BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

PEMIKIRAN WARTAWAN VETERAN - SUBKY LATIF


Siapa percaya lagi janji Najib?



SUBKY LATIF | .


PERDANA Menteri Najib menyelar dan menempelak sekalian orang yang tidak sabar menunggu janjinya untuk menyelesaikan semua hutang 1MDB hujung tahun ini. Mungkin orang itu termasuk TPM Muhyiddin Yassin yang digugurkannya 28 Julai lalu.
     
TS Muhyiddin dan Tun Dr. Mahahtir bukan lagi dikira tidak sabar, bahkan tidak percaya lagi dengan janji Perdana Menteri.
    
Yang terbaru Najib dan pengerusi Tabung Haji berkata sudah banyak yang mahu membeli tanah yang Tabung Haji beli daripada 1MDB degan harga yang amat tinggi itu. Pihak yang hendak membelinya sedia membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Tabung Haji dikatakan akan beroleh untung banyak pula.
    
Tetapi sudah berapa bulan sekarang, tanah itu masih belum terjual. Dan mungkin tidak ada yang sedia membelinya?
   
Jika janji ia hendak dijual masih belum terjual, maka bagaimana orang hendak mempercayai semua hutang 1MDB itu dapat diselesaikan hujung tahun ini? Jika hutang itu dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada enam bulan, maka selama lebih daripada lima tahun jadi Perdana Menteri hutang negara yang berlambak itu tidak nampak  dapat diselesaikan, bahkan bertambah dan bertambah.
   
Banyak lagi yang dijanjikan olehnya sejak jadi Perdana Menteri tidak ditunaikan, maka bagaimana orang dapat mempercayai hutang 1MDB boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat?
   
Orang ramai termasuk ahli Umno yang tak tahu apa boleh percaya dengan janji kosong, tetapi Muhyidin telah lama dan banyak mendengar janji-janji manis, tidak lagi dia percaya.
   
Mungkin Najib boleh dapat duit dari mana-mana. Jika dari dalam negeri duit dari badan mana pula yang akan dipelekuhnya? Felda dan Tabung Haji sudah terkena. Badan mana pula akan jadi korban.
    
Maka pilihannya dari luar khususnya negara-negara Arab yang duit berlebihan itu. Kononnya pembesar-pembesar Arab berminat untuk membeli tanah TRX yang luar yang asalnya tanah kerajaan. China juga berminat.
    
Mungkin saudagar-saudagar Arab tidak berkira sangat dengan duit senang yang diperolehnya dari minyak. Memang  ramai daripada mereka suka bermewah. Tetapi China  tidak membelinya dengan suka-suka saja dan mereka tidak akan biarkan mereka boleh tertipu sekadar hendak menolong Najib  saja.
    
Kita telah jual tanah kita di Singapura. Atau Singapura itu dulu asalnya dijual kepada British. Sebelumnya Raja Melaka jual tanah kepada Feringgi. Tanah Melayu pernah hilang tanahnya di Melaka dan Singapura kepada kuasa asing. Rusia amat menyesal menjual Alaska kepada Amerika. Pejuang nasionalis di mana-mana di dunia tidak sedia menjual buminya dengan mudah kepada orang asing.
   
Tanah TRX yang amat berharga dan strategik itu hendak dijual kepada kuasa asing semata-mata kerana hendak menyelesaikan hutang 1MDB yang difaraid mereka.
     
Jika tanah itu dijual kepada kuasa asing dengan harga yang tinggi bagi membangunkan negara mungkin adalah logik ditimbangkan, tetapi negara dan rakyat akan hilang tanah semata-mata untuk menyesaikan hutang 1MDB yang orang bawa lari.
    
Sudah lama kita kata kerajaan BN sanggup jual negara. Dan sekarang dengan menjual tanah TRX itu kepada orang asing, adalah bukti besar sebahagian daripada negara ini hendak dijual.
   
Hutang pun sudah bertambah banyak. Amerika bila-bila masa sedia membida negara kita bagi menyelesaikan hutang yang bertimbun. Perjanjian TPP yang jika disertai oleh Malaysia, adalah satu cara negara boleh dijual bagi jadi wilayah Amerika terakhir selepas Hawaii.
   
Macam mana Najib dapat dipercayai? – HARAKAHDAILY 5/8/2015

Sumber HD - 5-8-2015

Eloknya Harapan Baru tak jadi

SUBKY LATIF | .


TIADA apa yang menghalang Harapan Baru ditubuhkan. Ia ada pemimpin, ia ada penyokong dan ia ada kawasan untuk bergerak. Dan ia sudah tidak dirahsia dan tidak segan-sesgan untuk ditubuhkan. Bila-bila masa saja boleh ditubuhkan.
   
Tetapi eloklah jika ia tidak jadi ditubuhkan, bukan kerana takut dimarah oleh pemimpin dan orang PAS.
   
Pada masa ini menubuhkannya bukan lagi payah, bahkan amat senang. Tetapi yang payah pada Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub ialah membatalkannya kerana semua orang tahu mereka hendak menubuhkannya.
   
Tidak jadi menubuhkannya itu kerana tidak ada dana cukup untuk mengendalinya, bukan justeru ia tidak mendapat sambutan dan tergendala seperti lain-lain serpihan parti. Tidak jadi menubuhkannya adalah tindakan paling betul.
   
Bukan tidak jadi menubuhkannya menjadikan Mohamad Sabu dan Salahuddin orang yang tidak berani. Bercadang menubuhkannya pun sudah jadikan mereka berani, tetapi tidak jadi menubuhkannya akan jadikan mereka lebih berani.

Berani menubuhkannya hanya memecahkan parti Islam yang mereka bina selama lebih 40 tahun.

Tetapi keberanian membatalkannya akan menyatukan parti yang mereka cintai dan keluarga mereka cintai.
   
Kerana cintanya kepada parti itu banyak kali mereka ditahan dan banyak kali cedera diburu polis.

Ratus ribu ahli yang lain tidak pernah ditahan dan tidak pernah dibelasah polis, tetapi mereka kurang kepahlawanannya boleh mati dalam PAS, dan malangnya kepahlawanan Mat Sabu dan rakan-rakan memilih mati di luar PAS.
    
Saya tahu PAS berkrisis besar. Saya acap nyatakan dalam ucapan dan tulisan harapkan ia diselesaikan tanpa menggugur barang seorang ahlinya yang sejuta itu. Pada Muktamar yang terbaru semua menyaksikan ahli baru yang ke sejuta. Patutnya lepas muktamar itu parti sejuta itu bertambah. Tetapi dengan menubuhkan  yang baru kembali kurang dari sejuta.
    
Tiada siapa yang untung parti itu berpecah, bahkan semua kerugian seperti – “sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran”.
   
Dalam krisis itu ada yang marah Mat Sabu, tetapi Ustaz Hadi pun ramai yang marah. Semua pemimpin PAS dulu dan sekarang pernah dimarah oleh ahlinya. Pak Yusuf Rawa ada yang marah. Ustaz Fadzil pun ada yang marah. Maka Mat Sabu tak boleh pula sangat marah keluarga itu, semua mereka yang dimarah itu adalah marah sayang.
    
Mat Sabu itu asalnya orang Anwar dalam ABIM. Atas sebab tertentu Mat Sabu amat marah pada Anwar. Sebagai pemimpin PAS, Matlah paling marah pada Anwar. Sesudah Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi hilang marah pada Anwar, Mat menyambung memarahnya hingga ada ceramahnya dua jam lebih seorang saja mengecam Anwar di Markas Tarbiyyah. Kemudian dia jadi elok dan tak marah lagi pada Anwar. Jika dia boleh hilang marah pada Anwar, tentulah boleh hilang marah juga pada Ustaz Hadi dan golongan proulama dalam PAS.
     
Apabila Mat Sabu dan rakan-rakannya hendak menubuh parti baru nescaya pecah PAS, tak kira terbelah, sompek atau serpih. Tentunya semua marah pada Mat Sabu dan rakan-rakan. Tetapi politik dan dakwah itu ada seninya.

Marah Nabi SAW pada Abu Sufian, Allah dan rasul-Nya saja yang tahu. Ketika baginda hendak membebaskan Mekah, bapa saudaranya Abbas menasihatkan baginda, betapa Abu Sufian itu suka dihormati, buat apa saja yang dapat dilihat Abu Sufian dihormati.
   
Baginda pun bersabda, dijamin selamat siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian. Lalu dia tidak menentang rombongan baginda membebaskan Mekah. Mulanya isterinya, Hindun marah Abu Sufian beriman. Akhirnya Hindun beriman sama. Dengan seni politik itu menambah mudah Mekah dibebaskan.
    
Jika ada sebarang marah PAS pada kumpulan 18, tunjukkan seni menghormati Mat Sabu dan rakannya, mungkin ada harapan Harapan dibatalkan. Jika ditanya Anwar usaha menubuhkan Harapan, Anwar pun mungkin tidak suka. PAS itu parti akidah. Saya tidak mahu kata membatalkan harapan itu menyelamat akidah. Saya hanya hendak kata, bagi menyelamatkan Mat Sabu dan rakan-rakannya.
    
Jika Harapan tak jadi, PAS mereka dapat diselamatkan dan PAS pun selamat. Yang semua mahu PAS jadi parti selamat. – HARAKAHDAILY 4/8/2015

Sumber HD - 4-8-2015

Jangan kata pecahan PAS justeru krisis dalaman

Posted on Monday, August 03 @ 09:49:19 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

PERPECAHAN PAS antara prokepimpinan ulama dan pro-DAP sejak lebih setahun lalu tidak sekadar kerana kelemahan pengurusan politiknya tetapi tidak terlepas dari kerangka perancangan lama gerakan anti-Islam dunia-Zionis dan biara.

Ia tidak terlepas dari lanjutan perang salib ke atas politik baharu Islam pasca penjajahan Barat. Kemunculan Ikhwan Muslimin dalam arus perdana politik baharu Islam di Mesir semusim dengan kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah Turki mencabar penjajahan fikiran yang ditinggalkan penjajahan Barat.


Di mana-mana baik di negara Islam dan di bumi penjajahan itu sendiri tumbuh gerakan Islam.

Anti gerakan Islam itu berjaya mengepung Ikhwan di mana-mana, meranapkan Syarikat Islam/ Masjumi di Indonesia, dari semasa ke semasa menutup parti Islam Turki, dapat seketika Hizbul Muslimin/ PAS dari menguasai politik Malaya/Malaysia tetapi tidak sepenuhnya dapat melumpuhkan pengaruh PAS dari berkembang hingga gara-garanya mengetuk tembok monopoli kuasa Umno di Putrajaya.

Tidak nampak politik PAS itu dominan dalam Pakatan Rakyat.

Seolah-olah ia tukang ikut KeADILan dan DAP saja. Tetapi ia adalah satu tenaga politik dan dakwah menyambung perjuangan para nabi. Jika dibiarkan pengaruhnya merayap ke tengah masyarakat bukan Islam, boleh mewujudkan msyarakat Malaysia berfikiran Islam sekalipun masih masyarakat majmuk.

Memang dari awal Lee Kuan Yew, mentor DAP dari Singapura itu tidak merestui pemerintahan PAS di Malaysia, tetapi dengan bersekutunya PAS dengan DAP boleh menggegar monopoli politik BN. Justeru, Lee telah datang menginterbiu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Direstuinya politik Pakatan itu asal jangan ada hudud. Tetapi muafakat itu boleh menyebarkan fikiran hudud dalam minda bukan Islam.

Ia amat dibimbang oleh masyarakat gereja di Barat. Setiap kunjungan NGO Barat dan pembangkang seperti rangkaian kelab sosialis dunia yang DAP adalah anggotanya bertanya PAS, apa yang memungkin PAS boleh bersama DAP dan apa yang memungkinkan DAP menerima PAS? Mesej mereka adalah mencemburui muafakat itu. Jika boleh ia tidak diteruskan. Justeru, DAP pernah meninggalkan PAS semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan apabila Anwar dipenjara sekali lagi, PAS membatalkan tahalufnya dengan DAP.

Sekalipun DAP dapat meminggirkan PAS, tetapi ia dapat orangorang PAS yang mahir politik sedia membentuk parti baharu pro-DAP.

Kecerdikan itu mungkin permulaan meninggalkan politik hudud atau membentuk parti baharu tanpa hudud seperti yang dikehendaki oleh DAP dan yang diingatkan oleh Lee Kuan Yew dulu.

Gara-garanya PAS hehilangan setengah tenaga politik mahir dan tinggallah ia dengan ulamanya, yang sekaliannya dikira pak-pak lebai. Tetapi pak-pak lebai inilah yang membentuk Hizbul Muslimin tahun 1948 dulu dan lebai ini juga meninggalkan Umno membentuk PAS tahun 1951.

Jika PAS dikira berpecah, maka ia kembali menjadi parti yang ditubuhkan oleh ulama dan parti para lebai, sedang parti Islam pro-DAP yang akan dibentuk adalah parti Islam yang tidak ditubuhkan oleh ulama, ia ditubuhkan oleh ahliahli fikir Islam dan mungkin tidak mengenengahkan ulama, justeru ulama itu tidak digemari oleh arus perdana dunia dan justeru politik lebainya.

Maka dalam tempoh 100 hari selepas gagasan grup 18 diperkenalkan, mungkin dunia dapat melihat PAS dapat dikepung seperti Ikhwan dan jika ia tidak dilenyapkan seperti Masjumi di Indonesia, penjajahan fikiran dari Barat dapat menjadikan PAS parti tidak relevan.

Haji Ahmad Fuad dan Dato’ Asri Muda gagal menjadikan PAS tidak relevan, maka semuanya menunggu apakah Mohamad Sabu dapat buat apa yang Haji Ahmad Fuad dan Asri tidak dapat buat.
Gagasan grup 18 ada sebab sendiri untuk membentuk parti Islam pro-DAP. Mereka tidak mahu Tuan Guru Haji Hadi saja. Jika ia dapat menguasai PAS dalam muktamar lalu, gagasan itu tidak berbangkit.

PAS itu sendirilah yang jadi parti Islam pro-DAP itu. Maka PAS dikira relevan.
Zionis dan biara dunia boleh berpuas hati PAS dapat dipecahkan.

Jika ia tidak dapat dihapuskan, ia boleh dilemah dan ia tidak mengancam kuasa Putrajaya dan tidak menyusah anti-Islam Barat.

Mengapa gereja itu takut sangat dengan PAS? Kerana ia membawa perjungan Islam. Hamka dalam tafsirnya al-Azhar menyebut, mulanya penganut Nasara tidaklah keras menghadapi Islam. Maharaja Rom, Herkulis yang memerintah semasa dengan Nabi Muhammad s.a.w., setelah bertanya tentang baginda dari Abu Sufian mengakui bahawa baginda adalah Pesuruh Allah yang baharu seperti yang Taurat dan Injil rakam.

Herkulis tidak menyahut seruan surat Rasulullah s.a.w. agar dia menganut Islam, bukan juste-ru baginda Rasul, tetapi justeru tidak mahu bercanggah dengan sekalian paderi dan sekalian penganut Nasrani di seluruh empayar Rom sama seperti sekalian orang bergelar tidak mahu bercanggah dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno.

Pandangan itu sama dengan pendirian sekalian paderi. Maka pemerintahan Rom tidak menghalang Islam berkembang di Afrika Utara dan Rom Timur termasuk Syam dan Semenanjung Arab.
Maka para paderi juga tidak keras menentang Islam.

Kebebasan yang diberi oleh Rom dan paderi itu, justeru keadilan yang dibawa oleh Islam, habis orang penganut gereja menjadi Islam hingga Islam jadi majoriti dari Somalia, Sudan hingga ke Maghribi. Mereka bukan sekadar jadi Islam tetapi jadi bangsa Arab dan bertutur dalam bahasa Arab.
Dari Syam, Palestin hingga sebahagian besar dari selatan Eropah menjadi bumi Islam. Hatta Sepanyol menjadi pusat empayar Islam Cordova selama lapan kurun.

Dengan perkembangan itu raja-raja Eropah dan para paderi merasakan agama Nasrani boleh pupus jika kebebasan beragama dibenarkan. Mula masa itu Perang Salib dilancarkan dan Nasrani mengambil sikap yang keras terhadap Islam. Mereka belayar dari Eropah untuk memburu Islam.

Misi awalnya jika boleh bentuk sebanyak- banyak negara Kristian di Asia dan Afrika termasuk wilayah yang diperintah Islam. Jika tidak boleh pisahkan orang Islam dengan al-Quran dan ulama.

Ia dapat dijayakan hampir dalam kebanyakan negara Islam al-Quran tidak jadi sumber hukum dan pakaian hidup.

Dalam politik moden selepas penjajah pulang ke sarang masing- masing politik demokrasi mengambil sikap yang liberal terhadap Islam. Ketika murid-murid penjajah mengambil kuasa kemerdekaan, mengepung gerakan Islam lebih keras dari yang penjajah pernah buat, ramai aktivis gerakan Islam lari ke Eropah dan Amerika.

Islam agama kedua selepas Kristian di England, Perancis dan lain seperti Jerman, Switzerland, dan Sweden. Kelonggaran yang ada menyebabkan banyak gereja tidak dipakai di Britain dijual kepada orang Islam bagi dijadikan masjid. Akhir gereja yang tidak diguna tidak boleh dijual untuk dijadikan masjid tetapi boleh dijual untuk lain-lain kegunaan.

Pelampau Kristian mengambil sikap anti-Islam yang keras. Rusia misalnya tidak memberi permit membina masjid. Dalam solat Aidilfitri yang lalu 2 juta orang Islam berjemaah di dataran Moskow. Seramai 70,000 solat di tanah lapang di Birmingham.

Maka jika tidak dihalang DAP berbaik dengan PAS, dengan keadilan Islam tidak mustahil pengundi DAP bersikap liberal terhadap Islam. Jika DAP tidak cepat-cepat tolak PAS, takut ramai bukan Islam tidak menjadi penentang hudud. Maka memecahkan PAS termasuk dalam rencana anti- Islam global.

Sumber DD - 3-8-2015



Seolah-olah kabinet anti penyiasatan 1MDB


Posted on Sunday, August 02 @ 12:19:08 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

APA yang orang boleh kata pada kabinet yang baru dirombak itu? Tidak salah kalau orang kata ia adalah idilfitri yang bersifat anti penyiasatan 1MDB yang sedang rancak menjalankan penyiasatan atas mala petaka syarikat kerajaan 1MDB yang juga satu mala petaka kepada negara.
    
Penyiasatan itu adalah suatu yang disarankan oleh Perdana Menteri Najib konon bagi menggambarkan ketelusannya dalam skandal terbesar itu.

Tiga tindakan diperkenan Najib. Pertama Penyiasatan Khas diketuai Peguam Negara Gani Patail yang publik tidak tahu dia sakit. Kedua, arahan audit oleh Juru Audit Negara dan ketiga siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam.
    
Pada pagi hari rombakan kabinet itu diumumkan, Gani Patail diberitakan ditamatkan khidmat serta-merta kerana sakit. Petang itu diumumkan rombakan kabinet menggugurkan Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diumumkan juga perlantikan pengerusi PAC dan dua lagi anggotanya sebagai timbalan menteri.
    
Perkembangan serentak sehari itu dilihat seolah-olah hendak menggendalakan penyiasatan yang sedang rancak atas 1MDB itu.
   
Semua tahu sejak skandal itu terbongkar Muhyiddin tidak senang dengn kejadian itu dan dia mahu Najib menyelesaikannya segera mungkin kerana ia boleh mengalahkan BN dalam PRU akan datang. Dimulakannya pandangannya itu sebagai peribadinya, bukan Umno dan kerajaan.
   
Muhyiddin tiada kompromi atas semua yang berkait dengan 1MDB. Dia mahu lepas tangan tetapi tidak meletak jawatan. Sikap Muhyidin itu paling menyusahkan Najib membendung penyiasatan supaya pro kepadanya. Ia tidak sesenang mencairkan pembunuhan Altantuya dan peletupan mayatnya dan lain-lain termasuk skandal kapal selam Scorpene.
    
Jika Muhyiddin ada lagi dalam kabinet, maka dia akan beri pandangan kedua atas dalih Najib atas isu itu.
    
Di luar kabinet, Gani Patail yang mewarisi Hang Tuah setia tidak berbelah bagi pada Raja Melaka, adalah Peguam Negara yang tidak pernah derhaka kepada semua Perdana Menteri tidak kira Perdana Menteri itu betul atau tidak. Orang yang amat dipercayai oleh Najib itu dikatakan ada sikap lain dalam kes 1MDB ini. Dia dikatakan tidak lagi mengendalikan penyiasatan itu seperti dia menangani isu liwat 2 Anwar dan Saiful dan tidak lagi seperti menangani kes Razak Baginda.
    
Dia dikatakan betul-betul hendak menyiasat termasuklah atas Najib dan isterinya. Bahkan dikatakan Gabenor Bank Negara Zeti setia dengan amanah penyiasatan bersama Gani. Dia juga didesas desuskan dijadikan sasaran pejabat Perdana Menteri. Tidak siapa tahu tentang ketua SPRM yang terus mereman orang tertentu dalam 1MDB. Anggota penyiasat yang dirasakan tidak bermasalah dengan  Najib hanya Ketua Polis Negara.
   
Gani belum jadi Hang Jebat tetapi tidak lagi jadi Hang Tuah 100 peratus. Adakah JPM tidak tahu  Gani sakit sebelum diamanahkan mengepalai penyiasatan? Apa sakitnya hingga dia diberhentikan serta-merta. Dia tidak tahu dia dipecat. Tiba-tiba tak boleh jalan kerja Peguam Negara lagi.
   
Nur Jazlan sedang rancak menyusun jadual memanggil orang yang dikehendaki. Dia dan beberapa orang lagi ahli PAC tidak diangkat jadi timbalan menteri selama ini. Sedang mereka rancak menyiasat, mereka dijadikan timbalan menteri. Terhalang siasatan hingga ada ketua baru yang ditentukan oleh Parlimen.
   
PAC tidak minta kerja itu tetapi PM Najib arahkan. Sekarang Najib keluarkan mereka daripada PAC.
    
Dengan semua perkembangan itu tidakkah Najib boleh dilihat sebagai menghalang penyiasatan atau semua perkembangan itu adalah anti penyiasatan?

Sumber DD - 2-8-2015        

Muhyiddin dibuang sebelum Najib dibuang

SUBKY LATIF | .


SETAHUN dulu, Jun 2014, saya menulis di Harakah tentang TS Muhyiddin Yassin hendak meninggalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebabnya dikatakan tidak seronok dengan pimpinan dan pentadbiran PM Najib.

Hanya pada 28 Julai 2015 baru hasratnya itu berjaya apaila PM Najib dikatakan merasanya payah untuk menggugurkanya dari kabinet tetapi amat senang melucutkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebab segera pembuangan itu justeru Muhyiddin tidak gembira dengan skandal 1MDB yang dipercayai Najib tidak suka menyelesaikannya. Banyak lagi yang Muhyiddin tidak gemar tentang tindakan Najib, kira-kira setengahnya telah Tun Dr. Mahathir dedahkan.

Sekarang cakap hendak membuang Najib berkembang. Dan Najib ingat Muhyiddin pernah membantunya membuang PM Abdullah Badawi. Tidak mustahil Muhyiddin yang rapat dengan Dr. Mahathir itu boleh membuang Najib. Maka sebelum Najib dibuang, maka cepat-cepa dia buang Muhyiddin dulu sebelum terlambat.

Tetapi dengan membuang Muhyiddin itu tidak pula Najib boleh selamat. Membuang Muhyiddin itu adalah termasuk satu pakej melambatkan dia dibuang. Antaranya menggendalakan sistem penyiasatan hantu raya 1MDB. Peuam Negara Gani Patail dibuang mengejut. Nur Jazlan dan beberapa anggota PAC dijadikankan Timbalan Menteri terpaksa mengosongkan jawatan dalam PAC.

Semuanya adalah ikhtiar politik Najib bagi melambatkan sistem penyiasatn tentang hantu raya 1MDB itu. Mungkin Najib mati dulu sebelum ia selesai?

Kedua Muhyiddin yang dibuang itu adalah Menteri Pendidikan. Bila TPM jadi menteri pelajaran banyak tugas transformasi perlu diprogram. Dia berhenti digantikan oleh Mahdzir Khalid, seorang yang tdak termasuk dalam 10 pimpinan utama UMNO. Menteri Pelajaran biasa adalah jawatan kanan kabinet.

Jika gantinya Khairy Jamaludin, barulah padan dengan kehebatan menteri yang pergi. Harapan orang pada menteri yang baru bermula dengan mendatar.

Tiada komen tentang pengguguran Hasan Malik yang pro saudagar karpet mendapat kemudahan puluhan juta dari Bank Rakyat hingga tahap skendalnya kurang sikit dari 1MDB.

Kita tidak tahu sebab Shafie Apdal dibuang. Adakah justeru membenarkan Mara membeli beberapa bangunan di Australia dengan harga menyolok mata?

Akan tetapi Shafie Apdal itu adalah Naib Presiden UMNO kedua. Apabila Zahid Hamidi jadi Timbalan Perdana Menteri, sepatutnya Naib Presiden kedua naik jadi orang kedua kanan dalam kabinet selepas Perdana Menteri. Jika ditakdirkan Najib mengosongkan jawatannya dalam waktu yang terdekat ini, wajarlah Zahid mengambil Shafie sebagai TPMnya disebabkan oleh kekananannya dalam parti dan dalam kabinet.

Apabila Shafie digugurkan dari kabinet, maka orang terkanan dalam kabinet selepas Zahid ialah Hishammuddin Hussein, sepupu Najib.

Memang telah banyak disaksikan Najib dikatakan mahu sepupunya menjadi gantinya sekalipun Zahid tercokoh di depannya.

Dengan membuang Muhyiddin dan Shafie Apdal orang boleh berkata. Ia boleh memberi jalan pintas kepada Hishammuddin untuk menjadi pengganti Najib atau sekurang-kurangnya jadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam sejarah Malaysia lebih ramai TPM tidak jadi PM. Johor sendiri teermasuk Muhyiddin ada empat TPM. Hussein Onn saja yang jadi PM.

Maka orang boleh kata rombakan kabinet itu adalah satu helah Najib bagi menjadikan sepupunya menjadi pengantinya. Dengan sepupunya jadi pengganti, moga-moga segala kerenah Najib tidak akan ditakwil.

Yang jadi perhatian sekarang adakah redha Muhyiddin atas pembuangannya itu, dia biarkah saja Najib bermaharajalela melakukan kerosakan kepada negara?

Moga-moga Luncai bangun dengan labu-labunya, galakkan! Galakkan! - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Sumber HD - 31-7-2015



















Jika YB larikan kerusi, bermaruahkah Anwar, LKS?

SUBKY LATIF | .


JIKA Islam tidak dapat laksanakan peraturannya tidak dapat berbuat apa-apa kepada umatnya yang murtad, maka tidak banyak yang PAS dapat buat jika wakil rakyat meninggalkan parti dan membawa lari kerusinya bersama.
    
Ia hanya boleh berkata kepada yang melompat itu, lompat setinggi mana yang lalu. Tetapi tinggalkan kerusi. Tiada apa yang suami dapat buat terhadap isteri yang ada buah hati lain melainkan menerima hakikat bercerai.
   
Jika kita seperti setengah negara Arab, isteri seperti itu ditembaknya saja. Kita tidak boleh buat begitu.
   
Kita boleh berfikir, wakil rakyat parti isteri tidak boleh lompat parti, jika politik wakil rakyatnya sudah tidak dapat terima partinya, jika dia bermaruah, jangan larikan kerusi sekali!
   
Jika lari dengan kerusi sekali, tidak usah loyar buruklah dengan menjustifikasi begitu dan begini bagi menghalalkan cara.
   
Jika dikatakan dia tidak perlu meletak jawatan, maka tentangan mereka dulu atas sikap tiga Adun Pakatan Rakyat Perak – dua dari PKR dan satu DAP – mengisytihar diri sebagai Adun Bebas hingga mati tidak bererti lagi.
   
Semuanya dari PAS, DAP dan PKR kutuk perbuatan tiga Adun itu hingga menyebabkan kerajaan Pakatan di Perak terkubur.
   
Seronokkah pimpinan PAS yang melompat itu melihat ada orang-orang yang membantah natijah lompat tiga Adun itu mengadakan tunjuk perasaan terhadap Raja dan gara-garanya ada yang terpenjara?
   
Paling kecewa atas kejadian itu ialah Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang dilucutkannya kerana kejadian yang tidak bermoral itu. Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden, Adun Pakatan bersidang di bawah pokok.
    
Jika wakil rakyat tidak merasa salah melarikan kerusi itu, maka mereka seolah-olah meredhai tindakan terkutuk Adun tiga serangkai Pakatan Perak itu dulu. Bukankah kejadian tidak bermaruah mereka dulu bukan sekadar menyayat hati sekalian ahli dan TG Haji Hadi Awang, bahkan ia lebih menyayat hari DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dan pengikut parti masing-masing.
   
Adun PAS tidak menjadi angkara masa itu. Yang menjadi angkara ialah Adun orang lain.
   
Kita telah menyaksikan hati orang PAS itu telah dikecewakan, maka apakah orang tidak terkesan lagi jika orang dari darah dagingnya sendiri lari dengan membawa  kerusi sekali.
   
Kiranya hingga akhir kerusi atas nama PAS itu tidak dipulangkan, tidak menyebabkan PAS merana seperti orang ditinggalkan kekasih.
   
Tetapi tindakan mereka itu tentu boleh menyusahkan Anwar Ibrahim yang sedang disusahkan oleh politik rakus Umno/BN sekarang. Anwar sudahpun bercakap tentang harapan barunya membuat Pakatan lain dengan keanggotaan PAS digantikan dengan orang PAS yang meninggalkan PAS.
   
Dan Kit Sing tiada pilihan melainkan menerima pemberontak PAS itu tetapi tentulah mereka tidak dilihat bermaruah jika menerima wakil rakyat yang melarikan kerusi bersekongkol dengan pakatan barunya.
   
Mereka sudah kutuk Adun mereka yang khianat dulu, maka mungkinkah bersetuju pula menerima wakil rakyat yang kira-kira perbuatan itu sama dengan Adun mereka dulu. Dulu kita kata Najib tidak bermaruah kerana menerima sokongan Adun luar tidak bermaruah. Jika Anwar dan Kit Siang pula pejam mata saja terhadap Wakil Rakyat yang melarikan kerusi itu, apa hendak dikatakan kalau Najib kata, kamupun serupa aku juga?
   
Apapun Anwar bebas menerima ganti PAS dalam harapan politik barunya, tetapi dia boleh dilihat bermaruah menasihatkan wakil rakyat yang melarikan kerusi iu pulangkan kerusi itu kerana Anwar  sudah kutuk Adunnya yang membuat tahi dulu. – HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-20115

YB PAS tak wajar pertikai bai’ahnya

SUBKY LATIF | .


APAKAH ikrar bai’ah/sumpah calon PAS dalam pilihan raya sah atau tidak syaraknya mungkin suatu perkara khilaf pada ulama seperti yang diketahui sekalian penuntut Islam. Ulama-ulama mazhab sendiri khilaf dalam banyak perkara dan khilaf itu bukan suatu yang buruk justeru semuanya dilakukan kerana Allah untuk mendapat jawapan terbaik dalam hal-hal dipertikai tadi.
   
Adapun ikrar bai’ah bagi setiap calon PAS itu asalnya diterima baik oleh setiap ahli dan penyokong PAS termasuklah para calon itu. Antara isinya ialah calon berikrar akan dilaknat atas khianatnya calon dan sebagai wakil rakyat.
    
Saya yang banyak kali bertanding dan kalah terasa amat lega, kerana kekalahan itu membebaskan saya daripada ikrar semasa menerima tauliah pencalonan. Beban bai’ah itu bukan sekadar terpikul sesudah menang, bahkan terbeban semasa menjadi calon. Calon sendiri boleh khianat apabila sengaja merosakkan kertas pencalonan supaya pencalonannya ditolak atas apa jua sebab, atau calon menarik diri sesudah menjadi calon dan lain-lain.
    
Khilaf timbul apabila wakil rakyat bermasalah dengan partinya dan mengira ikrarnya tiada apa-apa obligasi dengan agamanya. Lalu ada mufti mengira bai’ah itu tidak sah. Tentulah menyeronokkan YB yang bermasalah dengan partinya.
    
Khilaf ini mungkin berpanjangan. Yang mengadakan bai’ah itu orang alim belaka dan yang mengira bai’ah itu tidak sah pun orang alim juga. Para ulama mazhab zaman dulu tidak berbalah apabila mereka khilaf dan tidak kata tidak betul kepada yang berbeza pendapat itu. Sebab itulah hingga sekarang ada yang qunut solat subuh dan ada yang tidak.
   
Adapun bai’ah bagi calon PAS telah ada lama. Zaman Dr. Burhanuddin dan Prof. Zulkifli Mohamad dulu sudah ada. Tujuannya ialah bagi mengikat calon dan wakil rakyat komited kepada amanah  dan tidak mengkhianati parti. Mereka bukan calang-calang ulama. Ulama zaman Datuk Asri, zaman Yusof Rawa dan zaman Ustaz Fadzil Noor tidak pernah pertikai apa yang ulama sebelum mereka putuskan.
   
Haji Yusof dan Ustaz Fadzil sendiri melafazkan bai’ahnya. Ertinya mereka tidak kata apa-apa. Jika bai’ah itu sia-sia, mengapa mereka berbai’ah dan membenarkannya. Membuat kerja sia-sia itu bukan saja tidak berpahala tetapi tidak termasuk hal yang digalakkan oleh Islam.
   
Mungkin orang asing kira bai’ah itu tidak demokratik dan berfikiran terbuka, mahu mengongkong dan membelenggu manusia. Dr. Mahthir sebagai Perdana Menteri tiba-tiba kenakan aku janji kepada pegawai kerajaan. Tidakkah itu satu bentuk bai’ah juga? Bezanya PAS mengira bai’ah itu termasuk ajaran Islam dan ada pahala. Tidak dipastikan adakah Dr. mahathir mengira aku janji yang dikenakan itu berpahala juga.
    
Apapun wakil rakyat PAS pernah bersetuju berbai’ah. Tentulah mereka mengiranya tidak salah. Jika ia perbuatan yang salah, maka mengapa mereka rela berbai’ah? Patutnya mereka bantah. Biar tidak menjadi calon asal tidak subahat atas kerja salah.
   
Bahkan ada bai’ah memasukkan cerai talak tiga dengan isteri kiranya ia khianat. MB Kelantan mengesahkan bai’ah yang demikian. Jika tidak silap, Selangor pada zaman Pesuruhjaya Datuk Hasan Ali berbangkit perkara itu. PAS Pust pernah bertanya, mengapa ada bai’ah seperti itu? Ia satu teguran, bukan larangan.
    
Jika bai’ah itu dikira satu kezaliman dan mengongkong kebebasan manusia, maka saya kira elok jangan masuk PAS dan jangan jadi calon PAS.
    
Sama ada bai’ah itu baik atau tidak, calon yang dilihat berbai’ah wajar ada maruah. Sekadar janji mulut, bukan bai’ah, orang yang ada maruah mengelak daripada mungkin janji, maka apalah lagi bai’ah. Wajar berhati-hati supaya tidak melanggar bai’ah. – HARAKAHDAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015


Mengapa Ahmad Awang tak ketuai parti baharu?

Posted on Monday, July 27 @ 14:36:28 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

JUSTERU tiada apa-apa kuasa pada PAS dan pemimpinnya untuk menghalang sesiapa hendak keluar parti dan menubuh parti lain atau masuk parti lain, seperti tiada kuasa dapat menghalang Ustaz Ahmad Awang bertanding sebagai calon Presiden mencabar TG Haji Abdul Hadi Awang, maka apa yang dapat dibuat bagi menghalang para pemimpinnya yang tidak terpilih dalam Muktamar untuk mmbentuk parti baru.

Islam ada peraturan ketat tentang murtad, itupun hampir tiada negara-negara Islam sekarang menguatkuasa peraturan itu. Apa lagi tiada fatwa membolehkan dihukum orang PAS keluar daripada PAS.
   
Maka sebagaimana PAS tidak dapat halang Datuk Mohd Nasir membentuk Berjasa dan Datuk Asri membentuk Hamim, maka semuanya terpaksa terima Mohamad Sabu dan Dr. Zulkifli Ahmad menubuhkan parti sendiri, suatu yang PAS tidak suka.
    
Cuma yang menarik perhatian ialah mengapa mereka tidak namakan Ustaz Ahmad Awang sebagai pengerusi penaja parti itu? Sedang mereka sebelumnya mencalonkan dia calon Presiden menentang TG Haji Abdul Hadi.
    
Sekalipun dia tidak mendapat pencalonan terbanyak, tetapi calon yang menerima lebih pencalonan secara rela memberi laluan kepadanya dengan alasan kelebihannya yang mereka kata setanding denan calon yang bertahan.
   
Sekalipun Ustaz Ahmad Awang hadir dalam pertemuan dan perbincangan bagi membentuk parti baru itu, tetapi disepakati Mohamad Sabu bakal dijadikan ketua penajanya dan Ustaz Ahmad tidak termasuk dalam senarai pimpinannya.
   
Sedang sebelumnya dia disepakati bagi menjadi calon menentang TG Haji Hadi. Tiada orang lain sedia jadi calon melainkan Ustaz Ahmad Awang.
   
Mungkin beliau menarik diri atas sebab-sebab syarie. Tetapi jika beliau sanggup menjadi calon Presiden, yang jika berjaya akan menggalas  tugas yang berat, maka tidak berbangkit keupayaannya memimpin parti baru sekalipun tanggungjawab yang digalas juga berat. Jika dia sedia menjadi Presiden PAS, maka dia juga tentu bersedia memimpin pati baru.
    
Mungkin beliau disediakan untuk menjadi Mursiydul Am dalam parti Islam yang didakwa pogresif itu. Seperti yang pernah diharapkan oleh Pasma ketika pelancarannya dulu. Namanya telah disebut untuk jadi Mursyidul Am, tetapi perkara itu kemudiannya senyap.
   
Jika kumpulan 18 itu mengira beliau adalah calon Mursyidul Amnya, ia tidaklah jadi halangan untuk  ketika yang sama menjadi Presidennya seperti yang pernah berlaku dalam PAS ketika Majlis Syura Ulamak mula dibentuk dulu.
   
Ketika majlis itu diwujudkan, Presiden PAS ialah Haji Yusof Rawa. Semua orang tahu kesihatannya sudah tidak baik, tetapi ia tidak menghalangnya untuk sekali gus menjadi Mursyidul Am dan Presiden. Kita tahu pimpinan jamaah adalah secara kolektif. Segala kekurangan yang ada pada Mursyidul Am dan Presiden akan jadi ringan justeru bantuan pimpinan yang kolektif itu.
   
Jika dia boleh dijadikan calon Presiden PAS tiada sebab dia tidak boleh menggalas pimpinan utama parti baru yang akan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat yang baru.
   
Kecuali pencalonannya untuk jadi Presiden dalam Muktamar PAS dulu tidak dibuat secara bersungguh untuk menggantikan Presiden yang ada. Atau dalam kata lain bukan sangat diyakini penggantian itu boleh dilakukan, tetapi sekadar mahukan ada satu pertandingan dengan alasan tertentu.
    
Apapun Ustaz Ahmad Awang mesti mereka pertahankan dan jika boleh apabila parti itu dilancarkan, dia jadi ketua dan Mohamad Sabu jadi timbalan sekurang-kurang bagi peringkat awal penubuhan parti.

Sumber DD - 28-7-2015      
  

Najib dikata pengecut

Posted on Thursday, July 23 @ 14:13:18 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

ADA orang dikatakan tergamak kata Pedana Menteri Najib adalah seorang pengecut. Kesnya bukan apa! Najib dijadualkan bersetuju bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menyelesaikan perbezaan antara mereka. Itulah harapan banyak orang supaya krisis antara keduanya tidak berpanjangan. Semuanya percaya, jika ia tidak diselesaikan, yang rugi, negara, rakyat terutama umat Islam.

Justeru Mufti Perak sedia menjadi orang tengah bagi menemukan mereka.
Najib dikatakan telah bersetuju. Tiba-tiba dia tidak datang kerana konon dinasihatkan oleh polis.

Maka ramai yang kecewa marah hingga dikatakan ada yang kata Najib pengecut. Itulah orang marah, depa boleh kata semua.

Apabila saya diberitahu dia dikatakan pengecut, maka reaksi saya betulkah dia pengecut? Mungkin betul dan mungkin tidak, justeru yang kata demikian adalah dipengaruhi marah.

Tetapi reaksi dan persepsi itu ada kemungkinannya dengan apa yang saya dengar sekitar 40 tahun ketika Perdana Menteri Tun Razak berdepan dengan krisis keyakinan dalam kalangan setengah pimpinan Umno ketika itu.

Krisis besar Umno itu adalah antara Tun Razak Presiden Umno dan Datuk Harun Idris ketua Pemuda Umno. Ia juga dikira Umno di satu pihak dan Pemuda Umno di satu pihak lagi.

Almahum Tan Sri Jaafar Albar, satu-satunya pemimpin Umno yang bergelar Singa Umno adalah rakan karib Datuk Harun. Penyokong kuat Pemuda Umno dan kemudiannya menggantikan Datuk Harun sebagai ketua Pemuda Umno.

Saya selalu dengar daripada Almarhum tentang Tun Razak dikatakan seorang pengecut. Dalam kalangan orang-orang Umno yang berkumpul mempertikai Tun Razak itu selalu menyebut Tun Razak seorang yang pengecut. Cuma Datuk Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung Umno yang rapat dengan kedua belah pihak kata, kata mereka itu mengarut.

Kata mereka, antara yang Tun Razak paling takut ialah Dolah Ahmad, Setiausaha Politik Tun Razak dan semasa Tun Razak jadi Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Kok Lanas jadi Timbalan Menteri.
Saya tidak tahu betulkah dia ditakuti Tun Razak dan kalau betul apa yang menyebabkan dia takutkan pembantunya?

Tetapi itulah yang Tan Sri Albar dan rakan-rakannya kata.

Tan Sri Dolah Kok Lanas itu masih ada, seorang kolumnis harian tabloid di Shah Alam boleh jelaskan jika dia tahu mereka kata dia dan Tun Razak begitu dan kalau betul tentu dia boleh tulis dalam tulisan mingguannya.

Memang saya tahu kolumnis itu adalah orang politik yang paling berpengaruh pada masa itu, bahkan lebih berpengaruh daripada Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Najib masa itu adalah seorang jejaka di kota London.

Apabila sekarang ada orang kata Najib pengecut, maka teringatlah saya akan apa orang kata padahnya dulu. Jika apa yang didakwa itu sekadar tuduhan dan persepsi, apa persepsi dan tuduhan diwarisi dari ayah kepada anak.

Memanglah antara sifat seorang ayah secara bialoginya diwarisi oleh anaknya. Jika ayah berani, anak juga berani. Jika ayah pintar, anak juga patut pintar. Satu yang sudah pasti Tun Razak diwarisi Najib ialah Perdana Menteri. Ayah Perdana Menteri anak pun Perdana Menteri. Tetapi pengecut itu betul atau tidak perlukan siasatan saintifik.

Apabila Najib dikatakan pengecut dan ayahnya juga ada yang kata pengecut, ahli psikologi mungkin wajar menakan kajian biologi. Kaji adik-beradik Tun Razak dan adik-beradik serta anak-anak Najib tentang warisan itu. Memang ajaib juga anak dan ayah dikatakan ada sifat yang sama.

Sumber DD - 23-7-2015 
















Islam pun serang ulama
Posted on Tuesday, July 21 @ 19:05:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Subky Latif

SAYA sangka dulu musuh Islam termasuk penjajahan yang anti ulama. Dan apabila kita merdeka tidaklah lagi ada yang tidak senang dengan golongan ulama.

Rupanya tidak. Malah anasir ulama itu bukan saja ada dalam negara umat Islam. Ia ada dalam kalangan orang Islam sendiri, bahkan antara pejuang Islam – parti Islam.

Hatta yang kecoh dalam PAS hingga ia pecah sekarang, kesnya ialah mempertikai pimpinan ulama.

Saya masyghul selama ini ulama dibunuh bukan saja dalam masyarakat yang Islam ada minoriti, tetapi biasa kita dengar ulama di bunuh di negara Islam seperti Iraq, Syria, Mesir dan lain-lain.

Dunia tahu Mesir pernah dikira negara Islam contoh sebab ia ada kilang menghasilkan ulama untuk dunia. Tapi semua tahu bapa politik Islam moden yang membentuk Ikwanul Muslimin, Imam Hassan al-Banna dibunuh dan sahabat karibnya yan menghasilkan tafsir Fizilalil Quran, Sayyid Qutb mati digantung oleh kerajaan Mesir.

Kita ingat ia berlaku semasa demokrasi tidak merata di dunia. Sesudah dunia berada pada zaman pro demokrasi sekarang, Mesir menjatuhkan hukum bunuh terhadap Sheikh Yusuf Qardawi sedang beliau adalah ulama tersohor dihormati di dunia.

Bagi umat Islam Malaysia, Dr. Qardawi seolah-olah ganti Imam Syafie dan Imam Ghazali dan lain-lain. Tetapi dia dibenci oleh semua pemimpin demokrasi barat dan dia diusir oleh tanah airnya Mesir.

Jika dia pulang, hukum bunuh menunggunya. Malaysia menghormatinya dan ilmunya.

Apabila dia membentuk dan memimpin badan ulama sedunia, dia dan ulama-lain lain terkemuka di dunia, memilih TG Haji Abdul Hadi Awang jadi timbalannya. Tetapi ramai orang Melayu antinya bahkan ada orang PAS membencinya hingga keluar parti.

Di mana-mana saja penjajah barat masuk negara Islam sejak 600 tahun dulu selain menyerang Islam, mereka musnahkan maruah dan wibawa ulama hingga orang Islam yang terjajah bencikan ulama.

Tidak henti-henti para ulama mempelopori kemerdekaan dari satu zaman ke satu zaman. Apabila penjajah tidak dapat bertahan mereka upah boneka Islamnya bagi menjadi pemimpin kemerdekaan di negara masing-masing hingga jasa ulama sebagai pelopor kemerdekaan hilang dalam bakul sampah kemerdekaan.

Kita kutuk penjajah dan bonekanya kerana merampas mahkota pelopor kemerdekaan daripada golongan ulama.

Tanpa disedari antara waris pejuang ulama dalam PAS kadang-kadang tidak meletakkan ulama di tempat selayaknya justeru ulama rata-rata jadi rendah diri gara-gara ratusan tahun serangan penjajah.

Menyedari kekurangan ulama itu maka bangkit Pemuda PAS mempelopori kepimpinan ulama bagi membangun semula wibawa institusi ulama.

Anggota PAS semua lapisan berdiri di belakang ulama, maka PAS bangun daripada kelemahan dalam era kepimpinan ulama hingga ia muncul sebagai alternatif bagi menggantikan Umno.

Sama seperti boneka penjajah datang merampas tempat ulama di ambang kemerdekaan, berlaku dalam PAS angin mempertikai tafsir kepimpinan ulama, suatu yang tidak dipertikai sejak awal tahun 80-an. Ia memadai setakat Majlis Syura Ulamak. Presiden dan timbalannya tidak semesti ulama. Ia boleh dikira percubaan mengambil alih pimpinan PAS ketika PAS berada di pintu masuk Putrajaya.

Ia mencetuskan pertempuran sengit dalam PAS antara proulama dan golongan mendakwa properubahan. Sekalipun proulama mengatasi lawannya dalam pemilihan tetapi atmosfera sejak pertikaian beberapa tahun terakhir ini telah mencederakan imej ulama.

Seoleh-olah anti ulama itu bukan terhad kepada penjajah dan bonekanya dalam kalangan orang Islam, cakap-cakap antara orang PAS sendiri terperangkap dalam mentakwil ulama/tok guru. 
Sumber TKO - 21-7-2015


















Di celah Nuzul Quran dan Lailatul Qadar

SUBKY LATIF | .


SETIAP tahun sebelum saya menyertai PAS dan sesudah berada dalam PAS hujung tahun 70-an tiap-tiap Ramadhan PAS di sana sini mengingati peristiwa besar pernah terjadi dalam bulan Ramadhan dikaitkan sejarah itu dengan perjuangan PAS.

Atas semagat peristiwa itu dan perkembangannya, jadi inspirasi kepada PAS dan gerakan Islam seglobal menyemarak dan mengukuhkan jihadnya bagi membentuk order Islam di sana sini.

Peristiwa besar dan pnting itu ialah 17 belas Ramadhan dan sepuluh malam terakhir bulan puasa.

Dua kejadian penting sempena 17 Ramadhan iaitu hari anugerah Allah paling besar kepada manusia kerana diturunkan al-Quran ke langit dunia bagi disalurkan kepada Rasulullah beransur-ansur selama 23 tahun. Dan pada hari besar itu juga Nabi mengepalai jihad kemenangan Islam atas kuasa musyrikin jahiliyah Quraisy dalam perang Badar al-Kubra, permulaan kecemerlangan Islam dan permulaan kehancuran tentera jahiliyah.

Pada malam Nuzul Quran itu dimasyhurkan Muhammad sesbagai nabi dn rasul terakhir membawa rahmat kepada sekalian alam. Hari itulah permulaan masyarakat jahiliyah membenci baginda sedang sebelumnya baginda adalah putera Arab yang paling mereka percayai.

Pada perang Badar itulah terbunuhnya bapa jahiliyah Arab yang utama Abu Jahal dan atas kekecewaan kemenangan Islam itulah penentang utama Rasulullah, Abu Lahab diserang sakit jantung dan mati.

Dan al-Quran yang diturunkan itu adalah mukjizat terbesar sepanjang sejarah para nabi dan rasul dan sumber cahaya utama bagi sekalian makhluk hingga kiamat.

Atas rahmat utamanya adalah untuk Islam maka PAS sepanjang masa membaharui api perjuangannya mengingati Nuzul Quran dan kemenangan Badr al-Kubra.

Maka pada 10 malam terakhir Ramadhan itu PAS bercakap menyeru penyokongnya dan umat Islam umumnya beriktikaf di masjid dan di mana-mana tempat ibadat orang Islam kerana dalam tempoh itu rombongan malaikat Lailatul Qadar ke atmosfera dunia bagi menganugerahkan sesiapa yang menyambutnya syafaat pahala yang lebih baik dari ibadat seribu bulan.

Lebih baik dari 1,000 bulan, mungkin tidak sekadar 1000 bulan. Mungkin 1,500 bulan, mungkin 2,000 bulan.

Pada 10 malam terakhir itu bahagian dunia yang malam sesak dengan malaikat, masng-masing meninggalkan tempat yang siang kerana ziarah dan anugerah itu untuk malam saja. Maka malaikat itu berpusu dan bersesak di bahagian kedua malam. Bukan sekadar bandar-bandar dan lebuh raya sesak dengan manusia dan kenderaan menjelang Idilfitri itu, bahkan dunia ktika itu padat dengan malaikat.

Lailatul Qadar datang memberi anugerah kepada orang soleh dan taubat yang berjaga malam. Bagi yang taubat, mungkin kosong pahalanya sebelum taubat. Apabila taubat hapus dosanya, tetapi kosong pahalanya. Maka Allah beri sekali saja Lailatul Qadar nescaya buku amalan soleh mereka. Jika dia dapat lebih dari sekali Lailaul Qadar, maka bergandalah tebal buku amal soleh itu.

Maka setiap datang Ramadhan, ramai pejuang PAS mengingatkan dirinya dan orang ramai supaya mengisi peluang yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadhan itu. Mengingatkannya berpahala dan lagilah menghayatinya sendiri.

Tetapi tidak pasti apakah orang PAS cukup masa berwaspada dengan hikmah dan rahmat Nuzul al-Quran, perang Badar dan anugerah Lailatul Qadar kali ini justeru banyak persiapan bagi membentuk wadah baru pro DAP bagi menggantikan ruang yang dikosongkan PAS dan bagi yang tidak terlibat mungkin menggunakan masa bimbang tentang ancaman hilang sokongan bagi PAS. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

Sumber HD - 15-7-2015

Tun Musa setuju Najib cuti

SUBKY LATIF | .


TUN Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri adalah seorang yang jarang membuat kenyataan politik selepas berundur daripada politik juga setuju supaya Perdana Menteri Najib bercuti bagi memudahkan penyiasatan ke atasnya atas dakwaan media The World Street Journal.
     
Musa menyertai banyak pihak mahu Najib berbuat demikian. Kebanyakan mahu dia cuti adalah anti Najib dan musuh politik Najib.
     
Sekalipun Musa menyatakan demikian, tidaklah dia memihak kepada Dr. Mahathir yang lantang mahukan Najib berundur dari jawatannya. Mungkin seruan itu memberi kemenangan moral kepada Dr. Mahathir tetapi apa yang terbaik yang Musa boleh kata tentang masalah yang Najib hadapi sekarang?
     
Tun Musa memang tidak boleh tidak bercakap tentangnya sekalipun dia selama ini berdiam diri tentang persoalan Najib. Pembangkang tidak pernah memberi kepercayaan kepada Najib sejak sebelum jadi Perdana Menteri lagi. Yang mahu sangat dia jadi Perdana Menteri tidak lain dari Dr. Mahathir sendiri. Mahathir sendiri akhirnya jadi orang utama mahu dia berhenti.
    
Macam-macam orang tohmah Mahathir atas tindakannya itu. Mahathir adalah Perdana Menteri yang membuang semua Timbalan Perdana Menterinya kecuali Tun Abdullah Badawi yang menggantinya sebagai Perdana Menteri. Timbalannya yang awal yang dibuangnya ialah Musa Hitam. Selepas tidak jadi Perdana Menteri dia hendak buang pula Perdana Menteri selepasnya. Dia bejaya buang Pak Lah. Kini dia hendak buang Najib pula hingga banyak yang berkata, apa kena Mahathir?
     
Orang boleh kata dia gila dan nyanyuk. Tengah orang marahkan Mahahir itu meletup dakwaan atas Najib oleh WSJ yang menyebabkan semua tidak dapat telan dan tidak dapat luah. Dia mesti disiasat. Macam mana hendak menyiasatnya jika dia tercokoh di situ?
    
Orang bawah dagu Najib seperti Tan Sri Rahim Tamby Chik antara yang dulu mahu dia cuti. Rahim bukan sekadar sekutu Najib sejak sebelum jadi Ketua Pemuda Umno. Jika tiada Najib lagi belum tentu dia jadi ketua RRI – Institut Penyelidikan Getah – lagi.
   
Sekalipun Musa tidak makan gaji dengan Najib, tetapi Musa adalah seorang yang suka membantu dan memberi khidmat kepada siapa saja yang menjadi Perdana Menteri. Dia dipercayai tidak minta kerja dan jawatan daripada sesiapa. Justeru wibawa dan integritinya dia ditawarkan berbagai jawatan penting oleh semua Perdana Menteri hatta Mahathir yang membuangnya dari politikpun memaksanya menjadi Pengerusi Suhakam yang pertama.
    
Dr. Mahathir datang sendiri kepadanya menyerahkan surat perlantikan pengerusi Suhakam. Ditolaknya. Mahathir bawa pulang surat itu tetapi mengeposnya ke alamat Musa. Terpaksa dia terima. Demikianlah penghormatan semua kepadanya.
   
Musa cuma pernah terlibat bersama Dr. Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman Putra selepas 13 Mei, 1969 hingga dia dipecat dari jadi Timbalan Menteri. Itulah saja dia ada masalah dengan orang yang jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada pun dengan Dr. Mahathir tidak pasti apa masalahnya tetapi rasanya bukan berpunca daripada salah laku tetapi Dr. Mahathir tidak mahu kerajaannya dikenali dengan kerajaan 2M – Mahathir-Musa. Orang mungkin keliru siapa Perdana Menteri antara keduanya.
   
Adapun dengan Tunku, setelah Tunku bersara dan Musa jadi Menteri, dia baiki hubungan dengan Tunku hingga Tunku hilang marah padanya. Musa adalah dikira penasihat penting kepada PM Abdullah dan PM Najib.
   
Banyak keburukan yang dikatakan tentang Najib, dia diam dan terus berkhidmat dengannya terutama sebagai ketua Forum Ekonomi Islam Dunia.
   
Pernah saya tertanya mengapa dia membisu dan terus berkhidmat dengan Najib dalam suasana orang kata Najib semuanya buruk. Sekarang baru berbunyi. Cutilah! Itu nasihatnya. – HARAKAHDAILY 15/7/2015

Sumber HD - 15-7-2015



















Larangan bercakap tentang 1MDB




















SUBKY LATIF | .


KERAJAAN dikatakan hendak mengadakan larangan kepada orang ramai bercakap tentang 1MDB termasuk melalui media baik maya ataupun tidak.
    
Kita tidak tahu cara mana ia hendak dilaksanakan dan apa hukum jika larangan itu dilanggar.
    
Justeru pentadbiran Najib adakah kerajaan serba mungkin, yang tak masuk akal pun boleh masuk akal.
    
Ada gelinya jika larangan itu hendak diperundangkan. Ia mengingatkan saya kepada sindiran Munsyi Abdullah dalam hikayat pelayarannya ke Terengganu.
   
Semasa di negeri itu dia mendapati terdapat larangan berpayung di hadapan istana. Saya tidak tahu apa hukumnya jika peraturan itu dilanggar. Tetapi siapa yang berjalan di depan istana terpaksalah menguncupkan payungnya.
   
Maka komen Munsyi Abdullah, mengapa tidak diadakan peraturan melarang burung terbang melintasi ruang udara istana. Setakat itu hikayat itu yang saya ingat.
   
Tidaklah payah peraturan itu dilaksanakan. Kuncup saja payung apabila melintasi depan istana.
    
Tetapi masalahnya apakah keperluan payung. Dalam keadaan biasa tidak perlu payung ke mana-mana. Tetapi ia perlu ketika cuaca panas terik dan hujan. Yang berjalan tanpa payung ketika itu terdedah kepada serangan penyakit. Kalau Raja dalam suasana redup pun mesti dipayungi, apa salahnya rakyat berpayung bagi mengelakkan hujan atau panah terik matahari?
   
Tetapi itulah peraturan yang tidak masuk akal.
   
Jika dikuatkuasakan larangan bercakap tentang 1MDB, bagaimana rakyat hendak melepas perasaan mereka? Perkara yang semua rasa patut dicakapkan, jika tidak pecah dimulut nescaya ia pecah di perut. Jika ia pecah di perut masing-masing, nescaya ramailah yang terkena penyakit radang. Radang boleh menyebabkan kena darah tinggi, naik darah atau serangan jantung.
    
Ketika kita hendak mewujudkan masyarakat dinamik dan tahan lasak bagi merancakkan pembangunan, rakyat Malaysia akan jadi masyarakat yang murung.
    
Akan tetapi larangan itu dikatakan terhadap 1MDB saja. Banyak lagi isu yang boleh dicakapkan selain daripada isu 1MDB. Belum ada cadangan untuk melarang bercakap tentag Altantuya, tentang skandal pembelian kapal selam dari Perancis, tentang pembelian bangunan mahal di Melbourne, tentang pembelian jet eksklusif baru.
   
Hal-hal itu saja tidak cukup masa unuk disembangkan dan tidak cukup masa untuk dimuat dalam laman web.
   
Banyak lagi perkara yang orang hendak dengar daripada Dr. Mahahir dan beliau boleh tulis apa saja yang lain tentang kelemahan pemerintahan dan perdana menteri.
  
Yang saya masyghulkan ialah cara mana larangan ia hendak dikuat kuasa supaya kes 1MDB dapat digelapkan. Mungkin media dapat disekat. Permit Penerbitan boleh dibatalkan atau akaun facebook boleh ditutup.
    
Tetapi orang boleh bercakap di kedai kopi dan di jalanan. Sembang di tempat seperti ini lebih bahaya kerana cerita seinci boleh ditambah jadi sedepa.
   
Bahkan ia akan mengembalikan semula masyarakat menyebarkan surat layang. Surat layang itu khas atas 1MDB saja. Yang lain mereka boleh gunakan saluran biasa.
    
Atau orang boleh jadi lebih kelakar dengan menyebarluaskan isu kepada umum dengan menggunakan dalam muqadimahnya Haji Bakhil Tidak Tulis Surat Ini. Tetapi isinya penuh tentang hal ehwal 1MDB. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015

Najib tunggu tindakan politik





















SUBKY LATIF | .


GARA-gara siaran The World Street Journal tentang Perdana Menteri Najib memasukkan sekian banyak duit yang dikatakan kepunyaan 1MDB ke dalam akaun bank peribadinya meletakkan perdana menteri berada dalam krisis yang cukup besar.
     
Sama ada laporan akhbar itu tepat atau tidak akan bergantung kepada hasil siastan khas sistem keadilan kita apa kata mahkamah jika perkara itu sampai ke peringkat itu?
    
Akan tetapi penyelesaian muktamadnya terserah kepada tindakan politik. Tindakan undang-undang dipercayai akan mengambil masa yang lama, belum tentu ia dapat diselesaikan sebelum PRU14, sedang negara memerlukan pemerintahan yang stabil dan yang tidak dipersoal oleh semua pihak.
    
Jika mengambil tindakan undang-undang kepada WSJ, ia dipercayai akan melibatkan banyak akhbar lain yang terkemuka di dunia yang boleh dijadikan saksi justeru akhbar-akhbar itu juga menyiarkan skandal 1MDB.
    
Krisis pentadbiran dan kepimpinan Najib bukan sekadar diperkatakan selepas siaran WSJ itu saja, bahkan telah menjadi percakapan umum di mana-mana dalam dan luar negara, bukan sekadar masalah 1MDB saja, bahkan oleh banyak perkara lagi.
    
Politik Najib itu telah lama hangat tetapi pembabitan WSJ menambah hangat lagi dan menambah gawat kepada kerajaan dan negara.
    
Jika Najib dapat menepis semua fitnah yang dihadapinya, ternyatalah dia pemimpin terpintar dalam sebuah negara demokrasi di dunia sepanjang abad ini sehingga ini. Tetapi sekalipun kerajaan dapat dipanjangkan, kerajaan itu adalah paling bergelora dan paling malang ialah rakyat.
    
Bagi mengatasi malang rakyat itu Najib mesti dikenakan tindakan politik. Sekalipun krisis berat ini boleh menukar politik dalam PRU nanti, tetapi banyak masa rugi bagi rakyat justeru tidak berada dalam kerajaan yang stabil.
    
Tindakan politik segera diperlukan, bukan dengan membubarkan Parlimen tetapi dengan Umno mengambil tindakan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Jika Umno itu tahu politik dan betul berkuasa serta memang mengambil berat tentang kesentosaan rakyat, maka Majlis Tertingginya mesti meluluskan undi tidak percaya kepadanya dan kuasa yang ada Majlis Tertinggi itu ia berkuasa menamakan ganti Najib sebagai Perdana Menteri baru.
     
Sebagai sebuah wadah penting politik Umno mesti membuktikan yang berkuasa bukan seorang individu seperti dalam sebuah negara kuku besi tetapi kuasa itu terletak pada kolektif pimpinan pusatnya. Jika Najib bukan diktator seperti Hosni Mubarak, Ghaddafi atau Bashar Assad, dia mesti terbuka kepada pandangan Malis Tertingginya. Jika dia lebih terbuka daripada Dr. Mahathir, dia mesti memberi laluan kepada rakan dalam MT menunjukkan segala kepincangan selama ini dan tidak layak lagi memimpin partinya dan negara.
    
Angota MT Umno mesti terdiri dari orang yang merdeka, bukan hamba seperti menteri yang penjajah tunjuk dulu.
    
Umno yang mengaku demokrasi mesti malu kepada politburo Parti Komunis Soviet di bawah Nikita Khrushchev. Semua ahli politburo itu orang yang diangkatnya. Tetapi apabila dia menunjukkan kurang wibawanya, mereka undi tidak percaya kepadanya dan berakhirlah politik diktator itu.
     
Keburukan Tun Hussein Onn tidak seburuk keburukan Najib, tetapi Umno bersama Mahathir dapat paksa dia berundur. Apakah beberapa juta ahli Umno boleh dicucuk hidung oleh seorang ketua bernama Najib yang  lebih banyak membawa kerosakan kepada semua.
    
Jika rakyat Malaysia ada wibawa, mereka mesti menentukan nasib Najib, bukan menunggu WSJ
mencari orang terbaik bagi memimpin Malaysia. Dengan suasana yang ada, Najib boleh bertahan lebih lama. Dia mesti pilih pergi sendiri atau disuruh pergi. – HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015

Perihal tidak masuk akal

SUBKY LATIF | .


DATUK Dr. Haron Din, Mursyidul Am PAS telah membuat komen yang amat cerdik dan menggelikan terhadap tindakan Perdana Menteri Najib memasukkan wang daripada 1MDB sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun bank pribadinya.
  
Komennya kira-kira suatu yang tidak masuk akal.
  
Hingga Perdana Menteri tidak terasa dan tidak tersinggung dengan komen yang tajam yang boleh ditafsirkan berbagai.
    
Betapa benar duit itu dimasukkan PM Najib ke dalam akaun peribadinya seperti yang dilaporkan oleh media The World Street Journal dipercayai tidak syak benarnya. Bantahan golongan pro-Najib atas siaran itu ialah komen dan dakwaan akhbar itu.
    
Jika kerani atau mana-mana pegawai didapati memasukkan beberapa ringgit saja dalam simpanan atau lambat memasukkannya ke akaun sepatutnya boleh jadi satu jenayah pecah amanah, apa lagilah sejumlah wang milik negara yang tidak terhingga banyaknya dimasukkan ke akaun peribadi.
    
Kejadian seperti itu tidak masuk akal boleh dilakukan oleh seorang Perdana Menteri atas apa sebab dan tujuan sekalipun. Bahkan yang tahu pecah amanah adalah satu kesalahan tetapi melakukannya juga atas apa alasan jua adalah tidak masuk akal dilakukannya.
    
Apabila Najib dikatakan berbuat begitu, maka komen Dr. Haron Din ia suatu yang tidak masuk akal hingga Najib sendiri terasa lapang dengan komen itu seolah-olah pemimpin PAS itu tidak berkata buruk tentangnya, sedang keduanya adalah seteru politik.
    
Tetapi setelah diamati komen itu adalah satu sindirian yang tajam. Memang tidak masuk akal Perdana Menteri boleh buat begitu. Kerana seorang Perdana Menteri sepatutnya tidak wajar berbuat begitu justeru ia adalah satu kesalahan. Tetapi jika Perdana Menteri berbuat begitu atas apa sebab jua, adalah tidak masuk akal Perdana Menteri sanggup buat begitu.
    
Komen pertama menyebabkan Najib jadi macam wanita Mesir yang memegang pisau tajam dan buah epal melihat Nabi Yusuf, tidak terasa pedih terpotong jari sendiri. Tajamnya sindiran itu tidak terasa ia ditujukan kepadanya.
    
Kedua ia ibarat gergaji dua mata, disorong makan dan ditarik pun makan. Komen itu boleh dikatakan tidak menyindir oleh setengah orang dan boleh juga dikira menyindir oleh setengah orang yang lain.
    
Apapun perkembangan politik sekarang semuanya sudah tidak masuk akal. Komen Peguam Negara Gani Patail atas hal itu ialah dia telah melihat hal itu dan membenarkan ia terus disiasat. Biasanya Peguam Negara dilihat sebagai pelindung siapa saja Perdana Menteri dan kerajaan. Payah kemungkinan ketua kerajaan dapat disiasat.
     
Apabila perihal yang melibatkan Perdana Menteri boleh pula disiasat, ada yang terasa ia seolah-olah tidak masuk akal juga. Yang masuk akal PM tidak akan disiasat.
     
Segala yang terjadi tentang 1MDB yang Najib adalah penguasa penuhnya adalah benda yang tidak masuk akal. Tabung Haji beli tanah TRX dengan harga yang tinggi adalah tidak masuk akal.

Mengangkat Azeez Rahim sebagai Pengurusi  Tabung Haji juga tidak masuk akal. Yang masuk akal dia layak jadi duta dalam semua bencana alam di seluruh dunia.
   
Dulu seperti tidak masuk akal bahawa Dr. Mahahir itu adalah pemimpin Umno yang serba betul. Tetapi sekarang tidak masuk akal apabila rata-rata orang Umno kata Dr. Mahahir tidak betul.
     
Sejak jadi menteri hingga jadi Perdana Menteri banyaklah tindakannya seperti tidak masuk akal.

Apabila Dr. Haron Din  komen tidak masuk akal tentang masalah yang Najib hadapi itu, adakah tidak ia menggambarkan perihal politik dan kerajaan yang tidak masuk akal? – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015

Tidak sukar mercun dicegah
Posted on Monday, July 06 @ 14:27:44 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

AWAL Ramadan ini seorang kanak-kanak cedera tangan gara-gara mercun. Demikianlah setiap bulan Ramadan ada saja kanak-kanak diberitakan cedera bermain mercun sama ada buatan sendiri atau mercun yang dibeli.
    
Jika tiada bulan Ramadan jarang kedengaran kemalangan seperti itu.Mengapa? Bulan Ramadan adalah sebahagian daripada musim perayaan. Biasa selepas berbuka ibu bapa membiarkan anak mereka bermain mercun sebagai meraikan anak-anak yang berpuasa siangnya.

   Itulah dunia yang kita semua alami semasa dilatih berpuasa dulu. Dan adalah biasa berhampiran setiap surau dan masjid, terutama menjelang akhir Ramadan, solat Tarawih tergganggu dan hilang khusyuk justeru pesta kanak-kanak dan remaja bermain mercun.
    
Bukan perayaan orang Islam saja pesta bermain mercun, Gong Xi Fat Cai dan Deepavali juga pesta main mercun. Pesta ini tidak dapat dihalang.
    
Padahal ada peraturan main mercun itu dilarang, tetapi larangan itu tidak lebih dari satu hiasan dalam undang-undang, tetapi ia tidak pernah jadi satu kerja polis untuk menghalangnya.
   
Apa guna ada undang-undang tetapi ia tidak dipakai? Jadilah seperi Bani Israil, ada hudud dalam Taurat dan Injil, tetapi ia tidak dikuatkuasakan. Ia adalah sebab kaum Bani Israil termasuk ulamanya dikutuk. Jika Bani Israil terkutuk, apakah tidak mungkin ada penganut syariah lain yang menggantung undang-undangnya terlepas daripada kutukan?
   
Kita ada peraturan larangan bermain mercun tetapi tidak dipedulikan. Peraturan itu elok kerana setiap tahun ada saja kanak-kanak Islam cedera, tetapi kerana kejadian tidak sampai satu peratus dari yang tidak cedera, maka ia tidak dipedulikan. Akan tetapi gangguan pencemaran bunyi bagi ibadat tarawih dan beramal malam terutama menjelang Idilfitri tidak pernah masyarakat fikirkan sedang ia adalah gangguan.
    
Ia peraturan yang tidak patut diabaikan. Ia bukan sukar dicegah seperti sukarnya mencegah salah guna dadah. Mungkin kerajaan segan menguatkuasanya kerana bermain mercun seperti kebiasaan bagi masyarakat Cina. Maka mungkin hendak mengelakkan bantahan bagi kaum tertentu mengamal kebebasan biasa.
    
Tiada satu peraturan dan kepercayaan agama yang mengira main mercun itu satu adat yang penting. Jika kita segankan bantahan masyarakat Cina, mengapa Cina yang majoriti  besar di Singapura tidak membantah Lee Kuan Yew melarang pembakaran mercun?
   
Memang pelik Malaysia tidak melarang sesuatu kerana mengira ia budaya bagi kaum tertentu. Ada yang tidak melarang judi kerana ia dikatakan budaya Cina, tetapi rombongan rasmi pertama Amerika ke Beijing kerana formalisasi hubungan diplomatiknya pada zaman Mao Zedong awal tahun 70-an dulu, orang Amerika tak dapat cari daun terup di negeri China. Demikian tegasnya kerajaan China mencegah judi.
    
Mungkin main mercun tidak berat tetapi ia terlarang. Ia boleh dikuatkuasakan. Maka kerajaan boleh mulakan dengan mengenakan tindakan keras kepada pemain mercun dalam bulan puasa dan hari raya Idilfitri. Kemudian tindakan dikenakan pada lain perayaan.
   
Jika dapat ketegasan untuk orang Islam, nescaya tidak dipersoal oleh mana-mana pihak tegasan itu dilaksana kepada semua.
   
Mungkin polis tidak cukup unuk mencegah main mercun di setiap kampung, taman-taman perumahan di kota-kota. Bukankah kita ada rukun tetangga dan lain-lain persatuan komuniti di setiap lokaliti bersama untuk bertindak mencegah dan mengenakan hukuman kepada ibu bapa yang membiar anak main mercun. Setiap ayah/ibu dihukum jika  anaknya cedera.
   
Penjualan dan pengedaran mercun haram. Lesen premis niaga boleh digantung jika menjual mercun.
   
Ia bergantung pada Kementerian Dalam Negeri hendak bertegas atau tidak. Jika yang senang tidak dapat dicegah, yang payah lagi payah


Sumber DD - 6-7-2015






















Payah komen Umno kerana PAS krisis
























SUBKY LATIF | .

SEPERTI biasa apa jua yang berlaku pada Umno, seperti penangguhan pimpinannya selama 18 bulan, ia wajar dikomen supaya masyarakat umum dapat pandangan pelbagai pihak.
    
Akan tetapi ada teguran supaya saya jangan komen hal ehwal Umno justeru PAS berkrisis, betulkan saja urusan PAS yang saya anggotai itu. Tak usah peduli krisis parti lain.
    
Memang payah memberi pandangan bebas tentang perkembangan Umno sekarang. PAS juga sedang dalam proses keluar daripada krisisnya yang tegang.
   
Diakui bahawa PAS menghadapi krisis terhebat sejak 35 tahun lalu menjelang Muktamarnya sebulan lalu dan kini menghadapi kesan pemilihan pimpinannya oleh muktamarnya. Sepatut ia sudah boleh keluar daripada krisisnya tetapi timbul pula isu baru ada kecenderungan hendak menubuhkan parti Islam baru.
   
Apapun isu besarnya telah selesai iaitu konsep kepimpinan ulama. Ia kembali kepada takrif asal yang dibuat awal tahun 80-an dulu iaitu kepimpinan ulama yang dimaksudkan tidak memadai sekadar Majlis Syura Ulamak tetapi meliputi sekurang-kurangnya Presiden dan Timbalan Presiden adalah ulama.
   
Malah hasil muktamar itu menyelesaikan kebimbangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor semasa jadi Presiden dulu tentang kemungkinan konsep itu hendak dirombak. Bahkan yang terjadi sekarang hampir 100 peratus pimpinan adalah proulama.
    
Proulama tidak semestinya ulama tetapi yang tidak ulama itu adalah orang yang kasihkan ulama dan sedia berkawan/berkhidmat dengan ulama. Sekarang sedang hendak keluar daripada krisis itu. Jika terbentuk pula dari rusuknya parti lain, maka luaklah anggotanya yang baru mencapai bilangan kesejuta itu. Tetapi ia akan jadi parti seratus peratus pro ulama apabila yang lainnya berkumpul dalam jamaahnya sendiri.
   
Sekalipun ia berada di tengah krisis tetapi ia tidak menangguhkan pemilihan pimpinannya. Pemilihan itu adalah tuntutan perlembaagaan parti. Setegang mana sekalipun krisisnya tidak sama sekali ia mengabaikan tuntutan perlembagaan.
   
Semua pimpinan ada krisis, tetapi pemilihan diadakan sekalipun antara mereka ramai yang gugur. Meskipun tentangan terhadap TG Haji Hadi datang daripada segenap sudut, tetapi beliau sedia menyerahkan mandat kepada perwakilan baik terpilih semula atau pun tidak.
   
Dia tahu ramai yang tidak sukakannya dan dia juga tahu akan risiko pecah jamaah. Tetapi masing-masing berani menghadapinya, berserah kepada Allah dan memulangkan mandat kepada muktamar membuat ketentuan.
   
Itulah bezanya dengan Umno yang percaya ia penuh krisis dan diramalkan berada diambang perpecahan. Jika pemilihan tidak ditangguhkan, maka besar kemungkinan ia bertukar Presiden. Tidak mustahil pimpinan Najib dicabar dan kemungkinan dia kalah.
   
Apabila ada pemilihan maka ahli-ahli akan membuat pencalonan. Semua akan tahu banyak mana pencalonan untuk Najib dan banyak mana pula kepada yang lain. Tengku Razaleigh akan mencuba lagi. Kita akan tahu pengaruhnya. Mungkin Tan Sri Muhyuddin Yassin tidak akan mencabarnya, tetapi dia tidak menghalang ahli-ahli mencalonkannya.
  
Kemungkinan pencalonnya lebih besar daripada Najib bukanlah suatu yang mustahil. Mungkin Muhyiddin tidak mencabarnya, tetapi jika pencalonannya lebih popular daripada Najib akan tahulah orang akan sokongan yang tinggal padanya.
   
Bagi mengelakkan semua ini, atas nama mengelak perpecahan dan atas nama bagi mengekalkan kuasa dalam PRU sekali lagi, usah diadakan pemilihan tetapi apa jaminan anai-anai yang dalam Umno tidak menjalar ke seluruh tubuh dan apa jaminan yang kuasa dapat dipertahankan jika cacing sudah naik ke mata?
   
Sekalipun PAS berada dalam rumah yang ada masalah, tidaklah jadi pantang bagi orang-orang menegur Umno, sekurang-kurang boleh menyebabkan Umno berhati-hati. – HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015

Giliran Mara pula

SUBKY LATIF | .

GARA-gara skandal 1MDB dan Tabung Haji belum reda, sekarang meletup pula pembelian apartmen di kota raya Melbourne, Australia oleh Mara dengan harga yang menjolok mata.
   
Kes itu tidak pecah di negara ini tetapi pecah di Australia dulu. Akhbar The Age melaporkan, sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya terlebih bayar sebanyak Australia Dolar 4.75 juta (atau RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu dalam tahun 2013.
  
Bangunan yang dikenali Dudley International House itu bagi menjadi asrama kepada pelajar Malaysia di sana dibida daripada AD17.8 juta kepada AD22.5 juta atau RM65.3 juta.
  
Memang ia suatu yang menjolok mata, amat asing bagi amalan masyarakat Australia sendiri.
  
Benda yang menjolok mata seperti itu adalah satu skandal juga dalam masa kurang dari dua bulan ini kita dengar satu lagi skandal. Jika ia skandal, maka tepat seperti yang ditunggu oleh sekalian rakyat Malaysia  apa pula skandal baru selepas 1MDB dan Tabung Haji?
   
Yang semua tunggu itu lubuk kewangan mana yang akan menjadi mangsa bagi menampung petaka yang menimpa 1MDB. Mangsa yang ditunggu belum timbul tetapi ada pula mengsa lain yang membariskannya satu skandal iaitu duit Mara.
   
Skandal yang terbaru ini bukan bagi menimbus bala 1MDB kerana ia sudah diserkup lama sebelum pekung 1MDB diketahui. Ertinya Mara sudah sudah tersenarai sebagai satu sasaran rompakan.
   
Cara Mara disembelih kira-kira sama modus operandinya dengan bayaran pembelian kapal selam dari Perancis yang kena terlebih bayar sekitar RM500 juta. Pihak berkuasa Perancis juga mengambil berat atas curang pihaknya tetapi hingga ini skandal kapal selam seolah-olah ditenggelamkan.
    
Reaksi atas pekung di Melbourne itu, Perdana Menteri berjanji hendak menyiasat. Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang memegang jawatan selepas skandal itu berlaku, dikatakan menjelaskan bahawa ia diluluskan oleh Perdana Menteri.
   
Perdana yang satu itu juga yang dibabitkan. Beli kapal selam dia disebut, hutang 1MDB namanya dikaitkan dan Tabung Haji beli tanah 1MDB dia juga disebut. Namanya saja ada di mana-mana dalam urus tadbir yang negatif itu.
   
Polis Australia sebaik tahu skandal itu telah membuat serbuan. Polis Malaysia selalu berhati-hati atau tak berhati.
    
Ulas Perdana Menteri atas penjelasan Pengerusi Mara ialah telah diputar belit oleh media. Selalu benar kita mendengar daripadanya segala yang negatif tentangnya, dia kena putar belit oleh media. Apakah dia sentiasa diputar belit dan tiadakah kemungkinan segala yang mengira putar belit itu adalah satu putar belit juga.
   
Kita seolah-olah berada dalam alam putar belit.
  
Seolah-olah apa yang dikatakan pemerintahan transformasi selama lima tahun mungkin boleh bertukar menjadi era pentadbiran dan politik putar belit.
   
Hitler semasa puncak kekuasaannya berkata, segala pembohongan yang terus-menerus diulang, nescaya dipercayai orang. Yang palsu jika terus dimainkan akan diterima benda yang tidak palsu.
  
Jika satu isu dikatakan putar belit, lama-kelamaan orang kira ia betul putar belit. Tetapi kalau apa saja yang meletup dikira putar belit belaka, maka orang akan tanya apa yang tidak putar belit.
   
Skandal Mara ini sedang bergelut antara putar belit dan bukan putar belit. Dapatkah ia terlepas daripada amalan putar belit yang ada di mana-mana? – HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015
























Nizar dengan DAP Perak dan PAS

SUBKY LATIF | .


DATUK Seri Nizar Jamaludin dikekalkan oleh DAP Perak sebulat suara sebagai Ketua Pembangkang tetapi dia tidak tersenarai dalam pimpinan Perhubungan PAS negeri itu.
   
Mengikut Nga Kor Ming, ketua DAP Perak keputusan itu telah dimaklumkan kepada DAP pusat dan tidak dimaklumkan ada bantahan.
   
Ia satu perkembangan politik yang menarik perhatian pada ketika PAS dan DAP sudah tidak sepasukan lagi dan kedua pihak terus berperang mulut.
   
Kor Ming sepatutnya menjadi ketua pembangkang yang baru kerana DAP mempunyai majoriti yang selesa dan kedua parti sudah tiada hubungan lagi. Tetapi DAP nampaknya mahu mengekalkan hubungan sedia ada sesama pembangkang di Perak dan apakah akan berterusan hingga ke pilihan raya yang akan datang?
   
Kor Ming ketika menjelaskan keputusannya itu menyampaikan kata-kata yang baik terhadap hubungan PAS dan DAP di negeri itu, yang dikira boleh menyenangkan PAS mendengarnya.
   
Tetapi apa yang dapat dibuat oleh Nizar yang sudah tidak ada kedudukan dalam PAS di negeri itu selain dari hanya seoarang Adun PAS dari Changkat Jering.
    
Dulu dia Timbalan Pesuruhjaya dan jadi angota perhubungan atas kedudukan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar. Ketua PAS Kampar sekarang orang lain.
    
Dengan kedudukan itu tidak ada jalur rasmi bagi Nizar hendak bagi menjadi jambatan antara kedua pihak. Tetapi mengikut Kor Ming, dia dan ahli DAP negeri semua peringkat mempunyai hubungan yang baik dengan Pesuruhjaya Razman Zakaria dan orang-orangnya dan mengharapkan hubungan baik seperti biasa kecuali keduanya sudah  tidak dalam satu pasukan.
   
Apapun jika Nizar ada dalam perhubungan tentu kedudukannya sebagai ketua pembangkang boleh memberi kelebihan dan kebaikan dalam hubungan kedua parti.
   
Perlu diingat hubungan PAS dan DAP di Perak adalah pencetus awal kepada muafakat Pakatan Rakyat. DAP Perak memberi persetujuan dan laluan kepada PAS mengetuai kerajaan campuran di Perak sebelum  Lim Kit Sing sebagai Penasihat partinya memberi persetujuan.
   
Lim Kit Siang pada peringkat awalnya tidak tertarik, tetapi fikiran orang muda DAP masa itu mengira politk semasa memerlukan pendekatan dan politik baru yang akhirnya DAP merestuai Nizar menjadi Menteri Besar dan gabungan PAS, DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak.
    
Kata-kata diplomasi dan berpolitik Kor Ming tentang mengekal Nizar sebagai ketua pembangkang dan baik sangkanya dengan hubungan penyokong PAS dan DAP mungkin menginginkan politik di Perak itu membawa kembali hubungan kedua parti dalam muafakat baru dalam bentuk lama.
     
Jika hubungan antara PAS dan DAP yang ada tidak dikeruhkan lagi dan membiar Perak melakar apa yang baik antara keduanya, mungkin Perak dapat mengulang lagi apa yang pernah dibuat mulai tahun 2008 dulu.
    
Cuma sekarang apa yang PAS Perak patut buat bagi mengambil manfat atas kedudukan Nizar sebagai ketua pembangkang?
    
Jalan patut dicari supaya Nizar boleh berada dalam Perhubungan kerana dia adalah Adun PAS. Dia patut dimanfaatkan sebaik-baknya untuk PAS dan rakyat. PAS dan politik di negeri perlu distabilkan. Dalam pembinaan semula parti pasca muktamar jangan ada barang seorang dari sejuta ahli tercicir.
    
Nizar perlu diberi peluang dilihat sebagai ahli dan Adun PAS oleh orang PAS dan menjadi ketua pembangkang yang dapat dibanggakan oleh PAS. PAS jangan lepas semua peluang dari ruang dan peluang yang ada bagi menjadi orang Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak dan Anak Maharaja Lela Gila karya Pak Sako. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015

Silap tinggal jemaah

Posted on Monday, June 29 @ 09:53:19 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

BAIK meninggalkan PAS atau menjauhkan diri dari parti dibimbangi sama dengan kesilapan meninggalkan jemaah. Meninggalkan jamaah adalah satu kesiapan yang tidak ditakwil lagi.

Kita selalu mengira tindakan tentera Islam meningalkan Bukit Uhud, satu lokasi strategik mujahidin dalam perang Uhud adalah satu kesipan besar dan itulah punca kekalahan tentera Nabi Muhammad s.a.w. dalam perang itu.

Pasukan berkuda itu adalah satu unit dalam angkatan mujahidin dalam medan Uhud itu. Ia adalah satu unit dalam jemaah.
Jemaah adalah jentera penting dalam membangunkan Islam.

Islam tidak memadai tanpa jemaah. Islam itu adalah satu medan subur ibarat tanah lapang.

Tidak boleh tegak sendiri tanpa jamaah. PAS adalah jemaah Islam untuk umat negara ini. Setiap bumi yang subur ada tumbuhan bagi memenuhi keperluan penghuninya.

Seperti Eropah ada kebun epal dan anggur, benua Arab ada tumbuhan kurmanya, maka hiasan bagi bumi Islam kita di sini ialah langsat dan rambutannya.

Langsat dan duku itu makan bagi menghidupkan penghuninya, sama seperti hidupnya Islam itu oleh jemaahnya.

Maka PAS adalah jamaah induk umat Islam di sini, diamanahkan kepada umat Islam di sini. Jadi satu keperluan umat Islam adanya jemaah. Keutamaan umat berada di satu komuniti, mengikut pesan Nabi seperti yang diriwayatkan oleh Huzaifah al-Yaman ialah mendahulukan mncari jemaah Islam.

Jika tidak ada, jadi kewajipannya mewujudkannya.

Jika tidak upaya mengadakannya, pesan Nabi, lebih baik menggigit perdu kayu dari menyertai pasukan tidak Islamik.

Maka keupayan PAS sebelum mendakwahkan umat bahawa PAS adalah jemaah umat di sini, ia mesti yakinkan orang PAS sendiri bahawa PAS itu adalah jemaah yang mereka tidak boleh tinggalkan dan jangan berenggang dengannya.

Seperti sempurna solat berjamaah itu justeru rapat safnya, maka lemah jemaah jika renggang anggota daripadanya dan cacatlah anggota yang merenggangkan diri itu. Apa lagilah silap dan salah jika meninggalkan jemaah dan memecah jemaah.

Saya pernah meletak jawatan dari jamaah pimpinan PAS justeru menyokong tindakan Haji Yusof Rawa yang tersinggung dengan satu keputusan muktamar semasa pimpinannya. Tindakan atas hak demokrasi saya itu ditegur oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor kerana pada fahamannya tiada ruang meletak jawatan dalam Islam.

Justeru saya mematuhi tok guru, saya tarik perletakan jawatan saya. Seorang yang status ulama yang sama meletak jawatan bersoal jawab dengan Ustaz Fadzil atas isu tidak letak jawatan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi itu. Tetapi dia pun menarik balik letak jawatannya. Saya puas hati dengan teguran Ustaz Fadzil kerana Pak Yusof Rawa juga bersetuju meneruskan pimpinannya sebagai Presiden/Mursyidul Am.

Tindakan Ustaz Fadzil itu adalah bagi menghalang saya jadi orang yang rugi merenggangkan diri dari jemaah. Sekadar saya seorang meletak jawatan, nescaya PAS tidak berkudis, tetapi bila saya renggang dengan jemaah masuklah syaitan mencelah. Jika sasya tidak dengar teguran Ustaz Fadzil, boleh diertinya saya memberi peluang kepada syaitan mencelah.

Barang dilindung Allah! Apapun silap dan rugi renggang dari PAS itu akan didebat orang.
Mungkin ada hujah dan nas apa yang dibenarkan oleh demokrasi itu mugkin tidak bersalahan dengan Islam.

Akan tetapi rasa sayang terhadap keberadaan berpuluh tahun dalam PAS, tiba-tiba di hari tua mencari jemaah lain atas apa jua sebab. Ada yang lebih dulu dari saya menyertai PAS. Ketika usia muda saya bergelumang dengan penganut sekular dan harmoni dengan dunia demokrasi, mereka sudah memberi jiwa, tenaga dan ringgit kepada perjuangan Islam melalui jemaah yang mereka percaya betul, tetapi sesudah habis masa di situ, ketika tulang telah reput dan kulit sudah kendur, bercadang pula untuk merasa udara jemaah lain.

Tiada suatu yang luar biasa bagi seorang pemain boleh bertukar kelab, tiada dosa dan pahala berbuat demikian. Tetapi kira PAS itu adalah sebuah jemaah yang dimaksudkan oleh apa yang Huzaifah al-Yaman riwayatkan tadi, ada isu akidah dan istiqomah di situ yang perlu diberi perhatian berbeza dengan keberadaan dalam mana-mana parti poltik demokrasi.

PAS adalah badan suasah Islam yang keramat Tuan Guru Nik Abdul Aziz kata ada dosa politik dan pahala politiknya. Mungkin kita ada pandangan lain, tetapi tiada pernah saranan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu dibincang dan dipertikai oleh penyokong sebelum ini. Sikap senyap ahli-ahli PAS itu boleh dikira bersetuju dengannya.

Dan ketika krisis PAS pasca kerajaan campuran/BN hujung 1970- an, banyak suara sumbang mengira halatuju PAS ketika itu lebih nasionalis dari Islam, ada orang PAS tinggalkan parti, ada masuk DAP dan ada yang ikut Umno, ada yang membentuk al-Arqam atau bergiat dengan Tabligh, dan lainlain, tetapi Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang tidak membentuk jemaah sendiri.

Mereka bukan sekadar mengadakan kuliah yang didengar tetap oleh belasan ribu, tetap mereka adalah penceramah PAS yang diminati ramai.

Kekal mereka dalam PAS yang krisis dan pemimpinnya yang menghadapi krisis kepimpinan.

Mungkin mereka tidak jumpa hujah yang melayakkan boleh jemaah dipecah. Mereka sabar, istiqamah, mengajak diri meeka bertenang dan mereka berjaya mengubah PAS dari dalam dan megambil pimpinan PAS malah berjaya memacu PAS keluar dari krisis dan berjaya membina kekuat an baru atas kelemahan berebelas tahun itu.

Memng ada jemaah baru tadi merasa senang dan bebas setelah berada dalam NGO yang merdeka dari PAS. Malah ada yang lebih ke depan dari PAS dalam banyak hal, tetapi setelah kekuatan dan perpaduan PAS tersohor semua, kebanyakan jemaah tadi hilang dan PAS seorang jemaah induk utuk semua.

Betapa lemahnya PAS masa itu bukan sekadar itu bukan sekadar justeru krisis dan pertikaian ia nasionaliskah atau Islamkah, tetapi antara yang melemahkannya ialah tindakan penyokongnya membentuk jemaah dan NGO sendiri. Garagaranya melambatkan kemenangan PAS.

Bukan NGO bersendirian itu tidak elok, tetapi NGO yang disertai sama oleh penyokong PAS justerunya ia menjanjikan lonjakan moral kepada PAS adalah lebih bertenaga dari NGO yang tidak disama rancakkan oleh orangorang PAS.

Al-Arqam ditubuhkan oleh beberapa orang aktivis PAS yang tidak senang dengan krisisnya dulu dan ia adalah untuk membantu PAS dari luar. Ia penuh sema ngat PAS ketika munculnya, tetapi setelah ia besar, ia senang dan bebas dari ikatan dengan PAS, akhirnya ia mahu menyaingi PAS.

Mungkin-  ia tidak memecahkan PAS tetapi ia menyebabkan orang Islam ada pilihan selain PAS.
Dengan demikian jemaah Islam sudah tidak tunggal lagi. Bila tidak tunggal, maka ia sukar menghadapi emaah tidak Islamik yang tunggal.

Mungkin tiada rugi orang PAS bergiat dalam badannya sesndiri.

Tetapi membebaskan diri dari PAS itu adalah pemulaan merenggangkan diri dri PAS. Payah bagi yang renggang itu terus rapat, tetapi bila renggangnya bertambah lebar, ia akan berakhir dengan bertembung dengan jemaah asal. Itulah rugi dan silap cuba berjuang de ngan jemaah yang satu.

Sumber DD - 29-6-2015



























Mahfuz, Salahudin perlu dalam pimpinan





























SUBKY LATIF | .

JIKA boleh kita tidak mahu seorang pun daripada sejuta ahli PAS itu tercicir daripada parti dan begitu juga kalau boleh jangan ada seorangpun pimpinan tercicir dalam pemilihan. Tetapi apa yang dapat dibuat Muktamar tidak mendengar kemahuan kita.
    
Apa yang patut ada, sesiapa yang terpilih dan bila cadangnya diterima katalah MasyaAllah dan sesiapa yang tidak terpilih dan usulnya tidak diterima katalah Alhamdulillah!
  
Apapun Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub patut ada dalam pimpinan pusat kerana mereka adalah orang penting dari Kedah dan Johor. Kedua-duanya orang penting bagi negeri dan negeri itu penting sama pentingnya dengan lain-lain negeri.
    
Tiada apa yang dapat dikata muktamar tidak memilih mereka. Tetapi dirasakan ada kesilapan Mahfuz tidak diteruskan sebagai Pesuruhjaya Kedah dan Salahuddin tidak dimasukkan dalam barisan depan Perhubungan PAS Johor.
    
Tetapi tiadalah hendak ketiadaan semua dalam pimpinan satu kerugian pada PAS dan Islam jika sekalian orang Islam mengambil sikap seperti Panglima Khalid Ibni Walid, tidak kira dia panglima atau soldadu biasa, dia tidak hilang daripada mujahidin. Peranan dan sumbangan yang diberi pada tentera Islam dan apa yang tentera Islam dapat daripadanya tiada beza baik dia di depan atau di belakang.
    
Saya gembira dengan wawancara Mahfuz dengan tabloid di Lembah Kelang betapa dia tidak bercadang untuk mengurangkan khidmat kepada PAS dan tidak memikirkan untuk mengadakan parti sendiri seperti yang digemburkan oleh sekumpulan orang kita. Saya percaya Salahuddin dan yang lain-lain adalah sependirian dengan Mahfuz sesuai dengan contoh daripada Khalid  al-Walid.
    
Apapun menyambung Mahfuz sebagai Pesuruhjaya dan Salahuddin jadi orang penting dalam Perhubungan Johor dari segi politiknya boleh memberi daya kesan yang kuat bagi perjuangan di kedua negeri di samping akan mengukuhkan lagi PAS dan pembangkang di negara kita.
    
Tidak diketahui siapa Pesuruhjaya Kedah ketika rencana ini ditulis. Tetapi ia belum diisi, tiada apa rugi dan silapnya jika dikaji semula memberinya kepada Mahfuz lagi. PAS tidak akan dikata tidak tahu membuat pilihan jika kembali kepada kedudukan sebelum muktamar.
    
Bagaimanapun PAS dan amir parti merasakan kedua Salahuddin dan Mahfuz perlu dan penting unuk berada dalam pimpinan PAS Pusat apabila keduanya ditawarkan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
     
Kita tahu sekalian yang tidak terpilih semula itu penting belaka. Tempat kosong tidak cukup untuk semua. Kedah dan Johor pun mengira mereka wajar diberi tawaran itu.
    
Kesemua kita dalam jemaah tidak minta kita diberi apa-apa kedudukan dalam parti. Pada asasnya kita mahu jadi macam Abu Zar, sahabat terawal yang tidak pernah diberi jawatan politik oleh Rasulullah SAW. Maka kita takut kita tiada kelayakan untuk memikul tanggungjawab besar. Tetapi  apabila jemaah dan amir menawarkan sebarang tanggungjawab, sekalipun boleh kita menarik diri, tetapi menerimanya adalah yang terbaik kecualilah cukup alasan syarie ia patut diberi kepada oang lain.

Ada risiko jika ia ditolak, ganti kita tidak dapat penuhi tanggungjawab seperti yang diharap, maka kita tidak terlepas daripada ikut sama menerima tanggungjawab kelemahannya.
   
Jemaah mahu keduanya terus berada dalam pimpinan. Tawaran yan dibuat itu adalah keputusan parti.

Tanggungjawab ahli ialah menerima arahan parti. Patuh arahan itu bukan untuk ahli biasa saja, ia juga meliputi orang ternama dan pintar. – HARAKAHDAILY 29/6/2015

Sumber HD - 20-6-2015

Majlis Syura tak pernah bincang UG

SUBKY LATIF | .

APA yang dikatakan UG atau kerajaan perpaduan yang menghantui setengah kerabat Pakatan Rakyat hanya satu kebarangkalian jika pernah ia dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak.
   
Sehingga ini Majlis Syura tidak mengetahuinya dan tidak pernah membincangkannya.
    
Antara yang menyebabkan DAP mencurigai PAS khususnya pimpinan TG Haji Abdul Hadi Awang ialah hantu UG ini. Dikatakan PAS ada rancangan sulit bersama Umno bagi mewujudkan kerajaan perpaduan sejak zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi lagi.
   
Jika gagasan itu hendak diadakan dipercaya ia akan dihalang oleh dua pihak; oleh Dr. Mahathir di sebelah Umno dan oleh Majlis Syura di sebelah PAS. Pimpinan Umno sama ada di bawah Tun Abdullah mahupun di bawah PM Najib tidak terdaya menghadapi Dr. Mahathir.
   
Jika Najib sekarang begitu lantang menyanggah Dr. Mahathir bukanlah kerana dia memang berani menghadapi Dr. Mahaathir tetapi terpaksa berani kerana Dr. Mahathir menuntut perletakan jawatannya juga. Dari mati terguling baiklah mati melawan.
   
Dr. Mahathir dipercayai amat menghantui PAS sejak dari zaman PAS bersama Umno dalam kerajaan BN dulu. Entah apa yan ditakutkannya tetapi dialah yang menendang PAS dari politik yang diusahakan oleh Perdana Menteri Tun Razak itu.
   
Adapun Majlis Syura Ulamak adalah kuasa dalam PAS yang berhak membenarkan sebarang kerjasama atau muafakat dengan lain-lain pihak di luar PAS dan sebarang tindakan bagi menamatkan muafakat itu.
   
Ketika PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1973 dulu, Majlis Syura belum wujud.  Sebelum isu itu diluluskan oleh Muktamar Khas PAS, pimpinan Datuk Asri mendapatkan restu Dewan Ulama dulu.
    
Sekalipun Muktamar adalah badan tertinggi parti itu tetapi amalan konvesional sejak wujud Majlis Syura hanya Majlis Syura yang diberi kuasa menentukan hubungannya dengan lain-lain pihak seperti usul tanpa bahas bagi menamakan hubungan dengan DAP yang dibuat di Kuala Selangor dalam mukamar lalu. Usul Dewan Ulama itu tidak muktamad melainkan ia diputuskan oleh Majlis Syura.
    
Maka sebarang niat mana-mana pemimpin PAS hendak mengadakan UG ia mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak. Adalah diketahui sepanjang TG Nik Abdul Aziz menjadi Mursyidul Am beliau tidak mahu mendengar adanya sebarang sosek-sosek bagi PAS mengadakan pakatan politik dengan Umno.
   
Beliau akan menyinga apabila ada orang kanan PAS dikatakan hendak berpakat dengan Umno. Beliau nescaya selar dalam sidang media terbuka dan di mana-mana perjumpaan.
   
Justeru tiada yang berani untuk mengemukakan sebarang kerja seperti itu kepada Majlis Syura dan sehinggalah beliau meninggal dunia awal tahun ini tiada pernah apa yang dikatakan UG itu dikemukakan kepada Majlis Syura.
   
Jika kemungkinan ia dicakapkan di sana sini oleh sesiapa dalam parti itu tetapi tidak sampai ke Majlis Syura, maka tiadalah jadi satu agenda PAS. Jika ada sebarang kecenderungan terhadap hasrat yang diangap tidak suci oleh semua, sebelum ia dicurigai oleh orang di luar PAS, orang PAS akan berperang sama sendiri dulu. Maka UG bukanlah isu dari PAS.
  
Jika ia ada sudah lama orang PAS menubuhkan parti baru. – HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-6-2015































Negara sudah ada lanun kelas dunia

SUBKY LATIF | .


BETAPA kapal tangki minyak MT Orkim Harmony dirampas lanun di Laut China Selatan bukanlah satu kebanggaan negara kerana sudah bertaraf dunia.
   
Ia tetap satu kejadian bertaraf dunia tetapi jenayah dan maksiat bertaraf dunia. Maka lanun bertaraf dunia sudah tentu menghadapi tindakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
    
Perdana Menteri Najib dalam salah satu perhimpunan Agung Umno pernah menggesa supaya orang lokal berfikiran global dan bertindak selari dengan standard dunia.
   
Maka pada kekecohan kompeni 1MDB kepunyaan kerajaan Malaysia yang menjadikan kegiatan pelaburannya diperingkat dunia, boleh berhutang puluh bilion dan boleh hilang duit banyak bilion, lalu lanun negara juga tidak lagi merompak sampan nelayan kecil di sungai dan di pesisir pantai atau sekadar mat rempit meragut tas tangan wanita atau rantai emasnya, tetapi mereka sudah rampas kapal membawa minyak yang muatan berjuta-juta ringgit.
   
Mereka rampas tangki minyak MT Orkim Harmony yang sedang belayar di tengah laut dalam gelap malam. Tidak sekadar kapal itu mereka tunda hinga ke Teluk Siam di perairan Kampuchea dan Vietnam, bahkan kapal yang sebesar itu mereka tukar cat bahkan dikatakan ditukar nama.
    
Lanun-lanun itu ada kaliber yang tinggi, bukan sekadar dapat merampas kapal, tetapi ada idea bagi mengelirukan masyarakat antara bangsa.
   
Selama ini kita selalu disusahkan oleh mat rempit yang meragut di sana ini. Atau penyangak  amatur menggunakan pistol mainan kanak-kanak ketika menyamun. Ada penyamun itu yang tak berbaloi, rampasannya tak seberapa tetapi mereka dikepung dan ditangkap orang ramai, dipelupuh hingga tinggal nyawa ikan sebelum diserahkan kepada polis.
   
Rampasannya tidak seberapa, tetapi apabila tertangkap risiko hukuman berat. Tidak padan hukum yang dihadapi dengan barang yang dirampas.
   
Pernah juga satu masa dulu kita mendengar perompak antarabangsa dari Indonesia tiba siang dengan kapal terbang, merompak sebelah malam, awal siang esoknya pulang selamat ke Indonesia. Tetapi itu adalah perompak asing, bukan perompak lokal.
   
Dan pernah juga kita mendengar minyak yang dicari gali di tengah laut dirompak suka sama suka di tengah laut. Ada tangki menunggu di tengah laut dan minyak yang sepatutnya di bawa ke pantai, dijual di tengah laut. Minyak mentah dari tangki asal dicurahkan ke tangki yang menunggu tadi.
   
Bukan semua minyak yang digerudi itu dirompak tetapi setengahnya diniaga di tengah jalan.
   
Ketika rencana ini ditulis saya tidak pasti adakah lanun kapal Orkim Harmony itu orang Melayu dan orang Islam. Jika mereka orang Melayu dan Islam, maka mereka sudah mencapai kemajuan otak yang tinggi. Sudah ada orang Melayu yang sudah sepintar itu.
   
Saya mungkin boleh tabik mereka. Orang Malaysia sekarang sudah tidak sekadar merempit dan meragut di lorong-lorong tetapi sudah berupaya melarikan kapal tangki minyak yang muatannya puluhan juta ringgit.
   
Jika mereka tidak dikesan, nescaya lanun itu akan jadi jutawan sekelip mata, hasil rompakannya makan tak habis sepanjang hidup. Sekalipun mereka berdepan dengan risiko yang tinggi, lebih tinggi risikonya, maka lebih tinggi juga hasil dan pulangannya.
    
Sekalipun risikonya mati tertembak semasa melanun atau jika terperangkap mungkin dipenjara puluhan tahun atau sepanjang hidup, tetapi sekiranya rompakannya terselamat, mereka berbaloi hidup seumur hidup.
    
Maka kini lanun kita itu tidak lagi meragut beg tangan yang isinya kadang-kadang dua tiga puluh ringgit saja, tapi jika tertangkap terpenjara dua tiga tahun.
   
Memang kita ada mendengar, ada bapa berkata pada anaknya, jika hendak mencuri jangan curi sekotak rokok, apabila tertangkap memalukan ibu bapa, sebabnya mencuri sekotak rokok. Tidak padan hasil dengan nama busuk yang ditanggung keluarga.
   
Tetapi rompaklah kedai emas atau bank hingga dapat melarikan berkotak-kotak emas atau jutaan duit bank. Kalaupun tertangkap, malu juga keluarga, tetapi malunya berbaloi dengan jumlah rompakan besar, bapa malu kerana anak merompak bank, bukan malu kerana mencuri sekotak rokok.
   
Apapun rompakan mesti dikutuk dan dikeji. Sekalipun sekapal minyak kembali semula kepada tuannya, tapi dosa merompak tetap dicatit. Tetapi negara sudah ada lanun berfikiran tinggi mungkin setinggi fikiran Perdana Menteri. – HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015
































Mat Sabu boleh redakan DAP































SUBKY LATIF | .


APAPUN usul Dewan Ulamak yang tidak dibahas Muktamar tetapi diserahkan kepada kebijakan Majlis Syura Ulamak, tentang hubungannya dengan DAP memberi peluang yang baik kepada DAP bagi menyalah PAS mengenai kedudukan Pakatan Rakyat.
     
Mungkin itulah kesempatan yang terbaik baginya untuk membebaskan diri daripada PAS yang dikira masalah baginya sejak lebih  setahun lalu.
     
Tiada apa yang kita dapat kata lagi tentang PAS dan DAP justeru DAP membuat pendirian yang tegas tentang usul itu dan tidak selesa PKR mengambil sikap yang lunak dengan PAS atas kejadian itu.
     
Kiranya ada sedikit ruang dalam hati DAP, mungkin Pakatan Rakyat boleh diselamatkan sekalipun PAS boleh diajak berunding lagi, maka usul memutuskan PAS dengan DAP yang diserahkan muktamadnya pada Majlis Syura, masih memberi ruang bagi menjadikan Pakatan medan penting bagi menggantikan BN dalam PRU 14 nanti.
    
Jika masalah DAP dengan PAS atas keberadaan Presidennya TG Haji Abdul Hadi Awang saja, maka PAS mungkin berguna lagi pada pakatan politik itu. Bukan semua pemimpin itu tidak digemari DAP.

Ada tokoh dalam PAS yang dipercayai disenangi oleh DAP dan mereka senang dengan pimpinan DAP.
     
Mohamad Sabu, Salehudin Ayub, Khalid Samad, Dr. Mujahid Yusof, bahkan Mahfuz Omar adalah pemimpin PAS yang dilihat setakat ini digemari oleh pemimpin DAP. Sekalipun dalam muktamar lalu mereka tidak berjaya mempertahankan jawatan mereka, tetapi mereka adalah orang yang masih banyak pengaruh dalam PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.
    
Mereka adalah pemimpin yang tidak gembira dengan usul seperti itu dan dalam keadaan apapun bagi mereka DAP  amat diperlukan. Sehingga selepas muktamar dan selepas pimpinan yang menang sudah membentuk pasukan baru, mereka tetap mengira DAP penting dan perlu terus dikawani dalam Pakatan.
   
Mereka mengkritik usul itu dan tidak seronok dengan apa yang terjadi dalam muktamar. Adalah dipercayai jika Pakatan ada ganti bagi ketiadaan PAS, maka DAP suka nama-nama yang disebut tadi adalah dalam sekutu baru itu nanti.
    
Kita yakin mereka dipercayai DAP dan mereka percaya DAP dan saling perlu memerlukan.
    
Dengan hubungan baik malah istimewa, jika DAP masih sedikit ruang tidak menolak PAS sepenuhnya serta merta, maka Mat Sabu dan beberapa rakannya lagi tentu boleh mengendurkan reaksi DAP itu.
    
Mat Sabu adalah dikenali rakan rapat Lim Guan Eng sejak mereka sama mula jadi MP tahun 1990. Mat Sabu dan Khalid Samad akan rakan Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw dan Karpal Singh dalam tahanan Operasi Lalang di Kamunting dulu.
    
Jika pandangan positif mereka tentang DAP dan DAP juga mengira meraka positif dalam mengekalkan muafakat, apa juga yang terjadi pada Muktamar, maka keistimewaan yang ada pada mereka boleh dan patut digunakan memujuk DAP tidak terlalu tegas dalam reaksinya, kerana jaminan yang muktamar buat, usul tanpa bahas itu diserahkan pada Majlis Syura menentukannya.
    
Kita suka mengambil semangat yang terbaik, bahawa usul Dewan Ulamak itu belum muktamad. Ketua Dewank Ulama Dr. Mahfudz mengakui kepada Muktamar, jika Majlis Syura menolak usulnya, dia akur.
    
Jika peluang diberi kepada Mat Sabu dan beberapa orang lagi membincangkan isu itu dengan pimpinan tinggi DAP dan DAP patut tidak terus tutup pintu sementara Majlis Syura membuat keputusan, mungkin DAP dapat diredakan. Tetapi kiranya ia dikira satu peluang bagi menamatkan muafakat tiada apa dapat dibuat. – HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015

































PR, tiada banyak yang dapat dibuat

SUBKY LATIF | .


APA yang terjadi pada Pakatan Rakyat – di ambang berakhir – tepat seperti yang diramalkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang, dua minggu menjelang Muktamar PAS.
   
Masa itu banyak yang kira Kit Siang gila, kerana PAS selama-lamanya berkata, tidak akan keluar Pakatan Rakyat. Malah ucapan dasar PAS di muktamarnya menyebut akan kekal dalam Pakatan.
   
Bahkan ramalan Kit Siang itu tepat gara-gara usul Muktamar Dewan Ulamak yang sekadar hendak memutuskan hubungan PAS dengan DAP.
   
Sekalipun usul itu buat Muktamar parti masih dalam peringkat teknikal, tetapi ia diambil sebagai penyebab ramalan Kit Siang berlaku.
   
Sama ada kita kata Pakatan Rakyat masih ada atau tidak, ia sudah jadi satu lembaga yang tidak berguna.
   
Saya tidak bercadang menuding mana-mana pihak dalam rencana ini, tetapi sudah tidak banyak yang dapat dibuat bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat dalam bentuk kewujudannya selepas PRU 2008.
   
Tiada apa yang dapat dibuat di Pulau Pinang sekalipun Majlis Syura yang bersidang selepas ini mentawakufkan usul tanpa bahas Muktamar itu kerana kerajaan Pulau Pinang telah melaksanakan semangat resolusi itu.
  
Semua kedudukan PAS dalam kerajaan melalui perkara politik berakhir sama ada tindakan mengosongkannya dibuat oleh penjawat berkenaan atau khidmat mereka ditamatkan. Yang tinggal sementara ini ialah perkhidmatan yang dibuat atas nama Yang Dipertuan Agong. Kita akan saksikan perkembangan dalam kedudukan dalam jabatan agama Pulau Pinang yang perlantikannya dari Istana negara itu.
   
Perhatian sekarang tertumpu kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PKR. Tidak dapat diagak apakah PAS dan DAP yang secara teknikalnya sudah tiada hubungan dapat diselamatkan. Bolehkah DAP dan PAS yang tiada hubungan boleh berada dalam majlis yan sama seperti PBB yang Malaysia tiada hubungan dengan Israel dapat kedua-duanya jadi  anggota PBB.
   
Atau Singapura yang ada hubungan dengan Israel tidak menjejaskan hubungan dengan Malaysia yang tiada hubungan dengan Israel?
   
Apa jadi dengan kerajaan Selangor kiranya ia tidak memuatkan PAS sama. Kerajaan Selangor masih ada majoriti tanpa PAS tetapi kedudukan kerajaan tidak terjamin tanpa DAP. Kekuatan PAS jadi  lemah disebabkan dua Adunnya dipercayai akan besama PKR.
   
Kedudukan tidak menentu itu mengundang pilihan raya negeri. Itulah pilihan yang ada. Pilihan raya baru dalam krisis politik yang ada tidak menjamin kerajaan dapat mempertahankan kuasa.
  
DAP dan BN mungkin dapat mengekalkan kerusinya, tetapi PAS dan PKR tidak dapat mejamin semua kerusi  yang mereka menang dapat dipertahankan.
  
Semua kerusi PAS adalah dari kawasan Melayu, jika PAS tidak lagi dapat menarik pengundi DAP, maka memberi selesa kepada BN. Dan kebanyakan kerusi PKR adalah dalam kawasan campur. Undi DAP tidak cukup untuk membantu PKR jika PAS tidak membantunya.
   
Mungkin pengundi PAS sedia menyokong calon PKR kerana ia lebih baik daripada memberi keselesaan kepada BN kerana BN pada masa ini bagi pembangkang adalah tidak berguna. Tetapi pengundi Islam atas pagar yang memberi undi kepada Pakatan dulu tidak dijamin justeru wujudnya isu hudud.
  
Jika orang Islam atas pagar itu mahu hudud, Umno akan memainkan isu ia mahu hudud. Ia akan dakwah, daripada mengundi PKR tak mahu hudud, baiklah sokong Umno yang mahu hudud. Betulkah Umno suka hudud tidak diketahui. Tetapi ia gunakan isu itu.
  
PAS tentu tidak suka BN kembali berkuasa. Maka dari pilihan raya baru yang risikonya tinggi, baiklah biarkan Azmin terus jadi MB. Jika PAS tidak lagi dengan kerajaan, ia boleh menjamin menyokong kerajaan Azmin daripada mengadakan pilihan raya baharu yang berisiko. – HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Ganjaran Ramadan lebih dari 1,000 bulan

SUBKY LATIF | .

JANJI ganjaran bagi orang sempurna puasa Ramadannya akan dilimpahi Allah rahmat ke atasnya lebih setara seperti ibadat seribu bulan.
   
Seribu bulan yang dijanjikan untuk satu malam iaitu Lailatul Qadr itu adalah kira-kira 86.6 tahun. Jika tahun itu tahun dunia langkah banyaknya limpahan pahala itu. Jika pahala itu seperti keping emas, penerimanya nescaya tenggelam dalam timbunan emas itu. Jika ia makanan nescaya tak termakan-makan.
   
Jika tahun itu tahun akhirat yang lamanya jauh lebih lama dari tahun dunia. Lagilah banyaknya timbunan pahala itu.
   
Tidak ramai orang yang usianya 86.6 tahun. Kebanyaknya hidup  antara 50 hingga 60 tahun saja. Bagi yang berusia 86 tahun jika penuh ibadatnya adalah sekitar 70 tahun ditolak masa kanak-kanak dan remajanya serta tempoh keuzurannya selepas melebih 70 tahun.
   
Pembahagian masa ibadat sempurna bagi orang awam biasa ialah lapan jam selain dari lapan jam untuk tidur dan lapan jam lagi mencari nafkah.  Dikumpulkan masa solat waib dan sunat, puasa wajib dan sunat, zakat, zikir, umrah dan lain-lain, maka ibadat itu tidak penuh, Masih banyak masa lagi yang tidak diisi dengan ibadat.
   
Tetapi ganjaran Lailatul Qadr itu padat seribu bulan atau 86 tahun. Itu ganjaran satu malam Lailatul Qadr. Jika ditaksirkan pula lain-lain ibadat dalam bulan Ramadan, seperti puasa setiap hari, solat sunat tarawih yang tidak ada dalam bulan lain, pahala berbukanya, pahala sahurnya, zikirnya, membaca al-Quran/tadarusnya, zakat fitrah, qiaamulail, iktikaf di masjid, tidak terhinggalah pahalanya.
 
Ini belum masuk menjamu makan orang yang berpuasa dan segala sedakah kepada fakir miskin dan lain-lain.
  
Apa juga yang dinamakan ibadat, baik ibadat khusus dan segala perbuatan yang baik-baik semua mendapat ganjaran pahala yang banyak, berganda-ganda lebihnya daripada ibadat dalam bulan-bulan yang lain.
  
Mungkin malaikat tahu ganjaran pahala daripada semua ibadat itu kerana mereka yang mencatitnya. Tetapi ganjaran pahala daripada puasa masing-masing tidak diketahui oleh malaikat. Allah sendiri yang menilai pahala puasa itu. Malaikat tidak tahu. Ikut kehendak Allahlah banyak mana ganjaran yang hendak diberi-Nya. Mungkin sebanyak yang diberi untuk sekali Lailatul Qadr atau lebih.
   
Memang pahala ibadat dalam bulan puasa itu berat-berat belaka. Tidak luar biasa kiranya semua menyamai ibadat 1,000 bulan itu.
  
Apa pun dengan limpah kurnia Allah itu adalah melimpah-limpah. Rahmat Allah itu memang banyak.  Jika Allah naikkan pahala Lailatul Qadr itu sampai seribu dan enam ribu bulan, tidak miskin Allah dan tidak luak segala kekayaan-Nya yang maha kaya itu.
  
Itulah pemurahnya Allah mengadakan Ramadan setiap tahun. Tidak lain tujuannya adalah untuk memberi sebanyak-banyak nikmat dan rahmat kepada manusia dan terserah kepada manusia yang berfikiran saja untuk merebutnya atau tidak.
   
Ada pun rahmat Allah untuk bulan Ramadan iatu bukan sekadar hendak memberi sebanyak-banyak pahala kepada hamba-Nya tetapi yang lebih besar dari itu ialah menganugerahkan taqwa kepada semua. Lailatul Qadr dan lain-lain itu adalah rahmat kedua. Rahmat utamanya adalah anugerah taqwa.
   
Pada bulan itu ditawarkan anugerah taqwa itu kepada orang berpuasa bergantung kepada mutu puasanya. Rahmat taqwa itu tidak nampak banyak mana pahalanya. Tapi ganjaran Lailatul Qadr, orang tahu banyak pahalanya iaitu lebih daripada ibadat seribu bulan. Allah tawarkan taqwa kepada orang berpuasa, dan sesiapa mahukan taqwa puasalah dan peliharalah puasanya.
  
Moga-moga Allah jadikan kita penerma tawaran taqwa itu. Amin! – HARAKAHDAILY 20/6/2015

Sumber HD - 20-6-2015




































Ke makam Tok Guru

SUBKY LATIF | .

SUDAH banyak bulan Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia, baru pagi khamis lalu saya sempat menziarahi kuburnya di Pulau Melaka.
   
Tanah perkuburan itu tidak luas dan penghuninya pun tidaklah ramai, anggaran tidak sampai 200.
   
Tiada apa lebihnya tanah perkuburan itu dibandingkan dengan kubur yang lain. Tiada sebuah kubur pun ada tapak binaan sekelilingnya. Jika kita ke tanah perkuburan lain penuh dengan petak binaan indah di atas kubur – dari simen dan batu marmar indah atau sekurang-kurangnya ada hadangan papan yang tidak reput pada kubur masing-masing.
   
Kubur Tok guru seperti lain-lain makam di situ adalah atas tanah biasa dengan tanda batu nisannya hanya terdiri daripada ketul batu bulat sebesar bola yang orang sepak di mana-mana di dunia. Nisan sebelah kakinya batu asli yang kecil sedikit.
   
Lain-lain kubur ada nisan dari batu dan simen yang diukir dengan nama dari tarikh mati masing-masing. Kubur Tok guru hanya daripada batu bulat bujur asli yang belum berusik. Tiada ditulis apa-apa pada batu itu.
   
Amat sederhana dan jika ia terbiar asli seperti itu, 70 atau 80 tahun lagi mungkin tiada siapa tahu ia makam siapa.
   
Justeru kuburnya baru, bagi mengelak orang mengambil tanah perkuburannya bagi kerja-kerja khurafat, maka diserkup kuburnya dengan pagar besi sekitar empat kaki tinggi. Dan kata Nik Abduh, anaknya, ia akan buang sedikit masa lagi setelah dipastikan orang tidak membuat apa-apa karenah.
   
Ia mengingatkan saya pada makam emak dan bapa saya di Kampung Batu 10 Lekir, Sitiawan yang ada nisan batu pejal yang terukir. Tiada binaan penghadang di sekelilingnya.
    
Pesan bapa saya dulu, jangan dibina apa-apa pada kuburnya. Almarhum tidak gemar ada binan pada mana-mana kubur. Biarlah dibiarkan atas tanah rata yang ada batu nisan saja.
   
Padanya ia tidak disuruh sekalipun sebesar mana darjat orang awam itu. Di tanah perkuburan itu padanya semuanya sedarjat tidak kira ningrat, orang bergelar, tok guru besar atau pun tidak.
   
Kami adik-beradik tahu Apak tidak suka ada kuburan yang berbina itu. Kami pun tidak bercadang melanggarnya.
   
Kurang seminggu selepas kematiannya datang imam kampung ke rumah. Dia seorang yang berpengaruh di kampung dan amat mengormati Apak sebagai tok guru di daerah itu. Dia dan orang lain di kampung tahu pesan Apak itu.
   
Dia minta kebenaran kami sekeluarga membenarkan masyarakat kampung membuat binaan di makam Apak sebagai tanda penghomatan orang kampung pada tok guru mereka.
   
Menurutnya, mereka tahu ia tidak disuruh tetapi bagi makam orang dihormati seperti Apak ia tidak mengapa.
  
Mendengar permintaan tok imam itu, Emak dengan spontan kata, ‘Tidak boleh. Dia (Apak) tidak suka dan dia pesan kami jangan buat begitu.’
  
Imam itu cuba yakinkan. ia tidak mengapa. Emak tetap menolak kerana ia adalah pesan Apak. Maka biarkanlah kuburnya seperti kubur orang lain yang tidak terkenal itu. Generasi baru sudah tidak kenal Apak dan tidak ramai lagi orang yang mengetahuinya. Sama seperti kubur Hang tuah, tidak diketahui di mana.
    
Apabila saya tengok makam Tok Guru Nik Aziz, samalah ia dengan makam Apak yang hanya ada batu nisan, agaknya mereka seguru dan sefahaman.
    
Apabila khairat kematian di tempat saya mengeluarkan siaran keliling pihak kubur mewajibkan keluarga si mati menyediakan RM200 bagi bayaran binaan benteng kubur masing-masing, reaksi saya, biarlah kubur kami sekeluarga dikecualikan, biar kosong macam kubur Apak dan kubur TG Nik Aziz. – HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015









































































































Memang PAS bukan agama

SUBKY LATIF | .


DARIHAL seorang ADUN Selangor yang saya tidak kisah partinya berkata betapa PAS bukan agama seperti Islam, bahkan sebuah parti politik.
   
Memanglah PAS sebuah parti politik. Tiada pemimpin PAS mengata ia agama atau ia addin, kecualilah ahlinya yang mustakjilun. Orang mustakjilun tidak dikira jurucakap kumpulannya.
   
Akan tetapi PAS adalah parti siasah yang oleh ulama terkemudian menamakannya siyasah syariyah, yang berpolitik mengikut jalur Islam. Ulama yang demikian adalah ulama haraki – gerakan Islam. Ulama yang tidak haraki seperti Abu Zar. Rasulullah SAW dan khalifah tidak beri jawatan politik padanya. Ulama politik itu contohnya Saidina Umar al-Khatab, Khalifah Umar Abdul aziz.
    
Ulama yang tidak haraki kata Imam Khomeini ialah ulama haid dan nifas.
   
Ulama haraki mengira gerakan Islam adalah antara jamaah Islam. Hadis yang bersumber daripada Huzaifah al-Yaman bermaksud kira-kira seorang Islam hendak berada dalam jamaah Islam. Jika tiada jamaah Islam dalam masyarakatnya hendaklah dia mencarinya. Jika tidak jumpa, hendak dia membentuknya.
   
Jika tidak ada, membentuknya tidak upaya, maka orang Islam itu lebih baik menggigit perdu kayu, tidak layak sama sekali menyertai jamaah yang tidak beraliran Islam.
   
Maka PAS bukan ganti agama Islam tetapi ia adalah jamaah Islam yang kewujudannya amat dituntut oleh Islam.
   
Maka sebagai jamaah Islam PAS bergerak atas dwi fungsi – politik dan dakwah. Sebagai parti Islam ia hendak mendaulatkan Islam dalam negara dengan melaksanakan aturan dan peraturan serta hukum-hukumnya.
  
Itulah sebabnya ia memandang hudud itu penting dilaksanakan, berbeza dengan politik orang Islam yang mengira hudud ada tak apa, tak ada hudud pun tak apa.
   
Sebagai badan dakwah ia berhasrat memperkenalkan Islam dan menegakkan ajaran pada diri seseorang, pada masyarakat dan bangsa dan pada negara mengikut jalur bukan politik.
   
Sebagai jamaah Islam berjalur politik ia tidak sama dengan parti-parti politik yang lain kerana ia berdakwah di samping berpolitik. Sebagai gerakan dakwah, ia tidak sama degnan badan-badan dakwah yang lain kerana ia berdakwah sambil berpolitik. Parti-parti politik lain tidak berdakwah dan badan-badan dakwah lain tidak berpolitik.
   
Sebagai jamaah Islam, ia tidak membuat syariat baru dan tidak bernabi baru. Ia berpegang kepada mazhab Syafie sambil meraikan fekah mazhab lain daripada ahli sunnah wal jamaah, sama seperti pegangannya dalam kebebasan beragama berpegang teguh kepada Islam sambil mengakui hak agama lain mengamalkan kepercayaannya.
   
Tentang orang PAS yang tidak ikut sangat apa yang partinya anjurkan, sama dengan ramai juga orang Islam yang mengaku nabinya Muhammad tapi tak solat, tak zakat dan tak puasa.
 
Sebagai orang Islam kita ikut apa yang Nabi ajar, buat apa kita ambil dan kira perbuatan orang maksiat sebagai perbuatan Islam. Sebagai orang PAS kita teladanilah orang-orang patuh pada apa yang parti dan ketuanya anjur, buat apa kita ambil tindakan ahli yang mustakjilun sebagai contoh dasar PAS.
   
Akan tetapi apabila menyertai seseorang akan PAS, banyaklah akhlaknya mengikut acuan jamaah dan pimpinannya. Yang mustakjilun adalah minima.
   
Kita akui kerja iblis adalah untuk menyesatkan sekalian anak Adam termasuk yang jadi PAS. Ramai yang tergoda dengannya. Tetapi ramai juga orang yang tidak dapat digodanya. Mengapa kita tidak mahu jadi orang-orang yang tidak terikut dengan godaan iblis? Jadilah seperti orang yang tidak dapat digoda iblis dengan menyertai PAS yang menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam dan PAS bukan agama yang lain tetapi jamaah yang tidak terpisah daripada Islam. – HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015

Usul ulama patut ditawakuf dulu

SUBKY LATIF | .

PAGI usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan antara PAS dan DAP, saya dimaklumkan ia diluluskan tanpa bahas. Reaksi saya ialah ia bercanggah dengan saranan ucapan Dasar Presiden betapa PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.
   
Saya dimaklumkan bahawa PAS kekal dalam Pakatan, Cuma tiada sebarang hubungan dengan DAP. Cuma saya tidak takwil cara praktikal, duduk dalam Pakatan tetapi tidak berurus dengan salah satu kerabatnya.
   
Saya juga dimaklumkan akan natijah usul itu, bahawa semua ahli PAS mesti melepaskan semua kedudukannya dalam kerajaan Pulau Pinang dan kemudian diikuti oleh Selangor.
    
Saya tidak dapat memberikan reaksi segera kerana terpaksa bergegas ke dewan Muktamar.
     
Sebelum Dewan Ulama membentangkan usul itu, saya dimaklumkan, mungkin ada usul tentang kedudukan dalam Pakatan itu. Reaksi saya ialah ia tidak selari dengan beberapa kenyataan pimpinan PAS bahawa ia kekal dalam Pakatan.
   
Saya maklumkan kepada ulama, keputusan seperti itu hanya boleh dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

Amalan dalam PAS sejak Majlis Syura dibentuk, setiap hubungan/kerjasama dengan  parti lain hanya dibuat oleh Majlis Syura, dan keputusan untuk menamatkan kerjasama juga mesti ditentukan oleh Majlis Syura.
   
Hubungan dengan Parti Semangat 46, kerjasama dalam Barisan Alternatif/Angkatan Perpaduan
Ummah diputuskan oleh Majlis Syura. Saya tidak merujuk pada Perlembagaan PAS. Oleh sebab PAS ramai ahli undang-undang dalam pimpinan tertingginya, saya kira ia praktikal. Tidak pernah peguam-peguam itu mentakwil perkara itu.
   
Apapun ulama telah meluluskan usul itu untuk dibawa ke Muktamar. Sebelum dibawa ke Muktamar, ia ditentukan dulu oleh jawatankuasa  penapis usul.
    
Jawatankuasa usul telah menyedari usul itu dan ia tahu akan kesannya dan ia memutuskan usul itu tidak dibahas dan sebaliknya diterima tanpa bahas. Ia tidak memberi pandangan kedua atas usul itu, mentawakufnya dulu atau mengambil pandangan semua ahli jawatankuasa yang semuanya ada di Kuala Selangor.
   
Keputusan Dewan Ulama wajar dihormati tetapi mereka boleh diberi pandangan kedua, menangguhkan pembentangan pada muktamar itu, justeru kesannya besar, patut Jawatankuasa Pusat mengadakan mesyuarat tergempar malam itu sekali pun larut malam.
   
Peguam Asmuni Awi, masih Bendahari lagi boleh diminta nasihat guamannya, apakah betul caranya ditujukan kepada Majlis Syura saja atau apa nasihat undang-undang yang terbaik. Asmuni masih di Kuala Selangor lagi.
    
Ada masa untuk menasihatkan apa yang patut dibuat atas usul itu.
    
Mungkin ulama tidak berpandangan jauh, tetapi ia tentu boleh menerima nasihat yang baik.
   
Perwakilan ada mentakwil usul itu diterima tanpa bahas. Jika ada yang boleh memberi pandangan yang tepat pada masa itu, usul itu boleh tidak diteruskan.
   
Apakah usul itu wajar diketengahkan juga hari itu atau ia patut ditawakuf, tetapi yang jelas tiada percubaan untuk tidak meluluskannya hari itu. – HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015






































Muktamar 61 keliru dan celarukan ramai

SUBKY LATIF | .


KEPUTUSAN pemilihan pimpinan tertinggi PAS 2015-2017 memang sudah diduga tetapi Muktamar itu umumnya mengeliru dan mencelarukan ramai, baik dalam parti itu mahupun orang luar. Hingga pengulas termasuk TV Awani dan  tetamunya Dr. Mazlee dari UIAM pun tak tahu terjadi dan apa akan jadi pada parti itu.
     
Pertama, ramai sangat yang mengharapkan Ustaz Ahmad Awang dapat mengalahkan TG Abdul Hadi Awang sebagai Presiden tetapi tidak menang. Jika ia mengelirukan ia adalah kekeliruan sendiri, bukan dikelirukan oleh Muktamar kerana sekalipun parti itu dilihat bergolak, tetapi mengubah pimpinan itu masa ini adalah tidak mungkin.
   
Kemudian perwakilan menggugurkan hampir kesemua Anggota Parlimennya yang ada dalam Jawatankuasa Pusat dulu. Yang tinggal Presidennya Ustaz Hadi, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Khairudin Aman Razali, Nasarudin Hasan Tantawi dan Nik Abduh, Ketua Dewan Pemuda baru.
   
Yang terlucut itu adalah MP yang lantang dan terkedepan atau MP yang ada kelas. Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Hanipa Maidin terlucut. Demikian juga Siti Zailah Yusuf, Dr. Mariah, Dr. Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin Jaafar pun tak nampak. 
   
Nampak macam mereka tidak dinilai. Tetapi itulah PAS boleh membuat keputusan yang orang tertanya-tanya. Hujung tahun 70-an Adun Kelantan mengundi tidak percaya kepada Menteri Besarnya Datuk Mohd Nasir. Dalam tahun 1982 pimpinan baru PAS yang diketuai oleh Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor memecat 13 ahli Jawatankuasa Pusatnya termasuk Datuk Asri.
   
Datuk Asri orang yang membangunkan PAS Kelantan dan Terengganu, 11 tahun jadi Presiden dan sekian lama jadi Menteri Besar Kelantan, berani dipecat dengan nekad. 13 pemimpin itu dipecat oleh pemimpin baru, manakala MP yang tidak terpilih sebagai Jawatankuasa Pusat yang terbaru itu adalah oleh perwakilan.
   
Ia mengeliru dan mencelarukan orang yang melihat. Apa punya celaru parti itu?
   
Apabila PAS dalam BN dihina oleh Umno hujung tahun 70-an dan PAS dikalahkan di Kelantan, orang sangka PAS habis. Bercelaru dan keliru semua orang dalam dan di luar PAS. Dr. Mahathir yang bertanggungjawab menyingkir PAS dari BN dan perancang merampas kerajaan Kelantan untuk ditadbir di bawah kerajaan pusat apabila ditanya jawabnya:
   
PAS tak akan terkubur. Mereka akan bangun semula.

Benar, 11 tahun kemudian PAS ambil semula Kelantan ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. Sehingga lebih 12 tahun Dr. Mahathir pun bersara, PAS masih menguasai Kelantan dan hampir menggugat Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
   
Hanya Dr. Mahathir saja tidak keliru dengan segala yang melanda PAS.
   
Ketika orang menyangka PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat termasuk sangkaan DAP, ucapan dasar Presidennya Beristiqamah Hingga Kemenangan menyarankan PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Cuma dilepaskannya Dewan Ulama membuat usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP, pengerusi usul menerimanya tanpa bahas.
    
Kesannya orang PAS kena tinggalkan kedudukannya dalam kerajaan yang dikuasai DAP. Ada protes dalam kalangan perwakilan.

Maka pimpinan PAS mentafsirkan keputusan Muktamar itu belum muktamad kerana ia memerlukan pengesahan Majlis Syura Ulama. Di bawah konsep kepimpinan ulama keputusan tahaluf siyasi diputuskan oleh Majlis Syura dan membatalkannya juga ditentukan oleh Majlis Syura.
   
Ada orang PAS sudah tinggalkan jawatan kerajaan di Pulau Pinang tetapi Majlis Syura belum putuskan sama ada putus diplomatik dengan DAP. Yang tegas PAS tak tinggal PR. Keliru orang, nak kekal dalam PR tapi hendak bercerai dengan DAP. Mengapa tidak berani tinggalkan saja PR?
   
Politik PAS ada seni fekahnya, jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua. Nabi pesan, jangan tinggal Bukit Uhud! Orang keliru tetapi Dr. Mahathir tahu payah orang PAS tinggalkan jemaah. Jika ada mufarakah solat zuhur, apabila asar bermakmum semula. – HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-6-2015

Proulama semua menang

SUBKY LATIF | .


SEBAGAI yang diduga mana-mana yang mentakwil kepimpinan ulama khususnya pimpinan Presidennya PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang tidak akan menang dalam pemilihan pimpinan PAS di Muktamar 61-nya. Yang sedia ada dalam pimpinan akan  gugur dan yang menyertai pertandingan tidak akan berjaya.
    
Kemungkinan itu dikongsi oleh penyokong tegar terhadap gerakan yang mengaku mahukan perubahan. Yang memasyghulkan dia ialah ia akan merangkum sama Salahuddin Ayub, Naib Presiden yang dirasakan sebagai bintang parti itu yang disenangi oleh semua. Tetapi itulah akibat mencetuskan mahu mengubah pimpinan TG Haji Hadi dan menolak konsep kepimpinan yang mahukan ia merangkumi Presiden dan Timbalan Presiden mesti ulama.
    
Gara-gara melayan tuntutan itu, maka natijahnya akan tempias kepada sekalian yang tiada didikan formal pengajian Islam termasuklah yang dikelaskan bintang. Itulah risiko yang terpaksa dilalui. Memanaskan perbezaan itu telah meletakkan PAS seolah-olah tidak boleh menerima pejuang Islam yang tidak ulama. Itu malang yang PAS Terima.
    
Akan tetapi saya tidak menduga kemungkinan itu melanda Muslimat dan Dewan Pemuda sama. Keputusan muktamar itu menakjubkan. Suka atau tidak suka keputusan itu tidak mahu PAS mempertikai ulama sebagai pemimpin. Sekalipun calon yang menentang Presiden adalah seorang ulama, tetapi ia termasuk dalam gelombang mentakwil kepimpinan ulama.
    
Rata-rata puas hati atas keputusan, tetapi ramai juga yang murung. Ia terpaka dilalui justeru perbezaan itu tidak dapat dibendung menjelang Muktamar.
    
Saya ditanya tentang keputusan itu. Jawab saya ialah sesiapa tidak berani menjelaskan sikap atas kewujudan PasMa telah menerima kecederaan. Sekalipun Siti Zailah Yusif, ketua Dewan Muslimat menegaskan bahawa Muslimat bebas daripada gejala PasMa, ia tetap tidak dapat mengelak daripada kecederaan.
    
Seperti yang saya selalu kata, pencabar TG Haji Hadi telah membuka sejarah tetapi sejarah itu berakhir pada hari pemilihan.
   
Ada yang menelefon saya kononnya gelombang itu belum berakhir. Sekalian yang cedera itu akan dianjurkan oleh sekumpulan orang berduit bagi meneruskan gerakan dalam parti baru atau mengambil satu parti yang sudah berdaftar.
    
Jika ini yang berlaku, maka PAS dengan sendirinya terdiri daripada pendukung pimpinan ulama saja dan penajaan parti lain itu saya kira cara Allah hendak mengambil duit orang kaya itu. Adalah lebih baik duit bagi pada saya supaya saya dapat agihkan kepada orang yang memerlukannya. Pernah wujud sebelum ini parti serpihan PAS. Satu daripadanya dipimpin oleh Datuk Asri yang diakui pintar tetapi ia mati sebelum penajanya mati.
    
Saya tertarik dengan nasihat ketua Dewan Muslimat yang baru memegang jawatan itu sekali lagi setelah dikalahkan. Katanya pada pengulungan muktamar agar setiap yang menang dan yang tidak menang, memujuk hati masing-masing supaya bertenang dan bersabar. Mungkin seperti kekalahannya empat tahun lalu.

Apa juga yang berlaku, terimalah sebagai takdir dan izin Allah. Tanpa izin dan takdir Allah tiada terjadi seperti yang terjadi itu. Dengan mengajak diri bersabar dan bertenang dia menjadi ketua Muslimat sekali lagi.
     
Pesannya itu dapat menyejukkan hati. Bagi menghormati pesannya, saya hendak menghadiahkan dia sepasang arnab. Dia boleh menghubungi saya bagi mendapatkan arnab itu. – HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015









































Meskipun Agong guna jet dulu

SUBKY LATIF | .


SEKALIPUN Yang Dipertuan Agong yang mula-mula menggunakan jet eksekutif selepas ia dibeli, adakah PM Najib telah berjaya menjawab soalan yang dihadapkan kepadanya atau satu dalih sekadar melepaskan batuk di tangga?
    
Dapatkah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menghalalkan kerajaan membeli sebuah lagi jet eksekutif mewah sebagai tambahan kenderaan udara lagi bagi kegunaan beberapa kerat VIP, sedang yang sedia ada itupun sudah dirasakan amat bermewah-mewahan.
    
Pembangkang sudah pun mentakwil akan keperluan sebuah lagi jet mewah untuk segelintir VIP sedang yang sedia ada itu sudah lebih daripada cukup dan menggunakan selenggaraan yang tinggi.
   
Kemudian Tun Dr. Mahathir mungkin mengira yang pembangkang takwil itu adalah amat munasabah, maka dia pun memperkuat tekanannya kepada PM Najib, jawap apa yang telah dibangkitkan itu, jika gagal memberi jawapan meyakinkan, patut benar dia berundur.
   
Di samping digunakan oleh Seri Paduka dulu, Dr. Mahahir dikiranya telah menyambung lidah pembangkang. Apakah pada Najib itu amat haprak buat  bangsa tamadun dan  demokrasi.
    
Orang yang memperleceh kewujudan pembangkang adalah orang yang rendah tamadunnya dan tidak ada kelayakan langsung menjadi perdana menteri. Ia lebih teruk daripada raja feudal zaman purba dan sang diktator pada akhir zaman.
    
Boleh orang seperti Najib menghalalkan pembelian itu dengan dalih ia diguna Agong dulu. Pertama jawapan itu adalah kodi, alasan seperti orang tak pernah sekolah. Kedua, dia cuba menggunakan nama Agong bagi menjustifikasi tabiat pembazirannya.
   
Adakah kerana Agong diatur menggunakan dulu, maka ia tidak boleh ditakwil. Kita sudah ada Agong selama ini, tiada pula sekalian Seri Paduka mahu motokar atau kapal terbang yang diguna sesiapa untuk ke mana-mana.
   
Betulkah Agong yang guna dulu sebaik dibeli? Atau ada orang lain guna dulu? Hanya Allah dan Najib yang boleh menjelaskan.
   
Tunku pergi ke merata tempat tak pernah merasa jet eksekutif. Perdana Menteri Tun Razak merasa guna jet eksekutif bagi menghadiri satu sidang kemuncak antarabangsa sama ada OIC atau NAM. Itupun dia pinjam jet Tun Mustapha, Ketua Menteri Sabah masa itu.
   
Mula negara beli jet eksekuif ialah selepas PM Dr. Mahathir menjalani rawatan pintas saluran jantung. Untuk penerbangan cemas itu kerajaan Malaysia cuba pinjam jet eksekuif Lee Kuan Yew. Pemimpin Singapura itu benarkan pesawat yang ada kemudahan belah jantung dalam penerbangan. Jet Kuan Yew itu tidak sempat diguna kerana Mahathir terpaksa dirawat segera di Hospital Kuala Lumpur.
    
Agaknya tak mahu dilihat leceh atau malu meminjam kepalterbang orang lain, Malaysia pun beli sebuah, dan Dr. Mahahir pun masa itu acap ke luar negara, kadang dua kali dalam masa  tiga bulan dan tidak pelik kalau tiga kali dalam masa dua bulan.
     
Lepas itu negara pun ada lebih dari sebuah jet.  Tiba zaman Najib yang beristeri pintar, dia beli lagi jet yang direnovasi canggih. Masa jet itu dibeli negara tidak cukup duit. Ekonomi dum! Dum! Dum! Ringgit sudah rendah dari Lira Turki, Riyal Saudi dan Baht Thailand.  
   
Dengan inflasi dan harga barang melambung, yang berpendapatan sederhana jadi miskin dan yang miskin jadi fakir, papa kedana bercampah, maka itu Najib beli  jet.
    
Hanya rakyat tanpa perut dan hati saja yang diam. Yang lain sakit hati mendengarnya. Apabila dipinta penjelasan, jawabnya Agong guna dulu. Lepas itu siapa guna hari-hari? – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Sumber HD - 10-6-2015














































































Penyiasat setuju fail Altantuya dibuka semula

SUBKY LATIF | .


TAN Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sebaik nyonya Altantuya Shaariibuu dibunuh tahun 2006, jadi ketua penyiasat polis atas kejadian itu – dibunuh dan mayatnya diletup.
   
Tidak pula disebutnya bahawa penyisatannya dulu sempurna, tetapi dia setuju fail si Altantuya itu boleh dibuka semula disebabkan ada tuntutan sedemikian kerana antara yang mahu dipastikan ialah siapa suruh pembunuh bunuh seperti yang disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir.
    
Orang suruh ia disiasat semula memang ramai tetapi tiada siapa yang peduli. Cuma orang tak mungkin senang pejam mata apabila Mahathir yang tidak puas hati apabila timbul persoalan, orang yang dikatakan menyuruh bunuh tidak disiasat dulu dan belum pula disiasat sekarang.
     
Penyiasatan Musa dulu berpuas hati mendakwa dua pembunuh yang sudah disabitkan bersalah dan seorang lagi, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah. Tiada disebutkan tentang siapa  yang menyuruh keduanya melakukan jenayah itu.
    
Adakah penyiasatan dulu sekadar hendak memastikan pembunuhnya saja dan tidak mengambil kira mengapa dia dibunuh?
   
Maka penyiasatan Musa Hasan dulu tidak sampai ke peringkat adanya sesiapa yang menyuruh mereka membunuh. Bukan saja ia berkemungkinan tidak dibangkit semasa penyiasatan, malah tidak dibangkit atau diambil kira semasa sepanjang perbicaraan.
     
Sepatutnya penyiasatan dulu mestilah sampai kepada kemungkinan bukanlah sekadar yang sudah didapati bersalah itu melakukan jenayah itu ada kehendak mereka saja tetapi patut ada rasa ingin tahu apa yang mendorongkan mereka melakukan pembunuhan itu.
    
Bagaimana orang-orang yang terlatih dalam kerja penyiasatan boleh terlepas pandang atas ada lagi orang lain yang terlibat?
   
Pabila Sirul yang disabitkan itu yang terlepas dari negara ini mendakwa dia membunuh atas suruhan orang lain dan tiada pula disebutkannya siapa penyuruh itu, maka terdedah betapa penyiasatan Musa dulu berkemungkinan tidak lengkap.
    
Sepatutnya polis yang berkuasa sekarang patut mengambil berat tentang dakwaan Sirul itu. Untung ada orang tua yang berani, Dr. Mahathir mengambil berat tentang keterangan Sirul, bertanya apa yang dibuat tentangnya?
   
Dia mahu perkara itu dijelaskan. Polis ada menyebut bahawa pihaknya telah mengambil berat.  Sekadar berkata mengambil berat tidak cukup, tetapi mesti ambil berat itu ada hasilnya. Adakah dakwa Sirul itu tidak berasas atau sebaliknya. Jika tidak berasas apa hujahnya. Jangan ambil berat itu berakhir dengan diam saja.
   
Musa juga yang memberi pandangan, fail mengenai Altantuya itu dihidupkan semula tidak sekadar terhenti dengan sekadar berkata demikian. Jika dia secara suka hati menyentuh perkara itu dalam sesawangnya, maka dia juga patut jelaskan mengapa isu yang berbangkit itu tidak dibangkitkan dulu?
   
Untuk kata orang terlatih dan berpengalaman seperti Musa terlepas pandangan atas perkara itu payah diterima. Musa mesti juga secara suka hati menjelaskan mengapa dia tidak bangkitkan hal itu dulu.
   
Mungkin ada dibangkitkan. Ia dikira lebih berkemungkinan memang ada dan mereka terlatih di bidangnya dan payah difikirkan mereka membangkitkannya. Jika tidak membangkitkannya mengapa? Dan kalau  pernah membangkitnya, mengapa pula seperti tidak membangkitkannya.
    
Dengan perkembangan yang terbaru, ada kepercayaan, penyiasatan Musa itu ada kekurangan. Musa boleh jelaskan dan kes ini tidaklah boleh didiam juga setelah Musa kata, ia boleh dibincang terus.
    
Pembunuhan Altantuya, dengan ini belum dikira selesai. Dan Dr. Mahathir tidak sekadar berpuas hati dengan menimbulkan keraguan tentang perkara itu, tetapi patut pastikan ada tindakan susulan atas hal itu. – HARAKAHDAILY 9/6/2015

Sumber HD - 9-6-2015

Kerajaan yang patut jadi buah mulut pelancong

SUBKY LATIF | .


ADALAH benar layanan yang baik, harga tidak cekik darah, keindahan alam semula jadi, bebas pencemaran, keharmonian kaum dan lain-lain adalah produk penting bagi pelancongan yang boleh menarik orang datang seperti yang Perdana Menteri Najib kata kepada para promoter pelancongan.
   
Tetapi tidak kurang pentingnya kerajaan yang baik, adil dan pemimpinnya bebas rasuah adalah antara produk pelancong yang perlu ditonjolkan. Ketika menjaja negara kepada orang luar supaya melancong ke sini, PM patut juga masukkan urus tadbir kerajaan yang baik sebagai satu produk utama.
    
Switzerland dan Singapura adalah contoh pentadbiran kerajaan baik dan bebas rasuah, menarik ramai orang datang, bukan sekadar orang banyak duit datang untuk berehat tetap para saudagar dan pemodal juga suka membancuh kekayaannya bagi mendapat pulangan yang baik.
   
Apa lagi kalau pentadbiran kerajaan itu dapat mencapai status yang Khalifah Umar Abdul Aziz laksana seperti yang Ketua Menteri Lim Guan Eng ingin contohi, sudah tentu dunia ingin tengok dan pelajari. Jika Guan Eng dapat ambil model itu untuk Pulau Pinang, nescaya yang ke Malaysia berdahulu-dahulu bertumpu ke Pulau Pinang.
    
Tetapi ada payahnya status dicapai kerana model Umar Abdul Aziz itu memasukkan hudud dalam pekejnya sedang ia dibenci oleh kebanyakan kerajaan.
    
Barakah daripada pelaksanaan pentadbiran Umar Abdul Aziz itu membuka pintu hati orang yang sukakan kebaikan ziarah ke wilayahnya.
   
Meskipun urus tadbir Indonesia ada produk Pulau Balinya dan Mesir yang khemah tari geleknya, menyebabkan berbondong-bondong pelancong ke sana, tetapi ia bukan contoh yang baik betapa kerajaan boleh cincai menguruskan negara.
   
Produk pelancongan seperti itu tidak mengajar orang untuk menjadi baik, tetapi ia menambah rosak sakit sosial pada kebanyakan dunia kapitalis, yang masing-masing mengira pelancongan adalah industri mengaut untung sambil berseronok dan berpelesir. Ke destinasi pelancongan seperti itu tidak akan mengajar manusia jadi baik, tetapi melahir dunia sebagai panggung hiburan.
   
Saya pernah menginap di chalet Langkawi yang diurus oleh Islam. Terpampang iklannya tiada arak di situ. Tidak rugikah dia dan tidak takutkah orang tidak datang ke situ? Jawabnya, ramai Mat Saleh mahu menjauhkan arak, malah ada yang benci. Tetapi jika mereka tengok ada arak, mereka tidak dapat menahan nafsu.
   
Pelancong seperi ini juga ramai di dunia. Tapak merosakkan akhlak memang banyak di negara mereka. Jika itu yang mereka mahu, memadai mereka jahat di tempat mereka saja. Mereka keluar negara, jenis seperti ini adalah bagi mempelajari sesuatu yang baik untuk kehidupan. Jika Langkawi dan Pulau Tioman diiklankan sebagai kawasan bebas arak dan judi, tahulah Allah membuka pintu hati orang mencari kebaikan datang ke situ.
   
Najib bercakap tentang maqasid syariyah. Apakah produk pelancongan bebas daripada maqasid syariyah? Kita jangan munafik terhadap konsep kebaikan Islam itu. Maqasid itu sebagai satu agenda negara, mestilah memasukkan sama bidang pelancongan. Biar pelancongan ada syiar dakwah.
   
Pelancongan yang ada syiar dakwah adalah datang daripada kerajaan prodakwah dan kerajan yang baik antimaksiat dan antidosa. Jika 10 peratus saja daripada jumlah pelancong di dunia tertarik pada pelancong dakwah, Malaysia tidak cukup tempat dan masa untuk melayannya. – HARAKAHDAILY 4/6/2015

Sumber HD - 4-6-2015

Muktamar Provokasi DAP buat muktamar PAS
Posted on Thursday, June 04 @ 11:03:34 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

SAMA ada rencana ini tersiar sebelum atau selepas Muktamar PAS di Kuala Selangor, muktamar itu dihadapkan dengan provokasi dan cabaran bertubi- tubi dari sekutu Pakatannya DAP.

Suatu yang amat ganjil bagi mana-mana regu sekutu politik selain dari sekutu itu tidak dikehendak lagi.Siapapun akan mengira ia adalah campur tangan DAP dalam urusan rumah tangga PAS.

Serangan utama pimpinan anak beranak DAP itu, Lim Kit Siang, bapa sebagai penasihat parti dan Lim Eng Guan, anak sebagai setiausaha agung ialah ke atas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Meskipun banyak ingatan agar kata-kata provokasi wajar dielakkan, tetapi ia tidak dipedulikan.

Apa yang dapat dilihat dari provokasi itu?

Ia tidak lebih dari usaha politik besar bukan oleh DAP saja bahkan oleh kerabat umum di belakang Pakatan itu untuk menjadikan PAS benar-benar sebagai pak turut dalam muafakat politik menggugat monopoli kuasa/politik Barisan Nasional.

Selamanya orang beranggapan PAS adalah kuda tunggangan bagi semua, tetapi ia tidak menawarkan hati PAS untuk kekal dalam Pakatan baik ia dikehendaki atau tidak dikehendaki.

PAS tetap mahu kekal dan menjadi sekutu yang sama tinggi, tanpa merendahkan orang lain, dan tetap mengira semua sekutunya penting bagi Pakatan dan dikehendaki kekal dalam kerjasama itu.

Meskipun ia banyak perbezaan tetapi PAS tetap mengira DAP penting dan diperlukan, tidak kira orang lain ada pandangan sama terhadapnya.

Maka apa yang tersirat dalam provokasi DAP itu untuk muktamar itu?

Pertama, moga-moga Muktamar menukar pimpinan PAS dengan siapa saja selain Tuan Guru Abdul Hadi dan golongan ulama yang sehidup semati dengannya.

Kedua, kiranya pertukaran tidak berlaku, moga-moga muktamirin, justeru tidak tahan dengan provokasi DAP itu lalu membuat keputusan keluar dari Pakatan Rakyat.

Keberadaan PAS dalam Pakatan yang tidak begitu diperlukan lagi oleh semua boleh menyusahkan muafakat itu tetapi PAS berkeras tidak mahu keluar. Bila ia kekal dalam Pakatan tidak semua yang Pakatan mahu disetujui.

Presiden PAS dicabar

Benda-benda yang tidak disetujui oleh PAS itu ada juga yang disetujui oleh setengah pimpinan PAS.
Kerana Presiden tidak setuju, maka orang lain tidak dapat buat apa.

Maka ada di antara orang PAS mahu menukar pimpinan itu. Untuk pertama kali dalam sejarahnya Presiden PAS dicabar. Sama ada cabaran itu atas kemahuan sendiri atau ia dirancang oleh pihak lain, tidak penting tetapi Presiden kali tdak lagi menang tanpa bertanding.

Jadi ia adalah harapan yang baik bagi DAP kiranya pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi dapat ditukar dengan mana-mana kumpulan saja asal ia selesa bagi DAP dan lain-lain.

Maka segala suara tidak menyenangkan dari DAP itu adalah bertujuan supaya muktamar itu tidak lagi mempertahankan Presiden itu.

Tidaklah mudah bagi DAP mempengaruhi muktamirin. Tidaklah ia tidak mustahil tetapi payah.

Jika Presiden parti tidak dapat ditukar, pilihan keduanya muktamirin termakan dengan provokasi lalu membuat keputusan keluar dari Pakatan atas sebab- sebab tidak tahan dengan kerenah dan provokasi, tidak senang dengan penghinaan dan macam-macam sebab lagi.

Inilah yang DAP dan lain-lain pihak sealiran denganya tunggu dan suka.

Suruh keluar Pakatan PAS tahu, tetapi keberadaannya dalam Pakatan menyusah mereka. Maka dengan menyerang Presiden PAS secara bertubi-tubi menjelang muktamarnya, moga-moga perwakilan tidak tahan dan tidak sabar lagi, lalu mengambil langkah selamat tinggal Pakatan.

Apakah DAP tidak faham dan tidak tahu, sedikit sebanyak PAS dapat memberi sumbangan kepada Pakatan melucutkan kuasa BN di Putrajaya? Sekalipun kalah dalam banyak kerusi yang ditandinginya yang masih dikuasai Umno, tetapi sumbangan PASlah antara yang membantu pembangkang beroleh undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

Apakah undi popular itu dapat diulangi dalam pilihan raya umum yang akan datang?

DAP tahu akan sumbangan itu dan ia juga merasa perlu sokongan itu, bahkan bukan sekadar mendapatkan undi popular saja, Pakatan mungkin berjaya kali ini menumbangkan Barisan.

DAP dan Pakatan tanpa PAS tidaklah berdiam diri atas ketiadaan PAS itu. Ketiadaan itu boleh diganti dengan yang lain dan antaranya orang-orang PAS sendiri yang selama ini memang selesa degan apa jua yang Pakatan rancang.

PAS atau DAP keluar Pakatan

Antara orang PAS itu memang sudah pun bersedia dengan NGO yang cenderung politik bagi mengisi apa yang dikosongkan oleh PAS itu.

Orang-orang itu sudah pun mezahirkan niatnya mahu memelihara Pakatan pada ketika PAS adalah sekutu Pakatan yang tidak berhajat utuk meninggalkan Pakatan.

DAP sudah pun tahu ada orang PAS bersedia menggantikan tempat PAS itu. Apakah orang-orang itu ramai atau sedikit, tidak menjadi hal, tetapi jangan kata kekosongan yang ditinggalkan PAS tidak akan berganti.

Pengganti PAS itu sudah tentu tidak seperti PAS.

Mereka diharapkan akan dapat memenui segala kemahuan yang tidak dapat dipenuhi oleh PAS.

Dan kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dulu akan mereka isi sekalipun mereka terpaksa bertanding menentang PAS.

Dun Chempaka yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tentunya tidak diberi laluan lagi oleh Umno, dan pelik kalau ganti PAS tadi akan bertanding di situ.

Pengkalan Chepa yang jadi kerusi tunggal PAS dalam pilihan raya 1986 dan tidak pernah PAS kalah selepas itu akan diisi juga oleh parti ganti PAS itu. Marang yang jadi kubu Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan Pakatan isi dengan bekas penyokong PAS.

Jika pasca PAS ditendang dari BN hujung tahun 1970-an menggunakan orang PAS jadi calon Berjasa di Kelantan, maka kali ini Pakatan akan menggunakan orang PAS juga untuk menentang PAS di setiap kerusinya selain dari calon BN.

DAP sudah jelaskan PAS tanpa Pakatan tidak akan dapat apa yang ia dapat sekarang. Tetapi tanpa PAS dalam Pakatan belumlah tentu ganti PAS dapat membantu Pakatan menguasai Putrajaya dan ia akan mengekalkan Kit Siang berpuas hati mati sebagai pembangkang saja.

Jika hubungan baik dengan PAS dapat dibaiki menjelang PRU 14, tidak mustahil Putrajaya dapat dirampas dan Kit Siang boleh mati sebagai menteri kanan.

Persoalannya sekarang ialah apakah muktamar PAS itu termakan dengan provokasi DAP itu? Jika mereka jadi seperti sepat tidak makan pancing sekalipun dari emas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak digantikan dan muktamar mengekalkan kedudukan dalam Pakatan macam mana?

Jalan yang terbuka hanya DAP tinggalkan Pakatan, suatu yang PAS tidak galakkan, dan dapatkah PKR dibawa sama. Sediakah PKR menyertai Pakatan berjenama baru dan membiarkan muafakat yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim taja dan beri nama mati tak bernisan? KeADILan wajar usahakan jangan Pakatan mati dulu dari Anwar.

Sumber DD - 4-3-2015


Muktamar Jika PAS berpecah, ia akhir lepas muktamar
Posted on Wednesday, June 03 @ 13:37:37 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

SAYA dengar orang kata dan baca PAS dikatakan berpecah. Bila saya sekali itu se bagai fenalis forum anjuran Dewan Pemda PAS Lembah Pantai atas mauduk PAS Pasca Muktamar 2015 dan meneruskan legasi Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Mohd Noor, nyata dan jelaslah saya akan panasnya perpecahan itu.

Penganjuran forum itu sendiri adalah mencari jalan bagaimana penyelesaian sambil berubah.

Kerana itulah ada cabaran terhadap Presiden pada muktamar pemilihan ini, kali pertama terhadap penyandang jawatan itu.


Sekali ada pertandingan jawatan yang dipertua agung (presiden) tahun 1956, ia adalah bagi mengisi kekosongan atas pengunduran Dr Abbas Alias, bukan justeru tidak puas hati atas pimpinannya.

Tiga calon dikemukakan, Dr Burhanuddin al-Helmy, Prof Zulkifl i Mohamad dan Hassan Adli. Hassan Adli menang Ketua Dewan Pemuda sehari sebelum pemilihan, tinggallah Dr Burhanudin dan Prof Zulkifli.

Tetapi pertandingan kali ini kerana perpecahan dan dikatakan mahukan perubahan. Malam itu saya terasa seperti berada dalam majlis Umno menjelang pemilihan pimpinannya. Banyaklah alasan diberi mengapa mesti berubah melalui calon yang mencabar dan perlu diteruskan legasi Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Juga dimaklumkan banyak label diberi terhadap kumpulan pencabar oleh pihak yang mahu mengekalkan presiden yang ada.

Antara mengapa perubahan dikehendaki ialah demi menghentikan kecenderungan mengadakan UG – kerajaan perpaduan bersama Umno dan mengelakkan usaha memecahkan PAS oleh Umno melalui projek melaksanakan hudud.

Seolah-olah hudud itu bukan program asal PAS kerana ia tidak disebutkan dalam perlembagaan PAS dan ia dikira taktik Umno bagi menyekat peluang Pakatan mara ke Putrajaya dan menjauhkan pengundi bukan Islam kepada PAS.

Saya diminta tentang kemungkinan dan hasil muktamar awal Jun ini. Tiada tahu saya mengagak ketentuan Allah tentang masa depan parti – siapa kalah dan siapa menang. Agak mudah mengagak pertandingan tinju antara Muhammad Ali dengan peninju bukan pilihan.

Alilah menang. Tetapi siapa menduga panglima Jalut yang lebih gagah dari Hang Tuah dapat ditewaskan oleh budak yang tidak terkenal.

Raja Talut tidak memilih Daud, kanak-kanak yang belum jadi Nabi untuk menghadapi Jalut. Tetapi Daud minta sangat, Talut pun membenarkannya. Daud tidak menggunakan senjata pedang, lembing dan tombak. Lastik saja senjatanya hingga pecah kepala Jalut. Kita tidak tahu apakah senjata yang digunakan bagi mencabar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

Cuma ingatan saya, PAS jangan terlalu pobia dengan Umno. Ia pun tinggal nyawa ikan unuk menghadapi perpecahannya, tidak cukup masa dan tenaganya untuk menggoda PAS. Memang kerja Umno untuk menggoda PAS, seperti iblis jika boleh semua manusia hendak digodanya, tetapi masih ramai manusia tidak dapat digodanya. PAS hendaklah jadi seperti manusia yang iblis tidak dapat goda.

Kalau Tuan Guru Haji Hadi jumpa Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, Pak Lah atau Muhyiddin Yassin sekali sekala, tidak ia boleh dijadikan hujah dan bukti PAS hendak bersatu dengan Umno.

Ustaz Hadi patut acap jumpa Najib minta dia laksanakan hudud. PAS mesti ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpinnya bertindak mendekati pemimpin kerajaan seperti Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh Allah mendatangi Firaun, minta dia menyembah Allah dan berhenti menjadi tuhan.

Ustaz Hadi pergi jumpa Najib minta dia laksana hudud.

Kalau Allah suruh Nabi Musa jumpa Firaun, tentulah Allah tidak larang Ustaz Hadi jumpa Najib.

PAS jangan takut sangat kepada Umno kerana ia pun makhluk macam kita juga. Kita mesti belajar dari pesan pengajar talqin kepada si mati, jika datang dua malaikat kepada kamu – Mungkar dan Nangkir – jangan kamu takut kerana mereka pun makhluk seperti kamu juga. Maka PAS mesti bersedia dan berani menghadapi Umno seperti menunggu giliran menghadapi Munkar dan Nakir.

Orang PAS yang takut jumpa Umno ada penyakit jiwa seperti orang tidak beriman takut didatangi Mungkar dan Nangkir.

Saya bimbang orang PAS yang dihantui oleh bedebah UG itu, ke barangkalian putus asa tidak dapat sampai ke Putrajaya, hilang harapan untuk mendapat kemenangan dan hilang sabar untuk menikmati kekuasaan. Sekadar untuk berkuasa, Rasulullah s.a.w. boleh terima tawaran musyrikin Quraisy hendak menjadikannya raja, dan dengan kuasa itu tentu Islam dapat dilaksanakan.

Walaupun Quraisy memberi syarat Nabi mesti meninggalkan dakwah, apa salah terima tawaran dulu dan kemudian pergi jahanamlah syarat kerana kuasa sudah ada di tangan. Tetapi baginda Rasul tidak mengajar kita matlamat menghalalkan cara.

Jika berlaku tuduh menuduh dan label-melabel antara satu lain, maka ia adalah natijah dari perpecahan yang berlaku. Akan ada saja alasan dan dalih bagi menjustifikasi perpecahan.

Pada saya perbalahan itu berpunca dari perbezaan tafsir atas konsep kepimpinan ulama yang dicetuskan oleh legasi Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil. Kumpulan yang terdiri dari ulama mengira kepimpinan ulama itu adalah dari Majlis Syura Ulama dan memadai presiden dan timbalan presiden mesti ulama.

Sekumpulan lagi mengira ia memadai dengan Majlis Syura Ulama dan presiden dan timbalan presiden tidak semestinya ulama.

Adapun pesuruhjaya negeri-negeri, ketua Dewan Pemuda dan kawasan-kawasan terbuka kepada ulama atau bukan ulama.

Bermula dari perbezaan tafsir inilah menyebabkan mula renggang ulama dan profesional dan jika presiden dan timbalan presiden mesti ulama, seolah-olah ia menutup peluang kepada yang tidak ulama tetapi berwibawa dari menjadi pimpinan. Mulalah ada yang mengira ulama tidak tahu mentadbir dan itu dan ini dan demikian juga sindir menyindir terhadap yang tidak ulama.

Memanglah ulama juga ada kelemahan dan bukan semua ulama itu boleh jadi pemimpin.

Abu Zar terkenal zuhud dan ilmunya tetapi Nabi tidak beri sebarang jawatan politik kepadanya.

Tetapi Abu Bakar, Umar al- Khattab, Uthman dan Ali adalah ulama. Jika di tengah masyarakat itu wujud ulama yang berwibawa, maka wajarlah ulama itu didahulukan.

apabila dalam masyarakat tidak ada yang hendak menjadi imam, maka diutamakannya orang ada ciri-ciri ulamanya iaitu tinggi waraknya, tidak diketahui melakukan dosa besar, kalau pernah berdosa, diketahui taubatnya.

Apa yang dikatakan semasa legasi Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil tidak timbul perbezaan antara ulama dan profesional, ialah disebabkan yang tidak ulama tidak berminat untuk jadi pemimpin. PAS berkelahi tak mahu jadi pemimpin, bukan berkelahi untuk jadi pemimpin.

Di era pimpinan Tuan Guru Haji Hadi ini banyaklah dikata lemahnya.

Tetapi cukupkah hujah syar’ie untuk menggantikannya? Sayidina Ali menghadapi dua perang saudara.

Dengan Aisyah, isteri Rasulullah dan wanita yang banyak merawikan hadis dan Muawiyah Abu Sufyan, seorang dari 10 yang dijanji syurga serta penulis wahyu.

Ramai umat Islam terbunuh dalam peperangan itu.

Tetapi adakah beliau gagal dan tidak layak jadi khalifah ar-Rasyidin?

Dengan segala masalah yang dihadapinya, tiada yang berani untuk menggugurkannya dari tangga khalifah ar-Rasyidin yang empat.

Muktamar PAS 2015 ini ada sejarahnya, tetapi sejarah itu berakhir pada hari pemilihan.

Sumber DD - 3-6-2015


















































DAP kata hudud hanya politik, bukan agama




















































SUBKY LATIF | .


ROMBONGAN DAP pimpinan Lim Kit Siang mengembara ke Timur Tengah dan singgah di beberapa kota negara Islam sambil meninjau politik hudud.
   
Dari tinjauan ringkas dan pengembaraan singkat itu ia dapati kononnya hudud yang PAS utarakan itu bukan justeru tuntutan agama bahkan politik.
   
Tidak diketahui sarjana mana yang ditemui dan ulama mana yang dirujuk kerana di Mesir dan Jordan sekarang ini adalah sarang Yahudi dan orientalis. Mungkin lebih ramai orientalis di Kaherah dan Amman daripada di Tel Aviv.
    
Jika Kit Siang hendak mengetahui hudud yang hakiki, dia tidak perlu pergi dua tiga hari ke sana, memadai mengkajinya di dalam negeri kerana hampir di semua universiti terdapat sarjana Islam.
   
Orang belajar bertahun-tahun di al-Azhar dan Madinah pun balik ada yang tidak beriman dengan hudud, apa lagilah singgah dua tiga hari.
  
Pujangga Islam Asia Tenggara yang masyhur dua abad lalu Hamzah Fansuri bermadah, dia mengembara ke Baitullah untuk bertemu Allah, tetapi jumpa dalam kelambu di kampungnya. Ia adalah menggambarkan mengaji tentang Islam tidak semestinya ke Mekah dan Mesir, di negeri sendiri pun cukup.
   
Kit Siang ke Timur Tengah tidak mengosongkan kepala dan hatinya seperti Salman Parsi yang menggembara ke Mekah/Madinah untuk mencari Islam daripada Rasulullah. Sebelum Kit Siang ke Mesir dan jordan, dia sudah ada persepsi tentang hudud. Dia tidak jumpa apa-apa di sana melainkan mengesahkan persepsinya.
   
Salman Parsi mengosongkan kepalanya dulu. Apabila dia berjumpa Rasulullah dia jumpa apa yang dicarinya iaitu Allah dan Islam.
   
Dengan beberapa malam di Mesir dan Jordan itu dia pun balik dan membawa pulang hudud yang PAS utara lama sebelum penubuhan DAP itu adalah politik, bukan tentutan agama.
  
Jika Kit Siang yang mengaku tidak anti Islam, tidak membuat apa-apa pendirian tentang Islam termasuk hudud, apabila berkawan dengan PAS dan menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan jurucakap Pakatan, memberi masa mendekati Islam dan mengkaji hudud dengan pimpinan PAS dan lain sarjana Islam, nescaya ia dapat apa yang dicarinya.
   
Tetapi pengembara ke Asia barat itu adalah untuk menghalalkan cara. Ia tidak dapat suatu yang baru tetapi terbelenggu sebagai seorang dulu juga.
  
Hudud memang ada dalam Islam. Cuma ada antara orang Islam itu mengaku beriman dengan Allah dan rasul, tidak beriman dengan hudud.

Adakah PAS mengutarakan hudud kerana Islam atau kerana politik?
   
Jawapannya ialah kedua-duanya sekali. Kerana Islam ialah kerana mereka orang Islam. Kerana politik ialah kerana politiknya ialah siasah syariyah, politik tidak terpisah dengan agama. PAS bukan sekular yang memisahkan politik daripada agama, doktrin politik yang dipegang oleh DAP.
  
Jika ia justeru politik, maka sudah lama PAS abaikan hudud kerana majoriti pengundi sebelum merdeka dan selepas merdeka menolak hudud. Memandangkan bukan Islam menolak hudud, PAS patut jadi Umno lupakan hudud. Kerana hudud adalah ajaran Islam, PAS tetap bersamanya sekalipun dari segi poliiknya ia menongkah arus.
   
Apabila berkawaan dengan DAP dan PKR, ia tahu sekutunya itu menentang hudud. Politik yang PAS ambil seperti bunuh diri. Ia diserang oleh semua kawan. Jika sekadar berpolitik, gugur saja hudud, tetapi  gugurlah akidahnya kerana hudud itu kehendak Allah.
   
Jika sekadar politik, Rasulullah SAW terima tawaran musyrikin Quraisy untuk jadi raja. Selepas jadi raja tentu senang Islam dikuat kuasa. Tetapi jadi raja bersyarat menyalahi dakwah. Boleh jadi raja tanpa mengabaikan dakwah. – HARAKAHDAILY 2/6/2015

Sumber HD - 2-6-2015

DAP bekerja untuk Umno?

SUBKY LATIF | .


MUAFAKAT antara PAS dan DAP dalam politik Pakatan Rakyat sudah sukar dibendung sekalipun kedua-duanya tahu bahawa persefahaman keduanya dapat membuka peluang bagi mengakhiri monopoli kuasa Barisan Nasional.
    
Semua mengakui termasuk Dr. Mahathir sendiri tentang adanya peluang menggantikan BN, Cuma dalam PRU lalu, nasib saja tidak memihak kepadanya.
     
Akan tetapi kelemahan semua kerabat PR mengendali muafakat selepas PRU13, tempoh bulan madunya seolah-olah berakhir. Selepas tempoh masam muka antara PAS dan PKR atas isu Menteri Besar Selangor, timbul satu demi satu perselisihan antara PAS dan DAP hingga sekarang ia amat sukar dibendung.
    
Kejujuran PAS terhadap PR dipersoal berpunca daripada ketegasannya meneruskan usaha melaksana hudud di Kelantan dan DAP mengira PAS cenderung untuk bersama Umno atas isu apa yang dikatakan UG – unity government – dan kesediaan Umno menyokong usul PAS mengenai hudud di Parlimen.
   
Sejak masa mukanya dengan PKR, PAS tidak berganjak pendiriannya untuk terus bersama PR dan selama ada masalah dengan DAP pun PAS tidak berhajat untuk keluar PR kecuali ia dikeluarkan. Ia tidak diyakini oleh DAP.
   
Sikap PAS terhadap Wan Azizah Ismail sebagai calon MB Selangor dijadikan dalih, tetapi tidak pula dikira sokongan PAS termasuk TG Haji Hadi terhadap pencalonan seorang gadis Islam, Sofia sebagai calon DAP dalam PRK  Teluk Intan.
   
Yang banyak diserang menjelang muktamar PAS ialah pimpinan TG Haji Hadi. Seolah-olah DAP mahu sangat PAS keluar daripada PR sedang PAS pula sedingin manapun hubungan antara keduanya, ia belum bercadang keluar PR, kerana ada gunanya muafakat itu dari semasa ke semasa.
   
Ia amat payah diredakan, apa lagi tiada orang tengah yang dapat membawa kedua pihak bertenang. Muafakat itu diakui adalah atas dorongan keras DS Anwar Ibrahim. Sekarang beliau tidak ada di luar. Tetapi kiranya dia berada di luar pun belum tentu keduanya boleh dibendung dalam masa yang singkat.
    
Orang lain tidak cukup seri untuk menenangkannya, tetapi jika beliau ada, sekali pun tiada jaminan, harapan tentu ada bagi mengurangkan ketegangan. Peranan orang tengah adalah baiknya dari  tiada orang tengah langsung.
    
Pergolakan antara keduanya berlaku dalam keadaan PAS sendiri ada pergolakan dalaman.

Sekalipun ia bermasalah tetapi ia adalah sebuah parti yang bermaruah, dan perbezaan dalaman itu tidak wajar mengurangkan maruahnya. Ahli-ahlinya yang bermaruah tentu tidak meruncingkan masalah dalamannya apabila ia dicabar kanan dan kiri.
   
Orang tinggi maruahnya tidak gembira partinya diserang, dan tidak sedia mengambil serangan luar itu bagi meruncingkan lagi masalah dalamannya.
    
Apa pun sebagai parti yang ada maruah, tidaklah mudah segala cabaran yang dihadapi itu mempengaruhinya untuk menyahut godaan meninggalkan PR yang adalah lebih baik daripada tidak ada.
   
Bertahan dengan segara cabaran, tidak bererti ia tidak bermaruah, menderita saja dengan apa orang kata. Dengan maruah itu ia kekal dan bangkit mempertahankan muafakat dalam masa senang dan dalam masa susah. Keluar daripada PR atau dikeluarkan daripada PR, itulah yang dikehendaki sangat oleh Umno dan Najib yang kedudukan kini seperti telur di hujung tanduk
    
Kiamat dunia kira TG Haji Hadi bersekongkol dengan Umno tetapi mengata PAS suka Umno adalah yang paling disuka oleh Umno. Yang memaksa PAS keluar dari PR itulah yang bekerja untuk Umno. – HARAKAHDAILY 31/5/2015

Sumber HD - 31-5-2015






















































Adakah Najib berbohong di parlimen?
























































SUBKY LATIF | .


DALAM tulisan terbaru dalam blognya Dr. Mahathir membentangkan panjang lebar PM Najib telah membuat jawapan bertulis di Parlimen yang disifatkannya berbohong.
   
Jawapan itu adalah mengenai wang 1MDB berjumlah USD1.1 bilion (RM4.022 bilion) yang dibawa dari Pulau Cayman dikatakan disimpan di bank Singapura. Mengapa ia ditransitkan di Singapura telah ditakwil oleh Mahathir sebelumnya.
   
Mengenai jawapan Najib di Parlimen itu banyak yang tidak jelas bagi Dr. Mahathir, adakah wang tunai atau dalam bentuk lain. Dan ada pula dikatakan tiada yang tiba ke Singapura.
  
Kesimpulan mengikut Mahathir, Najib dikatakan sudah memberi jawapan bohong. Maka kekeliruan tentang duit dibawa ke Singapura ada unsur jenayah jika ia tidak dapat dikesan. Polis patut melihat isu ini.
   
Apakah ia ada unsur jenayah, ia satu daripada kerja polis untuk menentukannya, akan tetapi berbohong di Parlimen juga adalah satu kesalahan besar, jika disabitkan seorang ahli boleh hilang kelayakan sebagai ahli  Parlimen.
   
John Profumo (Brigadier John Dennis Profumo), Menteri Perang Britain (Secretary of State for War) dalam kabinet Harold Macmillan hujung 50-an dan awal 60-an terlibat dalam skandal seks dengan Christine Margaret Keeler. Christine Keeler juga mempunyai skandal yang melibatkan diplomat Soviet Union. Maka timbul isu keselamatan negara Britain. John Profumo disoal di Parlimen. Dia menafikan penglibatannya. Akhirnya dia dibuktikan terlibat. Dia telah meletakkan jawatan.
   
Perletakan jawatan itu mengikut pandangan umum, tidak justeru skandal seks, kerana tiada siapa di Britain bebas daripada gejala maksiat itu. Tuntutan dia meletak jawatan adalah justeru berbohong di Parlimen. Bagi Parlimen Britain, berbohong di Parlimen adalah jenayah moral yang lebih besar daripada berzina.
   
Jika dibukti jawapan Najib di Parlimen itu bohong – tidak kira jawapan bertulis atau jawapan lisan, maka ia adalah kesalahan moral yang besar dan telah mencemarkan kemuliaan Parlimen yang menjadi simbol negara dan rakyat.
   
Parlimen yang berwibawa mesti melihat isu ini sebagai suatu yang besar dan tidak boleh diremehkan jika kita mahu melihat Parlimen kita dihormati dan dimuliakan. Kesalahan berbohong di Parlimen mungkin sama beratnya dengan penipuan 1MDB. Satu menghina negara dan satu lagi menghancurkan negara.
   
Maka Parlimen, khususnya Speaker mesti menjaga kemuliaan dan wibawa Parlimen, dakwa PM Najib berbohong di Parlimen mesti ditangani sewajarnya, pastikan Najib bersalah atau tidak. Mungkin ada orang lain yang menjadi puaka dalan skandal 1MDB tetapi dalam jawapan di Parlimen ada tanggungjawabnya kerana jawapan  itu dia membuatnya.
   
Jika dibuktikan sah dia berbohong, maka hilanglah kelayakannya sebagai MP Pekan. Pekan mesti mengadakan pilihan raya kecil bagi menggantikannya. Jika Najib hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen, maka dengan sendirinya dia tidak boleh menjadi Perdana Menteri Lagi.
  
Seorang Perdana Menteri adalah sesorang anggota Dewan Rakyat.
  
Tidak mudah memaksa dia berundur daripada Perdana Menteri kerana Umno terus menyokong dan mengekalkannya sebagai Presiden Umno. Presiden Umno yang juga anggota Parlimen adalah kelayakan utama bagi menjadi Perdana Menteri.
   
Tetapi Presiden Umno seumur hidup pun jika tidak menjadi angota Parlimen hilanglah kelayakannya untuk menjadi Perdana Menteri. Dia mungkin tidak boleh dilucutkan kerana isu Altantuya, isu 1MDB, Tabung Haji dan Felda dan lain-lain, tetapi boleh hilang kelayakan kerana berkata tidak betul di Parlimen. – HARAKAHDAILY 29/5/2015

Sumber HD - 29-5-2015

1MDB, Najib belum ulas Muhyiddin

SUBKY LATIF | .


TIDAK kira sama ada TPM Muhyiddin Yassin dibuat secara tertutup atau terbuka, tetapi kemahuannya sudah diketahui betapa dia mahu semua pengarah 1MDB dipecat dan polis mesti menyiasat mereka serta-merta.
   
Ia satu kemahuan yang kuat dari Tan Sri Muhyiddin baik ia dibuat atas kapasiti peribadi atau sebagai pemegang jawatan awam yang tinggi.
   
Ia satu tuntutan kepada PM Najib supaya jangan tunggu lagi laporan Ketua Audit Negara tetapi Najib hendaklah bertindak segara sekalipun Muhyiddin tidak halakan desakannya kepada Najib secara berdepan tetapi apakah ia bukan tuntutan langsung kepadanya?
   
Najib belum ulas tetapi ada desakan supaya dicari orang membocorkan tuntutan Muhyiddin itu kepada umum sedang ia disampaikan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup yang dihadiri sama oleh beberapa orang kanan Umno.
   
Memang takjub bagaimana perjumpaan tertutup TPM boleh dibocorkan. Apakah ia gara-gara helah Muhyiddin sendiri atau memang ramai pemimpin tinggi Umno dan pegawai kanan kerajaan tidak mahu berketuakan Najib lagi?
   
Apapun ia tanda orang sudah suka pada Najib secara terang dan secara tersembunyi. Memang patut disiasat pembocor sesuau yang bersifat tertutup, tetapi jangan polis ulangi apa yang cuba disiasatnya tentang pembocoran pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji. Pengarah TH akui pembelian tanah itu tetapi buat aduan polis supaya cari pembocornya.
  
Polis pun betul bendul mula menyiasat mencari pembocor tanpa menghiraukan pembelian tanah secara senyap satu kecurangan. Kesalahan besar yang kecil dipeduli, kesalahan yang betul-betul besar tidak dipeduli. Apabila orang muntahkan marah cara pembelian tanah itu, polispun tenggelam dalam muntah lahar gunung berapi.
   
Jangan pembocor dua kali dalam sebulan tetapi yang penting ialah Najib mesti jelas apa yang Muhyiddin kata baik ia peribadi atau tidak, dan orang ramai termasuk Umno jangan berkecuali lagi atas isu yang Muhyiddin letupkan itu. Orang lain sudah letup dulu, tetapi apabila Muhyidin juga letup, retak sudah menunggu belah.
    
Najib boleh pergi jumpa puluh ribu orang setiap tempat di seluruh negara mengadu Mahahir hendak buang dia, tetapi dia kena bagitahu semua Muhyiddin paksa dia buang semua pengarah 1MDB. Patutkah atau tak patutkah Muhyiddin buat begitu?
   
Apakah yang Muhyiddin buat itu macam yang kedua-duanya buat kepada PM Abdullah Badawi dulu? Semua orang Umno dulu kata, patut mereka buat begitu pada Pak Lah. Dan apakah sekarang orang juga kata patut Najib dibuat begitu oleh Muhyiddin?
   
Muhyiddin mungkin tidak subahat dengan Mahathir tetapi Muhyiddin sudah tunjukkan dia tidak subahat dengan Najib, sedang ramai Umno bermuka-muka tunjuk subahat pada Najib. Apa Muhyiddin buat itu ialah dia tidak mahu pikul dosa Najib dan apakah Umno secara membuta tuli hendak pikul dosa Najib?
    
Muhyidin tidak suruh Najib berundur. Dia cuma suruh pecat sekalian pengarah 1MDB. Adik Najib pun kata pengarah 1MDB buat tidak betul Umno saja hendak tutup sikap Najib yang tidak betul itu.
    
Cuma Muhyiddin sehari selepas video itu bocor berdalih ia pandangan peribadinya. Diharapkan Muhyiddin jangan jadi baling batu sembunyi tangan. Jika dia tidak boleh bantu Najib pecat semua pengarah itu, nanti Muhyidin akan dihanyutkan sama oleh ledakan lahar gunung berapi yang akan  muntah bila-bila masa. – HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015


























































Kabinet DAP jangan jadi kulub besar!

SUBKY LATIF | .


APA yang dikatakaan kabinet DAP yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng sedikit hari lalu adalah urusan dalaman DAP dan ia bukan satu isu nasional yang patut menggegarkan politik negara.
    
Maka orang di luar politik termasuk sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat, apabila mengulasnya, jangan jadi macam Kulub Besar sedang DAP tidak menjadikan dirinya seperti Kulub Kecil apabila mengumumkan apa yang dikatakan Kabinet DAP itu.
    
Ia adalah urusan biasa dalaman bagi mana-mana parti politik dunia yang tidak memerintah, menamakan jurucakapnya atas tiap-tiap kementerian, dan biasanya anggotanya adalah dari anggota Parlimen parti.
    
Bagi mana-mana pati pembangkang akan ada gilirannya menggantikan kerajaan, jurucakap parti itu dinamakan oleh ilmu sains sosial sebagai kabinet bayangan. Setiap anggota jurucakap itu akan menumpu dan membuat kajian atas kementerian yang diuntukkan kepadanya supaya dalam perbahasan dan mengemukakan soalan, ia akan lebih berkesan, mendalam hujahnya dan ia akan menjadikan kerajaan lebih bersedia untuk berdepan di parlimen.
    
Jurucakap itu termasuk tugasnya menyediakan pelan dasar partinya tentang satu-satu kementerian untuk jadi dasar kerajaan menunggu itu.
    
Apa yang dibuat oleh DAP itu tidaklah sama sekali menjadi jurucakap kepada Pakatan Rakyat di Parlimen, kerana Pakatan Rakyat belum sempat memutuskannya. Saya percaya DAP telah mengadakan sistem itu sejak sekian lama kerana ia sudah banyak kali punyai anggota parlimen yang ramai.
   
Saya tidak pasti apakah PAS apabila ia punya 13 MP tahun 1959 mengadakan sistem jurucakap seperti itu. Tetap saya percaya Front Sosialis ada jurucakap itu, kerana Ahmad Boestamam yang jadi Whipnya kali itu banyak menumpukan isu pertahanan.
   
Dan ketika saya ditugaskan menyusun urusan Parlimen MP PAS tahun 1990, maka sistem ini digunakan. Setiap MP ditanggungjawabkan untuk memantau beberapa kementerian dan menyediakan dasar tertentu bagi setiap kementerian supaya boleh dijadikan panduan oleh ahli-ahli yang apabila menyentuh masalah kementerian tertentu.
    
Sistem itu berkesan jika MP itu ada wibawa dan menguasai isu semasa. Parti amat beruntung jika calonnya yang menang itu ada keupayaan. Justeru calon berwibawa tidak menang, yang tidak berwibawa pula menang, tidak banyak PAS dapat dibantu dan membantu rakan yang lain.
    
MP yang ditugaskan memantau kementerian tertentu, tidak bererti tidak boleh menyentuh isu dalam kementerian lain. Sistem itu diadakan supaya MP tertentu dalam menumpukan perhatian pada kementerian yang diserahkan kepadanya.
   
Inilah yang dibuat  oleh DAP yang tidak menyenaraikan orang dari PAS dan PKR dalam kabinetnya. Ia pun tidak menamakan kabinet Pakatan. Ia namakan kabinet DAP kerana ia urusan DAP saja.
 
Orang lain mungkin keliru kerana DAP menggunaka kalimah kabinet, seolah-olah ia saja yang memerintah bersendirian nanti.
   
Rasanya kalau ada unsur Kulub Kecil dalam urusan dalaman DAP itu ialah kerana ia menggunakan kalimah kabinet.
   
Biarlah Kulub Besar saja yang boleh dibuli oleh Kulub Kecil dalam dongeng atau cerita rakyat Melayu. Orang politik yang sudah menempah kedudukan di Putrajaya, tidaklah membiarkan dirinya jadi Kulub Besar berkata begitu dan begini atas kabinet DAP itu. Orang akan tertawakan jika ada yang memilih untuk jadi Kulub Besar. – HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015
























































Altantuya: Dolah Badawi bukan hujah

SUBKY LATIF | .


BETAPA Tun Abdullah Badawi dikatakan berkata bahawa PM Najib tidak bersalah dalam kes Altantuya, bukanlah hujah yang dapat membebaskan Perdana Menterinya. Ia tidak lebih dari satu dalih.
   
Apa kedudukan bekas Perdana Menteri itu dalam penyiasatan dan perbicaraan kes nyonya Mongolia yang didapati terbunuh dan mayatnya diletupkan?
   
Dia bukan hakim yang membicarakannya dan bukan juga seorang saksi yang dipanggil memberi keterangan. Dia tidak didapati ada apa-apa status undang-undang untuk membuat keputusan itu. Apatah lagi beliau bukan ahli dan pengamal undang-undang dan bukan juga diketahui sebagai penganalisis undang-undang.
   
Maka salah satu daripada sandaran Najib dia tidak bersalah dalam kes itu ialah kerana Tun Abdullah Badawi dikatakan pernah berkata dia tidak bersalah.
   
Sekalipun misalnya Tun Abdullah menjelajah ke seluruh negara setiap hari berceramah mengatakan Najib tidak bersalah, selagi ia tidak dibuat di mahkamah dan tidak diputuskan oleh mahkamah, maka bukan suatu keterangan undang-undang. Sekalipun dia membuat kenyataan bersumpah, pun belum dapat jadi hujah betapa Najib tidak bersalah.
   
Kenyataan bersumpah adalah dokumen undang-undang yang kesahihannya ditentukan juga oleh mahkamah. Bahkan sehingga ini tidak diketahui Tun Abdullah Badawi ada bersumpah sebelum membuat kenyataan itu sama ada di mahkamah atau di masjid dengan memegang al-Quran seperti yang Najib akui melakukannya.
   
Setiap keterangan undang-undang yang direkodkan mesti dibuat di mahkamah di depan hakim selepas mengangkat sumpah. Hanya hakim seingat saya tidak bersumpah sebelum membuat keputusan dan menjatuhkan hukum.
  
Di mahkamah mana dan depan hakim mana Tun Abdullah membuat keterangan itu?
  
Bahkan Ketua Hakim Negara sekalipun, jika membuat kenyataan seperti itu tetapi tidak di mahkamah, tidaklah terpakai sebagai satu keputusan undang-undang.
   
Surat sumpah sekalipun, jika tidak ada cap pesuruh jaya sumpah dan bagi surat perjanjian yang tidak dimatikan setem tidak laku. Apa lagilah kenyataan yang dibuat di hadapan media melalui sesawangnya seperti yang Najib buat atas yang Abdullah dikatakan berkata.
  
Biasanya sesuatu perkara yang dikatakan tidak bersalah atau didapati tidak bersalah mesti berlaku dulu atau ada aduannya dan ada pendengarannya. Yang diadu/dituduh mengaku tidak bersalah, maka hakim mendengarnya, barulah hakim membuat keputusan bersalah atau tidak bersalah. Tiada ada sesuatu yang tidak ada, tiba-tiba dikatakan tidak bersalah.
   
Jika Tun Abdullah berkata Najib tidak bersalah, tentulah dia mendengar dulu keterangan tentang Najib sama ada daripada Najib sendiri atau orang yang tahu tentang Najib atas perkara itu. Maka barulah ada sebab dan musabab Tun Abdullah kata Najib tidak bersalah. Dia dengar dulu Najib terlibat atau tidak, baru ada logik dia memberi pendapat yang Najib tidak terlibat. Tidak mungkin goyang angin tak ada, tiba-tiba dia kata Najib tidak terlibat.
  
Seolah-olah Tun Abdullah telah adakan pendengaran sebelum dia dikatakan berkata seperti yang Najib kata.
  
Dengan adanya Tun Abdullah dikatakan berkata begitu, maka Tun Abdullah selayaknya dipanggil untuk memberi keterangan, apa hujahnya dia berkata begitu. Dia patut jadi saksi penting dan peguam boleh tanya dia macam-macam atas perkara itu. Apabila dia jadi saksi penting, tidak betullah kejaksaan kita jika tidak minta kesaksiannya.
  
Selagi dia siuman, dia layak jadi saksi. Jika kelayakkannya hilang, maka tidak laku lagi Najib menjadikannya hujah. Apabila saksi penting tidak tampil, perbicaraan atas kes itu dulu boleh dikira tempang. Selagi ia tempang, selagi itulah Najib ditakwil. – HARAKAHDAILY 26/5/2015


Sumber HD - 26-5-2015

























































Pertandingan lebih pada timbalan



























































SUBKY LATIF | .


RATA-rata orang memerhatikan pemilihan pimpinan PAS Jun ini pada pertandingan presidennya justeru ada cabaran buat pertama kali.
   
Tetapi pertandingan sebenarnya dan sepatutnya diperhatikan ialah timbalan presidennya terutama antara penyandang Haji Mohamad Sabu dan pencabar Tuan Ibrahim Tuan Man. Mat Sabu adalah orang jutaan ringgit bagi PAS, manakala Tuan Ibrahim berada di depan dalam pencalonan oleh kawasan-kawasan.
   
Pertandingan timbalan itu kali ini boleh dikira isyarat pada pimpinan masa depan PAS. Faktor usia dan kesihatan presidennya TG Haji Abdul Hadi Awang menjadikan semua pihak di dunia – dalaman dan luar negari – memberi perhatian kepada calon-calon timbalan presiden itu.
   
PAS sebagai satu-satunya parti Islam yang stabil dan tersohor di Asia Tenggara adalah menarik perhatian semua – Pantagon, Tel Aviv, China dan terutama Singapura.
    
Pertandingan presiden tidak dikira susah kerana TG Haji Hadi dilihat sebagai Muhammad Ali di gelanggang tinju berdepan peninju bukan pilihan. Orang masuk membeli tiket bukan untuk melihat pertandingan presiden tetapi hendak melihat perlawanan timbalan presiden.
   
Sekalipun ada calon lain tetapi pertandingan sebenar adalah antara dua yang utama itu.
   
Saya tidak bercadang dan tidak pernah mempromosikan Tuan Ibrahim, dia telah membina kedudukan tanpa memburu jawatan itu, tetapi dari segi pencalonan dia telah memintas lawannya. Tetapi Mat Sabu adalah calon popular yang diharapkan oleh banyak pihak untuk perubahan. Tuan Ibrahim tidak dilihat bercakap tentang perubahan dan tidak bercadang untuk mengalih arah tuju PAS, cuma mahu membantu memperkukuhkan apa yang sudah dalam parti, meneruskan tafsir kepimpinan ulama seperti yang difikirkan oleh pimpinan ulama sejak konsep itu dicetuskan tahun 1982 dulu.
   
Mat Sabu adalah penglima dan pendekar PAS yang keluar masuk ISA, jadi seperti Khalid Ibni Walid dan Saidina Hamzah Abdul Mutalib di medan tempur. Jika mati dalam tempur itu mungkin boleh dinobatkan sebagai penghulu orang syahid Melayu. Kalau PAS mahu satu lagi Panglima Jihad selepas Hassan Adli, Mat Sabu calon terbaik.
   
Tuan Ibrahim ada ilmu tapi tidaklah alim sangat seperti Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Abdil Aziz dan TG Haji Hadi. Jika orang PAS selepas ini mahu jenazah diimamkan dan ditalkinkan oleh pemimpin PAS, orang suka dia menyempurnakannya. Bukan Mat Sabu tak boleh tapi orang suka biar Tuan Ibrahim buat kerja itu.
   
Kehebatan politiknya mungkin tidak sepintar Husam Musa dan Mustafa Ali, tetapi mengikut ukuran Sir Winston Churchil, kelayakan politik seseorang ialah apabila dia bercakap, orang dengar. Ceramah Tuan Ibrahim orang suka dengar. Kalau bagi kuliah orang tak faham, orang ngantuk dan tak berminat, untuk jadi ketua cawangan pun kurang sesuai.
   
Sebelum akif dalam PAS dia sudah jadi Datuk. Apa kelebihannya. Agaknya Sultan Pahang pun minat dengan ceramahnya. Jika cakap Sir Winston dijadikan ukuran, Tuan Ibrahim ada kelayakan. Tetapi Mat  Sabu pun diminat ramai. Pemuda India dan belia Cina yang tidak faham sangat dengan perjuangan PAS, tak bergerak mendengar ceramah Mat Sabu.   
  
Tuan Ibrahim adalah ulama lulus UKM saja, tetapi lebainya belum tentu kurang daripada orang lulusan Mesir. Seperti Almarhum Datuk Haji Ibrahim Said bekas Mufti Sabah dan Imam Masjid Negara. Dia memondok di Semenanjung dan di Jambi saja. Tetapi dia boleh betul baris dan nahu lepasan Azhar dan Mekah.
    
TG Haji Hadi sudah berusia dan selalu ada gangguan kesihatan. Pencabarnya pula lebih tua daripadanya dan dipercayai ada masalah kesihatan juga. Maka, masa depan PAS bergantung pada pemilihan timbalan presiden, antara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. Siapa yang Allah pilih antara keduanya? – HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015

Mesir jadi Congo mula merdeka dulu

SUBKY LATIF | .

MESIR sebagai lembah tamadun awal dunia - pra Islam dan pasca Islam – adalah tempat tumpuan manusia umumnya belajar hidup, belajar berdikari dan belajar.
    
Ketika dunia luar putus bahan makanan pada zaman Nabi Yusuf a.s., Mesirlah tempat orang mendapat bekalan. Ketika dunia buta huruf dan pengetahuan belum terbuka, Mesir tempat belajar justeru ia sudah ada Universiti Azhar sedang Eropah masih separuh telanjang. Ketika dunia masih terbelenggu dengan selaput penjajahan, Mesir di bawah Nasser muncul sebagai sumber berdikari orang baru belajar merdeka dan berdikari.
    
Hampir 60 tahun dulu Congo merdeka daripada Balgium. Ia dapat kemerdekaan yang tidak merdeka. Satu wilayah pentingnya Katanga, kaya logam, memberontak dipimpin Moise Tshombe yang ditaja bekas penjajahan Balgium dan sekutu baratnya.
   
Presidennya Joseph Kasa-Vubu orang lurus tidak mahir politik. Perdana Menteri Congo Patrice Lumumba. Lumumbalah sasaran Tshombe dan Balgium. Tentera nasional Congo tiada jeneral. Anak watan paling kanan ialah Koperal Mobutu Sese Seko. Negara itu berperang saudara. PM Lumumba, pimpinan rakyat mengangkat Koperal Mobutu jadi Jeneral Mobutu diberi kuasa mematahkan pemberontak yang mahu memisahkan Katanga daripada Congo.
   
Setuausaha Agung PBB, Dag Hammarskjold menghantar tentera PBB bagi menyelamatkan Congo dan membantu Lumumba. Pemimpin rakyat yang sah itu dikhianati oleh Kasa-Vubu dan Jeneral Mobutu bersekongkol dengan Tshombe. Mereka tangkap PM Lumumba dan diserahkan kapada Tshombe dan dibunuh. Kapal terbang yang membawa Dag Hammarskjold dibedil di Congo. Dia mati. Jeneral Mobutu akhirnya menggulingkan Kasa-Vubu, menjadi diktator.

Dunia pilu dengan pembunuhan Lumumba, Mesir mengambil tanggungjawab menyelamatkan balu dan anak-anak Lumumba dan memberi mereka perlindungan di Mesir. Mesir dipuji kerana peranannya.
   
Sekarang Mesir pula masuk ke alam yang Congo lalui 60 tahun dulu. Rakyat telah berjaya membebaskan Mesir daripada belenggu diktator Hosni Mubarak. Rakyat Mesir yang dipenjara Mubarak termasuk Mohammed Mursi memecah tembok lari dari penjara.
  
Mesir masuk alam demokrasi, pertama kali sejak Raja Farouk dibuang memilih Mursi sebagai Presiden. Mursi mengangkat Jeneral yang tidak kanan sangat jadi Menteri Pertahanan. Dia jadi orang kuat Mesir seperti Jeneral Mobutu di Congo.
   
Mobutu mengkianati Lumumba, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi pula mengkhianati Presiden Mursi. Mobutu bersekongkol dengan Tshombe menangkap dan membunuh PM Lumumba, al-Sisi bersekongkol dengan saki baki daki Hosni Mubarak.
   
Sekarang al-Sisi betul-betul jadi macam petualang politik Congo dulu memutuskan hukuman mati kepada Dr. Mursi. Ia menjadi mahkamah Mesir yang sepatutnya lebih maju daripada Congo dan lain-lain negara Afrika sekarang tetapi ia seperti 60 tahun ke belakang.
   
Rakyat Mesir mengambil masa 60 tahun lebih bagi membebaskan diri daripada belenggu kekejaman regim tentera Mesir. Banyak tamadun Mesir termasuk kecemerlangan pusat pengajiannya juga separuh musnah di bawah sistem kuku besi tentera Mesir.
   
Sepas 60 tahun dibelanggu, baru Mesir bebas daripada Mubarak. Tidak sampai dua tahun bebas, kebebasan itu dirampas balik. Selepas separuh abad ia tertinggi dan apabila Mesir kembali semula kepada pentadbiran rimba, Mesir mungkin akan tertinggal 100 tahun di belakang Congo.
  
Mesir bukan lagi jadi lembah manusia mencari sumber kemajuan dan tamadun. Ia bukan lagi tempat belajar orang-orang yang hendak belajar. – HARAKAHDAILY 24/5/2015

Sumber HD - 24-5-2015

Tuan Ibrahim boleh kecewakan penyokong?































































































































SUBKY LATIF | .


HANYA persepsi saya. Jika seseorang yang dicalonkan untuk menjadi calon pencabar sebagai Presiden PAS bersetuju supaya tidak menghampakan sesiapa yang mencalonkannya, maka yang mula-mula menghampakan penyokongnya dalam pemilihan sekarang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
   
Mula-mula seorang lain selain dari Presiden sekarang, TG Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahimlah dicalonkan oleh PAS Kawasan Kota Bharu. Masa itu kira-kira orang-orang yang mahukan muka baru sedang mencari-cari siapa yang sanggup menjadi calon.
   
Memang Tuan Ibrahim disebut-sebut dan ditonjol-tonjolkan. Ketika pencarian itu, tiada yang jelas sebagai calon yang terbaik. Tuan Ibrahim dikira yang terbaik dalam kekosongan itu.
   
Jika dia menerima dan melayan golongan yang mengaku mahukan pembaharuan, maka rasanya sekian yang dicalonkan selain daripadanya tidak akan dicalonkan. Dialah calon tunggal itu.
  
Amat besar harapan penyokongnya di Kota Bharu mahu dia menerima. Tetapi secepat kilat Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu hingga menyebab undi orang Kota Bharu sia-sia.
   
Hak Tuan Ibrahim untuk menerima atau tidak menerimanya. Hak itu diberi oleh demokrasi. Hak itu juga dibenarkan oleh Islam. Saidina Umar al-Khatab dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar untuk menjadi khalifah Islam yang pertama. Seperti sikap Tuan Ibrahim juga 1,400 kemudian, Saidina Umar menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.
    
Kiranya istilah kecewa ada dalam kamus siasah syariyah, maka Saidina Abu Bakar boleh kecewa harapannya ditolak oleh calonnya. Tetapi kekecewaan tidak berbangkit dalam proses mencari pimpinan yang terbaik, baik dalam demokrasi dan Islam. Calon mengukur baju di badannya sendiri.
   
Tetapi bagi setengah keadaan kekecewaan itu ada. Ada orang kecewa kerana tidak dicalonkan dan ada yang kecewa kerana calonnya tidak melayan pencalonan mereka.
   
Tidak dipastikan apakah keengganan TG Nik Aziz menerima cadangannya menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan menggantikan Datuk Asri awal 80-an dulu justeru Islam atau demokrasi atau kedua-duanya? Kemahuan awal setengah orang itu ditolaknya. Tidak difikirkannya rasa kecewa orang yang hendakkannya.
   
Kira-kira itulah adab yang baik. Tetapi desakan terus-menerus dari banyak pihak mahukan beliau bersedia, beliau mengalah atas tekanan ramai. Apabila kehendak popular menentukan seseorang itu diberi amanah, tidak lagi wajar seseorang lari dari amanah. Akan tetapi pantang seseorang yang dicalon itu merasa dialah yang terbaik.
   
Banyak wahyu al-Quran menyokong pandangan Saidina Umar. Semua sahabat tahu, tetapi Umar r.a. mendahulukan Saidina Abu Bakar.
   
Saya tidak mahu memihak kepada Tuan Ibrahim. Kiranya keenggannya menerima pencalonan itu mengecewakan banyak orang, ramai yang kecewa dengan penolakannya. Jika TG Haji Hadi yang dicalonkan semula oleh sebab bahagian besar Kawasan, maka lebih ramailah lagi yang kecewa. Demikian juga sesudah banyak Kawasan mencalonkan Tuan Ibahim sebagai Timbalan Presiden menolak pula pencalonan itu ramai lagilah yang kecewa dengannya.
   
Tetapi yang terbaik bagi siasah syariyah yang sihat, usah berpegang kepada kamus kekecewaan itu, kerana kekecewaan itu jika tidak terurus mendekatkan kepada putus asa. Orang Islam tidak boleh putus asa dan jangan dilihat sebagai orang yang berputus asa. – HARAKAHDAILY 22/5/2015

Sumber HD - 22-5-2015

Syarat Najib berundur


































































SUBKY LATIF | .


DALAM mesej yang disampai dari Tawau, Sabah yang ramai keturunan Bugis, suku nenek moyang Perdana Menteri Najib, dia  tidak tunduk atas desakan berundur kecuali rakyat dan partinya Umno menolaknya.
   
Mesej itu menjawab saranan Tun Dr. Mahathir yang menasihatkannya berundur bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dikalahkan dalam PRU akan datang.
   
Populariti PM Najib dalam masa beberapa tahun 2015 ini dirasakan amat rendah baik dalam kalangan rakyat dan kalangan  partinya sendiri – Umno. Kedudukannya sebagai pimpinan negara mulai banyak dibincangkan terutama setelah adanya cabaran daripada Dr. Mahathir.
   
Selepas menyampaiken mesej itu Najib segera mendapatkan sokongan Majlis Tertinggi. Mungkin ia pertama kali dia minta mandat dan kepercayaan majlis itu.
   
Apa perlunya mesej itu dibuat masa ini? Mungkin krisis kepercayaan seperti sekarang tidak pernah dihadapinya sebelum ini.
   
Ia adalah usaha Najib bagi memastikan Umno tidak mengubah kesetiaan kepadanya. Partinya saja tempatnya bergantung sekarang.
   
Ada pun rakyat yang Najib cuba jadikan tempat bersandar tidak dijamin memberi penuh sokongan seperti yang diharapkannya. Adakah dia benar percaya rakyat bersamanya apabila dia menyebut dia tidak akan berundur kiranya rakyat tidak menunjukkan isyarat tidak mahu lagi kepadanya.
   
Apabila dia terang-terang menyebut dia tidak berundur jika rakyat tidak mintanya berundur, adakah dia yakin  rakyat bersamanya sekarang?
  
Apa kayu ukur rakyat bersamanya?
  
PRU13, pada Mei 2013 dulu parti pimpinan Najib tidak dapat undi popular. Ia dapat kurang daripada
48 peratus. Ia kembali berkuasa bukan kerana ia dapat majoriti rakyat dalam pilihan raya umum, tetapi sekadar daripada undi minoriti itu ia bernasib baik dapat lebih kerusi.
  
Inilah bukti yang Mahathir pegang bahawa Najib sudah kalah dalam PRU lalu. Dua tahun dulu Najib sudah ditolak rakyat. Prestasi dalam PRU itu lebih buruk daripada prestasi Tun Abdullah Badawi dapat ketika PRU 2008.
   
Berdasarkan keputusan PRU13 itu jelas Najib sudah tidak disokong oleh rakyat. Sejak itu dia bergantung kepada sokongan Umno saja. Sokongan Umno tidaklah sesakti sokongan rakyat. Yang keramat dalam demokrasi ialah sokongan rakyat.
  
Satu daripada syarat yang Najib harapkan iaitu rakyat sudah terlepas daripadanya. Harapannya daripada rakyat kena tunggu dua tahun lagi apakah dia akan dapat undi popular semula? Dr. Mahathir agak bimbang dengan segala kepincangan yang Najib lakukan sejak PRU 13 memang menjolok mata, tidak diyakinkan dia dapat undi popular di tengah prestasi pimpinannya yang bertambah pincang.
   
Ada pun sokongan Umno terhadapnya tidaklah dapat dikira sama seperti yang ada padanya ketika dia mengambil alih kuasa dari Tun Abdullah dulu.
    
Hari ini sekalian Umno yang berjawatan tidak menyatakan sikap yang jujur kepada Najib. Mereka tidak setumpat ketika Najib mula jadi Presiden dulu.
   
Banyak desas-desus mengira Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tawar hati dengan keadaan yang ada.

Selepas mesejnya di Tawau itu, Najib bersungguh mengatakan dia amat yakin kepada sokongan timbalannya. Mengapa kenyataan itu dibuat? Apakah selama ini Muhyiddin tidak tumpat bersamanya?
   
Dia berjanji akan membuat banyak perbincangan dan memberi keyakinan kepada timbalannya lagi. Apa perlunya diberitahu orang ramai dia akan lebih kerap berbincang dengan timbalannya? Ia adalah satu usaha bagi memastikan sokongan Umno terhadapnya diteruskan setelah dia tahu masa ini dia memerintah tanpa undi popular rakyat. Dia sudah jadi buah ranum, dijolok atau tidak dijolok ia akan gugur jua. – HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

Azeez patutnya ke Nepal



































































SUBKY LATIF | .


JUSTERU sibuknya dengan tugas sebagai Pengerusi Tabung Haji, maka Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak dapat memberikan khidmat kecemasannya kepada gempa bumi yang melanda Nepal sekarang.
    
Biasanya apabila ada malapetaka seperti itu di mana-mana di dunia, maka Azezlah antara orang awal tiba bagi membantu mangsa bencana itu.
   
Mengikut berita yang lazimnya disiarkan mengenai semua bencana itu, bahawa seolah-olah jadi ketua misi bantuan bencana dari Malaysia dan ketua Kelab Putera Umno seolah-oleh menjadi duta bencana dari Malaysia yang berjaya.
   
Sebagai pemimpin Umno tidaklah dikira sebagai ahli fikir bagi parti itu, bahkan bukan juga sebagai ahli strategik atau pemimpin kemasyarakatan yang menonjol. Akan tetapi dia lebih membawa imej hulubalang atau gurkha, dan jika dalam era Pemuda Umno Tahan Lasak sebelum 13 Mei, 1969 dulu kiranya Azeez sudah dewasa ketika itu, dia boleh menjadi panglima hebat kepada kegiatan seperti itu.
    
Sepatutnya sebagai gurkha parti dia patut berada di negara Gurkha yang dilanda gempa bumi yang teruk itu. Nepal bukanlah negara yang sudah terbuka pembangunannya. Banyak tempat yang payah didatangi oleh pembantu kecemasan sama ada dari dalam dan luar negara. Sekalipun bantuan dari luar telah berlambak tiba, yang memerlukan bantuan lambat menerima bantuan justeru sukarnya prasarana untuk tiba bagi mengagihkannya.
    
Kalau orang tahan lazak seperti Azeez ada di situ, banyaklah akalnya unuk menyampaikan bantuan itu.
   
Jika Azeez diberi galakan dan kemudahan menguasai bidang kegiatan seperti itu, nescaya Malaysia dapat melahirkan tenaga handal dalam kerja dan perkhidmatan seperti itu.
   
Sepatutnya PM Najib selepas PRU13 yang dikira berjaya tidak menjadikannya penerusi Tabung Haji yang memerlukan imam korporat dan pakar ekonomi atas kewangan dan pelaburan yang penting itu.
   
Tabung Haji tidak ada di setiap negara Islam bagi menguruskan keperluan haji rakyatnya. Ia adalah model terbaik bagi semua negara Islam. Ia tidak sekadar memikirkan tentang kemudahan menunai haji bagi rakyat, bahkan ia contoh pelaburan dan pelaksanaan perbankan Islam. Kerja seperti ini orang jarang beri kepada panglima.
    
Dalam penyertaan Azeez dalam misi bantuan kecemasan di banyak tempat, dia dilihat telah banyak menjalankan kerja para duta ke negara asing. Dia boleh berinteraksi dengan pemimpin negara tersebut. Negara boleh jadi kasturi dengan kehadirannya. Malah boleh gerhana menteri luar dengan kehadirannya. Negara-negara yang didatanginya ada yang tidak kenal dengan Anifah Aman, Menteri Luar, tapi mereka kenal Azeez.
   
Sepatutnya dia boleh ditempatkan di satu bahagian dalam Wisma Putra dan menjalankan kerja kecemasan dan diplomasi. Apabila ada bencana alam teruk dia boleh memikir dan menyelaraskan bantuan sukarelawan yang negara kerap adakan. Dia boleh fikir dan sediakan segala keperluan bantuan yang hendak dikirim.
   
Bagi mendirikan rumah, orang kirim tukang atau arkitek, bukan tukang masak atau jurukira. Guru matematik tidak dihantar memberi kuliah maghrib di surau. Jika dia disuruh mengajar di surau, macam mengharapkan tikus membaiki labu.
   
Jika Azeez dihantar ke Kathmandu semuanya dipercayai baik dan beres. Apabila dia dihantar ke Tabung Haji, gempa bumilah Tabung Haji. Itu yang semua rasa apabila dihantar ke situ. Yang orang rasa itu nampaknya betul. – HARAKAHDAILY 20/5/2015

Sumber HD - 20-5-2015

Polis kita jadi seperti raja Singapura




































































SUBKY LATIF | .


BANYAK perkara besar dalam perkara besar dalam skandal Tabung Haji beli tanah 1MDB tetapi saya sentuh perkara kecil dulu iaitu polis dikatakan hendak bertindak terhadap pembocoran dokumen pembelian tanah yang dikira menjolok mata.
   
Tabung Haji laporkan kepada polis tentang dokumen rahsia itu dibocorkan dan polis pun dikatakan hendak bertindak segera tentang pembocoran itu.
    
Polis sepatutnya bincang dulu tentang pembelian tanah itu ada unsur skandal dan adakah jenayah dan penipuan. Cari dan tanya dulu pengerusi dan lain-lain pembesar Tabung Haji terutama mereka yang dikatakan adalah pengarah juga kepada 1MDB yang amat bermasalah sekarang.
   
Tidaklah kita hendak mengajar polis tetapi orang lihat polis seperti lebih suka mencari perkara yang senang apabila ia hendak memburu pembocor rahsia sulit dulu.
   
Mungkin menyiasat karenah pembesar Tabung Haji akan berdepan banyak hantu raya, tetapi memburu pembocor maklumat tak ada apa-apa risiko. Bertindak pun senang.
   
Dengan kecekapan polis kita, tidak susah mencekup pembocor dokumen dan polis dikira berpuas hati dapat bertindak dan menyelesaikan kes pembocoran itu.
   
Jika ini yang polis lakukan bererti ia mencari kesalahan yang kecil dan tidak mendahulukan pokok segala penyelewengan.
   
Orang boleh kata, tindakan polis yang demikian sama seperti tindakan Raja Singapura semasa dilanggar todak dulu. Kita tidak pasti apakah benar todak pernah melanggar Singapura. Hanya Singapura ada pengalaman itu. Tiada di mana-mana sebelum dan selepas itu ada kejadian itu.
    
Tidak kira cerita itu benar atau sekadar rekaan, tetapi cerita itu bermoral tinggi. Apabila todak menyerang, Raja hanya perintah sekalian berkubukan betis. Todak bukan tuju betis saja. Habis perut, dada, peha dan muka yang bertahan itu jadi sasaran.
   
Raja sepatutnya perintah semua lari ke darat. Todak itu tidak akan kejar mangsa begitu jauh dari pantai. Todak itu logiknya hanya terbang dari laut ke pantai. Apabila jatuh di pantai, ia tidak terdaya melompat dan terbang lagi.
   
Melihat masyarakat Singapura tak berotak itu, bagi mengelak lebih ramai mangsa, seorang kanak-kanak suruh semua cari batang pisang, lalu habis todak itu tersangkut pada batang pisang.
   
Maka selamatlah sekalian daripada serangan todak itu. Tetapi pembesar-pembesar Singapura tidak mengira jasa besar kanak-kanak yang dapat menyelamat jiwa dan rakyat singapura sebagai satu rahmat besar dari Tuhan Seru Sekalian Alam.
  
Kanak-kanak itu sepatut diberi peluang menuntut apa jua ilmu supaya otaknya lebih bergeliga dan kemudian dapat memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Mereka tidak beri apa-apa hadiah kepada ibu bapanya tetapi mereka pesona Raja dengan fitnah, jika dibiarkan kanak-kanak pintar ini besar dan dewasa, nanti habis Raja dan pembesar diperdayanya.
   
Raja pun bodoh macam rakyatnya juga bersetuju membunuh kanak-kanak itu supaya dia tidak dapat lagi menggunakan otaknya utuk menyelamatkan rakyat dan Singapura.
  
Pembocor dokumen beli tanah Tabung Haji itu mungkin jahat tetapi dia boleh menyelamatkan harta Tabung Haji daripada sekalian singa lapar. Jika polis terus kejar dia, maka kerja polis itu dikira sama dengan Raja Singapura membunuh kanak-kanak yang menyelamatkan orang jadi mangsa todak.
   
Janganlah polis jadi macam mata-mata Temenggung Melaka dulu, kerjanya memburu orang yang tidak disukai oleh Temenggung.  – HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015

Permatang Pauh masih kubu Anwar

SUBKY LATIF | .


DR. Wan Azizah Ismail menang sekali lagi di Permatang Pauh sejak PRU 1999 kecuali PRK sebelum PRU13 dan PRU13 yang tidak ditandinginya. Pada PRK itu dia memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim dan pada PRU itu pula menyambung lagi kerusi yang mula didudukinya sejak tahun 1982.
  
Sejak itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira tuan punya mutlak kawasan itu sama ada dia dalam Umno atau di luar Umno. Kini Anwar dibanduankan sekali lagi, maka kerusi yang dikosongkan itu disambung semula oleh proksinya, isterinya yang banyak orang membahasakannya Kak Wan.
   
Tidak ramai orang yang dipanggil dengan ganti nama seperti Kak Wan bagi Dr. Wan Azizah. Antara yang tak ramai itu ialah Pak Lah bagi Tun Abdullah Badawi, Che Det bagi Mahathir, Ayah Cik bagi Ustaz Abdul Hadi Awang dan Ayah Mat bagi Datuk Asri. Dr. Wan Azizah dapat ganti nama mesra itu.
   
Sekalipun majoriti pemegang kawasan Permatang Pauh itu turun naik, biasalah dalam pilihan raya pasang surut berlaku atas sebab tertentu tetapi pada keseluruhannya Anwar berjaya menanamkan pengaruhnya dari orang seatas-atasnya hinggalah kepada ke serendah akar umbi.
   
Majoriti sekitar lapan ribu kali ini adalah yang terendah, tetapi ia belum menjadi isyarat pengaruh Anwar akan habis di situ selepas ini. Jika empat kali lagi selepas ini dia didakwa meliwat juga, belum tentu pengaruhnya pupus. Jika calon BN-nya Tun Dr. Mahathir, tidak perlu tunggu Anwar sendiri jadi calon, memadai calon proksinya Dr. Wan Azizah, Mahathir juga boleh kalah dengan majoriti paling kecil lapan ribu.
    
Dengan semua kepungan Perdana Menteri dulu dan sekarang buat terhadapnya, dengan semua peluru canggih Umno dan kerajaan halakan kepadanya, termasuk roket yang dinamakan Shafie Abdullah belum dapat memadamkan nama Anwar. Terperosok Anwar di penjara tetapi Anwar ada di mana-mana di luar penjara termasuk dalam hati majoriti penduduk Permatang Pauh, sebaliknya roket yang digunakan terhadapnya sudah tidak meletup lagi.
   
Jika selepas Anwar dipecat dari Umno tidak berbangkit kawasan itu milik keluarga Anwar kalau bertukar ganti Waibi Parlimennya antara pasangan suami isteri Anwar dan Wan Azizah. Orang tidak lihat Wan Azizah sebagai isteri Anwar tetapi orang melihatnya sebagai proksinya.
   
Jika Anwar restu isterinya menggantikannya, ia boleh dikira sebagai amalan pilih keluarga, nepotisma. Nepotisma itu antara yang Anwar tentang dalam gerakan reformasinya.
  
Tetapi tiada yang melihat tindakan Anwar itu suatu yang nepotis dan jika ada yang cuba membangkit dia pilih keluarga, nampaknya tidak laku. Nepotisma itu biasanya mewarisi yang membawa nikmat, kuasa, kebesaran dan keseronokan.
   
Yang diwarisi oleh isteri dan anak-anak Anwar ialah buruan polis, penjara dan macam-macam kesengsaraan yang tidak banyak orang suka mewarisinya.
  
Orang memberi undi kepada Wan Azizah kerana mereka rasa seperti mengundi Anwar. Sejak tahun 1982 Anwar jaga penduduk di situ dan dia ada di hati mereka. Tidak banyak yang percaya apa yang dikatakan kepada Anwar. Jika beberapa kali lagi selepas ini dia dituduh begitu juga, dipercayai mereka tetap tidak percaya.
   
Ia adalah kelebihan Anwar. Tidak ramai isteri dan anak-anak dapat jadi macam Anwar dan isteri dan anaknya, kesemuanya boleh diterima menggantikan Anwar. Di Pakistan dulu ada sepertinya. Ali Bhutto. Isteri dan anak-anaknya saja yang boleh menggantikan Bhutto. – HARAKAHDAILY 18/5/2015

Sumber HD - 18-5-2015




































































Niat Najib tadbir negara sebaik dan seadil mungkin






































































SUBKY LATIF | .


KATA PM Najib di Santubung, Sarawak selepas solat Jumaat lepas, adalah dia mentadbir negara sebaik mungkin dan seadil mungkin.
   
Jika ia niat, ia adalah niat yang baik untuk berniat baik sebaik mungkin dan untuk berbuat adil seadil mungkin. Itu jualah azam setiap yang memberi amanah kepada pemimpin, demi berbuat baik sebaik mungkin dan memberi keadilan seadil mungkin. Tiada yang lain yang diharapkan oleh sekalian rakyat jelata daripadanya selain daripada mendapat pentadbiran yang sebaik mungkin dan seadil mungkin.
    
Seseiapa pun hamba Allah itu dikehendaki Allah untuk berbuat baik seadanya dan berbuat keadilan seadanya.
  
Setiap orang dikehendaki berniat begitu dan bertindak begitu. Bagi setiap orang Islam dikehendaki Allah solatlah sekhusyuk mungkin dan beribadatlah seikhlas mungkin. Itulah solat dan ibadat yang terbaik yang diterima Allah.
   
Mungkin tiada orang solat yang tidak mahukan khusyuk dan beribadat tidak mahu setulus dan ikhlas kepada Allah. Tetapi yang tahu khusyuk dan ikhlas itu ialah Allah. Ramai yang solat penat saja, ramai yang puasa lapar dan dahaga saja.
   
Seperti Najib yang berniat unuk berbuat sebaik mungkin dan seadil mungkin, tiada adil mentakwil  dan mempertikai niat Najib. Bukan kerja sesiapa bagi mentakwil niat seseorang tetapi setiap orang mesti memastikan niatnya betul, baik dan adil.
   
Sekalipun kita sudah memasang niat yang baik dan kita sudah cuba dan percaya kita sudah laksanakan apa yang kita rasa baik dan adil, tetapi bukan kita yang layak dan mampu mengesahkan kita telah berbuat baik dan adil.
  
Setinggi gunung manapun niat Najib untuk memberi pentadbiran dan keadilan yang baik, tidaklah Najib sendiri layak mendakwa dia sudah buat yang terbaik dan teradil sekali pun dia sudah berbuat baik dan berbuat adil
   
Yang layak menilai apakah Najib sudah adil dan benar-benar baik bukan Najib sendiri, bukan isteri dan anak-anaknya bahkan bukan ibu dan adik-beradik sendiri tetapi orang lain. Sekalipun ada pendapat, nak tahu elok seseorang tanyalah kawannya dan hendak tahu hodohnya tanya musuhnya.  Akan tetapi ada benarnya jika yang mengata baik itu adalah musuh sendiri dan yang mengata buruk itu adalah kawan sendiri.
    
Justeru si cerdik pandai tidak kata kritik itu buruk tetapi berlapang dada mengiranya ia teguran membina.
  
Betapa kita kurang diyakini yang kita baik bila kita kata kita baik, apabila kita berhadapan dengan mahkamah keadilan. Mahkamah mengelak hakim sesuatu kes mengadili kes yang melibatkan keluarganya dan/atau yang ada hubungan baik dengannya. Seboleh-bolehnya hakim itu dikira elok apabila dia tidak kenal orang yang dihakimi.
   
Biasanya orang berkeluarga dan berkawan rapat apabila jadi saksi, dia dikira saksi ke lutut, dan bila jadi hakim berkemungkin jadi hakim beruk.
   
Islam amat berhati-hati tentang keadilan. Saksi dan hakim yang adil itu bukan kerana dia kata dia adil, tetapi dia adil dan dilihat adil oleh orang ramai. Justeru dalam kes tertentu sekadar seorang dua saksi yang adil masih tak terpakai, hingga cukup empat saksi yang adil baru keadilan itu diyakini dapat ditegakkan.
  
Sekadar Najib kata dia hendak berbuat sebaik mungkin dan seadil mungkin, belum boleh diterima tindakannya adil dan baik hinggalah sekalian ahli Umno kata dia baik dan adil. Kalau orang Umno termasuk setengah pemimpin Umno ragu akan kebaikan dan keadilannya, dia belum jadi orang yang baik dan adil. Semua Khibti kata Firaun adil dan baik, tetapi Nabi Musa kata dia tidak baik. Semua Jerman dulu kata Hitler baik dan adil, tetapi sekalian orang Eropah kata  dia teruk dan gila, semuanya betul-betul gila. – HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015

Indonesia tiru ketegasan Kuan Yew

SUBKY LATIF | .


AKHIRNYA Indonesia menjalankan juga hukuman bunuh ke atas dua warga Australia atas kesalahan mengedar dadah sekalipun kerajaan Australia dan PBB merayu agar ia jangan dijalankan.
   
Indonesia bertegas menolak semua rayuan mengenainya dan bersedia menghadapi kritikan antarabangsa.
   
Mungkin ramai yang tidak senang dengan sikap Indonesia itu tetapi bukanlah negara yang pertama menolak rayuan negara asing supaya jangan melaksanakan hukuman bunuh ke atas warga asing dan Indonesia juga bukan negara pertama di dunia yang melaksanakan hukum bunuh atas kesalahan dadah kepada warga Australia.
   
Yang dibuat oleh Indonesia itu sama dengan apa yang pernah dibuat oleh Lee Kuan Yew ke atas dua perisik tentera Indonesia gara-gara konfrontasi Sukarno dulu dan ia tindakan yang Malaysia buat apabila hukuman mati mula diperkenalkan di dunia lebih 30 tahun dulu.
   
Pada zaman konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia dulu, kerajaan Singapura telah menangkap dua orang perisik tentera Indonesia yang menyusup ke Singapura. Hukuman atas kesalahan itu ialah bunuh.
   
Kesalahan itu berlaku pada zaman Sukarno. Apabila Suharto berkuasa, konfrontasi ditamatkan, hubungan baik Indonesia dan Singapura dipulihkan, Suharto merayu supaya Singapura tidak melaksanakan hukuman bunuh itu dan memulangkan keduanya kepada Indonesia.
  
Banyak pihak menyokong rayuan Indonesia itu kerana bukan asing bagi sesebuah negara tidak menjalankan hukuman bunuh atas kesalahan seperti itu. Tetapi Perdana Menteri Lee Kuan Yew bertegas. Perisik itu dihukum mati.
  
Indonesia mengenakan tindakan diplomatik ke atas Singapura. Permintaan Lee Kuan Yew untuk  melawat Indonesia hanya disetujui jika Kuan Yew sedia mengadakan kunjungan hormat ke atas pusara perisik yang dikenakannya hukuman mati itu. Kuan Yew tidak bersedia.
   
Lama-kelamaan Kuan Yew hendak juga berkunjung ke Jakarta, maka dia setuju untuk melakukan penghormatan atas pusara orang yang dilaksanakan hukuman bunuh itu.
   
Indonesia dan Singapura atau Suharto dan Lee Kuan Yew mencatit hubungan dan kerjasama yang baik antara keduanya.
  
Apapun prestasi keseluruhannya, Lee Kuan Yew dikira oleh dunia sebagai pemimpin yang tegas sekalipun dia pernah dimalukan oleh Suharto yang memaksanya menabik pusara orang yang dikenakannya hukuman bunuh.
   
Apabila dadah dikira ancaman keselamatan bahaya menyamai jenayah bunuh dan penyusupan perisikan, Malaysia adalah negara yang pertama mengenakan hukuman bunuh ke atas kesalahan dadah. Ia satu undang-undang yang ditolak oleh semua negara di dunia termasuk jugalah Australia.
   
Antara orang awal dikenakan hukuman mati atas kesalahan itu ialah dua warga Austrlia juga. Masa itu belum ramai orang yang peka betapa kesalahan itu dikenakan hukuman mati.
   
Kerajaan dan pemimpin Australia membuat rayuan supaya kerajaan Malaysia jangan melaksanakan hukuman itu ke atas warganya kerana undang-undang itu belum diketahui ramai. Warga Australia mengancam untuk bertindak balas termasuk tindakan di luar undang-undang kepada Malaysia.
   
Tunjuk perasaan dan bantahan dibuat di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia dan tidaklah aman bagi pelajar kita di sana, bimbang diancam keselamatan. Mereka ketakutan keluar rumah.
    
Akan tetapi kerajaan Malaysia bertegas mempertahan undang-undang dan tidak tunduk atas tekanan antarabangsa dan ancaman oleh sesiapa jua.
 
Yang menariknya, banyak negara di dunia mengadakan undang-undang yang serupa. Malah ada yang membuat undang-undang tetapi tidak bertegas dalam pelaksanaannya. Mereka batalkan hukuman atas apa kesalahan jua.
   
Lama juga Indonesia menangkis tekanan Australia hingga menangguhkan hukuman itu beberapa ketika. Tetapi jika lebih cepat hukuman itu dilaksanakan, mungkin lebih cepat isu itu reda. – HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015








































































Najib belum jawab








































































SUBKY LATIF | .


PERDANA Menteri Najib diminta menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh negarawan Tun Dr. Mahathir dan jika gagal menjawabnya, maka tukang soal menasihatkan dia berundur daripada kuasa.
   
Apakah pilihan berundur itu tidak sama dengan usaha menggulingkannya, terserah pada persepsi dan tafsiran masing-masing.
   
Isu utama Dr. Mahathir ialah soalannya mesti dijawab.
  
PM Najib telah membuat percubaan menjawabnya. Dia pergi ke stesyen TV. Dia pun menjawab beberapa soalan dari penanya TV. Soalan yang TV tanya itu adalah cabutan daripada soalan Dr. Mahathir. Apabila dikatakan cabutan soalan, maka ia bererti tidak semua soalan disoal.
   
Tukang buat soalan mendapati banyak soalan tidak berjawab. Ia sama dengan Najib tidak menjawab lagi soalan yang Mahathir kemuka.
   
Bukan Mahathir saja yang merasakan soalannya tidak dijawab. Sekalian yang prihatin tahu soalannya tadi tidak dijawab sekali pun dia sudah memberi masa menjawabnya. Najib mungkin rasa dia sudah jawab tetapi jawapannya bukan jawapan.
   
Betapa jawapannya dikira belum berjawab boleh dilihat daripada kenyataan TPM Muhyiddin Yasin yang mahu kesempatan kempen pilihan raya kecil di Rompin dan Permatang Pauh untuk menjawab semua soalan.
   
Kalau jawapan Najib di TV itu sudah menjawab soalan-soalan yang diminta jawab, tetapi Muhyiddin tidak berkata ia akan dijawab dalam kempen PRK. Apabila sekalian tukang kempen cuba jawab dalam kempen, maka ia tanda soalan itu belum  berjawab.
   
Dan Muhyiddin pula tidak memberi jaminan semua soalan itu akan dijawab dan dapat dijawab. Katanya, mereka akan jawab apa yang boleh dan dapat dijawab. Yang tidak boleh dijawab, logiknya biarlah dijawab oleh Najib sendiri.
   
Betulkah Najib belum jawab?
   
Betul. Apa buktinya?
   
Bekas PM Tun Abdullah Badawi juga berkata, dia mahu Najib jawab soalan yang dikemukakan. Ertinya Najib masih belum menjawab soalan-soalan itu.
   
Najib sekarang bukan saja mesti jawab apa yang Mahathir mahu, dan Najib juga mesti menjawab seperti Dolah Badawi suruh. Jawapan Najib itu pertama mestilah memuaskan hati Mahathir dan ia juga mestilah memuaskan hati seperti yang disuruh oleh Pak Lah.
   
Jawapan yang pertama dikira bukan jawapan, maka peluang perlu diberi sekali lagi untuk menjawabnya. Apabila jawapan yang pertama itu tidak memuaskan hati Dr. Mahathir, ia sama seperti tidak menjawab soalannya. Gagal menjawab soalan itu, Najib telah layak berundur.
 
Sekarang justeru Najib belum menjawab soalan, maka sudah ada kelayakannya berundur. Tiada lain yang patut dibuat oleh Najib melainkan berundur.
 
Najib hanya boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri jika dia berjaya memberi jawapan sekali lagi. Sekarang dia sudah hilang kelayakan. Jika mahu kekal, dia mesti menjawab.
  
Mahahir tidak memberi tempoh berapa lama soalannya mesti jawab. Biasanya tidak ada tempoh, dan tidak patut bertempoh lama. Sebaik saja soalan dikemukakan, ia mesti dijawab semuanya. Apabila tidak  dijawab, maka dengan sendirinya secara teknikal, dia patut berundur.
  
Jika dia tidak  berundur, tidak bererti dia betul dan layak berkuasa terus.
  
Jika apa yang Mahathir itu dikira kayu ukur tempoh Najib berkuasa, maka dengan tidak menjawab itu, dia sudah hilang kelayakan meneruskan kuasa.
  
Sekarang Najib bolehlah dikira orang berkuasa yang sudah tiada kelayakan berkuasa. Maka sebelum dia benar-benar hilang kuasa, dalam masa kecederaan ini, dia mesti jawab apa yang ditanya. – HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Membalas jasa Tun Razak

SUBKY LATIF | .


TUN Dr. Mahathir dalam kritik seterusnya terhadap kelembapan dan kekecewaannya terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Najib bahawa peluang dan sokongan yang diberikannya kepada Najib sebelum ini adalah demi membalas jasa dan kepercayaan Tun Razak kepadanya.
   
Tanpa menyebut betapa pemecatannya daripada Umno dulu dilaksanakan oleh Tun Razak atas kemahuan Tunku Abdul Rahman Putra, yang disebutkannya ialah Tun Razak telah membawanya balik ke dalam Umno dan memberi peluang yang seluasnya kepadanya untuk berperanan dalam politik hingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
   
Saya tidak bercadang di sini untuk mengulas kerjasama antaranya dengan Tun Razak dalam menggulingkan Tunku tetapi untuk melihat pembinaannya terhadap kerjaya Najib sebagai seorang pemimpin politik.
   
Tidak disebutkannya tentang nilai kepimpinan dan bakat serta potensi Najib bagi menjadi pemimpin negara. Tetapi semua peluang yang diberikannya kepada Najib adalah atas rasa terutang budi dan mengenang segala kesempatan dan peluang yang diberikan oleh Tun Razak kepadanya.
   
Memilih dan menyokong Najib atas wibawa dan kupayaan Najib memimpin masyarakat adalah suatu yang wajar, tetapi jika keutamaan itu diketengahkan justeru mengenang jasa dan apa yang Tun Razak dan Tun Hussein Onn beri kepadanya, ia adalah satu sikap yang kurang tepat.
    
Ia mencerminkan adanya bau dan ciri pemikiran fuedal dalam memilih waris perintahan. Dalam cara berfikir begini raja-raja amat jarang memilih waris takhta berdasarkan merit puteranya, siapa lebih berwibawa, lebih pintar dan lebih berpelajaran. Tetapi mengguna amalan tradisi biasa terhadap putera sulung. Keutamaan tidak terhadap siapa yang terbaik.
    
Mungkin Korea Utara yang kepimpinannya sudah menyerupai sistem dinasti, pemimpinnya yang sekarang bukanlah anak sulung Presiden sebelum ini. Ramai lagi adik-beradiknya, tetapi dia terpilih kerana dirasakan oleh bapanya terpintar daripada anak-anak yang lebih tua.
   
Sebagai bapa kepada Umno semasa, Maahthir boleh memberi peluang sama rata kepada sekalian orang yang berpotensi dalam Umno untuk meraih peluang dan membuktikan bakat dan wibawa masing-masing.
   
Peluang yang diberi oleh seorang bapa itu ialah tidak menyekat seseorang yang berpotensi dan tidak pandang lebih antara satu sama lain. Mungkin bapa ada kecenderungannya terhadap seseorang, tetapi pilihan majoriti adalah lebih baik daripada seorang yang hendak menentukan siapa penggantinya.
   
Perdana menteri diberi peluang oleh sistem pemerintahan utuk menentukan timbalannya dan anggota kabinetnya. Ia adalah kaedah terbaik bagi melicinkan kerjasama dan persefahaman pentadbiran dan pemerintahan.
    
Biasalah timbalan menggantikan perdana menteri tetapi pemilihan yang lebih cermat ialah ganti perdana menteri itu ditentukan oleh majoriti partinya.
   
Sekalipun Mahathir memilih Abullah Badawi sebagai gantinya, tetapi tidak memberi peluang kepada Abdullah bagi menentukan timbalannya. Dia menentukan Najib, kerana bagi memastikan dia dapat membalas jasa Tun Razak kepadanya.
   
Banyak lagi yang dia mesti perhatikan tentang Najib. Contohnya fitnah isu atas Altantuya berlaku semasa Najib masih Timbalan Perdana Menteri. Jika Mahathir peka tentang fitnah dan buruknya fitnah, dia mesti memastikan pimpinan sebaiknya paling tiada fitnah. Isu skandal pembelian kapal selam Perancis dan pesawat pejuang Rusia berlaku masa itu. Mahathir patut halang negara dipimpin oleh orang-orang terlalu banyak desas-desus.
     
Mahathir tidak peka semua kelemahan dan kekurangan Najib yang ramai orang sudah nampak, tetapi keutamaannya untuk membalas jasa Tun Razak kepadanya. Cara itu adalah balas jasa yang tidak tepat. Menjaga kepentingan dan kesejahteraan umat dan negara adalah lebih aula daripada mengenang jasa orang yang berjasa. Bukan jasa tidak wajar dibalas tetapi yang mana lebih aula. – HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-2015











































































Yang Mahathir bimbang BN kalah

Posted on Wednesday, May 06 @ 16:24:22 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 


BANYAK yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang yang menyebabkan jika boleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak patut berundur se segera mungkin. Antara yang disebutnya yang dimintanya Najib beri penjelasan ialah tentang duit 1MDB yang hilang berbilion ringgit, siapa yang arah Sirul Azhar Umar bunuh/ le tup Altantuya, beri BR1M menjelang pilihan raya dan lainlain.


Jika semua ini tidak dijawab dan jawapan itu pula tidak memuaskan, maka eloklah Najib berundur sebelum BN dikalahkan dalam pilihan raya yang akan datang.
Semua yang Mahathir ketengahkan itu sudah melayakkan PM Najib berundur. Duit 1MDB yang dikatakan hilang sudah cukup jadi alasan perdana menteri boleh berundur kerana yang dikatakan hilang itu bukan sedikit.

Jika wang kertas not seringgit dikumpulkan nescaya tidak untuk dimasukkan ke dalam bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya disebabkan banyak duit yang hilang itu.

Apakah ia boleh dibiarkan dan Najib diberi peluang lagi? Pak Pandir pun tahu, orang macam ini tidak munasabah jadi perdana menteri.

Demikian juga ada orang mati dibunuh dan mayatnya diletup berkecai. Orang yang membunuhnya disabitkan dan terlepas dari dihukum setakat ini berkata, dia sekadar menjalankan arahan.

Yang disabitkan itu adalah pegawai polis yang ditugaskan mengawal keselamatan Najib. Bunuh adalah satu jenayah besar.

Mengapa yang membunuh saja dihukum, yang menyuruh bunuh tidak di selesaikan? Mana ada negara hukum menghukum si pembunuh yang disuruh, orang yang menyuruh atas apa keadaan jua tidak disiasat.

Siapa penyuruh yang misteri itu tidak diketahui, kerajaan yang beramanah dan perdana menteri yang amanah mesti bertanggungjawab atas jenayah yang berlaku itu. Kekeliruan ini saja cukup menjadi sebab Najib hilang wibawa menjadi PM.

Demikian juga lain-lain yang dibangkitkan oleh Mahathir itu. Tiap-tiap sesuatu secara bersendirian layak menjadikan Najib perdana menteri yang dipersoal dan layak berundur.

Tetapi Dr Mahathir tidak menyebutkan tiap-tiap sesuatu itu sebagai bimbang utama dia patut berundur. Kebimbangan ulamanya ialah pimpinan Najib boleh menjadikan Umno-BN kalah. Kebimbangan utamanya ialah Umno hilang kuasa.

Logiknya Najib mungkin boleh terus berkuasa sekalipun berbilion duit 1MDB lesap. Jika ia tidak menyebabkan BN kalah pilihan raya, sekalipun negara kehilangan duit yang banyak, tidak mengapalah Najib tidak berundur.

Apa nak jadi pada negara dan apa nasib rakyat kemudiannya biarkan sajalah asal Umno tidak kalah?
Ini bererti cara berfikir demikian yang penting dan perlu dijaga ialah Umno. Kepentingan negara dan kepentingan rakyat jadi perkara kedua. Umno dulu. Apa akan jadi pada negara dan rak yat, jadilah.

Mengapa Mahathir bimbang sangat Umno hilang kuasa. Jika saya tidak terlepas pandangan, dia berkata, jika Umno tidak lagi berkuasa, kuasa yang menggantikan Umno itu akan bertindak me nyiasat Najib terutamanya dan nescaya akan terhukumlah nanti.

Ketika itu logiknya bukan saja Perdana Menteri Najib yang dimahkamahkan dan dikenakan tindak an sewajarnya, habis orang lain khususnya pemimpinpemimpin Umno akan menerima padah.

Bukan sekadar pemimpin Umno-BN yang bersama dalam kabinet Najib saja yang akan disiasat dan dikenakan tindakan, habis pemimpin Umno dan jadi perdana menteri dulu-dulu juga terseret belaka.
Jika semua ini berlaku, tentulah Mahathir juga akan menerima padah juga sekalipun Mahathir itu mungkin tidak sesuai dibandingkan dengan Najib.

Mahathir bukanlah malaikat yang tidak ada salah silap. Mungkin ada silap dan salahnya.
Saya teringat akan Tunku Abdul Rahman Putra selepas Umno diharamkan oleh mahkamah. Mahathir jadi perdana menteri masa itu.

Tunku naik pentas PAS berceramah bersama pemimpin PAS. Ada budak-budak PAS yang terlepas tanya bertanya, “Mengapa Tunku dulu sebelah sana boleh hentam kami tapi sekarang boleh bersama kami?”

Soalan itu berat dan sama se perti pukul batang hidung Tunku sendiri. Tetapi Tunku itu pintar dan bersahaja menjawab, “Saya pun ada buat silap juga.”

Maka ge muruhlah gelak ketawa pemimpin PAS dan penyokong Tunku yang sudah boleh duduk bersama itu.

Apa yang saya hendak sebut, bahawa pemimpin dan penyokong Umno itu tidak sunyi dari sebarang kesilapan termasuk jugalah ke salahan. Dan jika Umno sudah tidak berkuasa lagi garagara kelemahan dan angkara Najib, maka amat dibimbang oleh Mahathir nescaya habislah orang Umno terperosok di mahkamah.

Inilah yang Mahathir hendak ingat kepada orang-orang Umno, jangan tergila-gila sangat membodek Najib, kerana bila kalah nanti bukan Najib saja binasa, habis semuanya merasa.

Ibarat yang Mahathir ingatkan kepada orang Umno sekalian, lupakanlah apa nak jadi pada rakyat dan negara. Umno jagalah diri Umno. Jika apa-apa terjadi pada Umno gara-gara yang dikatakan angkara Najib, bukan saja orang Umno akan merasa padahnya, bahkan orang Umno tidak akan dihargai lagi, jadi seperti kupang tembaga saja.

Jika kita bercakap sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang demokrasi, Mahathir tidak boleh bercakap supaya orang Umno tidak boleh dikalahkan langsung.

Demokrasi itu membenarkan semua orang boleh menang dan semua orang boleh kalah. Semalam dan hari ini Umno boleh menang. Hari esok orang lain pula.

Tidaklah Malaysia ini diwujudkan untuk orang Umno saja berkuasa. Lainlah Firaun, Mugabe dan Ghaddafi, orang lain tidak boleh berkuasa. Mereka saja dijadikan untuk jadi penguasa. Tidak boleh disifatkan Mahathir itu bukan pengamal demokrasi.

Demokrasi membenarkan Najib dan Umno berkuasa dan tiada hal pada demokrasi jika Najib diguling atau berundur dan orang lain yang bukan Umno menjadi ganti. Tetapi Mahathir seolah-olah tidak mahu langsung Umno dikalahkan.

Seolah-olah jadi manusia yang tidak mahu mati, hendak menong kat langit. Manusia mesti mati. Nabi Muhammad s.a.w. yang Allah paling kasih pun dimatikan juga. Lari ke mana pun mesti mati juga.

Maka terimalah hakikat Umno boleh menang dan Umno boleh kalah. Jika Umno tidak boleh kalah samalah dengan manusia tidak boleh mati.

Tetapi mengapa Mahahir tidak mahu melihat Umno kalah? Ia seperti memberitahu bahawa Umno banyak salahnya. Bagi mengelakkan Umno tidak diapa- apakan, maka Umno jangan dibiarkan kalah. Kalau kalah payahlah semuanya.

Jika Umno bebas dari sebarang kesalahan, tiada sebab Umno takut akan kekalahan. Umno pernah kalah di Terengganu dan ia boleh menang semula. Jika ia mengambil semangat itu, jika Umno di bawah Najib kalah, masa lain ia mungkin menang semua.

Tetapi ia adalah Umno yang tidak banyak kesalahan. Tetapi bagi yang banyak kesalahan, ia seperti orang yang banyak dosa, jika boleh ia tidak mahu mati langsung.

Tidaklah kita boleh katakan Umno akan hilang langsung di dunia. Jika orangnya yangbanyak salah, dia tanggunglah kesalahannya.

Hukum yang bersalah. Yang tidak bersalah, boleh bangunkan semua Umno yang runtuh itu.

Kekalahan Umno tidaklah sebesar kesalahan 1MDB yang kehilangan berbilion ringgit. Rakyat dan negara boleh terus hidup jika Umno kalah. Tetapi negara dan rakyat menghadapi penindasan berpuluh tahun atau sepanjang hidup jika pentadbirnya tidur berselimutkan duit.

Apa jua keutamaan Mahathir bagi menangani Najib, dia boleh dibuat kawan bagi melepaskan Malaysia dari belenggu pemerintahan yang borus dan bermain duit.

Sumber DD - 6-5-2015

Dengar dulu kata Kit Siang

SUBKY LATIF | .


KITA tidak boleh tempelak dulu Lim Kiat Siang, ketua DAP di Parlimen dikatakan mencadangkan supaya BN dan Pakatan Rakyat membentuk sebuah kerajaan besar bagi menyelamatkan Malaysia.
    
Tentulah pandangannya itu yang disampaikan kepada pelajar di Mesir memeranjatkan, suatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa sejak sekitar 50 tahun dalam politik.
    
Sekutunya mungkin tidak setuju dan mungkin demikian juga penyokongnya, tetapi cakap-cakap menarik seperti ini elok didengar dulu. Mungkin ada yang kita tidak nampak tetapi Kit Siang mungkin nampak.
    
Sekalipun hal itu tidak dirundingkan dulu oleh pemimpin DAP itu dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi pandangan tidak rasminya itu perlu mendapat penjelasan lanjut.
    
Sebelum Kit Siang ada parti sendiri, sebagai penyokong muda PAP semasa Singapura berada di Malaysia, Lee Kuan Yew yang sudah menjadi Perdana Menteri Singapura telah bertindak sebagai sekutu Perikatan yang penting sekalipun partinya belum menjadi anggota Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
   
Kuan Yew begitu rapat dengan Tunku dan berbincang bagi menjadikan PAP kerabat Perikatan. Tetapi Kuan Yew hanya mahu mengantikan MCA dalam komponen itu. Dia melobi Tunku supaya mengeluarkan MCA daripada Perikatan supaya PAP boleh menjadi parti tunggal mewakili masyarakat Cina dalam parti yang memerintah Malaysia itu.
   
Tunku tidak setuju dengan syarat Kuan Yew. Yang dia mahu ialah PAP dan MCA sama-sama duduk dalam perikatan. Perbincangan itu putus apabila dalam PRU 1964, PAP meletakkan 13 calon yang berlawan dengan Perikatan.
   
Jika PAP pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada Perikatan yang memerintah Malaysia, maka tidak pula suatu yang pelik bagi DAP bersama Pakatan Rakyat membentuk sebuah kerajaan dengan BN tanpa meletakkan syarat MCA mesti keluar dari BN.
   
Dan jika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan, dan ada peranan yang penting dalam kerajaan, bukan suatu yang mustahil MCA dan Gerakan perlahan-lahan hilang daripada peta BN. Mungkin MCA dan Gerakan ada panglima, tetapi ia hilang soldadu dalam waktu yang singkat.
   
Mungkin ini yang Kit Siang nampak yang lebih memudahkannya lebih berperanan dalam politk negara dan kerajaan.
    
Apakah PAS  dan PKR suka, dengar dulu  dan bincangkan bagaimana sekutu Pakatan itu boleh dapat keuntungan politik daripada cadangan Kit Siang itu. Dipercaya dia mungkin dapat menarik minat Umno jika Umno mengira ia tetapi dijadikan sekutu utama dalam muafakat itu. Tetapi rintangan kiranya Pakatan bersetuju dengan Kit Siang ialah Dr. Mahathir. Mahathir tidak akan suka                                    jika ada gagasan yang boleh mendekatkan Anwar Ibrahim dengan kerajaan.
    
Kita boleh anggap berita yang Kit Siang letup itu suatu yang payah terjadi, tetapi ia dengan sendirinya boleh mencairkan tabu dalam kalangan Pakatan terhadap apa yang dikatakan politk UG – kerajaan perpaduan – yang dikatakan dipelopori PAS.
     
Betapa PAS dikatakan bermatian politik UG untuk berbaik dan bersekutu dengan Umno. Setiap kali ada perbezaan PAS dengan rakan-rakan Pakatannya, maka politik UG ini telah digunakan untuk memerangkap PAS hingga PAS kelu dibuatnya.
    
Apakah PAS benar gian dengan UG atau mahu mempermainkan Pakatan Rakyat, dengan cadangan Kit Siang, boleh dikira satu UG baru versi DAP. Bolehkan politik Kit Siang itu menguasai isu baru negara, boleh kita beri perhatian, tetapi PAS sudah ada peluang terbaik bebas daripada momokan UG. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015














































































Mimpi bertemu TG Nik Aziz

SUBKY LATIF | .

SAYA tidak pasti di lokasi mana dan dalam peristiwa apa? Tetapi seperti dalam perhimpunan ramai PAS.
   
TG Nik Aziz tidak duduk di tempat utama pentas PAS. Beliau duduk di tempat biasa orang kebanyakan. Tidak ramai orang di tempat duduk itu tetapi ramai orang lalu lalang di sekitarnya.
   
Mohamad Sabu yang jarak serantai dari saya memanggil saya menunjuk arah tempat TG duduk, ‘Tok Guru Nik Aziz,’ katanya. Dia tidak pergi, tetapi saya pergi mendapatkan Tok Guru.
   
Tok Guru sudah melihat saya dari jauh datang mendapatkannya. Beliau nampak ceria dan sentiasa tersenyum menunggu saya tiba. Saya memberi salam dan bersalam. Dia terus mengukir senyum. Saya menegur dan bercakap dengannya tetapi saya tidak perasan dia berkata-kata biasa seperti selalu kami berjumpa. Yang saya ingat beliau tidak lekang dengan senyum.
   
Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya.
   
Saya amat mengantuk selepas solat Subuh Jumaat lalu 17 April. Saya merebahkan diri sebelum hari cerah. Masa itu saya berjumpa Tok Guru. Rupanya saya mimpi. Saya syukur mimpi dapat bertemu dengannya. Bukan selalu kita dapat bertemu orang mulia yang sudah mati melainkan dengan izin Allah.
   
Saya rasa amat selesa dengan mimpi pagi Jumaat, penghulu segala hari dapat bertemu dengan orang yang semua hormati. Jika boleh bukan sekadar bertemu di alam mimpi. Biarlah selalu hendaknya bertemu di alam roh nanti. Amin!
  
Dia berpakaian serba putih. Berserban putih, berbaju putih. Saya tidak pasti bajunya jubah atau baju Melayu. Tetapi memang berpakaian putih.
  
Mukanya tegang. Tidak berkedut kurus seperti selalu saya jumpanya. Badannya berisi, bukan gemuk. Tetapi tidak kurus lagi. Sedap dipandang, seperti memandang orang sihat.
  
Saya rasa kagum semasa bertemu itu. Orang lain yang datang bertemu dan bersalam dengannya juga terpesona dengan pandangan sihatnya itu. Selalunya dia kurus dan sentiasa uzur. Macam mana dia nampak sihat dan badannya berisi?
  
Saya sentuh tangannya. Saya tekan dan picit anggota tubuhnya. Rasa sedap dipegang. Orang lain yang menemuinya juga berbuat seperti saya. Tentulah sentuhan itu bagi menyatakan syukur kerana dianugerah kesihatan yang baik.
   
Saya terus bersamanya.
   
Sebelum mimpi itu berakhir, saya menyaksikan dia makan. Macam biasa orang makan tengah hari atau malam. Bukan makan ringan. Makan berat.
   
Nampak beliau amat berselera. Sekali lagi saya kagum dengan makannya yang beselera. Dia bukanlah orang kuat makan. Makannya sikit atau orang tak banyak makan. Jarang bertambah.
   
Apa yang saya lihat, banyak dia makan. Mungkin itulah agaknya yang menjadikan badannya berisi.
  
Saya beritahu anak saya, Tok Guru makan banyak daripada biasa. Anak saya kata, ia bayangan kebahagiannya. Berselera di akhirat adalah lebih baik daripada berselera di dunia. Ia tanda rezekinya lebih murah di akhirat daripada di dunia.
   
Masa itu saya bertanya diri sendiri, bagaimana orang yang selalu saya lihat uzur dan kurus boleh kelihatan sihat dan berisi? Ia adalah penglihatan dalam mimpi. Dan mimpi saya jika tidak dicelah syaitan, diharap adalah bayangan kebahagiannya di alam akhirat. Moga-moga kita semua dapat jadi sepertinya, dicurahi rahmat daripada Allah. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015

Susahnya PAS dalam PRK Permatang Pauh

SUBKY LATIF | .


SELAGI PAS dalam Pakatan Rakyat dan selagi PKR ada di Permatang Pauh, dalam keadaan yang normal, tidak berbangkit PAS mengabaikan komitmennya membantu PKR di Permatang Pauh.
   
Inilah semangat pimpinan PAS dalam semua proses menghadapi PRK Permatang Pauh itu sejak kedudukan Datuk Seri Anwar dilucutkan. Demikian juga dipercayai sikap PAS Kawasan Permatang Pauh. Mungkin dalam hati setiap warga PAS tidak seronok dengan sikap rasmi PKR tentang usul persendirian PAS di Parlimen mengenai hudud tetapi tiada reaksi negatif PAS terhadap pendirian PKR itu sama ada suka atau tidak suka.
   
Hinggalah Dewan Pemuda PAS Kawasan membangkitkan reaksi negatif mereka terhadap kenyataan rasmi PKR tentang rang persendirian PAS di Parlimen itu dan sikap PKR itu dibuat atas nama Presiden PKR Datin SeriWan Azizah Ismail yang disebut-sebut pula sebagai calon PRK itu.
   
Apabila ia meletup suasana jadi berubah dan semua jadi serba susah.
   
Dari segi prinsipnya pendirian pimpinan PAS pusat tidak berubah atas perkembangan terbaru di Permatang Pauh. Eloklah ia terus menzahirkan sikap positifnya justeru setiakawannya dengan Pakatan Rakyat khususnya PKR.
   
Tetapi tidaklah mudah bagi PAS pusat meleburkan apa yang dirasai oleh warga akar umbi PAS kawasan yang berdepan terus dengan PRK itu. Mereka yang berada terus di kawasan kempen sepanjang kempen dan mereka yang diharapkan menjaga benteng pertahanan dan bendera perjuangan. Lebih-lebih lagi mereka wajib mengundi.
    
Memang PAS pusat berdepan dengan kepayahan menuntut kepatuhan akar umbi terhadap yang mereka  tidak seronok. Jika mereka tidak patuh pada zaman ramai orang PAS tidak patuh kepada pimpinannya sekarang, apa yang dapat dibuat? Tidaklah dilihat mudah dan bijak bagi PAS menurunkan perintah wajib atas perkara yang khilaf itu. Dan semuanya ada hujah.
   
Bukan senang bagi mengatakan yang di bawah itu silap. Semuanya ada kitab dan rujukan.
   
Rasulullah SAW tidak memaksa Ali Abu Talib memadam kalimah Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dibantah oleh musyrikin Quraisy. Baginda sendiri memadam rangka perjanjian itu.
   
Baginda memerintahkan sekalian rombongan umrah yang tertangguh itu bertahalul apabila persetujuan tercapai dengan musyrikin bagi memenuhi rukun umrah sekalipun ditangguhkan. Tiada yang sedia bertahalul kerana meraka mengira perjanjian yang dicapai itu berat sebelah. Perintah Rasul tidak boleh dibantah.
    
Baginda tidak keluarkan kata dua sama ada patuh atau tidak. Baginda atasi suasana keliru itu dengan baginda memotong rambutnya. Lalu ia diikut oleh sekalian. Maka inilah kaedah yang PAS mesti cari bagi menyenangkan semua warga PAS itu.
    
PAS Pulau Pinang pernah menghadapi sedikit sebanyak kecederaan apabila ia menyertai muafakat Pakatan Rakyat dulu. Dan kita tidak mahu ada lagi barang seorang yang tercicir dalam menangani khilaf PRK itu.
     
Bukan PAS saja yang payah. PKR juga payah gara-garanya tidak menyokong usul persendirian PAS. Ia pun tidak pasti apakah kenyataannya atas usul itu telah mengambil kira PRK yang dihadapi itu. Ia juga terpaksa juga menerima risiko atas sebarang keputusannya supaya bukan saja PAS yang susah, tetapi susah semuanya.
    
Lebih teruk yang PAS hadapi ialah bagi menjawab serangan Umno untuk menyokong calon Umno yang sudah menyokong pindaan kanun di Kelantan dan mendakwa berjanji utuk menyokongnya di Parlimen atau menyokong calon yang menentang usul itu. Tidaklah mudah bagi PAS untuk keluar daripada dilema terhadap persepsi orang awam yang mengundi sama ada dalam PRK ini mahupun PRU yang akan datang.
     
Sesungguhknya manusia itu sentiasa dalam kerugian dan kepayahan, kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. – HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015
















































































Dengar dulu kata mufti

SUBKY LATIF | .

MUFTI Wilayah Persektuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad di samping menganjurkan agar kadar enam peratus atas GST diturunkan telah memberi pandangan yang bernas tentang sistem percukaian yang diadakan khusus oleh negara kita.
    
Ia dikira pandangan seorang yang berilmu oleh memberi nasihat kepada kerajaan sebelum kerajaan hendak mengenakan sebarang cukai baru serta mengkaji semua sistem cukai yang sedang berjalan sekarang supaya ia relevan dengan cukai dalam Islam.
    
Keseluruhan cukai yang berjalan sekarang dipercayai lanjutan cukai yang dimulai oleh penjajah British dulu yang rata-rata tidak pernah mempedulikan peraturan cukai Islam atau tidak pernah bercadang untuk mendengar pandangan Islam atas perkara itu. Itu dulu. Tetapi sekarang pun begitu juga.
     
Apabila Mufti Wilayah mengatakan kadar GST itu patut dikurangkan dengan hujahnya yang menarik, maka jelaslah Islam ada pandangan atas GST dan yang seumpamanya. Adakah Peerdana Menteri Najib telah mengambil kira pandangan Islam itu sebelum dia mengumumkan untuk melaksanakannya lebih setahun lalu.
    
Dan mengapa sekalian mufti tidak didengar memberikan pandangan atas perkara itu. Mungkin sekalian mufti telah termakan psiko bahawa mufti di bawah sekalian sultan wajar mengelak diri dalam perdebatan politik, maka GST sejak mula ditentang oleh pembangkang, maka sekalian sahibus samahah pun berdiam.
     
Berdiam diri dan tidak memberi pencerahan mungkin suatu yang amat disukai oleh pembuat cukai, tetapi meskipun mufti itu makan gaji, tidaklah tanggungjawabnya kepada sultan dan kerajaan saja, tetapi mereka ada tanggungjawab kepada Allah dan rakyat, maka ia tidak boleh berkecuali saja terutama apabila Islam ada pandangan mengenainya.
     
Sepatutnya majlis mufti wajar mengambil bahagian terhadap setiap dasar dan rancangan kerajaan. Tidak sekadar ia membuat fatwa setiap kali dikehendaki oleh pihak tertentu.
    
Institusi Islam itu telah banyak ditubuhkan kerajaan sejak merdeka. Telah ada Jakim dan Ikim, setiap universiti ada fakutli atau akademi Islamnya. Perdana Menteri bukan sekadar ada menteri hal ehwal Islamnya, malah sejak zaman Dr. Mahathir dulu telah ada penasihat agamanya.
    
Semua penerima gaji dari kerajaan ini patut menggerakkan majlis mufti peka dan sensitif atas apa jua kegiatan supaya semua dapat dibebaskan daripada terjebak dalam dosa dan kemaksiatan.
    
Kerajaan Najib telah banyak bercakap tentang wasatiyah dan maqasid syariyah. Semua ini adalah menyentuh bidang pentadbiran Islam yang boleh menambah baik pentadbiran negara.
   
Adakah Najib telah memanfaatkan Penasihat Agama Perdana Menteri tentang GST supaya ia selaras dengan tuntutan wasatiyah dan maqasid syariyah? Jika penasihat agama itu kurang maklumat, maka mintalah pihaknya mencari jawapan daripada semua institusi Islam yang ada.
   
Dengan pandangan yang diberi Mufti Wilayah itu nampaknya ada orang Islam yang tahu tentang bukan saja sistem percukian yang Islam benar, bahkan juga lain-lain perkara.
   
Sekalipun kita ramai mufti tradisi yang tuannya adalah Sultan, tetapi sekarang ada mufti yang mampu berhujah secara terbuka. Daripada terlalu banyak memerhatikan bab beribadat dengan hadis daif dan hadis sahih yang tidak habis-habis didebat sejak beratus tahun dulu, banyak isu dan perkembangan terkini yang amat memerlukan pandangan Islam.
    
Kahadiran mufti baru Wilayah Persekutuan ini, tidak mungkinkah ia membuka medan baru, ulama makan gaji terlepas daripada kongkongan psikologi dan tradisional. – HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015

Najib tak lulus peperiksaan PM?

SUBKY LATIF | .


JIKA soalan-soalan yang Tun Dr. Mahathir kemukakan kepada Datuk Seri Najib boleh dikira sebagai soalan peperiksaan seperti PMR, SPM atau STPM, maka boleh diibaratkan Najib masuk peperiksaan PM iaitu Peperiksaan Perdana Menteri.
   
Jika pegawai-pegawai percubaan/sementara terpaksa melalui peperiksaan bagi pengesahan jawatan atau setengah pegawai awam menjalani peperiksaan tertentu bagi kenaikan pangkat, maka seolah-olah Najib dengan soalan dari Dr. Mahahir itu menghadapi ujian pengesahan jawatan Perdana Menteri.
    
Dengan peperiksaan itu Najib dikira Perdana Menteri percubaan. Dia sudah lama menjalani ujian amali, maka kali ini giliran peperiksaan lisan atau ulasan pula. Markah ujian amali dan peperiksaan lisan/tulisan akan menentukan jawatan itu disahkan atau tidak.
   
Sepatutnya memadai dengan ujian amali saja. Pemeriksa boleh mengesahkan jawatan jika jawapannya  memuaskan. Soalan-soalan yang Dr. Mahathir kemukakan itu boleh dikira ujian amali selama ini tidak memuaskan, maka dia terpaksa menjalani satu peperiksaan pula.
   
Maka PM Najib pun menjawab melalui TV3.
  
Soalan peperiksaan itu mesti dijawab semua. Dia tidak boleh memilih mana soalan yang dia suka saja. Markah dikira daripada tiap-tiap soalan. Jika ada soalan yang tidak dijawab, maka dia tidak dapat markah penuh, malah boleh tidak lulus.
   
Soalan itu tidak dijawab sepenuhnya. Dia pilih soalan tertentu saja. Jika dia dapat markah penuh atas tiap soalan yang dijawab belum tentu dia lulus kerana ada soalan yang tidak dijawab.
  
Soalan tentang pembelian jet peribadi tidak dijawab. Dia tidak jawab isu kelemahan pengurusan negara. Dan soal pokok tentang skandal 1MDB pun tidak dijawab. Banyak mana markah hilang kerana soalan yang tidak dijawabnya?
   
Soalan tentang Altantuya dipercayai tidak dapat penuh markah. Boleh pemeriksa kertas percaya dengan jawapan dia tidak kenal? Untuk dapat markah penuh tentang Altantuya, bukan sekadar jawab tidak kenal, banyak lagi hal mengenainya mesti dihuraikan termasuklah usahanya mendapatkan orang yang dikatakan mengarahkan Sirul Azhar Umar membunuhnya.
    
Dengan mengatakan dia tidak kenal nyonya itu, dia mungkin dapat sikit markah. Dia memerlukan jawapan lanjut bagi membolehkan jawapan atas soalan sekurang-kurangnya dapat 50 peratus. Kalau atas soalan ini dia tidak dapat markah 50 peratus, maka untuk lulus peperiksaan itu dia mesti dapat markah penuh dalam lain-lain soalan yang dijawabnya.
    
Peluang untuk dapat keputusan cemerlang – kepujian – dia mesti dapat sekurang-kurangnya 80 peratus atas semua jawapan. Tetapi dengan beberapa soalan tidak dijawab, dia jangan harap boleh dapat kepujian.
   
Ia tidak dapat markah penuh atas semua soalan yang dijawab. Paling baik dia mesti dapat 80 peratus tiap-tiap soalan yang dijawab. Adakah dia boleh dapat markah 80 peratus atas tiap-tiap soalan?
   
Dengan banyak soalan yang tidak dijawab, maka jika dia dapat markah antara 50 hingga 60 peratus atas keseluruhan jawapan sudah dikira cukup baik.
   
Yang dibimbangkan dia tidak dapat 50 peratus. Jika daripada peperiksaan itu dia tidak dapat markah 50 peratus, maka markah itu tidak dapat menolong markah ujian amali untuk lulus peperiksaan pengesahan jawatan.
   
Soalan yang Dr. Mahathir tanya itu adalah kerana ujian amalinya tidak memuaskan. Jika ia memuaskan tentulah dia  tidak dikehendaki melalui peperiksaan PM.
    
Maka kita tunggu saja keputusan peperiksaan PM-nya itu sama ada layak meneruskan perkhidmatan atau terpaksa menghadapi peperiksaan sekali lagi? Untunglah kiranya diberi peluang peperiksaan sekali lagi atau yang terakhir buatnya. – HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015


















































































Tun M tidak keseorangan

SUBKY LATIF | .


DI tengah apa yang dirasakan gelombang pro-Najib mencemuh Dr. Mahathir justeru cabarannya terhadap PM Najib, Dr. Mahathir yang terasa dia sendirian, terus mempertikai Najib lagi.
    
Najib sudah memecah kesunyian muncul di TV3 menjelaskan secara batuk di tangga atas apa yang bekas Perdana Menteri itu bangkitkan. Banyak soalan yang Dr. Mahathir kemukakan, tetapi yang dijawabnya panjang lebar, amat sedikit yang dijelaskannya. Soalan pokok tidak dijawab. Yang dijawab ranting dan daun kering.
    
Jika yang ditanya itu soalan dalam peperiksaan, dengan jawapan yang diberi, penjawab tidak dapat apa-apa markah.
    
Dalam ulasannya terhadap jawapan Najib di blognya, Dr. Mahathir menambah banyak pencerahan lagi tentang pimpinan Najib yang berjiwa kecil itu. Katanya kira-kira, sekalipun dia keseorangan, dia akan terus bangkitkan isu kepentingan dan negara itu.
   
Saya ditanya oleh seorang penyokong tegar Mahathir pada zamannya dulu tentang cabaran Mahathir pada Najib.
    
Saya jawab, Mahathir juga banyak kelemahan.
    
Tak sempas habis dia memotong, ‘.....dia juga banyak kebaikan....’
    
Benar, jawab saya, tapi campur tolak, negatifnya banyak. Akan apa yang dibuat Mahathir sekarang, dia positif. Saya tolak negatifnya dulu. Tetapi apabila dia positif, saya mesti bersamanya.
   
Yang dibangkitkannya sekarang ialah isu rakyat dan orang ramai. Dia prihatin kegelapan yang dihadapi rakyat sekarang gara-gara salah tadbir Najib dan boros keluarganya. Kegelapan itu akan bertambah gelap hari demi hari. Itu yang semua rakyat rasa termasuk majoriti ahli biasa Umno.
   
Rakyat tiada saluran bagi menyatakan gundah-gulananya. Mahathir tampil menyuarakan rintihan mereka. Maka tidak benar Mahathir keseorangan dalam isu kepentingan bersama rakyat dan negara itu.
   
Sekalipun ia dirasa sama oleh majoriti Umno yang tidak berkedudukan, Umno tidak mengira apa yang Najib itu isu Umno. Mereka syok juga dengannya kendatipun telah acap kali disuarakan oleh Dr. Mahathir.
    
Kerana ia bukan isu rasmi Umno dan Umno tidak perihatin dengan apa yang Dr. Mahathir bangkitkan itu, maka orang payah mahu bersama Dr. Mahathir juga dia membangkit kelemahan Najib itu bagi mengelakkan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.
   
Pemegang jawatan Umno tidak kisah akan natijah pimpinan negatif Najib asal mereka dapat tumpang semangkuk tempias keborosan Najib. Tetapi semuanya akan bersama Dr. Mahathir dalam gerak membela nasib rakyat dan bagi mengembalikan masa depan yang cerah untuk semua.
    
Jika Najib terguling justeru pimpinannya yang teruk, dan dia diganti oleh Umno juga dan Umno itu menerus negatif Najib dan negatif lain-lain pimpinan Umno terdulu, maka nasib rakyat dan masa depan negara pi mai, pi mai, tang tu jugak.
    
Dengan apa yang Mahathir suarakan sekarang adalah benar-benar positif bagi membina masa depan yang terjamin dan Mahathir pun tahu masanya juga sudah tidak lama. Tiada apa yang  diinginkannya lagi selain daripada rakyat dan negara terlepas daripada pentadbiran dan pimpinan yang lemah dan merugikan.
   
Mari kita semua bersama Mahathir yang bercakap positif itu keluar daripada dunia gelap ini. Atas runtuhan Najib dan Umno, kita bangunkan bangsa berdaulat, bersatulah rakyat seluruh berkala, membela hak dan keadilan kita.
    
Ingat! Mahahir seorang tidak sampai ke mana, tetapi kezaliman tidak dapat dipatahkan oleh seorang, ia dapat digantikan oleh semua orang. – HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015


Umno sokong Najib bukan kerana presiden

Posted on Monday, April 20 @ 14:16:10 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 


SEJAK Tun Dr Mahathir Mohamad minta Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak menjelaskan beberapa isu yang boleh menjejaskan wibawanya sebagai presiden Umno dan perdana menteri, secara umum orang Umno tidak teragakagak menyebelahi Najib dan tidak kurang pula mulai membertikai wibawa Dr Mahathir yang dirasakan menyerang secara langsung kepimpinan dan pentadbiran Najib.


Belum ada antara penyokong Umno yang menyatakan perkecualiannya dalam kejadian sekarang terutama pemegang jawatan dalam parti itu. Paling sedikit lunak orang-orang seperti Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Harun mahu Najib diberi peluang sewajarnya bagi membuktikan kepimpinannya, atau seperti Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bahawa semua soalan yang dibangkitkan oleh Mahathir itu lebih baik dijawab oleh Najib sendiri.


Bukan keduanya tidak boleh menjawab bagi pihak Najib tetapi eloklah Najib sendiri menjelaskannya kerana dia lebih tahu semua tohmah yang ditujukan kepadanya itu.

Sikap dua orang itu adalah dikira terbaik, bukan saja pertanyaan memerlukan jawapan Najib tetapi tidak siapa yang benar-benar tahu apa yang Najib buat dan niat.

Kes yang Umno hadapi perbezaan antara Mahathir dan Najib sekarang tidaklah sama dengan kes pertandingan antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut jawatan presiden parti itu dulu. Dalam pertandingan itu dulu ahliahli dan penyokong Umno dikehendaki memilih siapa antara keduanya yang lebih berwibawa dan atas amalan masing-masing siapa yang boleh memimpin lebih baik.

Masing-masing boleh menghakiminya mengikut kepercayaan sendiri, dari kajian dan penelitan masing- masing atau kebiasaan bagi Umno siapa yang boleh memberi banyak habuan.

Para hakim pun tidak dapat memberi kata putus apa yang Umno patut buat bagi  memilih antara keduanya.

Masing-masing boleh menggunakan tipu muslihat dan akal hendak memihak kepada siapa. Jika ada yang kata Mahathir lebih baik, tiada kayu ukur yang tepat bagi mengatakan dia yang baik. Jika ada yang mengatakan Tenkgu Razaleigh dan regunya Tan Sri (Tun) Musa Hitam kurang baik, tiada juga kayu ukur yang tepat bagi menyokong kepercayaan itu.

Akan tetapi apa yang Mahahtir timbulkan itu bukan saja ia jadi isu dan polemik masyarakat dalam dan luar negeri, bahkan ada yang telah berlarutan berbelas-belas tahun. Jika di Eropah khususnya di Itali apa yang ditimbulkan boleh dikira permainan mafia. Bunuh, tipu, peras ugut dan lain-lain adalah benda yang jadi permainan malah melibatkan tidak sedikit orang politik.

Hakim, polis dan pegawai awam pun boleh jadi penyamun. Ia adalah benda- benda berat yang tidak mudah difahami oleh orang awam biasa yang sekadar menjadi penyokong parti politik.

Tidaklah penyokong Umno itu lebih jahat dan lebih lembab dibandingkan dengan bekas perdana menteri Itali yang namanya jika tidak silap Silvio Berlusconi, yang dikira banyak skendal seksnya dan keburukannya. Sekalipun jenayah politik diperkata secara terbuka, tidak pula dinafikannya, tetapi dia tetap disokong oleh pengikut partinya.

Dibawa dia ke mahkamah, penyokong partinya, setengahnya tahu akan kedurjanaannya, ada yang tidak mengatakan dia tidak jahat, tetapi mereka tetap menyokongnya. Jika tiada undang-undang melarangnya jadi perdana menteri lagi, mungkin politik mafianya akan menjadikannya perdana menteri lagi.

Mungkin mafia seperti belum jadi mainan ketara di Malaysia, tetapi jangan kata keburukan di New York dan mungkin berlaku di Malaysia, jangan fikir skandal Watergate ditiru oleh ahli-ahli politik kita.

Maka tidaklah mudah bagi kita merasakan orangorang politik kita adalah sebaik malaikat semuanya.

Jika orang kata, orang PAS bukan semuanya baik, maka saya tidak tolak kemungkinan itu, tetapi kalau orang kata, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kaki rasuah dan jahat, amat payah saya terima.

Atas logik ini, saya tidak fikir pemimpin Umno semua bersih apa lagi politiknya tidak memberatkan soal dosa dan pahala.

Tidak berbangkit niat siapa yang lebih jujur dan lebih benar antara Mahathir dan Najib. Tetapi yang dibangkitkan oleh Mahathir itu adalah melibatkan politik tinggi, politik bermaruah, pentadbiran yang cekap, integriti dan wibawa pimpinan, keluhuran undang-undang dan keadilan dan lainlain. Masa depan negara dan rakyat dan lain-lain.

Oleh itu, ahli Umno tidak boleh menghadapinya seperti mereka menghadapi pertandingan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam untuk jadi timbalan presiden Umno.

Orang Umno wajar meneliti setiap yang dibangkitkan oleh Mahathir itu. Sekalipun Mahathir itu banyak kelemahannya semasa dia menjadi presiden Umno dan perdana menteri dulu, tidak perlu dibangkitkan sangat bahawa tidak banyak kebebasan yang Mahathir beri kepada orang Umno untuk bertanya keburukannya dari musuh politiknya dalam Umno.

Peluang itu agak bertukar pada zaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib ini, orang boleh jumpa Mahathir untuk mengetahui kelemahan Pak Lah dan Najib, itulah kebaikan kedua-dua pemimpin itu, maka wajarlah Umno mendapatkan lebih keterangan dari Mahathir tentang apa yang dikatakannya.

Orang Umno mesti mencari sebanyak-banyak maklumat tentang perkara yang dibangkit oleh Mahathir untuk berjumpanya, supaya mereka boleh bersoal jawab dengan Mahahtir. Jika mereka datang dan berjumpanya dengan persiapan yang cukup, maka mereka boleh soal Mahathir atas setiap yang dibangkitkannya. Tidaklah mereka akan ditemberang saja oleh Mahathir.

Tentunya orang Umno jika boleh tidak mahu Najib diburuk-burukkan dan itulah sikap wajar bagi Umno terhadap pemimpinnya.

Tetapi bertemu Mahathir bagi mendapatkan keterangan lanjut, bagi memastikan apa yang Mahathir kata itu karut atau ada asasnya.

Adalah kewajipan setiap ahli Umno memastikan pemimpin bersih dan terbaik. Apabila ada yang mengatakan pemimpinnya tidak baik, maka mereka patut kaji dan teliti. Mereka tidak banyak peluang itu masa Mahathir dulu. Tetapi peluang itu banyak dan terbuka sekarang.

Isu Altantuya. Ia satu jenayah berat. Bunuh dan letup mayat. Kita tidak boleh terima bulat tohmah yang katakan Najib terlibat.

Tetapi kita tidak boleh tolak ia mustahil. Jika kita tanya Najib, tentu dia kata dia tidak ada kena mengena.

Sama dengan tuduhan liwat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anwar kata, semua konspirasi dan fitnah.

Tetapi mengapa kita tidak dengar cakapnya saja? Mengapa dia didakwa? Mengapa Najib tidak disiasat dan didakwa?

Jika semasa kejadian itu perdana menteri adalah Abdullah Badawi. Tidak boleh kita pakai cakap perdana menteri itu saya yang kata Najib bersih.

Pak Lah dan ketua polis masa itu juga patut jadi saksi dan pastikan mereka bukan saksi ke lutut. Bagi memastikan mereka bukan saksi ke lutut, minta peguam Shafie Abdullah jadi pendakwa, dengan soalannya di mahkamah tahu dia menjadikan saksi bukan saksi ke lutut.

Jika wartawan bertanya Najib, tidak cerdik wartawan itu juga Najib kata, dia tidak terlibat, dia pun mengangguk saja. Dia kena jadi macam pengacara Hardtalk di BBC, yang menjadikan orang ditanya boleh patah lidah.

Bukan kerja kita untuk menghukum Najib dan mengikut kata Mahathir, tetapi Umno mesti adil dan bijak supaya Umno tidak jatuh ke tangan mafia kecil.

Setakat ini Umno kira ia politik semata-mata. Politiknya politik sekular pula.

Sumber DD - 20-4-2015


Muktamar PAS Johor mula calon Husam

Posted on Sunday, April 19 @ 13:14:55 MYT by paktam

Oleh Subky Latif


PAS Johor nampaknya amat demokratis dan peka de ngan kehendak perlembagaan par ti. Belum sempat kawasankawasan PAS mengadakan muktamar, pesuruhjaya mengumumkan pentadbiran PAS negeri itu me ngambil sikap terbuka, membebaskan kawasan-kawasan membuat pilihan mencalonkan presiden.

Tidak terikat dengan desakan ulama mengekalkan presiden yang ada atau bebas dari tafsir kepimpinan ulama itu tidak presiden dan timbalannya mesti ulama sekalipun dua kali berturut-turut sebelum ini pesuruhjayanya adalah ulama, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr Mahfodz Mohamed.

Dan apabila muktamar kawasan tiba, satu kawasan dari di Johor mencalonkan presiden lain daripada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagaimana yang kencang digembur oleh orang di luar PAS dan setengah dari orang PAS.

Perkembangan di Johor itu boleh menarik perhatian kerana negeri itu ada membuat sejarah, menolak percubaan Ustaz Hassan Shukri mempertahankan jawatan timbalan presiden. Masa itu Ustaz Hassan sudah dua kali jadi timbalan presiden.

Saya berbual dengan perwakilan Johor di gerai Kota Bharu malam sebelum pemilihan. Mereka menyatakan mereka mahu perubahan. Umum percaya orang dari Johor sekata dalam perkembangan itu dan saya tahu Ustaz Hassan yang dikenali ramai dan lama itu tidak akan terpilih lagi dan benar dia diganti oleh yang baru.

Sekalipun ia dan satu dua lagi negeri masa itu arif dengan demokrasi dan faham kehendak perlembagaan, apakah mereka arif dengan politik tidak arif saya mengagaknya. Tetapi keputusan yang dibuat oleh muktamar kali itu tidak mengubah apa-apa keadaan, bahkan PAS dapat timbalan yang paling tidak berguna sejak kelahiran parti itu.

Tidak arif untuk mengatakan pemilihan atas Dato’ Husam Musa mengulangi kebijaksana politik dulu juga tetapi biarlah saya katakan Husam adalah pemikir politik terhandal dalam PAS sekarang, mengatasi rakan-rakan pimpinan lain. Hingga ada yang mengatakan kepada saya, Tun Dr Mahahir Mohamad pernah terfikir, kiranya Husam itu jadi Umno, dia nampak Husam saja yang boleh menggelapkan masa depan Khairy Jamaluddin sebagai perdana menteri.

Dari segi banyak dan cepat membaca, dia mungkin setara Presiden John Kennedy, Mahathir dan Tun Musa Hitam.

Apakah dia orang politik yang tepat untuk politik PAS dan bagi menggantikan pimpinan PAS yang ada, saya tidak tahu. Kalau PAS hendak membebaskan parti itu dari pemusatan kepimpinan ulama, maka Husam mungkin orang yang sedang dicari-cari golongan transformasi/reformasi dalam parti.
Cuma dalam komennya apabila dia dicalonkan, dia tidak segera memberi jawapan politik yang cepat. 

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man apabila Kota Bharu mencalon nya sebagai presiden, secepat kilat dia menolak. Husam tidak membuat keputusan yang cepat, menerima atau menolak. Mungkin dia menolak dan mungkin dia hendak.

Reaksi Tuan Ibrahim cepat dan tegas, dia tidak hendak. Husam hendak meimbang dulu. Kalau dia tolak nanti apa kata orang yang mencalonkannya yang berharapkan kepadanya?

Isu untuk menggantikan Ustaz Hadi bukan perkara baru yang amat dihajati terutama oleh orang luar baik dalam BN bahkan dalam kalangan sekutu politiknya. Lama sebelum adanya Langkah Kajang.

Tak usah disoal apa tujuannya. Orang dalam parti pun ada yang demikian. Maka sepatutnya tidak kena untuk berfikir dan menimbang lagi. Telah dalam ketetapan orang yang hendak dicalonkan dan orang yang dicalonkan tidak berkata itu dan ini tetapi mesti bersedia untuk menjadi calon.

Saya harap kenyataan Husam memikirkan apa kata orang mencalonkannya adalah tepat. Tidak disalah lapor.

Husam tidak boleh jadi calon atas orang hendakkan dia atau dia disuruh orang. Jika dia hendak menjadi calon, dia mesti yakin bahawa dia lebih berwibawa dari orang lain dan khususnya orang yang hendak dicabarnya.

Dia mesti tahu apa yang hendak dibuat dan ke mana arah baru parti hendak dibawa. Dia mesti tahu dia boleh buat lebih baik dari presiden yang menunggu.

Adalah benar kalau tidak ada yang calonkan, tidak boleh kita calonkan diri sendiri. Orang mencalon dan menyokongnya adalah orang yang menyuruhnya jadi calon. Orang yang dicalonkan itu mesti mula-mulanya mengelak untuk menjadi calon, terutama untuk mencabar pemegang jawatan.

Sesudah dia menolak, kemudian dicalonkan juga, semuanya sekata dia adalah calon tepat dan terbaik, maka tidak bolehlah dia menolak.

Seperti Tuan Ibrahim. Dia menolak secara umum. Orang tahu dia menolak, tetapi kiranya, beramai-ramai selepas itu orang datang minta juga dia bertanding, maka masa itu dia mungkin boleh memikirkan semula.

Dr Burhanuddin al-Helmy tahu Dr Abas Alias yang memimpin PAS masa itu sudah menyatakan beliau tidak boleh lagi memimpin kerana kekangan tugasnya sebagai pegawai kanan kerajaan, tetapi Burhanuddin menolak. PAS hantar rombongan merayunya supaya menerima pencalonan itu, setelah puas hati dia tidak minta jawatan dan dia tidak mahu jadi pemimpin parti itu tetapi kerana tidak yang lain yang lebih dikenali, maka barulah dia menerima. Tetapi orang tidak tahu Husam tidak mahu dicalonkan. Bila dia dicalonkan dia tidak kata dia menolak. Dia hanya serba salah hendak terima atau hendak tolak.

Tolak salah, terima pun salah. Sebagai orang yang ada kelayakan, dia patutnya umum kepada umum dia tolak dulu. Kenyataan melalui media, tidak muktamad menolak.

Yang muktamad apabila calon menjawab secara bertulis kepada jawatankuasa pemilih dia menolak.
Sementara dia belum menolak secara bertulis, yang mencalon boleh merayu kepadanya supaya menerima pencalonan. Tuan Ibrahim menolak melalui media itu masih calon yang sah. PAS Kota Bharu sepatutnya tidak putus asa.

Pergi merayu kepadanya supaya dia jangan menolak.

Apa pun Tuan Ibrahim menolak, suatu yang dilihat tawaduk. Husam tidak menyatakan penolakannya tetapi sekadar belum menyatakan menerimanya.

Apa pun boleh jadi calon tetapi bukan kerana orang suruh, kerana orang yang menyuruh itu kena ditimbangkan juga. Orang yang menyuruhnya apa politiknya dan adakah yang menyuruh itu disuruh juga oleh orang lain? Biarlah yang menyuruh itu dari PAS sendiri dan kerana muslihat PAS sen diri terutama muslihat kepimpinan ulama parti itu. Tetapi dia boleh jadi calon atas kepercayaannya PAS mesti berubah dan dia adalah calon yang lebih baik.

Kawasan PAS dari Johor yang pertama mencalonkan Husam itu amat menarik juga. Ia hanya mengekal Mohamad Sabu sebagai calon timbalan. Bukan presiden saja yang hendak ditukar. Kesemua naib yang ada hendak ditukar semua.

Bagi Johor, Salahuddin Ayub dikira orang paling handal dan terkemuka baginya. Salahuddin pun tidak termasuk dalam calon naib presiden.

Kawasan dari Johor ini adalah kawasasn yang paling menarik sekarang dan Johor sendiri pun diperhatikan adakah ia negeri senada bebas dan keterbukaannya de ngan kawasan yang mencadangkan perubahan menyeluruh itu?

Sumber HD - 19-4-2015

Siapa yang tidak mahu Hudud?

Posted on Friday, April 17 @ 12:37:33 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 


KETIKA saya bermukim tiga bulan di England mulia Ramadan lalu saya mengikuti kempen Scotland hendak berpisah dari Britain. Itulah masa dan peluang terbaik bagi propemisah keluar dari Britain.

Tidak pernah ada peluang seperti itu. Itulah waktu paling cemas bagi kesatuan United Kingdom.

Keputusan pungutan suara tidak memihak kepada pemisah. Tidak diketahui bila pula ada lagi peluang terbaik seperti itu? Allah saja yang tahu.

Balik ke tanah air saya berada di tengah masyarakat kencang mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Hudud itu sudah la diperjuangkan oleh PAS sejak ia ditubuhkan tahun 1951. Tetapi tidak pernah ada peluang terbaik melaksanakannya seperti suku pertama tahun 2015 ini. Sebabnya tiba-tiba Umno berminat hendak menyokongnya kalau PAS mengambil langkah positif.
Tidak pernah Umno ada minat seperti itu sebelumnya.

Kerajaan PAS Kelantan pun mengambil langkah pro aktif membentang pindaan enakmen kanun jenayah syariah 2 yang 25 tahun terpendam tidak dapat dilaksanakan.
Sekalian Adun BN Kelantan menyokong rang pindaan itu.

Maka bertanya seorang pro-hudud pada saya. Siapa lagi yang menentang hudud dan mengapa mereka menentang sedang ia menge - nai ibadat orang Islam saja?

Dakwah PAS tentangnya tidak pernah terhenti justeru laluan dari Umno tertutup, tiada tindakan positif yang diambil bagi mengadakan undang-undang mengenainya sekali pun sudah menguasai Kelanan sejak tahun 1959. Kelantan sendiri idak boleh laksanakan tanpa restu perdana menteri atau kerajaan pusat di bawah BN atau Parlimen.

Tiba-tiba semasa kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Payung, Terengganu selepas PAS berkuasa semula di Kelantan tahun 1990, Perdana Menteri Dato’ Seri (Tun) Mahathir Mohamad mencabar PAS melaksanakan hudud.

Difahamkan kerajaan pusat tidak menentang. PAS terima cabaran itu. Ia merangka undang-undang itu.
Siapa yang tidak Adakah Umno sudah berubah? Bila Umno berubah siapa lagi yang menentang? Masa itu PAS bersama Semangat 46.

Dalam Pilihan Raya Umum 1990 pengundi bukan Islam tidak ketara menentang PAS kerana dibayangkan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memimpin kerajaan pusat. Tetapi BN diselamatkan oleh pengundi Melayu di luar Kelantan menolak pimpinan Tengku Razaleigh kerana disebarkan posternya memakai tengkolok Kadazan yang ada lambang salib. Jika pengundi di saat terakhir tidak dikelirukan oleh isu tengkolok itu kuasa BN tidak terjamin.

Bagi mengalih semula pengundi bukan Islam bersama BN, Mahathir cabar PAS laksana hudud. Pengundi bukan Islam akan bersama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan PAS. PAS menerima positif cabaran Mahahir itu terus meluluskan undangundang hudud di Kelantan.

Mahathir tidak bagi laluan ia dilaksanakan. Tiba-tiba di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, Umno menunjuk minat menyokong tetapi PAS mesti pinda enakmen supaya tiada ada dapat apa keadaan bukan Islam akan terlibat.

Inilah peluang terbaik bagi hudus sama seperti peluang orang Scotland merdeka dari Britain.
Bila Umno menyokong siapa lagi yang dapat menentang? Patutnya begitu.

Tetapi ia tidaklah semudah yang diagak. Harapan bergatung kepada ahli Parlimen Islam tidak begitu selesa. Harapan hanya dari kerjasama makluk di langit dan makhluk di bumi seperti yang berlaku di Kelantan dalam pilihan raya umum 1990.

Makhluk di bumi terdiri dari yang prohudud dan antihudud. Siapa yang menentang? Mengikut al- Quran surah al-Maidah, ada tiga golongan tidak menghukum dengan ketentuan Allah iaitu kafirun, zalimun dan fasikun. Dua daripadanya ada dalam Islam iaitu zalim dan fasik. Kafir sah tidak solat, tidak puasa dan tidak haji. Tapi yang zalim dan yang fasik ramai yang solat, puasa dan haji.

Hudud khususnya dan peraturan Islam lainnya bukan terdapat dalam al-Quran saja. Ia adaah peraturan yang ditentukan dalam Taurat dan Injil. Tetapi ulama Bani Israil yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani tidak berhukum dengan peraturun sekali pun berpegang kepada kitab itu dan mereka dibangsakan oleh Islam sebagai ahli kitab.

Orang yang terkemudian lebih laju, Mereka sunting Taurat dan Injil, gantikan yang asli dengan yang baru. Yang asli dimusnahkan.

Dalam kitab sucinya yang baru hudud dan syariat Nabi Musa dan Nabi Isa al-Masih sudah dipadamkan. Apabila iadi padamkan maka ia bukanlah lagi Taurat dan Injil.

Undang-undang itu hanya ada dalam al-Quran saja lagi. Kan ahli kitab itu bukan sekadar mereka tidak berhukum dengan hukum dalam kalangan penganut agamanya, mereka juga tidak mahu orang Islam beramal dengan hukum itu.

Sekitar 600 tahun lalu mereka pergi ke setiap wilayah berpenduduk Islam bagi memadam hukum iu dari al-Quran. Jika mereka mahu kekal menjadi orang Islam, maka ada yang membiarkannya tetapi hudud telah dipadamkan dari kehidupan orang Islam.

Tahap pertama Yahudi padamkan hudud dari Taurat dan Kristian padamkan ia dari Injil hingga Injil tidak ada lagi. Yang tinggal ialah Bible. Supaya hudud itu tidak ada langsung di dunia, mereka pengaruhi umat Islam supaya memadamkannya dari al-Quran pula.

Justeru al-Quran itu dipelihara Allah, maka hudud tidak dapat dipadamkan dari al-Quran. Apa yang dapat ialah pisahkan orang Islam dari al-Quran. Kira-kira di semua bumi umat Islam kecuali Arab Saudi, hudud telah terpadam dalam perundangan masing-masing. Paling laju di Turki.

Selepas khilafah Islam dijatuhkan tahun 1928, orang Turki mengaji al-Quran tulisan rumi. Bukan saja hudud dipadam dari Turki, al-Quran dalam tulisannya yang asal pun tidak terdapat di mana-mana. 

Umat Islam Turki tidak dapat memelihara al-Quran. Kerana yang memelihara al-Quran itu ialah Allah, maka awal tahun 1950-an al-Quran dengan tulisan asalnya timbul semula, hingga tiada lagi yang dapat melihat al- Quran tulisan rumi.

Malaysia sebagai contoh, umat Islam telah jadi sama dengan Yahudi dan Kristian dengan memadamkan roh hudud dari al-Quran. Sejak lebih 500 tahun hukum al- Quran itu tidak digunakan.

Dari segi hukum sudah sama orang Islam dengan penganut Yahudi dan Nasrani.

Cuma hukum hudud saja yang tidak dicabut atau dipadam dari al-Quran.

Umat Islam dapat al- Qurannya tetapi tidak dapat nikmat hukumnya. Mereka samalah seperti makan madu yang tiada manisnya.

Apalah nikmatnya madu yang tidak manis?

Sekarang Allah menguji umat Islam. Sejak 500 tahun hudud dipadam dari al-Quran. Sekian lama umat Islam tdak dapat memelihara kandungan al-Quran tetapi al-Quran tetap dalam peliharaan Allah.

Taurat dipadamkan oleh penganutnya dan Injil juga dipadamkan oleh penganutnya.

Al-Quran sebagai ganti dan sinambungan Taurat dan Injil tetap terpelihara.

Allah tanam di hati hambanya yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah bangun untuk mengisi peraturan hidup masing- masing dengan ajaran al-Quran.

Al-Quran itu dapat digelapkan sekira 500 tahun, tetapi ia tidak akan dapat digelapkan selama-lamanya.
Mulai di tengah umat di Malaysia mahu hudud dikanunkan. Bilangannya bertambah. Bukan PAS saja hendak mendaulatkannya.

Orang Umno pun sudah ada yang mahu. Ramai mana belum diketahui.

Orang Islam saja tidak menjamin hudud dapat dilaksanakan kerana dalam Islam itu ada juga yang zalim dan fasik. Yang zalim dan yang fasik tidak mahu.

Berkumpul sekalian manusia mahukan hudud seperti ajaran demokrasi, tidak mungkin hudud terlaksana tanpa izin Allah. Dengan izin Allah saja, setelah umat Islam beriktiar dulu, mogamoga dibukakan hati sekaliannya, semuanya mahu hudud.

Sumber DD - 17-4-2015


























































































Mahathir dulu pun lemah juga...

SUBKY LATIF | .


RATA-rata orang Umno cuba menjawab soalan yang Dr. Mahathir tuju kepada Perdana Menteri Najib tetapi semua jawapan itu bukan jawapan.
   
Ertinya, soalan Dr. Mahathir itu belum dijawab. Dan orang lain tidak boleh jawab melainkan Najib sendiri. Dan Dr. Mahathir pun tidak mahu jawapan dari orang lain selain dari Najib sendiri.
   
Mahathir mahukan penjelasan tentang Altantuya, tentang dakwaan Sirul Azhar Umar dia bunuh Altantuya atas suruhan orang lain, tentang syarikat 1MDB, tentang pembelian jet eksklusif baru dan lain-lain kelemahan pimpinan Najib.
    
Jawapan Umno setakat ini ialah Mahahtir dulu pun lemah juga, Najib perlu diberi peluang bukan disuruh berundur, kedua-dua Mahathir dan Najib ada cara dan pimpinan sendiri.
    
Ada dua tokoh Umno saja yang memberi jawapan yang sesuai atas persoalan yang berlaku iaitu Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Tan Sri Shahrir Samad, Ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen. Mereka tidak menjawab soalan yang Mahathir kemuka pada Najib tetapi pandangan mereka semua soalan Mahathir perlu dijawab oleh Najib sendiri.
   
Mungkin Umno boleh jawab tetapi jawapan yang terbaik ialah dari Najib sendiri. Orang lain tidak boleh jawab tentang isu Altantuya, isu 1MDB dan pembelian kapalterbang jet baru. Jawapan masing-masing tidak lepas atau lebih banyak agak-agak bagi melepaskan beban Najib.
   
Adalah benar Mahathir sendiri semasanya jadi PM dulu penuh dengan kelemahan. Tetapi kelemahan Mahahir itu bukan visa bagi Najib membuat kesilapan pula. Jika Mahathir memandu kereta melangar isyarat lampu merah, maka tidak bererti Najib tidak salah melanggar lampu merah.
   
Kelemahan Mahahir mesti didakwa dan diadili terpisah daripada ketempangan Najib. Tidaklah boleh  Najib tidak diadili semata-mata kerana Mahathir belum diadili. Jika Mahathir tidak dikemukakan dengan soalan-solan seperti yang dibuatnya terhadap Najib, ialah adalah kelemahan dan kebodohan orang Umno dan lain-lain pada masa itu. Salah orang masa itu tidak melakukan semak dan imbang terhadapnya.
   
Tentang peluang perlu diberi kepada Najib tidak berbangkit. Mahahir telah memberi banyak peluang kepada Najib baik sebagai menteri kabinet dan memaksa PM Abdullah Badawi mengambil Najib saja sebagai timbalannya sedang Abdullah minta dia diberi peluang memilih timbalan dan penggantinya.
    
Najib sudah dibagi cukup peluang sebagai Perdana Menteri. Semua teguran Mahahtir dari mula terhadap kelemahan Najib tidak menyuruhnya berundur serta-merta. Ketika Mahahtir menarik sokongannya kepada Najib, dia tidak berhajat menyuruhnya berundur. Dia beri peluang lagi.
   
Apabila Umno minta Najib diberi peluang, ertinya dia mesti diberi peluang lagi sesudah sekian banyak peluang diberi tetapi tidak juga menunjukkan perubahan sikap, maka wajarkah peluang diberi lagi kepada orang yang dapat memanfaatkan peluang yang diberi selama ini.
   
Tiap-tiap pemimpin itu dibenarkan menggunakan caranya sendiri. Dan pemimpin itu tidak semestinya terikat dengan cara-cara pimpinan yang baik daripada orang sebelumnya. Tetapi semua perbezaan dan cara tersendiri sekalipun berbeza gaya, tetapi tidak membenarkan gaya itu mesti lemah dan membawa kebinasaan.
  
Gaya pimpinan yang berbeza mesti  terarah kepada  kebaikan.
   
Jika sekalian pro-Najib merasakan Najib perlu dipertahankan, berilah dia teguran seperti yang Dr. Mahathir tegur sekarang. Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. – HARAKAHDAILY 17/4/2015

Sumber HD - 17-4-2015



























































































Jangan marah orang marah GST

SUBKY LATIF | .


SUDAH dua minggu GST berkuatkuasa ramai pengguna yang terbeban antaranya yang percaya GST boleh mengurangkan haga barang yang ada.
   
Mereka dijanjikan harga barang akan dikurangkan sekitar 4 peratus. Sebabnya cukai jualan yang ada ketika itu 10 peratus akan dihapuskan sebaik saja GST dilaksanakan.
   
Jika harga belian RM10 termasuk 10 peratus cukai jualan, apabila cukai itu dihapuskan bererti harga baru ialah RM9. Apabila ditambah 6 peratus GST maka harga baru mesti kurang daripada RM10 ringgit.
   
Tetapi apa yang terjadi cukai jualan tidak terasa dihapuskan. Barang yang RM10 ringgit tetap RM10, ditambah 6 peratus GST, jadi ia lebih daripada RM10.
   
Jika pengguna membeli RM200, mereka kena tambah 6 peratus GST. Banyak mana seorang pengguna kena bayar lebih dengan adanya GST?
   
Apabila kita bayang pekedai runcit kampung yang jualan sehari RM3,000, banyak mana ia dapat untung atas darat sehari.
  
Pasar-pasar raya di kota-kota jualan hariannya adalah ratus ribu, maka kenyanglah mereka dalam masa dua minggu ini. Apa akan jadi pada masa akan datang tidak diketahui, tetapi setakat tempoh kelam kabut ini, yang menjadi mangsa ialah pengguna tidak kira rakyat atau pendatang.
    
Apa yang dimarah oleh penentang GST yang ramai tertangkap kerana membantah apa yang mereka kira sebagai penindasan baru nampaknya adalah berasas.
  
Syurga yang dijanjikan oleh GST tidak diketahui akan adanya, tetapi ia bermula dengan penindasan dulu. Berapa lama ia akan jadi licin dan teratur tidak diketahui. Perdana Menteri Najib tidak ada Lampu Aladin bagi melicinkan penguatkuasaan GST itu dalam sehari dua atau seminggu dua. Waktu penindasan tidak dipastikan berapa lama.
  
Tetapi apa yang berlaku dan mula-mula berlaku ia penindasan dulu. Si penggunalah yang menghadapi penindasan dulu. Penindasan biasa tidak di atasi segera. Jenuhlah masing-masing tertindas dulu.
   
Apa yang berlaku seminggu ini janji manis GST itu tidak berlaku. Persiapan yang dibuat lebih dari setahun tentang cukai jualan 10 pratus akan terhapus harga asal yang dikenakan 6 pratus GST adalah lebih murah tidak berlaku mulai 1 April lalu.
    
GST tidak patut melalui tempoh percubaan. Sebuah kerajaan yang baik dan pemimpinnya yang baik tidak bermula dengan kelam kabut. Ia mesti bermula baik dari hari pertama lagi. Janji kerajaan tidak berlaku. Yang berlaku ialah apa yang diingatkan oleh penentang GST, ia adalah penindasan baru.
   
Adakah yang berlaku itu satu kelemahan pelaksanaan? Atau yang dikatakan janji itu adalah semata-mata propaganda. Seperti yang dibayangkan oleh Tengku Razaleigh ia adalah muslihat bagi membayar hutang pihak yang membuat hutang?
   
Sekalian penentang GST tidak sekadar dimarah oleh pro GST, bahkan ramai yang ditangkap polis. Mereka dimarah kerana marahkan apa yang mereka nampak GST adalah satu penindasan. Marah mereka berasas.
   
Orang tengah iaitu peniaga tidak pernah rugi atas apa jua penindasan. Tiada penindasan ia untung, ada penindasan pun ia untung. Yang sentiasa rugi ialah pengguna yang didakwa sebagai rakyat yang berdaulat. Benarlah telahan orang, di bawah BN rakyat tidak pernah berdaulat. Kedaulatan bukan tidak datang menggolek tetapi ia mesti dituntut. Yang menuntut mesti dimarah. – HARAKAHDAILY 15/4/2015

Sumber HD - 15-4-2015

Mahathir suruh Najib berhenti

Posted on Tuesday, April 14 @ 12:11:57 MYT by paktam

Oleh Subky Latif
DALAM tulisan terbaru dalam blognya, Tun Dr. Mahathir minta Perdana Menteri Najib memberi penjelasan terhadap banyak kepincangan pentadbiran dan pimpinannya jika mahu terus kekal dalam jawatan. Tanpa penjelasan yang memuaskan dinasihatkannya supaya berundur supaya BN/Umno tidak kalah dalam PRU akan datang.


Tidak sampai seminggu selepas tulisannya tersebar, Dr. Mahathir meningkatkan lagi tentangannya kepada Najib dengan menyuruhnya berhenti segera bagi memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin.
     
Bagi Dr. Mahathir sekarang, Najib sudah tiada pilihan lain melainkan mesti berundur. Tidak berbangkit lagi memberi penjelasan. Baik dia memberi penjelasan atau tidak memberi penjelasan, pilihan Najib ialah berhenti.
    
Bagi Mahathir, ketika Najib dianjurkan menggantikan Tun Abdullah Badawi, dia dan Umno merasakan Pak Lah lemah dan Najib lebih baik. Tetapi selepas menjadi Perdana Menteri, didapatinya Najib jauh lebih buruk daripada Pak Lah.
    
Reaksi pemimpin Umno tiga macam. Shahidan Kassim tidak kata Mahathir betul atau Najib betul. Dia mahu Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan atur pertemuan antara Mahathir dan Najib, uruskan penyelesaian secara dalaman. Zahid Hamidi pula sekadar berkata, semasa Mahathir memimpin dia mahu semua orang taat setia. Ertinya, Mahathir anjurkan Umno jangan setia pada pimpinan Najib.
   
Yang tegas memihak pada Najib ialah Fuad Zarkasi bekas aktivis PAS yang jadi Ahli Majlis tertinggi Umno. Dia kini mengetuai satu badan dalam Umno, mahu menyusun gerakan membela Najib habis-habisan.
    
Tetapi reaksi yang terbaik ialah daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin. Najib mesti jelaskan semua isu yang dibangkitkan oleh Mahathir. Orang lain boleh bela Najib, tetap tidak sama dengan penjelasan Najib sendiri. Mungkin setengahnya sudah dijelaskan, tetapi orang belum cukup faham, maka Najib mesti jelaskan lagi.
     
Khairy telah bercakap betul. Pembelaan orang lain tidak berkesan. Najib saja yang terbaik boleh membela dirinya sendiri.
    
Tetapi dengan kenyataan terbaru Mahathir, penjelasan Najib tidak diperlukan lagi. Mahathir sudah menamakan calon ganti iaitu Muhyidin. Dia mahu Najib pergi sekarang juga. Jika Muhyidin setuju anjuran Mahathir, lebih teruk lagilah kedudukan Najib. Jika Muhyidin tidak menerima, tidak juga boleh memberi banyak pertolongan pada Najib.
   
Pada peringkat ini Mahathir dipercayai tidak boleh menghentikan serangannya. Dia mesti tingkatkan hingga Najib gugur. Mahathir tidak ada sebarang kerugian sama Najib berhenti atau melawan. Mahathir tetap macam dia sekarang.
   
Yang ada risiko Najib dan Muhyidin. Jika Najib lawan Mahathir, keadaannya adalah lebih payah. Tak jawab pun payah. Bagi Muhyidin, jika bela Najib, kedudukannya akan menerima sama apa yang Najib terima. Dia akan payah jika Mahahir menamakan calon lain, Tunku Razaleigh misalnya. Yang terbaik ialah Muhyidin berdiam sekalipun Najib terkilan.
   
Mahathir dulu pun banyak juga kelemahannya. Negara dan Umno huru hara juga dulu. Tetapi zaman Najib ini adalah paling teruk. Apa akan jadi pada Umno lantaknyalah. Bukanlah Umno saja yang boleh memerintah. Tetapi lebih lama Najib berkuasa, negara lebih teruk dan rakyat lebih tertekan.
   
Keadaan Mahathir sendiri tidak baik, tetapi dia adalah seperti daging  busuk.  Sebusuk-busuk daging dibasuh, dimasak boleh juga dimakan.
   
Mahathir adalah tidak betul pada masanya. Tetapi sekarang dia sudah jadi orang bawah. Dia nampak keburukan orang atas. Dulu dia di atas. Sama-sama di atas tiada yang dia nampak. Walaupun dia tidak betul dulu, tetapi sesudah jadi orang bawah dia jadi betul. Tidak patutlah bila dia betul dikata tidak betul juga. Yang tidak betul ialah Najib dan Umno itu memang bila-bila pun tak betul         

Sumber DD - 14-4-2015


























































































Najib sudah ditentang Dr. M

SUBKY LATIF | .


NAJIB sudah dirasakan tidak layak jadi Perdana Menteri oleh pembangkang lama sebelum dia jadi Perdana Menteri. Sejak terbongkarnya peletupan mayat Altantuya oleh orang-orang yang dipercayai ketika itu rapatnya, bertambah tidak seronok semuanya jika dia jadi Perdana Menteri.
  
Sekarang bukan sekadar pembangkang yang dulunya tidak yakin dia boleh jadi Perdana Menteri  yang baik, bahkan rata-rata telah hilang keyakinan kepadanya. Malah orang yang hendak sangat dia menjadi Perdana Menteri dulu, Tun Dr. Mahathir juga sudah hilang keyakinan kepadanya unuk memimpin Umno dan apa lagilah memimpin negara.
   
Setelah dia jadi Perdana Menteri, Mahathir mula-mulanya menyindirnya dulu. Sesudah sindir tak makan dia tegur terus terang. Kemudian dia tarik sokongannya kepada Najib tetapi tidak bercadang untuk menyuruhnya turun dari kuasa.
   
Tetapi sekarang sudah mnyuruhnya turun sebelum Umno/BN kalah dalam PRU 14 nanti. Dia sudah seru orang Umno jangan lagi beri kepercayaan kepada Najib untuk  memimpin Umno.
   
Sedangkan Mahathir mendapatinya Perdana Menteri hampas, maka apa lagilah sekalian pembangkang. Pembangkang sudah lama tidak yakin padanya. Ia baru sekarang disahkan oleh Dr. Mahathir.
   
Pembangkang tidak setuju dalam banyak perkara dengan Dr. Mahathir terutama tentang layanan menjolok matanya terhadap DS Anwar Ibrahim, tetapi sekarang dalam kes Najib ini pembangkang kira dia betul dan tidak ada sebab pembangkang tidak bersetuju dengannya.
   
Jika Mahathir dan pembangkang sudah hilang keyakinan kepadanya, kepada siapa lagi Najib hendak bergantung? Kepada Umno pak turut.
    
Sekalian Umno masih meletakkan pandangan tinggi kepada Mahathir. Dan orang yang diberi penghormatan tinggi itu sudah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri dan dia sudah membayangkan Umno jadi parti pak turut jika tidak bertindak menurunkan Najib.
    
Jika Najib tidak juga diturunkan dalam waktu yang terdekat ini, maka Umno akan dikira oleh semua orang di luar Umno sebagai parti pak turut. Sebagai parti pak turut, ia hilang kelayakan memerintah. Bukan Najib saja lagi yang hilang kelayakan pemimpin, bahkan Umno hilang kelayakan dan keyakinan.
    
Tentangan terbuka Mahathir itu tidak dibuat sambil lewa seperti biasa. Semua rasa tidak puas hatinya sebelumnya disebutnya spontan apabila ditanya media. Selaran berterus terangnya yang terbaru itu dinyatakannya dalam laman webnya. Dia membuat tulisan panjang lebar tentang sebahagian daripada keburukan Najib.
    
Apapun selaran Mahathir itu banyak disebabkan dia lebih kasih pada Umno. Kasihnya kepada negara dan rakyat seolah-olah jadi perkara kedua atau sekunder.
   
Pimpinan Najib menjadikan Umno lemah, bukan sekadar tidak dapat menarik sokongan bukan Melayu bahkan Melayu juga mula getik pada Umno. Umno boleh binasa dan musnah. Ia pasti ditolak dalam PRU 14. PRU 13 sendiri isyarat kejatuhan itu.
   
Isu nasional yang utama ialah kebinasaan negara dan kemusnahan rakyat. Ia lebih penting daripada Umno kuat atau tidak kuat.
   
Yang membinasakan negara dan rakyat selama ini bukan kerana Umno tidak kuat dan tidak disokong oleh semua. Rasuah, perpecahan kaum, kegagalan dasar pelajaran, ekonomi, bahasa kebangsaan, kejatuhan nilai mata wang dan lain-lain bukan kerana Umno lemah. Kerana Umno kuat, diperkudanya demokrasi dan ia buat apa yang ia suka, dijadikan polis, SPRM, universiti dan jabatan kerajaan sebagai cawangan Umno, Justeru semua bekerja untuk Umno, negara di ambang papa kedana.
   
Umno kuat dan Umno lemah sama saja. Umno binasa boleh diganti parti lain, tetapi negara dan rakyat binasa oleh pimpinan Najib, apa gantinya? Maka lebih cepat Najib diganti lebih baik bagi agama, bangsa dan negara. – HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015




Yang menubuh Pakatan Rakyat Anwar

Posted on Saturday, April 11 @ 23:52:18 MYT by paktam

Oleh SUBKY ABDUL LATIF

PAKATAN Rakyat Sabah bertindak lebih laju daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.  Guan Eng sekadar memutuskan hubungan DAP dengan Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang saja. Sekalipun tindakan Guan Eng itu seperti ditujukan kepada PAS juga tetapi ia secara teknikalnya boleh berhubung dengan lain-lain pemimpin PAS jika PAS berfikiran Presidennya boleh dipisahkan dengan partinya.
Tetapi Pakatan Rakyat Sabah dilihat lebih laju daripada Setiausaha Agung DAP dan PKR sendiri bertindak memutuskan hubungan dengan PAS. Datuk Seri Lajim Ukin sebagai pemimpin PKR Sabah yang mempengerusikan mesyuarat Pakatan Sabah bersetuju memutuskan hubungan dengan PAS dalam mesyuarat yang dihadiri oleh wakil PAS sendiri.    
Keputusan itu tidak dilihat sebagai keputusan Pakatan Rakyat kerana PAS tidak ikut membuat keputusan itu. PAS hanya menerima keputusan DAP dan PKR.
   
PAS Sabah tidak diberi tunjuk sebab mengapa ia tidak patut disingkirkan. Ia hanya diberi keputusan bahawa ia putus hubungan dengan Pakatan Rakyat.
   
Keputusan yang ada itu adalah keputusan DAP dan keputusan PKR. Tidak dipastikan adakah DAP Sabah mendapat arahan daripada DAP pusat dan PKR negeri bebas buat keputusan sendiri. Tetapi PAS tidak memberi kuasa kepada PAS negeri untuk membuat keputusan seperti itu.
   
Keputusan kekal atau berpisah dengan regu tahaluf adalah kuasa Majlis Syura Ulama.
  
Dengan pengumuman yang Lajim Ukin buat seolah-oleh DAP negeri dan PKR negeri ada hak sendiri untuk membuat keputusan.
  
Yang PAS Sabah alami itu sama seperti yang Lee Kuan Yew dan Singapura terima daripada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dalam isu menyingkirkan Singapura daripada Malaysia.
   
Tunku tidak tanya dan tidak bincang dengan Lee Kuan Yew tentang penyingkiran Singapura itu. Tunku hanya bentangkan usul di Parlimen kerana penyingkiran itu hanya boleh diputuskan oleh Parlimen. Jika penyingkiran itu tidak memerlukan persetujuan Parlimen mungkin Tunku tak perlu panggil sidang Parilimen, memadai dengan membuat kenyataan saja.
   
Begitulah Lajim menyingkirkan PAS Sabah daripada Pakatan Sabah.
   
Apapun penyingkiran itu dibuat oleh sebelah pihak. PAS dalam semua peringkat masih bertahan tidak akan keluar daripada Pakatan dan muafakat itu masih perlu diteruskan.
   
Sekalipun pembentukan Pakatan Rakyat itu dulu adalah dipersetujui oleh semua pihak, tetap ia adalah hasil fikiran dan cetusan politik DS Anwar Ibrahim. Semua orang tahu bahawa yang memungkin Pakatan menjadi kenyataan ialah hasil usaha dan peluh Anwar sendiri. Ia disokong kuat oleh PAS  dan DAP.
   
Dan Anwarlah sendiri yang mempengerusikan semua mesyuarat Pakatan dan dialah dikira sebagai jurucakap kepada parti gabungan itu.
  
Bagi semua orang termasuk Dr. Mahathir, Pakatan itu adalah parti Anwar. Orang lain adalah penumpang. Sekalipun partinya sendiri adalah PKR, tetapi Anwar telah dberi penghormatan oleh semua dan diterima sebagai pemimpin Pakatan.
  
Sekalipun semua pihak bertanggungjawab bagi memelihara muafakat, tetap penyokongnya dalam Pakatan mesilah mengambil langkah berani mempertahan sokongannya sebagai pemimpin Pakatan. Orang-orang yang setia kepada Anwar mesti memainkan peranan bagi menjayakan parti dan perjuangannya.
  
PKR Sabah mesti membantu Anwar yang sedang dipenjara itu bertahan sebagai tonggak Pakatan. Menyokong partinya dan meneruskan apa yang diperjuangkannya.
   
Tetapi PKR Sabah tidak nampak mempertahan kedudukan dan wibawa Anwar. Mereka secara teknikal cuba menolong musuh mengurangkan pengaruh Anwar. Apabila Sabah bubarkan Pakatan, bererti pengaruh Anwar akan merosot. Sepatutnya mereka tunggu apa pimpinan PKR patut buat bagi meredakan krisis, bukan memecahkan muafakat yang Anwar buat. Tidakkah yang Sabah buat itu melemahkan lagi semangat Anwar?
  
Macam ini matilah Anwar.


Sumber DD - 11-4-2015

Kata hudud tak penting, tiba-tiba mati
Posted on Friday, April 10 @ 22:01:58 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Subky Latiff



ANTARA orang Islam berkata, tiada keperluan hudud di Malaysia. Yang lain berkata, terserah pada hati masing-masing mahu sokong hudud di Parlimen atau tidak?

Kesemuanya berkata bahawa mereka menerima hukum hudud kerana ia ada dalam al-Quran, tetapi berkata, tiada keperluan hudud hendak dilaksanakan di Malaysia!
  
Bagaimana kalau dia tiba-tiba mati selepas berkata begitu?
  
Mati apa yang begitu?
  
Biarkan mufti dan Majlis Fatwa memberi pencerahan. Tetapi ia telah menyebabkan saya tidak senang hati untuk menyolatkan jenazahnya.
   
Jika seorang Islam mati di kariah kita, fardu kifayahlah kita solat atas jenazahnya. Kiranya jauh dari tempat kita, berpahala besar kita solat ghaib atasnya.
   
Sekalipun mati itu satu kejadian yang menghibakan, tetapi kematian adalah peluang baik untuk menjana pahala. Untuk hari itu, kita dapat pahala tambahan atas kematian seseorang dengan melakukan keperluan selayaknya. Selalu orang mati, selalulah kita dapat pahala sehinggalah kita sendiri mati.
   
Kalau kita mati, orang lain pulalah yang berpeluang mengumpul pahala.
   
Tetapi dengan katanya begitu atas hudud, hati saya tidak senang. Macam mana saya mendapat pahala dengan kematiannya jika hati saya tidak tenang hinggalah saya mendapat pencerahan daripada ahli-ahli hukum yang muktabar.
   
Saya bertemu isu tentang sembahyang tunggang-tonggek siang malam, tiba-tiba apabila mati, syurga tidak ada dan neraka tidak ada? Tidakkah memenatkan badan dan buang masa? Lebih buat kerja yang sah untung dan faedahnya!
   
Memanglah pahala itu tidak nampak dan tidak dapat dirasa. Tidak macam upah angkut sampah. Sah kita dapat tengok dan guna belanja atas upah itu.
  
Saya tidak perlu menjawabnya dengan hujah hukum. Saya guna mantik saja. Jawapan saya senang. Jika mati nanti tiada syurga dan tiada neraka, saya tidak rugi apa-apa. Tapi apabila syurga itu ada, saya beruntung.
  
Kamu yang tidak solat, tak apa-apa kalau neraka tidak ada syurgapun tidak ada. Tapi kalau ada neraka dan ada syurga, tak mungkin kamu diberi syurga. Kekallah kamu di neraka.
   
Jika mufti tidak sedia memberi pencerahan, tiada keperluan di Malaysia, anda yang mati selepas itu tunggu beberapa saja selepas itu, Mungkar dan Nakir akan bagi tahu perlu atau tidak hudud diadakan sebelum mati. Orang di luar kubur tidak dapat penjelasan dari kamu apa yang Mungkar Nakir kata, kerana kamu tidak keluar lagi dari kubur.
  
Akan tetapi suasana di Madinah dulu mungkin lebih teruk dari Malaysia sekarang. Perang dan bunuh membunuh antara Aus dan Khuzraj berterusan sepanjang masa. Apabila hudud berkuat kuasa, perang berhenti, masalah sosial selesai. Warga majmuk Madinah – Yahudi, Kristian, Arab Islam berbagai kabilah – hidup rukun. Berbeza dengan zaman pra-hijrah.
   
Mungkin jenayah Malaysia tidak seteruk New York. Tetapi jenayah rasuah dan merompak harta kerajaan mungkin New York tak seteruk Malaysia. Polis dan undang-undang New York tak dapat bendung jenayah, SPRM tak terkawal amalan rasuah di Malaysia.
  
Maka hudud bukan sekadar diperlukan di Kelantan, bahkan di New York. Setakat ini Kelantan memerlukannya.
  
Bagi yang merasakan Malaysia tidak memerlukan hudud, biarlah Islam jenis itu bersoal jawab dengan Yadim yang memikul tanggungjawab dakwah. Bolehkah Allah bersetuju hudud sekadar hiasan al-Quran tetapi tidak diperlukan di mana-mana khususnya Malaysia?  


Sumber TKO -10-4-2015


Semua gila kerana hudud

Posted on Tuesday, April 07 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Subky Latif



HUDUD itu telah lama dirong-rongkan oleh PAS sejak sebelum adanya DAP di dunia, apa lagilah PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebelum DAP ada, Lee Kuan Yew sudah ada. Sudah ada kegilaannya bimbang hudud yang tidak jadi bahasa harian 50 tahun akan melanda politik Asia Tenggara. Maka sebelum DAP akrab dengan PAS acaplah Lee mengingatkan jangan fikir senang hendak diadakan peraturan Islam itu di daerah sekejiranannya selagi dia ada. Dan hudud jadi topik panas di ASEAN pada bulan-bulan diambang kematiannya.

Lima hari selepas Dun Kelantan meluluskan rang pindaan hudud, dia mati, hudud tidak juga mati.

Ramai yang berkongsi rasa dengan Lee Kuan Yew, sepakat berpolitik dengan PAS tanpa memikirkan sangat hudud mesti dilekangkan dari PAS. Jika Lee dengan PAP-nya bergerak atas garis non-komunis, maka DAP berkawan dengan PAS atas garis non-hudud.

Tak apalah. Jangan sekat PAS yang hendakkan hudud.

Hudud itu sudah jadi undang-undang Taurat yang jadi panduan syariat Nabi Musa a.s. atas agama yang diteruskan oleh penganut Yahudi/Israel, dan ia peraturan Injil yang diturun kpada Isa al-Masih, agama yang dilangsungkan oleh Kristian. Yahudi sudah mentiadakan hudud dalam kitabnya dan Kristian sudah mentiadakannya dalam kitabnya. Maka jika boleh Islam cabut juga ia dari kitab al-Qurannya.

Ada umat Islam yang sudah mencabutnya tetapi ada lagi orang Islam yang mahukan ia kekal dalam  kitabnya dan dilaksanakan.

Hudud adalah panduan keamanan untuk manusia yang diperjuangkan oleh Islam. TIdak patut ia boleh menggilakan orang. Tetapi memang manusia mengatakan pembawa hudud adalah orang gila, tukang sihir dan manusia pelampau agen keganasan. Semua nabi dan rasul dikata gila oleh umat masing-masing.

Memang kebanyakan Quraisy jahiliyah jadi gila dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Hanya Quraisy yang bersama baginda yang terubat dengan hudud, bebas daripada gila.

Sekalipun hudud itu cuba dipadamkaan daripada al-Quran, tetapi Allah nyalakan apinya terus. Selepas 25 tahun terpendam undang-undang setelah diluluskan pertama kali oleh DUN Kelantan kini ia hidup semula. Semua orang politik di negara kita jadi gila kecuali orang yang berpegang kepada al-Quan dan Sunnah Rasul.

Gilanya tidak sampai melayakkan semua duduk di Tanjung Rambutan bahkan pakar pesakit otak tidak mengesan mereka gila. Untung mereka tidak diberi rawatan di Tanjung Rambutan. Jika mereka dirawat di situ, ia memberi mereka hak (lesen) boleh membunuh orang. Jangan kata menceburkan diri dalam Islam dan dunia ibadat terhindar daripada gila. Ramai orang mengaji Islam dan beribadat jadi gila isim.

Berpuluh tahun mereka jadi PAS. Kena ISA, kena buang kerja dan lain-lain ujian, ketika hudud hendak dilaksanakan sekarang mereka terketepi daripada arus perdana PAS. 25 tahun ketika hudud diluluskan di Kelantan dulu semua berpegang teguh. Kini ada yang rasa utamakan yang lain dulu. Tak gila namanya?

PAS arus perdana ditakwil lalu mengintai laluan lain. Tak gilakah? Dalam Pakatan seperti semuanya gila. Umno dan BN pun gila. Apaila semua orang politik gila, yang tidak berpolitik pun gila. Semuanya disebabkan hudud sudah tiba di bawah awan. Cuma belum sampai ke bumi. Allah yang tahu bila akan dihujankan.

Langit yang terang sudah dirasa gelap hendak ditimpa hudud. Inilah yang menjadikan masing-masing gila kecuali orang berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Bahasa saya gila, bahasa Ustaz Hadi Awang latah. Semua sudah latah. Hudud bukan penyebab gila dan latah, tetapi rawatan penyakit gila dan latah.


Sumber TKO - 7-4-2015
  



























































































Melayu mana kawan DAP lepas PAS?

SUBKY LATIF | .


DAP tidak mungkin putus semua hubungan dengan TG Haji Hadi saja tanpa putus hubungan dengan PAS.
   
Sekalipun PAS dalam krisis dalaman yang parah, tiada ahli PAS yang bermaruah membiarkan DAP melanyak pemimpinnya. Akan ada yang suka dengan sikap DAP terhadap pimpinan PAS itu tetapi mereka sebaik manapun politiknya tidak dikira orang PAS yang bermaruah. Kiranya yang tidak bermaruah ini berjaya mengambil pimpinan PAS, maka PAS lambat laun PAS akan jadi parti yang tidak bermaruah lagi.
   
Habislah ia masa itu.
   
Apa yang DAP buat sekarang ialah beriya-iya sangat hendak mengeluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat. Ia mungkin berjaya, tetapi apakah pilihan DAP untuk mendapatkan sekutu Melayu yang kuat dan berpengaruh.
   
Mungkin ia melihat pengaruh PAS sekarang jatuh, tetapi PAS boleh bangkit. Apabila PAS lumpuh setelah ditentang Umno daripada Barisan Nasional, ramai penyokong BN mengira PAS sudah habis. Tetapi Dr. Mahathir kata, ia akan bangkit semula. Ramalan Dr. Mahathir tepat, bangkitnya PAS lebih terserlah daripada sebelumnya.
    
Jika PAS tidak ada lagi bersama Pakatan, Melayu mana pula yang akan menjadi ganti rakan DAP? DAP jangan harap Melayu Umno akan mahukan DAP sekalipun MCA mati. Mungkin ia bergantung kepada Melayu dalam PKR. Tetapi Melayu dalam PKR tidak cukup kira PAS bersendirian dan apa lagilah apabila ia lepas daripada krisis yang dihadapinya itu.
    
Mungkin ada parti Melayu/Islam baru hendak menggantikan PAS. Maka disangsikan ia boleh menggantikan tempat PAS itu. Jika PAS ditendang seperti BN menendangnya dulu, ia tidak mungkin bersama Umno kerana perbezaan keduanya antara langit dengan bumi. Jika PAS serasi dengan Umno justeru hudud. Jika hudud itu selesai – baik jadi atau tak jadi – hubungan itu habis.
    
PAS akan bangun bersendirian dengan semangat kepimpinan ulama yang baru, muda, segar dan sounding.
    
Ia akan mengisi semula semua kawasan Melayu yan ditandingi oleh Umno seperti yang dilaluinya sebelum ada Semangat Melayu 46, KeADILan, Pakatan Rakyat dulu. Tidak ia muncul segera sebagai parti Melayu yang terkuat selepas Umno, tetapi proses kebangkitannya itu mesti melalui pengalaman jatuh bangun seperti yang dilaluinya sebelum ini.
   
Jika itu yang berlaku, tidak terikat lagi PAS berbagi kawasan dengan parti yang lain. Di mana ada Umno, PAS bertanding sekalipun PAS tinggal satu kerusi Pengkalan Chepa seperti PRU 1986. Tetapi parti-parti lain yang jadi sekutu DAP pun mengalami kecederaan juga.
   
Semuanya menjadi DAP hilang sekutu Melayu yang berpotensi. Mungkin DAP tidak terjejas di kawasan yang ditandinginya. Belum tentu ia berupaya menjadi sebahagian daripada kerajaan di luar Pulau Pinang. Ia akan hilang sokongan pengundi Melayu di semua tempat.
   
Jika PAS bersendirian, ia akan membuka jalan bagi DAP kembali bersendirian juga. Belum tentu sekutu sekular Melayu yang banyak bergantung kepada pengundi bukan Melayu tidak cukup untuk membantunya menang. Orang PAS yang ada di kawasan yang PAS bertanding sudah tentu akan memberi undi kepada PAS tidak kira menang atau kalah.
    
Berapa puluh tahun pula DAP terpaksa menuggu rakan Melayu yang berpotensi. Selagi PAS tidak mati, payahlah DAP hendak dapat ganti sekutu Melayu yang bermaruah. Ada orang Melayu sedia menjadai calon DAP seperti sebelum ini. Tetapi mereka timbul dan tenggelam. Bukan kehadiran mereka itu kerana politiknya tetapi mencari peluang untuk merasa jadi wakil rakyat.
   
Jangan biarkan Umno bersorak. – HARAKAHDAILY 2/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015

Tiada Pasma di sisi PAS

Posted on Wednesday, April 01 @ 14:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 


RIBUT menggantikan Presiden PAS dari Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang yang lain dipercayai reda dan mungkin berakhir berikut pemilihan mursyidul am baru dan tiada timbul calon yang hendak di ketengahkan.

Maka masalah yang tinggal bagi PAS ialah sekalian ahli-ahli dan juga mungkin antara pimpinannya yang membentuk Pasma dan yang cenderung kepadanya.

Baik Pasma itu ada dorongan politik atau sekadar NGO yang lebih pro-Pakatan Rakyat dari PAS, ia adalah badan yang rata-rata disertai oleh orang PAS saja. Tiada Umno, tiada gejala PKR dan tiada DAP yang menyertainya. Ia semata-mata oleh ahli dan penyokong PAS.
PAS sudah membuat keputusan, Pasma tidak diterimanya. Bahkan Majlis Syura Ulama telah melarang ahli-ahli dan penyokong PAS menyertainya, malah mendekatinya pun tak usah.

Arahan Majlis Syura itu tidak diendahkan oleh orang yang cenderung kepadanya.

Majlis Syura itu amat mulia kedudukannya di sisi PAS dan adalah tonggak kepada kepimpinan ulama. Sama ada ia berwibawa atau sekadar mendatar, pada PAS ia tempat memberikan kepatuhan. 

Ia mesti dimuliakan oleh orang-orang PAS.

Kita jangan fikir Umno, DAP dan MIC akan mendaulatkannya. PASlah yang mesti mendaulatkannya. Jika ia penuh pepejat, bukan kelambu yang dibakar, tapi rendam kelambu dengan Clorox. PAS tidak memerlukan Pasma mematuhi arahan Majlis Syura itu.

PAS memerlukan ia dipatuhi oleh setiap ahli PAS termasuk mereka yang sudah menjadi pemimpin dan penyokomg Pasma. Apakah keputusan Majlis Syura itu bijak atau tepat, ia adalah keputusan badan yang diterima paling mulia di sisi PAS.

Keputusan Majlis Syura itu dibuat semasa ia masih bermursyidul amkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah keputusannya yang terakhir. Ia adalah seperti wasiat Tok Ayah itu. Tidak kita ketahui Almarhum membatalkan keputusan itu. Sekalipun beliau amat uzur ketika ia dibuat, tetapi semua tahu politiknya tidak uzur selagi boleh bersuara. Waris politiknya Nik Mohamad Abduh tidak pernah menyebut Tuan Guru mengubah keputusan itu. Selepas Almarhum pergi, seolah-olah semua mengiranya wali. Sebagai ahli PAS yang menghormatinya dan tanda hormat itu ialah menerima keputusan Majlis Syura itu sebagai wasiatnya.

Jika pembentuk Pasma masih mahu kekal sebagai ahli PAS, maka mereka mesti menghormati keputusan Majlis Syura dan beramai- ramai melupakannya, kembali meneruskan perjuangan bagi menegakkan cita-cita suci dan mulia PAS.

Setakat ini Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat tidak menyatakan ahlinya yang bersama Pasma terkeluar dari PAS. Ada orang PAS yang menyeru mereka supaya meninggalkan PAS. Saya tidak suka orang-orang PAS disuruh keluar.

Bukan senang hendak mendapat seseorang jadi PAS. Sepuluh kali ceramah belum tentu dia masuk PAS. Maka sesudah mereka masuk PAS, saya mahu mereka mati dalam PAS.

Sekalipun antaranya ada yang tikam ekor, jika boleh jangan terus suruh dia tinggalkan PAS tetapi kita kena buat sesuatu supaya dia tinggalkan tikam ekor.

Saya terus menyarankan supaya pergolakan dalam PAS yang lebih bergelombang dari ribut tengkujuh di Pantai Timur hendaklah diselesaikan. Dalam penyelesaian itu saya tidak mahu ada barang seorang pun dari ahlinya yang sejuta sekarang tercicir.

Saya mahu seramai mana ahlinya sebelum ia bergolak, maka seramai itu jugalah bilangan selepas selesai bergolak.

Maka hal orang-orang yang naik darah membentuk Pasma ini hendaklah diselesaikan. Penyelesaian itu hendaklah mengambil kira keputusan Majlis Syu ra menyeru ahli-ahli PAS jangan mendekati Pasma.

Pasma tidak mengendahkan keputusan itu. Kita tidak mahu ahli-ahli tidak mematuhi keputusan itu. 

Mereka belum mematuhinya kerana PAS belum membuat keputusan betapa sesiapa yang menyertai Pasma dan kekal dalam Pasma, maka mereka dengan sendiri gugur dari keahlian PAS.

Tentulah tiada pilihan bagi PAS, mengekalkan mana-mana ahlinya yang tidak mematuhi keputusan PAS apa lagi keputusan Majlis Syura. Wibawa PAS akan dilihat lembik jika arahan parti tidak dihormati apa lagi arahan Majlis Syura.

Apabila ada keputusan sesiapa mahu terus bersama Pasma, maka ia secara automatik gugur dari PAS. Ia akan menjadikan ahli PAS yang 40 tahun sebagai ahli itu memikirkan sama ada kekal dalam PAS atau keluar.

Wakil Rakyat PAS yang ada dalam Pasma kena tentukan sikap, sama mahu jadi YB PAS atau mohon jadi YB Pakatan Rakyat? Atas peruntukan apa PR hendak membenarkan mereka jadi YB PR sedang PAS masih lagi kerabat Pakatan rakyat?

Memberi kata dua kepada orang PAS yang jadi Pasma itu adalah lebih mulia dari membiarkan Majlis Syura dihina oleh ahli PAS.

Sekiranya keputusan itu keahlian gugur dengan sendiri jika tidak mematuhi Majlis Syura, maka tidaklah dengan senang ahli PAS hendak memperleceh partinya sendiri.

Dengan keputusan seperti ini, PAS mesti mengambil langkah mengajak semua ahli dalam Pasma iu kembali semula ke dalam PAS. Langkah itu dibuat sebagai kaedah bagi mengelakkan penyelesaian yang dibuat tidak akan menjadikan ada ahli PAS yang sejuta itu tercicir. Pada PAS sayangnya pada ahli adalah lebih sayang dari anak dan adik-beradik sendiri.

Setiap ahli yang menyertai Pasma amat dikehendaki kembali semula. Lupakan apa yang berlaku.
Penyertaan mereka dalam PAS adalah betul, tetapi penyertaan dalam Pasma adalah tidak betul dari segi politik dan adat berjemaah.

Tetapi jika penaja Pasma itu berkeras juga, maka mereka tidak boleh jadi ahli pada dua pertubuh an itu. Mereka mesti pilih satu.

Jika ada keputusan orang menyertai Pasma hilang kelayakan sebagai ahli, ia akan menyebabkan bukan sekadar seorang dua dari sejuta orang itu yang akan tercicir dari PAS, bahkan ratusan akan tercicir.

Keciciran itu bukanlah justeru ada orang PAS yang mahu mereka keluar dari PAS dalam pelan pe nyelesaian, tetapi merekalah yang mencicirkan diri mereka.

Tunku Abdul rahman Putra ketika hendak menghapuskan komunis sebelum merdeka dulu, dia anjur pengampunan beramai kepada komunis untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Jika mereka menyerah diri mereka selamat. Justeru mereka enggan, maka Tunku ambil tindakan memerangi komunis habis-habisan.

Maka PAS sarankan kepada Pasma, tinggalkan Pasma dan kembali dalam PAS bagi membina bersama perjuangan suci yang dimulai tahun 1951 dulu. Arahan ini adalah dalam pelan peyelesaian supaya setiap dari sejuta ahlinya tidak gugur barang seorang jua. Tetapi jika mereka hendak gugur, ia bukanlah pilihan PAS.

PAS terpaksa hadapi sekalipun kemenangan PAS tertangguh buat beberapa tahun akan datang.

Tetapi PAS mesti mempertahankan Majlis Syura Ulamanya. Ketika Majlis Syura Ulama itu ditubuhkan ia diterima baik oleh serangkai empat tokoh ulama terkemuka ketika itu iaitu Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi.

Mereka yang meluluskan pembentukan Majlis Syura dan mereka yang memartabatkan kepimpinan ulama bagi PAS.

Sumber DD - 1-4-2015

Mengapa saya hendak masuk syurga?

Posted on Wednesday, April 01 @ 08:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 


SYURGA itu dijanjikan Allah untuk sesiapa yang dikehendaki- Nya di kalangan Bani Adam tentunya dari mereka yang solat dan ibadatnya kerana Allah dan hidup dan matinya kerana Allah.

Ramai yang solat dan beribadat tidak masuk syurga, kerana masuk syurga itu adalah atas kehendak- Nya tetapi janganlah harap dapat masuk syurga tanpa ibadat sekalipun Allah berkuasa melakukan sesuatu.

Syurga itu adalah semulia makhluk dan senikmat tempat kembali bagi manusia dan jin.
Adam dan Bani Adam pula adalah sebaik-baik kejadian. Saya tanya ustaz, adakah kejadian manusia itu lebih baik dan lebih mulia dari kejadian syurga? Jawabnya, berdasarkan maksud al-Quran itu begitulah sepatutnya.

Sekalipun manusia itu sebaik dan semulia kejadian mengatasi malaikat dan syurga tetapi ramai juga yang lebih keji dari babi hutan apabila mereka menolak Tuhan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Yang mulia dari manusia dijanjikan syurga dan yang keji nerakalah tempat kembalinya, tempat kembali yang seburuk-buruknya.

Mulia manusia itu bergantung kepada takwa, iman dan ibadatnya.
Ada pun syurga mulianya kekal, tidak turun naik.

Walaupun anak Adam lebih mulia dari syurga, tetapi manusialah yang lebih berkehendak kepada syurga. Tidak cacat syurga bagi manusia yang tidak mahukannya seperti iblis dan tenteranya komunis dan sekalian yang bertuhan selain dari Allah.

Atas janji dan tawaran Allah itu, dengan izin Allah saya pilih untuk jadi ahli syurga dengan izin Allah. Tetapi disebabkan banyaknya dosa dan sedikitnya ibadat, tiadalah kelayakan saya memasuki syurga, tetapi kita sekalian tidak mahu masuk neraka.

Maka saya memohon kepada Ila hi moga-moga menjadikan saya, ibu bapa saya, keluarga saya dan sekalian orang beriman menjadi ahli syurga firdaus dan masukkan kami ke dalamnya sebaik saja pintu syurga dibuka kepada penghuninya, masukkan kami ke dalamnya bersama rombongan Nabi Muhammad s.a.w., para keluarga dan para sahabatnya, masukkanlah kami melalui pintu yang baginda lalui, dan jadikanlah kami antara orang awal memasuki syurga firdaus itu bersama baginda!
Hanya Allah dan Rasulnya yang tahu nikmat syurga itu. Adam dan Hawa saja yang ada pengalaman sementara di situ semasa transit sebelum turun ke bumi.

Nikmat syurga itu beribu kali ganda dibandingkan dengan nikmat yang terbaik di dunia. Pisang dan langsat adalah nikmat yang lazat. Pisang dan duku di syurga jauh lebih nikmat dari yang di dunia.
Pisang ada yang masam, duku ada yang kelat. Di syurga masam pun nikmat, kelat pun nikmat.

Kata tok guru, penghuni baru syurga duduk di pelamin makan pisang dan mencampakkan kulitnya ke belakang selama 40 tahun sehingga diberitahu ada lagi yang lain yang lebih nikmat. Mengapa sampai 40 tahun makan pisang saja? Mestilah nikmanya yang tidak terkira, hingga tidak terfikir nikmat barang-barang lain.

Saya tidak memilih apa saja nikmat di syurga. Apa saja yang ada dan boleh didapati saya mahu menikmatnya, kerana semuanya adalah pemberian Allah dan apa jua yang Allah beri kita terima. Tiadalah layak bagi hamba-Nya apa lagi ahli syurga menolak apa saja yang Allah beri.

Kalau boleh semua nikmat itu hendak dirasa sekali gus dalam satu masa seperti orang tamak.
Tapi tamak di syurga tidak lagi suatu yang keji. Tamakkan syurga, tamakkan bidadari dan apa saja yang ada di syurga adalah sifat yang tidak terlarang.

Tapi apakah sebesar nikmat yang saya sangat kehendaki selain dari banyaknya nikmat itu? Yang paling saya kehendaki ialah untuk melihat wajah Allah Yang Maha Mulia itu. Tiada tempat lain wajah Allah dapat dipertontonkan selain dari di syurga. Ia adalah sebesar dan semulia-mulia nikmat bagi ahli syurga.

Pernah umat Nabi Musa a.s. minta untuk melihat wajah Allah, suatu permintaan yang tidak layak dibuat oleh sesiapa. Habis pengsan/binasa sekalian yang meminta dan alam sekitar bahana belaka oleh permintaan yang tidak layak itu.

Akan tetapi tiada yang akan binasa apabila Allah mengizinkan anugerah melihatNya di syurga.
Nikmat yang lain seperti tidak bermakna lagi. Dengan sekali pandang itu adalah memadai untuk dinikmati selama-lamanya – seperti Allah itu tidak ada akhirnya, maka nikmat itu juga tidak ada akhirnya.

Mengapa saya hendak sangat melihat wajah-Nya? Kerana Dialah yang memilih kita jadi manusia.

Jika dijadikan-Nya ikan paus, maka hari-hari kita diburu oleh nelayan Jepun. Dia juga memilih kita jadi orang Islam dan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak kerana kasih-Nya, dijadikan-Nya pengikut Firaun, penyokong Abu Lahab, ahi komunis dan orang sekular, maka binasalah kita. 

Kerana itu melihat wajah Allah jadi keutamaan buat kita.

Sesudah itu saya ingin sa ngat melihat dan bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w., makhluk manusia yang paling mulia yang namanya saja selalu kita dengar dan sebut tetapi tidak pernah kita temui, tidak pernah bercakap dan bergaul dengan. Sayang kepadanya lebih dari sayangkan ibu bapa dan anak-anak, tetapi tidak pernah melihatnya.

Bukan kita saja yang amat ingin bertemu dan bersamanya, sekalian nabi dan rasul sebelum baginda juga mahu menjadi umatnya.

Tiadalah para nabi dan rasul itu dapat menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. melainkan Nabi Isa al-Masih.

Tetapi kita umat akhir zaman ini diberi kemuliaan oleh Allah untuk menjadi umatnya, maka kita Allah bagi yang tidak dibagi kepada para ambia yang lain. Maka atas nikmat kemuliaannya itu, saya mahu bertemu dengannya dan mohon kepada Allah moga-moga jadikanlah saya, ibu bapa saya, keluarga saya dan sekalian orang beriman sentiasa berada di majlis Rasulullah di alam syurga itu.

Sebagai umat Muhammad s.a.w. solat waktu kita sikit, lima kali sehari semalam, tapi pahala nya sama dengan 50 kali solat umat yang lain. Ibadat kita sikit tapi pahalanya besar. Maka hendak melihat sangat Nabi yang memberi banyak syafaat kepada kita.

Sekalian orang beriman selalunya diidamkan dengan layanan bidadari yang amat jelita. Sekalipun layanan bidadari itu juga adalah satu nikmat, saya besyukur untuk menerima nikmatnya, tetapi keutamaan saya ialah untuk dapat nikmat melihat wajah Allah dan bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w., sekalian keluarga dan sahabatnya.

Saya juga hendak bertemu sekalian para nabi dan rasul khususnya Nabi yang ulil azmi selain dari Nabi Muhammad s.a.w. ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Isa al-Masih. Dalam waktu yang seawal-awalnya saya hendak bersama Sayidina Abu Bakar, Saidina Umar, Sayidina Uthman Affan dan Sayidina Ali karamah wajhah.

Tidak lupa juga saya hendak menjadi teman Sayidina Bilal dan sekalian ibu bapa dan keluarga saya segugus menjadi pendamping keluarga Sayidina Bilal di alam syurganya.

Di syurga saja saya dapat menemui sekalian ulama yang banyak jasanya kepada sekalian umat Islam dan termasuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat di seluruh dunia.

Sumber DD - 1-4-2015






























































































Hudud perlu sokongan penuh Umno

SUBKY LATIF | .


HUKUM hudud mendapat sokongan penuh Umno di DUN Kelantan. Dapatkah usul persendirian PAS di Parlimen bergantung pula kepada sokongan penuh Umno, bukan sekadar undi MP-nya tetapi keupayaan mendapatkan sokongan daripada kerabatnya yang lain.
   
Sebagaimana payahnya PAS mendapat sokongan daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Maka tidak juga senang bagi Umno untuk mendapat persetujuan mudah kerabatnya walaupun ia bukan mustahil.
    
Itulah cabaran yang dihadapi oleh umat Islam apabila ia terlalu lambat membawa perkara itu ke Parlimen. Setelah dekat tiga suku abad selepas merdeka baru Umno mahu menyokongnya untuk dilaksanakan di Kelantan tetapi belum lagi memperjuangkannya.
   
Ia adalah usaha bersendirian PAS dari mula sebagai kumpulam minoriti kecil di Parlimen bagi mendaulatkan perintah Allah itu. PAS tahu akan payahnya tetapi setelah Umno ketika kuatnya tidak pernah mengira ia perjuangan wajibnya, maka PAS tampil mengambil tanggungjawab itu seperti saranan Islam, hendaklah ada dalam kalangan umat itu bergerak bagi mendaulatkan kebenaran dan kedaulatan  kalimah Allah.
    
Jika masa kuatnya Umno dulu ada kesedaran itu tiadalah ia suatu yang susah. Tetapi imannya terhadap hudud itu baru terserlah ketika ia sudah tidak begitu kuat.
  
Apapun PAS boleh bersyukur, berkat dakwahnya yang berpanjangan rata-rata orang Umno seperti bangkit, mahukan hudud dikuatkuasakan, kerana ia adalah undang-undang Allah, bahkan ia lebih lantang dari PAS.
   
Menjelang kemerdekaan dan selepas kemerdekaan, perjuangan Islam yang PAS bawa itu dilihat amat sumbang, sama seperti orang sekarang melihat Taliban, al-Qaeda dan IS yang baru muncul dan diburu oleh semua itu.
   
Lama sebelum  isu masyarakat majmuk yang dilihat sebagai penghalang, ia ditolak kerana kita bukan lagi berada pada zaman unta, perjuangan Islam itu bagi generasi padang pasir. Hingga berpakat ulama dalam Umno keluar menubuhkan PAS.
  
Mereka tolak perjuangan Islam itu atas alasan tidak ada politik dalam Islam. Bahasa orang Kelantan, politik suku agama suku, seolah-olah samalah semuanya tiga suku.
   
Dan apabila PAS meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu semuanya menempelak hudud itu adalah hudud PAS, bukan hudud yang Allah perintah. Bukan sekadar kerajaan PAS yang meluluskan hudud itu mereka tentang, kerajaan Umno yang membawa Islam Hadhari pun mereka gulingkan.
   
Tetapi sekarang Umno pula kata ia mahu hudud. Hudud yang ada itu tidak lagi dipanggil hudud PAS. Bahkan mereka mengaku sedia menyokong kira PAS mengemukakan usul persendirian di Parlimen.
  
Kita tidak wajar teka iman seseorang. Apabila seseorang mengaku beriman, kita terima saja, hatta Nabi SAW didatangi musuh minta dihantar pendakwah ke tempat mereka, baginda tunaikan walaupun pendakwah itu mereka bunuh. Pengkhianatan mereka hal yang lain. Baginda bertindak terhadapnya, tetapi baginda terima dulu yang mengakui beriman itu mesti dilayan.
   
Setakat ini Umno menunjukkan ia ada iman terhadap hudud. Tidak boleh sesiap menyoalnya. Atas dasar itu PAS memberi kepercayaannya. Ia pun membuktikannya di Dun Kelantan baru-baru ini.
   
Imannya ia mahu hudud. Tetapi belum ada imannya memperjuangkan hudud. Lebih PAS ia sudah berjuang. Adakah ia akan nekad mahukan hudud dalam suasana yang payah ini. Kita beri peluang hinggalah ia tiba ke Parlimen. Jika ditakdirkan undi itu tidak cukup, adakah Umno berpuas hati terhadap sumbangannya setakat itu? Atau hudud jadi agenda barunya?
   
Apapun digemari atau tidak digemari, PAS masih sukakan Pakatan Rakyat dan sekutunya. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Sumber HD - 31-3-2015


BERGADUHLAH HINGGA PUAS HATI



PERBALAHAN yang terakhir antara DAP dengan PAS ialah DAP memutuskan semua hubungan dengan Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi justeru notisnya kepada Dewan Rakyat untuk membentangkan usul persendirian bagi membenarkan Kelantan melaksanakan enakmen hudud.
   
Tetapi kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu tidak membuat apa-apa tentang hubungannya dan hubungan Pakatan Rakyat dengan PAS.
    
Hubungan PAS dengan DAP/PR di pelbagai pihak yang tidak melibatkan TG Haji Hadi adalah biasa sejak krisis MB Selangor hampir setahun lalu. Tegang tetapi tidak putus. Yang terbaru sehari sebelum DAP mahu putus hubungan dengan Presiden PAS itu, mesyuarat PR sekalipun membincang isu hudud Kelantan dan hudud secara umum, DAP dan PAS mencapai persetujuan sebagai abang-adik mahu bersama terus menghadapi PRU terkemudian sambil memutuskan isu hudud di negeri itu atau oleh kerajaan Pakatan Perak masa akan datang akan dibuat atas persetujuan bersama.
    
DAP menyatakan tidak minatnya dan PAS pula tidak menekan supaya DAP Perak menerimanya juga. Selangor dan negeri-negeri lain juga demikian.
   
Apapun percanggahan antara PAS dan DAP bukan saja atas isu hudud, bahkan atas perjuangan Islam PAS itu sendiri sebelum hudud menjadi isu, jauh panggang dari api.
  
Mendiang Patto, pemimpin kanan DAP sebelum PRU 1986 memberitahu saya tentang pandangan Lim Kit Siang tentang perjuangan PAS. DAP tidak menentang Islam tetapi ketika itu DAP adalah mewakili pengundi/msyarakat yang tidak mahu perjuangan Islam yang PAS mahu, dan ia mahu terus menjadi wakil kepada kumpulan itu, maka DAP mesti mendengar pandangan kumpulan itu.
   
Masa itu tiada siapa tahu selain Allah PAS akan bersekutu dengan DAP, dan tiada siapa yang nampak pakatan PAS dan DAP boleh menggegar Putrajaya.
   
Politik berkembang dan berubah. Yang mustahil 40 tahun lalu tidak mustahil sekarang. PAS dan DAP boleh duduk semeja menjelang PRU 1990. Keduanya ada hubungan longgar. Hubungan itu sekejap elok, sekejap tidak elok. Selepas PRU 2008 keduanya jadi elok dan mesra hingga terbentuk Pakatan Rakyat.
   
Hudud yang diluluskan DUN Kelantan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat tidak menjadi perjuangan bersama mereka. Ia kekal sebagai keutamaan PAS. Sepanjang muafakat PR, acap ada perang mulut antara Karpal Singh dengan pimpinan PAS tentang hudud. Tetapi justeru DAP dan Umno sama saja menentang hudud sepanjang masa, maka desakan tentang hudud terhenti seperti terhentinya motokar di lampu merah. Enjin tak mati. Ia menunggu lampu hijau untuk bergerak.
   
PAS, DAP dan PKR mula tegang apabila timbul krisis MB Selangor dalam langkah Kajang. PKR mahu membuang TS Khalid Ibrahim. PAS mempertahankannya. DAP bersama PKR. PKR mahu Wan Azizah ganti Khalid. PAS tidak setuju. PKR dapat buang Khalid. Tetapi PAS dapat halang Wan Azizah ganti Khalid.
   
Lepas itu dakwah PAS tentang hudud diterima Umno. Dakwah itu tidak lut pada DAP dan PKR. Umno tidak kata lagi ia hudud PAS. Bahkan Umno seolah sudah macam PAS atas isu hudud.
   
Berlakulah perbalahan dingin antara PAS dan sekutunya terutama DAP. PAS juga berbalahan samanya. Perbalahan itu tidak dapat disekat. Tetapi semuanya sayangkan PR. Orang PAS ada yang serpih jadi NGO sayangkan PR. Tetapi pergaduhan tidak dapat disekat.
   
Semua orang dalam PR dan di luar PR, dalam PAS dan di luar PAS jadi keliru dan bingung dengan  perbalahan. Kerana perbalahan tidak dapat dibendung, biarlah semua berbalah semahu-mahunya, biar sampai semuanya puas hati. Lepas penat berbalah nanti, mungkin ia terhenti sendiri kerana penat. Abu jadi abu, arang jadi arang, tapi PR tetap disukai oleh semua. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Sumber HD - 31-3-2015




NGAPA ERDOGAN TIDAK DULUKAN HUDUD - SUBKY LATIF


MUSTAFA KAMAL ATARTUK

SEBAGAIMANA saya tidak mahu mengatakan Islam PAS lebih baik daripada Islam Umno, maka saya mengelak daripada mengatakan bahawa Islam Malaysia ini lebih baik daripada Islam Turki.
   
Cuma saya boleh kata, kita terutama di Kelantan lebih lebai dan lebih ramai lebai daripada Turki. Justeru lebatnya lebai itu Kelantan beriya-iya mahu hudud dilaksana lambat laun. Tidaklah kurang inginnya orang Turki untuk kembali kepada pemerintahan Islam, tetapi  suasana yang ada Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mendahulukan hudud dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat dan pemerintahan.
    
Kekebalan Kemal Ataturk dan ajaran sekularisma dalam perlembagaannya jauh mengatasi kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tiada siapa sedar akan ulang tahun kemangkatan sekalian duli, akan tetapi pada minit dan jam ulang tahun kematian Ataturk kena berdiri seminit, yang berjalan kaki berhenti seminit, yang memandu motokar membunyikan hon seminit. Cuma anak saya semasa belajar di Turki apabila datang waktu itu dia masuk ke bilik air. Berbunyi saja semboyan, dia pun kencing.
   
Di Malaysia sesiapa yang memperleceh Raja kena akta hasutan saja. Jika ada yang dikira menderhaka kepada ajaran kemalisma nescaya datang malaikat maut kepadanya.
   
Apabila Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul dia mula dicurigai kerana buat pertama kali sejak kejatuhan empayar Islam Turki, diadakannya musalla di Dewan Bandaraya, saiznya sebesar musalla stesyen minyak Petronas saja. Apabila satu hari dia membaca sajak Islam yang selalu dideklamasikan oleh kanak-kanak sekolah, Datuk Bandar Erdogan didakwa, dijatuhkan hukum, lucut jawatan diharamkan memegang jawatan awam untuk tempoh tertentu.
   
Sebelum jadi Datuk Bandar dia adalah ketua pemuda, Refah Partisi Turki dan ketua parti bagi Istanbul. Parti Islam itu adalah parti pimpinan Erbakan yang kedua diharamkan. Lepas itu dua lagi partinya yang ditubuhkan diharamkan. Lepas itu Erdogan tidak ikut lagi Erbakan. Dia tubuh parti sendiri, menang. Jadi Perdana Menteri dan kini jadi Presiden.
   
Erbakan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dia bercakap tentang Islam dan memperkenalkan Islam kepada rakyat melalui kerajaan. Tentera memecatnya, mengharamkan partinya, melarangnya berpolitik untuk tempoh tertentu.
   
Semasa dia jadi Pedana Menteri dan Erdogan jadi Datuk Bandar Istanbul. Dia bina masjid gunakan dana kerajaan, adakan kemudahan haji dan beberapa syiar Islam. Dia diberi kata dua, letak jawatan atau ditangkap? Terpaksalah meletak jawatan.
    
Perlembagaan Turki memberi kuasa kepada tentera, polis dan universiti bagi melindungi ajaran sekular kemalisma. Sesiapa yang mengancam Ataturk dan ajarannya, tiga anasir ini akan bertindak menghancurkannya.
  
Awal tahun 50-an berlaku kebangkitan umat Islam kerana Turki pupus imam dan khatib. Jika dibiarkan, tiada acara sekularisma Ataturk dapat dipertahankan. Maka dilantik seorang anggota parlimen yang baik, Adnan Manderas jadi Perdana Menteri. Dia mengadakan sekolah Imam dan Khatib bagi membekalkan imam dan khatib ke masjid-masjid. Dibenarkan semula azan rasmi. Sebelumnya azan dalam bahasa Turki. Dibenarkan Quran dalam tulisan asalnya digunakan, tidak lagi Quran tulisan rumi. Banyaklah syiar Islam diperkenalkannya.
  
Golongan elit kemalis mengira Adnan Manderas membahayakan sekularisma Ataturk. Seluruh pelajar universiti bangkit menentang. Tenterapun merampas kuasa. Adnan Manderas yang  10 tahun jadi Perdana Menteri/Presiden dikenakan tindakan gantung di khalayak umum.
  
Di bawah perlembagaan dan politik seperti inilah Erdogan menjadi Pedana Menteri. Keutamaan poliik Turki ialah menyertai Komuniti Eropah. Siapa yang boleh membawa Turki ke dalam EU? Ia adalah antara kempen Erdogan. Mana boleh negara hudud jadi anggota EU?
  
Maka fiqh aulawiyyat Erdogan ialah menangani perlembagaan demikian rupa dan menyertai EU. Jika aulawiyyatnya hudud, mautlah jawabnya. – HARAKAHDAILY 29/3/2015

Sumber HD - 29-3-2015

Gara-gara Aisyah persoal pelaksanaan hudud

Posted on Thursday, March 26 @ 11:32:33 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

BAGAIMANA hudud hendak dilaksanakan di Kelantan hendaklah semuanya menyerahkan kepada para pakar, apa yang terbaik agar ia mendapat keredhaan Allah.
   
Perkara pertama bagi orang beriman ialah terima dulu. Macam Saidina Abu Bakar. Apabila Abu Jahal tanya, percayakah dakwaan Rasulullah SAW, Israk dan Mikraj dalam satu malam? Jawabnya, kalau Rasulullah kata begitu dia percaya.



   
Orang beriman terima saja apa yang Allah perintah dan percaya semua apa yang Nabi kata. Yang tanya macam mana hendak bangun dini hari solat tahajjud dan macam mana tahan tak makan sepanjang siang dalam bulan puasa, itu namanya iman nipis atau tak beriman.
   
Yang menyoal itu dan ini tentang perintah Allah adalah mewarisi iblis. Apabila diperintah sujud pada Adam, ia takwil dan enggan. Kata itu dan ini. Pada hal ia sudah beribu tahun beribadat, sujud setiap inci ruang langit dan setiap inci muka bumi.
   
Tiada tujuannya engkar kepada Allah. Hanya tak setuju sujud pada Adam. Justeru bermain tarik tali dengan Allah sekali itu, serta-merta ia dilaknati Allah. Itulah contoh jangan bergurau senda, mentakwil perintah Allah - bimbang pelaksanaan hudud tak adil, mengapa tak bagi bantuan banjir dulu daripada laksana hudud - semuanya itu boleh mengundang binasa akidah.
   
Iblis pun tak sangka akidahnya boleh binasa. Tetapi itulah ketentuan dan peraturan Allah. Jangan cuba loyar buruk. Tidak mengaji dan tidak mengetahui tidak menghalalkan untuk berloyar buruk dengan peraturan Allah.
  
Sekarang anak kita Aishah Tajuddin telah terkena perangkap samar itu. Orang tidak disuruh tanya apa ada dalam hatinya. Orang biasanya menghukum apa yang dikata dan dibuat. Yang dibuatnya dikira melanggar batas-batas iman dan kufur.
   
Hanya Nabi Hidir boleh buat apa yang kebiasaan orang tidak faham. Termasuk Nabi Musa a.s. pun keliru dengan tidakannya yang dilihat zalim tapi bukan zalim. Yang lain, asal menyalahi adat bukan ibadat.
  
Mufti Kelantan nasihatkan dia taubat. Polis sudah tampil utuk menyiasat. Dia pun sudah tidak tidur justeru ada ancaman hendak bunuh dan hendak rogolnya. Macam-macam lagi yang menyeksa batinnya semasa di dunia ini.
   
Kita tidak tahu macam mana selepas mati?
   
Orang kafir, apa boleh buat tidak dapat dihalang untuk memungkiri undang-undang Allah. Pintu hatinya sudah terkunci dan telinganya sudah tersumbat; tidak dapat mendengar kebenaran dan tidak dapat menerima kebenaran.
   
Jangan orang Islam dan anak orang Islam pula menempah pengunci hati dan penyumbat telinga.
   
Derita yang Aisyah alami, dialami sama oleh bapa dan keluarganya. Jangan marah orang mengancam Aisyah. Yang berlaku itu adalah ingatan dan ujian Allah kepada sekalian orang yang disalurkan melalui Aishah.
   
Semua yanga menimpa Aisyah itu adalah tanda kasih semua orang kepadanya. Jangan dia terus begitu sampai mati. Dengarlah nasihat mufti Kelantan. Taubat. Kerana dia masih muda dan masih belum terbunuh.
   
Bapa Aisyah jangan hendak perbetul apa yang orang kata pada Aisyah. Cara itu tidak akan membantu Aisyah dan keluarga. Bapa hanya dapat bantu Aisyah, bawa dia di khalayak umum, mengaku silap, bertaubat dan berjanji tidak mengulangnya lagi.
   
Stesyen radio BFM pun jangan loyar buruk lagi. Taubat juga sebelum kena laknat. Jangan biarkan Aisyah dan keluarganya saja terseksa. BFM mesti terima tanggungjawab.
   
Itulah yang dikatakan, kiranya sabitlah kesilapan Aisyah, balasan Allah itu tidak tunggu di akhirat saja, di dunia ini sudah terasa. Apa yang terjadi itu tanda Allah sayang pada Aisyah

Sumber DD - 26-3-2015        


BIAR CIKGU ISHAK MATI DALAM PAS


CIKGU Ishak Surin yang usianya mencecah 80-an mengetuai 16 orang lagi ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu, mufarakah kepada pimpinan PAS Pusat dan meletak jawatan.
   
Saya tidak bercadang untuk menyalahkannya tetapi lebih selesa mengiranya telah bertindak silap dan setiap yang silap itu bukan tidak boleh dibetulkan dan memang ia boleh dan patut dibetulkan.
   
Yang lemah dan silap itu bukan sifat Cikgu Ishak dan rakan-rakannya, bahkan semua orang dalam PAS dan di luar PAS ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Jika kesalahan murtad, Islam beri tempoh untuk bertaubat, maka maaf-memaafkan itu adalah sifat mulia dan  terpuji bagi orang Islam, apa lagi bagi penyokong PAS yang ditubuhkan untuk menjunjung tinggi kalimatullah.
   
Saya amat gembira kira Cikgu Ishak berani mengaku kelemahan dan berani juga memaafkan kesilapan orang, dan demikian juga PAS mesti berani memaafkannya dan mengaku sebagai makhluk manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.
   
Kita sedang giat berjuang untuk menggantikan Umno, maka kita tidak mahu ahli yang ada luak. Apa yang kita mahu ialah sambil menambah ahli dengan orang-orang dari Umno, kita kekalkan ahli yang sedia ada. Dulu saya amat pilu Tamrin Ghafar meninggalkan PAS dan kini saya pilu Cikgu Ishak keluar daripada arus perdana perjuangan dan kegiatan PAS.
   
Sekalipun Cikgu Ishak daripada 16 tidak meninggalkan PAS, tetapi tercicir daripada arus perdana kegiatan PAS, boleh menjauhkan diri daripada jemaah yang mulia dan terpuji itu.
   
Cikgu Ishak adalah seorang pejuang politik sepanjang hidupnya. Dia membebaskan dirinya daripada ikatan kerajaan yang menjanjikan kehidupan kehidupan yang stabil. Dari muda terjun ke arena politik bagi membebas negara dan diri daripada belenggu penjajahan dan membebaskan negara dan rakyat darpada belenggu dan penindasan kaum kapitalis. Tidak pernah menikmati kemewahan hidup, tetapi berpuas hati dengan kehidupan sederhana bersama kaum marhaen.
   
Beliau mengalami pengalaman berjuang dalam Partai Rakyat, kemudian bersama Parti Marhaen dan lepas itu bersama Pekemas yang diasaskan oleh Dr. Tan Chee Khoon. Setelah parti itu mati selepas matinya Dr. Tan Chee Khoon dan Ahmad Boestaman, Cikgu Ishak yang terus mencari wadah yang serasi dari satu ke satu, akhirnya menemui PAS, parti yang berjuang unuk menegakkan keadilan dan kesucian Islam. Mungkinlah boleh dibandingkan dengan pencarian Salman al-Parsi yang mencari kedamaian dari satu agama ke satu agama,  akhirnya bertemu dengan Islam.
   
Di mana juga Cikgu Ishak berjuang, dia adalah aktivis yang gigih dan tidak pernah memikirkan keuntungan dan kemewahan peribadi.

Apa yang dimahunya ialah keadilan masyarakat, dan ia terjamin dalam Islam. Tidak ramai orang mencecah usia 80-an dapat memberi tenaga tanpa mengira penat lelah. Dan setiap pejuang itu tidak pernah sunyi daripada cabaran dan sesuai dengan kejadian manusia seperti yang tersurat dalam surah al-Asr yang maksudnya, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran.
  
Apa yang terjadi pada Cihgu Ishak sekarang ialah dia dan rakan-rakannya terjebak dalam maksud kerugian bagi setiap manusia. Yang lain, lainlah kerugiannya. Setiap orang dari kita ada saja kerugiannya.
   
Harapan besar saya ialah Cikgu Ishak terkeluar daripada kerugian yang sedang dilaluinya, supaya kembali terus dalam arus perdana perjuangan Islam dan biarlah dia dan saya sama-sama mati dalam PAS. – HARAKAHDAILY 25/3/2015


Sumber HD - 25-3-2015


Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian


Posted on Wednesday, March 25 @ 06:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Subky Latif

PERTENGAHAN Mac ini, 17 daripada jawatankuasa PAS Kawasan Batu diketuai oleh Yang Dipertuanya, Cikgu Ishak Surin mufarakah kepada kelemahan tertentu pimpinan parti dengan meletak jawatan.

Tindakan dan perkembangan itu tentulah tidak terlepas daripada kerugian seperti maksud surah al-Asr, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
   
Mafhum awal ayat ini ialah rugi dulu dan banyaklah ruginya daripada tidak rugi. Tindakan 17 orang itu jika pun ada tidak ruginya, tetapi ia rugi dulu. Ada pun untungnya jikapun ada tetapi tidaklah menentu. Kecuali saja baru ada untung jika masing-masing tepat dengan maksud berwasiat kepada kebenaran dan berwasiat kepada kesabaran. Jika wasiat itu tidak tepat ia rugi juga.
   
Menyertai PAS bukanlah suka-suka seperti menubuhkan NGO. Parti itu wadah ibadat, dan menyertainya mesti dengan nawaitu ibadat. Jika tiada niat dan tiada betul niatnya, batallah ibadatnya. Almarhum TG Nik Aziz acap berpesan, menyertai PAS itu berpahala. Sepanjang tidak batal ibadatnya.
   
Tindakan orang Batu itu dibuat atas maksud mufarakah, satu istilah ibadat. Tentulah fekah mufarakah itu ada kaedahnya. Kerana ia tindakan ibadat, ia mesti dengan kehendak fekah. Dalam Islam ini tindakan tepat mengikut syaraknya tidak boleh direka-reka tetapi hendaklah dilakukan dengan pendapat dan nasihat ahli fekah yang semestinya ulama.
   
Siapa ulama rujukan jawatankuasa yang meletak jawatan itu? Ketua Dewan Ulama kawasannya Ustaz Azhar Yahya tidak termasuk dalam 17 orang itu. Dan parti setiap aras penuh dengan ulama. Pandangan ahli-ahli fekah politik itu perlulah didapatkan dulu bagi memastikan mufarakah itu sah ibadatnya.
   
Sekalipun menyertai PAS kerana ibadat, tetapi ia adalah wadah politik yang tidak terlepas daripada persepsi. Sebelum tindakan meletak jawatan itu diketahui untungnya, tetapi ia bermula dengan kerugian politik orang mufarakah. Mereka hilang peluang untuk terus mentadbir kawasan hingga mesyuarat agung April ini.
  
Mentadbir itu sebahagian isi ibadat itu, maka pahala ibadat itu terhenti ketika mereka meletak jawatan. Payah hendak diduga mereka akan bertanding semula dalam pemilihan bulan April ini. Tiada logiknya mereka bertanding semula setelah meletak jawatan. Apa yang mereka katakan lemah yang menyebabkan mereka mufarakah dan meletak jawatan diduga tidak berubah pada masa mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru kawasan Batu itu.
   
Adalah rugi jika tidak jadi perwakilan Batu dalam Muktamar Mei/Jun ini. Jika mereka kecenderungan untuk mengubah pimpinan PAS Pusat, apabila tidak lagi jadi perwakilan, maka undi perubahan itu kurang.
  
PAS seluruhnya pun rugi dengan perkembangan di Batu itu. Apabila ada ahli mufarakah, sekalipun berbelas orang saja, maka ia menyebabkan PAS luak tenaga kerja jika mereka memilih tidak aktif terus.
  
Orang-orang di Batu hingga beberapa bulan ini merasa rugi kerana PAS Batu tidak mengadakan kegiatan. Mereka hilang peluang mendengar pandangan kedua politik kerana ia tidak mengadakan ceramah. Sejak beberapa tahun lalu PAS Batu boleh dikatakan dua kali seminggu berceramah.
  
Setiap kali ceramah penjaja gerai dapat berniaga. Akhir-akhir ini mereka terasa rugi tidak dapat berniaga.
   
Orang Umno yang berjumpa saya juga mengadu merasa rugi kerana PAS Batu tidak aktif. Mereka hendak mendengar juga cerita politik yang mereka tidak dapat dengar daripada Umno. Dengan ceramah PAS ada juga untung mereka – dapat maklumat lain. Sekarang mereka juga rasa rugi. Pimpinan baru kawasan Batu nanti belum tentu dapat buat macam yang Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi dapat buat.
   
Sebelum ada untung semuanya merasa rugi dulu. Jangan jadi politik buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap.


Sumber TKO - 25-3-2015


SESUNGGUHNYA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN


PERTENGAHAN Mac ini, 17 daripada jawatankuasa PAS Kawasan Batu diketuai oleh Yang Dipertuanya, Cikgu Ishak Surin mufarakah kepada kelemahan tertentu pimpinan parti dengan meletak jawatan.
   
Tindakan dan perkembangan itu tentulah tidak terlepas daripada kerugian seperti maksud surah al-Asr, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
   
Mafhum awal ayat ini ialah rugi dulu dan banyaklah ruginya daripada tidak rugi. Tindakan 17 orang itu jika pun ada tidak ruginya, tetapi ia rugi dulu. Ada pun untungnya jikapun ada tetapi tidaklah menentu. Kecuali saja baru ada untung jika masing-masing tepat dengan maksud berwasiat kepada kebenaran dan berwasiat kepada kesabaran. Jika wasiat itu tidak tepat ia rugi juga.
   
Menyertai PAS bukanlah suka-suka seperti menubuhkan NGO. Parti itu wadah ibadat, dan menyertainya mesti dengan nawaitu ibadat. Jika tiada niat dan tiada betul niatnya, batallah ibadatnya. Almarhum TG Nik Aziz acap berpesan, menyertai PAS itu berpahala. Sepanjang tidak batal ibadatnya.
   
Tindakan orang Batu itu dibuat atas maksud mufarakah, satu istilah ibadat. Tentulah fekah mufarakah itu ada kaedahnya. Kerana ia tindakan ibadat, ia mesti dengan kehendak fekah. Dalam Islam ini tindakan tepat mengikut syaraknya tidak boleh direka-reka tetapi hendaklah dilakukan dengan pendapat dan nasihat ahli fekah yang semestinya ulama.
   
Siapa ulama rujukan jawatankuasa yang meletak jawatan itu? Ketua Dewan Ulama kawasannya Ustaz Azhar Yahya tidak termasuk dalam 17 orang itu. Dan parti setiap aras penuh dengan ulama. Pandangan ahli-ahli fekah politik itu perlulah didapatkan dulu bagi memastikan mufarakah itu sah ibadatnya.
   
Sekalipun menyertai PAS kerana ibadat, tetapi ia adalah wadah politik yang tidak terlepas daripada persepsi. Sebelum tindakan meletak jawatan itu diketahui untungnya, tetapi ia bermula dengan kerugian politik orang mufarakah. Mereka hilang peluang untuk terus mentadbir kawasan hingga mesyuarat agung April ini.
  
Mentadbir itu sebahagian isi ibadat itu, maka pahala ibadat itu terhenti ketika mereka meletak jawatan. Payah hendak diduga mereka akan bertanding semula dalam pemilihan bulan April ini. Tiada logiknya mereka bertanding semula setelah meletak jawatan. Apa yang mereka katakan lemah yang menyebabkan mereka mufarakah dan meletak jawatan diduga tidak berubah pada masa mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru kawasan Batu itu.
   
Adalah rugi jika tidak jadi perwakilan Batu dalam Muktamar Mei/Jun ini. Jika mereka kecenderungan untuk mengubah pimpinan PAS Pusat, apabila tidak lagi jadi perwakilan, maka undi perubahan itu kurang.
  
PAS seluruhnya pun rugi dengan perkembangan di Batu itu. Apabila ada ahli mufarakah, sekalipun berbelas orang saja, maka ia menyebabkan PAS luak tenaga kerja jika mereka memilih tidak aktif terus.
  
Orang-orang di Batu hingga beberapa bulan ini merasa rugi kerana PAS Batu tidak mengadakan kegiatan. Mereka hilang peluang mendengar pandangan kedua politik kerana ia tidak mengadakan ceramah. Sejak beberapa tahun lalu PAS Batu boleh dikatakan dua kali seminggu berceramah.
  
Setiap kali ceramah penjaja gerai dapat berniaga. Akhir-akhir ini mereka terasa rugi tidak dapat berniaga.
   
Orang Umno yang berjumpa saya juga mengadu merasa rugi kerana PAS Batu tidak aktif. Mereka hendak mendengar juga cerita politik yang mereka tidak dapat dengar daripada Umno. Dengan ceramah PAS ada juga untung mereka – dapat maklumat lain. Sekarang mereka juga rasa rugi. Pimpinan baru kawasan Batu nanti belum tentu dapat buat macam yang Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi dapat buat.
   
Sebelum ada untung semuanya merasa rugi dulu. Jangan jadi politik buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap. – HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015

Jangan asingkan klinik dengan farmasi


Posted on Monday, March 23 @ 15:31:59 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

LIMA belas tahun lalu saya ke Istanbul. Pagi esoknya saya diserang gout. Amat bisa dan tidak dapat  berjalan.  Saya dibawa ke klinik. Macet Istanbul sama dengan lain-lain bandar raya di dunia. Berengsot motokar hendak sampai ke klinik.
   
Klinik memberi sehelai kertas preskripsinya bagi mendapatkan ubat di sebuah farmasi. Klinik itu mengenakan caj konsultasi perubatan saja. 


Hendak ke farmasi jaraknya tidak jauh, tetapi tidak pula dekat. Gout tidak melayakkan saya berjalan. Jika tidak berjalan pun amat seksa bisanya, apa lagilah berjalan. Susahnya hendak dapat teksi di kota macet itu.
   
Di farmasi diberilah saya ubat. Antaranya ubat cucuk pakai dan buang. Lima atau enam tiub. Lepas digunakan tiub itu dibuang. Satu tiub sepagi.
   
Bagaimana kalau kita tidak ada pengalaman untuk cucuk diri sendiri? Satu masalah yan susah.
    
Nasib baik isteri saya jururawat terlatih. Tidaklah susah dia hendak suntik di bahagian paha dekat dengan punggung. Kalau isteri cikgu atau suri rumah yang tiada kamahiran itu, bukankah suatu yang jadi masalah juga.
    
Ubat itu tidak memberi kesan yang segera. Di klinik dalam negeri, saya diserang gout di tempat yang tidak tentu. Kadang-kadang di Alor Setar, kadang-kadang di Kuala Lumpur, dan pernah juga di Jakarta. Ubat yang diberi di klinik itu juga. Tidak terpaksa terseksa pergi ke farmasi di luar  klinik.
   
Biasanya diberi ubat suntik juga. Doktornya sendiri yang menyucuk jarum ke paha. Tiada lagi suntikan lain. Memadai sekali itu. Sekejap kemudian hilanglah bisanya, Tinggal bengkak saja. Adalah klinik itu bekalkan ubat makan unntuk beberapa hari.
    
Dua jam selepas diinjek saya sudah boleh berjalan. Tidak perlu dipimpin lagi.
    
Senangnya saya jadi rakyat Malaysia yang tidak terpisah klinik  dengan farmasi.
   
Akan ubat cucuk di Turki tadi, tiga empat hari tidak hilang lagi sakitnya.
    
Tidak dapat kita hendak kata, kerana ubatnya tidak sama di negeri kita dengan di Turki. Saya seminggu saja di sana, maka  tidak banyak saya berjalan di bandar itu.
   
Apapun sistem yang terpakai di Malaysia sehingga ini adalah terbaik untuk kita. Tidak perlu pesakit yang mendapat rawatan di klinik terpaksa ke tempat lain untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Orang demam, orang sakit kepala, gout dan lelah dapat rawatan dan ubat daripada doktor di klinik itu saja.
  
Lainlah kalau ubat yang jarang digunakan di klinik, baru doktor nasihatkan kita dapatkan ubat yang kadang-kadang harga tinggi juga di farmasi. Biasanya semua kita dapat di klinik itu saja.
  
Adalah benar farmasi pun nak makan juga. Kalau orang dapatkan ubat di klinik, nanti tutuplah farmasi. Biasanya manusia ini tidak ada yang tidak sakit. Kedai singse – kedai ubat Cina. Tiada doktor menasihatkan pesakit pergi ke kedai ubat Cina, tetap kedai ubat Cina ada di banyak lorong. Semua boleh berniaga dan cari makan.
   
Maka teruskanlah cara yang ada sekarang. Kerajaan dan kementerian kesihatan jangan gatal hendak mengadakan rawatan di klinik, ubat beli farmasi. Transformasikan apa yang tidak licin. Yang sudah elok usah disusahkan.          

Sumber DD - 23-3-2015

Isi hati Sabbaruddin Chik



Posted on Sunday, March 22 @ 15:23:08 MYT by paktam

Oleh Subky Latif



SETAHUN lalu telah pecah kisah Tan Sri Sabbaruddin Chik, bekas menteri dan bekas Setiasuaha Agung Umno tidak disambung perkhidmatannya sebagai pengerusi Bank Rakyat gara-gara keengganannya meluluskan kaedah menteri Dato’ Hasan Malek menyelesaikan hutang saudagar Deepak Jaikishan dari bank itu.

Kisah itu dipecahkan oleh Sabbarudin sendiri setelah dia bercerita kepada penulis blog Shahbudin Husin. Ia tersiar luas di media baru. Tidak terhenti di situ Sabbaruddin rela pula kisah itu dibukukan dengan tajuk Membongkar Skendal Deepak & Bank Rakyat yang baru saja terbit di pasaran.


Apa yang dikatakan skandal itu ialah perbezaan cara menyelesaikan baki hutang Deepak berjumlah RM32,269,273.43. Berapa pinjaman asalnya dan bagaimana Deepak beroleh kemudahan itu tidak dimuatkan dalam buku itu.
Yang jadi meletup rasanya disebabkan khidmat pengerusi itu tergantung dikatakan tanpa pemberitahun dari menteri hingga hari buku itu terbit. Kontraknya tamat 8 Mac 2014. Bank Negara sudah setuju ia disambung, tetapi mesti disetujui oleh menteri dulu. Atas surat Bank Negara itu Sabbaruddin pergi juga ke pejabat sekalipun surat perlantikan semula tidak diterima. Sampai habis bulan tiada notis disambung atau ditamatkan, dia pun tidak ke pejabat lagi.
Dipercayai Sabbaruddin kekal dengan jawatannya lagi jika tidak dibantah arahan menteri tentang cara baki hutang Deepak itu diselesaikan. Pinjamannya besar.

Bakinya saja RM32 juta. Baki itulah jadi pertikaian antara bank dan menteri.

Tiba-tiba timbul cerita menteri Hasan Malek yang jadi penguasa atas bank itu mengarahkan bank penerima pelan pembayaran baki hutang itu selama sepuluh tahun dengan cek post dated RM270 ribu sebulan.

Sabbaruddin pun panggil mesyuarat lembaga pengarah menolak pelan itu tetapi mencadangkan Deepak jelaskan RM5 juta dulu, lepas itu rundingkan cara pembayaran seterusnya.
Hasan pun panggil lembaga pengaruh termasuk Sabbaruddin sebutkan pelan itu mesti diterima. Kononnya menteri ugut mereka.

Justeru menteri mahu begitu, tiadalah pilihan lagi bagi Sabbaruddin dan lembaga pengarah. Sekalipun arahan menteri diikut juga, tetapi Sabbaruddin tidak tahu dia dibuang atau dikekalkan. Tetapi tidak pemberitahuan kedudukannya.

Jadi macam isteri dicerai gantung tak bertali. Cerai zaman purba atau zaman perang Jepun dulu boleh buat begitu. Tetapi dalam pentadbiran moden mana boleh menteri jadi macam suami zaman purba. Ia melambangkan pentadbiran yang tiada kelas. Dalam pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak ada pegawai digantung tak bertali. Itu namanya urusan jakun.

Menteri Hasan sepatutnya tidak boleh campur tangan begitu, dengan membuat arahan bersurat.

Kalaupun dia hendak menolong Deepak, dia suruh Deepak bertemu dengan bank dulu. Dengar apa bank kata. Kemudian barulah meneri bagi pandangan.

Itu pun bukan arahan. Kalau pandangan itu baik tidaklah masalah bagi bank mendengarnya, tetapi bagi bank yang berwibawa dan ada kelas, pandangan karut menteri jadi masuk angin keluar asap saja.

Kerja menteri dalam urusan bank bukan menentukan cara pegawai bank membuat keputusan, tetapi memastikan keputusan bank adalah betul. Jika ada pegawai bank main kayu tiga, menteri yang cekap dan berwibawa akan memastikan tidak kesilapan dan penyelewengan berlaku.
Dalam mana-mana pinjaman yang besar menteri patut mendengar nasihat bank. Cara menyelesasikan hutang dipercayai bank yang berpengalaman lebih tahu apa yang patut dibuat.
Maka biarlah bank memberi pandangannya dulu.

Dalam buku yang baru diterbitkan itu tidak nampak menteri bertanyakan pandangan bank dulu. Menteri jangan dengar cakap Deepak dulu.

Mana ada dalam dunia, orang pinjam bank dan menyelesaikan hutang bank dibuat dengan menteri, tetapi mestilah ia dimulakan dengan berurus dengan bank dulu.

Dalam percanggahan antara menteri dengan bank yang diketuai oleh Sabbaruddin, orang terasa Sabbaruddin lebih berwibawa.

Tanggapan umum dan persepsi orang ramai, Sabbaruddin di pihak yang benar.
Pertama, Sabbaruddin lebih banyak pengalaman.

Dia adalah orang Umno yang lebih komited kepada urus tadbir yang baik dari kerjaya politik. Sebagai menteri dan sebagai setiausaha agung Umno tumpuannya adalah pentadbiran.
Politik peribadi jadi perkara kedua. Tidak banyak kenyataan politiknya.

Kenyataan politik diserahkan kepada Dr Mahathir Mohamad saja sebagai presiden parti.
Semasa dia dalam politik yang aktif, tidak banyak penonjolan politiknya. Dia bukan orang yang banyak membuat bising. Tidak dilihat berebut kuasa. Dan tidak juga terdengar dia menyusahkan ketua-ketua dalam partinya. Tidak macam Dato’ Ibrahim Ali.

Ketuanya lebih takut pada Ibrahim dari Ibrahim takut pada ketuanya.
Dalam kes pinjaman Deepak ini, dia tidak diam.

Sekalipun dia tidak turun padang untuk mendedahkan keburukan tindakan menteri, dia tidak buat tunjuk perasaan dan dia tidak panggil sidang media, tetapi dia tegas menyatakan kepada orang yang bertanya tentang hal yang berlaku itu suatu yang menteri tidak wajar campur dangan dalam urusan harian bank.

Padanya hutang yang besar yang tidak dipastikan wibawa peminjamnya adalah berisiko tinggi. Jika setiap cek post dated itu tidak sangkut selama sepuluh, jenuh bank menunggu bagi memastikan duit bank yang dipinjamkan itu selamat.

Mungkin Sabbaruddin Chik dan Hasan Malek mati dulu, Najib dan isterinya mati dulu hutang itu tidak selesai. Dan kalau Deepak pula mati dulu, adalah aset perniagaannya dapat menampung segala pinjaman yang dikeluarkannya?

Sekalipun 120 cek bayaran balik hutang itu sudah disediakan, cuma belum didepositkan saja, tetapi 10 ahun itu adalah masa yang panjang dan macam-macam hal boleh berlaku. Jika sangkut beberapa cek, maka mungkin pula tempoh bayaran pinjaman melewati tempoh sepuluh tahun.
Dalam masa 10 tahun ini menteri Hasan tidak dijamin kekal sebagai menteri dan jika masih jadi menteri pun belum tentu dia kekal sebagai menteri bertanggungjawab atas Bank Rakyat. Dia boleh ada dan dia boleh tidak. Akan tetapi bank itu jika tidak kuat lagi, diyakini akan ada pada tempatnya. Jika sesuatu terjadi pada Deepak dan perniagaannya, menteri belum tentu ada di tempatnya bagi memikul tanggungjawab atas arahannya, tetapi bank akan menghadapi risiko buruk.

Kemudian kita juga wajar peka dengan politik bisnes Deepak. Dia peniaga karpet. Dia boleh berakrab dengan isteri Perdana Menteri Najib yang semua orang tahu akan reputasinya. Dia boleh keluar masuk kediaman perdana menteri dan dia boleh berbalah dengan perdana menteri dan boleh pula berbaik balik dengan perdana menteri dan isterinya.

Dalam keadaan macam inilah dia diketahui beroleh kemudahan pinjaman bank yang diketahui pro-bumiputera.

Bumiputera tidak dapat kemdahan sebesar itu, Deepak dapat apa yang orang lain payah dapat.
Semua ini menyebabkan Sabbaruddin bimbang dan bimbangnya itu tidak sekadar risiko Bank Rakyat dan ahli sahamnya, tetapi bimbang apa jadi pada menteri itu sendiri.

Saya tetap bersama dengan Sabbaruddin bukan kerana apa yang dihadapinya atas keberanian menongkah arus, tetapi saya adalah pemegang saham Bank Rakyat. Saya tidak ada apa-apa kepentingan di lain-lain bank. Hanya dari Bank Rakyat saja saya dapat dividen kurang dari RM1,000 setahun. Kalau lingkup Bank Rakyat habislah saya.

Sumber DD - 22-3-2015

Jenaka dalam dakwah

Posted on Saturday, March 21 @ 13:49:01 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

PENDAKWAH, baik ketika memberi kuliah di masjid/surau atau menyampai ceramah agama dalam apa jua majlis, yang terbaik elakkanlah berjenaka kerana lawak jenaka itu lebih dekat kepada wayang.
   
Teguran oleh mufti dan tok-tok guru kepada penceramah yang banyak berjenaka, bukan saja boleh menjadikan majlis ilmu sebagai gelanggang hiburan, bah menyebabkan orang mendengar datang untuk menimba ilmu atau untuk berseronok dengan lawak jenaka.



    
Jika seorang tok guru itu kadang-kadang sekali sekala dan ada ketikanya pendengar geli hati dan tertawa dengan kata-kata dan hujahnya, maka tidaklah ia mencacatkan kuliahnya yang dikira majlis ilmu.
   
Majlis ilmu adalah ibadat. Mengaji dan menyampaikan ilmu adalah wajib. Maka ibadat ada syarat sah dan batalnya. Melawak yang sama banyak dengan menyampaikan ilmu boleh membatalkan tujuan ibadatnya.
    
Maka pendakwah eloklah elakkan jangan sampai dikatakan tukang lawak kerana ia bukanlah sifat daie yang terbaik.
   
Jika melawak itu bertujuan bagi mengelakkan orang bosan dan mengantuk, maka belum cukup hujah bagi mengisinya dengan senda gurau. Khutbah adalah tempat penting menyampai ajaran kepada jemaah, tetapi masa khutbahlah ramai orang mengantuk. Mungkin makmum tidak mengantuk jika diselitkan jenaka dalam khutbah.
   
Tetapi khatib tidak sekali-kali melawak semasa berkhutbah tidak kira orang ngantuk atau mendengarnya. Tidak ada cerdik pandai menganjurkan mesti ada lawak jenaka dalam khutbah.
   
Orang ngantuk dan bosan bukan kerana tidak ada gurau senda tetapi mesej khutbah itu berisi dan memberikan pengajaran kepada masyarkat setempat. Jika khutbah itu mengenai pandang ke Jepun dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan masyarakat, siapa pun akan ngantuk.
   
TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi tidak pernah melawak dalam ceramah dan kuliahnya. Beribu-ribu orang membanjiri ceramahnya di mana saja dulu hingga sekarang. Kadang-kadang TG Nik Aziz bercakap pekat Kelantannya berceramah di Perak atau Melaka, tidak semua yang disampaikannya difahami  mereka, tetapi mereka mendengarnya.
  
Mungkin orang menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang melawak juga dalam ceramahnya, sebagai contoh untuk bersenda gurau dalam ceramah, tetapi biasanya dalam kuliah dan majlis pengajian, tiada beliau melawak. Dalam ceramah politik ada lawak tetapi ia adalah mantik politik.

Macam Almarhum Prof. Zulkifli Mohamad, Almarhum Ustaz Fadzil banyak kata-kata jenaka dalam ucapannya, tidak ramai yang dapat menyamai kepintaran berhujah dan mengelurkan buah fikiran dibandingkan dengan kedua mereka itu, tidak ada orang berani mengatakan mereka  tukang lawak dan kebanyakannya mengira mereka adalah penceramah pintar yang serius.
       
Guru-guru saya dalam PAS selalu mengingatkan saya, jangan banyak melawak dalam ceramah, kerana rata-rata pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk para pimpinan Ikhawanul Muslimin tidak gemar kepada orang banyak melawak.
     
Apabila kita dikenali sebagai orang banyak melawak, orang nanti tidak tahu bila kita tidak melawak dan yang mana mesej yang disampai itu lawak dan bukan lawak.
   
Pendakwah itu didengar, isi dakwahnya, bukan kata-kata lawaknya. Jika hendak melawak sertai pertandingan Maharaja Lawak, bukan petandingan Pencetus Ummah.          

Sumber DD - 21-3-2015

Dalih saja Bahasa Melayu tak didaulat di mahkamah


Posted on Thursday, March 19 @ 13:47:23 MYT by paktam

Oleh SUBKY LATIF

MAHKAMAH memang telah mengambil langkah bagi mendaulatkan Bahasa Melayu di mahkamah sekalipun ia tidak begitu progresif.
    
Dalam keadaan  mengesot dan merangkak, sehingga ke pentadbiran Tun Hussein Onn, ia hampir terpakai sepenuhnya, hinggalah tiba ke pertengahan pentadbiran Dr. Mahathir, timbul isu generasi selepas merdeka sudah tidak menguasai bahasa Inggeris.
     



Maka macam-macam langkah diambil bagi memertabatkan semula penggunaan bahasa Inggeris, antaranya ialah melupakan tumpuan menggunakan bahasa Melayu dalam banyak tempat, tinggallah ia  sebagai bahasa sidang Parlimen dan Dun.
     
Jadilah ia bahasa yang dilupakan. Bila ia akan dimartabatkan sebagai kehendak perlembagaan, mungkin tunggu kucing bertanduk.
    
Pentadbiran Dr. Mahathir hampir menginggeriskan semula semua mata pelajaran di sekolah. Apabila ia ditentang, maka dia mahu juga pengajaran matematik dan sains diInggeriskan. Bermulalah hanyut dasar bahasa Melayu.
   
Dalih masa itu justeru mutu pengunaan Inggeris merosot. Dalih lama buku dan persuratan amat kurang dalam pasaran. Tetapi tidak mustahil pelobi bukan Melayu meyakinkan kerajaan bahawa orang bukan Melayu yang anak-anak mereka tidak lagi mampu menguasai Inggeris akan tidak lagi memberi undi kepada Umno/BN. Mereka akan mengundi parti yang boleh mengembalikan penguasaan bahasa Inggeris.
    
Peratus bukan Melayu yang suka bahasa Melayu didaulatkan adalah minoriti. Mereka terima dasar bahasa itu kerana tidak ada parti politik yang berpotensi memperjuangkan kedaulatan semula Inggeris dan isu kelemahan penggunaan Inggeris tidak timbul lagi.
    
Apabila potensi pengundi lari dari BN bertambah, maka ia mendorong BN melunakkan dasar bahasanya supaya mengekalkan sokongan mereka kepada BN. Akhirnya cincailah usaha mendaulatkan bahasa nasional.
   
Maka mahkamah pun lupa hendak mengutamakan pengunaan bahasa Melayu dan alasan sekarang ialah lulusan undang-undang dari England tidak menguasai bahasa Melayu dan istilah undang-undang yang diterjemahkan ke bahasa Melayu tidak sempurna dan lain-lain masalah lagi.
   
Semuanya itu adalah dalih dari dasar pemimpin Umno yang tidak tegas soal bahasa kebangsaan, dan ia tidak mengambil langkah secukupnya bagi menyediakan bahasa Melayu boleh menggantikan Ingggeris.
    
Perlembagaan memberi tempoh sepuluh tahun selepas merdeka untuk persiapan memartabatkan bahasa itu. Justeru Malaysia dibentuk tahun 1963, maka tarikh penggunakan bahasa Melayu sepenuh dilanjutkan hingga tahun 1973. Bagi Sabah dan Sarawak peluang sepuluh tahun juga membuat persiapan. Tidak lagi tarikh bermula kedaulatan itu tahun 1967.
    
Bagi pelajar undang-undang di England atau mana-mana negara barat, maka tanggungjawab masing-masinglah berusaha menguasai bahasa itu. Mereka boleh menguasainya semasa belajar dan menjalani kursus intensif setelah pulang.
    
Dawan Bahasa dan Pustaka sejak ditubuhkan telah mengadakan kerjasama dengan Indonesia bagi menyelaraskan semua istilah dalam apa bidang jua. Mungkin sandaran undang-undang di Malaysia dan Indonesia tidak sama kerana kita banyak ke England, tetapi tidak tidak boleh langsung apa yang terpakai di Indonesia itu diselaraskan oleh mahkamah kita.
   
Masalah yang timbul mengapa mahkamah tidak dapat bersidang sepenuhnya dalam bahasa  kebangsaan bukan disebabkan oleh halangan yang tidak boleh diatasi, tetapi dalihnya banyak.
    
Sekali pun bahasa Melayu tidak diutamakan, BN tidak juga dapat meraih undi bukan Melayu. Itulah namanya politik buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Sumber DD - 19-3-2015         



























































































Mursyidul Am, Majlis Syura mesti berisi

SUBKY LATIF | .


SAYA ucap tahniah pada Majlis Syura Ulamak atas pemilihan Mursyidul Am baru, Datuk Dr. Haron Din bagi menggantikan Mursyidul Am TG Nik Aziz.
   
Saya puas hati atas keterangan Dr. Haron betapa beliau mahu jika boleh dikecualikan daripada menjadi Mursyidul Am yang baru, kerana baginya, beliau tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. Tetapi Majlis Syura menetapkannya juga.
   
Dipercayai tawaduknya itu berpandukan contoh tawaduk Saidina Abu Bakar Siddiq dan Saidina Umar al-Khatab yang mengira mereka bukanlah orang terbaik bagi jawatan khalifah selepas kewafatan Rasul SAW.
  
Jika Dr. Haron menyebut tentang kekurangannya, tentunya tidak melibatkan keadilan, ilmu dan kesedaran politiknya, akan tetapi saya boleh terima dari segi kesihatannya yang terpaksa memberi masa antara rumah, kerusi Mursyidul Am dan hospital. Uzur syarienya itu tidak banyak kurangnya berbandingkan tahun-tahun akhir usia TG Nik Aziz.
   
Dengan kesihatan yang demikian tentulah ada gangguan baginya menggerakkan Majlis syura sedinamik yang diperlu dan dikehendaki.
  
PAS hari ini tidak boleh disamakan dengan PAS 60 tahun dulu atau 20 tahun dulu. Kita berada di tahap penting dan pertembungan semua parti politik bagi berada di depan dalam menentukan kekuasaan. Pada ketika BN dan kerajaan berada di tahap yag terlembik, maka semuanya berlumba bagi menjadi yang terbaik sebagai alternatif bagi menggalas pemerintahan.
   
Dalam keadaan demikian PAS tidak boleh ketinggalan, bahkan mesti mendahului yang lain. Atas kepentingan itu Majlis Syura/Mursyidul Am antara organ PAS yang wajar berada semaksima mungkin.
    
PAS sekarang sedang diperhati dan dibaca oleh semua. Majlis Syura yang mulia itu dipandang rendah oleh setengah kalangan PAS sendiri. Kita tidak boleh biarkan saja apa orang kata, maka kita wajar buat sesuatu. Kita boleh beri jawapan atas apa kita disoal. Tetapi jawapan yang terbaik ialah Majlis Syura mesti menunjukkan prestasi yang terbaik.
   
Payah kita hendak jelaskan apabila yang tidak puas hati dengan prestasi Majlis Syura. Ia larang ahli PAS supaya jangan dekati Pasma, tetapi adakah orang dengar?
  
Orang angkat tinggi melangit Mursyidul Am TG Nik Aziz, tetapi mereka rendahkan Majlis Syura. Almarhum pergi ketika ada yang melihat Majlis Syura dengan sebelah mata. Antara yang Majlis itu tidak dapat ditingkatkan ialah faktor kesihatan Mursyidul Am yang tidak dapat memberi tumpuan semaksima yang diperlukan justeru keuzurannya, sedang Mursyidul Am dan Majlis Syura itu perlu memberi tumpuan tinggi.
   
Apabila Mursyidul Am kosong ia terpaksa diisi. Tetapi ia bukan sekadar diisi tetapi ia mesti mengisi semua keperluan yang diperlukan oleh sebuah Majlis Syura yang fungsinya meniupkan semangat kepada seluruh jentera parti.
  
Majlis Syura dan Mursyidul Am bukan sekadar diisi tetapi ia mesti berisi. Tentunya Mursyidul Am yang baru tidak mungkin dapat atasi semua yang disungutkan, tetapi peranan utamanya ialah membuat persiapan bagi menyediakan Majlis Syura yang di belakang nanti adalah terdiri daripada tenaga dinamik menjadikan ia berfungsi mengikut keperluan semasa.
   
Dr. Haron mesti diberi peluang dan sokongan sepenuhnya, melakukan apa saja, bagi memastikan Mursyidul Am dan Majlis Syura sebagai sumber inspirasi untuk semua. – HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015


Mursyidul Am sudah diisi, presiden pula...?

Posted on Wednesday, March 18 @ 10:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KEKOSONGAN
kerusi Mursyidul Am PAS atas kematian TG Nik Abdul Aziz sebulan lalu telah diisi oleh Datuk Dr. Haron Din dan Timbalan Mursyidul Am pula bagi menggantikan Dr. Haron Din dipenuhi oleh Datuk Ahmad Yaakub, Menteri Besar Kelantan.
   
Tahniah kepada kedua-dua tokoh pimpinan ulama itu.

Dengan perkembangan itu, maka tertutup ruang jawatan utama dalam Majlis Syura Ulama itu untuk diisi dengan TG Haji Abdul Awang, yang disebut-sebut sebelumnya sebagai kompromi bagi mengosongkan jawatan Presiden.
    
Memang ia satu jalan keluar yang mudah bagi meredakan gelombang yang mahukan jawatan Presiden itu diganti oleh seorang yang lain.
    
Tetapi Majlis Syura yang terdiri daripada 15 orang itu membuat keputusan mengisi Mursyidul Am itu dengan anggotanya yang paling kanan, Dr. Haron Din yang menjadi Timbalan kepada TG Nik Aziz selama ini.
   
Maka sekarang perkembangan menjadikan TG Haji Hadi akan mempertahankan jawatan Presiden kiranya PAS mahu beliau terus berada dalam pimpinan PAS.
   
TG Haji Hadi tidak wajar menjawat jawatan yang lebih rendah daripada Presiden yang disandangnya sejak awal tahun 1990-an.
   
Dengan kedudukan yang ada, jika ada yang bercadang Presiden mesti dicabar, maka kita akan melihat jawatan Presiden itu akan dipertandingkan, suatu yang hendak dilihat sangat oleh pengamat politik tanah air.
    
Dari kalangan PAS yang ghairah jawatan Presiden itu ditanding, tidak sekadar kekurangan yang dikatakan pada TG Haji Hadi tetapi lebih kepada usaha memecahkan keadaan yang menetapkan Presiden dan Timbalan Presiden disandang oleh ulama.
   
Satu pemikiran dalam PAS mengira antara isi kepimpinan ulama itu hendaklah Presiden dan Timbalannya terdiri dari ulama, kerana sejak Majlis Syura diwujud kedua-dua penyandangnya menjadi anggota Majlis Syura. Majlis Syura hanya dianggotai oleh ulama saja. Jika Presiden dan Timbalan tidak ulama, maka mereka tidak sesuai duduk dalam Majlis Syura.
   
Satu pemikiran lagi mengira kepimpinan ulama itu memadai dengan kewujudan Majlis Syura dengan fungsinya seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.
   
Sejak Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden sepenggal lalu, justeru beliau tidak masuk dalam Majlis Syura, maka antara empat ahli Majlis Syura dari kalangan ahli Jawatankuasa PAS diisi oleh orang lain dan ia tidak dikira telah mencacat Majlis Syura dan mengurangkan peranan Jawatankuasa  PAS. Maka ia membuktikan tidak ada kurangnya PAS jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada dalam Majlis Syura.
    
Atas kepercayaan itu maka perlu dicuba, Presiden dan Timbalan Presiden bukan ulama. Inilah masa yang terbuka, peluang bagi membebaskan PAS tidak terbelenggu dengan pandangan Presiden dan Timbalan mesti ulama.
   
Pemikiran itu mula tercetus selepas kematian Ustaz Fadzil Noor, tetapi ia tidak ketara dan tidak jadi isu. Tetapi ia amat ketara dan jadi isu sekarang bahawa kepimpinan ulama itu memadai dengan kewujudan Majlis Syura itu.
    
Mungkin yang menjadikan ia isu justeru tidak muncul dalam masa akhir-akhir ulama yang menonjol setara dengan penonjolan ulama seperti Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sebaik saja konsep kepimpinan ulama itu diperkenalkan tahun 1982 dulu.
    
Apabila Ustaz Hadi tiada pilihan melainkan mempertahankan jawatannya, maka mencalon bukan ulama bagi mencabar Ustaz Hadi tidak dikira menggalakkan. Maka ulama mana yang sedia bertanding dengan TG Haji Hadi atau siapa orang profesional yang hendak dicalonkan?
    
Kita sama-sama tunggu.


Sumber TKO - 18-3-2015




























































































Jangan apa-apakan Mat Sabu!

SUBKY LATIF | .


SEKARANG tumpuan politik sesudah kes DS Anwar Ibrahim diketahui adalah tertumpu kepada pergolakan dalam PAS tentang Presidennya, TG Haji Abdul Hadi Awang digantikan atau pun tidak, atau beliau dicabar atau tidak dalam pemilihan pimpinan bulan Jun ini.
   
Saya tidak hendak meramalkan beliau akan ditandingi atau tidak. Saya tidak dapat tahan ahli PAS daripada mencabarnya dan tidak dapat menyuruh supaya mencabarnya. Saya tidak dapat paksa ahli PAS supaya tutup mulut dan tidak dapat paksa supaya patuh kepada pimpinan, kerana kita galakkan keterbukaan dan menyeru supaya sentiasa mengadakan perubahan kepada kebaikan.
   
Yang diharapkan, jika Presiden ditandingi kali ini, jangan sampai ada kempen melobi seperti pemilihan Presiden MCA dan seperti pertandingan dalam Umno antara Dr. Mahatir  dan Ku Li dulu. Bertandinglah seperti pertandingan antara Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohamad semasa hendak mengantikan Dr. Abbas Alias tahun 1956 dulu tanpa kempen dan memburukkan calon lain.
  
Jika mahu calon lain biarlah calon itu lebih baik daripada pemimpin sekarang atau sekurang-kurang sama, lebih kurang dengan yang ada itu. Biar dia dirasakan disegani oleh Ustaz Hadi dan Ustaz Hadi malu menandinginya seperti malunya beliau kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz.
   
Sekarang ini yang hendak menganjurkan pertandingan itu sedang mencari calon. Kebanyakannya menyebutkan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden yang dikatakan ada pandangan berbeza dalam beberapa perkara dua tahun kebelakangan ini.
   
Oleh sebab PAS tidak biasa dengan politik seperti itu keadaan hubungan Mat Sabu dengan PAS tidak seselesa sebelumnya. Dan saya melihat politik itu tidak licin.
   
Saya percaya Mat Sabu adalah seorang aktivis/ pemimpin/panglima PAS yang baik dan penting dan amat diperlukan dalam PAS. Justeru itulah saya tidak teragak-agak untuk menyokongnya menjadi salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS yang dilantik oleh ketuanya, Mustafa Ali ketika itu.
   
Saya tidak memikirkannya untuk menjadi khalifah dalam PAS. Bagi saya dia calon yang tepat untuk menjadi pedang PAS seperti Khalid al-Walid jadi Pedang Islam setelah berhijrah dari alam gelap ke alam yang bercahaya. Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali yang amat pantas di medan perang, amat digeruni oleh pemimpin Quraisy, tidak dinobatkan sebagi Pedang Islam, tetapi Khalid al-Walid lebih tepat jadi Pedang Islam atau Pedang Allah daripada jadi khalifah.
    
Saya tidak fikir Mat Sabu banyak peranan dalam menjadikan keadaan yang menjadikan PAS itu berkhemah-khemah, hingga dia ditonjolkan oleh banyak, dalam pergolakan itu hendak menukar Presiden. Perkembangan dalam PAS meletakkan Mat Sabu seolah-olah di depan mahukan perubahan, sedang yang dikatakan perubahan itu lebih dikehendaki oleh pihak lain. Hingga ini dia lebih ditonjolkan dari lain-lain orang oleh pihak lain.
  
Mat Sabu bermula dengan politik PAS. Muda dan dewasa dalam PAS. PAS itulah politik yang dikenali. Dalam darah dan sarafnya adalah PAS pekat. Kita mahu dia mati dalam. Mungkin kesilapan orang PAS ialah mahu menjadikan dia khalifah. Dia tidak minta semua kedudukan itu, tetapi PAS mesti pastikan dia berperanan terus sebagai pedang PAS, siapa juga juga jadi khalifah, dia tetap pedang PAS. Khalid al-Walid hanya hafal empat Qul, tetapi dalam medan juang dia lebih mahir dari ahli hukum.
  
Maka janganlah Mat Sabu yang semasa mudanya sama-sama mengusulkan konsep kepimpinan ulama di Bukit Mertajam yang mencabar pimpinan ulama. Biarkan orang PAS yang baru datang berbuat begitu. Kita jangan buat sesuatu yang menyebabkan kita tercicir pedang. – HARAKAHDAILY 15/3/2015

Sumber HD - 15-3-2015


Apa contoh jihad yang betul?

Posted on Sunday, March 15 @ 07:30:49 MYT by paktam

Oleh Subky Latif
SELEPAS IS – Islamic State – sejak setahun lalu di Iraq dan Syria, jihad menjadi perbincangan semua orang di dunia termasuk orang-orang yang mendapat pendidikan tinggi agama, tidak ketinggalan orang alim di Malaysia.

Apa yang dikatakan perjuangan menegakkan Daulah Islamiyah oleh IS dikira jihad palsu dan belumlah tentu negara Islam yang ditegakkannya nanti daulah Islam yang dikehendaki oleh Islam memandangkan tindakan zalim dan kejam oleh peserta IS itu.

Tidak dapat tiada publisiti buruk IS itu mendapat perhatian anak-anak muda Islam serata dunia termasuklah anak-anak dara sunti Malaysia.
Anak-anak muda sejak zaman berzaman menjadi elemen yang penting dalam sebarang cetusan kebangkitan apa perjuangan juga.

Yang menunggang langgangkan kemaharajaan Namrud dan Firaun pada zaman purbakala ialah anak muda yang bernama Ibrahim dan Musa yang kemudiannya menjadi Rasul Allah.

Nabi Muhammad s.a.w. pula tidak jadi masalah kepada masyarakat Arab jahiliyah semasa remaja dan belianya hinggalah baginda berusia 40 tahun setelah diangkat menjadi Rasul. Akan tetapi orangorang yang menyahut dakwahnya rata-rata anak muda seperti Abu Bakar, Umar, Ali dan lain-lain.

Belia inilah yang menghidupkan daya kedatangan Islam yang amat tidak disenangi oleh golongan establishment Quraisy.

Dan yang menggerakkan kemunculan komunis seperti yang dicetuskan oleh pemikiran Karl Marx ialah anak-anak muda Bolshevik Rusia seperti Lenin, Trotski, Stalin serta Mao Zedong di China dan Ho Chi Minh di Vietnam.

Bahkan yang bangkit mempertahan kesucian Baitulmaqddis pada akhir zaman ialah pemudapemuda Palestin. Inilah yang anak-anak muda Islam hendak lihat apakah anak muda Palestin yang dikatakan itu adalah anak muda yang ada sekarang atau bila ia akan mencul.

Dan 10 anak muda seperti inilah yang Sukarno mahu bagi menegakkan Revolusi Indonesia, bukan seribu pegawai awam dewasa yang hendak bersara.

Fenomena anak-anak muda inilah yang Obama bimbang yang mendaya saing IS dan gerakan keganasan di mana-mana saja. Tidak terlawan kita, kata Obama, melainkan Amerika mendapat kerjasama semua negara dan kerajaan di dunia.

Anak muda jenis inilah yang ikut menjadi panduan kita di Malaysia baik oleh pihak keselamatan mahupun lulusan pengajian tinggi Islam terutama pemegang jawatan dalam kerajaan. Orang menjalankan sekolah tahfiz dan murid-murid remaja tahfiz dibimbangi termakan dengan yang dikatakan jihad itu.

Lebih 10 tahun dulu, perdana menteri pada masa itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyekat bantuan Sekolah Agama Rakyat kerana ia membekalkan pemimpin PAS masa depan. Tetapi pemimpin PAS yang hendak dilahirkan itu tidaklah dirasakan sebahaya pencinta jihad yang meminati IS.

Yang tertarik kepada IS itu bukanlah belia gitar rancak, bukan kaki hiburan, bukan yang jadi Pemuda dan Puteri Umno, tetapi yang tertarik kepada kebangkitan Islam dan yang bercadang untuk menjadi pejuang Islam. Belia seperti inilah yang ada benih jihad.

Jihad itu adalah benda suci dalam Islam. Ia adalah rukun Islam tidak rasmi. Jika tidaklah jihad itu suatu yang belum tentu diceburi oleh orang Islam, maka ia boleh jadi rukun Islam yang keenam.
Apabila ia hampir dijadikan rukun Islam, bererti mengamalkannya lebih tinggi dari amalan sunat.
Murid Syiah Melayu yang rapat dengan saya kata, jihad satu dari rukun Islam.

Apa yang kita wajar fahami demikianlah dekatnya jihad itu pada orang berjiwa Islam. Dengan demikian jihad itu jadi macam magnet atau besi berani kepada pemuda di mana jua. Adakah mereka dapat pengetahun yang tepat atau tidak, mereka hendakkan jihad.

Inilah subjek yang dibincang oleh semua masyarakat di Malaysia sekarang. Tertarik kepada IS bukan benda yang betul. Jihad itu bukan begitu. Ia lain. Jihad itu bukan seperti perang Badar dan perang Uhud saja. Ada jihad ekonomi, ada jihad kebajikan, ada jihad perpaduan dan lain-lain. 
Jihad itu tidak semestinya mati syahid saja.

Banyak kerja dalam masyarakat yang boleh jadi jihad.

Itulah yang disebut oleh sekalian pemimpin, pegawai tinggi dan ahli-ahli agama. Hingga ada anjuran supaya ilmu jihad itu mesti diajar di sekolah-sekolah. Jika ia jadi mata pelajaran, tidak semestinya mereka tidak tertarik kepada jihad di Afghanistan, di Yaman, di Jordan dan lain-lain.
Kita tidak boleh sekat hati belia suka kepada jihad. Tetapi kita hanya kata jihad ke Syria, ke Iraq dan ke mana-mana itu tidak betul. Kita tidak beri contoh jihad yang betul.

Dato’ Seri Jamil Khir Baharom tidak bagi tahu apa yang dibuatnya dalam kerajaan dan Umno itu jihad.

Orang yang kerja di Yadim dan Jakim itu bukan makan gaji saja, tapi juga jihad. Samalah makan gaji dalam polis dan PTD.

Tetapi percayakah mereka bahawa Jamil Khir, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Tan Sri Harussani Zakaria sekarang adalah mujahidin kom pegawai kerajaan kom ahli politik? Percayakah mereka mufti-mufti yang mati dalam perkhidmatan itu syahid dan berpenghulukan Sayidina Hamzah?

Kalau jadi menteri dan memimpin masyarakat itu adalah contoh jihad yang dikehendaki, bagaimana ada antara mereka rasuah dan bercakap untuk melaksanakan hudud pun tidak berani?

Jihad itu bukan sekadar dicakapkan di bilik kuliah dan di masjidmasjid, tetapi antaranya kena tunjuk contoh dan amalinya. Budakbudak yang hendakkan jihad ini bukan sekadar hendak dengan sudut pengajian yang lengkap saja, tetapi mereka mahu amali sekali.

Mereka belajar dan baca hadis tentang jihad yang Rasulullah s.a.w. sampaikan dan mereka tahu baginda amalkan apa yang diajar.

Tidaklah baginda cerita tentang indahnya jihad tetapi baginda tidak turun padang.

Setidak-tidaknya mereka kaji tentang Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz Ibrahim selalu cakap tentang jihad dan mati syahid. Almarhum tidak sekadar cakap tetapi dia laksanakan jihad menentang ISA sehingga dia gugur dan ada yang memasyhurkan kematiannya syahid.

Orang kata dia mati bughah, Kalau bughah bagaimana Sultan Kedah ziarah pusaranya? Jika anak muda itu ada zat jihad dalam hatinya, benih itu bukan dia yang cipta, tetapi ia ada dengan izin Allah.

Kita tidak boleh buang dan cungkil benih keluar dari hatinya. Kita hanya boleh bincang tetang jihad yang ada padanya dengan memastikan ia jihad tulin atau jihad palsu.

Jika menghalang polis menjalankan tugas adalah kesalahan yang besar, menghalang jihad tulen bagaimana pula. Jika kita bimbang terhadap belia kita tertarik pada IS, kita kena buktikan dan yakinkan jihad IS itu tidak dengan dalil yang qatie dan bukan kerana hendak menyahut seruan Obama supaya dunia seluruhnya bekerjasama memerangi keganasan.

Obama adalah mewakili gerakan antijihad dunia, sedang kita adalah hendak memastikan jihad tulen, bukan jihad yang diselewengkan Yahudi, supaya kita berada pada landasan jihad yang sah.

Tetapi polemik tentangnya mesti ditunjukkan dengan contoh yang masuk akal, tidak sekadar keterangan jihad yang tiada contoh dan sandaran. Kita mesti elak dari amalan Yahudi yang global dari dulu hingga kiamat.

Sumber DD - 15-3-2015


MINTA BANTUAN JIN CARI MH370



SETELAH genap setahun penerbangan MH370 hilang yang dijangka tenggelam di Lautan Hindi tidak juga tidak ditemui.
   
Australia adalah yang terkedepan daripada banyak negara di dunia membantu Malaysia mengesan pesawat yang tidak diketahui di mana hilang atau terjatuhnya. China juga jadi pihak yang terpenting di samping Australia memberi banyak tenaga mengesannya.
   
Sesudah jenuh mencari tidak juga jumpa, maka berapa lama dan sampai bila kerja yang dijangka payah berhasil itu hendak diteruskan? Semua tabik kepada Australia atas peranan besarnya yang kepentingannya dalam tragedi penerbangan itu tidak sebesar Malaysia dan China.
   
Jika China ke depan dalam pencarian itu adalah disebabkan oleh ramai rakyatnya penumpang pesawat itu dan pesawat itu adalah hendak ke Beijing. Tanggungjawab China dalam hal ini dapat difahami.
   
Australia telah membuat sikap yang betul untuk mengehadkan peranannya sekalipun ia masih meneruskan apa yang patut dibuat.
  
Malaysia sendiri sebagai tuan punya penerbangan sampai bila hendak meneruskan kerja yang peluang berhasilnya tidak diketahui. Belum tentu dapat ditemui setahun lagi, bahkan sepuluh atau 20 tahun lagi belum tentu jumpa. Kita juga tidak terdaya mencari hal yang susah dijumpa.
   
Harapan jumpa adalah lebih payah. Kemungkinan tidak dijumpai lagi adalah lebih besar. Jika kerja mencari diteruskan, bukan kerana ia akan ditemui tetapi hendak menunjukkan kepada keluarga dan kaum kerabat mangsa bahawa kita ada tanggungjawab atas kejadian. Ia tidak dibiar dan dilepaskan daripada bertanggungjawab.
   
Jika ia jatuh di darat, ia lebih senang dijumpai. Tetapi laut itu luas bahkan lebih luas daripada daratan. Jika jatuh di daratan, daratan dihuni manusia, maka peluang ditemui manusia lebih cerah dan senang. Penghuni laut ialah ikan, sotong dan lain-lain. Jika makhluk itu menemuinya, tidak ada cara ia dapat dimaklumkan kepada umum.
   
Tidaklah kita berputus asa, tetapi kita perlu realistik, mencarinya bukan seperti mencari telaga minyak dan lain-lain hasil bumi yang ada isyarat. Tetapi kapal terbang tidak timbul apabila jatuh ke laut. Ia tenggelam ke dasar laut dan mustahil timbul.
   
Jika ia dijumpai, bukan kerana senang dicari atau boleh dijumpai, tetapi kerana terjumpa. Teknologi angkasa lepas hanya boleh merakam apa yang ada di daratan dan di permukaan air/laut, tetapi benda yang tenggelam dalam lautan belum ada teropongnya. Benda di permukaan bulan dan lain-lain cakerawala sudah dapat diteropong.
   
Adakah kapal selam dapat meneropong apa yang ada dalam laut? Jika ia ada keupayaan itu, maka tentu ia sudah digunakan untuk mencarinya. Kita belum dengar China, Amerika dan Australia yang banyak kapal selam menggunakan kapal selam untuk mencarinya.
   
Apabila kapal selam tidak digunakan, ini bererti ia belum ada teknologi canggih untuk merakam objek yang tenggelam dalam air dalam. Mungkin kita terpaksa menunggu penemuan teknologi canggih air dalam bagi menemuinya.
   
Allah hanya beri kelebihan pada Nabi Sulaiman a.s. untuk memerintah jin untuk mengesan apa yang makluk lain tidak boleh kesan. Kita tidak dapat bantuan jin kerana tidak mendengar perintah orang lain selain daripada Nabi Sulaiman.
  
Jika kita tidak ada teknologi tadi dan tidak dapat mengerah jin, maka payah meneruskan pencarian, sebab laut itu luas dan kapal terbang terlalu kecil baginya. Maka kita juga terpaksa memikirkan sampai bila hendak mencari barang yang kemungkinan payah jumpa? – HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015





























































































Bukan senang meramaikan ahli PAS

SUBKY LATIF | .


SEJAK saya bergerak kencang dalam PAS hujung tahun 70-an, boleh dikatakan sama banyak tidur di rumah dengan tidur dalam bas dan tempat ceramah. Setiap masa bersedia seperti naik bukit turun bukit untuk memperkenal perjuangan PAS kepada orang ramai, mengajak yang belum berparti dan orang Umno menyertai PAS.
    
Lebih hebat lagi Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TG Almarhum Nik Abdul Aziz yang lebih lama daripada saya berjuang mengajak orang menyertai PAS. Tinggal TG Haji Abdul Hadi Awang antara yang terus menyambung kerjanya bersama dengan Ustaz Fadzil dan TG Nik Aziz dulu.
    
Saya teringat ketika terkandas dengan TG Haji Hadi pukul 2 malam di hujung pekan Sungkai kerana tayar Mercedes tuannya pancit dan tayar gantinya juga pancit. Tidur dalam motokar hingga kedai tayar buka pukul 9 pagi.
    
Ketika saya mula tercebur dalam PAS keahliannya sekitar 200 ribu orang. Amat sakit untuk mencapai keahlian setengah juta semasa menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun 1991. Sasaran itu hampir tercapai semasa sambutan jubli emas tahun 2001, tahun kematian Ustaz Fadzil.
    
Bukan senang untuk dapat seorang dua menyertai PAS dari satu ceramah. Dua hari Ustaz Fadzil meninggalkan rumah di Alor Setar untuk berceramah satu jam di Temerloh. Beribu orang hadir. Belum tentu lima orang menyertai PAS selepas ceramah. Ustaz Hadi jadi tumpuan ramai masa itu. Daripada belasan ribu yang mendengarnya tak sampai 10 masuk PAS.
   
Demikian limpahan manusia mendengar ceramah TG Nik Aziz dan kemudian besar minat orang kepada ceramah Mat  Sabu, belum tentu ramai pendengar mengisi borang PAS. Demikian payahnya unuk mendapat seorang dua daripada ceramah saya yang tidak ramai pendengar.
   
Kami tiada kuasa untuk menjadikan orang ramai itu menyertai PAS. Kami boleh memberi penerangan. Allahlah yang menggerakkan hati mereka menyertai PAS.
  
Sekarang keahlian PAS sudah mencecah sejuta. Saya pun tidak tahu bagaimana parti Pak Lebai dulu kini jadi parti sejuta orang dan parti untuk semua orang. Bukan senang untuk dapat menjadi parti orang Melayu/Islam yang bersaing dengan Umno.
   
Kita tidak arif bagaimana keahlian jadi seramai itu. Tetapi ia adalah parti yang besar dan disegani oleh semua. Sewajarnya ahli-ahli PAS bersyukur kerana parti yang payah dapat seorang dari setiap ceramah kini boleh jadi parti sejuta orang.
   
Apabila parti itu sudah besar, maka besar jugalah masalahnya. Tetapi dengan besarnya parti itulah yang melayakkannya menggantikan Umno. Itulah kempen PAS sekarang iaitu parti pilihan orang yang tidak mahu dan tidak suka lagi pada Umno.
  
Tetapi kalau setengah yang berada dalam PAS disuruh keluar pula daripada PAS, maka tidak dapatlah kita menggantikan Umno.  Saya tahu susahnya untuk dapat seorang dua ahli, tidaklah wajar setelah ada sejuta, disuruh pula setengahnya tingalkan PAS.
   
Ia bukan cara dan politik menyelesaikan masalah. Jika ada yang tidak mahu TG Haji Hadi jadi pemimpin, biarkan mereka calonkan sesiapa. Tapi saya pun tidak percaya ada yang sedia jadi calon. Adakah dalam PAS Haji Sulaiman Palastine yang sanggup cabar Hussein Onn? Banyak juga undi diperolehnya, tetapi dia kalah.
   
Pencabar TG Hadi mencatat sejarah. Tapi sejarah itu berakhir hari pemilihan. Yang mencabar itu mungkin ada silap dan betulnya. Tapi jika mereka silap pun, mereka adalah ahli PAS. Sebelum mereka disuruh keluar, PAS beri peluang ikut majoriti seperti Tunku tawarkan komunis menyerah diri. Kerana ramai yang tak menyerah diri, barulah Tunku perang mereka habis-habisan.
   
Tidak bijak berusaha keras dapatkan ahli Umno jadi PAS tapi suruh pula ahli PAS keluar parti. Jangan jadi politik buluh kasap. – HARAKAHDAILY 11/3/2015


Sumber HD - 11-3-2015


BIAR MELAYU BANGSA TERKENAL DI DUNIA


ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK DATUK HUSSEIN


BERWAWASAN Laksamana Hang Tuah, tak akan Melayu hilang di dunia. Maka wawasan itu dilanjutkan oleh Perdana Menteri Najib, biar bangsa Melayu terkenal di dunia.
  
Pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Bukit Jalil minggu lalu, dia isi Wawasan 2020 Dr. Mahathir dengan wawasan menjadikan Melayu bangsa terkenal di dunia.
   
Ia ada beberapa cadangan bagi menjadikan bangsa Melayu terkenal di dunia tetapi sebelum ia terkenal di dunia, ia mestilah dikenali dan dihormati dulu di negara sendiri. Jika ia mulai pudar dalam negara sendiri, maka bagaimana ia hendak dikenali dunia?
   
Sebelum merdeka dulu jika pun Malayu itu tidak masyhur sangat di dunia tetapi bangsa yang dijajah itu dikenal juga oleh orang Asia khususnya jirannya di Asia Tenggara. Sebelum pembentukan Malaysia, masih Melayu berbaki kerana negara muda itu mahu tak mahu dimasyhurkan dengan nama dalam bahasa Melayunya Persekutuan Tanah Melayu.
   
Itupun untuk kegunaan orang Melayu ketika bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau Perdana Menterinya bercakap dalam bahasa Inggeris terutama menyambut tetamu asing ia disebut Federation of Malaya. Maka orang dari dunia tidak tahu lagi Melayu itu.
   
Bagi mengenalkan Melayu itu kepada dunia ia mesti disebut Melayunya itu. Ke mana jua pergi kena sebut ia orang Melayu dari Tanah Melayu. Tetapi bukan kerja perwakilan Malaysia di mana-mana untuk memberitahu mereka orang Melayu kerana mereka adalah mewakili Malaysia.
   
Sukarno itu Jawa. Dia menjelajah ke seluruh dunia semasa memerintah, tetapi dia tidak sebut sepatahpun dia orang Jawa. Dia Presiden Indonsia dan dia dikenali di dunia sebagai bangsa Indonesia. Bangsa Jawa tidak dikenali lagi, bahkan orang lebih kenal Bali daripada Jawa.
   
Bagaimana dunia hendak mengenali Melayu bagai yang Najib mahu kalau tidak ada kempen khas. Untuk kempen khas di serata dunia kena kedutaan usahakan. Kelau kedutaan kena perkenalkan projek Melayu, maka kedutaan juga kena perkenalkan projek Iban, Dayak, Kadazan dan lain-lain. Bagaimana pula Cina Malaysia dan India Malaysia?
   
Bagaimana hendak menjadikan bangsa Melayu terkenal di dunia sedang kalimah Melayu itu terhakis dalam negara sendiri. Sekolah Melayu jadi Sekolah Kebangsaan, Bahasa Melayu senang dipanggil Bahasa Malaysia. Utusan Melayu sudah lama tidak menerbitkan Utusan Melayu lagi. Ia menerbitkan Utusan Malaysia pula. Yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu.
    
Tanah rizab Melayu yang mesti diganti jika diambil, semuanya tidak berganti apabila diambil. Yang tidak boleh diusik ialah hak istimewa orang Melayu. Tapi apa isi yang tinggal dalam hak istimewa oang Melayu itu? Adakah itu saja untuk jadi asas bangsa Melayu terkenal di dunia?
    
Sebelum bangsa Melayu dikenal di PBB, Melayu itu dikenalkan dulu dalam negara sendiri. Rata-rata Melayu mula tidak dikenal lagi dalam negeri. Bahasa Melayu dicadangkan untuk didaulatkan sebagai bahasa rasmi, semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu. Apa jadi? Ia hanya ada dalan perlembagaan.
  
Bahasa Melayu cuma digunakan dalam perbahasan di Parlimen dan Dun. Urusan pentadbiran dan komunikasi seolah-oleh tidak jadi menggunakan bahasa Melayu. Ia seolah-oleh tidak jadi digunakan sebagai bahasa penghantar tunggal dia semua sekolah. Selepas Dr. Mahathir berkuasa, dasar bahasa Melayu sudah jadi cacamarba.
   
Tahun 1970 Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi memperuntukkan ekuiti Melayu/Bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus dalam semua bidang dalam masa 20 tahun. Tahun 2015 anak Tun Razak, Najib melancarkan semangat biar bangsa Melayu terkenal di dunia.
   
Tiada apa yang dicapai oleh Dasar Ekonomi Baru, yang ada seperti tanah rizab Melayu bertambah susut, maka bagaimana Melayu hendak dikenali di dunia sebelum Najib mati dan selepas mati? Ia bukan sekadar payah dikenali di dunia dan dalam negeri itu kurang  dipedulikan. Jadilah wawasan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. – HARAKAHDAILY 9/3/2015

Sumber HD - 9-3-2015


Biar Melayu bangsa terkenal di dunia

Posted on Wednesday, March 11 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Subky Latif



BERWAWASAN Laksamana Hang Tuah, tak akan Melayu hilang di dunia. Maka wawasan itu dilanjutkan oleh Perdana Menteri Najib, biar bangsa Melayu terkenal di dunia.
  
Pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Bukit Jalil minggu lalu, dia isi Wawasan 2020 Dr. Mahathir dengan wawasan menjadikan Melayu bangsa terkenal di dunia.

Ia ada beberapa cadangan bagi menjadikan bangsa Melayu terkenal di dunia tetapi sebelum ia terkenal di dunia, ia mestilah dikenali dan dihormati dulu di negara sendiri. Jika ia mulai pudar dalam negara sendiri, maka bagaimana ia hendak dikenali dunia?
   
Sebelum merdeka dulu jika pun Malayu itu tidak masyhur sangat di dunia tetapi bangsa yang dijajah itu dikenal juga oleh orang Asia khususnya jirannya di Asia Tenggara. Sebelum pembentukan Malaysia, masih Melayu berbaki kerana negara muda itu mahu tak mahu dimasyhurkan dengan nama dalam bahasa Melayunya Persekutuan Tanah Melayu.
   
Itupun untuk kegunaan orang Melayu ketika bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau Perdana Menterinya bercakap dalam bahasa Inggeris terutama menyambut tetamu asing ia disebut Federation of Malaya. Maka orang dari dunia tidak tahu lagi Melayu itu.
   
Bagi mengenalkan Melayu itu kepada dunia ia mesti disebut Melayunya itu. Ke mana jua pergi kena sebut ia orang Melayu dari Tanah Melayu. Tetapi bukan kerja perwakilan Malaysia di mana-mana untuk memberitahu mereka orang Melayu kerana mereka adalah mewakili Malaysia.
   
Sukarno itu Jawa. Dia menjelajah ke seluruh dunia semasa memerintah, tetapi dia tidak sebut sepatahpun dia orang Jawa. Dia Presiden Indonsia dan dia dikenali di dunia sebagai bangsa Indonesia. Bangsa Jawa tidak dikenali lagi, bahkan orang lebih kenal Bali daripada Jawa.
   
Bagaimana dunia hendak mengenali Melayu bagai yang Najib mahu kalau tidak ada kempen khas. Untuk kempen khas di serata dunia kena kedutaan usahakan. Kelau kedutaan kena perkenalkan projek Melayu, maka kedutaan juga kena perkenalkan projek Iban, Dayak, Kadazan dan lain-lain. Bagaimana pula Cina Malaysia dan India Malaysia?
   
Bagaimana hendak menjadikan bangsa Melayu terkenal di dunia sedang kalimah Melayu itu terhakis dalam negara sendiri. Sekolah Melayu jadi Sekolah Kebangsaan, Bahasa Melayu senang dipanggil Bahasa Malaysia. Utusan Melayu sudah lama tidak menerbitkan Utusan Melayu lagi. Ia menerbitkan Utusan Malaysia pula. Yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu.
    
Tanah rizab Melayu yang mesti diganti jika diambil, semuanya tidak berganti apabila diambil. Yang tidak boleh diusik ialah hak istimewa orang Melayu. Tapi apa isi yang tinggal dalam hak istimewa oang Melayu itu? Adakah itu saja untuk jadi asas bangsa Melayu terkenal di dunia?
    
Sebelum bangsa Melayu dikenal di PBB, Melayu itu dikenalkan dulu dalam negara sendiri. Rata-rata Melayu mula tidak dikenal lagi dalam negeri. Bahasa Melayu dicadangkan untuk didaulatkan sebagai bahasa rasmi, semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu. Apa jadi? Ia hanya ada dalan perlembagaan.
  
Bahasa Melayu cuma digunakan dalam perbahasan di Parlimen dan Dun. Urusan pentadbiran dan komunikasi seolah-oleh tidak jadi menggunakan bahasa Melayu. Ia seolah-oleh tidak jadi digunakan sebagai bahasa penghantar tunggal dia semua sekolah. Selepas Dr. Mahathir berkuasa, dasar bahasa Melayu sudah jadi cacamarba.
   
Tahun 1970 Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi memperuntukkan ekuiti Melayu/Bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus dalam semua bidang dalam masa 20 tahun. Tahun 2015 anak Tun Razak, Najib melancarkan semangat biar bangsa Melayu terkenal di dunia.
   
Tiada apa yang dicapai oleh Dasar Ekonomi Baru, yang ada seperti tanah rizab Melayu bertambah susut, maka bagaimana Melayu hendak dikenali di dunia sebelum Najib mati dan selepas mati? Ia bukan sekadar payah dikenali di dunia dan dalam negeri itu kurang  dipedulikan. Jadilah wawasan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. – HARAKAHDAILY 9/3/2015  

 

Sumber HD - TKO -3-2015


Anwar sanggup mati di penjara kerana peribadi?

Posted on Monday, March 09 @ 05:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif
SAYA tidak rapat dengan Dato’ Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. 

Sebelumnya saya memang mendekatinya.Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. Selepas bebas penjara dua–tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.

Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.

Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya.
Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?

Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. 

Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.

Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Peerdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang setiap laki-laki ingin kahwin dengan Siti Nurhaliza sekalipun yang dapat mengahwininya hanya seorang saja.

Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, Umno sudah jadi kurafat dan ia perlu diruntuhkan. Saya termakan dengan mantiknya, justeru kurafat boleh membelenggu kepercayaan rakyat dan selagi ia tidak diruntuhkan, maka sekalian terus menerus dibelenggu kurafat itu.

Kerana Umno yang menindas itu tidak dapat diruntuhkan, bukan saja sekalian jadi pencarum kurafat, maka banyaklah keroskan berlaku di alam kita, pada politik, ekonomi, sosial, akhlak, akidah dan lain-lain. Jika dibenarkan mustakbirin ini berterusan, maka tiada jaminan masa depan negara dan generasi terkemudian.

Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.

Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.

Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.

Hanya nasib belum memihak kepada perubahan. Kita telah saksikan, sekalipun Anwar itu dikatakan tampil dengan agenda peribadi, tetapi kita sendiri rasakan, tembok yang tidak dapat ditembusi lebih 50 tahun itu telah retak di sana sini dengan paduan tenaga bersamanya sekalipun dia ada mimpi lain.

Saya boleh terima Anwar masuk Umno dulu kerana hendak jadi perdana menteri. Dia hampir berjaya.

Jika ia semata-mata agenda peribadinya, dia setangga saja lagi, jika sanggup menangguk kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad atas semua yang dimahunya seperti yang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak buat, dia sudah dapat agenda peribadinya itu. Tetapi dia dibuang ketika dia adalah pengerusi jawatankuasa kabinet antipenyelewengan.

Kerana dia mengutamakan membersih penyelewengan semua orang yang bersamanya, maka mereka buang dia dulu sebelum dia buang mereka.

Dan jika agenda peribadi jadi keutamaannya, dia tahu kesaktian Umno, bukanlah mudah untuk dileburkan.

Hanya melalui Umno saja kuasa dapat dicapai, itu jua fikiran khurafat, dia tidak cari jalan untuk masuk semula Umno seperti yang banyak orang sangka. Dia tubuh parti dan terus bersama pembangkang. Dia tahu selama lebih 50 tahun pembangkang tidak dapat tumbangkan kerajaan.

Mengapa dia mahu kekal bersama pembangkang bagi melakukan perubahan?

Kita tahu Anwar ditawarkan jawatan besar dalam agensi PBB sebaik lulus universiti.

Dia tolak gaji empat angka dolar Amerika tetapi buka Yayasan Anda bergaji kecil. Perjuangan peribadi jarang menolak tawaran lumayan.

Orang balik Mesir, Jordan dan Madinah tak tolak jawatan mufti dan penasihat agama perdana menteri, tetapi Anwar pilih kerja yang bergaji kecil.

Banyak yang tempelak Anwar utamakan diri dan peribadi, tetapi dia buat kerja yang memungkinkannya hidup di pejara lebih lama dari duduk dalam kabinet. Orang yang berkokok itu buat apa?

Sedarkah tentang rasuah menjadi-jadi dan penyelewengan merata-rata, tapi lebih senang terima jawatan bergaji besar sedang rakyat menderita dan ditindas?

Saya sedar politik Anwar hari ini tidak sama dengan politiknya sebelum masuk politik itu.

Pandangan Islam sudah berbeza. Tidak nampak ada persamaannya dengan apa yang PAS mahu dulu dan akan datang.

Tetapi kita mesti faham bahawa suasana selepas 50 tahun lebih negara dibawah politik zalim dan penindasan, tidak semua yang hendak buat ketika PAS diubuhkan dulu dapat dibuat.

Banyak yang tidak dapat dibina di samping ada banyak lagi yanag dapat dibuat.

Kehadiran Anwar dalam Pakatan Rakyat memberi harapan boleh menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan yang kita sertai bersama Anwar nanti.

Walaupun kerajaan yang Anwar pimpin itu tidak dapat memberi sesmua apa yang PAS mahu, tetapi yang pertama, kita sama-sama boleh runtuhkan mustakbirin. Sekalipun Anwar tidak penuhi semua yang PAS mahu, tetapi dia tentu tidak teruskan penindasan dan kezaliman seperti yang kerajaan m u s takbirin buat sekarang.

Perjanjian kita d engan Anwar bukanlah ditentukan hingga kiamat. Sekali pun kita bercadang untuk bersama selama mungkin, tetapi kita boleh kaji dari masa ke semasa.

Kita boleh bersama selagi kita mahu dan selagi Anwar mahu. Jika Anwar jadi perdana menteri, belum tentu dia terima hudud yang PAS mahu.

Dia mungkin terima dam mungkin tawakuf, tetapi pada peringkat awal kerajaan itu akan bekerja siang malam bagi membasmikan penyelewengan, membendung dan maenghukum gejala rasuah, menegakkan k e a d i l a n  d a n  paling utama memastikan negara tidak muflis seperti Greece dan lain-lain.

Dan jika Anwar pula masa itu buat pula macam yang Umno, suatu yang malaikat simpangkan dengan izin Allah, maka kita berfikir pula pada ketika itu. Yang penting kurafat Umno sudah dibersihkan.

Kiranya Umno ada lagi masa itu, ia tentunya Umno lain. Kita akan hadapi pula mana-m a n a  
pihak y a n g  j a d i  m a c a m U mno l a g i.

Maka pada saya, ajaiblah kalau Anwar itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.

Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.

Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti A n w a r . Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya. Pengorbanannya uuk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan a k a n dikenang selama-lamanya.

Sumber DD - 9-3-2015


SIAPA GANTI UMNO DALAM PRK CHEMPAKA




SEMUA menunggu hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Chempaka yang dikosongkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz?
   
Umno pimpinan Najib sah tidak bertanding, suatu yang tidak berlaku dalam pimpinan Umno/BN pada masa-masa lalu. Ia yang kedua BN tidak meletak calon dalam PRK juga di bawah pimpinan Najib iaitu di Gelugor, kerusi yang dikosongkan oleh Karpal Singh.
   
Gelugor dulu untuk Gerakan. Justeru Gerakan sudah seperti mati di Pulau Pinang, ia tidak sedia menyertai PRK dan Umno sebagai pimpinan BN tidak dapat buat apa.
   
Kini Umno pula meneruskan politik tidak menyertai PRK yang semua rasa ia tidak akan menang.
   
Semua puji langkah Umno tidak meletak calon khas di Chempaka kali ini dan tidak buat begitu di tempat-tempat lain sekalipun di Kelantan. Umno rasa ia akan penat saja kiranya menyertai PRK itu.
   
Maka alasan besar Umno menarik diri ialah untuk menumpukan kerja baik pulih Kelantan yang musnah gara-gara serangan banjir besar, dan yang tidak dinyatakan ialah tidak dilihat bijak mengambil tempat yag ditinggalkan TG Nik Aziz yang semua orang dalam keadaan berkabung.
    
Banyak susahnya Umno untuk berlawan pada ketika semuanya merasakan Tok Guru seperti wali.
   
Tetapi belum tentu PAS menang tanpa bertanding. Tidak ditolak ada calon bebas. Tetapi siapakah yang akan menggantikan Umno itu? Sama ada calon bebas itu dari ahli Umno atau bukan Umno, maka PAS mesti bersedia seperti berlawan dengan Umno juga. Cuma dari segi politiknya, PAS tidak menghadapi cabaran seperti menghadapi Umno.
  
Kelantan ada negeri dikira pengkalan Perkasa. Pemimpin dan pengasasnya, Ibrahim Ali menolak jadi calon bebas kerana dia hanya berminat di Pasir Mas saja. Tetapi tidak mustahil bebas itu dari Perkasa.
    
Perkasa belum boleh menggantikan Umno di mana-mana tempat yang Umno tidak berminat termasuk Chempaka yang terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa. Dalam suasana PAS payah menang di mana-mana dari tahun 1978 hingga menjelang tahun 1990, PAS boleh menang dalam kawasan Pengkalan Chepa.
   
Kelantan adalah kubu PAS, tetapi Pengkalan Chepa adalah tempat pejal berbanding dengan semua tempat di Kelantan. Umno/Berjasa menang semua kecuali dua kerusi dalam Pilihan Raya Umum Negeri tahun 1978. Satu daripada dua kerusi yang PAS menang ialah Dun di kawasan Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.
   
Dalam PRU 1986 PAS kalah semua kerusi Parlimen di Malaysia kecuali Haji Nik Abdullah Arshad di Pengkalan Chepa.
  
Ketika PAS berkuasa di Kelantan pra 1978, Adun PAS dari kawasan itu Nik Abdullah Arshad juga dikenakan tahanan ISA. Dalam PRU semasa dia ditahan, dia dicalonkan. Kempen membawa songkok Nik Abdullah di setiap lokaliti. Ia jadi ganti calon kerana calon dalam tahanan. Dia menang juga sekali pun dia ditahan ISA, tidak dapat keluar kempen.
  
Sejak Tok Guru Nik Aziz menyertai politik, Pengkalan Chepa itulah pengkalannya. Dalam sejarahnya sejak dari tahun 1959 dalam setiap pilihan raya tidak pernah tidak diwakili PAS, jika ia tidak dapat pertahankan Parlimen, ia tetap pertahankan Dun.
   
Jika Umno yang lengkap organisasi dan tidak sayang besar belanja tidak mudah menguasai kawasan sekitar Pengkalan Chepa, maka payah hendak difikirkan bukan Umno boleh menguasai Dun Chempaka.
   
Apapun PAS mesti bersyukur kerana ia menguasai kawasan itu sejak merdeka dan syukur juga Umno tidak bertanding. Tetap wajar berwaspada dengan politik mengalah Umno di bawah Najib itu. Umno dengan ini dapat menyelamatkan banyak wang tetapi yang ruginya pengundi kerana tidak dapat membuat duit. – HARAKAHDAILY 6/3/2015

Sumber HD - 6-3-2015


























































































Kenapa anti demokrasi ancam bunuh KPN

SUBKY LATIF | .


BANYAK perkara yang perlu dilihat di sebalik adanya ancaman bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar oleh kumpulan yang memanggil dirinya Anak Malaysia Anti Demokrasi.
  
Apa jua bentuk yang dikira ancaman bunuh seseorang apa lagi KPN sudah boleh dikira jenayah, sekalipun bunuh belum dilakukan tetapi kenyataan untuk membunuh baik bergurau, bersungguh atau amaran atau apa saja, sudah boleh dikira jenayah.
   
Maka kenyataan yang ditujukan kepada KPN oleh entah berapa orang itu sudah tentu dipandang berat dan tidak akan dibiarkan begitu saja oleh polis. Jika suatu yang dikira ancaman yang lain dari bunuh pun jadi perkara yang diperhatikan polis, maka lagilah ancaman bunuh dan buat KPN pula.
   
Hal ini dijangka jadi perhatian utama polis. Yang lain-lain jadi perkara kedua. Apa sebab dia dijadikan sasaran akan dianalisis dan diketahui. Apabila orang sepenting KPN yang dipertanggungjawab menjaga keamanan dijadikan sasaran, ia satu gambaran beratnya kedudukan jenayah negara.
   
Hari-hari kita dengar orang dibunuh dan mayat dijumpai di sana sini. Dan sekarang KPN pula diugut. Adakah negra kita sudah termasuk wilayah yang ada mafia seperti Itali, setengah negara Latin Amerika dan lain-lain?  Jika negara sudah sampai begitu, tidak pelik pada pandangan Islam kerana ia adalah natijah masyarakat anti hudud.
  
Bagi masyarakat anti Islam, anti hudud dan syariah, jenayah tidak lagi dikira mengikut bulan dan minggu tetapi mengikut jam – berpuluh jenayah sejam. Malaysia sudah menuju lembah itu kerana masyarakat lebih mencurigai hudud daripada takutkan jenayah/mafia.
  
Kedua, yang mengancam KPN itu menamakan kegiatannya Anak Malaysia Anti Demokrasi. Demokrasi tidak mesti baik dan tidak mesti tidak baik. Tetapi buat dunia ia dikira yang terbaik. Jika kita kata kita tidak setuju demokrasi, maka dunia terus kira ia diktator, kejam, maharajalela, fasis, keganasan dan lain-lain.
  
Pada saya demokrasi bukan yang terbaik tetapi terbaik selepas Islam. Kerana kita tidak terdaya mendaulatkan Islam dan kerana kita diberi kebebasan untuk memilih Islam oleh dunia yang ada, maka semua pejuang Islam menerima pakai demokrasi.
   
Apakah Anak Malaysia Anti Demokrasi memang dilahirkan anti demokrasi? Dari kenyataan yang tersirat dalam siarannya, tidaklah mereka dilahirkan anti demokrasi tetapi mereka kecewa dengan amalan demokrasi yang tidak mengamalkan demokrasi.
   
Demokrasi itu telah dingajikan di semua bilik kuliah dan semua tahu kulit dan isi. Ibarat Yahudi dan Nasrani telah kenal Nabi Akhir Zaman daripada Taurat dan Injil lebih daripada anak dan cucu sendiri. Tetapi apabila Nabi itu datang mereka tahu dia, tetapi mereka tolak.
   
Pengamal demokrasi tahu semua isi demokrasi tetapi masing-masing persendakan amalannya hingga demokrasi itu tidak demokrasi lagi. Pengamal demokrasi seperti itu adalah seperti orang Islam yan mengaku Islam tetapi tidak solat dan tidak menghayati Islam.
  
Sebelum anti demokrasi membunuh demokrasi, pengamal demokrasi palsu itulah yang membunuh demokrasi. Pengamal demokrasi itu antara anti demokrasi awal sebelum timbul orang yang mendewa diri anti demokrasi yang mengugut KPN itu.
   
Banyak filem barat dan Hindi mengambar golongan mafia yang ada dalam sistem kehakiman, pengamal undang-undang, penguasa masyarakat melakukan kezaliman dan penindasan atas nama undang-undang. Akhirnya orang yang tidak diberi keadilan dari undang-undang menjalankan gerakan tidak ikut undang-undang membunuh semua pengamal undang-undang palsu itu.
  
Itulah gara-gara rakyat awam yang kecewa dengan demokrasi tidak yakin kepada demokrasi. Sebelum demokrasi dibunuh oleh anti demokrasi, demokrasi dibunuh oleh pengamal paslu demokrasi. Inilah masalah kita. – HARAKAHDAILY 5/3/2015

Sumber HD - 5-3-2015





























































































Aktivis ulama yang boleh dicontohi

SUBKY LATIF | .

SEBELUM tengah malam Ahad 21 Februari anak saya memaklumkan, Ustaz Mohamad Nor Zain, seorang aktivis Dewan Ulamak Wilayah Persekutuan meninggal dunia dalam usia awal 70-an.
   
Awal subuh Ahad itu, sebaik selesai solat saya ke rumahnya menziarahi jenazahnya. Gelap lagi, lampu jalan belum dipadamkan. Belum ramai yang ziarah. Yang ada keluarga terdekat.
  
Anak-anak dan menantu laki-lakinya sedang mengangkat jenazahnya untuk dimandikan. Anak-anak dan menantunya yang memandikannya. Satu dua orang lain saja yang membantu anak-anaknya.
   
Saya beredar. Saya tahu anak-anak dan menantunya yang mengafankannya dan urusan jenazah yang lain.
   
Sebagai aktivis PAS dalam Dewan Ulama, kegiatan Almarhum tidaklah menonjol sangat bahkan sederhana seperti lain-lain aktivis. Sejak saya mengenalinya, dia istiqamah dengan perjuangan. Dia minat dalam pendidikan agama kanak-kanak. Ada usahanya untuk mengadakan sekolah tahfiz. Tapi belum berjaya. Ada juga dia berdakwah di surau-surau.
   
Dia giat dalam urusan hartanah, boleh dikira itulah bidang pencariannya.
   
Dari awal dia menghantar anaknya ke sekolah tahfiz, ketika belum ramai ibu bapa menghantar anak kejurusan itu. Setahu saya ada anaknya jadi imam di Selangor, Imam Fadzil Mohamad Nor.
   
Yang menarik perhatian saya tentang Almarhum ialah pada hari matinya itu.
   
Kebanyakan orang Islam mati, orang lainlah yang menguruskan jenazahnya, memandi, mengafan, mengimamkan solat jenazahnya. Waris masing-masing mencari tok guru dan imam untuk mengimamkan solat jenazah ibu dan bapa.
   
Pada hal yang terbaiknya imam itu ialah anak sendiri. Boleh kita katakan ramai orang-orang Islam yang anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Anak-anak jadi pembesar, pegawai tinggi, saudagar dan usahawan yang berjaya.
  
Apabila ibu bapa mati masing-masing mencari orang lain untuk jadi imam sedangkan yang jadi imam itu tiada pertalian dengan si mati.
  
Bahagialah ibu bapa yang mati jenazahnya diimamkan oleh anak sendiri.
   
Saya kira Almarhum Ustaz Mohamad Nor dapat rahmat itu. Bukan saja jenazahnya disolatkan oleh anaknya sendiri, tetapi anak-anaknya yang memandi, mengafan dan lain-lain.
  
Saya tidak tahu berapa orang anaknya yang berjaya dalam pendidikan tetapi pada hari matinya dia disempurnakan oleh anak-anak dan menantunya saja.
  
Imam Fadzil yang mengepalai urusan mandi dan mengafan itu juga memandu van jenazah dari masjid yang dia menjadi imam. Van jenazah dibawa dari rumah ke masjid untuk solat dan dari situ ke kubur oleh anaknya sendiri.
  
Anaknya jadi imam dan saya tidak ke kubur. Saya agak anaknya juga yang mentalkinkannya.
 
Bukan tidak ada orang lain yang jenazahnya diimamkan oleh anak sendiri, tetapi tidak banyak urusan jenazah dan pengebumian bergantung pada anak sendiri.
   
Jenazah Ustaz Mohamad Zain dapat apa yang terbaik daripada anak-anaknya sendiri dan kejadian boleh ini menjadi contoh dan jadi harapan kepada orang lain, jika boleh jenazah masing-masing diurus oleh anak sendiri.
  
Moga-moga Almarhum mendapat rahmat yang besar dan tidak terhingga. Amin. – HARAKAHDAILY 3/3/2015

Sumber HD - 3-3-2015




























































































Siapa arah Sirul bunuh Altantuya?

SUBKY LATIF | .


FILEM Hindustan boleh adakan episod seorang watak mengaku membunuh tetapi merahsiakan pembunuhan atas upahan atau suruhan orang lain. Tukang bunuh itu rahsiakan orang yang mengupahnya sekalipun dia menghadapi risiko dihukum bunuh.
    
Pengarah filem boleh senyapkan pengupahnya, seolah-olah tukang bunuh itu bertindak atas kehendaknya sendiri.
   
Adakah Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukum bunuh dalam kes Altantuya diandaikan jadi macam  cerita tukang bunuh sanggup mati dan melepaskan saja orang yang menyuruhnya lepas bebas?
    
Cerita itu boleh ada dalam filem Hindustan saja, tetapi payah ada kejadian sebenarnya. Sirul dipercayai tidak bercadang untuk merahsiakan dia membunuh seperti yang diakuinya adalah atas tindakannya sendiri.
    
Adakah dia tidak ditanya oleh polis yang menyiasat dan Jabatan Peguam Negara yang mendakwa akan adanya orang menyuruhnya membunuh?
    
Dalam komunikasinya dengan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS, dia dikatakan memberitahu, dia disuruh oleh seorang yang masih bebas.
   
Adakah Sirul yang melarikan diri ke Australia dari hukum bunuh itu tidak berkata benar kepada Mahfuz? Suara Sirul berkata begitu didengar melalui telefon yang dikatakan sidang media jarak jauh dengan Mahfuz.
    
Jika Sirul bercakap benar dan suara yang didengar dari telefon itu adalah suaranya, mengapa polis yang menyiasat tidak dapat keterangan itu dan pendakwa raya tidak bawa kisah itu dan bagaimana Mahfuz pula boleh dapat keterangan itu daripadanya sedang Mahfuz bukan pakar penyiasat dan dia juga bukan ahli undang-undang yang tahu kisah pendakwaan?
    
Kalau keterangan baru Sirul dari tempat tahanannya di Australia itu tidak ada dalam pengetahuan penyiasatan dan pendakwaan adalah suatu yang ajaib. Adakah kerja penyiasatan itu dulu sekadar hendak tahu siapa yang membunuh saja? Sesudah ia yakin yang membunuh itu termasuk Sirul, maka tidak perlu tanya dia disuruh atau puas hati ia atas kerja tukang bunuh saja?
   
Sejak Altantuya dibunuh kita sudah ada beberapa orang KPN. Apakah semua mengira cukup penyiasatan itu tanpa bertanya kemungkinan tukang bunuh itu disuruh atau tidak?
  
Dalam begitu ramai pegawai tiadakah yang terfikir patut Sirul ditanya, dia bunuh itu atas kehendaknya sendiri atau dia diupah.
   
Dengan apa yang Mahfuz dapat dedahkan kepada umum sekarang nampak benar leceh dan lompangnya sistem penyiasatan kita.
   
Sirul sekarang sudah dijatuhkan hukum. Mahkamah tentunya berpuas hati dengan keputusan itu, Sirul seorang dari dua polis yang terhukum.
   
Dengan keterangan terbaru Sirul dari jauh itu dia dikatakan mengaku disuruh. Bagaimana Sirul sanggup terima suruhan?
  
Pertama dia seorang polis yang kerjanya adalah untuk mencegah jenayah. Membunuh adalah jenayah. Bagaimana dia boleh terima suruhan membunuh sedang membunuh itu bukan kerja polis. Bagaimana Sirul boleh disuruh sedang tidak diketahui ada rekod jenayah sebelumnya. Jika ada rekod jenayah tentu dia tidak dikekalkan dalam perkhidmatan polis.
  
Tetapi polis adalah orang yang menerima perintah ketuanya. Apabila dia disuruh, adakah dia disuruh atau diperintah? Polis tidak boleh tolak perintah.
   
Banyak lagi yang kena jawab dalam kes Altantuya ini. Mungkin kita tidak cukup nyiru bagi menutup apa yang hendak ditutup. – HARAKAHDAILY 1/3/2015


Sumber HD - 1-3-2015





























































































Sirul persulit komplot pembunuhan Altantuya

SUBKY LATIF | .

PEMIKIRAN polis dilihat tak sekata tentang perkembangan baru berhubung dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu berikutan Sirul Azhar Umar, seorang daripada dua yang dijatuhi hukum bunuh membunuhnya melepaskan diri ke Australia.
    
Sirul yang lari itu dikatakan mahu memberi cerita tambahan atas kes itu. Dipercayai boleh melengkapkan rahsia pembunuhan. Semua menyangka kisah pembunuhan itu belum terdedah sepenuhnya sekalipun mahkamah lama membicarakan kes itu.
   
Apa cerita yang Sirul simpan menyebabkan kerabat polis tidak sekata. Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan berpendapat, patut dibuka semula kertas penyiasatan. KPN sekarang kata tak perlu, memadai dipantau saja.
    
Gara-gara Sirul terlepas daripada kerajaan dan polis Malaysia, kes pembunuhan Altantuya jadi tidak selesai lagi.
   
Percanggahan pandangan antara pemimpin polis sekalipun Musa bukan polis lagi tetapi dia adalah pemimpin polis dulu. Jika polis berbeza pendapat tentang sesuatu dalam kes bunuh itu, maka apa lagilah orang bukan polis yang memerhatikan perkara itu sejak awal yang mengesyaki banyak perkara yang belum terbongkar.
    
Sirul kini bukan sekadar orang yang sudah dijatuhkan hukuman bunuh, tetapi dia boleh menjadi saksi yang amat penting dalam kejadian itu.
   
Orang bukan tidak percaya Sirul terlibat dalam pembunuhan itu tetapi orang mahu tahu apa yang menyebabkan Sirul boleh terlibat dalam pembunuhan itu sedang dia adalah seorang warga polis yang tugasnya pula spesyel.
    
Apabila Sirul terlepas dan boleh mencetuskan kesaksian baru, dengan sendirinya menandakan komplot pembunuhan itu tidak rapi hingga tidak mustahil banyak lagi perkara terbongkar.
   
Ia tidak seperti pembunuhan Presiden Amerika John Kennedy. Selepas suspek pembunuhnya ditahan, dia ditembak pula oleh orang yang kononnya kecewa atas pembunuhan Presiden yang disayangi itu. Dengan pembunuhan itu tidak semua di sebalik pembunuhan dapat diketahui. Mengapa pembunuh itu membunuh Kennedy tidak diketahu kerana kesaksian terpenting telah hapus.
     
Justeru komplot itu tidak menghapuskan segera saksi-saksi penting itu menyebabkan kes pembunuhan Altantuya belum betul-betul selesai sekali pun mahkamah sudah membuat keputusan.
  
Sirul ternyata jadi masalah besar kepada lembaga di belakang pembunuhan itu. Sepanjang kes itu ditangani, sistem keadilan hanya menumpukan siapa yang membunuh dan meletup mayat mangsa saja. Mengapa dia dibunuh dan apa motif dua orang yang dijatuhkan hukuman bunuh tidak dijelaskan.
   
Dan Sirul pula mengambil kesempatan melaikan diri ke Australia, sebuah negara yang tidak ada hukum bunuh. Bagaimana Sirul pilih lari ke Australia dan mengapa tidak pilih negara lain? Adakah dia sendiri tahu akan undang-undang negara itu atau siapa yang memberitahunya dan membantunya lari ke situ?
   
Mengapa dia tidak pilih Perancis yang pengamal undang-undangnya sangat berminat untuk menyelesaikan peranan Altantuya dalam urusan pembelian kapal selam antara Kuala Lumpur dan Paris?
   
Adakah pihak yang membantunya lari ke Australia itu adalah juga dari kalangan lembaga di belakang pembunuhan dan meletupkan mayat itu?
   
Apa polis Malaysia akan buat pada Sirul tidak diketahui? Adakah kerjanya sudah habis dan berlepas tangan saja? Kisah selanjutnya kini ada dalam tangan Australia. Adakah ia mahu tutup begitu saja atau mahu mengambil keterangan mengapa Sirul campur tangan dalam urusan Altantuya dengan orang-orang yang dikenalinya di Kuala Lumpur.
    
Mongolia tidak dapat buat banyak bagi mendapatkan keadilan Altantuya kerana tiada laluan daripada Malaysia. Apakah ia tidak dapat kemudahan daripada Australia bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pembunuhan itu.
    
Sirul ada semua rahsia itu. Apakah polis Malaysia berminat dengannya tidak penting sangat, tetapi apakah interpol dan Perancis tidak minat dengan jenayah berprofil tinggi ini? Apakah kita sekadar jadi penonton bagi kes ini diselesaikan oleh polis antarabangsa? – HARAKAHDAILY 26/2/2015

Sumber HD - 26-2-2015




























































































Mengapa Najib mahu bertimbalankan Anwar

SUBKY LATIF | .


BUKAN pandir jika Perdana Menteri Najib merisik menjadikan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya setelah melihat keputusan PRU13 amat mengecewakannya.
    
Najib mewarisi politik yang mahukan majoriti dua pertiga seperti yang diperoleh semua Perdana Menteri sebelum penggal kedua Tun Abdullah Badawi. Kegagalan Tun Abdullah itu bukan saja mencemaskan Umno/BN, malah telah mengakhiri kerjaya politiknya.
    
Dengan keputsan PRU13 itu boleh menjadikan Najib senasib dengan Abdullah sekiranya orang Umno jadi macam Dr. Mahathir, menarik sokongannya kepada Najib.
 
Untung Najib dibandingkan Abdullah ialah dia tiada Najib yang menggerhana PM sedang Abdullah ada Najib di samping ada Mahathir. Apapun menangnya seperti telur di hujung tanduk. Dengan Mahathir terus-menerus mengganggunya, memang politiknya mencemaskan.
   
Najib dan Umno telah lama mengurat PAS bagi memandulkan Pakatan Rakyat. Tetapi PAS adalah sepat yang makan umpan tapi tidak telan kail. Maka apa ruginya Anwar pula diurat bagi politik menang menang antara keduanya.
   
Ketika Rasulullah mula jadi rasul, baginda diancam oleh dua penentang terbilang, Umar al-Khatab dan Umar bin Hisyam iaitu Abu Jahal. Dakwah baginda jadi mudah apabila Umar al-Khatab beriman. Baginda tinggal satu musuh penting saja. Najib juga diancam oleh dua musuh iaitu Anwar dan Mahathir. Jika Anwar boleh jadi timbalan yang berjurus, Najib tinggal satu musuh, sebaliknya Mahathir pula dapat dua musuh.
   
Jika Najib berdua Anwar, bukan saja PAS dan DAP dapat dikembiri, Mahthir juga mati meragan. Kerajaan Najib boleh jadi sekuat kerajaan ayahnya dulu, menampung kebanyakan parti pembangkang dalam kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Najib bukan lagi bermajoriti nipis, bahkan boleh dapat majoriti dua pertiga kiranya sekalian MP PKR mengikut Anwar.
    
Tidak mustahil semua MP PKR ikut Anwar kerana Anwar menjadi timbalan, sementara kerajaan dan parti yang disertai oleh Anwar adalah dikira kerajaan dan parti Anwar juga atau kerajaan 1N1A, 1Najib dan 1Anwar.
   
Apakah Najib tidak takut ditelan Anwar? Bagi Najib, jadi Perdana Menteri yang berkongsi kuasa dengan Anwar adalah jauh lebih baik daripada jadi pembangkang yang tidak berkuasa. Sebagai pembangkang bukan sekadar tiada kuasa tetapi berdepan dengan banyak risiko tidak kalis SPRM dan Bukit Aman.
   
Kalaupun Selangor tidak serta merta jadi kerajaan BN tetapi ia jadi kerajaan PR yang tidak stabil dan peluang diambil semula BN tidak sukar lagi.
   
Najib tentu membaca sejarah betapa kerajaan BN yang baru diambil oleh Mahahir dari Tun Hussein Onn berdepan dengan ancaman krisis sokongan orang Islam kerana pengaruh Anwar sebagai pemimpin ABIM merebak luas terutama kalangan muda. Jika Anwar dalam PAS, dia nescaya boleh mewujudkan Pakatan Rakyat 30 tahun lebih awal daripada kemunculan Pakatan itu sendiri.
    
Dengan penyertaan Anwar dalam Umno pada PRU 1982, Umno kembali kukuh semula hinggalah Anwar disingkirkan dari kerajaan dan Umno.
  
Umno sekarang berdepan denan ancaman keyakinan orang Melayu/Islam lagi bahkan lebih teruk daripada era Mahatir dulu. Menangnya dalam PRU13 itu adalah nasib baik saja. Risiko nasib baik ialah ancaman tidak lagi bernasib baik. Nasib baik tidak datang selalu.
   
Untungnya amat besar kira Anwar makan pancing emas. Jika Anwar boleh dibawa sekali ke dalam Umno, maka Umno akan kembali stabil sekurang-kurangnya 20 tahun itu. Masa itu mungkin kedua-duanya sudah tidak ada lagi.
    
Tidakkah pengaruh Anwar di antarabangsa termasuk negara Islam masih kuat? Najib mahukan sokongan antarabangsa ini.
  
Bukan mustahil orang politik seperti Najib menguji politik Anwar.
   
Tetapi Anwar juga memilih jadi sepat. Rehat di penjara adalah lebih bermaruah daripada jadi orang politik yang tidak bermoral. – HARAKAHDAILY 25/2/2015


Sumber HD - 25-2-2015






























































































Penjelasan peguam Shafee, dengarkan! Dengarkan!

SUBKY LATIF | .

PEGUAM Tan Sri Shafee Abdullah telah membuat penjelasan panjang lebar kepada umum tentang kes Anwar Ibrahim selepas kejayaan besar pendakwaannya dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
    
Penjelasan seperti itu oleh pihak kejaksaan baik oleh pendakwa raya atau oleh Tok Hakim yang menang perbicaraan jarang kita dengar di mana-mana atau mungkin tidak pernah dibuat pengamal undang-undang dalam masyarakat yang stabil dan tenang.
    
Jika ada, ia adalah kejadian yang terpinggir dan ia berlaku di negara 1Malaysia oleh peguam yang amat berprestij tinggi. Pengamal undang-undang tidak ternama secelupar mana pun belum pernah berbuat demikian.
    
Saya baca penjelasan panjang lebarnya. Tidak berani saya berkata apa-apa tentangnya kerana ia adalah perkara undang-undang oleh pakar undang-undang. Jika yang tidak tahu undang-undang hendak campur tangan dalam isu undang-undang, sahlah jadi pekerjaan loyar buruk dan dilihat/diterima sebagai kegiatan loyar buruk.
   
Maka yang terbaik ialah dengarkan, dengarkan!
   
Mungkin penghakiman terbaru itu yang terakhir tentang perbicaraan atas kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri liwat yang dikenakan ke atasnya.
   
Amat panjang mahkamah kita menangani kes itu, dari hujung 1990-an hingga tahun 2015. Ramai pendakwa raya dan hakim bangun dan tumbang dengan kes itu, tidak juga usai-usai. Hingga datang loyar Shafee Abdullah, yang sebelumnya tidak terlibat langsung dengan kes Anwar itu untuk menamatkan apa yang  Anwar klasifikasikan sebagai konspirasi.
   
Jika ini berakhir, maka akan ada persepsi, tiada pengamal undang-undang yang dapat menutup kes itu melainkan peguam Tan Sri Shafee Abdullah.
   
Dan dia sendiripun yakin tiada ruang yang munasabah lagi semakan semula atas penghakiman itu.
   
Biarkan perkara seterusnya tentang isu dan kes itu jadi polemik dan perbincangan sesama pengamal undang-undang dan pelajar undang-undang.
  
Apa yang saya dapat kata, tindakan peguam itu, tampil ke tengah umum memperkatakan para hakim itu, mengapa begitu dan mengapa begini, seolah-olah keputusan dan penjelasan hakim mengapa Anwar didapati bersalah tidak memadai.
   
Apakah keputusan hakim dan iringan penjelasan hakim mengapa keputusan itu dibuat begitu dirasai tidak memadai? Hakim lazimnya membuat puluhan bahkan ratusan muka surat tentang penghakiman, memperincikan semua aspek, dikira memadai.
   
Orang ramai faham, orang awam suka atau tidak suka dengan keputusan dan segala hujahnya, had itulah noktahnya. Tiada dia menambah dan tidak dia memadam apa yang telah diputuskan sekali publik menolak keputusannya.
   
Banyak kes keputusan mahkamah ditolak oleh masyarakat umum. Contohnya kes Datuk Harun atas perkara rasuah. Hakim Raja Azlan Shah adalah hakim handal masa itu. Banyak penghakimannya dihormati. Akan tetapi orang tidak terima penghakimannya tentang kes Datuk Harun.
   
Yang arif itu diam dan tidak membuat sebarang penjelasan. Jika ada yang tidak setuju, buat rayuan dan ulang bicara. Terserahlah kepada hakim lain untuk menolak atau menerima. Jika hakim lain takwil keputusannya, dia diam. Begitulah kebiasaan semua hakim dan peguam.
   
Pada hakim apa yang mereka putus dan jelaskan adalah memadai. Tidak pernah mereka keluar membuat penjelasan tambahan. Memadailah dengan penghakimannya.
   
Jika penghakiman itu memadai, tidak perlu pengamal undang-undang terlibat masuk kampung keluar kampung seperti orang politik kempen. – HARAKAHDAILY 24/2/2015


Sumber HD - 24-2-2015




























































































Anwar dipenjara ketika hudud hendak dibentang

SUBKY LATIF | .


PAS sedang berkira untuk membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi melaksanakan di Kelantan. Semua tahu ia tidak disetujui oleh DAP dan PKR cenderung untuk menyetujui sikap DAP.

Barisan Nasional tidak diketahui sikapnya. Sekadar Umno membayangkan ia sedang menimbang untuk menyokongnya. Kiranya ada kesepakatan sesama kerabat Pakatan dan Umno pula cenderung untuk menyokongnya, ada harapan usul PAS itu diluluskan.
   
Tetapi setakat ini PAS saja yang bersungguh. Harapannya lebih bergantung kepada Umno. Jika Umno masih bersikap seperti pada zaman Dr. Mahathir, maka usul PAS itu nanti payah diluluskan.
  
Apapun inilah masanya politik di negara ini sedang berdepan dengan kesungguhan membentang usul itu setelah ia diluluskan di Kelantan awal 90-an dulu.
  
Maka diambang usul ini hendak dibentang, tiba pula masa Datuk Sri Anwar Ibrahim dipenjara sekali lagi. Penjara kali pertama dulu sebagai bekas pemimpin Umno yang tidak berparti. Penjara kali ini adalah sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Rakyat. Kesannya hilang kelayakan untuk menjawat jawatan awam hingga beberapa tahun selepas menjalani hukum lima tahun itu.
   
Jika majoriti undi popular PRU13 dijadikan ukuran, majoriti rakyat amat kecewa dengan dengan keputusan mahkamah itu khususnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
   
Kita boleh kata apa saja pada kerajaan dan undang-undang yang memenjarakan Anwar. Tetapi ia telah menyusahkan politik semua pihak khususnya pembangkang.
   
Apa hikmah Allah takdirkan ini? Kes kedua ini mulai ditanangi kerajaan BN sejak tujuh tahun dulu bagi menghalang Pakatan berkuasa dan bagi menghalang Anwar jadi Perdana Menteri. Tetapi penjaranya bermula sekarang.
   
Tidakkah ia satu ingatan daripada Allah terhadap semua orang ketika usul hudud itu hendak dibentangkan. Tidakkah ingatan itu khusus ditujukan kepada pihak yang mempertikai dan menentang hudud?
   
Dulu Anwar hampir jadi Perdana Menteri tetapi Allah tidak izinkan. Kali ini harapan Pakatan berkuasa dengan pimpinan Anwar tidak boleh dikira mustahil. Kiranya Pakatan tidak berbalah atas isu hudud, maka projek Putrajaya Dua ada di ambang pintu.
   
Isi Buku Jungga dilaksana. Kerajaan baik akan ditegakkan bagi memberi jalan kepada keadilan untuk semua dan bersih rasuah.
   
Allah uji penyokong pembaharuan di bawah Pakatan dengan hukum hudud. Hukum hudud adalah hukum-Nya. Allah tuntut ia dilaksanakan. Ia adalah undang-undang berkesan bagi menyekat semua bentuk jenayah, salah guna kuasa kerajaan, penyelewengan pimpinan dan penjawat awam, rasuah dan lain-lain maksiat.
   
Semua yang baik yang Pakatan saran itu adalah yang Allah tuntut. Cuma Pakatan berbalah atas isu hudud kerana ia tidak termasuk dalam piagam ia diwujudkan.
  
Malaysia bukan berakyatkan Islam saja. Minoriti besar bukan Islam. Tetap Islam itu ada kelonggarannya. Pejuang hudud telah diberi ilham. Hudud yang hendak diadakan itu tidak mandatori kepada semua. Bukan Islam diberi pilihan. Ia adalah ijtihad ulama, bukan hudud PAS.
   
Harapan Pakatan untuk berkuasa adalah cerah. Tetapi ia berbalah atas isu hudud. Maka Allah tarik Anwar dari alam politik yang akif. Sekali gus jalan ke Putrajaya tidak terang dan lurus lagi.
   
Penentang hudud kira undang-undang awam yang ada adalah terbaik. Tetapi undang-undang itulah yang memenjarakan Anwar. Undang-undang dan mahkamah yang ada itulah yang mengecewakan sekalian pro Pakatan dan pro Anwar dalam siri kes liwat Anwar.
   
Jika semua pihak dapat berkompromi tentang hudud seperti sikap yang Beijing buat atas Hong Kong, satu negara dua sistem, dengan pelaksanaan hudud mandatori bagi penganut Islam, tidak payah bagi Allah mengembalikan semula Anwar dalam politik demokrasi Malaysaia yang aktif dalam waktu yang terdekat. – HARAKAHDAILY 23/2/2015

Sumber HD - 23-2-2015




























































































Apa reaksi NGO Islam atas kes Anwar?

SUBKY LATIF | .


MAHKAMAH semasa Malaysia telah membuat keputusan atas kes Anwar Ibrahim. Dia direhatkan sekali lagi di penjara Sungai Buloh.
  
Penerimaan masyarakat atas keputusan mahkamah berbelah bagi. Sekalipun Dr. Mahathir menyeru supaya semua menerima keputusan mahkamah, belum dipastikan reaksinya jika hakim memihak kepada pembela.
   
Dia pun bukan sentiasa seronok dan percaya dengan mahkamah. Ketika hakim mengatur untuk mendengar rayuan keputusan mengharamkan Umno tahun 80-an dulu, ditribunalnya Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim lagi. Maka rayuannya atas kes Anwar seperti resmi ketam dan anak-anaknya.
  
Anwar didapati salah dan terpaksa menerima hukum mahkamah semasa di bawah undang-undang yang dinaungi oleh perlembagaan. Tetapi umat Islam ada undang-undang yang British cabut apabila ia menjajah Malaysia.
   
Undang-undang Islam itu adalah undang-undang Allah dan Rasul-Nya. Ia tidak dikembali pakai apabila merdeka sekalipun perlembagaan merakamkan Islam agama negara.
  
Jika undang-undang Islam menghakimi kes Anwar dipercayai Anwar bukan saja bebas bahkan dia tidak didakwa. Yang sepatutnya didakwa ialah yanag mendakwa dia diliwat, bukan orang didakwanya meliwat.
   
Ahli-ahli perundangan Islam adalah sepakat tentang prosedur penghakiman itu.
   
Setakat ini semua badan Islam meragukan dakwaan ke atas Anwar dan mereka rata-rata menyedari Anwar diberi pengadilan di bawah undng-undang agamanya. Tetapi NGO Islam tidak pernah memberi pembelaan berkesan di bawah amalan demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan.
   
Tidak pernah NGO itu berpakat untuk membelanya dengan membincang dan menseminarkan kes yang dihadapinya.
   
NGO Islam banyak termasuk ABIM, PUM, dulu ada JIM dan lain-lain. Mengapa tidak mereka sepakat menganjur seminar dalam negeri dan antarabangsa membincangkan isu Anwar itu? Mereka boleh undang ulama dan pakar undang-undang Islam yang terkemuka di dunia seperti Dr. Yusuf Qardhawi,  Syaikh/Mufti Al-Azhar dan lain-lain membentang kertas.
   
Panggil ulama-ulama tersohor dari semua mazhab ahli sunnah waljamaah, malah tidak salah mendengar apa pakar undang-undang Syiah kata atas isu ini. Jika seminar dan bengkel membincangkan isu ini, tidak mustahil pakar undang-undang dari universiti seperti Oxford, Cambridge, Harvard dan lain-lain tertarik untuk mengikuti dan memberi pandangan.
   
Apakah seminar dan bengkel seperti ini dapat membela Anwar dan dia boleh dilepaskan? Tidak kisah apa Jabatan Peguam Negara akan kata tentang resolusi-resolusi seminar itu, dan mungkin kerajaan anti Anwar menghalang JAKIM dan Yadim untuk menyertainya. Tetapi yanag penting seminar-seminar itu dapat  mendidik dan memberi pencerahan betapa tidak sepakat semua undang-undang untuk menyalahkan Anwar.
    
Jika Yadim ada autonomi untuk menganjurkan seminar domestik dan antarabangsa atas isu perundangan Islam, maka ia satu kaedah dakwah yang berkesan dan berpengaruh. Apa cara Yadim, IKIM dan lain-lain untuk menyampai mesej dakwah yang paling berkesan selain daripada membincangkan isu Anwar daripada perspektif Islam.
   
Anwar adalah orang yang dikenali oleh semua dan ramai di luar Islam merasakan dia telah diperangkap. Mereka tidak senang Anwar diasingkan daripada masyarakat. Maka mereka hendak tahu adakah lain keadilan yang boleh menyelamatkan Anwar.
  
Sekalipun ramai sekutu Anwar menolak hudud dan syariah, tetapi kalau hudud dan syariah dapat menyelamatkan Anwar, apakah mereka tidak tertarik?
   
Jika NGO Islam dapat membela Anwar secara demikian, saya percaya Majlis Peguam tertarik untuk menyertainya. – HARAKAHDAILY 18/2/2015

Sumber HD - 18-2-2015




























































































Tok Guru bukan milik Kelantan dan PAS sahaja

SUBKY LATIF | .


ORANG kata mati hari Jumaat baik. Sebagai orang dikenali baik oleh semua, maka Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS yang kedua menemui ajalnya pukul 9.40 malam di kediaman serba sederhananya sejurus dibawa pulang dari hospital.
    
Pertama kali ulama besar itu diberitakan mati tujuh bulan dulu semasa saya bermukim di Birmingham, England. Dua hari kemudian saya terima telefon Hussam dari Kelantan menyampaikan salam Tok Guru. Beliau menyatakan tahniah atas rencana saya tentang politik TPM Muhyiddin Yassin.
   
Beliau tidak jadi mati masa itu. Dalam keadaan semi nazak pun Tok Guru sempat membaca akhbar dan menghantar mesej pula tentang apa yang dibaca. Luar biasa otaknya, tua dan uzur yang bukan kepalang masih sempat dan sanggup berpolitik.
   
Tok Guru adalah legenda ulama Kelantan selepas Tok Janggut dan Tok Kenali. Jika Kelantan itu dikira negeri Cik Siti Wan Kembang, dan negeri Tok Kenali dan Tok Janggut, dalam era merdeka ini Kelantan adalah negeri Tok Guru Nik Aziz.
    
Beliau bukan milik Kelantan, Islam dan PAS saja, tetapi kuasa auranya merentas sempadan Malaysia, ulama terpenting Asia Tenggara buat zaman dan kurunnya. Mungkin namanya setanding dengan Syaikh Daud Patani dan Hamka. Lebihnya Tok Guru dari lain-lain ulama tersohor selepas keruntuhan penjajahan barat ialah beliau ketua kerajaan dan pemimpin politik yang dapat mencorak wilayahnya yang boleh dikira sebagai khalifah umat di abad ini.
    
Lebihnya Tok Guru dari lain-lain pemimpin politik dan pemimpin kerajaan ialah beliau adalah seorang ulama.
    
Jika dunia terpesona dan kagum dengan kepimpinan agung dan serba sederhana seperti Mahatma Gandhi dan Ho Chi Minh, maka Tok Guru Nik Aziz adalah versi pimpinan dari Islam yang setara agungnya dengan legenda yang lain itu.
    
Sejak berpuluh tahun beliau bercakap setiap hari bermula dari kuliah subuh, kuliah zohor dan maghrib. Memberi ucapan politik pagi, petang dan malam. Semua yang keluar antara dua bibirnya adalah ajaran, penuh dengan falsafah dan mantik. Dan kekuatan pandangannya adalah kata-kata mantik yang payah ditandingi.
   
Semua kata dan ucapannya dirakam dan sebahagiannya sudah diterbitkan, dan banyak lagi yang belum diterbitkan.
  
Kelebihannya dari tokoh-tokoh lain ialah beliau jarang mengulangi apa yang pernah diucapkannya. Ucapannya tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kebanyakan ucapannya disampai secara spontan seperti tanpa persediaan. Tetapi penuh isi dan sentiasa membawa perkara baru.
   
Tun Razak juga terkenal sebagai pemimpin yang jarang mengulangi ucapannya, tetapi Tun Razak becakap di tempat rasmi dan banyak yang disediakan. Tok Guru bercakap setiap kali selepas mengimamkan solat, meliputi isu dunia dan akhirat, politik dan agama, syurga dan neraka, halal dan haram.
  
Jika semuanya dihimpun dan diterbitkan, mungkin satu memorial baginya menyaingi lain-lain memorial.
  
Saya mengenalinya sekitar 40 tahun dulu. Dari mula saya kenal, beliau seorang yang sakit. Tak pernah tidak demam. Ketika tamrin di Masjid Rusila, saya lihat beliau baring di baris belakang lain-lain pemimpin. Tetapi apabila diberi pembesar suara demamnya kebah seolah-oleh dia tidak pernah sakit.
  
Sekalipun uzur tetapi beliau ligat ke sana sini menunaikan tugas politik dan sosial. Orang kata ulama berjalan laju. Betul. Dia yang jarang sihat itu, saya tak terikut semasa berjalan di Mekah.
    
20 tahun dulu beliau diserang kayap ular yang telah melilit badannya. Penyakit yang sedimikian mudah menyebabkan ajal. Ajaib dia tidak mati atas penyakit itu walaupun dia memberitahu saya, bisanya selalu terasa.
   
Beliau menjadi Menteri Besar sebagai orang uzur, tetapi uzurnya tidak menghalangnya membuat tugas yang besar banyak, mengalahkan lain-lain oraang yang sihat. Itulah seorang lagi Tok Guruku dan Rakanku. – HARAKAHDAILY 17/2/2015


Sumber HD - 17-2-2015


























































































Pandangan kedua tentang kebimbangan Tun Hanif

SUBKY LATIF | .


TUN Hanif Omar adalah bekas Ketua Polis Negara paling panjang dan paling banyak pengalaman wajar merasa bimbang terhadap isu keselamatan negara kiranya kekecohan kewujudan Islamic State membabitkan Malaysia terutama anak-anak mudanya.
   
Kebimbangan Tun Hanif menyentuh beberapa isu lain dari segi keselamatan seperti IS atau Negara Islam menarik minat anak muda, ulama wajar tampil menjelaskan ancaman IS, dan tiada undang-undang yang menggerunkan.
   
Pertama, kewujudan apa yang dikatakan Islamic State di tengah dunia anti negara Islam dan apa-apa jua yang dikaitkan dengan Islam adalah amat menakjubkan. Jika Syeikh Yusuf Qardawi dikehendaki oleh Interpol konon jenayah dan gejala keganasan, maka berperang menegakkan IS tidak boleh lagi diterima oleh dunia di luar Islam termasuk yang Iran panggil Islam Amerika.
    
Secara zahir dan dizahirkan oleh banyak pihak dalam Islam rata-rata tindakan IS dan anasirnya tidak dapat diterima dan dikecam.
   
Tetapi order Islam sebagai eleman dari negara Islam seperti yang dipelopori Jamaluddin al-Afghani, Mohamad Abduh, Imam Hassan al-Banna adalah islamik walaupun ia tidak diterima oleh Raja-Raja Islam pada zamannya.
Cetusan fikiran merekalah wujud harakah Islamiyah di merata-rata dunia, yang digetik oleh oleh demokrasi barat dan pro demokrasi serata dunia. Gerakan Islam yang hendak mengembalikan order Islam dihalalkan oleh banyak negara Islam walaupun masing-masing justeru fahaman sekularnya tidak tertarik.
   
Sekalipun IS kewujudannya mengelirukan dan mahu dijauhi, tetapi umat Islam mesti beriman dengan Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dan wajar menegakkan apa yang disaran oleh mujadid seperi Jamaluddin al-Afghani, Mohammad Abduh dan Hassan al-Banna sambil mengelakkan penglibatan dengan IS di Iraq dan Syria itu.
  
Jika apa yang dikatakan IS dan dibimbangi menarik anak-anak muda, kalau Islam yang dagang dibawa Rasulullah SAW itu juga bermula dengan dukungan pemuda belia. Yang dewasa itu menolaknya. Kita boleh kepung, tahan dan tangkap anak-anak muda, tetapi kita tidak mungkin dapat cegah semuanya dalam semua masa. Yang kita hendak kata kepada anak-anak muda yang tertarik kepada order Islam melihat kerajaan Islam di seluruh dunia mengamalkan Islam Amerika?
   
Bagi mengelak anak muda tidak terpihak pada Islamic State maka Sekolah Kebangsaan mesti mengikut kurikulum sekolah agama persendirian yang sudah ramai melahirkan belia celik Islam yang akademiknya setanding lulusan Sekolah Kebangsaan. Lemah lulusan sekolah kebangsaan pengetahuan Islamnya ibarat mata celik sebelah.
   
Apakah semua ulama dapat dikerah bagi menerangkan buruk baik IS kepada semua pihak berkesan? Kesannya di tengah Islam Amerika amat diragukan. Langkah terbaik ialah menjadikan semua murid jadi calon ulama. Apabila bilangan ulama itu ramai tahulah mereka apa yang betul dan tidak betul.
    
Undang-undang sekarang mengikut Tun Hanif tidak menggerunkan. Terutama setelah ditiadakan ISA. Bila undang-undang ciptaan manusia khususnya dari barat itu menggerunkan dibandingkan dengan hudud?
   
Semua tahu undang-undang Allah yang dinama syariah itu ada eleman gerunnya. Gerun itu yang mencegah semua kerosakan di bumi, di udara dan di lautan. Yang menggerunkan semua atas undang-undang itu bukan manusia yang menggubalnya tetapi Allah yang menggerunkan.
   
Hukum sebat undang-undang manusia hampir separuh mati teruknya, tetapi tidak cukup menggerunkan. Hukum sebat hudud jauh lebih ringan tetapi menggerunkan.
    
Tun Hanif tahu undang-undang mesti gerun tetapi tidak sedar kebanyakan yang tidak gerun itu zalim seperti ISA, akta hasutan, mesin cetak dan lain-lain. Jika yang gerun selain dari hudud hendak di adakan, ia menambah kezaliman. Hudud memang menggerunkan tetapi penuh keadilan.  – HARAKAHDAILY 16/2/2015

Sumber HD - 16-2-2015


























































































Dr Maza elok jadi penasihat agama PM

SUBKY LATIF | .


SAYA tidak tahu apa yang Perdana Menteri Najib buat dan pakai ketika menghadiri perayaan Thaipusam, tetapi saya tertarik dengan komen dan nasihat Dr. Maza tentang apa yang Perdana Menteri dan pegawainya patut buat dan tidak patut buat sebelum dan semasa hadir ke perayaan Hindu itu.

Dari apa yang tersiar, Dr. Maza yang baru sekali lagi jadi Mufti Perlis itu telah memberi pandangan dan nasihat yang tepat amat munasabah buat Perdana Menteri dan orang-orangnya dalam apa jua kegiatan dan tindakan.
   
Kenyataan pertamanya sebagai Mufti kali kedua itu boleh dikira sebagai satu kritik agama yang serius tetapi saya lebih mudah mengiranya ia satu nasihat yang perlu sesuai dengan Islam itu adalah agama nasihat.
   
Dengan tegurannya itu saya kira Dr. Maza lebih tepat jadi Penasihat Agama Perdana Menteri, bukannya sekali lagi jadi Mufti Perlis. Jadi Mufti Perlis amat sesuai dengan pegangan Islamnya daripada jadi mufti lain-lain negeri tetapi lebih elok jika menjadi Penasihat Agama Perdana Menteri, satu jawatan yang diwujudkan oleh Dr. Mahathir dulu.
   
Setakat ini jawatan di JPM itu dirasakan sebagai hendak beri jawatan saja, bukanlah sangat dilihat untuk memberi panduan kepada Perdana Menteri. Penjawatnya setakat ini dilihat lebih banyak menerima nasihat Perdana Menteri daripada memberi nasihat kepada Perdana Menteri.
      
Jika penasihat diwujudkan dengan mengambil contoh Rumah Putih, peranannya ialah mencorakkan apa Presiden Amerika daripada parti yang berkuasa patut buat. Ia diwujud dan digaji bagi membantu Presiden membuat dasar dan tindakan dalam bidang berkenaan.
    
Sebagai penasihat agama Perdana Menteri kedudukannya lebih kanan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jakim dan lain-lain institusi Islam dalam kerajaan. Di samping semua jabatan itu adalah seperti penasihat kepada Perdana Menteri tetapi ia adalah jentera yang melaksanakan apa jua dasar daripada Perdana Menteri. Di Rumah Putih dia kadang-kadang dilihat lebih berpengaruh daripada Presiden.
   
Walaupun penasihat itu bergaji tetapi dia bukan seorang yang makan gaji. Sama ada dia jadi penasihat yang berwibawa atau makan gaji ia kerana orangnya, bukan jawatannya.
   
Dr. Maza dikira seorang yang berwatak tidak makan gaji dan dia rasanya ada wibawa dan keupayaan memberi apa yang sepatutnya diperlukan oleh Perdana Menteri, kerajaan dan Islam.
   
Jika Perdana Menteri mahukan nasihat yang bebas tentang Islam ambillah Dr. Maza kerana ia alim tentang semua mazhab. Mungkin termasuk mazhab Syiah. Cuma yang Perdana Menteri kena cerdik sikit ialah supaya tidak terlucut daripada pegangan mazhab Syafie yang menjadi pegangan umum bagi semua  dan menjadi faktor penyatu bagi umat Islam Malaysia.
   
Jika Perdana Menteri pandai mengimbangi antara ajaran fiqah Syafiah dengan yang lain, maka orang yang terikat kepada gaji seperti Dr. Maza adalah orang yang terbaik bagi memandu Perdana Menteri menyelaraskan dasar Islam kerajaan.
   
Dr. Maza setakat ini tidak terikiat dengan habuan daripada kerajaan dan tidak terikat dengan fikiran kerajaan dan orang memimpin kerajaan baik pusat mahu pun negeri. Tetapi tidak seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi dan Ustaz Azhar Idrus, Dr. Maza sedia jadi mufti.
   
Sebagai Mufti Perlis jika ilmu dan wibawanya dapat memberi panduan Islam yang terbaik, maka lingkungan pengaruhnya cuma berkisar dalam sempadan Perlis saja. Manfaatnya tidak seperti yang boleh dimainkan oleh seorang penasihat Perdana Menteri yang meliputi atmosfera nasional. Sebagai penasihat PM, Dr. Maza elakkan jadi imam solat Subuh. – HARAKAHDAILY 13/2/2015   


Sumber HD - 13-2-2015



























































































Ismail Sabri diperangkap DEB yang gagal

SUBKY LATIF | .

PERTIKAIAN tentang kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung peniaga enggan turun harga barang adalah mendedahkan gara-gara kegagalan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Razak tahun 1971 dulu.
    
DEB itu bukan saja gagal membasmikan kemiskinan, bahkan ia gagal menyusun semula masyarakat.
    
Betapa kemiskinan tidak dapat dibasmikan dapat dilihat kerajaan menyediakan ratusan juta untuk pemberian BRIM. Jika sebelum era Najib tiada BRIM bahkan ketika DEB dilancarkan bagi memerangi kemiskinan, tiada BRIM. Mengapa? Mungkin yang miskin dulu tidak semiskin sekarang.
   
45 tahun selepas program menghapuskan kemiskinan di bawah skim DEB itu, kerajaan terpaksa memberi pula BRIM, logiknya bukan sekadar DEB itu gagal bahkan rakyat bertambah miskin. Jika miskin sekarang tidak semiskin ketika Tun Razak melancarkan DEB tentulah BRIM tidak diadakan.
   
Kerajaan Najib terpaksa pikul kegagalan semua Perdana Menteri sejak Tun Razak. Dr. Mahathir dikira PM paling pintar dari semua, dia pun jadi lebih baik daripada PM sebelum dan selepasnya.
   
Matlamat DEB itu patutnya tercapai tahun 1990-an, tempoh 20 tahun yang ditetapkan oleh DEB. Patutnya masa PM Dr. Mahathirlah ia berjaya, tetapi di bawah Dr. Mahathirlah ia disahkan gagal.
   
Semua mengira kegagalan itu kerana ia tidak mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti untuk Bumiputera dalam sebanyak bidang.
   
Sekarang menteri Ismail Sabri terperangkap dalam kegagalan DEB yang tidak dapat menyusun semula masyarakat peniaga. Satu daripada serampang dua mata DEB ialah tiada lagi mana-mana bidang dalam masyarakat dikenali dengan kaumnya. Masyarakat peniaga bukan lagi milik Cina dan buruh estet bukan khusus India saja.
   
Pada zaman Ismail Sabri, pedagang dan peniaga masih dikuasai Cina lagi. Bahkan masyarakat peniaga ialah Cina dan Cina ialah masyarakat peniaga. Justeri peniaga itu sinonim dengan Cina, maka tak sebut Cina pun orang tahu perniagaan monopoli Cina.
   
Oleh sebab Ismail sabri itu seperti semua orang Melayu persepsinya Cina ialah peniaga dan peniaga adalah Cina. Justeru kegagalan semua Perdana Menteri menyusun semula masyarakat pedagang, Ismail Sabri masuk sebakul sebut peniaga Cina.
   
Zaman ini perkauman amat kuat, mungkin lebih ketara daripada masa-masa lalu. Dulu para pemimpin saja kata orang itu perkauman dan orang ini perkauman. Sekarang budak baru pandai bercakap pun sudah tahu perkauman sebab mereka dengar tiap-tiap hari dalam TV. Sekarang budak di bawah umur saja tidak membuat laporan polis tentang ungkapan dan tulisan perkauman.
   
Sensitif orang sekarang lebih daripada orang dulu. Dulu polis jarang terima aduan perkauman. Hari ini yang banyak ialah aduan perkauman.
   
Apakah sensitif itu dulu lebihkah atau sekarang lebih atau sama saja dulu dan sekarang? Tetapi dulu orang tidak kisah sangat tentang isu sensitif kerana tiada akta hasutan seperti yang ada sekarang.  Dulu katalah Melayu hantu dan Cina jin, tiada siapa peduli sebab tiada bab yang melarang hal-hal itu.
  
Sekarang ada tempat untuk mengadu. Rugi kalau tiada yang mengadu. Polis boleh buat kerja lain kalau tiada yang mengadu. Kerana semua benda diadukan, polis pun tidak cukap masa hendak bendung macam-macam jenayah seperi kelar gadis, bunuh ibu, tendang anak dan lain-lain.
   
Jika akta hasutan dimansuhkan, tiada lagi orang mengadu. Maka adakah orang bertikam hari-hari di mana-mana?
   
Gara-gara DEB gagal susun semula masyarakat, Ismail Sabri sangka dunia macam dulu lagi. Jika Najib mansuhkan akta itu seperti yang dijanjinya dulu, baik DEB berjaya atau tidak, mungkin orang tidak peduli apa Ismail Sabri kata. – HARAKAHDAILY 12/2/2015

Sumber HD - 12-2-2015



























































































Kempen anti arak termasuk MAS

SUBKY LATIF | .

SATU dua minggu lalu seolah-olah ada kempen anti arak ekoran kerajaan Melaka melarang arak dipasarkan di tempat terbuka terutama yang lebat didatangi orang Islam.
   
Banyak reaksi daripada penganut agama yang melaknat arak mahu tindakan Melaka itu dicontohi oleh lain negeri. Tidak disebut Kelantan kerana ia telah membataskan penjualan minuman syaitan di tempat terpinggir.
    
Sekalipun kempen tidak bersungguh tetapi masyarakat umum telah memberi reaksi supaya sempitkan pengedarannya.
   
Tetapi dalam kempen panas-panas tahi ayam itu mungkin terlepas pandang, tiada yang menyuarakan supaya MAS mengharamkan pengedaran arak dalam penerbangannya. Malah Parlimen yang diberitahu bahawa dalam tiket setiap penumpang telah dimasukkan belanja arak. Tidak kira penumpang menggunanya atau tidak, tidak jadi tempat bising membantah amalan itu.
    
Sepatutnya sudah sebulan MAS ditadbir oleh CEO Eropah, tidak ada riak mahu mengosongkan arak dalam pentadbiran baru. Kita tidak dapat mengharapkan bangsa Eropah yang arak jadi darah dagingnya membuang tong arak itu daripada pesawat. Jika kita harapkan dia, sampai kiamat tiada tindakan.
   
Tuan punya MASlah sepatutnya membuat polisi itu. Siapa tuan punya MAS? Kerajaan dan rakyatnya. Kerajaan telah tuli sejak awal dan ia buat-buat bisu. Rakyat tidak tahu haknya sekalipun telah lama merdeka.
   
Entah justeru apa kerajaan Melaka telah mengambil langkah yang bukan dasar partinya dan kerajaan pusat yang ia anggotanya iaitu menyempit pengedaran dan penjualan arak di wilayahnya.
   
Ia langkah berani dan terpuji. Bertolak dari situ tuan punya MAS iaitu rakyat wajar bertempik secara menyeluruh, serentak dan berterusan supaya kosongkan pesawatnya daripada arak.
   
MAS boleh mengumumkan turun tambang dengan menghentikan belanja arak dalam tiket setiap penumpang. Dan kedua berikutan harga minyak dunia turun mendadak, maka MAS tentulah susut belanja atas minyak.
    
Kita jangan tuding jari pada peniaga kaum tertentu tidak menurunkan harga barang keperluan pengguna gara-gara kejatuhan harga minyak, MAS patut menunjukkan contoh, tambang penerbangan boleh diturunkan dengan perkembangan dunia itu.
    
Kita tahu tentang penumpang dikenakan bayaran arak lebih dulu daripada kejatuhan harga minyak. Orang telah bising sebaik tahu tiket penerbangan termasuk belanja arak. Orang minta ketika itu bayaran itu jangan dikenakan lagi. Lama kemudian baru meletup minyak dunia dimurahkan.
   
Ketika umat sedang bising itu tambang MAS diturunkan. Kita tidak tahu berapa peratus bayaran arak dalam tiket itu? Mungkin RM10 atau RM15 untuk penerbangan domestik yang tidak jauh. Tetapi kalau buat penerbangan jauh ke New York, Los Angeles atau Johannesburg, kos araknya mungkin ratus. Mungkin tidak banyak potongannya, RM10 atau RM20 saja, tetapi penumpang yang beriman puas hati kerana mereka bebas daripada dosa subahat di samping dapat menyelamatkan sedikit duit.
   
Mungkin bayaran itu minimun kerana MAS dapat arak bebas cukai dan mungkin dapat harga khas kerana memperomosikan arak kepada penumpang. Dan mungkin MAS berniaga dengan bekalan bebas cukai mengambil pula untung daripada bayaran tiket.
   
Jika ini berlaku, MAS membuat laknat lagi dengan berniaga arak kepada penumpang.
   
Dalam gema menteri menganjurkan memulau barang justeru tidak turun harga, mungkin pengguna anti arak menyahut seruan menteri, jangan naik MAS sebulan kerana tidak menurunkan tambang termasuk tidak  menghentikan pengedaran arak.
    
Boikot itu boleh diteruskan selagi perut MAS berisi arak.
    
Semua sedih kerana MAS rugi dan berdepan beberapa bencana yang belum selesai tetapi lebih sedih kerana jadi pengedar barang laknat. – HARAKAHDAILY 11/2/2015
     

Sumber HD - 11-2-2015



























































































Kecoh lukis belakang raja

SUBKY LATIF | .

SAYA tertarik dengan lukisan belakang pasangan diraja dan Perdana Menteri oleh seorang pelukis Cina yang kecoh baru-baru ini.
   
Lukisan itu dipamerkan di Singapura dan dibantah oleh golongan pro-raja yang mengira ia satu penghinaan kepada raja. Di negara kita ada undang-undang melarang apa jua kejadian yang boleh dikatakan menghina raja. Kesalahan itu boleh didakwa.
   
Saya tidak bercadang untuk menyentuh tentang kekecohan yang dibangkitkan oleh pembantah.
   
Yang saya tertarik ialah bakat istimewa pelukis berjaya melukis sebelah belakang kepala orang-orang yang kita kenal. Rata-rata pelukis potret melukis muka seseorang. Bagaimana wajah seseorang begitulah muka yang dilukisnya. Sebagaimana wajah seseorang yang dirakam oleh kamera, maka ramai pelukis membuat apa yang kamera boleh buat.
   
Jika muka yang dilukis wajah orang yang dikenali, maka kita kenal muka orang yang dilukis itu melalui lukisannya. Lukisan seperti itu adalah biasa.
  
Kita jarang jumpa lukisan seseorang yang kita kenali dilukis sebelah belakangnya seperti lukisan yang dipamerkan oleh pelukis Cina tadi.
   
Memang pelukis yang berbakat besar boleh merakamkan sesuatu dengan melakar lukisannya. Apa yang dilihatnya betul-betul serupa dengan apa yang dilukisnya. Jika dia melihat harimau, dia boleh lukis serupa dengan  harimau yang dilihatnya. Demikianlah jika dia melukis batang kayu, sampah dan sebagainya.
    
Melukis muka orang tidaklah semudah melukis objek-objek lain. Jika lukisan objek tadi tidak seratus peratus serupa dengan yang dilukis mungkin payah kita hendak menunjuk di mana yang tidak serupa itu, kerana kita tidak berapa pasti rupa objek yang kita lihat. Tetapi kalau lukisan wajah manusia yang kita kenali tidak sama dengan mukanya, kita mudah tahu.
   
Mana-mana pelukis boleh melukis pandangan dari belakang seseorang. Gambar belakang siapa mungkin kita tidak tahu. Jika lukisannya bernilai ia dipamerkan. Ahli dan peminat lukisan dapat menilai mutu dan seni lukisannya.
   
Tetapi pelukis Cina tadi dapat membantu kita mengenali modelnya melalui lukisan belakangnya.
   
Dia memilih gambar belakang orang-orang yang semua kenal iaiu Yang Dipertuan Agong, Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Najib. Apakah dia pro-raja atau sebaliknya kita tidak tahu, tetapi dia memilih lukisan belakang orang-orang semua orang kenal.
  
Dengan bantuan keterangan tentang lukisan itu kita mudah tahu gambar siapa yang dilukisnya. Apabila kita perhatikan lukisan itu, maka tahu bentuk gambar pasangan Seri Paduka yang dilukisnya.
    
Saya tidak dapat mengecam dengan segera lukisan yang satu lagi. tetapi isyarat yang diberinya ia adalah PM Najib, maka saya amati betullah ia rupa belakang Perdana Menteri.
   
Adakah dia silap memilih Seri Paduka dan Perdana Menteri untuk lukisan pamerannya? Tiada sebarang larangan bagi mana-mana pelukis melukis gambar sesiapa. Maka biasalah bagi pelukis melukis gambar raja dan presiden dan lain–lain pembesar.
   
Yang dilarang setakat ini, jangan melukis gambar Nabi sama ada lukisan itu sempurna atau dikartunkan! Walaupun media banyak mengkarikaturkan muka pemimpin, tetapi ulama mengingatkan jangan mengkarikaturkan muka ulama. Bahkan seorang ulama memberitahu saya, Allah jadikan wajah manusia itu indah, mengapa pelukis hodohkan mereka?
    
Saya tidak mahu sentuh tentang ekspresi pelukis Cina itu tentang lukisannya, tetapi yang tertarik dengan nilai lukisannya kerana saya dapat menghayatinya.
    
Dan jika pelukis itu melakar lukisan belakang TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang untuk dipamerkan, saya tidak tersinggung. Cuma jangan sertakan kalimah yang menyinggung. – HARAKAHDAILY 10/2/2015


Sumber HD - 10-2-2015


MAHU PERUBAHAN ATAU BN KEKAL - SUA PAS & SUA DAP


PUTRAJAYA - PUSAT PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


MOGA-moga perselisihan antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga bos parti dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali sebagai penasihat pertama bos partinya sudah selesai atau sekurang-kurangnya telah reda setelah pemimpin utama Pakatan Rakyat tampil bagi meleraikan perbezaan antara keduanya.
   
Sekalipun ia melibatkan dua individu penting PAS dan DAP belum dikira masalah bagi kedua-dua parti, tetapi menyentuh integriti pimpinan parti masng-masing, jika ia lambat dan tersalah urus boleh menjejas jihad menawan Putrajaya.
   
Urusan dan pengendalian integriti pimpinan antara parti amat perlu dijaga oleh mana-mana tahaluf siyasi. Kepentingan dan keutamaan itu tentu diketahui semua pihak.
    
Oleh sebab masing-masing sudah bergaduh, sekecil mana pun, ia perlu ditangani segera dan elakkan daripada berlanjutan.
   
Keutamaan Pakatan Rakyat dan setiap komponennya adalah jihad menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional. Jihad bukan suatu yang mudah. Ia penuh ranjau dan enau. Ia ada syaratnya. Semua tentu sudah tahu syarat-syarat itu iaitu menjauhkan banyak perbezaan.
   
Jika masing-masing melayan perbezaan yang ada, maka natijahnya ialah kita membenarkan BN meneruskan penyelewengan - jenayah politik, jenayah ekonomi, sosial dan lain-lain.
   
Setakat ini yang menghantui jihad mengambil Putrajaya itu adalah hudud, suatu perjuangan asal PAS. Ia sudah diketengahkan sebelum kewujudan DAP. Semua tahu PAS memperjuangkannya sebelum ia mengikat tahaluf dengan DAP dan semua tahu DAP tidak pro-hudud sebelum ia menyertai tahaluf.
   
Isu baru yang mengganggu pengambilan Putrajaya ialah pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang DUN Pulau Pinang luluskan tanpa rojok awal kepada PAS. PAS belum  bersedia menerima kehendak itu sekalipun tidak mentakwil dasar Malaysian Malaysia DAP.
   
Orang Melayu di luar PAS belum menerima gagasan Malaysian Malaysia DAP itu. Jika PAS menerima pilihan raya PBT dalam suasana orang Melayu belum menerimanya, maka ia menyukarkan PAS unuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRU menawan Putrajaya nanti. Jika PAS tidak dapat meraih undi majoriti Melayu, maka jihad mengambil Putrajaya tidak berjaya.
  
Pilihan raya PBT setakat ini disasarkan pada kawasan majoriti bukan Melayu. Adakah dengan mengabaikan hasrat Melayu luar bandar ia boleh memenuhi matlamat dan sasaran Malaysian Malaysia. Maka pilihan raya PBT tidak menarik soskongan pengundi Melayu dalam PRU. Maka kita jangan banyakkan lagi isu yang boleh menjauhkan pengundi Melayu daripada Pakatan Rakyat.
    
Adapun hudud bukan sekadar tidak menarik setengah bukan Islam, malah golongan Islam liberal juga menolaknya. Isyarat demokrasi menunjukkan bertambah ramai orang Islam menerimanya. Maka biarkanlah demokrasi menentukannya.
  
Adapun bagi pengundi bukan Melayu selama ini tahu bahawa PAS tidak melupakan hudud, tetapi ia tidak menghalang mereka menyokong PR dalam dua PRU lalu. Janji PR yang menarik bukan Islam tentang keadilan, kerajaan bersih anti rasuah adalah lebih menarik daripada fobia masing-masing terhadap hudud.
   
Mungkin hudud tidak termasuk dalam gagasan Malaysian Malaysia tetapi hudud adalah melangkaui sempadan global. Seperti world yang disebut Mawi dalam Akadamik Fantasia. World Mawi itu bukanlah duniawi tetapi ia adalah global. Hudud bukanlah racun bagi bukan Islam dan madu bagi Islam, tetapi ia adalah madu untuk semua. Ia tidak membatasi kebebasan bersuara dan demokrasi bukan Islam, malah ia rahmat untuk semua.
    
DAP dan bukan Islam boleh berkempen menolak hudud dalam PRU, tetap jangan menghalang sekutunya menggunakan demokrasi berkempen melaksanakan hudud. Cuma dalam kempen DAP jangan sampai Pakatan hilang peluang untuk menawan Putrajaya. DAP akan dapat lebih banyak manfaat daripada keadilan janjian Pakatan sekali pun hudud yang tidak dikehendakinya itu terlaksana.
   
Adakah kerana takutkan hudud, rela BN meneruskan kerosakan di bumi. Keburukan BN adalah nyata sedang ketakutan pada hudud hanya satu sangkaan. Menang nanti kita teliti pilihan raya PBT. – HARAKAHDAILY 9/2/2015

Sumber HD - 9-2-2015






























































































Ajaib PAS terima Umno, keluar Pakatan

SUBKY LATIF | .


DALAM dialog segera saya dengan PAS yang dihadiri sama oleh Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling, saya ditanya oleh dua orang tentang dua persoalan.
   
Pertama adakah PAS akan bergabung dengan Umno seperti yang banyak diperkatakan sekarang dan kedua, adakah PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat yang juga banyak diperkatakan sekarang?
   
Pada saya ia ada isu ajaib. Kedua-dua isu amat dimimpikan Umno. Sejak muafakat Pakatan wujud tahun 2008, siang malam Umno mendakwa ia hendak sangat Umno dan PAS dipertautkan semula seperti tahun 1973. Baik masa jaga mahupun masa tidur. Siang ia meraban hendakkan percantuman, malam ia mimpi.
   
Di samping meraban dan mimpinya, ia hendak sangat PAS keluar Pakatan dan tinggalkan DAP. Jika mahu PAS tinggalkan DAP, maka kekallah propaganda Umno sesungguhnya DAP itu dimusuhi orang Melayu di dunia dan akhirat.
   
Jawab saya kepada penyokong PAS Sabah itu, ialah jangan ada dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berfikir barang sesaat jua untuk bercerai dengan Pakatan Rakyat khususnya berpisah dengan DAP.
   
Andainya ditakdirkan terpisah PAS daripada Pakatan, biarlah yang mentalaknya itu Pakatan/DAP. Tidaklah PAS yang menjatuhkan talak itu. Jika PAS ditalak, ia bukanlah pilihan PAS. Apa jua punca talak dijatuhkan, jangan ia dilafazkan oleh PAS.
  
Yang PAS dapat buat jika ia ditalak. Janganlah jadi pihak yang mencerai.
  
Adapun untuk menyertai muafakat politik dengan Umno ia adalah perkara yang ajaib. Tidak boleh sama sekali kita bercakap tidak akan berlaku sama sekali hal itu hingga hari kiamat. Ia hanya akan berlaku dengan kehendak Allah, tetapi amat ajaib jika PAS sendiri memilih untuk berumah tangga dengan Umno.
   
Entahlah kalau Umno atas sebab apa jua mahu berketuakan PAS. Jika Najib dan Muhyiddin Yasin tiba-tiba jadi penyokong PAS seperti MCA jadi penyokong Umno, maka ia juga adalah suatu yang ajaib. Adakah Umno akan ajaib seperti itu?
   
Apa ajaibnya jika PAS mahu bergabung dengan Umno? Yang Umno siang malam kata hendak sangat bergabung dengan PAS itu justeru apa? Justeru ia terlalu lemah dan adalah parti yang amat lemah. Ajaib ia kiranya ia kuat dan gagah, ia mahu PAS menenggeknya. Apa ajaibnya jika yang lemah menumpang yang kuat?
  
Ada pun PAS, baik ia lemah mahu pun ia kuat, tidak pernah barang sesaat jua ia hendak bersama dengan Umno. Menjelang PRU 1955, Umno adalah amat gagah. PAS adalah amat lemah. Ia hanya terdaya meletak 11 calon bagi 52 kerusi yang dipertanding. Perikatan – Umno, MCA dan MIC – kalah satu saja dari 52. Yang satu itu ialah PAS. Dalam keadaannya paling lemah dan Umno paling kuat ia tidak mahu berkawan dengan Umno.
   
Maka sekarang PAS bertambah kuat dan memang kuat dan ia akan menjadi bertambah kuat. Dan Umno pula diketahui oleh semua adalah lemah dan akan bertambah lemah dengan izin Allah.
  
Pada ketika PAS lemah dan Umno kuat, PAS tidak mahu menjadikannya kawan, maka amat ajaiblah kalau PAS yang kian kuat sedang Umno kian lemah, PAS hendak berkawan pula dengan Umno?
  
Amat ajaib jika PAS memilih untuk bersamanya. Adakah politik itu akan bergerak dan berlaku atas sebab-sebab yang ajaib?
   
Ajaib adalah hal-hal yang orang tidak terfikir seperti mukjizat bagi para nabi dan rasul. Apabila yang PAS tidak terfikir, tiba-tiba dilakukannya, ia adalah benar-benar ajaib. – HARAKAHDAILY 7/2/2015
     

Sumber HD - 7-2-2015

Orang Syiah pernah jadi PAS

Posted on Friday, February 06 @ 13:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif
DALAM PAS ramai yang minat Ayatullah Khomeini, pelopor Revolusi Islam Iran dan ramai yang pro-Iran, tetapi kebanyakannya tidak jadi Syiah. Untuk mengatakan tidak pernah ada orang Syiah jadi PAS pun tidak betul juga, kerana pernah ada orang Syiah jadi PAS dan bergiat dalam PAS. Dan antara pernah menjadi ketua Syiah pernah jadi PAS malah pernah menjadi calon.

Dia jadi calon sebelum dia jadi Syiah. Tetapi setelah terang dia orang kuat Syiah, dia tidak boleh kekal lagi dalam PAS kerana PAS menolak ajaran Syiah kecuali ajar an revolusinya menentang Israel dan mustakbirin Amerika serta sikap tegas dan kerasnya untuk membebaskan Masjidil Aqsa.

Apabila penampilannya sebagai orang Syiah adalah jelas, maka dia tersisih dari PAS dan saya pun tahu di mana dia.

Salah seorang yang dikatakan pemimpin Syiah dari Kedah, jika tidak salah memang pernah bergiat dalam PAS di Perak. Kerana dia sedap bercakap, ramai peminatnya.

Dia pun mengadakan kuliah tetapnya dihadiri ratusan. Apabila dia terasa orang menyokongnya, dia cuba membuat kumpulan sendiri yang tidak sesuai dengan pandangan PAS.

Orang yang meramaikan ceramahnya ialah orang PAS. Bila mereka rasa ia tidak sesuai dengan PAS, orang PAS tidak hadir lagi. Dia pun hillang dan kemudian terkenal antara orang pen ting Syiah.

Seorang pensyarah yang banyak membantu PAS pernah saya tolong keluar negeri kerana seminar yang dianjurkan oleh Iran. Setelah jelas dia tertalu pro-Syiah, orang-orang PAS tidak rapat lagi dengannya.

Seorang tok guru yang ramai muridnya jadi ulama dan pembesar memang orang PAS sejak di Mesir bersama Prof Zulkifli Mohamad, kerana kagumnya kepada Imam Khomeini sentiasa mensifatkan pemimpin Iran itu sebagai tok ayah. Kami pernah berbuka puasa di kediaman duta Iran.

Semasa hendak solat Maghrib, tiba-tiba tuan rumah menyediakan batu lapik sujud yang digunakan oleh penganut Syiah.

Dia pun ambil batu itu dimasukkannya ke dalam poket. Dia pun mengimamkan solat.

Heboh di pejabat PAS mengatakan tok Guru itu meanggunakan batu untuk alas dahinya semasa sujud. Yang ramai jadi makmumnya ialah orang PAS termasuk saya. Pemimpin tanya saya hal itu. Jawapan saya ialah dia ambil batu, dimasukkannya ke dalam poket sebelum jadi imam.

Demikianlah prihatinnya pemimpin PAS dan orang PAS akan ibadat yang menyamai Syiah. Tok guru itu tidak lagi jadi orang penting PAS.

Isu orang PAS jadi Syiah pernah heboh semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Pemimpin PAS minta saya bertindak. Jelas pada saya dua orang aktivis penting PAS adalah Syiah. Saya nasihatkan mereka supaya tidak pegang apa-apa jawatan. Mereka boleh sokong dan tolong PAS dari luar.

Tindakan saya dikritik oleh setengah orang. Tetapi tuan badan bersetuju dengan saya kerana tindakan saya itu mengiktiraf mereka sebagai orang Syiah dan orang pun tahu mereka rupanya orang Syiah. Sampai sekarang keduanya baik dengan saya dan mereka terus menyokong PAS kerana PAS menentang Umno.

Yang orang Umno bising kononnya orang PAS jadi Syiah ialah kerana orang Syiah tidak menyokong Umno. Adapun akidah orang PAS adalah bersama ahli sunnah wal jamaah yang kuat mazhab Syafienya. Bukan saja orang PAS tidak menerima Syiah, malah Wahabi dan Salafi pun mereka tak suka.

Bila Jamil Khir Baharom menyambut imam Makkah melawat Malaysia, ada yang kata dia pro-Wahabi. Isu ustaz Wahabi pun PAS di kalangan masyarakat sekarang. Kalau orang Melayu tak terima Wahabi, lagilah mereka tak terima Syiah.

Penolakan Melayu terhadap Syiah telah jelas dalam pendidikan di sekolah-sekolah lagi. Tidak perlu lagi PAS beritahu kerana semua orang tahu. Ibu bapa sudah beritahu anak-anak mereka di rumah tentang Syiah sama seperti mereka beritahu tentang Kristian dan Yahudi.
Seorang India tanya saya mengapa PAS tidak tentang Syiah?

Jawab saya, kalau PAS tak cakap pun orang Islam Malaysia tak terima Syiah sama seperti PAS tidak cakap apa-apa tentang Kristian dan Yahudi, semuanya tahu tentang Kristian dan Yahudi.

Kalau PAS tidak berbalah dengan Syiah, samalah dengan dasar PAS berbaik dengan semua penganut agama sekarang. Kami berbaik dengan orang Buddha, Hindu dan Kristian kerana kita tahu jarang sangat orang Islam masuk Buddha dan masuk Hindu. Kalau kita berbaik dengan penganut semua agama, mengapa kita tidak boleh berbaik dengan orang Syiah?

Lagipun orang Syiah yang menyokong revolusi Islam Iran itu adalah orang tidak sukakan Umno kerana Umno menolak pemerintahan Islam. Walaupun Islam Syiah tidak sama dengan Islam, tetapi menolak pemerintahan Islam tidak disukai oleh Syiah. Buat apa kita berperang dengan orang yang menentang Umno. Orang India itu kata, itu satu politik baik.

Umno memang suka supaya PAS berkelahi dengan semua orang. Kalau PAS berkelahi dengan Syiah, Syiah tidak masuk pilihan raya. Dari segi politiknya rugi. Kita mesti tumpukan tentangan kepada orang yang masuk pilihan raya saja. Kalau kita berlawan dengan semua orang tidak masuk piliihan raya, maka siapa lagi mahu bersama kita untuk menentang Umno.

Umno yang terang-terang menentang Syiah itu belumlah tentu Islamnya betul kerana ia jelas tidak mahukan hudud dan syariat. Cuma ia tidak disebut anti hudud dan anti syariat saja. Saya orang PAS yang pertama ke Iran selepas Shah tumbang.

Saya dengar di jalan raya laungan “Khomeini rahbar.” Saya tanya, rahbar itu apa? Jawab mereka kalimah Parsi itu bererti pemimpin atau penganjur. Bila saya balik saya ambil kalimah Parsi itu jadi nama anak saya, tetapi saya tidak ambil Syiahnya.

Bila anak saya besar, dia tidak jadi Syiah tetapi dia terangkan kepada orang yang mengaji 
dengannya tentang Syiah itu bercanggah dengan ahli Sunnah wal Jamaah. Bila saya dan isteri naik haji, semua masa di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah penuh sesak, tiada ruang untuk mencelah walaupun seorang.

Isteri saya tahu di mana dia hendak duduk di tengah orang ramai itu. Dia menuju tempat yang ramai jemaah Iran. Dia lalu menegur wanita Iran yang juga Syiah itu, “Iran?”

Mereka mengangguk. Dia bertanya lagi, “Khomeini?” Sambil meletakkan tangan kanannya ke dada. “Ya! Ya!” Balas mereka riang. Mereka pun membuka ruang bagi isteri saya duduk di sebelah mereka.

Tempat duduk sementara menunggu solat waktu tidak ada masalah lagi. Begitulah isteri saya sepanjang di Masjidil Haram dan di Masjid Nabi di Madinah. Harihari dia duduk di tengah wanita Syiah. Tetapi bila balik dari Makkah dia tidak membawa Syiah ke rumah.

Apabila kami dapat cucu sulung perempuan, kami minta anak, Rahbar yang diambil dari gelaran buat Khomeini itu mencari nama yang baik bagi cucu itu. Dia pun memberi satu nama dari kalimah Parsi iaitu Naznin.

Saya tidak ingat ertinya. Maka cucu saya juga menggunakan nama bahasa Iran yang ditutur oleh orang Syiah. Bila kami hadir ke satu majlis kenduri, cucu itu baru boleh berjalan. Masingmasing memanggilnya, “Naznin! Naznin!”

Seorang wanita muda bukan Melayu mendengar nama itu disebut.

Dia memerhati penuh minat.

Dia mendekati Naznin. Rupanya wanita itu juga bernama Naznin datang dari Iran. Saya selalu melihat di stesyen TV CNN seorang penyiar tentang Asia Barat juga namanya Naznin.

Kami ambil dan pungut kalimah yang baik dari bangsa yang menganut Syiah. Tetapi tidak mengambil Syiahnya. Isteri saya meletakkan tangan kanan ke dada semasa bertegur dengan orang Syiah, maka janganlah disangka kami juga sudah menjadi Syiah.

Sumber DD - 6-2-2015


BOLEHKAH SHAHIDAN DAMAIKAN MAHATHIR, NAJIB:


YB DATUK SERI SHAHIDAN KASIM - MENTERI DI JPM

http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33652-bolehkah-shahidan-damaikan-mahathir-najib

Sumber HD - 4-2-2015


BERTEMU PAS SABAH SELEPAS 11 TAHUN - SUBKY LATIF:

http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33588-bertemu-pas-sabah-selepas-11-tahun

Sumber HD - 31-1-2015


Pasca banjir perlukan Saddam
Posted on Friday, January 30 @ 10:00:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif 

MEMANDANGKAN teruknya kemusnahan gara-gara banjir di seluruh negara terutama Kelantan, tidak dapat dibayangkan bagaimana dan berapa lama ia hendak dibangunkan semula khususnya Manek Urai dan Kuala Krai.Tidak dapat diagak bila mangsa yang musnah rumah itu boleh beroleh rumah tetap semula dan bilakah jalan-jalan yang binasa itu dapat dipulih dan laluan kenderaan lancar semula?

Betapa adanya pengalamanpengalaman pemaju dan kontraktor bertukar ganti, menyebabkan banyak juga projek yang terbengkalai, payah hendak difikirkan pemulihan kilat akan terlaksana.

Tetapi dengan darjat prihatin dan tanggungjawab yang tinggi para simpatisan dan sukarelawan mangsa banjir, pembangunan kilat akan tumbuh semula dan segera di mana-mana.

Berapa lama perlu menunggu? Moga-moga dalam tiga/empat bulan ini kebanyakan yang tidak berumah akan dapat kediaman tetap dan kebanyakan kediaman yang separuh rosak akan selesa didiami semula.

Saya teringat rumah kayu separuh usia kepunyaan Arshad di Pasir Panjang Lau, Sitiawan terbakar hangus. Rumah itu masih boleh didiam tetapi tidaklah selesa sangat. Arshad pun bukan orang senang untuk membaik pulih rumah kayunya dulu. Kebetulan saya di kampung semasa rumahnya terbakar.

Mangsa itu tinggal sehelai sepinggang. Orang kampung sekaliannya menghulur bantuan apa yang ada membantu Arshad memiliki rumah semula. Sebulan kemudian saya ke situ lagi. Saya dapati Arshad dapat rumah batu di tapak rumah kayunya yang terbakar itu.

Semuanya atas bantuan orang ramai. Saya singgah jumpa Seca dan isteri Ezon. Saya kata padanya, “Untung juga rumah kamu terbakar.

Jika tidak kamu tak dapat rumah batu.” Keluarga itu gelak dan bersyukur atas musibah yang berhikmat itu. Dalam bencana ada juga rahmatnya.

Sekalipun mereka dapat rumah baru dengan mudah tetapi tetap mereka mengambil masa untuk melengkapkan semula peralatan dan keperluan rumah. Adatlah kalau tiada kerugian langsung atas bencana, maka tiadalah dinamakan bencana.

Tapi ia sebuah rumah saja terbakar. Kelantan yang diserang banjir besar itu semua rumah dan semua orang menjadi mangsa.

Maka banyak dan besarlah tindakan yang perlu dibuat oleh kerajaan dan masyarakat prihatin.
Kita tunggu kerja sepadu muafakat antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri bagi membangun dan memulihkan semula kehidupan masyarakat mangsa banjur. Di luar musim banjir pemaju dan kontraktor banyak songeknya. Kerja sebulan jadi dua bulan. Yang setahun jadi dua/ tiga tahun dan ada yang tak siapsiap.

Setahun selepas Perang Teluk yang pertama saya ke Baghdad melalui jalan darat dari Amman, Jordan berbelas belas jam. Semua tahu kota Baghdad itu separuh musnah gara-gara perang itu. Jambatan besar yang menghubungkan dua belah tebing Sungai Furat di tengah Baghdad itu musnah oleh bom Amerika yang tidak bermata.

Tetapi Baghdad yang saya datangi tidak nampak kesan dan bekas kemusnahan perang. Padahal 30 tahun sebelumnya saya ke Jerman. Gara-gara perang dunia kedua 30 tahun sebelum itu negara itu hancur. Saya lihat ada lagi kesan perang Jerman itu. Di Berlin Barat sudah tidak banyak baki kerosakannya, tetapi di Berlin Timur masih penuh dengan keruntuhan.

Di Baghdad tidak banyak lagi, malah tidak berapa ada bangunan runtuh yang belum dibaiki. 

Seolah- olah tidak ada perang di Iraq setahun lalu. Bagaimana Baghdad begitu cepat menghapuskan kesan perang? Adakah datang jin-jin seperti pada zaman kenabian Nabi Sulaiman a.s. dikerah memulih ba-ngunan runtuh dalan sekelip mata? Selepas ketiadaan Nabi Sulaiman jin-jin tidak dapat dimanfaatkan lagi.

Akan tetapi itulah perkasanya Saddam Hussein yang memerintah Iraq mengikut kehendaknya sendiri. Dia dapat bangunkan semula kota Baghdad dalam masa setahun.

Sebaik saja gencatan senjata dikuatkuasa dan perang ditamatkan, Saddam Hussein dikatakan memanggil para pemaju dan kontraktor yang pernah mendapat faedah pembangunan di Iraq sebelum perang dulu.

Saddam beri kata dua kepada mereka, dia tidak mahu lihat bangunan dan jalan yang runtuh di kota itu. Dengan segala nikmat dan kekayaan yang mereka dapat semasa aman dulu, mereka jangan bertangguh lagi membangunkan semua segala yang runtuh itu sesegera mungkin. Saddam tidak mahu dengar segala kepayahan dan ketiadaan modal bagi memulihkannya.

Dia tahu arahannya mesti siap secepat mungkin. Penduduk lembah Nil telah biasa membina piramid dan lain-lain atas perintah Firaun 5,000 tahun lalu dan di Lembah Furat mereka telah ada pengalaman membina Taman Tergantung di Babylon dan lain-lain, maka mereka tidak memungkiri lagi kemahuan Saddam bagi membersihkan semua kemusnahan di Baghdad.

Jika pada zaman purba yang tiada teknologi moden mereka dapat bangunkan bangunan yang tiada bangsa lain dapat laksanakan, maka tidak payah sangat rakyat Saddam pada zaman penuh teknologi moden membangunkan semula Baghdad.

Saddam tidak menghadapi banyak masalah bagi memulihkan Baghdad. Apakah Perdana Menteri Najib dan Timbalannya Muhyiddin Yasin dapat bangunkan kembali Kelantan dan lain-lain pada zaman pasca banjir ini tanpa bertangguh?

Dapatkah Najib buat apa yang Saddam buat di Baghdad pasca perang teluk dulu? Kita sekarang perlukan pemimpin yang tegas dan berani, bukan yang kejam. Najib tidak perlu contohi kekejaman yang ada pada Saddam, tetapi dia mesti ambil ketegasan dan keberaniannya.

Jangan ambil kesempatan untuk menggunakan peruntukan yang berlebihan bagi membangunkan semua segala yang musnah.

Yang melambat dan memahalkan segala projek selama ini ialah mencari duit yang banyak dari setiap projek yang sepatutnya tidak terlalu mahal. Setiap orang cuba mendapat sebanyak untung.
Jika melambatkan siapa boleh mendatangkan untung tambahan, maka lambatkan siapnya.

Jika yang setahun disiapkan bertahun-tahun, banyaklah masing- masing dapat duit. Sekarang semua orang masih dalam suasana pilu, belas dan insaf atas bencana itu. Semuanya hendak menolong dan membantu mangsa supaya mereka kembali selesa malah lebih baik dari sebelum banjir.

Saudagar Karangkraf telah tambil membuat berbagai rangsangan membantu mangsa dan masyarakat.

Jika orang seperti ini dan yang sesimpati sepertinya diberi kepercayaan membangunkan semula wilayah yang cedera, memanfaatkan peruntukaan yang ada, dengan kepakaran niaga dan usahawan yang ada, kita boleh buat apa yang Saddam buat di Baghdad.

Saudagar seperti itu telah menggunakan kecekapan dan duit yang ada sebaik-baik telah berjaya membangunkan empayar perniagaannya.

Jika dia diberi peluang mengepalai konsortium memulihkan bencana banjir, dipercayai semua ngeri yang jadi mangsa bukan sekadar dapat dipulihkan, bahkan masing-masing boleh dapat nikmat yang lebih baik dari semasa mereka belum jadi mangsa dulu.

Bencana itu ada hikmatnya. Kadang-kadang bagi menyedar yang lalai dan bagi mengubah nasib yang malang. Banjir itu adalah bagi membersihkan semua tentang kelemahan masing-masing.

Semuanya sepatutnya sedar, maka mahu keluar dari kelemahan lama. Jika kerajaan pula dapat menerima ia adalah satu pengajaran kepadanya, maka selepas banjir ini semuanya mahu menebus kelemahan masing-masing.

Bagi yang royalti minyak rakyat Kelantan sejak sekian lama, maka selepas bala itu pulangkanlah duit royalti itu kepada yang hak.

Allah kadang-kadang menurunkan bala bagi yang mencuri royalti. Kerugian dari bencana itu jauh lebih besar dari royalti yang digelapkan. Kerajaan dan pemimpin yang baik ialah mereka yang sedia mencari kesilapan dan kecurangan sendiri. Jangan jadikan bencana itu sebagai peluang untuk meraih sebanyak-banyak untung

Sumber DD - 30-1-2015


INDONESIA TOLAK RAYUAN HUKUM MATI:


TONY ABBOTT - PERDANA MENTERI AUSTRALIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33527-indonesia-tolak-rayuan-hukum-mati

Sumber HD - 28-1-2015


TELAH DIINGATKAN, JANGAN HARAPKAN MINYAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33492-telah-diingatkan-jangan-harapkan-minyak

Sumber HD - 27-1-2015


APA DR M BUAT JIKA JADI PM SEMULA?


TUN DR MAHATHIR MOHAMED


http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33299-apa-dr-m-buat-jika-jadi-pm-semula

Sumber HD - 16-1-2015


Ustaz Kazim kata, Mahathir mahu hudud

Posted on Thursday, January 15 @ 12:38:00 MYT by paktam

Oleh Subky Latif

SAYA terbaca sepintas lalu berita Ustaz Kazim Elias, ustaz serba boleh – penceramah, daie, penghibur yang berjenaka – dalam Facebooknya menyebut menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad bertanyakan sikapnya tentang hudud.

Apa yang difahami dari tanggap an Ustaz Kazim, Dr Mahathir juga mahu hudud. Apa pun dia ada takwil tentang peraturan yang sediakan oleh PAS. Malangnya tiada siapa datang membincangkan takwilnya lalu mengira dia menolak hudud.

Kita terima nukilan Ustaz Kazim seadanya.
Empat bulan sebelum Pilihan Raya Umum tahun 1982 saya bertemu Hujjatul Islam Hashemi Rafsanjani, Speaker Parlimen Iran yang baru pulang dari Kuala Lumpur di Tehran. Katanya, dia bertemu Mahahir. Katanya dia juga mahukan Islam.

Maksud mahukan Islam itu ialah menjadikan Islam sebagai peraturan bagi orang perseorangan, masyarakat dan nusa.

Saya tanya beliau, adakah anda percaya kepadanya? Jawabnya, anda lebih tahu kerana dia adalah perdana menteri anda. Tidaklah saya berhajat untuk menyangkal apa yang Dr Mahathir kata pada Hujjatul Islam Rafsanjani dan Ustaz Kazim, kerana tidak bijak mentakwil apa yang ada dalam hati dan otak seseorang selain dari Allah.

Apa yang saya boleh komen ialah adanya orang memberitahu saya dia mahu menjadi penulis dan bagaimana hendak jadi penulis.

Saya tidak takwil hajatnya dan cita-citanya untuk jadi penulis.

Jawab saya, sekadar bercita-cita untuk menjadi penulis tetapi tidak menulis, anda tidak jadi penulis.
Tetapi dengan menulis setiap hari, anda akan jadi penulis yang baik. Jika kita ibaratkan hendak menjadi penulis disamakan dengan hendakkan Islam, maka tidaklah hendak Islam itu sekadar berkata dan bercita-cita hendakkan Islam, tetapi tidak buat apa yang diperintah Islam.

Apa kita hendak kata kepada orang Islam yang masuk PAS pula tapi tidak solat dan tidak puasa?
Maka itulah yang dinamakan orang Islam yang tidak bertiang.

Solat ialah tiang agama/Islam. Kalau anda masuk Islam atau jadi Islam sejak lahir tetapi tidak solat bererti anda masuk Islam yang tidak bertiang. Samalah seperti berada tanah lapang yang tidak berpokok dan bangunan.

Dan Islam itu bukanlah solat saja. Islam itu ada rukun imannya dan ada rukun Islamnya. Ada puasanya, ada zakatnya, ada peraturan nikahnya dan ada hukum jenayahnya. Kita terima rukun imannya tetapi tidak laksana rukun Islam sepenuhnya, samalah Islamnya itu orientalis.

Orientalis belajar Islam setinggi- tingginya, mahir al-Quran dan sunnahnya tetapi bukan untuk beriman dan beribadat, bahkan dengan ilmu Islamnya dia mengajak orang menentang Islam dan meninggalkan Islam.

Atau tidak suruh tinggalkan Islam, tapi kekal dalam Islam sekadar tidak melaksanakan hal-hal yang wajib. Inilah Islam yang penjajah mahu dan penjajah tinggalkan.

Kata tukang-tukang logik ia adalah Islam Belanda dan Islam Inggeris. Orang Iran kata tentang Islam Saudi sebagai Islam Amerika.

Dari keadaan ini orang meminjam logik peraturan hudud yang dirangka oleh PAS itu adalah hudud PAS. Adalah hudud Brunei Darusslam dan hudud Aceh itu juga bukan hudud Islam tetapi hudud Brunei dan hudud Aceh?

Orang yang beriman kepada apa-apa jua yang diwajib oleh Islam, tidaklah dia menunggu untuk melaksanakannya setelah disuruh. Apabila dia tahu ia wajib, maka tidak ditakwil lagi lalu dilaksanakannya. Jika tidak tahu macam mana melaksanakannya, maka dia mengaji supaya dia tahu.
Tidaklah dia tunggu orang datang kepadanya untuk memberitahu tentang yang wajib itu begitu dan begini. Kalau dia tunggu orang datang untuk memberitahunya, maka samalah dia dengan gunung. 

Gunung tidak datang kepada Muhammad. Ia tunggu Muhammad. Muhammad yang datang kepada gunung. Kalau Muhammad tidak datang? Di situlah ia tidak bergerak.

Manusia terutama yang Islam, mahu solat dan puasa, dan mahu hudud tidak boleh jadi macam gunung.

Dia mesti buktikan dia manusia Islam. Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain tidak tunggu orangorang yang menyimpan sanad hadis datang kepada mereka bagi meriwayatkan hadis yang mereka kumpul. Melainkan mereka pergi ke semua ceruk rantau mencari nya.

Mengapa mereka ke manamana mencarinya? Kerana mereka bukan gunung tetapi mereka adalah orang mukalaf. Yang bersetuju menerima amanah dan tanggungjawab untuk menjadi khalifah di buka bumi.

Gunung sememangnya dijadikan malas. Ia tidak bergerak ke mana-mana. Di situlah ia dari mula hingga akhir atau datang manusia membotakkannya. Tetapi ia ikhlas. Bila ia ditawarkan untuk jadi khalifah di bumi, ia tolak. Ia tahu ia tak boleh buat dan ia malas.

Tetapi manusia tak tahu ia tak boleh buat dan ia nak ikut malas seperti gunung juga. Maka itulah dinamakan insan gunung.

Sekarang telah datang ilham kepada manusia untuk melaksanakan hudud. Masa penjajah dulu tidak ramai yang dapat ilham.

Orang dapat ilham sama ada diburu atau dipinggirkan. Itulah nasib orang Islam yang dijajah.
Sekarang sudah merdeka. Orang Islam tetap mahu terus menjadi orang Islam. Dan akhirnya yang serba salah dulu pun mula mengaku hendakkan hudud juga.

Setengah menunggu orang lain buat, baru dia hendak buat. Kalau tiada orang hendak buat, me reka selesa join Yahudi dan Nasrani yang tidak mahu hukum yang disyariatkan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa al-Masih. Kalau Yahudi tidak ikut syariat Nabi Musa dan Nasrani tidak ikut syariat Isa al-Masih, maka umat Nabi Muhammad s.a.w. pun mahu jadi macam Yahudi dan Nasrani tidak ikut syariatnya.

Mungkin ada benarnya orang PAS yang hendak menegakkan hudud itu tidak pergi berjumpa setiap orang untuk mengajak setiap yang mentakwilnya menyokongnya.

Tetapi orang PAS selain dari tidak terlatih seperti orang jemaah tabligh pergi dari rumah ke rumah mengajak orang ke masjid, mereka telah terlatih menggunakan teknologi maklumat bagai menyampaikan semua seruannya.

Nabi s.a.w. tidak mencari Salman al-Farsi untuk menyampaikan seruan. Salman yang mendengarnya mencarinya. Maka apa salahnya orang Islam yang berpelajaran tinggi dan ada kedudukan mencari penggubal hudud bertanyakan mengapa buat begitu dan begini? Orang yang mengaku dirinya mahukan hudud mesti ada rasa terpanggil untuk sama-sama menegakkannya dan membaiki apa yang dirasakan kurang, supaya ia jadi sempurna.

Yang ada ialah yang mahukan hudud tetapi memperleceh apa yang orang buat sedang dia tidak buat apa-apa.

Yang kata hendak Islam tetapi tidak buat apa yang Islam buat, yang mahu hudud tetapi tidak buat apa-apa supaya hudud dimartabatkan adalah sama seperti gunung dan bukit yang dijadikan menunggu bila Islam dan hudud hendak dilaksanakan, kerana ia tidak diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

Yang diberi tanggungjawab dan amanah melaksanakannya ialah sekalian mukalaf laki-laki dan perempuan. Pondan yang mukalaf termasuk di kalangan lakilaki.
Itu lah komen saya atas apa yang Rafsanjani dan Ustaz Kazim kata.

Sumber DD - 15-1-2015

MULAKAN KERAJAAN CAMPURAN DI KEDAH


YB DATO' MAHFUZ OMAR - PJ KEDAH


YAB MUKHRIZ MAHATHIR - MB KEDAH


YB IR AMIRUDIN HAMZAH - KETUA PEMBANGKANG KEDAH


http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33239-mulakan-kerajaan-campuran-di-kedah

Sumber HD - 14-1-2015


YANG DIPERLUKAN BANTUAN, BUKAN KERAJAAN CAMPURAN:


MESYUARAT KOORDINATOR PELAN TINDAKAN PASCA BANJIR NEGERI KELANTAN DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/subky/33102-yang-diperlukan-bantuan-bukan-kerajaan-campuran

Sumber HD - 13-1-2015

































































































































































Banjir besar adalah bala besar

SUBKY LATIF | .

SEMUA setuju betapa hujan yang melanda seluruh negara hujung tahun dan awal tahun baru berhari-hari adalah rahmat. Dan semua setuju bahawa banjir terbesar sejak merdeka kali ini adalah bala daripada Allah. Lagi besar banjirnya, lagi besarlah bala.

Rahmat hujan itu adalah rahmat kepada semua, Islam dan bukan Islam, manusia dan lain-lain makhluk. Bala juga sama terhadap yang kufur dan yang beriman. Bagi yang kufur memang ia bala yang sewajarnya setimpal dengan kekufurannya. Bagi yang beriman ia tempias atas kekufuran orang lain, ia tetap ujian kepadanya.

Saya terfikir apakah dosa kita semua atau apakah dosa orang lain yang kita terpaksa hadapi? Tidak bala kiranya semua tidak berdosa.

Tidak mungkinkah kerana memperleceh orang yang hendak kembali kepada Islam menghina hudud yang amat menjolok mata sama ada yang Islam dan yang bukan Islam adalah antara kewajaran banjir besar itu diturunkan.

Dulu ada juga bala tetapi tidak sebesar bala banjir ini. Bala dulu kerana sistem tidak mahu Islam termasuk hudud saja tetapi semua tidak terlibat menghina hudud dan memperleceh Islam. Semua tidak sedar sistem tidak Islam dipaksa ke atas kita. Sekarang kebanyakannya terlibat memperleceh hudud dan peraturan Islam.

Saya terasa begitu dan adakah betul seperti yang disangka itu. Saya diam mulanya. Tetapi ada yang sudah kata ia justeru menentang dan menolak Islam termasuk hudud, berterang menggalakkan apa yang Allah dan Nabi-Nya larang.

Tetapi bala itu bukan dihadapi oleh yang menolak Islam saja. Yang berjuang untuk mendaulatkan Islam seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah ikut jadi mangsa bala juga.

Jika rahmat adalah untuk semua, maka azab juga dirasai oleh semua. Banjir besar zaman Nabu Nuh dulu bukan justeru Nabi Nuh bukan nabi. Baginda maksum tetapi baginda juga ikut mengalami azab itu. Ditentang oleh isteri dan anaknya. Kebanyakan keluarganya binasa. Sekali baginda diselamatkan tetapi jangan kata baginda tidak mengalami kepatuhan atas bala besar itu.

Demikian juga yang dihadapi Nabi Luth. Bala untuk kaumnya ikut memusnah rumah tangga dan hartanya dan isterinya, terpaksa meninggalkan rumah bersama anak-anak dini hari. Makan tak tentu dan tidur tak tentu. Sekalipun baginda diselamatkan tapi jangan kata baginda tidak mengalami sebarang kepayahan.

Jika perjuangan Kelantan mahu menegakkan Islam menjadi mangsa yang paling teruk, bukanlah kerana dosanya, tetapi gara-gara keburukan daripada tentangan terhadap Islam akan dirasai oleh semua. Kepayahan yang mereka hadapi adalah kerana buruknya hidup di tengah masyarakat yang menentang Allah.

Yang menolak Islam itu tidak semesti dari Kelantan dan Terengganu saja tetapi yang ada di Kuala lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain yang menjadi rakyat Yang Dipertuan Agong dan setia kepada kerajaan boleh menjejaskan semua yang berada di wilayah itu di mana-mana saja tidak kira beriman atau tidak.

Kepayahan yang dialami oleh para nabi dan orang-orang yang beriman, bukan kerana salah mereka tetapi itu payahnya hidup di tengah dunia yang menolak ketentuan Allah. Bagi menyelamat sekalian manusia beriman dan tidak, maka hendaklah ada dalam kalangan manusia itu berusaha menegakkan kalimah Allah sekali pun antaranya akan menjadi mangsa atas bala yang Allah timpakan atas alam.

Gara-gara bala yang disasarkan kepada yang engkar dialami sama ada oleh yang tidak engkar, tetapi azabnya hanya setakat yang kita dapat dilihat di dunia tetapi di akhirat mereka mendapat rahmat yang besar. Akan bala yang dihadapi oleh yang engkar kadang-kadang terlepas di dunia tetapi tidak terlepas di akirat.

Janganlah azab di dunia dan azab di akhirat. Memang mendaulatkan Islam itu penuh ujian. Ujian dan amaran besar ini adalah ditujukan kepada bukan Islam dan Islam supaya percayakan Allah Yang Esa. – HARAKAHDAILY 5/1/2015


































































































































































Keluar Umno elak Red Indian

SUBKY LATIF | .

KEWUJUDAN dan perbalahan PAS dan Umno mendorongkan Melayu berada di ambang nasib Red Indian. Itulah pengamatan Tun Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara.

Saranannya bagi mengelakkan Kecelakaan itu maka sayugialah PAS dan Umno meletak senjata, berdamai dan menjalin muafakat.

Ia adalah alasan mudah dan paling senang yang boleh diberi oleh semua manusia sama ada yang pandai mahupun yang bodoh.

Semua tahu bahawa bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh. Kita tidak cakap pun orang tahu.

Untuk tidak memperkecil dan memperleceh saranan rakan saya Tun Hamid itu, maka saya setuju ajak orang Melayu bersatu.

Itulah yang Rasulullah SAW anjurkan terhadap perbalahan Aus dan Khazraj. Tetapi tidaklah ia penyatuan kosong. Ada asasnya iaitu justeru Islam, demi Allah dan Rasul-Nya.

Bersatu Umno dan PAS atas apa?

Tidak bersatu musyrikin Quraisy Mekah dan pengikut Nabi SAW demi kebanggaan adat dan resam tok nenek Quraisy Arab sekali pun ditawarkan baginda menjadi raja, orang terkaya dan ratu tercantik Mekah. Turun ayat al-Kafirun yang maksudnya, aku dengan agamaku, kamu dengan agamamu. Aku tidak sembah agama (tuhan)mu, kamu tidak sembah Tuhanku.

Demi mengelak Malayu jadi Red Indian, Tun Hamid tidak memberi banyak pilihan melainkan bersatulah PAS dan Umno!

Ia samalah dengan strategi baru Umno pasca kekalahan teruknya di Kelantan tahun 1990 dan pasca PRU 2008. Strategi Umno itu hanya cakap kosong yang tidak pernah diusahakannya. Ia sekadar mahu PAS meninggalkan perjuangannya seperti musyrikin quraisy mahu baginda Rasul meninggalkan agama tauhidnya.

Lalu orang terlihat Tun Hamid seolah-olah senjata terbaru Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu.

Tetapi seruan Tun Hamid akan dilihat releven dan amat bergeliga jika ia memberi pilihan, seluruh pemimpin dan ahli Umno tinggalkan Umno untuk Najib dan Mahathir saja, sekaliannya berbondong-bondong menyertai PAS dan sedia bersatu di bawah PAS seperti berbondong-bondongnya Arab jahiliyah menyertai Islam selepas fathul Mekah.

Keutamaan Hamid mungkin bukan untuk menyambung strategi lapuk Umno untuk memerangkap PAS, tetapi mahu Melayu bersatu bagi mengelak jadi Red Indian baru. Penyatuan orang Melayu itu bukan hanya satu hala dan satu cara.

Ada banyak pilihan. Tetapi yang paling dekat dengan sasaran ialah orang Melayu menghukum Umno dengan beramai-ramai meninggalkan Umno supaya Umno jadi tin kosong. Maka justeru PAS menyambung risalah yang baginda Rasul bawa, bersatu balakalah orang Melayu bersama PAS.

Atas roboh Umno-Barisan, kita bangunkan cita-cita mulia, bagi mengelak nasib Red Indian, bersatulah Melayu seluruh belaka.

Sesuai dengan etika hakim dan mahkamah, setiap yang salah dan jenayah mesti dihukum. Hakim mesti adili akan gara-gara apa Melayu diletakkan di pintu nasib Red Indian? Ada pun PAS sejak mula lagi adalah bagi menghalang Umno membawa Melayu ke pintu rumah Red Indian itu. Itulah sebabnya PAS tidak dapat bersama Umno.

Adakah elok PAS biarkan saja Umno bawa Melayu terjun gaung. Tidaklah pengamal undang-undang boleh berfikiran bahawa kecelakaan mesti disokong semata-mata mahu bersatu.

Musa tidak dapat bersatu dengan Firaun, seperti Adam tidak dapat bersatu dengan makhluk halus yang memusihi manusia. Tun Hamid mesti memulakan mengajak Melayu meninggalkan Umno. Apabila Umno kosong, semuanya tinggal bersama PAS. Apabila Umno mati, tinggallah PAS.

Menyuruh PAS berbaik dengan Umno, seperti menyuruh sawa ditelan ular lidi. Sawa tidak mahu telan ular lidi, biarkan ia mati kering. – HARAKAHDAILY 2/1/2014



































































































































































Melayu mengemis baru jadi Red Indian

SUBKY LATIF | .
LEPAS Melayu dikatakan akan jadi Red Indian di negeri sendiri, seperti kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Mohamad, Melayu dikatakan sedang mengemis kuasa di negara sendiri daripada kaum-kaum lain seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.

Demikian buruknya nasib orang Melayu selepas 57 tahun merdeka mengikut pengamatan dua orang Tun Melayu yang bersara, satu daripada ketua hakim negara dan satu lagi daripada ketua kerajaan negara. Kedua-duanya seolah-oleh mengira kepercayaan Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia tidak mungkin relevan lagi.

Celaka yang dikatakan itu adalah gara-gara wujudnya perpecahan orang Melayu antara PAS dan Umno. Ertinya buruk benar adanya di dunia ini PAS dan Umno. Yang eloknya biar jangan ada Umno dan PAS dalam dunia, nescaya tidaklah Melayu jadi Red Indian dan tidaklah ia jadi bangsa pengemis kuasa dalam negara sendiri.

Saya tidak bercadang untuk melonggokkan dilema orang Melayu itu kepada Inggeris yang merencanakan keadaan itu, warisan peninggalan Mat Saleh itu cuba dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang politik supaya orang Melayu itu tidak habis langsung.

Jika yang ditelah oleh dua Tun itu adalah hakikat yang sebenar, ia adalah tepat bagi yang dirancang oleh British. Muafakat yang disyorkan oleh British itu diperkenan Umno pertama demi kepinginnya akan kemerdekaan mudah dan kedua bagi memastikan Umno berkuasa terus selagi ada bulan bintang tidak kira kemerdekaan itu adalah kemerdekaan atau merdeka tiga suku bagi orang Melayu.

Tahaluf yang Umno setujui itu tidaklah syarat sebenar untuk kemerdekaan kerana Briitish yang meluluskan piagam PBB tahu ia mesti pergi tidak kira kemerdekaan itu dituntut atau tidak. Brunei Darussalam yang tidak minta merdeka pun diberinya merdeka, tiada apa sebab ia hendak kekal di Tanah Melayu hingga kiamat. Tetapi kalau Umno terima dalih British itu banyaklah untungnya.

Tetapi tidaklah tahaluf tajaan Inggeris yang Umno terima itu satu tindakan mengemis kuasa daripada orang lain, bahkan bagi menjamin ia boleh tumpang berkuasa selama-lamanya.

Jika ia tidak buat tahaluf itu ia akan hilang menenggek kuasa, kerana takutkan ancaman PAS yang lebih celik politik daripadanya yang diyakini oleh semua termasuk British adalah kuasa sebenar bagi Melayu dan Islam di wilayah ini.

PAS baru ada ketika Umno mengadakan tahaluf dengan MCA dan MIC bagi menghadapi pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur tahun 1953. Ia tidak besar. Tetapi British dan Umno tahu ancaman Hizbul Muslimin sekalipun hidup empat bulan saja tahun 1948, tetapi ia menggerhanakan Umno dan PKMM yang jadi politik induknya.

Sambutan Melayu terhadap Hizbul Muslimin luar biasa. British dan Umno sama-sama bimbang. Justeru adanya ancaman gerakan bersenjata komunis, British/Umno mengambil kesempatan mengisytiharkan darurat, mengharamkan semua parti politik kecuali Umno. Darurat itu adalah untuk menghalang kemunculan gerakan Islam itu sebagai kuasa politik berpotensi di Malaya.

British/Umno tahu Hizbul Muslimin yang mati akan berganti. Apabila lahir PAS tahun 1941, cepat-cepat Inggeris nasihatkan Umno bertahaluf bagi memastikan ia kekal berkuasa selepas merdeka.

Adapun PAS yang melihat kemerdekaan separuh masak atau tiga suku dari British itu, justeru terpaksa diterima, terpaksa menghadapinya supaya keburukan kemerdekaan seperti itu dapat disekat atau dikurangkan supaya Melayu tidak jadi Red Indian atau mengemis kuasa dalam negeri sendiri.

Jika PAS pula ada tahalufnya, ia adalah demi mengelakkan Melayu jadi Red Indian lebih cepat dan bagi memastikan ia tidak jadi pengemis tetapi menjadi rakan kongsi bagi rakyat Malaysia. Dari hilang semua biarlah jangan hilang semua. – HARAKAHDAILY 31/12/2014

Ngapa Muhyiddin, JKB & Wajdi ziarahi Tok Guru?

SUBKY LATIF | .

SAYA ditanya Tok Guru Nik Aziz semasa mengunjunginya, ‘Mengapa pemimpin-pemimpin Umno mengunjunginya?’

Dalam masa sebulan setengah lalu, tiga ahli Majlis Tertinggi Umno mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan itu iaitu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Brig. Jen. (B) JKB – Jamil Khir Baharom dan Senator Asyraf Wajdi.

Wallah wa’lam. Pertama ia adalah kunjungan muhibbah demi bersilaturrahim. Satu amalan baik sesama umat Islam kunjung-mengunjung, apatah lagi Tok Guru adalah seorang tua, ulama yang disegani dan tidak sihat pula.

Menziarahi sedemikian berpahala. Menziarahi orang tua, ulama dan uzur lagilah banyak pahalanya.

Tetapi Tok Guru adalah orang politik berprestasi tinggi dan yang mengunjunginya itu pula adalah orang-orang politik yang berpolitik tinggi juga.

Mengapa baru sekarang dan mereka saja pula? Apakah ia politik dan mereka berpolitik? Sebagai orang politik, maka itulah agaknya Tok Guru mahu tahu diplomasi di sebalik kunjungan itu.

Allah dan mereka saja yang tahu. Justeru mereka orang politik, mungkin kunjungan itu kerana Allah semata-mata dan mungkin juga tidak terlepas daripada dorongan politik.

Pertama, siapa bertiga yang mengunjungi Tok Guru itu?

Tan Sri Muhyiddin adalah anak seorang tok guru dan demikian juga Asyraf Wajdi, anak Datuk Dasuki Ahmad yang berkelusan tinggi agama. Wajdi dan ayahnya juga boleh jadi tok guru. Manakala Brig. Jen. (B) JKB pula selain berkelulusan tinggi agama adalah anak seorang veteran PAS.

Latar belakang mereka ialah keluarga orang-orang beragama, maka dorongan agama itulah yang membuka peluang berkunjung itu.

Selain daripada hikmah bermuhibbah dan bersilaturrahim tadi, ada rahmat politiknya. Mereka boleh dilihat oleh khalayak umum sebagai orang yang lepas laku dalam berpolitik. Mereka boleh dilihat sebagai orang terbuka.

Dalam atmosfera orang Melayu/Islam dikatakan berada di ambang pintu bangsa Red Indian, maka mungkin ia permulaan bagi melakar bagaimana nasib Red Indian itu tidak terjelma, jika ia diikuti oleh kunjungan yang berterusan yang tidak terhad terhadap TG itu saja.

Setakat kunjungan yang dilakukan itu belumlah ada apa-apa hikmat politik yang sudah terhasil.

Dalam suasana politik perkauman yang berkecamuk sekarang, banyak pendeta yang meniupkan angin perlunya disatukan Umno dan PAS supaya nasib ke arah Red Indian itu terbantut. Penyatuan yang tidak nampak PAS akan lebih bernasib baik daripada Umno, tidak pernah menarik selera PAS.

Belum terbuka pintu hati PAS untuk terpesona dengan saranan dan rayuan sekalian pendeta yang hendak mengelakkan sial Red Indian itu.

Politik besar daripada silaturrahim itu adalah demi memprojekkan bahawa besarnya keinginan Umno bersatu dengan PAS tetapi PAS hidung tidak mancung. Jika jadilah Melayu itu Red Indian nanti, jangan salah Umno lagi, tetapi seranah sajalah PAS. PASlah yang mahukan terus berpecah.

PASlah yang amat sayangkan Pakatan Rakyat hingga sanggup membiarkan Melayu senasib dengan Red Indian.

Politik tinggi yang Umno cuba tonjolkan itu tidaklah setinggi mana. Bukanlah jadi Red Indian itu yang ditakutinya, tetapi ancaman Pakatan Rakyat yang padulah yang amat menakjubkannya. PAS lebih suka jadi sepat yang tidak makan pancing emas.

Hari itu tiada selesa untuk bercakap panjang dengan Tok Guru seperti di ruang ini. – HARAKAHDAILY 25/12/2014


Ngapa Muhyidin, JKB & Wajdi ziarahi Tok Guru?

SUBKY LATIF

SAYA ditanya Tok Guru Nik Aziz semasa mengunjunginya, ‘Mengapa pemimpin-pemimpin Umno mengunjunginya?’

Dalam masa sebulan setengah lalu, tiga ahli Majlis Tertinggi Umno mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan itu iaitu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, Brig. Jen. (B) JKB – Jamil Khir Baharom dan Senator Asyraf Wajdi.

Wallah wa’lam. Pertama ia adalah kunjungan muhibbah demi bersilaturrahim. Satu amalan baik sesama umat Islam kunjung-mengunjung, apatah lagi Tok Guru adalah seorang tua, ulama yang disegani dan tidak sihat pula.

Menziarahi sedemikian berpahala. Menziarahi orang tua, ulama dan uzur lagilah banyak pahalanya.
Tetapi Tok Guru adalah orang politik berprestasi tinggi dan yang mengunjunginya itu pula adalah orang-orang politik yang berpolitik tinggi juga.

Mengapa baru sekarang dan mereka saja pula? Apakah ia politik dan mereka berpolitik? Sebagai orang politik, maka itulah agaknya Tok Guru mahu tahu diplomasi di sebalik kunjungan itu.

Allah dan mereka saja yang tahu. Justeru mereka orang politik, mungkin kunjungan itu kerana Allah semata-mata dan mungkin juga tidak terlepas daripada dorongan politik.
Pertama, siapa bertiga yang mengunjungi Tok Guru itu?

Tan Sri Muhyiddin adalah anak seorang tok guru dan demikian juga Asyraf Wajdi, anak Datuk Dasuki Ahmad yang berkelusan tinggi agama. Wajdi dan ayahnya juga boleh jadi tok guru. Manakala Brig. Jen. (B) JKB pula selain berkelulusan tinggi agama adalah anak seorang veteran PAS.

Latar belakang mereka ialah keluarga orang-orang beragama, maka dorongan agama itulah yang membuka peluang berkunjung itu.

Selain daripada hikmah bermuhibbah dan bersilaturrahim tadi, ada rahmat politiknya. Mereka boleh dilihat oleh khalayak umum sebagai orang yang lepas laku dalam berpolitik. Mereka boleh dilihat sebagai orang terbuka.

Dalam atmosfera orang Melayu/Islam dikatakan berada di ambang pintu bangsa Red Indian, maka mungkin ia permulaan bagi melakar bagaimana nasib Red Indian itu tidak terjelma, jika ia diikuti oleh kunjungan yang berterusan yang tidak terhad terhadap TG itu saja.

Setakat kunjungan yang dilakukan itu belumlah ada apa-apa hikmat politik yang sudah terhasil.
Dalam suasana politik perkauman yang berkecamuk sekarang, banyak pendeta yang meniupkan angin perlunya disatukan Umno dan PAS supaya nasib ke arah Red Indian itu terbantut. Penyatuan yang tidak nampak PAS akan lebih bernasib baik daripada Umno, tidak pernah menarik selera PAS.

Belum terbuka pintu hati PAS untuk terpesona dengan saranan dan rayuan sekalian pendeta yang hendak mengelakkan sial Red Indian itu.

Politik besar daripada silaturrahim itu adalah demi memprojekkan bahawa besarnya keinginan Umno bersatu dengan PAS tetapi PAS hidung tidak mancung. Jika jadilah Melayu itu Red Indian nanti, jangan salah Umno lagi, tetapi seranah sajalah PAS. PASlah yang mahukan terus berpecah.

PASlah yang amat sayangkan Pakatan Rakyat hingga sanggup membiarkan Melayu senasib dengan Red Indian.

Politik tinggi yang Umno cuba tonjolkan itu tidaklah setinggi mana. Bukanlah jadi Red Indian itu yang ditakutinya, tetapi ancaman Pakatan Rakyat yang padulah yang amat menakjubkannya. PAS lebih suka jadi sepat yang tidak makan pancing emas.

Hari itu tiada selesa untuk bercakap panjang dengan Tok Guru seperti di ruang ini. – HARAKAHDAILY 25/12/2014






































































































































































Ratna kata, undang-undang syariah tidak divine

SUBKY LATIF | .

APAKAH undang-undang Islam yang ada di Malaysia sekarang dan mahkamahnya yang hendak disetarafkan dengan mahkamah sivil seperti yang disyariatkan kepada umat Nabi Musa, Nabi Isa al-Masih dan Nabi SAW, tiada siapa yang sedia mengiyakan.

Pabila hudud tidak terlaksana, maka ada asas bagi Ratna Osman, pembesar SIS unuk mengatakan undang-undang syariah yang ada bukan undang-undang langit (divine).

Jika undang-undang langit yang sumbernya daripada al-Quran dan Sunnah yang ditakwil Ratna Osman dan SIS-nya serta 25 Melayu bestari, maka binasanya akidah mereka. Sunni tidak, Syiah pun tidak.

Apa lagilah kalau sekadar mengira perlembagaan mana-mana negara selain daripada piagam Madinah lebih utama daripada undang-undang Islam. Justeru kita dikehendaki seadanya setia pada perlembagaan negara, jangan pula sampai merendahkan peraturan yang Allah dan Rasul-Nya tetapkan.

Adapun undang-undang syariah yang ada tidak semestinya tidak Islam langsung semata-mata kerana ia dirumuskan oleh manusia yang antaranya ulama dan pakar perundangan Islam.

Ketika sahabat hendak berhijrah ke Habsyah, Rasulullah SAW bertanya Muaz bin Jabar, dengan apakah dia hendak berhukum jika tiada sumber Quran? Kata Muaz, dengan Sunnah. Jika tidak dalam Quran dan Sunnah bagaimana? Jawabnya, berijtihad. Baginda merestuinya. Ertinya, orang yang layak boleh berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas yang nyata.

Siapa yang boleh mentakwil undang-undang syariah yang ada? Ialah orang-orang pakar al-Quran dan hadis dan pakar perundangan. Dan mereka diketahui gurunya. Guru itu adalah dari gurunya, dari gurunya hinggalah sampai kepada Nabi Muhamad SAW, Jibril dan Allah SWT.

Jika Ratna mahu mempertikainya, mesti diketahui gurunya dan mesti jelas bidang ilmunya. Jika bukan doktor bercakap tentang kedoktoran, jadilah dia doktor buruk seperti loyar buruk bercakap tentang undang-undang. Jika orang tak tahu undang-undang hendak tahu undang-undang mestilah bertanya pada peguam dan hakim. Orang tak tahu perubatan mesti bertanya doktor tentang penyakit.

Jika Ratna mahu bercakap tentang undang-undang syariah dan divine, dia mesti mengaji dulu beberapa tahun daripada guru-guru pusat pengajian Islam yang diiktiraf. Demikian juga dengan Dr. Mahathir dan Kassim Ahmad yang hendak bercakap tentang hadis mestilah berguru dengan imam yang muktabar.

Orientalis Snouk Hurgronje hendak tahu Islam sedalam-dalamnya telah belajar di Mekah dan Madinah sebelum dihantar ke Alam Melayu.

Ratna dan rakan-rakan apabila hendak berguru jangan berguru pada orientalis yang ramai lebih mahir Islam daripada setengah ulama, tetapi mengaji mereka itu bukan justeru beriman tetapi bagi memusnahkan orang beriman.

Jika para pakar yang hendak mendaulatkan peraturan syariah itu dikira mahu campur perundangan divine, jangan sampai terkata Nabi Muhammad SAW pun sama. Orang yang memperaturkan syariat itu demikian dan demikian ialah baginda. Baginda dipantau oleh Jibril dan dipandu Allah SWT.

Jika mereka yang hendak mendaulatkan syariah dan mahkamah dikatakan campur tangan dan mereka-reka undang-undang itu, apakah Ratna juga terlepas daripada mereka-reka dan campur tangan dalam bidang yang dia tidak tahu?

Ratna mengaku ada undang-undang langit, tetapi mengira udang-undang di bumi adalah perlembagaan. Jika dia tidak takwil Allah dan Rasulnya, tetapi tidak yakin dengan saranan dan tafsir ulama muktabar, maka belum mendapat pencerahan.

Apabila mati nanti siapa hendak mengimamkan? Sekurang-kurangnya Sukarno diimamkan oleh Hamka, Hafiz al-Asad diimamkan oleh Said Ramadan al-Bouti. Ratna? Imam Amina Wadud?

Tiada pilihan bagi Ratna melainkan belajarlah beberapa tahun daripada guru-guru yang diakui di institusi pengajian tinggi Islam yang diakui. – HARAKAHDAILY 23/12/2014








































































































































































TG Nik Aziz tanya, mengapa Mahathir serang Najib?

SUBKY LATIF | .
SYUKUR, saya dapat menziarahi Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am di pejabatnya enam bulan selepas tersebar berita palsu tentang kematiannya.

Beliau masih uzur, stabil sekalipun kurang selesa berkomunikasi.

Pemikiran politiknya masih cergas. TG hanya dua kali seminggu ke pejabat yakni pada hari Harakah diterbitkan untuk mengikuti berita Harakah dan menerima pengunjung.

Dalam keperihatinannya beliau bertanya saya, mengapa Dr. Mahathir menyerang sangat Najib? Dan mengapa Najib tidak menjawab?

Demikianlah Tok Guru mengikuti dan meneliti perkembangan politik semasa. Beliau tidak sekadar membaca berita yang tersiar bahkan cuba memahaminya.

Respon saya ialah demikianlah cara dan reaksi seorang pemimpin politik terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya. Bukan Dr. Mahathir saja begitu, bahkan Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak celupar seperti Dr. Mahathir, tidak berdiam diri terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.

Bekas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin politik menceburkan diri dalam politik dulu adalah untuk memberikan perkhidmatan yang dikiranya baik, dan sekali gus mereka akan menolak atau menentng apa-apa yang dirasakannya tidak baik dan merugikan.

Apabila mereka sudah tidak lagi berkuasa, jika ada sesuatu yang dirasakannya merugikan maka mereka tidak wajar berdiam diri, cegah apa yang patut dicegah. Berdiam diri terhadap apa yang dirasakan tidak betul, bererti membiarkan apa yang tidak betul berlaku.

Jika semasa berkuasa dia mencegah apa yang dirasakan merugikan, maka sesudah tidak berkuasa, jika dia benar seorang yang perihatin, maka dia wajar suarakan apa yang dirasanya tidak betul.

Mungkin Dr. Mahathir seorang tidak akan menyembunyikan apa yang dia tidak suka. Tetapi Tunku Abdul Rahman dulu bukanlah seorang yang suka lepas cakap. Selepas dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, dia menulis setiap minggu dalam akhbar tentang politik dan pentadbiran Tun Razak yang dirasanya tidak betul.

Tunku tidak sekadar menegur kelemahan Perdana Menteri Tun Razak. Bahkan dia mengkritik politik dan pimpinan Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir.

Apa yang Dr. Mahathir kata terhadap setiap Perdana Menteri selepasnya, maka demikianlah sikap Tunku terhadap semua Perdana Menteri selepasnya.

Maka, kesimpulan yang saya dapat katakan, setiap bekas pemimpin yang peka terhadap politik dan apa-apa saja, maka mereka tidak terlepas daripada memberi teguran terhadap sebarang kelemahan.

Dalam hal ini saya tidak hendak menyalahkan sangat Dr. Mahathir. Sebarang keburukan yang Najib buat akan membebankan semua orang.

Adalah benar Najib yang membisu terhadap apa yang Dr. Mahathir kata tentangnya, tetapi itulah cara bapanya Tun Razak dulu.

Tun Razak tidak pernah jawab apa yang Tunku tulis tentangnya. Dr. Mahathir tidak serang Najib tiap-tiap minggu. Tunku serang Tun Razak tiap tiap minggu.

Najib adalah seperti ayahnya tidak dapat dan tidak berupaya untuk menjelaskan apa yang mereka buat.

Tok Guru mendengar padangan saya dan saya tidak tahu apa yang difikirnya tentang jawapan saya itu. – HARAKAHDAILY 17/12/2014

Suka hati Ali Jalil, Alvin Tanlah

SUBKY LATIF | .

SUKA hati Ali Abdul Jalil dan Alvin Tan sama ada mereka mahu balik atau mati di perantuan. Tiada siapa boleh menentukan pilihan mereka.

Kedua-duanya dikehendaki oleh kerajaan yang ada, tetapi mereka telah melarikan diri, minta suaka politik di negara yang mereka pergi. Ali dikatakan sudah dapat suaka. Alvin saya belum pasti. Mungkin ketika tulisan ini disiarkan, dia dapat juga.

Kedua-duanya sudah tiada pasport. Imigresen kita telah membatalkan pasport mereka. Bagaimana mereka hendak hidup tanpa pasport? Pandai merekalah.

Apa reaksi orang bijak pandai tentang rakyat yang tidak berpasport itu? Jangan balik lagi ke Malaysia! Malah ada yang minta kerakyatan mereka dibatalkan. Tetapi kerajaan memilih membatalkan pasportnya saja.

Saya rasa tidak bijak bagi sesiapa menyarankan mereka jangan pulang lagi. Apa pun mereka masih rakyat. Terserahlah kepada mereka tentang masa depan sama ada hendak menetap di mana dan hendak mati di mana. Ikut merekalah hendak balik atau tidak tanpa dokumen perjalanan Malaysia.

Pada masa ini mereka pun tak mahu balik. Kalau mereka balik, mereka tidak akan dilepaskan daripada menjadi tindakan kerajaan. Apa tindakannya, suka hati kerajaanlah. Mereka lari pun kerana tidak mahu menghadapi tindakan kerajaan. Dan mereka pun tahu mereka tidak akan dilepaskan begitu saja jika mereka balik.

Tetapi tiada siapa yang boleh mengatakan mereka jangan balik lagi. Jika mereka hendak balik, tiada siapa boleh larang, tetapi mereka mestilah sedia menghadapi risikonya.

Kerajaan merdeka Tanah Melayu amat marah kepada Ibrahim Yaakob, pemimpin kemerdekaan yang lari ke Indonesia, menjadi warga Indonesia, dan dikatakan menjalankan kegiatan politik yang tidak menyenangkan. Semasa konfrontasi, dia baik dengan Sukarno. Rakan-rakan rapatnya di sini semua ditahan pada zaman konfrontasi.

Sebelum konfrontasi dia tak mahu balik. Lepas konfrontasi, dia balik pula. Tiada apa dikenakan padanya.

Tetapi yang lebih dimarah oleh kerajaan Malaysia dan penyokongnya, beberapa orang yang dikatakan komunis, diburu dan melarikan diri ke Tanah Besar China. Musa Ahmad, Pengerusi PKM dan Shamsiah Fakeh mendapat perlindungan di China. Abdullah CD berkampung di selatan Thailand. Mereka amat dikehendaki oleh polis kita.

Tiada terfikir kita mereka boleh balik dengan selamat. Komrad Musa dan Samsiah Fakeh memilih balik. Mereka dibenarkan balik. Abdullah CD tidak ada berita tentang ingin balik. Dia tak balik. Chin Peng minta kebenaran balik. Tetapi tidak dibenarkan. Dia tidak mengambil risiko balik. Jika dia balik, sedia hadapi risiko, tiada arif sesiapa hendak meramalkannya.

Hishamuddin Rais lari dari zaman Tunku berkelana di Australia dan England. Tidak berani balik, takut dihukum. Marah kerajaan padanya macam marah pada Ali Jalil dan Alvin Tan. Sampai zaman Dr. Mahathir dia balik. Tidak dikenakan apa-apa. Jika dia ditahan kemudian bukanlah atas masalah dulu, tetapi kerana nakal yang lain.

Mana tahu 40 tahun akan datang Ali dan Alvin, apa risiko pun mereka hendak balik juga. Belum tentu orang yang marah sekarang hidup lagi masa itu. Tidak arif kita untuk mengagak apa terjadi. Atau mereka pilih balik sekarang, sedia untuk dipenjara. Masakan penjara itu seumur hidup. Paling lama 20 tahun. Lepas itu mereka boleh berpolitik, masuk Umno atau PKR, DAP atau PAS. Jika Anwar Ibrahim, Kassim Ahmad dan Datuk Asri yang pernah lawan Umno pernah masuk Umno, Ali pun boleh pilih Umno.

Siapa tahu anak Ali Jalil yang lahir di atas angin dijodohkan dengan cucu Khairy Jamaluddin, lalu Ali pun boleh balik. – HARAKAHDAILY 16/12/2014









































































































































































Arak: MAS pilih dilaknat

SUBKY LATIF | .
RUPA-rupanya Khazanah yang mengambil bebas MAS tidak belajar daripada balasan yang membelenggu syarikat penerbangan negara itu.

Pada ketika memuncaknya kritik menghidang arak percuma kepada penumpang, yang mengundang beraneka mala petaka terhadapnya gara-gara amalan laknatnya, pengurusan baru berkeras untuk meneruskan penderhakaan laknat itu.

MAS yang kebanyakan pengarahnya orang Islam bertegas untuk terus dengan amalan laknatnya, konon menjamu araklah menjadikan MAS menjadi tarikan utama penuhnya penumpang sejak diasaskan.

Mungkin benar MAS tidak pernah kosong atau kurang pelanggan, tetap sepanjang perkhidmatannya ia terus dirundung petaka, asyik kerugian sahaja. Sudah banyak kali MAS diancam tutup kedai, pelbagai pihak cuba datang menyelamatkannya, ia terus diambang punah, hinggalah kini Khazanah menyerah diri unuk menyelamatkannya.

Sesudah sekian kali ia diancam musnah tetapi sempat diselamatkan, maka Allah timpakan petaka yang tidak terjadi pada penerbangan lain, lalu penerbangannya ke Beijing hilang di alam ghaib. Tidak cukup dengan bencana itu penerbangannya dibedil oleh pihak yang bertelagah di Ukraine. Banyak pesawat lalu di udaranya tidak apa-apa, tetapi hancur MAS dibedil.

Dua bencana itu amat besar gemparnya, tetapi ia tidak menyebabkan MAS boleh tutup, tetapi kerugian terbaru yang dialami mengacam selamatnya. Jika Khazanah tidak jadi penyelamat terbaru, MAS di ambang berhenti operasi atau dilelong atau digadai.

Pekung MAS selama ini dipikul Khazanah. Kerja kita tidak habis-habis menyelamatkan MAS. Khazanah tidak berbuat apa-apa apabila MAS memilih amalan laknat. Arak akan terus dihidangkan sekalipun milik negara yang menjadikan Islam agama negara.

Konon MAS rebutan penumpang justeru adanya arak, tetapi mengapa ia asyik dilanda mala petaka, hingga tidak selamat jika tidak diselamatkan?

Amat besar harapan Islam MAS mengakhiri durjana laknat itu. Rupanya Khazanah juga tidak dapat diharap. Kerajaan yang diberi mandat sejak merdeka tidak diharap. PM bertukar ganti semuanya tak boleh diharap. Menteri yang jaga Islam dan penasihat agama PM tidak boleh diharap. Mufti tak tahu apa. Ulama Umno dari dulu jadi makhluk bisu.

Tiada cara lain, sekalipun tiada hadnya sayang kepada negara, kita sekalian jangan guna MAS ke mana saja, kerana ia kenderaan yang dilaknat. Dalam negeri guna pesawat tak hidang arak. Keluar negeri guna selain MAS yang tidak ketara laknatnya.

Tabung Haji jangan muat jemaah haji dengan pesawat cap laknat nanti sekalian jemaah haji yang ke Mekah untuk membuang dosa, lalu mengundang pesawat laknat. Mereka tentu dipalit laknat. Mungkin menunggang babi yang najis pilihan yang baik kerana babi bukan barang laknat. Apabila sampai di Mekah jemaah boleh bersamak. Menunggang perkakas laknat hendak buat macam mana?

Azam saya nekad tak guna MAS. Ada pelajar MARA mahu ikut seperti saya, tapi MARA sediakan tiket MAS untuknya. Bagaimana? Desak MARA masukkan tambang dalam biasiswa/pinjaman. Dia boleh pilih penerbangan tidak dilaknat.

Atau minta penasihat syariah MARA beri kata dua, antara penumpang MARA atau arak?

Sekalian yang belum menempah tiket penerebangan, pilihlah penerbangan tidak jelas laknatnya. MAS setakat ini seronok dengan laknat, jauhilah ia supaya tidak disambar dosa laknat.

Saya hanya akan naik MAS setelah ia bebas daripada laknatullah. Jika ditakdirkan MAS saja yang boleh ke Mekah, saya tangguhkan hasrat hendak ke Mekah atau bersampan ke sana. Saya tidak suruh orang ikut saya, tetapi itulah azam saya dengan izin Allah. – HARAKAHDAILY 15/12/2014

Tiada Melayu, tiada Malaysia selamatkan MAS

SUBKY LATIF | .

SEBELUM Idris Jala muncul sebagai CEO MAS semasa Tun Abdullah Badawi memerintah, merata-rata orang bercakap kemungkinan seorang Orang Putih hendak dijadikan CEO syarikat penerbangan negara yang berada di ambang musnah.

Sudah lebih dari sekali duit dari luar dicurahkan kepada syarikat itu bagi menyelamatkannya daripada mati atau dijual kepada mana-mana saudagar asing supaya ia boleh terus beroperasi.

Akhirnya datanglah Idris Jala yang bukan dari kalangan pengurusan penerbangan bagi menyelamakannya. Idris itu hebat, dari seorang yang tidak dikenali, tidak sekadar jadi CEO MAS tetapi dari seorang yang tidak diketahui penglibatan politiknya, dia dijadikan menteri pula pada masa tiada rombakan kabinet.

Mengapa jadi menteri pula? Seolah-olah kabinet/kerajaan pula hendak diselamatkan. Sesudah hendak menyelamakan MAS, kerajaan BN yang kurang majoriti itu pula seperti perlu diselamatkannya.

Agaknya MAS sudah selamat, kerajaan yang lemah itu pula mesti diselamatkannya.

Tinggallah MAS yang orang luar sangka sudah selamat setelah ada Idris. Lepas itu MAS hidup segan mati tak mahu juga atau hidup tidak, mati pun tidak.

Sekarang benar-benar terjadi, MAS cari Orang Putih juga untuk menyelamatkannya. Pemerintah dari Pak Lah hingga ke Najib, bukan saja tidak dapat orang Melayu, bahkan tidak dapat orang Malaysia hendak diberi kepercayaan bagi menyelamatkan MAS. Bagi pada Orang Putih juga akhirnya.

Ketika mula merdeka hampir 60 tahun dulu semua jawatan penting kerajaan dan swasta dibagi pada Orang Putih. Orang kita sendiri pun tidak percaya kepada orang kita. Mungkin justeru persepsi. Lepas dirasakan merdeka betul satu demi satu jawatan yang diberi pada Orang Putih.

Apabila kebanyakan syarikat dan ladang besar dimiliki orang asing, TS Khalid Ibrahim yang jadi CEO PNB runding ambil semua syarikat itu. Boleh orang Melayu jadi CEO dan tadbirkan syarikat dan pentadbiran besar.

Apabila kita berpecah dengan Singapura, kita pecahkan MSA syarikat penerbangan yang satu itu kepada dua, satu untuk Singapura dan satu lagi MAS untuk Malaysia. Kita angkat Tan Sri Aziz Abdul Rahman jadi CEO-nya dan Raja Mohar jadi pengurusinya. Kita tidak banyak tahu akan pengalaman Aziz untuk diberi jawatan itu. Syarikat penerbangan mana yang dikendalinya sebelum itu? Elok saja MAS itu.

Kita tidak ada masalah bagi menggantikan CEO Petronas, CEO Khazanah dan Sime Darby, tetapi kerajaan merasakan masanya telah tiba bagi Orang Putih datang semula untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu. Dulu kita gantikan Orang Putih dengan Orang Melayu, tetapi seperti tiada lagi orang Melayu/orang Malaysia untuk menjadi CEO bagi syarikat yang dilaknat Allah itu.

Apakah sudah tidak orang dalam negeri yang layak bagi menyelamatkannya? Orang dalam negeri seperti Tan Sri Aziz yang jadi CEO MAS yang pertama berpendapat, belum habis orang dalam negeri yang berkelayakan dan boleh mengendalikannya. Belum diperlukan lagi Orang Putih yang tidak tahu budaya orang tempatan, katanya.

Padanya, dia tahu orang yang berupaya mengendalikan kerja menyelamatkan MAS. Daripada 28 juta rakyat itu masakan seorang pun tidak ada yang layak. Atau apa jadi kepada Malaysia Boleh? Adakah Malaysia sudah jadi tidak boleh?

Yang kata Malaysia Boleh dulu Dr. Mahathir. Dia masih hidup, seolah-olah Malaysia sudah tidak boleh? – HARAKAHDAILY 10/12/2014











































































































































































Hukum sebat buat pegawai; menteri pula bagaimana?


SUBKY LATIF | .
MENTERI Zahid Hamidi daripada Kementerian Dalam Negara (KDN) bercadang mengenakan hukum sebat sebagai tambahan kepada undang-undang yang ada kepada pegawai-pegawai di kementeriannya yang disabitkan rasuah justeru bersepahnya PATI dalam negeri.

Itu terhadap pegawai. Apa pula jika menteri? Adakah hukuman yang sama? Di China, pesalah rasuah ada yang kena mati. Mungkin kita perlu potong telinga?

Apa pun tujuan hukum yang dicadangkan itu supaya tambah mengerikan pesalah atau bakal pesalah.

Undang-undang yang ada dirasakan tidak berkesan. Maka sebat dipercaya berkesan. Mungkinkah matlamatnya tercapai? Saya belum optimis akan kesan itu.

Kita telah ada hukum mati mandatori terhadap kesalahan mengedar dadah. Ketika ia mula diperkenalkan, dunia seluruhnya meluat akan hukuman yang keras itu. Sekarang hampir semua membuat hukuman serupa.

Sudah puluhan tahun hukum itu berjalan, adakah kesan yang dikehendaki itu tercapai? Perdagangan dadah dalam negeri bukan berkurangan, bahkan berganda. Kesan yang diharap tadi hanya jadi sangkaan.

Saya kira Zahid bersungguh bagi membendung kesalahan iu, tetapi saya masih harap tidak, percaya pun kurang.

Menteri Zahid adalah keluaran pengajian Islam. Kita diajar, manusia hanya dibenarkan membuat undang-undang yang tiada jelas undang-undang Allah mengenainya seperti undang-undang trafik, denda berak tengah jalan dan lain-lain.

Tetapi apabila ada undang-undang Allah tentang sesuatu, undang-undang manusia tidak terpakai. Undang-undang Allah ada keras dan ada fleksibal. Undang-undang manusia juga ada keras, ada kendur. Undang-undang Allahlah yang adil dan berkesan dalam serba serbi atas jenayah yang sama.

Ada pun manusia itu makhluk, maka ia tidak memberi bekas dan tidak berkesan termasuklah hukum dan undang-undang yang difikirnya.

Hikmat hukum keras dan sebaliknya adalah bagi mendatangkan gerun kepada semua. Yang menjadikan hati manusia gerun dan ngeri bukan undang-undang, tetapi Allah yang memasukkan kegerunan itu dalam hati manusia. Tidak semua hukum Allah itu dilihat keras seperti bunuh, potong tangan, mencedera dibalas mencedera dan lain-lain.

Justeru undang-undang itu maha adil, hukum lembut pun dirasa gerun oleh pesalah. Contohnya kita curi al-Quran dari masjid. Naskahnya banyak, dicuri satu tak jadi apa-apa. Kerana ia dicuri, semalaman kita payah tidur kerana Allah datangkan rasa takut di hati. Kita pun pulangkan. Kerana kita memerlukannya, kita minta izin dari masjid.

Quran dan hadis tidak memperincikan semua kesalahan dan hukumnya. Kesalahan menyeludupkan PATI oleh pegawai tidak ada. Tetapi apabila undang-undang Islam itu terpakai, ulama berijtihad menentukan fekahnya. Akan adalah jalan keluar atas kesalahan PATI itu. Jika ijtihad itu tepat dapat dua pahala. Jika tidak tepat satu saja pahalanya.

Kerana yang berjalan adalah kanun Islam, Allah permudahkan kesan dan penyelesaiannya. Jika yang berjalan adalah peraturan manusia, maka Allah tidak limpahkan keberkatan dan keamanan walau segerun mana sekalipun hukumnya.

Hukum mati kepada pengedar dadah adalah contohnya. Jika pengedar disabitkan dihukum mati, lepas itu dia hidup semula. Nescaya dia mengedar dadah lagi.

Saya komen cadangan Zahid sebab dia mencari kesan daripada undang-undang manusia yang dia diamanahkan menanganinya. Payah saya hendak memikirkan dia akan beroleh kesan yang dicarinya kerana kesan itu hanya anugerah Allah. Wallah wa’lam. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

Ustaz ustazah ekspres, sindiran dan jenaka

SUBKY LATIF | .



MUNGKIN Dr. Masitah Ibrahim sekadar hendak menegur dan memberi peringatan betapa artis yang menyertai PAS sekonyong-konyong menjadi ustaz dan ustazah. Jika menjadi ustaz dan ustazah atau dijadikan ustaz dan ustazah, maka mereka akan dikira ustaz dan ustazah ekspres.

Yang dibimbangkannya dengan latar belakang dan pengetahuan agama mereka, ditakuti mereka menyampaikan maklumat Islam yang tidak betul. Nescaya celarulah jika yang disebarkan itu Islam yang salah.

Saya suka bersangka baik tentang apa yang disampaikannya dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno sebagai perwakilan Kedah dari Baling.

Kebimbangannya berasas. Sebagai ilmuwan berpengetahuan PhD Islam, pernah memberi pandangan Islam yang menyesatkan. Antaranya tentang hukum ibu melacur bagi menyara anak. Sebagai Timbalan Menteri hal ehwal agama, jawapannya diharuskannya. Banyak lagi pandangan Islamnya tidak kemas.

Jika Masitah berpengetahuan PhD agama bercakap sesat dan menyesatkan, maka kesilapan sama boleh dilakukan oleh ustaz ustazah ekspres. Jika artis yang diketahui jahil memberi pandangan silap, kurang kesan impaknya. Tapi kalau Masitah yang berPhD membuat kepalsuan, boleh patah tiang agama.

Apapun tanggapan Masitah terhadap artis itu tidak dilihat umum sebagai ingatan dan teguran, tetapi ia lebih kepada sindiran dan jenaka. Bagi pasaran dakwah, artis yang terjun ke dalam PAS lebih laris daripada Masitah yang berpengetahun tinggi Islam dari mereka. Itulah penilaian orang awam pelbagai lapisan.

Reaksi Abby Abadi, antara artis yang jadi PAS itu dalam sambutan 63 tahun PAS di Kuala Kangsar, penampilan mereka dalam dakwah, tidak pernah mengajar tetapi mengajak. Dibimbangi, Masitah mengajar tidak, mengajak pun tidak tetapi menyindir orang hendak kembali kepada Islam.

Jika mereka dipanggil ustaz dan ustazah, tidaklah mereka memintanya tetapi itulah penghormatan orang awam terhadap orang yang berhijrah kepada yang betul. Semua tahu saya bukan ustaz. Apabila saya masuk PAS, orang PAS yang saya bukan ustaz panggil saya ustaz, tak tahu pun panggil ustaz. Bukan PAS saja, Umno yang kenal saya pun panggil saya ustaz. Dari muda saya berkawan dengan Tun Musa Hitam. Dia tahu saya. Bila saya jadi PAS, dia pun panggil saya ustaz.

Kadang-kadang semasa solat berjemaah yang ada pegawai kanan Jakim dan pemimpin Umno yang berpengetahuan tinggi, baik bacaannya, lebih kelayakannya bagi menjadi imam, tetapi mereka tolak saya jadi imam. Apa saya nak kata apabila jadi imam ekspres? Ia bukan salah ustaz/ustazah ekspres, tetapi itulah penerimaan masyarakat termasuk orang Umno sendiri.

Kita arif tentang ustaz mengeletek hati, berlagu dan bergurindam dalam ceramah. Mengikut pakar, teknik dakwah sekarang pendakwah wajar berjenaka, berlagu sikit dalam dakwahnya supaya orang tidak mengantuk dan bosan. Disyaratkan pula oleh penaja Program Pencetus Ummah di TV, imam dan ustaz yang menyertainya kena berlakon, nyanyi dan melucu. Jik TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi yang berceramah tegang dari awal menyertai Pencetus Ummah, mereka akan kalah. Apa kita hendak kata dengan ilmu dakwah yang menekankan keadaan begitu?

Saya tidak perkenan imam dan lebai disuruh berlakon, tetapi itulah pencapaian dakwah terbaik mengikut pakar ilmu dakwah.

Memanglah kita rasa tidak kena alim ulama banyak berjenaka semasa mengajar dan berceramah. Majlis ilmu bukan panggung wayang, tetapi saya bimbang Masitah yang menyebut ustaz/ustazah ekspres dan pertandingan raja lawak dalam hujah di Perhimpunan Umno itu juga sengaja hendak berjenaka. Tanpa disedari terperangkap dengan Raja Lawak juga.

Perhimpunan Umno boleh diisi perkara lebih penting daripada ustaz/ustazah ekspres. Seperti ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmi sidang Pemuda, Wanita dan Puteri. Ucapannya kelas. Saya cemburu PAS tidak dapat buat ucapan macamnya. – HARAKAHDAILY 5/12/2014











































































































































































Daripada meremaja baik mendewasa

SUBKY LATIF | .
JIKA Umno sibuk hendak meremajakan partinya, PAS jangan terikut-ikut langkah yang belum tentu matang itu. PAS mesti mendahului dan mengekalkan kedewasaannya.

Ketika PAS merayakan sambutan ulang tahunnya ke-63 Nobember dan Disember ini, Umno berhimpun untuk meremajakan parti itu sedang ia sudah berusia 68 tahun jika matinya hujung tahun 80-an tidak diambil kira.

Jika Umno dikira selepas hidupnya semula pra tahun 90-an betullah ia remaja, tetapi ia mengira ia tidak pernah mati/diharamkan. Ini bererti yang tua dan yang menunggu mati diproses muda semula.

Yang remaja itu memanglah ia remaja, tetapi buruk sangat keadaannya jika yang tua pun hendak jadi remaja juga.

Orang Islam diajar betapa eloknya remaja yang berfikiran dewasa/tua tetapi huduhnya orang tua yang tidak tahu dirinya tua, masih mahu terus muda juga sekali sudah bongkok dan bertongkat.

Memang muda/remaja itu untuk penghuni syurga saja. Tiada yang tua di syurga, tetapi di dunia remaja itu adalah berdarah panas yang berada dalam alam di lamun cinta. Ia masa lelaki mengintai anak dara dan anak dara mengintai jejaka. Tidak kurang pula ada yang melarikan anak dara. Mana-mana laki-laki di luar usia remaja melarikan anak dara atau janda muda, itu tanda orang tua yang remaja.

PAS jangan jadi seperti Umno hendak sentiasa remaja di dunia, tetapi jadilah sebuah jemaah yang dewasa. Pergiatkan tarbiyah dan program lain bagi menyegerakan kedewasaan Dewan Pemuda dan anggota Unit Amalnya.

Kita hendak memimpin dan mentadbir negara dan rakyat, kita mesti dewasa dan matang. Biar Dewan Pemudanya remaja usianya, tetapi fikiran dan pembawaannya setiasa dewasa.

Runtuh negara dan rakyat jika diperintah oleh remaja. Huru-hara dunia jika perintah oleh remaja yang sifat-sifatnya memerlukan percintaan dan berdarah panas. Mana masa memadu kasih dan mana masa memimpin pemerintahan?

Adalah benar Islam dibangunkan oleh para belia bersama Nabi SAW. Quraisy tua culas belaka. Tetapi yang remaja itu adalah jundullah. Nabi sudah amat matang sejak awal remaja. Baginda amat berjaya mengendalikan bisnes Siti Khadijah dan berjaya menyelesaikan kecoh siapa hendak meletakkan hajaratulaswad ke tempatnya.

Tetapi Allah tidak mengangkatnya menjadi Nabi dan Rasul hinggalah usia matangnya 40 tahun. Bukan baginda tidak matang dan tidak dewasa sebelumnya, tetapi indikasi dewasa itu sesudah 40 tahun ke atas. Kita pakai petunjuk llahi itu. Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali boleh kendali semua khidmat dan pembangunan, tetapi kepimpinan politik terbaik bagi mentadbir ialah kedewasaan mengikut piawaian Islam.

Saya amat waspada dengan politik peremajaan Umno bagi menjamin kekuasaan dikekalkan. Memandatkan yang remaja masih dibimbangi kematangan dan kedewasaannya, mengembali mudah yang tua dan dewasa adalah langkah ke belakang dan menurunkan tahap kedewasaannya.

Masyarakat memerlukan para remaja bagi menjalankan kegiatan yang memerlukan tenaga dan kudrat, tulang yang kuat, urat yang segar dan kulit yang tegang. Kalah perang kalau semua tentera tua, berhari raya pencuri jika polis berulang alik ke hospital. Tetapi panglima mestilah yang banyak pengalaman dan IGP mestilah mula tumbuh uban. Tun Hanif Omar jadi KPN sebelum 40. Itu sekali sekala kerana dia adalah remaja yang dewasa.

Saya amat bimbang dengan peremajaan Umno kerana takut negara terletak di tangan golongan romantis, menjadi kedewasaan tunduk kepada keremajaan. Jangan biasakan mendahului usia Nabi. Baginda mula kahwin semasa remaja, jadi Nabi setelah dewasa, memimpin negara sesudah usia matang. Remaja adalah masa kahwin. Memerintah adalah masa dewasa. – HARAKAHDAILY 3/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014

Tak akan naik MAS

SUBKY LATIF | .

JIKA boleh saya dan anak-anak saya tidak akan naik MAS baik dalam negeri mahu pun di luar negeri. Bukanlah tiada rasa kasih atas apa saja kepunyaan nusa, tetapi saya amat kecewa, saya dan sekalian penumpang khususnya Islam telah diperdaya oleh MAS.

Tanpa diketahui setiap kali saya menaiki MAS, ia telah mengenakan sebahagian daripada tambang saya bagi menyediakan arak bagi yang mentedarah arak dalam pesawat itu.

Duit daripada titik peluh saya sendiri telah digunakan untuk menjamu arak pada orang lain.

Saya telah beberapa kali menulis membantah pemberian minuman syaitan itu. Justeru sialnya itu MAS menghadapi bala yang tidak berkesudahan. Paling celaka pesawatnya dengan beratus penumpang ke Beijing ghaib. Tiada pesawat awam yang dibedil dalam peperangan di Ukraine, tetapi MAS telah dipilih Allah untuk dibedil. Nahas yang tidak berbau.

Lain-lain syarikat yang mengamalkan laknat yang sama belum dibala Allah, mungkin Allah mahu membiarkan mereka terus sesat. Tetapi MAS milik negara Islam, didakwa Islam contoh pula, maka justeru kasih Allah kepada bangsa Malaysia, dikenakannya bala supaya beringat dan sedarkan diri.

Segala bantahan orang Islam atas membekalkan arak itu diterima secara tuli lagi pekak oleh telinga kerajaan dan pengurusan MAS sejak mula ia ditubuhkan.

Selama-lamanya saya menaiki MAS, saya amat pilu menumpang kenderaan yang dilaknat kerana dalam perutnya membawak arak untuk dijamu kepada penumpang. Saya terasa seperti menunggang babi bahkan lebih teruk. Babi sekadar najis tetapi tidak dilaknat. MAS dan pesawatnya dilaknat. Saya mohon kepada Allah moga-moga bebaskanlah saya daripada dosa menumpang pesawat yang dikutuk itu.

Sekarang saya tahu duit daripada tambang saya telah diguna untuk arak. Saya telah diperdaya untuk bersubahat. Kerajaan yang dipilih dan disokong oleh rakyat, dipimpin oleh orang Islam pula menipu dan memperdaya rakyat khususnya orang Islam yang menggunakan MAS. Dibenarkannya MAS mengenakan pelanggannya membayar harga arak itu.

Saya tidak dapat apa-apa kepada MAS dan kerajaan Umno yang membelenggu penumpang Islam dan bukan Islam yang tidak minum arak. Mujurlah saya tidak pernah mengundi dan menyokong kerajaan yang dilaknat itu. Jika saya sokong dan undi, saya terpaksa pula pikul dosa membenarkan MAS mengambil duit setiap penumpang bagi membeli arak.

Saya tidak dapat mengajak orang lain untuk mengutuk MAS dan kerajan yang memperdaya saya dan sekalian penumpang. Saya mahu bertindak sendiri. Mulai sekarang saya minta anak-anak saya jangan lagi gunakan MAS jika hendak ke mana saja. Guna penerbangan lain yang tidak menjamu arak dan tidak memperdaya penumpang untuk menampung arak yang disediakan.

Jahatnya MAS. Ia tidak mahu menggunakan duit dan keuntungannya bagi menampung arak kepada kaki botol, tetapi digunakannya duit orang menumpang.

Ikutkan marah, mahu saya mendoakan supaya MAS tumpo (binasa) atas laknat yang berlaku dan memperdaya menumpang, tetapi takut tidak elok mendoakan kecelakaan kepada makluk yan ada juga gunanya.

Tetapi makhluk yang dilaknat biasanya tidak diberi hidayat. Jika adanya memperdayakan dan mendatangkan keburukan pada yang lain, maka tiadanya adalah lebih baik.

Maka apa yang saya harapkan ialah Allah moga-moga gantikanlah MAS dengan yang lain yang peka dengan dosa dan pahala dan tidak memperdaya penggunanya.

Saya tidak tahu bagaimana pengurusan MAS dari mula hendak menebus dosa laknatnya dan apa cara kerajaan yang membiarkan MAS membelenggu penumpang melepas diri dari beban membeban penumpang dan rakyat, apa pula reaksi rakyat yang menyokong kerajaan yang tidak membela kepentingan rakyat dan kesucian agamanya? Tidak rasa berdosa dan tidak bersalahkah?

Saya tidak mahu bersubahat lagi. – HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014















































































































































































Baiklah Tun M jadi perwakilan Kubang Pasu

SUBKY LATIF | .
SELARAN terbaru Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Najib ialah menempelak pemberian BR1M sebagai satu rasuah pilihan raya.

Antara yang paling digeruni oleh bekas Perdana Menteri itu ialah rundingan yan sedang berjalan bagi menyertai perjanjian ekonomi beberapa belas negara Pasifik yang diketuai oleh Amerika.

Dr. Mahathir pada zamannya pernah menyaran pembentukan Caucus Pasifik yang tidak memasukkan Amerika. Justeru Amerika melobi ia disertakan juga, caucus itu tidak diteruskan. Sebabnya, pada perkiraannya, Malaysia tidak terdaya dalam persaingan bebas yang disertai Amerika.

Banyak lagi Mahahtir terkilan dengan pentadbiran Najib tetapi tiada yang dia dapat buat dengan anak didiknya itu. Apa yang dibuatnya sekarang ialah seperti menyalak dari luar kotak, sama seperti gunung. Takkan runtuh gunung disalak. Jika hendak menyalak, salaklah dari dalam kotak.

Yang perlu Dr. Mahathir buat bagi menjadikan anak ketam berjalan lurus ialah seperti apa yang Tun tua itu pernah cuba bagi membetulkan hala tuju PM Abdullah Badawi dulu. Beliau cuba untuk menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Jika percubaannya berjaya, dia akan dapat menyuarakan sesuatu dari dalam kotak.

Percubaannya tidak berjaya sekali pun dia pernah menjadi ketua Umno Bahagian itu sekitar 30 tahun.

Ia boleh dicuba sekali lagi. Jika dia masih jadi ahli Umno Kubang Pasu, maka cubalah sekali lagi untuk jadi salah seorang anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno yang terdekat jika ia boleh diluluskan.

Dengan jadi perwakilan itu dia tidak saja menyalak dari luar kota, bahkan menggonggong sesama dalam kotak. Jika dia dapat jadi perwakilan, Mukhriz tentu memberi laluan kepadanya bercakap mewakili negeri Kedah dalam perbahasan ucapan dasar.

Apakah Perhimpunan Agung akan terpengaruh dengannya akan sama-sama kita lihat, tetapi itu tempat yang terbaik baginya untuk menyampaikan teguran secara langsung. Dipercayai ia lebih berkesan dari sekali sekala mengkritik dari blog.

Apakah peluang menjadi perwakilan masih terbuka? Jika pimpinan Najib itu telus dan terbuka, dia wajar cari peluang memberi laluan kepada Mahathir berada dalam perwakilan.

Mungkin Najib lebih licik dari Tun Abdullah dulu? Tidak memberi laluan mudah kepadanya. Jika mahu berhadapan, masuklah ikut jalan yang betul! Mungkin peraturan telah tertutup baginya utuk menyertai perhimpun yang terdekat. Bodohlah Najib jika dia membenarkan suara yang hendak membalunnya masuk dalam gelanggang.

Jika mahu tunggu dan cubalah buat perhimpunan yang terkemudian, jika mesyuarat agung Kubang Pasu tidak dapat menyekatnya lagi. Menunggu setahun lagi dalam suasana cemas ini adalah suatu masa yang panjang. Kecelaruan Najib itu patut disekat seberapa segera yang boleh. Jika Dr. Mahathir mati dalam masa setahun ini, terdedah lagi kesempatan Najib untuk meneruskan kerusakan di bumi.

Tetap sebagai orang yang pintar mengapa Mahahir tidak memikirkan untuk mencuba sekali lagi bagi menjadi perwakilan Kubang Pasu? Menjadi perwakilan bagi menyampaikan teguran tidak bererti hendak menggulingkan Najib seperti sikap yang pernah disebutnya sebelum ini.

Yang penting ialah untuk membetulkan ketam berjalan lurus. Mengapa Mahathir tidak fikirkan hal itu sebelum ini? Adakah dia tidak berpandangan jauh? Mungkin tidak cukup jauh.

Dia patut jadi perwakilan, bukan untuk membuang Najib, tetapi bagi menyekat kerosakan lebih banyak di bumi. Apabila dia tidak cuba dari awal untuk jadi perwakilan bererti dia sedia membenarkan kerosakan berterusan di bumi. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014

Empi Ahmad Maslan boleh gugur

SUBKY LATIF | .

TIMBALAN Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen kiranya dakwaan dia berbohong di Parlimen dapat dibuktikan.

MP PKR Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Ahmad Maslan dikatakan berbohong dalam jawapannya terhadap soalannya berhubung jaminan kerajaan Malaysia terhadap syarikat 1MDB.

Menurut Rafizi, ada bukti kerajaan mengeluarkan surat sokongan terhadap penerbitan hutang berjumlah USD3 bilion oleh syarikat itu yang dikiranya satu jaminan daripada kerajaan. Ahmad Maslan tidak mengaku ia satu jaminan.

Rafizi dipercayai bersungguh dalam dakwaannya dan dia boleh membuktikan timbalan menteri itu berbohong di Parlimen. Berbohong di Parlimen adalah satu kesalahan besar boleh menyebabkan seseorang Empi boleh hilang kelayakan.

Ahmad Maslan boleh digugurkan daripada Parlimen dan satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu.

Sejarah Parlimen di Malaysia belum ada kejadian itu. Parlimen kita adalah salinan daripada Parlimen Britain.

Parlimen Britain ada pengalaman menarik tentang menterinya berbohong di Parlimen dalam tahun 50-an. Menteri Perang dalam kabinet Harold Macmilan, John Profumo yang dikira seorang yang berpotensi menjadi Perdana Menteri telah terlibat dalam skandal seks Christine Keeler. Skandal itu membabitkan sama diplomat Soviet Union di London.

Seorang wartawan kanan Britain yang menjadi guru wartawan saya di Kuala Lumpur tahun 1963 menjelaskan betapa John Profumo meletak jawatan bukan kerana skandal itu tetapi adalah kerana kesalahannya berbohong di Parlimen.

Skandal seks itu dikira amat menggemparkan keselamatan Britain kerana melibatkan diplomat Soviet, bimbang melalui Christine Keeler rahsia pertahanan Britain bocor ke tangan Soviet. Rakyat awam tidak sensitif sangat tentang isu seks haramnya kerana tiada siapa di negara itu bersih dengan perzinaan.

Tetapi mereka marah kerana Profumo berbohong di Parlimen. Ketika ia mula dibangkitkan di Parlimen, dia menafikan terbabit. Tetapi kemudian dia dibuktikan terbabit, maka dipaksa melepaskan kedudukannya di Parlimen kerana berbohong.

Dia mungkin boleh berbohong seribu kali di luar Parlimen tetapi jangan sekali-kali berbohong di Parlimen.

Belum pernah sesiapa membangkitkan ada Empi kita pernah berbohong di Parlimen. Mungkin ada, tetapi tiada siapa yang peduli. Akan tetapi Rafizi membangkitkan Ahmad Maslan dikatakan telah berbohong di sebalik dalih surat sokongan kerajaan itu bukan suatu jaminan kerajaan, sedang Rafizi mentafsirkan ia adalah satu jaminan.

Jawapan Ahmad Maslan tidak boleh dikira sebagai satu tafsiran kerana kerajaan mesti memberi memberi fakta yang tepat. Jawapannya itu boleh dikira sebagai satu dalih.

Rafizi mengira jawapan itu adalah dalih dan mentafsirkan dalih itu sebagai bohong.

Hutang yang besar itu dipercayai diperoleh justeru surat sokongan kerajaan itu. Jika hutang itu tidak dilangsaikan, apakah tiada risiko bagi kerajaan untuk menyelesaikannya? Jika ia jadi beban pula pada kerajaan, maka tentulah surat kerajaan itu tidak sekadar sokongan kosong tetapi ia satu jaminan.

Tidak perlu tunggu hutang itu akan diselesaikan atau tidak, tetapi jika ia dikira satu risiko kepada kerajaan, baiklah sekarang juga diterangkan ia bukan sekadar sokongan kosong tetapi adalah sokongan berisiko. Jika ia diakui berisiko, maka jawapannya tidak bohong, tetapi jika yang berisiko dikatakan tidak berisiko ia bohong.

Ahmad Maslan mesti meyakinkan dia tidak berbohong. – HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 23-11-2014


















































































































































































Hadir mesyuarat penting tapi bukan isu

SUBKY LATIF | .
TIDAK dinafikan kehadiran Ustaz Hadi Awang dalam mana-mana mesyuarat yang beliau ahlinya adalah penting dan wajar, tetapi keuzuran menyertainya kadang-kadang tidak bijak dijadikan isu seperti yang dituntut oleh pimpinan DAP.

Pimpinan DAP membangkitkan kehadirannya dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak sekerap Anwar Ibrahim sebagai pengerusi dan Lim Kit Siang yang mewakili DAP. Mula-mula sebagai kenyataan terbuka dan kemudian sebagai keputusan mesyuarat pimpinan pusat DAP yang menyarankan supaya beliau wajar hadir.

Tujuannya dikatakan bagi mengembalikan keyakinan penyokong kepada muafakat Pakatan Rakyat.

Sepanjang yang saya kenal dan ketahui lebih dari 30 tahun, Ustaz Hadi bukanlah orang yang culas hadir mesyuarat, malah orang awal hadir dan jarang meninggalkan mesyuarat sehinggalah selesai.

Pada saya, tidak menghadiri mesyuarat bukan pilihannya. Tetapi dengan tanggungjawab dan komitmen politik/dakwahnya yang bertambah, maka tidak semua mesyuarat itu dapat dihadirinya.

Tambahan pula dengan usia yang bertambah dan gangguan kesihatan, beliau hadir mana yang membenarkannya saja.

Ke mana-mana juga dalam negeri kebanyakannya beliau berkereta. Maka masa dalam kereta mungkin lebih banyak daripada di rumah, bahkan mungkin tidur dalam motokar sama banyak dengan tidur di rumah atau di tempat penginapan.

Tetapi ia bukanlah alasan untuk tidak hadir semua mesyuarat. Apa pun tidaklah ketiadaannya menggendalakan mesyuarat.

Mungkin ada mesyuarat yang memerlukan kehadirannya juga, maka jika demikian beliau mestilah dimaklumkan awal.

Apa pun eloklah ia disampaikan secara dalaman, tidak sampai dijadikan resolusi mesyuarat. Apabila kehadirannya dikehendaki juga, maka DAP terpaksa membuat keputusan dalam mesyuarat mengenainya, sekali pun bertujuan, tetapi ia boleh ditafsirkan suatu yang luar biasa, maka ia boleh mendatangkan berbagai-bagai tafsiran.

Politik memangnya penuh dengan persepsi dan tafsiran. Tafsiran itu pula ada yang tepat dan banyak juga yang salah.

Gara-gara kenyataan terbuka DAP itu dan diikuti resolusi mesyuarat pimpinan pusatnya menyebabkan hubungan PAS dan DAP kecoh. Menenangkan suatu yang kecoh bukan pula senang.

Pergeseran yang ada itu asalnya berpunca daripada krisis Menterei Besar Selangor. Krisis itu sekalipun tegang, ia sudah diatasi. PAS dan PKR yang tegang dulu, sudah kendur dan masalah mulai lenyap.

Tetapi mengapa ia dibangkitkan lagi hingga boleh menjadi ketegangan baru. PAS tidak boleh tidak jawab dan tidak jelaskan apa yang DAP bangkit secara terbuka. Resolusinya pula didedahkan kepada umum juga.

DAP pun sekarang berdalih bahawa salah faham yang berlaku antaranya dengan PAS adalah salah tafsir. Ia sudah mengaku apa yang dibuatnya sudah disalah tafsir.

Kita boleh terima tafsir yang mesyuarat pimpinan DAP itu telah memberi gambaran buruk kepada Presiden PAS. Bukanlah suatu perkara yang mudah bagi PAS untuk membersihkannya.

Pimpinan PAS dan PAS telah cedera dengan tindakan itu. Tidak dapat diduga apa jadi jika ia tidak diselesaikan. Kita tidak minta DAP buat sesuatu bagi membaiki kerosakan yang sudah berlaku, hanya tindakan daripada DAP saja yang dapat menenangkan keadaan.

Pada PAS ia adalah satu lagi ujian dan cabaran. Ia memerlukan kesabaran bagi memelihara kejernihan muafakat. Yang berlaku amat dikehendaki oleh Umno/BN. Sejak lebih 30 tahun dulu mereka tidak mahu ada muafakat itu, dan bila ia ada, mereka mahu ia dihancurkan.

Jangan beri jalan kepadanya bagi menghancurkan Pakatan dari dalam! – HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

Kita bertuah jika ramai macam Timmy Say

SUBKY LATIF | .

KETIKA Umno hendak menyingkirkan Tun Datu Mustapa sebagai Ketua Menteri Sabah, semua Umno dam media di Kuala Lumpur mengutuknya, partinya USNO dan kerajaan pimpinannya. Saya yang tidak mengenalinya menulis elok tentangnya.

Taib Mahmud belum lagi jadi Ketua Menteri Sarawak memberi tahniah pada saya atas ulasan itu. Ia menyenangkan hati orang Sabah. Katanya, “Kata orang Sabah, ‘Ada juga orang Kuala Lumpur sayangkan orang Sabah.’”

Saya terbaca komen Timmy Say di Harakah tentang ulasan Lim Guan Eng terhadap PAS dan Presidennya. Dari komen pemimpin DAP itu terasa seolah-olah tiada lagi tempat di hati penyokong Pakatan Rakyat yang bukan Islam khususnya terhadap PAS dan pemimpinnya sekalipun PAS tidak bertempur dengan DAP dalam krisis Menteri Besar Selangor.

Komen Timmy Say amat adil. Sejuk hati saya. Reaksi saya, ada juga orang bukan Islam yang memahami sikap PAS atas isu bersama dan keterampilan masing-masing dalam muafakat Pakatan Rakyat. Tidaklah dia menyokong PAS dalam isu krisis MB itu tetapi dia amat objektif tentang peranan masing-masing dalam Pakatan Rakyat dan tidak menyalahkan PAS atas sikapnya dan perkembangan beberapa bulan lalu.

Padanya kira-kira PAS ada hak untuk menentukan sikapnya dan tidak wajar pihak lain memaksanya mengikut sikap mereka. Wajarlah semua pihak menghormati sikap dan pandangan pihak lain.

Saya juga mengikuti beberapa komentar Timmy Say yang lain hubungan parti-parti kerabat Pakatan Rakyat terutama antara PAS dan DAP. Semua tulisannya adalah menyiram air ke atas bara, bukan menyiram minyak bagi menyalakan bara.

Krisis di Selangor sudah selesai. Pihak yang bertikai wajar merapatkan semula segala sendi Pakatan yang longgar. Bukan menggunakan minyak yang naik harga itu untuk membakar hangus Pakatan Rakyat.

Tidak pernah PAS menyatakan ia mahu meninggalkan Pakatan dan ia tidak pernah mencabar orang lain supaya meninggalkan Pakatan. Tetapi kenyataan Guan Eng itu seolah-olah PAS sudah tidak berguna lagi bagi Pakatan Rakyat dan PAS seolah-olah sudah tidak ada lagi dalam hati penyokong Pakatan khususnya yang bukan Islam.

Syukur PAS tidak melenting, bersabar dan bersikap diam adalah sikap orang-orang yang bijaksana.

PAS mengaku ia memerlukan sokongan dan penerimaan masyarakat bukan Islam, kerana waqi’ kemajmukan Malaysia meletakkan perlu memerlukan antara satu sama lain adalah rukun terbaik bagi masa depan yang damai.

Berbalah dengan DAP boleh mengurangkan penerimaan masyarakat bukan Islam kepada PAS dan boleh melambatkan perubahan dan cita-cita mewujudkan kerajaan tata urus tadbir yang baik.

Kelambatan itu tidak sekadar merencatkan politik PAS, tetapi paling malang ialah rakyat yang tertindas. Rakyat terpaksa tertindas lebih lama.

Dalam suasana keliru itu Timmy Say muncul dengan pandangan yang rasional. Ada juga orang bukan Islam dapat menyejukkan suhu pemikiran PAS. Jika PAS tidak diterima langsung oleh semua bukan Islam, penampilan baik daripada Timmy Say itu ada juga orang Cina dan India dapat menimbangkan perlunya PAS mesti kekal dalam Pakatan.

Negara kita bertuah jika kita dapat ramai seperti Timmy Say dalam DAP, dalam PKR, bahkan dalam PAS sendiri kita perlu orang seperti Timmy.

Pada peringkat awal perkembangan Islam di Mekah dulu, ada yang tidak Islam membela Rasulullah SAW seperti Abu Talib dan Abas bin Abdul Mutalib. Macam simpati yang pada Timmy Say itu. Saidina Abas kemudiannya beriman, Abu Talib tidak. Apapun, masyarakat semua bangsa dan semua golongan tetap beruntung adanya warga seperti Timmy. – HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014




















































































































































































Apa untungnya DAP serang PAS?

SUBKY LATIF | .
APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?

Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat.

Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.

Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan.

Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada.

Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah.

Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu.

Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya.

Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara.

Cina dan India mungkin tidak tahu satu perumpamaan Melayu, marahkan pijat kelambu dibakar.

Apabila kelambu dibakar berpestalah sang nyamuk.

Semua tahu bahawa Pakatan berkrisis gara-gara isu Menteri Besar Selangor. Ia adalah ujian. Parti kuat seperti Pakatan mesti diuji dan jika benar ia kuat, ia mampu atasi semua ujian. Jangan bakar kelambu justeru ujian itu.

Menyingkirkan PAS dari Pakatan atau DAP bersendirian semula, samalah seperti membakar kelambu.

Gara-garanya kerajaan menindas tidak dapat digantikan, kerajaan rasuah dan menindas akan terus memerintah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Lebih banyak kerosakan di bumi kita, rakyat bertambah melarat, segala-galanya hancur binasa.

Yang untung bukan DAP tetapi UMNO/BN. Dari mula Dr. Mahathir tidak sukakan muafakat PAS dan DAP. Berbagai halangan dilakukannya. Sejak sekian lama Umno kata PAS jadi tunggangan DAP. MCA kata DAP perjuang hudud. Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!

Tiada PAS peduli dan tidak DAP hirau. Masing-masing sepakat untuk menawan Putrajaya bagi menegakkan sebuah tata urus kerajaan yang baik.

Umno memang sudah putus asa bagi menghancurkan Pakatan. Sekalipun Anwar dipenjarakan 10 kali lagi. Umno tak mampu pecahkan Pakatan. Tetapi tempelak Guan Eng itu boleh binasakan apa yang Umno tak dapat buat.

Saya ingatkan PAS dan pemimpinnya, jangan balas tempelak itu secara terbuka! Bagi yang rajin datang mesyuarat, bincang ia dalam mesyuarat. Apa pun Guan Eng tentu sudah sedar, yang paling suka dengan teguran terbukanya pada pemimpin PAS ialah Najib dan Dr. Mahathir.

Tentang pemimpin PAS, biarlah PAS menentukannya, bukan oleh orang yang tidak menjadi ahli parti. – HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Politik silap pertikai fatwa haram SIS

SUBKY ABDUL LATIF | .


SELANGOR telah bertindak mengharamkan Sisters In Islam, suatu yang tidak terdaya dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain badan Islam dan dakwah yang masing-masing mengira NGO itu tidak bergiat selaras dengan ajaran Islam baik mengikut apa jua mazhab sunnah wal jamaah.

Tetapi keputusan Fatwa Selangor itu dipertikai oleh beberapa Empi PAS. Saya harap ia tidak dikira sebagai pandangan rasmi PAS tetapi adalah pendirian beberapa orang pemimpin itu saja.

Saya tidak bercadang untuk melihat pandangan itu dari sudut akidah tetapi lebih tertarik tentang kepintaran berpolitik. Pada saya ia bukanlah tindakan politik yang pintar.

Masyarakat Islam dan pihak berkuasa sudah ada pandangan dan sikap tentang orang dan golongan anti hadis. Dan SIS ini boleh dikira lebih laju dari anti hadis, malah lebih mengerikan boleh melanggar ajaran al-Quran. Setahu saya PAS ada sikap tentang pertubuhan itu.

Meskipun PAS saya tidak ingat ada membuat penegasan seperti fatwa Selangor itu tetapi saya kira fatwa itu telah memenuhi kemahuan masyarakat umum umat Islam tidak kira mereka terdiri dari mereka yang tinggi taqwanya atau sekadar orang awam. Maka fatwa itu sepatutnya boleh menyenangkan PAS.

Jika tidak mahu menambah atmofera panas dalam PAS sekarang ia boleh diam kerana kerjanya sudah dipenuhi oleh fatwa itu.

Apabila masyarakat umum Islam mengira fatwa itu adalah wajar, maka kita suasana sudah elok. SIS boleh jadi barang yang boleh dilupakan. Jika PAS diam atas perkembangan itu ia tidak akan mendapat sebarang kerugian politik.

Apabila masyaraka umum mengira sesuatu tindakan itu wajar, apabila ia dipertikai pula, maka ia sudah tidak selari dengan kemahuan mudah mereka. Masyarakat umum itu adalah pengundi. Maka apa jua alasan takwil itu boleh menyebabkan pengundi tidak selesa dan boleh meletakkan PAS dalam suasana yang payah bagi meraih undi mereka.

Pengundi yang sudah penat dan bosan dengan UMNO yang sudah mengira untuk tidak memberi lagi sokongan kepada UMNO boleh memikir semula sikap hendak meninggalkan UMNO itu. UMNO menggunakan pandangan terbuka beberapa MP PAS itu sebagai sikap PAS dan boleh mengarahkan sekalian ala popagandanya bagi memutar belitkannya dengan mengatakan PAS membela golongan sesat dan sebagainya.

Jika PAS marah Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO menempelak PAS sesat, PAS marah tetapi jika Tengku Adnan menggunakan takwil MP atas fatwa Sselangor itu sebagai satu alasan lagi kononnya PAS benar-benar sesat, maka mnjadi kerja payah lagi bagi PAS untuk keluar dari perangkap samar Tengku Adnan itu.

Sekalipun UMNO itu tidak peduli sangat tentang pasang surutnya Islam di negara ini, tetapi ia boelh menjadikan orang Islam yang disilapmatakannya terus silap mata, PAS dikira membela SIS yang tiada apa untung pada Islam itu.

Jangan fikir sokongan terhadap PAS tidak jejas atas sikap hendak terbuka sangat! Ia bukadar ia boleh menjadikan PAS hilang peluang mendapat sokongan baru, bahkan ia boleh menghilangkan sokongan sedia ada dari kalangan orang atas pagar. Undi atas pagar yang sudah dapat itu bukanlah undi tetap tetapi ia undi terapung. Mereka boleh lari jika terasa fatwa yang mereka boleh terima dikatakan ditolak PAS?

Bukan sikap terbuka itu mesti meluahkan semua yang hendak diluahkan. Politik pintar boleh luahkan apa yang menguntungkan politik, tetapi silap besar meluahkan apa yang merugikan. Ada masanya diam adalah lebih pintar dari berkata-kata.

Lazimnya berdarah biji mata PAS untuk mendapatkan satu undi, maka jangan buat kerja yang mudah menghilangkan beribu undi. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014






















































































































































































Bukan Umno Selangor saja perlu dibubar

SUBKY LATIF | .
APAKAH saranan Dr. Mahathir agar Umno Selangor dibubarkan bagi disusun semula akan dapat menyelesaikan Umno Selangor, akan menjadi perhatian bagi semua?

Apapun di sebalik yang tersurat dari pandangan Dr. Mahathir itu ialah betapa Umno Selangor pimpinan Noh Omar itu tidak punya harapan besar untuk membaik pulih parti itu supaya dapat kembali berkuasa di Selangor.

Ia adalah reaksi Dr. Mahathir atas wasiat Perdana Menteri Najib kepada Umno Selangor baru-baru ini supaya Umno Selangor jangan buat begitu dan begini dan jangan ulangi itu dan ini jika tidak mahu kekal sebagai pembangkang di Selangor.

Mahathir menyarankan apa yang tidak disarankan oleh Najib. Pilihan yang ada pada Selangor ialah membubarkan badan perhubungan yang ada dan susun semula Umno. Mungkin termasuk Noh sendiri terpaksa dikorbankan. Mengikut teori Mahathir itu, Umno akan penat saja jika badan itu dikekalkan.

Tetapi Umno itu bukan lemahnya di Selangor saja. Mahathir sudah pun menjelaskan sebelum ini bahawa punca segala kelemahan BN dan kerajaannya ialah kelemahan Najib sendiri. Itulah sebabnya dia menarik sokongan kepada Najib.

Jika Umno Selangor dibubar, tetapi Najib dan kerajaannya tidak ikut dalam pembubaran menyeluruh, membubarkan Umno Selangor saja tidak akan memberi apa-apa kesan.

Yang malang bukan Umno Selangor saja. Umno Selangor baru dua kali kalah pilihan raya. BN Pulau Pinang juga sudah dua kali kalah, bahkan Umno Kelantan bukan baru sekali dua, ia kalah saja sejak tahun 1990. Sejak Tengku Razalesigh dilucutkan daripada pimpinan Umno Kelantan, ia tidak lagi menang termasuk yang memimpin Umno Kelantan itu ialah Dr. Mahathir sendiri.

Di bawah pimpinan Datuk Mustapa Mohamad sendiri Umno sekurang-kurang sudah lebih dari dua kali kalah. Bahkan di bawah kelemahan pimpinan Mustapalah, Datuk Ibrahim Ali bangkit. Malang dia dipecat seumur hidup.

Sepatutnya Umno Kelantan itu juga perlu dibubarkan, bahkan pembubaran itu bukan sekadar utuk disusun semula, tetapi bagi ditiadakan langsung Umno di negeri itu, kerana sejak tahun 1959 lagi Umno tidak dilihat sebagai parti orang Kelantan.

Kemenangan Mustapa dalam dua PRU yang terakhir bukan alasan kuat Umno Kelantan tidak dibubarkan. Dia saja menang tetapi Umno kalah. Noh Omar juga belum pernah kalah di Selangor, tetapi dia saja menang, Umno kalah.

Apa alasan Noh menang tetapi Umno kalah, maka Umno Selangor perlu dibubar/rombak? Apa pula alasan Mustapa menang tetapi Umno kalah, maka Umno Kelantan tidak perlu dibubar/rombak?

Sebenarnya bukan Umno Selangor saja perlu dibubar, Umno Kelantan dan Umno Pulau Pinang juga mesti dirombak. Walaupun beberapa kerusi yang diberi kepada Umno Pulau Pinang kebanyakannya dimenangi Umno, tetapi ia tidak boleh menang di Permatang Pauh dan pimpinan Umno Pulau Pinang tidak lagi dapat membantu BN untuk kembali berkuasa di negeri itu.

Dr. Mahathir sepatutnya mesti menyarankan bukan Umno Selangor saja yang perlu dibubar, Umno Kelantan dan Umno Pulu Pinang juga perlu dibubar.

Membubarkan beberapa Umno negeri belum tentu dapat mempertahan kuasa yang ada jika Umno dan kerajaan terus dipimpin oleh Najib yang dilihat lemah oleh semua. Mahathir mesti berani mencadangkan pentadbiran dan kepimpinan Najib juga perlu dibubar.

Sama ada Mahathir berani saran atau tidak berani saran, Umno pimpinan Najib mahu atau tidak, tetap berhadapan dengan kemungkinan pembubaran. Apakah dengan memulangkan kuasa kepada Mahathir, pembubaran dapat dielekkan? Belum ada jaminan. – HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014

Usah layan Ku Nan yang merepek

SUBKY LATIF | .

TENGKU Adnan Mansor, ketua bagi semua setiausaha Umno, tidaklah tua sangat tetapi sudah boleh dikira merepek.

Menjelang bulan puasa lalu, atas sifatnya Menteri Wilayah Persekutuan, dia membuat keputusan untuk menangkap golongan yang menyediakan makanan kepada orang gelandangan di Kuala Lumpur jika beroperasi sekitar jarak beberapa kilometer dari Bukit Bintang. Setelah semua orang maki dia atas keputusan bodohnya itu, dia tidak jadi bertindak.

Seminggu dulu dia diberi penghormatan oleh Umno berucap di hadapan golonan ulama Umno. Begitu ramai ulama dalam Umno, bukan ahli agama ditunjuk untuk memberi amanat kepada mereka.

Dia pun berkata, PAS adalah parti ajaran sesat. Tidak diketahui apa penerimaan golongan ulama parti sekular itu? Antara mereka beberapa kerat ahli ilmu yang keluar dari PAS.

Antara yang digeruni sangat oleh Tengku Adnan ialah institusi pra sekolah PASTI, yang ditaja PAS terdapat di seluruh negara. Dikiranya PAS telah meracun otak orang Melayu untuk membenci Umno sejak dari kanak-kanak lagi.

Nasihat saya pada PAS, usah layan sangat buruh VIP Umno itu kecuali ada ruang dia boleh disaman.

Cakapnya itu merepek. Dulu dia hina orang gelandangan. Sekarang difatwakannya pula PAS parti ajaran sesat.

Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS tidak perlu layan dia. Jika orang merepek dilayani nanti orang kita pun merepek macam dia juga. Kalau hendak repot polis, suruh ahli-ahli cawangan saja.

Tiada siapa yang hendak mendengar pencerahan tentang agama daripadanya. Jika konsep Wasatiyah yang Najib perkenalkan pun belum begitu diterima orang, dan konsep Islam Hadhari PM Tun Abdullah Badawi pun sudah hanyut entah ke mana, siapa yang hendak dengar khutbah agama Tengku Adnan yang orang tidak tahu di mana dia mengaji, siapa guru dan apa sijil agama yang dia ada.

Jika ada Dr. Asyraf Wajidi Dasuki terpesona dengan kata-kata merepek Tengku Adnan itu, maka tidak dipastikan di dahan kayu mana orang akan sangkutkan dia.

Dulu pun Dr. Mahathir kata macam-macam pada Datuk Asri, PAS dan pimpinannya. Serupa sesat jugalah. Tetapi apabila Datuk Asri tidak lagi dalam PAS, kerajaan anugerah dia Tokoh Maal Hijrah dan Yang Dipertuan Agong beri gelaran Tan Sri kepadanya. Tidak gilakah sekalian dengan kerenah tidak ketahuan itu?

Sebelum bersara dari PM, Dr. Mahathir perintah tarik semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat kerana ia membekalkan ustaz-ustaz bagi memimpin PAS. Selepas dia bersara, tiada siapa hormati arahannya. Bantuan diterusnya. Tidakkah ia tanda fikiran yang kusut.

Siapa Tengku Adnan dibandingkan dengan Mahathir dan Abdullah Badawi? Setakat kepala lutut mereka saja. Usah pedulilah kata-kata karutnya.

Semua ulama Umno menghormati Syeikh Yusuf Qardawi. Ketokohan dan ilmunya dihormati oleh umat Islam sedunia. Beliau berkawan baik dengan pimpinan PAS seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang. Al-Qardawi adalah ketua badan ulama dunia manakala TG Abdul Hadi adalah timbalannya.

Jika PAS ejen pertubuhan sesat, masakan al-Qardawi berkawan dengan pimpinan PAS. Atau adakah beliau juga sesat? Usahlah kita kata, orang yang mengata orang tidak sesat itu sesat adalah sesat, tetapi boleh dikira karut dan merepek. – HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014
























































































































































































Kata Musa, Najib tak penjara rakyat

SUBKY LATIF | .
TUN Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri dalam satu interbiu khas dengan sebuah media telah ditanya tentang apa yang dikatakan kelemahan Perdana Menteri Najib hingga bekas PM Mahathir menarik sokongannya kepadanya.

Jawab Tun Musa, PM Najib tidak penjarakan rakyat.

Bagaimana Najib boleh memenjarakan rakyat yang menentang kerajaannya kerana dia bersetuju memansuhkan ISA. Dia belum sempat menggunakan akta itu ke atas penentangnya, ia telah dimansuhkan.

Jika akta itu tidak dimansuhkan, mungkin juga dia akan menggunakannya seperti Dr. Mahathir dulu. Ketika mula menjadi Perdana Menteri dulu, Dr. Mahathir telah membebaskan sekalian yang dikenakan ISA oleh pentadbiran Tun Hussein Onn.

Lama kelamaan, kerana ISA itu ada di depan matanya, Dr. Mahathir mencatat sejarah memenjarakan bilangan teramai di bawah ISA. Terbesar semasa Operasi Lallang dan kemudian sekian ramai pula pembantah penyingkiran Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan Umno.

Apabila Najib mansuhkan ISA, maka tertutup peluangnya untuk memenjarakan seteru politik seperti itu. Mungkin gara-gara itulah yang menyangka Tun Musa bersangka baik kepada Najib. Sebelumnya Najib belum pernah menggunakan akta itu dan kemudian dia memansuhkannya, maka tertutup peluangnnya untuk memenjarakan orang yang tidak disukainya.

Tidak pasti apakah Tun Musa terlepas pandangan akan kes liwat 2 Anwar dilihat lebih bersifat kes konspirasi politik daripada jenayah, yang keadaannya membuli seteru politiknya.

Tetapi mungkin masa Tun Musa membuat komen ringkas itu, orang tidak sedar akan kuasa akta hasutan yang menghalal seteru politik dipenjarakan melalui mahkamah. Jika di bawah ISA orang dipenjara tanpa bicara, tetapi melalui akta hasutan penentang boleh dipenjara melalui perbicaraan.

Setakat rencana ini ditulis sekarang-kurangnya sudah dua orang pelajar yang disumbat ke penjara di bawah akta hasutan. Kedua-duanya Adam Adli dan Ahmad Jalil. Ada yang menjangkau 10 tahun.

Adik Ahmad, Ali Jalal yang menghadapi kes akta hasutan, telah cabut lari ke Sweden dan mendapat suaka politik di sana. Jika dia tidak lari dia dipercayai bakal dipenjara juga.

Dan sekarang mahkamah pun mulai sibuk justeru ramai orang politik dan NGO yang diadukan melanggar akta hasutan sudah pun didakwa. Sekurang-kurangnya tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat sudah pun didakwa dan menunggu hari perbicaraan. Mereka ialah Khalid Samad dari Shah Alam, Nasarudin Tantawi dari Temerloh dan Rafizi Ramli dari Pandan.

Risiko orang yang didakwa itu disabitkan adalah tinggi. Dan dera bagi kesalahan itu adalah lebih berat dari ISA. Sekali di bawah ISA. Mangsa dipenjara tanpa bicara dan ada yang terkurung berbelas tahun, tetapi mereka tidak dikira penjenayah.

Mereka boleh bertanding dan ada yang menjadi menteri. Anwar Ibrahim misalnya adalah bekas tahanan ISA yang pernah memangku jawatan Perdana Menteri. Akan tetapi mangsa akta hasutan akan dicatit sebagai penjenayah dan tidak dapat difikirkan mereka boleh memegang jawatan awam.

Sekali pun sekarang ada usaha untuk mengembali undang-undang yang sekejam ISA itu, tetapi belum lagi ia dilulusnya. Najib tidak menunjukkan isyarat segera tentang ganti ISA itu. Katanya ada akta baru, maka belum ada jaminan Najib tidak menggunakannya seperti yang Tun Musa sangka.

Tetapi dengan akta hasutan mula bergerak sekarang, sangkaan Tun Musa tidak memenjarakan rakyat itu tidak lagi terpakai. Najib juga sudah memenjara pengkritik politiknya, malah lebih mendera. – HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-11-2014

Baliklah ke hutan wahai Melayu

SUBKY LATIF | .

RAKYAT yang menduduki Kampung Chubadak di Kuala Lumpur nampak dikalahkan oleh kerajaan, Dewan Bandaraya dan swasta apabila rumah terakhir di salah sebuah kawasan kampung itu kepunyaan Mak Cik Wahida dimusnah – diroboh dan sarapnya dibakar.

Seolah-olah itu mengakhiri perjuangan rakyat – penduduk dan penyokongnya bagi mempertahankan perkampungan orang Melayu di bahagian kota raya itu.

Chubadak adalah satu daripada baki perkampungan Melayu yang tinggal sedikit di kota itu. Lain-lain tempat sudah habis termasuk tanah rizab Melayu. Lebih 50 tahun mereka mempertahankan perkampungan itu termasuk menyertai Umno. Rupanya Umno juga tidak kebal dan tidak memberi bekas.

Status rizab Melayunya dikatakan sudah lama lucut. Jika yang digezetkan rizab pun habis, apalah yang diharapkan tanpa status rizab, sekadar didiami orang Melayu bangsat saja.

Isu Kampung Chubadak diserahkan kepada saudagar bukan Melayu kecoh sejak sekian lama tetapi agak tegang sekitar enam bulan lalu. Ada riak dan bunga perkauman atas penyerahan kepada saudagar bukan Melayu itu. Ia jadi perkampungan Melayu sejak sekian lama, tiba-tiba diserahkan kepada swasta bukan Melayu bagi memajukannya.

Putik perkauman itu seolah layu apabila ada kenyataan daripada saudagar berkenaan dikatakan menarik diri daripada memajukan tanah berharga itu. Kenyataan itu amat dihargai kerana ia dikira dapat menamatkan perbalahan antara rakyat dan kerajaan pilihan rakyat.

Saya pernah menulis enam bulan lalu mengalu-alukan kenyataan saudagar itu dengan harapan masa bagi saudagar lintah darat mula berakhir.

Enam bulan lalu juga Datuk Bandar Kuala Lumpur yang diharapkan dapat membela orang Melayu miskin dan tertindas di Kuala Lumpur itu menyatakan hasratnya untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu yang banyak terhakis di kota itu. Tanah kosong sudah tidak banyak. Mana tanah yang tinggal untuk dijadikan tanah rizab Melayu, ganti tanah yang disapu ular air sejak merdeka?

Jika saudagar tadi dikatakan menarik diri daripada memajukan Kampung Chubadak, maka ia adalah satu peluang baik bagi menjadikannya antara ganti tanah rizab yang Datuk Bandar cadangkan itu.

Dengan kerja terakhir kerajaan pilihan rakyat membantu saudagar menceroboh perkampung Melayu Chubadak itu, menjadikan kenyataan saudagar menarik diri itu seperti helah Peringgi membeli tanah sebidang belulang lembu di Melaka dulu unuk dijadikan tapak pembinaan Kota Melaka dan mengulangi janji Sir Stanford Raffles membeli Singapura daripada Sultan Johor dulu. Raja Melaka tertipu, Sultan Johor dan orang Singapura asal tertipu.

Tidakkah orang Chubadak tertipu? Memang mereka tertipu. Melayu bukan sekadar mudah lupa, bahkan mudah tertipu.

Siapa tipu mereka? Kerajaan dan DBKL yang bersahabat dan tidak salah jika dikira bersubahat dengan saudagar.

Penduduk Chubadak sejak sekian lama dikira oleh kerajaan sebagai setinggan. Akhir-akhir ini mereka dikira peneroka bandar. Almarhum Tan Sri Yaakub Latif semasa menjadi Datuk Bandar KL menyifatkan setinggan adalah seri keindahan Bandar raya Kuala Lumpur.

Dan apa puncanya Kuala Lumpur dibanjiri setinggan secara mendadak? Justeru seruan Almarhum Tun Razak ketika baru menjadi Perdana Menteri dulu, menggesa orang kampung berhijrah ke bandar tidak kira ada kerja atau tidak, sebahagian satu kaedah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Chubadak adalah antara kawasan yang mereka isi.

40 tahun selepas Tun Razak meninggal, setinggan sudah tidak ada tempat tinggal di KL. Inna lillah wainna ilaihi rajiun! Baliklah kamu ke hutan? – HARAKAHDAILY 31/10/2014

Sumber HD - 31-10-2014


























































































































































































Melayu sama tiba, LKY kata dulu

SUBKY LATIF | .
SAYA tidak pernah tersentak apabila ada orang kata Melayu sama-sama tiba ke alam Melayu dengan lain-lain kaum yang menetap di Malaysia sekarang seperti Tan Lai Soon, perwakilan Gerakan Johor pernah kata.

Tan dengan kata begitu telah dikenakan tindakan disiplin oleh partinya. Tan bukan orang yang pertama membuat kenyataan begitu. Ia telah didahului oleh Lee Kuan Yew semasa mudanya dan semasa menjadi Perdana Menteri Singapura dulu.

Tindakan dikenakan kepadanya kerana Gerakan tidak bertolak ansur dengan ahlinya yang boleh mencetuskan perkauman. Memang kenyataan Lee Kuan Yew dulu telah menegangkan hubungan kaum di negara ini.

Saya tidak termasuk antara orang yang marahkan Lee Kuan Yew masa itu. Saya ada sikap sendiri dan ada pengetahuan atas perkara itu. Saya sengaja tidak mahu menyalahkan LKY masa itu sekalipun saya tidak setuju dengannya.

Saya cuba berkompromi dengan LKY atas perkara itu seperti yang pernah saya sebutkan dalam forum di Universiti Malaya ketika itu dan telah dikupas panjang lebar dalam Memoir saya berjudul Propogandis Zaman ada dalam pasaran sekarang.

Kompromi saya ialah saya tidak tolak kenyataan PM Singapura masa itu, Saya tidak pertahankan datuk nenek saya tiba dulu daripada datuk nenek Lee dan datuk nenek Subramaniam. Boleh jadi mereka sama-sama tiba.

Jika betul pendapat itu ternyatalah datuk nenek saya lebih pintar daripada datuk nenek LKY dan tok nenek saudara keturunan India kita. Atau dalam kata lain, datuk nenek mereka tidak secerdik datuk nenek saya.

Datuk nenek saya dulu telah berjaya membuktikan kepintarannya menjadikan wilayah negaranya dan menjadi raja kepada setiap negeri di Semenanjung dan lain-lain wilayah di Asia Tenggara. Dan dengan kemahiran politik mereka telah menjadikan ia negara orang Melayu sedang kaum-kaum lain lain yang sama tiba tadi biarkan saja datuk nenek saya mendakwanya sebagai wilayah kepunyaannya.

Kehebatan tok nenek saya bukan sekadar menjadikan tuan di negara ini dan berjaya semua menjadikan negara asing menerima ia sebagai negara milik Melayu.

Mengapa tok nenek LKY benar dan diamkan saja tok nenek saya masa itu menjadikan wilayah ini kepunyaan nereka? Ini tanda tok nenek saya lebih pintar dan lebih cerdik daripada tok nenek LKY.

Kerana kebodohan tok neneknya telah menyebabkan cucu cicit tok nenek mereka telah dilihat sebagai orang datang terkemudian.

LKY tidak boleh salahkan cucu cicit tok nenek saya apabila mereka dikira orang yang menjadi raja-raja dan ketuanan atas wilayah ini masa masa itu. LKY mesti sesali tok neneknya kerana membiarkan tok nenek saya jadi raja dan pembesar di wilayah ini.

Soalnya ialah setujukah LKY dan Tan jika dikatakan tok nenek mereka tidak sepintar datuk nenek saya. Kalau LKY tidak setuju tok neneknya lebih bodoh daripada tok nenek saya, maka LKY fikir kena semula benarkah tok neneknya tiba sama masa dengan tok nenek saya?

Jika masing-masing sama-sama tiba, tetapi tok nenek saya yang berjaya menjadi raja dan mendakwa bumi ini miliknya, maka ia bukti tok neneknya bodoh dibandingkan desngan tok nenek saya.

Jika tok neneknya cerdik, tidaklah tok nenek saya dapat hak jadi raja dan hak ketuanan bagi negeri ini.

Jika LKY betul, bererti tok neneknya tidak sepintar tok nenek saya. Cuma sekarang saya tidak pasti adakah cucu cicit tok nenek saya lebih pintar dari cucu cicit tok nenek LKY dan Tan, ahli Gerakan yang kena tindakan disiplin itu. – HARAKAHDAILY 25/10/2014

Sumber HD - 26-10-2014

Jangan jadi anjing

SUBKY LATIF | .

SETELAH krisis Menteri Besar di Lembah Kelang mulai reda, daerah itu tetap jadi kawasan yang panas yang mencelarukan fikiran dan otak orang Islam khususnya yang bermazhab Syafie.

Mereka mulanya naik darah atas pesta arak yang tidak salah diminum oleh setengah manusia dan keduanya tidak salah menyentuh anjing oleh semua manusia.

Arak itu mulanya tidak haram, tetapi Nabi terpelihara daripada penglibatan mengambilnya. Hukum terakhirnya arak ada kebaikan tetapi keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Maka sesiapa yang terlibat dengan arak, bukan sekadar dilarang bahkan dilaknat. Jika iblis dan Firaun itu sah kafirnya dan sah dilaknat Allah, maka tidaklah Islam yang terlibat dengan dilaknat, semua manusia tidak kira apa agamanya tidak bebas daripada laknat itu.

Ada pun anjing, pada orang Islam bangsa Melayu mazhab Syafie, telah jelas pendiriannya tentang anjing dan aib kalau mereka dikatakan macam anjing.

Maka orang Melayu hina sangat kalau dikata macam anjing. Sehingga selepas 57 tahun merdeka pun tiada orang Melayu suka mereka disamakan seperti anjing. Mungkin selepas acara berbaik dan bersangka baik tentang anjing oleh orang Melayu Islam Lembah Kelang itu suka bercampur dengan anjing, sama seperti mereka senang bercampur dengan kucing.

Semua tahu bukan anjing itu tidak ada eloknya. Ada eloknya, seperti arak juga ia ada eloknya akan tetapi tidak eloknya lebih banyak daripada elok.

Tiada keperluan saya untuk menyatakan apa elok dan apa tidak eloknya. Orang Melayu mazhab Syafie dipercaya tahu mengenainya. Tidak perlu Mufti dan bekas mufti ajar lagi orang Melayu tentang.

Jika orang Melayu merasakan mereka banyak masa menyamak dirinya daripada hujung rambut hingga ke kaki, bolehlah mereka berpeluk dan tidur dengan anjing. Apabila bangun untuk solat subuh, samak seluruh tubuh atau boleh dikatakan mandi samak. Lepas itu bantal dan tilam ganti dengan yang bersih. Samak pula tilam dan bantal tadi.

Kalau peluk lagi dengan anjing selepas itu, ketika hendak solat zohor mandi samak lagi.

Semua tahu jika tersentuh dengan anjing kering tak perlu samak. Tetapi semua yang mufti dan bukan mufti tahu hal itu. Akan tetapi sengaja sentuh benda yang diketahui najis adalah orang yang tidak betul otaknya.

Ambil tahi sebagai contoh. Tiba-tiba kita tersentuh tahi. Kita tidak buang masa terus basuh. Jika kita tercirit, tak sempat ke tandas, habis kaki terkena cirit sendiri, maka kita terasa amat jijiknya. Pada hal najis itu keluar dari dalam perut kita sendiri. Sebelumnya ia adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Tetapi kerana ia najis maka kita elak sentuh najis kita sendiri selain terpaksa membasuh berak.

Jika kita terkena tahi, najis itu tidak perlu disamak. Najisnya dikira ringan daripada najis anjing dan babi. Islam sudah peraturkan begitu.

Beza najis tahi jijik, najis anjing tidak jijik. Sebelum solat kalau terkena tahi tak perlu samak, sekadar basuh saja, kalau terkena anjing lembab dan dijilat anjing kena samak dulu, tidak sah solat kalau tidak samak.

Justeru hendak liberalkan fikiran kita tentang anjing, kita bermain-main dengan ajing, lepas itu kita samak. Apa kata, jika orang yang sama main tahinya selepas berak, lepas itu basuh dan lepas itu makan. Tidakkah ia senang dan enak?

Saya teringat puluhan tahun dulu ada ulama yang menghalalkan makan biawak. Dia ada dalil. Orang kampung pun menghormati pandangannya. Mereka merainya, mengundang ke majlis makan. Dia terima jemputan. Ketika menghadapi hidangan, tuan rumah maklumkan padanya, ‘Ini kari biawak untuk Tok guru.’

Dia bangun, terus balik. Terbuanglah kari biawak itu. – HARAKAHDAILY 24/10/2014

Sumber HD - 24-10-2014




























































































































































































Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya

SUBKY LATIF | .
JIKA PAS khususnya Presidennya, TG Haji Abdul Hadi dikatakan menyebabkan penyingkiran dan pengantian Menteri Besar Selangor tidak berjalan lancar, boleh diterima, tetapi jika parti itu dan pemimpinnya dijadikan alasan Putrajaya tidak akan dapat dicapai, maka ia adalah satu anggapan yang berlebihan.

Pandangan itu, seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis dari Austrsalia, Chin, adalah seperti kesimpulan sang musang yang melompat beberapa kali untuk mengambil anggur, tetapi gagal, lalu dikatanya anggur itu masam dan ia pun pergi.

Krisis di Selangor itu bukan kerja satu pihak saja tetapi kelemahan semua pihak. Maka meletakkan kesalahan pada satu pihak bukan langkah yan bijak.

Saya tidak bercadang untuk memanjang krisis MB Selangor yang sudah pun selesai. Meneruskan bising tidak menguntungkan sesiapa. Diam adalah bijaksana.

Jika benar semuanya mahu Pakatan Rakyat jadi pemangkin mengambil Putrajaya, bukan sekadar hendak kuasa, tetapi mahu menyekat kerja merosakkan di bumi - Malaysia – berterusan, maka semua pihak tampil ke depan, menyambung semula kerja-kerja menjelang PRU13 dulu, seolah-olah krisis di Selangor itu tidak pernah berlaku.

Tiada bijaknya untuk berkata, selagi PAS dipimpin oleh TG Haji Hadi yang dikatakan amat konservatif, dan selagi PAS tidak menukar pemimpinnya, maka jangan fikir ia boleh menyumbang kepada masa depan Pakatan yang cerah.

PAS tidak boleh diatur oleh pihak luar. PAS diatur oleh ahli-ahlinya dan parti itu saja yang tahu siapa patut jadi pemimpinnya dan siapa tidak patut jadi pemimpinnya. Jika PAS rasa perlu menukar pimpinannya, ia sendiri menukarnya, bukan mendengar suruhan orang lain.

Setakat ini tiada kebijaksanaannya bagi Pakatan menerima PAS tanpa TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Parti sekutu wajar terima PAS dengan pekej yang di dalamnya ada tok gurunya. Tiada mungkin parti itu diterima, pemimpinnya tidak diterima. Sama seperti PAS tidak boleh ajar PKR mesti dipimpin oleh orang itu dan orang ini, dan tidak mungkin PAS boleh suruh DAP tukar pemimpinnya.

Mungkin TG Haji Hadi dilihat terlalu konservatif kerana tidak sekata tentang isu Menteri Besar itu. Tetapi mengapa semua tidak melihat apa yang TG Haji Hadi buat mengajak sekalian pak lebai dalam PAS menerima Lim Kit Siang dalam bentuknya ada dan membawa DAP ke kampung-kampung dengan perjuangannya yang ada? Mengapa semua tidak melihat kesediaan TG Haji Hadi pergi ke gereja yang diceroboh dan berjumpa dengan paderinya?

Mengapa semuanya tidak melihat tentang pencerahan TG Haji Hadi dalam isu-isu yang membabitkan agama Islam dan lain-lain agama seperti kalimah Allah, kehadiran bukan Islam ke kawasan masjid yang jauh lebih ke depan dibandingkan dengan imam-imam Umno.

Jika dibandingkan TG Haji Hadi dengan setengah ulama di luar PAS termasuk sekalian para mufti, dalam hubungannya dengan masyarakat berbilang kaum, maka jelaslah beliau seorang yang terbuka dan keterbukaannya adalah luar biasa yang sesetengah ahli PAS tidak terfikir keadaan yang begitu.

Jika dia konservatif adalah dalam urusan peribadatan dan menjaga kesucian Islam tetapi tidak pula sampai tidak boleh berkawan dan bertahaluf dengan orang bukan Islam. Kita sukar bertemu ulama yang lebih terbuka selain daripada beliau. Kita boleh lihat hampir setiap bulan beliau berasa sepentas dengan Kit Siang atau Guan Eng.

Ketika ROS cuba menghalang DAP menggunakan lambang Roket dalam pilihan raya, TG Haji Hadi dan Majlis Syura membenarkan lambang PAS diguna DAP.

Cuma TG Haji Hadi berbeza pandangan dalam isu MB Selangor. Jika itu alasan beliau tidak boleh diterima oleh sekalian penyokong Pakatan, maka semuanya marahkan pijat-pijat, bakar kelambu dan kail. – HARAKAHDAILY 20/10/2014


Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya

SUBKY LATIF

JIKA PAS khususnya Presidennya, TG Haji Abdul Hadi dikatakan menyebabkan penyingkiran dan pengantian Menteri Besar Selangor tidak berjalan lancar, boleh diterima, tetapi jika parti itu dan pemimpinnya dijadikan alasan Putrajaya tidak akan dapat dicapai, maka ia adalah satu anggapan yang berlebihan.

Pandangan itu, seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis dari Austrsalia, Chin, adalah seperti kesimpulan sang musang yang melompat beberapa kali untuk mengambil anggur, tetapi gagal, lalu dikatanya anggur itu masam dan ia pun pergi.

Krisis di Selangor itu bukan kerja satu pihak saja tetapi kelemahan semua pihak. Maka meletakkan kesalahan pada satu pihak bukan langkah yan bijak.

Saya tidak bercadang untuk memanjang krisis MB Selangor yang sudah pun selesai. Meneruskan bising tidak menguntungkan sesiapa. Diam adalah bijaksana.

Jika benar semuanya mahu Pakatan Rakyat jadi pemangkin mengambil Putrajaya, bukan sekadar hendak kuasa, tetapi mahu menyekat kerja merosakkan di bumi - Malaysia – berterusan, maka semua pihak tampil ke depan, menyambung semula kerja-kerja menjelang PRU13 dulu, seolah-olah krisis di Selangor itu tidak pernah berlaku.

Tiada bijaknya untuk berkata, selagi PAS dipimpin oleh TG Haji Hadi yang dikatakan amat konservatif, dan selagi PAS tidak menukar pemimpinnya, maka jangan fikir ia boleh menyumbang kepada masa depan Pakatan yang cerah.

PAS tidak boleh diatur oleh pihak luar. PAS diatur oleh ahli-ahlinya dan parti itu saja yang tahu siapa patut jadi pemimpinnya dan siapa tidak patut jadi pemimpinnya. Jika PAS rasa perlu menukar pimpinannya, ia sendiri menukarnya, bukan mendengar suruhan orang lain.

Setakat ini tiada kebijaksanaannya bagi Pakatan menerima PAS tanpa TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Parti sekutu wajar terima PAS dengan pekej yang di dalamnya ada tok gurunya. Tiada mungkin parti itu diterima, pemimpinnya tidak diterima. Sama seperti PAS tidak boleh ajar PKR mesti dipimpin oleh orang itu dan orang ini, dan tidak mungkin PAS boleh suruh DAP tukar pemimpinnya.

Mungkin TG Haji Hadi dilihat terlalu konservatif kerana tidak sekata tentang isu Menteri Besar itu. 

Tetapi mengapa semua tidak melihat apa yang TG Haji Hadi buat mengajak sekalian pak lebai dalam PAS menerima Lim Kit Siang dalam bentuknya ada dan membawa DAP ke kampung-kampung dengan perjuangannya yang ada? Mengapa semua tidak melihat kesediaan TG Haji Hadi pergi ke gereja yang diceroboh dan berjumpa dengan paderinya?

Mengapa semuanya tidak melihat tentang pencerahan TG Haji Hadi dalam isu-isu yang membabitkan agama Islam dan lain-lain agama seperti kalimah Allah, kehadiran bukan Islam ke kawasan masjid yang jauh lebih ke depan dibandingkan dengan imam-imam Umno.

Jika dibandingkan TG Haji Hadi dengan setengah ulama di luar PAS termasuk sekalian para mufti, dalam hubungannya dengan masyarakat berbilang kaum, maka jelaslah beliau seorang yang terbuka dan keterbukaannya adalah luar biasa yang sesetengah ahli PAS tidak terfikir keadaan yang begitu.

Jika dia konservatif adalah dalam urusan peribadatan dan menjaga kesucian Islam tetapi tidak pula sampai tidak boleh berkawan dan bertahaluf dengan orang bukan Islam. Kita sukar bertemu ulama yang lebih terbuka selain daripada beliau. Kita boleh lihat hampir setiap bulan beliau berasa sepentas dengan Kit Siang atau Guan Eng.

Ketika ROS cuba menghalang DAP menggunakan lambang Roket dalam pilihan raya, TG Haji Hadi dan Majlis Syura membenarkan lambang PAS diguna DAP.

Cuma TG Haji Hadi berbeza pandangan dalam isu MB Selangor. Jika itu alasan beliau tidak boleh diterima oleh sekalian penyokong Pakatan, maka semuanya marahkan pijat-pijat, bakar kelambu dan kail. – HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014

BR1M, PM tak hirau teguran Mahathir

SUBKY LATIF | .

ANTARA yang Mahathir tegur langkah kerajaan Najib ialah memberi BR1M kepada rakyat yang berpendapatan tertentu. Pemberian itu termasuk antara yang dikiranya kelemahan pentadbiran Najib.

Anugerah BR1M itu selama ini tidak pernah dibawa Najib ke Parlimen, malah tidak termuat dalam mana-mana bajetnya. Dia pakai beri saja tanpa merujuk sepatah pun kepada Parlimen.

Selepas Mahathir menarik sokongannya kepada Najib, Mahathir menyebut satu-satu apa yang dikiranya kelemahan pentadbiran Najib. Antara yang disebut Mahathir ialah pemberian BR1M demi memastikan pengundi terus menyokong BN.

Bagi Mahathir pemberian itu tidak memberi apa-apa hasil kepada politik BN dan Umno. Pencapaiann BN dalam PRU 13 sekalipun menabur BR1M tetap tidak membanggakan malah ia lebih buruk daripada PRU 2008.

Adapun semua kelemahan pentadbiran dan kepimpinan Najib itu, amaran Dr. Mahathir, jika tidak diatasi segera boleh menyebabkan BN kalah dalam PRU yang akan datang.

Amaran Mahathir itu adalah kira keras.

Tetapi tidak nampak ada kepedulian pada Najib. Seolah-olah teguran Mahathir dikira seperti anjing menyalak bukit saja.

Bahkan pemberian BR1M itu bukan akan ditimbangkan untuk ditangguhkan sebagai yang dinasihatkan oleh Mahathir, tetapi dimasukkanpula dalam bajet 2015 ini untuk diteruskan.

Apapun adalah adab sikit. Parlimen dimaklumkan dan diminta persetujuannya. Adalah sistem sikit, tidaklah tanpa sistem langsung seperti sebelumnya.

Soal pokoknya bukan ia ada sistem atau ia dibuat atas pengetahuan Parlimen, tetapi apa yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir bahawa perbuatan menabur duit yang banyak kepada pengundi bagi meraih undi supaya menang pilihan raya adalah perbuatan dan sikapyang tidak betul dan tidak bermoral.

Yang terjadi di hadapan kita sekarang ialah Najib tidak langsung peduli kepada teguran Dr. Mahathir. Mahathir tegur bahawa pemberian BR1M itu satu daripada kelemahannya. Jangan diteruskan.Tetapi Najib balas teguran Mahahtir dengan membawa pemberian itu dalam bajetnya pula.

Najib bukan sekadar tidak pedulikan teguran Mahathir tetapi dia mahu tunjuk dia juga berani lawan Mahathir. Dia lawan Mahathir bukan dengan kata-kata. Bukan dengan ulasan dan jawab atau komen atas apa yang Mahahtir kata padanya, tetapi dia terus buat apa yang Mahathir tidak suka dia buat.

Yang kita dapat kata dengan sikap tidak hirau Najib kepada teguran Mahathir? Jawabnya ialah Mahatir tidak didengar oleh Perdana Menterinya dan ia boleh dikira Mahathir secara langsung dan tidak langsung sudah dicabar dan tercabar. Ketua kerajaan sekarang tidak pedulikan dia lagi. Menyalaklah sekuat manapun, seperti sudah tiada bersengat lagi.

Sekarang boleh dikira tidak takut kepadanya. Apa yang Mahathir hendak buat dan dapat buat dengan sikap tidak peduli kepadanya?

Mahahtir boleh buat apa yang dia hendak buat terhadap sesiapa saja sebelum ini. Dia boleh tegur orang itu dan orang ini. Dia naikkan siapa yang dia suka dan turunkan siapa yang dia suka. Tetapi dia sekarang menghadapi Najib yang tidak sedia mendengarnya.

Apa Mahathir hendak buat sekarang? Najib tidak mahu jadi seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi. Adakah Najib tidak kenang apa yang Mahathir buat hingga Najib dapat apa yang dia dapat sekarang?

Jasa Mahathir bukanlah satu pasport untuk dia tegur Najib apa saja dan ia bukan syarat Najib mesti ikut katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014






























































































































































































Pesta arak Octoberfest, angkara MCA?

SUBKY LATIF | .
TIADA kedengaran adanya anjuran minum arak berterangan menyolok mata baik di Selangor atau di mana-mana seperti Octoberfest Shah Alam semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dulu.

Mengapa pula semasa pentadbiran Pakatan Rakyat ini orang bernafsu besar pula untuk mengadakan kenduri arak terbuka?

Angkara siapa semua ini?

Jika tidak silap, Chen Chen, wanita bekas pemimpin MCA ada membuat pembelaan kononnya pesta laknat itu boleh memberi pulangan ekonomi yang menggalakkan. Apa pun perkembangan terkutuk itu dikatakan tidak direstui oleh pihak berkuasa Shah Alam.

Tidakkah mungkin MCA di belakang kegiatan tidak senonoh ini?

Ada tiga sebab MCA boleh disyaki berperanan dalam anjuran itu. Pertama, MCA adalah parti golongan saudagar yang matlamat utamanya adalah untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya tanpa mengira kesan akhlak masyarakat.

Kedua, ketika PAS baru menang semula di Kelantan tahun 1990 dulu, MCA telah mencabar kerajaan pro Islam itu dengan menganjurkan pesta arak terbuka. Sekalipun Menteri Besar
TG Nik Aziz menasihatkan supaya ia dibatalkan, tetapi MCA berkeras untuk memprovokasi kerajaan baru itu.

Tiada cara baik Tok Guru hendak menghalangnya, lalu beliau mengeluar cabar masyhur kepada MCA, lantaklah mereka hendak berpestahingga pecah perut. Tiba-tiba dengan cabaran Tok guru itu, ia membatalkan pesta itu.

Ketiga, melalui pesta yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan inilah MCA rasa dapat mengembalikan pengaruh politiknya dalam kalangan penganut agama yang menghalalkan minum arak.

MCA dan Gerakan telah runtuh politik dan moral dengan politik saudagarnya atau politik yang mengutamakan golongan kaya. Tiada cara ia dapat kembali berpengaruh melainkan menganjur sesuatu yang boleh menyebabkan setengah orang marah kepada kerajaan Selangor sekarang.

Ia mengharapkan orang akan membuat perbandingan. Semasa BN memerintah, tiada pesta arak di Selangor. Apabila Pakatan memerintah, ada pesta arak. Maka orang yang mahu mewujudkan masyarakat bermaruah dan berakhlak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan.

Bagi penganut agama yang agamanya tidak mengharamkan arak curiga dengan Pakatan yang di dalamnya ada PAS, maka dasar PAS boleh mempengaruh DAP dan PKR bagi membenci arak. BN tidak pernah benci arak. Tetapi DAP dan Pakatan boleh jadi benci arak. Pesta arak adalah suatu kempen bagi menjamin pengguna arak tidak hilang hak dan bebas guna arak adalah pada zaman BN.

Kempen ini sebenarnya adalah kempen saudagar arak yang menggunakan nama kebebasan beragama dan menggunakan nama agama yang membenarkan penggunaan arak.

Adakah agama yang tidak mengharamkan arak itu menggalakkan penganut mengambil arak sebanyak-banyak seperti anjuran pesta itu, atau ia sekadar satu kelonggaran mengambil manfaat yang ada pada arak?

Islam tidak menafikan adanya kebaikan arak. Orang jahiliyah tidak melarang arak tetapi mereka menghormati orang tidak mengambil arak. Kristian, Hindu dan lain-lain tidak mengharamkan arak, tetapi masyarakat dunia menghormati Dag Hammarsjold, Setiausaha Agung PBB yang kedua, Nehru dan Lee Kuan Yew kerana sifat non-alkohilic mereka.

Mengapa pembesar dunia itu tidak mengambil arak? Pada mereka, bukan arak tiada kebaikan, tetapi keburukannya lebih banyak. Kerana buruknya lebih banyak, maka Islam mengharamkannya.

Agama yang membenarkan arak adalah sekadar satu kelonggaran atas keperluan tertentu, tetapi tidaklah ia menggalakkan minumnya dengan menganjurkan pesta hingga pecah perut. Islam pula mengharamkannya tetapi tidak melarang bagi mereka yang mengira arak itu ada keperluannya. Tetapi tidak tertarik ia dipestakan.

Jika benar MCA di belakang penganjuran pesta itu, maka MCA telah membenarkan dirinya diperalat oleh saudagar arak yang tahu mengaut untung tetapi tidak kisah dengan moral dan kesejahteraan. Pengeluar arak jangan peralatkan agama yang tidak melarang arak. – HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014

Umno PJ mahu tiadakan sekolah lain

SUBKY LATIF | .


SATU Bahagian Umno di Petaling Jaya dikatakan bercadang untuk mengemukakan usul ke Perhimpunan Agungnya supaya mentiadakan lagi aliran sekolah lain selain daripada sekolah kebangsaan.

Dalam siaran berita mengenainya, kalimah yang digunakan ialah hapuskan.

MCA sudah memberi reaksi akan mempertahankan aliran yang ada.

Saya tidak bercadang untuk menyokong atau menentang. Cuma pada saya dengan membuat usul yang menggunakan kalimah yang tersiar dalam berita itu, Umno akan mencari nahas melainkan kerajaan terlebih dahulu menghapuskan akta hasutan seperti yang dituntut Pakatan Rakyat dan beberapa NGO sekarang.

Mansuhkan dulu akta hasutan, barulah Umno kemukakan usul yang bunyinya seperti yang diberitakan itu.

Berita itu mengingatkan saya pada kejadian di Utusan Melayu tahun 1970 tidak lama selepas akta itu diluluskan.

Saya mempengerusikan satu seminar guru-guru Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentang perbincangan ialah Musa Hitam. Cikgu Othman dari Ampang bercakap tentang mentiadakan sekolah aliran lain menggunakan maksud seperti berita Umno Petaling Jaya cuba bawa itu.

Musa membisikkan kepada saya, ‘Itu melanggar akta hasutan.’ Pemberita yang bertugas Tan Soon Ann. Esoknya Utusan siarkan berita itu dengan tajuk kecil seperti berita yang Umno cadangkan itu.

Pagi berita itu disiarkan, Tan Sri Kadir Yusuf, Peguam Negara menelefon Pak Melan Abdullah, Ketua Pengarang Utusan, memberitahu akhbar jawi itu dikatakan telah melanggar akta hasutan dan tindakan akan dikenakan kepada ketua pengarang itu. Pak Melan orang kuat Umno juga.

Berikutan, datanglah polis ke Utusan menahan Pak Melan. Kata Pak Melan pada saya, polis ambil gambar mukanya dari depan, sebelah kiri dan sebelah kanan serta 10 cap jari kiri dan kanan. Sama seperti yang dikenakan kepada lain-lain penjenayah.

Dia didakwa di mahkamah. Hukuman jika disabitkan boleh dipenjara. Semua pengarang akhbar mengharapkan Pak Melan dibebaskan kerana risiko amat tinggi bagi mereka jika kesilapan yang sama berlaku pada akhbar masing-masing. Risiko Pak Melan disabitkan adalah tinggi.

Pak Melan sekalipun bertanggungjawab atas segala yang disiarkan tetapi adalah mustahil dia semak dan baca semua yang bakal disiarkan.

Mahkamah mendapati yang melanggar akta tadi ialah tajuk kecil yang maksudnya - kalimah yang digunakan sama seperti yang Umno Petaling Jaya mahu usulkan. Pak Melan terselamat daripada hukuman penjara, tetapi penyunting yang membuat tajuk kecil itu, Samad Ahmad, ayah kepada Iskandar Samad, exco PAS Selangor sekarang telah didenda.

Itulah kes akta hasutan yang pertama selepas diluluskan.

Mengikut pendapat setengah peguam masa itu, denda yang dikenakan itu adalah ringan dan Pak Melan terselamat daripada hukuman berat.

Berdasarkan kepada kejadian pada Utusan itu, saya tidak nampak Umno Petaling Jaya itu boleh terlepas daripada perangkap akta hasutan dengan usul yang dicadangkannya itu.

Mungkin tidak perlu menunggu cadangannya dibawa ke perhimpunan agung Umno baru hendak dikenakan tindakan, bahkan setakat tersiarnya berita itu, ia mungkin sudah boleh didakwa.

Ketika Utusan didakwa, masyarakat tidaklah peduli sangat akan sensitiviti isu itu, tidak ramai yang kisah. Ia didakwa kerana ada peruntukan mendakwanya. Sekarang semua orang peka pada sensitivisiti itu dan api perkauman pun tebal, payahlah rasa cadangan Umno Petaling itu dibiarkan saja.

Dan jika ia dibentangkan dalam perhimpunan agung, habis sekalian perwakilan Umno termasuk Najib dan Muhyidin Yasin boleh didakwa. Jika usul itu hendak dibawa, langkah pertama Umno ialah bawa usul supaya dihapuskan akta hasutan. – HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014
















































































































































































Ahli DAP yang berpurdah

http://www.detikdaily.net | .
Oleh Subky Latif
PADA mulanya takjub juga wanita berpurdah sekonyong-konyong menjadi ahli DAP, maka tiada yang mustahil selepas ini laki-laki yang berjubah, berserban dan berjambang ala Taliban pula diterima borang permohonannya untuk menyertai DAP.

Dunia demokrasi kita lagi tiada mustahil dengan apa saja pekembangan. Yang tetap dengan semua kemasukan itu DAP tetap mempertahankan sekularismanya dan tidak menerima hudud kecuali PAS dibubarkan dan sekalian ahlinya dari TG Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang menyertai DAP.

Saya tidak membantah dan tidak mampu menghalang wanita berpurdah dan sesiapa saja untuk menyertai DAP. Cuma dapat berkata, seorang lagi Melayu tidak masuk Umno. Yang eloknya anda menyokong saya jadi kerabat Pakatan Rakyat.

Yang hendak saya komen tentang komennya ialah Islam dan ibadat seseorang adalah urusan peribadi seseorang. Sepertilah agama-agama lain dan ibadatnya adalah urusan peribadi dan bukan masalah orang lain dan masyarakat. Sekali pun wanita muda itu masih Islam dan kekal Islam sampai mati.

Adakah betul begitu?

Pertama, apa latar belakang pendidikan Islam sehingga saudari boleh keluar dengan pandangan itu? Dan siapa gurunya?

Almarhum Tan Sri Nordin Saufi pernah memberitahu, dia mendalami Islam secara serius. Saya ucap tahniah padanya, tetapi saya lupa bertanya, siapa gurunya? Saya tengar Abul Razak Baginda mempelajari Islam. Dalam satu tulisan saya, saya alu-alukan dan saya tanya siapa gurunya?

Guru amat penting bagi seorang murid.

Tidak dilarang sesiapa masuk DAP. Yang dilarang ialah menyertai komunis, mengajak orang menubuhkan parti komunis dan ISIS atau mana-mana gerakan keganasan Islam.

Sebelum wanita berpurdah menyertai DAP, ada pelajar pendidikan Islam justeru mengira Islam adalah urusan peribadi telah menyertai komunis. Mereka ialah Musa Ahmad, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Shamsiah adalah bekas pelajar sekolah tinggi Islam Sumatra. Dia berambut panjang. Dia kalah berdebat dalam politik dan isu Islam adalah urusan peribadi, dipotongnya rambutnya, dia berjuang dalam komunis di hutan dan pernah berpangkalan di tanah besar China.

Musa Ahmad dan Shamsiah kembali kepangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuangan komunis.

Jika Islam itu urusan peribadi mengapa Rasulullah SAW bersusah payah mengajak orang lain – sekalian jahiliyah – supaya memeluk Islam? Pembesar Qurisy tawarkan baginda jadi raja, jadi orang terkaya di Mekah dan anugerah wanita tercantik jadi isteri asal tinggalkan dakwah. Islam saja sendiri, jangan ajak orang. Tetapi baginda tolak, terus ajak dan suruh semuanya ikut Islam.

Selepas Mekah dibebas, mengapa baginda utus Raja Rom dan lain-lain raja supaya terima Islam? Jika mereka enggan, baginda ingatkan raja-raja itu akan tanggung dosa dan azab neraka atas sekalian rakyat yang tidak ikut Islam kerana rajanya tolak seruan Nabi SAW.

Jika menunai zakat satu ibadat dan urusan peribadi, mengapa Khalifah Abu Bakar Siddiq lancar perang terhdap orang Islam yang enggan bayar zakat?

Jika Islam benarkan umat buat ikut suka, mengapa Rasulullah SAW beritahu Huzaifah ibn Yaman, jika sesiapa berada di tempat asing hendaklah cari jemaah Islam. Kalau tak jumpa, baru buat jemaah baru. Kalau cari tak jumpa, menubuh jemaah sendiri tidak upaya, maka lebih baik gigit perdu kayu, jangan sekali-kali ikut jemaah asing.

Mengapa baginda larang itu dan larang ini? Kerana Islam itu bukan urusan peribadi. Islam itu urusan Allah, urusan Nabi-Nabi dan urusan umat. Jika ada orang Islam tegur orang Islam lain, bukan kerana getik atau benci, tapi kerana sayang.

Sudahkah nona berpurdah berbincang dengan tok-tok guru, ustaz-ustaz atau pakar motivasi Ibni Kamsah?

Sumber HD - 8-10-2014

Mahathir guna ISA, Najib guna akta hasutan

SUBKY LATIF | .

SAYA juga selalu menegur dan menyindir istana, tapi tidak setegas Dr. Aziz Bari ketika dia mengulas mengenai derhaka dan hubungannya dengan jenayah dalam forum PasMa di KL.

Apabila saya terbaca beritanya, saya terasa Dr. Aziz hendak mencari susah. Pertama ia boleh menyempit jalan bagi jadi Menteri Besar pada masa akan datang. Kedua, kemungkinan dia akan dipanggil polis.

Dugaan saya tepat. Pakar undang-undang itu sudah pun dipanggil polis mengikut peruntukan akta hasutan yang kini memburu banyak orang.

Dr. Aziz adalah ahli ilmuwan yang kedua menjadi sasaran akta hasutan. Yang pertama kurang dari sebulan lalu iaitu seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya. Anwar Ibrahim juga sudah dipayahkan oleh akta ini apabila dicari polis tentang penyertaannya dalam satu perhimpunan di Gombak sekitar tiga tahun lalu.

Akta hasutan ini sudah biasa digunakan sebelum ini. Tetapi mengikut bahasa P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang tindakan itu, ‘Jarang, jarang.’ Buat tempoh beberapa bulan kebelakang ini kuat kuasa akta hasutan ini macam menyolok mata. Tidak sampai beratus. Tetapi dikira banyak/berlebihan buat satu masa yang pendek.

Ia seolah-olah seperti menyalahkan ulasan Tun Musa Hitam atas tempelak Dr. Mahathir terhadap PM Najib. Justeru Najib dikatakan lemah, Mahathir pun menarik sokongannya kepada PM. Komen Tun Musa kira-kira masa Najib ini dia tidak banyak orang yang ditangkap.

Lepas itu banyak pula orang jadi sasaran akta hasutan. Sekarang ia seolah-olah satu wabak pada masyarakat kita.

Sindiran Musa itu adalah menggambarkan masa sebelum Najib Piem-Piemnya banyak menggunakan ISA bagi menangkap dan memenjarakan orang tanpa bicara.

Umum mengira, ISA itu digunakan bagi menakutkan orang dan menindas pembangkang/pengkritik pemimpin dan kerajaan. Mangsa ISA yang menyolok mata ialah penangkapan besar dalam Operasi Lallang dan peristiwa berdarah Memali. Malah Mahathir juga memenjarakan Timbalan Perdana Menterinya , Anwar Ibrahim yang mengancam politiknya.

Sebelum ini, Mahathir dikira menzalimi penentangnya dengan ISA tetapi dengan bilangan menyolok mata yang diburu di bawah akta hasutan sekarang pentadbiran Najib sudah dikira mennggunakannya bagi menindas pengkritiknya.

Najib memansuhkan ISA kerana ia dikatakan kejam. Tindakannya disambut baik, tetapi sekarang polisnya menggunakan akta hasutan terhadap pengkritiknya.

Jangan dibezakan mana lebih buruk antara ISA dan akta hasutan? Kedua-duanya adalah akta yang menindas. Mahathir memilih ISA. Hampir tidak dilihat dia menggunakan akta hasutan. Pada zamannya, kerajaan dan penyokong terlibat dalam banyak kejadian yang menyanggah akta hasutan.

Penyokong Umno bersama Dr. Mahathir bertempur dengan istana. Raja-raja bukan sekadar dikritik bahkan ada percubaan menobat raja lain bagi mengambil takhta Sultan Kelantan. Sehingga raja-raja pada masa seperti tinggal gusi dan lidah saja.

Umno tidak membuat bantahan terbuka atas pelanggaran akta itu. Kerajaan berdiam diri saja. Kalau kerajaan Umno dulu tidak meanggunakan akta itu, mengapa pula kerajaan Umno di bawah Najib secara sewenang-wenang menggunakan akta yang Mahathir tidak gunakan?

Justeru ancaman akta itu digunakan sebegitu menyolok mata, maka ia dikira tindakan terakhir kerajaan untuk menindas rakyat, ia akan mengganggu perkembangan demokrasi, kebebasan bersuara.

Akta ini juga dilihat mahu menghalang kewujudan amalan sistem dua parti yang baru berkembang itu. Jika ia diteruskan, akan mengekalkan terus Umno sebagai monopoli kuasa yang tidak boleh dipersoal.

Ketika Mahathir mahu rakyat jangan takut menegur peminpin, Umno tidak segan-segan memburu seorang demi seorang dengan akta hasutan sebagai senjatanya. – HARAKAHDAILY 4/10/2014

Sumber HD - 4-10-2014
















































































































































































Selamat bertugas saudaraku YAB Azmin Ali

SUBKY LATIF | .
SELEPAS lebih tiga bulan bertikai tentang penggantian TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, akhirnya Azmin Ali, calon ketiga PKR untuk jawatan itu diperkenan oleh Istana.

Calon asal Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua Dr. Wan Azizah Ismail.

Perlantikan Azmin itu dipercayai mengakhiri perebutan kerusi panas ketua kerajaan negeri Selangor itu dan sebagai Menteri Besar, Azmin memikul amanah besar bagi memulihkan kecelaruan politik negeri Selangor, perpaduan Pakatan Rakyat dan keyakinan rakyat seluruhnya terhadap kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

MB baru itu tentunya ada senarai tentang kekurangan MB yang digantikannya, tetapi padangan umum terbanyak mengira TS Khalid adalah MB terbaik daripada 14 semuanya. Sebagai ketua kerajaan Selangor, sebagai kerajaan termaju dan terkedepan daripada semua negeri, kiranya ada kajian dan tinjauan, mungkin dikira MB terbaik dalam kalangan semua.

Apakah pandangan itu tepat atau tidak, tetapi itulah persepsi umum hingga hampir menjadikan Khalid sebagai legenda baru buat semua yang tidak disedari.

Maka Azmin datang menggantikan MB yang dikatakan demikian. Tentulah ia satu cabaran baginya bagi menyambung pentadbiran yang boleh dikira bertaraf lima bintang. Besarlah amanah yang terpaksa digalas Azmin bagi mengimbangi apa yang orang rasakan itu.

Azmin sebagai orang sekian lama memantau pentadbiran dan pimpinan Khalid sudah bersedia lama bagi membuat apa yang lebih baik atau paling tidak adalah tidak kurang daripada pencapaian orang digantikannya.

Orang di luar yang belum tahu akan keupayaan Azmin tentu mengira Azmin berdepan dengan cabaran yang sukar.

Dalam suasana demikian, kita semua mengucapkan syabas dan selamat bertugas kepadaMB baru itu yang tentunya telah bersedia dengan pelan pembaharuannya.

Pemilihannya sebagai Menteri Besar di negeri yang utama itu memperkuat kedudukan politik Azmin sebagai pelapis utama Anwar Ibrahim yang dari segi usia masuk ke peringkat warga emas.

Azmin telah jadi hulubalang Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, jatuh bangun bersamanya, tidak segera berada dalam barisan depan ketika partinya ditubuhkan, tetapi naik dari setapak ke setapak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Dia dikira orang berotak dan tahu apa yang dibuatnya.

Jika dulu orang tidak nampak siapa akan menggantikan Anwar jika sesuatu berlaku, maka dengan kedudukan baru Azmin sekarang, maka dialah orangnya telah bersedia memikul tanggungjawab pimpinan PKR masa akan datang.

Sebagai pemimpin sebenar PKR selepas Anwar, maka dialah antara tokoh yang akan ke depan dalam muafakat Pakatan Rayat. Sebagaimana Lim Guan Eng terlindung justeru ada bapanya Lim Kiat Siang dalam DAP, maka Azmin juga terlindung dengan pimpinan Anwar.

Dengan jawatan barunya sebagai Menteri Besar Selangor, maka Azmin telah membukai tirai sebagai calon utama dan yang ada setakat ini bagi mengambil tempat Anwar. Dan prestasi kerjanya sebagai Menteri Besar menyamai Khalid, maka ia adalah pengesahan ganti Anwar akan selesai.

Apakah Azmin dari segi ketokohan dan kepintaran dapat menyamai Anwar tidak berbangkit, tetapi dari segi kedudukan Azmin sudah berada di tangganya. Apakah dia akan menjadi juru cakap Pakatan masa depan bergantung kepada keupayaannya mengembalikan Pakatan sebagai tenaga yang padat.

Sebagai MB mampukah Azmin mengembalikan Pakatan yang mulai dilihat rapuh jadi padat semula? Siapa yang dapat memadatkan Pakatan Rakyat, dialah yang dapat menghadapi Khairy Jamaludin dari pimpinan Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

Isu 2 Adun lari di muktamar

http://www.detikdaily. | .

Oleh Subky Latif

JIKA kes dua Adun PAS Selangor yang lari ke ‘angkasa lepas’ dibangkit dan diberi reaksi keras dalam Muktamar PAS di Batu Pahat bukanlah justeru atas kehilangan watak itu sangat, tetapi ia lebih disasarkan kepada maruah politik pencuri Adun itu sendiri.

Adapun watak yang hilang itu tidak perlu pimpinan dan muktamar beri masa banyak mengenangnya, kerana muktamar lebih memerlukan masa membincangkan hal yang lebih penting buat jemaah.

Cuma ia dibangkitkan adalah sebagai reaksi kekecewaan petugas parti terdiri daripada orang awam yang memberi banyak masa dan tenaga, menggunakan duit dari saku sendiri bekerja bertungkus lumus bagi memenangkan calon dalam pilihan raya, tetapi calon yang berjaya meninggalkan bumi yang dipijak, untuk bersuka dengan orang lain.

Jika pimpinan memberikan masa yang amat berharga bagi menyentuh hal yang berbangkit itu, ia adalah bagi menghargai pengorbanan aktivis parti dalam perjuangan terutama apa yang mereka beri semasa pilihan raya. Pengorbanan mereka tidak terhingga besarnya pimpinan dan jemaah amat menghargainya. Pimpinan amat simpati atas apa yang mereka rasai.

Apa jua alasan yang diberi, perbuatan itu adalah seperti secara sengaja menyepak bola ke gol sendiri. Tiada pasukan boleh yang terima pemainnya tersepak bola gol sendiri, apa lagi jika pemain itu sengaja menjaringkan bola ke golnya. Pemain itu tidak akan diperlukan lagi.

Tidak perlu lagi bagi parti ambil masa untuk mereka,kerana mereka sudah menghukum diri sendiri, dan seksanya sedang mereka dan anak isteri mereka rasai untuk satu jangka panjang yang tidak diketahui akhirnya. Biarkan mereka menempuh hidup gantung tidak bertali.

Akan tetapi apabila muktamar menyentuh kes itu, ia adalah bagi menyatakan bahawa adanya politik tidak bermaruah di mana saja dan oleh sesiapa saja, yang amat perlu dihindari oleh semua apa lagi sesama sendiri.

Apa yang terjadi Adun PAS itu telah dibeli atau dicuri oleh sekutunya sendiri. Perbuatan itu dalam apa keadaan jua, dikira tidak berakhlak, tidak bermaruah dan tidak bermoral. Ia adalah satu peng khianatan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa.

Dalam politik duniawi, politik bermaruah itu memang tidak banyak.

Sekalipun ia mungkin satu amalan biasa, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan bagi kita menghalalkan politik tidak bermaruah itu.

Malaysia sendiri telah banyak menyaksikan politik beli membeli ini. PAS amat berpengalaman Adun dan MP-nya dibeli oleh musuh politiknya. Kerajaan PAS Terengganu telah tumbang awal tahun 1960-an kerana Adunnya telah dibeli/dicuri oleh Perikatan. Adunnya di Kelantan juga cuba dicuri.

Secara teknikal kerajaannya dikalahkan hujung tahun 1970-an justeru Adunnya dicuri bagi dijadikan Menteri Besar yang lebih mendengar arahan BN.

DAP sendiri mengalami sejak tahun 1969 MP dan Adun yang dicuri oleh Barisan Nasional, dan paling menyayat hatinya ialah seorang Adunnya di Perak bersama dua Adun KeADILan dicuri oleh BN hingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Selain itu KeADILan berdepan dengan beberapa orang MP-nya di Bayan Baru, Bagan Serai dan Wangsa Maju meninggalkan parti itu. Mereka tidak meninggalkan partinya begitu saja, tetapi dipercayai mendapat sagu hati yang menarik.

Tindakan BN itu telah dikecam oleh DAP dan KeADILan. Tidak terkecuali PAS. Tidak dapat kita bayang kalimah yang diluah akan pengkhianatan BN itu.

Apa pun BN dan segala komponennya terutama Umno adalah diketahui musuh tradisi setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Mereka tidak lagi memikirkan pentingnya politik bermaruah dan politik bermoral.

Yang penting bagi mereka ialah setiap parti pembangkang itu mesti dimusnahkan dengan apa cara jua. Curi mencuri wakil rakyat itu adalah mainan biasa yang sebati dengan darah dan dagingnya.

Sama seperti Qabil yang tidak pernah memikirkan perlunya moral dan maruah ketika membinasakan adiknya Habil, politik inilah yang diwarisi oleh sekalian parti politik yang mencuri Adun-Adun musuhnya sepanjang zaman.

Politik permusuhan dan kebencian yang diamalkan oleh sekutu Barisan itu adalah sifat setiap yang bermusuh. Kerana harimau itu makanannya adalah kucing, maka kucing pula tidak jadi kucing jika ia tidak makan tikus. Itulah kirakira PAS bagi Umno. Nescaya ia bukan Umno kiranya ia tidak ada azam untuk mencuri Adun PAS.

Tetapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak wajar menganut fikiran politik yang sama terutama sesama sekutu sendiri. Apa yang dihalal oleh musuh terhadap musuh, maka sahabat tidak boleh pula halalkan apa saja kepada sahabat.

Politik bermaruah dan bermoral adalah rukun bagi manamana tahaluf politik. Muafakat akan berkecai jika moral dan maruah tidak diambil kira. Maka sama saja Qabil jika moral politik tidak diambil kira.

Adalah penting bagi Muktamar PAS melihat isu pencurian Adun oleh sekutunya itu. Pencurian itu boleh menggugat pakatan yang dirancang bersama. Mungkin ada yang memikirkan muafakat dengan PAS tidak begitu penting lagi kerana PAS ada pendirian tertentu dalam perkara tertentu.

PAS mungkin boleh dilupakan, tetapi kita tidak boleh lupakan kepentingan rakyat dan negara.

Bukan kuasa yang jadi keutamaan Pakatan Rakyat. Keutamaannya ialah bagi membela rakyat dan negara yang selama ini ditindas oleh kerajaan BN.

Mana-mana tindakan yang dilihat mengkhianati sesama sendiri, ia tidak sekadar mengkhianati sekutu sendiri, tetapi ia juga adalah sama seperti mengkhianati diri sendiri dan mengkhianati rakyat dan negara.

Mencuri orang PAS adalah salah dari segi moral. Ia boleh menjejaskan usaha membebaskan rakyat daripada belenggu penindasan.

Jika dengan gangguan itu menyebabkan BN tidak dapat digantikan dalam PRU14 nanti, maka yang paling rugi ialah rakyat seluruhnya. Rakyat dan negara tidak dapat dibebaskan daripada penindasan kuasa yang ada. Maka terus terbelenggulah rakyat, sedang mereka boleh dibela oleh perpaduan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memang boleh dan memang mampu membebaskan rakyat daripada belenggu penindasan BN itu. Harapan rakyat kepada Pakatan adalah tinggi dan mereka amat menghendaki pembelaan itu.

Tetapi jika setiap hari kita bercakap tentang perbezaan dan perpecahan, maka kita sebenarnya tidak bersungguh untuk membebaskan rakyat daripada belenggunya selama ini.

Apa yang dibuat oleh muktamar dan oleh PAS sebelumnya adalah untuk mengemukakan beberapa penyelesaian atas perkara yang kita sama-sama hadapi. Bukan untuk melanjutkan pertikaian.

Apa yang disebut berhubungan pencurian itu adalah ingatan dan amaran supaya kita tidak terlibat dalam politik tidak bermaruah.

Politik tidak bermaruah tidak mampu menggantikan sebuah kerajaan yang tidak bermaruah.

Kita tidak boleh berbangga dengan menghabiskan usia kita dalam perjuangan dan keluar masuk penjara kerana perjuangan, tetapi kita tidak hiraukan perjuangan itu bermaruah atau tidak.

Itulah yang diingatkan supaya kezaliman tidak diganti dengan kezaliman juga, tetapi kezaliman hanya boleh dihapuskan oleh keadilan politik yang bermaruah.

Sumber HD - 29-9-2014
















































































































































































PM Turki duduk dekat rumah saya...

http://www.detikdaily. | .
Oleh Subky Latif

PERDANA Menteri baharu Turki yang menggantikan Recep Tayyip Erdogan iaitu Ahmet Davutoglu pernah saya jumpa beberapa kali semasa dia menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), masa itu kampusnya di Petaling Jaya.

Saya tidak perasan adakah dia pernah menjadi jiran saya kerana dia tinggal selang beberapa buah rumah dari rumah yang saya pernah tinggal di Taman Za’ba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Saya mengenalinya sesudah saya pindah dari rumah itu. Saya mula mengenalinya bila seorang kawan

Tajuddin membawa saya singgah di biliknya di UIAM Petaling Jaya. Kami berbual kira-kira 10 minit. Masa itu saya tahu dia penyokong parti Islam di negaranya, Refah Partisi pimpinan Necmattin Erbakan dan Erdogan adalah ketua pemuda dan ketua Refah di Istanbul.
Ada beberapa kali saya terserempak dengannya lepas itu.

Suatu hari enam orang pengembara Turki jadi tetamu saya. Mereka bertanya apakah saya kenal Ahmet Davutoglu, pensyarah UIAM? Saya kenal tetapi tidak tahu di mana dia tinggal.

Melalui konteks yang ada, saya dapat hubungkan mereka dengan pensyarah itu. Dia mempelawa pengembara itu bermalam di rumahnya.

Kami hantar mereka ke rumahnya dekat rumah yang saya pernah tinggal. Rumah yang saya tinggal itu adalah rumah biras saya. Dia tinggal di rumah itu semula apabila dia balik berkhidmat di Kuala Lumpur. Saya selalu ke rumah biras itu dan beberapa kali terserempak dengan keluarga Turki itu.
Apabila anak saya jadi anak ang kat keluarga Turki untuk belajar di Istanbul, sebelum saya hantar anak itu ke sana, saya pergi jumpa Ahmet di rumahnya bertanya beberapa perkara yang perlu sebagai persediaan ke sana.

Orang yang mengambil anak saya jadi anak angkat itu adalah antara pengembara Turki yang saya hantar bermalam di rumahnya di Taman Dr Ismail. Dia meyakinkan saya bahawa orang yang menjadi keluarga angkat anak itu adalah orang baik. Seorang daripadanya, Yusuf Karaca adalah guru kepada Erdogan semasa bersekolah dulu.

Erdogan dan Ahmet Davutoglu memanggilnya, ‘Hojam’ iaitu Cikgu.

Itulah perkenalan saya sepintas lalu dengan Perdana Menteri baharu Turki itu. Dan saya tidak pernah menyangka pensyarah yang saya pernah jumpa kirakira 20 tahun dulu akan menjadi Perdana Menteri

Turki, sebuah negara yang sedang membangun pesat untuk menjadi negara maju sekarang, menyaingi negara maju Eropah yang lain. Ahmet Davutoglu itu jika ‘dibahasa- Melayukan’ ialah Ahmad bin Daud.

Dengan Perdana Menteri Ahmet itu jadi empat orang Perdana Menteri Turki yang saya kenal dan pernah jumpa tetapi saya tidak pasti mereka ingat dan kenal saya lagi.

PM pertama saya dihubungi ia lah Abdullah Gul yang kemudiannya jadi Perdana Menteri dan Pre siden Turki. Masa itu dia adalah pengiring dan jurubahasa kepada Erbakan, Presiden Refah Partisi yang kurang mahir berbahasa Inggeris tetapi mahir bahasa Jerman.

Abdullah minta saya selidik tentang sebuah mesin cetak terpakai buatan Jerman di sebuah syarikat di Brickfields, Kuala Lumpur. Dia beri nombor telefonnya. Saya hubungi syarikat itu. Nasihatnya baiklah beli mesin itu terus dari Jerman. Saya pun maklumkan perkara itu kepada Abdullah Gul.

Apabila saya menemani Ustaz Hadi Awang ke satu pertemuan anggota-anggota Parlimen parti Islam negara-negara Islam dengan menteri Jerman Barat di Bonn, saya bertemu pertama kali dengan Erbakan dan Abdullah Gul. Dua hari dua malam kami bersama dalam beberapa majlis di Bonn. Saya beritahu Abdullah, sayalah orang yang dihubunginya tentang mesin cetak terpakai dulu.

Erbakan kemudin jadi Perdana Menteri dan Abdullah jadi menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya pernah jumpa keduaduanya se bagai Perdana Menteri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Muktamar Refah di Ankara.

Setelah semua parti yang ditubuhkan Erbakan, Erdogan dan Abdullah Gul tidak bersama Erbakan lagi. Kedua-duanya membentuk parti baru AKP, Erdogan jadi Presiden dan Abdullah jadi timbalannya.

Parti mereka menang majoriti besar, pertama kali dalam masa berpuluh-puluh tahun sejarah politik moden Turki. Erdogan tidak masuk pilihan raya kerana masih dalam ‘idah’ hukuman jenayah, tidak boleh menjadi penjawat awam. Abdullah jadi Perdana Menteri. Saya jumpa dan ucap tahniah kepadanya dalam jamuan meraikannya jadi Perdana Menteri di Ankara.

Empat bulan kemudian, ‘idah’ jenayah Erdogan tamat. Dia bertanding dalam satu pilihan raya kecil, menang dan jadi Perdana Menteri, Abdullah Gul turun jadi Menteri Luar.

Dalam pemilihan Presiden Turki di Parlimen, Erdogan dicalonkan tetapi terdapat banyak tunjuk perasaan menentangnya, lalu Abdullah Gul jadi calon ganti jadi Presiden.

Saya tidak pernah jumpa Erdogan sesudah jadi Perdana Menteri tetapi pernah beberapa kali jumpa sebelum dan semasa jadi Datuk Bandar Istanbul. Pertemuan pertama diatur oleh gurunya Yusuf Karaca atas kedudukan dia ketua Parti Refah di Istanbul dan saya Pesuruhjaya PAS Kuala Lumpur. Kami jumpa setengah jam kerana dia hendak mengetuai satu tunjuk perasaan.

Sebelum Erdogan jadi Datuk Bandar, saya pengalaman wajib putus air tiga kali seminggu di Istanbul.
Lepas dia jadi Datuk Bandar dengan izin Allah banyak hujan di Istanbul dan salji pula tebal. Bekalan air cukup. Tiada catuan, tetapi Erdogen melancari projek menggerusi air dari su ngai di bawah bumi Istanbul bagi memastikan air cukup untuk bandar raya itu.

Semasa saya sekeluarga ke Istanbul selepas dia jadi Datuk Bandar, dia memberi peluang kami sekeluarga pusing keliling Istanbul dengan bas mini bandar raya. Dia bercadang melawat Kuala Lumpur. Dia minta saya dapat jemputan rasmi dari Datuk Bandar Kuala Lumpur. Saya cuba jumpa Datuk Bandar Tan Sri Kamaruzaman Sharif sampai akhir tidak dapat.

Setelah dipecat daripada jawatan Datuk Bandar Istanbul, Erdogan dan isterinya datang sehari ke Kuala Lumpur. Saya, Ustaz (Allahyarham) Fadzil Noor dan Nasir Yusuf, hosnya di Kuala Lumpur makan tengah hari di hotel ITM depan kampus UiTM Shah Alam.

Dia dijatuhkan hukum jenayah dan dipecat daripada Datuk Bandar kerana mendeklamasikan sajak Islam yang selalu dideklamasikan pelajar sekolah. Apabila dia jadi Perdana Menteri saya tidak pernah jumpa lagi.

Ahmet Davutoglu tidak kedengaran lagi terutama selepas Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan liwat satu. Tiba-tiba saya lihat nama dan gambarnya sudah jadi menteri luar Turki. Selalu namanya tersiar di sana sini sebagai menteri negara yang menempah nama semula dalam politik dunia.

Dalam krisis perang saudara di Syria, acap dia ke Damsyik bagi menjadi orang tengah tetapi tidak banyak yang dapat dibuat.

Sehari sebelum Abdullah Gul tamat jadi Presiden, Parti AKP memilih Ahmet Davutoglu jadi ketua nya. Apabila Erdogan melepas jawatan Perdana Menteri untuk jadi Presiden bagi menggantikan Abdullah Gul, Ahmet jadi Perdana Menteri.

Semasa ke Istanbul dulu, untuk membeli baju biasa harganya berjuta-juta Lira. Nilai Lira masa itu dari pagi ke petang bertukar beberapa kali.

Sekarang orang tidak membawa duit berjuta-juta lagi ke pasar.

Inilah Turki yang dipimpin bersama Erdogan dan Ahmet (bin Daud) Davutoglu yang pernah saya tengok muka mereka 20 tahun lalu.

Sumber HD - 27-9-2014

Jika PAS jadi MB Selangor

SUBKY LATIF | .

ORANG PAS jangan berkelahi kiranya Sultan Selangor memperkenan PAS jadi Menteri Besar Selangor yang baru. PAS mesti terbuka menerimanya sebagai satu jalan keluar bagi menyelesaikan puaka Langkah Kajang yang menyusahkan semua orang itu.

Kita semua tahu siapa pun yang menjadi Menteri Besar sekarang akan menjadi Selangor terus bergolak.

Sesudah sekian lama Sultan bertahan mahukan Pakatan memberi lebih daripada satu calon, saya tidak tefikir baginda akan akhirnya perkenan pada calon tunggal yang asal.

Calon terdekat seperti yang mula dicadangkan oleh PAS, Azmin Ali, katakan sekalian ADUN tidak mentakwilnya, mulai ada pula takwil daripada PKR sendiri tentang penerimaan Azmin itu mempersenda keputusan awal PKR yang menamakan satu calon saja. Kemungkinan Azmin juga akan menimbulkan krisis seperti Khalid juga.

Akhirnya pentadbiran Selangor akan hancai juga.

Katakanlah PAS yang ditunjuk. Dipercayai umum rakyat akan menerimanya, tetapi semua tahu PKR dan DAP yang menguasai majoriti DUN tidak akan setuju selain daripada Dr. Wan Azizah.

Menteri Besar Pakatan Selangor itu bukan hak dan pusaka bagi mana-mana parti dalam komponen itu. Ia disetujui dalam PRU 2008 dulu kerana PKR punya ADUN lebih dari parti lain. Untuk berbaik sangka dan menghormati Anwar Ibrahim sebagai pencetus Pakatan Rakyat, maka wajarlah diberi kepada PKR supaya semua pihak dalam Pakatan merasa kuih kemenangan itu.

Maka tidak boleh parti itu mengira ia sebagai hak istimewanya seperti Melayu hak istimewa yang tidak boleh diusik. Siapa yang mengusiknya melanggar akta hasutan. Menteri Besar Selangor itu hak semua tetapi masa tenang ada kebijaksanaannya memberi penghormatan kepada PKR sekalipun dalam PRU lalu kerusinya sudah kurang daripada yang lain.

Itu masa tenang. Tetapi selepas itu timbul masa huru-hara. Maka tidak boleh dalam masa huru-hara semuanya hendak besar kepala. PAS pun manusia juga. Kalau orang kata ia begitu dan begini, ia pun ada hak juga. Cuma ia hendak menuntut atau tidak. Macam Pulau Spratly, semua negara pantai Laut China Selatan merasa ada hak. Semua menuntut.

Sehingga saat ini pun PAS masih mahu menjaga hati PKR, tidak bulat mahukan jawatan itu. Bukan kerana ia harta pusaka PKR tetapi menjaga hati dan harmoni, biarlah keutamaan diberi kepada PKR tetapi biarlah calon MBnya disepakati semua.

PAS mahu menjaga hati semua termasuk Sultan. PAS tiada masalah dengan Istana Selangor. Sesudah Pakatan buntu atas isu MB itu, kepada siapa lagi hendak mengadu selain berhakimkan Raja. Ia sikap yang bijak.

Menuntut kerusi MB dalam masa bergolak bukan kerja yang bijak. Maka PAS tidak menuntut. Tetapi jika yang Allah takdir! Jika Istana minta PAS, maka pantang Melayu derhaka. PAS terpaksa terima dengan tanggungjawab yang berat. Ia tidak bertujuan menyinggung PKR dan DAP, tetapi mahu membantu Sultan menghadapi tempias krisis Pakatan Rakyat itu.

PAS tahu ia tetap tidak mendapat sokongan yang lain dan ia tidak menyelesaikan krisis yang ada. Tetapi menerimaannya itu adalah atas tanggungjawab bagi mengeluarkan Selangor daripada kebuntuan orang yang tidak mahukan Khalid Ibrahim lagi.

Selepas MB PAS mengangkat sumpah, Menteri Besar itu pun boleh menasihatkan Sultan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri. PAS dan exconya menjadi kerajaan sementara.

Lepas itu semua senang, moga-moga semua senang. Sultan senang. Khalid pun senang. Semua parti senang. – HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014
















































































































































































Pengundi Pengkalan Kubur, jangan biar BN tipu Kelantan

SUBKY LATIF | .
SEKALIAN pengundi PRK Pengkalan Kubur jangan biarkan kerajaan datang untuk menipu Kelantan dan rakyatnya tentang hak mereka atas royalti minyak yang kerajaan pusat sudah kaut selama ini.

Jentera PRK BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin akan turun untuk memberi dalih mengapa Kelantan tidak boleh diberi royalti yang ditunduk sekarang sekalipun ia bersetuju untuk memberi wang ihsan daripada minyak itu melalui jabatan pentadbirannya di Kelantan.

Dalihnya ialah telaga minyak terletak di luar perairan negeri itu sedang telaga yang royaltinya diberi kepada Terengganu lebih jauh dari pantai Terengganu dibanding dengan pantai Kelantan.

Tidak berbangkit apakah telaga itu lebih atau lebih dekat dari yang di Terengganu tetapi telaga yang Terengganu pernah nikmat royaltinya dulu adalah di luar kawasan tiga batu nautika dari perairan Terengganu. Jika Terengganu boleh mengapa rakyat Kelantan tidak boleh?

PRK Pengkalan Kubur adalah kesempatan terbaik bagi rakyat Kelantan menyatakan bantahan kepada kerajaan pusat tentang penafiannya terhadap hak rakyat dan kerajaan Kelantan.

Undi rakyat di PRK Pengkalan Kubur itu adalah bagi memastikan royalti atas minyak mesti diberi kepada rakyat melalui kerajaan pilihan rakyat dan ia mesti masuk ke dalam dana kerajaan negeri, tidak diberi melalui mana-mana pihak lain.

Penolakan pengundi terhadap calon BN nanti bererti tanda tidak setuju rakyat tentang sikap kerajaan pusat dalam isu royalti minyak. Ia akan jadi tekanan kepada kerajaan pusat supaya segera menunaikan tuntutan rakyat dan kerajaan negeri.

Tetapi pengundi nanti sebaliknya mengundi BN, bererti jangan haraplah kerajaan BN akan menunaikan hak orang Kelantan itu.

Maka pengundi Pengkalan Kubur mesti jangan benarkan kerajaan BN membolot hak mereka setelah sekian lama hak itu dibolot.

Hak Kelantan itu telah digelapkan sejak dari mula minyak di telaga itu dihasilkan. Orang ramai tidak diberitahu hinggalah Exco Husam Musa ketika pentadbiran Menteri Besar TG Nik Abdul Aziz membongkarnya.

Sejak tuntutan itu dibuat kerajaan pusat terus berkeras mengatakan Kelantan tidak berhak atas dalih yang TPM ulang lagi justeru ia di luar kawasan tiga batu nautika dari pantai Kelantan dan ia tidak pernah berjaya menerangkan tentang pemberian kepada Terengganu yang dikatakan lebih jauh.

Pengundi Pengkalan Kubur hendak tahu dan Muhyidin dan kru kempennya mengapa Royalti pernah diberi kepada Terengganu sedang telaganya juga di luar tiga batu nautika. Muhyiddin jangan datang dengan jarak telaga itu dengan Kelantan saja dan ia mesti terang jarak telaganya dengan Terengganu.

Setelah PM Najib tidak dapat menjawab hujah Geografi itu ia kononnya bermurah hati memberi wang ihsan kepada Kelantan yang dikatakannya tidak berhak. Apa alasan pihak yanag dikatakan tidak berhak itu diberi wang ihsan?

Adakah kerana kerajaan dan rakyat Kelantan menuntut haknya? Atas sebab murah hati konon mengapa ia tidak diberi kepada Pahang dan Johor?

Semua orang mahu tahu hujah murah hati itu?

Tetapi orang Kelantan tetap tidak termakan dengan wang ihsan, kerana hak mereka tidak boleh dibeli dengan wang ihsan. Biarlah BN belenggu Umno Terengganu, rakyat Kelantan bukan seperti Umno Terengganu yang boleh dicucuk hidung.

Undi untuk PAS adalah Yes untuk royalti dan undi kepada BN adalah ‘no royalty.’ – HARAKAHDAILY 20/9/2014

Sumber HD - 20-9-2014

Mahathir mahu siapa ganti Najib?

SUBKY LATIF | .

SEKALIPUN tidak ditanya NGO yang menemuinya, Dr. Mahathir sengaja memberitahu, dia bimbang BN akan kalah dalam PRU14 nanti kiranya terus dipimpin Najib.

Sekalipun dalam kenyataannya sebelum ini Dr. Mahathir tidak bercadang supaya Najib digantikan atau Perdana Menteri itu berundur, tetapi ada tanda dalam kenyataannya kepada NGO itu dia suka Najib digantikan.

Bagi menyelamatkan BN, semua kesilapan Najib sejak menjadi Perdana Menteri mesti dibetulkan dan tidak meneruskan dasar-dasar yang sedang dirancangnya.

Itulah kira-kira perkara yang Najib perlu lakukan kiranya BN hendak selamat dalam PRU akan datang. Kiranya Najib tidak sedia membetulkannya, bererti Najib sengaja mengundang kekalahan.

Saya tidak nampak Najib akan mengaku salah atas apa yang dibuatnya dan tidak nampak Najib akan membatalkan pelaksanaan GST dan perjanjian dengan beberapa belas negara pimpinan Amerika mengenai ekonomi yang dibantah oleh pembangkang dan Dr. Mahathir. Perjanjian itu menunggu masa saja untuk ditandatangani. Apabila ditandatangani, orang asing mudah membuka perniagaan, tidaklah mampu saudagar tempatan menyainginya.

Dan jika Najib akur kepada tuntutan Mahathir, sempatkah Najib hendak membaiki kesilapannya menjelang PRU nanti? Ia dipercayai tidak sempat. Maka apa Najib patut buat ialah berundur.

Banyak yang saya tidak setuju dengan Dr. Mahathir, tetapi tentang banyak yang tidak betul dilakukan oleh Najib itu memang betul dan tentang kemungkinan BN kalah sama ada Najib tidak berundur atau pun berundur memang berasas.

Harapan bagi menyelamatkan BN hanya Najib mesti digantikan sekarang, bukan selepas ini. Jika dia berhenti sekarang, mungkin ada masa bagi penggantinya membuat pembetulan. Itupun jika pengganti itu berwibawa. Tetapi harapan ia diselamatkan oleh penggantinya juga belum tentu kuat.

Maka siapakah yang Mahathir fikir bagi menggantikannya sekarang? Mahathir mahu siapa? Masa BN sudah amat suntuk. Jika ganti itu Dr. Mahathir sendiri belum tentu dapat menyelamatkannya, kerana kesilapan Najib itu adalah tambahan kepada beban orang-orang yang sebelumnya.

Puaka besar yang rakyat bakal hadapi ialah GST. Sekarang Malaysia adalah negara yang amat mahal bagi rakyatnya. Ia belum termasuk GST. Di England barang yang sepaun sudah termasuk GST.

Semua bank sudah membuat persediaan tentang puaka. Najib sudah tidak boleh tangguhkan. Jika ditangguh/dibatalkan, akan mengamuk pula bank. Bukan justeru bank suka, kerana bank telah terpaksa bersedia gara-gara puaka besar oleh Najib itu.

Jika ada rampasan kuasa seperti di Afrika dan Mesir pun tidak mudah mengatasinya. Maka seburuk-buruk perbalahan Pakatan Rakyat tetap tidak menghalang berdepan dengan risiko kalah yang Mahathir duga itu.

Puaka GST itu jauh lebih teruk daripada krisis MB Selangor termasuk takwil Dr. Wan Azizah sebagai calon MB baru. Maka apakah Pakatan bersedia menjadi ganti yang terbaik bagi BN dan Najib yang hilang keupayaan.

Maka Pakatan mesti keluar daripada puaka Langkah Kajang yang menjadikannya tinggal separuh nyawa dan hingga ia sudah dilihat kosong PM menunggu. PR mesti membuang Langkah Kajang itu ke Lautan Hindi dan ganti dengan Langkah Kanan Ke Putrajaya. Kedua, memulihkan PM menunggu sebelum ini jika sempat dilakukan.

Yang terbaik ialah mencari calon PM menunggu yang terbaik, tetapi ia bukan boleh dicari-cari. Ia mesti muncul sendiri.

Mahathir sudah pun beri isyarat pintu Putrajaya sudah tidak terkunci lagi. Jika mahu masuk Putrajaya, jangan fikir lagi bagaimana hendak membuang PAS. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014
















































































































































































PAS dihormati kerana ulamanya, selamat bermuktamar

SUBKY LATIF | .
DIUCAPKAN setinggi tahniah kepada PAS yang bermuktamar kali ke-60 di Batu Pahat tahun ini, moga-moga ia diberkati dengan limpahan mardhatillah.

Selalunya PAS bermuktamar di Kuala Lumpur dan negeri-negeri sebelah utara ibu kota. Kali ia beralih ke selatan buat pertama kali dalam usianya 63 tahun. Moga-moga ia satu isyarat pengaruh parti Islam ini mencecah pantai Selat Teberau.

Parti politik Islam yang ditubuhkan para ulama ini sedang diberi perhatian oleh semua bagaimana ia dapat membantu Islam sejagat menjadikan abad hijrah ke-15 yang sudah berlangsung 45 tahun itu sebagai giliran Islam menentukan paksi dunia buat kali kedua selepas hijjrah Rasul SAW ke Madinah.

Bagaimana PAS mengisi agenda programnya sedang diperhatikan oleh kawan dan lawan.

PAS tidak merancang muktamarnya di Johor menjadikan medan bermuhasabah setelah kira-kira tiga bulan ia diperkata dan dibicarakan oleh semua bersabit isu Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor. Belum pernah ia dibicarakan sebahagian penyokongnya, sekutu Pakatannya, musuh tradisinya Umno dan rakyat semua kaum.

Tiga bulan ini adalah tempoh ujian besarnya, dengan agenda politik yang tidak pernah dirancangnya telah menjadikannya terkeluar daripada kepompong yang selama enam tahun ini ia dikira oleh kebanyakannya sebagai parti pak turut dalam kerabat Pakatan Rakyat.

Dengan sikapnya tentang isu MB Selangor yang menjadi inti Langkah Kajang, sekali pun pengendalian seperti kurang terurus dan mengelirukan semua, tetapi itu yang membebaskannya daripada belenggu parti pak turut itu. Itulah yang menyebabkan ia dan kepimpinan ulamanya dituju dari kiri dan kanan.

Pertama kali sejak era kepimpinan ulama 32 tahun lalu kesatuan pimpinannya tercabar, ulama dan non-ulama tidak dilihat sejalan, tiba-tiba ulamanya dikira konservatif dan non-ulama yang puluhan tahun menghabiskan masa dalam parti jatuh wibawanya pada setengah penyokong. Ia suatu yang tidak pernah berlaku selama 32 tahun yang lalu.

Mengapa gara-gara krisis MB Selangor itu PAS ditimpa krisis keyakinan dalaman? Sepatutnya krisis keyakinan itu berlaku semasa ia dibelenggu imej parti pak turut, tetapi ia tercabar setelah bebas daripada imej pak turut.

Tidakkah ia gara-gara perhatian kepada konsep kepimpinan ulama bagi parti itu mulai longgar kepada semua? Krisisnya tahun 70-an diatasi dengan parti menyanjung tinggi pimpinan ulama sekalipun imej ulama sebelumnya adalah rendah, dan dalam kewaspadaan itu PAS mendaulatkan ulama. PAS jadi jamaah yang kukuh.

Tidakkah tumbuhnya rasa acuh tak acuh kepada wibawa ulama itu melemparkan semula PAS ke masa kecelaruan sebelum era kepimpinan ulama? Ini yang muktamirin di Batu Pahat perlu muhasabah. Yang tercabar sekarang bukan sekadar ulamanya, sekalian profesional non-ulama yang menjadi tunjang ikut menerima tempias.

Semua ini adalah amaran awal kepada PAS. Semuanya mesti kembali kepada semangat Muktamar 1982 bagaimana ulama mesti didaulatkan sekalipun semua maklum akan wibawa dan keupayaan ulama itu dulu, sekarang dan akan datang.

Percayalah dengan semua lapisan dalam PAS daripada nelayan, pemandu lori dan teksi, peguam dan jurutera, ustaz dan lebai meletakkan ulama di tempat yang betul, bantuan Allah tetap akan datang melimpah, segala yang dirasakan keliru aras krisis MB Selangor oleh banyak pihak itu akan bertukar menjadi cahaya yang benar, hingga semua tidak merasa rugi berteduh di bawah payung PAS.

Jika PAS sendiri keliru dengan ulama, jangan fikir dunia akan memuliakan ulama. Kalau PAS melihat ulama dengan sebelah mata, di luar PAS nescaya semua menutup mata. Mulianya PAS kerana ulamanya. Muktamar ke-60 ini di Batu Pahat ini dipercayai dapat mencerahkan semula semua bahawa PAS adalah sama tinggi dengan lain kerabat Pakatannya, tiada lagi parti pak turut. – HARAKAHDAILY 17/9/2014

Sumber HD - 17-9-2014

Patutnya PasMa sokong pemuda Pakatan

SUBKY LATIF | .

PEMUDA Pakatan yang terdiri dari Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda PKR dan DAPSY telah cuba menunjukkan tindakan baik dan terpuji bagi menyelesaikan perbalahan Pakatan Rakyat atas isu Menteri Besar Selangor.

Percubaan pertama mereka bercadang bagi menganjurkan pertemuan lapan mata terdiri daripada Ustaz Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dengan Menteri Besar TS Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan isu itu.

Belum sempat bertindak, PKR memecat Khalid sebagai anggotanya.

Mereka tidak berputus asa. Sekarang mereka hendak bertemu dengan tiga pemimpin besar Pakatan itu secara berasingan. Kita tunggu keputusannya.

Pemuda Pakatan itu sekurang-kurang prihatin apa yang berlaku yang boleh merugikan semua pihak, maka mereka tidak menuding mana-mana pihak, mereka tentunya tidak senang dengan apa yang berlaku, dan sekarang bekerja dari dalam mengajak ke tiga-tiga pihak menyelesaikan masalah itu. Ia adalah tindakan politik yang bijak daripada organisasi politik dalaman.

Sepatutnya PasMa mengambil tindakan yang serupa, meyokong langkah pemuda Pakatan itu bertemu dengan pemimpin semua parti yang terlibat membincangkan perkara itu. Usahakan supaya penyokong-penyokong PKR dan DAP bersama dengan mereka menggesa dari dalam supaya Pakatan menyelesaikan masalahnya.

Apa yang orang-orang PAS buat dengan PasMa sebagai NGO dilihat sasarannya adalah terhadap PAS, tidak nampak ditujukan kepada pemimpin dan kerabat Pakatan yang lain. Dengan NGO yang dibuat begitu tanpa pengetahuan PAS, itu boleh dikira sebagai parti dalam parti sekalipun ia tidak bertujuan begitu.

Ia boleh membuat kumpulan bagi mendesak PAS jangan begitu dan begini, tetapi mesti dalam lingkungan dalaman seperti Unit Amal atau lembaga PASTI atau apa jua, memberi tekanan pada PAS, tetapi tidak sampai menyatakan keluh kesah itu kepada masyarakat PAS.

Begitulah Ustaz Hassan Shukri, Pak Yazid Jaafar dan Ustaz Zakaria Ansari berpakat dengan Ustaz Ashaari Mohamad membentuk Darul Arqam sebagai badan dakwah membuat apa yang patut dibuat oleh PAS. Ia adalah untuk menyokong PAS dari luar. Apabila Ustaz Ashaari menjadikan Arqam menyaingi PAS dan mencabar PAS, mereka tinggalkan Arqam.

Orang-orang yang membentuk PasMa tidak diketahui apa ia buat bagi membetulkan PAS dari dalam. Ia mendahulukan kerja dengan mendedahkan rasa tidak senang mereka lebih banyak tentang PAS kepada masyarakat umum. Sebagai orang PAS sepatutnya mereka adakan pertemuan itu dengan PAS dan nyatakan apa yang mereka tidak senang terhadap PAS dan pimpinan kepada pemimpin PAS.

Ia adakan forum untuk menjelaskan tujuan penubuhannya, tetapi sekaligus ia membuka medan itu untuk orang luar memukul PAS dan pemimpinnya. Ia beritahu bahawa setakat ini ia sekadar NGO untuk membantu Pakatan Rakyat, bukan parti politik. Setakat ini bererti, esok belum tentu. Esok ia boleh jadi parti politik.

Setakat ini ia telah menolong PKR dan DAP untuk meletakkan PAS di kandang orang salah. Betul-betul ia telah menyediakan ruang kepada musuh PAS untuk memukul PAS. Ini bukan kerja NGO untuk membantu PAS. Malah apa yang dibuat itu tidak juga membantu Pakatan. Ia menyebabkan Pakatan lebih bermasalah. Jika sayangkan Pakatan buat seperti apa Pemuda Pakatan buat. Berkesan atau tidak adalah perkara kedua. Mereka telah buat tindakan yang betul. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014
















































































































































































Masa depan Pakatan, PAS dan DAP

SUBKY LATIF | .
TELAH saya berfikir untuk menyatakan masa depan Pakatan Rakyat atau lebih jelasnya pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP. Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR terutama Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya.

Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi.

Lama sebelum wujudnya Langkah Kajang, saya sudah mendengar PKR tidak senang dengan Khalid Ibrahim. Saya dapatkan pandangan akar umbi DAP kemungkin giliran PAS pula sebagai Menteri Besar. Maklum balasnya, ia boleh terima jika ganti itu Dr. Rani, ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Saya pernah bayangkan hal itu dalam tulisan saya. Kemudian Langkah Kajang pun meledak dan Pakatan Rakyat bergelora, DAP solid bersama PKR untuk membuang PAS. Saya tidak tahu politik apa yang DAP guna, tidak mengambil apa-apa langkah bagi mengendurkan ketegangan antara PAS dan PKR.

Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR. PAS sekarang huduh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri.

Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi oleh Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP. PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya.

Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.

Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?

Jawapannya ialah DAP bukan saja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian. PAS dan DAP telah ada sejarah dan pengalaman baik di Perak. DAP amat senang dengan Menteri Besar PAS, Nizar Jamaluddin. PAS tidak pernah mengira apa yang dicapainya di Perak adakah hak dan kepintarannya. Tapi yang terjadi itu adalah atas kerjasama dan kerelaan DAP. Orang PAS terus mahu perlu memerlu antara satu dengan lain seperti di Perak itu perlu disambung.

Ramai di luar Pakatan mahu PAS menggantikan Khalid, tetapi PAS suka ia dikekalkan untuk PKR kerana ia menjaga hati PKR dan hati DAP. Sekalipun Sultan menerima PAS jadi Menteri Besar tidak banyak PAS bertahan kalau DAP tidak bersedia jadi seperti Perak dulu. PAS tentu tidak mahu mengambil kesempatan daripada sokongan DAP saja kerana ia akan dikira tidak berlaku adil kepada PKR.

Kalau DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka daripada istana, ia mesti membuat keputusan untuk menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS. Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP adalah lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014

Pengkalan Kubur untuk PAS

SUBKY LATIF | .

MOGA-moga Pakatan Rakyat dapat kembali merapatkan hubungan dalamannya dengan persetujuan mudah memberi laluan kepada PAS menjadi calon PRK Pengkalan Kubur sekalipun kawasan itu diwakili PKR dalam PRU lalu.

Persetujuan mudah itu adalah atas hakikat PAS dipercayai lebih mudah menang jika dilihat dari keputusan PRU dulu. Calon BN menang besar di DUN itu sedang undi dari kawasaan itu untuk calon PAS bagi Parlimen mengatasi BN sekitar seribu undi.

Siapa menang dalam PRK nanti bergantung pada keputusan pengundi pada hari tersebut, apakah orang yang mengundi BN dulu kekal dengan sikap dulu atau mereka berubah sebab parti yang mewakili Pakatan bertukar?

Berdasarkan undi yang diperolehi oleh MP PAS, Dato Kamaruddin Jaafar beroleh lebih seribu majoriti dari DUN itu, maka harapan itu lebih baik bagi calon PAS.

Apapun yang dicapai itu boleh dikira peluang terbaik bagi parti-parti dalam Pakatan yang berbalah atas isu Menteri Besar Selangor boleh memulakan pemulihan atas krisis itu. Apa lagi dipercayai ketika pembuangan undi itu isu siapa Menteri Selangor yang baru sudah diselesaikan.

Semua pihak sudah menunjukkan bersedia menunaikan hasrat Istana supaya parti-parti dalam Pakatan memberi tiga calon bagi pertimbangan baginda. Dan masing-masing ketika rencana ini ditulis tidak mahu hal ini berlanjutan.

Apa jua jadi pada kejadian di Selangor itu tidak mempengaruhi Pakatan berkempen bagi memenangi PRK itu. Pakatan tentu boleh mengadakan ceramah besar membawa pemimpin besar mereka TG Nik Abdul Aziz berganding Lim Kit Siang dan Dr. Wan Azizah, dan TG Abdul Hadi Awang pula berganding dengan Datuk Seri Anwar.

Ia adalah satu kesempatan yang baik kesemua pemimpin menunjukkan kesediaan terus bersama bagi disaksikan oleh penyokong perubahan. Tidak ada yang mahukan Pakatan itu berkecai, tetapi apa hendak dikatakan, yang kita tidak mahu itulah yang berlaku. Maka PRK itu boleh dikira satu rahmat bagi yang bersengketa merapatkan semula hubungan dan bertekad untuk mengelakkan perbezaan lagi.

Semua pihak sepatutnya telah banyak belajar daripada sengketa itu, betapa semuanya akan rugi kiranya perbezaan itu tidak dapat ditangani. Penyokong yang memberi mandat dalam PRU lalu amat marah kepada semua, dan mereka belum tentu akan memberi sokongan lagi jika kesilapan yang dilalui itu tidak dibaiki.

Kecederaan sudah berlaku. Tidak mudah kecederaan itu dipulihkan. Belum tentu kepercayaan yang akan diperoleh lagi. Tetapi dengan peluang membaiki kelemahan itu dimanfaatkan sepenuhnya, harapan bagi mendapat keyakinan semula adalah lebih senang daripada tidak mempedulikannya.

PKR pun sudah bersetuju menghantar calon seperti yang dihasratkan oleh Istana. Maka gunakan semua kesempatan yang ada bagi memudahkan calon daripada PAS itu menang. Kemenangan calon bersama itu nanti jika diizin Allah, akan memberi kekuatan baru bagi meredakan semua yang berlaku sebelumnya.

PAS sudah tentu menghormati laluan mudah yang diberi oleh PKR itu, kerana laluan itu dipercayai memudahkan kemenangan. Kemenangan Pakatan pada PRK ini amat penting supaya ia dapat mematikan semua propaganda Umno. Jika Pakatan kalah disebabkan oleh salah calon, maka ia menyukarkan buat sementara untuk melonjak mara ke hadapan.

Persetujuan memberi kepada PAS itu adalah satu permulaan yang baik yang mesti diikuti oleh perkembangan yanag menggalakkan, dan kemenangan yang diharapkan itu akan tambah menguatkan lagi peluang membuat pemulihan dan kebaikan. – HARAKAHDAILY 12/9/2014

Sumber HD - 12-9-2014
















































































































































































Penubuhan Pasma bukan idea serius

SUBKY LATIF | .
SEPATUTNYA saya tidak perlu ulas. Justeru penubuhan Pasma sudah disebut-sesbut sebagai serpihan PAS bagi menggantikannya dalam Pakatan Rakyat, elok juga diulas, moga-moga meredakan mereka yang keliru dengan politik.

Ia dikatakan usaha segelintir orang PAS dan beberapa orang PAS telah disebut dimasukkan dalam penajanya. Saya tidak fikir Husam Musa yang dinamakan sebagai Presidennya sedia mengorbankan potensi masa depannya yang cerah dalam PAS dan dalam penguasaan Putrajaya selepas PRU14 sedia serta dalam remeh politik itu.

Saya kurang arif dengan sikap Ustaz Ahmad Awang yang sudah berundur daripada politik yang aktif yang dicadangkan menjadi Mursyidul Amnya. Jika dia setuju, saya tidak nampak bisanya. Yang tambah merendahkan anggapan saya ia bukan idea yang serius apabila Setiausaha penajanya Taib Ahmad, ahli PAS lama dari Kubang Pasu yang amat kurang pengaruhnya dalam parti.

Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu. Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar.

Jika ada pemimpin PAS yang hendak ikut, ia satu jalan keluar baginya setelah putus asa dalam PAS. Jika ada yang ikut, ia seperti gantung diri dalam politik. Untuk menyaingi PAS tak mungkin. Bagi mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat, jika berjaya, akan menjadikan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP serta pemimpin-pemimpinnya bahan lawak jenaka terlucu.

Yang saya ulas ura-ura keinginan penubuhan itu kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu.

Tidaklah kita bersangka buruk, tetapi politik dunia ini begitu dan tidak boleh dipandang remeh. Jika dari situ puncanya, habis Anwar dan Kit Siang jadi barang geli yang mengeringkan gusi.

Saya harap ia tidak begitu, kerana Anwar bukan setaraf pemimpin Umno yang menaja pembentukan Berjasa dan Hamim 30 tahun lalu. Jika Datuk Asri yang diketahui pintar tidak dapat menggugat PAS, maka tidak nampak Ahmad Taib boleh menjadi Erdogan bagi memandu politik baru di Malaysia.

Erdogan sudah dilihat lama sebagai orang Parti Refah yang menonjol lebih berdaya saing dari pimpinan Erbakan. Dia boleh kalahkan Erbakan daripada parti itu jika dia mahu. Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul mengkagumkan semua parti politik Turki.

Belum ada daripada kalangan pimpinan PAS yang boleh menyamai Erdogan bagi pencabar pimpinan yang ada. Jika ada yang jadi macam Erdogan, Erdogan itu hanya ada seorang saja di dunia iaitu di Turki.

Jika ada orang yang hendak menjadikan Ahmad Taib dan Ustaz Ahmad Awang sebagai Erdogan PAS, ia adalah tidak lebih daripada pengarah wayang kulit yang tidak kreatif dan skrip pun tak ada.

Mereka boleh tidak puas hati dengan pimpinan dan pentadbiran PAS. Mereka berhak untuk mengadakan perubahan. Tetapi keutamaannya ialah menggantikan pimpinan yang lebih baik yang mereka fikirkan supaya boleh membawanya lebih ke depan terserlah. Bukan sekadar hendak menggantikan PAS sebagai sekutu Pakatan Rakyat baru.

Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pernah berada dalam PAS yang pimpinan ketika itu perlu digantikan. Mereka tidak tinggalkan parti atau tubuh parti lain. Mereka kekal dan melalukan perubahan dari dalam.

Rancangan itu bukan satu tindakan politik pintar, apa lagi daripada orang yang berpuluh tahun dalam PAS. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Di Perak ADUN PR disambar, di Selangor ADUN PAS disambar

SUBKY LATIF | .

JUSTERU yang buruk, yang huduh dan yang khianat itu dibangsakan untuk PAS saja, seolah-olah yang lain itu elok, betul dan dipercayai belaka.

Kita ini semuanya manusia. Semua ada salah dan semua ada silap. Semua ada kebaikan dan semua ada kecantikan. Atas itulah kita berbeza supaya kita berkenalan antara satu sama lain.

Saya hendak mengelakkan daripada mengata orang lain salah dan kita saja yang benar. Cuma hendak mengenangkan nasib yang menimpa PAS yang menjadi ujian baginya.

Dulu kita membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan PAS partner minoriti menjadi Menteri Besar. Kita amat rukun. Tiba-tiba tiga ADUN Pakatan Rakyat disambar BN hingga kerajaan itu tumbang. Kita semua kata tindakan BN itu khianat, merampas kuasa dan antara kita kutuk kejadian itu.

Sampai hari ini kita hiba atas nasib itu.

Dan sekarang PAS malang lagi. Dua ADUN-nya disambar oleh sekutunya sendiri iaitu PKR. Adakah kejadian di Perak itu tidak sama dengan kejadian di Selangor, sekali pun kejadian di Selangor adalah urusan rumah tangga PR sendiri?

PKR tentu ada alasan kerana PAS dikira buat tidak betul padanya. Tetapi BN juga boleh beri alasan kerana sebelumnya PKR sambar ADUN-nya dari Bota. Saya tidak mahu memihak kepada BN dalam pengkhianatannya kepada kerajaan PR Perak itu.

Yang saya hendak kenangkan ialah tentang sambaran di Selangor. Adalah benar PAS mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Dalam apa keadaan PAS menjadikan Khalid sebagai ahlinya walaupun PAS perkenan pada prestasinya memerintah Selangor. Kita percaya Khalid lebih dekat dengan PAS daripada pimpinan PKR. Tetapi mengambil Khalid daripada PKR adalah tidak beradab dan tidak etika terhadap sekutu sendiri.

Sekarang Khalid sudah dicerai talak tiga oleh PKR. Apakah PAS wajar ambil janda PKR itu? Tunggu idahnya empat bulan sepuluh hari. Jika takut janda berhias itu disambar BN tidak boleh kita selamatkan dia dengan demikian boleh menyelamatkan satu kerusi PR di Parlimen? Tapi Khalid bukan jenis orang jual diri sama ada menyertai parti lagi atau tidak.

Tetapi PKR balas apa yang BN buat pada pakatan di Perak pada PAS di Selangor. Hingga ini tiada bantahan rasmi daripada PAS atas perbuatan sekutunya dan yang ada orang bawah yang kecewa dengan kejadian itu.

Apa kata kalau yang disambar itu ADUN DAP? Apakah DAP boleh sabar dan boleh terima? Dan apakah DAP gembira dengan pencurian terhadap ADUN PAS itu?

DAP sudah banyak pengalaman ADUN dan MP-nya dicuri orang sejak ia berpolitik. Apa rasanya apabila Richard Ho, MP-nya dari Lumut tahun 1969 dicuri MCA? Itu pengalaman pertamanya. Senang-senang Richard Ho jadi menteri selepas itu. Kita simpati pada DAP.

Kalau PKR boleh sambar YB PAS, apakah ia tidak boleh sambar YB DAP satu hari nanti? DAP jangan jadi seperti pelepah atas seronok tengoh pelepah bawah jatuh.

Betapa pilu PAS atas dua ADUN-nya yang disambar, tetepi tidak bercadang untuk menuntut seperti Quraisy dalam perjajian Hudaibiyah, menuntut orang Mekah yang lari ke Madinah dipulangkan. Madinah tidak menuntut orang lari ke Mekah dipulangkan. Biarlah mereka gembira dengan orang Mekah.

Tetapi patutkah setelah tidak dapat MP Sabah dan Sarawak 16 September 2008, ia sambar ADUN sekutunya? Begitukah orang bersekutu, sedang yang buruk dikatakan hak PAS, dan yang lain semuanya elok?

Saya bukan suruh berpecah. Tetapi buatlah perkara yang tidak boleh berpecah. Iaitu semua ada silap dan semua juga ada eloknya. – HARAKAHDAILY 10/9/2014

Sumber HD - 10-9-2014
















































































































































































Mengapa PAS latah keluar Pakatan?

SUBKY LATIF | .
SAYA tegaskan lagi, tidak berbangkit PAS keluar Pakatan Rakyat gara-gara krisis sengitnya ekoran kedudukan Menteri Besar Selangor.

Mursyidul Am dan Presiden PAS menegaskan ketika mula perbezaan terbuka tentang MB itu ialah keutuhan Pakatan Rakyat mesti dipertahankan.

Itu adalah penegasan semula sikap PAS tentang muafakat itu sejak ia diwujudkan, malah sebelumnya dalam tahaluf siasi sesama pembangkang dalam Barisan Alternatif, yang menggagalkannya bukan PAS meninggal muafakat itu, sekalipun ada masalah, tetapi pihak lain yang meninggalkannya.

Kita akui bahawa Pakatan Rakyat adalah dalam ujian krisis sengit dan ia dihimpit kiri kanan oleh semua sekutunya, tetapi tidak berbangkit PAS mahu meninggalkannya dan tidak pernah berniat untuk memecahkannya. Krisis dan perbezaan apabila tidak dapat dielakkan, terpaksa dihadapi dan ditangani dengan baik.

Sesama sahabat Nabi – Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah – kedua-duanya dijamin syurga oleh baginda lagikan pernah berselisih pendekatan, maka apalah pula bagi kita yang 15 kurun jarak dari masa Rasulallah SAW.

Kita bukan berpakat untuk berbeza, tetapi perbezaan boleh terjadi bila-bila. Itulah yang dinamakan ujian. Ujian adalah hal yang manusia sentiasa hadapi. Lainlah malaikat yang dijadikan tidak untuk diuji dan tidak juga untuk menguji.

Maka manusia yang dipilih Allah sentiasa dapat menangani ujian dan krisis dengan baik.

Ada pun PAS bukan berniat keluar Pakatan dan memecahkan Pakatan tetapi PAS mahu jadi sekutu yang berperanan bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung. Sekalipun PAS ditinggalkan oleh semua sekutunya seperti zaman Barisan Alternatif dulu, ia tetap dengan Pakatan sekalipun ia saja yang ada. Maka pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu tidak perlu ke sana sini memberitahu ahli PAS akan apa untungnya kekal dalam Pakatan.

Bukan pemimpin saja yang mahukan Pakatan. Ahli akar umbi pun tahu mereka mahukan Pakatan. Jika tidak tiadalah ahli PAS di kampung-kampung minta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berceramah di tempat mereka yang orang Cinanya tidak berapa orang.

Saya amat yakin dengan kematangan ahli PAS seperti yang pernah ditunjukkan di Kelantan tahun 1990. BN sebarkan poster Tengku Razaleigh pakai tengkolok Kadazan yang ada lambang salib di dahi. PAS Kelantan tak makan taktik itu. 100 peratus mereka memangkah Pakatan Ummah. 100 peratus Pakatan Ummah menang di Kelantan.

Yang makan pancing ialah penyokong Pakatan Ummah di luar Kelantan. Habis dengan PAS sekali lingkup gara-gara tidak arif berpolitik. Sejak itu PAS di luar Kelantan bertambah matang belajar daripada perkembangan di Kelantan itu bijaksana berkawan banyak dalam politik.

Pemimpin PAS jangan bercakap seolah-olah PAS tidak mahu Pakatan dan tiada apa untungnya dalam Pakatan. Pemimpin PAS mesti bercakap, jika semua tidak mahu lagi Pakatan, sekalipun seorang diri PAS tetap mahukan Pakatan. Jika ada orang PAS yang tidak mahu berada dalam Pakatan ia adalah orang PAS tumpang atau yang mahu lari ke langit.

PAS hormati persefahaman seperti Nabi SAW menghormati perjanjian Hudaibiyah. Ia tidak khianat sehinggalah jahiliyah mengkhianatinya. Orang PAS jangan bercadang untuk meninggalkan Pakatan. Yang ada ialah orang suruh PAS tinggalkan Pakatan dan PAS bukanlah jenis orang boleh dan patut disuruh.

Biarlah orang Melayu latah, tetapi ahli PAS terutama pemimpinnya jangan latah. – HARAKAHDAILY 8/9/2014

Sumber HD - 8-9-2014

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

SUBKY LATIF | .

APABILA PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. apabila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu. – HARAKAHDAILY 5/9/2014

Sumber HD - 5-9-2014
















































































































































































Jangan ingat PAS sahaja yang rugi

SUBKY LATIF | .
TS Mohamad Mohd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.

Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.

Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.

DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.

Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.

Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin semasa dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantah kezaliman terhadap bekas TPM itu.

Demikianlah besarnya minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.

Terima kasih adanya Pakatan Rakyat, PAS suka kepada Cina dan India DAP, dan DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di kampung-kampung. Jika DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.

Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya. – HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014

Jangan keras kepala hingga Selangor dimageran

SUBKY LATIF | .

HAL yang saya paling takut kiranya ganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak dapat diselesaikan segera ialah Selangor dimageran baik oleh Parlimen atau apa-apa juga kuasa yang difikirkan oleh Peguam Negara.

Kalau hasrat Istana bagi mendapatkan lebih dua calon ditolak oleh PKR/DAP, atau beri saja mana-mana nama ADUN PKR, tuan badan menolak atas apa jua alasan, sementara Istana bertegas mahukan tiga nama juga, penggantian itu akan buntu.

Macam-macam boleh dicadangkan bagi mencari jalan keluar tetapi jangan sampai berlaku seperti yang terjadi di Kelantan hujung tahun 70-an. Parlimen mengisytiharkan Mageran mengambil alih pentadbiran negeri untuk ditadbirkan oleh kerajaan persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang kalah dalam undi tidak percaya di DUN sebelumnya dikekalkan sebagai Menteri Besar yang tidak berkuasa. Pentadbiran dijalankan oleh seorang pegawai kanan kerajaan pusat.

DUN Selangor belum sampai bersidang untuk undi tidak percaya kepada Khalid kerana dia sudah sedia berundur dan sekarang hanya MB sementara bagi meneruskan urusan kerajaan sehingga MB baru dipilih.

Majoriti ADUN PAS Kelantan sudah meluluskan undi tidak percaya kepada MB-nya, tetapi secara gila-gila. Walaupun PAS telah mengikut proses demokrasi dan perlembagaan tetapi Parlimen boleh mengatasinya.

ADUN terus ada dan dapat elaun, tapi tak dapat buat apa-apa kerana kerajaan adalah dalam tangan kerajaan pusat. Empat bulan kemudian kerajaan Mageran Kelantan DUN dibubar, pilihan raya negeri diadakan, PAS kalah teruk.

Janganlah hal yang berlaku di Kelantan itu berulang pula di Selangor kiranya semua pihak berkeras kepala. Sultan tidak rugi apa-apa kalau permintaan baginda tidak dipenuhi, yang tidak dapat buat apa-apa ialah orang yang hendak membuang Menteri Besar dan belum dapat gantikan lagi walau Khalid bila-bila masa sedia kosongkan pejabat.

Kalau sampai sebulan atau beberapa bulan tidak ada Menteri Besar baru, jika ada sidang Raja-Raja, Khalid juga akan mengiring Sultan.

Kita mungkin boleh bincang isu undang-undang dan perlembagaan. ADUN PAS Kelantan tidak langgar undang-undang tetapi Hussein Onn dan Dr. Mahathir boleh minta Parlimen daruratkan negeri itu.

Kalau buntu itu terlalu menyolok mata dan lama, hingga semua orang meluat, jangan salahkan Putrajaya jika ia mengambil langkah seperti di Kelantan dulu.

Banyak yang tahu bukanlah mudah bagi BN mengambil semula Selangor walaupun Pakatan dalam krisis, tetapi apakah peluang yang baik lagi untuk mengambil semula negeri selain daripada membuat apa yang orang tidak terfikir.

Jika Selangor didaruratkan, tidak diketahui berapa lama ia ditadbir oleh pusat. Jika dirasakan BN boleh ambil cepat, ia akan adakan pilihan raya cepat. Jika payah untuk mengambilnya, maka dilamakan pentadbirannya. Yang penting bagi BN ialah bagaimana Selangor boleh ditadbirnya baik melalui pilihan raya atau tidak.

Jika semua keras kepala, seronoklah Umno.

ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani memberitahu saya sebelum meletup isu membuang khalid, dia telah bercakap dalam sidang DUN tentang pelan BN untuk mengambil Selangor seperti Perak. Semua isu yang dicampakkan pada MB itu adalah antaranya. Dia seperti berkata betul.

Apapun jangan tukar Langkah Kajang jadi Langkah Kiri hingga Mageran berulang. Sekarang semua telah meluat dengan kejadian di Selangor itu. – HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014
















































































































































































Membuang Khalid susah, mencari gantipun susah

SUBKY LATIF | .
BERBULAN-bulan PKR hendak membuang TS Khalid Ibrahim daripada Menteri Besar Selangor, amatlah susah dan kini sesudah dia bersedia berundur, mencari gantinya juga susah.

Dia hendak berhentipun susah kerana Istana mahu parti-parti dalam Pakatan Rakyat memberi lebih daripada dua calon bagi baginda pilih. Raja memberi tarikh akhir nama itu diserahkan.

PKR bertegas dengan satu nama iaitu Dr. Wan Azizah. Ia disokong DAP. Setakat ini jalan keluar ada ialah dengan PAS yang bercadang memberi tiga nama, tidak termasuk ADUN PAS, kesemuanya dari PKR.

Sultan akan berpeluang memilih, tetapi apakah PKR akan berpuas hati kiranya perkenan Istana nanti bukan daripada nama yang dicalonkannya?

Jika calon yang Sultan perkenan nanti bukan daripada yang PKR/DAP kemukakan, tetapi daripada yang PAS kemukakan, kiranya kedua parti itu terpaksa terima, maka bertuahlah ADUN PKR yang PAS namakan sekalipun tanpa persetujuan mereka. Jika Sultan pilih itu nanti tidak diterima, Khalid akan jadi Menteri Besar lagi dan akan melambatkan lagi usaha menangani isu air dan Lebuhraya Kidex yang Khalid setujui dengan kerajaan pusat dan lambat jugalah isu rampasan Bible hendak diselesaikan.

PAS memang sudah menyusahkan PKR hendak buat apa yang disukainya. Semua menuding jari pada PAS, tetapi tidak pula orang mahu tengok apa lain buat tidak menyenangkan PAS? Tetapi dengan langkah terbaru PAS memberi nama lebih itu, boleh membantu menyelesaikan ganti Khalid itu.

Jika mahu ia selesai mudah, jangan disoal mengapa Istana mahu lebih nama dikemukakan. Banyak rumitnya bagi parti yang memerintah Selangor jika banyak mentakwil Istana. PAS ada pengalaman calon Menteri Besar Kelantannya diketepikan Istana lebih 20 tahun lalu. Sultan memilih orang lain. Sekalipun PAS tidak puas hati tetapi ia tidak berbalah dengan Istana.

Malaysia banyak pengalaman tentang Menteri Besar yang digemar Raja dipaksa Umno supaya terima. Tiada harmoni antara Istana dengan kerajaan dan tiada keselesaan dalam petadbiran. Sultan Perak tidak gemar Tan Sri Ghazali Jawi, Tun Razak paksa baginda terima. Akhirnya Ghazali Jawi jadi mangsa. Berhenti sebelum tempoh tamat.

Sultan Pahang tidak seronok dengan Rahim Bakar. Raja terpaksa terima. Rahim jadi mangsa politik. Apabila Johor dapat Sultan baru yang tidak sukakan Menteri Besarnya Tan Sri Othman Saad, tiada pilihan melainkan Tan Sri Othman berhenti.

Apa yang berlaku antara Istana dan Menteri Besar sesudah Menteri Besar jadi Menteri Besar adalah perkara malang seperti Almarhum Sultan Terengganu, Ismail Nasarudin Shah tidak ngam dengan MB Dato Nik Hassan Abdul Rahman dan Sultan Mizan tidak suka lagi pada Idris Jusoh. Mereka tiada masalah semasa dilantik, tetapi ada masalah selepas dilantik.

Maka jangan kita mudah apabila bermasalah dengan Istana sebelum dilantik. Jangan cari penyakit apabila Istana memberi pandangan dalam perlantikan Menteri Besar baru. Kita wajar belajar daripada yang berlaku di Perak, Pahang dan lain-lain sebelum kita bermasalah dengan Istana.

Menteri Besar baru ada sekitar empat tahun. Jangan masa itu penuh dengan kecelaruan! Bukan saja pentadbiran bermasalah, tetapi Pakatan akan terus dibaca oleh masyarakat sedang hujung tempoh itu kita berdepan denga PRU14.

Masalah sesama Pakatan boleh dibaiki jika langkah PAS yang kurang disenangi nanti membuka jalan baru bagi penyelesaian. Jangan ditanya soal Menteri Besar itu wanita atau pondan. Jika ditanya hanya akan menyulit lagi keadaan. Masalah sekarang ialah bagaimana ganti Khalid boleh diselesaikan segera? – HARAKAHDAILY 1/9/2014

Sumber HD - 1-9-2014

Mufarakah yang menyusah orang lain

SUBKY LATIF | .

TIDAKLAH saya hendak membangkit dan memburukkan dua ADUN PAS Selangor yang bercadang mufarakah daripada jemaah Islam kita itu, tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa pendirian yang pernah mereka nyatakan dalam saat krisis Embi negeri itu telah menyusahkan orang lain yang berada dalam PAS, yang mereka itu ada latar belakang sejemaah dengan keduanya.

Ramai mana? Tidak pula didaftarkan kerana PAS tidak perlu mangasingkan orang-orangnya dalam kelompok yang berbeza-beza. Mereka itu ramai. Asal ahli, berbakat dalam perjuangan, solat dan puasa adalah memadai dan boleh diberi kepercayaan. Dipercayai ada dalam semua tingkat parti.

PAS kira-kira hampir 30 tahun dulu kurang berminat dengannya sekali pun antaranya adalah anak dan menantu orang-orang PAS. Sekalipun PAS itu sudah setengahnya sejak sebelum mereka lahir, tetapi belum masa untuk menjadi PAS kerana belajar, mereka lebih dulu menjadi anggota kumpulan itu.

Sebagai keturunan orang PAS, tidaklah mereka membawa bendera Umno ke dalam rumah ibu bapa mereka, tetapi mereka sudah ada pandangan dan sikap lain terhadap perjuangan ibu bapa mereka. Sekalipun mereka menyertai PAS dan diberi amanah, tetapi jika bertembung program PAS dengan kegiatan kumpulannya, tiadalah mereka bersama PAS. Dan yang diberi amanah, kurang merancang kegiatan PAS dari mereka merancang kegiatan sendiri.

PAS setengah negeri tidak memberi mereka peranan penting, memadailah menjadi ahli. Tidak nafikan mereka ada membuat banyak kebaikan dalam jemaah mereka. Mereka buat sekolah Islam yang elok di banyak tempat. Saya tahu itu sekolah mereka, pelajarannya baik, saya hantar anak-anak saya ke tadika dan sekolah rendah mereka. Hingga ada Pemuda PAS di luar negeri bersungut sebagai pemimpin PAS anak saya ke sekolah mereka. Itulah teruknya hubungan sesama Islam apabila berada dalam jemaah yang berbilang-bilang.

Di Kuala Lumpur, saya memberi peluang dan ruang kepada semua. Antara orang yang membangunkan cerucuk Markaz PAS Pusat Taman Melewar itu adalah jurutera muda mereka. Ketika saya hendak memulakan Harakah, mereka sumbangkan kumputer. Sampai sekarang saya tidak menaruh kesangsian dan terus menghantar cucu ke tadika mereka sekalipun ada PASTI berdekatan.

Mengapa? Sebab saya mahu hubungan yang selesa dengan orang Islam selain dari Umno. Kalau saya boleh bergaul dengan Umno, mengapa saya tidak boleh menghormati mereka.

Saya tahu masa itu Ustaz Fadzil acap memberi ingatan kepada penyokong PAS, barang siapa menyertai PAS, hendaklah mereka meninggalkan jemaah mereka. Pandangan Ustaz Fadzil itu adalah membayangkan seriusnya pandangan PAS terhadap jemaah lain yang hendak menyertai PAS.

Satu pasangan aktivis PAS, anak menantunya orang PAS yang rapat dengan saya, sentiasa bersama dalam kegiatan di Kuala Lumpur pindah ke Kelantan apabila negeri diperintah PAS semula untuk berkhidmat dalam jemaah di situ. Saya dengar dia tidak dilayan oleh orang-orang di situ kerana latar belakang jemaah tadi. Baru-baru ini saya terserempak dengannya di Putrajaya. Dia sudah balik ke Lembah Kelang. Saya diberitahu anak menantu orang PAS itu sudah jadi Umno.

Masa beredar dan perkembangan pesat dan berubah. Peka atas pengalaman silam jemaah lain itu cair. Jemaah itu acap bertukar baju dan nama. Sekalipun ada sisa kecurigaan itu di tempat tertentu, PAS tidak mengira sangat titik bengik dulu. Mereka yang terjun ke dalam PAS tidak ditakwil lagi sekalipun jemaah lama terus dengan sikap non-partisan dalam politik.

Tetapi dengan kejadian dua ADUN tadi amat meranjatkan hingga ada yang berfikir kebimbangan lama terhadap kumpulan itu seperti ada asasnya. Ini boleh menyusahkan rakan sejemaah mereka yang istiqamah dalam PAS, susah jika ada yang mentakwil kesetiaan mereka. Itulah yang timbul ekoran daripada sikap keduanya. Saya tetap pilu tentangnya. – HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014
















































































































































































Mahathir wajar tak sokong Najib lagi

SUBKY LATIF | .
ADALAH benar Tun Dr. Mahathir membuat keputusan tidak tepat membuang Anwar Ibrahim, dan tidak tepat juga memilih Abdullah Badawi sebagai gantinya dan memaksa Abdullah menjadikan Najib sebagai bakal gantinya, tetapi tegurannya terhadap Najib sebagai pemimpin Umno dan Perdana Menteri adalah berasas.

Najib tidak sekadar dikritik oleh Mahathir dan pembangkang tetapi dibeliakkan mata oleh banyak pemerhati dunia terutama orang Perancis dan Mongolia yang tahu akan skandal pembelian dua kapal selam dan kisah peletupan mayat Altantuya. Semua tahu indeks hutang negara dan rasuah melambung dalam masa lima tahun pentadbiran Najib.

Mahathir telah membuat kerja betul menegur Najib malah menarik sokongan terhadapnya. Mahathir kini disanggah oleh sekalian menteri dan najibis dalam Umno. Alasan semua mempertahankan Najib satu saja, setiap Perdana Menteri itu ada caranya sendiri seperti Mahathir dulu juga ada caranya sendiri.

Pada sang menteri najibis itu berilah peluang kepada Najib meneruskan gaya pimpinan sendiri itu tanpa mempedulikan kerja Najib itu betul atau salah. Semua tahu bahawa Mahathir juga ada salah dan kelemahannya, tetapi tidaklah kerana kelemahannya itu dia tidak boleh dan tidak patut menegur kesalahan orang lain.

Menegur itu betul. Islam pun ajar menegur tidak salah apa lagilah demokrasi.

Yang Mahathir buat terhadap Najib sekarang dan Abdullah Badawi itu bukanlah reaksi pertama oleh seorang bekas Perdana Menteri Malaysia terhadap Perdana Menteri selepasnya. Ia bukan politik baru bagi Malaysia. Malah yang Mahathir buat amat kecil dari apa yang Tunku Abdul Rahman Putra tegur atas setiap Perdana Menteri selepasnya selepas Tunku bersara daripada Perdana Menteri.

Tunku sempat melihat kelemahan tiga Perdana Menteri selepasnya, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir.

Dia tidak seperti Mahathir menunggu lama untuk menarik sokongannya kepada Najib. Tunku mengambil masa dua tahun selepas bersara. Sabaik tamat perkhidmatan sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Negara Islam di Jeddah, Tunku menulis setiap hari Ahad di Sunday Star mengkritik kelemahan dan kepincangan dasar dan pentadbiran Perdana Menteri Tun Razak. Mahathir mengambil lima tahun untuk menarik sokongannya kepada Najib.

Tunku bukan sekadar mengkritik Tun Razak, malah bekerja untuk membuat Tun Razak. Bukan saja Pak Lah dan Najib pernah jadi anak didik Mahathir, Tun Razak adalah orang Tunku latih sejak sebelum merdeka hingga menjelang 13 Mei, 1969.

Apa yang Tunku tidak kata tentang kelemahan pimpinan dan pentadbiran Tun Razak, Hussein Onn dan Dr. Mahathir.

Masa itu saya dikira oleh banyak orang sebagai pengkritik tegar semua Perdana Menteri itu. Hingga ada yang berkata, buat saya seolah-olah PM-PM itu tidak betul. Maka ada juga yang melihat tulisan Tunku itu seolah-olah PM-PM selepasnya tak betul belaka. Rupanya dalam tulisan Tunku pun macam saya. Maka janganlah perleceh saya kalau tulisan Tunku pun seperti tulisan saya juga.

Tunku meneruskan tegurannya kepada Husein Onn dan Mahathir setiap minggu hingga PM Mahathir bertindak menggantung KDN Star dan Star boleh terbit semula tanpa tulisan Tunku.

Suatu yang indah pada masa itu tidak seorang pun menteri di bawah tiga Perdana Menteri itu mengata itu dan ini terhadap teguran Tunku. Padahal kritik Tunku jauh lebih pedas daripada isi blog Dr. Mahathir. Yang tidak kata apa-apa setelah tidak jadi PM hanya Hussein Onn dan Abdullah. Mungkin mereka tidak peka pada negara, apa nak jadi, jadilah.

Tetapi Tunku tidak biarkan PM membuat kesilapan. Dr. M ada sedikit macam Tunku. – HARAKAHDAILY 24/8/2014

Sumber HD - 24-8-2014

Mahathir jadi macam Sultan Melaka?

SUBKY LATIF | .

TUN Dr. Mahathir telah menarik pula sokongannya kepada Perdana Menteri Najib justeru kelemahan pimpinannya, pada pandangannya merugikan negara. Apabila negara rugi, maka apa lagilah rakyat.

Kononnya tidak berbangkit dia hendak menjatuhkan Perdana Menteri itu sebagaimana yang dilakukannya tolong menjatuhkan Perdana Menteri Abdullah Badawi sebelumnya, tetapi setakat ini sekadar menarik sokongan dan kepercayaannya kepada Najib.

Apa yang akan dibuatnya selepas ini akan kita sama-sama perhatikan. Apakah akan sekali lagi keluar Umno seperti yang dilakukannya dulu?

Yang nyata padanya, dia angkat Abdullah Badawi sebagai gantinya 11 tahun, Abdullah telah mengecewakannya. Dia dapat buang orang tua itu. Atas isyarat dan pencerahannya, diangkat Najib sebagai ganti.

Najib sebagai ganti itu telah dirancangnya sejak sebelum Abdullah menamakan timbalannya. Pernah Abdullah bersungut, berilah kebebasan padanya memilih timbalan yang juga dikira bayangan sebagai penggantinya kelak.

Tetapi Mahathir dipercayai enggan menghadiri jamuan meraikan persaraannya selagi tidak dinamakan Najib sebagai pilihan. Abdullah dikatakan ketika itu lebih berminat kepada Muhyiddin Yassin. Tiada pilihan lagi bagi Abdullah selain menyetujuinya.

Mahathir telah kecewa pemilihan atas Abdullah itu, bukan saja dia dikira lemah, tetapi melawannya. Seolah-olah derhaka padanya. Mungkinlah derhaka itu tidak sampai ke tahap penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan Melaka, tetapi ciri-ciri penderhakaan itu ada.

Najib telah dijadikan Hang Tuah bagi membuang Abdullah yang berciri Jebat itu. Najib adalah pilihan Mahathir juga. Akhirnya Najib juga tidak sebagai yang diharapkannya, malah dikiranya lebih teruk dari Abdullah. Sudah acap ditegurnya Najib secara sindiran terbuka. Dia tidak mendengar kata juga. Tidak mengikut kata itu seperti derhaka juga kira-kira.

Apakah Mahathir sedang menghadapi masalah yang dihadapi Sultan Melaka yang membuang Hang Tuah kerana Hang Tuah difitnahkan oleh golongan Temenggung? Sultan buang Hang Tuah, rampas keris Taming Sari daripadanya serahkan kepada Hang Jebat, samalah seperti memberi mandat kepadanya.

Pilihan atas Jebat itu mengecewakan Sultan. Pilihan itu tidak bagai yang disangka. Diingatkan Jebat lebih baik, rupanya tidak dapat memenuhi harapan Sultan.

Banyak yang percaya pembuangan atas Anwar Ibrahim adalah Mahathir termakan fitnah kalau pun fitnah itu daripadanya sendiri. Anwar dibuang atas alasan untuk digantikan dengan bakal pimpinan yang lebih baik.

Rupa calon yang menggantikan Anwar itu kedua-duanya tidak tepat bagai yang diharapkan. Pada masa Anwar dibuangnya, belum nyata kelemahannya selain dari yang difitnahkan. Bahkan andaian umum Anwar akan lebih baik daripada Mahathir. Sebelum dibuang Anwar, dia memiliki imej anti penyelewengan dan anti rasuah. Mahathir? Entahlah!

Hang Tuah boleh diambil balik. Anwar sudah tidak boleh diambil balik. Jika dua pemilihan Perdana Menteri selepasnya yang dibuatnya tidak tepat, apa yang tepat dibuatnya?

Anwar diambilnya dari belukar di luar Umno dijadikan Umno dan cuba dijadikan gantinya. Pengambilan atas anwar itu padanya tidak tepat, maka apakah pembuangannya tepat? Mengambilnya tidak tepat, membuangnya pun tidak tepat.

Dia pilih Musa Hitam sebagai timbalannya mengetepikan Tengku Razaleigh, dikiranya tidak tepat. Diganti dengan Ghafar Baba. Tidak tepat juga. Anwar apa lagilah. Pilihan ke atas Abdullah dan Najib juga tidak tepat. Sultan Melaka hanya membuat satu pilihan tidak tepat, tetapi Mahathir membuat banyak pilihan tidak tepat.

Kita sudah tahu rupanya Mahathir tidak tahu membuat pilihan tepat. Semua pilihannya silap, tidak tepat. Dia jangan diberi membuat pilihan lagi. Biarlah pemimpin itu dipilih oleh rakyat, bukan dipilih oleh pemimpin kerana pemimpin juga banyak membuat silap. – HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014
















































































































































































Teknikalnya Adun PAS sudah lompat

SUBKY LATIF | .
ZAMAN dulu kala memang ada ADUN lompat terutama yang menyertai parti itu sebelum merdeka. Malah empat ADUN Kelantan diculik Umno berhari-hari. Dilepaskan pada hari sidang DUN bagi menghadiri sidang, mereka kembali ke pangkuan parti.

Lepas krisis PAS pasca BN, selepas wujudnya era pimpinan ulama tiada terdengar MP dan ADUN lompat parti. Tubuh parti lain ada.

Selepas rampasan kuasa atas kerajaan Pakatan di Perak, ADUN DAP Sekincan menyatakaan malunya dalam ceramah tentang ADUN parti itu dan parti sekutu yang lain lari atau lompat. Dia hormati tiada dari PAS yang lompat. Katanya, PAS tidak lompat kerana mereka ditarbiyah. Parti lain yang lompat itu tiada tarbiyah.

Hanya dalam krisis Pakatan di Selangor justeru PAS lewat mesyuarat, ada ADUNnya tidak bersama parti atas isu yang menyebabkan krisis itu, bahkan hadir dalam sidang media dengan parti yang sedang berlawan dengan PAS. Jika ada undi tidak percaya terhadap MB sikap PAS masih belum dimesyuaratkan, mereka tidak akan bersama PAS.

Belum ada keputusan PAS terhadap mereka, tetapi secara teknikalnya mereka sudah seperti lompat.

Sekalipun belum menyatakan keluar parti, mungkin masih mengaku PAS, dengan pendirian mereka sebelum PAS membuat keputusan rasmi, mereka telah memihak kepada lawan, dan seolah-olah telah memberi kata dua kepada parti.

Mengapa wakil rakyat parti yang dikira sebagai pimpinan boleh bersikap demikian? Mungkin tarbiyah yang disebut oleh ADUN DAP Sekincan itu sudah longgar atau pun tarbiyah itu masih ada tetapi ia sudah tidak kelas lagi?

Tidak pernah sejak era kepimpinan ulama ia meminggirkan keperluan tarbiyah. Ada dalam setiap tingkat parti itu dari atas hingga ke cawangan orang yang diamanahkan menangani tarbiyah. Belum ada secara terbuka menyatakan ia sudah bukan lagi parti tarbiyah.

Jika terbiyahnya sudah tidak sesuai, tiada lagi kelas seperti yang dikehendaki oleh gerakan Islam, tidak ia sekadar tanggungjawab pimpinan yang diamanahkan saja, bahkan ia tanggungjawab sekalian ahli dan aktivis semua tingkat bagi memastikan tarbiyah itu sampai kepada ahlinya. Antara tanggungjawab ahli ialah memastikan semua cita-cita PAS itu terlaksana sebaiknya.

Jika ada kelemahan tarbiyah itu, apa ahli PAS, jawatankuasa berbagai lapisan, MP dan ADUN buat supaya ia memberi kesan?

Semua gerakan dan pertubuhan Islam ada tarbiyahnya. Semua ada usrah. Bahkan ia dikatakan lebih berdisiplin. Mereka memastikan setiap ahli ikut usrah dan program tarbiyah. Setengah badan dakwah itu mudah melaksanakan program tarbiyah itu kerana terdiri golongan yang sama latar belakang usia dan pendidikan. Bagi yang pernah menerima asuhan akadamik, usrah dan disiplin tarbiyah itu tidak asing untuknya. Mereka muda, tidak ramai, ada asas pada komputer dan laman web.

Ahli PAS, ada muda, ada tua dan ada yang nak mati. Ada pelajar, ada ulama, ada lulus sekolah atap, nelayan, petani, buruh kasar, pegawai dan saudagar. Nelayan dan petani boleh buat apa saja perintah politik, tapi tidak suka usrah. Tapi pasang bendera PAS di atas pokok kelapa mereka sedia. Musim pilihan raya, bermalam-malam tidak tidur. Jangan kata ia satu bentuk tarbiyah.

Yang tarbiyah seperti ini jarang tinggalkan parti. Tetapi yang tinggalkan parti itu sudah ada tarbiyah dan tukang bagi tarbiyah. Selemah-lemah PAS ada tarbiyahnya. Tetapi pihak yang disokong itu adakah tarbiyahnya dan adakah ia sebahagian daripada gerakan Islam dan badan dakwah?

Itulah malangnya orang dakwah dan ikut tarbiyah, sokong Umno dan badan bukan jamaah Islam. Betulkah tarbiyahnya. Jangan jadi macam ulama besar Bani Israil, Balgham Ba’ura didoanya rombongan Nabi Musa a.s. pulang ke Baitulmaqdis terhalang. – HARAKAHDAILY 20/8/2014

Sumber HD - 20-8-2014

Pakatan Rakyat tidak akan pecah

SUBKY LATIF | .

APA jua sikap PAS terhadap kedudukan TS Khalid Ibrahim, sama ada dia dapat dipertahankan sebagai Menteri Besar Selangor lagi atau tidak, tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat.

Janganlah sesiapa bimbang, baik pemimpin PAS yang takut dengan sikap Tok Guru Haji Hadi jika beliau terus berkeras, atau beliau disokong majoriti pimpinan PAS Pusat, atau Khalid Ibrahim terus menyeret PAS dalam sikap kerasnya seperti yang dibimbangkan oleh Husam Musa, atau kerja indah enam tahun musnah oleh empat hari krisis itu seperti yang dibimbangkan oleh Lim Kit Siang atau apa jua kekecewaan PKR atas sikap PAS dan Presidennya, Pakatan Rakyat tidak akan hancur selagi Anwar Ibrahim tidak mati.

Tidak perlu ADUN PAS hendak lari dari PAS dan tidak perlu pemimpin PAS takut dengan pandangan Presidan dan Mursyidul Amnya, janganlah Kit Siang dan DAP berputus asa tentang masa depan Pakatan Rakyat selagi Anwar Ibrahim ada.

Katakanlah isterinya tidak dapat menjadi Menteri Besar, katakanlah Khalid kekal juga, Anwar tidak akan biarkan Pakatan hancur. Dia akan pastikan muafakat ketiga-tiga parti itu – PAS, DAP dan PKR – akan kembali rancak dan utuh menjelang PRU14, sama seperti menghadapi PRU13.

Bukankah Anwar sudah kata, krisis MB itu dan sikap semasa PAS sebelum Khalid dipecat dari PKR, krisis itu tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat. Setakat ini, yang boleh menghancurkan Pakatan Rakyat selain Allah ialah Anwar.

Kalau Anwar hendak menghancurkannya, dengan izin Allah ia boleh hancur. Bukankah politik Langkah Kajangnya yang mengharubirukan warga Pakatan Rakyat semua telah mengancam perpaduan muafakat itu sesama sendiri. Tetapi percayalah Anwar tidak akan biarkan Pakatan mati sebelum dia mati.

Selain dari Pakatan dan Buku Jingganya adalah harapan terbaik bagi negara dan rakyat untuk membuat perubahan, Pakatan itu juga adalah harapan dan wasilah besar Anwar untuk mencapai cita-cita politiknya bahawa dia akan capai apa yang Mahathir cuba sekat selama ini baik melalui Umno atau pun di luar Umno.

Bukankah Pakatan Rakyat itu ibarat anak kandungnya seperti juga Nurul Izzah. Seperti bapa-bapa lain dia tidak akan sanggup bunuh Izzah. Dia yang membidani Pakatan, maka dia tidak akan biarkan Pakatan hancur.

Bagi PAS, falsafah besar perjuangannya seperti yang gariskan pimpinan besarnya Dr. Burhanuddin al-Hilmy bermatlamat mewujudkan tertegaknya di negara merdeka ini sebuah pemerintahan yang berjalan di dalamnya aturan dan peraturan Islam. Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Hadi selalu sebut, Tuhan tidak tanya adakah kita menang pilihan raya, tetapi Allah tanya, adakah kita sudah kerja Islam bagi menghadapi pilihan raya.

Tidak diidamkan oleh semua Presiden PAS dulu untuk jadi Perdana Menteri atau Khalifah, tetapi keutamaannya bekerja menegakkan pemerintahan yang terlaksana aturan dan peraturan Islam. Menang atau jadi Perdana Menteri itu kerja Allah.

Akan Lim Kit Siang dan DAP yang dimahunya wujud Malaysian Malaysia dan pemerintahan yang anjal. Dengan politik perkauman yang ada dia tidak terfikir untuk menjadi menteri sebelum mati.

Berbeza dengan PKR, mahu menang dan perubahan dengan Anwar sebagai Perana Menteri. Kalau dia biarkan Pakatan hancur atas krisis MB dan Khalid, bukan saja perubahan tidak berlaku, Anwar terpaksa berpuas hati sekadar jadi Ketua Pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Selagi Anwar belum mati, usah bimbang Pakatan akan hancur. – HARAKAHDAILY 17/8/2014

Sumber HD - 17-8-2014
















































































































































































Saifudin hendak ke mana selepas ini?

SUBKY LATIF | .
SAIFUDIN Nasution, Setiausaha Agung PKR telah mengambil peranan utama menyerang dan mempertikai integriti Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Menteri Besar Selangor itu dipecat daripada partinya.

Ia adalah hak politik dan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Saifudin cuba mengamalkan haknya mengikut semangat perlembagaan.

Peranan itu sama dengan yang dimainkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ketua Penerangan Umno apabila Dato’ Onn Jaafar dan Aziz Ishak, Menteri Pertanian apabila keduanya menentang Umno. Albar jadi satu-satunya Singa Umno setakat ini kerana tidak terjejas dengan krisis besarnya ketika itu.

Tetapi PKR belum tentu utuh dalam krisisnya sekarang kerana ia adalah pembangkang yang belum tentu disokong oleh orang atas pagar. Umno ketika disokong oleh semua.

Maka bolehkah pula Saifudin muncul sebagai Singa PKR telah menjadi hulubalang menghadapi apa yang dikira karenah Khalid Ibrahim?

Khalid boleh diagak nasibnya. Dia boleh tidak jadi Menteri Besar lagi dan belum tentu berpolitik lagi selepas krisis ini reda nanti. Atau dia ada lagi. Apa pun biarlah Khalid menghadapi risiko atas sikap dan kepercayaannya.

Tetapi krisis MB Selangor ini memberi risiko besar kepada PKR. Apa jadi pada PAS dan DAP adalah masalah yang mereka terpaksa lalui daripada tempias krisis yang bukan berpunca daripada mereka.

Beruntunglah jika PKR selamat hingga selepas Anwar Ibrahim mati. Saifudin boleh kekal jadi Setiausaha Agung selagi ada tenaga. Tetapi bagaimana kalau PKR terus susut ahli dan penyokong dan bukan mustahil orang baris depan susut sama?

Jika ini yang berlaku Saifudin hendak ke mana?

Hendak kembali ke dalam PAS, dia sudah pukul PAS cukup kuat. Dan dia sudah meninggalkan PAS bersama Fuad Zarkasi, Chik Johan, calon BN Pasir Mas PRU 13 yang tidak menyerahkan borang pencalonannya dulu. Ada dua tiga orang lagi bersamanya keluar PAS masuk Umno. Masa dalam Umno, dia jadi meriam membedil PAS.

Apabila Anwar dipecat, Saifudin antara beribu orang Umno yang meninggalkan Umno untuk bersama dengan Anwar dan sanggup bersusah bersama lain-lain pejuang reformasi menghadapi tekanan Umno dan Kerajaan.

Ramai orang lari daripada Anwar dan meninggalkan PKR tetapi tidak Saifudin. Dia gigih dan sanggup menghadapi apa jua badai. Inilah orang yang kita mahu dalam perjuangan.

Sebagai hulubalang PKR menentang Umno, penampilannya menyerang Umno tidaklah kurang dibandingkan dengan tokoh-tokoh besar PKR seperti Azmin Ali dan lain-lain.

Jika ditakdirkan PKR tidak dapat bertahan 10 atau 15 tahun lagi ke mana Saifudin hendak pergi? Untuk kembali semula ke dalam Umno? Suatu yang kita fikir tidak sanggup dibuat oleh yang berpendirian kuat sepertinya.

Jika kita tidak fikir Anwar akan memilih Umno semula, maka rasanya Saifudin tidak tergamak.

Saya tidak fikir PKR akan menjual diri seperti Parti Semangat Melayu 46, bubar dan beramai-ramai menyertai Umno.

Tengku Razaleigh sekurang-kurangnya ada harga, dapat kekalkan Gua Msang sehingga ini. Tetapi apa yang didapatinya dari Umno selain daripada ketua di Gua Musang. Mungkin Umno boleh beri sesuatu kepadanya jika kembali kepada Umno sekarang. Jika 15 tahun lagi hendak kembali kepada Umno, dalam usia yang lebih 70 tahun, nak buat apa dan nak dapat apa lagi dalam politik?

Pilihan yang ada padanya ialah DAP. Ia pilihan yang ada sekarang. Tetapi 15 tahun lagi tak jadi apa-apa juga.

Saya tidak bersangka buruk kepada PKR dan orang-orangnya. Apa yang dapat kiranya parti berdepan krisis? Apa yang patut bagi menenangkan keadaan. Jaga parti dengan baik. Jangan jadi hulubalang berlebihan! Apa jadi pada Khalid, biarkan dia, tetapi kita yang tinggal ini hendak ke mana? – HARAKAHDAILY 14/8/2014

Sumber HD - 14-8-2014

Ku Nan kalah pada gelandangan

SUBKY LATIF | .

TELAH saya sebut di ruang ini pertengahan Julai lalu betapa Tengku Adnan Mansor bukanlah ssebenarnya anak jantan dalam menangani warga gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur yang pernah diberinya kata dua supaya mengosongkan kawasan keliling dua batu dari pusat tarikan pelancong kota raya itu.

Jika mereka tidak mengosongkannya, mereka serta penjamu makannya yang ala kadar iaitu NGO akan disumbatkan ke penjara.

Dalam tulisan itu telah saya cabar menjadi anak jantan dengan meneruskan kata dua kerana tindakannya supaya dia tahu disukai rakyat atau tidak.

Jika dia anak jantan, dia mesti terus bertindak kepada gelandangan dan penyokong yang menganjurkan dapur jalanan yang memberi mereka lapik perut sebelum ini.

Jika kononnya berani dan tegas, maka dia mesti berkeras.

Setelah beberapa hari selepas kata duanya itu, dia mulai dilihat lembut seperti pondan kerana amarannya itu boleh menjadikan kerajaan yang dia berkhidmat boleh dilihat sebagai kerajaan anti rakyat kerana bencikan golongan papa kedana. Orang tidak sekadar membenci Tengku Adnan, Menteri Wilayah itu, bahkan Perdana Menteri Najib ikut dicemuh semua kerana saranan Ku Nan itu menyeleweng jauh daripada apa yang Najib kata, transformasi mendahulukan rakyat.

Dia dipercayai telah dipelupuh oleh bukan saja simpatisan dan penyokong dapur jalanan, malah telah dimurkai sekalian menteri.

Dan sekarang menteri itu tidak merasa malu lagi mengumumkan bahawa mereka boleh berada di mana mereka selalu berada, dan NGO yang menjadi penjamu mereka boleh meneruskan kegiatan seperti biasa, tidak akan diusik oleh penguatkuasa DBKL dan para gelandangan itu akan terdedah pada penglihatan para pelancong.

Mereka cuba diusirnya dulu kerana mereka dikatakan akan memalukan negara pada pelancong. Dan apabila Ku Nan sudah menghalalkan mereka berada di mana-mana, maka negara logiknya tidak malu lagi dengan nasib malang itu.

Baguslah menteri itu sudah mengaku dia rupanya belas juga dengan nasib dan kemelaratan mereka, kerana katanya dia juga dulu adalah berasal daripada golongan yang juga susah. Apakah dia benar-benar sudah insaf maka bergantung pada sikap selanjutnya?

Adakah sikap baru menteri itu justeru dia mulai insaf, atau dia dimarah oleh kerajaannya. Orang kerajaan yang mula sekali marah terbuka kepadanya ialah Khairy Jamaluddin, menteri belia dan sukan yang mulai disegani oleh Najib sekarang. Apabila Khairy marah semua dipercayai marah.

Ku Nan bersikap kalah pada gelandangan itu, sama ada kerana sedar sendiri atau sedar kerana dipelupuh oleh suara kiri dan kanan, keputusannya adalah elok.

Ia boleh menyekatnya ke jalan Qarun yang dilaknat itu. Qarun adalah simbol kekejaman penindasan dan lintah darat bagi manusia sepanjang zaman. Dia membeci kepapaan sedang si papa itu adalah ciptaannya, hasil daripada penindasan lintah daratnya. Dia dilaknat Allah dan sekalian makhluk.

Jika tiada semak dan imbang amalan demokrasi yang berbaki sedikit itu, Ku Nan boleh dilihat menuju jalan Qarun yang kecil. Qarun kecil pun Qarun juga.

Dengan semua kritik terhadapnya, dia tanpa malu, membebaskan KL untuk gelandangan. Baiknya, dia terkeluar dari jalan Qarun kecil. Bahkan kementeriannya akan memberi perhatian belas pula. Tidak malunya yang terbaru itu lebih elok daripada tidak pemalu. Malu itu paling lama dua minggu. Lepas itu hilanglah malunya. - HARAKAHDAILY 12/8/2014

Sumber HD - 12-8-2014
















































































































































































Nur Jazlan macam Mahathir muda

SUBKY LATIF | .
DATUK Nur Jazlan, Mempi BN Kulai dilihat seperti Dr. Mahathir muda dulu dan seperti Mempi BN yang dikalahkan PAS di Temerloh dalam PRU yang lalu.

Dia bercakap bebas, tidak terikat sangat dengan sentimen partinya dalam isu yang menguntungkan rakyat sekali pun ia daripada pembangkang atau Pakatan Rakyat. Kenyataannya yang terbaharu ialah - yang baik daripada Pakatan Rakyat mesti diakui seperti sikap Datuk Nazri Aziz yang menyokong pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu menyekat tukang masak asing di gerai-gerai dalam tempoh tahun melawat Malaysia.

Padanya, sokongan Nazri akan pendirian Lim Guan Eng betul. Tukang masak tempatan mesti diutamakan daripada pendatang asing. Sikap Nazri telah dikritik oleh sekutu BN, kerana menteri pelancongan itu dikatakan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pada Nur Jazlan, BN dan penyokong mesti berfikiran terbuka, menyokong apa yang baik untuk rakyat dan negara sama ada ia datang daripada kerajaan Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Sekalipun Jazlan menang tipis dengan Salehudin Ayub daripada PAS dalam PRU 2013, tetapi ia tidak mempengaruhinya tidak terbuka tentang yanag baik daripada parti lawannya.

Sikap sama ditunjukkan oleh Dr. Mahathir ketika mula-mula menjadi penyokong kerajaan di Parlimen tahun 1964 dulu dan demikian juga sikap Saifudin Abdullah MP BN dari Temerloh dulu. Mereka Umno, tetapi bersikap terbuka atas perkara yang dikira baik oleh semua.

Sekali pun sikap itu tidak menjadi Mahathir tahun 1969 dan Saifudin kalah tahun 2013, ia tidak mengganggu sikap Nur Jazlan untuk berkata baik kepada Pakatan kiranya ia adalah baik.

Memang Kelantan banyak membuat yang baik yang ditiru oleh Putrajaya seperti cuti hujung minggu dua hari, cuti bersalin dua bulan bagi pekerja wanita dan seminggu cuti bagi suami yang isteri bersalin. Umno/BN mengkritik kencang tindakan Kelantan itu dengan bermacam-macam dalih, tetapi dalam diam-diam telah menirunya.

Kelantan memberi kata dua pada semua bank untuk menarik simpanan kerajaan bagi disimpan dalam perbankan ISLAM saja, menyebabkan semua bank menyegerakan kaunter perbankan Islam masing-masing. Semua negeri menikmat tumbuh pesat perbankan. Ternyata bank untung dengan perbankan itu.

Kelantan membuat tuntutan yanag baik, minta Petronas memberi royalti minyak dari perairan Kelantan yang digelapkan oleh Putrajaya selama ini. Tuntutan itu baik untuk rakyat dan negeri Kelantan tetapi menteri Umno dan Umno mengatakan Kelantan tidak berhak. Ia bukti Umno tidak mengakui apa yang Kelantan tuntut itu baik.

Sebaliknya beberapa cawangan Umno Kota Kinabalu sekarang menyokong cadangan memberi royalti yang lebih atas minyak dan gas dari negeri itu seperti yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat. Apa jua cawangan Umno menyokong perkara itu sesuai dengan pandangan Jazlan supaya Umno menerima apa yang baik daripada pembangkang.

Selangor bercadang untuk memberi air percuma bagi bil yang kurang dari 20 meter padu tetapi kerajaan BN telah menyulitkan usaha Selangor yang baik itu.

Tidak ramai MP Umno/BN yang boleh berfikiran bebas seperti Nur Jazlan dan Saifuddin Abdullah. Parlimen, rakyat dan negara akan beruntung jika ramai pemimpin terbuka seperti mereka. Sekalipun Mahathir tidak mengaku yang Kelantan ada buat yang baik, dalam diam-diam dia tiru.

Dengan sikap itu mereka pernah kalah, maka Jazlan yang menang tipis baru-baru tidak mustahil kalah dengan pendirian terbuka itu, tetapi kalah pun dikira mulia kerana bercakap benar itu lebih mulia dari menang tapi tidak bercakap benar. – HARAKAHDAILY 11/8/2014

Sumber HD - 11-8-2014

Kesilapan, memaaf yang mengaku silap

SUBKY LATIF | .

SECARA jujur saya geram terhadap apa yang Kelvin Yip suarakan kepada penyiaran syiar Islam yang kuat dari masjid dekat rumahnya pada awal pagi raya yang mengganggu tidurnya.

Alasannya untuk marah mungkin ada, tetapi tulisannya di laman webnya menyinggung dan menaikkan darah umat Islam. Umat Islam secara spontan memberi reaksi keras terhadapnya termasuk membuat aduan polis.

Kelvin Yip memadamkan ketelanjuran tulisannya daripada sesawangnya dan dan minta maaf, mengaku silap dan tidak akan mengulanginya. Ada orang Islam masih tidak puas hati, tiada sedia memaafkannya melainkan dikenakan dakwaan terhadapnya.

Pencetus Ummah stesyen TV Oasis, Shahul Hamid dalam rakaman dakwahnya empat tahun lalu menyinggung hati penganut Hindu. Ia menimbulkan reaksi keras daripada penganut itu termasuk aduan polis.

Ustaz Shahul Hamid mengaku tersilap, menarik balik keterlanjurannya, membuat pemaafan terbuka, berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Ternyata permohonan maafnya tidak mudah diterima hinggalah tindakan dikenakan kepadanya.

Dalam satu perkembangan lain, Dr. Zahudi, seorang petugas/aktivis PAS Pusat dihinggapi fitnah, petikan apa yang diandaikannya tentang beberapa pilihan yang PAS boleh ambil atas krisis buruk MB Selangor telah dinaikkan dalam sebaran laman sesawang.

Satu analisis dalam majlis beberapa penganalisis dalaman yang hadir telah bocor kepada umum menyebabkan dia dan PAS berdepan dengan fitnah yang payah dipadamkan. Ia telah dituduh PAS menyimpan rasis dalam organisasinya dan mungkin PAS juga dikira rasis. PAS dituntut menjawab kepada sekutu Pakatannya dan bertindak kepada orangnya.

Individu itu telah menjelaskan ia adalah antara lontaran pemecah minda yang banyak diandai menjadi pilihan orang-orang politik. Pertama ia tidak semesti pendapatnya. Kedua dia tidak semesti pendirian dan pilihannya. Ketiga bagaimana ia boleh dibocorkan jika unitnya tidak disusupi oleh anasir musuh.

Penjelasannya tidak mudah diterima oleh orang luar. Dia dan partinya mengalami kecederaan.

Poin saya ialah bagaimana berada dalam krisis mencuriga antara satu sama lain hingga menyebabkan udara pemikiran semua pihak berkecamuk dan tidak menjanji kehidupan tenteram dan harmoni?

Sebagai seorang Islam saya menerima maaf dan penyesalan Kalvin Yip. Dia telah mengaku silap dan berjanji tidak mengulangi keterlanjurannya. Dia dipercayai telah terdesak dengan tekanan ramai terhadap kelemahannya. Dia tidak boleh terus hidup apabila ramai yang tidak menyukai tindakannya. Bukan marah orang ramai itu telah mengajar dan menyedarkannya bahawa dia silap dan dia mesti kembali bersama masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Pada saya, Kalvin Yip sudah tidak lagi seperti sebelumnya. Peluang perlu diberi kepadanya untuk menjadi orang yang boleh hidup dengan semua. Ustaz Shahul Hamid juga patut diberi peluang kedua setelah dia disedarkan oleh orang ramai bahawa sedap mulutnya tidak menyedapkan orang lain. Tidakkah reaksi umum telah menyedarkannya betapa pengajaran yang baru daripada orang ramai itu lebih mengajarnya daripada ilmu yang banyak selama pengajiannya dulu.

Mengapa masyarakat kita lebih suka menghukum daripada memberi pengajaran?

Tentang petugas PAS itu, mengapa masing-masing tidak bersedia mendengar penjelasan atas apa yang terjadi lalu kita menghukum atas apa yang kita tidak tahu apa kejadian yang sebenarnya.

Tidakkah Idulfitri itu satu ruang memberi semua berlapang dada, meminta maaf dan memberi maaf, kita diajar menyelesaikan yang kusut, bukan menambah kusut hal yang sudah kusut atau mengusutkan perkara yang tidak kusut.

Sebagai orang Islam, saya mahu Islam menunjuk contoh yang baik dulu, lepas itu barulah yang baik itu dicontoh oleh yang lain, supaya semua orang terbuka. Mengaku salah adalah suatu yang baik dan berpahala, memaafkan orang yang minta maaf adalah satu sifat yang terpuji. – HARAKAHDAILY 8/8/2014

Sumber HD - 8-8-2014
















































































































































































Kami raya ikut Mekah

SUBKY LATIF | .
ZOHOR Ahad 29 Ramadan kami tidak tahu bila Hari Raya Idil Fitri, Isnin atau Selasa?

Saya tanya imam Masjid Jalalabad, Birmingham. ‘Bila kita raya?’

Katanya, ‘Belum tahu esok atau lusa. Kita tunggu isyarat dari Mekah. Kalau nampak anak bulan, kita raya hari Isnin. Kalau tak nampak hari Selasa.’

Begitulah England biasanya. Begitulah komuniti Islam Eropah. Ia minoriti di semua negara, tiada sebuah pun daulah Islam, maka tiada siapa berusaha melihat anak bulan. Ikut hukumnya Mekah bukanlah jiran England dalam jarak dua marhalah. Ia hanya boleh ikut jiran yang sempadan dalam dua marhalah sebelah negara matahari terbit yang nampak anak bulan. Ia tidak boleh ikut jiran sebelah matahari mati.

Justeru Mekah saja yang melihat anak bulan, maka mereka ikut Mekah yang maghribnya lebih awal. Semasa puasa kami ikut Mekah, maka raya pun ikut. Ada juga masjid Central Mosque Birmingham tidak ikut Mekah semasa puasa. Mereka puasa sehari lewat, tapi raya ikut Mekah juga. Ia puasa 28 hari saja.

Tidak pula orang Islam England susah sangat tidak ditentukan dulu puasa dan rayanya. Apabila tahu Mekah puasa, penuh masjid orang tarawih. Apabila tahu Mekah raya, orang pun tidak tarawih lagi dan pagi esoknya penuh masjid solat Idilfitri.

Rumah pelajar Melayu yang saya kunjungi, ada nasi dagang Kelantan, ada nasi impit, ada ketupat, ada sate dan lain-lain. Tidak pula mereka susah hati macam di Malaysia, malu pada agama lain kerana tidak tentunya tarikh raya dari awal.

Di Birmingham ini Islam yang minoriti masih ikut sunnah, solat hari raya di tanah lapang. Lima buah masjid berkumpul mengadakan solat di padang Green Lane. Disediakan lapik tempat duduk dan sujud. Kebanyakannya bawa sejadah. Ada tandas awam segera. Beribu-ribu orang datang. Tidaklah seluas Arafah, tapi Dataran Merdeka Kuala Lumpur itu dikira kecil.

Elok pula polis kafir mengawal lalu lintas dan keselamatan. Tidak pula bersungut kerana tidak ditentukan hari yang tepat. Memadai diberitahu Isnin atau Selasa. Apabila raya hari Isnin, polis kafir itu turun padang. Yang susah hati orang Islam Melayu di Malaysia saja.

Asar petang Ahad itu seorang tua Bangladesh bagitahu semua raya esok. Mekah, Malaysia, Bangladesh dan lain-lain. ‘Mekah nampak anak bulan,’ katanya.

Orang Tunisia tanya saya, ‘Malaysia nampak anak bulan?’

Jawab saya, ‘Kami nampak anak bulan sebulan sebelum raya.’

Dia rasa pelik dibagitahunya kawan dari Albania.

Mereka tanya, ‘Macam mana?’

Kami tahu anak bulan ada atau tidak ada sebelum kelendar dicetak. Tanyanya lagi, ‘Ada orang tengok anak bulan?’

Ada. Tapi tidak pernah bagi nampak atau tak nampak. Mereka bagitahu ada walau pun tidak nampak. Raya akan diumumkan seperti tarikh dalam kelendar.

Mereka pun tertawa.

Begitukah orang Islam Malaysia?

Ya! Sejak merdeka. Sejak ada komputer, ada SMS dan alat komunikasi canggih, orang boleh nampak anak bulan sebelum kalendar dicetak. Ketika Islam tiba ratus tahun dulu, semasa dijajah Inggeris, mereka ikut pesan Nabi SAW. Mereka pergi tengok anak bulan. Nampak anak bulan baru puasa dan raya. Kala bulan ada tapi dilindung awan, dikira tidak nampak.

Sejak merdeka. Dunia bertambah maju. Orang buat pahala cara lain. - HARAKAHDAILY 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014

PAS kekal dalam Pakatan

SUBKY LATIF | .

PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat pun tidak mahu mengeluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat.

Kebanyakan pemimpin dalam Pakatan menolak ia akan berpecah. Baik Ustaz Hadi dalam kenyataan penyokong Khalid Ibrahim, dan Ustaz Nik Aziz dalam sokongan terbukanya pada pendirian Ustaz Hadi menyebut perlunya kekuatan yang ada pada Pakatan dipertahankan. Dan Anwar Ibrahim sendiri tidak melihat perbezaan sikap tentang MB Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat.

Hanya Lim Guan Eng saja kata ia akan pecah. Tetapi saya tidak pasti atas pandangan Lim Kit Siang. Saya tidak fikir Guan Eng akan meneruskan andaiannya.

Maka sekarang tidak berbangkit lagi pendirian Ustaz Hadi boleh memecahkan Pakatan.

Tidak berbangkit lagi PAS berada di persimpangan jalan mahu bersendirian atau keluar daripada Pakatan.

Ustaz Hadi hanya tidak setuju Khalid digantikan atas alasan yang tidak kuat. Ustaz Hadi tahu akan reaksi banyak atas kenyataannya. Ustaz Hadi tidak kata ia sikap muktamad partinya. Beliau berharap rakan-rakannya dalam PAS bersetuju dengannya dan pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

Dengan pendirian dua tokoh utama ulama PAS ia disokong oleh akar umbi PAS.

Pada saya, keduanya telah membuat sikap yang betul. Krisis MB Selangor itu boleh menghakis sokongan umum kepada Pakatan khususnya di Selangor. Jika hakisan itu berlaku, ia bukan sekadar Adun PAS yang ada di Selangor tidak dapat dipertahankan, Adun dan MP PKR pun tidak dapat dipertahankan.

Sama ada PAS terkeluar daripada Pakatan atau sokongan pengundi terhakis, bukan saja ia mengancam beberapa MP PAS seperti Parit Buntar, Kota Raja, Sepang, Pokok Sena dan lain-lain, MP PKR juga akan terjejas seperti Kuala Kedah, Gombak, Pandan dan lain-lain.

Yang ada di persimpangan jalan atas krisis MB itu bukan sekadar PAS dan Pakatan Rakyat tetapi PKR sendiri.

Adakah PKR hendak meneruskan penggantian atas Khalid atau mengekalkannya sehingga penggalnya tamat?

Adakah PAS campur tangan atas urusan rumah tangga PKR? Tidak mudah untuk mengatakan PAS campur tangan dalam urusan parti lain. PAS tidak kisah apabila PKR menggantikan Khalid sebagai ketua PKR Selangor atau pemilihan parti itu tidak menyokong Khalid.

Tetapi Menteri Besar adalah urusan bersama. PAS mesti tahu dan dirundingi apabila MB hendak digantikan kerana di bawah MB itu ada exco PAS. Setakat ini keputusan itu adalah sebelah pihak. Ia dimaklumkan saja PAS dan DAP.

Jika perlantikan MB Kedah dan Kelantan PKR tidak campur tangan ia bukan alasan yang cukup. Kiranya PKR merasakan ada yang tidak kena dalam pelantikan dan perjalanan MB di bawah PAS, maka adalah kewajaran semua pihak memberikan pandangan. Kemudian berbincanglah.

Apabila PKR dan DAP menolak percubaan PAS hendak membawa usul persendirian hudud ke Parlimen, maka PAS tetap mengekalkan sikapnya untuk terus dengan Pakatan dan tidak pernah mencerca penolakan itu.

Setakat ini PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam menangani krisis di Selangor itu dan PAS dipercayai tidak mahu ada pilihan raya baru di Selangor. Yang Ustaz Hadi mahu krisis itu ditamatkan dengan mengekalkan apa yang ada. Kebijaksanaan Anwar amat dikehendaki bagi mengekalkan pengaruh Pakatan. Kenyataan sikap Ustaz Hadi itu tidak memecahkan Pakatan bagai satu azimat. - HARAKAHDAILY 4/8/2014

Sumber HD - 4-8-2014
















































































































































































Jangan ketepikan sindiran Tun Hamid

SUBKY LATIF | .
SAYA ikuti penjelasan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengapa dia menolak menduduki Majlis Konsultasi Keharmonian Nasional dan tidak setujunya rang undang-undang majlis itu diserah kepada NGO merangkanya.

Dia ada alasan atas penolakannya itu tidak mahu dibabitkan diri dalam perkara yang boleh menyulitkan agamanya, Islam. Tentulah sebagai seorang yang dirasakan non-partisan dalam politik tidak mahu terseret dalam urusan baik melibatkan kerajaan dan apa lagi kepartian.

Dia amat tidak setuju bagaimana rang undang-undang, satu urusan dan tanggungjawab kerajaan boleh diserahkan kepada orang-orang NGO merangkanya. Pihak yang dimaksudkannya adalah peguam-peguam dari Majlis Peguam dan rakan-rakannya.

Padanya urusan itu diserahkan kepada pihak ada agenda dalam isu-isu yang dihadapi oleh negara sekarang yang banyak menyentuh masalah umat Islam.

Logiknya sekali pun pandangan NGO dan pihak yang berkepentingan dan ada agenda tertentu perlu didengar dan diambil kira tetapi urusan merangka rang tidak terlepas daripada tanggungjawab kerajaan dan ia mesti dirangka oleh orang kerajaan.

Dia melihat bahawa Pakatan Rakyat banyak peranan dalam mengenengahkan masalah yang dipolemikkan itu dan ia juga ada agenda.

Yang ada agenda itu, pada persepsinya ialah PKR dan DAP. Yang dirangka dan suatu yang dikira sudah diterima adalah sesuai dengan selera Pakatan Rakyat.

Dalam penjelasan Tun Hamid itu tidak banyak disentuh tentang PAS sebagai kerabat penting Pakatan tetapi parti Islam disebut sepintas lalu sebagai sekutu yang tidak berperanan.

Saya mengira ia satu sindiran bekas Ketua Hakim Negara itu kepada PAS dan jika boleh menyelami lagi persepsinya tantang keberadaan PAS ialah ia seperti pak turut dalam isu dan pergolakan itu.

Sekiranya pandangannya itu adalah satu persepsinya, persepsi tentang PAS amat sedikit. Umumnya persepsinya itu tentang DAP, PKR dan rakan NGO-nya.

Sekalipun sindirannya itu terselit sedikit dalam sejambak bunga yang besar tetapi PAS tidak boleh tidak peduli terhadap persepsi orang terhadapnya.

Pada saya Tun Hamid tidak dikira dapat disamakan dengan lain-lain bekas Ketua Hakim Negara selepas Tun Salleh Abbas. Tun Salleh boleh pencapai kedudukan sebagai legenda dalam kehakiman negara sejak era Mahathir. Macam-macam dikata tentang bekas ketua hakim yang lain. Video Linggam adalah drama tentang isu mereka.

Hamid saya kenal dari budak, tidak diketahui banyak publisiti dan tidak diketahui banyak keinginan dunia mewah. Orang bersara Ketua Hakim boleh dapat gunung emas. Hamid tidak diketahui. Dia membuat kejutan membebaskan Anwar Ibrahim. Ada yang mengira jika Hamid hakim tentangnya dari mula mungkin Anwar tidak berkampung di Sungai Buloh.

Persepsi orang sepertinya mempengaruhi. PAS kena peduli sindirannya, ditakuti dia membuat pengamatan yang tepat. Persepsi tidak semesti tepat, tetapi ia tidak boleh diremeh.

Sekalian ahli fikir PAS mesti melihat semua persepsi itu secara peduli, perlu memberi jawapan bagaimana ia mesti berada pada politik yang tepat, tidak seperti yang orang persepsi.

Setahu saya, sebagai dilihat tidak partisan dalam politik, Tun Hamid bukan anti PAS. Semasa dia jadi Hakim di Kelantan, PAS bermuktamar di negeri itu. Abang ipar dan kakaknya jadi perwakilan PAS Kepala Batas. Mereka menginap di rumahnya. Iparnya mengajak saya bertamu di rumahnya. Apabila dia balik cuti di Sungai Dua diajaknya Ismail, rakan kampungnya memancing. Ismail itu aktivis PAS berdengung. HARAKAHDAILY 25/7/2014

Sumber HD - 25-7-2014

Bank Rakyat ulangi BB Hong Kong 30 tahun lalu

SUBKY LATIF | .

SAYA tidak berapa tahu atas apa yang dikatakan skandal Bank Rakyat dan Deepak, saudagar permaidani yang lebih setahun kecoh dikatakan berbalah dengan isteri Perdana Menteri atas isu penyiasat persendirian Bala dan Altantuya.

Kecoh itu menyebabkan Deepak terkenal dan selepas Bala meninggal, kecohnya dengan orang kenamaan itu hilang.

Tiba-tiba namanya timbul semula kerana mendapat kemudahan pinjaman yang tidak terhingga daripada Bank Rakyat – dekat ratus juta.

Kisahnya meletup semula kerana ada masalah tentang pembayaran hutang yang banyak itu hingga Bank Rakyat hendak mengambil tindakan undang-undang. Biasalah bagi bank, bertindak demikian kepada pelanggannya.

Cara mana dia senang dapat pinjaman banyak itu belum lagi dikisahkan oleh sesiapa. Ada skandalkah atau tidak, tiada siapa ketahui. Kisah ini jadi skandal apabila menteri yang berkuasa atas bank itu campur tangan tentang cara bank untuk mendapatkan balik hutang itu. Dikatakan dihantarnya surat supaya jangan gunakan undang-undang tapi selesaikan dengan bayar ansur tiap-tiap bulan selama 10 tahun.

Pengerusi bank, Tan Sri Sabaruddin Chik tolak campur tangan itu dan cara penyelesaian oleh pelanggan. Kata Mahfuz Omar, ada lagi surat dari menteri supaya setuju dengan cadangan pelanggan, menjelaskannya melalui cek yang disebutkan jumlah tetap yang bertanda tangan tiap-tiap bulan selama 10 tahun.

Berikutnya, pengerusi bank itu ditamatkan perkhidmatannya dan cadangan pelanggan diterima.

Demikianlah persekitaran kisah yang dikatakan skandal itu yang kini menjadi isu panas melibatkan Deepak, menteri dan Bank Rakyat yang saya ada sikit saham.

Apabila ia dikatakan skandal, maka timbullah keraguan tentang keselamatan pinjaman dan macam mana pemberian pinjaman dan sebagainya.

Ia mengingatkan saya kepada kisah anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong kira-kira Dr. Mahathir baru jadi Perdana Menteri dulu. Seorang saudagar di Hong Kong dengan begitu mudah dapat pinjaman jika tidak silap lebih dua bilion.

Benda itu jadi pecah kerana seorang pegawai Bank Bumiputera dari Kuala Lumpur yang ditugas di syarikat kewangan di Hong Kong itu didapati terbunuh.

Banyak mana duit yang dipinjamkan itu payah hendak dibayangkan, tetapi kalau wang kertas RM10 digantung pada tali seperti poster pilihan raya, maka panjangnya boleh sejauh dari Kuala Lumpur ke Australia dan disambung semula dari Australia ke Kuala Lumpur mungkin banyak lagi yang belum digantung.

Kata Dr. Mahathir atas skandal itu pada masa itu kira-kira, ia bukan kesalahan dari segi jenayah tetapi kesalahan dari segi moral.

Dilakukanlah siasatan atas pembunuhan itu dan cara pemberian hutang yang begitu banyak dan mudah. Tindakan undang-undang dikenakan. Jika saya tidak silap saudagar yang bertuah itu ditahan.

Apa pun, beberapa orang penting dari dunia kewangan dari Bank Bumiputera dikenakan tindakan undang-undang antaranya Lorence Othman yang sangat berpengaruh dalam kalangan kerajaan dan usahawan. Saya tidak ingat tindakan yang dikenakan kepadanya. Tetapi dia kena tindakan.

Ada yang lari ke Paris. Saya tidak ingat namanya. Tetapi saya tahu dia orang baik. Saya tidak ingat apakah dia dikenakan tindakan. Lama selepas skandal di Hong Kong itu tidak diingat orang, saya terjumpa dia di Kuala Lumpur. Kami bertegur sapa. Saya kata kepadanya, ‘Lama kita tidak jumpa.’ Dia pun bertanya khabar.

Skandal di Bank Rakyat ini tidak sehebat skandal di Hong Kong itu kerana tiada pembunuhan, tetapi kelecehannya adalah sama, orang suka menjadikan bank sebagai lubuk untuk mengaut untung secara tidak bermoral. Dengan pengajaran di Hong Kong itu, tidak wajar skandal berulang lagi. - HARAKAHDAILY 24/7/2014

Sumber HD - 24-7-2014
















































































































































































Salam TG Nik Aziz

SUBKY LATIF | .
KURANG daripada 24 jam disampai kepada saya beritanya dikatakan mati, saya menerima panggilan telefon dari Datuk Husam Musa. Katanya, ‘Tok Guru Nik Aziz kirim salam pada anta.’

Wailaikumus salam.

Sempat saya tanya tentang sebaran yang mengatakan beliau meninggal. Jawab Husam, ‘Dia sihat lagi, berehat di hospital.’

Tidak pula saya tanya, dia boleh puasa atau tidak. Sebelum bercakap dengan Husam, saya tengok beritanya di laman web memberi komen kepada tragedi MAS ditembak jatuh di Ukraine. Ada gambarnya membaca akhbar. Ertinya Tok Guru masih boleh jadi kawan. Segala puji bagi Allah.

Saya minta Husam sampaikan pula salam saya kepadanya. Insya-Allah minggu depan pula dia jumpa Tok Guru. Saya harap sesiapa yang membaca rencana yang bertemu Tok Guru, sampaikan salam saya, moga-moga dilimpahkan kesegaran kepadanya. Amin!

Khabar angin itu begitu cepat tersebar ke serata dunia. Saya di England diberitahu anak saya Huzaifah tentangnya. Saya diam sekitar 10 minit. Biasanya hal seperti ini cepat-cepat dimaklumkan oleh Dang Fatiha, anak saya di Kuala Lumpur. Saya tunggu darinya. Tak ada.

Padanlah saya tidak segera pilu dengan sebaran itu kerana ia belum pasti. Saya minta Huzaifah semak dari semua rangkaiannya. Tiada pengesahan dari Kuala Lumpur dan Kelantan. Maka langsung saya tidak terharu.

Saya hanya terharu apabila Tok Guru kirim salam pada saya. Beliau uzur, saya kira lebih daripada biasa, tetapi sempat berkirim salam pada saya. Dalam masa hampir 10 tahun ini saya jarang bertemu dengannya. Terakhir sekitar enam bulan dulu di pejabatnya di Kota Darul Naim semasa saya berprogram di Kota Bharu.

Dua hari sebelum saya tinggalkan tanah air, saya diberitahu beliau amat uzur. Ada yang kata orang sudah baca Yasin. Ramai dari Kuala Lumpur bekejar ke Kota Bharu. Saya tidak dapat serta kerana saya hendak ke lain. Harapan saya ialah kalau apa-apa berlaku, moga-moga kami bertemu di syurga.

Tiba-tiba beliau berkirim salam pada saya. Dalam keadaannya tidak pernah sihat itu dia berkirim salam. Apa lagi yang lebih menggembiranya? Itulah yang mengharukan saya. Ia adalah tanda ingatnya pada saya dan dipercayai kepada sekalian yang dikenalinya.

Macam Nabi SAW menjalang ajalnya berkata, ‘Ummati! Ummati!’ Seperti Tok Guru ingatkan rakan-rakannya.

Mengapa Tok Guru kirim salam. Kata Husam, ‘Dia baca tulisan anta tentang Muhyidin Yassin. Dia suka tulisan itu.’ Isu Muhyidin itu saya dengar di Kuala Lumpur semasa semua berkejar ke Kota Bharu kerana keuzuran Tok Guru itu.

Saya ulas isu itu sesudah saya berada di Birmingham. Anggapan saya tentulah beliau uzur lagi, tetapi dia boleh baca Harakah dan ada reaksi tentang tulisan saya. Ia kali kedua Tok Guru kirim salam seperti itu. Lima tahun dulu Husam menelefon saya. ‘Tok Guru nak bercakap dengan anta.’

Tok Guru ucap tahniah atas tulisan saya menegur Sultan Perak memecat Menteri Besar. Padanya saya saja boleh komen begitu.

Dalam suasana uzurnya itu, beliau sempat ikuti perkembangan, beri reaksi dan berkirim salam pula. Inilah kelebihannya sebagai seorang yang uzur. Sejak saya mengenalinya 40 tahun lalu, dia sudah uzur dan selalu uzur. Uzur seperti itu menghalang orang lain berpolitik. Tetapi beliau boleh jadi Menteri Besar lebih 20 tahun dalam masa uzur tetapi politik dan pentadbirannya tidak uzur.

Orang kata pada saya, uzur itu cara Allah untuk mengampun dosa kita. 40 tahun beliau uzur, moga-moga setiap hari dosanya diampunkan. Moga-moga kami sempat berjumpa. Kiranya tidak sempat berjumpa, moga-moga berjumpa di syurga. HARAKAHDAILY 21/7/2014

Sumber HD - 21-7-2014

Raja – rakyat, jangan berbalah dalam publik

SUBKY LATIF | .

APAKAH perbezaan pandangan antara Sultan Selangor dan Anggota Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam masyarakat terbuka satu amalan demokrasi yang sihat yang digalakkan?

Mungkin bagi ketua negara/negeri itu Presiden/Gabenor perkara biasa perbezaan pandangan antaranya dengan individu/rakyat, tidak dikira melanggar pantang larang dan adab kerana ia dibenarkan dalam demokrasi dan demokrasi mengiranya sihat.

Tetapi ada pandangan berbeza kalau di khalayak ramai Raja dan indivdu/rakyat berbeza pandangan secara terbuka sekalipun amalam demokrasi dijunjung tinggi oleh semua.

Hal antara Sultan Selangor dan Khalid yang dilihad dalam media, tidak dikehendaki berlaku dalam publik secara terbuka, sama ada ia daripada pihak Khalid mahu daripada pihak Sultan. Bukan Khalid saja tidak dikendaki membuat penjelasan terbuka atas apa yang dihadapinya, Sultan juga tidak dikira berbuat betul menegur individu secara terbuka.

Tiada mana-mana peraturan dan adab Raja tidak dikehendaki menegur amalan rakyat yang dikira perlu ditegur sebagai sifatnya pemerintah tertinggi, Raja boleh menegur tentang amalan membazir untuk berbuka puasa, menyatakan susah hati tentang pengambilan rasuah, tentang apa jua yang dikira buruk yang patut dibaiki.

Semua teguran itu adalah bersifat umum, tidak dibuat atas mana-mana individu sekali teguran itu khusus untuk individu tertentu. Tetapi Raja itu dikira bijaksana jika tidak menegur seseorang secara terbuka.

Britain mempunyai demokrasi yang terbuka, rakyat boleh menegur Queen hingga tidak tergamak kita mendengarnya. Suatu yang dikira terlalu bebas. Tetapi kita tidak mendengar Ratunya menjawab teguran dalam publik secara khusus. Mereka ada cara lain bagi menyesaikan pandangan berbeza itu.

Raja Thailand dipercayai amat getik dengan kerenah orang-orang politik terutana 10 tahun terakhir ini. Tetapi Raja Thailand tidak pernah berkata begitu dan begini baik terhadaap fulan tertentu dan kumpulan politik tertentu. Raja menggunakan kaedah lain bagi menangani perbezaan.

Zaman ini bukan semua orang boleh bersetuju dengan semua orang dan bukan semua bersetuju dengan semua pandangan raja. Tetapi tamadun masyarakat beraja berbangga atas kesetiaan kepada Raja dan mereka ada adab bagaimana memelihara kemuliaan dan kedaulatan Raja itu sesuai dengan amalan demokrasi dan bagi masyarakat Islam ia ada fekah bagaimana Raja sebagai ulil amri wajar dan wajib dipatuhi.

Saya fikir Khalid sebagai seorang pengamal politik Islam dan pengkaji fekah politik Islam memahami konsep ulil amri dan mengikut disiplin itu sebaik mungkin. Sebagai seorang politik yang terbuka dia benar-benar mahu menjadi pengkritik masyarakat dan tidak mahu Raja diperangkap oleh golongan temenggong yang menggunakan istana bagi menyusahkan Hang Tuah.

Sebagai pengamal politik Islam, demokrasi dan pengkritik terbuka, Khalid menyuarakan pandangannya sepanjang yang tidak terkeluar daripada batas disiplin. Raja tidak ada kebebasan yang ada pada Khalid. Ini tidak bererti Raja tidak berhak untuk menyampaikan bantahannya kepada Khalid.

Khalid bukan maksum. Dia boleh melakukan kesilapan. Tetapi Raja wajar sentiasa bersama dengan penasihat, jika Khalid perlu ditegur bukan ditegur depan orang Sepang, tetapi Khalid boleh dipanggil ke Istana, berbincang dengan sekalian penasihat. Hebatnya Raja England dan Raja Thailand ialah atas kebijaksanaan penasihat masing-masing.

Adakah Raja kita punya penasihat yang demikian atau Raja sentiasa memanfatkan penasihat. Kekuatan Raja, Presiden dan Perdana Menteri adalah atas wibwa penasihatnya. Pemimpin akan terperangkap kiranya penasihatnya seperti Temenggung zaman Melaka dulu.

Saya yakin Khalid bukan macam Dr. Mahathir berdepan dengan Raja-Raja dulu, tetapi dia mahu Raja tidak diseret oleh penasihat yang tidak berwibawa. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014
















































































































































































Menterjemah bola Jerman dalam kerajaan Najib

SUBKY LATIF | .
KEJAAYAN bola Jerman menjuarai Piala Dunia hasil kekuatan bekerja individu dan semangat berpasukan - boleh diterjemahkan kepada mana-mana kerajaan dan rakyat bagi memperkasa negara dan masyarakatnya seperti yang ada pada sistem kerajaan Jerman.

Betul seperti ulas Perdana Menteri Najib, keupayaan bekerja Jerman secara berpasukan setiap individu, sedia kerja lebih masa, jika diambil contoh oleh pegawai awam dan sesiap juga, boleh menjadi kejayaan menyeluruh lebih bererti untuk semua.

Bukan setakat bola Jerman boleh dijadikan contoh, sistem yang dianut oleh kerajaan Jerman dan rakyatnya boleh dijadikan contoh lebih bermakna. Kerana sistemnya begitu menjadikan pasukan bolanya begitu.

Sistem di jerman itu sensitif kepada cakap dan teguran orang ramai, anti rasuah, pemimpinnya tidak membolot dan merompak kekayaan negara, rakyatnya berdaulat. Secara kolektif individu tidak mengiyakan cakap pemimpin secara membuta tuli. Kalau mahu tengok rakyat jadi tuan kepada negaranya tengoklah Jerman.

Willy Brandt adalah Canselor Jerman paling dihormati dunia selepas era Hitler. Dia seera dengan pentadbiran Tun Razak, awal 70-an. Ekonomi dan demokrasi paling cemerlang pada masanya. Dia meletak jawatan kerana seorang menteri junior di jabatan canselorinya terlibat dalam hal yang tidak disenangi umum yang dikira boleh mencacatkan moral politik bangsa Jerman.

Willy Brandt tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia dipuji oleh semua. Bangsa Jerman cukup terseksa dan binasa kerana terlalu memuji dan mendewa Hitler melebihi bangsa Qibti mempertuhankan Firaun. Mereka tidak memuja individu lagi selepas itu, tetapi mereka paling hormat pada Willy Brandt.

Pada puncak kecemerlangannya, katanya mengapa dia meletak jawatan, biar ada di Eropah, satu bangsa dan individu yang ada maruah politik. Adakah ini dalam atmosfera kita? Tun Hussein letak jawatan adakah kerana maruah politik atau kerana kesihatan?

Seorang bos di Jerman apabila jumpa lantai kotor di pejabatnya, dilihatnya semua pekerja bertugas, dia tidak minta petugas tinggalkan kerjanya, bersihkan lantai dulu. Dia sendiri ambil alat pencuci bersihkan lantai itu. Kalau pegawai awam tengok bos macam ini, semua akan bersemangat untuk kerja.

Tetapi kalau mereka tengok mana-mana orang politik dijamin kaya serta merta, setiap orang tidak mahu kerja lain tetapi berebut-rebut jadi tuan politik dan sedia jadi dagu dan janggut orang politik.

Dalam sistem Jerman itu, setiap pemimpin dan bos tidak semestinya baik sehinggalah dia membuktikan dia baik.

Kerajaan pimpinan BN yang terakhir seperti Najib, dengan sistem yang terpakai, setiap keturunan rakyat biasa bertukar menjadi semi feudal atau penuh feudal apabila menjadi pemimpin Umno, setiap pemimpin dan menteri adalah betul dan baik, seolah-olah malaikat belaka, maka jangan fikir kesepakatan bola Jerman itu dapat diterjemahkan dalam pemerintahan Malaysia dan perkhidmatan awamnya. Malah air kaki bola Brazil pun ia tidak mungkin capai.

Keindahan yang pasukan Jerman tunjukkan itu mungkin boleh diterjemahkan ketika kita baru merdeka dan ketika para pemimpin baru merasa jadi menteri, tetapi setelah masing-masing jadi feudalis baru - sepuluh jung masuk, anjing tersepit ekor juga.

Apakah yang kita boleh dapat daripada kejayaan Jerman itu adalah ulasan-ulasan indah yang tidak mungkin dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita, seperti mendengar siulan tiung.

Bukan analisis itu tidak boleh dijadikan panduan, tetapi sistem pemerintahan yang lapuk dan ketinggalan itu perlu dibersihkan dulu. Jika kita mahu manfaat daripada ulasan itu, kita kena tunggu kuasa itu diubah. Jika tidak, tiung macam tiung juga. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014

Apa cadangan Yadim untuk Ramadan?

SUBKY LATIF | .

DR. ASYRAF Wajidi telah mengingatkan semula untuk semua akan amalan dalam bulan Ramadan bagaimana puasa boleh penat lapar dan dahaga serta apa untung ruginya dengan festival menjadikan bulan itu melayan selera makan.

Semua itu adalah pencerahan berguna untuk semua seperti yang selalu diingatkan oleh sekalian tuan-tuan guru. Tetapi pencerahan yang acap itu tidak pula mengeluarkan umat di Malasia ini dari amalan yang biasa itu – pi mai, pi mai tang tu juga.

Tahun depan kita ulangi pencerahan yang sesama. Tetap ada pahalanya tetapi apa anjakannya?

Umat sekalian akan bertuah dengan Dr. Asyraf yang menyedari hal itu diamanahkan pemimpin Yadim supaya dapat mengeluarkan semua daripada amalan dan kelekaan biasa itu.

Sekarang apa yang kita patut buat supaya Ramadan akan lebih berkesan dan umat dapat faedah dan kemajuan dengannya?

Saya banyak dengar pandangannya. Sedap dan boleh memberi pencerahan. Dengan amanah diberi padanya di Yadim itu ia boleh mendapat anjakan. Bagaimana Ramadan akan datang semua akan beranjak dari yang selama ini.

Ini yang semua tunggu daripada Yadim dan Dr. Asyraf spaya tahun depan kita sekadar diulangi pandangan pencerahan saja.

Yadim adalah agensi penyatuan semua institusi dakwah mencakuti politik, pendidikan, budaya, kebajikan, sosial dan lain-lain. Ia bleh menggabungkan semua agensi kerajaan dan NGO berbagai-bagai bidang.

Apa kata kalau Yadim menganjurkan satu kongres dakwah kebangsaan dua tiga hari seperti para pemikir buat menjadi anjakan tentang kebudayan kebangsaan , ekonomi bumiputera dan lain-lain.

Cari jalan bagaimana permulaan dakwah itu boleh dimulakan di sekolah sejak pra sekolah lagi. Biar ada kurikulum setiap yang masuk sekolah didedahkan pengisian dakwah dan setiap pulang dari sekolah membawa balik mesej dakwah. Apabila meraka dewasa mereka jadi umat yang kamil, dan bagi bukan Islam boleh jadi rakyat yang berakhlak mulia, memahami keindahan kehidupan Islam, dan warga bukan Islam yang berfikiran Islam.

Dunia kita akan senang kiranya ramai rakyat berfikiran seperti TS Koo Kay Kim dan berpengetahuan seperti MP DAP dari Kluang.

Bagaimana pengeluar lesen peniaga pasar Ramadan dapat mengubah supaya peniaga itu berakhlak dakwah. Apabila tiba waktu berbuka, peniaga dan pelanggan menghentikan urusan jual beli, berbuka dulu sambil menyegerakan solat di kawasan bedekatan. Jika gerai menyediakan kemudahan berbuka, selepas solat semua menyambung berbukanya. Lepas itu semuanya berada di saf tarawih.

Apa pengeluar lesen boleh buat supaya suasana dakwah itu boleh terpancar di setiap pasar malam. Kita tidak boleh hadkan masa niaga had suku jam sebelum maghrib, tetapi apa kemudahan yang disediakan, supaya peniaga dan pengunjung pasar malam bersedia solat apabila tiba waktunya? Kegiatan perniagaan disambung pula?

Bagaimana setiap pegawai kerajaan dan swasta dapat menjadi dai dalam setiap tugasnya.

Jangan hadkan kegiatan dakwah itu di surau dan masjid, tetapi ia tersebar dalam semua lapangan kehidupan.

Yadim kena berhubung dengan operator teksi, kilang-kilang, jabatan kerajaan supaya atmosfera dakwah dirasakan ada di mana-mana.

Dr. Asyraf kena jadikan Yadim dikehendaki oleh semua dan biar ia jadi denyut nadi dan darah dalam semua lapangan. Ia tidak mungkin dicapai dalam satu hari, tetapi kelau 10 tahun jadi CEO Yadim mesti Yadim dapat jadi sebutan semua orang. Bukan sekadar anjakan untuk bulan Ramadan tetapi untuk semua bulan. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Sumber HD - 14-7-2014
















































































































































































Siapa dapat halang penggunaan kalimah Allah?

SUBKY LATIF | .
BAGAIMANA dan siapa dapat halang penggunaan kalimah Allah dan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu selama-lamanya dalam kalangan penganut Kristian Malaysia?

Ia boleh dihalang beberapa ketika dan saya tidak nampak ia dapat dihalang selama-lamanya.

Jika ia tidak dapat disekat bukanlah atas hujah beberapa pejuang kebebasan agama dalam kalangan orang Islam seperti Marina Mahathir dan Zainah Anwar daripada Sisters In Islam dan rakan-rakannya.

Ada penyokong gerakan itu sama ada dalam dan luar negera mengira pandangan aktivis masyarakat Islam seperti mereka tidak menentang panggilan nama Tuhan itu dan penerbitan kitab dan persuratannya dalam bahasa kebangsaan. Hujah itu tidak kuat, sama ada ia boleh diguna atau tidak jika ia datang dari pemikir Islam yang boleh dikira tersohor seperti Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Haji Abdul Hadi Awang atau Dr. Maza, bekas Mufti Perlis.

Kita boleh guna undang-undang untuk menyekatnya, malah melalui persepakatan Raja-Raja, tetapi buat berapa lama, sedang kita dapat menyekat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang menggunakannya di alam nayata dan alam maya. Generasi akan datang adalah pengguna teknologi itu. Mereka berkomunikasi dengannya dalam dan luar negera.

Jika ia tidak beroperasi dalam negera, tetapi sekadar seribu dan dua ribu saja pemilik laman web menggunakannya, tiada tembok besi yang tidak dapat ditembusinya. Akhirnya Raja-Raja dan sekalian pembantah penat. Kekuasaan juga tiada keupayaan untuk menghalang.

Jika ia tidak dapat halang bukanlah kewajarannya atas ia disukai oleh pemikir yang tidak berpaksi kepada pengetahuan wahyu, tetapi wajar memerhatikan pandangan dan pendapat ulama yang terdidik dalam ilmu wahyu.

Marina dan Zainah mungkin ahli fikir yang patut diberi perhatian, tetapi sandarannya daripada pengkajian dan pemikiran manusia yang tidak terdidik dalam disiplin pengajian ilmu wahyu. Sedang kekuatan fikiran manusia selalu teruji sah dan batalnya.

Sesempurna manusia ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak menggunakan fikirannya, tetapi segala yang datang daripada baginda adalah aliran wahyu. Tiada yang tidak benar melainkan benar.

Kedua, wanita yang dijadikan hujah itu tidak diketahui keahlian dalam pengajian Islam. Di mana mereka mengaji dan siapa gurunya? Guru amat penting dalam pembentukan manusia. Nabi Muhammad SAW ada gurunya iaitu Jibril dan Jibril dari Allah. Imam Ahmad ibni Hambal, Imam Syafie dan Imam Ghazali semuanya berguru.

TG Nik Aziz, TG Haji Abdul Hadi dan Dr. Asri Zainal Abidin diketahui berguru. Mereka berguru dari guru mereka. Guru mereka berguru dari guru mereka. Guru mereka pula dari guru mereka. Seterus berguru dari Nabi Muhammad SAW dan baginda pula berguru dari Jibril dan Allah.

Manusia itu ada kekurangan dan kesilapan. Tetapi ilmu orang berguru kurang kesilapan berbanding dengan yang tidak berguru. Pandangan orang berguru sentiasa menjadi sandaran kepada sebarang pendapat. Maka, bagi yang tidak berguru seperti William Shakespeare dan Plato tidaklah dapat menjadi hujah bagi menghalalkan sesuatu bersangkut tentang hal ehwal Islam.

Ulama kita itu ada pandangannya tentang Allah sebagai nama Tuhan untuk sekalian makhluk dan terjemahan kitab suci semua agama dalam semua bahasa. Apa jua hujah sama ada kalimah Allah boleh diguna semua atau untuk Islam di Malaysia saja, kita dengar apa mereka kata.

Tentang Allah itu disalah guna dan penyebaran dalam bahasa Melayu itu boleh mengelirukan umat Islam, maka ia kerja Dr. Asyraf Wajdi dari YADIM supaya bagaimana benih orang Islam tidak boleh dikelirukan. - HARAKAHDAILY 12/7/2014

Sumber HD - 12-7-2014

Tengku Adnan bukan anak jantan

SUBKY LATIF | .

ADAKAH Tengku Adnan Mansur, Menteri Wilayah Persekutuan anak jantan? Jika sebenarnya dia anak jantan, dia mesti tangkap semua aktivis NGO yang mencabarnya menyediakan sup dapur bagi mengalas perut warga gelandangan di sekitar radius dua kilometer pusat sesak Kuala Lumpur.

Mulai minggu ini sekalian warga gelandangan itu mesti dibersihkan dari pusat bandar itu kerana pelancong sentiasa ramai dan aib negara justeru keberadaan gelandangan dan jamuan sup dapur.

Tidak kira ia disukai oleh sekalian orang merempat, NGO berperikemanusiaan, baik Perdana Menteri Najib dan KJ, Ku Nan mesti tegas, bersihkan Kuala Lumpur daripada anasir yang menyemakkan mata kementeriannya.

Jadilah macam PM Najib, semua yang siuman kata GST itu biawak hidup yang membebankan pengguna, kerana dia anak jantan – bukan pondan – dia jalan terus sekali pun GST menjadikannya digetik semua.

Jadilah sekeras Mahathir, semua kata lebuh raya bertol membebankan rakyat dan menghidupkan lintah darat, sikit dia tidak peduli.

Ku Adnan nak keras dan tegas macam itu, tapi dia sudah jadi lebih lembut dari pondan hingga bercadang meletakkan kelemahannya kepada petugas laman sosial yang memutar belit niat dan kenyataan yang mulia.

Seminggu ini Ku Adnan jadi menteri jantan yang masyhur, mahu membuang gelandangan dari Kuala Lumpur dan memenuhkan penjara Kajang dan Sungai Buloh dengan simpatisan si miskin dan pengemis. Dia mahu menyenangkan hati pelancong dari seluruh dunia mengusir rakyat dan warga yang tidak bernasib baik, supaya pelancong merasakan Malaysia penuh dengan orang senang seperti Tengku Adnan.

Atas tulang dan keringat siapa Ku Adnan jadi menteri dan pembesar Umno? Atas susah payah ahli Umno dan rakyat yang bangsat. Mereka mendengar cakap pemimpin untuk membela nasib buruk mereka. Tiba-tiba kerana hendak duit para pelancong kaya dunia, sekalian yang miskin yang tidak tentu makan itu dihambat dari wilayah kekuasaan si Ku Adnan.

Hati menteri itu digambarkan dunia ini tiada tempat bagi orang susah dan dia hendak hidup dengan orang-orang senang saja. Biar Qarun yang menutup pintu zakat kepada rakyat merempat Mesir purba, kerana dunia yang dia hidup adalah bersama Firaun dan Haman saja. Jangan ada dalam Umno dan zaman merdeka ini orang berhati mustakbirin seperti itu

Gerangan apa wujudnya orang bangsat di Kuala Lumpur? Kerana sistem dan kegagalan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. Lim Guan Eng pun tahu dua tahun saja pentadbiran Umar Abdul Aziz, tiada yang miskin dan tiada yang layak menerima zakat di wilayahnya. Kalau khalifah boleh basmikan kemiskinan, mengapa kerajaan tdak boleh kurang dan ringan masalah orang miskin.

Ajaran Nabi Muhammad SAW menganjurkan indahnya dunia ini, justeru adanya golongan miskin dan memperuntukkan sebahagian daripada kekayaan orang kaya itu adalah untuk orang miskin. Adanya si miskin itulah jadi sumber pahala bagi si kaya, jadi tempat mereka bersedekah dan menjamu makan. Tiada berkat kenduri kiranya tiada tetamunya orang miskin dan anak yatim.

Tiada makan Nabi Ibrahim a.s. yang beribu kambingnya kiranya tiada tetamu yang hendak menemannya makan. Baginda keluar mencari tetamu untuk makan bersamanya sebelum makan. Tidak kiralah tetamu itu kaya atau miskin.

Golongan itulah yanag Ku Nan hendak nyahkan dari KL. Sudahlah mereka dibencinya, yang mulia yang hendak menjamunya hendak dipenjara.

Mungkin dia rasa tidak bersalah. Kita cabar dia. Jika anak jantan, tangkap semua mereka supaya lebih cepat Putrajaya jatuh. Jika Ku Nan tidak utamakan pelancong daripada rakyat miskin, tidaklah kerajaan dikata zalim. Semua itu isyarat usia si takbur hampir berakhir.

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment