BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 17, 2014

MUTIARA KATA DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MANTAN AL MURSYIDUL AM PAS

Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com


Kisah suri hati Almarhum TGNA dibukukan


SURI Hati Tok Guru Nik Abdul Aziz, judul sebuah buku yang digarap oleh penulis Wan Nor Ainon Wan Abdullah wajar menjadi rujukkan khususnya kaum ibu.

Buku yang mengisahkan suri hati almarhum bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini setebal 106 muka surat.

Ia telah diterbitkan oleh Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan (UPWK).

Sumber HD- 26-11-2017


Legasi TGNA yang cuba dipadam

TUAN Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) adalah susuk tubuh yang sangat hebat, disegani kawan dan lawan. Tutur katanya yang tenang penuh hikmah berselang-seli dengan nas Quran dan Hadis Nabi SAW jujur dari dalam dirinya menusuk ke dalam jiwa pendengar. 
AhmadShahMAkhlak dan tingkah laku yang sopan juga menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Kehidupannya yang begitu sederhana sudah cukup menggambarkan keperibadiannya yang tinggi. 
Di sebalik susuk tubuh kecil ini tertanam satu cita-cita yang membara iaitu untuk melihat bumi bertuah ini memartabatkan Islam ditempatnya yang sebenar. Bukti kesungguhan beliau ketika menjadi Menteri Mesar Kelantan beliau telah menubuhkan jawatankuasa penggubal undang undang Islam yang dianggotai oleh tokoh dan pakar perundangan Islam ke arah mempraktikkan undang undang Islam. 
Malangnya usaha murni ini disambut dengan amaran keras oleh Perdana Menteri ketika iaitu Dr Mahathir yang mengancam untuk mengambil tindakan sekiranya Kelantan melaksanakan undang undang Islam. 
TGNA pernah dengan tegas menyatakan pendiriannya untuk meneruskan memartabatkan undang-undang Islam walaupun DAP menentangnya sehingga berakhir dengan DAP keluar daripada gabungan pembangkang. Beliau tidak pernah seketika pun berundur daripada memperjuangkannya sehingga ke akhir hayatnya. 
Kerja memperjuangkan Islam ini tidak pernah terhenti bahkan terus menjadi dasar yang terus diperjuangkan dan tidak pernah berubah dalam parti PAS. PAS kekal sebuah parti yang terus berdakwah kedalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, berpolitik dengan kaedah matang dan sejahtera serta mentarbiyah para ahlinya. 
PAS sentiasa menghargai semua golongan di dalamnya sama ada miskin atau kaya, tua atau muda apatah lagi agamawan mahupun profesional, semua berganding bahu bekerja untuk Islam. Kalau ada dakwaan pihak tertentu yang menyatakan PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (TGHH) jauh daripada apa yang dibawa oleh TGNA maka ini adalah tuduhan yang sangat terpesong jauh. 
Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sendiri begitu prihatin kepada golongan non-Muslim bahkan banyak menghadiri aktiviti bersama dengan mereka. Ada pula yang berhujah menggunakan nama TGNA bagi menghalalkan tindakan mereka menubuhkan parti baru, kononnya kepimpinan yang ada sekarang sudah terpesong dari cara yang dibawa TGNA.  
Mereka cuba melaga-lagakan TGHH dan TGNA ketika almarhum masih hidup. Walaupun pelbagai cara digunakan, kedua-dua tokoh penting PAS ini tidak mudah melatah bahkan hubungan akrab diantara mereka berdua menjadi semakin jitu. 
Tidakkah mereka sedar bahawa TGNA kekal istiqamah bersama dengan PAS sehingga ke akhir hayatnya, sentiasa berada disisi TGHH memberi kata nasihat dan semangat serta dorongan untuk terus teguh memperjuangkan Islam dibumi bertuah ini? Renungkan. – HARAKAHDAILY 20/4/4/2017 
Penulis ialah Ketua Penerangan, PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Sumber HD - 20-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






Di sebalik pemikiran Tok Guru adanya Datin Sabariah

DI sebalik kejayaan Almarhum Tok Guru sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adanya tangan Datin Sabariah yang berkorban jiwa dan raga, siang dan malam menjadi teman yang paling setia ketika susah dan senang kepada suami tersayang. 
Ketika PAN menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru kononnya mahu menghormati Tok Guru, PAN menidakkan kemahuan Datin Sabariah dan anak-anaknya, mencabuli perasaan seorang isteri dan anak-anak yang memahami isi hati dan pendirian sebenar seorang suami dan seorang ayah terhadap PAS dan pemimpinnya. 
Siapa yang tidak tahu kenyataan kecewa Almarhum Tok Guru terhadap PasMa yang pemimpinnya kini bersama PAN. 
Kerakusan PAN mengejar kuasa politik dan cita-cita untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam yang dibina Almarhum Tok Guru lebih 20 tahun di Kelantan, malah mengheret nama baik Almarhum Tok Guru dengan rekayasa dan khayalan adalah tindakan yang paling jelek dan kotor yang tidak pernah saya saksikan dalam sejarah dunia politik di Negara ini. 
Langkah desperado Machiavelli PAN yang disandarkan atas perasaan marah, kecewa dan dendam tanpa mengambilkira perasaan dan maruah keluarga Almarhum Tok Guru amatlah dikesali. 
Tiga hari sebelum pemergian Almarhum Tok Guru, Tok Guru menuturkan satu persoalan kepada isteri kesayangannya, 
 “Nanti abang tak dok (meninggal dunia), lepas ini, sapo nak jago Yah?” kata Almarhum Tok Guru pada Datin Sabariah. 
Perasaan Datin Sabariah pun PAN tidak jaga. Jauh sekali nak jaga perasaan Rakyat Kelantan pada Almarhum Tok Guru dan Keluarganya. 
PAN tidak ikhlas dengan Seminar Pemikiran Tok Guru kerana di belakang pemikiran Tok Guru adanya tangan Datin Sabariah yang kuat menyokong suaminya. Dan PAN lupa untuk jadikan Datin Sabariah dan anak-anak beliau sebagai pelengkap kepada pemikiran Tok Guru itu. 
Tidak menyokong permintaan ahli keluarga Almarhum Tok Guru ibarat mengkhianati Almarhum Tok Guru. Tiada gunanya mendabik dada kononnya sayang kepada Tok Guru tetapi tidak sayang kepada apa yang Tok Guru sayang. 
Semoga Rakyat mengajar PAN dalam PRU Ke-14 nanti. – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






Keluarga Tok Guru teliti ucapan pemimpin PAN

PEGUAM keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meneliti ucapan dan kenyataan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pada seminar pemikiran bekas Mursyidul Am PAS. 
Nik Adli Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, kajian secara terperinci sedang dibuat peguam yang dilantik. 
“Jika terdapat apa-apa tuduhan palsu atau kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Allahyarham maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga nama baik Almarhum Ayahanda kami,” katanya di Kota Bharu hari ini. 
Pada 25 Mac lepas keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz membuat laporan polis terhadap PAN berhubung penganjuran seminar oleh parti itu yang menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS terbabit. 
Pemimpin PAN sebelum ini sering mendakwa sekiranya Tok Guru masih ada dia pun akan sokong PAN. 
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa. 
Semalam PAN menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 10/4/2017
Sumber HD - 10-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Mengenang 2 tahun pemergian murabbi ummah
Posted on Sunday, February 12 @ 10:34:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33557



MENGENANG DUA TAHUN PEMERGIAN MURABBI UMMAH, BELAHAN JIWA DI HATI KAMI

GENAP dua tahun pemergian maestro dakwah, siasah dan tarbiah negara ini, dialah kejora yang hadir dalam harakatul ummah di tanah watan ini.

Tanggal 12 haribulan Februari, umat Islam bukan sahaja memperingati kesyahidan Hasan al-Banna, namun mereka akan terus memperingati seorang lagi sosok besar perjuangan Islam. Tokoh tanah Jawi yang namanya begitu besar melangkaui benua dan lautan.

Penulis terkesima melihat laporan kematiannya di dada akhbar Algeria sewaktu berpeluang melawat tanah "sejuta syuhada" itu. Visual pemakaman almarhum dengan lautan manusia itu tersebar ke seluruh buana, diikuti kisah magis bagaimana lelaki renta ini menakluki hati manusia termasuk yang non muslim.

Sesepuh perjuangan ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan indah, dirinya menjadi kenangan kolektif kita semua, anak segala bangsa. Aku mengenang kembali dua tahun yang lampau pada tanggal 12 Februari, seakan masa berdetak begitu pantas, memecut semahunya.

Seakan petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as-syahid Hasan al-Banna di Masjid al-Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am PAS. Air mata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Terpanar!

Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar PAS Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T.

Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di pekarangan Masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dengkuran dalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung.

Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir di pelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang jahil.

Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatn politik APU.

Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana alumni Deoband dan al-Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita.

Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanah air, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya di mana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai ilmu yang beliau miliki.

Tuan Guru Nik Aziz semenjak usia mudanya sehinggalah sebelum beliau dimasukkan ke wad ICU berhempas-pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama sistem hidup.

Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan men’tarjih’ masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.

Semenjak dilantik sebagai MB beliau kekal mendiami rumah kampungnya yang serba sederhana yang dijirani dengan masjid dan Sekolah Agama Darul Anuar yang didirikan oleh Almarhum orang tuanya sendiri.

Segak bergaya dengan lilitan serban, bersampin dan berbaju melayu dan beliau juga memulangkan elaun rumah sebanyak RM3,000 kepada perbendaharaan negeri. Tidak ada jurang di antara beliau dengan rakyat pelbagai peringkat, datanglah seusai subuh setiap hari Jumaat, Tuan Guru melayan tetamu yang datang dari seluruh negara.

Rumah dan masjidnya menjadi produk pelancongan bagi negeri Kelantan. Kuliah Subuh pagi Jumaat mempunyai tarikan yang besar kepada anak-anak tempatan dan pelancong luar Kelantan. Hidupnya tidak dikelilingi oleh pengawal peribadi seperti pemimpin lain di Malaysia, tiada skuad motor atau ‘out rider’ mengiringi beliau ke hulu ke hilir.

Jika hari lebaran tiba, berkunjunglah ke Pulau Melaka dan santaplah apa yang ada sekadarnya. Tuan Guru tidak membazirkan duit rakyat untuk jamuan raya rumah MB, elaun keraian MB juga diserahkan kepada perbendaharaan negeri, bahkan gajinya dipotong sebanyak 45 peratus untuk rakyat dan parti yang didukungnya.

Seperti kata seorang sahabat, bahawa sosok ini akan muncul sekali dalam seabad malah permata kepada PAS yang ingin menterjemahkan konsep ‘good governance’. Bayangan Umar Abdul Aziz memerintah (99H-101H) kini dan telah muncul di Kelantan. Tuan Guru mengingatkan kita kepada akhirat dalam arus pemodenan yang sarat dengan perlumbaan untuk meraih kemewahan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah sosok yang wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam di negara ini. Beliau berjaya menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bagaimana untuk mengaplikasi ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya.

Keupayaan ini sangat terserlah sehingga banyak ditiru oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri BN yang lain. Beliau mempunyai kekuatan spiritual yang ampuh bagi menghadapi serangan liar musuh dengan tidak mengabaikan amalan-amalan sunat bagi melestarikan amalan fardhu, tutur patahnya di saat tenang mahupun saat cemas semuanya dikaitkan dengan nas yang kukuh.

Figura ini sering pula menjadi bidikan media milik BN dengan memutar belit kenyataan supaya sosok mulia ini dilihat angkuh, bodoh dan menjadi liabiliti kepada PAS, namun semua serangan ini akan dan telah menjadi ‘boomerang’ yang membahang batang tengkuk diri mereka kembali.

Almarhum Tuan Guru yang telah menikmati saat-saat gemilang dalam kehidupan. Beliau telah diangkat menjadi ikon kepada seluruh masyarakat. Beliau bukan sahaja milik kepada ahli-ahli PAS namun juga rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik juga sangat senang apabila berbicara tentang beliau.

Umno sendiri mengakui bahawa agak sukar untuk mereka merampas kembali Kelantan ketika Tuan Guru masih berkuasa, sebagai mana yang kita lihat dalam PRU12, kempen ’pade doh 18 tahun’ yang dilancarkan oleh pemuda Umno Malaysia dilihat tidak berhemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan yang masih setia bersama Tuan Guru selepas 18 tahun memerintah Kelantan.

Abad 20 telah menyaksikan ramai tokoh- tokoh Islam dengan kerencaman bakat dan kepakaran, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Dr M. Natsir, Yussuf Qaradhawi, Dr Mustapha as-Sibaie, Abul Ali Hassan an-Nadwi, Ahmad Yassin, serta ribuan tokoh lain yang menulis sejarah dengan tinta emas.

Namun, Tuan Guru bukan sekadar ideologue kepada gerakan Islam malah pentadbir yang berkesan, satu ruang yang jarang dikecapi oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam yang lain. Tidak kurang pula tokoh gerakan Islam yang berada di singgahsana kekuasaan akhirnya terkumpul dengan imej kejabatan dan kebobrokan.

Almarhum Tuan Guru dalam tempoh lima penggal mentadbir Kelantan telah berinteraksi dengan khalayak yang pelbagai. Beliau tidak pernah berhenti untuk mendidik masyarakat Kelantan dan juga luar Kelantan. Pemikirannya sentiasa dikaji dan diperdebatkan.

Tidak kurang pula kenyataannya dipolemikkan seperti isu ‘tuhan samseng’, ‘bekerjasama dengan syaitan’ dan pelbagai isu lain yang telah dipolitikkan dengan cara berlebihan oleh media. Tuan Guru dalam membuka ruang perdebatan telah memungkinkan rakyat dihidangkan dengan Islam yang sebenar, terlalu banyak isu yang berakhir dengan ramuan kesempurnaan di sebelah Tuan Guru dan juga PAS serta negeri Kelantan.

Tokoh murabbi ummah ini meninggalkan kita dengan seribu kebaktian dan menjadi cermin keteladanan di jalan dakwah, tarbiah dan siasah. Maestro dakwah ini menjadi arca yang memantulkan cahaya pembias sehingga mengharumkan gerakan Islam ini, pemergiannya ke negeri abadi untuk selamanya telah ditangisi jutaan manusia, melepasi sempadan geografi dan politik.

Ratusan ribu menyolatkan jenazah almarhum serta menyempurnakan pemakaman insan yang bukan hanya milik PAS tetapi ummah seluruhnya. Bersemadilah dengan penuh bahagia wahai sang murabbi dan kami akan terus menyambung perjuangan membentengi agama Allah ini sehingga deenullah ini tegak di tanah leluhur ini.

Petang ini kami, anggota "food flotilla for Myanmar" akan berhimpun di dek kapten (yang bertukar menjadi madrasah tamrin), akan  mengenang kembali seorang tokoh besar gerakan Islam yang berjasa besar mencerahkan akal ummah. Sebahagian akan mengadakan tahlil dan mendoakan almarhum Tuan Guru, juga majlis khatam al Quran kali kedua di atas kapal misi yang sedang berada di Laut Benggal ini. Damailah sang murabbi, kami tetap akan mendoakanmu berehat di alam abadi.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
HARAKAHDAILY


Sumber HD - 12-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tok Guru Nik Aziz Dalam Tinta Kenangan

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Semalam 16 Februari 2016, telah diadakan satu forum bicara tokoh bertajuk ‘Tok Guru Nik Aziz Dalam Tinta Kenangan’ anjuran Unit Peti Undi Kerandang, DUN Jabi. Saya catatkan di sini beberapa catatan menarik yang telah saya kongsikan dalam forum semalam serta juga apa yang diimbas kembali oleh seorang lagi ahli panel, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beberapa bulan sebelum Pilihanraya Umum ke 13, saya hadir di satu kenduri kahwin di Kubang Kerian. Kebetulan saya duduk makan satu meja dengan seorang Penghulu JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan). Kami makan sambil berbual mesra beberapa topik ringan politik semasa.

Kebetulan sebelum PRU 13, Umno Kelantan giat menampilkan ‘orang agama’ di atas pentas ceramah mereka untuk menarik sokongan rakyat kepada Umno. Tok Ngulu yang sedang makan sekali dengan saya cerita, “semalam ada satu ceramah Umno yang disampaikan oleh Ustaz Sipolan bin Sipolan. Baso bodo Ustaz ni! Ceramah duk kutuk maki hamun Tok Guru Nik Aziz! Dia orang luar dok tahu perangai orang Kelantan. Di Kelantan ni siapa kutuk Tok Guru Nik Aziz, serupalah dia nak bbaloh dengan orang Kelantan! Orang akan jadi semakin jauh dari Umno. Kita buat ceramah nak tarik orang, dia duk perambat orang lari koho jauh!” Marah nada Tok Ngulu ni.

Senario ringkas yang mengambarkan bagaimana kedudukan Tok Guru di hati rakyat Kelantan tanpa mengira sempadan politik. Bagaikan tak keterlaluan ungkapan ini, ‘Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Nik Aziz adalah Kelantan.’'

Ramai kawan-kawan Cina di Kelantan mempamerkan dalam kedai mereka keratan akhbar yang memaparkan kata-kata Tok Guru “HUTANG WAJIB DIBAYAR SEKALIPUN TIDAK DITUNTUT.” Bila ada pelanggan yang nak berhutang, mereka akan tunjuk kata-kata Tok Guru. “Abe… Tok Guru kata hutang wajib kena bayar.” Haha… satu kaedah peringatan yang baik untuk pelanggan yang liat untuk bayar hutang.

Anak Saudara Tok Guru, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama bercerita semalam, bagaimana suatu hari Tan Sri Anuar Musa terserempak dengan Tok Guru di Lapangan Terbang Kota Bharu. Kawan tu macam terkejut dan tergaman bila tiba-tiba nampak Tok Guru ada di depan dia. Terus dia pegang dan cium tangan Tok Guru berkali-kali. Hehe… kalau di belakang apa yang Anuar Musa tak kata kepada Tok Guru. Bila berdepan nyata dia kaku dan kelu dengan aura serta kehebatan Tok Guru.

Aura hebat ini adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba yang dekat denganNYA. Sudah dimaklumi bagaimana istiqamahnya Arwah Tok Guru menjaga hubungannya dengan Allah. Seorang pemandu Tok Guru pernah cerita kepada saya, menjadi kebiasaan Tok Guru bila naik kereta untuk menuju ke sesuatu destinasi, soalan pertama yang akan ditanya oleh Tok Guru, “kita nak berenti semayang kat mana?” Orang lain selalu pelan bila bermusafir, kat mana nak berenti minum dan berehat. Tapi bagi Tok Guru, semayang adalah perkiraan utama.

Ketika mengimbas kembali kenangan kira-kira sebulan sebelum pemergian Tok Guru, sewaktu Ustaz Dr Nik Zawawi melawat ‘Ayoh Zik’ di Hospital USM, Tok Guru yang dalam keadaan sangat uzur dan lemah sempat berpesan kepadanya supaya menjaga jemaah Islam ini dengan baik. Ketika itu Tok Guru berada dalam keadaan sedar dan tak sedar. Maknanya perjuangan ini dipertahankan oleh Tok Guru sehingga ke akhir hayatnya tanpa pernah berpaling sedikit pun. Ingat pesan Tok Guru… “Tolong sambung perjuangan ambo…”

Tentunya pemergian Tok Guru lebih setahun yang lalu meninggalkan satu ruang kosong yang tak akan dapat diisi lagi. Tok Guru bukan satu dalam sejuta, tapi Tok Guru adalah seorang dalam satu lipatan sejarah. Perginya Tok Guru meninggalkan kepada kita satu legasi perjuangan yang masih panjang. Kita adalah anak-anaknya yangterus memikul tanggungjawab berat ini. Semoga kita terus istiqamah sebagaimana istiqamahnya Tok Guru.

Sumber BO - 17-2-2016












Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam tinta kenangan

HARAKAHDAILY | .


SEMALAM 16 Februari 2016, telah diadakan satu forum bicara tokoh bertajuk ‘Tok Guru Nik Aziz Dalam Tinta Kenangan’ anjuran Unit Peti Undi Kerandang, Dun Jabi. Saya catatkan di sini beberapa catatan menarik yang telah saya kongsikan dalam forum semalam serta juga apa yang diimbas kembali oleh seorang lagi ahli panel, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, saya hadir di satu kenduri kahwin di Kubang Kerian. Kebetulan saya duduk makan satu meja dengan seorang Penghulu JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan). Kami makan sambil berbual mesra beberapa topik ringan politik semasa.

Kebetulan sebelum PRU13, Umno Kelantan giat menampilkan ‘orang agama’ di atas pentas ceramah mereka untuk menarik sokongan rakyat kepada Umno. Tok Ngulu yang sedang makan sekali dengan saya cerita, “Semalam ada satu ceramah Umno yang disampaikan oleh Ustaz Sipolan bin Sipolan. Baso bodo Ustaz ni! Ceramah duk kutuk maki hamun Tok Guru Nik Aziz! Dia orang luar dok tahu perangai orang Kelantan. Di Kelantan ni siapa kutuk Tok Guru Nik Aziz, serupalah dia nak bbaloh dengan orang Kelantan! Orang akan jadi semakin jauh dari Umno. Kita buat ceramah nak tarik orang, dia duk perambat orang lari koho jauh!” Marah nada Tok Ngulu ni.

Senario ringkas yang mengambarkan bagaimana kedudukan Tok Guru di hati rakyat Kelantan tanpa mengira sempadan politik. Bagaikan tak keterlaluan ungkapan ini, ‘Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Nik Aziz adalah Kelantan.’

Ramai kawan-kawan Cina di Kelantan mempamerkan dalam kedai mereka keratan akhbar yang memaparkan kata-kata Tok Guru “HUTANG WAJIB DIBAYAR SEKALIPUN TIDAK DITUNTUT.” Bila ada pelanggan yang nak berhutang, mereka akan tunjuk kata-kata Tok Guru. “Abe… Tok Guru kata hutang wajib kena bayar.” Ha ha… satu kaedah peringatan yang baik untuk pelanggan yang liat untuk bayar hutang.

Anak Saudara Tok Guru, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulamak bercerita semalam, bagaimana suatu hari Tan Sri Anuar Musa terserempak dengan Tok Guru di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Kawan tu macam terkejut dan tergaman apabila tiba-tiba nampak Tok Guru ada di depan dia. Terus dia pegang dan cium tangan Tok Guru berkali-kali. Hehe… kalau di belakang apa yang Anuar Musa tak kata kepada Tok Guru. Apabila berdepan nyata dia kaku dan kelu dengan aura serta kehebatan Tok Guru.

Aura hebat ini adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba yang dekat dengan-Nya. Sudah dimaklumi bagaimana istiqamahnya Arwah Tok Guru menjaga hubungannya dengan Allah. Seorang pemandu Tok Guru pernah cerita kepada saya, menjadi kebiasaan Tok Guru apabila naik kereta untuk menuju ke sesuatu destinasi, soalan pertama yang akan ditanya oleh Tok Guru, “kita nak berenti semayang kat mana?” Orang lain selalu pelan apabila bermusafir, kat mana nak berenti minum dan berehat. Tapi bagi Tok Guru, sembahyang adalah perkiraan utama.

Ketika mengimbas kembali kenangan kira-kira sebulan sebelum pemergian Tok Guru, sewaktu Ustaz Dr Nik Zawawi melawat ‘Ayoh Zik’ di Hospital USM, Tok Guru yang dalam keadaan sangat uzur dan lemah sempat berpesan kepadanya supaya menjaga jemaah Islam ini dengan baik.

Ketika itu Tok Guru berada dalam keadaan sedar dan tak sedar. Maknanya perjuangan ini dipertahankan oleh Tok Guru sehingga ke akhir hayatnya tanpa pernah berpaling sedikit pun. Ingat pesan Tok Guru… “Tolong sambung perjuangan ambo…”

Tentunya pemergian Tok Guru lebih setahun yang lalu meninggalkan satu ruang kosong yang tak akan dapat diisi lagi. Tok Guru bukan satu dalam sejuta, tapi Tok Guru adalah seorang dalam satu lipatan sejarah.

Perginya Tok Guru meninggalkan kepada kita satu legasi perjuangan yang masih panjang. Kita adalah anak-anaknya yang terus memikul tanggungjawab berat ini. Semoga kita terus istiqamah sebagaimana istiqamahnya Tok Guru. – HARAKAHDAILY 17/2/2016

Tulisan di atas dipetik daripada facebook Dr Azman Ibrahim

Sumber HD - 17-2-2016



Saya boleh buat filem Nik Aziz, tapi..

Posted on Saturday, February 13 @ 05:58:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PENGARAH terkenal tanah air, Aziz M Osman yakin mampu hasilkan filem yang mengisahkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu hari nanti.

Bagaimanapun impian tersebut dapat direalisasikan sekiranya masyarakat negara ini bersatu dari segi hati dan pemikiran.

"Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud.

"Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai siapa yang akan didekati untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz berkata, dia mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham seiras dengan bapanya.

"Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan buat filem Allahyarham," jelasnya lagi. - SH

Sumber TKO - 13-2-2016
















Aziz M Osman kagumi TG Nik Aziz

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Aziz M Osman mengagumi Ketokohan dan keperibadian yang dimiliki Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau tanpa berselindung mengakui ketokohan yang dimiliki Almarhum itu perlu dicontohi semua pihak.

"Pendekatan yang dibawa cara yang lembut, memujuk untuk menarik orang luar mendekati Islam.

"Apabila kuliah atau ceramah beliau, kita lihat ramai yang datang dan saya kagum melihat perkembangan tersebut, suatu yang positif diterap oleh Almarhum," katanya pada program Bicara Harakah "Mengenang Murrabi Ummah" di MyHarakah Bazar.

Aziz yang sebelum ini pernah berjumpa Nik Aziz turut berkata perwatakan yang dimiliki Almarhum menyebabkan beliau menjadi ikon kepada segenap lapisan masyarakat.

"Ketika kita menjadi ketua apabila pekerja tidak dengar apa yang kita katakan, kita akan tonjolkan kita sebagai ketua, tetapi sikap tersebut sebenarnya satu kegagalan kepada kita.

"Sikap sebenar adalah pada Almarhum, sikap memujuk yang bersederhana dan itu sikap yang terbaik untuk kita turuti," katanya lagi.

Tambah beliau, ajaibnya Nik Aziz ketika membaca al-Quran semua senyap sehinggakan pin jatuh pun boleh didengari.

"Hening apabila Almarhum imamkan solat, lembutnau setiap bacaan beliau," sambung beliau.

Aziz yang berpendapat, ketokohan Rasulullah sebagai pemimpin ummah boleh dilihat pada perwatakan dan kewibawaan Nik Aziz sepanjang beliau mentadbir Kelantan.

"Contoh akhlak yang baik ditunjukan beliau, saya kagum, sikap sederhana dimilikinya, lihatlah rumah beliau bagaimana," kata Aziz lagi.

Almarhum meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu dikediamannya di Kampung Pulau Melaka. – HARAKAHDAILY 13/2/2016

Sumber HD - 13-2-2016
















Ketokohan Nik Aziz boleh difilemkan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Pengarah Filem, Aziz M Osman tidak menolak ketokohan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh difilemkan dan menjadi filem terbaik.

Beliau pada program Bicara Harakah "Mengenang Murrobi Ummah" berkata ketokohan yang dimiliki Almarhum akan menjadi pedoman kepada masyarakat.

"Kalau ditanya boleh difilemkan atau tidak, pasti boleh dan ia boleh menjdi filem terbaik seperti mana filem-filem barat yang menonjolkan pemimpin-pemimpin mereka.

"Ketokohan tok guru boleh menjadi pengetahuan kepada semua masyarakat dan kita memang perlu tahu apa yang beliau miliki," katanya di MyHarakah Bazar.

Aziz yang melihat kunjungan orang ramai ketika Almarhum meninggal dunia setahun yang lalu juga perlu diketahui umum.

"Luar biasa rakyat datang ketika beliau meninggalkan kita, ini perlu diketahui kenapa.

"Tetapi dalam bab filem ada yang akan kritik, itu adalah lumrah, perkara ini hanya akan berlaku bila ada kerjasama baik antara dua pihak," sambung beliau lagi.

Beliau yang berpendapat sesuatu yang baik dimiliki Almarhum perlu dipertontonkan kepada dunia, siapa yang kita miliki.

"Benda tidak mustahil untuk kita lakukan, perlu kajian secara menyeluruh.

"Kita ceritakan revolusi yang dilakukan sepanjang hayat Almarhum," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 13/2/2016

Sumber HD - 13-2-2016


Pengarah filem berminat filemkan hudud Nik Aziz
Posted on Friday, February 12 @ 20:40:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?v=ZNg2ZqDzEJs&feature=player_embedded

Pengarah Filem, Aziz M Osman, Tuan Guru Nik Aziz berjaya membentuk evolusi dengan melaksanakan hukum hudud ketika hayatnya.

Sehubungan itu, beliau sedia menimbangkan untuk menerbitkan filem mengenai hudud. - KiniTV 


Sumber TKO - 12-2-2016


Nik Aziz tak keluar PAS walaupun PAS berpecah dahulu

Posted on Friday, February 12 @ 20:23:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=k-B2SzA2jn0

Tok Guru Nik Aziz tetap bersama PAS ketika hayatnya walaupun PAS berpecah dahulu dan beberapa parti baru diwujudkan.

Ahil Dewan Ulamak Pas, Mohd Fadli Ghani, berkata Allahyarham tetap berpegang pada prinsip. - KiniTV


Sumber TKO - 12-2-2016

















TG Nik Abdul Aziz: Tinggalkan kita dengan seribu kebaktian

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


GENAP setahun pemergian maestro dakwah, siasah dan tarbiah negara ini, dialah kejora yang hadir dalam harakatul ummah di tanah watan ini.

Tanggal 12 haribulan Februari, umat Islam bukan sahaja memperingati kesyahidan Hasan al-Banna, namun mereka akan terus memperingati seorang lagi sosok besar perjuangan Islam. Tokoh tanah Jawi yang namanya begitu besar melangkaui benua dan lautan.

Penulis terkesima melihat laporan kematiannya di dada akhbar Algeria sewaktu berpeluang melawat tanah "sejuta syuhada" itu. Visual pemakaman almarhum dengan lautan manusia itu tersebar ke seluruh buana, diikuti kisah magis bagaimana lelaki renta ini menakluki hati manusia termasuk yang non muslim.

Sesepuh perjuangan ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan indah, dirinya menjadi kenangan kolektif kita semua, anak segala bangsa. Aku mengenang kembali setahun yang lampau pada tanggal 12 Februari, seakan masa berdetak begitu pantas, memecut semahunya.

Seakan petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as-syahid Hasan al-Banna di Masjid al-Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am Pas. Air mata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Terpanar!

Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar Pas Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T.

Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di perkarangan masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dengkuran dalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung.

Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir dipelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang jahil.

Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatn politik APU.

Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana alumni Deoband dan al-Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita.

Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanah air, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya di mana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai ilmu yang beliau miliki.

Tuan Guru Nik Aziz semenjak usia mudanya sehinggalah sebelum beliau di masukkan ke wad ICU berhempas-pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama sistem hidup.

Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan men’tarjih’ masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.

Semenjak dilantik sebagai MB beliau kekal mendiami rumah kampungnya yang serba sederhana yang dijirani dengan masjid dan Sekolah Agama Darul Anuar yang didirikan oleh Almarhum orang tuanya sendiri.

Segak bergaya dengan lilitan serban, bersampin dan berbaju melayu dan beliau juga memulangkan elaun rumah sebanyak RM3,000 kepada perbendaharaan negeri. Tidak ada jurang di antara beliau dengan rakyat pelbagai peringkat, datanglah seusai subuh setiap hari Jumaat, Tuan Guru melayan tetamu yang datang dari seluruh negara.

Rumah dan masjidnya menjadi produk pelancongan bagi negeri Kelantan. Kuliah Subuh pagi Jumaat mempunyai tarikan yang besar kepada anak-anak tempatan dan pelancong luar Kelantan. Hidupnya tidak dikelilingi oleh pengawal peribadi seperti pemimpin lain di Malaysia, tiada skuad motor atau ‘out rider’ mengiringi beliau ke hulu ke hilir.

Jika hari lebaran tiba, berkunjunglah ke Pulau Melaka dan santaplah apa yang ada sekadarnya.Tuan Guru tidak membazirkan duit rakyat untuk jamuan raya rumah MB, elaun keraian MB juga diserahkan kepada perbendaharaan negeri, bahkan gajinya dipotong sebanyak 45 peratus untuk rakyat dan parti yang didokongnya.

Seperti kata seorang sahabat, bahawa sosok ini akan muncul sekali dalam seabad malah permata kepada PAS yang ingin menterjemahkan konsep ‘good governance’. Bayangan Umar Abdul Aziz memerintah (99H-101H) kini dan telah muncul di Kelantan. Tuan Guru mengingatkan kita kepada akhirat dalam arus pemodenan yang sarat dengan perlumbaan untuk meraih kemewahan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah sosok yang wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam di negara ini. Beliau berjaya menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bagaimana untuk mengaplikasi ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya.

Keupayaan ini sangat terserlah sehingga banyak ditiru olek kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri BN yang lain. Beliau mempunyai kekuatan spiritual yang ampuh bagi menghadapi serangan liar musuh dengan tidak mengabaikan amalan-amalan sunat bagi melestarikan amalan fardhu, tutur patahnya di saat tenang mahupun saat cemas semuanya dikaitkan dengan nas yang kukuh.

Figur ini sering pula menjadi bidikan media milik BN dengan memutar belit kenyataan supaya sosok mulia ini dilihat angkuh, bodoh dan menjadi liabiliti kepada PAS, namun semua serangan ini akan dan telah menjadi ‘boomerang’ yang membahang batang tengkuk diri mereka kembali.

Almarhum Tuan Guru yang telah menikmati saat-saat gemilang dalam kehidupan. Beliau telah diangkat menjadi ikon kepada seluruh masyarakat. Beliau bukan sahaja milik kepada ahli-ahli PAS namun juga rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik juga sangat senang apabila berbicara tentang beliau.

Umno sendiri mengakui bahawa agak sukar untuk mereka merampas kembali Kelantan ketika Tuan Guru masih berkuasa, sebagai mana yang kita lihat dalam PRU12, kempen ’pade doh 18 tahun’ yang dilancarkan oleh pemuda Umno Malaysia dilihat tidak berhemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan yang masih setia bersama Tuan Guru selepas 18 tahun memerintah Kelantan.

Abad 20 telah menyaksikan ramai tokoh- tokoh Islam dengan kerencaman bakat dan kepakaran, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Dr M. Natsir, Yussuf Qaradhawi, Dr Mustapha as-Sibaie, Abul Ali Hassan an-Nadwi, Ahmad Yassin, serta ribuan tokoh lain yang menulis sejarah dengan tinta emas.

Namun, Tuan Guru bukan sekadar ideologue kepada gerakan Islam malah pentadbir yang berkesan, satu ruang yang jarang dikecapi oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam yang lain. Tidak kurang pula tokoh gerakan Islam yang berada di singgahsana kekuasaan akhirnya terkumpul dengan imej kejabatan dan kebobrokan.

Almarhum Tuan Guru dalam tempoh lima penggal mentadbir Kelantan telah berinteraksi dengan khalayak yang pelbagai, Beliau tidak pernah berhenti untuk mendidik masyarakat Kelantan dan juga luar Kelantan. Pemikirannya sentiasa dikaji dan diperdebatkan.

Tidak kurang pula kenyataannya dipolemikkan seperti isu ‘tuhan samseng’, ‘bekerjasama dengan syaitan’ dan pelbagai isu lain yang telah dipolitikkan dengan cara berlebihan oleh media. Tuan Guru dalam membuka ruang perdebatan telah memungkinkan rakyat dihidangkan dengan Islam yang sebenar, terlalu banyak isu yang berakhir dengan ramuan kesempurnaan di sebelah Tuan Guru dan juga PAS serta negeri Kelantan.

Tokoh murabbi ummah ini meninggalkan kita dengan seribu kebaktian dan menjadi cermin keteladanan di jalan dakwah, tarbiah dan siasah. Maestro dakwah ini menjadi arca yang memantulkan cahaya pembias sehingga mengharumkan gerakan Islam ini, pemergiannya ke negeri abadi untuk selamanya telah ditangisi jutaan manusia, melepasi sempadan geografi dan politik.

Ratusan ribu menyolatkan jenazah almarhum serta menyempurnakan pemakaman insan yang bukan hanya milik PAS tetapi ummah seluruhnya. Bersemadilah dengan penuh bahagia wahai sang murabbi dan kami akan terus menyambung perjuangan membentengi agama Allah ini sehingga Deenullah ini tegak di tanah leluhur ini. – HARAKAHDAILY 12/2/2016

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan Pusat)

Sumber H D - 12-2-2016



















Bonda menangis rindu Allahyarham Tuan Guru

USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI | .


KELMARIN hari lahir bonda saya yang ke-79, Nik Khadijah Nik Mat, adik kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Bagi Allahyarham, mempunyai dua orang adik perempuannya yang semenjak membesar terlalu manja dengan abangnya.

Gambar pertemuan ijtimak keluarga kami ini merupakan pertemuan terakhir mereka saat indah bersama. (Gambar atas)

Mendapat asuhan dari ayah yang tegas beragama, ibu yang sentiasa dengan al-Quran, menjadikan mereka akrab diantara satu sama lain.

Sewaktu waktu seringkali bonda saya mengalir air mata, saya sering menegurnya "mengapa?" Kerinduan kepada arwah kekandanya Allahyarham Tuan Guru.

Tiada lagi tempat mereka bercerita dan mengadu cerita gembira dan duka. Moga Allah mengampuni Bonda saya dan mereka.

'Selamat hari lahir cik...' (panggilan untuk bonda kami keluarga Nikmatillah). – HARAKAHDAILY 3/2/2016

 Disunting daripada Catatan dalam facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Sumber HD - 3-2-2016




















Cara Tok Guru didik anak sebelum masuk waktu solat

HARAKAHDAILY | .


Tok Guru sangat pentingkan ilmu untuk anak-anak. Baginya, ilmu adalah darjat yang paling tinggi di akhirat.

Saya tetap ingat pesanan Tok Guru, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan.

Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Tok Guru akan tanya anak-anak, sudah sembahyang ke belum sehingga anak-anak berusia 15 tahun. Tok Guru didik setengah jam sebelum masuk waktu solat, mesti sudah berwuduk. Saya tetap ingat perumpamaan yang diberikan kepada saya tentang solat.

Tok Guru mengumpamakan wuduk setengah jam sebelum solat seperti menghadiri majlis kenduri. Jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Serupa juga dengan solat, jadi jangan ditangguh-tangguhkan.

Tok Guru tidak pernah mengenakan syarat pakaian terhadap saya begitu juga anak-anak perempuan. Pakaian longgar, labuh, pakai stokin, tudung menutup dada dan tidak jarang sudah memenuhi syarat dan boleh digunakan untuk menunaikan solat. Anak-anak pun begitu, boleh pakai seluar tetapi baju kena labuh dan seluar kena longgar. - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Tulisan di atas adalah petikan buku Memoir Tok Guru Di Hati Wanita karangan Saidah Hairan hasil temubual dengan isteri almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sumber HD - 12-1-2016





















Selepas Tok Guru meninggal, macam ada orang kejut saya

HARAKAHDAILY | .


Selepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya. Bunyi suara; “Hem...bangun.” Saya terkejut. Saya lihat jam pukul 4 pagi.

Malam yang seterusnya, (5 April) saya dengar orang ketuk pintu bilik saya. Saya sedar, tengok jam pukul 4 pagi.

Esok pagi saya tanya anak menantu: “Farah...ada gerak cek (kejut mak) ke...”.

Farah kata tak ada. Saya berasa macam ada orang kejut setiap pukul 4 pagi. Masa Tok Guru ada, saya biasa bangun pukul 4 pagi. Tok Guru awal lagi bangun.

Dulu masa Tok Guru jadi ahli parlimen, selalu tidak ada di rumah. Saya dengan anak-anak saja di rumah. Bila malam saya tidur, dengar ada orang ketuk pintu. Saya mengadu dengan Tok Guru, takut ada orang ketuk pintu.

Tok Guru jawab: “Itu bukan orang...itu malaikat suruh bangun solat...” katanya memandang saya sambil tersenyum.

Tulisan di atas adalah petikan buku Memoir Tok Guru Di Hati Wanita karangan Saidah Hairan hasil temubual dengan isteri almarhum Tuan Guru, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sumber HD - 10-1-2016



















'Samseng': Almarhum Tok Guru pesan bawa Kamus Dewan

HARAKAHDAILY | .


Perginya Murabbi Ummah telah menyentap seluruh jiwa dan emosi pendukung gerakan Islam. Tangisan dan esakan dari pendukung gerakan Islam bukan saja di hari pemergiannya, tetapi air mata itu akan terus mengalir jika menatap gambar, mendengar luahan dan amanat terakhirnya.

Melihat wajahnya yang menyimpan seribu ketenangan, sudah cukup meruntun hati dan perasaan. Wajah bersih Murabbi Ummah sesuci sang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya.

Malam Jumaat 13 Februari 2015, stesen televisyen yang sentiasa menyiarkan rakaman hiburan dihentikan kerana menghormati pemergian Murabbi Ummah, Ulama tersohor dunia, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Siaran mengaji dengan bacaan Yaasin dan surah-surah dalam al-Quran diperdengarkan sehingga awal pagi. Manakala stesen radio membuat siaran langsung ketika pengebumian Tuan Guru selama satu jam.

Menerima sistem pesanan rengkas (SMS) daripada Setiausaha DMPP, Che Azlina Che Haron mengatakan; “Al-Fatehah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru saja meninggal dunia, 9.40 malam.”

Tiba-tiba air mata saya mengalir, laju. Saya tidak rapat dengan Tok Guru. Jauh sekali sering berjumpa dengannya. Sepanjang menjadi Wartawan Harakah, seingat saya ketika Tok Guru menyampaikan tazkirah kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak sekitar tahun 1997-1998.

Kali kedua saya bertemu dengan Tok Guru apabila Harakah mengadakan tazkirah ringkas di surau Harakah Unit Editorial tingkat 2. Saya dapat menatap wajah tenangnya dan mendengar amanat lebih dekat. Namun, saya tidak mengajukan sebarang pertanyaan.

Selepas itu saya datang ke rumah Tok Guru di Pulau Melaka bersama wartawan Kelantan, Salmah Mat Hussin untuk sesi temubual pendidikan anak-anak. Sekali lagi saya dapat menatap wajah Tok Guru dengan lebih dekat. Bagaimanapun, Tok Guru menyerahkan sesi temubual tersebut kepada isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Saya masih ingat, Tok Guru datang ke ruang tamu meminta maaf dengan saya dan menyerahkan sesi temubual itu kepada isterinya kerana isterinya lebih memahami soal pendidikan anak-anak.

Isu samseng’ yang menjadi kontroversi suatu ketika dahulu membuatkan saya bertemu sekali lagi dengan Tok Guru. Saya bertemu Tok Guru di Seri Kelantan, rumah Menteri Besar Kelantan yang disediakan oleh kerajaan jika Tok Guru ada urusan kerja di Kuala Lumpur.

Tok Guru pesan kepada saya bila jumpa nanti bawa Kamus Dewan. Pada hari yang dijanjikan, saya datang ke Seri Kelantan membawa Kamus Dewan berwarna biru, ketika itu.

Sukar untuk kulupa, Tok Guru turun dari tingkat atas berjumpa saya di ruang tamu. Turut hadir ketika itu, setiausaha politik, Annual Bakri. Tok Guru memakai baju Melayu telok belanga biru lembut berkopiah putih.

Tok Guru tanya saya, “Ada bawa Kamus Dewan”. Tok Guru minta saya buka muka surat yang ada perkataan `samseng’ dan minta saya membaca maksud tersebut. Saya baca maksud samseng yang dicatat dalam Kamus Dewan. Tok Guru jelaskan kepada saya dengan memberi contoh-contoh sehingga saya faham dan mudah untuk saya laporkan dalam akhbar Harakah.

Saya tidak kerap bertemu Tok Guru sebagaimana sahabat seperjuangan saya Salmah Mat Hussin. Namun, aura Tok Guru sebagai seorang pemimpin tertinggi PAS, menjadikan saya seolah-olah dekat dengannya.

Ketika Tok Guru berbicara dengan saya, bagaikan seorang ayah memberi nasihat kepada anaknya. Walaupun ketika itu saya baru menjadi wartawan sekitar empat tahun tapi seronok berjumpa Tok Guru.

Inilah pengalaman saya sepanjang menjadi wartawan bertemu mata dengan Tok Guru. Selebihnya, hanya jumpa di kejauhan. Mengambil gambar dan ucapan dalam program atau majlis anjuran PAS.

Tulisan di atas adalah petikan ruangan Setulus Hati Seulas Bicara buku `Memoir Tok Guru di Hari Wanita’ hasil karangan Saidah Hairan.

Sumber HD - 8-1-2016



Terkenangkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Posted on Friday, September 04 @ 07:46:14 MYT by paktam

Oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin

Somewhere in Pasir Puteh - 1990

Saya masih ingat, malam itu adalah kali pertama Al-Marhum TGNA 'naik' di Pasir Puteh setelah menjawat jawatan MB Kelantan. Saya tidak begitu ingat di mana lokasi sebenar ceramah tersebut - mungkin di kawasan Bukit Abal. Saya pula baharu sahaja selesai menduduki STPM.

Bebas.... Dengan kereta Fiat 124S bernombor plat CE 5345 berwarna kelabu milik ayahanda berulang alik ke Pondok Seri Permai di Permatang Rambai untuk berguru menadah kitab dengan Al-Marhum Baba Abdul Hamid Daud. Rasa puas kerana memanfaatkan lesen memandu yang baharu sebulan dua diperolehi untuk menuntut ilmu.

Pada malam itu ketika kembali dari pondok, saya terus ke tempat ceramah TGNA. Ingin mendengar sendiri butir bicara MB baharu Kelantan, yang pada masa itu berusia 59 tahun. Saya sampai tepat ketika TGNA baru memberikan salam. Percakapannya yang tawaddhu' dan tenang membuatkan para hadirin khusyuk.

Antara butiran ceramahnya yang masih saya ingat;

a. 1978 kita kalah sebab kita krisis sesama sendiri.

b. Selain daripada krisis sesama sendiri, kita sendiri pun tidak jaga hubungan dengan rakyat. Sampai rakyat anggap kita mengumpul harta kekayaan sendiri dan tidak beri khidmat kepada mereka.

c. Dalam kempen 1978 sampai ada orang perli kita lambang PAS itu bukan bulan sebaliknya bulat batang balak. Lepas ini kita jangan biar kita kalah sebab balak lagi. (Pada masa itu saya masih belum begitu faham kaitan balak dan kepimpinan Kelantan).

d. Di bawah kepimpinan saya, in syaa Allah saya hendak hidupkan hubungan pemimpin rakyat, bukannya pemimpin yang terpisah daripada rakyat.

e. Perkara pertama saya buat untuk mengIslamkan kerajaan Kelantan ialah memindahkan akaun kerajaan negeri dari bank konvensional ke Bank Islam.

Banyak lagi, butir bicara Al-Marhum selama setengah jam yang saya tidak begitu ingat secara tersusun. Entah mengapa petang ini, terkenangkan ucapan beliau satu ini.

Sumber DD - 4-9-2015


Hebat Tok Guru Nik Aziz Macam Tau-Tau Ada Orang Nak Lompat Parti!
Posted on Thursday, September 03 @ 21:31:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sehari dua ini kita diviralkan dengan isu bai'ah dan takliq. Saya terima emel daripada pembaca bertanya apa pandangan saya berkenaan isu ini. Saya balas sepontan, kena tanya Khalid Samad pasal dia yang pandai-pandai tambah perkara ini.

Saya dah menulis perkara ini secara jelas pada artikel lalu (boleh baca di sini). Tapi nampaknya ramai yang masih tak faham mengenai isu bai'ah dan takliq, termasuk Dr Hatta sendiri. Rasa baik kita berbahas semula secara fakta mengenai perkara ini.

Haji Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) pernah membuat kenyataan pada November 2009 lalu ketika isu ini berbangkit setelah Khalid Samad mendedahkan adanya takliq cerai isteri talak 3.


Rasanya Khalid berbuat demikian untuk menyerang Dr Hassan Ali yang telah dipecat daripada PAS.
Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi semasa sidang media November 2009

Cikgu Pa berkata baiah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah (tak masuk takliq cerai isteri talak 3).
Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.

Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakan kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.
Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Ada yang berhujah kononnya Tok Guru Nik Aziz tak bersetuju berkenaan takliq talak isteri 3 macam ini dikatakan takliq talak 3 isteri itu cadangan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Ini yang penting yang perlu tahu dan memahami isu semasa dan perubahan keadaan.

Sebelum kenyataan SUA Cikgu Pa, Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan bahawa talak 3 tak ada dalam PAS. Ini boleh di dapati daripada akhbar Bernama pada 10 November 2009. (sila rujuk di sini)

Nik Aziz Nafi Wujud Bai'ah Dalam Pas

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.

Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai'ah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.

Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.

"Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai'ah," katanya.

Ditanya mengenai wujudnya bai'ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Khalid Samad mempertahankan hujah kenapa dia tambah talak 3 yang tak diminta oleh PAS dalam bai'ahnya. Anda boleh baca artikel Khalid Samad 16 November 2009 bertajuk Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup
Khalid Samad mengakhir tulisannya "Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini."

Sebelum ini ramai orang serang Khalid berkenaan talak 3 isteri dan Khalid Samad menjawab dalam twitternya bahawa dia tak masuk talak 3 dalam bai'ahnya pada PRU-13 baru-baru ini. Saya setuju dengan kenyataan dia.

Semua jelas pimpinan PAS secara khusus tak berapa setuju dengan tambahan talak 3 isteri dimasukkan dalam bai'ah. Yang ini Khalid sendiri akur dan menulis dalam blognya.

Tiba-tiba di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta ditambahkan talak 3 isteri dalam bai'ah. Sebab kita kena faham masa, situasi dan keadaan sebelum kita ambil kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Tapi sesetengah pihak mereka bodoh dalam hal ini dan ada juga berniat jahat ambil petikan bertujuan menyerang kepimpinan dalam PAS.

Wujud perbahasan pada masa itu dan akhirnya bersadarkan pendapat Iman Hanafi Kelantan atas permintaan Tok Guru Nik Aziz menambah takliq talak 3 isteri dengan harapan tiada yang lompat parti.

Rupa-rupanya sebelum meninggal dunia Tok Guru Nik Abdul Aziz seolah-olah macam tahu ada ADUN dan MP yang cuba mengkhianati perjuangan PAS dengan menubuh parti baru. Mereka cuba melemahkan PAS dan memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menawan Kelantan.

Hebat Tok Guru daripada tak setuju menjadi tukang cadang!!

#Nota: Kamarudin selamat pasal isteri dah meninggal.


Nordin Bin Ali
[email protected] /* */
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 3-9-2015


7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Posted on Wednesday, August 05 @ 10:53:50 MYT by paktam

Di sini merupakan antara 7 kata mutiara yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :
 1 . " Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah


2 . " Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan uktuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas "

3 . " Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun .

Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil "

4 . " Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen "

5 . " Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka "

6 . " Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar "

7 . " Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti

Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup "

7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Al-Fatihah
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )

Sumber - 5-8-2015

Ambil Iktibar Kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tentang Perjuangan PAS
Posted on Monday, August 03 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



MasyaAllah. subuh2 terbaca tazkirah yg sgt tepat dengan keadaan sekarang. moga Allah tempatkan almarhum tgna bersama para solihin dan anbiya'.

Kredit:


Sumber TKO - 3-8-2015


Nik Aziz paling marah orang main mercun - Ahmad Dasuki
Posted on Sunday, July 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEBUT tentang sambutan Hari Raya, setiap tahun pasti kita ‘dimeriahkan’ dengan gamatnya bunyi mercun dan bunga api yang dibakar saban malam sebaik sahaja menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Di sebalik kemeriahan itu juga, kita bakal disajikan dengan pelbagai laporan berita kemalangan yang meragut kegembiraan sambutan Aidilfitri sehingga ada yang cedera di mata, tangan, kaki dan beberapa anggota badan yang lain.

Oleh sebab itulah, bermain mercun adalah antara perkara yang paling dilarang bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya sehinggakan beliau berhenti daripada menyambung ibadahnya untuk menegur siapa-siapa yang bermain mercun.

Membuka cerita, anak saudaranya yang juga pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, Allahyarham turut melihat bermain mercun itu sesuatu yang membazir.

“Antara perkara yang paling dia marah adalah main mercun. Membazir bagi dia. Sekiranya beliau sedang sembahyang tiba-tiba kedengaran bunyi letupan mercun beliau akan berhenti ketika waktu selang itu selepas bagi salam beliau akan terus tanya siapa yang main mercun? Beliau akan marah terus,” ceritanya kepada Sinar Online.

Berkongsi suasana hari raya ketika hayat Allahyarham, Ustaz Ahamd Dusuki berkata, Allahyarham Nik Aziz akan menggalakkan agar semua anak-anak kecil di kawasan rumahnya untuk ke masjid bagi melaksanakan takbir raya dan bertahmid daripada malam raya sehingga keesokan harinya.

“Mula daripada malam raya, Tuan Guru akan galakkan supaya setiap kalangan anak-anak saudara, anak-anak kecil pergi ke masjid untuk takbir hingga pagi raya. Kemudian sebelum solat sunat raya beliau akan pastikan semua ahli keluarga telah membayar zakat fitrah. Selepas itu, Tuan Guru akan layan semua anak-anak muridnya dan beraya dengan beliau.

“Apabila masuk sahaja Aidilfitri, biasanya orang-orang yang memerlukan akan datang bertemunya untuk mendapatkan wang zakat, sedekah. Beliau tidak pernah terlepas daripada memberi,” katanya.

Akui rindu dengan kelibat Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki merasakan suasana rumah bapa saudaranya itu lebih ‘sunyi’.

“Beliau seorang yang suka menderma. Setiap Ramadan beliau bersama orang rumahnya akan ke pasar untuk membeli kain-kain. Kain-kain itu akan diberi kepada  anak- anak yatim dan orang miskin. Itu yang kita akan rindu dengan budaya yang diamalkan Tuan Guru.

“Memang rasa kehilangan. Dari sudut keluarga memang rasa jauh...sunyi berbanding dulu. Dulu beliau sentiasa akan ada dan kita nampak kelibatnya untuk solat jemaah dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham Nik Aziz sangat menggemari jubah berwarna putih untuk baju rayanya saban tahun.

Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 malam 13 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, keesokannya.  - Sinar Harian



Sumber TKO - 19-7-2015


Jawapan PENUH TG Nik Abd Aziz Terhadap Kenyataan Dr MAZA Yang DAP Tak Faham Hudud

Posted on Sunday, July 12 @ 22:15:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Barangkali kenyataan beliau dipetik separuh atau sebahagian kecil, wallahualam. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran. 


Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan. Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.

Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. 


Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. 

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali. 


Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sebaik mungkin untuk mengumpul pandangan pakar-pakar bagi menjadikan enakmen ini satu kenyataan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan.  Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim! Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah SWT. Sesuai sangatlah apabila individu ini menulis, "better the devil you know than the angel you don’t..." (lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal).

Sudah 19 tahun ia dibentangkan, tempoh yang cukup panjang ini jika dinisbahkan kepada seorang manusia yang belajar, umur ini sudah menjejakkan kaki di universiti. Namun UMNO khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi UMNO yang dikatakan adil itu! Tempoh 19 tahun, satu hurufpun hudud ala UMNO masih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.

Justeru, saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia ; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada perjuangan menegakkan agamaNya di dunia ini Insya-Allah.

Sekian....

Salam dari saya,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
6 Syawwal 1433H / 24 Ogos 2012M

.....
Artikel ini dikeluarkan semula kerana ramai sangat geng PASMA dan G18 berbohong menggunakan batang tubuh TGNA - PenorehGetah



Sumber TKO - 12-7-2015


Bahasa Percakapan

Posted on Wednesday, July 08 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Menggunakan bahasa kiasaan Menyalak ramai yang menyerang beliau kononnya bagaimana ulama boleh guna bahasa kasar. Dulu UMNO juga suka menyabar perkara yang sama kepada Ustaz Haron Taib bila Ustaz Haron menggunakan bahasa kiasaan dalam Dewan. Cara UMNO dan sekarang golongan yang menentang ulama dalam PAS hampir sama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menegur perkara ini dan membela Ustaz Haron Taib (dato').
Nescaya TG Nik Abdul Aziz akan berbuat perkara yang sama jika beliau masih hidup terhadap TG Haji Abdul Hadi semasa semua orang membenci. Itulah akrabnya mereka dalam menjalankan dakwah dan menegakkan perjuangan PAS.

Perkataan yang digunakan TG Haji Abdul Hadi adalah bahasa kiasaan arab tapi malangnya ada yang menjadikan isu. Kalau dulunya UMNO kita boleh terima pasal UMNO tak faham agama, tapi jika rakan seperjuangan sendiri menjadikan isu sangat malang kerana dengan tuduhan ini menyebabkan massa mengganggap TG Haji Abdul Hadi menggunakan bahasa tak elok.

Sikap sebegini sebenarnya adalah bukan sifat perjuangan yang ditunjukkan oleh armarhum tuan Guru Nik Abdul Aziz sedangkan batang tubuh TG Nik Abdul Aziz selalu dijadikan contoh.


Sumber HD - 8-7-2015


[Imbas Tulisan TG Nik Abdul Aziz] PAS : Bahtera Yang Ada
Nakhodanya


Posted on Saturday, June 13 @ 22:36:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita
sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan
Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan
sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh
Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya
apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid
Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing
menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan
Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau.

Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan
Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang
lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi
Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah,
adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan
beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga
kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat
yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak
pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.

Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan
ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda,
barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia
berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak
bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil
sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi
perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas.
Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M

Sumber TKO - 14-6-2015

JAWATAN BUKAN ANUGERAH DAN KEMULIAAN - ALMARHUM TG NANM


Islam mengajar, bahawa jawatan itu adalah (taklif) iaitu sesuatu bebanan dan tanggungjawab yang amat besar, yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Jawatan-jawatan yang ada dalam sebuah kerajaan khususnya, sama ada yang melibatkan jawatan-jawatan kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran, pengurusan dan perundangan, semuanya bukan merupakan tasyrif(anugerah dan kemuliaan), tetapi seba...liknya adalah taklif(bebanan dan tanggungjawab besar), yang akan dipersoalkan dan dibicarakan dengan seadil-adilnya di mahkamah Allah Yang Maha Agung di akhirat nanti.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
15 Jamadil Akhir 1425 bersamaan 2 Ogos 2004
Semoga Allah SWT merahmatinya (1931-2015)

Sumber FB / HD - 10-5-2015

Populariti Tok Guru sebaris pemimpin dunia

Posted on Saturday, April 18 @ 16:15:28 MYT by paktam

Oleh WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIF 


KEPERIBADIAN (syakhsiah) Allahyarham berdiri di atas landasan integriti yang kukuh. Ia terbentuk melalui proses disiplin diri yang tinggi dan diperkukuh dengan asas kerohanian mantap melalui amalan tahajud yang istiqamah.

Keperibadian yang sebegini bersedia untuk mendengar pelbagai pandangan terhadap satu-satu isu (a good listener) tetapi akhirnya beliau sendiri yang membuat keputusan yang muktamad.

Sudah semestinya sebelum membuat keputusan yang muktamad, Tok Guru akan beristikharah dan yakin dengan petunjuk Ilahi.

Atas hakikat inilah beliau banyak mencetuskan pandangan dan idea-idea baru yang pada awalnya dilihat masyarakat agak janggal, tetapi akhirnya idea yang dicetusnya diterima umum.

Kemampuan mencetus idea baru yang dilihat masyarakat sebagai 'kontroversial' dianggap penting untuk kelangsungan PAS. PAS sentiasa dilihat 'hidup' (alive and kicking).

Berlaku keghairahan politik (political agitation) apabila ahliahli PAS berdebat dengan ahli-ahli Umno terhadap isu yang dicetuskan Tok Guru.

Politik akan sentiasa 'panas' dan 'relevan' membolehkan ahli-ahli PAS tidak terperangkap dengan penyakit 'zon selesa' yang akhirnya merugikan parti itu sendiri.

Hujah ini dikongsi bekas wakil peribadi Tok Guru iaitu Cikgu Hassan Mamat. Kemampuannya melihat secara jauh isu-isu politik yang membelit negara berdasarkan suluhan wahyu.

Beliau mengemukakan alternatif bagi penyelesaian adalah keistimewaan yang ada pada Tok Guru. Perubahan yang dibuat di Kelantan seperti cuti bersalin kakitangan wanita selama 60 hari dan bekerja hanya lima hari dalam seminggu akhirnya ditiru Kerajaan Pusat.

Kelantan dalam hal ini menjadi model ikutan Kerajaan Pusat, sungguh pun atas perkiraan ego politik Kerajaan Pusat tidak pernah mengaku! Kebijaksanaan politik yang bersifat jangka panjang dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai 'political accumen'. Kebijaksanaan politik ini dikatakan ada persamaaan dengan tokoh-tokoh dunia seperti Ghandi dan Abraham Lincoln.

Ada beberapa peristiwa yang menunjukkan Tok Guru mempunyai ciri yang istimewa. Pada satu program saya bertembung dengan Tok Guru dan berhujah secara santai dengannya berkaitan isu-isu negara.

Ketika itu saya masih bertugas sebagai pensyarah sains politik di UKM.

Saya kemukakan beberapa alternatif bagi menyelesai isu-isu yang menyelubungi negara.
Mendengar cadangan-cadangan saya, Tok Guru hanya tersenyum dan akhirnya menyampuk: "Itu betul.

Tetapi sekiranya Umno buat begitu dan begini..." Saya dah lupa butiran sebenar yang dikemukakan oleh beliau.

Saya terpegun dan terpaku dengan komentar beliau yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya tidak ada jawapan alternatif kepada komentar beliau!!

Dalam kes kedua, ia melibatkan seorang pensyarah, juga dari UKM.

Beliau seorang pakar dalam bidang psikologi remaja. Beliau dijemput untuk membentang satu kertas kerja dalam satu seminar anjuran Kerajaan Kelantan.

Tok Guru hadir semasa beliau membentang kertas kerjanya. Selepas selesai pembentangan Tok Guru tanya satu soalan dan pensyarah berkenaan tidak dapat menjawabnya!

Pensyarah berkenaan memberitahu saya bahawa beliau amat malu dengan peristiwa berkenaan dan mungkin itulah kali terakhir beliau ke Kota Bharu untuk membentang kertas kerja.

Memiliki keperibadian yang mantap jugalah menyebabkan Allahyarham Tok Guru amat mempercayai pegawai-pegawai yang dilantik untuk membantu beliau, termasuklah wakil peribadi beliau.

Mengikut Cikgu Hassan, Tok Guru memberi kepercayaan kepada beliau 100 peratus. Atas hakikat inilah beliau diberi amanah untuk memikul tugasan Tok Guru dalam hal-hal yang agak sensitif.
Realiti ini terjelma apabila saya menanyakan soalan Cikgu Hassan apakah ada peristiwa yang 'mendukacitakan' sepanjang 15 tahun beliau berperanan sebagai wakil peribadi Tok Guru, beliau menjawab: "Tidak ada. Semuanya yang baik-baik belaka."

>> Penulis ialah Pengarah Unit Penyebaran Legasi Tok Guru

Sumber DD - 18-4-2015


Keluarga Allahyarham Nik Aziz nafi bina pagar di kubur

Posted on Tuesday, March 31 @ 12:23:15 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya gambar yang sedang menjadi viral mengenai kubur ayahandanya yang dibina pagar bertutup sengaja dipasang ahli keluarga.

Menurut Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pagar tersebut telah dibina oleh penduduk kampung dan bekas murid Allahyarham Nik Aziz tanpa pengetahuan keluarga beliau.

“Saya mohon menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami sekeluarga.

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak perbuatan bidaah yang jahil bertentangan ajaran Islam, seperti mengambil tanah untuk tujuan ‘berkat’ yang hakikatnya adalah ‘sesat,” kata Nik Abduh menerusi posting Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menjelaskan, walaupun tujuannya adalah baik, namun pihaknya tidak bersetuju dengan binaan tersebut malah telah membuat keputusan untuk memindahkan pagar pada kadar segera.

“Kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status ‘sementara’ atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” katanya.

Sehubungan itu, pihak keluarga akan mengekalkan kubur Allahyarham dengan binaan batu nisan tanpa ada sebarang binaan lain di sekitar kawasan makam tersebut.

Walaupun sudah sebulan lebih Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia, sehingga kini pusara beliau masih diziarahi seluruh rakyat Malaysia.


Bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia pada 12 Januari lalu kira-kira jam 9.40 malam di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Beliau berumur 84 tahun.

Sumber TKO - 31-3-2015




































Pertahan legasi perjuangan Tuan Guru untuk tegak Islam

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .



KOTA BHARU: Demi untuk menegakkan Islam, legasi perjuangan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib dipertahan dan diteruskan.

Dan bagi merealisasikan keputusan Muktamar PAS dalam siri yang lalu, PAS Pusat didesak memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) bagi menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Itu antara enam usul yang diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu ke-48 yang berlangsung di sini semalam.

Usul diterima tanpa bahas itu menjelaskan bahawa tarikh 12 Februari 2015 menjadi catatan duka di dalam diari seorang pejuang.

Bumi Serambi Mekah menangisi saat seorang mujahid pulang ke pangkuan pencipta-Nya.

Pemergian beliau diratapi segenap lapisan rakyat apatah lagi pendukung perjuangan Islam yang diterajui Sang Murabbi.

Justeru, PAS Kawasan Kota Bharu mengusulkan agar legasi perjuangan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib dipertahankan dan diteruskan demi menegakkan Islam di bumi ini. - HARAKAHDAILY 8/3/2014

Sumber HD - 8-3-2015







































Catatan bersama murabbi – terakhir di Putik

AHMAD FADHLI SHAARI | .


 


PUSAT Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) merupakan kompleks yang menjadi mercu tanda bukan sahaja PAS Pengkalan Chepa bahkan PAS Kelantan keseluruhannya. Ia ‘menyambut’ sesiapa yang datang ke bumi ini melalui jalan udara secara tidak langsung memberitahu bahawa kapal terbang mendarat di Dun Chempaka dan di Parlimen Pengkalan Chepa yang merupakan ‘kawasan paling kuat PAS di dunia’.

Putik dari sudut kawasan pilihan raya berada di dalam Dun Panchor manakala lapangan terbang di dalam Dun Chempaka. Dibina pada tahun 2000/2001 dan siap dalam masa enam bulan selepas pelancaran pembinaannya. Ia antara legasi peninggalan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kali terakhir Tok Guru ke Putik untuk menghadiri program ialah pada 15 November 2014 di dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2014.

Gambar yang saya ambil ini ialah daripada atas pentas ketika Tok Guru Rahimahullah sampai apabila pembentang (Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) sedang berucap.

Tok Guru menolak untuk naik ke atas pentas dan lebih selesa mendengar daripada bawah.

Seterusnya

Tok Guru menyampaikan ucapan, dan jika tidak silap saya, itulah amanat terakhir Tok Guru kepada petugas parti di dalam hayatnya.

Selesai makan tengah hari di belakang pentas, Tok Guru memanggil saya ke satu sudut untuk berbicara. Ada dua perkara, salah satunya pesanan Tok Guru dalam satu urusan dalaman parti dan kedua solat Zohor bersamanya untuk menjadi imam.

Itulah kali terakhir saya menjadi imam solat kepada Tok Guru. Tok Guru di akhir hayatnya mengelak untuk menjadi imam kerana terpaksa membawa tiub plastik mengandungi air kencing.

Usai solat, Tok Guru terus mengerjakan solat sunat, dan itulah beliau sekalipun uzur, solat sunat ialah amalan yang tidak ditinggal.



Sebelum pulang, beliau sempat bertanya, “Ada apa-apa isu menarik hari ini?”

Saya menjawab, “(Tun) Mahathir sebut dalam satu kenyataan, BR1M umpama rasuah..”

Tok Guru senyum, “Dulu ana kata BR1M umpama bagi makan kepada binatang pakat marah. Sekarang marahlah Mahathir tu pulak.”

“Tok Guru nak buat kenyataan ke, ambo tulis.

“Anta buat atas nama anta. Ana tak payahlah, biar orang ramai fikir sendiri,” begitulah lebih kurang jawab beliau. Senyum dan berlalu pergi. - HARAKAHDAILY 8/3/2015
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan.


Sumber HD - 8-3-2015



BELANGSUNGKAWA TGNA : TERIMA KASIH ASTRO



http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34143-belasungkawa-tgna-terima-kasih-astro

Sumber HD - 3-3-2015


PENGANUT SIKH TERASA PEMERGIAN TUAN GURU - ASIASAMACHAR


AL MARHUM BERUCAP DI HADAPAN RIBUAN PENGANUT SIKH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34046-penganut-sikh-terasa-pemergian-tuan-guru

Sumber HD - 25-2-2015


PERNAH JADI TETAMU AL MARHUM TUAN GURU PASTI LALUI PENGALAMAN INI - RIZAL TAHIR


AL MARHUM MENGHIDANG SENDIRI UNTUK TETAMU

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34029-pernah-jadi-tetamu-almarhum-tuan-guru-pasti-lalui-pengalaman-ini

Sumber HD - 24-2-2015

Sumber Asal - https://ms.my.facebook.com/nikaziz


SAYANGNYA INSAN INI TERHADAP TOK GURU - SULTAN MUHAMMAD V





http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34013-sayangnya-insan-ini-terhadap-tok-guru

Sumber HD - 24-2-2015

Sumber Asal - http://naimnikmat.blogspot.com


SULTAN MUHAMMAD V ZIARAH PUSARA TO GURU - USKK



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33985-sultan-muhammad-v-ziarah-pusara-tok-guru

Sumber HD - 22-2-2015


PULANGKAN! RAYU KELUARGA TG NIK ABDUL AZIZ - SALSABILA NIK AZIZ

http://www.ekeleh.com





http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33943-pulangkan-rayu-keluarga-tg-nik-abdul-aziz

Sumber HD - 18-2-2015


MEREKA BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH - UAI



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33923-mereka-berkasih-sayang-kerana-allah

Sumber HD - 18-2-2015


DOAKAN PEMFITNAH TUAN GURU DIBERIKAN HIDAYAHNYA -
http://ms-my.facebook.com/nikaziz


AL MARHUM DBS TG NAANM - MANTAN AL MURSYIDUL AM / MB KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33921-doakan-pemfitnah-tuan-guru-diberikan-hidayah-nya

Sumber HD - 17-2-2015


LUAHAN HATI ISTERI ALLAYARHAM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - TUAN SABARIAH


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ MEMBERI HADIAH BUNGA KEPADA ISTERINYA, TUAN SABARIAH TUAN ISHAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33888-luahan-hati-isteri-allahyarham-tuan-guru-nik-abdul-aziz-nik-mat

Sumber HD - 16-2-2015


Subuh yang sayu tanpa Tok Guru

Posted on Sunday, February 15 @ 12:42:09 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Mohd Firdaus Madzlan



Subuh pagi yang sangat sayu di Masjid Pulau Melaka tanpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)

Seusai solat subuh yang diimamkan oleh Ustaz Nik Omar... beliau meneruskan dengan tazkirah subuh sabtu yang selalunya disampaikan oleh TGNA sebelum ini..

"Puluhan ribu yang ziarah ayah semalam disini semuanya doakan kebaikan untuknya. Satu dunia maklum akan berita kematian ayah sehingga dikatakan kematian ayah diumumkan di Masjid Nabawi Madinah jumaat semalam " ujarnya yang merupakan anak kedua TGNA


Ustaz Nik Omar berkongsi cerita mengenai kehidupan TGNA yang cukup serderhana. Tidak banyak harta yang ditinggalkan untuk anak2 kecuali ilmu dan qudwah

Bila ayah sakit..anak-anak bertanya... ayah sakit apa..jawabnya hanya "tiada tenaga" sahaja... Itulah semangat TGNA sehinggakan beliau berhasrat turun banjir tempoh hari walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Sangat menyentuh hati ini..bila ust nik omar sebut "Tiada benda dalam dunia yang paling manis bagi TGNA kecuali hanyalah PERJUANGAN nya " tak pernah letih dengannya.. TGNA berjuang sampai mati..

Kelmarin pihak keluarga mohon pihak hospital buat persiapan segera utk bawa TGNA pulang ke rumah.. Pihak keluarga telah menyediakan satu bilik khas dalam rumah dengan persedian alat-alat.

ketika nak dibawa pulang TGNA ke rumah jam 8 mlm..Keadaan TGNA sangat lemah dan masih tidak sedarkan diri tetapi beliau dapat mendengar..Buktinya mulutnya berkumit2 dan menangis dalam keadaan matanya terpejam bilamana dimaklumkan malam ini ialah Malam Jumaat... seolah2 dia tahu dia akan pergi.. Allah ..

Saya bertemu dengan ust nik omar sejurus habis tazkirah.. " Tiada seorang adik beradik dapat menggantikan tempt TGNA.. sebab satu sifat hebat yang ada padanya ialah " ISTIQAMAH" -katanya

"Teruskan Istiqamah "


Pulau Melaka

7.30 pagi
14 Feb 2015
ex-pelajar SMUDA Pulau Melaka

Facebook 


Sumber TKO - 15-2-2015



TIADA SEBARANG MAJLIS TAHLIL UNTUK ALMARHUM TUAN GURU - KELUARGA



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33870-tiada-sebarang-majlis-tahlil-untuk-almarhum-tuan-guru

Sumber HD - 14-2-2015


KHUTBAH SEMPENA PEMERGIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33866-khutbah-sempena-pemergian-tuan-guru-nik-abdul-aziz

Sumber HD - 14-2-2015


KEBETULAN YANG SUSUN PADA KEMATIAN TG NIK ABDUL AZIZ, PENCERAHAN - GREENBOC



http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33862-beberapa-kebetulan-yang-allah-susun-pada-kematian-tg-nik-abdul-aziz-pencerahan

Sumber HD - 14-2-2015


TOK GURU IKON POLITIK RENDAH DIRI - BERSIH 2.0


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33849-tok-guru-ikon-politik-rendah-diri-bersih-2-0

Sumber HD = 13-2-2015


JENAZAH TUAN GURU SELAMAT DIKEBUMI


VIDEO - http://www.harakahdaily.net/index.php/tv-harakahdaily

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33848-jenazah-tuan-guru-selamat-dikebumi

Sumber HD - 13-2-2015


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PEMIMPIN UNTUK SEMUA KAUM - PAS SABAH


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33847-tuan-guru-nik-abdul-aziz-pemimpin-untuk-semua-kaum

Sumber HD - 13-2-2015

Solat Subuh di Masjid Pulau Melaka Kelantan

Posted on Friday, February 13 @ 07:29:45 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Solat Subuh di Masjid Pulau Melaka Kelantan.. Subhanallah... Ribuan manusia dari Seluruh negara.... Orang ramai melimpah masjid.





Kumpulan Ke-2 Solat Subuh di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. (Gambar di bawah)



Sumber TKO - 13-2-2015 


Masjid Selangor, Perlis solat jenazah ghaib untuk Tuan Guru

Posted on Friday, February 13 @ 12:43:13 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan semua masjid dan surau mengadakan solat jenazah ghaib untuk Mantan Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas solat Jumaat nanti.

Arahan itu dikeluarkan Jais dalam satu surat rasmi yang ditandatangani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Idris Ramli kepada semua Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah dan Pejabat Agama Islam Daerah.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi turut memohon agar masjid dan surau memberi kebenaran untuk diadakan solat jenazah ghaib di atas pemergian tokoh murabbi itu.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mengalami sakit kanser prostat menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Pulau Melaka.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengarahkan perkara yang sama kepada masjid di negeri itu.

Pemergian Almarhum satu-satunya tokoh politik dan ilmuan yang cukup disanjungi diratapi seluruh rakyat negara ini.

Sejak berita pemergian Almarhum dimaklumkan hampir seluruh rakyat negara ini menangisi pemergiannya melalui media sosial.

Rata-rata netizen daripada berbilang bangsa dan agama, tua dan muda meletakkan status sedih di laman Facebook masing-masing sejak malam tadi sehinggalah saat ini

Sumber DD - 13-2-2015
Puluhan ribu rakyat beri penghormatan terakhir kepada Nik Aziz

Posted on Friday, February 13 @ 12:48:14 MYT by paktam

Puluhan ribu rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.

Solat jenazah untuk mursyidul Am PAS itu diadakan  tepat jam 10 pagi dengan diimamkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diadakan sekali sahaja


Jenazah beliau kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka dengan diusung oleh ahli keluarganya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz. Beliau tiba sejurus selepas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba.  

Di antara yang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang kelihatan hadir untuk melihat wajah Nik Aziz buat kali terakhir adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Ahli parlimen Batu Tian Chua, setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad juga turut hadir di samping pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Turut menyertai puluhan ribu umat Islam yang lain adalah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel.

Ketika semua pihak memandang wajah allahyarham buat kali terakhir secara bergilir-gilir, surah Al-Fatihah dibacakan tanpa henti.

Turut menziarahi jenazah Nik Aziz adalah Mufti Selangor  Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.

Orang ramai yang datang menziarahi terpaksa jalan kaki lebih dua kilometer kerana jalan ditutup untuk memudahkan pergerakan.

Enam buah bas ulang-alik disediakan di Stadium Sultan Mohamad untuk membawa orang ramai ke Pulau Melaka untuk menziarahi jenazah

Sumber DD - 13-2-2015

Kenali Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Posted on Friday, February 13 @ 09:24:15 MYT by paktam

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam



Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh TGNA. Amin.

Sumber HD - 13-2-2015

TUAN GURU BUKTIKAN 23 TAHUN KERAJAAN KELANTAN BERSIH - PJ PAS KEDAH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33844-tuan-guru-buktikan-23-tahun-kerajaan-kelantan-bersih

Sumber HD - 13-2-2015


LIM KIT SIANG, AZMIN ANTARA YANG HADIR



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33841-lim-kit-siang-azmin-antara-yang-hadir

Sumber HD - 13-2-2015


TUAN GURU TELAH RINTIH BANYAK JALAN UNTUK MEMARTABAT ISLAM - DR ASRI



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33837-tuan-guru-telah-rintih-banyak-jalan-untuk-memartabat-islam

Sumber HD - 13-2-2015


PM SEDIH DENGAR TOK GURU NIK AZIZ PULANG KE RAHMATULLAH - PM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33832-pm-sedih-dengar-tok-guru-nik-aziz-pulang-ke-rahmatullah

Sumber HD - 12-2-2015


MAKLUMAN KEPADA MEREKA YANG INGIN ZIARAH - URUSETIA PKK



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33831-makluman-kepada-mereka-yang-ingin-ziarah

Sumber HD - 12-2-2015


SOLAT JENAZAH DI MASJID TO GURU 10N PAGI ESOK - NIK ABDUH


SUASANA DI RUMAH TG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33827-solat-jenazah-di-masjid-tok-guru-10-pagi-esok

Sumber HD - 12-2-2015


NIK AZIZ THE SMALL MAN WHO SLAYED THREE GIANTS - TIMMY SAY


DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/article/33826-nik-aziz-the-small-man-who-slayed-three-giants

Sumber HD - 12-2-2015

NATION MOURNS NIK AZIZ PASSING


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33825-nation-mourns-nik-aziz-s-passing

Sumber HD - 12-2-2015


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH - NIK ABDUH


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT  - AL MURSYIDUL AM PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33824-tuan-guru-nik-abdul-aziz-kembali-ke-rahmatullah

Sumber HD - 12-2-2015


Golongan yang rajin solat malam, layak raih rahmat Allah SWT

Posted on Friday, February 06 @ 06:00:00 MYT by paktam

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


FADILAT ‘Qiyamullail’ (bangun malam) sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Lambung mereka renggang dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah As-Sajadah ayat 16).


Ayat di atas menyatakan tentang manusia yang sanggup merenggangkan lambungnya dari tempat tidur dan bangun berdoa, mohon dijauhkan perkara yang menakutkan iaitu neraka Jahim yang amat mengazabkan. Ayat tersebut juga menimbulkan harapan agar Allah SWT kurniakan syurga, tiada manusia yang tidak menghendaki syurga.

Kerana dua perkara itu manusia sanggup bangun malam lantaran takutkan neraka Allah SWT, dan berharap mendapat syurga-Nya. Allah SWT memuji hamba-Nya melalui ayat teresebut, kerana bukan saja mereka bangun malam untuk Qiyamullail, malah kerana memiliki sifat pemurah sanggup membelanja sebahagian hartanya yang direzekikan Tuhan dinafkahkan kepada pihak lain yang memerlukan.

Ertinya orang yang mendapat pujian Allah SWT itu bukan saja rajin bangun untuk solat malam, tetapi juga orang yang pemurah terhadap kesanggupan membelanjakan sebahagian dari harta miliknya. Mereka dipuji lantaran anggota tubuhnya di persembahkan untuk Allah SWT melalui solat malam dengan meninggalkan tidur ketika tubuh perlukan tidur yang cukup, dan harta miliknya sedia dikongsi orang lain yang memerlukannya.

Sesungguhnya Qiyamullail itu adalah sebahagian dari wirid orang mukmin mempunyai kesedaran Islam, menunjukkan bukan sekadar membaca kalimah zikir saja baharu dikatakan wirid.
Amalan seperti solat malam atau solat sunat di siang hari juga tergolong sebagai wirid.

Tetapi kefahaman umum kini hanya yang disebut seperti subhanallah sahaja dikatakan wirid, pendapat dangkal itu akibat dari kelemahannya dalam pengetahuan Islam.

Dalam Islam sewajarnya lakukan perkara seperti Qiyamullail itu, perkara yang tidak wujud dalam ajaran selain dari Islam. Umpamanya orang yang tolak perjuangan Islam, diganti dengan dasar kebangsaan dan lain-lain fahaman ciptaan manusia. Tetapi anehnya dalam ceramahnya diselit dengan nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Jika dasar perjuangan selain Islam maka apakah perlunya menyebut ayat al- Quran dan hadis Nabi s.a.w., carilah hujah sendiri untuk membuktikan kebenaran dasar fahaman perjuangannya. Boleh jadi mereka tidak sedar atau mempunyai tujuan tertentu bagi mempengaruhi orang ramai.
Tidak wajar meminjam ayat al- Quran dan hadis untuk tujuan selain Islam.

Ibarat bina rumah di atas tanah orang lain, material seperti besi, pasir, simen dan tenaga buruh kepunyaan orang lain, tetapi dia mengaku sebagai miliknya. Inilah projek yang pelik. Di antara wirid yang disukai Allah SWT ialah Qiyamullail. Solat walaupun rukunnya tiga belas seperti qiam, ruku’, sujud dan lain-lain lagi, tetapi tidak timbul kecuali ‘Qiamullail’ dan tidak pula rukun ruku’ seperti ‘ruku’ul lail’ atau ‘sujudul lail’.

Dalam ibadah solat rukun qiam dianggap paling utama, kerana rukun tersebut perlu masa panjang dibanding rukun yang lain. Ruku’ tidak begitu memenatkan kerana kedua belah tangannya menongkat ke lutut.

Begitu juga sujud yang dibantu dengan tujuh anggota sujud merupakan rukun yang dianggap rehat.

Hanya dalam ‘qiam’ diberi peluang untuk membaca ayatayat al-Quran, sedangkan dalam ruku’ dan sujud serta lain-lain rukun tidak diberi peluang untuk membaca aya-ayat al-Quran, kecuali hanya tasbih dan doa-doa.

Rukun qiam dibesarkan oleh syarak hingga menjadi ganti nama kepada solat malam sebagai “Qiyamullail”, justeru solat tarawih juga di sebut oleh Nabi s.a.w. sebagai ‘Qoma Ramadan.’

Ayat al-Quran berikutnya juga menegaskan mengenai orang mengerjakan Qiamullail yang bermaksud: “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang dia takut kepada (azab) di akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?” (Surah Az-Zumar ayat 9).

Inilah pendidikan al-Quran kepada manusia dengan cara melontarkan soalan, adakah golongan musyrik lebih beruntung atau orang bangun beribadah waktu malam dengan sujud dan berdiri, serta berharap rahmat dari Allah SWT?

Persoalan yang begitu jelas dan sangat mudah untuk dijawab dengan lidah, tetapi sukar dijawab dengan tindakan dan amalan. Hanya mampu dijawab oleh orang yang ikhlas beramal melakukan 

‘Qiyamullail’ kerana Allah Taala.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan hamba hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (iaitu) orang yang di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata kata (yang mengandung) keselamatan.” “Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (Surah al-Furqan ayat 63-64).

Antara sifat insan yang dapat sanjungan Allah SWT ialah ketika mereka berjalan di muka bumi dalam keadaan merendah diri, apabila orang jahil menyapa mereka menjawabnya dengan bahasa yang sopan. Mereka melalui situasi malam, bangun untuk mendiri solat malam dan sujud kepada Allah SWT.

Golongan seperti itu memiliki kelayakan untuk mendamba rahmat-Nya.

Sumber DD - 6-2-2015


DOA SYEIKH MUHAMMAD ALI SOBUNI UNTUK TG NI AZIZ - MALAYSIA TRANFORM DAILY


SYEIKH MUHAMMAD ALI SOBUNI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33505-doa-syeikh-muhammad-ali-sobuni-untuk-tg-nik-aziz

Sumber HD - 27-1-2015


KEAJAIBAN KE ATAS TGNA :

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33464-masya-allah-keajaiban-tuan-guru-nik-aziz-di-icu-video

VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=2xKmTjO1zPY


Sumber HD - 27-1-2015


DOKTOR CERITA KEAJAIBAN TG NIK AZIZ TERIMA RAWATAN -  NIK ABDUH


DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33485-doktor-cerita-keajaiban-tg-nik-aziz-terima-rawatan

Sumber HD - 26-1-2015


ABBY TERHARU DAPAT MELAWAT TG NIK AZIZ - ABBY


NIK OMAR MENERANGKAN TENTANG KESIHATAN TGNA KEPADA ABBY ABADI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33439-abby-terharu-dapat-melawat-nik-aziz

Sumber HD - 24-1-2015


ALHAMDULILLAH MOGA KEMBALI SIHAT - GTUAN GURU NIK AZIZ


YB DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33396-alhamdulillah-moga-kembali-sihat-tuan-guru-nik-aziz

Sumber HD - 22-1-2015


TOK GURU BERBAHASA URDU DENGAN TETAMU HARI INI - DHM


DATO HUSAM MUSA MELADENI TETAMU 2 ORANG MAULANA DARI PAKISTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33393-tok-guru-berbahasa-urdu-dengan-tamu-hari-ini

Sumber HD - 21-1-2015



TO GURU NIK ABDUL AZIZ - TUNJUK REAKSI LEBIH BAIK STABIL - NIK ABDUH


YB NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AP PASIR MAS / AJK PP

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33379-tok-guru-nik-abdul-aziz-tunjuk-reaksi-lebih-baik-stabil

Sumber HD - 21-1-2015



SOLAT HAJAT DOAKAN KESIHATAN TOK GURU HIK AZIZ KEMBALI SEMBUH - HARUN DIN


DBS TG DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MURSYIDUL AM PAS


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33375-solat-hajat-doakan-kesihatan-tok-guru-nik-aziz-kembali-pulih

Sumber HD - 20-1-2015













































































Kit Siang ziarah TG Nik Abdul Aziz di HUSM

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi semalam, lapor Roketkini.

Dalam kiriman Kit Siang di laman mikro twitter, beliau dimaklumkan oleh bekas menteri besar itu bahawa bencana banjir yang berlaku kali ini adalah antara terburuk, dan tidak pernah dialami sepanjang 23 tahun Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kit Siang turut meluangkan masa melihat keadaan sekitar bandar Kota Bharu dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, yang kini diubah menjadi pusat pemindahan.

“Mereka yang dipindahkan ke sini disediakan keperluan asas dan makanan, tetapi sudah tentu keadaan tidak sama seperti di rumah.

“Semua orang berharap banjir akan reda, supaya mereka boleh kembali ke rumah mereka,” tulisan Kit Siang dipetik dari laman Facebooknya.

Sumber HD - 29-12-2014














































































Azmin ziarah TG Nik Abdul Aziz di HUSM

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu hari ini.

Selangor Kini melaporkan, Azmin meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mendapat rawatan dan masih berehat di HUSM. (Foto atas oleh Selangor Kini)

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke atas mangsa banjir menaiki helikopter di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.

Lawatan itu turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Azmin berada di Kelantan bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu, selain menyampaikan sumbangan RM1juta, sejak semalam dan pulang ke Selangor petang ini.

Sumber HD - 27-12-2014















































































CEO MAS: Kalau kita kecil hati, bagaimana dengan Allah?

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Isu pelantikan warga luar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MAS turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju dengan kenyataan bekas PM, Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai CEO itu bagi pendapat Mahathir sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, seolah-olah tiada yang cerdik dan berkelayakan untuk menerajui syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata jika kita boleh berkecil hati kerana warga kita diketepikan, tidak berhakkah Allah untuk 'kecil hati' apabila undang-undangnya diketepikan.

Malah, Tuan Guru Nik Aziz menambah adakah Tun Mahathir baru menyedari bahawa negara kita sudah lama berkiblatkan Barat dalam urusan bernegara?

"Saya sokong Tun M dalam hal ini. Cuma saya ingin menambah, Tun M baru sedarkah bahawa kita telah berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undang-Nya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?

Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT," seperti yang dimuatnaik dari laman Facebooknya.

Biarpun berdepan pelbagai kritikan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar tetap mempertahan tindakan Khazanah Nasional Bhd untuk melantik Mueller menerajui MAS.

Pengumuman Khazanah itu dikritik bukan sahaja oleh Pakatan Rakyat, malah oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri.

Mahathir dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata, perlantikan orang luar itu seperti telah memperakui bahawa tenaga tempatan sebagai bodoh.

Katanya, tindakan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mempercayai kebolehan diri sendiri sehingga terpaksa melantik orang putih menerajui syarikat besar negara. – HARAKAHDAILY 10/12/2014















































































Label Islam sebagai liberal menghodohkan Islam – TG Nik Aziz

ASLANI M | .




KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menganjurkan program 'I Want To Touch A Dog' sebagai ada “ulat dalam kepala”.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala. Ia bertentangan dengan mazhad Shafei,” katanya pada program sambutan ulangtahun ke-24 pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Kelantan Trade Centre hari ini. (Foto atas daripada fb Tok Guru)

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Sempena ulangtahun tersebut turut diadakan jamuan rakyat di Dataran Stadium tengah hari ini. Tok Guru Nik Abdul Aziz juga melancar buka "Khalifah Kita Pilihan Allah" tulisan Menteri Besar.

Baru-baru ini ada pihak menganjur program 'I Want To Touch A Dog' di Damansara yang memberi peluang orang ramai hadir termasuk Islam menyentuh anjing.

Ekoran pendedahan program berkenaan banyak ulama tampil membantah. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing bertaubat kerana mempersenda hukum Allah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ada pihak cuba melabelkan Islam sebagai liberal semata-mata bagi menghodohkan Islam, sedangkan demokrasi atau pelbagai kefahaman lain tidak pernah dilabel sebagai liberal.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar ketika mengimbau detik awal pentadbiran MBI di Kelantan memberitahu langkah pertama dibuat selepas mentadbir Kelantan iaitu memindahkan wang kerajaan daripada bank konvensional ke Bank Islam.

“Langkah itu telah menimbul rasa tidak puas pengurus-pengurus bank yang terdapat di Kota Bharu sehingga mereka datang menemui saya bagi mendapat penjelasan.

“Saya jelaskan sebagai ketua kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap wang kerajaan bagi mengelakkan sistem riba yang diharamkan oleh Islam,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014




















































































Jika itu pilihan Tamrin - TG Nik Aziz

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.


Bagaimanapun katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan bukannya dengan keluar parti.

"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

“Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

“Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014




















































































Jangan bangga bajet besar tapi rakyat daif - TG Nik Aziz

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Kerajaan tidak perlu berbangga dengan perbelanjaan yang besar setiap kali diumumkan dalam bajet sekiranya rakyat masih hidup dalam kedaifan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengumuman perbelanjaan negara yang cukup besar setiap tahun sebenarnya menterjemahkan kegagalan pemimpin negara.

“Ini kerana rakyat yang berpendapatan rendah masih terpinggir serta tidak mendapat habuan dan hak mereka daripada bajet negara yang diumumkan,” ujarnya sebagai mengulas Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lalu ketika ditemui di Pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Katanya lagi, kecacatan Umno dan BN juga tidak ada tender dalam setiap projek pembangunan yang ingin dilaksanakan terutama di Kelantan.

Katanya, apabila tidak ada tender, harga yang sepatutnya RM10 juta akan bertambah menjadi lebih RM20 juta.

Tambahnya, ia diberi tanpa syarat kepada kroni tertentu sehingga menampakkan parti itu bukan untuk menjaga orang Melayu, sebaliknya parti untuk kroni mereka.

“Nak jaga Melayu dan rakyat lain, nak jaga kepentingan Umno lain.

“Kalau nak jaga orang Melayu apa saja projek yang ingin dilaksanakan di Kelantan contohnya, tender terlebih dahulu perlu diadakan sama ada untuk membuat jambatan atau apa saja,” ujarnya.

Katanya, dengan cara itu kerajaan dapat membayar kepada pihak tender pada harga sebenar.

Jelasnya, rakyat Kelantan masih tidak mendapat hak subsidi baja padi dengan cara yang betul sehingga kini.

Beliau berkta, ketika kerajaan Kelantan mula diambil alih pada tahun 1990 oleh Angkatan Perpaduan Ummah dahulu, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos sendiri sebanyak RM3 juta setelah JPP tidak memberi baja kepada petani khususnya penyokong PAS.

Untuk itu, katanya kerajaan perlu memikirkan untuk mengubah tindakan itu agar tidak berulang supaya rakyat mengingati kerajaan Pusat tidak menyisihkan mereka.

Tegasnya, harta kerajaan adalah hak milik rakyat bersama dan bukannya milik peribadi pemimpin negara dan Umno. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Sumber HD - 12-10-2014




















































































TG Nik Aziz terima kunjungan 30 sami Budha

SALMAH MAT HUSAIN Foto: RIZAL TAHIR | .




KOTA BHARU: Hampir 30 orang para sami Budha dari seluruh negeri Kelantan hadir ke majlis ramah mesra di kediaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka semalam.

Rombongan sami itu diketuai Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan Phra Vicharan Vuthikhon.

Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, ketika ditemui berkata, kehadiran rombongan sami itu dapat mengeratkan lagi hubungan beliau dengan golongan bukan Islam.

Katanya, pada masa yang sama ianya turut mempamerkan keindahan Islam pada golongan itu.

“Sekarang ni timbul masalah bermacam-macam bangsa, Cina ada parti dia, Melayu ada parti dia, sedangkan Islam datang untuk manusia bukan untuk orang Arab atau Melayu sahaja.

“Kewajipan kita semua termasuk saya sendiri untuk memberi kefahaman Islam adalah untuk agama semua bangsa termasuk kaum Cina,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan, Lau Chin Chua, Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Lim Guan Seng dan lain-lain pimpinan hubungan antara kaum. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014




















































































Henti komen mengenai Selangor – TG Nik Aziz

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: “Kita doakan semoga Allah SWT selamatkan Menteri Besar Selangor yang baru serta anggota-anggota Exconya dunia sampai akhirat,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat berhenti membuat sebarang ulasan yang berkaitan kerajaan Selangor.

“Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini ada segelintir pemimpin menyifatkan PAS dibuli DAP dan PKR serta mereka melakukan provokasi bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat secara halus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam tempoh bertenang ini diharap semua pihak sama ada PAS atau PKR hendaklah berdiam diri daripada membuat sebarang ulasan khususnya berkaitan kerajaan Selangor.

“Ada waktu untuk berbincang dan ada pula waktu untuk membuat keputusan.

Buat masa ini beri ruang kepada Menteri Besar serta anggota-anggota Exco yang baru menjalankan tugas dengan baik,” ujarnya.

Beliau diminta mengulas pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru 22 September lalu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin juga melantik tiga Adun PAS sebagai anggota Exco iaitu berkurangan satu berbanding pada era Khalid. Jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor juga diberi kepada PAS. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

YB DBS TG NANM - https://www.youtube.com/watch?v=zmvQR34LS_o&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ




















































































Nik Aziz hafal kitab Matan Alfiah ketika usia 8 tahun - TGSBA

DINSMAN | .



SAYA sudah bicarakan buku “Tok Guru – Sebuah Biografi Awal” (TGSBA) di tempat lain. Di Pesta Buku Selangor, SACC Shah Alam, 4 September (bersama Dr Shaharir Mohd Zain dan Lim Hong Siang), dan di dalam Malaysian Insider. Jadi tak perlu saya ulangi lagi di sini, kecuali satu bahagian di dalamnya yang saya sangat teruja dengannya.

Kisah Nik Mat Alim, atau nama sebenarnya Raja Muhammad Raja Banjar, iaitu ayah kepada Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan 1990-2013. Kenapa saya sangat teruja dengan kisah Nik Mat Alim seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah Ahmad dalam bukunya yang diterbitkan oleh Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) itu?

Cara bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya. Itu yang membuatkan saya jadi teruja. Maklumat yang dibentangkan oleh Habibul Izzah mengenai perkara itu, bagi saya, sudah cukup untuk memberi nilai yang tinggi kepada bukunya. Pedulikanlah soal dia memasukkan unsur-unsur lagenda, mitos dan dongeng dalam penceritaannya. Dan pedulikanlah juga beberapa kesilapan fakta sejarah yang terdapat dalam buku itu.

Yang pentingnya ialah kisah bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya itu, khasnya bagaimana dia mendidik Nik Aziz itu sendiri, sehingga Nik Aziz menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenalinya hari ini.

Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak akan menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenali itu sekiranya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah di dalam bukunya TGSBA itu?

Ya, bagi saya jawapannya: Ya, TG Nik Aziz tak akan jadi seperti dirinya yang kita kenali itu sekiranya ayahnya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang dia telah lakukan sejak anaknya itu dilahirkan pada tahun 1931, hinggalah dia dihantar ke India untuk belajar di Darul Ulum, Deoband, ketika berumur 21 tahun.

Namun apa pun, telah ditaqdirkan oleh Allah SWT begitu, maka begitulah. Dan demikianlah yang telah terjadi, seorang kanak-kanak yang tidak pernah masuk ke mana-mana sekolah kebangsaan atau sekolah rendah, dan jauh sekalilah memasuki Tadika, dan tidak pernah juga menjejakkan kakinya ke mana-mana sekolah menengah – akhirnya berjaya mendapat ijazah Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum pulang ke tanahair pada Februari 1962.

Dan pada tahun 1967 menjadi Ahli Parlimen Malaysia, melalui pilihan raya kecil Kelantan Hilir, dan pada tahun 1990 menjadi Menteri Besar Kelantan.

Mengikut buku Habibul Izzah, dan juga buku “Peribadi Tuan Guru” oleh Hussain Yaakub (1992), Nik Aziz tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana persatuan pelajar atau aktif dalam apa-apa aktiviti pelajar sewaktu di Universiti Al-Azhar mahupun di Deoband, India.

Maka di manakah anak muda ini mendapat latihan kepemimpinan atau pengalaman berorganisasi, maka dia tiba-tiba berjaya memimpin sebuah masyarakat sebagai Menteri Besar selama 23 tahun, dengan membuktikan banyak kejayaan yang penting bukan sahaja untuk masyarakat di Malaysia bahkan boleh diteladani oleh ummah di seluruh dunia?

Dan dia masih diperlukan oleh jemaah PAS di Malaysia untuk memimpin parti politik itu, sebagai Mursyidul Am, walaupun umurnya sudah 83 tahun.

Saya tidak mengatakan bahawa Nik Mat Alim itu bertanggungjawab ke atas kejayaan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Itu adalah kejayaan peribadi TG Nik Aziz sendiri. Tetapi didikan yang diperolehnya sewaktu dia kanak-kanak dan remaja, yang membentuk keperibadiannya, adalah hasil yang dilakukan oleh Nik Mat Alim itu.

Pengarang telah membuat kajian dan penyelidikan yang cukup teliti, selama sejak dia di universiti lagi, tahun 1996. Buku ini asalnya kajian ilmiah peringkat Sarjana Mudanya di Universiti Malaya. Pernah tergendala sekejap kajian itu, kemudian disambung semula, dan baru tahun ini, awal 2014, diterbitkan.

Tumpuannya menceritakan agak terperinci mengenai Nik Mat Alim itu, hingga boleh dikatakan buku ini sebenarnya ialah biografi awal Nik Aziz dan juga biografi Nik Mat Alim – seorang yang alim dan sangat tegas dalam melaksanakan ibadah dan dalam mendidik anak-anaknya menunaikan perintah beribadat.

Misalnya dia memastikan anak-anaknya bangun seawal jam 3 pagi (mengikut Hussain Yaakub jam 4 pagi) untuk bertahajud, membaca Quran dan ibadah-ibadah lain, dan tidak tidur lagi hingga siang. Semua anak-anaknya, walau masih kecil. Dan selepas Subuh anak-anak itu diajaknya pula berkebun.

Nik Aziz ialah produk sekolah pondok. Dan sebelum ke pondok, rumahnya adalah sekolahnya, dan Nik Mat Alim adalah guru pertamanya (di samping Mek Aminah, ibunya, yang mengajar anak-anaknya menulis dan membaca tulisan jawi). Dan guru pertama ini bukan sahaja mengajar hal-hal biasa seperti yang biasa diajar oleh kebanyakan ayah, tetapi dia menjadi guru yang lebih daripada itu.

Kata Izzah, “Apabila usia Nik Aziz 7 tahun, Nik Aziz telah mula berjinak-jinak menghafal kitab-kitab nahu dan saraf, termasuk kitab Matan Alfiah” – iaitu kitab nahu bahasa Arab yang menjadi bacaan wajib di sekolah pondok. Ia dikatakan kitab yang sukar dipelajari – mengandungi 1000 bait syair. Nik Aziz menghafal kitab ini sewaktu berusia 8 tahun.

Anda kena baca buku ini, kalau ingin mengetahui yang selebihnya. Saya tak mungkin menceritakan lebih daripada ini. Dan saya juga ingin mencadangkan kepada IPTG supaya buat sesuatu untuk mencungkil lagi bagi mengetahui kaedah pendidikan Nik Mat Alim itu.

Istimewanya buku ini, Izzah tidak membeberkan teori mengenai pendidikan cara Islam, tetapi dia menceritakan terus pelaksanaannya oleh seseorang, dan membuktikan keberkesanan kaedah yang digunakannya itu. Hingga apabila mendengar seorang pendakwah sedang menyampaikan tazkirah, saya terfikir begini:

Cubalah kalau pendakwah kita tidak usah banyak sangat bersyarah dan berceramah di sana-sini, tetapi masing-masing melaksanakan didikan seperti yang dilaksanakan oleh Nik Mat Alim itu kepada keluarga masing-masing. Tentulah kita akan mendapat suatu ummah yang sangat berjaya.

Kenapa saya katakan demikian? Ialah kerana didikan oleh Nik Mat Alim itu tidak sama dengan didikan yang dilakukan oleh orang lain. Ketegasannya dan disiplin ketat yang dikenakan ke atas anak-anaknya dalam melaksanakan perintah Allah, seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah itu, adalah sesuatu yang ketara dan jelas berbeza. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014





















































































Beberapa kelainan dalam penulisan biografi Nik Aziz

http://www.detikdaily.net | .

Oleh Dinsman
Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), sebuah institut yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik saja Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengundurkan diri dari Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, baru-baru ini menerbitkan buku pertamanya berjudul "Tok Guru - Sebuah Biografi Awal", ditulis Habibul Izzah Ahmad.

Sudah lama saya menanti penerbitan buku ini. Pengarangnya Habibul Izzah pernah membenarkan saya membaca bahagian awal manuskrip buku yang berasal daripada kajian ilmiahnya untuk ijazah awal beliau di Universiti Malaya 1997 itu, kira-kira 3 tahun lalu. Waktu itu saya menasihatinya supaya membuang atau jangan memasukkan tulisan yang berunsur mitos dan dongeng mengenai Puteri Saadong dan seumpamanya itu, apabila manuskrip itu hendak diterbitkan nanti.

Maka itulah pula perkara pertama yang ingin saya lihat apabila buku berkenaan berada di tangan saya. Dan saya dapati apa yang saya nasihat itu rupa-rupanya tidak diikutnya. Berertinya apa? Bererti pengarangnya Habibul Izzah mempunyai alasan yang kuat mengapa dia mahu juga memasukkan bahagian berkenaan itu. Apakah alasannya yang kuat itu?

Cuba kita baca dulu apa yang saya maksudkan itu. Ini paragraf pertama teks berkenaan:

"Angin similir bertiup lesu di celah-celah rimbunan dedaun yang berbisik sayu. Sinar suria menjengah malas sekadar mengucapkan salam pada pencinta pagi, lantas menghilangkan diri di sebalik gumpalan awan putih, hitam dan gelap yang sarat mengundang mendung. Nyanyian unggas desa yang saban hari menyapa sesama sendiri, entah hilang ke mana pergi. Si Jalak dan Si Rintik seakan hilang ghairah beradu seni. Senda gurau kumbang menyeri bunga, lincahan kodok beraksi kian sepi."

Pertama, perhatikan dulu gaya penulisannya. Itu bukan gaya penulisan biografi yang biasa kita baca. Itu ialah gaya penulisan novel atau cerpen, iaitu penulisan cereka yang imaginatif. Bukan gaya penulisan fakta atau deskriptif.

Dan itu bukan pendekatan yang biasa orang menulis biografi. Barangkali pengarangnya mempunyai bakat besar sebagai penulis novel. Tidak mengapalah. Ia boleh menimbulkan kesegaran membaca.
Dan bukan pada bahagian yang menceritakan lagenda dan mitos/dongeng saja dia menggunakan gaya penulisan cereka. Pada bahagian yang ceritanya berasaskan realiti, iaitu bukan lagenda dan dongeng pun, dimulakan penceritaannya dengan gaya penulisan cereka juga. Misalnya menceritakan pemergian Nik Aziz ke India, teksnya dimulakan begini:


"Seekor gagak kelihatan sedang menyelinap nakal di sebalik deretan kotak-kotak kayu di perut kapal. Mana tahu untung nasib akan bersua dengan serpihan makanan. Sorak dan tempikan anak-anak kapal yang hingar bingar langsung tidak dihiraukan, lantaran perutnya sejak dari semalam hanya sempat diisi dengan cebisan-cebisan roti kering yang dilemparkan si mamak budiman. Sekawan gagak yang lain kelihatan berlegar-legar terbang mengelilingi layar kapal…" (ms 139).

Itulah antara kelainan dalam penulisan biografi ini. Bukan semuanya, tetapi pada bahagian tertentu. Manakala kelainan kedua ialah memasukkan unsur dongeng dan lagenda, khasnya lagenda Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang dan Raja Bersiong. Kenapa ia dimasukkan? Apa hubungannya dengan kehidupan Nik Aziz?

Barangkali pengarang cuba membina hubungan tersebut. Maka dia bukan saja menceritakan lagenda itu tetapi dia juga menceritakan ekspedisi yang dilakukannya ke tempat berkenaan (seperti Bukit Marak) dalam usahanya untuk mengkaji kesan yang mungkin boleh membuktikan kebenaran lagenda tersebut.

Paling jelas ialah hubungan dengan asal-usul keturunan Raja Jembal, dan Nik Aziz dari keturunan tersebut, iaitu generasi yang ke-8. Diceritakan Raja Bersiong menemui seorang bayi di celah rumpun buluh dan seorang lagi terapung di tengah sungai. Dan itulah mitos asal-usul Raja Jembal.

Saya kurang berminat dengan cerita seperti itu. Tetapi itu tidak mengurangkan keistimewaan buku ini, yang saya anggap sangat istimewa. Ia menceritakan Nik Aziz itu bukan saja dari sejak lahirnya, tetapi sejak dia belum lahir lagi. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Nik Mat itu, ayah Nik Aziz itu siapa dia?


Bahagian yang menceritakan mengenai Nik Mat yang dikenali dengan panggilan Nik Mat Alim itu, saya rasa itu bahagian paling menarik dalam buku ini. Belum ada dalam buku lain. Buku Hussain Yaakub "Peribadi Tuan Guru" (1992) ada juga menceritakannya, tetapi tidak banyak. Buku Habibul Izzah ini memberi tumpuan istimewa kepada kisah Nik Mat Alim, bapa Nik Aziz. Seolah-olah penulisnya hendak mengatakan kerana ayahnya begitulah maka lahirnya dan terbentuknya Nik Aziz itu menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenali hari ini. Ya, di situ istimewanya buku ini.

Diceritakannya bukan saja sejak ayah Nik Aziz, tetapi sejak ayah kepada ayah Nik Aziz itu - Raja Banjar. Siapa dia Raja Banjar, bagaimana perangai dan perwatakan 'gedebe'nya dan sebagainya. Namun yang terperinci ialah mengenai Nik Mat Alim. Hingga boleh dikatakan buku ini adalah juga biografi Nik Mat Alim, di samping biografi awal Nik Aziz.

Nik Mat Alim bukan saja ayah kepada Nik Aziz, tetapi dia juga adalah guru pertama kepada Nik Aziz (di samping Mek Aminah, ibu Nik Aziz, yang mengajar anak-anaknya menulis dan membaca tulisan jawi). Dan guru pertama itu bukan saja mengajar hal yang biasa diajar kebanyakan ayah, tetapi dia menjadi guru yang lebih daripada itu.

Tahukah anda, Nik Aziz tidak pernah masuk ke sekolah biasa seperti kebanyakan kita? Tadika memanglah tidak. Sekolah rendah atau sekolah kebangsaan pun tidak. Sekolah menengah pun tidak. Nik Aziz ialah produk sekolah pondok. Dan sebelum ke pondok, rumahnya adalah sekolahnya.

Selain belajar dengan ayah dan ibunya, setelah agak besar sedikit Nik Aziz dibawa ayahnya pergi belajar dengan Tok Khurasan, di Kampung Sireh, Kota Baru. Sebenarnya Nik Mat itu yang menjadi murid Tok Khurasan, bersama murid lain yang sudah merupakan guru agama. Mereka berguru pula dengan Tok Khurasan (berasal dari India) untuk mendalamkan lagi ilmu, khasnya ilmu hadis.

Tidak lama selepas itu Nik Aziz belajar di Pondok Jertih, Terengganu, sebelum bertolak ke India untuk belajar di Darul Ulum, Deoband, pada 1952. (Ini satu lagi episod menarik dalam perjalanan hidup Nik Aziz). Dan seterusnya Nik Aziz belajar sekejap di Pakistan (4 bulan) sebelum meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir, 1958.

Di Universiti Al-Azhar Nik Aziz mendapat ijazah pertamanya dalam Pengajian Bahasa Arab dan ijazah Sarjana dalam Perundangan Islam. Februari 1962 barulah dia pulang ke kampungnya, Pulau Melaka, Kelantan, setelah berada di perantauan selama kira-kira 10 tahun.

Kelainan yang ketiga ialah pengarang juga menceritakan hal dirinya dan pandangannya terhadap gerakan Islam dan kepemimpinan, di bahagian akhir buku setebal 251 halaman itu, menyebabkan kita tercari-cari di manakah hubungannya dengan Nik Aziz.

Walaupun terdapat sedikit salah fakta sejarah pada Notakaki 12 di halaman 63 dan Notakaki 52 di halamana 168, ia tidaklah mengurangkan nilai buku ini, yang patut dibaca semua peminat Tok Guru Nik Aziz dan pendidik di Malaysia.

Sumber HD - 8-9-2014




















































































Bincang isu PAS di muktamar, bukan laman sosial

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS mahu ahli-ahli parti menggunakan peluang Muktamar Tahunan ke-60 di Batu Pahat bagi membincangkan masalah dalaman parti.


Oleh itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ahli dan penyokong tidak sewajarnya mengeruhkan suasana politik sekarang dengan kenyataan tidak wajar melalui laman-laman sosial.

Kata beliau ahli parti peringkat akar umbi dan pimpinan sewajarnya menerima keputusan pimpinan tertinggi parti demi kebaikan semua pihak.

Katanya, setiap mesyuarat mengikut kaedah Islam diberi kuasa kepada pemimpin tertinggi parti membuat keputusan.

“Zaman Rasulullah s.a.w. baginda mempengerusikan mesyuarat dengan diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

“Begitu juga dalam kaedah parti kita sekarang, keputusan mesyuarat ditentukan pengerusi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Beliau diminta mengulas isu yang berlaku di Selangor terutamanya cara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menangani kemelut yang berlaku.

Mursyidul Am berkata, ahli parti diingatkan jangan mengeruhkan suasana kerana ada pihak mengambil kesempatan bagi melumpuh gerakan parti.

Katanya, apabila ahli parti sendiri mengeruhkan suasana ia memberi ruang pihak lawan menangguk di air keruh.

Ditanya penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) diterajui pemimpin-pemimpin PAS, katanya, setiap parti baru yang ditubuhkan akan menemui kegagalan.

“Waktu saya mula-mula sertai parti PAS dulu ada tiga parti iaitu Hamim, Berjasa dan Bebas Bersatu. Yang pegang jawatan tertinggi parti bukan sebarangan orang, tetapi hasilnya macam mana,” soalnya.

Menyentuh peluang Pakatan di Pengkalan Kubor, kata beliau sebelum ini PAS ada rekod kemenangan di Dun terbabit. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014























































































Wujud jawatan kuasa boikot barangan zionis Israel

SALMAH MAT HUSAIN | .




KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya.

Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB)

Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014

Sumber HD - 16-8-2014























































































Hanya agama mampu kawal manusia

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT | .

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..

KETIKA kita berada di penghujung Ramadan kebiasaannya anak-anak kecil yang paling seronok. Mereka seronok untuk merayakan Hari Raya dengan berpakaian baru, dapat duit raya dan macam-macam lagi.

Mereka suka dan gembira sesuai dengan keadaan mereka yang masih kecil. Namun malangnya ada juga kalangan orang yang sudah akil baligh pun berperangai serupa juga.

Keseronokan bagi mereka kerana tidak perlu berlapar lagi dan tak perlu acap kali berulang alik ke masjid. Lebih malang lagi kalau ada juga orang tua yang berumur turut berfikir macam itu.

Sebaliknya berbeza dengan orang berumur yang menghayati agama, mereka akan risau dan dukacita berada di detik-detik akhir Ramadan kerana peluang untuk menambah pahala akan berakhir.

Apabila berakhir Ramadan habislah peluang menambah pahala berkali ganda yang ditawarkan Allah SWT. Ketika di atas dunia sekarang kita hendak duit untuk membeli segala keperluan hidup. Duit pun tidak sama antara satu negara dengan negara lain.

Begitu juga dengan negeri akhirat, duit berlainan digunakan yang dipanggil pahala. Pahala akan berguna apabila manusia masuk ke dalam lubang kubur sehinggalah kebangkitan semula di Padang Mahsyar kelak.

Di Padang Mahsyar anak, isteri, suami, pangkat dan darjat kebesaran tidak berguna satu sen pun. Apa yang manusia harapkan ialah syafaat daripada Nabi Muhammad saw.

Persoalannya sekarang adakah Nabi Muhammad kenal siapa kita. Ini kerana ketika itu berbilion manusia dibangkitkan sejak zaman Nabi Adam as sehingga Nabi Muhammad saw. Manusia terlalu ramai.

Jadi ketika kita masih bernafas lagi sekarang hendaklah menggunakan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menggandakan pahala. Intisari kita berpuasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Berbeza berbanding dengan amalan solat, orang boleh nampak. Begitu juga memberi zakat, orang lain juga nampak apa yang kita lakukan.

Puasa orang lain tidak tahu. Puasa merupakan amalan yang tidak dapat dilihat sesiapa pun kecuali Allah SWT.

Ramadan melatih diri kita biar pun letih dan lapar, kita tidak akan makan kerana berpuasa.

Inilah yang dimaksudkan falsafah penyertaaan Allah dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Tiada sistem atau ideologi yang mampu mengawal manusia kecuali Islam.

Sekian. Wasalam.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Abdul Aziz Nik Mat

Sumber HD - 27-7-2014




















































































Isu MB: Saya sokong kenyataan Presiden - TG Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.


Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.

"Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.

Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.

"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

Berikut kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyataan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

- HARAKAHDAILY 27/7/2014

Sumber HD - 27-7-2014




















































































Bahasa interaksi dengan zionis ketika ini perang senjata

SALMAH MAT HUSAIN | .



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak genjatan senjata dengan rejim zionis Israel.

Menurutnya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri.

Tuan Guru seterusnya berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu, membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria dan Yahya kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyat dengan kejam.

"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin.

"Hari ini Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih," ujarnya.

Dalam kenyatannya kepada Harakahdaily, Tuan Guru berkata, Israel semakin gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir.

Namun tambah beliau, ia tidak dipedulikan oleh Hamas.

Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.

Beliau mendapat maklumat, Israel memperluaskan lagi serangan mereka dan ingin menguasai beberapa tempat di bandar Gaza, Baet Hanoun, Khan Yonis akan tetapi dipatahkan serangan mereka oleh Briged al-Qassam.

"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan. Ini sikap pejuang yang kita banggakan.

"Kami akan memberi sokongan padu dengan sumbangan sumbangan dan mengajak masyarakat supaya berdoa kesejahteraan dan kemenangan bagi pihak pejuang Islam di Gaza," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/7/2014

Sumber HD - 20-7-2014




















































































Sebar berita tak pasti termasuk fitnah - MB

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, Islam melarang penyebaran hal peribadi seseorang yang belum pasti kerana ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan pemberitaan atau maklumat mesti tepat dan benar walaupun terhadap musuh atau orang yang tidak disenangi.

Bahkan beliau mengakui kecanggihan dunia hari ini dan semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat.

Ahmad Yakob berkata demikian ekoran tersebar dilaman sosial serta sms yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

"Sejak daripada semalam sms yang mengatakan beliau kritikal dan tadi telah meninggal menjadi bahan cakap pagi ini.

"Tok Guru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul," kata beliau di laman rasmi Facebooknya.

Dalam pertemuannya dengan Tuan Guru Nik Aziz semalam, Ahmad berkata, soalan pertama Tuan Guru kepadanya ialah tentang situasi pergolakan yang berlaku di Gaza dan bukannya diceritakan perihal keuzuran dirinya.

"Sikap Murabbi ummah ini yang sentiasa mementingkan orang lain menjadi darah dagingnya. Pemikirannya tertumpu kepada masalah masyarakat tempatan dan dunia. Inilah Tokguru! Tiada yang boleh menandinginya dalam hal ini. Sama-sama kita doakan Tokguru sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu," katanya.

Selepas tersebarnya berita palsu itu, anak Nik Aziz iaitu Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memuat naik status di twitternya dengan memberitahu "Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan Lailatulqadar untuknya dan kita semua'. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014




















































































Jika benar MH17 diserang, wajib dikutuk - TG Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di di timur Ukraine.

“Semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan,” tulis beliau menerusi facebook pagi ini, sebagaimana di bawah.

Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang.

Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan.

Di satu segi yang lain, saya mengharapkan agar satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi berkenaan khususnya dari aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan telah bergolak sekian lama.

Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak melibatkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.

Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014























































































TG Nik Aziz sihat, masih dirawat - Nik Abduh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keadaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sihat, bagaimanapun masih menerima rawatan berkala seperti biasa.

Sejak awal pagi tadi, mesej mendakwa kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia tersebar di internet termasuk menggunakan aplikasi Whatsapp.

Nama Harakah turut dikaitkan dengan penyebaran mesej palsu itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut menafikan mesej palsu itu dengan berkata keadaan bapanya sihat dan meminta orang ramai mendoakan Lailatulqadar buat Tuan Guru.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua," tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.

Mesej palsu ini hadir selepas Malaysia menerima berita mengejutkan berkaitan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine lewat malam tadi. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014




















































































Yahudi bangsa yang dilaknat Allah

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT | .

SAYA sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.

Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Justeru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran: Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18)

Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyingsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.

Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya penuh yakin Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.

Sekian, wassalam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh: 19 Ramadhan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M

Sumber HD - 17-7-2014

No comments:

Post a Comment