau dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua di wilayah tersebut.

Sehingga kini, tentera Israel telah membunuh lebih daripada 400 nyawa dan mencederakan lebih 2800. Serangan Israel termasuk 2,602 serangan udara, dengan sejumlah 649 bangunan di bom.

Kira-kira 70 peratus dari Gaza terputus bekalan elektrik, mangsa-mangsa tidak mendapat bekalan air, makanan dan perlindungan yang mencukupi. Dan sedang kita membicarakan isu ini, jumlah mangsa kian meningkat.

Adalah penting untuk kita ingat bahawa sebelum daripada serangan ini, 57 peratus daripada Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi sementara 80 peratus daripada populasi Gaza bergantung kepada bantuan kewangan. Lebih daripada 90 peratus daripada air di wilayah tersebut tidak selamat untuk diminum.

Rakyat Palestin telah lama menderita akibat pengasingan politik ini, sekarang sedang dibunuh tanpa sebarang kutukan daripada Amerika Syarikat.

Israel tidak mungkin mampu untuk melakukan keganasan ini dan keganasan-keganasan lepas di Gaza sekiranya Amerika Syarikat mengambil posisi yang tegas untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Palestin.

Amerika Syarikat bersubahat atas kesengsaraan rakyat Palestin dengan tidak mengambil tindakan dan juga sebagai pembekal utama senjata bagi Israel.

Sehingga kini, Israel telah mencabul sebanyak 79 resolusi PBB yang diluluskan di antara 1948 dan 2009. Walaupun Amerika Syarikat merupakan rakan dagang utama Israel, AS telah gagal untuk mengambil sebarang tindakan punitif ataupun menggantung perdagangan dengan rejim zionis tersebut.

Dengan itu, kami, Ahli Kokus TPPA daripada Pakatan Rakyat akan menggantung sebarang perbincangan dengan sebarang wakil daripada Amerika Syarikat sehingga diberitahu kelak.

Kami juga menyeru Ahli Parlimen Malaysia yang lain untuk mendengar hati nurani mereka dan turut mengambil pendirian yang sama.

Kami menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia untuk menggantung sebarang perbincangan berkenaan TPPA dengan AS sehingga kerajaan AS mengambil tindakan untuk mengutuk dan menghentikan keganasan rejim Zionis ke atas Gaza.

Kami juga menggesa Najib untuk mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel.

Kami juga menuntut agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa kerajaan Barisan Nasional masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010. - HARAKAHDAILY 21/7/2014

Sumber HD - 21-7-2014
















































































































































Pemimpin Pakatan gesa tubuh badan siasatan antarabangsa

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Pakatan Rakyat menggesa badan siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak di wilayah Ukraine dan mahu pihak yang bertanggung jawab dibawa ke muka pengadilan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga 295 mangsa terbabit, mereka turut menggesa kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dan pihak berkuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media melahirkan rasa terkejut dan kesedihan yang mendalam terhadap nasib yang menimpa pesawat MH 17.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan krew pesawat terbabit terutamanya 23 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu.

Menurut Anwar, walaupun dilaporkan pesawat Boeing 777-200 MAS itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara di zon konflik di Ukraine, tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggung jawab.

Sehubungan itu, beliau mengutuk tindakan ganas itu dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa mengadakan siasatan bebas dan menyeluruh serta membawa dalang yang bertanggung jawab ke muka pengadilan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

PKR juga, tambah beliau berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa.

"Seluruh keluarga PKR merakamkan salam takziah kepada kesemua keluarga mangsa tragedi ini, dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa seluruh rakyat bersatu di belakang Perdana Menteri dan menyokong penuh gesaan beliau agar keadilan ditegakkan segera terhadap dalang tragedi tersebut.

Menurutnya, walaupun negara belum pulih daripada tragedi kehilangan MH370 yang telah masuk hari ke-132, rakyat negara ini sekali lagi dirundung kesedihan apabila satu lagi bencana membabitkan pesawat Boeing 777 berlaku dalam masa kurang dari lima bulan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau menyifatkan tragedi ini sebagai 'bencana antarabangsa' ekoran mangsa yang terkorban membabitkan warga sembilan negara iaitu Belanda (154 orang), Malaysia (43 termasuk 15 krew), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), German (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) manakala 41 masih belum disahkan kewarganegaraan.


"Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk dan menggesa badan penyiasat antarabangsa ditubuhkan terhadap jenayah menembak jatuh MH 17 dan membunuh 298 penumpang. Penjenayah perlu dibawa ke muka pengadilan sama ada ianya rakyat Russia, pro-Russia, pemisah Ukraine ataupun rakyat Ukraine," tegas beliau.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa Malaysia agar segera melancarkan usaha diplomatik antarabangsa terhadap tragedi MH17 bagi memastikan penyiasatan antarabangsa yang berwibawa dan menyeluruh.- HARAKAHDAILY, 19/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014

Will Rosmah agree with Umno lawyer’s sexist remark?

Harakahdaily - TS | .


Umno lawyer Mohd Hafarizam Harun had cited women’s ‘user share’ (menses) as a hindrance for a woman to assume the post of Selangor Menteri Besar.

The lawyer’s remark first appeared in the New Straits Times (NST) when he commented on why PKR president Wan Azizah Wan Ismail is not suitable to become Selangor Menteri Besar.

"This is because should a woman menteri besar suffer from 'uzur sharie' there will be many obstacles for her to accompany the sultan at religious functions,” Mohd Hafarizam said, despite admitting that the Selangor state constitution does not bar a woman from becoming a Menteri Besar.

No doubt, his comment had caused a social media storm.

Earlier, Prime Minister Najib Razak had cautioned. Umno members from making controversial remarks that put the party in embarrassing situation following the controversy surrounding Kinabatangan MP Bung Moktar’s Hitler remark.

Well, it looks like his directive has fallen on deaf ears again.

Pakatan Rakyat politicians, as expected, had cashed in on Mohd Hafarizam’s statement to attack its opponents. BN’s component parties, meanwhile went into control damage mode, where some decided to join the Malaysian public in giving the Umno lawyer a lesson to respect women.

Despite the storm, Mohd Hafarizam appeared to stand by his sexist statement.

According to news portal the Malaysian Insider, he further explained his remark stating that a woman Menteri Besar has to perform Islamic religious obligations with, or on behalf of, the Malay ruler.

Therefore, it would be an obstacle to her if she were having her period, he added.

But then, is such hindrance alone justifies that woman should not be appointed to any top government position?

Interestingly, what will be the reaction from Najib’s wife, Rosmah Mansor, who is well known for her contribution in the areas of empowering women and gender equality, to Mohd Hafarizam’s remark? Will there be one?

Sumber HD - 16-7-2014
















































































































































Who is dishing out information on Khalid’s fate as Selangor MB?

Harakahdaily - TS | .

The Astro Awani news portal has been citing sources from Pakatan Rakyat’s insiders claiming that Abdul Khalid Ibrahim’s fate as Selangor Menteri Besar is almost over.

The portal claimed, citing anonymous sources, that a decision to change Khalid had been made in a tripartite meeting during the weekend. It claimed that PAS and DAP had given their approval to replace Khalid with PKR deputy president Azmin Ali.

At the same time, Umno leaders and friendly analysts had been dishing out opinions about PKR President Wan Azizah Wan Ismail’s suitability as the replacement for Khalid.

Some had focused on the next course of action that should be taken by Khalid in order to survive the move to remove him as the Selangor Menteri Besar, including a suggestion to join PAS.

PAS secretary general Mustafa Ali had told the press that any decision on Khalid would be made by Pakatan Rakyat’s presidential council that would meet before Hari Raya.

After taking Khalid to task over his support to Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) project and his indecisiveness in returning the seized Bibles, DAP leaders have went relatively quiet on plans to change Khalid.

Interestingly, only PKR and Umno making the most noise on Khalid’s replacement plan.
Pictures of street banners congratulating Azmin for being appointed as the new Selangor Menteri Besar had been circulating in Whatsapp and Facebook.

Coincidentally, UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin had also extended his congratulatory message to Azmin on the same matter. At the same time, Khairy took a snipe at PKR President Wan Azizah Wan Ismail in the middle of the ‘menses’ storm created by Umno lawyer Mohd Hafarizam Harun.

However, Azmin was quoted by The Malay Mail Online denying reports that he has been confirmed as the replacement for Khalid.

Meanwhile, PKR strategic director Rafizi Ramli insisted that his Kajang Move is still alive. He claimed that the attacks on Wan Azizah was to stall the momentum she is gaining to be the next Selangor Menteri Besar.
Khalid’s team is not sitting idly either. They are launching their counter attacks to protect their boss’ job.
Before this, fake SMS-es were sent to media and also using Bernama’s name claiming that Khalid had decided to resign and would inform the Sultan Selangor last Monday.

Some media personnel had even camped outside the palace believing that the news was true.
The strategies deployed in this political game to remove Khalid have been despicable.

There are parties who were making moves, and then misguided the public into believing that the moves were made by the other parties. They are parties who were playing the victims role. They are those whose team were the bad cops, while he remained as the good cop.

All these feeders who fed the media with speculative information only wanted to keep the conversation on Khalid’s shaky position as Selangor Menteri Besar alive until the former is ousted.

They know, in Malaysia, rumours and speculation turn to be the truth, if they are repeated often enough.
Sadly, no one cares about the damage they have inflicted on Pakatan Rakyat due to their greed for power and to stay in power.

Sumber HD - 15-7-2014

Isu MB S’gor: Jangan beri peluru hidup kepada BN

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor digesa untuk tidak menonjolkan perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan teknikal knock out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang, lapor Selangor Kini.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Oleh itu, ujarnya kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga Adun Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Katanya, keadaan itu akan memberikan stigma negatif kepada rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PR dalam usaha membela perjuangan rakyat yang sejak dahulu dinafikan BN.

“Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki PR Selangor selama ini.

“Tidakkah disedari oleh kepimpinan PR Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat yang akan menyamakan kepimpinan kini tidak ubah seperti BN yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan?” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Langat.

Menurutnya, rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda PR di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah.

“Tampuk kepimpinan boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba kerajaan negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan,” tegasnya.

Sumber HD - 15-7-2014
















































































































































Ceroboh pengairan, Pakatan gesa tubuh JK tetap kaji Esscom

SALMIYAH HARUN | .

PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak agar menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula Sistem Kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Esszone.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa tetap itu harus ditubuhkan memandangkan insiden pencerobohan kawasan perairan Sabah di bawah seliaan Esscom semakin meningkat.

Pada 12 Julai lalu seorang anggota polis marin terbunuh dalam serangan hendap manakala rakannya telah diculik oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Sabah.

"Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Marin Korporal Abd Rajah Jamuan dan mendoakan keselamatan Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Sementara itu, Najib mengakui terdapat beberapa kelemahan yang dikesan menyebabkan kumpulan penceroboh dengan mudah membolosi kawalan pihak berkuasa dan melakukan serangan hendap.

Justeru, Najib mahu Esscom dikaji semula terutama melibatkan jumlah anggota yang mencukupi bagi menghadapi sebarang pencerobohan terutama dari Selatan Filipina. - HARAKAHDAILY 15/7/2014

Sumber HD - 15-7-2014
















































































































































Gaza: Pakatan Rakyat gesa sidang khas Parlimen

SALMIYAH HARUN | .

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan agar diadakan satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin sebagaimana telah dibuat pada Januari 2009.


Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini turut menggesa kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas mengenai isu ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin berlaku dengan sokongan padu Amerika Syarikat.

Tambahnya, kerajaan Malaysia wajar menghentikan serta merta kesemua kepincangan mengenai isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanijian tersebut sebagai tanda protes terhadap Amerika Syarikat.

"Serangan Israel ke atas Palestin yang setakat ini telah mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak," katanya. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

Isu jawatan MB S'gor selesai sebelum Aidilfitri

SALMIYAH HARUN | .

PETALING JAYA: Kemelut Menteri Besar Selangor dijangka akan berakhir sebelum Hari Raya selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat ini.


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan akhir mengenai isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor,"kata Mustafa dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Malah Mustafa menegaskan apa-apa perkara khususnya berhubung kemelut ini mestilah bersama-sama melalui Majlis Presiden.

"Isu yang melibatkan pimpinan tertinggi, kita ada Majlis Presiden, kita berpandukan kepada Majlis Presiden. Kita tidak ada pandangan sendiri," jelas Mustafa.

Di dalam mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, Mustafa menjelaskan pihaknya tidak membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau turut menafikan pertemuannya dengan Khalid pada malam Sabtu lalu untuk membincangkan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Mustafa berkata, pertemuan itu adalah kunjungan balas Khalid Ibrahim ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari.

"Kalau hendak bincang pasal tu kena mesyuarat panjang. Kami pergi jam 11 malam selepas tarawih.
"Kami bincang macam-macam. Tapi tak bincang soal itu," katanya sebaik ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Sabtu lalu, Khalid Ibrahim memuatnaik gambar Abdul Hadi dan Mustafa di laman Facebooknya, gambar itu kelihatan mereka sedang berborak bersama beliau kediamannya di Bukit Damansara.

Ekoran memuatnaik gambar itu, banyak pihak membuat spekulasi bahawa PAS "cuba memujuk" menteri besar itu.

Turut bersama dalam sidang media hari ini, CEO Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014

No comments:

Post a Comment