BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, September 12, 2014

KETUA WHIP AHLI PARLIMEN PAS - DATO' TAKIYUDDIN HASSAN

HAL EHWAL PARLIMEN : 2015 - 2017

Pengerusi: YB Ustaz Idris Ahmad

Timbalan : YB Dto' Takiyuddin Haassan

Sumber PP - 23-6-2015


Mahfuz Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS

Posted on Friday, September 04 @ 07:06:20 MYT by paktam

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)."Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.

Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.

"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.

"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.

Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.

"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.

"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya

Sumber TKO - 4-9-2015








Kita pasti tersenyum puas setelah kemelut beredar

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF | .



Semoga kita semua berada dalam keadaan yang tenang dan sejahtera menghadapi pelbagai kemelut yang diduga dan yang tak diduga sama ada yang mampu kita bersama selesaikan atau yang di luar kemampuan kita.

Ia berlaku serentak dan merebak kian parah dalam semua aspek kehidupan bermula dari sosial, ekonomi, kini ke aras tertinggi pentadbiran dan politik negeri dan negara.

Kita penuh yakin sebagai orang Islam bahawa sIrah Islam terbukti menyediakan ruang dan pelbagai penyelesaian untuk mengatasi masalah seumpama ini.

Sebagai sebuah parti Islam yang berteraskan dakwah dan siasah yang telah lama berada di bumi Malaysia, kita telah melalui pelbagai kemelut dengan penuh sabar dan hikmah.

Justeru itu, kami Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) berdiri teguh di belakang kepimpinan presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk mengadun formula politik dan pendekatan dakwah yang terkini dalam menghadapi isu kepimpinan negara dan parti yang kritikal seperti ini.

Kita yakin berkat kesatuan aqidah, ilmu yang banyak, pengalaman kepimpinan dan gandingan input di dalam kepimpinan PAS, PAS akan mengemudi rakyat bergerak keluar menurut lunas agama dan demokrasi secara berhati-hati sesuai dengan komposisi penduduk dan biah keadaan dalam negara.

Kendatipun adakala birokrasi arahan dan tugasan yang diarahkan barangkali kelihatan dan didakwa janggal di mata orang lain ia tetap amanah yang perlu kita penuhi ketika ini.

Ini adalah bezanya kita yang ditarbiah untuk tetap mendukung taklif dan tugas melainkan dalam hal yang melanggar syariat.

Adalah sesuatu yang biasa bilamana tindakan dan pandangan politik setiap parti politik adalah berbeza dari yang lain kerana ia akan dinilai dari sudut pandang yang lain sifatnya mengikut dasar dan kepentingannya.

Keberkesanan setiap strategi sama ada pro atau kontra akan terbukti dan dianalisa setelah krisis berlalu.

Pengalaman Nabi Musa a.s bermusafir dengan Nabi Khaidir a.s dan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dalam pelbagai peristiwa di Madinah harus dijadikan iktibar dan panduan saat ini.

DMPNK terus beristiqamah atas keyakinan itu bahawa pada kali ini kita juga insya Allah akan berjaya mengikut kaedah dan neraca pertimbangan kita yang tersendiri.

Kepimpinan kita telah membuat alternatif baru di luar kotak pemikiran kita kerana setiap kris
is pasti membuahkan hasil yang lebih baik.

Apa yang paling penting sebagai pendukung perjuangan Islam pada saat seperti ini ialah sokongan kepercayaan, doa dan kesabaran seluruh ahli dan meneruskan tugas dakwah dan siasah harian di semua peringkat. Siap sedia untuk patuh kepada arahan dan mengambil maklumat dari sumber yang sah dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan kesan sampingan krisis yang telah dan sedang berlaku kini.

Kelantan sebagai negeri yang ditadbir oleh PAS, maka kewajipan utama kita mempertahankan dan menjaga negeri dan rakyat negeri ini sebaik mungkin.

Tugas ini lebih aula dan perlu ditekankan kerana tiada kemajuan dapat dikecapi melainkan kita bermuafakat dan berukhuwwah sebagai sebuah jamaah dan saling bantu membantu dalam menjalankan khidmat kepada rakyat demi Islam mencari keredhaan Allah swt.

Maka setiap ahli harus berusaha menjadi tiang dan tongkat yang menguatkan PAS bukan yang menumbangkannya.

Insya Allah satu hari nanti kita pasti akan tersenyum puas setelah kemelut ini beredar berkat kesabaran dan kesetiaan kita pada jamaah.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Ahli Parlimen Rantau Panjang

Sumber HD - 1-8-2015


Panduan indeks syariah untuk siapa?

Posted on Monday, June 22 @ 05:15:25 MYT by paktam

Oleh Raja Bahrin

Pada bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita merenung adakah kita menepati kehendak syarat syariah dalam mengendalikan urusan harian kita seperti dituntut Islam dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan memperkenalkan panduan indeks syariah untuk digunakan. Marilah kita mengkaji beberapa isu yang berada di depan kita hari ini.


Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai pelabur daripada kalangan orang Islam yg berhajat untuk mengerjakan haji dan umrah sebagai tuntutan suci agama Islam. Ramai yang terkejut dengan berita TH membeli tanah di Sungai Besi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga tinggi. Pada awal isunya mengapa TH membayar harga tinggi RM2,700 satu kaki persegi sedangkan 1MDB hanya memperolehnya daripada kerajaan dengan harga hanya RM65 satu kaki persegi!


Ini adalah harga yang sangat tinggi dan apabila ia didedahkan pengurusan TH menyatakan mereka dapat menjual tanah itu dalam masa 2 minggu dengan keuntungan. Selepas 2 bulan ia masih belum dijual.
Isu kedua, tidakkah pengurusan TH mengetahui 1MDB membuat pelaburan di pusat kewangan Pulau Cayman yang merupakan pusat wang haram terkenal dunia di mana duit judi, dadah dan perniagaan haram dilaburkan? Adakah patut 1MDB dan kerajaan Malaysia merestuinya dengan melanggar panduan indeks syariah sendiri?

Isu ini saya timbulkan di Parlimen pada 2014 di mana Datuk Ahmad Maslan menjawab ia bukan pelaburan jangka masa panjang. Yang haram tetap haram tidak mengira jangka masa terlibat. Ironinya semasa saya menimbulkan soalan ini di Parlimen kami sedang bahas pindaan akta penggubalan wang haram di Malaysia untuk memperketat akta dan menambah berat hukuman kesalahannya!

Isu kedua terlibat dengan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat, menyatakan 1MDB membayar harga amat tinggi kepada Kumpulan Genting untuk stesen janakuasa dekat Kuala Lumpur dengan harga RM2.3 bilion sementara penilaiannya hanya RM400 juta, iaitu lebih 5 kali ganda harga sebenar.

Selepas pembelian itu, sebelum PRU13 syarikat judi Genting itu menderma berjuta ringgit kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak. Bukan hanya Genting merupakan syarikat judi terbesar, tetapi cara wang disalurkan kembali kepada YR1M kesalahan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram. Adakah sekolah dan individu yang menerima sumbangan ini menepati panduan indeks syariah kerajaan daripada halal haramnya sumber dan perbuatan pemberiannya? Adakah wang agihan kepada orang ramai semasa PRU13 daripada sumber halal jika laporan WSJ itu tepat?

Persoalan utama di sini adalah untuk siapakah indeks syariah ditujukan kalau syarikat kerajaan dan kerajaan sendiri tidak mengira halal atau haram cara kendalian wang dilakukan? Persoalan lagi untuk siapa Akta Penggubahan Wang Haram yang kita bahaskan di Parlimen tahun lepas?

Adakah kerajaan perdana menteri kebal daripada kedua-dua peraturan dan ketetapan negara di atas? Apa erti wujudnya indeks syariah jika ia tidak dipatuhi.

Saya ingin menggesa di sini supaya alim ulama seluruh Malaysia menyatakan pendirian mereka tidak mengira fahaman politik atau jawatan. Sehingga isu sebegini ditangani dengan betul, Malaysia mungkin akan terus mengalami peristiwa bencana luar biasa seperti kita tidak pernah alami sebelum ini. Semoga Allah memelihara bumi Malaysia daripada terus dilanda bencana. – 21 Jun, 2015.

* Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ialah ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Sumber DD - 22-6-2015


Muktamar Penguasaan dan pembacaan subjek Tokoh-tokoh Islam perlu

Posted on Thursday, June 04 @ 10:21:14 MYT by paktam

Oleh Ust Hj Ahmad Marzuk Shaary

Sekitar tahun 2007 sewaktu pengajian MA Hadis di USM, Guru saya Prof Dato Dr Radhi Othman selalu menekankan tentang betapa perlu penguasaan dan pembacaan subjek Tokoh-tokoh Islam dalam usaha mengusai pengajian ilmu Hadis. Penekanan yang beliau buat itu amat saya syukuri lebih-lebih lagi pada hari ini.

Antara riwayat tokoh agung ialah Iyas bin Mua'wiyah dengan Qaasim bin Rabie'ah.

Keduanya pernah dicalonkan oleh Khalifah Umar Abd Aziz sebagai Qadhi di Basrah. Lalu ditugas 'Adiy bin Artha'ah gabenor Iraq untuk menyelesaikan.

Iyas meminta gabenor bertanya kepada dua tokoh di Basrah iaitu Muhammad Ibn Siirin dan Hasan Al-Basri untuk memutuskan siapa yang layak. Iyas berbuat demikian dengan harapan kedua-dua tokoh itu yang lebih rapat dengan Qaasim akan memilihnya.

Qaasim yang tahu strategi Iyas lalu bersumpah : -

"Demi Allah Yang tidak ada Tuhan yang haq selain Dia, sesungguhnya Iyas adalah orang yang lebih faham tentang agama Allah dan lebih mengerti tentang pengadilan berbanding diriku. Jika aku berdusta di dalam sumpahku ini, maka engkau tidak boleh melantikku sebagai Qadhi, kerana aku telah melakukan pembohongan".

Dan jika aku berkata benar dalam sumpahku ini, maka engkau juga tidak boleh melantik orang yang kurang kelayakannya di kala ada orang yang lebih layak daripadaku.

Maka Iyas memandang kepada gabenor dan berkata :-

“Wahai gabenor sesungguhnya engkau telah ketemui seseorang (Qaasim bin Rabie'ah) yang layak untuk dilantik qadhi, namun engkau menghentikannya di pinggir neraka Jahannam(jawatan Qadhi), lalu dia berusaha menyelamatkan dirinya dengan sumpah palsunya yang akan beliau memohon agar Allah mengampunkanya dan dia akan terselamat dari apa yang dia takuti itu( neraka jahannam).”
Gabenor berkata kepada Iyas

“Seungguhnya orang yang memiliki daya pemahaman sepertimu ini amat amat layak untuk menjadi Qadhi.”

Akhirnya Iyas bin Mu'awiyyah lah dipertanggungjawabkan sebagai Qadhi di Basrah.

Hebatnya golongan salafussoleh terdahulu. Mereka berdua saling menolak, mengemukakan hujjah serta berkempen untuk menangkan rakannya. Kita hanya boleh merindui dan berdoa agar zaman seperti ini akan berulang kembali. Kalau pun dikatakan mustahil berkempen untuk menangkan rakan dan lawan. Namun barangkali tidak mustahil mendisiplinkan diri untuk tidak melabel, menghukum serta memfitnah lawan. Allahu Akbar!!!

"SELAMAT BERMUKTAMAR"

Ust Hj Ahmad Marzuk Shaary
17 Sha'ban 1436/ 04 Jun 2015
Ahli Parlimen Bachok

Sumber DD - 4-6-2015















Suhakam siasat aduan tukar guru sebab politik

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedang menyiasat aduan berhubung pertukaran guru yang didakwa dibuat atas arahan politik.

Pagi ini, Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary selaku individu yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu termasuk membangkitkanya di Dewan Rakyat sesi lalu.


Turut serta dalam pertemuan hampir sejam di parlimen itu, Penolong Setiausaha Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri Suhakam, Intan Farida Adnan.

Ahmad Marzuk ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu berkata, pihak Suhakam hari ini antara lain menyampaikan maklumat berhubung hasil siasatan awal mereka ketika turun menyiasat kes itu di Bachok seperti dilaporkan beliau sebelum ini.

Serah bukti baharu

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, akan menyerahkan satu bukti baharu kepada Suhakam yang berupa satu rakaman audio.

"Dalam pertemuan hari ini, pihak Suhakam juga minta untuk kita kemukan beberapa dokumen bukti sokongan baharu.

"Saya memberi komitmen akan membawa bukti yang lebih spesifik iaitu berupa satu rakaman suara pencabulan hak dan menggangu privasi guru-guru termasuk menyuruh guru perempuan minta cerai dari suami," katanya.

Ahmad Marzuk pada April lalu mendedahkan senarai lebih 80 guru di Bachok termasuk isteri kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman, yang didakwanya bakal ditukar 'atas arahan politik',

Ianya berkait satu surat Cadangan Penempatan/ Pertukaran Guru Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok 2013, bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan bersama senarai nama guru yang dicadang ditukar.

Antara 40 alasan pertukaran yang diberikan, ujarnya termasuk mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan membekal makanan ke pos PAS.

Selain membuat pendedahan kepada media dan membangkitkannya di Dewan Rakyat, isu itu juga turut dipanjangkan kepada Suhakam untuk siasatan.

Banginya, tindakan itu satu pencabulan hak asasi terhadap guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana jaminan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.



"Saya berterima kasih kepada Suhakam yang beberapa kali berhubung dengan saya, dan kali ini hadir untur berbincang khusus tentang aduan yang dibuat di bawah parlimen saya.

"Kita juga memberi komitmen untuk memberi kerjasama dalam sebarang siasatan berhubung perkara itu," kata Ahmad Marzuk. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014


















Minyak naik: Bukti pemimpin BN jauh dari masalah rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tidak ada apa lagi yang boleh diperkatakan terhadap tindakan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel bermula malam tadi melainkan ianya tindakan 'membuli rakyat'.

Tidak mahu difahami sebagai 'harga naik', kerajaan BN mengaburi mata rakyat dengan menggunakan bahasa lunak 'pengurangan' atau 'rasionalisasi' subsidi.

Ironinya, kenaikan 20 sen seliter bukan sahaja membebankan golongan berpendapatan rendah, malah juga mereka yang berpendapatan sederhana dan kaya.

Lebih menyakitkan adalah, kesan rantaian ke atas harga barang yang sudah tentu akan naik selepas ini.

Mengulas kenaikan terbaru ini, Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary menyifatkan ianya adalah bukti bahawa pemimpin BN sangat jauh dari permasalahan rakyat.

Mungkin jurang perbezaan kekayan pemimpin BN dengan kemiskinan rakyat terlalu jauh, maka mereka gagal memahami tekanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat.
"Ini hanyalah salah satu daripada ribuan bukti tanda-tanda dekatnya kejatuhan kerajaan Umno Barisan Nasional, apabila pemimpin pemimpin mereka semakin jauh dan terpisah daripada permasalahan rakyat.

"Dan saya percaya bahawa kenaikan harga minyak ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Umno Barisan Nasional seterusnya membawa kepada keputusan bersama bahawa negara ini tidak lagi layak ditadbir oleh Umno BN," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun Pemuda PAS Malaysia berkata, setiap rakyat yang beratur panjang di stesen pam minyak seluruh negara malam tadi adalah bukti betapa ramai rakyat yang terhimpit ekonomi.

Beliau turut mempersoal, bagaimana pemimpin Umno berdegar-degar berbangga dengan dakwaan prestasi ekonomi negara yang baik tetapi pada masa sama rakyat dimangsakan dengan ekonomi mereka terus dihimpit.

Antara kegagalan besar kerajaan BN adalah gagal untuk mengongsikan nimat kebaikan prestasi ekonomi negara yang disebut-sebut itu kepada rakyat.

"Setiap rakyat yang beratur panjang tersebut, pasti membantah kenaikan harga minyak ini dan mempersoalkan di manakah menteri atau wakil rakyat Umno BN yang bersama membantah kenaikan ini," katanya.

Apapun, kenaikan ini adalah sebahagian rantaian 'hadiah' untuk rakyat Malaysia, sebelum dianugerahkan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kurang enam bulan dari sekarang.
- HARAKAHDAILY 2/10/2014

Sumber HD - 2-10-2014

Obsesi untuk dapat 5A perlu dihentikan

CHANDRAVATHANI SATHASIVAM | .

KUALA LUMPUR: "Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu M.Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.

Dia juga mahu mencontohi beberapa anggota keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor mahu obsesi sebegini dihentikan.

"Dalam masyarkat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.

Tegasnya, amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.

Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.

Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.

"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.

Beliau yang bersetuju dengan pendapat Turiman, berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.

Seorang ibu, Maizatul Lina Mustapa pula berkata beliau tidak memaksa anaknya untuk cemerlang.

"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.

Beliau berkata sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.

Seorang lagi ibu, Rosie Chan berkata ibu bapa perlu turut dididik untuk memfokus kepada pembinaan kekuatan anak-anak mereka yang mempunyai kemahiran masing-masing.

Pada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan agar pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana. - Bernama

Sumber HD - 13-9-2014




















Sabotaj dalam Umno punca soalan UPSR bocor?

AHMAD MARZUK SHAARY | .

1. Dalam sebuah negara yang penuh rasuah seperti Malaysia, adalah tidak mengejutkan kejadian kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 berlaku.

2. Kertas Sains 018, 028 dan 038 dan juga kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 bocor secara rasminya dilaporkan dan diisytiharkan supaya dijalankan semula pada 30 September 2014 ini.

3. Bahkan sudah menjadi rahsia umum dikalangan ibu bapa dan warga pendidikan akan kejadian kebocoran soalan peperiksaan.

4. Pada sidang parlimen yang lepas saya telah mengemukakan soalan berkaitan kes kebocoran soalan UPSR di daerah Bachok, namun reaksi kerajaan sangat tidak bertanggungjawab.

5. Dalam kejadian terbaru ini sejumlah 473,175 calon UPSR menjadi mangsa kepada kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara ini. Jutaan ibu bapa pula terpaksa menanggung beban langsung kejadian ini.

6. Dengan berlaku kejadian malang ini, ianya menempelak kenyataan Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2014 lalu yang bercita-cita menjadikan pendidikan Malaysia dalam senarai sepertiga teratas terbaik didunia dalam masa 15 tahun. Kejadian ini membuatkan Malaysia masuk senarai tercorot dunia pendidikan dan kebelakang puluhan tahun.

7. Pembaziran RM20 Juta perbelanjaan konsultasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2035 sebagaimana yang telah disuarakan oleh ahli ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini membuatkan kita semua faham bagaimana kejadian ini boleh terjadi.

8. Yang mengejutkan saya adalah kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berada di Laos, yang mendakwa kemungkinan dirinya disabotaj dan hanya meminta polis menyiasat hingga ke akar umbi.

9. Berikutan dakwaan Muhyiddin ini saya menggesa pihak polis menyiasat Menteri Pelajaran bersama saingan-saingan politik beliau di dalam Umno terutamanya Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Hisyamudin Tun Hussein, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan juga bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

10. Siasatan polis yang dijalankan perlu memberi fokus kepada kemungkinan pertarungan kuasa didalam Umno membawa kepada sabotaj sesama mereka tanpa mengira siapa sebenarnya menjadi mangsa.

11. Siasatan juga tidak harus menekankan siasatan ke akar umbi semata-mata bahkan juga harus memberi lebih perhatian kepada mereka-mereka yang berada di puncak kuasa.

12. Dan saya menggesa kerajaan usah menyalahguna kuasa dengan mengenakan kepada rakyat atau penjawat awam seperti guru-guru atau pegawai pendidikan bawahan apabila sesuatu kejadian berlaku dengan penguatkuasaan Akta Rahsia Rasmi (OSA), Perintah-Perintah Am, Peraturan-Peraturan Pendidikan tertentu demi menutup kelemahan pihak pembuat dasar yang gagal memahami realiti pelaksanaan pendidikan di akar umbi.

13. Dan sebagai menteri yang bertanggungjawab Tan Sri Muhyiddin Yasin harus segera meletak jawatan.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bachok merangkap Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 12-9-2014

No comments:

Post a Comment