BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, July 23, 2014

PAS DAN HALEHWAL PERAK DARUL REDHUAN

                       

Nanyang Siang Pau tidak hormat masyarakat majmuk

DEWAN Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa tindakan biadab Akbar Cina Nanyang Siang Pau (NSP) menyiarkan karikatur monyet serta penghinaan terbuka media dengan menyentuh senstiviti agama Islam maka Pemuda PAS Perak menyatakan bahawa karikatur tersebut jelas sekali amat mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. 
NSPPerak 1Karikatur tersebut jelas mempersendakan dan menghina Presiden PAS yang bukan sahaja merupakan seorang Presiden Parti Islam di Malaysia malahan beliau juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia malah seluruh dunia.
Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata demikian ketika sidang media di Bilik Sidang Media, Bangunan Darul Ridzuan, 11 April. 
"Penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti ahli PAS sahaja bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar negara. 
"Kebiadaban ini harus diambil tindakan agar tidak berterusan menghina Islam bahkan merosakkan keharmonian Islam dalam kalangan Non-Muslim. 
"Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen PAS bukan bermakna mereka boleh menghina Islam melalui media perdana secara terbuka. Tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindak balas rakyat,' tegasnya. 
Akmal menyatakan walaupun Nanyang Siang Pau  bermula operasinya di Singapura, sudah 93 tahun dalam arus media berita namun masih lagi tidak matang dan profesional untuk mengeluarkan sesuatu berita mahupun sisipan melalui akhbar sehingga menimbulkan marah masyarakat Muslim. 
Justeru, Pemuda PAS Perak tetap menghormati suasana hidup dalam masyarakat majmuk dan tindakan seperti ini tidak mencacatkan hubungan PAS dengan non-muslim kerana kematangan PAS dalan dunia politik jelas berbeza dari parti lain. – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Sumber HD - 11-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Jihad siyasi dapatkan kuasa untuk tegak Islam

DALAM Kamus Lisanul ‘Arab disebutkan bahawa Ar-Rabbani adalah hamba yang mempunyai pengetahuan tentang Tuhan. Dia adalah ulama yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum ilmu yang sulit-sulit. Dia adalah seorang ulama yang mantap ilmu dan agamanya. 
Dari segi pengertian istilah pengertian kepada rabbani sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali ialah orang yang dekat dengan Allah ataupun hamba paling rabbani adalah hamba yang hampir dengan Allah. 
Imam al-Qurthubi dalam tafsir al-Jami’ liahkamil-Quran menulis, maksud Ar-Rabbani adalah penisbatan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang mengamalkan ilmunya. 
Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Tuan Guru Sidek Mohd Nor menjelaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama "Ulamak Rabbaniyun Memimpin Jihad Siyasi" sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak ke-41 di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak, di Air Kuning, 8 April. 
Beliau turut membacakan ayat  15 dari Surah al-Hujurat yang bermaksud: 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” 
Tuan Guru menyatakan beberapa jenis pembahagian jihad yang perlu diketahui oleh seluruh ahli gerakan supaya mendapat gambaran sebenar jihad untuk dilaksanakan.
Tambahnya jihad tersebut adalah Jihad Al-Amwal, Jihad An-Nafs, Jihad At-Ta'limi, Jihad As-Siyasi dan Jihad Al-Ma'rifah. 
"Jihad politik atau jihad siyasi ialah menegak kalimah yang hak, membetulkan penyelewengan penguasa bersifat zalim dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan untuk menegakkan Islam dalam negara," tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017
Sumber HD - 8-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Jelas pekung penentang RUU 355

DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah diatas pembentangan cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibacakan oleh Yang Berhormat Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan di sokong hujah Yang Berhormat Kota Baharu Datuk Haji Takiyuddin Hassan. 
Pembentangan dengan penghuraian pensejarahan juga penjelasan yang sangat jelas dalam sidang Parlimen seharusnya dapat difahami dengan baik oleh ahli Parlimen dan seluruh rakyat yang menyaksikan secara langsung semalam. 
Namun begitu, tindakan tidak matang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menghalang seawal pembentang bermula dan ditutup dengan makian, cacian, sindiran dan tuduhan tidak berasas, amat dikesali. Akhlak yang buruk ditunjukkan oleh ahli Parlimen PH jelas dilihat  segenap lapisan masyarakat yang mengikuti secara langsung.
DPPN Perak sangat terkilan dengan tindakan Yang Berhomat Gopeng, Dr. Lee Boon Chye juga beberapa ahli Parlimen PH yang diketuai Yang Berhormat Gelang Patah, Lim Kit Siang seolah melupakan petugas pilihan raya dalam kalangan muslim yang bekerja juga pengundi yang memenangkan mereka di PRU13. 
Lebih mendukacitakan apabila ada ahli Parlimen muslim terutamanya Yang Berhomat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam daripada PAN seakan-akan bersekongkol membantah cadangan pindaan RUU355 ini. Apakah mereka masih keliru atau sengaja mengelirukan masyarakat bukan Islam berhubung kedudukan mahkamah syariah dan hukumannya? 
Dalam sidang media PH semalam, Yang Berhormat Pandan, Rafizi Ramli dengan tiada etika membuat tuduhan dan fitnah tidak berasas bahawa PAS bersandiwara bersama Umno. Umum sedia maklum bahawa Rafizi insan yang terkenal dengan politik persepsi. Negara tidak akan lupa bagaimana Rafizi menjatuhkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan fitnah dan penipuan kemudian Rafizi membuat permohonan maaf selepas didapati pertuduhannya tidak benar. Masih boleh percayakan kita kepada insan sebegini? 
Pembentangan RUU 355 jelas menunjukkan hitam putih ahli Parlimen yang mengutamakan agenda politik dalam meraih undi berbanding kesatuan ummah dan kesejahteraan rakyat juga negara. Budaya politik persepsi dan berkepentingan ini wajar ditinggalkan lalu diamalkan budaya politik matang dan sejahtera. DPPN Perak istiqamah dalam usaha memartabatkan syariat Allah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat di Malaysia khususnya Perak. 
DPPN Perak sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga terima kasih buat Tuan Guru Presiden serta seluruh ahli parlimen yang bersama majoriti rakyat muslim bagi memperjuangkan RUU 355. 
DPPN Perak juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker Parlimen Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia diatas ruang membentangkan RUU 355 dan ketegasan beliau dalam mempengerusikan Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 7/4/2017
Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS  PerakBersyukur dapat semula markas PAS

Sumber HD - 7-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







SEBUAH markaz PAS Cawangan Kampung Kuchai, PAS Kawasan Parit yang pernah dirampas oleh Parti Amanah Negara berjaya ditawan PAS setelah hampir dua tahun lalu, demikian menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Parit, Hasan Aladi, 7 April. 
Jelasnya, tanah dan bangunan tersebut adalah milik arwah Haji Ahmad Ibrahim bagi kegunaan PAS Cawangan Kampung Kuchai dengan hasil usaha orang tempatan, serta sumbangan ahli-ahli PAS 
Beliau berkata, setelah berlaku ahli-ahli PAS keluar menyertai Parti Amanah Negara (PAN) mereka telah merampas premis tersebut dengan mengubah warna oren pada bangunan dan diperkenalkan sebagai Wisma Amanah yang pertama di negeri Perak. 
"Ahli keluarga pemilik tanah ini telah menjualkan tanah tersebut kepada saya, maka secara rasminya tanah itu menjadi milik saya. 
"Dengan pemilikan tanah ini membuatkan mereka marah dan kecewa sehingga sanggup merobohkan bangsal tempat masakan serta bertindak mencabut bumbung markas. 
"Tindakan mereka bukan sekadar itu sahaja bahkan semua peralatan seperti televisyen, pembesar suara, kerusi dan beberapa peralatan lain juga dirampas kerana mereka mendakwa segala barang-barang itu milik mereka," ujarnya. 
Hasan menyatakan kunci telah diserahkan kepada wakil cawangan namun ahli PAS Cawangan Kampung Kuchai bersikap lapang dada sepanjang rampasan markaz tersebut kerana menghormati undang-undang negara tanpa sebarang provokasi. 
Beliau bersyukur mendapat kembali semula markaz itu sekaligus meneruskan legasi Haji Ahmad Ibrahim dan seluruh ahli PAS cawangan gembira dengan usaha tersebut. 
Satu majlis pembukaan semula markaz itu bakal diadakan pada 23 April sempena lawatan kerja Ahli Badan Perhubungan PAS Perak ke Kawasan Parit. 
Pihak PAS Kawasan Parit juga memohon sumbangan orang ramai bagi proses membaik pulih markas tersebut, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun (PAS Kawasan Parit: Bank Islam - 0801-3010-0057-33).– HARAKAHDAILY 7/4/2017
MarkazKuchai 2 

MarkazKuchai 1
Sumber HD - 7-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










Orang lama istiqamah teladan terbaik

SEBAGAI pemuda dalam perjuangan PAS khasnya di tanah air Malaysia, adalah sangat perlu untuk sedar dan mengakui bahawa perjuangan ini bukanlah kita sebagai pemula dan juga pengakhirannya. 
Pemuda PAS mesti ingat bahawa kita hanyalah merupakan mata rantai yang menyambung siri perjuangan dalam menegakkan syiar Islam dan mempertahankannya. Sebab itulah, wahai pemuda sekalian sewajarnya menerima hakikat ini. 
Penghormatan tetap buat mereka yang terlebih awal dalam perjuangan ini. Mereka yang masih istiqamah dengan erti kata masih bersama aktif membantu gerak kerja sama sumbangan tenaga mahupun harta benda. Kerana itulah syarat perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran setiap halangan serta ujian mendatang. 
Pihak DPP Kawasan Bagan Datoh sangat mengambil kira jasa serta nilaian kerja orang lama dalam PAS khasnya di kawasan Bagan Datoh. Mereka yang istiqamah serta terus mendukung prinsip perjuangan amatlah kami kasihi dan hormati. 
Soal kalah menang dalam pilihan raya dan apa jua perkara dalam parti serta jemaah ini bukannya menjadi alasan untuk undur atau putus asa. Kerana Allah SWT tidak melihat kemenangan atas dunia semata-mata sebagai syarat perolehi redha-Nya tetapi adalah kerja amal, prinsip asas perjuangan Islam, akidah, syariah dan juga akhlak Islam berterusan hingga akhirnya adalah menjadi ukurannya. 
Pemuda PAS terus istiqmah berjuang. 
Ustaz Mohd Khairi Abdullah al-Ijie
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh 
Foto: Ustaz Mohd Khairi al-Ijie bersama Ustaz Arif Zaki Yasin semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bagan Datoh kali ke-65.
Sumber HD - 26-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 













PAS prihatin kebajikan rakyat Manjoi

HASIL sumbangan dan prihatin orang ramai telah berjaya memudahkan usaha PAS Kawasan Tambun menganjurkan program Majlis Sumbangan Fakir Miskin PAS Dun Manjoi. 
PAS sentiasa berusaha membantu satu sama lain atas dasar persaudaraan kemanusiaan bahkan prihatin berkaita kebajikan rakyat. 
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri berkata demikian ketika Majlis Sumbangan Fakir Miskin PAS Dun Manjoi, di Dewan Orang Ramai Sungai Tapah, Manjoi, semalam. 
Katanya, program tersebut berjalan dengan suasana penuh kasih sayang antara antara satu sama lain seperti sebuah keluarga yang saling memerlukan. 
"Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh jentera kuat penggerak program dari pimpinan PAS kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Urusan Ulamak dan seluruh cawangan.
"Jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang sedekah, infaq, zakat untuk majlis ini.
"Semoga Allah meluaskan rezeki tuan-tuan dan puan-puan semua dunia dan akhirat. 
"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW, bersabda: Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat," ujar beliau.
Sebanyak 350 sumbangan untuk setiap keluarga disediakan oleh pihak PAS Dun Manjoi untuk meringankan sedikit bebanan meneruskan kehidupan. 
Kehadiran tetamu bersama keluarga masing-masing dianggarkan sekitar 500 orang.
Turut serta bersama dalam program itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Saleh Said mengambil peluang menyantuni masyarakat tempatan. – HARAKAHDAILY 6/3/2017
Sumber HD - 6-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 













Kolej Islam swasta perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA

DR MOHD NURI AL-AMIN ENDUT | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44223-kolej-islam-swasta-perlu-dapat-pengiktirafan-jpa-mqa

KOLEJ ISLAM SWASTA: PENTING DAPATKAN PENGIKTIRAFAN JPA DAN MQA
                                                 
Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak prihatin terhadap status sesetengah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus Pengajian Islam, terutamanya kolej-kolej Islam swasta, yang masih belum mendapatkan akreditasi MQA (Malaysian Qualifications Agency/Agensi Kelayakan Malaysia) dan pengiktirafan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) bagi program-program pengajian mereka.

Kegagalan mendapatkan kelulusan tersebut akan mengakibatkan kesukaran pelajar-pelajar lepasan diploma ini melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berkhidmat di sektor awam.

ARUS Perak melihat pengiktirafan JPA dan MQA ini adalah penting bagi memastikan penawaran kursus pengajian dari mana-mana IPTS benar-benar mengikut syarat, keperluan dan tahap yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Proses pengakreditasian ini juga  berpotensi meningkatkan kualiti pengajian kolej Islam terbabit dan menjadikannya mampu berdaya saing dengan kolej-kolej swasta yang lain.

Dengan memperolehi pengiktirafan ini maka akan berpeluang melanjutkan pengajian peringkat yang lebih tinggi serta peluang perkhidmatan dalam pelbagai sektor akan lebih terbuka.

Agensi yang berwewenang seperti KPT, JPA mahupun MQA sewajarnya memberi bantuan dan panduan untuk memudahcarakan proses pengiktirafan ini.

Tindakan seumpama ini bukan hanya akan menjamin kualiti pendidikan dan meredakan kebimbangan ibu bapa pelajar-pelajar di kolej Islam swasta ini, bahkan juga dapat melonjakkan perkembangan institusi pendidikan tinggi pengajian Islam yang sentiasa mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi dan berwibawa di dalam arus pendidikan perdana negara.

ARUS Perak yakin kolej Islam swasta ini memang sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada JPA dan MQA namun terdapat beberapa kekangan kepada usaha murni mereka ini.

Oleh yang demikian pihak berwajib, pengurusan tertinggi kolej dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  yang berpaksikan usaha pendidikan perlu berusaha membantu mereka bagi mendapatkan pengiktirafan ini.

Bagi pihak ARUS Perak, kami sentiasa bersedia memberikan bantuan khidmat nasihat dan panduan kepada mana-mana IPTS Islam bagi memudahkan mereka mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA demi  kecemerlangan pendidikan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 10/2/2017

Penulis ialah Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera Perak.

Sumber HD - 10-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Fokus gerak kerja persediaan PRU14

RAZMAN ZAKARIA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44175-fokus-gerak-kerja-persediaan-pru14

SITUASI dan keadaan rakyat semakin lama terbeban dengan pelbagai tekanan, terkini kenaikan harga petrol bukti siri-siri penindasan rakyat bakal diteruskan jika tiada kesedaran rakyat untuk memilih pimpinan yang baik menerajui negara.

PAS Perak komited mengajak rakyat kepada usaha gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 bagi menggantikan Umno/ Barisan Nasional yang tidak menjamin keharmonian masa depan negara.

Jangan terlalu asyik melayani polemik antara parti yang hanya membuatkan hilang fokus bahkan perlu menilai kepentingan utama supaya keharmonian dalam masyarakat mampu dipelihara dengan baik.

PAS Perak optimis usaha bergerak dalam kerangka gagasan sejahtera berpeluang membuka laluan kepada individu serta cendiakawan NGO dan parti politik yang benar ikhlas membaiki kerosakan berlaku.

Kepincangan yang wujud dalam pengurusan negara sedia ada masih jelas berlaku kelompongan sehingga meresahkan rakyat meletakkan kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Usaha PAS dalam menyediakan solusi berlandaskan acuan Islam dengan sandaran Al-Quran dan Sunnah menjadi dasar utama perjuangan PAS.

Inilah Penyelesaian Kita
PAS Memimpin Perubahan

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
6 Februari 2017M bersamaan 9 Jamadil Akhir 1438H – HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Ke mana hala tuju Proton?

MOHD AKMAL KAMARUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44170-ke-mana-hala-tuju-proton

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu pembelian saham Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton) di Tanjung Malim Plant sebanyak 51% oleh syarikat dari China, Geely Automobile Holdings Limited (Geely) seperti yang dilaporkan dalam http://m.scmp.com/business/china-business/article/2067885/geely-shares-soar-record-report-its-buying-protons-malaysia dan http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/03/cimb-proton-deal-will-fasttrack-geelys-presence/.

Proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia hasil usaha bangsa Malaysia kini semakin tidak jelas hala tuju selepas syarikat asing yang menguasai sahamnya.

Kerajaan Malaysia sewajarnya membantu dan mempertahankan Proton. Proton bukan hak milik Barisan Nasional. Usah kerana ketirisan dan kegagalan mengurus tadbir, aset negara yang digadaikan.

DPPN Perak memohon penjelasan ini atas dasar kedudukan Bandar Proton City yang membangun di Tanjung Malim. Tanjung Malim yang kini diwartakan sebagai Daerah Muallim dinyatakan sebagai bandar masa depan di mana peluang pendidikan dan pekerjaan dapat disediakan. Penjualan saham Proton ini akan menjejaskan hasrat ini secara tidak langsung.

Seandainya perkara ini tidak benar, disarankan agar dinafikan segera. Seandainya ianya benar, maka kerajaan harus menyatakan justifikasi dan implikasi kepada rakyat di atas penjualan saham tersebut.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
9 JamadilAwwal 1438 / 6 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lesen halal restoran sebuah hotel ditarik balik
Posted on Thursday, February 02 @ 11:45:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33431&mode=thread&order=0&thold=0



Lumut – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menarik balik lesen halal sebuah restoran milik sebuah hotel terkemuka di Manjung berikutan timbul keraguan dalam penyediaan daging mentah.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak, Yusri Abdul Rani berkata, penarikan sijil berkenaan turut melarang penggunaan logo halal pada restoran terbabit, berkuat kuasa 24 Januari lalu.

“Kita telah memeriksa stok daging mentah di restoran berkenaan dan mendapati pihak restoran telah menukar syarikat pembekal yang membekalkan daging tanpa memaklumkan kepada JAIPk.

“Malah apabila kita periksa latar belakang syarikat pembekal itu, syarikat itu tidak mempunyai Sijil Halal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.


Yusri berkata pemeriksaan juga mendapati daging-daging yang dibekalkan syarikat pembekal itu tidak dilabelkan mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Memang menimbulkan keraguan apabila kesemua daging berkenaan tidak dilabelkan malah dicampur, jadi kita tidak tahu daging apa yang disimpan pihak restoran terbabit,” katanya.


Bagaimanapun, Yusri berkata, hotel berkenaan masih boleh memohon semula Sijil Halal sekiranya komited dan melakukan tindakan pembetulan yang mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Sementara itu, Yusri berkata kesemua syarikat dan restoran di Perak yang diberikan pensijilan halal perlu mengisytiharkan kepada JAIPk jika menukar syarikat pembekal bagi memastikan bekalan yang disediakan tidak melanggar peraturan ditetapkan.

“Ini sememangnya kes berat dan setiap syarikat memang telah diberitahu mengenai prosedur tersebut kerana kita mahu memastikan kesemua bekalan mentah adalah halal.

“Kebanyakan syarikat mahu mencari keuntungan dan mereka mengambil jalan mudah menukar syarikat pembekal yang menawarkan harga lebih murah, tanpa pengetahuan JAIPk,” katanya. – mStar

Sumber TKO - 2-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar
Posted on Monday, January 30 @ 23:52:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33401



Tuan Guru telah menyempurnakan pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, Titi Serong, Parit Buntar.





Kredit
Nordin Othman


Sumber TKO - 30-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Muslimat santuni masyarakat Cina sambil perkenalkan PAS

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44004-muslimat-santuni-masyarakat-cina-sambil-perkenalkan-pas

SUNGAI RAPAT: Muslimat PAS Gopeng dan Ameerah Gopeng mengambil peluang mendekati masyarakat kaum Cina bersempena dengan sambutan Tahun Baru dengan mengadakan ziarah di Ecopark, Bandar Seri Botani, semalam.

Dengan tema Keharmonian Islam Untuk Pelbagai Kaum, program tersebut telah berpeluang mengedar risalah dan bag cenderamata yang dibekalkan dengan limau mandarin, bahulu ikan dan air mineral.

Kerjasama bersama Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS itu ternyata menampilkan beberapa pendekatan dalam memperkenalkan PAS kepada masyarakat setempat.

Aktiviti itu antara lain bertujuan untuk menyantuni pengunjung kaum Cina yang kebanyakannya keluar bersenam awal pagi pada hari minggu selain menjayakan berkempen untuk "PAS Pilihanku" dengan menampilkan Baulu Ikan berlogo PAS membawa maksud yang sinonim untuk mengajak kaum cina menyokong perjuangan PAS dan Islam.

Turut diedarkan bersama dalam program itu, Warkah Rakyat keluaran khas Adun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang memaparkan pelbagai aktiviti Pusat Khidmat Adun. – HARAKAHDAILY 23/1/2017

Sumber HD - 23-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Saya selamat bersama PAS - Yougan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43798-saya-selamat-bersama-pas-yougan

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43798-saya-selamat-bersama-pas-yougan

Saya semakin mencintai rakan-rakan seperjuangan dalam PAS.

Saya mahu semua yang kafir sedar yang rakan-rakan Islam PAS adalah antara rakan KEMESTIAN yang perlu mereka ada.

Saya mahu semua faham yang kafir bukan kata lucah, marah atau mempersendakan orang namun kafir membawa maksud non-Muslim.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menguatkan persefahaman antara kaum dan mengenali budaya semua masyarakat.

Saya mahu semua sedar kepentingan akan kepercayaan kepada tuhan masing-masing...

PAS MENGHORMATI SEMUA AGAMA DAN BUDAYA DI MALAYSIA.
SAYA SELAMAT DAN BEBAS MENGAMALKAN KEPERCAYAAN SAYA.

Sesekali tidak pernah ahli PAS mendesak atau memaksa saya menukar agama bahkan saya selamat dan akan terus menyokong PAS.

SAYA SELAMAT
SAYA SOKONG PAS

YOUGAN A/L MAHALINGAM
Ketua Pemuda DHPP Perak
5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Infak ahli teras kekuatan PAS bagi hadapi PRU

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43777-infak-ahli-teras-kekuatan-pas-bagi-hadapi-pru

TAMBUN: Kehebatan ahli PAS antaranya sentiasa menginfakkan harta dalam membantu perjuangan Islam tidak kira sama ada harta, masa dan keringat demi melihat Islam dimartabatkan.

Untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang, peranan di cawangan sangat penting terutama menjalankan kempen meraih sokongan dan undi agar pengundi dapat membuat piliham terbaik mereka dalam memastikan masa depan negara.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata demikian ketika Majlis Minum Petang Bersama Ahli PAS Cawangan Sungai Tapah, semalam.

Jelasnya, perasaan juga perlu dijaga dengan memaafkan segera atas kesilapan teman seperjuangan agar gerak kerja akan terus dinamik dan simbiotik.

"Untuk persediaan menghadapi pilihan raya gerak kerja perlu ditingkatkan dalam masa tempoh sekarang dengan menyantuni masyarakat tempatan.

"Jentera perlu berusaha menembusi program kawan dan lawan dengan mengambil impak kehadiran pengunjung," ujarnya.

Melalui program tersebut, muslimat muda mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Ameerah dan membuka kaunter pendaftaran ahli baru.

Kehadiran sekitar 40 orang ahli membuktikan komitmen dari ahli PAS di peringkat bawahan tidak pernah suram bahkan terus bersama perjuangan Islam tercinta. – HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























Selamat mulakan alam persekolahan

USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43775-selamat-mulakan-alam-persekolahan

Alhamdulillah hari ini 3 Januari 2017 bermula hari persekolahan di negeri Perak dan beberapa negeri yang lain. Sememangnya hari persekolahan ini menjadi hari penting bagi murid yang pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan.

Di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, terdapat dua institusi pendidikan yang turut gigih merancang dan mengurus pengajaran dan pembelajaran yang kini bersedia menerima kehadiran pelajar iaitu Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Dengan keseimbangan konsep pendidikan duniawi dan ukhrawi, PASTI dan SRITI menerapkan elemen 5M (Membaca, Mengira, Menulis, Menghafal dan Mengamalkan) sebagai kejayaan dalam mentarbiyyah. Terima kasih kepada ibu bapa yang memilih SRITI dan PASTI sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak anda.

Buat murid-murid khususnya di seluruh negeri Perak, selamat menjalani hari persekolahan. Tuntutlah ilmu dengan baik kerana satu hadith menyebut:

أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ
Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R Muslim)

Buat ibu bapa, semoga terus menjadi pemangkin motivasi kepada anak-anak. Dalam kejayaan mereka kita memuji mereka dan kembalikan pujian kepada Allah dan ketika anak-anak jatuh gagal, kita menaikkan semangat mereka untuk teruskan mencari kejayaan dalam menuntut ilmu. Ibu bapa adalah insan yang paling berperanan dalam membentuk anak-anak. Sabda Baginda SAW:

كل مولود يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci, ibu bapalah yang akan mencorakkan anak tersebut sama ada jadi yahudi atau nasrani atau majusi." (HR Bukhari dan Muslim)

Buat pendidik yang istiqamah menyampaikan ilmu, membentuk insan berilmu, bertaqwa dan beramal, diharapkan terus ikhlas dalam tugasan mendidik dan DPPN Perak mendoakan kebahagiaan, kesabaran ketenangan juga kejayaan kepada semua guru. Terima kasih buat seluruh warga pendidik. Tanpa anda siapalah kami.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

Mohd Akmal Haji Kamarudin
Ketua Pemuda PAS Perak
4 Rabiul Akhir 1438 / 3 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Pemuda Bagan Datoh bantu sediakan keperluan sekolah

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43683-pemuda-bagan-datoh-bantu-sediakan-keperluan-sekolah

BAGAN DATOH: Keperluan bagi anak-anak yang bakal meneruskan persekolahan sesi 2017 menjadi suatu persediaan untuk ibu bapa, namun masih ada golongan tidak mampu menyediakannya.

Dengan usaha dan kerjasama Pemuda PAS Bagan Datoh berjaya mengumpulkan sumbangan untuk meringankan beban serta meyampaikan keperluan sekolah kepada mereka yang memerlukan, demikian menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak, Ustaz Abdul Manaf Ismail, di program Kembali Ke Sekolah, di sini.

Jelasnya, Islam menggalakkan umatnya saling membantu antara satu sama lain bahkan sampai suatu tahap ia disebut sebagai ithar kepada saudara seakidah.

"Sumbangan orang ramai dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak dapat dimanfaatkan kepada penerima bahkan amalan ini akan menjadi bekalan ke akhirat.

"Sikap prihatin dan cakna rakyat Malaysia bukti kita mampu membina kerjasama atas dasar ingin terus membantu mereka yang tidak berkemampuan serta memerlukan pertolongan," ujarnya.

Beliau turut mengambil peluang menziarahi Pengarah DACS Bagan Datoh, Mohammad Azmi. – HARAKAHDAILY 27/12/2016

Sumber HD - 27-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Harmonikan media sosial dengan akhlak budiman

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43591-harmonikan-media-sosial-dengan-akhlak-budiman

DUNIA tanpa sempadan dengan kemudahan pelbagai bukannya alasan untuk mengabaikan penjagaan akhlak dan adab dalam berinteraksi. Islam mementingkan kualiti akhlak kerana ia menjadi salah satu penyampaian dakwah kepada masyarakat.

Asas utama dalam menjaga komunikasi adalah menyampaikan maklumat untuk difahami dengan baik. Tindakan seorang anak muda yang memuat naik status melontarkan pandangan tentang institusi raja-raja adalah satu perbuatan kurang bijak walaupun untuk menasihati.

Teguran yang diberikan sekaligus mencerminkan tahap akhlaknya apatah lagi bakal bergelar seorang doktor. Kemajuan teknologi yang dinikmati hari ini bukan satu lesen besar mengkritik dan menyatakan pandangan dengan bebas.

Melalui status yang dimuat naik oleh beliau seakan kesederhanaan dan akhlak DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak perlu diutamakan jika hanya mementingkan ibadah. Kenyataan itu membuatkan pelbagai persoalan timbul antaranya adakah menjadi satu kesalahan seorang pimpinan tampilkan akhlak kepada rakyat sebagai satu pendekatan dakwah.

Adakah yang mengkritik YDPA tersebut bukan beragama Islam? Sukar untuk diklasifikasikan apa matlamat sebenarnya status tersebut dimuat naik?

Timbul pula beberapa respon positif yang kononya teguran tersebut baik dan wajar untuk disuarakan cuma agak keras sedikit. Apabila akal sejengkal jangan berangan ilmu sedepa sebab akhirnya kita sendiri akan terzahir tahap paradigmanya darjah berapa.

Sewajarnya bagi seorang anak muda tampilkan akhlak mulia, bumikan budiman yang pernah satu ketika menjadi siulan atau budiman telah lenyap daripada pandangan tatkala matlamat telah dikuburkan.

Menasihati amalan mulia tetapi biarlah sesuai pada tempat dan situasinya. Gigih menasihati orang yang usaha melaksanakan ibadah sedangkan memperlekehkan al-Quran dan Sunnah bersepah tiada pula ambil kisah. Budaya prihatin rasa ilmunya tinggi akhirnya memakan diri sendiri.

Kemaafan boleh dilafazkan namun tindakan yang dilakukan kekal sebagai sebuah penghinaan , untuk saudara Faiz selamat maju jaya, budimankan diri tingkatkan akhlak mulia pada peribadi sendiri. – HARAKAHDAILY 17/12/2016

Zulhafeez Ahmad Zahidi penulis merupakan Pengerusi Lajnah ICT, Dewan Pemuda PAS Perak.

Sumber HD - 17-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita takkan bekerjasama sebab DAP, Amanah’
Posted on Thursday, December 15 @ 08:35:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32844





IPOH - "Kita takkan bekerjasama dengan mereka yang berhubungan dengan DAP dan Amanah, " demikian kata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi menghadapi PRU14.

Menurutnya, mesyuarat di peringkat Pas Pusat berkemungkinan diadakan bagi membincangkan tentang kerjasama politik bersama PKR yang diketahui merupakan komponen dalam Pakatan Harapan pada ketika ini.

Katanya, sebarang kata putus berkaitan status kerjasama itu mungkin dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.

"Cuma, ditegaskan dia (PKR) ada hubungan dengan di sana (Pakatan Harapan) tapi pada masa yang sama nak berhubung dengan kita, tak boleh macam itu," katanya.

Kelmarin, Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu dibuat selepas meneliti masalah dan isu semasa yang melingkari rakyat pada ketika ini.

Beliau turut menjelaskan kedua-dua pihak bertekad untuk membela nasib rakyat sekaligus merubah Malaysia ke arah yang lebih baik.

Sumber TKO -15-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Warisan perjuangan Rasulullah SAW diteruskan

RAZMAN ZAKARIA | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43552-warisan-perjuangan-rasulullah-saw-diteruskan

Perutusan Pesuruhjaya PAS Perak Sempena Maulidur Rasul 1438H

Kelahiran Rasulullah SAW melihat dunia adalah sesuatu percaturan yang membawa kita memahami nilai dan erti perjuangan Islam sebenar. Baginda ditarbiyyah oleh Allah SWT secara langsung sebelum diangkat menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.

Warisan perjuangan baginda yang diberikan kepada kita harus diteruskan sebagai tanda cinta dan kasih kepada baginda usaha dakwah perlu dilakukan semaksimum mampu.

Justeru, PAS sebagai sebuah gerakan Islam dengan kombinasi tiga tunjang utama dakwah, tarbiyyah dan siyasah komited membawa mesej Islam melalui pelbagai pendekatan seiring dengan keperluan semasa.

Sesungguhnya cinta kepada Rasulullah SAW tidak hanya sekadar meniti di bibir untuk dilafazkan lebih utama dari itu adalah membumi roh perjuangan Islam dalam kehidupan umat Islam.

Transfomasi kehidupan sebenar adalah kembali mengamalkan Islam dalam kehidupan secara keseluruhannya kerana itulah aspirasi Rasulullah SAW untuk melihat Islam dimartabatkan.

Kesusahan dan cabaran perjuangan Islam menjadi rencah kepada pejuang agama agar tidak pernah berputus asa bahkan meyakini janji-janji Allah SWT untuk mengibarkan panji-panji Islam sebagai syiar teragung buat seluruh manusia.

Sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW teruskan usaha dakwah serta teruskan istiqamah melahirkan pejuang Islam demi memenuhi keperluan ummah.

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
12 Disember 2016 / 12 Rabiul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Potong harga padi: Petani serah memorandum

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43502-potong-harga-padi-petani-serah-memorandum

PASIR SALAK: Golongan petani terus menghadapi tekanan apabila kos penanaman padi semakin meningkat yang melibatkan jumlah tinggi sehingga berlaku kesempitan kewangan pada rakyat, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, di Kampung Gajah, 7 Disember.

Jelasnya, padi merupakan sumber makanan dan ia terkandung dalam Akta Keselamatan Makanan Negara. Sewajarnya pihak kerajaan harus mempertimbangkan bentuk bantuan atau insentif bagi membantu meringankan beban yang dialami.

Razman berkata, berdasarkan kepada situasi semasa pihak kementerian berkaitan bagi membantu golongan petani untuk meneruskan kehidupan kerana mereka mempunyai keluarga serta tanggungan.

"Penyerahan memorandum pada hari ini adalah untuk membawa suara rakyat bawahan dalam kalangan petani agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula kadar potongan hasil padi dengan keadaan ekonomi negara.

"Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak yang memerlukan kos perbelanjaan harian. Jika keadaan ini berterusan mereka akan terus menghadapi tekanan hidup  tiada bernoktah.

"Kewajaran untuk penilaian semula kadar ini sangat diharapkan oleh rakyat kerana ia dapat dijadikan bukti keprihatinan pimpinan dalam menjaga kebajikan rakyat bawahan sekali gus memastikan produktiviti negara berjalan lancar," ujarnya.

Penyerahan memorandum Isu Pemotongan Harga Padi di Bernas Sungai Ranggam Pasir Salak telah diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Kongres Rakyat Perak bentang 15 isu rakyat

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



IPOH: Kongres Rakyat Perak yang akan diadakan pada 11 Disember ini di Seri Iskandar bakal membawa pelbagai isu dan krisis masyarakat agar ia mampu menemui solusi terbaik bahkan menjadi titik permulaan kesedaran rakyat, kata Pengerusi Pertubuhan Kuliah Dhuha, Ustaz Wan Tarmizi Abdul Aziz.

Jelasnya, melalui persidangan itu sekitar 15 isu rakyat akan dibentangkan kepada semua bagi mencari solusi serta mengatur pelan tindakan sebaiknya.

Beliau yang juga Pengarah Kongres Rakyat Perak menyatakan pendekatan melalui perbincangan adalah satu usaha terbaik menyediakan jalan penyelesaian tidak hanya sekadar membantah.

"Penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Kongres Rakyat ini membuktikan rakyat kini menghadapi pelbagai krisis yang akhirnya memberikan tekanan kepada hidup serta meretakan budaya masyarakat setempat.

"Krisis kehidupan rakyat semakin lama terus membelenggu terutamanya berkaitan dengan kegawatan ekonomi, jika ia berlarutan masyarakat dipenjara oleh hutang negara dan tekanan hidup berpanjangan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/12/2016

Sumber HD - 6-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Program kebajikan bersama PJ Perak di Dun Selinsing

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .






http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43493-program-kebajikan-bersama-pj-perak-di-dun-selinsing

SEMANGGOL: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama Adun Selinsing, Husin Din meluangkan masa dalam program kebajikan sekitar Dun Selinsing.

Seawal pagi mereka melawat tapak pembinaan Sekolah Agama Rakyat Dun Selinsing bagi menyediakan tempat pengajian Islam untuk anak-anak tempatan kerana masih terdapat beberapa sekolah agama rakyat menumpang di premis dan bangunan sementara.

Program diteruskan dengan ziarah masyarakat setempat di samping menyampaikan sumbangan beras, al-Quran terjemahan dan beberapa keperluan lain.

Sumbangan tersebut hasil kerjasama dengan NGO Muslim Brothers yang sentiasa membantu dan menganjurkan program dalam mengumpul dana bantuan kepada yang memerlukan.

Kematian salah seorang masyarakat berbangsa India turut diziarahi dalam program itu membuktikan PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa batasan bangsa kerana kebajikan rakyat adalah tanggungjawab semua apabila telah dipilih rakyat. – HARAKAHDAILY 6/12/2016

Sumber HD - 6-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------










































Elaun dihentikan: Tindakan kurang profesional

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43440-elaun-dihentikan-tindakan-kurang-profesional

IPOH: Sekitar 89 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama (Penguatkuasa) tidak menerima elauan sejak bulan Mac lalu adalah tindakan kurang profesional Jabatan Agama Islam Perak.

Lebih menyedihkan mereka tidak mendapat sebarang notis selama tempoh tersebut membuktikan pengurusan yang diamalkan oleh pihak berkaitan sangat mendukacitakan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata demikian ketika pertemuan bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak, Ustaz Mustafa Shaari di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini, kelmarin.

Jelasnya, peranan penguatkuasa diperlukan dalam komuniti masyarakat bagi menangani gejala sosial yang berlaku sehingga merosakkan maruah serta mencalarkan nilai agama.

Razman menyatakan bahawa jika pihak kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Perak ingin menggunakan khidmat penguatkuasa sudah pasti akan menambah kos belanja yang tinggi berbanding petugas secara sukarela.

"Elaun yang diberikan kepada mereka sedikit sebanyak mampu menampung kos ketika bertugas dan memberi imbuhan tambahan perbelanjaan diri.

"PAS Perak memandang serius tindakan yang dilakukan apabila tiada sebarang notis diterima dan makluman dibuat walaupun dalam tempoh lama.

"Sewajarnya pihak Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pemnbangunan Sahsiah Negeri Perak perlu mengadakan perbincangan atau solusi terbaik menangani perkara yang berlaku,' tegasnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------












































RUU 355: Fahami dan beri ruang difahamkan

ABDUL QAHAR SYAMS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43434-ruu-355-fahami-dan-beri-ruang-difahamkan

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak merafak setinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas ruang dan peluang bacaan awal Pindaan RUU 355 oleh YB Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pindaan terbaru dibacakan seperti berikut:-

a. Hukuman penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun.

b. Denda RM5,000 kepada RM100,000.

c. 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah.

Hukuman yang dicadangkan ini lebih bersifat mendidik daripada menghukum. Ianya selaras dengan Maqasid Syar'iyah dalam Fiqh Jinayat. Melalui pemerkasaan mahkamah syariah ini, dapat memperlihatkan bagaimana keindahan Islam mendidik masyarakat bertamadun agar tidak menjerumuskan diri dalam kancah jenayah dan kemurkaan Allah.

DPPN Perak juga mengambil ruang ini merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj yang menggesa semua pihak menghormati hak setiap kaum di negara ini dalam membuat keputusan bagaimana untuk mengamalkan agama masing-masing. Kefahaman sebegini diharap dapat difahami oleh seluruh ahli parlimen Malaysia yang berpegang pada lunas perlembagaan.

DPPN Perak turut menyatakan sokongan di atas penubuhan Sekretariat Himpunan 355 yang mewakili parti politik, NGO Islam, aktivis masyarakat dan tokoh individu dalam kerjasama strategik bagi mencetus kesedaran tinggi di kalangan umat Islam juga memahamkan rakan-rakan non muslim untuk memberi sokongan padu ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah.

Abdul Qahar Syams
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
1 Rabiul Awwal 1438 / 1 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------














































RUU 355: Kerahan usaha semaksimum

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43308-ruu-355-kerahan-usaha-semaksimum

KERAHAN SOLAT HAJAT

Mesej Ringkas Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak (DUPNPk) kepada semua umat Islam Malaysia.

Halangan Kepada Usaha Memperkasa Undang-Undang Islam di Malaysia

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Rang Undang-Undang untuk memperkasakan undang-undang Islam di Malaysia (Akta 355) bakal dibentangkan di Parlimen mulai esok.

Malang sekali, terdapat tentangan dari pihak-pihak tertentu yang boleh menggagalkan usaha memperkasakan undang-undang Islam di Malaysia ini.

Apa Yang Boleh Kita Buat?

Saya dengan rendah hati ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama kami warga AJK Dewan Ulamak, Urusan Ulamak Kawasan-kawasan, para asatizah semua ahi PAS di semua peringkat dan kepada semua umat Islam tidak kira anda berada di mana, untuk mendirikan solat hajat pada malam ini untuk doa berikut dan menjalankan perkara berikut:

1) Memohon supaya Allah mempermudahkan serta membuka laluan mudah bagi pembentangan Rang Undang-Undang ini.

2) Memohon Allah membukakan hati mana-mana pihak berkuasa termasuk ahli-ahli parlimen Islam yang menentang, untuk kembali menyokong undang-undang ini di Parlimen.

3) Mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan memanjangkan mesej ini kepada ketua-ketua bahagian, Adun-Adun, ahli-ahli parlimen, semua sahabat di kawasan tuan-tuan dan puan-puan.

4) Memviralkan seluas mungkin mesej ini supaya kita semua bersama-sama bangkit berdiri menunaikan solat hajat pada setiap hari bermula malam ini untuk membantu usaha ini.

Semoga doa kita dimakbulkan Allah.

DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA

Tuan Guru Sidek Mohd Noor
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bas 'rempuh' Kompleks Mahkamah Ipoh
Posted on Monday, November 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32508



IPOH - “Mujur ada van kalau tidak…,” demikian reaksi jurubahasa Mahkamah, T Priya, 32.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, van yang diletakkan di tempat letak kereta betul-betul di pintu hadapan Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh remuk selepas dirempuh sebuah bas Perak Transit yang terbabas di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu.

Menurut Priya, van milik syarikat penyelenggara alat keselamatan itu adalah penyelamat apabila ia menjadi penghadang terakhir selepas bas berkenaan merempuh tembok batu.

“Saya terkejut mendengar bunyi kuat dan melihat bas sudah terlekat pada van itu, Kalau van tiada, mungkin bas ini boleh terlajak hingga merempuh pintu kaca utama bangunan kompleks ini,” katanya.

Sementara itu, pemilik van, Osman Abu Bakar, 53, yang cedera ringan di tangan kanan sempat melarikan diri apabila melihat bas berkenaan meluru ke arahnya ketika menunggah alat pemadam api daripada vannya.

“Sebelum kejadian, saya dengar hon berbunyi panjang dan melihat sebuah kereta berwarna putih membuat pusingan U secara tiba-tiba di hadapan bas berkenaan.

“Mungkin ia cuba mengelak dan terus meluru ke arah saya. Saya terus lari menyelamatkan diri dan apabila berpaling van saya sudah remuk di bahagian pemandu,” katanya.

Pemandu bas yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TKO -21-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































DAP ahli nujum moden yang malang

MOHD AKMAL KAMARUDDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43125-dap-ahli-nujum-moden-yang-malang

DAP terus lagi membawa konsep analisis sempit dengan persepsi dan teori tahyul dalam bacaan PRU14. Setiap kali musim pilihan raya, ada sahaja ramalan yang dikeluarkan mereka, persis kejuaraan bola sepak Euro ada sotong Paul dalam Euro 2012, singa laut Watson dalam Euro 2016. Malangnya segala ramalan yang dikeluarkan DAP tidak setepat haiwan tersebut di Euro.

Kita telah pun menyaksikan kegagalan analisis DAP dalam Pilihan raya Negeri Sarawak yang lalu. Apabila beberapa kerusi DAP telah hilang dalam PRN dan bagaimana sokongan pada parti PAS.

Kita agak hairan dengan gelagat DAP setelah keluar dari Pakatan Rakyat, dengan muka tidak malu terus menerus mengulas tentang PAS sedangkan mereka sudah tiada kaitan dengan PAS.

Terbaru kenyataan Chong Zhemin, Ketua Biro Ekonomi DAP Perak jelas menunjukkan bahawa DAP semakin gusar dan bimbang akan kekuatan PAS. PH cukup menyedari bahawa PAS semakin diterima masyarakat dengan pembawaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Satu tindakan yang mereka ada kini hanyalah melambung persepsi semata-mata, menakut-nakutkan penyokong dan meragukan pengundi.

PAS bekerja bukan berdasarkan persepsi tetapi menterjemahkan dalam bentuk tindakan yang tersusun rapi. Bukti jelas PAS semakin diterima rakyat ialah pendaftaran ahli PAS yang saban bulan kian bertambah. Malahan kini, DHPP turut mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Cina dan India yang memahami asas perjuangan yang dibawa oleh PAS.

PAS bergerak selari dengan gelombang nadi rakyat. PAS mendahului semua pembangkang dalam isu-isu yang dibawa. Rakyat kini sudah muak dan bosan dengan cakap-cakap dan mainan politik sempit PH. Rakyat mahukan parti yang mengutamakan rakyat melebihi kepentingan peribadi. Rakyat mahukan pemimpin yang rasional dalam mentadbir dengan menilai solusi menjangkaui blok kepartian. Selari dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS.

Apa ertinya ramalan jika tiada tindakan. Apa erti kekuatan tanpa ahli yang ikhlas dalam berjuang. Inilah realiti PH yang tiada ahli akar umbi, hanya mampu bergerak ke sana sini dalam setiap program mereka dengan ahli yang sama di seluruh negeri Perak. Ini berbeza dengan PAS yang bergerak dengan ahli cawangan dan kawasan yang ikhlas dan istiqamah. Bersedia berkorban masa, harta dan tenaga demi sebuah kemenangan. Aqidah mereka pada janji Ilahi bukan pemimpin parti.

Melalui kajian yang dibuat, ternyata sokongan Melayu berbagai latar belakang telah memihak kepada PAS berbanding Umno. Secara keseluruhan, 42% gembira dengan PAS sedangkan Umno hanya 35%. 54% Melayu marah pada Umno manakala kepada PAS hanya 32%.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mengingatkan kepada PKR dan Bersatu untuk berhati-hati dengan pakar ramalan temberang DAP, sementara PKR, Bersatu dan DAP pula berhati-hati dengan PAN kerana mereka sudah biasa mengkhianati parti.

DPPN Perak juga bersedia menyahut cabaran picisan DAP Perak itu. Kita mempunyai strategi kita tersendiri. Kita tidak takut dengan serangan musuh. Bahkan kita bersedia pada bila-bila masa untuk menggalas beban rakyat dalam PRU akan datang.

DPPN Perak juga yakin bahawa rakyat lebih berpijak kepada realiti daripada melayan ramalan persepsi DAP. Hakikatnya gerak kerja PAS kini semakin di hati masyarakat. PAS bukan hanya datang dengan idea, PAS juga sentiasa bersama bergelumang dengan suka dan duka rakyat.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS NegeriPerak
7 Safar 1438 / 7 November 2016 - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Belajar Daripada Sejarah Elak Kesilapan Lampau - Sultan Perak
Posted on Sunday, November 06 @ 06:33:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32252



KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Sabtu bertitah agar semua pihak perlu sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.

Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.

"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri. - BERNAMA 


Sumber HD - 6-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































Perkasa Pasir Salak sokong Akta RUU 355

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43062-perkasa-pasir-salak-sokong-akta-ruu-355

IPOH: Sokongan yang datang dari Perkasa Parlimen Pasir Salak akan diteruskan oleh Perkasa Negeri Perak akhirnya akan dibawa oleh Presiden Perkasa yang mewakili Perkasa Pusat untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi PAS Pusat, demikian dinyatakan Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Parlimen Pasir Salak.

Pertemuan antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Parlimen Pasir Salak dan PAS Perak telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan serta beberapa pimpinan yang lain.

Jelas beliau, sebagai entiti yang beragama Islam, usaha pindaan akta RUU 355 perlu diberikan sokongan penuh oleh umat Islam maka Perkasa Pasir Salak tampil untuk menyatakan sokongan kepada PAS.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara Islam bahkan agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan juga adalah Islam, sewajarnya usaha itu mendapat sokongan sebaiknya.

"Pindaan yang akan dipinda tidak akan mengganggu hak-hak orang bukan Islam cuma kami hanya perjuangkan hak orang Islam dan berharap semua pihak menghormati usaha ini," ujarnya.

Perkasa telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD- 2-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Ustaz Kazim sokong Harussani
Posted on Friday, October 14 @ 20:04:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32028



SUNGAI MANIK - Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias menyatakan sokongan terhadap gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta semua ahli Parlimen beragama Islam memberi sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355.
Menurut Kazim, tidak kira jika seseorang itu ahli Parlimen mahupun rakyat biasa, apabila mereka beragama Islam ia wajib menyokong.

"Apabila kita beragama Islam sama ada sebagai ahli Parlimen atau tidak sesuatu perkara yang menaikkan martabat Islam wajib diberi sokongan penuh.

"Kerana itu, saya menyokong gesaan Mufti Perak supaya semua Ahli Parlimen Islam memberi sokongan penuh tanpa perlu ada unsur politik dalam perkara ini," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah, di Masjid Jame' Simpang Empat, Balai Polis, Chenderong Balai, malam tadi.

Terdahulu Harussani dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian meminta semua ahli parlimen beragama Islam daripada Pas, Umno dan PKR menyatakan sokongan penuh bagi pindaan RUU yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.

Tambah Kazim, apabila disebut mengenai hukum Islam semua umatnya tidak kira pemimpin mahupun rakyat perlu bersatu hati.

"Kita melakukan perkara yang baik iaitu memartabatkan kuasa mahkamah syariah, oleh itu semua umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menjadi lebih kuat.


  "Pangkah la yang mana kita inginkan tetapi bila masuk hukum agama kita perlu bersatu dan bukan berpecah belah," katanya semasa menyampaikan ceramah berkenaan.

Sumber TKO - 14-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































Pemuda PAS Perak bantah penalti LJT Plus

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42807-pemuda-pas-perak-bantah-penalti-ljt-plus

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) kecewa dan membantah tindakan PLUS Expressway Berhad (Plus) mengenakan penalti "Long Journey Time" (LJT) kepada pengguna lebuh raya yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia jika berada melebihi tempoh ditetapkan.

"Tindakan ini dilihat menzalimi pengguna lebuh raya yang tidak bersalah," ujar Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar DPPN Perak, Usman Awang dalam satu kenyataan.

Katanya, PLUS harus berfikir cara penyelesaian dan mengambil tindakan kepada pengguna yang menukar, simpan, memanipulasi kad transit tol dan sebagainya bukan mengenakan tindakan kepada semua pengguna yang mengambil tempoh perjalanan yang panjang.

"Lazimnya lebuh raya ini digunakan untuk pulang ke kampung dan ada di kalangan pengguna lebuh raya menggunakan sebagai rutin harian kerja mereka.

"Plus sewajarnya memikirkan faktor keselamatan pengguna jalan raya yang ingin berehat lama dan tidur disebabkan keletihan berbanding keuntungan," ujarnya lagi.

Tambahnya, pujukan Plus bahawa mereka akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti bukan munasabah juga.

Menurutnya, pengguna lebuh raya pastinya tidak akan menghabiskan masa, mengemukakan bukti dan hujah bagi menyelesaikan kos penalti yang nilainya tidak sampai RM10.

Justeru, ujarnya DPPN Perak menyarankan agar Plus mencari jalan penyelesaian lain dan bertindak ke atas pesalah sahaja.

Katanya lagi, dengan kecanggihan teknologi kini, pihak Plus boleh mencipta aplikasi atau sistem yang mengesan aktiviti manipulasi kad transit tol ini.

Dalam masa yang sama, kata beliau ingatkan agar mengutamakan penyelesaian masalah kesesakan selepas kemalangan sehingga menyebabkan pengguna sampai lewat ke destinasi dengan lebih efektif dan efisyen.

"DPPN Perak memahami usaha Plus dalam memberi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya, namun tindakan penalti LJT bukanlah satu-satunya solusi dan bukanlah satu keutamaan segera," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 13/10/2016

Sumber HD - 13-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































Mufti Perak sokong pindaan Akta RUU 355

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42792-mufti-perak-sokong-pindaan-akta-ruu-355

IPOH: Usaha untuk menaik taraf Mahkamah Syariah telah dilaksanakan oleh generasi terdahulu atas kesedaran untuk umat Islam di Malaysia, demikian dinyatakan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Datuk Seri Dr Harussani Zakaria di Pejabat Mufti, Majlis Agama Islam Perak, hari ini.

Beliau menyatakan sokongan atas usaha Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta RUU 355 dalam persidangan Parlimen akan datang kerana ia adalah tanggungjawab seorang pimpinan Islam.

Sokongan itu dinyatakan dalam pertemuan bersama Dewan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin juga disertai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria serta beberapa orang Exco Pemuda PAS Perak.

Harussani menceritakan perjalanan usaha-usaha pada permulaan kewujudan Jawatankuasa Penggubal Undang-undang sehingga tertubuhnya Mahkamah Syar'i serta peranan Qadhi dan pegamal undang-undang Syariah di Malaysia.

Mengulas tentang perlantikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin beliau gembira dengan perkhabaran tersebut bahkan mengakui pernah bergandingan dalam beberapa program untuk pembentangan berkaitan isu umat Islam.

"Beliau memang layak diberikan kepercayaan kerana ilmu yang dimiliki serta keperibadiannya sesuai berada di tempat Mursyidul Am.

"Saya pernah beberapa kali bersamanya untuk sesi pembentangan kertas kerja berkaitan ehwal umat Islam di Malaysia.

"Ini menjadikan satu pilihan yang terbaik untuk memimpin masyarakat," ujarnya.

Pertemuan tersebut bertujuan berkongsi pandangan berkaitan usaha PAS untuk memartabatkan Mahkamah Syariah serta isu semasa umat Islam yang berlaku. – HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak luar nikah, apa penyelesaiannya?

HAFEZ SABRI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42780-anak-luar-nikah-apa-penyelesaiannya

Foto hiasan
Malaysia kini menjadi perhatian negara umat Islam yang sedang membangun. Ironisnya pembangunan material dan bangunan pencakar langit tidak seiring dengan pembangunan moral dan akhlak yang jahiliah jauh rendah ke dasar bumi bagi segelintir anak muda Malaysia.

Dalam tempoh lima tahun sahaja (2011-2015) sudah 263,691 orang anak tidak sah taraf telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia( KKM) pula mendedahkan pada tahun lalu remaja yang berusia 10 hingga 19 tahun yang telah mengandung anak luar nikah adalah sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 orang.

Kes-kes rogol juga antara penyumbang kelahiran bayi luar nikah ini. Statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan peningkatan kepada 12, 473 kes dari tahun 2011 sehingga jun 2015. Daripada jumlah ini, 93.5 peratus melibatkan remaja 13 hingga 18 tahun.

Secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam tempoh sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara. Ini bermakna setiap jam sekurang kurangnya 2 orang anak luar nikah lahir di Malaysia. Statistik yang dibuat ini hanya melibatkan kes yang direkodkan. Bagaimana pula kes yang tidak direkodkan?

Inilah jahiliah moden yang semakin berleluasa. Jika ianya tidak dibendung segera, maka rosaklah sistem kekeluargaan di Malaysia. Lebih menyedihkan apabila bayi yang tidak berdosa ini mati dibuang dan dibunuh kejam oleh ibubapa berwajah manusia tetapi jiwanya lebih teruk dari haiwan.

Islam amat mementingkan maruah dan keturunan. Salah satu dari maqasid syar'iyah adalah penjagaan maruah. FirmanNya dalam surah Isra' ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Menghampirinya sudah ditegah,apatah melakukan penzinaan. Pergaulan bebas tanpa batasan akhirnya membawa kepada kecenderungan zina. Kemudian lahirlah anak luar nikah, lalu terjadilah jenayah buang anak.

Islam hadir dengan penyelesaian dengan hukuman yang mendidik. Pelaksanaan hudud amat teliti dan bukan dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam menjatuhkan hukuman. Bagi pelaku yang belum berkahwin, dilaksanakan sebat 100 kali kepada pesalah dengan konsep sebatan menepati syarak.

Keindahan hukum Islam harus difahami dengan baik. Pelaksanaannya lebih kepada mendidik bukan menghukum. Tidak padan melanggar hukum tuhan dan mencemarkan maruah wanita serta merosakkan keturunan hanya dikenakan denda RM3000, penjara tidak lebih 5 tahun dan sebat tidak lebih 6 kali.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyeru kepada ahli Parlimen di seluruh Malaysia untuk menyokong pindaan Akta 355 bagi memartabatkan mahkamah syariah dan membentuk masyarakat madani di Malaysia.

DPPN Perak juga menyarankan agar Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan JAKIM dalam merangka modul pendidikan seks bagi mendidik ibu bapa dan remaja dalam memahami kepentingan menjaga maruah dan keturunan serta pembangunan sosial negara.

DPPN Perak juga menasihati rakyat agar lebih cakna dalam mendepani isu-isu sosial dan mengajak untuk terus menyokong usaha membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera. - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda DPPN Perak merangkap Exco Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 10-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































RUU 355: PAS Larut jumpa ahli parlimen

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42741-ruu-355-pas-larut-jumpa-ahli-parlimen

PUTRAJAYA: PAS Kawasan Larut telah bertemu ahli parlimennya yang diadakan di Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini.

Pertemuan lebih sejam itu diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamarudin berlangsung dalam suasana yang harmoni.

Pelbagai isu tempatan dan nasional dibincangkan dalam pertemuan tersebut, pagi tadi.
Menurut Akmal, pertemuan itu diadakan bertujuan untuk memohon Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibahas dalam sesi parlimen tidak lama lagi.

"Kita amat berharap agar beliau menyokong pindaan ini dan seterusnya dengan undi beliau Mahkamah Syariah akan dapat diperkasakan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang menggesa agar Mahkamah Syariah diperkasakan, daripada pertemuan tadi pihak kami yakin beliau akan menyokong," ujar beliau selepas pertemuan tersebut.

Sementara itu, Hamzah yang juga Menteri KPDNKK dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam pertemuan tersebut bersetuju agar Mahkamah Syariah diperkasakan demi menjamin umat Melayu Islam bebas daripada maksiat.

"Kenapa bila undang-undang lain kita boleh sokong sedangkan undang-undang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ini kita tak boleh nak sokong," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/10/2016

Sumber HD - 7-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































PAS Perak sokong pendirian Presiden untuk kerjasama

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42726-pas-perak-sokong-pendirian-presiden-untuk-kerjasama

Ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Oktober 2016 di atas dasar dan prinsip perjuangan PAS yang semakin mula difahami masyarakat.

Sebagai seorang Islam menjadi kewajipan untuk bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT.

Tidak ada sebab untuk menolak usaha tersebut terutama bagai rakyat khususnya yang beragama Islam.

Sekiranya negara diurus oleh mereka yang bertaqwa serta takut kepada Allah negara tidak mungkin menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada masa kini.

Orang Islam yang benar-benar berpegang dengan Islam mustahil berani menjual akhirat untuk dunia.

Sejarah menunjukan PAS mendapat sekitar 36% undi Melayu dalam semua pilihan raya sama ada bekerjasama dengan parti lain atau tidak. PAS tidak akan mensia-siakan perjuangan dan keikhlasan akar umbi.

Mana-mana parti politik, NGO atau individu hendak berstrategi politik bersama PAS wajib menyokong perjuangan prinsip dan dasar PAS.

PAS Perak menyokong penuh kenyataan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang hendak bekerjasama mesti berubah dan menyokong Islam.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
6 Oktober 2016 / 5 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 6/10/2016

Sumber HD - 6-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































Perubahan undi Melayu beri kelebihan kepada PAS

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42675-perubahan-undi-melayu-beri-kelebihan-kepada-pas

PADANG RENGAS: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata perubahan sedikit daripada undi orang Melayu boleh memberi kemenangan lebih daripada 30 kerusi kepada PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) majoriti Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyasarkan untuk memenangi 30 daripada 59 kerusi Dun di negeri ini pada pilihan raya akan datang.

"Jika perubahan ini berlaku PAS mampu membentuk kerajaan dan sekali gus boleh melenyapkan pesepsi negatif yang dibina musuh selama ini seperti PAS sudah lari dari dasar perjuangan, PAS hendak bergabung dengan Umno, PAS boneka  DAP dan PAS bertanding tidak cukup kerusi untuk memerintah Perak," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan raya PAS Perak yang diadakan di Musolla Al Ehsan Paya Renggam, dekat sini, hari ini.

Ijtimak tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.

Ijtimak ini juga mencatat sejarah dengan kehadiran melebihi 5,000 orang petugas dan jentera pilihan raya PAS negeri dari semua peringkat.

Ijtimak berakhir pada jam 4.30 petang dengan lafaz baiah setia perjuangan oleh semua jentera yang hadir. - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Sumber HD - 1-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































RUU 355: PAS Ipoh Barat sampaikan suara rakyat

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42663-ruu-355-pas-ipoh-barat-sampaikan-suara-rakyat

IPOH: Pindaan Akta 355 perlu disokong oleh semua pihak terutama Ahli Parlimen dalam persidangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi dengan matlamat untuk memartabatkan peranan Mahkamah Syariah, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Ipoh Barat, Ustaz Abbas Azizuddin, di Taman Idris, di sini.

Jelasnya, usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan membawa usul persendirian sekaligus membawa mesej rakyat beragama Islam di Malaysia.

Abbas berkata, PAS Kawasan Ipoh Barat telah berjumpa dengan wakil kakitangan Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB Kulasegaran V.Murugeson di pejabatnya serta mengaturkan pertemuan pada masa yang akan ditentukan.

"Kami telah menyerahkan Petisyen Sokongan Akta 355 kepada kakitangan pejabatnya untuk perhatian awal pihak beliau.

"Rakyat beragama Islam berharap agar pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen akan mendapat sokongan dari ahli parlimen demi menaiktaraf peranan mahkamah syariah khusus untuk masyarakat Islam.

"Hasrat PAS Ipoh Barat untuk melihat umat Islam di Perak dapat menikmati sistem perundangan Islam sebaiknya," ujar beliau.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, AJK Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat, Ustaz Mohd Adil Fadzil dan Pegawai Penerangan PAS Perak, Hafeez Zahid. – HARAKAHDAILY 30/9/2016

Sumber HD - 30-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































PRU14: PAS Perak anjur ijtimak pilihan raya Sabtu ini

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42655-pru14-pas-perak-anjur-ijtimak-pilihan-raya-sabtu-ini

Tempoh akhir PRU14 sekitar Jun 2018. Senario politik semasa memberi petunjuk bahawa PRU14 akan diadakan pada tahun 2017.

Pemimpin Umno BN cuba mempertahankan kuasa dengan berbagai-bagai pendekatan. Diketahui umum sebelum dan semasa pilihan raya, seluruh agensi kerajaan, syarikat GLC, JKK dan AJK pentadbiran masjid dan urau digembleng bagi mengekalkan pemerintahan mereka.

Kepincangan yang berlaku dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di bawah kerajaan Umno BN ini sudah tiba masanya diubah kepada yang lebih baik. Untuk membuat perubahan ini ianya memerlukan pengorbanan rakyat secara menyeluruh.

Sehubungan itu, bagi meneraju perubahan ini, PAS Perak akan mengadakan ijtimak pilihan raya pada Sabtu ini, 1 Oktober 2016 di Paya Renggam, Padang Rengas.

Himpunan ini antara lain adalah untuk penyatuan fikrah dan tiupan semangat kepada seluruh warga Perak dalam usaha mengganti Umno BN mentadbir kerajaan melalui PRU14 nanti.

Oleh itu, PAS Perak menyeru semua ahli dan pemimpin di semua peringkat hadir ke program tersebut.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
29 September 2016 / 27 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11 kawasan Pas Perak sudah serah memorandum RUU 355
Posted on Wednesday, September 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31833




IPOH – Sebanyak 11 memorandum menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 telah diserahkan Pas Perak kepada kepimpinan Ahli Parlimen negeri ini.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, kawasan itu adalah Lumut, Bagan Serai, Taiping, Lenggong dan Kuala Kangsar.

Menurutnya, kawasan lain adalah Parit, Pasir Salak, Tambun, Teluk Intan, Bukit Gantang dan Tanjung Malim.

“Masih ada 13 lagi kawasan yang belum serah, kita jangka dapat lakukan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kawasan yang belum menyerahkan memorandum berkenaan adalah Pas Kawasan Parit Buntar, Larut, Gerik, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh Barat, Ipoh Timur.

Turut tersenarai, Pas Kawasan Gopeng, Batu Gajah, Kampar, Tapah, Bagan Datoh dan Beruas.

Razman berkata, meskipun memorandum belum diserahkan, rata-rata wakil rakyat kawasan itu sudah maklum akan gerakan yang dilancarkan Pas bagi mendapat sokongan terhadap RUU 355.

“Kebanyakan kawasan ini melibatkan pimpinan DAP, walau secara dasar kita tahu mereka tidak menyokong, kita tetap akan serahkan memorandum yang sama,” katanya.

Beliau berkata, hasil gerakan itu, rata-rata pemimpin yang ditemui memberi reaksi positif dan menyatakan kesediaan untuk menyokong pindaan undang-undang itu.

“Alhamdulillah, di Perak kita tiada masalah, semua memberi kerjasama malah mengalu-alukan kehadiran kami ketika menyerahkan memorandum ini.

“Walaupun ada tempat yang bukan Ahli Parlimen itu sendiri yang terima, mereka hantar wakil untuk menerima,” katanya.

Sumber TKO - 28-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Pertemuan Dengan MP Pasir Salak
Posted on Friday, September 23 @ 22:12:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31790



PAS menjalankan tanggungjawab untuk memperkasakan undang-undang Islam di Malaysia, walaupun usaha ini dipandang sinis oleh sesetengah bekas pimpinan PAS yang berpindah parti.

Pertemuan dengan  YB Dato Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman adalah antara usaha untuk mendapatkan soikongan RUU 355. 


Sumber TKO - 23-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































Atasi kilang tolak hasil padi, potongan melampau

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42450-atasi-kilang-tolak-hasil-padi-potongan-melampau

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memohon campur tangan kerajaan yang segera sekurang-kurangnya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pesawah di kawasan Semanggol dan Selinsing.

Ini ekoran penderitaan hampir 2,000 orang pesawah di kawasan dalam parlimen Bagan Serai itu yang hilang punca pendapatan akibat daripada tindakan kilang menolak pembelian hasil padi.

Beliau difahamkan jika ada hasil padi yang diterima oleh kilang tetapi potongan yang melampau sehingga 75 peratus.

"Kerajaan hendaklah menetapkan had pemotongan basah tidak lebih daripada 17 peratus," ujarnya kepada Harakahdaily.

Di samping itu, beliau memohon kerajaan memberi bantuan sara hidup sekurang-kurang RM500 sebulan kepada pesawah yang terlibat.

Razman dimaklumkan, akibat daripada situasi itu pesawah bukan sahaja hilang punca pendapatan sara hidup ditambah pula dengan hutang kos penanaman yang tidak mendapat pulangan.

Para pesawah juga telah membuat laporan di Balai Polis Semanggol sebagai rekod terhadap situasi yang mereka hadapi itu. - HARAKAHDAILY 8/9/2016

Sumber HD - 8-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































RUU 355: PAN jangan terlalu main politik

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42418-ruu-355-pan-jangan-terlalu-main-politik

Kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Naib Presiden PAN yang mempertikaikan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri dalam Bayan Linnas siri 67 berhubung pindaan Akta RUU 355 amat memeranjatkan dan mengecewakan.

Hairan dan pelik, bagaimana seorang ahli parlimen PAN yang katanya memperjuangkan Islam tetapi hairan dengan pandangan SS Mufti Wilayah yang menyeru untuk menyokong memperkasakan mahkamah syariah.

Lebih malang dan menyedihkan buat masyarakat Parit Buntar yang juga ingin melihat pemerkasaan Mahkamah Syariah ini dilaksanakan tetapi ahli parlimen mereka terlalu "politicking" dalam perjuangan ummah.

Sememangnya Akta RUU 355 adalah perkara legislatif yang diputuskan oleh Dewan Rakyat, namun harus diingat bahawa perundangan tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Ini menjadi "buah" kepada golongan sekular bagi mengasingkan urusan keduniaan dengan agama. Pandangan mufti dan alim ulama amat penting dalan menentukan dasar dan polisi negara.

Kerakusan politik PAN dalam meraih sokongan DAP melihatkan bagaimana rapuhnya prinsip perjuangan mereka. Maqasid Syar'iyah meletakkan agama menandingi segalanya. Jangan hanya menang politik, kalah dakwah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengingatkan PAN agar berpolitik dengan matang dan rasional demi rakyat juga Islam bukannya emosi serta berkepentingan peribadi. Sikap PAN yang terlalu bermain politik ini memberi kesan negatif kepada agama, rakyat dan negara.

DPPN Perak terus istiqamah memperjuangkan hak rakyat dalam ruang lingkup Islam. Kami menyeru kepada semua ahli parlimen Malaysia khususnya di Perak untuk bersama majoriti ummat Islam di Malaysia yang mahukan Akta RUU 355 dipinda dan Mahkamah Syariah diperkasakan.

DPPN Perak juga menyatakan kesediaan untuk berdiskusi, berdebat, berbincang, berdialog dalam usaha menerangkan pindaan Akta RUU 355 dan perjuangan PAS dalam membina Malaysia yang sejahtera dalam lunas dan kerangka Islam.

ABDUL QAHAR SHAMS
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak
4 Zulhijjah 1437 / 6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































Pemuda PAS Perak lancar kempen sokong RUU 355

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42375-pemuda-pas-perak-lancar-kempen-sokong-ruu-355

IPOH: Sokongan anak muda terhadap usaha pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah goyah.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, pemuda PAS Perak telah mengatur dan menyusun beberapa program penerangan dibawah seliaan Lajnah Penerangan bagi menjelaskan keperluaan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Kempen sokongan RUU 355 Pemuda PAS Perak telah disempurnakan oleh beliau ketika program Liqa' Fikri Bulanan Dewan Pemuda PAS Perak di Tambun.

"Seruan dan sokongan usaha murni ini perlu mendapat perhatian semua pihak bagi memastikan intitusi undang-undang Islam mampu berfungsi dengan baik sekaligus dinikmati oleh orang Islam.

"Kefahaman yang dimomokkan media arus perdana dengan mendakwa pindaan ini atas dasar kepentingan politik adalah satu tindakan dangkal dan tidak berintegriti.

"Anak muda perlu menjadi tulanb belakang menyampaikan kepada masyarakat aspirasi mulia ini agar Mahkamah Syariah dapat berperanan mengikut lunas undang-undang Islam sebenar,"  ujar beliau di Madrasah Darussalam, dekat sini, semalam.

Beliau mengharapkan agar semua ahli Parlimen akan memberikan sokongan untuk meminda Akta 355 kerana ianya menjadi tanggungjawab selaku seorang Muslim yang berpaksikan di atas syahadah yang sama. - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dewan Pemuda PAS Perak Kecam Tindakan Hina Mufti
Posted on Tuesday, August 30 @ 18:04:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31498



IPOH: Dewan Pemuda Pas Perak mengecam tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) kerana menghina Mufti negeri itu, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam sebuah majlis anugerah 'Aiyoh Wat Lah' di Petaling Jaya, dua hari lepas.

Ketuanya, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, tindakan pertubuhan berkenaan yang menamakan Harussani sebagai pemenang anugerah kategori 'menghina intelektual' adalah perbuatan biadab dan menghina keilmuan serta keintelektualan beliau yang dilantik Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai mufti.

"Tan Sri Harussani berhujah atas dasar ilmu dan kebenaran. Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sebagai contoh, pada April tahun lalu, Harussani berdasarkan sebuah hadis menjelaskan konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Pada Ahad lepas, NGO berkenaan memilih Harussani memenangi kategori itu kerana kenyataan-kenyataannya dianggap tidak logik dan tidak rasional.

Mohd. Akmal berkata, pihaknya memandang serius kekerapan penghinaan terhadap agama Islam oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
"Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang agama ini secara terang-terangan," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya meminta kerajaan agar dapat menangani isu sebegini dengan segera supaya tidak menular sehingga menjadi perkara biasa dalam masyarakat.

"Ini mesti dibendung segera demi kedaulatan undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) yang menyatakan Islam agama persekutuan juga agama rasmi negara. Tambahan pula penyebaran fikrah songsang semakin parah dan membawa kesan buruk kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Perak," katanya.

Pihaknya juga menyatakan kesediaan untuk berdialog, berdiskusi dan bertemu mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang isu ini mahupun agama Islam.

"Dalam masa yang sama, seluruh umat Islam diingatkan untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam dan menerapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera," katanya.

- BERNAMA

Sumber  TKO - 30-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































Hina mufti: Pemuda PAS Perak sedia semuka JAG, GEI

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42325-hina-mufti-pemuda-pas-perak-sedia-semuka-jag-gei

IPOH: Pemuda PAS Perak bersedia bersemuka dengan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata demikian, ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak, hari ini.

Pada 28 Ogos 2016, dalam majlis Anugerah Aiyoh Wat Lah bersama sebuah universiti swasta yang berlangsung di V Square, Petaling Jaya, SS Mufti Perak dinamakan sebagai 'pemenang' Anugerah Aiyoh Wat Lah kategori 'ucapan tidak masuk akal' kerana Hadis yang dibacakan oleh Mufti Perak, Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Hadis riwayat at Thabarani, Ahmad, Ibnu Majah)

Tambahnya, kejahilan JAG dan GEI telah mempermainkan hadis tersebut jelas menunjukkan satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan Mufti Perak.

"SS Tan Sri Harussani berhujah atas ilmu dan kebenaran bahkan hujah yang dikeluarkan dalam isu tersebut tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak.

"JAG dan GEI  terlalu biadab dan menghina keilmuwan dan intelektual Mufti Perak yang dilantik oleh Sultan Perak.

"Pemuda PAS Perak memandang serius diatas penghinaan terhadap Rasulullah SAW, malahan penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara serta hak asasi manusia semakin kerap," ujarnya.

Akmal menyatakan bahawa tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam dan lebih parah apabila ada pihak semakin berani tampil menentang Islam secara terang.

Beliau mendesak agar kerajaan menangani isu dengan segara supaya ia tidak menular sehingga menjadi perkara biasa dalam masyarakat.

Beliau menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk membela Islam dan bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam demi menerapkan cara hidup berlandaskan Islam  sama ada dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera. – HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































Pemuda PAS Perak kecam anugerah JAG dan GEI

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42316-pemuda-pas-perak-kecam-anugerah-jag-dan-gei

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengecam tindakan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) di atas penghinaan terhadap Mufti Perak, SS Tan Sri Harussani Zakaria dalam acara yang berlangsung di Petaling Jaya, semalam.

Tindakan mereka yang menamakan SS Mufti Perak sebagai 'pemenang' Anugerah Aiyoh Wat Lah kategori 'menghina intelektual' adalah satu perbuatan biadab dan menunjukkan bahawa merekalah golongan yang menghina intelektual atas kejahilan mereka.

SS Tan Sri Harussani berhujah atas ilmu dan kebenaran. Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak.

DPPN Perak memandang serius di atas kekerapan penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang.

Sehubungan itu, DPPN Perak mendesak kerajaan agar menangani penyebaran fikrah songsang yang semakin parah ini. Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Perak.

DPPN Perak juga bersedia untuk bersemuka dengan pihak berkenaan bagi merungkai segala kekusutan. Malahan DPPN Perak juga menyatakan kesediaan untuk berdialog, diskusi dan bertemu mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang Islam juga perjuangan PAS.

DPPN Perak turut menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk membela Islam. Dalam masa yang sama seluruh umat Islam diingatkan untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam dan menerapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

Mohd Akmal Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
26 Zulkaedah 1437 / 29 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Jabatan Kesihatan Perak lapor satu kes difteria

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42293-jabatan-kesihatan-perak-lapor-satu-kes-difteria

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah melaporkan satu kes disahkan difteria, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan semalam menyatakan kes itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 25 Ogos 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun warganegara Malaysia mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos 2016. Pesakit yang masih mengalami gejala tersebut telah dibawa mendapatkan rawatan pada 17 Ogos 2016 dan telah dimasukkan ke wad Hospital Taiping. Pesakit ini telah dirawat sebagai exudative tonsillitis. Ujian kultur swab tekak kes ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria.

Kanak-kanak ini hanya mengalami gejala yang ringan tanpa komplikasi kerana beliau telah mendapat imunisasi difteria yang lengkap. Kanak-kanak ini hanya diberikan rawatan antibiotik dan tanpa rawatan antitoksin dan kini beransur sembuh.

Tujuh (7) orang kontak yang tinggal serumah dengan kes berada dalam keadaan sihat dan telah diberi rawatan profilaksis. Tiga (3) adik-beradik kes yang tinggal serumah telah menerima imunisasi difteria yang lengkap, sementara status imunisasi empat (4) yang lain termasuk ibubapa masih dalam siasatan. Kontak di kalangan keluarga yang tinggal berdekatan juga adalah sihat dan telah diberi rawatan profilaksis. Sebanyak 23 sampel swab tekak telah diambil dari kontak serumah dan keluarga yang tinggal berdekatan untuk ujian makmal.

Sebanyak dua (2) daripada 38 kontak di tabika Kemas di mana kes belajar, ada mengalami batuk ringan dan telah diisolasi secara sukarela di rumah. Mereka dipantau oleh anggota kesihatan. Sampel swab tekak kedua-dua kanak-kanak ini juga telah diambil untuk ujian makmal. Guru, pekerja dan kanak-kanak lain di tabika adalah sihat dan tiada sebarang gejala jangkitan. Seorang (1) kontak di tabika cicir imunisasi dan telah dirujuk kepada klinik kesihatan. Pemantauan ke atas semua kontak masih diteruskan.

Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 28 kes termasuk 5 kematian; iaitu Kedah sembilan (9) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah lima (5) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian, Selangor dan Perak masing-masing satu (1) kes dan tiada kematian.

KKM ingin menegaskan bahawa imunisasi yang lengkap mampu mencegah jangkitan dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi. Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi lengkap. - HARAKAHDAILY 27/8/2016

Sumber HD - 27-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































PAS Perak lancar kempen sokong RUU 355

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42264-pas-perak-lancar-kempen-sokong-ruu-355

PAS Perak memandang serius usaha pihak tertentu terutama dalam kalangan bukan Islam untuk tidak mencampuri apa sahaja urusan yang berkaitan dengan agama Islam.

Usaha dan budaya mencampuri urusan agama lain hendaklah segera diberhentikan segera kerana tindakan ini menggugat keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat dalam negara.

Justeru PAS Perak akan melancarkan kempen sokongan atas usaha pindaan Akta RUU 355 secara menyeluruh untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat.

RUU 355 adalah satu usaha murni untuk dilaksanakan atas beberapa faktor seperti berikut :

1.Meningkatkan peranan mahkamah syariah sebagai mercu tanda menghormati orang Islam dan seiring dengan Perlembagaan Malaysia dalam fasa 3 menyebutkan "Agama rasmi negara adalah agama Islam".

2.RUU 355 adalah untuk meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah hanya untuk orang Islam sahaja. Harapan PAS Perak agar kaum lain dapat menghormati kebebasan beragama sepertimana yang dinikmati oleh agama lain dalam negara ini.

3.Kejayaan RUU 355 bergantung kepada keyakinan dan kesungguhan Ahli Parlimen yang beragama Islam berjumlah lebih dari 139 orang yang terdiri dari berbagai parti politik untuk membawa suara umat Islam agar pindaan tersebut dapat diluluskan. PAS akan menghantar memorandum kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam meminta supaya mereka menyokong cadangan ini.

4.Bentuk kempen yang akan dijalankan seperti kuliah penerangan di masjid surau, forum dan ceramah umum. Selain itu kempen tandatangan seluruh orang Islam juga akan dibuat.

5.Harapan PAS Perak kempen ini mendapat sokongan dari semua pihak JKK, AJK masjid surau jabataan agama, badan bukan kerajaan dan seluruh peringkat masyarakat.

6.Semua orang Islam diseru menyokong perjuangan PAS sejak sekian lama kerana ia merupakan satu bukti kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah.      

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
24 Ogos 2016M bersamaan 21 Zulkaedah 1438H – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































Pengorbanan jemaah haji bukti sebuah ketaatan

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42108-pengorbanan-jemaah-haji-bukti-sebuah-ketaatan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengucapkan tahniah kepada semua bakal jemaah haji yang telah dipilih oleh Allah Taala pada tahun ini menjadi tetamu-Nya.

"Sesungguhnya pengorbanan jemaah haji untuk melaksanakan kewajipan ini adalah aspirasi nilai sebuah ketaatan kepada Maha Pencipta," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, demi melaksanakan tuntutan suci itu, mereka terpaksa meninggalkan keluarga, pekerjaan serta komitmen yang lain untuk menyempurnakan rukun Islam kelima.

Begitulah, ujar beliau resam dalam perjuangan, tatkala menginginkan redha Allah SWT segala-galanya perlu dikorbankan, sama ada harta, masa, keluarga untuk melihat Islam dipelihara serta mampu dinikmati untuk generasi akan datang.

Menurutnya lagi, manifestasi pengorbanan ini menjadi nadi dalam jiwa seorang hamba Allah SWT supaya dapat memahani nilai ketaatan kepada Allah Rabbul Jalil.

"Justeru, saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mendoakan agar semua bakal jemaah haji dipermudahkan oleh Allah SWT dan memperolehi Haji Mabrur," ujarnya. - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                               ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                 

























































































KWSP: Peranan PAS dalam penyelesaian ummah

HARAKAHDAILY | .


                                                                                                http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42107-kwsp-peranan-pas-dalam-penyelesaian-ummah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Tuntutan sistem pentadbiran, muamalat, munakahat, jenayah dan pengamalan cara hidup berlandaskan syarak menjadikan PAS terus istiqamah dalam menasihat dan membangkang kerajaan.

Alhamdulillah, hasil dari desakan dan saranan PAS melalui YB Ustaz Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Temerloh pada 26 Mei 2016 ketika soalan lisan di Dewan Rakyat membuahkan hasil yang sangat baik apabila Skim Persaraan Patuh Syariah bagi KWSP telah dilaksanakan.

Kenyataan penuh tuntutan PAS ini boleh dibaca dalam pautan Perkongsian Dari Parlimen siri 17 di facebook beliau https://m.facebook.com/ustaztantawi/posts/10152793309422312

PAS memainkan peranan yang sangat penting dalam penggubalan polisi dan perundangan berlandaskan syarak. Tuntutan mencari yang halal buat umat Islam serta mewujudkan persekitaran yang baik menjadikan PAS sentiasa berfikir solusi buat rakyat.

Kesediaan PAS bertindak sebagai check and balance kepada kawan dan lawan ini digarap kemas dalam budaya Politik Matang dan Sejahtera (PMS) demi membentuk Malaysia yang lebih aman dan sejahtera dengan mengutamakan kepentingan rakyat bukan mainan politik.

Rakyat Malaysia samada muslim mahupun bukan muslim sudah semakin cenderung kepada sistem ekonomi Islam seperti perbankan Islam, Takaful, pelaburan termasuk KWSP yang dilihat memberi lebih jaminan dan penyelesaian kewangan yang baik.

Besar harapan kini agar masyarakat menerima perjuangan mengukuhkan mahkamah syariah melalui RUU 355 yang turut disarankan oleh PAS demi menyelesaikan masalah jenayah yang semakin parah di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat yang gigih siang dan malam dalam usaha memartabatkan Islam. Inilah penyelesaian yang kita tawarkan kepada masyarakat demi membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Mohd Akmal Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
6 Zulkaedah 1437 / 9 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                   
Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                                 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                      


























































































Lajnah Ekonomi PAS Perak ejen Kad Istiqamah

SALMIYAH HARUN | FOTO MOHD ALIFF | .


                                       
                                                                                                               http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42005-lajnah-ekonomi-pas-perak-ejen-kad-istiqamah                                                                                                                                                                                                                                                                            KUALA LUMPUR: Lajnah Ekonomi PAS Perak hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan Harakah bertujuan bagi memasarkan Kad Istiqamah di negeri itu.

Ini merupakan program pertama Harakah dengan kerjasama lajnah ekonomi peringkat negeri dan akan memperluaskan program ini ke seluruh negara.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop berkata, apabila model perniagaan yang diaplikasikan di negeri Perak berjaya dengan model yang sama Harakah akan memperluaskan ke negeri lain.

"Di mana pihak ekonomi negeri Perak akan memasarkan Kad Istiqamah ke seluruh negara secara eksklusif, dia sahaja boleh.

"Untuk memudahkan cara kita akan bekerjasama dengan Lajnah Ekonomi PAS Perak dalam menyediakan infrastruktur pemasaran, promosi dan juga kemudahan lain," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Bersama Pengedar Harakah di sini, petang ini.

Katanya, dengan kerjasama itu mereka akan membawa ejen-ejen lajnah ekonomi dari lain-lain negeri yang semestinya berhubung dengan Perak terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Perak, Osman Masri berkata, perjanjian hari ini merupakan usaha untuk memasarkan Kad Istiqamah dengan lebih rancak yang memberi banyak kelebihan kepada Harakah dan PAS negeri.

"Di samping dapat digunakan kepada ahli PAS generasi muda kerana banyak informasi Harakah yang disiarkan.

"Dalam keadan sekarang  generasi sibuk di pejabat tidak ada masa untuk melihat surat khabar dengan 'smart phone' boleh ekses Harakah di mana sahaja, sambil 'traffic jam' pun boleh," katanya

Jelas beliau, pihaknya lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk ahli supaya ianya sampai ke akar umbi melalui kawasan-kawasan.

"Misalnya, di Perak kita ada 24 kawasan parlimen, kita akan sasar semua kawasan. Sebab pemasaran ini mendatangkan dua manfaat untuk parti jana kewangan dan kepada ahli iaitu mendapatkan informasi melalui Kad Istiqamah," kata beliau. - HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                              ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                      






























































































Fastaqim PAS Teluk Intan hujung bulan ini

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41930-fastaqim-pas-teluk-intan-hujung-bulan-ini                                                                                                                                                                                                                                                                               TELUK INTAN: PAS di semua peringkat istiqamah membawa Islam secara syumul  (menyeluruh) kepada masyarakat dengan meletakkan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah sebagai asas dalam gerak kerja parti, demikian menurut Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik ketika sidang media di Markaz PAS Teluk Intan.

Jelas beliau, ketiga-tiga aspek tersebut wajar digerakkan secara kolektif mengikut ‘maratib amal’ bermula daripada pembentukan modal insan yang baik sehinggalah kepada pembentukan sebuah negara yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Katanya, PAS juga menekankan kaedah ‘muwajahah silmiyah’ iaitu kaedah perjuangan secara aman dalam membawa keindahan Islam kepada masyarakat.

"Hal ini dibuktikan oleh PAS melalui konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh kepimpinan tertinggi PAS.

"Melalui BPMS ini juga, perjuangan PAS menjadi lebih inklusif dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan Islam dijadikan asas penyelesaian kepada masalah rakyat.

"Perkara ini bertepatan dengan konsep Islam sebagai sebuah sistem hidup yang menyeluruh dan mencakupi seluruh perihal kehidupan manusia,' ujarnya.

Ismail menyatakan, PAS Kawasan Teluk Intan mengambil inisiatif menganjurkan program FASTAQIM Teluk Intan 2016 pada 30 & 31 Julai 2016 sebagai usaha memperkenalkan PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat serta memasyarakatkan PAS khususnya dalam kalangan penduduk di Teluk Intan.

Tambah beliau, sinergi kekuatan yang dibentuk dalam kalangan dewan-dewan di peringkat kawasan merangkumi Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan (DPPKTI), Dewan Muslimat PAS Teluk Intan (DMPTI), Urusan Ulama Teluk Intan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Teluk Intan (DHPPTI) dipadukan dalam menjayakan program yang julung kalinya diadakan itu.

Dia berkata, masyarakat perlu melihat gabungan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah sentiasa menjadi teras dalam gerak kerja PAS melalui program-program yang disusun melibatkan semua peringkat bahkan bersama masyarakat bukan Islam.

"Inilah wajah perjuangan PAS yang sebenar yang ingin disampaikan kepada rakyat.

"PAS Kawasan Teluk Intan menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya di Teluk Intan tanpa mengira kaum dan fahaman agama untuk sama-sama memeriahkan penganjuran program FASTAQIM Teluk Intan 2016 pada tahun ini," seru beliau untuk menjayakan program Fastaqim Teluk Intan. – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































Perutusan Idulfitri 1437 Ketua Pemuda PAS Perak

HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41767-perutusan-idulfitri-1437-ketua-pemuda-pas-perak

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ
Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Al-Baqarah: 185]

Alhmdulillah bersyukur kepada Allah SWT pada hari ini Allah berikan kita kemenangan meraikan syawal yang mulia. Eidulfitri membawa erti kembali kepada fitrah. Syawal seharusnya mengembalikan kita kepada fitrah kehambaan kepada Allah juga fitrah menyayangi sesama insan.

Sebulan melalui madrasah tarbiyyah Ramadhan telah berjaya membentuk ketaqwaan dalam diri kita. Dalam Ramadhan kita sentiasa menyegerakan ibadah wajib, memperbanyak melaksanakan ibadah sunat serta mengaji Al-Quran menjadi penguat hubungan dengan Allah. Malahan tuntutan membayar zakat dan amalan bersedekah menyuburkan hubungan dengan manusia. Diharapkan agar kita istiqamah meneruskan amalan ini selepas Ramadhan kerana kita merupakan hamba Allah bukan hamba kepada Ramadhan.

Bersama kita telusuri sirah Rasulullah SAW di bulan Syawal yang mulia ini, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda berhadapan kebencian secara besar-besaran oleh orang kafir terhadap Baginda sehingga mengumpulkan lebih 10,000 tentera ahzab. Perjuangan menegakkan kalimah tauhid dan syariat Islam secara keseluruhannya ditentang oleh musuh Islam. Ianya dirakam dalam lafaz takbir raya setiap tahun

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن
bermaksud:
"Tidak ada Tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nyaُ dengan ikhlas untuk agama (Islam)َ walaupun dibenci oleh golongan kafir"

Justeru itu, harus kita fahami bahawa lumrah dalam perjuangan kita apabila membawa Islam secara  keseluruhannya pasti akan dibenci musuh Islam. Seandainya mereka suka maka mereka tidak menghalang dan tidak menentang atau mereka terus memeluk Islam, begitulah ibrah dari sirah Rasulullah SAW

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua.Dalam kesempatan ini, saya mewakili seluruh saff kepimpinan memohon kemaafan zahir dan batin diatas segala kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga Syawal menjadi penghubung kita merapatkan ukhuwah dan melebarkan muafakat di antara Pemuda PAS Perak dengan semua. Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ونهنئكم بعيد الفطر السعيد
جعل الله أيامنا وأيامكم سعادة وهناء في الدارين
ْ

Salam Eidulfitri
Maaf Zahir Batin
#PemudaIstiqamahPenerajuKemenangan

Akmal Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
1 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 6/7/2016

Sumber HD - 6-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































Pas bukan bahan ujian parti lain

Posted on Sunday, June 26 @ 15:46:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30743


IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya. Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.


Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.

“Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.

“Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas,” katanya.

Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.

"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.

Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.
“Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti,” katanya.
Sumber TKO - 26-6-2016

PAS Perak bincang isu semasa bersama Mufti Perak

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PAS Perak berpeluang mengadakan pertemuan bersama Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di Pejabat Jabatan Mufti, di sini, semalam.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu umat Islam khususnya di Negeri Perak.

Antara isu yang dibincangkan bersama seperti krisis penyatuan umat Islam di Perak, perancangan Kristianisasi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat serta beberapa isu berkaitan.

Perbincangan yang harmoni bersama tokoh ilmuwan seperti beliau mampu membuka ruang kepada PAS memberikan pandangan serta idea demi kebaikan bersama.

PAS Perak berterima kasih kepada Mufti Perak kerana sudi menerima kunjungan itu dan berkongsi pandangan beliau untuk bersama menyelamatkan umat Islam.

Turut serta dalamn pertemuan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak; Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Saleh Said, Ketua Penerangan Ulamak PAS ; Ustaz Norazli Musa, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Mustafa Wahab dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016







































































































Isu ceroboh: PAS Perak kunjungi pengurusan kuil

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Insiden memecahkan patung di sebuah kuil turut mendapat perhatian PAS Perak yang berlaku 24 April lalu.

Kunjungan PAS Perak yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama beberapa orang pimpinan telah bertemu dengan pihak pengurusan Kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil, di Jalan Hospital, Ipoh, semalam.

Menurut Razman, pertemuan tersebut bagi mendapatkan penjelasan perkara yang berlaku serta menyatakan keprihatinan PAS Perak walaupun berlainan budaya dan agama.

Jelas beliau, Islam mengajar penganutnya untuk saling menghormati agama yang lain tanpa melakukan perbuatan menghina dan merosakkan kepercayaan lain.

Katanya, PAS Perak menyerahkan sepenuhnya kes tersebut untuk disiasat dan tindakan susulan agar ia tidak menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat setempat.

"Kejadian yang berlaku ini tidak boleh jadikan krisis memecah belahkan perpaduan bangsa dalam negara.

"Insiden terpencil seumpama ini boleh diselesaikan dengan baik serta memberikan sepenuhnya kepada pihak berkaitan menjalankan siasatan dan tindakan lanjut.

"PAS sentiasa terbuka menghormati agama lain bahkan tiada dalam ajaran Islam untuk merosakkan rumah ibadah walaupun ketika perang apatah lagi dalam keadaan aman," ujar beliau.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, remaja tersebut mempunyai masalah kesihatan mental dan masih menerima rawatan di hospital.

Turut sama dalam kunjungan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak; Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, Setiausaha Perhubungan PAS Perak; Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan,  Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Saleh Said, Ketua Penerangan Ulamak PAS ; Ustaz Norazli Musa, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Mustafa Wahab , Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri dan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak; Appalasamy. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016








































































































Wanita mengamuk di masjid

Posted on Saturday, May 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Wanita mengamuk di masjid
Masjid Abu Ubaidiah...lokasi seorang wanita memaki hamun jemaah masjid.


IPOH – “Dia meluru masuk dan berjalan ke dalam masjid. Sampai di ruang solat wanita, dia bertanya soalan yang mengejutkan dan kami segera memintanya keluar dari masjid.”


Itu antara reaksi daripada Imam Dua Masjid Abu Ubaidiah, Yunus Harun ketika mengulas mengenai insiden seorang individu wanita dipercayai bukan beragama Islam yang memaki hamun jemaah di masjid berkenaan.

Menurut Yunus, insiden berkenaan berlaku sejurus selepas Asar pada Rabu lalu, ketika dia serta beberapa jemaah lain masih berada di masjid berkenaan.

Malah katanya, insiden itu nyata sesuatu yang mengejutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba.
“Masa tu lepas waktu Asar. Ada lagi jemaah di masjid, tengah berwirid. Saya dan jemaah lain ada di tangga masjid.

“Tiba-tiba sebuah kereta masuk dan seorang perempuan keluar terus masuk ke dalam masjid. Gayanya macam tengah marah. Dia pun tak bawa apa-apa senjata.

"Dia meluru masuk masjid dan bertanyakan soalan yang mengejutkan sehingga memaksa kita memintanya beredar,” katanya.

Tambah Yunus, wanita berkenaan masih enggan keluar sehinggalah mereka semua keluar dan berhimpun di perkarangan masjid.

Katanya, ketika berjalan keluar dari masjid wanita berkenaan dilihat masih lagi merungut-rungut seakan tidak berpuas hati dengan sesuatu.

“Ketika itu kami menghubungi polis untuk datang ke masjid ni, tetapi perempuan itu naik ke keretanya dan beredar dari masjid ni,” katanya.

Sementara itu, Yunus berkata, laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah pun dibuat di Balai Polis Tambun serta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh, tengah malam kelmarin.

Justeru pihaknya berharap pihak berkuasa khususnya polis dapat segera bertindak berhubung perkara berkenaan.



  - SInar Harian 

Sumber TKO - 7-5-2016

PAS Bagan Serai terima 35 ahli baharu

HARAKAHDAILY | .


BAGAN SERAI: PAS Bagan Serai terus mendapat tempat di hati masyarakat apabila 35 borang permohonan keahlian baharu diterima petang tadi.

Borang permohonan keahlian PAS itu diserahkan dalam program Minum Petang Bersama Pemimpin yang diadakan di Pasti Imtiyaz, Taman Serai Permai.

Majlis dihadiri Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua PAS kawasan, Ramli Tusin.

Borang diserahkan oleh Ketua PAS Cawangan Matang Gerdu, Abdul Rahman Awang.

Abdul Rahman semasa ditanya apa rahsia sehingga dapat mengekalkan ahli dan berjaya menarik ahli baharu, beliau menjawab tarbiah dan pengajian agama. - HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016











































































































PAS Perak bersyukur keputusan mahkamah









































































































HARAKAHDAILY | .


IPOH: PAS Perak bersyukur menerima keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa, Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.

“Perkhabaran keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini menjadi bukti perancangan Allah mampu mengatasi segalanya,” demikian dinyatakan oleh Setiausaha Penerangan PAS Perak, Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi.

Menurutnya, liku perjalanan seorang pejuang sentiasa disajikan dengan cabaran dan dugaan. Namun seandainya meletakkan keyakinan kepada Maha Pencipta atas segala percaturan pasti Allah menjanjikan satu keindahan.

“Tahniah diucapkan kepada Ustaz Norazli Musa, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat, usaha dakwahnya merentasi sempadan benua bukan sahaja menuntut pengorbanan jiwa bahkan segalanya.

“Janji Allah itu pasti kepada mereka yang berjuang ikhlas kerana Allah SWT demi melihat Islam bakal tertegak di atas muka bumi ini bahkan terpasak dalam jiwa setiap manusia,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi kekuatan pejuang Islam tidak kerana kelantangan suara semata-mata namun keyakinan kepada Allah SWT mengatur segala sesuatu serta berada di atas paksi perjuangan Islam memberikan satu momentum untuk terus istiqamah. – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016










































































































PAS Perak saran naik taraf peranan Masjid

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Masjid boleh menjadi satu mercu tanda kepada masyarakat setempat sebagai syiar kepada Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan berkata demikian ketika sidang media sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, 18 April lalu.

Menurutnya, pengurusan masjid perlu lebih efisyen dan berkualiti terutama berkaitan dengan aktiviti dan peranan imam.

Zawawi berkata, imam yang dilantik bukan sahaja memimpin solat semata-mata bahkan perlu menjadi ejen untuk menarik masyarakat setempat mengenali Islam.

"Masjid wajar dinaik taraf sebagai Hub-Pendidikan dan pusat kecemerlangan melalui tuisyen yang dibiayai oleh pihak masjid bagi komuniti setempat serta boleh dibuka juga pada bukan Islam.

"Membudayakan majlis ilmu di setiap masjid untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat tempatan menjadi salah satu cara masyarakat mendekati masjid,” ujar beliau kepada media.

Oleh hal yang demikian, beliau mengharapkan institusi masjid dapat membantu perkembangan dakwah kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016


Belia Perak harus miliki rumah pada usia muda

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Perak merafak syukur menjunjung kasih di atas titah diraja Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurlah dalam perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ketiga belas.

Dewan Pemuda PAS Perak menyokong titah baginda terutamanya pada perkara-perkara yang melibatkan orang muda dan belia. Antara perkara yang perlu dipandang serius ialah berkenaan kos perumahan.

Kenaikan harga rumah yang meningkat 109.6% di antara tahun 2000 hingga 2014 sangat tidak selari dengan kenaikan gaji yang hanya pada kadar 2.6% setahun. Malahan lebih parah apabila 72.8% pendapatan isi rumah pada tahun 2014 di bawah pendapatan RM5,000.

Peningkatan kos sara hidup, pelaksanaan GST, pinjaman pendidikan, kadar kenaikan gaji yang rendah dan cabaran pengangguran, cukup menghantui golongan belia terutamanya lepasan pengajian yang berhasrat memiliki rumah pertama mampu milik bukan sekadar mampu lihat.

Dewan Pemuda PAS Perak menghargai hasrat menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Namun begitu, apa yang dibimbangi ialah bagaimana perlaksanaan dan tindakan proaktif LPHP nanti.

Dalam masa yang sama, isu prosedur juga perlu diberi penekanan.

Ini melibatkan kaedah permohonan, kelulusan pinjaman bank dan melunaskan deposit terutamanya bagi belia bergaji di bawah RM2,000 yang semakin malap hasrat memiliki rumah mampu milik.

Dewan Pemuda PAS Perak mengharapkan pihak kerajaan negeri bergerak dengan lebih efektif dan efisyen seiring desakan hidup belia yang perlu diselesaikan segera terutamanya yang melibatkan pendapatan isi rumah dan kemampuan memiliki rumah pada usia muda.

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
5 Rejab 1437 / 13 April 2016 - HARAKAHDAILY 13/4/2016

Sumber HD - 13-4-2016













































































































Sima’ Getaran Hati Sang Ulama











































































































UST ABD WAHAB DAWAM | .


PADA 27 Mac 2016 yang lalu di Kampar Perak, Dewan Ulamak PAS Perak telah melancarkan Lujnah Kebudayaan dan Kesenian di perkarangan masjid lama Kampar.

Pelancaran telah disempurnakan Ustaz Dr Riduan Mohd Nor, Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat.

Sementara perasmian oleh Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak.

Lujnah ini adalah yang pertama ditubuhkan di Malaysia bagi Dewan Ulamak PAS.

Saya sendiri selaku Ketua Lujnah yang juga Pengarah Program telah menyampaikan kuliah maghrib bertajuk “Hukum Muzik Dan Nyanyian dalam Islam”.

Saya bersama kumpulan Sima' Getaran Hati telah mendendangkan beberapa buah lagu/sima' termasuk lagu rasmi Dewan Ulamak PAS Perak juga dua set zikir munajat.

Setakat ini kumpulan ini telah membuat persembahan di jamuan makan malam Dewan Ulamak PAS Pusat, Hodpital Sungai Buloh, kompleks PKNS Shah Alam, PAS kawasan Tanjung Malim dan dalam progran Fastaqim 3.0 di Ipoh 3.4.2016.

Lujnah ini juga akan melakukan dakwah jalanan dari masa ke masa. Juga dalam aktiviti rasmi PAS.

Untuk tempahan, boleh hubungi saya di talian 010-3316474. – HARAKAHDAILY 3/4/2016

Sumber HD - 3-4-2016

Moto3: Syabas Khairul Idham menang perlumbaan dunia

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Perak merakam penghargaan dan ucapan tahniah di atas kejayaan anak kelahiran Kampung Gajah, Khairul Idham Pawi, yang berjaya mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia bagi kategori Moto3 dalam Grand Prix Motosikal Argentina.

Kejayaan manis ini membuka satu lembaran baru bagi sukan permotoran di Malaysia.

Malahan berjaya membuka mata dunia terhadap keupayaan pelumba Malaysia memenangi perlumbaan dunia.

Dewan Pemuda PAS Perak juga menyatakan rasa syukur dan bangga apabila pelumba yang berusia 17 tahun ini walaupun sudah bergelar juara, namun masih meletakkkan agama sebagai keutamaan apabila beliau tidak bersama dalam acara 'semburan arak’ bagi meraikan kemenangan.

Dewan Pemuda PAS Perak sentiasa komited meraikan minat anak muda dan dalam masa yang sama terus menanamkan benih taqwa serta keimanan di hati mereka.

Penubuhan Alternative Riding Club (ARC) dengan pelbagai akiviti sukan permotoran dengan selingan elemen kerohanian semakin mendapat sambutan dalam kalangan anak muda.

Dewan Pemuda PAS Perak mendoakan semoga kejayaan mengiringi usaha murni Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam mengharumkan nama Malaysia dengan disulami ketaqwaan kepada Allah.

AKMAL KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
26 JamadilAkhir 1437 / 4 April 2016 - HARAKAHDAILY 4/4/2016
Video
Video

Sumber HD - 4-4-2016















































































































Ekonomi parah sebab diurus pemimpin tidak amanah













































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


MANJOI: PAS sentiasa mengajak rakyat Malaysia supaya berganding bahu tanpa mengira latarbelakang politik, agama mahupun bangsa.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi berkata, PAS mengajak untuk menyelamatkan negara dan menangani masalah yang berlaku dalam negara dengan penyelesaian Islam.

Beliau berkata demikian dalam Pidato 2 Anak Tok Guru sempena program Fastaqim 3.0 Kawasan Tambun di Manjoi, 3 April lalu.

Menurutnya, semua cara dan kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan krisis gagal untuk memulihkan, maka perlu kembali kepada Islam.

"Malaysia kini menjadi tumpuan dunia dengan pelbagai krisis yang berlaku antaranya krisis politik dengan rasuah serta salah guna kuasa yang tidak bersudahan.

"Krisis ekonomi semakin parah sedangkan negara kita mempunyai sumber hasil yang banyak tetapi malangnya pemerintahan diuruskan oleh tangan-tangan tidak amanah.

"Rasulullah SAW menyebut antara tanda-tanda kiamat adalah apabila manusia diberikan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikan kedatangan kiamat kelak," ujar beliau.

Jelas beliau, kemusnahan ketika kiamat berlaku di mana manusia bakal menyaksikan semua makhluk akan hancur, manakala bukit bukau dan gunung ganang menjadi debu-debu halus.

Tambah Khalil, kemusnahan bukan sahaja dalam bentuk kerosakan alam seperti gempa bumi dan banjir, bahkan juga keruntuhan akhlak sama ada dalam kalangan rakyat, bahkan lebih parah dalam kalangan pimpinan.

Beliau menyatakan punca segala masalah serta kemusnahan yang berlaku adalah kerana membelakangkan peringatan Allah, serta meninggalkan ajaran dan hukum hukum Allah.

Oleh hal yang demikian, beliau menegaskan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam mengajak untuk membetulkan negara melalui cara Islam kerana itulah solusi yang terjamin dalam memperbaiki negara.

"Penyelesaian Islam satu cara yang dijamin oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW namun umat Islam tidak yakin kepada Islam.

"Alhamdulilah kesan dari usaha PAS yang istiqamah berdakwah kepada masyarakat, masyarakat sudah sedar tiada jalan untuk selamatkan negara melainkan dengan Islam.

"Kita tunjuk gambaran pentadbiran Islam melalui pemerintahan kerajaan negeri Kelantan walaupun ditekan dan dihalang serta keadaan serba kekurangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mampu membina Kelantan dengan baik," jelasnya. – HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016

Ahli Umno turut hadir Fastaqim 3.0

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .




TAMBUN: Fastaqim 3.0 di Perak menutup tirainya dengan pelbagai peristiwa manis sepanjang berlangsungnya program.

Antara yang menarik perhatian ialah slot Pidato bersama Dua Anak Tok Guru dengan menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi yang turut menarik minat orang Umno untuk hadir bersama.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Fariq Izwan Bahrin, ketika dibuka sesi soal jawab seorang dari hadirin bangun mengajukan soalan kepada panel dan menyatakan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan masih lagi bersama dengan Umno

Program selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 April ini dianjurkan oleh Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Tambun.

Menurut pengarahnya, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz berkata, prorgam tersebut dianjurkan untuk membawa mesej Islam kepada masyarakat setempat.

Tambah beliau, kefahaman Islam yang sebenar perlu disampaikan supaya rakyat memahami perjuangan PAS di atas paksi Islam adalah untuk menyelamatkan manusia dari terus lalai dalam kehidupan dunia.

"Sambutan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak termasuk pimpinan PAS Perak dan Kawasan Tambun, anak muda tempatan dan masyarakat setempat sangat menggalakkan.

"Pendekatan program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan dan ahli serta memberikan peluang kepada masyarakat melontarkan pandangan demi kebaikan bersama.

"Harapan dari PAS Perak adalah untuk melihat perubahan yang besar bakal berlaku untuk memberikan peluang kepada PAS mentadbir negeri Perak seterusnya memastikan krisis yang membelenggu kehidupan diberikan perhatian sewajarnya," ujar beliau.

Program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah disusun dengan beberapa bentuk aktiviti yang melibatkan pimpinan PAS Negeri dan Kawasan bersama masyarakat setempat.

Antaranya seperti edaran Harakah di Pasar Awam, Cuci Kereta Percuma, Ziarah Mahabbah, Kenduri Rakyat, Pidato Dua Anak Tok Guru dan Forum Rakyat serta beberapa aktiviti lain. – HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016

















































































































Fastaqim 3.0 PAS Perak ditutup dengan zikir munajat





























































































































































































































HARAKAHDAILY | .

IPOH: Bertempat di surau Jamaiyah Taman Hiburan, Fastaqim 3.0 telah melabuhkam tirainya.

Bermula solat maghrib berjamaah. Diikuti dengan solat hajat dan zikir munajat yang dipimpin oleh Tuan Guru Sidek Mohd Nor Ketua Dewan Ulamak PAS Perak

Selepas Isyak, sembang santai bersama Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria. Diikuti dengan persembahan sima' oleh Kumpulan Simak Getaran Hati Lujnah Kebudayaan dan Kesenian Dewan Ulamak PAS Perak.

Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Tuan Guru Sidek Mohd Nor

Fastaqim 4.0 anjuran Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi Badan Perhubungan PAS Perak itu akan dibuat di Teluk Intan pada bulan Mei ini. – HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 43-4-2016

JK tokong gesa banyakkan dialog elak kekeliruan

HARAKAHDAILY | .






IPOH: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Tokong Paloh Khoo Mui, di sini petang tadi.

Menurutnya, mereka melahirkan rasa gembira kerana buat pertama kali orang Islam datang ke tokong berusia 144 tahun itu.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa Islam adalah dasar PAS, Islam bukan agama memaksa orang masuk Islam.

Di samping itu, beliau mengambil contoh di Kelantan yang diperintah oleh PAS juga ada tokong tetapi tidak diganggu.

Idris juga menjelaskan bahawa peristiwa 13 Mei tidak berlaku di Kelantan.

Justeru, katanya jika mereka hendak tahu mengenai Islam mesti mengambil daripada sumber Islam.

"Hendak tahu PAS kena dapatkan daripada orang PAS," ujarnya.

Katanya, banyak maklumat berkenaan dengan PAS lain daripada apa yang mereka tahu kebanyakannya melalui media.

"Alhamdulillah, banyak persoalan dapat diterangkan semasa dialog. Cukup harmoni, mesra," katanya lagi.

Sehubungan itu, ujar beliau pihak tokong mencadangkan supaya diperbanyakkan dialog seperti itu lagi supaya dapat mengurangkan kekeliruan.

"Kita menghadiahkan Al-Quran terjemahan Cina kepada mereka. Terima kasih kepada Mohd Tiang yang menjadi juru bahasa," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Antara pemimpin PAS Perak turut sama hadir dalam majlis itu ialah Ustaz Misbahuh Munir, Dr Raja Iskandar dan Encik Sang daripada DHPP.

Pihak tokong diwakili oleh pengerusinya, Encik Yeoh, timbalan pengerusi, Datuk Hew, setiausaha agung, Encik Phoon dan bendahari Encik Hew dan AJK yang lain. - HARAKAHDAILY 27/3/2016

Sumber HD - 27-3-2016



















































































































PAS tidak melayan parti seperti itu

















































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PAS Perak tidak terkesan dengan kenyataan provokasi PAN yang jelas tidak berpendirian, bahkan mempunyai hala tuju kabur, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Katanya, penubuhan PAN berpunca akibat kalah pemilihan dan kerana terlalu akur mengikut telunjuk DAP.

Jelasnya, PAS tidak melayan parti seperti itu kerana PAS mempunyai agenda yang lebih besar untuk menyelamatkan negara dan umat sejagat.

"PAS semenjak penubuhannya tidak pernah lari daripada dasar dan prinsip perjuangan.

"Aspirasi perjuangan PAS adalah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintah yang melaksanakan nilai hidup Islam serta hukum yang diredai Allah.

"Sejarah lampau telah membuktikan bahawa pemimpin ataupun kumpulan yang tidak bersetuju dengan PAS akan terkeluar atau tersingkir dari PAS.

"Kerana tapisan Allah SWT bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan," ujar beliau.

Tegas Razman, PAS tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa kerana PAS bergerak di atas prinsip dan dasar yang jelas berlandaskan al-Quran dan Sunnah. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Sumber HD - 23-3-2016

Siapa sebenarnya tidak kenang budi?

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: DAP sepatutnya mengenang dan menghargai jasa PAS yang membuka ruang undi orang Melayu kepada DAP dalam PRU lepas.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, DAP terlalu gelojoh dan ghairah menentukan perjuangan serta hala tuju PAS.

Jelasnya, sebagai sebuah parti berprinsip, PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana tidak menghormati pendirian PAS, bahkan memburukkan PAS kepada masyarakat.

Razman mengingatkan, sebelum mempersoalkan mengenai jasa dan budi, DAP selayaknya mengetahui bagaimana pengorbanan ahli-ahli PAS yang turut sama membantu kemenangan DAP.

"DAP tidak boleh menolak sejarah kerana kejatuhan Kerajaan Perak yang bertahan selama 11 bulan adalah berpunca daripada Adun dari PKR dan DAP yang melompat parti.

"PAS boleh bertahan walaupun hanya dengan 1 kerusi kerana matlamat PAS tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata-mata, namun merangkumi dakwah dan tarbiyah.

"PRU akan datang, PAS Perak akan memastikan calon yang lebih berpegang teguh dengan prinsip dan sedia memperjuangkan matlamat parti," ujar beliau.

Beliau mengharapkan semua ahli PAS agar terus fokus kepada gerak kerja persediaan sebelum menjelang PRU akan datang. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016




















































































































Himmah: Lambang kekuatan Pemuda PAS Perak



















































































































AKMAL KAMARUDDIN | .


KEMENANGAN tentera Muhamad al-Fateh dalam pembukaan Kota Constantinople adalah hasil daripada kekuatan pemimpin dan kekuatan tenteranya. Bukan hanya sekadar kekuatan jasadiyyah, malahan kekuatan Tarbiyyah, Ruhiyyah dan Siyasah.

Penerepan elemen dakwah berhikmah dan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera perlu disematkan kedalam jiwa Pemuda PAS Perak untuk dipraktikkan. Seandainya semua Pemuda diperkukuhkan dengan kefahaman ini, Insya-Allah PAS akan menjadi penyelamat bagi Malaysia.

Dalam senario politik negara yang semakin kritikal kini, jentera Pemuda perlu diperkuatkan bagi bersiap siaga mendepani pilihan raya yang mungkin terjadi bila-bila masa selepas tempoh matangnya pada bulan mei 2016 ini.

Sehubungan dengan itu, Himpunan Anak Muda Istiqamah (Himmah) Pemuda PAS Perak akan dianjurkan bagi merealisasikan hasrat untuk mengukuhkan fikrah, menyebarkan dakwah, menguatkan Tarbiyyah, merelevankan siasah dan menyuburkan istiqamah dalam jiwa anak Muda di Perak.

Slogan "Orang Muda Pilih PAS" dipilih dalam Himpunan kali ini yang menyasarkan kepada seluruh anak muda di Perak tanpa mengira bangsa, kaum dan agama untuk sama-sama menjadi penyelamat Malaysia dengan memilih PAS sebagai jamaah dan wadah perjuangan.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Perak menyeru kepada semua anak muda di Perak bagi menyertai Himmah ini yang kemuncaknya akan diadakan pada 27 Mac 2016 bermula seawal lapan pagi sehingga malam di Batu Kurau,Taiping. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk persembahan artis tanah air, acara sukan bermotor, memanah, taujihat Presiden PAS, pidato daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia, munajat perdana yang dipimpin Tuan Guru Hj Salleh Musa dan banyak lagi acara menarik. – HARAKAHDAILY 12/3/2016

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

Sumber HD - 12-3-2016

PAS Perak anjur himpunan 'Orang Muda Pilih PAS'




















































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Situasi negara hari ini semakin parah dengan kewujudan pelbagai isu dan krisis yang berlaku sekaligus memberi kesan kepada masyarakat khususnya golongan anak muda.

Pengarah Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak [HIMMAH], Ustaz Hafez Sabri berkata, keadaan sedemikian memerlukan satu kebangkitan semangat perjuangan yang sebenar.

Tambahnya, resapan pemikiran songsang berlaku kini mengakibatkan luntur wajah Islam yang bersendikan keharmonian dan kematangan bahkan sebaliknya dipamerkan dengan entiti keganasan semata-mata.

Jelas beliau, golongan belia perlu disuburkan dengan kefahaman Islam sekaligus menjadi kader-kader dakwah bagi melengkapi keperluan semasa kepada masyarakat.

"Menyedari realiti tersebut Dewan Pemuda PAS Perak telah merencanakan satu himpunan yang dikenali sebagai Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak [HIMMAH].

"Beberapa pengisian telah disusun khusus buat anak muda bagi membina momentum kekuatan istiqamah dalam perjuangan Islam yang semakin mencabar.

"Saya mengharapkan Himpunan Anak Muda Istiqamah Perak akan menguatkan ikatan ukhuwwah kita bersama bahkan saling membantu di atas paksi Islam sebenar," ujar beliau.

Hafez berkata, posisi anak muda tidak seharusnya sekadar berpeluk tubuh melihat segala kerosakkan yang berlaku namun sebaliknya menjadi ejen perubah ke arah lebih baik untuk memimpin masyarakat masa akan datang.

Menurutnya, pembawaan HIMMAH diterjemahkan melalui  slogan "Orang Muda Pilih PAS" untuk menzahirkan wadah perjuangan anak muda bersama dengan gerakan Islam.

Program himpunan tersebut bakal dihadiri oleh pimpinan PAS Pusat antaranya Presiden PAS; Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS;  Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS; Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa pimpinan PAS yang lain. HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 11-3-2016

'Kajang Move' pemula rosaknya Pakatan Rakyat

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


LENGGONG: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa 'Kajang Move' merupakan sejarah pemula rosaknya Pakatan Rakyat yang tidak boleh dilupakan.

Beliau melontarkan ingatan agar tidak menganggu pegangan PAS atas pandangan tersendirinya sebagaimana PAS tidak mengganggu pihak yang melaksanakan 'Kajang Move' walaupun akhirnya gagal.

Jelas Idris, PAS ada organisasi, pimpinan dan rujukan sendiri dan sepertimana PAS menghormati pandangan pihak lain, maka begitu juga mereka perlu menghormati pendirian dan sikap PAS.

"Saya minta agar tolong hormati perlembagaan PAS, PAS sudah 65 tahun dan PAS bukan budak-budak lagi. PAS kaya pengalaman, PAS pernah duduk di takhta Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Campuran dan BN.

"PAS pernah ditendang daripada BN, PAS pernah menguasai Kelantan 18 tahun, kalah 12 tahun, hanya tinggal batu nisan, bahkan PAS di Terengganu sekitar tahun 1978 kosong kerusi kemudian kita menang 5 kerusi.

"Akhir 1999 kita menang dan 2004 kita kalah, manakala di Kedah PAS pernah tinggal satu kerusi Bukit Raya," ujarnya membentang beberapa perjalanan PAS dalam arena politik negara.

Tegasnya, jangan cuba tafsirkan tindakan dan menuduh PAS bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Idris berkata, politik adalah berkaitan dengan ijitihad iaitu berkemungkinan pandangan kita betul dan pandangan mereka salah.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar saling menghormati pandangan satu sama lain. – HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016
























































































































PAS mahu kuasa melalui pilihan raya – PJ Perak






















































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


LENGGONG: Kehadiran ke program tarbiyah amat penting agar ahli dapat memahami dan mengenali perjuangan PAS dengan sebenar-benarnya, demikian seru Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria.

Katanya, apabila perjuangan PAS difahami, maka setiap keputusan dan tindakan pimpinan pasti dihormati, bahkan dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, selain penekanan aspek tarbiyah, ahli juga mesti memahami bahawa PAS adalah gerakan dakwah yang berperanan mengajak manusia kepada Allah SWT.

"PAS membawa matlamat dakwah untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT dan dikurniakan rahmat kepada manusia apabila melaksanakan syariat Islam. Semua perkara dan tindakan kita perlu berpaksikan al-Quran dan Hadis, inilah perjuangan PAS.

"PAS juga adalah sebuah parti politik, kerana melalui penglibatan politik, PAS berpeluang memerintah untuk merealisasikan ‘iqamatuddin wasiyasatud dunya bih’ iaitu menegakkan agama serta mentadbir dunia," ujarnya pada program Fastaqim PAS Kawasan Lenggong di Pekan Lenggong.

Menurut beliau, PAS bukan ingin merampas kuasa dengan pendekatan kekerasan, sebaliknya mengikut perlembagaan dan sistem demokrasi melalui pilihan raya.

Tambahnya, di Perak terdapat 59 Dun, maka untuk memerintah perlu mendapat 30 kerusi termasuk Melayu, India dan Cina.

Razman berkata, kaum Cina telah memberi undi 90 peratus kepada PAS, juga kaum India, tetapi kaum Melayu hanya berikan undi 30 peratus sahaja.

Haapan beliau agar masyarakat memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah negara, sekali gus memastikan syariat Islam diaplikasikan sebaiknya dalam pentadbiran. – HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016

Kalau tukar pemimpin tetapi dasar kekal tiada makna

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


LENGGONG: PAS konsisten dan istiqamah di atas setiap perkara yang diperkata dan dilaksanakan sebagaimana perjuangannya menentang Umno adalah kerana dasar dan terhadap pihak memiliki kuasa.

Ia mengulangi sunnah para Nabi berhadapan golongan yang mempunyai kuasa seperti Nabi Muhammad berlawan Abu Lahab, Nabi Ibrahim menentang Namrud dan Nabi Musa mendepani Firaun.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pada program Fastaqim PAS Kawasan Lenggong di Pekan Lenggong.

Menurut beliau, pertentangan tersebut adalah untuk mengambil kuasa daripada mereka supaya dapat memerintah negeri dan menguruskan negara mengikut syariat Allah.

"Dalam hal seperti ini jelas kepada kita, yang kita ingin tukarkan adalah kerajaan, bukan Zahid ganti Najib. Kita mahukan PAS ganti Umno.

"Perjuangan PAS apabila bercakap untuk menggantikan Umno orang sebut (Jami' Mani') kita tukar parti dan tukar pemimpin.

"Manakala mereka (Umno) hanya untuk tukar pemimpin, orang sama meneruskan dasar yang sama (Tahsilul Hasil)," ujar beliau menyatakan pendirian PAS sebenar.

Idris berkata, ketika zaman Mahathir berlaku isu penyelewengan PKFZ dan kini zaman Najib muncul isu seumpama iaitu 1MDB, kerana dasar pemerintahan tidak berubah.

Beliau memberi perumpamaan seperti acuan kuih bahulu yang tetap menghasilkan bahulu dan bukannya kuih lain.

Menyentuh mengenai kehadiran Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali pada deklarasi rakyat baru-baru ini, katanya, perkara itu adalah dalam makluman Presiden PAS.

"Deklarasi yang dibuat itu adalah deklarasi rakyat, bukan atas nama peribadi. Kerana isu seperti rasuah, penyelewengan, penindasan adalah isu bersama.

"Mana yang kurang dalam deklarasi itu kita lengkapkan. Namun PAS tetap dengan pendirian tersendiri iaitu PAS ganti Umno," jelasnya menerangkan pendekatan PAS yang lebih matang. – HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016


























































































































Perangkap ekonomi jatuhkan Uthmaniyah
























































































































RAZMAN ZAKARIA | .


KEGEMILANGAN Islam yang telah dibangunkan Rasulullah SAW bersama para sahabat bermula dari Tanah Hijjaz sehingga berjaya diperluaskan seantero dunia.

Kehebatan Islam terus ditampilkan dengan keadilan untuk melindungi sesiapa sahaja tanpa membenarkan kezaliman berkuasa. Namun pada detik 3 Mac 1924 segalanya menjadi peristiwa duka bagi seluruh umat Islam.

Kecekalan usaha Sultan Abdul Hamid II mampu bertahan menghadapai tuduhan fitnah berkaitan pembunuhan berdarah di Kota Istanbul yang telah dirancang oleh pihak Zionis pada 31 Mac 1909.

Beberapa siri peperangan telah direncanakan Mustafa Kamal Atartuk untuk menggulingkan khalifah dengan kerjasama dari anggota Zionis Antarabangsa.

Maka bermula lakaran detik pedih dalam jiwa umat Islam antaranya menggantikan sekolah agama kepada sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan bahkan laungan azan ditukarkan ke dalam bahasa Turki.

Antara pengajaran peristiwa hitam ini adalah kerana kelemahan dasar ekonomi apabila  pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.

Lebih parah kerajaan Khilafah Uthmaniyyah mengalami hutang yang kronik. Contohnya zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.

Misalnya projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi. Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Khilafah Uthmaniyah hampir bankrap.

Sultan Abdul Aziz meneruskan pemulihan sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah.

Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta, hutang yang ditanggung oleh kerajaan Khilafah Uthmaniyyah  ialah melebihi 200 juta  pound Sterling.

Ini membuktikan proses pemulihan dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi Khilafah Uthmaniyah  dan akhirnya menghancurkan Khilafah Uthmaniyah.

Umat Islam perlu sedar sejarah ini bukan sekadar tinggalan biasa bahkan untuk membuka jiwa Muslim memahami bahawa usaha menjatuhkan Islam bukan bermula hari ini bahkan sekian lamanya.

Perubahan kehidupan berlandaskan syariat bukan lagi menjadi pilihan bahkan kewajipan untuk mengembalikan satu kehilangan yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

Biarpun puluhan tahun berlalu, namun umat Islam masih terus leka dengan kehidupan seakan ia tidak memberi erti kepada Islam. Jangan biarkan Islam dihina dan diracuni budaya yang merosakkan keharmonian Islam sebenar. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Perak

Sumber HD - 4-3-2016

Pencapaian akademik Perak membimbangkan

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Kerajaan Negeri Perak perlu segera memperhalusi dan merencana strategi pengukuhan akademik para pelajar negeri itu dengan lebih tersusun dan dinamik.

Ia berikutan peratusan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) melibatkan pelajar Perak yang semakin menurun.

Kebimbangan itu disuarakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap keputusan STPM yang diumumkan pada 2 Mac baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, tahun sebelumnya pelajar lulus di negeri itu adalah sebanyak 98.01 peratus yakni peningkatan 0.8 peratus berbanding tahun 2013.

Tetapi katanya, keputusan tahun 2015 menyaksikan penurunan sebanyak 0.59 peratus.

"Jika dilihat kepada jumlah mendapat A dalam semua mata pelajaran juga terus mengalami penurunan. Sebanyak 0.14 peratus iaitu seramai 49 orang mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding tahun 2014 seramai 53 orang dan tahun 2013 seramai 69 orang.

"Trend penurunan ini bukanlah satu perkhabaran baik buat negeri Perak yang ingin melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam bidang akademik," luahnya kesal.

Katanya, bantuan dan sokongan harus diberikan kepada guru dan sekolah demi memastikan generasi muda Perak terkehadapan dalam bidang akademik.

Mewakili Pemuda PAS Perak beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar atas usaha gigih mengharungi peperiksaan tersebut terutamanya 52 calon yang mendapat lulus lima Prinsipal.

Menurutnya, kejayaan tersebut menjadi penentu kegemilangan Perak kerana merekalah bakal pemimpin masa depan negeri dan negara.

Seramai 4,116 calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan STPM di Perak bagi tahun 2015, - HARAKAHDAILY 3/3/2016

Sumber HD - 3-3-2016




























































































































PAS Perak tidak tergugat oleh Pakatan Harapan Perak


























































































































HARAKAHDAILY | .


MELIHAT kepada situasi dan keadaan politik negeri Perak, PAS Perak tidak tergugat dengan kewujudan Pakatan Harapan yang dikatakan meletakkan kepercayaan kepada PAN Perak untuk menang dalam PRU akan datang.

PAS Perak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh yang juga Setiausaha DAP Perak ketika Forum Pilihanraya di Setiawan hanya impian yang tidak memberikan kesan kepada PAS.

Kejayaan di Perak akan bergantung kepada bagaimana cepatnya Amanah mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS adalah ungkapan seakan rakyat tidak menyedari kewujudan PAS.

Pembawaan PAS kini dilihat lebih matang dan serasi di hati rakyat dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera melalui beberapa aspek seperti :

1. Bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah
3. Amar maruf nahi munkar
4. Fokus penyelesaian Islam
5. Pertentangan dasar, bukan fizikal
6. Utamakan kepentingan rakyat, kurangkan politiking
7. Politik aman dan diplomasi (muwajahah silmiyyah)
8. Politik sebenar, bukan persepsi
9. Politik rasional dan profesional

Langkah berani PAS yang kini bergerak secara bersendirian terus diberikan kepercayaan oleh rakyat bahkan sokongan daripada pelbagai bangsa.

Imej dan wajah PAS memberikan keyakinan untuk rakyat menilai sebuah gerakan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek politik semata-mata bahkan terkandungnya dakwah, tarbiyyah, kebajikan dan kebersamaan dalam isu-isu membabitkan rakyat.

PAS Perak sedikit kesal kenyataan tidak bijak DAP dengan kurang mengambil kira latar belakang ahli PAS yang tidak akan mengikut pemimpin serta tidak berprinsip lebih  lagi yang lompat parti.

Sekali lagi ditegaskan, PAS Perak tidak tergugat bahkan tercabar dengan kewujudan Pakatan Harapan dan PAN Perak yang disebutkan bakal menumbangkan PAS Perak dalam PRU akan datang.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS PerakHARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016

Pemuda PAS Perak ziarah, doa buat Ustaz Kazim

HARAKAHDAILY | .


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyatakan penghargaan terhadap jasa dan bakti Datuk Mohd Kazim Elias dalam bidang dakwah serta peranan beliau membangunkan ummah.

Ketuanya, Akmal Kamarudin berkata demikian ketika kunjungan ziarah delegasi Dewan Pemuda PAS negeri bertemu Mohd Kazim di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

"Kita doakan semoga Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berkhidmat kepada ummah," ujar beliau yang bersimpati di atas masalah kesihatan yang menimpa Kazim.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli PAS dan seluruh umat Islam agar mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.

Rombongan ziarah itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda negri, Hafez Sabri, setiausaha, Abd Qahar Syams, penolong setiausaha, Akmal Sani dan Ketua Pemuda Ipoh Timur, Abidi.

Pada akhir lawatan itu, Dewan Pemuda PAS Perak turut membacakan doa selamat buat Ustaz Kazim. - HARAKAHDAILY 23/2/2016

Sumber HD - 23-2-2016



























































































































Ambil makanan percuma untuk anak

Posted on Sunday, January 24 @ 19:12:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



IPOH - Ketiadaan mata pencarian tetap selain terpaksa membesarkan dua cahaya mata bersendirian menyebabkan seorang ibu muda sanggup pergi ke Masjid Paloh, di sini setiap Rabu dan Jumaat bagi mengambil makanan yang diedarkan secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan.

Norfakirah Nurbaladin, 27, berkata, bantuan itu membolehkan dia dan dua anaknya yang berusia lapan tahun dan lapan bulan mengalas perut.

"Saya hanya kerja sambilan cuci rumah dan ada juga terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi tak cukup nak tanggung kami tiga beranak.

"Saya bersyukur ada bantuan sebegini dan kalau boleh biarlah dibuat setiap hari," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian 'Soup Kitchen' Masjid Paloh, baru-baru ini.

Terdahulu, majlis itu disempurnakan oleh Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Ketha Kaur, 52, pula berkata, dia sanggup berjalan kaki kira-kira 30 minit dari rumahnya di Buntong ke masjid itu setiap kali bantuan makanan diedarkan.

“Makanan yang saya dapat ini akan dikongsi bersama anak-anak di rumah,” katanya.

Menurutnya, pendapatan sekitar RM900 sebagai tukang cuci tidak mencukupi untuk menampung hidupnya bersama empat orang anak yang berusia 15 hingga 35 tahun.

“Anak sulung saya menghidap kanser hati dan terlantar di rumah, yang lain pula masih bersekolah,” katanya.

Program dianjurkan bersama tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK), Azman Yeop Junior berkata, 100 bungkusan makanan diedarkan kepada golongan berkenaan pada program itu.
“Program ini mendapat kerjasama tiga NGO iaitu KBGK, Kelab Lions Antarabangsa Ipoh dan For Wisdom And Revolutionary Development (Forward).

“Program yang telah bermula sekitar 2010 itu juga akan dijalankan tiga kali seminggu, iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat selepas solat Asar,” katanya.

Sumber TKO - 24-1-2016

Pemuda PAS Perak saran azan di stadium

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Pemuda PAS Perak mencadangkan agar setiap kali perlawanan diadakan di stadium dilaungkan azan Maghrib sebagai peringatan bersama.

Demikian saranan Ketua Pemuda PAS Perak, Akmal Kamaruddin ketika pertemuan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Shahrul Zaman Yahaya di Bangunan Darul Ridzuan, di sini, semalam.

"Penyokong datang awal ke stadium, perlawanan belum bermula, adalah lebih baik dilaungkan seruan azan menggunakan pembesar suara stadium sebagai syiar dakwah, sekurang-kurangnya ada sedikit usaha kita untuk memberi peringatan berkaitan solat Maghrib," kata Akmal.

Katanya, usaha untuk setiap penyokong menunaikan kewajipan itu adalah akhlak muslim bahkan menjadi contoh untuk diikuti dalam siri perlawanan bola sepak.

"Pemuda PAS Perak sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Perak dan memberi sokongan terbaik.

"Sukan bola sepak menjadi salah satu saluran yang mampu menghimpunkan anak muda tanpa dibatasi fahaman politik dan ideologi.

"Pemuda Perak optimis, di bawah seliaan pengurusan yang baru ini dapat menatijahkan hasil terbaik kepada seluruh penyokong bola sepak Perak," ujar beliau.

Perkongsian pengalaman sejarah perkembangan bola sepak tanah air dikongsi bersama sepanjang pertemuan itu.

Shahrul yang juga pengurus bola sepak Perak, berkata dalam menguruskan skuad bola sepak Perak kali ini adalah memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada jurulatih untuk membina kerjasama antara pemain di samping kefahaman setiakawan dalam pasukan.

Katanya, pihak pengurusan tidak akan mencampuri setiap ketetapan daripada jurulatih sebaliknya memantau keperluan yang diperlukan oleh pemain.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kunjungan Pemuda PAS negeri di atas sokongan dan cadangan-cadangan yang diberikan demi melihat kehebatan skuad bola sepak Perak terus dipertingkatkan.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, Setiausaha dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Qahar Syams dan Mohd Zawawi Abu Hassan. - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016


























































































































































































































































Tanjong Malim kini dikenali Daerah Muallim

BERNAMA | .


TANJONG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenaan mengisytiharkan Tanjong Malim sebagai daerah pentadbiran baharu ke-11 di Perak dikenali sebagai Daerah Muallim.
  
Tanjong Malim sebelum ini terletak di dalam daerah Batang Padang.
  
Dalam titah pengiystiharan, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa ilmu dan agama wajib dijadikan panduan ketika merancang serta merangka pembangunan daerah itu agar tidak berlaku kontradiksi antara nama dengan kandungan.
  
Ini kerana, titah baginda perkataan 'Mualim' berasal daripada perkataan Arab yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan agama.
  
"Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya jika daerah Muallim dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar," titah baginda.
      
Daerah Muallim yang berada dalam Parlimen Tanjong Malim berkeluasan 93,434 hektar mempunyai 69,639 penduduk serta terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat.
  
Titah Sultan Nazrin daerah Muallim terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang agama, etnik, budaya dan bahasa di samping terlibat dalam pelbagai profesion selain memiliki tahap pencapaian sosioekonomi yang berbeza.
  
Sehubungan itu, perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk terutama kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.
  
"Semoga pemimpin, pentadbir serta penduduk di daerah Muallim sama-sama memahami, menghayati dan melaksanakan hasrat untuk membangunkan Perak sebagai negeri yang mencapai tahap sosioekonomi dan pendapatan per kapita tinggi.
  
"Semoga daerah Muallim akan menjadi daerah yang termaju dan pemimpin, pentadbir serta penduduknya sama-sama mendukung hasrat Kerajaan Beta untuk menjadikan negeri Perak sebuah negeri yang aman lagi berjaya," titah baginda. - Bernama

Sumber HD - 11-1-2016

Untung lumayan, makin ramai jual air ketum

BERNAMA | .


TAPAH: Keuntungan lumayan selain permintaan tinggi merupakan antara faktor yang menyebabkan semakin banyak pihak terjebak dalam penjualan air ketum di sini, kata Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliau.

Beliau mendedahkan 500 mililiter air ketum boleh dijual pada harga RM10, sedangkan harga untuk mendapatkan satu kilogram (kg) daun ketum hanya RM30.

"Individu yang menjual air ketum boleh mendapat keuntungan berganda dan tidak hairanlah semakin banyak tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya kepada Bernama.

Menjelas lanjut, Som Sak berkata sebanyak 27 kes tangkapan berhubung aktiviti menjual dan memproses air ketum direkodkan di sini sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 29.72 peratus berbanding hanya 11 kes pada 2014.

Sementara pada tahun 2013, jumlah tangkapan yang direkodkan adalah tujuh kes, katanya.

Som Sak berkata hasil rampasan daun ketum turut meningkat sebanyak 38.62 peratus iaitu daripada 37 kg masing-masing pada 2013 dan 2014 kepada 95.8 kg pada tahun lalu.

"Kita turut merampas air ketum sebanyak 211.65 liter tahun lepas berbanding 86 liter pada 2013 dan 2014," katanya.

Beliau berkata peningkatan ketara kes tangkapan dan jumlah rampasan disebabkan permintaan terhadap daun ketum yang semakin meningkat selain bahan itu mudah didapati terutama sekitar di Sungkai serta Tapah.

Pada Khamis, polis Tapah menahan dua beradik dan merampas 30 kg daun ketum yang belum dan telah diproses, 27 bungkusan air rebusan daun itu yang bernilai kira-kira lebih RM1,000 serta peralatan memproses, di sebuah kediaman di Jalan Temoh di sini.

Ia merupakan antara kes tangkapan terawal Polis Tapah tahun ini. - Bernama

Sumber HD - 8-1-2016


































































































































Dokumen hilang, PAS Perak lapor polis
































































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PAS Perak telah membuat satu laporan polis berkaitan isu kehilangan barang dan dokumen Pejabat Perhubungan PAS Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, semalam.

Menurut laporan tersebut, bekas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad telah menghantar surat perletakan jawatan berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Di mana, segala urusan penyerahan tugas, dokumen dan segala keperluan di bawah seliaan beliau perlu diserahkan sebelum tarikh tersebut.

Namun, sehingga 4 Januari 2016 beliau masih gagal untuk berbuat demikian.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perak mendapati semua bahan arkib sejarah PAS Perak yang dipamerkan di pejabat telah tiada.

Jelasnya, segala rekod dan dokumen dalam komputer untuk kegunaan pejabat turut dipadamkan.

Razman mengesahkan Khalilul mengakui tindakan itu adalah perbuatannya sebagaimana perbualan telefon dengan mereka berdua.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan memohon kepada semua ahli PAS Negeri Perak untuk sama-sama mengadakan solat hajat agar ditemukan semula segala yang hilang dan PAS dilindungi daripada pengkhianat.

Zawawi mengingatkan, semua ahli PAS agar tidak menyebarkan sebarang berita mengenai kehilangan tersebut melainkan daripada sumber media rasmi PAS dan menunggu sehingga siasatan serta tindakan sewajarnya selesai. – HARAKAHDAILY 6/1/2015

Sumber HD - 6-1-2016

2015: 365 hari sengsara buat rakyat

HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi masih lagi diberi kurniaan umur yang panjang untuk kita melangkah masuk tahun 2016. Menilai kembali hari-hari sepanjang 2015, rakyat dihidangkan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi sekaligus melalui detik-detik getir mendepani ekonomi negara yang kian parah.

GST

Kehadiran GST dalam hidup rakyat Malaysia sangat tidak diundang. Jika sebelum ini tidak semua barang yang dikenakan cukai, namun kini kebanyakan barang yang tidak dikecualikan GST mengalami kenaikan. Malahan pada bulan April yang lepas, kita dikejutkan dengan pengumuman cas GST bagi kad prabayar. Sudahlah harga barang naik, ‘top up’ pula naik harga. Malahan kesan parah GST amat dirasai ketika musim perayaan semua bangsa dan juga menjelang musim buka sekolah pada bulan Disember ini yang mana rata-rata barang sekolah naik 10% hingga 20 %.

Harga barang

Bermula seawal Januari 2015 melihatkan harga barang telah dinaikkan oleh peniaga akibat kenaikan harga minyak pada akhir tahun 2014. Walaupun pada awal Januari sudah diumumkan penurunan harga minyak, namun harga barang tetap tidak tinggi dan ianya terus berlarutan hingga kini. Kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik melihatkan turun naik harga minyak yang tidak seimbang. Kadar yang paling rendah bagi Ron 95 ialah RM1.70 pada bulan Februari dan kemudian naik sehingga mencecah ramai RM2.15 seliter pada bulan Julai dan terus turun naik sehingga hari ini RM1.95 seliter. Apakah peniaga akan menurunkan harga barang seandainya harga minyak naik tinggi tapi turun rendah sebegini berterusan?

Tol

Kenaikan kadar tol di Lembah Kelang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di negeri lain termasuk Perak. Ramai anak muda di Perak berhijrah ke Ibu Kota baik untuk urusan bekerja mahupun menyambung pengajian. Dengan peningkatan kadar tol dari  17%  hingga 80% bermula 15 Oktober 2015, menambah beban yang sedia terpikul.

Pengangkutan awam

Kenaikan harga tambang pengangkutan awam yang menggila dilihat satu lagi tindakan pelik kerajaan. Kenaikan harga tambang melibatkan bas sebanyak 22% dan teksi sebanyak 49% pada bulan Mei 2015 juga LRT meningkat sebanyak 102% dan Monorail  sebanyak 40% serta tambang KTM Komuter yang meningkat sebanyak 58% bermula pada 2 Disember 2015 sangat memberi kesan kepada anak muda khususnya mahasiswa. Malahan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) turut mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 yang melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2  berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Harga rumah
Bebanan kos harga rumah dan tanah yang tinggi terus menghantui generasi muda di Malaysia khususnya di Perak. Generasi muda kini hanya dapat rumam mampu lihat atau mampu gigit jari sahaja kerana harganya. Dengan bebanan hutang pinjaman pendidikan, kos sara hidup yang meningkat menyesakkan dada generasi muda menduduki rumah hasil usaha sendiri. Ketamakan pemaju menjadi punca utama harga rumah meningkat naik. Namun persoalannya apakah polisi yang kerajaan keluarkan bagi mendepani isu ini?

Telatah Pak Menteri

Tahun kesengsaraan rakyat ini dihiburkan dengan jawapan-jawapan lucu oleh beberapa  orang menteri yang menjawab isu berkenaan GST dan bebanan kos sara hidup rakyat. Ini dihangatkan lagi dengan cubaan pertahankan hujah dalam isu derma RM2.6 bilion, 1MDB serta isu golf dan Yapiem yang terkadang menimbulkan rasa kehairanan bagaimana Pak Menteri yang dikatakan mempunyai ‘pointer’ tinggi menjawab seakan-akan pelajar yang tidak mengambil UPSR.

Dalam keadaan Ringgit Malaysia yang merudum serta isu-isu terpalit yang ditimbulkan oleh beberapa individu dalam kerajaan menyebabkan dunia melihat Malaysia dengan pandangan sinis terutamanya melibatkan integriti pak menteri.

Membina Malaysia Sejahtera

365 hari yang sengsara ini cuba diselesaikan dengan usaha berterusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kejayaan Kongres Rakyat dengan usul dan resolusinya membuktikan kesungguhan PAS dalam umembina Malaysia sejahtera. Malahan Usul Dokumen Hijau yang dicadangkan oleh PAS telah dinilai dan dipersetujii oleh penganalisis ekonomi sebagai solusi ekonomi Malaysia.

Iltizam dan keyakinan saya menyatakan bahawa PAS membawa solusi buat anak muda dan rakyat Malaysia khususnya di Perak. Malahan komitmen dan istiqamah dalam perjuangan menjadikan Dewan Pemuda PAS Perak terus cakna dan sentiasa bersama memperjuangkan hak dan suara anak muda mendepani tahun 2016 yang dilihat semakin mencabar.

Akhir kalam, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga keimanan dan ketaqwaan kita semakin meningkat berbanding yang lalu.

Istiqamah Sehingga Kemenangan

AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
20 Rabiul Awwal 1437H/31 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 31/12/2015

Sumber HD - 31-12-2015


































































































































DAP jangan jadi pro rejim zionis



































































































































HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Perak menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia yang akan diadakan di Langkawi bermula 27 Disember ini.

Tindakan itu sangat bertepatan memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Malahan Malaysia juga antara negara yang terkehadapan dalam menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel.

Dewan Pemuda PAS Perak menyelar kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zheminn seperti yang ditulis dalam blog beliau dan dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tindakan beliau menimbulkan persoalan apakah parti yang katanya membawa agenda keadilan dan hak asasi manusia menyokong negara Israel yang secara rakus menyerang dan menindas Palestin dan rakyatnya.

Menafikan visa Israel  suatu perkara yang sangat kecil jika dibanding dengan kejahatan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

DAP sepatutnya perlu lebih peka dengan politik dan hubungan kemanusiaan di luar negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Chong Zheminn menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia yang  sentiasa bersolidariti buat Palestin tanpa mengira bangsa dan agama

Dewan Pemuda PAS Perak turut merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan Kerajaan Malaysia dalam isu membabitkan Israel dan keamanan Palestin.

Istiqamah Sehingga Kemenangan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
16 Rabiul Awwal 1437 / 27 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 27/12/2015

Sumber HD - 27-12-2015


































































































































Melibatkan diri dalam jamaah satu kewajipan

HARAKAHDAILY | .


PERAK: Ijtimak 'Alimat yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang baik serta mampu mumugar semangat para 'alimat seluruh negara untuk sama-sama berkecimpung dalam Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat.

"Melibatkan diri dalam jamaah adalah satu kewajipan pada saat umat Islam begitu lemah dek kerana jauh dari Islam menyebabkan keadaan mereka hidup dalam kecelaruan pemikiran sehingga wujudnya jenayah dan penindasan yang membimbangkan." Ucap Ustazah Ana Mastura Ismail, selaku pengerusi Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat dalam pembentangan beliau.

Ustaz Khairul Muntanazar Ismail, pengerusi Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat selaku pembentang kedua juga menekankan peranan ustazah sangat penting dalam memperkukuhkan kepimpinan ulama dalam PAS yang merupakan gerakan Islam yang syumul dan seimbang meliputi dakwah, tarbiyah dan siasah.

Ijtimak kali ini melibat golongan profesional termasuk daripada jurusan perubatan yang layak menjadi keahlian dewan ulama sebagai peserta dan terdapat juga slot jemputan muslimah profesional yang turut berucap bagi menyatakan sokongan padu terhadap kewujudan entiti baru dalam Dewan Ulamak PAS.

Ini menunjukkan semangat kerjasama ahli PAS yang dipelopori ahli yang mahir dalam pelbagai bidang yang diceburi bagi memantapkan perjuangan demi mendaulatkan Islam. – HARAKAHDAILY 26/12/2015

Sumber HD - 26-12-2015

Tuduhan IS: PAS Perak lapor polis

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



IPOH: PAS Negeri Perak telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan IS di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, semalam 5 Disember.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dengan tujuan mempertahankan PAS dari tuduhan yang berunsur fitnah serta ingin memberikan persepsi buruk kepada PAS itu.

Razman berkata, cubaan PAN tersebut hanya untuk melemahkan PAS dan menunjukkan parti itu terdesak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Jelasnya, Mat Sabu yang pernah ke Parlimen di atas tiket PAS selayaknya memahami PAS, bahkan beliau juga bekas Timbalan Presiden PAS sebelum ini.

"Laporan ini dibuat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan melalui portal berita The Malaysian Insider dan Sin Chew Dailly bertajuk "Amanah Ditubuh Kerana PAS Diresapi Pemikiran ISIS kata Mohamad Sabu".

"Berdasarkan laporan berita tersebut,  Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, Parti Amanah Negara ditubuhkan kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

"Polemik yang dicetuskan oleh beliau berkaitan dengan keselamatan dan polisi negara," terangnya sejurus laporan dibuat.

 Turut serta bersamanya ketika laporan dibuat, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan; Bendahari PAS Perak, Mohd Dahalan Ismail; Jawatankuasa Lajnah Perpaduan PAS Perak, Sum Siok Ling dan beberapa pimpinan lain. – HARAKAHDAILY 6/12/2015

Sumber HD - 6-12-2015





































































































































PAS Perak persiap calon kalangan DHPP

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PKR perlu menyatakan pendirian sama ada bersama dengan Pakatan Rakyat ataupun sebaliknya kerana ia akan menentukan landskap politik khususnya di Perak, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, di Pejabat Perhubungan PAS.

Tambahnya, PAS Perak kini dalam persiapan membina semula persepsi mewakili pelbagai kaum menjelang PRU-14 akan datang.

Sehubungan itu katanya, di bawah Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak akan ditubuhkan satu jawatankuasa khas bertindak memilih bakal pimpinan bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya.

Razman menjelaskan, pendirian PAS Perak teguh sepertimana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat tiada kerjasama antara DAP.

"Potensi setiap calon dan kerusi yang dipertandingkan akan terus dinilai tanpa wujud kerjasama dengan mana-mana pihak," ujar beliau.

Beliau juga memperkenalkan kepada media, pembawaan PAS Perak kali ini yang diterjemahkan melalui slogan "PAS Memimpin Perubahan".

Turut serta dalam sidang media tersebut, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin, Ketua Dewan Himpunan PAS Perak (DHPP), Applasamy dan beberapa jawatankuasa yang lain. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Sumber HD - 2-12-2015



PAS Perak desak PKR nyata pendirian

Posted on Tuesday, December 01 @ 22:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH: PAS Perak mendesak PKR negeri itu untuk menyatakan pendirian sama ada mahu bekerjasama dalam soal agihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, menurut Berita Harian.  

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mahu memulakan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) termasuk penubuhan sebuah jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi mengenalpasti calon bukan Islam untuk mewakili parti itu.
Justeru katanya, pendirian rakan kerjasama mereka itu penting untuk diketahui bagi memudahkan gerak kerja.       
"Sekarang PKR bersama dengan PH (Pakatan Harapan). Satu lagi pakatan BN (Barisan Nasional) dan UMNO. PAS sekarang DAP pun tak terima kita dan kita pun tak terima DAP. 
"Sebagai parti politik kita kena bersedia untuk pilihan raya dan kita akan teruskan gerak kerja kita, kalau PKR kata dia nak duduk bersama PAN (Parti Amanah Negara) dan masa sama nak kerjasama dengan kita, tak bolehlah nak makan dua belah.
"Jadi PAS nak mulakan kerja sekarang ni dan kita nak tentukan (pendirian PKR) sebelum kita nak buat kerja...kita tak mahu saat akhir baru nak datang (mahu bekerjasama)," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS negeri. 
Razman dalam pada itu tidak menolak kemungkinan PAS bertanding di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihan raya umum akan datang, berdasarkan situasi semasa. 
Menurut portal berita itu lagi, difahamkan PAS Perak sudah dua kali menjemput pihak PKR negeri bertemu bagi membincangkan kerjasama namun pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.

Sumber TKO - 1-12-2015








































































































































PAS Perak gesa kerajaan negeri uruskan isu harta wakaf







































































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Pengurusan tanah wakaf perlu diberikan usaha penjagaan sewajarnya iaitu pengurusan tanah wakaf negeri Perak, demikian menurut Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan.

Terangnya, harta wakaf itu memerlukan sistem urus tadbir sempurna sama ada ia dimajukan sebagai sumber penjanaan ekonomi ataupun hanya dibiarkan gersang dimamah waktu dan usia.

Tegas beliau, pengurusan harta pusaka kepada waris membelenggu rakyat oleh kerana sistem urus tadbirnya dilihat rumit.

Beliau menjelaskan kepada sidang dewan, contoh tanah pusaka yang terletak dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sehinggakan berlaku lambakkan tanah pusaka yang tidak diuruskan kepada waris.

Tambahnya, implikasi status tanah tersebut masih tidak diserahkan miliknya kepada pihak yang berhak.

"Solusi terbaik yang boleh dinilai oleh pihak pentadbiran negeri, mewujudkan mekanisme pengurusan  ke arah tahap lebih cekap .

"Kesempurnaan urus tadbir yang baik menjamin setiap harta yang ditinggalkan mampu dimanfaatkan oleh waris sebaiknya bagi meneruskan kehidupan akan datang.

"Saya berpegang dengan pengurusan harta wakaf ini merupakan tanggungjawab pentadbir kerana ia amanah untuk diuruskan demi kebaikan bersama," ujarnya.

Katanya, situasi ekonomi sekarang memerlukan penjanaan sumber kewangan melalui tanah wakaf untuk kebajikan kepada rakyat yang menjadi solusi terbaik dari terus dibelenggu dengan krisis ekonomi. – HARAKAHDAILY 19/11/2015

Sumber HD - 19-11-2015

Istiqamah atas landasan perjuangan Islam

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



TAIPING:  Mereka yang berniat meninggalkan perjuangan Islam mesti memikirkan jawapan akan di bawa ke hadapan Allah SWT kelak, demikian aju Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hal itu katanya, sebagaimana saban hari setiap hamba memohon kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan lurus ketika dalam solat.

"Sehari lima waktu kita solat memohon kepada Allah SWT untuk sentiasa berada atas landasan sebenar. Namun apabila kita memilih untuk meninggalkan perjuangan ini, bagaimana jawapan kita tatkala berhadapan dengan Allah SWT kelak?" soalnya mengajak renungan.

Beliau berkata demikian pada majlis Pra-Himpunan Fastaqim Peringkat Negeri Perak di Pejabat PAS Kawasan Taiping , kelmarin.

Menurutnya, apabila seseorang memilih Islam sebagai dasar perjuangannya, bermakna segala tindakannya sentiasa diredai Allah SWT dengan syarat dilakukan secara ikhlas.

Terangnya, tidak semua kehebatan itu menjadi kemuliaan sebagaimana Firaun yang berkuasa, tetapi dia jauh dari Allah SWT.

"Jika ekonomi kita kuat, tetapi kita leka kewajipan kepada Allah, sudah pasti murka Allah sedia menanti.

"Islam tidak akan mati dengan kekangan, bahkan sebaliknya terus subur walau dimana sahaja ia berada.

"Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah membuktikan kepada kita Islam terus mekar dan berkembang menerusi mata rantai pewaris perjuangan Baginda," tambahnya.

Antara nasihat lainnya kepada hadirin, adalah supaya terus istiqamah atas perjuangan Islam sebenar walaupun diuji dengan pelbagai ragam dan wajah.

Kerana ujarnya, hanya perjuangan ini menjanjikan keindahan di akhir kehidupan manusia.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden PAS; YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak; Haji Razman Zakaria, Setiausaha Perhubungan PAS Perak; YB Ustaz Zawawi Abu Hassan,  Ustaz Wan Moh Tarmizi Abdul Aziz; Ketua Lajnah Mobilisasi PAS Perak, Ustaz Fakaruddin Abdul Aziz; Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping, serta beberapa pimpinan negeri dan kawasan. – HARAKAHDAILY 17/10/2015

Sumber HD - 17-10-2015


Ceramah PAS di Taiping - Adakah Sudah Lumpuh Di Sana?

Posted on Saturday, October 17 @ 08:31:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Himpunan Pra Fastaqim Istiqamah Hingga Kemenangan pada 15 hb Oktober 2015 jam 9.00 malam di Hadapan Pejabat PAS Kawasan Taiping. Lihat adakah seperti yang digembar-gemburkan oleh parti baru kononnya PAS Taiping sudah mati kerana penghijrahan kepada parti AMANAH







Sumber gambar : OMAK KAU!!

Sumber TKO - 17-10-2015











































































































































Ulama PAS Perak sokong desakan PAS negeri










































































































































ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Dewan Ulamak PAS Perak menyokong penuh desakan PAS Perak kepada Adun dan Ahli Parlimen yang keluar parti supaya meletakkan jawatan, demikian menurut Ketuanya, Ustaz Sidek Mohd Nor.

Jelas beliau, kandungan bai’ah dan sumpah setiap calon jelas menghendaki mereka yang meninggalkan atau melompat ke parti lain hendaklah meletakkan jawatan.

Bahkan tegasnya, janji itu juga telah diperteguhkan dengan sumpah menyebut nama Allah; wallahi, wabillahi, watallahi, seterusnya rela dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Malah katanya, segala perbelanjaan menggunakan elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Beliau turut mengulas, perkara ini bukan isu biasa kerana ianya berkaitan dengan hukum syarak.

"Sepertimana kita melihat, jika pandangan lahiriah melihat si pencabulnya boleh terlepas di dunia, namun sama sekali tidak akan terlepas di negeri akhirat kelak, terpulanglah kepada keimanan untuk mempertimbangkan.

"Justeru, desakan PAS Perak ini adalah wajar bersandarkan hukum dan aku janji yang telah dilafazkan oleh mereka ketika menjadi calon dalam PRU-13 lalu.

"DUPNPk selaku sayap parti di peringkat negeri, yang antara peranannya diamanahkan untuk memberi nasihat berhubung hukum syarak, setelah meneliti kepada kandungan bai’ah dan sumpah setiap calon yang bertanding mewakili PAS.

"Maka kami ingin menyatakan nasihat supaya kedua-dua Adun dan Ahli Parlimen itu meletakkan jawatan mereka dan pula kedua-dua mereka menjadi Adun dan Ahli Parlimen mewakili PAS Negeri ini," tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 15/10/2015

Sumber HD - 15-10-2015

PAS Perak desak wakil rakyat lompat parti letak jawatan

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: PAS Perak mendesak wakil rakyat PAS yang melanggar aku janji sebagai calon wakil rakyat untuk meletakkan jawatan serta merta, demikian gesa Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Tegasnya, Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa mesti meletakkan jawatan berdasarkan lafaz janji semasa menjadi calon dahulu.

Menurutnya, mengikut lafaz janji tersebut, mereka mesti melepaskan kerusi diwakili apabila menyertai parti lain.

"Tindakan melanggar aku janji ini bukan satu perkara yang remeh, ini berkaitan hak dan janji.

"Sekarang ini, PAS Perak menuntut janji bagi pihak rakyat agar hak itu dikembalikan dan janji itu ditunaikan," ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki; Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan; Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Zuhdi Marzuki; Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidek Nor dan Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad. – HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015


Saya di saman Nizar sebanyak RM3 Juta - Pesuruhjaya PAS Perak

Posted on Sunday, October 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya di saman Nizar sebanyak RM3JUTA .isnin 12hb Oktober 2015 jam 8.00 pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Seandainya kerjaya politik saya tersekat kerana ini Rakyat perlu tahu fakta kes. Rakyat juga boleh memikir parti dan calun mana yg hendak diberi tanggongjawab memerintah negara dalam PRU.

















Mohon doa agar saman ini diterbalikkan kepada yang menyaman dan seandainya ada rezki hasrat saya untuk membina komplek Tarbiah pas Perak tercapai dengan kes ini.
Kun fayakun. 


Sumber TKO - 11-10-2015













































































































































Kuliah Hiraki 2 PAS Gopeng
Posted on Friday, October 09 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kuliah Haraki 2 PAS Kawasan Gopeng Disampaikan oleh Af Ustaz Azman Syafawi b Abd Rani Pas Terengganu





Sumber TKO - 9-10-2015

Wawancara: PAS Perak tidak terkesan dengan PAN














































































































































IZWAN ABDUL HALIM | .


PELBAGAI cabaran yang ditempuh sedikitpun tidak memundurkan PAS Perak untuk terus mara memacu kemenangan. Segala usaha dikumpul ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam. Ikuti temubual Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria mengupas tekad yang sedang dilakar PAS Negeri itu.

HARAKAH: Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga diberi kepercayaan oleh perwakilan muktamar lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan memegang Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Orang Asal selain juga selaku Ketua Cawangan dan Yang DiPertua PAS Kaewasan, bagaimana Tuan mengatur dan membahagi masa?

RAZMAN ZAKARIA: Berbekalkan pengalaman sebagai penjawat awam dan pernah memegang jawatan Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia, alhamdulillah tugas dapat diatur dengan baik. Biasanya bermula hari Jumaat minggu pertama Liqa Fikr Negeri saya berada di cawangan dan kawasan. Usrah Cawangan dan usrah gabungan dua Dun di kawasan.

Program kawasan ijtimak, liqa dan mesyuarat kawasan diatur pada minggu ini. Di peringkat negeri saya juga memegang Lajnah Politik dan Lajnah Perpaduan Nasional. Lajnah Politik tidak berat kerana keputusan politik negeri mengikut apa juga keputusan yang dibuat oleh Pusat. Tugas Lajnah Perpaduan Nasional pada saya amat penting dalam usaha dakwah dan siasah. Lajnah Perpaduan Nasional dianggap sebagai jambatan penghubung di antara PAS dengan berbagai kaum.

Saya melantik timbalan dan jawatankuasa yang boleh bergerak. Alhamdulillah ia berjalan dengan baik dan dalam pemantauan. Saya memperuntukkan sepuluh hari untuk program dan mesyuarat negeri. Di peringkat nasional saya selaku pengerusi lajnah ia tanggung jawab besar kerana ia adalah segmen masyarakat atau pengundi prnyokong tegar atau ‘hardcore’ Umno.

Segmen pertama adalah masyarakat penempatan berkelompok di bawah agensi pembangunan tanah seperti Felda, Felcra, Dara, Kejora, Kesedar, Risda dan sebagainya. Bagi memastikan setiap sektor ditangani dan di santuni saya telah melantik pengerusi untuk setiap sektor.

Segmen kedua adalah peneroka bandar atau bahasa yang mudah difahami penduduk yang mendirikan rumah di tanah kerajaan di pinggir bandar. Mereka ini juga penyokong tegar Umno. Ketua untuk menangani sektor ini juga telah dilantik.

Segmen yang ketiga adalah segmen orang Asal Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah melalui pemantauan pengarahan melalui media moden ‘whatsapp’ dan seumpama, setakat ini kerja-kerja ini berjalan dengan baik. Pada dasarnya konsep pengurus adalah menggerakkan kerja melalui kakitangan.

Saya juga bersyukur mempunyai timbalan yang memahami cara saya bekerja dan setakat hari ini merekalah merupakan tangan kanan saya. Saya membahagikan masa 10 hari di kawasan 10 hari di negeri dan 10 hari untuk program Lajnah Pusat. Doa moga diberi kesihatan kekuatan dan kesabaran dan biarlah berakhir hayat dalam jamaah.

Menyentuh mengenai negeri, sejauh mana PAS Perak terkesan dengan tindakan ahli yang keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN)?

Alhamdulillah PAS Perak tidak terkesan dengan tindakan sebahagian ahli yang menyertai PAN. Mereka diuar-uarkan memperjuangkan Islam dan cuba mempengaruhi rakan atau ahli PAS dengan mendekati secara individu dengan mengatakan kononnya PAS ini eksklusif dan tidak relevan lagi. Ahli-ahli PAS yang mengikuti sistem tarbiah diatur PAS sekian lama tidak terkesan dan terpengaruh dengan dakyah mereka.

Mereka ini dikenal pasti terdiri daripada yang bermasalah dan telah kalah di peringkat PAS Kawasan atau Dewan dalam pemilihan lalu. Ada juga sebahagian kecil yang menang dan memegang jawatan, tetapi tidak boleh bertahan kerana ternyata fikrah mereka sudah berbeza dan mereka ini juga tidak mesra tarbiyah. Ada beberapa kawasan terlibat tetapi pelantikan semula telah dibuat mengikut peruntukan peraturan yang dibenarkan perlembagaan seperti Beruas, Batu Gajah, Gopeng dan Sungai Siput. Secara keseluruhannya PAS menjadi makin kuat.

Rentetan itu, bagaimana PAS Perak melakukan usaha pemulihan dan mengemaskini pergerakan semasa?

Pertama kita memastikan organisasi di peringkat kawasan atau cawangan yang berlaku perletakan jawatan dibentuk dan memastikan ianya berfungsi. Kita bangunkan sistem pemantauan bagi memastikan organisasi dan program di semua peringkat berjalan seperti biasa.

Mana-mana kawasan yang agak pasif, Badan Perhubungan Negeri akan mengatur program di kawasan berkenaan. Seluruh entiti PAS Perak turun ke kawasan-kawasan untuk memastikan para amilin kembali memahami matlamat dan fokus kepada pencapaian objektif jamaah.

Antaranya Dewan Ulamak telah memulakan pemulihan dengan mengadakan program membaharui baiah. Buku rukun baiah dicetak dan menjadi buku poket untuk setiap ahli. Lajnah-lajnah diperingkat negeri juga telah mula bergerak dan melantik pengerusi diperingkat kawasan dan program-program juga sudah mula berjalan.

Sejauh mana PAS Perak mampu untuk menghadapi BN dan bersedia mengambil semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri seandainya bersendirian?

Berdasarkan PRU13 secara dasar agihan kerusi kepada tiga parti komponen PAS, KeAdilan dan DAP berasaskan komposisi kaum. Sebanyak 22 Dun PAS bertanding majoriti Melayu dan 19 Dun PKR bertanding pengundi campuran dan 18 kerusi Dun DAP majoriti Cina.

Majoriti pengundi mengikut kaum lebih kurang Melayu 50 peratus, Cina 35 peratus dan lain - lain 15 peratus. Parti teras Melayu adalah Umno dan PAS. Bagi kaum Cina mereka ada banyak parti DAP dan PKR dalam blok pembangkang selain MCA, Gerakan dan lain-lain adalah dalam blok BN. Berdasarkan PRU13, kaum Cina sudah menolak Umno-BN.

Untuk PRU14 sekiranya Melayu ada kesedaran politik dan mereka yakin bahawa kepentingan Islam-Melayu boleh dijaga oleh PAS, saya percaya mereka akan mengundi PAS. Senario politik semasa saya meyakinkan parti pemerintah Perak akan berubah. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

Ikuti wawancara penuh dalam Harakah edisi cetak.

Sumber HD - 5-10-2015

Mahkamah benarkan kes tuntutan fitnah PJ PAS Perak

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan fitnah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap pemilik blog alhusseyn51, Mohamed Ali Hussin hari ini.

Keputusan dibacakan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali atas fitnah blog tersebut bertajuk "Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!".

Razman menerusi peguamnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak, Mohd Zamri Ibrahim telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM1 juta dari penulis tersebut.

Menurut mahkamah, taksiran ganti rugi ke atas penulis yang juga telah membuat sebaran terbabit ke media sosial Facebook itu akan dilakukan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh kelak.

Sementara itu Razman ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

"Keputusan ini di atas berkat doa dan kerjasama semua pihak untuk melindungi sesiapa sahaja yang dizalimi, serta tidak memberi ruang fitnah berleluasa dalam minda masyarakat," tegasnya. – HARAKAHDAILY 5/10/2015

Sumber HD - 5-10-2015

















































































































































13 Tahun Peluru Tertanam Di Pinggang
Posted on Sunday, October 04 @ 17:34:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



LAHAT – Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir peluru tertanam di pinggangnya sejak 13 tahun lalu

Roshalinda Abdul Hamid, 27, berkata, dia menjumpai peluru itu secara kebetulan selepas berasakan terdapat benjolan seperti bisul di pinggangnya.

Menurutnya, kelainan pada badannya itu dirasakannya pada pertengahan bulan lalu .

“Apabila picit, saya memang terkejut dan tak sangka peluru yang keluar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Desa Pelancongan, di sini.

Roshalinda berkata, meskipun peluru itu sudah lama tertanam di badannya, dia tidak sakit namun kerap berasa lenguh di pinggang sebelum melahirkan anak kedua.

peluru sesat
Terkena peluru sesat

Mengimbau peristiwa 13 tahun lalu, Roshalinda berkata, dia yakin peluru itu adalah objek yang tertusuk di peha kanannya ketika dia menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada pagi raya kedua, ketika itu dia ingin menjamah makanan di ruang tamu rumah ibu saudaranya yang terletak di Selinsing.

“Masa nak duduk di sebelah mak, tiba-tiba terdengar bunyi letupan sebelah kanan saya, mak jerit dan beritahu yang kain batik saya dibasahi darah.

“Meskipun terkejut melihat darah membasahi kain batik yang dipakai, saya hanya mendiamkan diri manakala ayah waktu itu terus bergegas bawa saya ke sebuah hospital di Taiping untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dia berkata, doktor di hospital itu mengatakan peha kanannya tidak ditembusi peluru sebaliknya hanya terkena serpihan mercun.

Roshalinda berkata, penjelasan doktor itu agak sukar diterima oleh ahli keluarga terutama abang sulungnya yang ada bersama ketika ujian X-ray dilakukan pada luka berkenaan.

“Polis yang ambil laporan saya di Balai Polis Gunung Semanggol sebelum ini turut sependapat mengatakan objek itu adalah peluru berdasarkan kesan terbakar berbentuk bulat pada kain batik,” katanya.

Roshalinda berkata, selepas kejadian itu luka di paha kanannya beransur sembuh seperti sediakala dan dia menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya juga tak jalani pemeriksaan lanjut di mana-mana pusat perubatan selepas kejadian itu disebabkan luka tersebut beransur sembuh seperti sediakala,” katanya.

Tak tahu angkara siapa

Sementara itu, bapanya, Abdul Hamid Chin, 61, pula berkata, sehingga kini, dia masih bingung memikirkan kejadian yang menimpa anaknya sekitar 13 tahun lalu.

Menurutnya, kediaman kakak iparnya jauh dari rumah penduduk lain dan dikelilingi sawah.

“Yang menjadi persoalan, siapa dan bagaimana peluru itu boleh tersasar sehingga memasuki rumah kakak ipar saya yang terletak jauh dari penempatan penduduk lain,” katanya.

Abdul Hamid berkata, peristiwa yang terjadi itu menyebabkan kakak iparnya mengambil keputusan menjual rumah berkenaan dan berpindah ke tempat lain.

Jelasnya, kakak iparnya takut kejadian yang sama berulang dan membuat keputusan demikian.
“Kami sekeluarga bagaimanapun bersyukur kerana kejadian yang menimpa anak saya itu tidak mengakibatkan kecederaan teruk atau kesan sampingan.

“Alhamdulillah, cuma sedikit terkilan kerana doktor yang pernah merawat anak saya dulu bertegas mengatakan paha kanan anak saya itu tidak ditembusi peluru,” katanya. – Sinar Harian Online
Sumber TKO - 4-10-2015

















































































































































Pertemuan terakhir PAS bersama Pakatan Rakyat Perak

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan perjumpaan terakhir gabungan itu di Hotel Kinta Riverfront, di sini 2 Oktober

Pertemuan ini mengesahkan secara rasmi pembubaran Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke-13.

Ini merupakan mesyuarat terakhir ke-66 yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan disertai wakil tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR di mana PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria.

Antara butiran perbincangan dari pertemuan tersebut adalah proses penutupan akaun serta perkara-perkara berkaitan dengannya.

Menurut Razman, perbincangan dan keputusan dicapai dengan penuh harmoni.

"PAS Perak mengharapkan semua parti dapat terus bergerak dengan mengenali sasaran sebenar. PAS akan istiqamah atas prinsip perjuangan Islam.

"PAS akan terus bergerak diatas jalur tarbiah, dakwah dan siasah. PAS akan terus mendekati dan memberikan kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat," ujarnya mengulas pertemuan itu. HARAKAHDAILY 3/10/2015

Sumber HD - 3-10-2015

PAS Perak bersama pendirian presiden

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Keputusan tidak bersama PR2.0 hakikatnya membuka banyak peluang kepada PAS untuk tetap mendekati orang bukan Islam khususnya kaum Tionghua.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, PAS adalah parti berbilang kaum yang membawa idealogi pemerintahan Islam dan sama sekali tidak terpengaruh dengan tekanan dan pendekatan lain.

"Keputusan ini bukan sahaja meluaskan dakwah serta pengaruh PAS, malah memberi lebih ruang kepada pemimpin kaum lain untuk bersama PAS dalam mengisi kekosongan ini.

"Jadi, PAS Perak menyokong penuh keputusan parti tidak bersama PR2.0 dan akan berusaha menguatkan parti  untuk bertanding lebih kerusi sebagai persediaan kerajaan menanti selepas PRU14 nanti," ujarnya 22 September.

Menurut beliau, tidak mustahil PAS boleh memerintah Perak secara bersendirian berdasarkan kepada perkembangan politik terkini.

Hal itu katanya, merujuk kepada peningkatan sokongan terhadap PAS, antaranya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjadi jambatan penghubung terutama di kawasan dan perkampungan kaum Tionghua.

Ujarnya, ramai daripada kalangan masyarakat Tionghua bersetuju pendekatan PAS yang sederhana, berprinsip dan berintegriti.

Tambahnya, banyak pertubuhan bukan Islam telah menyatakan bahawa mereka lebih yakin dengan PAS.

"PAS juga sedang berusaha memperanankan pimpinan yang berprinsip untuk memikul tanggungjawab bakal diberikan oleh rakyat dalam menerajui pemerintahan negeri.

"Sejarah Kerajaan PR selama 11 bulan telah mematangkan dan mengajar rakyat Perak," jelasnya. – HARAKAHDAILY 22/9/2015

Sumber HD - 22-9-2015




















































































































































Gesa Mujahid letak jawatan kerana sertai Amanah

Posted on Saturday, September 19 @ 19:17:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar mendesak Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu serta-merta berikutan tindakannya menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Md Desa berkata, desakan itu dibuat setelah mengambil kira kemenangan Dr Mujahid pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu adalah hasil pencalonan Pas kawasan atas kelayakannya sebagai ahli Pas.


Menurutnya, Mujahid tidak berpeluang dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Parit Buntar jika bukan ahli Pas, tambahan pula dakwaan beliau menganggap diri sebagai calon pilihan rakyat dan mendapat sokongan masyarakat Cina Parlimen ini adalah tidak tepat.


“Saya ingin mengingatkan Mujahid akan keperitan ahli-ahli bawahan yang berkorban masa, harta dan kesenangan demi membantu kemenangan beliau dalam PRU ke-13 sebelum ini.


“Tindakan beliau menyertai Amanah seolah-olah satu pengkhianatan besar kepada ahli Pas kawasan ini di mana kesemua mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangi pengorbanan petugas dan pengundi,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas kawasan Parit Buntar, di sini semalam.


Abdul Bahrin berkata, sebagai orang luar yang diberi kepercayaan parti untuk menjadi wakil rakyat bagi penduduk Parit Buntar, Dr Mujahid tidak sewajarnya memperkecilkan sokongan diberikan ahli Pas kawasan di peringkat akar umbi.


Menurutnya, di sebalik kesungguhan beliau menyertai Parti Amanah, Pas kawasan Parit Buntar masih memberi Mujahid peluang untuk kembali beristiqamah dalam perjuangan Pas melalui dua siri pertemuan hati ke hati yang diadakan sebelum ini.


“Bagaimanapun, dalam pertemuan itu, Mujahid bersedia mengosongkan ruang pejabatnya yang dipinjamkan Pas kawasan Parit Buntar pada 31 Ogos lalu.


“Pada pertemuan kali kedua, Mujahid menyelesaikan urusan penyerahan tugas melibatkan parti kepada Pas kawasan Parit Buntar. Pas kawasan meminta beliau untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dalam pertemuan itu,” katanya.


Abdul Bahrin berkata, Pas kawasan Parit Buntar membuat keputusan menubuhkan satu jawatankuasa khas penyelaras Parlimen bagi menggantikan fungsi beliau sebagai wakil rakyat parti itu sebelum ini.


Menurutnya, dalam mesyuarat Pas kawasan terbaharu, Jawatankuasa Pas kawasan sebulat suara melantik dirinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Parit Buntar sambil dibantu Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussin.


Beliau berkata, Pas kawasan juga memutuskan kesemua staf yang berkhidmat di bawah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar, dikekalkan untuk berkhidmat dengan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Parit Buntar.


Katanya, mereka kini sudah menubuhkan beberapa jawatankuasa bertindak bagi menggantikan beberapa pimpinan kawasan yang meninggalkan jawatan sebelum ini.


Dalam pada itu, Mujahid ketika dihubungi menegaskan tidak akan tunduk pada desakan perletakan jawatan oleh kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar.


Sebaliknya, Mujahid menyatakan mana-mana calon Pas yang menang PRU sebelum ini, namun gagal memenuhi janji komitmen mereka bersama PR yang sepatutnya meletakkan jawatan.


“Meskipun saya dicalonkan Pas, tetapi saya masuk bertanding PRU atas tiket parti yang menjalinkan pakatan kerjasama dengan PR. Kini, satu negara tahu Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat (PR).


“Saya fikir Pas kawasan Parit Buntar tidak faham undi rakyat yang turut memihak kepada kemenangan calon Pas diberikan mereka atas semangat PR  bukan sokongan individu terhadap mana-mana parti dalam PR,” katanya.


Mujahid berkata, pihaknya turut kesal dengan pihak yang mempersoalkan kredibilitinya sepanjang memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat Pas di Parlimen Parit Buntar.


Katanya, tindakan itu disifatkannya sebagai kebudak-budakan dan memberi gambaran Pas mengamalkan budaya memaki-hamun jika mana-mana pihak tidak lagi bersama parti itu.


“Kebebasan pilih wadah politik tidak wajar disamakan keluar Islam kerana hanya golongan IS sahaja bersikap menghukum orang tanpa berlandaskan nas al-Quran dan Hadis yang benar,” katanya.

Sumber Link



Sumber TKO - 19-9-2015

Bersatu buat perubahan untuk Malaysia sejahtera




















































































































































HARAKAHDAILY | .


ALHAMDULILLAH bersyukur di atas kurnia Allah SWT dengan nikmat Islam,Iman dan bernegara yang diberikan masih lagi kita mengecapi kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: ayat 13)

Islam menyeru dalam kehidupan bernegara seharusnya membuka ruang yang luas untuk kita berkenalan, beramah mesra, berurusan dan saling membantu tanpa mengira jantina, bangsa dan keturunan. Tiada perbezaan dalam kehidupan melainkan hanya ketaqwaan kepada Allah sahaja.

Cabaran ekonomi telah menghimpit Malaysia berada dalam tekanan yang dahsyat berpunca dari sifat tidak amanah kepimpinan kerajaan.

Dalam membentuk satu Malaysia yang sejahtera, rakyat harus bersatu menyatakan kebenaran dan membuat perubahan. Kepimpinan dalam Islam amat menekankan konsep amanah, keadilan, berkebajikan,bijaksana dan integriti.

Seandainya Malaysia diurus tadbir dengan pendekatan Islam yang syumul, nescaya keamaan dan kesejahteraan akan terbina.

Dewan Pemuda PAS Perak terus istiqamah menyuburkan dakwah, membina keperibadian  pemuda dan dalam masa yang sama secara konsisten memerangi kezaliman dan penipuan terhadap Rakyat.

Dewan Pemuda PAS Perak menyeru kepada semua rakyat khususnya di Perak agar menyambut Hari Malaysia  dengan aman dan semangat patriotisme yang tinggi tanpa sentimen perkauman malahan dengan dasar ketaqwaan kepada Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
2 Zulhijjah 1436 / 16 September 2015
- HARAKAHDAILY 16/9/2015

Sumber HD - 16-9-2015

Yang masuk pun ramai juga

UST MUHAMMAD ISMI MAT TAIB | .


ALHAMDULILLAH dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur dan pelaksana Kongres Rakyat yang melabuhkan tirainya semalam. Sarat dengan pelbagai kupasan isu, usul yang perlu disegerakan pelaksanaannya, dan respon yang sangat menarik dari pelbagai sektor.

Perkara paling menarik mengenai kongres tersebut ialah ia membincangkan pelbagai isu dari pelbagai sudut pandang, dan paling penting sasaran utamanya ialah untuk melahirkan sebuah negara yang sejahtera.

Ini komitmen PAS untuk membangunkan sebuah negara yang berkebajikan. Walaupun ketika ini, seolah-olah di merata-rata tempat, kelihatan ramai pimpinan dan ahli PAS yang meninggalkan PAS untuk menyertai Parti lain, namun dalam masa yang sama, lebih ramai ahli baru didaftarkan, malah setiap kelompangan jawatankuasa itu berjaya diisi sekalipun ada tempat-tempat yang hampir kesemua AJK meletakkan jawatan.

Pesanan saya, terutama kepada ahli PAS Perak, supaya berfikir masak-masak sebelum mengambil tindakan, fikir seberapa banyak sudut pandang sebelum membuat sebarang keputusan. Ambillah masa bertenang sekiranya perlu jika itu yang terbaik.

Ramai yang bertanya kenapa begitu ramai yang meninggalkan PAS? Mereka sepatutnya turut bertanya kenapa masih lebih ramai yang menyertai PAS. Malah memberikan sokongan dan dokongan dalam gerak kerja PAS. Semua maklum, bahawa PAS memiliki kekuatan akar umbi luar biasa jika dibandingkan dengan mana-mana Parti politik di Malaysia.

Ahli-ahli PAS sanggup turun beramai-ramai, bekerja dan berjuang bersungguh-sungguh walaupun tidak menerima sebarang insentif malah kebanyakannya terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata ingin menunaikan tanggungjawab kepada perjuangan menegakkan Islam. Kekuatan ini masih ada dan semakin kuat. Walaupun kemenangan bukanlah sesuatu yang boleh dijangka dengan mudah, namun saya yakin PAS kini sedang berada di landasan yang terbaik.

Tohmahan demi tohmahan yang diterima oleh PAS, baik daripada DAP, Parti baru, PAN, malah Umno sejak sekian lama, tidak sedikitpun menjejaskan semangat para penyokong dan pendokong PAS untuk meneruskan gerak kerja. Saya percaya, kita berada di selekoh-selekoh terakhir sebelum sampai ke garisan kemenangan yang telah lama kita usahakan bersama.

Marilah bersama meneruskan langkah dengan penuh istiqamah sehingga kemenangan. – HARAKAHDAILY 13/9/2015

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak

Sumber HD - 13-9-2015






















































































































































Razman mohon maaf jika Nizar tersinggung






















































































































































MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria hari ini menafikan beliau berniat memfitnah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau, kenyataannya di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2025 di bawah tajuk "Pendekatan Nizar Mirip DAP" dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Adun Changkat Jering itu.

Sebaliknya, katanya, pernyataan tersebut adalah merupakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan wartawan akhbar berkenaan kepadanya.

"Ia dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Datuk Seri Nizar, sekiranya beliau merasa tersinggung dengan kenyataan tersebut saya mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan telah menerima writ saman bertarikh 19 Ogos 2015 dan pernyataan tuntutan bertarikh 14 Ogos 2015 daripada Tetuan Awi & Co yang mewakili Datuk Seri Nizar.

Dalam tuntutan tersebut, Razman telah dikatakan mengeluarkan kata-kata "PAS mendokong Melayu, Islam dan Sultan tetapi Nizar telah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang mendokong pendekatan negara sekular.”

Beliau juga didakwa mengatakan bahawa, "Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP. Kita tidak mahu dalam PAS dipenuhi oleh individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti". – HARAKAHDAILY 11/9/2015

Sumber HD - 11-9-2015

Sokongan terhadap 'golongan kecewa' akan berkurang























































































































































MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah menjangkakan 'golongan kecewa' pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 baru-baru ini cuba mempengaruhi penyokong agar terus menyokong dan memberi nafas baru kepada mereka.

Menurutnya, melihat kepada keputusan muktamar tersebut dan analisa kehadiran Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini mendapati sokongan 'golongan kecewa' ini tidak melebihi 20 peratus.

Kata beliau, suasana itu membuktikan sokongan di peringkat bawahan sangat minimum dan secara tidak langsung menggambarkan PAS mempunyai ahli dan penyokong yang setia dengan perjuangan.

"Jumlah undi yang mereka peroleh dalam muktamar baru-baru ini hanya sekitar 20 peratus, begitu juga kehadiran orang Melayu dalam Bersih 4.0 juga sekitar 20 peratus.

"Berkisar kepada ini dilihat kawasan dan penyokong akar umbi mereka tidak melebihi 20 peratus," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyatakan, sokongan yang diterima oleh Parti Pekerja-Pekerja Malaysia itu tidak menggugat perjalanan dan pentadbiran parti di semua peringkat termasuklah di Perak.

Ujarnya, mutakhir ini ahli-ahli veteran yang hanya menjadi penyokong bangkit memberi sokongan dan menyatakan kesediaan untuk mengisi ruang yang dikosongkan.

PAS juga katanya menerima permohonan ahli baru di luar jangka iaitu setiap bulan puratanya adalah 5 ribu permohonan baru yang diproses.

Beliau melahirkan keyakinan sokongan terhadap parti baharu itu akan semakin berkurang dari masa ke semasa.

"Apabila mereka mula sedar bahawa agenda dan matlamat perjuangan parti ini tidak jelas, sokongan mereka akan semakin berkurang.

"Ramai akan menyedari penubuhannya juga adalah bermula dari kekecewaan, bukan ada agenda besar," tegasnya.

Razman menegaskan, parti-parti yang sedia ada sudah memadai sebagai wadah untuk perjuangan sama ada perjuangan agama, bangsa atau keadilan sejagat. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Sumber HD - 10-9-2015

Zulqaedah: Masa untuk terus istiqamah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Bulan Zulqaedah merupakan salah satu dari bulan-bulan haram dalam Islam dan di dalamnya terdapat pelbagai sirah yang perlu dijadikan ibrah serta muhasabah buat pendukung PAS.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, antara salah satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Zulqaedah ini adalah Perjanjian Hudaibiyah.

Menurutnya, perjanjian tersebut pada asalnya dilihat berat sebelah dan memberi kelebihan kepada kaum musyrikin Makkah hingga ada daripada para sahabat Rasulullah SAW yang tidak bersetuju malahan tidak berpuas hati.

Namun katanya, dalam kalangan mereka tidak ada yang meninggalkan perjuangan dan menubuhkan jamaah lain malah mereka terus kekal istiqamah dalam perjuangan bersama Rasulullah SAW.

"Begitulah sifat wala' dan thiqah yang perlu diterapkan dalam diri pendukung jamaah.

"Selain itu, peristiwa Bai'atur Ridwan juga menjadi satu sirah penting buat kita, kecekalan dan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan samada syahid atau kemenangan menjadi teras pegangan kita selaku pendokong jamaah.

"Sifat menuntut bela atas nama Islam harus ada dalam diri setiap pejuang. Jangan dibiarkan pemimpin kita dihina dan diinjakkan, jangan ada dalam diri kita sifat merelakan Islam dipermainkan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mohd Akmal menyatakan, pejuang seharusnya mempunyai sifat qawieyul ameen wa hafizun alim dalam memperjuang serta mempertahankan Islam dan kepimpinannya.

"Diingatkan bahawa kita adalah penyambung mata rantai perjuangan dan jalan dakwah ini pastinya akan diuji.

"Diharapkan agar semua pendukung PAS yang juga pejuang Islam agar terus istiqamah dan mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/9/2015

Sumber HD - 4-9-2015


PAS, GHB dan talaq tiga

Posted on Friday, September 04 @ 07:29:17 MYT by paktam

Oleh Mohamad Ridhauddin

Saya hanya individu kecil di dalam PAS di peringkat kawasan,Saya tidak pasti bagaimana saya mahu bersikap saat ini, Membiarkan, itu satu kezaliman,
Menasihat bagi menulis di atas air, Lalu, menulislah pada yang percaya.

Dalam menguruskan politik atas nama agama ini, Sikap berhati-hati pimpinan dalam segenap perkara sangatlah ditagih, Sehodoh-hodoh sikap Umno hanya melekap pada bangsa,Usahlah kita menghodohkan agama dengan sikap kita,

Saya amat gembira dengan bantahan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia baru-baru ini berkenaan dengan isu memijak gambar TGHHA,

Terserlah ke-sohibu as-samahah-nya (yang bermaksud pemunya kelapangan dada).


Saya berpandangan talaq tiga itu ada asassiasah syar'iyyahnya (ketika itu),
Namun, usahlah terlalu asyik bermusuh dengan saudara tidak separti itu sehingga terlupa mereka yang terlibat dengan talaq tiga itu bukan hanya dua jiwa bahkan puluhan,
Kekerasan hanya membanyakkan kekerasan, bukan keizzahan,
Sifat berhujah dengan ribuan kitab itu mendamai dan memudahkan, bukan menyempitkan.

Nabi hanya tersenyum apabila ada sahabat Nabi mentakwilkan arahan solat hanya di kampung Bani Quraizhah(لا تصلين),
Nabi menyambut dengan keizinan 'Abdullah bin 'Amr menulis hadis padahal jelas sebelum itu larangannya,
Saiduna 'Ali dan Saiduna 'Uthman mentakwil larangan menangkap unta yang berkeliaran, padahal Saiduna Abu Bakar dan 'Umar mentaatinya,
Kita mentakwil sekalian sifat dan dzat Tuhan yang Maha Tinggi segala daerah keilmuan,
Kita berkebolehan mewujudkan sejumlah amalan agama yang tidak dilakukan Nabi dengan sekalian hujah dan perbahasan. Dari itu, 'takwilkanlah' hukum sesama insan,
Koreklah semua hujah dalam kekhilafan hukum itu untuk membina hukum bagi tujuan kemaslahatan.

Kalaupun tiada lagi ruang takwilan, usahakanlah untuk menyimpan sekalian keaiban.
Belajarlah dari sifat keTuhanan,
Sejahat manapun insan, aib mereka tersimpan kemas di sisi Tuhan,
Usah belajar dengan syaitan,
Saat berpakaian lengkap pun dilondehkan. –

*Penulis adalah Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu Gajah

Sumber DD - 4-9-2015


























































































































































Aksi pijak gambar tindakan provokatif

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: PAS Negeri Perak turut membuat laporan polis berikutan insiden memijak gambar Presiden PAS oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika himpunan Bersih 4.0 tempoh hari.

Laporan itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh 3 hari ini dan ia diketuai oleh Setiausaha PAS negeri, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan.

Bercakap kepada media, Mohd Zawawi berkata, PAS negeri mengharapkan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap insiden tersebut yang mencetuskan provokasi dan ketidakpuashatian dalam kalangan masyarakat khususnya ahli parti itu.

Kata beliau, aksi tersebut adalah satu tindakan provokatif yang menimbulkan pelbagai keresahan termasuklah huru-hara dan ia merupakan perkara berbentuk hasutan yang mengancam keselamatan negara.

"Tindakan ini boleh mengundang kepada ketidakharmonian dalam sebuah masyarakat, ia juga boleh mendorong reaksi balas yang tidak terkawal daripada pihak lain.

"Justeru, kami melihat perlakuan tersebut perlu diadukan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut berdasarkan undang-undang negara," katanya selepas selesai membuat laporan tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Hafez Sabri, Pengerusi Lajnah Mobilasi PAS negeri, Wan Tarmizi Abdul Aziz dan para penyokong parti Islam itu.

Adun Gunong Semanggol itu menjelaskan, tindakan memijak gambar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu sangat tidak beradap dan telah mencemarkan imej beliau selaku Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.

Jelas beliau, ia secara tidak langsung menghina dan mencabar kredibiliti Tuan Guru yang mengetuai satu parti politik sah dan berdaftar di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Tujuan menghina sedemikian rupa adalah satu tindakan yang tidak beradab dan mencabar pimpinan tertinggi PAS.

"Kami mendukung dan bersama-sama dengan Presiden kami. Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat adakah ia satu tindakan provokatif dan disengajakan," tegasnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa PAS bersetuju dengan himpunan yang diadakan itu namun sangat kesal dengan insiden yang tidak bertanggungjawab itu. - HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 3-9-2015




























































































































































PAS Perak anjur pelbagai program sempena Merdeka




























































































































































MUHAMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dengan semangat Sehati Sejiwa bersama seluruh rakyat khususnya di negeri itu memperbaharui tekad dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Ketua Penenerangannya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PAS Negeri mengajak seluruh rakyat berganding bahu mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, tonggak sosio-budaya yang menjadi teras keharmonian Malaysia juga perlu dikekalkan dengan kerjasama serta kesatuan seluruh rakyat.

Menurutnya, sempena dengan hari kemerdekaan pada tahun ini, PAS Perak akan menganjurkan pelbagai program bagi sama-sama menyambut hari yang penuh bersejarah itu.

"Antaranya kami akan menganjurkan majlis tahlil untuk mendoakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah pergi meninggalkan kita, ia akan diadakan pada 27 Ogos (hari ini) bermula selepas maghrib di markaz-markaz PAS Kawasan.

"Selain daripada itu, kami akan mengadakan Ceramah Sambutan Merdeka peringkat negeri Perak yang akan diadakan pada 30 Ogos ini di Bandar Behrang 2020 bermula jam 9.00 malam.

"PAS Perak mengajak seluruh rakyat negeri ini bersama-sama menyertai program yang bakal diadakan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengarahkan seluruh premis pentadbiran PAS sama ada pejabat, markaz, bilik gerakan atau lain-lain menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri Perak di samping bendera parti bermula 28 Ogos 2015 sehingga 16 September 2015. – HARAKAHDAILY 27/8/2015

Sumber HD - 27-8-2015

Rombak pengurusan Pafa, presiden wajar letak jawatan





























































































































































MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan rasa dukacita di atas prestasi pasukan bola sepak Perak yang menjadi kesayangan rakyat negeri itu.

Ketuanya, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin berkata, dengan rekod 9 kekalahan dan hanya 8 kemenangan dalam kancah Liga Super sesi ini, Skuad Seladang perlu melakukan sesuatu.

Katanya, pertukaran demi pertukaran pemain dilakukan dan jurulatih turut digantikan namun prestasi yang ditunjukkan masih kurang memberangsangkan.

"Setelah 5 tahun Datuk Zainol Fadzi Paharudin menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), tiada trofi kemenangan yang diperolehi oleh Skuad Seladang.

"Atas dasar sayang kepada pasukan Perak, kami mendesak agar pengurusan dirombak dan presidennya meletakkan jawatan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mencadangkan jawatan tersebut digantikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir seperti tradisi kebiasaan pasukan itu di mana menteri besar adalah presiden.

Jelasnya, presiden dan pengurusan yang baru diharap mampu mencari lebih banyak penaja dalam menghadapi cabaran Liga Super akan datang yang khabarnya akan diswastakan.

"Dewan Pemuda PAS Perak bersedia memberi kerjasama kepada Pafa dan mengharapkan kebangkitan 'The Bos Gaurus' menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang terutamanya dalam kempen Piala Malaysia 2015," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 22/8/2015

Sumber HD - 22-8-2015

Naik taraf Kuisas perlu walaupun Muhyiddin gugur






























































































































































MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunong Semanggol) mengharapkan usaha menaiktaraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) menjadi universiti awam dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Menurutnya, perbincangan tentang naiktaraf itu telah dilakukan secara serius bersama Timbalan Perdana Menteri Ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2013.

Namun katanya, persoalan timbul apakah status terkini usaha tersebut selepas Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah disingkirkan daripada kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Mengikut perancangan, Kuisas akan dinaiktaraf menjadi unversiti awam setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) namun persoalan timbul apabila Muhyiddin disingkirkan daripada kabinet negara.

"Kami ingin mengetahui sejauh mana keseriusan kerajaan dalam merealisasikan hasrat menaiktaraf kolej tersebut yang antara menjadi mercu tanda negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah selepas Pembentangan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, dekat sini semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak itu menyorot kembali proses menaiktaraf Kuisas daripada Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) yang memakan masa sangat lama untuk direalisasikan.

Oleh hal yang demikian, kata Zawawi, usaha yang serius perlu dilakukan dalam meneruskan agenda tersebut kerana ia telah memakan masa beberapa tahun namun ia masih belum dilaksanakan.

"PAS sangat menyokong usaha ini dalam merancakkan lagi institusi pendidikan di negara ini seterusnya berjaya melahirkan produk pelajar yang berkualiti.

"Istitusi pendidikan ini sangat penting kerana ia akan menjadi harapan kepada masa depan negara dan negeri Perak sendiri," ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyambut baik rancangan kerajaan negeri untuk membina beberapa pusat pengajian termasuklah Pusat Pembangunan Modal Insan Perak, Sekolah Berasrama Penuh, Universiti College Sedaya Internasional dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Selama.

Ujarnya, ini sedikit sebanyak akan memberikan lebih banyak peluang dan ruang kepada generasi muda untuk menimba ilmu melalui ruang yang diberikan itu. – HARAKAHDAILY 20/8/2015

Sumber HD - 20-8-2015

Perkasakan institusi masjid, bukan sekadar bina

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Ustaz Abu Bakar Hussien (PAS-Titi Serong) mengharapkan Kerajaan Negeri Perak lebih serius dalam memperkasakan institusi Islam di negeri itu daripada hanya memikirkan dalam konteks pembinaan prasarana semata-mata.

Menurutnya, institusi masjid dan surau mestilah ditingkatkan lagi prestasi dan kewibawaannya agar lebih memainkan peranan dalam mendidik masyarakat khususnya umat Islam.

Selain itu, katanya, para pendakwah dan penceramah mestilah dilatih supaya lebih berketerampilan dan efisyen selari dengan penerimaan serta kehendak masyarakat.

PAS katanya mengharapkan agar kerajaan negeri melalui agensinya berusaha melahirkan lebih ramai pendakwah yang berwibawa untuk membina masyarakat melalui institusi masjid dan surau.

"Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) diharap tidak hanya sekadar membina masjid tetapi apa yang lebih perlu diberikan perhatian adalah mengimarah serta memperkasakan institusi tersebut.

"Saya amat kecewa dengan tahap pengimarahan masjid dan surau. Masjid cantik dan tersergam indah namun tiada pengisian yang berkualiti.

"Tabungan masjid hampir mencecah ribuan ringgit namun tidak mampu membiayai seorang penceramah, pengurusan masjid dan surau masih di tahap yang lemah dan tertinggal fungsinya terutama di luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak di bawah RMK11 di Persidangan Dewan Negeri (Dun) Perak, dekat Ipoh semalam.

Ustaz Abu Bakar mencadangkan agar kerajaan negeri mengadakan kempen-kempen kesedaran masyarakat seperti "Masjid Markas Kehidupan" dan sebagainya.

Kerajaan Negeri juga disaran menguatkuasakan hukuman moral atau takzir ke atas mereka yang gagal ke masjid dan surau yang akhirnya secara tidak langsung mencetuskan kecedaran di dalam hati masyarakat.

"Skim galakan perlu difikirkan bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung melabuhkan hatinya ke institusi masjid dan surau, ini secara tidak langsung dapat menghakis kehendak hati masyarakat untuk mendekati program-program yang tidak bermanfaat.

"Tugas imam-imam juga perlu distrukturkan kembali supaya mereka lebih berkualiti dan berkopetensi," jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 20/8/2015

Sumber HD - 20-8-2015
































































































































































Kerajaan Perak perlu telus kepada petani
































































































































































HARAKAHDAILY | .


IPOH: Dalam usaha membangunkan sektor pertanian di Perak dalam rancangan Lima Tahun melalui RMK11 yang dibentangkan, Dewan Pemuda PAS negeri melihat terdapat kepincangan dalam pelaksanaan.

Kerajaan Negeri Perak merancang mewujudkan Lenggong Agro Valley, Taman Herba dan projek pengeluaran sayur-sayuran dan agrotourism.

"Ironinya, kerajaan melihat hanya pada sudut fizikal sahaja tanpa menitikberatkan modal insan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Akmal Kamaruddin.

Ini, ujar beliau dilihat ketika hasrat para petani dan penternak untuk bertemu dengan Menteri Besar tidak diraikan walaupun pihak Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak sudah menyerahkan 8 memorandum sejak 2013 dalam usaha mereka untuk bertemu dengan Menteri Besar.

Selain itu, katanya usaha melahirkan usahawan tani dalam kalangan belia juga dilihat kurang diberikan penekanan sedangkan Perak merupakan negeri yang kaya dengan hasil pertanian.

Sewajarnya, kata Mohd Akmal belia diberikan kesedaran dan dipupuk minat dalam bidang pertanian dan penternakan.

"Dalam masa yang sama kerajaan negeri dilihat perlu menyediakan kemudahan kepada golongan belia ini dalam memulakan langkah sebagai usahawan tani muda di Perak ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, kata beliau Dewan Pemuda PAS Perak sekali lagi mengingatkan bahawa perancangan pembangunan lima tahun Perak dalam RMK11 perlulah mesra belia dan bersifat holistik dengan pembangunan seimbang pada fizikal, rohani dan modal insan agar perbelanjaan RM1.76 bilion itu berbaloi dibelanjakan. - HARAKAHDAILY 20/8/2015

Sumber HD - 20-8-2015

Rancangan 5 tahun Perak perlu mesra belia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak meneliti pembentangan Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negeri Perak di bawah Rancangan Malaysia ke-11 di Persidangan Dewan Negeri Perak semalam dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.76 bilion.

Namun begitu, kata ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin pembangunan modal insan yang holistik dilihat kurang diberikan penekanan berbanding pembangunan fizikal yang dibentangkan pada setiap sektor.

Menurutnya, Ibnu Khaldun menegaskan bahawa pembinaan sesebuah tamadun amat bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting kerana mereka mempunyai kemampuan berfikir, menentu, memilih dan mempelajari sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun.

Selain itu, kata beliau rancangan Daerah Mu'allim dan Bandar Belia yang dirancang menjadi perhatian utama Dewan Pemuda PAS Perak.

Katanya, dalam kenaikan harga barang, cukai GST yang dikenakan dan penurunan nilai ringgit, kerajaan negeri diharap dapat memastikan Belia Perak mendapat pekerjaan dan kediaman mampu milik disamping pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan rohani dan intelektual yang berterusan buat mereka.

"Malahan akses internet percuma serta tempat bersukan yang baik turut mampu membina kekuatan jasmani golongan belia di Bandar Belia itu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Bandar Belia juga seharusnya menjadi sebuah bandar membina minda kritis, kreativiti, inovasi dan sahsiah yang tinggi kerana golongan belia juga merupakan pemimpin negara akan datang.

"Diharap juga agenda buat belia ini ditekankan juga di daerah yang lain di Perak," katanya. - HARAKAHDAILY 19/8/2015

Sumber HD - 19-8-2015

Pemimpin tak amanah punca masalah, kata Hadi
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:14:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
-


IPOH – Malaysia kini bukan sahaja dihimpit masalah jenayah dan keruntuhan akhlak, tetapi yang lebih besar adalah masalah pemimpin yang tidak amanah apabila dipalit dengan pelbagai skandal.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selagi setiap pemimpin tidak memahami amanah sebenar yang dipukul, segala masalah tidak akan selesai termasuklah tindakan memecat pemimpin.

“Pecat timbalan perdana menteri tidak selesai juga masalah. Di mana silapnya? Pimpinan tidak tunai amanah dengan betul, jadi fahamilah amanah ini. Banyak skandal yang sudah kita lupa, ketika ini 1MDB, dahulunya skandal KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan sebagainya yang hampir kita lupa. Semuanya mencapai angka bilion.

“Kerana itu pentingnya kita kembali kepada amanah yang disebut dalam al-Quran dan Hadis, amanah memerintah negara itulah amanah paling besar,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Jalan Pemimpin, Manjoi, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Nasaruddin Daud dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Beliau berkata, masyarakat Islam ketika ini khususnya orang Melayu melihat sifat amanah hanya berkisarkan kepada perkara-perkara tertentu, sedangkan amanah paling besar adalah amanah dalam memerintah negara dan ia melebihi segala-galanya.

“Semua kerajaan di seluruh dunia termasuklah negara ini tidak akan kekal selama-lamanya dan apabila sampai masanya mereka akan tumbang.

“BN tidak akan kekal dan semua kerajaan tidak akan kekal. Kerajaan di Indonesia, Jepun, India dan Amerika sendiri, kuasa pemerintahan silih berganti.

“Kita mahukan satu perubahan ke arah kerajaan yang amanah dan baik iaitu perubahan dengan Islam.

“Malangnya orang Melayu hanya melihat amanah itu berkaitan simpan duit dan kirim barang sahaja,” katanya.  - SInar

Sumber TKO - 11-8-2015

Ceramah Perdana Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Perak
Posted on Tuesday, August 11 @ 10:13:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
https://www.youtube.com/watch?v=wFZFGv8ZfZM&feature=player_embedded


Ceramah Perdana Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan pada 9 Ogos 2015 bertempat di Kampong Manjoi, Ipoh, Perak. Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Kredit:
Yoperak Tvkome


Sumber TKO - 11-8-2015
Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Perak (Pihak 5)
Posted on Monday, August 10 @ 07:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kita hormati pimpinan yang istiqamah dlm perjuangannya, mengekalkan akidah perjuangan tanpa lari kerana menterial dan janji kemenangan dunia semata-mata kami hormat bukan kerana batang tubuhnya..atau bukan kerana sering diberkas polis, bukan kerana pernah dipenjara pasal ramai perjuangan Melayu sekular (minum arak) di Malaysia yang ditahan polis dan penjara.








Sumber TKO - 10-8-2015




































































































































































Presiden PAS terima borang 700 ahli baharu di Perak

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




IPOH: Pada saat berhadapan gelombang cabaran apabila segelintir pimpinannya sedang giat melancarkan gerakan ke arah penubuhan parti baharu, PAS tidak tergugat apabila terus menerima kemasukan ahli baru.

Pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 5.0) Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Jalan Pemimpin, Manjoi, semalam Pesuruhjaya PAS negeri Razman Zakaria telah menyerahkan borang permohonan keahlian seramai 700 orang kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kira-kira 5,000 orang hadiri daripada pelbagai lapisan yang hadir daripada seluruh negeri melaungkan 'Allahu Akhbar' ketika serahan tersebut dijalankan menggambarkan satu isyarat positif kepada parti Islam itu.

Dalam majlis itu juga, Ustaz Hadi telah menyerahkan bendera PAS kepada 20 Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasan-kawasan sebagai watikah pelantikan untuk menggerakkan kembali sayap bongsu parti itu.

Tuan Guru kelihatan sangat gembira melihat kepada komitmen serta semangat orang bukan Islam kepada PAS melalui penglibatan mereka di dalam DHPP khususnya di negeri itu.

Pengerusi DHPP Negeri Perak yang baru dilantik, S Surianarayanan menegaskan, DHPP akan terus beristiqamah hingga kemenangan bersama PAS dan tidak akan sesekali berganjak daripada perjuangan.

Beliau katanya telah berjaya membentuk kembali jawatankuasa di peringkat negeri dan pengerusi di peringkat kawasan-kawasan untuk meneruskan gerak kerja menarik sokongan orang bukan Islam kepada PAS.

"Ahli DHPP di semua peringkat di negeri Perak tidak mengikut jejak langkah beberapa pimpinan sebelum ini yang meletakkan jawatan dan menyokong GHB.

"Kami akan terus kekal bersama PAS, saya nasihatkan kepada pimpinan PAS yang berhasrat keluar parti supaya mengikut jejak langkah DHPP untuk terus beristiqamah hingga kemenangan," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

Sumber HD - 10-8-2015

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPNP)

Posted on Monday, August 10 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. Perkembangan politik semasa terutama pasca muktamar PAS Pusat telah menampakkan pergolakan dalaman PAS. Namun, pergolakan ini telah memberi peluang kepada PAS untuk bangkit dengan gagah demi meneruskan agenda Dakwah,Tarbiyah dan Siasah dengan lebih berkesan.

2.  Atas keyakinan perjuangan ini, PAS Perak berpendirian tidak boleh ada dua jamaah Islam dalam satu masa kerana ia bakal mengundang kerugian dan perpecahan. Maka dengan itu, kami menasihati semua pimpinan dan ahli di semua peringkat khususnya di Negeri Perak supaya terus beristiqamah dengan perjuangan PAS.

3.   Selaras dengan arahan Pas Pusat,  kami juga tidak membenarkan pimpinan dan ahli PAS daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Malah, GHB tidak dibenarkan menggunakan mana-mana aset dan premis PAS untuk sebarang aktiviti mereka kerana ia melanggar etika parti serta adab-adab berjamaah. Selain itu, PAS Perak menyeru ahli-ahli PAS supaya menjaga ukhuwwah, adab-adab berhujah dan banyakkan menerang daripada menyerang tika menangani isu GHB tersebut.

4.  Justeru, PAS Perak  akan terus maju ke hadapan dengan lebih aktif dan efektif dengan mengamalkan pendekatan "muwajahah silmiah" iaitu pendekatan secara aman dan menghormati demokrasi berdasarkan panduan Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias.

5.  Akhir sekali, PAS Perak meminta agar semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat  untuk melipatgandakan usaha demi mempertahankan PAS disamping mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan

TUAN HAJI RAZMAN B. HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK



Sumber TKO -  10-8-2015



Ceramah Nizar Yang Mungkin Ada Fakta Boleh diBahas
Posted on Sunday, August 09 @ 23:05:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=68tXXxrRBHk&feature=player_embedded

Cerita arahan PAS Pusat bergabung UMNO adalah suatu yang tak benar. Perkara ini sepatutnya dibahas dengan ilmiah bukan membuat persepsi yang tidak benar.

Ds Nizar,, saya rakyat perak mahu penjelasan. 6.02 dan 7.00 ds nizar ade sebut yg org perak sebelum ini benci pada pas dan ISLAM..saya harap ds Nizar boleh tunjukkan kat saya siapa org perak yg benci pada islam..ds cakap biar benor, mention pada yg bukan islam benci islam bukan rakyat perak..jgn nak sedap tibai pimpinan PAS ds nak contohkan umat islam seluruh rakyat perak ds kata benci islam

Sumber TKO - 9-8-2015

PAS sedia terima semula pimpinan GHB yang buat 'u-turn'

Posted on Saturday, August 08 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah






































































































































































KUALA LUMPUR: PAS masih memberi peluang kepada ahli-ahlinya yang menyatakan sokongan atau menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk kembali semula kepada parti berteraskan Islam itu.  

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata parti sentiasa bersikap terbuka malah sedia menerima mereka kembali bagi mengukuhkan semula kedudukan parti. 


"Memang kerana PAS ini terbuka menerima sebab kalau GHB ini mengatakan bahawa PAS ini eksklusif tapi kita tak eksklusif sebaliknya kita inklusif dan terbuka tetapi berprinsip.


"Jadi mana-mana ADUN, pimpinan, ahli yang  sedar perjuangan ini dan mereka berada di dalam PAS kita nak minta supaya mereka berpegang dan berfikrah seperti PAS," katanya kepada Antarapos.


Beliau diminta mengulas mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada ahli dan wakil rakyat PAS yang dijangka menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini dalam proses memulakan siri jelajah perasmiannya baru-baru ini.


Beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baru menerusi GHB yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang. 


GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baru itu dibarisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. 


Gerakan itu juga menampilkan beberapa bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Abdul Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga wakil rakyat PAS.


Mengulas mengenai ahli PAS yang menyertai GHB, Razman berkata sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa pimpinan pusat.


"Kita daripada dulu terima daripada pelbagai latarbelakang, jadi apabila dia berada dalam PAS maka dia hendaklah menjadi, melaksanakan dan menjalankan fikrah, pemikiran dan perjuangan PAS.


"Jadi sebagai ahli, pimpinan atau wakil rakyat yang telah membuat pengisytiharan atau mengisytihar bersama dengan GHB kita bersedia menerima balik mereka dalam jemaah kita," katanya.

Sumber : AntaraPOS



Sumber TKO - 8-8-2015

Empat Adun PAS Perak terus beristiqamah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Empat daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Negeri Perak memberikan komitmen untuk terus beristiqamah di dalam parti itu.

Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong), Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan (Gunong Semanggol, Husin Din (Selinsing) dan Radzi Zainon (Sungai Rapat) hadir dalam pertemuan bersama pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak semalam.

Sementara itu, Adun Changkat Jering, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak tidak kelihatan walaupun turut dijemput.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak, dekat Ipoh itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya, Razman Zakaria dan timbalannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.

Tujuannya antara lain membincangkan tentang pendirian masing-masing tentang penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini sedang rancak digerakkan ke arah penubuhan parti politik baharu.

Bercakap kepada Harakah, Razman Zakaria berkata, PAS Perak mengambil serius tentang perkembangan Adun-Adun daripada pelbagai aspek termasuklah pendirian mereka terhadap isu-isu semasa disamping prestasi masing-masing.

Menurutnya, suasana parti Islam itu ketika ini menuntut kepada penjelasan dan pendirian Adun sama ada kekal bersama PAS atau menyokong GHB.

"Alhamdulillah, empat orang Adun PAS hari ini hadir dan menyatakan komitmen mereka untuk istiqamah di dalam perjuangan.

"Namun seorang Adun (Mohammad Nizar) tidak hadir dan dimaklumkan beliau telah bertekad untuk bersama Gerakan Harapan Baru," katanya.

Ketika ditanya tentang kedudukan Mohammad Nizar, beliau menghormati pendirian tokoh tersebut walaupun ia adalah satu keputusan sangat mengecewakan.

Namun begitu, Razman mengharapkan beliau membuat keputusan berdasarkan rasional, bukan kerana emosi semata-mata yang akhirnya memberi keuntungan kepada Umno-BN.

Jelas beliau, turut mengikut jejak langkah Mantan Menteri Besar Perak itu adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi GHB Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpesan kepada seluruh Adun dan Ahli Parlimen agar terus memberikan komitmen terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing. – HARAKAHDAILY 8/8/2015

Sumber HD - 8-8-2015


Khutbah Aidil Fitri Negeri Perak yang Hangat!
Posted on Saturday, August 08 @ 06:36:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Sudah lapan atau sembilan tahun saya membacakan khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak, dan teks kali ini memang terbaik sehingga mendapat pujian dan diperkatakan di serata pelusuk negeri Perak Darul Ridzuan tempoh hari. Berikut dikongsikan antara petikan teks hebat tersebut :
@@@@@@@@@@

Gema takbir dan tahmid bagi menandakan kemenangan tidak akan cukup sekadar kita hanya berjaya mendirikan ibadah fardhu sahaja seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain sedangkan kita tidak pernah diberi peluang untuk merasai betapa nikmatnya keadilan perundangan Islam, untungnya menggunakan sistem ekonomi Islam, dan terjaminnya hak orang Islam dan bukan Islam di bawah naungan perlembagaan negara Islam.

Bermula dari penjajahan sehingga kini, kita hanya mampu melihat sistem Islam di dalam kitab-kitab fekah sahaja tanpa mampu dilihat ia terlaksana di atas bumi yang nyata walaupun kegagalan demi kegagalan ideologi dan sistem ciptaan manusia dalam menyelesaikan pelbagai masalah sosial terutama yang semakin berat seperti penagihan dadah, kecurian, perzinaan, perkosaan, rasuah, pecah amanah, namun para pemimpin lebih rela mencari sistem yang rapuh dan reput seperti sarang labah-labah daripada memberi peluang kepada Islam untuk dilaksanakan.

Benarlah firman Allah dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut : “Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahuinya.”

Muslimin muslimat yang diberkati Allah,

Gema takbir dan tahmid yang berkumandang ini juga menunjukkan bahawa kita begitu menginginkan agar kebajikan, kepentingan serta kekayaan hasil pendapatan negara dapat diagihkan secara menyeluruh, bukannya berkisar dalam kalangan sesetengah golongan sahaja.

Suatu peristiwa untuk renungan bersama di mana ketika Damsyik dan Syria diancam serangan tentera Tatar, maka pemerintah memutuskan untuk mengenakan cukai tambahan ke atas rakyat bagi membiayai peperangan. Di tengah-tengah keresahan rakyat yang tidak mampu membayar cukai itu maka tampillah Asy-Syeikh ‘Izzuddin ‘Abdussalam yang terkenal dengan gelaran Sultanul ‘Ulama menentang perkara itu dan meminta agar dijual terlebih dahulu kesemua barangan mewah milik pemerintah dan milik peribadi kakitangan pemerintah, sehingga tidak ada lagi perbezaan antara pemerintah dan rakyat. Sesudah itu barulah boleh dikutip cukai jika kewangan masih tidak mencukupi untuk membiayai peperangan itu.

Inilah keindahan dan keadilan Islam yang menekankan susah dan senangnya sesebuah negara merupakan tanggungjawab bersama antara pemimpin dan rakyat, bukannya ketika negara senang hanya sesetengah golongan yang menikmatinya tetapi apabila negara ditimpa kesusahan amaka hanya rakyat yang menanggungnya.

Dalam memastikan keharmonian dan kemajuan yang stabil antara kebendaan dan kerohanian, maka kerjasama antara pemimpin dan ulama amatlah penting kerana mereka menjadi tunjang utama keutuhan negara. Jika rosaklah pemimpin maka akan binasalah negara. Begitu juga apabila rosaknya ulama maka akan huru-haralah negara.

Oleh itu pemimpin mesti bersifat terbuka apabila ditegur kerana tersalah dan ulama pula mesti berani dalam memberi nasihat. Janganlah pula pemimpin terpedaya dengan kata-kata ulama dunia yang mengampu di mana peringatan mengenainya pernah dicatat dalam Kanun Acheh Darussalam oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, seorang pemerintah Kesultanan Melayu Islam Acheh di mana antara katanya : “Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri daripada bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak iaitu ulama yang suka memuji raja dan perbuatannya mengharap keredhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membuat negeri huru-hara dan memecah-belahkan rakyat seperti Dajjal…”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd.

Kita begitu mengharapkan agar laungan tahmid tanda kesyukuran dan takbir tanda membesarkan Allah ini bukan hanya disebut di bibir sahaja, tetapi insya-Allah ia turut memberi kesan kepada hati dan kelakuan kita dalam menyatakan kesungguhan dan keyakinan kepada seluruh ajaran Islam dari segi ibadah, perundangan, perlembagaan dan cara hidup Islam.

Keadilan dan kehebatan perlembagaan serta perundangan Islam pernah dirasa oleh masyarakat China, India  dan melayu ketika islam menguasai negara-negara ini selama beratus tahun (dahulu). Oleh itu, jika kita satukan semua bangsa di negara ini dengan semangat kebangsaan, maka ia adalah berbahaya kerana setiap bangsa akan menjaga kepentingan dan menuntut hak masing-masing sebagai warganegara. Setiap bangsa sama ada Melayu, Cina dan India akan bersaing sesama mereka dalam mencari kuasa politik dan ekonomi di mana bangsa yang berjaya menguasai perkara tersebut akan berjaya menguasai bangsa lain.

Jumlah umat Islam makin bertambah tetapi pada hakikatnya tidak berperanan sebagai seorang muslim, ditambah lagi (dengan) tipisnya pegangan agama, maka kedudukan kita berdasarkan bangsa adalah semakin lemah.

Sebelum terlambat maka yakinlah kita bahawa dengan menjadikan islam sebagai asas perpaduan maka kita akan aman di mana islam boleh dianuti oleh semua bangsa (sedangkan bangsa seseorang tidak boleh bertukar atau dianut). Manakala orang bukan Islam yang tidak mahu memeluk Islam turut dapat merasai keadilan dan keindahan Islam di mana perkara ini tidak terdapat dalam agama mereka. Dengan ini lama-kelamaan mereka juga akan tertarik kepada Islam sama ada mereka memeluk Islam ataupun sekurang-kurangnya mereka tidak melawan Islam setelah merasai keindahan Islam sebenar.


 Ingatlah, bahawa kita bangsa Melayu dimuliakan oleh Allah dengan Islam dan bangsa Melayu akan hina kerana meninggalkan cara hidup Islam.

Sumber TKO - 8-8-2015











































































































































































Isu GHB: PAS Perak gesa pimpinan dan wakil rakyatnya nyata pendirian segera
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Selaras dengan arahan dikeluarkan, PAS Perak menggesa pimpinan semua peringkat serta wakil rakyat di negeri itu menyatakan pendirian serta kesetiaan mereka terhadap parti ketika ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata tindakan itu perlu supaya pimpinan serta ahli mengetahui status pendirian mereka selain memastikan proses 'pemutihan' dapat dilakukan.


Tambah beliau, PAS Pusat telah mengeluarkan arahan melarang anggotanya menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dan pihaknya memandang serius perkara itu terutamanya melibatkan penyertaan wakil rakyat negeri itu.


"Sudah pun ada arahan daripada pusat mengatakan bahawa PAS melarang ahli-ahli terlibat kemudian tiap-tiap negeri dan kawasan telah pun membuat pendirian mengenai GHB ini.


"Kemudian proses pemutihan itu bila ada arahan kita tak dapat mengenalpasti semua yang terlibat," katanya kepada Antarapos.


Justeru Razman berkata pihaknya sedang memantau dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam GHB yang didakwa bakal ditubuhkan pada hujung bulan ini.


"Jadi kalau ada laporan daripada rakan-rakan dan juga ahli di mana-mana peringkat kita akan bawa dan pertimbangkan perkara ini supaya.


"Kita hormati pendirian mereka tapi kita nak jaga gerakan kita," katanya.


Beliau diminta mengulas mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada ahli PAS yang dijangka menyertai GHB yang kini dalam proses memulakan siri jelajah perasmiannya baru-baru ini.


Pada Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai‎ berkata, parti itu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan ahli parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran GHB.


Beliau menegaskan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti yang menggariskan bahawa ahli yang menyertai parti lain, keahlian mereka akan terlucut secara automatik.


Untuk rekod, GHB akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini.


PAS Perak pantau pergerakan ahli dalam GHB


Menurut Razman lagi pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pusat untuk  tindakan lanjut.


"Di Perak saya pun telah buat satu arahan tapi macam biasalah bila buat arahan tak semestinya mereka nak ikut, jadi yang tak ikut itu kita nak minta memperjelaskan sendirilah.


"Baru-baru ini ada pendirian dibuat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Beruas bila ada ahli jawatankuasa maklumkan, jadi tak mengapa dia buat pendirian yang jelas dan dia bergeraklah atas rasa kefahaman  yang ada pada dia," katanya.


Ujarnya PAS tidak akan tergugat dengan penubuhan GHB selain turut menggesa ahlinya untuk terus beristiqamah dengan perjuangan parti.


"Sekarang ini baru langkah yang pertama sebab sebelum ini mereka hanya bercakap  dan tidak ada bukti yang jelas.


"Tapi sekarang pelancaran telah dibuat di Perak dan beberapa orang pimpinan telah pun membuat penjelasan pendirian mereka," katanya.


Razman berkata kesemua ahli PAS telah diberi arahan untuk tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan GHB.


"Jadi bila mereka membuat pendirian kita tak keluarkan surat pecat dan sebagainya.


"Sebab ia automatik secara jelas mengatakan apabila dia menyertai mana-mana parti politik lain maka dengan automatik hilang keahliannya dalam PAS," katanya.


Mengulas mengenai ahli PAS Perak yang menyertai GHB, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa PAS Pusat.


"Bila dia isytihar menyertai parti politik lain automatik jatuh dia bukan lagi ahli PAS," katanya.


Sebarang premis parti dilarang digunakan GHB


Selain itu beliau turut tidak membenarkan mana-mana aset parti digunakan oleh GHB.


"Bila kita kenalpasti program itu untuk apa sama ada program parti atau program untuk merugikan parti jadi di situ kita akan mengambil tindakan kalau ada laporan.


"Bagaimanapun kita mengharapkan supaya ahli tak terlibat dan premis itu kita tak benar digunakanlah.


"Jadi menggunakan aset dan platform PAS adalah tanggungjawab kita untuk melarang," katanya.

  - ANtaraPOS



Sumber TKO - 4-8-2015
Pas Perak panggil semua Adun bincang Isu Semasa Terkini
Posted on Wednesday, July 29 @ 16:17:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH - Semua Adun Pas Perak akan dipanggil dalam mesyuarat harian di peringkat negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan masa depan dan pendirian mereka terhadap parti.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan itu perlu dilakukan supaya pimpinan dan ahli parti dapat mengetahui status sebenar ke semua Adun berkenaan pada ketika ini.


“Kelima-lima Adun Pas Perak itu termasuk Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dipanggil dalam mesyuarat harian itu.


“Kita perlu tahu pendirian mereka kerana mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13 yang lalu atas tiket Pas dan bukan parti lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Selain Mohammad Nizar, empat lagi wakil rakyat Pas yang memenangi kerusi Dun pada PRU13 adalah bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussain (Titi Serong); Radzi Zainon (Sungai Rapat); Husin Din (Selinsing) dan Mohd Zawawi Abu Hassan (Gunung Semanggol).


Razman berkata, rakyat mungkin terkeliru sekiranya ada dalam kalangan Adun itu gagal menjelaskan pendirian dan kesetiaan mereka terhadap Pas.


“Dan pada masa sama ianya akan membantutkan usaha parti untuk menjalankan kerja-kerja yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya.


Mengulas mengenai ahli Pas Perak yang menyertai Harapan Baru, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa Pas Pusat.


“Berkenaan sebarang hukuman atau apa jua tindakan, kita kena tunggu mesyuarat Pas Pusat pada 8 Ogos depan dan kita di peringkat negeri tiada bidang kuasa itu,” katanya.


Mengulas mengenai PKR, beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Perak bagi mengetahui pendirian dan kerjasama politik antara kedua-dua pihak.


“Ia (pertemuan) penting dan membabitkan kerjasama dalam jangka masa panjang setelah PR terkubur,” katanya.  - SInar
Sumber TKO - 29-7-2015

Kabinet 'angguk' untuk lindungi salah laku Najib

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukan usaha menyelesaikan permasalahan utama iaitu ekonomi negara dan mengurangkan beban rakyat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, rombakan itu dilihat hanya seperti kabinet 'angguk' yang akan berusaha melindungi salah laku Najib.

Menurutnya, rakyat sedang dibebani dengan kejatuhan nilai wang ringgit, kenaikan kos bahan api dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Ini, kata beliau adalah kesan daripada salah laku tadbir ekonomi, kewangan dan pentadbiran negara yang menyebabkan ketidakyakinan para pelabur untuk melabur dalam negara ini.

"Rombakan ini seperti pembentukan team untuk bekerjasama menutup penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan secara langsung dengan Najib.

"Tan Sri Muhyiddin adalah antara individu yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu 1MDB dan kini beliau digugurkan," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki menyifatkan rombakan itu tidak mampu menyelesaikan segala permasalahan utama negara dan rakyat.

Menurutnya, segala kebobrokan yang berlaku ini hanya boleh diselesaikan dengan pembentukan satu kerajaan baharu yang lebih adil, integriti serta bertanggungjawab.

"Sepatutnya yang ditukar bukan menteri kabinet tetapi kepimpinan negara. Perdana Menteri sepatutnya bubar parlimen supaya rakyat boleh memberi mandat kepada kerajaan baharu.

"Tindakan Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin dan beberapa yang lain semata-mata untuk melindungi dirinya apabila kepincangannya sudah berani dipersoalkan," jelasnya lagi.

Misbahul menyatakan, perkembangan ini juga petanda akhir akan berlaku perpecahan yang sangat dahsyat dalam Umno.

Tegasnya, inilah masa terbaik untuk rakyat berfikir, menilai betapa parti Melayu itu sepanjang zaman tidak akan menerima pemimpin lain yang berani mengkritik ketuanya sendiri. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015














































































































































































Nizar tidak berhasrat kosongkan kerusi DUN Changkat Jering
Posted on Monday, July 27 @ 22:39:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH: Ketua pembangkang Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, tidak berhasrat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering walaupun sudah hampir pasti meninggalkan PAS bagi menyertai parti Islam baharu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Beliau yang juga Timbalan Penyelaras Gerakan Harapan Baru (GHB) Perak, berkata beliau menjangka akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan di bawah nama parti politik baharu walaupun ia menyalahi baiah yang dibuat ketika bertanding di bawah PAS sebelum ini.

Mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Perak, beliau menyerahkan kepada semua wakil rakyat pembangkang untuk membuat keputusan mengenainya.

"Setakat ini, saya masih memegang jawatan berkenaan kerana semua wakil rakyat pembangkang mahu saya terus menyandangnya," katanya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui pada Siri Jelajah Perdana GHB di Kampung Manjoi di sini malam tadi.
Sumber TKO - 27-7-2015

Parti baharu menguji kebijaksanaan politik DAP

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Sikap DAP mencampuri urusan PAS dalam soal dasar perjuangan serta pemilihannya baru-baru ini telah membawa kepada kecelaruan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, DAP seolah-olah tidak mengerti konsep, prinsip dan ketegasan perjuangan PAS yang mengagendakan Islam secara menyeluruh.

"Pengalaman ketegasan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 2001 tidak menjadi pengajaran kepada DAP.

"Ternyata 2015, ujian kerajaan dan pangkat kedudukan kepada pejuang sejati PAS tidak dapat diruntuhkan sebaliknya terus tegas mengutamakan prinsip perjuangan," katanya kepada Harakahdaily.

Razman menyatakan, rentetan daripada konflik yang menyebabkan berlaku perpecahan kerjasama Pakatan Rakyat, maka tercetus hasrat sekelompok di dalam parti Islam itu untuk menubuhkan parti baharu.

Kata beliau, hasrat 'kumpulan kecewa' PAS pasca pemilihan baru-baru ini untuk menubuhkan parti baharu dilihat mendapat restu daripada DAP hingga ura-ura mewujudkan kerjasama Pakatan Rakyat 2.0.

"Ini sekali lagi menguji kebijaksanaan DAP membaca suasana iklim politik Malaysia, mereka tidak boleh berbangga dengan kejayaan mereka dalam dua pilihan raya umum yang lalu kerana ia masih belum menjadi cerminan kekuatan DAP.

"Kemenangan besar mereka juga adalah daripada sokongan ihsan ahli PAS yang berada di segenap kawasan di seluruh negara," tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

Ujar beliau, DAP telah menolak perjuangan serta presiden PAS, sekiranya parti tersebut membuat hubungan dengan parti baharu dan pimpinannya bermakna ia mereka telah memberi nyawa baru kepada Umno BN.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan, sejak penubuhannya, PAS telah melalui pelbagai proses dan ujian ketika menghadapi ranjau politik semasa.

PAS, tegasnya ternyata tetap teguh bergerak ke hadapan dengan ketegasan prinsip perjuangan dan menangani sensitiviti politik Malaysia dengan pendekatan aman melalui muwajahah silmiah.

"Ahli PAS mencari redha Allah, istilah 'erti kemenangan' bagi pejuang PAS bersifat tersendiri yang tidak sama dengan kumpulan yang lain.

"Istilah ini tidak mungkin dapat difahami kecuali mereka yang faham hakikat perjuangan PAS serta menyelusuri jalannya dengan kefahaman dan keikhlasan," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/7/2015

Sumber HD - 16-7-2015


Pas K.Kangsar sokong putus hubungan dengan DAP
Posted on Wednesday, July 15 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

SHAH ALAM – Pas kawasan Kuala Kangsar hari ini menyatakan sokongan penuh ke atas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan hubungan antara Pas dan DAP.

Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas bukannya keputusan ‘terpilih’ atau melibatkan orang-orang tertentu sahaja tetapi ia jelas adalah bagi memelihara keutuhan Parti.

“Sepatutnya semua peringkat Parti perlu tegas mendokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang telah diterima usul yang dibawa di dalam Muktamar Tahunan Pas tempoh hari tanpa bahas.


“Sebagai ahli Pas, sudah semestinya kita perlu patuh dan taat dengan keputusan yang telah dibuat oleh badan tertinggi di dalam Pas,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Katanya, sokongan tersebut dibuat bagi membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang berintegriti dan tegas di dalam sebarang keputusan yang diambil.

“Pas adalah sebuah parti yang berprinsip atas dasarnya dan tidak akan tunduk dengan sebarang kecaman pihak luar terhadap kepimpinan dan dasar kita selama ini.

“Malah ia juga bagi membuktikan bahawa Pas bukan mementingkan kuasa dan jawatan tetapi integriti dan matlamat prinsip perjuangan yang jitu,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menyeru Pas kawasan Negeri Selangor supaya turut sama akur dengan keputusan tersebut.

“Ia membuktikan bahawa Pas tidak mengharapkan kedudukan di dalam Kerajaan Negeri yang diketuai oleh DAP ataupun yang disertai oleh DAP.

“Keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP adalah komitmen yang paling tinggi yang harus dilakukan oleh ahli parti dan ianya adalah keputusan yang berat bagi memartabatkan syiar Islam,” ujarnya.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 14-7-2015


Parti baharu: Mujahid diminta lepas jawatan

Posted on Monday, July 13 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



IPOH - Pas Perak meminta Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa melepaskan jawatan sekiranya mahu menyertai parti politik baharu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu sewajarnya dilakukan memandangkan Mujahid memenangi kerusi berkenaan atas tiket Pas.

“Pada hakikatnya, Mujahid perlu melepaskan jawatan beliau sekiranya mahu menyertai parti selain Pas.

“Cumanya, yang nak ditekankan dan perlu beliau fahami adalah, setiap Ahli Parlimen Pas mempunyai ‘perjanjian khas’ dengan parti,” katanya ketika dihubungi  semalam.

Sebelum ini, Mujahid dalam kenyataannya membayangkan parti politik baharu akan ditubuhkan untuk mewujudkan suasana politik baharu yang mengambil berat mengenai hak dan kepentingan semua bangsa.

Razman berkata, beliau kesal dengan kenyataan Mujahid selain menyifatkan bekas AJK Pas Pusat itu seolah-olah mengkhianati ahli Pas yang membantunya ketika memenangi kerusi Parlimen terbabit pada PRU13 lalu.

“Kalau tidak masakan dia boleh memenangi kerusi berkenaan tanpa pertolongan jemaah dan penyokong Pas dan PR di sana,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya sebahagian besar penyokong Pas tidak akan mudah terpedaya dengan janji manis yang ditawarkan oleh Mujahid khususnya berkaitan dengan gerakan politik baru.

“Mereka terdesak untuk mengekalkan survival politik masing-masing dan saya percaya ahli parti pun tahu, perjuangan Pas adalah bersifat berjemaah dan memelihara dasar Islam daripada diperkotak-katikkan,” katanya.

Disoal mengenai kenyataannya di Facebook yang mendakwa Pas Perak bakal bertanding di 59 kerusi di negeri ini, Razman berkata, perkara itu hanya andaian berdasarkan situasi terkini PR.

“Keadaan PR sekarang tak menentu dan jika parti baharu itu ditubuhkan dan pada masa sama menyertai PR, Pas mungkin tarik diri dan bertanding di kesemua kerusi terbabit,” katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak perlu diperbesarkan berikutan semua keputusan mengenai hala tuju dan masa depan Pas dalam PR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama.

“Macam mana pun kita kena tunggu apa akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum bergerak lebih jauh,” katanya.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 13-7-2015


Ustaz Misbahur Munir terlibat kemalangan malam tadi
Posted on Sunday, July 12 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Doakan kesembuhan buat Ustaz Misbahur Munir(TIMBALAN PESURUHJAYA III PAS PERAK) yg kemalangan malam tadi,dikabarkan keadaan ustaz baik ketika ini....beliau tidak dapat mengawal kereta yg dipandu akibat mengantuk....lokasi di Simpang Pulai Ipoh.



Teruskan Perjuangan,Teruskan Jihad DiJalan Allah






Sumber TKO - 11-7-2015



































































































































































































































































































































































PAS Perak gabung tenaga berpengalaman, muka baru

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak telah membentuk ahli jawatankuasanya untuk sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama kelmarin.

Rata-rata pimpinan kali ini adalah muka baru dan berkolaborasi dengan kepimpinan berpengalaman.

Noh Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak bersama-sama Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Sementara itu, Adun Gunong Semanggol, Ustaz Zawawi Abu Hassan telah diberikan amanah sebagai Setiausaha manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Gerik, Ustaz Mohd Dahlan Ismail dilantik sebagai Bendahari.

Mantan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan manakala Ustaz Mustaffa Wahab sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya.

Penolong Setiausaha masing-masing diamanahkan kepada Ismad Shahril Che Mat, Mohd Aidil Abdul Aziz dan Burhanuddin Mat.

Seramai tujuh orang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa iaitu Mohd Rizal Ayob, Dr Zuhdi Marzuki, Dr Wan Mohd Moyiddin, Zamri Ibrahim, Ustaz Wan Muhammad Tarmizi Abdul Aziz, Ustaz Fairuz Hafiz Othman dan Husna Saidon.

Mesyuarat bersama pimpinan di setiap kawasan yang dipengerusikan oleh Pesuruhjayanya, Razman Zakaria itu telah bersetuju untuk melantik Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad sebagai Penasihat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Razman mengharapkan kepimpinan yang dipilih dapat memberikan fokus untuk kesinambungan sessi lalu.

Menurutnya, pimpinan perlu fokus untuk merealisasikan pencapaian kerja yang ditetapkan dalam memacu parti di peringkat negeri itu.

"Diharapkan kepimpinan yang ditaklifkan dapat berusaha untuk merapatkan ukhwah antara satu sama lain, sama ada di peringkat negeri mahupun akar umbi.

"Kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan membawa wadah parti," katanya ketika dihubungi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, usaha penyatuan dalaman mengikut acuan Ucapan Dasar Presiden PAS di muktamar baru-baru ini perlulah dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau menyeru agar seluruh pimpinan dan ahli agar dapat terus beristiqamah hingga kemenangan dalam membawa mesej Islam ke dalam masyarakat.

"Antara lain, perkara yang ingin ditekankan oleh PAS Perak adalah melakukan 'enggagement' dengan pelbagai pihak termasuklah NGO dan parti politik berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah.

"Saya yakin kepimpinan yang dilantik ini adalah yang terbaik dalam menggalas amanah perjuangan ini," jelas Razman. - HARAKAHDAILY 22/6/2015

Sumber HD - 22-6-2015

Pembebasan cukup bermakna kepada seluruh rakyat Perak

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: "Semoga dengan pembebasan ini sebagai satu yang cukup bermakna juga kepada seluruh rakyat Perak dan memartabatkan Institusi Diraja Negeri Perak," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada perkenan pengampunan diraja ke atas 11 orang aktivis PAS yang dipenjara setelah didapati bersalah menyertai demonstrasi di Kuala Kangsar ketika krisis politik Perak pada tahun 2009.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak itu berkata, pihaknya menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku di atas pembebasan tersebut dan melahirkan rasa syukur semua aktivis tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka.

"Pada 18 Mac 2015 yang lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa mereka semua dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 setiap seorang.

"Kami dimaklumkan bahawa ahli keluarga OKZ (aktivis PAS) telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan Negeri Perak agar mereka semua diberikan pengampunan dan telah berjaya," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh kerana sudah diampuni, beliau memohon supaya denda yang telah dibayar dipulangkan balik kerana rata-rata mereka adalah dari kalangan yang tiada berpendapatan tetap dan bergaji rendah.
Sementara itu, beliau menjelaskan, sesungguhnya tindakan aktivis PAS itu bukannya ditujukan terhadap Tuanku Sultan tetapi demi menegakkan keadilan dan demokrasi di bumi Perak yang disayangi.

"Mereka bukannya penjenayah-penjenayah biasa tetapi orang yang wajar kita sanjung tinggi kerana sudi korban diri dan berjiwa sayangkan rakyat untuk wujudkan sebuah negeri yang adil dan berlandaskan demokrasi.

"Hak dan kehendak rakyat untuk memilih Kerajaan Negeri Perak secara demokratik hendaklah dihormati pada setiap masa," ujar beliau.

Adun Changkat Jering itu mendoakan agar mereka bergembira di samping keluarga tercinta untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan serta dapat menyambut syahdu menjelang Aidil Fitri nanti. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015





















































































































































































Pemuda PAS Perak sedia taja pendidikan anak aktivis

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menjunjung kasih kepada Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perkenan mengurniakan pengampunan diraja kepada 11 aktivis PAS seterusnya membebaskan dari penjara.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, dalam memastikan kebajikan ahli keluarga terbela, pihaknya bersedia untuk menaja pendidikan anak-anak mereka sama ada peringkat rendah atau menengah di Maahad Tarbiatul Ajyal, Pantai Remis.

"Semoga pengurniaan pengampunan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini terus mengangkat kedaulatan institusi Kesultanan Perak di mata seluruh rakyat Perak khususnya," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelas aktivis itu telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap seorang pada 18 Mac 2015 yang lalu oleh Mahkamah Rayuan. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015




















































































































































































11 aktivis bebas sempena Ramadhan, bulan rahmat

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kegembiraan dan merafak sembah ucapan terima kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah sudi memberikan pengampunan diraja sekaligus membawa kepada pembebasan 11 aktivis PAS dari Penjara Tapah, malam tadi.

Beliau berkata, pengampunan diraja sempena menyambut Ramadhan adalah kerana kerahmatan dan keberkatan diperolehi dalam bulan ini.

"Pengampunan terhadap 11 aktivis yang terlibat dalam kes demonstrasi bantahan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) adalah suatu yang kita tunggu serta harapkan.

"Saya memgucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas khabar gembira pada bermulanya 1 Ramadhan, bulan berkat lagi rahmat ini," katanya.

Beliau turut meminta semua ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat terus beristiqamah melalui jihad yang damai dan demokratik bagi menentang kezaliman Umno BN.

"Saya minta semua parti di dalam Pakatan Rakyat bersatu dalam menentang kezaliman Umno BN.

"Kita jihad dalam konsep damai agar dapat membebaskan negara dari belenggu rejin yang zalim, bongkak dan sombong," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/6/2015


Sumber HD - 19-6-2015




















































































































































































11 aktivis PAS bertakbir, syukur bebas dari penjara

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


TAPAH: Sebelas aktivis PAS dibebaskan daripada Penjara Tapah kira-kira jam 9.30 malam tadi setelah mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mereka dibebaskan selepas dipenjara selama 91 hari setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan apabila menyertai demonstrasi ketika krisis politik Perak pada tahun 2009 yang membawa kepada hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan.


Mereka disambut gembira oleh ahli keluarga masing-masing.

Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka menzahirkan rasa syukur di atas pelepasan daripada penjara.

Masing-masing bertakbir dan menyambut kegembiraan bersama ahli keluarga yang tidak jemu berusaha untuk melepaskan mereka daripada hukuman tersebut.

Sebelum itu, ahli keluarga terutama para isteri masing-masing telah menunggu di pekarangan Penjara Tapah sejak siang lagi setelah menerima perkhabaran tentang pengampunan itu.

Nashita Md Noor, 49, mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan menjunjung kasih kepada Sultan Perak yang memberi pengampunan kepada suaminya.

Isteri kepada Bad Latif Mansor itu berkata, pihaknya berasa bertuah kerana ada peruntukan undang-undang yang membolehkan rakyat memohon pengampunan terhadap hukuman yang dijatuhkan.
"Terima kasih kepada Tuanku dan rakyat Malaysia," katanya yang tidak dapat menahan rasa sebak berhubung berita gembira itu.

Dalam nada yang sama, Amin Meor Abu Bakar, 69, bapa kepada salah yang dibebaskan itu turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin.

Beliau bersyukur pada hari pertama Ramadhan telah menerima satu perkhabaran yang ditunggu-tunggu.

"Saya berterima kasih kepada Sultan Perak atas perkenan mengampunkan banduan yang dijatuhkan hukuman.

"Mudah-mudahan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Tuanku," jelasnya. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015


PANTAU KESELAMATAN SEPPANJANG RAMADHAN - PP PASIR SALAK

Pantau keselamatan sepanjang Ramadan: Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak mengharapkan pihak Kerajaan Negeri Perak

|
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/35985-pantau-keselamatan-sepanjang-ramadan

Sumber HD - 18-6-2015


"Al Amalu Lillah" Beramal Kerana Allah
Posted on Saturday, May 30 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam perjalanan ke program di Larut, singgah di Pekan untuk membetulkan cermin mata. Semasa melintasi jalan, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan berhenti betul betul di hadapan saya.

"Assalamualaikum Haji", Dia memulakan bicara. "Waalaikumsalam, nak ke mana ni" Jawabku ringkas. "Kami dapat kerja untuk mengecat rumah, nak cari belanja untuk ke Muktamar. Semalam kawasan dah bagi peruntukan. Terima kasih Haji" Jawabnya.

Saya teringat muqadimah TGHH dalam satu mesyuarat menceritakan dalam satu misi membersih rumah rumah mangsa banjir. Sebaik sahaja selesai mencuci, tuan rumah menghulurkan upah. Jawab anggota Amal : "Pak Cik kami tidak ambil upah. Kalau Pak Cik nak nak juga bagi upah saya minta pilihanraya nanti pakcik mengundi undi PAS". Saya melihat TGHH sebak ketika menceritakan kisah ini.

Inilah tarbiah Amal, walaupun kehidupan mereka amat memerlukan kewangan. Hatta ada yang bekerja mengutip besi buruk bagi mendapatkan perbelanjaan program, akan tetapi merekalah yang banyak menarik masyarakat kepada PAS. Bila sahaja dipanggil untuk berkhidmat, mereka akan sampai, walaupun masa dan kewangan untuk keluarga amat mendesak.

Sejujurnya saya menyatakan bahawa saya tidak pernah terdengar anggota Amal menjadi onar kepada jamaah. Tahniah, keikhlasan kalian menjadi pengajaran buat yang lain.

"BERAMAL KERANA ALLAH"

Terus Beristiqomah

* Catatan dalam perjalanan ke Larut

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
paktehrazman.blogspot.com




Sumber TKO - 30-5-2015
























































































































































































Jangan bimbang, dasar perjuangan PAS tak berubah


























































































































































































| .



IPOH: Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak awal penubuhannya, tegas Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.

Beliau berkata, walaupun berlaku pindaan dalam konteks perlembagaannya namun pindaan itu hanya berkaitan pengukuhan pentadbiran, bukannya berubah dari sudut dasar.

PAS katanya telah meminda perlembagaan menaikkan martabat kepimpinan ulama dengan menubuhkan Majlis Syura Ulama di samping mengekalkan Dewan Ulama.

Menurutnya, pindaan itu sebagai usaha mengekal serta memperjelas dasar perjuangan PAS yang berpandukan kepada Al-Quran dan hadis.

"Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah, pindaan-pindaan yang dilakukan tidak menyentuh soal dasar. Sebab itu jangan ada mana-mana pihak bimbang bahawa PAS telah lari daripada dasar.

"Dasar kita Islam dan tidak pernah akan berubah dan ahli PAS tidak ada niat untuk mengubah dasar kita," katanya ketika merasmikan Konvensyen PAS Perak kali ke-18 yang diadakan di D'Hotel, Seri Iskandar, semalam.

PAS katanya akan terus mempertahankan dasar perjuangannya, dalam masa yang sama berusaha mencapai kemenangan dalam menegakkan Islam di atas muka bumi khususnya di negara ini.

"Kita tidak mahu pertahan dasar tetapi kemenangan jauh untuk kita capai, kita tidak mahu hendak kemenangan tapi dasar hilang.

"Kedua-dua kita nak iaitu pertahan dasar dan mencapai kemenangan, akhirnya apa yang tercatat dalam perlembagaan PAS dapat dilaksanakan," tegas beliau yang berpengalaman dalam PAS hampir 37 tahun.

Sementara itu, konvensyen yang dihadiri oleh pimpinan di peringkat negeri dan kawasan itu telah mencapai 8 resolusi untuk diaplikasikan dalam gerak kerja PAS di negeri tersebut iaitu:

1. Mentajdidkan niat dan menjernihkan kefahaman terhadap matlamat sebenar perjuangan PAS dengan melibatkan diri secara aktif dalam program tarbiyah yang telah disusun.

2. Meningkatkan kualiti kepimpinan di semua peringkat dalam pelbagai aspek demi melahirkan pemimpin yang bukan sahaja berkhidmat dalam kepompong PAS bahkan juga berkhidmat kepada pelbagai lapisan rakyat.

3. Memperkasa pelbagai aspek pengurusan organisasi di peringkat akar umbi, kawasan, dewan-dewan, lajnah dan jabatan.

4. Memperkemas segala aspek persiapan pilihan raya bermula dari sekarang demi merealisasikan hasrat PAS untuk kembali mentadbir negeri Perak.

5. Bijak menangani perbezaan pandangan dan krisis dalaman parti dengan pendekatan berhemah dan penuh rasa kasih sayang.

6. Mewujudkan jentera penerangan di semua peringkat yang efektif dan aktif demi memasyarakatkan PAS dan memPASkan masyarakat.

7. Mempelbagaikan program untuk menjana ekonomi dan sumber pendapatan parti dan kemuncaknya menjayakan pembinaan Kompleks PAS Negeri Perak.

8. Memperkukuh kesefahaman dan kesepaduan Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat tanpa menggadai dasar perjuangan PAS demi mencapai kemenangan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015

PAS kena kenal musuh sebenar

| .



IPOH: PAS tidak mampu bersendirian bagi mengubah tampuk pemerintahan kerajaan BN dalam konteks demografi dan politik di negara ini.

Malah kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, semua parti tidak mampu bersendirian sebaliknya memerlukan rakan komponen.

Oleh yang demikian kata beliau, PAS Perak mesti membina jaringan mesra dengan semua pihak yang mempunyai matlamat dan isu yang sama untuk diperjuangkan.

"Kita sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah NGO yang mahu bersama memperjuangkan nasib rakyat.

"Kita kena tahu siapa musuh kita yang sebenar, dan kita kena tahu serta kenal siapa yang boleh kita buat kawan," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam Konvensyen PAS Perak kali ke-18 yang diadakan di D'Hotel, Seri Iskandar dekat sini, semalam.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan turut dihadiri oleh wakil Pakatan Rakyat serta bekas-bekas Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Ustaz Azizan Desa, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abu Bakar Hussien.

Razman menjelaskan, hubungan dengan rakan Pakatan Rakyat hendaklah diperkukuh di semua peringkat dan perbezaan pendapat antara pemimpin satu sama lain tidak wajar menjadi sebab untuk berpecah.

Pakatan Rakyat Perak tetap utuh dan menjadi contoh terbaik kepada negeri-negeri lain. Masing-masing parti akan rugi dengan kehilangan rakan masing-masing, yang pasti untung adalah Umno-BN.

"Tidak ada untungnya PKR dan DAP sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, begitu juga PAS tidak akan untung sekiranya PKR dan DAP masing-masing keluar dari Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.

Tambah beliau, kelebihan tahaluf siyasi Pakatan Rakyat di Perak adalah kekerapan para pimpinan bertemu bagi membincangkan apa sahaja perkara yang melibatkan isu nasional, setempat dan sebagainya.

"Masing-masing saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat.

"Hubungan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip tahaluf siyasi yang diputuskan oleh muktamar dan diberi garis panduan oleh Majlis Syura Ulama," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sumber HD - 25-5-2015


Melakar Masa Depan Pas Perak
Posted on Saturday, May 23 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dalam melakar masa depan PAS Perak, kami tetap melangkah dengan berprinsip meletakkan Islam sebagai panduan dan pegangan, Raja Melayu sebagai kepatuhan, Keistimewaan Melayu sebagai pribumi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran.

PAS Perak mengiktiraf serta memperjuangkan hak semua bangsa dengan keadilan sejagat, sepertimana yang digariskan oleh syariat. Ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran, mengikuti demokrasi, dan mahkamah yang adil, selaras dengan garisan syariat.



Kita memperjuangkan Islam yang sebenar benarnya, yang berpandukan kepada al Quran dan Hadis yang ditunjuk ajar oleh para ulamak, menjanjikan RAHMAH UNTUK SEMUA.



Dalam pada itu, kami menyatakan kekesalan terhadap beberapa perkara yang menimpa dunia Islam hari ini,



1. Penindasan Myanmar terhadap orang Islam Rohingya, dengan begitu kejam. Umat Islam dibelasah dengan senjata tajam, dibakar hidup hidup, dan ada pula yang diseret. Perbuatan ini dilakukan oleh ekstrimis budha, manakala dunia memejamkan mata dan memekakkan telinga.



2. Hukuman mati terhadap Dr Mohammad Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir. Nyawa rakyat dijadikan mainan dan pertaruhan. Mesir dikacaubilaukan oleh acuan Yahudi Zionis. Namun dunia sekali lagi memejamkan mata dan memekakkan telinga.



3. Menentang keganasan agama angkara IS yang menjadi fitnah terhadap Islam . Islam bukan seperti yang digambarkan oleh media barat.



BAHTERA PERJUANGAN UMMAH



فاستقم كما أمرت!



Terus beristiqamah



'Catatan perjalanan ke Ipoh. Himpunan Bantah Hukuman mat kpd Dr.M Morsi dan Ikhwanul Muslimin Mesir.'



Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com



Sumber TKO - 23-5-2015


Ayam Di kepuk Mati Kelaparan, Itik Di air Mati Kehausan

IMG_20150523_155607


Oleh; Haji Razman Zakaria

Setiap 5 tahun, rakyat Malaysia disajikan dengan rancangan Malaysia. Sehingga kini sudah ada 10 rancangan. Setiap kali rancangan diperkenalkan, UMNO tidak lupa rancangan menaikan taraf ekonomi ekonomi Bumiputra atau dengan kata lain ekonomi Melayu.

Saya masih ingat tentang DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dipanjangkan tempoh. Memberi fokus untuk mencapai 30% pegangan ekuiti bumiputra dalam agihan kekayaan ekonomi Negara.

Berbagai program cerita indah disaji kepada Bumiputra. Hakikatnya, ekuiti Bumiputra orang Melayu dan orang Asal tidak sampai pun 18%. Manakala pemilikan bangunan komersial, atau rumah kedai tidak sampai 13%.

Penerima BRIM dan bantuan kebajikan masyarakat untuk miskin tegar hampir 100% adalah bumiputra dan orang Melayu. Ini menunjukan majoriti bumiputra melayu adalah miskin tegar.

Hutang isi rumah meningkat khususnya org melayu bumiputra . Pendapatan bulanan tidak mencukupi kos sara hidup. Hutang pengajian PTPTN hampir 100% Bumiputra dan orang Melayu.

Pemilikan 18% ekuiti dan kekayaan negara hanya agih untuk bangsawan elit UMNO atau UMNOPUTRA.

Bangsaku di negaraku di bawah UMNO sejak merdeka terus diperdagangkan sehingga ke hari ini. Retorik UMNO TRANFORMASI Melayu Bumiputra ibarat ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan. Doa Bumiputra Melayu agar tidak senasib Rohingya.

Berilah peluang kepada PAS untuk menjaga Islam, bangsa dan Negara. Presiden PAS TGHH memacu dunia Islam dengan berprinsip.

Terus Beristiqamah

* Cetusan hati di pagi hari tika melihat orang kampung keluar menoreh getah. Hj Razman Hj. Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak
Sabtu 2 Mei 2013
5 Syaaban 1436H

Sumber BO - 23-5-2015


Tun Mahathir Gerun Saranan Presiden PAS


Posted on Monday, May 18 @ 09:12:39 MYT by paktam

Oleh Hj. Razman Hj. Zakaria

Semalam selesai menghadiri Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak, sempat meluangkan masa singgah program bicara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahadhir di Ipoh.

Difahamkan program ini dianjurkan oleh kelompok UMNO yang kecewa.

Ya, PAS akan beruntung setiap kali ada orang kecewa dengan UMNO.

Mereka yang mengenali PAS dan petugas membawa saya duduk di barisan hadapan. Banyak maklumat yang didedahkan oleh Tun. Yang paling nyata, beliau amat bimbangkan sokongan rakyat terhadap UMNO.


Bila ditanya, apa pandangan Tun dengan cadangan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya Dato Seri Najib Kekal sebagai PM sehingga PRU14? Jawabnya, "itulah yang saya bimbang sekiranya Najib kekal sehingga PRU14 UMNO/BN akan kalah. Itulah yang mereka (PAS) mahu, mudah kerja mereka"

Ini bermaksud, TGHH sudah nampak lebih awal tentang kaedah bagaimana cara menjatuhkan UMNO/BN, iaitu dengan mengekalkan DS Najib, maka UMNO/BN boleh jatuh lebih awal. Itulah idea besar yang mampu dibaca oleh mereka yang berfikiran besar. Inilah kehebatan pemimpin sepanjang zaman.

Terus beristiqamah,

* Catatan perjalanan ke Mesyuarat Badan Perhubungan

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H


Sumber DD - 17-5-2015

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAYAKNYA DIANGKAT SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

Posted by Hijau FM On 8:22 PM

Situasi politik menjelang suasana semasa dan 
persiapan menghadapi PRU14 memerlukan ikon yang 
boleh menjadi "enabling factor" untuk 
menumbangkan dominasi UMNO/BN.


Sekali lagi saya tegaskan rakyat sudah muak 
dengan UMNO. Persoalannya kepada siapakah 
kuasa pemerintahan akan diserahkan? Siapa yang 
akan mendominasi? Adakah di sana jaminan 
tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa?



Adakah wujudnya keadilan dalam agihan kekayaan 

negara? Adakah sistem pentadbiran negara akan lebih 

transparent? Apakah pengganti UMNO/BN boleh dipercayai 

dalam memikul amanah ini?





Dengan apa alasan sekalipun landskap politik 

Malaysia, tidak boleh meminggirkan survival Melayu 

dan Islam. Inilah benteng terakhir UMNO/BN. Parti 

bukan Melayu dalam komponen BN tidak bersetuju, 

tetapi mereka harus "bersetuju di atas perkara yang 

mereka tidak bersetuju" demi mengekalkan kuasa BN.





Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato 

Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul 

Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan 

cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang 

boleh mempercepatkan dan memudahkan proses 

peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat 

dalam PRU14 akan datang.





Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke 

Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap 

cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan 

yang mereka tidak bersetuju"





"PAS MELANGKAH DENGAN BERRINSIP, 

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"





* Catatan Kempen PRK P091 dari Felda Kratong 4 

ke Markas Induk, Bandar Muazam Shah





Terus beristiqamah






Hj. Razman Hj. Zakaria 



Pesuruhjaya PAS Perak



Rabu, 29 April 2015 

11 Rejab 1436



Sumber Hijau FM - 29-4-2015

































































































































































































Pertabalan: Tuanku Nazrin titah elak pembaziran

SABARINA BAHAROM | .


IPOH: Tiada pertunjukan bunga api, elak pembaziran dan guna kemudahan sedia ada.
  
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata itu adalah titah Sultan Nazrin Shah kepada jawatankuasa induk yang diwujudkan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.
  
"Saya ingin maklumkan satu daripada titah Tuanku Nazrin ialah mengelakkan pembaziran dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat ketika ini, (jadi) kita tidak mendirikan pintu gerbang yang baharu. Kita gunakan pintu gerbang sedia ada tetapi kita ubah suai, lepas itu kita pasang lampu-lampu untuk menampakkan keceriaan pada sepanjang perayaan ini.
  
"Ini secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan. Saya ingat penjimatan adalah dalam 60 peratus (berbanding istiadat pertabalan sebelum ini)," kata Mohd Zahidi yang juga pengerusi jawatankuasa induk itu kepada Bernama baru-baru ini.
  
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, yang juga pengerusi bersama jawatankuasa induk itu, dan Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim, yang merupakan setiausaha jawatankuasa berkenaan.

Mohd Zahidi berkata Sultan Nazrin memutuskan demikian kerana baginda amat prihatin dengan situasi semasa.
  
"Bukannya Tuanku ataupun kerajaan negeri tidak berkemampuan tetapi Tuanku menitahkan untuk mengelak penggunaan bunga api kerana bunga api itu disifatkan sebagai pembaziran dan seperti membakar duit.
  
"Walaupun ada syarikat-syarikat yang tampil untuk menaja tetapi Tuanku seorang raja yang amat prihatin terhadap persepsi rakyat sebab satu daripada perkara yang Tuanku betul-betul nak tentukan ialah tidak ada pembaziran, jimat mana yang boleh, menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada," katanya.
  
Abdul Puhat pula berkata pihaknya menggalakkan sektor swasta dan kerajaan memasang lampu sedia ada dan bukan lampu baharu sepanjang sambutan itu.
  
"Dalam jamuan rakyat pun, Tuanku turun ke padang bersama rakyat, dan lokasi yang kita telah kenal pasti ada empat untuk jamuan rakyat iaitu di atas padang dan dataran, bukan kita buat di hotel dan sebagainya.
  
"Tajaan kita ada satu sahaja iaitu untuk larian pertabalan, itupun dalam kos yang minimum untuk membiayai kemeja T lebih kurang RM15 sehelai," katanya.
  
Sehubungan itu, Abdul Puhat berkata pihaknya menggalakkan bank dan institusi kewangan untuk membiayai kos larian pertabalan.
  
"Kita sasar larian ini melibatkan 10 daerah, setiap daerah ada 1,000 hingga 3,000 orang yang terlibat, jadi semua sekali yang terlibat lebih kurang 10,000 hingga 30,000 orang.
  
"Sebab itu kita tak minta banyak, sumbangan kerana pakaian sahaja bukan sumbangan untuk keraian atau bunga api. Kita berpendapat dalam keadaan ekonomi sekarang tidak sesuailah untuk kita membazir," katanya.
  
Abdul Puhat berkata meskipun mengambil langkah berjimat, kemeriahan sambutan bersempena pertabalan dijangka tidak berkurangan.
  
"Sebagai contoh kita sasar, yang pertama, pelajar-pelajar sekolah, untuk mereka kita buat pertandingan mengarang esei dan pidato. Ia meliputi sekolah menengah rendah dan menengah atas, dan kita jangka hampir 8,000 terlibat.
  
"Jadi apabila 8,000 terlibat meliputi semua daerah, dan apabila mereka terlibat ibu bapa pun terlibat sama, jadi kemeriahan dirasai bersama. Kita juga cuba untuk menanam semangat kenegaraan, memahami institusi kesultanan, perlembagaan dan sebagainya menerusi tajuk-tajuk yang diberi dalam esei dan pidato," katanya.
  
Beliau berkata meskipun tiada pertunjukan bunga api, pihaknya menganjurkan persembahan Tatu oleh angkatan tentera pada 16 Mei ini di Stadium Perak di sini, yang menggambarkan semangat kesatriaan membabitkan kerjasama polis, tentera dan agensi lain.
  
Selain itu, golongan muda digalakkan menyertai Larian Pertabalan pada hari sama dan dijangka disertai 3,000 orang dari seluruh negeri Perak.
  
Beliau berkata majlis doa selamat serta selawat di masjid seluruh Perak turut diadakan pada 3 Mei ini.
  
Katanya bagi bukan Islam tiada acara khusus disediakan namun mereka boleh terlibat secara langsung dalam pelbagai program yang dianjur bersempena istiadat pertabalan itu. - BERNAMA

Sumber HD - 25-4-2015


5 Adun PAS berpakaian serba hitam tidak diambil tindakan

Posted on Friday, April 10 @ 12:24:25 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



IPOH - Pas Perak tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap lima wakil rakyat parti itu yang tidak mengenakan pakaian istiadat pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri, 31 Mac lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya mendapati pakaian serba hitam yang dipakai ke semua wakil rakyat terbabit tidak melanggar sebarang kod etika  berpakaian ketika menghadiri Persidangan Dewan Negeri.

“Tiada sebarang peruntukan dalam kod etika berpakaian yang menyatakan memakai baju Melayu serba hitam adalah salah dan melanggar peraturan dewan.

“Ingin saya tegaskan, pakaian hitam yang dipakai kelima-lima mereka itu juga telah dipersetujui ketika mesyuarat antara Adun PR sebelum ini,” katanya.

Razman berkata,  isu pakaian itu dipercayai sengaja diperbesarkan BN bagi mengalihkan perhatian terhadap kelemahan urus tadbir di Perak.


Sumber TKO - 10-4-2015



































































































































































































PR Perak kecewa pelajar tahfiz diheret berhimpun

| .



IPOH: Pakatan Rakyat Perak kecewa apabila pelajar-pelajar sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah pondok diheret untuk terbabit dalam perhimpunan haram di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemungkinan pelajar-pelajar tahfiz itu disalah guna oleh pihak-pihak tertentu walaupun mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar.

Menurutnya, didapati pelajar-pelajar tersebut memegang kain rentang dengan pelbagai perkataan termasuklah 'DAP Parti Komunis', 'Perak Bukan Negeri Komunis' dan sebagainya.

"Mungkin pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah salah guna budak-budak tahfiz ini dan banner yang dipegang oleh mereka adalah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

"Kenapa sanggup pergunakan mereka dalam himpunan itu, lebih-lebih lagi di waktu persekolahan hari ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan Dewan Negeri Perak.

Kata beliau, jelas terbukti Pakatan Rakyat Perak telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu di mata masyarakat termasuklah pelajar-pelajar tahfiz dan pondok.

Adun Changkat Jering itu turut mempersoal sama ada pihak polis memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut atau tidak.

Nizar hairan apabila tidak berlaku sebarang tangkapan atau tahanan daripada himpunan tersebut dan adakah kemungkinan ia direstui oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, himpunan tersebut telah menyukarkan Adun-Adun terutama dari kalangan Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan itu.

"Kami telah memohon satu usul di dalam untuk agar speaker memberikan jaminan kepada semua Adun termasuklah dari BN agar kemasukan ke bangunan sidang Dun tidak dihalang serta diganggu gugat.

"Minggu lalu berlaku kepada Adun Menglembu, Lim Pek Har yang 'diganggu' oleh peserta himpunan dan hari ini seolah-olah berlaku lagi sedemikan," jelasnya.

Ujarnya, usul yang dikemukakan oleh Adun Kepayang, Nga Kor Ming itu telah ditolak apabila speaker memberikan alasan apa yang berlaku di luar dewan bukan lagi bidang tugasnya.

Namun begitu, tegas beliau, speaker sepatutnya mengarahkan Ketua Polis Perak untuk membuat tindakan yang selanjutnya termasuklah menjaga keselamatan Adun-Adun untuk masuk ke bangunan tersebut.

Ratusan masyarakat telah berhimpun di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan berikutan tindakan Adun Pakatan Rakyat memakai serba hitam ketika istiadat perasmian Persidangan Dun Perak 31 Mac lalu.

Antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM), Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, dan Pemuda Umno Perak.

Beberapa gimik diadakan termasuklah membakar gambar pimpinan Pakatan Rakyat antaranya Mohammad Nizar dan Nga Kor Ming.

Kelihatan beberapa buah bas membawa peserta demonstrasi tersebut termasuklah golongan wanita warga emas, dan semua peserta diberi baju kuning secara percuma. - HARAKAHDAILY 6/4/2015

Sumber HD - 6-4-2015


PERANG DUNIA KETIGA KERANA KRISIS AIR - ADUN SG RAPAT

YB RADZI ZAINON - ADUN SG RAPAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34696-perang-dunia-ketiga-kerana-krisis-air

Sumber HD - 3-4-2015






































































































































































































MB Perak: Sultan murka pembangkang pakai hitam

Posted on Thursday, April 02 @ 03:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka dengan tindakan ADUN pembangkang yang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.


Beliau berkata ekoran tindakan biadab semua ADUN pembangkang itu menyebabkan Sultan Perak menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

"Seorang Raja bukan mudah menyebut Beta murka tapi rakyatnya serta (saya) sebagai memanda menteri besar baginda, kita fahamlah apa ayat yang telah dizahirkan, jadi tak perlulah saya sebut kalau pembangkang nak tanya Tuanku murka atau tidak, saya nak sebutkan, ya, Tuanku murka," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Zambry berkata semalam merupakan hari bersejarah buat Tuanku yang merupakan keberangkatan pertama baginda ke DUN selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan dan akan dirakamkan dalam arkib negara.

"Bagi seorang Raja, orang-orang penting, pemimpin dan sebagainya peristiwa itu dianggap bersejarah yang akan disimpan tapi bayangkan dengan tindakan mereka (pembangkang) yang juga akan menjadi sejarah. Walaupun apa yang mereka sebutkan taat setia, mohon ampun dan tidak berbelah bahagi kepada Raja, tetapi perbuatan semalam tetap terakam dalam sejarah," katanya.

Selain itu, Zambry berkata tindakan pembangkang berpakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha untuk mengalih tumpuan terhadap isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat.

"Saya menganggap kenyataan ini sekali lagi menunjukkan sikap sebenar mereka dan saya ulang sekali lagi, mereka tidak menunjukkan perbuatan yang mereka lakukan itu dengan penuh kekesalan dan jelas menunjukkan bahawa mereka tetap angkuh dan biadab," katanya.

Zambry juga melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pembangkang yang cuba mempertahankan diri dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya telah sebutkan bahawa semalam hari yang paling bersejarah buat Tuanku dan alasan yang diberi oleh mereka tidak menyalahi kod etika dan tunjuk protes mereka.

"Kalau mereka benar ikhlas dan ingin menunjukkan protes mereka kenapa hanya semalam tetapi tidak hari ini, saya mengganggap ia hanyalah semata-mata alasan yang paling cetek dan tidak munasabah yang mereka gunakan pada hari ini," katanya.

- Bernama 


Sumber TKO - 2-4-2015

MB, Exco Perak disaran isytihar harta

| .


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) disaran membuat pengisytiharan harta.

Abu Bakar Hussien (PAS-Titi Serong) berkata, pengisytiharan harta itu penting bertujuan memastikan setiap harta yang dimiliki boleh diaudit bagi mengelakkan mereka mempunyai harta dari sumber yang tidak sepatutnya.

"Kita perlu mengambil langkah dan konsep yang telah diketengahkan oleh Saidina Umar Abdul Aziz itu.

"Ini adalah antara reformasi yang perlu dilakukan bagi memakmurkan negara di samping berusaha untuk mengatasi kemiskinan," katanya.

Ketua Whip Adun PAS Perak itu berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Negeri Perak, dekat Ipoh hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar semua pemimpin negeri mengamalkan budaya kehidupan berjimat-cermat.

"Kalau nak beli baju, belilah yang murah, kalau nak pakai cincin, pakailah yang murah. Wujudkan budaya jimat cermat dalam kedidupan," katanya lagi.

Abu Bakar menggesa agar semua pemimpin menjauhi sikap boros dalam menguruskan negara kerana ketika ini berlaku pembaziran dalam pemerintahan sama ada negeri mahu pun persekutuan.

Tegas beliau, para pemimpin khususnya dalam konteks negeri itu sendiri perlu melihat bahawa pengurusan pentadbiran adalah satu amanah Allah.

Oleh yang demikian ujarnya, kerajaan perlu mengamalkan amalan jimat cermat serta menjauhi pemborosan dalam pemerintahannya.

"Kerajaan negeri perlu mengambil kira fiqh aulawiyat (keutamaan) dalam pengurusan dan tindakan. Dahulukan perkara yang perlu didahalukan dan kemudiankan mana yang perlu dikemudiankan.

"Slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' merupakan satu slogan yang cukup baik, cuma perlu kepada perlaksaan yang bijaksana," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 1/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015








































































































































































































PR Perak bimbang GST tingkat kadar pengangguran

| .

 
IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan kebimbangan kemungkinan kadar pengangguran di negara ini khususnya di negeri itu semakin meningkat akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, kemungkinan ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan mereka untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana sistem cukai itu.

Justeru beliau mempersoal kesediaan Kerajaan Negeri Perak melaksanakan GST dan persiapan serta simulasi yang dilakukan terhadap apa yang akan berlaku apabila GST berkuat kuasa.

"Jika sudah bersedia, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang RM5,000 sebulan.

"Apakah kesannya terhadap hutang seisi rumah, hakikatnya tanpa GST rakyat marhaen sudah pun hidup dengan hutang sekeliling dan bagaimana pula apabila ditekan dengan GST," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Sultan Perak, dekat sini semalam.

Mohamad Nizar yang juga Adun Changkat Jering turut mempersoal kesan GST kepada golongan tua serta pesara.

Jika kerajaan menyedari hakikat kesan daripada perlaksanaan cukai tersebut katanya, kerajaan seharusnya mempunyai tindakan susulan untuk membantu rakyat mengurangkan beban dalam menghadapinya.

Tegas beliau, kerajaan negeri sepatutnya telah membuat kajian terhadap kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan yang akan datang sejurus GST dilaksanakan di dalam negara ini.

"Jika ya, adakah Kerajaan Perak sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangka untuk mengelakkan rakyat tertekan serta terbeban dalam menghadapi kehidupan seharian mereka," tegasnya lagi.

Kerajaan mula melaksanakan GST bermula semalam dengan kadar enam peratus. - HARAKAHDAILY 2/4/2015

Sumber HD - 2-4-2015


BIADAB : ADUN PR PERAK BIDAS ZAMBRY - KETUA PEMBANGKANG



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34659-biadab-adun-pr-perak-bidas-zambry

Sumber HD - 1-4-2015


TANGANI KEMISKINAN FARDHU WAJIB TITAH SULTAN NAZRIN - PERASMIAN SIDANG DUN PERAK



DYMM SULTAN NAZRIN MERASMIKAN MESYUARAT DUN PERAK PENGGAL KE-3 DUN KE-13


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34644-tangani-kemiskinan-fardhu-wajib-titah-sultan-nazrin

Sumber HD - 31-3-2015


PROTES, ADUN PR PERAK HITAM DI SIDANG DUN - KETUA PEMBANGKANG


ADUN-ADUN PR PERAK MEMAKAI SERBA HITAM TANDA PROTES PERISTIWA YANG BERLAKU SEKARANG


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34639-protes-adun-pr-perak-hitam-di-sidang-dun

Sumber HD - 31-3-2015










































































































































































































Rupanya dia tinggal dalam sebuah van buruk

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pernah menziarahi saudara baru, Abdul Aziz Ong Abdullah yang hidup terabai.

"Mulanya saya tak tahu dia Islam setelah kata itu arwah Tok Guru...sama nama dengan saya tau...saya pun Aziz juga... Saya pun berkenalan ringkas dengan Aziz," tulisnya menerusi facebook.

Rupanya, tambah Razman dia tinggal di dalam sebuah van buruk di bengkel tersebut.

"Sedih saya bila ditunjukkan van yang dijadikan rumah. Ada sejadah, ada tasbih ada Al-Quran...," tulis Razman lagi. - HARAKAHDAILY 25/3/2015

Sumber HD - 25-3-2015


Demi Kedudukan Nizar Belakangi Pesuruhjaya PAS Perak?


Posted on Tuesday, March 24 @ 17:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Kenapa Nizar Jamaluddin membelakangi PAS Perak dalam membuat keputusan berkenaan hudud di Perak dan termasuk di Kelantan? Malah Nizar dengan beberapa kepimpinan PAS yang dikatakan tidak setuju dengan kepimpinan ulama dalam PAS telah membuat perjanjian dengan DAP atas nama Pakatan Rakyat Perak.

Ok kita terimalah Nizar tu Pengerusi PR Perak, tapi takkan di tandatangan itu mewakili PAS Perak sedangkan semua orang tahu Pesuruhjaya PAS Perak ialah Tuan Haji Razman Zakaria semenjak 2013 lagi.

Kenapa boleh jadi begini? Tanpa rujuk PAS Perak dan PAS Pusat buat keputusan sendiri?

Selama ini kita banyak banyak keburukan Pesuruhjaya PAS Perak diada-adakan di interenet. Malah serangan secara berkala dan khusus menunjukkan ada perancangan yang teratur untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Perak yang sah? Marah bila orang jatuhkan kita sebagai MB secara tak sah. Tapi kenapa kita buat perangai macam UMNO juga dalam menepikan Pesruhjaya PAS Perak?

PAS Perak telah membuat kenyataan berkenaan isu ini:-

Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan adalah selari dgn keputusan dan pendirian PAS Pusat.

PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak.

Sekian, terima kasih

Hj Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS
Perak 23 Mac 2015

Kalau kita tak suka UMNO buat jahat (menjatuhkan kita secara tak sah) jangan kita buat kerja macam UMNO untuk jatuhkan sahabat kita dalam gerakan.

Nordin Bin Ali
http://nordinali.blogspot.com 

Sumber TKO - 24-3-2015

Enakmen Syariah: PAS Perak selari dengan Pusat

| .

 
IPOH: Pendirian PAS Perak selari dengan PAS Pusat berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan minggu lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pendirian tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan secara teliti dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS negeri dengan mengambil kira perkara termasuklah isu-isu yang sedang berbangkit.

"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah selari dengan keputusan dan pendirian PAS Pusat.

"PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau menjelaskan, parti itu akan terus berusaha memberi kefahaman kepada seluruh rakyat termasuklah para pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

Jelas Razman, tidak mustahil semua pihak termasuklah bukan Islam akan menerima hukuman ini sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan diberi peluang untuk mempraktikkannya bagi membuktikan keberkesanannya. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Sumber HD - 24-3-2015
















































































































































































































PAS Dukacita Mahkamah Rayuan Penjarakan OKZ13



PAS menzahirkan dukacita atas hukuman penjara yang dikenakan kepada 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang terlibat dalam demonstrasi membantah rampasan kuasa Barisan Nasional terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM 5000 ini pasti disambut dengan penuh rasa hiba oleh para ahli keluarga.

geng 13 copy

“sebelum ini Mahkamah Tinggi telah mengenepikan hukuman penjara dan mengekalkan hukuman denda yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen,“ahli keluarga mereka akan rasa sedih,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PAS mendoakan agar para ahli keluarga mereka yang dipenjara ini tetap tabah dan sabar menempuhi ujian ini.

Katanya, PAS melalui Lajnah Kebajikan dan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan berusaha untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh para ahli keluarga.

“Sesungguhnya, mereka ini bukanlah penjenayah teapi rakyat biasa yang menyuarakan isi hati dalam mempertahankan kebenaran.

“Semoga semangat perjuangan mereka ini akan tetap mekar dan menjadi tauladan buat semua pecinta keadilan dan kebenaran,”jelas beliau

Sumber BO - 19-3-2015

Berjuang dan dipenjara, 13 hero rakyat tak didendang

| .




KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggagaskan solidariti mega buat 13 peserta himpunan membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang dihukum penjara 10 bulan hari ini.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, solidariti mega itu sebagai simbol pembelaan dan pada masa yang sama memastikan waris-waris mereka terbela dari sudut kebajikan dan pembelajaran.

"Ada di kalangan mereka yang masih mempunyai anak kecil dan anak kelainan upaya. Namun tekad mereka untuk berjuang hingga akhir sememangnya menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang mengimpikan perubahan.

"Mereka adalah hero rakyat yang tidak didendang, orang-orang biasa yang mengambil risiko luar biasa untuk berjuang menegakkan lunas-lunas demokrasi walau sedar hukuman menanti di hujungnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 13 peserta himpunan di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu kerana membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak selepas berlakunya rampasan kuasa di negeri itu. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015 


















































































































































































































Ops Bubar: PAS Perak akan urus keluarga 13 OKT

| .



IPOH: PAS Perak memberi jaminan akan menjaga kebajikan ahli keluarga 13 individu yang dihukum penjara 10 bulan hari ini kerana menyertai himpunan membantah rampasan kuasa di negeri itu pada 2009.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringkat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak dalam memperjuangkan nasib mereka.

"PAS negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing.

"PAS Perak sedang mengumpul maklumat waris mahupun ahli keluarga mereka yang terlibat.

"Kami akan mengenal pasti keluarga yang terjejas secara mutlak di atas asbab keputusan ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada mereka yang membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Mereka ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49.

Sambil melahirkan simpati kepada keluarga orang kena tahan (OKT), Razman berkata, pihaknya akan menyusun tindakan serta program susulan termasuklah himpunan solidariti dalam usaha membangkit momentum dan kesedaran rakyat terhadap tragedi bersejarah ini.

Dalam program-program yang dianjurkan itu, kata Razman, PAS akan mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membiayai kebajikan kesemua mereka yang terlibat.

"Kami akan melibatkan pimpinan di peringkat persekutuan bagi membuktikan bahawa PAS memperjuangkan serta bersama mereka yang telah berkorban dalam mengangkat hak rakyat," jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki menegaskan, pihaknya menghormati keputusan yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Namun katanya, PAS Perak masih menaruh harapan tinggi dalam medan terakhir iaitu di Mahkamah Persekutuan agar keputusan adalah lebih positif.

Beliau menyeru kepada semua ahli PAS khususunya serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyatakan solidariti dan menunaikan solat hajat agar kesemua OKT diberikan keadilan sewajarnya.

"Ahli-ahli PAS diseru membantu ahli keluarga mangsa yang terlibat, itu adalah tanggungjawab kita bersama.

"Kami simpati terhadap mangsa serta seluruh ahli keluarga kerana mereka bukan penjenayah dan mengamal rasuah.

"Mereka hanya rakyat biasa yang tidak ada kepentingan sebaliknya hanya mahu menuntut keadilan sewaktu krisis politik di Perak tempoh hari," ujar Misbahul. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Sumber HD - 18-3-2015

Himpunan bantah MB Perak, 12 dipenjara 10 bulan

| .




KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 kepada 12 individu yang terlibat dalam perhimpunan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009.

Perhimpunan itu dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai menteri besar dijatuhkan.

Mereka dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman yang berkuat kuasa hari ini.

Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.

Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Atas sebab itulah, katanya 12 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga.

Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini.

Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM 5,000 saja.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY 18/3/2015 

Sumber HD - 18-3-2015



BICARA KES NIZAR DIDAKWA FITNAH NAJIB BERMULA 10 JUN - MAHKAMAH SESYEN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34190-bicara-kes-nizar-didakwa-fitnah-najib-bermula-10-jun

Sumber HD - 6-3-2015


JOLLY SHANDY : LETAK GARIS PANDUAN BARU ELAK KEKELIRUAN - ASMUNI


PERTUBUHAN KESEDARAN PENGGUNA PERAK /  PENYEDAR MAHU LABEL YANG LEBIH JELAS UNTUK TIDAK MENGGELIRUKAN PENGGUNA ISLAM.


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34027-jolly-shandy-letak-garis-panduan-baru-elak-kekeliruan

Sumber HD - 24-2-2015


MURABBI UMMAH : JASA TUAN GURU DIKENANG SELAMANYA - MASDUKI



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33835-murabbi-ummah-jasa-tuan-guru-dikenang-selamanya

Sumber HD - 13-2-2015


TITIAN KASIH JAMBATAN KEHARMONIAN KAUM DI PERAK - PENGERUSI LPNNP


YB DS IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN - PENGERUSI LPN PERAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33698-titian-kasih-jambatan-keharmonian-kaum-di-perak

Sumber HD - 6-2-2015


PR PERAK GESA KONVENSYEN NASIONAL DIAKTIFKAN SEMULA - PENGERUSI PR PERAK


YB DATO' SERI IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN - PENGERUSI PR PERAK / ADUN AIR KUNING

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33614-pr-perak-gesa-konvensyen-nasional-diaktifkan-semula

Sumber HD - 2-2-2015


PEMUDA PAS PERAK UCAP TAHNIAH KEPADA KAZIM ELIAS - DR RAJA ISKANDAR


DATUK KAZIM ELIAS - PENGASAS PENDIDIKAN AL BARAKAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33611-pemuda-pas-perak-ucap-tahniah-kepada-kazim-elias

Sumber HD - 2-2-2015


FITNAH NAJIB : NIZAR TETAP MENGAKU TIDAK BERSALAH - NIZAR


YB DS IR MOHD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA ISTERI, PIMPINAN PR DAN PEGUAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33567-fitnah-najib-nizar-tetap-mengaku-tidak-bersalah

Sumber HD - 30-1-2015


PAKATAN MAMPU TANGANI KEMELUT EKONOMI PERAK - MP BATU GAJAH



YB V. SIVAKUMAR - AP BATU GAJAH / TIMBALAN PENGERUSI DAP PERAK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33562-pakatan-mampu-tangani-kemelut-ekonomi-perak

Sumber HD - 30-1-2015


WWW1 : TUNGGULAH APA KEPUTUSANNYA - NIZAR



YB MOHD NIZAR JAMALUDDIN BERSAMA PARA PEGUAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33500-www1-tunggulah-apa-keputusannya-kata-nizar

Sumber HD - 27-1-2015


MINYAK TURUN : HARGA BAHAN MENTAH MASIH MAHAL - PEMUDA PAS PERAK



SDR MOHD SHAMSUL ALAUDIN - KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS PERK

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33421-minyak-turun-harga-bahan-mentah-masih-mahal

Sumber HD - 23-1-2015


Harakah: Beli, Baca, Beri

Posted on Tuesday, January 20 @ 13:28:09 MYT by paktam

Oleh DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

KITA sebagai ahli PAS sewajibnya menyokong sepenuhnya akhbar keluaran rasmi parti iaitu Harakah selagi pimpinan tiada pengarahan untuk memboikot atau tidak menggalakkan untuk membelinya.

Harakah adalah pelopor kepada perjuangan PAS sejak puluhan tahun penerbitannya dan sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa akhbar tersebut telah mendekatkan PAS di mata masyarakat.



Dengan pelbagai ruangan termasuklah politik, agama, sastera dan sebagainya, Harakah telah menarik minat masyarakat untuk membelinya tidak kira lapisan, ia bukan hanya terhad dalam kalangan ahli semata-mata.

Harakah ternyata berjaya memberikan penerangan kepada masyarakat terhadap isu-isu semasa dalam negara di samping memberikan kefahaman tentang prinsip serta perjuangan PAS itu sendiri.

Dakwaan Harakah melebihkan berita pimpinan lain ternyata meleset kerana setiap keluaran lebih 80 peratus beritanya adalah berkaitan PAS.

Pimpinan PAS yang bersifat pelbagai dari segi kemahiran, kemampuan, kelulusan serta profesion telah diberikan ruang untuk berbicara dan menjawab segala isu mengikut kemampuan masing-masing.

Tidak ada lagi berlaku, ada pimpinan yang digam atau disekat untuk keluar di dalam Harakah walaupun pimpinan itu sendiri secara umum mengkritik serta menggambarkan ketidakpuashatiannya kepada akhbar tersebut.

Sememangnya ada laporan berita daripada pimpinan parti lain namun tidaklah hingga menenggelamkan pimpinan kita sendiri dan ia tidak pernah berlaku sejak daripada penerbitan pertama akhbar tersebut.

Ada kalanya berita daripada pimpinan daripada luar parti telah dijadikan 'headline', ia dipilih bukan suka-suka sebaliknya dibawa mesyuarat dalam usaha menarik minat pembaca untuk melanggan.

Ya, Harakah adalah akhbar rasmi parti, tetapi pembacanya adalah bersifat rencam daripada pelbagai lapisan termasuklah golongan atas pagar dan ahli BN itu sendiri.

Sesiapa yang melanggan setiap keluaran kita akan mengetahui strategi pendekatan Harakah dalam memacu akhbar dan parti dalam mengharungi iklim politik negara.

Akhbar ini dipimpin oleh pimpinan kita sendiri, ahli lembaga pengarahnya adalah pimpinan kita sendiri, Jawatankuasa PAS Pusat sentiasa menilai dan mengambil tahu akan pergerakan Harakah.

Saya yakin, Harakah matang untuk mendengar kritikan, matang untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak dengan cara yang lunak serta bertamadun. Tidak perlu untuk berkempen untuk memboikot sebaliknya membantu untuk memperkasakan akhbar rasmi parti itu.

Tekanan ini dirasai dengan sangat perit oleh seluruh staf khususnya wartawan melebihi apa yang dirasai oleh pimpinan dan ahli lembaga pengarah itu sendiri sedangkan mereka hanya melakukan tugas yang diamanahkan, kasihanilah mereka yang banyak berkorban kepada parti daripada memikirkan kesenangan mereka.

Teringat kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Perak, beliau berkata, "Pembelian akhbar Harakah adalah infaq (sumbangan) kita kepada parti, belilah Harakah dengan niat nak tolong parti.

"Walaupun kita tidak sempat baca atau sudah membaca daripada sumber-sumber lain, belilah untuk tolong parti"

Harakah sememangnya bukan sumber dana rasmi parti, tetapi adalah penyumbang utama kepada parti dalam menggerakkan parti yang kita cintai ini.

Setiap keluaran jika tidak ada aral melintang, saya akan membeli dua naskah. Setiap naskah akan ditinggalkan di mana-mana lokasi yang saya berhenti, itu cara saya dan pelbagai cara kita boleh aplikasikan dalam memasyarakatkan Harakah dan dalam masa yang sama melebarkan dakwah PAS di dalam kelompok masyarakat.

Belilah walaupun tidak sempat untuk membaca atau sudah bermaklumat daripada sumber lain. Aplikasikan 3B: Beli, Baca dan Beri!

*Penulis adalah pembaca tegar Harakah merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS dan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak

Sumber DD - 20-1-2015

7 RENTUNG BAS PERSIARAN TERBAKAR DI TAPAH - BERNAMA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33266-7-rentung-bas-persiaran-terbakar-di-tapah

Sumber HD - 15-1-2015


NIZAR : DILEPAS TANPA DIBEBAS DAKWAAN FITNAH NAJIB - HAKIM MAHKAMAH SESYEN IPOH


YB DATO' SERI MOHD NIZAR JAMALUDIN DIIRINGI PEGUAM DAN PARA PENYOKONG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33243-nizar-dilepas-tanpa-dibebas-dakwaan-fitnah-najib

Sumber HD - 14-1-2015


UNIT AMAL LAIRNYA IKON MASYARAKAT - RAJA AHMAD AL HISS


UNIT AMAL BERAMAL KERANA ALLAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33222-unit-amal-lahirnya-ikon-masyarakat

Sumber HD - 13-1-2015


PAKATAN PERLU MANFAAT KEPAKARAN MEJAR ZAIDI - PEMUDA PAS PERAK


MEJAR ZAIDI AHMAD

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33216-pakatan-perlu-manfaatkan-kepakaran-mejar-zaidi

Sumber HD -13-1-2015


AKSI K-POP : IBUBAPA PERLU PEKA TINGKAH LAKU ANAK - ANAK - MISBAHUL MUNIR


USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI - KETUA PENERANGAN PAS PERAK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33214-aksi-k-pop-ibu-bapa-perlu-peka-tingkah-laku-anak

Sumber HD - 13-1-2015


RUMAH BUDIMAN PEMUDA PAS PERLU DANA - BENDAHARI PPM:



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33137-pemuda-pas-perlu-dana-realisasi-rumah-budiman

Sumber HD - 8-1-2015








































































































































































































































Banjir: Tanggungjawab kerajaan, parti politik & rakyat

DR RAJA AHMAD ISKANDAR | .

SELEPAS selesai program ‘Mewarna Perpaduan’ yang melibat kanak-kanak pelbagai bangsa anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Perak yang dipimpin oleh Hairul Nizam Ishak telah disusun awal sebelum ini diadakan di Parit Buntar telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai, selain itu turut membuka kaunter tabung bencana banjir di situ.

Kebetulan cuti umum Tahun Baru, saya terus bergegas ke Pusat Operasi Banjir (POB) PAS Perak di Bagan Serai untuk meninjau sendiri keadaan bencana banjir di sana ditambah keadaan yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar menyebabkan pergerakan saya terbatas, di sana saya berjumpa dengan Yang Berhormat Hussin Din, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan.

Mendapat taklimat ringkas daripada beliau yang juga ADUN Kawasan Selinsing tentang keadaan terkini di sana yang dan juga dilaporkan telah berlaku puting beliung, saya bersimpati dengan kejadian tersebut dan sebagai sebuah Parti Politik akan berusaha keras membantu rakyat yang ditimpa kesusahan dan bencana yang cukup memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka.

Kawasan jelapang padi di Daerah Kerian ini dan dalam masa yang sama meliputi Kawasan Koridor Utara (NCER) perlu diberikan tumpuan khusus oleh pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan kerana ia sebagai satu pelaburan besar sebelum ini yang dilancarkan sebagai salah satu Pusat Makanan Negara yang memfokuskan tanaman padi khasnya.

Sudah tentu ia akan terjejas setelah berlakunya banjir yang akan mengakibatkan kerosakan tanaman padi dan juga tidak terlepas pengusaha padi iaitu kediaman mereka terkena bencana banjir, usaha pembinaan tebatan banjir perlu diagendakan selepas ini oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk diberikan fokus utama.

Dengan usaha ini, diharapkan bencana banjir di Daerah Kerian ini dimaksimakan dan diatasi sebaiknya, serta seperkara lagi adalah tentang kawasan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang perlu dinilai semula kerana ia melibatkan kawasan tanaman padi yang digunakan bagi tujuan perindustrian ternakan terutamanya di sebahagian di Bukit Merah.

Saya harapkan Kerajaan Negeri Perak meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang pernah membentangkan laporan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang melibatkan status tanah daripada kawasan pertanian kepada industri perikanan walaupun ia berkaitan isu status nilai tanah tetapi dalam masa yang sama menunjukkan kedudukan peralihan status yang sedia ada.

Bagi saya, penduduk mengharapkan pembelaan dan dalam masa yang sama turut membantu pertumbuhan sumber yang difokuskan oleh NCER selama ini dan ia seiring diantara semua pihak yang terlibat terutamanya peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang melibatkan pertanian, perikanan dan juga status tanah serta masa depan NCER di sana.

Setelah lebih sejam di sana, saya terus bergegas pula ke POB PAS Perak di Pasir Salak dan sebelum itu singgah di tempat kejadian kanak-kanak yang dilaporkan terlibat dihanjutkan air berhampiran Kampung Gajah yang masih belum dijumpai lagi, bersama Bendahari Pemuda PAS Malaysia Haji Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berdoa agar dipermudahkan usaha mencari di situ.

Saya dan beberapa sahabat selepas itu terus ke POB untuk membantu menurunkan barangan bantuan yang baru sampai yang diberikan oleh orang ramai di sana, banyak barangan keperluan yang diberikan untuk kemudahan mangsa banjir yang sangat memerlukan untuk mereka dan ahli keluarga mereka berikutan hampir lebih dua minggu berdepan dengan banjir.

Di Kampung Gajah saya lihat, air masih belum surut sepenuhnya dan masih memerlukan bantuan bekalan makanan untuk keluarga mereka kerana masih tinggal di kediaman terutamanya rumah dua lapis yang tidak terjejas teruk dan masih boleh berteduh di atasnya dan ini antara fungsi ‘Dapur Rakyat’ di POB PAS Perak iaitu membekalkan makanan kepada mangsa.

Kampung Gajah adalah sebuah DUN yang pernah diwakili oleh mantan Menteri Besar Negeri Perak iaitu Tan Sri Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib, saya lihat banyak pembangunan yang dilakukan di sana dengan istilah lain ‘ini kawasan MB’ sudah tentu banyak projek-projek akan disalurkan di sana ketika itu terutamanya juga beberapa cawangan agensi kerajaan yang ada.

Melihat dengan suasana yang ada di situ, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak perlu menilai semula terutamanya Pejabat-pejabat Kerajaan di situ setelah bencana banjir berlaku berikutan kerosakan yang mengakibatkan kos membaiki aset yang ada perlu akan meningkat tinggi, ini kerana kejadian seumpamanya bila-bila masa akan berulang kembali.

Bentuk nilai semula yang saya maksudkan, keperluan Pejabat-pejabat cawangan agensi kerajaan yang berada di situ perlu distruktur semula atau berpindah bagi mengelak risiko berulangnya kembali seperti bencana banjir baru-baru ini, perpindahan perlu kepada kawasan yang berstrategik dan lebih tinggi agar risiko banjir dapat dielakkan di masa yang akan datang.

Satu lagi kelebihan ‘ini kawasan MB’ adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dibina pada tahun 1990 penuh dengan sejarah pembinaannya, tidak saya nafikan kewujudannya tetapi sungguh sedih setelah melihat kiriman gambar daripada sahabat saya, Salman Haji Saleh yang meninjau sendiri bencana banjir di situ pada awalnya setelah seluruh bangunannya dimasuki air banjir.

Pada 1 Januari yang lalu, saya juga berkesempatan melihat kompleks tersebut dan mengambarkan kiriman gambar tempohari masih tidak berubah ketika itu, saya tidak dapat menilai kerosakan di kompleks tersebut dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri Perak membantu membaiki kompleks tersebut yang memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri.

Tidak terlepas terkena kesan banjir juga adalah Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA), Jalan Tanjung Tualang, Kampung Gajah yang hampir 90 peratus dipenuhi air banjir. Sekolah ini adalah sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang di tadbir oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan (JAIPk) yang dibuka pada tahun 2000.

Saya harapkan Bajet tahun 2015 Negeri Perak untuk JAIPk ditingkatkan untuk membangunkan semula SARJANA dan ia salah satu imej sekolah aliran Agama milik kerajaan negeri dan sebuah nama besar institusi DiRaja, dalam tempoh pembukaan sekolah tidak lama lagi saya harapkan agar JAIPk bekerja keras untuk membersihkan sekolah tersebut dengan segera.

Pada saat ini, saya dapat lihat semua pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana banjir ini dan kepada mereka yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir tiada kata yang dapat diucapkan dan syabas kepada mereka semua kerana membantu sedaya upaya yang ada dan saya panjangkan ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Selangor.

RM100,000 yang disumbangkan oleh mereka mempunyai nilai kemanusian dengan matlamat membantu, tahniah juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak atas sikap yang ditunjukkan dengan membuang sikap sombong dan akuh untuk terus berbakti kepada rakyat dan inilah tanggungjawab sesebuah kerajaan sepatutnya.

Sama ada sesiapapun diberikan amanah sebagai Wakil Rakyat, ataupun mentadbir kerajaan, mereka perlu amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas hakiki mereka, perlu tunjukkan kualiti kerja yang baik dan bersungguh-sungguh serta mengutamakan rakyat yang di dalam kesusahan termasuk mangsa banjir kini.

Kepada pihak kerajaan melalui parti politik yang memerintah ataupun tidak, itu bukan alasan untuk tidak membantu rakyat di dalam kesusahan dan kami di Perak telah buktikan untuk rakyat agar mereka terus dibela dan dipastikan hak mereka dalam keadaan sekarang seperti membina kehidupan baharu setelah melalui satu pasca banjir yang penuh dengan memori peribadi mereka. – HARAKAHDAILY 6/1/2014

#Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar Bandar DiRaja

Sumber HD - 6-1-2015









































































































































































































































Skuad Dapur Rakyat beri khidmat terbaik untuk mangsa banjir

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .



KUALA KANGSAR: PAS sangat berpuas hati dengan skuad "Dapur Rakyat" yang telah memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.

(Gambar atas: Salahuddin bersama dengan beberapa orang anggota ATM yang bertugas semasa banjir di Lenggong, Perak)

Pengarah Pusat Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, skuad tersebut menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan mangsa banjir dari segi makanan.

Menurutnya, dapur rakyat telah dibuka dan beroperasi di bawah MEDM di semua lokasi banjir di seluruh negara.

"MEDM 'salute' dan mengucapkan terima kasih kepada skuad Dapur Rakyat di semua pusat operasi banjir, mereka yang telah memberikan khidmat yang terbaik.

"Ternyata skuad tersebut telah menjadi 'trademark' dan dikenali oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Dapur Rakyat Kuala Kangsar, semalam.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, ketika beliau melawat semua pusat operasi banjir PAS, Dapur Rakyat telah memainkan peranan mereka dalam membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah mendapat keperluan makanan.

Katanya, tidak kurang sehari sebanyak dua sesi bekalan makanan disalurkan kepada semua mangsa tanpa mengira batasan politik.

Katanya, kerajaan tidak memainkan peranan serta tanggungjawab mereka dalam soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di luar pusat pemindahan.

Tegas beliau, PAS sangat kecewa apabila kerajaan melalui agensinya gagal memastikan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terjaga daripada semua aspek.

"Tidak kira di pusat pemindahan atau di mana sekali pun, kerajaan pusat melalui agensinya perlu bertanggungjawab membantu menyediakan bantuan makanan mangsa-mangsa banjir.

"Tak sepatutnya berlaku mangsa banjir dalam keadaan kelaparan, walau bagaimanapun PAS tetap memikirkan aspek terus dengan menubuhkan skuad Dapur Rakyat," jelasnya lagi.

Dalam lawatannya ke Perak, Salahuddin telah meninjau lokasi banjir di Kuala Kangsar, Pasir Salak, Sungai Siput dan Lenggong.

Beliau turut melawat semua PEDM yang ditubuhkan di semua lokasi banjir bagi memastikan pengoperasiannya mengikut arahan yang dikeluarkan di peringat pusat. – HARAKAHDAILY 3/1/2015











































































































































































































































Banjir: PAS Perak arah cawangan hantar petugas

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: PAS Perak mengarahkan semua cawangan di seluruh kawasan di negeri itu menghantar petugas sukeralawan di Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS di kawasan-kawasan yang terjejas. (Gambar atas: Pengarah PEDM PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad mendayung sampan melawat mangsa banjir di Pasir Salak)

Pengarah PEDM PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, cawangan PAS perlu memastikan menghantar sekurang-kurangnya empat orang dalam operasi ops cuci di kawasan yang terjejas banjir iaitu Kuala Kangsar, Pasir Salak, Lenggong, Parit dan Sungai Siput.

Menurutnya, ops cuci sudah mula beroperasi setelah air yang menenggelamkan rumah-rumah telah surut sepenuhnya.

"PAS Perak menggesa seluruh kawasan dapat kerah cawangan-cawangan bagi memastikan dapat menghantar petugas sukarelawan dalam operasi ops cuci.

"Diharap kawasan dapat menyediakan alat kelengkapan membasuh kepada sukarelawan masing-masing," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, operasi mencuci ini dijalankan semula apabila dihentikan buat seketika beberapa hari lalu oleh kerana air masih belum surut sepenuhnya.

Katanya, berlaku kejadian rumah yang telah dicuci oleh sukarelawan PAS dan Jabatan Amal ditenggelami semula air bah.

Dalam pada itu, Idris menyatakan, PEDM PAS Perak akan berusaha untuk menyumbang dapur masak kepada setiap keluarga yang rosak alat kelengkapan itu.

Namun, katanya, ia bergantung kepada dana yang berjaya dikumpul serta diperoleh dalam merealisasikan hasrat itu.

"Kita cuba lancarkan infaq daripada setiap ahli PAS khususnya di Perak untuk menyumbang RM10 bagi menjayakan projek satu keluarga satu dapur.

"Pihak PEDM sedang mengumpulkan maklumat berapa keluarga yang memerlukan kelengkapan itu (dapur memasak) di semua kawasan yang terjejas banjir," jelasnya lagi.

Idris berpesan kepada seluruh ahli agar dapat sama-sama terlibat dalam semua aspek bagi membantu mangsa-mangsa yang sedang ditimpa musibah daripada Allah.

"Seruan saya kepada ahli yang tidak terlibat banjir, marilah sama-sama membantu mereka kerana hari ini berlaku kepada mereka, mungkin esok Allah uji kita pula.

"Kalau tidak kesian kepada mereka mungkin esok jika kita ditimpa musibah, orang tidak kesian pada kita pula," tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, inilah masanya untuk PAS menjuarai berkaitan kebajikan kepada rakyat selaras dengan konsep Negara Berkebajikan.

Tegasnya, walaupun tidak memegang tampuk pemerintahan, PAS mampu membantu mangsa banjir sebaik mungkin malah dilihat lebih efisyen daripada agensi-agensi kerajaan yang terbabit.

"Kita bantu tanpa kira politik, syaratnya kita ikhlas dan bersatu hati serta tenaga di kalangan kita, Insha Allah dipermudahkan-Nya," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 3/1/2014

PAS ambil peranan kerajaan bantu mangsa

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .



KAMPUNG GAJAH: PAS telah melaksanakan peranan kerajaan pusat dan negeri termasuklah agensi-agensinya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu mangsa banjir.

Yang Dipertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir khususnya kelompok yang enggan berpindah ke pusat-pusat pemindahan.

Menurutnya, kebajikan mereka yang terjejas perlu diambil perhatian khususnya bekalan makanan di setiap sesi iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Katanya, banyak kampung yang terputus hubungan jalan raya mengakibatkan bekalan mereka juga terputus.

"Agensi kerajaan hanya menjaga kebajikan mangsa di pusat pemindahan sebaliknya yang kekal di rumah masing-masing tidak diambil perhatian oleh mereka (kerajaan).

"Kami (PAS) telah menjalankan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menjaga kebajikan mereka," katanya ketika ditemui Harakah di Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS Pasir Salak, Kampung Gajah dekat sini.

Oleh hal yang demikian, katanya, selain PEDM induk yang dibuka untuk menyelaras dan mengumpul bantuan orang ramai, PAS Pasir Salak turut membuka cawangan pusat operasi di beberapa buah lokasi.

Hal ini jelas beliau bagi memastikan semua mangsa yang terjejas banjir mendapat bekalan bantuan khususnya dari segi makanan sama ada mentah mahupun siap dimasak.

"Pusat operasi telah dibuka di beberapa buah lokasi iaitu Changkat Lada, Chenderong Balai dan Sejagop.

"Ia berperanan sebagai penyalur bantuan daripada induk kepada mangsa-mangsa oleh kerana lokasi tersebut terputus hubungan dengan PEDM," jelasnya lagi

Beliau menyatakan, selain menyampaikan bantuan, PAS turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan di pusat pemindahan.

Usaha ini kata beliau sebagai suatu cara untuk memberikan semangat kepada mangsa banjir yang agak tertekan dengan musibah menimpa mereka.

"Oleh sebab PAS disekat memasuki pusat pemindahan, kami telah masuk melalui NGO dan menganjurkan program kemasyarakatan termasuklah pertandingan mewarna dan sebagainya.

"Kami akan terus berusaha memainkan peranan walaupun diuji dengan sekatan-sekatan dan sebagainya," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mustafa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada PEDM seterusnya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pelbagai pihak termasuklah parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Ikram, Haluan dan sebagainya telah memberikan pelbagai jenis sumbangan kepada PEDM.

"Saya mengharapkan sumbangan ini dapat diteruskan kerana operasi banjir ini masih banyak yang belum selesai terutama pasca banjir.

"Bantuan daripada pelbagai pihak sangat diharapkan agar PEDM dapat beroperasi sebaik mungkin membantu mangsa yang terjejas serta rumah yang terlibat," tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/1/2015














































































































































































































































Dua beranak maut tanah runtuh di Cameron Highlands

BERNAMA | .

IPOH: Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata M Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.

Wan Zahari berkata mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.

"Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.

"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.

Wan Zahari berkata kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.

"Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus," katanya. - Bernama

Sumber HD - 30-12-2014















































































































































































































































Banjir: Pusat patut kerah agensi kerajaan lebih awal

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


IPOH: Seluruh agensi kerajaan perlu bersifat proaktif dalam menghadapi kejadian bencana banjir di dalam negara.

Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan perlu mengerahkan seluruh tenaga agensi kerajaan yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Marin, dan Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM).

Menurutnya, kesemua agensi tersebut mempunyai bidang kepakaran masing-masing terutama dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa-mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas terus dengan dinaiki air di tahap yang merbahaya.

Katanya, kerahan tersebut seharusnya telah dilakukan sebaik sahaja mendapat isyarat serta tanda-tanda akan berlaku kejadian bencana agar dapat melakukan operasi menyelamat seawal mungkin.

"Kerajaan seharusnya kerah seluruh tenaga yang mempunyai bidang kepakaran menyelamat khususnya di kawasan yang kuat aliran airnya.

"Kerahan perlulah bermula daripada awal, tidak sepatutnya khidmat mereka ini digunakan apabila banjir sudah ditahap yang merbahaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, kerjasama semua agensi sangat diharapkan agar operasi membantu mangsa banjir dapat dilakukan dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini termasuklah kemalangan jiwa.

Beliau menjelaskan, PAS tidak mahu berlaku aduan bekalan makanan di pusat pemindahan tidak mencukupi kerana aspek tersebut adalah paling penting untuk diberi keutamaan.

"Setiap mangsa di pusat pemindahan perlu diberikan bantuan khususnya aspek makanan secukupnya, itu adalah tugas kerajaan untuk memastikan semua mangsa berada di dalam keadaan terbela.

"Kalau ini terjadi (bekalan makanan tidak mencukupi) maka ada yang tidak kena dan ia adalah satu kezaliman kepada mangsa banjir," ujarnya lagi.

Idris menyatakan, kerajaan perlu melayani mangsa banjir iaitu sebagai orang yang ditimpa musibah dengan sebaik mungkin tanpa memilih bulu dan menjauhi sikap “pilih bulu”.

Beliau mengharapkan kejadian petugas PAS dihalang untuk menyampaikan bantuan di beberapa buah tempat tidak berlaku di negeri Perak.

Petugas sukarelawan PAS katanya dihalau setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bajet sebanyak RM500 juta kepada mangsa banjir.

"Saya harap insiden petugas PAS dihalau di pusat pemindahan tidak berlaku di negeri ini (Perak).

"Beri ruang kepada siapa sahaja untuk membuat kebajikan kepada mangsa-mangsa kerana mereka juga ingin membantu, ini bukan masa untuk berpolitik tetapi ini adalah masa untuk membantu serta menyelamat," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Idris melahirkan rasa gembira dengan komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli PAS yang membantu dariapda pelbagai aspek tanpa putus-putus.

Menurutnya, walaupun PAS tidak memegang tampuk pemerintahan dengan kelengkapan yang terhad tetapi kerja buat yang dilakukan oleh jentera sangat memberi memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat.

Ujarnya, keberadaan PAS di setiap bencana tidak dapat dinafikan apabila seluruh tenaga dikerah untuk membantu dengan diberikan tugas serta amanah masing-masing. – HARAKAHDAILY 29/12/2014

Banjir: Jangan timbulkan suasana tidak tenteram

BERNAMA | .


LENGGONG: Orang ramai digesa supaya tidak menyebarkan maklumat dan bahan berkaitan bencana banjir yang tidak benar dan tepat tanpa merujuk pihak berkuasa terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya mendapati banyak berita yang disebarkan di media sosial dan menjadi 'viral' adalah tidak benar dan tepat.

"Jangan timbulkan suasana tidak tenteram dan mencemaskan. Jangan timbulkan suasana yang tidak perlu sedangkan keadaan sebenar adalah terkawal," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong di sini, malam tadi.

Menurut Wan Mohd Nor kekuatan anggota dan aset pasukannya setakat ini mencukupi bagi menghadapi keperluan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Aset jabatan itu boleh dipindahkan mengikut keperluan memandangkan bencana banjir tidak berlaku serentak di seluruh negara, katanya.

"Kejadian banjir ini berubah-ubah, kita boleh pindahkan aset-aset kita ke kawasan yang memerlukan selain itu kita juga mempunyai kerjasama erat dengan agensi lain seperti tentera dan polis yang sama-sama membantu," katanya.

Wan Mohd Nor berkata kesiapsiagaan keseluruhan 13,000 anggota pasukannya juga berada pada tahap tertinggi dan bersedia bertugas 24 jam.

Cuti tahunan anggota di negeri-negeri terlibat bencana juga dibekukan dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pasukan, katanya.

"Kita nampak apa yang penting dalam situasi bencana adalah koordinasi pelbagai agensi yang berjalan begitu baik, sama ada dari segi pusat pemindahan, aset serta aspek logistik," katanya menambah anggota bomba yang ditugaskan 24 jam memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab mereka. - Bernama

Sumber HD - 25-12-2014


















































































































































































































































PAS Perak kerah ahli bersiap sedia bantu mangsa banjir

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




IPOH: PAS Perak telah membuka pusat operasi banjir di beberapa buah lokasi di seluruh negeri.

Pengerusi Unit Bencana PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, seluruh ahli telah dikerah untuk bersiap siaga dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Menurutnya, setiap PAS kawasan telah dikerah untuk menyumbang bantuan awal dengan sebilangan jumlah yang telah ditetapkan kepada Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak.

Seluruh kawasan juga, kata beliau dikerah untuk melancarkan kutipan dana bencana secara berterusan serta-merta.

"Setiap kawasan perlu bersedia untuk menghantar petugas atau sukarelawan untuk ops cuci.

"Kami juga memutuskan untuk mewujudkan 'Dapur Rakyat' yang akan diuruskan oleh Dewan Muslimat PAS Perak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir, bolehlah disalurkan melalui Maybank: 558453100225 atau Bank Islam: 08013010040972.

Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk apabila air sungai melimpah membabitkan beberapa lokasi termasuklah di sekitar bandar.

Banjir tersebut turut menenggelamkan banyak kedai dan bangunan-bangunan di pinggiran sungai sekitar bandar Kuala Kangsar termasuklah Arena Square Kuala Kangsar.

Sementara itu, menurut laporan bilik operasi banjir PAS di Lenggong, sebanyak 145 buah rumah ditelenggami air membabitkan seramai 751 orang di kawasan itu setakat tengah hari tadi.

Menurut seorang penduduk, Saidi Sabri, banjir tersebut berlaku bermula pagi semalam selepas hujan lebat tidak henti hingga mengakibatkan saluran air terkandas seterusnya menenggelamkan kampung-kampung berkenaan.

"Buat masa ini, mangsa banjir sangat memerlukan bantuan kilat terutama kelengkapan pakaian dan makanan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Jabatan Amal Malaysia sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah disamping menyelamatkan harta benda. - HARAKAHDAILY 24/12/2014




















































































































































































































































2014 labuh tirai, PAS 63 tahun matang politik Islam

RAZMAN ZAKARIA | .

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman.

PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970-an dan sebagainya.

Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;

a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.

b) Masyarakat Islam di Malaysia mula sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara Islam dan politik, bahkan Islam bukanlah sekadar agama ritual dan Islam juga bukanlah seperti mana tafsiran Umno BN ketika menghuraikan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah agama persekutuan mengikut roh dan tafsiran perjuangan awal PAS supaya kalimat ini dicatat dalam perlembagaan Malaysia.

c) PAS juga mengajar erti tahaluf dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam beserta had batasannya yang mesti diperhalusi dan diambil kira. Islam bukanlah keseluruhannya longgar selonggar longgarnya, tidak pula ketat seketat-ketatnya. Sebaliknya ada kelonggaran yang dibenarkan dan ada juga prinsip yang dipegang erat.

4. Dalam misi dakwah yang panjang, PAS telah berjaya mengetengahkan batasan kufur dan Iman dalam perjuangan. Tidak dibenarkan melangkaui batasan ini walaupun dengan idea idea yang kelihatan bernas serta rasional yang kelihatan betul. Walhal keimanan dan kekufuran itu mengikut garis neraca Islam.

5. Masyarakat juga mula faham mengapa PAS tidak boleh bersama perjuangan Umno yang merupakan parti yang terdiri dari kalangan Melayu Islam. PAS pertahankan prinsip dalam apa juga keadaan walaupun terpaksa kehilangan sokongan. Redha Allah lebih diutamakan daripada kepuasan manusia dan keuntungan dunia. Inilah bimbingan para ulamak haraki sehingga PAS berdiri teguh, istiqamah dengan dasar perjuangan tersendiri.

* Sebuah catatan di perjalanan musafir dari Selangor ke Kampung Luat, Lenggong.

Sumber HD - 17-12-2014

Contohi Pakatan Rakyat Perak - Misbahul Munir

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

IPOH: Kemelut dalaman Pakatan Rakyat tidak akan selesai jika semua pihak tidak menghormati pendirian masing-masing bagi mempertahankan matlamat perjuangan.

Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, PAS sejak ditubuhkan sehingga sekarang berpegang teguh untuk mendaulatkan syariat Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran serta termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Menurutnya, rakan parti lain tidak ada hak memaksa PAS meninggalkan perjuangannya kerana prinsip tersebut telah wujud sebelum tertubuhnya gabungan Pakatan Rakyat.

Ujarnya, begitu juga DAP dan PKR mempunyai prinsip perjuangan yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya, rakan parti lain juga tidak ada hak memaksa mereka meninggalkan prinsip perjuangannya.

"Hormatilah pendirian parti rakan dalaman Pakatan Rakyat, kita bersatu dengan matlamat mahu tumbangkan Umno BN yang mewarisi kezaliman serta penyelewengan zaman-berzaman.

"Pengalaman politik di negara itu tidak memungkinkan BN dapat ditumbangkan dengan mudah tanpa kerjasama politik parti-parti pembangkang di negara ini.

"Ternyata ianya dapat dibuktikan dengan kemenangan beberapa buah negeri hasil kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Tegas beliau, PAS Perak menyeru semua parti dalam Pakatan Rakyat tidak menggunakan media sebagai platform untuk mempersoalkan matlamat perjuangan parti rakan serta menidakkan perjuangan mereka.

"Apatah lagi isu-isu yang sensitif, sepatutnya gunakan saluran media untuk ranapkan Umno BN.

"Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah contoh terbaik dan tetap utuh serta kuat hasil permuafakatannya melalui meja rundingan," jelas Misbahul lagi. - HARAKAHDAILY 16/12/2014























































































































































































































































Tak sampai 30% janji p'raya dilaksana BN - Nizar

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




IPOH: Kerajaan Negeri Perak digesa memberikan penjelasan adakah telah melaksanakan segala janji yang ditaburkan dalam Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, manifesto yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada ketika itu mengandungi 82 'janji manis' namun ianya masih belum direalisasikan oleh kerajaan walaupun sudah 20 bulan memegang tampuk pemerintahan.

Menurutnya, hasil daripada pemerhatian dan kajian pihaknya, sehingga ini tidak sampai 30 peratus daripadanya telah diselesaikan serta dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Sepanjang hampir 20 bulan pemerintahan BN, berapa banyakkah daripada 82 aku janji dibuat yang telah dicapai atau dalam proses perlaksanaan?

"Pelbagai janji seperti Simpanan Amanjaya sebanyak RM200 bagi setiap anak yang dilahirkan, had pendapatan isi rumah bagi kelayakan dermasiswa dinaikkan daripada RM1200 kepada RM3000, menaiktaraf perkhidmatan bas rakyat bagi setiap daerah, mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak di setiap jabatan dan agensi kerajaan, meningkatkan peruntukan kepada Orang Asal sebanyak RM3 juta, membina 15 ribu rumah mampu milik dan banyak lagi.

"Saya harap Pangkor (Dr Zambry) berlaku jujur dalam menyatakan sama ada janji-janji ini telah atau sedang diselesaikan," katanya ketika membahaskan Bajet Perak 2015 dalam Persidangan Dun Perak, dekat sini hari ini

Mantan Menteri Besar Perak itu menjelaskan, Perak masih berhadapan dengan kemelut kemiskinan yang berpanjangan khususnya dari kalangan orang Melayu di luar bandar.

Ujar beliau, angka 5,000 keluarga miskin tegar di negeri itu adalah sangat 'keterlaluan' namun di dalam belanjawan negeri tahun hadapan tidak dibentangkan kaedah penyelesaiannya.

Jelas Mohammad Nizar, kaedah lama seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak menunjukkan keberkesanannya dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan tersebut.

"Kerajaan negeri perlu meneliti setiap perjanjian jangka panjang yang termeterai dengan agensi-agensi besar dan mega seperti Felcra, Felda, Plus, TNB dan sebagainya yang bertapak di negeri ini.

"Kita boleh mendapat manfaat daripada penglibatan serta keberadaan mereka di negeri ini, keuntungan yang mereka peroleh perlu disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak seterusnya diagihkan kepada rakyat," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Mangsa banjir di Teluk Intan meningkat 350 orang

BERNAMA | .

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang Khamis malam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang.

"Kita dapati air Sungai Bidor di Kampung Degong melimpah dan mengakibatkan banjir di kawasan itu. Cuaca pagi ini tidak hujan dan paras air sungai mencecah 28.7 meter," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Mohd Fazly berkata mangsa banjir di dewan itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada lelaki dewasa sebanyak empat orang manakala perempuan dewasa (10), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (dua).

Katanya mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong tidak dibenarkan pulang ekoran paras air sungai masih mencecah 3.54 meter.

"Kesemua mangsa melibatkan 97 keluarga terdiri daripada 66 lelaki dewasa, wanita dewasa (82), kanak-kanak lelaki (64), kanak-kanak perempuan (51), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (18) dan bayi perempuan (10)," katanya.

Penduduk yang terjejas dari empat kawasan penempatan di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.

Banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Dalam banjir pertama pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan. - Bernama

Sumber HD - 28-11-2014

























































































































































































































































Pengguna Islam di Perak rasa tidak senang status halal

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Isu halal sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang beragama Islam, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Kerjaya Pemuda PAS Perak, Mohd Syakirin Husain.

Justeru, katanya Laporan Ketua Audit Negara, yang dipetik oleh Bernama, 10 November, bertajuk 'Rumah Sembelihan Ayam Di Pusing, Perak Tidak Patuh Syarat Sijil Halal - Audit' benar-benar menimbulkan rasa tidak senang kalangan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negeri itu.

Katanya, berkata pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini dan perlu tampil memberikan penjelasan.

"Kredibiliti pihak Jakim dan Jaipk telah sekian lama dipersoalkan. Jika isu-isu begini terus-menerus timbul tanpa penyelesaian yang tuntas dan segera, dibimbangi masyarakat Islam akan langsung hilang kepercayaan," ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum ini heboh isu sijil halal diberikan kepada syarikat pengeluar Bihun Cap Masjid yang didedahkan langsung tidak mematuhi syarat sijil halal, begitu juga isu coklat cadbury yang pernah ditimbulkan sebelum ini, dilihat seolah-olah tidak ditangani dengan baik.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS Perak mendesak agar pihak berwajib mengambil langkah penyelesaian segera untuk menangani masalah berkaitan sijil halal ini.

Tambahnya, dibimbangi, kesilapan yang mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa pengusaha-pengusaha, JAIPk dan Jakim pula yang terpaksa menanggung kesannya. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014

Pemuda PAS Perak mahu Seladang tampil lebih mantap

FAIDZ ISMAIL | .


JABATAN Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS) Pemuda PAS Perak mengharapkan skuad Bola Sepak Perak akan tampil lebih hebat dengan mengemukakan pasukan yang berkualiti dalam persaingan musim hadapan.

Kami yakin, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mempunyai perancangan besar bagi memulihkan kembali prestasi skuad The Boss Gaurus untuk musim hadapan termasuklah memancing pemain-pemain tempatan yang berkualiti.

Kami tidak menafikan usaha yang dilakukan oleh PAFA dalam menampilkan pasukan yang mantap pada beberapa sesi sebelum ini termasuklah 'rebranding' yang dilakukan tempoh hari.

Namun usaha dengan peruntukan besar yang diberikan tidak menampakkan hasil yang diharapkan apabila masih gagal membina pasukan yang kuat untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit di dalam kancah bolasepak tempatan.

JKKS Perak antara lain berharap agar pihak pengurusan dapat mengambil serius dalam pengambilan pemain import agar kantung PAFA tidak dihabiskan dengan pulangan yang hambar untuk mengisi kouta tersebut.

Kami melihat dalam beberapa musim sebelum ini, pengurusan PAFA gagal memilih pemain import yang berkualiti dan seringkali membuat pertukaran walaupun dalam masa yang singkat, ini sangat menducitakan penyokong apabila pemain import gagal memainkan peranan untuk memperkuatkan pasukan.


JKKS Perak juga sangat berharap agar pihak pengurusan tidak melepaskan pemain-pemain muda berkualiti yang telah berjaya digilap, kami yakin mereka mampu menjadi tunjang kepada kekuatan skuad seladang.

Usaha serius dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan dalam membina skuad Kejor Yop Skor disokong penuh oleh JKKS Perak kerana kami yakin semuanya adalah untuk kebaikan pasukan kesayangan rakyat Perak itu.

Kami meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad seladang untuk merangkul kejayaan sekurang-kurangnya satu piala tahun hadapan dan berada dalam rangking empat pasukan terbaik di Liga Super.

Harapan ini bukanlah hanya daripada kami, tetapi harapan oleh seluruh rakyat negeri Perak khususnya penyokong setia skuad seladang yang tidak jemu-jemu berdiri teguh dibelakang pasukan yang dicintai mereka itu. – HARAKAHDAILY 12/11/2014

Penulis ialah Timbalan Pengarah 1, Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS) Pemuda PAS Perak.

Sumber HD - 12-11-2014





























































































































































































































































Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.

"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar.

Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya.

Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut.

"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja.

Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata.

Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain.

"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.

"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014

JKKS wadah dekatkan PAS dengan anak muda

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .



IPOH: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (JKKS juga dikenali sebagai DACS) Pemuda PAS Malaysia adalah wadah untuk mendekatkan PAS dengan anak muda. (Gambar atas: Salman kanan menyerahkan modul JKKS Pemuda PAS Malaysia kepada Setiausaha JKKS Perak Shafiq Ariffin)

Pengarah JKKS Malaysia, Salman Saleh berkata, ia merupakan satu jabatan yang memberi fokus kepada pelbagai aktiviti belia dan kepemudaaan dalam usaha menarik sokongan kelompok itu.

Menurutnya, agenda utama JKKS ialah menjuarai serta menguasai anak muda dalam skop seni, budaya dan sukan yang dekat dengan hati mereka.

"JKKS sebagai wadah membina hubungan dengan kelompok anak muda yang menjadi harapan negara serta penentu kepada kedudukan sesebuah kerajaan.

"Ia juga dijadikan medan untuk menerapkan perjuangan PAS melalui pendekatan strategik penyampaian dakwah kepada anak muda dengan lebih kreatif dan berkesan," katanya ketika ditemui Harakah selepas mengadakan pertemuan dengan JKKS Perak 9 November lalu.

Program tersebut telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru dan dihadiri oleh wakil di setiap kawasan serta kepimpinan JKKS di peringkat negeri.

Salman menjelaskan, JKKS juga memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai tarbiyah kepada generasi muda melalui program yang dianjurkan.

Beliau menyatakan, Jabatan itu diperingkat pusat telah dibahagikan kepada enam sektor iaitu kesenian, kebudayaan, sukan teras, sukan bukan teras, sukan rekreasi dan pilihan raya.

Dalam majlis itu juga, beliau telah menyerahkan Modul JKKS Pemuda PAS Malaysia kepada wakil JKKS Perak sebagai panduan kepada gerak kerja di peringkat negeri.

Ujar salman, modul tersebut antara lain mengandungi pengenalan strategi dan hala tuju jabatan bagi diaplikasikan di peringkat negeri dan kawasan-kawasan.

Ia juga sebagai panduan berkenaan struktur pengurusan JKKS dan bidang tugas setiap jawatan agar dapat bergerak dengan lebih berkesan serta tersusun.

"Jadikan modul ini sebagai panduan serta rujukan untuk kita jayakan lagi JKKS ini dalam semua peringkat agar setiap program yang kita anjurkan akan lebih berkesan dan mencapai matlamat," jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014


























































































































































































































































SOHO 2: Pemuda PAS Perak mahukan penjelasan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan negeri tampil menjelaskan berhubung tender projek Ipoh SOHO 2 di Jalan Sultan Idris Shah, bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Perak yang didakwa tidak dibuat secara tender terbuka.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata projek di atas tanah milik asal Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang digazetkan sebagai sebuah surau itu tidak melalui proses biasa tetapi masih diyakini meneruskan agenda kronisme.

"Walaupun pembatalan tanah milik PERKIM tersebut diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), agak pelik kenapakah usahasama atau kurniaan projek Ipoh SOHO 2 tersebut diberikan kepada sebuah syarikat yang baharu didaftarkan dan tiada pengalaman?" soal beliau.

Menurut beliau, walaupun syarikat tersebut menggunakan jenama berkaitan dengan Negeri Perak, sebenarnya sesiapa sahaja boleh mendaftarkan syarikat tanpa disekat dan tiada kaitan dengan entiti kerajaan negeri atau satu perjanjian yang dimeterai.

Raja Ahmad berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah setiap tanah berstrategik yang ada, diberikan kepada kroni-kroni samata-mata tanpa ada kelayakan yang sepatutnya.

"Oleh kerana tiadanya pengalaman dan kemampuan syarikat yang diberikan projek tersebut dan ianya tidak melalui satu tender terbuka bagi memastikan syarikat tersebut layak mendapatkannya.

"Dan akhirnya, projek tersebut diserahkan kepada pihak ketiga tanpa dilebalkan apakah bangsanya dan ianya sangat memualkan serta memalukan dengan cara untuk mendapatkan projek tersebut," kata beliau lagi.

Beliau juga mahu kerajaan BN Perak sedar yang mereka pernah tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 yang lalu, disebabkan kemarahan rakyat berikutan amalan kronisme mereka. - HARAKAHDAILY 8/11/2014

Sumber HD - 8-11-2014

PAS Perak ucap takziah kepada Zambry

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Seluruh saf kepimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ayahanda beliau pagi tadi.

"Kami berharap beliau dan seluruh ahli keluarga tabah serta bersabar dengan ketentuan ini dan didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

"Semoga pemergiannya itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memimpin negeri ini dengan adil dan penuh saksama," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria (gambar) dalam satu kenyataan.

Ayahanda Zambry, Abd Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun lepas. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014


























































































































































































































































Bajet 'gempak' anak muda, hidup makin terhimpit

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Perak berpandangan Bajet 2015 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat tidak mengambil kira permasalahan utama rakyat iaitu kenaikan kos kehidupan seharian yang tidak terkawal.

Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kerajaan tidak peka terhadap kesengsaraan rakyat apabila kos kehidupan gagal dikawal dengan baik dan di dalam bajet tersebut tidak ada usaha untuk menyelesaikan hatta mengawalnya.

"Kami sangat peka terhadap kesengsaraan kelompok yang terbeban termasuklah golongan muda yang terhimpit dalam menentukan masa hadapan mereka oleh kerana cabaran yang dihadapi masa kini," ujarnya.

Menurutnya, anak muda semakin ramai yang menganggur walaupun mempunyai kelulusan oleh kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.

Tambahnya, anak muda yang telah berkeluarga pula menghadapi cabaran besar untuk menstabilkan kehidupan seharian mereka oleh kerana peningkatan kos keperluan harian dan dalam masa yang sama pendapatan perkapita masih rendah.

Kata beliau lagi, pihaknya melihat bajet yang dikemukakan itu tidak begitu serius untuk menyelesaikan permasalahan tersebut sebaliknya hanya bermain angka dan pengumuman 'gempak' seperti pemberian kemudahan kepada golongan muda untuk membeli rumah pertama sedangkan ianya sangat terhad.

"Kami merasakan, insentif sedemikian tidak memberikan manfaat yang besar jika kenaikan kos kehidupan tidak dapat dikawal oleh kerajaan," ujarnya lagi.

Pemuda PAS juga, tambahnya kecewa apabila mahasiswa tidak ditekankan oleh perdana menteri dalam belanjawan tersebut melainkan penerusan bantuan one-off baucer buku yang tidak memberi manfaat yang besar kepada mereka.

Ini, ujar beliau kerana permasalahan utama pelajar khususnya mahasiswa di universiti ialah kos pendidikan yang sangat tinggi serta pembiayaan pembelajaran seharian mereka.

Lebih menyedihkan, katanya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 'diugut' apabila gagal untuk melunaskan walhal kerajaan tidak mengambil maklum kenapa mereka gagal berbuat demikian.

Beliau berpandangan, adalah tidak adil memperjudikan nasib dan masa depan mereka hanya disebabkan kegagalan mereka melunaskan wang PTPTN yang umum mengetahui ianya digunakan untuk membiayai kos pendidikan mereka.

"Kami menempelak bajet yang dicanangkan pro-rakyat itu sedangkan intipatinya tidak menggambarkan apa yang diperkatakan dan PAS menganggap bajet ini hanya retorik semata-mata," katanya. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Sumber HD - 12-10-2014


























































































































































































































































Bajet 2015: 'Beri secupak ambil balik segantang'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Perak telah menjangkakan sejak awal lagi bahawasa Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat adalah bersifat mengelirukan rakyat.

"Ibarat 'beri secupak ambil balik segantang' atau 'beri RM1 dan ambil semula RM100' daripada seluruh rakyat," kata Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.

Beliau berpandangan, rakyat mungkin dikhayalkan dengan pemberian yang tidak seberapa berbanding kenaikan yang berlaku termasuklah harga minyak yang dinaikkan sebanyak 20 sen.

Menurutnya, rakyat akan merasai keperitan dengan kenaikan kos kehidupan seharian kesan daripada kenaikan harga minyak dan menjelang perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.

Beliau berkata, ia sudah pasti akan memberi impak yang besar terhadap inflasi ekonomi negara secara keseluruhan.

"Bajet yang dibentang itu juga turut mengelirukan dan mengaburkan mata golongan tertentu termasuklah belia, nelayan serta golongan berpendapatan rendah yang kurang kesedaran politik dan perkembangan semasa," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau seluruh rakyat perlu membuat pengiraan secara logik tentang peningkat drastik yang bakal berlaku pada tahun 2015 yang dijangka sangat mencabar.

Sebagai contoh, ujarnya pekebun getah dan sawit perlu membuat kiraan tentang kehilangan pendapatan akibat daripada penurunan harga komoditi getah dan sawit di mana tiada langkah yang serius oleh kerajaan terhadap permintaan rakyat untuk menetapkan harga lantai RM4/kg berbanding masa ini.

Menurutnya lagi, golongan usahawan khususnya kecil-kecilan perlu mencongak apa yang akan berlaku pasca kenaikan harga minyak serta perlaksanaan cukai GST yang akan menyebabkan modal mereka meningkat dan secara tidak langsung untung semakin berkurang.

Katanya, GST memberi kesan langsung terhadap kenaikan harga barang sebanyak 6% yang ditanggung oleh pengguna.

"Kami sangat mengharapkan agar kekayaan negara daripada pelbagai sumber yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat diurus dengan bijak bagi memberi impak yang lebih besar seterusnya nikmatnya diperoleh oleh seluruh rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Sumber HD - 12-10-2014

Menanti bajet ringankan beban rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Perak menanti sesuatu pengisytiharan yang baik daripada Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.


Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, kerajaan Umno BN perlu sedar kuasa yang diberikan oleh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk memikir sesuatu usaha untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat.

Katanya, pendapatan pekebun kecil getah dan sawit merosot lebih daripada 50% yang mana sebelum PRU13 mencecah RM9/kg namun sekarang serendah RM1.60/kg.

Menurutnya, harga sawit daripada RM900 berkurang sehingga sekitar RM300-RM400 setan.

Katanya, penurunan harga komoditi ini dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga pasaran dunia.

Namun, ujar beliau apa yang menghairankan ialah, diketahui harga pasaran dunia minyak mentah dunia ketika ini turun daripada USD135/barel kepada sekitar USD90/barel namun kerajaan Umno bertindak tidak seiring apabila menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak RM0.20 seliter.

"Kenaikan ini mendorong kepada kenaikan secara berantai semua kos barangan dan perkhidmatan seterusnya menambahkan lagi beban yang dialami oleh rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, tambah beliau belum lagi mengambil kira kesan daripada tindakan kerajaan menafikan tarif elektrik sebelum ini.

Belau berkata, penurunan pendapatan dan peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan.

Fenomena ini, ujarnya mendorong rakyat terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung perbelanjaan.

"Rakyat menghabiskan lebih daripada 12 jam sehari bekerja untuk menampung kekurangan pendapatan. Ini akan menyumbang banyak lagi perkara negatif dalam institusi masyarakat dan keluarga," kata beliau.

Justeru, ujar Razman PAS Perak menaruh penuh harapan semoga bajet kali ini berkisarkan bajet prihatin rakyat, bukan bajet menjaga kroni serta bajet membodohkan rakyat untuk mengekalkan kuasa semata-mata seperti pemberian BR1M tidak memberi impak ekonomi rakyat dan negara. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.

"Saya ingin tegaskan pengurangan subsidi minyak, bukan sahaja langkah yang tidak popular, malah ia adalah langkah yang amat menyeksa rakyat dan juga status ekonomi negara," ujarnya lagi.

Menurutnya, peningkatan inflasi yang akan berlaku bukan hanya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan rakyat, malah aliran ekonomi negara juga akan terjejas.

Katanya lagi, negara berpendapatan tinggi tidak sepatutnya dinilai pada kocek pimpinan atau peti simpanan wang negara.

"Apalah erti kekayaan negara jika rakyat terus terhimpit dan hidup menderita," katanya.

Bahkan, ujarnya kocek dan tabung yang tiris itu tidak akan penuh sekali pun diisi dengan semua harta rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, melalui respons yang diberikan oleh pimpinan negara dalam isu harga minyak ini, menunjukkan mereka bukan sahaja sampai hati menindas rakyat, malah mereka juga sampai hati merendah-rendahkan pemikiran rakyat marhaen.

Justeru, tegasnya mesej yang jelas ialah jika mahu turunkan harga minyak, Umno BN perlu diturunkan terlebih dahulu. - HARAKAHDAILY 6/10/2014

Sumber HD - 6-10-2014
































































































































































































































































Bajet 2015: Perak digesa bangunkan sukan

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Pemuda PAS Perak terpanggil mencadangkan kepada kerajaan negeri bagi pembahagian peruntukan kepada belia dan sukan agar turut memberikan fokus juga kepada pembangunan sukan yang lainnya.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss berkata, sebelum ini rakyat dapat melihat banyak peruntukan diberikan kepada sukan bola sepak termasuk yang terbaru dianjurkan Liga Bolasepak Perak Aman Jaya yang sudah tentu banyak peruntukan telah disalurkan bagi penganjurannya tersebut.

"Kami tekankan juga bahawa peruntukan kepada sukan lagi juga perlu seperti sukan hoki, badminton, berbasikal, boling, sepak takraw dan yang lainnya kerana ianya akan membantu perkembangan pembangunan sukan di Negeri Perak khasnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, pihaknya berharap kerajaan negeri akan melebarkan peruntukan kepada sukan lainnya bagi memastikan sukan tersebut tidak terpinggir dan mampu melonjakkan nama serta imej Perak dalam sukan tersebut di masa akan datang.

Pemuda negeri juga, katanya juga menyarankan agar Kerajan Negeri Perak melihat keperluan prasarana sukan diberikan peruntukan juga di dalam Perbentangan Bajet 2015 ini nanti, ini kerana sebelum ini tiada peruntukan yang diberikan bagi tujuan prasarana sukan khasnya.

Tambahnya, walaupun menyedari bahawa peruntukan pembinaan prasarana ini akan datangnya daripada Kerajaan Persekutuan, ini tidak bermakna peringkat Kerajaan Negeri Perak tidak mampu membina prasarana yang difikirkan pada nilai kecil dan berguna untuk banyak pihak agar diberikan.

Seperkara lagi, ujr beliau yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Perak juga adalah bagi menyediakan litar motor di Bandaraya Ipoh yang amat diminati oleh generasi anak muda khasnya.

Menurut beliau, ramainya peminat motosikal khasnya amat menunggu-nunggu agar Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan untuk membina litar motor tersebut.

"Kami mengharapkan Kerajaan Negeri Perak tidak akan menghampakan anak muda yang berminat di dalam bidang ini di dalam Bajet 2015 nanti," katanya lagi. HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

Najib khianati mesej merdekanya sendiri

DR KHAIRUDDIN ABD MALIK | .

MERDEKA! Merdeka ! Merdeka! adalah 'laungan keramat' Perdana Menteri Najib Tun Razak di hujung ucapan beliau kepada rakyat pada jam 9.45 malam Sabtu, 20 Ogos lalu. Sepanjang ucapan beliau Najib telah ‘berjaya’ mengusik emosi rakyat dalam ucapan penuh bergaya dengan mainan intonasi suara dan mimik muka pelbagai bahawa beliau adalah Perdana Menteri Melayu yang sangat berjaya.

Intisari ucapan beliau adalah:

Negara ini dulunya miskin dan kini menjadi kaya.
Negara ini bakal menjadi negara berpendapatan tinggi.
Negara ini kecil tetapi berjiwa besar dan hebat bersaing dengan negara-negara lain.
Negara ini telah menghadapi pelbagai ujian besar dan semuanya dapat dilalui dengan jayanya.
Negara ini adalah negara Islam Moden dan menjadi contoh kepada negara lain.

Dicelah-celah ucapan beliau tersebut banyak kali dipertegaskan betapa segala ‘kejayaan’ tersebut adalah kerana kerja keras dan dinamika kepimpinan beliau selaku pucuk pimpinan negara. Hanya sekali belum juga menyebut tentang sumbangan rakan-rakan beliau pemimpin-pemimpin terdahulu.

Memang detik tersebut milik Najib dan ditakdirkan pilihan raya umum berlaku minggu ini, besar kemungkinan beliau menang besar dan mampu merampas kembali banyak kerusi-kerusi milik pembangkang.

Benarkah keadaan negara kini seindah yang dikhabarkan oleh Najib? Benarkah negara ini hebat dan berjaya mengatasi pelbagai tragedi besar kerana kebijaksanaan orang-orang seperti Najib?

Satu persoalan terpenting ingin ditanya oleh penulis. Adakah tepat dan bukan merupakan fitnah kepada Islam apabila Najib berteriak betapa Malaysia adalah sebuah negara Islam moden contoh dan rujukan negara lain?

Jawapan kepada soalan-solan sebegini sebenarnya mudah dijawab jika rakyat lebih celik dan peka tentang konsep-konsep penting berkerajaan (governance): pengasingan kuasa (separation of power), kedaulatan undang-undang (supremacy of law), ketelusan (integrity) dan hubungan negeri-federal (federalism).

Penulis sengaja tidak menuntut konsep pemerintahan Islam yang jauh lebih tinggi piawaiannya.

Konsep-konsep seperti: ihsan, ubudiah, amanah, mas’uliah, itqan, qanaah dan ukhuwah yang menuntut kepada pemerintah yang bukan sahaja cemerlang tetapi mulia di bumi dan di langit.

Untuk memahami persoalan-persoalan tersebut rakyat pelu berfikir lebih kritis dan terbuka. Rakyat perlu melepaskan diri daripada berfikir dalam kotak pemikiran yang diajar oleh Umno: ”Ingat tak masa zaman Jepun dahulu, orang Melayu terpaksa makan ubi kayu. Cuba lihat negara-negara lain yang tak pernah aman dan rakyat kebuluran."

Dengan pemikiran sedemikian rakyat dikongkong untuk mampu berfikir ke arah mencapai kemerdekaan sebenar. Rakyat dibelenggu daripada boleh memikirkan betapa negara indah, kaya dengan sumber alam dan bebas daripada bencana alam sepatutnya mampu memberikan yang lebih baik kepada rakyatnya.

Penulis mengajak rakyat berfikir dan menjawab persoalan kritikal berikut:

Negara tidak pernah dipimpin oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar bukan Melayu – tetapi mengapa orang Melayu masih merupakan yang termiskin.

Melayu dan Majlis Islam Kebangsaan, Majlis Agama Negeri-negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam negeri negeri tetapi mengapa rakyat beragama Islam yang paling banyak berzina, buang anak, cucuk dan hisap dadah bahkan ada yang merempat minta susu anak kepada gereja dan NGO-NGO bukan Islam.

Malaysia ada sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara yang stuktur autoritinya lengkap tetapi kenapa kes-kes pembunuhan dan rasuah berprofil tinggi sengaja enggan didakwa dan diberikan keadilan.

Malaysia ada agensi-agensi seperti SPRM dan Juruaudit Negara tetapi kenapa ada anak-anak menteri yang berusia muda tanpa memiliki apa-apa perniagaan boleh pula membeli mahligai di negara luar bernilai puluhan juta ringgit.

Malaysia adalah negara berkonsepkan federalism dan sensitiviti isu Sabah menuntut keluar Malaysia tak pernah selesai tetapi kerajaaan boleh membina pelbagai prasarana pengangkutan di Lembah Klang mencecah hampir RM100 bilion namun sekadar nak bina lebuh raya-lebuh raya saiz sederhana di Sabah dan Sarawak. Di Kelantan kerajaan memberikan pelbagai alasan yang tak masuk akal.

Kerajaan Persekutuan melalui Petronas menyedut keluar berpuluh bilion ringgit minyak dan gas daripada perut laut perairan Sabah, Sarawak dan Kelantan tetapi prasarana bekalan air dan elektrik untuk negeri-negeri tersebut masih jauh daripada memuaskan. Khususnya untuk Kelantan isu tersebut terus dijadikan momokan politik mengutuk kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Malaysia yang mengaku negara Islam tetap menolak prinsip ekonomi al-Quran yang melarang longgokan kekayaan dalam kalangan golongan tertentu sahaja. Golongan kapitalis jerung terus rakus, rakyat miskin derita tanah mereka dirampas. Gini index (ukuran jurang kaya miskin) untuk Malaysia yang paling teruk di Asia Tenggara.

Terlalu banyak yang boleh ditulis hal Malaysia yang pincang akibat pimpinan negara yang tidak berjiwa besar dan tidak beriltizam dengan kebenaran, keadilan dan keihsanan. Terkini ramai tokoh veteran negara yang berkata tentang kerisauan mereka kemungkinan Malaysia menjadi negara yang gagal (a failed nation).

Petandanya semakin jelas. Hanya 24 jam selepas ucapan Najib mengajak rakyat bersatu, rakyat dikejutkan dengan tangkapan lebih 100 ahli Pasukan Petugas Sukarela, PPS Pulau Pinang. Ancaman juga dibuat oleh Menteri Dalam Negeri untuk menangkap ahli-ahli Unit Amal PAS.

Jelas kerajaan Umno telah menghantar mesej yang salah kepada rakyat. Kumpulan sivil yang sepatutnya menjadi rakan kongsi kerajaan telah dimusuhi hanya kerana mereka bukan dari parti pemerintah. Kerajaan pimpinan Umno sebenarnya belum bersedia untuk menghumbankan dendam kesumat mereka dan tidak boleh menerima saingan politik yang sihat.

Yang penulis bangkitkan bukan soal Umno-BN dan PAS-Pakatan Rakyat. Kita bercakap soal sebuah negara bangsa dan masa depan rakyat. Siapa pun yang menerajui kerajaan negara ini wajib menampilkan kepimpinan berjiwa besar dan berkualiti tinggi. Mereka mesti merdeka daripada pemikiran bawah tempurung bahawa tidak apa rakyat berpecah dan terus miskin asalkan parti yang didukungi terus berkuasa. Kita mencari pemimpin yang merasa bersalah jika melihat anak India miskin melarat walupun dia seorang Melayu. Kita kempunan pemimpin yang hidup sederhana macam rakyat.

Kita kepinginkan pemimpin yang merasa berdosa kerana gagal memajukan Sabah hinggakan ramai rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung. Kita tercari cari pemimpin yang mengancam anaknya sendiri untuk dipotong tangannya jika mencuri duit rakyat!

Negara ini milik rakyat dan amanah daripada Allah. Rakyat berhak mendapat yang terbaik. Zaman retorik sudah berakhir. Cabaran yang sama wajib disambut juga oleh pimpinan PAS-DAP dan KeADILan kerana kepimpinan adalah amanah dan akan menjadi punca kepada penyesalan diakhirat kelak. – HARAKAHDAILY 10/9/2014

Penulis adalah Yang Dipertua PAS Tambun dan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak

Sumber HD - 10-9-2014
































































































































































































































































SOP JAIPk: Kilang roti kotor, tulang babi dalam kolam ikan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya umat Islam mengenai produk permakanan yang dijamin halal dan bersih.

"Kejadian pembatalan status halal terhadap sebuah kilang roti di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kerana kotor dan pendedahan ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah yang telah disahkan tulang babi amat mengejutkan," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi dalam satu kenyataan.

Katanya, kedua-dua kejadian tersebut sungguh mencemaskan apabila isu produk makanan halal yang disahkan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dipersoalkan.

Bagi Penyedar, kata beliau ianya juga secara langsung akan memberikan kesan kepada pengusaha kecil yang lain seperti pengusaha-pengusaha kecil kilang roti dan juga pengusaha-pengusaha kolam ikan patin.

Malah, ujar Asmuni ianya turut memberikan kesan juga kepada pemborong dan peniaga-peniaga gerai kecil kerana pengguna telah mulai meraguinya.

Menurutnya, isu pertikaian kesahihan produk atau kelulusan halal yang diperolehi kepada pengusaha hanya berlaku setelah terdapat laporan tentang kemusykilan status halal yang diberikan ataupun sebelum kelulusan baru atau kelulusan semula setiap permohonan daripada pengusaha.

"Ini memberikan gambaran ketidak cekapan atau tidak bersifat proaktifnya agensi yang diberikan tanggungjawab besar ini kerana ianya amat menitikberatkan isu permakanan halal terutamanya yang beragama Islam," katanya lagi.

Justeru, tegasnya Penyedar mendesak agar agensi peringkat negeri terutamanya seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang diberikan tanggungjawab dalam urusan ini agar lebih meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak keraguan setiap produk permakanan yang telah diberikan status halal selama ini.

Katanya, diakui penglibatan agensi kerajaan lain yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahagian kesihatan dan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu berkerjasama dengan lebih erat dan bertindak dengan lebih pantas lagi.

"Perlu diambil perhatian kelemahan dan ketidakcekapan dalam bertindak adalah menjadi faktor isu berbangkit tentang status produk halal yang berada di pasaran," katanya.

Beliau menambah, kurangnya pemantauan dan keboleh percayaan terhadap status halal sesuatu produk kadang-kadang berlaku kerana penetapan 'standard' dan kelayakan uji kaji yang telah dilakukan oleh agensi yang sepatutnya diberikan kuasa untuk mengkaji sesuatu permakanan tersebut.

Ini, ujarnya kerana bidang kuasa yang terdapat antara agensi tersebut terdapat kelemahan atau tidak memenuhi sesuatu keperluan semasa.

Bagi Penyedar, ujar beliau perkara yang boleh dilakukan oleh JAIPk sebagai contoh perlu menyenaraikan produk-produk halal yang telah diberikan statusnya dan usaha penambahan kakitangan bagi tujuan siasatan, penguatkuasaan serta pemantauan perlu diberikan perhatian dengan segera.

"JAIPk perlu mengembalikan kepercayaan pengguna terutamanya masyarakat beragama Islam akan status permakanan halal yang telah diberikan kelulusan selama ini.

"Ianya amat perlu bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat selama ini atas produk halal yang digunakan oleh mereka di luar sana," katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Sumber HD - 23-8-2014

PAS Perak sokong pertemuan 8 mata

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak menyambut baik saranan Pemuda Pakatan Rakyat yang mencadangkan agar pertemuan lapan mata diadakan membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) menyifatkan cadangan itu sebagai sangat baik dan wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik yang timbul sekaligus mengekalkan keutuhan dan keharmonian Pakatan Rakyat.

"Penyelesaian berbentuk umum dengan menggunakan media tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan lagi barah yang sedang berusaha untuk diubati.

"Ketika ini pendedahan dan perbincangan dilakukan secara umum di media-media dan ianya menggambarkan satu perkara yang tidak baik di mata masyarakat yang sangat memberikan harapan kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan negara," ujar beliau.

Menurut Misbah, kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat perlu dijaga dengan tidak menggambarkan permasalahan dan konflik dalaman secara umum.

Konflik dan salah faham di dalam organisasi, ujar beliau adalah perkara biasa namun tidak wajar dibahaskan secara terbuka sebaliknya diselesaikan secara musyarawah dalam perbincangan yang harmoni.

"Penyelesaian melalui media tidak akan mampu menyelesaikan masalah dan justeru itu dinasihatkan agar semua pimpinan Pakatan Rakyat terutama PAS mengambil kira faktor negatif daripada apa jua tindakan yang dilakukan.

"PAS Perak yakin jika perbincangan lapan mata ini berjaya direalisasikan, masalah yang sedang menimpa ini akan berjaya diselesaikan secara harmoni," ujarnya. - HARAKAHDAILY, 7/8/2014

Sumber HD - 7-8-2014
































































































































































































































































Jangan benarkan Umno BN miliki senyuman terakhir

HARAKAHDAILY | .
PEMUDA Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir.

Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.

Tanggal 8 Mac 2008 merupakan satu hari yang bersejarah untuk negara yang mana Rakyat telah mencatat tsunami politik dalam sejarah Negara kita.

Hari tersebut turut membawa suatu makna yang istimewa bagi Negeri Perak, yang mana pimpinan megeri ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR telah untuk kali pertamanya duduk bersama-sama dan bersetuju untuk menubuhkan satu kerajaan negeri campuran pada pukul 3 pagi 9hb Mac 2008, dan sejurusnya membuka satu landasan politik yang baru untuk perkembangan politik berdemokrasi dalam 6 tahun selepas itu.

Negeri Perak merupakan negeri di mana lahirnya Pakatan Rakyat. Pada 8hb Mac 2008, PAS dan PKR boleh menubuhkan Kerajaan Negeri di Kelantan dan Kedah tanpa wakil daripada DAP, PKR dan DAP mampu menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan Selangor tanpa kehadiran wakil PAS.

Tanpa situasi di Negeri Perak yang mana DAP memenangi 18 kerusi, PKR memenangi 7 kerusi dan PAS memenangi 6 kerusi, tidak akan lahirnya Pakatan Rakyat selepas penubuhan Kerajaan campuran Negeri Perak.

Dalam masa 6 bulan yang lepas, Pakatan Rakyat secara keseluruhannya telah menghadapi cabaran demi cabaran yang menyinggung keyakinan bukan sahaja di kalangan pengundi-pengundi, malah juga di kalangan ahli-ahli parti-parti masing-masing.

Kita tidak boleh menafikan sememangnya terdapat percanggahan pendapat antara kita dalam sesetengah isu yang terbangkit, yang sejurusnya membawa suatu persoalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal bersama dalam usaha kita menghadapi pada PRU14. Kita tidak dapat nafikan pelbagai unsur bukan sahaja telah menguji solidariti kita, malah telah mengamplifikasikan perbezaan kita.

Krisis perlembagaan negeri Perak pada tahun 2008 sememangnya telah membawa Pakatan Rakyat ke satu tahap kerjasama yang lebih tinggi dan mantap. Pemuda Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas kemelut krisis tersebut, yang juga merupakan Pemuda Negeri pertama yang ditubuhkan di negara, telah bekerjasama dengan sebegitu erat dalam 6 tahun yang lepas. Kita tidak akan membenarkan semangat silaturahim yang dijalin sepanjang masa ini dihancurkan oleh hasrat assabiyah tajaan lawan politik kita.

Solidariti dan persamaan perjuangan adalah lebih penting daripada mana-mana isu-isu yang terbangkit. Kita percaya bahawa kita mampu untuk mencapai titik persamaan dalam perbezaan yang terbangkit. Perjuangan untuk landasan politik baru demi kepentingan negara dan rakyat, dan keperluan untuk Pakatan Rakyat untuk kekal bersama, adalah jawapan kepada perangkap yang diaturkan oleh lawan politik kita.

Sebagai suatu negeri yang mana lahirnya Pakatan Rakyat, Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap kukuh dan bersatu untuk meneruskan landasan politik hasil daripada amanah yang diberi oleh Rakyat dalam PRU12 dan PRU13. Kita akan terus berpegang kepada prinsip amar makruf dan nahi munkar. Kita akan bersama menjunjung sistem demokrasi berparlimen. Kita tidak akan terhenti dalam usaha kita untuk menegakkan keadilan dan membebaskan negara daripada cengkaman rasuah dan munafik.

Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir. Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.

Tulisan di atas atas adalah kenyataan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Wong Kah Woh (Ketua DAPSY Perak) dan Zafril Mohd Eusoff (Ketua AMK Perak).

Sumber HD - 1-8-2014

Jerebu: Tingkat kesedaran terhadap alam sekitar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menyarankan agar pengurusan alam sekitar dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama ada secara formal atau tidak formal.

"Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi.

Katanya, aktiviti itu dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya.

Tambahnya, aktiviti itu dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) merasa cukup bimbang dengan keadaan jerebu yang kembali melanda negara ini dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat dan kawasan paling teruk dilanda jerebu ialah di Sri Manjung dengan bacaan IPU 229 manakala di Tanjung Malim pula mencatatkan yang terkini di paras 115, diikuti di Taiping mencatatkan IPU 114 dan di Ipoh dengan paras 110.

Akibat keadaan tersebut, sekolah-sekolah di daerah Manjung telah diarah tutup ekoran keadaan jerebu yang teruk yang akan membahayakan kesihatan guru-guru dan pelajar-pelajar terutamanya, ianya melibatkan sekolah-sekolah di Sri Manjung dan juga Beruas sehinggakan paras IPU menurun dengan suasana cuaca serta kualiti udara yang menyumbang kepada keadaan yang ada.

Umum maklum, kesan pencemaran jerebu ini akan membawa beberapa masalah kesihatan kepada semua orang seperti penyakit asma, lelah dan masalah pernafasan yang agak kritikal. Ianya juga akan menjejaskan jarak penglihatan menjadi pendek apabila memandu kenderaan dan membahayakan pemandu dengan jarak penglihatan yang kabur. Akibatnya juga kepada kualiti udara yang menjadi debu dan mengotorkan udara sedia ada yang memudahkan pelbagai penyakit lainnya juga.

Jerebu juga akan mengakibatkan keadaan alam sekitar akan tercemar oleh kerana debu yang akan menghalang cahaya matahari dan menyukarkan proses fotosintesis berlaku dan ianya akan mengakibatkan pokok-pokok mati kerana tiada sumber makanan dan seterusnya akan memberi kesan kepada manusia jua.

Bagi Penyedar, kekerapan masalah kualiti udara akibat jerebu terutamanya berlaku di daerah Manjung tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama akan menjejaskan ekonomi di sektor pelancongan kita di Negeri Perak khasnya.

Usaha ke arah memelihara, mencegah dan memastikan kualiti udara di daerah Manjung perlu menjadi agenda besar Kerajaan Negeri Perak dan memerlukan tindakan susulan yang tegas dan segera.

Ini kerana dilihat saban tahun dalam tempoh yang sama akan terus berlaku masalah jerebu yang akhirnya membataskan pergerakan dan aktiviti masyarakat di sana. Perlu diwujudkan satu Pelan Bertindak jangka masa pendek dan panjang bagi daerah Manjung khasnya berkaitan kualiti udara dan perlu diwujudkan satu Jawatankuasa Khas peringkat negeri yang dianggotai oleh agensi-agensi yang terlibat bagi mencari kaedah dan perancangan untuk memelihara kualiti udara yang membuka ruang jerebu berulang.

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak yang berkuasa, orang awam haruslah mengambil sikap bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini.

Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakkan mengunakan kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik.

Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, treding dan ladang-ladang.

Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak Kerajaan Negara Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.

Pembenihan awan perlu dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan melalui kaedah semburan larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air dan seterusnya menghasilkan hujan.

Penyedar juga menyarankan agar pengurusan alam sekitar dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.

Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemeliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang berjaya jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.- HARAKAHDAILY 23/7/2014

Sumber HD - 23-7-2014

No comments:

Post a Comment