BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, September 10, 2017

PAS DAN HALEHWAL SELANGOR (JILID 3)



Kemenangan Sisi langsungkan 'Deal of The Century'

GENERAL Abdul Fattah Sisi sekali lagi dipilih memenangi pilihan raya Presiden Mesir dengan meraih undi sebanyak 92 peratus meninggalkan pencabarnya Musa Mustafa. Jurang angka yang terlalu aneh tersebut menggambarkan realiti kepincangan demokrasi di negara Arab. Sementara itu terdapat 2 juta undi rosak sebagai isyarat protes dari rakyat yang kecewa dengan senario politik di Mesir. 
Mengapa Sisi perlu menang? 
Mesir merupakan negara yang berjiran dengan Israel. Ia juga sebagai negara yang terlibat dalam plan pemetaan semula Asia Barat. Terutamanya dalam projek perluasan Israel dan pemindahan Palestin. 
Untuk melangsungkan agenda tersebut, sudah pasti Sisi diperlukan untuk terus menguasai Mesir. Ini memandangkan beliau terlibat dalam perundingan projek tersebut sejak fasa awal. Jika tampuk kepimpinan Mesir diganti dengan presiden lain, sudah pasti membantutkan kelangsungan usaha jangka panjang tersebut.
Apa khabar 'Deal of The Century'
Plan yang cukup besar ini telah termeterai sejak 2017, membabitkan negara-negara Arab dan Eropah. Ia juga merupakan projek besar-besaran Amerika yang dilaksanakan oleh Trump. 
Plan ini turut mengingatkan kita apa yang telah diagendakan oleh Theodor Herzl sekitar 100 tahun yang lalu, bahawa Zionis mahukan perluasan kawasan Israel dari sungai Furat hingga ke sungai Nil. 
Fasa awal kepada projek tersebut adalah pemindahan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem. Ia disokong penuh oleh Amerika dan kini sedang berlangsung.
Gaza dihalau ke Sinai 
Di sinilah menampakkan signifikan Mesir dalam menjayakan 'Deal of The Century'. Pendirian Sisi yang cukup tajam dengan kumpulan Islam dan lunak dengan Israel bukanlah satu pertikaian. Ia amat dimaklumi. 
Tahun 2018 merupakan tahun Mesir menunjukkan komitmen penuh dengan 'menyapu' halangan-halangan yang berada di Sinai. Ia sebagai persediaan.
H. R McMaster selaku Pegawai Tinggi Tentera Amerika telah membuat perakuan terhadap projek besar ini. Seramai 9 juta penduduk Palestin akan dipindahkan secara beransur-ansur ke Semenanjung Sinai yang telah dikerat dua. 
Keluasan Semenanjung Sinai adalah 60,000 km persegi. Wilayah baharu bagi Palestin di Sinai akan dibahagikan separuh, iaitu seluas 30,000 km persegi.
Infrastruktur Palestin baharu  
Demi menjayakan projek perluasan Israel, negara-negara yang bersekongkol dengan agenda 'Deal of The Century' telah berkongsi komitmen menyuntik dana buat masa ini sebanyak USD 2.5 billion. 
Negara-negara teluk menyumbang USD 1.5 billion. Kesatuan Eropah dan Amerika menyumbang USD 700 juta. Sementara Korea Selatan dan Jepun menyuntik USD 300 juta. 
Projek menyediakan infrastruktur bagi Palestin Baharu dijangkakan memakan masa selama 30 tahun. Ia kelihatan baik kononnya untuk memberi penempatan baharu buat warga Palestin. Namun hakikatnya ia merupakan operasi menghalau mereka secara beransur-ansur dan meluaskan sempadan Israel.
Sisi sebagai antara pelaksana kepada projek besar ini. Beliau akan sentiasa dipastikan menang untuk terus menerajui Mesir walau dengan apa cara sekalipun.
Saudaraku yang tersepit 
Saudara-saudara seiman kita di Gaza sedang bergelut dengan agenda celaka ini. Semalam (30 Mac 2018), mereka melancarkan 'The Great Return March' sebagai reaksi terhadap kepungan berpanjangan. 
Sementara Amerika tetap berdegil meneruskan nekad mereka bersama Israel, memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem. Apakah kita masih tidak nampak agenda sebenar di sebalik segala apa yang berlaku di Asia Barat? 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
31 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 31/3/2018




Sumber HD - 31-3-2018

Masih ada ADUN PAS Selangor yang tidak dapat peruntukan - Sallehen
Posted on Saturday, March 31 @ 06:53:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38879



SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mendedahkan masih ada beberapa 
wakil rakyat partinya belum menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, biarpun sebilangan daripada mereka sudah mula memperolehinya.

Sallehen yang juga ADUN Sabak itu memberitahu beliau dimaklumkan setakat ini, tiada sebarang arahan daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada di peringkat Pejabat 
Daerah (DO) mahupun Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi membolehkan peruntukan 
itu diserahkan kepada wakil rakyat PAS.

Pun begitu kata Sallehen, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh masa kepada kerajaan 
negeri untuk melunaskan tuntutan itu, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 
semakin hampir.

"Semua sudah buat dah. Semua ADUN telah menghantar 'claim' ke pejabat daerah. Saya ingat 
kerja kita sampai di peringkat itu dan pejabat daerah. Pejabat daerah akan berhubung dengan 
pihak UPEN. Pihak UPEN akan berhubung dengan MB.

"Bagi saya, tidak apa. Saya pun tidak merayu sangat. Dalam Dewan Undangan Negeri dia hanya melalui proses biasa dengan satu arahan daripada MB sahaja. Setakat ini, kata UPEN, MB belum 
beri lagi arahan.

"Jadi kalau proses meminitkan permohonan itu perlu dibuat sekarang. Tapi DO maklumkan pada 
saya, tidak apa-apa sebarang arahan untuk menerima dan sebagainya.

"Tidak ada tempoh masa, sekarang ini pun dah dekat sangat dengan pembubaran Parlimen. Kalau 
dah dibubar, apa pun tidak boleh nak dibuat," ujarnya.

Sallehen ditemui selepas Majlis Pelancaran Manifesto PAS peringkat Selangor di Hotel Carlton Holiday, semalam.

Baru-baru ini, Sallehen mengesahkan hanya empat daripada 13 ADUN parti itu mula menerima peruntukan selepas beberapa bulan dilaporkan disekat.

Empat ADUN berkenaan adalah Mohd Khairuddin Othman (ADUN Paya Jaras), Noor Hanim 
Ismail (Seri Serdang), Zaidy Abdul Talib (Taman Templer) dan ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan.

PAS Selangor juga tidak menolak akan meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada Jabatan Audit Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika kerajaan negeri 
di bawah pimpinan Azmin itu masih gagal untuk memberikan peruntukan kepada sembilan lagi 
ADUN PAS yang lain.

Siasatan jabatan audit dan SPRM perlu bagi meneliti ada atau tidak kepincangan urus tadbir dan kemungkinan wujud penyelewengan kuasa melibatkan Pejabat Menteri Besar, ujar PAS Selangor.

Isu peruntukan itu timbul selepas Sallehen dilaporkan berkata, kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan untuk ADUN PAS, seperti dimaklumkan kepadanya oleh UPEN.

Difahamkan pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap ADUN Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang PRU14.

Azmin sebelum ini kerap-kali berdolak-dalik berhubung tindakannya yang menyekat dana terhadap kesemua wakil rakyat PAS di negeri itu.

Malah baru-baru ini, beliau turut mempersoal tindakan PAS yang mengadu kepada Allah dan 
Sultan pada Program Munajat dan Ceramah PAS Selangor dan tidak mengadu kepadanya. 
Sumber TKO - 31-3-2018

Kebiadaban MP Sepang dikesali

SAYA terpanggil untuk menyatakan rasa yang amat jelek dengan sikap biadap dan keceluparan mulut yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin ketika membahaskan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 pada sesi petang Sidang Parlimen semalam Khamis 29 Mac 2018. 
Kebiadapan dan keceluparan beliau tersebut bukan sahaja memberikan imej tidak baik kepada kemuliaan Institusi Parlimen Malaysia, tetapi telah juga menghina Allah S.W.T dan agama Islam itu sendiri. Dengan sikap yang ditunjukkan itu, saya mewakili DPPK Sepang dan percaya seluruh anak muda Sepang berasa amat kesal dengan beliau yang sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan beretika sebagai seorang pemimpin Islam. 
Di samping itu, DPPK Sepang juga bersyukur kepada Allah S.W.T kerana orang seperti beliau telah tidak lagi bersama dalam PAS. PAS tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap dan berperangai biadap sedemikian. Saya cukup yakin dan percaya bukan sahaja ahli-ahli pemuda PAS Sepang yang telah melihat sikap beliau itu, tetapi seluruh pengundi Sepang dan rakyat Malaysia termasuklah para penyokong Pakatan Harapan (PH) sendiri telah melihat tidak senonohnya Yang Berhormat Sepang ketika menjalankan amanah sebagai wakil yang mewakili rakyat Sepang. 
Dengan sikap yang sedemikian itu, YB Hanipa (jika dicalonkan semula bertanding) atau sesiapa pun juga yang dicalonkan mewakili PH di kerusi Parlimen Sepang pastinya akan diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Sepang dengan tidak akan memberikan undi kepada PH dalam PRU ke-14 nanti. 
DPPK Sepang juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Muslim dengan menegur kebiadapan dan keceluparan YB Hanipa tersebut dan mengajak beliau kembali untuk bersikap sebagai seorang Muslim yang sejati dengan penuh adab dan berdiplomasi walaupun dibalas dengan segala macam perkataan buruk dan penghinaan. Inilah akhlak yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin. Pemimpin sebeginilah yang akan ditawarkan oleh PAS kepada rakyat untuk dipilih pada PRU 14 nanti. 
Justeru itulah, undi para pengundi Sepang mestilah diberikan kepada PAS pada PRU ke-14 akan datang untuk memberikan peluang PAS merealisasikan Negeri Selangor Yang Sejahtera. 
Akhirnya kepada YB Hanipa, beristighfar dan bertaubatlah! Di kesempatan hari Jumaat yang barakah ini, marilah hayati sabda Baginda Nabi S.A.W: 
وَ إِنَّ العَبْدَ لَيَتكلَّمُ بالكَلِمَةِ مِنْ سُخْطِ اللهِ لا يُلْقي لَهَا بالاً يَهوى بها فى جَهَنَّمَ
“Sungguh seseorang mengucapkan satu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah, namun dia menganggapnya ringan, kerananya dia dilemparkan ke dalam api neraka.”
(HR Bukhari no 6478) 
MOHD NAZWAN SAIDI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang
30 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 30/3/2018
Sumber HD - 30-3-2018 





Tawaran Manifesto PAS Selangor Sejahtera

SHAH ALAM: Manifesto PRU14 "Selangor Sejahtera" yang menampilkan 10 Teras Utama telah dilancarkan PAS Negeri Selangor bersama rakan Gagasan Sejahtera di Hotel Carlton, di sini semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi menyempurnakannya bersama Pengerusi Ikatan Selangor, Dato' Seri Mohamad Badri Abd Rahman dan turut dihadiri bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Teras Utama itu menyenaraikan kesejahteraan berkerajaan, beragama dan budaya, pendapatan, pendidikan, wanita dan keluarga, anak muda, kesihatan, ekonomi tani, kediaman dan alam sekitar.
Antara tawaran manifesto tersebut adalah untuk meneruskan pemberian air percuma selain bantuan tambang bas sekolah dan RM500 untuk wanita bersalin.
Di bawah Teras Pendapatan, PAS Selangor ujar Sallehen, menjanjikan pendapatan bantuan makanan asasi kepada golongan sasaran secara bulanan dan perluasan ekonomi digital.
Manakala di bawah Teras Wanita dan Keluarga jelasnya, insentif RM150 kesihatan dan keanggunan wanita, bimbingan perkahwinan dan kesejahteraan rumahtangga disediakan, selain bantuan kelangsungan hidup ibu tunggal.
Bagi golongan belia kemuka beliau, disedia insentif, kemudahan, latihan bagi menggilap kemahiran futuristik industri 4.0, selain usahawan muda, sukarelawan, kecergasan dan sukan.
Berkaitan kesihatan pula bentangnya, ditawarkan takaful, insentif RM200 pemeriksaan kesihatan bagi umur 40 tahun ke atas, pengangkutan Orang Kelainan Upaya dan warga emas ke hospital. -HARAKAHDAILY 30/3/2018










Sumber HD - 30-3-2018






Pas Selangor lancar manifesto
Posted on Friday, March 30 @ 10:39:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38862



SHAH ALAM - Pas Selangor semalam melancarkan manifestonya yang  bertemakan Selangor Sejahtera sebagai langkah persediaan menghadapi PRU14.

Manifesto itu merangkumi 10 teras melibatkan aspek kesejahteraan iaitu berkerajaan, beragama dan budaya, pendapatan, pendidikan, wanita dan keluarga, kesihatan, ekonomi tani, kediaman dan alam sekitar.

Menerusi teras kesejahteraan wanita dan keluarga, Pas Selangor menjanjikan empat perkara iaitu insentif RM150 untuk tujuan kesihatan dan keanggunan wanita, insentif RM500 wanita bersalin, bantuan khidmat bimbingan keharmonian perkahwinan dan kesejahteraan rumah tangga serta bantuan kelangsungan hidup ibu tunggal.

Bagi teras kesejahteraan pendidikan, manifesto tersebut memberikan lima tawaran menarik antaranya insentif yuran tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pendidikan percuma bagi sekolah milik kerajaan negeri, Akademik Pasca Tahfiz (SPM), mewujudkan Skim Perjawatan Guru dan Kakitangan Sekolah kerajaan negeri dan bantuan tambang bas sekolah.

 Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya masih mengekalkan program-program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor dengan beberapa penambahbaikan khusus untuk rakyat di negeri ini.

“Segala program diperkenalkan Kerajaan Selangor di mana Pas sendiri terlibat dalam barisan kepimpinannya akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan lain,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai pemberian air percuma sekiranya Pas mengambil alih pimpinan Kerajaan Selangor selepas ini, Sallehen berkata, inisiatif itu akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan terhadap program tersebut.

Beliau yang juga Adun Sabak Bernam memaklumkan, pemberian air percuma telah dilaksanakan sejak zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pas komited untuk meneruskan inisiatif tersebut.

“Secara jelas saya sebutkan bahawa kita akan teruskan pemberian air percuma dengan penambahbaikan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan sedia ada bagi memberi  manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Sallehen turut menyatakan keyakinan bahawa Pas Selangor mampu menarik pengundi dalam PRU14 nanti berdasarkan kepada tawaran yang terkandung di dalam manifesto tersebut.

Tambahnya, manifesto itu dirangka mengikut keperluan rakyat dan keperluan semasa dalam menghadapi cabaran negeri maju pada masa kini.

“Di waktu parti-parti lain berkecamuk tentang pembahagian kerusi dan sebagainya, Pas Selangor terus fokus untuk menyediakan manifesto dengan melibatkan pakar-pakar dalam bidang tertentu,” katanya.

Sumber TKO - 30-3-2018







Ambang PRU: Ketahanan mendepani Ahzab

AHZAB merupakan senario berpanjangan hingga kiamat yang mesti dihadapi oleh umat Islam. Allah memperuntukkan surah yang spesifik berkenaan Ahzab. Bahkan umat Islam disarankan untuk memperingati ancaman Ahzab di dalam takbir raya yang disambut dua kali setahun. Ini menggambarkan betapa peristiwa tersebut penting untuk difahami, agar menjadi panduan ketika mendepani kepungan musuh. 
Tiga pendirian penting
Surah al-Ahzab dimulakan dengan penegasan sikap yang perlu diambil oleh pendukung Islam saat berdepan dengan Ahzab:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (1) وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا (2) وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
"Wahai Nabi, bertaqwalah kepada Allah, jangan kamu ikuti golongan kafirin dan munafiqin, sesungguhnya Allah Maha Pandai lagi Bijaksana. Dan ikutilah apa yang telah diwahyukan dari Tuhanmu, sesungguhnya adalah Allah itu Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakallah kepada Allah, cukuplah Allah sebagai pembantu"
(al-Ahzab 1-3)
Dari ayat ini, Allah telah menegaskan tiga sikap penting yang perlu ada saat berdepan dengan Ahzab:
●    Pelihara taqwa dan jangan mudah terpengaruh dengan musuh luaran & musuh dalaman.
●     Ikuti panduan wahyu tanpa kompromi.
●     Menyerahkan segalanya kepada Allah. 
Jangan mudah terpengaruh
Allah telah mengingatkan kepada Nabi dan kita semua agar di saat terkepung, jangan sama sekali terpengaruh dengan pihak lain. Ia datang dalam bentuk propaganda untuk melencongkan keyakinan dan fokus kita. Terkadang ia datang dengan saraf yang mencemaskan. Terkadang pula ia datang dengan tawaran indah yang cukup memperdaya.
Allah juga mendedahkan bahawa saat berlakunya tentangan Ahzab, kita bukan sekadar berdepan dengan musuh luaran iaitu kafirin. Bahkan kita juga perlu berwaspada dengan munafiqin yang merupakan musuh dalaman umat Islam. Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang. 
Perjuangan ber-Nas
Setelah kita ditegah mengikuti kempen serta dorongan pihak lain, Allah menyuruh agar solid melangkah berdasarkan panduan wahyu. 
Setiap sikap, pendirian dan reaksi mesti didasari dengan hujah wahyu. Segalanya mesti dibentuk hasil dari kefahaman terhadap nas terlebih dahulu. Bukannya telahan dan rasa-rasa yang dibentuk kemudian barulah dialas dengan nas. Jika begitu kita, tidak mengikuti nas. Sebaliknya kita menyuruh nas untuk ikuti selera kita. 
Tawakal
Allah menggambarkan senario Ahzab, merupakan suasana yang cukup cemas dan menakutkan. Keadaan tersebut sebagai ujian. Jika benar-benar beriman, akan kekal utuh dengan tawakkal dan yakin Islam tetap menang. Adapun bagi munafiqin, mereka akan tumpas dengan faktor ketakutan yang menyebabkan mereka sudah berkira-kira untuk bersama dengan puak lain secara sulit. 
Tawakal yang bulat hanya terhasil apabila kita berdepan dengan kemuncak ketakutan dan rasa cemas. Dari tawakal tersebut, mengundang bantuan Allah yang tidak disangka-sangka. Maka tidak hairanlah perang Ahzab yang paling ditakuti oleh para Sahabat, menang percuma tanpa pertempuran besar apabila Allah mendatangkan ribut pasir. 
Bukanlah Ahzab
Kita menyedari, kedudukan Islam terkepung ketika perang Ahzab. Islam bersendirian. Terpaksa berdepan dengan semua ketumbukan musuh. Justeru jika kita gagal kekal bertahan dengan posisi bersendirian, sebaliknya lebih terliur dengan daya tarikan dari musuh. Maka senario tersebut tidak bertepatan dengan Ahzab. 
Begitu juga jika kita terlajak yakin serta merasa kuat dan ramai, maka sikap tersebut tidak menggambarkan suasana berdepan dengan Azhab. Bahkan ia merupakan sikap ketika perang Hunain:
وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ
"Dan ingatlah ketika perang Hunain. Iaitu pada waktu kamu merasa bangga dengan ramainya kamu. Maka dengan itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Semasa kamu merasa bumi yang luas itu telah menjadi sempit. Kemudian kamu lari berundur dan bercerai berai"
(al-Taubah 25)
Dari merasa terlajak yakin, melahirkan jiwa yang sombong lantaran terpesona dengan jumlah yang ramai. Ekoran dari itu, mencederakan kualiti tawakal yang memberi kesan kepada faktor nusrah dari Allah. 
Istiqamah
Semakin dahsyatnya cabaran, semakin dekat dengan kemenangan. Perang Ahzab merupakan 'turning point' bagi Nabi meranapkan kekuatan musuh yang ada di sekeliling. Dari kejayaan perang Ahzab, memunculkan kejayaan raksasa yang dipanggil sebagai pembukaan Kota Makkah.
Inilah garis masa kejayaan Nabi dan para Sahabat. Tinggal lagi kita perlu mengikuti peraturan kemenangan yang telah ditetapkan oleh nas, agar kejayaan tersebut dapat kita ulangi. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
28 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 28/3/2018














Sumber HD - 28-3-2018

Undi bererti buat pilihan betul dan terbaik

CABARAN paling besar buat para pengundi PRU 14 nanti ialah untuk memilih parti yang bakal memerintah dan mentadbir negara atau negeri untuk lima tahun akan datang. 
Lima tahun bukan masa yang pendek, ianya satu tempoh masa yang panjang dalam kehidupan. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh lima tahun ini sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara atau negeri. 
Memilih kebiasaannya mencari yang terbaik, tiada yang memilih untuk yang tidak baik dan tidak bagus. Untuk PRU kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia mempunyai tiga blok untuk dipilih. 
Blok Barisan Nasional, blok ini telah memerintah sangat lama dan mempunyai reputasi pimpinan-pimpinan yang korup dan skandal-skandal ketirisan kewangan yang sangat melampau. Kesan daripada kelemahan blok ini pelbagai permasalahan himpitan ekonomi, pengangguran, dasar pendidikan yang gagal membangunkan insaniah dan banyak lagi yang tidak perlu disenaraikan kerana kebanyakan rakyat maklum segala kepincangan ini. 
Blok Pakatan Harapan (PH), blok ini wujud atas asas semangat Reformasi 98 yang melibatkan dua aktor kacak yang bergasak sehingga tercetus provokasi kebangkitan rakyat menentang Perdana Menteri ketika itu. Bermula dengan inisiatif PAS dengan agenda Gerak, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. 
Blok PH ini telah mengalami evolusi keliru yang tersendiri dalam percaturan politik mereka apabila insiden Reformasi 98 sudah tiada nilai lagi buat dua aktor kacak ini, iaitu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yang sudah seiring dan sejalan menggasak Najib Razak.
Persoalannya agenda dan muslihat politik apa pula yang bakal mengheret rakyat ke kancah emosional kebencian yang disinetronkan oleh PKR, DAP, PPBM dan PAN. Kesimpulannya rakyat sudah jelak. 
Blok Gagasan Sejatera, blok ketiga yang menawarkan solusi terbaik berlandaskan formula yang digali dari disiplin Islam yang memberi rahmat untuk semua. PAS menerajui blok ini serta didukung oleh beberapa parti politik kecil dan NGO. 
Manifesto Malaysia Sejahtera yang telah dilancarkan baru-baru ini bakal mengubah landskap ekonomi, pendidikan, sosial dan good governance. Ini adalah garapan terbaik dalam menterjemahkan konsep berkebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Oleh itu ayuh kita tekadkan untuk buat pilihan yang betul dan terbaik. 
M ROSHARIZAN M ROZLAN
Pengarah Pilihanraya PAS Puchong - HARAKAHDAILY 26/3/2018
















Sumber HD - 26-3-2018










9 ADUN PAS S'gor belum terima peruntukan, Azmin cuba kelirukan Massa
Posted on Monday, March 26 @ 18:33:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38811



Empat daripada 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor sudah mula 
menerima peruntukan masing-masing yang sebelum ini didakwa disekat oleh kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata empat wakil rakyat tersebut adalah ADUN
Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman; ADUN Dusun Tua, Razaly Hassan; ADUN Taman
Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

"Setakat ini hanya empat ADUN PAS diberikan peruntukan dan yang lain belum lagi. Sembilan ADUN masih tak terima peruntukan dan guna wang peribadi bagi menjalankan program bantuan
di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita.

Sallehen ditemui selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13, yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan DUN di Shah Alam, hari ini. -Bernama
Sumber TKO - 26-3-2018


PAS rayu rakyat beri peluang satu penggal tadbir Malaysia
Posted on Sunday, March 25 @ 13:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38790



SHAH ALAM: PAS menggesa rakyat memberi peluang kepada parti itu untuk mentadbir negara selama satu penggal untuk melihat perubahan yang boleh dilakukan mereka.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata rakyat sudah mengetahui corak dan kesan daripada pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita minta masyarakat beri peluang sekali sahaja kepada PAS untuk memberikan khidmat selama
satu penggal paling kurang, perhatikan apa yang kita akan buat.

“Pakatan Harapan (PH) menampilkan bekas perdana menteri yang akan jadi perdana menteri
semula, sama juga dengan perdana menteri dari Barisan Nasional (BN).

“Kedua-duanya, tuan-tuan dan puan-puan sudah ada pengalaman, yang belum ada pengalaman hanyalah perdana menteri dari PAS,” katanya pada Dialog Perpaduan Nasional PAS Selangor, hari
ini.

Dr Mahathir yang pernah menerajui negara selama 22 tahun, dipilih sebagai perdana menteri jika
PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Najib pula sudah menjadi perdana menteri
selama 9 tahun.

Sallehen berkata, sekiranya PAS gagal mentadbir negara dengan baik dalam 1 penggal, rakyat
boleh menghukum PAS pada PRU15 dengan memilih PH atau BN.

Beliau turut menyerang Dr Mahathir dengan berkata, parti itu akan menurunkan calon muda dan bertenaga pada PRU14, bukannya calon berusia 93 tahun dan ke atas.

Adun Sabak itu turut melarang penyokong dan ahli PAS menyebarkan fitnah, walaupun mereka
bakal berdepan gelombang serangan fitnah menjelang PRU14.

“Saya percaya kali ini penuh dengan serangan, berita yang pelbagai. Kita dilarang sebar fitnah,
kita tidak boleh sebar fitnah. Parti lain akan fitnah dan PAS akan terus difitnah.

“Ia sebagaimana fitnah PAS bersama Umno, PAS dapat RM90 juta dan PAS digambarkan sebagai
parti yang benci orang bukan Islam, ini semuanya fitnah.”

Sumber TKO - 25-3-2018

ART JAM bantu tangani kesan ribut di PJS

PETALING JAYA SELATAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah menggerakkan kerahan segera menangani pokok besar yang tumbang akibat kejadian ribut di Masjid As-Salam, Flat Petaling Utama, PJS 1, di sini awal pagi hari ini.
Tindakan tersebut telah dilaksanakan Amal Rescue Team (ART) Petaling Jaya Selatan dibantu anggota dari Hulu Selangor dan Sepang setelah mendapat aduan penduduk walaupun perkara tersebut di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.
Menurut Ketua ART Petaling Jaya Selatan, Muhammad Affandi Abdul Raof penduduk di sini sudah mesra dengan Jabatan Amal yang sebelum ini melakukan pelbagai khidmat kebajikan di mana antara terbaru membaiki pagar flat penduduk.
Ribut tersebut telah menyebabkan pokok besar setinggi 3 tingkat itu tumbang di mana merosakkan sebuah kenderaan dan merobohkan tembok masjid serta pagar dawai TNB dalam kejadian lewat petang semalam. -HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD - 19-3-2018 

Green4U jelajah seluruh Parlimen Hulu 

Langat

HULU LANGAT: Program Green4U Selangor Sejahtera peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen itu yang diadakan kelmarin dan semalam.
Menerusi program itu, telah dijalankan Ziarah Kebajikan melibatkan kunjungan kepada golongan memerlukan dengan sumbangan barang keperluan yang disertai sama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.
Turut berlangsung dengan meriah adalah pertandingan sepak penalti, cuci motor percuma dan edaran kupon petrol percuma di Taman Jenaris, Kajang.
Manakala Jabatan Amal Malaysia mengembleng tenaga mengadakan gotong-royong membaiki bumbung rumah di Kampung Batu 17 Dusun Tua.
Termasuk dalam aturcara program adalah majlis munajat dan kuliah Maghrib khas dipimpin Ketua Urusan Ulamak Hulu Langat, Ustaz Asri Lateh dan Imam Fazly Mohd Yatim di Surau Kampung Bukit Raya.
Kemuncak program diadakan Sembang Santai Teh Tarik for Malaysia melibatkan panelis Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor, Rusli Jusoh dan Pendakwah Muda, PU Amin dan Pengarah JPro Selangor, Zurk Ahmad. -HARAKAHDAILY 19/3/2018
























Sumber HD -19-3-2018


























Sultan Is Pillar Of Justice, PAS Tells Selangor MB

Selangor PAS chief Sallehin Mukhyi said his party’s lawmakers petitioned the Sultan about
their allegedly frozen state allocations as the Malay Rulers are pillars of justice.

Responding to Selangor Mentri Besar Datuk
Seri Azmin Ali who mocked the state assemblymen as childish for involving Sultan Sharafuddin Idris Shah in the row, he said they were simply keeping the Selangor monarch apprised of developments.

“We submitted the letter simply to let Tuanku know what has happened because he is the pillar of justice for the people,” Sallehin said after a PAS rally last night

“There is no one else we can turn to, because with our previous dealings with the said mentri besar,
it has become evident that he does not want to give us the allocations.”

He insisted that PAS representatives were not about to beg for the funds and told Azmin that
money could not buy support.

After the issue emerged in January, Azmin denied blocking the allocations to the PAS
assemblymen and claimed the disbursements were simply delayed by technical issues.

However, the issue persists nearly two months later.- themalaymailonline

Sumber BO - 18-3-2018














Rafizi usah hina penduduk Pandan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kononnya PKR kuat di parlimen tersebut hatta dicalonkan kucing sekalipun, jelas menghina kebijaksanaan dan kemampuan penduduk.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pandan, Ustaz Mohamed Sukri Omar bagaimanapun menegaskan bahawa penduduk Pandan tidak sedangkal kenyataan Rafizi itu.
Disebalik faktor demografi yang menjadi hujah Rafizi, beliau diingatkan Sukri terhadap kemunculan kumpulan 'UndiRosak' pelbagai kaum kerana protes terhadap PH atas kegagalan membela rakyat.
Bahkan, 21 anggota PH disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pengangkatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH menambahkan lagi senarai kegagalan itu.
"Akhirnya mengakibatkan PH tenggelam dalam keegoan dan keangkuhan. Faktor inilah menjadikan PKR bakal jatuh di Parlimen Pandan pada PRU14.
"Saya rasa eloklah Rafizi ambil masa merenung seketika langkah terbaik dari "naik bongkak sampai otak, sampai masa pakai otak"," bidasnya.
Namun, beliau mengharap Rafizi terus melaksanakan tugas terakhir membela rakyat dan membaiki PH, selain menyatakan simpati akan dihukum penjara atas usaha menegak kebenaran. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018 

PAS Holding Separate Rallies To Celebrate Selangor Victory Anniversary
















PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, Shah Alam, 21 Januari lalu
Selangor PAS and Pakatan Harapan will hold separate rallies to mark the 10th anniversary of the Opposition managing
to take Selangor from Barisan Nasional.

PAS will hold a prayer and ceramah event at the JKR stadium, located about 10 km away from Stadium Melawati, on Saturday March 17.

The main speaker at the event will be PAS president Abdul Hadi Awang, while Selangor PAS chief Sallehen Mukhyi and state cabinet member Iskandar Abdul Samad will also be speaking at the
event.

Meanwhile Pakatan’s Karnival Himpunan Rakyat: Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor
will be held on the same Saturday at Stadium Melawati.

Several state officials were expected to give presentations during the carnivals.

Selangor Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali is expected to make an appearance to talk about the importance of proper governance of the state to the country – source thestar online.

Sumber BO - 17-3-20118
















Seruan Munajat Perdana PAS Selangor





































DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) sangat meyakini bahawa doa dan munajat yang lebih kerap dan padu perlu diperhebatkan lagi menjelang hampir pilihan raya. 
Demikian dinyatakan ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat dalam satu kenyataan, sebagamana di bawah.
ALLAH SWT telah mendidik para pejuang agamaNya agar sentiasa mengikat diri dan berpaut teguh denganNya apabila berjuang. Persiapan-persiapan iman, fizikal, material dan kemahiran diri perlu digembleng bersama demi sebuah kejayaan yang diredhaiNya. Firman Allah SWT 
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
“Hai orang-orang yang beriman apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Surah Al-Anfaal ayat 45) 
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) sangat meyakini bahawa doa dan munajat yang lebih kerap dan padu perlu diperhebatkan lagi menjelang hampir pilihan raya. 
Justeru, DUPNS menyeru kepada semua ahli PAS agar dapat menghadirkan diri di dalam Program Munajat Perdana PAS Selangor pada 17 Mac 2018, Sabtu pukul 6.30 petang bertempat Stadium JKR, Seksyen 17, Shah Alam demi menjana kekuatan ahli-ahli dan jemaah. 
Semoga usaha kecil kita yang bersungguh-sungguh ini mampu memperkukuhkan jentera pilihan raya PAS Selangor dengan iringan restu dan keberkatan dari Allah SWT.
“Sejahtera Bersama Islam" 
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
27 Jamadilakhir 1439/15 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/2018
Sumber HD - 15-3-2018 



















Green4U Pemuda S'gor gamit anak muda

SELEPAS seminggu melancarkan Jelajah Green4U Selangor Sejahtera, tiga kawasan Parlimen telah melaksanakannya. Iaitu kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Pandan. Ianya akan terus dilaksanakan oleh Pemuda PAS di 22 kawasan Parlimen seluruh Selangor. 
Green4U menjadi platform anak-anak muda Selangor mendekati PAS. Selain melalui program-program yang kena dengan "jiwa" dan minat anak muda, ada sebahagian besarnya menjadikan Green4U untuk terus istiqamah bersama PAS. Mereka mengisi borang dan menyerahkan borang PAS kepada pimpinan sebagai isyarat anak muda bersama PAS. 
Terbaru di kawasan Hulu Selangor apabila sebilangan pimpinan dan ahli pemuda parti lawan menyerahkan borang untuk bersama perjuangan PAS. Antara mereka adalah: 
I.     Mohd Faisal Abu Bakar - mantan Exco AMK Selangor / Ketua AMK Cabang Hulu Selangor
II.     Mohd Rusli Saat - mantan AJK AMK Hulu Selangor
III.     Kamalrudin B Sulaiman - bekas ahli gerak gempur Umno
IV.     Zulhelmie b Saharuddin - bekas pemuda Umno Cawangan
V.     Mohd Jefri b kamaruzaman - bekas pemuda Umno cawangan 
Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan selamat datang dan salam istiqamah buat mereka dan insyaAllah akan ada lagi kemasukan beberapa tokoh anak muda dari kawasan-kawasan lain dalam perjuangan PAS ini. Ayuh anak muda!! Semarakkan perjuangan, labuhkan dirimu untuk berbakti pada rakyat. Langsungkan Amal Islami demi memartabatkan Islam. 
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
25 Jamadil Akhir 1439H | 13 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 



PAS yakin jadi kuasa penentu di Selangor
Posted on Tuesday, March 13 @ 11:24:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38614



Pada 2008, PAS melakukan perkara yang tak pernah dibayangkan. Parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor dan bukan lagi sebuah parti kampung dengan pengaruh hanya terhad di kawasan pedalaman.

Kemuncaknya, parti itu memegang satu perempat daripada kerusi di dewan undangan negeri dan tiga daripada 10 jawatan exco Selangor, meletakkan mereka dalam kedudukan yang kukuh dari segi dasar dan sumber - satu kedudukan yang mereka mahu kekalkan.

Tetapi tidak seperti sebelum ini, PAS Selangor, BN dan Pakatan Harapan mungkin terlibat dalam pertembungan tiga penjuru.

Walaupun kedua-dua parti utama perlu menguasai sebahagian besar kerusi, PAS Selangor percaya sokongan terhadap mereka yang dibina selama beberapa dekad bukan sahaja akan memastikan kelangsungan parti itu, tetapi membantu ia berkembang semasa pilihan raya ini.

"Kami menjangkakan keadaan Parlimen akan 'digantung' tetapi dengan PAS menjadi king maker," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, yang lebih dikenali sebagai Roslan SMS.

Roslan, 54, adalah bekas setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pernah didakwa sebagai tokoh utama di sebalik usaha memujuk pemimpin PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno semasa era Pakatan Rakyat.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Roslan, yang kini ahli strategi PAS Selangor, menjelaskan parti atau sesebuah gabungan perlu menang 28 daripada 56 kerusi DUN untuk mendapatkan hak mentadbir Selangor.

Sama ada BN atau HARAPAN, katanya tidak akan dapat berbuat demikian.

Alasannya, kata Roslan, PAS menjangka akan melakukan lebih baik di 15 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu dan memenangi kira-kira 25 kerusi.

DAP masih ok, tapi bukan Amanah
Dalam senario ini, PAS Selangor bukan sahaja boleh memilih sekutunya untuk membentuk sebuah gabungan, tetapi juga menetapkan terma kerjasama, katanya.

"Kita tidak dapat bayangkan bahawa (Pengerusi HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad akan duduk bersama dengan Lim Kit Siang dari DAP.

"Begitu juga, sekiranya PKR menang beberapa kerusi selepas PRU14 dan memutuskan mereka mahu bersama kami (PAS) dan menerima perjuangan kami, mengapa tidak?

"Atau sekiranya DAP tiba-tiba menyedari PAS benar, kita terbuka.

"Apabila kami menjadi blok terbesar, kami akan beritahu mereka apa yang kami mahu dan apa yang kami tidak mahu.

"Sekiranya kamu ikut tuntutan kami, kami akan terima untuk bekerja dengan kamu," katanya yang juga seorang ahli perniagaan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Walaupun tidak menyentuh secara terpeinci mengenai tuntutan PAS, Roslan berkata walau apa pun hasilnya, parti itu tidak akan bekerjasama dengan AMANAH.


"Mungkin apabila PRU14 selesai, tidak akan ada lagi AMANAH, jadi lebih mudah," katanya.

Sumber TKO - 13-3-2018






















Inisiatif Pemuda PAS salur air kepada penduduk S'gor

GOMBAK: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengerah peranan ahlinya bagi membantu mendapat dan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terjejas sejak seminggu lalu di negeri itu. 
Inisiatif dipimpin Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim itu juga diperkuatkan dengan peranan anggota Jabatan Amal Malaysia Selangor. 
Mereka telah mengagihkan bantuan air ke kawasan seperti Gombak, Pandan, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya Selatan, Puchong, Kota Raja dan Ampang dalam usaha meringankan beban rakyat sejak Khamis lalu. 
Mereka akui, walaupun bantuan sumber-sumber bekalan air disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, namun masih terhad. 
Menyedari ia merupakan keperluan asasi dan kegunaan dalam urusan harian itu telah menjejaskan banyak aktiviti dan kepentingan penduduk, maka usaha itu digerak semampu mereka. 
Penduduk di beberapa kawasan dalam negeri Selangor telah berdepan dengan masalah bekalan air tersebut akibat daripada kerja-kerja pembaikan Paip Sistem Mampatan Udara yang dilaksanakan SPLASH sejak seminggu lalu.-HARAKAHDAILY 12/3/2018








































Sumber HD - 12-3-2018


Beku peruntukan: PAS akan hantar surat kepada Sultan Selangor
Posted on Sunday, March 11 @ 11:30:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38582


PETALING JAYA: PAS Selangor akan menghantar surat kepada Sultan Selangor minggu depan berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata surat itu bertujuan memaklumkan sultan mengenai isu sebenar dihadapi adun dan penyelaras PAS di negeri itu.

“Kita hantar surat bukan nak cabar sesiapa pun. Kita nak beritahu Sultan Selangor cerita yang betul. Itu sahaja. Bukan nak minta tuanku campur tangan ke apa.

“Tuanku sebagai payung kepada rakyat dan kita nak maklumkan sebab rakyat sentiasa bertanya.

Rakyat dalam keadaan runsing (kerana) tiba-tiba tak dapat bantuan mereka,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu tersebut.

“Silakan (tulis surat kepada istana),” kata timbalan presiden PKR itu.

Pada 6 Februari lalu, PAS Selangor memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina, 16 Februari lalu.

Sallehen dilaporkan berkata, PAS akan menulis surat kepada Istana Selangor dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa bertujuan mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mengulas lanjut, Sallehen berkata, beliau akan mewakili adun dan penyelaras PAS menyerahkan surat itu kepada Istana Selangor kerana Azmin enggan memberi peruntukan itu selepas pelbagai usaha dilakukan wakil rakyat parti Islam itu.

“Proses berjumpa dengan Azmin sudah ada Adun yang sudah buat. Ada yang sudah tulis surat pada dia. Dia tetap tidak bagi, jadi memang niat dia tak nak bagi,” kata adun Sabak itu.

Sumber TKO - 11-3-2018












































Mangsa ribut Puchong dibantu Muslimat PAS

PUCHONG: Muslimat PAS Kawasan Puchong telah mengadakan ziarah dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa bencana ribut di Kampung Sri Aman, di sini semalam.
Kunjungan tersebut dipimpin Ketua Muslimat PAS Puchong, Norzaihan Ismail dan disertai sama Naib Ketua dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Puchong, Nor Zarina Mohd Azhar dan Noraino Shareff serta beberapa Ahli Jawatankuasa lain.
Lawatan tersebut turut disertai Biro Kebajikan Masjid Kampung Sri Aman dan pihak Sekolah Rendah Islam (SERI) Nurul Hidayah sebagai usaha silang-fungsi membantu dan menyantuni mangsa.
Sumbangan yang diberikan sebagai meringankan serta menampung keperluan mangsa membaiki kerosakan dialami kediaman masing-masing yang tercabut struktur atap atau dihempap pokok tumbang.
Dalam kejadian 6 Mac lalu, banyak pokok besar di sepanjang Jalan Jurutera tumbang, manakala kediaman dan SERI Nurul Hidayah serta Maahad Tahfiz Uthmani telah mengalami kerosakan premis. - HARAKAHDAILY 10/3/2018
Sumber HD - 10-3-2018 

ADUN PAS Paya Jaras ‘Kirim Salam’ Kepada MB Selangor
Posted on Friday, March 09 @ 10:52:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38549



AIDCNews -08/03/18 –Usaha penguatkuasa Kerajaan Negeri Selangor mahu merobohkan 
di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh menimbulkan kemarahan ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

“Saya wakil rakyat..tiba-tiba dapat notis melalui whatapps nak roboh rumah kawasan saya.

“Macam mana perasaan, kalau tuan jadi wakil rakyat..”kata Khairuddin kepada beberapa orang penguatkuasa kerajaan negeri itu.

“Bagi tahu kepada MB (Selangor)..ini kata-kata saya,”katanya lagi.


Dalam catatan di Facebook, Khairuddin menulis beliau tidak memusuhi penguatkuasa kerajaan
negeri, namun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin perlu memahami kesusahan rakyat bawahan di negeri itu.

“Saya tidak berhasrat memusuhi agensi penguatkuasa kerajaan negeri yang ada;

“Tetapi saya tidak berganjak; “suara rakyat bawah, suara rakyat susah, mesti dihantar ke atas.
Dengan apa cara sekali pun”,”tegasnya.
Sumber TKO - 9-3-2018

Dominasi PAS tadbir Selangor




































(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Pesuruhjaya PAS Selangor di Program Anda 
Tanya Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor) Jawab di Live Facebook Sinar Harian 
pada 6 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

BERSAMA masyarakat
Masa depan ini tak ada siapa yang boleh tahu melainkan Allah S.W.T sahaja yang tahu. Bahkan 
dalam sejarah saya sendiri dalam politik ini, saya pernah menang, saya pernah kalah, dan saya 
pernah menang semula.

Jadi itu semua adalah kehendak Allah S.W.T. Namun, bagi saya dengan masyarakat di Sabak 
Bernam, di Sungai Besar ini bukan asing. Mereka telah bersama-sama dengan saya dan 
telah mengenali sejak awal lagi. Sebab saya sendiri anak tempatan di Sabak. Jadi tidak sukar.

Dan oleh sebab itu apa yang penting bagi saya ialah masyarakat dan rakyat di Sabak Bernam 
terutama di luar bandar ini dia nak melihat supaya wakil rakyat mereka sentiasa bersama-sama 
dengan mereka. Sebab itu ada parti sebelum itu parti contoh parti PKR pernah mengemukakan 
calon-calon yang dari sudut akademik sangat hebat. Seorang pensyarah Universiti UIA, pernah
 juga seorang Professor undang-undang. Tetapi semuanya tidak menang sebab boleh jadi 
kerana mereka muncul di waktu pilihan raya, dan mereka tidak kita kata bergelumang 
dengan masyarakat di Sabak sendiri.

Jadi saya percaya keterlibatan saya dengan masyarakat, itu saya fikir sebahagian daripada 
kekuatan saya sendiri untuk dan kekuatan PAS sendiri untuk bukan sekadar saya, sebab saya 
pun tak tahu sama ada saya bertanding ataupun tidak. Tetapi soalnya ialah parti yang saya 
wakili PAS ini sentiasa bersama-sama dengan masyarakat. Dan itu sebahagian kekuatan yang 
saya fikir untuk mendapat sokongan daripada masyarakat dalam pilihan raya yang akan datang.

Sumber HD - 8-3-2018

























Dominasi PAS tadbir Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata:
PAS dalam amalan setiap kali pilihan raya, kita tidak akan menamakan siapa calon Menteri Besar. Dan PAS sendiri menyediakan calon-calon yang semuanya layak untuk jadi Menteri Besar. Semua calon PAS layak untuk jadi Menteri Besar. 
”Sebab itu PAS bukan kita hanya heret seindividu untuk terus naik. Tapi PAS ini sebuah parti yang kita bermula dengan ada tarbiyah, ada pendidikan, ada usrah, ada tamrin untuk membentuk peribadi-peribadi supaya mereka layak. 
“Bukan kita sekadar menilai dari soal sudut akademik semata-mata, tetapi ialah dari segi akhlak, dari segi keperibadian, dan dia diterima oleh masyarakat dan baik hubungan dengan masyarakat. Jadi semua ini tak boleh lahir dengan berlakon, tetapi mesti melalui satu ilmu, melalui satu pendidikan, pentarbiyahan yang panjang. 
“Jadi calon-calon yang akan kita kemukakan ini insyaa Allah calon-calon yang semuanya layak. Sebab pengalaman-pengalaman yang lalu pun bila kita kemukakan calon-calon kita, tidak ada seorang pun yang kita kata terlibat macam di Kelantan berapa puluh tahun kita mentadbir. Tak ada pun yang terlibat dalam soal rasuah yang dipanggil oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah dan sebagainya. 
“Jadi, tugas PAS sekarang ini buat masa ini ialah menyediakan calon yang semuanya layak untuk jadi Menteri Besar. Jadi lepas itu nanti, kuasa nak lantik Menteri Besar ini, kita serah kepada yang memayungi rakyat untuk memilih. Yang memayungi rakyat tentunya ialah kuasa Tuanku, Sultan. Jadi Sultan lebih arif untuk melihat.  
Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor) Jawab di Live Facebook Sinar Harian pada 6 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 8/3/2018
Sumber HD - 8-3-2018 




















































Tindakan Azmin rakyat terkesan - PJ 

Selangor

SHAH ALAM : Hampir sejuta rakyat negeri Selangor yang berada di bawah kawasan yang diwakili 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menerima tempias akibat pembekuan peruntukan kewangan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sejak dua bulan lepas. 
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi berkata sikap Azmin bertentangan dengan pendirian MB Selangor itu semasa mengumumkan pembentangan bajet 2018 negeri Selangor yang mahu ahli-ahli dewan undangan negeri bekerja berlumba-lumba membuat kebaikan. 
"Sebenarnya pembekuan ini bukan masalah kepada kami sebagai Adun kawasan tetapi menjadi masalah dan terkesannya adalah rakyat di bawah kerana selama ini kita telah menyalurkan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. 
"Dengan pembekuan ini kita sudah tidak dapat menyalurkan lagi dan kami (13 Adun PAS) tetap berkhidmat dan bekerja untuk rakyat walaupun sampai sekarang peruntukan tersebut masih belum diterima, kami gunakan wang dari kami sendiri," katanya pada sidang media khas PAS Selangor di Pejabat PAS Negeri Selangor, di sini kelmarin
Demikian itu, sembilan Adun PAS daripada 13 orang telah menggunakan sejumlah lebih RM663,000 peruntukan kewangan sendiri untuk melaksanakan program-program termasuk menyalurkan bantuan kepada rakyat di kawasan mereka. 
Tambah beliau lagi, sekatan itu tidak hanya berlaku kepada peruntukan dana bagi 13 Adun sahaja malahan juga kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) turut ditahan walaupun telah diadakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk mengeluarkannya. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Editor : Ikuti sambungan pendedahan lanjut beliau yang disiarkan di Harakah cetak Bil 2328 edisi Isnin di pasaran nanti
Sumber HD - 2-3-2018 



























Sentuhan YB PAS undang pelancong ke Pulau Ketam

KLANG: Pulau Ketam semakin dikenali dan menjadi antara tempat pilihan pelancong sejak di bawah wakil rakyat ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali. 
Sebelum PRU Mac 2008, ketika masih di bawah pemantauan BN, Pulau Ketam yang terletak di daerah Klang seolah-olah menjadi pulau yang terpinggir daripada kesibukan bandar. 
Bagaimanapun, selepas itu Pulau Ketam menjadi tempat pilihan pelancong dalam dan luar negara di mana secara langsung telah meningkatkan pendapatan pemilik feri, hotel, restoren serta kedai barangan runcit.  
Inilah antara kejayaan yang dilakukan oleh Dr Halimah selepas dipilih oleh pengundi di Pulau Ketam hingga pada Februari 2015, menjadi sejarah bagi masyarakat Islam di kampung nelayan Cina itu kerana dapat menunaikan solat Jumaat. 
Pulau yang didiami nelayan majoriti masyarakat Cina itu mempunyai sekolah, dewan orang ramai, balai polis, klinik kesihatan, hotel, restoren dan kedai jual barang runcit. 
Sebuah sekolah tahfiz Al-Quran juga berjaya diwujudkan pada tahun 2017 bagi mendekatkan masyarakat Melayu Islam dengan kaum Cina di pulau itu. 
Seramai 52 pelajar menuntut tahfiz ditubuhkan itu dengan bahasa Mandarin antara salah satu pelajaran dalam kurikulum. 
Menurut Dr Halimah, jambatan kayu yang dibina dahulu juga telah ditukar kepada jambatan simen dengan penghadang kiri kanan. 
Katanya, ini bagi menjamin keselamatan pengguna basikal dan motor dari jeti ke rumah masing-masing. 
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Selangor menjelaskan, masyarakat Cina di Pulau Ketam tidak pernah dipinggirkan dan mendapat hak yang sewajarnya. 
"Kita telah beri bantuan persekolahan. Begitu juga bantuan RM2,500 kepada keluarga yang kematian ibu bapa," katanya.
Menjelang sambutan Tahun Baru Cina maklumnya, seramai 400 penduduk Pulau Ketam telah dibawa ke Pasar Raya Klang dalam program `Jom Shopping'.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Ketam, beliau telah melancarkan Green Silk serta penyerahan borang DHPP. 
Dalam program tersebut, seramai 150 orang kanak-kanak menerima duit rakyat, selain beliau turut menyampaikan sumbangan SMUE RM2,500 kepada empat keluarga waris yang kematian ibu atau bapa.  
Dalam ucapan perasmian Green Silk beliau mengingatkan penduduk Pulau Ketam supaya memilih parti yang boleh memberi keadilan dan kesejahteraan rakyat. 
"Kita kena pilih pimpinan yang boleh jaga duit di Putrajaya dan duit rakyat. PRU hanya 5 tahun sekali kalau tidak jaga nanti barang semua naik lagi susah kehidupan rakyat.
"Dalam Perlembagaan PAS menekankan tentang prinsip dan keadilan untuk semua bangsa. Ini bermakna motto PAS untuk semua bukan hanya slogan tetapi itu satu prinsip yang masuk dalam al-Qruan dan diperjuangkan oleh PAS," katanya.  
Beliau berkata, mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendidik ahli dan pimpinannya bahawa orang Cina, India dan Melayu merupakan adik beradik. 
Beliau juga mengingatkan masyarakat Cina supaya tidak takut kepada PAS kerana PAS membawa Islam yang tulen dengan menjamin kesejahteraan untuk semua bangsa.  
"Bila pilihan raya jangan pening untuk undi parti mana. Kita semua kena tengok langit, atas langit bila waktu malam ada apa? Ada bulan. Kita semua kena undi bulan," katanya disambut tepukan daripada masyarakat Cina. -HARAKAHDAILY 19/2/2018






















































Sumber HD - 19-2-2018

Idealisme Iblis yang menjahanamkan politikus

KITAB  Talbis  Iblis karangan Imam Abu Faroj al-Jauzi merupakan kitab tasawwuf yang membongkar strategi Iblis dalam menyesatkan manusia ketika mereka melakukan perbuatan yang dianggap asalnya baik.
Penerangan-penerangan di dalam kitab Talbis  Iblis amat menyentap menyebabkan sesetengah golongan cukup tidak senang dengan kitab tersebut. Imam Abu Faroj al-Jauzi turut mendedahkan bagaimana penguasa boleh menjadi jahat.
Sungguhpun beliau menggunakan istilah 'salatin' yang bermaksud penguasa-penguasa, kita perlu memahaminya sebagai politikus dalam konteks realiti hari ini. Hal ini kerana sesiapa pun di kalangan politikus berpeluang menjadi penguasa.
Selain dari sikap licik mahir bermuka-muka, Imam Abu Faroj al-Jauzi menyenaraikan 12 taktik Iblis dalam merosakkan politikus:
Kononnya menang kerana disayangi Allah
Politikus sering kali mengkaitkan kemenangannya sebagai bukti Allah memilih dan menyayanginya. Walhal mereka tidak serius dengan syariat Allah. Sedangkan berapa banyak di dalam sejarah, Allah memberi peluang kepada golongan zalim sebagai penguasa. Imam Abu Faroj al-Jauzi mengingatkan:
"Jika mereka benar-benar wakil Allah, sudah pasti mereka melaksanakan hukum-hakam-Nya. Pada saat itulah mereka merupakan orang yang dicintai Allah kerana taat kepada-Nya"
Anti hujah ilmu
Politikus menganggap kuasa adalah segala-galanya. Mereka merasa rimas dengan hujah-hujah ilmu. Bahkan politikus suka mengambil kesempatan terhadap kejahilan orang-orang bawahan terhadap agama. Semakin jahil orang bawah, semakin selesalah politikus di tampuk kuasanya. Dari kejahilan tersebut, memberi peluang kepada politikus untuk menipu dan menyeleweng.
Takut dengan bayang-bayang sendiri
Politikus yang tersampuk dek Iblis pasti akan takut dengan bayang-bayang sendiri. Sentiasa merasa takut. Mereka membayangkan semua orang amat berpotensi menggugat kuasanya. Imam Abu Faroj al-Jauzi berkata:
"Iblis menghasut para politikus agar sentiasa merasa takut terhadap musuh. Lantas menyebabkan mereka sentiasa mengukuhkan pertahanan supaya apa yang ada di tangan tidak terlepas"
Dari paranoid inilah, politikus boleh melancarkan pelbagai fitnah ke atas sesiapa yang dianggap boleh menggugat survival politiknya.
Membela pengampu yang bodoh
Politikus suka dipuja dan dipuji oleh pengampu. Walaupun secara separa sedar mereka tahu bahawa hubungan mereka penuh kepalsuan, namun itulah nilai 'persaudaraan' politikus. Imam Abu Faroj al-Jauzi mendedahkan:
"Mereka melantik orang-orang yang tidak mampu dan bodoh agar mudah dipergunakan"
Melupakan Nas, bertuhankan 'Political  Mileage'
Politikus terlalu obses terhadap politik. Apa-apa yang menghalang nafsu politiknya akan dianggap sebagai pengacau, termasuklah nas dari Allah dan Rasul-Nya. Justeru mereka lebih selesa berpegang dengan pandangan sendiri. Jika dikritik bahawa tindak tanduk politikus bercanggah dengan kejujuran beragama, mereka dengan angkuh mengatakan inilah politik. Kononnya terdapat ruang vakum dalam Islam yang boleh diisi dengan tipu daya politik. Imam Abu Faroj al-Jauzi menjelaskan:
"Ini merupakan tipu daya yang paling dahsyat, kerana syarak merupakan peraturan Ilahi. Mustahil ada ruang vakum dalam peraturan Allah yang menyebabkan makhluk boleh menjalani kehidupan sesuka hati"
Tamak membolot peluang material
Apabila berkuasa, politikus percaya bahawa mereka menguasai segala-galanya. Termasuklah duit yang sedang berada di dalam poket-poket orang bawahannya. Mereka menyuruh orang bawahan mereka agar berkorban dan berjimat, sementara mereka sentiasa mengambil kesempatan. Maka jadilah politik peras ugut dan pembaziran secara sekali gus.
Menganut Machiavellianisme
Politikus cukup tegar berpegang dengan anutan matlamat menghalalkan cara. Semua tindakan walaupun dosa boleh dilakukan atas alasan demi kepentingan dan kebaikan bersama. 
Imam Abu Faroj al-Jauzi menjelaskan bahawa Iblis menghasut politikus agar bebas berbuat apa sahaja. Bermuka-muka, pragmatis, penipu, khianat dan fitnah sudah sebati bagi mereka.
Kononnya itulah jalan yang ada demi mengekalkan stabiliti taklukan bawahannya. Bukankah Allah memberi kepercayaan kepada politikus? Maka sudah pasti politikus layak berbuat apa sahaja. Itulah kepercayaan mereka.
Kononnya kompeten
"Iblis memperdaya majoriti politikus bahawa kononnya mereka telah melaksanakan segala kewajiban" - Imam Abu Faroj al-Jauzi.
Dari sikap merasa selesa tersebut, mereka akan melenting apabila dikritik. Pada masa yang sama mereka sentiasa merasa terbaik, walaupun ia tidak diungkap dengan kata-kata. Namun sikap politikus yang sensitif dengan kritikan menterjemahkan masalah jiwa yang mereka alami. Jadilah mereka sebagai penguasa berkuku besi.
Pemeras cukai yang tegar
Politikus yang sedang berkuasa sesuka hati mengenakan cukai kepada rakyat. Mereka menganggap kononnya rakyat sedang bermewah menikmati kesenangan. Lantas datang kedengkian terhadap rakyat mereka sendiri.
Sedangkan yang membazirnya adalah mereka. Lalu dari mudahnya mereka memeras ugut rakyat, berlakulah penyelewengan harta negara sesama kroni-kroni mereka. Imam Abu Faroj al-Jauzi menegaskan:
"Iblis menghasut mereka agar merasa bagus dengan tindakan merampas harta, memerintahkan rakyat untuk mengeluarkan cukai yang mencekik. Lantas mereka mengangkat golongan pengkhianat. Sedangkan seharusnya seorang penguasa perlu mengambil tindakan secara nyata ke atas sesiapa pun yang berkhianat"
Beri bantuan setelah menghina
Politikus cukup suka mengamalkan birokrasi sebagai kaedah menyukarkan bantuan dari sampai kepada mereka yang berhak. Bahkan politikus menganggap bantuan sebagai umpan yang perlu bijak disua hanya setelah tiba waktunya. Dalam erti kata yang lain, mereka suka orang-orang bawahan mereka susah. Apabila susah, maka semakin bertambahlah kebergantungan orang terhadap mereka.
Sudah menjadi kebiasaan situasi orang bawahan yang berhak terpaksa kelihatan mengemis semata-mata mahu mendapatkan bantuan dari pemimpin mereka. Imam Abu Faroj al-Jauzi berkata:
"Iblis menjadikan mereka beranggapan diri mereka baik menghulurkan bantuan setelah marah-marah. Iblis menghasut bahawa sedekah satu dirham dapat menghapuskan sepuluh kemarahan"
Aktiviti membilas dosa
Imam Abu Faroj al-Jauzi mendedahkan:
"Iblis menjadikan mereka memandang bagus segala dosa yang terus dilakukan dengan mengunjungi orang soleh dan meminta doa mereka. Pada sangkaan mereka kononnya aktiviti tersebut dapat meringankan dosa yang telah dilakukan"
Kerap kali kita melihat politikus sial suka menempel dengan orang-orang yang kelihatan soleh. Apabila menjelang musim pemilihan atau terpalit dengan skandal, maka aktiviti tersebut semakin digiatkan. Di samping untuk 'mencuci dosa', mereka cuba menghantar mesej bahawa orang soleh mendukung mereka.
Selesa bersubahat
Pengampu-pengampu politikus sedia melakukan apa sahaja, ikut apa sahaja walaupun dalam perkara dosa. Pada logik mereka kononnya dosa tersebut semata-mata ditanggung oleh ketua mereka yang mengeluarkan arahan. Sementara mereka tidak berdosa kononnya kerana mereka hanya menjadi alat. Selalu kedengaran jawapan 'kami hanya menuruti arahan' dari golongan pengampu seperti ini. Iblis membisikkan di hati mereka bahawa:
"Dosa akan ditanggung oleh orang atasanmu, bukan di atas bahumu"
Politik adalah amanah
Kita perlu faham bahawa politik merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ia bukanlah karier cari makan mahupun perniagaan yang boleh didagangkan.
Peringatan dari Imam Abu Faroj al-Jauzi yang juga merupakan cucu kepada Saidina Abu Bakar amat relevan untuk dijadikan sempadan hingga ke hari ini. Semoga kita tidak mengikuti idealisme Iblis dalam berpolitik.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
15 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 



























































Perutusan Tahun Baharu Cina Muslimat PAS Selangor

DEWAN Muslimat PAS Selangor mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2018 kepada semua masyarakat Tionghua umumnya di Malaysia dan khususnya di Negeri Selangor. Semoga kehadiran Tahun Baharu kali ini membawa kebahagiaan,  kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh kehidupan keluarga dan rakyat Malaysia. 
Amalan baik yang tetap utuh ketika menyambut Tahun Baru Cina adalah majlis 'makan besar' yang mengumpulkan ahli keluarga. Amalan baik ini  mampu menguatkan institusi keluarga dan membina masyarakat yang sejahtera. Di kala masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan meningkatnya masalah moral, institusi keluarga yang berpecah belah dan kadar jenayah yang makin menggila, masyarakat Cina tetap tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar' yang merapatkan semangat kekeluargaan. 
Firman Allah SWT:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
(Al Hujurat: 13)
PAS sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur terutama melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Sikap toleransi dan saling memahami adalah struktur yang penting bagi kita mewujudkan Malaysia yang sejahtera. Semoga kerjasama dan kesatuan yang telah lama wujud tersemat tetap teguh.
Perbezaan tidak perlu diperbesarkan sehingga menyumbang kepada perpecahan. Sebaliknya dijadikan obor semangat untuk saling melengkapi demi menjamin kesejahteraan negara dan mengembalikan hak rakyat yang makin diratah tanpa segan silu.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sentiasa mendoakan agar keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk akan terus kukuh dan erat ke arah mewujudkan Negara Sejahtera dan Berkebajikan. 
Selamat Tahun Baharu Cina 2018
Gong Xi Fa Cai
USTAZAH HJH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Sumber HD - 16-2-2018 






























Tabiat hedonisme menurut al-Quran

HEDONISME merupakan cara hidup yang mengagendakan keseronokan sebagai tujuan utama hidup. Dari akar pemikiran tersebut menyebabkan penganut hedonisme akan menilai hakikat kebenaran berdasarkan keseronokan. Apa-apa ajaran dan nasihat yang tidak mendatangkan keseronokan, maka ia dianggap salah.
Ingatan surah Luqman
Al-Quran melalui surah Luqman telah menjelaskan tabiat budaya hidup hedonisme. Sesuai dengan mesej surah tersebut yang mengemukakan topik pendidikan, surah Luqman sekali gus mendedahkan bahawa hedonisme merupakan ancaman yang sentiasa mengganggu proses pendidikan generasi pelapis yang diidamkan. Allah berfirman: 
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ • وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
“Dan di antara manusia ada yang membeli perkataan yang melalaikan guna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu sebagai ejekan. Mereka itulah yang memperolehi azab yang menghinakan • Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat peringatan Kami dia berpaling dan menyombong diri. Seolah-olah dia belum mendengarnya, seperti di telinganya ada penyumbat. Maka berikan khabar gembira kepadanya azab yang pedih”
(Luqman: 6-7)
Membeli keseronokan
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ
“Dan di antara manusia ada yang membeli perkataan yang melalaikan”
Hedonisme merupakan budaya hidup palsu. Hingga terpaksa mengeluarkan kos tinggi, kononnya untuk mencapai keseronokan yang diinginkan meskipun gagal mencapai ketenangan.
Bandingkan sahaja kos bagi menjayakan program kesedaran Islam berbanding kos bagi program hiburan. Bandingkan kos memanggil pendakwah dengan kos memanggil artis. Dapatkan segala contoh perbandingan, kita akan dapati agenda hedonisme pasti berkos tinggi sementara program dan aktiviti iman pasti berkos rendah.
Dakwah yang diagendakan oleh Islam tabiatnya ringkas, terus terang dan murah. Jika tidak, mana mungkin pengikut awal para Nabi di kalangan orang-orang miskin.
Anti ilmu
لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْم
“Untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu”
Kesan dari hidup penuh kelalaian, minda penganut hedonisme selalunya akan menguncup dan sukar berfikir dengan waras. Mereka suka berfikiran singkat. Tidak mahu pening-pening katanya. Golongan seperti ini apabila membuka surat khabar, mereka akan menyelak bahagian belakang terlebih dahulu.
Jika diajak berfikir dan membudayakan ilmu, mereka akan menolak dan menganggapnya sebagai komitmen yang berada di luar kemampuan minda mereka. Mereka selesa diperbodohkan lantas hidup dalam ilusi, ditipu.
Suka mengejek
وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا
“Dan menjadikannya sebagai ejekan”
Apabila diberikan peringatan yang serius, penganut hedonisme akan membalas dengan ejek-ejekan. Mereka mengalami ketagihan suka mengejek nasihat iman kerana terbawa-bawa dengan gaya hidup yang sentiasa mencari keseronokan
Hinggakan pada perkara yang serius membabitkan nasib mereka di akhirat pun boleh dibuat gurauan. Klimaksnya hingga mereka berani mengejek kalam Allah dan Rasul. Inilah yang diceritakan oleh al-Quran berkenaan perihal munafiqin:
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (mengapa suka mengejek) tentu mereka menjawab “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main”. Katakanlah apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan Rasulnya tergamak kamu ejek?” 
(al-Taubah: 65)
‘Spin’ dan angkuh
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا
“Dan apabila dibacakan kepadanya peringatan-peringatan kami, dia berpaling dan menyombong diri”
Kerap kali kita mendengar ucapan defensif mereka yang degil dari menerima nasihat. Contohnya:
“Kamu jangan anggap kamu baik dan sempurna sangat”
Ayat di atas merupakan antara contoh popular bagaimana seseorang yang telah ketagihan hidup secara hedonisme, membela diri agar tidak lut dek nasihat. Menggambarkan dirinya tidak mahu keluar dari zon lalai.
Secara langsung mengulangi keangkuhan Iblis yang mempertikaikan kedudukan Adam. Sedangkan perlakuan itu hanyalah mahu menyombong diri. Ingin mendabik dada kononnya dia lebih mulia berbanding orang yang menasihatinya. Kononnya orang yang menasihatinya tidak layak memberi nasihat.
Tidak faham bahasa
كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا
“Seolah-olah dia belum mendengarnya, seperti di telinganya ada penyumbat”
Akibat fanatik dengan budaya hidup ‘enjoy’, maka sebarang dorongan dan nasihat yang dianggap mengganggu keseronokan hidupnya akan diabaikan.
Kadang-kadang mesej yang mudah, nasihat yang ringkas dan jelas gagal difahami dengan baik. Mereka memerlukan nasihat yang berulang kali oleh pendakwah-pendakwah yang cekal tidak mengerti makna serik.
Fatamorgana
Penganut hedonisme mencari kesenangan palsu dalam kehidupannya. Mereka lupa hakikat hidup adalah mencarum saham yang baik untuk akhirat. Slogan ‘hidup hanya sekali’ menyebabkan mereka terlupa bahawa kematian pun hanya sekali. Hidup bukan urusan main-main.
Kita perlu faham bahawa hedonisme boleh meracuni sesiapa sahaja. Jika kita ada simptom-simptom yang telah dijelaskan di atas, besar kemungkinan kita telah disampuk oleh ajaran hedonisme. Yang pasti ia bukan sekadar menyerang anak muda yang sedang membesar, bahkan orang tua lanjut usia pun tidak terlepas dari fitnah hedonisme.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
11 Febuari 2018 - HARAKAHDAILY 12/2/2018
Sumber HD- 12-2-2018 

Jangkaan pencapaian PRU14 PAS Selangor

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan menjangkakan PAS Selangor mampu mengulangi pencapaian yang lebih baik pada PRU14.
Menurut beliau, PAS Selangor mampu mencatat keputusan dengan memenangi lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen pada PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.
Terangnya, ada asas PAS Selangor meletakkan calon di 42 kerusi Dun kerana kerusi tersebut majoriti Melayu melebihi 40 peratus. 
"Manakala Dun yang majoriti Melayu kurang daripada 40 peratus mungkin akan diletakkan calon daripada DHPP.
"Kita di peringkat Gagasan Sejahtera bukan sekadar tokoh politik, tetapi kita ada tokoh NGO, tokoh kemasyarakatan yang berwibawa.
Mereka ini telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan rakyat juga mengiktiraf kehadiran mereka," katanya. 
( Ikuti penjelasan lanjut  beliau  yang  disiarkan  dalam  terbitan  Harakah  cetak  Bil.2323  edisi  Isnin  ini  yang  berada  di pasaran  esok )
Sumber HD- 10-2-2018 



Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor
Posted on Friday, February 09 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38165



SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri
menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya,
kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

“Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya,” katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada
pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha
Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang
sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana,” katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan
terbabit.

“Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.


“Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah,” katanya – AP

Sumber TKO - 9-2-2018


































































Bengkel dedah kaum wanita pembuatan pastri

SUBANG: Persatuan Wanita Prihatin Subang (Priwanis) telah menganjurkan Bengkel Memasak "Jom Kongsi Resepi" yang diadakan di PASTI Little Muslim, Pangsapuri Desa Subang, di sini kelmarin.
Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18 dan International Women Muslim Union (IWMU) itu diadakan di bawah bimbingan Chef Junaidah Ahmad ari Putrilicious Food, Taman Medan.
Pada penganjuran sesi ini, para peserta diberi tunjuk ajar pembuatan pastri seperti roti dan pizza di mana selain sebagai ilmu persendirian, ia juga ke arah meningkatkan daya saing wanita bagi membantu menambah pendapatan.
Program tersebut turut menerima pengisian rohani disampaikan pendakwah, Ustaz Zaharuddin Muhammad mengenai beban kehidupan antaranya penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sedangkan menurutnya, perkara itu bertentangan dari konsep jizyah dalam Islam selain wujud pilihan berlandaskan syarak antaranya cukai saham dan cukai korporat yang boleh menjadi alternatif kepada GST.
Penutup program telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MPP Zon 18, Siti Rohaya Ahad yang menyentuh keprihatinan dan tanggungjawab khususnya kaum ibu terhadap akidah anak-anak di mana kesali beliau terhadap kes Indira Gandhi. - HARAKAHDAILY 5/2/2018


































































Sumber HD - 5-2-2018



Sempena Pra sambutan Tahun Baru Cina (TBC)
Posted on Sunday, February 04 @ 16:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38094



Sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang bakal disambut pada pertengahan bulan Febuari 2018, YB Dr Halimah Ali ADUN Selat Klang mengambil kesempatan dengan mengadakan sambutan TBC di bagan Hailam pada 3 Febuari 2018.

Sambutan TBC yang dianjurkan oleh Pejabat Adun Selat Klang dengan kerjasama Portfolio Non-Malays (PNM) Selat Klang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 60 orang penduduk Bagan Hailam yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan warga emas.


Program yang dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada Adun Selat Klang turut mendapat reaksi positif daripada penduduk kawasan itu dan apa yang menariknya rata-rata mereka menyatakan pendirian untuk menyokong dan bersama PAS pada PRU akan datang.

Program disusuli dengan pemberian "ang paw" kepada penduduk yang hadir terutama kepada kanak-kanak dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai.





















Kredit
Hanisya Abdul Hamid


Sumber HD - 4-2-2018

Bekas Ketua Cawangan Umno Selayang Pula Masuk PAS
Posted on Thursday, February 01 @ 23:53:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38047



31 Jan, Bandar Baru Selayang - Hari ini PAS dikejutkan dengan kemasukan orang kuat UMNO ke dalam PAS yang juga memberi isyarat PAS terus diterima oleh rakyat ketika PAS ditohmah oleh 

parti-parti politik lain.
Kali ini pula En Rosli Bin Mohd Ali, Bekas Ketua Cawangan UMNO Dahlia A, Bandar Baru
Selayang telah menyerahkan Borang Keahlian PAS kepada Yb. Haji Zaidy Abdul Talib hari ini.

Turut bersama beliau juga seramai 11 orang telah keluar dari UMNO dan menyerahkan Borang Keahlian PAS dan menyatakan kesediaan mereka untuk bersama dengan memenangkan parti islam
ini.

"Kami melihat UMNO sudah lari jauh dari perjuangan sebenar dan ditambah dengan Yb. Zaidy
yang berjaya menyentuh hati-hati kami dengan kerja baik dan bakti yang dilakukan serta urusan keagamaan yang dititikberatkan oleh Yb. Haji Zaidy yang tiada pada yang lain", jelas En. Rosli.

Berbakti tanpa memilih "bulu", berkerja tanpa henti dan tidak tunggu waktu pilihanraya menjadi
 faktor utama rakyat mudah dan mesra dengan Yb. Zaidy termasuk ahli-ahli UMNO, Jelasnya lagi.

*Yb. Haji Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan Wakil Rakyat Dun Taman Templer dan Exco Kerajaan Negeri Selangor

Sumber TKO - 1-2-2018





































Sepasang kasut mampu menyatukan rakyat

"HANYA sepasang kasut bola, tetapi mampu membuatkan kita berkenalan dengan 21 orang ketika di padang," kata Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Zaidy Abd Talib. 
Meskipun beliau sibuk dengan tugasan sebagai wakil rakyat, pimpinan PAS Negeri dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, masa untuk bersukan tidak pernah diabaikan. 
Sukan merupakan salah satu ruang dan peluang kepadanya untuk merehatkan emosi dan fikiran daripada terus memikirkan soal kerja dan rakyat. Apabila bersukan sudah pasti badan menjadi sihat manakala otak cergas berfikir. 
Bagi Zaidy, bermain bola merupakan satu sukan yang membuka ruang untuk berkenalan antara satu sama lain dan mampu mengeratkan silaturahim. - HARAKAHDAILY 2/2/2018

(Ikuti kisah lanjut beliau yang disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat yang telah berada di pasaran)









































































Sumber HD - 2-2-2018


Majlis meraikan para petugas FASTAQIM 2.4 dan solat gerhana
Posted on Thursday, February 01 @ 23:49:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38046



Majlis meraikan para petugas FASTAQIM 2.4 dan solat gerhana di Dewan Merbau. Apa yang 
berlaku PAS terus bergerak dengan aktivit bagi memastikan UMNO/BN jatuh untuk PRU14 nanti

Sumber TKO - 1-2-2018

PAS Selayang terima borang permohonan ahli bekas Umno

SELAYANG: PAS Kawasan Selayang telah menerima permohonan menyertai PAS dari 12 bekas ahli Umno diketuai bekas Ketua Umno Cawangan Dahlia, Bandar Baru Selayang, Rosli Mohd Ali.
Borang permohonan keahlian PAS telah diserah Rosli kepada Yang DiPertua PAS Selayang, Zaidy Abd Talib yang juga Adun Taman Templer dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam satu pertemuan di sini semalam.
Penyertaan mereka itu bersama ikrar untuk bersama memenangkan PAS, sekali gus memberi mesej bahawa parti Islam itu adalah wadah dan pilihan sebenar disebalik pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS.
"Kami melihat Umno sudah lari jauh daripaa perjuangan sebenar dan ditambah YB Zaidy yang berjaya menyentuh hati-hati kami dengan kerja baik dan bakti dilakukan.
"Beliau (Zaidy) juga amat menitikberatkan urusan keagamaan yang kami tidak dapati pada orang lain," ujar Rosli yang menyifatkan wakil rakyat itu tidak pernah 'memilih bulu' dalam perkhidmatannya.
Beliau juga melihat kegigihan dan kerja tanpa henti Zaidy yang tidak terhad hanya pada dan untuk tujuan pilihan raya, selain mudah dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang politik, fahaman atau keturunan. - HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD - 1-22-2018 

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September
Posted on Tuesday, January 30 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37997


Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan 
rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.


Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam
keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

“Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana
dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.,” menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan
pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang
kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond,” beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan
kewangan DUN Sabak bersih.

Sumber TKO - 30-1-2018


Ijtimak FASTAQIM Guru-guru PASTI Selangor 2018
Posted on Sunday, January 28 @ 22:55:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37962



Ijtimak FASTAQIM Guru-guru PASTI Selangor 2018 bersama Pesuruhjaya PAS Selangor YB 

Sallehen Mukhyi, Pengarah PASTI Negeri yang juga Ketua Pemuda Selangor Ust Sharhan Humaizi.








1200 peserta tenaga pendidik pada lebih 30000 anak-anak PASTI seluruh Selangor.

Ya Allah berilah kemenangan kepada PAS untuk mendaulat dan memartabatkan agama Mu.



Sumber TKO - 28-1-2018











































































Awasi projek 'Deal of The Century' Israel

DALAM ucapan perasmian berbahasa Arab oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sewaktu sidang meja bulat Masjid al-Aqsa - Festival MyAqsa di Putrajaya, beliau menyentuh secara ringkas situasi Baitul Maqdis berdasarkan sejarah dan realiti ancaman mendatang hari ini.
Apa yang perlu diberi perhatian secara serius, Tuan Guru menyebutkan ancaman terbaharu ke atas Baitul Maqdis yang dikenali sebagai 'Safqah Qurun', atau 'Deal Of The Century'.
Apakah itu 'Deal Of The Century'?
Ia merupakan projek besar ke arah perluasan negara Zionis yang dikenali sebagai Israel Raya. Perjanjian ini terbocor pada tahun lepas (2017) yang mendedahkan bahawa beberapa pimpinan negara Arab, antaranya Mesir & Saudi terlibat dalam perundingan tersebut yang mengagendakan kepentingan perluasan sempadan Israel. Dikatakan perancangan 'Deal Of The Century' itu disasarkan selama 8 tahun untuk dijayakan.
Dari Sungai Furat ke Sungai Nil
Mengapakah cita-cita Israel Raya semakin dilihat hampir direalisasikan? Ekoran dari tragedi Arab Spring, memunculkan perang saudara sesama Muslim Arab dan menjadikan negara serantau yang bersempadanan dengan Israel bergolak dengan dahsyat.
Hasil dari plot Arab Spring, kepentingan Palestin kian dipandang sepi kerana umat Islam telah dilencongkan fokus mereka untuk lebih memerhatikan isu-isu di negara lain.
Apa yang diisytiharkan oleh Thedor Herzl selaku pemimpin Zionis lebih 100 tahun lalu, bahawa mereka bercita-cita menguasai kawasan dari sungai Furat hingga ke sungai Nil untuk dibina wilayah Israel yang luas. Inilah bayangan kepada konflik berpanjangan yang berlaku hari ini, yang membabitkan negara-negara antara dua batang sungai milik umat Islam terebut.
Perkembangan Kemaraan Israel
Kini kita dapati agenda penubuhan negara Kurdistan Raya yang membabitkan keratan dari sebahagian Iraq, Syria dan Turki semakin berjaya. Contohnya kawasan-kawasan di Syria yang dahulunya dikuasai oleh ISIS, kini bertukar tangan kepada puak Kurdi. Mereka dibela oleh tuan yang sama, iaitu AS. Sekaligus kedudukan Kurdistan itu bakal menguasai pangkal sungai Furat dan Tigris yang merupakan nadi ikhtiar hidup di rantau tersebut. Netanyahu mengisytiharkan bahawa Israel mendukung aspirasi Kurdistan, kononnya demi mengulangi era keemasan bangsa Kurdi pimpinan Salahuddin Ayyubi satu ketika dahulu. Wayang yang lucu, namun cukup mengelirukan.
Sementara itu projek menguasai sungai Nil melalui pembinaan Empangan Reinassance yang dibiayai oleh IMF di Ethiopia sedang berjalan. Ia dijangkakan siap 5 tahun lagi. Ethiopia merupakan sekutu kuat Israel. Penguasaan ke atas Nil ini pasti memberi masalah yang besar terutamanya ke atas Mesir selaku negara yang paling banyak bergantung dengan sumber air sungai tersebut.
Isyarat dari Trump
Pada akhir tahun lepas (2017), Trump bertegas mahu memindahkan kedutaan AS ke Baitul Maqdis. Selain dari melunaskan janji ketika pemilihan presiden AS yang lalu, Trump dilihat serius bagi menjayakan usaha penguasaan Israel ke atas Baitul Maqdis. Sementara itu terdapat cadangan dari AS agar dipindahkan penguasaan kedaulatan Palestin dari Timur Jurusalem ke Abu Dis. Ini diikuti sokongan dari pemimpin negara-negara Arab yang sanggup bersekongkol dengan Israel.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menceritakan bahawa dahulu Theodor Herzl sendiri yang menawarkan rasuah kepada Sultan Abdul Hamid II agar Uthmaniyyah menyerahkan sebahagian Palestin kepada Zionis. Sultan menolak pelawaan tersebut dengan tegas.
Kini 100 tahun selepas itu, ada pula segelintir pemimpin-pemimpin Arab yang tidak berjatidiri berperanan memujuk Palestin dengan rasuah berbilion dollar agar mengalah dan bersetuju dengan plan pemindahan keluar dari Jurusalem. Buat masa ini pemimpin Palestin samada dari kumpulan Islam mahupun sekular, tegas menolak plan jahat tersebut.
Kita perlu serius untuk sedar
Betapa segala apa yang telah dan sedang berlaku ke atas dunia Islam hari ini amat berkait dengan kepentingan agenda Israel. Mereka meniupkan api sektarian mazhab untuk menjayakan perang saudara sesama ahli kiblat. Secara langsung konflik tersebut meranapkan negara- negara umat Islam di rantau yang bersempadanan dengan Israel. Kesannya, Israel kini semakin selesa ke arah menjayakan cita-cita Israel Raya mereka.
Kita perlu sedar bahawa sejak Arab Spring, kita sebagai umat Islam telah terlalai dari memikirkan soal Baitul Maqdis.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
28 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Sumber HD - 28-1-2018 










































Maqasid Ilmu Sejarah

APABILA diutarakan topik sejarah, pasti muncul rasa bosan dan mengantuk di dalam benak fikiran kebanyakkan orang. Subjek ilmu yang cukup penting dan menyegarkan itu telah melalui proses 'pembosanan' yang jumud menyebabkan ia menjadi mangsa diskriminasi ilmu. 
Mesej yang berat diolah menjadi ringan
Al-Quran merupakan kitab yang membawa mesej yang kritikal. Topik-topik di dalamnya menyentuh realiti dunia dan akhirat. Allah berfirman:
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat"

(al-Muzammil: 5) 
Namun bagaimanakah Allah mempersembahkan mesej yang serba berat itu diolah kepada persembahan yang pantas difahami oleh fikiran manusia? Maka topik-topik berat itu dikemukakan dengan penceritaan kisah-kisah sejarah yang menyegarkan. Nisbah satu perenam dari isi kandungan al-Quran merupakan pengajaran-pengajaran sejarah. Membuktikan betapa pentingnya ilmu tersebut.
Kisah Iblis yang liberal, cerita kecerdikan Firaun si politikus, sejarah pengkhianatan ilmu oleh golongan terpelajar ahli kitab, naratif Bani Israel mewakili atau merupakan orang Islam terdahulu; sebagai cerminan umat Islam hari ini dan banyak lagi cerita-cerita al-Quran di mana mengandungi mesej sangat kritikal, tetapi dengan olahan menarik dan berobjektif. 
Manhaj sejarah menurut al-Quran
Mengapakah sejarah yang kita pelajari hari ini kerap dirasakan bosan? Ia disebabkan pembelajaran sejarah hari ini hanya tertumpu sebagai ilmu hafalan, bukan ilmu pengajaran. Akhirnya otak kita keletihan kerana hanya menghafal fakta dan info sejarah, kemudian dibiarkannya terbengkalai tanpa pengajaran yang berkait dengan realiti. 
Maka lahirlah 'sejarawan' yang berhabuk memuntahkan fakta-fakta sejarah tetapi malang, tidak menekankan pengajaran di sebalik sejarah yang diceritakan. Sedangkan pengajaran itulah merupakan ruh sebenar ilmu sejarah. 
Adapun al-Quran, mengemukakan kisah-kisah sejarah yang cukup berobjektif. Mendedahkan tiga perkara penting:
Watak utama: Tidak meleret menceritakan biodata terperinci. Bahkan terkadang al-Quran tidak menyatakan pun nama watak yang diceritakan. 
Perbuatan dan sikap: Samada perbuatan dan sikap yang benar atau salah, dijelaskan dengan terang. 
Akibat: Ia dijadikan sebagai kesimpulan penuh pengajaran. Akibat berupa ditimpa kecelakaan, hina dan dimasukkan ke neraka merupakan cara al-Quran menyatakan objektif sesebuah kisah sejarah berkenaan golongan yang gagal menuruti ajaran Islam.
Justeru dengan tiga penekanan ini, metodologi ilmu sejarah yang dipersembahkan oleh al-Quran jelas berobjektif. Kita pun tidak ditinggalkan teraba-raba bingung memikirkan apakah pengajaran di sebalik sejarah yang diceritakan oleh al-Quran.
Dengan manhaj inilah, sejarah al-Quran kekal segar. Boleh diproses oleh minda kanak-kanak yang sedang membesar hinggalah menjadi pedoman buat orang-orang tua. 
Matang dengan sejarah
Mengapakah para Sahabat R.A dahulu jauh lebih matang berbanding kita? Cara mereka berfikir mendahului usia mereka. Ini kerana Nabi tekun membudayakan ilmu sejarah di kalangan para sahabat. Ya, Nabi suka bercerita dan para sahabat tekun menikmati cerita-cerita sejarah yang disampaikan oleh Nabi. 
Dari budaya tersebut, menyebabkan para Sahabat menguasai pengalaman generasi terdahulu lantas dijadikannya sebagai panduan hidup. Allah berfirman betapa kisah-kisah sejarah di dalam al-Quran cukup merangsang minda kita agar matang berfikir:
فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"Maka ceritakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) berkenaan kisah-kisah (al-Quran) mudah-mudahan mereka berfikir"

(al-A'raf: 176) 
Sementara kita hari ini lebih disajikan dengan cerita dongeng dan fantasi yang tersiar di televisyen. Disebabkan itulah generasi hari ini berfikiran pendek, kerana terperangkap dalam dunia fantasi yang melalaikan. Orang tua hari ini pun berfikir seperti kanak-kanak. 
Komentar Said Qutb
Al-Syahid Said Qutb telah menjelaskan fungsi ilmu sejarah di dalam bukunya yang berjudul 'Fi al-Tarikh, Fikrah Wa Minhaj'.
Sejarah bukan semata-mata naratif peristiwa. Sebaliknya ia merupakan tafsiran kepada peristiwa yang berlaku. Dengan ilmu sejarah, manusia boleh menafsirkan realiti yang berlaku. Lantas dikaitkan apa yang sedang berlaku di hadapan mata dengan sejarah yang telah terjadi ke atas generasi terdahulu. 
Apabila ilmu sejarah telah dicabut ruhnya dengan tidak dijadikan sebagai bahan berfikir serta hilang deria sensitif terhadap sejarah, maka sudah pasti seseorang akan gagal berinteraksi dengan realiti sungguhpun peristiwa yang berlaku hanyalah ulang-ulangan 
Manhaj Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Kerap kali kita mendapati pandangan-pandangan Tuan Guru Abdul Hadi amat jauh terkehadapan melangkaui zaman. Seolah-olah menjadi perkara biasa, pandangan beliau memerlukan masa untuk disaksikan kebenarannya lalu diterima ramai.
Jika dikaji, kekuatan pandangan-pandangan Tuan Guru bersendikan al-Quran, Hadith serta disulam dengan pengajaran sejarah. Ia amat konsisten terlihat dalam setiap ucapan dan penulisan beliau. Lalu dari tiga sendi utama tersebut dibuat kesimpulan yang cukup matang untuk cabaran realiti hari ini. 
Ilmu sejarah adalah hikmah tercicir
Ramai orang berkata bahawa sejarah pasti berulang. Namun lain pula yang diperkatakan oleh Ustaz Fadli Ghani, pakar sejarah gerakan Islam Malaysia, bahawa yang berulang itu bukanlah sejarah. Sebaliknya yang berulang itu adalah kesilapan yang dilakukan oleh golongan yang buta sejarah. Akibat dari buta sejarah, menyebabkan mereka hanya mengulangi kesilapan generasi terdahulu. Malang. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
26 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 26/1/2018




















































































Sumber HD - 26-1-2018

Sundang Bugis simbolik pertahan kedaulatan penaung agama

SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menghunus sundang Bugis sebagai gimik pada perasmian Himpunan Fastaqim 2.4 Negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, di sini semalam.
Hunusan itu menjadi simbolik betapa PAS akan sentiasa mempertahan dan melindungi kepentingan Islam serta kedaulatan institusi Raja dan Kesultanan Melayu selaku penaung agama itu di negeri Selangor.
Beliau terdahulu menerima 'raja segala senjata' masyarakat Melayu itu daripada Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, disusuli penyerahan panji PAS kepada semua Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan seluruh negeri itu serta dewan-dewan.
Perkara tersebut bagaimanapun dipolitikkan pihak tertentu di mana ia berbaur memperlekeh, sedangkan penghinaan etnik Bugis oleh pemimpin politik sebelum ini telah menyebabkan kemurkaan pihak istana di negeri itu.
Hal itu dilihat boleh memanjangkan polemik kerana cenderung mencetuskan rasa benci dan prasangka selain boleh menyebabkan kemelut berpanjangan antara komponen politik berkenaan dengan institusi Sultan selaku penaung negeri. - HARAKAHDAILY 22/1/2018






















































































Sumber HD - 22-1-2018













































Ulama PAS Selangor diseru ke Festival 

MyAqsa

FESTIVAL MyAqsa yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Januari 2018 ini adalah satu program menghimpunkan ulama seluruh dunia Islam bagi membincangkan isu-isu BaitulMaqdis dan Palestin. 
Festival ini adalah anjuran NGO Yayasan MyAqsa dengan kerjasama JAKIM ini akan berkampung di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya penuh dengan program merakyatkan isu Baitul Maqdis kepada seluruh masyarakat Malaysia supaya dekat di hati mereka. 
Program ini bakal menerima kehadiran para ulama seperti Sheikh Yusof Al Qaradawi, Sheikh Ali Al Ghardaghi dan Sheikh Kamal Khatib serta ramai lagi di kalangan para ulama di Persidangan Meja Bulat Ulamak Sedunia bagi membincang hal terkini tentang Baitul Maqdis dan juga fatwa yang berkaitan dengannya.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia akan hadir bagi 2 acara kemuncak iaitu menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Meja Bulat Ulamak pada sesi acara tertutup dan juga pidato umum Malam Himpunan Munajat AqsaKu pada 27 Januari 2018 iaitu hari Sabtu jam 2.00 petang sehingga 11.00 malam yang terbuka kepada orang ramai. 
Justeru itu, diseru seluruh Ketua-Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan Negeri Selangor dan ahli jawatankuasa UUK untuk mengambil peluang ini bagi menghadiri beramai-ramai bersama dengan delegasi para ulama pada program tersebut. 
Kehadiran kita bakal melakarkan sejarah himpunan seluruh ulama dan ummah bersolidariti demi Islam dan pembebasan Al Quds. 
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
22 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 22/1/2018










































































































Sumber HD - 22-1-2018


Majlis Pelancaran Jentera PAS DUN Batu Caves
Posted on Tuesday, January 23 @ 06:57:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37866


Beginilah suasana Ceramah Perdana dan Majlis Pelancaran Jentera PAS DUN Batu Caves malam ini di Dataran Selayang, Batu Caves.
PAS RAMPAS SELANGOR






Kredit
Hanisya Abdul Hamid 


Sumber TKO - 23-1-2018




























































































AMK S'gor hentikan lelucon jelek, PKR pengkhianat rakyat

PAS Selangor baru sahaja selesai mengadakan Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam selepas ada "suara ghaib" yang mengeluarkan arahan tidak membenarkan PAS menggunakan Stadium Tertutup Kuala Selangor sebagai langkah menjaga "keharmonian permuafakatan parti-parti" dalam kerajaan Selangor kononnya. 
Himpunan itu juga adalah sebagai satu Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS Selangor untuk menghadapi PRU14 akan datang. Ini bererti jentera PAS sudah bersedia 100% untuk bertugas dan memenangkan parti dan mana-mana rakan yang bersama dengan perjuangan PAS. Barangkali bekas teman-teman dalam kapal PH pun pernah merasai semangat dan kerja buat jentera PAS. Dan bukan hanya pandai "berkokok" gegar tapi akhirnya mengekor di belakang bapa ayam yang garang. 
Membaca kenyataan Setiausaha AMK Selangor yang dikeluarkan Malaysiakini mengatakan “PAS Khianati Kerajaan Selangor” adalah lelucon dan satira politik jelek PKR. Usahlah menafikan pengkhianatan yang dilakukan PKR di dalam Negeri Selangor. Cukuplah Langkah Kajang iaitu mandat rakyat yang dikhianati sebagai satu contoh menunjukan siapa pengkhianat rakyat Selangor sebenarnya. 
Hentikanlah memperendahkan rakyat Selangor dengan lelucon jelek kalian. Rakyat Selangor bukan bidak-bidak yang boleh digerakkan mengikut selera kelaparan berkuasa yang menafikan kepentingan rakyat. 
AMK Selangor mungkin separa sedar saat membuat kenyataan tersebut akibat "mabuk dengan konflik kem-kem dalam parti mereka". Kanak-kanak kecil mungkin lebih memahami bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah mandat PRU13 yang lalu. Saling kuat menguat melainkan ada adegan "tikam beradab" dalam beberapa sandiwara "PENAFIAN 2018" yang boleh AMK dapatkan jawapan dari pimpinan tertinggi mereka sendiri. Cerita PRU 14, kita buka "langkah tari seni silat" masing-masing di medan sebenar nanti. 
Cadangan saya eloklah AMK Selangor selesai isu-isu semasa pentadbiran untuk penggal yang terakhir memerintah ini dengan membantu YAB Menteri Besar. Barangkali juga boleh mengadakan "Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor" yang ditunjangi oleh AMK bagi memastikan jentera benar-benar wujud dalam mempertahankan "kewibawaan Menteri Besar". Dikhuatiri takut terkial-kial mencari petugas saat PRU menjelma apabila "BOS" mula bersuara. Begitu juga AMK boleh bantu selesaikan krisis PM dalam HARAPAN sebelum menuding jari pada PAS. Anak-anak muda yang menyokong HARAPAN telah mula protes dan didapati sudah mula membawa kempen #boikotPRU akibat calon PM kitar semula HARAPAN. 
Selangor negeri makmur yang memiliki rakyat yang bijaksana, memerlukan pemimpin yang telus dan berkaliber. Insyallah PRU14 menjadi medan PAS berbakti kepada rakyat Selangor sebagai "track record" yang telah sedia ada bagi memartabatkan Islam dan rakyat. Reputasi Cemerlang Adun-Adun serta Exco-exco PAS Negeri Selangor tanpa pengkhianatan menunjukan bahawa PAS bersedia membawa era baru pemerintahan yang lebih telus dan berintergriti demi rakyat Selangor yang bersih dari satira jelek yang mempermainkan perasaan dan kepercayaan rakyat. 
Cukuplah mencipta “luka kecil” buat rakyat, dirisaukan ianya menjadi barah yang sukar dirawat. Orang Melayu Islam kaya dengan adat, budaya dan budi pekerti. Jangan dijadikan khianat sebagai adat pemimpin politik biarlah bak kata pepatah “Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah”. 
Mohamed Sukri Omar
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
6 Jamadil Awwal 1439 | 22 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 22/1/2018




























































































Sumber HD - 22-1-2018


PAS Sedia Gempur Selangor, Insya-Allah
Posted on Sunday, January 21 @ 23:36:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37855



PRESIDEN PAS MENYATAKAN AKAN MENAWAN SELANGOR DIBAWAH PAS DAN
AKAN BUAT PERUBAHAN PENTADBIRAN SELANGOR. PAS SELANGOR BERSEDIA BERTANDING DISEMUA KERUSI PARLIMEN DAN DUN PADA PRU 14

Parlimen Selangor dijangkakan kerusi-kerusi yang semua Pas akan meletakkan calon bersama
Gagasan Sejahtera dibantu dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Bertanding PRU 14.

*Selangor*
P92 Sabak Bernam -*PAS*
P93 Sungai Besar -*PAS*
P94 Hulu Selangor - *PAS*
P95 Tanjong Karang - *PAS*
P96 Kuala Selangor - *PAS*
P97 Selayang -*GS*
P98 Gombak -*PAS*
P99 Ampang -*PAS*
P100 Pandan -*PAS*
P101 Hulu Langat -*PAS*
P102 Serdang -*GS*
P103 Puchong - *GS*
P104 Kelana Jaya -*GS*
P105 PJ Selatan -*GS*
P106 PJ Utara -*GS*
P107 Subang -*GS*
P108 Shah Alam - *PAS*
P109 Kapar -*GS*
P110 Klang - *GS*
P111 Kota Raja - *PAS*
P112 Kuala Langat - *PAS*
P113 Sepang - *PAS*
N1 Sungai Air Tawar - *PAS*
N2 Sabak - *PAS*
N3 Sungai Panjang - *PAS*
N4 Sekinchan - *GS* / *DHPP*
N5 Hulu Bernam - *PAS*
N6 Kuala Kubu Baharu - *GS* / *DHPP*
N7 Batang Kali - *PAS*
N8 Sungai Burong - *PAS*
N9 Permatang - *PAS*
N10 Bukit Melawati - *PAS*
N11 Ijok - *PAS*
N12 Jeram - *PAS*
N13 Kuang - *PAS*
N14 Rawang - *GS* / *DHPP*
N15 Taman Templer - *PAS*
N16 Batu Caves - *PAS*
N17 Gombak Setia - *PAS*
N18 Hulu Kelang - *PAS*
N19 Bukit Antarabangsa - *PAS*
N20 Lembah Jaya - *PAS*
N21 Chempaka - *PAS*
N22 Teratai - *GS* / *DHPP*
N23 Dusun Tua - *PAS*
N24 Semenyih - *PAS*
N25 Kajang - *PAS*
N26 Bangi - *PAS*
N27 Balakong - *GS* / *DHPP*
N28 Seri Kembangan - *GS* / *DHPP*
N29 Seri Serdang - *PAS*
N30 Kinrara - *GS* / *DHPP*
N31 Subang Jaya - *GS* / *DHPP*
N32 Seri Setia - *PAS*
N33 Taman Medan - *PAS*
N34 Bukit Gasing - *GS* / *DHPP*
N35 Kampung Tunku - *GS* / *DHPP*
N36 Damansara Utama - *GS* / *DHPP*
N37 Bukit Lanjan - *GS* /*DHPP*
N38 Paya Jaras - *PAS*
N39 Kota Damansara - *PAS*
N40 Kota Anggerik - *PAS*
N41 Batu Tiga - *PAS*
N42 Meru - *PAS*
N43 Sementa - *PAS*
N44 Sungai Pinang - *GS* / *DHPP*
N45 Selat Klang - *PAS*
N46 Pelabuhan Klang - *PAS*
N47 Pandamaran - *GS* / *DHPP*
N48 Kota Alam Shah - *GS* /*DHPP*
N49 Seri Andalas - *GS*/ *DHPP*
N50 Sri Muda - *PAS*
N51 Sijankang - *PAS*
N52 Teluk Datuk - *GS* / *DHPP*
N53 Morib - *PAS*
N54 Tanjong Sepat - *PAS*
N55 Dengkil - *PAS*
N56 Sungai Pelek - *GS*/ *DHPP*

Sumber TKO - 21-1-2018
















































PAS cukup berpengalaman sebagai pembangkang

SHAH ALAM: Belum pernah berlaku dalam sejarah politik apabila pembangkang menyerang sesama pembangkang melainkan hanya di Malaysia, demikian sindir Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS yang turut berada di posis pembangkang telah diserang daripada pelbagai sudut oleh pihak lawan politik termasuk juga daripada kalangan pembangkang lain.
Beliau berucap demikian dalam perasmiannya pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, Fastaqim 2.4 di Kompleks Sukan Seksyen 17, di sini pagi ini.
Pun begitu, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut, PAS sebenarnya telah begitu matang dalam mendepani pertarungan pilihan raya sepanjang 67 tahun parti Islam itu ditubuhkan.
"(Sudah) 13 kali pilihan raya (lawan Umno), cuma sekali sahaja kita tak lawan Umno iaitu pada tahun 1974, PAS terlibat dalam Kerajaan Campuran.
"Waktu dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) memimpin selama 22 tahun pun kita lawan, dia jadi pembangkang baru dua, tiga hari tak kan kita tak lawan.
"Sebab itu ada orang nak mengajar PAS menjadi pembangkang lawan Umno, padahal dia itu baru sehari dua keluar daripada Umno.
"Nak belajar lawan Umno, kena belajar dengan PAS," katanya merujuk serangan Pengerusi Pakatan Harapan yang saban hari menyerang PAS.
Sempena himpunan tersebut juga, beliau telah melancarkan Infaq Pilihan Raya Fastaqim 2.4 ke arah mengukuhkan dana PAS memasuki gerbang PRU14. - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD - 21-1-2018 

Racun tiga serangkai Amerika sejak 1983

APABILA meneliti bencana yang berlaku ke atas umat Islam hari ini yang dikepalai oleh Amerika, pasti kita sedari bahawa tahun 1983 merupakan titik mula penjajahan baharu ke atas dunia Islam.
Amerika yang diterajui oleh Ronald Reagan dari Republican ketika itu telah merencana 3 agenda besar demi menangani ancaman dari Islam yang dijangkakan muncul setelah lemahnya Soviet Union.
Dasar anti terrorisme
Sememangnya istilah terrorisme merupakan kod bahasa prejudis yang merujuk kepada Islam. Ia sebagai instrumen menjayakan kempen Islamphobia untuk jangka masa panjang. Dasar pencerobohan ke atas kepentingan umat Islam beralasankan anti terrorisme telah dimulakan oleh Amerika sejak 1983.
Amerika menyenaraikan tujuh negara yang kononnya sebagai paksi terrorisme. Iaitu Cuba, Korea Utara, Iran, Iraq, Libya, Sudan dan Syria. Lima dari senarai tersebut adalah negara umat Islam yang kini telah berjaya dihancurkan, berbaki lagi Iran. Begitu juga kumpulan-kumpulan Islam menjadi sasaran tuduhan terrorisme.
Kini tanpa sedar, Islamphobia telah berjaya meresap menjadi anutan penduduk dunia yang berterusan prejudis terhadap mana-mana usaha mengembalikan Islam sebagai agama yang berkuasa.
Plan pemetaan semula Asia Barat
Plan jahat ini dilakar oleh seorang arkitek politik Amerika yang bernama Bernard Lewis. Ia telah diluluskan oleh Kongres Amerika pada tahun 1983. Selepas era Ronald Reagan, Amerika diterajui oleh George H. W. Bush. Bush 'senior' dan kemudiannya Bush 'junior' telah melantik Bernard Lewis sebagai penasihat Pentagon. Ini semua menggambarkan plan pemetaan semula Asia Barat dilangsungkan secara konsisten.
Rancangan ini dibuktikan lagi dengan pendedahan Peta Berdarah yang diwartakan oleh Ralph Peters pada tahun 2006.
Semua yang dirancang sejak 1983 dilihat beroperasi secara menggila ketika tragedi Arab Spring yang bermula akhir tahun 2010 hingga kini. Perang saudara sesama umat Islam yang kemudiannya mengadu-dombakan permusuhan sesama negara umat Islam diledakkan dengan mengeksploit sentimen bangsa dan mazhab.
Hasil dari kecelakaan tersebut, telah menjerumuskan dunia Islam kini ke dalam kancah konflik yang tidak berkesudahan. Sementara itu Israel semakin selesa dan dilihat amat berpotensi meluaskan jajahannya seperti yang diidamkan 100 tahun yang lalu. Cita-cita penubuhan Israel Raya semakin hampir untuk direalisasikan.
Badan NED
NED ialah singkatan dari National Endowment For Democracy, merupakan badan pelaksana perancangan Amerika secara 'atas tanah' untuk menceroboh percaturan politik negara-negara lain. Pengasas NED, Allen Weinstein berterus terang bahawa tugas yang dijalankan oleh badan tersebut hanyalah kesinambungan dari usaha yang telah dijalankan oleh CIA secara 'bawah tanah' sejak 25 tahun sebelum penubuhan NED.
NED berfungsi melebarkan dasar demokrasi tajaan Amerika. Secara taktikalnya, mereka menyusun dan membiayai proksi-proksi Amerika ke dalam negara-negara sasaran. Dana yang banyak menjadi daya tarikan utama mereka. Proksi-proksi NED banyak menjelma sebagai NGO, namun cukup berperanan mencorak politik negara.
Kita boleh menjenguk laman web NED yang berterus terang menyenaraikan proksi-proksi mereka berserta angka geran pembiayaan yang telah disalurkan. Dalam sebaran internet semakan 2015 untuk negara Malaysia, NED mengaku telah membiayai IRF (Islamic Reinassance Front) seharga $60,000, KiniTV seharga $35,000 serta Merdeka Centre seharga $60,000. Itu semua hanyalah yang diperakui oleh mereka. Sementara rangkaian dan angka dana yang masih mereka rahsiakan dari tatapan umum sudah tentu lebih banyak.
Dari projek demokrasi ala Amerika ini, mereka membenihkan kumpulan dan kempen Islamphobia yang memasarkan anutan liberalisme, sekaligus menjadikan gerakan Islam sebagai sasaran prima.
Celik dan waspada
Dari racun tiga serangkai ini, melahirkan iklim politik dunia yang sentiasa mendiskriminasikan Islam. Melahirkan umat Islam yang inferior dengan agamanya sendiri dan mendewakan Amerika sebagai Sang Penyelamat dunia.
Kita sebagai umat Islam harus sedar bahawa musuh Islam teramat serius menentang Islam. Menjadi kewajiban ke atas kita untuk mengambil tahu perancangan mereka untuk dijadikan pembayang ancaman ke atas Islam di masa hadapan. Racun tiga serangkai ini bukanlah perkara teori konspirasi, sebaliknya ia adalah fakta konspirasi ke atas Islam yang telah didokumenkan. Cuma kita sahaja yang tidak mengkaji lantas sewenang-wenangnya menganggap pendedahan seperti ini sebagai paranoid.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
20 Januari 2018. - HARAKAHDAILY 20/1/2018


































































































Sumber HD- 20-1-2018


Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS
Posted on Friday, January 19 @ 09:29:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37809



SHAH ALAM: PAS akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang tidak membenarkan Himpunan Fastaqim 2.4 anjuran parti itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala 

Selangor, Ahad ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya sudah 
mengenalpasti lokasi alternatif untuk program berkenaan.  
  
Beliau menambah, program yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini akan tetap diteruskan 
meskipun penganjur terpaksa menukar lokasi pada saat-saat akhir susulan keputusan MDKS. 
"Kita akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kita pindahkan ke lokasi lain," 
katanya ringkas kepada Antarapos.
Beliau berkata, kemungkinan lokasi program akan dipindahkan ke Shah Alam.
Bagaimanapun butiran lanjut mengenai lokasi itu hanya akan dimaklumkan esok (Jumaat).
"Sebab ada dua, tiga tempat (sedang dikenalpasti)...kerana ia libatkan mobilisasi ramai, jadi kesesuaiannya dan sebagainya kita kena kaji," katanya.
Antarapos terdahulu melaporkan MDKS memutuskan untuk tidak membenarkan acara anjuran PAS 
itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini, susulan stadium berkenaan sedang 
dalam proses baik pulih (renovation).
Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS, Mohamad Yusli Askandar turut menegaskan, keputusan itu tiada kena mengena dengan desas desus kononnya pihak berkuasa tempatan itu 
menerima 'arahan' daripada pihak tertentu untuk menyekat program PAS. 


Sumber TKO - 19-1-2018   



PKR (HARAPAN) Nak Tiru UMNO memerintah dengan politik Ugut & Dendam
Posted on Thursday, January 18 @ 14:56:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37798



PAS Selangor tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin 

Idris Shah berkaitan isu semasa di negeri itu termasuk spekulasi peruntukan dana kepada ADUN 
 parti itu akan dibekukan.

“Isu ini sebahagian daripada kemungkinan yang akan kita lakukan tapi kita belum boleh pastikan 

dan akan tengok dari sudut sejauh mana pembekuan berlaku.

“Jadi kalau beku, mengadap tuanku adalah sebahagian daripada itu. Itu pun jika tuanku berkenan. 

Kalau tak berkenan tak buat boleh apa kerana ini adalah isu politik,” kata Pesuruhjaya PAS 
Selangor, Sallehen Mukhyi ketika dihubungi Malaysiakini.

Hari ini, Sinar Harian memetik akhbar China Press yang melaporkan Sallehen sebagai berkata, 

PAS  tidak menolak kemungkinan menghadap sultan Selangor minggu ini, sekiranya masalah 
pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Awal bulan ini, kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin 

Ali dilaporkan mahu  membekukan peruntukan kawasan yang disalurkan kepada semua 13 ADUN
 PAS Selangor dan lima penyelaras DUN.

Mengulas lanjut, Sallehen berkata pihaknya dimaklumkan secara lisan oleh Bendahari Kerajaan 

Negeri berkaitan pembekuan tersebut, bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kerana tidak 
ada sebarang surat rasmi dikeluarkan.

Malah, katanya, bagi peruntukan bulan Disember, mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah 

untuk membuat tuntutan.

Sallehen berkata, PAS akan menunggu terlebih dahulu dan sekiranya peruntukan mereka dibekukan, mereka akan mengambil langkah seterusnya.

Katanya sehingga kini ada di antara ADUN PAS menggunakan wang peribadi mereka bagi 

melaksanakan program dan akan membuat tuntutan seperti biasa pada hujung bulan ini.

“Pegawai kewangan negeri memaklumkan secara lisan bahawa peruntukan dibekukan tapi macam 

mana pun kita tak pegang yang itu kerana surat rasmi tak keluar lagi. Jadi tuntutan tetap macam biasa.

“Sekarang ini ada projek yang libat duit peribadi ADUN dahulukan untuk program. Sepatutnya tak 

berlaku pembekuan. Kalau berlaku pembekuan jadi masalah pada kita. Ada yang guna duit peribadi. 
Ini bukan duit ADUN, ini adalah duit rakyat.

“Apa-apa kita tunggu hujung bulan (Januari), sebab duit belum turun. Kalau lepas ini kita lihat 


ADUN bukan PAS boleh tuntut, ketika itu kita boleh pastikan kita kena beku,” katanya.

Sallehen ketika ditanya lagi bila PAS akan menghadap sultan Selangor berkata “Bukan sekarang 

(nak menghadap), bergantung hasil perbincangan dengan pemimpin PAS Selangor,” katanya.

Sallehen juga enggan mengulas ketika ditanya adakah ini permainan politik mejelang Pilihan Raya 

Umum ke-14 (PRU14).

“Saya tak boleh nak kata, saya tak tahu pasal apa. Sebarang ulasan tunggu sehingga kita boleh 

benar-benar ada kepastian, peruntukan itu dibekukan. Buat masa ini kita tunggu dulu,” katanya.
XOXO - PKR nak ugut PAS kerana PAS tak bersama Harapan. Dia ingat duit segala-galanya. 
Adakah selepas PRU-14 nanti PKR ada duit seperti sekarang?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 18-1-2018



Muslimat Pas Subang Bersiap Sedia Hadapi PRU 14
Posted on Thursday, January 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37792



Subang (14 Januari) - Jentera Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Subang telah bersiap bersedia untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang.




Ketuanya, Siti Rohaya Ahad menzahirkan keyakinan bagi menghadapi pilihanraya kali ini dengan mempersiapkan jentera muslimat bagi mendapatkan sokongan rakyat khususnya wanita di Parlimen
Subang serta DUN - DUN yang akan ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya umum ke 14 kelak.


  Jentera Muslimat melalui HalWA Jabatan Pilihanraya DUN dan Kawasan kini begitu komited dalam menyantuni rakyat dan menyampaikan mesej Politik Matang dan Sejahtera PAS kepada pengundi-
pengundi di konstituensi Parlimen Subang ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Wan Hasrina Wan
Hassan yang berlangsung di Dewan KIQ di Subang pada hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustazah Wan Hasrina telah menegaskan tentang perlunya jentera
muslimat membantu dalam memperkuatkan sokongan rakyat kepada PAS, lebih-lebih lagi dalam
 situasi politik negara yang berlaku mutakhir ini.

Turut hadir ke perasmian program ini adalah Yang Dipertua PAS Subang, Ustaz Ridzuan Ismail,
Ketua Urusan Ulama Kawasan, Ustaz Nasir Hassan serta Ketua Pemuda Ustaz Hanafi Zulkafli.

"Istiqamah Sehingga Kemenangan"

Sumber TKO - 18-1-2018



Selesaikan Aduan Rakyat
Posted on Thursday, January 18 @ 03:41:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37787



Isu kemudahan awam penduduk Sentosa.. Seri Sentosa serta Andalas yang menjadi kegelisahan dan kesulitan penduduk dan pengguna. Sejak beberapa bulan yang lalu, perkhidmatan bas Cityliner yang sepatutnya 2 buah bas kini hanya sebuah bas yang beroperasi dengan kekerapan 1 jam sekali kepada 

2 jam sekali.




Sehubungan dengan itu PAS KOTARAJA, KotaRaja Care serta DHPP telah mengambil langkah
menemui pengurusan Cityliner Selangor. Pihak kami menerima maklum balas punca kelewatan
operasi dan memberi mereka tempoh seminggu untuk diatasi.

Alhamdulillah sehari selepas aduan, pihak pengurusan Cityliner telah mengembalikan operasi bas
seperti biasa. Suatu langkah yang menggembirakan ribuan pengguna bas di kawasan terlibat.

Terimakasih kpd pihak pengurusan Cityliner krn proaktif. Pihak kami sentiasa mengambil berat
keperluan pengguna dan kebajikan penduduk Kota Raja tanpa mengira kaum..dan agama. Dalam
masa yang sama sedia berunding demi kebaikan semua pihak.
#bpms
#paskotaraja
#dhpp
#kotarajacare



Kredit
Pas Kawasan Kota Raja


Sumber TKO - 18-1-2018






















































ADN Selat Klang khitan 34 bayi perempuan

SERAMAI 34 bayi perempuan DUN Selat Klang sempurna dikhitankan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, di Surau Qushairiah, Kampung Sungai Udang, Klang, baru-baru ini. 
Dr Halimah berkata, program yang memasuki siri ke-40 itu diteruskan dengan kerjasama biro muslimat surau, Helwa Selat Klang dan Amalnita Selat Klang. 
“Kebiasaan adat bersunat bagi anak perempuan ini dilaksanakan ketika bayi masih kecil iaitu beberapa hari selepas lahir. 
“Dalam program ini kita pernah mengkhitankan antara bayi yang paling kecil berusia 6 hari dan yang paling dewasa juga ada iaitu berumur 15 tahun,” katanya dipetik SelangorKini
Tambahnya lagi, pihaknya akan meneruskan program itu dari masa ke masa setelah melihat peningkatan peserta yang berdaftar setiap kali penganjurannya.
Sumber HD - 15-1-2018 



PAS yakin persempadanan semula untuk menangkan BN akan makan diri
Posted on Friday, January 12 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37708











PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS berkata cadangan persempadanan semula oleh 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan akan membantu Barisan Nasional (BN) meraih 
undian Melayu, mungkin berkesudahan sebaliknya.

Pengerusi PAS Kuala Langat dan Adun Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sokongan penduduk tempatan terhadap mereka masih kuat di kawasan majoriti Melayu.

“Dengan persempadanan semula, SPR merancang untuk memindahkan lebih ramai pengundi Melayu
dari Teluk Datuk ke kerusi DUN Sijangkang.

“Mereka fikir ini akan membolehkan BN memenangi semula Sijangkang selepas 10 tahun,” katanya
kepada FMT, sambil menambah, pengundi sudah pun beralih kepada pihak pembangkang sejak
Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.

Menurut Dr Yunus, orang awam boleh menilai tindakan SPR yang tergesa-gesa mengadakan inkuiri
tempata sejurus selepas kes mahkamah kerajaan Selangor digugurkan.

Bawah cadangan persempadanan semula itu, katanya, kawasan majoriti Melayu seperti Kampung
Jenjarum dan Seri Cheeding akan dipindah ke Sijangkang.

Kumpulan masyarakat awam telah mengkritik SPR atas cadangan persempadanan semula yang
dilakukan pada 2016, dan berkata pihak itu tidak mematuhi garis panduan bawah Perlembagaan
Persekutuan dan ia hanya sekadar perbuatan salah pembahagian dan muslihat pilihan raya
 (gerimander).

Dr Yunus yang juga exco Selangor bagi hal ehwal agama, adat dan warisan Melayu, dan
pembangunan desa dan kampung tradisi, memenangi kerusi Sijangkang yang bermajoriti Melayu
bawah tiket PAS sejak 2008.

Pada PRU tahun 2013, beliau mengekalkan kerusinya di Sijangkang dengan undian majoriti
sebanyak 2,942 menentang wakil Umno, Zurihan Yusop. Beliau memperoleh 14,838 undian
manakala Zurihan memperoleh 11,896 undian.

Ahli Parlimen Kuala Langat sekarang adalah Abdullah Sani Abdul Hamid dari PKR. Selain
Sijangkang, 2 lagi kerusi DUN bawah Kuala Langat adalah Teluk Datuk (dinamakan semula sebagai
Banting bawah cadangan persempadanan semula) dan juga Morib.

Teluk Datuk dipegang oleh bekas wakil DAP yang kemudiannya menjadi Adun bebas, Loh Chee
Heng dan Morib pula dipegang bekas wakil PAS yang kemudiannya menyertai Amanah, Hasnul
Baharuddin.

Apabila disoal jika PAS bimbang akan perlawanan 3 penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan,
Dr Yunus menjawab beliau percaya sokongan penduduk tempatan masih berpihak kepada mereka.

“PAS Selangor telah melakukan penyelidikan dan mendapati sokongan Melayu kepada Amanah
sangat sedikit di negeri ini atau lebih kurang pada 2.7%,” katanya.

Beliau menepis dakwaan mengatakan sesetengah cawangan PAS dan ahlinya di Morib menjadi
“tidak aktif” selepas wakil rakyat Morib, Hasnul Baharuddin menyertai Amanah pada 2015, sambil mengatakan sebenarnya mereka tidak aktif disebabkan masalah teknikal.

“Saya mungkin berat sebelah tetapi semasa Hasnul menjadi setiausaha kami, beliau tidak menghantar
laporan cawangan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan ini menyebabkan kebanyakan cawangan terbatal pendaftarannya.

“Ia tiada kaitan dengan ahli PAS meninggalkan parti dan menyebabkan cawangan tidak aktif,”
katanya sambil menambah, mereka berjaya mendaftar semula 41 cawangan.

Sebelum ini, Hasnul memberitahu FMT, cawangan PAS dan ahlinya di Morib menjadi “tidak aktif”
sejak beliau meninggalkan parti dan kebanyakan mereka kini menyokong PH.

Katanya, sesetengah penyokong PAS fikir, keputusan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 untuk melemahkan hubungan dengan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu pelopor gabungan
pembangkang yang kini sudah tidak wujud adalah langkah yang salah.

Dr Yunus berkata walaupun sesetengah ahli keluar parti untuk sertai Amanah dengan Hasnul, dan juga Pakatan Rakyat yang dipecahkan, PAS masih mampu menarik penyokong baharu.

“Kami baru sahaja mendaftarkan 500 orang sebagai ahli di Kuala Langat dan jumlah ahli sekarang
melebihi 2,000 orang,” katanya.

Sumber TKO - 12-1-2018


























































Pendirian PAS tepat dan jelas (bah. 2)

FIRMAN Allah swt surah al Anfal ayat 60: 
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُوَن 
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." 
PAS, aset dan jentera parti
PAS yang mempunyai kemampuan 190 kawasan aktif, 7,000 buah cawangan dan keahlian mencecah 1 juta orang adalah merupakan parti kedua terbesar dalam negara ini. 
Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam penentuan pergerakan dan operasi parti tanpa menolak aspek lain seperti strategi dan media. 
Beberapa siri pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, PAS pada ketika itu berada dalam tahaluf politik dan kerjasama, jentera dan kekuatan ahli PAS seluruh dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran mereka kepada parti kawan. Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli PAS turut dilimpahkan untuk mempastikan kemenangan rakan politik PAS. 
Kesetiakawan yang ditunjukkan PAS sewaktu bertahaluf dan bertaawun diakui oleh semua pihak, bagaimana PAS adalah kawan yang mampu dipercayai sekalipun berbeza parti dan dasar perjuangan tetapi memiliki sasaran yang sama iaitu ingin menang dalam pilihan raya. 
Boleh dikatakan semua kerja-kerja berat pilihan raya seperti memasang dan gantung bendera, panjat pokok, tampal poster, atur ceramah, unit keselamatan, mengawal lalulintas dan orang ramai, peranan Jabatan Amal, persiapan lokasi ceramah, sebaran risalah, rayu undi, polling and counting agent, petugas barung, kesetiausahawanan dan pejabat, markaz pilihan raya dan berbagai-bagai lagi yang hampir dimonopoli oleh petugas dan jentera PAS. 
Pihak parti kawan bolehlah dikatakan hanya basuh kaki sahaja ke dalam rumah yang semuanya telah disiapkan oleh PAS. Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu telah disediakan oleh PAS.
Adapun aset PAS, sangatlah banyak. Penulis sendiri menganggarkan bahawa aset PAS daripada markaznya, pusat tarbiyyahnya, bangunannya dan tanahnya, kenderaan rasmi parti, peralatan pejabat, wang simpanan di bank, serta wang ringgit di poket ahlinya yang pada bila-bila masa boleh disalurkan kepada parti, semua ini mampu mencecah ratusan juta ringgit dan mungkin mencecah RM 1 bilion. Inilah kehebatan PAS. Kalau tuduhan PAS tagih duit RM90 juta itu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kemampuan PAS. 
Keputusan PAS dalam tahaluf adalah satu realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh rakan lama PAS bahawa PAS memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi. 
Tambahan pula, PAS walaupun tidak bersama lagi dengan mereka, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan yang dirobek keluar daripada PAS.
Kini, dalam suasana PRU-14 yang amat hampir, PAS dalam memimpin Gagasan Sejahtera dengan Ikatan, Berjasa, Cinta Malaysia akan menumpukan sepenuh tenaga dan upaya serta kelebihan yang PAS miliki untuk memastikan PAS beroleh cita-citanya untuk menegakkan Islam. 
Ahli PAS dan petugas pilihan raya PAS kini lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk berjuang memenangkan parti mereka sendiri dan parti kawan yang menghormati dasar dan cita-cita PAS. 
Mereka seolah-olah sudah serik dan jemu dengan karenah bermuka-muka bekas rakan politik PAS yang sewaktu pilihan raya datang bertemu PAS dengan wajah tanpa bersalah dan merayu bantuan daripada PAS. Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani PAS seumpama peminta sedekah. 
Buktinya rata-rata program yang dianjurkan PAS mutakhir ini samada berbentuk himpunan jentera petugas pilihan raya, program liqa fikri, tarbiyyah dalaman dan juga mesyuarat ahli jawatankuas PAS di semua peringkat, kita pasti menyaksikan bagaimana sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh kepimpinan, ahli dan juga petugas parti. 
Ini adalah signal jelas bahawa ahli pendukung dan penggerak parti PAS berada dalam mode yang sangat bermotivasi dan kuat. Mereka sudah bersedia dan tunggu masa diarah oleh pucuk pimpinan PAS apabila gendang jihad pilihan raya dipalu. 
Insya Allah pada kali ini aset terpenting PAS ini bakal diaplikasikan pada tahap yang semaksimum mungkin bagi memenangkan Islam dalam pilihan raya akan datang dan juga apa juga situasi. – HARAKAHDAILY 11/1/2018 
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Sumber HD -11-1-2018 


Mengapa PAS Pacak Bendera Besar Di Gombak?
Posted on Wednesday, January 10 @ 18:33:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37679



KUALA LUMPUR – Sekumpulan ahli PAS Gombak bertindak memacak dan mengibarkan bendera 

besar parti itu di Bukit Barod, Sungai Chinchin pada Sabtu lalu.
Laman Facebook rasmi PAS berkata, misi memasang bendera itu dilakukan oleh ahli PAS Cawangan
Sungai Chinchin bersama-sama wakil Pemuda PAS Gombak.

“Mereka telah berjaya menaikkan panji dan bendera PAS di Bukit Barod, Sungai Chinchin, Gombak.
“Moga syiar ini akan terus teguh dan tersebar dijulang di Gombak khususnya,” kata laman Facebook berkenaan yang turut memuat naik video bendera berkenaan.

Ramai pihak melihat tindakan PAS itu sebagai satu peringatan kepada Ahli Parlimen Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia peringatan kepada Menteri Besar Selangor itu bahawa kawasan Gombak akan dikuasai PAS dalam
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

PAS sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 40 kawasan Parlimen dalam PRU14 tanpa mempedulikan amaran Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR serta Parti Amanah Negara (PAN) memberi amaran kepada PAS supaya tidak bertanding di kawasan ditandingi
mereka.


Hujah Pakatan Harapan bahawa PAS sama sekali tidak mampu menewaskan gabungan parti
pembangkang tersebut yang disokong oleh seluruh rakyat. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-1-2018
























































































































Berpaling tadah lalu kecewa

ALLAH telah merakamkan perlakuan golongan munafiqin yang gopoh berpaling tadah. Firman-Nya:
فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَن تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنفُسِهِمْ نَادِمِينَ
"Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya, mereka gopoh menyertai musuh. Mereka beralasan "Kami bimbang kalah dikepung". Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kemenangan kepada Rasul-Nya atau suatu keputusan dari sisinya. Maka akibat terlalu ikutkan apa yang bersarang di dalam diri mereka, menyebabkan mereka menjadi orang-orang yang menyesal"
(al-Maidah: 52)
Golongan yang digambarkan oleh ayat ini adalah:
• Tidak tahan apabila Islam diasak teruk. Beranggapan kononnya jika terus dengan prinsip Islam, tiada harapan untuk meraih kemenangan.
• Lantas mereka tidak berfikir panjang, secara gopoh terus berpaling tadah dari kumpulan Islam.
• Lalu mereka menyertai gerombolan yang sudah sedia menentang Islam yang disangkakan lebih ramai dan dominan. Hakikatnya mereka tidak ubah seperti kawanan kambing yang menyerah diri kepada serigala-serigala politik.
• Mereka beralasan, takut kalah jika terus bersama dengan kumpulan Islam. Disebabkan itulah mereka sanggup berpaling tadah.
• Sedangkan mereka tidak tahu, ketika tekanan memuncak itulah Allah bakal hadiahkan kemenangan kepada kumpulan Islam.
• Bahkan mereka tidak tahu nasib yang bakal menimpa mereka yang menyebabkan mereka menyesal berpanjangan.
• Inilah akibat bagi golongan yang obses dengan kemenangan yang membabi buta. Ditipu oleh keghairahan diri sendiri.
Allah merahsiakan masa depan. Namun Allah membekalkan kita al-Quran, sebagai pembayang apakah akibat di setiap tindakan kita.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
9 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD - 9-1-2018 





























































Apabila Firaun mengkafirkan Nabi Musa

KISAH-kisah sejarah di dalam al-Quran kekal segar untuk dirujuk, kerana ia menceritakan tabiat manusia dengan pelbagai wajah. Kitaran sikap dan perangai watak-watak di dalam al-Quran akan turut kekal seperti kekalnya kitab suci tersebut.
Nabi Musa vs Firaun
Allah menceritakan betapa gigih dan tegasnya Nabi Musa  A.S memperingatkan kepada Firaun berkenaan batasan iman dan kufur. Nabi Musa menawarkan khidmat tunjuk ajar kepada Firaun agar dia kembali insaf:
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ • وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ 
"Maka katakanlah kepada Firaun: "Adakah kamu ingin menyucikan dirimu dari kesesatan? • Dan mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan Tuhanmu agar engkau takut kepadanya?"
(al-Nazi'at: 18-19)
Firaun mula berkasar
Setelah nasihat demi nasihat secara lembut telah diberikan oleh Nabi Musa, namun Firaun tetap berdegil. Bahkan Firaun mula menuduh kononnya Nabi sedang tersampuk kesesatan:
إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَىٰ مَسْحُورًا
"Sesungguhnya aku merasakan kamu wahai Musa telah tersampuk sihir"
(al-Isra': 101)
Lalu Nabi Musa membalas:
وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا
"Dan sesungguhnya aku pula merasakan kamulah yang akan hancur binasa"
(al-Isra': 102)
Firaun menuduh Nabi Musa kafir
Dengan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh Nabi Musa, Firaun tetap buat-buat tidak faham. Bahkan Firaun bersikap loyar buruk dengan mengembalikan segala peringatan wahyu untuk mendakwa Nabi Musa. Firaun menyelar Nabi Musa:
وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
"Dan engkau (Musa) telah melakukan kesalahan dari perbuatan engkau. Dan engkaulah 
di kalangan orang-orang yang kafir"
(al-Syu'ara': 19)
Tidak faham bahasa
Jika kita melihat sikap Firaun, dia cukup degil menerima ajaran Islam yang telah dijelaskan berulang kali oleh Nabi Musa.
Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi menjelaskan:
"Firaun enggan berinteraksi dengan topik yang dikemukakan oleh Nabi Musa dengan sewajarnya. Dia tidak mahu berfikir secara serius. Sebaliknya Firaun mengolah nasihat Nabi Musa sebagai serangan peribadi antara dirinya. Lebih malang lagi, Firaun hanya mahu memahami topik yang diutarakan oleh Nabi Musa berdasarkan kefahaman dangkalnya sahaja. Bukan berdasarkan keterangan Nabi Musa. Ini semua bertitik tolak dari sikap ego yang dijulang oleh Firaun."
Dangkal
Bayangkanlah betapa dangkalnya Firaun, apabila Nabi Musa menyampaikan peringatan berkenaan batasan iman dan kufur, tiba-tiba Firaun menuduh Nabi Musa pula yang kafir.
Yang pasti, Firaun telah mati. Namun Firaunisme masih hidup.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
3 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD -4-1-2018






























































Bina arus politik baru, tenggelamkan kapsul 

masa lama

PERLU untuk semua pendokong perjuangan PAS dan penyokongnya supaya memahami halatuju yang dibawa oleh kepimpinan yang diterajui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tuan Guru dengan suasana semasa, amat gigih untuk membawa semua mendokong Islam supaya membina 'Politik Baru' yang menyerlahkan keistimewaan dan kedinamikan (murunah) Islam.
Hakikat Semasa
Ketika ini, suasana politik yang ada seakan mengheret kepada masa lampau, seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan. Antara sebabnya, adalah para pelakon politik dinasour masih lagi memimpin dengan isu-isu lama. Isunya bukan orang lama, tetapi orang lama dengan pemikiran dan kepentingan lama. 
Maka, tidak hairan jika timbul semula isu-isu seperti 'Memali', 'Amanat Haji Hadi', 'Kafir-mengkafir', 'Siapa Perdana Menteri selepas ini?' dan beberapa isu lain yang timbul sekitar 20 hingga 30 tahun dahulu.
Kesannya, pemikiran politik semasa tidak berkembang dan tidak menuju kepada kemajuan. Pertelingkahan bukan membina negara, tetapi sekadar buruk-memburuk yang lain untuk menghilangkan rasa tidak puas hati atau segala dendam lama.
Menganjak Paradigma Baru
Walaupun Tuan Guru sezaman dengan pemimpin-pemimpin lama yang ada hari ini, namun pemikiran politik yang diperjuangkannya menunjukkan kemajuan selari dengan zaman. Sewaktu zaman tertindas dengan teruk, pendekatan berbeza. Apabila masa memberi ruang, timbul gagasan baru dan apabila menempuhi cabaran terkini, perlu pendekatan terkini meliputi pemikiran dan pendekatan politik yang menyerlahkan kedinamikan dan keistimewaan bergerak dengan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam yang datang membawa rahmat kepada pembawanya dan juga yang menyambut dakwahnya. Bermakna, Tuan Guru telah menganjak kepada paradigma baharu dalam siyasah dakwah ditampilkan PAS.
UG: Cadangan Kehadapan
Antara contoh paradigma yang cuba difahamkannya kepada umum, serta betapa perlunya kita bersedia di era ini, bahawa tiada parti politik yang benar benar kuat atau solid untuk membentuk kerajaan dengan sendiri. Apatah lagi mewarisi sistem demokrasi British yang lama. Kemenangan sekadar majoriti mudah tidak menjanjikan kestabilan jangka masa panjang. Cabaran sosial rakyat dan ekonomi rakyat akan menjadi faktor yang besar dalam pertembungan mendapat sokongan umum.
Presiden PAS mendatangkan cadangan Unity Government (UG) tersebut di awal ketika gabungan Parti Pembangkang iaitu Pakatan Rakyat mula berebut kedudukan dan kepentingan masing masing. Kepentingan rakyat tidak lagi nampaknya didahulukan. Sebaliknya menampakkan perebutan kuasa dan jawatan sepertimana dalam kes Langkah Kajang dan menamakan Perdana Menteri sekiranya berkuasa. Objektif perjuangan dikaburkan dengan remeh temeh bayangan yang belum lagi dapat digenggam.
Majoriti Peneraju Keadilan Kuasa
Presiden PAS berkali kali menegaskan bahawa Islam agama yang sangat sesuai dengan sistem politik damai semasa. Keharmonian sosial dan politik semasa, sangat bergantung kepada keteguhan kumpulan majoriti atau bangsa majoriti. Ini selari dalam sejarah Islam, apabila untuk menentukan pengganti Nabi Muhammad S.A.W dalam memimpin umat Islam, maka para Sahabat Nabi tunduk kepada Hadis yang dibaca oleh Saidina Abu Bakar bahawa "Kepimpinan/imamah daripada Quraisy".
Kalam yang perlu difahami bahawa Quraisy ketika itu adalah kabilah majoriti yang memeluk Islam dan memimpin Islam. Yang indahnya, Islam tidak mengenepikan minoriti, malah menjadi tanggungjawab golongan yang majoriti memastikan keadilan diterapkan dalam mengurus sosial dan politik masyarakat sekeliling.
Presiden PAS menerangkannya dengan logik yang mudah dalam satu artikel beliau "Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?" Tidak pernah golongan Kapitalis yang menang akan melantik golongan yang lain menjadi ketua dan memegang amanah. Begitu juga Sosialis atau Komunis. Ataupun seperti Republikan dan Demokrat di Amerika dan juga yang berlaku di mana-mana tempat lain.
Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan paradigma semasa yang sangat sesuai iaitu dengan menerima Islam sebagai penyelesaian dan pemimpin politik zaman ini. Bererti, dengan Islam, keadilan dan keharmonian tetap bergantung kepada kuasa di tangan majoriti, bangsa atau kumpulan.
Teknokrat: Tangani Pengurusan Negara
Presiden PAS sekali lagi membawa kepada idea mendahulukan menyelesaikan masalah negara dan rakyat. Tatkala yang lain sibuk dengan calon Perdana Menteri atau siapa menang dan siapa kalah, beliau mengajak semua yang peka terhadap kebajikan dan masalah negara untuk menyelesaikan dengan isu secara lebih besar dan menyeluruh. Kerajaan BN-Umno sekarang perlu mengajak rakyat yang mampu membantu membaiki masalah negara tanpa memikir sempadan politik atau masalah lain. Beliau telah mengemuka idea Kerajaan Teknokrat sebagai cadangan penyelesaian terhadap isu pengurusan profesional dalam menangani isu-isu negara.
Sepertinya, pimpinan negara yang dipimpin Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak seolah-olah mengambil idea ini apabila terdapat perlantikan tertentu kerajaan buat masa ini diberi pada orang yang layak dan menepati kriteria, walaupun mungkin tak sepenuhnya. Orang muda banyak diberi peluang dalam banyak sektor. Mungkin ini pendekatan untuk beliau mengukuhkan kedudukan, namun tidak boleh disalahkan kepada polisi Najib Razak sekiranya itu yang menyebabkan rakyat mendapat keyakinan balik kepada kepimpinan beliau.
Kesatuan Dunia Islam: Gagasan 'Evergreen'
Presiden PAS adalah antara pemimpin Gerakan Islam dunia dengan punyai hubungan istimewa dengan Allahyarham Necmettin Erbakan yang telah mengorak jalan baru dunia Islam Moden. Erbakan bersama pemimpin negara Islam lain mewujudkan Negara D8 yang dianggotai oleh negara negara Islam membangun untuk membina komuniti sendiri. Gagasan tersebut telah memberi sedikit kesan kepada dunia Islam hari ini.
Tuan Guru Abdul Hadi sentiasa mendorong dunia Islam supaya tidak terpengaruh dalam proses pecah perintah musuh dan kuasa-kuasa politik lain. Mengingatkan dunia Islam bahawa sengketa mazhab negara-negara Islam yang berlaku merugikan umat Islam, sebaliknya menguntungkan Israel dan pakatan Zionis.
Beliau mengambil risiko nama dikeji dan dihina dalam menyatukan umat Islam seperti menyertai persidangan di Tehran dan sebagainya. Pun begitu, kebenaran pendapat beliau sememangnya terbukti hari ini dalam kes-kes yang berlaku di Syria, Yemen dan di negara negara Islam lain.
Ayuh Pendokong PAS!
Kita semua kena anjakkan diri kita untuk meninggalkan duri-duri dan kemuncup politik yang membawa kita ke belakang. Usah peduli kepada cerita cerita 20 atau 30 tahun yang menyebabkan kita bernostalgia tanpa maju. Tinggalkan dinasour-dinasour politik dan bergerak ke arah baru. Mereka yang tak mahu bersama, usah dipeduli. Puji tidak, maki pun tidak. 
Presiden kita Tuan Guru Abdul Hadi Awang telahpun menunjukkan teladan iaitu untuk membina arus politik semasa dan bukannya tenggelam dalam arus 'kapsul masa' lama. Maka, marilah ikut bersama membina pemikiran politik baru dan seterusnya memimpin dengan kedinamikan dan keistimewaan Islam.
AHMAD HAKIMI OTHMAN
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor
3 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 3/1/2017
Sumber HD- 3-1-2018 

Pendirian PAS tepat dan jelas

FIRMAN Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 159: 
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِي 
"...Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya..." 
Mungkin ada beberapa pihak sama ada di dalam PAS sendiri mahupun di luar PAS kurang mendapat penjelasan daripada pimpinan atau tidak sampai maklumat tentang pendirian PAS mutakhir terhadap beberapa isu terpenting berkait isu semasa dan politik tanah air.
Walaupun beberapa kali kenyataan terang dan tegas telah dinyatakan oleh pimpinan PAS sama ada dalam kenyataan akhbar, penulisan dan ucapan, namun adakalanya kita terlepas pandang. 
Antara lain di sini ingin dinyatakan beberapa isu dan persoalan untuk tatapan bersama. 
Tahaluf siyasi dengan PKR
PAS menerusi Majlis Syura Ulamak pada 11 Mei 2017 yang lalu telah membuat keputusan bahawa Tahaluf Siyasi dengan parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah terbatal disebabkan 3 perkara utama yang disyaratkan oleh syarak dalam keharusan bertahaluf.
Pengkhianatan PKR dengan syarat syarie tahaluf adalah sebab utama PAS tidak lagi bertahaluf sekali gus keharusannya itu bertukar menjadi tidak lagi syarie'. 
Sehubungan dengan itu, PKR juga tidak lagi menjadi rakan strategik kepada PAS dan mereka telah bersekongkol dengan parti dan kumpulan yang menentang usaha PAS untuk memartabatkan Syariat Islam seperti RUU 355 dan juga bersekongkol dengan pihak yang berusaha menjatuhkan Kerajaaan PAS Kelantan. Mereka yang dimaksudkan adalah DAP dan PAN.
Keputusan pembatalan tahaluf ini juga bermakna tiada lagi kerjasama politik antara PAS dengan PKR mahupun diadakan apa sahaja rundingan politik secara rasmi kerana di peringkat pusat dan juga negeri tanpa pengecualian. 
Syarat PAS amat jelas dan terang, PAS memang terbukan berunding dengan sesiapa sahaja selama pihak yang ingin berunding atau mengadakan rundingan hendaklah menghormati prinsip perjuangan PAS dan menerima Islam sebagai dasar PAS serta menguntungkan Islam. 
Keputusan pembatalan tahaluf siyasi PAS dengan PKR adalah merupakan muhasabah PAS dalam tahaluf semenjak zaman kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan bukannya baru. PAS meneliti sikap dan tindak tanduk rakan tahaluf setiap masa dan mengkaji secara mendalam kesan dan impak tahaluf sama ada baik dan buruk kepada Islam dan perjuangan Islam. Maka, apabila keputusan diambil, ia adalah setelah diambil kira semua aspek dan sudut bagi memastikan bahawa keputusan adalah tepat. 
Konsep Taawun Siyasi
Konsep ini merupakan ajaran dan pedoman daripada Allah swt kepada kita. Bahawa taawun ataupun kerjasama di dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan adalah anjuran syarak serta digalakkan. 
Bersesuaian dengan itu, PAS menggunakan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bagi merealisasikan konsep taawun dalam konteks kebaikan bersama (commom interest) khasnya Islam. 
PAS bersedia untuk memberikan sumbangan dan kerjasama di mana Islam diletakkan sebagai syarat utama dan asbabnya bukannya sekadar politiking sahaja. 
Terdapat di sana kaedah "Mengambil Mudarat Yang Lebih Ringan" apabila terdapat 2 mudarat. Pada waktu itu PAS, memungkinkan PAS memilih untuk berdepan dengan mudarat politik dialami PAS daripada menanggung mudarat kepada Islam dan ajaran Islam.
Maka dalam situasi seumpama ini, PAS bersedia untuk berkerjasama semata-mata untuk mempastikan survival Islam dan kepentingan Islam menjadi keutamaan. Sebagai contoh, kerjasama PAS dalam isu ummat Islam sejagat seperti Rohingya dan Palestin bersama Kerajaan Persekutuan. Di sini, kepentingan Islam diletakkan di hadapan oleh PAS sekalipun PAS terpaksa berdepan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah politiking oleh musuh politiknya. 
Tuan Guru Presiden pernah menceritakan kisah dilema raja-raja Islam di Sepanyol ketika Empayar Islam Sepanyol diancam serangan daripada tentera Salib. Maka, terdapat cadangan agar diminta bantuan daripada Kerajaan Islam di Maghribi. Namun kekhuatiran raja-raja Islam Sepanyol jikalau minta pertolongan Raja Maghribi nanti, kedudukan raja-raja Sepanyol kemungkinan akan bertukar menjadi pengembala kambing. (rendah kedudukan kerana tunduk kepada Kuasa Raja Maghribi) 
Tetapi dijawab, bahawa lebih baik jadi pengembala kambing kepada Islam daripada menjadi pengembala babi kepada Tentera Salib. Akhirnya dengan bantuan Raja Maghribi, Empayar Islam Sepanyol mampu bertahan 400 tahun lagi ditambah 800 tahun sebelumnya.
Inilah pendirian PAS agar difahami semua agar kita faham dan memfokuskan hala tuju kita dengan keputusan yang diambil PAS bersama-sama mendepani PRU14. Dengan tidak lagi berkecamuk fikiran yang mampu mengganggu kerja-kerja kita memenangkan PAS dalam PRU akan datang. 
Sesudahnya kita membuat keputusan dan usaha, kita menyerahkan sebulat hati kita kepada Allah swt bagi membantu dan menguruskan yang selebihnya kerana Allah menyayangi hamba yang bertawakkal kepadaNya. – HARAKAHDAILY 2/1/2018 
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Sumber HD - 2-1-2018 

































































Mengapa dunia Islam menjadi sasaran 

penjajah?

TERDAPAT tiga faktor utama mengapa bumi umat Islam sentiasa menjadi rebutan lalu dijarah oleh penjajah.
Agama
Kita tidak boleh menolak sama sekali, bahawa faktor utama konflik dan penjajahan adalah kerana pertentangan agama. Bahkan ia mengatasi faktor-faktor lain. Allah berfirman:
 وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ 
"Dan tidaklah mereka berdendam terhadap golongan yang beriman, melainkan kerana orang-orang beriman itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji"
(al-Buruj: 8)
Tidak betul jika kita beranggapan segala konflik bertitik tolak dari kepentingan material semata-mata. Sedangkan faktor agama merupakan tabiat pertentangan antara manusia dari zaman-berzaman.
Sumber bumi yang kaya
Allah mengurniakan negara-negara umat Islam dengan kekayaan hasil bumi. Sumber mineral seperti minyak, gas, emas dan uranium yang lumayan. Tanah yang subur untuk dibangunkan serta iklim yang baik. Inilah keberkatan yang dijanjikan buat mereka yang beriman. Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi"
(al-A'raf: 96)
Bahkan perang ke atas dunia Islam dirangsang dengan termuntahnya kekayaan hasil bumi yang menarik minat penjajah. Antaranya Nabi bersabda:
تَقِيءُ الْأَرْضُ أَفْلَاذَ كَبِدِهَا أَمْثَالَ الْأُسْطُوَانِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ
"Bumi akan memuntahkan kekayaannya laksana cairan yang keluar dari saluran seperti emas dan perak"
(HR Muslim) 
Lokasi yang strategik
Allah mentakdirkan kawasan-kawasan umat Islam berada di tengah-tengah persimpangan utama laluan antarabangsa. Allah berfirman:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ
"Dan demkianlah kami jadikan kamu sebagai umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi ke atas perbuatan kamu"
(al-Baqarah: 143)
Jika kita melihat peta dunia, Makkah dan Madinah berada di tengah-tengah peta dunia. Menyebabkan Islam yang dibawa oleh Nabi amat mudah tersebar ke serata benua.
Sememangnya bumi umat Islam berada di tengah-tengah kesibukan nafsu manusia yang 
berbebut mahu menguasai dunia. Lokasi-lokasi yang dimiliki oleh umat Islam, amat penting 
bagi aktiviti ketenteraan dan perdagangan.
Sebagai contoh, kebanyakkan 'choke point' dimiliki oleh negara-negara umat Islam. Selat Hormuz di Teluk Parsi yang dimiliki oleh Iran dan Oman. Bab al-Mandab yang memanjang 
dari Laut Merah ke Laut Arab dikawal oleh Yaman. Terusan Suez yang dimiliki oleh Mesir sebagai pintu gerbang antara Laut Merah dan Laut Mediterranean. Selat Melaka dimiliki oleh Malaysia dan Indonesia sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara. 
Boleh dikatakan, sesiapa yang berhajat menguasai dunia, mereka terlebih dahulu mesti menguasai negara-negara umat Islam.
Kita umat yang berpotensi
Sedarlah kita akan nikmat yang telah Allah hadiahkan kepada umat Islam. Kita bukan umat 
yang miskin keparat tidak mempunyai apa-apa potensi. Bahkan apa yang kita miliki, amat diidamkan oleh manusia-manusia penjajah yang berhati serigala.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
29 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 29/12/2017
































































































































Sumber HD - 29-12-2017

































































Apa lagi lepas ni, masuk DAP?

DEMAM PRU14 sedang semakin memuncak. Ramai akan meracau bila suhu melangit. Itu biasa.
Virus PRU14 memang virulen dan poten. Jika terjangkit, akan hilang kewarasan. Yang betul dikata salah. Yang salah dikata betul. Yang dulu lawan, dianggap kawan. Yang dulu kawan dilawan habis-habisan. 
Yang kukuh berprinsip dilabelkan gila jawatan. Yang melompat tak tahan kepanasan
Dihias indah bak pahlawan. Inilah dia natijah virus virulen PRU14. 
Paling ketara, jaguh siber lawan amat berminat dengan merencanakan skrip dramatis di negeri antah berantah. Lepas satu episod, satu lagi. Tidak jemu-jemu. Pengarah drama best seller ini mungkin silang berganti. Mungkin lain platform. Tetapi barangkali mereka disatukan dengan matlamat yang sama. Seperti cerita bollywood, boleh dijangka jalan ceritanya.
Saya menjangka tentera Ahzab bergabung mencapai matlamat bersama iaitu memegang tapuk kerajaan di Putrajaya atau negeri antah berantah. 
Tidak mengapa mana-mana kumpulan mahu menjadi pemerintah. Bagi saya itu lumrah dunia politik. 
Yang menariknya, di antara langkah mereka ialah melaser fokus perhatian kepada YB-YB PAS Selangor. Mereka cuba bertubi-tubi membina satu persepsi negatif mengenai YB PAS Selangor. 
Mereka lontar sebelum ini ada beberapa YB PAS akan keluar PAS, dulu keluar PAS masuk parti serpihan PAS. 
Terbaru dikatakan pula 10 Adun PAS akan keluar PAS. Kali ini dikatakan masuk PKR. 
Oleh kerana PRU14, paling lama dalam masa 8 bulan. Adakah skrip berikutnya akan melontarkan pula bahawa sebahagian Adun PAS Selangor masuk DAP? Kerana hilang keyakinan kepada PAS. Mesej yang puak ini mahu bina ialah seolah-olah PAS tidak kuat. Maka jangan undi PAS. tengok! YB PAS pun dah keluar. 
Pada satu masa dahulu, saya pernah menyatakan nak saman RM40 juta satu portal lawan kerana menyebarkan fitnah mengenai saya. Kemudian portal itu minta maaf pada saya dan keluarga. 
Bagi pemfitnah yang memberi makan anak isteri dengan berita bohong yang melibatkan YB PAS Selangor, eloklah bertaubat dan stop! 
Cari makan kerja lain. 
YB Dr Halimah Ali
Adun Selat Klang / AJK PAS Pusat
26 Disember 2017
Sumber HD - 26-12-2017 


Inikah Bukti ADUN PAS Lompat Parti ..
Posted on Tuesday, December 26 @ 07:38:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37450



AIDCNews -25/12/17 –PKR diingat supaya tidak terlalu teruja dengan khabar angin yang mendakwa sebilangan ADUN PAS Selangor yang akan melompat parti menyertai parti Keadilan menjelang PRU '

14.
Menyifatkan isu itu sekadar politik murahan, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir
Mohd Shahir berkata PKR tidak perlu bimbang kerana pada PRU 14 nanti PAS akan menuntut balik
beberapa kerusi yang dipinjamkan kepada PKR sebelum ini termasuk di DUN Sementa yang diwakili Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi.
“Cukup-cukuplah politik murahan begini.
“YB Dorayah patut pastikan DUN Sementa tu selamat buat beliau kerana PAS akan menuntut balik
kerusi tradisi PAS ini dalam PRU ke 14 ini.
“Jentera kami sudah bersedia dan tak sabar memberikan hak dan keadilan kepada rakyat di Sementa
yang selama ini dahagakan khidmat wakil yang memahami jiwa mereka.
“Tunggulah sampai entah bila orang PAS melompat ke riba YB, sementara itu kami fokus PRU 14
ini untuk menawan Sementa,”katanya dalam Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk keterujaan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor terhadap isu 10 ADUN PAS di Selangor yang dijangka menyertai PKR.
“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad
memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber.
“Itu pendapat beliau saja, terserah. Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” kata Daroyah ketika ditemui pada perasmian
Karnival Himpunan Anak Muda Smart Selangor 2017 di tapak skateboard Taman Seri
Andalas, semalam.
Sebelum ini, Roslan berkata PAS Selangor tidak terkesan dengan khabar angin yang
sengaja ditiupkan oleh sebuah portal The Malaysian Insight.
“Ustaz Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya PAS Selangor dalam ucapannya menutup program
Simulasi Pilihanraya peringkat Selangor semalam menyatakan ia satu fitnah malah jika pun
benar ada yang sungguh-sungguh mahu keluar, PAS tiada masalah dan mereka
dipersilakan berbuat begitu.
“Perjuangan PAS ini tidak mengemis jawatan dan kedudukan. Ianya perjuangan berjemaah
dalam satu gerakan Islam yang cukup berdisiplin dan dikawal oleh tarbiyah dan pemahaman
Islam yang tinggi.
“Di saat bekas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersilat dan bergelut menghadapi
pelbagai pertuduhan rasuah dan salah-guna kuasa, PAS terbit sebagai parti yang paling
bersih dan berintegriti.
“Semoga yang girang dengan khabar fitnah seumpama ini terus gembira. PAS sedikit pun
tidak tercalar malah sedang fokus dan berkerja kuat memastikan PRU 14 ini. PAS Menerajui Kesejahteraan Selangor,” katanya.
Dua hari lalu, The Malaysian Insight melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri '
itu dan bertanding atas tiket parti itu dalam PRU14.
Sumber yang tidak dinamakan memberitahu portal itu mendakwa gelombang ini akan
melibatkan wakil rakyat dari Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS
sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama
dengan Pakatan Harapan (PH).

 Bagaimanapun Iskandar yang juga exco Selangor menafikan khabar angin berkenaan.
Sumber TKO - 26-12-2017



































































Ali Moertopo: Sang 'Intelligent' pemangsa Gerakan Islam

LEFTENAN Jeneral Ali Moertopo (1924-1984) merupakan seorang watak penting dalam sejarah dunia perisikan, khususnya di Indonesia. Kaca mata hitam menjadi identitinya, terkenal sebagai seorang yang nekad melaksanakan misi-misi gila. Sifat tersebut menjadi faktor kepada siri-siri kejayaan onarnya.
Tangan Kanan Suharto
Beliau mendapat gelaran tersebut ekoran dari peranannya membuka laluan kepada Suharto berkuasa setelah tersingkirnya Seukarno. Tidak keterlaluan jika dikatakan Ali Moertopo merupakan arkitek kepada Orde Baru bawaan Suharto. Sekali gus menjadi pemain di balik tabir yang menukar kiblat Indonesia dari Soviet kepada Amerika.
Dikatakan kepakaran Ali Moertopo dalam merancang dan merisik adalah hasil dari pengalamannya yang pernah menjadi perisik Angkatan Laut Belanda (Netherland Information Service)
Memperguna Mahasiswa
Pada tahun 1965, Ali Moertopo berkali-kali meminta kesediaan Suharto menggantikan Seukarno. Ketika itu, Ali Moertopo menggunakan mahasiswa untuk merusuh ke atas pemerintahan Seukarno. 
Ali Moertopo menyediakan markas Komando Tempur bagi Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia bersembunyi. Semangat anak muda digunakan. Bahkan beliau juga memberikan bantuan senjata kepada kelompok mahasiswa sebagai perangsang untuk merusuh, walaupun sebahagian senjata yang diberikan gagal berfungsi.
Mencetak Berita Harian Palsu
Dalam rangka mensabotaj Seukarno yang sedang menjalankan kempen Ganyang Malaysia, Ali Moertopo menjadi dalang menyebarkan propaganda yang berfungsi mengendurkan senario konfrantasi antara Indonesia dan Malaysia.
Antaranya dengan mencetak 5,000 naskhah akhbar Berita Harian palsu pada September 1965. Bahan propaganda 8 muka surat itu dibawa dengan 6 buah tongkang nelayan dan mendarat di Pontian, Johor lalu disebarkan.
Penubuhan CSIS
Setelah berjaya menaikkan Suharto, Ali Moertopo menubuhkan pusat kajian Strategic & International Studies (CSIS) pada 1971. Pusat kajian yang terletak di Tanah Abang, Jakarta itu berfungsi sebagai lembaga pemikir kepada Orde Baru. Ia juga dikenali sebagai CIA cabang Indonesia. Terdapat banyak kajian dan pendapat yang mengkaitkan Ali Moertopo dengan pihak CIA.
Bermodalkan Dana
Demi melangsungkan kerja-kerja rahsianya termasuk melobi pihak-pihak tertentu, sudah pasti memerlukan dana yang banyak. Itulah modal utama untuk membeli mangsa-mangsa politik Ali Moertopo.
Sekitar tahun 60-an hingga 70-an, beliau pernah menerima sejumlah wang SGD35 juta, USD100 juta dan USD17 juta hasil dari aktiviti pencairan wang dari bank luar negara dan penyeludupan.
Strategi Pancing & Jaring Kumpulan Islam
Untuk menangani 'trend' kebangkitan Islam, Ali Moertopo mempunyai caranya tersendiri yang cukup licik memerangkap kumpulan Islam. Beliau menubuhkan pelbagai kumpulan Islam, lalu diprovok agar masing-masing terbakar semangat. Apabila perangkapnya telah penuh, maka operasi penangkapan dilancarkan.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kerap menceritakan bahawa Ali Moertopo merupakan dalang kepada wujudnya lambakan kumpulan Islam di Indonesia. Lantas masing-masing hilang fokus, menyebabkan kekuatan umat gagal disepadukan.
Mengkader Ejen Berpengajian Agama
Ali Moertopo mewujudkan sebuah kumpulan yang dikenali Jamaah Imran. Pemimpinnya bernama Imran dibiaya oleh Ali Moertopo untuk melanjutkan pelajaran ke Libya selama 5 tahun. Watak seperti Imran penting demi menjayakan perancangan memerangkap anak muda yang bersemangat Islam. Memandangkan kepercayaan masyarakat Islam kepada tokoh agama sangat tinggi.
Dalam kes yang membabitkan Jamaah Imran pada 1981, mereka telah merampas sebuah pesawat yang akhirnya berjaya ditumpaskan oleh tentera. Yang lebih menghairankan, kesemua yang terbabit ditangkap. Sementara Johny atau Najamudin yang merupakan aktor penting dalam drama rampasan tersebut berjaya meloloskan diri. Rupa-rupanya dia adalah ejen yang ditugaskan oleh Ali Moertopo agar menyusup masuk ke dalam Jamaah Imran untuk menjalankan kerja provokasi. Lantas dari aksi tersebut membenarkan tuduhan Islamphobia bahawa wujudnya kumpulan pengganas Islam.
Begitu juga seorang tokoh kumpulan Islam di Indonesia yang bernama Hilmi Aminuddin. Diperakui oleh ayahnya bahawa beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Madinah adalah dengan bantuan biaya dari Ali Moertopo.
Tawarkan Projek
Dalam peristiwa lumpuhnya kumpulan Darul Islam (DI), turut membabitkan peranan Ali Moertopo. Beliau menugaskan ejen-ejennya supaya menyusup masuk ke dalam DI. Seterusnya mendorong pimpinan DI agar segera melakukan perancangan secara agresif sehingga tertubuhnya skuad tenteranya sendiri yang digelar Komando Jihad.
Akhirnya pemimpin utama DI bernama S.M. Kartosoewirjo ditangkap dalam satu serbuan, sementara pendamping-pendampingnya lenyap. 
Selepas itu tokoh-tokoh DI dipujuk untuk berpaling tadah dengan tawaran projek-projek lumayan sebagai imbalan. Ada di kalangan mereka memperolehi projek menguruskan minyak, membangunkan jalan raya dan pasar. Semangat Islam yang berkobar-kobar habis terkulai layu setelah disua projek. Oleh kerana itu Ali Moertopo pernah berkata angkuh:
"Rakyat seperti singa sarkas. Jika perut mereka kenyang, mereka sanggup diperintah apa sahaja. Tetapi jika perut mereka lapar, mereka tidak segan-segan memangsakan pawangnya sendiri."
Sosok Penuh Rahsia
Hakikatnya banyak lagi cerita Ali Moertopo yang masih belum tersingkap. Apa yang pasti, cabaran ke atas gerakan Islam cukup pelbagai. Sejarah mengajar kita betapa musuh amat licik dan tekun memerangkap gerakan Islam. Persoalan yang selalu kita tanya setiap kali membelek sejarah. Jika dahulu musuh boleh buat, mustahil mereka tidak buat pada hari ini.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
24 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 24/12/2017






































































































































Sumber HD - 24-12-2017





































































Penjelasan laporan ADN PAS Selangor akan 

sertai PKR

LAPORAN media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri (ADN) serta pimpinan PAS Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar. 
Pada saya ia adalah satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang. 
Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli agar mereka 
hilang tumpuan. 
Saya telah bercakap dengan Ahli Dewan Negeri PAS Selangor dan mereka amat terkejut 
dengan khabar-khabar angin tersebut. 
Dengan ini, saya menggesa ahli-ahli PAS Selangor supaya meneruskan tugas masing-masing 
dan tidak mempercayai sebarang khabar-khabar angin. 
Mereka juga tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui sumbernya atau kebenarannya. 
Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja. 
Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya PAS lumpuh. 
Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli PAS curiga-mencurigai di antara satu sama lain. 
YB Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS
23 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 23/12/2017
Sumber  HD - 23-12-2017 





































































Sepatutnya Israel ranap seperti Nazi

DI AMBANG Perang Teluk, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput sebagai tetamu kehormat ke Saudi. Beliau dan delegasinya diberi layanan yang cukup istimewa, kemudian disua tawaran bantuan oleh Kerajaan Saudi.
Beliau tidak melayan dorongan lobi politik tersebut, sebaliknya mengajukan soalan yang serius kepada pihak Saudi.
Mengapa biarkan Israel?
Tuan Guru mengajukan soalan, mengapa negara-negara Arab seperti Saudi membiarkan Israel menjarah bumi umat Islam, Palestin? Sedangkan negara-negara Arab umat Islam boleh mengepung Israel?
Wakil Saudi menjawab:
"Jika kami menyerang Israel, dibimbangi negara-negara Arab seperti kami tidak cukup kuat melawan mereka. Yang lebih membimbangkan, dari kekalahan tersebut memberi ruang kepada Israel untuk meluaskan sempadannya melampaui negara-negara Arab. Maka kami fikir, adalah lebih baik kami tidak ganggu Israel agar Israel tidak mengganggu kami. Itu lebih selamat untuk semua."
Iktibar dari kekalahan Nazi
Lantas Tuan Guru menjawab berdasarkan pengajaran sejarah:
"Sepatutnya kamu buat pakatan kukuh sesama negara Arab untuk menangani Israel secara serius. Apakah kamu tidak membaca sejarah? Nazi Jerman yang cukup canggih dan kuat persenjataannya, akhirnya kalah kerana kegopohan serangan kilat (blitzkreig) mereka. Mereka ghairah menyerang negara-negara keliling. Sememangnya ketika pusingan awal, Nazi berjaya menguasai Perancis, kemudian menceroboh sebahagian Soviet. Ketika itu Hitler menyambut kemenangan menawan Eropah. Namun setelah berdepan dengan Tentera Berikat, Nazi yang kuat itu kalah kerana tidak berdaya menanggung momentum serangan di segenap penjuru. Akhirnya Nazi kalah akibat keghairahan mereka sendiri meluaskan kuasa tanpa mengira momentum musuh mereka. Sepatutnya kamu negara-negara Arab buat Israel macam sejarah hancurnya Nazi Jerman."
Wakil Saudi terdiam dan hanya menjawab:
"Oh, kami bukan ahli politik."
Sejarah ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Abdul Hadi kepada kami. Riwayatnya semakin memahamkan kami bahawa betapa pentingnya ilmu sejarah demi mendepani realiti.
Umat yang berdikari
Benarlah janji Nabi, bahawa yang benar-benar serius menentang Yahudi Zionis adalah Muslim berjiwa hamba Allah. Bukan hamba kepada Barat dan penganut-penganut Islamphobia.
Apabila Nabi ditanya, siapakah dan di manakah golongan yang cekal mempertahankan kebenaran, tanpa mengira sebesar mana pun risiko yang dihadapi? Lantas Nabi menjawab:
بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ , وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
"Mereka berada di Baitul Maqdis dan keliling Baitul Maqdis"
(HR Ahmad)
Jika kita melihat gelagat negara-negara Arab, mereka konsisten mengecewakan umat. Mereka bukan sekadar tidak serius mendepani Israel, bahkan dilihat memberi ruang kepada negara haram tersebut agar terus selesa berkuasa. Yang lebih malang, isu Palestin dijadikan wayang oleh negara-negara dan para pemain politik yang memperdaya umat demi kepentingan politik masing-masing.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
18 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD - 19-12-2017 


PAN dan FITNAH Berpisah Tiada
Posted on Monday, December 18 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37350


Allah swt berfirman di dalam al Quran ayat 6 surah al Hujurat maksudnya:

Maksudnya :"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
 sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "



Berpolitiklah secara matang, berasas dan berfakta. Jika tiada lagi pertimbangan itu maka jadilah kita
penganut politik longkang yang tangan, mulut dan hati penuh penyakit fitnah dan adu domba.

Saya dibawa perhatian ke satu posting dalam FB oleh seorang bernama Ahmad Muhammad ahli dan peyokong tegar Pan.

Saya tidak mengenali hamba Allah ini tetapi dalam posring FB nya telah menaikkan gambar saya
dengan caption kononnya saya mengesahkan Tuan Guru Presiden PAS dan beberapa lagi akan
menyertai kabinet.

Gambar saya di pentas PAS itu kononnya bertarikh 16 Disember 2017 di Taman Medan.

Saya tidak pernah berkata begitu atas pentas PAS. Gambar itu sebenarnya bertarikh 15 Disember
ketika saya berceramah di Sg Besar dan saya tidak pernah langsung menyebut perkara dangkal
seumpama itu.

Saya tidak berceramah di Taman Medan pada 16 Disember.

Begitu terdesak sekali Pan sehingga sanggup berbohong, menabur fitnah dan mereka cerita begini.
Sudah tiada maruah atau akhlak lagikah? Sudah tiada dosa pahala lagikah dalam berpolitik.

Saya yang difitnah dan dianiaya mohon Allah swt meranap dan merobohkan sipenulis ini dan parti durjananya.

fb
ROSALAN SMS

Sumber TKO - 18-12-2017








































































Rakyat diseru manfaatkan segala inisitif diberi kerajaan

AMPANG: Rakyat negeri ini diseru memanfaatkan segala inisiatif diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang disediakan demi kesejahteraan hidup mereka.
Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata, rakyat Selangor masih belum mengambil sepenuhnya manfaat yang disediakan menerusi pelbagai kempen kepedulian kerajaan negeri terhadap rakyat.
"Manfaat yang disediakan untuk rakyat Selangor masih belum diambil sepenuhnya oleh rakyat," ujarnya yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Ampang pada Majlis Penyampaian Kad Peduli Sihat dan Taklimat Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek Tambahan, kelmarin.
Menurut beliau, sebagai contoh program 'Rumah Selangorku' yang membawa tagline Satu Rumah Satu Kediaman Yang Sempurna menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat negeri itu.
Terangnya, para pemohon boleh melakukan semakan terus di Pejabat Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar selepas melakukan permohonan mereka.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan kad kepada 51 pemohon pelbagai bangsa dan latar belakang selain edaran borang Skim Mesra Usia Emas dan  KISS.
Skim tersebut bakal memberi insentif kepada kaum ibu yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 dan mempunyai tanggungan anak yang berumur 21 tahun ke bawah.
Turut serta pada majlis itu ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Cawangan Tasek Tambahan, Jalil Abd Halim. - HARAKAHDAILY 18/12/2017
Sumber HD - 18-12-2017








































































Santai 2 Tayar ARC Serdang tarik ramai mat motor

ALTERNATIF Riding Club (ARC) Serdang dengan kerjasama ARC Selangor, berjaya menganjurkan ‘Santai 2 Tayar’ bertempat di Kawasan tapak pasar malam Taman Impian Ehsan, seawal jam 8 pagi orang ramai sudah mula berkumpul untuk bersama dalam program ini dan berkahir jam 12.30 tengahari. 
Program ini berjaya capai sasaran dengan kehadiran hampir 200 buah motorsikal dikalangan anak-anak muda dan juga penduduk tempatan, Santai 2 Tayar dimulakan dengan servis tukar minyak 4T secara percuma yang di kendalikan oleh NB motor sebuah kedai motorsikal milik usahawan muda Melayu yang menggelar dirinya Abang Naim serta rakan-rakannya. 
Santai 2 tayar disajikan cendol istimewa sambil menunggu motorsikal untuk diservis, pelbagai aktiviti menarik yang dapat dijalankan sepanjang program antaranya lumba motor lambat, lumba tolak motor dan pameran motor. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk diberikan kepada pemenang yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Pas Taman Impian Ehsan, Azmale Amzah. Antara maklum balas pengunjung yang hadir ialah mereka berasa teruja dengan program seperti ini yang pertama kali diadakan di Taman Impian Ehsan. Mereka berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 
Program ini dianjurkan bersama PAS cawangan Impian Ehsan, JKP Impian Ehsan dan juga penaja rasmi kedai motorsikal milik usahawan muda Melayu NB MOTOR. Santai 2 Tayar turut diserikan dengan kehadiran Adun kawasan Bangi dan juga YDP PAS Kawasan Serdang Ustaz Shafie Ngah. Dalam ucapan perasmian program ini, Ustaz Shafie memuji dan berasa bangga atas usaha murni yang dibuat oleh sebuah kelab motorsikal ARC dan dibantu PAS cawangan serta JKP jawatankuasa penduduk Impian Ehsan yang turun padang bersama-sama penduduk tempatan dalam program khidmat kepada rakyat khususnya kepada penduduk Taman Impian Ehsan. 
Dalam ucapannya lagi, beliau berharap agar kelab ARC akan terus kekal program kebajikan seperti ini dan dapat menarik lebih ramai lagi anak-anak muda sertai ARC. Di akhirnya Ust Shafie menyarungkan sarung kepala kepada Pengarah ARC Selangor Hafiz Rois yang turut hadir dalam program ini. 
Dalam ditemubual, Hafiz Rois mahu agar program kebajikan seperti ini akan dijadikan sebagai platform kepada ARC Selangor untuk lebih menjiwai aktiviti permotoran dan berukhuwwah bersama-sama dalam istilah Mat Motor dan masyarakat dengan slogan yang dibawa oleh ARC iaitu ‘We Ride 4 Charity’ dan juga Riadhah-Ukhuwwah-Dakwah. – HARAKAHDAILY 17/12/2017



















Sumber HD- 17-12-2017 









































































Amal Selangor baiki atap rumah warga emas

JABATAN Amal Malaysia Negeri Selangor meneruskan khidmat bakti sukarelawan melalui program bulanan "A Day For Charity" (AD4C) mereka dan bulan ini mereka memilih untuk bersama PAS Cawangan Serendah dan PAS Kawasan Hulu Selangor bergotong royong membantu membersihkan kawasan rumah penduduk kampung dan mengadakan ziarah medik dan kebajikan di Serendah pagi tadi. 
Seramai 42 kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor kali ini hadir menyumbang tenaga membersihkan 3 buah rumah milik seorang bangsa Cina, India dan Melayu. 
Komandan Amal Hulu Selangor, Azlan Awal menyampaikan perasaan berbesar hati beliau kerana diberi peluang sebagai tuan rumah yang mana fokus utama mereka kali adalah aktiviti bergotong royong membersihkan rumah mengecat dan menggantikan atap rumah yang uzur seorang warga emas atau dikenali orang kampung dengan panggilan nenek Embam. 
Menurut Ketua Cawangan PAS Serendah, Abdul Jamil Othman rumah nenek Embam atau nama beliau Embam Abu dipilih kali ini kerana faktor warga emas yang kini berusia 76 tahun dan duduk bersendirian di rumah tersebut ditambah dengan keadaan kesihatan beliau yang uzur di samping masalah kurang pendengaran. 
Tambah beliau, nenek Embam ada mendapat bantuan zakat sebulan sekali namun ia sekadar mampu menyara kehidupan hariannya.
Program berlangsung serentak dengan aktiviti ziarah kebajikan dan medik oleh Sektor Kebajikan dan Unit Medik Amal Selangor yang mensasarkan 10 rumah sekitar kampung tersebut. 
Turut sama dalam program tersebut YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun dan Prof Dr Wan Mat Sulaiman, AJK PAS kawasan serta Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor yang turut sama ringan tulang membantu mengecat dan membersihkan rumah nenek Embam.
Program berakhir dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil serta kenduri rakyat yang ditaja dan disempurnakan penuh oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bersama penduduk yang turut hadir membantu sekitar jam 3 petang tadi. 
Pihak tuan rumah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua terlibat terutama khidmat Unit Kejuruteraan Amal negeri dan kawasan Hulu Selangor yang telah berganding bahu melaksanakan tugasan memasang atap baru rumah Nenek Embam.
Semoga usaha murni yang dibuat oleh anggota Jabatan Amal ini mampu mendorong lebih ramai anak muda menyumbang tenaga dalam misi-misi sukarelawan kebajikan seperti ini. – HARAKAHDAILY 17/12/2017



























































































































































Sumber HD -17-12-2017











































































'Benteng' Al-Quds yang gagal dirasuah

JATUHNYA Khilafah Uthmaniyyah berpunca 
dari pelbagai faktor. Antara faktor utama adalah kerana Uthmaniyyah enggan menggadaikan 
Baitul Maqdis kepada pihak Zionis.
Sultan vs Zionis
Bermula dari tahun 1896, gerakan Zionis mendesak pihak Khilafah Uthmaniyyah agar menggadaikan Baitul Maqdis. Mereka menggunakan isu kewangan Uthmaniyyah yang semakin parah sebagai pendorong kepada perundingan.
Zionis menghantar pemimpin mereka yang bernama Theodor Herzl, untuk berunding seterusnya menawarkan pelbagai habuan kepada Sultan Abdul Hamid II.
Pemimpin Bermaruah Islam
Dalam diari Sultan Abdul Hamid II, beliau menulis:
"Mereka (Freemason) meminta sebuah tanah atau wilayah untuk menempatkan bangsa Yahudi 
di Palestin dengan imbalan sejumlah harta. Tentu aku menolaknya"
Manakala dalam catatan Theodor Herzl, merekodkan secara terperinci jawapan Sultan Abdul Hamid II menolak sogokan dari pihak Zionis:
"Simpanlah duit Yahudi yang berjuta itu. Jika kerajaan ini telah runtuh, kamu boleh merampas Palestin secara percuma. Kami tidak akan berikan tanah kami melainkan setelah kamu melangkah mayat kami."
Ketika itu pihak Zionis menawarkan bayaran selama 99 tahun, berupa emas sejumlah tiga kali ganda berbanding pendapatan Uthmaniyyah.
Harga Sebuah Maruah
Akibat dari ketegasan Sultan Abdul Hamid II, beliau dilucutkan dari takhta pada 1909. Ia merupakan hasil pakatan antara Zionis yang berselindung di sebalik British dan ejen-ejen mereka yang diserap masuk ke dalam pentadbiran Uthmaniyyah.
Anggota Kerajaan Uthmaniyyah Telah Dibeli
Dalam ketegasan Sultan Abdul Hamid II menolak rasuah dari pihak Zionis, rupa-rupanya orang kelilingnya sudah lama kenyang dengan habuan haram tersebut. Di dalam diari Sultan Abdul Hamid II, mendedahkan beberapa kekesalannya terhadap sikap tidak bermaruah yang diamalkan oleh segelintir anggota kerajaan Uthmaniyyah. Mereka terdiri di kalangan pegawai, diplomat, menteri bahkan badan intelijen Uthmaniyyah sendiri.
"Pada suatu hari aku mendapat maklumat dari Musurus Pasya yang berjawatan sebagai duta besar kami di London. Bahawa mantan menteri kami yang bernama Husain Auni Pasya telah menerima sogokan sejumlah wang dari British. Jika pegawai setaraf menteri yang memimpin dan memerintah negara atas nama Sultan pun berani melakukan khianat, maka pasti badan perisikannya pun telah memanipulasi informasi yang menyeleweng kepada pihak istana. Aku sedih, prihatin dan kecewa."
Dikepung
Sultan Abdul Hamid II mengakui bahawa ada usaha di kalangan orang-orang penting di sekelilingnya untuk mensabotaj Uthmaniyyah. Namun semuanya sudah terlalu suntuk dan terlambat, menyebabkan beliau tidak sempat bertindak balas secara efektif.
"Aku merasakan kewujudan tangan-tangan asing yang tidak hanya berkeliaran di sekitarku. Tetapi telah masuk ke dalam lingkaran kuasaku. Tangan-tangan asing itu membeli para perdana menteri dan para menteriku."
Jerat Ketua Dengan Membeli Orang Keliling
Ketika kami berbahas topik ini bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, beliau turut menceritakan senario yang lebih kurang sama berlaku ketika pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Mengapa Iraq cukup mudah jatuh ke tangan Amerika?
Rupa-rupanya ketika itu sistem pertahanan Iraq cukup lemah dan Saddam Hussein berada dalam keadaan keseorangan kerana menteri-menterinya telah disogok oleh Amerika. Mereka berpaling tadah. Akibatnya negara dijajah dan hancur lebur hingga kini.
Sejarah Adalah Hikmah
Dari sejarah ini, kita perlu sedar bahawa musuh bukan sekadar mengenakan tekanan berbentuk kekerasan ke atas Islam. Bahkan mereka turut menawarkan habuan yang bakal menggadai maruah dan jatidiri pendukung Islam.
Inilah yang diingatkan oleh Allah melalui surah Yasin, agar kita tidak menggadaikan diri apabila musuh menawarkan 'syafaat':
 إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلاَ يُنقِذُونِ
إِنِّي إِذًا لَّفِي ضَلالٍ مُّبِين
"Jika Allah mengkehendaki bencana terhadapku, tidak berguna sama sekali bantuan dari mereka (musuh). Sesungguhnya jika aku begitu (menerima tawaran mereka), pasti aku berada di dalam kesesatan yang nyata."
(Yasin: 23-24)
 ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
12 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 12/12/2017
Sumber HD - 12-12-2017 











































































Umno Selangor pun mudah lupa?

BUAT baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Menurut riwayatnya inilah pepatah Melayu yang menjadi pesanan Laksmana Hang Tuah buat saudaranya Hang Jebat. 
Usaha memperlekeh, mempersenda dan mengkritik pihak istana kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. 
Bermula dengan kebiadaban Tun Dr Mahathir dalam isu keturunan "Bugis" dan kini ahli DAP Zaid Ibrahim yang turut mengecam kononnya campurtangan Tuanku Sultan Selangor dalam urusan politik. 
Raja-raja Melayu sudah wujud sejak lahir peradaban dan tamaddun Melayu dan di bawah konvensyen dan Perlembagaan Negara Duli-duli Tuanku punya peranan sebagai ketua agama negeri masing-masing serta pemegang kunci kestabilan negara dan negeri-negeri dalam menyempurnakan penubuhan kerajaan, perlatikkan dan yang berkaitan dengannya. 
Kelangsungan institusi ini mencerminkan kayanya adat dan budaya Melayu serta tingginya status bangsa ini dalam pembentukan dan jati diri negara dan negeri-negeri. 
Pihak istana punya tugas dan tanggungjawab mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Atas inisiatif masing-masing sebagai ketua negara dan negeri mereka juga mencemar duli melibatkan diri dalam aktiviti rakyat serta kebajikannya. 
Dan kerana prihatin akan nasib dan masa depan rakyat serta status kedudukannya Duli-duli Tuanku juga memberikan teguran dan nasihat secara terbuka. 
Dan sebagai rakyat - "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" teguran dan nasihat Tuanku biasanya diraikan dan diterima dengan hati terbuka. 
Kalau pun ia pedas ia ditelan apatah lagi kalau manis dan menyelarakan. 
Meludah atau memuntahkannya mungkin satu pilihan tetapi di mata adab dan budaya tamaddun kita ia biadap dan tidak pernah diamalkan secara terbuka. 
Menegur dan menasihatkan Raja sebagaimana pernah ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak juga satu amalan tetapi ia melibatkan korum tertutup dalam kalangan majlis Raja dan pemimpinnya demi memelihara adab dan kebesaran institusi di Raja itu. 
Contohnya Tun Salleh Abas pernah berhujah dengan YDP Agong dulu, sebagaimana direkodkan dalam bukunya MAYDAY FOR JUSTICE tetapi dalam forum tertutup bukannya dalam majlis ceramah atau perhimpunan parti. 
Saya merakamkan ini kerana tertarik dengan laporan NST pagi ini yang memetik kenyataan pemimpin Umno Hulu Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom. 
Zainal dilaporkan mempertahankan institusi di raja dan menyerang DAP dan Zaid Ibrahim yang dikatakannya biadap. 
Saya tertarik kerana 25 tahun dulu sekitar 1992 PM dan Presiden Umno ketika itu bernafsu merongkai kekebalan Raja-raja Melayu dengan membawa pindaan terhadap Perlembagaan Negara. 
Dalam perhimpunan Umno ketika itu Raja-raja Melayu diserang dan jika saya tidak silap Zainal ketika itu berjawatan dalam kerajaan dan Umno negeri dan sebagai wakil Selangor beliau antara yang lantang menyerang termasuklah Almarhum Tuanku Sultan Selangor tidak terkecuali.
Itu dulu. Hari ini Zainal serang pula DAP dan Zaid kerana menyerang istana, ajaib! 
Rupanya sindrom Melayu mudah lupa yang ditemui Tun Dr Mahathir hari ini membiak dan menular di mana-mana. 
Apapun kekalkan dan hormatilah Instutusi Raja-raja Melayu ini - benteng terakhir survival bangsa dan agama. – HARAKAHDAILY 10/12/2017
Sumber HD- 10-12-2017 













































































Remaja, ibu bapa disaran belajar sejarah Muhamad al-Fateh














































































PARA remaja dan ibu bapa disaran belajar daripada sejarah kehebatan dan kecemerlangan Sultan Muhamad al-Fateh, pemerintah empayah Turki Uthmaniyah. 
Saranan ini dibuat oleh Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan dalam ucapannya semasa majlis Perasmian Penutup Daurah Kefahaman Islam serta Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin dan Anak Yatim di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Gombak Selangor hari ini. 
“Sultan Muhamad al-Fateh berjaya memimpin angkatan tenteranya menawan kota Konstantinopel pada usianya baru 21 tahun. Sejarah hidupnya dimulakan hanya sebagai anak yang biasa-biasa sahaja dan bukan calon utama menggantikan ayahnya Sultan Murad II. 
“Namun, kematian dua orang abangnya akibat dibunuh menyebabkan beliau dididik dan  dipersiapkan untuk menjadi sultan. Ayahnya menekankan kepentingan pendidikan awal dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada dua orang ulama. 
“Ketika berusia 8 tahun Sultan Muhamad telah hafal al-Quran, pada usia 9 tahun telah ditugaskan memegang jawatan Sultan menggantikan ayahnya. Usia 10 tahun telah mahir beberapa bahasa dunia. Dalam mendidiknya ditekankan kaedah ‘roti dan rotan’ (reward & punisment),” kata Ustaz Hasbullah.
Menurut Ustaz Hasbullah lagi, semua bakal sultan didoktrinkan untuk menawan kota konstantinopel, dan mengimpikan merekalah insan yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW ‘ketua yang terbaik dan tentera yang terbaik’. 
Beliau menekankan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin, matlamat dan kejayaan anak-anak.
Dalam majlis tersebut seramai 110 remaja menyertai program daurah. Mereka berpeluang belajar pelbagai ilmu fardu ain termasuklah pengurusan jenazah dan sembelihan. Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula pada 27 November hingga 9 Disember, Isnin hingga Jumaat dan hari ini merupakan majlis penutup dan penyampaian hadiah dan sijil. 
Selain itu turut disampaikan sumbangan kepada 83 fakir miskin dan 71 anak yatim. 
Majlis turut dimeriahkan dengan alunan bacaan al-Quran, azan dan persembahan nasyid oleh peserta daurah yang menjadi johan dalam pertandingan ketika program ini. Turut hadir ialah Timbalan Nazir Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Wan Nawawi Wan Dagang.  – HARAKAHDAILY 9/12/2017
 \












Sumber HD - 9-12-2017 













































































Laporan polis terhadap kebiadapan Zaid 

Ibrahim

PAGI tadi tepat pukul 10.00, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang 
dihadiri oleh Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi;  Setiausaha DPPNS, 
Damanhuri Dol; Exco DPPNS, Khidhir; Peguam DPPNS, NorHisham; dan wakil daripada Pemuda Gombak dan Shah Alam. Malah turut dihadiri oleh Cik Wan Asshima Kamaruddin 
yang merupakan Pengerusi NGO UMMAH Selangor / Srikandi AlifBaTa. 
Laporan polis yang dibuat oleh Delegasi DPPNS terhadap dua kenyataan/tweet yang 
dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim di akaun twitter penama Zaid Ibrahim bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 5 Disember 2017 jam pukul 9.12 pagi. 
Kenyataan/tweet Zaid Ibrahim tersebut adalah suatu penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor, mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja yang boleh membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dan ketenteraman awam. 
Delegasi DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada 
Zaid Ibrahim di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada. – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 














































































Kehebatan solat berjemaah terbukti dari sudut saintifik

FIRMAN Allah swt dalam surah al Ma'arij ayat 19-23, 
إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا . إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعً. وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا . إِلَّا الْمُصَلِّينَ . الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ 
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya." 
1. Semakin hari semakin lancang dan celupar golongan Liberal menyerlah sikap sebenar mereka yang selama ini menyembunyi di sebalik topeng Islamik dan norma keadilan. 
2. Mereka yang dilahirkan daripada dalam rahim kejahilan dan kebencian terhadap Islam menggunakan sepenuh jiwa dan akal mereka untuk menggagalkan dan menafikan fungsi Islam sebagai petunjuk dan penyelesai masalah serta karenah manusia. 
3. Atas nama kebebasan akal dan berpendapat, tiada istilah sempadan dan pendinding displin terhadap kemuliaan al Quran dan Sunnah Nabi saw, mereka bersuara dan menulis bagaikan mereka melebihi ilmu Allah swt dan Nabi saw. 
4. Ya, Islam tidak pernah menyekat akal dan kebijaksanaan manusia. Tetapi Islam adalah agama dipandu dengan wahyu dan bukannya akal. Keupayaan akal amatlah terbatas dan malah mampu tergelincir. Tidak sekadar itu, kegelinciran ini juga membawa padah kepada kerosakaan aqidah yang menjadi asas keimanan dan Islam dalam diri seorang Muslim. 
5. Sekiranya akal digunakan seiring dengan wahyu, nescaya akal manusia akan mengkagumi dan menghormati keunggulan wahyu Allah swt. 
6. Terbaru, isu Solat Berjamaah menjadi bahan sindiran dan kutukan seorang ahli politik DAP terhadap usaha dan ketetapan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang mewajibkan pelajar menunaikan solat zohor berjamaah di sekolah sebelum pulang ke rumah. Menurut Mohd Razali Mustafar Pegawai Pendidikan Daerah bahawa usaha ini bagi tujuan pembinaan karektor pelajar yang termasuk 5 dalam pembinaan kecemerlangan yang lain. 
7. Sebenarnya rahsia solat berjamaah dan solat itu sendiri menjadi resepi utama kejayaan manusia. Menerusi solat, di mana ia bukan sekadar satu kewajiban ibadah seorang hamba kepada tuhanNya, tetapi kepada kewajiban Allah itu mengandungi 1001 hikmat yang membawa kebaikan kepada ahli solat itu sendiri. 
8. Satu kajian penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2009 oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang diketuai oleh Prof. Dr Fatimah Ibrahim, Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abbas dan Ng Siew Cheok terhadap solat dari sudut saintifik. 
9. Kajian berkenaan dilakukan untuk melihat kesan kepada komposisi tubuh badan dan kolestrol menerusi ibadat solat khas solat zohor berjamaah. Kajian turut melihat sistem jantung, kardiovaskular, gelombang otak ketika solat, kekuatan otot tubuh dan kekuatan kesihatan lelaki.
10. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 47 orang berusia 18 hingga 28 tahun dengan kaedah komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter Bioimpedance, kuantiti air intral selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolesterol dalam darah. 
11. Beberapa hasil kajian yang memeranjatkan antaranya ialah mereka yang menunaikan solat secara sempurna mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding yang tidak.

12. Hasil kajian menunjukkan juga bahawa kedudukan rukuk dan sujud memberikan kadar kerehatan yang sangat bagus kepada jantung. 
13. Tambahan lagi, kedudukan sujud dalam solat mampu menghasilkan keadaan tenang dalam otak manusia dan memberikan tahap kestabilan mental dan emosi kepada ahli solat. Kajian itu juga menunjukkan bahawa solat menambah kadar penumpuan dan daya ingatan seseorang.
Maklumat tambahan mengenai hasil kajian, sila rujuk laporan khas di laman: 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz50Usbr6Vz
14. Banyak lagi pendedahan hasil kajian tersebut berkenaan kelebihan solat dan solat berjamaah khasnya menurut saintifik. Ia jelas dan tidak perlu diragui lagi sebagai seorang beragama Islam, kita perlu mengakui kehebatan solat dan solat berjamaah yang dijadikan satu inisiatif dan yang pasti ia adalah inisiatif terbaik serta unggul bagi melahirkan insan hebat dari sudut mental dan fizikal yang didambakan pada setiap para murid dan pelajar kita. 
15. Kalau sekiranya mereka mempertikaikan usaha kewajiban solat berjamaah ini dengan beranggapan ianya adalah isu agama yang tiada kaitan dengan pelajaran dan pembelajaran. Nah, kajian ini apa sebenarnya? Ini bukan sekadar kajian sembang kedai kopi, ini kajian saintifik dijalankan oleh ilmuwan berautoriti dan diiktiraf di peringkat pengajian tertinggi di universiti yang terulung dalam negara. 
16. Dalam pendidikan, sudah kita sedia maklum bahawa sebahagian besar peraturan dan ketetapan kita wajibkan kepada para murid dan pelajar kita adalah kerana bertujuan didikan dan asuhan (tarbiyyah). Walaupun pada mata kasar kita sesuatu itu tidak diperlukan, tetapi dalam pendidikan ia sangat perlu. 
17. Contohnya pemakaian seragam sekolah dan seumpamanya. Semuanya pada zahir tidak perlu, kerana ia tidak kaitan dengan pelajaran secara langsung dalam kelas dan bilik darjah. Tetapi kalau dilihat secara holistik dan mendalam, pemakaian seragam adalah bermatlamatkan displin dan kebersamaan yang melahirkan sikap "kerja pasukan" atau "team work". Ini juga penting dalam sistem pembelajaran. Kalau hendak dipertikai solat berjamaah, seharusnya pakaian seragam juga perlu dipertikaikan yang juga dianggap mengarut seperti sindiran mereka kepada solat berjamaah. 
18. Sebagai umat Islam, kita wajib mengakui kehebatan Islam dan keunggulan hikmahnya yang terkandung dalam semua pengajaran sama ada menerusi suruhan berbentuk wajib mahupun sunat malah termasuk yang diharamkan sekalipun. 
19. Keunggulan Islam diakui oleh para ilmuwan dan saintis pelbagai lapangan samada Muslim dan juga bukan Islam. Ramai saintis bukan Muslim memeluk Islam disebabkan dengan penemuan-penemuan yang memeranjatkan dunia sains dan membuka mata mereka lalu memperakui bahawa Islam bukan satu ajaran sembahan sahaja. Ia adalah satu cara hidup yang lengkap yang membawa kebaikan dunia dan akhirat. 
20. Malang sekali, ada di kalangan kecil umat Islam dalam negara ini merasakan dirinya terlalu pandai, malah berasa lebih pandai daripada Allah swt sendiri sedangkan lidahnya mengaku sebagai Muslim. 
21. PAS menyatakan sokongan yang penuh terhadap insiatif pihak berkenaan yang menetapkan solat berjamaah kepada para murid dan semoga usaha ini menghasilkan natijah yang baik kepada pelajaran dan didikan dalam Sistem persekolahan di negara ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Memacu Negara Sejahtera"
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
7 Disember 2017 / 18 Rabiul Awwal 1439 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 















































































Solatlah berjemaah dahulu, ‘persetankan’ pemikiran syaitan


















































































BERINGATLAH! Jangan terlalu mudah dan lancang lidah kamu mempertikaikan arahan dan didikan agama. Saat Allah menurunkan ketetapannya, tiada kudrat kamu menepisnya. Ayat ini adalah respon balas terhadap kenyataan Zaid Ibrahim dan beberapa lagi individu yang bertikaikan keputusan PPD Kuantan yang mewajibkan solat berjemaah sebelum pulang dari sekolah. 
Proses didikan dan tarbiyah pada murid dan pelajar di sekolah dengan kewajiban solat berjemaah adalah satu usaha yang murni dan sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Kita maklum bahawa solat itu wajib. Hendak mendidik agar anak-anak pelajar fahami kewajiban dan tidak meninggalkan solat adalah melalui konsep solat secara amali di samping penguatkuasaan dari para pendidik. 
Budaya yang tidak sihat zaman kini yang terdedah pada para pelajar menyebabkan para pendidik melihat elemen spritual pegangan agama melalui solat ini adalah penawar paling mujarab. Apatah lagi Allah SWT sendiri menyatakan penawar ini dalam Al-Quran. 
(اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ) 
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [Surat Al-Ankabut 45] 
Kita menjadi hairan mengapa ada manusia sebegini yang mempertikaikan usaha yang murni lebih-lebih lagi dalam menanam rasa kewajiban terhadap arahan Allah. Tidak ada agamakah mereka? Tidak takut pada ancaman dan bala Allahkah? Atau mereka telah diselubungi pemikiran syaitan. Allah SWT sendiri yang menyatakan demikian. 
(الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ) 
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Surat Al-Baqarah 268] 
Teruskanlah usaha mendidik anak-anak pelajar dengan mengutamakan penerapan nilai-nilai ketaatan pada Allah dan agama. Kewajiban itu akan tersemat kukuh dalam hati para pelajar melalui arahan dan penguatkuasaan displin para pendidik. Justeru, "persetankan" pemikiran syaitan yang senantiasa berusaha menghalang hambanya dekat dengan Allah Rabbul Jalil. 
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
19 Rabiul Awal 1439H | 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017

















































































Kem Remaja Rabbani mantapkan potensi diri

PANDAN: Pertubuhan Sahabat Didik Islam Selangor (PENSEL) dengan kerjasama Surau Mutmainnah dan Surau Mustaqim telah menganjurkan Kem Remaja Rabbani 2017 (KRR17) di Kem Impian Country Resort, Hulu Langat pada 1 hingga 3 Disember lalu.
Seramai 40 remaja berumur 10 hingga 16 tahun menyertai kem yang bertujuan membentuk remaja berwawasan mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat menerusi kaedah motivasi dan modul berupa teknik kecemerlangan diri dan sahsiah.
Kem tersebut dilaksanakan menjurus ke arah pembinaan akhlak unggul dan semangat jati diri yang mantap setiap peserta melibatkan mental, emosi, fizikal dan spiritual (MEFS) melalui aktiviti dalaman dan luaran.
Selain bermatlamat membina keyakinan dan memantapkan potensi diri, serta menyuburkan semangat kasih sayang sesama rakan sebaya, ibu bapa, guru serta seluruh masyarakat.
Paling utama, para peserta dididik untuk patuh dengan arahan dan disiplin dalam mencapai kecemerlangan pelajaran serta menanamkan rasa cinta pada Allah dan Rasul.
Ibu bapa turut dilibatkan pada majlis penutup kem menerusi slot Seminar Keluarga Mawaddah di mana ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin yang menjadi sinergi penting mewujudkan kesedaran di pihak ibu bapa dan peserta. - HARAKAHDAILY 5/12/2017
Sumber HD - 5-12-2017 

















































































Keluar mulut harimau masuk mulut buaya

SERINGKALI rakyat yang dikuasai emosi dalam mengamati politik, menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan singkat sebagai penyelesaian. Sikap simplistik tersebut kerana beberapa faktor.
Pertama, melihat politik semata-mata berorientasikan isu. Bukan kepada dasar ideologi yang menjadi latar penentu kepada sesebuah parti politik. Contohnya, ramai yang suka bicara berkenaan masalah ekonomi, lantas menekankan soal rasuah sebagai punca kemalangan ekonomi. Kita tidak nafikan itu antara puncanya. Namun kita perlu sedar bahawa faktor utama jahanamnya ekonomi negara kerana dasar kapitalisme yang diamalkan selama ini. Dasar percukaian dan penswastaan amat memberi laluan kepada politikus dan kapitalis mengamalkan kronisme sesama mereka. Dari ruang itulah munculnya rasuah yang disebut-sebut oleh ramai orang.
Kedua, terikut-ikut dengan kempen politikus yang hanya beragenda menukar tampuk kepimpinan negara dan parti. Bukan menukar dasar pemerintahan yang menjadi faktor utama kerosakan negara. Kadang-kadang kita melihat gaya mereka melawan penyelewengan bukan kerana prinsip nahi mungkar. Sebaliknya kerana mereka tidak dapat habuan seperti yang dinikmati oleh pesaing politiknya. Jika dapat, mereka kenyang dan mengangkat ibu jari tanda politiknya bagus. Rakyat dipergunakan untuk merealisasikan dendam materialistik mereka. Politikus seperti ini bila diberikan kuasa, sama sahaja menghidapi penyakit penyelewengan berbanding politikus sebelumnya. Dari sudut yang lain, jika mereka benar-benar jujur membawa perubahan, mereka mestilah menekankan soal dasar yang wajib diubah serta plan solusi yang menyeluruh. Bukan semata-mata perubahan batang tubuh pucuk pimpinan negara.
Berapa banyak sejarah yang kita saksikan, dengan hanya menukar pucuk pimpinan tidak mendatangkan perubahan ideal yang diidamkan. Selagi dasar tidak berubah, maka produksi kitaran pemimpin yang korup tetap berulang.
Dahulu rakyat meluat dengan Tun Mahathir yang memerintah selama 22 tahun. Berundurnya Mahathir, digantikan oleh Pak Lah. Walaupun pada awalnya beliau mendapat sambutan dari rakyat dengan produk Islam Hadharinya, tetapi akhirnya rakyat sedar itu hanyalah gimik. Pak Lah tetap tidak menepati hasrat perubahan yang rakyat mahukan. Kemudian digantikan pula dengan Najib, hasil restu Tun Mahathir.
Yang terbaharu, mereka mendakwa perlu jatuhkan Najib seterusnya dipulangkan kembali kerusi PM kepada Tun Mahathir. Idea gila. Dakwa mereka kononnya tidak perlu dibimbangkan Tun Mahathir, kerana beliau hanyalah diktator yang sudah pencen. Sedangkan kempen tersebut membuka jalan kepada diktator pencen tersebut untuk kembali berkuasa.
Ada yang mengatakan, berilah peluang kedua kepada Tun Mahathir untuk mengelola negara. Sesungguhnya beliau telah bertaubat. Kita perlu faham, seorang penguasa yang telah melakukan kezaliman dan menanam doktrin negatif yang mengelirukan rakyat terhadap Islam, taubatnya tidak cukup dengan ungkapan saya telah bertaubat. Bahkan ia mesti disusuli dengan tindakan serius membetulkan, menerangkan dan mengakui kesalahan-kesalahan terdahulu yang telah dikenakan ke atas rakyat. Ini wajib agar kesan onar yang telah dibuat benar-benar dapat dihentikan. Allah berfirman:
"Melainkan mereka yang telah bertaubat, memperbaiki dan menerangkan (memperakui kesalahan), maka merekalah yang Aku terima taubatnya" - surah al-Baqarah 160.
Di dalam ayat ini Allah meletakkan syarat taubat mestilah disusuli dengan pengakuan dan memperbaiki kesalahan agar kesalahan yang dibuat tidak berpanjangan.
Kita tidak boleh naif dan semberono dengan hanya meletakkan markah seseorang itu bertaubat semata-mata kerana dia telah menukar jersi parti politiknya. Sedangkan nafsu tipu daya dan gejolak pemikiran yang cukup tidak mesra dengan Islam masih bersarang dalam dirinya.
Apakah negara kita mahu dibawa ke situasi keluar mulut harimau masuk mulut buaya? Yang lebih malang, buaya yang dimaksudkan adalah buaya sama yang pernah membaham hak rakyat satu ketika dahulu. Sampai bila kita mahu diheret menonton drama politik kartun ini?
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang - HARAKAHDAILY 5/12/2017


































































































































































Sumber HD - 5-12-2017



















































































Pelajar cemerlang UPSR dan PSRA dirai ADN Lembah Jaya

AMPANG: Kejayaan para pelajar memperolehi pencapaian 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Mumtaz pada Peperiksaan Sekolah Agama Rakyat (PSRA) telah diraikan ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.
Sehubungan itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PSRA telah dianjurkan sebagai menghargai usaha gigih dan pencapaian cemerlang para pelajar tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tasek Tambahan, di sini kelmarin.
Seramai 120 pelajar dalam kawasan itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan menerima cenderahati sumbangan ADN Lembah Jaya dan masing-masing dilihat teruja diraikan bersama ibu bapa.
Salah seorang penerima yang memperolehi Mumtaz PSRA, Raja Durratun Nasihah Raja Sarizwa menyatakan rasa gembiranya kerana menerima hadiah dari wakil rakyat kawasan itu.
Rata-rata pelajar ini bersemangat meneruskan kecemerlangan akademik ke peringkat seterusnya apabila menyambung pembelajaran ke sekolah menengah kelak.
Sumber HD - 5-12-2017 



















































































Perutusan Maulidur Rasul Muslimat PAS Selangor

TANGGAL 12 Rabiul Awal telah melakarkan sejarah agung dunia dengan kelahiran baginda Rasulullah SAW, membawa rahmat ke seluruh alam ini. Allah SWT telah mengutuskan seorang Rasul  untuk  menyampaikan risalahnya dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah baginda. Allah SWT menjadikan baginda sebagai qudwah kepada semua ummat manusia. Setinggi-tinggi kesyukuran perlu dipanjatkan kerana Allah SWT menjadikan kita dalam golongan ummat baginda Rasulullah SAW. 
Kesempurnaan Allah SWT ada pada diri Rasulullah SAW, umat Islam dituntut untuk mencintai  Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri. 
"Barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka." 
(H.R Bukhari-Muslim)
Justeru, tuntutan mencintai Rasulullah SAW membawa kepada cinta Allah SWT. Tarbiyah baginda kepada ummat manusia begitu besar iaitu membawa manusia keluar daripada kegelapan kekafiran dan kembali kepada Allah SWT. Rasulullah SAW dan para Sahabat menggembleng tenaga, jiwa dan harta untuk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Sewajarnya ummat manusia di zaman ini menghargai kehadiran cahaya Islam dalam diri mereka dan bumi Malaysia ini. 
Ulama telah menyenaraikan beberapa tugas besar baginda Rasulullah SAW antaranya tabligh al-ahkam (menyampaikan hukum-hukum Allah), tanfizul al-hukmi (melaksanakan hukum Allah) dan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Ketiga tugas ini perlu diwarisi oleh khalifah Allah sehingga hari kiamat dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berusaha untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab ini seiring dengan waqi’ di Malaysia.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menyeru kepada semua masyarakat agar sentiasa meningkatkan manifestasi cinta kepada baginda Rasulullah SAW, berusaha sehabisnya untuk mempertahankan ajaran Allah SWT, berazam untuk mengamalkan sunnahnya dan berakhlak dengan akhlaknya.
Salam Maulidur Rasul 1439H
USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
12 Rabiul Awal 1439H | 1 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD- 1-12-2017 




















































































Gesa wujudkan mekanisme kawal kebanjiran PATI

AMPANG: Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan satu mekanisme kawalan bertujuan membendung kebanjiran lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, Dato' Iskandar A. Samad berkata lebih kurang seribu pelarian Rohingya dan Myanmar menetap di sekitar pangsapuri kos rendah Pandan Mewah, Ampang tanpa sebarang kad pengenalan dari kerajaan Malaysia dan hanya memiliki kad UNHCR.
"Saya minta kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan dan mengesahkan mereka ini benar-benar pelarian.
Sebab semasa saya melakukan lawatan tadi, ada dalam kalangan mereka yang mengaku muslim Rohingya tetapi dari segi penampilan mereka tidak nampak seperti muslim Rohingya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat satu lagi lawatan susulan selepas melakukan lawatan mengejut di sini pada 6 Oktober lalu.
Ikuti laporan lanjut dalam Harakah akan datang. 
Sumber HD- 28-11-2017






















































































Bom petrol dilempar ke surau, 20 jemaah terselamat
Posted on Wednesday, November 22 @ 10:32:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36922



PETALING JAYA: Seramai 20 jemaah terselamat selepas 2 lelaki menaiki motosikal melempar satu bom petrol ke dalam kawasan sebuah surau.

China Press melaporkan kejadian kira-kira 6.15 pagi Ahad lalu itu berlaku di Surau Al-Huda di Damansara Damai, di sini.

Ketika kejadian, kira-kira 20 jemaah dan bilal sedang menunaikan solat subuh.

Kejadian itu disedari seorang daripada jemaah dan mereka sempat memadamkan api di pintu pagar.
Satu botol arak berisi petrol ditemui di pintu pagar surau berkenaan.

Menurut sumber, ada saksi mendakwa bom petrol itu dilempar 2 lelaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan pihak berkaitan.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 22-11-2017
























































































Umno cuba ‘umpan’ PAS di Selangor

PAS Selangor tetap bersama dalam pemerintahan kerajaan Selangor,  kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz  Sallehen Mukhyi. 
Katanya, sekali pun media arus perdana dan pimpinan BN cuba membuang nama parti PAS, ia tidak betul. 
"Nampaknya ini mainan mereka dan mungkin media serta  orang-orang Umno mahu menafikan sumbangan PAS dalam kerajaan negeri. 
"Dan dalam waktu yang sama seolah-olah PAS dilihat seakan mahu mencari bersama dengan Umno," katanya kepada Harakah. 
Dalam laporan berita TV milik Umno pada 19 November lalu, nama PAS diketepikan dalam kerajaan Selangor sebaliknya hanya menyebut kerajaan pimpinan DAP dan PKR. 
Mengulas lanjut, Solihin berkata sama ada disebut atau tidak nama PAS tetapi realitinya PAS berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 
Ini katanya, kerajaan Selangor dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). 
"Mandat itu mandat rakyat pada PRU13 dan PAS bersama kerajaan Selangor," katanya. 
Jadi katanya, sesiapa pun tidak ada hak untuk buang PAS dalam kerajaan Selangor. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD- 21-11-2017 


























































































32 tahun Tragedi Memali: Sorotan buat amilin muda

TANGGAL 19 November 1985 adalah tarikh yang tidak dilupakan oleh seluruh ahli dan pimpinan PAS. Sama ada yang baru atau yang lama dan muda atau tua. Ianya akan sentiasa terpahat kemas “luka berparut batu nisan” kisah duka yang segar padat dalam ingatan pencinta perjuangan Islam tanah air. 
Kalam keramat yang rajin diucapkan oleh As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menjadi tasji’at kepada anak muda. As-syahid senantiasa memetik dalam ucapannya kalam Saidina Khalid Ibnu Walid ketika mengutus risalah dakwah kepada Emperial Parsi: 
فقد جئتكم بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة 
“Sesungguhnya kami datang kepada kamu dengan satu kaum yang kasih kepada mati sepertimana kalian kasih kepada hidup.” 
Amalulillah yang menjadi syiar dan tagihan kerja jihad para pemuda PAS. Meletakkan syahid sebagai cita-cita tertinggi, merapat saf serta bekerja demi memartabatkan Islam. Bukan hanya bangga faham Islam tetapi tinggal perintah Allah bekerja dan berjihad. 
Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
30 Safar 1439 | 19 November 2017
Sumber HD- 19-11-2017 




























































































Sabotaj bererti isytihar perang - Adun Chempaka

PADA 17 November lepas, satu Majlis Permulaan Kerja telah berlangsung untuk Pusat Kegiatan Warga Emas di Taman Nirwana, Ampang.
Walau bagaimanapun pada 18 November kakitangan saya telah mendapati tembok batu-bata yang sedang dibina telah dipecahkan.
Tapak pusat tersebut adalah di bekas tapak Restoran Millenium Curry House  yang tidak disambung lesen pendudukan sementaranya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Saya memandang serius tindakan sabotaj ini kerana ia merupakan pengisytiharan perang ke atas rakyat terutamanya warga emas.
Di zaman BN, tapak tersebut telah dimanfaatkan untuk individu tetapi di bawah kerajaan negeri hari ini ia akan dimanfaatkan untuk seluruh rakyat.
Kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menghalang kerajaan negeri  menyediakan kemudahan untuk rakyat.
Oleh itu, saya akan memohon kepada JKKK Kg Pandan, AJK Masjid Nurul Hidayah dan AJK Surau Darussalam yang berdekatan untuk membuat kawalan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Apabila siap ia akan dilengkapi dengan gelanggang refleksologi, mesin senaman dan wakaf-wakaf.
Pembinaan pusat ini adalah melalui peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti PKNS.
Rekabentuk pusat ini adalah oleh MPAJ.
Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka juga menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkap dan terdakwa mereka yang bertanggungjawab dengan sabotaj tersebut.
Pusat Khidmat boleh dihubungi di talian 03 9201 4411 pada waktu pejabat.
Saya juga diberitahu hari ini oleh Yang Dipertua MPAJ, Tuan Haji Abdul Hamid Hussin, bahawa beliau telah menerima surat membantah pembinaan di atas tapak tersebut.
Saya berharap pihak Polis akan dapat menyiasat sama ada terdapat hubungan di antara sabotaj dan bantahan ini.
YB DATO' ISKANDAR A. SAMAD
Exco Kerajaan Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
19 November 2017 - HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD- 19-11-2017 






























































































Wawancara Timbalan Speaker, Ustaz Shafie Ngah































































































































































































Wawancara PENGARANG Harakah, SAIDAH HAIRAN bersama Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, YB USTAZ SHAFIE NGAH di Dewan Annex, Shah Alam.

Sumber HD - 19-11-2017
































































































Ma'ahad Al-Munir beri pendidikan percuma kepada asnaf

MA'AHAD Al-Munir merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menyediakan pendidikan percuma buat asnaf fakir dan miskin di mana telah ditubuhkan pada tahun 2008 di Sana’a, Republik Yaman.  
Bermula di negara Yaman sebagai asrama penempatan pelajar Malaysia sehingga berlaku peperangan saudara di negara itu pada 2011, para pelajarnya pulang ke Malaysia meneruskan jihad ilmu di sini. Pada 2015 Ma’ahad al-Munir memulakan operasinya kembali di Taman Bukit Permai, Cheras, Selangor.
Silibus pendidikan di Ma’ahad Al-Munir adalah hafazan Al-Quran, hafazan Hadis, mutun (matan-matan fiqh, aqidah, nahu, sarf dan lain-lain) dan Talaqqi Turath. Sehingga kini para pelajar telah menghafaz 42 hadis himpunan Imam Nawawi rahimahullah.
Ma’ahad Al-Munir kini masih menyewa rumah 3 tingkat di Laman Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras. Sebagaimana juga urusan lain, kos pengurusannya juga bertambah dari tahun ke tahun. Setiap bulan kos pentadbiran, pengurusan dan lain-lain mencapai RM18,000. 
Kini, pihak ma’ahad dalam perancangan untuk membangunkan premis tetap Ma’ahad Al-Munir di Kampung Baru Lanjut, Sepang. Di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi, bangunan setinggi 4 tingkat akan dibangunkan dengan kos RM 2,000,000.
Wakaf lot bangunan yang baharu sahaja dilancarkan pada bulan ini, sangat berhajatkan sumbangan orang ramai. Dalam perancangan pihak ma’ahad, bangunan ini diharap dapat dibina sesegera yang mungkin bagi menempatkan lebih ramai pelajar. Kerana rumah sewa sedia ada tidak mampu lagi menampung penempatan pelajar yang lebih ramai.
Mudir Ma’ahad Al-Munir, Ustaz Mohamed Sukri Omar memberitahu, setiap tahun permohonan kemasukan pelajar begitu ramai, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana terhadnya dana dan penempatan pihak ma’ahad. Beliau berkeyakinan pendidikan percuma ini dapat dijayakan bagi melahirkan generasi al-Quran yang akan merubah keadaan masyarakat di mana masih jauh dari praktis al-Quran. Maklumnya juga, ramai dari kalangan ibu bapa menggesa agar ditubuhkan ma'ahad bagi pelajar muslimat.  Tetapi disebabkan kekangan dana, telah membantutkan usaha itu.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan menyeru para dermawan untuk terus menyuburkan infak dan wakaf agar bangunan tetap ma’ahad segera dapat dibina bagi manfaat pelajar. Berkat sumbangan orang ramai Ma’ahad al-Munir memasuki tahun ke-3 menyediakan pendidikan percuma walaupun peringkat awal di anggap mustahil oleh masyarakat.
Ustaz Mohamed Sukri menyatakan keyakinannya bahawa setiap sumbangan yang dilaburkan bagi pembangunan dan operasi Ma’ahad Al-Munir akan memberikan kesan besar buat masyarakat. Terutamanya kedudukan ma’ahad di tengah-tengah bandar yang pesat dengan pembangunan fizikal tetapi tenggelam hilang pembangunan spiritualnya.
Bagi yang berminat untuk menyumbang, Ustaz Mohamed Sukri Omar boleh dihubungi ditalian 0104341617 atau segala sumbangan boleh disalurkan pada akaun Maybank 5643 8855 7430 diatas nama Al Munir Centre. - HARAKAHDAILY 19/11/2017


































































































































































































Sumber HD- 19-11-2017


































































































Sumbang harta menangkan perjuangan, perubahan kepada Islam

HULU LANGAT: Dana untuk urusan gerak kerja merupakan sebahagian daripada keperluan yang menyumbang kepada usaha ke arah kemenangan dalam pilihan raya.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Hulu Langat telah menganjurkan Majlis Makan Malam Dana PRU14 Bersama Presiden PAS di Restoren V View, Kajang, di sini semalam.
Majlis tersebut bukan sahaja berjaya mencapai sasaran minimum ditetapkan penganjur, malah juga eratan ukhuwah sesama ahli dan suntikan semangat dari pimpinan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang walaupun dalam kesihatan yang sederhana, tetapi telah menyampaikan taujihat yang menyemarakkan perjuangan hadirin.
Katanya, infak kepada perjuangan merupakan keuntungan di alam ghaib yang menjadi ujian pembuktian keimanan di mana ia dijanjikan Allah S.W.T dengan 700 ganda ganjaran pahala.
Kerana itu ia berbeza dari sedekah yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja, sedang infak kepada perjuangan merupakan jihad, yakni kesungguhan terhadap usaha menegakkan Islam.
"Kenapa Allah sebut harta benda dahulu tidak jiwa raga? Kerana Allah tahu manusia sayangkan harta benda lebih dari diri sendiri, lebih dari keluarga. Sanggup kelahi, merosakkan diri kerana sayangkan harta.
"Kerana itu pengorbanan harta lebih dari yang lain. Sumbangan jihad Allah ganjari 700 pahala.  Bila nak menang tak tahu lagi. Ramai lagi sanggup sedekah, tetapi sumbangan kepada perjuangan Islam kerana percaya pada Allah dan janji-Nya," jelas beliau.
Terang Tuan Guru juga, pembawaan PAS bukan politik jual ubat, tetapi politik Islam yang menjadi kewajipan untuk tetap dibawa sama ada orang mahu atau tidak mahu padanya.
Seru beliau, semua yang bersama PAS wajib berharap dan bergantung hanya pada Allah di mana Dia akan berikan kemenangan apabila tiba masanya setelah para pejuang memenuhi syarat-Nya.
Beliau turut mengingatkan betapa perjuangan Islam bukan semata-mata hendak menjatuhkan lawan, tetapi lebih penting membawa perubahan kepada Islam.
Hal itu kata beliau, Islam tidak mengambil alih pemerintahan daripada Raja Habsyah, Raja Muskat, Raja Oman dan lain-lain apabila mereka menerima Islam.
"Bukan semata-mata hendak ambil alih, tetapi apa perubahannya? Kita hendak jatuhkan jahiliyah, tegakkan Islam. Bukan jatuh jahiliyah, tegakkan jahiliyah juga," nasihatnya.
Beliau menyeru supaya istiqamah kerana kemenangan mungkin tidak berlaku di masa ini tetapi generasi akan datang, namun jangan menganggap kemenangan perjuangan Islam sebagai mustahil.
Beliau berdalilkan doa Nabi Musa yang dijawab Allah ke atasnya dan Nabi Harun supaya istiqamah di mana jatuhnya Firaun hanya selepas 40 tahun daripada doa itu.
Oleh itu tegasnya, seluruh pendokong perjuangan PAS mesti mengingati matlamat utama bukan merebut kerusi tetapi membawa perubahan kepada Islam, serta mengakhiri hayat dengan mendapat janji di akhirat.
Tuan Guru turut sudi merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Hulu Langat dan penyerahan panji-panji kepada wakil setiap dewan.
Terdahulu menyampaikan ucapan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, selain tetamu turut dialunkan dengan bacaan al-Quran serta nasyid dari Shoutul Amal.
Hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim; Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir dan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.
Sumber HD - 19-11-2017 




































































































Assabiqun lengkapkan pakej PAS

GOMBAK: Penubuhan Assabiqun PAS Pusat melengkapkan pakej kepelbagaian PAS yang menunjukkan parti itu diwakili serta didokong segenap lapisan masyarakat.
Antara golongan menyertai Assabiqun adalah ahli PAS berusia 55 tahun ke atas dengan mengisi borang Keahlian Assabiqun yang boleh diperolehi dari Setiausaha PAS Negeri dan Kawasan.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hasan berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Assabiqun PAS sempena Konvensyen Sekretariat PAS Kebangsaan Kali Ke-3 di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, di sini hari ini.
Katanya, PAS mempunyai pelbagai sayap di mana masing-masing berperanan membawa mesej Islam dengan pendekatan yang seiring tuntutan parti bagi memastikan PAS menjadi pilihan rakyat.
"Kita mempunyai sokongan bukan Islam yang diselia dibawah Dewan Himpunan Penyokong PAS, bahkan baru-baru ini ada dalam kalangan mereka telah menyempurnakan pengajian di Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah minggu lalu.
"Penubuhan Assabiqun PAS adalah satu usaha menggabungkan tenaga orang lama serta berpengalaman membantu parti untuk meneruskan perjuangan Islam di tanah air," jelasnya.
Pelancaran Assabiqun disaksikan oleh Pengerusi Assabiqun PAS, Subky Latif bersama semua peserta konvensyen serta diakhiri dengan sesi bergambar. - HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD - 18-11-2017 






































































































SERII Ilmi terbaik Daerah Hulu Langat

AMPANG: Usaha guru tidak pernah mengenal erti jemu dan penat lelah mendidik anak-anak murid di Sekolah Rendah Islam Integrasi Ilmi Ampang (SERII Ilmi) terbalas apabila seramai 42 pelajar memperoleh pencapaian 'mumtaz' daripada 72 calon pada pengumuman yang dibuat hari ini.
Menurut Guru Besar SERII Ilmi, Ustaz Mazlan Awang, pencapaian itu adalah yang terbaik sejak sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1993, bahkan telah melebihi KPI ditetapkan oleh pihak pentadbir.
Kejayaan luar biasa itu katanya, telah didokongi oleh barisan guru-guru berpengalaman seperti Ustazah Baniza Busu, Ustazah Rokiah Mamat, Ustazah Che Ku Norhayati Che Ku Endut, Ustazah Nursyuhada Ideris dan Ustazah Siti Ainun Mohd Noor yang masing-masing mengajar matapelajaran Jawi, Tajwid, Tauhid Feqah, Akhlak Sirah dan Bahasa Arab
Penyelaras Peperiksaan Rendah Agama (PSRA), Ustazah Baniza apabila ditanya mengenai kejayaan anak muridnya menyatakan ,murid-murid diwajibkan untuk mengamalkan bacaan Surah Yassin dan solat sunat Dhuha pada setiap hari Jumaat di sekolah.
Manakala guru mata pelajaran Tauhid Feqah, Ustazah Che Ku Norhayati apabila diminta berkongsi tips mengajar menyatakan, beliau menggunakan teknik hafalan dan ulangan.
Sementara, Ustazah Rukiah Mamat, guru yang berpengalaman mengajar selama 24 tahun di sekolah itu pula menggunakan pendekatan berbeza dalam menarik minat murid kepada mata pelajaran Tajwid.
Antara bukti kejayaan sekolah yang dikendalikan oleh PAS Ampang ini apabila menerima sambutan menggalakkan sehingga mendapat pendaftaran pelajar baru darjah satu seramai 200 orang murid, sedangkan tempat yang disediakan hanya 150 orang. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 








































































































Sekolah agama: Selangor usaha penuhi permintaan rakyat










































































































Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyatakan demikian pada majlis pengisytiharan keputusan PSRA di Shah Alam, semalam. 
Katanya, kerajaan negeri menitikberatkan pembangunan modal insan berkualiti dengan mengupaya sistem pendidikan Islam di Selangor. 
Beliau berkata, pendekatan dijayakan secara bersepadu itu bakal mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negeri itu. 
“Kurikulum pendidikan Islam berteraskan al-Quran dan as Sunnah menjadi sandaran serta rujukan utama dalam sistem pendidikan Islam di sekolah agama di Selangor yang diharap mampu menjana insan berilmu, beriman, beramal serta berakhlak mulia. 
“Justeru, instrumen pentaksiran dibuat melalui Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) boleh dijadikan sebahagian kayu ukur bagi menilai sejauh mana pencapaian dan kejayaan sesuatu kurikulum itu dilaksanakan,” katanya dipetik SelangorKini
Beliau yang juga Adun Sijangkang menambah, kerajaan negeri juga memberi penekanan terhadap pembangunan fizikal seperti pembinaan sekolah agama baru, masjid dan surau juga infrastruktur di bandar dan luar bandar. 
Katanya, kerajaan negeri komited terhadap pembangunan pendidikan Islam bagi memenuhi permintaan tinggi ibu bapa yang mengambil berat memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak dari sekolah rendah hingga menengah.
Sumber HD - 16-11-2017 










































































































Exco jemput ALP Amal Selangor ke sidang DNS

AHLI Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan beberapa orang Komandan Amal Negeri hari ini menerima jemputan khas daripada Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib ke persidangan Dewan Negeri Selangor. 
Delegasi Amal itu yang diketuai oleh Pengarah Amal negeri, Shehdi Hazrik disambut dan diraikan oleh semua Adun PAS Negeri Selangor.
"Ini merupakan satu pengalaman baru buat anggota Amal dalam melihat sendiri bagaimana pentadbiran negeri dikendalikan melalui Dewan yang mulia ini," ujarnya. 
Kehadiran mereka diumumkan oleh Timbalan Speaker DNS, Ustaz Shafie Ngah sebelum sesi ditangguhkan pada tengah hari dan menerima tepukan dari seluruh anggota dewan. 
“Pengiktirafan ini menjadikan segala pengorbanan yang dilakukan oleh para sukarelawan kami selama ini dilihat mendapat perhatian yang sangat baik dan memberikan ingatan yang sangat bermakna,” ujar Shehdi Hazrik. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Sumber HD - 14-11-2017 







































































































Syarif Hussein, keturunan Nabi yang mengecewakan umat














































































































APABILA kita mengamati sejarah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, kita pasti akan bertemu dengan sebuah babak pemberontakan yang disebut sebagai Revolusi Agung Arab.

Siapakah watak yang memainkan peranan meledakkan pemberontakan yang menguntungkan pihak British ketika itu?

Syarif Makkah.

Syarif Hussein Bin Ali (1856-1931). Digelar sebagai ‘Syarif’ kerana berketurunan Nabi. 

Menjawat sebagai gabenor Makkah bermula pada tahun 1908. Kemudian mendapat mandat dari British untuk menjadi Raja Hijaz dari tahun 1916-1924. Turut digelar sebagai Hussein McMahon kerana keakrabannya dengan pegawai tinggi British yang bernama Sir Henry Mcmahon.

Sumber HD - 12-11-2017














































































































Muslimat PAS S'gor gerak misi banjir di Bkt Mertajam

BUKIT MERTAJAM : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) meluaskan khidmat baktinya dalam misi bantuan banjir dengan menggerakkan kekuatan di sekitar kawasan terjejas banjir terutama di Kampung Teluk, Alma, di sini semalam.
Rombongan tersebut dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS serta Briged Muslimat DMPNS.
Turut serta mengiringi pergerakan mereka ialah Halwa Pulau Pinang yang bersama di lapangan bagi menyerahkan sumbangan dibawa untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sebanyak 60 rumah di kampung tersebut telah diziarahi dan disampaikan sumbangan berupa makanan serta beberapa keperluan asas seperti pakaian dan lampin kanak-kanak.
Ustazah Wan Hasrina dalam harapannya mendoakan keadaan beransur pulih serta mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah dapat bersabar dengan ujian. 
Katanya, ujian tersebut mesti dihadapi dengan sabar dan memohon kepada Allah moga ianya menjadi penghapus dosa. - HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 







































































































Deko Naleq promosi bunga manggar


















































































































KUNJUNGAN Harakah ke Pantai Cunang, Tanjung Sepat 29 Oktober lalu disambut mesra oleh Pengerusi JKK Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Sarimah Jamil.

Di kesempatan itu penulis berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana proses anyaman pelbagai produk yang ditempah oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka untuk program Festival Perkahwinan Orang Asli dihasilkan oleh para penduduk tempatan.

"Mereka tempah 100 bunga telur, 2 jambangan bunga pelamin, 2 bunga manggar dan 15 bunga untuk VIP. Kami di sini juga ada kumpulan yang dipanggil Deko Naleq untuk mempromosikan anyaman.

Sumber HD - 8-11-2017







































































































Ceramah Umum: Bela rakyat atau perut pemimpin

LANJUTAN daripada pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, PAS mengambil langkah memberi penerangan kepada rakyat umum tentang pembentangan tersebut. 
Suatu ceramah umum tentangnya dan isu-isu semasa akan diadakan seperti yang berikut;
Tarikh: Isnin 06 Nov 2017
Masa: 9.00-11.30malam 
Tempat: Dataran Markaz Operasi JPrD Batu Caves@ Tmn Gombak Permai, Batu Caves (Sebelah Parking Bas RapidKL-Wira Damai) 
Antara yang akan berucap termasuklah Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad; Pengerusi DHPP Selangor, Datuk Deepakaran a/l Karupiah; SU Dewan Ulamak PAS Selangor, Ust Najhan Shahir Abd Halim; YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Mohd Nasir; dan Pengarah JPrD Batu Caves, Ustaz Mohammad Ibrahim. 
Program ini adalah anjuran Lajnah Penerangan PAS Kaw Gombak dan JPrD Batu Caves. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 019- 343 7060 (Bro Kasim) dan 019- 367 9400 (Dr Ihsan Lim).
Orang ramai dijemput hadir. – HARAKAHDAILY 6/11/2017 













































































































































































































































Sumber HD- 6-11-2017




















































































































Banjir P. Pinang: PAS Selangor akan hantar bantuan

PAS Selangor melahirkan rasa simpati dan sedih kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang yang kini sedang dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri itu. PAS Selangor akan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa dengan kadar segera termasuk bantuan logistik oleh Jabatan Amal Selangor. 
PAS Selangor berharap semua rakyat Pulau Pinang bersabar dan berdoa kehadrat Allah SWT agar bencana ini dapat diredakan dengan segera. Dalam masa yang sama PAS Selangor mendesak agar semua agensi penyelamat dari Kerajaan Pusat, Polis dan Tentera untuk bertindak memberikan bantuan segera dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa. 
USTAZ SALEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Selangor
5 November 2017. – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 

Exco PAS ziarah jenazah Ketua Cawangan Umno


ADUN Templer Mohd. Zaidy Abdul Talib menziarahi jenazah Ketua Cawangan Umno Selayang Baru Almarhum Omar Manan.
Arwah yang juga merupakan dramatis dan bekas penerbit majalah meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.40 pagi akibat komplikasi penyakit kencing manis. 
Di kesempatan itu Mohd Zaidy turut memimpin bacaan tahlil dan doa.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum," kata beliau. - HARAKAHDAILY 3/11/2017 

























































































































































































































































Sumber HD - 3-11-2017
























































































































PAS Selangor menjunjung kasih atas titah Sultan



PAS Selangor menjunjung kasih atas titah DYMM Sultan Selangor berhubung petikan ucapan Tun Dr Mahathir yang menghina dan memperlekeh bangsa Bugis.
Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan kaum adalah dengan tujuan supaya berkenalan dan berkasih sayang serta hidup dengan kerukunan. 
Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Al-Hujurat: 13)
Keburukan perilaku atau perkara yang tidak baik seseorang seharusnya tidak disandarkan kepada kaum atau keturunan. 
Sementelah bangsa Bugis merupakan sebahagian salasilah keturunan keluarga DiRaja Selangor dan sejarah telah merakamkan kepahlawanan serta kehebatan bangsa Bugis yang menjadi kebanggaan rakyat negeri khususnya. 
Justeru PAS Selangor bersama dengan titah DYMM tuanku dan mengharap agar kita sentiasa mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta menjauhi amalan politik perkauman dan benci membenci. 
YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Sumber HD- 3-11-2017 



























































































































HSR: Projek pembangunan atau pengusiran?

SAYA bukanlah anti kepada sebuah pembangunan. Pembangunan amat perlu kerana dengan adanya pembangunan, keselesaan hidup rakyat akan lebih bermakna. Aktiviti ekonomi melalui peluang pekerjaan juga akan dapati dinikmati.
Sungguhpun demikian, tidak semua pembangunan akan menatijahkan manfaat kepada generasi mendatang. Bagi masyarakat Melayu yang hidup dalam suasana kemasyarakatan, majoritinya amat sukar menerima pembangunan terutamanya melibatkan pengambilan tanah kediaman. 
Di zaman ini, mana ada perkampungan Melayu yang apabila terlibat dengan pembangunan infrastruktur, nilai tradisi kehidupan dan interaksi kemasyarakatnya, malah budayanya terpelihara? Sebaliknya, yang terjadi adalah segalanya ditelan oleh kehendak pembangunan sehingga kita tidak akan nampak Melayu tinggal di rumah yang punyai halaman, Melayu yang dapat mengekalkan adat dan budaya, orang Melayu yang bergotong royong dalam hal ehwal kenduri-kendara dan urusan kematian.
HSR (High Speed Rail) yang bakal dibangunkan ini sepanjang 350km dari Jurung di Singapura ke Bandar Malaysia di Kuala Lumpur pastinya melibatkan jajaran laluan sama ada tanah kerajaan ataupun tanah milik syarikat mahupun milik persendirian. 
Paling menyayatkan, bila pembangunan tersebut bakal 'melanggar' kawasan penempatan Melayu yang dimiliki dan diduduki sejak beberapa generasi.
Secara peribadi, saya tidak menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang tidak dirancang terlebih awal itulah yang membuatkan saya dan ramai lagi dalam kalangan rakyat Malaysia terkilan. Mengapa tidak jajaran laluan sama ada HSR, MRT, LRT atau lebuh raya dirancang bersekali dengan pembangunan Putrajaya? Kalau ini dapat dilakukan, kita akan dapat mengelakkan atau meminimumkan pengambilan balik tanah hak milik dan tidak akan menyusahkan rakyat. 
Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang 'menguncup' dan rakyat terbeban dengan kos sara hidup melambung tinggi, tiba-tiba projek HSR yang menelan belanja lebih dari RM50 billion dilancarkan. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan terdesak untuk memperolehi sumber kewangan melalui pelaburan luar. 
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, projek HSR itu akan menjadi tulang belakang ekonomi beberapa negeri di Malaysia. Selain memendekkan masa perjalanan dari Singapura ke Malaysia, sekaligus menggalakkan kunjungan rakyat kedua-dua negara. Bagi saya pembinaan HSR ini tidak kena pada masa dan jajarannya kerana ianya dilaksanakan di kala nilai ringgit yang semakin mengecil dan jajarannya melalui perkampungan Melayu atau penempatan anak watan.
Kita tidak mahu pembangunan yang dilaksanakan, seolah-olah projek pengusiran secara halus penduduk di penempatan Melayu.
IR MOHD HASLIN HASSAN
Adun Tanjong Sepat - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 




























































































































Bajet 2018 mengaburi mata rakyat


KUALA LUMPUR: Belum pernah berlaku dalam sejarah Bajet yang dibentangkan kerajaan tidak menekankan aspek peruntukan pembangunan sebaliknya peningkatan 4 peratus digunakan untuk pengurusan, tegas Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman. 
Katanya, ia menggambarkan seolah-olah banyak masalah yang berlaku dalam kerajaan tidak dapat diselesaikan.
Beliau berkata, walaupun dikatakan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik namun Bajet 2018 yang dibentangkan tidak menunjukkan akan berlaku pembangunan baru kepada negara.
"Ini bajet pilihan raya dan saya kira ini memang ibu segala bajet yang mana tidak pernah berlaku bajet pembangunan begitu rendah sekali," tegasnya.
Beliau turut berkata, pemansuhan tol Batu Tiga yang diumumkan itu  sepatutnya telah lama dimansuhkan.
"Kita percaya, pemegang konsesi pun dah dapat semula pulangan mereka dan ini juga bertujuan pilihan raya. Saya percaya ia hasil desakan daripada kerajaan negeri," katanya.
Beliau menyifatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak RM1,500 hanya untuk menggaburi mata penjawat awam.
"Kebajikan untuk kakitangan awam ini memang kita sokong, tapi kalau betul kerajaan nak menghargai kakitangan awam bagilah bonus. Saya percaya kakitangan awam tahu kedudukan sebenar ekonomi kurang baik tidak seperti yang digambarkan BN selama ini," katanya. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 






























































































































2 Nov (1917 - 2017): 100 tahun tragedi Deklarasi Balfour


KITA masih lagi terkesan dengan fitnah penjajahan. Sebelum jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi pada 3 Mac 1924, terdapat beberapa peristiwa penting yang mendorong kepada penubuhan negara haram Israel. Antaranya adalah Deklarasi Balfour, yang menjadi pintu masuk secara rasmi kepada Yahudi Zionis untuk menceroboh Baitul Maqdis.
Rentetan Dari Sykes Picot
British memainkan peranan yang cukup penting untuk melemahkan Khilafah Uthmaniyyah. Antaranya dengan menyuntik adu domba kepada pembesar-pembesar dunia Arab agar meledakkan pemberontakan menentang Khilafah Uthmaniyyah. Meniup sentimen Arab lawan Turki. Maka tercetuslah Revolusi Agung Arab. Mereka bodoh kerana termakan janji palsu British yang kononnya akan mengiktiraf mereka sebagai khilafah baharu.
Setelah itu, termeterailah Perjanjian Sykes Picot antara British dan Perancis pada 16 Mei 1916. Akibatnya wilayah-wilayah Islam dibahagi-bahagikan oleh mereka. Maka terlakarlah peta baharu. British menguasai Jordan, Palestin dan Iraq. Sementara Perancis menguasai Lubnan dan Syria.
British yang menguasai Palestin telah merangka rancangan untuk menempatkan Yahudi Zionis di Palestin, sebagai batu asas penubuhan negara haram Israel.
Deklarasi Balfour
Setahun selepas termeterainya perjanjian Sykes Picot, maka berlangsunglah operasi memindahkan Yahudi Zionis dari Eropah ke Palestin.
Pada 2 November 1917, Menteri Luar British bernama James Arthur Balfour telah menulis deklarasi yang menampakkan siapa 'tuan' sebenar British. Ia dialamatkan kepada Lord Rothschild, pelobi Zionis yang cukup berpengaruh hingga kini.
Isi Kandungan Deklarasi
Kementerian Luar Negara,
2 November 1917,
"Yang Terhormat Lord Rothschild,
Saya sangat bahagia mewakili pemerintah (British) untuk menyampaikan rasa simpati terhadap cita-cita Yahudi Zionis. Aspirasi ini telah dikemukakan kepada kabinet dan dipersetujui.
Bahawa pemerintah (British) memberi perhatian dengan penuh simpati untuk mendirikan tanah air nasional bagi Yahudi di Palestin. Pemerintah (British) akan berusaha sehabis baik demi merealisasikan cita-cita ini. Namun perlu dijelaskan bahawa tiada sebarang tindakan prejudis ke atas golongan selain Yahudi yang sedia ada di Palestin. Begitu juga tidak melibatkan hak dan status politik bagi Yahudi yang berada di negara-negara lain.
Saya amat berterima kasih jika tuan memaklumkan kenyataan ini kepada gerakan Zionis"
Arthur Balfour.
Batu Asas Negara Haram Israel
Dari deklarasi tersebut, British membuka pintu seluasnya kepada Yahudi Zionis dari Eropah untuk mendarat ke pantai Palestin. Mereka menari keriangan, meraikan betapa cerahnya cita-cita yang selama ini diidamkan.
Pada 1922, PBB mengiktiraf inisiatif British. Pada tahun yang sama juga, Amerika mengisytiharkan dukungan penuh terhadap Deklarasi Balfour.
Yahudi Zionis pantas mendirikan badan ekonomi, politik, pendidikan, sosial bahkan militan. Ia dijayakan dengan bantuan British. Sememangnya mereka telah mensasarkan bahawa 30 tahun selepas itu akan berdirinya negara berdaulat bagi Yahudi Zionis.
Pada 29 November 1947, PBB mengeluarkan keputusan pembahagian tanah Palestin kepada 54 peratus untuk Yahudi, 45 peratus untuk Arab dan 1 peratus untuk internasional. Maka pada 14 Mei 1948, negara haram Israel diisytiharkan, Arab berputih mata. 
Mengapa Palestin?
Sesungguhnya kita dan mereka tahu, bahawa sesiapa yang menguasai Baitul Maqdis pasti akan menguasai dunia. Sejarah Bani Israel ketika mereka masih Islam dahulu, cukup membuktikan bahawa Baitul Maqdis merupakan kunci penguasaan dunia.
Mereka cukup terinspirasi dengan zaman emas Bani Israel yang mengukir sejarah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sebagai penguasa dunia yang tidak terkalahkan. Mereka menyangka boleh mengulangi zaman tersebut sedangkan mereka telah kafir. Hakikatnya mereka sudah tidak sejalan dengan dua Nabi penguasa dunia tersebut.
Yang perlu disedari, kelayakan menakluk Baitul Maqdis telah diserahkan kepada umat Muhammad melalui peristiwa Isra'. Namun, perebutan Palestin antara agama langit pasti akan berpanjangan bahkan ia adalah sebahagian dari fenomena fitnah akhir zaman.
Neo Balfour?
Jika dahulu, mereka melakar peta Asia Barat melalui perjanjian Sykes Picot. Kini, projek pemetaan baharu Asia Barat rancak dijalankan. Bermula dengan kempen Islamphobia 11/9 kemudian pencerobohan AS ke atas Iraq. 
Seterusnya projek Arab Spring yang mencetuskan perang saudara. Sentimen Arab lawan Kurdish lawan Turki dimainkan. Malah polemik mazhab antara Sunni-Syiah, Salafi-Khalafi menjadi belerang yang membakar perang saudara di Asia Barat. Ini semua adalah plot ke arah pemetaan baharu Asia Barat seperti yang telah dirangka oleh Bernard Lewis.
Hasilnya Israel semakin selesa, sementara Palestin semakin tersepit. HAMAS sedang didorong untuk mengiktiraf negara haram Israel secara politik. Negara-negara Arab sekililing tumpang sekaki membuli Palestin.
Zionis sedang bersiap meluaskan kuasa yang disebut-sebut sebagai Israel Raya. Saat ini, sedang diusahakan penubuhan negara baharu sebagai proksi Israel. Ia adalah Kurdistan merdeka. Kedudukannya cukup strategik berada di tengah-tengah antara Iraq, Syria dan Turki.
Dari posisi itu, mereka bakal menguasai sungai Tigris dan Furat yang menjadi nadi kehidupan di rantau tersebut. Pada masa yang sama, negara pro Israel iaitu Eutophia sedang membina empangan Renaissance dengan bantuan IMF di hulu sungai Nil. Sekali imbas, menyedarkan kita bahawa kuasa Zionis sedang menguasai sumber air di lokasi yang dikaitkan dengan fitnah akhir zaman.
100 Tahun Yang Mendebarkan
Nabi telah berpesan:
"Sesungguhnya Allah pasti mengutuskan bagi setiap kemuncak 100 tahun, sesiapa yang akan memperbaharui (memperbaiki, memulihkan) agama bagi umatnya" - (HR Abu Daud)
Jika dihitung, umat Islam telah dijajah sepenuhnya oleh kuasa taghut mencecah 100 tahun. Nabi telah berjanji bahawa umatnya tidak akan dibiarkan rosak dan dibuli lebih dari 100 tahun.
Oleh kerana itu politik dunia mutakhir ini kacau bilau. Barangkali mereka sedang berkejar cuba memintas janji Allah. Sedangkan ia pasti gagal. Inilah saatnya, pertembungan antara haq dan batil mungkin sedang menuju ke kemuncaknya. Sejarah zaman berzaman, kebatilan akan hancur ketika berada di klimak kebatilannya. Manakala kebenaran akan menang ketika sedang ditekan ke tahap maksimum.
Di Manakah Kita?
Persoalannya jika kita berada di saat Furqan itu, adakah kita sedang bersama dengan kelompok yang mendukung Islam yang tulen, atau kita tergamak bersama dengan petualang kepada ajaran Tuhan?
Semoga Allah selamatkan kita.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
31 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD- 31-10-2017 
































































































































Wanita PKR dinasihat tidak besarkan isu remeh


SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Selangor menyifatkan bidasan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Juwairiya Zulkifli terhadap Ahli Dewan Negeri Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai sikap tidak hormat, celupar dan angkuh. 
Ketua Penerangan Muslimat PAS Selangor, Nor Zarina Mohd Azhar berkata, tempelakan Juwairiya ke atas Sallehen dengan dakwaan mengelirukan dan tidak profesional itu hanyalah umpama meludah ke langit.
"Sewajarnya usaha dilakukan oleh Ustaz Sallehen diterima sebagai tindakan positif dalam memastikan maklumat sampai kepada rakyat. Usaha tersebut adalah bukti bahawa PAS mendokong penuh Kerajaan Negeri Selangor. 
"PAS telah menggerak peranan agar Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sampai kepada akar umbi. Malangnya, Juwairiya telah bersikap tidak profesional dengan melemparkan tuduhan melulu dan emosi terhadap usaha murni tersebut. 
"Malah, tindakan serong Juwairiya itu seolah-olah cuba untuk menjatuhkan imej serta reputasi Ahli Dewan Negeri tersebut. Ia sama sekali tidak wajar dan mencetuskan perasaan kurang senang," kesali beliau.
Apatah lagi PAS kata beliau, adalah salah satu komponen Kerajaan Negeri Selangor yang mendapat mandat rakyat dalam PRU13 lalu. 
Maka ujarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk parti komponen kerajaan memaparkan logo parti dalam usaha mempromosi produk kerajaan negeri. 
Tegas beliau, fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah penilaian sama ada rakyat telah atau belum menerima maklumat serta menikmati 17 produk Inisiatif Peduli Rakyat tersebut.
Tambah Nor Zarina, ketidakmatangan Juwairiya itu telah membina satu persepsi seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor sedang menghadapi krisis dalaman melibatkan kalangan parti komponen. 
"Perbuatan beliau juga umpama melambung bola tanggung untuk pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menggugat kestabilan Kerajaan Negeri Selangor.
"Justeru kepentingan rakyat sepatutnya diutamakan melebihi kepentingan parti. Usah membesarkan isu remeh sebegini hanya untuk menjadi hero politik. 
"Paling penting adalah kita parti komponen kerajaan seharusnya terus bekerja untuk memberikan khidmat terbaik buat seluruh rakyat negeri Selangor," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 


































































































































Super 7 FC juara Futsal anak muda Dun Sri Serdang


KEJOHANAN Futsal Anak Muda (FAM) 2017 yang pertama kali diadakan di Puchong bagi mengumpulkan bakat-bakat baru dari Puchong untuk diketengahkan dan diasah ke peringkat lebih tinggi.
Program telah bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 2.30 petang. Program berjalan lancar dan diserikan dengan beberapa aktiviti tambahan seperti senamrobik, kuiz dan cabutan bertuah. Peserta sangat gembira dan  semua peserta mematuh syarat untuk mengenakan pakaian menutup aurat yang telah ditetapkan penganjur. 
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS Puchong, Ustaz Ashrul dan diikuti oleh ADN Sri Serdang Noor Hanim Ismail sekaligus merasmikan Kejohanan FAM 2017. 
Sekalung tahniah diucapkan kepada juara keseluruhan Super 7 FC, naib johan Aziz FT dan ke-3 Serdang Royal. 
Jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa khususnya dari  Pemuda PAS Puchong dan anggota jabatan AMAL Puchong. 
Sekalung penghargaan kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Seri Serdang, Persatuan Belia Bestari Puchong (PBBP), DACS dan PeBT MPSJ di atas sokongan yang tidak putus. – HARAKAHDAILY 30/10/2017 





















































































































































































































































































Sumber HD - 30-10-2017



































































































































PAS Ampang santuni penduduk Dun Bukit Antarabangsa


AMPANG: PAS Kawasan Ampang telah turun bertemu dengan penduduk di Pangsapuri Berembang Indah, di sini semalam.
Pada pertemuan tersebut, penerangan mengenai inisiatif-inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan kepada penduduk disampaikan Adun Paya Jaras, Khasim Abd Aziz.
PAS Kawasan Ampang mendapati, rata-rata penduduk di situ mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
Di mana, masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat menikmati inisiatif-inisitif tersebut kerana kurang maklumat.
Kehadiran PAS telah disambut baik oleh penduduk, malah mendapat kerjasama dari Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Abdul Malik Alang.
Ketua Cawangan Kampung Berembang sejak penubuhannya pada tahun 2001, Mazelan Ahmad juga melahirkan rasa gembira di atas reaksi baik dari penduduk.
Sementara para penduduk pula melahirkan pandangan positif kepada PAS yang disifatkan sebagai parti prihatin terhadap keperluan masyarakat.
Sempena majlis itu juga PAS Ampang telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada keluarga yang memerlukan.
PAS bakal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa buat pertama kalinya pada PRU14 nanti yang sebelum ini dimenangi PKR. - HARAKAHDAILY 30/10/2017
Sumber HD - 30-10-2017 








































































































































ADN Gombak Setia sampaikan sumbangan

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al-Yamani cawangan Gombak, baru-baru ini.
Sumbangan sebanyak RM1,500 itu sebagai tanda sokongan beliau atas usaha untuk membangunkan fasa dua madrasah itu. 
“Sebagai pelancaran pihak saya menghulurkan sumbangan tersebut namun sumbangan dari pelbagai pihak sangat dialukan kerana pihak madrasah menampung para pelajar dan operasi madrasah,” katanya dipetik SelangorKini. 
Sementara itu, beliau berpendapat pembangunan tahfiz telah bercambah dengan baik kerana banyak permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak ke tahfiz pada masa kini. 
“Di samping itu masyarakat juga mempunyai kesedaran untuk mendidik anak-anak berdasarkan didikan agama. 
“Maka usaha ini disokong dan dari semasa ke semasa pengurusan dan prasarana akan dipertingkatkan supaya sekolah tahfiz dapat sampai kepada piawaian yang selamat dan selesa,” tambahnya. 
Katanya, kerajaan negeri juga konsisten sejak lapan tahun lalu dengan membantu sekolah tahfiz dalam pelbagai aspek. 
Dalam majlis itu, beliau telah melancarkan Program Kutipan Dana Fasa 2 madrasah tersebut
Sumber HD - 28-10-2017 











































































































































Ibrah Al-Kahfi: 10 ayat anti dajjal

TERDAPAT banyak versi hadith yang menerangkan tentang kelebihan surah al-Kahfi. Antaranya sabda Nabi:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Barangsiapa yang memelihara (beramal) dengan 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, dia terlindung dari Dajjal” – hr Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ahmad.
Berikut secara ringkas mesej yang terkandung dalam 10 ayat awal surah al-Kahfi, yang perlu difahami seterusnya dijadikan pedoman hidup ketika berada di zaman fitnah.
⚫ Istiqamah Dengan Nas.
Ayat pertama, Allah menjelaskan sifat al-Quran yang konsisten, tidak ada bengkang-bengkok.
“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan buat hambanya (Muhammad) al-Kitab yang tiada bengkang bengkok” – al-Kahfi 1.
Itulah jalan istiqamah. Hidup dengan panduan al-Quran. Ajaran al-Quran semestinya diterjemahkan oleh hadith dan keseluruhan gaya hidup Nabi. Maka kesemua permasalahan hidup, mestilah diulas dan diselesaikan berdasarkan nas.
⚫ Jelas Membezakan Kebenaran & Kebatilan.
Ayat kedua, Allah mengingatkan fungsi al-Quran sebagai penyata jurang antara benar dan batil. Pengancam golongan yang ingkar, pendorong golongan yang beriman agar giat beramal.
“(Al-Quran) sebagai pembimbing yang lurus. Untuk mengancam seksaan yang dahsyat dari Allah, dan pembawa khabar gembira kepada golongan beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka dikurnia balasan yang baik” – al-Kahfi 2.
⚫ Jangan Jadi Sekular.
Ayat ketiga, Allah menyedarkan bahawa selepas kematian, ada perhitungan. Jangan membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Bahkan di sana ada akhirat sebagai alam pembalasan segala kerja buat di dunia. Ia kekal abadi.
“Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya” – al-Kahfi 3.
⚫ Kenali & Berwaspada Dengan Musuh.
Ayat keempat, Allah mendedahkan musuh Islam yang perlu diawasi. Al-Quran mengancam golongan yang menuduh kononnya Allah mempunyai anak.
“Dan untuk mengancam golongan yang berkata Allah mengambil anak” – al-Kahfi 4.
Di kalangan ulama’ tafsir menjelaskan, ayat ini ditujukan kepada golongan Yahudi & Kristian. Dikuatkan lagi oleh ayat surah al-Baqarah ayat 120 yang turut mengingatkan ancaman Yahudi dan Kristian. Mereka gigih dan licik memesongkan umat Islam secara berperingkat-peringkat. Di zaman moden, kita maklum wujudnya kesepakatan antara Zionis Yahudi dan Zionis Kristian.
⚫ Proksi Zionis & Wabak Kejahilan.
Ayat kelima, sebagai respon dari cabaran Musyrikin Quraisy yang menjadi penyambung lidah puak Yahudi, bertanyakan soalan yang kononnya boleh memerangkap Nabi. Mereka dicadangkan oleh Yahudi untuk mencabar Nabi supaya menjawab soalan tentang kisah Ashabul Kahfi. Secara tidak sedar, Musyrikin Quraisy menjadi proksi Yahudi untuk menyerang ajaran Islam.
“Mereka sama sekali tiada ilmu, begitu juga nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, sedangkan apa yang diperkatakan itu semuanya dusta” – al-Kahfi 5.
Nabi terus membalas bahawa soalan tentang Ashabul Kahfi akan dijawab pada hari esok, tanpa menyebut insyaAllah. Lantas Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15 hari.
Dalam tempoh itu, Musyrikin Quraisy galak melancarkan serangan propaganda. Kononnya Nabi seorang penipu, soalan perangkap mereka sudah mengena dan Allah telah meninggalkan Nabi keseorangan. Propaganda tersebut tersebar luas.
Mereka menyerang Islam dengan penuh kejahilan. Maka di ambang kiamat, sememangnya ramai yang jahil. Bahkan muncul golongan ‘ruwaibidah’ yang diingatkan oleh Nabi. Iaitu golongan jahil yang sewenang-wenangnya mengeluarkan pandangan. Sementara golongan berilmu khianat dan menyeleweng.
⚫ Fitnah Propaganda.
Kesan dari serangan propaganda, Nabi menanggung tekanan. Seorang al-Amin dituduh penipu.
“Maka apakah barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman dengan keterangan ini” – al-Kahfi 6.
Ternyata propaganda boleh menguasai minda dan mencipta persepsi yang songsang. Ia cukup menguji ketahanan jiwa golongan yang mempertahankan iman. Apatah lagi hari ini, instrumen media propaganda jauh lebih efektif menyebarkan penipuan berbanding dahulu.
⚫ Sesatnya Ajaran Materialisme.
Ayat ketujuh, Allah mengingatkan godaan dunia. Ia sebagai ujian yang mengukur siapa yang benar-benar cekal beramal untuk akhirat.
“Sesungguhnya kami jadikan atas dunia ini perhiasan. Untuk menguji siapakah di antara mereka yang terbaik amalannya” – al-Kahfi 7.
Ajaran materialisme mengukur benar dan salah berdasarkan pulangan kebendaan. Membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Melahirkan manusia yang memperajakan perut, memufliskan jiwa. Duit dan segala laba dunia dijadikan berhala yang ditaati penuh setia.
⚫ Fatamorgana.
Ayat kelapan, Allah menyedarkan kita bahawa apa yang dikejar di dunia, akan lenyap. Hamba dunia pasti tidak akan puas mengejar angan-angan dunia, ibarat fatamorgana.
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan pula apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus” – al-Kahfi 8.
Dunia akan datang dengan mudah jika kita utamakan akhirat. Namun jika dikejar, dunia akan semakin jauh sambil mengejek keringat kita.
⚫ Jangan Mudah Terpengaruh.
Ayat kesembilan, Allah memulakan penceritaan Ashabul Kahfi.
“Apakah kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan raqim (catatan ilmu mereka) itu, mereka termasuk sebagai tanda kekuasaan kami yang menakjubkan” – al-Kahfi 9.
Ashabul Kahfi adalah golongan remaja yang tidak sempat mencapai apa-apa kejayaan di mata manusia. Melainkan mereka berjaya memelihara iman. Itulah kejayaan besar di sisi Allah.
Kisah mereka membawa mesej, agar cekal menjaga jatidiri. Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang merosakkan, arus yang menyesatkan dan masyarakat yang serba jahil.
⚫ Doa Menghadapi Fitnah Islamphobia.
Ayat kesepuluh, Allah merakamkan doa yang diucap oleh Ashabul Kahfi. Sekaligus mengajar kita agar berdoa dengan doa yang sama tatkala berdepan dengan zaman serba keliru dan songsang.
“Ingatlah tatkala kelompok remaja itu mencari tempat berlindung ke dalam gua. Lalu mereka berdoa “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, dan sempurnakanlah untuk kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini” – al-Kahfi 10.
Bersedia dengan senario golongan yang jahat mendominasi golongan yang benar. Islam didefinisikan oleh masyarakat yang rosak. Sementara ajaran Islam yang sebenar menjadi bahan cemuhan dan pengikutnya dibenci bahkan menjadi buruan. Maka Allah mengajar kita doa ini, supaya diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan Islam.
⚫ Wahai Allah, Lindungi Kami Dari Dajjal.
Ayat al-Quran tidak cukup dijadikan bahan bacaan dan hafalan semata-mata. Bahkan ia perlu serius dijadikan panduan, sebagai manual kehidupan seharian.
Allah telah mendedahkan kepada kita ruang-ruang strategik dalam kehidupan seharian kita, yang diintai oleh Dajjal. Ia dirumuskan secara ringkas dan padat melalui 10 ayat awal surah al-Kahfi.
Jika kita tidak beringat pesanan Allah itu, maka kita sangat berpotensi menjadi mangsa tipu daya Dajjal
Sumber HD - 28-10-2017 













































































































































Jangan menghukum tanpa gambaran yang tidak jelas


TAUSIYAH TARBIYAH ILMIAH












































































































































Kaedah:
الحكم على الشيء فرع عن تصوره.

Maksudnya:
“Penentuan hukum atas sesuatu perkara, adalah satu cabang daripada gambaran tentangnya”.

1. Kaedah ini bermaksud bahawa tasawwur atau gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara, adalah asas dalam menentukan hukum. Manakala proses penentuan hukum sesuatu perkara tadi, adalah cabang kepada asas yang dinyatakan.

Dalam erti kata yang lain, proses penentuan hukum bagi sesuatu perkara, tidak dapat dilakukan atau dijatuhkan, selagimana gambaran yang jelas tentang perkara atau perbuatan atau peristiwa tertentu tidak diperolehi dengan benar dan tepat.

2. Al-Imam Al-Jurjani RA berkata: “Tasawwur ialah terhasilnya gambaran terhadap sesuatu pada aqal”. Maka tasawwur/gambaran yang dikehendaki dalam kaedah ini ialah tasawwur ilmu (gambaran pengetahuan) yang mendalam tentang sesuatu. Oleh itu tidak boleh sesekali menjatuhkan hukum atas seseorang atau sesuatu perbuatan kecuali setelah mendapat tasawwur/gambaran yang jelas dan tepat dari sudut hal yang berlaku dan memahaminya dengan ilmu yang mendalam dalam perkara berkaitan.

Sumber HD - 28-10-2017














































































































































Usah serik buat kerja dakwah dalam kebanjiran ahli

Seruan Kepada Agama Allah
Tugas amilin adalah mengajak manusia kepada agama Allah atau dalam ertikata yang lain adalah dakwah. Tugas ini mulia kerana ia adalah tugas para Nabi A.S. Kadang kala seruan ini, manusia dengar dan mereka menerima dan bersama Islam. Kadang kala juga seruan ini tidak didengari bahkan menjadi modal untuk mereka menghina akan seruan tersebut. Sebab itu terakam dalam sejarah para Nabi A.S, penerimaan seruan anbiya' itu berbeza-beza.
Rasulullah SAW bersabda:
 ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: “عرضت عليّ الأمم، فرأيت النبي ومعه الرهط، والنبي ومعه الرجل والرجلان، والنبي وليس معه أحد
"Diperlihatkan kepadaku umat manusia seluruhnya. Maka akupun melihat ada Nabi yang memiliki pengikut hanya sekelompok kecil manusia. Dan ada Nabi yang memiliki pengikut dua orang. Dan ada Nabi yang langsung tidak memiliki pengikut."
(Riwayat Bukhari)
Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa tanggungjawab dakwah menyeru manusia pada Islam itu wajib diteruskan sekalipun manusia itu menerima atau tidak. Hatta para Nabi A.S sendiri mengalami situasi demikian. Namun tugas dakwah dan mendidik manusia agar kembali pada agama fitrah ini terus dilangsungkan. Arahan dan perintah Ilahi sedikit pun tidak pudar dek penerimaan hambar seruan dakwah pada manusia ini.
Sedikit Tidak Bererti Lemah, Ramai Tidak Bererti Kuat
Dalam menggalas tugas para Nabi A.S ini, dua perkara yang diperingatkan secara tegas oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran yang sewajarnya dipegang kuat oleh para amilin. Pertama; hasil dari seruan dakwah, ada kalanya tidak ramai menerima seruan dan ajaran yang diajak. Perjuangan hanya didokongi oleh sedikit sahaja dalam kalangan manusia. Jumlah yang sedikit tidak menggambarkan perjuangan itu salah atau lemah. Ketika mula dakwah Nabi S.A.W, hanya segelintir bersama Nabi. Golongan ghuraba' setia mendampingi Baginda sama ada senang atau susah. Namun peperangan Badar menyaksikan bilangan yang sedikit tetapi jiwa yang penuh padat dengan kekuatan ruh jihad serta keyakinan pada Allah mengalahkan ketumbukan batalion tentera kuffar yang besar.  
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(surah Ali-Imran: 123)
"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)."
Kedua; bilamana perjuangan itu dibanjiri oleh manusia, hasil dakwah dan seruan generasi da'ie di sepanjang zaman. Pelbagai strategi disusun bagi menghancurkan jurang dan jarak antara amilin dan para mad'u dalam kalangan masyarakat yang kosong jiwanya serta perlu diisi. Ketegangan percambahan idea untuk menarik manusia kepada agama Allah ini yang seringkali dibincangkan oleh Nabi dan para Sahabat A.S sehingga mencetuskan strategi-strategi luar biasa yang disusun oleh Baginda seperti peristiwa dakwah sirri dan jahri, usrah di Darul Arqam, sulhu Hudaibiyah, risalah rasmi kepada kuasa besar dunia dari Rom dan Parsi dan lain-lain.

PAS tampil dengan strategi pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) menongkah arus dengan membuang jauh politik yang menjadi kegilaan parti arus perdana kini. Iaitu budaya politik dengan penuh emosi, fitnah dan kebencian dalam semua keadaan yang hakikatnya memualkan masyarakat terutamanya anak muda. Strategi pendekatan BPMS ini memikat manusia bersama perjuangan Islam. Inilah hasil tiga elemen yang menjadi tonggak gerakan Islam ini iaitu dakwah, siyasah dan tarbiyah. 
Namun limpahan masyarakat kepada perjuangan ini tidak sepatutnya menjadikan para amilin dalam keadaan selesa dan alpa. Allah S.W.T menegur secara tegas sifat 'over confident' sebahagian amilin yang alpa dari meletakkan kebergantungan mutlak pada Allah Taala. Teguran itu pada Sahabat yang dipimpin sendiri oleh Baginda Nabi S.A.W dalam peristiwa Peperangan Hunain. Sudah tentu keterujaan para Sahabat itu saling tak tumpah dengan keterujaan kita hari ini bila mana melihat berbondong-bondong ahli masyarakat mendaftar diri sebagai ahli PAS. 
(لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ)
(surat At-Tawbah: 25)
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."
Tugas Ahli Tarbiyah
Hari ini perjuangan PAS menjadi deruan masyarakat menerimanya. Kerja dakwah mendidik dan memahamkan manusia di setiap masa membuka mata masyarakat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Mungkin bukan sebab seruan dakwah kita zaman sekarang ini tetapi barangkali mereka menerima perjuangan dengan hidayah Allah ini hasil usaha para ulama dan pendakwah dahulu yang telah meninggalkan kita. 
Apabila manusia sudah menerima seruan dakwah ini, sudah tentu bermacam ragam, feel dan pemahaman mereka dan tidak sama dengan kita. Apatah lagi jika sekiranya asal usul mereka bukan dari keluarga yang memahami Islam. Dalam sirah Nabi S.A.W sendiri, setara Nabi pun berhadapan dengan situasi ini. Mereka yang masuk Islam hasil seruan dan dakwah Nabi dan para sahabat, ada yang kekal istiqamah dengan Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi S.A.W. Ada yang menjadi munafik, berpura-pura baik di hadapan Nabi dan kaum Muslimin. Dan ada yang keluar Islam mengkhianati kebaikan dan kejujuran yang telah diberikan oleh Nabi dan para Sahabat. Kemungkinan ini pasti berlaku. Kerana pemilik hidayah itu adalah Allah, bukan kita. Yang menggerak hati manusia itu adalah Allah.
(وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ)
(surah Al-Anfal: 63)
"Dan (Dia-lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Justeru, di situlah peranan ahli tarbiyah. Di situlah sekali lagi tanggungjawab para amilin untuk sama-sama menjadi agen dalam mentarbiyah mereka yang baru, dengan suasana hidup mereka yang berbeza sebelum dari ini. Perlu dipertingkatkan kerja tarbiyah semaksimum mungkin. Kerja tarbiyah untuk menguatkan akidah mereka, keyakinan serta kefahaman mereka. Bukan menjarak dan membuang mereka dari bahtera perjuangan atau menunding jari atas kelemahan dan ketidakjituan fikrah mereka seperti kita.

Jika tidak, sia-sia kerja dakwah dengan pelbagai metode yang diketengahkan dan dibanggakan oleh para da'ie yang hebat-hebat. Susah perit dakwah dikuburkan hanya sebab mereka masih belum dimurnikan fikrah. Mencemuh dengan pelbagai tempelan sedangkan jiwa dan hati mereka sedang lembut untuk menerima sentuhan dan siraman tarbiyah serta acuan yang suci lagi murni.

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
6 Safar 1439H | 26 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD - 26-10-2017 
















































































































































Adab berinteraksi dengan bala Allah

ALLAH menurunkan bala bencana sebagai mesej yang serius dari-Nya. Ia bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. 
Kelebihan Umat Muhammad
Nabi telah memohon kepada Allah:
سألت ربي أن لا يهلكنا بما أهلك به الأمم فأعطانيها
"Aku telah memohon kepada Tuhanku, agar kita tidak dihancurkan seperti apa yang telah berlaku ke atas umat terdahulu. Maka Dia menerima permintaanku."
(Riwayat Tirmizi)
Baginda meminta dari Allah agar umatnya tidak pupus sekali gus seperti pupusnya umat terdahulu. Sebagai rahmat, Allah memberi peluang yang luas untuk umat Muhammad agar tidak berhenti bertaubat. Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita terlindung dari bala bencana. Ia tetap datang menimpa.
Fungsi Bala
Allah mencipta bala sebagai peringatan bagi golongan yang beriman dan balasan buruk ke atas golongan yang ingkar. Ia berfungsi menyentap kelalaian manusia.
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ • أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ 
"Maka apakah penduduk kampung itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan Kami, sedangkan mereka tidur. Atau apakah penduduk kampung itu merasa aman ketika ditimpa ke atas mereka seksaan pada waktu pagi, sedangkan mereka leka bermain."
(al-A'raf: 97-98)
Muhasabah
Sewajarnya apabila datangnya bala, orang-orang yang beriman pasti terduduk. Merasa gerun lantas terus meneliti kembali setiap dosa yang telah dilakukan oleh mereka hingga Allah menurukan bala.
Hanya taubat yang layak dijadikan sebagai reaksi langsung dari bala yang menimpa. Allah menyatakan beberapa punca yang menjadi faktor turunnya bala:
• Enggan beriman:
وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Tetapi mereka mendustakan ajaran Allah, maka Kami timpakan ke atas mereka seksaan, sebagai balasan terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan."
(al-A'raf: 96)
• Dosa yang menjahanamkan dunia:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
"Munculnya kerosakan di daratan dan di lautan, kesan dari perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia."
(al-Rum: 41)
Rumusan dari dua ayat ini, bala datang sebagai balasan apabila Islam tidak dihiraukan. Bersikap angkuh terhadap Allah dan hilang sifat bertanggungjawab untuk mengurus dunia dengan panduan Allah, lantas muncullah pelbagai kerosakan.
Sindrom Penafian
Perkara yang perlu dielakkan adalah, jangan sama sekali menafikan bala sebagai bala. Berasa lega, kononnya ia hanyalah bencana alam yang tiada kaitan dengan kemurkaan Allah.
Jika ini berlaku, maka kita gagal berinteraksi dengan bala. Sepatutnya terus insaf bertaubat, tetapi malangnya tetap selesa dengan keadaan sedia ada yang serba lalai. Allah mengingatkan golongan yang tidak sedar diri, tidak beringat dengan bala adalah orang-orang yang rugi.
فَلا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْخَاسِرُون
"Maka tiada siapa yang merasa aman dengan balasan azab Allah, melainkan mereka adalah golongan yang rugi."
(al-A'raf: 99)
Bukan Bahan Ejekan
Kita tidak sewajarnya menjadikan bala bencana sebagai bahan ejekan, meskipun ia menimpa ke atas musuh. Bala bukan perkara yang boleh dibuat sendaan main-main.
Kita perlu mengambil pengajaran ketika berlakunya banjir di Kelantan 2014, pelbagai tohmahan bernada angkuh dikeluarkan oleh Lim Guan Eng untuk menyah-kreditkan Kerajaan Kelantan. Perlakuan tersebut amat tidak wajar dalam keadaan ketika itu suasana sedih, tergamam dan insaf.
Kini giliran Pulau Pinang ditimpa bala. Jika Lim Guan Eng mengejek banjir di Kelantan dahulu, padanlah memandangkan dia seorang kafir. Barangkali tidak faham sifat musibah, ujian bala bencana itu bagaimana. Namun apakah tergamak kita meniru sikapnya sedangkan kita sedar bala itu adalah bala. Bukan bahan 'troll'.
Yang lebih menakutkan, wujud cara berfikir jika bala menimpa ke atas diri sendiri maka ia hanyalah fenomena alam. Sebaliknya jika bala menimpa ke atas musuh, maka barulah ia dianggap bala.
Kepercayaan bebal sedemikian menyebabkan kita merasa kebal dari sebarang muhasabah. Inilah mentaliti yang mendorong sikap golongan yang kufur untuk terus kufur. Sedangkan orang beriman tetap beringat dan berasa gerun dengan bala, tidak kira menimpa sesiapa pun.
Islam Mesti Dominan
Sedarlah, kita terlalu lalai dalam kehidupan. Terlalu banyak kesalahan yang telah kita lakukan tanpa sedar. Menyebabkan Allah timpakan bala. Beruntunglah mereka yang beringat. Celakalah mereka yang terus lalai terus menafikan peringatan Allah.
Apapun, kita perlu berusaha agar golongan yang sihat iman mereka untuk mendominasi masyarakat. Jika pendukung kebatilan dominan, sementara pendukung iman berpeluk tubuh, berwaspadalah dengan peringatan Allah:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan takutlah terhadap ujian yang tidak menimpa ke atas golongan yang zalim dalam kalangan kamu secara spesifik. Dan ketahuilah, Allah Maha Dahsyat balasan-Nya"
(al-Anfal: 25)
Apabila manusia gagal bertugas sebagai khalifah, iaitu tidak bertanggungjawab menegakkan Islam dan mengurus dunia dengan Islam, maka Allah turunkan bala sebagai amaran.
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang - HARAKAHDAILY 24/10/2017


































































































































































































































































































\Sumber HD - 24-10-2017


















































































































































Mohon tidak manipulasi isu perobohan kuil

Ketua Komuniti India Lembah Jaya, Soosymarimmah Soolai berkata, kuil yang menjadi tumpuan sembahan kaum India di situ telah melalui proses tersebut secara harmoni dan diterima komuniti.
Jelas beliau, sebelum perobohan dilakukan, terlebih dahulu patung kuil telah dialihkan ke kuil yang berdaftar berdekatan dan ritual penganut Hindu di situ dapat diteruskan seperti sedia kala.
Malah katanya, proses pemindahan turut dipersetujui oleh pihak pengerusi dan pengurusan kuil di mana telah memberi kerjasama baik, selain tidak berbangkit isu pampasan.
Beliau turut memuji ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz yang turut berperanan menyelesaikan isu kuil tersebut dan tidak menolak membantu kaum India walaupun berkait rumah ibadat mereka.
"Saya berharap isu ini tidak dimanipulasi oleh pihak yang mahukan populariti kerana ia telah dikendalikan dengan baik oleh ADN Lembah Jaya dan mendapat restu para pengunjung kuil berkenaan," serunya. - HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 24-10-2017 




















































































































































Memurnikan Fiqh Dakwah


DAKWAH menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan gaya hidup umat Islam yang perlu dipertahankan. Bahkan ia merupakan agenda penting, sebagai syarat untuk menjadi umat terbaik. Allah berfirman:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ 
"Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah" (Ali-Imran: 110)
Konsep Dakwah
Hari ini ramai yang memberi fokus kepada pendekatan dan kreativiti dakwah, hingga terlupa untuk memperhalusi soal konsep serta prinsip dakwah. Akhirnya yang dipentingkan adalah persembahan dakwah, bukan isi dakwah itu sendiri.
Dakwah Adalah Pendidikan
Para Nabi diutuskan oleh Allah untuk membetulkan umat masing-masing yang kian rosak. Kaedah ancaman amat penting demi meruntuhkan tembok jahiliyyah yang menebal. Seperti yang diwartakan oleh Allah ketika fasa awal dakwah Nabi:
قُمْ فَأَنذِرْ
"Bangunlah dan berikan ancaman." 
(al-Muddatthir: 2)
Berikut beberapa cara dakwah Nabi:
• Tidak mengasingkan antara elemen galakan dan ancaman. Tidak mensekularkan antara amar ma'ruf dan nahi munkar.
• Mengkhabarkan perkara yang perlu diketahui oleh masyarakat. Bukan bercerita perkara yang tidak penting. Keperluan diukur berdasarkan kepada faktor kerosakan sesebuah masyarakat.
• Tidak menjadikan kehendak masyarakat sebagai penentu kepada pembawakan dakwah yang ingin disampaikan. Bermakna sama ada masyarakat mahu atau tidak mahu, jika ia penting, maka para Nabi tetap akan mengutarakan perkara yang mustahak tersebut walaupun berisiko untuk dibenci ramai.
• Tidak menjadikan kesukaan atau kebencian masyarakat sebagai parameter kejayaan dakwah mereka. Yang penting adalah kesedaran. Maka semua Nabi berjaya dalam dakwah, walaupun ada dalam kalangan mereka yang dilihat mempunyai pengikut yang amat sedikit.
• Tidak meletak harga kepada usaha dakwah mereka. Tidak terhutang budi. Bebas tanpa kawalan golongan berkepentingan.
• Berperingkat-peringat dalam berdakwah. Pada masa yang sama tidak berlengah untuk menaik-taraf isi kandungan dakwah. Hasilnya Nabi berjaya menyedarkan manusia dari jahiliyyah kepada Islam hanya mengambil masa 23 tahun sahaja.
Bukan Berkonsepkan Perniagaan
Pada hari ini, dakwah lebih terarah kepada aplikasi konsep perniagaan. Asas kepada konsep perniagaan adalah 'demand' (permintaan) & 'supply' (bekalan). Jika konsep ini digunapakai dalam dakwah, maka menghasilkan senario berikut:
• Pendakwah akan memilih topik, gaya dan pendekatan berdasarkan perkara yang digemari oleh masyarakat. Bermaksud jika sesebuah topik tidak digemari oleh masyarakat, maka pendakwah akan meninggalkannya sungguhpun ia amat mustahak.
• Menjadikan kesukaan dan kebencian masyarakat sebagai parameter kejayaan dakwah. Seperti konsep perniagaan, 'customer is always right'. Begitu juga halnya dalam topik ini, mereka menjadikan respon masyarakat sebagai 'juri' yang menentukan markah pendakwah.
Kisah Nokia Tidak Laku
Antara bukti bahawa kebanyakan orang memahami dakwah dengan konsep perniagaan, bukan konsep pendidikan adalah, denga kerap mengungkit kisah Nokia yang tidak laku.
Syarikat telefon bimbit tersohor itu jatuh tersungkur kerana dikatakan enggan mengikuti permintaan pasaran semasa yang inginkan perubahan. Nokia degil, maka jatuh.
Lalu kisah Nokia tersebut dijadikan qias, jika dakwah kita tidak berubah seiring dengan 'market' hari ini, maka kita turut jatuh tersungkur.
Momokan tersebut walaupun hakikatnya hanyalah qias kontradik, namun ia amat meragut kepercayaan pendakwah kepada mesej dakwah rabbani. Lantas, berjaya menghanyutkan pendakwah agar sentiasa mengikut 'market'. Maka secara tidak sedar, mencicirkan prinsip dan isi kandungan dakwah yang penting. Menjadikan pendakwah merasa terlalu bimbang takut ketinggalan bersaing dalam pasaran dakwah.
Siapa Ikut Siapa?
Ekoran dari kebingungan di atas, menyebabkan pendakwah akan mengikut segala kehendak masyarakat. Bukan masyarakat yang terkesan dan mengikuti pendakwah.
Maka yang berubah sedikit demi sedikit adalah pendakwah. Sedangkan sasaran dakwah mereka kekal lalai dan tidak beringat.
Kita Semua Pendakwah
Kesan dari ajaran sekular, melahirkan kefahaman kononnya hanya golongan yang digelar pendakwah sahaja dipertanggungjawabkan untuk berdakwah. Walhal, sesiapa yang mengaku Islam semuanya bertanggungjawab menyebarkan Islam.
Selari dengan itu, kita juga perlu faham bahawa Nabi dibenci bukan kerana motivasi amar makruf. Sebaliknya Baginda dibenci kerana melangsungkan mesej nahi munkar.
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang - HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017 






















































































































































Mitos Prometheus inspirasi golongan Liberalis


TERDAPAT kisah mitos lagenda Yunani yang menggambarkan bahawa konflik antara makhluk dan Tuhan sememangnya wajar. Tuhan digambarkan sebagai pembuli, manakala manusia pula adalah mangsa buli yang perlu memberontak bagi mendapatkan hak mereka.
Konflik Antara Tuhan dan Manusia
Mitos perkelahian antara Dewa Zeus dan Prometheus berpunca dari penciptaan manusia yang dianggap tidak adil. Zeus sengaja mencipta manusia dengan sifat serba lemah dan bodoh.
Lantas Prometheus muncul sebagai hero mengajarkan manusia tentang survival hidup. Bahkan, Prometheus sanggup mencuri cahaya syurga dari Zeus untuk menerangi kebodohan manusia. Cahaya adalah simbolik kepada ilmu.
Ekoran itu, Zeus merasa terancam berikutan manusia sudah terlalu pandai menyaingi dirinya selaku pencipta manusia. Maka Prometheus dihukum oleh Zeus atas kesalahan cuba membantu manusia dari terus menjadi mangsa diskriminasi Zeus.
'Tuhan’ Yang Berwatak Antagonis
Mitos ini bukan dicipta untuk suka-suka. Sebaliknya ia direka untuk mendidik manusia agar sentiasa tidak puas hati dengan Tuhan. Ia adalah doktrin yang menuduh Tuhan sentiasa membuli, sementara manusia tidak cukup menjadi manusia selagi mereka tidak melawan Tuhan.
Manusia Wajar Melawan Pencipta Mereka
Muhammad Qutb ketika mengupas akar fahaman jahiliyyah di dalam bukunya ‘Ru’yah Islamiyyah Li Ahwal al-‘Alam al-Mu’asir (Penelitian Senario Dunia Menurut Perspektif Islam), merumuskan:
“Mitos ini menggambarkan perasaan manusia yang seharusnya memberontak. Potensi diri manusia tidak akan berhasil melainkan mereka mesti membangkang Tuhan. Fahaman kononnya manusia wajar melawan Tuhan dan manusia tidak akan maju selagi tidak membangkang Tuhan, merupakan akar kepada kerosakan manusia zaman berzaman”
Iblis Liberalis Yang Pertama
Jika kita merujuk al-Quran, Allah telah menceritakan babak awal penciptaan Adam dengan konflik yang tercetus dari Iblis. Penulis telah menerangkan plot ini dalam tulisan yang bertajuk ‘Iblis Liberalis Yang Pertama’.
Secara ringkasnya, Iblis cuba meliberalkan dirinya dari Allah. Bahkan Iblis cuba meletakkan syarat kepada Allah jika mahu keluarkan perintah, biarlah rasional. Jika tidak rasional, syariat itu tidak perlu diikuti.
Maka Liberalisme merupakan doktrin kekufuran paling awal yang diceritakan oleh al-Quran. Disebabkan ideologi tersebutlah, Iblis menjadi Iblis.
Liberalisme Barat
Julian Huxly di dalam buku ‘Man In The Modern World’ (Manusia di Dalam Dunia Moden) mengatakan:
“Kisah Prometheus tetap hidup dalam jiwa orang-orang Eropah dan terus mempengaruhi perilaku manusia. Kononnya Eropah Moden adalah Sang Prometheus baharu yang membangkang autoriti Tuhan. Manusia dahulu tunduk kepada Tuhan, lantas mereka jadi lemah dan bodoh. Maka datanglah saat mereka mengambil alih autoriti dan keupayaan Tuhan, yang dahulunya mereka tidak mampu buat lantaran lemah dan bodohnya mereka. Sehingga manusia kemudiannya merasa layak, berdikari untuk menjadi Tuhan untuk diri mereka sendiri”
Menjawab Teka-teki
Jika kita amati mitos Prometheus, sedikit sebanyak menjawab persoalan mengapa golongan liberal sentiasa membangkang aturan dan lunas agama. Asalkan datang dari Allah, pasti mereka bangkang penuh rakus.
Walaupun serba dongeng lagi mengarut, rupa-rupanya mereka sangat terkesan dengan mitos Prometheus lawan Zeus. Namun hakikatnya, sikap mereka hanyalah evolusi dari fahaman yang dirintis oleh Iblis.
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang\
Sumber HD- 18-10-2017 
























































































































































Islam itu bukan Taliban

ALLAH SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 138:
صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ 
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". 
1. Islam adalah agama yang indah. Agama yang adil. Agama yang membawa kesejahteraan dan kemakmuran. Ia telah dibuktikan dengan lakaran sejarah sejak 1,000 tahun memerintah 2/3 dunia dengan membawa kebaikan dan rahmat melalui ajaran Islam serta ilmu pengetahuan. 
2. Bermula dari Madinah, Mekah, benua Afrika, seluruh Semenanjung Arab, sebahagian Eropah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara dan ada pendapat mengatakan Islam juga pernah sampai ke sebahagian benua Amerika.
3. Ketika dunia berada dalam keadaan kegelapan atau Dark Ages, dunia Islam bercahaya dengan ilmu dan sains. Disebut dalam sebuah catatan sejarah, dunia Eropah tatkala pada zaman feudal, dengan penguasaan ajaran Kristian yang diselewengkan, masyarakat Eropah jauh ketinggalan dari serba segi. 
4. Sedangkan pada waktu yang sama,  umat Islam di Cordova, Sepanyol tinggal dalam kecanggihan sehingga sudah terdapat lampu-lampu di jalanraya. Masyarakat Eropah yang jahil datang ke negara umat Islam berlutut menuntut ilmu dengan ilmuwan Islam daripada pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 
5. Tidak terkira bilangan sumbangan keilmuan Islam kepada dunia dan kemanusiaan sejagat sehingga diakui oleh barat dan para sarjana bukan Islam. Perubatan, kejuruteraan, matematik, sains, fizik, penerbangan, ilmu tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan bermacam-macam lagi bidang, Islam telah meletakkan batu asas ilmu atau diperbaharui serta diperbetulkan dari kesarjanaan Rom dan Parsi dan tamadun-tamadun lain. 
6. Kalau dilihat pula dari sudut pemerintahan dan sosial, Islam juga telah membuktikan bahawa Islam adalah agama membawa kebaikan untuk ummat manusia. Pemerintahan Islam diawal perkembangannya telah menunjukkan satu pemerintahan yang adil dan saksama. 
7. Sehingga negara bukan Islam di sekitar negara Islam suatu ketika dahulu pernah meminta untuk bernaung di bawah kerajaan Islam untuk melarikan diri daripada Rom dan Parsi yang zalim. 
8. Negara Madinah sendiri membuktikan sebuah negara yang majmuk, dilaksanakan sistem Islam sepenuhnya masih tetap adil dan saksama terhadap penganut agama lain. Seawal kepimpinan Nabi saw di Madinah, jumlah umat Islam adalah minoriti, namun disebabkan Islam yang dipraktiskan dalam pemerintahan lalu menterjemahkan keadilan dan rahmatnya, membuka hati penganut agama lain untuk bersama Islam. 
9. Mutakhir ini, tohmahan dan dakwaan liar sering dilontarkan kepada Islam sebagai satu dakyah untuk memadamkan cahaya Islam dan sejarah keindahan Islam. Sejarah mungkin mampu dipadamkan, namun cahaya Islam tak akan ada sesiapa yang mampu memadamkannya. 
10. Bermula dengan Islamophobia, talibanisasi, Isis dan beberapa lagi yang dicetuskan di barat yang sebenarnya bukan suatu perkara yang baharu. Istilah sebelum ini pernah diwujudkan untuk mendiskreditkan Islam dan memburukkan imejnya. 
11. Fundamentalis, pengganas, tidak progresif, babarian dan bermacam-macam lagi adalah rentetan istilah pernah digunakan sejak zaman Nabi saw seperti ahli sihir, bodoh, manusia suci, berfikiran sempit (بادي الرأي) dan lain-lain. 

12. Tidak dinafikan sesetengah umat Islam melakukakan perkara tertentu yang dinilaikan sebagai tidak bertamadun dan tidak demokratik. Namun Islam itu terhijab dengan perbuatan umatnya. 
13. Apa yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam atau yang mengaku Islam yang melampaui sempadan antara keras dan longgar bukannya daripada ajaran Islam. Sekiranya mempraktiskan Islam secara keras pun dianggap tidak Islamik begitulah juga sekiranya dilonggarkan Islam sehingga meruntuhkan prinsip Islam dan Syariatnya adalah turut tidak Islamik. 
14. Islam itu adalah Islam, bukan liberal, bukan demokrasi bukan hadhari, bukan progresif, bukan taliban, bukan Isis, bukan sekular. Islam adalah Islam yang ajarannya yang tulen, benar dan tetap prinsipnya serta anjal pada perlaksanaannya. 
15. Islam kekal dengan berkeyakinan pada ilmunya serta ia didatangkan beserta dengan janji Allah seperti keberkahan, kemakmuran, kesejahteraan yang tiada pada sistem manusia yang sepenuhnya bergantung kepada keupayaan manusia yang terbatas. 
16. Islam tidak perlu menempel atau ditempelkan dengan sistem atau isme lain untuk menjadi kuat dan berupaya. Ia tidak perlu diprogresifkan untuk kononnya menjadi berupaya. Ia tidak perlu disekularkan untuk menjadi maju. Ia tidak perlu ditalibankan untuk memberi keberkesanan pada amalinya. Ia tidak perlu didemokrasikan untuk menjadikannya demokratik. 
17. Islam adalah Islam. Jikalau diamati dengan ilmu dan kefahaman, segala yang ingin dicapai seperti maju, demokratik, berpandangan jauh, bertamadun semuanya sudah ada dalam Islam. Hanya mereka yang jahil Islam sahaja tidak menemuinya sehingga terpaksa meminjamkannya daripada agama lain dan pegangan lain yang tersasar daripada prinsip Islam. 
18. Kini, DAP dan konconya sedang memainkan semula istilah ini untuk memperlihatkan bahawa mereka tidak membenci Islam. Hakikatnya sebenarnya mereka menyerang Islam dengan berselindung di sebalik istliah teguran Sultan Johor yang bertujuan mendidik. 
19. Penulis akur titah Sultan bahawa Islam bukan taliban. Namun DAP sengaja memanipulasikan istilah Taliban untuk menghalalkan tindakan mereka untuk merosakkan sistem Islam yang menjadi paksi keamanan atas kontrak sosial di negara ini. 
20. Islam diperakui sebagai agama persekutuan hendaklah ditafsir sebagai cara hidup lengkap dan bukan mengikut tafsiran DAP. 
21. Kenyataan pemimpin DAP yang menggunakan istilah menolak Taliban dalam konteks untuk menganjurkan pesta arak adalah tersasar daripada maksud titah Sultan Johor. 
22. Ini adalah jijik dan melampau serta DAP sudah menjadi satu kumpulan yang memusuhi Islam secara terang-terangan. Sewajibnya DAP usah mencampuri urusan Umat Islam dan agama Islam di negara ini. Selama mana mereka berkata-kata dan mengulasnya,  selagi itulah menyerlah permusuhan keras mereka terhadap Islam. Ingatlah bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. 
23. Maka, ayuhlah umat Islam semua sedarilah daripada tidur nyenyak kamu. Kembalikan keizzahan Islam.  Yakinlah bahawa sinar Islam pasti menerangi suatu hari Islam. - HARAKAHDAILY 16/10/2017 
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Sumber HD-16-10-2017 



























































































































































3 penjuru bukan tradisi parti, kata PAS
Posted on Monday, October 16 @ 08:01:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35935



PERTANDINGAN tiga penjuru bukanlah tradisi PAS tetapi dimulakan pihak lain, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Katanya, PAS sentiasa menumpukan kepada pertandingan berdepan dan bukannya tiga penjuru pada pilihan raya.


“Kita tak pernah mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru. Pihak lain yang mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Pada ucapannya di majlis minum petang jana dana jentera pilihan raya PAS Selangor, Sallehen berkata mereka yang meninggalkan parti dan membentuk parti baru pernah mengatakan 80% ahli PAS akan mengikuti mereka tetapi hanya 1% orang Melayu menyokong mereka.

Parti serpihan PAS adalah Amanah yang kini menyertai Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP, PKR dan Bersatu.

Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding di 42 kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau juga meminta ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan laporan yang PAS mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru.

Katanya, laporan itu tidak lebih daripada sekadar hiburan.

“Kerja kita adalah menyakinkan rakyat Selangor yang kita boleh uruskan negeri ini dengan baik,” katanya.

Sallehen berkata mereka yang gemar menganggu kestabilan politik negeri masih berkuasa.
“Di Selangor kita tak ada pilihan. Jika rakyat pilih Pakatan Harapan yang sebenarnya adalah Pakatan DAP.

“Jika mereka menang, tiada kestabilan politik. Kita dah ada pengalaman,” katanya.

Tambahnya lagi, masih ada pihak yang aktif menggunakan modus operandi sama, menuduh dan memfitnah dengan niat menjatuhkan pemimpin.

Sekiranya mereka berjaya berkuasa, rakyat Selangor akan merasai ketidakstabilan politik, katanya.
“Mungkin akan ada perubahan MB setiap bulan. Atau mungkin dua kali setahun aka nada pilihan raya kecil untuk kerusi negeri bukan disebabkan kematian tapi kerana peletakan jawatan.

“Jika diberikan kepada Barisan Nasional, kita akan kembali macam dulu,” katanya.

Beliau juga secara berseloroh meluahkan kebimbangan yang sekiranya Selangor jatuh kepada Umno/Bn, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan menjadi tempat jual ikan atau pecahkan botol arak atau tempat menghantar keranda.

Pada ucapan itu juga, Sallehen mengambil kesempatan menjawab dakwaan yang parti itu menerima RM90 juta.

“Jika itu benar yang kami terima duit, kita tak perlu anjurkan majlis minum petang untuk kutip dana hari ini,” katanya.

Majlis jana dana 40 meja berhasil meraih hampir RM100,000 dan beberapa gambar berharga termasuk gambar Allahyarham Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat juga dilelong.

Ditanya mengenai kedatangan pada perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” semalam, Sallehen berkata dia tidak tahu mengapa PH gagal mencapai sasaran walaupun diadakan di negeri yang menjadi pusat PH dan mempunyai akses jalan dan maklumat yang baik.

“Kita buat Fastaqim (bulan lepas) jauh dari KL dan jalan masuk tak berapa baik tetapi kami tak bayar orang datang. Kami guna media sosial untuk umumkan dan kehadiran menakjubkan.

“Mungkin itu tanda penerimaan rakyat kepada PAS dan PH,” katanya.

Katanya, perhimpunan PH yang dianjurkan empat parti sepatutnya menarik lebih ramai khalayak.
“Jika PAS satu parti saya boleh tarik 200,000 orang, perhimpunan semalam patutnya sejuta atau sekurang-kurangnya 500,000.

“Mungkin itu tanda awal sokongan rakyat kepada PH,” katanya.

Perhimpunan PH di Padang Timur pada Sabtu menyaksikan kehadiran kurang 10,000 orang.

- Shahron Tan 


Sumber TKO - 16-10-2017



























































































































































Tugas Nabi SAW dan taujihat dakwah

Tadabbur Al Quran
Siri 11/2017_
SURAH A-KAHFI: TUGAS NABI SAW DAN TAUJIHAT DAKWAH AYAT: 27 dan 28
Firman Allah SWT serta terjemahannya:
وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ ۖ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَلَنْ تَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (٢٧)
Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. 
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا (٢٨) 
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. 
Tafsir ringkas: 
1. Dalam ayat 27, Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw dan seluruh umatnya supaya membaca Al Quran dan beramal dengan semua isi kandungannya.
2. Ayat ini juga mengisyaratkan bahawa sesiapa yang tidak melaksanakan ajaran al-Quran, mereka sebenarnya golongan yang durhaka dan wajar untuk mendapat ancaman dari Allah dan tidak layak mendapat perlindungan dari Allah swt.
3. Dalam ayat 28, Allah swt juga menyuruh nabinya sentiasa bersahabat dengan orang-orang fakir dan miskin dan bersabar dalam membimbing mereka.
4. Ayat ini diturunkan kerana para pembesar Quraisy telah mencadangkan agar diadakan majlis khas untuk golongan kaya dan pembesar kerana mereka tidak sanggup hadir bersama-sama golongan miskin yang dianggap tidak setaraf dengan mereka. Rasulullah swt berpendapat ada kebaikannya mengadakan majlis berasingan itu kerana Baginda terlalu inginkan supaya pembesar-pembesar Mekah yang kaya dan berpengaruh itu menganut agama Islam. Lalu Allah menurunkan ayat tersebut sebagai teguran kepada Rasulullah saw agar tidak mengabaikan sahabat sahabatnya yang miskin semata mata kerana ingin merapatkan hubungan dengan golongan yang kaya dan berkedudukan.
5. Dalam ayat ini juga Allah mengingatkan Rasulullah saw supaya tidak mempedulikan kehendak dan kemahuan golongan golongan kaya dan berpangkat itu kerana mereka tidak memikirkan untuk mendapat keredhaan Allah. Sebaliknya mereka hanya memikirkan cara untuk menambahkan kekayaan dan kemewahan dunia semata-mata. Jika mereka masuk Islam sekalipun, mereka mahu supaya Islam mengikut hawa nafsu mereka. 
Pengajaran:
1. Kita disarankan agar berpegang teguh, sehidup semati dengan Al Quran yang diturunkan kepada kita melalui Nabi Muhammad saw.
2. Islam itu akan dimenangkan oleh Allah dengan pertolonganNYA, bukan dengan kebendaan atau pengikut yang ramai. Pertolongan Allah berlaku apabila wujudnya keikhlasan dan kejujuran di dalam diri pejuang-pejuang Islam.
3. Ayat Allah ini menjadi prinsip kepada golongan pendakwah semenjak zaman Rasulullah SAW hingga ke hari akhirat.
4. Pendakwah perlu menyingkirkan sikap yang merasakan kemenangan hanya berlaku apabila golongan berpangkat dan berkedudukan bersama sama Islam. Sebaliknya Islam dimenangkan apabila wujudnya golongan yang ikhlas , jujur dan berjuang semata mata untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya dengan penglibatan golongan kaya dan berkedudukan tinggi yang tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah.
Rujukan:
Tafsir Surah Al Kahfi karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak
Tarikh: 13.10.2017 / 23 Muharram 1439H
Sumber HD - 14-10-2017 

Awasi revolusi warna

EKORAN siri-siri provokasi yang mencabar sensitiviti umat Islam kebelakangan ini, seharusnya kita meneliti apa yang sedang diagendakan oleh Amerika ke atas negara-negara sasaran mereka.
Globalisasi
Kita sedang melalui peperangan era baharu yang memungkinkan kuasa asing masuk secara terbuka ke dalam sesebuah negara. Amerika memainkan peranan itu demi melebarkan pengaruh ideologi dan budaya yang melibatkan kepentingannya. Antara ciri negara yang menjadi sasaran mereka adalah: 
Negara Umat Islam
Mempunyai sumber kekayaan yang banyak
Kedudukan yang strategik
Color Revolution 
Ia merupakan pendekatan yang dianggap paling murah dan kurang berisiko ke atas negara pemain (baca Amerika). Pada masa yang sama mudah memanipulasi massa dengan kempen yang ‘trendy’. Anasir-anasir Amerika bebas masuk ke negara sasaran mereka atas nama demokrasi. 
Sementara itu, keseragaman warna dijadikan sebagai simbol kempen mereka. Seterusnya menampakkan ramainya pengikut mereka apabila yang berhimpun semuanya seragam mengenakan pakaian berwarna sama. 
Lantas lahirlah komuniti masyarakat yang berkiblatkan Amerika. Jika berbicara soal hak, kebebasan, gaya hidup maju, politik dan ekonomi, maka Amerikalah yang menjadi qudwah mereka. 
Mereka hilang akal dengan melupakan bahawa Amerikalah yang bertanggungjawab menceroboh negara umat Islam dan membunuh umat Islam atas pertuduhan yang direka-reka. 
Dana dan latihan
Dalang projek Revolusi Warna tidak perlu turun ke lapangan rakyat. Sebaliknya mereka hanya perlu menyuntik dana serta latihan kepada entiti-entiti masyarakat yang dilihat berpotensi dan berpengaruh. 
Prospek utama projek ini adalah anak muda. Memandangkan anak muda adalah golongan yang bersemangat, vokal, jarang berfikir panjang dan mudah diperalatkan. Seterusnya NGO-NGO dan parti-parti politik. 
Di sinilah kita akan bertemu dengan badan-badan yang berperanan memasarkan dasar Amerika. Seperti NED (National Endowment Of Democracy) yang terang-terangan menyatakan di laman webnya tentang aktiviti pembiayaan ke atas beberapa ngo di serata dunia termasuklah Malaysia. 
Selain dari itu, badan seperti International Republican Institute (IRI), International Democratic Institute (IDI) dan International Centre Of Non Violent Conflict (ICNC) turut memainkan peranan. 
Hangat juga diperbahaskan dalam wacana-wacana Barat, bahawa Revolusi Warna didalangi oleh George Soros yang menyediakan dana yang banyak kepada proksi-proksi Amerika. 
Pendekatan
Tipikal gaya mereka beroperasi adalah dengan memanipulasi slogan rakyat. Seolah-olah agenda mereka disokong oleh keseluruhan rakyat. Seterusnya diangkat slogan-slogan yang simplistik, agar mudah meraih sokongan orang ramai yang malas berfikir. Mereka mencipta arus. 
Walaupun tidak menggunakan kekerasan fizikal, tetapi gemar mengaplikasikan kaedah provokasi atas alasan ia adalah ekspresi kekecewaan terhadap diskriminasi yang sedang berlaku. Lantas mewujudkan kekacauan dalam pelbagai bentuk. 
Ini semua dibuat demi mewujudkan senario yang serba tidak stabil dalam negara. Terhasillah sikap totalitarian versi ‘golongan tertindas’. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka akan dinaratifkan sebagai tidak demokratik lagi membelakangkan kemahuan ‘rakyat’. 
Ditambah lagi dengan propaganda media baharu yang turut menerima dana dari luar, mengolah sokongan kelihatan amat organik. Sedangkan ia hanyalah propaganda yang boleh direka. 
Warna yang sinonim
Mereka menggunakan warna sebagai syiar identiti kempen yang dibawa. Kebanyakkan warna yang dipilih amat mudah dikaitkan dengan unsur-unsur baik, yang agak sukar dinegatifkan. 
Sebagai contoh warna ungu yang sinonim dengan gerakan feminisme. Perjuangan yang kononnya membebaskan wanita dari menjadi mangsa diskriminasi masyarakat tradisi. Tidak seperti merah jambu, warna ungu turut ‘ngam’ dipakai oleh lelaki. 
Warna jingga pula sinonim dengan perjuangan liberalisme yang cuba dijelmakan dengan nafas baharu. Seperti yang dipersembahkan oleh buku The Orange Book, Reclaiming Liberalism terbitan Liberal Democrats pada 2004. 
Begitu juga bendera pelangi, merupakan lambang rasmi bagi gerakan LGBT seluruh dunia. Kita dapati kebelakangan ini, syarikat-syarikat gergasi mengambil langkah berani mempromosikan LGBT. Terdahulu syarikat kereta Honda, yang terkini pula syarikat minyak Shell. Mereka cuba memecah tembok agama dan tradisi ketimuran yang subur di Malaysia. 
Normalisasi gaya hidup haiwan
Siri-siri provokasi seperti yang kita saksikan pada hari ini adalah bertujuan untuk membiasakan masyarakat agar menerima budaya Barat yang serba songsang. Mereka tahu, pada peringkat awal pasti mendapat tentangan keras. 
Proses ini akan diulang-ulang sehinggalah masyarakat kita lali. Maka ketika itulah, mereka bakal meraih kejayaan merosakkan generasi baharu yang sejak awal kelahiran telah melihat kempen songsang tajaan Amerika. 
Peka
Inilah antara sudut yang amat perlu diperhalusi oleh pemain-pemain politik agar tidak terjerat. Jika tidak berwaspada, permainan ‘soft power’ bawaan Amerika menyebabkan kita turut didorong untuk bersama menjayakan agenda asing mereka. 
Topik ini bukan teori konspirasi, tetapi isu penting yang hangat dibincangkan dalam wacana politik dunia. Walaupun cukup terlambat, namun menyedarinya hari ini jauh lebih baik daripada terus merasa selesa seolah-olah musuh tidak berbuat apa-apa.
Padanlah Allah berpesan agar jangan mudah terpengaruh dengan slogan yang kelihatan baik, hakikatnya serba merosakkan: 
“Apabila diseru kepada mereka, janganlah kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi. Mereka menjawab, “Sesungguhnya kamilah golongan reformis”. Ketahuilah sesungguhnya mereka golongan perosak, sedangkan mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah: 11-12)
Sumber HD - 14-10-2017 


Tg Karang Selangor malam ni...... Tahniah orang Selangor
Posted on Friday, October 13 @ 23:36:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35867



Jika maklumat mengenai Pas sampai ke semua peringkat akar umbi maka segala fitnah jahat pihak musoh pas daripada kerajaan dan rakan pembangkang akan senang di tepis.... Hasilnya sambutan program PAS meningkat.









Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Selangor di Tanjung Karang.Kehadiran luarbiasa penyokong dan ahli-ahli PAS dan Ikatan serta wakil-wakil NGO.

Terus kan gerak kerja di mana saja dgn apa saja cara ....melihat kepada fenomena sambutan rakyat di mana tempat insyalllah pas akan memimpin selangor pru14 nanti ....

Kredit
Yuusuke Godai

Sumber TKO- 13-10-2017




Zamihan dilarang beri kuliah di masjid, surau di Selangor
Posted on Friday, October 13 @ 07:31:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35843&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Zamihan Mat Zin dilarang memberikan kuliah di masjid dan surau di Selangor, lapor The Star Online.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua yang berkenaan mengenai larangan itu hari ini.

Dalam surat itu, beliau berkata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Zamihan ditangkap semalam dan ditahan reman untuk 2 hari bermula hari ini dalam siasatan ke atas kuliah yang diberikan di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk Zamihan ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Jakim memandang serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Sumber TKO - 13-10-2017

































































































































































Liberalisme perosak Islam

ALHAMDULILLAH. Marilah kita di hari Jumaat yang mulia ini, bersama-sama meningkatkan pengabdian dan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benarnya dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat.
Tajuk Khutbah Jumaat pada kali ini adalah “LIBERALISME PEROSAK ISLAM”.
Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya. Lebih membimbangkan, ia adalah benih kepada fahaman tidak beragama. Sedangkan Islam adalah agama yang mengatur akidah, syariat dan akhlak bagi setiap Muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah kerana Islam bermaksud ketaatan, kepatuhan dan penyerahan kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Islam merujuk kepada cara hidup yang telah diatur oleh Allah SWT melalui syariat yang dibawa oleh rasul-Nya SAW.
Berikut dijelaskan secara khusus beberapa bentuk bahaya fahaman liberalisme terhadap kesucian akidah umat Islam: 
Pertama: Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama.
Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islan dan menyatakan semua agama adalah sama dan menganjurkan kepada kebaikan. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar agama, maka orang Islam pun hendaklah diberikan kebebasan untuk murtad. Fahaman sebegini amat bahaya dan memudaratkan kerana tegasnya Islam adalah satu-satunya agama yang diredai Allah SWT. Bahkan Allah SWT menegaskan tidak akan sama sekali menerima agama selain Islam dan siapa yang memilih selainnya maka mereka adalah di kalangan orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85 (bermaksud):  “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak adalah orang-orang yang rugi”. 
Kedua: Fahaman liberalisme memperjuangkan fahaman sekularisme. 
Bahaya fahaman sekularisme terhadap akidah apabila seseorang berkeyakinan agama adalah urusan peribadi dan agama hanya dihadkan dalam ruang lingkup upacara agama semata-mata. Golongan sekularisme mendakwa agama bertentangan dengan sains, atau wahyu bertentangan dengan akal. Kerana itu, mereka menganggap manusia tidak perlu tunduk kepada aturan agama. Mereka mengatakan bahawa riba itu halal dan menyumbang kepada ekonomi negara. Begitu juga mereka mengatakan bahawa arak itu hak individu untuk meminumnya dan khalwat pula adalah hak peribadi yang tidak boleh diganggu. Fahaman sebegini sangat memudaratkan dan merosakkan akidah seorang Muslim kerana Islam adalah cara hidup yang sempurna. 
Ketiga: Fahaman liberalisme berpaksikan logik akal semata-mata. 
Mengikut logik akal semata-mata secara mutlak adalah bahaya tanpa sebarang panduan wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Kerana kemampuan akal sangat terbatas berbanding wahyu Allah SWT. Fahaman tersebut boleh membawa kepada kekufuran. Apabila bertembung al-Quran dengan logik akal, maka sebagai orang Islam kita perlu mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah walaupun ianya bercanggah dengan nafsu dan akal. 
Sesungguhnya al-Quran dan al-Sunnah mengajarkan umat Islam kaedah-kaedah memperkukuhkan akidah. Antara panduannya ialah berpegang teguh dengan wahyu Allah membantu setiap Muslim untuk berada pada jalan yang lurus dan akidah yang sahih. Firman Allah SWT dalam surah Al-Zuhruf ayat 43 (bermaksud): “Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus”. 
Selain daripada itu, kita hendaklah menjauhi golongan jahil lagi fasik yang menyebabkan kecelaruan dan kesesatan. Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Janganlah bersahabat melainkan dengan orang beriman dan janganlah ada orang yang memakan makanan kalian melainkan orang yang bertakwa”. (Riwayat Ahmad) 
Kaedah seterusnya untuk memperkukuhkan akidah ialah dengan mengambil iktibar daripada kisah-kisah azab dan balasan terhadap umat terdahulu. 
Al-Quran mengisahkan pelbagai sejarah umat terdahulu yang telah diazab kerana menentang dakwah para rasul. Ada umat yang bumi mereka diangkat, diterbalik, dihempap dan dihenyak semula ke bumi. Ada umat yang disambar dengan petir, ada umat yang bertukar menjadi beruk dan sebagainya. Lihatlah, sedarlah! Akibat dan pembalasan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT! 
Sesungguhnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam di akhir zaman diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai menggenggam bara api. Hadis daripada Anas bin Malik R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api”. (Riwayat al-Tarmizi) 
Mengakhiri khutbah Jumaat pada hari ini, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam supaya: 
1. Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam sesuai dengan pegangan ulama Ahli Sunah Wal-Jamaah dalam aspek akidah, syariat dan akhlak. 
2. Umat Islam hendaklah menyedari tentang bahayanya fahaman liberalisme kerana ia sangat memudaratkan akidah umat Islam. 
3. Umat Islam hendaklah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan tidak hanya membuat tafsir secara logik akal semata-mata. 
4. Umat Islam hendaklah mendampingi orang-orang soleh dan para ulama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, mengambil adab yang baik dan bersama-sama mereka untuk terus konsisten dalam ketaatan kepada Allah SWT. 
 (Firman Allah bermaksud): “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Toha: 124) 
Artikel di atas adalah kandungan Khutbah Jumaat 13 Okt 2017M / 22 Muharram 1439H bertajuk Liberalisme Perosak Islam terbitan Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor.
Sumber HD- 13-10-2017 



































































































































































Pembela yang dimangsakan

KEJATUHAN Abbasiyyah merupakan sejarah yang memalukan umat. Tersimpan pelbagai pengajaran akibat tersampuk penyakit leka yang berpanjangan.
Ejen Tatar
Pemerintah Tatar, Hulagu Khan berjaya menanam ejennya yang bernama Muayyidduddin al-Alqami ke dalam kerajaan Abbasiyyah dalam tempoh masa yang lama. Sehingga Alqami diberi kepercayaan sebagai orang paling kanan khalifah. Ramai yang tidak sedar hal ini kerana telah lama didoktrin agar jangan sibuk hal ancaman ke atas khilafah. Mereka diprogramkan untuk kekal lalai.
Petualang
Alqami amat dipercayai ketika itu. Namun, dia jugalah yang kerjanya memujuk khilafah agar menyerah diri beralasankan perundingan 'win win situation'.
Dia sentiasa mempengaruhi khilafah supaya akur terhadap segala arahan Tatar. Kesan dari itu, kewaspadaan khilafah semakin tumpul dan tentera dibiarkan 'lemau' tanpa persiapan rapi.
Alqami juga berperanan mendedahkan data maklumat Abbasiyyah kepada Tatar. Di khalayak umum, dia dianggap sebagai orang kepercayaan dan harapan Abbasiyyah. Namun hakikatnya, dia adalah perisik Tatar.
Mujahiduddin Aybak dan Sulaiman Shah
Ketika itu, muncul insan yang sedar dengan keanehan yang berlaku ke atas Abbasiyyah. Walaupun telah terlewat, Mujahiduddin Aybak mempersiapkan tentera Abbasiyyah yang masih lagi berbaki kesedaran. Diikuti oleh Sulaiman Shah.
Percikan api kesedaran umat untuk bangkit berjihad merupakan signal bahaya ke atas Tatar. Api tersebut mesti segera dipadamkan.
Plot
Menyedari perkembangan tersebut, Hulagu mengarahkan Alqami agar cepat membunuh Aybak dan Sulaiman. Ketika itu, Alqami amat dipercayai dan dianggap sebagai jurucakap Abbasiyyah.
Lantas Alqami mewartakan bahawa Aybak dan Sulaiman bersama tentera mereka merupakan puak merbahaya yang mengancam keselamatan Abbasiyyah. Realitinya Tatar yang terancam. Sedangkan bangkitnya mereka adalah untuk melawan Tatar, semata-mata mahu membela Abbasiyyah.
Namun malangnya, kata-kata Alqami lebih dipercayai. Maka mereka dihukum bunuh atas tuduhan kononnya menderhaka dan memberontak. Hakikatnya merekalah hero Abbasiyyah. Hulagu puas melihat jentera Kerajaan Abbasiyyah diperalatkan untuk membunuh orangnya sendiri.
Kesal
Setelah dari tragedi tersebut, Tatar selesa menawan Abbasiyyah tanpa tentangan. Baghdad tumbang dalam keadaan bogel tanpa maruah. Kota mengalirkan darah hanyir. Pembesar-pembesar dibunuh sekaligus. Khalifah digulung dalam permaidani, kemudian dipijak hingga mati. Masing-masing menanggung akibat atas kelalaian sendiri. Sejarah yang memalukan, kebodohan dan kealpaan umat menatijahkan jatuhnya sebuah empayar yang asalnya dibanggakan maju dan berpengaruh.
Waspada Adalah Hikmah
Tercatat pada anak panah tentera Tatar, sebaris jampi politik:
"Sekiranya Tuhan hendak menyempurnakan takdirnya, Dia berupaya membodohkan akal orang yang sepatutnya berakal"
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang - HARAKAHDAILY 10/10/2017
Sumber HD -10-10-2017 





































































































































































PAS Gombak santuni warga Cina Gombak

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Gombak sentiasa mengambil sikap proaktif dalam menyantuni warga komuniti Cina kawasan Gombak. Ini dapat dilihat dalam Program Edaran Kuih Bulan peringkat DUN Gombak Setia.
Ahli Dewan Negeri Gombak Setia yang juga Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Gombak Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata, program edaran kuih bulan ini diadakan sempena kedatangan Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang disambut oleh masyarakat Cina dan sebagai memeriahkannya, pihak Pejabat Adun dan PAS kawasan mengedarkannya disekitar Taman Tasik Seri Gombak dan Pasar Moden Seri Gombak. 
Hasbullah juga berkata, program ini diadakan setiap tahun bagi fokus bertemu pengundi Cina sekitar DUN Gombak Setia dengan meluangkan waktu berbual dan beramah mesra selari dengan ‘tagline’ PAS, “Sejahtera Bersama Islam”. Dalam masa yang sama juga, para pengundi juga berkesempatan bergambar dan mengadu pelbagai permasalahan terus kepada wakil rakyat mereka. 
Turut hadir sama Setiausaha PAS kawasan Gombak, Fahmi Mat Som, Ketua DHPP Gombak, Kong Tuck Wah, Ahli Majlis MPS, Azizul Abu Bakar, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak, Muhaimin Mahidin, dan rombongan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia. – HARAKAHDAILY 10/10/2017 














Sumber HD - 10-10-2017 







































































































































































ARC Gombak berfutsal lawan RS150 Gombaking



ALTERNATIVE Riding Club (ARC) Gombak telah berjaya menganjurkan perlawanan futsal persahabatan dengan kelab motor RS150 Gombaking.
Perlawanan futsal ini adalah untuk membina hubungan dengan kelab motor lain selain dari aktiviti konvoi bermotor secara beramai-ramai, ia juga diadakan dalam bentuk sukan futsal. 
Perlawanan seumpana ini adalah kali pertama yang dianjurkan oleh ARC Gombak bersama kelab motor RS150 Gombaking. 
Perlawanan telah diadakan di Pusat Sukan Sinamex Sri Gombak yang turut dihadiri oleh kedua-dua penyokong yang membanjiri sekitar padang futsal. 
Program telah dirasmikan oleh Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Turut hadir dalam program ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak, Dr. Md Noor Husin. – HARAKAHDAILY 10/10/2017
Sumber HD - 10-10-2017 








































































































































































Toleransi dalam dendam sesama orang beriman



PERASAAN dendam sepatutnya tiada dalam hati sesama beriman, namun selagi manusia hidup di dunia ini, orang beriman juga turut tidak boleh lari dari fitnah ini. Maka, ia juga sebagai satu fenomena kepada orang beriman bahawa keimanan ada yang bertambah dan berkurang. Bertambah dengan berakhlak yang sepatutnya dari hari ke hari, atau ia berkurang dengan kekurangan akhlak atau melakukan dosa dosa hati dan juga perilaku.
Dendam adalah penyakit hati yang boleh membawa kepada dosa dosa melakukan sesuatu sehingga boleh melakukan perkara zalim sesama yang masih beriman. Kisah anak-anak Nabi Yaakub sebagai contoh wujudnya dendam dan iri hati di kalangan mereka yang beriman. Kisah Nabi Yaakob dan anak-anaknya adalah kisah asal usul Bani Israel.
Adik beradik seramai 12 orang yang mempunyai iri hati kepada adiknya yang bernama Yusuf. Sehingga iri hati membawa kepada tindakan-tindakan yang menyebabkan kezaliman kepada Yusuf yang tiada kesalahan melainkan kelebihan yang diberikan oleh Allah. Namun kelebihan itu dipandang sebagai saingan dan takut pada bayang-bayang seolahnya kasih ayah mereka, Yaakob akan berkurang kepada anak-anaknya yang lain.
Jika ia boleh berlaku kepada anak-anak Nabi yang direkodkan dalam Al-Quran, apakah ia tidak akan berlaku di zaman kita dan kepada kita? Kisah ini akan berulang dan tinggalnya, hanyalah sejauh mana mahu menjadikan ia sebagai tauladan dan sempadan untuk kita kekal istiqamah mahu menjadi orang yang beriman dan sentiasa terus bertambah iman dan takwa.
Nabi Yusuf A.S menunjukkan kesabaran yang tiada tandingan. Menyelurusi hidup akibat fitnah dendam adik-beradik dan juga mereka yang ada dalam perjalanan hidupnya. Kesabaran yang panjang itu akhirnya membuah hasil sehingga adik-beradik yang khianat itu kembali semula kepada Islam dan bertaubat dan diterima oleh Allah S.W.T.
Namun, anak cucu Nabi Yaakob ada yang tidak mengikut contoh tersebut, ada yang meninggalkan ajaran, akhirnya Allah timpakan dengan didatangkan kekejaman Firaun kepada mereka yang telah tidak mengamalkan secara istiqamah ajaran ajaran Nabi Yaakob yang terdahulu.
Ibrah ini akan berlaku juga di zaman kita. Sekiranya dalam perjuangan ini, kita tidak boleh bertoleransi atas sikap yang diukur dengan kembali kepada jalan Allah, dendam dan iri hati sesama Muslim akan menguntungkan musuh-musuh Islam atau perjuangan Islam.
Kegagalan menyelesaikan perselisihan secara bersemuka, sebaliknya lebih suka bermuka muka, menambahkan lagi parah penyakit kepada konflik yang mungkin wujud dalam jemaah para pejuang Islam.
Dalam sejarah gerakan Islam sedunia, ia berlaku kepada gerakan Ikhwan Muslimin, kepada Masyumi, kepada Nahdatul Ulama, Muhammadiyah, Serikat Dagang Islam/Serikat Islam dan seumpamanya. Moga-moga, kita cepat cepat belajar untuk memastikan kepentingan Islam didahulukan berbanding kepentingan peribadi dan perselisihan peribadi yang akan menjadi faktor diambil kesempatan oleh musuh musuh Islam.
Jangan biarkan dendam dan iri hati membesar dan tumbuh menjadi kanser hitam yang menggelapkan hati sehingga tidak mampu menerima cahaya petunjuk Allah dalam hidup perjuangan ini.
AHMAD HAKIMI OTHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor - HARAKAHDAILY 10/10/2017
Sumber HD - 10-10-2017 










































































































































































Arak: Antara hak non-Muslim dan menolak mafsadah dalam konteks Negara Malaysia


Pendahuluan
Penganjuran Oktoberfest sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan polemik dan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Pesta arak di atas telah diadakan pertama kalinya pada tahun 2012 sebagai merayakan pembuatan beer di Malaysia. Ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih kurang hanya 200 orang pengunjung. 
Pada tahun 2016, pesta ini diadakan di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dengan jumlah kehadiran 3500 orang pengunjung. Pada tahun 2017, penganjur bercadang untuk membawa 250 jenama arak yang berbeza dari 43 syarikat/pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung. Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam. Pada kali ini (2017), penganjur mensasarkan kehadiran 6000 orang pengunjung. Syarat-syarat kemasukan tidak pula menyebut larangan ke atas orang-orang Islam. 
Isu Oktoberfest ini menjadi hangat diperkatakan apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober 2017 di Solaris Damansara. Menerusi satu kenyataan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu. Bagaimanapun katanya, DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.
Bagaimanapun, pihak penganjur telah membuat permohonan lain kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di negeri Selangor. Pada 5 Okt 2017, pihak MBPJ telah menolak penganjuran Oktoberfest walaupun ditukar kepada “Festival Bavarian” bagi mengurangkan ketegangan. Keputusan itu diambil setelah menerima nasihat pihak polis berkaitan ancaman militan dan memberi kesan kepada ketenteraman awam. 
Manakala pihak MPK pula telah meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di Centro Mall pada 12 dan 13 Okt 2017. Menurut Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, kelulusan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman diberikan kepada Centro Mall memandangkan ia merupakan acara persendirian yang diadakan di premis persendirian. Antara syarat lain yang dikenakan ialah larangan kemasukan orang Islam ke kawasan penganjuran acara itu. 
Penganjuran pesta arak ini pada tahun 2014 di One Utama juga telah menimbulkan polemik yang tidak sedikit apabila pada awalnya dicadangkan bertempat di lot parkir terbuka aras bawah di pusat membeli belah tersebut. Dengan bantahan yang dilakukan oleh banyak pihak termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), akhirnya lokasinya diubah ke lot parkir aras 4 dan dibuat secara tertutup. Terdapat di kalangan ahli-ahli parlimen bukan Islam yang menyertainya telah menyebarkan gambar-gambar melalui media sosial dan isu telah dipolitikkan oleh media massa bagi memperlihatkan pertembungan ideologi antara parti Islam itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang masing-masing berkongsi kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor. 
Peningkatan jumlah pengunjung yang disasarkan penganjur sejak 2012-2017 (dari 200 ke 6,000 pengunjung) dan publisiti yang semakin meluas telah mencetuskan reaksi negatif di kalangan netizen (terutamanya yang beragama Islam). 
Keresahan masyarakat Islam di negara ini bukanlah berbangkit kerana pertikaian hak dan kebebasan golongan non-Muslim untuk meminum arak, namun ianya mengundang kesan sosial yang buruk dan menjejaskan keharmonian apabila diiklankan secara terbuka dan berlaku penularan di media sosial. Selain itu, penganjurannya juga memberi imej buruk kepada Malaysia yang dikenali di dunia Islam sebagai negara yang diperintah oleh pemimpin Islam dengan majoriti penduduknya beragama Islam. Maka itu, isu penganjuran pesta arak yang menjadi polemik dalam masyarakat ketika ini memerlukan pencerahan dari sudut agama (Islam), perundangan dan kesannya dalam konteks sosio-politik negara Malaysia. 
Imran Selamat
Ketua Lajnah Kajian dan Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Sumber HD - 9-10-2017 












































































































































































WINS vs TN50, keluar dari politik konvensional


MEDAN politik adalah pertempuran idea bagi menyelesaikan kemelut negara. Umno-BN memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50), sebagai ganti kepada Wawasan 2020 mereka. Sementara PAS yang mendukung dasar Islam menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).
Persaingan ini antara bukti PAS tetap konsisten menentang Umno sebagai musuh tradisinya, berbekalkan solusi Islam yang menjadi dasar perjuangannya. Berikut beberapa sudut penting yang perlu diperhalusi demi menguruskan politik mutakhir yang sedang mengalami perubahan.
Tepu Politik
Dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, kita perlu menyedari bahawa Malaysia menuju ke arah suasana politik yang kian tepu. Inilah yang telah berlaku di negara-negara Barat, apabila rakyat menganggap golongan politikus semuanya sama sahaja. Bahkan dalam karya-karya satira, mereka mengekspresikan bahawa politikus merupakan spesis manusia yang paling tidak boleh dipercayai.
Ini menyumbang kepada masalah hilang kepercayaan kepada politik, lantas menyebabkan rakyat sudah mula malas mengundi. Selain dari faktor kurang rasa tanggungjawab, rakyat kecewa dengan politik liar yang dikendalikan oleh golongan pemerintah dan golongan pembangkang.
Hilang Kepercayaan
Golongan muda terutamanya mengalami masalah ini, barangkali kerana mereka sedang fokus membina hidup. Lantaran merasa serabut dengan politiking yang tidak habis-habis antara parti politik.
Isu-isu dimainkan bukan untuk diselesaikan secara tuntas, tetapi hanyalah untuk menyah-kreditkan parti lawan semata-mata. Suasana ini menghasilkan persepsi bahawa parti-parti politik yang ada sebenarnya tidak serius menyelesaikan masalah negara.
Eksperimen Rakyat
Rakyat telah memberi peluang kepada parti-parti politik untuk menunjukkan kompetensi masing-masing dalam memerintah. Gelombang Pakatan Pembangkang pada PRU12 meledakkan kejutan sehingga Umno terlepas beberapa negeri mereka.
Namun setelah beberapa tempoh, isu integriti yang terpalit pada Umno turut terpalit pada parti-parti politik pembangkang setelah masing-masing beroleh sedikit kuasa. Maka tidak sedikit yang menganggap, Umno-BN dan Pembangkang serupa sahaja lagaknya setelah beroleh kuasa.
Kita Mahu Keluar Dari Politik Konvensional
Inilah mesej cukup penting yang diungkapkan oleh Strategis PAS, al-Marhum Prof Dr Khazani Abdullah ketika beliau membentangkan gagasan-gagasan segar PAS yang disusunnya. Beliau mengamati bait-bait nas dari Tuan Guru Presiden PAS, kemudian menterjemahkannya kepada lakaran strategi yang boleh didokumenkan.
Maka dari usaha beliau bersama pasukannya, melahirkan gagasan-gagasan baharu PAS. Sebagai usaha menyelamatkan PAS dari terus tenggelam dalam arus politik konvensional yang kian berkecamuk. Pembawakan yang tidak bersama-sama dengan kediktatoran Umno- BN, pada masa yang sama juga tidak bersama-sama politik celaru Pakatan. Agenda tersebut terbahagi kepada beberapa produk:
• WINS : Wawasan Induk Negara Sejahtera. Sebagai perancangan jangka masa panjang PAS menjelang tahun 2051 untuk memperbaiki pelbagai masalah kronik yang melanda negara.  Merupakan reaksi PAS terhadap jangkaan kegagalan Wawasan 2020, sekali gus alternatif kepada TN50 tajaan Umno-BN.
• BPMS : Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Budaya politik Islami yang menyanggahi budaya politik liar. 
• Dokumen Hijau : Sebagai cadangan solusi kepada krisis ekonomi negara yang realistik sekiranya PAS beroleh kuasa.
Melalui tiga produk ini, membuktikan PAS benar-benar serius dan berupaya memimpin perubahan. Bukan semata-mata dengan slogan dan gimik politik yang bersifat sementara. Cita-cita yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden agar PAS menjadi kepala keretapi, bukan gerabak yang hanya mengikut dorongan arus pihak lain. Ia boleh direalisasi sekiranya gagasan-gagasan penting ini dipasarkan. Sekali gus memunculkan PAS sebagai peneraju Blok Ketiga di persada politik nasional.
Info dan Ilmu
Satu persoalan, selama ini di dalam kempen-kempen politik, apakah kita mengilmukan rakyat atau sekadar mendedahkan info maklumat kepada mereka? Sedangkan untuk menilai dan membuat keputusan, rakyat memerlukan ilmu.
Politik kita bukan semata-mata menyalurkan info maklumat dan pendedahan isu, kemudian bakar sentimen rakyat, diakhiri dengan kempen undilah kami. Sebaliknya yang perlu disedari, info maklumat akan terawang-awang melainkan ia mesti disimpulkan dengan ilmu yang menyelesaikan.
Sudah pastilah komitmen tersebut perlu digalas oleh bukan sebarangan orang. Malah kepakaran ilmu solusi Islam perlu diperturunkan agar pendukung-pendukung PAS menjadi jurucakap yang efektif demi memahamkan orang ramai terhadap dasar Islam dukungan PAS. 
Menuntut Perubahan
Di kala rakyat sedang mencari politik yang bersifat penyelamat, kita tidak perlu terbawa-bawa dengan sikap politik konvensional.
Sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat dengan politik kepartian, kita membawa harga diri Islam. Bukan bertanding ejekan 'troll' siapa yang paling berbisa. Bukan cabar-mencabar cakap siapa yang paling besar. Bukan menjuarai isu, sebaliknya menyediakan solusi bagi isu. Rakyat mahu menilai idea yang kita tawarkan.
Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa politik kita berurusan dengan manusia. Sifat manusia senang bersimpati dengan pihak yang sering diserang secara 'overkill', sungguhpun pihak tersebut bersalah. Barangkali kredit simpati itulah yang dinikmati oleh Umno-BN menjelang PRU14.
Era kemenangan Pakatan Pembangkang dan tertiarapnya BN sejak 2008, menjadi satu detik yang terkandung pelbagai pengajaran. Antaranya betapa kita perlu menjauhi sikap 'underestimate' terhadap musuh politik.
Silap sekiranya kita menganggap Umno bodoh dan hanya menunggu saat untuk ditalkinkan. Buktinya, kita lihat lewat setahun dua kebelakangan ini, mereka berjaya mengubah senario. Sekarang siapa yang kelam kabut? Umno-BN atau Pakatan Pembangkang? Siapa yang cukup selesa menghadapi PRU kali ini?
Ambil Kira Golongan Atas Pagar
Jika kita bertanya pada penyokong tegar parti masing-masing, mereka telah 'solid' dan kurang terpengaruh dengan suasana politik. Kekhuatiran yang dikemukakan di atas, hanya terlihat sekiranya kita menyelami pandangan golongan atas pagar terhadap kualiti politik negara kita. Apakah kita lupa, merekalah yang akan menjadi batu pemberat bagi setiap neraca keputusan pilihan raya?
Justeru jika mahu mengungkapkan apa-apa, perhatikan sama apakah ia akan meyakinkan mereka terhadap dasar Islam yang kita bawa. Atau yang membimbangkan kita, hanya menambah muak mereka terhadap politik.
Inilah Jalan Kita
Pertarungan kali ini amat unik. Jika melihat situasi Ahzab, pasukan Nabi cekal bersendirian lalu menang. Yang membimbangkan adalah, kita terus merasa selesa dan cukup dengan angka yang ramai. Tanpa sedar, melonggarkan kebergantungan dengan Allah. Demikianlah sirah mengajar kita.
Justeru tetaplah kita dengan politik Islam. Mengilmukan rakyat dengan solusi Islam. Satu-satunya jalan yang mengeluarkan rakyat dari kegelapan kepada cahaya.
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulama
PAS Kawasan Klang - HARAKAHDAILY 8/10/2017
Sumber HD - 8-10-2017 














































































































































































Geng Motor Teh Tarik berjaya tarik ‘mat motor’

ALTERNATIVE Riding Club (ARC) Selangor dengan kerjasama ARC Tanjung Karang berjaya menganjurkan Geng Motor The Tarik Session (TTS) bertempat di pekarangan Masjid Ar-Raudhah Tanjung Karang malam tadi, bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
Program ini berjaya menghimpunkan hampir 200 buah motorsikal dengan pelbagai jenis model motorsikal dari 70cc hingga 1400cc. TTS kali ini turut melibatkan beberapa kelab motor antaranya Tengkorak Bikers, GBIM Gabungan Bikers Islam Malaysia, SBG Sabak Bernam Group, Sembilang Bikers, ARC Selangor dan anak-anak muda sekitar Tanjung Karang. 
TTS disajikan dengan teh tarik dan roti canai sambil sembang santai motor yang menampilkan bersama otai-otai permotoran seperti Saudara Awie yang merupakan Pengurus (LLRKS) Litar Lummba Rakyat Kuala Selangor, Ustaz Zamri Mantop TV9 Mari Mengaji yang merupakan seorang bikers dan Ustaz Ahmad Nazri, Naqib ARC Malaysia. 
Di antara initipati yang dapat dikongsikan oleh Saudara Awie sepanjang beliau dan pasukan beliau menganjurkan perlumbaan bersiri King of 2T di LLRKS ialah beliau menceritakan pengalaman para pelumba merasakan satu kelainan di LLRKS dengan berkumandangnya azan di litar dan solat secara berjamaah serta diisi dengan tazkirah oleh ustaz jemputan. 
Menurut Ustaz Zamri Zainuldin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang merangkap Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor turut mengingatkan kepada para bikers agar setiap golekan tayar motor itu memberikan pahala kepada penunggang tersebut. Dengan motosikal, ia juga boleh mengeratkan ukhuwwah di antara para bikers yang lain dan dengan motosikal juga boleh menyampaikan dakwah risalah Islam. 
TTS diserikan juga dengan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Hadiah yang disediakan seperti Sport Rim GTO RXZ, helmet, tayar dan pelbagai lagi barang-barang keperluan motor. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim sekali gus merasmikan program TTS Geng Motor. Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada (MDKS) Majlis Daerah Kuala Selangor dengan kehadiran Ahli Majlis, Saudara Jaafarudin Sheikh Daud. 
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Masjid Ar-Raudhah Tanjung Karang dengan sokongan penuh Nazir Masjid iaitu Cikgu Ishak Pilos. Aktiviti bermula dari waktu pagi seperti membersihkan kubur bersama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjung Karang dan pada waktu petang, program servis minyak motor 4T percuma kepada penduduk dan jamaah masjid yang hadir. Mereka juga turut serta dalam aktiviti sukan memanah yang diadakan di kawasan lapang masjid. 
Penganjuran program seperti ini akan diteruskan pada setiap bulan iaitu pada hari Sabtu malam Ahad minggu pertama dan akan bertukar tempat ke seluruh 22 kawasan Parlimen di dalam negeri Selangor. Tanjung Karang merupakan tempat yang kedua penganjurannya yang mana sebelum ini dibuat di Kapar dan insya Allah pada bulan hadapan akan dilaksanakan di Gombak pula. 
Program ini akan dijadikan sebagai platform kepada ARC Selangor untuk lebih menjiwai aktiviti permotoran dan berukhuwah bersama sahabat permotoran dari kelab-kelab lain. 
Hafiz Rois
Pengarah ARC Selangor 











































































































































































































































































































































































Sumber HD -n8-10-2017
















































































































































































PAS Selesai Masalah Penginapan Mangsa Perobohan





















































































































































































SUBANG 04 OKTOBER 2017. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merobohkan rumah empat pintu di Kampung Gelam bersebelahan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. NSTP/ROSDAN WAHID
KUALA TERENGGANU – PAS telah berjaya menyelesaikan masalah penginapan mangsa perobohan rumah di Subang dua hari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim berkata, mangsa tersebut kini tinggal sementara di sebuah Inap Desa hasil bantuan PAS Kawasan Subang.

“Kerajaan negeri Selangor telah menyediakan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara bagi kedua-dua bekas pegawai masjid berkenaan,

“Ia diuruskan oleh Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd dan kerja-kerja pemindahan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan tak perlu bayar sewa dalam tempoh enam bulan dan mereka boleh masuk dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selanor, Dato Iskandar Samad yang juga Pengarah Khimat Malaysia memaklumkan demikian kepada beliau

Dr Azman yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS berkata, Khidmat Malaysia menangani apa saja insiden bencana yang berlaku dalam negara samada banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perobohan rumah dua orang bekas Pegawai Masjid pada hari rabu 4 Oktober yang lalu.

“Khidmat Malaysia berjiwa penyelamat dan bukannya tukang roboh.Yang runtuh kami bina dan yang rosak kami baiki. Yang terperangkap bencana kami bantu dan yang memerlukan kami santuni,

“Inilah bakti kami kepada negara. Lantaran itu, cubaan memburukkan imej Dato Iskandar sebagai seorang pimpinan PAS dalam isu perobohan rumah di Subang adalah tak berasas sama sekali,” tegas Dr Azman.

Sumber BO - 7-10-2017





















































































































































































Bilik gerakan PAS TTDI Jaya dirasmi

PAS Cawangan TTDI Jaya melakar sejarah pada 6 Oktober 2017 dengan membuat majlis perasmian untuk Markas, Bilik Gerakan dan Jentera Pilihanraya PAS Cawangan. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad.
Menurut Ketua Cawangan PAS TTDI Jaya, Abdul Razak, PAS Cawangan TTDI Jaya optimis dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang dengan mempersiap siagakan jentera dan petugas parti di peringkat Cawangan. Ini memberi suntikan semangat kepada semua ahli dan petugas parti. 
Ucapan perasmian oleh Ustaz Idris menyentuh tentang kesediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya walaupun pertandingan berapa penjuru sekalipun. Beliau juga menegaskan kepada semua petugas untuk menyantuni dan memenangi hati pengundi atas pagar yang kebanyakannya tertekan dengan kelemahan Umno dan Barisan Nasional, tetapi gusar dengan Pakatan Harapan yang tidak berupaya untuk membela Islam atas tekanan parti dominan mereka DAP. 
Akhir sekali PAS TTDI Jaya telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila- bila masa sahaja sama ada masih kekal di Parlimen Shah Alam atau ditukarkan ke Dun Sri Setia, Parlimen Kelana Jaya. - HARAKAHDAILY 7/10/2017
Sumber HD - 7-10-2017 























































































































































































Anggota Amal turut cari mangsa hilang

ANGGOTA daripada Jabatan Amal turut terlibat dengan operasi mencari mangsa hilang di hutan antara empangan Kuala Kubu Baru ke Bukit Frazer.
Mangsa dimaklumkan adalah seorang pencen tentera yang didapati hilang semenjak 30 September lalu di kawasan berkenaan. 
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Shehdi Hazrik berkata, seramai 16 anggota Amal dari Unit UTK, semboyan dan medik terlibat dalam misi SAR bersama pasukan Bomba, Polis, dan semua agensi kerajaan dalam misi pencarian, semalam. 
Katanya, sebelum memulakan misi, semua anggota Amal yang diketuai oleh Timbalan Ketua Sektor Operasi, Abu Umar telah melakukan solat hajat memohon Allah memudahkan segala urusan. 
“Misi kali membawa sama beberapa aset Amal antaranya ialah sebuah jentera ambulans, peralatan radio komunikasi semboyan dan peralatan medik,” katanya. 
Tambahnya, petugas yang cedera semasa bertugas dirawat oleh pasukan Medik Amal yang diketuai oleh Muhammad Khairi Shaharuddin dan antara yang menerima rawatan termasuk anggota-anggota Bomba. 
Menruutnya lagi, satu pasukan dari Unit Syifa Amal Negeri diketuai oleh Mashadi dan Zafran dan 5 anggota Syifa Amal yang lain turut membantu melalui usaha alternatif.

“Alhamdulillah dengan peralatan alat komunikasi yang baik Amal Command Centre (ACC) kami yang dikendalikan oleh Nasrol telah diberi kepercayaan untuk menghubungkan team Mosas dan Bomba sepanjang misi,” ujarnya. 
Beliau berkata, semua anggota kembali ke base camp sekitar jam 5.00 petang untuk melapor kepada ketua operasi SAR. 
“Alhamdulillah semua anggota terlibat berada dalam keadaan selamat. 
“Insya Allah hari ini satu lagi operasi yang merupakan operasi terakhir akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, saya mohon seluruh sahabat yang membaca laporan ini dapat mendoakan keselamatan mereka dan semoga mereka dapat menjumpai mangsa hilang tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 6/10/2017































































































































































































































































































































































































Sumber HD - 6-10-2017
























































































































































































SRITI Selangor perkenal sistem data atas talian


SEKOLAH Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor yang menggabungkan keseluruhan SRITI kawasan seluruh negeri itu meneguhkan aspek pengurusannya menerusi Sistem Data Atas Talian.
Pengenalan sistem tersebut bertujuan memudahkan pengurusan pentadbiran di semua sudut dalam menghadapi hari pendaftaran dan kemasukan pelajar bagi sesi yang akan datang. 
Menerusinya juga, kepentingan kualiti dan pengurusan pejabat yang lebih efisyen dapat menggantikan sistem manual sedia ada. 
Bahkan ia dijangka mampu meningkatkan tatacara pengurusan pentadbiran, kewangan dan penstrukturan guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar. 
Tujuan lain bagi operasi Sistem Data Atas Talian ini adalah untuk merekodkan hampir keseluruhan aktiviti pelajar daripada sudut kehadiran, kecemerlangan, amali, hafalan serta masalah disiplin. 
Ia bagi memudahkan rujukan ibu bapa dan penjaga pelajar pada sesi hari bertemu pelanggan atau hari terbuka SRITI yang menjadi sebahagian agenda penting institusi pendidikan itu. 
Pada ketika ini, Selangor sudah menubuhkan 14 SRITI dan telah beroperasi dalam tempoh setahun ini dan akan menambah enam lagi menjelang 2018. 
Ia bagi menampung permintaan yang sangat tinggi khususnya di kalangan pelajar lepasan pra sekolah sama ada di bandar mahupun di luar bandar. 
Di masa akan datang, SRITI merancang membentuk satu silibus pemulihan bagi pelajar-pelajar yang lemah sudut penguasaan pembacaan dan hafalan. 
Ianya bertujuan mengambil tanggungjawab sekiranya terdapat pelajar yang tidak diterima di sekolah lain dan menjadi hilang minat untuk meneruskan pembelajaran.
SRITI menerima banyak keadaan di mana terdapat ibu bapa memohon untuk menerima anak mereka yang sedemikian walaupun terpaksa bermula dengan tahun 1. 
SRITI mempunyai identiti tersendiri sebelum ini melalui Silibus Kaffah dan kini kita sudahpun mempunyai sistem data sendiri yang dikenali sebagai ADABS. 
Pada tahun hadapan, SRITI akan mempunyai kaedah hafazan yang akan dipraktikkan sebagaimana Al-Quran turun selama 23 tahun. 
Pelajar bukan sahaja akan didedahkam dengan surah dan juzuk-juzuk, tetapi juga asbabun nuzul dan lainnya sebagaimana dihafaz terus oleh para Sahabat R.A serta mereka mengamalkannya. 
SRITI adalah produk pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang dilancarkan pada 2015 oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selepas kejayaan PASTI yang di ilhamkan oleh Almarhum Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik. 
Selepas kejayaan PASTI yang sangat cemerlang melahirkan ramai pelajar dan mendapat pujian daripada guru-guru sekolah rendah, SRITI kini mengorak langkah demi langkah menjadi permulaan kepada Program Pendidikan Islam di seluruh negara.
Sumber HD - 1-10-2017 



























































































































































































Hari Asyura' dan Fastaqim



"Aku lebih berhak meraikan Musa berbanding kamu puak-puak Yahudi" - (riwayat Bukhari)
Itulah reaksi Nabi apabila mendengar dakwaan Yahudi, bahawa mereka merayakan tanggal 10 Muharram kerana memperingati tarikh peristiwa terbelahnya laut yang menyelamatkan Nabi Musa dan melenyapkan Firaun.
Sempena memperingati peristiwa agung tersebut, marilah kita kembali membelek al-Quran mengenai makna sebenar istiqamah.
Jangan Ikut Semberono
Ketika Nabi Musa dan Nabi Harun mengadu kepada Allah mengenai kezaliman Firaun, seterusnya mendoakan kehancuran kerajaan Firaun, Allah membalas:
 قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya telah diterima doa kamu berdua, maka istiqamahlah. Dan jangan kamu ikut jalan golongan yang tidak mengetahui" (Yunus 89)
Berdasarkan ayat ini, dijelaskan bahawa:
• Istiqamahnya Nabi Musa bersama teman setianya iaitu Nabi Harun. Keakraban yang tulen kerana perjuangan Islam. Bukan atas kepentingan yang lain.
• Istiqamah adalah jalan yang diasaskan dengan pasak ilmu. Bukan main ikut-ikutan lantas terperangkap masuk ke jalan golongan yang jahil.
• Tidak serik berjuang walaupun melalui masa yang panjang dan tribulasi yang getir. Ibnu Juraij meriwayatkan bahawa Nabi Musa menempuh tempoh 40 tahun sebelum benar-benar melihat kehancuran Firaun yang telah dijanjikan oleh Allah.
Usah Buat Perkara Yang Islam Tidak Ajar
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ
"Maka istiqamahlah kamu (wahai Muhammad) seperti apa yang telah diperintahkan kepadamu, dan juga kepada orang yang telah bertaubat bersamamu. Dan janganlah kamu bersikap melampau"  (Hud 112)
• Bukanlah istiqamah dengan mereka-reka jalan lain selain yang telah ditunjukkan oleh Nabi. Jangan pandai-pandai buat perkara yang Islam tidak ajar.
• Bersikap santun dengan golongan yang bersungguh dengan Islam. Usah melampau ke atas mereka.
Tiada Jalan Lain
Sama ada sedar atau tidak, setiap rakaat solat kita berdoa agar kekal istiqamah.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukkanlah kami jalan istiqamah" (al-Fatihah 6)
Jalan golongan yang istiqamah pula diterangkan di dalam ayat yang lain:
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ
"Barangsiapa yang mentaati Allah & Rasul, maka mereka bersama dengan golongan yang dikurnia nikmat oleh Allah. Di kalangan para Nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin" (al-Nisa 69)
• Jalan istiqamah mestilah mengikuti para Nabi. Ajaran, prinsip, tawakkal dan cabaran yang telah diteroka oleh mereka, mengajar kita realiti sebenar perjuangan Islam. Kisah-kisah mereka, terakam di dalam al-Quran.
• Kemudian jalan para siddiqin. Sinonim dengan Saidina Abu Bakar dan para sahabat. Golongan yang serius dengan Islam. Tidak bertapi-tapi dengan Islam. Genggam erat keazaman bersama Islam walaupun terseksa.
• Seterusnya jalan para syuhada'. Mereka yang meletakkan Islam sebagai agenda utama hidup. Sanggup mendahulukan Islam walau tercicir kepentingan-kepentingan yang lain. Hinggalah tergadai nyawa sekalipun. Akhir sekali jalan para salihin.
Hak Cipta Terpelihara
Istilah istiqamah adalah istilah al-Quran. Selain dari jalan yang telah dinyatakan oleh al-Quran, bukanlah jalan istiqamah.
Jangan sampai kita tergamak memadankan istilah istiqamah kepada orang yang bukan Islam. Kagum macam mana sekalipun, pujilah dengan pujian yang lain, tapi bukan dengan pujian istiqamah. Berdasarkan al-Quran, syarat utama istiqamah mestilah terlebih dahulu beriman.
Doa
Demikian penerangan ringkas tentang istiqamah berdasarkan al-Quran. Faktor ilmu, pergaulan, jalan yang dipilih merupakan perkara utama dalam menjayakan istiqamah.
Cuma jangan kita lupa, semua itu hanya diperolehi dengan belas kasihan dari Allah yang mengurniakan kita hidayah. Justeru, fahamilah betul-betul doa yang kita pohon setiap kali membaca surah al-Fatihah.
USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Sumber HD - 29-9-2017 





























































































































































































Isu pesta arak: Hasil PAS bertemu Datuk Bandar positif

EMPAT Dewan PAS Negeri Selangor iaitu Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong telah mengunjungi Datuk Mohd Azizi Mohd Zain selaku Datuk Bandaraya Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ di Petaling Jaya, kelmarin.
Pimpinan Dewan dihadiri oleh Ustaz Rizuan Rahmat  (Ketua Dewan Ulamak), Ustaz Syarhan Humaizi Halim (Ketua Pemuda), Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat), Datuk Deepakaran A/L Karupiah (Ketua Himpunan Penyokong) serta pimpinan dewan-dewan yang lain. 
Turut hadir bersama dalam kunjungan ini ialah YB Ustaz Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus dan AJK PAS Pusat. 
Kunjungan ini adalah bagi mendengar dengan lebih jelas dan tepat berkenaan permohonan penganjuran pesta arak Oktober Fest 2017 kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya oleh Datuk Mohd Azizi sendiri. Difahamkan bahawa permohonan pesta arak ini akan dibuat di Kompleks Membeli Belah One Utama. Namun setakat ini permohonan tidak mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan. 
Di samping itu, PAS pula menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pihak Datuk Bandaraya termasuk mengemukakan bantahan terhadap permohonan penganjuran pesta arak ini sebagai tanggungjawab sosial dan mewakili masyarakat prihatin di negeri Selangor. 
PAS amat konsisten berkaitan isu pesta arak, sejak dari tahun 2014 lagi telah membantah penganjuran ini. Pandangan PAS jelas iaitu menolak aktiviti minum arak secara berpesta tanpa menolak hak menkonsumi arak di kalangan bukan Islam. Kerana membudayakan pesta arak adalah bertentangan dengan cara hidup rakyat Malaysia. Maka PAS sangat berharap agar permohonan Oktober Fest 2017 tidak diluluskan oleh pengurusan MBPJ. 
Bantahan penganjuran pesta arak turut disuarakan secara rasmi oleh 4 orang Ahli Majlis PAS di MBPJ iaitu Haji Ghazali Daud, Encik Azri Mohd Arish, Ariffin Mahaiyuddin dan Encik Azizi Ariffin. 
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kesedaran masyarakat dari semua peringkat bagi berganding bahu melaksanakan tugas Amar Makruf Nahi Mungkar serta membawa kesejahteraan di negeri Selangor. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
28 September 2017 / 7 Muharram 1439 - HARAKAHDAILY 28/9/2017
Sumber HD - 28-9-2017 































































































































































































PAS serah memo bantah pesta arak

MEMORANDUM Bantahan Pesta Arak oleh Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Selangor telah dihantar ke Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Yong Shook Lin, petang ini.
Pertemuan mahabbah empat dewan itu dengan Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain itu turut disertai AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. 
"Bantahan ini adalah di atas hak berpesta kerana ia melibatkan masyarakat.
Apa jaminan mereka yang terlibat dengan pesta ini tidak keluar daripada kawasan berkenaan selepas selesai program dalam keadaan tidak mabuk dan tidak mengancam keselamatan masyarakat awam?" soal Khairuddin. 
Difahamkan, permohonan untuk menganjurkan Oktober Fest telah dihantar namun ia didapati tidak lengkap kerana tidak memenuhi prosedur. 
Meskipun begitu, PAS konsisten dalam menyatakan bantahan kerana masih terdapat permohonan untuk menganjurkan pesta sedemikian. – HARAKAHDAILY 27/9/2017
Sumber HD - 27-9-2017 

































































































































































































Pasar malam ke arah patuh syariah di Bangi












Sambutan 40 Tahun Bandar Baru Bangi tahun ini mencipta sejarah sekali lagi dengan pelancaran Pasar Malam ke Arah Patuh Syariah oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangiku).
Program tersebut telah dilancarkan petang semalam dan dirasmikan oleh Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah. Turut hadir Yang Dipertua Bangiku Ahmad Sufie Munasir, Ahli Majlis MPKJ, Husni Manan, Hamsatul Hamzah dan beberapa pemimpin NGO yang lain. 
Dalam ucapannya, Shafie menyampaikan rasa gembira setelah sekian lama pasar malam yang tertua di Bandar Baru Bangi itu diwujudkan kini ia mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan gelaran Bangi Bandar Ilmu, dan lebih bagus lagi perubahan itu bersesuaian dengan syariat Islam. 
Pertambahan pasar-pasar telah merancakkan lagi sektor perniagaan peniaga kecil di Bangi, dan menurutnya lagi, pihak ahli majlis dalam perancangan untuk mencari tempat yang lebih sesuai dengan prasarana baru dan lebih bersih tanpa menjejaskan peniaga sedia ada. 
Tambah beliau, Seksyen 16 sahaja sudah ada empat jenis pasar. 
“Insya Allah di Bangi ini akan diwujudkan lagi satu jenis pasar iaitu ‘Pasar Agro’ yang membawa hasil industri kecil dari kampung-kampung di seluruh Selangor," ujarnya. 
Program kemudian disusuli dengan Kempen Jom Solat dengan tagline "Solat dijaga, rezeki berganda" oleh Pemuda PAS Serdang yang membuat edaran risalah  mengajak semua peniaga dan pengunjung berhenti 15 minit bagi menunaikan solat Maghrib di Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. 
Pemuda PAS Serdang turut menyokong program tersebut dan menyarankan konsep patuh syariah itu tidak terhenti setakat Jom Solat sahaja malah ia sangat luas sehingga penjagaan aurat dan batasan bukan mahram serta iklan di bunting, mereka juga mestilah mematuhi syariat.  - HARAKAHDAILY 24/9/2017 














20  
Sumber HD - 23-9-2017                   



































































































































































































Pesta arak: PAS Selangor terus istiqamah perjuangkan kesejahteraan rakyat

PAS Selangor akan terus berusaha dan berjuang bagi memastikan rakyat Selangor khususnya akan terus menikmati kesejahteraan hidup. Kami mengajak seluruh rakyat berusaha dan berganding bahu bagi menyuburkan amalan hidup sihat, saling hormat menghormati antara kaum dan agama serta kembali berpijak kepada akar budaya yang luhur dan santun.
Sehubungan itu, PAS selangor berpendirian bahawa penganjuran 'Better Beer Festival 2017' (BBF17) pada awal Oktober ini hanya akan menjadi penghalang dan perosak terhadap usaha membina kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama. 
Sewajarnya semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran tentang kes-kes dan tragedi kemalangan, pergaduhan, perceraian, kezaliman dan banyak lagi yang berpunca dari pengambilan alkohol yang berlebihan. Apatah lagi BBF17 ini akan menampilkan 250 jenis arak yang berbeza dari tidak kurang 43 syarikat arak. Bukan sekadar budaya bahkan Islam dan seluruh agama yang lain juga melarang dari mengambil arak kerana kemudharatannya dan kesan buruk yang besar. 
Sepatutnya juga kita mengambil peringatan dari laporan peringkat antarabangsa melalui organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 yang bertajuk "Global Strategy to reduce the hamful use of alcohol" yang secara langsong mengaitkan bahaya pengambilan alkohol secara berlebihan. 
Ada yang berpandangan bahawa pesta BBF17 ini bertepatan dengan demokrasi. Harus diingat bahawa demokrasi bukan tiket untuk membolehkan semua perkara dilakukan atau kebebasan mutlak. Sewajarnya demokrasi digunakan untuk mencapai matlamat keharmonian dan kesejahtetaan serta saling hidup hormat menghormati rakyat itu dapat dinikmati bersama. 
PAS Selangor akan terus senada dan sehaluan dengan semua pihak, kaum dan agama untuk terus berusaha bagi menyuburkan amalan hidup sihat dan waktu yang sama menghalang apa sahaja usaha dan amalan yang merosakkan kesejahteraan rakyat. 
"Menerajui Kesejahteraan Selangor" 
YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Sumber HD - 18-9-2017 






































































































































































































Kemasukan Mat Taib bakal gugat Noh Omar?

KEMASUKAN semula bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib  merupakan tamparan hebat kepada Ketua Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas Noh dilihat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak gagal menawan isu-isu di Selangor.
"Apabila diumumkan secara besar-besaran kemasukan Tan Sri Mat Taib semalam seolah-olah Noh Omar ini tidak berupaya untuk menawan Selangor, jadi disebabkan itu Perdana Menteri, Datok Seri Najib Razak membawa masuk mantan menteri besar Selangor itu ke dalam Umno sebab dia (PM) sudah tak yakin dengan Noh Omar," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad kepada Harakah. 
Beliau yang ditemui Harakah selepas Program Ramah Mesra bersama Media dan isu-isu terkini Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor yang diadakan di hotel Carlton, Shah Alam hari ini juga menjawab pertanyaan wartawan Harakah mengenai tindakan Noh Omar yang sering menggunakan isu perumahan di Selangor sebagai cubaan untuk menarik perhatian rakyat Selangor mengenai isu tersebut. 
Datuk Iskandar berkata, Noh Omar sering menggunakan isu perumahan dan beberapa isu lain sebagai usaha ahli parlimen Tanjung Karang itu untuk menawan kerajaan Selangor. 
"Jika benar dia nak tolong rakyat Selangor, sepatutnya dia lakukan dari dulu lagi, bukan waktu nak hampir pilihan raya baru nak ambil berat isu itu dan ini," katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar. – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD- 18-9-2017 







































































































































































































Dua lagi Cawangan PAS ditubuh di Selayang

KURANG seminggu selepas 60 orang telah mengisi borang PAS di Selayang, dua lagi Cawangan PAS ditubuhkan di Dun Rawang pula hari ini.
PAS Selayang cukup terharu dengan sambutan baik daripada rakyat terhadap PAS ketika ini lebih-lebih di Selayang. 
Perkara tersebut dizahirkan oleh Zaidy Abdul Talib dalam ucapannya ketika Majlis Perasmian Cawangan tersebut. 
"Penubuhan cawangan ini telah menjadi kebanggaan Ahli PAS seluruh negara" Tambah beliau lagi. 
Penubuhan cawangan ini juga menggambarkan sokongan tidak putus-putus dan kepercayaan rakyat kepada PAS serta menempelak andaian PAS telah ditolak oleh rakyat. 
Zaidy yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang menyarankan kepada semua ahli terus berkerja supaya imej dan orang terus mengenali amal kerja baik yang dilakukan oleh kita. 
Dalam pada itu, lebih 50 orang hadir pada perasmian cawangan tersebut yang diadakan di Taman Mawar Rawang. – HARAKAHDAILY 17/9/2017
Sumber HD - 17-9-2017

http://www.harakahdaily.net/index.php/sso/eh/2914-ibrah-al-kahfi-jauhi-sistem-cukai-yang-zalim























































































































































































































































































































































































































Festival arak: Batal atau berdepan protes besar-besaran

BATALKAN festival arak atau berdepan dengan bantahan secara besar-besaran umat Islam. Itu sahaja bahasa yang paling layak dalam berdepan dengan penganjur dan mereka yang menyokong program pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual di ibu negara pada 6 Oktober depan.
Masyarakat Malaysia sekalipun berbilang kaum amat memahami isu yang sensitif ini. Seluruh umat Islam  tahu mengenai pengharaman agama terhadap arak. Begitu juga masyarakat bukan Islam yang lama menetap dengan harmoni dalam negara tahu budaya menyeluruh masyarakat Malaysia. Pesta arak bukan budaya yang diamalkan oleh masyarakat bukan Islam dalam negara kita kerana mereka amat memahami sensitiviti umat Islam. Hanya beberapa ‘individu dan watak jahat’ ini sahaja yang cuba mengapi-apikan masyarakat bukan Islam dan memasukkan budaya liar ini dalam negara kita. 
Pihak penganjur diberi amaran supaya jangan mencetuskan kemarahan masyarakat dalam negara ini terutamanya umat Islam. Majoriti rakyat adalah beragama Islam dan berpegang dengan agama Persekutuan iaitu Islam. Penganjuran secara terbuka bahkan dirai secara bentuk program festival dalam skala besar ini tidak wajar diadakan dan sepatutnya dihormati oleh semua pihak. 
Dalam mengulas dakwaan Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim bahawa Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan pesta arak itu tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan dan tentangan daripada PAS.  
Barangkali Teng Chang Khim sewaktu bercakap dalam keadaan ‘mabuk’, kerana seluruh negara sedia maklum bahawa majoriti rakyat adalah umat Islam dan majoriti masyarakat bukan Islam tidak suka budaya liar ini di bawa masuk dalam negara. 60 tahun negara Merdeka, masyarakat bukan Islam tidak pernah meminta dianjurkan pesta arak sebegini. Kerana ini bukan budaya masyarakat Malaysia. 
Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak pihak kerajaan agar bertegas dan tidak benarkan penganjuran ini diadakan. Bukan hanya pada kali ini bahkan sampai bila-bila bentuk program sebegini diharamkan terus dalam negara kita. Jangan mencabar amarah anak muda Islam. Batalkan program ini atau berdepan protes secara besar-besaran. 
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda PAS Selangor
25 Zulhijjah 1438 H/16 September 2017. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 













































































































































































































PRU 14: PAS Selangor isytihar tarikh siap siaga

PAS Negeri Selangor telah menetapkan tarikh 16 September 2017 bersamaan 25 Zulhijah 1439 sebagai tarikh di mana seluruh jentera pilihanraya PAS negeri meliputi 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Negeri berada pada tahap persediaan tertinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 bila-bila masa.
Pada hari ini PAS di negeri Selangor di pelbagai peringkat sudah bersedia dengan jentera yang terlatih dan tenaga yang mencukupi bagi menghadapi cabaran baru Pilihan Raya Umum Ke-14 di bawah panji-panji Gagasan Sejahtera dan bertekad untuk membawa kemenangan bermakna sebagaimana diingini rakyat khasnya di negeri ini. 
Untuk itu pada hari bersejarah ini selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor saya mengisytiharkan bahawa slogan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 ini buat PAS di Negeri Selangor adalah "Menerajui Kesejahteraan Selangor". 
Dan saya tegaskan sekali lagi bahawa PAS bersedia bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Negeri dan seberapa banyak kerusi Parlimen yang mungkin di Selangor bagi merealisasikan cita-cita perjuangan "Menerajui Kesejahteraan Selangor" itu. 
PAS beriltizam untuk meneruskan kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang telah dicapai bersama melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi dua penggal berturut-turut bermula 2008 dan 2013 dan akan berusaha serta mengambil inisiatif dan pelbagai langkah serta pendekatan Islam untuk mempertingkatkan lagi pencapaian yang ada. 
Semoga Selangor Darul Ehsan kekal dikurniakan kesejahteraan dengan izin Allah SWT dengan diterajui oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. 
USTAZ SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
16 September 2017/25 Zulhijah 1439.– HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 















































































































































































































DACS Selangor berjaya tawan Gunung Semeru, Indonesia

EKSPEDISI DACS Selangor tawan Gunung Semeru (gunung berapi) di Indonesia telah tercapai melalui wakil kami, Pengerusi Alternative Trekking Club (ATC) DACS Selangor, Saudara Syukri hari ini.
Bendera Malaysia, PAS dan DACS berjaya dipacakkan di puncak gunung. Ia sebagai satu simbolik kepada kesungguhan dan kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan ketinggian puncak Gunung Semeru atau lebih dikenali dengan Puncak Mahameru setinggi 3.676 meter dari permukaan laut, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. 
Ini membuktikan bahawa "Pemuda PAS Boleh". Pada masa yang sama, DACS ingin berkempen agar kita semua jalani hidup sihat, selalu bersenam dan makan makanan yang sihat. 
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Para pemuda perlu sedar bahawa jika Saudara Syukri berjaya lakukannya, maka kita juga boleh berjaya melakukan apa sahaja yang kita hajati. Percayalah kepada keupayaan diri sendiri, jangan cepat putus asa dan pastikan kita mempunyai keazaman dan matlamat dalam menghadapi cabaran yang ada. 
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Selangor. – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 

















































































































































































































60 lagi serah borang jadi ahli PAS di Selayang

PENYERAHAN borang keahlian PAS baru seramai 60 orang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad membuktikan bahawa parti Islam itu tidak pernah `terpadam' untuk terus mendapat sokongan rakyat.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Selayang, Ustaz Mohd Farhan Mazlan berkata, fitnah dilemparkan ke arah PAS bertubi-tubi bukan sahaja daripada Umno bahkan Pakatan Harapan (PH). 
Namun katanya, PAS tetap menjadi pilihan rakyat dan terus diperlukan oleh semua parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. 
Beliau berkata, amalan budaya politik matang dan sejahtera merupakan pendekatan PAS yang telah diterima oleh semua lapisan masyarakat. 
Seramai 60 orang telah mengisi borang PAS dan telah diserahkan kepada Ustaz Idris dalam program `Hati ke Hati' bersama beliau di Taman Selayang Mulia, semalam. 
Menurut Farhan, mereka yang menjadi ahli PAS begitu yakin dengan PAS kerana dasar perjuangan dan komitmen PAS dalam membela Agama, rakyat dan bangsa. 
Tambah beliau, di samping kesungguhan kerja dan perkhidmatan  membantu rakyat yang ditonjolkan oleh semua wakil rakyat PAS terutama Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib. 
"Ini menunjukkan PAS terus dirasai dan diterima oleh masyarakat di seluruh negeri Selangor," katanya. 
Turut menyaksikan penyerahan borang keahlian baru, Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib yang juga exco kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD - 11-9-2017 



















































































































































































































Laporan polis terhadap Siti Kasim & David Orok

PARTI Islam Semalaysia (PAS) melakukan satu laporan polis terhadap Siti Kassim dan David Orok  di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Ia bagi membolehkan satu siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas kedua-dua individu tersebut dilaksanakan.
Ini berikutan status Facebook (FB) dipercayai milik Siti Kassim pada 1 dan juga 10 September lalu yang telah membawa pelbagai tafsiran, pengertian menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan; merujuk kepada tindakan yang dilakukan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. 
Pada 5 September lalu satu lagi status yang mengelirukan oleh pemilik FB David Orok telah dimuat naik. Beliau telah menyatakan bahawa Nabi Ismail adalah anak luar nikah hasil dari tindakan Nabi Ibrahim meniduri Hajar yang memberi maksud bahawa Nabi Allah itu telah melakukan perbuatan zina. 
Kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia. 
Selain itu ia juga bersifat ancaman serta gugatan ke atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Sumber HD-11-9-2017 





















































































































































































































ADN Seri Serdang gerakkan sumbangan untuk Rohingya

KEZALIMAN dan keganasan di luar  batas  kemanusiaan terhadap umat Islam Rohingya di  Arakan, Myanmar telah mencetus  rasa  keprihatinan Adun  Seri  Serdang, Noor Hanim Ismail.
Sehubungan itu, beliau telah menggerakkan  masyarakat setempat dengan mengadakan kutipan sumbangan bagi membantu etnik Rohingya yang kini sedang hidup dalam kesengsaraan. 
"Saya  bersyukur, isu kezaliman kaum Rohingya ini ada kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia  untuk membantu mereka menerusi tabung sumbangan kemanusian yang diwujudkan. 
"Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Adun Seri Serdang mendapat sambutan dari masyarakat  awam, surau dan masjid serta masyarakat bukan Muslim. 

Dewan  Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Puchong turut menyalurkan sumbangan kepada pejabat kami," ujar beliau. 
Sebanyak RM9,043.70 sumbangan awal berjaya dikumpulkan dan telah diserahkan kepada Bendahari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief)  Mohd Adram Musa, di sini semalam. 

Sumbangan tersebut akan dibawa pada misi bantuan tersebut yang telah berlepas ke Cox's Baazar, Bangladesh pada pagi ini diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor. 
Delegasinya turut disertai sukarelawan lain antaranya Awang Solahuddin dari Kedah dan Shahir Abu Hassan dari Selangor yang akan memasuki kem pelarian bagi menyampaikan sumbangan. 
Sejak beberapa minggu lalu, ratusan ribu etnik Rohingya lari ke sempadan Bangladesh apabila kampung halaman mereka diserang pihak tentera kerajaan, tentera politik dan pelampau Buddha. 
Ratusan yang lain juga terbunuh, selain mati lemas dan pelbagai akibat lain sepanjang pelarian dan keadaan sukar di kem-kem diwujudkan secara terdesak di sempadan Bangladesh. 
PASRelief kini sedang menggerakkan usaha secara besar-besaran serta berkolaborasi bersama NGO lain untuk tindakan misi kemanusiaan dan bantuan segera yang amat kritikal ketika ini. 
Ketika sama, PAS dan banyak pihak di serata dunia turut mendesak dan menuntut tindakan segera ke atas Myanmar yang ternyata sedang melakukan kezaliman dan penghapusan etnik di negara itu. 
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menyalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat (Maybank 5640 7061 1352) dan boleh mendapatkan keterangan lanjut di talian Pengarah 012-596 9220 atau Bendahari 013-384 5555. – HARAKAHDAILY 10/9/2017















Sumber HD - 10-9-2017 

No comments:

Post a Comment