BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

KES DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH


G25 cabar pengharaman buku di mahkamah
Posted on Monday, October 16 @ 11:59:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35940

Berita

Kumpulan G25 memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan pengharaman 

ke atas buku “Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy” 
yang diterbitkan kumpulan moderat itu.
Menurut kenyataan G25, kumpulan itu cuba mendapatkan pengharaman itu ditarik balik Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetati gagal.

“Kami juga meminta mesyuarat diadakan dengan menteri dalam negeri menerusi bekas perdana
menteri dan penulis prakata buku itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi tidak menerima
sebarang respons,” katanya.

Tindakan undang-undang itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Larangan ke atas buku yang membincangkan peranan Islam dalam kerangka perlembagaan
Malaysia dibuat bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan ditandatangani Zahid pada 14 Jun
dan diwartakan pada 27 Julai.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, buku itu diharamkan kerana menjejaskan keselamatan dan
ketenteraman awam, membahayakan moral dan kepentingan awam, di samping mempromosikan
fahaman “liberalisme dan pluralisme”.

Buku tersebut diterbitkan Marshall Cavendish International (Asia) di Singapura dan dilancarkan
2 tahun lalu oleh ahli veteran Umno dan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kami masih hairan mengapa buku itu dilarang kerana tidak dijelaskan apakah dasar larangan itu
dan bahagian mana yang dianggap ‘menjejaskan ketenteraman awam dan boleh mencetuskan
pendapat orang awam’.”

“Ini terutamanya apabila tujuan buku itu hanyalah untuk meneroka konsep kesederhanaan dalam
Islam, dalam konteks Malaysia sebagai negara demokrasi berperlembagaan, ditambah dengan
aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dan contoh kepada dunia Islam,” kata G25.

Buku itu menyentuh kesan birokrasi Islam di Malaysia dan ketekalannya dengan peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga menyentuh dimensi sosio politik dan kesan ekonomi
kepada masyarakat tempatan.

Sumber TKO - 16-10-2017


Bicara kes saman Razman 14 Disember

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .


IPOH: Berikutan saman yang difailkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadap Pesuruhjaya
PAS Perak, Razman Zakaria akan dibicarakan pada 14 Disember 2016 telah ditetapkan mahkamah,
24 November lalu.

Mahkamah Sesyen Ipoh telah membenarkan permohonan plaintif (Nizar) untuk membatalkan
Tuntutan Balas oleh Defendan (Razman) terhadap plaintif.

Ketika membacakan penghakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Sunitha Kaur menyatakan
di antara alasan membenarkan permohonan plantif adalah berhubung isu locus standi (keupayaan
defendan dari segi undang-undang untuk memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif dalam perkara
berkenaan tuntutan balas tersebut).

Mahkamah turut menolak permohonan pihak defendan untuk membatalkan saman plaintif terhadap
defendan. – HARAKAHDAILY 25/11/206

Sumber HD - 25-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KiniTV, Dua Pengarah Didakwa
Posted on Friday, November 18 @ 20:16:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32438




KUALA LUMPUR:
Anak syarikat Malaysiakini, KiniTV dan dua pengarahnya dihadapkan ke 

mahkamah pada Jumaat berhubung dua kesalahan melibatkan video yang disiarkan di laman media 
itu.
KiniTV didakwa atas dua kesalahan kerana gagal menggunakan kemudahan jaringan mengikut
Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Antara lain, seksyen itu melibatkan salah guna kemudahan atau khidmat jaringan dengan
menghantar sebarang unsur komunikasi yang boleh menimbulkan kemarahan seseorang.

Pengarah KiniTV, Steven Gan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 244 (1) akta
sama.

Pertuduhan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda tidak melebihi
RM50,000 atau keduanya dan tambahan denda RM1,000 untuk setiap hari sepanjang tempoh
melakukan kesalahan itu.

Gan yang hadir di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah untuk semua
empat pertuduhan.

Hakim Zaman Mohd Noor menetapkan ikat jamin RM2,000 tanpa jaminan untuk setiap tuduhan.
Kes berkenaan akan didengar pada 3 Januari 2017.

Mahkamah itu juga mendengar dua pertuduhan terhadap seorang lagi Pengarah KiniTV, Premesh
Chandran kerana kesalahan salah. Kes ini juga akan didengar pada 3 Januari depan.

Peguam Fahri Azzat memberitahu mahkamah bahawa Premesh kini berada di luar negara kerana
cuti sabatikal sejak September, sekali gus tidak menerima surat untuk hadir ke mahkamah itu.

Beliau juga memohon supaya pertuduhan terhadap anak guamnya ditangguh sehingga Ogos tahun
depan apabila Premesh pulang ke tanahair.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria berkata, tempoh yang dipohon itu terlalu lama
dan meminta supaya kes itu didengar pada 3 Januari ini.

Dua video, masing-masing satu dalam versi bahasa Inggeris dan Melayu dimuatnaik pada 26 Julai
lalu menunjukkan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media.

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyerbu pejabat Malaysiakini
berhubung video itu dan merampas dua komputer.

Sumber TKO -18-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayuan kes hasutan Adam Adli ditunda
Posted on Monday, November 07 @ 21:12:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32280

Berita

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menunda rayuan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim yang 

didenda kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan Putrajaya tidak lama selepas Pilihan 
Raya Umum ke-13 (PRU13).
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki memberitahu pihak pembelaan dan pendakwaan
agar bersabar kerana beliau akan menyampaikan keputusan mengenai perkara yang sama, tetapi dalam kes lain.

Pada 18 Julai, Mohtarudin mendengar rayuan Muhammad Safwan Anang terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi pada tahun lepas untuk mengekalkan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap denda RM5,000 dan mahu Safwan
dipenjarakan.

Safwan dan Adam membuat ucapan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, seminggu selepas PRU13
dan selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.

Bagi kes Safwan, Mohtarudin akan duduk bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan
Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham manakala dalam perkara hari ini Hakim Datuk Abdul
Karim Abdul Jalil akan bersama Mohtarudin dan Abraham.

Peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Adam menimbulkan persoalan jika rayuan anak
guamnya akan gagal akibat keputusan kes Safwan itu.

Mohtarudin, memberi jaminan kepada Adam yang beliau tidak akan prejudis dan pengurusan kes
ditetapkan pada 6 Disember.

Adam didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 19 September 2014 dan dijatuhi hukuman
penjara 12 bulan.


Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, sementara mengekalkan sabit kesalahan Adam pada Februari
tahun ini, menggantikan hukuman penjara kepada denda sebanyak RM5,000.

Sumber TKO -7-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Mahkamah arah Papagomo bayar peguam 

RM300,000

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42867-mahkamah-arah-papagomo-bayar-
peguam-rm300-000

KOTA BHARU: Blogger yang sebelum ini dianggap mesra Umno dikenali “Papagomo” atau nama
sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris diarah membayar gantirugi sebanyak RM300,000 kepada
peguam terkenal Datuk Sukri Mohamed.

Selain itu Mahkamah Tinggi Kota Bharu juga mengarahkan blogger terbabit membayar kos
mahkamah sebanyak RM30,000.

Perintah tersebut dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu,
Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran gantirugi dijalankan di sini hari ini.

Mahkamah tersebut sebelum ini mendapati Wan Muhammad Azri bersalah kerana menulis dan
menyebarkan artikel dianggap fitnah terhadap Sukri.

Pada artikel terbabit Wan Muhammad Azri menuduh Sukri menyeleweng sejumlah wang yang
dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan.

Peguam Hisham Fauzi mewakili Sukri berkata mahkamah mendapati artikel tersebut merupakan
fitnah terhadap Sukri yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu sebelum ini menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti
jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenar tuntutan Sukri setelah dibawa ke Mahkamah
Persekutuan, Putrajaya pada Jun lepas.

Pada kes tersebut Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris. –
HARAKAHDAILY 18/10/2016

Sumber HD - 18-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anwar selalu rujuk Mahathir sebagai mamak tak boleh
percaya - Datuk Ishak

Posted on Friday, September 23 @ 23:55:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31792

Berita

Ketika di penghujung masanya bersama Umno, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar 

Ibrahim tidak akan mengkritik bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka tetapi akan 
berbuat demikian apabila bersama rakan rapatnya, kata seorang pemimpin veteran.
"Di khalayak ramai, Anwar tidak akan mengkritik Mahathir dan secara terbuka akan membela dia
tetapi dalam secara peribadi atau di antara rakan-rakan rapat atau kawan-kawan politik dia, dia akan
mengkritik Mahathir dalam isu-isu daripada dasar kerajaan hingga ke bangsa Mahathir.

"Dia selalu merujuk Mahathir sebagai 'mamak tak boleh percaya', 'untrustworthy mamak’,” kata
ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail dalam satu kenyataan saksi dalam kes saman fitnah Anwar
terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata istilah mamak pada masa itu adalah rujukan kesat dan menghina.
Mamak adalah istilah untuk kaum pendatang India Muslim.

Walau bagaimanapun apabila diasak mengenai perkara ini dalam mahkamah oleh peguam Anwar,
Latheefa Koya, Ishak memberi jawapan yang berbeza.

“Saya pun panggil Mahathir mamak. Tak kesat, mamak ini biasanya jual roti canai.

“Menghina ya, kesat tu terpulang la,” katanya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber TKO - 23-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembicaraan: Anwar khianati saya dua kali - Nalla
Posted on Friday, September 23 @ 11:09:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31779

Berita

Bekas rakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakaruppan memberitahu mahkamah 

hari ini bahawa dia merasakan telah dikhianati dan kecewa dengan bekas ketua pembangkang itu 
sebanyak dua kali.
Nallakaruppan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mengenali Anwar
sejak 1980 an dan pernah bermain tenis bersama-sama sebelum menyertai PKR pada tahun 2006
serta dilantik sebagai ketua cabang PKR di Kepong.

Katanya, beliau dijadualkan bertanding di Ijok pada April 2007 tetapi Anwar memberitahu pada
"saat akhir" untuk memberi laluan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini ADUN
Pelabuhan Klang.

"Ia datang pada saat-saat akhir, tetapi saya telah mendengar mengenainya sebelum itu. Saya masih
ingat kata-kata beliau (Anwar) hingga ke hari ini," katanya kepada mahkamah di hadapan
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kelima dalam saman fitnah RM100 juta yang
difailkan Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy sebelum ini mendakwa ucapannya terhadap Anwar tidak mempunyai konotasi seksual,
sebaliknya bermaksud pemimpin pembangkang itu mempunyai kecenderungan untuk
mempermainkan sekutu politiknya demi manfaat sendiri dan mengkhianati mereka.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Latheefa Koya, Nalla berkata beliau tidak kecewa
dengan episod pada masa itu dan bersetuju menghadiri ceramah politik dalam kempen pilihan raya
selepas itu.

Apabila disoal semula oleh peguam Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, senator itu
bagaimanapun menjelaskan beliau berasa kecewa dan dikhianati daripada episod itu.

Nallakaruppan memberi keterangan bahawa kali kedua beliau dikhianati adalah semasa pemilihan
PKR selepas pilihan raya kecil di Ijok berakhir dengan kekalahan Khalid.

Katanya, beliau bertanding untuk jawatan naib presiden pada masa itu dan ketika proses penamaan
berjalan, beliau memperoleh pencalonan kedua tertinggi.

Bagaimanapun pada Mei 2007, Anwar datang kepadanya dan meminta beliau menarik diri daripada
pertandingan itu untuk memberi laluan kepada Mohamed Azmin Ali (Kini Datuk Seri) yang kini
merupakan timbalan presiden PKR.

Beliau berkata begitu kecewa dengan perkara itu dan meninggalkan PKR pada 18 Mei 2007 serta
enggan menjawab panggilan telefon Anwar.

Perkara itu dilakukan walaupun Anwar berjanji menawarkan jawatan naib presiden selepas
pemilihan parti itu berakhir.

Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa jika beliau dilantik dan bukan dipilih ke jawatan
itu, pelantikan itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, katanya beliau mahu melalui proses pilihan raya untuk mengukur tahap sokongan dan
melakar kerjaya politiknya.

"Itulah di mana salah faham (dengan Anwar) bermula, tetapi kini okay," katanya, sambil
memalingkan muka dari kandang saksi untuk tersenyum pada Anwar yang duduk di belakangnya,
hingga menyebabkan ketawa dari galeri awam.

PKR tak amal apa yang diajar

Awal hari ini, mahkamah juga menyoal dan melakukan pemeriksaan balas terhadap bekas
Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Noor Adam, yang memberikan keterangan dalam perbicaraan
Selasa lalu.

Ketika disoal balas Latheefa, Lokman memberitahu beliau menjalankan perniagaan selepas dipecat
oleh PKR pada tahun 2004.

Beliau kemudian menyertai Umno pada tahun 2007 selepas presiden Umno ketika itu Tun Dr
Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, beliau menafikan cadangan Latheefa bahawa ia adalah pengkhianatan terhadap
PKR, walaupun parti itu dan Umno adalah musuh politik.

Apabila disoal semula oleh Shafee selepas itu, Lokman berkata beliau menyertai Umno selepas tiga
tahun meninggalkan PKR.

"Sebab selepas 2007, PKR menjadi agak kuat dan Umno agak goyah pada masa itu, jadi saya mahu
bekerja untuk memastikan bahawa (PKR) tidak menjadi kerajaan," katanya.

Beliau menuduh PKR tidak mengamalkan apa yang diajar seperti apabila parti itu memecat beliau
kerana mengkritik Ketua Pemuda PKR Mohd Ezam Noor dan pada masa sama menyeru kebebasan
bersuara.

Lokman berkata, walaupun Umno mempunyai kelemahan, ia masih boleh diperbaiki dan parti itu
jauh lebih baik daripada PKR.

Beliau menambah beliau juga marah kepada Mahathir kerana kononnya membuat kenyataan yang
memperkecil-kecilkan Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, kenyataan itu dibantah oleh Latheefa sebagai tidak relevan dengan kes itu dan tidak
adil kepada Mahathir kecuali dipanggil untuk menyatakan pendiriannya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul kemudian membenarkan bantahan.

Perbicaraan bersambung esok dengan pemeriksaan balas terhadap ADUN Lenggeng, Ishak Ismail.

Sumber TKO - 23-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900
Posted on Tuesday, September 20 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31748

Berita

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda 

RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 
pertuduhan pilihan menggunakan aplikasi Facebook dengan membuat dan melakukan penghantaran 
komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Hakim, Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim menjalani hukuman penjara tiga bulan
sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah turut menegur perbuatan Abdul Rahim yang sepatutnya menghormati dan   memelihara
institusi DiRaja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, pada prosiding itu, Abdul Rahim membuat pernyataan maaf dan kekesalannya secara
terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan  Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor,
Tengku Amir Shah.

Abdul Rahim mengaku bersalah  menggunakan kemudahan aplikasi Facebook miliknya secara sedar
telah membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati
orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Istana Mestika Jalam Permata 7/1, Seksyen 7, dekat sini jam
9 pagi pada 25 September 2015.


  Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588).

Sumber TKO - 20-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




KJ beri keterangan dalam saman RM100 juta Anwar
Posted on Tuesday, September 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31745

Berita

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi hari ini
memberi keterangan di kandang saksi dalam kes tuntutan saman RM100 juta terhadapnya yang
difailkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy atau turut dikenali dengan gelaran KJ, tenang sepanjang memberi keterangan dan menjawab
soalan balas daripada 2 peguam yang mewakili Anwar, iaitu J Leela dan Latheefa Koya.

Leela memulakan soal balasnya dengan menekan Khairy mengapa beliau membayangkan konotasi
seksual yang Anwar ialah gay di hadapan khalayak dalam satu ceramah pra pilihan raya umum 2008
menerusi kenyataannya: ‘PAS main DAP ikut kiri, DAP main PAS ikut kanan, Anwar main dua-dua
dari belakang’.

Bagaimanapun, Khairy menafikan beliau membayangkan sebarang sindiran seksual dalam
kenyataannya.

“Sudah tentu tidak,” katanya.

Khairy berkata maksud dalam kenyataan itu ialah membayangkan yang DAP, PAS boleh ditikam
dari belakang oleh Anwar dan Anwar ‘mempermainkan parti pembangkang’.

Khairy dalam ucapannya turut menyentuh parti pembangkang yang membentuk pakatan
pembangkang bersama hanya ‘kahwin mutaah’ di mana pembangkang berkahwin secara sementara
dengan pihak lain dengan satu tujuan.

“Saya tidak mahu menghina Syiah. Tetapi itu yang difahami secara umum. Mereka ‘berkahwin’
kerana mahu bekerjasama tetapi bukan untuk tujuan jangka panjang,” katanya.


Leela kemudian bertanya apa maksud ucapannya; “dia kahwin satu malam, main malam tu, esok
hari dia cerai” ketika merujuk kepada parti pembangkang yang bersatu sebagai pakatan pada pilihan
raya umum 2008.

Leela: Terma “main malam tu” bukan ada maksud seksual?

Khairy: Parti politik tak boleh melakukan seks. Ia berbalik kepada metafora (kahwin mutaah).

Leela turut menyoal jika Khairy ada bukti yang Anwar tarik balik kenyataannya bila Khairy
mendakwa Anwar ‘mempermainkan parti pembangkang’.

“Bila pihak pembangkang ada kecenderungan melakukannya sebelum ini, mereka mungkin berbuat
begitu sekali lagi,” katanya merujuk kepada gabungan pembangkang iaitu PKR, PAS dan DAP yang
dibuat pada pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi pakatan itu gagal.

Bagaimanapun, Leela terus menekannya dengan berkata dakwaannya terhadap Anwar mengkhianati
pembangkang, ialah fitnah.

Khairy menjawab:”Ini ialah kenyataan politik dan ia dibuat berdasarkan kepada komen yang adil.”

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa defendan, ketika
itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video
bertajuk ‘Anwar and Kin No Threat’, dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk
Malaysiakini.com.

Anwar memohon RM100 juta dalam ganti rugi teruk dan teladan, selain relif lain yang difikirkan
wajar oleh mahkamah.

Khairy, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau
bersandar kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Beliau berkata sebagai naib ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab perundangan,
moral dan sosial kepada masyarakat dan orang Melayu, dan orang awam mempunyai kepentingan
yang sah yang bersamaan dalam penerimaan maklumat berkaitan perkara dalam perbincangan yang
 memberi kesan kepada sosial, ekonomi dan politik.

Perbicaraan bersambung esok di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan.

Sumber TKO - 20-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Nazifuddin Diarah Bayar RM212,032 Kepada CIMB
Posted on Tuesday, August 02 @ 08:37:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                                                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31213

KUALA LUMPUR: Anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib perlu membayar                                                                                       RM212,032 kepada CIMB Bank Bhd kerana menjadi penjamin kepada sebuah syarikat dalam                                                                                                 perjanjian sewa beli pinjaman kereta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim pada Isnin menolak rayuan oleh Mohd                                                                                           Nazifuddin terhadap keterangan penghakiman yang diperolehi oleh bank terhadap beliau supaya                                                                             menyelesaikan jumlah tertunggak sepenuhnya.Ahmad Zaidi turut menolak rayuan oleh Mohd Nazifuddin, 32, terhadap keengganan Mahkamah                                                                                               Sesyen untuk membatalkan tuntutan ke atas beliau.
Hakim turut membuat keputusan itu selepas mengadakan pertemuan dengan pihak tersebut di dalam                                                                                       kamar.
Bercakap kepada The Star, peguam bank tersebut, Datuk K.Ganesan berkata hakim mendapati                                                                                                   bahawa tidak ada kesilapan dalam dapatan fakta atau undang-undang dalam penghakiman                                                                                                     Mahkamah Sesyen.
Beliau berkata hakim memerintahkan Mohd Nazifuddin untuk membayar RM3,000 sebagai kos                                                                                               kepada bank.
Perayu diwakili peguam Justin Voon.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Sesyen pada 11 September tahun lalu,                                                                                                 CIMB Bank menamakan Prima Agri-Products Sdn Bhd dan Mohd Nazifuddin sebagai defendan.
Bank itu yang menjadi plaintif tunggal mendakwa bahawa ia bersetuju memberi kemudahan                                                                                                       pinjaman sewa beli untuk kereta BMW X5 atas permintaan syarikat dengan harga RM475,000,                                                                                                  mengikut perjanjian yang ditandatangani syarikat tersebut.
Bank itu mendakwa Mohd Nazifuddin menandatangani 'perjanjian penjamin' bertarikh 18 Mac 2010                                                                                        di mana beliau bersetuju menanggung segala kerugian yang disebabkan pelanggaran perjanjian oleh                                                                                   syarikat tersebut.
Menurut bank itu, syarikat tersebut telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM47,500 dan                                                                                               ansuran bulan berjumlah RM303, 623.10 tetapi gagal menjelaskan bayaran yang akan datang                                                                                                    mengikut jadual yang dipersetujui mereka.
Antara lain, plaintif telah menghantar notis bertarikh 18 Ogos tahun lepas kepada defendan untuk                                                                                               menamatkan perjanjian dan tuntutan bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
Dalam permohonan di Mahkamah Sesyen, bank itu telah menuntut wang tunai RM212,032.11,                                                                                             faedah dan kos daripada Mohd Nazifuddin.

Sumber TKO - 2-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Mahkamah Tolak Permohonan Sisters In Islam (SIS) Cabar
Fatwa Sesat

Posted on Sunday, June 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30736



Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (semalam) menolak permohonan 
semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan 
pertubuhan itu sebagai “sesat dan menyeleweng” kerana mahkamah sivil tidak mempunyai 
bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang
diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah
Syariah.

Beliau berkata Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Mahkamah
Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang
kuasa mahkamah syariah.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak
menyentuh mengenai merit,” kata beliau ketika menolak permohonan semakan kehakiman.

Beliau juga berkata walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak
memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

“Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi,” kata beliau sambil
menambah bahawa mahkamah perlu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh penggubal
undang-undang.

Pada 10 Disember, 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar pengasas dan bekas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran daripada hakim
Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman.

Hari ini, mahkamah mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.

Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan
menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan
kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa
Selangor dan MAIS yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang
berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” adalah menyeleweng dari ajaran
Islam.

Pemohon juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan
MAIS mengarahkan, melalui fatwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk
menyekat laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran islam adalah bercanggah dengan
Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor
dan MAIS adalah bercanggah dengan Perkara 10, 11, 74 dan Senarai I dan II Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa SIS, yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
1965 sebagai sebuah syarikat berhad secara jaminan, tidak tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.


Di luar mahkamah, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon memberitahu
pemberita bahawa anak-anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di
Mahkamah Rayuan kerana isu fatwa buat pertama kali dicabar melalui semakan kehakiman –
BERNAMA

Sumber TKO - 26-6-2016



Pelukis 'Najib badut' mengaku tak salah, mohon dibicara

Posted on Monday, June 06 @ 14:14:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Aktivis yang juga pereka di sebalik lukisan 'Najib bermuka badut' hari ini mengaku tidak
bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Fahmi Reza, pencipta karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan muka badut itu
didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, antara
lain "dengan niat untuk menyakiti perasaan orang lain" dengan menyiarkan gambar berkenaan
dalam akaun Instagram beliau.

Kes itu didengar di hadapan Majistret Mohd Zulbahrin Zainuddin. Fahmi mengaku tidak
bersalah dan dibenar diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin

Syahredzan Johan dan Melissa Sasidaran mewakili Fahmi.

Memakai pakaian punk hitam dan bertopi, Fahmi juga membawa bersama lukisan Najib
bermuka badut itu, dengan slogan 'Dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua
pengasut'.

Beliau dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen di Ipoh Jumaat ini (10 Jun) bagi pertuduhan
kedua iaitu menyiarkan amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) secara
parodi dalam akaun Facebooknya.

Sumber TKO - 6-6-2016



Kes Bak Kut Teh Ramadan: Vivian Di Penjara Enam Bulan

Posted on Friday, May 27 @ 15:24:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Bekas teman wanita penulis blog seks kontroversial, Alvin Tan Jye Yee
telah dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memuatnaik posting bak kut teh Ramadan
menerusi laman Facebook.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud membacakan keputusan penghakiman selepas
mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes terhadap Vivian Lee May Ling, 27.

Hukuman itu bermula Jumaat.

Bagaimanapun, Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan
tempoh hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh reman
lapan hari May Ling sebelum ini.


Hakim juga memutuskan jaminan dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000,

Sumber TKO - 27-5-2016


Tamat Tempoh Parol, Dr Mohamad Khir Toyo Bebas
Jumaat Ini


Posted on Thursday, May 26 @ 07:10:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang menjalani tempoh parol 

selama dua bulan sejak Mac lepas, akan dibebaskan Jumaat ini.
Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak
berkata Dr Mohamad Khir akan menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol
Daerah Klang pada 10 pagi hari berkenaan.

"Mengikut tarikh pembebasan, Dr Mohamad Khir sepatutnya dibebaskan pada 29 Mei ini tetapi
memandangkan ia jatuh pada hari cuti umum, kita akan bebaskan beliau pada 27 Mei ini,"
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir turut mematuhi 41 syarat parol yang ditetapkan sepanjang
menjalani perintah itu.

"Dalam tempoh itu, Dr Mohamad Khir menjalani program intervensi iaitu menghadiri pelbagai
program kemasyarakatan yang merupakan sebahagian daripada usaha membawa semula bekas
banduan ke dalam masyarakat serta tidak melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke
atasnya seperti melaporkan diri seminggu sekali di Pejabat Parol Daerah Klang.

Dr Mohamad Khir, 51, menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula 29 Sept 2015 setelah
Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah menggunakan kedudukannya bagi
memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam untuk dirinya dan isteri yang bernilai
RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata
7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Beliau kemudian menjalani perintah parol bermula 29 Mac lepas setelah menjalani enam bulan
hukuman penjara.

Dr Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa
mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara dua
tahun atau denda atau kedua-duanya, dan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Jabatan Penjara tidak pernah memilih kasih dalam
menentukan mana-mana banduan yang layak mendapat parol kerana perintah itu ditentukan oleh
Lembaga Parol mengikut syarat yang ditetapkan.

Antara syarat itu ialah hukuman penjara yang dikenakan harus lebih daripada setahun serta
kesalahan yang dilakukan bukan dalam kategori kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual
Keempat Akta Penjara 1995.

"Justeru itu, tidak timbul dakwaan mengatakan Jabatan Penjara pilih kasih. Saya berharap
masyarakat faham bagaimana sistem parol ini berfungsi dan tidak mempolitikkannya," katanya.

Abdul Aziz berkata sejak sistem parol dilaksanakan pada 26 Julai 2008, seramai 13,160 banduan
dibenarkan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan 625 orang daripadanya sedang
menjalani perintah itu.

- BERNAMA

Sumber TKO - 26-5-2016



Dipenjara Miliki Pisau Lipat Tanpa Kebenaran

Posted on Saturday, May 21 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU: Penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini
terhadap tuduhan memiliki pisau lipat tanpa kebenaran.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Haniff Hussin,
33, mengaku bersalah.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Mei 2016.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki pisau lipat berukuran enam inci tanpa kebenaran
pihak berkuasa di Jalan Kulai Jaya, Wakaf Che Yeh, di sini pada 10.30 pagi, 13 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya
1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun jika
sabit kesalahan.

- Harian Metro

Sumber TKO - 21-5-2016


Kor Ming tarik balik status, janji tidak buat lagi

Posted on Monday, May 16 @ 21:51:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun 

Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming 
akhirnya selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Kes itu selesai selepas Kor Ming menarik balik status bergambar yang didakwa memfitnah Najib
dan Rosmah.

Pada prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid,  peguam Datuk Mohd
Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa
pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor
Ming.

Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status 'Siapa PM Malaysia yang sebenar,
Jawab!' diambil di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia
selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

"Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar
daripada konteks.

"Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan
berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu Mohd  Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu
berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak
mengulanginya.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi
penyelesaian kes saman berkenaan.

Saman atas kapasiti peribadi itu berhubung tindakan Kor Ming yang didakwa memuat naik status
memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah
mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua berserta status
dalam akaun Facebook atas namanya.

Gambar dan status yang dimaksudkan adalah gambar Najib dan, Rosmah bersama beberapa
menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.

Sumber TKO- 16-5-2016





























Tun M Mohon Perintah Mahkamah Beku Aset Najib

Posted on Wednesday, April 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi hari ini memohon perintah 
mahkamah bagi menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada berurusan 
dengan asetnya.

Dr Mahathir memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada jam 10.40
pagi tadi melalui peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Permohonan ini adalah susulan kes saman difailkan Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO
Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO
Langkawi, Anina Saadudin terhadap Najib berhubung salah laku membabitkan kes 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga mereka memohon perintah bagi menghalang Najib daripada
memindahkan, menyusut atau berurusan dengan asetnya sama ada secara sendiri, melalui penama
atau secara milik bersama.

Mereka juga memohon Najib mengemukakan afidavit bersumpah dengan memberikan butiran
mengenai aset beliau dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penyampaian perintah itu.
- Berita Harian

Sumber TKO - 20-4-2016

Kunci peti undi: Wakil calon PAS berjaya 

ketepi hukuman

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA LUMPUR: Wakil Calon PAS Dun Bagan Pinang PRU13, Azhari Ismail berjaya
mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 8 bulan dan denda RM4,000 yang dijatuhkan
ke atasnya.

Keputusan tersebut diperolehi setelah Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Siti Mariam
Othman membenarkan rayuan beliau dan dibacakan dalam Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini
19 April.

Azhari telah diwakili oleh Peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan
Pemuda PAS Malaysia (JUHAM), Wan Rohimi Wan Daud dan Hazwan Mohd Nor.

Azhari sebelum ini menghadapi tuduhan melakukan kesalahan memangga sembilan Peti Undi
pada Undian Awal PRU13 tanggal 30 April 2013 di Pusat Mengundi Dewan Hangar, PUSASDA
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau kemudiannya dihukum bersalah oleh Mahkamah Majistret Port Dickson pada 11 Mei 2015
di bawah Seksyen 3(1)(i) Akta Kesalahanraya Pilihanraya 1954. –
HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016


























Ustaz Norazli Musa menang kes saman

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .


KEPUTUSAN Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap
Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook
beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS )
jatuh kafir " yang tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dalam ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum
terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta
teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4,450 dan juga defendan dikehendaki
membuat permohonan maaf.

Kami Geng Ustaz mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas keputusan ini dan pihak kami
menganggap ini adalah satu kemenangan moral kepada Ustaz Norazli Musa dan juga Geng Ustaz.

Terima kasih daripada pihak Geng Ustaz ucapkan kepada pihak peguam yang bertungkus lumus
bagi mewakili Ustaz Norazli Musa dan juga kepada sekalian para pimpinan Geng Ustaz yang
senantiasa memberi sokongan padu kepada Presiden Geng Ustaz.

Dan tidak dilupakan juga kepada penyokong dan pendokong Geng Ustaz yang tidak henti-henti
mendoakan agar ditunjukkan kebenaran.

Semoga Allah menetapkan kita atas kebenaran dan melenyapkan kebatilan. –
HARAKAHDAILY 19/4/2016

Penulis ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ)

Sumber HD - 19-4-2016


Gagal bayar ganti rugi kepada Anwar, harta Papagomo
bakal disita, dilelong


Posted on Monday, March 14 @ 19:11:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Harta pengendali blog kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai 

Papagomo akan disita dan dilelong kerana gagal menjelaskan ganti rugi berjumlah RM850,000 
selepas kalah dalam kes saman fitnah bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Writ sita dan lelong dihantar hari ini oleh peguam Anwar, Latheefa Koya yang ditemani pegawai 

mahkamah di kediaman Papagomo di Villa Danau Apartment, Danau Kota.

Bagaimanapun, Papagomo tidak berada di kediamannya untuk menerima writ tersebut.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baharu
daripada mahkamah," kata Latheefa.

Anwar pada 2014 menang kes samannya terhadap Papagomo berhubung penyiaran perkataan
fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memerintahkan Papagomo membayar ganti rugi RM800,000
dan yuran peguam RM50,000 kepada Anwar.

Pada Mac 2013, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana
mendakwa Papagomo menyiarkan 4 siri perkataan fitnah di laman blog miliknya.

Anwar memfailkan saman terhadap Papagomo kerana dengan salah dan berniat jahat menyiarkan
perkataan lucah dan melampau mengaitkan dirinya.

Dalam penyataan tuntutan itu, defendan meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu
siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Menurut penyata tuntutan itu, defendan turut menulis perkataan memfitnah, lucah dan mencarut
termasuk membabitkan isteri, anaknya, Nurul Izzah dan menantunya yang kononnya terlibat
dalam aktiviti homoseksual.


Terdahulu minggu lalu, Papagomo juga didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju pada
Januari lepas, dengan rakaman videonya menjadi viral di laman sosial.

Sumber TKO - 14-3-2016


Guru Didakwa Di Mahkamah; "Sayalah Guru Itu"

Posted on Sunday, March 13 @ 09:00:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei
2006, lebih kurang jam 2.05 petang. Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan
mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua
orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan
guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan
kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya
akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya.

Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor 

Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan 

KM 50.2.

Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih 

berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan ‘orang-orang besar’ dalam hireki 

pentadbiran pelajaran negeri Johor.

Kata Nisah Harun dalam novel ‘Mencari Locus Standi’ tentang mahkamah; tiada yang 

menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang  ke tempat ini andai tidak 

dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali 

melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat!”  Ayat ini membekas dalam diri saya.

Segalanya menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-

pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.

Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang. Hari 

pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang 

jaminan.

Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1) AKTA 

PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan boleh 

 dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak 

kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu yang 

menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling 

kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)

Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang 

tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini 

akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) 

dalam bahasa Inggerisnya di sebut NationalUnion Teachers Progress (NUTP). Termasuk  tekanan 

yang diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober 

2007.  Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan 

mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya 

ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang 

pastinya individu itu telah bersara)


Inilah artikel yang tersiar di Buletin KPPK
Oktober 2007


Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja 

akan menerima separuh dari emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah 

ditolak hutang rumah, pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima 

RM72.15 sahaja.

Namun keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, 

Thoha terbukti benar.  Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika 

kita berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! 

orang yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat 
atau tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati. Saya masih sentiasa 
teringat selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup 
menguji itu. Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh 
umat Islam.

Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim 
Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara),  Mr 
Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd 
Said yang menyebelahi saya. 

Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan cadangan tahan kerja. Saya juga 
mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Kusaini Bin Haji Hasbullah  (Bahagian tatatertib), 
dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (ketua Setiausaha, 
Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan kerja tersebut. Kepada Miss 
Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK yang mempertahankan saya 
dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan ‘kepimpinan atas’ Kementerian Pelajaran 
Malaysia.

Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail lengkap dan segala catatan peribadi turun naik 
mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir, yang jika saya turunkan segalanya di 
dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu marah dengan catatan jujur 
tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih hidup dan saya sendiri pernah
bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau memburukkan cara pemergian saya…….. 
(sukar untuk saya menuliskannya… terasa kelopak mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku 
kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh dengan kepalsuan ini).Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara 
berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau 
apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib

Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah!

Andainya satu masa kita sebagai guru biasa menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan 
keselamatan terhadap ‘anak-anak buah’ kita adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin 
dengan hujah saya ini bacalah kitab yang berjudul “UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH 
RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA” Jika orang-orang bawahan kita 
ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah mengikut kemampuan, ziarahlah 
melihat keadaannya;

Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu 
pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan, 
pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang dibacakan 
ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal…. Yang dapt saya lihat 
dan dengar sendiri. Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu dibicarakan dengan 
pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor,  seorang pegawai puspakom yang 
memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk di kandang tertuduh 
itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun hakikatnya jika kalah 
dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung….

Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya masih 
ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai. Tempatnya 
markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS, muslimat PAS, 
ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat setempat tinggal saya 
dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu, bersujud memohon 
kemenangan untuk saya dalam kes itu.

Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil. 
Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah Thoha, 
apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun 
memaklumkan “Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan”

Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil 
sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;
“Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah 
 berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie 
terhadap tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik……………….. didapati tidak 
bersalah, dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya”
Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar 
laungan “Bangun”, saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah 
di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba 
menahannya… Pun airmata saya gugur jua…….. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang 
memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan……..

Sumber TKO - 13-3-2016

Anak Taib Mahmud Diperintah Bayar Mutaah RM30 Juta


Posted on Friday, March 11 @ 08:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Khamis memerintahkan anak kepada Yang

Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib membayar tuntutan 
mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.
Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab bagaimanapun membenarkan Mahmud Abu Bekir,
53, selaku defendan, membayar nafkah mutaah itu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31
Mac ini.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas memutuskan bahawa Shahnaz, 53, selaku plaintif,
berhak menerima tuntutan (RM30 juta) selain mengambil kira kesedihan akibat diabaikan lebih 10
tahun oleh Mahmud Abu Bekir.

Mahkamah juga berpendapat tuntutan mutaah yang dibuat sebelum ini iaitu RM100 juta adalah
keterlaluan.

Menurutnya, mahkamah mengambil kira jumlah itu berdasarkan kemampuan defendan, nilai aset
yang melebihi RM1 billion dan perbelanjaan sekali gus defendan yang mencecah RM1 juta serta
kesedihan yang dialami oleh plaintif.

"Dengan jumlah tersebut (RM30 juta), mahkamah berpendapat ia adalah berkadar dan wajar
terhadap defendan dan setidak-tidaknya mampu menghapuskan duka hati sebagai seorang bekas
isteri," katanya sambil menambah beberapa kenderaan dan banglo mewah termasuk di Sarawak
yang diberikan kepada Shahnaz hanya sebagai hadiah bukan sebahagian daripada tuntutan mutaah
tersebut.

Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Jan 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23,
namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu.

Pada 9 Jun 2011, Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah tersebut sebanyak RM100 juta.

Terdahulu, Muhamad Abdul Karim berkata, mahkamah berpendapat tindakan Mahmud Abu Bekir
meninggalkan isterinya itu tanpa sebab dilihat sebagai satu pengabaian yang tidak boleh diambil
mudah dan tidak boleh dimaafkan.

Beliau juga berkata, mahkamah bersetuju dengan mengambil kira bahawa terdapat laporan dan
bukti bahawa Mahmud Abu Bekir mempunyai wanita lain walaupun masih beristerikan Shahnaz.

Mahmud Abu Bekir diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Shahnaz bersama peguam Dr Mohd Rafie Shafie dan
Datuk Akhbardin Abdul Kadir, kelihatan gembira dengan keputusan tersebut walaupun jumlah itu
tidak seperti yang dituntut.

Shahnaz, yang juga kakak ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, turut berkata beliau akan
berbincang langkah selanjutnya bagi menyelesaikan beberapa lagi perkara selain merancang
menggunakan wang tersebut untuk membantu golongan tidak bernasib baik.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata, anak guamnya mengarahkannya untuk memfailkan
permohonan bagi menangguhkan perintah tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan
mahkamah itu. - Bernama


Sumber TKO - 11-3-2016


Saksi Beri Gambaran Kejadian Penuntut UiTM Dikelar
Tahun Lalu



Posted on Wednesday, March 09 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



TAIPING: Seorang saksi pada Selasa memberi gambaran tentang kejadian penuntut Universiti 

Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki pada Februari tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini
Mazlan berada di lokasi kejadian di Km228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran
 Bukit Gantang selama kira-kira 45 minit bagi menyaksikan gambaran kejadian itu.

Tinjauan Bernama mendapati tertuduh Syarafi Abu, 25, turut berada di lokasi kejadian, namun
hanya menunggu di dalam kenderaan polis.

Pada 16 Feb lepas, tukang masak itu didakwa atas tuduhan mengelar Nursyuhada Johari, 20, yang
meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, kira-kira pukul 2 petang, pada 2 Feb 2015.

Prosiding perbicaraan kes itu bermula semalam hingga Khamis ini dan pendakwaan dikendalikan
Mohd Amril manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.
-Bernama

Sumber TKO - 9-3-2016



















































Dakwaan bunuh: Kes Zulkifli dipindah ke 

Mahkamah Tinggi

BERNAMA | .

KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan
kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan
mencederakan dua lelaki di kampung Labohan, Kerteh,
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu setelah
Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memaklumkan
bahawa kesemua dokumen telah lengkap dan pertuduhan
terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 50, juga kekal tanpa
sebarang pindaan.

Rofiah menetapkan 22 Mac untuk sebutan kes di hadapan
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan membenarkan kedua-dua kes
dibicarakan bersama.

Pada 27 Dis tahun lepas, Mohamad Zulkifli didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di
kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada pukul 10.30 pagi,
7 Dis lalu.

Bapa tiga orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan
cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh
yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mohamad Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Azizul Shariman Mat Yusoff. -
Bernama

Sumber HD - 5-3-2016


NFC: Mahkamah tolak saman Salleh terhadap

Nurul Izzah








































      BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah dikemukakan National
Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail terhadap Nurul Izzah Anwar dan PKR berhubung dakwaan pembelian lapan unit
hartanah di KL Eco City.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng dalam keputusannya menolak saman itu berkata
kenyataan dibuat Nurul Izzah, selaku defendan tidak memfitnah Mohamad Salleh.
  
"Saya bersetuju dengan defendan bahawa kenyataan yang dibaca secara menyeluruh tidak bersifat
memfitnah plaintif (Mohamad Salleh) kerana kenyataan media dibuat Nurul Izzah adalah atas
kapasiti dan kedudukannya sebagai anggota Parlimen (MP) Lembah Pantai," katanya.
  
Hue berkata kenyataan itu ditujukan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu bekas MP
Lembah Pantai yang juga isteri Mohamad Salleh dan seorang lelaki yang berfikiran waras akan
menimbangkan artikel itu sebagai menggesa akauntabiliti di pihak Shahrizat berhubung kenyataan
Mohd Rafizi Ramli.

Mahkamah memerintahkan plaintif membayar sejumlah RM80,000 kepada kedua-dua defendan.
  
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada Mohamad Salleh dan
Nurul Izzah.
  
Pada 24 Dis, 2013, Mohamad Salleh memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan setiausaha
agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution atas dakwaan memfitnahnya dalam komen Nurul
Izzah berhubung pendedahan oleh Mohd Rafizi, yang ketika itu pengarah strategi PKR, mendakwa
Mohamad Salleh telah melakukan penyelewengan dana syarikat itu.
  
Saifuddin, selaku setiausaha agung PKR ketika itu, disaman kerana didakwa bertanggungjawab
bagi kenyataan dibuat oleh Nurul Izzah atas kapasitinya sebagai wakil PKR.
  
Mohd Rafizi didakwa berkata plaintif telah membeli lapan unit hartanah di KL Eco City
menggunakan dana NFCorp.
  
Plaintif mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan memfitnah itu dalam siaran Malaysiakini TV
pada 7 Mac, 2012.
  
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili plaintif manakala peguam Joshua Kevin
mewakili defendan. - Bernama

Sumber HD - 4-3-2016


Harakah mahu Mahathir, Kadir Jasin tampil sebagai saksi


Posted on Tuesday, February 23 @ 17:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Akhbar rasmi PAS, Harakah yang disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas 
dakwaan memfitnahnya mahu memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 
bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin sebagai saksi.

Ini berikutan artikel dan blog mereka dirujuk oleh Harakah dalam tuntutan pembelaannya.
Perkara ini didedahkan oleh peguam Harakah, Mohd Faiz Fadzil berikut pengurusan kes di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Hue Siew Kheng hari ini.

"Kami akan mohon untuk subpoenae Mahathir dan Kadir serta pengarang artikel lain dari portal
berita yang dirujuk dalam pembelaan,” katanya.

Mahkamah, katanya hari ini membenarkan artikel-artikel berkenaan dirujuk dengan syarat
pihaknya memanggil penulis tersebut.

Sebelum ini, peguam Najib membantah penerimaan artikel-artikel berkenaan.

Najib telah memfailkan saman terhadap editor Harakah Daily dan editor Harakah berikutan
penerbitan berdasarkan satu artikel laporan New York Times berhubung gaya hidup anak tiri
Najib, Riza Aziz.

Sumber TKO - 23-2-2016

Dakwaan bunuh: Kes Zulkifli ditangguh 22 

Mac

BERNAMA | .

KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 22 Mac ini, kes seorang
peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di kampung Labohan, Kerteh.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh tersebut sebagai sebutan kes setelah membenarkan
permohonan Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Minhad untuk melengkapkan semua dokumen
sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 27 Dis tahun lepas, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38,
di kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada pukul 10.30 pagi,
7 Dis lalu.

Tertuduh, yang mempunyai tiga orang anak, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan
cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh
yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mohamad Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Azizul Shariman Mat Yusoff. -
Bernama

Sumber HD - 21-2-2016


























Ratu Naga' didakwa hina perdana menteri

BERNAMA | .

SEPANG: Seorang perunding pembinaan yang menggunakan gelaran 'Ratu Naga' di laman sosial
Facebook dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghina perdana menteri
di laman sosialnya, Oktober lepas.
  
Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, yang berpakaian kot serba hitam dan berada di luar kandang
tertuduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan
terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.
  
Dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook 'Ratu Naga'
secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya terhadap Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA), dengan niat untuk menyakitkan hati.
  
OKS didakwa melakukan kesalahan itu dengan memuat naik komen tersebut di laman
Facebooknya pada 12.02 pagi, 6 Okt 2015.
  
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan
hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika
sabit kesalahan dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh menawarkan wang jaminan antara RM3,000
hingga RM7,000 terhadap OKS, mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana
menghina pemimpin nombor satu negara.
  
"OKS telah membuat penghantaran komen kepada pemimpin nombor satu negara kita. Bagi
menjamin OKS hadir ke mahkamah, pohon jumlah jaminan yang munasabah," katanya.
  
Bagaimanapun, Syarul Ema Rena yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah
mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia yang hanya berpendapatan RM3,000 sebulan
menghadapi masalah kewangan dan baharu sahaja dimaklumkan mengenai kes dihadapinya,
semalam.
  
Hakim Aizatul Akmal membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin dan
menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
  
Pendakwaan kes turut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) Norhani Mohd Adzhar. - Bernama

Sumber HD - 18-2-2016


Mahkamah Perintah Anwar Bayar Kos RM15,000 kepada
Khairy



Posted on Saturday, February 13 @ 15:47:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menang dalam rayuannya
untuk meminda pernyataan pembelaannya terhadap kes saman fitnah bekas ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Anwar.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan
rayuan Khairy untuk mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Hakim Zakaria berkata selepas mendengar hujahan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam
bela Khairy dan peguam bela Anwar, J. Leela, mahkamah cenderung untuk bersetuju dengan
hujahan Muhammad Shafee.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zamani A. Rahim
memerintahkan Anwar membayar kos RM15,000 kepada Khairy untuk prosiding mahkamah di
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim Zakaria memerintahkan Khairy untuk memfailkan pindaan pernyataan pembelaanya dalam
tempoh 14 hari.

Beliau juga membenarkan permohonan Muhammad Shafee supaya perbicaraan bagi saman fitnah
didengar hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Bagaimanapun, Hakim Zakaria, tidak membenarkan permohonan lisan yang dibuat Leela untuk menangguhkan perbicaraan bagi perkara itu yang dijadual bermula 7 Mac sementara menunggu permohonan bagi memfailkan permohonan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan namun memaklumkan Leela untuk membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dijadual untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Muhammad Shafee memberitahu mahkamah beliau tidak membantah permohonan Leela supaya
perbicaraan ditangguhkan, dibuat di Mahkamah Tinggi.

Khairy dibenarkan meminda pernyataan pembelaannya untuk memasukkan penghakiman
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kes Anwar meliwat bekas
pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau juga memohon meminda pembelaannya untuk memasukkan maksud fitnah yang lebih kecil
dalam kenyataan yang didakwa diucapkan Khairy terhadap Anwar.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100
juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan
kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb, 2008.

Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung
kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat – BERNAMA

Sumber TKO - 13-2-2016

Mahkamah terima pembelaan Harakahdaily dalam saman
fitnah Najib


Posted on Saturday, February 06 @ 07:37:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi gagal dalam rayuannya membatalkan pembelaan lidah 

rasmi PAS, Harakahdaily berikutan saman fitnah yang difailkan beliau.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh berkata, rayuan Najib 

bagi menolak pembelaan perlindungan bersyarat dan komen yang adil itu tidak dapat diterima.

"Selepas meneliti rekod rayuan dan mendengar penghujahan, kami berpendapat pembelaan itu
mampan," katanya ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu.

Zawawi berkata, isu sama ada pembelaan boleh dibenarkan kepada Harakahdaily perlu didengar
dalam perbicaraan penuh.

Beliau berkata ia tidak sepatutnya difailkan di Mahkamah Rayuan untuk menentukan pada
peringkat ini sama ada kedua-dua defendan daripada portal berita dalam talian parti pembangkang
itu dikecualikan daripada bergantung kepada pembelaan perlindungan bersyarat dan komen yang
adil.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu mahkamah hari ini, pembelaan
perlindungan bersyarat hanya boleh dibenarkan terhadap penerbitan akhbar sebagaimana
ditakrifkan dalam Akta Fitnah 1957.

"Media dalam talian seperti portal berita bukan akhbar dan tidak boleh bergantung kepada
pembelaan ini," katanya.

Peguam itu berkata, pembelaan komen yang adil juga tidak terdapat kepada Harakahdaily kerana
artikel fitnah itu berdasarkan pernyataan fakta dan bukan komen.

Hafarizam berkata pihak defendan menerbitkan semula artikel fitnah yang diterbitkan New York
Times.

Peguam Faiz Fadzil Noor, yang mewakili pengarah urusan penerbitannya Rosli Yaakob, berkata
walaupun Akta Fitnah muncul untuk menafikan pembelaan perlindungan bersyarat untuk anak
guamnya, namun prinsip undang-undang sedia ada sebaliknya ditetapkan.

"Mahkamah tinggi menetapkan pembelaan itu sah kepada defendan dalam kes fitnah berdasarkan
prinsip undang-undang yang ditubuhkan mahkamah Inggeris," katanya.

Dalam apa jua keadaan, peguam itu berkata, lebih baik bagi Mahkamah Tinggi untuk menentukan
isu itu selepas akhir perbicaraan fitnah tersebut.

Peguam Nadzaratun Naimi Hammad Azizi yang mewakili Ketua Pengarang Portal Harakahdaily
Taufek Yahya, menyokong kenyataan diberikan Faiz.

Zawawi, yang berhujah bersama Datuk Zamani A Rahim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim
hari ini, turut menasihatkan pihak terlibat supaya menyelesaikan saman itu di luar mahkamah.

Hafarizam kemudian memberitahu pemberita beliau akan mencadangkan 3 pilihan kepada perdana
menteri.

Katanya, pertama ialah memfailkan permohonan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu
terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

"Kedua ialah merujuk kembali kepada Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan atau menimbangkan
nasihat panel untuk menyelesaikan saman itu," katanya.

Semua pihak akan hadir di hadapan hakim Datuk Hue Siew Kheng pada 23 Februari ini untuk
pengurusan kes.

Pada 6 Ogos, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk membatalkan pembelaan
Harakahdaily ke atas satu artikel yang mengaitkan anak tirinya dengan firma pelaburan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).

Hakim Hue memutuskan perkaitan pembelaan perlindungan bersyarat dan komen yang adil kepada
portal berita itu hanya boleh diputuskan selepas perbicaraan.

Najib memfailkan saman terhadap Taufek dan Rosli berhubung artikel oleh Rosli pada 19 Februari
 tahun lepas yang bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bahagian 2)".

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 18 Mac, Najib berkata artikel itu mengandungi
kata-kata, yang membawa maksud beliau menyalahgunakan dana 1MDB.

Najib berkata penerbitan artikel itu mencemarkan maruahnya dan menyebabkan dikecam di media
sosial dan media massa.

Najib berkata Taufek gagal menjalankan tanggungjawab mengikut etika kewartawanan kerana
tidak mengesahkan kesahihan artikel sebelum menerbitkannya.

Perdana menteri menjadi perhatian berikutan skandal kewangan membabitkan syarikat pelaburan
milik Kementerian Kewangan 1MDB di mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Sumber TKO - 6-2-2016


























Khalid, Ismail Sabri mohon batal saman 

Nurul Izzah




























BERNAMA |
.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan permohonan untuk membatalkan
saman fitnah oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan menuduhnya
sebagai penderhaka kepada negara.
  
Perkara itu dimaklumkan peguam N. Surendran dan Latheefa Koya mewakili Nurul Izzah ketika
ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee
Ariffin hari ini.
  
Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili
Khalid dan Ismail Sabri yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman berkenaan.
  
Surendran berkata kedua-dua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu
semalam.
  
Sementara itu, Latheefa berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap Jabatan Peguam
Negara yang mewakili kedua-dua defendan dalam kes saman berkenaan.
  
"Dalam kes ini, kedua-dua defendan disaman atas kapasiti peribadi dan mereka tidak sepatutnya
diwakili Jabatan Peguam Negara kerana anak guam kami tidak menamakan Kerajaan Malaysia
dalam kes saman tersebut," katanya.
  
Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu pada 26 Nov 2015
dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu
sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 Nov 2015.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa
hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan kepada
Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas
Sabah, pada 2013.
  
Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa, perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud
bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan
pencerobohan Sulu ke atas Sabah.
  
Beliau juga mendakwa pada hari sama (22 Nov 21015), Ismail Sabri juga mengeluarkan
perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna
asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah
mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
  
Katanya, kenyataan oleh kedua-dua defendan itu diterbitkan dan disiarkan di media elektronik dan
cetak dan mendakwa disebabkan perkataan fitnah itu, beliau mengalami kecederaan teruk terhadap
reputasi sebagai seorang anggota Parlimen dan pemimpin politik.
  
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar
oleh mahkamah. - Bernama

Sumber HD - 28-1-2016

Dakwaan bunuh: Sebutan kes Mohamad 














































Zulkifli 21 Feb

BERNAMA | .

KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di sini Ahad menetapkan 21 Feb untuk sebutan kes seorang
peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di Kampung Labohan Kerteh,
bulan lepas.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh berkenaan setelah membenarkan permohonan
Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 27 Dis lalu, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di
kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada 10.30 pagi, 7 Dis lalu.

Tertuduh yang mempunyai tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, Mohamad Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan
cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh
yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Kes Mohamad Zulkifli yang mempertahankan diri dan keluarga daripada rompakan menjadi viral
di laman sosial hingga wujudnya kumpulan tertentu yang dikatakan membela tertuduh.

Ketika prosiding, Mohamad Zulkifli yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sempat
memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menggunakan parang, sebaliknya menggunakan
golok.

Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Di luar mahkamah, selain anggota keluarga, kelihatan hanya beberapa orang hadir memberi
sokongan terhadap Zulkifli. - Bernama 

Sumber HD - 24-1-2016

Saksi beritahu Alvin Tan melarikan diri elak 

bicara

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihak
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mengesyaki blogger kontroversi Alvin
Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan kes
terhadapnya.

Penolong Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan di MCMC, Akmal Hamdy Baharudin,
32, berkata ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"MCMC memohon kepada Interpol dan kemudian mengeluarkan 'Notis Merah' bagi mengesan dan
membolehkan Tan ditangkap sekiranya dikesan memasuki mana-mana negara," katanya ketika
pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Sebelum ini, Tan gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun 2014 ketika sebutan kes itu.
Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan
pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura.

Namun, mahkamah kemudian masih meneruskan perbicaraan terhadap bekas teman wanitanya,
Vivian Lee, meskipun tanpa kehadiran Tan.

Akmal Hamdy, merupakan saksi pendakwaan ke-18 dalam kes perbicaraan Alvin Tan atau Tan Jye
Yee dan Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati
hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and
appetising)' yang mengandungi logo halal, di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi, 12 Julai 2013, mengikut
Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook
sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2
pagi 7 Julai 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung pada 24 Feb. - Bernama

Sumber HD - 21-1-2016













































Nasruddin tak minta maaf kepada Guan Eng


Posted on Monday, January 18 @ 19:49:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi, membuat keputusan
untuk tidak minta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menunaikan 
solat sunat dua rakaat.

Menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi parti PAS, Ahli Parlimen Temerloh 

itu memberitahu mendapat petunjuk dan bersetuju untuk menarik balik sebahagian artikel tetapi 
tetap dengan pendirian tidak memohon maaf.

Dalam kenyataan itu, Nasruddin menceritakan kronologi yang berlaku di mahkamah sehingga
penyelesaian di luar mahkamah dicapai antara kedua-dua pihak.

“Jam 10.20 pagi saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan
mengarahkan peguam saya agar proceed (meneruskan) untuk melalui perbicaraan kes saman yang
berkait dengan penulisan saya bertajuk Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ? Pada tarikh 6 Ogos
2014.

“Jam 10.30 pagi, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar
mahkamah di kamar hakim secara mediasi (satu proses runding cara dengan tujuan penyelesaian
di luar mahkamah bagi kes – kes sivil), namun saya tetap menegaskan bahawa saya tidak akan
 memohon maaf kerana penulisan saya tidak bermaksud memfitnah plaintif,” katanya.

Bagaimanapun katanya, menerusi rundingan seterusnya pada jam 11.05 pagi, akhirnya kedua-dua
pihak bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah dan beliau setuju menarik balik sebahagian
isi kandungan dari artikel yang dikatakan telah menimbulkan salah faham dalam kalangan
pengguna media sosial.


Hakim memerintahkan Nasruddin membayar kos mahkamah RM10,000 kepada Guan Eng.

Guan Eng menyaman Nasruddin kerana mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu
menganugerahkan projek terowong bawah laut bernilai RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith
BUCG Bhd bukan melalui tender terbuka.

Nasrudin mendakwa, Guan Eng memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan
Rakyat menentang cara berkenaan.

Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan perbelanjaan berlebihan Guan Eng sebagai sesuatu yang
tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut. -
FMT
Sumber TKO - 18-1-2016

Tahniah tidak panjangkan kes, tidak mohon 

maaf

HARAKAHDAILY | .


Tahniah saya ucapkan kepada YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di atas ketegasan
mempertahankan artikelnya yang telah mengherat beliau ke mahkamah berhadapan saman oleh
YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

YB Ustaz Nasrudin bertegas tidak memohon maaf dan tidak akan menarik balik artikelnya yang
mengkritik keras ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tahniah juga diucapkan di atas penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak yang bersedia
tidak memanjangkan isu ini.

Untuk penyelesaian itu, YB Ustaz bersetuju menarik balik beberapa butiran daripada artikelnya
yang menimbulkan salah faham.

Semoga YB ustaz terus memimpin umat mendaulatkan Islam di negara tercinta. Saya bangga
bersahabat lama dengan beliau di jalan Allah.

YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016














































LGE, Nasrudin setuju tidak panjangkan isu















































HELMI KHALID | .


GEORGE TOWN: Perbicaraan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan berakhir dengan
kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Selepas persetujuan dicapai pihaknya dan kedua dua pihak tidak mahu memanjangkan
kemelut tersebut.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula sekitar jam 10.45 pagi
apabila Hakim, Lim Choong Fong memanggil keduanya ke kamar beliau sekitar 30 minit.

Memulakan perbicaraan, peguam Lim Guan Eng memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak
mempunyai kesepakatan berkenaan kes tersebut.

Hakim kemudiannya mengarahkan Nasrudin untuk tampil memberikan penjelasan berhubung
kenyataan tersebut.

Hakim kemudiannya bersetuju menerima bahawa kes tersebut diselesaikan dengan kos mahkamah
sebanyak RM10,000 ditanggung oleh pihak defendan.

Selepas persetujuan dicapai pihaknya dan kedua dua pihak tidak mahu memanjangkan kemelut
tersebut.

Menurut beliau, saman dibuat Lim ekoran satu artikel melalui laman Facebooknya yang mendakwa
projek Penang Tunnel dibuat tidak melalui tender terbuka.

Tambah beliau, artikel dibuat sekitar April 2014 lalu.

Nasarudin diwakili peguam Wan Rohimi dengan dibantu peguam Mohd Faizi Che Abu serta
Yusfarizal Yussoff.

Antara pimpinan PAS yang turut mengiringi Nasrudin termasuk Setiausaha PAS Pulau Pinang dan
beberapa pimpinan PAS Padang Serai, Kedah, Pemuda dan petugas Unit Amal. –
HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016

Hasutan: Hishamuddin Rais dipenjara 9 bulan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Aktivis Hishamuddin Md Rais hari ini dipenjara sembilan bulan oleh
Mahkamah Tinggi di sini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13
Mei, 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan
rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Jan
2015 dan memerintahkan Hishamuddin menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Syahredzan Johan yang mewakili
Hishamuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di
Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM6,000.

Dalam penghakimannya, Nordin berkata hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen adalah
tidak setimpal dengan kesalahan selain tidak memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain
yang melakukan kesalahan sama.

"Justeru itu, hukuman denda diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara sembilan bulan
bermula hari ini manakala wang denda dikembalikan," katanya.

Terdahulu Nordin menolak rayuan Hishamuddin untuk mengetepikan sabitan selepas bersetuju
dengan Mahkamah Sesyen bahawa maksud konteks ucapan tertuduh adalah untuk mengubah
kerajaan.

Katanya, tertuduh ada hak untuk berucap tetapi ia tidak boleh dijadikan asas untuk melanggar
undang-undang.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Sesyen terhadap sabitan tidak perlu
diganggu dan rayuan terhadap sabitan ditolak," katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya A.S
Thangavelu dan Syahredzan.

Mengikut pertuduhan, Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan
rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara
tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor,
Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013. -
Bernama

Sumber HD - 15-1-2016


























Tukar agama: Hormati kuasa Mahkamah 



























Syariah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS dengan rasa kesyukuran menyambut gembira keputusan Mahkamah
Rayuan yang telah mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mereka, Muhd
Riduan Abdullah, yang sebelum ini sijil penukaran agama mereka telah dibatalkan oleh Mahkamah
Tinggi Sivil Ipoh.

"Apa juga keputusan mana-mana mahkamah, pujian amat patut diberikan kepada Muhd Riduan
Abdullah di atas kesungguhan memelihara aqidah anak-anaknya.

"Semoga beliau dan anak-anak beliau terus istiqamah bersama Islam," ujar Ketua Penerangan PAS
Pusat, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya ingin menyampaikan penghargaan di atas penghormatan dan penegasan yang
diberikan oleh panel tiga hakim terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berharap keputusan bagi kes itu menjadi rujukan penting bagi mengelakkan timbul lagi
pertikaian terhadap status agama seseorang sama ada melibatkan orang dewasa atau kanak-kanak.

Sebaiknya, ujar beliau peluang daripada kes ini juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk
memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di negara ini sekaligus menjadi ruang bagi meminda
Akta 355 seperti yang dituntut oleh PAS.

"Semoga Islam dan seluruh syariatnya dapat dilaksanakan dan semakin teguh di bumi Malaysia
yang tercinta ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Semalam, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan pengesahan penukaran
agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh
Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr
Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam,
isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif
Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

"Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah," kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah
Badariah manakala Hamid Sultan menentang. - HARAKAHDAILY 31/12/2015

Sumber HD - 31-12-2015

102 pemandu teksi saman SPAD

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Seratus dua orang pemandu teksi sekitar Lembah Klang hari ini memfailkan
saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung perkhidmatan Uber,
Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjalankan operasi secara tidak sah.
  
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin, 51, bersama
101 pemandu teksi berumur antara 25 hingga 73 tahun selaku plaintif memfailkan saman itu
menerusi Tetuan R. Kengadharan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
  
Dalam permohonan itu, kesemua pemandu teksi terbabit memohon perintah deklarasi supaya SPAD
selaku defendan mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan Blacklane, yang merupakan
perkhidmatan teksi dalam talian kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam
Darat 2010 (Akta 714).
  
Plaintif turut memohon perintah injunksi agar SPAD tidak mengesahkan aktiviti dan operasi
ketiga-tiga perkhidmatan teksi dalam talian itu selain mengeluarkan satu garis panduan dan
pekeliling tertakluk kepada persetujuan terma-terma bagi mengharamkan operasi dan aktiviti
perkhidmatan Uber, Grabcar
dan Blacklane.
  
Mereka juga memohon ganti rugi am, kos, faedah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh
mahkamah.
  
Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua pemandu teksi berkenaan mendakwa operasi yang
dijalankan Uber, Grabcar dan Blacklane telah memberi kesan buruk terhadap industri
perkhidmatan teksi tempatan kerana kadar tambang perkhidmatan teksi dalam talian itu jauh lebih rendah dari tambang teksi bermeter.
  
Mereka mendakwa operasi untuk membanteras 'kereta sapu' haram yang dijalankan SPAD serta Jabatan Pengangkutan Jalan dilihat tidak berkesan, selagi aplikasi 'penyedia tempahan' oleh Uber, Grabcar dan Blacklane ini tidak disekat dan ianya dengan mudah mengkucar-kacirkan industri perkhidmatan teksi tempatan.
  
Kesemua plaintif mendakwa pemandu-pemandu Uber, Grabcar dan Blacklane tidak memiliki kad pemandu yang dikeluar dan diluluskan oleh SPAD selain mendakwa pemandu berkenaan menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang serta kenderaan itu tidak didaftarkan dengan SPAD.
  
Plantif juga mendakwa SPAD gagal dan cuai mengambil tindakan pro-aktif untuk mengharamkan ketiga-tiga perkhidmatan dalam talian itu, sehingga segala hak dan kepentingan plaintif dipinggirkan oleh SPAD.
  
Mereka juga mendakwa SPAD merupakan badan yang tidak mampu memartabatkan hak dan
pemandu teksi Malaysia selain mendakwa SPAD telah mencemar nama baik industri teksi negara
dan menjejaskan pendapatan serta mata pencarian kesemua pemandu teksi berkenaan. - BERNAMA

Sumber HD - 30-12-2015



Mahkamah sita barangan rumah bekas pemimpin Umno

Posted on Thursday, December 24 @ 06:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan rumah milik bekas pemimpin Umno Datuk
Hamidah Osman, selepas beliau gagal membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad yang memenangi kes saman fitnah terhadapnya.

Hamidah baru-baru ini telah dipecat dari Umno berhubung kritikannya terhadap Presiden Umno
Datuk Seri Najib Razak.

Menurut portal The Star, pegawai mahkamah menyita barangan di rumahnya di Kampung
Tersusun, Jalan Gopeng, Batu Gajah pagi ini.

Bekas ADUN Sungai Rapat itu pada April lalu diperintahkan membayar Khalid RM200,000
sebagai ganti rugi berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam
blognya pada Januari 2010.

Dalam artikel tersebut, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian
ala seorang paderi.

Pernyataan tuntutan Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu
menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Hamidah menafikan beliau menuduh ahli parlimen AMANAH itu sebagai murtad mahupun
mengedit imej berkenaan. - MK

Sumber TKO - 123-12-2015



Hassan Ali menang kes saman RM200,000 ke atas Mahfuz

Posted on Wednesday, December 23 @ 20:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk 

Mahfuz Omar membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk
 Hasan Ali kerana memfitnah bahawa ceramahnya kira-kira tiga tahun lalu mendapat tajaan daripada



Kementerian Belia dan Sukan.


Sebelum ini Mahkamah Tinggi Shah Alam pernah memerintahkan Ahli 

Parlimen Shah Alam, 

Khalid Samad membayar gantirugi dan kos berjumlah RM320,000 kepada 
 Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.

Kini Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, membuat perintah itu selepas 

membenarkan tuntutan saman Hasan selaku plaintif dan mendapati
Mahfuz (defendan) bertanggungjawab memfitnahnya.

Beliau turut memerintahkan bekas naib presiden PAS itu membayar kos sebanyak RM30,000.
Nor Bee dalam penghakimannya berkata, Hasan berjaya membuktikan bahawa Mahfuz mempunyai
niat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah itu.

Beliau berkata, defendan tidak boleh menggunakan perlindungan bersyarat kerana beliau tidak
mendapatkan penjelasan daripada plaintif dan Kementerian Belia dan Sukan sebelum mengeluarkan
kenyataan berkenaan.

Katanya, perkataan fitnah oleh defendan jika dibaca secara keseluruhannya boleh menyebabkan
plaintif dipandang serong oleh masyarakat.

Hassan memfailkan saman itu pada 12 April 2012 dengan menamakan Mahfuz sebagai pihak
defendan berikutan tindakan ahli politik pembangkang itu mengadakan satu sidang akhbar pada 2
Mac tahun sama di Ibu Pejabat PAS dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Sehubungan itu, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi bagi
menghalang Mahfuz daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.

Kedua-dua mereka tidak hadir di mahkamah.

Sumber TKO - 23-12-2015


Pembayaran Cukai: TNB heret LHDN ke Mahkamah

Posted on Wednesday, December 16 @ 16:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengheret Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke mahkamah berkaitan pembayaran cukai syarikat tersebut sebanyak
RM2.07 juta yang dipertikaikan pada bulan lalu.

TNB memberitahu Bursa Malaysia pada Isnin bahawa ia menerima kebenaran daripada Mahkamah 

Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengetepikan notis taksiran tambahan 

berikutan keputusan LHDN untuk tidak membenarkan tuntutan elaun pelaburan semula.


Menurut TNB, Mahkamah Tinggi turut membenarkan penangguhan sementara terhadap semua 

prosiding susulan termasuk penguatkuasaan notis sehingga pendengaran kedua-dua pihak 

berhubung penangguhan tersebut.


Pada 23 November lalu, TNB menerima notis daripada LHDN berhubung taksiran bagi tahun 2013 

dan 2014 yang masing-masing dianggarkan bernilai RM985.574 juta dan RM1.083 juta.


Pada Isnin, Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman Zainuddin dalam satu sidang media 

memberitahu selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, TNB tidak dapat menentukan lagi 

bagaimana pembayaran cukai RM2.07 bilion yang dipertikaikan itu akan memberi kesan dalam 

penyata keuntungan dan kerugian syarikat.


"Ini tertakluk kepada keputusan rayuan dan kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi terhadap 

kedudukan itu.


"Kami sedang meneruskan rayuan dan tidak boleh mendedahkan lebih lanjut," katanya.


Namun, Fazlur berkata perkara itu tidak akan menjejaskan aliran tunai TNB. - AntaraPos



Sumber TKO - 16 - 12-2015


Mahkamah tiada bidang kuasa dengar saman terhadap Najib,
kata peguam

Posted on Wednesday, Dec
ember 16 @ 10:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa 

untuk mendengar tindakan undang-undang PKR berhubung RM2.6 bilion yang terdapat dalam 
akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung Umno Datuk 

Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan 
saman itu, kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara 
itu atau hak mereka terjejas.

Hafarizam berkata pengisytiharan yang dipohon PKR mengandungi unsur jenayah yang berada di
luar bidang kuasa mahkamah sivil.

Beliau berkata dakwaan dalam saman itu dibuat di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Kewangan Keganasan, Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perkhidmatan Kewangan
dan Akta Pertukaran Matawang Asing.

Pada Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib dan 3 yang lain, dengan mendakwa
undang-undang pilihan raya dilanggar dengan penggunaan wang sumbangan RM2.6 bilion yang
terdapat dalam akaun Najib.

Dalam penghujahannya, Hafarizam berkata semua plaintif membuat dakwaan berdasarkan tuduhan
mereka selaku calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang mereka dinafikan hak pilihan raya yang
adil dan peluang untuk memenanginya.

Dia juga berkata yang bukti diberikan dalam afidavit plaintif adalah laporan daripada akhbar dan
portal berita dalam talian dan beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi dalam isu yang
dibangkitkan.

Hafarizam berhujah, plaintif tidak boleh bersandarkan dokumen tersebut untuk dijadikan asas dalam
kes mereka dan laporan daripada akhbar dan portal berita dalam talian tidak boleh diterima tanpa
diragukan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, dia berkata, bukti khabar angin seperti itu tidak boleh diterima.

Sementara itu, peguam Tommy Thomas memberitahu mahkamah, terdapat 3 sebab mengapa rakyat
Malaysia perlu mengetahui hal sebenar tentang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam
akaun peribadi Najib.

Pertama ialah sumber sumbangan tersebut dan identiti orang yang membayar AS$680 juta.

"Kedua, apa yang terjadi kepada duit itu dan ketiga, mengapa duit itu diberikan."

Thomas mewakili ahli politik daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Dzulkefly Ahmad,
Saifuddin Nasution Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang.

Dia menambah yang semua plaintif jelas mempunyai "locus" untuk memulakan saman itu dan
mempunyai sebab musabah untuk bertindak ke atas defendan.

Dalam penghujahannya, Thomas berkata Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan
bertanggungjawab kepada negara dan berperanan, sama ada daripada aspek perundangan atau
lain-lain, untuk memberikan maklum balas secara terbuka menjawab tuduhan yang dilemparkan
ke atasnya.

"Kami menganggap tindakan berdiam diri Najib dalam masalah ini sebagai pengakuan melakukan
penipuan."

Mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk memberikan keputusan.



Sumber TKO - 16-12-2015













































Belanja PRU13: Keputusan PKR saman Najib 

21 Jan















































BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang
difailkan oleh PKR terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan
berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mahkamah Tinggi
diberitahu hari ini.

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata mahkamah sivil atas sifatnya tidak
mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.

"Plaintif mempunyai motif terselindung apabila memfailkan saman ini iaitu melemahkan keputusan
pilihan raya umum ke-13.

"Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan sesuatu yang mahkamah ini tidak mempunyai
bidang kuasa yang diperlukan untuk mendengarnya," kata beliau pada prosiding mendengar
permohonan Najib dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR.

Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib, setiausaha Agung Barisan Nasional
(BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana dikatakan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan
kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Pihak plaintif dalam kes saman itu ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini
menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat; Anggota Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah Anwar; Anggota Parlimen Batu, Tian Chua; bekas setiausaha agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

Mohd Hafarizam, yang juga mewakili Tengku Adnan, berhujah bahawa pihak plaintif tidak
mempunyai 'locus standi' untuk memfailkan dan mengekalkan saman tersebut.

"Jika mahkamah ini mendapati bahawa plaintif mempunyai locus standi, saman itu akhirnya akan
gagal kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan pengisytgiharan
yang dipohon oleh plaintif," kata beliau.

Mohd Hafarizam berkata barang kes yang dikemukakan dalam afidavit plaintif ialah laporan daripada
akhbar dan portal berita dalam talian yang hanya sekadar bukti dengar cakap yang deponen secara
peribadi tidak tahu tentang kandungannya.

"Afidavit oleh deponen yang secara peribadi tidak tahu tentang pertimbangan yang keputusan itu
berdasarkan adalah khabar angin semata-mata dan tidak bernilai sebagai keterangan, dan tiada
mahkamah boleh memberi sedikit pertimbangan kepadanya," kata beliau.

Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili 1MDB, berkata dakwaan konspirasi melibatkan Najib,
Tengku Adnan dan 1MDB adalah tidak berasas sama sekali oleh plaintif untuk tujuan politik dan
maksud yang tersembunyi.

"Siasatan masih diteruskan terhadap 1MDB yang kini dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC), Jabatan Ketua Audit, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Oleh itu, dakwaan plaintif terhadap 1MDB dianggap sebagai mengganggu siasatan yang dijalankan
sekarang," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili SPR, berhujah bahawa writ saman oleh
plaintif telah melanggar Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kerana sepatutnya mereka
memfailkan saman melalui petisyen pilihan raya.

Peguam utama plaintif iaitu Tommy Thomas berkata saman itu bukan kes yang nyata dan jelas untuk
dibatalkan kerana jauh lebih kompleks dan perlu dibicara.

"Kami menyatakan bahawa ada cukup aduan dalam dakwaan ini yang perlu disiasat untuk perintah
lanjutan diarah dikeluarkan oleh mahkamah," kata beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 21 Jan untuk membuat
keputusan. - Bernama

Sumber HD - 14-12-2015

Pegawai IT bebas tuduhan bawa kertas undi 

keluar















































BERNAMA | .

KUANTAN: Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah
Majistret di sini hari ini daripada kesalahan membawa keluar kertas undi pada Pilihan Raya Umum
ke-13, dua tahun lalu.
  
Mohd Fadhli Khaharuddin, 25, berasal dari Sungai Isap Damai dekat sini dibebaskan daripada
pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie
terhadap tertuduh.
  
Mohd Fadhli yang bertugas di British Council, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum ini dituduh
pada 12 Sept 2014 atas kesalahan membawa keluar kertas undi selepas mengundi di Sekolah
Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei 2013.
  
Dia dituduh di bawah Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh membawa
hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.
  
Isnin lalu, tertuduh ketika memberi keterangan di mahkamah berkata dia membawa keluar kertas
undi yang tidak bertanda itu bagi membuktikan kepada pihak polis dia dibenarkan mengundi kali
kedua.
  
Mohd Fadhli sebelum itu telah mengundi buat pertama kali pada sebelah pagi dan cuba untuk
mengundi buat kali kedua selepas dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuknya terpadam.
  
"Saya berbuat demikian kerana kecewa apabila dakwat itu terpadam dengan mudah sedangkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum itu telah memaklumkan bahawa dakwat berkenaan hanya
akan padam selepas tiga hari," katanya.
  
Hal itu menyebabkan Mohd Fadhli pergi sekali lagi ke pusat pengundian yang sama dan diberi
kertas undi, namun dia tidak menandakan kertas undi tersebut dan memberikannya kepada pihak
polis bertugas.
  
Tertuduh kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan tetapi kemudian didakwa atas
kesalahan membawa kertas undi keluar dari pusat pengundian.
  
Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Juhari pada akhir pendakwaan berkata pihak pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah apabila Mohd Fadhli mengaku bahawa tindakannya adalah untuk
mendedahkan kelemahan dalam sistem pilihan raya.
      
Bagaimanapun peguam tertuduh, Datuk Bastian Pius Vendargon berkata SPR tidak mewartakan
kawasan sempadan tempat mengundi dan ini bermakna anak guammnya tidak keluar dari kawasan
mengundi ketika dia membawa keluar kertas undi berkenaan.
  
Mohd Fadhli ketika ditemui pemberita kemudian berkata beliau berasa lega selepas dibebaskan
daripada pertuduhan dan akan meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini.
  
"Saya lega sebab kejayaan ini dapat membersihkan nama saya daripada pelbagai spekulasi negatif
yang ditimbulkan oleh pihak tertentu ketika saya dituduh di mahkamah," katanya yang turut
ditemani seorang rakan wanita berbangsa Jerman. - Bernama

Sumber HD - 9-12-2015

Kes saman PAS, Mustafa dan Harakahdaily 

selesai cara baik

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa
Ali dan dua yang lain hari ini berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan bekas Naib Presiden PAS Datuk
Husam Musa terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,
berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kes saman berkenaan diselesaikan selepas keempat-empat defendan dalam kes saman itu
mengemukakan permohonan maaf yang dibacakan peguam mewakili mereka, Sharifah Nur Asmaa'
Syed Azman dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Keempat-empat defendan itu ialah parti PAS, Mustafa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS,
Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Pengarang akhbar online itu, Azmi Yusof.

Mahkamah kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan dan memerintahkan
keempat-empat defendan membayar kos berjumlah RM20,000 kepada Mustapa selaku plaintif.

Sharifah Nur Asmaa' ketika membacakan kenyataan maaf itu berkata, "Defendan-defendan
mengakui bahawa tiada sebarang asas terhadap perkataan dan tuduhan yang dipersoalkan itu dan
menyesal dengan perbuatan mereka.

"Susulan itu, defendan-defendan mengambil peluang ini untuk menarik balik perkataan dan tuduhan
yang dipersoalkan itu tanpa syarat dan memohon maaf kepada Mustapa bagi tekanan dan aib yang
dialaminya akibat penerbitan dan penerbitan semula perkataan fitnah dan tuduhan itu yang sama
sekali adalah tidak benar dan tidak berasas".

Sharifah Nur Asmaa' berkata kesemua defendan dengan itu memohon maaf kepada plaintif
sekiranya mana-mana perkataan dalam artikel tersebut telah menguris perasaan dan mencemarkan
maruah plaintif.

Sementara itu, kes saman Mustapa terhadap Husam, selaku defendan pertama dalam kes itu akan
diteruskan dengan perbicaraan pada 27 Jan tahun depan.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Lew Cho Kang yang mewakili Mustapa dan peguam
Mohamad Fitri Khalis Ahmad mewakili Husam.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluarkan
perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH dalam ceramah politik Husam di Tapak
Ekspo Machang, Kelantan pada 23 Mac 2013.

Anggota Parlimen Jeli itu mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitkan
perkataan fitnah itu menerusi harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman
sesawang berkenaan.

Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang
pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti serta menyalahgunakan kuasanya bagi
kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.

Beliau memohon ganti rugi untuk fitnah bertulis, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan serta
perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan. -
Bernama

Sumber HD - 8-12-2015













































Jacel Kiram: Nurul Izzah saman KPN, 

menteri

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan
saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada
negara.
  
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah
Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan Khalid dan Ismail Sabri
sebagai defendan pertama dan kedua.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah mendakwa pada 22 Nov lepas, Khalid telah
mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit
Aman.
  
Beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya
(Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalulail Kiram yang dikatakan
mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.
  
Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud
beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan
Sulu ke atas Sabah.
  
Nurul Izzah juga mendakwa pada hari sama, Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan
fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa
bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang
terhadap Yang di-Pertuan Agong.
  
Katanya kenyataan oleh defendan pertama dan kedua itu diterbitkan dan disiarkan di media
elektronik dan cetak.
  
Beliau mendakwa disebabkan perkataan fitnah itu, beliau mengalami kecederaan teruk terhadap
reputasi sebagai seorang anggota Parlimen dan pemimpin politik.
  
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar
oleh mahkamah. - Bernama

Sumber HD - 26-11-2015
Guan Eng, Ramasamy kalah saman terhadap NST

Posted on Monday, November 16 @ 13:47:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Isnin menolak saman fitnah yang dibuat 

oleh Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy 
terhadap satu artikel yang disiarkan secara dalam talian oleh New Straits Times (NST).
Utusan Online melaporkan artikel itu telah diterbitkan NST pada dua tahun lepas.

Mahkamah turut mengarahkan Guan Eng dan Ramasamy membayar kos guaman sebanyak
RM100,000 bagi kes itu.

Sumber TKO - 16-11-2015



















































Permohonan Najib batal saman PKR didengar

14 Dis

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Dis untuk mendengar
permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional
(BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membatalkan saman yang difailkan PKR atas
dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan keputusan
itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam-peguam terbabit.

Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan
dalam kempen PRU13 dan melanggar undang-undang pilihan raya.

Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani
hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat, anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah
Anwar, anggota Parlimen Batu Tian Chua, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution
Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru Dr Dzulkefly Ahmad.

Selain Najib dan Tengku Adnan, mereka turut menamakan syarikat 1Malaysia Development Berhad
dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan. - Bernama

Sumber HD - 11-11-2015

Saman: Permohonan Najib, Rosmah didengar 

13 Jan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari Jumaat menetapkan 13 Jan tahun depan untuk
mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah
Mansor bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR
Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi pihak dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.

Turut dinamakan defendan dalam saman fitnah itu ialah pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee
Kong, Penolong Kanan Pendaftar Nurdiana Mohd Nazari menetapkan tarikh itu di dalam kamar
dengan dihadiri peguam Choo Shi Jin yang mewakili perdana menteri dan isteri dan peguam Joanne
Leong yang mewakili Chan dan menyebut bagi pihak Mohd Rafizi.

Najib dan isteri memohon memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan itu atas
alasan pembelaan kedua-dua defendan bukan satu komen berpatutan.

Pada 16 April lepas, Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu mendakwa Mohd
Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 Nov 2014.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam
oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web You
Tube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita
Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman
Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh
dunia.

Menurut mereka lagi Chan telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab
kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang
terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah turut menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan
dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu
mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu selain menuntut satu perintah supaya
kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah. -
Bernama

Sumber HD - 6-11-2015


Maria Chin mengaku tidak bersalah dakwaan gagal beri notis
Bersih 4


Posted on Tuesday, November 03 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur hari ini terhadap pertuduhan gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum
menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan boleh dikenakan denda
maksimum RM10,000 di bawah Seksyen 9(5) akta sama sekiranya sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 tanpa deposit. Beliau juga
menetapkan tarikh perbicaraan pada 11 Disember.

Maria didakwa gagal memberikan notis untuk perhimpunan 34 jam dari 29 hingga 30 Ogos itu yang
menggesa pembaharuan demokrasi dilakukan dan perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berhubung dakwaan skandal kewangan. - 3 November, 2015.

Sumber TKO - 4-11-2015



Pengerusi BERSIH 4 dihadap ke mahkamah


Posted on Tuesday, November 03 @ 11:55:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pemimpin gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah hari ini 

dihadapkan ke mahkamah ekoran pembabitannya dalam demonstrasi besar Ogos lalu.

Beliau didakwa bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Seksyen ini mewajibkan penganjur memberi notis 10 hari kepada polis sebelum sebarang
perhimpunan.

Perhimpunan yang dihadiri lautan penyokong berbaju kuning itu, antaranya, mendesak pengunduran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Ia susulan kontroversi derma RM2.6 bilion dan longgokan hutang syarikat pelaburan negara 1MDB.

Sumber TKO - 3-11-2015


























Keluarga gagal paksa JPN padam perkataan 'Islam' dalam
kad pengenalan



Posted on Saturday, October 31 @ 09:44:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




PUTRAJAYA: Seorang ibu dan empat anaknya gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan bagi menukar nama dan memadam 

perkataan 'Islam' dalam kad pengenalan masing-masing. 

  


Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan, diketuai hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan 
bahawa keputusan JPN untuk tidak menukar nama dan agama dalam kad pengenalan mereka adalah 
betul dari segi undang-undang.


Keluarga tersebut terdiri daripada Jamilah Jan Vasanthegokelam, 55, anak lelaki dari perkahwinan 

pertamanya, Mohd Sharif Abdullah, 35 dan tiga anak lelaki daripada perkahwinan kedua iaitu Mohd 

Jeffrey a/l Mohd Baser, 32, Mohd Jass a/l Mohd Baser, 28, dan Mohd Naser a/l Mohd Baser, 22.



Mohd Zawawi berkata keputusan JPN tidak boleh dikategorikan sebagai degil, tidak munasabah, 

tidak rasional dan menyalahi undang--undang sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah 

Rayuan.



"Perayu telah mengenal pasti diri mereka sebagai India Muslim dan menganut agama Islam," katanya 

yang bersidang bersama-sama hakim Datuk P. Nalini dan Datuk Abdul Rahman Sebli.



Mohd Zawawi berkata hujahan pihak perayu bahawa agama itu adalah silap dinyatakan dalam rekod 

rasmi tidak disokong dengan sebarang bukti jelas dan menyakinkan.



Panel tersebut sebulat suara menolak rayuan mereka serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi 

pada 10 Feb lepas yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar keputusan 

JPN itu.



Dalam permohonan semakan kehakiman, keluarga tersebut menamakan Ketua Pengarah JPN, 

Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.



Mahkamah tersebut turut mengarahkan keluarga itu membayar kos guaman sebanyak RM5,000 bagi 

prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.



Peguam Jamilah, Robin Lim, memberitahu mahkamah bahawa suaminya yang kedua, Mohd Baser a/l 

Kalakan membawanya ke JPN pada 1983 untuk menukar nama kepada Jamilah Jan Vasanthegokelam.



Katanya suaminya itu memberitahu Jamilah Jan bahawa pertukaran namanya akan mengelak 

sebarang komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pasangan itu apabila memohon sijil kelahiran bagi 

anak kedua mereka kerana nama suaminya seperti nama seorang Islam.



Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob, yang mewakili pihak responden, 

berkata Jamilah telah memegang kad pengenalan dengan nama Islam selama kira-kira 30 tahun dan 

MyKad yang dikeluarkan kepadanya pada 2003 membawa nama 'Islam'.



Rekod JPN juga menunjukkan bahawa Mohd Baser, yang telahpun meninggal dunia, adalah seorang 

warganegara Malaysia yang menganut agama Islam, katanya.



Selain Lim, keluarga itu turut diwakili peguam S. Nithiyawathi.
Sumber TKO - 31-10-2015

Lelaki tampar imam Masjid Negara didenda 

RM12,000

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Lelaki warga India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat
bulan lepas, hari ini didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shabir Ahmad Khan, 31,
selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, mengganggu solat
Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Mahkamah juga memerintahkan Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, menjalani hukuman
penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda berkenaan.

Pada 30 Sept lepas, Shabir yang didakwa atas tiga pertuduhan itu, pada mulanya mengaku bersalah
namun pengakuannya tidak diterima selepas dia kelihatan keliru dengan pengakuannya.

Mahkamah kemudian memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan,
Perak untuk pemeriksaan mental.

Mengikut pertuduhan pertama, Shabir, yang berasal dari Kashmir didakwa dengan sengaja
mencederakan imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000
atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat
mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada
1.30 tengah hari, 18 Sept lalu.

Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada
17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002)
yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000\ atau penjara minimum lima tahun atau
kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menolak badan mangsa yang sedang mengetuai bacaan solat Jumaat
pada rakaat pertama dan kemudiannya menampar pipi kiri mangsa dengan kuat hingga menyebabkan
solat Jumaat terganggu sebelum diteruskan semula selepas tertuduh ditarik keluar oleh pengawal
keselamatan.

Terdahulu, peguam Sharen Rosli yang mewakili Shabir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman
denda minimum memandangkan anak guamnya telah disahkan mengalami masalah mental yang
dikenali sebagai penyakit dwikutub iaitu penyakit mental psikotik yang memerlukannya mengambil
ubat untuk meneruskan kehidupan.

Beliau berkata sekiranya hukuman penjara dikenakan ia hanya akan menambah kemurungan anak
guamnya.

"Berdasarkan laporan dari Hospital Bahagia, tertuduh disaran mendapatkan rawatan susulan daripada
seorang pakar psikologi di negara asalnya di Kashmir," katanya sambil menambah anak guamnya itu
telah insaf dan menyesal dengan apa yang dilakukan dan mahu menjalani rawatan pemulihan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan
hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. -
Bernama

Sumber HD - 30-10-2015



























Kenyataan berbaur fitnah, Najib saman Liong 

Sik

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman
terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah yang
dibuat ke atasnya.

Saman itu difailkan pada 27 Okt lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak
di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan
kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan
terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).

Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya
daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan
berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan
relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah
terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan dalam
portal berita pada 3 Okt menerusi satu artikel.

Perdana menteri mendakwa bahawa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah
dengan berniat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian.

Najib berkata mengikut pengertian nyata dan biasa, perkataan-perkataan yang diterbitkan dalam
artikel itu difahamkan membawa maksud, antara lain, beliau telah menggelap dana awam ke dalam
akaun peribadi beliau, dan bahawa beliau telah menyalah guna dana itu untuk kepentingan peribadi,
dan beliau telah menyalah guna dana itu untuk meraih kekayaan dan keuntungan untuk kepentingan
dan keuntungan peribadi.

Najib juga berkata pengertian nyata dan biasa perkataan-perkataan yang disiarkan dalam artikel itu
difahamkan bermaksud, antara lain, bahawa beliau telah menyalah guna dana kerajaan milik sebuah
syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan peribadi,
beliau telah menyalah guna kuasanya sebagai pemimpin sebuah parti politik dan pemimpin
masyarakat, dan beliau tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri
Malaysia.

"Reputasi plaintif telah tercemar dengan teruk berikutan penerbitan perkataan-perkataan berbaur
fitnah dan menyebabkan penghinaan kepada plaintif dalam media sosial dan media massa kerana
artikel berbaur fitnah itu telah dikongsi secara meluas oleh media sosial dan pengguna media massa
secara keseluruhannya," kata kenyataan tuntutan itu.

Plaintif menekankan bahawa dakwaan dalam perkataan- perkataan berbaur fitnah itu adalah sangat
serius dan telah menyebabkan penghinaan terhadapnya dalam kalangan masyarakat umum di
Malaysia dan antarabangsa.

"Perkataan-perkataan berbau fitnah itu merupakan satu serangan kepada moral dan perwatakan
plaintif dalam erti kata bahawa beliau sekarang dilabelkan sebagai seorang yang tidak jujur, tidak
boleh dipercayai dan seorang yang tidak bertanggungjawab," kata kenyataan tuntutan.

Najib mendakwa bahawa perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas
dan tanpa apa-apa asas atau bukti.

Najib menyatakan bahawa Dr Ling, yang juga bekas menteri pengangkutan, menyedari sepenuhnya
dan berhasrat supaya perkataan-perkataan berunsur fitnah itu diterbitkan, dengan mengetahui bahawa
ia akan menarik pembaca media maya atau arus perdana di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

"Keseriusan dan kancah sakndal akibat penerbitan perkataan-perkataan berunsur fitnah itu telah
menyebabkan kerosakan teruk yang tidak dapat diperbaiki ke atas reputasi plaintif khususnya, tetapi
tidak terbatas kepada hubungan plaintif dengan masyarakat di dalam negara dan di peringkat
antarabangsa," kata kenyataan tuntutan itu.

Beliau berkata surat tuntutan yang diserahkan kepada Dr Ling pada 5 Okt lepas menuntut Dr Ling,
antara lain, menghentikan dan berhenti daripada terus membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah
atau sebarang kenyataan serupa yang merujuk kepada Najib dan menyiarkan kenyataan mohon maaf
secara bertulis yang lengkap dan menarik balik kenyataan berbaur fitnah.

Bagaimanapun, defendan melalui peguam Tetuan Ranjit Singh Yeoh telah menjawab dalam surat
bertarikh 8 Okt lepas dengan menyatakan beliau tidak memaklumi atau mengaku tentang apa-apa
kenyataan yang terkandung dalam surat tuntutan itu dan mempunyai hak untuk mengambil atau
menerima tindakan undang-undang susulan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa defendan langsung tidak menyesali terhadap penerbitan
perkataan-perkataan berbaur fitnah itu, dan ia menunjukkan sikap defendan yang sebenarnya," kata
Najib. - Bernama

Sumber HD - 29-10-2015


Mahkamah kekal pembebasan Muhdalena

Posted on Thursday, October 29 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengekalkan keputusan
pembebasan Muhdalena Ahmad yang didakwa mengamuk bersama lelaki bersenjatakan pedang
samurai di luar Kompleks Jabatan Perdana Menteri pada Julai 2012.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan pihak pendakwaan
yang merayu hukuaman lebih berat terhadap bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa itu.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata pihaknya berpuas hati bahawa tiada merit di dalam
rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Kamardin berkata, Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf apabila membebaskan Muhdalena dan
memerintahkan tertuduh ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuf manakala Muhdalena
diwakili peguam M Visvanathan.

Pada 19 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat
pertuduhan terbabit dalam kejadian amuk selepas mendapati ketidaksempurnaan akal tertuduh. - SH

Sumber TKO - 29-10-2015


Ahli kimia dakwa Myvi kuning, Pajero berlanggar secara
bergeser


Posted on Saturday, October 17 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mahkamah Trafik Kuala Lumpur diberitahu kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)

yang meragut nyawa 3 beranak, Mei lepas berlaku melalui pergeseran antara Myvi kuning dipandu 
tertuduh dan Pajero mangsa.

Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Mohd Amin Husna Nik Alli@Zulkifli berkata pelanggaran itu 

membabitkan sisi kanan Pajero dan sisi kiri Myvi kuning.

"Cara pelanggaran yang saya maksudkan (dalam gambar rajah yang ditunjukkan pada mahkamah)
ialah sisi kanan Pajero di bahagian tengah dan sisi kiri bahagian hadapan Myvi kuning berlanggar
secara sebelah-menyebelah atau bergeser," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan
Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan 2 pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan
Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang
awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27,
serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa, 6 bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di Km6 Lebuhraya
DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam hingga 12.35 tengah
malam pada 2 Mei lepas.

Mohd Amin Husna merupakan saksi kelima yang dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan
yang masuk hari ke-6, hari ini.

Beliau yang berkhidmat selama 12 tahun di jabatan itu bertanggungjawab menyiasat tragedi berkenaan
dan membuat laporan serta lakaran gambar rajah awal kemalangan yang berlaku.

Beliau memberitahu, laporan yang disiapkan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat kes pada 20
Mei lalu.

Terdahulu kepada soalan Suhaimi mengenai adakah beliau boleh menentukan pelanggaran manakah
yang berlaku terlebih dahulu, Amin Husna berkata tidak boleh.

"Berdasarkan pemeriksaan, saya tidak dapat menentukan antara kedua-dua pelanggaran ini, yang
mana satu berlaku terlebih dahulu," katanya.

Saksi itu berkata kebiasaannya beliau menentukan pelanggaran pertama berdasarkan pemeriksaan dan
pemerhatian kepada kesan kerosakan (pada kenderaan) seperti kesan geseran dan kesan impak paling
kuat yang biasanya menunjukkan kesan pelanggaran pertama.

Pada perbicaraan hari ini Mohammad Fizal Reza diwakili peguam S N Seelan manakala Siti Noor
Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Peguam pemerhati C Leo Camoens turut hadir mewakili keluarga mangsa.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 7 Disember. - Bernama



Sumber TKO - 17-10-2015



























Duda Didenda RM5,000 Tunjuk Anu Depan Rumah Siti

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:01:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEORANG duda anak dua didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang sebentar tadi atas 
pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti 
Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.
Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman itu terhadap Osman Amiruddin Sulaiman, 49, 

dan dia turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.



Mengikut pertuduhan, Osman Amiruddin didakwa menunjukkan zakarnya di hadapan rumah penyanyi

berkenaan jam 5 petang 4 Oktober lalu.



Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 

penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

- Sinar Harian



Sumber TKO - 7-10-2015

Pil kuda: Mahkamah tolak rayuan bekas calon 

PKR

HARAKAHDAILY | .



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas calon PKR Dun Bukit Besi,
Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
berkaitan isu pil kuda.

Mahkamah mengarahkan perayu membayar kos RM10,000 kepada kepada Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan berhubung isu tersebut.

Pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu juga menolak saman Mohd
Shamsul dengan memerintahkan bekas calon PKR itu membayar kos RM10,000 kepada Tuan Guru
Abdul Hadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman fitnah RM2 juta difailkan Mohd Shamsul
terhadap Presiden PAS itu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000
kepada Ahli Parlimen Marang itu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Tuan Guru Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk
membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi
menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5
Disember 2013.

Empat hari selepas itu, beliau memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman
ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil
kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya
bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Presiden PAS itu dalam ceramah
di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan
keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - 
HARAKAHDAILY 7/10/2015

Sumber HD - 7-10-2015


























Mohamad Khir Toyo dihukum penjara 12

bulan



























BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap
bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukannya
untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.
  
Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin
berkata hukuman penjara sesuai dengan kes itu.
  
Hakim Zulkefli berkata program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara seperti
dicadangkan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah tidak sesuai kerana ia hanya
untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.
  
Dr Mohamad Khir dihantar ke penjara Kajang.
  
Pada 22 Sept, panel itu menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap
pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di
Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
  
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah
itu pada 23 Dis 2004. - Bernama

Sumber HD - 29-9-2015

Mahkamah Persekutuan kekal sabitan Khir 














































Toyo

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan terhadap bekas menteri
besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk
mendapatkan dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri
Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan terakhir Dr Mohamad Khir.

Panel itu turut disidangi oleh Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan
Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah menangguhkan bicara selama 30 minit untuk memberi peluang kepada Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah untuk berbincang dengan Dr Mohamad Khir sebelum membuat penghujahan 
mengenai hukuman.

Mengikut keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tan, mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan
terhadap Dr Mohamad Khir tidak mempunyai kecacatan.

Beliau berkata tiada kesilapan dalam fakta-fakta pertuduhan yang menyatakan bahawa Dr Mohamad
Khir melakukan kesalahan itu atas sifatnya sebagai penjawat awam (Menteri Besar).

Dr Mohamad Khir, 50, yang memakai sut berwarna kelabu, kelihatan tenang apabila mahkamah
mengekalkan sabitan dan hukuman penjara setahun.

Mahkamah Persekutuan bersidang hari ini untuk membuat keputusan selepas menangguhkan prosiding pada 27 Ogos lepas kerana Dr Mohamad Khir menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk
dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam,
daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut
di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei,
2007.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud. - Bernama

Sumber HD - 23-9-2015

Maria Chin, 7 lagi didakwa sertai #KitaLawan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tujuh lagi mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan
pada 28 Mac lepas.
  
Mereka didakwa di mahkamah berasingan.
  
Mereka didakwa menyertai protes jalanan itu bagi tujuan antaranya Reformasi dan Bebaskan Anwar
dan Bebas Berhimpun Bebas Bersuara.
  
Bagi kes pertama, Maria dan tiga lagi iaitu pengerusi Jingga 13; Mohd Fariz Abd Talib@Musa,
pengurus sekretariat Bersih 2.0; Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru; Sim Tze Tzin
didakwa di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.
  
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas
menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan
Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo antara 3.15 petang hingga 6 petang, 28 Mac lepas.
  
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pendakwaan dan pembelaan bersetuju bahawa keempat-empat mereka yang dinamakan sebagai Orang Kena Saman (OKS) dalam kes ini, diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang.
  
Majistret Muhamad Faizal membenarkan jaminan RM500 dengan seorang penjamin bagi setiap OKS
dan menetapkan 16 Okt untuk sebutan kes.
  
Sementara itu, aktivis Adam Adli Abd Halim, 26, dan Mohd Fariz, 45, mengaku tidak bersalah
di hadapan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris atas pertuduhan menyertai protes jalanan bermula
di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini
antara 4 petang dan 7.30 malam, 28 Feb lepas.
  
Mohd Rehan membenarkan mereka diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan
19 Okt depan untuk sebutan semula.
  
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang, 35, Pegawai Khas Anggota
Parlimen Batu; Rozan Azen Mat Rasip, 38, dan anggota PKR Lee Chean Chung, 34, turut mengaku
tidak bersalah menyertai protes jalanan bermula di hadapan Sogo dan berakhir di kawasan air pancut
persimpangan Jalan Tun Perak di sini antara 4.30 petang dan 5.05 petang, 21 Mac lepas.
  
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan mereka diikat jamin RM500 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 16 Okt depan untuk sebutan semula.
  
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh
dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika
sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin, Musli Ab Hamid dan Raja
Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala kesemua OKS diwakili Ramkarpal Singh Deo, Datuk
S.Ambiga, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.
  
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua serta
penyokong yang memakai baju kuning bertulis Bersih 4 juga hadir di mahkamah. - Bernama

Sumber HD - 8-9-2015


























Najib, Rosmah mohon batal pernyataan 

pembelaan Rafizi

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah
Mansor pada Jumaat memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam
pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi pihak dalam saman
fitnah berhubung isu subsidi minyak.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili perdana menteri dan isteri memaklumkan perkara itu kepada
pemberita selepas kes disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nurdiana Mohd Nazari.

Selain Mohd Rafizi, pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong, turut dinamakan defendan
dalam saman fitnah itu.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Ng Siau Sun yang mewakili Mohd Rafizi dan Chan.

Choo berkata Najib dan isteri memohon memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan
pembelaan itu atas alasan pembelaan kedua-dua defendan bukan satu komen berpatutan.

Peguam itu berkata mahkamah menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes saman berkenaan.

Pada 16 April lepas, Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu mendakwa Mohd
Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di
Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam
oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web
YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita
Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman Facebook
Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Menurut mereka lagi Chan telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana
gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung
dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah turut menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan
dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu
mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu selain menuntut satu perintah supaya
kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah. - 
Bernama

Sumber HD - 21-8-2015

Perbicaraan kes Khalid Ibrahim saman Saifuddin bermula
hari ini


Posted on Tuesday, August 11 @ 10:36:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Perbicaraan kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid 

Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bermula hari ini di 
Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Perbicaraan itu dijadual selama empat hari. Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong
yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran
dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang
didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri
Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Pada 9 Januari 2015, Saifuddin (yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR) memfailkan permohonan bagi
mendapatkan daripada Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah
antara Khalid dan Bank Islam atas alasan dokumen tersebut penting untuk menyokong kes saman
 terhadap beliau.

Mahkamah pada 18 Februari 2015 bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mendapati
permohonan yang difailkan oleh Saifuddin tidak mempunyai merit.

Khalid “dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut
politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah
Kajang.

Ia juga bermulanya bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat apabila Pas tidak setuju Khalid
ditukar kerana PKR gagal memberikan bukti salah laku yang didakwa dilakukan oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu.


Baru-baru ini, Pembantu Khas Khalid, Faekah Husin dilaporkan berkata, tiada satu bukti pun
diberikan oleh pihak defendan dalam penyataan pembelaam berhubung dakwaan salah laku Khalid
seperti yang didakwa.  - FMT

Sumber TKO - 11-8-2015


Hadi pohon mahkamah batal saman halang bentang hudud
Posted on Monday, July 27 @ 22:41:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

IMG_20150713_213819

KUALA LUMPUR 27 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon Mahkamah 

Tinggi membatalkan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang 
bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen.

Abdul Hadi, menerusi affidavit sokongan berkata, keempat-empat individu itu tidak mempunyai hak 

untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

Beliau juga mendakwa saman pemula yang difailkan Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu 
Bakar dan Hazwany Jamaluddin itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, 
beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Abdul Hadi memfailkan permohonan itu pada 2 Julai lepas melalui Tetuan Wan Jawahir (amp) 

Takiyuddin.

Mansoor dan lain-lain memfailkan saman pemula berkenaan pada 12 Jun lepas dengan menamakan 

Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang 
Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta 
setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.

Keempat-empat individu itu juga memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan 

itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili empat defendan iaitu Pandikar, 

Ismail, Ronald dan Roosme, memberitahu pemberita bahawa permohonan itu didengar di dalam 
kamar Hakim Datuk Asmabi Mohamad hari ini untuk pengurusan kes.
Katanya, Asmabi menetapkan 28 Sept untuk pendengaran permohonan Abdul Hadi. - BERNAMA

Sumber TKO - 27-7-2015




Kasanova sambut Aidilfitri di sebalik tirai besi
Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang kasanova, yang memperdaya 14 wanita, terpaksa menyambut Aidilfitri
di sebalik tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah
Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur A'minahtul Mardhiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Yawad Mokminin
Taib, 34, selepas dia mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan iaitu menipu, mencuri dan menggadai
barang kemas milik wanita-wanita itu termasuk seorang guru dan pensyarah kolej, sejak dua tahun
lepas.

Mahkamah memerintahkan Yawad Mokminin menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia
ditangkap pada 30 Jun lepas.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan denda sebanyak RM39,000 bagi semua
pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 58 bulan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur A'minahtul Mardiah berkata mahkamah mengambil kira modus
operandi tertuduh yang berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial, mengadakan pertemuan dan
membuat janji manis untuk berkahwin sebelum mengambil barang berharga mangsa.

"Mahkamah terpaksa mengakui bahawa mangsa tidak sepatutnya mempercayai perkenalan melalui
laman sosial...mangsa mengenali kamu melalui alam maya tetapi tindakan kamu memperdaya mereka
harus diberi pengajaran," katanya.

Bagi enam pertuduhan menipu, Yawad Mokminin, yang merupakan ahli jawatankuasa surau taman
perumahannya, didakwa memperdaya enam wanita berusia antara 29 dan 36 tahun itu untuk membeli
barang kemas bagi urusan perkahwinan sehinga mendorong kesemua wanita berkenaan menyerahkan
sejumlah wang tunai RM19,500 kepadanya.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda.

Bapa kepada tiga anak itu juga didakwa terhadap lapan pertuduhan mencuri pelbagai barang milik
lapan mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan beg tangan mangsa
melibatkan sejumlah RM83,486.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Yawad Mokminin turut didakwa terhadap dua pertuduhan melupuskan harta iaitu
dengan menggadai tiga utas rantai tangan dan seutas rantai leher bernilai RM23,000 milik dua
daripada 14 mangsa itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum
tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kompleks beli-belah Mid Valley, Suria KLCC, Sabak
Bernam dan sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini antara 7 Jun 2013 hingga 2 Julai lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh melalui laman sosial sebelum tertuduh
mengajak mangsa bertemu atau berjanji untuk berkahwin dengan mangsa.

Ketika bertemu, tertuduh akan meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya dan
memaklumkan akan menghubungi keluarganya untuk bertemu mangsa sebelum dia menghilangkan
diri.
.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah
mengambil kira faktor seolah-olah tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang
kesemuanya wanita dan memohon hukuman yang sewajarnya.

Peguam Fauzan Hushin, yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan anak
guamnyat elah insaf dan perlu menanggung isteri, tiga anak berusia dua, lima dan tujuh tahun, serta
ibu bapayang tinggal di kampung. - Bernama

Sumber HD / SH - 15-7-2015



























Penjara 3 Bulan, Lempar Daging Khinzir Di Masjid (bersama
video)

Posted on Thursday, July 09 @ 23:48:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BUTTERWORTH – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret 
di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada 
Februari lepas.

Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di
hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan
niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu
menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan. –
BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=18Xg2d56WDc&feature=player_embedded

Sumber TKO - 9-7-2015

Penyelesaian muktamad kes bekas pegawai 

Kias

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Award bertulis Mahkamah Perusahaan Malaysia menjelaskan setelah bekas
Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Che Ibrahim Mohamad menerima
bayaran kesnya, plaintif tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap responden.

Mahkamah menyebut memandangkan plaintif telah dibayar RM20,000 semasa pemberhentian kerja
maka Kias perlu membayar RM180,000 sahaja.

Pengerusinya, Gulam Muhiaddeen Abdul Aziz dalam keputusan bertulis juga menyebut responden
(Kias) bersetuju mengeluarkan surat testimonial kepada yang menuntut seperti dipersetujui kedua-dua
pihak.

Testimonial itu antara lain berbunyi “sepanjang perkhidmatan pihak yang menuntut di Kias beliau
seorang yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugas yang diamanahkan.”

“Pihak kolej mengambil kesempatan mengucap penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan
beliau,” dipetik daripada award persetujuan bersama kedua-dua pihak yang dikeluarkan Mahkamah
Perusahaan.

Harakahdaily memperolehi award tersebut hari ini. Pada perbicaraan kes itu 2 Julai lepas ia
diselesaikan tanpa mana-mana pihak dianggap bersalah.

Peguam yang mewakili Kias, Nik Bahrum Nik Abdullah sebelum ini memberitahu keputusan dibuat
tanpa pengakuan liabiliti iaitu tidak ada pihak yang boleh dipersalahkan dalam kes tersebut.

Kias pada 30 Januari 2014 menamatkan perkhidmatan Timbalan Pendaftarnya, Che Ibrahim Mohamed
bagi kepentingan Kias selaras dengan Perkara 41, Bahagian VIII, Bab D Perkhidmatan Kias.

Penamatan perkhidmatan itu diputus Lembaga Pengarah Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 27 Januari
2014. - HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015














































Gelar nenek rasis, Guan Eng diperintah bayar Jahara
RM500,000


Posted on Friday, July 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGETOWN: Lim Guan Eng, hari ini diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada 
Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai 'nenek rasis'.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan keputusan juga 
mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak 
lima peratus.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah
untuk menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain
mengeluarkan injuksi menahannya daripada mengulangi
kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau,
selepas menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang
akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada
 Disember 2013 lalu.

Guan Eng menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu
perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap
peniaga Melayu.

Sumber TKO - 3-7-2015

Saman: Mahkamah Rayuan terima rayuan 

Syed Azman

JOCELYN ANN DRAGON | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi
memberikan ganti rugi RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
selepas beliau memfailkan saman terhadap wakil rakyat PAS dan tiga yang lain kerana memfitnah.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Lim Yee Lan dalam keputusan sebulat suara membenarkan
rayuan yang dikemukakan Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed
Ahmad, pemilik permit Harakah Daily Datuk Mustafa Ali, serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad
Lutfi Othman dan penerbitnya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Mahkamah juga mengarahkan Ahmad membayar RM15,000 sebagai kos.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk P. Nalini.

Penghakiman bertulis setebal 31 muka surat itu dibacakan oleh Varghese dan beliau berkata
keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop yang menyatakan niat jahat telah
dibuktikan, adalah cacat dan wajar bagi Mahkamah Rayuan untuk campur tangan.

Pada 15 Dis 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami
Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman
terhadap keempat-empat defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel
bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11
hingga 13 Nov 2011.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos
dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan.

Pada 28 Feb 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan Ahmad tetapi menolak tuntutan Mek
Hawa dan Hamie Azreen atas alasan kedua-dua plaintif gagal membuktikan kes mereka terhadap
defendan. Kedua-dua mereka tidak mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Peguam Ashwida Abd Samad mewakili perayu manakala Ahmad diwakili peguam Helmi Hamzah
dan Mohd Rosly Khady Mohd Ayub Khan.

Helmi berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada membawa kes itu ke
Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Sumber HD - 3-7-2015













































Kes saman Kias selesai atas persetujuan














































bersama

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Kes saman bekas pegawai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) 
terhadap kolej itu hari ini diselesaikan tanpa mana-mana pihak dianggap bersalah.

Peguam Nik Bahrum Nik Abdullah berkata keputusan dibuat tanpa pengakuan liabiliti iaitu tidak ada
pihak yang boleh dipersalahkan dalam kes tersebut.

Katanya, penghakiman dibuat atas persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa
memerlukan proses bicara.

“Ia adalah muktamad dan tidak ada pihak yang boleh membuka kembali kes tersebut. Kaedah ini lebih
baik daripada penyelesaian dengan keputusan kerana lebih banyak masa dapat dijimatkan,” katanya di
sini.

Kias pada 30 Januari 2014 menamatkan perkhidmatan Timbalan Pendaftarnya, Che Ibrahim Mohamed
bagi kepentingan Kias selaras dengan Perkara 41, Bahagian VIII, Bab D Perkhidmatan Kias.

Penamatan perkhidmatan itu diputus Lembaga Pengarah Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 27 Januari
2014.

Ekoran penamatan itu Che Ibrahim dibayar faedah sebanyak RM37,000 termasuk tiga bulan gaji,
bayaran faedah dan bonus 2013.

Kes saman berkenaan dikendalikan Hakim Mahkamah Perusahaan, Gulam Muhiaddeen Abdul Aziz
yang bersidang di bangunan Perkeso, di sini.

Pada perbicaraan itu Kias diwakili Nik Bahrum dan peguam Raj Kupusamy mewakili Kias. Turut
hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kias, Prof Dr Abdul Aziz Md Zin. Perbicaraannya bermula semalam.

Nik Bahrum berkata sebagai persetujuan penyelesaian kes saman tersebut Kias bersetuju membayar
sebanyak RM180,000 kepada Che Ibrahim.

“Bayaran itu bukan bermaksud Kias bersalah dalam kes berkenaan, sebaliknya sebagai jalan tengah
bagi menyelesaikan saman berkenaan secara harmoni,” ujarnya.

Difahamkan sebelum ini bekas Timbalan Pendaftar Kias terbabit menuntut ganti rugi sebanyak RM1
juta.

Pada perbicaraan tersebut juga plaintif menuntut Kias mengeluarkan surat akuan khidmat secara
berhemah sepanjang 12 tahun berkhidmat di Kias bermula 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014.

Bagaimanapun kata Nik Bahrum Kias hanya bersetuju mengeluarkan surat akuan berkebolehan
melaksanakan tugas yang diamanah ketika ditawar jawatan berkenaan. -
HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015

Najib cuba ketepikan hujah pembelaan dalam kes saman
Harakah

Posted on Monday, June 29 @ 13:41:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Datuk Seri Najib Razak, yang menyaman lidah rasmi PAS Harakahdaily berkaitan satu artikel
mengaitkan anak tirinya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memfailkan permohonan
untuk membatalkan pembelaan balas defendan atas alasan ia tidak relevan.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata, pasukan peguam Najib mendakwa, ketua pengarang
portal itu Taufek Yahya dan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob tidak boleh bergantung
pada pembelaan komen yang adil dan perlindungan bersyarat untuk membolehkan saman itu ditolak."Mengikut pandangan mereka, kedua-dua itu ialah pembelaan 'common law' (British) dan ia tidak
diperuntukkan di bawah Akta Fitnah (Malaysia)," katanya.

Hanipa yang mewakili Taufek berkata, beliau menentang pandangan itu dan akan mematahkan hujah
mereka.

Pengurusan kes diadakan Jumaat lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng
yang mengarahkan Hanipa dan peguam Faiz Fadzil yang mewakili Rosli, memfailkan afidavit
mematahkan permohonan Najib sebelum 1 Julai.

Mahkamah akan mendengar permohonan Najib membatalkan pembelaan itu pada 13 Julai.

Hanipa memberitahu The Malaysian Insider, beliau percaya Najib membuat permohonan menolak
pembelaan itu dengan harapan kes itu diputuskan tanpa perlu perdana menteri itu memberi
keterangan dalam perbicaraan.

"Jika tuntutan itu masuk perbicaraan, Najib perlu beri keterangan dan kita akan ada peluang untuk
soal balas beliau," katanya.

Hue juga menetapkan tarikh bicara selama 7 hari bermula 7 Oktober.

Najib memfailkan saman terhadap Rosli dan Taufek berhubung artikel yang ditulis Rosli pada
19 Februari bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)".

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang
menggambarkan beliau menyalahgunakan dana 1MDB.

Oleh itu, katanya, penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam
dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan "kewartawanan bertanggungjawab" dengan tidak
memastikan kesahihan kandungan artikel itu sebelum menerbitkannya.

Kritikan memuncak terhadap Najib berhubung syarikat pelaburan negara milik Kementerian
Kewangan itu, 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan setakat ini mengumpul hutang mencecah
RM42 bilion.

Najib menghadapi tekanan daripada pemimpin pembangkang, pemimpin Umno dulu dan sekarang,
termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan anti rasuah, yang menggesa
siasatan menyeluruh dibuat ke atas syarikat itu.

Dr Mahathir juga mahu Najib meletak jawatan kerana skandal 1MDB itu.

Najib, bagaimanapun berkeras mengatakan beliau tidak akan berundur dan malah akan terus
melawan balik, memberitahu satu himpunan besar di Kuching, Sarawak awal bulan ini, jangan
memandang rendah beliau.

Beliau juga memfailkan saman serupa ke atas ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung
komennya terhadap 1MDB.

Pua dalam kenyataan balasnya berkata menjadi tanggungjawab wakil rakyat membangkitkan isu
kepentingan awam.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata orang ramai mempunyai hak mendapatkan
maklumat berhubung isu yang memberi kesan kepada mereka dan semua fakta disahkan sebelum
disebarkan kepada umum.

Pua juga berkata saman itu menimbulkan persoalan kerana Najib merupakan ahli Parlimen Pekan,
perdana menteri dan menteri kewangan.

"Perbuatannya terbuka kepada kritikan kerana beliau memegang jawatan awam," katanya.

Sumber TKO - 29-6-2015

Mahkamah: Bantahan Nizar ditolak

| .


IPOH: Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini memutuskan perbicaraan kes saman Perdana Menteri, Dato'
Seri Najib Tun Razak diteruskan tanpa perlu kehadirannya.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menolak bantahan awal ketidakhadiran Najib yang dikemukakan
oleh pihak Orang Kena Saman (OKS), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Barisan lapan orang peguam yang diketuai oleh Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebelum ini
memohon agar mahkamah membebaskan OKS kerana Najib tidak akan menghadiri perbicaraan
tersebut.

Hakim membuat keputusan menolak bantahan awal itu dengan merujuk kepada satu kes yang
melibatkan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Tertuduh kes tersebut tetap disabitkan walaupun tanpa kehadiran Sultan Perak yang ke-34 itu.
Adun Changkat Jering itu telah dituduh memfitnah Najib dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan,
Station 18 Ipoh pada 23 April 2012.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan “Saya juga dikhabarkan Najib baru-baru ini panggil semua
pemimpin angkatan tentera, semua pegawai kanan angkatan tentera daripada darat ke, daripada laut
ke, dan daripada udaranya.

“Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional (BN) tumbang maka buatlah sesuatu.
"Saudara-saudara apa kata ketua-ketua angkatan tentera, mereka terbuka mereka belajar berkenaan
apa yang berlaku di Timur Tengah maka mereka beritahu Najib, kami akan menyebelahi rakyat. Itu
jawapan tentera".

Beliau turut mengeluarkan kenyataan “Maknanya kalau rakyat menolak Barisan Nasional memilih
Pakatan Rakyat ke Putrajaya maka tentera-tentera akan bersama dengan rakyat menyebabkan Najib
menjadi pucat lesu sepucat-pucatnya. Najib ingat tentera ini boleh dimainkan”.

Pada 14 Januari lalu, Mahkamah yang sama telah membebaskannya daripada pertuduhan memfitnah
Najib atas tuduhan yang sama, disebabkan isu-isu teknikal.

Perbicaran disambung esok jam 10.00 pagi. - HARAKAHDAILY 11/6/2015

Sumber HD - 11-6-2015

Persempadanan :  Mahkamah tolak permohonan peguam

kes mahkamah



KUALA LUMPUR - Seorang peguam hari ini gagal dalam permohonan samannya untuk 
mendapatkan maklumat berkenaan persempadanan semula daripada Suruhanjaya Pilihan Raya 
(SPR).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu setelah mendapati
permohonan Haris Fathillah Mohd Ibrahim adalah tidak matang dan beliau tidak mempunyai locus
standi untuk membuat permohonan tersebut.
  
Asmabi berkata, persempadanan semula juga masih belum bermula ketika permohonan dibuat dan
Haris Fathillah gagal menentukan siapakah yang dimaksudkan sebagai 'orang terjejas' dalam saman
pemula yang difailkannya.
  
Tambahnya, Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan perjalanan pilihan raya,
cukup jelas mengenai persempadanan semula dan mahkamah tidak boleh menambah apa yang telah
ditetapkan.
  
Asmabi memerintahkan Haris Fathillah membayar kos RM5,000.
  
Pada 19 Januari lalu, Haris Fathilah yang juga seorang aktivis, memfailkan saman pemula terhadap
SPR bagi mendapatkan deklarasi bahawa orang yang terjejas akan berhak kepada semua maklumat
yang berkaitan dengan pengubahan sempadan kawasan parlimen atau negeri.
  
Maklumat yang dipohon termasuk syor-syor yang dicadangkan, peta bahagian pilihan raya dan sebab
pengubahan serta semua dokumen yang digunakan untuk persempadanan itu. - Bernama

Sumber HD / SH - 11-6-2015

Suami Eksekutif Pentadbiran TV9 Bebas Tuduhan Bunuh 
Isteri
















































SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan 

membebaskan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar, daripada 

tuduhan membunuh wanita itu tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak 

pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata kecurangan suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, 

adalah punca Nur Syaleza menjadi murung sehingga menyebabkan wanita itu bertindak 

membunuh diri.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen 

Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 

malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa 

mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika 

sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T Deepa 

Nair manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Sebanyak 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan 

sepanjang perbicaraan.

Sumber -- BERNAMA  / HD - 29-5-2015

Mahkamah tetapkan 19 Jun dengar kes BAFIA 

Rafizi















































BERNAMA | .


SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Jun depan bagi mendengar kes
Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
  
Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh itu berikutan Hakim Rozina Ayob yang mengendalikan kes
berkenaan, menarik diri pada 15 Mei lepas.
  
Rozina membuat keputusan menarik diri daripada mendengar kes Mohd Rafizi selepas beliau
menyedari mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saksi utama kes tersebut iaitu Pengerusi
National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
  
Sehubungan itu, Rozina berkata semua prosiding permohonan ditangguhkan sehingga hakim baharu
mengambil alih kes ini.
  
Pada 15 Mei lepas, mahkamah sepatutnya mendengar permohonan Mohd Rafizi yang juga anggota
Parlimen Pandan untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi, tiga persoalan perlembagaan berhubung
pertuduhan yang dihadapinya.

Mohd Rafizi bersama-sama kerani bank Johari Mohamad yang dituduh bersubahat dengannya,
memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
  
Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Mohd Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi
adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun BAFIA telah dimansuhkan
dan sama ada dakwaan di bawah BAFIA itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak
dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.
  
Mohd Rafizi, 38, yang juga Naib Presiden PKR mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen
penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries
Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita
The Star, Erle Martin Carvalho.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
  
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103
(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang
sama. Beliau didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama. - BERNAMA


Sumber HD - 22-5-2015

EKJS: Mahkamah tolak saman pemula 

Gerakan

| .



KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula Gerakan bagi menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (KJS) II pindaan 2015 di Kelantan.

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusannya bersetuju bantahan awal defendan, di mana plaintif perlu mengemukakan notis kepada Hakim Mahkamah Persekutuan bagi merujuk kes tersebut sebelum dibawa ke mahkamah tinggi.

Katanya ia selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu saman pemula terbabit difailkan ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan belum lagi meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993).

Saman tersebut difail pada 18 Mac 2015 sedangkan Dun Kelantan meluluskan pindaan rang undang-undang berkenaan pada 19 Mac lepas.

Sehubungan itu mahkamah menolak saman tersebut dengan kos. Hakim juga mengarahkan plaintif membayar RM10,000 kepada defendan.

Pada 18 Mac lalu Gerakan memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang hendak dilaksanakan di Kelantan.

Saman itu difail tiga anggota parti berkenaan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie.

Plaintif berpendapat Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 menyalahi undang-undang kerana menganggap Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang (ultra vires).

Pada sebutan kes terbabit sebelum ini Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Shahidani Abdul Aziz berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 128, kes seperti itu perlu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Pada perbicaraan hari ini defendan diwakili peguam Andy Yong dan dua lagi peguam dari Tetuan NS Leong dan ST Low.

Manakala kerajaan negeri diwakili Noriah Osman. Turut hadir peguam pemerhati daripada Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah.

Malam tadi Dewan Ulama PAS Kelantan menganjurkan solat hajat di Padang Perdana bagi memohon kepada Allah SWT KJS dapat dilaksanakan di Kelantan. - HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015













































Tanah Kelantan: Nga, Ngeh menang saman 

Berita Harian

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press
(M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana
memfitnah Ahli Parlimen Taiping dan Beruas, Nga Kor Ming
dan Datuk Ngeh Koo Ham.

Memetik laporan Roketkini.com, mahkamah dalam penghakiman pada 30 April lalu mendapati
laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin
DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.

Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi
memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar
Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai
Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengganggu kehidupan penduduk
setempat.

Penghakiman turut mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah memberikan tanah
kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.

Sumber HD - 3-5-2015

Khalid Samad menang saman terhadap Adun Perak, dapat 
gantirugi RM150,000

Posted on Tuesday, April 28 @ 07:09:09 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.


Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.


Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak.

Sumber TKO - 28-4-2015


























Syarikat Balak Menang Rayuan Terhadap 

UMNO Pahang

PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn. Bhd., berjaya dalam
rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini bagi mengetepikan perintah supaya membayar ganti rugi
berjumlah RM38.6 juta kepada Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pahang berhubung
pelanggaran kontrak pemberian konsesi pembalakan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan SGM untuk memulihkan
keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang menolak tuntuan balas jawatankuasa itu bagi
penaksiran ganti rugi.

Kuorom berkenaan memutuskan bahawa rayuan syarikat pembalakan itu mempunyai merit dan juga
mengarahkan jawatankuasa itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada SGM.

"Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mengganggu dapatan Timbalan Pendaftar," kata Balia
yang bersidang bersama Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Pada 27 Mac 2003, SGM memfailkan saman sivil terhadap jawatankuasa itu di Mahkamah Tinggi
Kuantan, dengan menuntut ganti rugi kerana melanggar kontrak pemberian konsesi pembalakan
di Nenasi, Pekan, Pahang.

Jawatankuasa itu kemudian membuat tuntuan balas, dengan memohon perisytiharan bahawa kontrak
yang dikatakan itu adalah batal dan tidak sah malah tidak wujud kontrak.

Ia juga meminta SGM membayar mereka semua manfaat dan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat
itu untuk kayu balak yang diperoleh daripada kawasan pembalakan seluas 1,000 ekar dikenali sebagai
Blok A2 di Nenasi.

Jawatankuasa itu turut menuntut RM1.5 juta dengan alasan bahawa ia tidak memberi sebarang kelulusan kepada syarikat itu untuk menebang kayu balak di kawasan itu.

Ia juga memohon manfaat kononnya diperoleh oleh syarikat itu daripada 'pengayaan tidak adil' berjumlah RM37.1 juta.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi jumlah itu kepada SGM sebagai ganti rugi selepas
syarikat itu berjaya dalam satu lagi saman sivil terhadap kerajaan negeri Pahang.

Pada 1 Dis 2009, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan jawatankuasa itu untuk
membatalkan saman yang dikemukakan terhadapnya oleh SGM.

Pada 16 Jun, 2011, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan tuntutan balas jawatankuasa itu dan
mengisytiharkan kontrak bertarikh 2 Okt 2000, yang kononnya ditandatangani antara jawatankuasa itu
dan SGM, sebagai batal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan penaksiran ganti rugi.

Pada 24 Sept, 2012, Timbalan Pendaftar, Sazlina Safie menolak tuntutan jawatankuasa itu selepas
memutuskan ia gagal membuktikan jumlah kerugian atau manfaaat yang didakwa diperoleh oleh
SGM daripada perjanjian itu.

Pada 4 Julai, 2013, Mahkamah Tinggi Kuantan mengakaskan keputusan Timbalan Pendaftar dan
memerintahkan ia berpihak kepada jawatankuasa itu, sehingga memaksa syarikat itu mengemukakan
rayuan di Mahkamah Rayuan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Muhammad Aznel Azaharudin mewakili SGM manakala jawatankuasa
itu diwakili oleh barisan peguam diketuai Datuk Bastian Vendargon.

-- BERNAMA

Sumber HD - 14-4-2015

Bersih 2007: PAS rayu sumbangan bayar 

denda

| .



KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang peserta Himpunan Bersih 1.0 dikenakan denda RM8,000
setiap seorang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati mereka bersalah kerana
mengingkari arahan polis untuk bersurai dalam perhimpunan itu di sekitar ibu negara, lapan tahun
lepas.

Mereka terdiri daripada enam Anggota Unit Amal dan lima lagi adalah ahli PAS.

Mereka yang terbabit adalah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman,
Razali Abdul, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen
Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.

Menurut Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO, PAS Mohamad Sabu jumlah
keseluruhan denda yang perlu dibayar sebanyak RM88,000 dengan denda dikenakan mahkamah
RM4,000 bagi satu kes.

"11 orang ini bersalah atas dua tuduhan, satu tuduhan RM4000 bermakna seorang kena denda
RM8,000," katanya kepada Harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS itu juga merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada 11
orang ini bagi membebaskan mereka dengan segera.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank; 5642 5857 6644 atas nama Pusat
Penggerak Mobilisasi.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan setiap mereka dipenjara dua bulan
sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Tee mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang atau lebih
dikenali Tian Chua daripada pertuduhan sama dengan sebelas lelaki itu.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa tempat sekitar ibu negara seperti di
Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara 1 tengah hari dan 4 petang, 10 Nov
2007, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta
sama. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Sumber HD - 10-4-2015













































Akaun NFC: Kes Rafizi dibicara 27 April

BERNAMA | .

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 27 April ini untuk perbicaraan kes Setiausaha
Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dan seorang kerani bank yang menghadapi
tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC),
tiga tahun lepas.
  
Hakim Rozina Ayob turut menetapkan tarikh perbicaraan pada 26, 27 dan 28 Mei ini ketika kes itu
disebut di hadapannya hari ini.
  
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak rayuan Mohd Rafizi yang juga
Anggota Parlimen Pandan berhubung tuduhan itu berikutan mahkamah tersebut tidak mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar kes yang berasal dari Mahkamah Sesyen.
  
Mohd Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Mei 2013 yang menolak
permohonannya untuk mengetepikan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan
(Bafia) tersebut dengan alasan rayuan beliau tidak mempunyai merit.
  
Pada 10 Sept 2012, Setiausaha Agung PKR itu memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan
tersebut. Beliau mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Rayuan setelah permohonannya ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Nov 2012.
  
Mohd Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan
Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd
dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada
perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana
Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
  
Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen
103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum
RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Kerani bank, Johari Mohamad, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada
tarikh dan di alamat yang sama.
  
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103
akta sama. - BERNAMA

Sumber HD -7-4-2015

Zunar mengaku tidak bersalah menghasut

| .

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 
sembilan pertuduhan menghasut dalam akaun Twitter miliknya.

Tweet tersebut berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 10
Feb lalu.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 53, membuat pengakuan tersebut selepas
pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Dia berpakaian warna ungu dan berseluar jeans kelihatan bersahaja di dalam kandang tertuduh.
Mahkamah dipenuhi penyokong dan orang awam selain pihak media.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga sembilan, Zunar didakwa menerbitkan penerbitan menghasut
di laman sosial Twitter@zunarkartunis di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, pada 3
petang, 10 Feb lalu.

Bagi kesalahan itu, Zunar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh didakwa
mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama Zunar boleh didenda RM5,000 atau dipenjara tiga tahun
atau kedua-duanya dan seterusnya boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, memohon kesemua pertuduhan itu dibicarakan
bersama atas alasan pertuduhan dan saksi yang sama. Beliau turut menawarkan jaminan RM2,500
dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya memohon perbicaraan dilakukan secara berasingan atas alasan
konteks pemahaman perkataan hasutan tidak boleh dilihat secara keseluruhan kerana boleh
memprejudiskan anak guamnya itu.

Latheefa turut dibantu peguam Datuk S. Ambiga memohon anak guamnya itu diikat jamin RM500
dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana Zunar memberi kerjasama sepanjang siasatan
dilakukan selain hanya menjamin kehadiran pada setiap tarikh sebutan.

Hakim Zanol, bagaimanapun membenarkan permohonan pendakwaan itu kemudian menetapkan 20
Mei ini untuk sebutan. - BERNAMA

Sumber HD - 3-4-2015


DIPENJARA 4 BULAN KERANA SEPAK ANAK HENDAK SOLAT - MAJISTRET














http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34199-dipenjara-4-
bulan-kerana-sepak-anak-hendak-solat

Sumber HD - 6-3-2015


PENGERUSI NFCORP GAGAL BATAL TUDUHAN PECAH AMANAH RM49.7 JUTA - MAHKAMAH TINGGI


DATUK SERI DR MOHAMMAD SALLEH ISMAIL - 
PENGERUSI EKSEKUTIF NFC 

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34067-pengerusi-
nfcorp-gagal-batal-tuduhan-pecah-amanah-rm49-7-juta

Sumber HD - 26-2-2015



ALVIN, VIVIAN BEBAS TUDUHAN CETUS PERMUSUHAN AGAMA - MAHKAMAH PERSEKUTUAN


GAMBAR FB YANG MENJADI KES MENGHINA UMMAT ISLAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33945-alvin-
vivian-bebas-tuduhan-cetus-permusuhan-agama

Sumber HD - 18-2-2015


ISA : MAHKAMAH KEKALKAN KEPUTUSAN BERSALAH - HAKIM MAHKAMAH SESYEN


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI ANTARA YANG TERLIBAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33773-isa-
mahkamah-kekalkan-keputusan-bersalah

Sumber HD - 10-2-2015



BERSIH 3.0 SAMAN KERAJAAN TERHADAP AMBIGA DITOLAK - MAHKAMAH TINGGI


BERSIH 3.0 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33574-bersih-
3-0-saman-kerajaan-terhadap-ambiga-ditolak

Sumber HD - 30-1-2015


POLIS TERLIBAT KEMATIAN CHANDRAN - MAHKAMAH KORONER













http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33301-polis-
terlibat-kematian-chandran-mahkamah-koroner

Sumber HD - 16-1-2015

Nizar dilepas tanpa dibebas dakwaan fitnah Najib

IPOH: Mahkamah Sesyen Ipoh semalam memutuskan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
telah dilepas tanpa dibebaskan atas dakwaan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
beberapa tahun lalu.

Keputusan itu dibuat apabila pertuduhan terhadap Adun Changkat Jering itu dilakukan tidak mengikut
peruntukan Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah, maka Hakim Madihah Harullah melepaskannya
tanpa membebaskan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan pendakwa raya serta peguambela
dan turut mengarahkan supaya wang ikat jamin sebanyak RM5,000 dikembalikan kepada Mohammad
Nizar.

Mohammad Nizar telah diwakili barisan peguam yang diketuai oleh Datuk Mohd Yusof Zainal
Abidin, manakala pendakwaan diketuai oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak, Masri Mohd Daud.

Salah seorang peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim ketika ditemui berkata, perkara yang ditimbulkan
oleh pihak pembelaan adalah berkaitan isu pengaduan di mana berdasarkan seksyen 131 kanun
tersebut, aduan mestilah dibuat oleh 'orang yang terkilan' atau pendakwa raya.

Katanya, di dalam hujahnya, pihak pembelaan telah menyatakan bahawa adalah jelas di dalam kes ini,
Najib telah tidak membuat pengaduan.

"Persoalan selanjutnya sama ada aduan telah dibuat oleh pendakwa raya, pihak pembelaan
menghujahkan di antaranya bahawa berdasarkan dokumen, terdapatnya kekeliruan siapakah yang
membuat pengaduan.

"Ini kerana di borang aduan, ia ditandatangani oleh ASP Zulkarnain Samsudin, bukannya timbalan
pendakwa raya.

"Selain itu di lampiran yang dicatatkan sebagai ‘Aduan di bawah Seksyen 131 Kanun Tatacara
Jenayah’ terdapatnya catatan bahawa Dato’ Mohamad Hanafiah Bin Zakaria yang membuat aduan.

"Namun begitu lampiran tersebut telah ditandatangani oleh Masri Bin Daud, maka terdapatnya
kecacatan di borang aduan berhubung identiti pengadu di dalam kes ini," katanya.

Oleh yang demikian, Exco Pemuda PAS Perak itu menyatakan, hakim berpendapat pada peringkat
tersebut tertuduh (Nizar) wajar dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan.

Mohammad Nizar, 58, telah dituduh memfitnah Najib dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan,
Station 18 Ipoh pada 23 April 2012.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu didakwa mengeluarkan kenyataan “Saya juga dikhabarkan Najib
baru-baru ini panggil semua pemimpin angkatan tentera, semua pegawai kanan angkatan tentera
daripada darat ke, daripada laut ke, dan daripada udaranya.

“Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional (BN) tumbang maka buatlah sesuatu.

"Saudara-saudara apa kata ketua-ketua angkatan tentera, mereka terbuka mereka belajar berkenaan
apa yang berlaku di Timur Tengah maka mereka beritahu Najib, kami akan menyebelahi rakyat. Itu
jawapan tentera".

Beliau turut mengeluarkan kenyataan “Maknanya kalau rakyat menolak Barisan Nasional memilih
Pakatan Rakyat ke Putrajaya maka tentera-tentera akan bersama dengan rakyat menyebabkan Najib
menjadi pucat lesu sepucat-pucatnya. Najib ingat tentera ini boleh dimainkan”.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -
HARAKAHDAILY 14/1/2015

Sumber HD - 14-1-2015


FITNAH : BLOGGER PAPAGOMO DIPEDRINTAH BAYAR GANTI-RUGI KEPADA PEGUAM

- MAHKAMAH RAYUAN


WAN MUHAMMAD AZRI WAN IDERIS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33283-fitnah-
blogger-papagomo-diperintah-bayar-ganti-rugi-kepada-peguam

Sumber HD - 14-1-2015


PEGUAM AKAN DAPATKAN ARAHAN LANJUT KELUARGA ALTANTUYA - PEGUAM


YB RAMKARPAL SINGH DEO KARPAL SINGH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33260-peguam
-akan-dapat-arahan-lanjut-keluarga-altantuya

Sumber HD - 14-1-2015


SEMBILAN WARGA MYANMAR DIDAKWA BUNUH RAKAN SENEGARA -
MAHKAMAH MAJISTRET

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33253-sembilan-
warga-myanmar-didakwa-bunuh-rakan-senegara

Sumber HD - 14-1-2015


ALTANTUYA - AZILAH - SIRUL KEKAL DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG -
MAHKAMAH PERSEKUTUAN


ISTANA KEHAKIMAN - MAHKAMAH PERSEKUTUAN 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33220-
altantuya-azilah-sirul-kekal-dikenakan-hukuman-gantung

Sumber HD - 13-1-2015


MEJAR ZAIDI PAS BINCANG DALAM MESYUARAT PUSAT -  ABANG MAT


MEJAR ZAIDI AHMAD :  DIJATUHI HUKUMAN BUANG KERJA


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33202-mejar-
zaidi-pas-bincang-dalam-mesyuarat-pusat

Sumber HD -12-1-2015

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 13 Januari Keputusan 
Rayuan Pendakwa

Posted on Wednesday, January 07 @ 16:29:59 MYT by paktam

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Januari.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Selasa, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya.

Sumber DD - 7-1-2015














































 Kassim Ahmad Gagal Cabar Jawi Dakwaan Hina Islam

Posted on Tuesday, January 06 @ 17:17:20 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Ahli akademik kontroversi, Kassim Ahmad gagal dalam permohonan semakan kehakiman kerana didakwa menghina Islam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan Kassim, 82 mencabar penahanan dan pendakwaannya oleh pihak berkuasa iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Selasa.

Kassim memfailkan permohonan itu pada 26 Jun meminta perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada Mac lalu.

Beliau juga meminta supaya Mahkamah Tinggi untuk menimbang pampasan kerana berhadapan trauma, ketakutan, kehilangan, kesulitan dan reputasi serta nama baiknya yang terjejas berikutan tindakan Jawi yang melakukan penahanan dan pendakwaan salah.

Selain itu, Kassim juga mengemukakan permohonan supaya mahkamah membatalkan tindakan pegawai penguatkuasa Jawi yang menyerbu premisnya di Kedah dan merampas bahan penerbitan miliknya serta menahannya.

Beliau menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ibrahim Jawi dan kerajaan sebagai responden.

Sumber DD - 6-1-2015

Zizan bersedia hadapi perbicaraan kes saman

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Dua saman difailkan terhadap pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak oleh pembantu peribadinya berhubung pembekuan akaun syarikat dan pelanggaran perjanjian kontrak akan diteruskan melalui perbicaraan selepas proses mediasi menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal.
Zizan, 31, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak ketika ditemui pemberita berkata beliau bersedia menghadapi perbicaraan kes itu dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

"Saya tidak buat apa-apa. Saya yang disaman dan saya bersedia untuk perbicaraan dan kes ini hanya melibatkan isu syarikat," katanya selepas proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L. Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur, Selasa.

Peguam Harjit Sandhu yang mewakili plaintif, Marina Juki, memberitahu pemberita bahawa proses mediasi bagi kedua-dua saman itu gagal selepas kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

Harjit berkata mahkamah menetapkan November ini untuk perbicaraan kes saman berhubung pembekuan akaun syarikat di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara manakala, Rabu, bagi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Sivil untuk kes saman berhubung pelanggaran kontrak.

Pada 30 Sept tahun lepas, Marina, 31, memfailkan saman terhadap Zizan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama.

Wanita itu mendakwa akibatnya beliau menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu bermasalah.

Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan syarikat Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 5 Nov tahun lepas, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015.

Marina dalam pernyataan tuntutan berkata bagaimanapun pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan kini berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Wanita itu mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.

Marina mendakwa akibat pelanggaran perjanjian itu beliau menanggung kerugian teruk, oleh itu beliau memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama

Sumber HD - 6-1-2015













































Saman 130 pemilik tanah lot terhadap kerajaan Selangor ditolak

BERNAMA | .

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos saman difailkan 130 pemilik tanah lot bagi Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lain yang didakwa gagal menyiapkan projek itu.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim dalam penghakimannya berkata setelah meneliti hujahan dan fakta yang dikemukakan, mahkamah mendapati kerajaan negeri Selangor selaku defendan pertama dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor sebagai defendan kedua bukan pihak dalam perjanjian projek itu.

Katanya sementara tindakan saman yang diambil plaintif terhadap pemaju projek perumahan itu, Bumi Circle Sdn Bhd, sebagai defendan ketiga, telah melebihi had masa dan mahkamah berpendapat tuntutan itu dihalang oleh had masa.

Beliau mengarahkan plaintif membayar kos RM15,000 masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dan RM7,000 kepada defendan ketiga.

Dalam prosiding hari ini, kesemua 130 plaintif diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Penolong Penasihat Undang-undang Selangor, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam.

Pada April 2007, kesemua plaintif itu memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan, menuntut pembayaran ganti rugi khas RM3.9 juta dan ganti rugi am RM10.1 juta kerana gagal menyiapkan projek perumahan itu yang sepatutnya disiapkan pada tahun 2005.

Mereka mendakwa tapak tanah dalam bentuk tanah lot bagi projek perumahan itu diberi oleh kerajaan Selangor kepada Bumi Circle yang dilantik sebagai pemaju pada tahun 1998 untuk dibangunkan sebagai rumah atau kedai.

Bagaimanapun, kata mereka, projek yang dirancang untuk dibina di tanah seluas 86 hektar itu gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah serta yuran guaman bagi urusan perjanjian jual beli sudah dibuat. - Bernama

Sumber HD - 31-12-2014


























Peguam mohon 'mistrial' kes Mejar Zaidi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Mejar Zaidi telah memohon Mahkamah Tentera mengisytiharkan perbicaraan beliau sebagai 'mistrial' kerana mahkamah tersebut tidak mampu lagi untuk menegakkan keadilan kepada si tertuduh.

Ketua pasukan peguam Mejar Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin memulakan hujah beliau di Mahkamah Tentera hari ini dengan menyatakan bahawa beliau berhujah dalam keadaan protes kerana perbicaraan ke atas anakguamnya telah mencapai satu tahap di mana keadilan tidak mungkin dapat lagi ditegakkan oleh mahkamah kerana sikap tidak memihak mahkamah (the court's impartiality) telah terjejas.

Ini kerana, hujah Hanipa, pengerusi Koram Mahkamah iaitu Kolonel Saadon

Hasnan telah membuat satu komen yang memprejudiskan Mejar Zaidi di portal Malaysiakini semasa perbicaraan kes ini masih berjalan di mahkamah.

Mejar Zaidi telah membuat aduan kepada pihak tentera tentang isu tersebut dan sehingga kini ia tidak pernah disiasat sedangkan apabila beliau membuat laporan polis isu dakwat kekal pihak tentera telah membuka kertas siasatan ke atas beliau.

Hanipa juga berhujah adalah satu keganjilan untuk mahkamah meminta peguambela Mejar Zaidi berhujah di akhir kes pembela dalam keadaan integriti dan kebebasan mahkamah yang membicarakan Mejar Zaidi dipersoalkan dan dicabar oleh tertuduh yang dibicarakan di mahkamah itu sendiri.

Oleh itu, Hanipa berhujah satu satunya jalan penyelsaian kepada hal tersebut adalah dengan mahkamah mengisytiharkan mistrial.

Mistrial merujuk kepada keadaan di mana sesuatu perbicaraan di mahkamah tidak lagi mampu dikendalikan mengikut prinsip-prinsip keadilan.

Hanipa kemudiannya dihalang oleh mahkamah dari berhujah isu mistrial tersebut atas alasan isu itu tidak boleh dihujahkan di Mahkamah Tentera sebaliknya ia seharusnya dibangkitkan di depan pihak berkuasa sidang.

Hanipa bagaimanapun bertegas menyatakan mistrial boleh dihujahkan oleh peguam di mana mana mahkamah apabila proses keadilan perbicaraan dipersoal dan dipertikai dan mahkamah adalah forum yang layak mendengar dan memutuskan perkara tersebut.

Hanipa menyatakan "bagaimanakah kami ingin menyampaikan hujah mistrial ini di depan Pihak Berkuasa Sidang sedangkan mereka bukan pihak yang mendengar kes ini dan tidak ada di mahkamah ini untuk mendengar hujah kami ini".

Mahkamah kemudiannya menangguhkan pendengaran selama 15 minit untuk berbincang dan memutuskan isu tersebut.

Selepas mahkamah diteruskan semula, Yang Dipertua Mahkamah memutuskan peguambela tidak dibenarkan berhujah isu mistrial dan diminta berhujah isu lain.

Hanipa menyatakan beliau tidak ada isu lain yang akan dihujah kerana mengambil kira insiden yang berlaku dalam kes ini yang melibatkan pengerusi mahkamah membuat komen sebelum keputusan kes dibuat dan semasa kes masih dalam perbicaraan hanya isu mistrial yang relavan untuk dihujahkan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh keputusan kes pada 7 Januari 2015.

Sementara itu Hanipa memaklumkan kepada mahkamah bahawa anakaguamnya telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pihak Berkuasa Sidang yang enggan membubarkan Mahkamah Tentera meskipun wujudnya keterangan yang tidak dicabar bahawa Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon telah memberi komen di Malaysiakini tentang kes ini sebelum mahkamah memutuskan meminta Mejar Zaidi dipanggil membela diri bagi dua pertuduhan pindaan.

Mejar Zaidi dituduh dengan 7 pertuduhan di mana beliau telah dibebaskan 5 daripada pertuduhan tersebut.

Pendakwaan ke atas beliau melibatkan isu laporan polis yang dibuat oleh beliau berkaitan isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Beliau diwakili oleh Nasar Khan, Aminudin Zulkifli, Azhana Mohd Khairudin dan Mohamed Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 19/12/2014

KPN tidak boleh dipaksa tangkap bapa mualaf

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (foto) tidak boleh dipaksa untuk menangkap seorang bapa mualaf dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Ketika membenarkan rayuan KPN untuk mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ab Rahim memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menguat kuasakan perintah Mahkamah Tinggi itu kerana perkara itu melibatkan perbalahan peribadi.

"Perintah mandamus tidak harus dikeluarkan untuk menguatkuasakan hak peribadi," kata Abdul Aziz.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, Abdul Aziz berkata, M. Indira Gandhi belum habis menggunakan semua remedi undang-undang untuk mencari bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah dan anaknya.

"Dia tidak menghubungi bailif mahkamah untuk mencari anaknya," katanya yang mendengar rayuan bersama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Tengku Maimun, yang membuat keputusan menentang, berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak tersilap dalam mengeluarkan perintah mandamus itu.

Pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh Indira Gandhi untuk perintah mandamus bagi memaksa Khalid menangkap Mohd Ridhuan dan mengembalikan anak perempuan mereka, Prasana Diksa, 6 tahun kepada dia.

Pada 2009, Mahkamah Syariah di Ipoh memberi kepada Mohd Ridhuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana, 6, selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada Indira Gandhi hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak mereka dan Mohd Ridhuan diarah untuk mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.
Pada 30 Mei, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Ridhuan kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas dia berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak itu.

Indira Gandhi juga memperoleh perintah mendapatkan kembali dari Mahkamah Tinggi untuk memaksa polis mengesan Muhammad Ridhuan.

Panel hakim yang sama menolak rayuan yang dikemukakan oleh seorang bapa mualaf Izwan Abdullah untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sivil Seremban yang memberi hak penjagaan dua anak mereka kepada bekas isterinya yang beragama Hindu, S. Deepa.

Izwan yang sebelum ini dikenali sebagai N.Viran, merayu terhadap perintah itu yang dikeluarkan pada 7 April tahun ini yang memberi hak penjagaan anak perempuan, Sharmila, 9 tahun dan anak lelaki, Mithran, 6 tahun kepada ibu mereka.

Dalam keputusan sebulat suara, Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Seremban tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkahwinan sivil apabila satu pihak telah memeluk agama Islam.

Hakim berkata apa yang Mahkamah Syariah boleh lakukan ialah untuk mengesahkan pembubaran perkahwinan tersebut.

"Mahkamah Syariah hanya boleh mengesahkan pembubaran perkahwinan akibat penukaran agama," kata Hakim Abdul Rahim. Beliau kemudian mengarahkan Izwan membayar RM10,000 sebagai kos.

Panel hakim juga menolak rayuan Izwan terhadap perintah mendapatkan kembali yang diperoleh oleh Deepa dari Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan polis mengesan anak lelakinya, Mithran yang berada bersama Izwan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Izwan bagi penangguhan pelaksanaan perintah itu dalam tempoh tiga minggu sementara memohon kebenaran untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu.

Hakim Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi boleh mengeluarkan perintah mendapatkan kembali dan ia boleh mengeluarkan perintah yang perlu mengikut undang-undang.
Pasangan itu berkahwin pada Mac 2003 mengikut agama Hindu.

Izwan, yang memeluk Islam pada 2011, menukarkan agama ketiga-tiga kanak-kanak itu tanpa pengetahuian isterinya pada tahun yang sama dan seterusnya memperoleh perintah dari Mahkamah Syariah Seremban bagi penjagaan dan kawalan kanak-kanak itu.

Peguam Aston Paiva, mewakili Indira Gandhi, dan Mohd Haniff Katri Abdulla mewakili Izwan sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Khalid. - Bernama

Sumber HD - 17-12-2014













































Kontraktor didakwa culik peniaga untuk dibunuh

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pembinaan dan sepupunya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik seorang peniaga dengan tujuan membunuh, bulan lepas.

K.Arul Nathan, 41, dan pemandu lori A.Laurence, 21, bersama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menculik Davic Vartan, 33, seorang lelaki warga India, supaya dia dibunuh di No. 126, Tingkat 1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utama, Sentul di sini pada 6.10 petang, 12 Nov lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius dan kebarangkalian tertuduh mengganggu saksi pendakwaan adalah tinggi kerana kejadian culik itu berlaku di premis perniagaan mangsa.

Peguam P. Suresh, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan Arul Nathan dan Laurence merupakan penanggung tunggal keluarga.

Hakim Ahmad Bache tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Jan untuk sebutan. - Bernama

Sumber HD - 16-12-2014













































5 bekas tahanan ISA dianugerah RM4.55 juta

BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menganugerahkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana ditahan secara tidak sah pada 2001 di bawah akta itu yang kini dimansuhkan.



Mereka ialah anggota Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Hishamuddin Rais, anggota dewan negeri Hulu Klang Saari Sungib, Badaruddin Ismail dan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR Badrulamin Baharom.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Abdul Wahab Patail, dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada lima orang itu tetapi membenarkan sebahagian rayuan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan berhubung ganti rugi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid telah mengurangkan jumlah ganti rugi bagi setiap penahanan mereka dari RM15,000 kepada RM10,000 sehari untuk antara 41 hari dan 54 hari.

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi yang memerintahkan Norian, KDN dan kerajaan membayar RM30,000 ganti rugi teruk seorang, berjumlah RM150,000.

Sementara itu, panel juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi dalam menganugerah Chua, Hishamuddin, Saari dan Badrulamin sejumlah RM100,000 berhubung kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan Norian pada April 2001 di sidang akhbar berhubung penahanan itu.

Mahkamah juga mengekalkan kos guaman RM200,000 yang Mahkamah Tinggi telah berikan kepada lima orang itu untuk prosiding di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, untuk prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, panel itu memerintahkan setiap pihak menanggung kos guaman masing-masing.

Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub mewakili Norian, KDN, dan Kerajaan sebelum ini menyetujui liabiliti berhubung penahanan secara tidak sah itu.

Bagaimanapn, pihak perayu meneruskan rayuan berhubung jumlah ganti rugi RM15,000 sehari yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada lima lelaki itu.

Pihak perayu mendakwa anugerah RM15,000 sehari adalah terlalu tinggi.

Mereka juga merayu keputusan Mahkamah Tinggi dalam memerintahkan mereka membayar RM100,000 kepada empat orang kecuali Badaruddin selepas mendapati mereka bertanggung jawab terhadap kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan pada satu sidang akhbar.

Hakim Abdul Wahab, dalam keputusannya, menolak rayuan pihak perayu berhubung fitnah serta rayuan balas lima orang itu tentang anugerah RM100,000 kerana fitnah dan keputusan Mahkamah Tinggi tidak menganugerahkan mereka (lima orang) ganti rugi atas perintah penahanan selanjutnya yang dikeluarkan KDN antara 730 dan 782 hari.

Lima lelaki itu memohon anugerah lebih tinggi sebanyak RM200,000 seorang kerana fitnah.

Kelima-lima mereka yang diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli ditahan berhubung perhimpunan Black 14 pada April 14, 2001, sebagai memperingati ulang tahun kedua sabitan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas salah guna kuasa.

Pada 4 April, 2004, mereka menyaman Norian Mai, KDN dan Kerajaan kerana penahanan tidak sah di bawah ISA dan fitnah.

Pada 2 Okt, 2012, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada lima orang itu, dengan menganugerahkan kira-kira RM4 juta tidak termasuk faedah.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, anugerah itu tidak termasuk faedah dikurangkan kepada RM2.78 juta.

Mahkamah Tinggi juga menganugerahkan faedah lapan peratus dari tarikh saman sivil difailkan hingga mahkamah menyampaikan keputusan dan faedah 5 peratus selepas keputusan mengenai jumlah ganti rugi dari tarikh keputusan hingga pembayaran sepenuhya. - Bernama

Sumber HD - 11-12-2014

Pelajar dihukum penjara sembunyi kelahiran bayi

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, Oktober lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan berkata mahkamah menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira faktor kepentingan awam dan rayuan tertuduh, Norhidayah Yon, 19, serta laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 4 Nov lepas, Norhidayah, pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan hukuman terhadapnya ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu laporan akhlak.

Dalam keputusan itu, Ashraf Rezal turut berpuas hati dengan laporan JKM yang menyatakan latar belakang ekonomi keluarga tertuduh adalah sederhana manakala latar belakang sosial dan pendidikannya adalah baik.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Okt lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling sebelum itu memohon hukuman penjara setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak bertanggungjawab.

"Tidak ada hukuman yang lebih sesuai dengan kesalahan ini kecuali hukuman penjara memandangkan kesalahan sedemikian berleluasa sekarang," kata Ooi.

Selepas mahkamah membacakan laporan akhlak itu, pegawai JKM Wan Hanafiah Wan Hanafi berkata pihaknya memohon satu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin selain sabitan terhadap tertuduh tidak direkodkan.

Ketika rayuan, Norhidayah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling ringan dan meminta peluang untuk berubah selain telah insaf atas perbuatannya.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu didakwa atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam tong sampah selepas ia dilahirkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Block C, Kondominium PV6 Platinum Hill Park, Jalan Setapak di sini, pada 4 pagi, 28 Okt lepas.

Norhidayah didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Sumber HD - 4-12-2014













































Musa Hassan mohon maaf, saman RM100 juta selesai

BERNAMA | .

SHAH ALAM: Kes saman fitnah RM100 juta Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang Miow Sin terhadap Tan Sri Musa Hassan selesai selepas bekas Ketua Polis Negara itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.


Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Musa dalam satu sidang media program anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) pada 10 Dis 2012. Ia mendapat liputan media sehingga sebuah portal berita memuat naik video mengenainya.

Musa dalam permohonan maaf itu mengakui dirinya telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Phang dan menarik balik kenyataan berkenaan serta menyesali tindakannya sebelum ini.

"Saya membuat permohonan maaf ini adalah bagi menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Musa ketika ditemui di luar mahkamah di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusoff merekodkan penghakiman persetujuan itu dan memerintahkan Musa sebagai defendan membayar kos undang-undang sebanyak RM10,000 kepada plaintif (Phang) sebagai penyelesaian kes berkenaan.

Musa diwakili peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Datuk Rabinder Singh dan S. Selvarajah manakala Phang diwakili peguam S.N. Nair bersama K. Muralidharan dan Lee Wing Hong.

Pada 4 Jan 2013, Phang memfailkan saman RM100 juta terhadap Musa kerana didakwa mengeluarkan kata-kata seolah-olah plaintif tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan tidak beretika, pada sidang media itu.

Phang turut mendakwa Musa juga mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya seorang pembohong, korup, telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan mempunyai kecenderungan mengganggu perjalanan serta pentadbiran PDRM dan pihak berkuasa lain. - Bernama

Sumber HD - 1-12-2014













































Anak Sosilawati dibenar cabar JPN keluar sijil kematian

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh pada 2010, hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk satu semakan kehakiman yang mewajibkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian untuk arwah ibu mereka.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan di dalam kamar daripada peguam Mohd Iskandar Ismail yang mewakili anak-anak Allahyarham Sosilawati dam Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili JPN.

Mohd Iskandar memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 8 Dis sebagai tarikh pengurusan kes. Ia akan menetapkan satu lagi tarikh untuk mendengar merit kes bagi semakan kehakiman.

Anak-anak hartawan itu ialah -- Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17 -- memfailkan permohonan pada 24 Sept, menamakan JPN sebagai responden tunggal.

Mereka memohon antara lain, satu perintah membatalkan keputusan JPN (pada 25 Julai) untuk tidak mengeluarkan sijil kematian bagi Sosilawati, yang dibunuh di sebuah ladang di Banting, Selangor.
Dalam surat mereka kepada JPN, lima beradik itu menyatakan bahawa mereka memerlukan sijil kematian untuk membolehkan mereka mengagihkan harta arwah ibu mereka kepada waris-warisnya.

Erwan Suwari Rizuwan, dalam afidavit sokongannya mendakwa bahawa JPN dalam penjelasan lisannya berkata sijil kematian tidak dapat dikeluarkan untuk Sosilawati kerana tiada jasad yang ditemui dan seperti yang diperuntukkan di bawah Sekyen 18, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, jika tiada jasad yang ditemui, orang itu akan dianggap hilang.

Beliau menyatakan bahawa disebabkan itu JPN berkata Seksyen 108 Akta Keterangan boleh digunakan jika seseorang itu tidak dapat ditemui atau dihubungi selepas tujuh tahun atau dia akan dianggap mati dan satu pengisytiharan kematian boleh dibuat.

Bagaimanapun Erwan Suwari Rizuwan berkata terdapat beberapa keadaan istimewa dalam kes ibunya kerana mahkamah boleh mengisytiharkan dia meninggal dunia berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan dalam kes perbicaraan pembunuhan ibunya, walaupun jasadnya tidak ditemukan atau tempoh tujuh tahun sudah berlalu.

JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 kepada keluarga Sosilawati menyatakan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas pelupusan kes rayuan itu oleh keempat-empat yang dituduh dalam perbicaraan kes pembunuhannya oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari dari 5 Feb 2015 untuk mendengar rayuan itu.

Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang - T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan - selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, 44.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. - Bernama

Sumber HD - 25-11-2014

Kes Mejar Zaidi: Keputusan peguam mohon mahkamah dibubar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perkembangan terakhir agak mengejut dan mahkamah dijangka akan memberi keputusan Pihak Berkuasa Sidang tentang permohonan peguam Mejar Zaidi supaya mahkamah dibubarkan setelah dijumpai komen berkenaan kes ini dalam laman berita Malaysiakini.

Komen tersebut dikatakan dibuat oleh seorang anggota panel penghakiman dan berbunyi, "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je".

Bersih 2.0 sudah membuat kenyataan media menggesa siasatan menyeluruh dijalankan tentang kemungkinan prejudis dalam panel penghakiman (lihat http://www.bersih.org/bersih-2-0-gesa-siasat-dakwaan-hakim-memberi-komen-dalam-laman-berita/).

"Kami masih mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah menunjukkan kesetiaannya terhadap rakyat dan negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dibuat terhadap isu dakwat kekal," ujar Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Aduan itu tidak mendedahkan apa-apa perkara yang menjejaskan keselamatan negara.
Perlu ditekankan lagi, kata Bersih 2.0 bukan imej institusi tentera yang tercemar tetapi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun badan tersebut masih tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan dakwat kekal pada PRU13, sebaliknya Mejar Zaidi yang berprinsip atas kebenaran pula yang dihakimi.

Perbicaraan bersambung esok di Kompleks Mahkamah Tentera (TUDM) Pangkalan Udara KL, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 23/11/2014

Sumber HD - 23-11-2014













































Bekas vokalis Exist, Ezad didakwa miliki syabu

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Bekas vokalis utama kumpulan Exist, Ezad, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lepas.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama dekat sini pada 1.30 tengah hari 19 Nov lepas.

Ezad, yang popular dengan lagu 'Jesnita' didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.

Ezad, yang pernah berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Ezad tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Sumber HD - 21-11-2014













































Apa yang didedah berasas, jelas dan bersuluh - Suee Lim

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bertekad terus mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pelbagai isu, lapor Selangor Kini.

Beliau berkata, ia bagi memastikan rakyat tahu berkenaan kepincangan yang berlaku di kalangan ahli politik terutama daripada BN.

“Saya akan terus pantau dan dedahkan kepincangan Umno serta komited sebarkan salah laku atau salah guna kuasa yang timbul di kalangan mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menarik balik saman fitnah ke atasnya, Suee Lim menganggap ia kemenangan moral penting.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan apa yang didedahkan beliau adalah berasas, jelas serta bersuluh dan bukan sekadar fitnah.

“Rakyat berhak tahu bagaimana beliau dapat kewangan untuk membina banglo atas dua lot tanah.

“Susulan dari pendedahan saya pada 2009, selang setahun kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan untuk mensabitkan isu yang berkenaan dan menjatuhkan hukuman.

“Dari peringkat Mahkamah Rayuan, kes ini akan dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mohamad Khir menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap Suee Lim, hari ini.

Ia berhubung pendedahan Suee Lim terhadap skandal membabitkan bekas ketua eksekutif negeri itu dan rumah agam di Shah Alam.

Sumber HD -13-11-2014


























Khir Toyo tarik balik saman fitnah isu banglo

BERNAMA | .
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman fitnah RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan Ng Suee Lim berhubung pemilikan sebuah banglo mewah.

Saman itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azimah Omar setelah Mohamad Khir selaku plaintif, menarik balik saman itu.

"Tiada perintah melibatkan kos dalam kes ini," kata peguam mewakili Ng, M.Manoharan ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding di sini hari ini.

Dr Mohamad Khir, dalam samannya yang difailkan pada 7 Jan 2010, mendakwa Ng cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo.

Ng, dalam kenyataan pembelaannya, antara lain mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas menteri besar itu.

Pada 6 Julai 2009, Adun daripada DAP itu mendakwa Dr Mohamad Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan.

Dr Mohamad Khir yang diwakili peguam M.Athimulan menafikan dakwaan itu dan berkata banglo berkenaan berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun.

Mahkamah Rayuan pada Mei tahun lepas mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Dr Mohamad Khir atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.

Mahkamah turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan. - Bernama

Sumber HD - 13-11-2014

Kes Khalid saman Malaysian Insider dibicara 2 Jun

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Jun tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap portal berita The Malaysian Insider berhubung artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam New Sin Yew yang mewakili Abdul Khalid dan peguam Seira Sacha mewakili The Malaysian Insider.

New ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 2 hingga 4 Jun depan untuk perbicaraan dan 5 Mei untuk pengurusan kes.

Pada 11 Ogos lepas, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan Penyunting Laman Sesawang www.themalaysianinsider.com (The Malaysian Insider), Jahabar Sadiq Abdul Kader, Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa defendan pertama (Jahabar) telah menerbitkan kenyataan fitnah dan atau/palsu dalam suatu ulasan penyunting Bahasa Inggeris bertajuk "Going by Selangor Ruler's criteria, Khalid should quit as MB" dalam ruangan Komentar, The Malaysian Insider pada 24 Julai lepas.

Abdul Khalid mendakwa artikel sama turut dikeluarkan oleh defendan kedua (Amin) dalam versi Bahasa Melayu pada tarikh sama dengan tajuk "Berasaskan Kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB".

Plaintif mendakwa artikel yang diterbitkan dalam dua versi (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) itu menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beretika, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor (ketika itu), serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai menteri besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan Selangor.

Beliau juga berkata perkataan-perkataan dalam artikel itu diterbitkan dengan niat jahat.

Selain itu, Abdul Khalid yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak mendakwa, The Malaysian Insider juga telah menerbitkan suatu siri ulasan dari 9 Jun hingga 24 Julai lepas yang kononnya mendedahkan salah laku beliau.

Abdul Khalid menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. - Bernama

Sumber HD - 10-11-2014













































Pelajar keenam mengaku salah buli junior di asrama

BERNAMA | .
KANGAR: Seorang lagi pelajar lelaki sebuah asrama anak yatim di sini mengaku bersalah di Mahkamah Juvana di sini hari Jumaat atas tuduhan merusuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelajar asrama itu di Jejawi, dekat sini, Mei lepas.

Remaja berusia 15 tahun itu tidak hadir semalam semasa lima rakannya dituduh secara bersama dalam satu kumpulan untuk mencederakan seorang pelajar berumur 11 tahun di asrama tersebut.

Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan 24 Dis ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak tertuduh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dalam satu kumpulan yang menyalahi undang-undang mendatangkan kecederaan kepada mangsa dengan menggunakan kekerasaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di asrama Anak Yatim Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi, antara pukul 1 petang hingga 2 petang pada 31 Mei hingga 1 Jun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika bersabit kesalahan.

Mahkamah menawarkan ikat jamin sebanyak RM500 dan seorang penjamin namun tiada penjamin tampil untuk mengikat jamin beliau.

Remaja itu ditahan di lokap Balai Polis Kuala Perlis. Dia sebelum itu ditahan di rumah warisnya di Padang Besar kira-kira pukul 10 pagi ini setelah waran tangkap dikeluarkan kerana tidak hadir di mahkamah semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry menjalankan pendakwaan.

Semalam, mahkamah sama menetapkan 24 Dis ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap lima penghuni asrama tersebut berusia 13 hingga 16 tahun setelah mereka mengaku bersalah atas tuduhan memukul pelajar yang sama dalam kejadian itu.

Klip video perbuatan kumpulan pelajar itu tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Dalam klip video berdurasi enam minit 52 saat itu, tujuh pelajar kelihatan membuli seorang pelajar lain tanpa belas kasihan dengan memukul, terajang dan disepak di anggota badan termasuk muka menyebabkan mangsa mengerang kesakitan. - Bernama

Sumber HD - 8-11-2014

Lelaki Islam berpakaian wanita di NS bukan jenayah

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting, hari ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Beliau berkata keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.

Hakim Hishamudin berkata penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.

"Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langusng menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan," katanya.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan, yang menghukum lelaki Islam berpakaian atau berkelakuan seperti wanita di tempat awam, tidak memberi pengecualian kepada penghidap GID tetapi meminggirkan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.

Situasi adalah berbeza bagi lelaki Islam yang menghidap GID berbanding dengan lelaki Islam normal, katanya dan menurutnya berikutan perbezaan itu, mereka tidak wajar dilayani sama seperti lelaki Islam normal.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang tidak sah.

Mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.

Mereka mendakwa Seksyen 66 tidak terpakai terhadap mereka yang merupakan penghidap GID dan mereka telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan mereka menghidap masalah itu iaitu mereka mempunyai kecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana mereka berpendapat naluri dan identiti mereka sebenarnya adalah wanita.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 menafikan hak penghidap GID terhadap kebebasan bergerak kerana mereka tidak boleh keluar daripada rumah mereka dan bergerak bebas di Negeri Sembilan tanpa terdedah kepada risiko ditahan dan dihukum mengikut seksyen itu.

Beliau berkata seksyen itu juga menjejaskan hak penghidap GID terhadap kebebasan bersuara kerana mereka dilarang memakai pakaian dan jenis pakaian pilihan mereka.

Hakim Hishamudin berkata penghakiman Mahkamah Tinggi bahawa golongan transeksual yang memakai pakaian wanita terdorong untuk manjalin hubungan homoseksual, yang menjadi punca HIV, adalah tidak disokong dan dibuktikan dan hanya berdasarkan pandangan peribadi dan prejudis.

Beliau berkata alasan hakim Mahkamah Tinggi itu adalah amat tidak adil kepada perayu dan lelaki Islam lain yang menghidap GID, dan menurutnya kes itu tidak ada kaitan langsung dengan homoseksual dan kes itu semata-mata tentang lelaki Islam yang menghidap GID.

Katanya mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Iskandar Ali Dewa yang berkata ketiga-tiga perayu menghidap masalah mental.

"Ini tidak masuk akal dan satu penghinaan untuk mencadangkan bahawa perayu-perayu dan transgender yang lain adalah individu yang menghidap masalah mental," katanya.

Hakim Hishamudin berkata hujahan Aston Paiva, peguam yang mewakili ketiga-tiga perayu adalah tepat apabila menyatakan kewujudan Perlembagaan Persekutuan membolehkan golongan minoriti mendapat pembelaan dan tidak menjadi mangsa diktator golongan majoriti. - Bernama

Sumber HD - 7-11-2014













































Bersih 2.0 gesa tangguh perbicaraan Mejar Zaidi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa supaya perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad ditangguhkan sehingga penyiasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang hakim yang terlibat telah membuat komen di laman berita Malaysiakini tentang kes tersebut.

Komen tersebut membalas laporan yang disiarkan pada 20 Oktober, setelah mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 menyatakan pihak berkuasa bersidang harus memandang perkara itu secara serius.

"Jika siasatan mendapati bahawa memang benar komen tersebut dikeluarkan oleh seorang hakim yang bersidang, ia bermakna sudah ada penghakiman awal dalam perbicaraan ini," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Maka, tambah kenyataan itu langkah yang wajar diambil oleh pihak berkuasa bersidang (convening authority) adalah untuk membubarkan Mahkamah Tentera serta-merta demi keadilan.

Sekali lagi, Bersih 2.0 menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggugurkan segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi dan membebaskan beliau serta-merta.

"Jawatan Mejar Zaidi yang disandangnya sebelum ini juga harus dikembalikan semula kepadanya," ujar Bersih 2.0 lagi.

Tambah kenyataan itu, tindakan Mejar Zaidi membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang tidak berfungsi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13 adalah atas nama keadilan dan kebenaran, nilai-nilai yang seharusnya disanjungi dan bukannya dihukumi. - HARAKAHDAILY 5/11/2014 

Sumber HD - 5-11-2014

Bicara kes Awie cedera isteri bermula 13 Jan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan dua hari bermula 13 Jan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi rock kumpulan Wings, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, Jun lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan bahawa laporan forensik telah diserahkan kepada pihak pembelaan melalui peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie.

Pada 4 Julai lepas, Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun lepas.

Awie yang merupakan pelakon utama filem 'Zombi Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah' didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sumber HD - 4-11-2014













































Wanita cuba kahwin anggota kumpulan IS didakwa

BERNAMA | .

SEPANG: Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, KLIA2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Okt 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama. Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 Nov untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin. - Bernama

Sumber HD - 31-10-2014













































Perbicaraan kes Nizar didakwa fitnah Najib 12 Jan

BERNAMA | .


IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lima hari bermula 12 Jan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes fitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu selepas persetujuan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum menerima notis bantahan awal daripada pihak pembelaan yang diketuai peguam Datuk Yusof Mohd Zainal Abidin.

Bagaimanapun Yusof memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat salah faham berhubung perkara tersebut, dan pihaknya belum memutuskan sama ada akan memfailkan bantahan awal atau sebaliknya.

Sekiranya bantahan awal difailkan, masa yang mencukupi akan diberikan kepada pihak pendakwaan, katanya.

"Kami akan memaklumkan mahkamah dalam satu atau dua minggu sebelum perbicaraan bermula," katanya.

Selain itu peguam Hatim Musa memohon gambar berwarna dibekalkan kepada pihak pembelaan memandangkan pihaknya hanya mempunyai sedikit gambar berwarna selainnya adalah gambar hitam putih.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof, manakala pihak pendakwaan diwakili Masri, yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. - Bernama

Sumber HD - 28-10-2014


























Kes Nizar didakwa fitnah Najib disebut semula hari ini

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Sebutan semula kes AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didengar di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mahkamah pada 29 September lepas menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan prarundingan perbicaraan di luar mahkamah.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Adun Changkat Jering itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seseorang Adun boleh hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan di mahkamah dengan penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014













































Mejar Zaidi diperintah bela diri

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Biarpun lima daripada tujuh pertuduhan digugurkan, Mahkamah Tentera hari ini mengarahkan Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar Zaidi Ahmad membela diri bagi dua lagi pertuduhan pindaan.

Kedua-dua tuduhan pindaan tersebut adalah kerana melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961.

Tuduhan pertama, membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tanpa kelulusan Kementerian Pertahanan, manakala kedua menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media.

Menurut pertuduhan tersebut, isu pertikaian dakwat kekal itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.

Mejar Zaidi didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Zaidi diwakili barisan peguam Hanipa Maidin, Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014

Keputusan kes Mejar Zaidi dijangka petang ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tentera dijangka akan memutuskan sama ada wujud prima facie terhadap kes Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad jam 2 petang ini.

Menurut kenyataan Bersih 2.0 keputusan itu dibuat di Kompleks Mahkamah Tentera, Pangkalan TUDM Sungai Besi.

Mejar Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan media di dua tempat pada dua masa yang berlainan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan dakwat kekal yang digunakan dalam undian awal Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Beliau juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan. Menurut pertuduhan tersebut, isu itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.

Mejar Zaidi didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Peguambela dan pendakwaraya telah memberi hujahan penggulungan pada 20 Oktober lalu. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014




































































































































UPSR bocor: Murid dyslexia saman kerajaan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Okt melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Nov.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 Sept, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 Sept dan 9 Okt.

Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.

Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu. - Bernama

Sumber HD - 20-10-2014

Perbicaraan Mejar Zaidi bersambung hari ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Perbicaraan pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu bersambung hari ini.

Perbicaraan di Kompleks Mahkamah Tentera, Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur itu djangka bermula jam 9.00 pagi.

Mejar Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan media di dua tempat pada dua masa yang berlainan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan dakwat kekal yang digunakan dalam undian awal PRU13.

Beliau juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan.

Menurut pertuduhan tersebut, isu itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Saksi terakhir, seorang bekas wartawan, telah memberi keterangan pada 13 Oktober lalu.

Mahkamah telah menetapkan hujahan daripada pendakwa dan pembela pada hari ini dan esok.

Bersih 2.0 dalam satu kenyataaan semalam menjangkakan ada kemungkinan keputusan akan dicapai esok. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014




































































































































Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Fakhry

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman dikemukakan adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili defendan, memberitahu pemberita mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

"Mahkamah dan defendan-defendan mengesahkan tiada peguam bela baharu dalam rekod untuk mewakili Tengku Muhammad Fakhry. Mahkamah membatalkan saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan saman baharu," kata Azizan.

Beliau berkata peguam Nizam Bashir, yang sebelum ini mewakili Tengku Muhammad Fakhry, telah menarik diri. Mahkamah pada 17 Sept, membenarkan permohonan peguam itu untuk menarik diri daripada mewakili putera itu.

Pada 3 Mei tahun lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman itu terhadap Ketua Polis Negara pada ketika itu Tan Sri Musa Hassan, kerajaan dan 13 pegawai polis kerana mendakwa telah menangkapnya secara salah pada 4 Mei 2010 pukul 7.15 malam, ketika beliau berada dalam kereta di pintu pagar utama Istana Mahkota menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan.

Beliau mendakwa beberapa defendan telah mengacukan senjata, menjerit-jerit dan mengarahkannya supaya menyerah diri, sebelum kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Baharu dan setibanya di sana beliau telah ditahan dalam sebuah bilik lebih kurang sejam.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa defendan telah memintanya menyerahkan senjata api tetapi beliau memaklumkan bahawa beliau tidak membawa senjata itu yang ditinggalkan dalam biliknya di Istana Mahkota.

Katanya beliau diiringi beberapa anggota polis pulang ke Istana Mahkota untuk mengambil senjata api itu dan selepas itu balik semula ke IPK dan dibenarkan pulang ke Istana Mahkota pukul 12 malam.

Plaintif mendakwa beliau tidak diberikan makanan dan tidak dibenarkan berhubung dengan peguamnya sepanjang ditahan di IPK itu.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau telah ditangkap secara salah dan kehilangan kebebasan dan kesemua defendan perlu bertanggungjawab terhadap penangkapannya itu.

Plaintif memohon ganti rugi am, khas, teladan, teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Kesemua defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 12 Julai, 2013 menegaskan hanya dua defendan sahaja berada di tepi plaintif dan mereka tidak pernah pada bila-bila masa mengacukan senjata api kepada plaintif.

Defendan-defendan juga berkata tangkapan itu sah di sisi undang-undang. - Bernama

Sumber HD - 17-10-2014

Saman Adun BN: Calon PAS bawa ke Mahkamah Persekutuan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dua calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan kelayakan dua Adun BN Perak.

Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki yang masing-masing bertanding di Dun Manong dan Rungkup pada PRU13 lalu, telah mengemukakan saman pemula bagi membatalkan kemenangan Adun BN Mohamed Kamil Shafie dan Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mereka memberi alasan bahawa kedua-dua Adun BN itu bukan penduduk negeri itu apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

Menurut mereka, kedua-dua wakil rakyat BN itu tinggal di luar Perak, dengan itu melanggar Perkara 30 Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukkan bahawa seorang ADUN mestilah penduduk tetap Perak semasa dipilih.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bagaimanapun semalam menolak rayuan tersebut.

Hakim Mohamad Ariff berkata mahkamah berpendapat bahawa saluran sedia ada untuk mencabar pemilihan seseorang calon adalah dengan mengemukakan petisyen pilihan raya seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita hormati dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Tetapi kita akan terus perjuangkan hak kita mengikut saluran undang-undang yang masih ada.

"Sata telah berbincang dengan peguam, dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan," kata Misbahul Munir ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tahun lalu membenarkan permohonan kedua-dua Adun BN untuk membatalkan kedua-dua saman itu selepas memutuskan bahawa adalah tidak sesuai bagi calon PAS untuk mencabar keputusan pilihan raya umum dengan mengemukakan saman pemula.

Pada PRU13 lalu, Jamil yang meraih 7,174 undi kalah kepada Mohamed Kamil yang mendapat 7,405 undi.

Misbahul Munir yang mendapat 5,802 undi pula kalah Shahrul Zaman yang memperoleh 6,415 undi.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Chan Kok Keong manakala Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman diwakili Datuk Hafarizam Harun dan Choo Shi Jin. - HARAKAHDAILY 17/10/2014

Sumber HD - 17-10-2014


























Kes Mejar Zaidi bersambung hari ini

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad berhubung isu pendedahan dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu diteruskan di Mahkamah Tentera hari ini.

Pada perbicaraan 10 Jun lalu, lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru.

Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, lima pertuduhan yang diketepikan tersebut dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.

Bagaimanapun kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta sama.

Zaidi dihadap ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

Beliau diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014

Suri rumah ditembak polis dapat pampasan RM318,326

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang ditembak polis di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) pada 2009 mendapat pampasan berjumlah RM318,326 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan samannya terhadap pihak polis dan kerajaan hari ini.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng turut memerintahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Norizan Salleh, 34.

Norizan, yang merupakan ibu kepada dua anak, diberi pampasan sebanyak RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM50,000 bagi serangan dan kecederaan; RM18,326 sebagai ganti rugi khas dan RM200,000 sebagai ganti rugi teladan.

Hue berkata jumlah ganti rugi teladan itu diberi bagi memastikan badan awam berkenaan tidak lagi mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Pada 15 Okt 2012, Norizan menamakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sentul Koperal Mohd Firdaus Rosli, Ketua Polis Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Dalam satu penghakiman ringkas, Hue berkata berdasarkan gambar yang dikemuka ketika perbicaraan kes itu, terdapat 16 kelongsong peluru dan lubang bekas tembakan dijumpai pada badan kereta yang dinaiki Norizan selain bukti kukuh yang menunjukkan tembakan telah dilepaskan berulang kali secara berterusan.

Beliau berkata tembakan itu juga bukanlah atas dasar mempertahankan diri atau bertindak sewajarnya, atau mengikut prosedur yang betul.

"Malah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) tidak membenarkan perkara ini," katanya sambil menambah IGSO terbabit hanya boleh digunakan jika anggota polis berdepan bahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, Hue berkata beliau mendapati defendan gagal membuktikan pembelaan kekerasan yang munasabah.

Hakim itu juga berkata beliau mendapati tidak ada kertas siasatan dibuka berdasarkan aduan plaintif dan tidak ada pertuduhan dibuat.

Norizan, dalam penyataan tuntutannya, berkata kereta peronda polis yang dinaiki Mohd Firdaus mengejar kereta yang beliau naiki bersama rakannya di MRR2 serta melepaskan tembakan berulang kali ke arah mereka.

Katanya, anggota polis terbabit juga telah menendang dan menyebabkan beliau jatuh semasa cuba keluar daripada kereta.

Akibatnya, Norizan berkata beliau terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selama 13 hari kerana cedera di pergelangan tangan kanan dan selain luka tembakan di bahagian dada.

Berikutan insiden itu, beliau mengalami kesukaran untuk melakukan kerja berat dalam tempoh yang lama, dan telah kehilangan kerja.

Norizan diwakili peguam N.Surendran manakala Peguam Kanan Persekutuan Wan Suhaila Mohd mewakili defendan. - Bernama

Sumber HD - 4-9-2014













































Anwar saman RM100 juta, Anifah beri keterangan 30 Okt

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memberi keterangan pada 30 Okt dalam perbicaraan kes saman RM100 juta yang dikemukakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu melompat parti.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini sebagai sebutan untuk pengurusan kes selepas menemui peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Anwar dan Jeffrey John yang mewakili Anifah.

John memberitahu pemberita bahawa defendan (Anifah) akan memanggil tiga orang saksi iaitu Datuk Raime Unggi yang juga anggota Parlimen Tenom, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee dan Duta Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas anggota Parlimen Bayan Baru.

Beliau berkata kesemua mereka telah mengemukakan pernyataan saksi kepada mahkamah.

John juga berkata lima lagi saksi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman itu dan mereka termasuk anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee. Razlan Hadri memberitahu bahawa mahkamah menetapkan empat hari bermula 25 Nov untuk menyambung perbicaraan.

Pada 27 Ogos, plaintif telah menggulung kesnya selepas memanggil Anwar, yang merupakan satu-satunya saksi, untuk memberi keterangan.

Pada 27 Mei 2009, Anwar mengemukakan saman fitnah bagi RM100 juta terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia kerana mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, yang juga dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.
Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah. - Bernama

Sumber HD - 29-8-2014

Anwar tarik balik saman terhadap Syed Hamid

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Saman fitnah RM100 juta yang difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung satu artikel akhbar, selesai selepas Anwar menarik balik saman itu.

Anwar bersetuju untuk tidak meneruskan saman itu selepas Syed Hamid membacakan pernyataan maaf bertulis kepada plaintif di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Saman itu dijadual untuk didengar selama dua hari mulai hari ini.

Anwar memberitahu pemberita Syed Hamid membacakan pernyataan ringkas itu dalam prosiding di dalam kamar Nik Hasmat yang menyatakan beliau tidak berniat untuk menjejaskan reputasi Anwar menerusi kenyataan akhbar seperti dilaporkan akhbar harian The Star pada 2 Julai, 2008.

Ketua pembangkang itu berkata memandangkan bekas menteri itu menegaskan bahawa apa jua yang dilaporkan akhbar berkenaan berkaitan kenyataannya, bukanlah maksud yang ingin dinyatakannya, beliau (Anwar) bersetuju menerima permohonan maaf itu.

Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008 dan menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, Anwar mendakwa Syed Hamid mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan disiarkan akhbar The Star pada hari berikutnya.

Anwar berkata artikel yang disiarkan akhbar itu berdasarkan kenyataan Syed Hamid menggambarkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.

Selain ganti rugi RM100 juta, Anwar turut menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, Anwar diwakili peguam S. N. Nair, manakala peguam kanan persekutuan Mohamad Abazafree Mohd Abas mewakili Syed Hamid. - Bernama

Sumber HD - 28-8-2014













































Rayer mengaku tidak bersalah dituduh menghasut

HARAKAHDAILY | .
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini Mei lepas.


Rayer, 43, yang juga seorang peguam, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut pada ceramahnya itu.

Di Mahkamah Sesyen 2, Rayer didakwa menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam Dun Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei lepas.

Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memohon jaminan RM20,000 atas alasan kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi dan kejadian berlaku di dalam Dun.

Rayer yang diwakili tiga orang peguam, diketuai Gobind Singh Deo, memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM2,000 atas alasan dia memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan.

"Beliau seorang peguam, berumah tangga di Pulau Pinang dan merupakan Adun di kawasan Seri Delima. Tidak ada kemungkinan untuk beliau melarikan diri," kata Gobind Singh.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 1, Rayer didakwa menyebut kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei lepas.

Untuk kesalahan itu dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Razali.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes. - Bernama

Sumber HD - 27-8-2014

Mejar Zaidi: Saksi setuju p'raya tiada kaitan ketenteraan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Yang dipertua lembaga siasatan dalam kes Mejar Zaidi, Leftenan Kolonel Mohammad Rosli Yaakob hari ini bersetuju bahawa isu pilihan raya tiada kaitan dengan ketenteraan.

Beliau yang juga saksi utama bersetuju bahawa tindakan memberi kenyataan media oleh Mejar Zaidi tidak melanggar undang-undang tentera yang dirujuk dalam kes tersebut.

Beliau setuju bahawa hal berkaitan pilihan raya bukan hal-hal yang berkaitan ketenteraan seperti dirujuk dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security – Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces - yang terkandung dalam pertuduhan terhadap Zaidi.

Pengakuan itu dibuat beliau ketika disoal peguam mewakili Zaidi, Hanipa Maidin.

Hanipa dalam hujahnya berkata kesalahan yang dibincang dalam Bilangan 13 berkait rapat dengan Bilangan 12 dan tak boleh lari.

"Saya mengatakan bahawa kalau betul-betul baca masa siasatan, Kolonel akan dapati seorang tentera seperti Mejar Zaidi melakukan kesalahan apabila menerbitkan artikel dia sendiri yang berkaitan subjek ketenteraan.

"Itu yang timbulnya kesalahan. Setuju tak dengan saya?" tanya peguam Hanipa Maidin kepada Rosli.

"Setuju," jawab Rosli ringkas.

Beliau bagaimanapun berkata dalam kes ini perlu ada kebenaran dari pihak atasan untuk membuat sidang akhbar.

Dalam pada itu, Isteri Mejar Zaidi Shafinah Abdul Hamid tidak lagi dibenar mendengar perbicaraan suaminya.

Beliau diarah keluar dari bilik mahkamah atas alasan berpotensi untuk menjadi saksi pendakwa mahupun pembela sekiranya perjalanan perbicaraan menuntut beliau berbuat demikian.

- HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014













































Mais: Khalid Samad mengaku tidak bersalah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mengaku tidak bersalah hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jun lepas.

Khalid, 57, membuat pengakuan tidak bersalah itu di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Dia didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut itu di kawasan lobi Parlimen pada 11.30 pagi, 17 Jun lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama dengan polis semasa siasatan kes itu.

Azwarnida membenarkan Khalid diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Sept untuk sebutan.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Cawangan Shah Alam, membayar wang jaminan itu. - Bernama

Sumber HD - 26-8-2014

Saman PAS: Mahkamah tolak rayuan MPK

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman malu RM5 juta yang dikemukakannya terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung isu Zoo Bukit Takal di Terengganu.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan MPK itu dan memerintahnya membayar kos guaman RM10,000 kepada PAS.

Dalam keputusannya, Zaharah berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul apabila menolak tuntutan sivil MPK.

Zaharah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Mah Weng Kwai, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Feb lepas, yang menolak saman MPK itu.

Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada parti itu, yang didakwanya mengedar risalah mengandungi perkataan tidak benar dan fitnah berkaitan isu Zoo Bukit Takal.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikemukakan terhadap parti itu kerana gagal hadir di mahkamah walaupun diperintah berbuat demikian.

Dalam saman itu, MPK mendakwa ia tidak pernah dihubungi PAS bagi mendapatkan komen tentang isu Zoo Bukit Takal Zoo sebelum parti itu menerbitkan dan mengedar risalah mengenainya.

MPK diwakili peguam Azwan Abdul Wahab manakala PAS oleh peguam Noorazmir Zakaria, yang juga pengarah Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia sayap Pemuda parti itu. - Bernama

Sumber HD - 25-8-2014


























MH370: Pegawai bank, suami diarah lantik peguam

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai bank dan suaminya untuk melantik peguam berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, antara Mei dan Julai lepas.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, untuk mereka melantik peguam.

Norsharidah kemudian menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes itu selepas ia disebut di hadapannya hari ini.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menyerahkan sebarang dokumen kepada tertuduh atau mana-mana peguam yang akan mewakili mereka.

Pada 20 Ogos lepas, Nur Shila dan Basheer Ahmad Maula, masing-masing berdepan 12 dan empat pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 setiap seorang.

Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke akaun Ali Faran Khan.

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Shila turut berdepan tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama Tian dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun, wargan China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.

Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan 'Security Device' bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.

Bagi keempat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Shila juga menghadapi dua pertuduhan menipu penyelia bank, Nor Aini Derus@Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baharu kad debit bagi akaun simpanan Tian dan Lai telah dibuat oleh pemohon sendiri.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nur Shila juga didakwa terhadap dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun Ju Kun dan Tan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.

Basheer Ahmad Maula pula berdepan empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997.

Tertuduh juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei lepas dan 11.28 malam 29 Jun lepas. - Bernama

Sumber HD - 25-8-2014

Fitnah Najib: Kes Nizar dibicara 26 September

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .




IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dua tahun lalu.

Beliau yang didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pagi ini mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mohammad Nizar, 57, yang juga Changkat Jering didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, satu seksyen yang jarang dikenakan kerana dituduh melakukan fitnah jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun salah seorang peguam Nizar, Asmuni Awi membuat rayuan memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang, Nizar akan memberi kerjasama penuh kepada pihak pendakwaan.

Beliau juga memohon agar jika rayuannya ditolak, mahkamah mengurangkan jaminan pada kadar 10 peratus dari jumlah yang ditetapkan.

Hakim bagaimanapun menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut juga akan didengar semula pada 26 September akan datang.

Mohammad Nizar diwakili 12 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching .

Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Sementara itu, di luar mahkamah, para penyokong serta pimpinan Pakatan Rakyat turut memberi sumbangan bagi membiayai jaminan yang telah ditetapkan oleh mahkamah kepada Nizar.

Orang ramai yang hadir telah bersama-sama menyumbang tanda kebersamaan dan solidariti mereka terhadap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Datuk A Samad Said yang diadakan di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Mengikut fakta dalam pertuduhan, Nizar dalam ucapannya berkata, beliau dikhabarkan Najib memanggil semua pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengatakan buatlah sesuatu jika BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13).

- HARAKAHDAILY 25/8/2014

Sumber HD - 25-8-2014












































Pegawai polis hampir hilang tangan

BERNAMA | .
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu seorang pegawai Cawangan Khas Bukit Aman hampir hilang sebelah tangannya dalam serangan terhadap pasukan keselamatan di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna tahun lepas.

ASP Mohamad Hasnal Jamil berkata tangan kanannya terkulai dan hampir terputus.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata pada kira-kira 7.30 malam 2 Mac tahun lepas, ketika melancarkan serbuan bersama 56 pegawai dan anggota polis bagi menahan seorang individu dikenali sebagai 'Imam Tua', mereka tiba-tiba diserang dengan senjata api dan setelah terkena tembakan di bahagian kiri perut, beliau meniarap di hadapan sebuah rumah.

Kata Mohamad Hasnal ketika itu dia bersama pegawai atasannya Supt Ibrahim Lebar (Allahyarham), yang turut terkena tembakan dan seorang lagi pegawai, yang juga meniarap.

"Ketika masih meniarap, saya rasa kepala saya dihentak sebanyak tiga kali dengan objek tajam.

"Saya mendongak ke atas dan melihat seorang lelaki cuba pukul saya. Saya bangun untuk melawan serangan lelaki itu menggunakan kedua-dua tangan saya," katanya.

Mohamad Hasnal memberitahu mahkamah bahawa apabila melihat Ibrahim bangun dan melarikan diri dari tempat mereka meniarap, beliau melakukan perkara sama untuk melarikan diri daripada penyerangnya.

Bagaimanapun, kata pegawai polis itu, beliau mendapati penyerang tadi mengejarnya sambil tangannya memegang satu objek tajam.

"Semasa berlari, saya tersepak kayu dan terjatuh, menyebabkan penyerang saya cuba menyerang saya sekali lagi," katanya.

Mohamad Hasnal berkata ketika lelaki itu cuba menyerangnya untuk kali kedua, beliau terdengar bunyi peluru melintasi telinga kanannya dan kemudian terkena penyerang berkenaan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed sama ada beliau tahu siapa yang melepaskan tembakan itu, beliau berkata orang berkenaan ialah Sarjan Mustafa Kamal Ngah daripada Cawangan Khas Sabah.

Abdul Wahab: Apa pula terjadi selepas itu?

Mohamad Hasnal: Saya ditarik oleh Mustafa masuk ke dalam sebuah rumah untuk mendapatkan perlindungan. Saya melihat Allahyarham Ibrahim terbaring di beranda rumah tempat kami berlindung.

Mohamad Hasnal berkata keesokan harinya kira-kira 2.30 petang, beliau terdengar bunyi pintu dihentak dan orang menjerit.

Kata Mohamad Hasnal pegawai Cawangan Khas Semporna Insp Khairulnizam Husin memberitahunya bahawa satu operasi menyelamat sedang dilakukan komando VAT69 untuk menyelamatkan anggota polis yang terperangkap di kampung itu.

"Pada masa itu, Khairulnizam arahkan kami supaya menanggalkan baju bagi membezakan pasukan polis dengan penceroboh," katanya.

Mohamad Hasnal berkata beliau dibawa dengan ambulans ke Hospital Semporna dan dirawat selama dua jam sebelum diterbangkan ke Hospital Tawau dengan helikopter polis.

Katanya selepas tinggal di wad selama tiga hari di Hospital Tawau, beliau diterbangkan dengan pesawat Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan di Hospital Selayang selama dua minggu.

Pegawai polis ini berkata selain cedera di tangan kanan, beliau juga cedera di bahagian perut akibat ditembak, luka di tangan kiri, di belakang kepala dan kulit kepalanya terkoyak.

Kata Mohamd Hasnal, beliau dirujuk kepada seorang ahli psikologi kerana disyaki mengalami gangguan stres traumatik.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga rakyat tempatan, dibicarakan dalam kes ini, dengan sesetengah mereka menghadapi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai sebuah kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, mencari anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi orang yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. - Bernama

Sumber HD - 21-8-2014

Anwar saman: Mahkamah tolak rayuan Khairy

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim berkata hujahan dikemukakan oleh peguam mewakili Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal meyakinkan mahkamah.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul apabila tidak membenarkan pindaan dilakukan.

Hakim Abdul Aziz yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan Khairy membayar RM5,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur esok.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Ketua pembangkang itu turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Khairy, dalam kenyataan pembelaannya pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung pada kewajaran pembelaan dan perlindungan bersyarat.

Pada 9 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman itu.

Beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Anwar diwakili peguam J. Leela. - Bernama


Sumber HD - 20-8-2014


























Artikel menghasut: Surendran mengaku tidak bersalah

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran, 48, didakwa menerbitkan artikel bertajuk "Press Release: Court of Appeal's Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable" di pejabat Malaysiakini.com di No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, di sini pada jam 3.40 petang, 18 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun ata kedua-duanya jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kemudian boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Pada 7 Mac lepas, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga Hakim yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan itu.

Surendran, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain berkata: "Tuduhan ini tidak berasas dan berunsur politik".

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu melibatkan kepentingan awam dan tertuduh juga merupakan seorang anggota Parlimen.

Peguam M. Puravelan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah jaminan yang munasabah iaitu RM3,000.

Mahkamah membenarkan Surendran dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk pengurusan kes.

Surendran, membayar jaminan itu.

Semalam, Surendran hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk melaporkan diri selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berhubung penerbitan artikel itu. - Bernama

Sumber HD - 19-8-2014


























Penganggur didakwa hina Sultan T'ganu dibicara 2 Sept

BERNAMA | .
KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 2 Sept bagi perbicaraan kes seorang penganggur dituduh menghantar komen jelik terhadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook, Mei tahun lepas.

Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas tertuduh Mohd Zamrudhisyam Mohamad, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Tertuduh didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Terengganu menerusi Facebook di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Jalan Taha 1, Cukai di sini kira-kira 2.30 petang, 20 Mei tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahmad Zakhi Mohd Daud. - Bernama

Sumber HD - 12-8-2014

Orang ramai dinasihat tidak komen kes Awie

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen berhubung kes penyanyi rock kumpulan Wings, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, dua bulan lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengeluarkan nasihat itu selepas peguam Hazman Harun, yang mewakili Awie memohon supaya mahkamah melarang semua pihak agar tidak memberi sebarang komen atau kenyataan.

Bagaimanapun, Ayuni berkata pihak media bebas melaporkan perjalanan kes itu.

Terdahulu, Hazman berkata sejak anak guamnya dituduh di mahkamah pada 4 Julai lepas, terdapat komen dan perbincangan mengenai kes Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, yang didakwa dikeluarkan dalam media massa dan elektronik.

Komen-komen itu termasuk merit dan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Awie, kata peguam itu.

Ada pihak turut menyiarkan gambar isterinya yang boleh memprejudis tertuduh, kata Hazman.

Hazman berkata komen-komen itu dianggap boleh mengganggu perbicaraan dan tertuduh perlu diberi hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

"Walaupun anak guam saya seorang selebriti dan masyarakat menganggap mereka mempunyai hak untuk membincangkan hal peribadinya, namun dia juga harus diberi hak yang sama untuk mendapat perbicaraan yang adil.

"Pertuduhan yang dihadapi perlu dibuktikan oleh mahkamah dan bukan melalui blog atau dada-dada akhbar," tegasnya sambil memaklumkan salinan gambar dan dokumen mengenai kes itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak membantah permohonan Hazman.

Mahkamah menetapkan 23 Sept depan untuk pengurusan kes.

Pada 4 Julai, Awie, pelakon utama filem 'Zombi Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah', mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun lepas.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sejati' itu, dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sumber HD - 11-8-2014


























Kes Mejar Zaidi: Mahkamah tolak salinan video

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah tentera hari ini menolak satu salinan rakaman video yang dikemuka pihak pendakwa sebagai bukti utama dalam kes Mejar Zaidi Ahmad selepas dibantah peguambela.

Peguam Zaidi, Hanipa Maidin ketika berhujah berkata salinan tersebut bukan rakaman asal dan hanya salinan.

Ia sekaligus tidak dapat dipadankan dengan rakaman asal yang telah dimusnahkan oleh saksi pendakwa sendiri.

"Mahkamah memutuskan bahawa mahkamah menerima bantahan pihak pembela dan menolak bukti yang dikemukakan," kata Kolonel Saadon Hasnan yang bertindak sebagai yang dipertua mahkamah yang bersidang mendengar kes tersebut.

Sementara itu, pihak pendakwa cuba mengemukakan lima keratan akhbar yang menunjukkan Mejar Zaidi kononnya mengadakan sidang media.

Ianya juga turut dibantah oleh peguambela dan mahkamah menolak tiga daripadanya dan menerima dua lagi.

Mejar Zaidi Ahmad, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dituduh memberi keterangan kepada media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya umum yang lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972.

Jika sabit kesalahan, Zaidi berdepan hukuman maksimum dua tahun penjara atau mana-mana hukuman lebih ringan termasuk dibuang kerja.

- HARAKAHDAILY 11/8/2014


Sumber HD - 11-8-2014

Bunuh remaja: 'Rambo Bentong' dihukum mati

BERNAMA | .

TEMERLOH: 'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun, lima tahun lepas.


Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu setelah pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Rabidin, 43, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara 11.30 malam 7 Mac 2009 dan 1.50 petang 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Abdul Karim membebaskan Rabidin daripada tuduhan merogol Kok kerana mahkamah tidak dapat menentukan sama ada jenayah itu dilakukan tertuduh ketika mangsa masih hidup atau telah mati.

Tertuduh didakwa merogol mangsa di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 376(4) kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Dalam penghakimannya, Abdul Karim berkata tertuduh yang memberikan keterangan bersumpah dan merupakan satu-satunya saksi pembelaan dalam kes itu hanya memberikan keterangan bersifat penafian.

"Tertuduh juga hanya memberikan keterangan ringkas sepanjang perbicaraan berlangsung di mana sesi soal balas hanya dijawab dengan jawapan 'tidak ingat' dan mengambil masa yang lama untuk memberi keterangan.

"Daripada cerita pembelaan tertuduh, ia hanyalah keterangan bersifat penafian atau 'after thought', dia menafikan mengenali mangsa dan menafikan pernah pergi ke rumah mangsa, jadi penafian ini tidak menimbulkan keraguan kepada kes pihak pembelaan," katanya.

Beliau berkata kesan darah yang ditemui pada pakaian mangsa adalah sepadan dengan darah milik tertuduh selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kemaluan mangsa juga sepadan dengan profil DNA milik Rabidin.

Rabidin yang berkerusi roda dan diwakili peguam Richard Bong Chong Fook hanya mendiamkan diri ketika jurubahasa Kadazan Dusun menterjemahkan keputusan itu kepadanya.

Pada 5 Feb 2013, Rabidin dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan seks luar tabii yang dilakukan antara 2009 hingga 2011.

Bagaimanapun, pada 29 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan tertuduh dan mengurangkan hukuman kepada 40 tahun dan 24 sebatan.

Pada 21 Mac tahun lepas, dia turut dikenakan hukuman 18 tahun penjara setelah mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan parang di sebuah rumah di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada 2012.

Hukuman dia bagaimanapun dikurangkan kepada 10 tahun selepas rayuannya diterima mahkamah.

Rabidin dikenali sebagai Rambo Bentong kerana dia tinggal di hutan bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut menyerang mangsa. - Bernama

Sumber HD - 6-8-2014


























WWW1: Permohonan Utusan, TV3 merayu didengar serentak

BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Permohonan kebenaran merayu oleh Utusan Melayu (M) Bhd dan TV3 terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung saman sivil difailkan terhadap mereka oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan dengar serentak oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Tan Sri Suriyadi Halim hari ini membenarkan permohonan Utusan Melayu, untuk sama ada kedua-dua dua permohonan kebenaran merayu itu digabungkan atau didengar bersama-sama.

Terdahulu, Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan Melayu, memberitahu panel itu bahawa ini bagi memastikan keseragaman keputusan dalam kedua-dua saman itu kerana ia melibatkan tuduhan serupa dan plaintif sama.

Beliau berkata peguam mewakili TV3 juga memaklumkan kepadanya bahawa syarikat televisyen itu tidak membantah permohonan Utusan Melayu.

Peguam mewakili Mohammad Nizar, Mohammad Zamri Ibrahim berkata beliau tidak membantah permohonan bagi kedua-dua permohonan itu didengar bersama tetapi beliau tidak bersetuju ia digabungkan.

Pada 6 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenar saman fitnah Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu dan memberikannya RM250,000 sebagai ganti rugi.

Pada 25 Feb tahun ini, satu lagi kuorum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Perak itu untuk mengetepikan keputusan sebuah lagi Mahkamah Tinggi, yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah.

Kuoram Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan terdapat niat jahat dalam laporan stesen televisyen itu yang tidak membuktikan bahawa laporannya itu adalah betul atau separa betul.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi.

Mohammad Nizar memfailkan saman sivil terhadap Utusan Melayu dan TV3 mendakwa kedua-dua pihak telah memfitnahnya berhubung catatannya dalam Twitter berhubung nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor pada Mei 2012. - Bernama

Sumber HD - 6-8-2014

Kiki didenda RM5,000, khidmat masyarakat 240 jam

HARAKAHDAILY | .

KUANTAN: Wanita yang merosakkan kereta seorang lelaki warga emas yang melanggar keretanya minggu lepas, didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Kiki didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan cara mengetuk bonet hadapan, bonet atas dan cermin hadapan kereta warga emas itu hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM500.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.

Hakim Zainal Abidin dalam penghakimannya berkata hukuman yang dijatuhkan terhadap Kiki adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Beliau juga menasihatkan Kiki agar menginsafi perbuatan yang dilakukan dan berharap Kiki menjadi seorang wanita yang lebih bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.

Terdahulu Kiki yang merupakan Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin dalam nada sebak merayu agar pihak mahkamah dapat meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia sudah insaf dan menyesali perbuatan yang dilakukan terhadap warga emas itu.

"Saya juga telah memohon maaf kepada 'Uncle' (mangsa) dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan pada masa depan," katanya dengan linangan air mata.

Kiki yang hadir di mahkamah bersama-sama ibu dan bapanya kemudian membayar denda itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari manakala Kiki diwakili peguam Rosli Yusoff. - Bernama

Sumber HD - 22-7-2014


























WWW1: Mahkamah tolak permohonan TV3

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak notis usul permohonan semakan semula oleh TV3 berhubung pembidaan plat WWW1 yang membabitkan Sultan Johor.


TV3 memohon untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu yang telah membenarkan rayuan Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Peguam yang mewakili TV3, TH Liew memberikan alasan bahawasanya seorang daripada tiga orang hakim yang mendengar rayuan iaitu Mohamad Ariff Md Yusof pernah menjadi ahli PAS yang aktif.

TH Liew juga mendakwa hakim itu pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan juga pernah menjadi penasihat undang-undang PAS.

Mohamad Ariff juga dikatakan pernah mewakili PAS dalam beberapa kes petisyen pilihanraya dan pihak TV3 merasakan bahawa hakim itu menarik diri daripada mendengar rayuan Nizar yang sudah diketahui umum adalah seorang ahli dan pimpinan PAS.

TV3 beranggapan Mohamad Ariff perlu menarik diri seperti mana yang pernah dilakukannya semasa beliau mendengar kes semakan kehakiman Nizar terhadap Dato' Dr Zamrbry Kadir pada tahun 2009 berhubung isu krisis politik Perak ketika itu.

Dalam pada itu, peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim ketika memberikan hujahannya semalam menyatakan mahkamah tidak sepatutnya mendengar kes ini dan perlu menolak permohonan TV3 itu kerana keputusan yang dikeluarkan pada 25 Februari lalu bukanlah keputusan daripada mahkamah tertinggi.

Dalam erti kata yang lain tv3 masih mempunyai peluang untuk membangkitkan itu tersebut di dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan tanpa perlu membuat permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.

Ketua barisan hakim yang mendengar rayuan tersebut, Tan Sri Md Raus Sharif bagaimanapun menolak permohonan TV3 dan bersetuju dengan hujahan pihak Nizar bahawa penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Februari bukanlah penghakiman daripada mahkamah tertinggi.

Hakim juga bersetuju dengan hujah peguam Nizar bahawa TV3 sepatutnya membangkitkan isu tersebut di dalam rayuan mereka di dalam Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah memerintahkan agar TV3 membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Nizar.

Adun Changkat Jering itu menyaman TV3 berikutan stesen TV itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000 oleh Sultan Johor.

Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 telah menolak saman yang difailkan itu, walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan terhadap kes tersebut. - HARAKAHDAILY 18/7/2014

Sumber HD -18-7-2014

Kassim: Jabatan Peguam Negara kemuka bantahan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Bantahan itu dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Zaleha Yusof dengan dihadiri peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim.

Suzana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan bantahan awal itu dengan alasan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Kassim berikutan terdapat kes jenayah syariah membabitkannya yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

"Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menunjukkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa apabila perkara itu adalah dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah," katanya.

Suzana berkata mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk keputusan berhubung bantahan awal itu.

Dalam kes ini, Suzana mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Rosli berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula dakwaan salah laku oleh pihak berkuasa.

"Semua pihak berkuasa adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah sivil tidak boleh mengelak mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman hanya kerana ia adalah berkaitan Islam," katanya.

Kassim, 81, memfailkan permohonan terhadap kesemua responden pada 26 Jun lepas antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Beliau memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.

Kassim juga memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.

Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan kepadanya.

Kassim juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah ultra vires dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah.

Beliau memohon suatu deklarasi bahawa kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja. - Bernama

Sumber HD - 9-7-2014

No comments:

Post a Comment