BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 11, 2014

KESIHATAN DAN PENYAKIT


Remaja Melecur Selepas Makan ‘Biskut Berasap’
Posted on Tuesday, December 20 @ 16:08:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32919



KESERONOKAN memakan biskut yang mengeluarkan asap dari mulut mengundang bahaya kepada
seorang remaja di Alor Setar, Kedah apabila melecur tapak tangan kanan dan sakit di bahagian tekak
selepas menikmati biskut tersebut.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridzuan, 15, mengalami pedih di bahagian
tekak selepas memakan biskut jenama ‘Dragon Breath’ yang diperolehinya di sebuah gerai di bazar
larut malam Uptown pada Jumaat lalu.

Mohd Aiman mendakwa terkena cecair nitrogen yang digunakan dalam penyediaan biskut berasap
yang dibelinya dengan harga RM10 semangkuk mengandungi 20 keping biskut.

“Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam 
mulut,” katanya tidak lama kemudian menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa
pedih apabila terkena cecair ‘biskut berasap’ itu.


Dia menyedari tapak tangannya melecur dan mengelembung seperti terkena air panas serta terus
membuang biskut tersebut.
Remaja Melecur Selepas Makan 'Biskut Berasap'
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata,
setakat ini, pihaknya menerima lima aduan berhubung pengambilan biskut berasap itu yang
mendatangkan kesan kepada pengguna termasuk melecur di bahagian lidah ketika makan.

Menurutnya, biskut berasap tersebut menggunakan gas nitrogen untuk mengeluarkan asap dan
menjelaskan pengetahuan secara rambang mendapati gas tersebut berbahaya kepada kesihatan.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang 
lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak Masakan Yang Dimasak Hari Ini Sangat Tidak Sihat
Posted on Wednesday, November 30 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32645



Seperti mana yang kita ketahui, minyak masak mempunyai kelebihan dan ia juga boleh membawa
kesan buruk jika bahan asas itu diambil dalam kuantiti berlebihan.

Menurut sebuah artikel yang disiarkan di laman sesawang Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC)
bertajuk ‘Baik, Buruk Mikyak Masak’, minyak masak adalah baik kerana ia mengandungi lemak,
 yang merupakan sumber utama tenaga, selain mengandungi komponen yang membantu penyerapan
vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting yang lain.

Walau bagaimanapun, menggunakan minyak masak secara berlebihan boleh membawa kemudaratan
kepada kesihatan tubuh badan termasuk menyebabkan obesiti dan masalah jantung.

Minyak masak sawitt sering digunakan untuk makanan jenis goring rendam kerana strukturnya yang
lebih stabil dan mempunyai tahap lemak tepu yang tinggi, tetapi kandungan asid lemak monotak tepu
 (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA) yang rendah.

Meskipun kajian yang dilakukan oleh negara-negara Barat sebelum ini mendakwa bahawa lemak tepu
dikategorikan antara lemak jahat, namun beberapa tahun kebelakangan ini, manfaat minyak kelapa
sawit neutral terhadap kesihatan telah terbukti.

Kajian menunjukkan bahawa asid palmitik dalam minyak sawit neutral terhadap paras kolesterol
kerana ia membahagi sama rata kepada tiga bahagian utama molekul triglyceride dan tidak memberi
kesan negatif kepada tubuh badan, lapor artikel tersebut.

Oleh kerana kandungan asid lemak tepu dan mempunyai tahap tertentu (smoke point) yang tinggi,
minyak masak kelapa sawit adalah paling sesuai digunakan untuk menggoreng kerana strukturnya
yang lebih stabil.

Bagaimanapun menurut Pakar Nutrisi DEMC, Shah Alam, Chew Lih Theng, bahan asas tersebut
tidak boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana jika ia dipanaskan pada suhu melebihi had
ditetapkan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik 4-hydroxy-trans-2nonel (HNE), yang mana
akan meningkatkan tahap kolesterol dalam badan.

Tambahnya, jenama minyak masak bukan faktor utama menentukan sama ada minyak masak itu baik
atau sebaliknya, tetapi ia bergantung kepada berapa banyak dan bagaimana seseorang itu memlilih
kaedah menggunakan minyak masak dalam menyediakan hidangan yang sihat.

Tegasnya, banyak masakan yang dimasak kini sangat tidak menyihatkan kerana ia menyerap banyak
 minyak ketika digoreng.

"Contohnya ayam goreng bersalut tepung. Selain tepung sendiri yang mudah menyerap minyak,
daging ayam turut bertindak sedemikian menjadikan bilangannya berganda,” kata Lih Theng.

Satu cara mengurangkan penggunaan minyak adalah dengan menggunakan kuali tidak melekat
kerana tidak memerlukan penggunaan minyak dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, minyak masak yang telah digunakan dinasihatkan supaya tidak digunakan lebih dari dua
kali memandangkan minyak masak yang telah dipakai boleh menjadi toksik dan berbahaya kepada
tubuh badan.
- mD

Sumber TKO - 30-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kanser Punca 13.56 Peratus Kematian Di Malaysia Tahun
Lepas

Posted on Saturday, November 26 @ 07:06:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32587&mode=thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR: Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas,
 kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem
pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan MNCR (Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan) 2007-2011,
seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia bagi tempoh berkenaan, yang mana
46,794 kes (45.2 peratus) merupakan pesakit lelaki manakala wanita sebanyak 56,713 kes (54.8
peratus).

"Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, risiko lelaki mendapat kanser ialah satu dalam 10
manakala wanita satu dalam sembilan.

"Lima kanser yang paling biasa dihidapi lelaki ialah kanser kolorektum sebanyak 16.3 peratus,
paru-paru (15.8 peratus), nasofarinks (8.1 peratus), limfoma (6.8 peratus) dan prostat (6.7 peratus),"
 katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi wanita pula, lima kanser yang biasa dikesan golongan itu ialah kanser payudara sebanyak 32.1
peratus, kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6
peratus).

Dr Noor Hisham berkata laporan MNCR seterusnya adalah bagi data dari tahun 2012 hingga 2014
dan kini ia sedang dalam proses menyiapkan pengumpulan data.

Beliau berkata Daftar Kanser Malaysia menuju ke arah automasi pemberitahuan kanser dengan
menggunakan Sistem Maklumat Daftar Pesakit (PRIS).

Sistem itu merupakan aplikasi web dibangunkan oleh Health Informatics Centre (HIC) Kementerian
Kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"PRIS merupakan aplikasi web yang mana data boleh didaftarkan secara elektronik dan akhirnya
disalurkan ke Gudang Data Kesihatan Kebangsaan (MyHDW).

"Sistem ini dijangka akan membantu pengumpulan data lebih cepat dan memudahkan penerbitan
laporan pendaftaran itu," katanya.
-BERNAMA

Sumber TKO -26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai Tidak Tahu Sarapan Tembikai Mempercepatkan
Hilangkan Perut Buncit

Posted on Tuesday, November 08 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32290



Anda ada niat mahu menghilangkan perut buncit? Cubalah sarapan tembikai setiap pagi. Jika ingin
tahu manfaat tembikai lebih lanjut, semak ulasan berikut ini dan pastinya membuat anda rajin makan
tembikai setiap pagi.

Tembikai tidak hanya rendah kalori, buah ini kaya nutrisi seimbang yang dapat menjaga kesihatan
tubuh secara keseluruhan.

1. Menjaga kekebalan tubuh dan metabolisma

Tambah buah tembikai ke dalam menu salad untuk sarapan. Selain menyegarkan, sarapan buah
tembikai setiap hari boleh membantu untuk menjaga kekebalan dan kadar metabolisma tubuh anda.
Dengan itu, anda akan terbebas dari penyakit dan melawan jangkitan.

2. Rendah kalori

Tembikai mengandungi sedikit kalori. Para pengkaji mengungkapkan, makan satu hidangan buah ini
sama dengan anda makan kira-kira 28 kalori dan pasti tidak membuat tubuh anda cepat gemuk.

3. Melancarkan saluran pencernaan

Terlepas dari penurunan berat badan, makan tembikai juga dapat mengurangkan tahap kolesterol
tinggi, mencegah batu ginjal dan membantu dalam menjaga saluran pencernaan setiap hari.

Lebih dari itu, dalam jangka panjang pengambilan buah tembikai juga bermanfaat untuk melindungi
jantung terhadap penyakit dan stroke, iaitu vitamin yang disebut lycopene.

Selain daripada itu, tembikai juga merupakan sejenis buah yang penuh dengan khasiat dan kebaikan
seperti:

1. Mengawal tekanan darah

2. Mengurangkan lemak badan

3. Memperbaiki penglihatan

4. Membantu proses penghidratan

5. Baik untuk buah pinggang

6. Memperbaiki mood

7. Baik untuk jantung

8. Dapat membantu melawan penyakit kanser

9. Memberikan tenaga

10. Kaya dengan bahan anti-oksida

Sumber TKO- 8-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  


Guna minyak masak berulang tingkatkan risiko sakit jantung
Posted on Tuesday, November 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32289



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Walaupun berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak 

ketika ini, namun orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakannya berulang kali bagi 
mengelakkan risiko kepada kesihatan jantung.

Pensyarah Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fa­­kulti Sains 

Kesihatan Uni­versiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, minyak 
masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih daripada sekali.

Menurut beliau, minyak masak akan bertukar menjadi lemak tepu apabila digunakan berulang kali
yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ke­­sihatan terutama menyebabkan saluran darah
menjadi sempit.

"Apabila saluran darah ter­­­­sumbat, maka besar ke­­mungkinan seseorang in­di­vidu itu akan menghadapi
se­­ ­ra­ngan jantung, lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal.
"Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk menggunakan minyak da­lam kuantiti yang sedikit, dan seelok-eloknya dengan menukar kaedah masakan daripada menggoreng ke­pa­da kukus dan panggang yang dilihat lebih menyihatkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Kekurangan bekalan mi­nyak masak dilaporkan ber­laku di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu akibat tindakan segelintir peniaga menyorok bekalan di samping pembelian pa­nik oleh orang ramai yang bimbang harga barangan ke­­perluan itu akan naik berikutan penstrukturan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak berkuat kuasa Selasa lalu.
Menerusi penstrukturan itu, harga minyak masak bo­tol dijual mengikut pasaran terbuka manakala harga mi­nyak masak peket satu kilogram dijual pada harga subsidi RM2.50.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Uni­­ver­siti Malaya (UM), Dr. Sareena Hanim Hamzah berkata, penggunaan lebih daripada sekali untuk menggoreng akan menjejaskan kualiti minyak masak.
"Orang ramai dinasi­hat­kan menukar cara memasak dengan segera, selain bagus untuk kesihatan, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada diserang sebarang penyakit kronik yang ber­pun­ca daripada makanan ber­minyak.

"Kaedah tersebut me­mang sedia ada dalam pan­duan pemakanan yang sihat dan mungkin inilah masa untuk kita mengamalkan pe­­makanan yang sihat," jelasnya.

Sumber TKO -8-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun
Posted on Saturday, October 22 @ 18:58:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32090



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan
10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam
produk kosmetik.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk-produk kosmetik itu
adalah Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream,
Krim Herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream,
Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.

Produk-produk kosmetik itu mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat
merkuri dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini,
Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin adalah
produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh
digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kebiasaannya hidrokuinon digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi,
manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi
merawat masalah jerawat.

"Penggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada
profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Merkuri yang
terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan
 kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.

Dr Noor Hisham berkata notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk
kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Katanya sesiapa yang mempunyai stok produk kosmetik tersebut dinasihatkan menghentikan
penjualan, pengedaran dan penggunaan produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau mengingatkan penjual bahawa pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau
 kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan
pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Orang ramai diminta menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami kesan sampingan atau kesan buruk penggunaan
produk kosmetik.


Sumber TKO - 22-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tiada ubat untuk pesakit radang prostat?
Posted on Saturday, October 22 @ 16:46:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32088

"

Catatan ini saya tujukan khas kepada perdana menteri, menteri kewangan Datuk Seri Mohd Najib
Razak yang menwar warkan cogan kata rakyat didahulukan.

Saya tergerak menulis rencana ini setelah mendapat tahu dari mulut salah seorang Doktor pakar yang
berkhidmat di hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu mengenai tiada kos peruntukan ubat
ubatan khas kepada pesakit radang prostat .

Berpandukan kepada apa yang dinyatakan mengenai kos peruntukan ubat ubatan khusus kepada
pesakit radang prostat hanya dua jenis ubat sahaja yng ada di farmasi hospital besar Sultanah Nur
Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau menyatakan hanya dua jenis ubat sahaja yang ada di farmasi hospital besar ini, itu ubat Fincar

 finasteride tablest USP 5mg dan Xatral XL 10 mg.



Dua jenis ubat ini sahaja yang ada di Farmasi Hospital besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu 

membuat saya terkejut dan hairan,



Mengapa?  kerana tak munasabah tiada kos peruntukan sedangkan perdana meteri menteri kewangan 

mendewa dewakan  dinyatakan rakyat didahulukan

Bayangkan, jika ubat Fincar dan Xatral XL tidak sesuai dengan seorang pesakit radang prostat A.dan 
tidak memberi apa kesan.Sudah tentu peakit berkenaan kena beli ubat yang mahal harga di lain lain 
Farmasi.

Bayangkan pesakit itu seorang yang miskin. Sudah tentu tidak mampu membeli ubat yang mahal, 
kecuali panandol. Apakah yang terjadi dengan pesakit berkenaan.Lainlah bagi mereka yang 
berkemampuan.

Sumber TKO - 22-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


7 Ciri-Ciri Anda Mungkin Kena Serangan Jantung 
Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus
Posted on Friday, September 23 @ 19:45:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31788


Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi

Jika anda tidak mahu berisiko mengalami pelbagai penyakit kerana kolesterol , maka anda harus 

berwaspada ciri ciri kolesterol tinggi sejak awal . Gangguan kesihatan yang biasanya dialami oleh 
orang dewasa ataupun warga tua ini adalah sebuah gangguan kesihatan yang banyak berisiko untuk 
menimbulkan terjadinya penyakit lain yang lebih kronik .
Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau 
benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap 
kolesterol anda tinggi.

Kolesterol Tinggi - bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan 
serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan 
usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda 
tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa 
berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.


1. Kaki sering berasa kebas
Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk 
Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini 
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat 
mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau 
tinggi.

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga 
menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak 
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit 
mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida 
yang tinggi.

7. Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang 
mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda 
dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak 
berjumpa doktor.

Sumber Kolesterol - Pemakanan Berlemak

Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi 
sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah 
berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan 
seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang 
tinggi

Sumber TKO - 23-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minuman 3-in-1 Adalah Pembunuh Dalam Diam
Posted on Wednesday, September 21 @ 18:18:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31762



Kesibukan setiap hari memaksa kita melakukan setiap perkara dengan cepat dan segera. Hal ini 

memaksa kita melakukan apa jua kerja yang mudah dan tidak memeningkan kepala termasuklah 
makan minum harian. Di balik kesibukan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dalam soal makan 
minum dengam mengambil makanan dan minuman segera 3 dalam 1. Akan tetapi, terdapat beberapa 
bahaya terkandung dalam minuman 3 dalam 1 ini.

Bahaya minuman 3 in 1


Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang
berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.

Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi.

Walaupun minuman ini digembar-gemburkan mengandungi ginseng, kacip fatimah dan tongkat ali
untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.
minuman-3-in-1-adalah-pembunuh-dalam-diam3
Bahaya krimer bukan tenusu

Selain daripada itu, krimer yang digunakan bukanlah dari produk tenusu (non-dairy creamer).

Sebaliknya, krimer bukan tenusu yang digunakan ialah daripada sumber minyak kelapa sawit, dan
merupakan sejenis lemak tepu.

Kesan buruk krimer bukan tenusu ini ialah ia boleh menyebabkan saluran arteri darah tersumbat,
seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar (strok). Bagi yang sedia ada
penyakit diabetes dalam badan, kekerapan minum minuman 3 in 1 akan menyebabkan keadaan
diabetes anda bertambah buruk.

Pernah dengar tak orang cakap yang krim bukan tenusu nie mudah terbakar?

Ianya bukan mitos kerana krim bukan tenusu memang boleh terbakar, seperti dalam video ini. Ini
kerana, di antara kandungan non-dairy creamer ialah partially hydrogenated soybean oil, yang
mengandungi lemak trans. Lemak trans sintetik ini terkenal menggalakkan pembakaran.

Ada sesetengahnya yang menggunakan krim bukan tenusu untuk menyalakan api ketika berkhemah.
Kalau dah tengok video tadi, mesti anda fikir 10x nak tambah krim bukan tenusu ke dalam air kopi
anda! seram ok.
Bahaya minuman 3-in-1 yang kita wajib tahu

Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,
bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
  1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
  3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa 
  4. sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  5. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan 
  6. menyukarkan tidur pada waktu malam.
  7. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
  8. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  9. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang 
  10. kepada berat badan berlebihan.
  11. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan 
  12. sepertitongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan 
  13. sukar untuk diperolehi.
Wow, takut kan? 1 sachet minuman 3 in 1 = sepinggan nasi. Makan nasi lagi kenyang!

Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak dibolehkan
langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita.

Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang betul. Gunalah
susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.

Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. Tak pasal-pasal nanti berat tak turun-turun, walaupun dah
jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1 tau!

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM),
Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng
atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.
“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang
banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,”
katanya.

Menurut Prof.Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual
di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang
boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya
menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh
menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sumber TKO - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Biri-Biri Bukan Kambing
Posted on Wednesday, September 14 @ 06:30:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Musafir


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31654



Kuala Lumpur: Kekeliruan istilah menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa perkataan ‘lamb’ 
dan ‘mutton’ merujuk kepada daging kambing sedangkan ia daging biri-biri yang mengandungi kadar 
lemak yang tinggi.
Dengan kadar lemak sehingga 12 peratus daripada keseluruhan dagingnya, biri-biri yang biasanya
dimasak di restoran atau dijadikan ‘kambing golek’ pada majlis tertentu, ia tidak sesuai untuk mereka
yang menghidap tekanan darah tinggi berikutan kolesterol tinggi.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata,
daging biri-biri matang dipanggil ‘mutton’ namun salah faham istilah itu menjadikan masyarakat
menganggap mereka makan daging kambing.

“Dari segi istilah, kambing dipanggil ‘chevon’ manakala biri-biri muda ialah ‘lamb’. ‘Lamb chop’
dari segi istilah merujuk kepada daging biri-biri muda dan bukannya kambing.

“Tetapi dari dulu kita anggap semuanya kambing dan ia menjadi isu apabila ada yang mendakwa
kambing penyebab darah tinggi. Sebenarnya ia adalah biri-biri,” katanya kepada Harian Metro.

Azhar berkata, beliau terpanggil membuat pendedahan itu selepas mendapati terlalu ramai orang yang
salah tanggapan mengenai daging kambing dengan aspek kesihatan.

Beliau berkata, biri-biri mempunyai kandungan lemak antara daging kira-kira 12 peratus manakala
kambing sekitar dua peratus saja, jurang besar yang memberi kesan kepada kesihatan.

“Dua peratus lemak yang ada pada kambing itu hanya terdapat pada beberapa bahagian di dalam
badan. Jadi, risiko untuk menyebabkan penyakit itu kurang berbanding biri-biri. Selama ini kita yang
salah faham,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan
bahawa isu ayam cucuk yang heboh
diperkatakan di negara ini sejak lama dulu
hanyalah satu mitos kerana ia diharamkan
sejak 1959 lagi.

Katanya, yang ada pada hari ini ialah suntikan
vaksin kepada ayam untuk memastikan ia
mempunyai imunisasi daripada sebarang
penyakit.

Menurutnya, kaedah memberi vaksin ialah
prosedur biasa dan tidak mempunyai
implikasi kesihatan kerana ia sebenarnya baik
untuk proses tumbesaran ayam.

“Sejak 1959, tiada lagi kaedah ayam disuntik hormon namun sehingga hari ini ramai mengatakan
ayam dicucuk mengandungi racun dan tercemar. Sedangkan ia adalah suntikan vaksin biasa.

“Ayam daging yang kita lihat lebih gemuk dan berisi berbanding ayam kampung ialah hasil kemajuan
teknologi genetik.

“Dengan kemajuan teknologi genetik, ayam sekarang mampu membesar 400 peratus dengan lebih
cepat berbanding 50 tahun lalu dan ia selamat dimakan sebagai antara sumber protein termurah,”
katanya.

Sumber TKO - 14-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Jaga Berat Badan? Usah Takut Makan Nasi, Kentang
Posted on Tuesday, September 13 @ 10:36:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31641



LONDON - Jika anda dalam kalangan mereka yang tidak mengambil karbohidrat kerana mahu 
menurunkan berat badan, mungkin anda harus fikirkannya semula.

Karbohidrat seringkali ditolak oleh individu-individu yang konon mengambil berat tentang kesihatan
dan kecantikan tubuh badan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun tahukan anda bahawa sesetengah jenis karbohidrat tidak menyebabkan kenaikan berat badan,
menurut kajian-kajian yang dijalankan, lapor laman berita Independent.

Dikenal pasti sebagai ‘resistant starch’, ia biasanya terdapat dalam makanan-makanan yang tinggi
karbohidrat seperti kekacang, bijian sempurna malah di dalam nasi dan kentang.

Diet Dukan dan Atkins, yang kedua-duanya popular, hanya mengambil karbohidrat dalam jumlah
amat sedikit atau langsung tidak mengambilnya pada peringkat awal dan ini menyumbang kepada
reputasi buruk diet tersebut.

Namun, pakar runding diet Rebecca McManamon dari Persatuan Dietetik Britain berkata, karbohidrat
adalah penting dalam pemakanan dan beliau menggesa supaya berhati-hati jika mengurangkan
pengambilannya secara mendadak.

“Anda akan dapat menurunkan berat badan dalam jangka pendek namun ia tidak dapat 
bertahan lama,” kata beliau.

“Karbohidrat sahaja tidak akan membuat seseorang bertambah berat badan. Serat-serat 
tertentu yang terdapat dalam karbohidrat boleh memberi manfaat kepada kita.”

Menurut laman Independent, apa yang lazimnya menjadi kesilapan, menurut Cik McManamon,
adalah ‘jumlah yang tidak terkawal’.

“Jumlah karbohidrat yang sering dihidangkan kepada kita di restoran-restoran biasanya lebih 
banyak daripada apa yang kita perlukan,” jelas beliau seperti yang ditukil laman Independent.

‘Resistant starch’ mendapat namanya kerana ia menahan daripada dicerna dan memasuki tubuh badan
kita secara berbeza berbanding makanan-makanan yang sudah diproses.

Pisang yang belum ranum, sebahagian bijirin dan tepung beras merah juga mengandungi ‘resistant 
starch’.

Pakar diet Sian Porter berkata karbohidrat merangkumi kategori yang begitu meluas dan orang ramai
perlu tahu bahawa tidak semuanya sama, lapor laman Independent.

Menurut Porter: “Jenis dan jumlah karbohidrat dalam diet adalah penting. Sementara kita perlu mengurangkan kadar gula dalam diet, kita juga perlu mengasaskan pemakanan kita dengan 
karbohidrat berkanji.

“Terdapat bukti kukuh bahawa serat yang dijumpai di dalam karbohidrat berkanji versi bijirin 
penuh, misalnya, adalah baik untuk kesihatan.”

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), “kira-kira separuh daripada 
pengambilan kalori seharian perlu datang dari makanan-makanan berkanji, buah-buahan dan 
sayur-sayuran.”

Makanan-makanan tertentu boleh mewujudkan ‘resistant starch’ apabila dibiarkan sejuk sebelum
dimakan, seperti pasta, kentang dan nasi putih.

Salah seorang pakar kesihatan dan sains senaman, Profesor Paul Arciero di Kolej Kidmore New York,
menjalankan kajian ke atas ‘resistant starch’ sebagai makanan yang sihat bagi mereka yang
menghidap kencing manis Jenis-2.

Beliau memberitahu majalah Time: “Setelah anda makan makanan berkabohidrat, agak luar 
biasa apabila badan anda dapat membakar peratusan lemak yang lebih tinggi sebagai sumber 
tenaga.


“Jika anda gabungkan ‘resistant starch’ dengan telur rebus, protein ‘whey’, protein kacang pis, 
ayam ataupun ‘Greek yogurt’, ia satu gabungan yang amat baik.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 13-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Kesan Apabila Sering Memakan Kaki Ayam?
Posted on Saturday, September 03 @ 16:27:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31540



Selain daripada kepala punggung, kaki ayam merupakan bahagian anggota badan ayam yang kurang 

popular di kalangan peminat-peminat daging ayam. Namun, sebenarnya, bukan semua orang 
menyukai bahagian dada dan paha ayam sahaja. Seperti bahagian tongkeng ayam, banyak juga orang 
yang menggemari bahagian kakinya kerana rasanya yang lebih nikmat meskipun dagingnya sangat 
sedikit berbanding dengan bahagian yang lain-lain.
Di sini kami senaraikan kebaikan memakan kaki ayam yang ramai orang tidak tahu:
1. Kaki ayam ternyata baik untuk kesihatan kerana kandungan kalsiumnya
Kaki ayam ternyata tidak hanya enak di makan saja, tapi ternyata baik juga untuk kesihatan kerana
mengandungi kalsium. Bagi yang belum tahu, kalsium atau zat kapur sangat bermanfaat bagi
penderita rheumatic atau sakit “joint and muscle”. Malah, kaki ayam inilah yang disyorkan oleh pakar
untuk diambil oleh mereka yang memiliki sakit reumatik. Dengan pengambilan yang teratur, pesakit
 reumatik berkemungkinan sembuh kerana kandungan kalsium yang diperlukankan tubuh dapat
dipenuhi.
2. Kaki ayam mengandungi kolagen
Mungkin ramai yang belum begitu faham tentang apa itu kolagen dan apakah memakan kaki ayam itu
baik. Kolagen dikenal sebagai salah satu jenis protein yang dibentuk dari hydrogen, oksigen dan
karbon dan terdiri dari asam amino; Arginine, Hydroxyproline, dan Glycine. Bahagian tubuh manusia,
seperti kuku, rambut, tulang rawan, otot, tendon, tulang, dan kulit disokong dan dihubungkan oleh
kolagen. Ini pun juga fakta bahawa kolagenlah yang membentuk kulit kita sebanyak 75% dan bahkan
kolagen itu sendiri ada dalam tubuh kita lebih kurang 33%.

Itu ertinya, memakan kaki ayam tidak pernah salah apalagi bagi wanita yang ingin memiliki kulit
mulus dan cantik kerana kandungan kolagennya mampu memenuhi keinginan tersebut. Ini dia
beberapa manfaat kolagen yang boleh disemak.
  • Kemerahan kerana kulit yang sensitif atau kena radang dapat dikurangkan.
  • Kulit menjadi lebih lembut dan cerah.
  • Kulit menjadi lebih kenyal seperti kulit bayi.
  • Elastik dan ketegangan kulit dapat ditingkatkan.
  • Kedut dan garis-garis kecil tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan.
  • Sistem pembuluh darah menjadi lebih kuat dan lancarnya peredaran darah juga merupakan 
  • keuntungan memakan kaki ayam.
  • Bekas jerawat dapat dihilangkan dan dicegah untuk kembali.
  • Kulit yang tadinya pecah-pecah dan sangat kering dapat dijadikan kembali halus dan normal.
  • Timbulnya jerawat bakal dicegah dan bagi yang sedang berjerawat, penyembuhan akan lebih 
  • cepat ketika kulit menyerap kolagen.
  • Warna kulit yang kurang merata akan lebih merata dan bersinar.
  • Bahagian-bahagian tubuh yang terlihat hitam akan menjadi lebih putih, seperti bahagian siku, 
  • ketiak, dan bibir pun juga boleh menjadi merah muda yang tadinya banyak pigmen hitamnya.
3. Kaki ayam boleh mencegah osteoporosis
Tanpa disadari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang,
dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein mempunyai ikatan yang liat dan bening berwarna
kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental seperti gel.

Susunan utama pada kaki ayam adalah asid amino, iaitu komponen berlandaskan protein. Dalam asid
amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin. Kaki ayam juga mengandungi zat
kapur dan sejumlah mineral.

Kalsium memang mempunyai kesan untuk membangun dan mempertahankan kekuatan tulang,
termasuk membantu mengatur degupan jantung, pertumbuhan otot, dan mencegah pengumpatan
darah.

Di China, kaki ayam sering menjadi bahan tambahan untuk menu sup mereka kerana memang
dipercayai bahawa dengan memakannya bakal awet muda. Selain itu, para ahli bela diri di sana juga
 memakan kaki ayam dengan teratur kerana pergerakan mereka boleh menjadi lebih lancar.

Jadi, jangan takut untuk memakan kaki ayam kerana ia banyak kebaikan.

Sumber TKO - 3-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam Mana Buah Pinggang Kita Boleh Rosak?
Posted on Saturday, September 03 @ 16:02:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31539



Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk 

menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin 
dan meneutralkan asid.
Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu 
dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat 
dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan 
fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka 
hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah 
pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk 
menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.

Di bawah ni saya senaraikan 10 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan 
mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.

TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. 
Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula 
menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

DIET TINGGI GARAM (SODIUM)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada 
kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan 
memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING 
yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau 
nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus 
berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan 
boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak 
kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi 
menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari 
adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing 
adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang 
sepatutnya.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting 
kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin 
dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 
dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah 
muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin 
teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca 
sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

TIDAK CUKUP TIDUR

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. 
Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah 
sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah 
pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa 
gangguan.

Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi 
kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda


SUKA MINUMAN BERKAFEIN 

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan 
meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. 
Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada 
buah pinggang.

PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang 
lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan 
menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

PENGAMBILAN ALKOHOL

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah 
pinggang dan hati.

Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & 
mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!

Sumber TKO - 3-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Zika: KKM nasihat rakyat jaga kebersihan

SALMIYAH HARUN | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42354-zika-kkm-nasihat-rakyat-jaga-
kebersihan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan telah menerima satu
kes Zika pertama pada 31 Ogos daripada seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Klang,
Selangor.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, wanita itu merupakan ibu kepada pesakit
yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura.

Katanya, pesakit bersama suaminya telah melawat anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos
2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos lalu.

"Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan 30 Ogos, pesakit telah mendapatkan mendapat
rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai
Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit pada 31 Ogos adalah positif Zika Virus," katanya
dalam satu kenyataan.

KKM telah memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang telah
dilawati pesakit, aktiviti kawalan termasuklah menghapuskan tempat pembiakan aedes dan semburan
kabus.

Di samping itu, katanya, kontak terdekat pesakit diperiksa dan dipantau sama ada mereka mengalami
demam atau simptom Zika yang lain.

Maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Singapura terdapat lima rakyat Malaysia
yang menetap di Singapura juga disahkan dijangkiti virus Zika.

Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016 terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura, memandangkan
virus ini cepat merebak pemantauan dan aktiviti pencegahan aedes diteruskan serta ditingkatkan di
semua negeri terutama Johor dan Selangor.

Justeru, katanya rakyat Malaysia perlu fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan aedes,
 melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk dan mendapat pemeriksaan awal sekiranya terdapat
tanda-tanda demam, ruam dan conjunctivitis.

KKM menyeru sekali lagi kepada mana-mana individu yang melawat negara yang mempunyai
jangkitan Zika untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom
berkenaan. –HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk - Pakar
Posted on Sunday, August 28 @ 14:18:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31483



KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile 
dysfunction (ED), kata Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd 
Tambi.

Katanya, angka itu berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai daripada mereka yang 

mengalami masalah itu enggan mengakuinya atau tidak cuba mendapatkan rawatan kesihatan 
sewajarnya.
"Saya terlibat dalam satu kajian pada tahun 1996-1997 di mana 600,000 lelaki rakyat Malaysia
didapati mengalami masalah mati pucuk.
"Angka itu telah meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda atau lebih hari ini," kata beliau
dalam satu temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.

Beliau yang telah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bidang ini menambah bahawa keadaan itu
lebih membimbangkan apabila kajian sama turut mendapati kalangan mereka itu adalah golongan
muda atau lewat 20-an.

Menurutnya, antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah gaya hidup yang tidak
seimbang, fizikal yang obes dan menghadapi tekanan hidup.

Lebih daripada tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk, kata pakar sakit tuan,
Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Lebih daripada tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk, kata pakar sakit tuan,
Dr Mohd Ismail Mohd Tambi.

Dr Mohd Ismail berkata merokok juga boleh menyumbang kepada masalah ED, namun kebanyakan
rakyat Malaysia sukar untuk mengubah gaya hidup mereka.

"Ada juga suami yang berkata merokok memberi mereka lebih kepuasan dalam hubungan, namun
isteri mereka tidak bersetuju," katanya.

Viagra dan ubat kuat

Dr Mohd Ismail berkata ketika Viagra mula diperkenalkan di Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu
mencubanya dan meminta beliau mendapatkan ubat itu.

Malah wujud permintaan tinggi daripada warga Singapura untuk memperolehnya.

"Di Singapura, ubat itu tidak boleh didapati sewenang-wenangnya kecuali atas arahan pakar
perubatan. Jadi ramai rakyat Singapura yang datang ke sini untuk mendapatkannya," katanya lagi.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dengan lambakan ubat kuat lelaki di pasaran, terutama di
pasaran gelap dan dijual dengan harga murah.

Dr Mohd Ismail turut menasihati rakyat Malaysia agar mengelak daripada mencuba ubat sedemikian
tanpa nasihat doktor.

"Ramai yang mengambil ubat-ubat sebegini selepas dicadangkan oleh rakan-rakan. Ubat-ubat ini
dibeli dengan harga murah dari negara China dan India. Ada juga yang dibeli secara dalam talian,"
katanya lagi.

Katanya, antara kesan sampingan daripada ubat itu termasuklah pening kepala, sakit otot, mata
kemerahan, kebas muka dan hidung tersumbat.

"Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah ini ialah jangan ambil ubat-ubat sebegini
tanpa nasihat pakar perubatan kerana mati pucuk mungkin adalah simptom untuk masalah kesihatan
yang lain seperti diabetes," katanya lagi.


- Astro Awani

Sumber TKO - 28-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Klinik memberi ubat tidak mengikut sukatan umur
Posted on Saturday, August 27 @ 15:04:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31473






























Di Dungun klinik swasta tumbuh macam cendawan. Makin hari makin banyak dan perkembangan ini 
baik kerana menunjukkan masyarakat di Dungun sudah maju dan tidak bergantung sepenuhnya 
kepada pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan ini.

Di Dungun perkhimatan kesihatan dan hospital kerajaan sangat baik (bukan nak mengampu tapi 

memang baik) tapi hanya hospitalnya masih kecil dan tidak mempunyai peralatan yang baik. Hospital
baru dijankakan siap pada tahun 2019 diketogerikan pembinaan yang sangat lembap.

Hanya malangnya klinik yang banyak bersifat menjual ubat bukan untuk memberikan perkhimatan. 

Menjual ubat mahal dengan tujuan untuk baik cepat. Memberikan ubat melebihi dos yang sebenarnya
juga adalah fenomena yang berlaku di klinik swasta di Dungun.

Malah ada klinik yang kebetulan anak saudara saya pergi mendapat rawatan memberikan ubat yang 

 menyebabkan elegik dan bila pergi sekali lagi dia berikan ubat lain dan cucuk... semuanya kena bayar 
sedangkan doktor klinik berkenaan memberikan ubat tanpa membuat pemeriksaan secara sempurna.



Tolong hentikan daripada bekerja sambil lewa tanpa sebarang pemeriksaan yang teliti. Nyawa 

manusia bukan barang maianan. Jangan pandang keuntungan semata-mata.

by http://lensahandphone.blogspot.my "


Sumber TKO - 27-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Brader, Fikir Dua Kali Sebelum Beli Rokok Murah
Posted on Saturday, August 20 @ 09:30:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31406



Lumrah manusia, kat dalam dunia kalau boleh semua benda kalau boleh nak beli dengan harga murah. Sedangkan member-member buat business yang dah bagi anda harga murah pun masih nak minta murah lagi. Perkara ini boleh dikaitkan dengan perokok tegar di Malaysia ni.

Harga Rokok makin lama makin naik. Komplen tetap komplen tetapi nak tak nak kena la beli juga. Nak berhenti susah.. Boleh jatuh sakit beb kalau tiba-tiba berhenti macam tu je. Hehe. Tapi bagi anda perokok tegar di luar sana tu jangan lah ambil langkah mudah untuk beli rokok seludup. Betul, memang harga murah tetapi ini apa yang akan dapat jika anda menyumbang duit anda untuk beli rokok-rokok seludup tu.

Baru-baru ini trending di laman sosial apabila sebuah surat khabar tempatan melaporkan sebuah lori usung rokok seludup. Tapi apa yang buatkan berita ini jadi perbualan hangat orang ramai? Haa, ia sebab lori yang usung rokok tu menggunakan lori babi. Alamak, geli geleman pulak bila tahu pasal benda tu. Mesti perokok di luar sana macam nak termuntah kan?

Untuk pengetahuan anda, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis.

Dalam Islam jelas menggariskan pengharaman babi yang diletakkan kategori najis paling berat iaitu mughallazah dan jika terdapat sindiket rokok seludup yang menggunakan penggunaan lori najis untuk membawanya, dibimbangi kotak serta bahan dalamnya tercemar.

Ini kerana terdapat kemungkinan besar kotak rokok itu bersentuhan dengan bekas atau babi itu sendiri dan jika bersentuhan, hukum rokok itu turut haram kerana sudah dicemari dengan najis.

Jika tercemar, rokok berkenaan turut dikelaskan dalam kategori najis dan haram untuk mengambilnya.
Sebenarnya banyak implikasi negatif yang akan terjadi kepada siapa yang beli rokok seludup ni. Jadi jangan disebabkan ia harga murah, anda yakin produk dengan apa yang anda beli tu. Anda juga perlu ingat bahawa tak semua harga murah boleh mendatangkan kebaikan untuk anda.
Mengandungi bahan kimia yang bahaya

Bezanya rokok seludup dengan rokok yang mahal adalah dari segi quality control. Kebanyakan rokok murah seperti John, Canyon, Luffman, U2 dan Saat mempunyai quality control yang terhad serta kilang pembuatan rokok tidak besar seperti rokok mahal. Bah kan, menurut beberapa laporan yang sahih mengatakan rokok John dibawa oleh kumpulan kongsi gelap.

Bahan kimia serta bahan-bahan digunakan untuk membuat rokok juga lain. Oleh kerana itu, rokok seludup akan boleh mengundang lebih bahaya daripada rokok mahal. Kajian mendapati bahawa bahan kimia yang digunakan pada satu batang rokok mengandungi sebanyak 3 kali ganda dari rokok yang sah. Untuk pengetahuan anda, bahan tar dibenarkan dalam satu batang rokok adalah 15mg sahaja. Tetapi rokok seludup mempunyai sebanyak 45mg.
Boleh kena denda, tak berbaloi

Anda juga boleh dikenakan denda dan berdepan hukuman penjara jika terlibat dengan aktiviti pengjualan rokok haram ni. Jangan sebab harga murah anda sanggup menggadaikan nyawa anda sendiri sebab anda sendiri pun tidak tahu tahap kebersihan rokok seludup tersebut. Kalau nak beli, beli lah dengan saluran yang betul.
Nak tahu sebab apa rokok murah yang anda beli tu masuk angin?

Mesti ada perokok bila beli rokok seludup ni rasanya tak sedap, masuk angin. Bila hisap pun rasa ingin je. Ini sebab kebanyakan penjual rokok seludup bawa masuk rokok-rokok yang sudah lama. Anda sendiri pun tidak tahu bila rokok tu dibuat. Mungkin 5 tahun lepas? Mungkin 10 tahun lepas? Hmm..

Haa lagi satu, kalau anda bingung atau tidak tahu macam mana nak tahu sama ada rokok itu seludup atau tidak. Anda boleh lihat di kotak rokok tersebut. Jika tiada amaran kesihatan, maka sah lah rokok itu merupakan rokok yang diseludup.


Sumber : Ohbulan!

Sumber TKO - 20-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara Menghilangkan Lemak Di Pinggang 100% Efektif Dan                     Cepat
Posted on Friday, August 19 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                                                                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31394


Macam mana nak buang lemak di 5 tempat kritikal dengan cepat?

Saya sering mendapat keluhan daripada ramai orang. Bahagian perut, punggung, peha, lengan dan                           muka susah nak buang. Terutama paling ketara bagi lelaki ialah perut boroi, perempuan pula                                         punggung dan peha besar.

Sangat tak cantik dan stress kan? Ada yang sampai nak ambil pisau potong lemak2 di bahagian tu.                             Paling best, kan bagus kalau boleh buat kempen derma lemak daripada derma darah? Serabut kepala                           fikirkan.


Saya faham apa yang anda rasa. Saya juga pernah laluinya. Tapi saya sedar, kadang2 benda jadi                                   susah bila kita tak tahu cara, atau malas nak berubah.

Ada jalan senang tak?
Saya tak katakan mudah, tapi tak mustahil boleh buang lemak2 degil di 5 bahagian tersebut. Senaman                 squat, push up, sit up dan sebagainya bantu kuatkan dan kejapkan otot di bahagian tersebut, tak                                     semestinya bakar lemak.

Saranan saya mudah:
1. Jaga makan (kunci utama)
  • kurangkan manis
  • kurangkan berminyak.
  • Sederhana dalam hidangan. (Berhenti sebelum kenyang. Makan kerap tak da masalah)
2. Bersenam (pilihan)
  • Cardio high intensity (kadar degupan jantung & senaman kelajuan tinggi tapi masih stabil &                               bernafas dengan baik)
  • contoh berlari, berbasikal laju, panjat bukit, angkat berat
  • tempoh senaman yang singkat (kurang 1 jam)
3. Supplement (pilihan)
  • whey protein
  • fat burner
  • fibre drink (detox dll)

Dengan amalan pemakanan serta kaedah latihan yang betul, ditambah dengan usaha dan konsisten,                              segalanya boleh dicapai. Yakin & buat sahaja. Jangan putus asa.

Sumber : KevinZahri

Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                                                   ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                      
Hidung sering tersumbat mungkin petanda kanser
Posted on Saturday, August 13 @ 14:57:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31352

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah                           adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.

Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar                           dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit                         biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya                                  dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan                             akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia                        adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah                             Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung                                 sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

Sukar dikesan awal Setakat ini masih tiada ujian atau 'screening test' khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti                               kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan                               CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa                             dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.

"Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya                           diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga," dedah Dr Dalilah.

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan                             kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada                               jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum                          Cina dan Bidayuh.

Awas makanan masin, berawet
Menurut Dr Dalilah gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan                         masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan                                             antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser                         nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah                                berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

"Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk,                               dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh                                 meningkatkan risiko kanser ini," pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit                             kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan                         kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

Kaedah rawatan
Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi,                            terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan                                   kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

"Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung                                kepada tiub untuk beberapa minggu.

"Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya                             dapat dikesan awal, sekaligus mengurangkan keperluan untuk pembedahan," katanya.
- Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber TKO  - 13-8-2016                                                                                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                              
       
Rawat Demam Selesema Tanpa Telan Ubat
Posted on Friday, August 12 @ 08:14:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31343

Sekali kena serang demam selesema memang agak 'tangkap' kepala. Lagi parah kalau sampai air                           hidung mula meleleh, terus hilang mood nak buat kerja harian. Anda jangan risau, demam selesema                     bukanlah penyakit bahaya yang boleh hilang sendiri tetapi kalau cukup nutrisi, confirm anda                             kembali sihat. Jadi kenapa masih beriya membeli ubat selesema. Cuba utamakan petua ini untuk                           hapuskan demam selesema...

1. Vitamin C
Vitamin C bermanfaat untuk mempertahankan sistem imun tubuh dan melawan selesema. Anda                             boleh dapat zat ini dengan makan kentang, lada benggala hijau, strawberi, nenas dan paling senang                       buah oren untuk melawan selesema.

2. Halia
Bukan hanya selesema, halia juga boleh rawat batuk dan demam. Caranya mudah, parut halia dalam                     air panas dan anda boleh tambah sedikit gula melaka untuk rasa manis atau boleh dicampurkan                       dengan teh. Minumlah air halia suam atau panas.3. Bawah Putih
Bawang putih mengandungi antioksidan yang berguna dalam sistem kekebalan tubuh untuk                                 melawan bakteri dan virus, termasuk mencegah dan rawat selesema. Jika anda diserang demam,                           ketepikan dulu ubat dan cuba makan bawang putih. Kalau nak lebih berkesan anda boleh terus                              tumbuk dan makan bawang putih.

4. Bayam
Tak suka makan sayur? Haa... selepas ini anda kena jga paksa telan sebab bayam mengandungi                             serat, antioksidan, seperti vitamin C, dan banyak lagi. Kalau masak bayam, jangan lama. Cukuplah                       dalam 10-15 minit.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 12-8-2016                                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                    

Durian dan Nangka Menjadi Pembunuh
Posted on Wednesday, August 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31312

"Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami                         mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan           darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras              gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit               buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa                       dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas             sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda,                sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per          minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.
Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
POTASSIUM
Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium,               fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral             ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang,            dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang       penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi           otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium,                         dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit                birit yang berterusan boleh menyebabkan                                          seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan,                     cramping dan  muscle ache (myalgia).
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh                              membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction                otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency                                                yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac                  arrhythmia bahkan asystole.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang                 bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada                 garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium,                     adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah                sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada                 diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa.                 Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara                          kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu         sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!
Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air                         : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi.                100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir                dua kali ganda pisang.
Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam                   kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan             ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja,           kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat,               ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.
"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak             reti nak bezakan mana sunnah. "
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit                 venenum, bermaksud "the dose makes the poison."
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik                                                  yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses                      setiap bahan yang ada.
Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah              pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.
Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.
Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air                sehari.
Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum                sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan                         berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."
Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".
Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya                   sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang                                                                    dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak                                        terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi          seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan                                                           menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda           ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri                anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang             yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

fb.com/drsuhazeli                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 10-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Stevia Dan Lain-Lain Pemanis: Manfaat Atau Mudarat ?
                                                                                                                                                         Posted on Monday, July 18 @ 20:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31066


GULA DAN RASA MANIS


Rasa manis adalah satu nikmat yang paling diminati oleh manusia. Boleh dikatakan hampir                 semua jenis makanan perlu kepada rasa manis samada sedikit ataupun lebih. Tanpa rasa manis, minuman dan makanan akan menjadi tawar dan tidak menyelerakan.

Apa sebenarnya yang menyebabkan anda rasa manis ? Anda merasa manis kerana otak anda menerima maklumat dari reseptor rasa di lidah yang diransang oleh molekul gula terutamanya             gula dari kumpulan monosakarida seperti glukos dan fruktos. Monosakarida dan disakarida                 (sukros, dalam gula pasir) juga dikenali sebagai free sugar digunakan untuk tujuan                               memaniskan minuman dan makanan.

Gula boleh juga diperolehi secara semulajadi dari madu, sirap dan jus buah. Walau                               bagaimanapun pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan terutamanya diabetes ,kegemukan dan kerosakan gigi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan gula (free sugar) tidak lebih dari 5% dari jumlah kalori yang                     diambil di dalam satu hari, iaitu sebanyak 25 gram ataupun 6 camca teh (rujukan).

Walau bagaimanapun, WHO tidak menghadkan pengambilan gula semulajadi dari sumber                   buah-buahan segar, sayuran dan juga susu. Perlu diingat bahawa sebenarnya banyak gula               (free sugar) tersembunyi di dalam makanan-makanan lain contohnya 1 sudu teh kicap                 mengandungi 4 gram free sugar.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan gula kurang dari 5% dari jumlah kalori                 di dalam sehari mengurangkan kadar kegemukan dan kepada kanak-kanak ianya juga             mengurangkan kadar kerosakan gigi.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan gula tersebut ditukarkan kepada lemak.         Terdapat banyak lagi masalah pengambilan gula yang berlebihan seperti kerosakan hati                       (terutamanya fruktos), sindrom metabolic (obesity, tinggi kolesterol, tinggi kandungan gula, trigliserid dan tekanan darah tinggi), kandungan asid urik yang tinggi.

Gula boleh difermentasi (oleh bakteria) menjadi gas karbon dioksida, asid dan alcohol. Jadi fermentasi gula menyebabkan penghasilan asid yang boleh menyebabkan pembentukan plag               dan kerosakan gigi.



Apabila anda mengambil karbohidrat, kandungan karbohidrat               akan dipecahkan kepada gula sebelum diserap masuk ke dalam       aliran darah. Indek Glisemik (Glycemix Index) adalah ukuran             sejauh mana kesan makanan berkarbohidrat tersebut ke atas kandungan gula darah.

Index Glisemik yang rendah bermaksud makanan tersebut menyebabkan peningkatan gula darah yang perlahan dan                     rendah.

Pengambilan makanan yang mempunyai Indek Glisemik yang rendah dikaitkan dengan risiko            yang lebih rendah untuk mengalami diabetes jenis 2, penyakit jantung, sindrom metabolic,               strok dan banyak lagi manfaat kesihatan. Indek Glisemik diukur dengan cara memberi makan karbohidrat berkenaan sebanyak 50 gram dan mengukur kandungan gula darah selepas 2 jam. Kemudian untuk perbandingan, 50 gram gula tulin diberikan dan gula darah diukur selepas 2               jam.

Graf kedua-dua bacaan akan dibuat dan perbandingan dilakukan dengan mengukur keluasan              di bawah graf (Area under the curve, AUC). Nilai AUC untuk gula tulin tadi dianggap 100%              dan jika AUC makanan karbohidrat tadi 48% dari AUC gula tulin , maka Indek Glisemik                   makanan tersebut dikatakan 48.

Makanan yang mempunyai Indek Glisemik 0-55 dikatakan rendah, 56-69, sederhana dan lebih             dari 70 dikatakan Indek Glisemik yang tinggi.

Untuk melihat senarai makanan dan nilai Indek Glisemik mereka, sila rujuk di sini .

Contohnya nasi putih mempunyai Indek Glisemik 89, tetapi nasi perang (brown rice) pula                   hanya 50. Buah apel mempunyai Indek Glisemik 39, pisang 62, kurma kering 42, anggur 25,             orange 40, buah pear 38, buah prun 29 dan buah tembikai 72.




 

APAKAH PEMANIS (SWEETENERS)


Pemanis adalah perkataan umum merujuk kepada apa sahaja bahan-bahan yang digunakan                   untuk tujuan memaniskan minuman ataupun makanan.

Selalunya kita menggunakan gula sebagai pemanis. Masalah yang dibawa oleh gula jika                   digunakan sebagai pemanis adalah ianya adalah karbohidrat dan boleh meningkatkan                   kandungan gula di dalam darah. Tetapi pada hari ini semakin ramai pengguna menggunakan pengganti gula (“sugar substitute”) untuk memaniskan makanan dan minuman mereka.

Pengganti gula  dianggap bahan perasa makan(food addictive)  yang menggantikan gula untuk       rasa manis tetapi tidak mengandungi kalori ataupun kandungan kalorinya rendah, jadi ia tidak menyebabkan peningkatan gula darah. Di samping ianya memberi rasa yang sangat manis ia           tidak ada kalori ataupun hanya sedikit kandungan kalori, pemanis tidak boleh difermentasikan           oleh bakteria, jadi ianya lebih baik kepada kesihatan gigi. 


Secara umumnya pemanis terdiri dari gula pasir (sukros) dan pengganti gula (sugar                         substitutes).

Pangganti gula pula kadangkalanya diklasifikasikan kepada 4 kumpulan iaitu:

1. Pemanis tiruan ataupun sintetik (artificial sweeteners),
2. Gula alcohol,
3. Pemanis Novel (Novel sweeteners) dan
4. Pemanis semulajadi (Natural sweeteners).

Rujuk jadual 1 untuk melihat klasifikasi pengganti gula dan jenis-jenisnya. 




Jadual 1 : Klasifikasi Pengganti Gula (sugar substitutes).

Terminologi pengganti gula ini selalu diperdebatkan kerana ada yang mendakwa bahawa                      stevia adalah pemanis semulajadi walaupun ianya telah diproses. Begitu juga dengan ada                     sebahagian pemanis tiruan diperbuat dari bahan semulajadi contohnya sukralos (sucralose)                   diperbuat dari gula. FDA mengawal pengganti gula dan memerlukan kelulusan FDA sebelum             dapat digunakan untuk tujuan pemanis. Mana-mana pengganti gula yang diluluskan oleh FDA       akan dikategorikan sebagai “Generally Recognized as Safe” (GRAS). Di antara pangganti gula yang diluluskan oleh FDA adalah saccharin, aspartame, sucralose, neotame dan acesulfame                           potassium.

PEMANIS TIRUAN/SINTETIK

Pemanis tiruan adalah penganti gula yang dihasilkan melalui             sintetik, tetapi ianya boleh dihasilkan dari sumber semulajadi              seperti gula dan herba.

Pemanis tiruan selalunya mempunyai kemanisan yang sangat               tinggi berbanding dengan gula biasa, sebab itu ianya kadangkala dikenali sebagai “intense sweeteners”.

Pemanis tiruan hampir tidak ada kalori dan anda hanya perlukan sedikit untuk menghasilkan               rasa manis. Ianya seringkali digunakan di dalam makanan yang diproses, minuman ringan,                   pudding, jem, jeli dan lain-lain. Disebabkan ia tidak menyumbang kepada kalori dan gula                     darah, maka ia ada membawa beberapa manfaat di antaranya :

1. Membantu mengurangkan berat badan (sebab tidak ada kalori, 1 gram gula ada 4 kalori,                     satu sudu teh bersamaan dengan 4 gram gula ataupun 16 kalori),

2. Boleh menggantikan gula kepada pesakit diabetes, disebabkan ia bukan karbohidrat, ia                      tidak meningkatkan gula darah. Dakwaan pemanis tiruan dengan risiko menghidap kanser                     (dikaitkan dengan saccharin) telah ditangkis oleh NCI, walau bagaimanapun pemanis                     tiruan dikawal oleh FDA. Di antara pemanis tiruan yang ada di pasaran, aspartame didapati mempunyai rasa yang hampir dengan gula, tetapi mempunyai kekuatan rasa manis sebanyak              200 kali gula sukros.Pemanis tiruan tidak boleh diambil berlebihan dan FDA telah                     menetapkan had pengambilan hariannya.


GULA ALKOHOLGula alcohol adalah karbohidrat yang diperolehi secara semulajadi dari beberapa jenis buah            dan sayuran. Ia juga boleh dihasilkan oleh kilang. Walau bagaimanapun selalunya ia tidak                  semanis gula. Berbeza dengan pemanis tiruan, gula alcohol mempunyai kalori tetapi lebih        rendah dari gula (1 gram mengandungi 2 kalori).

Walaupun namanya gula alcohol, ia bukan sebenarnya alcohol, tidak mengandungi etanol             seperti yang terdapat di dalam minuman keras. Ianya didapati digunakan di dalam makanan              yang diproses, cokelat, ubat gigi, pembasuh mulut dan chewing gum.

Jika diambil di dalam kuantiti yang agak banyak, boleh menyebabkan cirit, kembung perut             dan angin di dalam usus. Status halal gula alkohol banyak dibincangkan disebabkan oleh                     perkataan alkohol walaupun tidak terdapat ethanol di dalamnya. Ianya juga dihasilkan dengan            cara yang berbeza dengan arak. Negara Arab seperti Arab Saudi dan Qatal menghalalkan         produk gula alkohol (rujukan 1, rujukan 2

PEMANIS NOVEL (STEVIA, TAGATOSE, TREHALOSE)


Pemanis-pemanis di dalam kategori ini agak unik kerana ianya agak sukar dikategorikan                    di mana-mana pengganti gula disebabkan oleh ciri-ciri yang ada pada mereka dan juga                                  bagaimana mereka dihasilkan. Tagatose dan trehalose dikategorikan oleh FDA sebagai      bahan yang “generally recognized as safe”  (GRAS). Tagatose mempunyai karbohidrat pada         kuantiti yang rendah seperti fruktos, manakala Trehalose pula ditemui dari madu dan                       cendawan. Mengenai Stevia pula, FDA hanya meluluskannya di dalam bentuk yang diproses          sebagai pemanis tetapi tidak meluluskannya yang di dalam bentuk daun ataupun ekstrak                   secara kasar. Stevia tidak mempunyai kalori sama seperti pemanis tiruan.

Nama Stevia diperolehi dari sejenis pokok belukar yang              dinamakan Stevia rebaudiana, banyak ditemui di Amerika           Selatan, boleh ditanam dengan suburnya di Malaysia. Ia telah digunakan sebagai pemanis semenjak lebih seabad oleh orang             asli Paraguay.
Bahan yang menyebabkan kemanisan pada stevia dikenali sebagai Steviol Glycosides. Terdapat banyak jenis steviol glycoside (7 jenis) dan dua daripadanya adalah Rebaudioside A dan Stevioside. Rebaudioside A mempunyai tahap pemanis yang paling tinggi (240 kali dari gula).
Rebaudioside A juga mempunyai rasa yang paling kurang pahit berbanding dengan steviol yang lain, jadi ianya dianggap ingredient yang paling utama di dalam stevia. Ia mempunyai kekuatan rasa manis 240 kali lebih tinggi dari gula dan tidak mempunyai nilai kalori. Stevia didapati selamat diambil oleh orang ramai dari semua golongan usia termasuk pesakit diabetes dan darah tinggi. Acceptable daily intake (ADI) ataupun kuantiti pengambilan stevia setiap hari adalah 4 mg/kg berat badan.
Tagatose pula adalah pengganti gula yang dikategorikan bersama dengan stevia sebagai pemanis novel. Kadangkala ianya juga dikategorikan sebagai pemanis semulajadi kerana tagatose adalah monosakarida semulajadi yang dikenali sebagai hexose.
Tagatose sering digunakan di dalam produk tenusu dan mempunyai persamaan dengan gula pasir (sukros) di mana hampir sama manis (92%) dengan gula tetapi mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah (38% dari gula). Indek Glisemik tagatose adalah 3.  Ia telah diluluskan sebagai bahan perasa makanan (food addictive) di bawah kategori pemanis berkalori rendah (low calorie sweetener) oleh FDA dan WHO. Ia juga diluluskan oleh Pentadbiran Ubatan Negara Korea (KFDA) dan negara Eropah. Malah KFDA telah meluluskan penggunaan tagatose sebagai ubat mengawal gula darah selepas sarapan (postpandrial blood glucose level). Tagatose boleh dihasilkan dari galaktos melalui tindakan enzim.


PEMANIS SEMULAJADI


Pemanis semulajadi seringkali dianggap yang paling sihat berbanding dengan lain-lain pengganti gula, tetapi walaupun dikenali sebagai pemanis semulajadi, ia seringkali menjalani proses dan pengubahsuaian. Di antara pemanis semulajadi yang diluluskan oleh FDA dan dianggap selamat untuk diminum/makan adalah nectars (dihasilkan dari sejenis pokok yang tumbuh di Mexico selatan, Agave nectar, juga dikenali sebagai Sirap Agaves), madu, dan sirap maple.

Pemanis semulajadi boleh digunakan di rumah dan juga di dalam makanan yang diproses. Ia kadangkala digunakan sebagai gula tambahan (added sugar) dan ada juga digunakan di dalam teh, cocktails, dalam pembasuh mulut, pancake, waffle topping, cereal dan kek. Walaupun pemanis semulajadi ini mungkin pemanis yang lebih baik dari gula tetapi vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya hampir sama seperti gula.Mereka masih mempunyai kalori dan jika diambil secara berlebihan, boleh memudaratkan.



ADAKAH PENGGANTI GULA TERMASUK STEVIA BOLEH MERAWAT PENYAKIT DIABETES, LAIN-LAIN PENYAKIT DAN MENURUNKAN BERAT BADAN?

Semua pengganti gula ini boleh diambil untuk tujuan menggantikan gula kerana ianya tidak ada karbohidrat ataupun kalori. Jikapun ada karbohidrat, kandungannya lebih rendah dari gula. Jadi pada asasnya pengganti gula memang boleh membantu mengurangkan pengambilan gula dan kalori oleh seseorang jika ianya diamalkan dengan betul. Walau bagaimanapun setiap pengguna harus faham tentang perkara-perkara berikut sebelum mengamalkan pengambilan pengganti gula:



1. Pemanis-pemanis ini hanya menyediakan rasa manis tanpa kalori


2. Pemanis-pemanis ini bukan ubat untuk merawat kerana peranannya hanya sebagai bahan     alternatif gula dan hanya memberi kesan tidak langsung di dalam mengurangkan kandungan             kalori di dalam makanan dan minuman.

Jika anda mengambil lain-lain nutrin dalam kandungan kalori yang tinggi, anda  tetap akan menghadapi masalah kesihatan kerana sumber kalori bukan sahaja dari gula tetapi juga dari       makanan seperti nasi, lauk, sos, buah-buahan dan sayuran. Jika anda menghidap diabetes,             anda tetap perlu mengambil ubat diabetes untuk mengawal gula kerana peranan pemanis-                pemanis ini sangat terhad. Tetapi dengan adanya pemanis, pesakit diabetes mungkin boleh menikmati makanan dan minuman yang sebelum ini perlu mereka jauhi disebabkan oleh                     tinggi kandungan kalori.


3. Pemanis-pemanis ini hanya membantu anda mengurangkan berat badan dan mencegah                penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan pengambilan kalori yang berlebihan. Ianya            tidak akan membantu jika anda tidak melakukan langkah-langkah mengurangkan makanan              berkalori tinggi, tidak mengurangkan pengambilan lemak, tidak melakukan senaman dan              tidak menjalani gaya hidup sihat.

Ianya akan bermanfaat jika pemanis ini digunakan di dalam kebanyakan makanan dan                    minuman anda disamping anda mengambil makanan yang seimbang dan jumlah kalori yang optimum. Malahan ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa amalan menggunakan                  pengganti gula ini tidak berkesan menurunkan berat badan jika tidak digabungkan dengan               kaedah-kaedah mengurangkan berat badan yang lain.(rujukan). Malah ada juga kajian yang                 lebih kontroversi menunjukkan pengambilan pengganti gula boleh meningkatkan berat badan                dan bukan menurunkan berat badan. (rujukan


4.Pemanis-pemanis ini dihasilkan melalui proses dan pengawetan, jadi ianya tidak terlepas                 dari mempunyai bahan pengawet, dan bahan-bahan kimia yang lain. Ianya juga boleh terdedah kepada pencemaran bakteria, kulat dan organisma-organisma lain yang boleh memudaratkan.               Anda juga boleh tertipu dengan pengeluar-pengeluar produk pemanis ini yang mungkin                      memasukkan bahan lain selain dari bahan yang didakwa. Anda tidak mungkin dapat mengesahkannya.

5.Pemanis-pemanis ini tidak sekali-kali boleh menggantikan ubat dan rawatan penyakit kronik             yang lain.

6.Penggunaan pemanis boleh menjadi senjata makan tuan jika pengamalnya merasa terlalu                  selamat menggunakan pemanis tanpa kalori, disebabkan oleh perasaan selamat, mereka                       mungkin tanpa sedari mengambil makanan berkalori tinggi secara berlebihan sehingga berat                 badan meningkat (kerana menyangka yang mereka sudah mengamalkan pengambilan gula            yang terhad).

7. Pemanis-pemanis ini apabila diambil akan melalui proses metabolism dan pemecahan                        kepada by-product dan ada di antaranya berpotensi untuk menyebabkan masalah kesihatan                 jika pemanis ini diambil secara berlebihan. Contoh: By-product kepada Aspartame iaitu asid               aspartic, phenylalanine dan methanol. Pemanis dan by-product yang dihasilkan juga                         kadangkalanya boleh menyebabkan alahan kepada pengguna walaupun risiko alahan adalah                 rendah.

8.Interaksi pemanis-pemanis ini dengan ubat-ubat seperti antifungus, antibiotic, ubat darah tinggi dan beberapa lagi jenis ubatan telah dilapurkan walaupun ianya hanya peringkat lapuran kes. Jadi kemungkinan berlakunya  interaksi ubat ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.

9.Kepada orang Islam, sila pastikan bahawa produk pemanis ini adalah halal. Terdapat                         produk pemanis ini menggunakan alkohol semasa proses  pengekstraktan bahan pemanis dari               sumber asal. Untuk mengetahui mengenai perkara ini produk tersebut tentukan samada                       terdapat label halal.



ADAKAH PENGGANTI GULA SELAMAT DIAMBIL?

Penggunaan pengganti gula merupakan salah satu tajuk perdebatan semenjak beberapa tahun              dahulu dan pelbagai pendapat dikeluarkan mengenainya. Banyak kajian dijalankan dan  menghasilkan pelbagai keputusan. Ada kajian ke atas haiwan yang menunjukkan kaitan   pengambilan pemanis dengan peningkatan nafsu makan kerana pemanis yang diambil tetap meransang reseptor di lidah dan otak menyangka tahap gula darah yang tinggi, akibatnya            badan mengeluarkan insulin dan menyebabkan gula darah menurun (hipoglisemia) sehingga               haiwan merasa lapar dan kemudian mengambil makanan yang banyak dan menyebabkan     kegemukan.

Walau bagaimanapun ini adalah hasil kajian ini diperolehi dari kajian ke atas haiwan. Terdapat             juga pendapat berdasarkan kepada kajian ke atas manusia bahawa pengambilan pengganti gula          ini disebabkan ianya manis, menyebabkan pengguna ketagihan gula (sugar craving) dan                     bergantung kepada gula (sugar dependence) (rujukan 1, rujukan 2). Adakah ini akan       dimanifestasikan dengan tabiat makanan yang lebih banyak?

Aspartame mungkin merupakan pemanis yang paling banyak menjalani kajian tetapi                       kebanyakan kajian ini dilakukan ke atas haiwan jadi sukar untuk mengesahkan sebarang                       kesan manfaat pengubatan ke atas tubuh badan manusia. Salah satu aspek kajian yang pernah dijalankan adalah melihat potensi kesan sampingan akibat dari by-product hasil dari                             pemecahan Aspartame iaitu asid aspartic, phenylalanine dan methanol kepada kesihatan.                     Walaupun kajian awal ke atas haiwan menunjukkan ada kaitan dengan risiko menghidap                      beberapa jenis kanser tetapi penilaian semula mendapati bahawa ianya tidak benar.                           Kesimpulannya, hingga setakat ini pengambilan Aspartame pada kadar yang disyorkan adalah selamat.

Saccharin pula mungkin pemanis tiruan yang paling lama dihasilkan dan mempunyai                                   kemanisan 300-500 kali ganda lebih dari gula. Saccharin pernah dilapurkan boleh           menyebabkan kanser pundi kencing melalui kajian ke atas haiwan pada tahun 1960 an dan                    1970 an, tetapi pada hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan juga IARC telah menarik                balik dakwaan tersebut dan Saccharin sudah tidak dianggap sebagai bahan karsinogen.                         Kebanyakan negara membenarkan penggunaan Saccharin dalam kuantiti yang disyorkan.

Sucralose ditemui pada tahun 1976 dan yang uniknya, sucralose  merupakan satu-satunya                   pemanis yang dibuat dari gula tetapi dianggap Zero-Calorie pengganti gula (“zero-calorie               sugar substitute”). Ia adalah gula yang menjalani proses klorinisasi (memasukkan atom klorin             ke dalam molekul sukros) dan mempunyai kemanisan 600 kali ganda berbanding dengan gula.             Ia digunakan di dalam banyak makanan dan minuman sebagai pemanis (lebih 4000 jenis                 produk makanan). Apa yang menarik adalah ianya tidak mudah dipecahkan oleh haba jadi                    sesuai digunakan untuk membuat makanan yang perlu dimasak di bawah roti,kek dan lain-lain. Di samping itu, kebanyakan dari sucralose yang diambil tidak akan diserap ke dalam aliran darah sebaliknya akan dibuang dalam bentuk asal melalui usus. Tidak ada kesan sampingan yang                  serius dikaitkan dengan sucralose. Umumnya sucralose adalah pemanis yang selamat diambil termasuk oleh pesakit diabetes.

Acesulfame dan Neotame adalah pemanis tiruan yang juga diluluskan penggunaannya oleh             FDA dan dianggap selamat digunakan. Neotame mempunyai struktur yang hampir sama                       dengan Aspartame tetapi lebih stabil dan mempunyai kemanisan 8000 kali lebih dari gula.

Bagaimana pula dengan Stevia. Setakat ini tidak ada kesan alahan yang dilapurkan akibat pengambilan stevia. FDA telah mengkategorikan ingredient yang terdapat di dalam stevia                   sebagai bahan perasa makanan (food addictive) jadi kehadirannya di dalam apa-apa produk                 perlu dinyatakan di dalam label.  Walaupun ianya dianggap selamat tetapi kesan sampingan jangkamasa panjang belum dapat disahkan lebih-lebih lagi jika ianya diambil di dalam                        kuantiti yang berlebihan. Terdapat kajian kecil ke atas haiwan yang menunjukkan apabila                    tikus diberi stevia pada kuantiti yang tinggi, kandungan sperma tikus menurun dan di dalam     makmal, steviol glycosides boleh ditukarkan kepada bahan penyebab mutasi DNA (Mutagenic substance). Di antara kesan sampingan yang pernah dilapurkan (jika mengambil dalam kuantiti yang tinggi) adalah loya, perut kembung, pening, sakit kepala, tekanan darah rendah dan kandungan             gula darah yang rendah) (rujukan).

Terdapat juga lapuran mengenai kesan interaksi stevia dengan ubat-ubatan seperti ubat psikiatri (litium), ubat antidiabetes (stevia boleh menurunkan kandungan gula darah jika diambil bersama dengan ubat diabetes), beberapa ubat tekanan darah tinggi dan beberapa lagi jenis ubat (rujukan).

Stevia diluluskan kegunaannya di Amerika dan negara-negara Eropah. Seperti yang                             disebutkan di dalam perbincangan di atas, FDA hanya meluluskan stevia sebagai bahan perasa makanan ataupun pengganti gula jika bahan pemanisnya diekstrak dengan betul(kaedah pengekstraktan sama seperti mendapatkan gula dari tebu, contohnya produk Truvi.

FDA tidak meluluskan penggunaan stevia dalam bentuk daun ataupun “crude stevia extracts”               sebagai bahan perasa(rujukan), jadi dalam bentuk ini, ia tidak boleh dimasukkan ke dalam                  makanan atau minuman. Penggunaan stevia ketika hamil dan menyusukan anak tidak dapat                disahkan dari segi keselamatannya kerana kekurangan bukti kerana sukar untuk membuat                    kajian kesan ke atas anak di dalam kandungan dan juga kuantiti produk di dalam susu ibu,                  jadi pada pandangan peribadi saya, mungkin lebih elok dielakkan.


KESIMPULAN

Pengganti gula terdiri dari 4 jenis iaitu pemanis tiruan, gula alcohol, pemanis novel dan juga   pemanis semulajadi. Tujuan pemanis ini digunakan adalah untuk menggantikan gula supaya             dapat mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari.

Semua pemanis bukan sejenis ubat dan tidak boleh digunakan untuk menyembuhkan apa-apa              jenis penyakit. Ianya berperanan untuk membantu mengurangkan jumlah kalori yang diambil         setiap hari untuk tujuan mengurangkan berat badan, mengurangkan kerosakan gigi, dan                       mungkin dengan pengurangan berat badan, anda akan bebas dari penyakit-penyakit kronik                   yang dikaitkan dengan kegemukan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan menggunakan pangganti gula untuk tujuan menurunkan berat badan hanya berhasil jika digabungkan dengan program aktiviti fizikal, ia              tidak berkesan jika diamalkan bersendirian, malah ada juga kajian yang menunjukkan amalan     bahan perasa ini meningkatkan berat badan.

Manakala kepada pesakit-pesakit diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang berkaitan, amalan pengambilan pengganti gula ini hanya mungkin dapat membantu mengawal penyakit tersebut           di samping ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Pemanis-pemanis ini (termasuk       stevia) tidak akan berkesan ataupun kurang keberkesanannya jika anda tidak mengawal jumlah pengambilan makanan yang lain dan pengamalnya tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak ada mana-mana pemanis yang telah disahkan melalui bukti kajian saintifik, mempunyai    kesan pengubatan ke atas penyakit-penyakit, jadi ia tidak boleh menggantikan ubat-ubatan              moden untuk merawat penyakit. Walau bagaimanapun kesemua jenis pemanis yang                              dibincangkan di dalam rencana ini telah didapati selamat digunakan oleh manusia pada                       kuantiti yang disyorkan.

Kesan-kesan negatif ditemui hanya pada kajian ke atas haiwan serta bilangan sampel yang                   kecil dan di dalam kajian-kajian ini responden diberikan pengganti gula ataupun pemanis di             dalam kuantiti yang tinggi. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengkaji manfaat dan                         mudarat penggunaan pemanis di dalam makanan dan minuman, terutamanya kesan                              jangkapanjang. Jadi kesederhanaan di dalam pengambilan pemanis dan memastikan pemanis  tersebut tulin di samping mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci supaya anda mendapat manfaat dari pengambilan pengganti gula ini. 
 
Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor

MD, MOG(UKM),FGO(S’pore),AM
http://dribnusina.blogspot.my/
RUJUKAN
http://articles.mercola.com/sugar-side-effects.aspx
Tandel KR, Sugar substitutes: Health controversy over perceived benefits. J Pharmacol       Pharmacother. 2011:2(4):236-243
www.drugsdb.com/cib/stevia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Trehalose
www.eathalal.ca/2009/01/sugar-alcohols-contain-alcohol-wrong.html),
http://islamqa.org/hanafi/darulihsan/76521).
www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2892765/
www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2892765/
www.fda.gov/AboutFDA/Transparency/Basics/ucm214864.htm
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/12/04/saccharin-aspartame-dangers.             aspx

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana       pertubuhan ataupun institusi.
                                                                                                                                                        Sumber TKO - 18-7-2016
 ------------------------------------------------------------------------                                                                                                                          Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian                    Kesihatan Malaysia
Posted on Thursday, July 14 @ 16:08:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31009
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran                           mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine     yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai       perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di             negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.
Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga                           jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi             seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara             mudah dan pantas.
Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan                     Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-
  1. Cafe Abang Yes,
  2. Candi Gold,
  3. Candy 193,
  4. Extend Up Energy Drink,
  5. Extremen,
  6. Extrewomen,
  7. Goji Guarana,
  8. Goji Guarana Extra,
  9. Goji More,
  10. Goji Yumberry,
  11. Guara Cafe,
  12. HBW Ice Lemon Tea,
  13. Hotton Vitality Candy,
  14. Ie2 O,
  15. King Cappucino,
  16. Knight Cofee.
  17. Kolek Cafe Power Plus,
  18. Kopi Angguk,
  19. Kopi Asmara,
  20. Kopi Bagus AAA,
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  22. Kopi Pahlawan,
  23. Kopi Super Angguk,
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  25. Maca Max,
  26. Macagin Ginseng Candy,
  27. Mentalk Candy,
  28. Nexus MXP,
  29. Night Cafe,
  30. Red Energizer Candy For Men,
  31. Royal Beverage Maqrifatun,
  32. sasanergy Drink,
  33. Trica Jus,
  34. Tri-Max,
  35. True SR,
  36. vigor Candy,
  37. Vitca-F,
  38. Vitca-M,
  39. Winnie Beauty V1,
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan.                 Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi                                         racun yang berbahaya. Sila rujuk laman web pharmacy.gov.my untuk maklumat lanjut.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh tak minum air Kangen? Baca penjelasan
Dr Suhazeli

Posted on Saturday, July 09 @ 12:58:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Seorang pesakit bertanya: “Boleh ke Doc minum air Kangen?” Sambil tunjukkan sebotol air Kangen depan saya.

Saya akan jawab, “Boleh minum¹. Secara umum apa sahaja air pun boleh minum selagi tidak mendatangkan mudarat.”



“Tapi kerajaan larang jual, sebab tak masuk duit dalam cukai kerajaan kan?” Soalan menguja dari beliau.



“Tuan, peraturan yang melarang minum itu bukan berkait dengan masuk duit kepada kerajaan atau tidak. Ia sebenarnya melibatkan dakwaan yang salah jika apa-apa air termasuk Air Kangen boleh merawat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ini dah jadi misleading maklumat kesihatan kepada orang ramai. Kesannya, ada pesakit saya yang tinggal terus ubat kencing Manis gara-gara percaya. Gula naik mencanak”



“Begitu juga terdapat satu akta khusus bagi larangan membuat iklan yang mendakwa sesuatu produk boleh merawat 20 jenis penyakit.”[1] Panjang juga ulasan..



“Dalam peraturan 360b tersebut melarang mana-mana individu atau syarikat yang menjalani pembungkusan produk tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan. Isu ini juga timbul dalam penjualan air jampi.[2] KKM mengambil langkah pengawalan ini bagi mengelakkan pengambilan air dari sumber yang tidak selamat samada mengandungi coliform (kuman) atau logam berat yang berbahaya. Jika ia bebas dibungkus dan dijual tanpa standard piawaian tertentu, tiada jaminan tapisan keselamatan mutu.”



“Tapikan doktor, air ni kan ada banyak khasiat.” Tanya lagi dalam sedikit sangsi.

“Tuan, pengalaman individu tidak boleh dipukul rata kepada semua orang. Dalam perubatan setiap ubatan perlu melepasi tahap ujian klinikal yang melepasi piawaian berkualiti, berkesan dan selamat. Tahap ujian klinikal tersebut menunjukkan majoriti (biasanya melebihi 70% berkualiti, berkesan dan selamat), baru lah boleh mendakwa sesuatu bahan boleh digunakan dalam masyarakat.”[3]



“Terdapat kajian berkenaan air beralkali ni. Tetapi hasil kajian tidak meyakinkan. Malah ianya lebih kepada kesan psikologi kepada pengguna.”[4, 5]



“Tuan, badan kita ada sistem keseimbangan asid-alkali (acid-base balance). Jika perut serap air alkali sekali pun, darah kita akan menyeimbangkan semula kepada pH 7.35 – 7.45. Jika pH darah terlalu alkali, ia memudaratkan badan.”[6]



“Saya risau juga, jika dalam perut terlalu beralkali, boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang lain. Ada kajian menyebut jika makan terlalu kerap dan berpanjangan Antacid (ubat gastrik yang beralkali), risiko jangkitan kuman paru-paru akan bertambah.” [7,8]



“Okay Doktor, terima kasih kerana penerangan tu.” Jawabnya separa puas hati.



“Doktor ni sokong kerajaan ek?” Beliau menyerkap pegangan politik saya.



“Saya sokong peraturan yang boleh menyelamatkan ummah serta masyarakat terbela. Jika pembangkang tadbir Malaysia pun, peraturan ini tetap wujud dan saya akan sokong seutuhnya.” Saya semat pendirian saya disini.



“Angguk faham”….



Dr Suhazeli Abdullah
Insan Faqir
Fb.com/drsuhazeli

8 Julai 2016
3 Syawal 1437



Rujukan tepi


[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit.http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi. http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial?http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water. http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah. http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia.http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208

P/s . Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.


Dr Suhazeli Abdullah
*Artikel ini diambil daripada Facebook DrSuhazeli Abdullah 

Sumber TKO - 9-7-2016

------------------------------------------------------------------------

Perlukah Anda Mengambil Air Beralkali (Alkaline Water)

Posted on Saturday, July 09 @ 08:35:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Amalan mengambil air beralkali (alkaline water) sudah lama diamalkan 
dan pelbagai jenis penapis air dan alat penionan dijual di pasaran untuk menghasilkan air beralkali. Rencana ini akan memberi sedikit maklumat 
mengenai air beralkali dan saya akan cuba menerangkan kepada anda 
kedudukan sebenar air beralkali ini dari sudut perubatan moden.

Seperti mana yang anda ketahui, air mempunyai pH tertentu supaya ianya 

menjadi air yang berasid, neutral ataupun beralkali bergantung kepada 
bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ada bahan-bahan mineral 
yang menyebabkan air menjadi beralkali dan ada yang menyebabkannya 
menjadi berasid.

Nilai pH air ditentukan oleh keseimbangan di antara bahan berasid dan 

beralkali di dalam air. Jika bahan berasid melebihi bahan beralkali, maka 
air itu akan menjadi berasid. Jika kedua-dua bahan ini seimbang, maka air menjadi neutral. Air 
mentah dan air paip yang dirawat selalunya neutral. Tahap pH ditentukan oleh nombor dari 0 
hingga 14, di mana pH kurang dari 7 adalah asid, manakala pH 7 neutral dan pH yang lebih 
dari 7 dikatakan alkali. Apakah pH yang sesuai untuk air minuman? Tajuk ini sedang hangat diperdebatkan. Ada yang mendakwa meminum air beralkali mempunyai khasiat yang banyak 
untuk kesihatan badan. Adakah dakwaan ini benar?

Air beralkali selalunya mempunyai pH 8-9 dan dijual di pasaran di dalam pelbagai bentuk. Air 
beralkali ini dihasilkan melalui tindakan elektrolisis ataupun pengionan (ionizer) di mana aliran 
elektrik digunakan untuk memisahkan molekul air kepada ion-ionnya iaitu ion hydrogen yang 
berasid dan ion hidroksid yang beralkali. Katod (catode) yang bercaj negative akan menarik ion hydrogen (bercaj positif) dan persekitaran katod ini akan menjadi beralkali (sebab ion hidrogen 
sudah ditarik kepada katod). Manakala anod (anode) pula yang bercaj positif akan menarik ion hidroksid sehingga air di sekelilingnya menjadi berasid. Inilah konsep bagaimana air yang 
beralkali dan air yang berasid dihasilkan. Di dalam mesin penapis ini, kedua-dua jenis air ini 
boleh dipisahkan. Malah bahagian air yang neutral juga dapat dipisahkan. Persoalannya adakah 
air beralkali ini mujarab, dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi, 
diabetes, kanser dan lain-lain.

Rajah di atas menunjukkan proses elektrolisis yang menghasilkan air beralkali dan air 
berasid. 

Untuk memastikan proses elektrolisis berjalan dengan lancar dan berkesan, air yang 
digunakan untuk diproses perlu mempunyai bahan mineral dan logam  (Natrium, Kalsium, 
Magnesium dan lain-lain) supaya air tersebut lebih konduktif (conductive). Air tulin 
yang 
tidak mempunyai bahan mineral dan logam tidak akan cukup konduktif untuk menjalani 
elektrolisis. Jadi tidak benar jika ada yang mendakwa bahawa proses penghasilan air 
 beralkali ini menggunakan air tulin.
HAKIKAT KESEIMBANGAN ASID DAN ALKALI DI DALAM BADAN

Pada asasnya, badan manusia memerlukan 
kedua-dua medium iaitu asid dan alkali.

Pendek kata badan manusia mempunyai bahagian 
yang lebih berasid dan yang lebih beralkali. 
Contohnya pH cecair di dalam perut dan 
permukaan kulit manusia adalah berasid.

Manakala usus kecil, pankreas dan jantung adalah 
bahagian badan yang lebih beralkali. Badan 
manusia mempunyai keupayaan untuk 
menstabilkan pH badan sehingga ianya menjadi 
tetap dan tidak mengalami perubahan yang besar, contohnya pH darah di antara 7.35-7.45. Badan menggunakan ginjal, usus, pankreas dan 
pernafasan yang berfungi untuk mengstabilkan pH 
darah. Jadi hakikatnya kita tidak mampu untuk 
mengubah pH ini sesuka hati dari luar kerana apa 
sahaja keinginan kita untuk membuat perubahan ini, badan akan tetap bertindakbalas secara 
semulajadi sehingga pHnya kekal pada julat yang normal. Maksudnya badan telah 
diprogramkan untuk berupaya membuat kawalan diri secara automatic ataupun auto-regulation 
di dalam mengawal nilai pH.

Salah satu contoh bagaimana badan mengawal pH adalah melalui ransangan “chemoreceptors” 
dan pernafasan. Proses mengawal kestabilan pH ini sama macam alat pengapung air di dalam 
tangki air, apabila air kurang di dalam tangka, pengapung pun akan turun dan air pun masuk ke 
dalam tangki. Apabila air di dalam tangki penuh, pengapung ini akan menutup lubang air dan menghentikan aliran air masuk ke dalam tangki. Apabila pH darah menurun disebabkan oleh meningkatnya kandungan ion hidrogen, kemoreceptor di bahagian otak akan menghantar 
maklumat kepada otot pernafasan supaya pernafasan anda menjadi lebih cepat. Apabila 
pernafasan lebih cepat, lebih banyak gas karbon dioksida dilepaskan keluar dan ini  akan mengurangkan penghasilan ion hidrogen supaya pH darah dapat distabilkan semula. Begitulah 
juga disebaliknya, proses ini berlaku tanpa disedari oleh anda.

ASID DAN JANGKITAN PENYAKIT

Asid diperlukan untuk tujuan membunuh mikroorganisma penyebab penyakit. Tidak benar jika dikatakan minuman alkali diambil untuk membunuh mikroorganisma di dalam perut kerana 
sebenarnya asidlah yang membunuhnya. Asid di dalam perut juga penting untuk menguraikan 
protin. Untuk pengetahuan anda, pH asid perut adalah di antara 1.5-3.5 dan nilai ini sentiasa 
dijaga supaya ianya dapat memanfaatkan manusia. Jika asid perut menjadi terlalu berasid, 
sel-sel di lapisan kulit perut boleh mengeluarkan bahan beralkali dikenali sebagai bicarbonate, sebaliknya pula, jika pH cairan perut terlalu tinggi, kadar pengeluaran bicarbonate ini akan 
terencat. Apabila kita mengambil makanan, asid perut akan membunuh pathogen ataupun mikroorganisma penyebab penyakit. Bayangkan jika mekanisma ini tidak wujud, tentu manusia
akan senang dijangkiti penyakit. Satu contoh terbaik mengenai kepentingan asid di dalam perut 
adalah bagaimana anjing liar dapat hidup walaupun memakan bangkai yang dijangkiti oleh 
kuman. Asid perut anjing liar mempunyai keasidan 10 kali lebih tinggi dari manusia dan asid 
inilah yang membunuh bakteria yang dibawa oleh bangkai.

Asid membunuh bakteria, manakala ada organisma yang memerlukan persekitaran beralkali 
untuk hidup dan membiak. Contoh organisma ini adalah sejenis kulat yang dinamakan candida 
albican. Di dalam keadaan berasid, kulat ini hidup tidak aktif dan asid ini dihasilkan oleh 
bakteria yang baik dinamakan normal flora. Normal flora inilah yang menjadi faktor penting 
mengawal pembiakan kulat candida. Jika anda mengambil antibiotik dan membunuh bakteria 
baik ini, asid tidak dapat dihasilkan dan akibatnya persekitaran tersebut akan menjadi lebih 
beralkali. Persekitaran yang lebih beralkali ini akan menyebabkan kulat candida menjadi aktif 
dan membiak sehingga menyebabkan keradangan. Keadaan ini berlaku di dalam faraj 
seseorang wanita dan jika kulat candida menjadi aktif, faraj akan menjadi kemerahan, gatal dan 
keluar keputihan yang banyak. Jadi persekitaran asid ataupun alkali diperlukan oleh 
tempat-tempat tertentu di dalam badan anda.

ADAKAH AIR BERALKALI BOLEH MENGUBATI KANSER

Kanser adalah sejenis penyakit kronik yang kompleks. Proses kejadian kanser berlaku disebabkan oleh banyak faktor termasuk 
faktor kelainan genetik dan pendedahan 
kepada bahan penyebab kanser ataupun 
karsinogen.

Rawatan kanser juga kompleks dan tidak 
semudah yang difikirkan oleh orang awam. 
Adalah tidak benar mengatakan bahawa 
kanser tidak boleh membiak di dalam 
persekitaran alkali, malah kajian menunjukkan bahawa pH di dalam sel kanser lebih beralkali 
dari pH di dalam sel-sel yang normal. Sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana sel-sel 
kanser tidak dapat menghasilkan asid laktik sepertimana sel-sel normal. Sebaliknya sel-sel 
kanser menghasilkan lactate yang lebih beralkali, sel-sel kanser sebenarnya tidak dapat 
bertahan dengan keasidan yang tinggi sehingga sel-sel ini mengeluarkan ion hidrogen dari 
dalam sel keluar di persekitarannya. Akibatnya persekitaran sel-sel kanser menjadi lebih 
berasid.

Persekitaran luar sel-sel kanser yang lebih berasid ini bukan bermaksud sel-sel kanser 
menyukai asid tetapi ianya adalah akibat dari adaptasi sel-sel kanser untuk meningkatkan pH di 
dalam sel-sel mereka. Pendek kata sel-sel kanser lebih mudah hidup jika pH mereka lebih 
beralkali. Sebenarnya sel-sel badan manusia yang normal tidak boleh hidup di dalam keadaan 
yang melampau samada terlalu beralkali (dikenali sebagai alkalosis) ataupun terlalu berasid 
(asidosis).

Malah alkalosis lebih merbahaya kerana ianya lebih sukar untuk dirawat berbanding dengan 
asidosis. Apabila mengalami asidosis iaitu pH darah terlalu rendah, kaedah rawatannya bukan 
dengan meminum air beralkali sebab air ini akan masuk ke dalam usus dan tidak mampu 
untuk menukar pH darah disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. Sebaliknya 
rawatan asidosis adalah dengan memberi cecair beralkali terus ke dalam aliran darah melalui 
infusi salur vena.

Tanggapan orang awam bahawa mengawal pH darah semudah meminum air samada air 
berasid ataupun beralkali sebenarnya berasaskan kepada kefahaman yang sangat cetik 
mengenai fisiologi manusia. Fisiologi badan manusia adalah sangat kompleks dan hanya 
boleh difahami jika ianya dipelajari dengan mendalam sepertimana yang dilakukan oleh 
pelajar-pelajar perubatan.

Malah mengikut sebahagian pakar kimia, jika air yang hendak digunakan untuk tujuan 
pengionan mengandungi garam iaitu NaCI (Natrium Klorida), proses elektrolisis akan 
menyebabkan gas hidrogen dilepaskan dan ion hidroksida akan bergabung dengan Natrium 
di katod menjadi NaOH untuk menghasilkan air beralkali (lihat rajah di bawah). Manakala 
di bahagian anod pula sebahagian ion Clorin akan dioksidakan untuk menjadi Klorin, jika 
Klorin in bergabung dengan ion Hidroksida yang datangnya dari katod, ia akan membentu 
asid Hipoklorus (hypochorus acid, HOCl) yang boleh dikeluarkan sebagai air berasid.

Asid Hipoklorus adalah asid lemah dan agen pengoksidan. Jika berlaku percampuran di antara 
Asid Hipoklorus (HOCl) dengan Natrium Klorida (NaCl), Natrium Hipoklorida (Sodium Hypochloride) boleh terbentuk.

Untuk pengentahuan anda, Natrium Hipoklorida adalah bahan kimia yang terkandung di dalam 
Klorox !!. Di samping itu, Asid Hipoklorus juga pernah dikaitkan dengan keupayaan untuk menyebabkan mutasi bahan genetik di dalam DNA serta epigenetik dan berpotensi 
menyebabkan kanser.

Asid Hipoklorus juga boleh menyumbang kepada pembentukan bahan kimia yang dikenali 
sebagai 5-Chlorocytocine yang dikatakan boleh merencat gene perencat kanser (rujukan 1, 
rujukan 2). Walaupun tiada bukti kukuh mengenai Asid Hipoklorus dan kanser ke atas manusia 
tetapi ini sudah cukup mematahkan dakwaan pengeluar air beralkali bahawa air beralkali dapat membunuh sel kanser, kerana di sebaliknya pula, air beralkali berpotensi meransang perubahan 
sel badan kepada sel kanser.

Air yang telah menjalani pengionan atau elektrolisis ini juga bukan anti-oksidan, malah seperti 
yang saya nyatakan di atas, terdapat bahan-bahan kimia yang terhasil dari proses ini sebenarnya adalah agen pengoksidan bukan anti-oksidan.Pendek kata proses elektrolisis ke atas air boleh 
menghasilkan bermacam-macam bahan kimia bergantung kepada kandungan mineral dan 
logam di dalam air yang hendak diproses. 

 Proses elektrolisis ke atas air yang mengandungi garam ataupun Natrium Klorida. Asid 
Hipoklorus dihasilkan untuk menjadikan air berasid,manakala Natrium Hidroksida pula 
akan membuatkan air menjadi beralkali

BAGAIMANA MENGUKUR pH BADAN ATAU DARAH

Seperti yang telah saya sebutkan tadi, pH di dalam badan manusia berbeza-beza mengikut 
organ dan tisu.

Ada organ yang lebih berasid, dan ada organ serta tisu yang lebih beralkali. Perut contohnya mempunyai rembesan cecair berasid dengan pH 1.5-3.5. Untuk mengukur pH, anda perlu 
menggunakan alat pengukur pH. Sampel dari cecair-cecair badan pada bahagian tertentu perlu diperolehi dan diuji. Jika ujian pH hendak dilakukan ke atas darah, maka sampel darahlah yang 
perlu diambil.

Jika anda ingin mengukur pH di dalam perut, maka sampel cecair dari dalam perutlah yang 
perlu diambil dan diuji. Adalah tidak benar bahawa nilai pH yang diukur melalui sampel air 
kencing dan air liur itu menggambarkan pH badan keseluruhannya kerana ianya hanya menilai 
pH pada sampel itu sahaja.

Malah jika badan lebih berasid, ginjal akan mengeluarkan lebih banyak bahan beralkali untuk mengstabilkan pH, pada ketika ini jika ujian pH dijalankan ke atas air kencing, tentu nilai 
pHnya lebih tinggi (lebih beralkali), sedangkan ini tidak langsung menggambarkan pH badan 
ataupun darah. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah penjual alat penapis air yang 
menggunakan tektik mengukur pH air kencing dan air liur untuk menentukan tahap pH badan 
anda. Saya boleh katakan jika ini yang mereka lakukan, sebenarnya anda sedang 
diperbodohkan.

KEPERLUAN ASID DI DALAM BADAN

Badan memerlukan asid dan alkali kedua-duanya sekali di dalam keadaan dan organ-organ 
tertentu. Di dalam perubatan moden, tidak ada istilah badan anda lebih berasid, ataupun badan
 anda lebih beralkali. Sistem badan kita dijadikan sedemikian rupa supaya ianya sentiasa di 
dalam keseimbangan asid dan alkali. Tanpa keseimbangan ini, anda tidak boleh hidup dan di 
dalam keadaan normal, badan anda berkemampuan untuk menstabilkan pH badan melalui 
mekanisma-mekanisma yang telah saya sebutkan tadi.

Asid diperlukan untuk banyak fungsi badan seperti menjadi benteng melawan jangkitan 
penyakit. Banyak komponen-komponen badan manusia diperbuat dari asid, protin dibina dari 
asid amino, molekul DNA (yang membawa bahan baka/genetik ) dibina dari “deoxyribonucleic
 acid”. Banyak mikronutrin-mikronutrin yang anda perlukan untuk kesihatan badan seperti 
vitamin C (asid askorbik) dan asid folik adalah juga asid. Pendek kata, anda tidak mungkin 
dapat hidup tanpa adanya asid.


PENDAPAT PAKAR SAINS DAN PERUBATAN TERHADAP AIR BERALKALI

Kebanyakan pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli sains berpendapat bahawa setakat ini tidak 
ada bukti kukuh yang menyokong pengambilan air beralkali untuk kesihatan badan, lebih-lebih 
lagi untuk tujuan merawat penyakit-penyakit tertentu. Walaupun ada kajian yang dilakukan 
tetapi kajian-kajian tersebut tidak mempunyai kualiti yang tinggi dan bukan kajian “randomized control trial”, pengkaji-pengkaji ini melihat maklumbalas pesakit-pesakit darah tinggi, diabetes dan 
lain-lain selepas mengambil air beralkali dan kemudian terus merumuskan hasil kajian mereka.

Sepatutnya kumpulan “control” perlu diwujudkan dan sampel yang digunakan adalah cukup 
besar untuk mengaitkan hubungan di antara pengambilan air beralkali dengan kesihatan. 
Setakat ini belum lagi ada kajian seumpama itu kerana sukar untuk dijalankan. Tetapi 
berdasarkan kepada fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, majoriti ahli-ahli sains dan 
perubatan mempunyai pendirian bahawa belum ada bukti kukuh yang meyakinkan bahawa 
amalan pengambilan air beralkali akan meningkatkan kesihatan badan, mencegah penyakit, 
merawat penyakit apatah lagi memanjangkan hayat seseorang. Jika pun ada manfaat dari 
pengambilan air beralkali ini, ianya mungkin disumbang oleh pengambilan air yang 
mencukupi, kebersihan air dan juga mineral-mineral yang terkandung di dalamnya.

Ramai doktor dan saintis berpendapat dakwaan kemujaraban air beralkali oleh syarikat-syarikat pengeluar air ini tidak disokong oleh kajian yang berkualiti tinggi dan kita masih lagi 
kekurangan maklumat dari segi mudarat yang mungkin boleh dibawa oleh pengambilan air ini. 
Apa yang paling dibimbangi adalah kesan kemudaratan jangkapanjang kesan dari pengambilan 
air beralkali bukan sahaja disebabkan oleh sifat kealkalian air, tetapi juga disebabkan oleh 
proses elektrolisis atau pengionan air ini bakal menghasilkan bermacam-macam bahan kimia/
molekul lain bergantung kepada kandungan air yang digunakan dan juga proses pemisahan air 
yang dilakukan.

Mengikut seorang Pakar Gastroenterologist yang juga bekas presiden American Society for Gastrointestinal Endoscopy, Dr.John Petrini, beliau berkata “There is no basis for any health 
claims at all (tidak ada langsung asas kesihatan yang didakwa)”.

R.John Petrini berkata lagi :” After it is digested, food and water goes into the stomach and, no 
matter what pH it was when it entered and then ends up leaving the stomach at a pH of about 
6.8, Dr. Petrini says. And no matter what you eat, your body has effective mechanisms to keep 
your blood in a narrow range between 7.35 and 7.45”.

Air diserap terutamanya di dalam usus dan bukan di dalam perut. Apabila air atau makanan 
beralkali diambil dan sampai di perut yang sangat berasid, sifat alkali bahan-bahan ini akan dihapuskan dan apabila ia meninggalkan perut ke usus kecil, pHnya menjadi 6.8 seperti yang disebutkan oleh Dr.Petrini di atas. Kemudiannya apabila melalui usus kecil, kandungan isi perut tadi akan bercampur dengan rembesan alkali dari pankreas. Kesimpulannya, semua jenis air yang anda ambil tidak kira berapa nilai pHnya akhirnya akan menjadi air beralkali apabila masuk ke dalam usus kecil.

Malah ada juga pakar-pakar yang berpendapat jika air beralkali yang diproses melalui elektrolisis ataupun pengionan, ion hidroksida yang dihasilkan boleh bergabung dengan mineral seperti Magnesium, Kalsium dan lain-lain untuk membentuk bahan (Magnesium hidroksida, Kalsium Hidroksida) yang berpotensi memudaratkan badan jika di dalam kuantiti yang banyak.

ADAKAH MANFAAT MEMINUM AIR BERALKALI?

Mungkin terdapat manfaat pengambilan air beralkali jika ianya dihasilkan dengan kaedah bersih dan mengekalkan bahan-bahan mineral yang ada. Walau bagaimanapun manfaat yang dibawa oleh pengambilan air beralkali ini lebih kepada tabiat mengambilan air yang mencukupi (memulihkan hidrasi badan), kandungan mineral yang ada di dalamnya dan bukan disebabkan oleh pH air berkenaan. Terdapat ahli-ahli sains yang cuba merationalisasikan manfaat air beralkali ini (walaupun bukan berasaskan kepada bukti saintifik yang kukuh) , di antaranya adalah seperti berikut:
1.   Mungkin ianya boleh memperbaiki kesihatan usus melalui keupayaan air itu untuk mempunyai potensi oksidasi-reduksi negative yakni menjadi agen reduksi (negative Oxidation-Reduction Potential). Mungkin dengan ciri-ciri ini ia boleh membantu melindungi usus dari mikroorganisma yang berbahaya. Walau bagaimanapun keupayaan membunuh bakteria bukan semestinya baik kerana terdapat bakteria baik yang mengawal usus dari pembiakan bakteria ganas. Jika bakteria baik ini dihapuskan, akan berlaku pembiakan bakteria ganas yang menyebabkan penyakit.
2.   Golongan ahli sukan lasak mungkin satu golongan yang dapat mengambil manfaat dari pengambilan air beralkali ini, menurut pendapat pakar, senaman yang lasak menyebabkan badan mereka menghasilkan banyak asid. MUNGKIN air beralkali dapat membantu. Inipun hanya andaian sahaja kerana di dalam air beralkali tersebut terdapat mineral-mineral yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan badan dan peluang mengambil air yang mencukupi untuk memulihkan kecerdasan badan.

3.   Hasil kajian pernah diterbitkan mengenai kesan meminum air beralkali dengan pH 8.8 oleh haiwan, di mana pada pH 8.8 ini enzim pepsin dapat direncatkan, enzim ini bertanggungjawab menyebabkan penyakit acid refluk (reflux acid ataupun reflux oesophagitis). Walau bagaimanapun  ini adalah kajian makmal ke atas haiwan dan bukan kajian ke atas manusia. (klik di sini)

4.   Ada juga kajian kecil yang tidak berkualiti (bukan randomized control trial) yang melapurkan meminum air beralkali memperbaiki kesihatan pesakit darah tinggi, diabetes dan hiperkolestrolemia (berlebihan kolestrol). Kajian ini adalah kajian yang kecil dan didakwa kajian preliminari (awal). (klik di sini 

APAKAH MUDARAT AIR BERALKALI

Daripada penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa manfaat yang dibawa oleh air beralkali tidak disokong oleh bukti kajian saintifik yang kukuh dan tidak cukup untuk dijadikan alasan untuk diamalkan secara berterusan. Ahli-ahli sains berpendapat bahawa pengambilan air beralkali secara berterusan bakal menyebabkan beberapa masalah kesihatan kepada badan yang di antaranya adalah :

1.  Pengambilan yang berpanjangan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan ketidakstabilan pH di dalam badan.

2. Gangguan fungsi perut. Keasidan adalah penting untuk mengekalkan fungsi perut yang normal. Terdapat banyak fungsi perut yang memerlukan persekitaran tersebut seperti penyerapan nutrin, pemecahan protin dan lain-lain. Contohnya penyerapan vitamin B12 memerlukan asid untuk merungkai ikatan vitamin ini dengan protin sebelum ianya boleh bergabung dengan faktor intrinsik sebelum boleh diserap ke aliran darah.

3. Air beralkali boleh berinteraksi dengan banyak jenis ubat yang diambil. Masyarakat kita suka mendapatkan ubat di farmasi dan mengambilnya tanpa nasihat doktor. Mengambil ubat ini dengan air beralkali boleh menyebabkan berlakunya interaksi di antara ubat dan kealkalian air sehingga boleh menghasilkan kompoun yang boleh memudaratkan kesihatan.

4. Beban tambahan kepada buah pinggang. Di antara fungsi buah pinggang adalah menstabilkan nilai pH badan. Pengambilan air beralkali yang berterusan boleh menambah beban buah pinggang sehingga lama kelamaan fungsinya boleh terganggu terutama ke atas orang yang tua.

5. Masalah penghadaman. Ia boleh mengganggu proses penghadaman. Ini disebabkan oleh peningkatan pH yang mendadak walaupun di dalam masa yang singkat. Masalah ini lebih serius jika individu tersebut berusia lebih dari 60 tahun. Salah satu masalah penghadaman akibat dari perubahan ini adalah hipokloridia yang disebabkan oleh masalah penyerapan kalsium. Jika keasidan perut menurun dengan terlalu banyak dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan gangguan penyerapan kalsium yang sangat serius sehingga menyebabkan ianya boleh mengancam nyawa pesakit, keadaan ini dinamakan milk alkali syndrom.

6.Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa pendedahan alkali yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah)

Walaupun sebahagian kesan-kesan negatif ini ditemui ke atas kajian haiwan tetapi ianya sudah cukup untuk membuat kita berwaspada. 

KESIMPULAN

Kefahaman mengenai keseimbangan asid-alkali di dalam badan manusia perlu dimiliki oleh anda jika anda ingin memahami tajuk yang diperbincangkan di dalam rencana ini. Badan manusia berupaya mengawal pH di dalam darah dan lain-lain tisu serta organ secara semulajadi dan pH yang dikekalkan bergantung kepada organ-organ, ada organ yang perlu lebih berasid dan ada yang perlu lebih beralkali. Tidak tepat mengatakan bahawa anda menjadi lebih berasid apabila mengambil makanan berasid dan menjadi lebih beralkali bila mengambil makanan atau minuman beralkali. Badan anda sentiasa mampu mengekalkan julat pH yang optima untuk fungsi badan melalui sistem kawalan keseimbangan asid-alkali badan yang sangat cekap, tidak kira apa jenis makanan atau minuman yang anda ambil.

Apa yang memudaratkan (sangat jarang berlaku) adalah apabila badan anda gagal mengawal keseimbangan asid dan alkali badan  sehingga pH darah anda terlalu berasid dikenali sebagai ASIDOSIS (contoh: komplikasi Diabetes yang tidak terkawal dikenali sebagai “Diabetic ketoacidosis”)  ataupun terlalu beralkali dikenali sebagai ALKALOSIS (contoh: penyakit paru-paru, hiperventilasi dan penyakit hati). Kedua-dua asidosis dan alkalosis memerlukan rawatan intensif di hospital kerana kedua-duanya boleh mengakibatkan kematian.

Daripada apa yang telah diterangkan di atas, jelas bahawa setakat ini belum terdapat bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong amalan pengambilan air beralkali untuk tujuan kesihatan. Orang-orang awam perlu berhati-hati apabila didekati individu-individu yang mendakwa pakar kerana ramai pakar-pakar yang mementingkan imbuhan material lebih dari memperjuangkan fakta yg sebenar. Untuk menjaga kesihatan badan, mencegah dari penyakit kronik dan memanjangkan hayat, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat, mempunyai berat badan yang unggul, mengurangkan stres, melakukan ujian saringan kesihatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Mengamalkan gaya hidup sihat bermaksud mengambil makanan yang seimbang, mengambil air yang mencukupi (air biasa pun sudah memadai), bersenam, mengamalkan aktiviti seksual yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol, tidak mengambil dadah dan mendapatkan berat badan yang unggul (mengelak dari menjadi obes). Jika anda sudah menghidapi penyakit-penyakit kronik, di samping mengamalkan gaya hidup sihat di atas, dapatkan rawatan dari doktor, ambil ubat secara tetap, jalani rawatan susulan dan lakukan ujian kesihatan yang berkala.

Secara peribadi, saya berpendapat jika anda ingin mengambil air, ambil air yang bersih dari pencemaran, neutral (ataupun sedikit beralkali dgn pH kurang dari 8) dan mempunyai mineral di dalam julat yang dibenarkan. Ciri-ciri air ini ada pada air paip yang dirawat, air telaga atau air mata-air yang bersih (termasuk air zamzam) dan juga air mineral biasa yang harganya RM1 satu botol. Kata kuncinya adalah MENGAMBIL AIR SECUKUPNYA DAN ELAKKAN DARI DEHIDRASI (rujuk di sini bagaimana mengambil air yang mencukupi). Sila baca rencana tulisan saya mengenai alat penapis air di sini. Anda boleh menjimatkan banyak wang anda jika anda menimba ilmu dan faham mengenai air serta bagaimana mengambil air dengan betul. 

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor

MD,MOG (UKM), Fellow GO(S'pore),AM
Pakar Perunding Kanan O&G
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah


Pandangan ini adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili mana-mana institusi ataupun pertubuhan.

http://www.wsj.com/articles/SB10001424052702303404704577314182468322256 )
http://www.healthline.com/health/food-nutrition/alkaline-water-benefits-risks#1
http://www.chem1.com/CQ/ionbunk.html
 http://medlicker.com/926-alkaline-water-dangers#.Vw3UGewyF0h.facebook



Sumber TKO - 9-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seorang lagi kanak-kanak dijangkiti difteria

Posted on Tuesday, July 05 @ 06:09:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30898

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Kulim disahkan
dijangkiti difteria.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kanak-kanak ini mula
menghidapi gejala demam selama tiga hari sehingga 28 Jun, sebelum dibawa mendapatkan
rawatan di klinik kesihatan setelah mendapat sawan.

“Status imunisasi mangsa diragui kerana tiada rekod kad kesihatan berhubung rekod imunisasi
yang diberikan,” katanya.

Menurutnya, kes itu dirujuk ke Hospital Kulim dan dimasukkan ke wad isolasi pada hari sama
kerana disyaki difteria.

“Rawatan segera diberikan dan ujian makmal untuk pengesahan jangkitan difteria dihantar ke
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Keadaan mangsa menjadi kritikal pada 30 Jun tengah
malam dan dirawat dengan alat bantuan pernafasan sehingga dirujuk ke Pusat Perubatan
Universiti Malaya untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi,” katanya.

Norhizan berkata, kanak-kanak ini masih lagi kritikal dan ujian makmal mengesahkan ianya
jangkitan difteria.

“Notifikasi terbaru kes difteria dari Kulim ini menjadikan jumlah kes difteria di Kedah
berjumlah 10 kes, iaitu satu kes di Langkawi dan lapan dari daerah Kuala Muda dari sebuah
keluarga,” katanya.

Menurutnya, daripada 10 kes difteria yang dinotifikasi, tujuh kes disahkan sebagai difteria
dengan satu kematian, iaitu seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun dari Kuala Muda.

Manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berumur 10 bulan (adik kepada kanak-kanak yang meninggal dunia) masih dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah dan masih kritikal.

“Untuk kes terbaru dari Kulim ini, tindakan kawalan telah dijalankan ke atas keluarga pesakit
dan pra sekolah bagi mengesan kontak pesakit,” katanya.

Menurutnya, sembilan kontak dikenalpasti di rumah mangsa, iaitu enam dewasa, seorang
kanak-kanak berumur 12 tahun (OKU) iaitu abang pesakit di mana status imunisasi tidak
diketahui serta dua kanak-kanak lain iaitu sepupu pesakit mempunyai sejarah imunisasi
lengkap.

“Semua kontak rapat di rumah adalah sihat dan tiada gejala demam dan sakit tekak. Kontak di
Pra Sekolah yang dikesan seramai 19 orang kesemuanya lengkap imunisasi, di mana enam
pelajar mengalami sakit tekak tetapi tiada simptom demam,” katanya.

Norhizan berkata, mereka dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

“Kita turut meninjau 124 buah kediaman di kawasan rumah mangsa, dan memeriksa seramai
249 kanak-kanak iaitu 74 kanak-kanak bawah tujuh tahun dan 175 kanak-kanak berusia 7
hingga 10 tahun,” katanya.

Daripada jumlah itu, 10 orang yang tidak mendapat imunisasi telah diberikan suntikan
imunisasi.

Sumber TKO - 5-2-2016

---------------------------------------------------------------------



Ketahui Hubungkait Warna Air Kencing Dengan Tahap Kesihatan Badan Yang Perlu Anda Tahu

Posted on Sunday, June 26 @ 15:43:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30741



Sudah pasti ramai antara kita perasan warna air kencing kita kadang-kadang jernih, 
kadang-kadang kuning, kadang-kadang kuning pekat dan ada juga yang bewarna gelap. Itu 
belum cerita warna air kecing ibu yang hamil.

Warna dan bau air kencing sebenarnya membawa makna kepada kesihatan kita. Buah pinggang 

adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan air kencing selepas ditapis dan warna 
kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air 
kencing yang normal ialah kuning pucat.

Berdasarkan kajian, bagi seorang manusia normal, mereka memerlukan sekurang-kurang 8-10 

gelas air masak sehari ? Ia penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi. Maksud 
dehidrasi adalah satu keadaan di mana tubuh kita kekurangan air.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui maksud warna air kencing:

Air Kencing Warna Jernih
Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

Air Kencing Warna Kuning Terang
Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan risau, warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

Air Kencing Warna Oren
Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan kencing berwarna oren. Kencing berwarna oren juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air. Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

Air Kencing Warna Kuning Gelap
Bermakna tubuh anda mengalami dehidrasi(kekurangan air) yang teruk. Sila minum air masak dengan segera.

Air Kencing Warna Hijau
Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing. Jika berwarna hijau terang, ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan. Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau. Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

Air Kencing Warna Biru
Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan. Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.

Air Kencing Warna Coklat
Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk. Jika air kencing anda berwarna coklat segeralah berjumpa doktor. Ini adalah tanda-tanda penyakit Hepatitis, penyakit buah pinggang, Hemolytic anemia dan lain-lain.

Air Kencing Warna Merah Pucat
Jika kencing berwarna kemerahan, kemungkinan ada darah dalam urin itu. Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, batu karang, penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Air Kencing Warna Kelabu (Grayish)
Boleh menjadi pelopor kepada batu karang. Batu karang biasanya bermula sebagai debu mikroskopik, tetapi juga begitu besar sehingga mereka tidak dapat dijelaskan apabila kesakitan membuang air kecil. Minum air yang mencukupi (dengan jus lemon jika perlu), senaman yang mencukupi dan mengambil vitamin tambahan boleh memberi manfaat. Jika anda mengalami sakit atau pedih semasa kencing anda lebih baik sebagai langkah berjaga-jaga, dan jumpa doktor.

Air Kencing Warna Putih Susu
Menunjukkan phosphaturia. Phosphaturia adalah satu tahap peningkatan garam fosfat dalam air kencing. Phosphaturia tidak semestinya berbahaya. Ia boleh merengsa dan dalam beberapa kes batu buah pinggang. Hubungi doktor anda sebagai langkah berjaga-jaga. Air kencing putih juga mungkin menandakan kebocoran atau limpahan sistem limfa untuk saluran buah pinggang atau kencing (chylurie). Ini terutamanya biasa di plasmacytoma hyperfosfaterurie dan mengekang. Air kencing keruh susu biasanya menunjukkan kepada pyuria (sel darah putih dalam air kencing)

Air kecing juga sering mengalami perubahan bau kerana sebab-sebab tertentu seperti

– Ubat-ubatan atau suplemen
– Makanan tertentu terutamanya asparagus. Asparagus terkenal dengan menyebabkan bau busuk, eggy atau “cabbagy” yang terhasil daripada sebatian sulfur dipanggil methyl mercaptan (juga terdapat dalam bawang putih).
– Jangkitan air kencing.
– Diabetes yang tidak terkawal diketahui boleh menyebabkan air kencing berbau dan mempunyai manis buah-buahan. Pada masa lalu, doktor akan diagnosis penghidap diabetes dengan menuang air kencing ke dalam pasir untuk melihat jika ia sudah cukup manis untuk menarik minat semut.

Bagi mereka yang membuang air sehingga 7 hingga 8 kali sehari adalah normal bergantung kepada jumlah air yang anda minum.

Peningkatan kekerapan kencing juga boleh boleh disebabkan oleh:

1) Pundi kencing terlalu aktif
2) Pengambilan kafein
3) Jangkitan saluran kencing
4) Cystitis celahan
5) Pembesaran prostat
6) Kencing manis.
7) Salah satu daripada beberapa penyakit neurologi.

Jom rujuk carta yang disediakan oleh Klinik Cleveland untuk lebih lanjut.





Siakapkeli.my 


Sumber TKO - 26-6-2016











































Kes demam campak meningkat

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41698-kes-demam-campak-meningkat

KUALA LUMPUR: Sehingga minggu pertama Jun 2016, sebanyak 66 wabak measles (demam
campak) dilaporkan, meningkat antara 4 hingga 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama
2015.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada 2014,
hanya 11 wabak measles dilaporkan dan meningkat kepada 57 wabak pada 2015.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan menerusi laman facebook, hari ini
sebagaimana di bawah.

Sehingga minggu pertama Jun 2016 (minggu epid 23), sebanyak 66 wabak measles dilaporkan, meningkat antara 4 hingga 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Pada tahun
2014, hanya 11 wabak measles dilaporkan dan meningkat kepada 57 wabak pada tahun 2015.
Pada tahun 2016, majoriti wabak melibatkan rumah persendirian (42 episod; 63.6%), diikuti
oleh institusi (19 episod; 28.8%) dan komuniti (5 episod; 7.6%). Bilangan kes juga meningkat
sebanyak 340% (873 kes) berbanding tempoh yang sama pada 2015 (197 kes). Sepanjang tahun
2015, terdapat sebanyak 1,318 kes dengan 2 kematian, manakala belum ada kematian pada
2016.

Pada tahun 2016, bilangan wabak chickenpox adalah 10 episod berbanding 12 episod dalam
tempoh yang sama pada 2015 dan 9 wabak pada tahun 2014. Majoriti episod pada tahun 2016 melibatkan institusi (9 episod; 90%) seperti taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat tahanan. Bilangan kes 2016 juga menurun sebanyak 34.7% (109 kes) berbanding 2015 (167 kes) dan
2014 (125 kes). Tiada kematian akibat chicken pox pernah dilaporkan dalam tempoh 3 tahun.

Pesakit yang kurang daya melawan tubuh boleh mengalami komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan telinga tengah (otitis media 5-15%), diarea, jangkitan peparu (bronkitis dan
pneumonia 5-10%) dan jangkitan pada otak (subacute sclerosing panencephalitis 1/10,000-
1/100,000 kes), di mana ia boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kematian. Komplikasi
akibat penyakit chicken pox hampir serupa dengan measles, tetapi jarang berlaku.

Demam campak (measles) dan cacar air (chicken pox)

Demam campak (measles) dan cacar air (chicken pox) merupakan penyakit cegahan vaksin
yang sangat mudah berjangkit. Virus penyakit ini berjangkit melalui udara dan sentuhan
langsung kepada titisan cecair pesakit. Lepuh pada kes Chickenpox mengandungi virus yang
juga boleh menjangkiti orang lain yang tercemar dengannya. Pesakit dengan jangkitan
kedua-dua jenis virus ini lazimnya akan pulih sendiri, Walau bagaimanapun risiko komplikasi
akan meningkat sekiranya kanak-kanak tidak menerima imunisasi. Keadaan akan diterukkan
lagi sekiranya kanak-kanak berumur kurang 5 tahun, kurang zat makanan atau mempunyai
masalah kurang daya tahan seperti HIV dan kanser.

Cacar Air (Chicken Pox)

Pesakit yang mempunyai daya tahan tubuh yang baik melalui pembentukan antibodi daripada
imunisasi hanya akan mengalami gejala ringan seperti demam, ruam, batuk, selsema,
konjunktivitis (mata merah). Masa pengeraman (tempoh antara kemasukan virus dan gejala
pertama) adalah 7 hingga 10 hari. Ruam akan terbentuk selepas 3 hingga 4 hari.

Imunisasi measles adalah diberikan pada umur 9 dan 12 bulan seorang kanak-kanak. Manakala
imunisasi chicken pox tidak termasuk di dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Walau
bagaimanapun suntikan boleh diperolehi dari hospital dan klinik swasta pada kadar bayaran
tertentu.

Punca Peningkatan Kes Measles

Punca utama peningkatan kes measles adalah kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi.
Anggaran 61% di kalangan kes pada tahun 2015 tidak mendapat imunisasi (28%) atau belum
layak disuntik (33%). Namun begitu, belum ada kematian dilaporkan. Antara sebabnya ialah
ibubapa terlupa atau terlalu sibuk untuk membawa anak mendapatkan imunisasi, salah
tanggapan terhadap keterukan penyakit measles, menolak vaksin dan mengamalkan perubatan homeopati dan / atau naturopati.

Kanak-kanak ini pula tinggal di kawasan yang mempunyai liputan imunisasi yang kurang
daripada 95%. Imuniti kelompok yang rendah akibat dari jumlah kanak-kanak tidak dilindungi
oleh imunisasi measles yang tinggi, menyebabkan virus measles mudah menular di dalam
komuniti tersebut dan mengakibatkan wabak. Situasi menjadi lebih buruk apabila pesakit
tinggal di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi, kurang zat makanan, mengalami penyakit
kronik (HIV, kanser dll) dan penjaga kurang faham kaedah mencegah dan mengawal penularan
penyakit measles ini. Selain daripada itu, faktor kesukaran mendapatkan perkhidmatan
kesihatan akibat masalah logistik dan isu keselamatan di sesetengah kawasan di Sabah turut menyumbang kepada masalah ini.

Globalisasi dan pergerakan penduduk dunia juga turut memberi risiko perebakan penyakit
cegahan vaksin kepada rakyat negara ini. Lazimnya hanya virus measles genotype D9 berada
di persekitaran Malaysia. Pada tahun 2011, genotype baru virus measles iaitu D8 yang telah di
bawa masuk oleh warga asing yang datang ke Malaysia. Genotype ini kekal merebak di
Malaysia sehingga tahun 2015 kesan dari liputan imunisasi yang rendah (imuniti kelompok
menjadi lemah). Pada tahun 2014 pula, dua genotype baru telah dibawa masuk ke Malaysia
iaitu H1 dan B3. Hanya B3 yang kekal sehingga tahun 2015.

Jumlah dan peratusan mereka yang tidak divaksin pada tahun 2015 adalah rendah berbanding
dengan data tahun 2007. Sebagai contoh, liputan vaksin tiga serangkai dos 3 pada tahun 2007
adalah 93.6% berbanding 99.3% pada tahun 2015. Manakala bagi imunisasi measles dos
pertama pada tahun 2007 adalah 84.1% berbanding 93% pada tahun 2015. Walaupun liputan
imunisasi measles dos pertama meningkat tetapi ia masih kurang dari 95%. Kesannya imuniti
kelompok (herd immunity) tidak mencapai tahap optima yang dikehendaki. Aras imuniti
kelompok bagi measles ditetapkan pada nilai yang tinggi kerana penyakit ini adalah sangat
mudah berjangkit.

Data epidemiologi menunjukkan bahawa satu (1) kes measles boleh menjangkit 12 ke 18 orang
lain, berbanding rubella (hanya 5 ke 7 orang), Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)
(hanya 2 ke 5 orang) atau influenza (hanya 2 ke 3 orang sahaja) (berdasarkan pandemik
influenza 1918). Ia dipanggil kadar infektiviti penyakit.

Kaitan dengan Gerakan Anti-Vaksin

Gerakan antivaksin turut memberi kesan kepada liputan imunisasi sesuatu kawasan. Liputan
imunisasi boleh menurun sehingga kurang daripada 95%. Kemungkinan ia boleh berlaku
sekiranya kumpulan yang menolak vaksin membuat propaganda dan berjaya mempengaruhi
ibubapa yang belum membuat sebarang keputusan mengenai imunisasi, khususnya bakal-bakal
ibu dan bapa baru.

Data dari Klinik Kesihatan menunjukkan bilangan kes-kes yang menolak vaksin di kalangan
ibubapa meningkat dari 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes pada tahun 2014. Walau
bagaimanapun, data ini hanyalah sebahagian daripada data yang berjaya dikumpul dari klinik
kesihatan sahaja dan tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam negara kita.
Ada kemungkinan jumlahnya adalah lebih tinggi.

Terdapat banyak sebab dan alasan ibubapa atau penjaga menolak vaksin, seperti:

Pengaruh masyarakat sekeliling (keluarga, rakan)

Pengaruh laman-laman sesawang yang salah dan tidak beretika

Kurang kefahaman tentang kepentingan imunisasi bagi menjamin keselamatan dan kesihatan
kanak-kanak

Ibubapa / penjaga tidak mengetahui bahaya dan komplikasi penyakit-penyakit cegahan vaksin

Sesetengah penyakit cegahan vaksin semakin jarang ditemui pada masa ini

Curiga dengan kandungan vaksin termasuk bahan penstabil dan pengawet

Mengamalkan perubatan homeopati dan rawatan tradisional serta mempercayai bahawa
kedua-dua kaedah perubatan tersebut tidak boleh bercampur dengan perubatan alopati (moden)

Meragui status halal vaksin

Bimbang dengan kesan advers atau kesan sampingan vaksin

Isu-isu tersebut telah diberi diperjelaskan menggunakan bukti-bukti sahih oleh pihak-pihak
yang berkenaan melalui pelbagai medium. Ini termasuklah dari pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Majlis Fatwa Kebangsaan, Pertubuhan Homeopati Nasional, Kementerian
Kesihatan Malaysia, pertubuhan/persatuan profesional dan lain-lain. Namun begitu, masih ada
segelintir masyarakat menolak vaksin hanya bersandarkan fakta-fakta yang tidak sahih yang
digembar-gemburkan oleh beberapa pihak. Justeru, semua pihak termasuk akhbar dan media
perlu memainkan peranan dengan memberi maklumat dari sumber yang sahih kepada orang
awam.

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkara terpenting dalam kaedah pencegahan penyakit measles adalah imunisasi. Pihak KKM
akan terus menjalankan kempen penggalakan imunisasi di seluruh negara untuk semua jenis
penyakit cegahan vaksin. Satu dos imunisasi measles akan memberikan kesan imuniti seumur
hidup. Namun begitu, kadar seroconversion (pembentukan antibodi) hanya sekitar 85% hingga
95%. Dos kedua measles mampu memberikan kadar seroconversion hingga 99%. Jadual
suntikan bagi vaksin measles dos pertama telah diberikan pada usia kanak-kanak 9 bulan dan
dos kedua pada usia 12 bulan bermula pada tahun 2016 bagi memastikan kanak-kanak berusia
kurang satu tahun diberi perlindungan. Ia juga bagi mengurangkan jarak tempoh umur mendapat
dos kedua di mana jadual sebelum ini, iaitu dos pertama pada usia 12 bulan dan dos kedua
pada usia 7 tahun.

Di kawasan wabak, pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan suntikan measles
terhadap kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Bagi sesetengah kawasan yang lebih tinggi
risiko, had umur bagi suntikan tambahan/sokongan ini dinaikkan kepada 15 tahun. Ini bagi
memastikan imuniti kelompok tercapai dan rantaian jangkitan akan cepat diputuskan. Bagi
kanak-kanak yang tercicir dalam mendapatkan suntikan imunisasi pula, ibubapa dan penjaga
diseru untuk mendapatkan suntikan imunisasi di Klinik-klinik kesihatan berdekatan.

Selain itu, peranan ibubapa/penjaga dan masyarakat juga sangat penting dalam mengekang
penularan penyakit ini. Measles dan chickenpox adalah dua penyakit yang sangat mudah
merebak. Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tersebut perlu diasingkan dan tidak dihantar ke
pusat-pusat asuhan, TASKA, tadika atau sekolah. Elakkan membawa kanak-kanak yang sakit menghadiri perhimpunan atau perjumpaan terutama yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan seperti bayi, pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS dan pesakit
yang sedang menjalani kemoterapi.

Meningkatkan Kesedaran Masyarakat tentang Kepentingan Imunisasi

Antara strategi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani isu ini adalah dengan
menjalankan promosi/pendidikan kesihatan yang berterusan kepada komuniti melalui pelbagai
kaedah di pelbagai peringkat, antaranya:

Kempen Sambutan Minggu Imunisasi setiap tahun (minggu terakhir bulan April)

Menyediakan bahan media seperti risalah, poster, video dan lain-lain berkaitan imunisasi

Menyediakan Immunisation Kit bagi membantu anggota Kesihatan memberi penerangan
berkaitan imunisasi dan vaksin kepada masyarakat

Menyediakan Frequently Asked Question (FAQ) untuk orang awam dan anggota Kesihatan

Menyediakan laman sesawang Immunised for Life (IFL) bagi mempromosikan imunisasi

Menyediakan aplikasi pintar VaccineBaby bagi memberi kemudahan ibubapa/penjaga
memantau dan menerima mesej peringatan berkaitan imunisasi anak-anak

Ceramah, forum, sesi dialog, kumpulan kecil dan lain-lain. Aktiviti tersebut dijalankan secara
rutin semasa sesi klinik, kem-kem kesihatan dan program khas bagi kelompok komuniti dipilih.

Mengadakan siri jelajah fatwa bersama JAKIM ke seluruh negara dan khutbah jumaat secara
berkala.

Mengenalpasti individu atau kumpulan tertentu yang menolak vaksin.

Menyediakan pangkalan data dan seterusnya menjalankan tindakan lanjut.

KKM juga sentiasa berkerjasama lain-lain kementerian, jabatan, agensi dan pertubuhan
profesional bagi menangani isu anti-vaksin.

Bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha TASKA bagi mengenalpasti status imunisasi
kanak-kanak yang berdaftar di TASKA.

Bekerjasama dengan Persatuan Homeopati Nasional bagi membetulkan salah tanggapan
terhadap kewujudan vaksin homeopati.

Bekerjasama dengan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memperjelaskan isu
halal-haram vaksin dan lain-lain isu berkaitan agama.

Satu bengkel bagi menangani isu gerakan anti vaksin telah diadakan pada September 2015
yang dihadiri oleh beberapa kementerian dan agensi.

Persetujuan telah dicapai bagi menjalankan kempen secara besar-besaran dan menyeluruh
dengan peruntukan yang lebih tinggi pada tahun 2016, terutamanya bagi menyantuni kelompok antivaksin. Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan kesemua perkhidmatan tersebut
dengan percuma di fasiliti Kesihatan kerajaan. Ibubapa dan penjaga seharusnya perlu
mengambil peluang ini untuk memberi anak-anak mereka imunisasi.

Sumber HD - 26-6-2016



Elak makan di 5 tempat ini supaya anda tak gemuk

Posted on Saturday, June 25 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30725



Ada 5 tempat di mana kalau anda makan kat situ, ada akan menjadi gemuk lama-kelamaan. 
Apatah lagi jika anda jadikan makan kat 5 tempat yang akan disenaraikan nanti sebagai 
kebiasaan atau tabiat, anda sudah pasti akan gemuk.

Seandainya anda memang dah masuk dalam kategori seorang yang gemuk sekarang, ada 
kemungkinan salah satu tabiat buruk anda adalah menjadi salah satu atau lebih dari 5 tempat ini 
sebagai tempat anda makan.

Oleh itu, pastikan anda elak dari makan di 5 tempat tersenarai di bawah ini supaya anda tak 
gemuk. Bagi yang dah gemuk pula, sila berhenti dari amalkan makan di 5 tempat berikut di 
bawah:

1. Makan berdiri di dapur Cuba perhatikan tabiat orang yang makan kat dapur sambil berdiri ini, 
 mereka mungkin sedang buka pintu peti ais yang dipenuhi dengan berbagai makanan 
menggemukkan, dan mula supa masuk makanan sedikit demi sedikit ke dalam mulut mereka.

Di dapur juga ada berbagai lagi makanan lain yang biasanya dalam kuantiti yang banyak. Atau 
mungkin makanan yang masih berada dalam bungkusan asli yang kuantitinya untuk dihidangkan
kepada melebihi 3 orang. Sambil berdiri dan mulut mengunyah, sambil tangan mencapai sana 
 dan sini, anda sedang menyumbat masuk banyak makanan tanpa ada kawalan langsung.

Kalau nak makan, pastikan beradap. Ambil pinggan, ambil mangkuk, isikan makanan ke dalam 
bekas tersebut sekadar yang patut, ambil gelas, masukkan minuman dan bawa kesemuanya 
untuk dihidangkan atas meja. Selepas itu duduk dan nikmati makanan anda. Ini amalan yang 
jauh lebih beradap, sopan dan selamat.

2. Makan dalam kereta Bila masa dan kenapa anda akan makan sambil memandu dalam kereta. 
Atau mungkin anda makan dalam kereta ketika berada di kawasan parkir ?

Anda tentu tahu, anda buat amalan makan dalam kereta apabila anda sedang sibuk, betul tak ?, 
anda sedang terkejar-kejar masa dna tergesa-gesa. Biasanya dalam keadaan ini, anda makan 
makanan segera. Mungkin McDonald, mungkin KFC, mungkin Donat, atau entah apa lagi 
makanan segera yang bersepah kat luar sana.

Makanan segera tersebut membolehkan anda makan walaupun ketika berada dalam kereta. 
Malah mereka sediakan kemudahan untuk anda yang sedang memandu masuk lorong khas 
dalam restoran mereka untuk beli makanan tanpa perlu keluar dari kereta.

Ketahuilah bahawa hampir kesemua makanan segera tersebut tidak baik untuk kesihatan anda. 
Juga tidak baik untuk anda yang nak turunkan berat badan. Tambahan pula anda leka memandu, 
otak anda tidak memberikan tumpna pada apa yang sedang dimakan. Semua itu membuatkan 
berkilo kalori makanan masuk dalam perut anda tanpa kawalan.

Sama macam yang pertama tadi, kalau nak makan, pastikan anda jaga adab. Makan betul-betul 
dengan masukkan ke dalam pinggan, dengan tenang dan sedar apa yang sedang anda suap dan 
banyak mana dah disuap.

3. Makan depan TV Bila tengok TV ada iklan yang membuatkan kita meleleh air liur. Burger 
 melekit, cheese panas meleleh, kek berkrim mengiurkan dan bermacam lagi yang mencetuskan 
rasa nak makan. Bila jadi amacam tu, apa lagi!, anda bangun pergi ke dapur buka peti ais hereta 
berguni makanan mai depan TV.

Sampai saja depan TV cerita mula sambung semula. Dan begitulah anda hanyut menonton 
sambil tangan turun masuk ke bungkusan makanan, kemudiannya naik masuk ke dalam mulut. 
Anda kunyah dan kunyah tanpa sedar dah berapa guni makanan masuk dalam petu yang dah 
buncit itu.

Jadi tolong jangan makan ketika berada di depan TV.

4. Makan kat meja kerja Ini sama macam makan ketika berada dalam kenderaan. Anda buat 
macam tu sebab nak kejar masa, banyak kerja yang nak dihabiskan. Sambil makan anda 
sambung kerja, browse komputer baca nota dan sebagainya.

Dalam keadan itu anda hilang tumpuan terhadapa apa yang masuk dan banyak mana ke dalam 
mulut anda. Sedar-sedar aikkk! dah habis ?, anda akan rasa macam tak cukup dan rasa macam 
masih boleh sumbat masuk lagi makanan, sebaba rasa macam tak kenyang.

Itu semua membuatkan anda makan lebih daripada yang setutnya. Kalau nak makan, ambil 
masa 15 minit, pergi ke tempat yang sesuai untuk makan. Nikmati dan sedar apa yang anda nak 
dan sedang makan. Pantau kuantiti supaya tidak berlebihan. Kemudian bila dah selesai, pergi 
sambung semula kerja anda.

5. Makan di katil Siapa biasanya jenis yang makan atas katil ? kalau bukan disebabkan anda 
 sedang berada di dalam wad hospital, atau sebab sakit demam teruk tak boleh bangun, anda 
jenis seorang pemalas dan memang kaki makan.

Punca anda makan atas katil adalah sebab malas nak bergerak. Jadi bila bawa makanan ke katil 
anda akan ambil lebih dari mencukupi, stand by kalau-kalau tak cukup, tak payah turun katil 
nak kena pergi tambah lagi. Itu semua punca anda makan berlebihan.

Jangan jadi malas sampai makan kat atas katil kecuali jika anda sakit. Lagipun, takkan lah nak 
bagi katil berlemuih dengan makanan?

Makan secara beradab di tempat yang sesuai Perkataan adab bukan saja-saja direka dan disebut 
untuk menyusahkan orang. Tapi adalah untuk menjadi kesihatan dan kebajikan manusia supaya 
 tersusun dan sedar dengan apa yang dilakukan. Oleh itu, pastikan anda jaga adab kalau nak 
makan. makan ditempat yang betul, di meja makan, dalam bekas yang bersih dan khas, dan 
nikmati makanan dengan penuh kesedaran. 


Sumber TKO - 25-6-2016 

‘Difteria’ Menerjah Kembali Akibat Kealpaan Kita



Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Jangkitan Difteria merbahaya menerjah kembali. Difteria -Penyakit bawaan bakteria
Corynebacterium diphtheriae, menyerang kerongkong kanak-kanak yang akhirnya
menyebabkan gangguan pernafasan sehingga membawa maut. Pantas merebak melalui titisan
cair pernafasan individu ke individu yang lain.


Imbaun sejarah mencatatkan bahawa tahun 1921 di Amerika seramai 15,520 mati akibat
serangan difteria [1]. Sebelum era vaksinasi, separuh dari pengidap Difteria menemui ajal.

Sejak pelalian difteria dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan pada
tahun 1972, kejadian penyakit difteria telah menurun dengan sangat drastik. Dalam tempoh lima
(5) tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada
tahun 2013, iaitu empat (4) kes termasuk dua (2) kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01
per 100,000 penduduk. November 2015, satu lagi kematian kanak-kanak berumur 8 tahun
dicatatkan di kedah [2].

Terbaru (21 Jun 2016), kanak-kanak berusia 7 tahun dari Melaka maut akibat serangan Difteria.
Hasil siasatan mendapati mereka semua tidak menerima suntikan vaksin wajib semasa berumur
2, 3, 5 dan 18 bulan. Sungguh menyedihkan.


Didapati juga penyebab utama keengganan sebahagian dari mereka tidak memberi vaksin adalah
kerana terpengaruh kepada sebaran maya yang menerangkan kesan negatif akibat vaksin.
Pemikiran yang agak terkebelakang ini mula merebak dalam negara bermula awal 2008 lagi dan
sekarang bekembang pesat selari dengan perkembangan capaian IT yang semakin cepat. Setiap
sebaran maya tidak diselidiki dengan betul dan mula terpengaruh dengan dakyah yang
disebarkan itu.

Saya semakin bimbang jika situasi ini tidak dibendung segera, Difteria yang sebelum ini ‘tidur’
akan mula menerjah kembali ruang negara kita. Ini akibat kealpaan kita sendiri yang sudah mula
lena dan berada dalam ruang selesa setelah bertahun lamanya kes Difteria tiada. Berfikirlah
sejenak akan kesihatan anak-anak kita. Sudah tentu mereka mempunyai hak yang perlu dituntut
demi kesinambungan kesihatan yang terjamin dalam sebuah negara yang merdeka ini.

*** Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

Rujukan
[1] Penyakit Difteria CDC. http://www.cdc.gov/diphtheria/
[2] Difteria di Malaysia. http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=8577

Sumber BO - 22-6-2016




Minuman terlalu panas galak kanser?

Posted on Thursday, June 16 @ 13:22:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hasil penyelidikan mendapati minuman yang telalu
panas mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser di esofagus.

Laporan CNN mengatakan hasil kajian oleh International Agency for Research on Cancer
mengatakan minuman bersuhu atas 65 darjah celsius menggalakann kanser pada bahagian
tersebut.

Meminum teh, kopi atau mana-mana minuman pada suhu tersebut boleh menyebabkan esofagus
'terbakar'.

American Burn Association mengatakan minuman seperti teh dan kopi selalu disediakan dalam
suhu sedemikian.

Mereka yang biasa meminum minuman pada suhu tersebut digalakkan membiarkan ianya sejuk
terlebih dahulu.

Sumber TKO - 16-6-2016


Cara Untuk mengubati Dari Penyakit Darah Tinggi Dan
Diabetes


Posted on Monday, May 16 @ 01:58:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Senario 1:


Encik Azman, seorang lelaki berusia 35 tahun, pengurus  urusan sebuah syarikat di Kuala
Lumpur tidak dapat datang bermesyuarat bersama konsultan pada tarikh dan waktu yang
ditetapkan kerana beliau terpaksa membuat rawatan bagi penyakit kencing manisnya yang
semakin serius.  Ada beberapa doktor pakar yang memberi rawatan kepada Encik Azman
mencadangkan agar beliau melakukan amputasi sebelum segalanya terlambat.  Tetapi Encik
Azman tidak bersetuju dan berdegil untuk tidak menerima cadangan itu kerana beliau sedang
berusaha untuk mendapatkan rawatan alternatif yang lai.




Senario 2:
Puan Faridah, 28 tahun, baru 3 tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak l
elaki, bertugas di sebuah badan berkanun di ibu kota.  Setelah melahirkan anak pertama hampir 2
tahun yang lalu beliau disahkan oleh doktor mengidap penyakit tekanan darah tinggi.  Pada
awalnya doktor menyarankan supaya Puan Faridah mengawal pemakanan dan cuba mengubah
corak kehidupannya supaya menjadi lebih aktif, melibatkan diri dalam program senamrobik di
tempat kerjanya dan cuba mengelakkan stress agar Puan Faridah tidak perlu begantung kepada
ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tingginya.   Untuk beberapa minggu Puan Faridah
cuba mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor di klinik kerajaan itu.   Puan Faridah kerap
terpaksa berhadapan dengan bebanan tugas di tempat kerjanya dan kerana kesibukan, beliau
jarang dapat memasak makanan sendiri sebagai menu untuk sarapan pagi.  Kerapkali terpaksa
mengambil sarapan dan makan tengahari di luar.  Suatu hari Puan Faridah di dapati pengsan di
dalam lif dan telah dikejarkan ke hospital.  Ujian perubatan yang dijalankan di unit kecemasan
mendapati Puan Faridah mempunyai bacaaan darah tinggi 200/100 mmHg, paras kolesterol
yang tersangat tinggi, glukosa darahnya menunjukkan paras 20.3 mmol/L dan badannya di
dapati terlalu kekurangan air.  Ia kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi.



Senario 3:
Makcik Saodah, wanita berumur lewat 60an, tinggal bersama anak lelaki En. Abd Rahman dan
menantunya di sebuah pekan di Negeri Pahang. Makcik Saodah agak aktif, bekerja sendiri
dengan menjual buah-buahan di pasar tani di Kemaman.  Beliau biasanya pergi ke gerai tempat
jualannya dan pulang ke rumah dengan berjalan kaki.   En Abd Rahman, tidak pernah bimbang
dan ambil kisah tentang kesihatan ibunya kerana Makcik Saodah amat jarang sakit; Makcik
Saodah selalu memberitahu anak dan menantunya beliau sentiasa sihat, tidak ada penyakit
kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Pada suatu pagi, jam 4:00, Makcik Saodah mengejutkan anak lelakinya dari tidur mengadu
sesak nafas dan kedua kakinya terasa sangat sejuk.  En Abd Rahman segera membawa emaknya
ke unit Kecemasan Hospital Kemaman. Doktor yang memeriksa Makcik Saodah mendapati
bacaan paras gula dalam darah beliau terlalu tinggi iaitu 25 mmol/L dan mendapati kedua-dua
kakinya telah mengalami kerosakan saraf yang teramat serius.  Kedua-dua tulang kaki disebelah
lapisan dalam didapati kehitaman dan aliran darah banyak tersekat.  Ujian ECG juga mendapati
dengupan jantung Makcik Saodah juga mengalami masalah. Menurut penjelasan doktor kepada
En. Abd Rahman, jika berpandukan keputusan ujian kesihatan yang dijalankan itu, ibunya besar
kemungkinan sebenarnya telah bertahun-tahun mengalami masalah darah tinggi, jantung dan
kencing manis.   Ketika berada di bilik pemeriksaan di unit kecemasan Makcik Saodah tidak
sedarkan diri lagi.  Keesokan harinya, ketika doktor-doktor pakar sedang menunggu tandatangan
persetujuan dari anak lelakinya untuk melakukan pemotongan kedua-dua kaki Makcik Saodah
yang kini sedang dirawat di unit rawatan rapi, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang
terakhirnya meninggalkan anak dan menantunya tanpa sempat meninggalkan apa-apa pesanan.


Senario 4:
Encik Mahadi, 45 tahun, seorang kakitangan kerajaan bertugas sebagai Penolong Pengawai
Kesihatan Persekitaran.  Isteri beliau juga adalah merupakan seorang kakitangan di kementerian
kesihatan.  Beliau telah beberapa tahun mengidap kedua-dua penyakit darah tinggi dan diabetes.
Oleh kerana beliau sering ke kinik kesihatan atas urusan tugas, Encik Mahadi mendapatan
rawatan darah tinggi dan diabetes di klinik secara berkala dan mengikut jadual.  Tambahan pula
isterinya juga bertugas di klinik yang sama tempat beliau mendapat rawatan.  Kadangkala Encik
Mahadi mendapati bahawa ubat klinik yang beliau ambil seringkali mendatangkan rasa tidak
selesa seperti sakit sendi, sakit kepala dan pening-pening, rasa kebas di kaki dan sering keletihan
semasa melakukan tugas-tugas waktu lanjutan.  Encik Mahadi juga tidak gemar dengan rasa
kelat dan pahit ubat metformin yang diambil untuk mengawal paras gula bagi penyakit kencing
manisnya.  Kadang-kala Encik Mahadi cuba berhenti dari mengambil ubat tersebut apabila paras
gula dalam ujian darahnya menunjukkan bacaan normal, dan cuba membeli suplemen-suplemen
dari luar berbentuk pil-pil herba yang turut dikempen oleh rakan-rakan beliau yang juga
menghadapi masalah darah tinggi dan diabetes.  Untuk beberapa waktu Encik Mahadi rasa
keadaan kesihatannya bertabah baik dengan pengambilan suplemen-suplemen tersebut.


Pada suatu pagi ketika sedang memandu untuk ke tempat kerja, En. Mahadi tiba-tiba terasa 

gelisah tanpa sebab, dadanya berdebar-debar dan pandangan matanya menjadi kabur.   Cahaya 

tiba-tiba hilang ghaib dari pandangan En Mahadi lalu keretanya melanggar tiang konkrik 

sebuah kedai di tepi jalan.  En Mahadi meninggal di tempat kejadian.



Senario 5:


Encik Zahari, seorang guru berusia awal 30an, megajar dalam mata pelajaran agama dan aktif
dalam portfolio sukan di sekolah tempat beliau mengajar.

Cikgu Zahari tidak pernah ke klinik kerajaan kerana tidak mengalami masalah kesihatan.
Kadangkala bila mendapat demam, selsema dan sakit-sakit sendi Cikgu Zahari selalunya
membeli ubat di kedai-kedai farmasi swasta.

Pada suatu malam, pihak sukan sekolah telah melantik beliau untuk melatih pasukan hoki
sekolah untuk menjalankan latihan bagi perlawanan peringkat zon.   Sebagaimana biasa, kerana
mempunyai hubungan rapat dengan lain-lain guru serta kakitangan bukan akademik, ramai yang
datang untuk memberi sokongan kepada Cikgu Zahari dan juga pasukan yang dilatihnya.  Untuk
meraikan mereka, Cikgu Zahari awal-awal lagi telah menempah sate dan meminta tolong pekerja
pra untuk menyediakan tempat pembakaran agar hidangan tersebut dapat dinikmati
bersama-sama semasa latihan sedang berjalan.

Selepas menunaikan solat Maghrib, Cikgu Zahari dalam keadaan siap bersedia berpakaian sukan
bersama-sama dengan beberapa guru dan kakitangan bukan akademik sedang asyik membakar
sate sementara menunggu pasukan anak didiknya bersedia untuk latihan, tiba-tiba Cikgu Zahari
rasa tidak selesa di dada, dan perutnya terasa sangat pedih seolah-olah diserang gastrik.

Cikgu Zahari cuba memberitahu rakan guru-guru yang ada bersamanya tentang kesakitannya itu.  Tiba-tiba buih putih keluar dari mulut Cikgu Zahari dan beliau rebah di atas padang hoki ketika itu juga.  Guru-guru
lain segera membawanya ke hospital berdekatan. Apabila tiba di zon merah dalam bilik
kecemasan hospital, doktor yang bertugas atas panggilan mendapati Cikgu Zahari sudah tidak
bernafas lagi.

KELIMA-LIMA senario si atas adalah kisah benar yang terjadi dan merupakan antara
banyak-banyak kejadian yang selalu berlaku tentang serangan jantung dan komplikas buruk
akibat dari penyakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Kadang-kadang amat menakutkan bila difikirkan kerana seringkali kejadian-kejadian begini
berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga.  Ianya kerap berlaku di kalangan ahli keluarga kita, di
sekitar orang-orang yang berkerja bersama-sama kita dalam satu pejabat atau sesiapa sahaja di
kalangan orang-orang yang kita kenali.

Kencing manis dan darah tinggi, dua penyakit masa kini yang menjadi punca utama kematian
akibat komplikasi-komplikasi buruk yang timbul setelah sekian lama mengidapnya samada
disedari atau tidak.   Serangan jantung, strok, amputasi dan seribu satu macam kesan
menakutkan dari kedua-dua penyakit ini kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kebanyakan dari senario diatas menggambarkan sikap tidak ambil peduli kita terhadap
bahayanya kedua-dua penyakit ini jika tidak ditangani secara bijak.  Ianya boleh mendatangkan
komplikasi buruk dengan tidak diduga yang boleh menimpa sesiapa sahaja di kalangan kita.
Dalam banyak keadaan punca kepada kedua-duanya adalah corak pemakanan dan gaya
kehidupan yang menyalahi fitrah kejadian manusia.

Bagaimanah caranya untuk kita mengelakkan diri dari menjadi sebahagian dari statistik dimana
peningkatan kes-kes serangan jantung dan strok amat membimbangkan sekali sejak akhir-akhir
ini.  Sudah tentu sekali, antara jalan penyelesaiannya adalah dengan ilmu.  Dengan ilmu
pengetahuan kita akan dapat tahu tentang bahaya-bahaya serta kemungkinan-kemungkinan yang
boleh terjadi jika keadaan kesihatan diri kita, kita abaikan.

Mangsa-mangsa yang ditimpa malang dalam senario-senario yang dinyatakan di atas
kebanyakannya masih muda usia.  Mereka dan orang-orang di sekeliling tidak pernah terduga
kejadian malang sedemikian akan terjadi dengan tiba-tiba.  Sebahagian besar tidak pernah
kelihatan sakit atau mengalami maslah kesihatan yang serius.   Dan mereka yang ditimpa malang
itu berkemungkinan selalu berfikir bahawa keadaan kesihatan mereka adalah memuaskan dan
mereka juga tidak pernah terfikir akan kejadian-kejadian buruk sebegitu boleh menimpa diri
masing-masing.

Kejadian-kejadian nasib malang dalam senario-senario di atas sebenarnya boleh dielak jika kita
mempunyai kesedaran dan ilmu pengetahuan.  Sikap pengabaian dan tidak ambil peduli akan
betapa pentingnya penjagaan kesihatan diri mungkin boleh membawa kesan buruk ke atas diri
kita sehingga bila tiba ketikanya, segala-galanya menjadi terlalu lewat untuk kita membaiki
keadaan.  Dan penafian kita kepada kebenaran ini mungkin boleh mengancam nyawa
orang-orang yang kita sayang malah mungkin diri kita sendiri.

Berapa kerapkah anda mendengar khabar berita tentang orang-orang yang anda kenali di
sekeliling anda yang pada hari semalam mereka kelihatan sihat-sihat sahaja.  Tiba-tiba pada hari
ini, tanpa disangka, mereka sedang bertarung nyawa di uit rawatan rapi kerana akibat komplikasi
dari penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuahkan kesedaran di fikiran kita bahawa kedua-dua
penyakit darah tinggi dan diabetes kini semakin menjadi pendemik yang cukup membimbangkan
di kalangan penduduk di negara ini masakini.  Lihat sahajalah ahli dalam keluarga kita
masing-masing, adakah di kalangan mereka yang sedang hidup dengan kedua-dua penyakit ini
atau salah satu darinya.  Perhatikanlah pula jiran-jiran di sekeliling kita, dari kiri dan kanan,
hadapan dan belakang, saya pasti anda akan  dapati ramai antara mereka yang setidak-tidaknya
hidup dengan samada penyakit darah tinggi atau kencing manis.

Dalam membantu kita untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini, kini telah hadir sebuah
buku (ebuku) yang ditulis oleh saudara Ahmad Idris yang telah 26 tahun bertugas dalam bidang
perubatan.  Beliau melontarkan persoalan, “Adakah ada tahu berapakah tekanan darah anda hari
ini dan sekarang ini?  Adakah anda juga tahu, berapakan paras gula dalam darah anda pada
ketika ini?”  Seandainya anda tidak dapat memberi jawapan kepada kedua-dua soalan ini, maka
jelaskan bahawa kita semua tidak pernah ambil peduli ke atas keadaan kesihatan kita.  Kita
sanggup menghabiskan berberapa ratus RM untuk dibelanjakan pada bil-bil Astro semata-mata
kerana hiburan tetapi tidak sanggup untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli peralatan
perubatan bagi mengukur tekanan darah tinggi kerana meganggap ianya tidak penting.   Pada
hari ini kita mengambil makanan-makanan yang menjuruskan kepada kedua-dua penyakit ini,
tetapi seringkali beranggapan bahawa kesihatan kita akan sentiada beerada dalam keadaan baik
dan memuaskan.

Melalui buku ini, Saudara Ahmad Idris berkongsi pengalaman beliau yang didiagnos degan
penyakit tekanan darah tinggi pada tahun 2010.  Sejak mendapat rawatan untuk peyakitnya itu,
beliau dapati keadaan tekanan darahnya tidak menjadi lebih baik.  Dari pegawai perubatan biasa
kemudian dirujuk kepada doktor pakar, beberapa medication disyorkan untuk diambil begi
mengawal keadaan tekanan darah tinggi yang tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan.
Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian sendiri tentang penyakit ini
dari segi sejarah dan fisiologinya.  Beliau telah membaca beratus-ratus jurnal perubatan,
mendaftar diri dalam forum-forum kesihatan dan mendapatkan salinan beratus-ratus buku
perubatan yang ditulis oleh pakar-pakar perubatan luar negara yang telah berjaya memberikan
rawatan yang mencapai penyembuhan bukan sahaja kepada pesakit-pesakit yang mengidap
masalah tekanan darah tinggi, diabetes, malah pelbagai lagi penyakit degeneratif seperti jantung,
asthma, penyakit saluran penghadaman, masalah saraf dan kanser.

Buku setebal lebih dari 80 muka surat ini membincangkan secara terperinci faktor-faktor yang
menyebabkan seseorang itu boleh ditimpa penyakit tekanan darah tinggi.  Dalam buku ini
penulis menyatakan pendirian beliau bahawa penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes tidak
sepatutnya dikawal.  Penyelesaian yang pling bijak, selamat dan berkesan adalah merawat diri
anda agar mencapai kesembuhan sepenuhnya dari kedua-dua penyakit ini.  Bagi sesetengah
doktor dan ramai pakar-pakar perubatan, mungkin pandangan ini menjadi satu kontroversi.
Tetapi Saudara Ahmad Idris, melalui buku ini menampilkan perbincangan dan panduan langkah
demi langkah yang perlu diamalkan oleh pengidap-pengidap tekanan darah tinggi dan diabetes
untuk mencpai penyembuhan sepenuhnya.

Kini sejak awal tahun 2013 hingga sekarang, setelah mendapat rawatan susulan dan pemeriksaan
berkali-kali di klinik kesihatan kerajaan, para-para doktor mengesahkan bahawa beliau bukan
lagi pengidap tekanan darah tinggi.  Dan segala rahsia dan petua-petua untuk membantu anda
dalam mencari penyelelesaian kepada masalah penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes
dikongsi bersama-sama di dalam buku ini.  Selamat membaca dan selamat memulakan
perjalanan anda untuk mencapai penyembuhan dari kedua-dua penyakit yang boleh membunuh
secara senyap ini.


SUMBER:
http://cybersuccessbiz.blog.com/2016/05/14/mari-sembuh-dari-tekanan-darah-tinggi-diabetes/ 

Sumber TKO - 16-5-2016


Bahaya Tidur Menggunakan Kipas Angin??

Posted on Sunday, May 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kipas angin yaitu salah satu langkah alternatif untuk menggerakkan angin jadi lebih dinamis 

hingga hawa tidak terlalu panas. Dulu orang memakai kipas angin buatan berbahan simpel, 
namun saat ini kipas angin sudah menjelma jadi benda moderen yang bisa bekerja terus menerus 
selama malam.

Beberapa orang memakai kipas dengan angin yang menghadap segera pada badan waktu tidur, 

cara ini memanglah menyenangkan dan bikin tidur lebih lelap, namun angin yang terus menerus 
 menerpa tubuh selama malam juga beresiko untuk kesehatan bahkan bisa menyebabkan 
kematian.

Di artikel gudanginfo. net kali ini kita bakal mengulas kenapa kita tidak bisa memakai kipas 

angin yang segera menghadap pada badan, berikut ini penjelasannya.

1. Badan kekurangan oksigen

Bahaya yang paling serius dari memakai kipas angin waktu tidur yaitu badan jadi kekurangan 

oksigen. Hal ini terlebih bila arah kipas angin segera diperuntukkan ke muka pada ruang yang 
tidak mempunyai fentilasi.

2. Suhu badan alami penurunan drastis

Tidur dengan kipas angin bakal turunkan suhu tubuh secara drastis. Bila pergantian ini 

berlangsung dengan cara mendadak jadi desakan darah serta sistem pernapasan bakal terganggu. 
Serta akibat paling fatalnya yaitu manfaat jantung dan paru-paru tidak berperanan maksimal.

3. Alami hipotermia serta dehidrasi

Seseorang pakar syaraf, Dr. Wendra Ali, menyampaikan waktu seorang ada dalam ruang dingin 
dalam waktu yang lama jadi badan bakal alami kekeringan akibat hawa dingin bakal menyerap 
air pada badan. Bila berlangsung terus menerus selama malam jadi kelembapan badan bakal 
menurun hingga akhirnya berlangsung hipotermia.

4. Penyakit Bell Palsy

Penyakit ini dimaksud juga kelumpuhan, namun bukanlah pada badan tetapi di wajah. Orang 
yang kerap tidur malam dengan kipas angin mempunyai risiko penambahan kemelut pada system 
syaraf dikarenakan suhu dingin yang menimpa muka terus menerus selama malam, akibatnya 
muka jadi tegang, susah senyum atau berekspresi

5. Menyebabkan kematian

Kematian mendadak bisa dihadapi oleh mereka yang memakai kipas angin selama malam waktu 
tidur, terlebih pada ruang yang tidak mempunyai fentilasi untuk keluar masuknya hawa. Hal ini 
disebabkan karena ada peningkatan kandungan CO2 dan penurunan O2 dalam ruangan.

Sekian sebagian bahaya tidur memakai kipas angin. Baiknya janganlah mengarahkan kipas 
secara segera ke tubuh dan janganlah tidur dalam ruang yang buruk sistem fentilasinya.

Semoga berguna, janganlah lupa click Like dan Berikan artikel ini ke rakan yang lain.


Sumber TKO - 8-5-2016



Menurut Laporan Kajian World Health Organization
(WHO) Ikan Keli Adalah Paling Kotor


Posted on Sunday, May 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Siapa yang tidak tahu dengan Ikan Keli, ikan yang satu ini merupakan favorit bagi banyak orang
karena memiliki rasa yang enak dan memiliki tekstur daging yang lembut, namun ternyata Ikan
Keli ikan paling kotor, satu suap mengandung tiga ribu sel kanker. Benarkah itu?

Ikan Keli Ikan Paling Kotor, Satu Suap mengandung Tiga Ribu Sel Kanker, Inilah Penjelasannya
Ikan Keli merupakan salah satu menu makanan favorit dan bahkan di setiap warung makan selalu
tersedia menu ini karena harganya yang cukup murah dan enak dapat menjadi daya tarik
tersendiri bagi ikan yang satu ini. Meskipun enak dan murah, Ikan Keli ikan paling kotor
diantara jenis ikan lainnya yang sering dikonsumsi oleh manusia. Mengapa demikian? berikut
penjelasannya:

Ikan Keli Ikan Paling Kotor, Satu Suap Mengandung Tiga Ribu Sel Kanker

1. Kolam Ikan Keli sangat kotor dan dikelilingi oleh kandang ayam dan babi

Menurut seorang peternak Ikan Keli dari Tiongkok bernama Zhang Ri-hong mengaku bahwa
dirinya telah memasok banyak Ikan Keli ke pasar-pasar dan rumah makan dipinggir jalan di
provinsi Hainan tepatnya di Haikou yang dipanennya 3 bulan sekali.

Karena banyak keluhan dari masyarakat maka wartawan menelusuri tentang ikan tersebut dari
departemen perikanan dan kelautan setempat. Para wartawan mengambil sampel tambak dari 7
kolam yang menampung Ikan Keli tersebut. Ketujuh tambak tersebut dikelilingi oleh kandang
ayam dan babi, sedangkan di tengah tambak tersebut terdapat banyak tumpukan sampah. Para
peternak ikan tersebut dihimbau menangguhkan penjualan ikan mereka sebelum hasil tesnya
keluar.

2. Ikan Keli adalah ikan yang mengkonsumsi limbah

Ikan Keli merupakan jenis ikan yang mudah berkembang biak di tempat-tempat yang kotor
karena ikan ini mengkonsumsi limbah berupa kotoran hewan seperti ayam, sapi, dan babi,
bahkan ikan ini juga dapat mengkonsumsi kotoran manusia. Sehingga dapat dimungkinkan
bahwa dalam tubuh ikan Ikan Keli mengandung tiga ribu sel kanker yang sangat berbahaya bagi
tubuh manusia.

Itulah beberapa informasi tentang ikan Ikan Keli yang berada di Tiongkok, namun di Indonesia
ikan ini telah dibudidayakan dengan baik oleh para peternak ikan Ikan Keli dan mereka
menggunakan pellet sebagai makanannya bukan menggunakan limbah yang sangat berbahaya
bagi kesehatan tubuh manusia. Sehingga mengkonsumsi ikan Ikan Keli di Indonesia tidak perlu
diragukan kebersihannya, namun sebagai konsumen yang bijak kita harus tetap waspada dengan
kandungan ikan ini dan tidak perlu mengkonsumsinya dalam jumlah yang besar secara rutin
karena dapat mengganggu kesehatan kita.

Terlepas dari semua itu, adakah manfaat sehat Ikan Keli? ternyata ikan yang satu ini selain enak
juga mengandung beberapa zat yang baik bagi kesehatan tubuh manusia.

Berikut adalah 4 manfaat dalam ikan Ikan Keli:

1. Menyehatkan jantung dan otak

Ikan Ikan Keli mengandung omega-3 dan omega-6 yang biasa terkandung dalam ikan-ikan mahal
seperti ikan kod dan ikan salmon. Kandungan omega-3 dan omega-6 dapat membantu aktivitas
kesehatan jantung dan otak, dan ternyata dalam seporsi ikan Ikan Keli mengandung 220 mg
omega-3 dan 875 mg omega-6.

2. Mengandung protein dengan kualitas yang baik

Dalam seporsi ikan Ikan Keli mengandung 15,6 gram protein yang sangat bermanfaat dalam
pembentukan jaringan otot dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.

3. Mengandung vitamin B-12

Seporsi ikan Ikan Keli mengandung vitamin B-12 yaitu sekitar 40% kebutuhan dalam tubuh.
Vitamin ini berguna dalam membantu menguraikan makanan menjadi energi bagi tubuh,
sehingga dengan mengkonsumsi makanan ini dapat menjadikan tubuh lebih kuat.

4. Mengandung DHA

Bagi ibu hamil disarankan untuk mengonsumsi ikan Ikan Keli karena ikan ini mengandung DHA
yang baik untuk pembentukan saraf bayi dan juga ikan ini memiliki kandungan mercury yang
sangat rendah sehingga aman untuk dikonsumsi.

Itulah beberapa informasi seputar Ikan Keli ikan paling kotor, satu suap mengandung tiga ribu sel
kanker, namun ternyata ikan ini juga memiliki nilai gizi yang tinggi jika dibudidayakan dengan
baik.

Sumber TKO - 8-5-2016


Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum
Air Masak Sebenarnya


Posted on Friday, May 06 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak,Sebenarnya

Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila 

wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering 
mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.
Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2
Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium
Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari 
sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat 
membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh 
tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang 
bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink
Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya2
Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut 
gugur, fungsi alat perasa akan menurun.
Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.
Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.
hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A
Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya3
Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga 
penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau 
virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan 
yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi
Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya4
Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat 
emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi 
perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah 
kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam 
keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, 
selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium
Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya5
Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang 
tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga 
boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh 
bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, 
selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah 
mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, 
jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.


Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, 
selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada 
sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.

Sumber TKO - 6-5-2016



Kacang Murunggai miliki khasiat mengagumkan

Posted on Sunday, May 01 @ 19:50:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KACANG Murunggai terkenal sebagai makanan kegemaran masyarakat india.

Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang juga nama saintifi knya Moringa Olifela.


Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.

Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan
memberi banyak manafaat kepada manusia.

Ia ditanam meluas dibeberapa negara seperti di India,Ethiopia, Filipina,Africa,Amerika latin dan
kepulauan Pasifik.

Pokok moringa mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter dan ia sesuai ditanam di tanah
kering serta berpasir.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat
Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini.

Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga,
Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Ia berguna dalam aspek lumpuh, infl amasi, demam, batuk, selsema, infl amasi salur nafas dan
penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia
(kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli
di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari
Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas.

Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin.

Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat
meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang
ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk
mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk Moringa memberi anda
kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan.

Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi , kerisauan dan
kekhuatiran.

Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan
jangkitan kulit anti-infl amasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik
(menggiatkan pembuangan air kencing).

Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma
dengan lebih berkesan.

Kajian juga telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin
A untuk 10 orang.

Yayasan Mata Antarabangsa yang terletakan di Bethesda, Md., menggunakan moringa untuk
mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.

Didalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit,
menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula
darah dan melegakan sistem saraf badan.

Moringa oleifera telah manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik
yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak
sebagai agen imun badan manusia.

Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian dimana ianya menguatkan tulang yang
lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup
kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali
Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang.

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan,amalan memakan tumbuhan semulajadi seperti
moringa boleh memberikan segala zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Sumber TKO - 1-5-2016



Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan. Maggi sangat beracun

Posted on Saturday, April 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, 

biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. 
 Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “
kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang 

mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam 
kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan 
perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah 
pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada 
MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau 
sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG 
yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek 

 pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan 
 mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan 
kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari 
mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan 

wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk 
mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan 
kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi 

sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee 
segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan 
keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, 
cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain 
yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam 

mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di 
samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera 
mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan 

harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah 
dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang 
tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut 
Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 
sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada 
jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had 
pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila 
dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi 

segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan 

cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu 

bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan 

kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan 
menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan 

dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran 
kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan 

untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi 
dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh 
membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan 

licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang 

 kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang 
kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi 
penyebab kanser.


Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?


 


Sumber TKO - 30-4-2016




Makan Berat Sebelum Tidur Menyebabkan Perut Buncit?

Posted on Monday, April 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BUAT mereka yang tidak terikat dengan 24 jam, makan tepat pada waktunya bukanlah menjadi
masalah besar.

Yang menjadi masalah untuk mereka yang hidunya sibuk dengan kerja sehingga tidak ingat waktu
makan. Paling teruk, ada yang makan selepas balik dari kerja lewat malam.


Selepas makan, berehat kemudian terus tidur. Makan berat pula tu, bukannya makan benda yang
ringan.

Mengikut kajian, anda digalakkan makan malam awal iaitu tiga atau empat jam sebelum tidur
untuk mengelakkan perut buncit. Tetapi, masalahnya bila anda lewat makan (satu jam sebelum
tidur) ia bukan sahaja boleh membuatkan perut jadi buncit.

Malah, ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti sukar untuk tidur.

Dr Janet Kannedy, Pakar Kesihatan berkaitan permasalahan tidur menjelaskan, menikmati
makanan berat satu jam sebelum tidur (terutamanya makanan pedas) bakal memacu penggerakan
asid dalam tubuh.

"Tubuh anda akan cuba mencerna makanan dengan kadar metabolisme yang aktif pada waktu
malam dan ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur," jelasnya.

Oleh itu, nasihat beliau sekiranya anda terlewat untuk amkan malam akibat sibuk dengan kerja,
pilihlah makanan dalam nisbah yang kecil dan dengan mudah dapat dicerna oleh tubuh.

Jika tidak, disebabkan sudah kerap sangat tak boleh tidur nanti masalah kesihatan lain pula akan
timbul.
  - http://www.ohsem.la

Sumber TKO - 25-4-2016



Sebenarnya Nasi Lemak Adalah Makanan Sihat &
Berkhasiat


Posted on Wednesday, April 20 @ 16:56:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Kenapa nasi lemak menjadi makanan sihat dan sesuai untuk semua sehingga
diiktiraf antara 10 makanan sihat oleh majalah antarabangsa baru-baru ini?

Menurut Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria, bahan
yang digunakan dalam nasi lemak secara umumnya baik untuk kesihatan tubuh badan.

Katanya, nasi yang kita ketahui mempunyai ‘glycaemik index (GI) yang tinggi namun kadarnya
boleh diturunkan apabila dicampur bersama santan.

Katanya, santan pula merupakan asid lemak yang dipanggil ‘asid laurik' iaitu lemak yang sama
jenis dengan susu ibu dan dapat membantu perkembangan otak dan juga menguatkan tulang.

"Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA). MCFA adalah asid
lemak yang paling penting dalam membina dan mengekalkan sistem imun tubuh sama seperti
lemak dalam susu susu ibu, selain itu santan juga membekalkan sumber ‘nutrisi' yang sangat baik
bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan," katanya.

Dr Norzaidi menjelaskan, sambal yang terdapat di dalam nasi lemak yang diperbuat dengan cili
api baik untuk menjadi agen penghalang kanser kerana ia mempunyai ‘antioksida' yang tinggi
serta mampu mengaktifkan denyutan jantung dan merangsang peredaran darah dalam badan serta
mengeluarkan gas daripada sistem pencernaan.

Sementara itu, kacang tanah pula mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan
kalsium vitamin B kompleks dan fosforus.

"Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang
soya. Kacang tanah juga mengandungi asid amino yang tinggi, minyak dari kacang tanah juga
adalah sumber terbaik pencuci perut.

"Sementara itu ikan bilis juga merupakan sumber kalsium, kalium, seleium dan vitamin A yang
amat diperlukan badan," katanya.

Dr Norzaidi berkata, kebanyakkan orang menganggap memakan telur menyebabkan meningkatan
kolestrol tetapi sebenarnya ‘choline' dan ‘phosphytidylcholine' dalam telur kuning boleh
membantu mengelak longgokkan kolestrol dan lemak dalam hati serta pembuluh darah.

"Choline mampu membentuk ‘metabolite' yang juga dipanggil ‘betaine' dan berfungsi
mengurangkan homocystin iaitu salah satu faktor penyebab serangan jantung," katanya.

Beliau berkata, timun yang dihidangkan di dalam nasi lemak juga membantu untuk menyejukkan
badan, malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat membantu melegakan mata yang
tertekan akibat panas terik.

"Potasium yang terdapat dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu
mengurangkan masalah tekanan darah rendah. Timun juga mengandungi ‘erepsin' iaitu enzin yang
 membantu menghadamkan protein,"katanya.

Sehubungan itu, Dr Norzaidi berkata, rakyat negara ini perlu mengesyorkan kepada orang ramai
baiknya nasi lemak terutmanya kepada mereka yang ingin mengamalkan diet yang seimbang dan
sihat.

Malah beliau juga menyarankan rakyat negara ini supaya menjadikan nasi lemak sebagai santapan
harian bersama keluarga dan rutin sarapan harian yang sihat.

Sumber TKO - 20-4-2016



Pensyarah kongsi tip turun 37kg dalam masa 5 bulan

Posted on Wednesday, April 20 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PERNAH memiliki berat badan mencecah 90kg, dan sering menjadi bahan usikan dek kerana
bentuk badannya yang montel, Zulaikha Zulkifli nekad untuk berubah.

Dia membuktikan tiada yang mustahil untuk kembali kurus jika punya semangat yang kuat. Dalam
tempoh lima bulan berjaya menurunkan 37kg. Dari berat 90kg Zulaikha kini gembira dengan berat
badan terkini 53kg. Hebatkan!

Mengimbas tentang keadaan dirinya sebelum ini katanya tubuh yang gemuk menyebabkan dia
berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

"Saya lebih senang terperap di dalam rumah kerana tidak mahu masalah berat badan yang saya
alami ini menjadi isu dan bahan ejekan orang ramai,” luah Zulaikha kesal.

Menurut pensyarah muda ini, suatu ketika dahulu dia cukup berjauh hati apabila diajak untuk
keluar membeli-belah ini kerana agak sukar untuk dirinya mendapatkan saiz yang bertepatan
dengan bentuk badannya.

“Sebagai orang Islam, saya sepatutnya menjaga amanah  yang ALLAH SWT berikan  yakni tubuh
badan agar sentiasa sihat, namun saya leka. Atas dorongan keluarga serta niat yang satu saya ambil
 keputusan untuk menurunkan berat badan.”

Enggan bersenam tanpa ilmu, Zulaika mendapatkan tip dan trik  dengan rujukan daripada orang
terdekat dan bahan bacaan di internet  agar apa yang dilakukannya kelak tidak sia-sia.

Membahagikan 50 peratus penjagaan makan dan 50 peratus lagi senaman yang konsisten, bagi
Zulaikha tiada jalan mudah untuk dirinya mencapai berat badan ideal jika culas salah satu daripada
dua perkara wajib itu tadi.

Memilih diet Atkins sebagai solusi, Zulaikha menetapkan untuk melakukan senaman selama 1
jam 15 minit setiap hari tanpa gagal.

“Pada mulanya memang  susah untuk mendisiplinkan diri, namun saya sentiasa ingatkan diri untuk
tidak mengelat jika mahu mencapai apa yang diharapkan.

"Pernah satu ketika, ketika membawa bekal ke pejabat kerana mahu mengikut menu diet yang
betul. Ada rakan sekerja yang mentertawakan saya. Namun itu bukannya benda besar yang mampu
mematikan semangat saya.

"Alhamdulillah dalam masa lima bulan saya dapat menurunkan hampir 37kg dan kini masih lagi
berusaha untuk mencapai berat ideal yang sepadan dengan BMI saya.

"Jujurnya saya bukan mahu kurus melidi tetapi saya sangat bersyukur jika dapat tampil sihat dan
selesa dengan ketinggian yang saya miliki.

"Selain lebih cergas, saya akui pengurangan berat badan ini menjadikan kulit wajah saya lebih
lembap dan paling utama saya mudah bergerak untuk melakukan kerja,” jelasnya.

Kongsi Tip

Diminta untuk berkongsi tip buat pembaca Rapi yang mahu menurunkan berat badan, Zulaikha
tidak lokek malah bersungguh-sungguh untuk sharing apa yang pernah dipraktikkan.

● Jangan mudah mengaku kalah
● Jangan sesekali pujuk diri dengan mengatakan berbadan gempal itu comel
● Cekalkan hati dan jangan sesekali culas ketika berdiet
● Sentiasa bermotivasi dan percaya dengan diri sendiri
● Selepas usaha jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal.
● Apabila sudah mencapai berat badal ideal, jangan cepat lupa diri dan sentiasa menjaga aurat.

Menu Pilihan
Sarapan : Telur  + Sayur hijau + Limau suam
Tengahari : Seketul ayam + sayur hijau
Malam : Teh hijau + hirisan halia

***Artikel ini dipetik dari blog www.vanilakismis.com.my

Sumber TKO - 20-4-2016



Sebab Kenapa Perut Rasa Selalu Lapar

Posted on Tuesday, April 19 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MAKANAN adalah keperluan asasi semua bentuk makhluk hidup. Tapi, keperluan itu boleh
menjadi masalah jika rasa lapar berterusan menyerang.

Seorang doktor pakar nutrisi asal New York, Amerika Syarikat, Maggie Moon, menjelaskan rasa
lapar yang berterusan boleh menganggu kesihatan fizikal dan mental.

“Lapar adalah wujud dari keperluan kalori, air, dan garam. Ini disebabkan oleh beberapa faktor
seperti faktor pemakanan, nafsu makan, dan faktor emosi atau stres, ” ujar Moon.

Berikut beberapa sebab rasa lapar walaupun sudah makan:

Dehidrasi

Jika tubuh kekurangan cecair akan berlaku kekeliruan pada otak yang disebut hyphothalamus.
Keadaan ini membuatkan anda sentiasa ingin makan padahal diperlukan tubuh adalah air bukan
makanan.

Kurang tidur

Tidur kurang berkualiti menyebabkan tubuh menghasilkan dua hormon yang berkaitan dengan nafsu makan, iaitu hormon ghrelin dan leptin. Kurang tidur menyebabkan rasa lelah yang mengakibatkan kurangnya tenaga.

Stres

Bergelut dengan masalah keluarga atau pekerjaan boleh mencetuskan tekanan. Ketika stres, kadar serotonin dalam otak akan menurun yang mengakibatkan timbulnya ilusi lapar.

Melewatkan waktu makan

Melewatkan sarapan atau makan tengah hari akan membuat perut rasa lapar. Perut yang dibiarkan kosong terlalu lama akan menghasilkan hormon ghrelin yang menyebabkan nafsu makan meletup.

Tidak cukup lemak

Seperti protein, lemak adalah bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh. Kurangnya pengambilan lemak boleh mencetuskan timbulnya rasa lapar yang tidak berkesudahan.
Sumber: Health.com

Sumber TKO - 19-3-2016



Tips Hilangkan Sakit Gigi Hingga ke Akarnya yang Masih
Ramai Orang Tidak Tahu, M


Posted on Monday, April 18 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Berjumpa doktor gigi bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Sebahagian besar manusia, l

elaki dan wanita tanpa mengira usia, pasti lebih risau ketika terpaksa berjumpa dengan doktor gigi.
Kesihatan gigi dan gusi adalah sangat penting, tapi ia bukanlah tempat yang mudah untuk kita 
periksa secara menyeluruh kerana cukup sukar untuk melihat apa yang berlaku di belakang mulut. Yang boleh kita lakukan adalah pembersihan secara teratur pada gusi dan gigi. 

Setiap kali kita mula merasa jenis kesakitan pada gigi atau pengalaman mengalami pendarahan, 
badan kita memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena, tapi kita tidak tahu apa sebenarnya 
yang tidak kena.

Faktanya adalah bahawa tahap sakit gigi berbeza. Kadang-kadang rasa sakit ini merupakan 
kesakitan ringan dan kadang-kadang kita dapat mengalami rasa sakit yang menyiksa seluruh 
rahang. 

Ada banyak sebab mengapa sakit gigi berlaku dan beberapa daripada mereka termasuk jangkitan, 
keradangan, pembentukan rongga, retak dan gigi yang rosak, masalah dengan akar gigi, rosak 
mengisi, rahang gangguan sendi dan beberapa faktor lain. 

Setiap kali kawasan tengah atau pulpa gigi kita bengkak, kita merasa sakit gigi. Pulpa gigi 
mengandungi banyak hujung saraf sensitif dan ini adalah mengapa kita merasa sakit yang sangat 
tajam. Dalam kes anda mengalami sakit gigi dan anda ingin menghilangkan rasa sakit ini dengan 
 segera, anda harus cuba beberapa beberapa tips ini untuk menenangkan rasa sakit. 

Berikut kami kongsikan penyelesaian berkesan untuk menghilangkan sakit gigi hingga ke akarnya 
sebelum anda berjumpa dengan doktor pakar.

1. Garam dan lada

Jika anda mencampur lada dan garam bersama-sama, anda boleh mengharapkan untuk 
mendapatkan kombinasi yang kuat yang memberikan hasil yang cepat dalam kes sakit gigi. 
Alasannya mudah – bahan baik memberikan kuat anti-radang, anti-bakteria dan kesan 
analgesik. Dalam rangka untuk menghilangkan rasa sakit, ikuti prosedur ini:
  1. Ambil jumlah yang sama daripada lada dan garam dan campuran mereka dengan baik
  2. Membuat pes tebal dengan menambah sedikit air (beberapa titis)
  3. Masukkan pes pada gigi yang bermasalah
  4. Tunggu beberapa minit
  5. Melakukan prosedur ini sekali sehari selama beberapa hari berturut-turut. 



2. Bawang putih

Sayuran ini digunakan sebagai ubat semulajadi dalam situasi yang berbeza. Bawang putih sangat 
bermanfaat bagi orang yang mengalami sakit gigi. Sayuran ini dikemas dengan antibiotik dan 
mempunyai beberapa hartanah bermanfaat penyembuhan lain yang akan membantu setiap orang 
 meringankan rasa sakit.

Berikut preskripsi untuk ubat rumah berasaskan bawang putih untuk sakit gigi: 

  1. Ambil satu ulas bawang putih, menghancurkannya dan menggunakan beberapa garam hitam 
  2. atau meja untuk membuat campuran.
  3. Selain ulas bawang putih, Anda juga boleh menggunakan serbuk bawang putih. 
  4. Masukkan campuran ini pada gigi yang bermasalah untuk mengurangkan rasa sakit
  5. Selain itu, anda hanya boleh mengunyah satu atau dua ulas bawang putih dan rasa sakit 
  6. harus pergi 
  7. Melakukan prosedur ini selama 3-4 hari. 



3. Cengkih

Tunas bunga ini memberikan kesan antioksida yang kuat antibakteria, anti-keradangan, anestesi 
dan semua kesan ini dapat membantu anda menghilangkan jangkitan dan kemudahan jenis sakit 
termasuk sakit gigi. 

  1. Kisar dua ulas
  2. Ambil beberapa minyak minyak zaitun atau sayur dan mencampurkannya dengan ulas
  3. Masukkan campuran ini pada gigi yang menyakitkan
  4. Anda juga boleh mengambil beberapa minyak cengkih dan oleskan bola kapas di dalamnya. 
  5. Menggosok bola kapas langsung pada gigi yang terkena.
  6. Di samping itu, orang juga boleh membuat campuran setengah gelas air putih dan 3-4 titik 
  7. minyak cengkih dalam rangka menciptakan ubat kumur semulajadi. 



4. Bawang

Sayuran ini mempunyai kesan antimikrob dan antiseptik yang kuat dan mereka mampu 
meringankan rasa sakit langsung. Bawang juga baik untuk penghapusan kuman yang 
menyebabkan jangkitan. 

Dalam kes anda mengalami sakit gigi, ikuti tips berikut ini: 

  1. Ambil satu bawang mentah dan mengunyahnya selama beberapa minit. Anda perlu 
  2. mendapatkan bantuan kesakitan segera. 
  3. Dalam kes anda tidak boleh mengunyah sayuran ini, memotong bawang menjadi 
  4. potongan-potongan dan meletakkan beberapa keping pada kawasan yang terkena. 



Jangan ragu untuk mencuba semua rawatan rumah ini untuk sakit gigi, tetapi jika keadaan anda 
tidak bertambah baik, anda harus mengunjungi pejabat doktor gigi.

Semoga bermanfaat. - [Artikel asal blogmazeer.com]

Sumber TKO - 18-4-2016



12 Teknik Ini Boleh Kembalikan Bentuk Badan Anda
Seperti Dulu


Posted on Saturday, April 09 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Macam-macam cara diet dah cuba tapi masih tak berjaya. Ini yang boleh membuatkan kaum
wanita jadi tertekan dan malas nak teruskan diet, bukan?

Sebenarnya masih banyak banyak cara dan tip yang berkesan untuk membantu anda membakar
lemak dengan lebih berkesan. Paling utama untuk memastikan usaha anda menemui kejayaan ialah
disiplin dan komitmen yang tinggi.

Sematkan dalam diri anda bahawa tiada yang mustahil untuk anda lakukan. Cara ini akan buat
anda lebih bersemangat untuk berusaha mencapai apa yang diidam-idamkan....

1. Kawal keinginan untuk minum minuman ringan. Lupakan terus minuman ringan untuk
sepanjang tempoh ini atau pun kalau boleh sampai bila-bila. Gantikan dengan air putih dan ambil
dengan kerap. Kurangkan juga pengambilan air teh dan kopi. Jika ingin juga mengambilnya,
bancuh teh dan kopi tersebut dengan susu skim. Elakkan penggunaan susu pekat manis.

2. Pujuk hati anda agar melupakan seketika pengambilan biskut dan kek yang manis-manis. Ya,
memang anda menyukainya tetapi anda perlu berkorban. Pastinya pengorbanan anda itu
berbaloi-baloi. Tetapi jika anda memang tidak menggemari makanan ini, anda dikira bertuah.

3. Lupakan semua jenis pasta. Sebarang jenis pasta, tidak kira spageti atau makaroni, ia tidak
sesuai untuk anda.

4. Panggang semua jenis daging yang anda ingin makan. Buang lemak dan kulit ayam, itik dan
ikan. Jangan sekali-kali makan daging yang digoreng. Percayalah, tidak baik dan melambatkan
proses pembakaran lemak.

5. Sasarkan sekurang-kurangnya 1gm protein per paun daripada berat badan. Ambil semua jenis
makanan rendah lemak, rendah karbohidrat dan bancuhan susu (protein). Ia dikenalpasti sebagai
cara yang pantas membakar lemak, mudah dan berkesan.

6. Ambil vitamin C yang mencukupi. Dalam sehari, dinasihatkan untuk mengambil kira-kira 1000
mg. Jumlah itu menyamai 22 biji buah oren. Ia penting untuk sistem imunisasi tubuh, menurunkan
paras tekanan darah dan menurunkan kolestrol.

7. Cuba tetapkan untuk mengambil sebanyak 5 ke 6 hidangan ringan dalam sehari. Ini lebih baik
daripada anda mengambil cuma 3 kali sehari makanan tetapi dalam jumlah yang banyak. Apabila
makanan diambil dalam jumlah yang sedikit, lebih mudah dan cepat dicerna oleh tubuh.

8. Jika anda peka terhadap pengiraan kalori, cuba kurangkannya sebanyak 10 peratus. Dapatkan
panduan pengambilan kalori dalam majalah dan juga aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit
anda.

9. Keju juga tak baik untuk anda, termasuklah yang rendah lemak. Sebagai pilihan, anda masih
boleh mengambil keju kotej.

10. Makan daging yang diproses juga tidak digalakkan. Ini termasuklah chicken chop, lamb chop,
sirloin steak dan sebagainya. Tak kiralah sama ada rendah lemak mahupun tidak kerana
bahan-bahan yang digunakan untuk memproses daging itu adalah tidak ‘mesra' dengan tubuh
anda.

11. Senaman juga penting bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Beri perhatian yang lebih
pada latihan kardio (menguatkan jantung). Sebagai altenatif, anda boleh bersenam lompat tali dan
menggunakan semua mesin kardio yang tersedia di gimnasium.

12. Bermula selepas masa makan tengahari dan ke atas, kurangkan pengambilan karbohidrat
berkanji. Sebaliknya gantikannya dengan salad, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini lebih berkesan
membakar kalori berbanding anda makan makanan yang berat.

Ok, banyak pilihan yang anda boleh cuba. Ingat ya, jangan cepat putus asa untuk dapatkan tubuh
badan yang sihat, amalkan setiap langkah demi cantik dan sihat untuk orang tersayang!

Sumber TKO - 9-4-2016



20 Tanda-Tanda Awal Kanser Menyerang, Ketahui Sebelum
Terlambat


Posted on Friday, April 08 @ 20:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, 
penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga 
ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.


Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang 

baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. 
Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila
penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.
Sakit Biasa Mungkin Kanser

Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi
kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja.

Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang
kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia
kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling
lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda
merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas
anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini
boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja
kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa
dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering
ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata
tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis
berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam
hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah
tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser
paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah
yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel
darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya
tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran
menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau
kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah
darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan).
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser
tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal
leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel
darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa
menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti
dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan
ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau
keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu
bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu
tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa
dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing
walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap
kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki
kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat
yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam
perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala
kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan
belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak
atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda
ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.
Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan
karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan
pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.


20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda
beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan
kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah
boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

Sumber TKO - 8-4-1016































































Dah 3 Kali Jumpa Doktor, Akhirnya Ini Rawatan Batuk
Berkahak Bayi


Posted on Monday, April 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




“Jemah saja la nak share pengalaman.. Hari tu si techik ni balik je dari taska, demam dan batuk 
berkahak sampai hilang suara seminggu!”

“Bernafas pun ikut mulut..nafas yang laju dan berbunyi. Nak minum susu apatah lagi tak selesa, 
sebab hidung sumbat dan tidur pun tak nyenyak. Luluh hati mamanya tengok, “mata panda” 
tak payah la cerita, kan..”


Inilah yang ingin dikongsikan oleh Puan Fazira Salleh dalam salah satu ‘post’ di laman Facebook
peribadinya yang kini sudah mencecah lebih 7,000 ‘shares’. Apa yang menarik. Puan Fazira sudi
berkongsi gambar langkah demi langkah supaya lebih ramai yang mudah membuat rujukan.

3 Kali Bawa Anak Jumpa Doktor Sehingga Ditahan Wad

“Punya risau pasal anak, sampai 3 orang doktor kitorang jumpa,.. buat stim dan ‘percussion’, 
mandi wap laa…jenuh. Kahak dan hingus tak moh gak keluar! Degil betul!! Si techik ni jenis susah 
nak muntah pulak lagi..urghh!

Sampai pergi ’emergency’ hospital Putrajaya hari tu,..dan si techik ni kena neb 3 kali dalam 
tempoh 4 jam. Kalau yg berstatus mak bapak tu mesti tau, dia punya bersilat nak bagi neb tu 
macam mana kan.. sudahnya doktor suruh warded.”

Cara Semulajadi Yang Saya Gunakan Untuk Rawat Bayi Batuk Berkahak

Setelah puas mendapatkan rawatan dan mencuba, rupa-rupanya si kecil ini hanya serasi dengan
‘natural remedies’.

Caranya:

1. ‘Lemon Bath’
2. ‘Garlic Oil’
3. Sedut hidung
“Wallaa!! It works wonder!!!”

1. ‘Lemon Bath’ Dah ramai sebenarnya yang tahu kebaikan air lemon kan. Ia mengandungi sumber vitamin C yang
banyak digunakan untuk merawat demam, selesema, loya, dan macam-macam lagi.

Rawat bayi batuk berkahak
Cara Menyediakan:
Air suam + sebiji lemon
Ambil sebesen air suam dicampur dengan sebiji lemon yang telah dihiris nipis-nipis. Perah sedikit jusnya dan masukkan si kecil sampai sebati… (Eh? Hiihiii…)

FB_IMG_1459343754934
Lemon ini tersangatlah wangi dan segar baunya. (Tak perlu gunakan pewangi tandas!)
Kalau ada ibu bapa yang teringin mandi sekali, silakan.


2. ‘Garlic Oil’


  Berikut adalah bahan yang digunakan untuk langkah seterusnya.

Untuk membuat minyak bawang putih atau ‘garlic oil’, saya menggunakan minyak zaitun dan bawang putih.
Alatan yang jernih tu, penyedut hidung. Kita akan gunakan selepas selesai menyapu minyak ini.
FB_IMG_1459343764039
Cara Menyediakan:
Bawang Putih + Minyak zaitun
“Bawang putih diracik halus-halus…..kalau rajin lah. Jemah malas..jadi ketuk je dengan pisau.. haaha!! Seulas bawang putih campur dengan sesudu besar minyak cukup.”
FB_IMG_1459343767292
Inilah rupa ‘garlic oil’ tu. Jangan buat sampai sebotol ya, ‘garlic oil’ ini hanya dapat bertahan untuk 2-3 hari saja.

 FB_IMG_1459343771119

Seterusnya, sapu ‘garlic oil’ kat dua-dua tapak kaki.
FB_IMG_1459343774579
Kemudian, pakaikan stokin.
 FB_IMG_1459639830815
Jangan lupa sapukan pada dada dan belakang. Sapukan sambil selawat ya. Pakailan baju… dan sedut hidung!

3. Sedut Hidung


  Alat penyedut hidung boleh dirujuk di gambar atas tadi.

Alat ini boleh dibeli di mana-mana farmasi. Serius, penciptanya patut dianugerahkan ‘nobel price’ sebab praktikal dan membantu sangat-sangat! Tabik ‘spring’!
FB_IMG_1459343792469
Memula ingatkan si kecil ini tak ada hingus, sebab tak ada yang meleleh pun.

Tapi, ada dengar macam bunyi kahak tersangkut. Rupa-rupanya bila disedut dengan alat ini…Banyaknya yang keluar!
FB_IMG_1459343800819
Mula-mula, si kecil marah dan meronta juga. Lama-kelamaan, dia menyerah. Mungkin rasa selesa selepas disedut keluar kahak tersebut. Inilah hasilnya! (“….Perasaan macam menang ‘award’!”)

Hidung dah tak tersumbat, barulah selesa nak minum susu.

 FB_IMG_1459343806592

 Tidur pun lena.

Tiada lagi batuk berkahak. Dah sihat, boleh pergi jalan2. Weehuuu!
Nak cuba juga, silakan ya!
FB_IMG_1459343810073
Pesanan Buat Ibu Bapa Kepada ibu bapa yang nak cuba penawar semulajadi atau ‘natural remedies’ ini, memang kena tabah dan banyakkan bersabar.
Si kecil yang tak sihat biasanya akan merengek dan minta didukung sepanjang masa.

Rawatan sebegini mengambil masa juga untuk ‘recover’ kerana tubuh badan si kecil sedang membina sistem imunnya.
Semoga bermanfaat!
**Sumber dan maklumat asal dikongsikan oleh Puan Fazira Salleh melalui laman Facebook peribadinya di www.facebook.com/fazira.salleh

Sumber TKO - 4-4-2016

Latihan simulasi lapangan AI Malaysia-

Thailand 2016

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Avian Influenza A (AI) adalah penyakit selsema yang berlaku di kalangan
unggas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Secara umumnya, kata beliau jangkitan AI daripada unggas kepada manusia hanya boleh berlaku
jika terdapat pendedahan kepada unggas yang telah dijangkiti dengan virus selsema burung tersebut.

Katanya, kejadian terakhir wabak “highly pathogenic avian influenza (HPAI)” di kalangan unggas
dilaporkan pada tahun 2007 dan Malaysia telah kekal bebas daripada HPAI sejak 2 September 2007.

"Sehingga kini, tiada kes AI di kalangan manusia dilaporkan di Malaysia," ujarnya dalam satu
kenyataan.

Menurut beliau, sebagai langkah kesiapsiaagan, Latihan Simulasi AI dijalankan setiap tahun oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Malaysia (JPV).

Tambahnya, sejak 2011 sehingga 2014, latihan simulasi AI peringkat kebangsaan telah berjaya
dianjurkan di Negeri Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Beliau berkata, wakil dari Kementerian Kesihatan Negara Asean seperti Singapura, Indonesia dan
Thailand telah dijemput sebagai pemerhati (observer).

Bagi tahun 2016, jelasnya Latihan Simulasi AI Peringkat Kebangsaan diadakan di Kedah iaitu
negeri yang bersempadan dengan province Songkhla di Thailand pada 31 Mac hingga 01 April
2016.

"Latihan ini diadakan secara simulasi bersama dengan negara Thailand (cross border simulation
exercise) yang diketuai dan diselaraskan oleh KKM dengan kerjasama pelbagai agensi seperti JPV,
Majlis Keselamatan Negara dan Imigresen," ujarnya lagi.

Katanya lagi, seramai 239 peserta dari Malaysia dan 87 peserta dari Thailand terlibat di dalam
latihan simulasi itu.

Tambah beliau, tujuan latihan simulasi itu diadakan adalah untuk menilai keupayaan dan tahap
kesiapsiagaan setiap agensi yang terlibat selain daripada mengukuhkan lagi kolaborasi di antara
dua negara dalam kesiapsiagaan dan respons terhadap kejadian yang melibatkan HPAI dan
penyakit berjangkit lain yang menyeberangi sempadan (cross border). -
HARAKAHDAILY 31/3/2016

Sumber HD - 31-3-2016



Inilah Cara Mengenali Telur Yang Datang Dari Ayam Yang 
Sakit !!

Posted on Monday, March 28 @ 06:57:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apakah ada sesuatu yang lebih lazat daripada telur indah dimasak? Tidak peduli bagaimana mereka
dimasak, apakah mereka goreng, rebus atau goreng-arik rebus, mereka benar-benar lazat. Walau
bagaimanapun, perkara yang paling penting bagi anda adalah untuk makan telur dari ayam yang
sihat.

CARA MENGENALI AYAM SIHAT?

Jadi bagaimana kita boleh mengatakan sama ada ayam sihat atau tidak? Ayam yang sihat makan
pelbagai jenis makanan setiap hari. Ini termasuk daging kerana itulah makanan mereka juga perlu.
Mereka mungkin ingin makan bug yang berbeza, tikus dan bahkan ular.

Semua nutrisi baik dari makanan yang mereka makan dihantar ke telur mereka. Untuk mendapatkan
nutrisi ini, ayam harus dibenarkan untuk bergerak bebas, keluar pada udara segar. Ayam yang
terkunci dalam menetas kecil untuk seluruh hidup mereka tidak menerima vitamin dan mineral
yang mereka benar-benar memerlukan dan telur mereka tidak berada pada tahap kualiti yang sama
seperti telur ayam buras.

Bagaimana telur berkualiti baik kelihatan seperti? Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang boleh
membantu anda membezakan telur yang baik dari yang buruk:

Shell ketumpatan dan kekerasan: Jika retak telur mudah daripada itu bukan telur yang berkualiti
baik. Ayam yang mempunyai diet kaya dan kesihatan secara keseluruhan baik menghasilkan telur
yang sangat kuat. Jika telur benar-benar sihat kulit ini harus sangat sukar untuk retak.

Warna kuning telur: Bagi kebanyakan orang itu cukup biasa untuk melihat telur dengan cahaya
atau kuning kuning cerah. Namun, ini bukan warna kuning yang sempurna. Warna yang sesuai
untuk kuning ayam oren yang mendalam. Lain kali anda makan telur memeriksa warna kuning
untuk memastikan bahawa anda makan telur benar-benar baik dan sihat.

Ketebalan kuning telur: Kualiti pada telur boleh ditentukan oleh ketebalan kuning nya. Kuning
telur yang sihat biasanya lebih tebal dan bulat.


Banyak penyelidik melaporkan bahawa pemakanan sihat pada ayam memainkan peranan besar
dalam menghasilkan telur yang sihat. Sebuah laporan di Oxford Journal mengamati bahawa jumlah
beta karotena dalam telur dapat ditingkatkan jika ayam mengambil lebih banyak beta karotena.
Journal of Agricultural Food Chemistry menyatakan bahawa tahap asid lemak omega-3 dapat
ditingkatkan dengan meningkatkan kadar DHA dalam makanan ayam ‘.

Cara Cari Telur Sihat
Sekarang ketika anda tahu bagaimana telur ayam yang sihat benar-benar kelihatan seperti, anda
mungkin akan tertarik di tempat di mana anda boleh mencari mereka. Kerana ada pertumbuhan
yang signifikan dari industri pertanian, anda mempunyai banyak pilihan untuk telur.

Jika anda mempunyai cukup ruang dan keinginan, anda boleh membeli ayam anda sendiri dan
menjaga mereka di kebun anda. Di sana mereka akan mempunyai semua yang mereka perlukan
untuk menghasilkan telur yang sihat paling lazat untuk anda dan keluarga tersayang anda.

Menghubungi sebuah ladang tempatan dan meminta cara mereka memelihara ayam mereka
benar-benar bukan idea yang buruk. Jika ayam mereka bebas dan mempunyai akses kepada
pelbagai jenis makanan, maka anda pasti boleh memberikan telur ini cuba.

Anda pasti perlu berusaha dan cuba telur dengan oren kuning. Kami boleh memberi jaminan
bahawa usaha ini akan membayar segera selepas anda merasakan perbezaan!

Sumber: mydebat

Sumber TKO - 28-3-2016




15 Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak
Tahu


Posted on Tuesday, March 15 @ 07:36:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia.
Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. 

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan
dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut...

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan
tradisional.

2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi
untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.

3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang
pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
menaikkan nafsu makan.

5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk
pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.

7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.

8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.

9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang
sukar dicuci.

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/14032016/AABPP_IN%20BETWEEN%20300px%
20x%20100px-01%20(2).jpg

10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak
atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang
sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan
membersihkan darah.

13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk
penjagaan diri.

14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang
perjalanan darah.

15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta
merangsang perjalanan darah.

Sumber TKO - 15-3-2016


Hapuskan 'Bayang Mata' Dengan 7 Tip Paling Senang

Posted on Tuesday, March 15 @ 07:28:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mungkin tak begitu nak perasan, tapi tahukah anda lingkaran gelap di bawah mata menyebabkan 

wanita nampak lebih matang daripada usia. Kadang kesannya buat wajah jadi kusam, lesu dan 
tidak menarik. Ramai wanita yang membuat rawatan khusus untuk merawat mata di spa namun 
tak semuanya berkesan. Apa kata anda cuba atasi lingkaran gelap dengan petua ini...

1. Guna timun pun boleh

Tidak perlu membazirkan wang membeli pelbagai produk penjagaan mata, cukup sekadar anda
memanfaatkan bahan alami. Bersihkan buah timun, hiris nipis kemudian lekapkan mata mata
semalaman. Keesokan pagi, bersihkan dengan air putih. Timun membantu menyegarkan kembali
mata yang lesu.

2. Tomato cerahkan kulit
Tomato mempunyai seribu satu khasiat untuk kecantikan dan kesihatan mata. Kandungan dalam
sayur ini membantu mencerahkan kulit seterusnya mengatasi masalah lingkaran gelap di bawah
mata. Caranya mudah, hiris tomato nipis kemudian lekapkan pada mata selama 20 hingga 30
minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air bersih.

3. Khasiat kentang
Kentang juga boleh merawat pelbagai masalah seperti lingkaran hitam serta tona kulit tidak
sekata. Basuh kentang, buang kulitnya. Kemudian hiris nipis, lekapkan mata bahagian mata
selama 10 hingga 20 minit. Khasiat yang terkandung dalam kentang akan membantu
mengurangkan kesan gelap sambil mencerahkan kulit agar tampak sekata.

4. Kuasa uncang teh
Selepas membancuh air, uncang teh jangan dibuang. Sebaliknya gunakan untuk merawat  mata.
Lekapkan uncang teh pada mata selama 20 minit, kemudian bilas bersih. Sebaik-baiknya
gunakan uncang teh hijau yang sangat efektif merawat masalah lingkaran gelap di bawah mata.
Ia juga membantu mencerah serta menghaluskan kulit di bahagian mata di samping bertindak
sebagai antistres.

5. Perahan lemon
Perah sebiji lemon segar, kemudian sapukan pada bahagian mata secara nipis. Lakukan petua ini
setiap hari, anda pasti gembira dengan hasilnya. Lemon kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat
membantu menghilangkan kesan hitam dan menjadikan kulit berseri.

6. Cuba tidur awal
Lingkaran gelap di bawah mata berlaku kerana bahagian ini kurang mendapat rehat dan
keletihan. Selain mengamalkan petua tradisi dan melakukan perawatan di spa, gaya hidup yang
baik juga sangat penting. Elakkan tidur lewat dan pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.

7. Lebihkan minum air putih
Ramai wanita yang tidak minum air secukupnya. Tubuh dan wajah mudah menjadi lesu kerana
kekurangan air. Kulit juga cenderung kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Agar wajah dan
tubuh kekal segar, minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari. Air putih
yang mencukupi akan mengelakkan berlakunya masalah lingkaran gelap atau ‘mata panda’.

Sumber TKO - 15-3-2016



CUBA Gunakan ResipiI INI INSHAA ALLAH BATUK
Anda Akan SEMBUH !!


Posted on Sunday, March 13 @ 18:47:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

manfaat-nanas-yang-terlupakan

Lepas dari kajian penyelidikan yang cukup mengenai permasalahan ini, kebenaran iaitu kalau tidak terhitung banyak budaya, termasuk juga Asia serta Amish, sudah memakai juice nanas sepanjang Berabad-abad untuk menyembuhkan semua sejuk berkaitan. Sebagai penahan batuk, lendir ekspektoran, agenantiinflamasi hidung serta sinus radang, content enzim Bromelain yang membuatnya jadi berkesan, pejuang popular tanda-tanda selsema serta batuk.

Beberapa orang telah memakai seutuhnya meyakini kalau itu bisa pergi bekerja sampai lima kali lebih cepat daripada popular ubat batuk OTC. Yang tengah berkata, pujukan ini berkembang cepat kerana semakin banyak orang berpaling dari kimiasarat OTC ubat serta ubat-ubatan yang ditetapkan untuk lebih alami, ubat yang baik lebih murah serta lebih selamat dalam beberapa hal dari persiapan beli dengan cara komersial.

Resipi:
Pada masa ini, di sini iaitu resipi simpel yang banyak pada masa ini memakai untuk melawan isyarat tanda pertama dari flu sejuk atau:
1 cawan juice nanas segar
1/4 cawan juice lemon segar
1 sepotong halia (sekitaran 3 inci)
1 sudu makan madu mentah
1/2 sdt Lada merah
Campur semua bahan serta mengambil 1/4 cawan, 23 x / hari serta resipi ulangilah setiap hari.
Beberapa besar dari kita tidak perlu gula penambahan pada makanan kita, sehingga tampak cuma untuk juice nanas tanpa ada pemanis semulajadi serta tinggal jauh dari tin. Bila Anda boleh juice nanas sendiri, yang akan tambah lebih unggul untuk tiap-tiap kedai beli serta satu nya mempunyai manfaat
penambahan yang lazat!

Sumber: mydebat.com



Sumber TKO - 13-3-2016

Menakjubkan !! Buah Ini Boleh Menyembuhkan Rabun
Jauh/Dekat Serta Katarak Mata ?



Posted on Sunday, March 13 @ 10:16:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"rabun

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah rabun dekat atau rabun jauh secara semulajadi? Mari 

menbaca artikel Menarik dari akaun ini Safii fb. tentang mengatasi masalah keben tolak memakai 
mata.
Adakah anda mahu tanpa mengira gelas memakai pergantungan dan mempunyai mata yang
normal kembali? Ia adalah mungkin untuk melakukan. Kerana ada satu tumbuhan yang berasal
dari tanah besar Papua, yang boleh merawat rabun mata.
Tumbuhan ini dinamakan Barringtonia asiatica Kurz. Atau lebih dalam tahu dengan Putat Laut /
Butun. Putat Laut / Butun adalah pokok berkayu lembut, serta kira-kira 50 cm garis pusat dengan
 ketinggian 4-16 mtr ..
Sistem perkaranya banyak dan ada yang ditenggelami air dalam air laut semasa digunakan dan
mempunyai banyak kesan yang lebih dekat ke tanah di bahagian bawah batang. bentuk daun yang
besar, berkilat dan berisi. Daun muda merah jambu dan akan ditukar kepada kuning selepas gelap.
Di Papua buah Putat Laut / Butun dirujuk Rabon pi. Bahagian luar terdiri daripada kulit kayu
berserabut. Berada di dalam shell, dalam shell yang terdapat biji yang keras, berlendir dan putih.
buah keben besar dewasa genggaman bersaiz, apabila hijau muda dan tua akan menjadi perang
dan kering selepas. Saiz purata bunga kira-kira 16 cm, putih dengan stamen merah jambu.
► Siapakah benih memnggunakan pertama dan keben buah-buahan sebagai ubat titis mata untuk
merawat penyakit mata?
Beliau Heinrich. Pada akhir th. Pada 2002, beliau menemui manfaat buah-buahan dan biji keben
ini untuk mengubati pelbagai penyakit mata. Dari permulaan rabun dekat, rabun jauh,
astigmatisme, untuk katarak. Kali pertama, beliau diuji ini titis mata di matanya sendiri. Secara
kebetulan dia mengalami hipermetropi ditambah 4. Selepas beberapa titik sebanyak 20 kali,
setiap 2 titis, sekali setiap 2 hari, dia merasakan tiada peningkatan. Dan masa yang beliau
memeriksa matanya, bertukar hypermetropia beliau supaya ditambah 2. Ini titis mata tidak
mengandungi kesan sampingan, hanya selepas menetas, mata anda akan berasa sakit 15-30menit.
Sebatian apa yang terkandung di dalam buah Putat Laut / Butun?
Greshoff, seorang penyelidik dari Belanda menemui bahan-bahan seperti saponin toksik di dalam
benih. Selain saponin, buah-buahan dan biji keben juga mengandungi asid Gallic; asid hidrosianik
terdiri daripada monosakarida; dan triterpenoids yang terdiri daripada asid bartogenat, asid 19-
epibartogenat dan anhidro asid-bartogenat.

Sebatian aktif dalam biji buah ini, yang kononnya telah penyembuhan kesan dalam rawatan mata
yang berasal dari kelas saponin. Sesetengah jenis saponin telah dikenal pasti. Saponin yang
diperolehi daripada keben buah adalah jenis saponin baru. Dengan sebatian buah keben telah
dilaporkan mempunyai banyak aktiviti farmakologi seperti anti-bakteria, anti-kulat, analgesik dan
anti tumor.
► Therapy rabun jauh (myopia)
Pengalaman empirikal membuktikan bahawa titis mata boleh menghilangkan gangguan mata
keben tolak dan silinder dengan cara yang tetap 100% kanak-kanak yang belum baligh. Bagi
orang dewasa, ini jatuh kepada yang lebih rendah tolak mata dan silinder 75%. Mekanisme kerja
ekstrak biji keben dalam membetulkan tolak mata dan silinder masih memerlukan penyelidikan
lanjut. anggaran sementara itu adalah yang keben ekstrak biji boleh menyegarkan saraf optik
mata wang sudah lemah, supaya mata adalah tolak dan silinder boleh menjadi normal semula.
Dalam sistem rawatan, tolak penurunan akan berlaku secara beransur-ansur. Oleh itu, cermin
mata adalah tidak patut bagi tolak atau silinder dikurangkan tidak boleh dipaksa untuk memakai
secara berterusan. cermin mata penggantian boleh dilakukan jika tiada pengurangan dalam angka
tolak. Memantau penurunan, pesakit dinasihatkan supaya menyemak mata mereka kepada doktor
dengan cara yang berkala sebulan sekali.
Apabila diperlukan untuk merawat myopia bergantung kepada beberapa aspek, terutama tolak
magnitud, umur pesakit, dan kehadiran atau ketiadaan diabetes. Pengalaman menunjukkan
bahawa sudah wujud, melalui pengawasan doktor, selepas penetasan 10-12, tolak dikurangkan
0, 5. Kemudian secara beransur-ansur, tolak nombor akan berkurangan sehingga mencapai tolak
tertentu atau sembuh.

Penetasan dilakukan setiap 2 hari, setiap mata dua titik. Sebagai contoh, apabila seseorang
menderita tolak 2, tolak selepas 20-24 hari akan menurun sebanyak 0, 5 menjadi 1, 5, dan akan
pulih sepenuhnya selepas penetasan 40-48 atau memerlukan masa kira-kira 3 bulan. Selanjutnya
mydebat.com

Sumber TKO - 13-3-2016




Hati - hati, Ini Makanan-makanan Yang Mengandung
Pengawet Mayat di Sekitar Kita


Posted on Sunday, March 13 @ 07:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Formalin merupakan bahan kimia yang terbentuk daripada tindak balas pengoksidaan metanol.
Salah satu sifat formalin adalah mematikan bakteria pengurai. Kerana itu formalin banyak dipakai
sebagai pembersihan lantai atau bahan pengawet mayat.

Makanan yang sering mengandung formalin merupakan jenis makanan yang cepat membusuk
sehingga perlu ditambahi pengawet tiruan.

formalin merupakan bahan kimia yang bersifat menghakis. Organ tubuh yang terdedah kepada
bahan-bahan ini akan cepat rosak sehingga tidak boleh berfungsi normal. Penggunaan formalin
dalam jangka panjang bakal mencetuskan kelainan pembiakan sel. Menurut dia, formalin
diketahui karsinogen. "Jika diambil dalam masa panjang akan menyebabkan kanser,"



banyak jenis kanser yang boleh dicetuskan formalin. Di antaranya kanser hidung, kulit, otak, dan
usus. Adalah kanser usus yang disebutnya sebagai penyakit yang paling banyak dihidapi orang
yang mengambil formalin.

Sampel liver manusia yang mengeras selepas terdedah kepada bahan pengawet formalin. Liver
mengeras akibat reaksi penggumpalan protein oleh formalin.



Djaja menunjukkan kesan formalin terhadap organ dengan membawa sampel liver manusia yang
telah direndam formalin. Potongan hati sebesar ibu jari kaki orang dewasa itu berwarna hitam dan
keras. Menurut dia, pengerasan itu terjadi kerana formalin bertindak balas dengan protein yang
ada di dalamhati. Reaksi tersebut, katanya, menyebabkan gumpalan protein yang kemudian
mengeraskan organ. "Organ-organ yang terpapar formalin akan mengalami kejadian yang sama,"



Sumber TKO - 13-3-2016

Ketahuilah Biji Selasih SANGAT BERKESAN Atasi Kadar
Gula Darah, Gastrik DLL..


Posted on Friday, February 26 @ 00:47:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

biji-selasih

Biasanya biji selasih yang telah direndam di dalam air mudah diperolehi di pasaran tradisional 

atau pasar raya, harga juga agak murah, hanya perlu membelanjakan wang RM1.00 setiap pek.
Pada asasnya, manfaat biji selasih, terutamanya untuk kesihatan badan kita, dapat dijelaskan
berikut:

1) Sebagai ubat herba

Biji selasih digunakan secara meluas untuk gabungan beberapa jenis hidangan seperti jus,
buah-buahan campuran ais / ais, puding atau agar-agar.

Biji selasih dalam perkara ini mengandungi banyak nutrien pekat seperti karbohidrat, vitamin,
mineral, lemak dan serat untuk penggunaan yang sangat baik sebagai pelega masalah pencernaan
herba, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.

2) Mengawal tahap gula dalam darah

Bertindak untuk mengawal gula dalam darah tinggi di kalangan mereka yang membangunkan
diabetes jenis 2. Menurut beberapa kajian perubatan, biji selasih boleh membantu melindungi
kandungan gula dalam darah sentiasa stabil.

3) Membantu kebuluran

Biji selasih Sangat bagus diberikan kepada mereka yang telah melakukan diet kerana sebahagian
untuk membantu menjaga kelaparan.

4) Membantu insomnia

Avail biji selasih baik untuk mengurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang
mengalami kegelisahan sangat berlebihan atau insomnia, sangat baik dengan cara kerap memakan
kebanyakan biji selasih atau makanan / minuman mempunyai benih bahan selasih asas. Kerana
benih selasih mempunyai menenangkan.

5) Satu lagi biji selasih manfaat

Sementara itu biji selasih antara lain menurut beberapa kajian perubatan, yang boleh merangsang
penyerapan, meningkatkan aliran darah, melegakan sawan pesakit, demam, sebagai pembersih
toksin dan meningkatkan daya tahan.

Memakai biji selasih sebagai Herba

Biji selasih langkah Pengguna sebagai herba penyembuhan yang adalah seperti berikut:

1. Untuk mengatasi gastrik, menyediakan 5 biji g selasih dan kemudian direbus dengan 200 cc
suhu air, campurkan dengan 1 sudu makan madu asli. Minum obat apabila suam, adakah kerap 2
kali sehari, pagi dan petang.

2. Sebagai herba kecantikan, biji selasih tumbuklah sehingga sebati, tuangkan air panas sederhana.
Gaul rata untuk membentuk pes, biarkan sejuk. Pakai sebagai scrub pada muka dan leher, lakukan
salah satu selang sehari adalah menghampiri mandi petang.

3. Untuk sakit gigi, mengambil 10 gram biji selasih, bunga cengkih 4 biji direbus bersama dengan
air mendidih seperti yang diperlukan. Kemudian minum air apabila suam dalam tempoh penyakit
untuk sembuh dengan sempurna.

4. Sebagai ubat pelali, anda sering mengalami ketakutan, kebimbangan adalah emosi terlalu
berlebihan dan mudah, Selasi benih boleh membuat benih sedatif, langkah 5 g selasih dibancuh
dengan 200 cc air. Dan minum apabila panas, boleh digabungkan dengan campuran madu dan jus
l emon.

Sumber: Info.mydebat.com

Sumber TKO - 26-2-2016


5 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Makan Timun Setiap
Hari


Posted on Monday, February 22 @ 22:51:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan wanita? Boleh
guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya. Ok, jom kita tinjau apakah
khasiat timun:

1. Cepat kurus

  • Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi 
  • tinggi kandungan air.
  • Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
  • Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun timun 
  • membantu mengurangkan paras kolestrol.

2. Rambut
  • Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi 
  • silikon dan sulfur.

3. Gusi dan Gigi
  • Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun 
  • merupakan sumber serat yang baik.

3. Mata
  • Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong 
  • membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan 
  • bengkak tersebut.

4. Sistem Penghadaman
  • Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik.
  • Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan 
  • toksin dari sistem penghadaman. 

5. Kulit
  • Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, 
  • kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
  • Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah 
  • ketegangan kulit.
  • Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
  • Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak 
  • di bawah mata.

 Sumber TKO - 22-2-2016  


Tanaman Sireh

Posted on Friday, February 19 @ 20:15:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga 
PIPERCEAE yang tumbuh di negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis 
daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita 
dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai 
daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia. Daun Sireh juga 
merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh 
bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu.

Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara 

keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh 
Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari 
Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak 
di Myanmar.

Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' 

(Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila 
daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya 
melawat Myanmar pada 2009. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Tecnology" 
teknologi mengenai sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.



Kajian saya dari laporan statistik jabatan berkaitan tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan 

tanaman sireh di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 80-90 hektar CHE. Kebanyakan pokok 
sireh ditanam secara kecil-kecilan di kawasan keliling rumah walau pun beberapa kali saya 
melawat kebun tanaman sireh secara monokrop di Johor Bahru, Seremban dan di Selangor dan 
Perak. Kebanyakan penanam sireh secara monokrop adalah bangsa India bersama-sama dengan 
tanaman bunga melur dan pokok pisang. Sireh adalah tumbuhan yang mudah ditanam dan tidak 
memerlukan penjagaan khusus yang rumit. Tanaman sireh tidak mempunyai banyak masaalah 
serangan penyakit dan serangga perosak.

Pokok Sireh adalah jenis tumbuhan menjalar atau 'merambat' yang melilit kayu penyokong atau pagar rumah atau pokok kayu dengan ketinggian maksima 15 meter. Batangnya berwarna coklat kehijauan mampu melilit pokok semenjak peringkat pucuk. Daun Sireh berwarna hijau gelap berkilat dengan bentuk hati (Heart) sama seperti daun kadok. Ukuran daun sireh lazimnya sekitar 5 cm lebar dan 7 cm panjang dengan bentuk yang tirus dan tajam dihujungnya. Daun ini mengeluarkan bau yang sedap apabila diramas-ramas dengan tangan. Bunga sireh jenis majmuk dengan kelopak yang berwarna putih kekuningan berukuran 1.5-3.0 cm panjang dengan mempunyai 2 filamen bunga jantan. Buah sireh berbentuk bulat dengan warna hijau pudar.

Banyak jenis tanah yang sesuai untuk penanaman sireh dan tanah 

yang mempunyai saliran yang baik, agak lembap dan mempunyai 
banyak bahan organik disyorkan. Penanaman sireh menggunakan 
KERATAN BATANG sebagai benih dimana batang sireh yang 
mempunyai lebih dari 3-4 mata pada ruas (nodes) sesuai duntuk 
ditanam. Sediakan tiang kayu kayu penyokong sepanjang 7-8 kaki 
dan tanam sedalam 1.5-2.0 kaki dalam tanah dangan jarak 1.0-1.5 
meter. Jarak antara barisan adalah 1.5 - 2.0 meter. Benih keratan 
sebanyak 2-3 keratan ditanam dipangkal tiang sedalam 1-2 matatunas. Bubuh baja organan pada 
pangkal tiang sebelum menanam. Siram keratan sehingga tumbuh. Pokok sireh perlu dilatih 
menjalar pada tiang atau pancang pada peringkat awal penanaman. Pokok sireh yang berumur 
lebih 4-6 bulan dengan ketinggian 0.5-1.0 meter boleh mula dipetik daunnya secara 
berperingkat-peringkat.

Daun sireh digunakan dalam adat istiadat melayu semenjak zaman dahulu mungkin semanjak sejarah Kesultanan Melaka lagi. Daun sireh memang sinonim dengan 'Tepak Sireh' yang merupakan satu alatan untuk makan sireh dalam adat lama (Lihat foto tepak sireh). Daun sireh juga dijadikan 'Sireh Junjung' dalam istiadat meminang atau akad nikah sebagai syarat hantaran yang mesti ada dalam masyarakat Melayu. Susunan daun sireh di adun dengan beberapa bunga lain sehingga setinggi 1.0-2.0 kaki diletak diatas bekas khas. Daun sireh juga diabadikan dalam banyak corak lukisan 'batek chanting' atau Batek Lukis sebagai satu rekabentuk yang unik.

Kegunaan sireh lebih menonjol dalam dunia perubatan dan menjaga kesihatan manusia. Sireh yang di ekstrak untuk mendapatkan minyak sireh yang mengandungi komponen Cuginol dan Kavikol digunakan dalam banyak industri kosmetik 

seperti minyak menegangkan urat dan kulit muka untuk 
kecantikan. Di antara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper 
Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya
ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya
pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh
menegangkan kulit dan juga mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh
membawa kesan awet muda. Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan
tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum
airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot
tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah
keputihan. Sirih juga didakwa turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit 
sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Bidang perubatan herba di Malaysia menurut sejarah menganggap sirih adalah tumbuhan asli di negara kita dan saya dapati antara jenis-jenis sirih tempatan ialah Sirih Melayu, Sirih cina, Sirih india, Sirih Jawa dan juga Sirih Indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Dikalangan masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu bagi masyarakat Melayu yang lebih lama dengan sejarah sirih tahu akan kepelbagaian kegunaannya iaitu samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan. Kini dengan adanya perkembangan teknologi-bio daun sireh telah diproses dan boleh dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan atau kosmetik. BioSirih Cosmetics contohnya adalah sebuah syarikat 100% status milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik dan kesihatan yang didapati bermutu tinggi dan berkesan dengan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ini antaranya ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.

Kini khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan khasiat yang 

terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT (Citrus hystrix) mempunyai 
khasiat antaranya untuk melembut, melebat, merapi dan mengharumkan 
rambut dan mengatasi masalah kulit kepala serta melegakan migraine, 
merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Citric (AHA) 
yang terkandung membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan 
C serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu 
memulihkan tekanan darah.

Kajian mengenai pokok sireh dan daun sireh telah banyak dijalankan tetapi 

perlu dipertingkatkan dalam penghasilan 'end product' untuk pasaran 
domestik dan juga pasaran ekspot. Semuga tumbuhan yang mudah ditanam 
dan diuruskan ini akan menjadi satu industri yang menonjol di negara kita dimasa akan datang.

TANAM SIREH ..DI KELILING RUMAH....
DAUN DIPETIK...DENGN BERHEMAH...
BANYAK KHASIAT...BAGI SURIRUMAH...
AWET MUDA....SEMAKIN PERAMAH...

animhosnan.blogspot.com


Sumber TKO - 19-2-2016



Syor Untuk Halalkan Ganja, Wajar Kata Pengasih

Posted on Friday, February 19 @ 16:39:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kuala Lumpur – Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menyokong syor akan pihak kerajaan
mengkaji semula kesalahan penggunaan marijuana atau ganja di kalangan masyarakat di negara
ini.

Presidennya Datuk Mohd Yunus Pathi ketika dihubungi SuaraTV berkata kesalahan menghisap
ganja tidak wajar diambil tindakan sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak
memudaratkan.

“Secara peribadi saya tidak bersetuju untuk menghalalkan penjualan ganja, namun saya bersetuju
supaya mereka yang menghisap ganja tidak didakwa sebagai kesalahan jenayah.

“Kalau ada yang nak menghisap ganja biarlah mereka hisap, ini kerana menghisap ganja bukan
satu perkara yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai sangat merbahaya,” katanya kepada
SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Mohd Yunus lagi, majoriti negara yang menganggotai TPPA turut menyifatkan
pengunaan ganja sebagai tidak merbahaya dan tidak meletakkan ia sebagai kesalahan jenayah.

“Saya difahamkan majoriti negara di bawah TPPA meletakkan ganja sebagai bahan yang tidak
mudarat dan mereka yang menghisapnya tidak dihukum.

“Macam arak ia ada dijual tetapi bukan semua orang minum arak, begitu juga dengan judi dan
penjualan nombor ekor ia dijual secara terbuka kerana tidak semua yang bermain judi” ujarnya
pula.

Terdahulu Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli ketika membahaskan usul
mengenai meningkatkan undang-undang dadah pada sidang Parlimen Belia semalam
mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula peruntukan undang-undang berhubung pengunaan
ganja.

Menurut wakil dari Selangor itu golongan muda tidak menganggap ganja sebagai dadah dan
menegaskan isu ketagihan ganja di negara ini hanya menyumbang lapan peratus daripada semua
jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

Laporan berhubung isu tersebut kemudiannya ditweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar yang disifatkan sebagai tanda sokongan terhadap syor yang dikemukakan
itu. – SuaraTV.

Sumber TKO - 19-2-2016

Petua Merawat Ekzema Secara Tradisional

Posted on Friday, February 19 @ 16:33:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Baru Tok Aki perasan yang cucu bongsu Tok Aki berusia 8 bulan mengidap Ekzema…Bahasa 

orang tua Ekzema ni adalah kulat pada kulit tidak kira pada wajah atau bahagian badan lain..
Tok Aki kesian tengok cucu Tok Aki..dah la rumah Tok Aki tiada pendingin hawa (Aircond)
Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba..apabila berpeluh mereka akan rasa gatal dan
menggaru..

Bahananya, kulit akan cedera dan Ekzema akan terus melarat di bahagian lain..

Cucu bongsu Tok Aki ni ada Ekzema pada kulit kepala bahagian dekat leher, leher, pelipat tangan
dan bahagian alat sulit..

Kesian Tok Aki perhatikan, bila kepanasan cucu Tok Aki akan menangis, malah budak-budaknya
bukan tahu, kerjanya menggaru.. pantang anak menantu tinggal sekejap, dia akan menggaru
bahagian Ekzema hingga berdarah-darah…

Ada pernah satu masa tu, rumah Tok Aki terputus bekalan elektrik, cucu Tok Aki menangis-nangis
sebab tak tahan gatal, nak beritahu tak tahu bercakap, terpaksalah Tok Aki, anak menantu bergilir
kipas pakai surat khabar..

Itu pun kurang berkesan, nak mandikan selalu, cucu Tok Aki masih kecil, takut nanti penyakit lain
pula yang datang..

Nak tak nak terpaksalah kipas tak henti supaya dia rasa nyaman.. Nasib baik juga Tok Aki punyai
beberapa petua dari orang-orang lama untuk atasi Ekzema..Sekurang-kurangnya kurang sedikit
bebanan anak menantu Tok Aki.

Ramai ibu bapa menghadapi masalah ini pada anak-anak kecil mereka. Justeru, Tok Aki nak
kongsikan beberapa petua yang diharapkan berguna kepada semua..

Petua 1: Kunyit
  • Tok Aki pasti ramai yang mengetahui khasiat kunyit terutama dalam merawat masalah kulit 
  • dan luka.
  • Untuk merawat Ekzema pada bayi atau kanak-kanak. Ambil kunyit hidup kemudian sapukan
  •  pada tempat Ekzema, Isya-Allah ia akan berkesan dalam merawat penyakit itu dan 
  • menyembuhkan luka disebabkan kesan garu.
Petua 2: Minyak Zaitun
  • Minyak Zaitun memiliki pelbagai manfaat, tidak hanya dapat menyedapkan masakan anda. 
  • Khasiat yang terdapat dalam Minyak Zaitun dapat mengurangkan keradangan.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Minyak Zaitun pada bahagian Ekzema. Ia akan 
  • bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal Ekzema.
Petua 3: Lidah Buaya
  • Banyak petua yang pernah Tok Aki kongsikan menggunakan khasiat Lidah Buaya atau Aloe 
  • Vera. Ternyata tumbuhan ini memiliki 1001 khasiat untuk pelbagai penyakit termasuk 
  • Ekzema.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Lidah Buaya pada Ekzema. Amalkan sentiasa 
  • kerana ia ternyata memberi kelegaan dan merawat penyakit ini. Lebih mudah jika tanam 
  • sendiri pokok itu di rumah kerana tumbuhan ini amat mudah ditanam dan dijaga selain 
  • mudah membiak. Ia juga boleh ditanam dalam pasu bunga.
Semoga kita mendapat manfaat ke atas petua yang Tok Aki kongsikan ini.. Anda juga boleh
mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran termasuk Losyen Mustajab Dunia Herbs..

Selamat mencuba…


Sekian..

Sumber LINK


Sumber TKO - 19-2-2016


Ganja bukan alternatif untuk kita!


Posted on Friday, February 19 @ 06:50:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kenyataan Ahli Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail baru-baru ini yang mengesyorkan
pemindaan ganja daripada dadah terlarang benar-benar mengejutkan saya dan memanggil untuk
menjawab dari sudut kesihatan. Seperti yang kita maklum ganja atau dadah dari jenis kannabis ini
merupakan bahan terlarang di Malaysia dan penyalahgunaan ganja adalah salah di sisi
undang-undang.

Seperti ubat-ubatan psikotopik sepertinya (selain morfin, heroin) tidak dinafikan mempunyai
kegunaan teraputik dalam merawat sesetengah penyakit. Walaubagaimanapun, ia masih di dalam
senarai ubat terkawal yang hanya diberikan kepada pesakit dalam kadar tertentu yang dikawal dan
dipantau secara khusus oleh pengamal perubatan.

Penggunaan ganja sebagai ‘penenang’ dalam masalah stres dan tekanan hidup adalah satu
alternatif yang diseru atas alasan yang dangkal, malahan amat merbahaya kepada kesihatan
psikologi dan fizikal masyarakat umum. Negara-negara Barat yang membenarkan penggunaan
ganja berleluasa hari ini juga semakin giat melakukan kajian dan menyiarkan artikel & jurnal hasil
kajian mereka terhadap bahaya ‘marijuana’ yang telah melanda rakyat mereka, dengan tujuan
memberi kesedaran dan mengurangkan masalah yang berakar umbi daripada salah guna ganja.

Salah satunya adalah jurnal terbitan The New England Journal of Medicine 2014, hasil kajian yang
dilakukan oleh beberapa orang doctor ke atas populasi rakyat mereka yang terlibat dalam
penggunaan tegar ganja. Antara kesan buruk yang dibuktikan daripada kajian tersebut:

1. Terbukti menyebabkan masalah ketagihan yang mempengaruhi aspek kesihatan & sosial
penagih

– Hampir separuh daripada pengguna ganja yang menhisap setiap hari akan mendapat ketagihan,
dan 1 daripada 6 remaja yang terlibat dengan ganja akan ketagih.

– Kajian yang dilakukan oleh National Survey on Drug Use & Health di England pada tahun 2012
sahaja telah menunjukkan 2.7 million rakyat yang berumur 12 tahun ke atas mengalami ketagihan
pada ganja.

2. Membantutkan perkembangan otak dan minda

– Mengurangkan dan melemahkan sesetengah sel otak yang mengawal perangai iaitu hippocampus
dan prefrontal cortex; mengakibatkan pengguna ganja mudah mengalami masalah untuk
menimbang tara baik buruk tingkah laku, kurang bersikap positif. Hasil kajian menunjukkan ini
adalah antara penyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan remaja dan
pemuda yang terlibat dengan ganja.


– Mengurangkan perkembangan IQ bagi remaja dan juga bayi yang terdedah kepada ganja ketika
dalam kandungan. Kajian juga mendapati ramai remaja yang terlibat dengan ganja mengalami
kesukaran untuk menghabiskan persekolahan dan seterusnya menyumbang kepada keciciran
daripada pembelajaran.

3. Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

– Ganja memberi kesan kepada sistem koordinasi badan dan menurunkan tahap fokus dan
kesedaran pengguna menyebabkan pengguna sukar untuk mengawal kenderaan ketika memandu
(pengguna ganja menyumbang kepada kemalangan jalan raya 3-7% lebih daripada mereka yang
tidak dibawah pengaruh sebarang dadah/alkohol).

4. Menyumbang kepada ketagihan dadah yang lebih merbahaya

– Kesan daripada ganja yang menurunkan sejenis hormon natural dalam badan iaitu ‘dopamin’.
Pengurangan hormon dopamin menyebabkan pengguna ganja mudah merasa tidak puas dan
mahukan sesuatu yang lebih kuat untuk merangsang bahagian otak yang mengawal ‘satisfaction’
dan ketenangan. Dalam jangka masa panjang ini akan menyebabkan kecenderungan untuk
 mengambil dadah-dadah jenis lain yang lebih kuat seperti morfin, kokaina malah menjurus kepada
ketagihan alkohol.

5. ‘Withdrawal syndrome’; kesan sampingan badan hasil daripada ketagihan

– Apabila pengguna ganja berhenti mengambil ganja, mereka akan mengalami simptom-simptom
khas kesan sampingan daripada kebergantungan tubuh badan mereka kepada ganja seperti resah,
masalah sukar tidur, kurang konsentrasi dan masalah untuk belajar dan fokus, meninggikan
 syahwat, pelupa dan sukar menghafal. Sungguh pun kedengaran seperti tidak serius, namun
sebenarnya para doktor mengakui kaitan kesan ini yang membawa kepada pelbagai masalah sosial
yang memberi kesan kepada pekerja, peningkatan kes jenayah seks dikalangan pengguna ganja,
risiko kemalangan ketika memandu dan sebagainya.

6. Risiko mendapat penyakit mental

– Penyalahgunaan ganja dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko untuk menhidap
penyakit mental seperti kemurungan dan ‘anxiety disorder’

– Meningkatkan risiko menghidap skizofrenia, dan seringkali rawatan serta keseriusan penyakit
mental akibat penyalahgunaan dadah adalah lebih teruk dan sukar untuk dirawat.

Kita hari ini telah didedahkan dengan pelbagai masalah yang kian meruncing, malah dilihatkan
penghalalan ganja dari sudut undang-undang sebenarnya membuka ruang yang lebih besar kepada
masalah kesihatan sosial. Belum selesai masalah peningkatan kes jangkitan kelamin, HIV hasil
daripada peningkatan kes homoseksual, belum lagi bercerita tentang kes gugur dan pembuangan
anak luar nikah.

Pada hemat saya sebagai seorang pegawai perubatan, cukuplah apabila melihat pesakit kami
datang dengan kemalangan yang teruk kerana mabuk, pesakit-pesakit mental yang berjuang untuk
menyeimbangkan diri mereka dalam masyarakat, masalah kanak-kanak dan remaja yang dirujuk
kepada pakar psikologi kanak-kanak kerana masalah sosial, tidak sanggup lagi untuk melihat
pertambahan daripada golongan ini dalam masyarakat kita.

Saya yakin kerajaan berhasrat penuh untuk memastikan yang terbaik buat rakyat dari aspek sosial,
kesihatan mahupun ekonomi. Banyak alternatif lain yang lebih sihat untuk dicadangkan kepada
masyarakat bagi menangani tekanan hidup seperti bersenam, sembahyang, meditasi, pemakanan
yang sihat dan gaya hidup sihat secara keseluruhannya. Pengambilan ubatan luar/ bahan tambahan
seperti dadah dan ganja sebenarnya memberi kesan keseronokan dan ketenangan hanya dalam
jangka masa pendek dan bukanlah cara penyelesaian terbaik. Saya yakin majoriti rakyat Malaysia
adalah masyarakat yang menyokong kepada gaya hidup fizikal & mental yang sihat, dan saya
yakin bahawa dengan jelas sekali bahawa ganja bukanlah alternatif untuk kita!

Dr Nadiah Norudin melalui e-mail

Sumber TKO - 19-2-2016



INILAH Cara Mudah Membuang Tumor Fibroma/KETUAT
Tanpa Berjumpa Doktor


Posted on Monday, February 15 @ 08:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Walaupun ketuat kulit benigna atau fibroma boleh menjadi masalah kosmetik sebenar. Ini 

ketumbuhan kulit biasanya muncul di tempat-tempat di mana kulit lipatan seperti ketiak, leher, 
pangkal paha, di bawah pa *** 4RA, perut, dan kelopak mata. Punca masih belum diketahui, tetapi 
terdapat beberapa faktor risiko termasuk genetik dan ketebalan kulit.
Keadaan ini adalah perkara biasa di kalangan rakyat semua peringkat umur dan kedua-dua jantina,
tetapi lebih lazim dengan usia. ketuat kulit sering mempunyai yang sama atau warna yang lebih
ringan sedikit kulit. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko kesihatan apabila ketuat mula
berkembang atau berdarah.

Selepas ketuat kulit kelihatan pada kulit, ia adalah penting untuk mempunyai diperiksa oleh doktor
kulit, yang akan membuat keputusan mengenai rawatan yang sesuai. Sesetengah rawatan
konvensional seperti electrocoagulation ketuat penyingkiran, radiosurgeri dan laser. Biasanya satu
rawatan adalah mencukupi, kecuali bagi kes-kes apabila fibroma yang lebih besar atau luas.
selepas rawatan biasanya melibatkan rawatan antibiotik selama 5 hari dengan kebersihan yang
betul. Dalam tempoh ini, berhati-hati perlu diambil dalam kes berpeluh, itulah sebabnya masa
terbaik untuk mempunyai kulit ketuat dikeluarkan pada musim sejuk.

Bagaimana untuk menggunakan cuka epal cider untuk mengeluarkan fibroma?

Manfaat kesihatan ACV telah lama dikenali dan digunakan. Malah, ini adalah salah satu ubat
rumah yang paling menguntungkan di dunia yang digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan
termasuk penyingkiran fibroma. ACV kandungan asid yang menjadikan bahan ini sangat berkesan
dalam rawatan masalah kulit.

Jika ketuat kulit di sekitar mata, ACV bukanlah rawatan yang sesuai kerana ia boleh merosakkan
mata.

Jika anda mahu menggunakan rawatan ini untuk mengeluarkan fibroma di tempat-tempat lain
dalam badan, ikuti arahan:

Bersihkan kawasan sekitar fibroma menggunakan air dan sabun yang lembut.

Pertama rendam ketuat dalam air selama 15 minit, perlahan-lahan gosok dengan berus gigi.
pembersihan yang baik.

Kemudian rendam kapas dalam cuka epal cider, tetapi memerah cuka yang berlebihan. Memohon
ini pada ketuat menjaminnya dengan plaster atau pembalut untuk mengelakkan anjakan.

Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan ketuat air.
Memohon rawatan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga ketuat jatuh.
Perkara pertama yang anda akan notis adalah bahawa fibroma menjadi gelap, kering dan akhirnya
jatuh.

Sedar bahawa ketuat boleh meninggalkan parut, terutamanya jika bersaiz lebih besar. Untuk
mengelakkan ini daripada berlaku, memohon beberapa salap marigold atau gel aloe vera selepas
rawatan.

Tidak akan ada mana-mana parut jika fibroma tidak terlalu jauh di dalam kulit. Walau
bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dengan rawatan ini.

Penting:
Jangan biarkan penyebaran cuka pada kulit kerana ia boleh menyebabkan kemerahan.

Dalam kes kuping muncul, berhenti menggunakan ubat. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk
meninggalkan kuping jatuh sendiri. Sumber: mydebat.com

Sumber TKO - 15-2-2016


Sembuhkan ASMA Tak Perlu Pakai INHALER, MINUM
JUS INI JE !!


Posted on Sunday, February 14 @ 09:10:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Asma merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh penebalan pada saluran bronkial, dan
peradangan kritis pada pernafasan. Asma boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas, serta
lemas. Penyebab asma yang biasanya diantisipasi iaitu ketika batuk, serta kekurangan nafas.


Bagaimana proses terjadinya asma? Secara rinkas, ini iaitu gambaran terjadinya proses asma.
Waktu seorang penderita asma, paru-paru nya teriritassi oleh alergi atau perkaral lain yang menjadi
penyebab asma, maka terjadilah penyempitan pada saluran pernafasannya. Lalu, otot- otot di bakal
mengencang, serta berlangsung peningkatan pada produksi kahak dalam leher. Semua tanda-tanda
ini, bakal mengakibatkan penderita sukar bernafas, batuk tanpa henti, serta sesak. Gejala inilah
yang disebut dengan asma.

Para pasien asma, biasanya mengandalkan inhaler ketika sulit bernafas. Inhaler mudah dibawa
kemana saja, serta sangatlah membantu ketika diserang asma secara tiba-tiba. Penggunaannya yang
 praktis, serta sangatlah bermanfaat, membuat penderita asma sangatlah bergantung pada inhaler.
Sesungguhnya, terus-terusan menggunakan inhaler tak baik untuk kesehatan. Serta justru jadi
penyebab untuk penyakit lain yang lebih serius dari pada asma. Mengapa demikian? Kerana,
inhaler mengandung bahan- bahan kimia. Salah satunya iaitu steroid, serta zat kimia seperti steroid
cukup berisiko untuk paru- paru Anda.

Mari, sembuhkan asma Anda dengan kurangi penggunaan inhaler serta memaksimalkan cara yang
lebih semulajadi serta tak mempunyai kesan samping. Selain inhaler, makanan sihat yang Anda
ambil juga memiliki peranan utama dalam penyakit asma. Pengambilan makanan yang sihat, boleh
kurangi tingkat reaksi energi Anda terhadap sesuatu, lalu menghilangkan peradangan yang
berlangsung pada saluran pernafasan, serta mempertipis lendir yang ada pada paru – paru Anda.
Dengan hal tersebut, maka makanan yang sihat dapat memperbesar kemampuan Anda untuk
bernafas dengan lega.

Makanan yang sihat, dapat menjadi alternatif atau cara lain untuk Anda dalam mengobati asma
selain memakai inhaler. Untuk itu, Anda perlu mengetahui makanan mana saja yang diperbolehkan
serta disarankan untuk diambil dan yang mana yang perlu dihindari.

Sesuai pemikiran awal, bahwa Anda seharusnya mampu mengatasi masalah asma atau kesulitan
bernafas, serta memperluas kapasita paru – paru, maka di bawah ini adalah jenis makanan yang
disarankan untuk Anda ambil. Carilah makanan yang tinggi bakal kandungan vitamin C dan beta
karoten. Sebagai saran, Anda boleh membuat juice wortel setiap hari. Juice wortel kaya akan
vitamin C. Makanan sihat yang lain iaitu daun saleri. Tambahkan beberapa batang daun seleri ke
dalam makanan Anda, klorofil yang terkandung di dalam daun hijau seleri, bakal menolong
mendetoksifikasi organ usus dan hati Anda.

Jika Anda sedang menjalankan atau bercadang program diet, jadi pastikan sayur serta buah –
buahan di bawah ini ada dalam menu diet Anda. Diantaranya iakni, labu, halia, buah delima, buah
blueberry, serai, buah strawberi, selada air, tomato, sayur lobak, sayur bayam, dan timun. Buah
serta sayuran tersebut, menolong proses diet Anda, sekaligus mengubati asma.

Bila diatas telah disebutkan beberapa jenis sayur serta buah yang boleh Anda ambil, jadi di bawah
ini adalah beberapa makanan atau lauk pauk yang baiknya diambil oleh pesakit asma, Salah
satunya iaitu, ikan salmon, ikan tuna, makanan yang pedas, serta mengandung bawang putih dan
cabai. Tak sulit mendapat sayur, buah, serta lauk pauk tersebut, cuma perlu konsistensi dalam
mengatur pola makan yang sihat, agar asma dapat diatasi.

Agar lebih mudah dalam mengatur jumlah makanan sihat diatas, di bawah ini iaitu takaran atau
porsi yang disarankan untuk diambil oleh pesakit asma.

– 2 buah apel hijau + 6 batang daun seleri + seikat sayur bayam + seikat daun pasli + ¼ air lemon
– 1 gelas kecil juice rumput gandum + perasan air lemon
– ¼ buah nanas + 1 adas + 8 batang daun kangkung + 3 buah karot + ½ lemon
– ¼ buah nanas + 1 timun + 2 capsicum + ½ ikat selada air + ½ lemon
– 2 cangkir juice strobery + 1 cangkir juice cranberries + 1 buah delima
– 1 timun + 2 umbi 1/2 masak + 3 batang serai + ½ lemon

Ini perkara yang perlu dielakkan.
Serta untuk meminimalisir asma kembali datang, jadi Anda harus menghindari beberapa hal di
bawah ini :
– sumber makanan hewani, seperti telur ayam, susu sapi, serta daging
– buah citrus.
– natrium serta monosodium glutamat, kerana boleh menyebabkan terjadinya penyempitan pada
saluran bronkial serta menyebabkan asma kembali.
– minyak sayur, seperti jagung serta bunga matahari, kerana boleh menyebabkan peradangan pada
saluran pernafasan.
– alkohol serta soft drink
Jagalah pola makan Anda, dengan mengambil makanan sihat serta menghindari makanan yang
boleh menyebabkan timbulnya asma. Janganlah terus bergantung pada inhaler, dalam mengubati
asma. Sumber: info.mydebat.com

Sumber TKO - 14-2-2016



Inilah Cara Membuat Air Lemon Yang Tepat Yang Ramai
TAK TAHU !!


Posted on Saturday, February 13 @ 05:59:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seolah-olah telah menjadi trend buah herba detoks iaitu Lemon dan bahawa setiap orang telah 

melakukan kebiasaan minum segelas air panas dengan lemon, jadi mengapa tidak mencubanya 
sendiri.
Minuman ini akan membersihkan tubuh anda daripada racun yang sedang berkumpul di dalamnya
setiap hari serta meningkatkan fungsi sistem pencernaan anda.

Bahkan, Keri Glassman seorang yang dikenali sebagai penulis pemakanan dan media keperibadian
juga melakukan kebiasaan ini, kerana ketika ia mengatakan kepada ABC News Radio: “satu gelas
air lemon panas sebelum sarapan tidak hanya dapat membantu anda tetap terhidrasi, tetapi juga
dapat meningkatkan pencernaan dan menetapkan nafsu makan yang terlalu aktif.

“Selain itu, pengasas Makanan Pelatih NY, ahli gizi Dana James telah menunjukkan sifat yang
menakjubkan semula jadi pembersihan yang lemon air mempunyai dan kemampuannya untuk
meningkatkan detoksifikasi kerana kepahitan lemon ini,” yang mengaktifkan aliran hempedu, yang
membantu emulsi dan mengeluarkan racun yang larut dalam lemak . “Jadi, ini adalah sebab-sebab
yang cukup untuk memulakan terapi minum air lemon.

Namun, ada satu hal yang perlu diingat ketika mempersiapkan anda segelas air lemon, yang semua
orang biasanya terlewat – menambah beberapa lemon dan parutan kulit lemonj! Ini akan
memberikan anda manfaat kesihatan maksimum kerana “kulit lemon mengandungi limonin
flavonoid, dan di sanalah sifat detox berasal,” jelas James.

Oleh kerana itu, pada saat anda mempersiapkan gelas anda air lemon panas, pastikan anda
menambah sekurang-kurangnya setengah sudu teh kulit parutan lemon dan dengan demikian anda
akan memanfaatkan semua manfaat dari lemon secara maksimum. Sumber: www.syifa.info

Sumber TKO - 13-2-2016


Kegunaan Garam

Posted on Friday, February 12 @ 06:40:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk
menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang
buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan
keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar
 kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat Gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal
berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar,
garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah
melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan
diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang
gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat
di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan
terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani,
bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin.
Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7
 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam
 disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam
dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/
cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua
Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai
perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga
mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam para 10.

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara
mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu
lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Sumber TKO - 12-2-2016

Rahsia Kulit Telur

Posted on Wednesday, February 10 @ 13:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kulit telur atau CANGKANG boleh buat semut, lipas dan tikus mati? Cegah Bunuh, Halau, lupus 

serangga serangga perosak dirumah anda!...

Senang dan mudah. Mujarab! Ramai yang dah cuba! Lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, 

 belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan byk lgi ttg serangga perosak tanaman atau dapur rumah 
anda.

Sunat kita ikhtiar hindar binatang2 kecil ni dr mudarat kan kita dan mendatangkan penyakit. so 

ambil tindakan ye.  


1. Kulit telur Dikeringkan dulu, lepas tu tumbuk halus menjadi serbuk spt tepung, simpan dlm botol
kaca. Tahan lama disimpan, xmudaratkan manusia-tabur di kawasan tanaman anda yg terkena
serangan serangga perosak-bagi tikus, tabur tmpt laluan tikus itu contoh bawah pintu dapur anda.
 jgn miss seinci pun laluannya-lipas pula sama tabur saja serbuk itu di celah celah dapur anda yg
anda pasti laluan lipas. Sblm malam mulakan tabur.. esok siang pegi kemas pasti byk mayat2
serangga terkulai.. hmm-anai anai pula tabur di lubang utama keluar masuk sarang mereka, kalau
dpt jumpa sarang lagi bagus. semua akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur Moga2 ianya
memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber TKO - 10-2-2016


10 virus paling berbahaya

Posted on Wednesday, February 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



VIRUS boleh ditakrifkan sebagai ejen kecil berjangkit yang hanya boleh membiak dalam sel hidup
sebarang organisma. Ia mampu menjangkiti sebarang bentuk hidupan dan terdapat kira-kira 5,000
virus yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Berikut adalah 10 virus paling berbahaya
yang memberi ancaman kepada kesihatan manusia.

1. HIV
Ia meragut kira-kira tiga juta nyawa penduduk seluruh dunia setiap tahun. Sehingga kini, tiada
vaksin untuk merawat virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) itu yang pertama kali
menjangkiti seorang pesakit lelaki di Republik Demokratik Congo pada 1959.
2. H1N1
Virus dikenali sebagai selesema babi ini memberi kesan kepada ramai orang di seluruh dunia pada
2009. Penyakit berkaitan pernafasan ini berjangkit juga boleh membawa maut.
3.Hepatitis C (HCV)
Ia disebarkan melalui hubungan secara terus dengan darah seperti pemindahan darah dan organ serta
berkongsi jarum suntikan. Virus ini boleh merosakkan hati, sekali gus membawa kepada barah hati
atau sirosis.
4. Rotavirus
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus berpunca
dari najis dan objek tercemar ini sekurang-kurangnya sekali pada usia lima tahun. Simptom
jangkitannya termasuk muntah-muntah dan cirit birit.
5.Hepatitis B (HBV)
Virus yang menyebabkan penyakit serius pada hati ini disebarkan apabila pesakit terdedah kepada
darah atau cecair tubuh yang tercemar. Gejala penyakit ini adalah termasuk hilang selera makan,
demam ringan, kulit kekuningan dan air kencing berwarna gelap.
6. Rubela
Virus ini telah meragut kira-kira 200 juta nyawa di seluruh dunia sejak 150 tahun lalu. Ia boleh
membawa kepada komplikasi berbahaya seperti radang paru-paru, otot dinding jantung dan otak.
7. Hantavirus
Virus pembawa maut ini disebarkan kepada manusia melalui air kencing, najis dan air liur tercemar
tikus. Dalam beberapa kes lebih teruk, masalah kardiovaskular serius juga mungkin boleh berlaku
dan mengancam nyawa.
8. Anjing gila
Ia boleh disebarkan melalui gigitan daripada haiwan yang dijangkiti virus ini. Ia boleh mengancam
nyawa kerana memberi kesan sehingga sistem saraf pusat. Menurut WHO, dianggarkan lebih 50,000
maut akibat virus berbahaya ini.
9. Demam kuning
Penyakit berdarah virus akut ini disebarkan melalui gigitan nyamuk betina, aedes aegypti yang
ditemui di Amerika Selatan dan Afrika. Dalam beberapa kes yang lebih teruk, ia boleh
menyebabkan kerosakan pada hati selain menyerang sistem limfa dan organ penting.
10. Demam denggi
Ia disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes betina dan boleh memberi kesan kepada tubuh dalam
tempoh tujuh hari. Gejala penyakit ini adalah seperti demam panas, sakit sendi dan otot serta cirit
birit. Ia boleh mengancam nyawa apabila berlaku pendarahan dalaman dan tekanan darah rendah
melampau.

Sumber TKO - 10-22016

Kelebihan Daging Kambing

Posted on Tuesday, February 09 @ 17:12:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging 

kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang 
mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging 
 kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi
mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai
kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada
kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang
mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya
dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza
menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga
kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi
dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih
rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan
ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk
sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3
tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol
lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan
kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan
pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan
kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan
membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.
Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti
MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh
dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit
darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan
menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan
 mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah
tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak
 mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah
tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk
mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan
menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti
yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut
mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain
itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak
akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak
 teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida
akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah
kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini
akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
 Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada
bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan
kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai
penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga
kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging
kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar
 pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya.
Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta
mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi
masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.

Gaji Kechikk

Sumber TKO - 9-2-2016


5 Cara MUDAH Dan Cepat Membuang RACUN@DETOX
Dalam Badan ANDA !!


Posted on Monday, February 08 @ 15:54:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



 Membuang racun atau detoksifikasi sangatlah penting untuk terus sehat dan cergas. Oleh yang
demikian cara hidup dan makanan yang tidak sehat, tubuh kita juga terdedah oleh banyak racun.

Belum lagi untuk mereka yang perokok serta peminum minuman keras@beralkohol. Racun tersebut
juga dengan cara perlahan-lahan dapat mengakibatkan kerosakan organ serta fungsi tubuh.

Oleh karena itu, sangat penting untuk membuang racun dari dalam tubuh, yang sekaligus dapat
menurunkan berat badan. Dilansir Boldsky, inilah berbagai langkah sederhana serta sehat untuk
membuang racun dari pada badan :

1. Air suam, madu, lemon
Langkah paling umum untuk membuang racun@detok iaitu dengan meminum air suam dengan
kombinasi madu serta air lemon tiap-tiap pagi hari. Ambil satu gelas air suam, tambahkan satu sudu
madu serta sepontong perahan lemon. Ulangilah langkah tersebut setiap hari di saat pagi.

2. Juice lidah buaya
Lidah buaya atau aloe vera mempunyai banyak faedah untuk kesehatan, satu diantaranya yaitu
membuang racun dari dalam tubuh. Lidah buaya mempunyai banyak kandungan anti oksidan yang
membantu mengeluarkan kimia racun dalam tubuh kita. Minumlah satu gelas juice lidah buaya
setiap pagi atau petang hari dengan cara teratur supaya racun dalam tubuh betul-betul terbuang.

3. Juice bawang putih
Memang pelik rasanya melihat bawang putih di buat sebagai juice. Tetapi bawang putih mempunyai
anti oksidan serta anti mikorba untuk bersihkan racun dari dalam tubuh. Bawang putih yang dijus
atau dimakna mentah sangat baik untuk membersihkan jalur pencernaan serta membuang racun.

4. Makanan berserat
Untuk membuang racun dari dalam tubuh dengan cara semulajadi, anda mesti mengambil makanan
memiliki kandungan serat. Serat dapat membersihkan system pencernaan serta membuang zat kimia
yang tidak diperlukan tubuh. Makanan memiliki serat terdiri dari sayuran mentah, buah-buahan, serta
biji-bijian.


5. Teh herba
Teh hijau, teh hitam, teh kayu manis, serta semua jenis teh herbal yang lain juga baik untuk
membersihkan tubuh dari racun. Minumlah segelas teh herbal setiap hari dan anda dapat merasakan
perbezaannya. Sumber: www.syifa.info

Sumber TKO - 8-2-2016


TAK PERLU Jumpa Doktor Ggig, Begini Cara Efektif Dan
Murah Hilangkan Karang Gigi


Posted on Monday, February 08 @ 09:10:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Rawatan ke doktor gigi memerlukan kos yang tidak sedikit. Nasib baik, ada cara buatan sendiri yang
begitu berkesan untuk bersihkan gigi anda. Berita baiknya iaitu, cara ini benar-benar semulajadi.

Karang gigi adalah masalah yang paling umum yang dihadapi kebanyakan orang bila bercakap
mengenai kesihatan mulut. Sudah pasti, karang gigi tak terlihat indah serta tak disukai keberadaannya.
Jika anda tak berusaha membersihkannya, hal semacam ini boleh menyebabkan jangkitan yang
disebut juga dengan periodontitis. Namun tenang saja, dengan cara-cara di bawah ini, anda boleh
merontokkan karang gigi dengan mudah serta cepat. Cara ini tidak akan menyebabkan kesan
sampingan serta boleh digunakan oleh semua orang.

Salah dalam memberus gigi serta flossing tak teratur juga boleh menyebabkan plak serta
pembentukan karang gigi. Ini bakal bikin nafas anda jadi tidak enak serta bikin gigi anda kuning atau
coklat. Namun dengan trick di bawah ini, anda tidak perlu takut lagi.
Cara 1:
Kunyah beberapa biji bijan, namun janganlah ditelan. Lalu, berus gigi anda sehingga bersih dengan
berus kering. Biji bijan bakal gosok gigi anda serta menghilangkan karang dari gigi anda.
Cara 2:
Cara yang satu ini sangat simpel. Pakai garam sebagai pengganti ubat gigi. Lalu, kumur dengan air
sejuk. Lakukan ini 2-3 kali seminggu untuk hasil yang
maksimum. Sumber: news.mydebat.com

Sumber TKO - 8-2-2016

Fakta Bahaya Tentang Sosej

Posted on Sunday, February 07 @ 10:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan 

kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!
5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives


2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas 
sangat berkait rapat dengan Kanser!
3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk 
mendapat Leukaemia.
4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko
bayi untuk mendapat Barah otak!
5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :
Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%

Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna 
di manipulasi oleh Food Industries!

 Jauhkan aka 'Haram' kan ia dari anak-anak kita!
Sumber TKO - 7-2-2016


Turunkan Demam Anak Hanya 5 Minit Dengan Kentang

Posted on Sunday, February 07 @ 07:05:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Musim dan cuaca yang tak menentu macam hari ini buat kita nak kena pantau anak-anak lebih ketat
daripada biasa. Banyak virus dan bakteria yang selalu menyerang anak-anak secara tiba-tiba yang
kadang kesannya sangat bahaya.

Antara penyakit yang selalu singgah ialah demam, selesema, dan batuk teruk. Bila diserang dengan
demam biasa, tak pelik jika virus itu merebak makin teruk. Mana tak risau ibu ayah, tambah pula jika
masing-masing sibuk bekerja.

Usia anak-anak adalah usia yang mudah terdedah dengan pelbagai penyakit, salah satunya adalah
demam. Haaa... ibu  pasti akan bimbang sampai tak boleh tidur bila tahu anak demam. Walau kadang
hanya demam biasa, tapi susah hati itu boleh buat ibu ayah sanggup tak tidur malam.

Biasanya apa yang ibu ayah buat kalau anak mula demam? Terus bagi ubat? Atau anda masih
menggunakan petua tradisional dengan mandikan lemon dan tuam kepala dengan air?

Ok, kali ini anda boleh cuba cara alami yang cukup mudah dan membantu turunkan suhu badan anak
yang panas lebih cepat daripada biasa. 

Inilah caranya...
1. Sediakan kentang dan sarung kaki.

2. Haluskan kentang sampai menjadi pasta dan masukkan ke dalam sarung kaki yang bersih.

3. Kemudian bungkus kedua-dua tumit si kecil dengan sarung kaki itu.

Percaya dan yakinlah kaedah ini salah satu alternatif untuk menurunkan demam. Paling penting, cara
ini boleh menurunkan suhu tubuh si kecil agar mereka merasa lebih sihat dan tidak panas badan lagi.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk kaum ibu yang risau dengan kesihatan si kecil!

Sumber TKO - 7-2-2016


Petua Elak Tidor Berdengkur
Posted on Sunday, February 07 @ 06:56:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tidakkah anda benci apabila anda mempunyai pasangan yang berdengkur semasa tidur? Atau, anda 

orang yang berdengkur dan pasangan anda tidak boleh tahan?

Berdengkur

Cuba tips-tips yang menakjubkan ini, anda pasti berhenti berdengkur dan semua orang boleh tidur 

dengan aman sepanjang malam.

Guna Beberapa Bantal

Lebih banyak udara yang melalui di kerongkong semakin kurang seseorang itu akan berdengkur. 

Cuba letakkan beberapa bantal di bawah kepala anda sambil berbaring disisi kerana ini bukan sahaja 
akan membuat tidur anda lebih selesa malahan ianya juga dapat membantu anda bebas dari 
dengkuran.

Terdapat juga bantal khas yang anda boleh beli dimana ianya dicipta dengan mempunyai kontur 

di bawah leher untuk orang yang berdengkur. Fungsi Kontur ini adalah untuk membuka kerongkong 
anda semasa tidur.

Secara umum ianya direka khas untuk membantu masalah berdengkur tidak kira di mana kedudukan 

pendengkur itu tidur.

Namun bantal ini agak mahal dan adalah lebih baik akan melakukan penyelidikan sepenuhnya 

sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Dapatkan Jalur Hidung (Nose Strips)

Bukan sahaja jalur ini berkesan untuk ramai orang malahan ianya juga murah. Tidak perlu 

menggunakan jalur tersebut di siang hari anda hanya perlu memakainya sewaktu hendak tidur. 
Apabila digunakan, jalur membantu lubang hidung terbuka luas dan mampu bernafas tanpa halangan 
secara langsung menghentikan dengkuran.

Menyanyi Atau Membaca Quran Dengan Berlagu

Ya, menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu boleh membantu anda berhenti berdengkur. 

Apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu secara langsung anda sedang 
melakukan senaman otot kerongkong anda.

Anda menggunakan otot tersebut setiap hari samasa bercakap tetapi otot tersebut akan berkerja lebih 

kuat lagi apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu.

Ini adalah otot sama yang digunakan apabila seseorang itu berdengkur. Jika otot tersebut lemah anda 

mungkin lebih cenderung untuk berdengkur.

Akutekanan (Akupunktur Semula Jadi)

Akutekanan dikenali sebagai cara alternatif untuk penyembuhan bagi orang-orang yang mempunyai 

masalah berdengkur.

Kuncinya adalah tekanan pada jari anda. Dengan mengenakan tekanan kepada jari anda mekanisme 

yang menyebabkan pendengkuran akan dihalang. Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar seni 
akutekanan untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Satu lagi pilihan ialah dengan memakai alat yang menghasilkan tekanan pada jari kecil anda 

sepanjang malam.

Sumber TKO - 7- 2-2016












































Tanda-Tanda Sakit Di Badan Yang WAJIB Semua TAHU !!

Posted on Sunday, February 07 @ 06:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿
- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.
4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.
9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿


1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.
3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.
7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.
8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.
10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.
16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.


Sumber: www.syifa.info



Sumber TKO -6-2-2016

Denggi: Seorang lagi pelajar meninggal di 

Terengganu

BERNAMA | .


KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat denggi
semalam, menjadikannya mangsa ketujuh yang maut akibat penyakit bawaan nyamuk Aedes itu di
negeri ini setakat ini.
  
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar berkata kanak-kanak berusia
lapan tahun itu meninggal dunia pada 3.30 petang selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
  
"Mangsa adalah murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 di sini, iaitu sekolah dan
kampung sama dengan mangsa keenam sebelum ini.
  
“Sehubungan itu, saya sangat berharap ibu bapa supaya lebih berwaspada dengan kesihatan anak
mereka terutamanya yang tinggal di kawasan lokaliti denggi...mereka perlu terus membawa anak
ke hospital jika demam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Ini adalah kematian keempat yang membabitkan murid sekolah di Terengganu selain seorang warga
emas berusia 65 tahun, seorang wanita 47 tahun dan seorang kanak-kanak tadika berusia lima tahun.
      
Dr Mohamad berkata sehingga semalam, terdapat 37 lokaliti aktif denggi direkodkan di seluruh
Terengganu, dan daripada jumlah itu, sebanyak 26 lokaliti itu terletak di Kuala Terengganu, enam
di Kuala Nerus, dua di Besut dan masing-masing satu di Dungun, Setiu dan Marang.
  
Tiga lokaliti lagi adalah kawasan ‘hotspot’ yang mencatat kes denggi tertinggi iaitu di Jalan Panji
Alam, Chendering Pantai dan Losong Haji Mat Shafie.
  
Sehingga semalam, Terengganu mencatat peningkatan 266 kes demam denggi iaitu 776 kes berbanding 212 kes dalam tempoh sama tahun lepas. - Bernama

Sumber HD -5-2-2016


Tips-tips Cara Mudah Untuk Pastikan Barangan Dapur
Sentiasa Segar dan Tahan Lama


Posted on Wednesday, February 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Satu masalah yang sering dialami oleh ibu ibu yang selalu berada di dapur ialah, barangan dapur 

seperti bawang, cendawan, lobak dan sebagainya akan cepat berubah tahap kesegarannya. Maka, 
di sini disertakan 10 cara untuk memastikan barangan dapur ini sentiasa segar.

1. Letakkan telur dibahagian tengah fridge . Ini kerana suhu di sana lebih konsisten berbanding pada 

tempat lain. Ini akan memastikan telur dalam keadaan sentiasa segar.

2. Ini merupakan cara yang selalu digunakan petani. Untuk memastikan lobak sentiasa segar, letakkan di dalam bekas yang berisi pasir yang lembab. Dan letakkan di dalam tempat yang gelap. Ianya juga boleh dipakai untuk 

makanan lain.

3. Campurkan air dengan sedikit cuka untuk memastikan strawberry sentiasa segar.

4. Simpan biskut anda sekali dengan sekeping roti. Ianya akan mengelakkan biskut anda lemau. Dan 

akan menjadikannya sedap.

5. Letakkan cendawan di dalam beg kertas. Meletakkan di dalam beg plastik akan menyebabkan 

plastik memerangkap lembapan, dan cendawan akan hilang kesegarannya.

6. Letakkan kismis di dalam bekas jar.

7. Letakkan daun-daun sayur di dalam plastik. Untuk ianya lebih tahan.

8. Sama seperti telur tadi, letakkan susu di bahagian tengah fridge.

9. Jangan pegang cheese ketika memotongnya. Ianya akan menyebabkan bakteria pada tangan 

berpindah kepada cheese. Dan cheese anda tidak akan dapat tahan lama.

10.Gunakan pembungkus plastik untuk membungkus pisang . Ini akan menjadikan pisang tahan 

lama.

Sumber TKO - 3-2-2016




Inilah 4 Cara Mudah Merawat Bisul Yang Ramai Tak TAHU !!

Posted on Wednesday, February 03 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Siapa yang tidak tahu ulser, jadi sudah tentu ramai yang tahu walaupun tidak pernah mengalami
tetapi tidak pernah dilihat.


Ulser adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus, bakteria biasanya hadir 
pada kulit dan hidung selain bakteria ini masuk ke dalam liang-liang untuk tumbuh rambut di sekitar 
dan menyerang akar rambut untuk membentuk ketulan.

Ketulan tirus berbentuk yang tumbuh ulser pada kulit dan sakit di bahagian bonjol, kesakitan akan 
timbul jika dibenarkan untuk berdiri dan disentuh oleh apa-apa kecuali dengan tangan sendiri, 
blotches merah lebam radang dan bernanah.

Yang paling ketara penyakit menyebabkan ulser adalah disebabkan oleh kecederaan atau kecederaan 
sebagaimana yang disebabkan oleh gigitan serangga, jangkitan kulit, kulit yang rosak dan sebagainya, ulser biasanya muncul diarea punggung adalah yang paling biasa dan juga tangan dan kaki, berikut adalah langkah-langkah 
untuk menghilangkan daripada dan menyembuhkan ulser secara semulajadi dan pantas.

1. Bawang putih
Bawang putih adalah sangat berkesan dalam menyembuhkan penyakit ulser melalui mukus dab 
bawang putih yang telah pecah awal mendidih, rebus harus ingat muda baru bisul tumbuh begitu 
cepat hilang apabila yang lebih besar tidak boleh lagi.

2. Tuam Air Panas
Memampatkan air suam boleh berguna untuk menghilangkan rasa sakit yang disebabkan oleh 
penyakit ulser dan juga dengan memampatkan air suam juga boleh masak sendiri dan rebus dengan 
cepat untuk penyembuhan.

3. Daun Cili, Sirih atau Bayam
Ini daun boleh merawat atau menghapuskan ulser dengan cara ditumbuk lumat salah satu daripada 
tiga daun daun cili, daun sirih dan daun bayam, daun halus dan campurkan sebelum perlanggaran 
dengan minyak kelapa dan sapu dan juga boleh menjadi diperbankan.

4. Squeeze Pus
Cara yang terakhir yang dapat dibuktikan berkesan dalam mengubati atau menghilangkan ulser 
adalah untuk menolak keluar sepenuhnya nanah, apabila nanah dalam bisul keluar sepenuhnya 
supaya ulser sembuh, langkah memerah yang ulser pasti telah dimasak sedia ada mata dan kemudian 
tolak yang sedikit sehinggan nanah secara beransur-ansur sehingga habis.
Sumber: www.syifa.info 

Sumber TKO - 3-2-2016


Jika Kaki Anda Secara Tiba-tiba Kram, INI ANDA PERLU
BUAT !!


Posted on Wednesday, February 03 @ 00:45:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Anda mungkin mengalami kejang di kaki .. kesakitan adalah luar biasa. Pada waktu itu, kita akan
mengetahui tentang punca-punca kejang, rawatan dan kaedah pencegahan.

Secara umumnya kekejangan sering berlaku di kaki, kerana kaki adalah yang 

bertanggungjawab bagi menyokong badan pada waktu siang dan juga berdiri selamat atau 

berjalan kaki



kram kaki



– Aktiviti yang berlebihan kepada keletihan otot dan boleh bekerja lebih lama lagi

– Kekurangan kalsium dan magnesium

– Dehidrasi

– Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan dan sebagainya.



Bagaimana untuk melakukan sambil berjalan kaki atau betis kejang

– Mencari tempat untuk duduk / bersandar

– Keluarkan kasut / Kasut

– Angkat kaki anda di atas riba sakit

– Jangan bengkok, kerana kedudukan lenturan boleh menekan kawasan perut

– Nota tekanan apabila serangan berlaku kekejangan otot: apabila kekejangan menyebabkan keadaan 

menguncup jari kaki, menggunakan tangan anda untuk perlahan-lahan menolak jari kaki menaik 

untuk membuka semula



– Apabila kekejangan telah reda, mengurut tapak kaki sehingga mengalir darah yang semula dengan 

lancar



Bagaimana untuk mengelakkan kekejangan

– Melindungi keseimbangan cecair badan dengan meminum banyak lagi. ; Minum 

sekurang-kurangnya 6-8 gelas setiap hari, termasuk 1 gelas sebelum tidur juga menghasilkan semula 

minuman sebelum, semasa dan selepas senaman

– Pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium. eg: 1-2 pisang sehari 

boleh mengadakan peruntukan bagi kalium kami



– Apabila anak lembu semula jadi sering kejang semasa tidur, jadi perlu lakukan bersantai anak 

lembu otot sebelum tidur, elakkan tidur di otot betis anda tertekan, cuba untuk menjaga jari anda dan; 

kaki aku pulang sebelum tidur



– Elakkan menggunakan dengan kasut tumit tinggi, apabila terpaksa memakai kasut tumit tinggi 

untuk jangka masa yang panjang, kadang-kadang melepaskan kepada jari kaki mempunyai peluang 

untuk berehat



– Pilih kasut yang tidak terlalu ketat pada akhirnya, supaya kaki tidak terlalu tertekan langkah masa 

dan; menyebabkan kurang peredaran darah yang lancar



– Adakah senaman jari kaki dengan menggerakkan jari kakinya sambil berdiri dan duduk



– Ditanya rendam kaki / jari kaki dalam air suam dan urut aliran darah begitu lancar.



– Tidak ada salahnya regangan selepas aktiviti berterusan di bahagian lama. Sebagai contoh, selepas 

duduk terus di hadapan komputer selama 2 jam, berada di dalam pesawat udara atau kenderaan 

mengambil masa yang lama atau dalam jarak beberapa langkah



Mudah-mudahan tips di atas tips boleh membantu untuk kamu dan orang – orang di 

sekeliling anda, terima kasih. Sumber: new.mydebat.com
Sumber TKO - 3-2-2016

INILAH 10 Tanda-Tanda ANDA Mengalami Kurang DARAH
Dan Cara Mengatasinya


Posted on Monday, February 01 @ 19:14:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Badan terasa lemah dan letih uncharacteristically tidak dianggap remeh, kerana anda mungkin 

mengalami gejala kurang kerap dalam darah atau anemia. Kurang darah bukan jumlah darah dalam 
badan yang dimaksudkan untuk mengecut kerana pendarahan tetapi kerana hemoglobin dalam 
berukurang darah merah.
10 Tanda-tanda Anda Darah Kurang Dan tetap:

Ini boleh disebabkan oleh kekurangan makanan dalam penggunaan kurang berkhasiat, tubuh yang kekurangan zat besi dan vitamin B 12 menjadi faktor sering diserang oleh kekurangan darah. Jika
anda rasa gejala-gejala ini boleh yakin anda akan paling mungkin mengalaminya.

1. Selalunya uzur

Badan sering mengalami kesakitan kerana badan adalah perunun imun. Kerana tenaga dalam badan dikurangkan menyebabkan anda terdedah kepada penyakit.

2. Kehilangan rambut

Mengalami keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh anemia, kekurangan pemakanan tubh yang
akan menjadikan kesihatan kulit, rambut dan mengecut, cepat kering dan jatuh. Jadi tergesa-gesa
makan mengkonsumsi berkhasiat.

3. Wajah

Kurang darah akan menyebabkan wajah untuk menjadi badan pucat dan kekuningan. Oleh kerana pengambilan nutrien dalam darah berkurangan, warna darah merah hanya biasa.

4. Heartbeats tidak normal

Mengalami kadar jantung yang tidak normal, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Ia tidak menunjukkan cukup membawa oksigen darah ke jantung kerana kekurangan darah nutrien.

5. Sesak Nafas Sering

Kekurangan oksigen menyebabkan darah tidak boleh dibawa secara maksimum oleh darah
menyebabkan pernafasan bermasalah. Ini menjadikan pesakit anemia sering mengalami sesak nafas.

6. Ujian hujung jari

Darah dan nutrien Normal untuk menggunakan oksigen yang mencukupi tenggelam dalam
organ-organ manusia termasuk jari. Salah satu cara untuk melihat jika anda adalah darah anemia atau
rendah yang ditolak ke tepi untuk merasa sedikit sakit dan lihat jika belakang berwarna merah atau
tidak, jika tidak, peluang untuk anemia.

7. Sakit kepala yang kerap

Otak memerlukan oksigen untuk bekerja, manakala mengecutkan bekalan oksigen melalui darah
secara semula jadi akan mengetuai sakit kepala. Pesakit sering mengadu kekurangan sakit kepala
ummnya darah.

8. Loya Pagi

Anemia juga menyebabkan masa loya yang kerap anda keluar dari katil pada waktu pagi. Ia adalah
perkara biasa untuk pesakit dengan anemia.

9. Kelopak Mata

Mengenali tanda-tanda anemia dengan melihat matanya. Apabila anda menghulurkan kelopak mata
dan di bawah perhatian mata. Anda akan mendapati bahawa bahagian dalam kelopak mata pucat.

10. Mudah Apabila Bosan

Badan rasa lemah dan sering letih walaupun aktiviti yang tidak terlalu berat. Ini terjadi kerana badan kekurangan tenaga dan bekalan oksigen yang berfungsi untuk mensintesis sedia ada toget enzim
makanan dalam badan. Kekurangan sel darah merah badan membuat kandungan oksigen berkurangan
dan tidak memenuhi keperluan badan.

Bagaimana Mengatasi Darah Rendah

Cara terbaik untuk mengubati anemia dengan memakan makanan yang tinggi zat besi seperti daging
dan kacang. Banyak mengandungi Vitamin C dan B12 boleh yanf pertemuan dengan buah-buahan
seperti pisang. Pokoknya adalah untuk mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran dan rehat yang cukup.


Begitu juga, 10 Gejala Anda mengalami kurang darah dan bagaimana untuk mengatasinya. Boleh
memberi manfaat kepada pembaca anda, jika anda suka artikel ini, sila berkongsi dengan rakan-rakan
anda. Terima kasih dan salam tersenyum. Sumber: www.syifa.info

Sumber TKO - 1-2-2016


15 kes denggi dalam 62 hari

Posted on Sunday, January 31 @ 16:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



IPOH - Laporan berhubung 15 kes demam denggi di sekitar kawasan Taman Tasek Mewah Bercham,
dalam tempoh 62 hari sebelum ini nyata sesuatu yang membimbangkan.

Ahli Majlis Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), Lai Kong Phooi berkata, laporan berkenaan jelas
menggambarkan tahap kebersihan di sekitar kawasan berkenaan berada pada tahap yang tidak begitu
baik.

Justeru katanya, penduduk di kawasan berkenaan digesa untuk sentiasa peka dengan tahap kebersihan
di sekitar.

"Program gotong royong ini adalah untuk kali ketiga di kawasan taman ini sejak tiga minggu lalu
kerana ada lapoiran mengenai 15 kes demam denggi di kawasan ini.

"Apa pun, kita harap gotong royong ini akan membantu terutamanya untuk didik masyarakat supaya
sentiasa jaga kebersihan," katanya lagi.

Kong Pooi berkata demikian sempena program Gotong Royong Memerangi Demam Denggi (Zon
Bercham 2016), di Taman Mewah, pagi tadi.

Difahamkan lebih 100 penduduk Taman Mewah termasuk kakitangan Majlis Bandar Raya Ipoh
(MBI), Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Bercham dan penduduk
sekitar terlibat dalam program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi JPP Zoin 5 Low Guo Nan.

Dalam pada itu Kong Phooi menyifatkan penggunaan 'punjut' yang mengandungi bahan kimia hasil
campuran bahan-bahan tertentu dilihat berkesan dalam usaha membunuh jentik-jentik.

Katanya, keberkesanan campuran sedikit diesel, serbuk kayu dan juga penggunaan racun jenis abate
e-500 itu mula dikesan di Manjung, baru-baru ini.

"Kita letak punjut yang ada bahan kimia ini di tangki-tangki antiseptik di kawasan-kawasan
perumahan seperti di rumah-rumah pangsa. Tujuannya untuk bunuh jentik-jentik.

"Bahan ini boleh tahan selama tiga bulan. Selepas tiga bulan kenalah tukar dan kita harap
penggunaannya akan diperluaskan lagi hingga ke seluruh negara kelak.

"Kita harap gotong royong ini akan bantu terutamanya untuk didik masyarakat untuk sentiasa jaga
kebersihan," katanya lagi.


Sumber TKO - 31-1-2016


Jus daun betik penawar demam denggi masih dikaji - KP
Kesihatan

Posted on Sunday, January 31 @ 16:57:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun 

betik sebagai penawar demam denggi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik 

bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan 
pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, 
selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.

Katanya, peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit 

yang menghidap demam denggi.

"Kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak 

kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan, 
di sini.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok 

betik mengandungi bahan kimia yang berbahaya iaitu 'cyanogenic glycoside' yang boleh 
menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan 
kematian.


Hidrogen sianida

Menurutnya, pokok betik tergolong dalam kumpulan 'cyanogenesis' lemah iaitu yang menghasilkan 

hidrogen sianida dalam kuantiti sedikit (terdapat 0.02 miligram (mg) sianida dalam empat helai 
pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang).

Dr Noor Hisham berkata, dos sianida paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak 

satu mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan.

Oleh itu, katanya, seseorang yang mempunyai berat badan 60 kg memerlukan 12,000 helai daun 

betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan.

"IMR sudah menjalankan kajian keselamatan dengan mengenakan dos tertinggi 2,000 mg bagi 

setiap kg berat badan diuji dalam haiwan makmal.

"Dalam kajian ini, tiga jenis cara pengambilan digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari 

selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari, hasilnya didapati tiada kesan sampingan 
ke atas buah pinggang, hati dan jantung.

"Keputusan ujian darah pula adalah normal sementara kajian khusus ke atas hati (kajian 

hepatotoksiti) juga adalah normal," kata Dr Noor Hisham.

  Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian juga 

telah mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) di bawah 
kategori produk tradisional.

Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen 

kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi. 

Sumber TKO - 31-1-2016                                                


Awas Virus Baharu 'Zika'!

Posted on Saturday, January 30 @ 20:18:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Digambarkan sebagai satu 'jenama baharu' virus, penyelidik sedang berusaha
untuk memahami asas-asasnya, termasuk bagaimana untuk mencegah, merawat dan mendiagnosis
ancaman virus Zika, virus bawaan nyamuk yang baharu muncul.

Wanita hamil disaran berfikir dua kali sebelum berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan
Caribbean yang menunjukkan peningkatan dalam kejadian 'microcephaly' - kelahiran bayi dengan
kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'.

Virus ini telah merebak dengan pantas pada tahun-tahun kebelakangan ini dan telah dikaitkan
dengan kerosakan otak pada bayi.

AFP melaporkan Ketua Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID) Anthony Fauci, sebagai
berkata bahawa 'ini adalah virus baharu, sehingga kini, tidak ada apa-apa dapat dilakukan terhadap
Zika'.

Seperti mana masih tidak ada vaksin di pasaran terhadap virus denggi, ia juga berasal dari keluarga
'flaviviruses' yang sama.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia terdedah kepada
penyakit ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, virus itu boleh menjangkiti sehingga empat juta
orang di Amerika.

Justeru kementerian menasihatkan semua pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta
rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik
dikehendaki melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan apabila tiba
di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman
berkata langkah itu adalah bagi mengekang kemasukan virus Zika memandangkan ujian saringan
kesihatan umum di pintu masuk negara adalah tidak praktikal.

"Gejalanya adalah ringan dan sukar dikesan selain ketiadaan ujian cepat yang boleh digunakan,"
katanya baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador,
French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama,
Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S.Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Walaupun virus itu hanya menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta
tidak menyebabkan kematian, namun ia dikaitkan dengan kejadian "microcephaly" iaitu kelahiran
bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre", katanya.

"Microcephaly" merupakan kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi kualiti
hidup bayi sehingga dewasa.

Dr Lokman Hakim berkata wanita mengandung juga dinasihatkan tidak melakukan lawatan ke
negara-negara terlibat.

"Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara tersebut hendaklah mengambil
langkah pencegahan seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan nyamuk Aedes
di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian menutupi anggota badan dan menggunakan ubat
pencegahan gigitan (repelen) secara tetap," katanya.

Kementerian juga akan mengeluarkan amaran kesihatan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan
dan swasta, katanya.

Dr Lokman Hakim berkata pemantauan di klinik dan hospital juga akan ditingkatkan jika terdapat
kes yang mempunyai tanda-tanda virus Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara
terlibat selain pemantauan bagi kes "microcephaly".

"Daripada pemantauan berterusan oleh kementerian, sebanyak 288 sampel dari Makmal Kesihatan
Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan telah diuji dan keputusannya semua adalah
negatif untuk virus Zika," katanya.

Menurutnya, kementerian mengambil berat penularan virus Zika di benua tersebut memandangkan
risiko jangkitan itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana mempunyai nyamuk pembawa
jangkitan iaitu nyamuk Aedes.

Katanya densiti nyamuk Aedes di Malaysia adalah sangat tinggi selain hakikat negara ini juga
dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.

Rakyat Malaysia secara amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit itu memandangkan ia
belum terdapat di negara ini, katanya.

"Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke
Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas," jelasnya.

Katanya, seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang
dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.

Sumber TKO -30-1-2016

Kalau Anak Diserang Chickenpox, Ini Yang Patut Anda
Lakukan!


Posted on Friday, January 29 @ 07:59:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Alamak apa bintik-bintik merah kat badan Aina ni? Macam chickenpox je. Ahh sudah.."

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara 

tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang 'salam'. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah 

di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang 

demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin 'meriah' di seluruh badan anak. Kemudian 

bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis 

untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia 

berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum 

ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut 
ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri

Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna 

anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti 
ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah 
pengasuh.

4. Bergilir jaga anak

Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak 

kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir 
mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari 
rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan 

anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit 
chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi 
mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap 

paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 
darjah selsius. BACA: TIP ELAK ANAK SAKIT

7.Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang 

di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan 
yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak 

minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu

Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang 

menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan 
susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih 
menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar

Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan 

marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena 
chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. 
Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut

Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga 

bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut

Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu 

anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan 
cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga 
dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.

13. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. 

Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon 
kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah 

Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa 
hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.
Sumber TKO - 29-1-2016


Orang Darah O Wajib Baca !! Inilah Titik TERLEMAH
Orang Darah O !! ((SEBARKAN))


Posted on Wednesday, January 27 @ 09:27:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Ini-Titik-Terlemah-Orang-Bergolongan-Darah-O

Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh
mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan
darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.

Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka
mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu
terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu.
Waktu lakukan wawancara kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab,
komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari
pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa
tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.

Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah
pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih
terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid
serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan
berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang
buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka
rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan
kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asam lambung di banding golongan darah yang lain,
mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser. Orang-orang dengan
kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka
kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan
darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal,
sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Sumber: info.mydebat.com

Sumber TKO - 26-1-2016



Tak Perlu Beli Ubatan Yang MAHAL Untuk Atasi Rambut
Gugur


Posted on Monday, January 25 @ 19:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Banyak orang alami masalah rambut gugur. Kalau kehilangan 50 – 100 helai rambut / hari masih 

tetap dianggap normal, keguguran rambut seringkali bikin orang gelisah serta tertekan mental 
(stress).
Keguguran rambut yang teruk boleh menjejaskan penampilan, serta tentu saja akan menurunkan
tingkat kepercayaan diri seseorang.

Ada banyak penyelesaian rawatan alami untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cara yang
lebih baik, tetapi yang telah terbukti serta paling berkesan iaitu juice bawang.

Juice bawang ini sememangnya selamat untuk dipakai, tak menyebabkan kesan sampingan ataupun
alahan – alahan tertentu pada kulit. Sehingga dengan cara alamiah ini, anda tidak perlu lagi
menggunakan bahan – bahan kimia yang biasanya mempunyai banyak kesan sampingan serta
berbahaya untuk tubuh.

Sebahagian besar orang tak mengerti betapa efektifnya bawang merah dalam menggalakkan
pertumbuhan rambut dengan cara semula jadi, kerana bawang sendiri mempunyai banyak kandungan
sulfur yang berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran rangkaian kolagen serta melancarkan
peredaran darah ke kulit kepala.

Kandungan sulfur dalam juice bawang juga mempunyai sifat anti bakteria, bermanfaat untuk
mencegah tumbuhnya cendawan serta bakteria pada kulit kepala yang boleh menyebabkan
keguguran rambut akibat jangkitan.

Untuk membuat ramuan ini, yang perlu anda siapkan adalah beberapa ulas bawang merah yang telah
diblender lembut. Lalu kemudian, bawang yang telah jadi lembut tadi dioleskan pada kulit kepala
secara menyeluruh serta diamkan minimum 30 minit.

Selepas itu basuh rambut serta kulit kepala dengan air bersih, boleh juga memakai syampu. Lakukan
penyembuhan ini secara teratur sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu minggu selama dua bln.
untuk melihatnya hasilnya. Anda mesti berhati – hati dalam mengerjakannya, kerana reaksi yang
diakibatkan bawang mungkin saja boleh memedihkan mata anda.

Merebus Bawang dengan Air

Ini adalah cara lain bila anda tak tahan dengan iritasi mata yang ditimbulkan semasa melakukan
sistem di atas. Tambahkan 4 -5 ulas bawang dalam satu liter air, kemudian didihkan sekitar 10 minit.
Biarlah sampai menjadi sejuk serta saring airnya.


Pakai air rebusan bawang tadi untuk membilas rambut sesudah keramas. Bila anda tak terganggu,
anda boleh biarkan terlebih dahulu dalam satu hari serta membersihkannya kembali dengan syampu
pada hari berikutnya.  Sumber: news.mydebat.com

Sumber TKO - 25-1-2016


5 Makanan Ringan Berkhasiat Ringkas Untuk Waktu Rehat 
Anak Anda
Posted on Monday, January 25 @ 09:09:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak
anda. Tetapi, waktu ini merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan yang
berkhasiat bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.

Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang
lembab dan tidak bertenaga.
Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama seperti merancang makan
ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat anak anda.

Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi, apatah lagi mahu
menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada
anak dan tidak berkompromi dengan makanan yang diambil oleh anak mereka.


Bagi meringankan beban untuk menyediakan makanan ringan dengan pantas kepada anak anda, kami
menyediakan senarai makanan ringkas dan tidak perlu dimasak untuk diberikan kepada anak anda
bagi dibawa ke sekolah.


Sandwic tuna dan keju 

Apa yang anda perlukan untuk menyediakan makanan ini adalah setin tuna, mayonis, kepingan keju
dan sayuran seperti tomato, salad dan timun selain roti sebuku roti. Anda mempunyai banyak pilihan
makanan bertin di pasar raya pada hari ini.

Anda boleh menggunakan tuna atau makanan bertin lain yang sudah digaul dengan mayonis serta
potongan sayur sebagai cara mudah pada setiap pagi untuk menyediakan bekalan sandwic kepada
anak anda.


Pisang dan MILO



Ini ditambah dengan fakta bahawa pisang merupakan sumber terbaik bagi menjana tenaga anak
anda. Memakan pisang semasa waktu rehat boleh mengawal kandungan gula dalam darah,
membantu penghadaman dan menghalang anak anda daripada lapar sehingga makan rehat
seterusnya.

Kandungan kalium yang kaya di dalam pisang, boleh membantu menyalurkan bekalan oksigen
ke bahagian otak, sekali gus meningkatkan tahap kecerdasan anak anda. Malah makanan ini lebih
mudah disediakan untuk anak-anak kerana anda hanya perlu memasukkan pisang ke dalam beg
sekolah mereka. Hanya dengan membungkus sebiji pisang, bergantung kepada saiz sama ada
pisang berangan atau dua biji pisang emas, maka makanan ringan untuk anak anda telah disiapkan.

Jangan lupa untuk meletakkan sekotak MILO UHT bagi melengkapkan jumlah pemakanan
berkhasiat yang diambil oleh anak anda pada waktu rehat.


Snek bar


Terdapat banyak pilihan snek sarapan yang dijual di pasaran pada hari ini. Pilih sahaja snek yang 
digemari oleh anak anda dan pastikan pilihan itu merupakan snek rendah gula serta penuhi stok di 
dapur anda. Sediakan makanan ini kepada anak anda pada waktu pagi kerana cara ini sangat mudah 
dan mungki memberikan masa beberapa minit kepada anda untuk menyambung tidur.
Selain itu, anda boleh mencampurkan beberapa perisa dan membungkuskan semula dalam 
bungkusan kecil sebagai bekalan makanan untuk anak anda serta selitkan sekali sekolah susu atau
MILO UHT. Anak anda boleh terus memakan campuran itu atau tuangkan MILO UHT ke dalam 
bekas makanan dan nikamatinya seperti bijirin sarapan.
Buah dan kismis


Bagi menyediakan makanan ini, anda perlu mengetahui buah kegemaran anak anda, sebungkus 
atau sekotak kismis dan satu sudu the kayu manis. Potong buah dan campurkannya dengan 
sebungkus kismis di dalam bekas makanan. Kemudian, taburkan sedikit serbuk the kayu manis bagi 
membangkitkan aroma makanan tersebut.
Biskut kacang mentega


Kacang mentega memilik kandungan protein yang tinggi dan merupakan sumber yang bagus bagi 
menjana tenaga anak anda pada waktu rehat. Cara penyediaannya amat mudah iaitu berikan anak 
anda biskut kacang mentega yang berkhasiat yang tidak bergula atau kurang bergula. Sapukan 
kacang mentega itu pada biskut kosong dan apitkannya dengan sekeping lagi biskut sehingga ia 
kelihatan seperti sandwic.
Sarapan mudah dan berkhasiat ini juga membolehkan anak anda berkongsi dengan rakan mereka, 
tetapi pastikan anda menyediakan bekalan yang mencukupi.
Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak mereka bertenaga boleh membantu kanak-kanak kekal 
fokus dan cerdas sepanjang hari. Makanan ringn ini hanya mengambil masa maksimum selama lima 
minit untuk disiapkan, sekali gus meringankan beban anda di waktu pagi yang sarat dengan perkara 
lain yang perlu diuruskan.
Jika semua idea ini tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan minuman berkhasiat 
dan bertenaga seperti MILO UHT di dalam beg sekolah anak anda untuk memastikan mereka 
mendapat jumlah tenaga yang 
mencukupi sepanjang hari.
Sumber TKO - 25-1-2016

Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis
Posted on Saturday, January 23 @ 23:30:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dagu yang runcing menambah saham wanita, membuatkan penampilan wajah tampak sempurna. Ya, 

agak ramai wanita yang berlumba-lumba mahu memiliki bentuk dagu yang menawan.

Ada yang sanggup melakukan suntikan dan pembedahan plastik semata-mata mahu memastikan dagu 

tidak berlapis. Sebenarnya tak perlu melakukan prosedur kosmetik, cukup sekadar amalkan tip ini...


1. Jangan Tidur Siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini 

membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.


2. Urutan
Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. 

Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher 
menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, 
sekali gus mengatasi dagu berlapis.


3. Jaga Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda 

naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata 
wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.


4. Masker Putih Telur
Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali 

kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. 
Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.


5. Senaman Wajah
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda 

juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu 
memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


6. Ketawa/ Berbicara
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah 

tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan 
berbicara jika mahu dagu anda runcing. 

Sumber TKO - 23-1-2016


4 Bahan Ini MAMPU Melegakan Sakit Gigi Sampai Ke Akar-
Akarnya !!

Posted on Sunday, January 24 @ 09:32:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"
 Berjumpa doktor gigi bukanlah pengalaman yang paling menyeronokkan. Sebahagian besar orang,
lelaki dan wanita tanpa memandang usia mereka lebih atau kurang takut ketika mereka harus
berjumpa doktor gigi.


Itu tidak benar-benar peduli sama ada kita bercakap tentang pemeriksaan gigi atau campur tangan
nyata, tidak ada yang senang untuk melawat doktor gigi mereka kerana dalam banyak kes kunjungan
ini adalah menyakitkan.

Kesihatan gigi dan gusi kita sangat penting, tapi ini adalah tempat yang kita tidak boleh memeriksa
secara menyeluruh pada kita sendiri kerana cukup sukar untuk melihat apa yang berlaku di belakang
mulut. Yang boleh kita lakukan adalah pembersihan secara teratur pada gusi dan gigi.

Setiap kali kita mula merasa jenis kesakitan pada gigi atau pengalaman pendarahan, badan kita
memberitahu bahawa ada sesuatu yang salah, tapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang salah.
Faktanya adalah bahawa keamatan sakit gigi berbeza. Kadang-kadang rasa sakit ini merupakan
kesakitan ringan dan kadang-kadang kita dapat mengalami rasa sakit yang menyiksa seluruh rahang.

Ada banyak sebab mengapa sakit gigi berlaku dan beberapa daripada mereka termasuk jangkitan,
keradangan, pembentukan rongga, retak dan gigi yang rosak, masalah dengan akar gigi, rosak
mengisi, rahang gangguan sendi dan beberapa alasan lain.

Setiap kali kawasan tengah atau pulpa gigi adalah bengkak atau jengkel kita merasa sakit gigi. Pulpa
gigi mengandungi banyak hujung saraf sensitif dan ini adalah mengapa kita merasa sakit yang tajam
tersebut. Dalam kes anda mengalami sakit gigi dan anda ingin menyingkirkan rasa sakit ini segera,
anda pasti harus cuba beberapa dari banyak rumah penyelesaian untuk sakit gigi, untuk menenangkan
 rasa sakit.

Kami akan kini hadir beberapa berkesan penyelesaian benar-benar semula jadi yang boleh membantu
anda menenangkan rasa sakit, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

1. Garam dan lada
Jika anda mencampur lada dan garam bersama-sama, anda boleh mengharapkan untuk mendapatkan
kombinasi yang kuat yang memberikan hasil yang cepat dalam kes sakit gigi. Alasannya mudah –
bahan baik memberikan kuat anti-radang, anti-bakteria dan kesan analgesik. Dalam rangka untuk
menghilangkan rasa sakit, ikuti petunjuk ini:

* Ambil jumlah yang sama daripada lada dan garam dan campuran mereka dengan baik
* Membuat pes tebal dengan menambah sedikit air (beberapa titis)
* Masukkan pes pada gigi yang bermasalah
* Tunggu beberapa minit
* Melakukan prosedur ini sekali sehari selama beberapa hari berturut-turut.
2. Bawang putih
Sayuran ini digunakan sebagai ubat semulajadi dalam situasi yang berbeza. Bawang putih sangat
bermanfaat bagi orang yang mengalami jenis sakit gigi. Sayuran ini dikemas dengan antibiotik dan
mempunyai beberapa hartanah bermanfaat penyembuhan lain yang akan membantu setiap orang
meringankan rasa sakit. Berikut preskripsi untuk ubat rumah berasaskan bawang putih untuk sakit
gigi:

* Ambil satu ulas bawang putih, menghancurkannya dan menggunakan beberapa garam hitam atau
meja untuk membuat campuran. Alih-alih ulas bawang putih Anda juga boleh menggunakan serbuk
bawang putih.

* Masukkan campuran ini pada gigi yang bermasalah untuk mengurangkan rasa sakit
* Selain itu, anda hanya boleh mengunyah satu atau dua ulas bawang putih dan rasa sakit harus
pergi
* Melakukan prosedur ini selama 3-4 hari.

3. Cengkeh
Tunas bunga ini memberikan kesan antioksida yang kuat antibakteria, anti-keradangan, anestesi dan.
Semua kesan ini dapat membantu anda menghilangkan jangkitan dan kemudahan jenis sakit
termasuk sakit gigi.

* Kisar dua ulas
* Mengambil beberapa minyak minyak zaitun atau sayur dan mencampurkannya dengan ulas
* Masukkan campuran ini pada gigi yang menyakitkan
* Anda juga boleh mengambil beberapa minyak cengkeh dan oleskan bola kapas di dalamnya.
Menggosok bola kapas langsung pada gigi yang terkena.
* Di samping itu, orang juga boleh membuat campuran setengah gelas air putih dan 3-4 titik minyak
cengkih dalam rangka menciptakan ubat kumur semulajadi.

4. Bawang
Sayuran ini mempunyai kesan antimikrob dan antiseptik yang kuat dan mereka mampu meringankan
rasa sakit langsung. Bawang juga baik untuk penghapusan kuman yang menyebabkan jangkitan.
Dalam kes anda mengalami sakit gigi, ikuti tips berikut ini:

* Ambil satu bawang mentah dan mengunyahnya selama beberapa minit. Anda perlu mendapatkan
bantuan kesakitan segera.

* Dalam kes anda tidak boleh mengunyah sayuran ini, memotong bawang menjadi

potongan-potongan dan meletakkan beberapa keping pada daerah yang terkena.

Jangan ragu untuk mencuba semua rawatan rumah ini untuk sakit gigi, tetapi jika keadaan anda tidak
bertambah baik, anda harus mengunjungi pejabat doktor gigi. Sumber: info.mydebat.com


Sumber TKO - 24-1-2026



Inilah 4 KELEBIHAN Buah Belimbing Buluh Yang Ramai
Tak TAHU !!

Posted on Thursday, January 21 @ 06:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur 

boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk
menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga
yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking.

Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu.
Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus.
Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.


4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk
meredakannya. Sumber: news.mydebat.com

Sumber TKO - q21-1-2016












































3 Hari Berat Badan Anda Boleh Turun 5kg Kalau Anda
Meminum Minuman AJAIB Ini..


Posted on Wednesday, January 20 @ 08:18:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



 Biasanya, pasli cuma digunakan sebagai bumbu masakan. Namun janganlah salah, nyatanya pasli
mempunyai banyak manfaat kesihatan, di antaranya memperlancar sistem pencernaan serta menolong
tubuh untuk mengeluarkan kelebihan racun. Pasli juga dapat menghilangkan kembung.


Kami mengesyorkan untuk bikin minuman dengan bahan asas pasli, yang bakal memberi manfaat
untuk tingkatkan metabolisma, mengeluarkan racun serta tingkatkan system kekebalan tubuh anda.

Tidak cuma ini, minuman ini juga dapat menolong anda turunkan berat badan serta bersihkan tubuh
dari racun. Pasli juga kaya akan vitamin C serta K, dan mempunyai jumlah yang tinggi kalsium, besi
serta kalium.

Untuk menolong anda menurunkan berat badan sehingga 5 kg cuma dalam masa 3 hari saja, berikut
resipi minuman berasaskan pasli yang boleh anda buat dengan gampang dirumah.


Bahan:
5 sudu makan pasli dicincang
1 liter air

Cara membuatnya:

* Masukan pasli kedalam 1 liter air mendidih. Diamkan selama 30 minit lalu saring. Kerana pasli
mempunyai rasa yang pahit, anda boleh memberikan beberapa titisan air lemon, oren atau limau
gedang.

* Teh pasli dapat melemaskan otot-otot yang kaku serta melancarkan pencernaan. Banyak wanita
yang menyampaikan bahawa pasli sungguh ajaib, kerana boleh menolong mereka menurunkan berat
badan.

* Pengambilan teh pasli sangatlah bermanfaat serta disyorkan, tapi terus dalam jumlah yang wajar.
Mengambil berlebihan tak dianjurkaan untuk siapa juga. Jangan minum lebih daripada satu liter teh
ini dalam sehari.


 Sumber: news.mydebat.com 



Sumber TKO - 20-1-2016

Denggi: Kerajaan & rakyat perlu proaktif, 

bekerjasama

HARAKAHDAILY | .


BILANGAN kes baru Denggi bertambah tahun demi tahun daripada 15.2 per 100,000 pada 1973
kepada 361.0 per 100,000 populasi pada 2014. 56% daripada jumlah ini adalah kes yang dilaporkan
di kawasan Lembah Klang.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 Disember
2015, bilangan ini terus menunjukkan peningkatan pada 2015 dengan jumlah 115,882 kes berbanding
100,661 kes pada 2014. Jumlah kematian Denggi juga meningkat sebanyak 64.2% daripada 190
kematian pada 2014 kepada 312 kematian pada 2015.

DPPM melahirkan rasa bimbang terhadap kes Denggi dan kematian akibat Denggi yang terus
meningkat serta implikasinya yang  besar terhadap masyarakat dan negara.

Walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan-badan
bukan kerajaan yang lain, namun kes Denggi ini terus meningkat minggu demi minggu.

Selain usaha-usaha yang telah dijalankan, DPPM juga ingin mencadangkan dan mendesak kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia agar memberi lebih perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

i. Memberikan lebih tumpuan pada kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti di tapak pembinaan,
kilang, tanah kosong, kawasan rekreasi dan sekolah, selain kawasan-kawasan bandar yang sering
berlaku wabak. Tindakan dan penguatkusaan undang-undang khususnya lokasi-lokasi ‘panas’ ini
wajar dikenakan tindakan andai tidak mematuhi peraturan yang digariskan.

ii. Kekurangan pasukan dan petugas pengawalan menyebabkan langkah pengawalan pembiakan
nyamuk Aedes tidak dapat dibuat dalam masa 5 hari daripada hari bermulanya kes Denggi seperti
yang digariskan dalam Pelan Strategik Denggi Kebangsaan.

Menurut laporan, hanya 40% daripada kes-kes Denggi pasukan bertindak dihantar mengikut piawaian
masa yang ditetapkan. Meskipun bajet 2016 tidak menampakkan peluang untuk penambahan sumber
manusia di sektor kerajaan, namun langkah pengalihan tenaga boleh dan amat perlu dilakukan.

iii. Membuat integrasi kepelbagaian cara dalam langkah pengawalan adalah suatu kajian yang
berterusan untuk mencari kaedah yang paling berkesan. Sehingga kini, pelbagai kaedah telah ditemui
termasuk kaedah berasaskan racun, biologikal, genetik, mekanikal dan alam sekitar. Kaedah-kaedah
ini mempunyai peratusan keberkesanan yang berbeza serta memerlukan kepakaran dan peruntukan
yang berbeza. Namun keberkesanan yang maksimum hanya boleh dicapai dengan menggabungkan
beberapa cara yang berbeza dalam satu-satu masa mengikut kesesuaian tempat sasaran. Kaedah
serampang dua mata ini adalah kaedah pengawalan yang jauh lebih efektif.

Mengikut kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP) berkaitan tabiat rawatan awal oleh
masyarakat yang banyak dijalankan di seluruh Malaysia, rakyat Malaysia mempunyai tahap
pengetahuan yang sangat tinggi dalam aspek ini, namun menunjukkan amalan yang sangat
mendukacitakan. Justeru, DPPM juga ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memainkan
peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar terutamanya di kawasan perumahan sendiri.
Kebersihan persekitaran adalah kaedah yang sangat penting dalam mengawal wabak Denggi.

DPPM memuji seluruh badan kerajaan dan bukan kerajaan yang telah memainkan peranan yang
sangat banyak dalam usaha merawat dan mencegah Denggi ini. DPPM berharap tindakan agresif
yang berterusan dapat dilaksanakan oleh semua pihak bagi menangani wabak ini.

DR. MOHD IBRAHIM
Pengarah, Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar DPPMHARAKAHDAILY 15/1/2016

Sumber HD - 15-1-2016



Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok? Ini Kesan Pada
Kesihatan


Posted on Friday, December 18 @ 07:50:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa lilin boleh menjejaskan kesihatan kerana 

mengandungi bahan kimia berbahaya.
Malah, ianya dikatakan boleh memberi kesan yang lebih buruk daripada rokok.
Menurut laporan boldsky.com, lilin mengandungi sekurang-kurangnya 20 jenis racun seperti
trikloroetana, aseton, xylene, fenol, kresol dan klorobenzena yang boleh mengakibatkan barah,
pelbagai alahan kepada paru-paru serta kerosakan organ tubuh termasuk otak.

Kandungan parafin dalam lilin juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan semput.
Selain itu, asap lilin boleh menyebabkan gangguan paru-paru, tumor ginjal dan sakit kepala
kepada segelintir individu.

Paling menggerunkan, risiko paling buruk boleh berlaku berpunca daripada lilin adalah penyakit
barah.

Bagi yang menggunakan lilin dengan bau-bauan tiruan, ianya boleh menimbulkan reaksi alahan
seperti kegatalan di saluran pernafasan.

Langkah yang boleh mengurangkan risiko bahaya tersebut adalah memastikan terdapat aliran
udara di ruangan yang diletakkan lilin.

Pengguna juga perlu peka jika lilin mengeluarkan bauan seperti minyak diesel kerana dikhuatiri
ianya mengandungi bahan kimia berbahaya benzena dan toluena. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 18-12-2015



Doktor Pakar perlu latihan khusus dalam bidang
Professionalisma.

Posted on Tuesday,
December 15 @ 07:56:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Saudara Pengarang,

Sebagai seorang pakar dalam bidang pembedahan, saya ingin memberikan teguran kepada 

penulisan Dr. Mahyudin Mohamed, Pakar Ortopedik HOSHAH , Temerloh pada December 

14, 2015.

1. Pertama sekali saya ingin mengingatkan Dr. Mahyuddin bahawa beliau telah menyalahi etika 

dalam menjaga kerahsiaan pesakit  (Patient’s confidentiality) dengan memaparkan “print 

screen” yang besertakan nama dan status pesakit itu sendiri. Saya berharap Dr. Mahyuddin 

dapat mengambil perhatian yang serius dalam perkara ini kerana ini memberi kesan yang 

negatif terhadap taraf professionalisma beliau.

2. Sebagai seorang yang professional dalam bidang penjagaan pesakit, seorang doktor perlu 

bersabar dalam melayani karenah pesakit. Seorang doktor perlu faham bahawa masyarakat 

yang kita hadapi adalah dari pelbagai lapisan. Justeru itu, taraf pendidikan serta mentaliti 

mereka adalah juga dari pelbagai golongan. Ada golongan yang baik latar belakangnya, ada 

juga latar belakang yang kurang baik.

3. Perlu diingatkan bahawa adalah tidak professional bagi seorang doktor memarahi dan 

menyindir pesakit. Pesakit perlukan pemahaman dan dorongan. Namun begitu, pesakit 

mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri dan hak untuk meluahkan aduan (They 

have the right to make decisions and the right to complain). Hak ini tidak boleh dirampas oleh 

seorang doktor. Khidmat doktor adalah sebagai pemberi nasihat dan penerangan tentang 

sakit 

yang dihadapi.

4. Adapun media sosial telah digunakan oleh pesakit untuk melepaskan geram, ini tidak 

bermakna bahawa doktor perlu berasa defensif atau “ offended”. Seorang yang bertaraf 

pakar perlu meletakkan keperluan pesakit itu sebagai suatu keutamaan. Ingatlah, bahawa 

adalah kewajipan seorang doktor untuk memberikan yang terbaik (Best Practice) kepada 

pesakit berlandaskan prinsip Amalan Perubatan berdasarkan Bukti (Evidence Based Medicine).



5. Seorang yang bertaraf pakar juga sudah tentunya terlatih dalam bidang “Pengurusan Krisis 

Sumber dan Faktor Kemanusiaan” (Crisis Resource Management and Human Factor), yang 

mana doktor dilatih untuk menangani situasi-situasi yang boleh mencabar kredibiliti seorang 

doktor. Dalam hal seperti ini, memang sudah jelas bahawa pesakit mempunyai hak untuk 

menyuarakan kerunsingannya terhadap kakinya itu. Ini adalah satu kerungsingan yang valid 

dan relevan terhadap diri pesakit itu.

6. Ingatlah bahawa kaki itu adalah kaki pesakit, bukan kaki doktor. Oleh itu , pesakit 

mempunyai hak yang penuh dan sempurna untuk menyatakan kerungsingannya. Tindakan 

pesakit meluahkan kerisauannya dalam media sosial bukanlah satu kesalahan.  Sebaliknya , 

adalah menjadi tanggungjawab doktor yang merawat pesakit itu untuk memberi penjelasan 

tentang keadaan pesakit.

7.  Ada kemungkinan yang pesakit itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.  Ini 

tidak kita nafikan. Dalam keadaan seperti ini , adalah wajar untuk doktor  meminta seorang lagi 

doktor pakar melihat keadaan pesakit itu sebagai “Pendapat kedua” (second opinion). 

Memang selalunya, pendapat kedua ini akan dapat menenangkan hati pesakit.

8. Jikalau “pendapat kedua” masih belum memuaskan hati pesakit, maka seorang doktor 

pakar perlu membawa isu ini kepada pihak pengurusan hospital. Lazimnya pihak pengurusan 

hospital mempunyai “Complaints Committee” yang boleh membuat tinjauan dan analisis 

pesakit.  Persoalan seperti keadaan mental pesakit, adakah pesakit dalam keadaan tertekan 

umpamanya, atau mungkin pesakit mempunyai  isu kesihatan yang lain atau isu domestik yang 

boleh mempengaruhi perangainya dalam membuat suatu keputusan yang tidak rasional. 

Mungkin juga pesakit mempunyai isu dengan layanan staf perubatan atau staf domestik di 

hospital tersebut dan melepaskan geram terhadap doktor sebaliknya. Perkara ini memerlukan 

penelitian.

9. Masalah kekurangan doktor tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi tidak professional.  

Sebaliknya, doktor pakar di hospital perlu menarik perhatian daripada kementerian dan 

kerajaan Malaysia tentang bagaimana  kekurangan doktor telah mempengaruhi mutu servis 

kesihatan di Malaysia. Ini adalah isu yang patut ahli-ahli politik ketengahkan , dan saya sebagai 

ahli PAS menyarankan untuk PAS supaya mengambil suatu tindakan yang konkrit untuk 

membantu doktor-doktor di Malaysia menjalankan tugas dengan baik dan senang mendapat 

peluang latihan pasca ijazah yang berterusan, samada di dalam atau luar negara. Ini supaya 

doktor di Malaysia terus berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, lantas mengurangkan 

penghijrahan doktor ke sektor swasta. InsyaAllah, perkara ini akan saya ketengahkan lagi di lain 

hari.

10. Di sini saya ingin memperingatkan para doktor yang seangkatan dengan saya bahawa 

profession ini adalah profession yang mencabar dan keadaan seringkali menguji kesabaran diri. 

Ini adalah lumrah kerjaya doktor. Itu sebablah doktor perlu menerima latihan dalam bidang 

“Pengurusan Krisis dan Faktor Kemanusiaan” (Crisis Resource Management and Human Factor).

 Latihan ini adalah suatu latihan mandatori jikalau mahu mendapat kepakaran yang setaraf 

dengan Negara maju.
 
Sekian, Wassalamualaikum.
 
Mr. Kama Mustaffa Muhammad.

LRCPI&SI, MB, BCh, BAO (NUI), MSc, MRCS

Pembedahan Am dan Vaskular,

University College Hospital Galway.



Sumber TKO - 15-12-2015



Pengendali makanan guna kertas bercetak bungkus
makanan bakal dikenakan tindakan undang-undang


Posted on Sunday, December 06 @ 20:13:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KANGAR, Ahad – Kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana 

pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan berkuat 
kuasa 1 Jan 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Jafperi Othman berkata berdasarkan kajian toksikologi,
kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya  yang menjadi punca kanser.

“Karsinogenik pada bahagian dakwat boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain
meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan kertas pembungkus makanan percuma sempena
kempen Larangan Menggunakan Kertas Bercetak Sebagai Pembungkus Makanan kepada
kira-kira 100 peniaga di Tapak Pasar Pagi Behor Lateh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.

Jafperi berkata mana-mana pengendali makanan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan
undang-undang di bawah Peraturan 36 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).

“Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung
penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda maksimum
RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Jafperi berkata kempen itu bermula 19 Jun lepas bertujuan mendidik dan
memberi kesedaran kepada pengusaha makanan serta orang ramai berkenaan bahaya penggunaan
kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

“Antara lokasi yang dilawati setakat ini adalah di pasar malam Kuala Sanglang, Kaki Bukit,
Abi, Arau, Kangar, pasar pagi Arau, Simpang Empat dan hari ini di Behor Lateh,” katanya.


Jafperi berkata kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan
berterusan bagi menyedarkan pengedali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak
sebagai pembungkus makanan.- Bernama

Sumber TKO - 6-12-2015


Rekod Baharu, Doktor Keluarkan 11,950 Batu Karang
Dari Pesakit


Posted on Sunday, November 29 @ 14:12:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kolkata – Seorang doktor terkejut apabila mengeluarkan 11,950 batu karang daripada seorang
wanita yang dipercayai mencipta rekod dunia baru.

Minati Mondal, 51, mengalami sakit perut dan refluks asid selama dua bulan.

Dua minggu lalu, dia dimasukkan ke Hospital Debdoot Sevayan di Kolkata dan hasil
pemeriksaan serta ultrabunyi menunjukkan dia menghidap batu karang yang teruk di dalam
hempedunya.

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka jumlahnya begitu banyak.

Pakar pembedahan gastro usus Dr Makhan Lala Saha berkata, dia memang mengagak jumlah
batu karang yang banyak, tetapi terkejut besar selepas kiraannya menjangkaui 5,000.

Dia membuang hampir 12,000 batu dalam pembedahan selama sejam.

“Saya begitu terkejut kerana jumlah batu karang terlalu banyak. Saya tidak pernah 
menyangka hempedu mampu mengandungi jumlah batu sebanyak ini.

“Pembantu saya mengambil masa empat jam untuk mengira jumlah batu yang semuanya 
berukuran antara 2 hingga lima milimeter. Kami mengambil masa 50 minit untuk 
membuang semuanya,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menulis kepada Royal College of Pathologists di London untuk
menyimpan spesimen batu berkenaan di muziumnya.

Ia juga dianggap jumlah batu karang paling banyak dikeluarkan di dunia. – Agensi/myMetro 
Online

Sumber TKO - 29-11-2015


Awas jangkitan elak bengkak susu

Posted on Tuesday, November 24 @ 16:31:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bengkak susu atau mastitis antara komplikasi yang tidak diingini berlaku kepada ibu yang 

menyusukan bayi. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang proses menyusukan bayi. 
Secara umumnya 10 peratus ibu yang menyusu badan mengalami komplikasi ini.

Kebanyakannya bermula beberapa minggu selepas bersalin terutamanya bulan pertama dan kedua 

ataupun selepas bayi mula tumbuh gigi.

Ia disebabkan gangguan pengaliran susu daripada sel buah dada ke puting susu menyebabkan
berlaku radang seterusnya membengkak.

Selain itu ia boleh disebabkah jangkitan kuman berpunca daripada luka atau rekahan kulit pada
payudara ibu yang menyusu.

Dalam kebanyakan punca radang, kesilapan berlaku pada teknik penyusuan menyebabkan aliran
susu untuk keluar terganggu.

Kedudukan mulut bayi dan juga puting susu payudara yang salah juga menyebabkan sakit ketika
menyusu bayi seterusnya merencatkan rembesan hormon penghasilan susu selain mengganggu
pergerakan susu untuk keluar.

Kurangnya kekerapan bayi menyusu juga menyebabkan susu terkumpul dalam payudara
menyebabkan radang ini berlaku. Selain itu, penggunaan baju dalam yang ketat dan tidak sesuai
mengganggu pergerakan susu dan ada kalanya menyebabkan luka atau rekahan pada payudara.

Rekahan atau luka payudara akibat kecederaan, penggunaan baju dalam yang tidak sesuai atau
luka akibat digigit oleh bayi yang menyusu boleh menyebabkan jangkitan kulit dan kawasan
berhampiran memasuki tisu payudara seterusnya menyebabkan jangkitan berlaku.

Gangguan pergerakan susu dan juga jangkitan ini menyebabkan berlakunya bengkak susu badan
atau mastitis. Pada mulanya, pesakit akan mengalami sakit pada bahagian tertentu di payudara.

Ia disertai dengan demam juga sengal badan. Selepas itu warna kemerahan mula kelihatan pada
bahagian tertentu serta aliran susu semakin berkurangan. Bayi yang menyusu kerap tidak puas
disebabkan oleh jumlah susu yang berkurangan.

Tiada ujian khas untuk mengesahkan radang atau bengkak susu badan ini. Simptom dan
pemeriksaan klinikal sudah mencukupi. Akan tetapi, ujian darah boleh dijalankan untuk
menentukan rawatan sama ada pesakit memerlukan pe­ngambilan antibiotik atau tidak.

Ini kerana tidak semua radang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ujian ultrasound payudara dapat
membantu sama ada pembentukan nanah sudah berlaku ataupun tidak akibat komplikasi radang
itu.

Bagi peringkat awal radang, pesakit digalakkan terus menyusu pada payudara. Ini bertujuan
mengelakkan susu tidak berkumpul menjadi lebih banyak dan menyebabkan aliran susu
terganggu.

Tuam dengan kain atau botol suam pada bahagian yang sakit supaya laluan saluran yang semakin
tersumbat dapat terbuka semula seterusnya memudahkan aliran susu. Lakukan terutamanya
sebelum menyusukan bayi.

Jika teramat sakit, pesakit boleh menggunakan objek sejuk untuk diletakkan pada kawasan
berkenaan. Ini dapat meredakan kesakitan. Pengambilan ubat penahan sakit adalah terhad untuk
ibu yang menyusukan bayi.

Jika terdapat rekahan pada payudara atau luka terutamanya pada puting, hendaklah segera
berjumpa doktor untuk diberikan krim pencegah kuman. Ini mengelakkan kuman dari pada
memasuki lapisan kulit yang menyebabkan jangkitan.

Untuk mengelakkan radang ini berlaku, ibu yang menyusu hendaklah mempelajari teknik
penyusuan badan yang betul terutamanya bagi mereka yang kali pertama mempunyai cahaya
mata. Gunakan pam susu jika di pejabat atau ketika bayi tidak menyusu terutamanya bagi
mereka yang mempunyai bayi bermasalah yang tidak dapat menyusu badan.

Ini dapat mengelakkan susu daripada berkumpul dan menyebabkan saluran tersumbat.
Komplikasi tidak diingini yang boleh berlaku ialah pembentukan nanah. Ini terutamanya bagi
mastitis yang disebabkan rekahan atau kulit payudara terluka.

Sakit menjadi semakin teruk, payudara membengkak dan pesakit mula mengalami demam panas.
Rawatan pemberian suntikan antibiotik perlu dimulakan segera. Adakalanya pembedahan perlu
dilakukan untuk mengeluarkan nanah itu.

Sumber TKO - 24-11-2015




Dakwaan Telur Palsu Jadi Viral

Posted on Sunday, November 15 @ 20:51:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA: Selepas menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat negara ini pada September
tahun lalu, sekali lagi klip video berkaitan telur palsu tersebar di media sosial.

Rakaman pada 28 Oktober di mana seorang lelaki meneliti sandwic yang dibeli anaknya di
sebuah sekolah di Kuala Lumpur disiarkan menerusi Facebook dan YouTube awal bulan ini.

Tekstur pada bahagian kuning telur itu umpama plastik, manakala telur separuh masak pula
seperti getah dan elastik.

Klip video itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mencucuk telur itu yang kelihatan dapat
melantun umpama bola pada meja.


Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Mohd Roslan Mahyudin berkata, dakwaan itu akan disiasat walaupun maklumat menerusi laman
media sosial itu tidak lengkap.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat perlu tampil dan maklumkan kepada kami dimana membeli
telur itu. Lebih baik lagi jika dapat berikan bukti. Kami mempunyai pejabat di seluruh negara,"
katanya.

Contoh berkenaan katanya, akan dihantar untuk dianalisa makmal Kementerian Kesihatan dan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menerusi video tahun lalu, seorang wanita yang merebus telur yang dibeli dari pasaraya di
Lembah Klang mendapati tekstur kuning telur umpama getah. - Mstar

Sumber TKO - 15-11-2015

Mata Jadi Merah Selepas Berenang Dalam Kolam Bukan
Sebab Klorin Tetapi Air Kencing


Posted on Thursday, November 12 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tahukah anda, kenapa apabila kita mandi di dalam kolam renang ataupun kawasan air mandi 

berkolam mata kita akan merah?

Punca simtom berkenaan adalah kerana kolam mandi berkenaan terutama kolam mandi awam 

yang anda berenang atau selam telah dicemari dengan air kencing yang terlalu banyak.

Perkara ini didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang merupakan 

sebuah institut kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, menurut mereka kebanyakkan orang
orang percaya mata merah dan pedih berkenaan adalah hanya kerana klorin yang dimasukkan ke
dalam kolam, tetapi mereka silap kerana berdasarkan kajian ia adalah kerana campuran klorin,
air kencing, peluh, kotoran dan juga najis.

Jika kolam berkenaan dicemari kotoran-kotoran ini, ia akan menyebabkan mata anda merah 

seperti tidak cukup tidur seminggu.

Untuk mengenal pasti kolam berkenaan adakah dicemari kotoran ini, bau airnya kuat di mana 

sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap ia bau klorin.

"Bau klorin di dalam kolam renang anda mandi sebenarnya bukan bau klorin." 

"Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah bahan kimia yang terbentuk apabila klorin 

bercampur dengan najis, kencing, peluh dan kotoran dari badan-badan perenang," kata 
Chris Wiant, pengerusi 

Kualiti Air Amerika Syarikat dan Majlis Kesihatan.

Jika kolam berkenaan dicemari ia bukan sahaja membuatkan mata anda merah, ianya amat 

berbahaya kepada pesakit asma dan selain menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, kolam-kolam terbuka berkenaan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai di mana 

kebanyakan perenang ini akan membuang air kecil di dalam kolam itu semasa berenang.

Menurut pakar-pakar U.S. Healthy Swimming Program, campuran-campuran air kencing dan bahan kotor lain boleh menyebabkan terhasilnya gas beracun yang boleh menjejaskan sistem saraf, jantung dan paru-paru.

Berdasarkan kejadian yang dilakukan oleh CDC ia adalah bergantung kepada kepekatan dan berapa lama seseorang terdedah kepada kepada pencemaran berkenaan di mana semakin lama anda terdedah risiko gangguan asma dan masalah kulit untuk masalah saraf dan cirit-birit boleh berkembang.

Dari kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dari Universiti Purdue yang terletak di Indiana, bukan sahaja air kencing, peluh atau najis, tetapi juga bahan kimia farmaseutikal yang datang daripada alat solek, bahan pencegah serangga dan krim pelindung matahari yang digunakan oleh sebahagian perenang sebelum mereka berenang.

Masalah ini bukan sahaja tersebar dengan menyedut udara malah menurut penyelidik dari universiti berkenaan berkata ia boleh merebak melalui pemakanan apabila selepas mandi, badan perenang akan dipenuhi air mereka terus makan. Ia juga merebak melalui penyerapan kulit menyebabkan mereka boleh jatuh sakit.


Untuk mengelakkan perkara ini, Michele Hlavsa iaitu ketua U.S. Healthy Swimming Program 

berkata, perenang hanya perlu menggunakan kolam untuk berenang, jika hendak buang air kecil 
pergi ke tandas dan bagi mereka yang hendak berenang tetapi sebelum itu sudah bersolek, mandi 
terlebih dahulu dengan membersihkan bahan solekan.

Tetapi berapa ramai yang akan mengikuti nasihat berkenaan? - Siakapkeli.my

Rujukan SK:

independent.co.uk


cdc.gov


sciencedaily.com


Sumber TKO - 12-11-2015



KKM Disaran Daftar Dan Lesenkan Pengusaha Vape
Posted on Wednesday, November 11 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran mendaftar dan melesenkan pengusaha serta
premis menjual vape di negara ini, supaya pemantauan dapat dijalankan dengan mudah.

Pengusaha vape Hypnotic Blitz, Nor Baharin Ahmad Zukni, 49, berkata langkah itu lebih sesuai 

berbanding tindakan untuk hanya membenarkan penjualan perisa vape bernikotin di farmasi.



Menurut Nor Baharin, dengan mendaftarkan premis-premis menjual vape, KKM boleh 

mengambil tindakan dengan lebih mudah, sekiranya ada peniaga yang melakukan kesalahan, 

seperti menjual perisa vape kepada remaja dan sebagainya.



“Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah remaja-remaja berkenaan mudah membeli 

perisa vape yang dijual di tepi jalan dan melalui but kereta.



“Jadi, apabila pengusaha telah dilesenkan, maka kes-kes seperti ini mudah ditangani dan saya 

tidak menghadapi masalah untuk mendaftar dan mengikut apa saja langkah KKM,” katanya 

ketika dihubungi The Rakyat Post.



Tambah Nor Baharin, keputusan membenarkan cecair vape bernikotin dijual di farmasi itu juga 

dilihat tidak adil kepada pengusaha, sedangkan rokok boleh dijual di mana-mana kedai runcit di 

seluruh negara.



Jelasnya, sekiranya perisa vape yang mengandungi nikotin perlu dijual di farmasi, maka rokok 

pun perlu dijual di farmasi.



“Macam di luar negara, rokok memang dijual di farmasi, jadi KKM perlu mengikut contoh 

tersebut.



“Saya melihat pelaksanaan tersebut hanya mahu membunuh perniagaan para pengusaha vape di 

negara ini semata-mata,” tegasnya.



Dalam pada itu, Dewan Perniagaan Vape Malaysia melihat pelaksanaan itu mungkin 

menyebabkan orang ramai tidak selesa dan menjejaskan penjualan perisa vape.



Setiausahanya, Ridhwan Rosli berkata, ahli farmasi sememangnya mempunyai pengetahuan 

mengenai nikotin, namun mungkin tidak cekap mengenai perisa vape.



“Jadi, ia akan menyukarkan pengguna vape yang terpaksa bersaing dengan orang lain yang ingin 

membeli ubat, sedangkan mereka ini membeli perisa vape.



“Kita tahu ahli farmasi cekap mengenai nikotin, tetapi mereka tidak cukup pengetahuan 

berhubung perisa vape, apabila ditanya pelanggan, ia mungkin menimbulkan masalah kelak,” 

 ujarnya.



Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai 

berkata, cecair vape bernikotin hanya boleh dijual ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan 

berdaftar.



Keputusan itu dibuat, selepas Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan vape pada 30 

Oktober lalu.



Jelas Dr Noor Hisham, pembelian perisa vape bernikotin perlu direkodkan, kerana mengikut 

Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.



“Cecair elektronik (e-liquid) yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah 

Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952,” ujarnya.


- The Rakyat Post



Sumber TKO - 11-11-2015

Hanya ahli perubatan boleh jual cecair nikotin vape
Posted on Tuesday, November 10 @ 06:50:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan 

pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal
penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

"Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan
Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu
direkodkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa
Khas berkaitan e-rokok di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah
di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Okt lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan untuk tidak
mengharamkan e-rokok atau vape.

Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi
nikotin.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam berkata satu jawatankuasa khas
ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham.
- Bernama

Sumber TKO - 10-111-2015



Perubatan Islam ialah Perubatan Moden bukan hanya doa
jampi serapah


Posted on Monday, November 09 @ 08:15:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Saudara Pengarang,

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan lepasan dalam bidang Pembedahan (Intercollegiate
FRCS), saya telah membeli sebuah buku yang memang saya kenali sejak zaman kolej lagi. Oleh
kerana edisi lama sudah lapuk, saya membeli edisi yang terkini :

Apa yang menarik perhatian saya ialah helaian pertama menunjukkan gambar berikut :






Dalam gambar tersebut menunjukkan lapan karyawan perubatan zaman kuno di sebelah kiri, 

manakala di sebelah kanan menunjukkan sembilan karyawan perubatan di zaman kegemilangan 

Islam (Islamic Golden Age). Yang paling menakjubkan ialah kesemuanya mereka adalah orang 

Islam. Ini juga sekaligus menunjukkan pengiktirafan Oxford University Press terhadap 

karyawan-karyawan Muslim terkenal dalam dunia perubatan.



Persoalannya, mengapakah masyarakat di Malaysia kini menganggap bahawa perubatan moden 

adalah perubatan yang asing dalam Islam padahal akar-umbinya banyak berasal daripada 

pemikiran dan kajian umat Islam sendiri.  Yang ajaib lagi aneh, ialah mengapa bila seseorang 

berkata tentang perubatan Islam, terus masyarakat menggambarkan air jampi serapah, zikir, doa 

dan bacaan ayat-ayat Al-Quran sahaja dan tiada kena mengena dengan perubatan moden.  Ini 

adalah satu tanggapan yang salah.



Perlu saya nyatakan disini, sebagai seorang pakar bedah, saya tidak mempertikaikan penggunaan 

bacaan zikir, doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran kerana ia termasuk sebagai suatu bentuk ikhtiar 

manusia dalam menghadapi ujian qada’ dan qadar Allah. Ia ternyata berkesan dalam menghadapi 

keadaan krisis, yakni dalam meminta pertolongan dan ehsan daripada Allah apabila seseorang itu 

menghadapi sesuatu penyakit atau kecederaan. Walaupun begitu, Islam menyarankan umatnya 

berusaha untuk mendapatkan rawatan dengan segera, sekurang-kurangnya mendapatkan rawatan 

awalan (initial treatment) dan ubat penahan sakit.



Mari kita lihat beberapa contoh sumbangan karyawan Islam yang masih digunakan hingga kini 

dan dijadikan sebagai asas dalam perubatan moden :



1. ‘Ali ibn al-‘Abbas al Majusi



Mengarang sebuah kitab “Kitab Kamil As-Sina’a-ibbiyah” (The Complete Art of Medicine) – 

Kitab Sempurna Perubatan pada tahun 980 Masehi.



Antara topik perbincangan ialah kepentingan nutrisi bagi pesakit selepas menghadapi pembedahan 

dan persalinan, sistem peredaran kapilari , tatacara dan kaedah pemeriksaan klinikal (clinical 

examination and observation) dan pembuktian berlakuya pergerakan rahim sebelum kelahiran 

anak, yakni membuktikan anak dilahirkan melalui mekanisme pergerakan rahim , dan bukannya 

anak “merangkak” keluar dari rahim, sebagaimana tanggapan beberapa pihak di waktu itu.



Buku ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Latin pada tahun 1087, dan pada tahun 1127 ia 

diperincikan lagi oleh Stephen of Antioch. Ia kemudiannya dicetakkan penuh di Venice antara 

tahun 1492 hingga 1523.



Konsep yang dikemukakan kekal digunapakai hingga ke hari ini.



2. Ibn al-Nafs



Namanya ialah Al-Addin Abu Al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi. Digelar “Ibn 

al-Nafis” ertinya “Bapa Pernafasan” kerana beliau orang yang pertama menghuraikan peredaran 

darah dalam paru-paru, yang berbeza dengan peredaran darah sistemik.  (Pulmonary circulation 

versus systemic circulation). Ini tertulis dalam bukunya “Al-Shamil fi al-Tibb” merangkumi 

ensiklopedia perubatan merangkumi 300 jilid pada kurun ke-12 Masehi.



Antara perdebatan yang menarik Ibn al-Nafs ialah menangkis teori Galen yang menyatakan 

bahawa septum jantung itu adalah poros supaya darah yang sama dapat membekalkan darah 

kepada jantung dan paru-paru dalam saat yang sama. Teori Galen ialah teori yang popular di 

waktu itu.



Teori ini disangkal dengan membuktikan secara pembedahan anatomi dan kaedah fisiologi tentang 

dua sistem peredaran darah yang berbeza tetapi saling memerlukan.  



“The blood, after it has been refined in the right cavity, must be transmitted to the left cavity 

where the (vital) spirit is generated. But there is no passage between cavities, for the substance of 

the heart is solid in this region and has neither visible passage”



Beliau juga menulis



"Blood from the right chamber of the heart must arrive at the left chamber, but there is no direct 

pathway between them. The thick septum of the heart is not perforated and does not have visible 

pores as some people thought or invisible pores as Galen thought. The blood from the right 

chamber must flow through the vena arteriosa (pulmonary artery) to the lungs, spread through its 

substances, be mingled there with air, pass through the arteria venosa (pulmonary vein) to reach 

the left chamber of the heart, and there form the vital spirit..."




 Pemahaman sistem peredaran darah ini merupakan asas kepada bidang fisiologi, pembedahan dan 

anaesthesiologi. Jikalau anda pergi ke unit rawatan rapi (Intensive Care Unit –ICU) , asas 

pemahaman inilah yang paling penting sekali. Daripada asas inilah berkembangnya pemahaman 

tentang “Acid-base balance”, dimana pentingnya seorang pakar ICU untuk mengawal asid dan 

bes dalam badan melalui pengawalan pernafasan , yakni imbangan ventilasi dan oksigenasi , serta 

kawalan peredaran darah dalam paru-paru dan organ sistemik (seperti ginjal, limpa, usus dan hati) 

melalui ubatan ionotropi.



3. Ibnu Sina.



Nama penuhnya Abū ʿAlī al-Ḥusayn ibn ʿAbd Allāh ibn Al-Hasan ibn Ali ibn Sīnā. Juga dikenali 

sebagai Avicenna.



Beliau telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan berjudul Al-Qanun fi-Tibb (“The Canon of 

Medicine” , Kanun Perubatan) pada kurun ke 12 Masehi dan bukunya dicetak dan digunapakai 

sepenuhnya sehingga kurun ke 17.



Beliau adalah seorang yang warak dan menghafaz Al-Quran ketika berumur 10 tahun.



Di dalam Kanun Perubatan , beliau menulis betapa perlunya tahap kebersihan yang tinggi dalam 

mengawal kadar jangkitan kuman dan penyakit. Beliau mengemukakan beberapa cara untuk 

mengawal kadar jangkitan termasuklah membasuh tangan dan kebersihan diri ketika merawat 

pesakit , memperkenalkan konsep kuarantine dan isolasi apabila menghadapi pesakit yang 

menghidapi penyakit berjangkit.



Dalam dunia perubatan moden , konsep inilah yang dipraktikkan oleh doktor di hospital. Seorang 

pakar bedah hanya boleh menjalani pembedahan apabila sudah menjadikan anggotanya steril dan 

bebas daripada kuman. Dia perlu memakai “surgical gown” dengan cara yang steril. Penggunaan 

alatan perubatan yang steril dan aplikasi iodine ke atas badan pesakit sebelum melakukan  

penorehan adalah sesuatu yang mandatory dalam dunia pembedahan.



Dalam pengawalan jangkitan penyakit yang berjangkit, kaedah isolasi atau pengurungan pesakit 

digunapakai untuk merencatkan proses merebaknya penyakit. Konsep ini sentiasa kita dapat lihat 

di wad hospital di mana tanda “isolation and contact precaution” dapat dilihat di muka pintu 
pesakit.

Saudara Pengarang,
Di sini saya mahu mengemukakan dua rumusan penting.

Pertama, bahawa apabila kita mentakrifkan “Perubatan Islam” kita perlu menyatakan secara terang 
dan vokal bahawa Perubatan Moden inilah sebenarnya Perubatan Islam , dan ia bukan hanya doa, 
jampi serapah. Perubatan Moden ini sebenarnya milik umat Islam dan adalah suatu kewajipan bagi 
umat Islam untuk menguasainya.

Kedua, saya selaku ahli Parti Islam Se-Malaysia yang bergelar “professional” (hanya dengan izin 
Allah, bukan sekali-kali untuk tujuk pandai atau tunjuk hebat) mahu mengambil kesempatan ini  
untuk menyangkal dakwaan ahli-ahli DAP serta pengikutnya yang mendakwa bahawa negara 
Malaysia akan mundur jikalau Islam dipraktikkan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa sejarah 
membuktikan bahawa Islam dan umat Islam telah membawa dunia kearah kegemilangan intelek 
dan syahsiah diri yang tinggi.

Oleh itu, saya menyeru umat Islam semua untuk berjuang dan bangkit bersama PAS. Jadilah umat 
Islam yang berilmu, berwibawa serta taat perintah Allah. Takbir !

Mr. Kama.

Sumber TKO - 9-11-2015



Risiko penyakit jika letak dompet di poket seluar

Posted on Thursday, November 05 @ 12:34:27 MYT by paktam

MAJORITI lelaki memang suka letak dompet di poket seluar belakang.
Abang Ohsem pun macam tu. Malas nak bawa pouch bag macam
sesetengah orang.Anda sedar tak amalan begitu sebenarnya boleh
datangkan bahaya.

Dompet tersebut boleh menyebabkan sakit pada belakang dan punggung,
malah kadang-kala sehingga ke kaki. Benarkah semua ini disebabkan
angkara dompet?


Kes seperti ini pernah disebut dalam "The New England Journal of Medicine" pada tahun 1966. 
Ketika itu, mereka yang berkemampuan sudah mula menggunakan kad kredit. 

  Artikel dalam jurnal tersebut melaporkan tentang seorang peguam yang mengalami sakit kaki
kiri yang bermula dari kawasan tidak jauh dari kedudukan dompetnya.

Satu lagi, dalam kes dompet penyebab sakit belakang, ia disebut sebagai 'Piriformis Syndrome.'
Otot Piriformis adalah satu otot yang terdapat di bahagian punggung manusia.

Jika kita duduk terlalu lama dan dompet terkena atau menekan otot Piriformis, ia boleh
mengakibatkan kekejangan dan menekan saraf sciatic, iaitu sejenis saraf utama yang bersambung 
dari bahagian hujung saraf tunjang hingga ke paha dan di atas lutut. 

Bila saraf sciatic ditekan, ia menyebabkan kita terasa sakit belakang dan rasa sakit itu boleh turun
hingga ke kaki.

Difahamkan masalah ini akan hilang jika kita meletakkan objek besar pada poket belakang seperti
dompet atau sapu tangan yang tebal. Sakit masih berterusan walaupun dah tak letak apa-apa di
poket belakang?

Pergilah berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada penyebab lain.

* Panduan ini diterangkan oleh Doktor Shaharom Sulaiman dari Klinik Thalia, Kuantan Pahang.

Rencana ini dipetik dari laman web http://www.ohsem.la

Sumber DD - 5-11-2015


Vape: Pandai kementerian buat lawak

Posted on Thursday, October 29 @ 20:27:46 MYT by tokdalang

Oleh Nik Aziz Afiq Abdul

Semalam saya diuji dengan kehabisan minyak di lebuh raya. Stres sungguh
lebih-lebih lagi atas desakan mengejar masa yang tidak pernah cukup.
Sementara menanti hero sejati (abah saya) datang membawa bantuan
sempat saya yang penuh stres dan penat melayari portal berita.

Siapa sangka laporan berita mampu buat saya ketawa dan tersenyum riang. Seakan tiada masalah.
Ibarat baru lepas menonton rancangan lawak pentas di kaca televisyen.


Geli hati sungguh baca kenyataan bahawa kementerian kesihatan berusaha untuk menyekat atau
mengharamkan vape @ rokok eletronik.

Alasannya juga kelakar. Iaitu kerana vape membahayakan kesihatan maka ia perlu disekat. Untuk
menambah rencah dikatakan pelajar sekolah juga mula terjebak dan ini membimbangkan.

Saya bukan penghisap vape. Malah tidak teringin pun nak hisap. Tapi saya tidak terlalu bodoh
dalam menghidu hipokrit kenyataan sebegini.

Jika vape membahayakan kesihatan sehingga perlu disekat, maka adakah rokok itu elok bagi
kesihatan?

Jika vape menular di kalangan pelajar sekolah bukankah rokok juga sudah lama lagi merebak di
kalangan pelajar sekolah?

Maka kenapa vape diharamkan tetapi pada rokok kementerian berubah menjadi pengecut dan
sekadar meletakkan sebuah nota amaran kecil "merokok membahayakan kesihatan" di sisi kotak
rokok?

Jawapannya tidak terlalu susah. Menteri dan ahli politik adalah mereka yang menjadi kuda pada
pemodal kapitalis. Adalah silap besar jika kita menyangka pemerintah negara ini di kalangan ahli
politik. Tidak. Pemerintah sebenar adalah pemodal kapitalis yang melalui mereka juga menteri dan ahli politik menduduki jawatan itu.

Kewujudan vape benar-benar menggugat industri rokok. Para pemilik syarikat rokok hari makin
hari semakin resah mengenangkan kadar jualan mereka merudum. Alternatif adalah sesuatu
perkara yang paling dibenci kaum kapitalis. Alternatif menyebabkan mereka tidak boleh monopoli
dan terpaksa bersaing. Bagi mereka kekayaan hanyalah milik mereka, tidak boleh ada "pendatang
baharu" yang bakal menjejaskan kekayaan mereka.

Kebimbangan mereka inilah yang menyebabkan kerajaan boneka juga bimbang. Bimbang kerana
syarikat gergasi ini merupakan lubuk emas buat perbendaharaan negara dan kocek peribadi. Jangan
lupa syarikat rokok juga penyumbang pada duti eksais negara. Kerugian mereka bermakna
 kerugian juga buat negara yang tak pernah berhenti memboros ini.

Semenjak industri vape berkembang, makin ramai usahawan online muncul dan mengubah
kehidupan ke arah lebih baik apabila perniagaan ini diusahakan bersungguh-sungguh.

Namun kerajaan boneka tidak ambil peduli. Usahawan kecil seperti ini tidak membantu
memenuhkan RM kantung negara dan kocek peribadi mereka. Maka apalah sangat kesannya jika
golongan penghisap vape ini ditindas yang penting big boss (pemodal kapitalis) kembali mengukir
senyum dan reda dengan kerajaan boneka. Diciptalah alasan kelakar seperti vape membahayakan
kesihatan dan lain-lain.

Sekiranya kementerian serius dalam mengekang produk membahayakan kesihatan maka sila
haramkan juga rokok di negara ini. Halau kilang rokok itu keluar. Bukankah rokok lebih lama
diketahui membahayakan kesihatan? Malah difatwa dengan haram oleh majlis muzakarah fatwa
 kebangsaan? Lihatlah fatwa juga diperlekeh kerajaan boneka demi reda kapitalis perosak.

Solusinya bagi saya ada dua, pertama haramkan rokok juga, kedua, tampal nota di tepi alat vape
itu "vape membahayakan kesihatan" seperti yang dilakukan pada kotak rokok.

Benarlah, jika ingin jadi menteri pastikan anda mahir berlawak bodoh! – 29 Oktober, 2015.

* Penulis ialah AJK Pusat Pemuda Sosialis.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/vape-pandai-kementerian-buat
-lawak-nik-aziz-afiq-abdul#sthash.mlG2jIIT.dpuf
Sumber DD - 29-10-2015        


WHO Dedahkan Daging Yang Diproses Boleh Cetuskan 
Kanser

Posted on Tuesday, October 27 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



LONDON: Daging yang diproses seperti bakon/dendeng, sosej dan daging salai - didapati boleh 

menyebabkan penyakit kanser, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Laporan yang dikeluarkan oleh WHO menyebut, pengambilan 50g daging yang diproses sehari -
iaitu bersamaan dengan kurang lebih dua keping bakon - boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mengidap penyakit kanser sebanyak 18%.

Sementara itu, laporan WHo juga menyebut, daging merah juga mempunyai "kecenderungan untuk
menyebabkan kanser" tetapi masih belum ada bukti saintifik yang kukuh buat masa ini.

Bagaimanapun WHO turut melaporkan di samping itu semua, daging juga memiliki faedah-faedah
lain untuk kesihatan.

Daging yang diproses adalah daging yang telah menjalani proses modifikasi untuk meningkatkan
jangka hayat simpanannya atau untuk tujuan mengubah rasanya - dengan cara mengasapkan,
mengawet dengan menambah garam atau pun ditambah dengan bahan pengawetan.

Penambahan-penambahan inilah yang meningkatkan risiko kanser.

Pada masa yang sama kajian WHO turut mendapati, memasak daging pada suhu yang tinggi seperti
barbeku juga boleh mencetuskan ransangan kimia yang mencetuskan agen kanser.

WHO merumuskan atas nasihat Agensi Antarabangsa Untuk Kajian Kanser mengkategorikan
daging yang diproses sama kategori dengan plutonium dan alkohol iaitu dua elemen yang disahkan
sebagai boleh mencetuskan agen kanser.

Namun WHO mendapati, ini bukanlah satu indikasi berapa banyak kesan kanser yang boleh
dicetuskan menerusi pembikinan daging yang diproses itu.

Bermakna, memakan sandwich bakon tidak boleh disamakan dengan risiko kesan merokok,
misalnya.

"Untuk mana-mana individu, risiko untuk terkena kanser usus misalnya kerana mengambil daging
yang diproses buat masa ini adalah kecil, tetapi risiko ini bertambah dengan jumlah daging proses
yang dimakan," kata Dr Kurt Straif dari WHO.

Anggaran setakat ini adalah, 34,000 kematian daripada penyakit kanser setiap tahun boleh dikaitkan dengan diet yang tinggi dalam pengambilan daging yang diproses.

Jumlah ini sangat jauh jika dibandingkan dengan satu juta manusia yang mati kerana kanser yang
diakibatkan oleh amalan merokok dan 600,000 kematian akibat kanser yang disumbangkan daripada
pengambilan alkohol yang tinggi.

Pada masa yang sama WHO melaporkan daging merah juga adalah penyumbang utama kepada zat
besi, zink dan vitamin B12 kepada manusia.

Buat masa ini, tiada bukti yang nyata pengambilan 100g daging merah sehari misalnya akan
meningkatkan risiko mengidap kanser.

WHO menegaskan, penemuan mereka sangat penting untuk membantu setiap negara merancang
diet pemakanan yang seimbang dan selamat untuk warganegara mereka.

Prof Tim Key, dari Pusat Kajian Kanser United Kingdom dan juga Universiti Oxford berkata,
penemuan ini tidak bermakna setiap orang harus berhenti mengambil daging sebagai diet utama
mereka.

"Tetapi jika anda mendapati selama ini anda mengambil atau makan daging proses yang agak
tinggi mungkin anda mahu menimbang untuk mengurangkannya," ujar beliau sambil menambah
"Makan bakon sekali sekala tidak akan menjejaskan kesihatan anda tetapi yang lebih penting ialah
pengambilan diet yang seimbang."- Mstar

Sumber TKO - 27-10-2015


7 Perkara Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Posted on Friday, October 23 @ 09:42:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah
kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur

 
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, 

anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, 

lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi

 
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. 

Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper(politik etc), baca 

gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, 

ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang

hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi

 
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi 

motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi 

pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, 

anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah

 
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda 

dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam 

tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di 

kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila 

istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri

 
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau 

ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti 

petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, 

bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi 

best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji,

berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan 

anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak 

capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari 

bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes 

anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan 

set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang 

pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah

 
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi 

energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan 

hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah

mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

 
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan 

kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu 

dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia 

menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang 

negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Sumber :

iluvislam



Sumber TKO - 23-10-2015

Bahaya Selalu Makan Mee Segera

Posted on Friday, October 23 @ 09:14:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya 

di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat
“popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai
pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan
 secara berterusan.

Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi
dan garam yang tinggi.

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah
pinggang.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada,
perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil
produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya
dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan
kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya
sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang
menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula
dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia
mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi
ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.
Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya. Cuba gantikan dengan makanan
lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh
Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada
136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut
 ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang
dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi,
mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam
proses pembuatannya.

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3
cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej,
yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet
2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.10 
Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya
dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.


1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih
beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair
dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan
kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),
bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi
lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan
bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya.
Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat
dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Lupakan MI SEGERA

Sumber TKO - 23-10-2015


Kerap kencing tanda sakit

Posted on Thursday, October 08 @ 17:57:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah

TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan
pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar
masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali
pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).

Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita
dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan.
Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia.
 Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan
seharian.


Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah
padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh
mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana
gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia
mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.

Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga
menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak
untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu
siang atau malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai
contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan
aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang
 menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.

Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB
boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam
(F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).

“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan
menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula
merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua
tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.

“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke
tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan
tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.

“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun
malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran
 GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.

Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas
berhampiran tempat dituju.

“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan
kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.

Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun
sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan
secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan
 tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.

“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan
senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi
elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh
membantu,” katanya.

Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan),
Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.

Fakta: Faktor risiko OAB
























































































































  • Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
  • Strok
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Dementia
  • Penyakit Parkinson
  • Diabetes
  • Pembesaran prostat
  • Pembedahan prostat
  • Hamil kembar

    INFO: Tip tangani OAB
  • Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
  • Jauhi minuman kafein.
  • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang 
  • berserat.
  • Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
  • Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan 
  • sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air 
  • kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
  • Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam 
  • sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
  • Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
  • Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
  • Kekalkan berat badan yang ideal.      

  • Sumber TKO - 8-10-2015

    Saintis Temui Spesies Tikus Baharu Di Sulawesi

    Posted on Wednesday, October 07 @ 09:16:34 MYT by paktam

    BeritaJAKARTA: Pasukan saintis yang bertugas di Indonesia menemui spesies tikus baharu yang tidak
    pernah dilihat sebelum ini.Spesies yang diberi nama Hyorhinomys
    stuempkei
    atau dikenali sebagai tikus hidung babi itu memiliki bentuk
    wajah unik dan berbeza daripada tikus biasa.


    Tikus tersebut ditemui di kawasan pergunungan terpencil di Sulawesi pada Januari lalu oleh saintis dari Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat.

    Saintis dari Muzium Victoria, Australia, Kevin Rowe berkata saiz spesies tersebut adalah sama 
    dengan tikus normal.

    "Saya masih teruja dengan penemuan spesies baharu ini. Ia masih belum didokumenkan oleh sains," 
    kata Rowe yang terlibat dalam kajian tersebut.

    Spesies tersebut mempunyai hidung mirip babi berwarna merah jambu dan telinga yang lebih besar 
    sedikit berbanding tikus normal.

    Ia turut mempunyai bentuk mulut lebih kecil dan gigi depannya panjang sedikit.

    Sumber DD 0 7-10-2015


    Apabila Ibu Jari Kaki Membengkok
    Posted on Tuesday, October 06 @ 15:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



    Anda mungkin terlihat ibu jari kaki seseorang membengkok ke arah jari kelingking hingga
    kadang-kala bersilang dengan jari kaki yang di sebelahnya. Keadaan ini dikenali sebagai Hallux
    valgus.


    Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan pada otot dan urat tendon pada kaki tersebut. Pada peringkat
    awal ianya mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah, namun keadaan ini bersifat progresif,
    semakin lama ibu jari pesakit akan semakin bengkok dan menyebabkan radang, kesakitan serta
    Bursitis’. Bursitis ialah radang pada tisu bursa iaitu tisu pelapik antara kulit dan tulang ibu jari kaki.

    Kajian menunjukkan keadaan ini sepuluh kali lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki.

    Antara faktor-faktor yang meninggikan risiko berlakunya keadaan ini ialah pemakaian kasut yang
    ketat terutamanya kasut berbentuk tirus atau runcing dan juga kasut bertumit tinggi. Pesakit-pesakit
    Rheumatoid arthritis serta penari ballet juga berisiko untuk mendapat masalah kesihatan ini.

    Etiologi

    Punca terjadinya masalah ini masih lagi misteri namun terdapat bukti yang faktor genetik boleh
    menyumbang ke arah masalah ini. Sebab-sebab lain ialah trauma seperti kepatahan tulang jari kaki,
    kerosakan tisu dan saraf kaki, masalah sistem saraf otot seperti Polio dan penyakit Charcot-Marie-
    Tooth.

    Pada peringkat awal, keadaan ini tidak memberi sebarang masalah kepada pesakit kecuali isu
    kosmetik. Masalah mula timbul apabila komplikasi berlaku. Jari kaki yang membengkok ini
    meyebabkan tulang sisi menjadi timbul. Tulang timbul ini dikenali sebagai ‘Bunion’. Apabila
    pesakit berjalan dengan memakai kasut, kulit pada luar bunion ini akan bergesel dan menyebabkan
    radang serta luka. Pemakaian kasut berbentuk tirus atau runcing boleh menyebabkan simptom
    menjadi semakin parah.

    Rawatan
    Rawatan biasanya dibuat berdasarkan peringkat masalah yang sedang dihadapi. Pada peringkat
    awal, keradangan boleh dikurangkan dengan ubat anti-radang serta dituam dengan menggunakan
    ais. Pesakit juga akan dinasihatkan untuk memilih kasut atau selipar yang sesuai bagi mengelakkan
    tekanan pada bahagian sisi kaki. Alas atau ‘padding’ pada bahagian tulang yang tertonjol dapat
    mengurangkan radang atau mengelakkan luka pada bahagian itu.

    Sekiranya luka atau ulcer terbentuk, ia perlu dicuci sehingga sembuh. Sekiranya luka ini dijangkiti
    kuman, antibiotik perlu diberikan kepada pesakit.

    Tiada ubat-ubatan yang boleh membetulkan kebengkokan ini. Satu-satunya cara ialah dengan
    melakukan pembedahan. Tujuan utama pembedahan dilakukan adalah bagi mengelakkan
    komplikasi yang timbul. Sebab kedua pula adalah bagi tujuan kosmetik. Terdapat pelbagai
    prosedur yang melibatkan pemotongan tulang dan juga jahitan pada tisu kapsul jari kaki bagi
    membetulkan keadaan ini.

    Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda boleh mendapatkan maklumat dan rawatan lanjut
    dengan berjumpa dengan doktor ortopedik yang berhampiran.

    Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, 
    seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan 
    lebih lanjut di laman The Team.

    Oleh

    Dr. Ahmad Mahyuddin
    Rujukan

    • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009
    Sumber TKO - 6-10-2015



    Atasi Tekanan Dengan Makan Ikan
    Posted on Monday, October 05 @ 10:16:47 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    Penyelidik dari Kolej Perubatan Universiti Qingdao di Shandong, China mendapati :

    Individu yang gemar memakan ikan kurang berasa tertekan berbanding mereka yang tidak

    gemar makanan laut itu.


    Penyelidikan tersebut mendapati, kandungan asid lemak omega-3 pada ikan mampu merangsang 

    mikrostruktur sel-sel otak dan meredakan tekanan pada individu yang mengamalkan pemakanan 
    tersebut.
    Golongan lelaki yang mengamalkan diet dengan memakan ikan menunjukkan penurunan

    tekanan sebanyak 20 peratus berbanding wanita iaitu sebanyak 16 peratus.
    Kandungan asid lemak omega-3 pada ikan membantu mempengaruhi aktiviti neurotransmitter, 
    dopamin dan serotonin yang mempunyai hubung kait dengan masalah tekanan.

    Kebaikan protein, vitamin dan mineral yang terdapat pada ikan juga membantu mencegah 

    kemurungan, malah diet ikan juga bagus untuk badan lebih sihat.

    Sumber TKO - 5-10-2015


    Satu Hingga Dua Kejadian Bunuh Diri Di Malaysia Setiap
    Hari - KP Kesihatan


    Posted on Thursday, October 01 @ 16:42:44 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    PUTRAJAYA: Purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari
    menurut statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan statistik itu,
    sejumlah 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh tiga tahun itu dengan nisbah lelaki
    berbanding wanita 2:1.

    "Ini hanyalah berdasarkan kes bedah siasat (post mortem) dan statistik sebenar berkemungkinan l
    ebih tinggi," katanya dalam ucapan perasmian seminar 'Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan'
    bersempena bulan pencegahan bunuh diri 2015 di sini, Khamis.

    Objektif seminar berkenaan ialah meningkatkan pengetahuan peserta yang terdiri daripada pengamal
    perubatan dan pakar psikologi mengenai pengendalian tingkah laku bunuh diri, epidemiologi dan
    faktor-faktor penyebab bunuh diri di Malaysia.


    Dr Noor Hisham berkata, statistik Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan untuk tempoh
    lima tahun (2010-2014) pula menunjukkan sejumlah 338 kematian di hospital-hospital kementerian
     adalah disebabkan oleh perbuatan mencederakan diri atau 'intentional self-harm'.

    Menurutnya, tingkah laku bunuh diri boleh berlaku akibat pelbagai faktor kompleks yang saling
    berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah dan substans,
    tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan,
    perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga.

    Dr Noor Hisham berkata tingkah laku bunuh diri meliputi spektrum idea bunuh diri, rancangan bunuh
    diri, cubaan bunuh diri dan aksi bunuh diri.

    Tambah beliau, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen idea bunuh
    diri dalam kalangan masyarakat dewasa Malaysia adalah 1.7 peratus, prevalen rancangan bunuh diri
    0.9 peratus dan prevalen cubaan bunuh diri adalah 0.5 peratus.

    Beliau berkata sebanyak 45 hospital kerajaan di seluruh negara memberikan perkhidmatan psikiatri
    dan kesihatan mental dengan sejumlah 224 pakar psikiatri dan 12 pegawai psikologi (klinikal).--
    Bernama

    Sumber TKO - 1-10-2015


    Hampir separuh rakyat Malaysia lebih berat badan!

    Posted on Wednesday, September 30 @ 16:29:27 MYT by paktam

    Oleh V Shuman


    Malaysia mungkin sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan
    negara Asean lain, tetapi kita merupakan negara paling “berat” di rantau 
    ini.Dalam kilogram.Untuk beberapa tahun ini, Malaysia menduduki tempat
    teratas dalam senarai negara “paling gemuk” di Asia Tenggara, dan keenam di Asia Pasifik.

    Thailand dan Singapura pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.Laporan akhbar
    Kosmo baru-baru ini menyatakan sejumlah 13.8 juta daripada 31 juta warga Malaysia lebih berat 
    badan.

    Jumlah itu bersamaan dengan 44.5 peratus daripada keseluruhan populasi. Dengan kata lain, seorang
    daripada setiap tiga orang adalah gemuk.

    Daripada jumlah 13.8 juta ini pula, sejumlah 4.7 juta dalam kategori obes.

    Timbalan Menteri Kesihatan Dr Hilmi Yahya berkata kajian menunjukkan 73 peratus kematian
    yang berlaku di hospital kerajaan pada masa ini adalah kerana penyakit tidak menular (NCD), 
    yang punca utamanya adalah obesiti.

    “Orang Malaysia makan enam kali sehari, bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari, 
    minum petang, makan malam, tengah malam sehinggalah lewat pagi. Kita pun makan banyak 
     makanan berlemak dan kurang bersenam.

    “Cara hidup hari ini juga telah berubah, masa banyak dihabiskan di depan komputer atau telefon
    pintar, yang menyumbang kepada banyak penyakit,” katanya seperti dipetik.

    Antara penyakit NCD adalah kencing manis, tekanan darah tinggi, obesity dan strok.

    Akhbar itu juga menemui  Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian 
    Kesihatan Dr Feisul Idzwan Mustafa. Menurutnya, jumlah golongan muda yang lebih berat badan 
     juga membimbangkan.


    “Kadar remaja dan kanak-kanak di bawah 18 tahun yang obes adalah 6.1 peratus.

    “Mereka berpotensi untuk membesar menjadi individu berisiko tinggi yang mungkin ditimpa
    pelbagai penyakit ketika dewasa nanti,” katanya lagi.

    Ini mungkin bukan perkara baru kerana kita telah mendengar berita yang sama sejak tahun 2013,
    tetapi ia tetap menjadi hal yang perlu dibimbangkan.

    Kita tentunya tidak memerlukan pengiktirafan selaku “negara gemuk”.

    Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia memang sukakan makanan. Daripada roti canai 
    yang berminyak sehingga nasi lemak, nasi kandar membukit dan burger yang mampu 
    menyumbatkan salur darah, restoran dan warung sentiasa penuh, termasuk ketika tengah malam dan 
    awal pagi.

    Kita mengambil semua kalori tersebut dan kemudiannya menghabiskan berjam lamanya di depan 
    komputer, atau menghabiskan masa dalam kesesakan jalan raya.

    Ini tidak memberi kesempatan untuk kita berjalan kaki, apatah lagi bersenam.

    Ketika anda sudah bosan dan mahu keluar berjalan pula, anda disambut dengan asap yang 
    menyesakkan.

    Barangkali cara terbaik adalah untuk menyertai gymnasium. Yuran keahliannya mungkin mahal, 
    tetapi jika anda mampu makan enam kali sehari, tentu anda boleh gantikannya untuk tujuan ini.

    Badan kita ini hanya pinjaman dan sementara – maka wajarlah untuk kita tidak menyalahgunakannya.

    Sumber DD- 30-9-2015


    Saya Bukan Bodoh! Saya Ada Disleksia!
    Posted on Tuesday, September 29 @ 17:16:31 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh lararatu



    NAMA SAYA AINA, SAYA BUKAN BUDAK TAK PANDAI..SAYA CUMA ADA DYSLEXIA: 7 perkara tentang dyslexia.

    Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.

    Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa.

    Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.

    Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai....saya cuma ada DYSLEXIA

    ___________________________________________________

    1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.

    2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya. 10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.

    3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.

    4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.

    5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.

    6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti. Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pendekatan pelbagai pendekatan - seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.

    7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain. - Dr Nizam

    sumber 


    Sumber TKO - 29-9-2015


    Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik
    Posted on Monday, September 21 @ 10:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat 

    penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting 
    untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.

    Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah 

    minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan 
    dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.

    Antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi
    Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar
    dikeluarkan dari pohon zaitun.

    Allah SWT bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at-Tin ayat satu menunjukkan
    buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi.

    Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: "Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu
    tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang
    demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan."

    Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan
    berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi &
    Ibnu Majah).

    Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan
    Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

    Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak
    tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

    Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan
    beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

    Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam
    pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di
    Amerika Utara dan utara Eropah.

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian
    mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang
    mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit
    kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

    Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah
    keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah
    (thrombosis).

    Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di
    Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin
    ahmar atau strok.

    Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang
    mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok
    berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

    Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah
    kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol
    melaporkannya pada 2010.

    Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan
    DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.

    Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang
    bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai
    suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.

    Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada
    2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol
    tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan
    kolesterol HDL.

    Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak
    zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng
    menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat
    penyakit jantung.

    Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol.
    Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap
    memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah
    penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal' didalamnya.

    Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada
    otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam
    kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini
    diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.

    Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak
    zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute
    pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).


    Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau
    diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan
    pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita
    mendapat keberkatan, insya-Allah.

    Sumber Link

    Sumber TKO - 21-9-2015













































    7 Cara Menghalau Lalat

    Posted on Tuesday, September 01 @ 10:37:05 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..
    Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.


    Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis
    lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

    Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.


    Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.

    1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan
    hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

    2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan
    terdedah di ruang dapur.

    3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau
    hidangan.

    4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

    5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak
    mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

    6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

    7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

    Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda
    mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda.
    ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar
    anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

    Sumber TKO - 1-9-2015

    212 kematian akibat denggi direkodkan setakat

    ini

    BERNAMA | .


    PUTRAJAYA: Sebanyak 212 kematian akibat demam denggi direkodkan di seluruh negara setakat
    ini, meningkat 72.4 peratus berbanding 123 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua
    Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata pada minggu ke-32 iaitu dari 9 hingga 15 Ogos lepas, sebanyak 11 kematian
    dicatatkan daripada 2,532 kes yang dilaporkan.

    Katanya terdapat tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu
    Johor 72 kes, Perak (24), Pulau Pinang (19), Negeri Sembilan (18), Sabah (sembilan), Melaka (enam)
    dan Kelantan (satu).

    "Dari Januari hingga 15 Ogos, jumlah kumulatif kes denggi adalah 75,795 kes, berbanding 59,790 kes
    bagi tempoh yang sama 2014, iaitu peningkatan sebanyak 26.8 peratus (16,005 kes)," katanya dalam
    kenyataan pada Selasa.

    Pada minggu ke-32 juga, katanya, terdapat 994 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12
    negeri.

    Dr Noor Hisham berkata 599 lokaliti dilaporkan di Selangor, Johor (223), Perak (41), Kelantan (32),
    Pulau Pinang (19), Melaka (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (17) dan Negeri Sembilan (11).

    "Negeri lain iaitu Pahang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu melaporkan kurang daripada 10 lokaliti,"
    katanya.

    Beliau berkata penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan denggi seperti mencari dan
    memusnahkan tempat pembiakan Aedes dan gotong-royong perlu diberikan penekanan oleh semua
    pihak terutama di negeri yang mengalami peningkatan kes. - Bernama

    Sumber HD - 25-8-2015

    Lelaki suntik 'viagra' pada kemaluan derita ereksi tiga jam
    Posted on Monday, August 24 @ 20:40:14 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


    DARAH yang dikeluarkan daripada zakar seorang lelaki bagi mengatasi masalah ereksi yang berterusan selama lebih tiga jam. - AGENSI

    LONDON - Seorang lelaki yang menyuntik sejenis ubat perangsang seks ke dalam zakarnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas alat sulitnya hampir 'meletup' kerana terlalu lama mengeras.

    Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lothario, 31, semasa menceritakan pengalaman mengerikan itu di dalam laman sosial Reddit berkata, dia berbuat demikian kerana pil bagi mengatasi masalah mati pucuk yang dihidapi tidak memberi kesan kepada dirinya.Akhirnya, lelaki itu memilih untuk mengambil ubat yang didakwanya dikenali sebagai TriMix yang kononnya boleh memberi kesan serupa seperti Viagra untuk disuntik di bahagian tepi zakarnya.

    Pada awalnya semua berjalan seperti yang diharapkan tetapi bila tiba masa untuk 'berhenti', dia mendapati ada masalah sehingga terpaksa mencurah air sejuk ke atas zakarnya selain melakukan senaman berat dan mengambil pil untuk mengawal ereksi tetapi semuanya gagal.

    "Selepas tiga jam, zakar saya mula berasa sakit dan saya mula panik. Maklumat ubat itu ada menyatakan ereksi melebihi empat jam akan memerlukan rawatan cemas menyebabkan saya terpaksa bergegas ke hospital.

    "Saya diberikan 2 dos penuh morfin sebelum berasa sedikit tenang. Selepas 40 minit datang jururawat bersama sekumpulan doktor termasuk seorang doktor wanita India yang comel.

    "Mereka menganggap kejadian itu agak lucu tetapi dia berjaya menceriakan saya semula," katanya.
    Para doktor itu terpaksa memasukkan jarum dan satu saluran getah pada zakarnya dan bergilir-gilir 'memerah keluar' sejumlah darah yang terperangkap. Mereka memerah keluar darah seperti memerah lemon," katanya sambil menyatakan dia tidak serik untuk mengulangi kaedah yang sama tetapi menggunakan dos yang sedikit.

    Lothario sepanjang menceritakan pengalaman itu tidak mendedahkan tempat kejadian dan hospital dia menerima rawatan. - AGENSI

    Sumber TKO - 24-8-2015

    Tindakan doktor rakam selfie dengan ibu bersalin undang
    kemarahan

    Posted on Monday, August 24 @ 17:34:18 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


    KUALA LUMPUR: Tindakan seorang doktor merakamkan foto ketika merawat seorang pesakit 
    wanita dikritik hebat oleh netizen di media sosial.

    Sekeping gambar yang memaparkan seorang doktor menunjukkan isyarat ‘peace’ sambil merakam 
    keadaan pesakit  wanita yang ketika itu dalam posisi bersalin menjadi viral di laman sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

    Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Kak Long Di Sini berserta 
    kenyataan yang menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan.

    FB
    Gambar diperolehi dari Facebook Kak Long Di Sini
    “Saya terkejut dengan tahap kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital 
    kerajaan di Johor Bahru.

    “Pesakit dilihat sedang mengalami masalah obstetrik, mereka bukannya mengambil serius tentang 

    wanita tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.

    “Tingkah laku dan tindakan tidak bertimbang rasa itu mengundang kemarahan saya serta orang lain 

    yang melihat gambar tersebut.

    “Perkara yang paling tidak masuk akal ialah, bahagian aurat pesakit itu turut terdedah dalam gambar 

    berkenaan.

    “Mohon siasat perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat," tulis wanita tersebut di akaun Facebooknya.

    Gambar tersebut dipercayai dirakam di sebuah hospital di Johor Bahru.

    Para netizen juga tidak melepaskan peluang untuk mengkritik tindakan doktor tersebut di bawah 

    posting tersebut. 

    Sumber TKO - 24-8-2015


    Parasit pada kanta sentuh
    Posted on Saturday, August 22 @ 15:54:23 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



    Mereka yang menghidap masalah penglihatan kebanyakannya memilih untuk menggunakan kanta sentuh bagi menggantikan cermin mata kerana cirinya yang selesa memudahkan melakukan rutin harian tanpa sebarang gangguan, selain tidak mahu personaliti mereka di label sebagai ‘naif'.

    Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang tidak rabun turut mengenakan kanta sentuh kerana tertarik dengan warna-warna mata yang ditawarkan, membuatkan penampilan lebih menarik sepadan dengan fesyen yang digayakan.

    Walaupun dilihat mudah untuk mengenakan kanta sentuh, realitinya ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang cara-cara penjagaan yang betul dan mengundang pelbagai masalah kesihatan pada mata.

    Kajian epidemiologi di seluruh dunia menunjukkan terdapat lebih 80 peratus kes kesihatan melibatkan pengguna kanta sentuh. Apa yang membimbangkan, kanta sentuh juga boleh dijangkiti oleh parasit tanpa disedari akibat penjagaan yang tidak betul.

    Pensyarah Kanan dan Ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara(UiTM), Dr. Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri berkata, parasit Acanthamoeba yang disebarkan melalui habitat manusia seperti air, tanah, udara, dan habuk boleh menyebabkan jangkitan keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pengguna kanta sentuh.

    "Dahulu, orang hanya memandang perkara ini sebelah mata sahaja kerana apabila seseorang disahkan menghidap keratitis mereka hanya mengesyaki berpunca daripada bakteria atau virus tanpa menghantar sampel untuk dikaji kepada bahagian parasit.

    "Namun pada 1995, berlaku kes pertama di Malaysia apabila seorang wanita yang memakai kanta sentuh untuk suatu tempoh yang lama telah menyebabkan kecederaan pada epitelium korneanya.

    "Para oftalmologi mula memberi perhatian pada kemungkinan keratitis yang disebabkan oleh parasit Acanthamoeba," katanya ketika ditemui di UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

    Parasit yang wujud dalam dua peringkat hidup, iaitu tropozoit dan sista, boleh menyebabkan jangkitan pada mata atau sistem saraf pusat, iaitu otak.

    Ujar Dr. Tengku Shahrul, sepatutnya parasit tersebut tidak boleh menjangkiti manusia tetapi disebabkan peningkatan pengguna kanta sentuh, medium itu memudahkan kitaran hidup parasit Acanthamoeba kerana terperangkap pada kanta lekap dan memasuki mata secara tidak sengaja, seterusnya menembusi organ manusia.

    "Sebenarnya tidak ada masalah bagi pengguna untuk memakai kanta sentuh, tetapi cara penjagaan yang salah boleh menyebabkan kanta sentuh dijangkiti bakteria seperti kulat, yang akan menjadi makanan kepada parasit dan membiak pada kanta sentuh atau bekas simpanannya.

    "Lebih menakutkan kesilapan memilih larutan rendaman untuk membersihkan dan menyimpan kanta sentuh langsung tidak boleh membunuh parasit ini, malah lebih mudah untuk membiak kerana cirinya yang boleh hidup bebas di dalam air," katanya.

    Menurutnya, antara punca lain keratitis Acanthamoeba adalah disebabkan pengguna menggunakan larutan salin untuk mencuci kanta sentuh tanpa menggunakan larutan disinfektan, sedangkan larutan salin hanya digunakan untuk membilas tanpa sebarang fungsi untuk membunuh kuman.

    Hal ini berlaku kerana harganya yang lebih murah berbanding larutan disinfektan, membuatkan pengguna tidak berfikir panjang untuk menjimatkan kos.

    Kesilapan ini juga berlaku kerana pengguna tidak mendapat nasihat daripada optometri sebelum mengambil keputusan menggunakan kanta sentuh.

    Lambakan kanta sentuh kosmetik yang berharga lebih murah di pasaran gelap turut menjadi faktor mengapa ramai yang memilih untuk memakai kanta sentuh tanpa mengetahui risiko penggunaannya.

    "Apabila tidak mempunyai pengetahuan, berlakulah perkara seperti tidak mengikut cara penjagaan kanta lekap yang betul selain mungkin menggunakan cecair pencuci, rendaman atau bilasan yang tamat tempoh atau masih menggunakan bekas menyimpan atau merendam kanta lekap yang lama dan kotor," ujarnya yang tidak menolak kemungkinan larutan salin yang dibuka penutupnya melebihi 30 hari meningkatkan lagi risiko keratitis Acanthamoeba.

    Tambahnya, ramai yang tidak mengetahui bekas penyimpanan kanta sentuh hanya boleh dicuci menggunakan larutan salin disinfektan bukan air paip yang sering dilakukan oleh pengguna kanta sentuh.

    "Rawatan keratitis Acanthamoeba hanya melibatkan antibiotik titisan mata Neomycin dan jika jangkitan terlalu serius dan lambat dikesan, mereka boleh kehilangan penglihatan kerana parasit sudah merosakkan kornea mata mereka," ujarnya.


    Sumber TKO - 22-8-2015


    Kafeina dalam kopi mampu cegah botak – Saintis Jerman

    Posted on Saturday, August 22 @ 15:44:54 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


    Berapa banyakkah manfaat yang boleh didapati seseorang lelaki daripada kafeina? Terlalu banyak,
    kata seorang saintis Jerman.

    Hasil kajian yang beliau lakukan dengan kerjasama institut penyelidikan dan klinik Jerman mendapati kafeina yang banyak terkandung dalam kopi - minuman penyegar tubuh itu juga mampu

    mencegah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

    Dr Adolf Klenk, ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dr Kurt Wolff, berkata kajian itu menunjukkan bukti bahawa apabila kafeina menembusi jauh ke dalam umbi rambut, ia akan melindungi rambut daripada kesan negatif testosteron dan keguguran rambut secara pramatang.

    "Kami mencipta syampu daripada sari kafeina, yang menghasilkan tenaga diperlukan dalam fasa pertumbuhan rambut serta mampu bertindak balas terhadap kesan testosteron yang menyebabkan botak," katanya.

    Beliau bagaimanapun berkata rawatan ini tidak begitu berkesan bagi tujuan pemulihan, tetapi lebih kepada pencegahan.

    "Orang muda patut mendapatkan rawatan pencegahan ini apabila mula mencapai usia baligh, terutama yang mempunyai sejarah genetik...ini boleh dipastikan berdasarkan sejarah keadaan
    rambut bapa dan datuknya," kata beliau.

    Dr Klenk berkata meminum kopi tidak memberi kesan sama kerana dos kafeina yang diperlukan untuk sampai ke umbi rambut ialah kira-kira 40 hingga 50 cawan minuman kopi dan ia dengan
    cepat terlarut serta dikumuhkan oleh tubuh.


    Saintis ini berada di Kuala Lumpur baru-baru in untuk membentangkan hasil penyelidikan
    printisnya tentang kesan kafeina terhadap kehilangan rambut dan beliau menjelajah ke seluruh
    dunia untuk berkongsi penemuannya tentang perkara itu. - TheRakyatPost

    Sumber TKO - 22-8-2015













































    MMA gesa timbang haram rokok elektronik

    Posted on Monday, August 17 @ 19:42:56 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik kerana alat itu 'berkemungkinan besar' menyebabkan kemudaratan.

    Presidennya Dr Ashok Zachariah Philip berkata kebanyakan kimia yang terkandung di dalam asap rokok juga terdapat dalam rokok elektronik walaupun kadarnya mungkin lebih rendah.

    "Walaupun peranti rokok elektronik baru sahaja dipasarkan dan belum dilakukan kajian secara jangka panjang, namun besar kemungkinan ia membahayakan.

    "Malah, cecair mengandungi nikotin yang digunakan untuk 'vaping' tetap berpotensi menyebabkan terjadinya tabiat dan ketagihan.

    "Oleh itu, kementerian patut menimbang untuk mengharamkannya atau sekurang-kurangnya mengawal selia penggunannya seperti yang dilakukan terhadap rokok," kata dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Dr Philip berkata sekiranya kajian jangka panjang mendapati rokok elektronik tidak mempunyai risiko, langkah itu boleh ditimbang semula.

    Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya berhenti sementara daripada menghisap shisha, rokok elektronik atau rokok wap sehingga pengumuman tentang risikonya dibuat dalam masa dua bulan akan datang.

    - Bernama 
    Sumber TKO - 17-8-2015

    Rokok elektronik vapor dikhuatiri penyebab kanser

    AINUL FARAHANA CHIN LID | .


    Antara rokok elektronik.
    KUALA LUMPUR: Pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap penyakit maut, iaitu kanser.

    Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata proses pengewapan cecair nikotin, yang dihasilkan daripada rokok elektronik, akan disedut pengguna dan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

    Beliau berkata asid tersebut merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia.

    "Lagipun, kita tak boleh guna cecair nikotin walaupun sukatannya sedikit kerana dikhuatiri hasil resapannya ke dalam darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.

    "Malahan nikotin yang diwapkan itu sama dengan asid nitrik yang boleh menyebabkan kanser," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

    Dr Dalilah mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang menasihati pengguna shisha dan vapor supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

    Kementerian itu kini sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik itu.

    Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj menyokong cadangan kerajaan itu dan alasan pengguna untuk berjimat daripada membeli batang rokok adalah tidak wajar.

    "Kita seharusnya melihat gejala ini dari segi kesihatan dan bukannya kos. Kalau nak berjimat tetapi kesihatan diabaikan, jika sakit sudah tentu akan memakan kos yang lebih tinggi," katanya.

    Dalam pada itu, hasil tinjauan Bernama hari ini di sekitar Kampung Baru, di sini mendapati, rata-rata mereka tidak akan berhenti menggunakan vapor selagi keputusan kajian belum dikeluarkan.

    Seorang Pegawai Perhubungan Awam dari Shah Alam, Saiful Hazim Abdul Razak, 29, ketika ditemui di sini berkata beliau tidak akan berhenti menggunakan vapor walaupun mengetahui terdapat bahan yang berbahaya di dalam vapornya.

    Beliau menggunakan rokok elektronik jenis 'Mod Zero Geeco' yang dibeli secara dalam talian pada harga RM120.

    "Saya tidak akan berhenti, lagipun saya hisap vape ini sesekali sahaja kerana saya bukan perokok tegar. Pada pandangan saya ia sebenarnya lebih selamat berbanding rokok biasa," katanya yang menggemari perisa 'sirap bandung'.

    Seorang juruteknik dari Manjung, Perak, Syafiq Ali, 24, yang merupakan perokok tegar turut tidak mahu berhenti walaupun beliau tidak terlalu ketagih dengan vapor kerana katanya ia tidak memberi kepuasan berbanding rokok biasa.

    Beliau mula menjadi perokok sejak di bangku sekolah, kini sanggup membelanjakan RM500 untuk membeli vapor hanya kerana mahu mengikuti trend terbaharu.

    Dalam pada itu, vapor juga dijadikan alasan untuk berhenti merokok bagi Mohd Luqman Hashim, 26, dari Cheras.

    "Saya sudah lima bulan berhenti merokok sejak menggunakan vape ini. Bagi saya vape lebih selamat berbanding rokok," katanya. - Bernama

    Sumber HD - 14-8-2015

    8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah

    Posted on Thursday, August 13 @ 10:53:45 MYT by paktam

    Tidak semua suri RUMAH gemar menggunakan racun serangga untuk menghalau semut dirumah terutama bagi yang masih mempunyai anak kecil kerana bimbang anak akan memakan atau memegang racun tersebut.

    Kami bawakan 8 bahan semulajadi berikut yang selamat ditabur di sekitar rumah dan tidak merbahaya kepada anak kecil.


    1. Cuka

    Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang RUMAH. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.

    2. Air sabun basuh

    Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.

    3. Kapur tulis

    Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

    4. Bedak bayi

    Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

    5. Perahan air limau nipis

    Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

    6. Serbuk kopi

    Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.

    7. Tepung Jagung

    Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak MAMPU mencernanya dan akhirnya semut akan mati.

    8. Garam

    Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.

    Sumber : guablog.com

    Sumber DD - 13-8-2015













































    Susu lembu jadikan bayi pemarah, IBCLC tuntut penjelasan 
    TV3

    Posted on Tuesday, August 11 @ 14:13:07 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




    Perunding Laktasi Malaysia (IBCLC) menuntut penjelasan penerbit rancangan TV3 mengenai program yang menimbulkan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan susu lembu menyebabkan bayi membesar menjadi orang pemarah.

    Lembaga perunding bertauliah itu berkata, ibu yang memberikan susu formula kepada bayi mereka tidak boleh dipersalahkan kerana terdapat 2-6% wanita di dunia tidak dapat menghasilkan susu ibu untuk bayi mereka.

    "Pihak kami sudah menghantar emel rasmi mengemukakan kenyataan di atas kepada pihak penerbit pada Sabtu lalu dan sehingga kini kami masih menunggu respons daripada pihak penerbit.

    "Kami amat berharap penerbit sesebuah rancangan dapat meneliti fakta yang akan disampaikan penceramah/penyampai sebelum rancangan tersebut ditayangkan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat.

    "Pihak kami masih mengharapkan penjelasan wajar daripada pihak penerbit mengenai hal ini dan terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut," kata 13 doktor dan wakil IBCLC dalam satu kenyataan bersama.

    Fiqh Wanita, rancangan yang disiarkan di TV3 pada Jumaat lalu mengundang personaliti agama Fatimah Syarha bagi membincangkan hikmah penyusuan ibu namun pandangannya hangat diperdebatkan di media sosial.

    Fatimah mendakwa ibu yang memberikan susu lembu akan menjadikan bayi mereka mewarisi sikap lembu membesar menjadi seorang yang pemarah.

    "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi.

    "Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah," katanya berdasarkan sari kata rancangan itu yang viral di Internet.

    IBCLC berkata terdapat beberapa fakta yang diutarakan oleh Fatimah kurang tepat dan bercanggah dengan ilmu perubatan/sains dan ilmu penyusuan susu ibu secara spesifik.

    Katanya, antara fakta kurang tepat lain ialah tidak memberi susu ibu, anak tidak cukup antibodi, boleh jadi lumpuh; penyusuan payudara kanan dan kiri untuk memberi nasi dan air serta jika payudara berasa sakit seperti digigit tandanya bayi memberi isyarat ibu perlu mencari makanan yang baik.

    "Fakta yang kurang tepat ini mendapat liputan meluas di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi negatif serta ditakuti akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat.
    "Masyarakat tidak sepatutnya memandang rendah terhadap keupayaan ibu ini mahupun menghukum mereka kerana tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

    "Apatah lagi melabel ibu atau bayi yang terlibat dan mengaitkan mereka atau sifat dan perilaku mereka dengan haiwan sumber susuan alternatif," katanya.

    Lembaga itu berkata walaupun susu ibu memberikan antibodi dan imunisasi tambahan kepada bayi tetapi ia tidak bermakna bayi yang tidak mendapat susu ibu tidak cukup antibodi dan berisiko menjadi lumpuh.

    Katanya, walaupun ibu tidak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya dan terpaksa dicampur dengan susu formula, ia tetap satu kebaikan dan kejayaan ibu tersebut kepada anak mereka.

    "Sempena minggu penyusuan ibu, marilah kita sama-sama mengambil momentum ini untuk melindungi penyusuan ibu daripada promosi tidak beretika bahan gantian penyusuan ibu.

    "Dan perkara yang dapat menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap amalan penyusuan ibu.
    "Semoga masyarakat berlapang dada dalam hal ini dan mengambil iktibar daripada kejadian yang sudah berlaku," katanya.

    Sumber TKO - 11-8-2015

    Kencing tikus: Bukan dari air tebu di bazar 

    Ramadan














































    HARAKAHDAILY | .



    KUALA LUMPUR: Hasil daripada pemantauan mendapati, sehingga kini tiada kes tambahan atau kluster dilaporkan berhubung kejadian risiko mendapat jangkitan leptospirosis melalui meminum air tebu yang dibeli di bazar Ramadan pada 23 Jun 2015.

    Demikian penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, sebagaimana di bawah.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada gambar/isu yang tersebar secara meluas (viral) di media sosial berkenaan pesakit leptospirosis di sebuah pusat perubatan yang telah dikaitkan dengan meminum air tebu daripada bazar Ramadan.

    Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin memaklumkan bahawa ianya salah daripada segi privacy dan confidentiality untuk mengedar gambar pesakit dan keadaan kesihatan pesakit tanpa kebenaran beliau.

    Oleh kerana situasi ini telah berlaku, KKM telah pun mendapatkan kebenaran daripada keluarga pesakit bagi menjelaskan keadaan beliau.

    Pesakit dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada 26 Jun 2015 setelah mengalami demam selama tiga (3) hari, pening kepala, sakit perut, muntah dan cirit–birit. Berdasarkan tanda–tanda klinikal, pesakit disyaki mendapat jangkitan leptospirosis. Namun begitu, keputusan ujian makmal masih belum diperolehi (pending).

    Siasatan lanjut berhubung punca jangkitan mendapati pesakit berkemungkinan dijangkiti leptospirosis ketika melakukan aktiviti rekreasi dan mandi di Latar Lembek Felda Tersang, Raub, Pahang bersama rakannya pada 13 dan 14 Jun 2015. Dimaklumkan, terdapat antara rakannya juga mengalami gejala demam dan sakit sendi.

    Namun begitu, kesemua rakannya telah pun sihat pada masa kini. Siasatan sedang dijalankan dan tindakan kawalan serta pencegahan sedang dilaksanakan berhubung risiko kemungkinan jangkitan leptospirosis di Latar Lembek Felda Tersang, Raub, Pahang.

    Dimaklumkan bahawa, kes yang disyaki leptospirosis tersebut tiada kaitan dengan meminum air tebu. Ini kerana kesemua rakan yang berkongsi air tebu dengan kes yang disyaki leptospirosis tersebut berada dalam keadaan sihat.

    Hasil daripada pemantauan juga mendapati, sehingga kini tiada kes tambahan atau kluster dilaporkan berhubung kejadian risiko mendapat jangkitan leptospirosis melalui meminum air tebu yang dibeli di bazar Ramadan pada 23 Jun 2015.

    Semua pihak media dan orang ramai adalah diminta agar tidak mengganggu dan memberi ruang privasi kepada ahli keluarga serta pesakit agar rawatan dapat diberikan dengan sempurna.

    Leptospirosis adalah suatu penyakit berjangkit daripada haiwan yang dijangkiti oleh bakteria Leptospira kepada manusia (penyakit zoonotik).

    Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada makanan, air atau tanah yang telah dicemari air kencing haiwan terjangkit (haiwan pembawa). Bakteria ini boleh dijangkiti melalui pengambilan makanan/minuman tercemar atau memasuki tubuh manusia melalui luka/kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan mukosa mulut yang bersentuhan dengan air atau persekitaran tercemar.

    Penyakit Leptospirosis berlaku di seluruh dunia dan adalah endemik (boleh dijumpai di merata tempat) di negara-negara beriklim tropika. Kejadian leptospirosis dilaporkan berlaku dari masa ke semasa di negara-negara tersebut termasuk Malaysia. Gejala atau tanda-tanda penyakit leptospirosis antaranya ialah demam, sakit kepala, sakit badan, sakit sendi, batuk, loya, muntah, sakit perut, radang selaput mata dan jaundis.

    Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelak dijangkiti penyakit leptospirosis:

    Memilih premis makanan yang bersih dan elakkan daripada mengunjungi mana-mana premis makanan yang kotor;

    Menjaga kebersihan persekitaran rumah, premis makanan dan tempat rekreasi agar bebas daripada tikus dan haiwan perosak yang lain. Sampah dan sisa makanan dibuang secara sempurna;

    Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun;

    Elakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tempat yang kotor seperti berkelah dan berenang di kawasan/kolam/sungai yang kotor. Elakkan daripada berenang atau bermain air di kawasan air bertakung atau aliran air/sungai yang perlahan;

    Elakkan daripada minum air sungai/kolam yang tidak dimasak;

    Bagi orang awam yang terdedah kepada risiko penyakit leptospirosis melalui pekerjaan dan aktiviti rekreasi supaya mengambil langkah-langkah berikut;

    Memakai pakaian perlindungan yang kalis air seperti but getah dan sarung tangan;
    Menutup luka-luka kulit dengan balutan yang kalis air;

    Mencuci dengan air bersih selepas pendedahan; dan
    Mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala penyakit. - HARAKAHDAILY 30/6/2015

    Sumber HD - 30-6-2015

    Panas: Manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka

    SYED IYLIA HARIZ AL QADRI SYED IZMAN | .


    KUALA LUMPUR: Ketika musim panas di bulan Ramadan ini, manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka untuk mengembalikan suhu badan ke paras normal, kata Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman.

    Ridzoni berkata air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek (riboflavin) yang bertujuan mengawal tekanan darah, meredakan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

    Katanya, air kelapa muda juga mengandungi elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang setelah seharian berpuasa.

    "Selain air kelapa muda bertindak melegakan dahaga pada bulan puasa ini, air kelapa tersebut juga memberi manfaat sendiri bagi tubuh kita.

    "Lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula, beli sebiji kelapa yang belum dipotong dan minum air kelapa yang segar," katanya kepada Bernama, Isnin.

    Ridzoni turut menjelaskan di samping meminum air kelapa ketika berbuka, minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini.

    Katanya, air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah), berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.

    "Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah," katanya.

    Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, Ridzoni turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan diri dengan baik kerana kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh badan menghadapi masalah ekoran 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

    Di samping itu, Ridzoni turut menegaskan agar orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi, teh ataupun minuman yang mengandungi kafeina yang tinggi pada bulan puasa kerana minuman itu memberi kesan diuretik.

    Kopi dan teh akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya. - Bernama

    Sumber HD - 29-6-2015












































    Nasihat Berguna Kepada Pesakit Kencing Manis

    Oleh: Dr Suhazeli bin Abdullah

    Secara am, pesakit-pesakit Kencing Manis yang berpuasa mempunyai risiko-risiko tertentu terutamanya mereka yang tidak mengawal Kencing Manis mereka semasa sebelum puasa dan tidak mengamalkan pemakanan yang sepatutnya.

    Antara risikonya – hypoglycaemia (Kekurangan paras gula dalam darah), hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi), dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan) dan boleh membawa koma.

    Ini adalah kesan sampingan yang biasa berlaku kepada Pesakit Kencing Manis yang tidak mengikut arahan pemakanan ubat dan tidak mengawal tabiat pemakanan mereka atau bagi mereka yang telalu ketat pantang pemakanan.

    Tugas pengamal perubatan adalah memberi penerangan yang secukupnya kepada pesakit Kencing manis ini mengenai resiko yang akan berlaku. Nasihat secara individu adalah terlebih baik dari secara kumpulan kerana tabiat pemakanan seseorang berbeza dengan seseorang yang lain.

    Bagaimanapun, lazimnya pesakit-pesakit ini akan cuba juga berpuasa, apatah lagi Ramadhan setahun sekali. Apa lagi kalau sebelum Ramadhan mereka merasa sihat wal’afiat. Apa pun nasihat yang diberi, keputusan pastinya terletak di tangan pesakit ini sendiri.

    Jika keputusannya nak berpuasa, mereka hendaklah dinasihatkan pula bagaimana untuk mengurangkan berlakunya risiko-risiko itu, bagaimana untuk mengawal keadaan fizikal dan paras gula dalam darah mereka. Mereka juga dinasihatkan juga belajar cara-cara pemakanan dan aktiviti harian, pengubahsuaian ubat, dan apa tindakan jika terjadinya komplikasi itu.

    Memandangkan berpuasa adalah suatu tanggungjawab agama, elok jika istilah darurat atau tidak darurat untuk berpuasa tidak digunakan. Perkataan yang terbaik digunakan kepada Pesakit Kencing Manis ialah puasa dengan risiko tinggi, risiko sederhana, dan risiko rendah.

    Antara mereka yang berisiko amat tinggi untuk berpuasa (very high risk) ialah:

    1. Berlaku Hypoglycaemia (Kekurangan gula dalam darah) teruk dalam masa 3 bulan lepas,
    2. Hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi) berulang-kali, paras gula yang tidak terkawal berterusan dalam masa 3 bulan lepas.
    3. Mengalami koma akibat dari paras gula yang melampau dalam 3 bulan terdahulu,
    4. Pesakit Kencing Manis Jenis 1,
    5. Mengalami penyakit jangkitan semasa seperti jangkitan paru-paru, kaki bernanah atau atau mendapat serangan sakit jantung.
    6. Perempuan hamil
    7. Pesakit buah pinggang yang menjalani Rawatan dialisis.

    Mereka yang berisiko tinggi (high risk) pula adalah

    1. hyperglycaemia (Paras gula dalam darah yang tinggi) sederhana (Bacaan HBA1c 7.5-9.0%). Sila bertemu Pegawai perubatan untuk mengetahui paras HBA1c anda,
    2. Pesakit yang mempunyai kegagalan buah pinggang,
    3. Pesakit bersendirian di rumah terutamanya yang memerlukan suntikan insulin,
    4. Pesakit warga emas yang mempunyai masalah kesihatan lain.
    5. Pesakit yang telah mendapat Komplikasi Kencing manis seperti Angin Ahmar atau serangan jantung.

    Mereka yang berisiko sederhana adalah:

    1. Pesakit yang terkawal paras gula dalam darahnya.
    2. Pesakit yang mengambil suntikan insulin ‘Short-acting’ seperti Humulin R, novonorm.

    Mereka yang berisiko rendah pula adalah

    1. Pesakit senantiasa mengawal paras gula dalam darahnya, juga mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi pesakit kencing manis.

    2. Tidak mempunyai masalah sampingan seperti kegagalan buah pinggang atau angina ahmar.
    Biasanya mereka yang dalam kategori berisiko rendah boleh berpuasa tanpa mempunyai banyak masalah yang besar. Bagi kategori sederhana boleh berpuasa dengan pemantauan rapi dari doktor. Manakala kategori berisiko amat tinggi dan tinggi dinasihatkan tidak berpuasa.

    Yang penting bagi mereka ialah perlu sedar dengan keadaan fizikal mereka sendiri. Pesakit yang senang memahami nasihat doktor boleh diajar menyukat paras gula mereka sendiri di rumah.

    Beberapa nasihat umum kepada Pesakit Kencing Manis ialah:

    1. banyakkan minum air,
    2. lewatkan waktu sahur,
    3. senaman yang berpatutan (tarawih kira senaman juga) dan
    4. berbuka jika ada tanda-tanda hypoglycaemia (paras gula rendah)
    5. Berjumpa dengan doktor untuk melakukan sedikit pengubahsuaian cara memakan ubat semasa berpuasa. Contohnya jika Pesakit mengambil ubat tiga kali sehari, boleh di ubahsuai kepada dua kali dengan panduan yang akan diterangkan oleh doktor.

    ***Dr Suhazeli bin Abdullah adalah Pakar Perubatan Keluarga

    Sumber BO - 25-6-2015

    5 pasar awam KL kritikal dengan pembiakan tikus

    FATIN NABIHAH MARZUKI DAN NUR HAFIZAH TAN | .

    KUALA LUMPUR: Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit antara lima lokasi pasar awam di ibu negara yang dilabel sebagai tempat pembiakan tikus dan dikhuatiri boleh terdedah kepada risiko penyakit pembawa maut, Leptospirosis atau kencing tikus. 

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mariappan Chinniah berkata tiga lagi pasar awam terbabit ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.

    "Kami jalankan operasi menangkap tikus (di pasar-pasar itu) lima kali seminggu dan sehari kami guna lebih 50 perangkap tikus dan kebiasaannya penuh," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

    Mariappan berkata dalam tempoh sebulan, pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 ekor tikus di kelima-lima pasar tersebut dengan purata tangkapan sehari di setiap pasar boleh mencecah sehingga 50 ekor tikus.

    Jumlah itu, katanya tidak pernah berubah lebih lima tahun lalu.

    Malah, katanya, pasar-pasar ini juga didapati merupakan tempat sarang tikus membiak dengan wujudnya berpuluh-puluh lubang tikus yang aktif dikesan.

    Mariappan berkata populasi tikus lebih aktif di kawasan pasar dan bukannya di rumah kediaman, lebih-lebih lagi di pasar yang persekitarannya tidak terurus dan kotor.

    "Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kehadiran tikus yang banyak di pasar ialah air, sisa makanan serta tempat perlindungan seperti lubang yang dibuat di dalam longkang," katanya.

    Wartawan Bernama yang mengikuti operasi Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKL menangkap tikus di Pasar Pudu pada Jumaat lepas terkejut apabila dalam tempoh kurang lima minit selepas perangkap yang diletakkan dengan umpan isi kelapa, tujuh ekor tikus berwarna perang dan bersaiz sederhana masuk jerat.

    Persekitaran Pasar Pudu begitu kotor sekali dengan usus dan perut ayam bersepah di atas lantai manakala longkang yang menyalurkan air dari dalam pasar ke luar tersumbat akibat dipenuhi dengan organ dan darah ayam.

    Tikus juga kelihatan berlari-lari di lantai pasar, dan mengikut anggaran kepadatan tikus, situasi tersebut menunjukkan bilangan tikus yang mungkin terdapat dalam lokaliti tersebut lebih daripada 1,000 ekor.

    Operasi berlangsung kira-kira tiga jam itu berjaya memerangkap lebih 30 ekor tikus pelbagai saiz.

    Mariappan berkata DBKL kerap menjalankan operasi kawalan tikus untuk menjadikan kawasan ini sifar tikus tetapi semuanya bergantung kepada sikap peniaga dan penjaja sendiri.

    "Sistem pelupusan sampah sepatutnya dilakukan dengan betul dan teratur contohnya menggunakan tong sampah bertutup serta membuang sampah di dalam tong, bukannya di tepi tong sampah," katanya.

    Beliau turut menjelaskan operasi kawalan tikus di kawasan pasar merupakan tugas yang paling sukar kerana penggunaan racun tikus tidak boleh dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada makanan yang dijual.

    Berdasarkan statistik tangkapan tikus Unit Kawalan Pest DBKL tahun lepas, sebanyak 54,370 tikus telah berjaya ditangkap.

    Namun dari Januari hingga Mei tahun ini, jumlah tangkapan tikus adalah paling tinggi iaitu sebanyak 13,294 ekor berbanding tahun lepas kurang daripada 12,000 ekor, dalam tempoh yang sama. - Bernama

    Sumber HD - 21-6-2015























































































    Penjelasan KP Kesihatan dakwaan durian 

    tercemar

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengambil maklum dakwaan buah durian yang dicelup dengan sejenis bahan kimia beracun yang didakwa boleh membahayakan kesihatan seperti yang menjadi viral melalui ”whatsApp” dan juga disiarkan dalam media sejak kebelakangan ini.

    Demikian penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman facebook, semalam.

    Bahan kimia yang digunakan dikatakan boleh memanjangkan jangka hayat serta memelihara kesegaran buah durian berkenaan sebelum dijual di pasaran.

    Menurutnya, Kementerian Kesihatan memandang serius isu ini. Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Katanya, Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan serta yang diimport bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

    Sehingga kini, jelas beliau hasil pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas durian di pasaran tempatan termasuk yang diimport mendapati bahawa tiada sampel yang dikesan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

    "KKM berharap dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat," ujarnya.

    Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. - HARAKAHDAILY 2/6/2015

    Sumber HD - 2-6-2015

    Prostate Cancer Risk Linked to Baldness




    Men who are losing their hair due to male pattern baldness may be at increased risk of dying from prostate cancer, a new study suggests. Researchers analyzed information from more than 4,000 U.S. men ages 25 to 74, who were assessed by a dermatologist and categorized has having no balding, or minimal, moderate or severe balding. Men with any degree of balding were 56 percent more likely to die from prostate cancer over a 21-year period, compared with men who were not losing their hair. What's more, those with moderate balding were 83 percent more likely to die from prostate cancer, compared to those with no balding. The findings support the hypothesis that a shared biological process influences both balding and prostate cancer, the researchers said. One theory is that high levels of male hormones (such as testosterone) play a role in both conditions. Men with male pattern baldness have been found to have higher levels of male hormones, and these hormones also fuel the growth of prostate cancer cells. However, it's too soon to make any recommendations about screening men for prostate cancer based on the findings, said study author Cindy Zhou, a postdoctoral fellow at the National Cancer Institute. 
    "We still need future studies to replicate what we observed," Zhou said. [10 Do's and Don'ts to Reduce Your Risk of CancerIf the findings are confirmed, male pattern baldness might be used as one indicator of a man's risk of developing prostate cancer, which could help scientists determine which men should undergo prostate cancer screening, the researchers said. However, studies would first need to show that taking a man's baldness into account actually improves researchers' ability to predict the man's prostate cancer risk, above and beyond what can be predicted using current risk factors, Zhou said. An earlier study found that men who start to bald in their 20s were at higher risk for prostate cancer than men who don't start to lose their hair until later, but the new study found a link between balding and fatal prostate cancer regardless of age. Interestingly, the new study did not find a link between severe balding and an increased risk of fatal prostate cancer. This could be because there were few men in the study with severe balding, which limited the ability of the study to detect a link, Zhou said. The study was presented this week at the American Association for Cancer Research meeting in Philadelphia.       

    Sumber HD - 27-4-2015



    IKN NAFI ADA KAITAN PENYEBARAN KETUM ANTIKANSER - IKN



    INSTITUT KANSER NEGARA PUTRAJAYA


    http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34369-ikn-nafi-ada-kaitan-penyebaran-ketum-antikanser

    Sumber HD - 16-3-2015

    5 Penyakit Yang Boleh Anda Dapat Berpunca Dari Mee Segera
    Posted on Saturday, March 14 @ 11:00:00 MYT

    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



    Kami akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap maggi yang anda makan.

    Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.

    Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.

    1. Masalah Penghadaman

    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1157


    Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

    2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi

    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1154


    Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.

    Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

    3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati

    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1156


    Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

    Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

    4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan

    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1155


    Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

    5. Tekanan Darah Tinggi

    5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1159


    Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

    Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

    Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.


    Sumber TKO - 14-3-2015


    PETUA MENCEGAH STROKE DAN ANGIN AHMAR






    http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34239-petua-mencegah-stroke-dan-angin-ahmar

    Sumber HD - 9-3-2015


    ANTARA PENYAKIT PUNCA WANITA 40 TAUN KE ATAS MENINGGAL - DR J. THANEEMALAI



    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34216-antara-penyakit-punca-wanita-40-tahun-ke-atas-meninggal

    Sumber HD - 7-3-2015


    H1N1 : DAPATKAN RAWATAN JIKA TERDAPAT GEJALA PENYAKIT - KKM


    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34108-h1n1-dapatkan-rawatan-jika-terdapat-gejala-penyakit

    Sumber HD - 1-3-2015


    1/3 RAKYAT M'SIA HIDAP DARAH TINGGI TERLEBIH MAKAN GARAM - KKM


    DR FEISUL IDZWAN - KETUA PENOLONG PENAGARAH KANAN BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT

    http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33754-1-3-rakyat-m-sia-hidap-darah-tinggi-terlebih-makan-garam

    Sumber HD - 9-2-2015



    80 % MADU YANG ADA DALAM PASARAN ADALAH PALSU - PENGGUNA

    Sumber Asal - http://tranungkite.net




    http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33663-80-madu-yang-ada-dalam-pasaran-adalah-palsu

    Sumber HD - 5-2-2015


    KENA SAMAN SEBAB HISAP ROKOK SAMBIL MEMANDU - NAZRI DOLLAH

    blog berkaitan - http://www.utaranews.com

    http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/33517-kena-saman-sebab-hisap-rokok-sambil-memandu

    Sumber HD - 28-1-2015


    SAKIT GASTRIK, BAHU BERISIKO HIDAP SAKIT JANTUNG - DR LIEW CHEE TAT


    DR LIEW CHEE TAT - PERUNDING KARDIOLOGI INTERVENSI HOSPITAL PENANG

    http://www.harakahdaily.net/index.php/sihat/33442-sakit-gastrik-bahu-berisiko-hidap-sakit-jantung

    Sumber HD - 24-1-2014












































    Satu lagi kes kencing tikus dilapor di Kedah

    BERNAMA | .

    ALOR SETAR: Satu lagi kes jangkitan kencing tikus dilapor di Kuala Nerang.

    Ia melibatkan pelajar yang baru mengambil keputusan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Fahmi Abd Razak, 15, dari Kampung Kubu, Kuala Nerang yang dilapor berada dalam keadaan kritikal yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi semalam akibat demam sejak seminggu lepas.

    Difahamkan sebelum itu Fahmi dan beberapa rakannya telah pergi untuk mandi dan membasuh motosikal mereka di Sungai Perik, Kampung Perik.

    Kakaknya Rahimah Abd Razak, 25, berkata sebelum dibawa ke hospital, adiknya sempat mengambil keputusan PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang pada pagi Isnin walaupun dia dalam keadaan tidak sihat.

    "Pagi Isnin dia pergi ambik keputusan PT3 sebelum dia balik ke rumah dan minta ubat dan masuk ke dalam bilik untuk tidur. Kami sekeluarga tak sempat pun nak tengok keputusan peperiksaannya.

    "Pada pukul 10 malam, ayah bawa dia ke Hospital Kuala Nerang kerana mata dia menjadi kuning dan kemudian dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 2.30 pagi semalam," katanya kepada pemberita hari ini.

    Rahimah berkata di HSB adiknya disahkan mengalami jangkitan kencing tikus.

    Beliau berkata doktor memberitahu berlaku pendarahan pada paru-paru adiknya.

    Bapa mangsa Abd Razak Man, 49, berkata beliau sebelum ini melarang anaknya mandi sungai.
    Namun beliau berkata sungai tersebut yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya kelihatan bersih.

    Awal bulan ini, seorang kanak-kanak dari Bukit Pinang dekat sini meninggal dunia disyaki akibat dijangkiti kencing tikus setelah mandi di sebuah pusat rekreasi di Yan.

    Ibu dan dua adiknya turut dijangkiti kencing tikus. - Bernama

    Sumber HD - 24-12-2014












































    3 beradik, seorang mati dijangkiti virus kencing tikus

    BERNAMA | .

    ALOR SETAR: Hasil ujian makmal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur mengesahkan tiga beradik, seorang daripadanya meninggal dunia 5 Dis lalu, dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

    Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, sampel darah ketiga-tiga beradik itu dihantar ke makmal IMR untuk pengesahan setelah mereka didapati demam hingga seorang daripada mereka maut selepas mengunjungi pusat rekreasi Salak Denai Chalet di Yan pada 20 Nov lalu.

    "Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga beradik seorang daripadanya meninggal dunia pada 5 Disember lalu, dua adiknya dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 6 Disember lalu," katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

    Pada 5 Dis lalu, Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8, meninggal dunia di HSB manakala dua adiknya, Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 2, dimasukkan ke HSB kerana disyaki dijangkiti virus kencing tikus.

    Dr Norhizan berkata satu pasukan kawalan penyakit dan jurutera Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bersama-sama Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Pegawai Daerah Yan dan pegawai Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah melakukan pemeriksaan di chalet berkenaan pada Rabu.

    Hasil perbincangan dengan pengusaha chalet itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melalui Pejabat Kesihatan Daerah Yan telah menutup serta merta chalet berkenaan, katanya.

    Dr Norhizan berkata ini kerana pemeriksaan mendapati ketiga-tiga beradik yang disahkan dijangkiti leptospirosis itu telah mandi di dalam kolam di chalet berkenaan yang mendapat sumber air terus daripada Sungai Yan Besar.

    "Pihak kejuruteraan Jabatan Kesihatan negeri Kedah bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah akan membantu pengusaha chalet untuk mengkaji semula pengurusan kolam berkenaan dari aspek pengurusan risiko bertujuan mengurangkan risiko jangkitan leptospirosis dengan memastikan air bagi kolam-kolam berkenaan menjalani proses pengklorinan," katanya.

    Beliau berkata chalet berkenaan akan hanya dibuka semula sekiranya pengusaha mematuhi cadangan sistem pengklorinan yang dipersetujui.

    Sementara itu, Dr Norhizan berkata Nur Syazana dan adiknya Zaharah Alisa yang masih mendapat rawatan Pakar Kanak-Kanak HSB, menunjukkan perkembangan positif dan semakin pulih.
    Beliau berkata, ibu bapa ketiga-tiga beradik itu yang mengalami demam turut mendapat rawatan sebagai kes pesakit luar di HSB.

    "Kedua-duanya (ibu bapa) dalam keadaan yang stabil dan tidak perlu dimasukkan ke wad. Rawatan antibiotik turut diberikan berdasarkan ujian awal makmal menunjukkan kemungkinan dijangkiti leptospirosis dan sampel darah mereka juga telah dihantar untuk pengesahan," katanya. - Bernama


    Segera rawat jika alami alahan kena 'rumpai miang Mexico'

    HARAKAHDAILY | .


    KUALA LUMPUR: Mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah dengan 'rumpai miang Mexico', segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

    Mereka juga perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan yang merawat berkaitan sejarah pendedahan terhadap rumpai tersebut.

    Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menasihati orang awam supaya mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh dengan rumpai itu.
    Berikut kenyataan penuh beliau.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada keratan akhbar The Star bertarikh 09 Disember 2014 yang melaporkan kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan di kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah.

    Laporan tersebut menyatakan kemungkinan kejadian tersebut adalah berkaitan dengan 'rumpai miang Mexico (parthenium hysterophorus)'.

    Untuk makluman, 'rumpai miang Mexico' adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia, Afrika dan Australia. Rumpai ini dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan yang teruk kepada ekosistem semulajadi, sektor pertanian dan ternakan serta menyebabkan alahan kepada manusia.

    Bahan kimia yang terdapat pada rumpai miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenalpasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.
    Golongan yang berisiko adalah mereka yang terdedah secara langsung dengan 'rumpai miang Mexico' terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.

    Gejala daripada tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selsema dan asma.

    Berdasarkan maklumat terkini, didapati tiada peningkatan tren pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan dari fasiliti kesihatan di negeri-negeri yang terlibat seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

    Sehubungan itu, KKM ingin menasihati orang awam supaya mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh (contact) dengan 'rumpai miang Mexico'.

    Adalah dinasihatkan juga, mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah dengan rumpai ini, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan memaklumkan kepada pengamal perubatan yang merawat berkaitan sejarah pendedahan terhadap rumpai tersebut.

    KKM akan memantau situasi kejadian yang melibatkan 'rumpai miang Mexico' ini dan meminta agar kementerian atau agensi yang berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawal atau memusnahkan rumpai atau tumbuhan tersebut yang boleh mengakibatkan kesan kesihatan kepada orang awam. - HARAKAHDAILY 10/12/2014

    Sumber HD - 10-12-2014

    2.6 juta rakyat M'sia menghidap diabetes tahun ini

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam.

    Masyarakat, katanya, perlu memandang serius masalah itu supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos rawatan penyakit diabetes amat tinggi.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014 di sini.
    - Bernama

    Sumber HD - 15-11-2014












































    Kanak-kanak 9-10 tahun berisiko hidapi Ambliopia

    BERNAMA | .
    IPOH: Kanak-kanak berusia sembilan hingga 10 tahun di negara ini berisiko mendapat masalah Ambliopia atau mata malas, yang merupakan isu kesihatan serius.

    Pakar Mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Datuk Dr Jasvinder Singh berkata mata malas menyebabkan penglihatan kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata.

    Pada masa ini, sebanyak 40 peratus daripada kanak-kanak peringkat usia itu berdepan masalah mata malas.

    "Mata malas berpunca antaranya kerana kanak-kanak berkenaan hanya menggunakan satu mata untuk proses penumpuan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 negeri Perak di HRPB di sini, hari ini.

    Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah hadir merasmikan program sambutan itu yang bertema "No More Avoidable Blindness" (Cegah Kebutaan Boleh Elak) serta menyampaikan cermin mata kepada 10 warga emas dan 20 anak yatim dari Asrama An-Nur Maisarah dan Budi Mulia Nurul Huda.

    Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut setiap Khamis pada minggu kedua Oktober. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebutaaan dan masalah penglihatan.

    Dr Jasvinder, yang juga pengerusi sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 Perak, berkata pemeriksaan mata berkala perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan untuk mengelak risiko masalah mata malas.

    "Mata malas adalah penyakit kekal jika pemeriksaan dan rawatan awal tidak dilakukan," katanya.

    Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua murid supaya menjalani pemeriksaan mata dengan pihak perkhidmatan perubatan kerajaan di sekolah.

    "Jika murid dikesan mempunyai masalah mata malas, dia akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar," jelasnya. - Bernama

    Sumber HD - 14-11-2014

    Petua murah cuci buah pinggang

    http://www.queachmad.com | .

    Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang RM2

    Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.

    Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan.

    Di sinilah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

    Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM1 atau kurang.

    Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar.

    Caranya:

    1. Beli daun parsli/ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang.

    2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.

    3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.

    4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.

    5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.

    6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.

    7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.

    8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini.

    9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

    Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

    Daun-daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

    Cubalah…murahkan rawatan ini, cuma RM1 atau kurang.

    Sumber HD - 6-11-2014












































    Kes denggi meningkat 212% dari Jan hingga 18 Okt

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 18 Okt tahun ini meningkat sebanyak 212 peratus kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kematian sehingga 18 Okt ialah sebanyak 157 berbanding 59 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

    Hasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober, sebanyak 3.99 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai melebihi RM6 juta.

    Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Okt hingga 18 Okt dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu sebelumnya.

    Katanya, terdapat 10 negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. - Bernama

    Sumber HD - 28-10-2014

    Kanser payudara: 60% wanita di peringkat kritikal

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Kurangnya kesedaran mengenai kanser dan kecenderungan mendapatkan rawatan alternatif menyebabkan kanser payudara dalam kalangan 60 peratus wanita mencapai peringkat kritikal.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ramai daripada pesakit memilih rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital tanpa menyedari kanser mereka sudah merebak ke seluruh badan.

    "Faktor lain adalah pesakit kurang kesedaran mengenai pentingnya menjalani ujian saringan dan pengesanan awal kanser payudara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen dan Seminar Kesedaran Kanser Payudara 2014 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pada Isnin.

    Turut hadir Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Ketua Jabatan Pengimejan Diagnostik HKL Dr Zaleha Abdul Manaf.

    Dr Hilmi berkata wanita perlu melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan menjalani ujian mammografi di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi mengurangkan kadar kematian akibat penyakit itu, yang semakin meningkat kini.

    Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak hospital kerajaan dan swasta mengadakan kempen kesedaran kanser payudara bagi membantu golongan wanita mengesan penyakit itu di peringkat awal.

    Sementara itu, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin di Jabatan Pembedahan Am HKL Dr Nor Azham Hakim berkata kebanyakan wanita yang didiagnos dengan kanser payudara tahap kritikal adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun.

    Bagaimanapun, katanya ada juga pesakit yang diserang penyakit itu pada usia lebih muda di Malaysia.

    "Ini berbeza jika dibanding dengan negara-negara barat...ia menjadi kebimbangan kami semua," katanya.

    Menurutnya kes baharu bagi kanser payudara juga meningkat secara konsisten di seluruh negara. - Bernama

    Sumber HD - 27-10-2014












































    Perlu baca ini untuk elak dari penyakit demensia

    http://www.pendapatanda.com | .

    Dalam bahasa biasa, demensia ada juga yang panggil penyakit nyanyuk. Kalau dalam bahasa Indonesia, demensia mereka panggil sebagai Singkat Akal. Rasanya perkataan singkat akal mungkin lebih tepat memandangkan keadaan akal mereka yang mengidapinya mengalami situasi akal yang singkat daripada keupayaan berfikir dengan baik.

    Apakah demensia itu sama dengan gila atau tidak saya tak dapat sahkannya. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, pengidap demensia bukannya gila, mereka dapat berkomunikasi dengan baik seperti orang waras, cumanya keupayaan menghubungkan semua keadaan dengan baik dalam membuat penafsiran adalah lemah.

    Menu mediterranean merupakan antara menu terbaik untuk kesihatan
    Orang gila bukan macam itu. Mereka cakap ikut suka dan mereka jawab segala soalan ikut sedap mulut mereka saja tanpa memahami apa yang mereka cakapkan. Orang yang terkena demensia boleh diajak berbual seperti biasa dan mereka masih mampu menjawab segala soalan dengan baik.

    Jika ditanya maklumat atau fakta-fakta lama seperti umur mereka, umur kawan-kawan mereka yang meninggal dan diajak mengecam siapa-siapa saja yang pernah mereka kenali, akan dapat dijawab dengan tepat tanpa sebarang masalah.

    Punca demensia yang berbagai
    Melalui pembacaan, saya dapati usaha untuk memahami penyakit demensia dan sebab-sebabnya masih giat dikaji. Puncanya kejadian masih tidak dapat sisahkan secara pasti setakat ini. Yang pastinya ia ada kaitan dengan sel-sel otak yang tercedera atau mati yang membuatkan perhubungan aliran maklumat antara sel otak menjadi tersekat.

    Para pakar ada memberikan beberapa sebab yang berkemungkinan membuatkan orang terkena masalah demensia ini dan berikut adalah antara sebab-sebabnya:

    Faktor umur
    Risiko terkena demensia meningkat dengan meningkatnya umur. Jarang kita dengar orang yang berumur 30 tahun ada masalah demensia. Mereka mungkin ada masalah suka lupa, tapi itu masalah lain dan bukannya demensia.

    Bermula dengan umur 65 tahun, faktor terkena demensia mula tinggi. Dikatakan risiko demensia terhadap mereka yang berumur 65 tahun adalah 1 dalam 14.

    Bila umur kita naik kepada 80 tahun, risikonya semakin tinggi lagi. Kemungkinan terkena demensia pada umur begitu adalah 1 dalam 5. Sebab itu mereka yang panjang umur kerap terkena demensia. Lagipun ada dalam Quran mengesahkan bahawa kita bermula daripada keadaan kanak-kanak membesar, tua dan kembali kepada keadaan seperti kanak-kanak semula.

    Jika anda ada pengalaman menjaga pesakit demensia, memang nampak amat ketara sikap mereka yang berubah menjadi sebijik macam kanak-kanak. Perlu banyak bersabar dan sentiasa ingatkan diri bahawa keupayaan mereka menganalisa dan berfikir secara logik tidak seperti keupayaan anda yang muda. Layanlah mereka dengan baik dan kreatif dalam menyelami perasaan mereka.

    Faktor jantina
    Fakta menunjukkan bahawa orang perempuan lebih berisiko tinggi terkena demensia. Memang orang perempuan biasanya panjang umur berbanding orang lelaki, tetapi itu bukanlah fakta sebenar terjadinya keadaan begitu.

    Sebab utama kenapa orang perempuan lebih berisiko terkena demensia tidak dapat diputuskan lagi dengan tepat. Kajaian masih dibuat. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kaum wanita kekurangan hormon oestrogen selepas mengalami menopause. Tapi tindakan menambah hormon pada mereka tidak memberikan apa-apa perubahan

    Faktor genetik
    Umum mengetahui faktor genetik dalam mewariskan berbagai penyakit dalam satu-satu keturunan. Jika ibu bapa anda ada rekod terkena demensia, kemungkinan anda juga bakal mengalami masalah yang sama adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tiada.

    Faktor sejarah perubatan
    Sejarah perubatan juga memainkan peranan penting untuk membuatkan masalah demensia terbina. Jika anda ada masalah kencing manis, masalah darah tinggi dan juga masalah kolestro tinggi dalam darah, anda ada risiko tinggi untuk mengalami demensia.

    Orang yang ada sejarah terkna strok juga ada potensi tinggi untuk mengalami masalah demensia. Malah faktor strok menyumbang risiko yang amat tinggi untuk demensia.

    Orang yang mengalami tekanan dalam hidup atau mengalami kemurungan dalam waktu-waktu kehidupan zaman lalu juga berisiko tinggi untuk menghadapi masalah demensia. Namun begitu hubungan antara tekanan hidup atau kemurungan dengan demensia masih tidak jelas.

    Ada yang kata tekanan hidup dan kemurungan menjadikan orang terkena demensia. Ada juga yang mengatakan disebabkan mereka ada bakat jadi demensia maka mereka mengalami kemurngan dan senang tertekan. mana satu yang betul tidak dapat dipastikan lagi.

    Kalau kepala anda asyik tercedera banyak kali sepanjang hidup, anda juga berisiko tinggi untuk kena demensia. Jadi cuba ingat balik berapa kali anda terhantuk kepala sampai cedera.

    Faktor persekitaran dan gaya hidup
    Ini satu faktor yang sebenarnya merupakan ibu segala masalah penyakit dalam dunia ini. Persekitran yang sihat diikuti dengan gaya hidup yang sihat adalah ubat kepada segala aktiviti mengelakkan dan mencegah penyakit.

    Makan tak tentu hala ikut nafsu, tak bersenam, merokok, mabuk todi, kera sumbang tak kawan dengan orang, tak ada kawan, tak bermasyarakat dengan jiran dan tak ada aktiviti ziarah menziarahi adalah gaya hidup yang boleh merosakkan dan ada bakat untuk terkena demensia.

    Sikap malas menggunakan otak untuk berfikir selesaikan masalah, malas menjawab soalan terselindung, malas membaca buku atau mendapatkan dan belajar ilmu baru dan seupamanya adalah satu lagi gaya otak bebal yang boleh menjadikan anda terkena demensia.

    Amalan membaca Al-Quran
    Mereka yang banyak gunakan otak dalam sebarang aktiviti agar otak sentiasa berfikir dan aktif kurang terkena demensia berbanding mereka yang malas dan asyik manjakan otak. Sebab itu ramai para ustaz sarankan kita sering membaca Quran untuk aktifkan otak.

    Ada yang kata dengan hanya membaca Quran setiap hari sebagai amalan dapat mengelakkan diri anda dari demensia. Tapi saya rasa baca saja tak berapa berkesan untuk latihan otak. Baca dan cuba hafal jika dijadikan sebagai aktiviti rutin adalah jauh lebih bagus.

    Untuk lebih bagus lagi adalah dengan sering baca Quran, sering cuba hafal Quran dan sering hafal sekali dengan maknanya dan seterusnya memikirkan apa yang dikatakan untuk mendapat kefahaman Al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan.

    Mengelakkan diri daripada demensia
    Dengan senarai yang saya sebutkan di atas, anda tentu dapat tangkap mana satu yang anda boleh kawal dan mana satu yang anda tak boleh buat apa-apa. kalau anda tak dapat tangkap dan faham, anda berkemungkinan ada masalah demensia.

    Ada banyak perkara dari segi amalan gaya hidup yang boleh membantu anda elakkan diri daripada Demensia, Insyaallah. Tapi kalau iltizam tak berapa kuat dan masih tak dapat bendung nafsu dan mahu kekalkan juga gaya hidup yang merosakkan, anda tanggung sendiri akibatnya.

    Apa kata anda mulakan hari ini juga untuk berjalan kaki dan keluarkan peluh selama 30 minit sehari setiap hari. Bersenam ada banyak faedahnya dan jangan banyak kasi alasan. sebaliknya cari jalan untuk buat.

    Anda juga boleh mula amalkan puasa Isnin Khamis bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga datangnya malaikat maut mencabut nyawa anda. Puasa banyak mengajar anda erti makan sekadar perlu berbanding makan walaupun tak perlu.

    Apa pendapat ada dalam bab gaya hidup ini? adakah anda amalkan gaya hidup sihat sekarang atau anda ada seribu satu alasan untuk kekalkan gaya hidup tak sihat. Atau anda ada nasihat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat untuk saya dan pembaca lain?

    Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah... fikirkan sedikit, perah otak untuk menulis komen walaupun susah, ini adalah permulaan untuk membuang sikap malas menggunakan otak anda dan moga otak anda terus aktif dan terelak daripada masalah demensia... Insyaallah!

    # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

    Sumber HD - 28-9-2014












































    Berpada-pada apabila makan

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ | .


    Berpada-pada Apabila Makan
    Bolehkah Makan Sehingga Kekenyangan?

    Abu Numair Nawawi B. Subandi
    www.ilmusunnah.com


    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    مَا مَلأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ

    “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 17186. at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

    Sambungan hadis dalam riwayat at-Tirmidzi:

    بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

    “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

    Syarah dan Huraian Hadis:

    Hadis ini menunjukkan celaan terhadap orang yang gemar berlebih-lebihan dalam soal makan, atau celaan terhadap orang yang kekenyangan dan suka memenuhkan perutnya dengan makanan.

    Hadis ini juga turut mengkhabarkan kesan buruk terhadap agama dan tubuh. Kerana makan yang berlebihan mampu menimbulkan pelbagai penyakit dan akan menghalang seseorang dalam menegakkan hukum-hukum Allah.

    Ini adalah petunjuk terbaik bagi seorang manusia dari sebaik-baik manusia bahawa ukuran makanan terbaik untuk diisi ke dalam perut adalah 1/3 penuh. Kapasiti ini mampu meringankan kerja-kerja tapak penghadaman, bermanfaat bagi tubuh, dan mampu menguatkan tubuh serta menjauhkannya dari pelbagai jenis penyakit.

    Terdapat banyak hadis yang mencela seseorang yang makan hingga kekenyangan. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan dua sanad. Salah satunya diriwayatkan dengan sanad marfu’ dan para perawi yang tsiqah, iaitu:

    أكثر الناس شبعا في الدنيا أطولهم جوعا في الآخرة

    “Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2478. At-Tirmidzi menghasankannya, demikian juga al-Albani dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1199. Ash-Shahihah, no. 343)

    Hadis tersebut diucapkan kepada Abu Juhaifah yang pada ketika itu mengeluarkan bunyi sendawa.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    ما ملأت بطني منذ ثلاثين سنة

    “Perutku belum pernah penuh semenjak 30 tahun lalu.”

    Dan ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang hasan:

    أَهْلَ الشَّبَعِ فِي الدُّنْيَا هُمْ أَهْلُ الْجُوعِ فِي الآخِرَةِ

    “Orang-orang yang biasa kekenyangan semasa di dunia, mereka adalah orang-orang yang kelaparan di akhirat.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 11693. Al-Mundziri, al-Bushairi, dan al-Albani juga menghasankannya)

    Ath-Thabrani meriwayatkan dengan sanad yang jayyid bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melihat seorang lelaki yang memiliki perut yang sangat gemuk (boroi), kemudian beliau pun berkata sambil memberikan isyarat dengan jari-jarinya:

    لو كان هذا في غير هذا لكان خيرا لك

    “Sekiranya perutmu tidak seboroi ini, tentulah lebih baik bagimu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 2184. Dinilai dhaif oleh al-Albani)

    Syaikhaan (Imam al-Bukhari dan Muslim) meriwayatkan dengan lafaz yang ringkas sebagaimana berikut:

    إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ وَقَالَ اقْرَءُوا { فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا }
    “Sesungguhnya pada hari kiamat akan datang seorang yang bertubuh amat gemuk, tetai di sisi Allah timbangannya tidaklah lebih berat dari sayap seekor nyamuk. Dan beliau berkata, bacalah: “Kami tidak mengadakan sebarang penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” (Surah al-Kahfi, 18: 105).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4360. Muslim, 4991)

    Dalam sebuah hadis sahih disebutkan:

    كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيلَةٍ

    “Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah. Tetapi jangan boros dan jangan bersikap sombong.” (Ahmad, no. 6695. Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/140. An-Nasaa’i, no. 2559)

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan ath-Thabrani dalam al-Ausath:

    سيكون رجال من أمتي يأكلون ألوان الطعام ويشربون ألوان الشراب ويلبسون ألوان الثياب ويتشدقون في الكلام فأولئك شرار أمتي
    “Kelak akan muncul para lelaki dari kalangan umatku makan dengan pelbagai jenis makanan, minum dengan pelbagai jenis minuman, berpakaian dengan pelbagai jenis pakaian, dan gemar cakap besar. Mereka adalah seburuk-buruk umatku.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, no. 2351. Dinilai hasan oleh al-Albani)

    Luqman pernah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”

    Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.

    Manakala perut yang sentiasa kekenyangan akan menjadikan otak menjadi lembab, menggelapkan hati, banyak menguap, dan otak sering berkhayal. Dan ini boleh menyebabkan tertutupnya fikiran sehingga hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir.

    Di antara faedah diperolehi hasil perut yang lapar adalah seperti melemahnya dorongan hawa nafsu untuk bermaksiat dan mengurangkan dorongan melakukan kerja-kerja yang buruk. Kerana di antara faktor yang memperkuatkan dorongan hawa nafsu dan syahwat itu adalah makanan.

    Dengan meminimakan makan bererti dapat melemahkan dorongan hawa nafsu. Kehidupan yang sejahtera mampu dikecapi oleh seseorang apabila ia mampu mengawal nafsunya. Adapun hasil kehidupan yang buruk akan diperolehi oleh seseorang yang tidak mampu mengawal hawa nafsunya dengan betul.

    Ketika perut lapar maka yang pertama sekali melemah adalah nafsu seks dan keinginan berbicara. Jika perut seseorang sedang lapar maka tidak ada dorongan nafsu dan keinginan untuk berbicara sehingga orang tersebut terhindar dari kesalahan lisan. Dalam keadaan seperti ini, nafsu seks juga akan melemah sehingga orang tersebut terhindar dari perbuatan-perbuatan yang terlarang.

    Di antara faedah yang lain adalah berkurangnya keinginan untuk tidur. Kerana seseorang yang makan dan minum dalam jumlah yang banyak maka tidurnya juga akan semakin lama dan sudah tentu tidur yang banyak tersebut akan menimbulkan kerugian di dunia dan akhirat serta akan terluputlah banyak perkara agama dan dunia yang bermanfaat.

    Di dalam kitab al-Ihyaa’, Imam al-Ghazali menyenaraikan 10 faedah hasil sedikit makan (tidak melampau dalam makan) dan 10 kesan buruk akibat banyak makan. Oleh sebab itu, hendaklah seorang hamba tidak mengamalkan perkara tersebut (mengamalkan banyak makan) kerana akan mendorong dirinya bersikap rakus dan ia akan merasa sukar untuk meninggalkannya.

    Oleh sebab itulah, dari awal perlu dilakukan pencegahan (atau penjagaan),kerana mencegah itu lebih mudah daripada menghilangkan kesan buruk yang telah timbul.

    Sekian ulasan dan komentar Imam ash-Shan’ani rahimahullah dalam Subulus Salam (4/311-312 – al-Maktabah at-Taufiqiyyah).

    Kurang makan Tubuh Menjadi Lemah

    Tubuh manusia memang memerlukan makanan yang bermanfaat dalam kadar yang betul agar tubuh menjadi segar dan boleh bekerja serta beribadah. Tetapi apabila makan terlalu banyak atau berlebih-lebihan dengan kerap, maka kesan yang tidak baik lainnya pula yang mungkin muncul. Demikian juga apabila makan makanan yang tidak baik, maka ia juga menjadi faktor datangnya penyakit.

    Sebab itulah Rasulullah menyarankan melalui sabdanya di atas:

    “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

    Tetapi apabila makan sehingga kenyang itu bukan termasuk amalan kebiasaan atau terjadi pada waktu-waktu yang jarang (kadang-kadang) dan tidak terus-menerus diamalkan, maka insyaAllah tidak mengapa.

    Ini kerana dalam Shahih al-Bukhari sendiri disebutkan bahawa Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu pernah minum susu sehingga beliau berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah, aku sudah tidak memiliki cara untuk terus meminumnya (kerana perut telah penuh).”

    Dalam hadis Anas juga disebutkan bahawa para sahabat makan makanan hasil berkat doa Nabi sehingga kenyang. (Shahih al-Bukhari, no. 3578, 5381, 5450, 6688)

    Juga dalam hadis yang lain, ‘Abdurrahman B. Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu berkata:

    كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثِينَ وَمِائَةً، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَلْ مَعَ أَحَدٍ مِنْكُمْ طَعَامٌ» فَإِذَا مَعَ رَجُلٍ صَاعٌ مِنْ طَعَامٍ أَوْ نَحْوُهُ، فَعُجِنَ، ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ، بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَبَيْعٌ أَمْ عَطِيَّةٌ» أَوْ قَالَ: «هِبَةٌ» قَالَ: لاَ، بَلْ بَيْعٌ، قَالَ: فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً فَصُنِعَتْ، فَأَمَرَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَوَادِ البَطْنِ يُشْوَى، وَايْمُ اللَّهِ، مَا مِنَ الثَّلاَثِينَ وَمِائَةٍ إِلَّا قَدْ حَزَّ لَهُ حُزَّةً مِنْ سَوَادِ بَطْنِهَا، إِنْ كَانَ شَاهِدًا أَعْطَاهَا إِيَّاهُ، وَإِنْ كَانَ غَائِبًا خَبَأَهَا لَهُ، ثُمَّ جَعَلَ فِيهَا قَصْعَتَيْنِ، فَأَكَلْنَا أَجْمَعُونَ وَشَبِعْنَا، وَفَضَلَ فِي القَصْعَتَيْنِ، فَحَمَلْتُهُ عَلَى البَعِيرِ، أَوْ كَمَا قَالَ
    “Kami pernah bersama-sama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (dalam perjalanan) berjumlah seratus tiga puluh orang lalu beliau berkata:

    “Adakah di antara kamu yang memiliki makanan? Jika ada sebanyak satu sha’ makanan atau sejenisnya, maka buatlah adunan.” Kemudian datang seorang musyrik yang berambut panjang lagi kusut-masai membawa kambing yang digiringnya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

    “Adakah kambing ini untuk dijual atau untuk diberi percuma?” Atau Beliau berkata dengan perkataan: “Atau sebagai hadiah?” Orang tersebut menjawab: “Tidak, tapi untuk dijual.”

    Maka Beliau membeli seekor darinya. Lalu kambing tersebut pun dimasak dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar hatinya dibahagi-bahagikan. Demi Allah, tidak ada daripada kami yang berjumlah seratus tiga puluh orang melainkan telah diberikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam potongan jantung dari isi perut kambing tersebut. Jika ada yang hadir di situ, pasti diberi, dan jika tidak tidak ada, disimpan untuknya. Maka ia pun dibuat menjadi dua bekas (atau pinggan), lalu mereka pun makan semuanya dan kami merasa kenyang, dan masih tersisa dua bekas lalu kami bawa di atas unta, atau sebagaimana dikatakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, bab: Sesiapa Makan Hingga Kenyang, no. 5382)

    Ibnu Baththal mengatakan sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H):

    جواز الشبع وأن تركه أحيانا أفضل
    “Hadis-hadis ini menunjukkan dibolehkan makan hingga kenyang walaupun adakalanya tidak kenyang itu lebih afdhal.” (Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 9/528)

    Ath-Thabari berkata:

    غير أن الشبع وأن كان مباحا فإن له حدا ينتهي إليه وما زاد على ذلك فهو سرف والمطلق منه ما أعان الأكل على طاعة ربه ولم يشغله ثقله عن أداء ما وجب عليه
    “Walaupun kenyang itu mubah, tetapi ia memiliki batas dan tidak boleh melampau dari itu. Kenyang yang dibenarkan secara umum adalah yang dapat membantu seseorang untuk melakukan ketaatan kepada Rabb-nya dan beratnya makan tidak menjadikannya lalai dari menunaikan kewajibannya.” (Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 9/528)

    Al-Qurthubi berkata dalam al-Mufham ketika menyebutkan kisah Abu Haitsam, ketika Nabi menyembelihkan seeokor kambing untuknya dan untuk dua orang sahabatnya, mereka pun makan sehingga kenyang. Kata al-Qurthubi, “Di dalam kisah ini terdapat dalil dibolehkan kenyang. Adapun hadis yang melarang kenyang, ia boleh difahami bahawa kenyang yang dilarang tersebut adalah yang memberatkan perut dan menghalang orang untuk melaksanakan ibadah, melahirkan perasaan sombong, angkuh, asyik tidur, dan menjadi malas. Kenyang yang dibenci ini boleh menjadi haram bersesuaian dengan kesan buruk yang ditimbulkannya.” (Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 9/528)

    Kata Imam al-Ghazali rahimahullah, “Peringkat-peringkat kenyang itu ada beberapa jenis. Pertama, kenyang yang menjadi penopang kehidupan. Kedua, kenyang yang bertujuan untuk boleh berpuasa dan berdiri solat. Ketiga, kenyang supaya boleh melaksanakan amalan-amalan sunnah. Keempat, kenyang yang menjadikannya mampu bekerja. Kelima, kenyang yang cukup-cukup memenuhi sepertiga perut, dan ini diharuskan. Keenam, kenyang yang melebihi 1/3 perut sehingga menyebabkan badan menjadi berat dan banyak tidur. Ini dibenci. Ketujuh, kenyang yang melebihi 1/3 perut sehingga membahayakannya, dan ini adalah kenyang yang dilarang dan ianya haram.” (Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 9/528-529)

    Dalam Thibbun Nabawi karya Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H), dijelaskan bahawa pengambilan makanan perlulah pada kadar yang betul. Di antara sebab-sebab timbulnya penyakit adalah:

    1, Mengambil makanan dengan belebihan, pelbagai aneka jenis, dan dari jenis yang sukar untuk dihadam oleh sistem penghadaman.

    2, Mengambil makanan yang banyak sebelum makanan yang dimakan di waktu pertama sempat dihadam atau dicernakan sistem penghadaman.

    3, Makan sehingga melampaui keperluan tubuh.

    Kata Ibnul Qayyim lagi, “Jika seseorang itu mengambil makanan pada kadar yang betul, hanya makan bersesuaian dengan keperluan, serta kuantiti dan kualiti apa yang dimakan itu terjaga pada kadar yang betul, maka tubuh akan mendapat manfaat yang banyak dari hasil makanan tersebut.”

    Kata beliau lagi, “Seseorang itu cukup dengan bebrapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang sulbinya sehingga kekuatannya tidak berkurang dan badannya tidak lemah. Tetapi jika lebih dari itu, hendaklah ia makan paling banyak pun tidak lebih dari 1/3 perutnya. Manakala 1/3 lainnya dibiarkan untuk minuman dan pernafasan. Ini adalah cara makan yang paling bermanfaat untuk badan dan jantung. Sekiranya perut seseorang penuh dengan makanan, maka tempat untuk minuman pun menjadi sempit. Jika tempat tersebut diisi dengan minuman, maka tempat untuk pernafasan menjadi sempit dan ia akan mengalami kepayahan. Ini juga akan menjadi faktor terganggunya fungsi tubuh dan jantung sekaligus membahayakannya.

    Kekenyangan yang melampau akan mengurangkan daya tubuh walaupun ia mungkin menaikkan tubuh badan. Kekuatan tubuh badan yang betul itu sebenarnya terbina hasil dari khasiat (atau gizi) yang diserapnya (dari makanan yang berkualiti), bukan dari banyaknya makan (secara umum).” (Thibbun Nabawi, m/s. 18-19)

    Wallahu a’lam...

    Sumber HD - 8-10-2014












































    Uji loom bands dan perjelaskan kekeliruan

    SM MOHAMED IDRIS | .

    Sejak kebelakangan ini muncul pelbagai laporan yang bercanggah mengenai loom bands (gelung plastik) dan ftalat – sejenis bahan kimia berbahaya yang biasanya terkandung di dalam barangan plastik. Loom bands kini menjadi kegemaran ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

    Oleh itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa bimbang mengenai laporan yang bercanggah mengenai sama ada loom bands selamat atau tidak untuk digunakan.

    Kami percaya adalah penting semua loom bands diuji dan hasil ujian tersebut dihebahkan kepada orang ramai supaya mereka tahu mana yang selamat dan mana yang tidak.

    Produk loom bands mula-mula diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) di bawah jenama Rainbow Loom, di mana ia dengan cepat menjadi kegemaran ramai dan kemudian berkembang ke seluruh dunia.

    Namun begitu, baru-baru ini ia telah diharamkan di United Kingdom apabila dikesan mengandungi ftalat pada paras yang tinggi. Di banyak negara, alat mainan cuma boleh mengandungi 0.1% ftalat tetapi kebanyakan jenama loom bands di pasaran didapati mengandungi antara 40% – 50% ftalat. Harus diingat, loom bands yang mengandungi ftalat pada paras yang tinggi adalah barangan tiruan yang murah.

    Walaupun kerajaan United Kingdom (UK) telah mengharamkan loom bands kerana kandungan ftalat yang tinggi dalam loom bands tiruan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata apa juga risiko keselamatan berhubung loom bands cuma membabitkan kanak-kanak yang mungkin mengunyah dan menghisap loom bands dalam masa yang lama.

    Selanjutnya beliau berkata, tidak ada risiko ancaman bahaya bagi kanak-kanak yang lebih besar mahupun orang dewasa. Malah kita tidak perlu bimbang jika kulit bersentuhan dengan loom bands tersebut.

    Loom bands juga dikatakan tidak perlu diharamkan kerana ia tidak diklasifikasikan sebagai alat mainan di Malaysia tetapi sekadar aksesori atau barang perhiasan tiruan; justeru ibu bapa tidak seharusnya memberikan loom bands kepada anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah.

    Jelaslah faktor keselamatan loom bands kurang dititikberatkan dan perkara ini amat membimbangkan kerana bahan kimia ftalat yang terkandung didalamnya boleh memudaratkan kesihatan jika berada pada kadar yang tinggi di dalam tubuh.

    Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kemungkinan kesan buruk ftalat kepada manusia, dan hasil kajian mendapati beberapa keadaan boleh dikaitkan dengan kehadiran ftalat dalam tubuh. Di antaranya termasuklah obesiti dalam kalangan kanak-kanak, alahan, kerosakan hati dan testis, risiko lebih tinggi diabetes apabila dewasa kelak, berat badan bayi yang rendah, gejala ADHD, kanser payudara dan perkembangan sistem pembiakan lelaki terbantut.

    Ringkasnya, ftalat bersifat karsinogenik, mutagenik dan boleh menyebabkan gangguan endokrin serta pelbagai masalah sistem pembiakan.

    Sewaktu meneliti maklumat yang tidak konsisten ini, terdapat beberapa perkara berbangkit iaitu:

    1. Kebanyakan loom bands yang terdapat di Malaysia sama seperti yang dijual di negara lain, seperti United Kingdom, yang kini telah mengharamkan loom bands. Ia adalah produk tiruan tanpa jenama yang boleh dibeli dengan harga yang murah, dan kecenderungan sesuatu produk yang murah mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya pada paras yang tinggi biasanya amat tinggi.

    2. Pembungkusan kebanyakan loom bands di Malaysia bukan di dalam bahasa tempatan. Produk yang dijual di sini sepatutnya dilabelkan dengan sempurna dalam bahasa tempatan agar pengguna boleh membuat keputusan yang betul jika ingin membelinya. Pembeli seharusnya tahu beberapa perkara tertentu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk, sama ada ia mengandungi bahan alahan, jenis bahan-bahan kimia di dalamnya, sama ada terdapat sebarang amaran yang perlu dipatuhi dan dari negara mana produk itu dihasilkan.

    3. Produk loom bands pada asalnya dicipta dan dipasarkan sebagai alat mainan di AS; justeru itu seluruh dunia mengenali loom bands sebagai alat mainan. Oleh kerana ia dihasilkan sebagai alat mainan, mengapa pula negara kita tidak melabelnya sebagai alat mainan seperti di negara-negara lain? Jika Malaysia melakukan perkara yang sama, loom bands akan berada di bawah Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 dan kekeliruan mengenai keselamatan produk tersebut pasti tidak timbul.

    Sehubungan dengan semua perkara yang dinyatakan tadi, kami ingin menekankan perkara-perkara yang berikut:

    · Kementerian Kesihatan perlu menjalankan ujian ke atas semua produk loom bands di pasaran dan menghebahkan hasil ujian tersebut kepada orang ramai untuk mengelak kekeliruan yang timbul ketika ini.

    · Menarik balik loom bands dari pasaran sehingga ia terbukti selamat untuk digunakan.

    · Memberi amaran kepada ibu bapa dan kanak-kanak supaya tidak membeli loom bands yang sudah siap untuk digunakan atau kit loom bands sehingga status selamat produk berkenaan tidak lagi diragui. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

    Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

    Sumber HD - 24-9-2014

    Cabaran Baldi Ais berisiko kepada penghidap darah tinggi

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

    Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.

    "Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.

    Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.

    "Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air," tambahnya.

    Namun Dr Zaleha berkata Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut. - Bernama

    Sumber HD - 10-9-2014












































    Obesiti: Pelajari jumlah kalori yang diambil

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Jangan salahkan makanan sekiranya anda mengalami masalah obesiti, kata pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

    Beliau berkata pengambilan makanan tanpa menghiraukan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari adalah punca utama permasalahan obesiti yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    Sehubungan itu, orang ramai perlu mempelajari jumlah kalori dalam setiap makanan yang diambil serta mengetahui teknik pengiraan kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

    "Walaupun pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit, namun jika jumlah kalorinya tinggi, ia akan tetap menggagalkan proses diet individu berkenaan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program 'Dalam Radar' Radio 24 Bernama.

    Katanya tidak menjadi masalah untuk menikmati pelbagai jenis hidangan, namun pengambilan makanan tersebut harus difahami kandungan nutrisinya terlebih dahulu.

    Kevin Zahri yang juga pengasas program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) berkata maklumat mengenai jumlah kalori makanan itu boleh diperoleh melalui pelbagai aplikasi maklumat kalori makanan seperti 'My Fitness Pal' yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar.

    Sementara itu, program JK1M musim ketiga yang akan berlangsung selama enam minggu bermula 13 Sept depan mendapat sambutan menggalakkan di 60 tempat di seluruh negara.

    Beliau berkata, sehingga kini, penyertaannya mencecah 1,000 orang dan masih terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti untuk menyertainya.

    Orang ramai yang ingin mengetahui tentang program tersebut boleh melayari laman web kevinzahri.com untuk keterangan lanjut. - Bernama

    Sumber HD - 7-9-2014

    Air zamzam mengandungi mineral penyembuh penyakit

    http://www.ustazcyber.com | .

    Maasyaa Allah, air zamzam mengandung mineral penyembuh segala macam penyakit

    RIYADH (Arrahmah.com) – Mengutip laporan Saudi GAzzete pada Kamis (28/8/2014), air zamzam memiliki arti besar di dunia Muslim, dan dipercaya memiliki khasiat medis yang luar biasa. Muslim yang meminum air suci ketika mereka mengunjungi Saudi Arabia untuk menunaikan ibadah haji biasanya juga mengambil kembali sejumlah kecil air zamzam ke negara asal masing-masing untuk berbagi dengan teman dan keluarga.

    Zamzam tidak seperti air lainnya karena mengandung banyak mineral penting yang memberikan kualitas penyembuhan dan rasa khas. Kesaksian tentang manfaat minum Zamzam telah didokumentasikan sepanjang sejarah Islam dan dibuktikan oleh ilmu pengetahuan modern, sebagaimana dilaporkan harian Al-Riyadh pada Rabu (27/8).

    Sumur zamzam terletak di tempat yang paling suci di dunia Islam, yakni Mekah. Menurut sumber-sumber sejarah, sumur zamzam digunakan 4.000 tahun yang lalu untuk tanaman air. Mekah sendiri terhubung ke beberapa terowongan bawah tanah yang mengarah ke sumur zamzam, yang terletak 20 meter sebelah timur dari Ka’bah dengan kedalaman 40 meter.

    Selain itu, air yang menarik sejumlah besar rasa hormat dan pujian di dunia Muslim, air Zamzam juga salah satu kebanggaan besar Kerajaan Arab Saudi. Penjaga dua masjid suci Raja Abdullah telah menempatkannya pada posisi penting dalam hal perawatan dan pemeliharaan sumur zamzam untuk memastikan bahwa selalu tersedia untuk para peziarah dan pengunjung Masjidil Haram. Pemerintah Arab Saudi juga telah membangun pabrik-pabrik negara menghasilkan jutaan botol berisi Zamzam setiap tahun.

    Air zamzam juga memiliki reputasi bergengsi pada skala internasional seperti yang telah disertifikasi untuk manfaat kesehatan. Spesialis Rumah Sakit Raja Faisal & Pusat Penelitian di Riyadh menguji sampel air Zamzam dan sampel membuktikan kemurnian air dan kehadiran mineral berharga. Air zamzam didistribusikan dalam tabung 10 liter dan pengawasan konstan dan sering dan pengujian memastikan bahwa air yang sehat bagi tubuh manusia.

    Dengan menggunakan teknologi canggih seperti ICP-MS dan ICP-OES, para peneliti telah menemukan bahwa air Zamzam kaya akan mineral berharga yang mempromosikan fungsi optimal tubuh. Selain itu, Nabi Muhammad (saw) menyebutkan air zamzam sebagai obat penawar penyembuhan.

    Ahli hukum terkenal dan teolog, Ibnu Qayyim, mencatat bahwa air Zamzam memiliki seperti kualitas penyembuhan untuk itu bahwa manusia dapat bertahan hidup tanpa merasa lapar. Kejadian tersebut berdasarkan pengalaman Ibnu Qayyim saat sebuah insiden terjadi menimpanya dan ia kisahkan dalam bukunya, “Kedokteran Nabi”, saat itu Ibnu Qayyim jatuh sakit dalam waktu yang lama pada salah satu perjalanannya ke Makkah.

    Ia mencari dokter atau obat, tetapi tidak menemukannya. Dia akhirnya minum air zamzam dan membaca Surah Al- Fatihah dalam setiap tegukannya. Ia mengaku air itu menjadi syari’at menyembuhkan tubuhnya. Setelah kejadian ini, Ibn Qayyim mengambil air zamzam sebagai obat pribadi untuk digunakan di perjalanan dan pada saat dibutuhkan secara mendesak.

    Tak terhitung sampel air zamzam telah diperiksa selama 20 tahun terakhir. Adapun mineral berharga yang dikandungnya adalah kromium, selenium, kalsium, magnesium, kalium dan natrium dalam kadar yang tetap tinggi dan konsisten selama bertahun-tahun. Air zamzam sangat bermanfaat bagi mereka yang menderita kekurangan kalsium, sebab bisa memberi mereka 3 gram kalsium per hari. Insyaa Allah. (adibahasan/arrahmah.com)

    Sumber HD - 2-9-2014












































    Jangkitan HIV, STI anak muda Thailand meningkat

    BERNAMA | .
    BANGKOK: Kes HIV dan jangkitan melalui hubungan seks (STI) dalam kalangan kumpulan tertentu, terutamanya anak muda, sedang meningkat di Thailand, demikian menurut kajian terbaharu yang dikeluarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Thailand.

    Hasil kajian itu menunjukkan kira-kira 70 peratus kes baharu STI melibatkan mereka berusia antara 15 dan 24 tahun terutamanya dalam kalangan lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki, anak muda yang terlibat dengan kerja seks dan mereka yang mengambil dadah secara suntikan.

    "Ketiadaan kemahiran hidup untuk mengawal keadaan berisiko serta penggunaan alkohol dan dadah sering meletakkan golongan muda dalam kelompok lebih berisiko tinggi untuk menghidap HIV dan STI laim.

    "Selain itu, media sosial, laman web untuk janji temu dan aplikasi mudah alih menjadikan anak muda lebih mudah bertemu satu sama lain untuk melakukan hubungan seks," kata Ketua HIV Unicef Thailand, Robert Gass.

    Kajiian bertajuk "Situational Analysis of Young People at High Risk of HIV Exposure in Thailand" itu mengumpul data daripada kira-kira 2,000 anak muda termasuk lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis (MSM), transgender, wanita yang melacurkan diri kerana wang, pekerja migran dan mereka yang mengambil suntikan dadah di Wilayah Bangkok, Chiang Mai, Songkhla dan Ubon Ratchathani.

    Kajian oleh Thammasat University dengan sokongan Unicef itu menggunakan kumpulan fokus dan temu bual bersemuka untuk mengenal pasti dan lebih memahami tingkah laku berisiko tertentu, di samping mengkaji semula dan mencadangkan dasar serta respons pragmatik yang perlu diwujudkan untuk kumpulan tertentu yang menghadapi risiko berkenaan.

    Kajian itu menggunakan data kebangsaan yang menunjukkan bahawa lebih kurang 41 peratus jngkitan baharu HIV di Thailand melibatkan lelaki homoseks.

    Ia juga mengumpul bukti yang menunjukkan bahawa MSM muda melakukan hubungan seks sejak usia muda lagi, selalunya lebih awal daripada rakan sebaya mereka yang telibat dengan seks heteroseksual.

    Pongthorn Chanlearn, Pengarah Eksekutif Mplus Foundation iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan kesihatan seksual dalam kalangan MSM dan transgender di Wilayah Chiang Mai, berkata walaupun kebanyakan anak muda sedar penggunaan kondom untuk melindungi diri daripada bahaya adalah penting, namun selalunya mereka keberatan untuk membeli atau tidak menggunakannya ketika melakukan hubungan seks.

    Dalam kalangan pekerja seks di Thailand, kes jangkitan HIV menurun daripada 2.8 peratus pada 2008 kepada 1.8 peratus pada 2011 kerana pekerja seks lebih suka menggunakan kondom apabila melakukan hubungan seks dengan pelanggan mereka berbanding apabila melakukannya dengan pasangan tetap, lapor kajian itu.

    Selain itu, ia juga mendapati kebanyakan wanita muda yang sekali sekala menjual diri untuk wang, sering menghadapi masalah apabila meminta pasangan mereka menggunakan kondom.

    Apabila seseorang pekerja seks mendapat jangkitan, kebarangkaliannya memindahkan penyakit berkenaan kepada pasangannya turut meningkat.

    Di Thailand sekarang, kira-kira-kira satu pertiga daripada jangkitan baharu berlaku dalam kalangan pasangan individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti HIV.

    Kajian itu juga mendapati pekerja migran adalah antara kumpulan paling terdedah kepada risiko kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang cara mencegah HIV dan STI.

    Gambaran umum dalam kalangan semua kumpulan anak muda yang terlibat dengan kajian itu ialah mereka melalui pengalaman negatif daripada hospital awam.

    Kebanyakan mereka menceritakan tentang pengalaman penjagaan kesihatan yang tidak mempunyai kerahsiaan dan bersifat mesra serta stigma pekerja penjagaan kesihatan terhadap tingkah laku mereka.

    Ini sering melemahkan minat mereka untuk mendapatkan intervensi pencegahan HIV yang diperlukan melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan awam.

    Unicef berpendapat Thailand amat memerlukan langkah perlindungan lebih berkesan serta pemeriksaan dan program rawatan sewajarnya untuk anak muda bagi mengekang peningkatan kadar jangkitan HIV dan STI.

    Bagaimanapun, program itu perlu disusun di peringkat komuniti dengan pembabitan anak muda sendiri bagi memstikan keperluan mereka dipenuhi.

    Berdasarkan syor yang dikemukakan kajian itu, kami menyeru supaya usia untuk memberi keizinan melakukan ujian HIV dan kaunseling dikurangkan daripada 18 tahun ketika ini.

    "Sekiranya seseorang anak muda merasakan dia terlibat dengan aktiviti yang boleh meletakkan dirinya berisko mendapat HIV, maka dia berhak mendapatkan ujian itu tanpa memerlukan keizinan ibu bapa," kata Gass. - Bernama

    Sumber HD - 25-8-2014

    Berselfie: boleh menyebabkan masalah mental?

    SITI UMI KALSOM ISHAK | .

    KUALA LUMPUR: Budaya berselfie dalam kalangan wanita Malaysia semakin ketara. Terkini, budaya selfie dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

    Menurut pandangan Nura Muna Abd Halim, bekerja di sektor swasta, "selfie” adalah satu budaya menjengkelkan jika dibuat secara keterlaluan dan disiarkan di media sosial dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mana kala selfie secara sederhana sebenarnya seronok, jika berselfie bersama kawan-kawan."

    Tetapi jika keterlaluan akan menimbulkan fitnah, dan memberi impak negatif kepada peribadi. Begitu juga pada pendapat Asmat Fikri, kolumnis sebuah majalah mengenai budaya berselfie, beliau berkata, "Budaya berselfie pada wanita tidak elok, sama sahaja ambil gambar sendiri atau orang lain ambil, kerana gambar itu boleh menimbulkan riak.”

    "Apakah tujuan memuatkan naik gambar di media sosial? Jika untuk bangga dengan mempamerkan kecantikan diri dan menunjukkan aurat, tidak selari dengan kehendak agama.

    “Tetapi jika gambar tersebut dirakam untuk untuk tujuan kenangan bersama keluarga, tidak ada masaalah.


    Asmat bertegas dan mengatakan bahawa sekiranya tidak ada perasaan malu, buatlah sesuka hati untuk membuka aurat, kerana malu itu sebahagian daripada iman.

    Setiap wanita itu mestilah memiliki perasaan malu, jika tidak ia akan mengurangkan nilai dalam diri seorang wanita tersebut.

    "Terserah atas niat seseorang itu untuk memilih buruk atau baik dalam berselfie, kerana berselfie bukanlah salah, tetapi orang yang membuat itu yang menentukannya.

    "Contohnya telefon. Telefon tidak salah. tetapi orang yang menggunakan itu, sama ada boleh mendatangkan maksiat atau ibadah dalam penggunaan urusan harian,” ujar Asmat lagi.

    Ustazah Sharifah Habibah Syed Mustafa, pensyarah kolej swasta pula berpendapat bahawa wanita sekarang ini memang suka berselfie, tetapi ada baik dan buruknya.

    "Pada pandangan saya, budaya ini banyak negatif berbanding positif, tetapi selfie itu kebiasaannya untuk menunjuk pada orang ramai dengan menyebarkannya di facebook, instagram dan whatsapp , jika untuk simpanan peribadi tidak menjadi masaalah.

    "Keburukan berselfie ini bukan melibatkan semua situasi, tetapi jika yang menimbulkan kesan negatif,” ujar Sharifah.

    Sharifah memberi contoh, tentang seseorang muslimah yang berselfie akan menampakkannya pada pandangan orang ramai sebagai gedik, tambahan lagi jika orang yang tidak menutup aurat.

    Terdahulu, sebuah laman portal menyiarkan mengenai kajian pakar mengenai budaya berselfie, "Selfie yang popular dalam kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

    Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

    Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, iaitu mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Menurut Panpimol, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri iaitu boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

    “Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

    Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

    Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah, pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun. – HARAKAHDAILY 13/8/2014

    Sumber HD - 13-8-2014












































    Kes Ebola di Malaysia hanya khabar angin - KP Kesihatan

    BERNAMA | .

    KUALA LUMPUR: Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

    Katanya sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.

    Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

    "Risiko penularan Ebola ke Malaysia amat rendah. Jangan sebar berita palsu," katanya menerusi akaun Twitter.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola.

    Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

    Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. - Bernama

    Sumber HD - 12-8-2014

    Bahaya magnet hiasan di peti sejuk




    Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.

    Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

    Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan.

    Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.

    Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang.

    Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet.

    Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.

    Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

    Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

    Info lanjut http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

    # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

    Sumber HD - 11-8-2014












































    Kementerian Kesihatan awasi jangkitan Virus Ebola

    BERNAMA | .

    GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan sedang mengawasi jangkitan Penyakit Virus Ebola (EVD) ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

    Beliau berkata kementerian telah mengambil pelbagai langkah termasuk menyaring penumpang di semua pintu masuk utama.

    Setakat ini tiada notifikasi sebarang kes EVD di Malaysia tetapi langkah berjaga-jaga mesti diteruskan, katanya.

    "Langkah tersebut termasuk menyaring suhu badan penumpang, mengenal pasti dan mengendali penumpang yang mempunyai simptom, segera memberitahu kementerian dan merujuk kes ke hospital terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengelak daripada melawat negara Afrika Barat buat sementara waktu kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1,603 kes termasuk 887 kematian berlaku di empat negara Afrika Barat sejak 4 Ogos lalu.

    Negara tersebut ialah Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.

    Dr Hilmi berkata Kementerian Pendidikan turut dinasihati agar menyaring pelajar asing yang kembali ke negara Afrika yang dijangkiti Ebola.

    "Kita juga bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menyalur maklumat mengenai Ebola kepada mereka yang mahu pergi ke negara terbabit selain kepada rakyat Malaysia yang sudah berada di sana," katanya.

    Ebola tersebar menerusi hubungan langsung cecair badan dan tisu mereka yang dijangkiti. Kadar kematiannya meningkat sehingga 90 peratus.

    Simptomnya termasuk demam teruk, muntah, cirit-birit dan kegagalan buah pinggang dan hati. - Bernama

    Sumber HD - 7-8-2014

    Dapatkan rawatan segera jika ada tanda virus Ebola

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut dan sedang menular di beberapa negara.

    Presiden Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) dan Pakar Virologi, Dr Dhesi Baha Raja berkata antara simptom ialah demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan kurang selera makan.

    "Pesakit juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan pendarahan dalaman serta luaran pada tahap kedua. Walaupun tiada kes (berlaku) di negara ini tetapi langkah pencegahan sangat penting.

    "EVD ini merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dan kira-kira 50 hingga 60 peratus orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami kematian", katanya kepada Bernama hari ini.

    Pengasas "The Malaysian Medical Gazette" itu menegaskan setakat ini dunia belum menghasilkan sebarang ubat khusus untuk rawatan EVD.

    Katanya, kaedah rawatan setakat ini simptomatik iaitu memberi rawatan mengikut keadaan pesakit.

    Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan pesakit.

    Dr Dhesi berkata, orang ramai juga perlu mengambil langkah-langkah kebersihan asas seperti basuh tangan, langkah penjagaan universal dan mengendali makanan secara bersih.

    Bagi petugas hospital pula mereka dinasihatkan memakai peralatan dan pakaian yang selamat seperti topeng dan sarung tangan.

    "Virus ini berjangkit melalui sentuhan bendalir badan termasuk kencing, darah dan juga sperma dan virus yang dijangkiti melalui sperma pula mampu bertahan aktif selama tujuh minggu," katanya.

    Beliau berkata, Ebola mula dikesan pada awal tahun 1976 di Yambuku, Zaire berdekatan sungai Ebola.

    Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah awal yang betul dengan memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Namun, setakat ini tiada sebarang jangkitan EVD dikesan di negara ini. - Bernama

    Sumber HD - 4-8-2014












































    Rawatan hipnosis boleh hilang kesedihan - pakar

    BERNAMA | .
    KUALA LUMPUR: Anggota keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang masih mengalami tekanan akibat kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu, disaran agar turut menjalani rawatan hipnosis.

    Seorang pakar hipnoterapi dan kaunselor Dr Ajit Ludher berkata kaedah itu adalah antara cara terbaik untuk mengurangkan tekanan secara berkesan.

    Beliau berkata hipnosis yang diktiraf secara saintifik dari segi psikologi dan terapi boleh membantu mengubah perspektif hidup seseorang ke arah yang lebih positif.

    "Kaedah ini terbukti berupaya mengubah minda seseorang untuk menghadapi sebarang tekanan. Rasa lega boleh dikembalikan menerusi perspektif yang betul.

    "Ingatan seseorang tidak lagi dibebankan dengan persaan sedih, membolehkan kita bercakap secara terbuka tetang masalah kita tanpa takut diganggu dengan emosi," katanya kepada Bernama.

    Mengenai kaedah yang digunakan ahli hipnoterapi dalam rawatan mereka, Dr Ajit berkata mereka akan merawat pesakit dalam keadaan minda pesakit separa sedar untuk membantu mengeluarkan tekanan emosi yang dialami pesakit.

    Hipnoterapi bukan untuk melupakan sesuatu, tetapi lebih kepada usaha menyembuh, menerima realiti sesuatu kehilangan dan yang paling penting berupaya mengharungi kesedihan, tambahnya.

    Dr Ajit berkata Kementerian Kesihatan mengiktiraf hipnoterapi sebagai kaedah perubatan tradisional serta tambahan.

    Beliau berkata kira-kira 68 peratus orang berjaya membuang kesakitan dan kemarahan, tekanan dan kemurungan, kebergantungan kepada bahan kimia, menghapuskan ketakutan dan fobia serta menambah kayakinan mereka menerusi rawatan hipnosis. - Bernama

    Sumber HD - 3--8-2014

    Kanak-kanak 12 tahun boleh pakai pendakap gigi

    SURAIYA JAMIL | .

    KUALA LUMPUR: Walaupun masalah kesihatan pergigian kanak-kanak dewasa kini semakin baik hasil pelbagai program berterusan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, namun maloklusi pergigian seperti gigi berlapis dan jongang dalam kalangan kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya.

    Pakar Perunding Ortodontik, Jabatan Ortodontik, Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Rohaya Megat Abdul Wahab berkata kanak-kanak yang menghadapi masalah maloklusi ini boleh mendapatkan rawatan seperti pemakaian pendakap gigi seawal usia 12 tahun.

    "Bagi mendapatkan rawatan ini, kanak-kanak berusia melebihi 12 tahun dilihat sesuai memandangkan gigi susu telah tanggal dan telah berada dalam gigi kekal.

    "Kanak-kanak ini perlu hadir ke hospital atau klinik ortodontik berkaitan bagi mendapatkan nasihat yang betul sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.

    Katanya, bagi kanak-kanak yang mempunyai gigi yang jongang, kaedah rawatan menggunakan aplians fungsi mungkin dapat dilakukan kerana rawatan itu sesuai bagi kanak-kanak yang sedang dalam proses tumbesaran.

    Kebanyakan kanak-kanak atau remaja yang mempunyai gigi yang berlapis pula lebih sesuai dirawat menggunakan aplians tetap.

    Dr Rohaya berkata, pemakaian pendakap gigi ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak selain membolehkan mereka dapat mengunyah makanan dengan betul dan bertutur dengan jelas tanpa masalah.

    "Bermula daripada usia awal mereka ini juga, kita boleh menerangkan kepada mereka kebaikan atau fungsi pendakap gigi ini supaya tidak menjadi bahan ejekan dari kawan-kawan di sekolah seperti 'gigi besi'," katanya.

    Katanya, pendakap gigi diperbuat daripada keluli tahan karat atau seramik dan pendakap gigi ini adalah selamat digunakan. Wayar arkus yang digunakan pula diikatkan pada pendakap dengan menggunakan modul elastik (getah) pelbagai warna dan corak yang menarik seperti hijau, kuning, dan merah jambu.

    Menyentuh penjagaan pendakap gigi oleh kanak-kanak ini, beliau berkata aplians ortodontik ini tidak terlalu sukar dijaga sekiranya si pemakai memastikan kebersihan gigi yang baik dan tidak memakan makanan yang keras atau terlalu liat atau melekit kerana boleh menyebabkan pendakap tertanggal daripada permukaan gigi.

    "Doktor selalunya akan menasihatkan agar memakan makanan yang sedikit lembut selepas pemakaian aplians pada minggu pertama bagi mengelak kesakitan atau ketidakselesaan semasa makan.

    "Selain itu, doktor akan membekalkan lilin ortodontik selepas pemakaian aplians, lilin diletakkan pada pendakap yang boleh bergesel dengan tisu mulut bagi mengelakkan terjadinya ulser," katanya.

    Sinonim dengan kemudahan yang ditawarkan adalah yang terbaik, maka kos pembayaran rawatan itu adalah tinggi.

    Menurut Dr Rohaya, kos tersebut bergantung kepada keseriusan masalah pergigian pesakit dan tempoh jangkaan rawatan.

    Selain itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak mereka berjumpa doktor gigi seawal usia yang boleh bagi membiasakan mereka dengan persekitaran klinik di samping doktor atau jururawat pergigian dapat mengajar cara-cara penjagaan kesihatan mulut yang baik. - Bernama

    Sumber HD - 2-8-2014












































    Dapatkan nasihat profesional sebelum pengubatan sendiri

    NOOR FARHANA AHMAD NORAIN | .
    KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak mengamalkan pengubatan sendiri, tanpa mendapat nasihat atau pengawasan sewajarnya daripada profesional.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata pesakit atau individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit serta ubat-ubatan masing-masing sebelum berbuat demikian.

    Katanya ini kerana sesetengah pengubatan boleh mengakibatkan komplikasi atau memberi kesan sampingan dan seterusnya membawa masalah kepada organ dalam jangka masa panjang.

    "Malah, walaupun anda mempunyai kefahaman asas tentang penyakit yang dialami, nasihat atau pengawasan doktor tetap diperlukan. Sekiranya anda terus melakukannya tanpa benar-benar faham tentang penyakit dan pengubatan terbabit, ia sangat berbahaya," katanya dalam temu bual baru-baru ini.

    Noor Hisham mengingatkan orang ramai bahawa pengendalian sendiri pengubatan yang mungkin kelihatan mudah, sebenarnya boleh mengakibatkan komplikasi serius, termasuk kegagalan otak.

    Beliau berkata pengubatan sendiri berbeza daripada membeli ubat yang ditentukan daripada doktor atau farmasi.

    "Pengubatan sendiri bererti tidak terdapat langsung perundingan, seseorang itu hanya membuat pesanan melalui Internet dan menggunakan ubat berkenaan.

    "Seseorang itu boleh mengalami masalah kegagalan hati, buah pinggang dan sebagainya," kata beliau.

    Beliau berkata perkara paling dibimbangi ialah lama kelamaan seseorang itu akan menanggung penderitaan lebih serius akibat tindakannya itu. - Bernama

    Sumber HD - 1-8-2014

    22 kawasan catat IPU sederhana setakat 5 petang

    BERNAMA | .


    KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 22 kawasan seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana setakat pukul 5 petang hari ini.

    Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) antara kawasan itu ialah Sri Aman yang mencatatkan IPU (84) dan Samarahan (76) di Sarawak; Bakar Arang, Sungai Petani di Kedah (65) dan Kampung Air Putih di Taiping (64).

    Manakala Perai (62) dan Seberang Jaya 2 (58) di Pulau Pinang, Pelabuhan Klang (56) dan Banting di Selangor (53) dan Nilai di Seremban (52).

    Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 100 ke 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

    Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

    Sumber HD - 31-7-2014












































    Rumah terbuka: Amalan 'balas dendam' undang masalah

    HASNAH JUSID | .
    KUALA LUMPUR: Pemakanan sihat dan bersederhana pada majlis rumah terbuka khususnya ketika Aidilfitri perlu dititikberatkan oleh orang ramai bagi mengelak pelbagai penyakit.

    Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Aryati Ahmad berkata ini kerana juadah yang disediakan di rumah terbuka kebanyakannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.

    "Minuman ringan bergas, air kordial, biskut raya, kek dan tapai kalau diambil berlebihan boleh meningkatkan gula dan lemak darah selain boleh menambah berat badan akibat kandungan kalori yang tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Katanya makanan berat seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi dagang dan rendang pula mempunyai lemak tepu yang jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tahap kolestrol, kolestrol 'jahat' atau 'low density lipoprotein' dan lemak dalam darah.

    "Ini menyebabkan masalah kesihatan seperti pedih ulu hati, sembelit, gastrik akibat pengambilan makanan dan cara makan yang salah," katanya.

    Memandangkan ada yang menerima jemputan menghadiri dua atau tiga rumah terbuka pada satu-satu masa, Dr Aryati menyarankan mereka hanya menjamu selera dalam kuantiti sedikit.

    "Tidak salah untuk merasa setiap jenis makanan tetapi kena jaga kuantiti supaya tidak berlebihan selain meningkatkan aktiviti fizikal seperti meletak kereta jauh dari rumah terbuka untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai satu senaman," katanya.

    Katanya sudah menjadi lumrah masyarakat menyediakan hidangan yang mewah dan pelbagai namun alasan untuk 'membalas dendam' setelah sebulan berpuasa dengan makan berlebihan adalah tidak wajar kerana hanya menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan.

    Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang ingin menghadiri rumah terbuka supaya memilih makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Beliau turut menyarankan supaya pengambilan makanan jenis karbohidrat seperti ketupat, mi dan nasi diambil dalam kuantiti sedikit.

    "Kalau boleh pilih nasi putih berbanding nasi minyak dan pilih bihun berbanding mi kuning manakala untuk makanan berkuah seperti mi kari dan mi bandung, kurangkan menghirup kuahnya," kata Dr Aryati.

    Menurutnya beberapa langkah praktikal boleh diambil sebelum mengunjungi rumah terbuka untuk mengawal pengambilan makanan berlebihan.

    Ini termasuk meminum air kosong, tidak menghadiri rumah terbuka ketika lapar dan menggunakan pinggan dan gelas yang kecil.

    "Ini bertujuan mengelakkan kita terlalu mengikut nafsu apabila melihat hidangan makanan. Apabila kita guna pinggan yang kecil, kita akan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti kecil," tambahnya. - Bernama

    Sumber HD - 30-7-2014

    Bahaya guna ubat 'Majun Burung Unta'

    BERNAMA | .



    PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

    Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

    "Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata).

    Beliau berkata penggunaannya lebih berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

    Justeru, orang ramai sedang menggunakan produk itu adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihatkan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

    Mereka yang ingin menyemak status pendaftaran sesuatu produk juga boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835400 atau laman sesawang www.bpfk.gov.my.

    -- BERNAMA

    Sumber HD - 11-7-2014

    No comments:

    Post a Comment