BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT



Muslimat PAS gesa menteri perjelas 'terlalu Islamik'

HARAKAHDAILY | .

                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42126-muslimat-pas-gesa-menteri-perjelas-terlalu-islamik                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Lajnah Pendidikan (LajPen) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa amat kesal sekiranya benar laporan yang menyatakan Menteri Pendidikan berhasrat untuk memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik rentetan daripada beberapa permintaan yang datang daripada golongan bukan Islam.

Berikut saranan dan komentar LajPen DMPM:

1. Islam sebagai agama rasmi negara termaktub di dalam perlembagaan. Jangan kerana memenuhi permintaan segelintir pihak, pihak kementerian mengambil sikap tolak ansur yang keterlaluan seterusnya menjadikan Islam ditolak beransur-ansur secara halus.

2. LajPen DMPM mendesak agar Menteri Pendidikan tersebut agar memberi penjelasan apakah maksud sebenar ungkapan 'terlalu Islamik'  seperti yang dinyatakan.

Sekiranya istilah itu tidak dapat dijelaskan dengan baik, maka ia benar-benar menunjukkan menteri tersebut hanya ingin menjaga hati bukan Islam, bukan bertindak menjaga agama yg dianutinya dan seluruh umat Islam khusus di negara ini.

Atau apakah Menteri Pendidikan sekadar ingin menjaga hati orang bukan Islam supaya undi mereka tidak lari daripada Barisan Nasional?

3. Dalam keadaan pelbagai pihak mempertikaikan hasil daripada Sistem Pendidikan Negara, malah menggesa agar sistem ini diperhalusi dan diperbaiki kembali dengan menjadikannya bersepadu, secara tiba-tiba, Menteri Pendidikan mengundur jauh ke belakang dengan menolak elemen kekuatan ajaran Islam sebagai cara hidup dan solusi kepada kebejatan sosial.

LajPen DMPM mendesak Menteri Pendidikan menjelaskan kembali isu ini dengan segera. Rakyat mahu memahami apa yang ada dalam kotak fikiran dan hati Menteri Pendidikan yang bertegas ingin memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik. Apatah lagi ianya berkait dengan isu doa semasa perhimpunan. Apakah doa dilihat terlalu islamik oleh menteri tersebut? Astaghfirullah li wa lakum.

PUAN NURUL FAIZA MUSA
Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 10/8/2016                                                                                                                                                                                Sumber HD - 10-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                               



Konsert Selena Gomez: Merdekakah kita?

FAUZIAH BIDIN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41879-konsert-selena-gomez-merdekakah-kita                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    HARI ini kita digemparkan dengan pengumuman konsert artis Barat berimej seksi dan liar, Selena Gomez.

Sedang seluruh umat Islam merayakan bulan kemenangan Syawal yang mulia, kita diusik lagi ada pihak yang mahu mencemar kemeriahan Syawal.

Sejak 1957, negara merdeka, dan kita semua tidak mahu sebarang bentuk idealogi atau minda penjajah masuk ke negara ini sama ada melalui hiburan mahupun budaya.

Bagaimana tamaddun bangsa kita?

Sebagai sebuah negara yang bebas merdeka sewajarnya mempunyai kehidupan yang maju dari segi ilmu, ekonomi, budaya serta kerohanian yang berteraskan nilai kepercayaan agama yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi negara kita mengangkat agama rasmi adalah Islam.

Medeka juga seharusnya mempunyai identiti yang melambangkan pencapaian pengetahuan manusia tentang seni, moral, undang-undang dari kebangkitan dan kemasukan budaya asing yang boleh meruntuhkan akhlak dan kejatuhan tamudun itu sendiri.

Kebanjiran teknologi yang kian maju meluaskan kemasukan budaya khususnya seni hiburan. Minat masyarakat terhadap seni memudahkan kemasukan seni hiburan dari dunia luar menapak dan melingkari pemikiran hingga mencetus fenomena dan ledakan.

Kemasukan budaya anasir Barat tanpa kawalan dari kerajaan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

 Agenda untuk menjatuhkn maruah anak bangsa tercapai.

Cenderung kepada maksiat, pergaulan bebas, alkohol, dadah, pil khayal akan berlaku.

Tidak cukupkah insiden yang berlaku beberapa tahun dahulu, satu konsert yang membawa mala petaka kepada negara, ramai yang mati, dan paling malang sebahagiannya adalah anak Melayu.

Penganjur sudah pasti memberi pelbagai alasan namun yangg pasti timbul perkara kemungkaran dalam berpesta. Yang pergi bukan bangsa lain peminat muzik.

Kini kembali.
Konsert berskala Mega. Selena Gomez.
Dijadual berlangsung pada 25 julai ini. Jualan tiket bermula April melalui on line.
Konsert yang dinamakan The Revival Tour ini telah menjelajah bermula di Amerika dengan membawa artis terkenal dunia.

PR Worldwide adalah pihak yang bertanggungjawab membawa konsert di Malaysia.

Syarikat ini terkenal dengan pengajuran beberapa konsert artis antarabangsa. Antara artis luar negara yang dibawa masuk antaranya Kylie Minogue, Alicia Keys, The script dan lain-lain. Beribu pejabat di Amcorp Trade PJ.

Sambutan konsert yang dianjurkan luar biasa. Mereka mendapat kepercayaan bagi penganjuran mega konsert internasional.

Sistem penjualan tiket secara on line memudahkn urusan penjualan serta promosi hanya di laman sosial tanpa disedari membutakan mata masyrakat dengan penganjuran konsert tersebut. Untuk tahun 2015 lebih 2 konsert besar telah diadakan.

Kerajaan sudah pastinya mengaut keuntungan hasil kemasukan artis antarabangsa. Tidak mustahil konsert ini diluluskan dengan mudah.

DMPM berkeras dengan apa jua penganjuran konsert hiburan artis luar negara yang boleh menjejaskan budaya, akhlak anak bangsa yang boleh menjejaskan imej negara yang bertamadun.

Kita tidak menolak seni dan hiburan tetapi biarlah membina bukan meruntuhkan akhlak anak bangsa. - HARAKAHDAILY 18/7/2016

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat PAS Pusat.                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslimat Prihatin Terhadap Pendidikan


KOTA BHARU – Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Mohd Salleh didalam ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Kali Ke-56, beliau mengulas tentang usul-usul yang diajukan pada hari ini berkaitan “pendidikan” ini bermakna muslimat sangat prihatin tentang pendidikan yang memberi kesan kepada anak-anak, pada permulaan penurunan alquran juga
mulakan dengan pendidikan iaitu اقراء baca lah ambung beliau lagi, dalam aspek pembinaan rumah tangga kita perlu melihat kepada cabang-cabang dalam menyelesaikan masalah yang kkita hadapi, khususnya dalam mendidik anak-anak kearah islam, kita hendaklah memberi perhatian yang besar kepada ahli keluarga PAS menjadi satu keluarga contoh kepada Jemaah islam yang lain.

Kita perlu menjadi mata dan telinga kepada masyarakat dalam usaha membantu sedaya upaya tidak kira cara bentuk, supaya kita dapat membaiki dari semasa ke semasa dalam memikirkan masalah ummat itu sendiri.

Beliau juga menyentuh prihal berkaitan 2PRK, prk sungai besar di Selangor dan prk kuala kangsar di perak, mengharapkan agar semua muslimat ikut jadual yang sudah ditentukan mengikut gelombang-gelombang disetiap negeri atau kawasan-kawasan, menberi prihatin disetiap jadual-jadual serta ikut agenda-agenda pilihanraya, bagi muslimat yang tidak dapat turung kelapangan doa juga sebagai senjata kita.

“Akhirnya saya mewakili dewan muslimat PAS pusat memohon kemaafan diatas segala kepincangan yang berlaku dan mengharapkan muslimat terus memacu kehadapan sesuai dengan tema ”Muslimat Memacu Kemenangan”,”ujarnya

Sumber BO - 2-6-2016

Anakanda Pengasas Hizbul Muslimin Dinobat Anugerah Jasamu Dikenang DMPM

Almarhumah Hajah Naqibah No’ma bt Hj. Abu Bakar Al-Baqir dinobatkan Anugerah Jasamu Dikenang bersempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-56. Ayahhanda beliau,

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir merupakan seorang pejuang kemerdekaan dan pengasas Hizbul Muslimin.
Selain itu, ayahanda beliau mengasaskan Institusi Pengajian Islam dan Maahad Ehya’ As-Syarif. Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat juang beliau sejak kecil lagi.

Beliau yang dilahirkan pada 12 Disember 1946 di Kg Ehya, Gunung Semanggol, Perak merupakan anak ke-3 dari 4 adik beradik hasil perkongsian hidup antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Hjh Fatimah bt Abdul Rahman.

Pendidikan awal beliau di Maahad Ehya’ As-Syarif, Semanggol dan telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Hj. Mohamed Ghazali bin Tain pada tahun 1969 dan dikurniakan seorang puteri.

Rentetan semenjak kecil lagi beliau telah menyaksikan bagaimana ayahanda tercinta dikenakan tahanan politik ,oleh yang demikian kronologi penglibatan beliau dalam arena politik cukup menarik hampir pelusuk Malaysia. Beliau mula aktif dengan gerakan Islam semasa tinggal di Melaka pada tahun 1980-1986.

Pada mulanya beliau aktif dengan gerakan ABIM dan kemudiannya melibatkan diri secara aktif bersama PAS.

Penglibatan beliau dalam persada jemaah PAS bermula pada tahun 1982, yang dilantik sebagai Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS Melaka. Pada 1985 pula, Setiausaha DMPN Melaka seterusnya pada 1987 sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan Tawau. 1988-1992 Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah. 1993-1997 Ketua DMPK Ipoh Barat. 1995 Setiausaha Lajnah Tarbiyyah DMPN Perak. 1995-1997 Setiausaha DMPN Perak. 1995-1997 Naib Ketua DMPN Perak. 1999-2004 Ketua DMPN Perak dan pada 2003-2011 sebagai Ketua DMPK Taiping.

Sumber  BO - 2-6-2016

Muslimat PAS usul putus hubungan dengan PKR

Posted on Thursday, June 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS.

"Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

"Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

"Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

Sementara itu, dalam sidang media, Salamiah berkata usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.
PKR telah meletakkan calon sedangkan PAS telah sedia bertanding di kawasan tersebut dan ia dilihat sebagai pertembungan yang tidak wajarnya.

Tambah beliau, usul tersebut dijangka diserahkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor 18 Jun ini.
-Bernama

Sumber TKO - 2-6-2016

Syor wajib Bahasa Arab bermula sekolah rendah

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


KOTA BHARU: Perwakilan Muslimat PAS Kawasan Temerloh telah mengusulkan kepada Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia agar mewajibkan subjek Bahasa Arab sejak peringkat sekolah rendah lagi sepertimana matapelajaran Bahasa Cina, Inggeris dan Tamil.

Ini berikutan, penguasaan bahasa Arab yakni bahasa al-Quranul karim ini adalah bermanfaat besar bagi mencorakkan akhlak dan menambah ilmiah para pelajar di samping bahasa Arab juga memiliki nilai komersil yang tersendiri yakni memiliki seramai 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia yang mengaplikasikannya.

Usul pada Muktamar Tahunan Dewan Musimat PAS Pusat ke-5tersebut turut menjelaskan masalah gejala sosial yang semakin meruncing jelas menunjukkan kurangnya didikan agama seperti pengetahuan bahasa al-Quran dalam kalangan pelajar bermula di peringkat sekolah rendah adalah sebahagian kesan daripada kegagalan kurangnya pemahaman bahasa Arab.

Sedari permasalahan tersebut khususnya melibatkan pemahaman rohani dan akhlak anak-anak muda remaja, usul tersebut bagaimanapun dipersetujui untuk dibahaskan sebagai memenuhi tuntutan agama iaitu selain jiwa anak-anak.

Perwakilan Negeri Sembilan, Salmah Daulah bangkit untuk menyatakan pandangannya demikian menyedari masih ramai anak-anak muda walaupun memiliki kelulusan sehingga di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih gagal menguasai dan membaca surah al-Fatihah.

Usul sebulat suara disokong majoriti selain daripada perwakilan Kota Tinggi yang meminta usul tersebut dibahaskan terus kepada isu-isu semasa dan fokus kepada perkara-perkara penting memandangkan subjek Bahasa Arab telahpun dilaksanakan dalam pendidikan di sekolah rendah di bawah program J-Qaf.

Walaubagaimanapun, perwakilan Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad mencadangkan usul mewajibkan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah adalah perlu dibahaskan supaya muslimat sekalian dilihat mampu mencakna dan menguasai isu-isu semasa khasnya isu pendidikan anak-anak.

Sebanyak lima agenda telah dibahaskan pada sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-56 dan fokus utama usul yang dibahaskan adalah lebih menitikberatkan isu pendidikan anak-anak muda yang merupakan pemangkin masa depan negara. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Sumber HD - 1-6-2016

RUU Akta 355; Reaksi DAP, MCA dan Gerakan Berlebih-lebihan

KOTA BHARU – PAS menyifatkan pihak yang menentang pembentangan Usul Rang Undang Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah oleh Presidennya pada minggu lalu sebagai ‘tidak faham undang-undang’ dan memberikan reaksi berlebih-lebihan.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, akta di parlimen menetapkan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah adalah untuk orang Islam sahaja.

“saya rasa MCA (MIC dan Gerakan) ni dia tidak faham perlembagaan dan undang-undang……mahkamah syariah ni bidang kuasa untuk orang-orang Islam sahaja, dia memang takkan boleh biacarakan orang bukan Islam,

“sebab ia telah ditentukan oleh akta di parlimen, dan kami sendiri pembangkang tak boleh ubah, hanya kerajaan persekutuan sahaja yang boleh ubah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mukamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke- Ke-56 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, di sini semalam 31 Mei.
Beliau memberi amaran kepada reaksi ketiga-tiga parti bukan Melayu itu tentang reaksi mereka yang berlebih-lebihan.

Menurutnya, tindakan pihak terbabit yang menggunakan sentimen agama dalam politik, akan merosakkan negara.

“saya rasa DAP, Gerakan, MCA dan MIC ni ‘over react’ kepada isu ini, saya rasa tidak ada asas untuk mereka memberikan reaksi berlebih-lebihan,

“mngkin ada tujuan politik……(sebab) saya nampak mereka sedang bersaing untuk mendapat undi bukan Melayu dan memainkan sentimen agama,

“saya rasa ini tidak sihat……….pendekatan ini (ialah) pendekatan yang tidak sihat………macamana kalau orang Islam pula ambil sentimen agama? Rosaklah negara kira!,”katanya.

Beliau turut menjelaskan, pindaan akta 355 tersebut adalah untuk meningkatkan kedudukan dan keupayaan mahkamah syariah yang sekarang ini adalah lebih rendah dari dari mahkamah majistret.

“agama duduk dibawah Sultan, dengan sendirinya kedudukan Sultan jadi rendah (sekiranya mahkamah syarah rendah kedudukannya),”tambah beliau.


Sumber BO - 1-6-2016

Muslimat Memacu Kemenangan

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH | .


UCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-56

بسم الله الرحمن الرحيم
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥


“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.“ (Surah An-Nur ayat 55)

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum di atas kehadiran semua, selamat bermuktamar kepada para muktamirat, selamat bertugas kepada Pengarah dan AJK pelaksana muktamar ini di semua peringkat.

Terima kasih jua yang dapat diberi kepada Allah SWT harapan menggunung tinggi agar muktamar terlaksana dengan harmoni dan kita semua dirahmati Ilahi. Amin.

Amanah Pilihan raya
  
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, negara kita telah selesai menghadapi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak. Walaupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak memenangi satu pun kerusi yang ditandingi, namun kita sangat bersyukur setelah 20 tahun PAS berada di Bumi Kenyalang akhirnya PAS dapat menghantar calon di 11 kerusi DUN. Kesemua mereka daripada kalangan anak-anak tempatan yang hebat dan professional, termasuk seorang calon muslimat.
  
Kini ramai kepimpinan PAS Sarawak terdiri daripada anak-anak tempatan yang lahir hasil daripada tarbiyah PAS. Berbeza sebelum ini, kepimpinan PAS Sarawak sebahagian besar datang dari Semenanjung. Semoga benih suci dakwah Islamiyah akan terus subur di bumi bertuah tersebut.
           
Kepada semua  pihak yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, harta benda dan sebagainya untuk kejayaan PAS dalam misi mengembangkan dakwah Islam di Bumi Kenyalang tersebut, kita mengucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT  memberi  sebaik ganjaran dunia dan akhirat.
  
Seterusnya kita akan menghadapi pula Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak selepas berakhirnya muktamar kita ini. InsyaAllah PAS akan bertanding di kedua kerusi Parlimen tersebut. Oleh itu jentera PAS semua peringkat hendaklah digembleng dengan sebaiknya.

Bekerjalah kerana Allah dengan tanzim yang tersusun rapi serta mempamerkan akhlak mulia. Turunlah bertemu dengan para pengundi, terangkan kenapa mereka perlu memberi undi kepada PAS. Rayulah mereka dengan sebaiknya serta berdoa dan bemunajatlah kepada Allah SWT.
  
Kita mesti menginsafi bahawa pilihan raya adalah sebahagian tugas untuk menyempurnakan amanah Allah SWT yang mesti kita laksanakan dengan sebaiknya.  Kita tahu soal kepimpinan adalah suatu perkara yang besar dalam Islam, bahkan kewujudan manusia di atas muka bumi ini sendiri adalah untuk menunaikan tugasan khalifah iaitu tugasan memimpin manusia ke arah yang diredhai Allah SWT.
  
Oleh sebab itu PAS terus mengambil peluang melaksanakan amanah ini, walaupun telah 13 kali pilihanraya umum belum lagi dikurniakan oleh Allah SWT kemenangan di peringkat Persekutuan.
    
DMPP menyeru kepada semua jentera parti untuk meneruskan gerak kerja siasah melalui medan tarbiyah, dakwah dan kebajikan. Sentiasa peka dan perihatin terhadap amanah yang dipikul. Sabda Baginda SAW yang bermaksud :

“Setiap seorang dari kalangan orang Islam diamanahkan menjaga satu penjuru dari kubu-kubu umat Islam. Demi Allah SWT janganlah Islam itu dilemahkan dari sudut yang dijaganya”. (Hadith Hasan)

Muslimat Memacu Kemenangan
    
Muslimat mestilah menyediakan kemahiran, kepakaran, kebolehan dalam pelbagai bidang. Muslimat mesti membina kekuatan dari segi pengetahuan, spiritual dan jasmani untuk mendepani pelbagai situasi hari ini yang mencabar. Sebagai contoh para hukama ada menyatakan:

"المرأة عمادالبلاد, اذا صلحت, صلحت البلاد واذا فسدت, فسدت البلاد"
Yang bermaksud: “Wanita adalah tiang negara, jika baik wanita maka baiklah negara, jika rosak wanita maka rosaklah negara.”

Pepatah Melayu juga ada menyebut: “Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.”
              
Usia 56 tahun perjuangan muslimat PAS bukanlah  perjuangan yang pendek, malah melakari pelbagai kenangan dan sejarah. Perjuangan yang menuntut pelbagai pengorbanan, mengeluarkan keringat dan air mata, suka duka dan pahit manis. Semua dilalui semata-mata mencari keredaan Allah.
  
Sejarah perjuangan dan kejayaan Islam telah memaparkan peribadi muslimat ideal yang semestinya menjadi teladan kepada kita yang bercita-cita untuk melihat Islam menang dan kesejahteraan hidup ummah menjadi kenyataan.
    
Keimanan terhadap Allah dan Islam yang mantap, pengorbanan dan pengabdian yang tiada tandingannya oleh Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim AS dan bonda Nabi Ismail AS telah menjadi asas kepada pembangunan dan kemakmuran sebuah tamadun hingga ke hari ini. Alangkah beruntungnya perjuangan Islam dan makmurlah kehidupan manusia andainya jejak Siti Hajar ini diikuti oleh muslimat sepenuhnya.
  
Seterusnya sejarah juga memperlihatkan keutuhan dan kejayaan perjuangan kebenaran oleh wanita-wanita solehah yang menerima didikan daripada Baginda SAW. Saidatina Khadijah umpamanya seorang lagi wanita pengukir sejarah kesejahteraan tamadun ummah. Sebagai wanita dan isteri terpilih kepada seorang Rasul terakhir, dengan penuh keimanan beliau telah menyerahkan segala yang dimilikinya semata-mata untuk izzah perjuagan agama yang dibawa oleh Nabi terakhir ini yang juga suaminya.
  
Saidatina Khadijah menjadi manusia pertama yang beriman dengan risalah Baginda SAW. Dengan keimanan yang benar dan mantap, beliau senantiasa menjadi penolong yang teguh kepada Baginda Rasulullah SAW. Beliau menolong perjuangan Baginda SAW dengan segala apa yang dimilikinya di saat manusia lain tiada yang mahu membantu. Saidatina Khadijah terus menerus menjadi sekutu perjuangan Nabi SAW, isteri yang ideal, rakan yang selalu membesar dan menenangkan hati, pendamping yang selalu membantu dengan harta dan dirinya. Saidatina Khadijah benar-benar mesti menjadi guru teladan kepada kita yang mahu melihat kemenangan Islam. Kehidupan Baginda SAW dan Saidatina Khadijah benar-benar merealisasikan firman Allah SWT:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٧١
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat 71)
  
Di samping isteri-isteri dan anak-anak Baginda SAW, ramai lagi wanita hebat sahabiyyah yang menjunjung risalah ketuhanan dan kenabian ini dengan penuh ketaqwaan dan ketaatan. Tentu kita ingat nama-nama seperti Asma’ Binti Abu Bakar, Asma’ Binti Umais, Khaulah Binti Tha’labah, Nasibah Binti Ka’ab, Ummu Sulaim, dan ramai lagi mereka yang melakari sejarah kegemilangan Islam. Jangan kita jemu menelusuri sejarah mereka untuk menjadi ikutan dan pembakar semangat juang kita bagi memacu kemenangan Islam.

Dalam Dewan Muslimat di semua peringkat terdapat kepakaran tenaga muslimat dalam pelbagai bidang. Penggembelengan tenaga muslimat muda melalui NUSAIBAH membuktikan muslimat cakna peri pentingnya tenaga muda.

AMEERAH dan BRIGED MUSLIMAT yang mempunyai peranan tertentu dalam Dewan Muslimat menjadi bukti pembinaan pelapis kepimpinan muslimat di masa hadapan.

Mereka diberi ruang dan peluang yang luas untuk menyumbang idea, tenaga dan kepakaran masing-masing. Justeru itu, muslimat akan dapat memacu kemenangan Islam di negara ini, InsyaAllah.

Ciri-ciri Generasi Kemenangan
  
Firman Allah (SWT):

وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١
“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah Al-Hajj ayat 40-41)
  
Melalui ayat ini dan ayat 55 surah An-Nur (yang telah dibacakan di awal tadi) jelas kepada kita Allah SWT menyampai khabar gembira dengan janji kemenangan dan kekhalifahan kepada orang-orang yang beriman.
  
Untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat tentulah Rasulullah SAW jua menjadi suri teladan kita semua, firman Allah SWT:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَوَذَكَرَٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzab ayat 21)
  
Berdasar ayat-ayat Allah SWT dan sirah perjuangan Baginda SAW serta para sahabat, sepuluh ciri-ciri berikut perlu ada pada setiap individu termasuk muslimat yang dapat memacu kemenangan perjuangan serta mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Pertama: Ikhlas kerana Allah SWT
Iaitu berjuang dengan melaksanakan segala aktiviti rohani dan jasmani kerana Allah semata-mata.

Kedua: Cinta kepada Allah SWT
Iaitu cinta yang menguasai hati sanubari dan tindakan seseorang sehingga menjadikan Allah lebih dikasihi daripada yang lainnya.

Ketiga: Jiwa yang takut kepada Allah SWT
Ketakutan yang membangunkan perasaan kehebatan, kebesaran, dan keagungan Allah dalam setiap aktivitinya.

Keempat: Banyak melaksana dan mengutamakan ibadah seperti solat, zikir dan sebagainya.

Kelima: Tawadhuk iaitu tawadhuk pada Allah, diri sendiri dan insan yang lain.

Keenam: Zuhud iaitu perasaan berpaling daripada keseronokan dunia.

Ketujuh: Berjuang iaitu berjihad dengan sebenar-benar jihad di jalan Allah SWT.
Kelapan: Sabar dan Thabat kerana perjuangan Islam tidak dihampari dengan permaidani merah.

Kesembilan: Adil dan seimbang iaitu antaranya mengimbangi hak peribadi, keluarga dan masyarakat.

Kesepuluh: Memelihara ukhuwah islamiyah dan saling kuat-menguatkan lalu membentuk saf yang tersusun rapi.

Ciri-ciri ini perlu dibina dengan berusaha menjadikan muslimat penggerak dan pemacu kemenangan :

Muslimat yang alim iaitu muslimat yang berilmu dan cintakan ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang berpaksikan Al-Quran dan Hadith.

Muslimat yang haraki iaitu muslimat yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan jamaah dan mematuhi disiplinnya.

Muslimat yang sufi iaitu muslimat yang senantiasa mencari jalan untuk rapat dan dekat dengan Tuhannya.
P
enyataan ini diringkaskan kepada pembinaan muslimat AKIFI iaitu muslimat yang alim, haraki dan sufi.

Bersama Denyut Nadi Rakyat

(a)   Permasalahan Ekonomi Rakyat dan Negara
  
Di Malaysia, masih terdapat rakyat yang diselubungi dengan kemiskinan tegar. Prasarana asas seperti persekolahan, perumahan, perkhidmatan air, bahkan makan minum umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang masih membelenggu kehidupan.

Muslimat sewajarnya bersedia dan peka dengan keperluan masyarakat hari ini. Tekanan hidup dalam ekonomi menjadikan masyarakat hidup hanya memikirkan kepentingan masing-masing. Walaupun PAS tidak mempunyai dana kebajikan tetapi muslimat di mana pun mereka berada tetap berusaha melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Menghulurkan bantuan seadanya. Sentiasa simpati dan empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Kenapakah ini berlaku sedangkan negara kita telah merdeka lebih separuh abad. Allah SWT jua telah mengurniakan pelbagai hasil bumi yang sangat lumayan bagi negara kita.

Lalu ingatlah firman Allah SWT ini:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum ayat 41)

Masalah ekonomi rakyat bertambah parah dengan isu peningkatan kadar pengangguran. Lebih 45,000 rakyat hilang pekerjaan serta pelbagai keperitan hidup terpaksa ditanggung oleh rakyat hasil pemerintahan BN. Rakyat marhaen terus tertindas apabila harga komoditi yang menjadi sumber pendapatan mereka, sebagai contohnya getah  yang semakin menurun, sedangkan kos hidup terus meningkat.

Isu GST, FELDA, nilai mata wang Malaysia yang terus menerus turun, masalah perkhidmatan awam seperti teksi, harga rumah yang melambung dan sebagainya terus berlalu satu persatu tanpa ada jawapan dan penyelesaiannya.

Negara terus berdepan dengan pelbagai skandal yang dikaitkan dengan kepimpinan utama negara. Skandal-skandal ini sebenarnya menjatuhkan wibawa negara Malaysia itu sendiri di mata antarabangsa. Dato’ Seri Najib sendiri yang dikaitkan dengan krisis-krisis ini seperti skandal RM55 billion, 1MDB, derma RM4.2 billion dan lain-lainnya, senyap seribu bahasa atau memberi jawapan yang tak masuk akal, mencari helah untuk memadamkan isu, bahkan menjadi bahan lawak antarabangsa pula.

Rakyat Malaysia terus dihempap dengan masalah recycle yang berterusan dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Antara punca utama pelbagai krisis ini adalah disebabkan gaya pemerintahan UMNO BN itu sendiri. Mereka lebih mengutamakan style cintakan dunia daripada memfokuskan pembangunan insan itu sendiri.

(b)  Rakyat dan Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, Kerajaan hari ini mewar-warkan pendidikan abad ke 21. Namun hakikatnya, ia tidak akan dapat melahirkan generasi Rabbani yang boleh menggalas kepimpinan negara yang berkualiti. Ini adalah rentetan daripada fokus pendidikan abad ke 21 hanya tertumpu kepada generasi yang berkemahiran dari segi komunikasi fleksible, berinisiatif, kemahiran berfikir, berteknologi, tetapi tidak berasaskan kepada pembangunan insan yang taat kepada penciptaNya. Justeru, menjadi cabaran kepada muslimat untuk melahirkan dan mendidik anak-anak yang soleh dan solehah menjadi penerus perjuangan.

Ke manakah haja tuju Dasar Pendidikan Negara kita? Perlaksanaan Program Dwi-Bahasa (Dual Language Program) menambah lagi kecelaruan pendidikan negara.

(c)  Kebejatan Sosial Yang Melanda Rakyat

Isu tentang keruntuhan akhlak remaja dan pelajar hari ini yang meruncing, tidak boleh diselesaikan hanya dengan menyarankan supaya diadakan matapelajaran Sivik dan Kenegaraan di sekolah sahaja. Oleh itu, satu pendekatan yang holistik perlu dibuat bagi menghadapi permasalahan ini.

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan berita yang menarik dan memberi penuh pengajaran. Kisah seorang transgender yang kembali ke pangkal jalan dan kini aktif dalam medan dakwah. Penghijrahan beliau dapat menjadi pendorong kepada rakan-rakannya yang masih terjerumus dalam kecelaruan jantina untuk berubah kepada kehidupan yang sihat dan berkat. Kemudian timbul pula kisah bekas gangster yang bertaubat setelah bertahun terjebak dalam dunia gangsterisme. Kedua-dua kisah ini adalah berkat daripada doa ibu mereka yang tidak kenal erti putus asa. Berita ini telah menggembirakan bukan sahaja keluarga mereka tetapi juga umat Islam seluruhnya.

Malangnya kita juga dikejutkan dengan kisah sepasang suami Isteri Melayu mengisytiharkan diri mereka murtad dan membawa bersama anak-anak yang masih kecil.

Permasalahan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) dan murtad adalah isu yang telah melingkari dalam masyarakat kita sekian lama.

(d) Cabaran Globalisasi dan Eksploitasi Wanita

Hari ini kita juga berhadapan dengan cabaran-cabaran globalisasi yang merupakan side effect internet atau media baru. Teknologi ini mempercepatkan lagi penyebaran budaya asing yang tidak sihat yang menghilangkan identiti budaya tempatan secara perlahan-lahan. Serangan-serangan pemikiran yang mahu meleraikan ikatan agama semakin berleluasa. Sesungguhnya ancaman globalisasi ini berupaya merosakan agama, kedaulatan negara, bangsa, undang-undang, bahasa, dan budaya.

DMPP juga mengutuk sikap sebahagian syarikat perniagaan yang mengeksploitasi wanita untuk melariskan produk mereka. Sepatutnya maruah wanita perlu dijaga terutama oleh mereka yang mempunyai kuasa.

DMPP berazam untuk meletakkan wanita ditempat yang mulia selaras dengan dasar Islam yang menjadi tonggak perjuangan PAS. Islam mengiktiraf kebolehan, kemampuan, kepakaran anugerah Allah kepada wanita. Islam menyediakan ruang tugas yang sepatutnya kepada para wanita.

(e)  Cabaran-cabaran Lain

Terdapat pelbagai lagi isu yang mencabar kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia khususnya kepada golongan wanita antaranya isu kepenggunaan, kesihatan, alam sekitar dan sebagainya yang perlu ditangani oleh kita semua.

Mengantarabangsakan Muslimat PAS

Adalah menjadi harapan agar DMPP dapat memainkan lebih banyak peranan di peringkat antara bangsa melalui engagement khususnya dengan NGO dan sayap muslimat Gerakan Islam di pelbagai negara.

DMPP juga melahirkan rasa simpati dengan nasib wanita muslim dan keluarga mereka di negara Timur Tengah khususnya di Syria dan Palestin yang berhadapan dengan ancaman pembunuhan, rogol dan pencabulan seksual. DMPP mengecam tindakan zalim dan tidak berperikemanusian ini.

DMPP mengharapkan semua golongan prihatin dan memberikan sokongan moral serta kewangan kepada mereka.

Islam Penyelesaian Masalah Ummah
  
Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 208)

Islam yang diturunkan oleh Allah SWT adalah ad-din iaitu satu cara hidup. Oleh itu Allah SWT memerintah agar setiap urusan dunia dan akhirat hendaklah berteraskan kepada ajaran Islam.

Begitulah juga dengan urusan pemerintahan negara mestilah berlandaskan epistemologi dan tasawwur Islam yang sebenar. Ini kerana matlamat pengurusan dan pentadbiran negara adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Oleh itu DMPP menyeru dan mengulangi desakan kepada pemimpin negara Malaysia khususnya Umno hendaklah tunduk kepada tuntutan wahyu Allah SWT dalam setiap tindakan pentadbiran dan pemerintahan. Kita mohon agar penggubalan Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang dirancang oleh kerajaan Malaysia benar-benar mengikut cara yang ditunjukkan oleh Al-Quran.

DMPP juga bersetuju dengan pandangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) agar kerajaan Malaysia meminda dahulu peruntukan undang-undang yang menghalang pelaksanaan syariah Islam ketika mengetengahkan Indeks Syariah Malaysia.

Kita juga bersetuju dengan pandangan MAPIM agar tabiat dan budaya hidup pemimpin-pemimpin negara sendiri hendaklah juga patuh syariah mengikut Indeks Syariah Malaysia yang menjadi petunjuk kesungguhan pihak pemerintah mengetengahkan syariah sebagai sistem hidup yang menyeluruh.

Firman Allah SWT:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَرَجٗا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمٗا ٦٥


“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Surah An-Nisa’ ayat 65)

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (pindaan) 2016 telah berjaya dibentang oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam Sidang Parlimen pada 26 Mei yang lepas. Syariat Islam adalah untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga maqasid as-syariah.

Tujuan syariat diturunkan adalah untuk menjaga agama, akal, maruah, keturunan dan harta manusia. Undang2 Syariah mengajar Umatnya untuk menjaga maruah agar tidak terlibat dalam kecelaruan jantina kerana terlalu banyak mudaratnya, menjaga agama dan aqal dengan mencegah gejala murtad. Maka Syariat adalah cara yang berkesan dalam menangani pelbagai isu yang menjadi barah dalam masyarakat.


Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Usia PAS telah melebihi 60 tahun dipersada politik tanah air. PAS telah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menegakkan perjuangannya. Namun PAS masih tetap beristiqamah dengan matlamatnya iaitu membentuk negara berasaskan cara hidup Islam.

Untuk itu sebagai sayap perjuangan PAS, Dewan Muslimat PAS keseluruhannya mestilah proaktif dengan agenda pemerkasaan parti yang dibawa dari masa ke semasa oleh pucuk pimpinan parti. DMPP menyokong penuh strategi Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) yang merupakan gagasan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam usaha menguasai politik negara.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera adalah antara teras pemerkasaan bagi melonjakkan lagi imej dan pendekatan PAS ke dalam masyarakat dan negara.

BMPS adalah satu gagasan yang memusatkan fokus kepada penyelesaian Islam dan mesej dakwah kepada permasalahan ummah tanpa mengira batasan ideologi dan bangsa.

Oleh yang demikian, PAS akan mendapat kepercayaan (trust) daripada rakyat Malaysia untuk menerajui kepimpinan negara.

Sehubungan dengan itu, semua pimpinan dan ahli-ahli muslimat di semua peringkat perlulah memahami dan bersiap siaga menggerakkan aktiviti parti mengikut strategi BPMS ini. Gagasan ini perlu dijiwai agar setiap langkah kita dilihat teratur dan sekata. Biar jamaah besar kita ini ibarat bangunan yang tersusun rapi.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ ٤

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff ayat 4)

Penutup

Akhirnya, saya bagi pihak DMPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS muslimin muslimat di semua peringkat atas perhatian, teguran, sumbangan, pengorbanan yang memantapkan lagi perjuangan kita ini. Teruskanlah pengorbanan sebagai bukti keimanan kita terhadap Allah SWT dan Rasul SAW.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang menjadi tuan rumah muktamar DMPP ini. Moga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

Begitu juga kepada semua jemputan yang hadir ke muktamar ini. Marilah kita bersama-sama membina negara Malaysia yang sejahtera.

Selamat Bermuktamar, siru ’ala barkatillah.
Wabilahi taufiq wal hidayah, wasalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

Sumber HD - 1-6-2016

Muslimat Gesa Pemimpin Negara Patuh Syariah

KOTA BHARU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa para pemimpin negara patuh kepada syariah Allah dan bukan hanya membangunkan bukan Indeks Syariah Malaysia.

Menurut Ketuanya Ustazah Nuridah Salleh, sudah tiba masanya pemimpin negara mengambil Islam sebagai penyelesaian hidup.

“Kita juga bersetuju dengan MAPIM agar tabiat dan budaya hidup pemimpin-pemimpin negara sendiri hendaklah juga patuh syariat mengikut Indeks Syariah Malaysia,

“yang menjadi petunjuk kesungguhan pihak pemerintah yang mengenengahkan syariah sebagai sistem hidup yang menyeluruh,”tegasnya.

Beliau memetik firman Allah yang bermaksud “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka suatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya. ”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaputama Muktamar Kali Ke-56 Dewan tersebut di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, di sini Selasa malam, 31 Mei.

Ustazah Nuridah mewakili perhimpunan besar tahunan sayap kiri PAS itu, mengucapkan syukur kerana Presidennya berjaya membentang Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (pindaan) 2016.

“Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (pindaan) 2016,

“telah berjaya dibentang oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam Sidang Parlimen pada 26 Mei yang lepas,”jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak menjadikan syariat Allah sebagai panduan dalam segenap kehidupan.

“Syariat Islam adalah untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga maqasid as-syariah,”ujarnya lagi.

Sumber BO - 31-5-2016

LATAS DMPM anjur Program ‘Urban Farming’

HUZIR SULAIMAN | .




LAJNAH Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan HalWa Masjid Ar-Ridhuan Trolak Utara, Perak telah menganjurkan program "Urban Farming".

Program tersebut diadakan di Masjid Ar-Ridhuan Trolak Utara, Perak yang bertujuan mendidik masyarakat kaedah bercucuk tanam di rumah menggunakan kaedah "urban farming" yang juga merupakan cara bebas bahan kimia dan boleh dimanfaatkan untuk semua jenis tanaman.

Antara bahan yang digunakan adalah batu, pasir, tanah kebun, daun kering dan juga benih. Jenis tanah ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, keistimewaan teknik ini ialah dengan membuat semburan yang menghalau serangga dan bukan membunuhnya. Ia terdiri daripada bahan organik yang terdapat di dalam rumah.

Antara bahan yang boleh digunakan adalah bawang putih, air dan cili yang boleh menghalau serangga perosak. Cara ini merupakan alternatif lain bagi penggunaan racun yang mengandungi banyak bahan kimia yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berbahaya.

Seramai 70 orang peserta yang hadir termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh juga diajar cara menggunakan bahan-bahan seperti cili, labu manis, betik, dan air untuk dijadikan sebagai baja bagi tanaman.

Bahan-bahan tersebut dipotong kecil, dicampurkan dan diperapkan dalam bekas kedap udara selama sepuluh (10) hari sebelum boleh digunakan.

Di samping itu, teknik "urban farming" ini juga menghasilkan baja fish asid amino yang menggunakan sisa buangan ikan yang diperap dengan menggunakan air selama tujuh (7) hari dan boleh digunakan untuk menghasilkan tanaman yg lebih subur, besar dan lebih berkualiti tanpa penggunaan bahan kimia.

Semua peserta yang hadir teruja dan menyatakan rasa bertuah terlibat dalam program ini. Banyak input baru yang diperolehi dan perlu diaplikasikan bagi menyemai serta melestarikan kehidupan yang lebih sihat lagi terjamin.

Semoga program seperti ini dapat diperkenalkan dengan lebih meluas lagi ke seluruh negara selepas ini. – HARAKAHDAILY 15/4/2016

Sumber HD - 15-4-2016

Bermula sekadar suka-suka, kini usahawan muda



IZWAN ABDUL HALIM | .




MEMASAK bukanlah minat beliau yang lebih suka mengemas, tetapi dorongan sahabat-sahabat terdekat banyak mempengaruhinya untuk mencuba.

Begitulah detik seorang remaja, Amiratul Awatif Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Amie ketika mula ‘terjebak’ dalam perniagaan.

Sekadar suka-suka membuat ‘trifle’ yang ditiru resepinya dari internet, tanpa dijangka beliau kini sedang berdiri sebagai seorang usahawan muda, serta menjadi tenaga pengajar kelas memasak kanak-kanak, selain menulis buku resepi.

Selepas ‘trifle’, beliau menghasilkan pula pelbagai jenis coklat yang mendapat tempahan memberangsangkan sebagai ‘doorgift’, hadiah hari jadi, hantaran pertunangan atau perkahwinan dan sebagainya.

Tetapi hasratnya lebih kepada untuk memudahkan kerja sahabat-sahabatnya yang kesibukan dan paling utama adalah menyediakan mereka dengan pilihan terjamin bersih dan halalnya.

Menurut Amie, beliau memulakan perniagaannya itu dengan modal hanya RM200 dan amat bergantung kepada tempahan di mana beliau lebih memfokus kepada ‘doorgift’, hantaran dan ‘dessert’.

Katanya, cabaran dalam menyiapkan tempahan yang banyak hinggakan beliau pernah tidak sempat tidur dan makan kerana dilakukan seorang diri.

Hanya apabila tidak mampu disiapkan atau kesuntukan masa, barulah beliau meminta tolong daripada ibunya.

“Pengalaman yang tak boleh dilupakan, pernah saya dapat tempahan 300 ‘marshmallow’ dan apabila siap, pelanggan tiba-tiba membatalkan. Silap saya sebab tak ambil deposit. Lepas tu selalu beringat ambil deposit walaupun dengan teman-teman,” ceritanya.

Hasrat Amie, beliau mahu mengembangkan lagi perniagaannya itu dan akan menggunakan khidmat agen untuk jualan ‘trifle’ di sekitar Gombak.

Beliau juga mahu menjadikan kelas “Cookids With Chomie” yang dianjurkannya diperluaskan di kebanyakan pra-sekolah atau ketika musim-musim cuti persekolahan.

Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi Amie atau WhatsApp talian 013-6280281 atau menerusi laman facebook ‘Chomie Choc’ juga instagram ‘Chomiechoc’. – HARAKAHDAILY 9/3/2016

Sumber HD - 9-3-2016

Ibtisam Zahra’ produk untuk anak-anak muslimah

IZWAN ABDUL HALIM | .





MENURUT pemerhatiannya sukar untuk menemui pakaian menutup aurat dengan harga yang berpatutan dan selesa terutama bagi keperluan anak-anak perempuan. Walaupun sebenarnya belum mempunyai anak perempuan, tetapi padanya pendidikan berkaitan aurat mesti diterapkan sejak kecil.
Detik itulah yang menerbitkan idea dan tekadnya untuk mengeluarkan produk sendiri. Akhirnya lahirlah tudung untuk kanak-kanak Muslimah dengan jenama Ibtisam Zahra’.

Bagi Zainirah Aziz (Gambar kanan), usahanya itu adalah satu perjuangan dalam memenuhi segmen fardu kifayah. Malah, beliau mengambil cuti tanpa gaji dari tugasnya sebagai guru selepas melahirkan anak keempat demi memberi fokus kepada minatnya dalam perniagaan.

Pun begitu, hasrat beliau untuk serius kepada perniagaan teruji dengan kesihatan anaknya, menyebabkan tumpuan perlu dibahagikan. Namun, bekas graduan Siasah Syar’iyyah Universiti Malaya ini mencabar diri, beliau bersungguh-sungguh untuk menjayakan perancangannya.

Sambutan menggalakkan terhadap Ibtisam Zahra mendorong kebangkitan semangatnya yang membuak untuk pergi lebih jauh. Tidak memadai dengan peranan agen dalam memasarkan produknya, beliau menyewa pula premis khas. Tetapi sempat bertahan selama dua bulan setelah mengambil kira kekangan dan kos operasi yang kian meningkat atas faktor ekonomi tidak menentu.

Jelas jiwa keusahawan yang telah menyubur sejak di alam persekolahan itu tidak memadamkan cita-citanya. Zainirah mengambil inisiatif menempuh keadaan itu dengan mengadakan jualan pada program-program keramaian.

Malah, beliau tidak membataskan jualannya secara langsung semata, si ibu kepada empat cahaya mata ini meneroka dunia tanpa sempadan. Beliau meluaskan pasarannya dengan menceburi jualan secara dalam talian (online). Rupanya, berniaga secara ‘online’ lebih memenatkan dan berkejaran.

“Kerana ia mengambil masa yang cukup banyak dan memerlukan penumpuan lebih. Tidak semudah yang disangka oleh kebanyakan pihak. Kerja di sebalik jualan ‘online’ hakikatnya memerlukan saya bergerak seperti sotong. Prosesnya ada banyak.

“Saya perlu ada stok. Perlu ada gambar yang cantik, saya perlu ‘edit’ gambar,
muat naik gambar, menulis, mempromosi. Melayan pelanggan dengan memikirkan ayat ‘close sale’ yang sesuai. Silap gaya, pelanggan diam menyepi.

“Saya perlu mengepos barang, menambah stok barang dan pelbagai lagi tugas lain. Terutamanya bahagian pemasaran dan jualan, sangat meruntun waktu yang banyak,” ujar Zainirah.

Sehingga hari ini, isteri kepada Jurulatih Teknikal Telekom itu cekal gigih merangka pelbagai strategi untuk membawa perniagaannya melepasi fasa-fasa kritikal tiga tahun pertama.

Mereka yang berminat mendapatkan produk beliau atau menjadi rakan perniagaannya dipelawa mendapatkan info lanjut di laman facebook atau instagram Ibtisam Zahra’ atau menghubungi beliau menerusi WhatsApp 013-3087827. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Sumber HD - 4-3-2016

Taman Asuhan Tunas Islam impian besar Muslimat PAS

MASYITAH IZZATI | .







JERAI: Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPP) semakin rancak mengatur strategi melunaskan impian besar membina Taman Asuhan Tunas Islam (Tasti).

Pengerusinya, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali ketika ditemui memaklumkan kursus itu melibatkan calon-calon pengasuh dan wakil Dewan Muslimat PAS kawasan sekitar negeri Kedah.

Katanya, peserta diberi penerangan tentang elemen utama pendidikan yang diterapkan dalam silibus diguna pakai Tasti.

Tasti menjadikan terapi asmaul husna sebagai kaedah memperkenal anak asuhan dengan makrifatullah.

"Maka, usia 'emas' anak-anak sepenuhnya akan dibajai dengan kebergantungan pada Allah," kata ketika merasmikan Program Kursus Asas Tasti (Siri 1) di Markas PAS Kawasan Jerai di sini, hari ini.

Menurut beliau, DMPP cuma merujuk semula kepada apa yang telah digariskan Islam dalam proses pembinaan insan dan menyelaraskan dengan matlamat perjuangan PAS membangunkan ummah  kembali kepada agama Allah.

DMPP juga, ujarnya optimis Tasti mampu berjaya sebagaimana institusi pendidikan yang telah wujud dalam PAS seperti Pasti, SRITI dan SMITI.

Jelasnya lagi, Tasti hadir untuk melengkapkan rangkaian sistem pendidikan yang ditawarkan PAS.

Selain itu, beliau menyatakan Kedah beruntung dipilih sebagai tapak untuk projek rintis Tasti DMPP dan dengan izin Allah telah menerima infak daripada individu berhati mulia, sebuah rumah banglo baru siap dibina bertempat di Jitra.

Jika tiada sebarang halangan, tambahnya Tasti pertama akan mula beroperasi sekitar bulan Mei nanti.

Peserta yang hadir juga kelihatan bersemangat dan sangat teruja untuk melaksanakan projek Tasti di kawasan masing-masing.

Tasti  bakal menempatkan bayi berusia 2 bulan hingga 3 tahun, dibangunkan sebagai sistem sokongan utama untuk ibu bapa bekerjaya memastikan cahaya mata mereka mendapat pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam sebelum diasuh di peringkat pra sekolah.

Sementara itu, Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut hadir menyempurnakan majlis penutup dilihat begitu komited untuk memastikan Tasti perintis dapat beroperasi secepat mungkin.

Menurut beliau, agenda mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak ini merupakan usul yang dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia pada 2008.

"Mungkin kelemahan kita, mengambil masa yang panjang untuk melaksanakan usul penting ini," katanya.

"Tapi, kita yakin Tasti akan jadi nyata sedikit waktu lagi dengan izin Allah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/2/2016

Sumber HD - 27-2-2016

Lajnah dakwah DMPM sahut misi lahirkan muslimat ‘akifi'



HARAKAHDAILY | .


DENGAN penuh iltizam Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia menyahut misi DMPM pada sesi kali ini dengan menganjurkan Wacana Aliran Pemikiran & Ideologi Semasa khususnya buat semua penggerak muslimat di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Kejayaan Wacana Siri 1 yang telah berlangsung pada 3 Oktober tahun lepas membuktikan bahawa seluruh muslimat sangat peka terhadap isu semasa yang kian meruncing sekarang iaitu serangan pemikiran oleh ideologi barat yang boleh merosakkan aqidah Islamiyah yang sebenar.

Melahirkan Muslimat ‘Akifi iaitu Muslimat yang ‘ALIM, HARAKI dan SUFI merupakan salah satu misi DMPM sesi kali ini. Justeru Lajnah Dakwah bertindak untuk memfokuskan agenda melahirkan muslimat yang berpengatahuan (‘Alim) supaya semua penggerak muslimat dapat menjadi ejen dakwah kepada masyarakat yang sangat dahagakan ilmu dan maklumat.

Pada zaman yang penuh mencabar ini, serangan pemikiran atau ghazwatul fikrah sangat mambarah di saat masing-masing dibuai dengan keseronokan dunia hiburan yang hanya sementara.

Justeru Lajnah Dakwah DMPM menyeru seluruh penggerak muslimat seluruh negara untuk sama-sama hadir pada hujung minggu ini iatu pada 27 Februari bersamaan Hari Sabtu di Dewan MPS Taman Gombak (berhampiran dengan Lebuhraya DUKE-arah Tol Batu) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara topik dan kertas kerja yang akan dibincangkan ialah; Kepelbagaian Aliran Pemikiran dalam Sosio Politik di Malaysia, Liberalisme dalam Islam Moderate, Kemunculan Islam Moderate dan Islam Progresif dalam Gerakan Islam dan Strategi Menangkis Kesalahfahaman dan Penyelewengan Terhadap Islam. – HARAKAHDAILY 23/2/2016

Sumber HD - 23-2-201

Tak faham, sebar Presiden nak bawa PAS masuk Umno

FARHANI FUAD | .


BAYAN LEPAS: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan PAS tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno dalam program Gelombang 'Akifi anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

"Sejak tahun 2008 dihebohkan mengenai Unity Government, sedangkan apa yang dicadangkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi ialah semua parti politik duduk semeja berbincang hal urus kebajikan.

"Tetapi apa yang telah disebarkan oleh mereka yang tidak faham ialah Presiden hendak membawa PAS masuk Umno," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan segelintir sikap ahli PAS yang turut sama memanaskan isu itu tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Beliau mengharapkan semua ahli  agar terus istiqamah dengan perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Sumber HD - 20--2-2016

Jom tunai umrah bersama Dewan Muslimat PAS

HARAKAHDAILY | .


MEMETIK kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah umrah dalam kitab Ihya' ‘Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang".

Demi menyahut seruan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) dan Elizzah Travel & Tours Sdn.Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Umrah Tarbawi bersama Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Beliau juga akan turut menjadi salah seorang mutawif bagi umrah ini.

Umrah Tarbawi 2016 bakal disajikan dengan pelbagai pengisian ruhani, penghayatan serta pengalaman yang penuh bermakna.

Pakej yang merangkumi penerbangan dan tempat tinggal yang selesa akan membantu untuk mempermudahkan urusan jemaah.

Ayuh! Ambil peluang untuk bertemu Rabb sang Pencipta di di tanah suci Makkah dan jadilah sebahagian daripada jemaah Umrah Tarbawi kali ini.

Pihak DMPM menyeru dan mengajak semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai umrah ini.  Bagi yang ingin turut serta, boleh menghubungi :

Saudari Sarah di talian 017-395 8867 ATAU
Hjh Norliza di talian 019-758 4801.

Al-Bukhari meriwayatkan, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya.  Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga".

Mudah-mudahan kita terpilih menjadi tetamu Allah dan diampunkan segala dosa sebelum pertemuan dengan Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016

Kerajaan Umno BN mesti kekang Islam liberal

HARAKAHDAILY | .


MALAYSIA merupakan sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Sultan merupakan ketua pentadbir agama negeri masing-masing.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam merupakan penganut yang mempunyai sensitiviti tinggi terhadap agama. Isu halal haram dalam industri pemakananan, perbankan dan lain-lain antara bukti, betapa masyarakat kita dalam beberapa sudut mempunyai hati yang sentiasa mahu melindungi keluhuran Islam yang dianuti.

Dari sudut akidah dan ideologi, Islam jelas menolak pemikiran yang membelakangkan agama dalam kehidupan seharian. Sebagai hamba yang mengimani bahawa Islam diturunkan Allah sebagai syariat yang mengatur kehidupan , pastinya kita mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan.

Lajnah  Dakwah Dewan Muslimat Pas Malaysia  (LD DMPM) memandang serius usaha penyebaran Islam Liberal di Malaysia yang semakin berkembang namun tidak dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

LD DMPM mendesak JAKIM supaya bersikap proaktif dengan segera menjelaskan bahaya liberal kepada masyarakat awam, menggerakkan agen-agen penerangan JAKIM agar masyarakat terdidik dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Dalam masa yang sama, fatwa dan tindakan sewajarnya mesti dibincangkan di peringkat mufti serta wakil-wakil ulama se-Malaysia berkenaan terjemahan buku Mustafa Aykol yang telah dilancarkan pada 23 Januari 2016 baru-baru ini (Islam without Extremes: A Muslim case for Liberty).

Syariat dan perundangan Allah yang termaktub di dalam al-Quran merupakan panduan kepada setiap mukmin yang bertaqwa, yang mana ia merangkumi aspek kepercayaan (iman), ibadah (amal), akhlak (etika), tanpa terkecuali aspek kenegaraan dan perundangan.

Seorang yang dianggap sebagai ''Ilmuwan Islam" atau Islamic Scholar seperti Mustafa Aykol seharusnya berusaha agar syariat hukum hakam Allah berada di tingkat tertinggi dan berdaulat.

Dalam kenyataan beliau ketika majlis pelancaran bukunya itu, beliau menyebut bahawa, wanita-wanita yang tiba di Istanbul dari Saudi hanya mematuhi beberapa arahan Islam kerana Saudi menggazetkannya dalam kanun perundangan mereka. Apabila keluar dari kawasan tersebut, mereka tidak perlu menutup aurat kerana undang-undang negara lain tidak mewajibkan muslimah menutup aurat mengikut ajaran Islam.

LD DMPM melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan Malaysia yang cuai dalam tanggungjawab melindungi kedudukan Islam seperti yang dijamin perlembagaan Malaysia sendiri.

Sebarang usaha untuk menggugat kefahaman Islam oleh mana-mana pihak mesti diambil tindakan dan diselesaikan oleh kerajaan yg mempunyai autoriti penuh terhadap isu ini, tanpa menafikan keperluan pihak-pihak lain termasuk NGO dakwah, bersatu tenaga bagi menangani isu liberalisme yg semakin membarah di Malaysia ini.

LD  DMPM sendiri sudah menyusun program dakwah kepada masyarakat umum termasuk luar bandar dan segenap pelusuk negara.

LD DMPM menyeru kepada semua pihak berwajib agar mengambil berat terhadap perkara ini. Kami turut mengharapkan agar para pendakwah, asatizah serta khatib yang mengisi pengajian di surau dan masjid, memberi pencerahan kepada masyarakat tentang intipati Islam yg sebenar melalui kuliyah pengajian dan khutbah agar mereka tidak terpengaruh dengan agenda liberalis yang sentiasa mencari ruang untuk menyebarkan fahaman mereka.

Islam adalah agama yang lengkap sempurna, hukum perundangannya jelas dan paling baik untuk dilaksanakan. Yang kabur ialah akal dan mata hati manusia dalam cuba untuk menguruskan khilaf manusia dalam mengimplimentasi syariat Allah dalam kehidupan.

Perlu kita akui juga, kebebasan mutlak hanyalah hak Allah.

HAMIDAH DAUD
Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS MalaysiaHARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016

Tarik balik Pantai Kasih atau krisis moral lebih buruk

HARAKAHDAILY | .


LAJNAH Pendidikan, Dewan Muslimat PAS Malaysia (LAJPEN DMPM) memandang serius terhadap isu penggunaan teks sastera  atau novel komponen sastera (KOMSAS) dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 yang mengandungi unsur-unsur keterlaluan, berbaur lucah dan tidak mencerminkan nilai agama yang luhur mahupun peradaban bangsa yang cemerlang.

Setelah meneliti novel tersebut, kami berasa sangat hairan bagaimana semudah itu, panel penilai atau pemilih yang bertanggungjawab memilih novel KOMSAS di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh memilih dan berlapang dada untuk menyajikan novel ‘Pantai Kasih’ kepada para pelajar seolah-olah melupakan Falsafah Pendidikan Negara dan realiti masyarakat hari ini.

Ilmu sastera yang perlu difahami ialah satu bentuk ilmu yang berkait dengan pembangunan aspek-aspek kemanusiaan dan kerohanian.

Disiplin ilmu ini sepatutnya menjadi salah satu saluran yang penuh dimensi untuk para pelajar membangunkan emosi dan rohani sejajar dengan ajaran agama dan nilai budaya.

Ilmu sastera sepatutnya sarat dengan pengajaran, nasihat dan hikmah yang membangun intelektual, rohani dan emosi.

Hairan dan sungguh hairan, apakah sebenarnya yang menjadi kayu ukur pemilihan teks sastera sedia ada pada hari ini oleh pihak KPM?

Justeru, LAJPEN DMPM menegaskan beberapa cadangan penting atas kesedaran dan semangat  ‘wa tawasau bil haq wa tawasau bis-sobr’ (saling ingat mengingat berdasarkan kebenaran dan kesabaran).

Kami meminta KPM menarik balik penggunaan teks novel ‘Pantai Kasih’ dengan serta merta dan menyemak kembali semua teks sastera yang digunapakai oleh KPM di sekolah-sekolah.

Kami khuatir, ini hanyalah satu contoh yang dapat disedari oleh segelintir masyarakat yang peka sedangkan kemungkinan juga teks sastera yang lain ada sebahagian yang tidak berfungsi membangunkan anak-anak kita kepada cara hidup yang lebih baik.

Kami juga menggesa agar KPM mengambil tindakan yang tegas terhadap kecuaian yang berlaku kepada pihak yang terlibat dalam memilih teks sastera ini.

Proses pemilihan teks sastera sepatutnya bermula daripada penentuan syarat-syarat yang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara, bukan secara cuai dan tidak bertanggungjawab.

Kami juga mengharapkan kesungguhan semua pihak yang terlibat dalam sektor pendidikan agar melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab terhadap ummah ini.

Masyarakat kita sudah hampir larut dengan kerosakan akhlak dan gejala sosial, jenayah dan sebagainya.

Biarlah sektor pendidikan memainkan peranan terbaik untuk mengislah masyarakat kepada kehidupan yang diredhoi Allah.

LAJPEN DMPM juga menyanjung tinggi kepekaan ibu bapa yang dapat melihat kejanggalan dan kelemahan yang berlaku dalam proses pendidikan negara dan membuat teguran terbuka.

Kami percaya kepekaan itu pastinya datang daripada rasa tanggungjawab dan harapan yang menggunung tinggi untuk melihat anak-anak kita dibentuk menjadi anak-anak yang soleh dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

NURUL FAIZA MUSA
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/1/2016

Sumber HD - 120-1-2016

Dewan Muslimat seru sertai himpunan bantah TPPA



MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam himpunan aman membantah Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) pada 23 Januari nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata, kehadiran ahli PAS akan memberi isyarat bantahan secara aman dalam usaha menzahirkan kebimbangan masa depan generasi akan datang jika ia dilaksanakan.

"Saya mnyeru semua hadir berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu ini dengan berpakaian hijau Fastaqim sebagai bantahan kita.

"Tindakan pihak kerajaan dilihat giat menjalankan kempen penerangan berkenaan kebaikan dan manfaat TPPA kepada Malaysia menunjukan bahawa kerajaan telahpun mempunyai pendirian untuk bersetuju menandatangani perjanjian tersebut walaupun pelbagai pakar telah mengemukakan analisa bahawa TPPA ini banyak membawa kesan buruk berbanding manfaat," katanya.

Menurut beliau, tindakan tersebut bercanggah dengan Kaedah Fiqh Muwazanah iaitu kaedah pertimbangan dalam membuat keputusan apabila berhadapan dengan pilihan mendahulukan perkara baik yang tiada risiko berbanding perkara paling baik tetapi mempunyai risiko.

"Penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar berkenaan isu penjajahan negara tidak akan berlaku, dilihat bercanggah dengan Prinsip Islam di dalam bab Hukum Kedaulatan kerana salah satu peraturan yang diguna pakai di dalam TPPA adalah Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara - “Investor to State Dispute Settlement” (ISDC) yang mengatasi kuasa mahkamah Persekutuan Malaysia.

"Apakah peraturan konventional ISDC yang bersifat sekular itu mampu bertoleransi dengan kedaulatan negara Malaysia terutamanya hak-hak yang melibatkan sensitiviti agama rasmi Malaysia ini?" Katanya lagi.

Nuridah turut berkata, walaupun enam jenis pasaran eksport yang dinyatakan di halaman 31 dalam buku ringkasan TPPA Edisi Bahasa Melayu itu bukanlah sektor utama yang boleh menjamin keuntungan bagi Malaysia apatah lagi bagi memulihkan bebanan hutang negara yang semakin tinggi saban tahun.

Beliau yang turut menasihati agar semua peserta himpunan untuk membuat persedian mental dan fizikal lantaran keadaan negara ketika ini yang dilanda gejala cuaca el-nino, iaitu keadaan cuaca terlampau panas. – HARAKAHDAILY 19/1/2015

Sumber HD - 19-1-2016

Tabahlah Hasif, ummi dan abi telah berbahagia di syurga

http://www.pas.org.my/ | .




Dalam kesibukan jadual harian yang padat, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh telah dapat meluangkan masa hampir setengah jam untuk menziarahi Adik Hasif yang baru sahaja kehilangan ahli keluarganya dalam kejadian lemas di Terengganu.

Turut serta ialah Puan Kartini Ahmad, Setiausaha DMPM, Puan Norhafiza Fadhil dan Saudari Mardhiah Hayati Zolkeplai, Penolong-Penolong Setiausaha DMPM, Ustazah Tahirah Ahmad, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, Saudara Khidir mewakili NGO Muslim Care, Dr Adawiyah daripada Nusaibah serta pimpinan Muslimat dan Anggota Amal Kawasan.

Mereka yang hadir, turut berasa terharu apabila mendengar ibu saudara Hasif bercerita sepintas lalu bagaimana peristiwa tersebut berlaku di depan mata anak saudaranya itu.

Ibu saudara Hasif telah menyuarakan berkenaan hasrat allahyarham ayah Hasif yang sangat berhajat untuk melihat anaknya menjadi seorang jurutera hafiz yang berjaya.

Ustazah Nuridah sempat bertanya khabar kepada Adik Hasif sambil memberikan kata-kata perangsang supaya menjadi anak yang soleh di samping berjaya dalam bidang pelajaran.

Sebelum berlalu pergi, Ustazah Nuridah telah menyampaikan sumbangan kepada Adik Hasif sebagai tanda ingatan daripada pihak DMPM.

Sumber HD - 23-12-2015

Maulidur Rasul: Teladani Baginda dalam segenap aspek



HARAKAHDAILY | .


SEGALA puji dan puja bagi Allah SWT yang telah mengutuskan kekasih-Nya, Rasulullah SAW, sebagai pembela agama sepanjang zaman.

Insya-Allah, semoga kita terus berpegang teguh pada segala yang dibawa oleh  Baginda Rasulullah SAW

Firman Allah SWT

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzaab:21)

Kelahiran Rasulullah SAW bukanlah seperti lahirnya manusia lain ke dunia.

Ujian, cabaran dan liku yang Baginda tempuhi sepanjang hidup telah membuktikan Baginda insan yang selayaknya mendapat tempat istimewa di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, kelahiran Rasulullah SAW bertarikh 12 Rabiul Awwal ini perlu dihayati dan dimaknai bukan sahaja dengan gema selawat dan salam ke atas Baginda, namun adalah lebih penting lagi bagi kita untuk menteladani Baginda dalam segenap aspek.

Allah SWT telah merakam anugerah tertinggi buat Baginda sebagai suri teladan bagi seluruh umat manusia.

Sebagai pemimpin, Baginda memikul amanah sebagai seorang ketua negara yang mendaulatkan hukum Islam sehingga tertubuhnya negara Islam pertama di dunia.

Dan pada hari ini, Islam telah tersebar bukan semata-mata kerana susuk tubuh Baginda, tetapi perjuangan Baginda mendidik para sahabat dalam memahami dan mempraktikkan Islam sebagai gaya hidup yang syumul; merangkumi aspek politik, ekonomi, pendidikan, kekeluargaan dan pelbagai lagi.

Justeru, kalam Allah dan sabda Nabi haruslah diteliti, difahami dan dijadikan rujukan utama dalam kehidupan seharian.

Tidak cukup sekadar itu, kita perlu mensyukuri nikmat Islam ini dengan meyakini, hanya Islamlah satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat manusia daripada terbenam dalam noda kesesatan dan tipu daya dunia fantamorgana ini.

Menginsafi betapa runcingnya kemelut yang melanda umat Islam di Palestin, Syria, Afrika dan beberapa tempat lagi, mengingatkan kita kepada lembaran sirah perjuangan Baginda untuk mempertahankan Islam agar terus tertegak di bumi ini.

Sebagai iktibar dan ibrah untuk kita pada hari ini, usaha mendaulatkan Islam di negara ini khususnya dan di seluruh dunia amnya perlu dipertingkatkan dan dipergiat.

Dengan ini, Dewan Muslimat PAS menyeru agar semua umat Islam di Malaysia khususnya, agar menelusuri dan meneruskan perjuangan Baginda untuk memartabatkan Islam dengan mengaplikasi Islam dalam kehidupan terutamanya berakhlak dengan akhlak Islam.

Tak kenal tapi cinta.
Itulah cinta Baginda pada kita.

Bagaimana pula kita membalas cinta Baginda?
Ayuh, sambung perjuangan Baginda bersama!

Takbir!

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 23 Disember 2015 – HARAKAHDAILY 23/12/2015

Sumber HD - 23-12-2015

Wanita Saudi dibenar mengundi buat kali pertama



HARAKAHDAILY | .


Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah mengizinkan golongan wanita untuk mengundi buat kali pertama pada sesi pilihan raya kecil 12 Disember lepas.

Kerajaan Arab Saudi yang terkenal agak konservatif dengan undang-ndang yang ketat terhadap kaum wanita seperti larangan memandu, mengundi, etika berpakaian dan sebagainya kini dilihat tidak mengenepikan peranan wanita dalam isu politik.

Buat kali pertama juga, wanita dibenar menjadi calon dalam pilihan raya majlis tempatan, satu-satunya badan perundangan yang dipilih di negara itu.

Islam telah mengangkat martabat kaum wanita dan mengiktiraf keterlibatan mereka dalam membangun dan mentadbir negara.

Firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Al-Nisaa’: 1)

Sesungguhnya, Islam juga telah mengangkat kedudukan wanita sama seperti lelaki pada nilai insani mereka.

Justeru, Dewan Muslimat PAS menyeru agar semua wanita di Malaysia tidak memandang remeh kewajipan mengundi dan tanggungjawab mengambil perhatian terhadap isu semasa tempatan dan dunia.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
2 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 14 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 14/12/2015

Sumber HD - 14-12-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                               

G25: Akal mendahului ilmu dan wahyu

NURIDAH MOHD SALLEH | .


DEWAN Muslimat PAS Malaysia mengecam tindakan kumpulan bekas penjawat awam, G25
melalui jurucakapnya Datuk Noor Farida Ariffin yang mencadangkan penubuhan sebuah
jawatankuasa untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah termasuklah
hukuman khalwat dengan hujah akal. Malah, kumpulan itu turut mencadangkan pemansuhan
JAKIM.

Merujuk Mahkamah Rendah, Undang-undang Pentadbiran Ugama Islam Seksyen 154: Khalwat,
kesalahan kerana berkhalwat boleh didenda tidak melebihi RM3,000.00 atau tidak melebihi 2 tahun
penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalwat di rumah sama sekali bukanlah hak asasi manusia yang perlu dipertahankan.

Islam telah menggariskan undang-undang dan hukuman demi menjaga kehormatan dan maruah
manusia.

Perlakuan khalwat boleh mengundang zina, kelahiran anak luar nikah dan akhirnya mengancam
institusi keluarga dan masyarakat.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Isra' Ayat 32:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. 
dan suatu jalan yang buruk."

Tindakan kumpulan G25 ini bukan sahaja mengundang kekeliruan kepada masyarakat, malah
mencabar agama Islam itu sendiri dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara, seterusnya boleh
membawa kepada murtad.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia menggesa agar kumpulan ini menarik balik kenyataan
tersebut atau tindakan sewajarnya harus diambil kena telah menghina institusi perundangan negara
secara terang-terangan.

Dewan Muslimat PAS Malaysia bersedia membantu kumpulan G25 untuk mendapat penerangan
lanjut berkaitan khalwat menurut perspektif syariah dan perundangan negara pada bila-bila masa.

Dewan Muslimat PAS Malaysia turut mencadangkan agar umat Islam di Malaysia khususnya tidak
terpengaruh dengan ajaran liberalisme yang menggunakan hujah akal semata-mata mendahului ilmu
dan wahyu.

Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT adalah merupakan satu cara hidup.

Semua keperluan hidup manusia telah digariskn oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah
Baginda SAW.

Hanyalah dengan kembali kepada ketetapan Allah sahajalah hidup manusia akan tenang dan
sejahtera. – HARAKAHDAILY 9/12/2015

Penulis Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber HD - 9-12-2015                                                                          

E-rokok:Penawar atau Racun?

Berkata benarlah walaupun kebenaran itu amat pahit untuk didengari.

E rokok atau vape adalah rokok elektronik yang mula viral dan menjadi ikutan terutama di kalangan perokok tegar yang ingin menghentikan tabiat merokok.

Walaupun tidak ada kajian sahih yang mengesahkan hal ini,fakta dangkal ini dipegang oleh setiap penggemar vape bagi 'menghalalkan' tabiat baru mereka.
Malangnya,Vape bukan sahaja diminati oleh bekas perokok tegar malah ia mula menular di kalangan remaja sekolah dan wanita muslim yang tanpa segan silu menunjukkan kepakaran mereka menikmati vape.Malah pesta vape atau VapeFest telah berjaya dianjurkan.
Benar, bahan berbahaya di dalam vape itu kurang berbanding rokok.Benar juga apabila dikatakan asap atau wap yang dihasilkan tidak berbau seperti asap rokok.Lalu,apa yang bahayanya tentang e rokok ini sehingga menarik perhatian pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, para doktor yang tampil memberi pandangan dan Menteri Kabinet itu sendiri.

Cecair vape terdiri dari 4 bahan utama iaitu:
1. Propylene glicol (digunakan sebagai pelarut atau pewarna dalam pembuatan makanan seperti kek)
2.Vegetable glycerine (digunakan sebagai pemanis di dalam makan,ubat ubatan & bahan kosmetik)
3. Perasa(menambahkan kenikmatan pengguna)
4.Nikotin (ubat perangsang semulajadi yang jika diambil berlebihan boleh menikmatkan tekanan darah dan jantung).
Jika dibandingkan, sememamngnya bahan-bahan ini kurang mudarat berbanding rokok biasa.Jadi,mengapa ia menjadi perdebatan?

Bahayanya vape ini terletak kepada kandungan nikotin di dalamnya.Jumlah kepekatan nikotin adalah berbeza-beza.Ada yang hanya berkepekatan rendah iaitu sekita 6-8mg untuk setiap 1mL cecair, ada yang berkepekatan tinggi iaitu 16-18mg bagi setiap 1mL dan ada yang berkepekatan ekstra tinggi iaitu sekitar 24-36 mg untuk setiap 1mL cecair. Namun, kenyataannya dengan hanya mengambil 60mg nikotin boleh membawa maut kepada seorang dewasa yang bukan perokok. 120mg nikotin pula boleh membunuh seorang perokok dewasa.

Pada 2009,Jabatan Kesihatan Kanada telah mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan penggunan e rokok ini.Malah,Singapura telah mengharamkan penjualan dan pembelian e rokok ini.

Tindakan pantas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan e rokok ini amat bertepatam dan berdasarkan 3 faktor utama iaitu ia membahayakan kesihatan, membazir wang dan memudaratkan diri. Meletakkan keutamaan menangani isu ini bagi kemaslahatan ummah amat penting walaupun terpaksa menghadapi kecaman pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Fatwa ini.Walaupun Kabinet membuat keputusan untuk tidak mengharamkan Vape,namun Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah bijak dengan menguatkuasakan penjualan cecair nikotin di bawah Akta Racun 1952,Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 di mana penjualan cecair ini hanya boleh dibuat oleh ahli farmasi dan pengamal perubatan berdaftar sahaja.Semoga dengan langkah ini,kemudaratan akibat penggunaan nikotin secara berleluasa dapat dikurangkan.

Bagi pihak DMPM,isu ini amat serius untuk diambil peduli oleh komuniti. Tindakan tegas bagi menghalang penularan aktiviti tidak sihat dengan menghisap Vape,shisha mahupun rokok amat penting kerana dengan dasar langit terbuka yang dipraktikkan di hampir serata dunia memudahkan akses kepada pembelian bahan memudaratkan ini kepada remaja malah kanak-kanak juga.Tidak ada satu jaminan bahawa pembelian e rokok ini dapat dihalang dari dibeli oleh golongan muda. Malah akibat kekurangan maklumat berkaitan cecair dan penggunaan Vape ini akan mendedahkan pembeli yang naif akan mudah ditipu oleh pihak penjual yang hanya memikirkan keuntungan dan mengenepikan soal integriti dalam berjual beli.

Malah, pelajar sekolah bebas membeli Vape ini akibat harganya yang lebih murah serendah RM50. Guru dan ibu bapa juga sukar mengenalpasti kegiatan ini berlaku di kalangan anak dan pelajar mereka kerana baunya tidak sekuat bau asap rokok. Malah terdapat Vape yang mana reka bentuknya dicipta seperti bentuk sebatang pen.Jika sekilas pandang,agak sukar mengenalpasti antara Vape dan sebatang pen biasa.

Suara seorang menteri Kabinet yang berlagu mempertahankan industri baru ini amat dikesali. Dengan hanya memandang keuntungan dari aspek perniagaan sahaja memperlihatkan kurang kajian dan penyelidikan mendalam beliau terhadap seriusnya hal yang sedang berlaku ini. Keuntungan perniagaan hari ini mungkin menyumbang kepada kerugian jiwa anak bangsa satu hari nanti. Ketika itu,penyelesaian dan langkah pencegahan adalah satu amalan yang tidak ada maknanya.
Tepuk dada tanyalah iman.

Wan Hasrina bt Wan Hassan
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)

Sumber PP - 30-11-2015

Hakikat Hijrah; Tinta Ringkas Tarbawi


(وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ * يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ)
[Surat Al-Baqara 207 – 208]

٢.٧- Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

٢.٨- Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

1. Ayat 207 diturunkan berkaitan dengan peristiwa hijrahnya Suhaib bin Sinan al-Rumi dan juga para muhajirin yang meninggalkan kesenangan dan harta perniagaannya di Mekah semata-mata untuk berhirah ke Madinah demi keredhaan Allah.

2.Ayat 208 pula diturunkan bersempena sikap ahli kitab yang masuk Islam tetapi masih mahu merujuk kepada kitab agama mereka sedangkan al-Qur’an sudah memadai untuk menjadi panduan hidup muslim.

3. Hijrah yang dituntut adalah semata-mata untuk mengaplikasikan Islam yang kaffah (menyeluruh), Islam sebagai addin (cara hidup), tidak terpisah-pisah dalam seluruh aspek kehidupan dan meninggal apa jua ajaran dan fahaman lain selain Islam.

4. Inilah sifat terpuji golongan yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, menjual dirinya kepada Allah – berkorban- demi menegakkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
5. Para muhajirin didikan RasululLah saw. adalah suri teladan terbaik kepada ummah bagi merealisasikan hijrah yang diabadikan di dalam sirah yang suci.

[Nukilan ringkasan maksud dan mafhum daripada kitab tafsir Ibn Kathir, Dr UsWah, LTP DMPM. 5 Muharram 18 Okt 2015] 

Sumber BO - 18-10-2015

Perutusan Maal Hijrah 1437 Dewan Muslimat PAS Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-Nya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan jangan-lah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Qs. Al-Kahfi: 28).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani?Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda. 



Pertama dan selamanya marilah kita mengangkat setinggi - tinggi kesyukuran kepada Maha Pencipta, sekalian alam, Maha Pemberi Nikmat, yg melimpahkan Rahmat serta menaburkankasih sayangNya, kerana kita masih diberi peluang sekali lagi untuk menikmati nafas baru bagi tahun baru Islam 1437H
Landskap bumi Malaysia dilimpahi dengan pelbagai kisah sepanjang tahun ini. Fenomena jerebu, isu 1MDB, TPPA, kes penculikan kanak-kanak, kemalangan, gejala rasuah yang makin menjadi, dan berbagai lagi isu-isu yang berlaku saban hari.

Begitu juga perihal yang berlaku di negara-negara Islam seperti di bumi Palestin, Syria, Jordan yang telah meragut ramai nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa. Semoga Allah terus berikan kekuatan dan ketabahan serta permudahkan segala urusan saudara-saudara seagama dengan kita.

Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, sempena maal hijrah bersama menghayati dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

Ayuh! Berhijrahlah dalam semua bidang di dalam kehidupan, sama ada bidang ekonomi, politik, teknologi dan sebagainya, maka selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (QS. Huud : 112)

Akhir kalam sebagai titipan untuk direnungi,

Pesan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

“Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampau bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya”

Terus Istiqamah Hingga Kemenangan!


Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Muharram 1437 H | 14 Oktober 2015

Sumber PP - 14-10-2015

Jelas 6.0 Terangkan Dasar Istiqamah Hingga Kemenangan

Oleh : NHA

KUALA TERENGGANU – Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia (LPHMDMPM) dalam siri Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS 6.0) di sini telah berjaya mengumpulkan kehadiran muslimat seramai 400 orang petugas teras.

Menurut Ketuanya, Ustazah Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, antara objektif Jelajah ini adalah bagi mengukuhkan saf kepimpinan Dewan Muslimat di semua peringkat dengan temanya ‘Memantapkan Ukhuwwah, Merakyatkan Perjuangan’.



“Kita mahu semarakkan lagi semangat perjuangan bagi diri para muslimat dalam mendepani cabaran semasa yang begitu mencabar”

“Selain untuk mengoptimakan tenaga muslimat di dalam organisasi, kita mahu mencapai mekanisma penyampaian maklumat yang selaras di peringkat pimpinan hingga pengundi, “ucap Wan Hasrina di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai.

Dalam pada itu, program JELAS yang diambil sempena nama Saidatina Khadijah ini bagi mengambil pengajaran pengorbanannya di dalam perkembangan sejarah awal Islam.

Menurutnya, jasa Saidatina Khadijah membantu dakwah Rasulullah, selain menginfakkan tenaga dan seluruh hartanya bagi membantu kemenangan Islam.

Program separuh hari itu juga turut melancarkan Kempen SAHABAT PAS (ALL 4 ONE) yang dirasmikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Hajjah Nuridah Salleh. Pada masa yang sama, sesi bergambar khas mempromosikan akhbar rasmi PAS (Harakah) bersama para pimpinan dan peserta.

Wacana Saidatina Khadijah merupakan slot terakhir JELAS 6.0 dengan menampilkan 3 orang panel khas iaitu Ketua dan pimpinan DMPM.



Sehubungan itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin menzahirkan rasa syukur diatas sambutan hangat dari kawasan.

Dengan itu, beliau berkata, maklumat terkini yang sahih dari sumbernya, dapat disebarkan dengan cepat dan penjelasan diberikan dengan tepat kepada kepada orang ramai di kawasan masing-masing.
“Hasil penjelasan dapat mengukuhkan kefahaman para muslimat tentang dasar perjuangan PAS dan memupuk semangat juang untuk terus istiqomah hingga kemenangan,

“Program JELAS ini adalah salah satu agenda Muslimat pusat untuk menyatukan fikrah pemimpin dan ahli-ahli,”ujarnya.

Program tersebut juga, kata beliau, dapat mengatur gerakerja penerangan sehingga ke peringkat cawagan-cawangan bagi menghadapi gelombang pilihan raya umum kali ke-14 (PRU 14) alan datang

Sumber BO - 1-9-2015


Pimpinan Harapan Baru perlu belajar daripada sejarah sebelum terlambat - Nuridah
Posted on Sunday, July 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin kanan PAS yang terbabit dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru dinasihatkan belajar daripada sejarah yang menyaksikan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh berkata perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baru kerana sejarah telah membuktikannya.


"Masa akan datang ustazah tak pasti tapi kalau kita melihat kepada sejarah yang lampau yang pernah berlaku di mana pimpinan yang tidak berpuashati telah menubuhkan parti baru.


"Tapi setakat ini yang kita lihat parti mereka sudah tidak berfungsi," katanya kepada Antarapos.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baru menerusi Gerakan Harapan Baru yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang. 


Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baru itu pada Isnin lalu. 


Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.


Nuridah menyifatkan penubuhan parti baru untuk menggantikan PAS adalah tidak perlu kerana matlamat Gerakan Harapan Baru telah diperjuangkan parti Islam itu sejak sekian lama.


"Jadi wallallahualam kalau kita tidak mahu belajar dari sejarah kerana ustazah pun bukan ahli nujum tapi sebenarnya apa yang mereka nak perjuangkan semuanya dah ada dalam PAS.


"Pada ustazah tidak perlu sebenarnya (tubuhkan parti baru), kita perkemaskan sahaja PAS ini dan kita sabar dengan apa yang berlaku," katanya.


Justeru beliau menggesa anggota PAS di semua peringkat agar sentiasa istiqamah kepada parti dan bersabar menghadapi kemelut yang berlaku.  


"Macam yang ustazah kata sebelum inilah walau apa pun yang kita tak suka atau tak puashati tapi bila kita memikirkan di situ ada campurtangan takdir Allah mungkin benda yang tak baik itu ada hikmahnya.


"Jadi kita bersabar menghadapi ujian-ujian itu, insya-Allah mudah-mudahan akan adalah sinar nanti di hadapan," katanya. - AntaraPOS
Sumber TKO - 19-7-2015

Langkah efektif perkasakan Lajnah Penerangan DMPP

Lajnah Penerangan dan Hubungan Media merupakan tulang belakang kepada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sesuai dengan peranannya sebagai penggerak dan pencetus informasi kepada pihak luar. Bukan sahaja menjadi penggerak di peringkat nasional, malah berhasrat mengangkat DMPM hingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi tujuan tersebut, Ketua Penerangan DMPM, Wan Hasrina Wan Hassan telah meletakkan indeks pencapaian bagi lajnah yang dipengerusikannya dengan beberapa langkah awal setelah kabinet baru sesi 2015-2017 dibentuk.

Umum ternanti-nanti di manakah suara DMPM dalam pelbagai isu membabitkan negara dan di sinilah cabaran dan usaha berterusan yang digerakkan Wan Hasrina bersama pasukan penerangannya, bagi memastikan DMPM tidak ketinggalan dalam menyampaikan pandangan mengenainya.

“Ketika ini pelbagai isu melanda negara yang timbul yang perlu diambil tindakan segera oleh kita. DMPM perlu menunjukkan sikap kita sebagai satu organisasi yang besar, sebagai sayap kepada perjuangan PAS dalam berhadapan dengan isu-isu ini,” kata beliau dalam pertemuan bersama editorial Harakah, 29 Jun lalu.

Antara langkah awal yang digerakkan lajnah itu adalah menganjurkan permukiman atau retreat bagi melihat kembali peranan serta menganalisis segala input-input berkaitan dengan usaha membentuk imej DMPM ke persada nasional dan juga antarabangsa.

Beliau mengambil langkah awal dengan membawa mesej ketua dalam ucapan ketua, yang mana ucapan Ketua DMPM di muktamar sebelum ini dibawa dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan di setiap kawasan-kawasan hingga ke setiap cawangan.

Biarpun ucapan di muktamar itu disampaikan mantan Ketua DMPM, Siti Zailah Mohd Yusof, pengisian dan mesej ucapan itu yang perlu diambil bagi menterjemahkannya agar ia tidak sekadar terhenti ketika di dewan muktamar semata-mata.

Justeru, bagi tujuan tersebut, lajnah itu kini sedang giat merangka program Munaqasah Ucapan Dasar DMPM atau lebih dikenali dengan Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS).

Menurut Wan Hasrina, pengenalan kepada istilah-istilah baru itu sebagai usaha menarik ahli agar turut bersama-sama mengupas mesej-mesej yang terkandung di dalam ucapan tersebut.

Program JELAS itu akan bermula di Kelantan pada 7 Ogos ini dengan nama JELAS 1.0, dan seterusnya hingga JELAS 14.0 iaitu negeri terakhir, Sarawak.

“Kita bermula dengan JELAS 1.0 di Kelantan. Kemudiannya akan ada JELAS 2.0, JELAS 3.0 yang mewakili setiap negeri yang dijelajah DMPM. Sehinggalah JELAS 14.0 yang merupakan negeri terakhir jelajah ini iaitu Sarawak,” kata beliau.

Dalam pada itu, usai program JELAS dijayakan, satu lagi program konvensyen penerangan DMPM akan diadakan yang mensasarkan ketua penerangan negeri-negeri bersama kumpulan penerangan mereka, dan juga ketua-ketua kawasan.

Konvensyen Penerangan DMPM itu atau dinamakan sebagai CONFIRM bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada ketua penerangan negeri dan kawasan dijalankan dengan kelainan berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, kepimpinan DMPM hanya memanggil ketua-ketua di peringkat kawasan, yang kemudiannya akan menyampaikan ke peringkat cawangan-cawangan.

Namun, pendekatan baru yang dilakukan lajnah itu ialah terus membawa maklumat kepada kawasan dan cawangan secara “first hand” bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan sekiranya sesuatu maklumat itu disampaikan secara “second hand”.

CONFIRM itu bertujuan memastikan seramai mungkin muslimat berkebolehan mengupas isu-isu semasa dengan dipenuhi dengan hujah-hujah dan fakta, bagi mengelakkan hanya figura-figura tertentu sahaja yang dibawa ke hadapan.

“Kita mahu melahirkan muslimat yang berkebolehan mengupas, merungkai isu-isu semasa sebagaimana mantan Ketua Penerangan PAS Pusat dahulu, Dato’ Mahfuz Omar. Justeru, sasaran CONFIRM ini adalah ketua-ketua penerangan negeri dan kawasan-kawasan yang akan diadakan pada 3 Oktober selepas program JELAS selesai. Selepas JELAS, sudah tentu kena CONFIRM,” tegas Wan Hasrina.

Biarpun program-program berbentuk dalaman begitu banyak dirangka, DMPM tidak ketinggalan memberikan fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Bersekali dengan program Sentuhan Kasih Ramadan, Wan Hasrina bakal ke Sarawak bagi memulakan pertemuan dengan lajnah penerangan di peringkat kawasan-kawasan bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai sosio-budaya, agama, kaum, bangsa, dan isu setempat yang berlegar di negeri tersebut.

Berdasarkan maklumat-maklumat yang diterima itu, DMPM akan membawa semula dan menyusun serta memberikan maklumat tersebut kepada setiap penerangan negeri di Semenanjung yang merupakan pembantu di PRN kelak.

“Justeru, kita mahu jentera penerangan negeri benar-benar memahami segala perkara berkaitan Sarawak bagi mengelakkan berlakunya salah faham. Kita tidak mahu jentera parti ke sana, orang sana tidak boleh adapt, ditambah dengan kita menyentuh sensitiviti mereka yang hanya akan menjauhkan lagi mereka dengan PAS,” jelas Wan Hasrina.

“Pengenalan kepada istilah-istilah baru sebagai usaha menarik ahli agar turut bersama-sama mengupas mesej-mesej yang terkandung di dalam ucapan Ketua DMPM.” – Wan Hasrina Wan Hassan

Sumber PP - 7-7-2015

Lajnah Pemerkasaan DMPM Hebat Menongkah Arus

Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merupakan salah satu lajnah amat penting bagi membawa DMPM terus maju ke hadapan. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu sememangnya berat, namun dengan pelbagai langkah berkesan yang telah disusun, amanah tersebut diyakini mampu dilaksanakan sebaik mungkin seperti yang diharapkan kesemua ahli PAS.

Ikuti temubual Wartawan Kanan Harakah, ANIS NAZRI bersama Pengerusi Lajnah itu yang juga Timbalan Ketua DMPM dalam kunjungannya ke Pejabat Editorial Harakah pada 29 Jun lalu. Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH.

HARAKAH: Selain sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr juga merupakan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti. Bolehkah Dr nyatakan pendekatan terbaik yang bakal dilakukan dalam usaha mendekatkan kembali ukhuwah ahli-ahli parti yang kelihatan agak ‘bergelora’ ketika ini?

DR ROSNI ADAM: Ya, bagi tujuan tersebut kita berusaha untuk turun ke kawasan-kawasan bagi mengadakan pertemuan dan perbincangan. Dalam pertemuan itu kita bersoaljawab dan menerangkan apa sahaja yang dipersoalkan mereka. Sebenarnya mereka lebih suka apabila dapat mendengar penjelasan daripada kita sendiri. Setakat ini, dengan mengadakan pertemuan sebegini, ia mampu memantapkan semula DMPM. Insya-Allah.

HARAKAH: Bagaimana pendekatan DMPM dalam usaha engagement dengan NGO?

DR ROSNI ADAM: Kita akan engage dengan mana-mana NGO yang memang dari kalangan kita sendiri. Kita akan melakukannya secara berperingkat. Kita tidak bolehlah engaged terus dengan Sisters In Islam (SIS), contohnya.

Kita boleh bermula dengan Nisa’ yang boleh dikatakan laju gerak kerja mereka. Ameerah juga. Sekarang, Nisa’ ini sudah mula bergerak ke kawasan-kawasan apabila mereka membuat jaringan dengan Muslim Care. Kami masih belum sempat turun negeri, tapi Nisa’ sudah mula. Begitu juga Ameerah dan Bridged Muslimat.

Dalam pada itu, ada empat sektor yang saya fikirkan bagi lajnah ini untuk membawa muslimat ini ke arah mana. Kita akan mengadakan engagement dengan NGO-NGO dan selepas itu akan menyerahkan tugas tersebut kepada lajnah-lajnah tertentu.

Sektor pertama yang akan saya berikan perhatian ialah organisasi dan pentadbiran yang terletak di bawah setiausaha, yang kedua sektor perhubungan awam, dan kemudiannya sektor perancangan strategik dan inovasi dan juga sektor kursus dan latihan.

Keempat-empat sektor ini bukan setakat pelan tindakan DMPM, tapi KPI kena dilihat sama ada tercapai atau tidak. Sektor kursus dan latihan ini perlu bagi tujuan memperkasakan pemimpin dan juga ahli-ahli, organisasi, dan boleh juga saya sebutkan memperkasakan ekonomi.

HARAKAH: Ada pihak yang menganggap barisan kepimpinan baru lebih dikuasai golongan agamawan yang mungkin menyukarkan usaha memperkasakan parti atau mengangkat nama DMPM dengan sektor-sektor utama yang Dr sebutkan tadi.

DR ROSNI ADAM: Kabinet DMPM ini yang menariknya ia seimbang di antara para alimat, profesional dan aktivis. Di kalangan profesional, kami ada dua doktor perubatan, dua doktor pergigian, dan dua doktor PhD, yang masing-masing mempunyai kemahiran dalam bidang- bidang tertentu seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Apabila kepimpinan baru naik, ada persepsi DMPM kurang YB (Yang Berhormat). Kita anggap itu sebagai cabaran. Sebenarnya dalam DMPM ada ramai lagi yang berpotensi untuk dibawa ke hadapan. Sebab itu kita mahu menumpukan kepada sektor kursus dan latihan bagi melahirkan lebih ramai muslimat bagi berhadapan dengan isu semasa.

Alhamdulillah, pada mesyuarat pertama sebelum ini, kita lihat ramai di kalangan muslimat yang berlumba-lumba memberikan cadangan dan pandangan, selain sudah mengatur perancangan bagi lajnah yang diwakili mereka.

Kita berusaha untuk menumpukan perhatian kepada lajnah-lajnah seperti Lajnah Perpaduan Nasional yang berada di bawah Dr Najihatussolehah. Kita hendak membantu memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Begitu juga dengan Lajnah Antarabangsa yang dahulunya hanya ada di peringkat pusat. Tetapi kali ini kita adakan di peringkat DMPM sendiri.

HARAKAH: Tidakkah tanggapan-tanggapan negatif daripada sesetengah pihak melemahkan DMPM atau ia lebih menyemarakkan lagi usaha untuk mengangkat DMPM?

DR ROSNI ADAM: Saya melihat perkara itu dari sudut positif. Saya rasa ada bagus juga apabila orang meletakkan persepsi negatif. Jangan orang meletakkan high expectation, kerana bila letak high expectation kita susah. Tetapi apabila letak low expectation kita akan lebih bebas. Saya yakin dengan kombinasi kabinet yang ada ini, ia boleh melonjakkan DMPM.

Tugas saya adalah antara yang saya corncern dari segi corporate image. Imej organisasi ini, antaranya saya mahu jika ada peluang wawancara dengan pihak antarabangsa seperti sebelum ini, yang menemuramah Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Salleh, kita mempunyai keupayaan dan kemahiran untuk terjemahan. Macam hari ini, saya suka lihat wakil English Section Harakah yang turut serta.

HARAKAH: Dalam berhadapan dengan pelbagai isu membabitkan wanita dan keluarga seperti penderaan, penceraian, bagaimana DMPM dapat sama-sama membantu agar perkara itu dapat dibendung?

DR ROSNI ADAM: Dalam DMPM kali ini, kami ada Lajnah Pembangunan Keluarga di bawah YB Aishah Ghazali. Kita sebagai wanita yang mempunyai naluri kewanitaan, keibuan, kita kena ada lajnah sebegini. Di peringkat pusat tidak ada.

Insya-Allah, dalam isu sedemikian, kita berusaha untuk melatih ahli menjadi kaunselor kerana masalah penderaan ini, penceraian ini ada kaitan dengan penyakit rohani.

Bagi saya, semua itu memerlukan rawatan seperti rawatan syifa’. Itu yang kita mahu latih muslimat yang berada dalam medical team yang diletakkan di bawah Lajnah Kebajikan. Dalam AJK DMPM sendiri ada beberapa pemimpin yang sedang mempelajari bidang syifa’ ini dengan Darul Syifa’, termasuk Ustazah Nuridah sendiri.

Dalam masa sama, kita minta juga daripada Dato’ Dr Haron Din satu modul bernama Spiritual Healing sebagai panduan kepada ahli.

HARAKAH: Adakah DMPM akan meneruskan jaringan bersama Kementerian Pembangunan Wanita dengan adanya Lajnah Pembangunan Keluarga DMPM ini?

DR ROSNI ADAM: Dahulu kita pernah berjumpa dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, yang ketika itu saya sendiri berada di dalam Nisa’. Kita sangat attach dengan sayap wanita mereka dan insya-Allah ia boleh diteruskan

Sumber PP - 7-7-2015

Minyak naik: Bukti kerajaan tidak serius bela rakyat

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menaikkan lagi harga petrol RON95 dan RON97 membuktikan bahawa kerajaan tidak serius untuk membela nasib rakyat apatah lagi untuk mengambil langkah konstruktif mengurangkan beban rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Wan Hasrina Wan Hassan berkata,  rakyat Malaysia terpaksa mengharungi siri kenaikan harga minyak sebanyak 4 kali dalam tempoh 6 bulan terakhir  bermula 1 Januari hingga 1 Julai 2015 dan keadaan ini sudah tentu menambahkan kerisauan rakyat dengan gejala kenaikan harga minyak.

"Bak kata pepatah melayu sudah jatuh ditimpa tangga. Harga ini termasuk dengan pengiraan GST. Harapan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya tinggal harapan sahaja. Padahal harga minyak dunia mengalami kemerosotan sejak 10 jun lalu. Carta Aliran Crude Oil Brent menunjukkan kadar menurun sepanjang bulan Jun 2015.

"Selepas 1 April dengan pelaksanaan GST ditambah lagi beban kenaikan harga minyak ini menjadikan harga barangan keperluan semakin naik tanpa mekanisma yang terbaik untuk mengawal harga. Ini akan menambahkan bebanan rakyat khususnya masyarakat Islam yang akan menyambut Aidilfitri dua minggu lagi," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, katanya, sikap boros dan kurang cermat kerajaan BN dalam menguruskan khazanah negara melalui kegiatan pelaburan yang meragukan diburukkan lagi dengan banyak projek yang gagal menyebabkan iklim ekonomi negara amat goyah dengan beban hutang yang semakin tidak terkawal.

"Kita bimbang dengan situasi sebegini, kerajaan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga minyak lantaran sudah tidak mampu lagi memberi perkhidmatan yang baik dalam membela nasib rakyat," tambahnya.

Justeru katannya, sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia melihat kembali dan mencari pendekatan baru melalui sistem pengurusan ekonomi Islam yang lebih stabil.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, kita yakin rakyat akan menzahirkan kemarahannya dalam demonstrasi," katanya. 

Sumber PP - 2-7-2015

Kepimpinan Dewan Muslimat Yang Seimbang

Oleh : Wan Hasrina Wan Hassan

Barisan kepimpinan DMPP sesi 2015/17 yang telah pun diumumkan menampilkan kepelbagaian latar belakang pendidikan & profesion. Di antara dua puluh lima orang aktivis muslimat yang telah dipilih :
a. 27% adalah dari Asatizah (agamawan)
b. 33% adalah dikalangan professional (doktor falsafah, doktor perubatan & pengamal undang-undang)
c. 40% dari separa professional yang merupakan aktivis parti

02. Gandingan kepimpinan yang seimbang ini diharapkan dapat membawa DMPP ke arah masa depan politik yang lebih mencabar dan inklusif.

03. DMPP juga menonjolkan pakar motivasi dan empat muka baru Dr Wahibah menumpukan aspek tarbiyyah, Dr Wan Maseri mengendalikan bidang penyelidikan dan pembangunan, Dr Hani Ali bertanggungjawab bidang pengurusan IT sementara Dr Azimah bidang undang-undang dan perundangan Islam di mana mereka ini adalah merupakan doktor falsafah.



04. Gandingan lima orang doktor perubatan diharapkan dapat memberi khidmat dari sudut kesihatan, keluarga dan kemasyarakatan.

05. Lapan orang wanita muda akan memberi platform yang baik kepada golongan remaja untuk berpatisipasi sesuai dengan citarasa jiwa remaja.

06. DMPP akan meneruskan usaha-usaha mengarusperdanakan gerakan muslimat dalam menangani semua aspek yang melibatkan wanita terutama institusi keluarga, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan ekonomi.

07. Kabinet kali ini juga mempunyai keseimbangan peringkat umur di mana:
a. 33% adalah berumur 26 -39 tahun
b. 30% berumur 40-49 tahun
c. 37% berumur 50 tahun ke atas

08. Gandingan kepimpinan dari pelbagai latarbelakang dan peringkat umur ini meletakkan DMPP sebagai wadah yang menghubungkan PAS dengan semua peringkat generasi terutama yang muda remaja seperti Gen-3, Gen-X dan Gen-Y.

09. DMPP melahirkan perasaan dukacita terhadap satu berita yang tidak bertanggungjawab dalam The Malaysian Insider (TMI) 30 Jun 2015 yang bertajuk “Wanita PAS “Buang” Golongan Progresif…”.

10. Berita ini tidak benar sama sekali. DMPP bersifat terbuka dengan menawarkan mantan ketua DMPM, YB Siti Zailah untuk bersama-sama kepimpinan baru dan menggerakkan DMPP menuju mercu.

11. Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha gigih dengan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang kepimpinan YB Kak Lah.

12. Semoga Allah SWT menilai dan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya sebagai bekalan menuju akhirat.

****Ustazah Wan Hasrina Bt Wan Hassan ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor

14 Ramadhan, 1436H/ 01 Julai, 2015


Sumber BO - 1-7-2015

Teruskan Perjuangan Ini!

MARANG – Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh berkata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mendasari perlembagaan parti merujuk kepada al-Quran dan Hadis merupakan kesinambungan kepada perjuangan Islam.

Beliau menyeru kepada ahli dan pendokong PAS agar menyayangi parti Islam kerana katanya, berada dalam saf perjuangan Islam merupakan satu amanah dan bukan pilihan semata-mata.

“Kita sayang kepada parti Islam, kita sayangkan perjuangan PAS. Kita tahu yang kita bersama dengan PAS ini untuk mempastikan Islam itu dijulang. Islam itu berada di puncak kegemilangan.

“Kita (PAS) adalah ‘mata rantai’ kepada perjuangan Islam yang merupakan satu amanah dan bukan pilihan kepada kita untuk berada dalam PAS ini,” tegasnya ketika berucap pada Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang, 16 Jun.



Menurutnya, sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah SWT mesti meneruskan perjuangan tersebut meski pun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Malah, kata beliau yang baharu menerajui Dewan Muslimat PAS Pusat bahawa perjuangan Islam mesti digalas dengan amanah, sabar serta bertanggungjawab kepada Allah SWT.

“Kita mesti meneruskan perjuangan ini walau pun terpaksa hadapi pelbagai cabaran dan rintangannya. Perjuangan ini mesti digalas dengan penuh amanah, kesabaran dan bertanggungjawab kepada Allah SWT.

“Kehidupaan ini hanya sementara dan perintah Allah supaya menegakkan perjuangan Islam mesti diteruskan walau pun apa halangannya.

“Yakinlah dengan janji-janji Allah dan RasulNya, Islam pasti akan menang. Saya seru kepada semua ahli dan kepimpinan parti (PAS) termasuk DHPP yang berada dalam PAS ini untuk meneruskan perjuangan Islam,” ujarnya.

Menurut Ustazah Nuridah, Muslimat PAS sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi cabaran tersebut demi kemenangan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Sumber BO - 18-6-2015

Tahniah buat gimnas Farah Ann tapi pakaian...



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan jutaan tahniah buat atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi kerana berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan Sea di Singapura baru-baru ini.

Ketua Penerangan DMPM, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, pihaknya turut berbangga kerana Farah Ann mampu mengharumkan nama Malaysia di persada sukan gimnastik Asia.

Berkenaan isu pemakaian yang hangat diperkatakan baru-baru ini di media sosial, katanya DMPM berpendapat bahawa isu pemakaian ahli gimnastik atau ahli sukan lain bukanlah suatu perkara baru.

"Walau bagaimanapun, cara pemakaian ini perlulah dipandang serius kerana ia melibatkan aurat muslim tidak kira kaum perempuan mahupun lelaki," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, jelas beliau sejajar dengan seruan Allah dalam surah Al-Ahzab: 59 yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal yang dengannya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Menurutnya, Islam tidak menolak aktiviti sukan bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesihatan yang baik kepada umatnya.

Islam juga, kata beliau meraikan bakat dan potensi seseorang serta mengiktiraf kebolehan dan kehebatan wanita tetapi semua kurniaan Allah mesti digarap dalam ruang lingkup syariat,halal dan haram demi menjaga maruah wanita Islam.

Oleh itu, ujar beliau DMPM menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Jakim perlu menyediakan etika pemakaian menurut Islam untuk para atlet lelaki dan wanita.

"Dengan ini dapat mengharumkan lagi nama Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana yang dipertegaskan selama ini.

"Dengan penguatkuasaan etika pemakaian ini, ajaran lslam dapat dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/6/2015

Sumber HD - 16-6-2015

Saf Kepimpinan Muslimat PAS Sesi 2015-2017

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas limpah dan kurnianya, Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menyempurnakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama untuk Sesi 2015-2017 pada 19 Sya’aban 1436 bersamaan 9 Jun 2015 yang lalu.

Saf Kepimpinan DMPM yang telah diputuskan buat masa ini adalah seperti berikut :

Ketua
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Timbalan Ketua
DR. ROSNI ADAM

Naib Ketua
PUAN SALAMIAH MOHD NOR

Setiausaha
PUAN KARTINI AHMAD

Bendahari
DR. CHE FARIDAH ISMAIL

Ketua Penerangan
USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN

Pengarah Pilihanraya
PUAN NORAINI HUSSIN

Sehubungan dengan itu, kami juga telah membuat beberapa perlantikan lain yang akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Dalam jangkamasa terdekat ini, DMPM akan melakukan lawatan kerja ke Sabah untuk meninjau secara dekat, keadaan gempa bumi yang berlaku baru-baru ini serta beberapa siri program lain di dalam bulan Ramadhan.

Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saf Kepimpinan DMPM yang lepas, Allah SWT jua lah sebaik-baik pemberi balasan.

Akhirnya, kami memohon kekuatan daripada Allah SWT untuk menjalankan amanah dan kepercayaan daripada ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk memasuki madrasah Ramadhan dan berlumba-lumba untuk membuat amal kebajikan bagi meraih pahala dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber HD - 11-6-2015


EMPAT JAWATAN UTAMA MUSLIMAT PAS DIISI - NURIDAH




Sumber HD - 11-6-2015

PAS guna saluran demokrasi daulat Islam

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: PAS tetap kekal dengan ‘mujahadah’ melandasi Islam sebagai teras perjuangan di samping meneruskan keazaman menduduki Putrajaya menggantikan kerajaan korup BN.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi berkata, dasar parti itu tidak berubah biar sesiapa pun yang menerajui PAS selepas muktamar kali ke-61 Khamis ini.

“Sebagai parti Islam, apa pun dilakukan maka asasnya ialah Islam. PAS bertanding dalam pilihan raya bagi memenuhi kehendak demokrasi bagi mendaulatkan Islam.

“Melalui kuasa pemerintahan Islam dapat diterap dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri dan negara. Ini berbeza sama sekali dengan cara Umno-BN,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian JKP Demit, Program Local Agenda bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Gotong Royong di Dun Demit dekat sini.

Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kuala Selangor menyaksikan semua jawatan utama termasuk Presiden berlaku pertandingan.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicabar bekas Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang.

Media arus perdana dan media dalam talian merebut peluang menghangatkan lagi suasana menjelang muktamar.

Turut hadir pada program berkenaan Setiausaha MPKB-BRI Rosnazli Amin, Setiausaha PAS Kubang Kerian Mustafa Salleh dan Pengerusi JKP Demit Mohamad Daud Omar. – HARAKAHDAILY 1/6/2015

Sumber HD - 1-6-2015

DAP jangan campur urusan pemilihan PAS

SAIDAH HAIRAN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPP) kesal dengan tindakan pimpinan tertinggi DAP yang melakukan serangan peribadi secara berterusan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan DAP mesti menghentikan apa juga serangan sama ada terhadap Presiden PAS atau parti itu sendiri.

Beliau mengingatkan supaya pemimpin DAP harus berhati-hati dalam mengeluarkan apa juga kenyataan yang menghina Presiden PAS atau parti sehingga boleh menghiris hati ahli-ahli PAS.

"PAS masih bersama dalam Pakatan Rakyat dan saya selaku Ketua DMPP tidak pernah mendengar kenyataan daripada Tok Guru Presiden kami, supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat," tegasnya.

Beliau menegaskan, Dewan Muslimat tetap berdiri teguh untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden dan tidak pernah merelakan peribadi atau diri beliau dihina berterusan oleh pimpinan tertinggi DAP.

Zailah turut mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS berkaitan hal muktamar yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun nanti.

"Kita serah kepada perwakilan untuk menentukan masa depan pimpinan PAS yang mereka akan pilih nanti. DAP tidak perlu campur tangan untuk menentukan kepimpinan kami," tegasnya.

Beliau mempersoalkan, PAS tidak pernah campur tangan hal dalaman DAP tetapi kenapa pula DAP bersungguh-sungguh mencampuri hal ehwal PAS sehingga mahu menentukan kepimpinan PAS.

"Saya turut mengingatkan media arus perdana supaya jangan memutarbelitkan fakta dengan melaga-lagakan antara pimpinan PAS menjelang muktamar ini," katanya.

Tambah beliau, DMPP mengharapkan sebarang bentuk kenyataan atau provokasi yang boleh membawa perpecahan dalaman hendaklah dihentikan.

"Kita tidak mahu penyelesaian dalaman Pakatan Rakyat menggunakan saluran media tetapi ia perlu diselesaikan dengan pertemuan pimpinan tiga parti iaitu DAP, PKR dan PAS di meja rundingan," tegasnya.

Beliau berharap semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat segera mengadakan rundingan membincangkan secara serius daripada hati ke hati dan tidak mahu masalah itu diambil kesempatan oleh musuh politik untuk menyerang PAS. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Sumber HD - 28-5-2015

'Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja naik pentas'

| .


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang menuduhnya menentang hudud tanpa mendapatkan penjelasan beliau.

Beliau dituduh menolak hudud apabila gambarnya di ceramah yang dihadiri  penasihat DAP, Lim Kit Siang disebarkan di media sosial.

"Saya sedih kehadiran saya di ceramah di Kota Bharu telah diviralkan. Merata-rata pihak tertentu menyebarkan gambar kehadiran saya yang didakwa menentang hudud," katanya.

Beliau sedih kerana tuduhan yang tidak benar itu telah dilakukan oleh orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat tapi sanggup menyebarkan fitnah begitu.

Malang sekali tambah beliau, tidak ada seorang pun yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang apa yang berlaku dalam ceramah tersebut.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, beliau hadir ke ceramah tersebut kerana menemani suaminya yang mahu mendengar ceramah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

"Kebetulan, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Hasimah Abd Rahman melihat saya di padang dan menjemput saya naik ke pentas. Saya menolak jemputan itu kerana saya hendak bertemu rakyat dan menemankan suami yang hendak dengar ceramah Rafizi.

"Pengerusi majlis ketika itu berulang kali memanggil saya naik ke pentas. Hadirin yang saya temui juga berulang kali meminta saya naik ke pentas," katanya.

"Kebetulan pula, ada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, jadi saya rasa tidak elok jika saya menolak permintaan penganjur. Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja datang untuk naik ke pentas," jelasnya.

Beliau menegaskan, sebagai anak jati Kelantan yang sudah lebih 30 tahun bersama PAS, beliau memang sudah serasi dengan kepimpinan ulama.

"Jadi kenapa fitnah saya dan DMPP menentang kepimpinan ulama dan menentang hudud?" soalnya. - HARAKAHDAILY 12/5/2015

Sumber HD - 12-5-2015

Muslimat PAS bina rumah bantu mangsa banjir

MIJIE YUSOF | .


KUALA KRAI: Muslimat PAS Pusat menyifatkan cara Umno dan PAS membantu mangsa-mangsa banjir cukup berbeza.

Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof berkata setiap bantuan banjir yang disumbang Umno dipastikan ditayang di televisyen dan disiar media cetak.

“Contoh yang jelas ketika banjir melanda Rantau Panjang akhir tahun lepas, Umno hanya mengagih bantuan beras kepada 20 keluarga mangsa banjir sahaja.

“Sedangkan penduduk yang mengalami nasib sama 200 keluarga,” katanya pada pelancaran projek Rumah Mawaddah kepada mangsa banjir di Kampung Manek Urai Lama di sini semalam.

Rumah tersebut disumbang Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), Muslimat Medical Team dan RSF Puncak Mahligai Enterprise.

Hadir sama Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan anggota jawatankuasa Muslimat PAS Kelantan.

Rumah tersebut dibina RSF Puncak Mahligai Enterprise membabitkan kos RM30,000 di Kampung Manek Urai Baru. Solat hajat juga diadakan di tapak berkenaan.

Siti Zailah berkata Dewan Muslimat PAS Pusat dan negeri akan membina lima rumah Mawaddah kepada mangsa banjir yang musnah sama sekali kediaman mereka akibat banjir akhir tahun lepas di Kuala Krai.

Mumtaz menjelaskan pihaknya berusaha mencari dana bagi membina lebih 10 rumah Mawaddah kepada mangsa banjir di Kelantan.

Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata sehingga sekarang sebanyak 117 rumah kekal mangsa banjir dibina di kawasan parlimen Kuala Krai.

“Data tersebut diberi Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, tetapi mengapa pula Umno mendakwa lebih 400 rumah dibina kerajaan pusat di Kuala Krai.

“Sepatutnya mereka tidak perlu terlalu ghairah sehingga memberi angka yang besar sehingga mengelirukan mangsa banjir di sini,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

Sumber HD - 12-4-2015

Guane Setakat 7 Hari GST

Semalam – 08 April 2015, genap seminggu Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan di Malaysia. Apa khabar agaknya keadaan rakyat Malaysia, cukup makankah, cukup pakaikah?

2. Saya yakin sudah tentu kaum wanita paling merasai beban kenaikan harga barang secara tidak langsung kesan daripada pelaksanaan GST ini kerana golongan wanita merupakan 63% pembuat keputusan utama dalam perbelanjaan keperluan rumah sekaligus mendominasi kuasa beli pengguna.

3. Pemerhatian saya sepanjang seminggu GST ini dilaksanakan, ada harga barang dikenakan bayaran tambahan sebanyak enam peratus (6%) bagi setiap barang dan ada juga barang dikenakan caj tambahan pada jumlah akhir semua belian barang.

4. Ironinya, kerajaan masih lagi tertumpu kepada memberi kefahaman rakyat berkaitan GST ini walaupun persediaan kearahnya telah berlaku 17 bulan lebih awal sebelum ini, termasuk sesi dialog Soal Jawab di kaca televisyen TV3 lewat malam tadi.

5. Tindakan kerajaan ketika ini dilihat tidak sensitif kepada “ķeterpaksaan” rakyat menerima pelaksanaan GST kerana mood rakyat Malaysia sekarang tertumpu kepada soal pengiraan kenaikan harga belian.

6. Tambahan itu, rakyat juga perlu juga “survive” dalam keadaan masih banyak syarikat dan peniaga tidak memahami kaedah pengiraan GST ini.

7. Ya, saya memahami kita masih baru dengan kaedah pengiraan GST ini. Cuma, keadaan ini telah menyulitkan kaum wanita khususnya bagi merancang dan menyediakan perbelanjaan keperluan rumah tambahan pula terdapat segelintir syarikat dan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga dalam keadaan kerajaan hilang kawalan terhadap kes-kes seperti ini.

8. Bagi memudahkan golongan wanita terutamanya kaum ibu mengira kenaikan kos belian barangan GST, saya menyarankan untuk menggunakan aplikasi kalkulator GST di atas talian laman sesawang gst.astroawani.com.

9. Oleh itu, saya ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri serta pihak kerajaan khususnya agar bersama-sama berwaspada dengan ancaman Allah SWT di dalam surah Asy -Syura, ayat 30 :

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

” Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu (kesusahan atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan dalam pada itu Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu ”

10. Adakah belum cukup peringatan Allah SWT melalui musibah dan tragedi sedih melanda negara kita untuk kita semua kembali kepada urus tadbir cara hidup Islam yang turut memberi kesejahteraan kepada masyarakat bukan Muslim di negara kita ini?

11. Justeru, saya juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia yang turut sama merasai keperitan pelaksanaan GST ini khususnya, untuk hadir berhimpun bersama-sama di dalam Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) pada hari Sabtu ini, 11 April 2015 jam 04.00 petang di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Maka benarlah dari BR1M ia datang, kepada GST ia dikembalikan.

Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh,
AJK PAS Pusat,
Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
09 April 2015,
19 Jamadil Akhir 1436 H.

Sumber BO - 9-4-2015


PRU14 MUSLIMAT PERLU DEKAT DENGAN SEMUA PIHAK - NAIB KETUA DMPP


YB HJH MUMTAZ MAD NAWI - NAIB KETUA MUSLIMAT DMPP / EXCO KERAJAAN KELANTAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34710-pru14-muslimat-perlu-dekat-dengan-semua-pihak


Sumber HD - 4-4-2015

Undang-Undang Syariah Adalah Tuntutan Aqidah, Melangkaui Sempadan Politik

Kepatuhan kepada syariat Allah adalah tuntutan aqidah, tidak timbul sama sekali kerjasama dengan parti umno. Kerjasama Kerajaan Kelantan dalam Isu Kanun Jenayah Syariah hanyalah bersifat "Kerjasama G to G" bukan kerjasama antara parti.

Kanun Jenayah Syariah II (KJS-II) telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli dewan. Perjuangan KJS-II ini adalah janji dalam Manifesto PAS sebelum 1990 lagi dan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" (agree to disagree) di dalam beberapa perkara antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya DAP diharap dapat menghormati kehendak rakyat Kelantan dan meraikan pimpinan kami (PAS) sebagaimana kami juga wajar menyantuni pilihan dan pandangan berbeza pimpinan DAP sebagai rakan sepakatan. Pakatan Rakyat perlu jelas kita mungkin serumpun tetapi bukan sepohon ; strategi dan adakalanya pandangan dan sikap kita terhadap sesuatu itu berbeza dan bertentangan walaupun musuh kita hakikatnya adalah sama iaitu UMNO Barisan Nasional.

Nama dan batang tubuh YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah entiti kepada seorang Presiden kepada sebuah parti. Justeru, sebarang kenyataan mengenainya sama ada untuk menjalin atau memutuskan hubungan akan memberikan kesan yang sangat besar kepada gerakan yang diterajui olehnya.

Diharap semua Majlis pimpinan Pakatan Rakyat bersidang segera sebelum sesuatu keputusan dan kenyataan diberikan. Kita yakni Pakatan Rakyat (PR) adalah harapan terakhir rakyat untuk politik baharu, politik yang lebih mantap serta berprinsip khususnya pada saat cemas bilamana segala impian milik rakyat digadai , dicabul dan diambil sewenang-wenangnya oleh regim pemerintah yang berkuasa.

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Ahli Parlimen Rantau Panjang
24 Mac 2015

Sumber PP - 25-3-2015

Lima Saranan Ketua Muslimat Memperkukuhkan Islam dan Perpaduan Ummah



Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, tunaikanlah hak dikalangan kamu sekiranya mereka berselisih dan bertaqwa kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada hari ini kita dapat berhimpun dalam ijtima’ peringkat antarabangsa yang telah dianjurkan di negeri Terengganu ini. Dewan Muslimat dan PAS Pusat dan seluruh kepimpinan muslimat di semua peringkat mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada pihak penganjur dan kepada semua deligasi yang telah datang, telah memberi , berkongsi pengalaman, berkongsi rasa, berkongsi derita . Kita bersaudara walau kita berada di negara mana sekalipun, kita adalah bersaudara. Islam adalah agama sejagat . isalam tidak mengira bangsa keturunan dan warna kulit.

Alhamdulillah kita berhimpun pada hari ini bersama-sama dalam Ijtimak antarabangsa , dalam masa keadaan saudara-saudara kita hari ini ada yang sedang ditindas, ada yang sedang menderita kesusahan, ada yang sedang berdepan bertarung dengan musuh. Itulah cabaran yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini.



Dan tidak lupa kepada saudara-saudara kita, sahabat kita yang sedang bertarung kempen pilihanraya kecil DUN Chempaka N 06 yang akan diadakan pemilihan pilihanraya kecil pada 23 haribulan ini.

Jadi harapan saya Inshaa Allah sama-sama kita mendoakan, semoga Allah S.W.T melimpahi rahmat dan kemenangan kepada perjuangan islam walaupun dimana kita berada. Umat islam hari ini menghadapi cabaran yang begitu hebat, samada dalam dan luar negara.

Musuh Islam akan menganbil kesempatan diatas kelemahan-kelemahan umat islam. Sebab itulah saya menyeru pada petang ini , kepada seluruh pimpinan, kepada semua jentera dan ahli muslimat seluruh negara khususnya , sama-samalah kita berpegang teguh dengan Islam,sama-samalah kita beristiqamah dengan Islam. Dan hendaklah kita yakin dengan Islam. Hanya islam sahaja penyelesaian terhadap segala permasalahan ummah yang ada pada hari ini.

Semangat persaudaraan yang ada dalam perjuangan islam tak kira dimana kita berada, samada saudara kita yang berada di Palestin, yang berada di Tunisia, yang berada di Maldives, yang berada di Mesir, di Syria, kita adalah satu aqidah, kita adalah satu perjuangan , maka hendaklah kita raikan tali ukhuwah silaturrahim, sama-sama kita memanjatkan doa, dan menghulurkan apa jua yang kita boleh hulurkan untuk sama-sama kita membantu umat islam yang dalam keadaan kesusahan.

Kita bersyukur, Alhamdulillah , ijtimak para ulamak pada hari ini yang dihadiri oleh begitu ramai pimpinan ulamak dari seluruh dunia. Harapan kita, Ins haa Allah, Islam pada masa akan datang akan mentadbir dunia. Jadi sebab itulah harapan kita supaya kita terus bersabar dalam menghadapi pelbagai ujian yang ada didepan kita.



Umat islam tidak boleh berada dalam keadaan selesa, kita mestilah sentiasa mengadakan, sentiasa membawa perubahan untuk kebaikan dimasa akan datang. Jangan kita mengulangi kesilapan yang lampau, sebab peringatan baginda nabi S.A.W , orang islam tidak akan terjun dilubang yang sama 2 kali. Satu peringatan dalam satu maksud hadis untuk memberi peringatan kepada kita. Jangan kita mengulangi kesilapan yang menyebabkan kita akan mengalami kerugian.

Dalam membina kekuatan ummah, pada petang ini saya nak membawa lima cadangan untuk kita sama-sama praktikkan, untuk kita melahirkan ummah yang kuat, untuk melahirkan ummah yang hebat, untuk sama-sama kita berdepan dengan segala cabaran yang berdepan dengan kita pada hari ini.

Yang pertama, kemantapan aqidah menjadi agenda penting dan pembinaan akhlak islam sebagai akhlak menjadi contoh dalam kehidupan kita yang mana kita mencontohi kehidupan baginda nabi S.A.W. saya mengharapkan semua pimpinan muslimat di semua peringkat jadikanlah agenda pembinaan akhlak ini menjadi agenda penting dalam setiap agenda pengtarbiyahan. Hidupkanlah syiar islam dimana sahaja kita berada. Immarahkanlah rumah-rumah Allah, masjid dan surau. Immarahkan rumah-rumah Allah yang disediakan di seluruh Negara kita yang disediakan dengan banyak.

Begitu juga program Al-quran , hendaklah dijadikan budaya dalam kehidupan kita. Hendaklah kita mendidik ahli dan anggota kita dan menjadikan bahasa dan akhlak yang baik, tutur kata yang menyenangkan yang membawa kepada kelembutan hati untuk orang menerima dakwah kita.kita hendaklah mengambil pengalaman yang mulia daripada baginda nabi S.A.W. macam mana kehebatan akhlak baginda nabi S.A.W yang telah menarik begitu ramai orang mengenali Islam.

Hendaklah kita menjauhi segala sikap yang membawa kepada perpecahan dan keburukan. Jauhi dari fitnah menfitnah, apalagi mempercayai media baru yang boleh membawa kepada keruntuhan kepada sebuah perjuangan , hendaklah kita memulihkan imej, supaya menampakkan parti islam kita adalah parti yang tinggi dari sudut moral dan akhlak. Inilah sebenarnya yang hilang pada hari ini, dan kita mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan.



Alhamdulillah , kerana telah Berjaya telah membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan telah mendapat sokongan penuh dari ahli dewan dan hendaklah kita ingat pelaksanaan undang-undang kanun jenayah syariah ini sebenarnya merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada wanita, sebab yang kita nak hukum adalah penjenayah, yang kita nak hukum adalah penzina, yang kita nak hukum adalah pencuri, perompak, yang kita nak hukum adalah mereka yang melakukan keganasan dan kejahatan dalam masyarakat.

Hari ini kita melihat , hasil dari sistem sekular yang ada pada negara kita walaupun kita telah merdeka lebih daripada 60 tahun. Kita tengok apa jadi pada Negara kita, rogol setiap 17 minit satu kes rogol di Malaysia . Maruah wanita seolah-olah diperdagangkan begitu sahaja. Wanita dijadikan alat dagangan, iklan, dieksploitasikan menjadi bahan iklan. Inilah apabila islam atau hukum islam tidak didaulatkan. Mereka menggunakan mengikut keperluan nafsu mereka. Jadi apa yang kita harapkan , in shaa Allah , semoga Allah Ta’ala membantu kita dan permudahkan. Semoga kita dapat bawa ke parlimen dan dapat kelulusan untuk kita laksanakan , in shaa Allah.

Begitu juga yang kedua saya ingin tegaskan supaya hendaklah kita mengadakan dalam setiap perancangan kita, dalam setiap tindak tanduk kita, adalah tindakan yang berstrategi dan rapi untuk melihat kehadapan . Kita mestilah melihat jauh ke hadapan , apa yang akan jadi pada 50 tahun akan datang,apa yang akan jadi pada 60 tahun akan datang, wawasan kita, wawasan akhirat. Kita mesti melihat jauh kemana hala tuju gerakan Islam, untuk kita memastikan perjuangan yang diasaskan oleh ulamak pada hari ini akan diteruskan oleh generasi muda hari ini. Harapan kita pada anak-anak muda yang begitu ramai pada hari ini untuk meneruskan perjuangan ini.

Yang ketiga saya mengharapkan kita sebagai umat islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dengan pelbagai bidang sebab untuk kita menguasai sebuah kerajaan, kita perlu pada tenaga pakar yang ramai, kita hendaklah menjadikan diri kita , keluarga kita, dikalangan mereka yang bermaklumat, berilmu, dan mempunyai pengalaman yang luas dan semoga dengan ilmu dan pengalaman yang ada ini kita mampu bersaing dengan musuh , kita mampu bersaing terutama dengan non-muslim .

Dan seterusnya yang keempat saya cadangkan supaya kita muslimat hendaklah sentiasa bersedia untuk menyediakan tenaga sumber manusia yang berkualiti untuk masa depan perjuangan , perjuangan kita perlu pada pelapis dan penerus pada perjuangan ini, maka belia-belia anak muda inilah yang menjadi harapan kita untuk kita bekalkan pada mereka dengan pelbagai ilmu yang boleh menjadikan meraka pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.

Yang kelima saya menyarankan sebagai sebuah gerakan islam , kita hendaklah harus mampu bersama untuk mencari titik pertemuan walaupun kita berada di batas sempadam Negara. Tetapi kita berjuang dibawah satu aqidah yang sama untuk kita mendaulatkan syariah Allah , maka hendaklah kita menghubungkan lebih erat lagi kerjasama di semua peringkat samaada disudut latihan kepakaran dan pelbagai lagi untuk kita menambah lagi kekuatan perjuangan islam di seluruh dunia. Dan Inshaa Allah kekuatan ini kita perlu untuk dicapai untuk kita bersaing dengan musuh-musuh islam yang sentiasa mengintai dan mencari kelemahan kita. Jadi harapan saya akhirnya, inshaa Allah , sama-samalah kita berusaha berjuang habis-habisan untuk mendaulatkan islam. Kita sama-sama satukan ukhuwah kita, mantapkan organisasi kita, sama-sama kita berjuang berkorban untuk melihat kemenangan , inshaaAllah . akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terima kasih kepada delikasi yang telah datang bersama kita.

*****Ucapan YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, pada program Pemimpin Muslimat Gerakan Islam ntarabangsa, Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-

3, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, Jumaat, 20 Mac, 2015

Sumber BO - 21-3-2015


HADIAHKAN BACAAN AL QURAN UNTUK TUAN GURU - KDMPNK


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33845-hadiahkan-bacaan-al-quran-untuk-tuan-guru

Sumber HD - 13-2-2015


KAK WAN TIDAK KESEORANGAN - SITI ZAILAH


KESEDIHAN KEDUA KALI DITANGGUNG DRWAWI SEKELUARGA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33797-kak-wan-tidak-keseorangan-siti-zailah

Sumber HD - 11-2-2015


ROTAN CARA MENDIDIK ANAK - SITI ZAILAH


YB HJH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF - KETUA DMPP / AP RANTAU PANJANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33463-rotan-cara-mendidik-anak

Sumber HD - 25-1-2015


KERAJAAN PUSAT PATUT PROAKTIF KETIKA BANJIR KRITIKAL - KETUA MUSLIMAT


YB HJH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF - KETUA DMPP / AP RANTAU PANJANG


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33287-kerajaan-pusat-patut-proaktif-ketika-banjir-kritikal

Sumber HD - 16-1-2015


WAJIB BENDUNG PROGRAM CEMAR MARUAH WANITA MALAYSIA - KETUA JABATAN 'ALIMAT DEWAN ULAMA PAS PUSAT



USTAZAH MASTURA ISMAIL 

KETUA JABATAN 'ALIMAT DEWAN ULAMA PAS PUSAT


Sumber HD - 12-1-2015


DIPELUK ARTIS K-POP,KERAJAAN GAGAL DIDIK REMAJA - SITI ZAILAH


YB SITI ZAILAH MOHD YUSOFF - KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33191-dipeluk-artis-k-pop-bukti-kerajaan-gagal-didik-remaja

Sumber HD - 12-1-2015

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA: "Barangan wanita dan bayi antara keperluan mendesak"

Selain makanan dan pakaian, mangsa banjir wanita dan kanak-kanak sangat memerlukan keperluan tuala wanita, pakaian dalam, lampin pakai buang dan susu bayi.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru semua jentera muslimat dan kaum wanita khususnya menyumbang keperluan ini memandangkan ianya keperluan asas yang sangat penting.
Alhamdulillah, Ameerah Malaysia juga telah menggerakkan kempen sumbangan Kit Wanita & Kit Bayi yang bernilai RM50 setiap satu. Disamping itu, DMPM masih meneruskan Kempen Sumbangan RM10 ke akaun Dewan Muslimat PAS Pusat (MAYBANK : 564 025 400 711, BIMB 1404 10100 37673 – (Nyatakan nota 'BANJIR' untuk rekod).

DMPM juga mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada PAS Pusat kerana mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa khas, Malaysia Disaster Emergency Management (MEDM) atau Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia. Ia beroperasi 24 jam bagi menyelaraskan bantuan dan maklumat berkaitan aduan dan agihan bantuan kepada mangsa banjir.

Objektif penubuhannya adalah untuk kerja-kerja koordinasi diperingkat induk secara tersusun, meliputi:

1. Pengurusan dan penyelarasan maklumat bencana

2. Penyediaan SOP

3. Data dan informasi menyeluruh kawasan bencana

4. Smartpartnership untuk mendapatkan bantuan/dana/ sokongan dari NGO, Agensi kerjaaan, Syarikat, individu dan lain-lain.

5. Memastikan keberkesanan sebarang bantuan yang ingin disampaikan tepat pada sasaran dengan minimum delay with maximum impact.

Orang ramai dijemput 'LIKE' dan 'SHARE' Laman soasial FB MEDM bagi mendapatkan info semasa berkaitan dengan banjir atau ingin melaporkan kejadian bencana.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha membantu dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Bagi meringankan lagi beban dan tanda kasih sesama insan, rakyat Malaysia juga dijemput mendaftar dan menyertai MEDM sebagai sukarelawan bagi proses pembersihan pasca banjir nanti.

"Orang mukmin itu tempat kasih sayang, maka tiada ada kebaikan bagi yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi."

Hadith Riwayat Ahmad

Teruskan menyumbang dan berdoa untuk Pantai Timur dan Malaysia!

Mastura Mohd.
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Sumber PP - 1-1-2015

Aishah mahu berdakwah melalui medium alternatif

SALMIYAH HARUN | .



DALAM mendepani masyarakat hari ini yang dihidangkan dengan hiburan yang melampau, dan melalaikan bahkan ada yang terpesong daripada syariat Islam. Dewan Muslimat PAS Pusat menyedari keadaan ini, bersedia menyediakan hiburan alternatif kepada masyarakat melalui Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi (LKKR).

Bak kata Pengerusi LKKR Dewan Muslimat, Wan Aishah Wan Ariffin, manusia cukup rapat dengan kesenian, mahu tidak mahu Muslimat harus menyediakan hiburan berbentuk dakwah khususnya kepada golongan remaja hari ini jika tidak mereka akan cari hiburan diluar sana. Ikuti temubual Wartawan Salmiyah Harun bersama beliau dalam Wacana Garis Panduan Hiburan dan Kesenian Dalam Islam di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamd (KUIZM).

LKKR Dewan Muslimat satu lajnah yang baru ditubuhkan, apakah objektif utama lujnah ini?

Objektif yang utama ialah sebagai medium alternatif untuk menyampaikan dakwah. Kalau kita tengok sebelum ini pun dakwah disampaikan dalam macam-macam cara, jadi tidak salah kalau LKKR Dewan Muslimat ini mula meneroka medium alternatif ini.

Pada awal penubuhan ini merupakan sesi untuk kumpulkan diri kami sendiri dari segi ahli, sistem bunyi dan usaha mencari dana. Tahun hadapan kami akan bantu setiap negeri untuk tubuh LKKR masing-masing. Dalam masa yang sama kami bergandingan rapat dengan Lajnah Tarbiyah untuk membantu kami dalam misi dakwah. Seni ini akan digunakan sebaik-baiknya dalam masa yang sama ia harus dipantau dengan garis panduan yang berlandaskan tuntutan syariah.

Kita bagi tumpuan kepada kesenian kerana orang Malaysia sangat suka hiburan dan mereka di kalangan 'top ten' sangat sukakan hiburan. Kita kena berikan mereka alternatif, mahu tidak mahu kita kena berikan terutama kepada golongan remaja. Kalau kita tidak beri mereka akan cari di luar sana, sama ada ikut K-pop atau kita yang hendak beri kepada mereka.

Bagaimana lajnah ini hendak mengetengahkan kesenian ini kepada masyarakat?

Kalau kita buat persembahan ini bukan sekadar persembahan sahaja untuk suka-suka tetapi perlu teliti, misalnya pemilihan lagu yang kita patut cari untuk kita sampaikan. Semua lagu yang disampaikan ada mesej melalui liriknya. Kita baru satu tahap menubuhkan satu kumpulan dan mencari lagu-lagu yang sesuai. Kita masih banyak lagi perlu ditonjolkan sama ada mempersembahkan seksta sebagai usaha meneroka macam-macam jenis seni. Melalui pantun pun kita boleh berdakwah sebenarnya, apa sahaja boleh. Kita kena Islamkan medium alternatif ini. Apa sahaja yang kita buat kita kena Islamkan. Ia jatuh hukum harus bila ia tidak menyesatkan dan tidak menyalahi tuntutan syariah.

Kita akan mencari cara untuk menarik minat remaja, kita kena aturkan program untuk mereka melalui pendekatan Islam. Mungkin kita boleh buat Musabaqah. Memang untuk tahun pertama LKKR ini misalnya kumpulan nasyid EL Muslimat ini diadakan versi masing-masing di setiap kawasan supaya ia sebagai instrument untuk PAS rapat dengan masyarakat.

Kadang-kadang orang takut dengan orang PAS, jadi mungkin melalui muzik dan karya seni ini ada satu medium untuk orang akan dekat dengan PAS. Ini cara penting untuk kita masuk ke kampung-kampung bertemu dengan masyarakat. Mungkin mereka tertarik apabila PAS bukan hanya bercakap sahaja tetapi ada juga hiburan seperti qasidah, nasyid dan sebagainya. Kalau kita dapat sampaikan satu perkara baik sekali pun dan diamalkan sudah cukup bagus dakwah kita. Masing-masing ada tahap, macam tahap saya ialah melalui mesej dalam lagu contoh 'Syurga di Telapak Kaki Ibu'.

Jadi, adakah dengan pendekatan ini ia boleh diterima masyarakat bukan hanya berlegar di kalangan ahli PAS sahaja?

Saya rasa ia tidak ada masalah, sebab kita bawa perkara yang baik. Lagipun bentuk hiburan kita bukanlah terkinja-kinja. Medium yang kita pilih akan menunjukkan akhlak Islam itu sendiri. Inilah yang kita kena tunjukkan kepada masyarakat. Saya tidak nampaklah mana-mana bantahan daripada masyarakat. Orang yang ada masalah dalam hal ini memang dia mempunyai masalah daripada awal lagi. Apabila dia tak suka, kita buat benda yang baik pun dia tetap tidak suka. Yang saya buat ini dengan niat saya kerana Allah. Kalau saya boleh mengajar orang baca Fatihah dan orang itu boleh baca, bagi saya ianya satu dakwah yang cukup berharga buat saya.

LKKR waktu ini hanya tumpu kepada hiburan berbentuk nyanyian? Bagaimana dengan bidang lain seperti rekreasi dan kesenian?

Memang saya sedar banyak lagi cabang yang perlu dibuat, waktu ini kita sedang susun dan tumpu satu persatu dahulu seperti menubuhkan kumpulan El Muslimat. Pertamanya ini saya hendak mencukil bakat dalam kalangan muslimat, supaya kita dapat buat kumpulan untuk menarik orang lain tidak semestinya dalam jemaah di peringkat negeri atau kawasan menyertai kumpulan ini. Kita boleh libatkan siapa sahaja yang berminat. Ini cara kita untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat. Ini sangat penting kalau kita lihat di luar sana ada kumpulan marhaban dan kita kena menjadi lebih baik daripada mereka yang penting untuk menyampaikan dakwah.

Sesi tahun 2015 LKKR hendak membantu setiap negeri untuk menubuhkan LKKR masing-masing dan kita hendak mereka mengembangkan selain kumpulan nasyid, kita mahu satu kumpulan kebudayaan. Misalnya kalau di Johor mereka hendak buat kuda kepang, Negeri Sembilan hendak buat Cak Lempong. Ia mesti ada satu kumpulan budaya.

Ia kena berperingkat, sebab LKKR merupakan satu lajnah baru bahkan saya sendiri masih baru. Apatah lagi saya perlu ada garis panduan untuk sejauh mana saya boleh pergi. AJK saya tidak ramai, jadi kita buatlah setakat yang mampu dan lepas ini memang kita hendak kembangkan dalam skop LKKR ini. Kita kena cari dana, apabila ada dana barulah kita boleh kembangkan cabang LKKR ini.

Apa harapan LKKR Pusat kepada setiap kawasan terhadap lajnah ini?

Ini adalah satu pembaharuan, setiap pembaharuan mesti ada cabaran mesti ada macam-macma mehnah. Sebenarnya untuk maju kita kena ambil risiko. Kita kena tunjuk bahawa jemaah PAS tidaklah jumud sangat sampai tidak boleh menerima kesenian tetapi kita membentuk jenama kesenian kita berlandaskan Islam yang ada garis panduannya dan tata tertibnya. Yang tidak bertentangan dan menyesatkan akidah kita.

Yang paling penting menyampaikan sesuatu yang baik. Kita tidak berseni, berkarya hanya hendak layan perasaan ataupun hendak menyampaikan benda-benda yang pelik. Jadi mengharapkan dengan seni ini untuk mencari wasilah untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Kalau orang itu jiwa yang halus sudah tentu dengan seni itu dia boleh dekatkan diri dengan Allah.

Sejauhmana kumpulan EL Muslimat yang ditubuhkan oleh LKKR pusat dapat diterima umum dan bagaimana dengan perkembangan kumpulan ini?

Mula-mula saya pegang jawatan pengerusi LKKR, saya sudah ada visi hendak tubuhkan satu kumpulan. Oleh sebab kami tidak mempunyai dana, dan sekadar bincang sesama sendiri. Kelantan telah menjemput kami membuat persembahan waktu itu kami belum praktis walau satu lagu pun. Saya ada masa dua bulan lebih untuk adakan persembahan ini, tetapi saya berani terima ‘tempahan’ walaupun kita belum pernah berlatuh lagi.

Kita sudah banyak buat persembahan. Kita sebenarnya hendak meneruskan belajar qasidah dan berzanji, taranum. Bukan setakat itu sahaja kita hendak kekalkan kumpulan ini supaya ia dapat mantap dan menjadi prototaip untuk negeri dan kawasan mengikuti kami. Mungkin kawasan boleh ambil elemen-elemen kenegerian mereka untuk jadikan kumpulan masing-masing. Benda-benda macam inilah yang kita hendak kembangkan ia akan menjadi satu perkara yang sangat-sangat efektif untuk kita sampaikan kepada masyarakat. – HARAKAHDAILY 9/12/2014
                                                                                                                                                         Sumber HD - 9-12-2014

Penghibur wanita, penonton wanita – Dr Mariah

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengakui pendekatan berdakwah khususnya di kalangan muslimat pada masa kini perlu melalui pelbagai cara sama ada hiburan atau kesenian asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Islam sendiri telah menganjurkan hiburan tetapi hiburan itu sebagai medium membentuk minda masyarakat.

Bercakap dalam Wacana Garis Panduan Hiburan dan Kesenian Dalam Islam, Siti Mariah berkata, artis yang berhijrah hari ini perlu mengadakan program mereka di khalayak yang mendapat eksklusif di kalangan wanita sahaja.

"Penghibur wanita, dan khalayak juga adalah di kalangan wanita. Kita buat 'ladies night' dalam masa yang sama kita ada 'infotainment' seperti tazkirah. Kita buat lingkungan muslimat sahaja.

"Mungkin lepas ini kita jemput muslimat sahaja dalam kenduri kahwin yang pernah diamalkan di negara Arab, mereka boleh berhibur di kalangan mereka," katanya ketika merasmikan wacana yang dianjurkan oleh Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi (LKKR) Dewan Muslimat PAS Pusat.

Hiburan yang mengikut syariat Islam ini katanya pasti akan terlaksanakan di negara ini melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS, suatu hari nanti.

Lajnah ini, katanya perlu ditubuhkan dan diperluaskan di peringkat kawasan dengan dipimpin oleh Muslimat di peringkat pusat.

Bahkan katanya, Lajnah Kesenian juga boleh memperluaskan pendekatan mereka misalnya menganjurkan pertandingan musabaqah Al-quran peringkat pusat sebagai usaha mengetengahkan wanita-wanita diluar sana yang mempunyai suara yang lunak.

"Ramai wanita di luar sana mempunyai suara yang merdu. Jika kita buat mesti di kalangan muslimat sahaja. Insya-Allah program ini menjadi magnet untuk muslimat di luar sana untuk bertaranum. Kita buat tertutup. Yang penting tujuan kita adalah dakwah," katanya.

Wacana yang berlangsung di KUIZM Taman Melewar turut menampilkan tiga ahli panel iaitu Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat Dr Wahibah Tahir, dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dakwah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Asiah Ali.

Kumpulan Nasyid El Muslimat yang diketuai oleh Pengerusi LKKR Wan Aisyah Wan Ariffin turut menghiburkan para peserta dengan alunan qasidah yang cukup mengasyikan. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD - 8-12-2014

Wujudkan pendidikan seni sebagai dakwah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kurikulum Pendidikan Seni di peringkat awal kanak-kanak perlu diwujudkan Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai platform untuk mengembangkan dakwah khususnya melalui pendekatan kesenian Islam.

Ahli Majlis Syura PAS Pusat Dr Wahibah Tahir berkata, kesenian Islam ini tidak hanya mensasarkan kepada muslimat semata-mata dan ia perlu dikembangkan dalam konteks rumah tangga.

"Kita perlu kembangkan dalam rumah tangga untuk menyuburkan kesenian ini kerana kita tahu fitrah manusia tidak dapat elak dengan hiburan dan kesenian bermula pada zaman kanak-kanak lagi.

"Mula dari rumah kepada anak-anak dan keluarga seterusnya kepada pelajar-pelajar Pasti," katanya dalam Wacana Garis Panduan Hiburan dan Kesenian Dalam Islam.

Beliau mengakui kesenian dan hiburan merupakan fitrah manusia apatah lagi ia begitu rapat dengan kaum wanita tanpa mengenepikan panduan dan syarat yang dianjurkan Islam.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan timbul isu suara wanita sebagai aurat apabila muslimat terlibat dalam hiburan.

"Allah menjadikan muslimah ada suara, kalau suara haram bermakna Allah tidak jadikan muslimah ini ada suara," katanya,.

Dalam hal ini, Wahidah berkata, Allah tidak mengasingkan muslimat dalam konteks ubudiyah di mana mereka juga wajib bermuamalah di dalam kehidupan seharian melibatkan orang ramai.

"Jangan melunakkan suara semasa bercakap, dalam syarak tidak boleh melunakkan suara jika ada ia dibimbangi akan terkesan kepada mereka memiliki hati yang berpenyakit," jelasnya.

Justeru, beliau juga mencadangkan agar Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi (LKKR) Muslimat PAS Pusat memperluaskan usaha dakwah mereka dalam rekreasi yang boleh bergaul serta merapatkan ukuhwah sesama mereka.

"Program yang bersifat tertutup, kita rapatkan dalam semua lajnah. Lajnah seni sebagai penghias dalam aktiviti yang lain," katanya. – HARAKAHDAILY 7/12/2014

Sumber HD - 7-12-2014

Dakwah artis: Aishah kecewa sikap golongan berilmu agama

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014

PAS kirim doa kejayaan buat calon SPM

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendoakan semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini dipermudahkan segala urusan mereka.

Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff berharap, para pelajar terbabit diberi kesihatan, ketenangan dan dijauhkan perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan.

"Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul," tulis beliau dalam satu doa di Facebook.

Dalam pada itu beliau turut mendoakan agar semua mereka diberi keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kajayaan itu katanya, diharap menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Allah yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepadaNya.

Ianya sekaligus menjadikan para pelajar terbabit cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

"Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

"Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat-sahabat ku ya Allah," katanya.

Sementara itu, seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 3 November hingga 4 Disember ini. - HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014

Hijrah: Wanita, isteri, ibu pencetus perubahan

| .
Perutusan Ulang Tahun Hijratur-Rasul 1436H Dewan Muslimat PAS Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat islam di Malaysia.

Sama-sama kita syukuri kehidupan yang sudah berlalu dan meletakkan azam perubahan menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah S.W.T, berakhlak mulia, rendah hati, tenang dan bahagia.

Firman Allah SWT
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” (Surah An-Nahl 16: 41-42)

DMPM melihat antara perubahan besar akhlak seorang insan bermula di rumah melalui seorang wanita yang berperanan sebagai individu, isteri, ibu, kakak, jiran dan komuniti. Pepatah Arab ada menyebut bahawa seorang ibu itulah madrasah anak-anaknya. Ibu berperanan mendidik anak-anak mengaplikasikan ilmu kehidupan yang sebenar iaitu islam sebagai satu cara hidup.

Sama-sama kita lihat kembali bentuk kehidupan keluarga yang perlu diperbaiki sempena tahun baru kali ini.

1. Amalan islam - perbaiki akhlak diri, perkemaskan solat, bacaan dan tadabur al-Quran bersama anak-anak dan keluarga
2. Keharmonian rumahtangga - masak dan makan bersama, peruntukkan masa berkualiti dengan keluarga.
3. Kebersihan dan kekemasan rumah kediaman sebagai syurga buat suami dan keluarga
4. Pengurusan ekonomi rumahtangga yang berhemah dan bijaksana sesuai dengan keadaan ekonomi semasa
5. Penglibatan dalam masyarakat - mengambil peduli perkembangan isu dan situasi semasa dan berusaha membantu membuat perubahan yang terbaik

DMPM juga mengambil kesempatan ini menyampaikan mesej kepada pemimpin negara untuk berhijrah membawa perubahan dalam menguruskan negara. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai Allah S.W.T. Dalam bidang pendidikan berhijrahlah kepada dasar pendidikan berteraskan wahyu dan menumpu kepada pembinaan akhlak insan. Dalam bidang politik pula berhijrahlah dari politik sekular kepada politik islam yang mengambil kira dosa pahala dalam setiap urusan.

Akhirnya penghijrahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan selari dengan tuntutan Allah S.W.T ibarat seorang suami dan ayah dalam rumahtangga, peranannya sangat besar memimpin ahli keluarga iaitu rakyatnya berhijrah menuju syurga. Insya Allah.

Sekian.

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber HD - 26-10-2014

Muslimat PAS lancar kempen '1Ahli, 1Harakah'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sedang melancarkan kempen '1Ahli, 1Harakah' dengan membuat langganan terus akhbar Harakah secara bulanan/tahunan.

Lajnah Penerangan DMPM menyatakan ia bertujuan bagi membantu penyebaran maklumat penting dan benar kepada masyarakat umum.

Bagi memudahkan semua melanggan, pihak Harakah telah membuat sistem langganan secara online dan memberi diskaun hebat kepada para pelanggan Harakah sekiranya membuat langganan.

"Anda boleh juga melanggan untuk alamat ahli keluarga, jiran tetangga, syarikat, kedai kopi, restoran dan sebagainya," menurut kenyataan itu menerusi facebook Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Gambar di bawah adalah ringkasan cara untuk melanggan di website myharakahbazaar.com.


Sumber HD - 16-10-2014

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

Sumber HD - 2-9-2014

Jadilah batu bata yang mengukuhkan

SITI ZAILAH MOHD YUSOF | .

Segala puji-pujian hanya kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat.

Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.

Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."

Semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan dalam platform demokrasi ini dan menjadi batu bata yang saling mengukuhkan.

Mesej khas kepada masyarakat, marilah kita sama- sama melihat konflik ini dari pandangan yang positif. Ianya berlaku untuk memilih kepimpinan berintegriti dan mampu memberi khidmat yang terbaik. Alhamdulillah, setakat ini Kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah banyak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia


Sumber HD - 19-8-2014

DMPP desak kerajaan siasat segera tragedi MH17

SAIDAH HAIRAN | .


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan Kerajaan Malaysia membuat siasatan segera dan terperinci ekoran tragedi kapalterbang Malaysia Airlines System (MAS) MH17 yang didakwa ditembak dan terhempas di Timur Ukraine, semalam.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pengangkutan mesti bertanggungjawab mencari jawapan segera jika benar dakwaan MH17 itu ditembak.

Beliau juga mahu langkah-langkah keselamatan diambil Kerajaan Malaysia diumumkan bagi memastikan tragedi itu tidak berulang di masa akan datang.

"MH17 merupakan tragedi hitam selepas MH370 hilang dari radar dan rakyat masih belum mendapat jawapan yang jelas daripada kerajaan," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, tragedi MH17 cukup menyayat hati dan menjadi ujian yang cukup besar terhadap negara dan keluarga mangsa terlibat serta rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Muslimat PAS mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga diberikan kesabaran oleh Allah SWT.

"Di bulan yang penuh keberkatan ini marilah kita berdoa semoga roh mereka kembali bersama dengan para solehin dan pejuang agama Allah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap kepada rakyat Malaysia agar terus mengingati nasib umat Islam Palestin yang kini menjadi mangsa serangan darat tentera regim haram Israel. - HARAKAHDAILY, 19/7/2014

Sumber HD - 18-7-2014

Judi: K'jaan BN hanya lihat haram dari sudut lesen

MUSLIHAH MOHD AMIR | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyambut baik hasrat kerajaan untuk memerangi aktiviti 'judi haram' seperti yang sedang digerakkan oleh semua agensi penguat kuasa ketika ini.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf bagaimanapun berkata, pihak kerajaan seharusnya juga menilai semula 'judi halal' yang diluluskan lesen oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, Islam sama sekali mengharamkan perjudian sama ada berlesen atau pun tidak dan tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi perlu diteliti semula.

“Kerajaan harus menilai semula lesen judi yang berleluasa secara sah di Malaysia apakah perkara itu tidak haram dari sudut Islam?

"Kenapa kita hanya melihat haram dari sudut lesen tetapi tidak peduli dan memandang enteng hukum haram dari sudut syariat," katanya kepada Harakahdaily.

Malahan katanya, lebih malang jika hasil judi atau apa sahaja sumber daripada hasil pendapatan negara yang halal dicampuradukkan dalam akaun yang sama.

“Ini jawapan yang di terima di parlimen, hasil judi diletakkan dalam akaun yang sama. Perdana Menteri selalu menyeru supaya rakyat Malaysia menghayati Al-quran.

"Jadi sejauh mana dasar pentadbiran Negara bersesuaian dengan al-quran," soalnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan agar mengasingkan hasil sumber judi di akaun yang berbeza agar tidak bercampur dengan hasil halal yang lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri dalam negeri Datuk Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan akan menggempur premis perjudian haram di seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

*Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily.

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment