BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, December 11, 2014

USTAZ MOHD KHALIL ABDUL HADI - KETUA (2017-2019)/ TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA(S2015-2017)




Mulianya Melayu dengan Islam

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia! Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berqabilah supaya kamu mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (kepada Allah) di kalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Mahu mendalam pengetahuanNya. (Al-Hujuraat: 13) 
Al-Quran adalah kitab petunjuk daripada Allah kepada manusia. Kesemua isi kandungannya tidak lain tidak bukan melainkan untuk memandu manusia ke jalan yang lurus. Apabila Al-Quran menyebut kejahatan dan keburukan satu-satu kaum dan bangsa bukan bertujuan untuk menghinanya tetapi sebagai iktibar supaya manusia lain tidak mengikutnya. Inilah manhaj Al-Quran dalam membina diri manusia supaya berbakti kepada TuhanNya yang mencipta alam ini. 

Kaum dan bangsa yang paling banyak disebut di dalam Al-Quran ialah kaum Yahudi/Banu Israel. Mereka dimuliakan oleh Allah bukan kerana kebanyakan anbiya dari kalangan mereka akan tetapi kerana mereka mengikut petunjuk Allah yang dibawa oleh nabi-nabi mereka. Setelah mereka menyeleweng, mereka dimurkai dan dihina oleh Allah dengan sehina-hinanya. Sebanyak 50 surah disebut di dalam Al-Quran tentang kejahatan mereka. Merekalah kaum yang mempersendakan Allah, membunuh anbiya, melakukan kerosakan, penyebab kepada peperangan dan lain-lain lagi. Tujuan ianya disebut bukan untuk menghina dan merendah-rendahkannya akan tetapi sebagai peringatan dan pengajaran. Jikalau tujuannya kerana zat kaum dan bangsa semata-mata masakan Nabi Muhammad s.a.w mengahwini perempuan daripada Banu Israel dan menerima bangsa Banu Israel memeluk Islam seperti Abdullah bin Salaam dan lain-lain lagi. 
Samalah juga permusuhan umat Islam dengan bangsa Yahudi di Israel pada hari ini, bukan kerana mereka berbangsa Yahudi tetapi kerana sikap dan tindakan mereka yang menzalimi, merampas dan menindas rakyat Palestin.  
  
Jikalau begitu kedudukannya dengan bangsa Yahudi maka samalah juga dengan bangsa dan keturunan lain, semua manusia adalah sama daripada Nabi Adam a.s, yang paling mulia ialah yang paling baik perangainya dengan mengikut panduan Islam. 
Abu Jahal tetap hina walaupun daripada keturunan Arab. Bilal bin Rabah mulia di sisi Allah walaupun dari keturunan Afrika. Mulianya bangsa Arab kerana mereka berpegang dengan Islam sehingga satu pertiga dunia berada di tangan mereka. Akan tetapi pada hari ini mereka berpecah, berperang sesama sendiri dan berbunuhan antara satu sama lain setelah mereka meninggalkan Islam. 
Justeru PAS sebagai sebuah parti Islam sentiasa mengajak semua bangsa dan kaum supaya kembali kepada Islam khususnya bangsa Melayu. Kemulian orang Melayu ialah dengan Islam bukannya dengan zat bangsa Melayu. Inilah beza perjuangan yang berasaskan Islam dan perjuangan yang berasaskan perkauman yang sempit. UMNO yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja bukan pada roh dan jatidirinya. Di mana kedudukan tulisan jawi yang menjadi jatidiri kepada bahasa Melayu setelah ianya dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Dimanakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ianya digadaikan oleh bangsanya sendiri. 
Dimanakah kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang keliling. Apa yang UMNO lakukan sebelum ini untuk bangsa Melayu yang ketinggalan di Pulau Pinang sehingga hari ini baru hendak berkokok. Negeri-negeri yang majoritinya Melayu tidak ditambahkan kerusi parlimen kerana bimbang akan dimenangi oleh parti seteru yang sebangsa dengannya, dalam masa yang sama menambah kerusi-kerusi di negeri-negeri yang bercampur dengan bangsa dan kaum lain. Tindakan menafikan hak royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan suatu ketika dahulu adalah contoh jelas sifat hipokrit UMNO terhadap negeri-negeri Melayu. Pemimpin UMNO sendiri yang mengakui wujudnya penyakit rasuah kronik dalam diri parti UMNO, dalam masa yang sama menyebarkannya kepada bangsa Melayu demi untuk mendapatkan sokongan. Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya selagimana kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masaalah yang berlaku dalam negara pada hari ini. 
PAS bukannya parti perkauman tetapi parti yang meletakkan kaum di tempatnya yang adil. Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman yang paling terkehadapan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis. 
PAS bukannya parti yang menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan ugama, bangsa dan negara. Rosaknya fikiran bangsa Melayu bukan kerana Tun Mahathir yang didakwa bukan keturunan Melayu, akan tetapi kerana dasar UMNO yang membela Melayu tertentu dan menzalimi Melayu lain kerana berlainan aliran politik dengannya. Walaupun Tun Mahathir telah meninggalkan UMNO, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. 

PAS menyeru kepada bangsa Melayu supaya kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian bukan penyelesaian cara UMNO yang menggula-gulakan bangsa Melayu dengan janji-janji manis kebendaan setiap kali tibanya musim pilihan raya. Seruan ini adalah konsisten sejak daripada penubuhan PAS sehinggalah pada hari ini. Masih belum terlambat kepada bangsa Melayu untuk kembali ke pangkal jalan. 
“Mara Menuju Cita”
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS
10 Zulkaedah 1438 / 2 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 


Muhammad Khalil Abdul Hadi Bersama As-Syeikh Al-Mujahid Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Posted on Wednesday, August 03 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31228



Alhamdulillah, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam sangat bertuah kerana bersama dan bersebelahan atas flight dgn As-Syeikh Al-Mujahid Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Banyak perkara yang kita tak tahu dan orang Malaysia mungkin tak tahu anak Presiden PAS ini bersama Dr Yusof untuk satu program mendaulatkan perjuangan Islam.

Semoga Allah mudahkan urusannya bagi kepentingan kita bersama.                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 3-8-2016         

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Khalil di qudstv.com secara langsung
Posted on Sunday, March 13 @ 20:09:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Malam semalam Ustaz Khalil Abdul Hadi di temubual oleh qudstv.com secara langsung dimana membincangkan peranan anak muda Malaysia berkaitan isu Al-Quds dan Palestine.





Sumbere TKO - 13-3-2016









Mengenang pengasas PAS Terengganu TG Haji Bidin

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


SEMALAM saya berkuliah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Dungun. Di sini serba ringkas kisah Tuan Guru yang merupakan pengasas PAS di Terengganu. Semoga Allah merahmati Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951.

Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat.

Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara.

Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate.

Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun. – HARAKAHDAILY 15/12/2015

Sumber HD - 15-12-2015



Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi Pelapis Muda PAS

Posted on Friday, November 27 @ 08:07:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menghadiri International Youth Forum di Istanbul. Beliau berkesempatan berjumpa dan berkongsi pandangan berkait dengan isu-isu yang berlaku di dunia Islam.



Sumber TKO - 27-11-2015










Solidariti sokongan aktivis demokrasi Mesir

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar satu memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa terdekat.

"Ia adalah satu solidariti umat Islam untuk menentang krisis hak asasi manusia yang sedang berlaku di Mesir sejak rampasan kuasa rejim Al-Sisi pada bulan Julai 2013," kata Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, memorandum itu juga menyokong tindakan The Freedom & Justice Party yang telah menghantar laporan penuh mengenai krisis hak asasi manusia di Mesir kepada PBB untuk menuntut satu siasatan segera terhadap rejim al-Sisi.

Katanya, walaupun laporan ‘Universal Periodic Review on Egypt 2014’ telah menyarankan 300 rekomendasi untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara tersebut, namun ia bertambah buruk.

Beliau menambah, sehingga Mei 2015, seramai 669 orang telah dijatuhkan hukuman mati termasuk Presiden sah Mesir, Mohammad Morsi.

Katanya lagi, DPPM menegaskan supaya pihak UNHCR tidak toleran terhadap rejim al-Sisi yang secara eksplisit melanggar rekomendasi untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di Mesir.

"Kami juga dengan tegas menggesa supaya satu tekanan politik harus diberikan untuk menyekat kezaliman yang dilakukan terhadap semua dakwaan ke atas para aktivis demokrasi di Mesir," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015


Konsep negara berkebajikan masih lagi relevan - Khalil

Posted on Thursday, October 29 @ 08:57:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Konsep negara berkebajikan yang diperjuangan PAS pada pilihan raya umum lalu masih lagi relevan dan akan diteruskan dalam intipati perjuangan parti berteraskan Islam itu, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Justeru beliau optimis usaha untuk memastikan rakyat menerima hak daripada kerajaan akan menjadi tunjang PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

"Oleh kerana itulah kami kira bahawa ia masih lagi relevan apa yang telah kami sebut di dalam dokumen negara berkebajikan semasa kami menghadapi PRU12.

"Di mana di antara apa yang disebut dalam dokumen negara berkebajikan itu ialah sebuah negara untuk memberikan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada golongan muda," katanya kepada Antarapos.

Khalil menambah konsep ini perlu diamalkan bagi memastikan hasil kekayaan negara tidak dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja.

"Di mana kita melihat apa yang berlaku dalam negara kita bukannya kerana sumber hasil masyhur negara tidak cukup tetapi apa yang berlaku adalah salah urus tadbir kerajaan Umno-BN yang memerintah pada hari ini," katanya.

Beliau berkata konsep tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana terdapat banyak lagi sumber pendapatan negara yang boleh menampung kos pemberian bantuan kepada rakyat.

"Jadi oleh itu untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup tinggi yang berlaku kepada golongan muda hari ini penyelesaian pertama yang kami akan selesaikan jika kami dipilih oleh rakyat khususnya pengundi muda dalam pilihan raya yang akan datang ialah menyelessaikan ketirisan dan keborosan yang dilakukan kerajaan Umno-BN hari ini," katanya.

Untuk rekod manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu turut disertakan pemberian pendidikan percuma, caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan. - AntaraPos

Sumber TKO - 29-10-2015 


Merdeka: 1.5 juta syahid di Algeria











MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


PADA saat kehangatan negara menyambut Kemerdekaan Kali Ke-58, saya berada di negara yang telah mengajar erti kemerdekaan sebenar yang tidak terhingga nilainya.

Negara sejuta setengah syahid itulah gelaran kepada negara Algeria yang telah mengorbankan lebih daripada sejuta rakyatnya untuk mendapat kemerdekaan daripada penjajah Perancis.

Umat Islam melalui zaman kegelapan sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki, bermula daripada kelemahan umat Islam sendiri kerana meninggalkan agama yang telah menjadikan mereka contoh dan teladan kepada umat manusia dari pelbagai bidang dan aspek kehidupan.

Racun asabiyyah perkauman dan mazhab yang dititik oleh penjajah ditelan hidup-hidup sehingga sanggup menjadi alat kepada penjajah Barat menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Almarhum As-Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang alim dan pemikir Islam memberikan komennya terhadap situasi umat Islam pada ketika itu:

"Umat Islam berdepan dengan kezaliman orang-orang Turki dan kebodohan orang-orang Arab."

Kezaliman orang-orang Turki terhadap bangsa dan kaum lain walaupun seagama dengan mereka. Kebodohan orang-orang Arab kerana sanggup menjadi alat kepada penjajah memecahkan kerajaan Islam.

Akibatnya kejatuhan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah, maka negara-negara umat Islam dibahagi-bahagikan mengikut kehendak penjajah melalui Perjanjian Pangkor, Sykes Picot, Balfour dan lain-lain lagi. Buat pertama kali dalam sejarah umat Islam hilang tempat bergantung.

Algeria dipegang oleh penjajah Perancis sejak dari tahun 1830 sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1964. Bukan sahaja kekayaannya dikaut dan dirompak kerana begitulah tabiat penjajah, bahkan jatidiri rakyatnya mahu dicabut supaya tidak ada lagi jatidiri bangsa Arab Muslim.

Para ulama ditahan, sekolah-sekolah agama ditutup. Bahasa Arab dilarang untuk diajar, jatidiri Islam dicabut, gerakan Kristianisasi dikembangkan. Penjajah Perancis memberikan tanah dan bangunan kepada bangsa Perancis dan konco-konconya. Rakyat Algeria dihalau dan dihambat ke pendalaman sama seperti yang dilakukan oleh Zionis Yahudi terhadap umat Islam Palestin.

Gerakan menentang penjajah dimulakan oleh para ulama dan pejuang-pejuang. Pada tahun 1832 Al-Amir Abdel Qader memulakan gerakan Jihad terhadap penjajah Perancis dengan perang gerila menentang penjajah yang mempunyai pelbagai kelengkapan canggih dan tersusun. Pihak Perancis menanganinya dengan pelbagai bentuk kekerasan dan kekejaman sehingga mereka berjaya menahan Al-Amir Abdel Qader pada tahun 1847.

Gerakan jihad tidak boleh dipadamkan; perjuangan diteruskan silih berganti oleh generasi selepas daripada itu sehinggalah pada tahun 1931 munculnya seorang tokoh ulama dan pejuang Abdel Hamid bin Badis yang mengambil pendekatan membangunkan anak-anak muda dengan tarbiyah Islam, meniupkan semangat jihad dalam diri mereka untuk menentang penjajah Perancis. Slogannya yang masyhur dikenang sehingga ke hari ini:

“Islam adalah agama kami, bahasa Arab adalah bahasa kami dan Algeria adalah watan kami.”

Hasil daripada tarbiyah yang panjang ini sehingga melahirkan kesedaran menyeluruh, maka tercetuslah revolusi pada tahun 1954 sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1962. Perjuangan yang panjang dan berliku ini mengorbankan lebih dari sejuta rakyat Algeria. Mereka sekali-kali tidak tunduk dan mengikut telunjuk penjajah.

Saya terkedu melihat bagaimana pengorbanan yang begitu mahal dilakukan oleh rakyat Algeria untuk mencapai kemerdekaan. Betapa tinggi nilainya sebuah kemerdekaan. Kemerdekaan bukan semata-mata menghalau penjajah daripada bumi yang dijajah bahkan kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan roh, jasad dan pemikiran daripada agenda penjajah.

Rakyat Algeria bukan sahaja tanahair mereka dijajah bahkan mereka juga tidak rela roh dan jiwa Islam mereka disentap oleh penjajah. Mereka mengorbankan nyawa sebegitu ramai jumlahnya untuk merasai erti kemerdekaan yang sebenar.

Erti kemerdekaan yang diucapkan oleh Rub'i bin A'amir kepada Rustum, panglima tentera Parsi:

"Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu daripada pengabdian sesama hamba kepada pengabdian kepada Tuhan yang Maha Esa. Daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Pada hari ini negara kita menyambut kemerdekaan Kali ke-58. Bermakna sudah 58 tahun penjajah meninggalkan negara kita yang tercinta ini. Adakah kita benar-benar merdeka dengan erti kata yang sebenar? Itu persoalan yang mesti dijawab oleh seluruh rakyat. Jangan semata-mata kita melaungkan kata keramat “Merdeka” saban tahun, tetapi negara kita masih lagi dibelengu oleh sistem penjajah ke atas rakyat.

Tidak dinafikan bukan semua yang ditinggalkan oleh penjajah itu buruk dan tidak elok. Islam menggajar kepada kita; “Hikmah kebijaksanaan itu adalah barang tercicir kepada orang mukmin yang boleh diambil manfaatnya jika tidak bercanggah dengan hukum syarak.”

Di sana ada perkara-perkara baik ditinggalkan oleh penjajah yang wajar dikekalkan dan di sana ada perkara-perkara mesti dibuang demi untuk memerdekakan jiwa kita daripada belenggu penjajah.

Sistem perundangan adalah contoh yang paling jelas bahawa negara kita masih belum merdeka secara keseluruhannya. Perundangan Islam hanya berlegar pada aspek kekeluargaan dan muamalat sahaja sedangkan undang-undang jenayah masih lagi mengekalkan undang-undang penjajah.

Walaupun penjajah telah meninggalkan tanahair kita akan tetapi amalan penjajah masih lagi diamalkan. Di zaman penjajah kekayaan watan dirompak dan dibawa pulang ke negara mereka. Setelah merdeka kekayaan negara juga dirompak dan mengkayakan golongan yang tertentu sahaja.

Di zaman penjajah cukai diambil dari rakyat, setelah merdeka cukai yang tidak patut terus dibebankan terhadap rakyat. Di zaman penjajah tanah dimiliki oleh penjajah. Selepas merdeka berapa ramai anak watan yang tidak memiliki tanah sendiri untuk membuat rumah kediaman.

Walaupun negara kita tidak mengorbankan sejuta setengah syahid untuk mencapai kemerdekaan sebagaimana negara Algeria. Akan tetapi jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan jangan sekali dilupakan. Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Hajj dan rakan-rakannya telah mencurahkan jasanya untuk kemerdekaan ini.

Bahkan juga di sana terdapat nama-nama yang 'sengaja' dilupakan dari lipatan sejarah demi untuk menjaga kepentingan golongan yang tertentu walaupun jasa mereka sangat besar kepada tanahair ini.

Tok Janggut, Tuan Guru Hj Abdurrahman Limbong, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Rosli Dhoby, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain lagi adalah tokoh-tokoh yang telah mengorbankan jasa yang sangat besar untuk kemerdekaan ini.

Kemerdekaan itu adalah satu nikmat maka syukurilah nikmat ini dengan mengembalikan erti kemerdekaan yang sebenar di dalam diri anak watan semua. – HARAKAHDAILY 3/9/2015

Sumber HD - 3-9-2015

Tunisia dan Malaysia: Waqi Berbeza

IMG-20150822-WA0080
Oleh : Muhammad Khalil Abdul Hadi

Tunisia di gelar sebagai ‘ Ibu Sekularisma di negara Arab’. Kesan sekularismanya sangat dahsyat, munasabahlah Harakah An-Nahdhah tak ambil pendekatan pelaksanaan Syariah terlebih dahulu. Di sini poligami adalah satu jenayah, dikenakan hukuman penjara.

Puak Sekular ada usaha utk menghalalkan perkahwinan sejenis. Pernah semasa Harakah An-Nahdhah memimpin kerajaan pada sesi lepas; ada usaha untuk menutup restoran pada waktu siang bulan ramadhan akan tetapi ditentang oleh puak Sekular.

Ada pihak di Malaysia bawa wakil Harakah An-Nahdhah untuk menghalalkan perjuangan mereka dengan tidak meletakkan pelaksanaan Syariah sebagai agenda utama. Kalau betul pun tengoklah pada waqi.

Sebab itu Fiqh Al-Waqi sangat penting; bukan semua yang dilaksanakan di Tunisia atau mana-mana tempat yang ada Gerakan Islam sesuai untuk diaksanakan di Malaysia.

Di Malaysia jika PAS tak bercakap soal pelaksanaan syariah, umat Islam akan marah kerana jiwa mereka sudah sebati dengan Islam. Islam sudah diletakkan sebagai ugama rasmi negara. Undang-undang Syariah sebahagiannya sudah dilaksanakan dan diamalkan.

Lompang-lompang yang ada mestilah diisi jika sekiranya mempunyai peluang dan ruang. Perjuangan PAS untuk melaksanakan enakmen jenayah Islam di Kelantan adalah langkah ke hadapan yang mesti diteruskan. Mereka yang menganggap sebaliknya adalah undur ke belakang.

Sedih pun ada geram pun ada; akan tetapi setelah melihat benih-benih baru yang muncul memberikan cahaya baru bahawa bumi Tunisia akan kembali membawa sinar keadilan Islam satu hari nanti insyaallah.

***Catatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dari bumi Uqbah bin Nafi’, Tunisia.
20 Ogos 2015

Sumber BO - 22-8-2015













Menilai maslahah agar beristiqamah hingga kemenangan













MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


Anjakan Paradigma
Ilmu Islam itu berkait langsung dengan dua sumber utama iaitulah al-Quran dan as-Sunnah Nabi SAW. Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang diturunkan mempunyai sebab-sebabnya yang dinamakan di dalam ilmu al-Quran dengan asbabun nuzul, misalnya Surah al-Ahzab diturunkan bersempena dengan peristiwa al-Ahzab dan lain-lain lagi. Dalam Sunnah Nabi SAW pula disebut asbabul wurud, merujuk kepada hadis tersebut mewakili sebab atau peristiwa yang berlaku di sebaliknya. Contohnya hadis “innamal a’malu binniat”, bermaksud, “Sesungguhnya setiap amalan itu mestilah berdasarkan kepada niat”, di mana hadis ini bersempena dengan peristiwa Hijraturrasul.

Maka di atas roh itulah ucapan-ucapan Dasar yang disampaikan oleh Yang di-Pertua atau Presiden PAS daripada dulu hingga hari ini, bahawa di sana ada sebab-sebab di sebaliknya. Jika dilihat di era 80-an, tajuk-tajuk Ucapan Dasar ketika itu banyak menjurus kepada perkara serangan pemikiran yang mengancam aqidah umat Islam. Contohnya berkait dengan bahayanya ism-ism sekularisma, nasionalisma, sosialisma dan lain-lain ism lagi serta memerangi dan meruntuhkan perkara yang disebut sebagai fahaman kebendaan, di mana semua itu adalah cabaran dihadapi oleh umat Islam pada di era itu.

Seterusnya di era 90-an, PAS mengorak langkah menterjemahkan Islam yang diperjuangkan melalui kuasa dimiliki khususnya di Kelantan dan Terengganu dengan mengangkat tema “Membangun Bersama Islam”, Maju Bersama Islam dan seterusnya. Kemudian di era millenium, kejayaan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain telah berjaya meruntuhkan tembok antara PAS dan bukan Islam justeru ucapan-ucapan Dasar yang dipilih berkisar kepada keterbukaan PAS dengan masyarakat bukan Islam dan antara yang mutakhirnya ialah yang bertajuk Rahmat untuk Semua.

Perubahan tersebut juga dapat dilihat kesannya kepada persekitaran masyarakat dan lawan politik PAS, misalnya dalam isu berkait hudud. Tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pimpinan beragama Islam khususnya daripada Umno yang menghina, mencaci hukum hudud sepertimana era 80-an dan makin surut di era 90-an. Malah, stigma kebimbangan masyarakat kepada hudud semakin mengecil termasuk penerimaan positif daripada kalangan bukan Islam. Situasi itu hinggakan PAS berjaya menjalin tahaluf siyasi bersama dengan PKR, Barisan Alternatif dan kerjasama di luar parti bersama DAP.

Landskap Tahaluf Siyasi
Seterusnya PAS mengukuhkan lagi tahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat, di mana natijahnya terlihat kejayaan pada sudut dakwah dengan orang bukan Islam. PAS berjaya meruntuhkan tembok pemisah dengan bukan Islam sehingga dapat bergaul erat dengan golongan itu. Sebelum itu masyarakat bukan Islam dimomokkan dengan bermacam kebimbangan; Islam ini menindas, ekstrem dan seumpamanya. Bila PAS bersama, mereka melihat akhlak ahli-ahli PAS, sehinggalah kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ahli PAS yang bergerak kerja pasti mengalami pengalaman seumpama ini, khususnya dalam kerja-kerja pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum di mana PAS bersama-sama PKR dan DAP yang di kalangan mereka itu terdapat petugas bukan Islam. Misalnya bila tiba masuk waktu solat, anggota PAS menangguhkan tugas untuk solat terlebih dahulu, sebelum disambung kembali segala kerja buat. Mereka lihat akhlak ahli PAS dan merasa kagum hingga ada di kalangan mereka yang memeluk Islam.

Paling kurang mereka tidak bermusuh dengan Islam dan PAS melihat kewujudan DHPP memberi kesan daripada krisis dalaman yang berlaku di antara PAS dan Pakatan Rakyat. Ucapan Dasar ketika itu “Rahmat Untuk Semua” telah menggambarkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga untuk orang bukan Islam. Negara Berkebajikan, meluaskan kebajikan yang PAS hendak laksanakan bukan hanya untuk orang Islam, tapi juga untuk orang bukan Islam. Dan ini dilaksanakan oleh PAS di negeri-negeri yang diperintah secara bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat iaitu di Kedah, Selangor dan Perak.

Akan tetapi PAS telah diuji dalam tahaluf siyasi sebagaimana yang telah diketahui semua sehinggalah ucapan-ucapan beberapa tahun kebelakangan ini banyak menjurus kepada usaha untuk memastikan ahli-ahli PAS supaya meneguhkan aqidah perjuangan. Memelihara agar tidak terkesan dengan unsur-unsur luar akibat daripada tahaluf siyasi PAS dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Kemuncaknya, pada dua Ucapan Dasar terkini, telah dibawa tema ‘Istiqamah’ setelah melihat wujud kegoyahan pendirian di kalangan ahli dan pimpinan PAS.

Tiga Sudut Pandangan
Secara rumusan umumnya, terdapat tiga golongan atau kategori ahli PAS kesan daripada kemelut yang belaku antara PAS dan Pakatan Rakyat:

Pertama, ialah mereka yang melihat bahawa PAS mestilah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat sekiranya mahukan kemenangan menawan Putrajaya iaitu hanya dengan Pakatan Rakyat sahaja impian itu mampu dicapai;

Kedua, ialah mereka yang melihat PAS mesti bersama-sama dengan Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan dakwah Islam; dan

Ketiga, ialah mereka yang melihat PAS mesti bersama-sama Pakatan Rakyat dengan meletakkan kepentingan prinsip dan politik Islam mengatasi mengatasi kepentingan-kepentingan lain.

Pertama, mereka yang menganggap PAS tidak boleh menang tanpa Pakatan Rakyat, maka untuk mencapai cita-cita politik menawan Putrajaya, PAS mestilah melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya. Hanya mencari kemenangan dalam pilihan raya tanpa menilai kesannya kepada dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Hinggakan terikut-ikut rentak dan dakwaan serta mesti menuruti pelbagai kajian yang kononnya resepi atau strategi kemenangan. Misalnya apabila DAP mengeluarkan kenyataan yang lantang berkenaan hudud, terdapat di kalangan pimpinan dan ahli PAS turut senada menyatakan hudud bukan keutamaan, boleh diketepikan dan PAS perlu menang dahulu. Hakikatnya matlamat PAS bukan sahaja untuk menang dalam pilihan raya, PAS juga mahu memastikan Islam dapat dibawa bersama. Tiada erti kemenangan tetapi PAS tidak boleh melaksanakan Islam, apatah lagi perkara yang menyentuh atau mengancam hak-hak orang Islam di dalam negara ini .

Kedua, mereka yang berpandangan PAS mesti bersama dengan Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan dakwah dan Ketiga berpandangan demi menjaga prinsip dan kepentingan politik Islam.

Ketiga-tiga jalur pemikiran ini tidak satupun yang menafikan kepentingan tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat apatah lagi mahu masuk Umno-BN sebagaimana yang dimomokkan oleh setengah pihak. Akan tetapi tahaluf siyasi yang dijalankan ini mestilah meletakkan Islam di hadapan dan memberikan keuntungan kepada Islam dan umat Islam.

Memahami Maslahah
Di sini terdapat pertembungan antara maslahah-maslahah di atas; di mana sebenarnya ketiga-tiga ini ada maslahahnya. Maslahah hendak menang, maslahah hendak dakwah dan maslahah kepentingan politik. Dalam Islam, ada tiga maslahah berdasarkan syariat Islam:

Pertama, maslahah mu’tabarah iaitu maslahah yang berlandaskan kepada syariat Islam di mana dalam maslahah ini, sama ada logik atau tidak logik, ia wajib diterima. Menerima ketetapan halal dan haram adalah maslahah yang mesti diterima walaupun logiknya tidak boleh diterima. Sebagai contoh hukum berniaga arak diharamkan oleh Islam hendaklah diterima kerana ia satu maslahah walaupun logiknya ia sangat baik kerana memberikan keuntungan kepada peniaga. Di sana ada maslahah-maslahah yang akal manusia tidak mampu capai tetapi wajib diterima.

Termasuk dalam perkara berkait dengan hukum hudud, ini perkara yang banyak akal manusia tidak mampu capai, tetapi wajib kena terima. Masalah hari ini ialah fahaman ataupun serangan pemikiran baru mempengaruhi minda umat Islam yang boleh disebut golong al-aqliyyun. Golongan ini mengikuti akal hingga mengenepikan syariat iaitu ikut logik semata-mata.

Kedua, maslahah mulghah iaitu maslahah yang terbatal. Contohnya ialah, bermuamalat dengan riba untungnya satu maslahah. Tapi ia maslahah yang mulghah.

Ketiga, maslahah mursalah. Ia tidak akan tercapai dan dapat dilihat hanya oleh golongan tertentu iaitu mereka yang mempunyai ilmu mendalam berkait syariat Islam terutama dari sudut memberikan ijtihad-ijtihad. Contohnya, semasa zaman Abu Bakar RA, apabila diberikan cadangan oleh Umar al-Khattab RA supaya ditulis dan dibukukan al-Quran. Abu Bakar tidak setuju lalu berkata “Bagaimana aku akan setuju hal yang Nabi tidak lakukan.” Lalu Umar berkata “Ini satu maslahah.” Kerana pada ketika itu ramai Sahabat yang hafal al-Quran mati syahid. Jadi untuk memastikan generasi akan datang mempunyai sumber al-Quran yang teguh, hendaklah ditulis supaya tidak lupa. Akhirnya pandangan Umar al-Khattab itu diterima dan dilaksanakan.

Dalam konteks memahami maslahah-maslahah kebersamaan PAS dalam tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat ramai di kalangan ahli-ahli PAS berada dalam keadaan dilema untuk menilai maslahah manakah yang patut didahulukan. Adakah maslahah untuk menang atau maslahah da’wah mengatasi maslahah politik Islam? Di sinilah para ilmuwan Islam meletakkan satu ilmu yang dinamakan dengan Fiqh al-Awlawiyyat dan Fiqh al-Muwazanah untuk menilai perkara-perkara di atas dengan adil berlandaskan nas syara’ bukannya semata-mata dengan akal dan logik.

Misalnya maslahah dakwah penting, ketika sama maslahah kepentingan politik Islam juga penting. Maka perlu kepada penilaian mendahulukan perkara yang mesti didahulukan. Atas kepentingan dakwah dipertahankan Pakatan Rakyat kerana dahulu tidak boleh menyampaikan dakwah Islam, tetapi sekarang boleh, maka tidak mungkin diabaikan begitu sahaja.

Ada yang memilih untuk meletakkan kepentingan politik Islam mengatasi kepentingan-kepentingan lain hatta kepentingan dakwah sekalipun. Kalau dilihat pada sirah Nabi Muhammad SAW, dalam beberapa peristiwa Baginda mendahulukan kepentingan politik Islam daripada kepentingan dakwah.

Antaranya ialah, Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 13 tahun di Makkah. Berdakwah kepada Musyrikin siang dan malam, menemui individu-individu dengan ziarah, dialog dan seumpamanya. Tetapi Baginda tinggalkan Makkah walaupun ada kepentingan dakwah di situ kerana ada kepentingan politik Islam. Iaitu diizinkan kepada Nabi SAW untuk membina sebuah negara yang berasaskan kepada Islam. Ada kuasa untuk tegakkan Islam, kerana itu Baginda SAW tinggalkan kepentingan dakwah dan mengambil kepentingan politik Islam.

Ditambah lagi kepentingan politik Islam boleh melindungi kepentingan dakwah. Jika diambil dakwah sahaja tanpa kuasa, pasti akan berakhir begitu sahaja. Boleh diteruskan dakwah, tetapi kesannya hanya berlegar disekitarnya sahaja. Tetapi apabila memiliki kuasa politik Islam, ia akan melindungi kepentingan dakwah.

Posisi Gerakan Islam PAS
Di sinilah dapat dilihat PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, keutamaannya adalah politik Islam. Di sana ada kumpulan-kumpulan Islam yang meletakkan keutamaannya pada sudut ekonomi Islam, dakwah Islam, membentuk rohani dan sebagainya. Sebagai Gerakan Islam, walaupun tanpa kuasa PAS boleh berdakwah, boleh buka kedai berniaga ikut ekonomi Islam, boleh membersihkan diri rohani masing-masing di rumah. Tapi bila ada kuasa, semua kepentingan ini akan terpelihara dan terjaga.

Sebab itulah musuh-musuh Islam takut apabila orang Islam ada kuasa kerana mereka tidak mahu lihat sistem Islam diamalkan dalam pemerintahan. Sekiranya orang Islam ada kuasa, sistem ekonomi akan jadi Islam, sistem perundangan akan jadi Islam, sistem pendidikan akan jadi Islam, sistem masyarakat akan jadi Islam, memberikan banyak kebajikan pada masyarakat dan seumpamanya.

Tetapi segala yang berlaku dalam PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat telah menyebabkan ahli-ahli menjadi keliru antara kepentingan dakwah dan kepentingan politik Islam.

Misalnya isu Projek IC (kad pengenalan) di Sabah di mana tercatat dalam Buku Jingga, sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU Ke-13 yang lepas, isu itu akan diselesaikan. PAS tidak bersetuju hingga di kalangan pimpinan dan ahli PAS ada yang marah mempertikai pendirian itu. Mereka cenderung kepada maslahah menjaga keharmonian Pakatan Rakyat dengan PAS menerima segala yang disebut dalam Buku Jingga itu. Sedangkan pendirian PAS adalah kerana maslahah politik Islam. Benar mereka yang dapat IC di Sabah itu dimanipulasikan oleh Umno-Barisan Nasional. Tetapi mereka itu kebanyakannya adalah orang-orang Islam. PAS menjaga maslahah saudara-saudara se-Islam.

Contoh kedua ialah isu Ketua Menteri Negeri Sarawak. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan jika Pakatan Rakyat menang, akan dilantik Baru Bian. PAS menolak hingga terdapat kalangan pimpinan dan ahli yang marah melihat ia sebagai perbalahan. Sedangkan ini juga berkait maslahah politik Islam.  PAS tegas dalam masalah ini dan mereka yang berpegang kepada kepentingan untuk menang tidak bersetuju. Mereka yang berpegang kepada kepentingan dakwah juga sama tidak bersetuju atas alasan ia mengguris hati dan perasaan orang bukan Islam. Dalam perjuangan ini, mesti letak ke tepi soal emosi, rasional perlu ikut syarak.

Contoh ketiga, isu kemelut Menteri Besar Negeri Selangor. Semasa Datuk Seri Anwar hubungi Presiden PAS untuk bertemu, PAS wakilkan Setiausaha Politik, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu Anwar. Turut sama ketika itu Rahim Gouse, Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution.  Mereka mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar untuk menjadikan Selangor sebagai model seperti Erdogan di Turki.

Erdogan mula-mula menjawat Datuk Bandar Istanbul, bergerak selangkah demi selangkah hingga menjadi Perdana Menteri. PAS menolak sebab tidak ada alasan dari segi syarak yang membolehkan untuk menukar Tan Sri Khalid daripada kedudukan Menteri Besar untuk digantikan dengan orang lain. Kemelut isu MB Selangor ini berpanjangan sehingga hampir setahun. Dan hari ini terbukti pendirian yang diambil oleh PAS ini betul dan tepat.

Erti Istiqamah
Ucapan Dasar baru-baru ini “Beristiqamah Hingga Kemenangan” adalah ubat merawat ribut dan kemelut yang melanda. Terdapat di sana tiga jalur pemikiran ahli PAS. Kemelut PAS dengan Pakatan Rakyat; mestilah kembali kepada asas iaitu istiqamah dengan dasar perjuangan Islam.

Istiqamah ialah satu kalimah Arab atau lafaz Arab yang berasal daripada “qawama” ataupun “qama” yakni berdiri, sebagaimana dalam kamus. Dalam bahasa Arab, apabila satu kata perbuatan yang didahulukan dengan dengan huruf iaitu “alif sin tha”. Maka ia memberi maksud diminta untuk melakukan perbuatan itu. Kalimah “kharaja” yakni keluar, bila disebut “istakhraja” maknanya orang itu meminta untuk dikeluarkan sesuatu. Kalimah “qama” yakni berdiri, bila dimasukkan “alif sin tha” menjadi “istaqama” seterusnya kata masdarnya ialah “istiqamah” memberi maksud diminta untuk berdiri teguh tegak. Dari segi istilah pula ia memberi maksud “suluku assiratalmustaqim”, melalui jalan yang lurus. Iaitu dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya, lalu kekal dalam keadaan demikian selama-lamanya. Ini maksud al-Istiqamah.

Dalam al-Quran dan juga hadis Nabi SAW disebut istiqamah ini dalam beberapa bentuk dan gambaran. Ada disebut dalam bentuk doa, ini yang dilihat dalam surah al-Fatihah.

Disebut dalam bentuk doa, memohon “Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau beri nikmat kepada mereka.” Disyarah dalam ayat yang lain, iaitu Nabi-nabi, orang-orang yang benar. “Bukan jalan mereka yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat.”

Kedua ialah Allah Taala sebut dalam bentuk memuji dan menjanjikan orang yang istiqamah:

‘‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami ialah Allah kemudian mereka istiqamah, mereka tak takut dan mereka tak bersedih.” (al-Ahqaf: 13)

Allah Taala sebut mereka adalah ahli-ahli Syurga; kekal di dalamnya hasil daripada perbuatan yang mereka lakukan semasa hidup di atas muka dunia ini. Ini disebut dalam bentuk Allah Taala memuji dan menjanjikan.

Ketiga, kalimah istiqamah disebut dalam bentuk perintah. Nabi sebut dalam satu hadis:
“Qul amantu billah, summas taqim’’. “Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian hendaklah kamu istiqamah.” Istiqamah dengan melaksanakan perkara yang disebut tadi. Ulama-ulama menyebut bahawa istiqamah ini memerlukan kepada beberapa tuntutan.

Pertama, tuntutannya ialah ma’rifatu tariqi istiqamah. Tuntutan pertama hendak jadi orang yang istiqamah, dalam konteks ahli PAS mestilah tahu dan kenal jalan istiqamah, maksudnya menuntut ilmu. Jalan istiqamah Islamlah yang diperjuangkan berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah Nabi.

Maknanya kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan. Sebab itulah ulama menyebut “al-imu qabla amal”, “ilmu sebelum daripada amal”. Orang muda orang yang bersemangat, semangat ini dituntut, semangat itu satu kemestian. Tetapi semangat sahaja tidak boleh, mestilah dipandu dengan ilmu pengetahuan. Masalah yang berlaku pada hari ini di kalangan umat Islam kerana kekurangan ilmu. Jahil tentang ilmu, buat sesuatu kerana semangat bukan ilmu.

Bukan sahaja dalam masalah perjuangan, hatta dalam masalah ibadah sekalipun. Sebab itu Nabi beri peringatan dalam satu hadis, bila Nabi dengar tiga Sahabat bercakap. Seorang kata hendak sembahyang sepanjang malam tidak tidur. Sahabat kedua kata hendak berpuasa sepanjang tahun dan Sahabat ketiga kata hendak beribadah kepada Allah tidak mahu berkahwin. Lalu Nabi menegur mereka sambil bersabda; aku adalah sebaik-baik manusia, aku bangun sembahyang malam dan bila tiba mengantuk aku akan tidur, aku berpuasa, bila tiba masa berbuka aku makan dan aku berkahwin dengan perempuan-perempuan. Ini dalam masalah ibadah sahabat-sahabat tadi semangat tinggi, tapi hendak buat tidak berlandas pada ilmu.

Dalam perjuangan pun begitu, jangan kira semangat hendak menang sahaja, tapi ilmu Islam entah ke mana. Perlu pandu semangat ini dengan ilmu Islam. Ada di kalangan anak muda yang bersemangat untuk berjihad sehingga menolak masuk pilihan raya. Hakikatnya, duduk dalam PAS ini sudah berjihad, kerana jihad ini bukan maksudnya semata-mata dengan angkat senjata, konsep jihad ini sangat luas.

Dari sudut ilmu politik Islam, iaitu dalam PAS meletakkan institusi Majlis Syura Ulama sebagai institusi paling tinggi, walaupun PAS adalah parti politik. Politik PAS berteraskan kepada demokrasi iaitulah demokrasi Islam yang diperjuangkan. Kerana itulah dalam muktamar bila usul daripada Dewan Ulamak kata mesti diputuskan hubungan dengan DAP dan riuh sehingga perwakilan kata mesti bahas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan bahawa tahaluf siyasi ini diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak. Ia dibincangkan dengan ilmu berasaskan kepada kaedah-kaedah ilmu Islam di mana al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qias dengan diistinbatkan hukum dan diharuskan untuk bertahaluf siyasi, maka yang boleh membatalkan tahaluf siyasi ini adalah Majlis Syura Ulamak.

Ada yang kata ini tidak demokrasi kerana sepatutnya dibahas dalam muktamar. Sebab itulah demokrasi yang PAS ikut adalah demokrasi Islam. Britain ada cara demokrasi dia, Amerika ada cara demokrasi dia. Maka Islam yang diperjuangkan oleh PAS ada demokrasi cara sendiri. Soal hukum syarak tidak boleh dibincangkan secara umum begitu. Tidak oleh diundi, tidak boleh lari daripada prinsip Islam. Dalam demokrasi suara yang paling tinggi, suara yang paling banyak dikira menang, kena ikut walaupun bercanggah dengan syariat Islam, PAS tidak begitu.

Dalam Islam yang penting kebenaran itu adalah al-Quran dan Sunnah Nabi walaupun 99 peratus tidak setuju. Di sinilah PAS bincang isu tahaluf siyasi dengan Majlis Syura Ulamak kerana itulah institusi yang paling layak untuk dibincangkan dari sudut hukum hakam syarak, melibatkan maslahah jangka masa pendek, jangka masa panjang dan seumpamanya. Sehinggalah Majlis Syura Ulamak mengeluarkan keputusan terbatalnya tahaluf siyasi dengan DAP, tetapi kekal dengan Pakatan Rakyat dan bersama-sama dengan PKR.

Oleh itu, ilmu politik Islam ini sangat penting dan institusi Majlis Syura Ulamak adalah institusi yang mengolah ilmu politik Islam untuk dikeluarkan ijtihad-ijtihad sebab ia boleh menjadi landasan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS.

Kedua, setelah tahu mesti beramal. Orang istiqamah tidak boleh tahu sahaja kemudian tidak beramal. Alhamdulillah ahli-ahli PAS tahu dengan belajar dalam usrah, belajar dalam tamrin.

Ketiga adalah “al-jihadu biha”, “berjihad berjuang untuk menegakkannya”. Bukan sahaja beramal untuk diri dan keluarga tetapi juga di luar masyarakat, bergerak dengan masyarakat di bandar di kampung untuk menegakkan Islam yang diperjuangkan. Di sinilah Allah sebut dalam ayat 14 surah al-Kahfi:

“Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Ashabul kahfi Allah teguhkan hati-hati mereka, bila mereka bangun mereka tidak bangun sahaja tetapi mereka bergerak, lalu mereka berkata tuhan kami Allah. Di sinilah ahli PAS, yang aqidah perjuangannya ialah Islam, bangun dan gerakkan masyarakat, itu jihad mereka. Manakala terakhirnya adalah teguh dengan jalan istiqamah. Di sinilah tajuk ucapan dasar baru-baru ini terus beristiqamah kerana mahu istiqamah di dalam jihad ini menjadi amalan dan ilmu yang dijadikan sebagai teras berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Itulah yang disebut terus beristiqamah dengan segala macam ujian dan cabaran yang dilihat hari ini daripada dalam dan luar. Termasuklah juga daripada musuh-musuh Islam pada kontek lebih luas hendak terus beristiqamah dan insya-Allah, walaupun PAS melalui pelbagai ujian dan cabaran pada hari ini; PAS akan terus berisiqamah.

Istiqamah dengan dasar perjuangan Islamnya, istiqamah dengan pendekatan wasatiyah, istiqamah dengan perjuangan Islam dalam konteks negara Malaysia yang demokrasi dan mempunyai masyarakat majmuk. Juga mempunyai teras-terasnya dari sudut Islam sebagai agama persekutuan, dari sudut hak-hak orang Islam, dalam masa sama menjaga hak-hak orang-orang bukan Islam, termasuk dari sudut muwajahah silmiyyah yang PAS gunakan. Setakat hari ini PAS dapat istiqamah. - HARAKAHDAILY 20/8/2015

* Disusun oleh Izwan Abdul Halim daripada pembentangan pada Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak di PASTI al-Irsyad, Piasau, Miri, Sarawak.

Sumber HD - 20-8-2015

Pak Subky, tokoh yang saya kagumi

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


Bersama-sama Pak Subky Latif dan Sdr Vincent dari DHPP di majlis sambutan Hari Raya Eidfitr oleh PAS Batu.

Walaupun pertemuan yang singkat dengan Pak Subky akan tetapi ia penuh dengan kata-kata nasihat dan perkongsian pengalaman.

Pak Subky adalah seorang tokoh yang agak rapat dengan saya. Semenjak kecil lagi selalu berkunjung ke rumahnya di Taman Melewar.

Seorang tokoh yang saya kagumi dengan penulisannya yang ringan, padat dan mudah difahami.

Beberapa kali pernah bertanding di dalam PRU untuk kerusi parlimen antaranya ialah Parlimen Kemaman (1982).

Sekian lama bersama-sama dengan PAS. Melihat pasang surut dan perubahan yang berlaku tidak menjadikannya goyah bahkan terus beristiqamah dengan PAS.

اللهم طول عمره لخدمة الإسلام والمسلمين

Ya Allah panjangkan umurnya untuk terus berkhidmat demi Islam dan muslimin. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Sumber HD - 3-8-2015













Bayangan ahzab dalam liku perjuangan PAS

MUHAMAD KHALIL ABDUL HADI | .


IAITU bila datang kepada kamu bala tentera yakni tentera Ahzab. Lalu kami utuskan kepada mereka angin yang kuat dan tentera-tentera yang tidak dapat dilihat oleh kamu. Dan adalah Allah, tuhan yang Maha melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Ahzab: 9)

Antara ungkapan yang diulang dalam takbir raya adalah kalimah “wahazamal azhabawahdah”, “Dan Dia (Allah) mengalahkan tentera Ahzab dengan ke-Esaannya”, bersempena dengan peristiwa Al-Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal ini. Apabila tentera kuffar dari kalangan qabilah Quraish, qabilah Ghatafan dan Bani Said disokong oleh qabilah-qabilah Yahudi yang khianat perjanjian mereka dengan Rasulullah SAW. Mengepung kota Madinah bertujuan untuk menghapuskan Nabi SAW dan meruntuhkan Kerajaan Islam yang dibina oleh Nabi SAW.

Dengan jumlah bala tentera yang begitu besar, melebihi 10 ribu orang. Akan tetapi kuasa Allah Taala lagi besar, Allah Taala mengalahkan bala tentera Al-Ahzab dengan bala Allah angin yang kuat mencabut khemah-khemah yang dipasang oleh mereka.

Pada masa yang sama Allah mencampakkan rasa takut dan gerun di dalam diri sehingga mereka lari bertempiaran. Sejarah yang sangat besar ini diingati oleh umat Islam di sepanjang zaman. Orang beriman laungkan dalam takbir, padahal peristiwa al-Ahzab sudah berlaku lebih daripda 1,400 tahun dahulu. Kenapa tidak dilaungkan di dalam takbir peristiwa Badar, peristiwa Uhud, peristiwa pembukaan Kota Makkah, tetapi dilaungkan dalam takbir mengingati peristiwa Al-Ahzab.

Kerana sirah Rasulullah SAW adalah merupakan sebahagian daripada petunjuk Allah. Panduan Allah bukan semata-mata cerita yang sedap didengar, bukan semata-mata cerita yang enak dibaca dan dilihat didalam televisyen. Tetapi ia adalah petunjuk daripada Allah, segala yang berlaku ke atas Nabi SAW, serangan tentera Ahzab adalah satu perkara yang berulang sepanjang zaman sehinggalah dunia ini ditamatkan oleh Allah, selagi mana adanya mereka yang meneruskan perjuangan Nabi SAW selagi itulah mereka berdepan dengan bala tentera Ahzab.

Pada zaman ini PAS sebagai sebuah parti Islam, bersama-sama dengan rakan-rakan lain kumpulan Islam diseluruh pelosok dunia berdepan dengan tentera al-Ahzab moden. Zionis Yahudi, Amerika Syarikat dan konco-konco Baratnya menyerang pejuang-pejuang Islam, menuduh Islam sebagai agama yang ganas, melabel umat Islam sebagai pengganas, mereka yang berjuang dilabel pengganas-pengganas.

Termasuklah mereka di bumi Palestin yang berjuang mempertahankan tanah air mereka dan memperjuangkan bumi Baitul Maqdis yang mulia itu dituduh juga sebagai pengganas-pengganas. Akan tetapi lebih besar daripada itu lagi yang umat Islam perlu peka dan faham, gerakan al-Ahzab moden ini  mereka melakukan pelbagai perancangan menghalang umat Islam dalam berbagai-bagai bentuk bukan sahaja senjata yang membunuh nyawa, tetapi lebih daripada itulah senjata serangan pemikiran yang boleh membunuh aqidah, akhlak dan moral orang Islam, termasuklah penjajahan ekonomi.

Penjajahan Ekonomi
Satu perjanjian ekonomi yang akan ditandatangani oleh Malaysia sebagai salah sebuah negara yang diminta untuk menganggotai perjanjian TPPA. Perjanjian rundingan perkongsian Trans-Pasifik yang mana dibelangkangnya adalah Amerika Syarikat yang menjadi kuasa besar dunia pada hari ini disertai  lebih daripada 10 buah negara.

Ini adalah satu bentuk penjajahan baru dari sudut ekonomi, kalau dulu mereka menjajah umat Islam, tanah air umat Islam, hasil mahsul dibumi umat Islam mereka rompak, mereka ambil, mereka kaut bawa ke negara-negara mereka.

Tetapi hari ini penjajahan dalam bentuk baru, mereka tekan negara-negara umat Islam termasuklah Malaysia. Kesannya sangat besar di antaranya dari sudut cukai import akan dikurangkan. Apabila cukai import dikurangkan, nescaya barang-barang yang menjadi buatan di negara kita tidak dapat bersaing dengan barang-barang daripada luar.

Ini akan menyukarkan lagi rakyat negara kita yang dihimpit dengan pelbagai krisis yang dilakukan oleh Umno-BN hingga menghimpit kehidupan rakyat. Termasuklah juga dari sudut pengusaha, petani, pekebun dari kalangan rakyat, apabila barang-barang luar masuk dengan bebas, nescaya akan memberi kekangan dan menyukarkan lagi kehidupan rakyat. Sebab itulah Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak menyertai perjanjian ini yang merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas umat Islam.

Sekarang ini rakyat dihimpit dengan pelbagai isu dan krisis ekonomi yang jika ditambah lagi dengan TPPA ini akan bertambah meranalah rakyat. Lihat isu 1MDB yang sampai hari ini dibicarakan, dibincangkan di dalam media bukan sahaja di dalam negara kita bahkan juga didedahkan oleh media antarabangasa.

Media antarabangsa mendedahkan salah guna wang rakyat begitu besar, diurus dengan tidak ada amanah, tidak ada tanggungjawab bukan bilanganya satu ribu, dua ribu, tiga ratus ribu dan seumpamanya, bahkan mencecah ribuan juta ringgit ini wang rakyat semua, didedahkan oleh media antarabangsa masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Benar, isu ini sedang disiasat walaupun bermacam-macam spekulasi dibuat barangkali ia tidak betul, barangkali ia tidak tepat, tunggu dan lihat. Tetapi sesungguhnya sedikit sebanyak ada betul dan benarnya memandangkan kepada pelbagai-bagai isu ekonomi, salah guna kuasa rasuah yang didedahkan sebelum ini.

Bukan media antarabangsa dedahkan, bukan media pro-pembangkang yang dedah, yang mendedahkannya adalah Laporan Audit Negara sendiri yang dilantik oleh pihak kerajaan yang dipimpin oleh Umno-BN.  Lihat dalam Laporan Audit Negara yang dikeluarkan tahun 2012, tahun 2013 bermacam-macam penyelewengan salah guna kuasa daripada wang rakyat, walaupun barangkali kita telah mendengar sebelum daripada ini.

Beberapa contoh, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara bagaimana jam dinding yang dibeli oleh RTM dibwah Kementerian Penerangan yang mana harganya satu biji RM100.00 dibeli dengan harga RM3,820.00. Cuba bayangkan berapa kali ganda harga asalnya seratus ringgit berlipat kali ganda kemanakah wang ringgit ini masuk ke dalam poket sesiapa mereka berada di keliling menteri-menteri atau mereka yang berkepentingan dalam parti Umno-BN.

Penanggung kerugiannya ialah rakyat, kita semua, wang ringgit semua. Jelas 1MDB ini tidak betul,   penyelewangan yang berlaku itu ini dan seumpamanya tetapi sedikit sebanyak hasil daripada yang berlaku sebelum ini barangkali ia benar kerana ia tak dibimbangi.

Penyelewengan yang didedahkan sendiri Laporan Audit Negara terus berulang menyebabkan kerajaan tidak ada duit. Lalu diambil daripada rakyat, sesuai slogan “Rakyat Didahulukan”. Apabila tidak ada duit kerajaan kehabisan kerana boros ketirisan salah guna, rakyat dibebankan.

Tidak cukup dengan cukai lain yang diambil daripada rakyat lalu dikenakan GST ditambah lagi dengan kenaikan harga minyak petrol diesel, tol diambil daripada jalan raya, cukai kenderaan, cukai orang-orang berniaga, sekarang semua rakyat dikenakan GST. Nelayan, pekebun, petani, cikgu, penggangur beli barang turut dikenakan GST, alasan kerana kerajaan tidak ada duit untuk belanja. Di sinilah rakyat mesti mempersoalkan Kerajaan Umno-BN kenapa tidak ada duit? Jawapannya kerana pembaziran, ketirisan, penyelewengan, rasuah dan seumpamanya.

Kesedaran Rakyat
Alhamdulillah rakyat makin hari makin sedar, khususnya dalam kalangan anak muda yang celik teknologi IT, maklumat-maklumat, mereka tidak pakai lagi media arus perdana sama ada surat khabar harian ataupun televisyen. Mereka ambil maklumat kongsi dalam facebook, dalam twitter dalam blog-blog.

Hingga keputusan PRU lepas menyaksikan pada hakikatnya Umno-BN sudah ditolak oleh rakyat. Undi popular Umno-BN sudah kalah, tetapi sistem amalan yang diterima pakai dalam negara ini tidak menerima pakai undi popular. Negara ini mengambil kira dari sudut jumlah kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihan raya, membolehkan Umno-BN boleh terus memerintah.

Suasana sekarang sangat menarik, kalau sebelum ini PAS dan parti-parti pembangkang mengadakan ceramah, forum, wacana, artikel, keluar kenyataan akhbar mendedahkan salah guna kuasa penyelewengan yang dilakukan pimpinan Umno-BN, tetapi hari ini bekas pimpinan Umno sendiri yang mendedahkannya.

Bukan sebarang orang. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah menulis di dalam blognya bukan satu artikel, tetapi berbagai-bagai artikel. Beliau menyebutkan sekiranya Umno-BN tidak berubah, nescaya akan ditolak pada pilihan raya akan datang. Buktinya Umno-BN masih lagi tidak berubah, kalaulah kena kepada negara lain Perdana Menteri letak jawatan kerana rasa tanggung jawab, tapi kita di Malaysia terus memerintah.

Di Korea Selatan apabila berlaku feri tenggelam Perdana Menteri letak jawatan. Begitulah juga berlaku di negara lain, di Thailand apabila belakunya satu-satu krisis, Perdana Menteri letak jawatan. Tetapi di negara kita Perdana Menteri terus memerintah.

Konsistensi PAS
PAS sebagai sebuah parti Islam kita konsisten dengan perjuangan Islam. Hari ini orang bercakap soal masalah dalaman PAS itu ini dan seumpamanya. Golongan ulama, golongan professional, ada berkata, PAS akan hancur, PAS akan berkecai. Kita kata tidak, PAS akan terus hidup kerana roh PAS adalah Islam.

PAS memperjuangkan Islam daripada awal hingga ke hari ini. Inilah yang menjadikan PAS terus hidup walau di mana sahaja sama ada seorang diri, berada dalam kerajaan, bersama-sama rakan-rakan dalam tahaluf siyasi, PAS tetap dengan prinsip Islam yang diperjuangkan.

Hari ini timbul pasal isu baiah, dipersoalkan PAS berbaiah, sama ada betul atau tidak, ikut Islam atau tidak. Inilah salah satu ciri-ciri parti islam. Kerana mengikut sunnah Nabi, rujukan PAS yang kedua. Dalam sunnah Nabi SAW, baginda berbaiah; Baiah Aqabah Pertama, Baiah Aqabah Kedua, Baiatur Ridhwan, Nabi berbaiah dengan golongan Aus Khazraj dan Sahabat-sahabat yang lain.

Baiah dilakukan Nabi SAW. Ada baiah umum, ada baiah khusus dan itulah yang dilakukan dalam PAS. Setiap ahli PAS isi borang PAS, maka dia berbaiah dengan PAS. Ini yang berlaku. Apabila menjadi ahli PAS sebagai kesediaan akan memberikan komitmen untuk memperjuangkan Islam. Inilah baiah umum dilakukan Nabi dan Sahabat-sahabatnya.

Ada baiah khusus dalam peristiwa Baiatur Ridhwan, Nabi minta daripada Sahabat-sahabat untuk berbaiah, antaranya menyebut “....akan hidup dan mati bersama Rasulullah untuk mempertahankan Islam....”. Setiap orang Sahabat berbaiah dengan Nabi berjabat tangan, sohabiah yang perempuan di dalam baldi air, Nabi meletakkan tangan di dalam air untuk menunjukkan kesungguhan dalam baiah ini bahawa mereka sanggup untuk hidup dan mati untuk Islam bersama Nabi SAW.

Inilah yang dibuat dalam PAS. Soal baiah talak tiga, perkara itu telah dijelaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak bahawa itu tidak dilulus oleh Majlis Syura Ulamak. Majlis Syura Ulamak hanya meluluskan baiah khusus yang dilakukan oleh calon-calon PAS dalam pilihan raya. Bahawa penama berkenaan tidak akan khianat kepada perjuangan Islam, kalau khianat akan dilaknat oleh Allah, malaikat dan segala makhluk Allah.

Tetapi Majlis Syura Ulamak meluluskan kepada negeri-negeri untuk menambah baiah mengikut kesesuaian. Sebab itulah ada negeri yang buat baiah sampai boleh talak tiga kalau langgar perjanjian. Ada orang tanya, bagaimana PAS boleh buat baiah begini? PAS ini sebuah  parti Islam, maka janji setia ahli-ahli khususnya dalam keadaan yang kritikal.

Baiah ini kalau tengok dalam sejarah PAS dilakukan ketika Kerajaan Negeri Kelantan berada di dalam kritikal. Tahun 2004 Terengganu kalah, di negeri Kelantan PAS hanya menang satu kerusi majoriti dengan beza hanya dua undi. Cuba bayang sebagaimana yang diceritakan, Umno-BN hendak beli adun-adun PAS. Di sinilah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melihat pada masa akan datang.

Beliau panggil Adun-adun PAS supaya mengadakan baiah agar tidak meninggal perjuangan Islam. Kerajaan Islam Negeri Kelantan ini berada di dalam kritikal, kalau tinggal perjuangan Islam, isteri boleh tertalak. Kerana nak jaga maslahah yang lebih besar daripada maslahah isteri. Maslahah yang lebih besar hendak mempertahankan Kerajaan Islam Negeri Kelantan. Ini yang dilakukan PAS, sebab itulah perlu ahli PAS dilatih mengikut sunnah Nabi, pasti  Allah Taala akan jaga dan pelihara.

Dalam kalangan ahli-ahli PAS sangat risau dengan perkembangan dalaman yang berlaku dalam parti. Perkara yang berlaku adalah satu sunnatullah, dengan harapan rakan-rakan berkenaan kembali ke pangkuan jamaah. Dalam masa sama perkara yang berlaku dalam PAS ini sedang dinilai oleh rakyat. PAS ada prinsip, PAS ada dasar yang diperjuangkan.

Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan dengan DAP kerana PAS tidak berkompromi dalam masalah syariah. PAS boleh bertolak ansur dalam perkara-perkara lain, boleh berbincang. Walaupun putus hubungan, tetapi di sana ada ruang-ruang lain untuk bekerjasama.

PAS sudah putus dengan DAP tetapi boleh mengadakan kerjasama-kerjasama yang lain. Contohnya pada tahun 2004 wujud Barisan Alternatif melibatkan PAS dan Parti Keadilan. DAP tidak sertai tetapi PAS bekerjasama dengan DAP. Sehinggalah tahun 2008, DAP masuk menyertai Pakatan Rakyat, ia juga adalah kerjasama.

Tapi dalam masalah yang berkait dengan dasar dan prinsip PAS akan tetap mempertahankannya. DAP kata PAS tidak boleh laksanakan hudud di Kelantan. PAS kata isu hudud sudah lama, telah diterang dan dijelaskan sejak tahun 1990-an lagi. Perbincangan dalaman berkali-kali diadakan, tinjauan berkait dengan hudud dan qisas, forum dengan masyarakat bukan Islam berpuluh-puluh kali diadakan, wacana, penjelasan dan perbentangan kertas-kertas kerja dan lain-lain lagi.

Sekilas Mengenai EKJS
Di mana PAS bahas dalam hudud ini ada dua perbezaan. Di antara mentaqninkan Enakmen Jenayah Syariah, hudud dan qisas dengan mentatbiqkan Enakmen Jenayah Syariah, hudud dan qisas. Media memberikan satu kefahaman kadang-kadang sama, mereka mendakwa PAS hendak laksana hudud terus.

Tidak, prosesnya masih panjang. Usaha yang Kerajaan Negeri Kelantan lakukan hari ini ialah PAS hendak mentaqninkan Enakmen Jenayah Syariah. PAS hendak menjadikan hudud dan qisas ini sebagai satu qanun yang diiktiraf oleh Kerajaan Pusat. PAS lakukan mengikut saluran demokrasi, PAS bukannya tidak tahu undang-undang dan pertauran.

Pelbagai pihak melakukan provokasi kepada PAS sekiranya hendak laksanakan Islam, Kerajaan Negeri Kelantan perlu laksana hudud dahulu. Dipersoalkan tindakan untuk mengambil persetujuan daripada Kerajaan Pusat. PAS mengikut peraturan, ikut undang-undang dan melakukan secara konvensional dalam masalah ini. Diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, tetapi apabila hendak laksana tidak boleh. PAS mestilah merungkaikan peraturan-peraturan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Diantaranya ialah Akta 355. Di sinilah menunjukkan sebenarnya Umnolah yang khianat kepada negara sehingga tidak boleh dilaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, hudud dan qisas kerana Umno menerima kemerdekan negara daripada penjajah British.

Brunei walaupun mencapai kemerdekaan lewat daripada Malaysia, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh Brunei itu mutlak. Sebab itulah Brunei boleh laksana Enakmen Jenayah Syariah, hudud dan qisas dengan mudah. Malaysia tidak, apabila hendak capai kemerdekaan, Umno ketika itu terima walaupun dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak British.

Antara syarat-syaratnya ialah menghukum dan mengikat undang-undang Syariah Islam, di mana Kerajaan Negeri juga tidak boleh laksanakan undang-undang jenayah, tidak boleh lebih daripada hukuman 356 iaitu 3 tahun penjara, 6 kali sebatan dan 5 ribu denda. Mana-mana Kerajaan Negeri hendak mengadakan undang-undang Islam, perlu rungkai dulu akta ini di peringkat persekutuan.

Sebab itu di Kelantan PAS bawa ke Parlimen untuk rungkai akta ini. Kalau boleh rungkai akta ini, bukan sahaja di Kelantan boleh laksana, semua negeri boleh laksana. Sebab itulah prosesnya masih panjang, tapi malangnya yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan Rakyat begitu bersungguh, DAP cuba halang PAS tolak hudud dan qisas serta beri amaran kepada PAS, masuk campur urusan PAS. Maka, Majlis Syura Ulamak buat keputusan putus hubungan, walaupun dari maslahah politik penting untuk PAS menang dalam pilihan raya. Tetapi maslahah mempertahankan syariat Islam lebih penting kepada PAS.

Keyakinan dan Istiqamah
Oleh sebab itulah, dengan perkembangan yang berlaku pada hari ini, ia akan memberikan satu nafas baru kepada PAS. Walaupun dari segi sifir politik, PAS rugi putus dengan DAP walaupun kekal dalam Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR.

Rakyat juga sedang menilai Umno. Rakyat menilai dan rakyat melihat insya-Allah Islam yang dibawa oleh PAS inilah boleh menyelamatkan negara. Ini menjadi tanggungjawab semua ahli PAS untuk membawa mesej Islam ke dalam masyarakat. Islam yang boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.

Ada orang kata mana buktinya, maka lihatlah negeri Kelantan daripada tahun 1990 PAS tadbir, yang memerintahnya Almarhum Tuan Guru Nik Aziz disambung oleh sekarang ini Datuk Menteri Besar, tidak ada rasuah walaupun orang mengatakan di Kelantan tidak ada pembangunan.

Alhamdulillah, walaupun dengan wang ringgit yang terhad di Kelantan, disekat royalti pembangunan masih ada. Hutang kepada Kerajaan Pusat boleh dikata sangat sedikit kalau dibanding dengan negeri-negeri lain. Di sini menunjukkan PAS ada bukti kerana PAS boleh melakukannya di negeri Kelantan dan pernah juga di negeri Kedah serta laksanakan di negeri Selangor bersama rakan-rakan yang lain.

PAS yakin boleh menyelamatkan Malaysia yang dicintai dan disayangi ini supaya selamat daripada terjerumus ke lembah kehancuran negara oleh Umno-BN. – HARAKAHDAILY 30/7/2015

*Disunting oleh Izwan Abdul Halim dari ucapan pada Ceramah Perdana di Zon Mawar, Sungai Lalang Merbok.

Sumber HD - 30-7-2015

Kabinet: 'Pelakon' sahaja berubah 'watak' tetap sama
















HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sebenarnya tidak ada apa-apa kejutan pun apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan kabinet semalam.

"Yang kekal memerintah masih lagi Umno BN," ujar Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sehubungan itu, beliau memeprsoalkan adakah isu 1MDB, Tabung Haji dan lain-lain lagi akan diselesaikan.

"Nampaknya tak ke mana-mana," tulis beliau menerusi facebook.

Baginya, perubahan kabinet hanya bertukar 'pelakonnya' sahaja daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain menteri.

"Adapun watak membazir, boros, salah guna kuasa masih lagi berleluasa," ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015

Isu TPPA : Pemuda PAS Tuntut Kebebasan Maklumat

Khalil Hadi3
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut hak untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Di peringkat rundingan negara-negara anggota, Malaysia masih belum menyelesaikan 9 bab sensitif yang mana ia menyentuh mengenai aspek perundangan, kepentingan ekonomi negeri-negeri, hak cipta harta intelek, perolehan dan survival bumiputera.

Setelah kes-kes yang melibatkan Lembaga Tabung Haji, Felda Global Ventures, MARA dan skandal kewangan 1MDB akhir-akhir ini, maka kerajaan sedang berdepan dengan krisis yang teruk. Oleh itu, bagaimana rakyat ingin memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk membuat keputusan penting yang bukan hanya melibatkan soal ekonomi bahkan turut meliputi aspek kedaulatan negara ini?

Mustapa-We-wil-sign-TPPA-on-our-own-terms-420x227

TPPA adalah satu perjanjian yang kompleks dan melibatkan banyak perkara dasar dalam negara termasuk pindaan akta pekerja dan kastam. Ia jelas membuktikan bahawa perjanjian ini boleh mengawal polisi-polisi dan menentukan masa depan negara. Secara tidak langsung ia adalah satu bentuk ‘penjajahan’ baru dan halus.

Malah, rakyat juga belum mendapatkan maklumat hasil kajian mengenai kepentingan negara yang dilakukan oleh ISIS Malaysia, kajian kos faedah daripada PriceWaterHouseCoopers dan kajian impak TPPA terhadap PKS dan bumiputera yang dijalankan oleh TERAJU. Sedangkan minggu ini difahamkan fasa rundingan terakhir diadakan di Hawaii.

Kerajaan telah membelakangi rakyat! DPPM mendesak kerajaan segera keluar daripada rundingan tersebut atau dicabar mendedahkan substantif draf perjanjian dalam tempoh seminggu selepas rundingan berakhir pada 31 Julai ini.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
11 Syawal 1436 | 27 Julai 2015

Sumber BO - 27-7-2015

Tahaluf Siyasi dan Bai’ah Buka Minda Masyarakat

Khalil Hadi4
Tahniah kepada PAS kerana berjaya membuka minda rakyat memahami realiti politik semasa tanahair.

Sekarang begitu hangat dibincangkan di alam maya berkait dengan Tahaluf Siyasi dan Bai’ah Berbagai-bagai pandangan yang diberikan; ada yang positif dan ada yang negatif.

Bagi saya apa yang berlaku ini adalah kejayaan PAS melontarkan istilah-istilah Politik Islam sehingga dibincangkan di dalam masyarakat, yang pada satu ketika ianya begitu asing sekali. Istilah-istilah itu menjadi buah mulut di dalam masyarakat termasuk non-Muslim. Media massa juga memainkan peranan.

Samalah juga seperti istilah-istilah Ekonomi Islam seperti; mudharabah, murabahah dan lain-lain lagi. Satu ketika ianya begitu asing tetapi sekarang ini dibincangkan di serata pelusuk dunia. Istilah-istilah itu tidak asing lagi hatta kepada masyarakat bukan Islam sekali pun.

Saya sarankan wacana terbuka ini diteruskan supaya masyarakat lebih mengetahui berkait dengan Syariah Islam yang menjadi cara hidup kepada manusia.

Tahniah kepada PAS!

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
10 Syawwal 1436 / 26 Julai 2015

Sumber BO - 26-7-2015


Harapan Baru kembalikan nyawa UMNO,BN – Muhammad Khalil
Posted on Sunday, July 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Penubuhan Harapan Baru mengembalikan semula nyawa UMNO dan BN.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kehadiran Harapan Baru dalam arena politik negara jika diluluskan kelak akan melengahkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14.


"Harapan Baru menyembuhkan dan menyihatkan UMNO yang pada satu ketika dalam keadaan tenat.

"Ini memberi kekuatan kepada UMNO malah melambatkan peluang untuk kita melihat perubahan politik, (peralihan) kuasa UMNO kepada kuasa lain untuk memimpin dan memandu negara kita ke arah yang lebih baik pada masa akan datang," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Ditanya sama ada penubuhan Harapan Baru mungkin akan menggagalkan usaha pembangkang menawan Putrajaya, Muhammad Khalil tidak menolak kemungkinan itu memandangkan parti baru tersebut akan menyertai pilihan raya akan datang berdasarkan kenyataan mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang menganggap kewujudan Harapan Baru sebagai gambaran Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) di Turki dengan menegaskan bahawa realiti politik Malaysia dan Turki berbeza sama sekali.

Katanya, kedua-dua negara mempunyai sistem politik berlainan apatah lagi Turki mengamalkan pilihan raya bebas dan sebaliknya negara ini.

"Jadi benda yang macam ni...kita perlu lihat dari semua sudut. Antaranya, kekuatan parti politik di negara ini berasaskan kekuatan akar umbi seperti cawangan. Bukan hanya ‘tembak' satu isu dan dibincangkan tetapi tiada kekuatan akar umbi," katanya.

Tambahnya, walaupun ada suara meramalkan PAS semakin mundur apabila membatalkan kerjasama politik dengan DAP sehingga ada menganggap sokongan rakyat kepada PAS semakin berkurangan, namun keadaan itu langsung tidak membimbangkan.

Buktinya, beliau berkata setiap kali mesyuarat di peringkat parti, Jawatankuasa PAS Pusat meluluskan tidak kurang daripada 1,000 keahlian baru.

Sumber TKO - 26-7-2015

PAS Terus Releven
Posted on Tuesday, July 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh penggerak utama GHB, tidak ada satu sebab kukuh pun justifikasi penubuhan parti politik Harapan Baru (GHB) melainkan hanya kerana kecewa dengan keputusan pemilihan Muktamar PAS yang lalu.

Mereka mendakwa PAS tidak inklusif, cenderung untuk bergabung dengan UMNO, konservatif dan tidak relevan dengan arus politik semasa. Namun, semua tuduhan tersebut meleset dan mengelirukan. Malah, mereka dan DAP telah menganggap PAS sebagai seteru politik yang baharu.

Tindakan tersebut hanya mengundang konflik dan memberikan kekuatan baru kepada Barisan Nasional. Krisis yang timbul boleh diurus dengan baik sekiranya kita kukuh bersatu dan memberikan kepercayaan penuh di bawah kepimpinan sedia ada.

Sebaliknya, mereka cenderung untuk membawa agenda tersendiri. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada PAS. Malah, sebahagian penggerak utama GHB masih lagi merupakan Ahli Parlimen dan ADUN yang mewakili PAS. Apakah pendirian mereka terhadap status tersebut?

Atas faktor itu juga, DPPM menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am kelmarin dan kami bersedia untuk bersaing dengan calon-calon mereka dalam PRU Ke-14 nanti. Jentera pemuda sentiasa diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan datang.

DPPM yakin PAS masih terus relevan. Malah, parti ini telah mengalami fasa evolusi yang ketara sesuai dengan realiti semasa tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Seluruh pemuda mesti terus beristiqamah hingga menggapai kemenangan sebenar.

Sekian, terima kasih.

MOHD KHALIL ABDUL HADI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



Sumber TKO - 22-7-2015


Menelusuri kemenangan yang dijanjikan

Posted on Sunday, July 12 @ 14:15:17 MYT by paktam

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI Ramadhan merupakan bulan kemenangan kepada umat Islam. Ianya adalah kejayaan melawan hawa nafsu sehingga sanggup mengabaikan kenikmatan makan dan minum. Bahkan lebih besar dari itu, ia adalah kemenangan dalam pertembungan hak dan batil sama ada di medan perang mahupun politik.

Tinta emas sejarah mencatatkan, Allah mengurniakan kemenangan Islam pada Perang Badar, berlakunya pembukaan Makkah dan pembukaan Sepanyol, serta kemenangan dalam Perang Ain Jalut ke atas tentera Tatar yang ganas. Semuanya berlaku dalam bulan Ramadhan. 

Dalam sejarah moden, mujahidin Afghanistan berjaya membuka Bandar Jalalabad dari cengkaman kuasa besar Soviet Union. Bukit Banjaluka berjaya ditawan oleh mujahidin Bosnia dari rampasan tentera Serbia yang kejam. Manakala umat Islam Libya berjaya menguasai ibu negara Tripoli dari tangan diktator Muammar Qaddafi. Semuanya terakam dalam diari Ramadhan.

Ini hanyalah beberapa contoh dari sejarah kemenangan di bulan Ramadhan kepada umat Islam yang terlakar di kanvas ummah dan dunia.

Kemenangan ini dialami berulang-ulang oleh umat Islam zaman berzaman dari generasi ke generasi, hinggalah ke zaman ini. Pun begitu umat Islam juga pernah dirundung zaman kegelapan. Agama ini menjadi dagang di kalangan penganutnya serta hidangan ratahan musuh-musuh dari Barat atau Timur.

Berbicara soal kemenangan Islam, kita pasti dihamparkan perihal tiga golongan dari kalangan umat Islam yang mempunyai pendirian berbeza.

Pertama ialah golongan yang tidak yakin kepada kemenangan Islam hingga sanggup menggadai perjuangan dengan pelbagai helah. Mereka bimbang untuk menzahirkan perjuangan bagi mendaulatkan Syariah Islam dengan seribu alasan.

Kedua ialah golongan yang terlalu gopoh untuk melihat kemenangan Islam hingga sanggup melakukan tindakan-tindakan menconteng arang ke wajah Islam.

Manakala golongan ketiga ialah mereka yang yakin akan kemenangan Islam, tanpa mempersoalkan bila dan bagaimana ianya akan berlaku. Mereka terus mara penuh istiqamah mengorak langkah perjuangan dengan usaha dan komitmen berlandaskan Syariah Islam. Mereka inilah yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran:

"Di antara orang yang beriman itu lelaki-lelaki yang membenarkan janji mereka kepada Allah. Di kalangan mereka ada yang gugur syahid dan ada di kalangan mereka yang menunggu giliran. Dan mereka sekali-kali tidak merubah janji." (Al-Ahzaab).

Kemenangan Islam pasti berlaku kerana ianya adalah janji Allah. Bagaimana dan bila ianya akan berlaku? Segalanya itu terserah dalam ilmu Allah. Sebagai pendokong gerakan Islam, kita wajib beriman kepada hakikat ini kerana ia adalah sebahagian daripada aqidah perjuangan.

Jangan sekali-kali kita terpedaya kononnya kemenangan itu akan membuah hasil dari perencanaan kita. Juga jangan sekali-kali kita sempitkan, kemenangan hanya sekadar beroleh kerusi pilihan raya.

Walhal kita mengabaikan pergantungan harap mencari kurniaan kemenangan dari Allah, apatah lagi andai memesongkan ketulinan perjuangan dari teras aqidah kepada-Nya, nauzubillahiminzalik.

Peristiwa Pembukaan Makkah harus menjadi iktibar yang sangat jelas dalam menerobos pandangan futuristik kita. Betapa para Sahabat RA membuat telahan bahawa Makkah akan dibuka dengan peperangan atas perkiraan pengalaman lalu di dalam Perang Badar dan lain-lainnya. Terbayang oleh mereka akan berlakunya pertumpahan darah, musuh ditawan dan harta dirampas.

Namun, sebaliknya berlaku di bawah percaturan Allah yang Maha Agung. Kemenangan Pembukaan Makkah bermula dengan kejayaan politik hasil perjanjian damai Hudaybiyyah. 

Pengaruhnya telah membuka ruang besar kepada Nabi SAW melebarkan dakwah ke serata jazirah Arab; menambahkan jumlah umat dan meluaskan wilayah Islam, termasuk menggugat kuasa dunia Rom dan Parsi.

Lantaran Musyrikin Makkah mengkhianati perjanjian ini; Nabi SAW memimpin ketumbukan kaum Muslimin untuk menguasai Kota Makkah hingga akhirnya berjaya dibuka. Pembukaannya berlangsung dengan aman damai, tanpa ada sebarang pertumpahan darah.

Kejayaan gemilang seperti itu pasti akan berulang kepada generasi umat ini. Asalkan saja kita berpegang teguh keimanan kepada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah, serta berkebajikan kepada sesama manusia.

Maka pohonlah doa kepada-Nya, dambakanlah kurniaan ke hadrat-Nya, lapangkanlah tawajjuh diqiblat-Nya, khusyukkanlah sujud dalam keredhaan-Nya, moga-moga Ramadhan ini menyempurnakan ketaqwaan kita pada-Nya.

Agar bila berakhir perginya segala kehebatan Ramadhan nanti, kita sudah dibekali kekuatan ruhiyah untuk istiqamah menempuh mehnah perjuangan ini sehingga kemenangan. Allahuakbar! -

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber DD - 12-7-2015 






















Kemuncak pesta ibadah di bulan Ramadan

HARAKAHDAILY | .


Kita sekarang berada antara 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan. Ianya adalah kemuncak kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah. Terdapat padanya satu malam jika dilaksanakan ibadah, maka pahalanya sama dengan 1,000 bulan atau 83 tahun empat bulan.

Kadang-kadang kita umat hari ini merasa irihati dengan umat-umat zaman dahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang.

Bagi kita umat ini, umurnya sekitar 60 tahun sahaja, bahkan di zaman ini berapa ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana penyakit, kemalangan dan bencana alam.

Umat zaman dahulu umur mereka panjang, contohnya umat Nabi Nuh a.s. yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun. Kita berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi semulia-mulia umat yang dikeluarkan kepada manusia.

Allah mengurniakan kepada umat ini masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat kali gandakan pahalanya di sisi Allah. Sudah tentulah kemuncaknya ialah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah khusus di dalam surah al-Qadr.

Pada 10 malam yang terakhir ini Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik. Baginda adalah manusia yang paling banyak mendekatkan diri kepada Allah pada malam-malam ini walaupun baginda adalah Nabi yang maksum daripada segala dosa.

Bermujahadah mencari Malam Qadar bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat. Hanya mencari tanda-tandanya, tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tidak ada guna. Maksud mencarinya ialah dengan dihidupkan amal ibadah kepada Allah, barulah memperoleh fadhilatnya.

Saya tertarik dengan nota yang diviralkan di alam maya sehari dua ini; iaitu pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir Mu'aqili kepada umat Islam.

Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini.

Pertama; solat sunat dua rakaat, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat 83 tahun.

Kedua; menderma satu Riyal/ringgit, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma 83 tahun.

Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran, kalau dibaca tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita sama-sama bermujahadah mencari malam yang mulia untuk memperolehi fadhilatnya yang sangat besar ini. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 9-7-2015


LPT2: Kenapa tak sabar sangat nak kutip tol?
Posted on Tuesday, July 07 @ 19:48:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM -  Belum pun siap sepenuhnya lebuh raya yang dimaksudkan namun Timbalan Ketua Pemuda Pas,  Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal dikenakan bayaran tol tidak lama lagi.

Katanya lagi, tindakan mengenakan tol yang sebelum ini dilaporkan pada Ogos depan itu meskipun kemudahan-kemudahan masih belum siap sebagai tidak sabar mengutip wang rakyat.

“...sudahlah naik lebuh raya macam naik bot masa laut bergelora kerana struktur jalannya bergelombang. Tiap-tiap malam pula lembu-lembu 'berjoging' ke hulu hilir. R&R (Kawasan Rehat dan Rawat) tidak siap sepenuhnya untuk kemudahan pengguna dan pam minyak pun tidak ada lagi.

“Segala-galanya belum lengkap, tapi sudah ura-ura kedengaran tol akan dikutip tidak lama lagi. Tidak sabar sungguh hendak kutip tol daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LPT2 sepanjang 184 km dengan kos pembinaan RM3.7 bilion itu dijadualkan mula mengenakan tol pada bulan lalu namun terpaksa ditunda atas beberapa faktor dan difahamkan tol bakal dikenakan selepas sambutan hari raya ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berpendapat, lebuh raya tidak sepatutnya diswastakan kerana ia membebankan rakyat.

“Dapat lebuh raya pun diswastakan, rakyat yang kena tanggung. Inilah dasar kerajaan yang berniaga dengan rakyat. Hendak pakai kenderaan kena cukai, naik atas kenderaan pun kena cukai, tambah satu lagi berjalan atas lebuh raya pun kena bayar tol.

“Menyediakan lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan untuk kemudahan rakyat, tidak payahlah diswastakan untuk dibebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan berbagai-bagai bebanan.

“Adakah betul polisi sebegini? Ya, rakyat selalu didendangkan Malaysia menuju negara maju, oleh itu kerajaan kena buat bangunan tinggi, jalan raya besar dan selesa, hospital canggih dan lain-lain lagi. Walhal mengikut pengamatan saya, ianya tidak betul,” katanya.

Beliau turut menyebut United Kingdom sebagai contoh sebuah negara maju yang memudahkan rakyat.

“Kefahaman negara maju sebenar ialah negara yang memudahkan rakyat, bukan negara menyusahkan rakyat. Saya pernah melawat United Kingdom yang merupakan antara contoh negara maju. Tidak banyak bangunan-bangunan tinggi macam Malaysia.

“Lebuh rayanya selesa dan tidak dikenakan tol, sistem jalan rayanya memudahkan rakyat, masuk M3 keluar Junction 10 kemudian masuk A11, ikut nama jalan dan nombor rumah yang hendak dituju.

“Sesiapa yang pernah ke UK kalau beli peta jalannya di kedai dan hendak pergi ke mana-mana Insya-ALLAH sampai ke destinasinya. Asas yang saya hendak beritahu ialah ianya memudahkan rakyat,” katanya.  - Sinar Harian 


Sumber TKO - 7-7-2015



















































Seruan baru, berhari rayalah di rumah sahaja

HARAKAHDAILY | .


SEMALAM saya lalu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menjadi kemudahan laluan terpantas setakat ini.

Dalam benak fikiran mula terbayang, tidak lama lagi LPT2 ini juga akan dikenakan bayaran tol, macam yang selalu saya alami apabila ke Lembah Klang atau menyusur negeri-negeri Pantai Barat. Rasa macam 'tidak sedap' lagi hendak memandu mengenang apabila kena bayar tol nanti.

Sudahlah naik lebuh raya macam naik bot masa laut bergelora kerana struktur jalannya bergelombang. Tiap-tiap malam pula lembu-lembu 'berjoging' ke hulu hilir. R&R tidak siap sepenuhnya untuk kemudahan pengguna dan pam minyak pun tidak ada lagi.

Segala-galanya belum lengkap, tapi sudah ura-ura kedengaran tol akan dikutip tidak lama lagi. Tidak sabar-sabar sungguh hendak kutip tol daripada rakyat; barangkali wang negara sudah banyak dipindah ke akaun-akaun peribadi.

Lepas ini mesti ada orang komen; "Kalau tidak suka tidak payah naik lebuh raya, lebih baik jalan kaki saja." Ataupun "Tak apa, kami ada duit BR1M yang Umno-BN bagi, kami boleh bayar. Peduli apa!"

Rakyat Pantai Timur (khususnya Terengganu dan Kelantan) sudah sekian lama menunggu kemudahan lebuh raya seperti ini. Selepas 58 tahun Merdeka baru dapat, padahal daripada negeri-negeri inilah antara sumber yang paling banyak dikaut oleh Kerajaan Pusat. Itupun dirampas dan dinafikan hak royalti. Kelantan lagi teruk, dari awal lagi tidak dapat.

Ini di Semenanjung Malaysia, kalau di Sabah dan Sarawak lagi dahsyat. Bukan setakat lebuh raya, elektrik dan air bersih pun masih banyak kampung-kampung yang tidak ada kemudahan-kemudahan asas ini. Masih banyak suasana penempatan, binaan rumah dan kehidupan rakyat di sana yang seolah-olah berada di zaman sebelum merdeka.

Dapat lebuh raya pun diswastakan, rakyat yang kena tanggung. Inilah dasar kerajaan yang berniaga dengan rakyat. Hendak pakai kenderaan kena cukai, naik atas kenderaan pun kena cukai, tambah satu lagi berjalan atas lebuh raya pun kena bayar tol. Pemurah betul rakyat Malaysia, sedia membayar segalanya.

Menyediakan lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan untuk kemudahan rakyat, tidak payahlah diswastakan untuk dibebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan berbagai-bagai bebanan.

Adakah betul polisi sebegini? Ya, rakyat selalu didendangkan Malaysia menuju negara maju; oleh itu kerajaan kena buat bangunan tinggi, jalan raya besar dan selesa, hospital canggih dan lain-lain lagi. Walhal mengikut pengamatan saya; ia tidak betul.

Kefahaman negara maju sebenar ialah negara yang memudahkan rakyat, bukan negara menyusahkan rakyat. Saya pernah melawat United Kingdom yang merupakan antara contoh negara maju. Tidak banyak bangunan-bangunan tinggi macam Malaysia. Lebuh rayanya selesa dan tidak dikenakan tol, sistem jalan rayanya memudahkan rakyat; masuk M3 keluar Junction 10 kemudian masuk A11, ikut nama jalan dan nombor rumah yang hendak dituju.

Sesiapa yang pernah ke UK kalau beli peta jalannya di kedai dan hendak pergi ke mana-mana insya-Allah sampai ke destinasinya. Asas yang saya hendak beritahu ialah ia memudahkan rakyat.

Hanya tinggal lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang akan membeli keperluan hari raya dan pulang ke kampung, kecuali yang ikut nasihat 'profesor' dalam tv. Mesti dalam kepala fikir macam-macam hendak buat; ziarah sanak saudara, jumpa kawan-kawan lama dan bersuka ria. Tetapi mengenang banyak sangat cukai dan tol yang mesti dikeluarkan rasa seperti segala hasrat tidak akan tercapai, rasa terbantut.

Hal ini kerana apabila difikir-fikir semula, petrol pun sudah naik baru-baru ni. Pihak konsesi tol berkali telah membayangkan di media tol akan naik, walaupun Menteri rutinnya tetap menafikan. Pengusaha bas pula mendesak-desak kerajaan menaikkan tambang bas. Harga barangan, naik, naik dan naik biarpun Menteri 'rajin' turun memantau dengan media.

Sudahnya mungkin akan ada seruan baru untuk rakyat Malaysia. Berhari rayalah di rumah sahaja bersama keluarga melayani siaran televisyen yang akan sajikan aneka hiburan. Khuatir nanti kalau keluar, kereta tersadai tepi lebuh raya gara-gara kehabisan minyak dan poket pula haus. – HARAKAHDAILY 7/7/2015

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua DPPM

Sumber HD - 7-7-2015

Bibit-bibit keruntuhan ekonomi sebuah negara

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


ISLAM menggariskan tiga faktor utama yang menjadi punca keruntuhan sesebuah ekonomi iaitulah riba, tipu dan makan harta orang lain secara jalan batil.

Hari ini telah disaksikan, keruntuhan ekonomi berskala besar telah berlaku ke atas sebuah negara Eropah, Greece dari akibat riba yang diharamkan Allah SWT. Bibit-bibit keruntuhan ekonomi jahiliyah kini sedang bermula sebagaimana jatuhnya kuasa kapitalis, sosialis dan komunis.

Tidak mustahil esok dan lusa perkara sama boleh berlaku ke atas negara kita sekiranya kerajaan yang memerintah tidak berpegang kepada sistem ekonomi Islam digariskan Allah SWT.

Kerana ketiga-tiga faktor keruntuhan dan kezaliman ekonomi tersebut sememangnya lengkap menjadi amalan Malaysia sejak sekian lama. Riba, penipuan dan mengambil harta rakyat di atas jalan yang batil berlaku secara berleluasa.

Hari ini satu lagi malang menimpa rakyat negara ini apabila bahan bakar utama yakni petrol dinaikkan 10 sen dan 20 sen seliter. Kenaikan harga minyak ini bakal mencekik leher rakyat atas kesan berangkai peningkatan harga barangan yang pasti berlaku selepas ini.

Rakyat kekal menjadi mangsa yang dibebankan setelah pelaksanaan GST menghimpit kehidupan mereka. Kerajaan yang terperuk oleh pemikiran jahiliyah melihat kaedah seperti itu sebagai usaha menyelamatkan ekonomi. Walhal itulah keruntuhan diperingkat dasar yakni rakyat, sebelum ia merudumkan seluruh ekonomi negara.

Perkara yang berlaku ini tidak ubah umpama mengharapkan serigala menjaga biri-biri. Sumber dan hasil mahsul negara ini melimpah ruah tidak pernah berkurangan. Tetapi kerajaan yang diamanahkan rakyat untuk menguruskannya curang dan khianat.

Kekayaan negara menjadi milik peribadi dan kroni yang menyenangkan tembolok nafsu pemimpin haloba. Ia beredar hanya dalam kalangan mereka tertentu yang berkuasa dan mengampu.

Sedangkan rakyat, digula-gulakan pemberian berkala senilai hanya ratusan ringgit demi menutup mulut berbicara kerakusan pemerintah durjana. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015





























Bukan mudah parti serpihan PAS mahu kekal - Mohamad Khalil
Posted on Sunday, June 28 @ 04:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua  Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi 'menasihatkan' bekas pemimpin utama pada penggal lalu agar patuh pada arahan presiden yang meminta tidak meninggalkan wadah perjuangan hanya untuk menubuhkan parti baru.

Beliau memberitahu sebagai anggota parti mereka perlu patuh segala arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan tidak sesekali melanggar ketetapan berkenaan.


Anak sulung kepada Presiden PAS juga memberitahu ahli serta barisan pimpinan parti perlu istiqamah dan meneruskan perjuangan menegakkan Islam.


"Dari sudut ahli PAS dia kena ikut arahan partilah, kena istiqamah dengan parti," katanya kepada Antarapos.


Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.


Susulan perkembangan terbaru itu, Abdul Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli PAS pada Selasa lalu mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti bahawa sejarah menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.


Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.


Mana-mana pihak boleh tubuhkan parti baru tapi perlu ambil kira banyak perkara


Mengulas lanjut, Mohamad Khalil berkata parti berteraskan Islam itu tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru memandangkan amalan demokasi dalam negara.


"Yang pertamanya kita sebagai rakyat dalam negara yang demokrasi iaitu Malaysia, soal kita nak menghalang orang menubuhkan parti itu bukan masalah bahkan ia diizinkan oleh perlembagaan negara.


"Dalam ini kalau dia nak tubuh parti atas dialah," katanya berhubung cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan beberapa bekas pimpinan untuk menubuhkan parti politik baru bagi menggantikan PAS.


Namun menurut beliau, banyak perkara serta kajian perlu dilakukan pihak berkenaan kerana bukan mudah untuk memastikan parti yang ditubuhkan itu kekal sekaligus bersaing dalam arena politik negara.


"Cuma dalam konteks politik di Malaysia ini perlu diambil banyak pertimbangan dan juga dari sudut sosio-politik, sejarah politik, geografi politik.


"Jadi mana-mana pihak yang nak tubuhkan parti kena melihat sudut-sudut tersebut," katanya.


Mohamad Khalil juga menegaskan walaupun mengamalkan demokrasi namun ia melaksanakan ciri-ciri yang demokratik bagi memastikan kelangsungan ketelusan negara.
"Maknanya kita tak boleh nak bandingkan Malaysia dengan negara-negara lain contohnya Turki yang demokrasinya bebas, pilihan rayanya telus.
"Jadi kita di Malaysia ini walaupun perlembagaan mengizinkan untuk ditubuhkan parti baru tapi demokrasi di Malaysia terhad seperti pilihan raya dikekang dengan pelbagai peraturan dan akta.
"Masalah kita di sini namanya sahaja negara demokrasi tapi sebenarnya tidak demokratik," katanya. - AntaraPos
Sumber TKO - 28-6-2015

Tidak ada kumpulan seperti ini dalam PAS - Khalil

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan pendukung parti supaya berwaspada dengan perancangan musuh Islam yang sentiasa mahu memecahbelahkan saf Gerakan Islam PAS.

"Dari dahulu sehingga sekarang kita dengar bermacam-macam istilah yang digunakan untuk membantutkan perjuangan Islam.

"Kita pernah dengar istilah golongan pondok vs golongan universiti, kemudian geng ketayap vs geng songkok, kemudian golongan ulama vs golongan profesional dan aktivis, kemudian golongan kolot vs golongan moderat," ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menerusi facebook.

Katanya, sekarang timbul pula istilah baru golongan konservatif vs golongan progresif.

Menurutnya, tidak ada kumpulan-kumpulan seperti itu di dalam PAS.

Beliau menjelaskan yang ada hanyalah para amilin sama ada dari kalangan pondok atau universiti, ulama, profesional atau aktivis, kaya atau miskin, muda atau tua.

"Inilah rahsia kekuatan PAS sehingga ianya mampu bertahan sehingga ke hari ini.

"Para amilin ini yang ditarbiyah untuk berintima' di dalam PAS dan bekerja dengan penuh keikhlasan kepada Allah," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015





























Mesir khianati umat Islam buka kedutaan di Tel Aviv

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Kudeta Mesir di bawah rejim pimpinan Presiden Abdel Fattah as-Sisi untuk membuka kembali pejabat Kedutaan Mesir di Tel Aviv merupakan satu petaka malang pada Ramadhan yang mulia ini dan pengkhianatan ke atas seluruh umat Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan itu membuktikan karektor sebenar rejim Mesir bahawa mereka selama ini adalah tali barut kepada negara pengganas dunia dan bersekongkol dengan Zionis Israel untuk menggulingkan pemerintahan Kerajaan Mesir pilihan rakyat di bawah pimpinan Dr Mohamed Mursi.

"Saat dunia dan masyarakat antarabangsa mengutuk penjajahan Israel ke atas kedaulatan Palestin dan kezaliman serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin di Tanah Suci umat Islam itu, rejim Mesir menghulur tangan menjabat hubungan diplomatik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat hubungan tersebut sebagai usaha pengukuhan geostrategik Israel sekaligus untuk mengarus dan menguasai kepentingan politik dunia.

Menurutnya, ia bakal mengundang tragedi hitam ke atas kemanusiaan sejagat amnya dan Islam secara khususnya akan terus dikambinghitamkan dengan pelbagai tuduhan terorisme.

Situasi itu, ujar beliau kelak akan dimanipulasi untuk menjadikan Mesir sebagai jambatan menghubungkan Israel dengan negara-negara umat Islam dirantau Asia Barat dan Timur Tengah khususnya.

Katanya, dengan rekod buruk dimiliki negara pergerakan Freemason itu, mereka akan memperkudakan pihak lain sebagai boneka hingga mengundang pelbagai ketidakstabilan politik, bencana ekonomi dan gugatan keselamatan dunia.

Sehubungan itu, ujar beliau Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggantung keanggotaan Mesir.

"Kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar bangun menyatakan bantahan dan menyelar keputusan memalukan umat Islam itu," tegasnya. - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

Menghidupkan Ramadhan sebagai pesta ibadah
































MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .


"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk yang membezakan antara hak dan batil”.

Menyambut bulan Ramadhan bermakna kita menjadi tetamu Allah SWT. Kita mestilah menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh persediaan, kerana dalam masyarakat kita telah menjadi budaya apabila masuk Ramadhan, sudah dibuat persiapan untuk sambut raya, beli baju baru, beli langsir baru, siapkan sofa baru di rumah kita. Tak jadi masalah, bagus kalau kita ada kemampuan, menunjukkan kasih dan cinta kita pada Ramadhan.

Tetapi persediaan yang paling penting untuk kita menyambut Ramadhan ini adalah persediaan dari sudut ilmu pengetahuan kerana setiap amalan mestilah diasaskan atas ilmu. Barulah akan mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah dengan melimpah ruah. Jangan kita buat sesuatu hanya sekadar ikut-ikutan.

Oleh kerana itu kena buat persediaan dari sudut imu pengetahuan. Walaupun kita selalu dengar ceramah dan forum, kuliah, kita baca dalam kitab, buku, majalah, tapi kita selalu lupa. Kita mestilah sentiasa ulang kaji untuk mengingat kembali persediaan ilmu kita menyambut Ramadhan, kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Berkaitan ibadah puasa, syarat dan rukun-rukun, adab dan sunat-sunat, perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa dan perkara-perkara lain untuk hias menjadikan Ramadhan ini penuh bermakna.

Tak kena maka tak cinta, jadi kena kenal Ramadhan baru datang perasaan cinta. Bila mari perasan cinta kepada Ramadhan kita sayang nak tinggal bulan Ramadhan. Beginilah yang berlaku kepada salafussoleh setiap kali Ramadhan meninggal mereka, mereka sedih berdukacita, mereka berkata sesama mereka mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita semua supaya sempat dengan bulan Ramdahan yang akan datang.

Maknanya Ramadhan ini pesta untuk umat Islam, berpesta untuk dapat duit. Kita atas muka dunia bila kita berpesta keluar duit, kita peroleh apa yang kita nak dapat. Tapi dalam bulan Ramadhan kita berpesta kita dapat duit, duit ni untuk apa untuk akhirat kelak, yang dinamakan sebagai pahala dan ganjaran. Atas dunia ni kita nak hidup kita perlukan duit nak beli gulanya, berasnya, pakaian dan lain-lain. Dihari akhirat nanti bila kita mati kita juga perlukan duit, duit akhirat bukan lagi namanya Ringgit atau Yen, tetapi pahala dan ganjaran.

Sebab itu penting persediaan ilmu dan pengetahuan supaya bila kita masuk bulan Ramadhan, kita melaksanakan ibadah puasa kita dapat pahala. Masalah kita masyarakat kita asyik kira nak sah sahaja, solat nak sah, haji nak sah. Kita jangan kira nak sah sahaja, kita mestilah juga mengira adakah amalan kita yang kita buat itu dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin atau tidak. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam ibadah sembahyang kita bukan sahaja buat benda-benda wajib. Kalau kita sembahyang buat yang wajib ni sah dah, tapi Nabi ajar juga kepada kita buat juga amalan sunat. Kerana apa kerana nak tambah pahala dan ganjaran. Kerana itu matlamat, kalau kita mati itu yang memeberi manfaat dan faedah bagi kita.

Dalam ibadah puasa pun juga begitu, kita puasa tak makan tak minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Selepas subuh tidur terus, tak bangun dah sampai berbuka, sah puasa kita tapi dapat pahala tak? Mungkin dapat tapi sikit. Jadi bila kita buat ibadah kita nak pahala semaksima mungkin. Sebab tu kita tahu ilmu yang berkaitan dengan ibadah puasa. Nabi ajar “tasahharu faiina fi sahuri barakah”, bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat. Padahal sahur ini hanya sunat sahaja tapi Nabi anjurkan supaya kita sentiasa ‘topup’ pahala kita dalam melaksanakan ibadah.

Nabi menghidupkan malam-malamnya, Nabi adalah merupakan orang yang paling dermawan, bila datang Ramadhan dan Nabi melakukan amal-amal soleh yang lain. Kebajikan pada masyarakat, tolong bantu-membantu antara satu sama lain. Sebab itulah kita nak dapat pahala, nak dapat syurga disisi Allah SWT sangat mudah, tapi kita sahaja yang memayahkan.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut “Sesungguhnya dua perkara yang dijamin apabila seseorang melakukannya dapat syurga di sisi Allah, sebarkan salam diantara kamu dan berilah makan pada orang miskin”. Sama ada kita siap makanan bagi pada fakir miskin atau kita sediakan makanan bagi pada fakir miskin orang yang berhajat supaya mereka gembira walaupun sumbangan kita beri tidaklah sebanyak mana.

Di antara keistimewaan bulan Ramdhan adalah bulan kemenangan kepada umat Islam. Bagi kita orang yang duduk dalam Jemaah Islam PAS, kita berjuang kita nak mencapai kemenangan sama ada atas dunia ni atau kemenangan paling besar ialah kita dapat pahala dan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebab tulah kita ahli-ahli PAS duduk dalam PAS tujuannya apa, tujuannya kita yakin kita duduk dalam PAS ini dapat pahala di sisi Allah SWT.

(Disunting dari Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Markas PAS Tedong, Sabtu 13 Jun 2015 sempena Liqa Fikri Pelancaran Kit Ramadhan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Suntingan oleh izwan@harakah.net.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )

Sumber HD - 20-6-2015


KENYATAAN KHAS

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Sya'ban 1436 / 7 Jun 2015

"Muktamar PAS: Hakikatnya Islam Yang Menang"

1. Semua calon yang bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor kelmarin hakikatnya memperolehi kemenangan.

2. Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam.

3. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.

4. Kerana hakikatnya, kekalahan hanyalah untuk golongan yang merasa tidak senang dan tidak mahu melihat kejayaan serta kemenangan Islam.

5. Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk campur hal ehwal pemilihan PAS.

6. DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-Allah kepimpinan baru PAS akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam.

7. PAS akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno-BN.

8. PAS juga komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Pemuda PAS Malaysia
See More



Sumber FBPPM - 7-6-2015

Mempertahankan Jawatan Kerana Sokongan Dari Bawah

KUALA TERENGGANU – “Pertandingan di dalam PAS bukan kerana nak menang projek ataupun habuan wang ringgit, tetapi jawatan ini adalah amanah serta merupakan ke arah ‘fastabiqul khairaat’ iaitu berlumba-lumba ke arah kebaikan”, ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditanya keputusan beliau untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk Pemilihan dewan itu nanti.

“Saya hargai pencalonan daripada akar umbi yang masih memberikan kepercayaan dan harapan kepada saya untuk terus mempertahankan amanah ini.

Khalil Hadi3

“Saya yakin, para perwakilan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion dan kelayakan bijak memilih yang terbaik berdasarkan ilmu dan kemampuan, bukan kerana faktor keturunan ataupun secara spontan tanpa soal selidik” ujar beliau lagi.

Muhammad Khalil, 38 tahun mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yakin para perwakilan bijak memilih, walaupun tidak menolak faktor anak Presiden Parti juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau merupakan anak sulung kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berkecimpung di dalam perjuangan ini sejak kecil lagi.

Walaupun ayahanda beliau tidak pernah memaksa anak-anak untuk terlibat di dalam PAS, tetapi berkat tarbiyyah ayahanda, pemahaman dan kesedaran diri sendiri yang mahu terlibat di dalam PAS ini untuk sama-sama berjuang dan berlumba-lumba di dalam kebaikan.

20150528_103956 (2)

Menurut Muhammad Khalil, Dewan Pemuda merupakan dewan yang sangat penting dan merupakan sayap kepada perjuangan PAS itu sendiri.

Dewan pemuda perlu kepada pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Para pemuda juga merupakan kader-kader yang perlu dijana sebaiknya mengikut acuan Islam supaya faham akan perjuangan PAS sebagai gerakan Islam.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan akan tetap berpegang teguh dengan visi dan misi pemuda itu sendiri yang akan memastikan masyarakat dan pemuda akan terus mendekati dan memartabatkan Islam hingga ke akhir hayat mereka.

Turut akan diperjuangkan pemuda adalah keharmonian dan perjuangan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan perhatian ramai menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung pada 4-6 Jun nanti di Kuala Selangor, Muhammad Khalil sedar bahawa begitu banyak perhatian yang diberikan ini merupakan suatu perkara positif yang menunjukkan bahawa PAS ini merupakan parti yang penting, yang mana kesinambungan perjuangan PAS itu akan mencorakkan warna-warni politik di tanahair ini.

Khalil Hadi

Beliau juga menegaskan bahawa tiada salah pertandingan di dalam PAS, kerana PAS mengamalkan demokrasi serta parti itu mempunyai kaedah yang tersendiri mengikut acuan Islam di dalam memilih pemimpin yang benar-benar menghayati akidah perjuangan yang sebenar.

Ketika ditanya pertembungan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat di antara Suhaizan Kaiyat dan Ustaz Nik Mohamad Abduh, Muhammad Khalil secara terbukanya memberi sokongan kepada Ustaz Nik Mohamad Abduh agar dipilih oleh para perwakilan pemuda nanti.

“Tiada masalah isu umur jika mahu dibangkitkan. Kerana hampir majoriti Ketua Pemuda PAS yang lepas berumur 40 tahun ke atas. Saya berharap agar para perwakilan akan memilih Ustaz Nik Abduh kerana pengalaman luas beliau di dalam pemuda sebelum ini.

“Beliau juga dekat dengan jiwa pemuda kerana sentiasa aktif berprogram bersama pemuda selain bijak dan mesra di alam maya. Namun yang penting, saya mengharapkan pemuda memilih pemimpin yang akan berjuang mempertahankan prinsip Islam serta kepimpinan PAS itu sendiri”, ujar Muhammad Khalil lagi.

20150528_102748

Di akhir pertemuan, Muhammad Khalil sekali menegaskan bahawa PAS bukan sahaja parti politik tetapi merupakan gerakan Islam. Dewan pemuda akan tetap teguh menyokong kepimpinan parti yang berpegang teguh dengan prinsip perjuangan.

Dewan pemuda akan memastikan kesinambungan kepimpinan dewan itu bagi melahirkan pemuda yang wasatiyyah menurut acuan Islam yang sebenar, serta berakhlak dan taat kepada kepimpinan.

Sumber BO - 30-5-2015

Tuduhan PAS Akan Bergabung Dengan Umno Adalah ‘Bisikan Syaitan’

KUALA TERENGGANU – Kenyataan pemimpin DAP yang menuduh PAS akan bergabung dengan Umno disifatkan sebagai ‘suara-suara syaitan’, yang lahir daripada perasaan was-was dan tidak berasaskan kepada fakta.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan PAS dan Umno tidak boleh bergabung sama sekali, kerana dasar perjuangan kedua-dua parti itu sangat jauh berbeza.

Khalil Hadi

“Keputusan kalau (samada) PAS ini bergabung dengan Umno (atau tidak), bukan keputusan individu, bukan keputusan presiden, (bukan) pemuda dan seumpamanya.

“(Kerana) PAS ini sebuah parti, yang mana kita ada sistem kita sendiri, (setiap tindakan) diputuskan oleh jemaah, oleh jawatankuasa, oleh (majlis) syura, oleh muktamar dan seumpamanya,”jelas beliau.

Contohnya, kata beliau, dalam sejarah PAS yang lalu, keputusan PAS duduk dalam kerajaan perikatan pada masa tersebut selepas krisis perkauman 13 Mei 1969, adalah satu keputusan yang dibuat dalam muktamar PAS.

“Jadi sebab itulah suara-suara yang (ber)kata PAS, orang ini hendak bersama dengan Umno, orang ini hendak bergabung dalam Umno,

Khalil hadi1

“ini suara-suara syaitan yang mana tidak berasaskan hujah dan fakta tetapi semata-mata untuk memburukkan pihak-pihak tertentu,” katanya kepada dalam satu wawancara dengan pihak media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini pada Khamis 28 Mei.

Beliau tidak menolak, isu yang cuba dihangatkan semula itu bertujuan memberikan imej yang buruk kepada PAS

Apatah lagi, kata beliau, tuduhan itu mengaitkan PAS, Presiden PAS dan keputusan muktamar yang akan berlangsung beberapa hari lagi .

Beliau turut menempelak DAP kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya adalah tidak mesra Pakatan dan tidak langsung menjaga rakan-rakan gabungan tersebut.

Kata beliau, kenyataan terbuka pemimpin DAP itu turut menyinggung perasaan ahli-ahli PAS.

Khalil Hadi3

Muhammad Khalil yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, PAS sejak dulu sehingga kini masih tetap bersama-sama PR dan pendirian itu juga selari dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia bukan sebagaimana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa hati Ustaz Abdul Hadi telah bersama-sama Umno, yang jelas sekali telah ‘meleburkan’ semangat setia kawan dalam PR.

“Saya tidak tahulah apa yang berlaku kepada DAP ini sebab kita PAS kita tidak masuk campur urusan parti dia tetapi kenapa dia hendak masuk campur urusan parti kita.

“Dia komen macam-macam, bukan sekali komen (tetapi) beberapa kali komen pasal kepimpinan parti secara umumnya, presiden secara khususnya dan muktamar secara umumnya. Macam-macam komen diberikan,” katanya kesal.

Sumber BO - 28-5-2015

Tabung Haji: Jangan ulangi pegawai kena, 'jerung' lepas





































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Krisis yang berlaku terhadap Tabung Haji (TH) tidak boleh dituding jari kepada individu-individu tertentu sahaja tetapi ia adalah kesilapan kerajaan Umno dan BN yang memerintah.

Justeru, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bersimpati dengan musibah yang menimpa terhadap TH khususnya kepada para kakitangannya yang bertungkus lumus untuk menjaga amanah itu.

Bagaimanapun, kata beliau malangnya ia diburukkan oleh tangan-tangan kotor pemimpin politik yang tamak haloba.

"Kita sangat bimbang sejarah akan berulang apabila berlakunya krisis-krisis dalam negara yang dipersalahkan ialah kakitangan atau pegawai kerajaan adapun 'jerung-jerung' besar terselamat," tulis beliau menerusi facebook.

Beliau masih ingat cerita orang-orang dahulu yang nak pergi ke Mekah menunaikan ibadah haji sampai kumpul duit syiling dalam tempayan di bawah rumah semata-mata untuk merealisasikan rukun Islam yang kelima itu.

"Besarnya kesungguhan mereka. Alhamdulillah negara kita mempunyai Tabung Haji yang memainkan peranan di atas," katanya.

Baginya, besar jasa mereka yang memberikan idea sehingga ia menjadi realiti. - HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-2015

Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup






































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Di beberapa buah negara, apabila berlaku aduan salah guna kuasa terhadap presiden, perdana menteri atau mana-mana pimpinan kerajaan disiasat, dibawa ke mahkamah dan dihukum.

"Begitu juga dengan negara jiran kita, Thailand," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Di Malaysia, ujarnya banyak mana wang rakyat telah dikebas dan dana awam dilesapkan seperti Perwaja, MAS, PKFZ yang terbaru sekarang ialah 1MDB dan Tabung Haji.

"Kalau rakyat terlambat bayar bil elektrik kena potong, tidak bayar saman diburu macam penjenayah tetapi apabila pimpinan Umno dan BN seleweng duit rakyat diam membisu," katanya menerusi facebook.

Justeru, ujarnya pendedahan berkait dengan salah guna Tabung Haji untuk IMDB bukan silap Datuk Seri Najib seorang sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi ia adalah kesilapan Umno sebagai parti teras dalam Kerajaan BN.

"Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup," katanya lagi.

Menurutnya, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewangan, boros, membazir, rasuah yang melibatkan ratusan juta dana awam.

Rakyat, katanya bukan sahaja mahu Najib letak jawatan bahkan Umno juga wajib ditukar daripada menerajui tampuk pemerintahan negara. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Sumber HD - 10-5-2015


DAP bukan penghalang besar - Khalil Abdul Hadi
Posted on Sunday, March 29 @ 17:18:49 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUANTAN - Pemuda Pas Pusat berkata, DAP bukan halangan untuk Pas melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah Umno dan BN.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalannya adakah Umno selaku Kerajaan Persekutuan bersedia melaksanakan hukum itu apabila ia diluluskan kerajaan Kelantan.

“Kita bimbang halangan daripada Umno kerana tidak luluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (hukum hudud) walaupun ia diluluskan 20 tahun lalu.

“Ini yang kita takut sebenarnya, jika dibandingkan desakan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan itu di Kelantan biarpun ia hanya melibatkan orang Islam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kuantan di Tanjung Lumpur, semalam.

“DAP dan PKR harus hormati apa yang diperjuangkan Pas kerana dasar ini telah lama dimulakan. Malah kita sedaya-upaya menjaga kepentingan Islam walaupun perkara ini (hudud) sepatutnya dimulakan lebih awal oleh Umno.

“Jika Umno memperjuangkan Islam, saya percaya hudud telah lama diwujudkan, namun sehingga sekarang Umno tidak melaksanakan tanggungjawab itu sejak mengambil alih negara ini,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, bagaimanapun beliau yakin Pas menggunakan saluran demokrasi yang betul dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera di Kelantan.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak kemungkinan negeri lain akan mencontohinya. - SH



Sumber TKO - 29-3-2015


Pemuda PAS Alor Gajah Calon Khalil Sebagai Ketua Pemuda
Posted on Saturday, March 28 @ 16:37:07 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah Melaka yang bermesyuarat pada 28 Mac 2015 sebulat suara sepakat mencalonkan kepimpinan bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana berikut:

Ketua Pemuda : Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timb. Ketua Pemuda : Khairil Nizam Khiruddin
Naib Ketua Pemuda : Afnan Hamimi Taib AzamuddenDewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah juga menyatakan sokongan padu kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS serta berjanji untuk taat setia selagi mana tidak bercanggah dengan Islam.

Emransyah Ismail
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah
Melaka
27 Mac 2015

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
akhtarsyaheed
Posted on Saturday, March 28 @ 16:37:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Sumber TKO - 28-3-2015

HUDUDPHOBIA: APA PENDIRIAN ANDA?

- Hududophobia ialah sebahagian daripada Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini.

- Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang barbaric dan melanggar hak asasi manusia. Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi elektrik dan gantung sampai mati. 

- Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam pilihanraya nanti. Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia menghormati PAS kerana tegas dengan prinsip Islamnya dalam masa yang sama menghormati kedudukan masyarakat non Muslim di dalam negara.
- Ada yang tidak bersetuju dgn hudud kerana masanya tidak sesuai. Soalnya bilakah masa yang sesuai untuk diketengahkan?

-Dan macam-macam lagilah alasanya. Apa yang penting ini adalah fenomena Hududophobia yang melanda Malaysia sekarang. Bagaimana ia akan berakhir? Kita tunggu dan lihat. DAP sudah menyatakan sikapnya. PKR masih malu-malu. Bagaimana pula sikap UMNO dan rakan-rakan kompenanya nanti? Rakyat melihat dan menilai.

MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADIMuhammad Khalil Abdul Hadi ]
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
26 Mac 2015

Sumber PP - 26-3-2015

Pemuda PAS Mesti Teguh Dengan Prinsip Islam


Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata musuh-musuh Islam dan sekutu Amerika Syarikat amat takut jika undang-undang syariat Islam dilaksanakan.

“Musuh-musuh Islam, Amerika Syarikat dan konco-konconya amat gerun jika syariat dan hukum Islam dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan……. apabila undang-undang Islam dilaksanakan, maka seluruh aspek pemeritahan,

IMG-20150301-WA0049

“ekonomi, pendidikan dan seluruhnya akan menzahirkan keindahan Islam. Mereka takut masyarakat akan lihat sendiri keadilan Islam yang syumul,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau kali ke-27 pada Ahad, 1 Mac.

Oleh itu, beliau menegaskan, melaksanakan syariah adalah menjadi strategi untuk menghadapi pilihanraya.

Beliau turut mendakwa, bahawa -musuh-musuh tersebut akan bertindak menimbulkan keraguan dan syubhat kepada hukum Islam itu sendiri.

“Laksanakan Islam akan jadi mundur, Islam itu ganas malah hukum Islam tidak sesuai dengan zaman ini. Itulah yang sering dimomokkan bagi menakutkan dan memberi imej buruk terhadap Islam.

“Kita harus faham, hukum Islam itu sangat luas dan bukan hanya sekadar hudud dan qisas sahaja”, ujar beliau lagi.

IMG-20150301-WA0050

Dengan semangat membara, Khalil yang juga Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu menyeru para pemuda untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam dan menjadi tonggak penting kepada jemaah Islam.

“Saya menyeru dan mengharapkan agar pemuda sekalian menjadi pendokong serta memastikan dasar Islam terus dijaga di dalam jemaah kita. Ini kerana kita sayang kepada parti kita. Kita mahu perjuangan kita ini mendapat pahala dari Allah SWT,”jelasnya.

Harus difahami bahawa perjuangan Islam yang ikhlas, kata beliau, pasti akan diganjari pahala dan ganjaran besar dari Allah. Sudah tentu orang yang inginkan pahala akan meneruskan kerja-kerja untuk membantu kemenangan Islam tanpa lelah.

“Kemenangan itu dari Allah. Itulah yang kita yakini. Tahaluf kita di dalam Pakatan Rakyat merupakan strategi untuk meraih kemenangan. Kemenangan itu pasti akan tiba kelak kepada kita apabila tiba saatnya.

“Namun yang pasti, kita akan terus kukuh berpegang dengan dasar Islam ini yang menjadi tonggak perlembagaan parti kita demi meraih kemenangan di sisi Allah,”ucap Khalil mengakhiri ucapannya

Sumber TKO - 3-3-20125


KONFLIK DI YAMAN KE ARAH PEMETAAN SEMULA DUNIA ISLAM - KHALIL



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34012-konflik-di-yaman-ke-arah-pemetaan-semula-dunia-islam

Sumber HD - 24-2-2015


BENCANA KEHILANGAN ULAMA KEPADA UMAT MANUSIA - TKPPM


AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MANTAN AL MURSYIDUL AM PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33963-bencana-kehilangan-ulama-kepada-umat-manusia

Sumber HD - 20-2-2015


MALAYSIA ADA PELUANG SUARAKAN HASRAT UMAT ISLAM - TIMBALAN KPPPM


USTAZ MOHD KHALIL ABDUL HADI - TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33433-malaysia-ada-peluang-suarakan-hasrat-umat-islam

Sumber HD - 23-1-2015















































Malaysia disaran aktif dalam UNSC

Posted on Tuesday, January 20 @ 13:25:26 MYT by paktam

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
MALAYSIA telah dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Oktober 2014 dengan mandat majoriti undian yang besar. Seharusnya, pemilihan dan sokongan yang kuat tersebut harus dimanfaatkan untuk menyuarakan bantahan lebih efektif bagi mengurangkan tekanan terhadap umat Islam yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

Kebanyakan negara Barat telah memberikan pandangan yang prejudis setelah insiden yang berlaku di Sydney pada 15 Disember 2014 (Sydney Hostage Crisis) dan yang terbaru di Paris pada 7 Januari 2015 (Charlie Hebdo).
Kebanyakan mereka terus melabelkan tindakan-tindakan tersebut sebagai ‘Islamic terrorism’ tanpa justifikasi yang adil. Perkara ini dilaungkan seiring dengan ancaman militan Islamic State yang didakwa telah meluas di Eropah.

Secara tidak langsung, persepsi tersebut telah meningkatkan sentimen Islamophobia dan terus memalitkan imej negatif terhadap umat Islam khususnya yang menetap di Eropah.

Pihak-pihak tertentu telah mengambil kesempatan dan melancarkan tindakan reaksionari terhadap institusi Islam seperti masjid, kawasan umum, premis komersial dan residen orang Islam.

Perkara ini akan terus menjejaskan perkembangan Islam dan dibimbangi akan menjadi asbab untuk terus mengancam populasi masyarakat minoriti Islam di negara tersebut.

Di Dresdan Jerman, hampir 20,000 rakyat berdemonstarasi dan melaungkan anti imigran dan anti Islam. Mereka bersatu atas slogan Patriotische Europäer gegen die Islamisierung des Abendlandes (Pegida) atau Patriotic Europeans Against the Islamization of the West.

Pada masa yang sama, novelis Perancis telah menulis sebuah buku bercorak distopia bagi menggambarkan ekstremisme terhadap umat Islam.

Malah, pada masa yang sama, dunia tidak mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin ketika Benjamin Netanyahu turut sama menghadiri perhimpunan anti keganasan di Grand Synagogue, Paris yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

Terbaru, dia mendakwa ‘wave of Islamization’ telah melanda Eropah Barat dan akan mengancam masyarakat Yahudi di benua tersebut.

Dalam hal ini, saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin negara untuk bersolidariti dan memberi sokongan terbuka kepada Palestin yang akan mengheret Israel ke muka pengadilan di International Criminal Court (ICC) di The Hague bermula 1 April 2015 ini.

Israel telah melakukan pembunuhan terhadap lebih 2,000 rakyat awam Palestin dalam peperangan yang berlangsung sekitar 50 hari tahun lalu.

Malaysia harus menonjolkan peranan yang aktif ketika keberadaannya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ini peluang yang harus dioptimakan sementara tekanan terhadap umat Islam khususnya di Eropah semakin memuncak. Dalam hal tertentu, Malaysia juga harus berani menjelaskan pendiriannya terhadap sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat. -

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber DD - 20-1-2015

Allah yang tentukan bagaimana Islam menang

USTAZ KHALIL ABDUL HADI | .


1. Antara tujuan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS 4.0 adalah untuk para pemuda memahami tentang Fiqh Nasr wal Intisaar (Fiqh Pertolongan dan Kemenangan daripada Allah) yang merupakan di antara Fiqh al-Jihad.

2. Surah al-Fath dipilih sebagai tema bagi menerangkan mengenai erti kemenangan dalam Islam dan cara-cara untuk mendapat pertolongan daripada Allah bagi mencapai kemenangan di dalam perjuangan Islam.

3. Banyak cerita dan pengalaman orang lama perlu diambil oleh para pemuda untuk mencapai kemenangan iaitu perlu digabungjalinkan hamasatus syabab wa hikmatus syuyukh (semangat anak muda dan kebijaksanaan orang lama).

4. Walaupun kita tidak pernah menang secara mutlak (menang dalam PRU sehingga boleh menguasai kerajaan pusat), akan tetapi kita tetap menang di sisi Allah kerana erti kemenangan yang sebenar ialah kemenangan menegakkan kebenaran agama-Nya yang dijanjikan oleh Allah dengan pahala dan syurga di akhirat. Inilah yang menjadi akidah perjuangan kepada pemuda-pemuda PAS.

5. Kemenangan kepada perjuangan Islam bukan boleh dibeli dengan harga yang murah. Permata yang mahal untuk mendapatkannya memerlukan kepada pengorbanan apatah lagi untuk memperoleh kemenangan kepada perjuangan Islam, ia memerlukan pengorbanan nyawa, harta dan tenaga semaksima mungkin. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang beriman jiwa dan harta mereka bahawa bagi mereka syurga... "

6. Kita memilih jalan pilihan raya sebagai pendekatan untuk memenangkan Islam. Walaupun kita tahu pilihan raya yang diadakan di negara kita penuh dengan penipuan, rasuah dan salahguna kuasa.

7. Saya percaya dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, tidak mungkin untuk PAS memenangi pilihan raya tetapi kita bertegas untuk terus istiqamah dengan pendekatan ini kerana inilah pendekatan yang mengikut manhaj anbiya yang berdepan dengan golongan pemerintah zalim pada zaman masing-masing dan bagi melaksanakan tuntutan menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.

8. Kita selalu berfikir bahawa kemenangan itu akan dicapai mengikut acuan yang kita tentukan. Tetapi hakikat yang sebenar kemenangan itu ditentukan oleh Allah. Kita menjangka Namrud akan dikalahkan oleh Nabi Ibrahim a.s setelah orang ramai mengikutnya akan tetapi Namrud yang angkuh itu tersungkur dengan hanya seekor nyamuk. Kita memikirkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan menang dan menakluk Mekah dengan peperangan akan tetapi ketentuan Allah Mekah dibuka dengan jalan damai. Kemenangan umat Islam menawan kota Konstantinople dijanjikan oleh Rasulullah SAW pada zamannya tetapi hanya menjadi kenyataan ratusan tahun selepas baginda wafat.

9. Begitulah juga dengan Umno/BN; kita memikirkan PAS akan menang dalam PRU menumbangkan Umno/BN akan tetapi apa yang dirancang oleh Allah kita tidak mengetahuinya. Apa yang penting kita mestilah istiqamah berjuang di atas jalan yang benar.

10. Hari ini kita melihat Umno/BN menuju ke jalan kemusnahan. Setiap perjuangan mempunyai rohnya. Roh perjuangan Umno ialah kebendaan dan wang ringgit; apabila ia susut dan berkurangan akan lenyaplah Umno dan BN. Adapun roh perjuangan PAS ialah Islam yang sentiasa hidup selagi mana PAS istiqamah dengan Islamnya maka kita terus kuat dan gagah.

11. Semakin kita ditekan dan diasak semakin kita perlu untuk terus berpegang dengan prinsip Islam dan pasti kita akan semakin kuat dengan pertolongan Allah

12. Kita pernah menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU13 tetapi kita belum lagi diberikan kemenangan oleh Allah. Pada kali ini kita juga menegaskan bahawa kita melangkah menuju kemenangan dalam PRU14. Jika sekiranya kita ditakdirkan tidak mencapai kemenangan juga kita sentiasa menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU15, 16, 17 dan seterusnya kerana kemenangan Islam itu adalah pasti sama ada dekat ataupun jauh. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan adalah wajib ke atas kami menolong orang-orang yang beriman. "

13. Persiapan yang perlu kita lakukan untuk memacu kemenangan PRU14:-

a. Kita mestilah istiqamah dan berpegang teguh di dalam memperjuangkan isu-isu yang berkait dengan Islam dan hak-hak orang Islam dan mestilah kehadapan menegakkannya.

b. Fokus yang lebih kepada pengundi Melayu khususnya anak muda.

14. Akhirnya kita mestilah yakin kemenangan Islam adalah suatu perkara yang pasti, jangan kita persoalkan bila dan bagaimana kerana ia adalah rahsia Allah. Tanggungjawab kita adalah terus istiqamah memperjuangkan agama-Nya. – HARAKAHDAILY 9/12/2014

No comments:

Post a Comment