BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

NGO PRO ISLAM : MAPIM / SHURA / TERAS / ABIM / IKRAM / WADAH / ILMUAN / MURSHID / PUM




Rohingya: Selepas himpunan, sekarang masa bertindak

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43499-rohingya-selepas-himpunan-sekarang-masa-bertindak

Setelah berjaya menganjurkan perhimpunan solidariti ummah untuk Rohingya pada 4 Disember 2016 yang lalu, kini PM Datuk Seri Najib perlu bertindak.

Jika tidak, PM Malaysia hanya akan dilihat berani di atas pentas tetapi takut untuk membuat keputusan yang lebih konkrit untuk menghentikan pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.

Jika perhimpunan itu hanya tinggal retorik dan laungan solidariti semata-mata, kerajaan Myanmar tidak akan merasa apa-apa kesannya, malah akan melipat ganda genocide massal yang kini telah berlarutan ke bulan kedua semenjak 9 Oktober 2016.

Dalam tempoh itu ratusan yang sudah terbunuh, ribuan rumah dibakar, ribuan yang ditangkap dan hilang, puluhan kes rogol dilaporkan, ribuan penangkapan arbitrari dilancarkan, puluhan ribu melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa, perampasan harta benda yang berleluasa,  pembakaran masjid dan penafian hak manusia oleh tentera Myanmar berterusan.

Tidak guna laungan yang bergema di dalam dewan dan tersiar di dalam media, tanpa sebarang langkah konkrit untuk menyelesaikan isu kezaliman di negara tersebut.

Malaysia mesti menuntut Myanmar untu menghentikan penindasan ke atas Rohingya dan tidak tunduk kepada reaksi balas bahawa ia kononnya urusan dalam negara.

Tuntutan awal yang mesti dilakukan ialah menghentikan pembunuhan dan pengusiran orang Rohingya dari perkampungan mereka dan nyawa orang awam Rohingya mesti dilindungi.

Tekanan mengguna jalur diplomasi yang berkesan perlu dilancarkan segera oleh Malaysia ke atas Myanmar.  Malaysia perlu mendesak negara yang lain yang mempunyai pengaruh ke atas Myanmar seperti China dan India supaya segera menghentikan penindasan tersebut.

Negara seperti US, UK dan negara anggota EU juga boleh memberi tekanan yang sama. Malaysia perlu melobi negara-negara berkenaan agar menekan Myanmar dengan tindakan sekatan ekonomi atau memutuskan hubungan diplomatik.

PM Malaysia juga perlu menggunakan saluran Asean, Majlis Keselamatan PBB dan OIC untuk mengusulkan tindakan ke atas Myanmar. Keputusan dan resolusi yang tegas perlu disuarakan oleh Malaysia supaya diusulkan kepada forum antarabangsa.

Sekaranglah masanya Malaysia menunjukkan konsistensinya dalam menjuarai isu hak manusia etnik Rohingya, baik melalui dasar luar mahupun tindakan dalam negara.

Usul isu Rohingya yang ditolak untuk dibahaskan di Parlimen baru-baru ini perlu dipertimbangkan semula dan sidang khas Parlimen hendaklah diadakan segera. Parlimen harus memutuskan beberapa langkah yang drastik agar Malaysia dilihat serius dalam menangani isu penindasan ke atas Rohingya yang sudah berlarutan lebih 6 dekad.

Ini termasuk menilai semula keanggotaan Myanmar dalam Asean, menghadkan pertalian perdagangan, menggantung kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik. Semua ini adalah medan untuk Malaysia mengisytiharkan pendirian yang tegas terhadap Myanmar.

Kami menggesa kerajaan Malaysia melihat semula layanan yang diberi kepada pelarian Rohingya di Malaysia. Setakat ini puluhan ribu mereka berada di Malaysia dalam keadaan mengharap ihsan dari kerajaan kerana mereka masuk ke negara ini tanpa dokumen, sedangkan  mereka adalah pelarian mengikut UNHCR.

Lantaran itu membiarkan mereka tanpa peluang mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan, tidak mendapat akses kepada pendidikan serta perkhidmatan kesihatan, adalah suatu polisi yang tidak selaras dengan semangat melaungkan solidariti ummah bersama Rohingya. - HARAKAHDAILY 6/12/2016

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 6-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rohingya: Menentang genosid bukan campur tangan

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43459-rohingya-menentang-genosid-bukan-campur-tangan

MAPIM MENGINGATKAN MYANMAR - MENYUARA MENENTANG GENOCIDE TERHADAP ROHINGYA, BUKAN CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN DALAM NEGERI

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengingatkan Myanmar bahawa menyuarakan keprihatinan terhadap genocide ke atas etnik Rohingya tidak boleh dilihat sebagai campur tangan dalam urusan negara. Apa yang berlaku di Myanmar adalah jenayah genocide dan bukan perselisihan politik antara kumpulan.

Myanmar telah membuat kenyataan menegur Malaysia jangan campur tangan dalam urusan dalam negara Myanmar sebagai reaksi kepada siri demonstrasi dan perhimpunan di Malaysia serta acara pada 4 Disember untuk menunjukkan solidariti bersama etnik Rohingya oleh rakyat Malaysia.

Penghapusan kumpulan minoriti atas alasan bahawa mereka bukan rakyat Myanmar sama sekali tidak boleh diterima. Bukan sahaja keprihatinan rakyat Malaysia adalah kepada Rohingya yang beragama Islam tetapi ia juga adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

Sudah ada bukti yang kukuh oleh pihak UN bahawa genocide benar-benar sedang berlaku di Myanmar. Menyatakan keprihatinan kepada apa yang terjadi di Myanmar, sejak gelombang pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di daerah Maungdaw adalah wajar, selaras dengan Article 2 of the Convention on the Prevention and Punishment Against Genocide (CPPCG).

Rakyat Malaysia amat kesal dengan reaksi kerajaan Myanmar bahawa mengadakan perhimpunan untuk Rohingya yang kini dizalimi melalui penghapusan ektnik dianggap campur tangan urusan dalam negara.

Sedang limpahan mangsa penindasan Myanmar ke atas Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran dalam Asean berpotensi mencetuskan ketidakstabilan di rantau ini.

Malaysia kini menjadi negara penerima ribuan pelarian Rohingya sejak 1982. Mengesa kerajaan Myanmar bertindak mencari penyelesaian kepada penindasan ke atas etnik Rohingya adalah gesaan yang sah. Oleh kerana Myanmar tidak mengendahkan teguran dan penindasan terus dilancarkan, malah semakin meningkat sejak 2012, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dan kemarahan kepada Myanmar.

Ratusan ribu Rohingya kini berada di Malaysia, Thailand dan Bangladesh. Myanmar mesti bertanggungjawab terhadap peningkatan pelarian setiap kali gelombang pembunuhan dilancarkan ke atas kaum Rohingya yang tidak mempunyai sebarang upaya mempertahankan diri.

Kami mengingatkan Myanmar, rakyat Malaysia dan rakyat di negara lain di rantau ini tidak boleh membisu terhadap tindakan brutal dan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak dan wanita etnik Rohingya.

Tentera Myanmar dan kerajaannya jelas sedang melancarkan genocide pada skala besar-besaran. Mengikut Artikel 2 Convention on Prevention and Punishment Against Genocide  yang berkuatkuasa sejak 12 Januari 1951 oleh PBB, sepatutnya tindakan boleh dilakukan ke atas Myanmar.

Tindakan penindasan di Myanmar yang sebegitu lama yang dilakukan dengan tujuan menghapuskan, semua atau sebahgian  kaum, etnik atau penganut agama, membuktikan ia sudah cukup alasan untuk semua anggota Asean dan badan antarabangsa mengambil langkah perlu untuk menghukum Myanmar berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Kami menyokong kerajaan Malaysia untuk menekan Myanmar supaya mengusulkan Myanmar digantung atau dipecat dari Asean jika Myanmar berdegil meneruskan penghapusan etnik Rohingya.

Kami juga menggesa kerajaan Malaysia mempertimbangkan menarik keluar pelaburan atau membekukan pelaburan di Myanmar atau memutuskan hubungan diplomatik jika situasi di Myanmar tidak pulih. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber HD - 4-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAPIM To Tile Case On Rohingyas With ICC

The Malaysian Consultative Council for Islamic Organisations plans to file a case on the Rohingya issue in Myanmar with the International Criminal Court in The Hague.

Mapim chairman Mohd Azmi Abdul Hamid said the council was compiling information on the atrocities against the minority Muslim community in northern Rakhine to support the case.

He also said that one of the NGOs that Mapim had consulted on the case was the Islamic Human Rights Commission (IHRC) based in London.


“Mapim is compiling evidence with the help of the Rohingya community in Malaysia and Arakan, Myanmar,” he said to reporters after a Rohingya solidarity programme at the Sultan Azlan Shah Mosque here yesterday.

Mohd Azmi said Mapim also called on the Malaysian government to apply pressure on international organisations to take stern action against Myanmar.

In Parit, Perak deputy mufti Zamri Hashim said Muslims in Malaysia should take a lesson from the atrocities against the Rohingya to resolve to strengthen solidarity of the ummah.

He spoke to reporters after performing the ground-breaking for the second phase of a madrasah in Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, today. The RM2.3-million project is scheduled for completion at the end of next year.

Zamri said the state-level Rohingya Solidarity Fund launched last night would seek contributions from over 600 mosques and 30 suraus on Friday. ― Bernama

Sumber BO - 3-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUU 355: Tak salah ada percaturan politik jika untuk kebaikan Islam
Posted on Wednesday, November 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32646



BANGI, 29 Safar 1438H, Selasa – Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, jika benar berlaku percaturan politik di sebalik Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) demi kebaikan orang Islam, maka ianya adalah sesuatu perkara yang biasa.

"Tidak menjadi masalah jika ia membentuk satu pakatan dengan parti politik lain, asalkan memberi kebaikan kepada umat Islam.

"Tak kisahlah kalau PAS nak berpakat dengan UMNO ke, nak berpakat dengan PAN ke, berpakat dengan DAP sekalipun, asalkan ianya untuk memartabatkan syariah Islam di negara ini, kita alu-alukan, kita terbuka.

"Lagi pula, apa guna politik kalau bukan untuk memartabatkan Islam?," soalnya dalam Forum Sudut Pandang: Permuafakatan RUU 355 yang berlangsung di Bangi, malam tadi.

Sebaliknya, Haji Aminuddin berkata, beliau berasa hairan apabila ada pihak yang menganggap perkara ini sesuatu yang baru dan kemudiannya melakukan penentangan yang luar biasa.

"Sewaktu tahun 1984, pindaan sebegini pernah dicadangkan dan pada masa itu tiada halangan pun. Ada ahli Parlimen daripada DAP, MCA juga masa itu, namun ia lulus dengan senang dan mudah.

"Tetapi kini, selepas 30 tahun sudah berlalu, bermacam tentangan yang diterima. Ia seolah menunjukan bahawa ada strategi tersembunyi daripada pihak yang menentang. Sedangkan perkara ini bukanlah baru.

"30 tahun kita tak buat apa-apa peningkatan, adakah kita nak tunggu 30 tahun lagi?," soalnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang menjadi masalah di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini adalah apabila mereka melihat pelaksanaan ini dalam kerangka politik semata.

Walhal, katanya, banyak lagi kerangka lain yang perlu dilihat misalnya seperti dari sudut kesan ekonomi atau sosial.

"Hukuman sedia ada terlalu ringan, yang mana hanya boleh menetapkan hukuman maksimum enam kali sebatan, denda RM5,000 dan tiga tahun penjara bagi empat kesalahan yang dilakukan orang Islam di negara ini. Empat kesalahan yang diperuntukkan di bawah bidang kuasa mahkamah itu adalah zina, minum arak, qazaf (tuduhan zina tanpa membawa empat saksi) dan murtad.

"Orang pandang ringan hukuman yang diberikan. Tak takut langsung. Setakat RM5,000. Tu pun maksimum, mungkin ada yang kena bayar RM1,000 sahaja. Kumpul-kumpul sekejap sahaja dengan kawan-kawan dia, dah dapat jumlah yang perlu dibayar. Hukuman tersebut langsung tidak menakutkan sesiapa lagi di zaman ini," katanya.

Sumber TKO - 30-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mapim: Juanda perlu nasihat Adenan sokong RUU 355
Posted on Thursday, November 24 @ 19:25:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32564



PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya perlu menasihat ketua menteri Sarawak menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, kata presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai wakil rakyat berlatar belakang agama, Juanda perlu memastikan Tan Sri Adenan Satem menyokong undang-undang Islam, bukannya mengarahkan wakil rakyat Sarawak menolak RUU 355.


"Sepatutnya Juanda dapat menasihati ketua menteri Sarawak kerana beliau lebih dekat dengan hal ehwal syariah, kita mengharapkan suara bekas mufti Perlis yang sekarang ini berjawatan adun di Sarawak memainkan peranan bagi memastikan kuasa Mahkamah Syariah dan agama Islam lebih dihormati," katanya kepada FMT hari ini.

Azmi mengulas tindakan Adenan mengarahkan semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak, termasuk wakil rakyat beragama Islam menolak RUU 355 yang akan dibentang pindaan cadangan di Dewan Rakyat, pada tahun depan.

Arahan itu disokong Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang berkata, parti komponen BN negeri tidak akan menyokong RUU 355 kerana menganggap ia tidak seiring intipati Perjanjian Malaysia 1963.

Azmi berkata, Adenan tidak sepatutnya menggunakan kuasa ketua menteri untuk menghalang wakil rakyat negeri itu menyokong RUU 355.

"Adenan harus memberi kebebasan kepada ahli Parlimen untuk melihat hujan-hujah yang akan dibawa, malah Adenan juga kena hormat sejarah Mahkamah Syariah ini bermula di Sarawak.
"Kita nak pastikan satu bidang kuasa lebih tinggi diberikan kepada Mahkamah Syariah, sebab Mahkamah Sivil sudah berpuluh tahun menggunakan undang-undang British.

"Malah, kesan Adenan menolak RUU 355 boleh dikatakan dia seolah-olah menolak hukum Tuhan walaupun dia boleh tafsirkan ia bukan undang-undang Tuhan, sebaliknya undang-undang PAS."

Katanya, Adenan tidak sepatutnya menjadikan alasan ingin menjaga Perjanjian Malaysia 1963 kerana ketika beliau menjadi menteri di Kabinet pada 1988 tidak membantah undang-undang Mahkamah Syariah diperkasakan.

"Pada 1984 hingga 1988, apabila ruang Mahkamah Syariah diperkukuh, malah ketika itu Adenan menjadi menteri di persekutuan dan dia tidak menentang, tetapi sekarang menentang.

"Ia seolah-olah ingin menjaga kepentingan diri, bukan ingin menjaga kepentingan Mahkamah Syariah, tindakan itu juga berkemungkinan untuk menjaga undi bukan Islam," katanya.

Hari ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Dewan Rakyat menangguhkan RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017 bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadap usul itu dan ia akan diterangkan secara terperinci pada sidang akan datang.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman "penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan".

Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman pada kadar maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan.

Sumber TKO -24-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Parah: Myanmar, Bangladesh wujudkan Gaza kedua

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43256-parah-myanmar-bangladesh-wujudkan-gaza-kedua

MYANMAR DAN BANGLADESH MEWUJUDKAN GAZA KEDUA, MALAH LEBIH PARAH
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal agensi-agensi dunia, serantau dan ketua-ketua negara terus mendiamkan diri terhadap perkembangan terkini di Myanmar.

Dalam keadaan sekarang Arakan (Rakhine) bakal menjadi Gaza yang lebih parah. Bukan sahaja negara jiran Bangladesh bersekongkol dengan Myanmar untuk menutup sempadan, akses bantuan kemanusiaan juga ditutup di semua laluan, dan kini serangan dilancarkan oleh tentera Myanmar yang melibatkan tentera darat, tentera laut dan tentera udara ke atas warga Rohingya di seluruh daerah Maungdaw.

Hingga saat ini Arakan terus terkepung dan pembunuhan diteruskan oleh operasi tentera Myanmar. Ribuan warga Rohingya, kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian di mana tempat yang selamat untuk mereka.

Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya tidak mempunyai perlindungan sema sekali dan tidak memiliki sebarang keupayaan untuk mempertahankan diri.

Bangladesh bertindak persis seperti Mesir. Mesir menutup sempadan di pintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar di sepanjang Sungai Teknaf. Malah keadaan di Bangladesh lebih buruk bila pelarian Rohingya sering berdepan dengan penangkapan, pemerasan, penyiksaan dan pembunuhan oleh pihak berkuasa Bangladesh itu sendiri.

Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di Sungai Teknaf, dihalang oleh tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar. Sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang dibunuh.

Melihat kepada operasi ketenteraan besar-besaran yang sedang dilancarkan di daerah Maungdaw dan kini merebak di seluruh Arakan, genocide dengan skala besar-besaran sedang berlaku.

Puluhan ribu askar Myanmar sudah dihantar ke kawasan berkenaan menggambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam keadaan perang.

Kami mendapati penggunaan senjata berat seperti pelancar roket dan helikopter penyerang adalah petunjuk betapa tentera Myanmar bukan bertujuan untuk memburu kumpulan tertentu tetapi bertujuan untuk menghapuskan semua etnik Rohingya yang berada di seluruh Myanmar.

Pembakaran puluhan perkampungan dan ribuan rumah warga Rohingya termasuk masjid oleh tentara Myanmar sudah menjadi laporan media yang diketahui oleh dunia.

Ratusan orang awam Rohingya yang telah terbunuh termasuk wanita, kanak-kanak dan anak muda. Nampaknya kali ini pembersihan etnik Rohingya sedang dilancarkan membabitkan tentera dan militia Buddhis yang dibekalkan dengan senjata.

Laporan bayi dibunuh dengan kejam dan dicampak ke dalam api yang sedang membakar kampung-kampung Rohingya menunjukkan kezaliman tentera Myanmar sudah berada di kemuncak.

Sementara itu, laporan wanita-wanita dirogol oleh tentera dan militia Buddhis sebagai "senjata perang" (weapons of war) juga dilapor berlaku melalui testimoni mangsa.

Keadaan kini jauh lebih parah dari keadaan pada 2012 sebelum ini kerana serangan ke atas kampung-kampung Rohingya dilancarkan bersama tentera.

Soalnya di mana Aung Sun Su Kyi? Di mana Asean, OIC, UN dan EU?

Kenapa agensi antarabangsa maseh membiarkan kezaliman ini berterusan?

Dunia diam membisu terhadap keadaan ini melambangkan wujud diskriminasi dalam memilih genocide yang mana hendak diberi perhatian. Padahal penindasan terhadap etnik Rohingya ini sudah berlaku puluhan tahun sebelum ini.

Ternyata delegasi UN yang dihantar sebelum ini tidak membawa erti apa-apa. Di sebaliknya ada laporan diterima bahawa ramai warga Rohingya yang diugut, ditangkap, disumbat ke dalam penjara dan disiksa setelah delegasi UN keluar dari kawasan yang dilawati. Kes ramai yang ditahan dan hilang dari pengetahuan keluarga berleluasa dalam operasi yang berlaku di Muangdaw sekarang.

Kami menuntut tindakan antarabangsa berkesan mesti dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih parah:

1. Sekatan ekonomi ke atas Myanmar perlu dikuatkuasakan segera jika dunia mahu melihat keadaan kemanusiaan di Myanmar tidak menjadi lebih buruk.

2. Akses kepada semua agensi kemanusiaan mesti dibuka dan operasi bantuan kepada mangsa mesti dilancarkan segera.

3. Sementara itu kami menuntut supaya agensi antarabangsa seperti UN menekan kerajaan Myanmar untuk membolehkan penyiasatan bebas dilakukan bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab melakukan operasi tidak berperikemanusiaan di kawasan terbabit kemuka pengadilan.

4. Menekan kerajaan Bangladesh membuka sempadan supaya mangsa pelarian Rohingya dapat mencari perlindungan dan memberi akses kepada agensi kemanusiaan menyalurkan bantuan untuk pelarian tersebut di Bangladesh. - HARAKAHDAILY 19/11/2016
Penulis ialah Presiden Mapim.


Sumber HD- 19-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Trump akan menjadi musuh kepada keamanan dunia?

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43175-trump-akan-menjadi-musuh-kepada-keamanan-dunia

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (Mapim) menjangka akan berlaku perubahan besar dalam dasar luar Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden barunya, Donald Trump.

Menurut Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, sikap beliau jelas mengutamaan kekuatan ketenteraan AS untuk memaksa semua negara tunduk kepada AS.

Katanya, kenyataan Trump bahawa dia akan memastikan kekuatan tentera AS di seluruh dunia akan diperkukuh dan tidak ada sebarang negara yang berani mencabar atau menghalang kehendak AS, bermakna AS akan menonjolkan kedudukannya sebagai polis dunia.

"'America first' adalah gambaran bahawa apapun kepentingan dunia mesti meletakkan kepentingan AS diatas segala-galanya. Keamanan akan menjadi mangsa kepada keegoaan AS," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kali ini dasar AS mengenai Iran, Korea Utara dan China akan disemak semula untuk mengekang potensi AS dicabar.

Tegas Azmi, dasar melihat negara lain sebagai musuh serta China sebagai pesaing dan mengisytiharkan semula "paksi kejahatan" dunia berada di negara lain dari AS adalah dasar yang akan digunakan untuk mengancam mana-mana negara yang tidak sealiran dengan AS.

"Trump jelas akan memberi sokongan kepada semua kehendak Israel kerana kemenangannya disokong dan didalangi oleh Zionis Yahudi di Rumah Putih sepenuhnya. Israel yang meneruskan agenda pencerobohan dan penindasan ke atas warga Palestin di Gaza dan di Tebing Barat," jelasnya.

Trump telah menyatakan pendiriannya menyokong Jurusalem sebagai ibu negara Israel, katanya ini bermakna agenda Israel Raya (Greater Israel) akan mendapat dokongan penuh daripada  AS.

Ujarnya, seluruh kekuatan tentera Israel akan pasti menjadi keutamaan Trump kerana negara-negara Arab yang menjadi sekutu AS akan dipaksa tunduk kepada Israel.

"Kami menjangka sikap rasis dan prejudis beliau terhadap Islam dan orang Islam akan diterjemahkan dalam dasar beliau mengenai isu pendatang dan pelarian pelbagai mangsa konflik di Timur Tengah dan di negara lain," katanya.

Justeru, tegas beliau Malaysia tidak harus merayakan kemenangan Trump dengan ucapan tahniah dengan harapan mengeratkan perhubungan sebaliknya kewaspadaan terhadap AS perlu ditunjukkan kerana AS kini bukan lagi rakan yang selamat untuk mana-mana negara.

Trump menolak TPPA kerana beliau mahu kepentingan AS dijamin secara mutlaq, dengan TPPA dilihat tidak cukup kuat menjamin kepentingan semua  konglomerat AS.

"Trump dijangka akan mengatur semula semua terma perdagangan dunia mengikut telunjuk AS. Ekonomi kapitalisme AS akan diperkukuhkan oleh Trump yang akan menjadi asas bagi mengeksploitasi semua negara lain," tambah beliau. – HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Pensijilan halal: Jangan sebar sesuatu yang tidak benar

HARAKAHDAILY | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42917-pensijilan-halal-jangan-tuduh-sebar-sesuatu-tidak-benar

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) mengikuti perbincangan yang berlaku dalam kalangan warga Malaysia dan juga media antarabangsa yang melaporkan mengenai isu pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan secara khusus syarikat Auntie Anne’s.

"Melihat kepada perkembangan yang berlaku, PUM mengambil pendirian menyokong pendekatan yang digunakan oleh Jakim dalam menangani isu ini," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Katanya, pensijilan Halal Malaysia ini adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tambahnya, piawaian yang diguna pakai ini dapat diterima malah turut menjadi rujukan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

Oleh yang demikian, kata beliau sangat wajar bagi para pemohon pensijilan Halal Malaysia agar dapat menghormati standard yang telahpun diiktiraf tersebut.

"Islam bukanlah bertujuan untuk menyusahkan sesiapa, bahkan ianya adalah untuk memudahkan di mana pendekatan yang digunakan dalam hal pensijilan halal ini bertepatan dengan prinsip dan tujuan syariah (Maqasid Syariah)," jelasnya.

Justeru, ujar beliau syarat-syarat dan garis panduan yang ada sudah tentu untuk memudahkan proses yang berjalan.

Oleh yang demikian, katanya PUM menyeru supaya syarikat-syarikat yang ingin memohon pensijilan Halal Malaysia agar dapat mematuhi piawaian, syarat-syarat dan SOP yang telah digariskan.

"PUM juga berharap orang ramai agar tidak mencemuh sesiapa dalam isu ini. Jangan cepat menuduh dan menyebarkan sesuatu yang tidak benar," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 21/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Hijrah: Bangga dengan sejarah dan identiti muslim

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42679-hijrah-bangga-dengan-sejarah-dan-identiti-muslim

Kesyukuran setulusnya kepada Rabbul Jalil yang telah mempedomankan Rasulullah s.a.w kepada umat, agar mengerti akan intisari episod Hijrah dalam sejarah Nubuwwah menyampaikan Risalah Dinnul dengan segala keindahan dan kesyumulan dan kesempurnaannya.

Kita sambut untuk kesian kalinya kehadiran 1 Muharram sebagai kalendar Hijrah yang menjadi petanda kepada jadual hidup umat, bangga dengan sejarah dan identiti kita sebagai Muslim yang memiliki periode tersendiri untuk mengatur hidup dengan kerangka masa dan ruang kita sendiri.

Hijrah sebagai agenda anjakan perlu diteliti sebagai sebuah islah dalam proses memperbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam menghayati erti Hijrah terkandung di dalamnya sisi muhasabah yang mendalam untuk mengukur status diri sebagai Muslim yang telah beraqad dengan Allah SWT untuk kekal istiqamah dan meningkatkan pengabdian diri kepada Allah SWT dan kebaktian kepada manusia.

Demikian pengertian dan tuntutan sebenar Hijrah dengan maksud merubah diri dan beriltizam dengan Islam.

Kita melangkah untuk memasukki tahun yang baru, berjanji agar kelemahan dan kedhaifan diri diatasi, demi menunaikan janji syahadah kita bahawa penghayatan Islam perlu bersifat kaaffah. Menolak Islam yang diamalkan dengan cara memilah-milah agama Allah mengikut kesesuaian kehendak nafsu diri. Patuh dan akur bahawa syahadah bermaksud penyaksian terhadap Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT sebagai Sang Pencipta yang Maha Agung dan Maha Perkasa.

Meneliti keadaan umat yang dipenuhi pergelutan yang tenat dari asakkan musuh dari segenap penjuru, sama ada politik, ekonomi, militari, budaya mahupun sosio-budaya. Kesannya wilayah Muslim diceroboh semahunya oleh kuasa luar. Sumber bumi kaum Muslimin dieksploitasi semaksimumnya. Politik umat diporak perandakan sehingga semua partai dalam negara Muslim bertelingkah dan bertempur sesama sendiri akibat strategi pecah dan perintah yang masih menjadi formula paling berkesan untuk menguasai umat Islam.

Namun yang lebih menggusarkan ialah kemelut dalaman umat itu sendiri. Dari khilaf siasah hingga konflik perang saudara telah meragut ratusan ribu nyawa, mengusur jutaan rakyat menjadi pelarian merempat di negara orang lain sehingga menghancurkan nasib jutaan kanak-kanak Muslim atas nama menegakkan Islam.

Laungan takbir berkumandang di serata bumi orang Muslim, akan tetapi laungan untuk mengabsahkan pembunuhan sesama sendiri.

Pergolakan umat merentas sempadan dan aliran. Konflik berciri sektarian, berpuak-puak dengan idoelogi dan aliran masing-masing, merasa tidak bermasalah untuk mendera saudara seaqidah, menyembelih mereka yang memilikki Al Quran yang satu, berkiblat yang satu dan berRasul yang satu.

Akibatnya umat Islam lebur dari semua arah. Persaudaraan dinyahkan dan kesatuan digadai. Ekonomi umat diperkuda. Sosiobudaya Msulimin dicemari dengan amalan jahiliyyah moden. Pentadbiran hilang integriti. Pemerintah negara sarat dengan korupsi dan kepincangan.

Yang tinggal ialah ruang untuk meneruskan persengketaan yang semakin diperluaskan. Sumber umat dibolot semahunya oleh musuh. Pemimpin menyerah diri untuk diperalat oleh kuasa luar sehingga tidak lagi mengutamakan kesejahteraan umat.

Akhirnya musuh meraih keuntungan. Musuh merayakan kemenangan dan kaum Muslimin menjadi debu berserakan dan buih yang terapung ditolak ke sana ke mari tanpa arah, menunggu pecah dan akhirnya lenyap ditelan gelombang dan arus yang direncana oleh tangan-tangan dari luar.

Hijrah kali ini menyaksikan keadaan umat yang sangat mendambakan ubat yang mujarab untuk merawat problem yang tenat sekarang ini. Qadiyyatul Ummah (permasalahan ummat) semakin kusut yang memerlukan overhaul penuh.

Sebab itu Hijrah seharusnya menjadi perangsang yang boleh menyuntik pembaikan dan seterusnya transformasi umat yang total.

Lantaran itu perutusan kami pada kali ini adalah untuk meningkatkan kewaspadaan, keprihatinan dan kepedulian umat.

Selamat Berijrah, Selamat Berbakti.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim dan Teras. - HARAKAHDAILY 2/10/2016

Sumber HD - 2-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















Papisma menyokong usul pindaan Akta 355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42577-papisma-menyokong-usul-pindaan-akta-355

KETIKA mana dakyah ekstremisme dan fitnah kejahilan terus menghimpit umat dan institusi Islam dari segenap penjuru, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) teguh dan percaya bahawa usul pindaan Akta 355 perlu didokong serta disokong oleh semua. Ini adalah kerana, usaha tersebut manifestasi kesyumulan Islam sebagai cara hidup yang dijamin selamat dan sejahtera oleh Allah SWT serta diperjuangkan bertepatan dengan lunas demokrasi dan perlembagaan negara.

Daripada perspektif bidang kuasa, pindaan terkini Akta 355 adalah 32 tahun yang lalu apabila Mahkamah Syariah diberi punca kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimum berupa denda tidak melebihi RM 5000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 kali.

Ini bermakna sejak penggubalannya pada tahun 1965 sehingga ke hari ini, Mahkamah Syariah belum diberi kuasa untuk melaksanakan tuntutan syariat yang selayaknya bagi kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasanya. Oleh itu, usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah diperkasa selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Perlu disedari bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Malaysia tidak meliputi hukuman mati, potong tangan atau jenayah rogol serta hanya terpakai untuk orang Islam sahaja. Oleh itu, polemik di sekitar pelaksanaan hudud perlu dijernihkan bagi menghindari fitnah dan kekeliruan yang berterusan.

Secara tuntasnya pindaan RUU 355 akan membolehkan setiap Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan tuntutan syariat termasuklah Hudud bagi kesalahan-kesalahan selain di atas. Ini bermakna, pindaan RUU 355 adalah perintis bagi mempersiapkan Mahkamah Syariah dari segi pengurusan sumber manusia dan infrastrukturnya.

Papisma menaruh sepenuh kepercayaan bahawa pindaan RUU 355 ini bakal menjadi batu asas kepada melebarnya bidang kuasa Mahkamah Syariah pada masa hadapan.

Melihatkan pola persepsi masyarakat majmuk terhadap isu ini khususnya dan agenda perjuangan Islam amnya, Papisma mengajak rakyat Malaysia supaya bertenang dan rasional. Dalam mendepani kekusutan siasah hari ini, hindari daripada menjadi mangsa politik picisan dan kerakusan pengamal media yang ketagih perhatian.

Tindak balas yang spontan, melulu dan sarkastik tidak akan pergi jauh kerana ia tiada unsur yang membina. Jauhkan ego dan prejudis serta imbangkan emosi untuk melihat yang terbaik daripada apa yang telah berlaku. Moga-moga ada ruang untuk bersama bekerja demi masa hadapan yang lebih baik.

Namun ini menuntut kesabaran, jiwa yang besar dan pastinya memakan masa serta payah. Maka, jambatan perlu dibina dan tembok perlu diruntuhkan.

Justeru, Papisma menyokong pindaan RUU 355 di atas prinsip yang jelas, bersesuaian dengan iklim politik dan kebejatan sosial hari ini. Papisma juga akan terus mendokong keadilan yang ditegakkan melalui syariat Allah SWT dengan memastikan aspek kesihatan terpelihara sebagaimana lazimnya peranan pengamal perubatan di mahkamah sivil.

Sesungguhnya telah berlalu alasan untuk menolak pindaan usul ini, yang tinggal hanyalah peluang untuk menyumbang sebagai penyaksian di akhirat kelak.

DATUK DR SUHAINI KADIMAN
Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) – HARAKAHDAILY 22/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Benarkah Kampung Baru KL perlukan M101 Skywheel?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42453-benarkah-kampung-baru-kl-perlukan-m101-skywheel

KAMI terkejut dengan pengumuman bangunan pencakar langit M101 Skywheel akan dibina di Kampung Baru, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Apakah ini suatu keperluan yang sebenar untuk membangunkan perkampungan masyarakat Melayu di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur ini?

Dengan projek mega bernilai RM1.4 bilion itu kami menjangka masyarakat Melayu akan tersisih akhirnya dan Kampung Baru akan lenyap sama sekali.

Kami tidak faham apa maksud beliau bahawa Kampung Baru tidak akan hilang identitinya. Walhal dengan bangunan pencakar langit setinggi 52 tingkat itu bersama roda Ferris yang dikatakan akan menarik pelancong akan pasti menghimpit Kampung Baru dan akhirnya seluruh kampung tersebut akan hilang.

Tujuan untuk melonjakkan harga harta tanah di kawasan berkenaan tidak harus menjadi keutamaan, sedangkan masyarakat Melayu di kawasan itu memerlukan prasarana yang lebih tersusun dan sempurna. Bukan sebuah mahligai moden yang mencakar langit yang bakal menyisih sebarang penyertaan bumiputera seperti yang berlaku dibanyak lokasi di Bandar Raya Kuala Lumpur.

Apakah projek ini termasuk dalam rancangan pembangunan Kampung Baru walaupun ia berada dipinggir kampung tersebut? Dengan pembangunan bangunan seperti itu pasti kesannya akan berlaku ke atas Kampung Baru.

Kami berpendapat model pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur hendaklah segera diubah. Kuala Lumpur tidak perlu bangunan pencakar langit lagi. Sudah cukup sedemikian banyak bangunan pencakar langit yang tidak lestari alam.

Malah bangunan seperti itu akan akhirnya menambah kesesakan Kuala Lumpur yang sedia sesak dengan kenderaan.

Pelancong tidak akan tertarik dengan bangunan seperti itu. Sepatutnya model pembangunan dengan menyusun dan menyempurnakan kemudahan perkampungan tradisi di tengah bandar raya akan lebih menarik pelancong yang dapat melihat keunikan kampung masyarakat Melayu di tengah bandar raya.

Jika kerajaan boleh meluluskan pembangunan projek bernilai RM1.4 bilion walaupun dibiayai oleh pihak pemaju swasta, kenapa kerajaan tidak boleh memberi peruntukan untuk menyusun semula kampung baru dengan sifatnya yang unik itu.

Kita tidak harus hanya berbangga dengan kononnya berupaya meletakkan sebuah roda Ferris di atas bangunan setinggi 52 tingkat itu dan menjadikan ia roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara seterusnya menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Sampai bila kita mahu kagum dengan model projek seperti ini hanya kerana mahu mencapai pembangunan bertaraf dunia, padahal ini bukan keutamaan dan bukan keperluan yang dikehendaki rakyat. – HARAKAHDAILY 9/9/2016

Penulis ialah Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Sumber HD - 9-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Hina mufti dan Islam, pihak berkuasa wajar bertindak

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .













http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42347-hina-mufti-dan-islam-pihak-berkuasa-wajar-bertindak

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dan membantah keras tindakan penganjur Anugerah Aiyoh Wat Lah pada 29 Ogos lalu, dengan sengaja melakukan penghinaan ke atas seorang mufti di negara ini dan Islam itu sendiri hanya kerana menganggap pendirian mufti dan hukum Islam berlawanan dengan pendirian mereka.

Menghina dengan cara yang dilakukan pihak penganjur gabungan hak-hak wanita itu ternyata melambangkan ciri tidak berakhlaK dan mencabar wibawa seorang ulama yang berhujah dengan ilmu yang benar berdasarkan rujukkan ilmu Islam.

Mengheret nama mufti dengan mengumumkan beliau dianugerah kategori 'menghina intelektual' di majlis tersebut adalah biadap dan tidak bertamadun.

Kami berpendapat kumpulan yang menyokong dan terlibat dalam penganjuran majlis tersebut itu sendiri, terperangkap dengan sikap liberalisme melampau di Barat yang membenarkan apa sahaja, termasuk agama, syiar agama dan tokoh agama bebas untuk dipersenda dan dihina.

Tindakan ini melambangkan pegangan sekular dan liberal yang dianuti oleh mereka sehingga adab dan disiplin ilmu diketepi sama sekali. Mereka merasa berhak dan layak untuk bercakap apa sahaja mengenai agama dan mentafsirkannya mengikut kemahuan sendiri tanpa merasa malu dan bersalah bahawa mereka tidak mempunyai latarbelakang ilmu agama yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Mufti Negeri Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dijadi sasaran penghinaan itu adalah seorang ulama yang memberikan hujah berdasarkan dalil dan nas dalam disiplin ilmu Islam. Jika kumpulan ini merasa pandangan beliau tidak dipersetujui, apakah tujuan mereka melakukan penistaan yang biadap itu?

Kenapa mereka tidak berhujah secara langsung dan membentangkan hujah dengan adab dan bersopan? Apa tujuan mereka mencari publisiti murahan dengan cara yang sering dilakukan oleh kumpulan feminis liberalis di negara barat? Inikah budaya liar dan tidak bertamadun yang mahu diketengahkan di negara ini?

Kami ingin mengingatkan bahawa kumpulan yang berterusan mahu mencabar golongan agamawan, institusi agama dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, boleh mencetuskan reaksi balas dari mereka yang sensitif dengan penghinaan terhadap agama.

Menghina mufti sebagai institusi agama Islam di negara ini secara biadap sudah tentu mengundang kemarahan masyarakat yang mahu kemuliaan Islam dilindungi.

Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada provokasi oleh kumpulan ini, yang kami anggap boleh mencetuskan ketegangan agama di negara ini.

Anugerah tahunan, yang masuk tahun keenam itu, perlu dipantau supaya penganjur tidak dengan wewenang menggunakan acara itu untuk mencetuskan kontroversi.

Kami menasihatkan kumpulan ini agar menjaga keharmonian negara ini dengan meneliti semula sikap dan pendirian mereka terhadap isu yang menyentuh agama Islam di negara ini. Persoalan yang hendak diketengahkan sepatutnya mengelak dari mencetuskan rasa benci dan bertanggapan negatif, terutama terhadap institusi agama Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 31/8/2016  

Penulis ialah Presiden Mapim. 

Sumber HD - 31-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Jangan jadikan Kuala Lumpur bandar maksiat

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42292-jangan-jadikan-kuala-lumpur-bandar-maksiat

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengingatkan pihak berkuasa Kuala Lumpur (KL) tidak menjadikan bandar raya KL menjadi bandar yang dikenali sebagai bandar raya maksiat.

Cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara, membuka ruang pemilik lesen rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Malaysia kini mendudukki tangga ke-8 di dunia dalam nisbah pelacur iaitu 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk berbanding Thailand yang menduduki tangga ke-10 iaitu 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk. Industri pelacuran di Malaysia sudah mencecah nilai lebih RM3.6 bilion.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiar bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan sehingga ratusan rumah urut yang sedia ada cenderung untuk menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalahguna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Kami amat khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Adalah lebih wajar rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawalselia oleh pihak berkuasa.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim
27 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 27/8/2016

Sumber HD - 27-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Keselamatan awam di negara ini meruncing

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

                                                                                         














 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41804-keselamatan-awam-di-negara-ini-meruncing                                                                                                                                             Laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini mengenai meningkatnya permintaan perkhidmatan keselamatan di negara ini kerana kadar jenayah semakin tinggi seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Di dalam laporan itu kenyataan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Seri Mustapa Ali, menjelaskan organisasi yang menawarkan perkhidmatan keselamatan terpaksa melatih mereka yang bukan dari latar belakang tentera atau polis untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Kami berpendapat ini adalah petanda yang tidak baik untuk negara kerana kecenderungan melakukan jenayah nampaknya semakin berleluasa kerana dikatakan negara menuju kepada negara maju dan kaya.

Soalnya adakah gejala ini boleh diterima sebagai fenomena biasa kerana negara menuju kepada negara maju dan kaya? Jika alasan ini kita terima dan jenayah sebagai sesuatu yang normal, maka ada yang tidak kena dengan kefahaman kita dalam konsep kita membangun dengan acuan kita sendiri seperti yang terungkap dalam Wawasan 2020.

Kami berpendapat tren jenayah yang meningkat sepatutnya ditangani secara serius oleh semua pihak terutama pihak kerajaan, bukan menerimanya sebagai suatu ciri pembangunan yang tidak boleh dielakkan.

Punca dan faktor apa yang menyebabkan gejala jenayah di negara ini meningkat hendaklah diteliti, bukan menerima penyelesaian dengan kaedah meningkatkan perkhidmatan keselamatan yang ditawarkan oleh pihak swasta.

Pihak kerajaan perlu meneliti tren ini sebagai tren yang merisaukan. Keselamatan awam adalah antara aspek kualiti kehidupan masyarakat yang perlu diurus dengan baik. Jika wujud jurang kaya miskin yang melampau dan dengan itu jenayah ugut, rompak dan bunuh menjadi-jadi, bermakna pihak kerajaan perlu menyemak sistem pembangunan sosioekonomi yang sedang diamalkan sekarang.

Fenomena meningkatnya syarikat perkhidmatan keselamatan bukan suatu kelegaan. Malah ia harus dilihat sebagai petanda sekuriti awam negara dalam keadaan rapuh. Begitu juga ia adalah alamat nilai hidup masyarakat dalam negara ini yang telah rosak.

Keselamatan awam perlu dilihat sebagai ciri penting dalam melahirkan negara yang mempunyai ketahanan awam yang kukuh. Jika menyelesaikan isu ini adalah dengan menyuburkan perkhidmatan keselamatan daripada swasta, dikhuatiri isu ini tidak akan berakhir malah akan semakin bertambah dan semakin rumit.

Kerajaan tidak boleh terlalu gahirah mengguna kaedah penyelesaian melalui inisiatif swasta yang akan lebih mengutamakan keuntungan dari mencari punca masalah.

Soalnya kenapa kadar jenayah meningkat? Apakah punca ia menjadi tren yang berleluasa?

Jika diteliti, negara juga sedang dihadapi gejala gangsterism dari peringkat sekolah lagi, yang pasti akan merebak kepada penglibatan didalam kelompok kongsi gelap dan akhirnya terkait dengan jenayah berat. Bermakna mencari punca kepada isu kadar jenayah yang meningkat juga ada kaitan dengan sistem pendidikan negara sema ada pendidikan formal mahupun pendidikan bukan formal.

Oleh kerana itu kami berpendapat, jika pihak kerajaan tidak melihat isu ini dengan serius, negara ini bakal berdepan dengan keadaan di mana golongan penjenayah menakluki pengurusan keselamatan masyarakat.

Untuk masa ini sahaja, kewujudan pelbagai kumpulan gangster, kongsi gelap dan operasi ala mafia di dalam negara ini sudah cukup merunsingkan, apatah lagi jika ia dibiar berkembang kepada jenayah berat yang tidak terkawal. - HARAKAHDAILY 12/7/2016

Penulis ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu.                                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 12-7-2016                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Akhbar: Ruang agama ada, keputusan judi siar juga

HARAKAHDAILY | .


                                       http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41795-akhbar-ruang-agama-ada-keputusan-judi-siar-juga                                                                                                                                                                                                                                                                      KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendesak pihak berkuasa agama mengharamkan semua akhbar berbahasa Melayu dari menyiarkan keputusan 4 Nombor Ekor, keputusan Sports Toto serta Jackpot yang diiklan oleh Sports Toto Malaysia Sdn Bhd.

"Kami melihat ada akhbar berbahasa Melayu yang juga menyiarkan ruang agama tetapi dalam masa yang sama menyiarkan iklan keputusan judi," ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Ini, katanya bukan sahaja suatu penghinaan terhadap agama malah bermain-main dengan hukum syarak yang jelas mengharamkan judi dalam apa sahaja bentuknya.

"Kami tidak faham kenapa ada kumpulan editor akhbar berbahasa Melayu sanggup hanya mementingkan keuntungan tanpa mengendahkan hukum agama yang jauh lebih utama.

"Apakah tidak ada pegawai agama akhbar tersebut yang boleh menasihati hal demikian kepada ketua editor agar hal ini tidak sepatutnya diluluskan?" kata beliau.

Menurutnya, amalan menyiarkan iklan keputusan judi ini telah lama disiarkan dalam akhbar Melayu yang tertentu, malangnya tidak ditegur oleh pihak berwajib.

Akibatnya, kata beliau pihak pemilik akhbar tersebut merasa tidak bersalah untuk mengiklankan kegiatan perjudian kerana ia adalah sebuah perjudian berlesen.

"Kami menggesa pihak berwajip terutamanya pihak berkuasa agama hendaklah bertegas kerana akbar berbahasa Melayu sepatutnya membawa ciri-ciri yang tidak bertentangan dengan budaya dan hukum agama di kalangan masyarakat orang Melayu," ujarnya lagi.

Menurutnya, membiarkan hal itu tanpa sekatan akan mengabsahkan industri judi yang didukung sendiri oleh akhbar berbahasa Melayu sendiri.

Ini, ujar beliau akan membawa kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dari satu segi, katanya akhbar Melayu sering dilihat menyebar mesej agama dalam kolum, tulisan serta laporannya akan tetapi dari satu segi yang lain, ia juga menyiarkan iklan perjudiaan yang dibayar oleh syarikat judi dalam negara ini.

"Amalan ini sama sekali tidak boleh diterima," tegasnya.

Ini, kata beliau bukan soal syarikat berkenaan adalah syarikat yang berlesen dan dibenarkan oleh undang-undang negara, akan tetapi adalah soal hukum agama yang tidak boleh dipandang remeh.

"Kami mendesak pihak berkuasa agama segera mengeluarkan arahan ini kepada semua akhbar berbahasa Melayu supaya ia tidak menjadi fitnah dan disalahfahami oleh masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam," katanya. - HARAKAHDAILY 12/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 12-7-2016                                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Nilai semula langkah cegah kemalangan jalan raya

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAPIM kesal dan sangat sedih dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang terus menerus berlaku, apatahlagi pada musim sambutan hari perayaan.

Kemalangan yang melibatkan 7 ahli keluarga maut di jalan Gua Musang - Krai menjelang hari raya baru-baru ini dan seterusnya beberapa laporan pada hari ke-3 Hari Raya menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya seolah-olah tidak boleh dielakkan lagi.

Apakah ini satu kenyataan yang boleh diterima bulat-bulat? Ataukah masyarakat negara ini sudah tertanam rasa tidak peduli lagi soal kemalangan dan menerimanya sebagai fenomena yang harus diterima sebagai perkara biasa?

Kini dalam musim sambutan hari raya bermulalah episod menyedihkan apabila sepanjang sambutan Aidil Fitri akan terus dan berulang lagi laporan dari PDRM yang membawa berita sedih hampir setiap jam kes kemalangan jalan raya diseluruh pelosok negara. Dari kemalangan menyebabkan cedera sehingga kemalangan maut.

Sangat menyedihkan apabila ahli keluarga dan sanak saudara yang sepatutnya bergembira menziarahi antara satu sama lain pada hari raya, terpaksa berkunjung ke hospital pada hari sambutan hari raya untuk melawat saudara dan teman yang mengalami kemalangan di jalan raya.

Akan tetapi berita dan laporan kemalangan yang tersiar, betapa ngeri sekalipun, nampaknya tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya, malah sebaliknya insiden kemalangan jalan raya tetap meningkat. Adakah masyarakat sudah mangli (terbiasa) sehingga tidak lagi merasa apa-apa dengan berita kemalangan yang tersiar dalam media.

Angka kemalangan maut terus meningkat . Mengikut statistik yang dikeluarkan sekitar 7,000 orang maut di jalan raya , puluhan ribu yang cedera setiap tahun. Menjelang hari perayaan operasi PDRM dan JPJ atas berbagai nama terus diumumkan, akan tetapi kadar kemalangan jalan raya tidak menunjukkan angka akan menurun.

Mengikut Menteri Pengangkutan pada 2015 sahaja berlaku hampir 500,000 kes kemalangan jalan raya. Direkodkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 maut pada  tahun tersebut. Angka ini ternyata meningkat berbanding 2014. Nilai kerugian ekonomi akibat kemalangan jalan raya meningkat sehingga melebihi RM8 bilion. Angka statistik ini nampaknya sangat mengejutkan, akan tetapi keadaan nampaknya terus berulang setiap tahun.

Setiap kali seorang pengguna berada di atas jalan raya sema ada jalan raya yang kecil dan sempit atau lebuh raya yang luas dan besar, pengguna di negara ini menghadapi risiko paling tinggi untuk bertembung dengan kemalangan.

Kenapakah masyarakat kita semakin menerima kemalangan di jalan raya sebagai ciri yang kekal di negara ini. Malah masyarakat pula sering menyerah kepada nasib. Tanggapan bahawa kemalangan jalan raya adalah taqdir yang tidak boleh diubah dan harus diterima begitu sahaja, adalah salah. Pada hakikatnya sikap suka menyerah kepada nasib bila kemalangan berlaku sebagai alasan sepatutnya samasekali tidak dapat diterima.

Pada hakikatnya kemalangan di jalan raya di negara ini menjadi fenomena yang berpunca dari banyak faktor yang sepatutnya boleh ditangani melalui polisi kerajaan sekaligus sikap pengguna jalan raya. Kami berpendapat tiga faktor iaitu bilangan kenderaan, keadaan jalan raya dan sikap pengguna jalanraya menjadi faktor paling besar menyumbang kepada kemalangan.

Pelan advokasi oleh Jabatan Keselamatan Jalanraya dikatakan telah disemak semula bersama semakan semula Pelan Keselamatan Jalanraya Malaysia  2014-2020. Malah modul pendidikan keselamatan jalanraya juga telah dibentang.

Ditambah lagi sebuah Pasukan Petugas Khas tepaksa diwujudkan diperingkat Menteri Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Cadangan melaksanakan Sistem Keselamatan Otomatik (Automated Awareness Safety System) atau Awas serta Sistem Demerit Poin Kejara  (Kejara Demerit Points System) adalah antara langkah yang diumumkan.

Pihak awam juga mendengar perlaksanaan Program Assesmen Keselamatan Jalanraya Antarabangsa  (Irap) di Malaysia .

Soalnya ramai yang masih skeptikal semua langkah itu boleh mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Kami berpendapat selagi bilangan kenderaan, terutama kenderaan persendirian bertambah, selagi itu risiko kemalangan jalan raya akan ujud.

Tidak boleh dinafikan bahawa keghairahan para perancang  industri kereta mahu melihat negara ini dipenuhi dengan kenderaan dan ini menjadi suatu sasaran. Nisbah pemilikkkan kereta per kapita di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Dengan yang demikian pembinaan jalan raya yang bersimpang siur (dari jalan kampung, daerah, bandar, persekutuan sehingga lebuh raya) dibina untuk memenuhi keperluan kenderaan yang bertambah.

Bilangan kenderaan yang terlalu banyak tidak dilihat sebagai faktor yang sepatutnya difikirkan semula. Kenderaan persendirian yang terlalu banyak akibat sistem pengangkutan awam yang masih belum direncana dengan baik menyebabkan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan.

Ditambah pula dengan kenderaan persendirian yang dipacu di tas jalan raya oleh pengguna di negara ini yang semakin dikenali sebagai negara yang terkenal dengan pemandu berani mati, terutama pemandu motosikal. Akibatnya gejala kemalangan hampir tidak boleh dielakkan lagi.

Kenderaan berat juga semakin meningkat dan kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori juga kerap berlaku. Bermakna sistem pemantauan keselamatan kenderaan berat maseh tidak berkesan di negara ini.

Kami berpendapat sudah sampai masanya kerajaan serius melihat semula keadaan bilangan kenderaan yang terlalu tinggi dijalan raya dan mencari jalan meningkatkan sistem pengangkutan awam sebagai alternatif.

Sementara itu sikap berhati-hati pengguna jalan raya yang masih ditahap rendah perlu ditangani dengan cara lebih ketat. Tahap umur untuk lulus lesen memandu hendaklah ditingkatkan.

Had pengguna motorsikal yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya paling tinggi perlu disemak semula. Perlu difikirkan semula keselamatan motorsikal sebagai kenderaaan yang patut dibenarkan kerana ia menjadi punca kemalangan yang tertinggi di negara ini. - HARAKAHDAILY 11/7/2016                                                                                                                                                        
Sumber HD - 11-7-2016

































  ---------------------------------------------------------                                                                 Amerika gagal hapus polisi rasis

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41772-amerika-gagal-hapus-polisi-rasis

Teras Pengupayaan Melayu berpendapat Amerika Syarikat (AS) jelas gagal mengendalikan isu rasisme yang menjadi barah yang masih hidup dalam nurani rakyatnya.

Insiden pembunuhan 5 orang anggota polis berkulit putih di Dallas beberapa hari yang lalu oleh seorang bekas anggota rizab tentera AS, Micah Johnson yang berkulit hitam jelas menunjukkan betapa rapuhnya sistem sosial ekonomi dan politik AS yang masih pada hakikatnya sangat bias kepada golongan kulit putih.

AS yang sering berbangga dengan slogan liberti, kebebasan dan demokrasi tidak boleh menjadi juara kepada dunia untuk mengajar negara lain bagaimana hendak mengendalikan perhubungan antara ras.

Dengan rekod keganasan polis kulit putih yang menyasarkan golongan kulit hitam (African-American) mencecah sekitar 1,300 kes pada tahun 2015 dan 30% mangsa melibatkan warga kulit hitam, rakyat AS sendiri melihat bagaimana sistem urus tadbir negara itu gagal. Warga kulit hitam masih menjadi mangsa dan berasa tertekan serta tersisih dalam pembangunan negara AS itu sendiri.

Apa yang nyata ialah atas nama demokrasi dan kebebasan, AS tidak berjaya menguruskan keadilan untuk warganya sendiri. Diskriminasi dan kecenderungan untuk mengkriminalisasikan golongan kulit hitam terus menerus menghantui sistem sosial negara Uncle Sam itu.

Insiden di Dallas adalah antara petanda betapa kemarahan komuniti African-American di AS sedang memuncak. Kini kota-kota di AS menyaksikan warga kulit hitam berdemonstarsi di jalan raya menuntut keadilan. Slogan "Black Lives Matter" dan "No Justice , No Peace" adalah petanda bahawa AS kini terdedah sebagai negara yang ditadbir penuh dengan diskriminasi ke atas rakyatnya sendiri.

Sebenarnya inilah bukti betapa sistem sosio AS sangat rapuh. Walaupun buat pertama kali warga kulit hitam, Barack Obama menjadi Presiden AS akan tetapi jika diteliti secara lebih terperinci diperingkat lokal, masih ramai komuniti warga kulit hitam di AS yang mengalami hidup yang sangat terpinggir dan tersisih. Kawasan terpinggir di AS masih banyak dihuni oleh warga kulit hitam.

Ditambah sikap rasis yang masih dimilikki oleh sebahgian besar pihak sekuriti yang memangsakan warga kulit hitam, ternyata AS berpotensi untuk runtuh kepada negara yang terpecah dan bukan lagi "United States" . Insiden tindakan brutal polis ke atas warga kulit hitam semakin kerap berlaku. Sentimen tidak selamat dan sentiasa rasa terancam di kalangan warga kulit hitam berleluasa di AS.

Jika dilihat di peringkat global AS samasekali tidak boleh mewakili suara keadilan dan kesaksamaan. Dasar luarnya yang jelas sangat dominatif untuk menguasai seluruh aspek kehidupan didunia sama ada dalam perdagangan, pertahanan, eksploitasi sumber alam, pendidikan dan budaya telah menunjukkan AS mengamalkan dasar berpihak kepada kepentingan golongan elit. Akibatnya sengang antara kaya dan miskin semakin melebar akibat dari dasar diskiminatif AS.

Lebih-lebih lagi AS yang menjadi alat kepada kepentingan Israel terus menerus mengamalkan diskriminasi kepada negara-negara yang tidak sealiran dengannya. AS menyokong tindakan brutal Israel yang memangsakan warga Palestin sejak enam dekad yang lalu. Jutaan warga Palestin menjadi mangsa akibat dasar rasis Israel yang didukung oleh AS.

Kini AS terpaksa menghadapi akibat dari dasar rasisnya. Respons diterjemahkan dalam bentuk demonstrasi anti keganasan polis oleh warga kulit hitam dan warga AS yang menolak sistem rasis negara itu. Insiden dua orang warga kulit hitam dibunuh oleh polis, ditambah ratusan insiden sebelum ini, mencetuskan kemarahan warga AS sehingga ketegangan rasial kini menjadi kenyataan yang sukar dikawal.

Teras mengesa Kerajaan Malaysia mengambil perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di AS. Sensitiviti antara kaum dan penganut agama perlu dipelihara serta mengukuhkan kontrak sosial berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati oleh seluruh rakyat hendaklah disuburkan. - HARAKAHDAILY 9/7/2016

Penulis ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu.

Sumber HD - 9-7-2016


IRC Dan Penglibatan Dakwah Di Malaysia - Satu Catatan Ringkas

Posted on Thursday, July 07 @ 07:14:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30925



Sejarah Penubuhannya           

            Islamic Representative Council (IRC) atau dalam bahasa Melayunya, Majlis Syura Muslimin (MSM)[1]  adalah satu kumpulan dakwah di kalangan para pelajar Malaysia yang ditubuhkan di United Kingdom (UK) pada awal tahun 70-an, bergerak cergas sehingga ke hari ini.[2]  Ada pendapat yang mengatakan ianya diasaskan di Brighton, England oleh para pelajar Malaysia yang dihantar ke sana atas biasiswa Kerajaan Perskutuan.[3]

Gerakan IRC amat rahsia sifatnya. Sistem yang diamalkan di dalam IRC amat rigid, tetapi berdisiplin tinggi, mempunyai manhaj tarbiyyah usrah yang tersusun lengkap dengan sukatan dan peringkatnya,[4]  amat menekankan aspek tarbiyyah di kalangan ahli, dikawal sepenuhnya oleh naqib dan pimpinannya, bergerak secara yang amat halus dan teliti dan rata-ratanya dianggotai oleh kalangan intelektual yang “bijak dari segi pencapaian akademiknya”.[5]

            Menurut seorang pengkaji sosial, IRC pada mulanya dipimpin oleh barisan intelektual dan pelopor gerakan Islam di Indonesia yang secara kebetulan juga belajar di UK terutamanya  Ir. Imaduddin Abdul Rahim[6] yang mendapat pendedahan gerakan Islam dari Ikhwanul Muslimin, Mesir dan Jami’at Islami, Pakistan.[7]  Pada awal tahun 70-an, Kerajaan Malaysia melaksanakan program memberikan biasiswa kepada ramai pelajar lepasan MCE/SPM dan HSC/STP untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. UK adalah destinasi yang  favourite di kalangan Malaysians. Di Malaysia sendiri, Institut  Teknologi Kebangsaan – ITK (kini Universiti Teknologi Malaysia – UTM) menjadi base kepada IRC apabila graduan yang telah belajar di UK itu (kebanyakannya mengambil jurusan kejuruteraan, sains gunaan dan berkaitan), pulang sebagai pensyarah dan mengajar di ITK. Hubungan ITK dengan Institut Teknologi Bandung (ITB) di Indonesia menjadi akrab.


             Demikianlah, semakin tahun semakin ramai pelajar Malaysia dihantar ke luar negara, semakin meluas fikrah IRC mula tersebar UK, Australia, di Amerika Syarikat (umpamanya di Terra Houte, Houston yang  merupakan “Kampung Malaysia” di Amerika!) malah di Mesir dan Jordan. Pimpinan-pimpinan tertinggi al-ikhwan (‘Alami) sering berkunjung ke UK, USA, Australia, Mesir dan Jordan 
dan para pelajar Malaysia didedahkan secara langsung kepada pengalaman mereka dalam dakwah.[8]  Semua ini adalah pengalaman yang amat baru bagi pelajar kita di luar negeri. Berbanding dengan 
rakan-rakan mereka yang menuntut di dalam universiti tempatan yang hanya mendapat tarbiyyah 
daripada kalangan ustaz-ustaz tempatan, peluang berjumpa, berbincang dan bergaul dengan barisan pimpinan al-Ikhwan dan Jami’at Islami dirasakan amat luar biasa dan memberikan kekuatan baru 
kepada para pelajar Malaysia. IRC sering menyebut bahawa kini mereka  “mempunyai pakar rujuk 
yang benar-benar harakiyyah sifatnya” malah adalah yang tidak segan-segan mengatakan bahawa “mereka telah diterima masuk oleh Ikhwan ke dalam Tanzim ‘Alami”.[9]


ABIM dan PAS di Malaysia


            Bagaimanapun di Malaysia sudah wujud Gerakan Islam bernama ABIM di peringkat persatuan bukan politik dan PAS sebagai parti politik. Semua pimpinan IRC ketika itu seperti Prof. Abang Abdullah, Zaid Kamaruddin, Mustafa Abdul Kader, Abdul Jalil Hassan, Azman Hussin, Ariffin (Said?), Ahmad Tarmidzi, Dzulkifli Muhammad, Saari Sungip (Abu ‘Urwah), Dr. Abdul Rahim Gouse, Dr. Mohd Hatta Shahrom dan sebagainya amat memahami bahawa mewujudkan satu Jamaah lagi di Malaysia apabila mereka pulang adalah tidak syar’iyy dari segi prinsip jamaah Islam malah bertentangan dengan kaedah gerakan Islam. Hendak duduk di dalam ABIM, mereka tidak sebulu dan sehaluan. Untuk melibatkan diri dalam politik, tarbiyyah  dan fikrah mereka menghalang mereka daripada berbuat demikian, lagipun seperti yang sering mereka  hujjahkan  ketika itu: “PAS tidak mempunyai tarbiyyah dan ustaz-ustaz dalam PAS tidak mendapat tarbiyyah harakiyyah daripada kalangan al-Ikhwan Mesir dan oleh itu, memasuki siasah apatah lagi PAS, adalah “tidak betul” dan PAS perlu dijauhi”.[10]


            Pada awal 80-an IRC mengambil sikap “tidak menterjemahkan identiti diri” mereka di dalam masyarakat. Namun usrah-usrah IRC wujud terutama di kampus-kampus universiti tempatan secara sulit dan rahsia. Ketika itu sudah ramai tenaga IRC pulang ke tanah air selaku pensyarah terutama di UM, UKM, UPM, ITM dan UTM. Manakala terdapat juga beberapa orang tenaga ustaz yang mendapat didikan di Mesir yang memberikan sumbangan tertutup kepada mahasiswa kampus seperti Ustaz Darus Senawi di UM, Ustaz Zawawi Ali di Kolej Islam Kelang, Ustaz Alias Othman di UM, Ustaz Kamil Abdul Majid di UM dan sebagainya.[11]


            Dalam perbincangan-perbincangan tertutup di peringkat tertinggi IRC, rupa-rupanya ada usaha-usaha sulit untuk membenarkan figure-figure IRC tertentu untuk memasuki medan dakwah secara terbuka terutama PAS.[12] Maka saudara Mustafa Abdul Kader yang bergerak aktif  dalam Pemuda dan PAS Shah Alam dan Selangor menjadi test case IRC yang pertama. Ketika itu, ABIM sudah tidak mendapat tempat dan PAS menjadi tumpuan. Mustafa Abdul Kader diberi kepercayaan  sehingga menduduki EXCO Pemuda PAS Pusat dan juga EXCO PAS Selangor. Kemudian lebih ramai bekas IRC”[13] memasuki PAS termasuklah YB Khalid Samad[14] yang kemudiannnya diikuti oleh lainnya, yang paling menonjol kini ada YB Dr. Dzulkifli Ahmad (Abu Iman), AJK PAS Pusat.  Sumbangan bekas IRC dalam PAS memang ada kesannya. Pimpinan PAS terutamanya Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang sangat terbuka dalam kes IRC masuk PAS. Pintu PAS dibuka seluas-luasnya kepada mereka. Kritikan orang-orang IRC di luar dan  dalam negara diterima baik oleh PAS dalam rangkaian semangat “IRC menegur kita untuk sama-sama membina PAS” dan kini “keluarga Jamaah Islam semakin luas”.


            Bagaimanapun pada tahun 1985 sudah kedengaran suara-suara dari kalangan Pemuda PAS bahawa anggota IRC dalam PAS “bawa fikrah IRC dalam PAS dan secara diam-diam mengutuk PAS di luar”. Semakin banyak bukti diperolehi untuk dikemukakan kepada Dewan ‘Ulamak dan Dewan Harian PAS bahawa barangkali masanya sudah tiba bagi PAS untuk mengkaji sejauh mana peranan bekas IRC dalam PAS. Pertembungan terbuka mula berlaku. Tetapi di peringkat pimpinan tertinggi PAS  Pusat,  masih tiada apa masalah. Malah, Ustaz Abdul Hadi Awang  (kini YB Tuan Guru Dato' Seri) menulis kata pengantar siri buku Risalah Usrah oleh Abu ‘Urwah (YB Saari Sungip). Buku yang dianggap teks utama usrah IRC itu menjadi bahan usrah utama  di dalam kampus-kampus sehinggakan terdengar cerita buku yang sama digunakan juga oleh para mahasiswa Malaysia di Universiti al-Azhar dan universiti lain di Timur Tengah![15]


            Suatu ketika dulu, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr. Abdul Aziz Hanafi adalah 
di antara pimpinan PAS yang bermati-matian mempertahankan IRC dalam PAS manakala 
Ustaz Nakhaie dan Ustaz Harun Taib di antara yang paling kuat menentang fikrah IRC ketika 
itu. Satu perkara yang menarik ialah pimpinan tertinggi PAS masih memberikan ruang kepada 
IRC sehinggalah PAS Shah Alam mengemukakan dokumen-dokumen penting membuktikan penglibatan IRC dalam beberapa strategi PAS menyebabkan PAS mengambil tindakan tegas memecat Mustafa Abdul Kader dan kemudiannya Ustaz Alias Othman mengundur diri.



            Pada bulan Mac 1990 satu perkembangan menarik berlaku dalam IRC. IRC yang sudah tidak mendapat tempat dalam ABIM dan PAS mula mengorak langkah  drastik dengan mengusulkan supaya ahli Jamaah dibenarkan memasuki UMNO.[16] Usul itu dengarnya ditolak. IRC kembali seperti biasa tetapi retak dalam IRC sudah semakin rancak.  Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang kemudian dijelmakan sebagai  "Parti Negara Islam" apabila kembali ke tanah air, ada yang ingin masuk ke dalam ABIM dan PAS manakala ada yang ingin kekal secara rahsia di Malaysia. Sudah mula tidak sepakat sejak dari peringkat itu lagi.


IRC, JIM dan IKRAM
             Pada tahun 1991 sekali lagi IRC bergolak. Kali ini ada usul di kalangan mereka untuk menzahirkan IRC di mata masyarakat dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Usul 
diterima majoriti dan Presiden JIM pertama adalah Abu ‘Urwah (Saari Sungip)[17] sehingga tahun 
1999 di mana Prof. Madya Dr. Mohd Hatta Shahrom (ketika itu) mengambil tempat sebagai Presiden. Pada tahun 1999 juga ramai pimpinan JIM menganggotai KeAdilan, di antaranya ialah Sahari Bahari (bekas Naib Presiden JIM) yang menjadi EXCO Pemuda KeAdilan. Hj. Saari Sungip menjadi calon KeAdilan dalam Pilihanraya 29 November 1999 tetapi tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tetapi kini menjadi ADUN PAS Hulu Kelang.
           
            IRC sekali lagi bergolak pada tahun 2009 apabila kepimpinannya yang berada dalam HIS mencadangkan penubuhan IKRAM pada 22 Oktober 2009.  Mengikut kalangan tertentu IKRAM diwujudkan bagi menggabungkan tenaga semua ikhwahnya yang pernah mendapat pendedahan tarbiyyah IRC di luar negara tetapi   kini terlibat dalam pelbagai jemaah; ada yang dengan JIM, ada yang dengan ISMA[18] dan ada yang dengan HALUAN.[19]  Demi menggabungkan semua kenalan seniors yang masing-masing membawa uslub yang berbeza, IKRAM dilahirkan.[20]  Namun JIM, HALUAN dan ISMA tetap berasingan.  Pada  Disember 2011, dalam  PPN JIM ke-21, Zaid Kamaruddin mengisytiharkan dalam Muktamar berkenaan  bahawa JIM akan dibubarkan dan diserapkan ke dalam IKRAM sepenuhnya, yakni tanpa ISMA dan HALUAN.   


            Sebab utama pembubaran JIM, penubuhan IKRAM dan seumpamanya hanya diketahui oleh pimpinan yang duduk di dalam Tanzim IRC secara rahsia.  JIM, IKRAM dan seumpamanya adalah wajihah (front organization) terbuka dalam masyarakat umum sebagaimana yang dirangkumkan dalam masterplan dan grand design IRC sejak tahun 70-an lagi.  Bahawa JIM, IKRAM adalah IRC dan daripada kumpulan yang sama tidak dapat dinafikan lagi kerana dalam Muktamar JIM yang terakhir baru-baru ini apabila Presiden JIM terakhir ada menyebutkan bahawa....    


            "Ramai pengasas JIM merupakan bekas pelajar di luar negara."


            "Kita berhimpun membina Jamaah di kalangan umat Islam setempat bagi        
menyempurnakan tanggungjawab bersama. Kemudian kita bina jamaah           yang menyatukan 
pelajar Islam dari Malaysia, IRC, Islamic Representative          Council pada bulan April 1974."


            "Kita kembali ke Malaysia pada pertengahan 1970-an.  Terus        menggerakkan         usaha dakwah dan tarbiah terutamanya di kampus-     kampus.    JIM   hanya  ditubuhkan         pada 27 Julai 1990......IKRAM             ditubuhkan pada 22 Oktober 2009."


Penutup


            Demikianlah secara ringkas peranan yang dimainkan oleh IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang turut mengalami pasang surutnya. IRC sendiri telah mengalami banyak perpecahan di kalangan ahli dan penyokongnya: dari IRC kepada Suara Islam di UK dan berlanjutan hingga ke Malaysia, kemudian menjadi IRC di Malaysia, memasuki ABIM dan PAS dan bersendiri di bawah JIM. Mereka tubuhkan pula IKRAM pada tahun 2009 dan pada bulan Disember 2011 ini membubarkan JIM dan berbondong-bondong memasuki IKRAM pula.   Esok-esok nanti entah apa pula……UMNO?  Tidak mustahil kerana kertas kerja asas sudah ada sejak awal 1990 lagi......

            Demikianlah secara ringkas penglibatan IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang sempat kita bentangkan berdasarkan pengalaman bersama-sama mereka untuk penilaian para pembaca.  Kita tidak mengulas kesannya ke atas PAS dan ABIM di sini kerana memberikan peluang kepada para pembaca yang budiman membuatnya.  Kita bentangkan fakta-fakta sahaja.  Selamat mengulas dan berikanlah ulasan yang berfakta dengan penuh adab berdasarkan pengalaman masing-masing ....


            Wallahu a’lam bissawab.


Akhukum fi'Llah,


Kamal Izzuddin Abdullah


                [1]Ada pelbagai pendapat tentang bagaimana nama IRC atau MSM ini mula 
 diperkenalkan. Pendapat yang diterima umum ialah kefahaman bahawa mewujudkan sebuah 
gerakan Islam di luar negeri tidak praktikal kerana medan sebenar adalah di Malaysia.  Mereka 
tidak boleh tubuhkan gerakan Islam di Malaysia kerana mereka masih belajar dan berada 
di luar Malaysia.  Akhirnya, solution terbaik adalah dengan mengadakan sebuah "Syura" yang 
disepakati.  Mereka tidak mahu bergabung dengan badan-badan sedia ada di luar negara sebab 
tidak sealiran fikrah dengan mereka.

[2]Zainah Anwar yang buat pertama kalinya dalam sejarah IRC, telah berjaya menemubual 
ramai pimpinan IRC dan menerbitkan kajian Ijazah Sarjana Politiknya dalam bentuk sebuah 
buku kecil tetapi penuh  makna berjudul, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala 
Lumpur: Pelanduk Publications, 1990.

                [3]Zaid Kamarudin dalam Ucapan Dasar perasmian Jemaah Islah Malaysia (JIM) pada
 bulan Dismber 2011 telah dengan jelas menyatakan JIM mempunyai pengalaman selama lebih 30 
tahun bermula dari April 1974 di England secara tak langsung mengaitkan JIM dengan IRC. 

[4]Kita harus mengakui bahawa IRC berjaya menyusun manhaj usrah yang sangat kemas dan amat pratikal digunakan di peringkat mahasiswa universiti. Inilah yang menjadikan ia berjaya 
menarik semakin ramai mahasiswa universiti pada akhir 70-an sehingga pertengahan 80-an. 
Asas model tarbiyyah yang digunakan adalah berdasarkan al-Ikhwanul Muslimimun, Mesir.

[5] Ini adalah ciri-ciri umum yang terdapat dalam sistem IRC. Memang tidak dapat 
dinafikan  bahawa IRC mampu mengumpul tenaga-tenaga du’at yang sedemikian, sama 
ada di dalam mahupun di luar negara. Itulah kelebihan  IRC. Dengan dokumen usrah yang 
tertib dan mantap, IRC berjaya menambat hati para pelajar Malaysia di luar negara 
berbanding dengan pengaruh ABIM dan PAS.  Tenaga-tenaga profesionalnya yang gigih 
ditambah dengan sokongan du'at dari Mesir dan Jordan yang berlatarbelakangkan 
gerakan al-Ikhwanul Muslimun, ternyata IRC adalah satu force yang boleh membawa kesan 
yang agak besar di Malaysia.

[6]Pak Ir. Imaduddin Abdul Rahim sangat berpengaruh di kalangan pelajar IRCdan hal 
ini didedahkan sendiri oleh salah seorang senior bekas IRC, “Ayah Hasan Firdaus” 
berjudul, Gerakan Islam – Satu Sejarah dan Pengalaman, Bandar Baru Bangi: 
Madrasah Muttaqin, 1989, hal. 4.
[7]Lihat Zainah Anwar, op. cit.

[8]Umpamanya sila lihat bahan-bahan Tamrin Pimpinan Winter Gathering IRC  pada 
tahun 1982-1985 di UK.

[9]Dakwaan ini kuat kedengaran tetapi dinafikan sekers-kerasnya oleh pimpinan IRC 
apabila ditemui.
[10]Dakwaan ini amat kuat kedengaran dari tahun pertengahan tahun 70-an sehingga awal 
80-an dan angin perubahan amat kuat bertiup di kampus-kampus universiti tempatan. 
Mengikut sdr. Fauzi (bukan nama sebenar) yang pernah memimpin pelajar pada hujung 
70-an sehingga awal 80-an di sebuah  universiti tempatan, ditambah dengan faktor 
Anwar memasuki UMNO, hujjah-hujjah IRC bahawa sistem tarbiyyah ABIM semakin 
gagal mendapat tempat. Di UM, UKM, UTM, UPM dan ITM, ramai mahasiswa yang pro-
ABIM mula mendekati ustaz dan pensyarah yang pro-IRC. Bagaimanapun terdapat ramai 
juga yang mendekati PAS sebagai alternatif kepada ABIM yang dilihat menghampiri  
UMNO bahkan sudah ada gelarab untuk ABIM yang berbaik dengan UMNO ketika 
itu – ABINO”!

[11]Perkara ini tidak menjadi rahsia lagi kerana ia kini  sudah menjadi makluman 
umum. Sebahagian besar daripada mereka bergerak di dalam ABIM seperti Ustaz 
Zawawi Ali (kini Dr.) dan Ustaz Darus Senawi. Bagaimanapun pendirian Ustaz Alias 
Othman amat berlainan sekali. Beliau hanya pernah dijemput menduduki Lujnah Tarbiyyah 
PAS Pusat atas jemputan Ustaz Abdul Hadi Awang tetapi kemudiannya keluar  kerana 
beberapa masalah yang timbul antara PAS dengan IRC. PAS mendapati bahawa Ustaz 
Alias dan kalangan lain dalam PAS hanya sebelah kaki sahaja manakala sebelah kaki lagi 
masih kekal dalam IRC.

[12]Keputusan ini adalah berdasarkan konsep “Harakiyyah Islamiyyah Syumuliyyah” (HIS) 
 IRC di mana IRC menganggap PAS dan ABIM adalah front organization yang boleh 
“IRC ketengahkan kepada  masyarakat”. Perkara ini tercatat dalam dokumen blueprint IRC 
yang disedarkan dalam Summer dan Winter Gatherings peringkat pimpinan Nuqaba' mereka 
yang diadakan secara tertutup di luar negara.  Maklumat-maklumat terperingkat ini 
mula dipecahkan oleh kalangan bekas IRC yang kemudian menolak konsep IRC apabila 
mula menyelami gerakan ABIM dan PAS apabila kembali ke tanah air.  Nama-nama mereka 
masih kita rahsiakan di peringkat ini atas sebab-sebab tertentu.

[13] Sdr. Mustafa Abdul Kader mengakui bahawa beliau mempunyai ramai kawan dalam 
IRC tetapi menafikan bahawa beliau masih duduk dalam tanzim IRC. Bagaimanpun 
akhirnya rahsia itu terbongkar juga.

[14]Ketika di UK sdr. Khalid Samad aktif dalam IRC tetapi kemudian broke off  dan 
mengasaskan Suara Islam di UK.  Khalid yang rebellious in nature ini memang tidak 
berubah sejak zaman pelajarnya, dari "sebelum mengenal Islam" sehingga kini dalam 
barisan kepimpinan PAS Pusat.  Bacalah temuramah menarik dengan beliau (atas nama 
samaran) dalam Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: 
Pelanduk Publications, 1984.

[15]Perkara ini hampir tidak dapat dipercayai lebih-lebih lagi memikirkan bahawa sepatutnya 
para pelajar jurusan agama di Timur Tengah membaca teks-teks asal dalam bahasa 
Arab dan merujuk kepada guru-guru yang dipercayai.

[16]Dengan takdir Allah, kertas kerja berjudul “Usul Pendekatan Terhadap UMNO” 
bertarikh 28 Februari 1990 diperolehi dan pecah tembelang IRC kepada PAS. Kini IRC ridak 
boleh berdolak dalih lagi malah berasa malu terhadap PAS. Bagaimanapun masih terdapat ahli 
IRC yang cuba meyakinkan pimpinan PAS bahawa usul itu dibawa sesetengah ahli IRC yang
ingin berpolitik dan tidak mewakili keseluruhan fikrah IRC. Kertas kerja ini masih dianggap 
rahsia oleh IRC/JIM. Dalam pertemuan pimpinan PAS dengan pimpinan Ikhwan di London 
pada tahun 1991, perkara ini telah diutarakan. Menurut wakil Ikhwan, Syaikh Mustafa 
Masyhur dikatakan telah menulis surat peribadinya kepada Ustaz Fadhil Mohd Noor dan 
Syaikh Mustafa Masyhur  mengatakan pandangannya bahawa PAS mesti disokong oleh 
IRC di Malaysia  dalam pilihanraya dan dakwah. Malangnya surat yang dikirimkan melalui 
Prof. Khurshid Ahmad dari London itu tidak sampai ke tangan PAS. Ia hilang apabila 

berakhir ke tangan ABIM! PAS mengetahuinya melalui pertemuan sulit dengan Dr. 
Azzam Tamimi (wakil Ikhwan dan Hamas UK) semasa berkunjung di London.  Dua orang 
yang tahu akan perkara ini kini berada di barisan AJK PAS Pusat.

[17]Ironinya pula dalam tanzim JIM ini, Ustaz Alias Othman yang terkenal sebagai pakar 
rujuk IRC sejak pertengahan 70-an hingga tertubuhnya JIM, tidak menjadi Presiden JIM , 
 tetapi hanya pernah memegang jawatan Timbalan Presiden JIM. Perkara ini pernah 
ditanyakan kepadanya. Jawapannya:  “strategi dalam dakwah, syaikh”. 

                [18]IRC Mesir yang mendaftarkan diri sebagai NGO atas nama "Ikatan Muslimin 
Malaysia (ISMA)." Kini ISMA turut dikembangkan di luar negara sebagai ISMA Jordan, New 
Zealand, Eropah, Jepun, Korea, India.

                [19]Merupakan serpihan daripada IRC UK didaftarkan pada tahun 1988 sebagai sebuah 
NGO atas nama "Petubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi 
Malaysia."  Mempunyai perspektif yang sedikit berlainan daripada modus operandi JIM dan ISMA.

                [20]Ada kalangan exIRC yang ditemui menyebut tidak mustahil pada masa akan 
datang, IKRAM akan menjadi political front yang baru dalam perspektif dakwah di Malaysia. 
Menurut Ghazali (bukan nama sebenar),  penubuhan IKRAM itu sendiri selain daripada percubaan 
untuk tujuan wehdah, ia juga berperanan sebagai NGO Islamik alternatif kepada yang sedia 
ada dan barangkali akan mengikut langkah Parti PKS Indonesia yang juga mempunyai persamaan 
ciri-cirinya dengan IKRAM yang mengambil model al-Ikhwanul Muslimin.  Asas manhaj 
tarbiyyah harakiyyah yang dipegang oleh kalangan pengasas  seniors IRC adalah model 
al-Ikhwan dan sebagaimana berlaku perpecahan dalam fikrah al-Ikhwan sejak penubuhannhya 
oleh al-Imam  asy-Syahid Hasan al-Banna sehingga kini, begitulah yang berlaku kepada IRC 
sejak penubuhannya pada tahun 1974 sehingga menjadi IKRAM, JIM, HALUAN dan ISMA di 
Malaysia.

Sumber TKO - 7-7-2016





































----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Kurangkan rumah terbuka, bantu mangsa tertindas

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


 

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41761-kurangkan-rumah-terbuka-bantu-mangsa-tertindas

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan agar masyarakat Islam mengurangkan acara rumah terbuka yang terlalu banyak di negara ini sehingga berlaku pembaziran. Adalah lebih afdal masyarakat Islam berusaha menyalurkan sumbangan kepada jutaan kaum Muslimin yang kini menjadi pelarian dan menghadapi nasib yang sangat malang akibat konflik berpanjangan di beberapa negara di Timur Tengah.

Kami berpandangan bahawa perlu ada satu anjakan di kalangan umat Islam di negara ini yang terlalu tertumpu kepada jamuan makan dalam pelbagai jenis sambutan sehingga berlaku pembaziran. Acara rumah terbuka yang menjadi suatu kebanggaan di kalangan rakyat di negara ini kini menjadi agak keterlaluan. Hampir semua peringkat menganjurkan acara rumah terbuka  jabatan kerajaan, masjid dan surau, parti politik, agensi swasta, ahli parlimen dan Adun. Padahal terlalu ramai umat Islam yang teraniya yang tidak mendapat makanan asas sehingga berlaku kebuluran di tengah-tengah kemewahan makanan yang dibazirkan oleh golongan kaya di kalangan umat Islam.

Mengadakan rumah terbuka bertujuan mengeratkan silaturahim dan menjalinkan perhubungan antara kaum di negara ini adalah baik, akan tetapi terlalu banyak rumah terbuka dan hidangan juadah makanan yang pelbagai aneka yang akhirnya jika dinilai dalam bentuk wang, ratusan ribu malah jutaan ringgit itu lebih baik diutamakan kepada masyarakat Islam yang kebuluran seperti di Somalia, Sudan, Afganistan, Gaza (Palestin), Syria dan Myanmar.

MAPIM mengesa seluruh kaum Muslimin menghayati erti ibadah Ramadhan serta sambutan Aidil Fitri dalam erti kata sebenar. Menjelang sambutan hari raya puasa beberapa hari lagi, petanda keghairahan berbelanja berlebihan oleh sebahgian besar masyarakat Islam masih terus diamalkan tanpa memahami maksud Aidil Fitri itu disambut.

Setiap kali sambutan Aidil Fitri, sering dilihat pelbagai budaya yang bercanggah dengan maksud Aidil Fitri itu diamalkan sendiri di kalangan umat Islam di mana-mana. Bukan sahaja hiburan yang berlebihan yang menyalahi aturan syariat seperti pakaian, pergaulan dan campur aduk lelaki dan wanita serta pembaziran yang berleluasa diamalkan, malah mencemari hari yang mulia dengan budaya berbelanja yang berlebihan menjadi kelaziman.

Ternyata bulan Ramadhan yang mendidik kesedaran untuk hidup sederhana dan mengutamakan keperluan dilupakan apabila sambutan Aidil Fitri tiba. Sepertimana Ramadhan dijadikan pesta makan, demikian juga Aidil Fitri menjadi acara yang penuh dengan budaya berbelanja berlebihan dan acara rumah terbuka yang bermewahan dengan juadah makanan tanpa had.

Kami kesal sikap menjadikan sambutan Aidil Fitri sebagai pesta membeli belah dan jamuan hari raya yang penuh dengan pembaziran. Masyarakat Islam terbawa-bawa dengan pengaruh iklan dan promosi produk untuk berhari raya yang melampaui batas.

Iklan sambutan hari raya dengan pelbagai gimik jualan telah menjadikan Aidil Fitri yang sepatutnya merupakan hari suci bagi umat Islam akan tetapi dicemari dengan ciri-ciri yang bertentangan dengan roh yang dididik ketika menjalani ibadat Ramadhan.

Kami kesal dengan keghairahan komersialisasi sambutan Aidil Fitri yang sepatutnya diharamkan oleh pihak berkuasa agama. Bukan sahaja komersialisasi Iftar berleluasa diiklan di seluruh negara, kini komersialisasi Aidil Fitri juga menjadi-jadi. Di serata pelosok bandar, iklan seperti "Hari Raya Mega", "Bergaya di Hari Raya" dipaparkan. Eksploitasi kanak-kanak dan selebriti untuk melariskan produk telah menghilangkan tumpuan masyarakat terhadap kemuliaan Aidil Fitri.

Sambutan berunsur pembaziran yang berlawanan dengan roh agama kini telah menjadikan Aidil Fitri tidak dilihat sebagai sambutan agama tetapi sebaliknya pesta pembaziran dan hiburan untuk meraih keuntungan semaksimum mungkin.

Sementara jutaan umat Islam kini menjadi pelarian akibat konflik di pelbagai negara, malangnya umat Islam membazirkan sumber dengan budaya berhari raya yang berlebihan. Terlalu ramai umat Islam yang masih tidak dapat memenuhi keperluan asas untuk makan, tempat berteduh, berpakaian yang sempurna, pendidikan dan rawatan kesihatan asas. Malangnya di tengah-tengah gambaran pedih itu, masih ramai umat Islam yang tidak kisah membazirkan makanan, pakaian dan pelbagai sumber yang berharga untuk masyarakat Islam yang terpinggir.

Harus diinsafi betapa sengsaranya pelarian Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Libya, Yemen. Semuanya menghadapi fitnah paling getir untuk menyambung nyawa dalam keadaan yang sangat tertekan. Bukankah membantu mereka ini jauh lebih utama berbanding memenuhi kepuasan nafsu berhari raya berlebihan yang tidak pernah puas-puas?

Kami mengingatkan jika umat Islam maseh leka dengan budaya konsumerisme membazir dan menyalurkan sumber kepada hal-hal yang tidak bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara, kami merumuskan masa depan ummah akan gelap.

Transformasi diri yang sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan hendaklah diterjemahkan ketika menyambut 1 Syawal. Sikap hidup sederhana, berhemat dan penuh hati-hati untuk mewariskan sumber ummah kepada generasi akan datang adalah sikap yang perlu ditanam dan dihayati. Hanya dengan demikian persoalan umat akan terungkai kearah melahirkan kualiti khaira ummah seperti yang diungkap di dalam Al-Quran dan diteladankan oleh Rasulullah s.a.w.

Mapim melancarkan Rayuan Syawal "Tabung Syukuri Nikmat Aidil Fitri" bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian konflik di Syria, Gaza, Tebing Barat Palestin, Myanmar (Rohingya) dan Yemen. Kepada mereka yang mahu menghulurkan sumbangan sila sumbang kepada Dana Mapim Maybank 558220605312. - HARAKAHDAILY 5/7/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber HD - 5-7-2016

---------------------------------------------------------

Selamatkan Aleppo, Syria - NGO Asean

HARAKAHDAILY | .


PERTEMUAN beberapa NGO Asean pada 10 Mei 2016 di Kuala Lumpur telah merumuskan Pelan Tindakan Ramadhan untuk kempen menyelamatkan Aleppo, Syria.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan regim Basyar dan kelompok pemberontak yang menyerang bandar Aleppo dan juga bandar-yang lain di Syria  tanpa mengambilkira keselamatan rakyat awam yang tersepit dalam pertempuran antara pihak yang bertelagah.

Menyerang dengan roket dan pengeboman udara secara rambang memusnahkan seluruh bandar termasuk hospital, adalah jenayah perang yang terkutuk.

Kami mengambil perhatian sangat serius terhadap peperangan yang berlarutan sehingga 6 tahun dan mengakibatkan hampir 300,000 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita.

Perkembangan terkini yang melibatkan serangan ke atas bandar seperti Aleppo dan Idlib  meruncingkan lagi keadaan kerana rakyat awam sering menjadi mangsa kepada serangan antara pelbagai pihak; tentera regim Basyar, ISIS, FSA, Nusra Front, Russia, Hizbullah.

Sebagai respon kepada keadaan Aleppo kini yang sangat kritikal, pertemuan sehari yang dianjur oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia  (Shura) itu, telah disertai oleh Ngo yang mewakili Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore , Myanmar, Filipina dan Kemboja.

Pertemuan ini merupakan mesyuarat tergempar Ngo Asean untuk membincang tindakan bersama sejak Aleppo menghadapi serangan udara paling ganas oleh regim Basyar yang telah mengakibatkan sebuah Hospital di bandar itu musnah dan lebih dari 300 orang terbunuh termasuk doktor.

Mengikut laporan dari pihak PBB sendiri, Aleppo telah menjadi bandar paling tidak selamat kerana dikuasai oleh tentera regim dan kelompok penentang Basyar, termasuk ISIS. Kini tidak ada kawasan yang selamat di Aleppo bagi seluruh penduduk yang maseh terbaki di bandar tersebut.

Masing-masing kelompok yang melancarkan serangan untuk menguasai bandar Aleppo telah mengakibat kesengsaraan yang sangat berat kepada penduduk awam kerana terputus makanan, bekalan ubat dan segala khidmat asas yang diperlukan.

Tindakan regim Basyar yang melancarkan serangan udara bertujuan memecahkan kubu pemberontak dibeberapa kawasan di bandar Aleppo telah secara langsung menhancurkan hampir keseluruhan bandar terbesar di Syria itu.

Keadaan Aleppo kini sangat kritikal kerana tidak ada kestabilan sama sekali sehingga seluruh kota itu lumpuh. Gencatan senjata yang dipelopori oleh US dan Russia nampaknya tidak berkesan walaupun persetujuan cuba dicapai untuk memanjangkan tempoh gencatan senjata , namun gagal kerana  tidak melibatkan beberapa kelompok yang lain seperti Nusra Front dan ISIS.

Perbincangan telah merumuskan beberapa agenda bertindak yang disepakati oleh para wakil Ngo yang hadhir yang diberi nama Pelan Bertindak Ramadhan.

Kesepakatan itu termasuk agenda berikut :

1. Menghantar Misi Kemanusiaan Asia ke Aleppo pada bulan Ramadhan ini.
2. Melancar pengumpulan dana kemanusiaan untuk Syria .
3. Mengeluarkan rayuan sedunia untuk menghentikan perang di Syria khususnya dan seluruh dunia amnya di bulan Ramadhan sebagai bulan keamanan.
4. Menganjurkan perhimpunan dan penyerahan memo protes di kedutaaan Syria.
5. Mobilisasi masyarakat awam untuk mengambil perhatian keatas isu Syria.
6. Mengeluarkan teks khutbah khas untuk menyedarkan masyarakat Islam diseluruh dunia mengenai isu Syria.
7. Menghantar surat khas kepada negara-negara luar yang terlibat dalam konflik di Syria seperti US dan Russia supaya menghentikan penglibatan ketenteraan dalam konflik yang berkaitan.
8. Menghantar memo khas kepada UN, OIC, EU dan ASEAN untuk segera bertindak menyelamatkan Syria dari kehancuran.

Perbincangan juga telah menubuhkan sebuah Koaliasi Kumpulan Bertindak Asia Untuk Kemanusiaan (Coallition of Asian Working Group for Humanity) bagi melaksanakan gerakerja lebih terkoordinasi bagi menangani pelbagai konflik kemanusiaan yang kini berlaku demi menegakkan keadilan dan keamanan dunia.

Mapim telah diputuskan menjadi Sekretariat kepada koaliasi ini dan akan menggerakkan pelbagai inisiatif untuk menangangi isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh komuniti dunia.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) – HARAKAHDAILY 11/5/2016

Sumber HD - 11-5-2016










































BI perlu, tetapi angkat bahasa kebangsaan lebih utama








































MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAPIM mengalu-alukan gesaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar rakyat Malaysia memberi penekanan terhadap pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris, yang menurut baginda peluang itu harus diberikan kepada setiap orang tanpa mengira latar belakang.

Kami memperakui galakan untuk menguasai bahasa dunia seperti bahasa Inggeris kerana ia merupakan antara bahasa perantaraan antarabangsa .

Sementara sememangnya Bahasa Inggeris adalah bahasa global bagi bidang saintifik, teknologi, perniagaan, akademik dan maklumat perdagangan antarabangsa , akan tetapi harus dicermati bahawa tidak boleh dinafikan ada bahasa lain juga yang turut maju membangunkan bangsanya dalam pelbagai bidang seperti bahasa Jerman, Russia, China, Jepun dan Perancis.

Rakyat negara-negara tersebut ternyata turut menguasai ilmu teknologi terkini dengan memajukan bahasa masing-masing sebagai teras pembangunan negara.

Jika hujah bahawa belajar bahasa lain akan membuka peluang lebih luas bagi generasi muda untuk menerokai dan memperoleh ilmu dan pengetahuan tanpa had dalam dunia globalisasi sekarang, hujah yang sama boleh diketengahkan untuk bahasa selain Bahasa Inggeris.

Yang menjadi isu sekarang ialah wujudnya sindrom tidak yakin bahawa Bahasa Kebangsaan boleh membawa kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dan dengan itu ada pihak terus melobi untuk mengenengahkan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan dalam sistem pendidikan negara.

Inilah yang sedang diperbahaskan apabila kerajaan memperkenalkan perlaksanaan PPSMI dan sekarang DLP pula, dalam sistem pengajaran di sekolah.

Dasar yang diperkenalkan itu tidak mengambilkira tujuan dan asas Akta Bahasa Kebangsaan dan Dewan Bahasa dan Pustaka diwujudkan. Ia tidak sama sekali menafikan kepentingan memahirkan generasi muda dengan bahasa lain terutama Bahasa Inggeris.

Akan tetapi isu yang dibangkitkan ialah apabila status Bahasa Kebangsaan terjejas dengan memperkenal sebuah sistem perantaraan bahasa di dalam sistem pendidikan nasional yang bakal membantutkan kemajuan Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa ilmu sekaligus bahasa pembentuk jatidiri dan tamadun bangsa.

Boleh dipertikaikan hujah bahawa hanya dengan Bahasa Inggeris bangsa ini akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan masyarakat global dan budaya yang berbeza. Sebenarnya keyakinan datang dengan penguasaan ilmu yang diperolehi dari bahasa yang maju.

Oleh sebab pihak berkuasa tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Kebangsaan untuk memajukan negara, maka ketidakyakinan diri bermula.

Contoh yang jelas timbul dari penguasaan bahasa yang telah maju dan mampu menyumbang kepada kemajuan dunia yang telah dibuktikan ialah negara-negara seperti Korea, Jepun, Perancis, Jerman dan China.

Kami bersetuju kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa. Galakan untuk menguasai bahasa lain sememangnya perlu digalakkan. Namun memajukan dan mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan sangat penting untuk diutamakan kerana Bahasa Kebangsaan membawa nilai dan falsafah tersendiri.

Lantaran itu sangat penting diberi perhatian bahawa memahirkan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda perlu dilihat dari sudut teknik pengajaran yang berkesan bukan mengganti bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan sekolah.

Meningkatkan daya saing negara dalam dunia yang dipacu teknologi dan globalisasi bukan dengan menurunkan status Bahasa Kebangsaan tetapi hendaklah dengan memajukannya sehingga boleh menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang.

Ketika PPSMI diperkenalkan ternyata murid dijadi bahan uji sehingga akibatnya mereka menjadi mangsa terutama di sekolah di kawasan desa. Bukan sahaja penguasaan Bahasa Inggeris tidak tercapai, malah bidang yang dipelajari tidak dikuasai. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016

Kalaulah RM2.6 bilion itu bukan kepada Najib

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



KALAULAH RM2.6 bilion yang dikatakan didermakan dan dimasukkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak selaku PM dan Presiden Umno, diberi kepada sesiapa sahaja dalam kalangan mana-mana rakyat Malaysia; ahli politik, aktivis Ngo, individu, institusi pendidikan dan lain-lain, pasti senario yang berlegar sekitar isu RM2.6 bilion itu akan jadi cukup berlainan.

Tidak boleh dibayangkan lagi jika ia disalurkan kepada parti pembangkang atau Ngo yang kritikal kepada kerajaan. Seluruh jentera pihak berkuasa termasuk media akan melancarkan operasi amukan maksimal. Terbayang akan ada yang ditahan atau ditarik balik kerakyatan  atas nama keselamatan negara. Jika tidak percaya, cuba. Cuba usahakan, dan akan dilihat apa yang akan berlaku.

Namun dalam simpang siur maklumat yang didedahkan berbulan-bulan lamanya, ternyata ada kekalutan pihak yang mempertahankan Najib dengan pelbagai alasan, walaupun seluruh rakyat semakin melihat alasan-alasan yang diutarakan itu bagaikan lawak mega ditahap nasional, tidak,  ditahap antarabangsa sebenarnya.

Jawapan berputar-putar dan rakyat dianggap seolah tidak boleh berfikir dan mudah diperbodohkan. Mula dikata sumbangan dari seorang individu putra Arab, kemudian oleh kerajaan Saudi. Ditengah-tengah itu alasan penderma juga berubah-ubah.

Mula derma tanpa syarat, kemudian kerana hendak menangani pengganas, kemudian kerana hendak memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya, seterusnya kerana membantu program Islam Wasatiyyah.

Padahal jawapan kepada soalan yang rakyat mahukan, paling mudah: kenapa dimasukkan ke Akaun peribadi dan ke mana dan di mana rekod wang itu dibelanjakan?

Jika benar tujuan duit itu didermakan setulus hasrat yang kononnya diniatkan oleh penderma, soalnya kenapa dirahsiakan sedemikian lama sehingga maklumat terdedah baru menggelupur mencari alasan demi alasan?

Setelah sekian lama rakyat menjerit-jerit menuntut penjelasan di mana wang itu sekarang, tiba -tiba Peguam Negara mengumumkan telah dipulangkan semula sebahgiannya kembali kepada penderma.

Ketika penulis di Saudi, tidak pula diketahui oleh rakyat Saudi benarkah sebahgian wang itu dikembalikan semula. Entah di mana pula wang terbaki itu dibelanjakan, pun tidak dijelaskan. Dalam keadaan kalut mencari jawapan, beberapa orang ternama terpelanting dipecat, ditamatkan dan dibisukan kerana dilihat berbahaya kepada kedudukan PM dan Presiden Umno.

Untuk mempertahankan Najib, alasan tidak salah menerima sumbangan wang oleh mana-mana parti politik dihamburkan. Wang sejumlah RM2.6 bilion masuk Akaun peribadi tidak salah?

Bank Negara membenarkannya? Bila terdedah baru Bank Negara mahu siasat? Jumlah wang sebanyak itu masuk dalam Akaun peribadi Najib, Bank Negara tidak tahu?

Jadi sekarang, bila Menteri Luar kerajaan Arab Saudi mengesahkan menjadi penderma kepada wang itu, para penjaga kepentingan kedudukan PM dan diri sendiri dengan cepat mengistiharkan bahawa isu RM2.6 bilion itu selesai, bahawa Najib adalah "bersih", bahawa segala dakwaan terhadap Najib adalah bohong.

Nah, inilah nasib rakyat Malaysia. Jika banyak bertanya dianggap dihasut, jika berani membantah dituduh pengkhianat. Jika mengkritik dikutuk sebagai tidak hormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Keadaan ini diungkit oleh banyak pihak sebagai dikatakan "bersih", tetapi tidak kelihatan bersih (clean but not seen to be clean), itulah yang sedang menghantui Najib. Beliau terpaksa mengembeleng seluruh hulu balangnya untuk mempertahankan dirinya. Padahal Najib tahu benar, rakyat semakin hilang keyakinan kepada beliau dan kerajaan.

Perhimpunan yang mengusung dan mengangkut rakyat dengan puluhan bas untuk menyambut Najib dikatakan sebagai simbol sokongan rakyat, tidak akan boleh menghilang rasa jengkel rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin kerajaan yang bakal tercatat dalam lembaran sejarah negara.

Gambar khemah atau dewan memenuhi setiap ruang ketika menyambut Najib dalam perhimpunan seolah petanda rakyat memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau, sama sekali tidak boleh merubah persoalan pokok yang ditimbulkan.

Apakah benar isu ini telah selesai mengikut kata beberapa orang Menteri JPM sekaligus ahli Majlis Tertinggi Umno? Beranikah mereka berdepan dengan rakyat secara langsung untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini.

Beranikah mereka menyakinkan pengundi di kawasan Parlimen atau Dun mereka bahawa Najib "bersih" dan rakyat tidak perlu khuatir? Rakyat bakal memberi mesej jelas kepada kerajaan dalam pilihan raya akan datang. – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Penulis ialah presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)

Sumber HD - 18-4-2016



Murtad bukanlah suatu hak

Posted on Friday, April 08 @ 12:12:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



ISU murtad kembali diberi perhatian oleh media sejak kebelakangan ini, khususnya keputusan suatu kes lelaki Islam dibenarkan keluar Islam oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

Masalah murtad ini adalah polemik yang benar-benar berlaku di Malaysia. Ia bukanlah suatu rekaan pihak tertentu bagi meraih kepentingan-kepentingan tertentu.

Perlakuan murtad ini boleh juga berlaku secara berkumpulan atas sebab-sebab tertentu seperti tidak mendapat layanan sewajarnya daripada pihak tertentu. Dalam keadaan yang lain, murtad juga berlaku apabila seseorang itu mengikut ajaran yang telah difatwakan salah seperti Qadiyani, Ayah Pin, Millah Ibrahim, Rasul Melayu dan banyak lagi ajaran yang terpesong dari aqidah Islam.

Murtad juga pernah dilaporkan berlaku dalam kalangan remaja yang menyertai kumpulan tertentu seperti menyembah syaitan serta gerakan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Bagi sesetengah orang lain pula murtad berlaku secara senyap sama ada berpegang dengan agama lain ataupun melakukan upacara yang terpesong dari aqidah Islam.

 Atas sebab-sebab tertentu golongan ini tidak mahu dikenal pasti dan hanya melakukan aktiviti keagamaan mereka secara senyap senyap sahaja.

Di Malaysia, undang-undang mengenai murtad terdapat dalam beberapa bentuk iaitu sebagai kesalahan cubaan murtad sebagaimana yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah di beberapa negeri seperti Perak, Melaka, Kelantan, Sabah, dan Negeri Sembilan.

Mahkamah syariah juga diberi bidang kuasa secara spesifik untuk mengisytiharkan seseorang itu tidak lagi beragama Islam. Manakala memurtadkan orang Islam pula telah dijadikan suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam. Kesalahan di bawah enakmen ini pula dibicarakan di mahkamah sivil.

Gaya hidup yang tidak memberi penekanan hidup beragama telah mendedahkan orang Islam kepada kerapuhan iman. Akhirnya keyakinan terhadap ALLAH itu akan terhakis dari semasa ke semasa. Kemuncak  krisis keyakinan terhadap ALLAH ini adalah tindakan seseorang ke arah murtad.

Nama-nama seperti Aisyah Haji Bohari, Hartina Haji Kamarudin, Azlina Jailani, Siti Fatimah Tan dan banyak lagi mungkin sudah tidak diingati oleh orang Islam. Tetapi nama-nama inilah yang sering bermain di bibir apabila membicarakan isu murtad dan membuktikan memang terdapat usaha memurtadkan orang Islam.

Mengatakan murtad merupakan hak kepada orang Islam merupakan suatu yang begitu jauh tersasar dari agama Islam itu sendiri. Perkara ini dapat dibuktikan apabila jenayah riddah ini telah pun dijadikan suatu kesalahan dan termasuk dalam kategori kesalahan hudud.

Malah berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan dengan mendabik dada mengatakan hak asasi manusia membenarkan seorang Islam itu murtad juga sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada mana-mana orang menganut dan mengamalkan agamanya. Perkara 11(1) tersebut hanya mengatakan orang Islam berhak menganut dan mengamalkan agama Islam. Begitu juga penganut agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian bebas menganut dan mengamalkan agama  mereka.

Perkara 11(1) tidak memberi hak kepada mana-mana orang bertukar-tukar agama. Pertukaran agama hendaklah dilakukan mengikut agama itu sendiri dan juga undang-undang yang berkuat kuasa.

Tiada hak yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bersifat mutlak. Sudah tentu setiap hak yang diberikan mempunyai batasannya tertentu. Malah hak itu sendiri kebiasaannya diimbangi dengan tanggungjawab.

Isu murtad ini tidak boleh dilihat secara berasingan dari agenda  menggasak agama Islam. Malah beberapa tindakan berangkai sekarang ini boleh menjurus kepada menjauhkan umat Islam dari sebarang bentuk tindakan atau organisasi agama di Malaysia.

Lama-kelamaan umat Islam akan hidup jauh dari agama dan di‘bebas’kan dari Islam. Pada ketika itu amat mudahlah orang Islam menjadi murtad.

Masalah murtad ini perlu ditangani secara bersepadu dan berhemah oleh semua pihak. Pihak berkuasa, keluarga, institusi agama NGO dan masyarakat sekeliling memainkan peranan penting bagi membanteras gejala murtad ini.

Pendekatan yang berhemah dan berterusan juga amat penting bagi keberkesanan dakwah dan mengelakkan orang Islam dari murtad. Pengukuhan aqidah, ibadah dan akhlak boleh diterap kepada umat Islam melalui undang-undang dan pendidikan. Keduanya harus berjalan seiring bagi memastikan keberkesanan dakwah Islam.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Sumber TKO - 8-4-2016




Benarkah Jamaah Tabligh Tak Berpolitik?

Posted on Wednesday, April 06 @ 06:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Antara NGO yang sepatutnya ada bersama PAS ialah gerakan dakwah, Jamaah Tabligh. Sama ada mereka  sebagai NGO dalam Blok Ketiga ataupun sebagai satu entiti yang ada ‘engagement’ dengan gerakan Islam PAS. 

Kepimpinan PAS sewajarnya berusaha untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi Jamaah Tabligh sama ada di Malaysia atau yang berpusat di India demi kemaslahatan Ummah dan Islam.
Soalnya, benarkah Jamaah Tabligh menolak politik, khususnya politik kepartian? Di sini aku ingin berkongsi hasil perbincangan dengan seorang sahabat ahli Jamaah Tabligh yang pernah berkunjung ke India. Aku lontarkan beberapa soalan kepadanya. Antaranya, mengapa parti Islam tidak menang di India dan Pakistan? Mengapa kebanyakan ahli Tabligh tak keluar mengundi dan membantu parti Islam di sana? Apakah maksud Tabligh tidak melibatkan diri dengan politik seperti yang diuar-uarkan?

Aku telah mendapat sedikit penjelasan. Kalaulah ahli-ahli Jamaah Tabligh mengamalkan apa yang diceritakan sudah pasti mereka akan bersama-sama dengan gerakan Islam seperti PAS. Katanya, Jamaah Tabligh memang tidak didaftarkan atau ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan politik kerana PAS telah sedia ada. Tidak perlu bersaing dengan PAS. Memadai Jamaah Tabligh menyokong PAS. Tak perlu ada berbilang parti Islam di sesebuah negara.

Mengapa pula kebanyakan ahli Jamaah Tabligh tidak mengikuti ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti PAS? Katanya, itu adalah hak masing-masing ahli Tabligh. Tabligh tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya memboikot ceramah dan aktiviti parti PAS. Malah katanya yang paling mengujakan aku ialah seorang Maulana besar di India telah mengarahkan ahli-ahlinya menyokong parti politik Islam di negara masing-masing. Maksud mudah di sini ialah arahan telah dibuat agar ahli-ahli Tabligh mengundi mana-mana calon dari parti Islam.

Justeru, sewajarnya ahli-ahli Tabligh ada kesedaran untuk mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi apabila pilihanraya diadakan. Tidak harus berlaku ahli Tabligh mengasingkan diri dari medan tempur politik yang menjadi jalan untuk tertegaknya sebuah kerajaan Islam.


Kesimpulannya, memang sedia ada ahli Tabligh turut menjadi ahli dan penyokong PAS. Namun persennya perlu ditingkat  seoptimum mungkin. ‘Engagement’ dengan Jamaah Tabligh dalam Blok Ketiga mampu merintis kesepakatan Ummah dalam menegakkan Islam. Pendayung sudah ada di tangan. Ke mana kita?

Sumber TKO - 6-4-2016














































Siasat pembocoran dokumen ‘The Panama Papers’












































HARAKAHDAILY | .


KAMI mengesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan sebuah firma peguam bertaraf antarabangsa Mossack Fosenca berpusat di Panama yang mendedahkan kegiatan ratusan figur pemimpin dunia dan ahli keluarga mereka, ahli politik, ahli pemain bolasepak terkenal yang dikatakan terlibat dengan aktiviti menyembunyi kekayaan dan mengelak pembayaran cukai.

Firma Panama itu menyimpan akaun luar (Offshore accounts) dan mengelak cukai oleh ribuan individu dari pelbagai negara.

Dalam apa yang digelar "The Panama Papers" itu , lebih 11.5 juta dokumen dari 214,000 entiti syarikat luar negara yang dirahsiakan lebih 40 tahun telah bocor.

Nama anak Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak dikatakan tersenarai dalam laporan tersebut. Dokumen itu mendakwa anak PM Malaysia menjadi lembaga pengarah dalam dua syarikat sebarang laut (offshore) ketika Najib Razak maseh berkuasa.

Mengikut laporan media antarabangsa kegiatan menyembungi kekayaan dan mengelakkan membayar cukai ( wang disalur ke luar negara secara haram ) oleh golongan yang berkuasa dan super kaya di dunia adalah sebuah kegiatan global yang sangat besar dan bernilai trilion ringgit. Nilai wang yang menghindar cukai itu dikatakan mencecah USD32 trilion.

Ia menjadi isu antarabangsa yang telah menarik pelbagai pihak dan pertubuhan media yang memberi fokus kepada isu ketelusan kewangan dan penyalahgunaan wang yang disalur keluar dari sesebuah negara secara haram.

Beberapa media telah menerbitkan penemuan dari siasatan terhadap urusan kewangan golongan yang kaya dan berkuasa berdasarkan sejumlah dokumen yang diserah oleh sumber yang tidak didedahkan.

Sebuah NGO berpusat di US "The International Consortium of Investigative Journalism (ICIJ)" menyatakan sebanyak 11.5 juta rekod yang memberi maklumat terperinci syarikat luar negara (offshore holdings) yang melibatkan 12 orang pemimpin dunia (yang masih berkuasa dan bekas pemimpin). Juga termasuk personaliti bisnes, penjenayah, selebriti dan bintang sukan.

Nama anak PM Malaysia adalah pemimpin negara yang dicatat termasuk dalam maklumat yang bocor tersebut. Setakat ini seramai 143 ahli politik telah tersenarai dalam kegiatan yang dikata menyembungi kekayaan dan mengelak cukai.

Dalam undang-undang  Malaysia jika  benar, ia boleh dikait dengan melanggar undang-undang negara dibawah Akta 613 iaitu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mengelak dari membayar cukai oleh mereka yang mengumpulkan kekayaan bukan sahaja melanggar undang-undang akan tetapi juga ada tidak bermoral. Wang cukai yang dikumpul oleh mana-mana pemerintah sepatutnya diguna untuk pembangunan pelbagai keperluan rakyat seperti perumahan, sekolah, hospitala dan kemudahan awam.

Dengan berleluasanya kegiatan mengelak pembayaran cukai, kelompok rakyat bawahan yang memerlukan bantuan pemerintah telah terbatas dan terencat.

Kami berpandangan nama anak PM Malaysia yang tersenarai dalam maklumat yang bocor itu hendaklah mendapat respon daripada pemerintah Malaysia dan pihak berwajib wajar menggerakkan prosedur menyiasat jika ada salahguna kuasa dan pelanggaran undang-undang berlaku.

Undang-undang yang mengawal aliran wang haram dibawah Akta yang berkenaan sepatutnya memboleh pihak yang berkenaan menjalankan sesiatan.

Nama Malaysia tidak boleh boleh dibiar tercemar oleh kegiatan "money laundering" yang akan menyebabkan integriti negara terjejas akibat salahguna kuasa oleh mereka yang berwewenang.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim – HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016

Perhimpunan rakyat: Kenapa kerajaan memekak telinga?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Dalam beberapa bulan yang lalu Malaysia diwarnai dengan perhimpunan yang bertali temali. Mungkin akan ada lagi perhimpunan ala demonstrasi yang memilih jalan raya untuk menyuarakan keresahan rakyat.

Sehingga ini mahasiswa, pekerja, pesara, aktivis NGO, petani, penoreh getah, peneroka Felda dan peneroka bandar, belia, pemandu teksi, pekerja kilang, seniman, budayawan, surirumah, aktivis politik telah turun menyertai perhimpunan di bandar dan desa.

Bermula dari perhimpunan Bersih 2.0, perhimpunan Kongres Rakyat di Shah Alam, perhimpunan bantah TPPA di Kuala Lumpur, perhimpunan Deklarasi Rakyat, perhimpunan pesawah dan penoreh getah di Kedah dan perhimpunan bantah GST, rakyat tidak serik berhimpun.

Manakala perhimpunan bantah DLP pula bakal diadakan pada 9 April ini.

Mungkin ada yang berpendapat semua perhimpunan itu tidak mencapai kesan yang diharapkan akan tetapi tidak boleh dinafikan lambat laun ia boleh memberi impak kepada imej kerajaan yang nampaknya terus mengambil sikap tidak peduli.

Sehingga ini rakyat masih menunggu respons kerajaan untuk bertindak memenuhi tuntutan yang dilakarkan dalam memorandum demi memorandum.

Pelbagai perhimpunan ini membawa mesej dan penekanan isu rakyat yang berbeza. Sejumlah tuntutan diketengahkan, pilihan raya yang bersih, membantah perjanjian perdagangan TPPA, menolak pelaksanaan DLP, membantah projek mega, penambakan pantai, membantah pemerosesan industri nadir bumi Lynas, perlombongan bauksit, menetapkan potongan basah padi pada kadar 17%, menetapkan harga lantai RM4 pada getah skrap dan menghentikan kebenaran khidmat teksi tanpa lesen.

Jika dibanding dengan negara-negara lain seperti di Amerika Latin, Timur Tengah, Korea, Taiwan dan Jepun, kebangkitan rakyat yang berterusan begini akan menatijahkan pemerintah sema ada terpaksa bertukar ataupun pemimpin tertingginya mengundurkan diri.

Namun sikap pemerintah di Malaysia nampaknya terus berdegil dan memberi respons politik yang sangat mengecewakan. Dari sindrom penafian sehingga menyerang balas dengan mengguna undang-undang atas nama OSA, memecat mereka yang tidak sealiran, menyiasat pemberi maklumat dan merombak penjawat dalam agensi yang sebenarnya mempunyai mandat untuk menyiasat aduan.

Senario yang sangat merimaskan rakyat ialah sikap kerajaan dilihat bukan untuk merungkai masalah tetapi menangguh-nangguhkan tindakan sehingga keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan sebaliknya kebejatan urus tadbir terus dipertahankan.

Lebih buruk ialah apabila pemerintah dilihat hanya mahu mempertahankan kuasa, tidak kira ia akan membebankan negara dan rakyat asalkan boleh terus memegang kuasa. Perhimpunan balas digerakkan pula untuk menunjukkan ada rakyat yang mahu pemerintah yang sedia ada kekal.

Untuk kali ini rakyat semakin banyak terdedah kepada maklumat mengenai pelbagai isu kepincangan pentadbiran kerajaan. Sejumlah isu yang berkaitan dengan ekonomi dan urus tadbir harta negara terbongkar. Malangnya persoalan yang terangkat tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya. Sebaliknya rakyat dikelirukan dengan maklumat yang bersimpang siur dari pemerintah sendiri.

Negara kini berdepan dengan isu ketidakyakinan pelabur dan krisis kredibiliti yang sangat mencemarkan imej negara. Belum pernah skandal dalam negara mendapat perhatian dari media luar yang sebegini meluas. Malangnya penyokong fanatik pemerintah berdalih bahawa pihak luar mahu menghancurkan negara dan dengan sebab itu isu-isu yang dibangkitkan dianggap tidak perlu dilayan.

Perhimpunan rakyat akar umbi yang berlaku di Kedah dalam kalangan pesawah dan penoreh getah adalah perhimpunan yang menampilkan keresahan rakyat yang real. Tidak ada sama sekali bersifat politik partisan tetapi adalah untuk mereka yang turut menyumbang kepada negara pada skala yang sangat besar.

Kami berpendirian jika suara rakyat terus menerus diketepikan dan tidak diendah oleh kerajaan, perhimpunan yang bakal ada lagi harus diberi perhatian serius bahawa perubahan besar pasti akan diterjemahkan pada pilihan raya akan datang. - HARAKAHDAILY 3/4/2016

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 3-4-2016
















































Pelik: Kos sara hidup tinggi, taraf pendidikan rendah














































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang mendakwa kos sara hidup tinggi adalah berpunca dari taraf pendidikan yang rendah adalah sangat pelik dan tidak masuk akal.

Presiden Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata isu yang diketengahkan ialah kenapa kos barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

"Apakah kaitannya dengan taraf pendidikan rendah?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, jika taraf pendidikan tinggi sekalipun kos sara hidup tetap akan meningkat mengikut pasaran bebas yang diamalkan.

Menurutnya, isu yang perlu ditangani ialah kerajaan perlu memperbetulkan sistem ekonomi pasaran bebas serta dasar percukaian negara.

Beliau berkata, faktor yang paling cepat meningkatkan kos sara hidup ialah apabila keperluan asas rakyat dibiarkan ditentukan oleh pasaran.

Tambahnya lagi, walaupun ada kawalan oleh pihak kerajaan dalam penentuan harga barangan tertentu dan perkhidmatan terpilih, akan tetapi kerajaan nampaknya berlepas tangan apabila kos pengeluaran meningkat dan dengan sebab itu harga barangan juga melambung.

"Kami kesal dengan logik yang diguna oleh PM untuk mengaitkan kos sara hidup dengan taraf pendidikan.

"Apakah dengan meningkatnya mereka yang berdiploma dan berijazah maka kos sara hidup akan menurun?" ujarnya lagi.

Katanya, negara maju yang mempunyai taraf pendidikan dan pendapatan yang tinggi sekalipun akan berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat akibat pasaran bebas yang diamalkan oleh negara tersebut.

"Kami menggesa kerajaan tidak mengenepikan keresahan rakyat terhadap salah urustadbir khazanah negara, rasuah, ketirisan peruntukkan dan pembaziran yang masih menjadi barah negara yang mengambil berbilion ringgit sumber negara," katanya lagi.

Natijahnya, ujar beliau rakyat terpaksa menanggung beban dalam bentuk kos sara hidup yang tidak mampu dikawal oleh kerajaan. - HARAKAHDAILY 30/3/2016

Sumber HD - 30-3-2016

Kenapa kabinet tidak peduli suara petani sawah?

HARAKAHDAILY | .


TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sehingga hari ini nampaknya rintihan pesawah Mada yang disunguti beberapa hari kebelakangani in tidak diendahkan oleh para Menteri Kabinet.

Dalam keadaan potongan padi basah yang di adu mencecah 25-26% petani sawah di kawasan Mada merasai keperitan untuk meneruskan usaha menghasilkan padi kerana pendapatan mereka terjejas akibat kos sara hidup yang meningkat.

Untuk meneruskan usaha mereka menghasilkan padi, mereka mempunyai asas yang kuat kenapa menuntut potongan padi basah dihadkan kepada 17 % sahaja.

Selain berhadapan dengan pendapatan yang rendah, petani juga resah dengan sistem pengairan Mada yang sudah semikian lama tidak diperbaharui sehingga menjejaskan pengeluaran petani Mada. Limpahan air hujan yang tidak dapat dialirkan ke dalam sungai menyebabkan beberapa kawasan Mada pernah dilaporkan ditenggalami air dan menjejaskan jadual menabur padi.

Belum diambilkira lagi kos input pertanian (benih, baja, racun, jentera) yang meningkat menyebabkan hasil padi yang diperoleh tidak dapat menampung kos pengeluaran dan perbelanjaan harian yang ditanggung oleh petani.

Keresahan petani Mada pernah diutarakan sebagai berikut: sistem saliran tidak sempurna, ketiadaan sumber bekalan air yang mencukupi, serangan penyakit, ancaman makhluk perosak, padi angin, kemarau, banjir  tanah jerlus.

Kami juga mengambil perhatian berat kepada isu pengswastaan dan monopoli Bernas sehingga sejak LPN dibubarkan kilang padi Melayu telah berkurangan dari 196 buah kepada kini tinggal hanya 23 buah sahaja.

Malangnya sehingga kini langkah yang konkrit yang diharapkan dari kerajaan masih tidak diambil untuk mengatasi semua isu yang dibangkitkan oleh pesawah.

Ini belum ditambah lagi dengan isu pengambilan tanah sawah untuk pembangunan perubahan, perbandaran serta infrastruktur kerana tidak ada undang-undang khusus untuk mengawal tukar syarat tanah sawah kepada pembangunan sektor lain.

Kami amat kesal seolah suara petani sawah yang mengeluarkan makanan asas kepada negara tidak dilhat penting untuk didengari oleh kerajaan. Padahal nilai hasil padi yang dikeluarkan oleh petani sawah dalam negara mencecah lebih RM 4 bilion setahun.

Usaha petani Mada berhimpun di Air Itam Jerlun Kedah baru-baru ini sendiri adalah isyarat petani tidak lagi dapat bertahan jika kerajaan tidak mahu mengambil langkah  sewajarnya. Sayangnya persepsi negatif dari pihak tertentu telah menyebarkan pesanan supaya petani-petani Mada kawasan tidak hadhir dalam Perhimpunan pesawah Mada yang diadakan itu.

Teras mengesa agar kerajaan segera memberi respon sewajarnya terhadap tuntutan pesawah. Ini adalah isu sekuriti makanan negara. Jika kerajaan tidak peka dengan nasib petani sawah itu bermakna kerajaan mendedahkan negara kepada bahaya krisis makanan yang bahaya.

Jangan sampai petani sawah berasa bahawa kerajaan tidak mahu memberi perhatian kepada nasib pengusaha padi negara berbanding dengan menyelamatkan projek mega yang menjaga kepentingan segelintir ahli korporat.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
President Teras Pengupayaan MelayuHARAKAHDAILY 13/3/2016

Sumber HD - 13-3-2016
















































Fathul Bari gelojoh keluar fatwa, kata Ketua Penerangan Isma

Posted on Friday, February 26 @ 23:00:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




BANGI, Jumaat – Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam meletakkan hukum jual beli kucing sebagai haram disifatkan sebagai kegelojohan dalam mengeluarkan fatwa oleh Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Ustaz Hazizi berkata, pendekatan mengeluarkan fatwa atau hukum oleh Fathul itu hanya berdasarkan teks zahir ayat atau hadith.

Katanya, ayat atau hadith itu seterusnya tidak diletakkan dalam kerangka keseluruhan al-Quran dan Sunnah.

“Kedua-duanya merupakan kesalahan dalam disiplin ilmu Usul Fekah dan Maqasid Syarak.

Inilah kesalahan yang telah dilakukan oleh Mazhab az-Zohiri, satu mazhab yang ganjil yang telah mematikan ruh dan makna di sebalik nas-nas syarak.

“Keempat-empat mazhab fekah yang utama, iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menolak pendekatan Mazhab az-Zohiri,” katanya, dalam laman Facebook, semalam.

Dalam pada itu, Ustaz Hazizi mendoakan agar Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO itu sedar akan kesilapannya.

Menerusi satu rakaman video program Fathul beberapa hari lalu, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas), beliau memberitahu bahawa ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram serta mengatakan bahawa larangan itu adalah berdasarkan hadith Nabi Muhammad S.A.W.

“Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini.

“Orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja. Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, larangan ini adalah perintah Allah dan kita cuma perlu mentaati perintahNya.

“Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada Allah,” katanya.

Sumber TKO - 26-2-2016

Hubungan Turki-ISIS; benar atau propaganda Amerika

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .


MAKALAH ini ditulis khas untuk memberi pandangan sisi khas berlawanan dengan pandangan sesetengah pemikir yang mengabsahkan Turki yang dianggap kaki tangan Amerika malah memelihara ISIS. Kes Turki menembak jatuh pesawat Rusia pada November 2015 yang mencerobohi ruang udara Turki dijadikan rujukan di mana bangkit satu ‘fikrah’ betapa Rusia sebenarnya tidak bersalah malah menentang Turki yang bersekongkol dengan ISIS dan Amerika.

Fikrah ini tidak mengkelompokkan Amerika dan Rusia sebagai satu pihak yang sama. Mereka tidak nampak sebarang persamaan antara dua kuasa besar itu mungkin kerana mesin jentera propaganda dua blok ini berjalan berasingan. Namun mereka terlupa kemunculan dwi polar ini suatu ketika dan penjenamaan semula Soviet atas nama asal Rusia juga merupakan satu plot besar yang direncana oleh tangan ghaib Barat untuk merencana perjalanan dunia.

Fikrah baru ini seolah menyeimbang semula dunia kepada dua kutub lama iaitu Amerika versus Rusia. Jika tidak menyokong NATO-Amerika maka bersamalah dengan Rusia. Jika menyanggah Rusia bermakna kaki tangan Amerikalah jawabnya. Fikrah ini melabel Turki sebagai bangsa pro Amerika dan ISIS.

Penulis tidak secara borong melabelkan mujahidin Syria sebagai ISIS. Malah walaupun benar ISIS adalah asal gerakan mujahidin, penulis gambarkan istilah ISIS yang dimasukkan dalam artikel ini sebagai ISIS yang dicipta (rebranding) oleh Amerika (ejen pemecah belah mujahidin). Adapun jika ada ISIS yang sejati dan tidak bersekongkol dengan Amerika, suka untuk penulis kelompokkan mereka ke kumpulan mujahidin Syria yang sebenar. Biarlah nama ISIS yang dipermasyhurkan di media barat digunakan untuk labelan kelompok buruk bukan sebagai musuh Amerika tetapi ejen Amerika.

Sifir situasi hubungan Rusia-Amerika-ISIS-Turki ini sebenarnya tidak terlalu rumit. Penulis bersetuju benar dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan haji Cikgu Azmi Abd Hamid iaitu:

1.Rusia guna isu ISIS untuk tekan Turki yang menentang Bashar sekutu kuat Rusia.
2.Rusia tidak ada sebab menentang ISIS kerana Rusia tidak bekerja ke arah menyelamat umat islam pun di rantaunya sendiri (Uighur/Chechen).
3.Rusia sebenarnya sama sahaja dengan Amerika iaitu ingin jatuhkan Erdogan dan AKP atau mana-mana Parti islam atau post Islamisme dari tampuk pemerintahan Turki.
4.Amerika sebenarnya juga anti AKP kerana AKP memiliki dasar merungkai hubungan istimewa Israel-Turki (walaupun masih kuat ikatan 2 negara ini tetapi AKP beransur berusaha mencari pasal dengan Israel).
5.Erdogan menentang ISIS yang kejam terhadap pelarian Syria. Malah Turki menjadi negara menampung pelarian Syria terbesar dunia.

Pandangan ulama antarabangsa terhadap ISIS

Majoriti ulama menolak ISIS.
1.Persatuan Ulama Muslim Se-Dunia (IUMS), yang dipimpin oleh Syaikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan kenyataan berhubung deklarasi khilafah islamiyah yang dilakukan oleh ISIS, pada Jumaat 4 Julai 2014. IUMS menekankan bahwa deklarasi khilafah yang dilakukan ISIS untuk wilayah cukup luas di Iraq dan Syria tidak sah secara syariah Islam tidak didasarkan pada manhaj Nabi saw. dan syura.

2.Sheikh Aiman Zawahiri sekitar bulan November 2013 menyatakan bahwa ISIS bukan dari Al Qaeda dan Al Qaeda berlepas diri dari ISIS yang kejam dan bengis terhadap sesama muslim. Bahkan para tokoh Al Qaeda di banyak Negara menyebut bahawa ISIS adalah kaum Khawarij moden kerana sangat eksrim terhadap muslim di luar kelompok mereka, dengan sebutan murtad. Mereka melakukan kekerasan yang sangat naif terhadap rakyat awam dan pasukan mujahidin lain, baik di Iraq maupun di Syria.

3.Ulama Besar Ahlus Sunnah, Ahli Hadits Kota Suci Madinah, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddits Abdul Muhsin bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah berkata dalam risalah “Fitnatul Khilafah Ad-Da’isyiah Al-‘Iraqiyah Al-Maz’umah” di website resmi beliau, Dan untuk para pemuda yang telah ikut-ikutan di belakang penyeru kelompok (ISIS) ini, hendaklah mereka mengoreksi diri, kembali kepada kebenaran dan jangan berfikir untuk bergabung dengan mereka.

4.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah mendapati bahawa: Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL . Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Menegaskan bahawa tindakan umat Islam yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak5.

5.Jika diteliti surat khas ulama ISIS iaitu Muhammad Samuuh Ar-Raasyid Abu Ubadah Al-Maghribi Salah seorang ulama syariat ISIS6 :
i.Peperangan dengan ISIS telah berampur fitnah dan ada anggota yang terpedaya dengan Amerika.
ii.Menyeru agar ISIS berlemah lembut dengan mujahidin lain.
iii.Tidak berlaku zalim.
iv.Menunjukkan bahawa perjuangan ISIS asalnya tiada masalah tetapi akibat pengaruh Barat dan kegopohan ahli ianya telah menjadi perjuangan yang syubhah7.

6.Jemaah Ulama Iraq mengeluarkan fatwa berupa seruan kepada rakyat Irak supaya ikut mengangkat senjata melawan gerila ISIS8.

Apa tindakan Turki terhadap isu Syria?

Pilihanraya 2015 menyaksikan AKP telah memenangi pilihan raya Turki yang berlangsung pada Ahad 7 Jun 2015. Walaupun menang, undi AKP menurun 8% dari pilihan raya 2011. Apakah faktor utama kemerosotan ini? Adaah benar seperti emdia barat bahawa ia merosot kerana pemabaziran dan kezaliman kerajaan AKP?

1.Faktor utama adalah kerana AKP berkempen besar-besaran menerima pelarian Syria. Polisi dasar terbuka kerajaan terhadap pelarian Syria ditentang kuat oleh Parti CHP (Parti Republik) yang amat anti dengan kehadiran pelarian Syria.

2.Bukan itu sahaja kesederhanan AKP dalam isu perkauman juga dibenci parti MHP. MHP tidak bersetuju dengan rancangan untuk mengiktiraf bangsa Kurdis termasuk menjadikan bahasa bangsa Kurdis sebagai bahasa pengantara di sekolah kerana Parti Nasionalis ini berfahaman uni-kaum iaitu bangsa Turki. Nationalist Movement Party (MHP) diketuai Devlet Bahçeli,

Jelas Turki tidak ada kompromi dalam isu melibatkan kebajikan rakyat Syria yang dizalimi. Lebih dari 300.000 pelarian Syria, yang meninggalkan negara mereka kerana perang, diberi pendidikan di Turki. Wakil kementerian Pendidikan Turki Yusuf Büyük mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa usaha besar telah dilakukan untuk mengintegrasikan pelarian Syria ke dalam sistem pendidikan di 81 wilayah Turki.

Büyük menyatakan bahawa Turki telah menjadi tuan rumah hampir 2.5 juta pelarian, dan telah menghabiskan sekitar 8 juta euro ($ 8.730.000.000) untuk memenuhi keperluan pelarian sejak 2010.

Turki juga telah membina kem 6.000 pelarian, terdiri dari unit rumah yang terbuat dari kontena yang dibina sempadan Turki-Syria.

Turki terkenal dengan sikap menyantuni mustadhafin seluruh dunia misalnya tahun lalu menghantar kapal perangnya ke Burma untuk membantu mangsa bot Rohingya sehingga menjadi pukulan kepada ASEAN dan PBB.

Erdogan juga pernah berkata dia mana ada azan di situ tanah airnya.

Apa polisi Turki terhadap Amerika-Israel
Dasar luar Turki adalah berbaik baik dengan semua orang. Kelihatannya agak pragmatik. Cuma nampak kecenderungan lebih kepada Eropah dan Amerika. Sebenarnya kecenderungan ini adalah legasi Attarturk dan bukan kehendak AKP. Malah AKP berhajat untuk jadi kuasa militari dan ekonomi terbaik Eropah tanpa dokongan dan kaitan dengan blok Amerika12.

Namun pasca 2014 selepas Amerika dan bloknya terang terangan berkempen menjatuhkan Erdogan dalam pilihanraya, maka Turki cuba menunjukkan kecenderungan berbaik baik dengan blok kiri iaitu Iran (bagi negara negara umat Islam) dan Rusia sebagai kuasa besar.

Dalam masa yang sama Rusia sememangnya memerlukan Turki apabila Rusia ditekan teruk dalam isu Ukrine. Turki penjaga pintu masuk Laut Hitam yang menjadi medan pergolakan. Banyak program bersama Rusia diatur termasuk perasmian masjid terbesar di Rusia, Erdogan dijemput merasmikan bersama dengan Putin.

Hubungan diplomatik Turki-Israel yang terjalin sejak Attarturk kini kian retak. Menurut Anadolu Agency Duta Besar Turki untuk Amman (Jordan), Sedat Önal, pada hari Rabu 6 Januari 2016 menegaskan bahawa tidak akan ada pemulihan hubungan diplomatik dengan “Israel” jika tidak dibuka pengepungan di Jalur Gaza. Kata Sedat “Turki mendukung perjuangan Palestin dan pembentukan negara Palestin, syarat untuk memulihkan hubungan dengan “Israel” adalah membuka pengepungan di Gaza”.

Pada bulan Mei 2010, pasukan komando “Israel” menyerang armada pembebasan untuk Gaza-Palestin, termasuk didalamnya Kapal Mavi Marmara milik Turki yang dalam perjalanan untuk memecahkan pengepungan “Israel” di Gaza.

Turki terkenal dengan sikap menggelar Israel dan Amerika sebagai pengganas walaupun secara formalnya negara masih ada hubungan diplomatik.

1.“Israel perlu tahu bahawa darah rakyat Palestina mahal”, kata Mustafa Sarnic, duta besar Turki di Palestin (PA). Sebagaimana dihebah oleh MEMO, pada 4 Disember 2015, Mustafa Sarnic mengatakan bahawa polisi Tel Aviv telah mendorong rakyat Palestin untuk bangkit membela Masjid Al-Aqsa. Sarnic menekankan perlunya untuk menghapus sekatan Jalur Gaza sepenuhnya, dan menyerukan kepada negara-negara Islam untuk membela rakyat Palestin.

2.Erdogan sendiri pernah menyelar Shimon Peres di persidangan ekonomi pada 2009 bahawa Israel adalah pengganas sebenar dunia.

3.Jabatan Urusan Agama Kepresidenan Turki (DIB) mengumumkan pada Rabu 2 Disember 2015 untuk membangun kembali sembilan Masjid di Jalur Gaza yang hancur selama serangan “Israel” pada tahun 2014.

Jelas ini sikap Turki terhadap isu Gaza dan berbeza dengan Amerika mahupun Rusia yang kini mulai diagung-agungkan.

Apa polisi Turki terhadap ISIS?

Polisi mereka adalah berseteru dengan ISIS bukannya dengan barisan mujahidin Syria. Alasan utama Turki adalah jenayah ISIS dan Basyar yang menyebabkan rakyat Syria menjadi mangsa. Misalnya:

1.Contohnya melalui sumber IB Times bertarikh 14 Januari 2016 Turki mengakui telah menggempur ISIS di Iraq dan Syria selama 48 jam hingga membunuh 200 pejuang ISIS. Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mengatakan kereta kebal dan unit artileri telah mensasarkan 500 kedudukan yang dikendalikan oleh ISIS di sepanjang sempadan dengan Syria dan dekat kem Turki di Iraq Utara. Davutoglu mengungkapkan serangan tersebut merupakan aksi balas dendam atas serangan ISIS di Sultan Ahmet pada 12 Januari 2016 yang membunuh 10 pelancong warga Jerman.

2.Puluhan orang yang disyaki terkait dengan ISIS telah ditangkap di Turki pasca serangan bom bunuh diri pada Selasa 12 Januari 2016.

3.Sebelum kedatangan ISIS, sememangnya wilayah Utara Halab,Hama, Home yang bersepadanan Turki adalah kubu kuat FSA atau barisan Mujahidin Syria. Tetapi itulah yang dikatakan tamak, ISIS masuk tawan tempat yang sama. Turki memang memiliki hubungan dengan FSA. Namun hubungan Turki dengan ISIS tidak benar kerana Turki antara mangsa ISIS apabila Turki giat membantu rakyat Syria yang juga dizalimi ISIS. Bermakna pembongkaran Rusia bahawa Turki ada hubungan underground dengan ISIS adalah satu kebutaan fakta tidak membezakan antara ISIS dan Mujahidin Syria.

4.Media Anadolu Agency, Rabu 3 Januari 2016 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan secara terbuka bahawa ISIS tidak memiliki hubungan dengan Islam.

Amerika dan ISIS

Hingga kini masih simpang siur soal sumber pembiayaan ISIS. Pihak yang membiayai, boleh kumpulan perisikan yang berkepentingan secara serantau, atau boleh juga ISIS di Syria dan Iraq membiayai aktivitinya dari sumber dana potensi daerah yang dikuasai. ISIS di Syria menguasai sejumlah telaga minyak dan telah ada laporan berkaitan penjualan minyak mentang kepada para pembeli tempatan, bahkan hingga kerajaan Syria juga membeli dari mereka.

Namun ada banyak sumber menyatakan Amerikalah yang mendanai mereka. Pada pandangan penulis Amerika mendanai ISIS secara tidak langsung dan ada juga ketumbukan tertentu ditaja secara langsung dan juga menggunakan nama ISIS. Sehingga nama ini cedera teruk dan selayaknya tidak lagi digunakan oleh para mujahidin.

Bagaimana pula dengan kumpulan kumpulan mujahidin yang lain? Keilapan besar kepada sesiapa yang mengatakan bahawa tentera mujahidin dibantu oleh Amerika, Israel dan Barat. Kalau benar dibantu sudah lama Amerika hantar kapal perang dan mengebom sasaran tentera Basyar seperti mana mereka lakukan kepada Libya. Konflik yang berlaku di Syria sekarang ini telah bercampur pula dengan masalah Syiah dan Sunni.

Basyar merupakan penganut Syiah Nusairiah dan penentangnya pula terdiri daripada Sunni. Jadi negara-negara sekeling yang dipimpin oleh Syiah dan kumpulan-kumpulan Syiah lain tidak merelakan Syria ini jatuh ke tangan Sunni. Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan belanja yang banyak untuk membantu Basyar mempertahankan pemerintahannya. Berduyun-duyun tentera dihantar untuk membantu Basyar antaranya terdiri dari tentera revolusi Iran, tentera Mahdi Iraq dan Tentera Hizbullah Lubnan. Tidak cukup dengan itu, Russia turun membantu kerana Basyar ini adalah sekutu kuatnya. Bukan kerana Rusia itu Syiah tetapi kerana Syria adalah negara pro sosialis sejak zaman Soviet dahulu lagi. Dalam masa yang sama Amerika juga berpura-pura menentang Basyar dan tidak bersungguh menghancurkan Syria kerana Syria tidak menjejaskan Israel dan Syria tidak mencabar Amerika sebagaimana Saddam. Lantaran itu kehadiran Amerika di bumi Syam hanya ‘wayang’ dan perjuangan mereka hanya satu iaitu asalkan Israel tidak terjejas.

Perhatikan sumber Global Research di bawah:

1.The Times of Israel melaporkan Seorang komander Tentera Pembebasan Syria, ditahan pada bulan oleh Islam militia Al-Nusra Front, memberitahu beliau bekerjasama dengan Israel sebagai balasan untuk bantuan perubatan dan ketenteraan, dalam video yang dikeluarkan.

2.Dalam video yang dimuat naik ke YouTube Sharif As-Safouri, komander Tentera Pembebasan Al-Haramein, mengakui telah memasuki Israel lima kali untuk bertemu dengan pegawai Israel yang kemudian diberikan kepadanya dengan senjata anti-kereta kebal Soviet dan senjata ringan .Israel mula menyediakan Safouri dan orang-orangnya dengan "sokongan dan pakaian perubatan asas" serta senjata, yang termasuk 30 senapang Rusia, 10 pelancar RPG dengan 47 roket, dan 48,000 peluru 5.56 milimeter.

3.Seorang pekerja kanan Kementerian Kehakiman Belanda berkata kumpulan jihad ISIS telah dicipta oleh Zionis berusaha untuk memberi Islam reputasi yang buruk.

4.Laporan World Net Daily bahawa AS melatih jihadis Islam - yang kemudiannya akan menyertai ISIS - di Jordan. Pada bulan Jun, penasihat pelaburan Jim Willie berkata ISIS adalah Langley [iaitu CIA] tentera. Mereka dilatih, dibiayai, dan dilatih oleh Langley.

Petunjuk bahawa Amerika dan Israel membina ISIS (menarik keluar ISIS dari gerakan Al Qaeda) adalah :

1.Tuduhan terbuka mantan staf National Security Agency (NSA) atau Badan Keamanan Nasional Amerika Syarikat, Edward Snowden bahawa selain Amerika, dua negara yang bertanggungjawab membangun ISIS adalah Britain dan Israel.
2.Hillary Clinton ada menyebut bahawa Amerika memiliki kepentingan sangat besar di Asia Tengah, kawasan yang dua dekad lalu hendak “dikuasai” Uni Soviet. “When the Soviet Union invaded Afghanistan we had this brilliant idea we were going to come to Pakistan and create a force of mujahedeen and equip them with stinger missiles and everything else to go after the Soviets inside Afghanistan.” Plan besar ini berjaya walaupun mujahidin Afghan majoriti tidak menggunakan peralatan senjata Amerika umpama ISIS hari ini. Namun tindakan Amerika itu tetap ada kesannya membina nukleus teroris yang bercanggah dengan semangat jihad yang asal.

Apa polisi Rusia terhadap dunia Islam terutama isu Syria?

Akhbar “Yeni Syafak” ada menyiarkan perancangan Bashar Al Assad untuk mendirikan negara Syiah Alawiyah dengan bantuan Syiah Iran dan Rusia, yang membentang dari garis antara wilayah Latikia hingga Damsyik. Menurut akbar berkenaan juga 3 cara yang dilakukan tentera rejim Bashar Al Assad beserta sekutunya Syiah Iran dan Rusia dalam mempercepat rencana ini, iaitu pembunuhan besar-besaran, pengusiran penduduk, dan pengepungan suatu daerah (kini benar-benar berlaku).

Rusia bukannya menyerang ISIS seperti yang dikempennya sebaliknya mereka menabur bom di kawasan pelarian Syria. Ha inilah yang menaikkan kemarahan Turki yang sanggup bertaruhkan sokongan politik hanya semata-mata mahu membela rakyat Syria yang tidak berdosa.

Kehadiran Rusia sejak September 2015 di Syria juga adalah akibat jemputan rasmi daripada kerajaan Assad untuk mempertahankan regimnya yang bersekutu dengan Rusia. Malah mereka bukan spesifik hadir untuk menentang ISIS sebaliknya mensasarkan Pejuang Chechen, Islamic Front's Jaysh al-Islam (Army of Islam), dan tentera pembebas FSA (Free Syrian Army) yang menentang kezaliman Basyar.

Erdogan dalam wawancara dengan saluran France 24 pada 26 November 2015, menegaskan bahawa Rusia bekerja sama dengan rezim Al-Asad dalam melaksanakan operasi ganas di Syria. “Apakah mereka (Rusia dan Iran) memerangi kelompok teroris ISIS di Syria? Saya jawab dengan jelas, sekali-kali tidak..!”. Erdogan menjelaskan bahawa Al-Asad selalu memerangi kawasan Payer Pujak Turkman di Lazikiya, kawasan kelompok pembebas Syria (FSA/mujahidin). Sebaliknya ISIS berada di kawasan sebelah timur Syria masih aman, tanpa menghadapi ancaman dari Asad, Rusia, dan Iran.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu juga mengutuk serangan udara Rusia yang membunuh berpuluh-puluh orang awam Syria di bandar yang dikuasai pemberontak dan berkata Syria tidak akan menjadi sebahagian daripada "matlamat imperialis Rusia". Rusia mengambil langkah mudah mengebom dan ia bukan sahaja membunuh ISIS sebaliknya rakyat tidak berdosa.

The UK-based Syrian Observatory for Human Rights monitor berkata serangan udara Rusia telah membunuh 2,132 orang di Syria iaitu satu pertiga daripada mereka orang awam sejak Rusia masuk campur pada 30 September.

Turki juga berpandangan dengan Rusia yang menyerang kawasan yang dikuasai pejuang sederhana seperti FSA,mujahidin yang menentang Basyar (bukan ISIS) hanya akan memperkuatkan ISIS kerana pejuang berkenaan akan mengambil ISIS sebagai pelindung mereka. Itu strategi yang salah dan membuta tuli.
Rusia tidak peduli siapa yang diserang kerana mereka bukan hadir atas dasar melindungi umat Islam.
Para mujahidin dan FSA di Syria juga menolak bantuan Rusia dalam usaha mereka memerangi ISIS. Lieutenant Colonel Ahmad Saoud, jurucakap Division 13 kumpulan pemberontak berkata “kami tidak faham Rusia setelah mereka mengebom kami dihulurnya tangan pula untuk melawan musuh kami”.

Moscow memulakan kempen udara di Syria pada 30 September, berkata ia menyasarkan ISIS dan lain-lain "pengganas".

Tetapi pemberontak-pemberontak sederhana Islam berkata, mereka telah menjadi sasaran serangan di Moscow, dan bahawa kempen itu bertujuan untuk naikkan rejim Presiden Bashar al-Assad dan bukan membasmi ISIS. Samir Nashar, ahli Gabungan Kebangsaan Syria, badan politik utama pembangkang, sama-sama mengetepikan satu pakatan di antara pemberontak sederhana dan Rusia. "Hentikan dulu mengebom kami (FSA) daripada bercakap tentang kesediaan mereka untuk menyokong Tentera Pembebasan Syria”, katanya kepada AFP. Menurutnya juga "80% daripada serangan Rusia mensasarkan FSA." Bukankah itu satu kemunafikan Rusia yang dianggap penyelamat oleh segelintir umat islam hari ini?

Turki wajar menentang Rusia

Menurut Dr Maszlee Malik, tindakan Turki yang masih berdegil untuk terus menentang sekutu Rusia iaitu Presiden Syria Bashar Al Assad menjadi punca perbalahan di antara Turki dan Rusia. Sikap konsisten Turki yang mendesak agar isu sebenar dilihat dan diselesaikan, iaitu Bahsar mesti berundur dan memulangkan kuasa kepada rakyat tidak disenangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan di dalam isu berkenaan, terutamanya Rusia dan Iran.

Kehadiran Rusia juga tdak membantu pelarian Syria sebaliknya memburukkan lagi keadaan kerana Rusia sedari awal bukan pro Islam.

Lihat tuduhan Barat dan Rusia terhadap Turki

1.Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon di Yunani, pada Selasa 26 Januari berkata ISIS menikmati wang Turki dari penjualan minyak dalam jangka sangat panjang malah membenar laluan sempadan untuk kegiatan ISIS.

2.Sergey Rudskoy, Komandan Staf Gabungan Rentera Rusia pada Jumat 25 Disember 2015 mengatakan, foto-foto yang diperoleh dari udara menunjukkan lori tangki yang mengangkut minyak hasil curian ISIS berada di kedua sisi sempadan Turki-Iraq, di sekitar Zakho, sebuah kota di wilayah Kurdistan Iraq.

3.Menteri Perminyakan Suriah Suleiman Abbas, berata mereka memiliki dokumen lengkap berikut gambar yang membuktikan bahwa pemerintah Turki terlibat dalam pembelian minyak dari kelompok militan bersenjata ISIS.

Perhatikan jawapan Turki;
1.Presiden Turki, Recep Erdogan, membantah tuduhan itu. Dalam kesempatan yang sama, Erdogan bahkan bertaruh akan meninggalkan jabatannya sebagai presiden jika terbukti Turki bekerjasama dengan ISIS.

2.Financial Times (FT) melaporkan bahawa Israel mendapatkan 75% sumber minyak dari Kurdi Iraq dan disyaki ia juga sumber dari ISIS. Israel memiliki cara untuk menjadi pemasar utama minyak ISIS. Tanpa mereka, minyak ISIS mungkin hanya akan tetap berada di Iraq, Syria, dan Turki. Bahkan, tiga perusahaan minyak tidak akan mau membeli minyak ini jika mereka tidak memiliki pembeli di Israel.

3.Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu (Reauters 4 Disember 2015) menyindir Presiden Rusia Vladimir Putin yang dinilai hanya mengulang kaedah propaganda perang dingin ala Uni Soviet. Mesin propaganda Soviet, setiap hari ia menciptakan kebohongan yang berbeda. Pertama, mereka akan percaya pada omongan mereka sendiri, dan kemudian mengharapkan dunia untuk percaya mereka. Ini adalah teknik kebohongan Pravda.

Penutup
Jika propaganda blok Israel mahupun Rusia dijadikan hujah memang Turki akan dilihat bersekongkol dengan ISIS. Sebaliknya jelas segala polisi dan bajet negara Turki hari ini kelihatannya menjurus ke arah membela umat Islam di Syria malah serata dunia sehingga ke Asia Tenggara.

Jika benar Rusia menjumpai maklumat Turki terlibat berurusniaga gelap dengan ISIS mengapa tidak didedah awal? Bukankah ia amat penting menandangkan Rusia kononnya ghairah memerangi ISIS? Mengapa sebelum kes Turki menembak jatuh pesawat Rusia kedua pemimpin negara boleh sahaja duduk semeja berbincang strategi memerangi ISIS? Jelas Rusia dendam dengan Turki selepas Turki menembak jatuh peawatnya yang mencerobohi ruang udara Turki dalam misi mengebom kawasan awam.

Dengan kedudukan ekonomi Turki yang kukuh di Eropah adalah kurang munasabah jika diakitakan sumber pendapatan negara ini daripada aktiviti minyak haram yang pastinya dilakukan melalui para mafia yang berpengaruh. Turki juga sanggup kehilangan USD 10 juta dalam ekonominya bersama Rusia hanya kerana tegas menembak jatuh pesawat Rusia yang mencerobohi ruang udaranya. Malah Rusia hanya berpura-pura memusuhi ISIS hakikatnya mereka menembak kawasan pelarian Syria yang teraniaya. – HARAKAHDAILY 12/2/2016

Penulis dari Unit Kajian Penyelidikan MAPIM (Utara)

Sumber HD - 12-2-2016


















































ABIM Tuntut Pembebasan Anwar Ibrahim

Posted on Wednesday, February 10 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia mengimbau semula pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun pada 10 Februari 2016.

Sesungguhnya peristiwa pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang merupakan peristiwa hitam yang tragis dalam sejarah politik dan perkembangan demokrasi negara yang kita cintai.

Anwar Ibrahim merupakan simbol dan lambang keberanian pemimpin yang sanggup mengambil segala risiko - hatta mengorbankan kebebasannya jasadnya - demi perjuangan membela hak rakyat dan menyanggah kezaliman elit pemerintah.

Tampak semakin jelas, dalam situasi negara yang terus-terusan dilanda krisis kepimpinan dan integriti yang mencemar reputasi rakyat Malaysia seantero dunia, pemimpin berjiwa besar yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi bagi menempuhi perit-jerih perjuangan bersama rakyat terbanyak semakin sukar dicari. Justeru amatlah malang; di kala negara memerlukan lonjakan gergasi untuk segera keluar dari kemelut sosio-politik dan ekonomi yang kian mencengkam, pemimpin pejuang rakyat yang komitmennya telah diuji dan kualiti kepimpinan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa di dibiarkan mendekam di penjara selama 5 tahun.

Anwar Ibrahim - tanpa ragu - merupakan seorang tahanan politik yang dipenjarakan secara arbitrari, yakni pemenjaraan salah yang dilakukan tanpa bersandarkan bukti yang kukuh. Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Working Group on Arbitrary Detention – UNWGAD) telah sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa melalui Pendapat No. 22/2015:

“Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan”.

Pemenjaraan politik bukanlah sesuatu yang baru lagi menghairankan. Dalam apa pun nama sistem dan istilahnya dalam liku-liku sejarah peradaban manusiawi, hakikatnya tetap sama - bahawa wujud insan-insan tidak berdosa sepanjang zaman yang dihumbankan di balik jeriji dek pertuduhan palsu yang menjengkelkan dan dakwaan memualkan! Hanya segelintir yang buta sejarah berani menafikan betapa undang-undang telah disalahgunakan oleh pemegang tampuk kekuasaan untuk memenjarakan secara zalim seteru politik dan para penentang yang lantang memperjuangkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Demikianlah juga, hanya pemerintah yang telah tercabut rasa kemanusiaannya laksana Al Sisi dan Shekh Hasina yang tega memekakkan telinga dan memejamkan mata dan terus-terusan membelenggu musuh politik sementelahan dikutuk masyarakat bertamadun seantero dunia.

Walaupun demikian, ABIM berkeyakinan majoriti rakyat Malaysia masih punya ketinggian akalbudi, naluri kesedaran yang mendalam dan dhamir yang suci untuk mengakui hakikat bahawa Anwar Ibrahim merupakan mangsa politik keji konspirator yang sanggup menggunakan apa sahaja helah bagi mengaibkan dan merampas hak kebebasan seteru yang tidak dapat ditundukkan dalam gelanggang politik demoktratik secara budiman, adil dan saksama.

Pertuduhan dan sabitan kesalahan seksual ke atas beliau melalui kerahan dan sebaran propaganda lucah yang diarusperdanakan buat tontonan umum telah meninggalkan warisan memori yang memalukan khususnya buat generasi muda negara.

ABIM menilai bahawa seluruh episod serangan yang jijik terhadap peribadi DSAI telah membiakkan budaya fitnah dalam masyarakat dan menyuburkan amalan Qazaf - menuduh wanita dan lelaki yang baik berzina atau liwat tanpa mendatangkan 4 orang saksi - yang amat dibenci oleh ajaran agama. Bahkan sebaliknya, penekanan terhadap pemeliharaan maruah (hifz ‘ird) dan kemuliaan insaniah yang digariskan dalam objektif pensyariatan Islam telah dilanggar dengan wewenangnya dalam siri serangan propaganda terhadap beliau.

Sahsiah peribadi dan komitmen keIslaman Anwar Ibrahim, yang diiktiraf oleh ulama-ulama’ muktabar dan cendiakawan Islam di pelbagai belahan dunia dari usia mudanya sewaktu memimpin gerakan Islam sehinggalah saat dan tika ini telah tercalar dan tercemar dengan tuduhan Qazaf yang dipropagandakan pada peringkat nasional.

Marilah kita bersama-sama merenung dan menghayati mesej penting Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi dalam surat umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia pada 27 Oktober 2014 sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim melalui fasa-fasa terakhir kes perbicaraan beliau di Mahkamah Persekutuan:
“Dalam kaitan inilah, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin besar. Dengan jejak sejarah perjuangan dan pengalamannya, kesabaran, ketahanan dan kegigihannya sejak muda hingga sekarang, seharusnya beliau dihormati dan dilayani selayaknya, sesuai dengan perjuangannya, dan tidak wajar sama sekali beliau dilempari tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas.”

Bersempena genap setahun penahanan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2016, ABIM dengan ini menuntut agar Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera secara sah menurut saluran perundangan dan dibersihkan dari segala sabitannya melalui semakan kehakiman yang sedang diusahakan oleh barisan peguam beliau. Sementara proses tersebut berlangsung, beliau haruslah diberikan segala haknya sebagai tahanan politik yang dijamin di bawah perundangan antarabangsa termasuklah hak bagi mendapatkan rawatan berterusan menurut pilihannya bagi mengubati kesakitan dan kecederaan beliau yang kini telahpun berusia 68 tahun.

ABIM turut menuntut agar hak untuk bertemu dengan peguam-peguam beliau yang dijamin oleh peruntukan undang-undang diberikan sepenuhnya tanpa sekatan-sekatan politik dan birokratik yang menjejaskan akses beliau terhadap nasihat perundangan yang selayaknya. Keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim juga haruslah diberikan akses sepenuhnya untuk bersua, bertemu mata dan berkomunikasi tanpa sebarang halangan dengan beliau sewaktu di penjara.

Akhir sekali, jika ada satu pengajaran penting yang perlu kita insafi dari peristiwa pemenjaraan insan bernama Anwar Ibrahim ialah beliau mengajar setiap daripada rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk menjadi berani – berani menyatakan keberanan dan keadilan, dan berani menguasai ketakutan yang membelenggu diri dari menyatakan dengan penuh lantang bangkangan terhadapan kebatilan dan kezaliman. Inilah mesej penting pemimpin pejuang rakyat seperti yang diungkapkan oleh pejuang pembebasan apartheid Nelson Mandela “I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear”.

Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan!

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Presiden
Sumber TKO - 10-2-2016

Sidang khas TPPA: PM tetap akan tandatangani?

HARAKAHDAILY | .


BERMULA 26-27 Januari, Parlimen bersidang khas untuk berbahas mengenai TPPA. Ini adalah salah satu syarat yang perlu dilalui untuk menandatangani TPPA.

Pada hakikatnya perbahasan di parlimen hanya menjadi akademik, kerana kerajaan nampaknya beria-ia benar mahu menandatangani TPPA walaupun tidak mendapat restu rakyat.

Mengikut pelbagai indikasi yang ditunjukkan oleh kerajaan, media pro kerajaan serta mereka yang mempunyai kepentingan langsung dari TPPA, perjanjian itu bakal ditandatangai oleh PM pada awal Februari 2015 ini.

Inilah syarat yang telah disepakati oleh semua negara anggota TPPA , bahawa selepas persepakatan dicapai di Atlanta AS, semua 12 negara anggota itu perlu mendapatkan kelulusan terakhir di parlimen masing-masing.

Sepanjang perundingan selama hampir 7 tahun, seluruh proses rundingan TPPA dirahsiakan.

Kini sejak teks TPPA berjumlah lebih 6,000 muka surat itu didedahkan pada awal Oktober 2016 oleh negara depositori iaitu New Zealand, seluruh ahli parlimen perlu menelaahnya dalam tempoh hanya sekitar 3 bulan, sama ada cukup memahami atau tidak, teks tersebut, mereka diminta bersetuju untuk TPPA ditandatangani pada awal Februari.

Kami menegaskan status Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kini terletak di tangan setiap ahli parlimen. Implikasi dari persetujuan menerima TPPA akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi kini malah kepada generasi mendatang bertahun-tahun lamanya.

Lantaran TPPA bukan sahaja sebuah perjanjian perdagangan, malah sebuah strategi geo-politik AS, maka apa sahaja boleh berlaku untuk TPPA diguna bagi menekan anggota negara TPPA untuk mengikut telunjuk AS. Sejumlah negara yang mengalami kerugian berbilion dolar akibat disaman di mahkamah tribunal perdagangan dalam perjanjian TPP yang melibatkan pelabur AS, cukup membuktikan risiko yang bakal ditanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

Hujah bahawa laporan PWC (PRICE WATERHOUSE COOPERS) jelasnya menyatakan Malaysia akan mengalami defisit perdagangan (import melebihi eskport) mencecah RM17 bilion setahun, akan tetapi menteri MITI tetap mengatakan, tanpa TPPA, Malaysia akan rugi.

Telah berkali-kali, malah dibekalkan pellbagai dokumen dan hujah balas kepada pihak menteri MITI, untuk mengesa kerajaan menarik diri dari perundingan TPPA, namun usaha pelbagai NGO, pakar ekonomi nampaknya tidak diendahkan .

Kini ia sudah sampai di dewan rakyat untuk diperbahaskan. Yang pasti tidak ada sebarang kalimat pun yang boleh dipinda dari teks TPPA itu dalam perbahasan di parlimen, sebaliknya pelbagai undang-undang dan polisi negara pula yang akan dipinda supaya selaras dengan TPPA yang bakal ditandatangani itu.

Kami akan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah sekarang bila berlaku natijah yang membebankan Malaysia akibat TPPA ditandatangani Februari ini.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIMHARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 26-1-2016






































































































LTH perlu akur peringatan BNM, bukan nafi

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) akur dan mengambil langkah yang sesuai dengan peringatan serta nasihat daripada Gabenor Bank Negara mengenai isu rezab dan pengagihan dividen kepada pencarum oleh institusi tersebut.

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya amat terkejut dengan teguran dan ingatan Bank Negara terhadap LTH melalui dua surat yang kini teredar meluas melalui media sosial, menyatakan kedudukan kewangan dan nilai aset Tabung Haji dalam keadaan yang tidak kukuh.

"Kami ingin mengingatkan bahawa institusi Islam yang melibatkan caruman masyarakat awam seperti LTH, sangat penting dikendalikan dengan profesional, telus dan beramanah .

"Tanggapan orang awam bahawa institusi Islam adalah lebih berintegriti perlu dipertahankan. Ini menjadi kriteria yang utama sebagai asas kerajaan harus meningkatkan lagi usaha mengujudkan lebih banyak institusi Islam dinegara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun jelas beliau,  apabila berlaku kepincangan yang didedahkan dalam media, dan penjelasan  yang diberi oleh pihak berkenaan tidak tuntas bukan sahaja keyakinan masyarakat kepada institusi tersebut akan terjejas malah imej Islam yang menjadi dasar kepada kewujudan institusi itu sendiri.

"Kami menegaskan institusi Islam semestinya menjadi kayu ukur dan model untuk dijadi teladan kepada masyarakat, bahawa Islam mampu memajukan masyarakat dengan sistem Islam yang lengkap.

"Kami percaya tindakan Bank Negara mengutus surat ingatan dan teguran itu kepada LTH, mengisyaratkan bahawa sebarang kepincangan pengurusan kewangan institusi yang dijamin oleh kerajaan, terutama yang melibatkan sekitar 9 juta pencarum, perlu dipantau dengan rapi kerana ia boleh memberi kesan rantai kepada banyak aspek ekonomi negara," tegasnya.

Jelasnya, dengan memberi reaksi menafikan kenyataan dan berhujah bahawa LTH tidak menghadapi masalah sebagaimana yang digambarkan oleh surat Gabenor Bank Negara adalah tidak bijak.

Ia, kata beliau seolah-olah menyapu masalah dibawah karpet, sedangkan Bank Negara hanya mahu menegur untuk memperbaikki keadaan, menunjukkan pihak yang berkaitan dijangkiti penyakit sindrom penafian.

Sebelum ini isu Tabung Haji membeli aset hartanah 1MDB dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga yang dibeli oleh 1MDB itu sendiri sudah cukup mencurigakan masyarakat awam.

Pengumuman Perdana Menteri bahawa Tabung Haji diarah menjual semula aset tersebut, bukti jelas menunjukkan pengurusan kewangan Tabung Haji tidak berhemat. Sehingga kini kedudukan jualan semula hartanah itu belum di ketahui kedudukannya.

Justeru Mapim turut menggesa supaya semua institusi Islam segera disemak dengan terperinci untuk mengembalikan keyakinan masyarakat awam yang menerima pelbagai maklumat mengenai ketidaktelusan pengurusan yang melibatkan kewangan institusi Islam. – HARAKAHDAILY 26/1/2016

Sumber HD - 26-1-2016

Hotel, restoran penyumbang terbesar buang makanan?

MOHD AZMI ABDUL HAMID |
.


KITA sering mendengar isu keselamatan makanan (food security). Bayangkan betapa ngeri memikirkan jika dunia dan manusia di dalamnya ketiadaan atau kehabisan makanan.

Akan tetapi, dalam masa yang sama jutaan ton makanan menjadi sisa yang dibuang disebabkan budaya kepenggunaan kita yang tidak terkawal, tanpa batas.

Apabila makanan dibazirkan menjadi sisa, dua lagi sumber penting sebenarnya dibazirkan bersama iaitu, tenaga yang diguna untuk menghasilkan makanan dan air untuk juga menghasil dan memasak makanan.

Dianggarkan sepertiga (1.3 bilion ton) makanan setahun yang dihasilkan secara global untuk konsumsi manusia dibazirkan sebagai sisa buangan, mengikut kajian yang dikomisyenkan oleh Badan Makanan dan Pertanian dunia  (FAO).

Kajian Pembaziran dan Kehilangan Makanan Global (Global Food Losses and Food Waste), oleh Institut Makanan dan Bioteknologi Sweden (Swedish Institute for Food and Biotechnology), mendedahkan negara industri dan negara membangun membuang 670 juta ton makanan dalam tong sampah setiap tahun.

Kajian juga menunjukkan pengguna di negara-negara kaya setiap tahun membazir makanan menjadi sisa buangan sehingga 222 juta ton, sama dengan makanan yang dihasilkan oleh seluruh benua sub Sahara Afrika. "Jumlah makanan yang menjadi sisa buangan atau yang hilang, bersamaan dengan lebih setengah daripada hasil bijiran dunia" dilaporkan oleh kajian tersebut.

Laporan itu yang membezakan antara kehilangan makanan (food looses) dan pembaziran makanan (food waste), mendedahkan kehilangan makanan berlaku pada tahap pengeluaran - tuai, pasca tuai dan tahap memproses makanan - kehilangan ini dialami di negara membangun kerana kekurangan infrastruktur, teknologi yang rendah dan pelaburan yang rendah dalam sistem pengeluaran makanan.

Manakala pembaziran makanan, yang lazim berlaku di negara industri yang maju - disebabkan oleh peruncit dan pengguna yang membuang makanan yang boleh dimakan ke dalam bakul sampah.

Dianggarkan pembaziran perkapita oleh pengguna antara 95 kg hingga 115 kg setahun di Eropah dan Amerika Utara , manakala di sub-Sahara Afrika dan juga Asia Selatan dan Asia Tenggara membuang 6kg-11kg setahun.

Malaysia membazir sehingga 8,000 ton atau 8 juta kg makanan sehari. Jumlah ini boleh memberi makanan kepada 6 juta orang.

CEO Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam (SWCorp), Datuk Abdul Rahim Md Noor menyatakan kos mengendalikan sisa pepejal mencecah berbilion ringgit. Sisa pepejal yang paling tinggi ialah sisa makanan iaitu 45% dari semua sisa pepejal. Kos beberapa negeri yang memberi syarikat itu mengendalikan sisa pepejal berjumlah 1.4 bilion ringgit pada tahun 2014.

Beliau menyebut bahawa peratus sisa makanan meningkat 15-20% semasa musim perayaan.

Setiap bulan Ramadan setiap tahun sekurang-kurangnya 270,000 ton (9,000 ton setiap hari) makanan terbuang. Makanan terbuang ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang, enam kali ganda populasai negara sekarang iaitu 27 juta. Buangan makanan sebanyak ini, 9,000 ton sehari boleh memberi makanan  kepada lebih 6 juta orang.

Jika sisa makanan ini dihimpunkan ia boleh menjadi setinggi 30 kali lebih tinggi bangunan KLCC.

SWCorp mengendalikan sisa pepejal untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.             

Jika diperhatikan Malaysia adalah syurga makanan, namun dalam masa yang sama juga adalah negara pembuangan makanan yang sangat lumayan.

Negara ini menghasilkan sekitar 15,000 ton makanan dan sisa dapur setiap hari - cukup untuk memenuhi 7.5 padang bola atau memberi makanan kepada 7.5 juta orang sehari.

Angka ini meningkat dari tahun 2011 . Sebelum itu 930 ton makanan yang tidak dimakan dibuang setiap hari . Angka ini melebihi dua kali ganda dari tahun 2000.

Di Kuala Lumpur sahaja, sisa makanan mencecah 3,000 ton sehari, manakala di Pulau Pinang pula 355 ton makanan di buang setiap hari.

Daripada jumlah yang dibuang, antara 10% sehingga 15% adalah makanan yang tidak dimakan dan yang telah luput tarikh.

Ada tabiat yang menjadi penyebab kenapa ini berlaku. Pengguna menganggap membazir dan membuang makanan bukan isu besar. Sedangkan ia tidak sahaja menjejaskan ekonomi keluarga malah juga ke atas alam sekitar.

Sebenarnya kehilangan makanan banyak berlaku dari ladang sehingga kepada pengguna. Mengikut kajian PBB, sepertiga dari apa yang ditanam diladang tidak sampai kepada pengguna.

Turut membazir apabila makanan hilang atau menjadi sisa buangan ialah tenaga (pelbagai tenaga: elektrik, minyak, manusia), sumber air, baja dan input yang lain yang diguna untuk menghasilkan makanan tetapi akhirnya tidak dimakan.

Rakyat Malaysia kini semakin hidup dalam keadaan berlebihan. Tabiat makan sangat tinggi. Tidak ada negara yang mempunyai sebanyak restoran dan warong makan 24 jam seperti Malaysia.

Sementara kos sara hidup meningkat dan diresahi warga Malaysia, sayangnya sikap tidak cermat dan membazir juga menjadi ciri budaya pengguna Malaysia. Makanan hilang dalam tahap pengeluaran, menuai dan pasca tuai serta juga ketika memproses didapati tinggi. Tetapi jika dibanding dengan makanan dibazirkan ketika berada ditangan pengguna, jauh lebih tinggi.

Daripada 30,000 ton sisa pepejal yang diasingkan setiap hari oleh isi rumahtangga Malaysia , 45% adalah sisa makanan.

Sisa buangan makanan dikategorikan kepada empat jenis: pertama sisa dapur (makanan yang dibuang sebelum dimasak), kedua saki baki makanan (makanan yang tidak dimakan selepas dimasak), ketiga makanan yang luput tarikh (makanan yang sampai tarikh dan tidak selamat dimakan) dan akhirnya keempat makanan yang dibazirkan (makanan yang maseh baik tetapi dibuang kerana berlebihan).

Dari 45 % sisa makanan yang dibuang di kawasan buangan, 10-15% adalah makanan yang masuk dalam jenis keempat, bermakna makanan yang masih boleh dimakan tetapi dibuang.

Hotel dan restoran 5 bintang adalah penyumbang terbesar pembuangan makanan.

Satu hingga dua ton makanan dibuang setiap hari dari hotel dan restoran 5 bintang. Berdasarkan angka ini, langkah drastik perlu dilakukan. Sikap pengguna Malaysia tidak hanya terbentuk dengan kesedaran.

Langkah menghukum perlu dilaksanakan secara undang-undang. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal perlu serius menjalankan tugasnya untuk membendung gejala pembaziran makanan di negara ini. Pihak kerajaan harus menghentikan acara yang menghidangkan makanan yang terlalu banyak dan akhirnya membazir.

Jamuan ketika mesyuarat, seminar, perayaan rasmi, persidangan dan kursus yang dianjurkan oleh kerajaan perlu dikawal daripada pembaziran.

Sementara itu diperingkat masyarakat, pembaziran makanan dalam pelbagai acara sosial seperti kenduri, sambutan perayaan, hidangan pada bulan Ramadan hendaklah dibendung. Tabiat makan yang tidak terkawal sama ada di rumah mahupun di luar rumah perlu dididik agar mengelak pembaziran.

Pendidikan mengenai larangan dan kejelekan membazir makanan perlu diterapkan dari peringkat pendidikan awal sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Peraturan untuk pelajar tidak membazir makanan hendaklah dikuatkuasakan sehingga disiplin mengawal tabiat makan dalam kalangan mereka dipupuk setiap masa.

Jika pengguna Malaysia tidak mahu berhadapan dengan realiti suatu ketika nanti apabila negara akan mengalami krisis makanan yang kritikal, dan mengulangi tragedi rusuhan makanan seperti yang pernah berlaku dibeberapa negara yang lain, pembaziran makanan perlu dikekang serte-merta. – HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016




















































Zaid jangan hina Mahkamah Syariah

HARAKAHDAILY | .


Kami kesal dengan komen Zaid Ibrahim mengenai isu Indra yang mendapat liputan meluas dalam media terutama The Star.

Sangat dikesali, Zaid sebagai bekas Menteri Undang-undang dan seorang yang dianggap terkenal dalam Majlis Peguam sanggup mengambil pendirian yang jelek apabila menghina para hakim dan sistem kehakiman kerana mereka mengeluarkan keputusan yang tidak disenanginya dan tidak memihak kepada penyokong aliran "liberal". Tanpa sebarang bukti, beliau menuduh para hakim sebagai tidak berperasaan, tiada perikemanusiaan, tiada kasihan belas dan selesa dalam keadaan "mati rasa".

Para hakim dan keputusan mereka di mahkamah bukan golongan yang tidak boleh dikritik dalam sebuah demokrasi akan tetapi ia perlu berdasarkan fakta dan logik. Zaid tidak menyatakan kritikannya dengan hujah yang kukuh ke atas keputusan majoriti hakim dalam kes Indra namun melampiaskan serangan secara menghina dan emosional. Tingkah laku ini tidak sewajarnya ditoleransikan kerana ia menghakiskan keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman negara.

Adalah sangat tidak bertanggungjawab, sangat provokatif dan merbahaya untuk Zaid menuduh dengan batil "Indira tidak mendapat keadilan kerana beliau adalah seorang bukan Muslim".

Tuduhan melulu itu hanya menghasut kebencian antara Muslim dan bukan Muslim, menghakiskan keyakinan awam terhadap kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan. Mengancam untuk menghasilkan sebuah filem mengenai kes ini untuk merosakkan nama negara di London dan New York adalah suatu penghinaan dan bakal menimbulkan kemarahan masyarakat awam di Malaysia.

Isu teras kepada Mahkamah Rayuan yang dibicarakan bukan mengenai hak penjagaan anak-anak sama ada kepada Indira atau Ridzwan tetapi sema ada mahkamah sivil ada bidangkuasa untuk memutuskan pengislaman anak-anak mereka. Indira memohon "suatu deklarasi bahawa kanak-kanak bawah umur tersebut telah diIslamkan dengan cara tidak mengikut undang-undang".

Hakim Mahkamah Rayuan (HMR) Balia Yusof dan HMR Badariah Sahamid memutuskan “…adalah tanpa sebarang syak bahawa isu semada seorang Muslim itu Muslim atau tidak adalah perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Memutuskan kesahihan keislaman seseorang itu secara ketat adalah suatu hal keagamaan dan ia berada secara khusus dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah".

Hakim berkenaan berdasarkan keputusan mereka kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Agung. Perkara 121(1A) menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara agama yang diperuntukkan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Daripada menghina hakim, sepatutnya Zaid mengkritik, jikapun ada hujah hakim itu sendiri.

HMR Hamid Sultan Abu Backer yang berbeza pendapat dengan 2 HMR yang lain itu, kami kesali kerana beliau tidak dapat melihat kes ini secara menyeluruh. Beliau gagal mengenali hutan apabila memberi tumpuan kepada pohon-pohon. Beliau memberi tumpuan kepada 30 muka surat dari 74 muka surat keseluruhan keputusan bertulis apabila beliau berusha mengenengahkan "Jurispruden Yang Berkait dengan Ketinggian  Parlimen dan Perlembagaan dan Sumpah setia kepada Perlembagaan" (Jurisprudence Relating Parliamentary and Constitutional Supremacy and Constitutional Oath) tanpa mengaitkan isu yang sedang dibicara oleh mahkamah  iaitu sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kesahihan pengislaman kanak-kanak yang berkaitan dengan mengambil kira  Perkara 121 (1A) dan keputusan-keputusan Mahkamah Agung mengenai isu tersebut sebelum ini.

HMR Hamid berpandangan kes ini adalah untuk semakan penghakiman mengenai pendaftaran pengislaman oleh Pendaftar Muallaf yang dikatakan tidak selaras dengan Seksyen  96 dan 106 dalam Pentadbiran Islam (Perak) Enakmen 2004. Mendaftar pengislaman adalah suatu urusan pentadbiran yang boleh dicabar di Mahkamah Syariah dan tidak semestinya di Mahkamah Sivil.

Bagaimanapun ini bukan isu utama Mahkamah Rayuan tersebut akan tetapi yang utama adalah kesahihan pengislaman yang memerlukan penggunaan Undang-undang Islam. Hal ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Terdapat simpati yang mencurah-curah terhadap Indira. Sememangnya suatu perpisahan keluarga dalam suatu perkahwinan adalah  trauma bagi mereka yang terlibat. Namun begitu, bagaimana pula Ridhwan? Beliau adalah bapa kepada 3 kanak-kanak tersebut. Dua dari mereka dalam penjagaan eksklusif oleh Indra dan keluarganya. Mereka dibesarkan sebagai hindu tanpa persetujuan Ridhwan. Beliau juga telah dinafikan akses untuk berjumpa dengan mereka.

Jika kita mengambil kira pernyataan simpati Zaid kepada Indira, Ridhwan telah dinafikan "hak untuk bersama dengan 2 orang anaknya untuk hidup bersama dan mengasuh mereka - untuk mendakap mereka sebagaimana mana-mana bapa ingin melakukannya..." (the right to be with his two children, to live and care for them – to hug them as other fathers would do…). Apakah perasaan Ridhwan ini tidak perlu dfahami dan mendapat simpati juga? Kenapa beliau perlu diperlihatkan dalam media sebagai seorang yang jahat dan tidak berhati perut? Kenapa  ada double standard dalam kalangan puak “liberal”? Adakah hanya kerana beliau adalah seorang pria dan seorang Muslim?

Satu pihak yang memeluk Islam setelah berkahwin menimbulkan beberapa isu yang kompleks.

Bagaimana ia memberi kesan kepada perkahwinan yang terdahulu, kedudukan agama dan hak penjagaan anak-anak, harta pencarian sepanjang perkahwinan, penyaraan dan lain-lain. Pada pandangan kami mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah bukan forum yang sesuai untuk mengatasi isu-isu tersebut. Contohnya jika tidak ada persetujuan antara ibu bapa mengenai status agama anak-anak mereka, bagaimanakah mahkamah sivil atau mahkamah syariah boleh meleraikan konflik antara mereka.

Pihak kerajaan perlu menubuhkan sebuah komiti khas yang dianggotai oleh pakar, Muslim dan bukan Muslim untuk mengkaji masalah dan menghasilkan cadangan untuk menubuhkan sebuah forum bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan adil.

HMR Hamid Sultan telah mencadangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan.

Contohnya, beliau mencadangkan Akta Judikatur Mahkamah untuk mengizinkan Ketua Hakim Syariah sesebuah negeri untuk berada bersama dalam mahkamah sivil bersama dengan dua orang lagi hakim, seorang Muslim dan seorang bukan Muslim, untuk mendengari dan memutuskan kes-kes yang membabitkan Muslim dan bukan Muslim. Ini akan memelihara integriti dan kemerdekaan kedua-dua sistem keadilan yang diamalkan di negara ini dan mengelakkan usaha untuk mencairkan peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). - HARAKAHDAILY 12/1/2016

Sumber HD - 12-1-2016

Khalwat: Pendirian G25 ada agenda tersirat























































MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Gesaan G25 untuk memansuhkan undang-undang syariat mengenai khalwat atas nama hak privasi seseorang individu sebenarnya adalah bertujuan untuk mencairkan syariat dan meletakkan syariat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan itu yang jelas membawa pemikiran sekular dan liberal cuba berhujah bahawa undang-undang syariat bukan kudus atau suci dan ia dianggap undang-undang manusia yang boleh dipersoal dan dicabar.

Soalnya G25 agenda sebenarnya mahu undang-undang syariat tidak mengawal urusan peribadi seseorang dan menolak Islam dijadikan sebagai dasar utama pembangunan negara. Islam mahu disudutkan hanya kepada persoalan ritual semata dan bersifat peribadi sebagaimana yang selama ini telah diperlakukan oleh penjajah British sejak kira-kira 200 tahun yang lalu.

Pemikiran mereka cenderung untuk menjadikan Malaysia seperti negara barat yang tidak kisah terhadap hidup bebas dalam masyarakat sehingga menghalalkan apa sahaja atas nama kebebasan dan urusan peribadi.

Dengan mengungkapkan Islam sebagai agama yang pemaaf dan dan hormat kepada hak peribadi tidak bermakna kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa batas akhlak boleh dibenarkan.

Siapakah di kalangan anggota G25 itu yang sebenarnya mempunyai kepakaran dan keilmuan Islam yang mencukupi untuk mempersoalkan hukum agama. Dengan hanya mengguna logik akal tanpa tahu bagaimana hukum syariat dirumuskan mendedahkan diri mereka kepada mempersoal sesuatu yang sudah jelas dan muktamad dalam hukum syariat.

Kami kesal kumpulan yang mengguna kedudukan mereka atas nama ketokohan Melayu ditonjol sebagai kumpulan yang layak dan boleh mencabar hukum Islam beralaskan hak kebebasan bersuara dan faham kesederhanaan yang ditafsir sendiri.

Jika jelas ramai umat Islam di negara ini cenderung untuk menerima syariat ditegakkan dalam kehidupan, apa hak G25 untuk mempersoal dan mencabar kedudukan syariat dalam perundungan negara.

Kami menggesa G25 yang didukung oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhenti menjadi alat kepada agenda meminggirkan syariat. Bukan sahaja ini akan mendedahkan status keyakinan mereka terhadap hukum-hukum Allah SWT, malah terperangkap dalam aliran pemikiran sekular liberal yang selama ini bertentangan dengan aqidah Islam.

Dengan berselindung di sebalik pentafsiran Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan hujah mereka, bukan suatu tindakan yang betul jika benar mereka berniat baik untuk menjaga kesucian dan kepentingan Islam.

Mereka juga cuba mendapatkan sokongan dari beberapa tokoh-tokoh dan kepimpinan senior negara untuk mempengaruhi aliran dan arah tuju negara dengan mengguna hujah yang berasaskan faham sekular liberal.

Sementara kami juga krtitikal terhadap kepincangan urustadbir yang ada, namun kami tidak dapat menerima pendirian G25 yang cuba mengarusperdanakan pemikiran meminggirkan syariat dalam perundangan Islam di negara ini.

Kami menggesa pihak berkuasa menangani kekeliruan yang ditimbulkan oleh G25 dan menegaskan bahawa undang-undang Islam yang dikuatkuasakan oleh negeri dan kerajaan pusat tidak akan dimansuhkan, malah diperkukuhkan. - HARAKAHDAILY 8/12/2015

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 8-12-2015

Pemecatan Jururawat Kerana Pakaian Menutup Aurat Tidak Wajar

IMG_20151207_191957
Saya agak terkejut dengan pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang jururawat muslim yang telah dipecat dari sebuah premis hospital swasta kerana isu aurat yang dipertikai oleh beliau. 

Malaysia, sebagai sebuah negara yang meletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, maka sewajarnya organisasi-organisasi kesihatan menghormati hak pekerja-pekerja muslim.

Saya menggesa pihak berwajib agama seperti JAKIM dan seumpamanya mengambil langkah wajar dan proaktif bagi menangani isu-isu yang melibatkan amalan beragama seperti ini.

2. Saya merasakan tindakan pemecatan ke atas Naziah Sauni Samat adalah tidak wajar, sekiranya kesalahan disiplin tidak hadir bekerja beberapa hari itu boleh dijadikan alasan untuk memecat beliau. Adakah ini salah satu dari kaedah pemecatan yang diamalkan oleh hospital berkenaan?

Adakah ianya mengikut Akta Kerja 1955 dengan mensyarat notis masa perberhentian mengikut tempoh perkhidmatan pekerja yang sepatutnya tercatat didalam kontrak kerja? Atau adakah kontrak kerja tidak mengikuti yang sepenuhnya seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955?

IMG_20151207_191713

3. Isu sebenar yang beliau kemukakan adalah pemakaian profesion jururawat seperti beliau tidak mengikut lunas Islam. Beliau berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak majikan dengan memotong lengan baju dan memakai stokin lengan bagi menutupi aurat yang terdedah. Namun pihak hospital tersebut beralasan bahawa memakai baju lengan panjang boleh meningkatkan infeksi kuman kepada pesakit dan memudahkan kerja.

4. Saya memuji langkah Kementerian Kesihatan Malaysia yang memulakan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) bermula awal tahun ini secara rasminya oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia). HMI ini adalah satu konsep yang syumul bagi menjaga kepentingan perawat dan pesakit dalam terus melakukan ibadah seoptima mungkin. Antara elemen yang perlu dijaga adalah aurat perawat, aurat pesakit, batasan aurat perawat dan pesakit/waris. Saya yakin bahawa kesemua jururawat beragama Islam premis KKM memakai baju berlengan panjang. Justeru, tidak timbul isu jangkitan silang kuman akibat dari pemakaian baju yang berlengan panjang. Malah kualiti kerja tetap mantap tanpa melihat kepada panjang atau pendek kod pemakaian baju.

5. Saya menggesa pihak yang berwajib mengambil langkah segera bagi menyelesaikan isu ini. Saya mengucapkan takziah dan semoga bersabar kepada Naziah Sauni Samat atas ujian ini. Saya juga mengharapkan jururawat yang terbabit dibela kerana pemecatan tersebut telah mencarik maruah seorang wanita muslimah. Saya akan menyokong sebarang usaha dari pelbagai pihak yang mempertahankan isu ini bagi membela kredibiliti sebuah profesion jururawat muslim.

Dr Hj Awisul Islah Ghazali
Presiden
Papisma Malaysia
W: www.papisma.org
F: fb.com/PapismaMalaysia
7 Dis 2015

Sumber BO - 7-12-2015


























































NFC: Apa berlaku kepada pinjaman RM250 juta?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Pada 24 November 2015, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah dibebaskan daripada empat pendakwaan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta. Ketika kesalahan ini didakwa dilakukan, beliau adalah Pengerusi Eksekutif  National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Hakim Mahkamah Sesyen telah membebas Dr Salleh, tidak berdasarkan bukti yang direkod semasa pembicaraan penuh dijalankan akan tetapi atas alasan Peguam Negara telah menarikbalik pendakwaan ke atas beliau. Peguam Negara telah memutuskan hal tersebut setelah mengkaji surat oleh pasukan peguambela beliau. Namun isi kandungan surat tersebut tidak pula didedahkan.

Dr Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 12 Mac 2012 dan perbicaraan dimulakan pada 23 Jun 2014 bila pihak pendakwa memanggil saksi pertama. Peguam bela telah memohon supaya pendakwaan dibatalkan, namun Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut. Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan perbicaraan tersebut diteruskan. Bila perbicaraan diteruskan, Peguam Negara telah dengan tiba-tiba menarik balik pendakwaan dan menyebabkan beliau dibebaskan.

Kes ini mendapat perhatian  yang amat tinggi dalam kalangan awam bila perbicaraan telah diberi publisiti yang meluas oleh media kerana pendakwaan itu melibatkan tuduhan menyalahguna dana awam. Peguam Negara tidak akan mendakwa seseorang kecuali terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa dan berpeluang tinggi kes dakwaan itu akan menang dalam perbicaraan. Oleh sebab itu, Peguam Negara perlu mendedahkan alasan kenapa pendakwaan ditarik balik berdasarkan hujah dan representasi dari peguambela Dr Salleh. Peguam Negara ada kuasa dan pertimbangan sendiri untuk menarik balik pendakwaan pada mana-mana tahap perbicaraan akan tetapi perlu dilakukan berdasarkan bukti dan kepentingan awam.

Pendakwaan terhadap Dr Salleh timbul bila ada tuduhan salah guna dana pinjaman dari Kerajaan Persekutuan bernilai RM250 juta dengan kadar faedah 2.5% yang diberi kepada NFCorp untuk membangunkan industri bekalan daging lembu kepada pasaran lokal dan antarabangsa. Dr Salleh merupakan pengerusi kepada Lembaga Pengarah  NFCorp yang juga melibatkan anak-anak beliau. Beliau adalah suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam laporan tahunannya untuk tahun 2012 mencatat bahawa skandal RM250 juta yang berlaku melibatkan National Feedlot Corporation itu adalah akibat dari kegagalan Kementerian Pertanian menjalankan kajian kelayakan terhadap syarikat tersebut sebelum kontrak itu diluluskan. Syarikat itu tidak memiliki kelayakan teknikal atau latarbelakang kewangan yang kukuh. Wakil pihak kerajaan yang ditugaskan berada dalam Lembaga Pengarah syarikat tersebut  juga gagal berperanan sebagaimana sepatutnya. Projek tersebut juga tidak dibawa kepada pengetahuan Jemaah Kabinet atau Kementerian Kewangan.

Walaupun Dr Salleh dibebaskan, masyarakat awam perlu mendapat maklumat mengenai status perjanjian antara kerajaan dengan NFCorp untuk membangun industri daging lembu tersebut. Apakah yang telah berlaku kepada pinjaman RM250 juta dan kadar faedah yang dikenakan itu? Adakah wang tersebut diperolehi kembali? Jika tidak, apakah tindakan yang telah diambil terhadap NFCorp dan pengarah-penjamin untuk mendapatkan semula wang rakyat yang sangat besar itu? - HARAKAHDAILY 6/12/2015

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 6-12-2015


PM, mana janji transformasi?

Posted on Friday, December 04 @ 17:47:03 MYT by paktam

Oleh MOHAMAD RAIMI AB RAHIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat prihatin terhadap isu keselamatan dalam negara dan menyokong usaha terbaik pihak berwajib untuk menangani sebarang aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.

ABIM melihat bahawa sebarang usaha yang dibuat perlu berlandaskan prinsip keadilan sejagat dan kedaulatan undang-undang serta menepati aspirasi demokrasi yang diamalkan dalam negara.


ABIM merujuk kepada Fasal 5 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang meletakkan kuasa besar kepada majlis tersebut seperti berikut:

“Walau apa pun, mana-mana undang-undang bertulis yang lain, majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya”.

Selain itu, Fasal 6 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 tersebut menyenaraikan keanggotaan dari pihak eksekutif yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dibantu oleh timbalan perdana menteri serta beberapa menteri yang lain.

Ini secara jelas memberi kuasa yang terlalu besar kepada badan eksekutif dalam mengambil tindakan dalam aspek keselamatan tanpa melibatkan institusi lain seperti penggubal undang-undang dan kehakiman.

ABIM khuatir, menerusi kuasa yang luas yang diberikan kepada eksekutif ini tanpa pemantauan dari institusi yang bertanggungjawab khususnya institusi kehakiman termasuk institusi raja-raja akan mendedahkannya kepada penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya.

Sementara itu, ABIM berpandangan bahawa rang undang-undang yang ingin digubal ini bercanggah dengan pelan transformasi yang dijanjikan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13.

Kami ingin mengingatkan bahawa beliau menjanjikan transformasi sistem undang-undang dalam negara ke arah penekanan kepada aspek keadilan dengan memansuhkan Akta Hasutan 1946, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta perisytiharan dan Ordinan Darurat.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM presiden ABIM.

Sumber DD - 4-12-2015

Papisma Sokong Haramkan ‘Vape’

No-Smoking-No-Vaping-Mike-Mozart-900x540
E-rokok dan Vape menjadi metod ketagihan jenis baru dewasa kini. Dianggarkan lebih sejuta penghisap e-rokok dan vape di Malaysia. Amat menyedihkan bahawa Malaysia adalah pengimport utama vape di Asia Tenggara dan kedua terbesar pengguna vape selepas Amerika Syarikat.
2. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma Malaysia) terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap segala usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengharaman e-rokok dan vape di Malaysia.

3. Ketagihan nikotin melalui rokok, e-rokok mahupun vape adalah satu jenis penyakit dalam masyarakat. Ianya perlu ditangani dengan baik oleh semua pihak. Kesedaran dan info bermaklumat harus diberikan kepada mereka supaya mengubah perangai buruk kepada yang lebih baik. Walau antara alasan perokok tegar beralih kepada vape adalah satu kaedah untuk berhenti merokok, namun sifat dan sikap penagih nikotin tetap sama. Mereka akan terlepas dari ketagih rokok kepada ketagih vape yang bernikotin.

4. Isu e-rokok dan vape ini bukan bukan dilihat kepada ketagihan nikotin semata-mata, tetapi sudah terdapat laporan yang vape mengundang bahaya kepada anak-anak dan remaja. Generasi bersih ini mula dikotori dengan sikap tidak bertanggungjawab para perokok vape.

5. Justeru, saya ingin membuat penegasan bahawa seluruh ahli Papisma Malaysia akan terus berganding bahu membanteras gejala ketagihan nikotin ini.

Dr Awisul Islah Ghazali
Presiden
Papisma Malaysia

Sumber BO - 1-12-2015


Kecam semua keganasan tanpa berkecuali

Posted on Monday, November 16 @ 11:25:03 MYT by paktam

Oleh Mohammad Fazril Mohd Saleh 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam segala bentuk keganasan dan kegiatan terorisme tanpa sebarang kekecualian. Segala kegiatan keganasan adalah jelas mencabuli prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat.

PKPIM merujuk kepada peristiwa  serangan di Paris yang menggemparkan dunia pada 13 November, sehingga meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang yang lain. Kejadian yang berlaku di beberapa lokasi berbeza ini dilakukan dengan begitu kejam sekali di mana mereka membunuh orang awam dengan tembakan dan meletupkan diri sendiri.

Mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia, PKPIM menyatakan sikap jelas kami yang menentang sebarang bentuk keganasan dan aktiviti terorisme di mana-mana pun termasuklah kejadian di Paris ini. Kami menasihatkan golongan muda khususnya pelajar dan mahasiswa Islam agar jangan mudah terpengaruh dengan anasir negatif seperti ini kerana ia jelas suatu perbuatan tidak direstui dalam Islam sendiri.


PKPIM turut menyatakan kesedihan kami atas kejadian yang berlaku di Paris ini. Siapa sangka, sebuah lokasi yang dijoloki sebagai “Kota Romantis”, yang maju dan mempunyai jaringan keselamatan lengkap secara tiba-tiba diserang sebegitu dahsyat. Serangan ini cukup berani kerana 6 penyerang tekad meletupkan diri.

Kami juga secara tegas menyelar aktiviti terorisme yang berlaku di Lubnan, sehari sebelum kejadian di Paris di mana kawasan awam di Selatan Beirut dibom dan mengorbankan 41 orang dan mencederakan 200 yang lain.

Dalam perkembangan yang sama, PKPIM juga melahirkan keprihatinan kami tentang perkembangan terkini keganasan kerajaan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin. Protes rakyat Palestin terhadap kebiadan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa memasuki hari ke-47 dengan lebih 1,700 warga Paletin dipenjara dan 546 kanak-kanak turut menjadi mangsa tahanan.

Dalam isu yang sama, keganasan terancang dan sistematik yang dilakukan tentera penjajah Israel ini semakin melampau apabila mereka mula menyerang hospital dan menembak mati orang awam tidak bersenjata di dalam wad hospital. Kejadiaan ini berlaku di Hospital Al-Ahli di Al-Khalil pada 2.45 pagi Khamis, 12 November lalu. Malang sekali, keganasan di Palestin ini direstui dan didanai Amerika Syarikat (AS).

Keprihatinan kami juga dizahirkan terhadap pergolakan berdarah di Syria yang masih belum reda sampai masuk tahun ke-4 kini. Keadaan bertambah parah dengan campur tangan Russia dalam pergolakan ini. Selain itu, isu pelarian Rohingya juga menjadi kepedulian kami.

Mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia, PKPIM sekali lagi menyatakan sikap tegas kami menentang segala bentuk keganasan sama ada di Barat mahupun di Timur, di Eropah mahupun di Asia. Kami juga menyelar sikap bermuka-muka pemimpin dunia seperti AS yang kononnya berjuang mel wan terorisme tetapi mendanai keganasan terancang di Palestin.

PKPIM menyeru masyarakat dunia khasnya golongan pelajar agar teruskan usaha dan kempen kesedaran keamanan sejagat. Dalam masa yang sama, beri tekanan kepada para pemimpin dunia yang mempunyai agenda jahat seperti AS dan sekutu-sekutunya. Kami juga menegaskan golongan muda mestilah bijak dan jangan dipengaruhi dengan pemikiran terrorisme mahupun terjebak dengan kelompok ini.

* Penulis adalah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Sumber DD - 16-11-2015


Abim sanggah kenyataan Ahmad Maslan

Posted on Sunday, November 15 @ 12:30:22 MYT by paktam

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 14 November 2015 yang turut menyentuh berkenaan dengan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik (TPPA) dan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang “wakil Abim bersetuju hadir” dan mendiamkan diri sewaktu ruang soal jawab diberikan walaupun dipanggil berkali-kali.

Abim menegaskan tidak pernah dijemput penganjur menghadiri program tersebut, apatah lagi mengesahkan kehadiran.


Justeru, Abim kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad seperti disiarkan media. Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat Abim adalah sebuah badan yang tidak bermaruah.


Berhubung tindakan Abim memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap perdana menteri, menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA ini, Abim konsisten dengan keinginan meneruskan tindakan tersebut di mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat menandatangi perjanjian TPPA.

Permohonan tersebut kini sedang melalui proses mahkamah.

Pada 4 November, Abim bersama Unggas dan Teras memfailkan satu permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap perdana menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan kerajaan Malaysia.

Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 November 2015 akan datang. Justeru, mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip "sub-judice".

Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak daripada membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut.

Oleh itu, Abim mengesyorkan kepada Ahmad, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap.

Abim juga menilai tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 November hakikatnya adalah merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang  lama menanti saat pendedahan ini yang sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain.

Pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak Abim dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana kami melihatnya sebagai suatu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara.

Justeru, Abim menggesa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

* Penulis adalah presiden Angkatan Belia Islam Malaysia.


Sumber DD - 15-11-2015


































































Mapim lancar jelajah ceramah bahaya vape


































































MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAPIM mengesa kerajaan tidak menggadai kesihatan rakyat atas perniagaan mereka yang meraih keuntungan menjual vape.

Berita seorang pengguna vape yang disiarkan dalam akbar, yang cedera parah dimukanya, sudah cukup membukti bahawa alat yang merangsang ketagihan baru itu tidak bermanfaat sama sekali.

Mapim melancarkan kempen dan jelajah menyampaikan ceramah dan penerangan keseluruh negara untuk mendedahkan bahaya vape. Tujuan kempen ini adalah untuk membenteras satu lagi musibah yang melanda masyarakat yang dieksploitasi sepenuhnya oleh peniaga kononnya bermanfaat kepada perokok.

Kempen ini akan disertai beberapa doktor yang bersedia menjelaskan apa kesan ketagihan vape ke atas kesihatan yang muncul dan menjadi gejala baru diakhir-akhir ini.

Mapim pada hari ini menubuhkan Koaliasi Ibu bapa - NGO Anti Vape KIBNAV (Parents-NGO Anti Vape Coalliation) untuk melancarkan kempen dan desakan kepada kerajaan dan masyarakat berkuasa supaya mengharamkan vape.

Kini ada pihak yang mempertahankan vape sebagai industri perniagaan dengan mendakwa vape tidak bahaya dan boleh menjadi mata pencarian kepada pelbagai pihak. Kami berpendapat sewajarnya rangsangan untuk berniaga, bukan dengan alat seperti ini yang dijadi bahan jualan.

Mereka juga mendakwa vape boleh membantu perokok menghentikan tabiat perokok, tetapi bagi kami ia hendaklah hanya diguna atas preskripsi doktor.

Kami yakin pihak yang mewar-warkan manfaat dan dakwaan betapa vape itu tidak merbahaya, jelas  tidak menghormati fatwa yang telah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan vape dari sudut syarak baru-baru ini.

Kejadian vape meletup di muka seorang pengguna bukan satu insiden yang asing. Di beberapa negara yang lain kes vape meletup telah pun direkod.

Di Amerika Dyarikat sahaja 25 kes vape meletup telah dilaporkan pada tahun 2014. Di UK seorang lelaki terbunuh akibat bateri vape yang sedang dicaj meletup dimuka.

Bagi kami, kerajaan sedang mendedahkan rakyat kepada risiko kecedaran dan kehilangan nyawa dengan bersandar kepada hujah vape selamat dan boleh memberi peluang kepada perniagaan rakyat.

Padahal kajian standard keselamatan telah menetapkan piawaian dalam penggunaan bateri lithium-ion yang diguna dalam vape belum mengesahkan ia selamat.

Setakat ini tidak ada peraturan, kod atau undang-undang yang digunapakai untuk keselamatan produk elektronik, bateri atau bateri pada rokok elektronik. Sehingga ini tidak ada peraturan untuk mewajipkan uji keselamatan produk vape yang dikenakan.

Setakat temuramah kami dengan semua ibu bapa pada minggu ini, tidak ada satupun dalam kalangan mereka yang mahu anak mereka terlibat dengan ketagihan mengguna vape.

Adakah Menteri dan pihak tertentu yang menyokong vape sanggup melihat anak mereka terjebak dengan ketagihan vape?

KIBNAV akan mula bergerak ke sekolah dan masjid dan menerangkan kepada awam mengenai bahaya vape dan meneruskan kempen supaya vape diharamkan. – HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015

MAPIM gesa kerajaan haramkan rokok elektronik

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) mengesa kerajaan tidak berlengah lagi untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok Elektronik (E-rokok) sebagai suatu langkah mengelakkan masyarakat awam terjebak dalam amalan yang merosakkan kesihatan, membazir dan mengheret generasi muda ke dalam gejala negatif.

Sementara kami juga berpendirian rokok konvensional perlu diharamkan, rokok elektronik yang dicipta kononnya untuk mengganti ketagihan kepada rokok konvensional bukan suatu penyelesaian. Penciptaan Rokok Elektronik (E-Rokok) tidak lain dari hanya suatu produk komersial yang bukan bertujuan untuk merawat tetapi hanya untuk mengalih ketagihan kepada produk baru yang seiras dengan rokok konvensional.

Kami menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang berpendirian E-Rokok adalah haram sama seperti fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa haram merokok pada tahun 1995 .

Kami berpendapat sudah cukup masyarakat awam terdedah kepada pelbagai gejala gaya hidup negatif seperti merokok. Janganlah tabiat merokok dengan alat baru yang digelar Vape (E-Ciggarate) itu menambahkan lagi bahaya kepada kesihatan awam. Kini lebih 50% penduduk Malaysia adalah merokok dan implikasi kepada kesihatan, ekonomi dan sosial masyarakat sangat berat.

Fakta mengatakan rokok elektronik adalah lebih selamat dan alternatif kepada rokok yang sedia ada, boleh dipersoalkan. E-rokok dipromosi sebagai alternatif kepada rokok tembakau, akan tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) tidak pula menganggap ia suatu terapi yang sah untuk perokok berhenti merokok . Ia bukan pengganti kepada terapi nikotin.

Sekurang-kurangnya sudah  ada kajian yang menunjukkan kesan alergi akibat mengguna e-rokok ini .

Bagi kami, mengguna bahan perisa yang mengandungi bahan kimia serta menghisap bahan kimia ke dalam tubuh badan seorang yang ketagih kepada e-rokok, ada bahayanya dan ia tidak boleh dipandang remeh. Yang jelas ialah oksigen yang sepatutnya menjadi satu-satunya bahan yang masuk dalam paru-paru, kini e-rokok dan bahan-bahan yang tercemar yang lain juga dimasukkan kedalam sistem pernafasan pengguna.

Dalam laporan di AS pada Januari 2014, terdapat 466 jenama Vape yang ada dalam pasaran. Malah untuk setiap jenama, ia mempunyai website nya sendiri. Juga terdapat 7,764 perisa cecair elektronik, dan ratusan lagi perisa baru muncul setiap bulan. Semua ini merupakan bahan kimia untuk menangkap selera pengguna kepada perisa yang baru.

Pembazirannya sangat jelas . Seorang pengguna membeli dipasaran gajet e-rokok dari harga antara RM159 hingga RM245. Sebotol perisa mencecah RM33 untuk satu jenis perisa.

Sasaran yang paling popular ialah kalangan kanak-kanak dan remaja kerana ia membawa pelbagai perisa yang menarik golongan ini untuk mencuba. Kini peningkatan penggunaan e-rokok menjadi suatu gaya baru yang menular sangat pantas dalam kalangan generasi muda. Kerana tidak ada kawalan dan larangan menjualnya, e-rokok kini dijual di pasar raya sehingga ke pasar malam.

Apakah ibu bapa mahu anak-anak mereka terjebak dengan penagihan e-rokok dengan menghabiskan wang dan mendedahkan diri kepada risiko bahaya kepada kesihatan untuk tabiat merokok yang baru?

Soalnya, setiap pengeluar perisa rokok elektronik tidak diperlukan menyenaraikan kandungan kimia dan kadar nikotine yang terkandung didalamnya. Jikapun disenaraikan, ia tidak boleh dipercayaai sepenuhnya. Beberapa perisa e-rokok telahpun dinilai membawa risiko kepada paru-paru  pengguna.

Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menyatakan E-Rokok mengeluarkan wap nikotin yang boleh menjadi pemangkin kepada kanser dalam kalangan pengguna rokok elektrik.

"Apabila cecair nikotin bercampur dengan bahan pelarut lain seperti propelyn glycol dan glycerine yang disedut melalui rokok elektrik dan diruapkan kembali ke udara bersama nitrogen oksida, campuran inilah yang boleh menyebabkan pemangkin kepada kanser dalam kalangan pengguna rokok elektrik," kata NCSM dalam satu kenyataan.

Sebuah pasukan penyelidik di Portland State University di Oregon Amerika Syarikat membeli dan menganalisa 30 perisa elektronik dan mendapati "kadar perisa dalam beberapa cecair yang diguna adalah tinggi - ada sehingga 4 peratus ". Ini tidak disangka kata ahli kimia James Pankow yang menerbitkan dapatan kajiannya dalam laporan online, Tobacco Control.

Enam daripada 24 bahan kimia yang dikenal pasti adalah aldehydes, yang diketahui penyebab utama kepada rasa tidak selesa pada tekak seorang pengguna rokok elektronik.

Katanya, bernafas adalah berlainan dari memakan sesuatu. Paru-paru tidak seperti usus untuk dalam menapis apa yang dimasukkan dalam tubuh badan seseorang. Mengikut Flavor Extracts Manufacturers Association,  adalah "salah dan mengelirukan" untuk mengatakan perisa makanan selamat untuk rokok elektronik.

Mengikut penyelidik Hillel Alpert, dari Harvard School of Public Health melaporkan "kandungan - terutama pyrazines — menyumbang kepada rasa lebih selesa untuk menyedut". Namun bahan ini lebih memudahkan remaja untuk kemudiannya mengambil nikotin dan akhirnya menjadi ketagih. Nikotin adalah bahan paling beracun yang diguna dalam pestisida.

Pengguna e-rokok jelas mendedahkan diri kepada risiko  apabila mengguna sebuah gajet berbateri untuk menghasilkan wap untuk dihidu. Walaupun jarang didengari alat e-rokok itu meletup , akan tetapi ia bukan tidak pernah berlaku.

Laporan BBC, e-rokok yang meletup akibat salahguna pengecas pernah berlaku.  Seorang warga UK, 62 tahun mati pada Ogos 2014 kerana mengguna alat pengecas yang tidak sesuai dengan gajet e-rokok . Demikian juga pada Julai tahun yang sama, akibat salah pengecas menyebabkan sebatang canister terbakar dan meletup serta membunuh seorang pengguna e-rokok.

Pada hakikatnya tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan. Singapura, Argentina, Brazil, Cambodia, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki sudah mengharamkannya .

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser.

Kami mengesa pihak kerajaan tidak terlalu mengikut tren orang ramai yang dipengaruhi oleh industri merokok dalam pelbagai bentuk. Pengharaman rokok dan e-rokok sepatutnya dikuatkuasakan sebelum rakyat negara ini terheret sekali lagi kedalam tabiat dan gaya hidup yang membawa mudharat.

Kami kesal ada Menteri yang beria-ia mempertahankan industri e-rokok ini dengan alasan ia menjadi industri yang boleh mendatang pendapatan kepada usahwan. Padahal Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa e-rokok perlu disiasat mengenai keselamatannya.

Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Produk vape sehingga ini tidak dikawal oleh sebarang peraturan. Ia tidak berada dibawah kawalan mana-mana undang-undang, termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat. Walaupun pada April 2014 FDA (Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan)  AS mahu memasukkan rokok elektronik sebagai produk yang perlu dikawal, sehingga ini ia tidak berjaya.

Bermakna sehingga ini kanak-kanak di bawah umur boleh membeli rokok elektronik tanpa sebarang halangan. Malah mereka sangat mudah membelinya melalui internet. Kanak-kanak tidak terlindung dari ancaman rokok eletronik.

Kami mendesak Kementerian Kesihatan tidak menunda lagi keputusan untuk mengharamkan e-rokok sebelum terlambat. Kecanggihan pihak yang mahu meraih keuntungan lumayan dari industri ini sedang mengambil kesempatan untuk memperkenal satu produk yang menghasilkan ketagihan yang baru terutama dalam kalangan generasi muda.

Oleh sebab bahaya e-rokok belum dipastikan, adalah lebih baik ia dilarang dari dijual dan diguna dikalangan masyarakat awam. Sesuatu yang dicurigai adalah lebih selamat dihindari dari menunggu natijah negatif yang berlaku dan sukar untuk dirawati dikemudian hari. – HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015


Usaha lenyapkan Islam sebagai agama negara

Posted on Thursday, October 15 @ 21:39:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Ia bermula dengan penulisan dan seterusnya mempengaruhi minda pembaca. Biar pun permohonan maaf telah dibuat tetapi propaganda ini sengaja untuk mengukur sejauh mana sensitifnya umat Islam terhadap agama mereka dalam kerangka sistem kenegaraan.

Hari ini, bertopengkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, sedikit demi sedikit dan secara perlahan-lahan Islam cuba dipisahkan daripada konteks pentadbiran negara. Manusia (logika dan rasional) dijadikan elemen dan rujukan tertinggi sebagai panduan dalam menentukan dasar-dasar kehidupan manusia.

Ini bukan kali pertama tetapi kes-kes sebelum ini seperti pembatalan sekatan ke atas buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ oleh seorang yang mengaku sebagai lesbian Muslim, mencabar Enakmen Jenayah Undang-undang Negeri Sembilan dalam kes transgender, tuntutan penggunaan kalimah suci Allah dalam bible dan banyak lagi kes-kes lain.

Imam Syahid Hasan Al-Banna telah menetapkan dalam doktrin Siyasah Syar’iyyah bahawa ‘Islam adalah Adeen wa Daulah’ (cara hidup dan pemerintahan) sekaligus meletakkan Islam sebagai agama yang syumul dan komprehensif.

Konsep ini sekaligus menolak pemisahan di antara agama dan pemerintahan seperti yang berlaku pada zaman pencerahan (enlightment) tetapi apa yang membimbangkan saya ialah trend hari ini di mana ummat Islam mengecilkan peranan agama dan hanya menghadkannya kepada urusan ibadah sahaja.

Ustaz Ibrahim Mohd Hasan
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Sumber TKO - 15-10-2015





































































Dr Maszlee Malik Ramal PAS Bakal Berkubur

Posted on Tuesday, September 22 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Syura IKRAM meramalkan dalam masa 20 tahun lagi PAS sudah tidak relevan seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau lebih teruk lagi akan berkubur seperti Parti BERJASA (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia)

“PAS akan kekal sebagai parti konsevatif dan pada waktu itu tanpa menghormati semangat zaman yang ada, kita beri (masa) 20 tahun lagi, kita beruntung kalau PAS boleh kekal dalam momentum hari ini.

“Tetapi say takut ia (PAS) hanya menjadi seperti PSM, atau pun lebih teruk lagi ia menjadi seperti BERJASA dan sebagainya,” kata Dr Maszlee, dalam forum anjuran Radio Bangsar Utama bertajuk “Pasca Muktamar, Ke Mana Hala Tuju PAS?

Kenyataan Dr Maszlee dalam forum yang berlangsung pada 11 Jun 2015 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) kini dimuat naik semula dan menjadi viral di kalangan facebooker pro Parti Amanah Negara.

Oleh itu, Dr Maszlee menegaskan parti baharu seperti Parti Amanah perlu wujud untuk menggantikan PAS.

“Kita perlu kepada parti baharu yang ‘fresh’ untuk membawa takungan ini.

“Anak-anak muda, NGO-NGO Islam di luar dan juga orang-orang Islamis yang lebih progresif dan demokrat untuk maju ke hadapan.

“Okay lah dalam pilihanraya terdekat (parti baharu) tak dapat kerusi pun tak apa. Kalau perlu mereka bertanding (jika Parti Amanah belum diluluskan ROS), gunakanlah bendera PKR, bendera DAP, gunakalah.

“Tetapi kita lihat 20 tahun..30 tahu ke depan. Pada waktu PAS sudah tidak relevan lagi pada masa itu, kita perlukan Parti Islamis Demokrat yang lebih realistik, Inklusif, boleh duduk bersama (dengan pembangkang lain), memberikan harapan baru, mereka perlu ke hadapan,” katanya.

Namun, beliau menegaskan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tidak boleh menjadi tulang belakang untuk penajaan parti baharu itu kerana imejnya sebagai serpihan PAS.

“Nama PASMA ini liabiliti kalau nak tubuh parti baru. Secara terus terang, saya terpaksa cakap.

“Ia (PASMA) suatu liabiliti, ia akan nampak golongan tidak berguna..Ini serpihan, bila serpihan, awal-awal lagi dah kalah perang, orang akan kaitkan dengan BERJASA, HAMIM, AKIM dan sebagainya,”katanya dalam forum bersama Hishamuddin Rais, Fathi Aris Omar, Lim Hong Siang 林宏祥 yang dipengerusikan Zulkifli Sulong itu.

Tonton rakaman ucapan Dr Maszlee yang sedang diviralkan, sila klik di sini.


Sumber Link
Sumber TKO - 22-9-2015

Isu pelarian: Berpunca tindakan AS dan Barat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR:  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan konflik ketenteraan dan ketidakstabilan politik yang menyebabkan ratusan ribu melarikan diri ke Eropah itu disebabkan oleh intervensi tentera AS dan kuasa Barat yang cuba melakukan penukaran regim (regime change) terutamanya di Iraq, Afghanisatan, Libya dan Syria.

Menurut Presiden Mapim Mohd Azmi  Abdul Hamid pihaknya sangat kesal dan sedih dengan tragedi ramai pelarian yang cuba menyelamatkan diri dari konflik yang berlaku di Timur Tengah menuju ke Eropah , mati dilautan Mediteranian dan Eropah akibat bot yang karam dalam perjalanan ke destinasi yang dikatakan lebih selamat.

"Bukankah AS mendapat sokongan ketenteraan yang kuat dari negara seperti Germany, Britain, Perancis, Italy dan Sepanyol untuk menjatuhkan regim yang dianggap tidak memihak kepada kuasa Barat ?"soalnya.

Sementera itu katanya, ruang larangan terbang (no-fly zone) untuk menyingkirkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipimpin oleh Perancis dan United Kingdom pada 2011 dan dibantu oleh Belgium, Denmark, Norway dan Kanada sehingga kini mencetuskan perang saudara yang lebih parah.

"Yang jelas, campur tangan kuasa Barat sering berakhir dengan konflik dalam negara yang lebih parah dari keadaan sebelumnya," ujarnya.

Kesatuan Eropah yang dianggotai oleh 28 negara itu pada hakikatnya, jelas beliau tidak boleh mempersoalkan kenapa mereka harus menerima pelarian tersebut walaupun mendakwa mereka tidak pun menceroboh negara-negara dari mana pelarian itu datang.

Negara bekas blok Russia termasuk Hungary, Slovakia, Bulgaria, Romania, Czech Republic, Slovakia atau Latvia – semuanya kini menganggotai EU dikatakan mempunyai polisi pintu terbuka kepada migran dan pelarian yang transit di negara-negara tersebut.

Amerika Syarikat terlibat secara langsung dalam operasi penukaran regim di Afghanistan (2001) dan Iraq (2003) dan berterusan menyokong usaha untuk menjatuhkan President Bashar al-Assad di Syria yang kini telah melancarkan perang saudara yang masuk tahun kelima sehingga mengakibatkan lebih 250,000 orang maut dan lebih 2 juta menjadi pelarian.

Jelas Mohd Azmi, tidak dapat dinafikan bahawa mereka boleh disifatkan sebagai ‘pelarian regime change'  iaitu pelarian yang menjadi mangsa akibat kuasa Barat mahu menukar pemerintah sesebuah kerajaan yang dianggap tidak lagi cenderung untuk memenuhi kehendak kuasa Barat.

"Inilah isu terpenting kenapa pelarian sanggup meredah lautan untuk menyelamatkan diri dari konflik yang semakin teruk di negara-negara berkenaan bila tercetus perlawanan ganas antara rakyat yang menyokong penukaran pemimpin dan yang menentang.

"Perbahasan di negara-negara Eropah mengenai isu ini terlalu tertumpu kepada perang saudara yang tercetus dan dikatakan adalah akibat dari pergolakan ekonomi, fanatisme , korupsi, pemerintah diktator dan kegagalan ekonomi .

Justeru katanya, negara barat cuba mengelakkan perbincangan bahawa kuasa Barat itulah yang yang telah berkonspirasi untuk menjatuhkan regim di negara-negara berkenaan dan selanjutnya bertukar menjadi perang sivil.

"Kami berpendirian hanya dengan memahami punca krisis dan mengatasi punca itulah yang boleh menyelesaikan masalah . Tetapi pemimpin Eropah tidak mahu mengguna pendekatan ini kerana tahu mereka terlibat dalam mencetuskan gejala pelarian itu sendiri.

"Menjatuhkan seorang pemimpin negara melalui intervensi tentera dan konspirasi kuasa luar tidak boleh diharapka untuk menyelesai masalah pelarian yang terpaksa menyelamatkan diri ke negara Barat , padahal negara Barat yang menjadi punca kepada konflik yang berlaku," tegas beliau. – HARAKAHDAILY 17/9/2015

Sumber HD - 17-9-2015


Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah

Posted on Tuesday, August 25 @ 16:03:12 MYT by paktam

Oleh Amidi bin Abdul Manan

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan. Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.

Maka tidak hairan jika Sayyidina Umar al-Khattab r.a menganjurkan tunjuk perasaan berhampiran Ka'bah bagi memperihalkan bantahan mereka terhadap penafian hak beragama yang merupakan hak asasi manusia.

Kisah ini dipetik dan dijadikan hujah oleh Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Tsaurah Sya'ab (Kebangkitan Rakyat).

Maka Maka dengan ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam yang majoritinya Melayu menggunakan ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dengan turun menyertai Perhimpunan Aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos ini.

Kita mesti menghentikan kebangsatan umat Islam khususnya bangsa Melayu dengan keberanian menyatakan kebenaran. Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

ABIM juga menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya.
Hentikan segera kebangsatan ini dengan dakwah.

Amidi bin Abdul Manan,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia.
(ABIM)

Sumber DD - 25-8-2015


Umno Hilang Kuasa : Perlu Muhasabah, Bukan Mencerca Bangsa Jadi Bangsat

Posted on Tuesday, August 25 @ 09:56:59 MYT by paklang

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID

MAPIM kecewa kenapa pemimpin tertinggi Umno , berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa. Istilah bangsat yang dipileh itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri.

Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.



Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri.

Melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa , akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal , fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya .

Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan bila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa , pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.

Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme , bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.

Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar , apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah.

Perkataan bangsat bermakna jahat dan busuk serta hina. Adakah Datuk Seri Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah yang lebih tepat untuk mengambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk melerai kemelut yang berpunca dari pemimpin itu sendiri.

Kami berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata . Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam . Jika begitu , itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memileh bahtera yang lain.

Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik , diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
President

Sumber DD - 25-8-2015        









































































Wahai Umno, usah bangsatkan bangsa sendiri

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menzahirkan rasa kecewa dan mempersoakan kenapa pemimpin tertinggi Umno, berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.

Demikian ditegaskan oleh Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam suatu kenyataan hari ini.

“Istilah bangsat yang dipilih itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.

“Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri,” tegas Mohd Azmi.

Menurut beliau, melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa, akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal, fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya.

Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan apabila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa, pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.

“Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme, bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.

“Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar, apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah,” tegasnya.

Mapim berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata. Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam. Jika begitu, itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memileh bahtera yang lain.

“Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik, diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri,” kaya Mohd Azmi lagi. – HARAKAHDAILY 24/8/2015

Sumpah HD - 24-8-2015












































































Sudah sampai masa ulama menasihat pemerintah













































































ASLANI M | .


KOTA BHARU: Mengambil kira peranan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti agak terhad, Lembaga Penasihat Ulama pula dicadang bagi menasihatkan pemerintah (umarak).

Naib Yang Dipertua Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) Selangor Dr Ahmad Zaki Abd Latiff berkata lembaga penasihat tersebut dianggap penting bagi mendekatkan ulama dengan umarak.

Katanya biar pun sudah ada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti di setia negeri, namun peranan menasihatkan penguasa masih lagi terbatas.

“Masih lagi tidak meluas dengan peranan dimainkan institusi agama yang ada sekarang. Jadi Lembaga Penasihat Ulama dianggap perlu diwujudkan bagi mengisi lompang tersebut,” katanya selepas membentang kertas kerja pada seminar antarabangsa pemikiran Sheikh Daud Al Fathoni di Dewan Jubli Perak di Padang Perdana hari ini.

Seminar sehari itu dirasmikan anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud. Ia dianjurkan Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok) dan Wadah Selangor.

Hadir sama Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Yusnan Yusof, Pengarah Tatok, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, dan wakil-wakil rakyat.

Pesertanya dari pusat pengajian pondok di seluruh Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Persatuan Imam Selatan Thailand, Majlis Agama Islam Narathiwat, Pondok Kandis dan Yayasan Islam Kelantan.

Ketika membentang kerja sebelum itu Dr Ahmad Zaki berkata pada zaman lampau pernah ada lembaga penasihat diraja di Kedah dan Perlis yang dikenali sebagai mursyid.

Katanya, mursyid ketika itu berperanan menasihat istana berkaitan agama dan pentadbiran negeri.

“Jadi sekarang sudah sampai masanya intitusi penasihat terdiri kalangan ulama secara terancang diwujudkan bagi menasihat pemerintah.

“Institusi penasihat begitu penting sehingga ketika zaman penjajah, Inggeris melantik penasihat kalangan mereka bagi menasihat Raja-raja Melayu,” ujarnya yang juga bekas Pengarah Institut Kajian Zakat UiTM Shah Alam.

Menurutnya barat cuba memisahkan ulama daripada umarak sejak abab ke-16 lagi bagi memastikan kekuatan Islam terpinggir dalam pentadbiran kerajaan.

Kata beliau barat berjaya menghalang kebangkitan Islam setelah ulama diasingkan daripada umara’.

Turut membentang kertas kerja pada seminar itu pengarang majalah Pengasuh, Mohamad Mahmud, Naib Presiden Wadah, Dr Abdul Halim El Muhammady, Dr Luqman Abdullah dari UM dan Dr Abdul Basit Abdul Rahmad (Kias). - HARAKAHDAILY 17/8/2015

Sumber HD - 17-8-2015

Hadis palsu: Darul Hadis perlu disegerakan














































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) memandang serius laporan dan fenomena penyebaran hadis palsu yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kewujudan hadis-hadis palsu ini dan penyebarannya merupakan satu tindakan bersifat jenayah terhadap Islam dengan menyandarkan kepalsuan tersebut seakan ianya datang daripada Rasulullah s.a.w," kata Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Justeru, beliau berpesan agar ingat kepada pesan Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya yang bermaksud: "Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka". (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad).

"Umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menyebarkan hadis-hadis yang diterima terutama menerusi aplikasi WhatsApp, telegram atau Facebook dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengingatkan agar jangan terpedaya dengan ayat-ayat yang meminta disebarkan dengan mengatakan akan memperolehi pahala apabila menyebarkannya.

Dalam masa yang sama, ujarnya PUM melihat bahawa pihak kerajaan perlu segera mewujudkan Darul Hadis.

"Sepertimana kita mempunyai Darul Quran Jakim, sudah tiba masanya Darul Hadis ini ditubuhkan untuk mengawalselia dan menjaga kesucian teks-teks hadis daripada dicemari dengan kepalsuan rekaan manusia," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, katanya PUM berharap dengan kewujudan Darul Hadis kelak akan dapat merancakkan pengajian-pengajian berteraskan disiplin ilmu hadis dalam masyarakat Malaysia dan dapat memberi impak di peringkat antarabangsa. - HARAKAHDAILY 16/8/2015

Sumber HD - 16-5-2015

Derma RM2.6 bilion terus menghitamkan imej Najib

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) selaku antara pertubuhan yang mewakili umat Islam di Malaysia berasa terhina dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 3 Ogos 2015 berkaitan siasatan kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Abim, Amidi Abd Manan berkata ia jelas sebagai usaha memperbodoh rakyat secara terang-terangan.

"Kenyataan seperti ini adalah satu kenyataan yang mengkhianati rakyat Malaysia.

"Khianat terhadap kepercayaan rakyat yang mengamanahkan tugas untuk terus menjaga integriti dan kredibiliti institusi kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menruutnya, semua rakyat tahu jumlah yang sebegitu besar adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku dalam dunia hari ini.

Tambahan pula, kata beliau menerima derma sebegitu besar secara tersembunyi adalah satu perbuatan yang boleh mengundang fitnah yang besar.

Beliau berkata, pelbagai soalan yang membeliti tubuh badan Najib menjadi semakin busuk dengan kenyataan seperti ini.

"Persoalannya, siapakah penderma, ke mana dibelanjakan, apakah tujuan sumbangan, adakah ia melibatkan sebarang perjanjian, terus menghitamkan imej beliau selaku Perdana Menteri Malaysia," ujarnya.

Katanya lagi, kenyataan itu juga jelas menjustifikasikan agar Najib bercuti bagi meredakan sebarang kekalutan berkaitan skandal yang membeliti beliau. - HARAKAHDAILY 5/8/2015

Sumber HD - 5-8-2015

Apakah wang RM2.6 bilion sebenarnya untuk Umno?

Posted on Wednesday, August 05 @ 13:15:44 MYT by paktam

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan rasa terkejut kesahihan bahawa akaun peribadi Datuk Seri Najib, PM yang memiliki simpanan RM2.6 bilion kini terdedah kepada awam. Hal Ini tersebar luas yang awalnya cuba dinafikan oleh beberapa menteri kabinet.

Lebih mengejutkan lagi Datuk Azlina pula mempertahankan Najib dengan mengatakan tidak salah seseorang itu menerima sumbangan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Selama ini pihak publik tidak menyangka bahawa ada penderma yang mampu menderma sejumlah wang sebesar itu kepada mana-mana pihak.

Kami ini melihat ini suatu yang sangat mencurigakan kerana pihak penderma pasti mempunyai muslihat tersendiri untuk sanggup menyumbang sejumlah itu.

Siasatan pasti wajar dilakukan untuk mengetahui apa tujuan wang sebanyak itu didermakan. Jikapun benar ia untuk tujuan menampung perbelanjaan pilihan raya, apakah ini dibenarkan oleh SPR.

Persoalan lagi ialah apakah Najib telah menerima mandat dari Umno untuk mengizinkan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Soalan yang dilontarkan oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin kenapa dimasukkan dalam akaun peribadi Najib, mendedahkan bahawa pimpinan Umno tidak tahu menahu hal ini. Soalnya apakah wang itu sebenarnya untuk Umno?


Kami percaya tidak ada seorang penderma yang sanggup menderma sejumlah wang sedemikian besar hanya untuk tujuan pembiayaan kegiatan politik jika ia tidak mendapat manfaat yang lebih besar dari itu.

Soalnya kenapa pihak Bank Negara dan LHDN tidak tahu hal ini dan mengambil tindakan dari negara mana, siapa dan bagaimana wang itu dimasukkan dalam akaun peribadi Najib.

Aliran masuk dan keluar negara wang kini semua dipantau oleh bank negara untuk mencegah pelbagai jenayah dan urusan yang membabitkan wang haram. Oleh kerana itu sangat pelik kenapa baru sekarang baru siasatan dilakukan oleh SPRM.

Kami menegaskan slogan rakyat didahulukan yang sering diwar-warkan oleh Najib itu sema sekali tidak bermakna lagi. Beliau menyimpan wang berbilion ringgit, yang membayangkan seorang pemimpin boleh menjadi super kaya manakala rakyat terus bergelumang dengan kos hidup yang menghimpitkan.

Adalah munasabah rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kerajaan jika hal ini dianggap perkara biasa dan tidak perlu diambil tindakan.

Persepsi negatif yang cuba dibersihkan dengan mengadakan rombakkan kabinet baru-baru ini pasti tidak akan berjaya apabila isu RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib muncul dan tidak dijelaskan dengan jujur

Sumber DD - 5-8-2015



















































































Ikram desak suruhanjaya diraja siasat 1MDB

Posted on Wednesday, July 29 @ 13:08:50 MYT by paktam

Oleh Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin melahirkan kegusaran mengenai tindakan Perdana Menteri melakukan rombakan kabinet terutamanya dengan melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, 
termasuk Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan ini beserta tindakan menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang terlibat secara langsung mengetuai Pasukan Petugas Khas menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB amat membimbangkan

Setiap kali bila dibangkitkan isu 1MDB, jawapan yang diberikan adalah agar kita tunggu siasatan tersebut selesai dijalankan. Termasuklah yang mutakhir, persoalan yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras yang telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang sekali lagi meminta agar rakyat menunggu hasil siasatan tersebut selesai dijalankan.
IKRAM berpandangan, tindakan-tindakan tersebut hanya menghakiskan lagi kredibiliti Perdana Menteri dan Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan lagi usaha mengembalikan kredibiliti dan maruah negara serta keyakinan para pelabur.

IKRAM mengharapkan agar segala tindakan yang ingin diambil perlu meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

Dengan ini, sekali lagi IKRAM mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi menyiasat kes 1MDB.

Moga Allah s.w.t. memelihara dan menyelamatkan Malaysia daripada sebarang malapetaka yang lebih buruk.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia


Sumber DD - 29-7-2015

PM bukan hak mutlak Presiden Umno

| .


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan hak bagi jawatan Perdana Menteri bukanlah hak mutlak Presiden Umno kerana ia bergantung kepada pilihan rakyat menerusi sistem demokrasi pilihan raya yang diamalkan dalam pemerintahan negara.

Merujuk kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Abim Amidi Abd Manan melahirkan rasa kesal apabila kenyataan tersebut menyamakan Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Presiden Umno.

"Perkara ini sewajarnya tidak berlaku kerana ia jelas mencabuli etika dan profesionalisme kakitangan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kenyataan akhbar tersebut jelas bertentangan dengan tataetika perkhidmatan awam seperti mana yang dipertegaskan dalam perenggan 3 dan 4 pekeliling yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 30 Jun 2011.

Tambahnya, pekeliling tersebut dengan jelas bertujuan untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' perkhidmatan awam terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti.

"Kegagalan membezakan antara parti dan kerajaan mendorong kepada pelbagai kesalahan dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.

"Tidak mustahil jika satu kenyataan akhbar yang sepatutnya mewakili Perdana Menteri pun tidak boleh dibezakan apatah lagi dengan kemudahan lain termasuklah kewangan," kata beliau.

Justeru tegas beliau, jika maksud kenyataan akhbar tersebut adalah untuk memelihara keyakinan orang awam jelas ia tidak mencapai maksudnya.

"Ia semakin memualkan dan semakin menghakis keyakinan orang ramai terhadap tatakelola dan profesionalisme kerajaan dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Kejengkelan rakyat terus membuak-buak melihat kelemahan tata urus terutamanya tatkala membicarakan skandal 1MDB," katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kepada anggota kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga hasil siasatan ke atas syarikat berkenaan selesai dijalankan oleh pihak berwajib.

Kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri ini dikeluarkan sehari selepas Muhyiddin sekali lagi menyentuh tentang isu 1MDB ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad.

Muhyiddin dalan ucapannya menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus bertanggungjawab menjelaskan kepada umum isu yang melanda 1MDB. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Sumber HD - 28-7-2015







































































































































































Syawal 1436H: Kembali kepada fitrah asal

NORAZLI MUSA | .


PADA kesempatan dengan sikit maqalah ini marilah sama-sama kita mengingatkan satu hadis Nabi SAW;

من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
"..Barangsiapa yang membangunkan yakni qiyam pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan ganjaran Allah SWT akan diampunkan dosanya terdahulu.."

Kita sedang berada di penghujung Ramadan pada kali ini. Peluang 10 malam terakhir Ramadan yang memiliki banyak kelebihan dan janji ganjaran habuan yang amat istimewa daripada Allah khasnya 1 malamnya terdapat Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan pastinya kita tidak ingin melepaskan begitu sahaja.

10 malam terakhir, kita mengisinya dengan qiyam, iktikaf, bacaan al-Quran, solat, zikir dan munajat sebaik mungkin agar kita memperoleh kemuliaan ganjaran seribu bulan itu.

Begitu juga dengan kedatangan Syawal yang menjelang tiba, setelah penat lelah dan pengorbanan kita sebagai hamba Allah SWT dengan puasa dan qiyam, Allah memberikan 1 hari pula isitimewa meraikan hamba-Nya yang keluar Ramadan dengan pengampunan-Nya iaitu Aidil Fitri.

Aidil Fitri pula bermaksud kita telah kembali kepada fitrah asal kita sebagai hamba-Nya iaitu matlamat untuk mencapai pengabdian seorang hamba kepada pencipta-Nya.

Bersempena dengan kehadiran Syawal kali ini juga, marilah sama-sama kita merapatkan saf kita, beristiqamah dengan Islam sehingga kita bertemu Allah dan itulah hakikat kemenangan yang sebenar ingin dicapai oleh orang yang bertaqwa.

Saya Norazli Musa menyusun sepuluh jari dan merendah diri memohon kemaafan daripada segala salah dan silap saya selama ini samadan yang disengajakan mahupun tidak, diketahui atau tanpa menyedarinya.

Moga Allah SWT meletakkan bersama dengan golongan hamba-Nya yang bertaqwa. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

PRESIDEN GENG USTAZ (GU)

Sumber HD - 14-7-2015

Ikram kutuk pembunuhan pemimpin Ikhwan Muslimin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan pihak keselamatan Mesir menyerbu kediaman serta membunuh 13 orang pimpinan dan anggota Ikhwan Muslimin termasuklah mantan Ahli Parlimen Mesir, Naser al-Hafi setelah mereka dikatakan ditahan terlebih dahulu.

"Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat tidak wajar sama sekali serta membelakangkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia, terutamanya apabila yang ditekan itu adalah sebuah gerakan yang dikenali sebagai bersifat sederhana, rasional dan mengutamakan pendekatan damai," ujar Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan itu akan hanya menyemarakkan panggilan-panggilan kepada golongan-golongan yang ekstrem dan menggunakan pendekatan ganas, apabila pintu-pintu pendekatan damai tertutup.

Sehubungan itu, ujarnya Ikram menggesa kerajaan Malaysia agar menggunakan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak kerajaan Mesir menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

"Ikram memohon kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat kepada Allah bersempena Ramadan al-Mubarak ini dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Mesir serta diberikan hidayah-Nya atas para pemimpinnya," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015





















































































Minyak naik dirasai rakyat ketika sambut Syawal























































































HARAKAHDAILY | .


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekerasnya-kerasnya kenaikan harga minyak RON95 dan RON97.

Kenaikan harga minyak ini dilaksanakan belumpun sempat rakyat menyesuaikan diri dengan pengenalan GST dan kenaikan harga keperluan asas yang lain kesan daripada kemerosotan nilai Ringgit di pasaran pertukaran antarabangsa.

Sesungguhnya kenaikan harga minyak ini akan menambahkan beban di bahu rakyat yang sedang menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadhan. Kenaikan ini pasti akan sangat dirasai ketika membuat persiapan untuk meraikan ketibaan Syawal tidak lama.

Umum mengetahui henaikan harga minyak akan mencetuskan kesan berangkai dalam pelbagai perkara. Kenaikan harga minyak ini akan tetap mencetuskan barangan keperluan asas terutama sekali makanan di sebalik pelbagai jaminan daripada pihak pemerintah.

Pengumuman daripada Menteri Hal Ehwal Pengguna Datuk Hassan Malek bahawa sebarang kenaikan perubahan harga minyak tidak akan diberitahu terlebih dahulu juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Adakah kenaikan harga minyak akan terus berlaku pada masa hadapan?

Persoalan ini akan menjurus kepada satu persoalan yang lebih asas; bagaimanakah situasi sebenar ekonomi negara kita.

Rakyat Malaysia yang prihatin sedang mengikuti dengan cermat perkembangan semasa krisis kewangan yang berlaku di Greece.

Krisis kewangan ini tercetus akibat daripada kegagalan kerajaan negara tersebut menguruskan kewangan negara tersebut dengan cermat termasuk hutang luar negara. Krisis ini turut mengancam kestabilan kewangan Kesatuan Eropah (EU).

Kenaikan harga minyak ini seakan merupakan petanda kegagalan kerajaan merangka serta melaksanakan dasar fiskal yang mapan. Ditambah pula dengan kenyataan bahawa hutang luar negara telah meningkat kepada RM740 billion setakat suku ketiga tahun 2014. Manakala kerajaan pusat pula menanggung hutang sebanyak RM582 billion yang merupakan 54.5% daripada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) negara.

Berdasarkan kepada situasi semasa, ABIM menilai kenaikan harga minyak ini di samping pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) mulai April lalu hanyalah umpama “tikus membaiki labu”! Pengurusan kewangan ataupun fiskal negara tidak dicorak semata-mata pada perbelanjaan semberono semata-mata.

Pengurusan kewangan dan fiskal negara perlu melestarikan kitaran ekonomi yang mapan untuk rakyatnya. Keyakinan di kalangan pelabur luar dan tempatan perlu dibina berasaskan kepada nilai integriti yang tinggi.

Kemandirian ekonomi rakyat perlu dicorakkan dengan galakan ekonomi yang bebas (dari campur tangan politikus) serta berdaya saing menerusi perancangan fiskal yang efisyen. Menerusi corak ini rakyat tidak akan menjadi “pengemis” serta terpaksa mengikat perut di bumi mereka sendiri!

Kita tidak mahu tragedi Mohammad Bouazizi di Tunisia (yang mencetuskan Arab Spring) daripada berlaku di negara kita! Sekiranya ia tercetus ia akan mengheret negara ke kancah kegawatan politik yang akan hanya mengakibatkan rakyat terus menderita. - HARAKAHDAILY 1/7/2015

AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM

Sumber HD - 1-7-2015

Kerajaan digesa tandatangan Konvensyen Pelarian 1951

SEKRETARIAT ABIM | .


Bersempena dengan ketibaan Hari Pelarian Sedunia 2015 pada 20 Jun ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi (Hal Ehwal Pelarian) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres; bahawa krisis pelarian sedunia kini berada pada tahap yang membimbangkan.
Kenyataan beliau merujuk pada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) yang mencatatkan seramai 59.5 juta orang menjadi pelarian di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, seramai 2 juta daripada jumlah tersebut terdiri daripada pelarian Syria yang mendapat perlindungan di Turki.

Kenyataan ini menunjukkan krisis pelarian pada detik dan ketika ini telah memuncak ke tahap yang membimbangkan. Krisis kemanusiaan ini telah melangkaui tahap serta kemampuan maksima pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan sejagat sepertimana yang dinyatakan sendiri oleh Guterres yang berbunyi:

“To those that think that it doesn't matter because humanitarian organizations will be there and able to clean up the mess, I think it's important to say that we are no longer able to clean up the mess. UN agencies, NGOs, the Red Cross -- we no longer have the capacities and the resources to respond to such a dramatic increase in humanitarian needs."

Berasaskan kepada kenyataan ini, ABIM ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi kemuliaan insani (karamah insaniah) agar terus menzahirkan keprihatinan mereka terhadap nasib golongan pelarian sejagat.

Dukungan ini berasaskan kepada nilai kemanusian dan kasih sayang sesama insan - seperti yang dianjurkan oleh seluruh agama-agama besar dunia - merentas batas sempadan kenegaraan, warna kulit, ras dan agama.

Sokongan dan dukungan daripada seluruh warga Malaysia yang prihatin secara simboliknya merupakan penolakan terhadap sebarang unsur keganasan serta kezaliman sejagat. Krisis pelarian adalah manifestasi sejagat terhadap keamanan dunia yang kita diami hari ini.

Dalam situasi dunia yang diwarnai oleh konflik berpanjangan merentas benua, hampir setiap negara akan merasai dampak krisis pelarian, khususnya negara-negara yang berjiran dengan zon dilanda konflik. Malaysia tidak terkecuali.

Tragedi penemuan kubur serta kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian seharusnya membangkitkan kesedaran warga Malaysia yang prihatin terhadap polemik pelarian di negara ini.
US State Department's Trafficking In Person (TiP) report 2014, telah meletakkan Malaysia pada kedudukan tier ke-3, termasuk di bawah kategori sebuah negara yang gagal untuk memenuhi kewajipan antarabangsa yang asasi untuk menghalang aktiviti pemerdagangan manusia dan menyelamatkan mangsa-mangsa aktiviti haram ini.

Atas dasar ini, ABIM dengan tegasnya menggesa pihak kerajaan serta masyarakat untuk menolak sama sekali sindiket penyeludupan manusia serta korupsi pihak-pihak yang bersubahat bagi mengaut keuntungan lumayan dengan menindas para pelarian.
Tindakan tegas pihak kerajaan terutama sekali amat penting kerana ia menggambarkan tahap sebenar komitmen negara kita terhadap kemelut kemanusiaan sejagat.
Oleh itu ABIM menggesa kerajaan Malaysia untuk menandatangani Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951 sebagai legitimasi politik dan perundangan untuk membela nasib golongan pelarian sejagat.

Akhir sekali, ABIM menyeru agar warga Malaysia membantu pelarian yang berada di negara ini melalui kempen kesedaran terhadap kemelaratan mereka, mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dan melalui bantuan kewangan khususnya dalam memenuhi keperluan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak dan wanita.

Mereka amat memerlukan sumbangan dan perhatian untuk “berdiri di atas kaki mereka sendiri” untuk mencorak masa depan yang lebih baik.

Semoga sumbangan kecil dari individu, organisasi dan pertubuhan ini akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan dunia yang lebih aman buat pelarian dan umat manusia seluruhnya.

Selamat Memperingati Hari Pelarian Sedunia 2015! - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Sumber HD - 19-6-2015

























































































Mapim kecam China haram umat Islam puasa Ramadhan

























































































MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan China yang telah mengisytiharkan pengumuman mengharamkan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi kakitangan awam, pelajar dan guru di negeri Xinjiang iaitu negeri bahagiannya yang mempunyai populasi terbesar Muslim Uighur.

Keputusan itu samasekali tidak boleh diterima dan ia adalah suatu penindasan yang mesti dibantah bukan sahaja oleh setiap warga umat Islam, malah juga oleh komuniti dunia seluruhnya atas dasar hak dan kebebasan beragama.

Pengharaman itu dikuatkuasakan oleh kerajaan parti komunis China yang secara rasminya adalah kerajaan ateis yang mengarahkan semua restoran dibuka sepanjang Ramadhan seperti Notis yang dinaikmuat dalam sesawang Administrasi Makanan dan Ubatan China.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan di daerah Bole dimaklumkan: "Dalam bulan Ramadhan dilarang berpuasa dan melakukan sebarang upacara agama".

Nampaknya setiap tahun pihak berkuasa China mengharamkan berpuasa dalam kalangan Muslim Uighur.

Akibatnya ketegangan etnik sering tercetus yang menyebabkan ratusan terbunuh dalam beberapa tahun yang lalu.

Meskipun kebebasan agama telah dikembangkan di China sejak dasar terbukanya pada 1979, namun ia sangat terbatas. Perlembagaan negara China memberi kebebasan terhadap kepercayaan agama, namun ia masih menghadkan aktiviti agama dan organisasi agama.

China mengiktiraf 5 agama - Buddhism, Daoism, Islam, Catholicism dan Protestantism dengan mensyaratkan semua aktiviti agama dilakukan di bawah naungan badan agama yang setia kepada negara (patriotic religious association).

Di kawasan autonomi Xinjiang Uighur, umat Islam telah menghadapi keganasan pada 2008 dan 2009. Pada 2014, kerajaan China mengharamkan semua aktiviti agama pada bulan Ramadhan.

Pihak berkuasa telah menuduh ia kononnya adalah akibat dari "ancaman teroris" dan "ekstrimis agama".

Jelas kerajaan China bermatlamat untuk memaksa Muslim Uighur memisahkan diri dari amalan agama mereka. Polisi ini akan memprovokasi ketengangan antara etnik dan mencetuskan konflik.

Tahun sebelum ini pelajar sekolah termasuk dalam arahan larangan berpuasa dan pelbagai amalan agama. Biro pendidikan kota Tarbaghatay mengarahkan semua sekolah dihubungi dan memberitahu pelajar arahan tersebut bahawa semasa Ramadhan pelajar etnik minoriti Uighur Muslim tidak dibenarkan berpuasa, tidak dibenar memasuki masjid dan tidak dibenarkan mengamalkan aktiviti agama.

Malah pemantauan lebih rapi akan dilakukan sepanjang bulan Ramadhan atas nama menjaga "kestabilan sosial".

Malah sebelum Ramadhan lagi, pengurusan masjid diarah menyiasat kad pengenalan setiap orang yang datang menunaikan ibadat di masjid.

Kami membantah keras penindasan yang nampaknya berterusan dilakukan oleh kerajaan komunis ke atas umat Islam.

Kami menuntut PBB bertindak tegas keatas kerajaan China yang menafikan hak agama kepada mereka yang sudah berpegang kepada agama yang dipilih. Memaksa mereka meninggalkan amalan agama yang mereka pilih adalah suatu kezaliman yang tidak boleh dibiarkan.

Kerajaan Malaysia perlu mengambil inisiatif supaya OIC melakukan sesuatu bagi berunding dengan kerajaan China supaya hak mengamalkan Islam dalam kalangan umat Islam berbangsa Uighur perlu dihormati.

Kami menggesa kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur supaya pendirian Malaysia sebagai negara umat Islam disampaikan kepada pihak berkuasa China jika hubungan baik dua hala antara dua negara ini hendak diteruskan. - HARAKAHDAILY 19/6/2015

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber HD - 19-6-2015


PELANCONG BIADAB, KITA JUGA MELAKUKAN KEMUNGKARAN TERHADAP ALAM - SAM / CAP PP



Sumber HD - 16-6-2015

Kekalkan BM sebagai bahasa pengantar di sekolah

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak cadangan sesetengah pihak untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai aliran utama dalam persekolahan.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sistem pendidikan perlu mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Jelas beliau, cadangan pemggunaan Bahasa Inggeria adalah salah, tidak berdasarkan realiti dan mengambarkan minda penjajah yang masih bersarang di dalam benak fikiran mereka.

"Setelah negara merdeka masuk ke-58 tahun dan kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah diperakui oleh pelbagai pihak.

"Adalah tidak munasabah cadangan untuk berpatah balik kebelakang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan negara," katanya melalui satu kenyataan.

Menurut beliau, sudah berkali-kali ahli bahasa dan pertubuhan bahasa menegaskan bahawa usaha untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi tidak dengan menggantikan bahasa pengantar pendidikan negara dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

"Masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris bukan terletak kepada faktor bahasa pengantar yang diguna dalam sistem pendidikan , tetapi ialah pendekatan pengajaran yang digunakan.

"Pendapat bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar melalui pengantar Bahasa Inggeris sudah disangkal secara kajian ilmiah .

"Penguasaan Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sudah terbukti berkesan dibanyak negara . Isu PPSMI telah diselesaikan dan tidak perlu ditimbulkan sekali lagi," katanya lagi.

Beliau yang turut berpendapat, cadangan menukar bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris adalah berlawanan dengan semangat bahasa  jiwa bangsa malah ia juga menafikan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia.

Menurut beliau, seluruh rakyat telah sepakat untuk memartabatkan Bahasa Melayu selaras dengan perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1967 yang menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.

"Kerajaan telah menetapkan untuk mengambil pelbagai langkah untuk memperkasa dan memperluas penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan santun dalam Perkhidmatan Awam. Kami berpendirian ini perlu diperkukuhkan disemua sektor.

"Kami menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan bersatu padu.

"Sistem pendidikan mempunyai peranan besar dalam memperkasakan bahasa kebangsaan dan memupuk semangat perpaduan nasional," sambung beliau.

Azmi yang juga menegaskan merubah dasar ini akan mengagalkan usaha membangun negara yang bersatu .

Menukar penggunaan bahasa kebangsaan kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan akan merongkai penghayatan nilai-nilai perpaduan dan jati diri nasional yang ingin diterapkan.

Mapim yang turut memberi perhatian berat terhadap realiti bahawa walaupun  Malaysia sudah 58 tahun merdeka dan mempunyai dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, namun negara kita masih tidak menonjol sebagai negara yang dihormati mendaulatkan bahasa kebangsaan di persada dunia antarabangsa .

"Padahal negara seperti  Jepun, China, Jerman, Korea dan Perancis yang dikatakan negara maju sangat jelas dasar dan amalannya memastikan bahasa tempatannya menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara.

"Kami kesal bahasa asing masih berleluasa dan dominan penggunaannya serta masih lagi digunakan di tempat-tempat awam, pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

"Malah pemimpin-pemimpin  lebih berbangga bertutur dalam bahasa asing apabila berdepan dengan rakyat Malaysia dan mereka seolah-olah malu menggunakan Bahasa Melayu dan tidak rasa bersalah apabila menggunakan bahasa asing," sambung beliau lagi. – HARAKAHDAILY 15/6/2015

Sumber HD - 15-6-2015




























































































Sumbangan bantu mangsa gempa Sabah, banjir Melaka

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Tautan Rahmat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak memfokuskan kerja kebajikan dan dakwah merayu orang ramai, korporat menyumbang kepada Dana Mangsa Banjir Melaka yang digerakkannya.

Bendaharinya, Ustaz Mohammad Ibrahim berkata, sumbangan itu untuk mangsa banjir Melaka dan gempa bumi Sabah.

Kata beliau, sumbangan itu sebagai tanda solidariti semua pihak terhadap mangsa banjir dan gempa bumi di Sabah khususnya mangsa yang kematian ahli keluarga serta hilang tempat berteduh.

"Ini masa mereka dilanda musibah, kita harus membantu mereka. Kita tidak tahu mungkin nanti hal yang sama meninpa kita," kata beliau yang lebih dikenali Ustad Mad Cina.

Segala sumbangan, kata beliau akan terus disalurkan kepada mangsa

Semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun MBB bernombor 562188310780 atas nama Tautan Rahmat atau menghubunginya di talian 013 4319717. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2-2015




























































































Banteras pemerdagangan manusia ke akar umbi

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan rasa terkejut dan sangat sedih dengan berita mengenai penemuan kubur massa di Perlis yang dijangka melibatkan mangsa Pemerdagangan manusia etnik Rohingya dari Myanmar yang diseludup ke Malaysia. Tidak ada kenyataan yang wajar dilontarkan selain dari kutukan sekeras-kerasnya kepada mereka yang terlibat.

Inilah jenayah kemanusiaan pada zaman moden yang paling jijik yang melibatkan eksploitasi golongan yang lemah untuk menjadi hamba kepada mereka yang rakus dan zalim.

Kami mendesak pihak berkuasa bertindak tegas membenteras sindiket Pemerdagangan manusia yang jelas nampaknya bergerak aktif di sempadan Malaysia dan Thailand.

Jenayah ini sama sekali tidak boleh dikompromi dan pihak yang terlibat mesti dihukum dengan hukuman paling berat mengikut undang-undang yang sedia ada. Mana-mana pihak dari agensi kerajaan yang didapati terbabit dan bersubahat perlu didakwa dan dihukum.

Kami mengesa agar data DNA mangsa dapat dikumpul untuk memungkinkan saudara-mara mereka dapat menghubungi pihak keselamatan bagi memastikan sema ada yang terlibat dibunuh dan ditanam dalam kubur yang ditemuai itu adalah saudara mereka yang berkenaan.

Mapim bersedia menghulurkan khidmat perhubungan antara keluarga etnik Rohingya yang sudah berada di Malaysia untuk mengenalpasti sema ada mangsa yang terlibat adalah ahli keluarga mereka.

Penemuan 139 kubur bersama 29 kem yang dijangka melibatkan mangsa Rohingya dari Myanmar di hutan Perlis baru-baru ini secara jelas menandakan bahawa kegiatan sindiket Pemerdagangan manusia antara sempadan Malaysia dan Thailand bergiat secara terancang dan terlindung. Tanda sindiket ini bergerak dengan terancang dan mempunyai keupayaan mengendalikan ratusan mangsa untuk di tempatkan di kem-kem di dalam hutan antara sempadan Thailand dan Malaysia, menunjukkan operasi mereka  sangat licik dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang berkesan.

Tidak mungkin kegiatan ini yang didakwa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri sudah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu tidak dapat dikesan atau diketahui oleh pihak keselamatan di kedua-dua negara.

Penyuludupan  barangan dan pemerdagangan manusia antara sempadan dua negara ini pasti disedari oleh pihak keselamatan, sama ada Malaysia mahupun Thailand, dan dengan itu tidak terlalu sukar rondaan dan pengawasan di sepanjang kawasan sempadan boleh mengesan kegiatan penyuludupan. Apatah lagi jika ia melibatkan sekian ramai mangsa dan sekian banyak kem seperti yang ditemui di Perlis.

Soal kawasan hutan yang tebal dan terpencil dan sukar membuat pengawasan tidak harus timbul kerana pihak keselamatan boleh mengesan melalui rondaan yang lebih kerap dikawasan yang berpotensi ujudnya operasi sindiket penyuludupan.

Penahanan 26 orang yang disyaki dan dua orang anggota polis yang dikatakan terlibat seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara memang menunjukkan pihak keselamatan tidak mendiamkan diri. Akan tetapi penemuan sedemikian banyak kubur di sempadan Malaysia dan Thailand mendedahkan pengawasan yang dilakukan tidak berkesan.

Ternyata jenayah yang sangat keji ini berlaku dalam keadaan wujud pihak yang bersekongkol dengan sindiket yang sanggup menyiksa dan membunuh mangsa jika keuntungan yang ingin diraih tidak diperoleh.

Kami ingin mengingatkan, Pemerdagangan manusia ini berpunca daripada penindasan dan operasi penghapusan etnik minoriti Rohingya Muslim oleh regim Myanmar. Kewujudan sindiket yang beroperasi di tiga negara iaitu Myanmar, Thailand dan Malaysia telah mengambil kesempatan daripada penindasan yang dihadapi oleh etnik Rohingya untuk mengiatkan operasi Pemerdagangan manusia..

Sejak Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Akta Anti Penyuludupan Migran 2007 diwujudkan bermakna sindiket yang beroperasi tidak berjaya dibenteras oleh pihak berkuasa. Dengan penemuan kubur yang sedemikian banyak di hutan Perlis itu membuktikan betapa sindiket tersebut bergerak dengan mudah. Pergerakan membawa mangsa pelarian Rohingya sedemikian ramai mustahil tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.

Kami mengesa supaya kegiatan Pemerdagangan manusia segera diatasi pada skala antarabangsa. Punca wujudnya kegiatan ini mesti dikenalpasti yang melibatkan penindasan, diskriminasi, kemiskinan dan ketidakserataan ekonomi.

Adalah bergantung kepada pihak kerajaan untuk membenteras Pemerdagangan manusia dengan melihat hak kerakyatan serta peluang ekonomi yang adil sebagai faktor yang dapat mengelakkan jenayah tersebut.

Kami menarik perhatian kepada Protokol Menghindari, Menindas dan Menghukum Pemerdagangan Manusia terutama Kanak-kanak dan Wanita  yang diperkenalkan oleh PBB sebagai panduan kepada negara-negara untuk membenteras Pemerdagangan manusia. Ia termasuk soal melindungi mangsa yang terlibat. Malaysia dikatakan telah menandatangani Protokol ini . Malaysia wajar meningkatkan usahanya selaras dengan panduan dalam Protokol tersebut.

Walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen PBB Mengenai Status Pelarian 1951, namun ia juga terikat kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi manusia berkait perlindungan mereka yang menghadapi ancaman nyawa akibat penindasan.

Kami mengesa agar kerajaan Malaysia menimbangkan menandatangani Konvensyen tersebut agar usaha di peringkat antarabangsa dapat digerakkan oleh Malaysia dengan lebih berkesan demi mengatasi jenayah pemerdagangan manusia.

Kami mengesa semua kerajaan negeri dan pusat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menangani isu pelarian di Malaysia, terutama isu pelarian Rohingya yang kini menjadi perhatian dunia.  Malaysia adalah destinasi utama di rantau ini untuk pelarian Rohingya. Oleh sebab isu ini sangat jelas berpunca dari penindasan kaum minoriti Rohingya di Myanmar, maka menjadi tanggungjawab kemanusiaan untuk semua kerajaan negeri bersama kerajaan pusat bersepakat membantu mencari penyelesaian.

Kami mengesa agar mereka yang disahkan sebagai pelarian  yang diterima untuk penempatan sementara perlu diberi peluang bekerja untuk menampung kehidupan mereka dinegara ini. NGO kemanusiaan perlu dilibatkan untuk membantu mereka bagi mendapatkan keperluan asas seperti persekolahan anak-anak dan rawatan kesihatan.

Kami menuntut:

1.Siasatan segera dilakukan oleh pihak keselamatan bagi mengenalpasti pihak yang terlibat dalam jenayah Pemerdagangan manusia dan pembunuhan beramai-ramai mangsa pelarian yang ditemui di Perlis. Kami mengesa sebuah Lembaga bersepadu diwujudkan antara agensi kerajaan untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilakukan dengan berkesan.

2. Asean dan negara kuasa besar mengadakan sidang tergempar peringkat pemimpin tertinggi  untuk menekan regim Myanmar menghentikan dasar Apartheid yang diamalkan keatas golongan minoriti Rohingya. Pertimbangan untuk mengantung keanggotaannya dalam Asean hendaklah dijadikan satu pilihan jika regim Myanmar berdegil meneruskan penindasan ke atas minoriti Rohingya.

3. Malaysia perlu mengambil inisiatif utama selaku Pengerusi Asean untuk mendesak Myanmar menghentikan penindasan,  memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya serta membenarkan pelarian Rohingya kembali ke tempat asal mereka.

4. Majlis Keselamatan PBB menghantar tentera pengaman ke Myanmar untuk mengawal keganasan antara kaum dan membenarkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa minoriti Rohingya yang di tempatkan di kem IDP diseluruh Negeri Rakhine (dahulu Arakan) di Myanmar. Kaum Rohingya yang ingin pulang ke Myanmar dan perkampungan mereka hendaklah dilindungi oleh PBB.

5. Pihak OIC bekerjasama dengan PBB dan Asean bagi memastikan hak kaum Muslimin Rohingya sama ada yang masih berada dalam Myanmar mahupun yang menjadi pelarian di negara luar  dilindungi.

6. Negara-negara besar dunia iaitu US, UK, China, India, Jepun, Australia, Kesatuan Eropah dan agensi dan kumpulan negara diperingkat antarabangsa seperti PBB, Majlis Keselamatan, dan G8, menggunakan pengaruh mereka menekan Myanmar secara politik dan ekonomi untuk memaksa regim Myanmar menghentikan dasar Apartheid ke atas minoriti Rohingya dan minoriti yang lain. – HARAKAHDAILY 27/5/2015


Sumber HD -  27-5-2015



























































































Jumpa kubur: Malaysia panas pemerdagangan manusia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis menguatkan lagi dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah antara tempat panas yang menjadi salah satu negara tertinggi dalam rekod aktiviti pemerdagangan manusia.

Sebelum ini menurut US State Department's Trafficking In Person (TIP) report 2014, Malaysia telah jatuh ke tangga Tier ke-3 iaitu di bawah kategori sebuah negara yang gagal untuk memenuhi kewajipan antarabangsa yang asasi untuk menghalang aktiviti pemerdagangan manusia dan menyelamatkan mangsa-mangsa aktiviti haram ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan menyatakan demikian merujuk penemuan kubur dan kem itu yang dipercayai digunakan sebagai aktiviti pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya di sempadan Malaysia-Thailand.

Berdasarkan maklumat terkini, kem-kem tersebut yang telah wujud semenjak tahun 2013 iaitu kira-kira dua tahun lalu.

"Dalam keadaan di mana keprihatinan serta kemarahan rakyat Malaysia terhadap tragedi kemanusiaan ke atas umat Islam Rohingya yang masih belum reda, Abim melahirkan keraguan sejauh mana keseriusan kerajaan Malaysia yang juga sebagai Pengerusi Asean bertindak untuk menyelesaikan masalah ini secara tuntas," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat perlu bertanggungjawab untuk membanteras gejala (pemerdagangan) yang keji itu.

"Penemuan kem-kem serta kubur ini merupakan satu tragedi kemanusiaan yang melangkaui kepentingan keselamatan serta geo-strategik di negara ini," katanya lagi.

Atas dasar kemanusiaan, kata beliau Abim serta seluruh rakyat Malaysia menggesa satu siasatan terperinci dan telus diadakan untuk kes ini.

Justeru, ujar beliau pihak berkuasa yang berkenaan perlu menjawab persoalan bagaimana sebuah kem lengkap yang dipenuhi pendatang asing (dibawa oleh pihak sindiket) boleh wujud di Malaysia.

"Berapa ramaikah pendatang (atau pelarian) yang telah kehilangan nyawa di hadapan mata kita?" tanya beliau.

Beliau berkata, sekiranya siasatan mendalam serta telus diadakan, tidak mustahil kemungkinan besar banyak kem-kem serupa di sempadan Malaysia-Thailand yang wujud di luar pengetahuan kita.

Baginya, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan seandainya lebih ramai nyawa yang telah terkorban. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015


Analisis pilihan raya Parlimen Turki 2015
Posted on Sunday, May 24 @ 09:02:42 MYT by paktam

GlobalOleh Syafiq Shafii

Kehangatan pilihan raya Parlimen Turki pada 7 Jun ini semakin dirasai. Sebanyak 550 kerusi parlimen akan direbut oleh calon-calon pilihan raya daripada pelbagai parti.

Bagi Justice and Development Party (AKP), pilihan raya ini adalah permulaan separuh masa kedua dalam meneruskan khidmat cemerlangnya menuju wawasan 2023.

Memenangi 327 kerusi pada pilihan raya 2011, kali ini AKP yang diketuai Ahmet Davutoğlu, perdana menteri Turki, meletakkan target 400 kerusi bagi pilihan raya kali ini. Bagi menguasai 2/3 Parlimen, AKP perlu memenangi 367 kerusi.


Jika dilihat kepada isu pada 5 tahun kebelakangan ini, 400 kerusi adalah satu angka agak besar untuk dicapai oleh AKP.

Isu seperti Gezi Park, dan pergaduhan dengan Jemaat Gülen menyebabkan 14 ahli Parlimen AKP keluar parti menyebabkan kerusi yang dipegang oleh AKP sekarang adalah 312.

Namun, dengan khidmat dan prestasi cemerlang yang dilakukan oleh AKP sepanjang pemerintahannya dijadikan hujah dalam kempen pilihan raya. Pembinaan hospital, lapangan terbang setiap bandar di Turki, penambahan universiti dan sekolah, sistem pengangkutan dinaik taraf seperti High Speed Train yang menghubungi bandar-bandar besar di Turki, dan banyak lagi projek-projek lain.

AKP dengan program “The New Turkey”  dalam menuju wawasan 2023 dijangka akan menang undi popular. Namun persoalannya, apakah AKP berjaya melepasi 2/3 dan seterusnya mampu menukar sistem pemerintahan kepada sistem presiden dengan meminda perlembagaan.

Antara parti lain yang turut mewarnai pilihan raya kali ini adalah parti pembangkang, Republican Peoples Party (CHP) yang diketuai oleh Kemal Kılıçdaroğlu, Nationalist Movement Party (MHP) diketuai Devlet Bahçeli, dan People’s Democratic Party (HDP) diketuai Selahattin Demirtaş, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden yang lepas.

Menurut kajian awal oleh penganalisis Turki,  jika dilihat kepada pola undi pada pilihan raya tempatan dan pilihan raya presiden tahun lepas AKP mempunyai 45-48 % daripada jumlah undi, manakala CHP di antara 25-30%, MHP 15% dan HDP 8 %.

Mengikut sistem pilihan raya Parlimen Turki, sebuah parti yang bertanding mestilah melepasi had minimum 10% daripada seluruh undi untuk memasuki Parlimen sebagai sebuah parti. Kecuali ia bertanding pada tiket bebas.

Faktor penentuan kepada kerusi Parlimen pada kali ini adalah pada HDP yang pertama kali bertanding di atas  tiket parti. HDP merupakan sayap politik bagi kumpulan pemberontak Kurdish PKK.

Selahattin Demirtaş, calon ahli Parlimen Istanbul, adalah calon presiden bagi pilihan raya presiden tahun lepas bertanding melawan Recep Tayyip Erdoğan dan Ekmeleddin Ihsanoğlu. Pada pilihan raya itu, Selahattin Demirtaş meraih undi sebanyak 9.7 %, atau 3.9 juta undi popular.

Jika HDP mampu melepasi halangan 10 % minimum undi itu, kemungkinan akan mengurangkan kerusi AKP di dalam Parlimen kepada 285 kerusi. Untuk melepasi 10% minimum itu, HDP memerlukan 4.8 juta undi. Jika dibandingkan dengan pilihan raya presiden lepas, HDP memerlukan 900 ribu lebih undi lagi. Apakah HDP akan berjaya melepasinya? Kaji selidik awal masih tidak jelas.

HDP mempunyai pengaruh yang kuat di beberapa bandar di timur Turki di mana sebelum ini mereka memenangi dalam pilihan raya Parlimen di atas tiket bebas. Sekarang HDP bergerak ke barat Turki juga apabila, Selahattin Demirtaş sendiri bertanding di Istanbul. HDP juga meraih undi kepada golongan Alevi yang menyokong CHP dan konservatif Kurdish yang menyokong AKP.

Namun isu Agama yang dimainkan oleh HDP untuk menyerang Recep Tayyip Erdoğan dan AKP memakan dirinya sendiri. Di mana HDP di dalam kempennya berkata akan menutup Jabatan Agama Turki dan juga sekolah agama Imam Hatip. Selain itu, Selahattin Demirtaş juga ada mengeluarkan kenyataan Taksim adalah Kaaba bagi Turki dan Jerusalem adalah tempat bagi Yahudi.

CHP pula menjanjikan akan mengembalikan Turki kepada falsafah Kemal di dalam pemerintahannya. CHP juga menentang sistem presiden yang ditawar oleh Recep Tayyip Erdoğan kerana akan menyebabkan presiden Turki tu akan lebih berkuasa dan menjadi diktator.

Pilihan raya kali ini bukanlah pertembungan ideologi atau dasar parti politik. Oleh itu, pembangkang memainkan isu ekonomi. Dengan mengkritik kerajaan lebih mengutamakan pelarian Syria daripada golongan pencen Turki, Kemal Kılıçdaroğlu berjanji akan menghalau 2 juta pelarian Syria. Parti pembangkang juga menjanjikan kenaikan gaji pencen dan kenaikan gaji minimum. Mereka juga menjanjikan pengurangan bil.

Pada 8 Jun 2015 ini, kita akan sama-sama melihat keputusan pilihan raya yang genting ini. Keputusan pilihan raya ini bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh rakyat Turki. Saya percaya, di semua negara yang dizalimi, sedang berdoa  dan mengharapkan yang terbaik untuk pilihan raya Turki.

* Penulis merupakan wakil Biro Antarabangsa Abim di Turki dan aktivis Malaysia Life Line 4 Syria.

Sumber DD - 24-5-2015


ROHINGYA GENOCIDE MYAMMAR MUST BE SANCTIONED - MAPIM




































































































http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35483-rohingya-genocide-myanmar-must-be-sanctioned


Sumber HD - 17-5-2015

[Kenyataan Media] Pendirian Wanita IKRAM Malaysia Mengenai ‘Marital Rape’ Atau Rogol Dalam Perkahwinan

║KENYATAAN MEDIA║

PENDIRIAN WANITA IKRAM MALAYSIA MENGENAI ‘MARITAL RAPE’ ATAU ROGOL DALAM PERKAHWINAN
8 Mei 2015 (19 Rejab 1436H)
...
Wanita IKRAM Malaysia mengikuti perdebatan berhubung istilah 'marital rape' atau rogol dalam perkahwinan yang tercetus dari satu kempen digital kesedaran rogol, anjuran bersama All Women's Action Society (AWAM) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Yeo Bee Yin baru-baru ini. Isu yang dibahaskan melibatkan kewajaran bagi memperoleh kerelaan seorang isteri melakukan hubungan seksual di dalam konteks perkahwinan yang mana sekiranya kerelaan tidak diperolehi ianya di kategorikan sebagai rogol dalam perkahwinan.

Dalam hubungan ini, Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa hubungan suami dan isteri di dalam sebuah perkahwinan adalah suatu hubungan yang mulia yang didasarkan atas prinsip perkongsian hidup, pembahagian tugas khusus, layanan yang baik dan menunaikan tanggungjawab dengan sempurna menurut syariat. Suami sebagai pemimpin rumahtangga hendaklah sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atasnya seperti memberi nafkah, melindungi dan memelihara seluruh ahli keluarganya, manakala isteri pula sebagai rakan kongsi rumahtangga hendaklah sedaya upaya berperanan sebagai pengurus rumah tangga, melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara dan mendidik anak-anaknya.

Dalam hubungan seksual di antara suami isteri pula, Islam telah menetapkan bahawa suami isteri bertanggungjawab menunaikan keperluan memenuhi naluri keinsanan keduanya dalam suasana yang harmoni dan tidak menyakitkan mana-mana pihak. Sekiranya mana-mana pihak sama ada suami atau isteri enggan menggauli pasangannya yang sah di dalam ikatan perkahwinan tanpa sebab yang sah, maka ianya merupakan satu dosa dan kecuaian terhadap tanggungjawab masing-masing.

Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Sebarang bentuk keganasan ke atas wanita di dalam rumah tangga adalah dilarang keras dan bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam hubungan ini para suami hendaklah berperanan memastikan isteri dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang seperti pesanan Rasullah saw di dalam khutbah wada'. Khutbah terakhir Rasulullah SAW. Usaha bagi meningkatkan kesedaran menghormati wanita khususnya dari kalangan kaum lelaki perlu terus digiatkan dan diterajui oleh kaum lelaki.

Islam adalah agama yang komprehensif dan mesti dilamalkan secara menyeluruh. Ajaran yang menyuruh wanita untuk taat kepada kehendak seksual suami mestilah dibaca dengan perintah Rasulullah SAW kepada suami agar berbuat baik kepada isteri mereka.

Dari Ibnu Abbbas radhiallahu anha Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap isteriku. (Sahih Ibn Majah)

Hubungan suami isteri di dalam perkahwinan adalah hubungan halal dari sudut syarak, manakala rogol adalah merujuk kepada hubungan yang haram di antara pasangan lelaki dan wanita yang tiada ikatan perkahwinan. Oleh itu, penggunaan dan penguatkuasaan istilah ‘marital rape’ atau rogol di dalam perkahwinan ke atas umat Islam adalah tidak selaras dengan ajaran Islam. Sesuatu yang halal TIDAK BOLEH disamakan dengan yang haram. Syariat Islam yang dilaksanakan sepenuhnya telah merangkumi semua keperluan manusia untuk menjalani kehidupan yang sejahtera. Sebarang pelanggaran kepada syariat Islam hendaklah ditangani menggunakan hukum yang telah ditetapkan di bawah syariat berpandukan ketetapan Alquran dan sunnah , bukannya berdasarkan akal pemikiran manusia semata-mata yang dirasakan lebih baik dari ketetapan Allah SWT.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan mengenai peranan, hak dan tanggunjawab yang telah diberikan oleh Islam kepada lelaki dan wanita agar tidak terpinggir kerana kejahilan diri sendiri.

Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM Malaysia
Media Wanita IKRAM

Sumber FBWI - 8-5-2015 / HD - 9-5-2015

Peluang kedua kepada pesalah pedofil zalimi pelajar

| .


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan hasrat Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberikan peluang kedua kepada pesalah pedofil sebagai zalim.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, cadangan memberikan peluang kedua kepada Nur Fitri Azmeer Nordin menzalimi pelajar lain yang pernah dibuang dan ditamatkan pengajian di institusi pelajaran Mara dengan kesalahan yang jauh lebih ringan.

"Terdapat kes-kes seperti meniru, ponteng kelas dan seumpanya yang dikenakan tindakan diberhentikan pengajian yang jelas jauh lebih ringan dari kesalahan yang dilakukan oleh Fitri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, cadangan tersebut juga menzalimi Fitri yang jelas bukan memerlukan peluang kedua tetapi lebih memerlukan bimbingan.

Katanya, tiada jaminan Fitri tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi sebaliknya cadangan Mara itu bersifat pramatang dan keterlaluan.

"Oleh itu hasrat yang hanya bergantung kepada laporan jabatan penjara di UK adalah asas yang dangkal tanpa mengambil kira aspek agama dan budaya masyarakat Islam di Malaysia.

"Seharusnya beliau dipulihkan terlebih dahulu mengikut acuan kita bagi mengembalikan dia kepada kehidupan yang normal. Pastikan dia sedar dan akur tentang perilakunya songsang agar proses pemulihan dan bimbingan dapat dilakukan dengan baik," katanya lagi.

Fitri merupakan pelajar jurusan matematik yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown di London atas kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah membabitkan kanak-kanak.

Fitri mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak, yang disifatkan polis UK sebagai antara yang paling melampau pernah dilihat mereka. - HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015



IASEAN MUST END MYAMMAR CRISIS - MAPIM



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35100-asean-must-end-myanmar-crisis


Sumber HD - 27-4-2015

IKHWAN AND MORSI TRIALS SELECTIVE POLITICALLY ORCHESTRED - MAPIM & SHURA



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35048-ikhwan-and-morsi-trials-selective-politically-orchestrated

Sumber HD - 23-4-2015







































































































Salib: Rakyat gusar kenyataan 'bias' Ketua Polis Negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Abim menyambut baik arahan siasatan terhadap sekumpulan penduduk yang mendesak salib diturunkan kerana ia memberikan impak positif kepada kerukunan masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

Presiden Abim, Amidi Abdul Manan menyatakan demikian merujuk kepada arahan Kabinet agar polis menjalankan siasatan terhadap sekumpulan penduduk Taman Medan yang mendesak agar salib diturunkan.

"Reaksi segera pimpinan negara terhadap isu ini dialu-alukan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun, kata beliau bagi menjamin profesionalisme pihak polis Abim mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlibat dan bersikap berkecuali.

"Penglibatan beliau dalam kes ini boleh menimbulkan prasangka kerana abang kandung beliau Datuk Abdullah Abu Bakar turut bersama dengan kelompok tersebut.

"Selain itu kenyataan 'bias' beliau berkaitan insiden ini amat menggusarkan masyarakat," katanya lagi.

Justeru, ujarnya Abim menggesa agar Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bertindak mengendalikan kes ini.

Tambahnya, Abim kesal dengan kenyataan melulu Ketua Polis Negara baru-baru ini berkaitan takrifan hasutan yang diperuntukkan undang-undang boleh mengundang padah kepada keselamatan negara. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015








































































































Salib: Nak jadi hero kononnya mereka wira bela agama

HARAKAHDAILY | .

Merujuk kepada insiden desakan segelintir penduduk Taman Medan, Petaling Jaya agar sebuah gereja menurunkan lambang salib. ABIM memandang berat perkara tersebut.

Pada 6 Febuari lalu di Sabah, polis menerima aduan dari ibu bapa yang mendakwa anak mereka ditukar agama kepada agama Islam tanpa kebenaran mereka.

Pada 27 Mac pula Setiausaha Agung SUPP merakamkan rasa gembira atas tindakan yang dikenakan terhadap guru yang menukar agama pelajar mereka kepada agama Islam.

Insiden-insiden seperti ini lahir dari pergelutan politik yang semakin sengit. Di mana ada pertelingkahan kaum atau agama, maka akan hadirlah pemimpin politik yang cuba menangguk di air keruh. Ada yang mahu menjadi hero kononnya merekalah wira dalam membela agama.

Kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan kebencian dihamburkan demi mensensasikan penglibatan kelompok yang berkepentingan ini.

Orang awam terus dijadikan mangsa perebutan kuasa antara kelompok politik ini. Akhirnya wujud satu keresahan yang membantutkan penyuburan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Adakah insiden terbaru ini merupakan babak-babak dalam plot cerita PRK bagi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin? Atau sebagai taktik melarikan perhatian rakyat terhadap isu seperti GST dan sebagainya?

ABIM menuntut agar pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri bertindak segera meredakan keadaan. Ia selari dengan tuntutan al-Quran yang meletakkan tanggungjawab menjaga keselamatan dan keharmonian negara ke atas pemerintah.

ABIM tidak mahu perkara yang sama berlaku berulang kali iaitu, Perdana Menteri antara individu terlambat memberikan respons sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam pelbagai bentuk di pelbagai media komunikasi.

ABIM menyarankan agar masyarakat muslim menghayati fitrah kerencaman kewujudan makhluk seperti yang terkandung dalam al-Quran (49:13) yang mengkehendaki kita saling berta’aruf dan begitu juga dalam surah Saba’ (34:24-26) yang memperjelas sikap yang sewajarnya diambil oleh muslim ketika bermuamalah dengan bukan muslim.

Begitu juga dengan Surah al-Kafirun yang menjelaskan pengiktirafan Islam terhadapan kewujudan kepelbagaian agama. Jangan kita mengambil sikap yang melampaui batas kerana ia boleh merosakkan citra Islam sendiri yang dikenali sebagai agama rahmat.

Tindakan yang kurang cermat ini memberikan kesan yang negatif terhadap dakwah islamiah di Malaysia. Ia menyukarkan sekali gus menyempitkan ruang dakwah hasil dari tindakan yang tidak berhemah ini. Ia juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap mesej Islam itu sendiri. - HARAKAHDAILY 21/4/2015

AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber HD - 21-4-2015

MCA perlu faham adab orang Islam berhibur

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan tindakan MCA yang cuba campur tangan dalam soal hak orang Islam untuk mengamalkan adab mereka sendiri dalam kaedah berhibur.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan adalah menjadi kewajipan pihak agensi Agama untuk menentukan kawalan terhadap masyarakat Islam dalam acara hiburan, terutama apabila dilakukan secara terbuka.

Terdahulu, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun menyifatkan garis panduan konsert yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini tidak menggambarkan pembangunan industri hiburan yang kreatif.

"Pendapat ini adalah dangkal dan merupakan campur tangan MCA dalam soal hak orang Islam untuk mengamalkan adab mereka sendiri dalam kaedah berhibur," ujar beliau.

Katanya, berdasarkan insiden konsert K-Pop yang melibatkan gadis Melayu Islam bertudung dipeluk dan dicium di atas pentas sebelum ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku .

Tambahnya, reaksi masyarakat Islam kesal terhadap insiden tersebut dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak supaya ia tidak berulang.

"Kami mengesa MCA tidak cuba memyamakan adab pergaulan orang Islam dan bukan Islam dalam acara berhibur.

"Adalah hak orang Islam untuk mengikut adab sosial berdasarkan peraturan agama, manakala orang bukan Islam juga harus mengikut tatasusila yang bermoral berdasarkan budaya Timur," tegas beliau dalam satu kenyataan.

Jelas Azmi, sekiranya MCA mahu anak muda mengikut budaya hiburan Barat yang liar seperti yang menjangkiti masyarakat Korea Selatan sekarang, kononnya sebagai tanda kreativiti dalam perkembangan industri hiburan, maka jelas pemimpin MCA tidak memahami Rukun Negara yang menekankan soal kesopanan dan kesusilaan.

Justeru Mapim menyokong penuh garis panduan itu yang diperakui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari lalu, iaitu melarang memasukkan sebarang unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan Islam adalah panduan yang wajar demi menjaga dan menghormati negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Kami kesal terhadap kenyataan Chew, yang berfikiran dangkal apabila berpendapat mengasingkan penonton mengikut jantina akan mengurangkan interaksi dan persaudaraan antara orang ramai.

"Isunya ialah orang Islam lebih mementingkan adab dan akhlak berdasar syariah dalam apa sahaja bentuk aktiviti sosial , bukan hanya soal interaksi," tambah beliau. – HARAKAHDAILY 21/4/2015

Sumber HD - 21-4-2015



CITIZENS INTERNATIONAL STRONGLY CONDEMS JUDICIAL MURDER OF BANGLADESH ISLAMIC LEADER - S.M. MOHAMED IDRIS


SHEIKH HASINA - PERDANA MENTERI BANGLADESH


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34917-citizens-international-strongly-condemns-judicial-murder-of-bangladesh-islamic-leader

Sumber HD - 16-4-2015


BANGLADESH'S EXECUTION OF KAMARUZZAMAN CONDEMNED - MAPIM


MOHAMMAD KAMARUZZAMAN - SETIAUSAHA JAMAET-ISLAMI 
BANGLADESH

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34873-bangladesh-s-execution-of-kamaruzzaman-condemned

Sumber HD - 14-4-2015










































































































Hukuman mati: Rejim Al-Sisi salah guna kuasa melampau

HARAKAHDAILY | .

Kami mengecam hukuman mati oleh Mahkamah di Mesir ke atas Mohamed Badie, pemimpin Ikhwan Muslimin pada 11 April 2015.

Rejim Mesir yang melaksanakan perbicaraan yang bersifat superfisial ke atas pegerakan itu sejak rampasan kuasa 2013 yang lalu bertujuan untuk menghapuskan semua pemimpin Ikhwan. Dengan dakwaan yang direka, kononnya mereka  terlibat "menghasut untuk menimbulkan kekecohan dan keganasan", anggota Ikhwan kini sedang disasar untuk dihukum dengan menyalahgunakan undang-undang dan prosedur mahkamah oleh rejim Al-Sisi.

Hukuman penjara seumur hidup juga dikenakan ke atas seorang yang mempunyai dwi kerakyatan iaitu Mesir dan AS kerana didakwa mempunyai hubungan dengan Ikhwan.

Perbicaraan massa ke atas pergerakan Ikhwan oleh Mahkamah Mesir telah dikritik dengan keras oleh pemerhati antarabangsa dan juga pergerakan perlindungan hak manusia. Kritikan antarabangsa terhadap sistem kehakiman dan rekod hak manusia Mesir yang buruk telah banyak didedahkan.

Kami melihat penerusan menghukum anggota Ikhwan di zaman Al Sisi adalah lebih buruk berbanding era Mubarak. Menjatuhkan seorang presiden yang dipilih oleh rakyat melalui rampasan kuasa militari telah membenarkan rejim itu membunuh dangan rambang siapa sahaja  memprotes kudeta tersebut.

Kini presiden Mesir sedang menindas siapa sahaja yang mengkritik rejimnya melalui undang-undang secara paling ekstrem apabila hukuman bunuh dijatuhkan secara beramai-ramai  ke atas ratusan yang didakwa. Tidak ada saksi dan peguam pembela yang hadhir ketika hukuman dijatuhkan.

Kami terkejut dengan hukuman ke atas anggota Ikhwan yang dikelompokkan ke dalam satu dakwaan kesalahan yang sama.

Kami mengecam pendirian Fatah Al-Sisi yang mengketagorikan Ikhwan sebagai ancaman keselamatan paling utama dan beliau mengumumkan untuk menghapuskan kumpulan itu walaupun Ikhwan telah menafi dan mengisytiharkan mereka komited kepada jalan keamanan dan tidak terlibat dengan keganasan pasca rampasan kuasa.

Protes yang meluas di Mesir yang dicatur oleh militari untuk menjatuhkan Dr Morsi adalah perancangan tentera sendiri. Al-Sisi yang telah mengarahkan layanan ganas ke atas rakyat awam bila mereka turun ke jalan raya memprotes Al-Sisi untuk menuntut keadilan dan pembebasan.

Kami mengutuk hukuman yang sangat keterlaluan ke atas Mohamed Soltan yang mempunyai dwi kewarganegaraan AS dan Mesir dan dituduh menyokong Ikhwan, padahal beliau hanya seorang petugas keamanan dalam pelbagai acara keamanan dan aktiviti kebajikan.

Kami tegas menyatakan pendirian kami bahawa rejim Mesir telah menyalahgunakan kuasa secara melampau.  Muhammad Badie telah dijatuhkan hukuman mati bukan sekali malah sudah beberapa kali Timbalannya Khairat El-Shater telah diberi hukuman seumur hidup pada hari Sabtu sebelumnya.

Sementera pembunuhan beramai-ramai ke atas protes rakyat di medan Rabaa pada 2013 di mana ratusan rakyat awam terbunuh ternyata rejim Al Sisi tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat.

Al Sisi kini sedang memanipulasi rasional untuk mewujudkan kestabilan dengan menghapus semua yang cuba menentang rejimnya dengan cara yang brutal.

Kami mengutuk AS yang mengambil keputusan meneruskan kembali bantuan ketenteraan keatas di Kaherah. Jelas beliau telah membunuh demokrasi sejak Morsi dijatuhkan. Keputusan ini jelas mendedahkan hipokrasi Mesir. AS tidak ada asas moral untuk berbicara soal hak manusia dan demokrasi. Mesir terus menjadi rakan rapat dengan AS dan Mesir telah menunaikan agenda Rumah Putih AS yang mahu Ikhwan dihapuskan.

Kami mendesak semua gerakan Islam bersatu menyokong gerakan sivil Mesir untuk menuntut Mesir mengembalikan demokrasi yang sebenar. Mesir mesti dihentikan dari meneruskan demokrasi palsunya yang mengguna militari memerintah negara itu.

Kami mendesak hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Mohammad Badie dibatalkan dan beliau dibebaskan serta merta. Semua dakwaan ke atasnya mesti dibuktikan dalam perbicaraan yang adil, bukan dalam mahkamah yang dimanipulasi oleh kerajaan Mesir.

Kami mengesa pihak berkuasa Mesir membebaskan semua tahanan politik dan menghentikan penindasan ke atas gerakan Ikhwan Muslimin. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)

Sumber HD -13-4-2015

Abim kecam IS serang kem pelarian Palestin di Yarmuk

| .


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam serangan terkini kumpulan militan Negara Islam (IS) ke atas Kem Pelarian Palestin di Yarmuk Syria.

Menurut laporan agensi berita Al-Jazeera, seramai 2,000 orang pelarian Palestin telah pun dipindahkan dari kem tersebut yang didiami seramai 18,000 orang.

Menurut Naib Presiden Abim, siri terkini kekejaman ini melangkaui batas pertimbangan manusiawi, lebih-lebih lagi apabila serangan tersebut membabitkan pelarian Palestin sebagai mangsanya.

"Abim menilai peristiwa ini akan hanya memburukkan situasi geo-politik di Timur Tengah yang dibayangi pelbagai kemelut pasca-Arab Spring.

"Serangan IS ke atas pelarian Palestin seharusnya menjadi 'wake up call' kepada generasi muda untuk tidak terjebak ke dalam kelompok ekstremisme seperti IS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, Abim mengharapkan kerjasama daripada warga serta organisasi media agar mengetengahkan siri kekejaman terbaru IS ini selari dengan pendirian tegas rakyat serta kerajaan Malaysia menolak IS.

"Atas keadaan yang berlaku ini, Abim menyeru seluruh warga Malaysia yang prihatin agar dapat menyalurkan sokongan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Syria serta Palestin (di Syria) yang memerlukan," katanya lagi.

Segala bentuk sokongan ini boleh disalurkan menerusi jaringan NGO-NGO kemanusiaan Syria seperti Gabungan Selamatkan Syria. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Sumber HD - 8-4-2015














































































































ABIM GESA POLIS HENTI SERTA-MERTA TINDAKAN PROVOKATIF - AMIDI MANAN



ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34603-abim-gesa-polis-henti-serta-merta-tindakan-provokatif


Sumber HD - 29-3-2015

Kelantan lulus kanun jenayah ikut demokrasi, hormatilah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti," ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus beberapa hari yang lalu  pada sidang Dun Kelantan.

Sokongan 44 orang Adun yang ditunjukkan  seharusnya di atas kesedaran mereka terhadap tanggungjawab agama. Ia adalah sokongan yang wajar oleh setiap Muslim apabila menyatakan pendirian mereka terhadap perintah agama dan ini perlu dihormati oleh semua pihak.

Isu sama ada ia akan diterima atau tidak oleh Parlimen jika ia dibawa sebagai private bill adalah isu kedua. Jika diizinkan, ia akan dibentang, dibahaskan dan diundi sama ada menerima atau sebaliknya.

Itupun apabila pihak Speaker Dewan meluluskan untuk dibaca berdasarkan syarat yang ditentukan.

Soalnya, di peringkat Dun secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut  di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti.

Perdebatan sama ada syarat melaksanakan enakmen itu termasuk hudud mengikut keadaan yang sedia ada, mencukupi atau tidak, tergantung kepada semua pihak yang memegang kuasa untuk berusaha  melengkap syarat tersebut. Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah mencari jalan melengkapkan syarat yang masih menjadi penghalang kepada terlaksananya undang-undang tersebut.

Segala tuduhan liar yang dilempar bahawa Kelantan akan dipenuhi mereka yang akan dipotong tangan jika dihukum dengan undang-undang hudud adalah dangkal, berprasangka buruk dan emosional.

Kami tidak terkejut wujudnya pihak yang mahu terus menyerang dan mempersenda hukum Allah sama ada kerana jahil atau memang berfahaman sekular yang mendalam dan berprangsaka buruk terhadap hukum jenayah syariat.

Kebetulan Kelantan dilanda banjir besar baru-baru ini . Memang keutamaan harus diberi kepada proses pemulihan kehidupan rakyat. Namun ia bukan alasan kekal untuk tidak memberi perhatian kepada mengusahakan undang-undang itu dibentang.

Dari apa yang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan negeri dan pusat, proses pemulihan mangsa banjir akan terus dilaksanakan. Tidak ada yang boleh menafikan bahawa usaha membantu memulihkan kehidupan rakyat di Kelantan sedang dijalankan secara berterusan.

Bagi Mapim memperundangkan kanun jenayah syariah walaupun ia hanya satu juzuk dari keseluruhan undang-undang syariat, ia tetap penting untuk diterima.

Setidak-tidaknya ia telah berganjak ke satu tahap untuk menawarkan kepada rakyat satu undang-undang alternatif yang boleh menjamin keselamatan sosial demi meminimumkan insiden jenayah.

Kami melihat usaha ini adalah suatu usaha yang sudah lama dituntut oleh umat  Islam. Dalam tinjauan Pew Research Center  di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia  dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka".

Oleh itu kami yakin rang undang-undang yang dilulus di Kelantan itu akan diterima baik oleh majoriti umat Islam. Soal sama ada ia akan mendapat undi majoriti mudah atau tidak di Parlimen setelah dibentang sebagai private bill, biarlah ditunggu nanti.

Perbezaan pendapat dari segi pelaksanaan dan bantahan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dimaklumi. Akan tetapi semua pihak harus bersikap matang dan dewasa mendengar hujah dengan rasional sehingga kesepakatan terbaik boleh tercapai untuk menerima atau menolak.

Sebagai seorang Muslim keyakinan bahawa undang-undang hudud wajib dilaksanakan tidak boleh dinafikan. Soal bila, bagaimana dan dalam keadaan bagaimana enakmen tersebut boleh diimplementasi perlu dibahas dalam konteks Malaysia.

Lantaran itu sebarang pertikaian atas perjanjian politik perlulah diselesaikan dengan tidak mengenepikan kemahuan majoriti umat Islam. Tidak harus ada tindakan yang terlalu menunjukkan kepentingan politik mendahului hak menegakkan hukum agama.

Banyak pertikaian atas pertimbangan politik dalam semua hal tidak akan menguntungkan negara.

Bagi kami, dalam konteks kehidupan zaman moden sekarang ini, semua aspek kehidupan adalah saling berkait.  Menentukan keutamaan memang penting akan tetapi berdasarkan kompleksiti kehidupan yang wujud sekarang ini, untuk mendahulu atau mengkemudiankan sesuatu perkara itu, sangat bergantung kepada realiti.

Kestabilan dan sekuriti sosial yang sangat rapuh sekarang ini juga penting ditangani jika kemiskinan dan salah guna kuasa hendak diatasi. Dengan mewujudkan undang-undang luar dari paradigma yang sedia ada iaitu berasaskan undang-undang common law tidak merugikan rakyat.

Tidak ada yang akan rugi jika menerima rang undang-undang ini kerana hukum Allah mengatasi kepentingan sesiapapun. Implikasi jaminan sosial dan sekuriti negara akan tercapai jika undang-undang ini dilihat sebagai penghalang berkesan untuk sebarang jenayah berleluasa seperti yang dilihat berlaku sekarang.

Tidak ada siapapun yang menafikan bahawa indeks jenayah dewasa ini semakin meningkat. Pihak kerajaan telah mengguna pelbagai cara membasmi tren insiden jenayah namun masih tidak berjaya membendungnya. Selain dari berlaku salah guna kuasa dan  korupsi ketidakberkesanan undang-undang juga menyumbang kepada kenaikan indeks jenayah.

Jika tujuan undang-undang itu diperundangkan adalah untuk membasmi jenayah, kenapa ia dihalang. Malah hukuman ini juga tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.  Kenapa orang bukan Islam pula yang terlalu prihatin terhadap hukum agama yang dikenakan ke atas orang Islam?

Jika benar masyarakat bukan Islam prihatin terhadap keadilan dalam soal undang-undang, maka mereka tidak perlu khuatir kerana undang-undang tersebut hanya diperuntukkan hanya untuk orang Islam. Masyarakat bukan Islam boleh terus dinaungi di bawah undang-undang sivil.

Kontrak sosial dalam pembinaan negara sejak merdeka dalam kalangan kaum tetap tidak terjejas jika undang-undang Islam dilaksanakan khusus untuk orang Islam. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Sumber HD - 21-3-2015
















































































































Nurul Izzah: Kenapa tidak pada Ismail, Mashitah - Abim

HARAKAHDAILY | .

 

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penahanan Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan 1948 yang tersasar dari landasan keadilan dan adalah pencabulan keterlaluan terhadap proses demokrasi di Malaysia.

Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata penahanan sedemikian menggambarkan bahawa Nurul Izzah adalah seorang penjenayah yang berbahaya, berkemungkinan untuk melarikan diri dan tidak bertanggungjawab.

"Langkah beliau yang secara berani menyahut notis panggilan ke Balai Polis Dang Wangi berkaitan himpunan Kita Lawan langsung tidak dihargai pihak polis," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, ia sekaligus menggambarkan kerakusan dan sikap angkuh pihak berkuasa terhadap seorang yang secara jelas memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

Katanya, persoalan layanan yang berbeza-beza di bawah akta yang sama juga amat memalukan.

"Kenapa langkah yang serupa tidak dibuat kepada YB Datuk Ismail Sabri dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim?" tanya beliau.

Katanya, kenyataan mereka yang dibuat di luar parlimen, tanpa sebarang rakaman tidak perlu direman berbanding dengan kenyataan Nurul Izzah yang dibuat di dalam Parlimen dan dirakam melalui hansard Parlimen.

"Adakah ia terlalu rumit sehingga memerlukan tempoh reman ditambah?" soalnya lagi.

Justeru, ujar beliau ruang bersuara di Parlimen harus dihormati dan dibezakan dengan ucapan awam atau kenyataan di luar Parlimen.

Menurutnya, Parlimen adalah medan seorang wakil rakyat menyatakan sikap dan pendirian berprinsip mewakili rakyat yang memilihnya.

"Jika perkara-perkara berkaitan institusi dalam negara tidak boleh disentuh walaupun di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara, maka timbul persoalan, di manakah perkara ini boleh diutarakan sedangkan Dewan Rakyat adalah satu korum yang sah dan mempunyai legitimasi tersendiri, dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Abim menggesa agar pihak polis melepaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dari tahanan reman berpilih yang amat memalukan.

"Tindakan 'pendek akal' ini adalah satu provokatif yang boleh membuatkan rakyat semakin muak dan sekaligus serik untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Elemen-elemen provokatif seumpama ini harus dielakkan bagi memastikan keamanan Malaysia terpelihara," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/3/2015


Sumber HD - 17-3-2015

















































































































1MDB: Rakyat bawah boleh reda dengan suapan BR1M?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .



MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa pihak kerajaan jangan membiarkan satu lagi skandal yang melibatkan wang negara tidak dapat diselamatkan.

Kehilangan RM2.5 bilion dalam skandal BMF pada 1983 dan beberapa skandal kewangan yang lain telah melenyapkan tidak kurang dari RM300 bilion. Ini termasuk kes Perwaja Steel, Spekulasi London Tin, Empangan Bakun, PKFZ, kerugian Bank Negara berjumaah RM15 bilion dalam perdagangan pertukaran wang (forex).

Kini satu lagi penyiasatan terpaksa dilakukan untuk menjelaskan sama ada syarikat milik kerajaan sepenuhnya iaitu 1MDB yang dipersoalkan mengenai pengurusan kewangan melibatkan puluhan bilion ringgit lagi.

Mapim kesal nampaknya negara sehingga kini tidak lagi bebas dari isu pengurusan kewangan awam yang tidak telus dan menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat.

Soalnya apakah isu 1MDB dengan segala keupayaannya serta disokong sepenuhnya oleh kerajaan tidak dapat diuruskan dengan amanah dan professional sebagaimana seharusnya.

Mengenepikan apa yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak dengan soalan-soalan yang memang munasabah sebagai fitnah dan cuba menjatuhkan pemimpin negara akan menambahkan lagi kecurigaan rakyat.

Pengurusan dana berbilion ringgit melalui syarikat sebesar 1MDB yang diuruskelola secara langsung di bawah Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri sepatutnya cukup profesional dan telus. Mengikut prosedur yang sepatutnya dalam amalan perakaunan yang diperakui mengikut standard antarabangsa bukan suatu yang subjektif. Ia sepatutnya boleh dipertanggungjawabkan dengan telus mengikut prosedur pengauditan yang piawai dan objektif.

Kami hairan kenapa sindrom penafian masih menjadi ciri pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat kedudukan yang sebenar.

Sesungguhnya jika satu isu itu diminta agar tidak dipolitikkan, maka kami berpendapat isu 1MDB ini yang dibangkit oleh pelbagai pihak bukan isu politik tetapi ia adalah isu pengurusan, integriti dan akauntabiliti.

Pihak kerajaan boleh melakukan justifikasinya sendiri dan media prokerajaan boleh berusaha mempertahankan kredibiliti kerajaan, namun ia pasti akan dibahaskan oleh rakyat selagi penjelasan tidak diberi dengan telus dan bertanggungjawab.

Apatah lagi apabila kenyataan antara pihak yang bertanggungjawab mengurus-kelolakan 1MDB saling bertentangan yang mengundang kekeliruan dan menambahkan kecurigaan.

Sangat didambakan oleh rakyat marhain yang berhadapan dengan pelbagai kerumitan untuk melanjutkan kehidupan yang asasi tiba-tiba mendapati khazanah awam disalahurus melibatkan berbilion ringgit. Tidak mungkin hanya dengan suapan BR1M rakyat bawahan boleh meredhakan kepincangan, apa lagi melibatkan wang awam.

Hanya kerana mereka mungkin tidak punya literasi ekonomi yang tinggi, namun tak mungkin boleh dinafikan bila seorang bernama Jho Low mendapat akses kepada lebih RM900 juta dalam tranksaksi 1MDB yang menjadi penuh tanda tanya.

Kami kesal bila terdapat usaha untuk membela salah laku dengan mengalihkan fokus rakyat kepada dakwaan percubaan untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan. Jika mendedahkan kepincangan semuanya dikaitkan dengan konspirasi politik, maka negara ini tidak akan selamat dari gejala salah guna kuasa.

Mapim menggesa siasatan yang dikatakan sedang dimula oleh pihak Jabatan Audit dan Jawatankuasa Perakaunan Parlimen (PAC) terhadap 1MDB dapat segera diselesaikan untuk bertindak terhadap mereka yang terbukti menyalah guna dana 1MDB. - HARAKAHDAILY 16/3/2015

Penulis ialah Presiden Mapim.


Sumber HD - 16-3-2015




















































































































Mapim kutuk Mesir gantung anggota Ikhwan Muslimin

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum mati ke atas seorang anggota Ikhwan Muslimin Mesir, Mahmoud Ramadan. Beliau telah digantung pada jam 7.00 pagi, 7 Mac lalu di Kaherah oleh rejim Mesir yang didukung oleh tentera.

Hukuman gantung itu dilaksanakan walaupun surat khas dari Suruhanjaya Kesatuan Afrika bertarikh 26 Februari 2015 dihantar kepada Presiden Al-Sisi supaya tidak melaksanakan hukuman itu. Dengan yang demikian Kerajaan Mesir mencabar autoriti Kesatuan Afrika dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ini adalah perlaksanaan hukuman mati pertama sejak kudeta Jun 2013 oleh rejim tentera di bawah Al-Sisi.

Kami bertegas bahawa ini adalah perlaksanaan hukuman mati yang perlu ditentang dengan keras oleh masyarakat dunia. Mesir telah mengeluarkan hukuman kolektif kepada ratusan tahanan dalam suatu perbicaraan massa yang dikutuk oleh masyarakat dunia kerana tidak memenuhi standard antarabangsa.

Ketua Hak Asasi PBB pada masa itu, Navi Pillay, menyifatkan perbicaraan itu 'sangat jijik dan memperkosa keadilan yang sangat buruk'.

Kami amat kesal sementara pihak Ikhwan berusaha mendapat khidmat peguam antarabangsa supaya menghalang kerajaan Mesir melaksanakan hukuman mati itu, masyarakat dunia tidak cukup membantu.

Pada April 2014 Ikhwan menghantar kertas legal kepada Suruhanjaya Afrika mengenai Hak Manusia dan Rakyat untuk menggesa Suruhanjaya Afrika supaya masuk campur. Kes Mahmoud adalah salah satu kes yang disenaraikan dalam aduan berkaitan.

Walaupun Suruhanjaya Afrika menerima aduan tersebut dan menulis kepada Presiden Al-Sisi mengenai perbicaraan yang tidak adil itu serta mengarahkan langkah interim kepada Al-Sisi bagi menuntut supaya hukuman mati secara kolektif itu ditahan serta merta, namun hukuman itu tetap dilaksanakan.

Permohonan Ikhwan menyatakan bahawa perbicaraan yang dijalankan itu adalah "penipuan, yang dilaksanakan dalam hanya beberapa jam, di mana tidak ada bukti dibentangkan kepada mereka yang dituduh, peguam mereka mendiamkan diri dan hukuman bersalah dijatuhkan secara kolektif kepada semua yang didakwa. Tidak ada peraturan judisial dijalankan sama sekali".

Jelas, kerajaan Mesir mengenepikan arahan Suruhanjaya Afrika untuk menahan hukuman itu walaupun ada dokumen rayuan untuk tahanan yang berkenaan diketengahkan.

Mesir kini tidak mempedulikan perbicaraan yang adil untuk mereka yang dijatuh hukuman mati.

Mesir sedang menjadikan undang-undang antarabangsa sebagai suatu bahan jenaka. Tidak ada negara yang menjatuhkan hukuman secara kolektif ke atas ratusan banduan secara serentak dalam satu sidang perbicaraan. Kaedah dan peraturan perbicaraan yang dijalankan tidak sama sekali menepati standard antarabangsa.

Kami menyatakan hukuman ke atas Mahmoud bukan hukuman mati tetapi adalah suatu pembunuhan.
Kami mendesak masyarakat antarabangsa bertindak segera supaya Mesir tidak meneruskan kezaliman mereka menghukum mati ratusan tahanan melalui perbicaraan palsu. - HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

Pengerusi Asean: Malaysia perlu bertegas isu Rohingya

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .




MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa kerajaan Malaysia mengambil inisiatif yang lebih agresif sebagai pengerusi Asean untuk menyelesaikan isu penindasan ke atas etnik minoriti tertutama minoriti Rohingya di Myanmar.

Penindasan dan penafian hak kaum Rohingya sudah berlarutan sekian lama sejak 1962 sehingga sekarang apabila operasi tentera mengusir, merampas hak serta membunuh kaum Rohingya.

Berita penafian hak dan mendera kaum Rohingya di Myanmar sehingga ini terus kedengaran tanpa perubahan.

Kami berpandangan bahawa dasar tidak campur tangan tidak boleh digunapakai dalam isu Myanmar kerana isu yang dicetuskan oleh pihak berkuasa Myanmar sendiri telah melimpah ke negara lain seperti ribuan pelarian etnik Rohingya, Kaman dan Kaciin yang menjadi pelarian di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan Myanmar tidak boleh dibiar meneruskan agenda pembersihan etnik yang akhirnya akan memberi implikasi besar kepada kestabilan serantau.

Persidangan mengenai masa depan demokrasi di Myanmar yang dianjurkan oleh Mapim, UTM dan My Fellow baru-baru telah merumuskan bahawa hak minoriti di Myanmar hendaklah dikembalikan jika Myanmar mahu turut bersama dalam Asean sebagai rakan yang menyumbang kepada kemajuan rantau ini.

Sehingga kini, tanda-tanda menuju kepada pemerintahan awam secara demokratik tidak berlaku di Myanmar berdasarkan penindasan dan penafian hak yang masih berlanjutan.

Kami telah merumuskan bahawa peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean serta anggota yang dihormati di dalam OIC dan Majlis Keselamatan PBB hendaklah dimanfaat sepenuhnya untuk memberi pengaruh kepada Myanmar agar menghentikan genosid yang berterusan ke atas kaum minoriti di Myanmar.

Kami amat kesal dan mengutuk dasar pemerintah Myanmar yang terus bersekongkol dengan puak militan dan ekstrimis Buddha yang melancarkan kempen membenci Islam dan umat Islam di Myanmar, sehingga mencetuskan pertembungan sektarian yang meragut ribuan nyawa kaum minoriti Rohingya. Penderitaan yang berterusan dialami kaum Rohingya Muslim sudah diisytihar sendiri oleh pihak PBB sebagai kaum yang paling tertindas di dunia.

Kami mengesa supaya hak kewarganegaraan dan hak layanan yang sama perlu dijadikan isu utama yang boleh menyelesaikan masalah penindasan ke atas etnik Rohingya dan kaum minoriti yang lain di Myanmar.

Lantaran itu, kami mengesa kerajaan Malaysia menggunakan pengaruhnya untuk terus mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Myanmar sehingga keharmonian antara kaum dapat diwujudkan di negara tersebut dan Asean benar-benar boleh dibangunkan sebagai rantau yang aman dan maju.

Kami juga mengesa supaya hak pelarian kaum minoriti Myanmar terutama Rohingya yang berada di beberapa negara Asean terutama di Malaysia dan Thailand turut dijamin. Hal ini penting agar persoalan kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak, perawatan kesihatan serta pekerjaan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan  sementara isu di Myanmar dapat diselesaikan.

Kerajaan Malaysia perlu menimbangkan kemudahan kanak-kanak pelarian Rohingya untuk mendapat pendidikan sempurna bagi memastikan pembangunan diri dan masa depan mereka terjamin. Tanpa peluang mendapat pendidikan akan mendedahkan mereka serta masyarakat tempatan kepada implikasi sosial yang serius.

Kami menegaskan bahawa Malaysia perlu mengangkat isu pemerdagangan manusia pelarian Myanmar antara sempadan Thailand dan Malaysia yang semakin berleluasa akibat wujudnya sindiket yang melibatkan pelbagai pihak. Pihak berkuasa mesti melaksanakan penguatkuasaan yang tegas untuk memerangi sindiket yang menganiaya pelarian.

Kami juga mengesa pihak keselamatan Malaysia melakukan penyiasatan terhadap aduan wujudnya kumpulan penjenayah yang memasuki Malaysia dari Myanmar dengan tujuan melakukan pemburuan ke atas etnik Rohingya. – HARAKAHDAILY 5/3/2015

Sumber HD - 5-3-2015


VERDICT ON HAMAS ACT OF DESPERATION - MAPIM


KANAK-KANAK GAZA MENJADI SASARAN ISRAEL

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34132-verdict-on-hamas-act-of-desperation

Sumber HD - 3-3-2015


QAZAF : KENYATAAN JAMIL KHIR MENGELIRUKAN KATA ABIM - PRESIDEN ABIM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34092-qazaf-kenyataan-jamil-khir-mengelirukan-kata-abim

Sumber HD - 28-2-2015


KHAIRY WAJAR HENTI JELAJAH,  TUMPU CABARAN NEGARA - MAPIM


KHAIRY JAMALUDDIN - DSAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33998-khairy-wajar-henti-jelajah-tumpu-cabaran-negara

Sumber HD - 23-2-2015


INVESTIGATE THE NEW YORK TIMES ALLEGATIONS AND PUBLISH THE FINDINGS - MAPIM

MOHD AZMI ABDUL HAMID - PRESIDEN MAPIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/article/33990-investigate-the-new-york-times-allegations-and-publish-the-findings

Sumber HD - 23-2-2015


ROAD SHOW FITNAH 2 : KHAIRY PERLU LEBIH BERHATI-HATI - PRESIDEN ABIM


AMIDI ABDUL MANAN - PRESIDEN ABIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33928-road-show-fitnah-2-khairy-perlu-lebih-berhati-hati

Sumber HD - 18-2-2015

Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT


Posted on Saturday, February 14 @ 22:37:53 MYT by paktam

SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.

“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat,” katanya.

Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.

“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati,” katanya.

Sumber DD - 14-2-2015  
     

TUAN GURU AHLI POLITIK SEDERHANA MERAKYAT - SISTERS IN ISLAM


RUTIN YANG SELALU DILAKUKAN SETIAP KALI LEPAS KULIAH SUBUH MENTAHNIQ KANAK-KANAK YANG BERBARIS MENUNGGU GILIRAN.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33856-tuan-guru-ahli-politik-sederhana-merakyat

Sumber HD - 14-2-2015


TUAN GURU TINGGAL LEGASI OLITIK BERMAKNA - ABIM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33842-tuan-guru-tinggal-legasi-politik-bermakna

Sumber HD - 13-2-2015


TUAN GURU MEMBANGUN ISLAM POLITIK MATANG - IKRAM



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33839-tuan-guru-membangun-islam-politik-matang

Sumber HD - 13-2-2015


TUAN GURU GIGIH KEMBALIKAN ISLAM MEMERINTAH - MAPIM / SHURA


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33836-tuan-guru-gigih-kembalikan-islam-memerintah

Sumber HD - 13-2-2015


EGYPT : MASS DEATH SENTENCES CONDEMNED - MAPIM


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33638-egypt-mass-death-sentences-condemned

Sumber HD - 3-2-2015


CARA HIDUP NEGARA PERLU JADI INDEKS SYARIAH - MAPIM


CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID - PRESIDEN MAPIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33602-cara-hidup-pemimpin-negara-perlu-jadi-indeks-syariah

Sumber HD - 1-2-2015


TIDAK WAJAR CURIGA INSTITUSI PONDOK - MAPIM


CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID - PRESIDEN MAPIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33511-tidak-wajar-curigai-institusi-pondok-mapim

Sumber HD - 28-1-2015


ROTAN ANAK BUDAYA MASYRAKAT KITA KURANG TEPAT - KETUA WANITA IKRAM


DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM - KETUA WANITA IKRAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33516-rotan-anak-budaya-masyarakat-kita-kurang-tepat

Sumber HD - 28-1-2015


PENSTRUKTURAN SEMULA BAJET WAJAR BAHAS DIBAHAS DI PARLIMEN - MAPIM


CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID - PENGERUSI MAPIM

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33430-penstrukturan-semula-bajet-wajar-bahas-di-parlimen

Sumber HD -  23-1-2015


KEKALKAN KESUSILAAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN KASIH SAYANG - IMAANA

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM - PENGERUSI IMAANA

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33273-kekalkan-kesusilaan-islam-melalui-pendekatan-kasih-sayang

Sumber HD - 15-1-2015







































































































































MEJAR ZAIDI : KESALAHAN KECIL, HUKUMAN BERAT - SUA IKRAM


TN HJ NAHAR MOHD NOR - SUA IKRAM

 http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33231-mejar-zaidi-kesalahan-kecil-hukuman-berat


Sumber HD - 13-1-2015

MAKLUMBALAS KEPADA THE STAR DAN KUMPULAN SEDERHANA - AZMI


MOHD AZMI ABDUL HAMID - PRESIDEN MAPIM
Sumber HD - 12-1-2015

Ayuh! Kita pulih dan bangkit semula

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

TIADA siapa yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan yang dialami oleh penduduk yang dilanda banjir luar biasa besar terutama di Kelantan kali ini. Kemusnahan dan penderitaan bagai terserlah di mana-mana. Negeri yang digelar Darul Naim itu benar-benar diuji, dari pemimpin negeri sehingga ke rakyat jelata. Bukan tidak pernah negara ini dilanda banjir, akan tetapi kali ini skala keluasan dan kemusnahan kesan daripada musibah banjir berlipat kali ganda daripada biasa.

Negeri Terengganu, Perak dan Pahang juga menerima bahana yang sama walaupun tidak separah Kelantan. Demikian juga tidak tertinggal berlaku juga banjir hampir serentak dengan skala kecil di Selangor , Negeri Sembilan dan Johor.

MUSIBAH LUAR BIASA

Tidak pernah tergambar musibah yang sebegini rupa sejak berdekad lamanya. Bagi mereka yang tidak pernah melihat bencana seperti ini, merasakan seolah qiyamat sudah tiba.

Pemindahan yang melibatkan angka sebesar 270,000 orang di lebih 500 pusat pemindahan belum pernah dialami negara ini. Di Kelantan sahaja, lebih 2,500 rumah kediaman yang dihanyutkan oleh arus yang mengamuk tanpa belas kasihan.

Operasi bantuan oleh agensi kerajaan sendiri pada satu ketika lumpuh sama sekali akibat banjir melanda hampir seluruh negeri Kelantan, kemudian turut melanda Terengganu Pahang dan Perak. Rumah kakitangan dan pejabat agensi turut ditenggelami air sehingga jentera bantuan kerajaan terbantut untuk beberapa waktu.

Tidak ada yang tidak terkesan: rumah kediaman, sekolah, hospital, klinik, bangunan kedai, hotel, stesyen minyak, universiti , balai polis , pasar raya , bank , masjid , surau , dan bangunan pentadbiran kerajaan. Bekalan air dan eletrik terputus hampir disemua kawasan. Jalanraya , rel tren KTM dan jambatan turut ditenggelami sehingga akses ke banyak kawasan terputus .

Pantai Timur nyaris diistihar dharurat.

Ada penduduk yang terputus hubungan kerana terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang ke kawasan tinggi bila melihat air naik begitu pantas sehingga mencecah bumbung rumah dan setinggi tingkat ke 3 bangunan sekolah.

"Air naik terlalu cepat, tidak ada yang dapat diselamatkan," keluh seorang mangsa.

"Kami sudah tidak makan 3 hari kerana melarikan diri ke kawasan tinggi," seorang tua berkata ketika bantuan akhirnya sampai.

Kelihatan kereta yang bersepah dihanyut dan dihumban oleh arus deras bergelempangan di serata tempat. Bangunan yang hanya ternampak bumbung sahaja. Malah rumah yang tenggelam seluruhnya, kawasan perkampungan bertukar menjadi lautan tidak bertepi.

Sungai memuntahkan air deras sejauh 10 km radius disekitarnya. Ada pusat pemindahan dinaiki air dan mangsa terpaksa dipindah ke pusat yang baru.

Gambaran yang dilihat bagaikan gempa bumi, persis tsunami 2004.

SEMANGAT PERSAUDARAAN

Ditengah-tengah kegawatan yang kritikal inilah, rakyat Malaysia menunjukkan nilai keinsanannya yang menyerlah. Sebagaimana mereka bingkas bertindak bila mendengar mala petaka yang melanda di luar negara, kali ini mereka menyatu dalam satu semangat kekitaan, semangat kemanusiaan dan persaudaraan, semangat kenegaraan dan kekeluargaan.

Dengan segera berlaku suatu kebangkitan spontan dari seluruh masyarakat. Di kalangan NGO dari pelbagai bangsa dan agama, dan dari parti politik yang berbagai aliran dan ideologi, semuanya tiba-tiba tidak lagi memikirkan perselisihan dan persengketaan. Yang diutamakan ialah membantu, menyelamatkan dan meringankan penderitaan saudara senegara, senasib seberuntungan.

Kita tahu negara pada ketika itu sedang menyambut ambang tahun 2015 dan telah meninggalkan tahun 2014 yang penuh pengelaman pahit. Kehilangan MH 307 entah di mana dan MH 17 yang menjadi mangsa kepada persengketaan yang tidak ada kena mengena dengan kita.

Tiba-tiba kita dihadapkan pula banjir berskala besar dan di tengah-tengah itu pula tragedi kejatuhan sebuah lagi pesawat, QZ8501 berjenama syarikat kita, Air Asia, menyentap perasaan seluruh rakyat. Kenapa musibah menimpa negara bertalu-talu?

Malaysia diruntun malang. Musibah bertali arus ini boleh sahaja melemahkan kita semua. Kita boleh memilIh untuk tidak berbuat apa-apa atau menghadapinya dengan tabah di samping menginsafi akan kealpaan yang telah kita lakukan selama ini.

Akan tetapi ternyata ada sahaja sekumpulan anggota masyarakat yang tidak mati hati dan mati rasa. Ternyata rakyat Malaysia tidak mudah dikalah oleh musibah yang besar seperti ini.

Kita kagum melihat betapa rakyat di seluruh negara dengan pantas memberi respon yang luar biasa. Sifat pemurah dan mendahului kepentingan orang lain dari keselesaan diri sendiri menyerlah di kalangan rakyat. Bantuan dengan segera mencurah-curah. Dari badan bukan kerajaan (NG ), yang besar dan kecil, yang lama dan baru, semuanya pantas mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan. Demikian juga dari usaha komuniti Masjid dan surau, media, persatuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, semuanya melancarkan tabung mangsa banjir. Makanan, barangan harian, pakaian, peralatan bertali arus dikumpulkan diratusan pusat pemindahan .

Mengkagumkan lagi melihat ribuan aktivis masyarakat dari pelbagai latarbelakang, yang tua dan muda, professional dan petani biasa, pelajar dan suri rumah, ahli agama dan para pendidik, tidak mengira masa, tenaga dan wang ringgit, menyinsing lengan, menghulurkan sumbangan.

Bagaikan mendapat semboyan kecemasan yang disambut tanpa banyak berbicara. Gambar dan berita dilokasi mangsa banjir yang pantas tersebar melalui you tube, fb, whatapps, emel, telefon yang tidak berhenti-henti. menyebabkan semua tergerak untuk mengusahakan operasi dan misi bantuan ke kawasan bencana banjir.

Malah gerakan rakyat secara individu mahupun berorganisasi ada kalanya lebih pantas dan lebih berkesan dari jentera kerajaan sendiri. Mereka mendatangi kawasan-kawasan yang belum tercapai oleh pihak agensi kerajaan. Kawasan yang belum mendapat bantuan kerana terputus hubungan, banyak yang dapat diakses oleh aktivis masyarakat dari pelbagai organisasi.

Rasa keprihatinan dan rasa belas kasihan kepada mangsa mengatasi kepayahan untuk bergerak ke lokasi. Organisasi masyarakat mengembleng semua keupayaan dan kemampuan, mengumpul tenaga sukarela, mendapatkan kenderaan 4x4, menyewa bot dan lori, meredah air dari kampung ke kampung, rumah ke rumah, melalui kawasan yang berisiko.

Meredah arus sungai yang berisiko tinggi dikala banjir memuncak terus tersiar melalui whatapps. Mengkomunikasikan kepada masyarakat bertujuan untuk mendapatkan lagi sumbangan. Media sosial diguna semaksimanya sehingga operasi menjadi viral lebih cepat dari media arus perdana. Rakyat bertindak mengambil inisiatif sendiri tanpa berlengah agar mangsa banjir dapat diselamatkan.

Tidak ada yang merungut untuk meminta bayaran elaun, tiada yang mengeluh kerana tidak mendapat layanan yang baik sebagai sukarelawan. Tiada yang ghairah mencari publisiti. Yang ada cuma keinginan untuk merengankan penderitaan mangsa. Walaupun ada ketika berdepan dengan emosi yang tidak terkawal dikalangan mangsa, semuanya menerima dengan sabar dan tabah walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan mengambil cuti khusus untuk turun ke lapangan mangsa banjir.

BANGKIT SEMULA

Kini setelah banjir mulai reda, air semakin surut, kerja baik pulih, bina semula menjadi fasa yang sangat mencabar. Ada mangsa yang kehilangan segala-galanya. Yang tinggal hanya tapak rumah. Ada yang merenung dan mengelengkan kepala melihat puin-puin serpihan dan saki baki runtuhan rumah kediaman yang tinggal. Tiada yang boleh diguna lagi. Ada yang melihat rumah dan segala alatan yang rosak dan diselimuti lumpur. Tidak terbayang bagaimana harus dimulai untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kami membayangkan perasaan mangsa banjir yang sangat berat bila mereka mula kembali ke tempat masing-masing. Seolah harus bermula dari sifar. Membangun dari tiada.

Akan tetapi, kita boleh memilih untuk hanya mengeluh dan saling menuding jari atau bangkit semula. Seperti Hiroshima, Nagasaki dan Acheh. Kita saksikan mereka boleh melakar sejarah tersendiri. Dari hancur lebur kepada tegak megah berdiri semula.

Sewajarnya harus tercetus keinsafan perlunya kita bermuhasabah terhadap kealpaan kita dalam melaksanakan perintah Allah SWT, memperbetulkan jalan kita yang salah dalam mengendalikan urustadbir pembangunan, membangunkan harga diri sebagai warga yang punya keazaman untuk mencorakkan kehidupan ke arah yang lebih murni. Kita harus melempar jauh ego yang sering menyebabkan kita lupa diri. Sindrom sering menafi kesilapan jangan lagi dibiar menjadi penyakit berpanjangan. Kesilapan kita yang ghairah dengan pembangunan yang tidak harmonis dengan alam, lalu kini kita hidup angkuh dan bermusuh dengan alam, perlu segera diperbetulkan.

Semua ini adalah prasyarat untuk kita mencungkil hikmah dari sebuah musibah .

Kita boleh bangkit semula.

Mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah bangsa yang tabah. Sekaligus kita juga harus membuktikan bahawa kita adalah juga bangsa yang sentiasa berusaha memperbaikki diri sebagai insan yang tahu tanggungjawabnya kepada Penciptanya.

Tidak harus ada yang berpeluk tubuh dan hanya menunggu bantuan. Semua perlu bangkit dengan penuh bermaruah bahawa nasib kita akan berubah hanya sanya bila kita berusaha merubah apa yang ada pada diri kita sendiri.

Ayuh! kita pulih dan bangkit semula. – HARAKAHDAILY 5/1/2015









































































































































Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi ditubuh

HARAKAHDAILY | .

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan langkah dan pendirian kamu.” (Muhammad, 47: 7)

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ

“Orang-orang yang apabila berhadapan dengan penganiayaan dan kezaliman, mereka bertindak membela diri (secara setimpal dan tidak melampaui batas).” (al-Syura, 42: 39)

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

“Memang menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (al-Rum, 30: 47)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ رَأَى مَظْلُومًا, فَلَمْ يَنْصُرْهُ

“Allah melaknat orang yang melihat orang yang teraniaya (dizalimi) tetapi dia tidak bertindak membantunya.” (Riwayat al-Dailami)

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ

“Jika orang ramai melihat orang yang zalim melakukan penganiayaan dan mereka tidak bingkas menghalangnya, maka hampir-hampir Allah akan mengenakan azab kepada mereka semuanya.” (Riwayat Abu Daud)

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ يَفْعَلْ

“Allah ‘Azza wa jalla berfirman: “Aku pasti menuntutbela ( membalas) terhadap orang yang zalim; samaada dalam hidupnya masa kini atau di akhirat nanti. Aku juga akan menuntutbela terhadap orang yang melihat orang yang dizalimi tetapi ia tidak membantunya; pada hal dia mampu membantu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Kami dengan ini mengumumkan Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi telah ditubuhkan pada 23 Disember 2014 .Tujuan gerakan ini adalah untuk menyatakan sokongan dan menggerakkan usaha membela tokoh besar ini yang kini diancam ditahan oleh Interpol secara tidak benar dan sangat zalim.

Mengambil perhatian serius bahawa tindakan Interpol (atas permintaan rejim Mesir) yang mengeluarkan Notis Merah bertujuan menangkap Dr Yusuf Qaradhawi adalah perbuatan jahat yang harus ditentang oleh semua pihak yang cintakan keamanan, keadilan dan demokrasi.

Notis Merah oleh Interpol yang bermakna mencari dan menahan seseorang di mana-mana negara yang menganggotai Interpol adalah rancangan politik yang diputuskan oleh rejim Mesir untuk menghapuskan pengaruh Dr Yusuf Qaradhawi.

Tuduhan yang dilontar ke atas beliau sebagai penjenayah, tidak masuk akal, dan jelas merupakan tindakan terdesak rejim Mesir yang tidak dapat membendung kebangkitan rakyat yang menolak rampasan kuasa oleh tentera.

Rakyat Mesir sehingga kini terus melakukan bantahan, walaupun berhadapan dengan tindakan zalim pihak keselamatan Mesir di kalangan tentera dan polis yang telah menangkap, menculik, menyiksa serta membunuh ribuan rakyat awam. Dalam hanya tempuh setahun, rejim Mesir telah menahan lebih 28,000 rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak, doktor dan jurnalis.

Interpol yang diperalat oleh rejim Mesir yang melabelkan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai penjenayah memperlihatkan agensi polis antarabangsa itu tidak lagi boleh dihormati sebagai badan yang berkecuali dari segi politik kerana apa yang dilakukan oleh pihak rejim jelas adalah tindakan politik untuk menghapuskan musuh politik Presiden Fatah Al Sisi.

Interpol nampaknya tidak mengambilkira laporan PBB dan pelbagai organisasi hak manusia yang jelas menunjukkan rejim Mesir telah melakukan pelanggaran hak manusia yang nyata dan sangat kejam.

Jika badan polis antarabangsa yang berpusat di negara Barat itu iaitu di Lyon, Perancis patuh kepada rejim Mesir, ia akan dilihat melanggar peraturannya sendiri jika dibaca pernyataan yang terdapat dalam penubuhannya iaitu melarang bertindak atas sifat politik iaitu "Tindakan diambil dalam batas undang-undang dalam negara masing-masing berasaskan ruh Deklarasi Hak Manusia Universal. Perlembagaan kami melarang sama sekali sebarang intervensi atau aktiviti politik, ketenteraan, keagamaan atau perkauman". (Action is taken within the limits of existing laws in different countries and in the spirit of the Universal Declaration of Human Rights. Our Constitution prohibits ‘any intervention or activities of a political, military, religious or racial character.)

Kami mengutuk tindakan regim Mesir dan pihak Interpol yang secara terang-terangan bersekongkol untuk menahan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi. Interpol jelas menjadi alat kepada regim Mesir yang juga direstui dan didokong oleh beberapa negara Arab yang lain.

Kami sangat kecewa dan melahirkan kemarahan kami apabila seorang tokoh sebesar Syeikh Qaradhawi yang disegani dan dihormati dunia kini dijadi mangsa kepada tuduhan sebagai penjenayah hanya kerana beliau tegas dengan prinsip menolak kudeta Mesir pada 3 Julai 2013.

Tindakan gila rejim Mesir ini sama sekali tidak boleh diterima malah mesti dikutuk. Rejim ini bukan kerajaan yang sah kerana ia merupakan kerajaan yang ditubuh atas kuasa tentera yang menafi kehendak rakyat yang telah memileh Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden pada pilihanraya 2012.

Kami menggesa kerajaan Malaysia bertindak untuk menyelamatkan maruah beliau dan maruah negara ini sendiri yang telah mengiktiraf dan menganugerah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi sebagai tokoh Maal Hijrah yang membawa mesej kesederhanaan berasaskan kelimuan beliau yang diperakui.

Dengan tidak membela beliau bermakna penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada 2009 yang disampaikan sendiri oleh KDYM di-Pertuan Agong serta dihadiri oleh Perdana Menteri akan bermaksud anugerah itu tidak membawa erti apa-apa. Apatah lagi Perdana Menteri mewar-warkan Malaysia adalah penganut prinsip wasatiyyah yang dikempen sebagai bermakna sederhana. Apa erti wasatiyyah anutan kerajaan Malaysia jika ulama pelopor konsep wasatiyyah itu sendiri tidak dibela.

Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi telah diperakui dunia sebagai ulama yang bersikap sederhana dalam pendekatannya tetapi tetap tegas bila kezaliman dilakukan oleh sesiapapun. Beliau juga jelas menolak gerakan ganas yang ditunjukkan oleh ISIS .

Walaupun ada perbedaan pendapat antara ulama mengenai Al Qaradhawi, namun pemikiran dan keilmuannya yang tinggi dihormati oleh dunia sebagai ulama muktabar sehingga beliau dipercayai untuk memimpin Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa.

Tidak ada yang menafikan keilmuannya dalam dunia Islam. Pendiriannya yang berhujah dengan ilmu yang kukuh mengenai risalah Islam dalam konteks kehidupan manusia masakini, di peringkat global, terutama mengenai keadilan, sangat dihormati.

Kami dengan ini menuntut supaya:

1. Interpol membatalkan Notis Merah untuk menahan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

2. Kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan kedudukannya sebagai anggota OIC dan Majlis Keselamatan PBB untuk menyuarakan bantahannya terhadap keputusan untuk menahan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi oleh Interpol.

3. Kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendiriannya yang jelas menolak pengumuman Notis Merah Interpol ke atas Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi.

4. Umat Islam dalam kalangan ulama, ahli politik, ilmuan dan rakyat hendaklah bangkit membela Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan menolak rancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan pengaruh ulama muktabar yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

5. Semua NGO Islam menggerakkan usaha untuk menyatakan sokongan dan pembelaan ke atas Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi dengan menjelaskan kepada masyarakat kewajipan membela mereka yang dizalimi berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di atas.

1. Mohd Azmi Abdul Hamid
Kordinator Gerakan Solidariti Bersama Dr. Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

2. Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Merangkap Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa cawangan Malaysia

3. Dr Roslan Mohd Nor
Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia

4. Dr. Muhammad Nur Manuty
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR

5. Datuk Mohamad Nor Mansor Al Hafiz
Pengerusi Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak

6. Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

10. Anwar Zainal Abidin
Pemangku YDP Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah

11. Nahar Mohd Nor
Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia

12. Dr Rahmah Hashim
Naib Presiden Wadah
Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)

13. Datin Aminah Zakaria
YDP Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

Sumber HD - 25-12-2014











































































































































Munajat doa keselamatan, kesihatan Al-Qaradhawi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir meminta Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah atau waran tangkap ke atas Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi atas tuduhan bersubahat, menghasut dan membantu untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.

"Ikram berpendapat bahawa waran tangkap ini adalah tindak balas kepada bantahan berteruan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi ke atas Presiden Mesir yang sah dan terpilih secara demokratik, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013," ujar Timbalan Presiden Ikram, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu kenyataan.

Katanya, Ikram berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah seorang ulama kontemporari yang moderat serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.

Beliau berkata, Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang pernah dinobatkan oleh kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah 2009 sentiasa menyeru kepada pendekatan berdialog, berdiskusi dan berwacana selain sentiasa menegah masyarakat Muslim seluruh dunia dari sebarang tindakan subversif dan ekstremisme.

"Beliau juga pernah mendapat tempat ketiga dalam satu undian berkenaan 100 intelek tersohor dunia pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh Prospect Magazine (UK) dan Foreign Policy (US). Hasil undian ini menunjukkan beliau dikagumi oleh barat berdasarkan tahap keintelektualannya dan pendiriannya yang moderat," ujarnya lagi.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam reaksi beliau terhadap waran tangkap tersebut telah menafikan pembabitan beliau malah mempersoalkan bagaimana beliau boleh terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah sedangkan beliau memegang kerakyatan Qatar dan tidak pernah meninggalkan Qatar dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Ikram menggesa kerajaan Malaysia bersikap tegas dan mengambil tindakan segera dengan menggunakan kedudukan Malaysia selaku ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pengaruh dalam Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik dakwaan terhadap tokoh dunia Islam itu.

Tambahnya, Ikram meminta agar Interpol menarik balik waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradhawi kerana pertuduhan ke atas beliau adalah tidak munasabah sama sekali.

"Ikram juga merayu kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat mendoakan keselamatan dan kesihatan tokoh ulama besar tersebut," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 23/12/2014

Dunia Islam harus tolak waran tangkap Al-Qaradhawi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam waran tangkap peringkat kod merah yang dikemukakan ke atas ulama’ tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Waran ini dikeluarkan oleh badan Polis Antarabangsa (Interpol) atas permintaan daripada kerajaan Regim As-Sisi Mesir, yang mengaitkan Al-Qaradhawi, dengan tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vandalisme dan kecurian.

"Sesungguhnya dakwaan ini sangat berat memandangkan ia merupakan fitnah semata-mata," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut catatan dalam buku Thawrah sya'b (Kebangkitan Rakyat), ketika kemuncak kebangkitan rakyat di Mesir, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi tetap mempertahankan pendekatan tunjuk perasaan secara aman walau diminta berkali-kali untuk membenarkan rakyat Mesir menggunakan kekerasan sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis serta samseng upahan Hosni Mubarak.

Kata beliau, walaupun ramai rakyat Mesir yang dibunuh secara kejam, Yusuf Al-Qaradhawi tetap menyeru rakyat Mesir untuk meneruskan perhimpunan serta protes secara aman.

"Beliau adalah individu yang bertanggungjawab menganjurkan agar para pemuda yang menyertai demonstrasi agar menunjukkan akhlak yang baik.

"Beliau juga meminta agar pihak penganjur demonstrasi mengutip sampah membersihkan Dataran Tahrir," katanya lagi.

Keadaan itu, ujar beliau jelas menunjukkan kesetiaan Yusuf Al-Qaradhawi dalam mempertahankan prinsip asas demokrasi serta hak asasi manusia, secara aman tanpa menumpahkan darah.

Atas dasar ini, katanya masyarakat antarabangsa yang mendukung demokrasi seharusnya bangkit dan memprotes sebarang bentuk cubaan untuk merosakkan semangat demokrasi yang semestinya selari dengan Islam.

"Dunia Islam juga seharusnya menolak waran ini," ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan kenyataan di atas, tiada sebarang bukti untuk kaitkan Qaradhawi dengan sebarang aktiviti keganasan.

"Kerajaan Mesir yang mengeluarkan waran ini jelas bersikap 'double standard' dengan memejamkan mata terhadap kezaliman Hosni Mubarak dengan melepaskan beliau dari segala tuduhan, sedangkan kita sedia maklum ramai penggerak Ikhwan Muslimin dinafikan hak demokrasi mereka, dipenjara, diseksa tanpa mendapat perbicaraan yang sewajarnya," katanya.

Justeru, kata beliau Abim menyeru kerajaan agar mengambil pendirian tegas dengan menyokong Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, selaku penerima Tokoh Maal Hijrah 2009.

"Sokongan ini perlu disuarakan atas dasar mempertahankan wacana kesederhanaan sebagai aliran pemikiran utama sejagat.

"Dukungan ke atas Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga menzahirkan komitmen kita ke atas keluhuran amalan demokrasi dan hak asasi manusia," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 22/12/2014













































































































































Revoke red notice on Qaradhawi

MAPIM and SHURA | .


The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) and Secretariat for the Assembly of Ulama of Asia (SHURA) register our strong protest against the International Criminal Police Organization (INTERPOL) which has issued a Red Notice on the 4th of December 2014 for the arrest of Dr Yusof Qaradhawi , the president of the International Union of Muslim Scholars and Wajdy Ghoneim, on charges related to incitement, violence and committing terrorist acts.

The notice on Qaradhawi was a reaction to the request by Egyptian authorities on allegations of “agreement, incitement and assistance to commit intentional murder , helping prisoners to escape, arson, vandalism and theft.”

Sheikh Wagdy Ghoneim is wanted for participating in “crimes of violence, murder, kidnapping, torture and possession of a firearm without license.”

We believe that the Egyptian regime mooted the request in an attempt to wipe out its political opponents by implying that they have been involved in terrorist-related activities , though no evidence has been produced.

On the contrary the Egyptian regime has been proven to have had and is still committing gross human rights violations by suppressing the rising political resentment. Documentation of political repression in Egypt, the spread of torture and enforced disappearances, and the politicization of the judiciary have even been compiled by the UN and human rights organizations.

Amendments to existing laws since the 3rd of July 2013 coup, have been seen as attempts to allow the regime to criminalize press freedom, freedom of expression, and the right to peaceful assembly which have been protected by the Universal Declaration of Human Rights.

The post-coup government has banned the Muslim Brotherhood (MB) declaring it a terrorist organization without any legal justification.

The regime has labeled as ‘terrorist’ even upon journalists and media networks that voiced opinions opposed to the regime . Three Al-Jazeera journalists were sentenced to between 7 and 10 years in prison for covering the news in a manner that contradicted the official version of the events.

Within the last year alone, the AOHR UK reported that arbitrary arrests did not spare anyone including women and children. It is estimated that more than 28,000 Egyptians, including 522 women, 926 minors, 180 doctors, 166 journalists and 234 lawyers have been arrested. More than 118 are political detainees where prisons have become torture cells.

The authorities have also committed several massacres (Rabaa, Al-Nahda, and Al-Manassa) in which thousands of innocent people were killed or injured. No effort has ever been made to seek justice for the victims.

On the other hand, former president Hosni Mubarak and his aides have been found not guilty of killing hundreds of Egyptians during the January 2011 revolution. Meanwhile the coup’s security forces continue to act with full impunity as no attempts have been made to bring to justice any officer implicated in the killing of thousands of Egyptians during crackdowns on peaceful demonstrations.

This record of atrocities and violations, documented by the UN and human rights organizations, is an undeniable fact and evidence that the Red Notice issued for the arrest of Syeikh Qaradhawi and other political opponents is a huge mistake. It will only serve to embolden the Egyptian authorities to commit more crimes and bestow legitimacy on their human right violations.

We remind the officials at Interpol that they are in breach of article (3) of The International Criminal

Police Organization general regulations which stipulate that Interpol, which is bound by the spirit of the Universal Declaration of Human Rights, “is strictly forbidden…to undertake any intervention or activities of a political, military, religious or racial character.”

Issuing a Red Notice for the arrest of prominent figures in cases best described as bogus and farcical will throw Interpol’s trustworthiness into doubt and raise questions about its ability to remain impartial.

The charges leveled against those included in the Red Notice are baseless and devoid of any legal value since they are the same allegations leveled against tens of thousands of Egyptians, some of whom had been sentenced to death.

Charges of incitement contained in the Red Notice require certain conditions to qualify as a crime since incitement consists of persuading, encouraging, instigating, pressuring, or threatening so as to cause another to commit a crime. The inciter must intend the others to engage in the behavior constituting the offence, including any consequences which may result, and must know or believe or suspect that those others will have the necessary means to carry it out.

According to article 33 of the 1951 Geneva Refugee Convention and the additional 1967 protocol “No Contracting State shall expel or return (“refoule”) a refugee in any manner whatsoever to the frontiers of territories where his life or freedom would be threatened on account of his race, religion, nationality, member-ship of a particular social group or political opinion.”

Paragraph (1) of Article (3) of the Convention against Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment stipulates that “No State Party shall expel, return ("refouler") or extradite a person to another State where there are substantial grounds for believing that he would be in danger of being subjected to torture.”

Dr. Yousf Al-Qaradawi is a prominent scholar with a distinguished record of rejecting all forms of extremism. His teachings have centered on the importance of embracing moderation and tolerance not on any that have criminal intentions. The arrest warrant stems from the fact that he has been outspoken in his condemnation of the military coup in Egypt and the human rights violations that have followed.

The International Criminal Police Organization (INTERPOL) is urged to comply with its own rules and regulations and the provisions of international law by withdrawing the Red Notice issued as a result of a request by the Egyptian judiciary and Public Prosecutor.

We call upon INTERPOL to revoke the Red Notices issued for the arrest of Qaradhawi and Ghoneim and refuse to give in to pressures from any side if INTERPOL wishes to safeguard its reputation, integrity and impartiality. This is especially important at a time when the Egyptian authorities are fabricating criminal charges to pursue its opponents.

Mohd Azmi Abdul Hamid , President MAPIM
Abdul Ghani Samsudin , Chairman of SHURA

Sumber HD - 19-12-2014














































































































































Bantah Notis Merah terhadap Dr Yusuf Qaradhawi

.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) membantah dengan keras tindakan Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan Red Notice (Notis Merah) pada 4 Disember lalu bermaksud untuk menahan Dr Yusuf Qaradhawi dan Wajdy Ghoneim yang didakwa terlibat dengan kegiatan menghasut untuk melakukan keganasan dan aksi teroris.

Dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap Qaradhawi, 88, yang tercatat dalam rekod Notis Merah itu ialah “merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri".

Manakala Sheikh Wagdy Ghoneim, 63, pula dikehendakki atas dakwaan “jenayah keganasan, bunuh, culik, menyiksa dan memilikki senjata tanpa lesen".

Kami menarik perhatian bahawa regim Mesir sendiri kini sudah dipersoalkan oleh banyak pihak mengenai penindasan politik, penderaan, penculikan dan keputusan mahkamah yang dipolitikkan di negara tersebut. Pihak PBB dan banyak NGO hak manusia telah mengkritik Mesir yang sewenangnya melabel sebarang penentangan sebagai teroris tanpa sebarang bukti.

Mesir jelas, selepas rampasan kuasa pada 3 Julai 2013 melakukan pelbagai perubahan undang-undang untuk memenuhi agenda regim pemerintah supaya sebarang suara dari mana-mana pihak yang mengkritik dan membantah pemerintah dihapuskan. Regim tersebut melakukan tindakan sewenangnya untuk menindas kebebasan bersuara, kebebasan media serta kebebasan berhimpun secara aman. Padahal ia adalah hak yang diisytiharkan dalam Deklarasi Universal Hak Manusia.

Kerajaan Mesir kini mengharamkan Ikhwan Muslimin sebagai organisasi teroris tanpa sebarang justifikasi undang-undang. Menjadi ahli atau menyokong organisasi tersebut dianggap suatu jenayah yang boleh dihukum.

Manakala jurnalis atau media yang mengkritik regim juga dilabel teroris. Tiga orang jurnalis Al-Jazeera telahpun dihukum 7 hingga 10 tahun penjara hanya kerana mereka didakwa melaporkan berita yang tidak sama dengan versi pemerintah.

Penahanan secara arbitrari yang sudah mencecah lebih 28,000 rakyat Mesir juga melibatkan 522 wanita, 926 kanak-kanak, 180 doktor, 166 journalis dan 234 peguam sepanjang satu tahun yang lalu (laporan AOHR UK).

Lebih parah banduan Mesir disiksa dalam secara tidak berperikemanusiaan. Lebih 118 tahanan politik yang telah mati dalam tahanan sejak rampasan kuasa 3 Julai 2013.

Pihak berkuasa telah melakukan pembunuhan massa dalam insiden Rabaa, Al-Nahda, dan Al-Manassa di mana ribuan orang awam terbunuh dan cedera. Tidak ada sebarang langkah untuk mengheret mereka yang bertangungjawab dalam kalangan polis dan tentera kemuka pengadilan.

Sistem kehakiman Mesir telah runtuh. Pembunuhan beramai-ramai, penjara seumur hidup ke atas penentang politik yang tidak mendapat pembicaraan yang adil, berleluasa. Malah mantan Presiden Hosni Mubarak dan pembantu-pembantunya terlepas dari dakwaan membunuh ratusan rakyat awam pada Januari 2011 sedangkan pihak keselamatan terus melancarkan serangan ke atas rakyat tanpa sebarang belas kesian. Mereka yang ditahan ketika demonstrasi aman disiksa dan dinafikan sebarang rawatan dalam pusat tahanan.

Semua rekod ini yang didokumentasi sendiri oleh PBB dan pelbagai organisasi hak manusia serta media antarabangsa sepatutnya menjadi alasan kenapa Notis Merah ke atas Yusuf Qardhawi tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Interpol atas desakan pihak Mesir. Jika ia diteruskan ia akan menjadi rangsangan kepada pihak berkuasa regim Mesir untuk meneruskan penindasan dan pelanggaran hak manusia.

Kami juga menegaskan tindakan Interpol juga adalah bertentangan dengan Artikel (3) dalam piagamnya yang ditubuhkan dalam semangat Deklarasi Universal Hak Manusia yang menyatakan “adalah dilarang keras, ....untuk melakukan intervensi atau aktiviti yang bersifat apolitik, militari, agama atau perkauman" ( strictly forbidden…to undertake any intervention or activities of apolitical, military, religious or racial character).

Dengan mengeluarkan Notis Merah untuk menahan figur tersohor dalam kes yang sangat jelas boleh dipersoal dan terang-terangan suatu rekaan akan mendedahkan Interpol kepada imej yang tidak boleh dipercayai dan sebuah agensi yang tidak berkecuali. Tuduhan yang didakwa dalam senarai Notis Merah itu tidak berasas dan tidak punya nilai undang-undang. Walhal sebahagian mereka yang didakwa sudahpun dihukum bunuh.

Tuduhan jenayah menghasut dalam Notis Merah itu memerlukan syarat perlakuan memujuk, mengalakkan, merangsang, menekan atau mengugut sehingga seorang itu terpengaruh untuk melakukan jenayah. Hal ini semasekali tidak terdapat kepada Yusuf Qaradhawi dalam perbuatan mahupun dalam ucapannya.

Malah hasutan yang didakwa itu semestinya sangat serius, khusus dan langsung seperti mengeluarkan arahan, membayar, memberi senjata atau secara khusus menyuruh seseorang melakukan jenayah. Tidak ada kenyataan boleh dianggap suatu hasutan jika ia tidak secara khusus membawa maksud menghasut.

Bila kenyataan yang didakwa oleh Notis Merah tidak memenuhi maksud yang khusus bersifat menghasut, maka jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak regim Mesir itu adalah kenyataan politik yang bermaksud untuk menindas siapa sahaja yang mempunyai pendirian yang menentang rampasan kuasa oleh tentera. Tidak ada dalam apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang dituduh yang boleh dianggap suatu jenayah di sisi undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak manusia.

Mengikut artikel 33 Konvensyen Pelarian Geneva 1951 dan protokol 1967 “Tidak ada negara yang memeterai kontrak boleh mengusir atau menyerah seorang pelarian dalam apa bentuk sekalipun kepada mana-mana wilayah dimana nyawa dan kebebasannya diancam atas sebab etnik, agama, kenegaraan, keanggotaan dalam sesuatu kumpulan sosial atau pendirian politik." (No Contracting State shall expel or return (“refouler”) a refugee in any manner whatsoever to the frontiers of territories where his life or freedom would be threatened on account of his race, religion, nationality, member- ship of a particular social group or political opinion ).

Para (1) dalam Artikel (3) Konvensyen Menentang Penderaan dan Layanan Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina atau Hukuman (Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment) menyatakan “Tidak ada negara boleh mengusir atau menyerah kembali seseorang kepada negara lain dimana terdapat alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa dia boleh terdedah kepada penyiksaan." (No State Party shall expel, return ("refouler") or extradite a person to another State where there are substantial grounds for believing that he would be in danger of being subjected to torture)

Dr Yusuf Qaradhawi adalah ilmuan dan ulama tersohor yang mempunyai rekod kesarjanaan yang menolak semua jenis ekstremisme. Pengajaran beliau berteraskan kepentingan kesederhanan dan toleransi. Beliau tidak pernah melontar pandangan kriminal. Waran penahanan berpunca dari kelantangan beliau mengutuk rampasan kuasa di Mesir dan segala pelanggaran hak manusia.

Kami mendesak Interpol mematuhi peraturannya sendiri dan segala peruntukan undang-undang antarabangsa dengan menarik balik Notis Merah terhadap kedua tokoh tersebut yang dikeluarkan atas permintaan kehakiman dan pendakwaan awam Mesir.

Kami mendesak Interpol menarik balik notis tersebut untuk menahan Qaradhawi dan Ghoneim dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.

Pihak pemerintah Mesir kini sedang tercemar dengan imej memalsukan pendakwaan untuk menindas penentangnya. Dunia perlu bangkit menentang kezaliman yang berleluasa dijalankan oleh regim Mesir yang didalangi oleh kuasa imperialis Barat dan didukung oleh pemimpin-pemimpin Arab yang berkepentingan.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Mapim
Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Shura/KUMS Malaysia

Sumber HD - 18-12-2014

Bangladesh must release GRC volunteers

Abdul Ghani Samsudin, Chairman of SHURA and Mohd Azmi Abdul Hamid, MAPIM President | .


The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations ( MAPIM) and Secretariat for the Assembly of Ulama of Asia (SHURA) register its protest over the arrests of three volunteers of the Global Rohingya Center by the government of Republic of Bangladesh.

The detention is clearly unwarranted and unjustified. The GRC has provened itself as a legitimate organization working as a relief entity to attend to the plight of the Rohingya refugees in Bangladesh.

It is perplexing that Bangladesh, while obviously is unable to handle the enormous problem of the refugees, chose to be suspicious to such organization who is extending help. It is unbecoming of a nation which is a Muslim country to base its judgement on prejudices towards efforts by organization who seeks to relief the sufferings of most persecuted minority in the world.

It is a wonder, why the Bangladesh authorities , despite GRC's effort to comply all processes to communicate with the relevant agencies, took the unnecessary measure of detaining the volunteers. On what grounds are these people suspected of any violation?

Why is Bangladesh reflecting a similar behaviour with the Myanmar government which is clearly oppressing the defenseless Rohingya Muslims.

It is certainly unimaginable that Bangladesh is ignorant of the inhuman conditions of the Rohingya refugees who had to endure extreme hardships both in and outside of Myanmar. Bangladesh has even declared closing its border to push back thousands of Rohingya refugees including children and women seeking refuge from the attacks by Rakhine mobs at the height of the 2012 massacre.

While humanitarian consideration should be the reason for at least a sign of compassion, the Bangladesh government , being a Muslim nation , should have also reflected on its obligation to protect lives of Muslims who are under threat.

Having a prejudice attitude towards organizations that are rendering humanitarian help does not augur well for a nation that is already facing the reality of its own population finding greener turfs for economic survival throughout the world.

Bangladesh cannot persist on unreliable information to justify its clamping policy on organizations like GRC which has denied allegations of its members linking with extremist activities.

GRC has shown its record of working to extend humanitarian help to the Rohingya refugees in the IDP camps in the Rakhine state . In collaboration with Bangladesh government they are pursuing to cooperate to relief the pathetic conditions of the Rohingya refugees in camps like Kutupalong ,Teknaf and Cox Bazar in the south of Bangladesh.

While Bangladesh is showing its inability to handle the refugees , it should have gestured to the international agencies to seek help and not to apply unnecessary difficulty for agencies like GRC to function within its capacity .

We are voicing our concern to request the government of the Republic of Bangladesh to unconditionally release the GRC volunteers immediately. As a member of the United Nation (UN) and Organization of Islamic Cooperation (OIC) , the Bangladesh authorities should extend its cooperation to allow all agencies to assist the Rohingya.

We stand in solidarity with the GRC volunteers and demand that all humanitarian aid workers be protected by the Bangladesh authorities in accordance with the international conventions on the protection of aid workers and the laws under the perview of the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Sumber HD - 11-12-2014

















































































































































Menatap wajah citra bangsa dalam sejarah

DATUK DR SIDDIQ FADZIL | .


PENGISLAMAN telah mentransformasikan Melayu dari bangsa yang terkurung dalam kekarutan tahyul dan dongeng menjadi bangsa rasional yang responsif terhadap rangsangan al-Quran agar berfikir (tafakur) dan merenung (tadabur).

Ungkapan tradisi “alam terkembang dijadikan guru” adalah penjelmaan kesedaran Melayu tentang hakikat alam sebagai al-kitab al-maftuh (kitab terbuka) yang memuatkan pelbagai rahsia dan hikmah yang bermanfaat bagi manusia yang dapat memahaminya.

Memang alam adalah ayatu’Llah (tanda yang mengisyaratkan keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah). Justeru, berguru kepada alam dalam tradisi Melayu dapat diertikan sebagai usaha memaknai tanda-tanda pada alam ciptaan Tuhan (ayat al-kawn) dan mengambik iktibar untuk panduan hidup.

Peribahasa Melayu yang mengungkapkan wisdom pusaka bangsa banyak sekali mengangkat objek-objek kealaman: langit, tanah, gunung, bukit batu, air, angina, flora dan fauna.

Pada hakikatnya, bangsa ini mewarisi kekayaan nilai-nilai budaya yang dapat menjadi teras pembinaan watak yang ampuh dan tangguh. Bukankah pada zaman silam bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa pelaut?

Justeru watak bangsa ini banyak terbentuk dalam budaya kelautan yang serba mencabar. Tradisi bahari atau budaya kelautan telah membentuk watak yang kuat, berdaya tahan dan berdaya juang. Di darat banyak tempat selamat, banyak pilihan untuk berteduh dan berlindung, bersembunyi dan berdiam diri, mengelak dan menghindar.

Tetapi di laut tidak banyak pilihan sama sekali. Anak laut tidak dapat lari dari gelombang dan taufan, tidak dapat menghindar dari ribut dan badai. Tidak ada pilihan bagi anak laut selain menghadapi dan menaklukinya dengan sepenuh keberanian dan kekuatan.

Kehidupan dan budaya kelautan mendidik bangsa ini menjadi bangsa bijaksana yang mampu membaca tanda, menafsir isyarat dan menangkap pesan yang dibisikkan oleh angin dan ombak, burung dan ikan.

Demikianlah hakikatnya, tradisi bahari dan etos kelautan telah berperanan besar sebagai wahana pembinaan kekuatan watak yang dicirikan oleh sifat-sifat unggul kemandirian, keberanian, kecekalan, ketangkasan, kepekaan, ketelitian, keyakinan, dan semangat kebersamaan yang kental.

Dalam sebuah kapal di tengah gelora samudera, seluruh warganya dari nakhoda, juru mudi, kelasi hingga seluruh anak kapal dan penumpangnya terpadu dalam kebersamaan menghadapi nasib, timbul atau tenggelam, hidup atau mati.

Ke mana menghilangnya watak bahari yang sedemikian itu? Mungkin kita sudah tercabut dari tradisi besar tersebut. Kita bukan lagi bangsa pelaut yang jaya merajai Samudera, dan tamadun kita pun bukan lagi tamadun maritime yang berpaksikan negara kota perdagangan jalur laut.

Memang kita semakin mengecil di laut, mengecil di darat, dan lebih kecil lagi di angkasa. Tetapi Melayu belum hilang di dunia, dan kerana itu masih ada harapan untuk bangsa ini kembali unggul.

Dalam kaitan inilah relevannya sejarah masa lalu sebagai inspiratory kebangkitan semula. Yang penting adalah usaha membina kekuatan dengan menggali nilai-nilai luhur dari tradisi kita sendiri, termasuk tradisi bahari dan budaya kelautan.

Kembali mengakar pada nilai-nilai luhur warisan tradisi adalah strategi kebangkitan yang telah terbukti kejayaannya dalam sejarah pelbagai bangsa. Dalam masa singkat Jepun mampu bangkit dari kehancuran Perang Dunia Kedua dengan meminjam teknologi moden Barat tetapi tetap mengakar kuat pada nilai-nilai budaya Busyido-Samurai.

Mereka telah menterjemahkan nilai-nilai kepahlawanan tradisional itu menjadi etos keusahawanan dan displin kehidupan sehari-hari. Demikian juga di sebalik kebangkitan China sebagai kuasa besar dunia hari ini sebenarna bukan faham komunisme yang baru mereka kenal beberapa dekad yang lalu, tetapi lebih dilatari oleh nilai-nilai tradisi seperti ajaran Konfusius, agama Buddha dan lain-lainnya yang jauh lebih lama mengakar sejak berabad-abad.

Nilai-nilai luhur warisan tradisi seperti semangat persaudaraan, kebersamaan, gotong-royong dan tolong menolong telah semakin lesu dalam ghairah semangat individualistik dan mementingkan diri. Pada zaman menggilanya nafsu kebendaan sekarang ini, kita menyaksikan semakin pupusnya amal sukarela, dan semakin mengurangnya sesuatu yang boleh diperolehi secara percuma.

Serba-serbinya harus dengan wang, there is no such thing as free lunch. Gejala seperti itulah yang disebut oleh Malik Bennabi sebagai al-fikr al mayyit, pemikiran dan nilai positif yang mati dilanda al-fikr al-mumit atau pemikiran dan nilai asing yang mengganas dan meluluh-lantakkan. Mungkin akan banyak lagi pemikiran dan nilai-nilai luhur warisan tradisi yang akan mati sebagai korban rempuhan globalisasi ketika ini.

Pembinaan watak dan citra bangsa harus meliputi usaha memlihara nilai-nilai luhur warisan bangsa, menggali yang telah lama tertimbus dalam peredaran zaman, dan menyegarkan yang telah layu dalam pertukaran musim.

Secara budaya, sebenarnya bangsa kita bukan tidak memiliki kesedaran tentang keperluan menghidupkan semula warisan yang telah ditinggalkan. Kesedaran seperti itu dapat dirasakan dalam ungkapan tradisional, “mambangkit batang tarandam”.

Ungkapan yang bererti menegakkan semula pohon yang telah tumbang dan ditenggelami air itu mengekspresikan semangat memugar warisan silam. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Penulis ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Sumber HD - 26-11-2014



















































































































































Melayulah yang khianati Melayu

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan kesatuan Melayu hanya boleh diperkukuh dengan Islam. Seruan yang sekian lama diungkap supaya orang Melayu bersatu tidak berjaya direalisasikan adalah kerana kesatuan itu hanya diusulkan atas nama survival politik. Bukan diusul atas kepentingan mengembalikan maruah bangsa berdasarkan acuan Islam.

Rumusan Konvensyen Perpaduan Nasional kelmarin menyimpulkan bahawa perlu ada kerjasama politik antara parti untuk menyelamatkan Melayu. Didakwa orang Melayu akan menjadi senasib dengan Red Indian jika kesatuan parti politik Melayu tidak diusahakan. Soalnya, jika kesatuan itu didasarkan kerana kebangsaan Melayu, maka nasib Melayu sebenarnya bakal menjadi seperti bangsa Arab bukan seperti Red Indian. Bangsa Arab enggan bersatu atas kepentingan Islam maka apa yang terjadi sekarang ialah porak-peranda di rantau Asia Barat.

Soalnya bukankah atas seruan yang sama selama ini, iaitu demi masa depan Melayu, gesaan Melayu bersatu kerap diutarakan, akan tetapi ternyata gagal. Malah sebaliknya berlaku, iaitu perpecahan bukan sahaja berlaku antara parti politik malah juga sesama kepimpinan politik dalam satu parti itu sendiri. Ini telah menyebabkan orang Melayu jadi lemah.

Akibat bangsa Melayu yang sekian lama diasuh menjauhkan diri dari Islam melalui sekularisasi, maka lahirlah Melayu yang sekularis dan Melayu yang korup. Walhasil , kesatuan bangsa tidak dapat dijayakan sebagaimana yang diharapkan kerana pemikiran dan budaya Melayu telah dirosak oleh unsur yang tidak selari dengan Islam, malah bertentangan dengan Islam.

Perhitungan bahawa orang Melayu akan menjadikan seperti Red Indian adalah penilaian yang silap yang bersifat "defeatist" (menyerah kalah tanpa berusaha). Melayu tidak akan senasib Red Indian jika kepimpinan Melayu tidak korup dan tidak menindas bangsa sendiri. Sebenarnya kepimpinan Melayu itu sendiri yang menyebabkan bangsa menjadi terpinggir dek sifat rakus yang menguasai segelintir pemimpin yang mengatasnamakan perjuangan Melayu.

Sebagai contoh Melayu Pulau Pinang terpinggir bukan hanya disedari sekarang malah sejak puluhan tahun yang lalu lagi. Demikian Melayu terpinggir di bandar-bandar seperti di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Seremban, Batu Pahat, Muar, Johor Baharu dan Kuantan bukan sesuatu yang mengejutkan. Sudah lama Melayu tersisih akibat pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu sendiri.

Cukup dengan penyelewengan kuasa ditangan kepimpinan Melayu yang rakus, bangsa Melayu boleh menggadai tanah air, malah bangsanya sendiri. Bangsa Red Indian diusir dan dibunuh di Amerika oleh penceroboh kulit putih. Red Indian tidak dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka dizalimi oleh operasi genosid yang dilancar oleh bangsa kulit putih yang sangat rasis.

Namun bangsa Melayu telah dirosakkan sendiri oleh kepimpinan Melayu dengan menanam nilai hidup feudal serta menkondisikan mentaliti Melayu kepada hidup bergantung. Bangsa Melayu akhirnya menjadi hamba kepada golongan elit yang berkepentingan. Akhirnya bangsa Melayu bawahan terpaksa menerima sikap hidup menyerahkalah dan tunduk kepada nasib mentimun iaitu "menggolek luka, digolek juga luka".

Melayu yang kritikal terhadap pemerintah yang menyalahguna kuasa sering dipandang serong, malah dihadapkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Tidak sedikit memorandum dan tindakan mahkamah yang terpaksa diambil oleh pelbagai kelompok Melayu yang tertindas sepanjang lima dekad sejak merdeka. Pejuang-pejuang Melayu dalam pelbagai wadah termasuk politik, bahasa, tanah, petani, usahawan kecil, peneroka bandar, pendidikan, kebudayaan, kontraktor dan lain-lain menjadi mangsa kepada tindakan pemerintah yang mengguna berbagai kaedah yang mendera bangsa sendiri hanya kerana menzahirkan protes dan menuntut hak.

Melayu sendiri yang menjadi mangsa kepada kerakusan pemimpin yang berkepentingan peribadi sehingga sanggup mengguna kuasa politik untuk menganiayai bangsa sendiri.

Melayu yang diusir keluar dari perkampungan sendiri, dirampas tanah, dipindahkan, dibekukan jawatan, dipenjara, dinafi bantuan, diugut, ditarikbalik biasiswa, diperlaku seolah pendatang asing adalah antara rekod penindasan yang dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri.

Siapa yang menyebabkan tanah Melayu terlepas tangan dan tergadai? Siapa yang menafi hak sekolah agama rakyat? Siapa yang membunuh tulisan jawi? Siapa yang melenyapkan sejumlah perkampungan Melayu? Siapa yang mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Siapa yang mendewa-dewakan pendidikan Barat ? Siapa yang menafikan undang- undang syariah di daulatkan?

Ditambah lagi penyelewengan wang rakyat, pecah amanah dalam agensi Melayu, rasuah dan kecuaian dalam urustadbir, semua ini adalah dilakukan oleh kepimpinan dan petugas dikalangan orang Melayu sendiri.

Jika semua ini dijumlahkan kesannya maka tidak ada yang dapat menafikan pemimpin-pemimpin Melayu-lah yang menjadikan bangsanya senasib dengan kaum Red Indian .

Jadi, jika nasib orang Melayu mahu dijamin atas alasan ujudnya ancaman politik dari kaum lain, yang perlu diinsafi ialah, keperluan membersihkan kepimpinan Melayu itu sendiri, bukan hanya dengan menuding jari kepada kaum lain sampai bila-bila.

Teras berpandangan Perpaduan Nasional dalam masyarakat majmuk hanya boleh dicapaikan dengan prinsip kebenaran dan keadilan Islam. Perkongsian kuasa berteraskan hak dan tanggungjawab antara kaum dengan mengutamakan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain boleh mengujudkan keharmonian yang sangat diperlukan untuk mengekalkan keamanan dalam negara.

Kerangka Perlembagaan Persekutuan yang disepakati perlu dimanfaatkan dengan semangat mengujudkan rakyat Malaysia yang menghormati perjanjian sosial yang selama ini dapat bertahan menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Mempertajamkan sikap perkauman chauvinis akan hanya menyebabkan polarisasi kaum bertambah runcing. Membiarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dikalangan pemimpin mana-mana kaum akan menyumbangkan kepada keruntuhan dan kehancuran negara. – HARAKAHDAILY 25/11/2014

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)

Sumber HD - 25-11-2014

Balak bukan sebesar mancis, tak tahu pembalakan haram?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan amalan rasuah menjadi punca segala kerosakan alam sekitar dan gejala sosial dalam negara ini. Ketamakan mereka yang berkedudukan dan yang berkuasa yang mahu membolot kekayaan melalui rasuah tidak mempedulikan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat sekarang dan generasi akan datang. (Foto hiasan)

Dari kerosakan bukit Cameron Highlands sehingga penyeludupan barangan dan manusia ke dalam negara serta semaraknya penyakit sosial adalah musibah yang berpunca dari rasuah yang tidak dibanteras dengan berkesan dan ketamakan yang menjadi nilai yang menguasai sebahagian peneraju kuasa negara.

Akibat persekongkolan antara tauke dan segelintir pihak berkuasa serta ahli politik yang berkepentingan, rasuah nampaknya menjadi sebahagian dari urusan pentadbiran dan pengurusan negara. Khazanah negara menjadi komoditi paling direbut oleh mereka yang mencari peluang meraih keuntungan lumayan.

Pendedahan terbuka mengenai kepincangan pengawasan Cameron Highlands yang mengakibatkan bencana alam terbaru dan meragut nyawa tidak boleh dipisahkan dari gejala rasuah yang berleluasa.
Kerosakan Cameron Highlands bukan baru. Malah ia bukan tidak boleh dikesan dengan mata kepala para pegawai yang mengawasi kawasan tersebut. Sudah berapa kali tanah runtuh dapat dilihat di merata Cameron Highlands. Akan tetapi pihak berkuasa masih menganggap perlu mengumpul data untuk membuktikan kerosakan bukit tersebut sudah parah dan tidak mungkin boleh dipulih.

Malangnya sementara proses mengumpul data dilakukan, kawasan bukit yang menjadi khazanah
negara itu sudah musnah dirosakkan oleh kegiatan penerokaan tanpa izin. Natijahnya bencana alam berulang lagi dan pihak berkuasa dan ahli politik mula saling menuding jari.

Demikian juga jika dilihat isu pembalakan. Ia kononnya digelar 'pembalakan haram' yang juga berleluasa. Tidak masuk akal pihak berkuasa tidak tahu, pada hal balak bukannya sebesar mancis api yang tidak boleh dikesan. Namun kerana ada pihak yang dibayar untuk menutup mata, maka hutan yang terbaki akhirnya dijadi sasaran untuk dieskploitasi dengan rakus.

Kini menteri yang berkenaan dan pihak media heboh mendedahkan satu kepincangan demi satu kepincangan dalam pengurusan Cameron Highlands. Kewujudan ratusan pekerja luar dan lereng bukit yang ditukar kepada kawasan pertanian yang sensitif telah mengakibatkan penggondolan bukit tersebut secara meluas dan berleluasa sehingga akhirnya berlaku tanah runtuh yang berterusan.

Bagaimana pekerja asing boleh berada di Cameron Highlands dengan seramai itu? Tidak munasabah pihak berkuasa tidak tahu. Kegiatan pertanian dilereng bukit itu boleh dilihat dengan jelas dan pekerja asing memenuhi kawasan itu. Kenapa kegiatan yang bertahun-tahun lamanya itu terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab?

Soalnya insiden bencana alam yang kerap berlaku bukan tidak boleh dielakkan. Pembangunan yang dihadkan, prosedur yang diketatkan serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas sepatutnya boleh mengelakkan bencana dari berlaku. Namun akibat penyelewengan dan persekongkolan antara pengusaha yang tamak dan pentadbir yang mudah disogok, kerosakan alam berleluasa dan negara kerugian berjuta ringgit.

Kini pihak SPRM telah mengumumkan akan menempatkan pejabat cawangan di Cameron Highlands yang dikatakan akan mengawasi perlakuan rasuah.

Pertanyaan kami ialah, bagaimana pula dengan sekian banyak kawasan lain yang juga sedang berhadapan dengan pemusnahan alam. Apakah tidak ada kemungkinan gejala rasuah banyak berlaku.

Adakah SPRM akan menempatkan pegawai di kawasan-kawasan tersebut?
Betapa banyak aduan yang telah disampaikan kepada SPRM mengenai pelbagai kes salah guna tanah dan kelulusan yang tidak mengikut prosedur, namun rakyat yang mengadu masih menyaksi projek yang dibantah terus dilaksanakan tanpa sebarang tindakan.

Kami memang mengalu-alukan laporan audit negara yang dikeluarkan saban tahun yang mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran pelbagai agensi kerajaan. Ketua Setiausaha Negara telah mengumumkan bahawa tindakan corrective (menambahbaik) dan punitive (tindakan disiplin) sedang dilakukan.

Namun kami mendapati masih banyak kes yang terlepas dari tindakan untuk membanteras penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian. Ia bukan sahaja merugikan berbilion ringgit wang awam tetapi juga mengakibatkan kerugian harta dan kehilangan nyawa manusia.

Kami menegaskan jika kerajaan tidak serius membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, lambat laun negara akan hancur dan tergadai di tangan pemberi dan penerima rasuah. Menjadi pengetahuan umum betapa banyak projek yang mendapat penilaian yang kritikal dari agensi kerajaan sendiri, namun akibat lobi dan pengaruh yang kuat dari pihak syarikat ke atas pihak yang memegang kuasa dan berkepentingan, projek yang membawa risiko kepada kemusnahan alam sekitar tetap diteruskan.
Pengumuman terakhir ialah apabila Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar seangkatan anggota PDRM dan ATM dihantar ke kawasan Cameron Highlands supaya mengawasi dan mengesan pekerja asing tanpa izin (Pati) yang dikatakan berkeliaran di Cameron Highlands.

Sekali lagi kami menegaskan reaksi seumpama ini yang bersifat spontan hanya di kala media mendedahkannya secara meluas tidak akan menyelesaikan isu tersebut. Menghantar angkatan tentera bagaikan suatu operasi perang besar belum boleh dikatakan kerajaan serius.

Inti kepada masalah yang perlu diatasi sebenarnya terletak di tangan penguasa di pentadbiran Kuantan dan Putrajaya. Kesungguhan melakukan pembersihan dalam pentadbiran dan memastikan campur tangan politik tidak berlaku adalah tindakan utama jika kerajaan benar-benar serius mahu memelihara kawasan sensitif seperti Cameron Highlands. - HARAKAHDAILY 23/11/2014

Penulis ialah Presiden Mapim.

Sumber HD - 23-11-2014





















































































































































Caj arak: Pengguna ada hak boikot MAS - Murshid

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berpendapat pengguna berhak menggunakan kuasa mereka untuk memboikot MAS ekoran tidak bersetuju dengan caj arak automatik dalam setiap tiket penerbangan syarikat itu.

Zaharuddin berkata, MAS perlu merubah dasar itu atau bersedia berhadapan resiko diboikot jika mahu terus melaksanakannya.

"Mas perlu pertimbangkan perkara tersebut dan jika ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pendedahan itu dan hendak memboikot MAS, pada saya tidak salah.

"Mereka ada hak dan boleh menggunakan kuasa pengguna yang dimiliki. Jika MAS tidak berganjak dengan keputusan untuk terus menghidangkan arak dalam penerbangan mereka, mereka perlu tanggung akibat," katanya dipetik Akhbar Sinar Harian.

Menurut beliau lagi, kerajaan perlu memainkan peranan dalam merubah dasar itu kerana mereka mempunyai kuasa berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi katanya orang bukan Islam sendiripun tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak.

"Apa yang menjadi keutamaan pengguna sewaktu hendak membeli tiket kapal terbang adalah sama ada harga tiket murah atau tidak dan adakah jadual penerbangannya tepat dan keselamatan mereka terjamin?

"Rakan-rakan bukan Islam dan kerap menaiki penerbangan mengaku bahawa mereka tidak pernah mengambil kira faktor sama ada sesuatu penerbangan itu ada jual arak atau tidak, adakah pramugarinya seksi atau tidak, ketika hendak membeli tiket. Tidak pernah ada dalam pertimbangan mereka," lapor akhbar harian berbahasa Melayu itu lagi.

Ditanya, adakah pengguna Islam yang membeli tiket termasuk caj arak tersebut berdosa, Zaharuddin berkata, pembeli tidak menanggung dosa sebaliknya pengurusan MAS yang berdosa dalam keadaan tersebut.

"Niat pembeli hendak beli tiket dan bukan hendak beli arak tetapi pengurusan MAS pula menyediakan caj hidangan yang terdapat arak dalam menu mereka," katanya.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan pendedahan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk caj hidangan dalam pesawat termasuk arak.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Pendedahan mengejutkan itu sekaligus mengundang keresahan pengguna penerbangan itu khususnya beragama Islam, yang melihat tindakan itu seperti memaksa mereka bersubahat dengan minuman beralkohol itu. - HARAKAHDAILY 19/11/2014
LAPORAN BERKAITAN :

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

Sumber HD - 19-11-2014

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

"Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti supaya semua kualiti binaan yang disyaratkan kepada kontraktor dipatuhi.

Kontraktor yang mendapat kerja untuk melaksanakan projek rakyat sepatutnya dipantau dengan teliti dan kontraktor yang dipilih memenuhi syarat tender mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka yang dilapor diambil tindakan oleh SPRM adalah petanda bahawa kemungkinan projek yang dilaksanakan di Parlimen yang lain juga tidak memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Kami berpendapat mengguna kesempatan meraih keuntungan lumayan dari sebuah skim yang diperuntukkan untuk membantu golongan miskin adalah suatu pengkhianatan besar.

Apa lagi jika berlaku mereka yang bertanggungjawab memantau perlaksanaan projek tersebut juga bersekongkol sehingga golongan miskin menjadi mangsa kepada salah urus peruntukan.

Kami kesal pihak bertanggungjawab tidak bertindak dari awal lagi untuk memastikan projek untuk golongan miskin tidak disalahguna oleh pihak tertentu. Ratusan juta ringgit yang diperuntukkan dari wang awam sering disalah urus dan disalah guna sehingga berlaku ketirisan yang merugikan rakyat dan negara.

Kami mengambil perhatian serius bila program untuk membantu rakyat termiskin sering terdedah kepada penyalahgunaan peruntukan dan terdedah kepada percaturan politik pihak tertentu.

Anugerah kontrak melalui hubungan politik dan bukan berdasarkan merit dan kemahiran yang sepatutnya diutamakan adalah punca kepada kualiti binaan yang tidak memenuhi syarat.

Teras menegaskan ketirisan dalam penggunaan peruntukkan untuk membantu rakyat miskin tidak boleh dikompromi. Bukan sahaja ia adalah petanda peruntukkan disalahguna malah ia menunjukkan pihak berkuasa tidak efisien dalam menguruskan peruntukkan.

Kami melihat isu ini mendedahkan kelemahan pengurusan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa slogan kerajaan adalah pembela rakyat miskin boleh dipersoalkan.

Rakyat miskin terutama di luar bandar tidak boleh dijadi alat untuk kepentingan politik musiman dan bantuan yang bersifat kosmetik untuk meraih sokongan rakyat adalah suatu penghinaan kepada rakyat itu sendiri.

Kami menggesa supaya projek pembinaan atau baikpulih rumah rakyat miskin sama ada di luar bandar mahupun di bandar dipantau melalui sebuah badan yang khusus bagi memastikan segala syarat kontraktor serta kualiti pembinaan memenuhi speksifikasi yang dikenakan.

Pemantauan penganugerahan kontrak tidak boleh ditentukan melalui saluran politik. Amalan mengguna saluran politik yang selama ini digunapakai adalah punca kenapa pelbagai penyelewengan projek kerajaan berlaku.

Skim bantuan membina rumah rakyat miskin yang sering menjadi rebutan kontraktor kelas F akhirnya memberi peluang kepada ahli poltik menggunakannya untuk menyalurkan kontrak kepada kroni dalam jaringan politik masing-masing.

Amalan kronisme politik ketika mengendali projek rakyat inilah yang selalunya mengganggu pentadbiran agensi kerajaan bagi memastikan kualiti kerja kontraktor menepati syarat.

Sering berlaku keputusan dalam proses saringan menganugerah projek dicampurtangan oleh golongan politik sehingga jaminan kualiti kerja ketika menyiapkan projek diketepikan. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014























































































































































Malaysia di ambang defisit moral

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius terhadap gaya hidup umat Islam kini terutama dalam kalangan generasi muda yang sedang kuat dipengaruhi oleh unsur luar yang bercanggah dengan Islam. Gejala ini perlu dipulih segera. Kepincangan akhlak kini memberi tanda bahawa Malaysia khususnya masyarakat Islam menuju ke arah bukan sahaja defisit kewangan malah juga "defisit moral".

Malah "defisit moral" inilah yang menjadi punca kepada defisit kewangan. Amalan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pelbagai aktor seperti ahli perbankan, ahli professional, ahli politik, pembuat dasar, penguatkuasa undang-undang, anggota kehakiman serta ahli media terlibat dengan pelbagai skandal yang menyebabkan berbilion ringgit dalam perbendaharaan negara tiris dan disonglap.

Dengan "defisit moral" kami maksudkan ialah keadaan masyarakat yang melihat yang baik sebagai buruk dan sebaliknya yang buruk dilihat baik. Ia juga ditandai dengan keburukan moral (kemungkaran) lebih banyak diterjemahkan berbanding nilai kebaikan. Dengan itu penerimaan atau bersikap pasif terhadap sebarang keburukan moral dilihat sebagai suatu yang biasa. Masyarakat Islam juga kini dijangkiti sindrom "defisit moral".

Oleh sebab modal moral sangat lemah berbanding dengan mementingkan diri dan nilai kepada modal wang, maka kepincangan dalam pengurusan dan urustadbir negara menjadi lumrah.

Lalu, kini, sikap tidak peduli menjadi sikap yang dominan dalam masyarakat. Akibatnya berlakulah kerosakan akhlaq yang berleluasa, rasuah menjadi kebiasaan, jenayah dianggap sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan, buang anak menjadi berita yang lazim, penceraian suami isteri dianggap normal, semua amalan yang korup boleh diselindungi dengan sogokan wang, pembohongan dan pemalsuan berita dianggap kebiasaan, merampas hak dan meminggir yang lemah diperkira sebagai nasib yang telah ditaqdirkan.

Ditambah pula jati diri umat terjejas dengan gejala sosial yang semakin parah seperti penagihan dadah, HIV/AIDS, pergaulan bebas, buang anak, pelacuran, bunuh diri, penceraian, arak, judi, black metal, mat rempit, pornografi, jenayah, gansterism, buli. Semua gejala ini adalah akibat dari ketiadaan program pengukuhan jati diri negara yang konsisten dan penerapan moral yang berkesan.

Kami kesal keadaan ini tidak dapat dibendung dengan sistem pendidikan formal dan tidak formal yang sedia ada serta juga tidak dapat diatasi dengan undang-undang yang digubal sejak zaman penjajahan British sehingga pelbagai Akta yang dilulus oleh Parlimen dari dahulu sehingga sekarang. Lebih menggawatkan lagi apabila penguatkuasaan undang-undang dibantah oleh kelompok sekular-liberal yang kononnya tidak mahu ”pengawasan moral” (moral policing) dilaksanakan di dalam negara ini.

Akibat rempuhan gelombang globalisasi yang sangat deras, budaya hidup umat Islam telah mengalami perubahan yang besar. Budaya global telah mengikis budaya hidup Islam dikalangan masyarakat Islam dan memutuskan akar tradisi bangsa. Pengaruh budaya hidup Barat terutama dari Amerika menjadi trend dominan dalam kalangan umat Islam.

Malangnya ada kelompok penghibur dan golongan elit yang menonjolkan dan mempromosi nilai dan gaya hidup yang sarat dengan pengaruh budaya Barat yang bercanggah sama sekali dengan Dasar Budaya Kebangsaan berteraskan budaya Islam.

Ditambah buruk lagi media massa turut menyemarakkan gaya hidup dan budaya sosial yang liberal dan tidak bermoral. Rancangan TV dan pesta serta konsert yang ditaja jutaan ringgit tidak membantu memperbaiki akhlak umat. Sebaliknya menyebabkan budaya hidup liar semakin ketara dan dianjur oleh pihak tertentu termasuk yang direstui oleh pemerintah sendiri.

Kami dengan ini mengesa Dasar Kebudayaan Kebangsaan dipertegaskan dengan memastikan segala acara sosio-budaya hendaklah diselaras dengan semangat dan warisan budaya umat Islam. Dasar ini perlulah mempunyai kekuatan undang-undang agar ia dihormati dan dipatuhi dalam sebarang acara sosial yang hendak dianjurkan.

Kawalan melalui penapisan sendiri (self-censorship) semua media massa hendaklah disemak semula kerana ternyata ia tidak berkesan untuk mengekang gejala sosial akibat pengaruh media massa yang semakin rancak menonjolkan budaya liberal Barat.

Kerajaan perlu tegas dalam usaha untuk membanteras gejala sosial melalui kuasa undang-undang di samping menyebarkan kesedaran kepada masyarakat. Ketegasan dalam meluluskan lesen pusat hiburan, judi dan arak, anjuran konsert, pertunjukkan fesyen yang melanggar nilai dan budaya Islam hendaklah diperketatkan demi memastikan gejala sosial tidak terus berleluasa.

Kami menegaskan penguatkuasaan undang-undang untuk menyekat dan membanteras gejala sosial seperti pengedaran dadah serta pusat hiburan liar sepatutnya sudah lama boleh dibenteras.

Kami kesal tidak wujudnya keselarasan antara aktiviti penerapan nilai murni dengan kelulusan sesuatu program yang bercanggah dengan nilai yang diterapkan itu. Sepatutnya semua program hendaklah saling mengukuhkan antara agensi kerajaan agar tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh dasar penerapan Islam oleh JAKIM tidak sepatutnya disanggah oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan atas nama mengalakkan pelancongan.

Oleh sebab itu kami mengesa agar pengiklanan dalam semua media massa termasuk TV, papan iklan, poster, akhbar dan majalah perlu diperketatkan melalui peraturan undang-undang supaya penonjolan gaya wanita dalam bentuk yang lucah dan simbol seksual secara stereotaip sebagai pelaris produk atau perkhidmatan hendaklah diharamkan. Tindakan ini tidak seharusnya dibatalkan oleh agensi yang lain atas alasan hak perniagaan dan pertumbuhan ekonomi. – HARAKAHDAILY 10/11/2014

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

Sumber HD - 10-11-2014






















































































































































Dasar liberal k'jaan gagal tangani krisis sosial masyarakat

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .
Malaysia kini menjurus kepada negara yang semakin liberal dalam mengendalikan isu sosial dalam masyarakat.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menegaskan sejak sekian lama pembangunan negara dikendalikan, namun berdasarkan trend gejala sosial yang dapat diperhatikan kini, kami merumuskan kerajaan mengamalkan dasar liberalisme dalam menangani isu sosio-budaya dan pembangunan insan gagal dilaksanakan secara berkesan .

Kami berpendapat kerajaan perlu segera menyemak semula model pembangunan yang digunapakai sekarang jika negara ini mahu menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bermaruah dan berakhlaq tinggi.

Anjakan yang besar dalam aspek pembangunan insan perlu dilakukan untuk mengelakkan negara berterusan dijangkiti krisis sosial seperti yang dialami oleh negara Barat. Akibat mengguna ukuran pembangunan Barat sebagai penanda aras untuk mencapai negara maju, penyakit sosial yang melanda masyarakat Barat kini juga berpindah dan menjangkiti masyarakat tempatan di negara ini.

Apabila model pembangunan yang terlalu menekankan soal pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal dengan projek-projek yang berskala mega, aspek pembangunan insan terabai. Natijahnya krisis sosial semakin meruncing dan berleluasa dikalangan masyarakat.

Pembangunan insan yang pernah diketengahkan oleh kerajaan pada satu ketika dahulu tidak mendapat tempat dalam pentadbiran sekarang. Menunjukkan kerajaan tidak konsisten untuk memberi perhatian kepada membangun sumber manusia sebagai strategi penting bagi mencorak sahsiah negara. Jika adapun pembangunan sumber manusia dilaksanakan ia labih menekankan dari segi kemahiran dan teknologi, bukan dari segi kekuatan jati diri dan sosio-budaya .

Kerajaan maseh gagal menerima hakikat bahawa model pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan sekarang tidak mengambilkira kepincangan sosial yang melanda rakyat. Kesan dari pembangunan insan yang terabai, menyebabkan keruntuhan akhlak dan ketidakstabilan sosial berleluasa.

Krisis akhlaq dapat dilihat dari sejumlah isu sosial yang semakin meruncing, tanpa ada tanda menunjukkan ia akan berkurangan.

Penyalahgunaan dadah , sumbang mahram, buang anak, lepak, bohsia, ketagihan arak, zina, judi, lesbian dan gay adalah gejala yang semakin banyak dilaporkan oleh media.

Demikian juga kadar perceraian , jenayah dan gangsterism, pornografi dan pelacuran, metroseksual, lumba haram, mat rempit, black metal, gaya hidup artis yang negatif, pergaulan bebas dan hubungan luar nikah serta hiburan liar yang melampau.

Diperingkat pentadbiran pula berlaku rasuah, kronisme, salahguna kuasa, kecuaian, pembaziran dalam perbelanjaan pengurusan, perebutan jawatan, perlantikan bukan berdasarkan merit dan pecah amanah.

Semua gejala ini menandakan kerapuhan akhlaq sedang melanda rakyat disemua peringkat. Punca utama dari semua ini adalah apabila kerajaan tidak memberi tumpuan kepada transformasi manusia menurut acuan yang sepatutnya iaitu acuan Islam.

Kami mendapati keghairahan kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, tidak mengguna acuan sendiri seperti yang diwar-warkan dalam wawasan 2020. Sebaliknya acuan sendiri yang dikatakan dalam Wawasan 2020 itu tidak pernah wujud. Kerajaan mengguna kerangka sekular yang meletakkan peranan agama terpisah dari pembangunan negara. Jika adapun unsur agama, ia maseh bersifat pinggiran, bukan penentu dasar negara. Acuan Barat berintikan ekonomi kapitalis dan sosial-budaya berasaskan nilai liberal moden maseh kuat dijadikan acuan membangunkan negara ini.

Pemikiran Islam liberal yang sering diungkit oleh pemimpin negara, sebenarnya digunapakai oleh kerajaan sendiri bila mahu mengatasi pelbagai gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Kerajaan bersikap liberal dengan banyak aspek pembangunan. Meluluskan hiburan yang melanggar syariat, mengekalkan industri judi dan arak, membenarkan pelbagai penerbitan majalah, novel, drama dan filem dalam dan luar negara yang berunsur lucah dan semi lucah, menganjurkan sendiri acara budaya yang tidak secocok dengan syariat dan maseh ada budaya sambutan hari tertentu yang mengandung persembahan berunsur kesenian yang mungkar melibatkan kaum wanita dan pria yang berpakaian tidak sopan .

Akibat dasar liberal ini ia telah membawa kesan yang parah dalam aspek sosio-budaya rakyat yang merosakkan pemikiran dan mengikis jati diri masyarakat terutama generasi anak muda.

Kini semua gejala sosial yang sering dibangkitkan dalam pelbagai ceramah agama dan majlis-majlis forum, tidak dapat menyelesaikan pelbagai isu yang berkaitan selain hanya mengungkapkan contoh yang sedang terjadi dalam masyarakat. Keluhan para penceramah dalam sesi motivasi agama tidak dapat membentengi rakyat dari terdedah kepada gelobang dan arus kemungkaran yang jauh lebih kuat akibat kerajaan bersifat liberal dalam hal tersebut.

*Penulis adalah presiden Mapim

Sumber HD - 8-11-2014

Controversial Bangladesh court verdict condemned

Abdul Ghani Samsudin, Chairman of SHURA and Mohd Azmi Abdul Hamid, MAPIM President | .


The Secretariat for the Assembly of Ulama of Asia (SHURA) and the Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) condemn the recent Bangladesh Supreme Court decision to uphold the death penalty handed down for another Jamaat-e-Islami leader for atrocities alleged to have been committed more than four decades ago.

The latest victim of these death sentences by an all out political cleansing of the leaders of Jamaat Islami by the government is Mohammad Kamaruzzaman, 62, assistant secretary-general of the party.

Leaders convicted and sentenced from the Jamaat Islami of Bangladesh by the Bangladeshi regime so far has reached 12 since January 2010.The politically motivated trials conducted by the controversial war crimes tribunal, set up by Prime Minister Sheikh Hasina's government in 2010 , has been criticized by international bodies. Unfortunately this was adamantly ignored by the regime, reflecting its ultimate motive to crush all Islam- inclined voices that oppose the secular regime.

We vehemently register our protest. The nationwide protests by supporters of the Jamaat party are a clear equivalent action to the people of Egypt when hundreds of Muslim Brotherhood leaders are being oppressed by the Egyptian regime.

Similar judgments against other Jamaat officials last year plunged the country into one of its worst crises. Tens of thousands of Jamaat activists clashed with police in various protests that left some 500 people dead.

With the protest, which will create national instability, the government now wants to get over with the entire verdict hurriedly as it has done with the verdicts. Though this may cause a major political risk, the regime is determined to crush the Islamist opposition , turning the government into an anti Islamic regime.

We call on Prime Minister Sheikh Hasina to stop this outrageous act of vengeance . Bangladesh being a Muslim nation but ranked as one of the poorest countries on the planet should focus itself on giving her people a decent life. Millions of Bangladeshis have migrated to seek jobs elsewhere due to the very bad economic conditions in the country.

It is also infested with high corruption due to low wages and the inability to fulfill the basic needs of its people such as housing needs, clean water, health care and education. Bangladesh has being lagging too in terms of state of governance. It definitely does not need a political crisis of such scale and the creation of a people's uprising to drag the country into a failed nation.

We call on the international community to act upon the Bangladeshi government for its gross human rights violations. The judiciary murder of Jamaat Islami leaders cannot be allowed to proceed unhindered.

Allowing the regime to continue its oppressive stand against its opposition is tantamount to launching a political cleansing of dissenting voices.

We urge the Malaysian government to voice its concern in the OIC and the UN on the situation in Bangladesh and to send a strong message to the government of Bangladesh that such action will jeopardise its position as a credible government.

We call all international Islamic organizations to protest against the Bangladesh government for the oppressive measures on the Jamaat Islami leaders by the Hasina regime . We urge that a solidarity movement for the leaders of Jamaat Islami of Bangladesh be launched.- ES

Sumber HD - 7-11-2014






















































































































































Bagaimana harta wakaf jatuh ke tangan bukan Islam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengambil perhatian bahawa Majlis Agama Islam diamanahkan menjaga tanah wakaf.

Oleh itu, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid adalah wajar harta wakaf yang telah jatuh ke tangan orang bukan Islam perlu diambil balik oleh Majlis Agama Islam.

"Kecuaian dan penyelewengan menguruskan hartanah wakaf mestilah diperbetulkan dan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajar," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa selain isu Tanah Rizab Melayu yang semakin mengecil, pihak kerajaan juga perlu segera atasi isu pembangunan harta wakaf demi memastikan aset ummah tidak terbiar dalam keadaan tidak produktif.

Status pendafataran tanah wakaf yang tidak jelas dan berlaku penyelewengan yang menyalahguna tanah wakaf menyebabkan aset umat Islam banyak yang tidak produktif, terbiar dan ada yang berpindah tangan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kerajaan belum nampak bersungguh menjaga aset tanah wakaf sehingga pelbagai saranan yang dikeluarkan dalam seminar dan persidangan belum lagi memperbaiki status pengurusan tanah wakaf sebagaimana yang diharapkan.

Kami mendapati masih lagi terdapat pemegang-pemegang hartanah wakaf yang tidak terurus dan terbiar.

Badan yang bertanggungjawab mendaftar dan semua tanah wakaf belum mengemaskini data dan kondisi tanah wakaf yang ada sekarang. Hartanah wakaf yang dipegang oleh berbagai pemegang menyebabkan harta tanah tersebut ditadbir secara berasingan tanpa keseragaman pengurusan dan pembangunannya.

Masalah yang perlu diberi perhatian ialah Kanun Tanah Negara (KTN) tidak mengujudkan suatu bab khas mengenai tanah wakaf dan segala peraturan yang perlu untuk menjaga pembangunan tanah wakaf. KTN dalam Bab 30 hanya mencatat mengenai kebenaran mendaftarkan tanah wakaf. Sepatutnya klausa yang jelas perlu diwujudkan untuk memastikan peraturan dan kaedah pendaftaran yang cepat, murah dan mudah sekaligus peruntukan undang-undang dinyatakan mengenai peraturan pembangunan tanah wakaf.

Wakaf adalah terkeluar daripada senarai 1, senarai Persekutuan di bawah Perlembagaan. Dengan itu untuk mewujudkan keseragaman, undang-undang mengenai wakaf hendaklah dibuat mengikut perlembagaan, perkara 76 (1)(B).

Pelbagai masalah dalam ketetapan jenis wakaf masih wujud. Ketetapan jenis wakaf selalunya dirujuk kepada surat cara tanah wakaf yang disimpan di bank. Sesetengah surat cara tidak dapat dibaca sebab terlalu kabur. Ini menimbulkan masalah bila ada tuntutan-tuntutan hak dari pewaris. Tuntutan ini menyukarkan usaha-usaha membangunkan tanah wakaf.

Kekaburan juga boleh menyebabkan cadangan pembangunan atau kemajuan yang dilakukan ke atas tanah wakaf bercanggah dengan maksud wasiat atau pewakaf.

Di samping itu ada lagi masalah tambahan iaitu kekurangan dana untuk tujuan pengurusan hartanah wakaf. Kekurangan kewangan atau modal adalah satu masalah utama untuk membangunkan tanah wakaf. Sumber kewangan Majlis Agama Islam amat terhad.

Perkara ini disebabkan kebanyakan hasil pendapatan dan harta wakaf digunakan untuk perbelanjaan pengurusan wakaf. Perbelanjaan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan pentadbiran wakaf kadang kala melebihi daripada pendapatan tahunan untuk sesuatu wakaf. Sumber kewangan daripada kerajaan pusat atau negeri tidak diperolehi untuk kos penyelenggaraan.

Pendapatan dari sewa hartanah wakaf yang diperolehi Majlis Agama Islam, terpaksa diagihkan untuk membayar cukai pintu kepada kerajaan tempatan. Sementara itu pula kadar sewa yang terlalu rendah dan terdapat tunggakan sewaan telah membebankan Majlis Agama Islam untuk mengurus hartanah wakaf dengan berkesan. Tanpa kakitangan yang mencukupi, pungutan sewaan tidak dapat dilakukan. Manakala sistem kutipan sewaan agak lemah, di samping ketiadaan penguatkuasaan yang berkesan.

Kami juga mendapati pengurusan harta wakaf tidak mendapat kerjasama daripada badan-badan berkanun seperti Uda, Mara, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain.

Pihak bank dan institusi kewangan Islam dan koperasi juga agak keberatan memberi kerjasama. Bank melayan Majlis Agama Islam sama seperti sebuah syarikat perniagaan tanpa mengambil pertimbangan untuk memberi pinjaman tanpa riba dengan kadar bayaran pinjaman yang berpatutan demi membangun tanah-tanah wakaf untuk kepentingan ummah.

Terdapat beberapa isu lain lagi yang menghalang pembangunan harta wakaf iaitu:

1. Isu halangan fizikal: Iaitu masalah penempatan semula penduduk jika pembangunan hendak dilaksanakan ke atas satu-satu tapak tanah wakaf.

2. Isu pengetahuan mengenai pembangunan tanah wakaf iaitu pengetahuan masyarakat mengenai harta wakaf amat terbatas. Perkara ini menyebabkan keengganan penduduk memuliakan pembangunan tanah wakaf.

3. Isu nilai tanah iaitu nilai tanah yang tinggi telah menyulitkan lagi pembangunan hartanah wakaf yang terpaksa dibeli balik kerana telah terlepas ke tangan orang bukan Islam.

4. Isu Pembangunan dan Persekitaran: Kebanyakan bangunan di atas tanah-tanah wakaf adalah dalam keadaan buruk dan usang. Susunan rumah-rumah terlalu rapat dan kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan zink.

5. Isu sistem pungutan sewa yang tidak sistematik dan kurang kawalan: Kakitangan yang tidak cukup mengakibatkan masih terdapat banyak lagi tanah wakaf yang belum diproses pindah milik kepada pihak Majlis Agama Islam. Kekurangan data yang lengkap mengenai tanah-tanah wakaf dan penghuni-penghuninya menyebabkan sewa tidak dipungut. Kekurangan kakitangan juga telah menyulitkan pungutan sewaan ke atas bangunan-bangunan yang penghuninya diketahui.

6. Isu penyewa hartanah wakaf oleh bukan Islam. Terdapat harta wakaf disewa kepada orang bukan Islam. Padahal pewakaf telah mengamanahkan harta wakafnya digunakan untuk pembangunan ummah dan bukan sebaliknya.

7. Isu ketiadaan objektif dan matlamat yang jelas. Konsep pembangunan tanah wakaf untuk jangka pendek dan jangka panjang tidak jelas. Manakala Majlis Agama Islam tidak mempunyai suatu program atau cadangan pembangunan yang jelas, sama ada dalam jangka pendek mahupun program jangka panjang untuk merancang pembangunan tanah wakaf.

8. Isu tanggapan negatif ke atas pembangunan yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam iaitu keengganan penghuni menerima cadangan pembangunan kerana mempunyai kepentingan tertentu yang khuatir kepentingan mereka akan hilang.

Kami mengambil perhatian bahawa Majlis Agama Islam diamanahkan menjaga tanah wakaf. Oleh itu adalah wajar harta wakaf yang telah jatuh ke tangan orang bukan Islam perlu diambil balik oleh Majlis Agama Islam. Kecuaian dan penyelewengan menguruskan hartanah wakaf mestilah diperbetulkan dan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajar.

Kami amat kesal wujud tanah tanah wakaf yang telah disalahguna dan telah terlepas kepada pihak bukan Islam yang menyalahi dan bertentangan dengan niat pewakaf. Harta pewakaf mestilah dilindungi untuk meneruskan ketakwaannya kepada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 2/11/2014

Sumber HD - 2-11-2014

Banyak Tanah Rizab Melayu terlepas kepada pihak lain

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM) pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.

Namun, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.

"Malah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu," ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.

Pengambilalihan TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya berlaku.

Pihak berkuasa negeri nampaknya tidak sensitif mengenai implikasi jangka panjang yang bakal dihadapi apabila aset tanah orang Melayu terhakis. Kesannya akan juga melibatkan masa depan aset umat Islam di negara ini akan terjejas.

Kami menegaskan TRM pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu. Namun penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali. Salah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu.

Kini kenyataan TRM sudah jauh berkurangan dari keluasan asal tidak mengejutkan. Pentadbiran TRM yang sepatutnya diuruskan dengan amanah oleh pihak kerajaan negeri ternyata gagal untuk mengekalkan dan memajukan aset tanah orang Melayu.

Kami ingin mengingatkan dua objektif utama Rizab Melayu ialah: 1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu dan 2. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Matlamatnya ialah dengan dua objektif itu diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Kami berpendirian, dengan pelbagai agensi Islam dan korporat bumiputera yang ada masakini, TRM tidak sepatutnya dibenarkan dipajak kepada bukan Melayu selama tempoh tertentu seperti mana yang pernah dicadangkan sebelum ini. Sepatutnya gabungan agensi dan korporat bumiputera boleh memajukan TRM untuk kepentingan orang Melayu.

Kami mencadangkan Majlis Hartanah atau Bank Tanah dengan tabung amanah yang mencukupi ditubuhkan bagi membeli dan memegang sementara TRM dan kuota Bumiputra yang hendak dijual. Ini akan mengelakkan dari tanah milik Melayu terlepas tangan bila orang Melayu tidak mampu memajukannya atau bila kuota Bumiputera tidak dibeli oleh orang Melayu. Majlis Hartanah ini boleh membeli hartanah yang sudah dibangunkan supaya memastikan ia tidak berpindah milik kepada bukan Melayu.

Soalnya kenapa pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil inisiatif supaya TRM dibangunkan oleh agensi khas seperti Mara, UDA, dengan peruntukan khas dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia? Apakah masalahnya yang menyebabkan semua agensi ini tidak boleh bergabung sumber untuk membangunkan TRM?

Kami menggesa agar TRM yang digadai kepada institusi kewangan atau individu bukan Melayu mestilah diambil alih. Tidak ada alasan pihak agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian. Masalahnya ialah pihak berkuasa negeri (PBN) tidak memastikan supaya apabila dilelong hanya Melayu sahaja boleh membeli. Akibatnya apabila ini tidak diuruskan dengan baik, akhirnya banyak kes tanah Melayu terlepas kepada bukan Melayu.

Kami juga meneliti pihak berkuasa negeri tidak berusaha agar pemilik-pemilik tanah Melayu dibolehkan mewartakan tanah mereka sebagai TRM, seperti yang boleh dilakukan di Johor. Urusan penukaran syarat TRM perlu dipermudahkan dengan premium tambahan yang minimum.

Soal harga pasaran akan menjadi rendah apabila diwartakan sebagai TRM tidak timbul kerana matlamatnya bukan untuk dijual tetapi untuk dimajukan dengan dikekalkan pemilikannya di tangan orang Melayu.

Kami kesal kenapa pengambilalihan dan penggantian TRM tidak dilakukan dengan serentak sedangkan inilah punca kenapa banyak TRM semakin mengecil.

Kami juga mendapati TRM yang telah diambil balik di bawah Akta Pengambilalihan Tanah (APT) 1960 tidak dikeluarkan dari TRM dan penggantiannya tidak dibuat serentak. Sebab itu ia mewujudkan keadaan yang sangat mengelirukan iaitu dalam rekod, TRM tersebut masih wujud tetapi di lapangan sebenar ia tidak wujud lagi. Hakikatnya TRM tersebut sudah dipindah milik, namun begitu tidak berlaku penggantian sebagaimana sepatutnya. Akibatnya TRM terus mengurang. - HARAKAHDAILY 1/11/2014

Sumber HD - 1-11-2014






















































































































































Mungkin ada yang lakukan lebih berani selepas anjing

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) khuatir akan ada lagi yang mahu mencuba perkara yang lain pula seperti menyentuh khinzir selepas program menyentuh anjing.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mungkin ada pula yang mahu melakukan yang lebih berani kononnya untuk menunjukkan bahawa hukum Islam boleh ditafsir secara bebas oleh sesiapapun.

"Sesungguhnya ini bukan cara yang bijak untuk mendidik orang Islam mahupun orang bukan Islam mengenai hukum Islam," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal isu majlis 'sentuh anjing' tiba-tiba muncul akibat ada pihak yang mempunyai fahaman yang sempit dalam pendekatan mendidik masyarakat Islam terhadap hubungan Muslim dengan haiwan khususnya anjing.

Malangnya isu seumpama ini muncul di tengah-tengah umat Islam bergelut dengan banyak lagi isu yang jauh lebih utama.

Kami melihat akibat kejahilan atau sengaja mahu mencetus kontroversi antara sesama warga masyrakat Islam di negara ini, masyarakat diheret untuk membahaskan pula isu seperti ini.

Kami mempersoalkan kenapa pihak yang menganjur majlis tersebut tidak berfikir masak-masak terhadap implikasi dari perbuatan yang umumnya dilihat janggal di kalangan masyarakat Islam tidak kira mazhab apapun.

Sungguhpun anjing dan hukum Islam mengenai anjing sudah tersohor difahami di kalangan masyarakat Islam secara umum di negara ini, namun menganjurkan majlis sentuh anjing beramai-ramai dengan sengaja adalah tidak bijak, tidak perlu dan tidak sesuai dengan budaya hidup kebanyakan masyarakat Islam di negara ini.

Apa perlu kita menganjurkan majlis tersebut hanya semata-mata untuk menunjukkan Islam tidak menzalimi binatang padahal ia sangat jelas bukan isu yang hendak ditonjolkan dari majlis tersebut. Kenapa perlu diadakan suatu majlis semata-mata khusus untuk hal tersebut? Tidak adakah isu yang lebih utama yang boleh dianjur untuk membentuk watak masyarakat yang menzahirkan nilai kaseh sayang?

Mereka yang mahu menzahirkan sifat ihsan setiap Muslim kepada anjing bukan semestinya melakukan dengan secara berheboh dalam suatu pesta sentuh anjing. Cukup memahami bahawa ada hukum Islam mengenai anjing dan menzalimi haiwan adalah dilarang oleh Islam bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam.

Sengaja menimbulkan kontroversi yang tidak perlu ini akan mengalih tumpuan umat Islam daripada hal yang lebih besar.

Kami menyeru agar semua pihak tidak ghairah melakukan sesuatu yang bukan lazim dalam kalangan masyarakat Islam. Perkara yang sudah sedia difahami di kalangan umat Islam yang jelas dari segi hukum mengenai anjing tidak perlu diperbesarkan dengan mengadakan majlis seperti itu.

Jika ini terus dilakukan dikhuatiri akan ada lagi yang mahu mencuba perkara yang lain pula seperti menyentuh khinzir. Mungkin ada pula yang mahu melakukan yang lebih berani kononnya untuk menunjukkan bahawa hukum Islam boleh ditafsir secara bebas oleh sesiapapun.

Sesungguhnya ini bukan cara yang bijak untuk mendidik orang Islam mahupun orang bukan Islam mengenai hukum Islam. Untuk mengetengahkan perdebatan mengenai sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama dari pelbagai mazhab akan hanya menimbulkan kekeliruan yang merosakkan budaya hidup masyarakat Islam.

Cukuplah dengan amalan kebiasan umat Islam di negara ini berdasar hukum syariat yang secara sepakat digunapakai di negara ini. Tidak perlu mana-mana pihak mencabar hukum yang disepakati ulama mengenai isu tersebut dengan mengeluarkan pentafsiran sendiri. Pada hal tanpa asas ilmu yang melayakkan seseorang itu merumuskan hukum Islam, ia boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat Islam itu sendiri. - HARAKAHDAILY 21/10/2014

Sumber HD - 21-10-2014

Palestin: Tindakan Sweden, UK, Dun K'tan dialu-alukan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengalu-alukan tindakan kerajaan Sweden, Parlimen United Kingdom (UK) dan Dun Kelantan yang telah meluluskan usul mengenai Palestin.

Kerajaan Sweden dan Parlimen UK baru-baru ini telah meluluskan dengan sokongan majoriti ahli parlimen masing-masing mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat.

Dengan itu, kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid memberi harapan kepada pergerakan pelbagai pihak Palestin maju ke hadapan untuk menuntut hak rakyat negara itu dan pembebasan bumi Palestin yang diceroboh oleh Zionis Yahudi sejak 1948.

Manakala kelmarin Sidang Dewan Undang Negeri Kelantan telah meluluskan pula usul mengutuk keganasan Israel dan menuntut supaya segala hubungan perdagangan oleh Malaysia dengan Israel dihentikan.

"Kami berpendapat ini adalah langkah yang sangat ditunggu-tunggu oleh komuniti antarabangsa dan juga seluruh rakyat Malaysia bahawa suatu pendirian yang tegas untuk mengembalikan hak rakyat Pelastin dan membebaskan bumi Palestin terutamanya Baitul Maqdis mesti disuarakan secara konsisten," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, penjajahan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat ke atas bumi Palestin perlu ditentang habis-habisan dan masyarakat antarabangsa perlu menggembleng seluruh kekuatan diplomatik dan tekanan antarabangsa untuk memaksa Israel tunduk kepada kehendak komuniti dunia menghentikan penindasan ke atas rakyat Palestin.

Menurutnya, sudah sampai masanya OIC kini segera bertindak menyatukan kekuatan seluruh negara-negara Islam supaya tekanan kepada Israel dan Amerika Syarikat dikenakan sehingga matlamat pembebasan Palestin dicapai.

Katanya lagi, dengan pengiktirafan Palestin sebagai negara yang berdaulat bermakna Palestin tidak boleh dipandang sebagai negara yang tidak wujud.

Ia, tegas beliau seharusnya dilihat sebagai negara yang berdaulat yang berhak untuk menentukan persempadanan dan wilayahnya sendiri iaitu kawasan tanah yang dijajah sebelum 1967.

Tambahnya, rejim Israel mesti mengundurkan dirinya dari semua tanah yang dirampas dan rakyat Palestin berhak mengambil kembali tanah milik mereka.

Baginya, usul kutukan terhadap rejim Israel yang dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan seharusnya dicontohi oleh Dewan Undangan Negeri yang lain termasuk Parlimen Malaysia.

Menurut Azmi lagi, Dewan Undangan Negeri adalah dewan rakyat yang berwibawa dan kerajaan Kelantan yang telah menerima usul tersebut harus merangsang seluruh rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk bersatu merentas kaum dan agama membela hak rakyat Palestin.

"Kami menggesa Parlimen yang sedang bersidang sekarang mengusulkan isu tersebut sekali lagi supaya suara rakayat Malaysia diberi perhatian oleh dunia. Ahli Parlimen Malaysia mesti menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin.

"Kami juga menggesa supaya usul Dun Kelantan itu dibawa ke Parlimen Malaysia untuk menggabungkan pendirian seluruh ahli Dewan Negeri dan Dewan Rakyat bagi menyatakan pendirian yang selaras dan konsisten," katanya. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Bajet 2015 ketepi pendekatan mencegah penyakit

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melihat pendekatan kerajaan yang terbayang dalam Bajet 2015 mengenai perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat telah mengenepikan pendekatan pencegahan dan memberi penekanan lebih kepada perawatan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memperuntukkan RM23.3 bilion untuk pelaksanaan beberapa projek seperti mewujudkan lagi 2 hospital, 20 klinik kesihatan, 4 klinik pergigian, 30 klinik 1Malaysia dan mengganti serta membeli mesin hemodalisis serta menyediakan ubat-ubatan dan test kit untuk mengesan demam denggi, semuanya adalah program bersifat merawat.

"Dengan pelbagai jenis penyakit yang berkembang dalam kalangan rakyat seperti kanser, diabetes, jantung, kerosakan paru-paru, hipertensi, sakit mental, kerajaan nampaknya tidak mahu mengguna pendekatan mencegah," ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melihat pendekatan kerajaan yang terbayang dalam Bajet 2015 mengenai perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat telah mengenepikan pendekatan pencegahan dan memberi penekanan lebih kepada perawatan.

Memperuntukkan RM23.3 bilion untuk pelaksanaan beberapa projek seperti mewujudkan lagi 2 hospital, 20 klinik kesihatan, 4 klinik pergigian, 30 klinik 1Malaysia dan mengganti serta membeli mesin hemodalisis serta menyediakan ubat-ubatan dan test kit untuk mengesan demam denggi, semuanya adalah program bersifat merawat.

Dengan pelbagai jenis penyakit yang berkembang dalam kalangan rakyat seperti kanser, diabetes, jantung, kerosakan paru-paru, hipertensi, sakit mental, kerajaan nampaknya tidak mahu mengguna pendekatan mencegah.

Kami kesal bila Bajet 2015 yang dibentang sekali lagi tidak memasukkan sebarang cukai sin tax untuk membendung gejala minum arak, berjudi dan merokok. Jelas sekali cukai yang tinggi kepada ketiga-tiga gejala itu adalah antara faktor yang boleh menyekat ia berleluasa terutama dalam kalangan generasi muda.

Perdana Menteri tidak mengguna instrumen kewangan untuk membanteras gejala tersebut tetapi hanya menumpu kepada projek yang berbelanja besar.

Sehingga ini jelas pelbagai budaya dan tabiat masyarakat yang terlibat dengan gejala negatif seperti merokok dan minum arak masih tinggi dan ini mengakibatkan pelbagai penyakit yang berkembang adalah disebabkan ia tidak mahu diatasi dari puncanya.

Kami menegaskan polisi kesihatan yang menekankan pendekatan mencegah sangat penting jika kerajaan mahu menjadikan rakyatnya hidup sihat dan sejahtera.

Rakyat tidak akan mampu menghadapi kenaikan kos untuk mendapat ubat dan rawatan secara berpanjangan, demikian juga kerajaan tidak boleh berterusan berbelanja besar untuk mewujudkan infrastruktur kesihatan.

Apa guna berbelanja besar untuk mengujudkan hospital, klinik dan peralatan rawatan sedangkan kerajaan membiar punca penyakit terus berleluasa.

Kami berpendapat adalah sia-sia kerajaan berbelanja besar untuk merawat penyakit semata-mata sedangkan mencegah punca penyakit boleh dilakukan dengan berbelanja lebih murah dan lebih mapan.

Polisi kesihatan yang mapan perlulah dijadikan polisi pilihan jika kerajaan serius mahu menjaga kesihatan rakyat. Kesihatan tidak boleh dijadikan sebuah komoditi untuk dikomersialkan. Polisi penswastaan pelbagai khidmat kesihatan adalah suatu pendekatan yang salah.

Sudah sampai masanya suatu polisi kesihatan yang tepat dari segi menyekat punca penyakit serta memperbetulkan tabiat hidup rakyat digubal.

Pembanterasan gejala merokok dan minum arak perlu dilancarkan. Peruntukan untuk ini perlu diwujudkan. Demikian juga polisi mengenai pengeluaran lesen arak mesti diperketatkan di samping cukai arak sepatutnya dinaikkan.

Demikian juga tabiat merokok yang sangat tinggi sepatutnya dibanteras dengan pengawalan penjualannya perlu diperketatkan. Kerajaan nampaknya tidak bersungguh untuk menaikkan cukai tembakau sehingga industri rokok mraih keuntungan jutaan ringgit dan kerajaan pula berbelanja jutaan ringgit lagi untuk menyediakan rawatan.

Sementara itu peruntukan untuk mempromosi perawatan alternatif tradisional yang murah dan secocok dengan budaya masyarakat sepatutnya dijadikan polisi dalam bajet negara. Sayangnya kerajaan maseh cenderung memilih untuk hanya mahu menyediakan perawatan moden yang sangat mahal dan kini menjadi industri lumayan kepada pelbagai syarikat korporat. - HARAKAHDAILY 12/10/2014

Sumber HD - 12-10-2014






















































































































































Rasionalisasi perbelanjaan, bukan rasionalisasi subsidi

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menuntut agar kerajaan menumpukan perhatian kepada rasionalisasi perbelanjaan, bukan hanya rasionalisasi subsidi.

YAB Perdana Menteri telah menjelaskan rasional subsidi bahan api perlu dikurangkan yang menyebabkan harga bahan api naik sebanyak 20 sen bagi Ron 95 beberapa hari yang lalu. Katanya ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menampung perbelanjaan pembangunan. Jelasnya lagi ia adalah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara .


PM beralasan bahawa subsidi banyak dimanfaatkan oleh rakyat luar yang datang ke Malaysia dan insiden penyuludupan minyak Malaysia ke negara jiran telah mengakibatkan harga minyak yang lebih murah di Malaysia diseludup masuk ke negara jiran.

Kami berpendirian sungguhpun mengurangkan subsidi iaitu rasionalsiasi subsidi ada kewajarannya dari beberapa segi, namun rasionalisasi perbelanjaan juga adalah sama penting, malah jika dilihat tren perbelanjaan negara, ia jauh lebih penting. Jelas, rakyat tidak dapat mengelak dari merasa tidak puashati bila ada perbelanjaan yang tiris akibat pengurusan yang tidak efisyien malah berlaku salah urus yang ketara.

Bajet sering menunjukkan kos pengurusan yang meningkat tetapi tahap keberkesanan khidmat agensi awam tidak menunjukkan peningkatan yang sepadan.

Subsidi yang dimanfaatkan oleh rakyat luar adalah kerana polisi kita dalam mengurus kebanjiran tenaga luar untuk bekerja di Malaysia tidak dilihat sebagai suatu kepincangan akibat perancangan sumber tenaga manusia yang lemah. Maka lebih 4 juta warga luar yang kini berada di Malaysia pasti mendapat manfaat dari subsidi yang ada di negara ini. Akan tetapi nyata, disebabkan perancangan yang lemah, kebergantungan negara kepada tenaga luar tidak dapat dielakkan.

Tidak harus dilupakan juga apabila dasar penswastaan banyak agensi kerajaan dilaksanakan sejak awal 1990-an , ternyata ia menambahkan kos kerajaan, bukan mengurangkan kos sebagaimana sepatutnya.

Malah lebih parah, penswastaan hanya menguntungkan segelintir individu korporat negara yang meraih keuntungan jutaan ringgit dan hidup mewah dengan bayaran imbuhan bulanan yang terlalu besar, sedangkan manfaat kepada rakyat terbanyak sangat minima.

Sebab itu rakyat tetap menyuarakan keresahan akibat kenaikan harga minyak . Lazimnya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan terasa walaupun kenaikan bahan api dikatakan sidikit. Jika ini berterusan tidak dapat dielakkan inflasi akan meningkat.

Dengan hanya mengulangi alasan secara bandingan bahawa di negara lain, harga petrol adalah lebih tinggi dan di Malaysia dikatakan masih murah, tidak akan menyelesaikan masalah. Isu pokok bukan bagaimana ekonomi negara lain diurus yang rakyat mahu dengar, tetapi ialah isu bagaimana pengurusan ekonomi negara ini sendiri dapat mengawal pelbagai kepincangan.

Rakyat mahu tahu, apabila wang subsidi dijimatkan, apakah perbelanjaan kerajaan untuk pengurusan dan pembangunan diuruskan dengan telus dan baik. Apabila subsidi kepada bahan api dikurangkan, kemanakah wang itu dibelanjakan? Kenapakah kos pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan, tarif air, elektrik, kos perumahan, keperluan harian masih tidak menunjukkan pengurangan yang munasabah dalam keadaan pendapatan rakyat tidak meningkat banyak.

Hanya dengan mengumumkan bonus hari raya, bonus gaji dan BR1M bukan suatu penyelesaian yang mapan.

Pendekatan ini yang kami sifatkan hanya berupa "ubat tahan sakit" yang hanya meringankan penderitaan buat sementara sahaja. Sedangkan kepincangan ekonomi yang sebenar tidak dipulihkan. Pendekatan ini akan hanya memanjangkan penyakit ekonomi negara yang tidak berkesudahan.

Kenaikan harga secara berantai dalam banyak sektor yang sangat penting kepada rakyat perlu diambilkira. Perlu diingat ekonomi harian di kalangan rakyat kini masih banyak terkait dengan harga minyak. Semua barangan dan perkhidmatan akan berkait secara langsung dan tidak langsung kepada harga minyak.

Oleh sebab itu setiapkali harga minyak diumumkan naik, rakyat sangat gelisah kerana membayangkan kesan berantai seterusnya akan terpaksa ditanggung. Menjelang 2015 bila GST akan dikuatkuasakan dan TPPA diambang perundingan yang akan turut disertai oleh Malaysia, implikasi yang bakal diterima sangat tidak menentu.

Kami menuntut supaya penyelesaian dan pembaikkan sistem pengurusan kewangan dan sistem ekonomi negara yang menyeluruh itulah yang perlu disemak semula. Segala kepincangan urustadbir wang negara perlu dibuktikan dibendung, dasar berjimat cermat benar-benar dilaksanakan, rasuah diperangi habis-habisan dan kemewahan hidup pemimpin negara dihentikan. – HARAKAHDAILY 9/10/2014

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM

Sumber HD - 9-10-2014

Galakkan masyarakat hidup sihat tanpa arak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ikram Negeri Selangor mengikuti perkembangan isu pesta arak Oktoberfest yang sedang berlangsung 24 September sehingga 12 Oktober ini yang dianjurkan oleh Carlsberg Malaysia sejak tahun 2011.

Yang Dipertuanya, Shamsul Ma'arif Ismail berkata kontroversi itu bermula setelah sebuah billboard yang memaparkan iklan Oktoberfest dikesan di Shah Alam.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai garis panduan untuk tidak membenarkan iklan arak dipamerkan di paparan umum.

Menurutnya, sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai ketimuran dan Islam, Ikram memandang serius pesta arak yang sedang berlangsung.

"Ia merupakan amalan yang dicedok dari budaya barat yang berasal daripada Jerman sewaktu meraikan perkahwinan diraja mereka," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh yang demikian, tegasnya Ikram negeri membantah sekeras-kerasnya pesta arak yang dilakukan secara terbuka ini daripada terus dilaksanakan atas norma sosial dan bertentangan dengan Perlembagaan dan perundangan negara.

Justeru, ujar beliau pihaknya menuntut agar garis panduan penjualan dan penggunaan alkohol dan arak diperketatkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semakan semula terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.

Di samping itu, ujarnya kempen kesedaran bahaya arak dipergiatkan kepada semua, penjualan arak dihadkan dan dikawal, melarang sama sekali penjualan atau akses kepada sebarang jenis arak atau minuman yang memabukkan kepada orang Islam.

Selain itu, tambahnya galakkan masyarakat Malaysia dengan gaya hidup sihat dan bersih tanpa arak sebagai menjunjung kehidupan berkeluarga yang harmoni. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014






















































































































































Oktoberfest bertentangan agenda kerajaan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Malaysia membantah sekeras-kerasnya kelulusan yang telah diberikan kepada pihak penganjur program Oktoberfest Carlsberg Malaysia yang terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

Presidennya, Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, dengan tidak menafikan hak warga non Muslim untuk berhibur, hakikatnya program yang mempromosikan arak ini secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tindakan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia yang beragama Islam

Ini, katanya kerana sedang menyambut salah satu daripada hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha.

"Secara moralnya juga tiada mana-mana agama yang menggalakkan penganutnya minum arak apatah lagi dalam pesta secara besar-besaran," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, meskipun Islam tidak melarang non Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Justeru, jelasnya hukum asal keterbukaan non muslim dalam meminum arak ialah arak dijual kepada non Muslim sahaja, tempat jualan bukan di kawasan majoriti penduduk Muslim dan jualan dan minuman tidak dilakukan secara terbuka.

Kata beliau, pihaknya Malaysia yakin dengan tempoh penganjurannya yang panjang ini pastinya ia akan membawa kepada keruntuhan moral dan rosaknya jatidiri para belia.

"Perkara ini pasti bertentangan dengan agenda yang telah dirangka oleh pihak kerajaan yang sedang berusaha untuk membina generasi muda yang bermaruah," ujarnya.

Katanya, pihak Ilmam Malaysia menggesa semua pihak yang berkaitan dengan kelulusan pesta ini agar membatalkannya serta-merta dengan mengambil kira perkara-perkara yang telah dinyatakan ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak terbabit agar mengambil peringatan tentang ancaman yang telah disebutkan Allah dalam firmannya yang bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (melakukan) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya". (Surah al-Anfal: 25) - HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014

'Octoberfest' lambang penjajahan pemikiran - Abim

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan bantahan terhadap satu promosi berkaitan penggunaan arak oleh segolongan rakyat Malaysia yang dinamakan ‘Octoberfest’.

"Untuk perhatian masyarakat, asal usul ‘Octoberfest’ ini adalah dari negara Jerman. Ia merupakan satu pesta meraikan perkahwinan diraja," ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan.

Katanya, pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan.

"Wujudkah agama yang membenarkan penganutnya hidup di bawah pengaruh alkohol atau pun membenarkan penganutnya mabuk?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, sama ada Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama mahukan penganutnya hidup dengan penuh kesejahteraan.

Oleh itu, ujarnya ‘kemabukan’ yang bermakna hilangnya fungsi akal adalah amat-amat dilarang dalam mana-mana agama.

Justeru, kata beliau justifikasi yang mengatakan bahawa ia perlu dibenarkan bagi mereka yang bukan beragama Islam adalah tidak berasas sama sekali.

Begitu juga, katanya apabila mudarat arak ditinjau dari sudut sains, kesihatan, keselamatan mahu pun sosial.

Tegasnya, ia jelas mengundang lebih banyak mudarat dari manfaat yang boleh diperolehi masyarakat.

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam jika diurus dengan penuh amanah tidak perlu bergantung dengan hasil cukai dari jualan arak.

Abim juga, ujar beliau ingin merakamkan kekesalan apabila pihak penganjur beria-ia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pembelian arak yang boleh menjurus kepada kemudaratan.

Antaranya, kata beliau cabutan ‘bertuah?’ Magnum-4D, melakarkan rekod Malaysia dalam ‘6-Pedalist Beverage Cart’dan sebagainya.

Tambahnya, turut sama menganjurkannya adalah sebuah kelab diraja pada 8 Oktober ini, yang merupakan malam 14 Zulhijjah iaitu sehari selepas hari Tasyrik.

Begitu juga, ujar beliau dengan ungkapan ‘the sexy dirndl ladies’ jelas membayangkan tahap moral yang begitu rendah dan menjurus kepada gejala sosial yang tidak terbendung.

Tambahnya, jelas penganjuran ‘Octoberfest’ ini datang dari mereka yang terjajah pemikirannya dengan acuan Barat yang cuba membawa pengaruh buruk budaya kehidupan Barat secara membuta tuli tanpa keupayaan menyaring yang betul dan baik.

"Keadaan ini memberi gambaran bahawa wujud ketempangan dalam pertimbangan pemimpin, ahli politik, penganjur dan mereka yang terlibat sebagai peserta," ujarnya.

Beliau menegaskan, Abim membantah penganjuran majlis ini bukan sahaja dari sudut Islam sebagai agama kesejahteraan, tetapi juga atas nilai manusia sejagat yang seharusnya menjunjung tinggi ‘kewarasan’ akal dan membenamkan segala usaha mempromosi gaya hidup yang tidak wajar dalam kalangan masyarakat. - HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014

Minyak naik tingkat kos sara hidup rakyat - Ikram

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga minyak seperti biasa dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan pengguna, sekaligus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

"Ikram bimbang ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain yang menyebabkan rakyat semakin terbeban," ujar Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Ikram juga bimbang rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda harga barangan apabila GST diperkenalkan pada April tahun hadapan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah:

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kesal dengan pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 sen seliter.

Ini merupakan kenaikan sama seperti yang dilakukan tahun lepas berkuatkuasa pada 2 September 2013.

Kenaikan harga minyak seperti biasa dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan pengguna, sekaligus meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

IKRAM bimbang ketika rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain yang menyebabkan rakyat semakin terbeban.

IKRAM juga bimbang rakyat bakal menerima beban kenaikan berganda harga barangan apabila GST diperkenalkan pada April 2015.

IKRAM sedar langkah kerajaan menaikkan harga minyak ialah ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20 sen.

Namun, pada masa yang sama, terdapat laporan yang mengatakan harga minyak dunia berada di tahap rendah sekarang dan beberapa negara telah menurunkan harga petrol sedangkan Malaysia menaikkan harga.

Adalah sesuatu yang menghairankan bila mana kenaikan harga minyak dilakukan dengan alasan untuk merasionalisasi subsidi minyak negara sekiranya laporan di atas benar.

IKRAM juga tidak pasti sejauh manakah keberkesanan kenaikan harga minyak ini dalam mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan.

IKRAM faham bahawa kerajaan akan menyediakan bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat di samping memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.

Walaupun kenaikan harga minyak ini dikaitkan dengan pengurangan subsidi, namun IKRAM berpendapat kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi negara berkebajikan yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.

Jaminan kerajaan untuk memastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat yang lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:

1. Kerajaan pada sepanjang masa terus berhemah dalam mengendalikan kewangan negara dan dilihat berhemah oleh rakyat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa.

2. Kerajaan menurunkan cukai kenderaan yang sekarang ini terlalu tinggi tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai altenatif pilihan lain untuk mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.

Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat.

3. Rakyat berusaha mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan, berbelanja secara sederhana dan berhemat dan berbelanja hanya berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan amalan berhutang. Lakukan perancangan kewangan terbaik pada saat menghadapi situasi kesan kenaikan harga minyak ini.

4. Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik. Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan. - HARAKAHDAILY 3/10/2014

Sumber HD - 3-10-2014






















































































































































Gaza: Konvoi motor berkuasa tinggi kumpul dana

MOHD SABRI SAID | .



KEPALA BATAS: Persatuan motor berkuasa tinggi Northen Gold Wingers mahu mencatat sejarah menjadi pasukan pertama mengadakan usahasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengelilingi Semenanjung mengumpal dana membantu penduduk Gaza.
Presidennya, Badruzzaman Ishak berkata, tujuan utama ialah memberi galakan dan semangat kepada Mapim dalam usaha mencari dana pembangunan untuk rakyat di Gaza, Palestin.

"Rasa bangga tidak terkata apabila kami berjaya menjadi persatuan motor berkuasa tinggi pertama yang mengelilingi Malaysia bersama Mapim untuk mencari dana RM1 milion," katanya pada pelancaran konvoi itu di pekarangan Masjid Bertam Indah, hari ini.

Katanya, hari ini konvoi akan berkunjung ke Jitra, Kedah.

Pada 11 Oktober ini, konvoi akan bertandang ke Pejabat Mapim di Sungai Petani, diikuti konvoi menuju ke Kuantan, Pahang dan Johor Baharu.

Seterusnya, kata beliau konvoi akan bergabung dengan persatuan Gold Wingers dari Singapura.

Pada hari keempat, katanya konvoi akan berada di Melaka, Negeri Sembilan dan selepas itu menuju ke ibu pejabat Mapim di Kuala Lumpur, diikuti Selangor dan seterusnya ke Perak.

"Nak diikutkan ramai nak sertai konvoi ni mungkin setiap negeri akan mendaftar ahli tetapi atas dasar keselamatan, kami hanya hadkan 20 buah sahaja," terangnya.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan sokongan padu daripada persatuan itu memberikan nafas baru kepada pihaknya untuk mencari dana bagi membantu pembangunan semula Palestin.

Kata beliau, sasaran utama ialah untuk memberi bantuan ubat-ubatan kepada rakyat di Gaza. - HARAKAHDAILY 27/9/2014

Sumber HD - 27-9-2014

Apalah gunanya gred ‘A’ jika dari soalan bocor

AMIDI ABDUL MANAN | .


Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini amat memalukan. Antara objektif UPSR ini adalah untuk mengukur kebolehan dan kemahiran pada peringkat asas persekolahan di Malaysia.

Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang memberangsangkan, dia bepeluang mendapat tempat ke sekolah-sekolah menengah terpilih yang berprestij. Itulah peluang (mendapat tempat di sekolah terpilih) yang dihambat oleh masyarakat kita bermati-matian. Sanggup bergolok-gadai demi memenuhi impian tersebut. Sanggup juga dikorbankan fasa kanak-kanak dalam proses pembesaran anak-anak.

Anak-anak telah dipaksa menghadiri kelas tambahan, tuisyen, bengkel dan seminar semata-mata mengejar impian tersebut. Anak-anak hilang keseronokan bermain kerana terpaksa mengikuti rutin yang telah ditetapkan oleh ibu bapa dan pihak sekolah.

Pada persepsi ibubapa pula, mereka bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Lantas para ibu bapa menyimpulkan pendidikan terbaik mestilah datang bersama sekolah yang terpilih tersebut.

Maka dijadikanlah ukuran kejayaan pendidikan anak-anak adalah mendapat tempat di sekolah terpilih, jika gagal maka kegagalan itu adalah kegagalan ibubapa mendidik anak-anak.

Kenapa obsesi terhadap sekolah terpilih ini wujud? Jawapannya adalah segala rencah kecemerlangan akademik wujud pada sekolah tersebut.

Kemudahan, kecanggihan prasarana, guru berpengalaman, kepimpinan sekolah yang mantap dan seribu satu kelebihan dan keutamaan. Timbul pula persoalan berikutnya adalah, kenapa wujud sekolah yang sedemikian keutamaannya?

Adakah sekolah ini sahaja jaminan kepada pendidikan yang cemerlang? Kenapa dilonggokkan seribu satu kelebihan pada sekolah tersebut? Siapakah yang melonggokannya?

Jawapannya terletak pada pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan akhirnya Kementerian Pendidikan itu sendiri.

Apabila keputusan UPSR, PMR, SPM/V dan STPM/ STAM diumumkan, maka turut sama dikeluarkan adalah kedudukan (ranking) negeri mengikut Gred Purata Keseluruhan (GPS) bagi setiap mata pelajaran dan lain-lain statistik seumpamanya.

Lantas para Pengarah Pendidikan Negeri berasa bahawa ini merupakan tanggungjawab semasa mereka menjawat jawatan tersebut dan boleh digunakan untuk menggapai kedudukan yang lebih baik lagi.

Oleh itu, para pengarah ini berlumba-lumba merencana program dan strategi untuk meningkatkan prestasi GPS negeri masing-masing. Segala sumber kekayaan negeri dicurahkan demi mencapai hasrat tersebut. Hampir 70% sumber pendapat yayasan negeri dibelanjakan untuk meningkatkan pencapaian akademik ini.

Inilah kitaran pemusnah (vicious circle) pendidikan. Pendidikan di Malaysia yang berfalsafahkan individu yang seimbang secara harmonis dan berketrampilan sudah dimusnahkan oleh kitaran peperiksaan ini.

Perbincangan berkaitan falsafah ini sudah semakin dipinggirkan dan tidak lagi menjadi topik sentral dalam dunia pendidikan negara pada hari ini.

Kitaran ini perlu dihentikan sebelum ia meratah rakus satu persatu kriteria yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membiarkan kitaran ini berterusan akan menyebabkan masyarakat Malaysia kehilangan jati diri dan lebih teruk lagi hilang kemanusiaannya. Apabila ini terjadi maka kita akan kehilangan satu sifat yang terpenting dalam kehidupan iaitu sifat ‘malu’.

Hilangnya sifat ini, membuatkan kita berani melanggar prinsip dan kebenaran kerana benteng dalaman diri telah roboh dan berkecai. Maka kebobrokan dalam masyarakat akan terus berlaku dan menjadi semakin parah.

Oleh yang demikian, segala obsesi terhadap peperiksaan perlu dtangani dengan cermat. Kembalikan fungsi peperiksaan sebagai dapatan guru terhadap kualiti pengajarannya sama ada yang berbentuk kaedah (pedagogi) mahu pun kesediaan belajar (psikologi) para pelajar.

Sudah tentu sebagai warga pendidik yang bertanggunjawab akan menunaikan objektif pendidikan sebagaimana yang dihasratkan oleh negara. Konsep ‘ajar sampai jadi’ perlu dihayati oleh setiap pendidik. Ia memerlukan sokongan ibu bapa bagi merealisasikan hasrat ini.

Jika konsep ‘kemenjadian’ ini tercapai, tiada lagi istilah sekolah terpilih kerana hantarlah anak bersekolah dimana-mana sekolah pun, insya Allah penguasaan teori dan praktikal juga emosi dan rohani akan dapat dicapai.

Di sinilah terletaknya keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah usaha untuk memutuskan kitaran pemusnah ini.

Setiap guru diberikan ruang secukupnya untuk mengajar, menguji dan melakukan pembaikan bagi setiap kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru juga diangkat agar pentaksiran yang dilakukannya diperakui oleh masyarakat dan ia bermula dari para ibubapa, terutamanya ibubapa yang juga dalam kalangan guru.

PBS ini amat penting bagi memberi gambaran yang setepatnya terhadap proses pendidikan yang dilalui oleh anak-anak kita.

Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari kebocoran soalan. Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari usaha yang curang dan tidak bermoral. Mungkin ada pertanyaan sekiranya PBS hanya mengandungi prestasi dari kaca mata seorang guru, maka bagaimana kita mahu menggredkan pelajar yang layak ke IPT-IPT atau kursus-kursus tertentu? Jawapannya adalah perkenalkan peperiksaan kemasukan (entrance exam). Ia telah diamalkan oleh banyak negara.

Hampir kesemua pelajar sekolah kita yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara menduduki peperiksaan ini. Sebagai contohnya para pelajar yang mahu memasuki Universiti al-Azhar, Mesir perlu menduduki peperiksaan kemasukan yang dinamakan imtihan qabul tanpa mengira gred yang diperolehi pada peperiksaan STAM. Begitu juga saya difahamkan kemasukan untuk IPT di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Sememangnya insiden kebocoran soalan UPSR adalah satu tragedi yang besar dalam dunia kependidikan Malaysia. Namun formula penyelsaian jangka panjang telah pun ada.

Namun kekehuatiran tetap wujud apabila Peperiksaan TIngkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Ia sekali lagi akan menguji integriti guru kerana perebutan tempat ke sekolah-sekolah terpilih masih belum dihentikan sepenuhnya.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Sumber HD - 23-9-2014









































































































































































Bergolak: Abim gesa keluar rakyat Malaysia di Yaman

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar untuk mengambil tindakan segera untuk mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman.

Naib Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim membuat gesaan itu berikutan pergolakan yang berlaku di sana kerana pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan yang merebak sehingga ke ibu negara Yaman, Sana’a.

"Pertempuran ini membahayakan rakyat Malaysia di Yaman," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut kenyataan Kementerian Luar, kira-kira 440 orang iaitu 357 lelaki, 45 wanita dan 33 kanak-kanak rakyat Malaysia telah ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan oleh kedutaan.

Namun, kata beliau pihaknya merasakan tindakan itu hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya.

Oleh itu, katanya Kementerian Luar perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air.

"Situasi ini sama seperti apa yang berlaku di Mesir 3 tahun lalu apabila berlaku berlaku pergolakan di negara tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, jumlah orang yang dipindahkan lebih ramai daripada rakyat Malaysia di Yaman dan misi tersebut berjaya dijalankan dengan lancar.

Oleh itu, ujar beliau Abim melihat Kerajaan Malaysia sepatutnya tiada masalah dalam memindahkan seramai 440 orang rakyat Malaysia di Yaman.

Beliau juga berharap pergolakan di Yaman tidak berpanjangan dan gencatan senjata dapat dirundingkan dengan segera antara dua pihak yang bertelagah.

Justeru, katanya Abim berharap Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dapat menjadi fasilitator dalam perundingan tersebut. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014

Sekolah berlumba-lumba dapatkan soalan bocor?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


KAMI menyatakan kesal dan tidak dapat menerima gejala soalan bocor dalam peperiksaan awam UPSR baru-baru ini yang telah menjejaskan kualiti pendidikan di negara ini. Lebih dikesali hal ini berlaku berulang kali dalam peperiksaan yang lain, yang juga berlaku saban tahun tanpa dapat dibendung.

Kesannya bukan sahaja isu kredibiliti peperiksaan dan pensijilan pendidikan negara akan dipersoalkan akan tetapi lebih berat ialah imej ketelusan dan integriti negara pasti dipertikaikan.

Dari sudut kos, ia memberi beban yang bukan sedikit kepada perbendaharaan negara. Kos percetakan untuk lebih 473,175 calon UPSR di lebih 7,000 pusat peperiksaan dan diselia oleh hampir 45,000 kakitangan Kementerian Pendidikan yang dibayar elaun khas pasti akan membebankan. Ditambah lagi kos yang lain seperti pengangkutan, perjalanan, upah penjagaan dan penyeliaan maseh belum diperkirakan lagi.

Persoalan penerapan nilai integriti didalam agensi awam yang diberi amanah untuk memastikan tidak berlaku kepincangan oleh mereka yang mencari peluang meraih keuntungan dan jalan pintas nampaknya maseh belum berjaya dicapai. Penerapan dan pendidikan kesedaran bagi menghalang dan mengikis kealpaan dan penyalahgunaan kuasa dikalangan kakitangan awam juga belum terhalang.

Jelas isu pokok yang perlu diatasi setelah siasatan dijalankan dan pihak bertanggungjawab didakwa, ialah bagaimana para petugas yang diberi amanah untuk melaksanakan tugasan tidak cuai dan tidak mengkhianati amanah negara, bermakna berusaha untuk menjalankan tugas dengan berintegriti pada tahap tinggi.

Gejala soalan bocor jika diperbesarkan kepada pelbagai lagi skim ujian atau peperiksaan untuk perjawatan penting seperti pegawai keselamatan, teknikal, penjagaan alatan sensitif seperti radioaktif, penjagaan kesihatan, pencegahan wabak penyakit, rawatan kecemasan, penjagaan kawasan sekuriti negara akan bernatijah lebih parah bila yang tidak layak dipertanggungjawab dan diberi amanah.

Dalam sektor pendidikan awam, disekolah dan institusi pendidikan tinggi, peperiksaan adalah salah satu mekanisme menilai keupayaan kefahaman dan daya berfikir pelajar untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang dipelajari. Untuk mendapat gred cemerlang 'A' menjadi idaman bukan sahaja pelajar malah pendidik dan ibu bapa. Lantaran itu ibu bapa ghairah menghantar anak-anak ke pusat tuisyen dan kelas bimbangan tambahan hanya kerana mahu anak-anak mencapai gred cemerlang dalam peperiksaan.

Bermula dari sindrom mengejar gred A itulah, kami juga berpendirian bahawa isu yang lebih asasi dalam gejala soalan bocor ini adalah berpunca dari orientasi pendidikan yang masih sangat cenderung untuk memberi penekanan kepada peperiksaan.

Sebagai akibat, paling minimum pelajar dan para guru amat ghairah dengan amalan mencari soalan ramalan dan soalan yang diduga akan keluar (spot) bagi memungkinkan pelajar dapat menjawab dengan mudah. Banyak pusat tiusyen melonjak popular bila mampu membekal soalan ramalan yang hampir tepat untuk diberi latihan tubi kepada pelajar menjawab di dalam peperiksaan.

Ibu bapa dan pelajar sangat ghairah mendapatkan soalan bocor hanya kerana mahu mendapat gred tinggi walaupun dengan cara yang tidak betul, pada hakikatnya adalah menipu diri sendiri.

Sistem pendidikan negara yang ada sekarang jelas mengikat kecemerlangan akademik dalam peperiksaan kepada peluang untuk memperolehi jawatan yang lebih besar hatta untuk mendapat jawatan yang bergaji lumayan walaupun pada hakikatnya tidak layak. Hal yang demikian menyebabkan semua warga pendidikan iaitu pelajar, guru, ibu bapa dan pentadbir sekolah berlumba-lumba mendapatkan soalan bocor.

Memang isu soalan bocor ini bukan suatu yang baru. Di banyak negara membangun dan maju pun berlaku gejala seperti ini. Akan tetapi pihak kerajaan perlu akui bahawa sektor pendidikan tidak akan berkembang ke arah melahirkan warga yang berkualiti jika penekanan kepada peperiksaan ditekankan secara berlebihan sehingga ibu bapa, guru dan murid sanggup melakukan sesuatu yang tidak beretika hanya kerana mahu mengejar gred cemerlang dalam peperiksaan.

Malang sekali peperiksaan peringkat UPSR yang melibatkan kanak-kanak pada usia tunas yang sangat muda iaitu 12 tahun sudah merasa tekanan untuk mendapat soalan bocor bagi mencapai gred A. Implikasinya sangat parah bila usia sedemikian muda telah terdedah kepada sindrom mencari jalan pintas dan rasa tidak bersalah kerana melakukan suatu yang sebenarnya membohongi diri sendiri.

Pada hal UPSR hanyalah ujian untuk menilai kefahaman dan menguasai maudhu' sesuatu subjek secara umum. Kenapa kanak-kanak itu dipaksa untuk mencapai gred cemerlang yang mendera minda dan emosi mereka? Sanggupkah kita merosak anak-anak di peringkat tunas ini sehingga pendidikan bukan lagi bermaksud suatu pencerahan ilmu dan pengukuhan nilai tetapi kini sudah menjadi komoditi perniagaan untuk mengaut keuntungan?

Yang pasti ialah ada pihak yang mengaut keuntungan lumayan untuk meraih kesempatan menjual kertas soalan bocor. Ia sangat cepat disambut oleh pelajar dan ibu bapa yang mahu menjamin kelulusan cemerlang. Bermakna tahap akauntabiliti di pihak ibu bapa, para guru, pentadbir dan kakitangan agensi awam untuk mengekang amalan tidak beretika ini masih menjadi isu kronik dalam negara ini.

Kami terkejut apabila reaksi Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kemungkinan berlaku sabotaj untuk merosakkan imejnya. Kami berpendapat komentar seperti adalah tidak sihat kerana ia akan mengalih isu besar yang melanda sistem pendidikan negara yang sepatutnya diutamakan. Tidak wajar elemen politik dilibatkan dalam isu sebegini ketika belia kebetulan sedang menghadhiri sidang menteri-menteri pendidikan Asean (ASED) ke-8 di Ventiene, Laos.

Kami menyeru supaya pihak kerajaan terutama Kementerian Pendidikan melihat gejala soalan bocor ini dari perpsektif yang lebih luas dalam konteks sistem pendidikan negara keseluruhannya. Pembaikan yang asasi demi memperbetulkan dan menilai semula sistem pendidikan negara perlu dilakukan jika benar negara mahu dibangunkan mengikut acuan sendiri.

Mapim sudah menyiapkan memorandum khas mengenai isu ini dan akan dipanjangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sumber HD - 14-9-2014






















































































































































Risiko keselamatan negara bila berlatih dengan Amerika

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keselamatan negara berhadapan risiko apabila tentera Amerika berada di bumi Malaysia kerana bukan sahaja Amerika berhajat berkongsi pengalamannya, akan tetapi segala maklumat yang diperlukan oleh Amerika terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung.

"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan Amerika kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan Amerika bersama dengan segala dasarnya," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai mengulas latihan ketenteraan negara dengan Amerika, baru-baru ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah kerajaan Malaysia terus mengadakan kerjasama latihan ketenteraan Amerika dengan Angkatan Tentera Malaysia. Maklumat mengenai kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia adalah petanda jalinan Malaysia dengan tentera Amerika terus akrab.

Kami berpendirian Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegasnya terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan terbaru selama 50 hari terhadap Gaza. Malah ketika pembunuhan massa warga Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, Amerika mengisytiharkan bantuan dana tambahan USD250 juta untuk tentera Israel.

Malah amat dimaklumi betapa operasi ketenteraan Amerika di seluruh dunia menunjukkan ia sebagai negara yang mempunyai agenda untuk memastikan mana-mana negara yang bekerjasama dengannya akan memenuhi kepentingan dasar luar Amerika.

Malaysia sepatutnya tidak perlu mengadakan kerjasama dengan Amerika dari segi ketenteraan kerana ia mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat Amerika sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.

Tentera Amerika tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis, 11 September 2014.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.

Kami berpendirian eksesais antara 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan sepatutnya dibatalkan.

Keselamatan negara berhadapan risiko apabila tentera Amerika berada di bumi Malaysia kerana bukan sahaja Amerika berhajat berkongsi pengalamannya, akan tetapi segala maklumat yang diperlukan oleh Amerika terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung.

Tujuan utama eksesais bilateral ini dikatakan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan Amerika kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan Amerika bersama dengan segala dasarnya.

Penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Angkatan Tentera Darat Malaysia yang menyatakan bahawa ini adalah latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.

Mengikut Laporan State Department’s 2007 kepada Kongress: Section 1206(f) 2006 National Defense Authorization Act:

"Security cooperation remains a critical foreign policy tool that allows the United States to advance its national security interests worldwide.... Building partner nation security capacity is one of the most important strategic requirements for the United States to promote international security, advance U.S. interests and prevail in the war against terrorism (1)" (Kerjasama sekuriti tetap menjadi alat paling kritikal untuk dasar luar yang membolehkan US memantapkan kepentingan sekuriti nasional di seluruh dunia. Membina kapasiti dengan negara rakan adalah keperluan strategik paling utama untuk US mempromosikan sekuriti antarabangsa, mengukuhkan kepentingan US dan berjaya dalam memerangi terorisme.)

Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Amerika pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh Amerika kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya.

Pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika sepatutnya cukup jelas membawa mesej bahawa Amerika mempunyai tujuan lebih besar daripada hanya mengadakan latihan pengurusan bencana alam sebagaimana yang didakwa. - HARAKAHDAILY 14/9/2014

Sumber HD - 14-9-2014

Presiden PAS hantar 3 nama calon MB S'gor tepat - Ilmuan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) berpendapat bahawa tindakan mencalonkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor oleh Presiden PAS adalah tepat dan tidak melanggari mana-mana peruntukkan perlembagaan PAS.

"Apatah lagi tindakan YB Datuk Seri Presiden ini adalah bagi memenuhi titah DYMM Sultan Selangor yang menitahkan agar lebih dari dua nama dicadangkan sebagai calon Menteri Besar," ujar Ketua Kluster Undang-Undang Ilmuan, Aminuddin Omar dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) mengikuti dengan rapat perkembangan semasa isu Menteri Besar (MB) Selangor, seperti mana kenyataan media awal Ilmuan bertarikh 4 Ogos 2014 yang lalu.

Perkembangan isu MB Selangor ini semakin menarik dalam masa terkini kerana ianya juga telah melimpah dan menyebabkan perbahasan dalaman PAS, terutama melibatkan bidang kuasa Presiden PAS, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ilmuan telah meneliti perkara-perkara yang berkaitan berkenaan isu di atas:
1. Fasal 26(1) Perlembagaan PAS. – Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat – Presiden.

2. Fasal 8(1)(a) Perlembagaan PAS – Majlis Syura Ulamak.

3. Fasal 26(9)(m) Perlembagaan PAS – Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja.

4. Titah DYMM Sultan Selangor melalui surat yang bertarikh 27 Ogos 2014.

5. Kenyataan sokongan Dewan Ulamak PAS Pusat yang bertarikh 7 September 2014 yang menyokong hak YB Datuk Seri Presiden untuk mengguna pakai kuasanya sebagaimana di peruntukkan oleh Fasal 26(1) dan Fasal 8(1)(a) perlembagaan PAS.

6. Kenyataan sokongan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bertarikh 7 September 2014 yang mengesahkan YB Dato’Seri Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti sesuai dengan Fasal 26(1) dan Fasal 8(1)(a) perlembagaan PAS.

Berdasarkan rujukan-rujukan di atas, Ilmuan berpandangan:

1. Fasal 26(1) telah memberi peruntukan yang amat jelas tanggungjawab Presiden dalam melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukan dan juga bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan mengenainya.

2. Walau bagaimanapun Fasal 26(1) haruslah dibaca bersama Fasal 8(1)(a) yang terpakai dalam situasi wujudnya kesamaran dalam maksud dan tujuan peruntukan fasal 26 (1) ini digubal. Dengan erti kata lain, Majlis Syura UlamaK diberi kuasa di bawah fasal 8 (1)(a) untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan peruntukan fasal 26 (1) tersebut seterusnya membuat ketetapan mengenainya.

Secara khususnya, Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa untuk mentafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan "bertanggungjawab sebagai ketua".

3. Merujuk kepada Fasal 8 (1)(a), Ilmuan seterusnya berpandangan bahawa mekanisma yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan bagi Majlis Syura Ulamak melaksanakan kuasa mereka dalam menjelas, menghurai dan menafsir peruntukan Fasal 26 (1) adalah melalui “purposive approach”.

Dengan erti kata lain, peruntukan ini dilihat memberi kuasa kepada Majlis Syura Ulama' dalam menjelas, menghurai dan menafsirkan kesamaran dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS dengan melihat kepada semangat (spirit) PAS itu sendiri.

Ilmuan juga berpandangan bahawa YB Datuk Seri Presiden berada dalam kekangan waktu yang amat terhad, berlegar antara tarikh titah DYMM Sultan Selangor pada 27 Ogos 2014 dan tarikh tutup penghantaran tiga nama calon MB, iaitu pada 3 September 2014. Ini disulitkan lagi dengan cuti umum Hari Kemerdekaan yang berlaku dalam tempoh yang sama.

Maka dalam situasi yang terbatas ini adalah tepat YB Datuk Seri Presiden mengguna pakai kuasa dan hak beliau selaku Presiden PAS seperti mana yang termaktub di dalam Fasal-Fasal yang tersebut di atas.

Justeru itu, Ilmuan dengan ini berpendapat bahawa tindakan mencalonkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada DYMM Sultan Selangor oleh YB Datuk Seri Presiden adalah tepat dan tidak melanggari mana-mana peruntukkan perlembagaan PAS. Apatah lagi tindakan YB Datuk Seri Presiden ini adalah bagi memenuhi titah DYMM Sultan Selangor yang menitahkan agar lebih dari dua nama dicadangkan sebagai calon Menteri Besar. - HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014






















































































































































Bagaimanakah Islam menilai erti merdeka?

DATUK DR SIDDIQ FADZIL | .


BAGI orang yang memahami makna dan harga kemerdekaan, 3l Ogos adalah tarikh istimewa. Justeru, pada hari itulah tercapainya cita-cita yang telah diperjuangkan turun-temurun sejak entah berapa keturunan.

Sejarah merdeka bukan baru bermula pada pertengahan abad 20. Perjuangan heroik melawan penjajah sudah bermula seawal abad ke-16M dengan perang Melaka-Portugis. Sejak itulah darah dan air mata perjuangan tidak pernah berhenti mengalir. Tiada siapa berdaya menaksir berapa kawah darah yang tumpah dan berapa telaga air mata derita yang mengalir demi mempertahankan atau mendapatkan kemerdekaan. Harga kemerdekaan memang mahal tak ternilai, dan kerana itu harus dihargai secara yang benar-benar bermakna.

Bagi umat beragama, kemerdekaan adalah nikmat kurnia Tuhan yang wajib disyukuri dengan cara yang diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri nikmat sebagaimana yang diajar oleh agama ialah menggunakannva dengan cara yang benar, dan tidak menyalahgunakannya. Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus disyukuri dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya. Mudah-mudahan roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam peristirehatan apabila pengorbanan dan perjuangan mereka menghasilkan umat merdeka yang benar-benar merdeka. Dengan semangat syukur nikmat sempena berlalunya setengah abad kemerdekaan, kita bermuhasabah, menilai diri, sudah sejauh mana kehidupan kita sebagai bangsa telah menepati makna merdeka.

Islam dan Makna Merdeka

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan. Mesej liberatif-emansipatif agama Ilahi ini jelas terungkap dalam misi utamanya ikhraju ‘n-nasi mina ‘z-zulumat ila ‘nur. Dengan kata lain, risalah Islamiah dapat dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan (tahririy-tanwiriy). Kerana itu kehadiran Islam dan gerakan pendakwahannya di mana-mana selalu dirasakan sebagai a liberating and enlightening force.

Demikianlah citra agama ini di mata kaum peribumi rantau Melayu ketika berlakunya transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dalam gerakan pengislaman yang memesat pada abad ke-13-16M. Ternyata pembebasan dalam konteks misi keislaman mencakupi bidang yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala bentuk pembelengguan termasuk kemerdekaan daripada penjajahan. Memang al-zulumat adalah kata yang jami’ dan inklusif meliputi segala rupa bencana kemanusiaan: kesesatan, kebingungan, kejahilan, kebodohan, kebekuan, kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman, kecurangan dan lain-lain sejenisnya.

Umat Islam harus dibebaskan dan dimerdekakan daripada segala bencana tersebut. Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi pengislaman selamanya tidak terpisah daripada pencerahan (tanwir). Apalah erti bebas daripada suatu kegelapan, jika kemudiannya dijerumuskan ke dalam kegelapan yang lain.

Demikianlah hakikat bermulanya transformasi pengislaman dengan deklarasi kemerdekaan diri menerusi lafaz kesaksian syahadat ketauhidan la ilaha illallah yang membawa implikasi ketidakrelaan tunduk mengabdi kepada siapa pun dan apa pun selain Tuhan Yang Maha Esa. Sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Sheikh Muhammad al-Ghazali bahawa kalimat tauhid itu membawa implikasi penafian terhadap segala bentuk keberhalaan. Penolakan terhadap segala jenis pengabdian di bumi dan penegasan terhadap hak kebebasan (Muhammad Al-Ghazali, 2000:36). Justeru, manusia mukmin adalah manusia berjiwa merdeka yang sedar dengan ketinggian martabat keinsanannya, setia memelihara pesan, Innahu laysa li al-mu’min an yudhilla nafsah (Sungguh, tidak seharusnya seorang mukmin menghina dirinya sendiri).


Semangat kemerdekaan tahririy-taghyiri-tanwiriy itulah yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'aba ketika merumuskan makna merdeka sebagai perubahan, “... daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan dia; daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang subur dan merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Merdeka Berdasarkan Prinsip Karamah Insaniyyah

Merdeka pada hakikatnya adalah bahagian daripada kemanusiaan itu sendiri, sesuai dengan kurnia takrim dari Yang Maha Pencipta untuk makhluk jenis manusia seluruhnya. Kemuliaan yang diperoleh langsung dari Tuhan itu bukan deklarasi kosong, tetapi sarat dengan erti dan implikasi: kemerdekaan, kebebasaan, persamaan dan sejumlah hak serta keperluan asasi lainnya: yang tanpanya manusia kehilangan kemanusiaannya. Kerana itu manusia yang sedar dengan ketinggian martabat, maruah dan harga diri insan sebagai makhluk mulia memiliki kepekaan yang cukup tinggi terhadap apa jua gejala penghinaan terhadap manusia, baik dirinya sendiri atau manusia lain.

Manusia yang berasa mempunyai maruah keinsanan tidak akan rela kemerdekaannya dirampas, kebebasannya dibelenggu dan apa sahaja perlakuan yang meremehkan kemanusiaannya. Ternyata kemerdekaan terkait erat dengan maruah. Bagi manusia merdeka, maruah adalah milik termahal yang sentiasa dijaga dan dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Kerana itu pula manusia merdeka tidak dapat menerima kehidupan yang tidak bermaruah, kehidupan yang tidak bermoral, kehidupan yang cemar dengan amalan keji dan jijik seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pemerasan, kepura-puraan, ampu bodek dan lain-lain sejenisnya. Lain halnya dengan hamba abdi yang diperlakukan bagaimana sekalipun – dihina, dibelenggu dan dimalukan, mereka tidak berasa malu dan tidak berasa kehilangan maruah kerana memang mereka tidak memiliki maruah.

Demikianlah, manusia berjiwa merdeka adalah manusia yang sedar dan peka dengan ‘izzat al-nafs atau maruah, harga diri dan kemuliaan martabat keinsanannya. Kesedaran dan kepekaan itulah yang memberinya rasa malu dan tahu malu. Rasa malu terkait dengan dignity seperti itulah yang dijelaskan oleh Syed Hussein Alatas.

What is meant here by the sense of shame is not shame associated with private and individual relations but a shame associated with the collectivity, with the conditions of one's fellow men. It is directed at elements threatening human welfare and dignity. ‘lt is undignified to have a dirty surrounding. It is undignified to live in a disorderly and haphazard manner. It is undignified to be subjected to petty corruption and rude treatment. It is undignified to be cheated of your rights. It is undignified to be governed by men with criminal minds, men who spend most of their time plotting to cheat and plunder the state.’ (Alatas, S.H., 1999: 113-114).



Majalah antarabangsa NEWSWEEK, 23 Julai 2007 memuatkan tulisan Melinda Liu berjudul Politics of shame pada halaman utama Periscope. Makalah pendek tersebut mengulas hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Zheng Xiaoyu (Gambar), bekas ketua sebuah agensi kerajaan China, SFDA (State Food and Drug Administration), atas kesalahan meluluskan ubat-ubatan yang tidak diuji (untested) sehingga mengakibatkan kematian tidak kurang 10 orang. Kelulusan tersebut diberikan dengan bayaran (rasuah) $850,000. Kesalahan sedemikian membawa hukuman mati kerana kesan buruknya yang memalukan agensi berkenaan. Seperti yang dinyatakan oleh jurucakap pihak berkuasa Beijing, “Zheng has brought “shame” to his agency.” Mengenai kepentingan malu dalam masyarakat dan budaya Cina, makalah tersebut menyatakan, “Shame has always been a powerful force in China. Rooted in Confucian ethics, it often drives Chinese leaders to dispense tougher justice than is meted out for less-embarrassing crimes” Begitu tingginya tahap “tahu malu”" di kalangan mereka sehingga apabila seseorang disoal-siasat atas dugaan rasuah, cukup untuk menyebabkannya membunuh diri seperti yang dilakukan oleh seorang bekas ketua polis pada bulan Jun lalu. (NEWSWEEK, 23 Julai 2O07: 4).

Sifat malu sebenarnya menempati posisi teras dalam ajaran moraliti Islam, dan lebih daripada itu ia adalah manifestasi iman. Hadith dari Imam Malik menyebut, “setiap agama memiliki akhlaq, dan akhlaq Islam adalah malu" (likulli din khuluq, wa khuluq al-Islam al-haya”). Dalam Hadith lain disebut pula “malu adalah sebahagian daripada iman” (al-haya’min al-iman). Sifat malu yang tumbuh dari iman itu adalah sebahagian daripada disiplin dalaman yang dapat mengawal perilaku seseorang.

Apabila Tuhan sendiri mendeklarasikan martabat kemuliaan insan, ...dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam, bererti semua manusia sama mulianya, sama martabat keinsanannya, sama hak-hak kemanusiaannya, sama merdekanya dan sama bebasnya. Dari takrim ketuhanan itulah lahirnya dua prinsip utama yang sangat erat hubungannya: prinsip kebebasan (kemerdekaan) dan prinsip persamaan kemanusiaan.

Seseorang itu tidak dapat dikatakan merdeka jika ia tidak mendapat pelayanan sebaik yang diterima oleh orang lain. Bagaimana mungkin kita dapat mengatakan seseorang itu merdeka andainya masih terbelenggu dalam sistem dan budaya hidup berkasta-kasta, masih mengamalkan feudalisme - baik feudalisme lama atau feudalisme baru, masih ada kelas atasan yang diistimewakan dan kelas bawahan yang didiskriminasikan. Merdekakah “orang kecil” seperti yang diperikan oleh seorang kiyai budayawan Indornesia, K.H.A. Mustofa Bisri dalam puisinya “ORANG KECIL ORANG BESAR”.

Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil.

Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar.

Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan.

Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar.

Prinsip persamaan kemanusiaan inilah yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang terakam dalam sunnahnya - sabda dan amal nyata. Pada zamannya para penguasa rata-rata membina citra diri mereka sebagai maharaja keturunan dewa berasal dari dunia indera. Motif penciptaan imej yang menggerunkan seperti itu ialah untuk menjadikan rakyat jelata berasa kerdil dan hina diri. Pada suatu ketika seorang a'rabiy dibawa mengadap Nabi SAW. Akibat terbiasa membayangkan imej para penguasa seperti di atas, a'rabiy tersebut kelihatan terketar-ketar ketakutan.

Junjungan SAW yang cukup mengerti kenapa keadaannya menjadi seperti itu segera menenangkannya dengan berkata. “Bertenanglah, saya bukan maharaja, saya adalah anak seorang wanita Quraysh yang biasa makan daging kering”. Cara pengenalan diri seperti itu mengesankan sikap tawaduknya kepada Allah dan sekaligus rasa kedekatannya dengan umat. Junjungan SAW menisbahkan dirinya kepada ibunya yang bercitra wanita rakyat biasa, tidak kepada datuk-datuknya yang bangsawan dan pembesar Quraisy. Demikianlah cara pengenalan diri yang mengesankan persamaan kemanusiaan.

Banyak peristiwa lain lagi yang membawa mesej yang sama, termasuk kejadian tertangkapnya seorang wanita yang melakukan kesalahan mencuri. Kabilah wanita tersebut cuba melobi al-Rasul SAW agar membebaskannya daripada hukuman dengan alasan wanita tersebut termasuk golongan bangsawan dalam kabilahnya. Peristiwa itulah yang melatari sabda Junjungan SAW yang mencerminkan ketegasan dalam penegakan prinsip persamaan kemanusiaan, ”Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu (akibat amalan diskriminatif) apabila orang besar mencuri mereka biarkan, tetapi apabila orang kecil mencuri mereka hukum. Demi Allah, andainya (anakku) Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya aku potong tangannya”.

Komitmen terhadap prinsip persamaan kemanusiaan diteruskan oleh para khalifah penggantinya seperti yang dilakukan oleh Khalifah Kedua, Amir al-Mu’minin ‘Umar ibn al-Khattab r.’a. terhadap anak Gabenor Mesir (‘Amr ibn al-‘as) yang memukul seorang Qibti semata-mata kerana ia (Qibti) telah memotongnya dalam satu perlumbaan. Khalifah telah menjatuhkan hukuman qisas ke atas anak Gabenor tersebut. Ketika pihak yang bersalah memprotes atas alasan ketidaksamaraan taraf, ‘Umar al-Khattab menjawabnya dengan nada yang cukul tegas, “Sejak bila kalian memperhambakan manusia, walhal semua mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibu mereka sebagai anak-anak merdeka!”.

Peristiwa lain yang juga banyak dirujuk dalam isu persamaan kemanusian ialah hukuman qisas yang dijatuhkan oleh ‘Umar ibn al-Khattab keatas Jabalah ibn al-Ayham. Raja Ghassan itu didapati bersalah kerana memukul seseorang (orang awam) yang secara tidak sengaja terpijak pakaiannya. Jabalah juga membantah hukuman qisas, undang-undang yang menyamakan raja dengan jelata. Sebagai raja yang berasa darahnya lebih istimewa, beliau tidak mahu disamakan dengan rakyat biasa. Bantahan itulah yang dijawab oleh ‘Umar r.’a. dengan satu lagi ungkapan yang cukup mengesankan, “Tetapi Islam telah menyamakan kamu berdua.” Demikianlah, kemerdekaan yang benar-benar bererti bagi orang kecil ialah apabila hak-haknya sebagai manusia mulia dihormati, sama seperti orang lain. Tetapi andainva masih berlaku amalan penghakiman diskriminatif, pendakwaan berpilih-pilih atau seumpamanya, bererti rakyat belum memperoleh kemerdekaannya.

Memang kemerdekaan adalah bahagian daripada keinsanan. Tetapi ia bukanlah kemerdekaan yang bererti kebebasan anarkis. Kebebasan dalam Islam selamanya terkendali dalam bimbingan prinsip-prinsip hukum dan nilai-nilai akhlak. Kerana itu sebagaimana yang disebut oleh al-Sakhawiy, “Islam memberikan kebebasan kepada manusia, dan sekaligus mengawalnya: dengan nilai akhlak agar tidak terlajak, dengan keadilan agar tidak menjadi pelaku kezaliman. dengan kebenaran agar terhindar daripada tarikan nafsu kebatilan, dengan kebaikan dan pengorbanan agar tidak bersikap egois annaniyah kesombongan, ...” (al-Zuhaykiy, 2000:41).

Dato' Dr Siddiq Fadzil ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Sumber HD - 26-8-2014

Rejim zionis musnah masjid sumbangan rakyat Malaysia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza.

"Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza," tegas presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Katanya lagi, kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan pihaknya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Sebelum ini sebuah musolla yang juga dibina oleh Mapim juga hancur sepenuhnya dibedil oleh rejim zionis Israel. Sebuah lagi masjid Mapim iaitu Masjid Nasr juga rosak dibom oleh rejim Israel.

Masjid Umar Abdul Aziz yang telah terbina setahun yang lalu merupakan salah sebuah dari 9 masjid yang telah dibina melalui kutipan dana oleh Mapim sejak 2010.

Sumbangan yang dikutip melalui kempen di seluruh negara adalah sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu membina semula Gaza bermula serangan pada 2008/2009. Dalam serangan rejim Israel ketika operasi 2008/2009 itu 32 masjid musnah sepenuhnya.

Masjid Umar Abdul Aziz merupakan masjid yang telah dimusnah dalam operasi Operation Cast Lead 2008/2009 oleh Israel.

Mapim telah didatangi oleh Persatuan Islam Bait Hanoun, Gaza dan memohon bantuan agar masjid ini dapat dibangunkan semula. Mereka memaklumkan bahawa masjid tersebut amat bersejarah dan sangat penting untuk komuniti di daerah Bait Hanoun.

Dengan persetujuan Mapim, akhirnya pembinaan semula masjid ini telah dimulakan dengan cara menawarkan kepada sebuah masjid di Malaysia untuk menjadi masjid kembar kepada Masjid Umar Abdul Aziz.

Sejak dari 2011, qaryah yang dipilih iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya bersama Mapim telah melancarkan kutipan dana berjumlah RM1.9 juta dan masjid itu siap dibina dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Gaza Ir Ismail Haniyeh bersama dengan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Masjid Al-Falah Subang Jaya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir pada Mei 2013.

Masjid ini telah diumumkan sebagai yang tercantik di Gaza dan ia menjadi batu tanda kehadiran Malaysia di bumi Gaza.

Rakyat Palestin Gaza telah memberi perhormatan yang sangat tinggi kepada Malaysia hasil dari kejayaan Mapim mengambil inisiatif mengerakkan pembinaan masjid sehingga ia menjadi tali persaudaraan yang akrab antara masyarakat Malaysia dan Gaza.

Pemusnahan total akibat serangan 3 roket yang dilancarkan ke atas masjid tersebut telah menyebabkan Masjid Umar Abdul Aziz itu sekali terpaksa dibina semula dengan sumbangan umat Islam.

Mapim mengumumkan bahawa kami tidak akan membiarkan Israel membunuh semangat umat Islam untuk terus mempertahan dan membangunkan semula rumah Allah yang suci ini.

Kami berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami dan seluruh umat Islam untuk melancarkan pembangunan dan jihad melindungi masjid sehingga kehormatan masjid sebagai premis ibadat dipertahankan.

Mapim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun rejim Israel ini yang tidak boleh dibiarkan oleh masyarakat antarabangsa. Rejim Israel adalah jelas sebuah negara penjenayah dan perbuatannya yang melakukan jenayah perang ini tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

Kami menggesa kerajaan Malaysia tidak mendiamkan diri terhadap satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza sehingga sekarang masuk hari ke-48.

Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil daya usaha yang lebih tegas dengan menyuarakan kutukan dan desakannya supaya agensi dunia tidak berdiam diri. Mendiamkan diri akan mengakibatkan pemusnahan yang lebih besar akan dilancarkan oleh Israel untuk menghancurkan banyak lagi masjid di Gaza.

Memusnahkan masjid-masjid di Gaza kini adalah agenda jahat rejim zionis Israel untuk melenyapkan syiar Islam dan cuba menghapuskan institusi agama yang merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam di wailayah tersebut.

OIC perlu bertindak kerana antara tujuan kewujudannya bermula 1969 adalah untuk menjaga kemuliaan dan kepentingan Islam dan umat Islam. Kewujudan OIC bertitik tolak dari peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa, sebab itu sebarang pengkhianatan terhadap masjid dimana sahaja hendakalah ditentang sekeras-kerasnya.

Adalah menjadi sangat memalukan ketika mana ratusan masjid di Gaza dibedil dan dimusnahkan.

Mapim menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014






















































































































































MRT: Adakah keselamatan rakyat dan pekerja terjamin?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius beberapa insiden kemalangan di tapak projek pembinaan Transit Aliran Massa atau Mass Rapid Transit (MRT) dan menggesa langkah-langkah keselamatan ditingkatkan segera.

Ini ekoran tiga orang pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dilaporkan dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berkenaan pada 8.30 malam kelmarin semasa pemasangan tembok penghadang (parapet).

Dua insiden kemalangan telah dilaporkan pada tahun ini iaitu 24 Jun dan 26 Jun, masing-masing di tapak pembinaan MRT berhampiran Pusat Bandar Damansara dan di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Berikutan daripada insiden-insiden tersebut, para pengguna jalan raya khususnya di kawasan tapak pembinaan MRT bertambah bimbang dan risau akan keselamatan mereka, kata Naib Presiden Ikram, Syed Ibrahim Syed Noh.

Demikian juga halnya, kata beliau dengan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran kawasan pembinaan tersebut.

"Dipercayai perasaan yang sama dialami lebih-lebih lagi oleh pekerja binaan projek berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau pihaknya menghormati sikap tanggungjawab yang dipamerkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid apabila beliau meletakkan jawatan sebagai tanda memikul tanggungjawab penuh atas insiden maut itu.

Namun, kataya Ikram berpendapat langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan untuk meyakinkan dan memberi jaminan kepada keselamatan rakyat dan pekerja:

- Hentikan sementara kerja-kerja di tapak pembinaan Kota Damansara sehingga pemeriksaan keselamatan terperinci dilakukan dan disahkan selamat.

- Laksanakan pemeriksaan keselamatan di semua tapak pembinaan MRT di Lembah Klang dan ambil langkah pencegahan segera.

- Siasat secara terperinci punca insiden di Kota Damansara dan kemukakan laporan penemuan serta saranan dengan telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Laporan insiden-insiden terdahulu juga perlu didedahkan kepada rakyat.

- Pihak MRT Corp, syarikat kontraktor utama dan syarikat-syarikat subkontraktor perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain yang berkenaan, untuk mengesahkan bahawa semua keperluan keselamatan telah dipenuhi sebelum pekerjaan dimulakan. Hal ini termasuklah bahan-bahan pembinaan yang digunakan, alat-alat keselamatan pekerja, laluan pekerja, tempoh waktu pekerja, laluan kenderaan dan amaran lalu lintas.

- Semua pihak yang berkenaan perlu melakukan pemeriksaan keselamatan secara berkala termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut supaya keselamatan terjamin dan dipatuhi pada setiap masa khususnya semasa pembinaan.

Tambahnya, Ikram berpandangan isu keselamatan semua pihak terutamanya rakyat dan pekerja mestilah menjadi keutamaan dan tidak diambil mudah semata-mata untuk mengejar pembangunan segera MRT, bangunan pencakar langit atau pembangunan serta pelebaran jalan raya. - HARAKAHDAILY 21/8/2014

Sumber HD - 21-8-2014

Kemelut MB S'gor: Ikram alu-alukan keputusan PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan keputusan sebulat suara mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang telah membuat penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.


"IKRAM percaya keputusan ini membolehkan 'Sistem Dwiparti' terus dilaksanakan," ujar presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Katanya, sistem semak dan imbang ini telah membawa kesan yang baik kepada kematangan politik negara bagi memastikan ketelusan, tadbir-urus yang baik, keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Ia juga, ujar beliau mencerminkan hasrat PAS untuk terus berusaha memastikan perjuangan memartabatkan dan mengukuhkan suara Islam melalui Pakatan Rakyat, di samping menjaga kesatuan saf mereka.

Tegasnya, IKRAM tetap menyokong semua usaha mendaulatkan syariat sesuai dengan tuntutan akidah, dakwah dan ukhuwah.

"IKRAM juga berharap kemelut transisi kepemimpinan negeri Selangor dapat diuruskan dengan lancar, sejajar dengan prinsip demokrasi berparlimen dalam sebuah negara raja berperlembagaan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sumber HD - 18-8-2014






















































































































































Gaza: Stop mere condemnations, act now

Mohamad Azmi Abdul Hamid. MAPIM President | .
The Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM) is urging the world community , with the withdrawal of Israel Oocupation Forces (IOF) , to act now and stop expressing just condemnation on the attrocities in Gaza . The Israel regime must be made accountable to all the devastations and human fatalities the Gaza people have suffered.
An independent investigation must be launched immediately and evidence of war crimes must be gathered to procecute war criminals on the recent carnage.

The present relief , a 72 hours truce , is still yet an open ended position from the Israel as it reserves its so called right to relaunch a military operation .

The most urgent need is to open the Rafah crossing to allow goods and people to have access in and out of Gaza. The continuation of closing the border gate , while the people are in desperate need of all basic of Gaza , is cruel , to say the least.

Egypt cannot be complicit to the destruction cause by the Israel assault , keeping the Rafah crossing close while they know very well that a truce is meaningless if outside help is denied access into Gaza. The Rafah border must be permanently open for Gaza to re-connect to the world .

We cannot reduce assessing the carnage in Gaza to merely registering numbers . Only depicting how many more body counts will be retrieved and recording devastation caused by the madness of the mass massacre is not enough . No matter how sceptical people are perceiving on the truce , this is the only window of hope for yet another round of a rebuilding process to commence.

We are calling for a serious legal and punitive action on war crimes committed by the Israel. The Israel must be made accountable to the attrocities and irreparable lives of the victims . The international action this time around must be deterrent enough for any repeat of military operation by the IOF.

MAPIM is launching an International a Grand Campaign Rebuild Gaza for Ummah by establishing a network of collaborating Ngos with international agencies . Humanitarian projects for immediate needs and longterm needs will be decided and mechanism for implementation will be formed.

The advocacy campaign to address root cause of the Palestinian plight must be organized effectively by world agencies. The failure of international advocacy has resulted in a the persistent arrogance of the Israeli regime denying the rights of the Palestinians.

We are calling for the ending of the siege of Gaza. There is no meaning to a ceasefire unless the blockade of Gaza is totally lifted. The blockade is illegal , inhuman and violates the human rights of the Palestinian people.

Sumber HD - 6-8-2014

Kapitalisme, pasaran senjata dan krisis

ZULKIFLI HASAN | .

Pendahuluan

Tatkala Gaza dihujani bom dan peluru, Amerika dilaporkan terus menyalurkan bantuan kewangan dan senjata kepada Israel. Ahli Kongres Amerika memberikan lampu hijau dan menyatakan sokongan penuh kepada rejim zionis. Dilaporkan juga bahawa Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong pelan Liga Arab untuk mendesak Presiden Syria Bashar al-Assad supaya berundur dan mengutuk keganasan kezaliman yang berlaku.

Hingga kini dilaporkan ribuan rakyat Gaza dan Syria telah terkorban dan tercedera. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa negara-negara ini berbuat demikian. Sudah pasti mereka mempunyai sebab dan justifikasi terhadap tindakan mereka ini. Rusia merupakan pembekal senjata dan rakan dagang utama Syria dalam membekalkan pelbagai jenis senjata kepada rejim al-Assad. Begitu juga di Bahrain, dalam keghairahan media barat mengutuk Iran untuk membangunkan tenaga nuklearnya, Amerika dalam masa yang sama telah membekalkan senjata yang besar jumlahnya kepada Bahrain.

Amerika juga pastinya sekutu utama Israel menyalurkan peralatan senjata termodennya dan akan berbuat apa sahaja untuk mengiyakan segala kejahatan rejim zionis. Lihat saja kelengkapan ‘Iron Dome’ Israel yang dibiayai oleh Amerika dengan belanja melebihi USD225 juta. Amerika secara konsisten menjadi penyumbang utama ekonomi dan persenjataan Israel dan ini diketahui dunia.


Krisis merupakan perkara yang sinonim dengan kapitalisme. Bahkan, kapitalisme memerlukan krisis untuk terus relevan. Tanpa krisis, kapitalisme akan runtuh dan tidak akan berfungsi. Itulah antara faktor mengapa berlakunya kitaran krisis ekonomi, krisis kewangan, krisis peperangan dan pelbagai krisis yang lain pada hari ini. Mengetahui perkara inilah, golongan pemodal akan memastikan krisis itu dicipta dan direncanakan secara strategik demi mengaut keuntungan melaluinya.

Begitu juga apa yang berlaku pada hari ini khususnya di Timur Tengah. Dengan sumber kekayaan yang melimpah melalui hasil minyak yang menjadi rebutan dunia, golongan pemodal pastinya telah merencanakan pelbagai krisis dan ancaman yang membolehkan produk senjata mereka dilanggani tanpa had. Dalam erti kata lain, golongan pemodal ini mencipta “PASARAN’ melalui krisis dan peperangan.

Dunia telah menyaksikan bahawa abad ke-20 merupakan abad yang paling kejam dalam sejarah manusia dengan dua peperangan dunia, diikuti lebih 30 tahun perlumbaan senjata, perang teluk, perang Afghanistan, Perang Vietnam, Perang Iran-Iraq termasuk konflik dalaman, revolusi dan sebagainya.

Program Penyelidikan Keamanan, Cornell Universiti di Amerika telah menganggarkan bahawa seramai 231 juta manusia telah terkorban melalui peperangan dan konflik sepanjang abad ke-20. Di antara faktor utama sejarah tragis manusia ini adalah kesan daripada perdagangan senjata. Perdagangan senjata yang sering kali dilihat sebagai langkah memperkuatkan sistem pertahanan dan perbelanjaan persenjataan atas dasar keselamatan sebenarnya hanya mencetuskan konflik dan pertumpahan darah. Dalam erti kata lain, peperangan telah dicipta bukan hanya kerana ideologi tetapi juga berfaktorkan keuntungan.

Melihat kepada signifikannya isu perdagangan senjata dan agenda para kapitalis pengeluar senjata, artikel ini cuba menelusuri dan meninjau realiti perdagangan senjata termasuk menampilkan aktor-aktor pengeluar senjata dan pelanggan tetap kepada saudagar senjata ini di seluruh dunia. Di samping itu, penulis juga berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan institusi dan badan yang aktif dan komited mengawal dan memantau perdagangan senjata dan juga entiti yang secara komperehensif merekod dan menyimpan data serta statistik perdagangan senjata di seluruh dunia.

Kenali Pengeluar dan Pelanggan Senjata

Adalah tidak mengejutkan bahawa, Amerika merupakan peneraju perdagangan senjata diikuti oleh Rusia, Britain dan Perancis. Maklumat mengenai Perdagangan Senjata dunia boleh diperolehi menerusi Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) sebuah badan bebas antarabangsa berpengkalan di Sweden yang mengkhusus kepada penyelidikan mengenai perdagangan senjata yang memantau dan mempunyai pengkalan data yang komprehensif mengenai perdagangan senjata dunia.

Menurut SIPRI, direkodkan bahawa antara 1996-2000 perdagangan senjata dunia dipelopori oleh Amerika, Russia, Perancis yang mewakili 30 peratus, diikuti oleh Britain dan Jerman, 20 peratus dan Belanda, Ukraine, Italy, China, Belarus, Sepanyol dan Israel, 15 peratus. Yang menarik dan pada masa yang sama agak mengejutkan ialah negara-negara pengeluar senjata ini merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu mewakili 85 peratus perdagangan senjata dunia. Sudah pasti fakta ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan dan keadilan dalam Majlis Keselamatan PBB.

Dari aspek pengeluar senjata, terdapat tujuh syarikat utama pengeluar senjata di dunia iaitu Lockheed Martin (Amerika) BAE Systems (Britain), Boeing (Amerika), Raytheon (US), General Dynamics (Amerika), dan Thomson-CSF (Perancis). Syarikat-syarikat ini secara aktif mempromosi dan membekalkan senjata di seluruh dunia. Terdapat juga individu pengusaha dan pembekal senjata yang beroperasi membekalkan senjata secara penyeludupan. Victor Bout seorang ikon saudagar senjata dunia yang telah membekalkan pelbagai jenis senjata di serata dunia akhirnya telah ditangkap di Thailand dan diekstradisi ke Amerika.

Antara 2005-2009, direkodkan bahawa negara utama pengguna dan yang melanggan senjata ialah Taiwan, Arab Saudi, Turki, Korea Selatan, India, Mesir, Israel, Pakistan, Kuwait, Malaysia, Greece, Singapura dan Algeria. Menurut ‘Congressional Research Service’, institusi yang menjalankan penyelidikan untuk kongres Amerika, nilai perdagangan senjata antarabangsa bagi 2010 sahaja telah mencecah USD35 bilion.

Selain daripada senjata berat, isu perdagangan senjata kecil juga perlu diambil perhatian kerana ia juga sangat mempengaruhi dan kerap kali kematian diakibatkan oleh senjata sebegini. Panel Pakar PBB mengkategorikan senjata kecil ini kepada senjata yang digunakan oleh pihak polis dan tentera seperti pistol, rifel, bom tangan, mortar, gas pemedih mata dan lain-lain.

Senjata kecil ini pada dasarnya bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam dan memelihara keamanan. Namun, dunia menyaksikan senjata ini akhirnya sering kali digunakan oleh pihak berkuasa menindas dan menzalimi orang awam. Pengeluar utama senjata seumpama ini ialah China, Russia dan Amerika.

Kajian yang dibuat oleh ‘Graduate Institute of International Studies’ di Geneva menganggarkan bahawa sekurang-kuranya 550 juta pistol dan senjata seumpamanya yang terdapat di dunia iaitu mewakili satu senjata bagi setiap 11 penduduk dunia. ’Small Arms Survey’ yang dijalankan oleh institusi ini pula melaporkan bahawa nilai perdagangan senjata kecil ini adalah melebihi USD7 bilion setahun. Ironinya ialah sebanyak USD2.4 bilion telah diperuntukkan pada 2010 untuk pembelian senjata kecil ini seperti gas pemedih mata, kereta perisai dan senjata lain telah dijual kepada negara yang mengalami krisis dan konflik seperti Bahrain, Mesir, Libya, Syria dan Yaman.

Ini menunjukkan bahawa oleh sebab tiadanya undang-undang antarabangsa pengawalan perdagangan senjata yang boleh menghalang penjualan senjata kepada negara-negara yang secara jelas melanggar hak asasi manusia telah mengakibatkan krisis dan konflik yang berterusan di negara-negara berkenaan.

Industri Senjata dan Implikasinya

Persepsi yang selalu menjadi tanggapan umum terhadap persenjataan ialah senjata adalah untuk keselamatan. Bagi negara pengeluar senjata, industri ini dapat menjana ekonomi dan memberi hasil kepada negara termasuk mencipta peluang pekerjaan. Tetapi tahukah anda bahawa sekitar 2,000 orang mati setiap hari akibat dari perdagangan senjata ini.

Industri pembuatan senjata juga tidak banyak menyumbang kepada ekonomi dan sebenarnya tidak menjana peluang pekerjaan yang signifikan. Ini memandangkan industri senjata ini dikategorikan sebagai industri berteknologi tinggi dan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Sekiranya dibandingkan antara maslahah dan mafsadah industri ini, didapati terlalu banyak implikasi negatif secara langsung atau tidak langsung melalui urus niaga perdagangan senjata ini.

Jika diteliti dan dianalisis secara telus, hakikatnya perdagangan senjata ini boleh memberikan implikasi yang sangat negatif dan amat berpotensi untuk mencetuskan konflik. Umpamanya pada 1998, terdapat 11 konflik senjata di Afrika. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Di antara faktor utama konflik ini ialah pihak yang bermusuhan memiliki armada tentera dan persenjataan yang mencukupi.

Dilaporkan antara 1989-1998, Amerika telah memperuntukkan USD227 juta untuk latihan ketenteraan dan senjata bagi tentera-tentera di beberapa negara di Afrika. Daripada jumlah ini sebanyak USD111 juta digunakan untuk peperangan yang berlaku di Democratic Republic of Congo, Angola, Burundi, Chad Namibia, Rwanda, Sudan, Uganda dan Zimbabwe.

Perdagangan senjata ini juga boleh mempengaruhi dasar dan peruntukan kewangan negara. Peruntukan perbelanjaan untuk persenjataan yang berlebihan akan menjejaskan agenda pembangunan sesebuah negara. Menurut Laporan Setiausaha Agung PBB kepada Majlis Keselamatan berkenaan dengan senjata kecil (S/2008/258) melaporkan bahawa perbelanjaan senjata terutamanya di negara dunia ketiga dan membangun menyebabkan kekayaan negara tidak dapat disalurkan kepada pembangunan sosial. PBB merekodkan bahawa lebih 1 bilion penduduk hidup di bawah paras kemiskinan iaitu pendapatan kurang daripada USD1 sehari sedangkan USD184 setahun diperuntukkan bagi perbelanjaan senjata bagi setiap individu di muka bumi ini.
 

Amat malang kerana fenomena perbelanjaan persenjataan yang keterlaluan ini juga berlaku di negara membangun dan mengalami krisis kemanusiaan. ‘Global Fire Power’, sebuah laman sesawang yang mempunyai pengkalan data mengenai maklumat umum pertahanan negara di dunia, merekodkan tatkala Pakistan dan Mesir dilanda krisis pengangguran dan masalah ekonomi, kedua-dua negara ini telah memperuntukkan jumlah wang yang besar untuk ketenteraan dan masing-masing kini menduduki tangga ke 15 dan 16 dunia dari segi kekuatan angkatan tentera. Lebih mengejutkan lagi ialah daripada jumlah pasaran senjata dunia, 10 negara membangun yang mengalami masalah ekonomi dan kemanusiaan adalah mewakili 60 peratus daripada jumlah pasaran senjata bagi tahun 2003-2010.

Perkembangan perbelanjaan senjata yang berlebihan untuk tujuan keselamatan juga mengakibatkan peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada sektor pembangunan dan kebajikan tidak dapat dimanfaatkan. Sebagai contoh, harga bagi 30 buat jet Sukhoi-30 MKI buatan Rusia ialah USD1.8 bilion. Peruntukan sebanyak ini sebenarnya boleh disalurkan untuk membiayai persekolahan rendah selama setahun bagi 20 juta kanak-kanak. Harga bagi 310 kereta kebal T-90S buatan Russia ialah USD600 juta dan sekiranya wang ini digunakan untuk tujuan kesihatan ia boleh dibelanjakan untuk membiayai pembelian 200 juta ‘insecticide-treated nets; yang mampu mengurangkan kematian akibat malaria.

Nilai bagi 6 buah kapal selam buatan Perancis ialah USD1.8 bilion. Peruntukan sebanyak ini mampu untuk membantu dalam proses rawatan 1.7 bilion kanak-kanak yang mengidap ‘debilitating intestinal worms’ selama 3 tahun. Harga bagi 10 jet pejuang Mirage-2000E buatan Perancis ialah USD325 juta. Dianggarkan wang ini cukup untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan bagi 1 bilion orang selama 10 tahun.

Peruntukan untuk membeli 66 Jet Pejuang Hawk fighter buatan Britain ialah USD1.7 bilion. Perbelanjaan ini hakikatnya mampu untuk membiayai ‘antiretroviral AIDS drugs’ bagi lebih 11 juta pesakit AIDS selama setahun. Fakta dan angka ini kadang-kadang amat menggerunkan kerana kita dapat menyaksikan betapa rakusnya manusia terhadap kuasa hingga sanggup mengenepikan keperluan yang lebih mendesak seperti kesihatan, pendidikan dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat.

Antara implikasi negatif yang sering juga terjadi berikutan kegiatan perdagangan senjata ialah meningkatnya indeks rasuah. Perdagangan senjata sering melibatkan pihak tengah, tidak telus, bersifat rahsia dan sangat berpotensi menyumbang ke arah amalan rasuah. Dilaporkan bahawa terdapat lebih 50 peratus tuduhan rasuah melibatkan perdagangan senjata. Amalan industri perdagangan senjata yang tidak telus dan keghairahan pihak tertentu untuk memiliki senjata berteknologi tinggi dan terkini menyemarakkan lagi anasir rasuah yang akhirnya menelan perbelanjaan yang besar bagi bajet sesebuah negara. Berdasarkan kepada faktor ini, seharusnya sesuatu perlu dilakukan bagi memantau industri senjata dan juga mewujudkan satu undang-undang antarabangsa untuk mengawal perdagangan senjata di dunia. Sekurang-kurangnya, undang-undang antarabangsa yang bersifat universal ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan perdagangan senjata yang tidak bertanggungjawab dan beretika.

Advokasi Pengawalan Perdagangan Senjata

Pada hari ini, didapati tiada satu perjanjian yang bersifat global dan mengikat mengenai pengawalan perdagangan senjata. Gerakan dan aktivisme pengawalan perdagangan senjata ini secara rasminya bermula pada 1997 di New York hasil inisiatif sekumpulan Pemenang Nobel Perdamaian dan ‘International Physicians for the Prevention of Nuclear War’ (IPPNW) yang mengesyorkan untuk mewujudkan Kod Etika Perdagangan Senjata. Selepas kempen dan promosi oleh pelbagai badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil antarabangsa, saranan ini kemudiannya diterima oleh PBB dalam resolusi 61/89 pada 18 Disember 2006.

Tarikh 30 Oktober 2009 menjadi detik sejarah apabila Perhimpunan Agung PBB dengan 151 undi akhirnya telah bersetuju mengguna pakai Resolusi A/Res/64/48 untuk menerima usul ke arah mewujudkan Perjanjian Pengawalan Perdagangan Senjata (Arms Trade Treaty). PBB juga bersetuju untuk meneruskan proses memperincikan perjanjian ini dengan menganjurkan beberapa mesyuarat Jawatankuasa Pemandu pada 2010 dan 2011.

Kini Perjanjian ini berada diperingkat akhir pengemaskinian dan PBB akan menganjurkan konferen khas pada Julai 2012 bagi menggubal Perjanjian atau Instrumen yang bakal mengikat semua negara sama ada pengeluar atau pengguna senjata mengenai undang-undang pengawalan perdagangan senjata.

Secara umumnya, Perjanjian Pengawalan Perdagangan Senjata ini bertujuan untuk menghentikan pertambahan perdagangan senjata, menghalang penyalahgunaan senjata dan menyediakan peruntukan undang-undang bagi mengawal perdagangan senjata.

Perjanjian ini akan memastikan senjata tidak berpindah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Di antara kandungan utama Perjanjian ini ialah sebarang perdagangan senjata adalah tidak dibenarkan sama sekali dan melanggar undang-undang antarabangsa sekiranya melibatkan pihak yang boleh menjejaskan pembangunan sosial dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Di antara mekanisme untuk merealisasikan matlamat ini, Perjanjian ini akan menyediakan garis panduan perdagangan senjata secara komprehensif yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Perjanjian senjata ini juga akan memastikan bahawa tiada perdagangan senjata yang melibatkan risiko kemanusiaan dan ini termasuk sekiranya perdagangan senjata tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia antarabangsa, tergolong dalam jenayah kemanusiaan atau ‘genocide; potensi untuk menjana jenayah terancang dan boleh menjejaskan kedudukan ekonomi sosial dan pembangunan. Setakat ini, gerakan ke arah penggubalan dan termeterainya perjanjian ini hinggi kini dimainkan oleh badan bukan kerajaan terutamanya institusi keagamaan.

Penulis berkesempatan menghadiri program seumpama ini dan telah berinteraksi dengan pimpinan agama dari seluruh dunia bersama-sama merancang gerakan dan strategi untuk mempromosikan aktivisme ke arah keamanan sejagat.


Di Sweden, ‘Swedish Fellowship of Reconciliation’ (SWEFOR) dan ‘Church of Sweden’ sangat giat mengatur strategi dan program bagi memberikan kesedaran terhadap peri pentingnya isu pengawalan perdagangan senjata ini. Di Amerika, ‘Global Youth Network of Religions for Peace’ secara aktif terlibat dalam gerakan mempromosi Perjanjian Pengawalan Perdagangan Senjata ini dan menganjurkan pelbagai program berkaitan.

Di Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan merangka beberapa agenda gerakan bagi tujuan mempromosi inisiatif Pengawalan perdagangan Senjata ini. Di India, ‘Asian Muslim Action Network’ di antara organisasi yang serius mengatur program bagi tujuan yang sama. Satu Deklarasi menyokong Perjanjian Pengawalan Perdagangan Senjata ini juga telah ditandatangani oleh 40 pimpinan agama dan 70 institusi keagamaan dari seluruh dunia hasil inisiatif SWEFOR, ’Caritas France’, ‘CCFD-Terre Solidaire’ dan ‘Interfaith Working Group of the Control Arms Coalition’ pada 21 September 2011.

Di peringkat Asia Pasifik, satu bengkel intensif telah dianjurkan pada 26-27 Januari di Bangkok dengan melibatkan perwakilan dari seluruh dunia untuk merangka gerak kerja seterusnya. Ini diikuti dengan konferen di Manila yang akan diadakan pada 11-13 Mac 2012. Usaha-usaha sebegini semakin giat dijalankan oleh masyarakat antarabangsa dan sehingga kini ianya mendapat sambutan yang amat baik di seluruh dunia.

Negara Islam Mangsa Kapitalisme

Mahu tidak mahu, umat Islam di dunia perlu mengakui bahawa negara-negara Islam merupakan di antara pelanggan dan pengguna terbesar senjata. Arab Saudi, Bahrain, UAE, Malaysia termasuk negara-negara miskin seperti Pakistan, Syria, Mesir dan Yaman merupakan negara yang berbelanja besar bagi maksud persenjataan. Kerap kali alasan yang sering diberikan atas pembelian senjata ini ialah atas faktor keselamatan. Ada juga yang memberikan justifikasi keselamatan dan ancaman Israel, konflik sempadan dan keperluan pertahanan negara.

Lihat saja situasi di Timur Tengah. Jane Defence Weekly melaporkan bahawa antara 2011-2013 sahaja, negara teluk seperti Arab Saudi, UAE, Qatar dan Oman telah memperuntukkan lebih USD300 billion untuk perbelanjaan senjata. Terkini Algeria juga telah membelanjakan lebih USD7 bilion ringgit untuk persenjataan dengan Rusia terkesan akibat berlakunya ‘Arab Uprising’ di negara Timur Tengah termasuk ancaman Mesir baru-baru ini. Negara-negara teluk yang dibelenggu masalah kemunduran ilmu pengetahuan, sains dan teknologi dan sosial memperuntukkan sedemikian banyak untuk kelengkapan senjata berbanding pendidikan yang tidak sampai 0.5 peratus daripada GDP berbanding negara maju seperti Jepun dan UK yang membelanjakan lebih 2.5 peratus untuk pendidikan.

Mungkin ini antara faktor mengapa Timur Tengah mundur dan dibelenggu konflik berterusan. Dari sudut ekonomi, direkodkan bahawa hampir separuh daripada 57 negara OIC diklasifikasikan sebagai ’Negara Berpendapatan Rendah’ dan ’Negara Miskin dan Tinggi Keberhutangan’. 70-85 peratus umat Islam dikategorikan sebagai ’non-bankable’ dan 50 peratus hidup di bawah garis kemiskinan serta 25 peratus tiada akses pada kemudahan perubatan dan air bersih. Di Tunisia, lebih 40% kadar pengangguran dan lebih 25 peratus dilaporkan sebagai miskin tegar manakala di Mesir, dengan 80 juta penduduk dan lebih 90 peratus adalah Muslim, direkodkan hampir 50 peratus penduduk adalah miskin dan kadar pengangguran juga mencecah lebih 13 peratus.

Namun sekiranya dilihat dan diperhatikan, bahawa sebenarnya tidak terdapat keperluan yang menghambat untuk membeli persenjataan ini secara besar-besaran hingga mengabaikan tangungjawab yang lebih utama.

Bahkan, apa yang berlaku ialah senjata-senjata ini kerap kali digunakan untuk hal ehwal dalaman malahan menzalimi rakyat dan orang awam. Umpamanya di Libya, Mesir dan Syria, pihak kerajaan telah menggunakan senjata yang dibeli bukan untuk tujuan keselamatan negara tetapi atas dasar ingin mempertahankan kuasa dan telah menelan ribuan nyawa rakyatnya sendiri.

Oleh itu, alasan faktor keselamatan negara untuk berbelanja besar dalam pembelian senjata tidak boleh diterima secara bulat-bulat bahkan boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, Amerika merupakan pengeksport utama senjata kepada Mesir termasuk memberikan dana ketenteraan dan persenjataan sebanyak USD1.3 bilion setahun.

Manakala 10 negara pengeluar senjata telah membekalkan senjata kepada Libya semenjak 2005 hingga sekarang iaitu Belgium, France, Germany, Italy, Russia, Spain and the UK. India, Perancis, dan Rusia telah membekalkan bahan letupan dan pelbagai senjata lain ke Syria. Kesannya apa yang dapat dilihat ialah, tragedi kemanusiaan yang telah berlaku di mana kehilangan nyawa ribuan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita serta kerosakan infrastruktur awam yang hanya memburukkan lagi keadaan di negara-negara yang mengalami konflik dalaman ini.

Kesimpulan

Di antara prinsip utama yang sangat ditekankan oleh Islam ialah keadilan dan pro kepada keamanan. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah al Baqarah ayat 190 yang bermaksud: ”Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Bahkan dalam ayat yang lain, al-Quran jelas menggariskan kepentingan memelihara keamanan dan memperjuangkan keadilan seperti firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud: ”Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi”.

Nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi keutamaan kepada umat Islam untuk menegakkan keadilan dan memelihara keamanan.

Fenomena krisis peperangan yang berlaku di dunia pada hari ini bukanlah terjadi secara semulajadi tetapi ia dicipta dan direncanakan secara strategik demi mengaut keuntungan. Golongan pemodal yang didominasi oleh negara pengeluar senjata merupakan aktor utama kepada konflik yang berlaku di seluruh dunia khususnya di Timur Tengah. Konflik di Iraq, di Libya, di Mesir, di Tunisia, di Algeria, Palestine dan lain-lain negara kesemuanya direncanakan oleh pihak berkepentingan secara halus.

Musuh-musuh baru dan ancaman-ancaman dipropagandakan bagi memastikan negara kaya seperti di Teluk termasuk negara miskin seperti Mesir dan Syria terus melanggani senjata yang dikeluarkan oleh pengeluar senjata dunia. Malangnya, negara-negara Islam terus-terusan diperdayakan dan akhirnya mengabaikan aspek lain yang lebih utama seperti pendidikan dan pembangunan sains dan teknologi serta memajukan ekonominya.

Isu perdagangan senjata sama ada secara sah atau haram merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Di antara punca keganasan dan pembunuhan serta penindasan yang berlaku di seluruh dunia adalah berpunca daripada perdagangan senjata yang tidak beretika. Negara-negara kaya menjadi pengeluar senjata dan menikmati keuntungan yang berlipat ganda melalui penjualan senjata terutamanya kepada negara-negara membangun dan dunia ketiga.

Hasil negara yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan terpaksa digadaikan untuk tujuan pembelian senjata atas nama keselamatan. Bahkan dalam konteks negara-negara Islam, alasan ancaman Israel juga kerap kali menjadi justifikasi untuk berbelanja secara besar-besaran membeli kelengkapan senjata. Alasan ini sebenarnya kadang kala adalah bersifat delusi dan khayalan, pada hakikatnya dunia menyaksikan kerap kali senjata yang dibeli ini telah digunakan untuk menzalimi dan menindas rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Syria. Sudah sampai masanya, umat Islam untuk bangun dari dibuai mimpi ini.

Gerakan pro-keamanan dan mendesak adanya Perjanjian Perdagangan untuk mengawal perdagangan senjata ini perlu diberikan perhatian dan sokongan. Tindakan kerajaan Bolivia, Ecuador, Brazil, Chile, Peru, El Salvador untuk membatalkan semua perjanjian ketenteraan dan perdagangan dengan Israel sebagai protes kepada kezaliman rejim Zionis patut dijadikan contoh sebagai permulaan bermulanya aktivism membantah keganasan. Kesan daripada pemulauan secara berterusan terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan akhirnya meruntuhkan tembok diskriminasi berasaskan bangsa.

Di samping itu, masyarakat antarabangsa juga perlu memastikan bahawa pelaksanaan undang-undang antarabangsa mengenai sebarang bentuk keganasan adalah berpaksikan kepada keadilan dan tidak bersifat partisan serta berpihak. Ianya harus terpakai kepada semua negara di dunia termasuk negara pengeluar senjata dan perhatian serius dan khusus sewajibnya diberikan kepada negara-negara yang kerap kali melanggar hak asasi manusia, mencetuskan konflik serta sering melancarkan keganasan seperti Israel yang secara terus terang tidak menghormati kehormatan Palestin. - HARAKAHDAILY 4/8/2014

Dr Zulkifli Hasan ialah Exco Shariah Dan Kewangan Islam, ABIM.

Sumber HD - 4-8-2014






















































































































































Israel sasar Malaysia agenda perangi musuhnya

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan bahawa media Israel secara sengaja mahu mengheret keganasan yang dilancar ke atas Gaza dengan menuduh pejuang Hamas dilatih di Malaysia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan penafian pihak Hamas atas tuduhan ini menunjukkan Hamas bersikap bertanggungjawab supaya Malaysia tidak terperangkap dengan propaganda Israel.

“Sesungguhnya strategi kelompok Zionis Yahudi yang menguasai politik dan ketenteraan Israel adalah untuk melabelkan mana-mana negara yang menentang Israel sebagai musuhnya yang perlu dikambinghitamkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan itu ia mudah mempengaruhi pendukung kuatnya Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan permusuhan ke atas mana-mana negara yang ia mahu.

Tambahnya, adalah sangat jelas badan perisik Israel iaitu Mosad dan CIA sebagai badan perisik Amerika Syarikat sering bekerjasama untuk memporakperandakan dunia dengan konspirasi besar mereka menguasai dunia seluruhnya.

“Kedua badan perisik ini boleh melakukan konspirasi yang paling ekstrem untuk mencapai matlamat mereka termasuk propaganda media, malah operasi menculik, menyiksa, membunuh dan berperang,” ujarnya lagi.

Oleh kerana itu, kata beliau menghasilkan cerita dan fakta palsu sudah menjadi kepakaran mereka agar cita-cita mereka menundukkan semua negara tercapai.

Menurutnya, untuk menutup segala konspirasi dan kini operasi keganasan mereka yang sangat tidak bertamadun keatas Gaza dan rakyat Palestin keseluruhannya, Israel dengan sewenang-wenangnya mencari pihak luar yang boleh dijadikan sasarannya.

Beliau berkata, walaupun Israel boleh mengadakan hubungan perdagangan dan kerjasama teknologi dengan mana-mana negara, namun apabila kepentingannya terancam Israel siap mengguna jaringan dan pengaruhnya ke atas Amerika Syarikat untuk menekan negara yang ia ada hubungan selama ini.

“Ini telah lama menjadi modus operandi Zionis Israel. Israel boleh dan mudah melancarkan agendanya kerana Amerika Syarikat menjadi penyokongnya yang kuat,” katanya lagi.

Tambahnya, sudah diketahui umum betapa Amerika Syarikat akan mempertahankan Israel walaupun Israel menjadi negara pengganas nombor satu dunia.

Menurut beliau lagi, Israel sangat tidak senang dengan Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin kerana rakyat negara ini dari awal pencerobohan Zionis Yahudi ke atas bumi Palestin lagi telah ditentang keras oleh masyarakat sivil Malaysia secara konsisten.

Katanya, tidak sedikit gelombang menentang konspirasi Israel dan Amerika Syarikat dizahirkan oleh rakyat Malaysia melalui demonstrasi besar-besaran di ibu negara.

Rakyat Malaysia, tegasnya sehingga hari ini tidak pernah berkompromi dengan apa sahaja hubungan dengan Israel.

Sebab itu, kata beliau perjuangan yang ditampilkan oleh Hamas sebagai sebuah gerakan yang mahu mengembalikan hak rakyat Palestin dan membebaskan Baitul Maqdis mendapat sokongan penuh dari rakyat di Malaysia.

Beliau menegaskan, Israel mesti diingatkan, rakyat Malaysia tidak mungkin dapat memaafkan Israel yang berlaku zalim ke atas rakyat Palestin sehingga melebihi 66 tahun.

Katanya, pembunuhan, pemusnahan dan perampasan hak warga Palestin adalah ciri Israel sejak penubuhannya secara haram pada 1948.

Kini, ujar beliau dengan menuduh Malaysia melatih Hamas, jelas agenda Israel adalah untuk mendakwa betapa memerangi musuh Israel perlu dilebarkan ke seluruh dunia.

Dengan yang demikian, tambahnya merasionalkan Amerika Syarikat menyalurkan dana berbilion dolar setiap tahun untuk melindungi dan menjamin keselamatan Israel. - HARAKAHDAILY 3/8/2014

Sumber HD - 3-8-2014

Amerika dan Israel paksi kejahatan global

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

"Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat yang mengumumkan akan membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut tentera rejim Israel yang membedil sekolah perlindungan pelarian PBB di Gaza ketika kanak-kanak sedang tidur di dalam kem tersebut.

Dengan kenyataan yang sama kami mengecam keras Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan membekal senjata baru untuk rejim Israel untuk meneruskan serangan membunuh warga awam di Gaza termasuk kanak-kanak dan wanita sedangkan dalam masa yang sama Presiden Obama mengesa supaya segera diadakan gencatan senjata.

Digabungkan kedua negara ini, dunia tidak perlu ragu-ragu merumuskan bahawa AS dan Israel adalah paksi kejahatan global yang sebenar.

Laporan rejim Israel membedil untuk kali kedua sekolah PBB sama sekali tidak boleh dimaafkan. Ia menunjukkan keganasan paling barbarik membunuh secara massa orang awam yang dilancar oleh tentera Israel ke atas Gaza atas nama Operation Protective Edge.

Dalam kata-kata Ban Ki Moon, Setiausaha Agong PBB sendiri "semua bukti menunjukkan Israel yang bertindak ganas dan ini adalah perbuatan ganas yang paling memalukan".

Kami menegaskan sekali lagi tidak ada pilihan lain melainkan melancarkan respons ketenteraan ke atas rejim zionis Israel. Keganasan rejim Israel hanya boleh disekat dengan tindakan tentera.

PBB tidak boleh membiarkan keganasan paling zalim oleh perbuatan tidak bertamadun Israel ini lepas begitu sahaja. Perbuatan rejim Israel mesti dihukum dengan hukuman paling berat.

Ketua agensi PBB untuk pelarian, UNRWA sendiri menyatakan kini bukan lagi operasi kemanusiaan tetapi beralih ke operasi menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Israel tanpa belas kasihan.

Kami menyatakan kecaman kami yang tegas terhadap PBB yang tidak bertindak. Dengan hanya mengeluarkan kenyataan mengutuk terhadap Israel yang dikeluarkan oleh sebuah agensi dunia, tidak mencukupi. Malangnya bilangan mayat semakin bertambah sehingga hari ini. Akibatnya keganasan zionis Israel telah membunuh lebih dari 1,300 orang kebanyakannya orang awam dan PBB masih terus hanya bersidang dan tidak lebih dari itu.

Kini wibawa PBB tercabar untuk memaksa Israel menghentikan keganasannya. Sekiranya PBB masih menunda untuk bertindak menyekat Israel, maka kewujudan PBB tidak lagi bermakna.

Kebanyakan negara di dunia mengutuk perbuatan rejim Israel tetapi tidak seorangpun yang menggesa PBB menghantar tentera pengaman untuk melindungi nyawa orang awam di Gaza.

Apakah yang dilakukan agensi antarabangsa yang lain? Kenapa agensi-agensi itu tidak bertindak menghentikan pembunuhan kejam rejim zionis Israel ini?

AS adalah dalang utama dalam keganasan ini. AS yang merestui perlakuan barbarik Israel. AS yang membekalkan senjata tentera bernilai berbilion dolar untuk Israel menggunakannya membunuh rakyat Palestin. Dalam operasi yang sudah membunuh, mencedera dan menghancurkan seluruh infrastruktur Gaza, AS bertanggungjawab sepenuhnya.

Kami menggesa supaya dunia bangkit menentang mafia dunia, AS dan Israel. Kedua negara ini perlu didedahkan sebagai paksi kejahatan paling utama dalam dunia dan semua kerajaan mesti berani menentang kedua negara ini.

Kami menegaskan semula agar Sidang Khas Parlimen Malaysia mesti diadakan untuk mengusulkan resolusi khas mengutuk kekejaman Israel dan juga mengusulkan supaya PBB mangadakan sidang khas untuk memecat negara haram Israel dari PBB dan mengisytiharkan sekatan ekonomi dan perdagangan ke atas Israel. - HARAKAHDAILY 31/7/2014

Sumber HD - 31-7-2014


















































































































































Gaza: Apakah pemimpin Islam dijangkiti penyakit bacul?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera.

Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?

Selama mana lagi umat Islam harus menunggu? Adakah masyarakat antarabangsa hanya mahu menjadi penonton dan terus menghitung bilangan nyawa yang terbunuh setiap hari berita disiarkan dalam media?

Kami berpendapat ini bukan masanya untuk hanya bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan mengutuk atau kekesalan akan tetapi sudah sampai masanya untuk segera memberi respons ketenteraan ke atas rejim Israel yang tidak menerima bahasa diplomatik lagi melainkan bahasa tentera.

Sudah terlalu jelas, akibat sokongan penuh negara imperialis dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Kanada terhadap zionis Israel, negara haram itu tidak mempedulikan apa sahaja kecaman yang diisytiharkan oleh masyarakat dunia. Malah apa sahaja resolusi PBB yang dikaitkan dengan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel semuanya tidak diendahkan oleh negara pengganas itu.

Malangnya ramai pemimpin Islam yang dayus, malah yang menjadi pengkhianat kepada nasib warga Palestin di Gaza nampaknya semakin terdedah bila ada yang bersikap sunyi dan membisu ke atas apa yang berlaku di Gaza. Ada pemimpin kerajaan di negara OIC berkomplot bersama dengan Israel dari awal serangan Israel bermula.

Tidak dapat dinafikan lagi Mesir kini menjadi rakan Israel paling rapat untuk menjayakan serangan ke atas Gaza. Di bawah rejim Fatah Al Sisi yang disokong oleh Saudi Arab dan Amerika Syarikat, pihak pertahanan Mesir telah berkomplot dengan Mosaad Israel untuk merencanakan serangan ke atas Gaza sementera Mesir berperanan untuk mengetatkan kawalan menutup pintu Rafah yang menjadi satu-satunya pintu keluar dan masuk ke Gaza melalui darat.

Mapim tidak melihat penyelesaian yang lain melainkan angkatan tentera dari negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Indonesia dan Malaysia mesti segera dihantar ke Gaza. Jika Israel boleh bertindak secara unilateral mengenakan kepungan militari ke atas Gaza yang melanggar undang-undang antarabangsa, kenapa negara-negara Islam tidak boleh bertindak secara mutilateral ke atas Israel supaya tentera Israel menghentikan keganasan.

Kini sudah terdapat beberapa negara bukan Islam yang jauh lebih tegas terhadap Israel seperti Afrika Selatan, Brazil dan Venezuela. Namun negara-negara Islam sehingga kini hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel tetapi tidak mampu bertindak secara konkrit memaksa Israel menghentikan keganasan yang dianggap lebih barbarik dari Hitler.

Negera -negara Islam menjadi bacul dan dayus untuk bertindak kerana terlalu ghairah mempertahankan kedudukan dan kuasa politik masing-masing atas nyawa ribuan warga muslim yang terancam oleh keganasan rejim Israel.

Mapim mendesak supaya negara-negara Islam menghantar tentera pelindung rakyat awam di Gaza segera dan tidak terus membiarkan pembunuhan massa oleh rejimIsrael, negara teroris dunia. - HARAKAHDAILY 30/7/2014

Sumber HD - 30-7-2014

Saman tidak batal hak peneroka terima dividen

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menafikan hak golongan peneroka hanya kerana tindakan mereka menyaman Felda adalah tindakan yang zalim dan tidak munasabah, kata Presiden Abim, Amidi Abdul Manan.


Beliau menyataan demikian merujuk kepada laporan berkaitan tindakan Felda menafikan hak segelintir peneroka menerima dividen adalah amat dikesali.

"Sekiranya benar seperti dilaporkan oleh beberapa portal berita, tindakan sedemikan adalah tindakan yang bodoh dan jijik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim menyokong segala tindakan berlandaskan undang-undang bagi mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi.

Seharusnya, ujar beliau Felda menghayati prinsip wasatiyyah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri yang bercirikan kesederhanaan dan menjauhi sebarang bentuk tindakan yang melampau termasuk penganiayaan.

Begitu juga, katanya dengan prakarsa 'hifz ul-mal' iaini penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah yang secara jelas tidak membatalkan hak untuk para peneroka untuk mereka menerima dividen atas sebab tindakan mereka menyaman Felda.

Sehubungan, ujar beliau Abim menggesa agar satu penjelasan dibuat oleh Felda bagi merungkai kekeliruan yang mungkin timbul berpunca dari situasi ini.

"Abim percaya kemarahan golongan peneroka terhadap Felda dapat diredakan dengan penjelasan yang rasional dan munasabah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/7/2014

Sumber HD - 27-7-2014


















































































































































All Asean boycott and BDS campaign launched against Israel

Mohd Azmi Abdul Hamid, MAPIM President | .
The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) is calling for an All Asean boycott of all Israeli related products and services . The campaign is linked to the Boycott ,Divestment and Sanctions ( BDS ) which is an international campaign .

In the light of the current atrocious aggression by the Israel military, killing hundreds of civilians and injuring thousands in Gaza , this campaign is timely, critical and urgently needed to put pressure on Israel and the US, the two terrorist nations of the world.

We belief that the BDS campaign will create opportunities for a wider participation through non-violent means of resistance against the Israeli war crimes. As one activist stated, "Just a very small percentage of the population will be willing to be suicide bombers or martyrs. Just slightly more will be willing to use guns. Then maybe stones will bring slightly more. But with non-violent resistance...every person in the society can participate."

We are aiming for direct action on Israel and the US through community organizations and media reporting to enable a wide range of people , irrespective of religion and creed , to be involved in the resistance to occupation by Israel on Palestine .

On a regional level we are collaborating with NGOs and human rights organizations in Asean. While globally, we promote the direct participation by international activists and the creation of worldwide support networks and solidarity groups.

Our goal is to inflict "punitive measures" against Israel until it "complies with the precepts of international law"
The BDS campaign against Israel is targeted to:

1. Ending its occupation and colonization of all Palestinian lands and dismantling the separation Wall;
2. Recognizing the fundamental rights of the Arab-Palestinian citizens of Israel to full equality; and
3. Respecting, protecting and promoting the rights of Palestinian refugees to return to their homes and properties as stipulated in UN Resolution 194."

The Campaign will apply a three pronged approach:

1. Boycott: "targets products and companies (Israeli and international) that profit from the violation of Palestinian rights, as well as Israeli sporting, cultural and academic institutions [which] directly contribute to maintaining, defending or whitewashing the oppression of Palestinians as Israel deliberately tries to boost its image internationally through academic and cultural collaborations".
2. Divestment "means targeting corporations complicit in the violation of Palestinian rights and ensuring that the likes of the university investment portfolios and pension funds are not used to finance such companies".
3. Sanctions are described as "an essential part of demonstrating disapproval for a country's actions. Israel's membership of various diplomatic and economic forums provides both an unmerited veneer of respectability and material support for its crimes."
As well as promoting boycott, divestment and sanctions, the campaign seeks to establish a critical image of Israel in contrast to the one it presents to the world.
The BDS campaign is important in contesting "the hegemonic framing of Israel as a victim state in the face of Palestinian ‘terrorism.’'
The BDS movement has been framed to expose and challenge a series of corresponding repressive policies.

These include:

- the denial of the right of return of Palestinian refugees,
- militarised violence directed against Palestinian men, women and children,
- the confiscation of land from Palestinians,
- the demolition of Palestinian homes and
- the daily racism invoked by a series of policies directed at Palestinians which encumber their freedom of mobility, access to education and ability to earn a living.

We are confident through continuous effort of gradual education and awareness building of the public , with the consistent mobilization of civil societies , the Asean community can inflict enough pressure against Israel .
We are motivated by the various boycott initiatives launched by many associations throughout the world as recorded below:

1. Academic boycott
In April 2013, the Association for Asian American Studies (AAAS) voted to boycott Israeli universities and academic institutions. It was joined in December by the American Studies Association (ASA). In a vote in which 1,252 of its 5,000 members participated, 66% voted in favour of a boycott. The reasons given were "Israel's violation of international law and UN resolutions; the documented impact of the Israeli occupation on Palestinian scholars and students; [and] the extent to which Israeli institutions of higher education are a party to state policies that violate human rights."

2. Student's action

A list of 2012 academic and cultural boycott successes has been compiled by the Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel. In 2013, the Palestinian BDS National Committee published an interactive timeline listing some of the movement's key achievements.

In March 2009, large scale student demonstrations were held at several UK Universities to protest Israel's actions in Gaza. At Cardiff University the protests led to the University divesting all investments in BAE Systems, an arms manufacturer that co-operates with Israel.

3. Boycott in advertisement

In May 2009, advertisements for tourism in Israel were removed from the London underground network in response to pressure from the Palestinian Solidarity Campaign. In July 2009, Dexia, a Belgian-French financial group, stopped all financial services to Israeli settlements in the West Bank.

BDS has received support from various internationally renowned figures such as Richard A. Falk, Stephen Hawkings, Archbishop Desmond Tutu and Alice Walker.

Richard Falk specifically named the United States' Caterpillar Inc., Hewlett Packard and Motorola; Israel's Ahava, Elbit Systems and Mehadrin; Sweden's Volvo Group and Assa Abloy ; France's Veolia Environment; United Kingdom's G4S, Belgium's Dexia Group, Netherlands' Riwal Holding Group and Mexico's Cemex.

We note also the BDS campaign has gathered momentum based on the initiatives from many countries both government and the public. The following are just some of them:
  1. Australia
In 2011, a series of protests were staged at Max Brenner outlets, a franchise of the Israeli Strauss Group which supplies the Israeli Defence Forces.
  1. Canada
The United Church of Canada voted to boycott products from Israeli settlements. In March 2014, the University of Windsor Student Alliance considered plans to implement the results of a referendum vote in which the majority of voters called for the University to boycott companies with ties to Israel.
  1. Denmark
In January 2014, Danske Bank, which is the largest bank in Denmark, blacklisted Israel's largest bank, Bank Hapoalim, for "acting against the rules of international humanitarian law" due to its funding of Jewish settlements in the West Bank.

4. Ireland
Since 2010, over 250 Irish artists have pledged to boycott Israel along with over 140 Irish academics.
In March 2014, members of NUI Galway Students' Union voted to join the BDS campaign in a 64% victory, making it the first Irish students' union to endorse a boycott of Israel. The vote is non-binding on the university.
  1. Luxembourg
Luxembourg's state pension fund has blacklisted eight Israeli firms along with US firm Motorola Solutions for assisting in human rights violations and illegal settlements in the State of Palestine.

6. The Netherlands
In 2013, Dutch water company Vitens severed ties with Israel pointing to alleged violations of international law while engineering company Royal Haskoning DHV cancelled work on a project in East Jerusalem stating that "involvement in the project could be in violation of international law."

7. New Zealand
In December 2012 the New Zealand Superannuation Fund excluded three Israeli companies from its portfolio because of their involvement in the construction of Israeli settlements and the Israeli West Bank barrier.

8. Norway
In January 2014, the government of Norway announced that its pension fund will no longer invest in two Israeli companies (Africa Israel Investments and Danya Cebus) "due to [their] contribution to serious violations of individual rights in war or conflict through the construction of settlements in East Jerusalem."Norway's YMCA-YWCA joined the boycott in 2014, announcing that it will support "[a] broad economic boycott of goods and services from Israel and Israeli settlements.”.

9. Romania
Claiming "respect for international law, the positions of the EU and the protection of Romanian citizens", Romania announced in 2012 that it will not allow Romanian labourers to be sent to Israel unless guarantees are provided that they will not be employed in construction projects in the West Bank.

10. South Africa
In 2011 the University of Johannesburg decided to suspend ties with Israeli Ben-Gurion University, while still allowing "individual faculty" to continue cooperating with the Israeli University on a water purification project, citing the University's support for the Israeli military.

On 31 August 2012 the Wits University Students' Representative Council (Wits SRC) adopted a declaration of academic and cultural boycott of Israel.

In March 2013, eleven student BDS supporters at the Wits University were arrested after they forced the cancellation of a concert by Israeli pianist Yossi Reshef.

11. United Kingdom
Academic boycotts of Israel
On 22 April 2005, the Association of University Teachers (AUT) Council voted to boycott two Israeli universities: University of Haifa and Bar-Ilan University.
At the 2009 University and College Union (UCU) annual congress, the union passed a resolution to boycott Israeli academics and academic institutions by a large majority. Delegates stated that Israeli academics were complicit in their government's acts against Palestinians.

12. United States
In December 2013, the American Studies Association (ASA) decided to join the boycott of all Israeli academic institutions. The New York Times reported that ASA's president Curtis Marez argued that America has "a particular responsibility to answer the call for boycott because it is the largest supplier of military aid to the state of Israel."

With these records we are convinced that directing the BDS campaign towards Israel will eventually give the impact that we hope for in the struggle to protect and resume the rights of the Palestinians and to stop all the atrocities perpetuated by Zionist Israel .

We are calling all Asean consumers to use their right to choose and the right to boycott products and services and to pressure their respective government to break away trade and diplomatic relationships, social and cultural cooperation, academic and financial linkages, military and technological collaborations.

We urge all the civil society, politicians and private entrepreneurs in Malaysia to cut all engagement with Israel related dealings .

The campaign will be a long and continuous effort to impact on the racist Israeli regime. We are establishing an All Asean BDS Campaign Against Israel Secretariat ( ABC-Israel ) to coordinate and network with as many civil groups , eminent Asean public figures , influential scholars and grass roots activists.

We are targeting the participation of 5,000 civil and people's organizations, 1000 Parliamentarians in all Asean countries to effectively execute the campaign within the next three months.

We will develop a monitoring mechanism to ensure that the campaign meets its targeted impact. The secretariat will be recruiting volunteers from each Asean country to launch the BDS movement and sustain the campaign activities.

We will maximize the participation and support from the public for this campaign.- ES

Sumber HD - 24-7-2014

Tragedi MH17 dan Gaza: Abim gesa kurangkan hiburan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak kerajaan khususnya agensi di bawah Kementerian Penerangan agar mengurangkan aktiviti berbentuk hiburan sepanjang akhir bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri.

“Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini.

“Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat Malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat Islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.

Katanya, program-program berbentuk kerohanian sama ada dari pelbagai agama juga wajar dijalankan agar dapat sama-sama mendoakan agar negara dihindari dari sebarang malapetaka pada masa akan datang.

“Abim juga menarik perhatian agar pihak stesen televisyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini di samping menghormati peristiwa yang amat besar dalam sejarah negara, termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine,” ujarnya.

Beliau menambah, usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit. – HARAKAHDAILY 22/7/2014

Sumber HD - 22-7-2014


















































































































































Ikram seru ahli ke himpunan Solidariti Gaza esok

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Gaza yang akan berlangsung jam 1.30 petang esok.

Perhimpunan akan bermula dari Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC dan bergerak ke bangunan Kedutaan Amerika.

Perhimpunan itu adalah anjuran beberapa buah organisasi termasuk IKRAM.

"Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," ujar Setiausaha Agungnya, Nahar Md Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, rumah dan bangunan penduduk Gaza hancur dan musnah akibat pengeboman yang dilakukan di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Tambahnya, perhimpunan bagi mengutuk dan membantah tindakan pengganas Israel telah diadakan di seluruh dunia.

"IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk turun berhimpunan pada hari Jumaat ini bagi menyatakan bantahan kepada rejim Israel," katanya.

Perhimpunan itu juga, kata beliau adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Mari kita buktikan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin!" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

Sumber HD - 17-7-2014

Zionis sasar orang awam, tiada kawasan selamat di Gaza

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Demikian kenyataan bersama Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Pengerusi Shura}, Wan Tarmizi Abdul Aziz (Timbalan Pengerusi, Teras Pengupayaan Melayu), Datin Hajah Aminah Zakaria {Pengerusi, Salimah) dan Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak) yang mengutuk pencerobohan dan keganasan tentera rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Kami, organisasi dan individu yang bertandatangan di bawah, menyatakan kutukan keras kami kepada keganasan tentera Israel Occupation Force (IOF) ke atas Gaza. Pembunuhan rakyat Palestin di Gaza sejak serangan itu dilancarkan pada hari Selasa, 8 Julai 2014 yang lalu adalah pengulangan serangan tentera Israel pada 2008/2009 dan 2012. Serangan yang diberi nama oleh IOF itu sebagai Operation Protective Edge telah diumumkan akan menjadi operasi ketenteraan yang akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Sangat malang ketika seluruh dunia memberi perhatian sepenuhnya kepada Piala Dunia FIFA di Brazil, masyarakat dunia berdiri kaku bila setakat 12 hb Julai lebih 100 orang, termasuk kanak-kanak terbunuh dan lebih 800 orang cedera, 300 rumah kediaman musnah dan 1000 rumah rumah rosak dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza dalam 4 hari sejak 8 hb Julai yang lalu. Adalah mencukupi untuk sesiapa sahaja tersentuh hatinya bila mengetahui bahawa dalam satu serangan udara sahaja, ke atas sebuah rumah, IOF telah membunuh 7 rakyat Palestin termasuk 5 kanak-kanak pada hari Selasa lalu.

Laporan terkini menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 1100 sasaran kawasan telah diserang jet Israel dan mengikut IOF "still hundreds more to furnish" (ratusan lagi yang maseh belum dilancarkan lagi) . Bandar-bandar yang padat dengan penduduk seperti Gaza City, Beit Hanoun dan Khan Younis telah dihujani dengan peluru roket dengan sewenang-wenangnya. Israel telah menetapkan untuk melancarkan serangan darat dengan meletakkan 40,000 tentera pasukan simpanan Israel berlegar di sempadan Gaza-Israel. Ini dijangka akan berlaku pembunuhan orang awam secara massa .

Kami juga merasa kesal atas sikap lesu komuniti dunia. Peningkatan jumlah mangsa yang disiar setiap hari mencerminkan keadaan yang semakin parah.

Angka kematian masih meningkat dan ia menunjukkan tanda-tanda kemusnahan yang bakal berhujung dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Wad kecemasan hospital Al-Shifa di Gaza dibanjiri oleh mangsa yang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan serangan udara Israel yang membedil rumah kediaman. Kejadian 2008/2009 berulang kembali apabila hospital dipenuhi dengan darah dan mayat yang mengerikan.

Sementara Israel terus menghentam Gaza dengan serangan udara - dengan 50 pengeboman semalaman dan sepanjang hari Selasa, 8 Julai, 2014, pasukan perubatan memaklumkan kebimbangan mengenai keupayaan hospital yang terbatas untuk merawat orang ramai yang cedera. Mengikut laporan , serangan udara berlaku setiap empat setengah minit.

Sehingga awal petang pada hari Selasa itu, sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pengeboman Israel. Lebih daripada 80 yang lain cedera, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, termasuk lebih daripada 25 yang mempunyai kecederaan serius.

Sebanyak 12 buah katil di unit rawatan rapi di hospital tersebut digunakan sepenuhnya untuk mereka yang tercedera dan tiada katil yang tinggal untuk pesakit baru jika serangan udara diperhebatkan.

Penutupan terowong antara Gaza dan Mesir - ia merupakan nadi utama di mana bekalan , perubatan dan keperluan dibawa masuk ke Gaza selepas serangan Israel pada November 2012 - dan telah memburukkan lagi situasi tersebut.

Serangan ini telah mencipta krisis di semua peringkat.

Gaza kini mengalami kekurangan ubat-ubatan dan alatan perubatan. Ia kehilangan kira-kira 30% daripada ubat-ubatan penting, manakala 15% daripada bakinya dijangka akan habis dalam masa beberapa hari sepanjang serangan Israel. Keperluan seperti sarung tangan, kateter air kencing, dan peralatan perubatan lain berkurangan dengan kadar yang sangat pantas.

Walaupun rayuan dibuat kepada kerajaan konsensus Palestin, yang telah ditubuhkan bulan lepas, tiada sebarang tindakan diambil setakat ini untuk menyelamatkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.

Krisis bahan api yang berterusan di Gaza, yang membawa kepada terputus elektrik yang kerap meletakkan pesakit dalam risiko, terutamanya mereka yang bergantung kepada inkubator dan mesin dialisis, dan mereka yang dimasukkan ke jabatan kecemasan. Serangan Israel akan menyebabkan situasi di hospital menjadi lebih parah.

Amat jelas, Israel kini kebal kepada mana-mana undang-undang antarabangsa atau Piagam PBB berhubung pencerobohannya yang kejam terhadap Gaza. Serangan ini bukan "perang" dengan Hamas sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Nantanyahu. Tetapi ia adalah mengenai polisi Israel yang mahu menghapuskan sebarang ancaman kepada kewujudan Negara Yahudi, termasuklah mengguna pendekatan membunuh rakyat Palestin.

Kami merasa jijik dengan hegemoni US-Arab yang menyumbang kepada penindasan ke atas Palestin. Apa yang dunia saksikan sekarang adalah hasil daripada kepatuhan Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emirit Arab Bersatu (UAE) dan Mesir kepada kehendak Israel.

Israel telah diberi imuniti daripada dihukum atas kelakuan biadab dengan adanya sokongan penuh daripada Amerika Syarikat. Beberapa negara Arab telah menjadi alat Amerika Syarikat yang menggalakkan dan memberi laluan kepada Israel untuk menindas rakyat Palestin semahunya. Majlis Keselamatan PBB telah disekat dari bertindak ke atas Israel apabila Amerika Syarikat mengancam untuk menggunakan kuasa veto setiap kali usaha untuk menghukum Israel diusulkan.

Di samping itu, Mesir yang kini berada di bawah pemerintahan diktator Abdul Fatah El-Sisi, dan disokong oleh Arab Saudi dan UAE, setelah berlakunya rampasan kuasa, turut menyebabkan perjuangan rakyat Palestin melawan pencerobohan Israel menjadi amat terhad dan lemah.

Kami mengutuk tindakan pertama El-Sisi, selepas rampasan kuasa, yang telah memusnahkan terowong yang berfungsi sebagai talian hayat untuk rakyat Palestin di Gaza. Terowong telah digunakan untuk mengangkut makanan, perubatan dan barangan keperluan lain ke Gaza yang berada di bawah kepungan Israel-Mesir sejak tahun 2007. Sekatan yang dikenakan sejak tahun 2007 itu telah menjadi satu bentuk hukuman kolektif dan yang paling kejam kepada rakyat Gaza.

Kami bertegas memberi kebersamaan dan mengisytiharkan sokongan kami kepada perjuangan Palestin yang menentang pencerobohan Israel. Mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka daripada pencerobohan Israel dan membebaskan tanah air mereka dari Zionis peneroka-kolonialisme dengan menggunakan segala cara yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

Presiden kerajaan perpaduan nasional Palestin, Mahmoud Abbas, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Israel sedang melakukan pembunuhan massa di Semenanjung Gaza yang dikepung.

"Ia pembunuhan beramai-ramai. Pembunuhan sebuah keluarga (dalam serangan di daerah Khan Younis) adalah pembunuhan beramai-ramai oleh Israel terhadap rakyat Palestin," kata Abbas pada Rabu lalu.

"Kita tahu bahawa Israel tidak mempertahankan dirinya, ia mempertahankan penempatan Yahudi, sebagai projek utamanya. Dalam satu kenyataan beliau memberitahu bahawa "Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka daripada pencerobohan ganas [Israel] dengan menggunakan segala cara yang dijamin oleh konvensyen antarabangsa kepada mereka yang dijajah."

Kami menyeru kepada semua yang menentang penjajahan dan aparteid dan memperjuangkan hak kebebasan, demokrasi dan keadilan hendaklah menyokong perjuangan Palestin dalam apa cara sekalipun.

Kami juga kesal dengan sikap pengecut dan ketandusan moral beberapa ahli-negeri, Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam OIC yang tidak bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang berkesan untuk membantu rakyat Palestin dan menghentikan keganasan Israel.

Negeri-negeri ini tunduk kepada Amerika Syarikat dan Zionis dan telah berpakat untuk menggalakkan konflik sektarian yang akan melemahkan penentangan pencerobohan Israel di Palestin. Masjid ketiga paling suci dalam Islam, Al-Aqsa terletak di sana dan kini terancam dan bakal dimusnahkan oleh Zionis.

Kami menuntut supaya:

1.Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu segera meluluskan resolusi mengutuk dan menghentikan keganasan Israel dan serangan ke atas Gaza.

2. Sempadan Rafah dibuka untuk membenarkan akses untuk orang ramai dan barang-barang untuk memasuki Gaza dan menghentikan kepungan ke atas Gaza secara kekal.

3.Agensi-agensi antarabangsa dan kerajaan memberikan sokongan moral dan material kepada perjuangan Palestin dan dengan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

4.Organisasi masyarakat sivil mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Mesir bagi mengutuk keganasan Israel dan menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin.

5.Masyarakat sivik memperhebatkan kempen Boycott, Divestment, and Sanctions (BDS) ke atas Israel.

Sumber HD - 13-7-2014






















































































































































Gaza: Must the world only watch

Mohd Azmi Abdul Hamid, MAPIM President | .
The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) calls on the world community to wake up and respond , with the attrocities in Gaza , now witness again and again in real time by the minute .

Sitting and only passively watching news of dead bodies of children and women through Tv Channels is a reflection of impartiality towards cold blooded murder.

Keeping silent is not an option. Not doing anything else is tantamount to be part of the grand plan of the Israel criminals, executing its massacre.

The Khan Yunis, Gaza massacre of children by the Israel air attack is a horrendous war crime and can never be tolerated.

At least seven people, including two children, were killed and 25 others injured in one of the attacks on Tuesday , which targeted a home in the southern city of Khan Yunis.

Emergency services spokesman, Ashraf al-Qudra, said the attack “targeted the house of the al-Kaware family.”

According to witnesses a drone launched a warning flare, prompting relatives and neighbors to gather at the home as a human shield. But an F-16 immediately fired a missile which leveled the building.

The Israeli army says it carried out some 40 air attacks on the coastal strip on Tuesday. Several residential buildings were targeted in the raids. Mohammad Shabaan, a Hamas military commander, is also among the fatalities.

We call on all the international agencies to never repeat the mistake of waiting for the Israel military offensive to stop on its own will. The scale of casualities which will escalate by the hour should not only be a counting excercise on the board after all destruction has been executed. The Israel military aggression must be stop by force.

Nobody will deny what the Israel regime is executing now is war crime of the highest degree. The killing rampage is done with impunity. Gaza has become a killing zone for the so called Operation Protective Edge.

It remains without doubt that a military respond is inevitable. The only language that the Israel listens is a counter military action .

The UN Security Council has time and again only functions to secure Israel and never has any resolution passed to punish Israel for the war crimes it committed is enforced. Therefore relying on the UN Security is a waste of time. If any measure that UN Security Council can be effective is to deploy a peace keeping troops which again it has not attempted to execute due to veto power by the super powers.

Neither are governments assertive enough to pressure Israel . No one country has the courage to take on Israel directly to force it to stop the carnage.

We urge for a mobilization of people around the world to support the defense of Gaza by every possible means . Gaza has become a killing field.

We call for an intensified BDS campaign by civil society to be launched worldwide. Israel must be made to feel the hurt by enforcing economic and social sanctions.

Sumber HD - 10-7-2014

Gaza: Patutkah kita melihat sahaja?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru masyarakat dunia untuk bangun dan bertindak balas terhadap serangan Israel keatas Gaza. Kini dunia sedang menyaksikannya secara langsung berkali-kali dalam setiap dalam media.

Duduk dan hanya menonton berita gelimpangan mayat kanak-kanak dan wanita melalui saluran televisyen mencerminkan tiadanya usaha berbuat sesuatu terhadap pembunuhan kejam itu.


Berdiam diri bukan satu pilihan. Bisu berpeluk tubuh adalah sama seperti menjadi sebahagian daripada rancangan besar penjenayah Israel melaksanakan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kami memetik tulisan Noams Chomsky "Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem-kem pelarian, sekolah, hospital, apartmen, masjid dan kawasan miskin untuk menyerang penduduk yang tidak mempunyai pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal, tiada pusat arahan perang, tiada angkatan tentera dan kita masih menamakannya perang, ITU BUKAN PERANG, IA ADALAH PEMBUNUHAN / PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI."

Pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Khan Yunis, Gaza oleh serangan udara Israel adalah merupakan jenayah perang sangat zalim dan dahsyat dan sama sekali tidak boleh diterima.

Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam satu serangan pada hari Selasa, yang mensasarkan rumah di bandar selatan Khan Yunis.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, berkata serangan itu "mensasar rumah keluarga al-Kaware."

Menurut saksi, roket yang dilancarkan memberi nyalaan amaran, mendorong saudara-mara dan jiran-jiran untuk berkumpul di rumah untuk perlindungan. Tetapi F-16 dengan serta-merta melepaskan peluru berpandu yang menghancurkan bangunan.

Tentera Israel berkata ia telah menjalankan 40 serangan udara di jalur pantai pada hari Selasa. Beberapa bangunan kediaman telah disasar dalam serangan tersebut. Mohammad Shabaan, seorang komander tentera Hamas, adalah antara yang terkorban.

Kami menyeru semua agensi-agensi antarabangsa untuk tidak mengulangi kesilapan dengan menunggu serangan tentera Israel dihentikan atas kehendaknya sendiri. Skala kematian yang akan meningkat mengikut setiap jam tidak sepatutnya hanya menjadi bahan pengiraan untuk direkod, selepas semua kemusnahan telah dilakukan. Pencerobohan tentera Israel perlu dihentikan dengan kekerasan.

Tiada siapa menafikan apa yang rejim Israel laksanakan kini adalah jenayah perang yang sangat berat. Pembunuhan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Gaza telah menjadi zon pembunuhan untuk apa yang dikenali sebagai Operation Protective Edge.

Untuk mengekang keganasan Israel memang tiada lagi keraguan bahawa tindak balas ketenteraan tidak dapat dielakkan. Satu-satunya bahasa yang Israel fahami adalah tindakan ketenteraan sebagai serangan balas.

Majlis Keselamatan PBB selama ini hanya berfungsi untuk menjamin keselamatan Israel dan tidak pernah mempunyai apa-apa resolusi yang diluluskan untuk menghukum Israel atas jenayah perang yang dilakukan. Oleh itu, bergantung kepada Keselamatan PBB adalah satu pembaziran masa.

Jika ada apa-apa langkah berkesan yang boleh diambil Majlis Keselamatan PBB, adalah dengan menggerakkan satu pasukan keamanan untuk dihnatar ke Gaza . Namun hal ini juga tidak cuba untuk dilaksanakan kerana terikat dengan kuasa veto oleh kuasa-kuasa besar.

Kini tidak ada kerajaan yang cukup tegas untuk memberi tekanan kepada Israel. Tiada satu negara mempunyai keberanian untuk menghukum Israel secara langsung untuk memaksa ia menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kami mendesak supaya satu mobilisasi di seluruh dunia digerakkan untuk menyokong pertahanan Gaza dengan apa saja cara sekalipun. Gaza telah menjadi satu medan pembunuhan.

Kami menyeru agar kempen BDS (Boikot, Alih Pelaburan, Sekatan) dilancarkan terhadap Israel secara intensif oleh masyarakat sivil di seluruh dunia. Israel perlu dihukum seberat-beratnya melalui penguatkuasaan sekatan ekonomi dan sosial.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment