BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, September 11, 2014

PENA AHMAD LUTFI





Ahmad Lutfi Othman Tidak Faham Kenapa “KingMaker”
Posted on Friday, April 27 @ 08:48:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39412&mode=thread&order=0&thold=0



Beberapa kali sahabat lebai minta mengulas tulisan Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah mengenai "Kenapa Mahathir". Secara peribadi lebai tidak gemar mengulas artikel Ahmad Lutfi kerana tulisan Ahmad Lutfi adalah tulisan "emosi dirinya" dan jika lebai mengulas dia akan menyentuh emosi. Sangat sukar bagi lebai menyentuh emosi seseorang yang dilema dalam perjuangan diri sebagai penulis yang pernah menerpa nama menghadapi dugaan menerusi perjuangan sebagai seorang penulis.

Tapi apabila tulisan Ahmad Lutfi menyerang "strategi" perjuangan yang didokong oleh lebai, nak tak nak lebai terpaksa mempertahankannya.
Sebelum ini lebai ada mengulas berkenaan tulisan Ahmad Lutfi. Pembaca atau Ahmad Lutfi sendiri (mungkin dia tak baca penulisan blogger) boleh ikuti artikel  Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh Parti PAN bagaimana pula? dan Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini “buta” berkenaan PAS

Hari ini sahaja, lebai dah menulis 5 artikel. Jadi mungkin artikel keenam ini lebai menulis dengan bahasa yang bertaburan dan mungkin "typo" memandangkan letih dan tak sempat hendak membuat semakan.

ok.. Lebai akan membuat penghujahan kepada 3 perkara.

1. Ahmad Lutfi Othman keliru antara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.
Dua perenggan pertama dalam tulisan bertajuk "Mengapa idea KingMaker Ditolak" Ahmad Lufti ada menulis;
Pemimpin Pas tegas menolak dakwaan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Mereka menyifatkan cerita kerjasama atau persefahaman politik itu sebagai fitnah memburukkan Pas walaupun presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengusulkannya selepas PRU2008.

Cadangan Ustaz Hadi bukan sahaja ditolak Pakatan Rakyat, malah tidak diterima sebahagian besar pimpinan Pas sendiri. Ada usaha membentuk kerajaan perpaduan Pas-Umno di negeri Selangor dan Perak, dengan menjanjikan Adun Pas sebagai menteri besar, namun majoriti pemimpin Pas tetap setia berpegang janji bersama DAP dan PKR.

Lebai sangat musykil bagaimana seorang bekas ketua pengarang tidak dapat membezakan diantara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan UMNO yang diakui Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang dengan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Sepatutnya Ahmad Lufi jelas bahawa Presiden PAS memang memberikan idea tentang unity government ini dan idea ini baik kata Tuan Ibrahim tetapi ramai pimpinan PAS tidak faham. Kalau mengikut kefahaman lebai idea ini disabotaj oleh beberapa kepimpinan PAS sehingga Ustaz Hadi menarik semula.

Kenapa lebai kata idea ini sangat baik dan mungkin tidak sesuai buat masa sekarang.

Satu, kalau Lutfi boleh menginggati pekerjanya bernama Haris Zalkapli semasa Ahmad Lutfi Othman ada satu syarikat Penebitan Pemuda mungkin Ahmad Lutfi boleh membaca tulisan Haris berkenaan bagaimana idea Kerajaan Perpaduan Presiden PAS ini menjadi satu kertas kajian ilmiah di sebuah Universiti di Prancis.
Universiti berkenaan memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"


Mungkin Ahmad Lutfi faham tentang idea atau tulisan politik menjadi bahan ilmiah seperti mana Prof. Muhammad Agus Yusoff cuba untuk mengilmiahkan buku-buku penulisan politik Ahmad Lutfi dengan syarat Ahmad Lutfi mesti mempunyai Ijazah.

Kenapa Idea Presiden PAS hebat. Tapi Malang disabotaj oleh puak IRC/IKRAM dalam PAS.

Pada 15 Jun 2013 The Malaysian Insider menyiarkan; (oleh kerana TMI telah ditutup lebai berikan link blog Nordin Ali yang mengulas perkara ini. Klik di sini)
Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
26 Januari 2014 Malaysiakini menyiarkan tajuk "Anwar ajak BN, rakyat capai konsensus nasional" antara lain boleh difahamkan;
Demi mencapai konsensus nasional Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak BN untuk berdialog, antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
Ucapan YB Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya di Majlis Jamuan Hari Raya, Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya pada 1 September 2013 memberitahu bahawa Anwar mahu Unity Government.

 Video - https://youtu.be/wYMOgN9eOOQ


Kenapa Bila Ustaz Hadi mereka marah tapi bila Anwar semuanya betul?


Pada 22 Mac 2015 The Star menyiarkan; (sila baca di sini)
Veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang politik berbeza yang bermatlamat untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Berucap pada majlis makan malan ulang tahun DAP Bukit Bintang pada Ahad, Lim mendakwa ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak dalam jurang politik akibat perbezaan fahaman pada masa ini dapat menangani skandal dan konflik ideologi politik dan agama antara wakil pakatan masing-masing.
Perenggan muqadimah tersebut Ahmad Lutfi seperti tidak jujur berhujah dengan cubai mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS seolah-olah cadangakan Ustaz Hadi selepas PRU2008.

Mereka membenarkan Anwar dan Lim Kit Siang tapi menolak Ustaz Hadi. Kenapa?

Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO

Kerajaan UMNO-PAS di Selangor dan Perak pula adalah tercetus kerana ada pertemuan secara tidak langsung oleh pihak UMNO melalui Khir Toyo dengan Dr Hassan Ali di Salangor dan Inisiatif Tan Sri Harussani.

Maklumat yang ada pada lebai bahawa JANJI PERTEMUAN ini dibuat melalui orang yang boleh menghubungkan antara UMNO (Khir Toyo) dengan PAS (Dr Hassan Ali) ialah Ahmad Lufti Othman sendiri. Anggap ini tuduhan lebai kepada Ahmad Lutfi. Apa yang perlu Ahmad Lutfi jawab ialah ya atau tidak sahaja.


Walaupun Ahmad Lufi banyak menyerang Khir Toyo. Ada pula cerita Khir Toyo santau Ahmad lutfi sehingga sakit. Tapi cerita akhirnya Ahmad Lutfi Othman rapat dengan orang kanan Khir Toyo, iaitu setpolnya, Dr Karim Mansor. Lebai dapat maklumat bahawa pertemuan awal Dr Hassan Ali, Mustaffa Ali dengan UMNO Selangor adalah melalui Ahmad Lutfi Othman. Ikhlas lebai nak kepastian... Ini bukan soal Ahmad Lutfi Othman setuju atau tidak setuju dengan pertemuan ini.

Pertemuan pertama tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat kerana Cikgu Pa (Mustaffa Ali) rasa dia Ketua Lajnah Politik dan senior dalam PAS dia rasa dia lebih layak buat keputusan. Lebai berhenti disini. Kalau nak bahas mungkin panjang lagi.

Adakah Ustaz Hadi Menjadi Penentu Hubungan PAS-UMNO selepas PRU12 di Selangor dan Perak. Untuk berlaku adil kita dapat maklumat daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang menjadi pengerak utama perpaduan PAS-UMNO di Perak.



Tan Sri Harussani Zakaria ada mengulas mengenai usaha gabungan UMNO-PAS di Perak. Tan Sri Harussani Zakaria menulis;
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengikut maklumat yang lebai tahu Tan Sri Harussani Zakaria tanpa dipengaruhi sesiapa dia berfikir adalah lebih untuk Perak UMNO-PAS bergabung. Kebetulan pada masa itu PAS hanya berpakat dengan PKR dan DAP keluar daripada BARISAN ALTERNATIF. Sebenarnya tak wujud lagi PAKATAN RAKYAT. TS Harussani tak tahu pun Selangor boleh buat Pakatan PAS-PKR-DAP.

Dengan inisiatif sendiri dia memandu dalam keadaan hujan lebat untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kerana dia tidak begitu rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS.

Satu perkara yang lebai nak minta pembaca berfikir, pada masa itu TGNA tak rasa dirinya lebih daripada TGHH sebagai Presiden. Dia penasihat parti melalui Majlis Syura. Sebab itu dia menjawab yang boleh membuat keputusan hanya Presiden. [Kemudian jadi porak peranda dalam PAS bila ada penghasut -- yang ini Ahmad Lufti tak nak cerita ke?]

Tan Sri Harussani Zakaria menulis
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Sakali lagi lebai nak pembaca berfikir secara matang bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) juga tidak mengunakan kuasa Presiden dalam memutuskan isu gabungan UMNO-PAS di Perak cadangan TS Harussani, Mufti Perak.

Pada permulaannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) bersetuju, TGHH pun bersetuju tapi yang tak setuju ialah Ahmad Awang. Dr. Haron Din bersetuju dan mengikut maklumat beliaulah yang minta Ahmad Awang berfikir semula.

Bila perkara ini dibawa dalam mesyuarat AJK PAS Pusat keputusan akhir perkara ini tidak dipersetujui. Memang setiap perkara mesti ada yang setuju dan tak setuju. Itu PERKARA ASAS.

Contoh katalah mesyuarat nak tukar "tulisan head" HARAKAH daripada merah kepada oren. Mesti ada yang setuju merah dan ada yang setuju oren. Keputusan akhirnya merah dikekalkan. Takkan kita nak dedah Tarmizi Mat Jam (Kini calon AMANAH) dulu nak Oren. Kemudian blogger kutuk dia. Fikirlah secara rasional.

Soalnya kenapa UG masih menjadi Isu?
Ini Ahmad Lufi tidak mengulas pula.

UG digunakan oleh satu puak dalam PAS untuk hentam satu puak lagi dalam PAS.
Maklumat UG bocor. Mesyuarat AJK PAS Pusat bocor kemudian media massa mesyerang mana-mana pimpinan yang tidak disetujui. Wartawan Harakah menjadi pusat tempat berkumpul kumpulan yang membuat serangan. Wujud kumpulan "usrah barbican" yang merencana perjalanan PAS.


Abu Bakaq (Penarik Beca) misalnya menulis, ustaz Nasaruddin Mat Isa pergi ke London kononnya nak dapatkan kebenaran Ikhwan nak bergabung dengan UMNO. Ini fitnah kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak pergi pun ke London. Ustaz Nasaruddin di serang hebat. Akhirnya Ustaz Nasaruddin tersingkir dek fitnah. Ustaz Nasaruddin kini rapat dengan UMNO maka kita pun bertepuk tangan kerana tuduhan kita betul. Siapa nak jawab disisi Allah?

Kita serang Dr Hassan Ali. Kita bangga bila Dr Hassan Ali kena pecat. Akhirnya Dr Hassan Ali tidak minat dengan politik dan mengikut jamaah tabligh, katanya lagi tenang fikiran. Kita tepuk tangan ramai-ramai kerana berjaya singkirkan kononnya Dr Hassan nak bersama UMNO. Sepatutnya Hassan Ali dah jadi ahli UMNO selepas dipecat tapi tidak, menunjukkan tuduhan tak betul.

...habis 2 peranggan ulas tulisan Ahmad Lutfi. Kita sambung lagi.

2. Sikap DAP, Ahmad Lutfi memutar maklumat hanya salahkan PAS.
Ahmad Lutfi menulis;
Penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega di atas ketetapan Pas itu. Namun tanpa diduga, ia tidak terhenti di situ sahaja. “Permainan” Umno belum tamat. Mereka memandang jauh ke hadapan. Survival Umno sebagai penguasa terancam jika Pakatan dibiarkan berkembang secara semulajadi, dengan Anwar Ibrahim sebagai pengemudi kebangkitan rakyat itu.

Jarum terus dimainkan untuk menanam rasa curiga dan sangka buruk, khususnya di antara Pas dan DAP. Dalam masa sama, digambarkan Pakatan Rakyat gagal menjaga kepentingan Melayu-Islam, mudah bertolak ansur dengan tuntutan ultra-kiasu.

Kebetulan ada aksi dan kenyataan pemimpin DAP tertentu yang boleh dimanipulasi dan dieksploitasi bagi membayangkan parti berkenaan bersikap prejudis dengan Islam. Sikap kritis dan berani mempersoalkan, dianggap anti-Islam atau tidak sensitif dengan Islam. Walhal ia hanya perlu ditangani atau dijawab dengan hujah munasabah dan bijaksana sahaja.
Betul ke apa yang Ahmad Lutfi menulis tentang PAS serang DAP?? Lebai bersangka baik mungkin semasa itu Ahmad Lutfi sakit dia kurang baca akhbar.





Dalam sebulan ada 30 hari. 30 hari pimpinan DAP membuat serangan kepada PAS. Tapi seoorang bekas ketua Pengarang Harakah boleh salah PAS, salahkan Abdul Hadi Awang. Ini lebai tak boleh nak berhujah.

3. King Maker adalah Strategi, bukan Idea dan bukan Matlamat PAS. Strategi boleh berubah, Ini Ahmad Lufti kurang jelas dalam dia menulis buku "Kenapa Mahathir"


Lebai cuba nak mudahkan perbahasan. Kerajaan Perpaduan, Konsensus Nasional adalah idea. Manakala King Maker adalah strategi. Nak buat strategi kena ada idea. Kena faham tu!!

Pembaca kena jelas untuk jatuh kerajaan BARISAN NASIONAL strategi terbaik ialah TAHALUF SIYASI. Ada orang kata pimpin PAS sekarang tolak tahaluf (gambungan pembangkang) itu TIDAK BENAR.

PAS sedar TAHALUF adalah terbaik setakat ini nak jatuhkan BARISAN NASIONAL/UMNO. Tapi Islam ada mengariskan tentang bertahaluf. Islam ini agama kita, bukan mengajar kita cara basuh berak aje... Tapi tahaluf pun ada caranya.

PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP kerana DAP telah khianat TAHALUF. Kalau lebai hurai di sini mungkin artikel ini mencapai 100 muka surat dan lebai boleh buat buku "KENAPA BUKAN MAHATHIR". Boleh jual.. ada juga pendapatan.

Ahmad Lutfi menulis;

Hudud mainan Umno telah mengaburkan pertimbangan waras tentang perjuangan rakyat. Malang sekali, begitu mudah Umno mempermainkan sentimen dan emosi orang Pas dengan umpan murah, untuk terus kekal berkuasa.
 
Mainan UMNO 100% bukan. Kita kena study daripada awal. DAP awalnya tak tolak hudud. Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.



Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.


Jadi nak ringkas baca di sini "Kenapa Dulu DAP Tak Tentang Hudud Tapi Sekarang DAP Tentang Hudud?   Tulisan ini juga menjawab beberapa persoalan berkenaan hudud yang ditulis Ahmad Lutfi  kononnya permainan UMNO. Memang UMNO ambil kesempatan tapi sebenarnya DAP berubah. Baca lebai dah tulis panjang lebar di situ.

PAS juga tak boleh tahaluf dengan PKR kerana PKR juga khianat PAS. Ini boleh rujuk keputusan Miuktamar. Kalau tulis panjang juga.

Jadi PAS kena bertanding sendiri.

Satu soalan kepada pembaca, Kalau PAS bertanding sendiri boleh menang ke PAS?
SUDAH TENTU JAWAPANNYA TIDAK

Jadi PAS nak bodoh macam tu ke??

PAS kena cari strategi untuk sekurang-kurangnya boleh berfungsi maksimum selepas PRU-14. itu datangnya strategi "King Maker". Daripada kalah bodoh!!

Ini menunjukkan pimpinan PAS yang ada sekarang kononnya lebai-lebai belaka, kononnya tak ada profesional bijak mengatur strategi dalam keadaan terdesak. Macam semasa Ahmad Lutfi sakit dah hilang keyakinan untuk sembuh. Cara yang tak bagus dan kontroversi dengan Harakah pun Ahmad Lufti terpaksa buat. Semasa Ahmad Lutfi tak boleh bekerja 2 tahun lebih tetapi masih dapat gaji penuh. Begitu juga semasa Ahmad Lutfi sakit mempertahankan jawatan ketua pengarang, dengan tongkat pun Ahmad Lutfi sanggup meredah seluruh Malaysia kena tunjuk yang dia boleh bekerja... Itu pun strategi juga.

Lebai pernah menulis bahawa Ahmad Lutfi ketinggalan dalam membuat analisis terutama tentang PAS. Mungkin dia boleh menulis tentang AMANAH sebab dia terlalu akrab sekarang ini. Tapi PAS dia banyak ketinggalan. Lagi pun maklumat PAS Pusat tidak bocor, dan PAS kurang membuat kenyataan melainkan melalui liqa fikri, munagasah, usrah dll.

King Maker itu semasa PAS nak bertanding 80 kerusi dan cuba mencapai target menang 40 kerusi. Kini tidak lagi. Kenapa lebai kata begitu. Sepatutnya Ahmad Lutfi boleh hubungi sahabatnya yang masih kekal dengan PAS yang mungkin ada maklumat tentang strategi baru PAS.

Pertama : Kenapa PAS giler-giler nak bertanding PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ada usaha Azmin (PKR) nak ambil Sungai Besar dan memberi lalu kepada PAS di Kuala Kangsar. Tapi PAS tolak. PAS tolak kerana pakar strategi PAS mahu satu indikator untuk PAS mengukur kekuatannya setelah PAS di serang hebat kerana tidak bersama dengan HARAPAN.

Masa ini ahli PAS pun ada yang percaya PAS dan UMNO akan bergabung sama seperti apa yang Ahmad Lutfi percaya. Ada ahli UMNO juga percaya.



Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) kawan baik dan sumber rujukan Ahmad Lutfi telah mengemukan kajiannya tentang PAS.  Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kajian jangan main-main!!

Tapi kajian tersebut boleh dibakulkan setelah ahli PAS kembali semula kepada PAS. Sokongan Cina dan India ada juga berubah dan PAS mendapat kepercayaan apabila Mahathir menjadi pimpinan HARAPAN. Itu faktor paling utama ramai ahli PAS tak pening lagi.



Daripada keputusan PRK Kuala Kangsar ini menunjukkan penyokong teras PAS masih tidak berubah. Lebai mendapat maklumat daripada bilik gerakan PAS bahawa sekitar 200 undi sahaja pengundi PAS yang hilang. Bermakna PAS masih utuh melainkan pengundi atas pagar dan sokongan Cina sahaja lari hampir 100%.

Ada yang menarik daripada dapatan keputusan Pilihan Raya Kecil ini ialah ada sedikit sokongan daripada masyarakat India.

PAS mengatur strategi baru dengan menumpukan kaum India pada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbanding dengan Cina. Hasilnya sangat menajudkan. Kini DHPP mencapai 10,000 ahli selepas pemutihan dilakukan. (anda boleh lihat di telegram di sini)

PAS juga menyediakan tapak untuk GAGASAN SEJAHTERA (GS). Ramai yang kondem GS, apalah hanya PAS aje. BERJASA, IKATAN.. tu parti ke??

Tapi PAS bersabar, sebab kena buat tapak barulah kita dapat hasilnya... Kalau tak ada tapak macam mana nak mula?



Sekarang bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar adalah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru (NewGen) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.


Kita masih ingat April 2017 Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Dulu NewGen nak masuk HARAPAN jumpa Mahathir tapi Mahathir buat tak layan aje. (Baca di sini)  Jumpa PAS, PAS terima dan jadikan calon PAS kerana bagi PAS jika PAS dapat 10% sokongan bukan Islam PAS boleh menang.

Target PAS daripada King Maker kepada Memerintah

 

Target PAS berubah bila bertanding 160 kerusi. Letih lebai menulis, jadi lihat sendiri perlancaran  Sila klik di sini. Perlancaran Dokumen Malaysia Sejahtera pada 23 April 2018 lalu PAS target mencapai simple majoriti.


Paling menarik ialah laporan Tan Sri Khalid Ibrahim tentang pencapaian PAS, sokongan bukan Islam dan Targetnya PAS akan menang di Parlimen Shah Alam. Ini penting kerana TS Khalid Ibrahim bukan jenis orang yang bercakap banyak dan dia bukan orang suka sembang lebih. Dia menterai komitmennya dengan "kertas pelan" Shah Alam akan jatuh ke tangan PAS pada PRU-14 nanti dengan pencapai undi 44,000 ++. Anda boleh ikuti ucapanya di sini.

DENGAN INI SAYA MENOLAK PENDAPAT YANG KATA UNDI PAS MEMBAZIR.
KERANA PAS AKAN MEMERINTAH BEBERAPA BUAT NEGERI SERTA MENGUASAI MALAYSIA DENGAN SIMPLE MAJORITI.



Sumber TKO - 27-4-2018


Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini “buta” berkenaan PAS
Posted on Tuesday, May 09 @ 14:29:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34847



Banyak kali kawan-kawan minta lebai mengulas artikel Ahmad Lutfi, bekas pengarang Harakah
yang kini menulis dalam akhbar AMANAH (PAN). Seperti lebai menulis sebelum ini, analisis
Ahmad Lutfi sudah tidak relevan dengan politik semasa kerana Lutfi sudah tidak mempunyai maklumat dan sumber seperti dulu. Dia hampir putus dengan maklumat terkini.


Kita masih ingat bagaimana Syed Hussin seorang penulis politik yang akhirnya hilang begitu sahaja disebab dua faktor. Satu sumber maklumatnya 'melarikan diri' dan dulu bukunya selalu diedit oleh Dinsman tetapi apabila dia menerima wang kerana penulisan Dinsman sudah tidak lagi mengedit
buku-buku politiknya sehingga bukunya menjadi "tawar".



Kita juga kenal Sayuti Omar, daripada penulis yang berkrisma kemudian menjadi penulis 'rubbish' apabila dia mengambil pendekatan untuk membuat analisis memuaskan nafsu sesetengah 'kawan' atas bayaran tertentu. Dia juga hilang sumber maklumat politik daripada PAS.

Orang Sakit Perlu Motivasi


Berbalik kepada Lutfi. Pertama dia sakit. Orang yang sakit perlu motivasi untuk menyakinkan diri
bagi meneruskan apa yang telah mewarnai diri dan kehidupannya dalam dunia penulisan. Lebai akui jarang orang macam Lutfi yang boleh bergerak semula setelah 26 bulan Harakah memberikan 'keistimewaan' yang jarang diperolehi oleh pekerja Harakah lain.

Dulu Lutfi boleh menulis mengenai politik UMNO. Dia juga mampu menulis dengan baik analisis politik Pakatan Rakyat. Semua ini berlaku kerana ada orang UMNO mahu Lutfi mendedahkan sesesuatu bagi tujuan tertentu. Ini dipanggil sumber maklumat.

Tapi kini Lutfi hilang semuanya.

Apabila Harakah memberhentikannya atas banyak sebab dia makin hilang dan menjadi hampir putus asa. Sedikit cahaya apabila puak-puak Harakah yang berpaling tadah membina satu akhbar bagi menyiangi Harakah yang kini dikenali AMANAH (PAN). Mereka bukan menyaingi malah cuba menghancurkan Harakah dengan menyekat saluran pengedaran Harakah. Bilangan cetakkan AMANAH pun hampir sama banyak dengan Harakah bagi menutupi pengedaran Harakah
terutamanya di bandar-bandar.

Akhbar PAN akan menjadi kuat jika Zul Solong, Taufik dan Lutfi bergabung sekali membina akhbar baru, Ini ditambah pula dengan penulis-penulis Harakah lama berpengalaman yang berfikrah PAN turut membantu.


Zul Solong menggunakan nama pena apa pun dalam akhbar AMANAH (PAN) dia tidak boleh
menulis melainkan isu-isu berkaiatan dengan PAS. Itulah kemampuan dia. Dulu dia kekerja dengan MalaysianInsider analisis Zul Sulong tidak labih isu-isu berkaitan dengan PAS. Zul Sulong bukan penulis politik. Malah dia gagal dan kurang berfungsi di MalaysianInsider.

Kini dia menerajui akhbar AMANAH (PAN) dan jangan hairan kalau lebai kata akbar AMANAH (PAN) akan alami nasib yang sama dengan akhbar-akhbar baru lain. Kesian kepada Khalid Samad terpaksa memikul biawak dalam akhbar AMANAH (PAN) yang Harakah dah 'calar balar' kerana memelihara biawak ini dalam Harakah banyak tahun lalu disebabkan biawak ini sangat rapat dengan Cikgu Pa.

Kenapa Lutfi mengimbau kembali Pertemuan dengan LGE 2010?

Petikan analisis Lutfi "Saya teringat pertemuan pada bulan Ramadan 2010 di Terminal
 Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Waktu itu, saya masih uzur selepas beberapa bulan menjalani operasi pembedahan jantung. Setiausaha Agung DAP itu memberitahu saya, beliau yakin hubungan baik antara Pas-DAP
mampu dipertahankan sekurang-kurangnya jika masih ada dua tokoh, iaitu Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.



Saya tak pasti Lutfi sedar atau dia lupa bahawa hubungan PAS-DAP tidak baik ketika Tuan Guru
Nik Abdul Aziz masih hidup lagi dan Muktamar 2015 adalah kemuncak pertembungan 2 golongan dalam PAS.

Lutfi seolah-olah meninggal dan menepikan faktor bagaimana DAP dan sesetengah pimpinan PKR cuba mempengaruhi keputusan Muktamar PAS 2015.

Atas faktor Apa Lutfi Kata Wujud Nilai Tambah Kepada PAN?Lutfi menulis "Secara umum, Amanah akan diberikan kepercayaan mewakili Pakatan Harapan, di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi Pas. Pada 2013, Pas menang 15 daripada 21 kerusi Dun. Dengan kehadiran satu lagi parti baru, Bersatu, dipercayai Amanah akan memberi laluan
kepadanya, terutama di kerusi yang Pas kalah ataupun di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di sekitar Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor."


Sekali lagi Lutfi tertinggal dengan maklumat yang sangat penting berkenaan keputusan Pilihan Raya kecil Sungai Besar. Lutfi sepatutnya membaca semula analisis Malaysiakini (tak payah rujuk analisis PAS) berkenaan keputusan PRK Sungai Besar.

Analisis Malaysiakini (sila rujuk di sini) menunjukkan apa yang ditulis dalam analisis Lutfi tidak menepati maklumat yang sebenar.
Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.
Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).


Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).


Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.


Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.


Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.


Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).


Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi  171 undi, BN (154) dan PAS (33).
Lutfi Tiada Sumber Sekadar Menjadikan kenyataan pimpinan PAN sebagai sandaran hujah analisisnya.

Seperti lebai kata sebelum ini, Lutfi tiada sumber. Dia bukan sahaja tiada sumber daripada PAS malah daripada sumber PAN pun Lutfi sudah terputus. Mat Sabu? Husam Musa? Khalid Samad?

Seperti Zul Sulonng, Lutfi sekarang ini hanya mampu menulis analisis berkenaan PAS sahaja. Untuk menulis berkenaan PAS, dia perlu sumber. Siapa sumber maklumat PAS untuk Lutfi? Ustaz Idris Ahmad? Rasanya tidak ada. Hanya ada teori-teori rakan PAN yang dulunya PAS membuat andaian itu dan ini bagi Lutfi menulis.

Bila Lutfi tiada sumber, dia menulis mengikut apa yang sekadar dia baca di media sosial. Jadi tidak hairan dia mengulas mengenai Iskandar Samad berdasar kepada kenyataan daripada Izham Hashim. itu bukan analisis. itu sekadar menyambung tohmahan sahaja.



Sepatutnya Lutfi mengambil analisis keputusan Muktamar PAS 2017 yang baru berlangsung bagaimana Iskandar Samad boleh kekal jawatan.

Pada Muktamar 2015 keputusan untuk Naib Presiden PAS adalah seperti berikut:-

Ustaz Idris Ahmad - 896
Mohd Amar Abdullah  - 710
Iskandar Abdul Samad  - 672
Salahudin Ayud  - 435
Mahfuz Omar  - 378
Husam Musa  - 317

Manakala Keputusan Naib Presdien PAS pada Muktmar 2017,

Idris Ahmad  - 1062
Mohd Amar Abdullah  - 950
Iskandar Abdul Samad  - 703
Nasruddin Hassan - 487

Lebai tak nampak penyingkiran kepada Iskandar Samad. Malang bagi Lutfi boleh membuat analisis dengan maklumat tohmahan jahat PAN kepada PAS. Lutfi mencemar dirinya cuba membuat fitnah (bahasa penulis persepsi buruk) kepada Iskadar Samad.

Lutfi cuba menghidupkan UG UMNO-PAS bagi menguatkan analisis yang kononnya akan ada
ADUN PAS keluar PAS kerana ada gabungan UMNO-PAS. Lebai tak pasti Lutfi yakin dengan penulisannya sendiri atau sekadar memenuhi tuntutan kerana terpaksa menyedoalam artikel analisis setiap minggu?

Setakat ini lebai belum jumpa hujah kontrit Lutfi berkenaan ada atau wujudnya UG UMNO-PAS. Lebai rasa Lutfi kena ambil sedikit masa untuk membaca BPMS (budaya politik matang dan sejahtera) untuk memahami kenapa PAS memilih lunak dengan UMNO.

Lutfi Gagal Memahami Pengunduran Cikgu Pa


Pengunduran Cikgu Pa adalah lebih kepada permintaannya sendiri. Cikgu Pa mula tidak meminati politik semenjak berlaku krisis dalam PAS sebelum 2015 lagi. Perkara ini diluahkan kepada orang rapat dengan beliau. Hanya hubungan dia dengan TGHA membuatkan dia masih kekal dalam PAS
dan muktakhir ini dia banyak bertembung pendapat dengan penasihat-penasihat Presiden.

Satu perkara Lutfi kena tahu, Cikgu Pa yang dikatakan bersikap terbuka sebenarnya SANGAT
KERAS dengan PAN. Bagi dia PAN mesti dihapuskan dulu baru PAS boleh bergerak dengan jaya. Cikgu Pa tidak melihat PRU-14 tetapi lebih mendongak PRU-15 selepas PAN tidak wujud lagi.

Untuk akhirnya Lutfi juga kena tahu Cikgu Pa sekarang sudah pandai membalas SMS, berwhatsapp. Harap Lutfi tidak lagi "buta" berkenaan PAS.



Sumber TKO - 9-5-2017

Bersahabat dengan Lutfi suatu anugerah
Posted on Tuesday, March 28 @ 11:04:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34225


Oleh: MOHD NASIR AWANG

Saya berkawan dengan ramai orang, tapi tak semua kawan berakhir dengan keakraban. Ada kawan yang pada suatu tahap agak mesra, tetapi berakhir tanpa keserasian. Ada juga yang kemesraan terpaut lebih disebabkan tuntutan tugasan atau urusan hidup. Hubungan luaran sebegitu tentu sekali bersifat sementara dan tidak berkekalan.



Namun agak ramai kawan yang saya kategorikan sebagai “sahabat”. Mereka bukan sekadar “kamceng” atau “kacik” bersama saya dalam menjalani kehidupan seharian, sekurang-kurangnya buat suatu tempoh tertentu dalam hidup saya, tetapi “sahabat” ini banyak berkongsi nilai-nilai kehidupan sepertimana yang ada pada diri saya sendiri.


Tidak keterlaluan, salah seorang kawan yang saya layak nobatkan sebagai “sahabat” ialah Ahmad Lutfi Othman. Hubungan antara kami dijalin bertitik-tolak daripada sebuah kekaguman atas kelebihan peribadinya, diikuti rasa penghormatan yang tebal atas hemah dan akhlaknya.

Mentor penulisan politik

Saya tak pasti bila dan di mana minat saya terhadap bidang penulisan bermula. Saya juga sudah tidak ingat siapa yang mula mengajar dan mendorong saya menceburi dunia penulisan.

Sekadar mengundur beberapa dekad ke belakang, ketika itu sebagai seorang yang agak baru hendak berjinak dengan dunia penulisan, saya gemar meneliti dan meniru gaya bahasa, lenggok hujah dan pendekatan dibuat para penulis yang lebih senior atau profesional. Salah seorang penulis politik tahanair yang saya minati ialah Tuan Haji Ahmad Subky Abdul Latif. 
Saya banyak belajar daripada Pak Subky. Sebermula secara menekuni tulisan beliau di beberapa akhbar politik tanahair, terutama Watan, Tanahair dan Harakah, sehinggalah mengutip pedoman secara lisan daripadanya. Sewaktu bekerja di ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur (1990-91), saya banyak menerima tunjuk ajar beliau, secara tidak langsung, apabila beliau agak kerap bersama kami di bilik operasi.

Walau pun teguran dan tunjuk ajarnya itu tidak diberikannya secara formal, lebih secara santai dan diselitkan gurau jenaka, kami yang amatur ini agak bersungguh mengutip pedoman dan pengajaran daripadanya. Pengalamannya bekerja dan menerajui beberapa akhbar sebelum itu banyak didedahkannya kepada kami sebagai panduan dan pengajaran.

Jika Pak Subky Latif saya angkat sebagai “sifu” saya di dunia penulisan, maka Ahmad Lutfi Othman pula adalah “mentor” saya. Saya istilahkan dia mentor kerana dia banyak memainkan peranan memastikan saya terus aktif menulis dan menulis, selagi mana saya masih mampu berbuat demikian.

Saya banyak belajar daripada Mad (nama panggilan kawan-kawan kepada Ahmad Lutfi), terutama sewaktu bertugas sebumbung dengannya di ibupejabat Harakah, Kuala Lumpur (1990-91). Walau pun tak banyak kesempatan bergaul dengannya ketika itu, kerana beliau lebih banyak menumpukan masa kepada tugasan menjaga dua majalah – al-Muslimah dan Dunia Islam, interaksi yang “minima” di situ pun sudah cukup mendedahkan saya kepada cara gaya penulisannya. Teknik olahbahasanya, gayanya menyorot isu dan pendekatannya bagi menarik pembaca memang ada keunikan tersendiri dan agak mengagumkan saya.

Sebagai wartawan berpengalaman, beliau juga mampu membezakan mana isu utama dan sampingan, mana isi penting dan ulasan sekunder. Hal itu terbukti sangat penting dimiliki seorang penulis yang baik, terutama tatkala saya menjawat Penyunting Rencana Harakah kemudiannya. Tugasan itu kekadang memerlukan saya mengedit dan memendekkan artikel orang, misalnya daripada lima mukasurat menjadi tiga atau dua setengah sahaja (bagi menyesuaikannya dengan ruang). Maka, mengenalpasti mana hujah dan isi penting, mana pula yang sampingan amatlah mustahak.

Walau pun tahu saya sudah ada tugasan khusus di Harakah, Mad tetap tidak melepaskan peluang memanfaatkan saya untuk dua majalah diterajuinya. Saya kerap dimintanya menyumbang artikel dan cerpen untuk Dunia Islam dan al-Muslimah

Khidmat saya di ibupejabat Harakah tidak lama. Namun, jalinan persahabatan dengan rakan-rakan sekerja dalam tempoh tidak sampai dua tahun di situ memberi impak kekal yang sangat bermakna dalam hidup saya hingga kini. Rupa-rupanya bersama saya di situ ketika itu adalah sekumpulan sosok yang kemudiannya muncul sebagai penulis prolifik dan aktivis media alternatif yang disegani. Siapa tidak kenal dengan Zin Mahmud, Tarmizi Mohd Jam, Zulkifli Yahya, Zulkifli Sulong, Abu Bakar Rashid dan Taufek Yahya?

Justeru, biar pun saya sudah berhenti kerja dengan Harakah dan pulang ke kampung halaman di Besut, hubungan kami tak putus. Kawan-kawan tadi akan minta saya menulis sekali-sekala buat Harakah. Orang paling kerap menghubungi saya untuk tujuan itu ialah Mad dan Tarmizi. Mereka akan “paksa” saya menulis, terutama jika ada isu-isu berkaitan yang dirasakan “memerlukan sentuhan" saya. 

Pelopor media alternatif

Sebagai seorang penulis yang bagaikan tak pernah kering idea, orang seperti Ahmad Lutfi selayaknya memiliki penerbitan sendiri. Jika tidak, banyak bahan fikirnya tidak dapat disalurkan keluar, jika semata mengharapkan pihak lain menerbitkannya. 

Beliau justeru mengusahakan penerbitannya sendiri, Penerbitan Pemuda. Saya masih ingat, di era kemuncaknya, pejabatnya di Medan Idaman, Gombak menjadi antara destinasi yang saya “mesti singgah” setiap kali saya naik ke KL.

Kelebihan itu bagaimana pun tidak beliau manfaatkan sepenuhnya untuk mempopularkan dirinya sendiri sahaja. Beliau “menumpangkan” sama kawan-kawan lain dalam bahtera media alternatif dinakhodainya. Beliau banyak meminta saya dan kawan-kawan lain mengisi ruang di beberapa penerbitan diusahakannya, termasuk penerbitan tidak berkala (yang tidak memerlukan permit penerbitan KDN - seperti siri Memo, Haraki, Gerak, Ehsan, Kritik, Kritis, Lunas, Islah, Reformis, Fitri, Alternatif, Adil dan banyak lagi - dan beberapa majalah isu semasa lain seperti Detik, Wasilah dan Tamadun, juga akhbar mingguan Cabaran. Semua penerbitan berkala yang memerlukan izin permit KDN "disewa" daripada pemilik asal.

Kemelut politik negara yang mencetuskan gelombang reformasi di akhir 90an seakan menyediakan peluang sangat besar buat para penulis dan pengulas politik. Salah seorang penggiat yang telah memanfaatkan kesempatan itu dengan sangat baik ialah Ahmad Lutfi. Sejak September 1998 hingga berlangsungnya Pilihan Raya Umum 1999, beliau sempat muncul dengan beberapa buah buku, akhbar tidak berkala (berbentuk tabloid) dan makalah isu bersaiz majalah, misalnya, Pantang Undur: Dari Bukit Damansara ke Penjara, Bagaimana Mahathir Boleh Ditumbangkan?, Suara Rakyat Kuasa Keramat, Misteri Lebam Mata Anwar, Siapa Dibicarakan: Anwar, PM atau Polis Cawangan Khas?.

Beliau turut menerbitkan komik khas berwarna-warni dua siri, Puteri Reformasi. Saya antara penulis yang tidak pernah dilupainya untuk turut menghangatkan bual-bicara politik semasa sepanjang tempoh itu.

Sejurus kemenangan bergaya PAS menawan Terengganu pada 1999, Mad menghubungi saya dan memberi saranan agar saya menyusun buku berkaitan kejayaan cemerlang itu. “Ramai orang berminat nak baca hal Terengganu ni, dan ana rasa enta orang paling layak nak cerita hal tu…”, antara komennya yang membuatkan saya sedikit bangga. Maklumlah pengamat politik yang sangat saya segani itu seolah “mengiktiraf” keistimewaan saya. Dia “singled-out” nama saya sebagai paling layak.

Buku dihasratkannya itu terbit atas tajuk “Masa Untuk Tok Guru Buktikan – PAS Mampu Pimpin Malaysia”, menampilkan gambar Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sebelumnya tersiar di majalah Asiaweek sebagai penghias kulit depannya. Ia diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda pada 2000.

Ia menjadi buku politik kedua saya, selepas buku pertama “Inspirasi Kebangkitan Ummah Serambi Mekah”, sebuah biografi ringkas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan pada 1991.

Ketika menerajui kembali Harakah (setelah berada di luar buat beberapa ketika), Ahmad Lutfi tidak mengambil masa lama untuk menghubungi saya. Beliau minta saya kembali menyumbang rencana untuk lidah rasmi parti itu, “kalau boleh secara tetap”. Walau pun tidak dijanjikan kolum tetap, tetapi ruang dan peluang untuk artikel saya dimuatkan di lembaran Harakah seakan “dijaminnya”.

Bagi seorang penulis macam saya, tawaran itu bagaikan “pucuk dicita, ulam mendatang”. Bukan sangat soal wang atau honorariumnya, tetapi wujud kepuasan hati setiap kali melihat rencana kita disiarkan, dengan imaginasi bahawa sekian ramai pembaca Harakah menatap dan meneliti tulisan kita.

Saya jarang mengecewakannya. Asal dia minta, akan saya usahakan menulis. Kekadang, apabila ada isu yang memerlukan artikel yang pelbagai, beliau meminta saya menulis lebih dari satu artikel, menyorot dari perspektif berbeza. Bahkan, jika perlu, gunakan “by-line” (nama pena) berbeza. Itu pun selalunya saya kotakan.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ada kalanya mendung tanpa diduga. Berlaku juga kekadang kesilapan teknikal, besar kemungkinan di pihak anak-anak buahnya, sehingga menyebabkan artikel saya dilepas pandang. Ia tidak disiarkan. Ada ketika lain, artikelnya keluar, tetapi banyak sangat dipotong, boleh jadi bagi disesuaikan dengan ruang yang terbatas.

Dalam kes-kes sebegitu, saya selalunya mengambil sikap “break for a while”, yakni tidak meneruskan jadual penghantaran artikel… seakan protes. Selalunya juga, berselang beberapa keluaran Harakah, Mad akan menghubungi saya. Ayat yang biasa dia gunakan, “lama tak nampak tulisan ente dalam Harakah?”

Saya selalunya memberikan alasan agak sibuk dengan kerja harian atau urusan hidup. Tapi Mad sangat bijak, dan dia tidak “membeli” alasan saya itu. Beliau malah akan periksa semula kot-kot ada kesilapan berlaku di pihak anak-anak buahnya sehingga menyebabkan saya mengambil sikap “break” itu.

Beliau akan kembali menghubungi saya. Perbualan kami selalunya berakhir dengan gesaan kuat daripadanya agar saya kembali menulis, “jangan REHAT lama sangat!” Maksudnya, dia tidak mahu saya ambil masa yang panjang berehat menulis untuknya. Bukankah itu sikap yang selayaknya dinobatkan sebagai “mentor”?

“Hantu” keropok basah

Ditakdirkan Allah Ta’ala, saya kembali “menghuni” Jalan Pahang Barat bermula 2011, sebagai editor di Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd. Pejabat saya di Pekeliling Business Centre hanya sepelaung daripada pejabat editorial Harakah. Maka saya bagaikan dipersatukan kembali dengan kawan-kawan yang kembali berkhidmat di akhbar itu, terutamanya Mad, Tarmizi dan Taufek.

Saya bagaimana pun sangat kerap berulang-alik ke Terengganu. Menjadi kebiasaan pula, saya akan bawakan keropok untuk kawan-kawan. Boleh dikatakan setiap kali Mad tahu saya akan balik ke Terengganu, beliau akan pesan supaya bawakan keropok lekor untuknya bila datang semula ke KL. Istilah yang digunakannya ialah “keropok basah”. Mungkin sebagai membezakannya dengan keropok keping atau keropok kering.

Beliau sangat minat dengan keropok lekor Terengganu, boleh dikatakan tahap “hantu”. Sehinggakan saya naik bimbang untuk terlalu kerap membekalkannya dengan keropok basah itu, mengambilkira keadaan kesihatannya. Maklumlah keropok diperbuat daripada pelbagai bahan, seperti sagu, kanji, gula, garam, monosodium glutamate dan ikan yang belum tentu tahap kesegarannya. Kita tahu bahan-bahan itu tidak begitu sesuai untuk orang berpenyakit, terutama kencing manis, jantung, buah pinggang dan seumpamanya.

Pernah juga saya musykilkan hal itu kepada Mad. Beliau hanya menjawab,"nak ikutkan kena pantang… takdak benda la ana boleh makan..”. Di ketika lain, beliau ada juga menjawab, “pantang sikit-sikit sudah laa…”. Seronoknya, setiap kali menjawab itu beliau akan susuli dengan gelak sehingga menggegarkan tubuhnya.

Utamakan keraian

Mad tidak lokek untuk belanja kawan-kawan makan-minum. Suatu tabiat atau sikap yang saya sangat suka ada pada kawan baik saya, sebab saya juga jenis yang macam itu. Pantang diajak minum atau makan, asal berbetulan dengan jadual kerja, akan saya raikan.

Mad memiliki sifat serupa, malah mungkin jauh lebih baik dari saya dalam bab itu. Dia bukan sahaja kerap ajak saya makan/minum di mana-mana restoran atau warung sekitar pejabat kami, malah banyak kali juga dia bekalkan saya dan staf saya dengan beberapa bungkus nasi. Ada ketikanya - terutama semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 - nasi Arab kambing dan ayam, nasi minyak, nasi lemak dan lain-lain.

Hatta dalam keadaan kesihatannya tak berapa baik pun, beliau rela menggagahkan diri keluar dar rumahnya di Ampang, datang ke Jalan Pahang meraikan kehadiran saya. Beliau seakan tidak mahu melepaskan peluang bertemu, bertanya khabar secara berdepan, seraya bersembang berbagai topik sambil menikmati kudapan.

Kesungguhannya meraikan saya menyebabkan setiap kehadiran saya ke KL tidak “sunyi”. Saya akan berasa tempoh berada di ibukota terisi, selain dengan memenuhi tugasan di pejabat sendiri, dengan bual-bicara yang sangat bermanfaat bersama Mad, terutama berkaitan perkembangan politik semasa tanahair. Bagi saya, menerima maklumat politik daripada orang seperti beliau adalah ibarat menceduk dari sumber alternatif paling dipercayai.

Penutup

Saya hanya mencatatkan perihal keperibadian Ahmad Lutfi berdasarkan pengalaman personal bersama beliau. Ini hanya secebis. Masih banyak yang layak saya coretkan. Ada pun bagaimana beliau ditanggapi umum atau dikenali pihak lain, itu terpulang kepada masing-masing pihak menjustifikasikannya.

Tidak keterlaluan untuk saya simpulkan bahawa memiliki seorang sahabat seperti Ahmad Lutfi Othman adalah suatu rahmat dan anugerah yang tidak ternilai. Semoga sahabat ku ini terus dihujani rahmat dan berkat dari sisi Allah, dunia dan akhirat!



(Artikel khas ini mengisi Bab Tujuh Belas, buku tribut buat Ahmad Lutfi Othman, berjudul "Lorong Sunyi Media Bebas, terbitan Penerbitan Pemuda, Ampang, Mei 2016)
 ___________________________________________________________________________________
CARA UNTUK MEMESAN BUKU " LORONG SUNYI, MEDIA BEBAS ." Untuk sesiapa 
yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad 
Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), Harga Istimewa bagi anda yang buat pesanan terus melalui kami hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).
 
Sumber TKO - 28-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rindu kasih di hujung nyawa
Posted on Tuesday, March 14 @ 08:13:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34006


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Keluarganya sudah saya anggap umpama famili sendiri. Terasa dekat dan rapat walaupun jarak berjauhan. Sempat berkunjung dan bertamu di teratak buruknya di Batu 9, Sandakan. Bukan sekali tetapi empat kali penerbangan melintasi Laut Cina Selatan. 


Pertama, hujung Ramadan, 2008, berasak-asak bersama warga Sabah yang balik kampung untuk merayakan Aidilfitri. "Kita melawan arus, orang Sabah berpusu-pusu sambut lebaran bersama keluarga, kita pula mencari Lailatulqadr di perantauan," kata saya kepada teman seperjalanan.

Kali terakhir, selepas PRU13, lebih kurang pertengahan tahun 2013, sambil mengubat kepedihan ekoran tidak dapat menyaksikan peralihan kerajaan walaupun undi popular BN di bawah 50 peratus.

Lima kali saya berbicara agak panjang dengannya melalui telefon. Ketika itu, dia mendekam di dalam penjara. Dalam keadaan serba kekurangan. Nun jauh di Manila. Suaranya perlahan dan teratur. Sarat dengan kalimah membesarkan Allah, sambil menitipkan nasihat berguna. Jelas sekali dia "orang agama" yang sabar dan tabah.

Operasi tahanan borong ISA 2006 menemukan saya dengan keluarga malang itu. Meskipun dibebaskan selepas Najib Razak diangkat perdana menteri pada 2009, dia terus terpisah dengan isteri dan anak-anak kerana dihantar pulang ke negara asal, Filipina. Sewaktu ditahan, dia pendatang asing mencari rezeki di Sandakan.

Tidak pasti apakah bentuk pertuduhan terhadapnya secara terperinci, tetapi khabarnya beliau mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Mungkin juga ada kaitan dengan perjuangan minoriti Muslim di negara jiran, yang sememangnya melalui "angkat senjata". Ya, ISA sejak awal penggubalannya mewajarkan segalanya tanpa soal-selidik lagi dan mana pernah ada butiran dakwaan di mahkamah terbuka?

Justeru, kami tidak pernah bersua muka. Titipan salam saling berbalas. Sama-sama mendoakan, terutama selepas menyedari kami berdua uzur berpanjangan. Sebelum operasi pembedahan pintasan jantung, di HUKM, 2010, lama dia berdoa untuk saya di hujung talian. Gementar dan tertahan-tahan suaranya. Terharu saya mendengarnya.

 Ahmad Lutfi bergambar dengan Norhata dan anak-anak. Ahmad Lutfi bergambar dengan Norhata dan anak-anak.Lama selepas itu -- saya pun sudah berkunjung dua kali ke rumah tinggalannya -- ketika dimaklumkan dia, Jamal Azahari atau nama sebenarnya, Gulam Mundus, terlantar keseorangan selepas disahkan kanser sudah merebak di tubuhnya, saya terkedu dan sebak lemas di dada.

Terbayang wajah muram seorang lelaki separuh abad, terpencil jauh dari keluarga, dikurung seorang diri, beruzlah dan bermunajat, menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, mengharapkan setulusnya agar anak-anak yang masih kecil dapat membawa diri, cukup makan-pakai dan taat-patuh perintah Ilahi.

Derita barah memang menyeksakan tapi ketiadaan isteri dan anak-anak untuk menyantuni, terutama dalam tempoh panjang selama 10 tahun, lebih memedihkan. Sementara keluarga yang ditinggalkan, mulanya dua isteri dan lapan anak, bagai kais pagi makan tengahari. Perkahwinan kedua tidak bertahan lama, kononnya ada kaitan dengan peranan polis perisik, apabila si suami dibawa jauh ke pusat tahanan.
Ongkos pemulihan di tempat asing besar jumlahnya. Anak-anak mohon bantuan tambang perjalanan, melalui kapal laut -- kerana masalah dokumen pengenalan diri -- sekurang-kurangnya untuk empat orang, serta sedikit wang saku, untuk menjenguknya. Bukan tidak ada saudara-mara di Manila. Semuanya hidup serba kekurangan. Dalam keadaan serba-payah, mereka dapat membekalkan makanan halal di penjara.

Untuk trip pertama, sebelum Jamal disahkan menderita sakit, dan masih terperosok dalam sel, dapat juga saya usahakan biaya isteri dan anak-anaknya menziarahi dia. Agak lama juga menunggu tarikh sesuai sebelum belayar dari sandakan. Saya dapat merasai keresahan dan kerisauan keluarga Jamal dengan jadual yang sering tertunda. Namun, mereka sudah lama melalui serta menghayati erti kesabaran dan tawakal.

Beberapa percubaan dibuat melalui proses mahkamah di Manila untuk membebaskan Jamal. Tentu ia menelan kos yang agak besar. Siapalah yang dapat melunaskan tuntutan bayaran itu sedangkan untuk menjalani hidup hari demi hari pun sudah cukup memenatkan. Bersumberkan derma ikhlas pembaca Harakah, dapat juga dikutip dana. walaupun tidak mencukupi.

Penjara mungkin tidak begitu menyeksakan untuk orang seperti Jamal, yang sudah lasak dengan ujian. Ia bagaikan rumah kedua baginya. Tetapi derita kanser yang merebak membuatkan saya termenung panjang. Bertindan-tindih penderitaannya.

Terlintas kata-kata Almarhum Pak Said Zahari, yang terpenjara hampir 20 tahun di bawah regim Lee Kuan Yew: "Bagi saya yang duduk dalam tahanan sudah jelas nasibnya, tetapi bagaimana dengan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Bagaimana mereka mahu jalani hidup?"

Segera teringat kepada anak-anak dan isteri Jamal; mampukah menghadapi tekanan perasaan terutama selepas mengetahui orang tersayang terlantar di penjara dan terpaksa berulang-alik ke hospital.

"Lama kami dipaksa berpisah dengan ayah. Paling tidak, waktu sakit teruk ini, adik-beradik ada di sisi, dapat menyuap makan, membantu mandi," anak kedua, Nazeba, 21 tahun, menghantar mesej. Ya, ubat belum memadai apatah lagi rawatan kemoterapi tidak mengikut pusingan sewajarnya. Namun jika anak-anak dapat menyantuni di waktu sukar itu, nescaya senyum-tawa mereka boleh menyuntik kelegaan.

Sembilan tahun lalu, berbekalkan sokongan kewangan pembaca Harakah, saya ditemani wartawan Anis Nazri dan jurugambar Wan Zahari Wan salleh, serta aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Norlaila Othman -- yang juga isteri tahanan Mat sah Satray, antara paling lama dikurung di Kamunting -- berkunjung ke Sandakan. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi bawah bayu. Menghulur tali saliturrahim termasuk buat kebanyakan keluarga tahanan yang tinggal di penempatan atas air.

Dibantu Pas Batu Sapi (ketika itu diketuai Hamzah Abdullah) dan pertolongan Suaidah, adik aktivis Aiman Athirah, sebagai 'pemandu pelancong' kami sampai ke rumah buruk Jamal Azahari. Lantainya pecah-pecah, silap melangkah boleh jerlus ke bawah, sementara tangga kayunya hampir raput. Saya sempat bergambar kenangan bersama keluarga Jamal di tepi tangga itu.

Jamal meninggalkan kedai runcit usang, yang sebenarnya ruang tamu teratak beliau; barangannya mungkin sudah luput tarikh dan tiada lagi urusan jual-beli. Ada beberapa buah kitab arab. "Banyak kitab yang lain telah dibawa pergi semasa polis menggeledah," beritahu anak sulungnya Nasima apabila melihat saya cuba membelek-belek.

Isteri Jamal, Norhatta Isnani Arcaido, pertengahan 30-an ketika itu, lebih mudah senyum daripada berbual. Kebetulan dia tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Wajahnya redup menyimpan duka dan rindu. Anak-anak menyorok di dapur. Malu-malu. Sebahagiannya tidak mengenal huruf, petanda hidup terasing dari masyarakat sekitar. Mereka juga seperti dalam ketakutan kerana dokumen UNHCR sudah dibatalkan. Bimbang ditangkap pihak berkuasa. Dan ini menyukarkan untuknya mencari nafkah.

Dalam pertemuan pertama di hari-hari akhir Ramadan itu, rakan-rakan Pas mencadangkan agar kami berbuka puasa dengan semua anggota keluarga tahanan. Alhamdulillah, ia berjalan lancar dan penuh kemesraan. Norhatta dan semua anak-anaknya dibawa ke pekan Sandakan. Dapatlah mereka berkenalan dan beramah dengan keluarga tahanan lain yang senasib. Sekurang-kurangnya ringanlah sedikit bebanan apabila dapat berkongsi dengan lebih ramai.

Dalam satu perbualan telefon, Jamal meminta saya menyekolahkan anak-anaknya. "Kalau tahfiz lagi bagus," pintanya dengan nada terharu. Saya penuhi impiannya, dengan mendaftarkan tiga anak Jamal-Norhatta di Madrasah Nurul Ihsan, tidak jauh daripada bandar Sandakan. Kebanyakan pelajar tinggal di asrama.

Sehari sebelum itu, saya dan isteri, menemani Norhatta membeli keperluan untuk penginapan di asrama, selain mencari pakaian dan peralatan sekolah. Saya tidak lupa peristiwa meraikan anak-anak ini di sebuah restoran makanan segera, berdekatan dengan hotel penginapan yang menghadap laut. Saya menjangkakan tentulah mereka suka ayam goreng, lalu memesan dua ketul setiap seorang.

Rupanya pesanan itu sudah terlalu mewah bagi mereka. Hanya separuh daripada ketulan ayam yang mampu dihabiskan. "Mereka tidak biasa makan daging sebanyak itu. Lagi pula, kalau makan ayam tentu ada nasinya," bisik Suaidah kepada isteri saya. "Tak apa, bakinya bungkus bawa balik, nanti boleh makan dengan nasi," sambut saya.

Selain itu, saya tertanya-tanya juga, bersediakah anak-anak yang tidak pernah bersekolah ini sejak kecil menjalani rutin seharian yang agak ketat di madrasah itu. Kalau diberi pilihan lain, saya lebih suka mereka belajar secara tidak formal dahulu, untuk berkenalan dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Mungkin lebih sesuai dicari guru tusyen yang dapat ke rumah mereka.

Seperti biasa, anak-anak ini sukar ditelah reaksi mereka. Lebih mudah tersenyum angguk dan geleng menjawab soalan. Kami hanya berdoa moga-moga mereka cepat membiasakan diri dengan dunia asing yang terpaksa dihadapi. Semua arif bahawa pendidikan adalah modal utama untuk mengubah nasih seseorang. Malang sekali, selepas seminggu kami balik ke Kuala Lumpur, benarlah tekaan saya, disiplin madrasah mwmbebankan mereka. Terhenti di awal jalan.

Nazeba bersama Jamal, sebaik dibebaskan dari penjara Manila.Kami juga diberi kesempatan untuk membina rumah baru buat keluarga Jamal. Tidak kurang sejumlah RM50,000 dapat dikumpulkan melalui kempen khas akhbar Harakah. Saya agak terkejut dan rasa bersyukur dengan sambutan baik yang diberikan. Ada yang menderma ribuan ringgit dan ada juga yang membuat potongan gaji selama enam bulan berturut-turut. Ada juga warga emas yang membayar wang pencennya RM300 sebulan untuk tempoh hampir setahun.

"Cik Lutfi, saya penganggur, tapi terimalah RM10 sebulan untuk baiki rumah tahanan ISA itu. Mungkin untuk beli sekeping papan pun tak cukup, tapi sekadar ini kemampuan saya," seorang penderma dari Terengganu mengirim pesanan ringkas kepada saya.

Bersama membantu meringankan bebanan keluarga Jamal sebenarnya satu terapi buat saya yang keuzuran. Allah mempertemukan saya dengan ramai penderma ikhlas, termasuk bukan Islam. Ada seorang peguam non-Muslim menyumbang RM10,000: "Saya tidak bersetuju dengan pendekatan keras tahanan, tapi saya hormati perjuangan atas keyakinan mereka untuk menukar kerajaan. Tetapi sebenarnya saya lebih bersimpati dengan keluarga malang yang ditinggalkan."

Pagi 20 Januari 2017, Jumaat. Saya masih letih-lesu dan pening urutan hemodialisis pada malam sebelumnya. Pesanan Whatsapp tidk saya hiraukan sehinggalah isteri saya terbaca. Nazeba yang menemani ayahnya, Jamal memaklumkan kepada saya: "Maaf Cik Lutfi. Saya tahu Cik Lutfi sedang sakit tapi terpaksa juga beritahu, ayah sekarang tambah uzur. Minta doakan ayah. Ayah kat ICU."

Tanggal 23 Januari 2017, 9.50 malam, saya dikejutkan dengan SMS Nazeba: "Ayah dah meninggal dunia."

Beberapa hari sebelum itu, Norhatta diserang strok ringan mengakibatkan sukar bercakap. Saya tidak dapat bayangkan reaksi Norhatta menerima khabar duka itu ketika dia sendiri terlantar.


Sekurang-kurangnya, di hujung nyawa, dapat juga Nazeba dan kakaknya, Nasima, berada di sisi ayah mereka. Adik beradik yang lain, Naadir (19 tahun), Wasim (16), Wazir (16), Nadzla (14), Nasim (12) dan ibu, Norhatta, hanya mampu mengirim doa dari jauh. Semoga ruh Jamal dicucuri rahmat dan kasih belas Ilahi; manakala keluarga yang ditinggalkan terus tabah-reda atas ujian yang ditakdirkan.

Sumber TKO - 14-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anak Muda Meluat Politik Yang Ternak Perasuah
Posted on Saturday, March 04 @ 19:40:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33848



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Bagi orang politik, bahang pilihan raya sudah berasap. Panasnya mula membakar. Tempiasnya terasa di mana-mana. Ceramah dan pidato isu-isu semasa dianjurkan di merata tempat. Cabar-mencabar, tuduh-menuduh menghangatkan suasana.


Isu-isu kontroversi, tak payah cakap lagi; melambak-lambak. Seperti kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu: "Sampai nak termuntah-muntah banyaknya." Bukan saja skandal raksasa 1MDB yang terkenal seantero dunia itu, ditambah rantaian kes-kes korupsi mega, bukan berkarung duit tapi berlori banyaknya. Belum kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, jongkong emas, berang perhiasan, kondominium mahal, pegawai awam berbelanja bagai jutawan.


Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba menggambarkan berapa banyak duit tunai RM42,000 juta yang lesap dalam skandal 1MDB. Jumaat lalu, di Johor, dalam ceramahnya bersama Pakatan Harapan, beliau berkata: "Saya pun tak pernah tengok duit sebanyak itu, apatah lagi tuan-tuan. Kalau duit RM1 juta itu terdiri daripada not RM1, maka duit RM1 juta itu boleh muat satu lori kecik. Jadi duit RM42 bilion itu kena muat dalam 42,000 lori kecik. Begitulah banyaknya."

Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?Apa pun isunya bukan nak cerita panjang soal korupsi besar-besaran di bawah kleptokrasi Najib Razak dan konco-konconya. Dalam keadaan negara dihimpit pelbagai krisis kronik, beban kos sara hidup tambah berat, peluang pekerjaan makin kecil. Barangan keperluan naik mendadak, statistik jenayah terus meningkat, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman bahawa masih ramai warga Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pemilih.

Sana-sini orang politik bercakap soal perubahan mesti dilakukan segera untuk menyelamatkan tanah air kita. Mahathir sendiri mengakui, bukan sahaja perdana menteri wajib ditukar, malah partinya Umno-BN juga harus ditumbangkan. Umno jelas mengkhianati mandat rakyat dan kepercayaan majoriti orang Melayu. Ia wajar direhatkan daripada menjadi kerajaan. Rasai pula posisi sebagai pembangkang.

Dalam sistem demokrasi, pertukaran kerajaan boleh dilakukan secara aman melalui proses pilihan raya. Benar, sistem dan pelaksanaan pilihan raya kita masih banyak ketempangannya. Sebab itu Bersih tidak jemu-jemu mendesak dan menuntut penambahbaikan agar ia benar-benar telus, adil dan bersih. Namun, inilah satu-satunya cara untuk menyingkirkan kerajaan yang korup, zalim dan menindas rakyat.

Sembanglah berdegar-degar sekalipun, baik tentang Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz, 1MDB, salah guna kuasa di institusi strategik Malayu seperti MARA-Felda-Tabung Haji, negara digadaikan kepada China, dan macam-macam lagi. Masalahnya, melepaskan amarah di media sosial dan kedai kopi tidak membawa kita ke mana-mana jika tanggungjawab sebagai pengundi pun masih belum ditunaikan. Sayang (sebenarnya malang) sekali!

Bernama, 3 Mac, melaporkan Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Kunci kata, anak muda. Golongan muda-belia sepatutnya mempunyai idealisme tinggi untuk menyelamatkan negara. Mengapa mereka tidak berminat untuk membolehkan diri menjadi penentu siapa yang mengemudi kerajaan nanti? Sedangkan mereka diketahui umum sering menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk melepaskan geram dan amarah kepada penguasa.

Saya teringat pengalaman seorang kawan dari Amerika Syarikat yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Beliau seorang pengamat politik dan media Malaysia. Katanya, beberapa kali dia menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar. Diambilnya kesempatan untuk berbual-bual dengan pemandu.

Peliknya, cerita beliau, ada pemandu yang langsung tidak tahu-menahu tentang kegawatan politik Malaysia. "Apakah mereka tidak membaca internet dan melayari laman web seperti Malaysiakini, sedangkan dunia pun heboh tentang politik Malaysia?"

Usaha perhimpunan Bersih untuk bersihkan Malaysia perlu disokong.Usaha perhimpunan Bersih untuk bersihkan Malaysia perlu disokong.Dari sudut lain, apa halangannya sehingga lebih empat juta rakyat belum sedia untuk mendaftar sebagai pengundi walaupun prosesnya begitu mudah? Apakah kerana sibuk dengan tugas seharian mencari rezeki dan membina kehidupan atau tiada kemudahan (terutama yang tinggal di luar bandar) berdekatan kawasan perumahan, atau mungkin juga mereka sudah tidak berminat dengan politik?

Mungkin juga anak-anak muda mempunyai prejudis yang tinggi kepada orang dan parti politik? Tanggapan buruk tentang orang politik yang mudah terjebak dengan rasuah dan menjadikan kuasa untuk mengaut kemewahan luar batas. Pentas politik dilihat sebagai ldang untuk menternak perasuah!

Mereka menatap berita anak-anak muda yang sebaya mereka, daripada keluarga tokoh politik ataupun kenalan pemimpin berkuasa, juga anak-beranak pegawai tinggi kerajaan, yang ditangkap atau disyaki rasuah, bergelumang dengan gaya hidup luar biasa mewahnya, dan tidak segan-silu mempamerkan pula dalam media sosial.

Ya, bagi sebahagian mereka, orang politik ini sama sahaja, baik kerajaan mahupun pembangkang. Bila sudah dapat kuasa, semuanya angkuh-sombong dan pentingkan diri-keluarga-kelompok sahaja. Asalkan tembolok dan perut masing-masing penuh; persetankan kepentingan rakyat, tidak pedulikan lagi masalah orang ramai.

Sementara menanti proses pendafataran sebagai pengundi dapat dibuat secara automatik apabila seseorang warga mencapai usia 21 tahun, kesedaran akan hak dan tanggungjawab itu harus dipupuk. Anak muda khususnya mesti menghayati kepentingan partisipasi politik, bukan sahaja sebagai pengundi dan turun mengundi (peratusan turun mengundi sekitar 75% sekarang juga harus ditingkatkan) , tetapi bertindak proaktif dalam mempengaruhi setiap keputusan berkaitan dasar awam pada setiap masa.

Dalam masa sama, parti-parti pembangkang bukan hanya perlu mendekati golongan muda ini untuk ke kaunter pendaftaran SPR tetapi bertanggungjawab mempamerkan imej sebagai "kerajaan menanti" yang boleh dipercayai untuk berusaha menyelesaikan segala krisis berserabut yang dihasilkan Umno selama ini. Singkirkan andaian buruk yang dilumurkan terhadap wajah semua orang politik.

Memang tidak adil menanamkan persepsi buruk kepada pembangkang hanya kerana kejahatan yang dilakukan elit pemerintah sejak berkuasa hampir 60 tahun lalu. Masakan orang lain yang bersalah, pihak lain pula yang dihukum! Kerosakan dan bencana ini masih boleh diperbaiki, dengan pertukaran kerajaan, disusuli proses reformasi sistem dan institusi, serta jentera pelaksanaan yang cekap, bersih dan berintegiriti tinggi.

Masih ramai tokoh politik yang jujur, telus dan berprinsip dengan kawalan rakyat yang juga tinggi kesedaran partisipasi politiknya. Dibantu sistem akhbar yang independen, bersama pemulihan institusi penting awam, seperti Parlimen (termasuk Jawaankuasa Kira-kira Wang Negara), kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPR, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara dan lain-lain.


Masa belum terlewat untuk semua pihak menggerakkan kempen pendaftaran pemilih ini. Ayuh.

Sumber TKO - 4-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembangkang macam enau dalam belukar
Posted on Monday, February 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33575




Oleh Ahmad Lutfi Othman

SELAIN mendapat penghargaan dan reaksi positif di atas dua tulisan awal dalam kolum ini - Catatan Hujung - saya juga menerima teguran dan kritikan. Sebahagiannya agak keras dan bersifat personal. Saya boleh memahaminya. Sementelahan pula kebanyakan mereka adalah sahabat-sahabat saya juga.


Ketika bercadang untuk kembali menulis, apatah lagi dengan memilih lidah rasmi Parti Amanah Negara sebagai medium baru, saya sudah menjangka respons seumpama itu bakal menyusul. Menyedari kebebasan bersuara banyak manfaatnya, pandangan berbeda walaupun terasa tajam menikam adalah lumrah dan harus diraikan.


Menyedari Amanah dianggap saingan terdekat Pas dan seteru politik yang mesti "dilenyapkan" secepat mungkin -- walaupun kedua-duanya merupakan parti Islam --

saya langsung tidak terkejut dengan situasi itu. Ia berbaur sentimen dan emosi, yang datang dari kedua-dua pihak.


Kebetulan ramai teman penulis yang membantu saya di Harakah dulu turut menyumbang dalam akhbar Amanah. Beberapa pembaca menghentar mesej, hampir sama nadanya: "Tahniah dan selamat kembali, Lutfi. Saya teruja sekali menatap kolum Catatan Hujung saudara bersama kolum Lim Hong Siang, Shukur Harun, Dinsman dan Abu Firdaus. Seperti saya baca Harakah yang dahulu! Terubat kerinduan."

Tentu saja ia menyediakan lebih keselesaan dan keserasian ketika semua akhbar bercetak menghadapi masalah besar sekarang. Walaupun faktor kesihatan amat membataskan pembabitan saya, namun saya kira potensi organ parti masih terbuka jika diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan beretika tinggi.

Sebenarnya kolum Catatan Hujung ini sudah banyak kali berpindah-randah. Bermula akhir tahun 80-an, dalam majalah Dunia Islam yang saya usahakan bersama Zin Mahmud, seterusnya majalah Tamadun dan akhbar Siasah, sebelum lama bertapak di halaman 31 Harakah.

Mendapat ilham daripada nama kolum paling berpengaruh dalam majalah berita mingguan Tempo, Indonesia, iaitu Catatan Pinggir. Tentunya jauh sekali untuk dibandingkan dengan tulisan hebat sasterawan-budayawan tersohor Goenawan Mohammad, yang tidak pernah absen menulis pada halaman terakhir majalah berkenaan, sejak 1977, dan telah dibukukan lebih sepuluh jilid.

GURU DAN MENTOR

Seorang lagi kolumnis yang cukup mematuhi disiplin menulis, yang dekat di hati saya ialah Haji Subky Latif, juga saya anggap sebagai guru dan mentor. Walau apa pun halangannya, Subky tidak pernah menghampakan editor, termasuk ketika menunaikan haji semasa belum ada kemudahan komunikasi cangggih seperti sekarang. Beliau mendahulukan sejumlah artikel yang tetap segar dibaca kemudiannya.

Dari segi tema dan gaya penulisan, saya juga berminat dengan kolum intelektual awam, Allahyarham Rustam A Sani. Pemikir ulung ini kerap berkunjung ke pejabat kerja saya di Medan Idaman, Gombak, sekitar tahun 1999, ketika menggelegak api Reformasi. Banyak idea dikongsi bersamanya dan ini cukup membantu saya mengendalikan majalah Detik, yang kemudiannya diharamkan KDN, hanya selepas setahun beroperasi.

Mungkin ada yang tidak bersetuju apabila saya masih menyinggung Harakah dan Pas, terutama dengan mengumpamakan organ rasmi Parti Islam itu sebagai "kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam". Saya dituduh berdendam dengan majikan lama. Dakwaan ini penuh prasangka. Sedangkan saya seperti dahulu juga, cuba memaparkan realiti, walaupun pedih, agar dapat ditampal kerosakan.

Ketika menerajui Harakah dulu, kolum Catatan Hujung itu tidak kurang menerima kritikan terutama apabila menyinggung hal-hal dalaman Pas dan Pakatan Rakyat. Saya percaya adalah lebih baik kita cuba mempengaruhi sesuatu yang boleh kita pengaruhi daripada berleter soal-soal yang tidak diambil peduli oleh subjek.

Harakah dan Pas merupakan dua subjek penting dalam kewartawanan politik di negara ini. Masing-masing menempa sejarah tersendiri, serta menampilkan impak yang tidak boleh dinafikan. Sementara saya pula sempat mengikuti dari dekat perkembangan dua institusi ini. Dan dalam penulisan, saya meletakkan posisi diri lebih kepada kedudukan sebagai seorang wartawan berbanding seorang ahli atau aktivis mana-mana parti.

Dan kini, sebelum menghadam isu-isu semasa lainnya -- yang sebahagiannya masih baru dan dangkal dalam kefahaman saya disebabkan terlalu lama terpisah dengan pergolakan pantas politik tanahair -- agak munasabah juga untuk mempersembahkan sedikit latar itu kepada kolum saya dalam tiga catatan awal ini.

Penurunan jualan Harakah bukan sesuatu yang menggemparkan. Sekurang-kurangnya Harakah pernah menempuh era kegemilangannya apabila mendapat kepercayaan pembaca di waktu kredibiliti akhbar harian yang dikawal Umno dipersoalkan.

Berbicara soal media alternatif tidak dapat lari daripada menyentuh peranan Harakah. Ia bagai institusi akhbar tersendiri, yang bukan saja mengisi kekosongan tetapi menawarkan pilihan. Namun apabila pimpinan Pas memutuskan Harakah perlu bertindak sepenuhnya sebagai organ parti semata-mata -- dalam tafsiran yang terbatas -- ia perlu dihormati. Sejarah panjang berliku sebagai akhbar alternatif terputus.V

SURVIVAL MEDIA

Bagaimanapun, terus-terang, saya lebih bimbang dengan survival akhbar Amanah, yang baru saya kenali ini, jika tidak diuruskan dengan baik, boleh diumpamakan sebagai bahtera yang masih berlabuh di dermaga, belum teruji dengan arus deras dan taufan ganas.

Bersedialah -- malah berterimakasihlah -- untuk menerima teguran dan jangan beranggapan orang luar tiada kena mengena dengan urusan parti kita. Persepsi masyarakat awam terhadap kita, biar apa pun faktornya, penting untuk ditelaah. Berbanding parti-parti yang lahir daripada pecahan parti pemerintah -- seperti Semangat 46, KeADILan dan Bersatu -- kewujudan AMANAH daripada pergolakan dalaman Pas, lebih sukar untuk difahami rakyat. Amat sedikit yang mengikuti susur-galur penubuhannya. Tetapi daripada satu segi, saya cuba cabaran ini, iaitu memasarkan satu produk yang belum diketahui kehebatannya!

"Sudahlah parti AMANAH masih belum diketahui umum, apatah lagi pula Amanah sebagai sebuah akhbar, lagilah masyarakat tak tahu. Promosi perlu kuat. Rangkaian pengedaran harus besar. Ia mesti dijenamakan sebagai akhbar alternatif setanding Harakah dan Suara Keadilan," pesan seorang teman, yang juga penulis politik terkenal, sambil mencadangkan beberapa idea agar tidak dilihat ketinggalan berbanding media baru.

Memang tidak mudah mengendalikan parti baru, malah AMANAH lebih perit lagi situasinya.

Sudahlah berdepan tentangan tradisi penguasa zalim, dengan keadaan serba-serbi kekurangan, rakan-rakan sekutu juga mempunyai tanggapan dan persepsi yang tidak begitu memberangsangkan. Ranjau dan kerikilnya tajam. Perlu stamina panjang, dipandu kebijaksanaan dan sikap berlapang dada, tetapi juga cerdas-tangkas memanfaatkan ruang.

Majoriti rakyat semakin muak dan gelisah dengan kerakusan-ketamakan elit penguasa tetapi mereka juga seperti keliru dengan permuafakatan pembangkang. Diharapkan episod yang agak kacau ini segera berakhir. Persefahaman untuk mengambil alih kerajaan harus ditunjukkan, bukan "politik makan keliling" yang membingungkan.

Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan tentang senjata utama kemenangan BN, iaitu memecah-belahkan barisan pembangkang, tapi saya kira, keupayaan BN mengekalkan kuasa lebih kepada manipulasi isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit, selain umpan dedak yang jauh berbisa. Propaganda murahan yang ditanam secara sistematik termasuk melalui insitutisi awam sejak lama memang sukar untuk ditangkis.

"Jika benar Najib menyimpan RM5 bilion untuk PRU14, maka bayangkan, kita terpaksa berdepan jentera BN yang akan membelanjakan lebih kurang RM200 juta untuk satu kawasan Parlimen," kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dalam satu pertemuan dengannya. "Kalau RM200 juta itu diberikan kepada AMANAH, maka kita akan bertanding seluruh negara, sampai ke Brunei," guraunya.

Pembangkang harus lebih faham dan arif mengenainya, tetapi malangnya mereka seperti melupakan semua perangkap itu. Masing-masing bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Jika Pakatan Rakyat boleh terbubar selepas hanya sekali menyertai pilihan raya, PRU13, bagaimana pula dengan nasib Pakatan Harapan; mampukah menampung impian besar rakyat menjelang PRU14 ini?


Ingat, BN dengan segala kejahatannya, bijak dan cekap mengeksploitasi sentimen resah-keliru-bingung rakyat, terutama pengundi Melayu selepas Parlimen dibubarkan. Jika mereka terperangkap dengan sentimen yang sengaja diada-adakan itu, mungkin pilihannya adalah mengekalkan penguasa yang ada, biarpun diketahui segala kejahatannya.

Sumber TKO - 13-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Pena’ Lutfi mengalir kembali
Posted on Thursday, February 09 @ 11:24:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33519


Oleh A. Shukur Harun
Pagi itu, Ahmad Lutfi Othman – wartawan kawakan dan penganalisis politik terbilang - datang bertongkat, lalu bersalaman dengan ahli Lembaga Penasihat akhbar Amanah dan duduk di sebelah saya untuk menghadiri suatu mesyuarat akhbar AMANAH yang dipengeruskan oleh Zulkefly Sulong.


Wajahnya ceria dan besemangat, wajah yang tidak terkalahkan, walaupun uzur dan menghadapi pelbagai cabaran sejak sebagai pelajar universiti hinggalah menjadi editor dan memimpin majalah Detik dan beberapa majalah lain, menulis beberapa buah buku analisis politik dan ratusan rencana, seterusnya menjadi Ketua Pengarang Harakah hinggalah tamat perkhidmatanya.

Cabaran yang dihadapinya bukan kepalang, tetapi Lutfi – wartawan evegreen itu - tetap berdiri di situ sebagai pejuang kebebasan media dari dulu hingga kini, walaupun beliau mengeluh kerana sunyinya lorong media bebas.

Ini adalah kesan hambatan kekuasaan politik yang sentiasa melihat media penuh dengan kebimbanggan, menyebabkan pelbgai tekanan dilakukan sejak zaman berzaman. Begitulah biasanya mereka yang berada di corridor kuasa.

Namun tokoh yang satu ini kelihatan tidak terkalahkan. Malah kelihatan ceria dan yakin, walau sesunyi manapun lorong media bebas yang dilaluinya. Beliau tetap percaya, akan tetap ada tokoh dan aktivis dari generasi kegenerasi mewarisi perjuangan ini.

Di masa lalu, jauh sebelum ini, tokoh pengarang kawakan, Ishak Haji Muhamad atau Pak Sako menjadi ahli politik dan pengarang akhbar dan novel serta penulis pojok - Hantu Raya - yang sangat dicemburui oleh pemerintah pada masa itu.

Demikan juga Ahmad Boestamam yang juga tokoh politik kiri dan penuls serta juga tokoh terbilang Said Zahari, bekas ketua pengarang Utusan Melayu yang memimpiin mogok Utusan. Semuanya pernah merengkuk dalam tahanan.

Oleh itu, Lutfi Othman tokoh menjadi pewaris perjuangan mereka ini semua dan beliau bersedia menghadapi segala cabaran ini. Kini beliau kembali menulis dalam akhbar AMANAH dan tentu saja ramai yang menanti-nantikan tulisannya setelah sekian lama berehat kerana uzur dan atas sebab lain.
Tentu saja akhbar AMANAH dan saudara kandungnya Malaysia Dateline menjadi media baru Lutfi, tetapi walau di mana dan dalam suasana yang berbeza pun, Lutfi tetap Lutfi. ‘Pena’nya terus mengalir, sama ada disetujui atau tidak disetujui.

Memanglah suasana, terutamanya suasana politik, berbeza di zaman Detik dan Harakah pimpinannya dulu dengan masa kini, tetapi, saya kira, penulis seperti Lutfi tahu bahawa walaupun suasana berbeza, tokoh politik yang berkuasa berlainan orang selernya tetap sama.

Orang politik yang berkuasa tetap mempunyai watak yang sama, tujuan dan persepsi yang sama di sepanjang zaman. Bahawa kekuasaan itu mesti direbut dan dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Dalam hal ini Lutfi sangat arif akan hal ini dan tentunya sudah bersedia menghadapi keadaan seperti ini.

Tentunya wartawan yang bebas seperti Lutfi tidak berminat sama sekali untuk duduk dalam ‘confort zone’ atau keadaan selesa, boleh ‘bermanja-manja’ dengan pemimpin politik. Syaratnya pandai memenuhi ‘selera’ politik pemimpin yang berkuasa.

Saya yakin bahawa Lutfi tetap Lutfi yang saya kenal sejak puluhan tahun yang lalu. Penuh keberanian dan– orang yang tahu akan harga dirinya.

Dengan suasana baru politik di sekiitarnya dengan hadirnya Pakatan Harapan+Bersatu, Pas dan Umno/BN, saya kira, Lutfi sudahpun memhami percaturan politik baru itu. Oleh itu tentu saja ada yang menanti pandangannya sama ada disetujui atau tidak disetujui, boleh diiterima lojiknya atau sebaliknya.

Lenggok tulisan Lutfi diakui ramai, maka di sini tokoh yang satu ini akan menjadi perhatian kembali oleh pelbagai pihak.

Bayangkan, kini ada begitu banyak parti politik sama ada dalam Umno/BN mahupun pembangkang. Semua parti politik itu kini sedang ‘berkejar-kejaran’ untuk mencari pengaruh dan sokongan.
Maka itu, saya kira, pimpinan dan pendukung parti ini akan memerhatikan ke mana aliran tulisan Lutfi ini, malah mungkin mengejarnya.

Namun, saya yakin, seperti saya katakan, Lutfi tetap tegak berdiri di situ dengan tenang dan yakin akan apa yang difikirkannya. Justru Lutfi adalah Lutfi yang saya kenal sejak lama dulu. Kita mengalu-ngalukan kedatangan Lutfi
__________________________________________________________________________________
Untuk sesiapa yang mahu pesan Buku LORONG SUNYI, MEDIA BEBAS melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), Harga Istimewa bagi anda yang buat pesanan terus melalui kami hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).

Sumber TKO - 9-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Usah jadi tongkat Najib
Posted on Wednesday, February 01 @ 16:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33423&mode=thread&order=0&thold=0

Oleh Ahmad Lutfi OthmanApabila lebih 50 penulis merakamkan pengalaman kewartawanan saya dalam buku Lorong Sunyi Media Bebas, sebenarnya dunia penulisan saya selama hampir 30 tahun sudah menjadi sejarah dan kenangan.


Selama diuji dengan keuzuran berpanjangan, saya tidak mampu lagi melakarkan idea atau sekurang-kurangnya memberi makna dan tafsiran terhadap pergolakan politik di sekeliling. Hanya keresahan dan sesekali kebingungan menghimpit. Namun, kesakitan juga memberi kesempatan untuk mengenal diri, melatih untuk reda dan ikhlas.

"Selalunya buku tribute dihasilkan selepas seseorang itu meninggal dunia, tapi saya bernasib baik dapat membacanya semasa nyawa masih dikandung badan," kata saya selepas menatap Lorong Sunyi sebaik saja siap dicetak.

Buku setebal lebih 800 halaman itu -- yang dilancarkan sebanyak dua kali oleh Dr Syed Husin Ali dan Dr Redzuan othman -- hasil tanggapan teman-teman termasuk sahabat rapat mengenai perjuangan kebebasan akhbar yang saya rasa sepi dan keseorangan.
Terkenang bagaimana sukarnya mencari rakan-rakan wartawan yang sanggup melakukan gimik mengusung keranda Detik "yang sudah mati", apabila majalah pro-Reformasi dua kali sebulan itu diharamkan KDN selepas Pilihan Raya Umum 1999 yang menyaksikan kebangkitan majoriti pengundi Melayu menolak Umno-BN.

Bertempat di tingkat dua, pejabat penerbitan saya di Medan Idaman, Gombak, kami hanya bertiga mengangkat keranda Detik sedangkan ia sekurang-kurangnya memerlukan empat orang. Detik ketika itu dicetak lebih 100,000 naskhah dan dianggap seteru Umno kerana berjaya mempengaruhi kecenderungi pengundi terutama di utara Semenanjung.

Akhbar Harakah yang turut menjadi mangsa pancungan KDN, dikurangkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan -- sekali gus mematikan fungsinya sebagai sebuah akhbar -- dan mencatat sejarah apabila diedarkan hampir 400,000 naskhah.

Saya kira Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi ketika itu mungkin turut terkejut dengan respons pasif masyarakat terhadap amalan primitif KDN. Idealisme kebebasan akhbar rupanya kurang dihayati, termasuk oleh warga media. Tiada tunjuk perasaan atau aksi protes besar-besaran.

Dan sehingga kini, walaupun selepas melalui pengalaman panjang menuntut hak asasi bersuara, isu-isu berkaitan media bebas jarang mendapat reaksi yang sepatutnya. Kempen menghapuskan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut hebat dan demonstrasi raksasa di tengah kotaraya Kuala Lumpur menjadi saksinya, sehingga akhirnya hukum rimba itu terpaksa dimansuhkan. Namun, kongkongan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan seolah-olah dipandang sepi, sekali gus dibiarkan bermaharajela.

Sebenarnya dunia kewartawanan saya tidak boleh dipisahkan dengan pengalaman berkaca Harakah. Bermula dengan jemputan Ustaz Nakhaie Ahmad, Naib Presiden Pas, dibimbing wartawan-penulis politik terkemuka, Haji Subky Abd Latif, saya menyertai lidah rasmi Parti Islam itu seminggu sebelum keluaran sulungnya diterbitkan.


Cerita Harakah adalah kisah pahit manis pengorbanan. Sokongan daripada ahli dan penyokong akar umbi, termasuk mendahulukan duit saku masing-masing. Juga kesediaan petugasnya untuk berkhidmat dengan tekun, begitu juga semangat tinggi rangkaian pengedarannya. Ramai menghulurkan bantuan termasuk dari sahabat-sahabat dalam media arus perdana.


Sehingga dilantik Ketua Pengarang pada Februari 2006, sebenarnya sudah beberapa kali saya keluar-masuk Harakah. Kadang-kadang dalam tempoh itu saya terpaksa mengundur diri kerana isu-isu dalaman tertentu, termasuk berbeda pendapat dengan Pengarah Urusan. Saya akur dengan disiplin parti dan peraturan organisasi walaupun terpaksa memendam rasa menggigit keyakinan pada kebebasan akhbar.

Justeru, ada teman-teman, termasuk penulis dalam Lorong sunyi Media Bebas, yang menyifatkan saya tidak sesuai menerajui organ parti. Katanya, Lutfi sebagai pejuang kebebasan media akan menempuh situasi sukar apabila parti memutuskan sesuatu dasar atau pendirian politik yang mungkin bercanggah dengan keyakinannya. Tambahnya, Lutfi lebih cocok dan sepadan dengan penerbitan bebas yang tidak dikawal parti politik.

Mohsin Abdullah, bekas ketua editor NTV7 mencatatkan: "Mana mungkin atau agak sukar bagi Lutfi, seorang yang berpegang teguh terhadap dasar media bebas, adil serta saksama bertugas di mana-mana organisasi media yang partisan. Satu organasi media yang memihak. Yang sememangnya ditubuhkan khas untuk memihak kepada pemiliknya. Dalam situasi Lutfi, media itu ialah Harakah milik PAS, sebuah parti politik."

Alhamdulillah, sepanjang mengetuai editorial Harakah, saya tidak rasa dikongkong berlebihan. Kerjaya kewartawanan kami dihormati. Sebagai pemilik Harakah, sudah pasti ada kayu ukur daripada Pas yang perlu dipatuhi tanpa soal. Ya, masakan organ rasmi boleh bercanggah dengan sikap rasmi parti.

Soalnya, kandungan dan persembahan akhbar juga perlu menarik untuk memikat pembeli serta menambat hati pelanggan. Malah, semakin ramai pembaca, bermakna semakin meluas dan menyeluruh dasar dan sikap parti diketahui umum. Dan di situ ada ruang yang agak selesa, disediakan pimpinan parti kepada sidang editorial asalkan tidak melanggar sensitiviti tertentu.
Saya akui, jika diberikan pilihan tentunya saya lebih selesa dengan penerbitan sendiri. Tetapi pengalaman menjadi bukti, apa jua majalah yang saya urus-terbit, misalnya Detik dan Wasilah, diharamkan KDN tidak sampai setahun beroperasi. Akhbar yang saya pinjam permitnya daripada seorang kenalan di Kelantan, Cabaran, juga sering diganggu-gugat KDN.

Sehingga saya dapat merumuskan bahawa KDN hanya membenarkan organ oposisi seperti Harakah, untuk menyiarkan bahan yang mengkritik pemerintah. Itu satu imuniti atau keistimewaan buat lidah rasmi pembangkang! Justeru, Harakah menjadi pilihan dan saya merakamkan penghargaan setingginya kepada pimpinan Pas yang memberikan kesempatan berharga untuk saya mengasah bakat dan bereksperimen.

Walaupun saya sudah beralih kepada medium berbeda -- akhbar Amanah -- itu pun sekadar penasihat dari jauh, jasa Harakah terutama menyantuni dengan baik dan sabar semasa uzur, tetap tidak dilupakan.

Kini, saya memahami kesukaran dan keperitan rakan-rakan di sana menempuh era gelap akhbar bercetak. Tambahan pula Pas seperti sudah memutuskan hubungan dengan kebanyakan parti pembangkang lain. Dengan kata lain, ia bermakna segmen pembaca Harakah turut bertambah sempit kepada ahli dan penyokong Pas sahaja.

"Sebenarnya Harakah menjadi mangsa keadaan. Susah baginya memainkan peranan sebagai akhbar alternatif seperti dulu," kata seorang teman baik, yang juga menjadi mangsa kezaliman KDN, sering turun-naik mahkamah mempertahankan kebebasan berkarya.

Saya juga memegang keyakinan, Pas dan Amanah, dua parti Islam, boleh bekerjasama atau sekurang-kurangnya saling memahami, dalam usaha menawarkan bakti terbaik kepada ummah. Ukhuwwah yang terjalin lama tidak sepatutnya terungkai hanya kerana berbeda wadah. Negara berada di persimpangan yang meruncing, dan menuntut perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang. Raikan perbedaan pendekatan dan strategi, demi mencapai matlamat lebih besar.
Asalkan tumpuan kita terarah menjatuhkan pemerintah korup, apatah lagi yang merompak berbilion harta rakyat. serta menggembleng tenaga bersama-sama membangunkan Malaysia yang lebih adil, makmur dan sejahtera, juga menjadi negara yang melindungi golongan lemah. Usah menjadi tongkat buat elit penguasa yang kian lumpuh dengan segala penyakit kronik ini!

Kita sebenarnya tidak perlu menjalin persefahaman politik secara rasmi dengan Umno-Najib untuk dilihat sebagai seteru kepada perubahan, tetapi cukup dengan aksi pasif -- apatah lagi dengan sengaja melemahkan posisi sebagai pembangkang -- terhadap pelbagai kemungkarannya, demi melangsungkan hayat kerajaan BN. Maka tiada pilihan selain bersama gabungan mega pembangkang, Pakatan Harapan.





Sumber TKO - 1-2-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ahmad Lutfi Lebih Menghargai RM30K Husam Daripada RM80K PAS
Posted on Wednesday, January 25 @ 21:24:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33321



Saya terbaca surah keluhan Ahmad Lutfi bekas ketua pengarang Harakah yang kini menjadi tular di media-media menyerang PAS termasuk di laman TKO ini yang juga masih menjadi sebahagian laman penyerang PAS secara tak langsung. Saya tak tahu apa sikap pengendali TKO dalam isu ini?

Sebelum saya menulis panjang saya hendak berterus terang. Saya bukan perminat kepada tulisan Ahmad Lutfi. Saya pun tidak banyak mengetahui sikap secara khusus tetapi melihat daripada buku dan penulisannya saya boleh membuat anggapan dia adalah pengkritik yang baik.

Ahmad Lutfi sedang sakit dan saya anggap tulisan yang ditulis setelah 26 bulan tak menulis seperti orang lemas yang akan berpaut dengan apa sahaja asalkan selamat. Kayu, pelampung, malah bangkai pun dipaut demi untuk menyelamatkan diri.

Dia dulu dikatakan telah menjalankan pembedahan dan pembedahan itu dibiayai oleh Husam Musa. Saya agak Husam membantu dengan memberikan wang RM30K untuk pembedahan itu dan ini tidak diberikan oleh Harakah kerana Harakah mungkin ada prosedur yang tertentu. Prosedur ini agaknya tak disukai oleh pengkritik dengan maksud kalau orang nak yang hendak bedah nak mati, sempat mati dulu baru dapat peruntukkan. Husam tidak terus beri. Jadi Husam adalah juara di hati pentaasud Husam.

Ahmad Lutfi berkata dia tak menulis 26 bulan. Saya juga ada dapat maklumat bahawa sepanjang 26 bulan Ahmad Lutfi di bayar gaji penuh. Saya agak nilaian rendah gaji Ahmad Lutfi RM3K sahaja sebulan. 26 bulan RM78K.

RM80K itu sebenar tak ada nilai bagi Ahmad Lutfi. Harakah bukan lagi tempat dia boleh memberi kritikan dan pendapat. Sebab itu dianggapnya bahawa ramai dikalangan pemimpin PAS kini bukan seperti dulu.

PAS mungkin yang dikehendaki oleh Ahmad Lutfi adalah PAS macam Husam bebas guna duit termasuk pelbagai projek. Mudah minta duit jika diminta. Kemuka idea terus dapat duit, Duit daripada mana bukan menjadi persoalan.

PAS mungkin yang dikehendaki Ahmad Lutfi bukan seperti Pak Lebai yang dirasai banyak penyelewengan berbanding dengan Husam dan kawan-kawan dalam parti AMANAH.

Abang TAM
Utara"

Sumber TKO - 25-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moga Bermula Episod Baru ...
Posted on Wednesday, January 25 @ 16:32:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33316


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sejak enam bulan lalu, selepas menyesuaikan diri dengan rawatan rutin tiga kali seminggu hemodialisis, saya memaksa diri berusaha untuk kembali menulis. Memang sukar. Terkial-kial mencari idea. Lebih payah menyusun ayat. Terasa janggal sekali. seperti bertatih membina kalimah.


Proses dialisis yang cukup meletihkan juga membantutkan tekad. Keupayaan membaca turut membataskan pengetahuan dan imiginasi. Saya sering diperingatkan, kesakitan dan keuzuran adalah garis yang telah ditakdirkan. Lalui saja dengan ikhlas, reda dan tenang.  Ahmad Lutfi bersama-sama mengedarkan Harakah menjelang hari mengundi PRU13 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kaua Lumpur.
   (Ahmad Lutfi bersama-sama mengedarkan Harakah menjelang hari mengundi PRU13 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kaua Lumpur.)Saya mengisi kolum terakhir Catatan Hujung dalam akhbar Harakah lebih dua tahun lalu. Lebih tepat, pena saya tergantung selama 26 bulan. sejurus Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas episod getir yang kemudiannya menyaksikan Pakatan Rakyat pecah dan runtuh.

Selama tempoh itu juga -- dan sehingga sekarang -- saya tidak lagi melanggan akhbar dan membacanya. Bukan aksi boikot. Bukan rentetan pemulauan. Ia bermula apabila daya penglihatan saya merosot teruk. Cermin mata tidak dapat membantu. Dua kali saya menukarnya. Agak besar belanja. Pakar mata menasihati, usah buang duit. Tumpu kepada rawatan di hospital. Banyak kali juga operasi laser mata yang menyakitkan dan suntikan yang mahal.

Umpama terkurung dalam dunia asing. Informasi serba terbatas. Berita TV jam lapan malam juga jarang ditonton atau didengar. Mula-mula terasa seakan pelik. Ya, apa yang berlaku di luar sana. Tambahan pula politik tempatan -- terutama sekali pergolakan dalaman Pas -- semakin menggelegak. Berdentam-dentum.

Hanya tablet Samsung sesekali menjawab pertanyaan. Itu pun saya lebih suka melayari youtube untuk mendengar == bukan melihat -- perkembangan semasa. Ternyata ia tidak dapat menandingi kenikmatan membaca yang sudah hilang itu. Malah membaca lembaran buku atau akhbar lebih mengasyikkan daripada menatap gajet.

Saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab secara berkesan mengemudi Harakah bermula Disember 2014. Kisah saya diminta berhenti secara mengejut oleh pimpinan tertinggi lidah rasmi Pas itu mencetuskan sedikit kocakan. Namun saya akur, daripada menjadi bebanan atau batu penghalang untuk Harakah terus maju, lebih baik saya meminggir ke tepi.

Dalam masa sama bibit-bibit Harakah menuju kemerosotan sudah terbayang. Gugatan media baru memang satu faktor besar tetapi kurangnya persiapan untuk mencabar ancaman baru itu, bagi saya, lebih berperanan untuk menjatuhkan lagi jumlah cetakan akhbar. Kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam.

Saya lebih tertekan dan menderita apabila sekadar menjadi pemerhati pasif, tanpa mampu berbuat apa-apa. Saya diberikan tugasan baru untuk melatih dan membina wartawan Harakah. Tapi, apa yang harus saya latih terutama dengan perubahan gaya politik Pas selepas muktamar pemilihan di Kuala Selangor? Saya kebingungan. Organ parti harus menurut rentak baru kepimpinan dan saya semakin sukar memahami corak dan pendekatan siyasah yang dipilih.

Lama saya diberikan cuti sakit. Edah saya dengan Harakah berakhir secara rasmi pada 31 Disember 2016. Saya juga disahkan ilat oleh Perkeso. Sebenarnya sejarah saya dengan dunia kewartawanan sudah tamat lama sebelum itu, sekitar Oktober 2014, iaitu ketika catatan terakhir dalam kolum Catatan Hujung dalam akhbar Harakah.

Dari jauh saya mengikuti perkembangan dalaman Pas yang cukup menyedihkan. Saya masih sempat mengheret kaki ke muktamar Pas di Batu Pahat pada 2014. Beriyani gam tidak lagi dapat memikat selera. Suasana perbahasan tawar dan ada kalanya menjengkelkan. Saya terasa kehilangan yang amat sangat sepanjang hadir di situ.

Saya pulang lebih awal. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, yang diiringi hujan lebat, saya mencuri dengar ucapan pimpinan Pas melalui radio internet. Harapan saya, biduk lalu kiambang bertaut. Pembahas boleh menimbulkan apa saja yang terbuku di dada, termasuk membacakan "doa yang pelik-pelik" untuk diaminkan, tetapi keadaan diharap menjadi reda dengan ucapan penutup pimpinan.

Air mata saya mengalir dan dada berkocak kencang mendengar ucapan penggulungan Presiden. Retak tidak lagi menunggu pecah, malah sudah terburai. Gurau senda anak-anak dan isteri sepanjang perjalanan hilang ditelan kegelisahan. Minda saya mula menjangka, Pas sudah tidak sama seperti dulu. Sedih, sebak dan marah bersilih-ganti.

Sejak saat itu, secara perlahan-lahan, saya seolah-olah tidak lagi mengenali watak dan keperibadian Pas walhal itulah parti Islam yang saya yakin wajib disokong dan didukung seawal zaman kanak-kanak, tanpa pilihan. Episod ini cukup melukakan. Peluang untuk mencipta sejarah baru politik tanahair menjadi kabur. Kekuatan oposisi merosot teruk.

Dalam masa sama, kualiti kesihatan saya makin menjunam. Kerosakan fungsi buah pinggang menghampiri tahap optimum. Rakan-rakan yang menziarahi mengelak daripada membawa khabar sedih tentang perkembangan siyasah. Mereka lebih bimbangkan keadaan diri saya, yang kadang-kadang seperti termangu-mangu dalam dunia sendiri. Mereka tidak mahu fikiran saya terganggu sedangkan dalam keseorangan saya menjadi lebih parah ketika berusaha mencari jawapan sendiri.
Ya, mungkin saya kurang terdedah dengan situasi sebenar urutan perpecahan dalam Pas. Namun saya semakin tidak dapat memahami gaya dan pendekatan barunya. Berjumpa dengan kenalan baru semasa menunggu di hospital, juga doktor-doktor pakar yang tekun merawat saya, mereka turut keliru dengan sikap pimpinan Pas. Lebih malang, kebanyakan mereka menyangka Pas lebih mudah mesra dengan Umno berbanding pembangkang lain.

Saya pernah mencatat dalam facebook, dipandang dari sudut ini, strategi politik matang dan sejahtera Pas gagal difahami diumum. Ramai penyokong Pas mencemuh saya sehingga ada yang meminta saya jangan lagi lagi mengulas parti orang. Tertanya-tanya juga, mengapa mudah sangat menghukum saya sudah keluar Pas. Ada juga mendakwa saya telah dipecat dari Parti Islam itu!

Dalam iklim politik yang kritikal dan meruncing ini, apatah lagi terbocor skandal kewangan terbesar 1MDB, dengan potensi terbaik menukar kerajaan, persefahaman sesama pembangkang juga menimbulkan seribu satu pertanyaan. Saya bertanya sendirian, apakah aku akan terus termenung di atas perbaringan ini.

Tidak banyak yang mampu saya lakukan dengan keterbatasan ini, namun sekurang-kurangnya awal kalimah kolum Catatan Hujung melorongkan usaha kecil untuk bersama-sama gerakan massa menyelamatkan Malaysia daripada terjunam ke dalam gaung yang mengerikan.

Sumber TKO - 25-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lutfi yang saya kenal
Posted on Wednesday, January 25 @ 10:28:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33309



Oleh JANET STEELE
Ahmad Lutfi Othman tidak pernah berhenti membuatkan saya terkejut.Sewaktu saya menemui bual beliau buat pertama kali dalam 2013, saya begitu terkejut dengan apa yang dikatakannya apabila saya bertanya bolehkah saya menemu bual beliau lagi untuk mendapatkan kefahaman yang lebih sempurna.


Kerja saya ialah membuat kajian mengenai kewartawanan dan Islam di Indonesia dan Malaysia. Saya tertarik kepada Harakah kerana ia adalah akhbar milik PAS, sebuah parti Islam di Malaysia.

Pertama kali saya bertemu Ahmad Lutfi Othman ialah sewaktu bengkel latihan yang saya kendalikan di Harakah Daily, iaitu media atas talian PAS. Sebelum itu saya pernah bertemu rakan sekerjanya, Zulkifli Sulong dalam satu satu persidangan di Universiti Malaya. Saya mengajar penulisan naratif dalam bengkel berkenaan di portal akhbar itu. Selepas hari pertama latihan, beberapa orang wartawan yang berada di situ berkata bahawa saya perlu berjumpa "Cik Lutfi".

Sebelum saya bertemu Lutfi, saya bertanyakan perihal diri beliau di Malaysiakini, sewaktu saya membuat penyelidikan di sana. Walaupun saya tidak ingat dengan tepat kata-katanya, ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan sehingga pada satu tahap berkata, Lutfi ini cukup hebat orangnya dan awak perlu bertemu beliau.

"Dia seorang pejuang kebebasan akhbar yang sangat berani," kata Steven. "Tanya dia mengenai akhbar yang dia terbitkan setiap bulan dengan nama yang berlainan, untuk berada selangkah lebih hadapan daripada Kementerian Dalam Negeri."

Saya benar-benar tertarik. Tiada orang terfikir bahawa pengarang akhbar milik PAS itu seorang pejuang kebebasan akhbar yang cukup berani.

Kawan-kawan saya kemudian mengatur pertemuan.

Saya masih ingat bahawa saya agak gementar sebelum bertemunya. Saya sudah kenal Zul, pengarang berkaca mata akhbar atas talian itu adalah kawan saya. Kami pernah bertemu dan bercakap tentang pandangannya mengenai kewartawanan dan Islam, dan apa yang beliau ingin lakukan dengan edisi atas taliannya itu.

Saya sampai di pejabat agak awal, dan bertemu sahabat saya Arif Atan yang kemudiannya membawa saya ke tingkat tiga. Sebagaimana di pejabat Harakah Daily, kami meninggalkan kasut di luar. Arif Atan memasang alat pendingin udara di dalam bilik mesyuarat dan kami menunggu Lutfi tiba. Beberapa orang wartawan lain kemudian masuk ke bilik yang sama.

Bilik mesyuarat editorial Harakah.Bilik mesyuarat editorial Harakah.Bangunan Harakah ini merupakan bangunan agak lama di Pusat Perniagaan Jalan Pahang Barat, tidak jauh dari hentian LRT Titiwangsa. Bilik mesyuarat berkenaan berdinding kaca, mempunyai sebuah meja besar dan kira-kira 10 buah kerusi berwarna merah. Persekitarannya berbau lembut datang daripada penyegar udara. Pada satu dinding tergantung isu sisipan terbitan Harakah - Fikrah - yang dibingkaikan, dengan gambar Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang serta tajuk bertulis "Islam Asas Kekuatan PAS" dan "Kezaliman Belum Berakhir". Keadaan bilik mesyuarat ini agak berserabut dengan permaidaninya yang telah lusuh dan surat khabar berlonggok di tengah-tengah meja. Di bahagian hadapan bilik terdapat papan putih yang tertulis Harakah berwarna merah di atasnya. Pada hari Selasa, pada sebelah paginya selepas malam deadline, keadaan pejabat sunyi.

Lutifi tiba pada pukul 11.00 pagi. Beliau memakai baju warna ungu dan cermin matanya berbingkai warna perak, berjalan menggunakan tongkat. Rambutnya beruban dan berjanggut pendek.

Wartawan yang ada kelihatan risau melihat keadaannya. Salah seorang memberitahu bahawa beliau bekerja lewat malam pada hari sebelumnya, dan beliau tidak beberapa sihat. Masalah jantung, kencing manis, masalah buah pinggang - kata mereka, beliau baru-baru ini duduk lama di hospital. Mengetahui keadaanya yang begitu, saya terkejut dengan tenaga yang masih dimilikinya. Dalam usia lebih kurang 50 tahun, beliau mudah ketawa, dan matanya masih bercahaya di sebalik cermin yang dipakainya.

Dalam perbualan pertama yang berlangsung beberapa jam itu, beliau memberitahu saya mengenai sejarah dirinya di Harakah, impiannya terhadap kebebasan media di Malaysia dan pandangannya mengenai hubungan kewartawanan dan Islam. Saya kagum dengan buah fikiran, kepintaran dan kebaikannya. Penguasaan bahasa Malaysia saya tidak sebaik bahasa Indonesia, dan selepas beberapa ayat, saya perasan bahawa beliau mula menggunakan bahasa Indonesia, menggunakan perkataan-perkataan yang boleh saya fahami.

Lutfi memberitahu saya bahawa beliau dilahirkan dalam keluarga yang "semua PAS", dan semua orang di kampungnya adalah penyokong parti Islam itu. "Jika ada yang menjadi ahli Umno, mereka tidak akan mengaku," katanya sambil ketawa.

"Sejak kecil, keluarga saya, bapa saya, sentiasa menekankan bahawa sebagai seorang Islam, untuk keseluruhan hidup ini, ia mestilah mengikuti kehendak Islam. Sama ada dalam penyembahan, ritual, sembahyang, puasa - malah dalam isu-isu politik."

Di Malaysia, terdapat hanya satu parti Islam, jadi walaupun pemimpinya "tidak sempurna" Lutfi percaya bahawa ia mesti diikuti kerana tiada pilihan.

"Jika terdapat hanya satu parti Islam, dan jika terdapat masalah dalam parti, maka menjadi kewajipan atau jihad bagi dirinya untuk memperbetulkannya dari dalam," katanya. "Kebebasan media adalah sebahagian daripada perjuangan besar Islam."

"Saya tidak melihat Islam menentang kebebasan media," tambahnya. "Sebab bagi saya, isu tanggungjawab, isu penekanan keadilan itu - semua itu merupakan asas-asas Islam yang diperturunkan sehingga kini. Menentang kezaliman, membela orang yang ditindas, inilah misi sebenar kebebasan Islam."

Kami bercakap mengenai sejarah Harakah, tentang bagaimana beliau menyertainya sebaik sahaja ia ditubuhkan dalam 1987.

"Dalam tempoh 26 tahun Harakah," katanya, "saya masuk dan keluar Harakah barangkali empat kali. Saya pergi dan kemudian datang balik. Pergi dan datang balik."

Tetapi mengapakah Lutfi meninggalkan Harakah banyak kali? Kerana beliau ingin mempunyai syarikat penerbitan sendiri.

"Saya berdarah muda waktu itu dan terjurus kepada politik sebenar," katanya, "dan pada waktu itu saya ingin mengendalikan media, bebas mengikut cara saya."

"Harakah sebagai organ parti, mempunyai banyak peraturan, garis panduan, dan saya sebagai wartawan dan juga penerbit, saya ingin mempunyai syarikat sendiri dan boleh bergerak bebas."
"Inilah yang menyebabkan saya pergi dan datang balik," tambahnya. "Dalam tempoh empat kali pergi dan datang balik itu, hubungan saya dengan Harakah masih cukup rapat."

Dalam 1998, salah satu daripada waktu beliau meninggalkan Harakah, Lutfi menubuhkan majalah beliau sendiri, Detik, yang diusahakan awalnya bersama Fathi Aris Omar, yang kini berada di Malaysiakini. Majalah dua kali sebulan itu diberi nama Detik sempena majalah Detik di Indonesia yang diharamkan penerbitannya oleh Soeharto bersama majalah Tempo dan Editor dalam 1994.

Sepanjang 17 tahun saya membuat penyelidikan mengenai kewartawanan di Indonesia dan Malaysia, saya telah bertemu ramai pengarang yang bercakap mengenai kebebasan media, tetapi saya tidak pernah berjumpa dengan seorang yang benar-benar komited terhadapnya seperti Ahmad Lutfi Othman. Pertempuran beliau dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan permit penerbitan telah menjadi lagenda. Beliau menjelaskan.

"Sebagai seorang wartawan, dari awal lagi, sejak keluar universiti, saya telah memohon permit daripada Kementerian Dalam Negeri. Saya rasa, saya telah membuat lebih kurang 100 permohonan. Bukan sahaja permit tidak diberi, tetapi saya juga tidak pernah dipanggil untuk ditemu bual, atau ditanya mengenai isu-isu berkaitan dengannya. Permohonan ditolak begitu sahaja."

Detik bukanlah milik Lutfi, beliau hanya menerbitkankanya menerusi permit pinjam. Dan permit itu perlu diperbaharui setiap tiga bulan sekali. Jika permit tidak diperbaharui, penerbitan akan diharamkan.

Selepas keputusan Pilihan Raya Umum 1999 diumumkan dan kabinet baru dilantik, permit Detik ditarik balik bersama beberapa penerbitan berbahasa Melayu yang lain yang didakwa membantu Barisan Alternatif. Beginilah Detik diharamkan.

Walaupun Harakah tidak hilang permitnya, tetapi pengarang-pengarangnya dimaklumkan bahawa organ parti itu tidak lagi boleh terbit dua kali seminggu, tetapi dua kali sebulan.

Lutfi kemudian menjelaskan apa yang berlaku berikutnya. "Walaupun Detik diharamkan, saya masih mempunyai lebih kurang 15 orang kakitangan dan sebuah pejabat di bawah tanggungjawab saya. Jadi saya buat surat khabar. Ia berbentuk tabloid - sama seperti Harakah - tetapi setiap kali terbit namanya berlainan. Ia diterbitkan dua kali sebulan."
Lutfi bercakap sepatah dua dengan setiausahanya dan beberapa minit kemudian, setiausahanya itu datang semula dengan setimbun akhbar lama: Warta, Kritis, Protes, Alternatif, Gerak, Memo, Bebaskan, Oposisi, Amanat, Memo22, Memo2, Memo3 - berdozen-dozen semuanya. Saya ketawa apabila Lutfi melonggokkan semua akhbar itu ke atas meja dan saya pula membaca nama-namanya. Kemudian saya dapati terdapat kira-kira 50 penerbitan seperti itu.
Jelas di sini bahawa Lutfi tidak mudah mengalah.

Buku Lorong Sunyi Media Bebas


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33309

Buku Lorong Sunyi Media BebasBeliau menjelaskan bahawa kebimbangannya yang paling besar ialah mengenai pengedar-pengedar, yang boleh disaman sehingga RM10,000 bagi jualan RM2 dengan komisyen sebanyak 20 sen bagi setiap naskah yang dijual. "Pengedar-pengedar saya," kata beliau, "Mereka inilah yang menjadi sangat takut."

Bagi Lutfi, beliau berasa sangat sedih kerana aktivisme media terlalu kecil di Malaysia.
"Mengapa begitu?" saya bertanya. Jawapannya, beliau merujuk kepada kurangnya media bebas, dan mengenai masalah pemilikan.

"Disebabkan Detik diharamkan, apa yang saya ada adalah akhbar tabloid saya yang diterbitkan tanpa permit, dan Wasilah - majalah untuk remaja perempuan. Jadi, apabila semakin kurang orang bekerja dengan saya, maka semakin kurang pula orang yang bekerja untuk media bebas, dan kurang pula yang mahu menjadi aktivis."

"Dalam tempoh ini, saya cuba berjumpa dengan rakan-rakan daripada media arus perdana: Utusan, Berita Harian, dan media yang dimiliki Bernama. Tetapi mereka tidak ada semangat dan keinginan untuk berjuang. Bagi mereka, perkara tersebut tidak relevan. Pertamanya, mereka tidak merasai kebimbangan mengenainya secara langsung, dan kedua, kalau mereka bimbang mengenainya sekalipun, mereka terikat dengan syarikat atau majlis yang tidak akan meluluskan aktiviti seperti ini."

Selepas Detik diharamkan dalam 1999, Lutfi dan Fathi menubuhkan KAMI, Kumpulan Aktivis Media Independen. Mereka pergi berjumpa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan menyerahkan memorandum mengenai tuntutan mereka.

Malah ini juga sukar. Sambil ketawa kesal, Lutfi menceritakan bagaimana selepas beliau dan kawan-kawannya membuat sebuah keranda untuk 'meraikan' secara simbolik kematian media bebas, mereka gagal mendapatkan empat orang untuk memikulnya.

Dalam keadaan serius semula Lutfi menjelaskan, "Saya rasa, orang politik, secara umumnya, tidak kira darpada parti atau latar belakang mana sekalipun, mereka tidak suka kepada media bebas.

Tidak kira parti mana, sebelum mereka menjadi kerajaan, kebebasan media adalah salah satu isu yang mereka perjuangkan. Tetapi sebenarnya, ia agak sulit bagi mereka untuk dilaksanakan, jika mereka tidak berfikiran benar-benarterbuka, jika mereka tidak memiliki kefahaman yang tulin mengenai demokrasi, dan bila mereka melihat kuasa mereka boleh dicederakan, bila kuasa mereka diancam."

Menurut Lutfi, sekiranya rakyat tidak bekerjasama mendesak ke arah perubahan, kebebasan media tidak akan wujud, tidak kira ketua parti mana, atau gabungan parti mana yang memerintah.

"Satu ketika, sewaktu program pelancaran buku saya, " kata beliau, "ada seorang kawan bertanya, apa yang awak harapkan jika PKR menjadi kerajaan? Secara terbuka saya kata, bagi saya, walaupun saya seorang yang telah lama bekerja dengan organ parti PAS, jangan tanya saya mengenai harapan saya berhubung kebebasan media. Bagi saya, jika kerajaan baru sekalipun, setiap rakyat mesti terus menuntut supaya apa yang kita impikan selama ini dilaksanakan."

Bila saya mencadangkan barangkali sebahagian daripada peranan yang boleh dimainkan Lutifi di Harakah adalah untuk mengajar pimpinan PAS mengenai kepentingan kebebasan media, beliau ketawa. "Sebagai orang biasa, ahli politik biasa, sukar bagi mereka untuk mendengar kritikan," katanya.

Namun Lutfi cepat menjelaskan mengapa sesetengah ahli politik PAS kecewa dengan Harakah, dan mahu supaya Harakah melebihkan fokus kepada parti dan kurangkan fokus kepada Pakatan Rakyat.
Di Malaysia, kata beliau, apabila tiadanya kebebasan media, dan kerajaan pula mempunyai banyak saluran tetapi PAS hanya ada satu, terdapat tanggapan bahawa "mengapa kita mesti beri ruang kepada bahan yang boleh mencederakan kita? Saya faham semua itu. Saya cuba memahaminya, dan saya rasa, mereka juga perlu faham apa yang saya perjuangkan."

Kami bercakap sedikit mengenai Malaysiakini, dan beliau juga mengikutinya. Kami bersetuju bahawa Steven Gan hanya perlu berfikir mengenai kewartawanan, tetapi Lutfi, selain perlu berfikir mengenai keperluan parti, beliau juga perlu berfikir mengenai ajaran Islam.

"Saya dalam Harakah perlu juga bertanggungjawab pada agama," katanya. Untuk agama, wartawan Harakah bersedia menerima gaji dan elaun yang rendah, dan meletakkan harapan yang tinggi. "Saya melihat ajaran Islam dan konsep kebebasan media tidak jauh berbeza dengan prinsip kewartawanan," kata Lutfi.

"Kita dipandu oleh kebenaran - ini sentiasa menjadi matlamat kami. Kewartawanan kami berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad. Pertama, jika terdapat sebarang keraguan terhadap kebenaran berita itu, walaupun kecil, berita itu mesti ditolak. Dan kedua, jika orang yang menyampaikan berita itu, didapati mempunyai masalah peribadi, terutama jika dia seorang penipu atau pembohong, maka dia mesti ditolak. Kedua-dua ini adalah ajaran Nabi."

Bagi Lutfi, "hak untuk menjawab" sangat penting dalam konteks keadilan, terutama buat pemimpin pembangkang yang dinafikan sebarang ruang dalam media arus perdana, yang dikritik dan tidak diberikan ruang untuk memberikan jawapan. Dari perspektif ini, kata beliau, Harakah perlu memberikan mereka ruang.

Dan akhirnya mengenai isu moral. "Kami tidak akan terbitkan apa yang kami tidak percaya. Sebagai contoh dalam dunia hiburan, jika ada seorang penyanyi perempuan berada dalam kelompok Muslim dan dia tidak memakai tudung, "Harakah tidak akan siarkan".

Dari sudut yang lain, terdapat pula isu keterbukaan, malah semacam pluralisme. "PAS dari dahulu lagi perlu membuka pintunya kepada orang bukan Islam, dan saya percaya perubahan ini akan berlaku," katanya. "Ia bukan perubahan dalam agama, agama kekal sama, tidak berubah. Tetapi tafsiran tentang bagaimana kita melihat "politik sebenar". Bagaiman kita melihat persekitaran yang mungkin berbeza. Dan bagi saya, perkembangan seperti ini sangat positif."

Lutfi terganggu dengan kenyataan bahawa negara-negara Barat sentiasa berada di atas dalam senarai negara-negara yang demokratik, telus dan mempuyai kebebasan media. Mengapa, soal beliau, negara-negara yang tidak "tidak Islam" ini lebih tinggi kedudukannya dalam senarai daripada negara-negara "Islam"?

"Kita perlu mempunyai sasaran seperti ini. Ia tidak bermakna kita perlu meninggalkan perkara-perkara seperti hudud, berpakaian menutup aurat dan sebagainya, tetapi dalam isu kemisikinan, mengapa negara-negara Islam berada di bawah? Dari segi prinsip Islam, ia sesuatu yang perlu diberi penekanan, dan saya sentiasa rasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk mengajar. Dan saya rasa, kebebasan media adalah kunci kepada segalanya, kunci kepada demokrasi, kunci untuk membasmi kemiskinan, kunci untuk merapatkan jurang antara miskin dan kaya."

Profesionalisme dalam media ADALAH Islamik, menurut Lutfi.

"Saya lihat kewartawanan atau pengurusan media yang profesional adalah Islamik," kata beliau. "Nama kolum saya, saya ambil daripada Catatan Pinggir, daripada Pak Goenawan Mohamad (pengasas majalah Tempo). Jadi walaupun Tempo boleh dilihat sebagai satu kumpulan yang agak liberal, saya fikir ada beberapa perkara penting yang tidak ada perbezaan."

"Mengenai Islam liberal, kita boleh bekerjasama. Kita tidak bersetuju dengan semua perkara, dan kita tidak perlu bersetuju dengan semua perkara untuk bekerjasam," tambah beliau.

Lutfi mengimpikan apabila Pakatan Rakyat menang, tidak ada lagi permit. "Penerbitan yang tidak bersetuju dengan kita dibenarkan untuk terbit," kata beliau. "Utusan boleh terbit, The Star boleh terbit."

Apabila majalah mingguan The Heat digantung oleh Kementerian Dalam Negeri pada penghujung 2013, atas dakwaan mencabuli syarat-syarat dalam permit penerbitan, terdapat harapan bahawa ia boleh menjadi titik kesedaran, yang barangkali boleh membuatkan wartawan Malaysia akhirnya membuat pendirian, cukup-cukuplah. Satu lagi pergerakan disusun, dan mesyuarat diadakan di Dewan Perhimpunan Cina. Lutfi ada di situ.

"Kita perlu berjuang, kita perlu serius untuk membangunkan sistem media yang bebas," katanya. "Tetapi sehingga kini, kita masih memerlukan ruang ini (Harakah).

Ahmad Lutfi Othman tidak pernah berhenti membuatkan saya terkejut. -- 10 Jun 2015

----
Tulisan Dr Janet Steele, Sekolah Media dan Hal Ehwal Awam, Universiti George Washington ini terangkum dalam buku Lorong Sunyi Media Bebas (832 halaman, RM45). Hubungi Ahmad Luqman Hakim, 019 2903291 jika berminat.

Sumber TKO - 25-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Harakah umpama kapal bocor, Pas lagi menyedihkan
Posted on Wednesday, January 25 @ 10:14:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33306

Oleh BORHAN AHMAD
Bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan akhbar milik Pas itu kini umpama 'kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam' manakala nasib partinya pula, Pas, lagi menyedihkan.


Dalam tulisan pertamanya selepas 26 bulan tidak menulis, Lutfi dalam tulisan pertamanya di Malaysia Dateline berkata, "Gugatan media baru memang satu faktor besar tetapi kurangnya persiapan untuk mencabar ancaman baru itu, bagi saya, lebih berperanan untuk menjatuhkan lagi jumlah cetakan akhbar."


Lutfi yang tidak sihat sejak beberapa tahun lalu tamat perkhidmatannya secara rasmi dengan Harakah akhir Disember tahun 2016 lalu.

Kini beliau menyertai akhbar mingguan Amanah yang dimiliki oleh parti pecahan dari Pas itu sebagai Penasihat Editorial mula menulis dengan Malaysia Dateline mulai hari ini.

Ahmad Lutfi menjadi ketua pengarang Harakah yang ketiga di kalangan kakitangan akhbar itu selepas Zulkifli Sulong dan Suhaimi Mokhtar. Sebelum itu, Ketua Pengarang Harakah adalah pemimpin politik Pas.

Harakah mencapai puncak kegemilangannya pada tahun 1998 - 2000 apabila edaran Harakah ketika itu adalah antara 300,000 hingga 380,000 setiap keluaran.

Dalam tulisan ini, Lutfi berkata, ketika sedih dengan apa yang berlaku kepada Harakah, beliau lagi sedih dengan apa yang berlaku kepada Pas.

"Dari jauh saya mengikuti perkembangan dalaman Pas yang cukup menyedihkan. Saya masih sempat mengheret kaki ke muktamar Pas di Batu Pahat pada 2014. Beriyani gam tidak lagi dapat memikat selera.

"Suasana perbahasan tawar dan ada kalanya menjengkelkan. Saya terasa kehilangan yang amat sangat sepanjang hadir di situ," tulis Lutfi.

Menurut Lutfi yang kini menjalani hemodilisis tiga kali seminggu, beliau pulang lebih awal dari muktamar 2014 itu.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, yang diiringi hujan lebat, beliau mencuri dengar ucapan pimpinan Pas melalui radio internet.

"Harapan saya, biduk lalu kiambang bertaut. Pembahas boleh menimbulkan apa saja yang terbuku di dada, termasuk membacakan "doa yang pelik-pelik" untuk diaminkan, tetapi keadaan diharap menjadi reda dengan ucapan penutup pimpinan.

"Air mata saya mengalir dan dada berkocak kencang mendengar ucapan penggulungan Presiden. Retak tidak lagi menunggu pecah, malah sudah terburai.

"Gurau senda anak-anak dan isteri sepanjang perjalanan hilang ditelan kegelisahan. Minda saya mula menjangka, Pas sudah tidak sama seperti dulu. Sedih, sebak dan marah bersilih-ganti," katanya.

Sejak saat itu, katanya, secara perlahan-lahan, beliau seolah-olah tidak lagi mengenali watak dan keperibadian Pas walhal itulah parti Islam yang beliau yakin wajib disokong dan didukung seawal zaman kanak-kanak, tanpa pilihan.

"Episod ini cukup melukakan. Peluang untuk mencipta sejarah baru politik tanahair menjadi kabur. Kekuatan oposisi merosot teruk," katanya.`M/Dateline

Sumber TKO - 25-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi
Posted on Friday, December 30 @ 15:08:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33034



Mengapa perlu buku setebal lebih 800 muka surat untuk sebuah buku tentang Ahmad Lutfi Othman dan hal sekitar kebebasan media?

Judul Lorong Sunyi Media Bebas memang agak menjanjikan, terutama di kalangan seseorang yang pernah - atau masih - bergelumang dengan dunia kewartawanan atau persuratkhabaran.

Selain itu mungkin hanya orang yang berminat kepada dunia berkenaan yang ingin mengetahui apa yang terkandung dalam buku ini. Juga sesiapa yang mengenali nama Ahmad Lutfi yang terkenal itu.

Lorong Sunyi Media Bebas dibidani sebagai suatu 'hadiah' kepada bekas ketua pengarang Harakah yang terlibat selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan.

Keuzuran membuatkan buku ini diusahakan oleh "rakan-rakan Ahmad Lutfi" yang karib.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dipisah-pisahkan pula oleh bab berasingan.

Bahagian pertama memuatan dua temu bual agak panjang bersama Ahmad Lutfi, manakala kedua berisi 54 rencana daripada 54 penulis berbeza yang bercerita mengenai Ahmad Lutfi.

Beberapa bab (entah mengapalah agaknya ia diberi nama "bab" bagi memisahkan seorang penulis dengan penulis lain) awal memang menggiurkan.

Bermula dengan prakata oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, tulisan awal bahagian kedua itu dengan mudah mengasyikkan.

Penulis terlalu ramai

Sebahagiannya memberikan gambaran dan maklumat awal mengenai Ahmad Lutfi dan kesukaran - serta kegigihannya - memperjuangkan kebebasan media.

Janet Steel misalnya menghidangkan tulisan yang santai, selesa dan bersahaja tapi tetap memberitahu banyak tentang Ahmad Lutfi. Malah dari sisi tertentu tulisannya begitu terasa berbeza berbanding penulis lain.

Melalui pertemuan Janet dan Ahmad Lutfi, pembaca diberitahu bahawa sebahagian wartawan media arus perdana "tidak ada semangat dan keinginan untuk berjuang".

Ia mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang tetapi hal yang sudah disedari sejak sekian lama oleh sebahagian yang lain.

Janet juga bercerita bagaimana Ahmad Lutfi sendiri mendedahkan "orang politik, secara umumnya" tidak suka kepada media bebas.

Selepas itu ada beberapa nama lain menulis mengenai Ahmad Lutfi, seperti Zin Mahmud, Noor Azam Shairi, Shahbudin Husin, Helmi Khalid dan anak Ahmad Lutfi sendiri, Ahmad Luqman Hakim.

Jumlah penulis yang terlalu ramai itulah masalahnya, kadang-kadang. Selain cara penyampaian yang sesekali amat lewah, pengulangan beberapa maklumat berkali-kali agak mengganggu.

Ia kira-kira sama seperti 'keluhan' Ahmad Lutfi ketika dia dikunjungi ramai orang selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Negeri (ISA).

Kerimasan Ahmad Lutfi ialah kerana dia terpaksa bercerita hal-hal yang sama berulang-ulang kepada orang yang berbeza.

Limpahan penulis yang - barangkali - diundang menyiapkan Lorong Sunyi Media Bebas menjadikan beberapa maklumat sama diceritakan berkali-kali oleh penulis yang berlainan.

Antaranya mengenai kegigihan Ahmad Lutfi menerbitkan majalah dan tabloid tidak berkala, berlawan dengan kehendak Kementerian Dalam Negeri, menguruskan pejabat di Medan Idaman di Gombak dan menguruskan Harakah.

Dan kebiasaannya rencana yang pendek dan ringkas itu jauh lebih 'sedap' berbanding tulisan meleret-leret dan lewah. Pada bab (saya masih terganggu dengan penggunaan "bab" dalam buku ini) tertentu penulis kelihatan seperti mahu bercerita lebih tentang dirinya sendiri berbanding Ahmad Lutfi.

Namun kebosanan itu diselamatkan pada bab yang lebih terkemudian. Ada beberapa cerita dan sisi menarik diceritakan. Misalnya mengenai detik Ahmad Lutfi ditahan di Balai Polis Brickfields (oleh Zul Mohamad) serta - hal yang penting - mengenai hubungan antara watak itu dengan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (oleh Helmi Khalid).

 Semangat membaca kembali ada

Bahagian ketiga pula rasanya akan digemari oleh sesiapa saja yang suka kepada tulisan Ahmad Lutfi.

Ia memuatkan 24 petikan rencana ditulisnya pada masa terpilih. Antara isu disentuh Ahmad Lutfi yang dipilih dimuatkan pada buku ini ialah tentang isu majalah Detik dan Wasilah, ketokohan allahyarman Datuk Fadzil Noor, penggantungan Harakah serta kesan penahanan ISA.

Beberapa tulisan mengenai Ahmad Lutfi yang pernah tersiar dalam media pula mengisi bahagian keempat buku Lorong Sunyi Media Bebas ini.

Bahagian kelima pula berisi empat "analisis teman-teman" Ahmad Lutfi mengenai isu kebebasan bersuara yang memang menjadi perjuangan utama bekas Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia itu.

Ia boleh memarakkan semula minat pembaca yang tidak hanya terikat dengan tulisan Ahmad Lutfi semata-mata. Misalnya rencana Taufek Yahya tentang perubahan Harakah daripada suara rakyat menjadi suara sejati parti dan bahaya tiadanya "naluri lawak" kerajaan (oleh Zunar).

Bahagian keenam pula memuatkan dua temu bual media dengan Ahmad Lutfi yang bercakap mengenai nasib majalah Detik yang diusahakannya serta isu Anwar Ibrahim.

Terakhir pada bahagian ketujuh memaparkan "pengalaman berkaca" Ahmad Lutfi menulis dan menerbitkan buku politik. Bermula daripada bab pertama buku hasil Penerbitan Pemuda ini ditutup oleh bab ke-104. Ya, bab ke-seratus-empat!

Biasalah. Hidup yang panjang akan ada cerah redupnya, panas dan hujannya. Begitu juga Lorong Sunyi Media Bebas ini - ada sedap dan asyiknya, tapi ada juga sedikit bosan dan deranya.

Namun secara umum Lorong Sunyi Media Bebas ini berbaloi untuk didapatkan dan dibaca. Ketika kesihatan Ahmad Lutfi masih tetap tidak mengizinkan, buku ini dapat mendekatkan pembaca dengan susuk terpuji dan kental ini.

Ahmad Lutfi bukan saja berdepan dengan kerajaan sepanjang kerjayanya bergelar penulis dan wartawan, malah dihadapkan juga dengan kekangan parti yang selama ini dibanggakan ramai orang.

Lorong Sunyi Media Bebas bukan saja tentang membebaskan media di negara ini, malah memberi pencerahan tentang hal-hal yang banyak belum diketahui umum, terutama pada era WhatsApp, Facebook, Twitter dan Instagram mewabak kini.

Ia memang berbaloi untuk dimiliki.

Bagi sesetengah pembaca pula, Lorong Sunyi Media Bebas adalah seasyik mengunyah nasi Arab disediakan isteri Ahmad Lutfi, Siti Hawa Samsam.

Judul: Lorong Sunyi Media Bebas Ahmad Lutfi Othman
Penerbit: Penerbitan Pemuda (Mei 2016)
Halaman: 831 muka surat
Harga: RM45

Boleh order di sini


Sumber TKO - 30-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku Terbaru :Tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman
Posted on Sunday, May 22 @ 14:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30031&mode=&order=0&thold=0



Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi

Antara nya
Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said
Zin Mahmud
Dr. Janet Steele
Adam Adli Abd Halim
Ali Bukhari Amir
Noor Azam Shairi
Aziz Muda
Hasni Abas
Dr Mohammad Agus Bin Yusoff
Dr. Jeniri Amir
Kassim Muhamad
Khairul Azlam Mohamad
Lim Hong Siang
Mohsin Abdullah
Mohd Nasir Awang
Wan Nordin Wan Yaacob
Pyanhabib
Rayusa
Razali Endun
Rossem
Mohd Sayuti Omar
Selena Tay
Shahbudin Husin
Suria Janib
Ahmad Tajdid
Mohd Arif Juhani
Yusri Yusof
Zulkifli Sulong
Zulkifli Yahaya
Zunar
Bashir Ishak
M Faqih
Muqit Muhammad
Muhammad Najib Abdurrahim
Faiz Abdullah
Helmi Khalid
Abd Shukur Harun
Mohd Masyaal Hasbullah
Sabri Said
Baharuddeen Abu Bakar
Dr Md Yusoff Abd Wahab
Dr Dzulkefly Ahmad
Norlaila Othman
Johari Jaafar
Hayatul Kamil Termudi
Mohd Shuhaimi Almaniri
Dr. Nasruddin Faisol
Zul Mohamad
Mohd Zamri Dali
Natjman Zakaria
Khairul Hartimi Mohd Tajudin
Roy Rasul
Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi
Dinsman
Hanif Mahpa
Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik.










 CARA UNTUK MEMESAN BUKU INI
Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi
Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke
Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi
(019-2903291)

NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN.
Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan
hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank
Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).
Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi
Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 13-7-2016
                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                         Dapatkan Buku Terbaru "Lorong Sunyi Media Bebas"
Posted on Thursday, June 09 @ 12:03:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


Menghargai jejak kewartawanan 30 tahun, ikon baru kebebasan akhbar, membongkar salah guna kuasa dan tetap dekat dengan dunia kampus.

Buku Lorong Sunyi Media Bebas mengundang teman-teman penulis yang rapat dengan Ahmad Lutfi Othman, untuk menyumbang sudut pandangan masing-masing terhadap aktivisme beliau.

Kompilasi artikelnya juga dimasukkan, sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap topik yang minat atau prioritiya. Catatan perjalanannya semasa mengetuai Harakah turut diselitkan sebagai bukti Ahmad Lutfi menulis daripada pengalaman langsungnya bersama denyut nadi masyarakat akar umbi.

Ahmad Lutfi selama ini seperti berada dalam dunia yang sunyi dan tersendiri, walaupun sebenarnya bingit dan menyeksakan, dihimpit pelbagai halangan dan sekatan. Mungkin ada yang menggelarkan Ahmad Lutfi sebagai ikon baru kebebasan akhbar, khususnya dalam konteks media alternatif yang tumbuh rancak selepas era reformasi 1998, namun yang lebih penting bagi kami, diharapkan buku Lorong Sunyi Media Bebas yang serba sederhana ini dapat membuka perbahasan lebih lanjut mengenai isu kebebasan bersuara di negara ini. Sekali lagi terima kasih  buat semua.

Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), Harga Istimewa bagi anda yang buat pesanan terus melalui kami hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).

ATAU: Pesanan Pos boleh juga di buat ke alamat PENERBITAN PEMUDA DL 32, JALAN MUTIARA TAMAN BUKIT AMPANG, 68000 AMPANG,SELANGOR

Agen/Pengedar diperlukan ,Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279..
Sumber TKO - 9-6-2016




"Lorong Sunyi, Media Bebas" gambarkan kekuatan Lutfi..:

Posted on Wednesday, May 25 @ 14:55:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


Oleh Mohd Sayuti Omar
Seorang kawan penulis veteran, bermadah seloka tentang diri, semangat dan komitmennya dalam dunia pesuratan dengan berkata; "Saya akan terus menulis selagi jasad saya tidak dikafan dan batu nisan dicacak atas kuburan saya." Wah hebat, madah berupa ikrar itu menunjukkan betapa penuhazamnya beliau dengan penulisan, dan dunia itu tidak dapat dipisahkan dari hidupnya. Mendarah daging.


Saya mengambil teladan dengan madah ikrar itu. Saya tidaklah pula menjanjikan iltizam sedemikian rupa tinggi dan hebat, tetapi sekadar memberi isyarat dengan mengatakan; "Saya akan terus menulis selagi dakwat masih ada dan tangan tidak keletihan. Dan apabila tulisan saya tidak lagi terlihat, itu bermakna saya sudah sangat letih."Baru-baru ini setelah 12 hari "disendur" dalam ward di HUKM saya kehilangan kudarat sehingga untuk mengangkat jari jemari pun tidak bisa. Untuk beberapa ketika keyboard latop dan bunyi bit I-pad saya terhenti dan diam. Tuhan menghadiahkan "keinsafan" demikian mungkin juga bagi merihatkan segala macam gadget saya yang tidak pernah istirehat dikerjakan.

Saya kehilangan tenaga dan energi apabila kondisi tubuh tidak stabil dan memburuk akibat kesan penyakit yang ditanggungi dan kesan pengobatan (kemotrapi) yang masih dalam proses. Keparahan sampai saya terpaksa melalui fisioterapi beberapa hari selepas itu dan juga membeli tongkat "berpagar" untuk berlatih berjalan dan bergerak semula di rumah. Kini Alhamdulilah semakin pulih dan sihat. Keyboard laptop dan I-pad sudah mula menyanyi dan berbunyi.

Saya tidak terkaget dengan keadaan itu dan nasib yang dialami, kerana saya telah membuka segala kemungkinan kepada diri saya, bukan kini tetapi sejak lama, sejak mengenali diri, memahami putaran kehidupan, tetapi sedikit terkilan apabila tidak bisa menulis, berasa bersalah dan berdosa pula kerana membiarkan penjengok blog atau pembaca status-satus saya di Fb, twiter dan lain ternanti-nanti dengan penuh tanda tanya tanpa berita.

Menghampakan harapan orang bukankah satu kesalahan dan dosa?

Buku terbaru Lutfi.
12 hari terbaring dengan mata terbuka, fikiran menerawan menjaring apa-apa sahaja isu dan bahan untuk ditulis sedangkan tangan dan jari jemari tidak mengizinkan, sesuatu yang menyedih dan mengilankan.

Pun begitu di hujung rasa, setelah tersandar di tembok keinsafan wujud rasa terima kasih, syukur penuh takzim dan pengertian bahawa Tuhan memberikan saya ruang untuk berihat sambil membuat berbagai-bagai semakan "mahasabah" diri dan kehidupan seluruhnya. Sebelum ini saya laju dan asyik dengan mudik sehingga terlupa hulu pengkalan asal detik bertolak.

Di sudut lain keuzuran memberi pengertian tersendiri, mengenal dan memberikan jawaban kepada saya bahawa saya disayangi segenap orang; kawan, saudara dan waris warah jauh dan dekat apabila tiada putus salam diterima dan rumah pula tidak sunyi dikunjungi siang dan malam untuk ziarah dan memberi semangat untuk saya. Tidak kurang juga yang membawa berbagai penawar penyembuhan.

Saya mencitera dan melakar senario ini bukan apa, cuma nak bercerita begitulah harapan dan iltizam bagi seseorang penulis yang mungkin ada tidak mudah memahaminya, sebaliknya mudah pula termakan dengan persepsi buruk yang sengaja dilontarkan. Ianya sangat tinggi, besar dan unik. Apa lagi mereka yang menjadikan penulisan sebagai alat perjuangan, menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran, -  disamping wadah untuk mencari rezeki bagi kebutuhan hidup, anak dan isteri, apabila ditimpa musibah dan ujian sedemikian, ia sangat menekan perasaan. Seolah perjuangan terhenti dan sudah terhalang sedangkan kemenangan diharapkan masih jauh, tanggungjawab pula kian menggunung.

Dan perasaan itulah juga yang tersendak dalam diri sahabat saya Ahmad Lutfi Othman yang kini keuzuran sudah bertahun dan keuzuran itu menganggu kembara perjuagannya. Kesenyapan atau pun kehilangan karya (buku) seseorang penulis memberi tanda berlaku sesuatu yang malang kepadanya. Sudah lama pencandu buku-buku Lutfi tidak menemui karyanya di pasaran. Dan ketiadaan itu adalah kerana kemalangan yang tertakdir kepada dirinya. Keuzuran seakan melemahkan Lutfi untuk terus menulis.

Justeru itu saya sering berkata dan memberi dorongan kepada sahabat ini, agar terus bersikeras untuk menulis dalam keadaan apa sekali pun. Kalau boleh saya katakan kita jangan bermanja-manjaan dengan sakit. Setiap kali beliau merungut bahawa dia ketiadaan tenaga dan sukar untuk menulis serta mencurahkan rindu kepada buku-buku, saya memberi dorongan kepadanya, menulislah walaupun dalam keadaan payah. Sebab penulisan (berkarya) bagi orang seni sebahagian daripada penawarnya. Muzik menjadi lebih ampuh daripada butiran pil dan ubat atau vaksin kepada penyanyi. Muzik boleh menghidup jiwa meskipun fizikal la'ih.

Dan petang kelmarin dahulu Lutfi datang dengan membawa buku terbaharunya berjudul LORONG SEPI MEDIA BABAS sebagai hadiah kepada saya. Beliau ditemani salah seorang putra warisannya. Menjadi kebiasaan kalau kami ada buku baharu, buku itu menjadi ole-ole dan penyatakan bahawa kami masih sihat bersemangat atau masih bebas dibawah kawalan akta dan masih bisa menulis.

Betapa melihat beliau dan buku itu saya berasa kembang diri dan puas kerana kawan saya ini masih mampu melahirkan buku. Sebak berarak dalam diri, mencelah relong dan lorong sunyi dalam diri saya. Tanpa beliau dan anaknya menyedari saya mengunci kejap jendela mata daripada tertumpah air jernih.

Sungguh saya bangga dan seronok melihat Lutfi itu dan dengan apa yang dicapai Lutfi. Saya juga percaya beliau sendiri merasakan hidup lebih bermakna atau masih ada makna dengan kelahiran buku itu. Lorong Sunyi, Media Bebas, insyaAllah akan jadi jalan gegak gempita selepas ini apabila akan lahir buku demi buku Lutfi selepas ini.

Saya percaya realiti itu bukan kerana ketebalan buku itu yang mencecah lebih 800 muka surat, tetapi beliau harus berasa puas dan bertuah kerana dalam kesukaran namun dapat dihadapi dengan jaya.

Lutfi sebelum ini pernah menulis dan menerbikan buku setebal demikian. Bahkan buku-bukunya mencapai ketebalan paling rendah 300 muka surat. Jadi apabila dalam kesukaran, serba payah dan bergelut dengan rutin hemodislis tiga kali seminggu, namun beliau masih mampu menulis buku setebal itu ia sesuatu yang luar biasa. Apa lagi hasil kerja Lutfi masih tidak terjejas dari segi kecermatan dan kualitinya. Masih utuh. Ini menjelaskan bahawa penulis yang satu ini masih berenergi, penanya masih berair dan racunnya tetap menyerap melumpuhkan urat saraf kemungkaran.

Dengan lahirnya buku itu ia dikira menamatkan musim kemarau Lutfi dalam dunia penulisan hampir sedekad. Selepas ini akan ada lagi buku buku lain yang akan bertindak menjadi penawar dan penguat semangat. Ingat, perjuangan masih belum berhujung dan titik nikhtah masih kabur. Selagi kebebasan bersuara dan kepincangan sistem pentadbiran (politik) kita masih belum tercapai dakwat pena kita wajib tetap mengalir garang.

Syabas saya ucapan kepada sahabat Lutfi atas kelahiran buku baharu. Tahniah juga kepada anakandanya yang sudah memberatkan membantu si ayah dan saya tampak sudah ada zuirat bakal mewarisi ketrampilan Lutfi suatu hari nanti.

Ohnya, ingin saya uar-uarkan di sini buku itu dapat diperolehi menusi jualan online. Sesiapa berminat boleh menyuarakan keinginan kepada saya menerusi e-mail saya atau pun whatsaap (013 2336776) kepada saya kemudian saya akan sambung terus dengan sdr Lutfi atau pihak yang meguruskan pemasaran buku beliau. Wassalam.~http://msomelayu.blogspot.my
 _________________________________________________________________________

 DAPATKAN SEGERA BUKU "LORONG SUNYI,MEDIA BEBAS."


Nota :

Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi

Antara nya

Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said
Zin Mahmud
Dr. Janet Steele
Adam Adli Abd Halim
Ali Bukhari Amir
Noor Azam Shairi
Aziz Muda
Hasni Abas
Dr Mohammad Agus Bin Yusoff
Dr. Jeniri Amir
Kassim Muhamad
Khairul Azlam Mohamad
Lim Hong Siang
Mohsin Abdullah
Mohd Nasir Awang
Wan Nordin Wan Yaacob
Pyanhabib
Rayusa
Razali Endun
Rossem
Mohd Sayuti Omar
Selena Tay
Shahbudin Husin
Suria Janib
Ahmad Tajdid
Mohd Arif Juhani
Yusri Yusof
Zulkifli Sulong
Zulkifli Yahaya
Zunar
Bashir Ishak
M Faqih
Muqit Muhammad
Muhammad Najib Abdurrahim
Faiz Abdullah
Helmi Khalid
Abd Shukur Harun
Mohd Masyaal Hasbullah
Sabri Said
Baharuddeen Abu Bakar
Dr Md Yusoff Abd Wahab
Dr Dzulkefly Ahmad
Norlaila Othman
Johari Jaafar
Hayatul Kamil Termudi
Mohd Shuhaimi Almaniri
Dr. Nasruddin Faisol
Zul Mohamad
Mohd Zamri Dali
Natjman Zakaria
Khairul Hartimi Mohd Tajudin
Roy Rasul
Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi
Dinsman
Hanif Mahpa

Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik.











Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi

 Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT

PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).
Atau :

Pesanan pos boleh dibuat juga ke alamat Penerbitan Pemuda, DL32, Jalan Mutiara, Taman Bukit Ampang, 68000 Ampang, Selangor

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279 

Sumber TKO - 25-5-2016




Buku Terbaru :Tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman

Posted on Sunday, May 22 @ 14:16:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


Buku ini satu tribute khas pengalaman kewartawanan politik Ahmad Lutfi Othman selama 30 tahun. Lebih 50 rakan media berkongsi rasa merakamkan penghargaan dengan menulis sudut pandangan tersendiri terhadap aktivisme dan penulisan Ahmad Lutfi
Antara nya
Kata Pengantar oleh Sasterawan Rakyat: Pak A Samad Said
Zin Mahmud
Dr. Janet Steele
Adam Adli Abd Halim
Ali Bukhari Amir
Noor Azam Shairi
Aziz Muda
Hasni Abas
Dr Mohammad Agus Bin Yusoff
Dr. Jeniri Amir
Kassim Muhamad
Khairul Azlam Mohamad
Lim Hong Siang
Mohsin Abdullah
Mohd Nasir Awang
Wan Nordin Wan Yaacob
Pyanhabib
Rayusa
Razali Endun
Rossem
Mohd Sayuti Omar
Selena Tay
Shahbudin Husin
Suria Janib
Ahmad Tajdid
Mohd Arif Juhani
Yusri Yusof
Zulkifli Sulong
Zulkifli Yahaya
Zunar
Bashir Ishak
M Faqih
Muqit Muhammad
Muhammad Najib Abdurrahim
Faiz Abdullah
Helmi Khalid
Abd Shukur Harun
Mohd Masyaal Hasbullah
Sabri Said
Baharuddeen Abu Bakar
Dr Md Yusoff Abd Wahab
Dr Dzulkefly Ahmad
Norlaila Othman
Johari Jaafar
Hayatul Kamil Termudi
Mohd Shuhaimi Almaniri
Dr. Nasruddin Faisol
Zul Mohamad
Mohd Zamri Dali
Natjman Zakaria
Khairul Hartimi Mohd Tajudin
Roy Rasul
Ahmad Luqman Hakim Ahmad Lutfi
Dinsman
Hanif Mahpa

Dr Syed Husin Ali dalam ucapan peluncuran buku Lorong Sunyi Media Bebas berkata, Ahmad Lutfi yang dikenalinya sejak tahun 1980-an merupakan seorang wartawan yang dihormati memandangkan prestasinya semasa memimpin Harakah, Siasah, Detik, Tamadun, Dunia Islam, Muslimah dan pelbagai penerbitan, termasuk buku-buku politik.

 










Dapatkan segera buku yang turut memuatkan wawancara panjang Zin Mahmud dan Lim Hong Siang dengan Ahmad Lutfi. Banyak persoalan menarik dikemukakan dalam sesi interbiu dari hati ke hati itu, termasuk isu-isu politik mutakhir yang tidak pernah ditulis oleh Lutfi.

 Untuk sesiapa yang mahu pesan melalui pos, sila Whatsapp/Sms ke Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi (019-2903291) NAMA, ALAMAT DAN KUANTITI BUKU serta RESIT PEMBAYARAN. Harga asal RM45 (832 ms), sempena harga pembukaan hanya RM 40 termasuk postage. Boleh bank in ke akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim (1621-7967-0906).
Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai buku ini, boleh hubungi Ahmad Lutfi sendiri, 016 2090279



Sumber TKO - 22-5-2016



Semoga Dipermudahkan Allah Dalam Segala Urusan

Posted on Tuesday, May 12 @ 10:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dimaklumkan bahawa Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman sepatutnya membuat operation tapak bagi rawatan hemeodilisis di HUKM semalam, 11 Mei 2015, bagaimanapun akibat daripada tekanan darah tinggi meningkat melebihi apa yang sepatutnya, maka operation tersebut terpaksa ditangguh kepada Rabu, 20 Mei 2015 ini.

Saya mewakili pemberitaan media massa memohon kenalan, sabahat handai, pembaca yang mengenali secara dekat, jauh atau tidak mengenali secara khusus memohon doa agar beliau dipermudahkan dalam urusan kesihatan beliau.

Jika ada yang ingin salurkan sumbangan boleh membuat sumbangan kepada Ahmad Luqman Hakim Bin Ahmad Lutfi No Akaun MayBank 162179670906, anak Ahmad Lutfi yang sulong.Atau berhubung terus dengan beliau melalui telefon 016-209027 (sebaik-baik masej sahaja) 


Sumber TKO - 12-5-2015





























Krisis Pakatan: Di belakang risiko ada peluang

AHMAD LUTFI OTHMAN | .

PEMILIHAN Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, walaupun tidak pernah dicadangkan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat kepada sultan, diharap dapat meredakan ketegangan politik negeri termaju yang berpanjangan begitu lama.

(Untuk rekod, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mencadangkan dua nama, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengusulkan nama tersebut dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat berjalan penuh harmoni. Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya tidak selicin yang diharapkan).

Proses untuk menggantikan Abd Khalid Ibrahim bukan saja tidak mudah, berliku-liku, juga menimbulkan korban yang besar. "Anwar Ibrahim sendiri boleh dianggap mangsa pertama Langkah Kajang jika dilihat penghakiman kes mahkamahnya. Dia menjadi seteru yang cukup digeruni Putrajaya jika bertakhta di Selangor," kata seorang pemerhati.

Bagaimanapun, yang peliknya, isu yang bermula sebagai krisis dalaman KeADILan tiba-tiba sahaja telah menjadi "wabak dahsyat" dalam PAS, yang kemudiannya mengakibatkan hubungan antara parti dalam Pakatan kelihatan retak.

PAS bagai terbelah dua. Ramai mengkritik keras bagaimana tempangnya ia menguruskan krisis sehingga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang berucap pada hari terakhir di muktamar Batu Pahat pun turut menegur agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah untuk meleraikan kekusutan.

Muktamar julung kali di Johor itu juga dicemari insiden keluar dewan tanda protes perwakilan kepada TImbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bacaan doa yang menyebut nama-nama orang tertentu semasa sesi perbahasan ucapan dasar juga jelas tidak disenangi, apatah lagi seolah-olah ada kumpulan sorak yang menganggu ucapan perwakilan, termasuk penjelasan pengerusi lajnah, seperti dialami Hanipa Maidin.

"Anak saya, baru tingkatan empat, sebaik mendengar bacaan doa tersebut, yang kemudiannya dibantah oleh perwakilan Kuala Kedah, terkejut dan terus keluar dari tapak muktamar," cerita seorang rakan, yang turut membawa keluarganya ke Batu Pahat.

"Menyedihkan. Budak berusia 16 tahun itu tentu sekali tak faham kenapa hal itu boleh berlaku dalam muktamar PAS," tambahnya.

Semua maklum, pelantikan Khalid sebagai MB sejurus PRU12 turut tidak disenangi pimpinan tertinggi KeADILan Selangor. Bukan itu sahaja, ada exco kanan kerajaan negeri daripada PAS juga seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Khalid, apatah lagi ada pelawaan Umno untuk membentuk kerajaan campuran, yang ditolak bulat-bulat PAS Pusat.

Selepas menang besar dalam PRU13, peluang menggantikan Khalid tertutup rapat apabila tiada nama lain diajukan kepada istana. Penguasaan Pakatan terhadap 44 kerusi Dun dikaitkan dengan prestasi cemerlang Khalid.

Masalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini, terutama "kepatuhannya" kepada arahan dan kehendak partinya, KeADILan, bukan isu baru, malah sudah dikesan sejak awal penggal pertama lagi, namun ia belum dianggap kudis yang merimaskan.

Mungkin bagi pihak tertentu, kelemahan dan kekurangan Khalid dalam parti boleh dianggap kehebatan pada kaca mata umum. Sifat kedekut dan legasinya meninggalkan rizab tunai RM3 bilion menjadi buah mulut ramai, tetapi namanya akan terpahat sebagai MB yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai 14 nama sebelum Azmin.

"Saya tak boleh faham mengapa Khalid beria-ia sangat mahu pertahankan rizab sampai RM3 bilion dan begitu kedekut belanjakannya untuk kepentingan rakyat Selangor, terutama pelaburan modal insan, seperti peruntukan biasiswa dan seumpamanya," kata seorang profesor di UiTM.

"Setakat RM500 juta itu kira okeylah," tambahnya, tanpa menafikan jasa dan sumbangan besar Khalid terutama daripada segi amanah, ketelusan dan tidak mengagihkan projek kepada kroni, kaum kerabat ataupun suku-sakat dalam parti.

"MB terdahulu, semua tersungkur kerana dikaitkan dengan rasuah dan salahlaku moral. Khalid boleh berbangga dari segi itu, dia jatuh secara bermaruah," ulas seorang veteran Umno. "Harap Azmin dapat ambil iktibar dan teladani apa yang terbaik dari Khalid," katanya lagi.

Azmin juga diharapkan dapat merawat dengan segera keretakan dalam Pakatan. Semua arif bahawa proses menggantikan Khalid telah menimbulkan krisis besar. Digambarkan majoriti rakyat, bukan sahaja di Lembah Klang, malah di seluruh negara, "bosan dan meluat" dengan rentetan konflik yang nampak mudah pada awalnya tetapi seterusnya menjadi sulit dan tegang.

Tokoh-tokoh besar Pakatan yang sebelumnya cermat dan teliti menangani cabaran - yang sebenarnya jauh lebih rumit, seperti isu Hudud, Negara Islam dan kalimah Allah - dilihat terjebak dalam kemelut emosi.

"Saya faham kalau Pakatan pecah kerana isu fundamental seperti Hudud, tapi janganlah persefahaman ini punah disebabkan jawatan MB Selangor. Memalukan," kata kolumnis Selena Tay, dengan nada sedih semasa berkunjung ke pejabat Harakah.

Ketika saya sendiri begitu terganggu dengan perbahasan dan ucapan penangguhan pada muktamar PAS di Batu Pahat, seorang rakan memanjangkan kenyataan Husam Musa, Naib Presiden yang dikaitkan dengan "kumpulan Erdogan".

Ucapannya semasa berkempen dalam PRK Pengkalan Kubor agak melegakan. Malaysian Insider melaporkan:

Mengulas mengenai pergeseran yang berlaku di antara kumpulan ulama dan profesional dalam PAS, Husam berkata partinya masih mencari keseimbangannya dan ia merupakan satu fenomena biasa.

“Dalam PAS ini saya tak panggil kemelut. Ia tenaga atom positif dan negatif sedang mencari titik keseimbangannya. Bumi pun berlaku gempa kemudian jadi betul balik bumi ni. Daripada dulu pun gempa bumi ada lepas tu berlaku lagi. Ia tak berhenti,” katanya.

Husam juga diminta mengulas mengenai ucapan penggulungan Ustaz Abdul Hadi Awang semasa muktamar. Katanya, ucapan Presiden PAS itu jelas menunjukkan ketegasan parti dan menampakkan parti Islam itu mempunyai hala tuju sendiri.

"Saya seronok nampak beliau tegas kerana ketegasannya penting untuk menunjukkan PAS sebuah parti yang ada pendirian,” katanya, seperti dilaporkan Malaysian Insider.

Dalam masa sama, ketika meneliti hasil wawancara Roketkini dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang disiarkan pada 17 September, gelora hati saya tambah reda.

Apabila ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang seakan-akan sukar untuk bersama kerana perbezaan ideologi dan fraksi-fraksi tertentu, contohnya dalam PAS sendiri, Guan Eng menjawab:

"Saya tidak mahu komen tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan parti rakan. Biasalah politik, ada naik dan turunnya. Kadang-kadang masa akan menyembuh dan merawat semua masalah itu. Saya rasa keadaan masih belum jelas lagi. Biarlah kita tunggu seketika, ‘mungkin hari lebih siang, embun akan hilang’."

Menjawab soalan lain, berkaitan cadangan Wan Azizah sebagaia calon MB Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata:

"Kerajaan hanya boleh dibentuk dengan tiga parti secara bersama. Kurang satu pun jatuh. Mesti tiga parti bersama. Saya selalu melihat di belakang setiap krisis, ada peluang. Kalau krisis ini dapat diatasi dengan baik, itu akan mengutuh dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat. Tentu ada risiko besar, tapi di belakang risiko, ada peluang.

"Kalau kita boleh utuhkan lagi, bermakna kita sudah berjaya lepasi satu ujian oleh BN yang berniat untuk memecah-belahkan kita."

Justeru, saya yakin, kalaupun ada perselisihan faham, atau luahan bicara yang nampak melukakan pihak lain, termasuk seolah-olah seperti berlaku serang-menyerang, bidas-membidas, "episod kelabu" ini akan segera berganti.

Tuduh-menuduh 'pengkhianat" juga mampu dileraikan dengan baik sekiranya semua pihak berlapang dada. "Ustaz Hadi sudahpun meluahkan apa yang terkilan di hatinya, termasuk dengan Anwar dan Langkah Kajang, saya lihat aspek positifnya. DAP juga begitu. Pimpinan KeADILan turut membidas secara terbuka. Ya, biarkan masing-masing bersuara. Bermuhasabahlah," ujar seorang pemimpin kanan PAS.

"Saya mengharapkan kewarasan, atau lebih tepat kebijaksanaan dan kematangan orang-orang tua dalam Pakatan seperti Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Memanglah, kalau nak disandarkan reaksi orang muda yang aktif dalam parti masing-masing semasa sudah menang, memang mudah sangat Pakatan berpecah," pandangan seorang tokoh akademik, sambil menyebut nama-nama pemimpin muda yang baginya kadang-kadang "bermulut celupar".

"Terutama Ustaz Hadi, Kit Siang, tidak terkecuali Anwar, dan yang lebih muda, misalnya Mat Sabu dan Guan Eng, semuanya mendaki perjalanan siasah yang perit, menerima pelbagai tekanan berat kerajaan. "Saya yakin, ada titik-titik persamaan yang mampu menyelamatkan gabungan politik ini."

Babak sukar ini memang terasa panjang, tetapi jalan keluar masih terbuka luas. Dapat difahami setiap parti juga berdepan tekanan dalaman agar tidak dilihat mudah tunduk kepada rakan dalam Pakatan.

"Paling teruk adalah PAS. Seluruh media menghentamnya sebagai parti yang paling tua. paling ramai ahli dan banyak cawangan, lebih berdisiplin tetapi dibuli oleh KeADILan dan DAP. Kesabaran dan hemah pimpinan PAS tergugat tapi janganlah bertindak di luar batas," seorang wartawan kanan yang berpengalaman lebih 30 tahun menelefon saya.

Dia juga menggesa saya agar mempersoalkan isu pelantikan Azmin sebagai MB, yang dilihatnya bertentangan prinsip amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

"Bukan saya mahu menderhaka atau mengungkit perkara yang sudah selesai, tapi apakah wajar seorang sultan menolak untuk menerima menghadap Wan Azizah, yang menerima sokongan majoriti 30 Adun," katanya.

"Jangan sampai rakyat menyimpan amarah dalam diam, terutama kalangan anak muda. Mereka bertanya, apakah sultan ada kuasa mutlak memilih siapa yang dikehendakinya dan parti-parti yang menang terpaksa terima, bimbang dilabel penderhaka dan biadap," tambahnya bersemangat. Saya terpaksa menyabarkannya.

Beliau tidak juga reda. Dibacakannya amaran Pengerusi Bersih, badan pemantau pilihan raya, Maria Chin Abdullah: "Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

"Krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi."

Saya sekadar memberi reaksi: "Hati-hati sahabat, nanti tak pasal-pasal hang kena Akta Hasutan! Tak berbaloi bertembung dengan istana." Saya juga bimbang serangan strok boleh berulang dalam keadaan nampak begitu beremosi walaupun dia bukanlah penyokong KeADILan pun. – HARAKAHDAILY 20/9.2014

Sumber HD - 29-9-2014





























Johor dan isu rakyat terabai dalam Pakatan?

AHMAD LUTFI OTHMAN | .

BEBERAPA insiden dalam Muktamar Tahunan PAS di Johor, bermula gelagat sesetengah perwakilan Pemuda yang keluar dari dewan persidangan di Kota Tinggi semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden, seterusnya kontroversi bacaan doa yang relatif panjang - dan menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak - semasa perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Batu Pahat, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


(Gambar atas: Adam Adli bersama ibu bapa dan rakan-rakannya di mahkamah, 19 September, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di bawah Akta Hasutan)

Malah beberapa hari sebelum bermulanya muktamar, ada rakan-rakan yang membuat spekulasi lebih "nakal", sehingga meramalkan tidak mustahil kejutan lebih besar berlaku. Seorang penganalisis politik yang rapat dengan saya beranggapan, krisis dalaman PAS bukan sahaja sudah cukup serius, tetapi boleh meledak ke tahap yang lebih parah, yang boleh memecah-belahkan parti.

Beliau cuba membayangkan suasana yang pernah dilalui Allahyarham Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS - sehingga menjatuhkannya - boleh berulang. Saya ketawa mendengarnya. "Imiginasi Dr terlalu tinggi tu, keadaannya sekarang jauh berbeda, langit dengan bumi... tak mungkin," saya menafikan. Rupanya dia hanya mahu menduga saya! "Nak pancing Lutfi tunjukkan sokongan kepada siapa," tambahnya sambil senyum meleret.

"Muktamar ini akan menajamkan lagi persengketaan. Kalaupun isu Menteri Besar Selangor berakhir nanti, tapi konflik di antara dua 'kumpulan' tetap sukar untuk diredakan. Pemilihan 2015 menjadi kemuncaknya. Apa pun bagi saya, ia satu lagi bukti bahawa politik itu dinamik sifatnya, sebagai parti Islam PAS tidak terkecuali," ujar pensyarah sains politik itu melalui telefon ketika saya daftar-masuk di sebuah hotel bajet di Ayer Hitam, kira-kira setengah jam perjalanan ke tapak muktamar, petang Khamis lalu, hari pertama muktamar berlangsung.

Saya tidak sempat mengikuti Ucapan Dasar Presiden PAS kerana terpaksa menyiapkan tugasan di pejabat sebelum bertolak ke selatan tanah air.

Berjumpa kawan-kawan lama, berselisih bahu semasa mencari beriani gam dan satay terbaik di Batu Pahat juga tidak dapat meredakan ketegangan yang melimpah ke luar dewan muktamar. Menariknya, jenaka yang menceriakan masih sarat dengan sindiran politik, sebahagiannya terbawa-bawa dengan perbahasan muktamar, khususnya bacaan doa wakil Wilayah Persekutuan. "Lepas ini kita baca talkin pula, dalam bahasa Melayu," kata seorang pemimpin PAS kawasan, semasa kami makan tengahari Jumaat itu, di gerai nasi beriani, di hadapan hospital swasta, dekat Muar.

Apa pun penegasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang tahalluf siyasi dan pengukuhan Pakatan Rakyat semestinya disambut baik, dengan harapan dapat menamatkan pelbagai spekulasi dan sangkaan buruk, namun saya perhatikan masih bergantung kepada tafsiran pihak atau individu masing-masing.

"Saya ingin tegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah-belahkan keutuhan jamaah kita," ucapan Presiden PAS dipetik.

"Keadaan menjadi sukar sekarang apabila hampir semua pimpinan penting di atas pentas, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Timbalan Mursyidul Am, dilihat menjadi sebahagian daripada masalah. Maka kenyataan mahupun nasihat mereka tidak semestinya diterima dengan terbuka lagi," dakwa seorang wartawan berpengalaman selama lebih 25 tahun.

"Saya perhatikan tindakan yang dianggap biadap oleh satu pihak, tetapi diyakini baik dan perlu dilakukan untuk menyampaikan mesej, misalnya aksi keluar dewan semasa Mohamad Sabu baru berucap. Begitu juga hal doa wakil Wilayah Persekutuan, semasa ramai menegur, tidak kurang pula yang memujinya sebagai pendekatan sesuai," ujarnya.

"Kenapa setiap kali PAS bercakap tentang tahalluf, yang selalu kita dengar ialah istilah kaji, nilai semula dan sedia putus jika langgar syarat? Bagi saya, itu semua dalam nada negatif, yang mengundang prejudis. Jarang pula kita dengar KeADILan dan DAP berbicara dalam nada memberi amaran atau ugutan," tegas rakan saya ini sambil menekankan, dalam keadaan seperti itu agar sukar untuk PAS dapat memposisikan dirinya sebagai "abang tua" dalam persada politik tanah air.

Dia seterusnya bertanyakan pandangan saya tentang gembar-gembur isu hubungan PAS dan Umno. Walaupun pelbagai gosip disebarkan mengenai kemungkinan persefahaman politik antara PAS dan Umno, saya tetap yakin dengan pendirian rasmi yang dikeluarkan Ustaz Abdul Hadi. Berbalah atau berbeda pandangan dalam Pakatan Rakyat tidak bermakna ada kecenderungan untuk "bermain mata" dengan Umno. Isunya berbeda sama sekali.

Dan aktivis parti di pelbagai peringkat, khususnya akar umbi, setakat yang saya temui, buat masa ini tidak dapat menerima sama sekali kerjasama politik dengan Umno. "Kita boleh saja tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng, berselisih soal pengganti Khalid Ibrahim, menyanggah aliran liberal, tetapi ia jangan diandaikan bermaksud untuk sengaja memutuskan hubungan sesama Pakatan dengan niat bergabung dengan Umno," kata seorang daripadanya.

Malah, ramai kalangan yang dilihat dari kelompok ulama menyifatkan ratib dakwaan kerajaan perpaduan (UG) adalah semata-mata fitnah untuk memburuk-burukkan mereka. Isu kritikal adalah bagi memastikan semua parti dalam Pakatan saling menghormati, tidak membuat keputusan sendiri, cermat menjaga sensitiviti dan PAS tidak mudah dituduh menjadi pak turut atau sekadar kuda tunggangan pihak lain mencapai cita-cita politik sehingga sanggup mempertaruhkan prinsip perjuangan.

Keluar pula senarai tindakan dan keputusan dibuat Anwar yang dikatakan menyinggung atau membuatkan PAS terdedah kepada situasi lebih sulit, terutama pada kaca mata masyarakat Melayu. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa meneruskan sikap gopoh. meremehkan atau memandang rendah pandangan orang lain, akibat terlalu ghairah untuk menjadi Perdana Menteri.

Tidak pula dipastikan apakah ada juga senarai panjang membutirkan aksi pemimpin DAP yang turut tidak disenangi pemimpin PAS. Yang nyata, episod tuduh-menuduh ini membayangkan wujud masalah komunikasi yang "agak parah" di peringkat kepemimpinan tertinggi, terutama membabitkan Anwar dan Ustaz Hadi.

Sebenarnya, pengaruh dan kekuatan yang dimiliki ketiga-tiga parti Pakatan merupakan aset besar kepada kelangsungan penerusan tahalluf. Berbeda dengan BN, tiada mana-mana parti yang dominan dalam Pakatan. Kedudukan PAS, KeADILan dan DAP kelihatan seimbang.

Pakatan tidak mampu diteruskan apabila satu parti menarik diri atau digugurkan. Ramai masih ingat, ketika mana DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada penghujung 2011, hubungan itu tidak putus sepenuhnya. Jalinan kerjasama dalam bentuk "BA + DAP" masih terjalin erat, khususnya di negeri-negeri tertentu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah mengakui walaupun DAP sudah tidak bersama BA, tetapi di negeri berkenaan hubungan erat itu tidak pernah terputus. Apabila saya bertanyakan rakan-rakan di Johor, mereka juga berkata amalan sama berterusan.

"Itu 12 tahun dulu, ketika pemimpin ketiga-tiga parti di peringkat pertengahan dan bawahan tidak serapat sekarang. Bayangkan, selepas melalui muafakat politik yang lebih tulus, merakyat, dengan pelbagai event bersama termasuk penganjuran siri demonstrasi Bersih, malah berbuka puasa dan bersahur sekali, saya yakin Pakatan payah untuk dirobek walaupun nampak dahsyat berkocak," kata seorang pemimpin PAS peringkat negeri.

Memanglah manfaat tahalluf ini sukar dinilai secara menyeluruh dalam tempoh singkat. Dan tidak sepatutnya ia dirombak dengan begitu mudah hanya disebabkan ada pihak yang merasakan keuntungan yang diperolehinya seperti "tidak berbaloi" buat masa ini.

"Misalnya Selangor, pada tahun 2008, PAS hanya menang 8 kerusi Dun, agak jauh rendah berbanding KeADILan dan DAP, masing-masing 15 dan 13 kerusi. Sedangkan selepas lima tahun, PAS tambah hampir dua kali ganda, menjadi 15. Yang penting, ruang seimbang dan adil ada dalam Pakatan, tiada parti boleh membuli antara satu sama lain," ujar seorang AJK PAS Pusat.

Benar, sepanjang perbahasan dalam muktamar kali ini, makin terserlah perbedaan dan kelainan. Masing-masing sudah meluahkan apa yang terbuku di hati. Memang ada yang terasa pedih dan peritnya. "Sepanjang 30 tahun saya bergiat dalam PAS, inilah saat paling memilukan. Kata mengata, umpat fitnah seolah-olah tiada dosa. Rakan karib sekelip mata menjadi renggang. Harapnya ukhuwwah seperti dahulu dapat dipulihkan," kata pemimpin pertengahan yang jelas sedih dengan apa yang dilaluinya mutakhir ini.

Saya turut berkongsi rasa dengan wartawan Haris Zalkapli, anak Kluang, bahawa sehingga malam Jumaat, 19 September, hanya berbaki separuh hari lagi perjalanan muktamar, tumpuan tetap difokuskan kepada isu Selangor, manakala pemilihan negeri kubu kuat Umno itu sebagai tuan rumah hanya sekadar menjadi lokasi muktamar.

"Bimbangnya pemilihan Johor tidak membawa banyak manfaat kepada PAS di sini. Takut rakyat kaget, terkejut dan takut dengan insiden yang berlaku dalam muktamar, yang disiarkan meluas dalam media, khususnya TV. Dan isu-isu negeri langsung tidak dapat dibangkitkan secara berkesan," pendapat seorang perwakilan ketika sarapan pagi bersamanya.

Anak-anak muda mahasiswa, dari jauh, turut berkomentar: "Kes Akta Hasutan Adam Adli juga tenggelam dengan hiruk-pikuk pertelagahan dalam muktamar PAS. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan pada hari kedua muktamar. Isu ini bagai dilupakan walaupun usul herkaitannya diluluskan perwakilan. Macam itu juga berlaku kepada Safwan Anang."

Petang Jumaat itu juga, seorang pembaca setia Harakah dari Baling, menghantar SMS kepada saya: "Tolonglah bagi liputan dalam Harakah, isu harga getah sekilogram RM1.70, selepas bagi dua bolehlah sekilo RM0.85. Barang makin naik, kerajaan janji nak bagi pada penoreh, sampai sekarang tak dapat, kalau dapat pun yang tak motong (menoreh)."

Saya segera teringat perbahasan wakil Melaka, Yuhaizad Abdullah: "Siapakah Pakatan Rakyat? Apakah ia PAS dan KeADILan? Apakah ia KeADILan dan DAP? Apakah ia PAS, KeADILan dan DAP. Kadangkala kita terlupa bahawa dalam Pakatan Rakyat ini, PAS adalah golongan minoriti, KeADILan juga minoriti, DAP juga minoriti. Ketiga tiganya kalau digabungkan sekali pun tetap minoriti. Golongan majoriti dalam Pakatan ialah RAKYAT." – HARAKAHDAILY 23/9/2014

Sumber HD - 23-9-2014































Konflik dalaman PAS: Menang jadi arang

AHMAD LUTFI OTHMAN | .


BEBERAPA minggu lalu, Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Sabah, Hamzah Abdullah menelefon saya bertanyakan liputan secara langsung persidangan Muktamar Tahunan PAS di Johor. Daripada nada perbualannya, saya hampir pasti beliau dalam keadaan gusar dan bimbang.

"Kalau boleh, muktamar kali ini tidak perlulah disiarkan live melalui TV internet," tambah Hamzah. Alasannya, kemungkinan semasa perbahasan timbul hal-hal sensitif yang boleh dieksploitasi bagi memburuk-burukkan PAS.

Segera saya teringat siaran langsung persidangan Umno pada zaman Abdullah Ahmad Badawi, melalui Astro. Ia mendedahkan sikap perkauman melampau perwakilan semasa perbahasan, yang mengakibatkan kebencian masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, kepada Umno. Petunjuk jelasnya adalah penolakan total pengundi Tionghua terhadap BN semasa PRU12.

Situasi ketika Hamzah membuat cadangan tersebut tidaklah sesulit apa yang berlaku hari ini. Krisis dalaman parti - sama ada mahu mengakuinya ataupun tidak - bertambah serius, sekurang-kurangnya begitulah persepsi sebahagian besar masyarakat.

Sebagai pengamal media yang prihatin dengan prinsip kebebasan bersuara dan hak mendapatkan maklumat, saya tidak begitu cenderung untuk menyekat rakan-rakan wartawan daripada membuat laporan perjalanan muktamar.

Dan kita jangan mudah menempelak media, termasuk yang dikawal mutlak elit pemerintah, apabila mereka menyiarkan sisi-sisi negatif yang boleh dimanfaatkan Umno-BN untuk menyerang seteru politik tradisi, PAS.

Sewajarnya para perwakilan dan pemimpin parti menyedari bahawa aksi dan gelagat mereka sedang ditonton, diperhati dan dihakimi oleh orang ramai. Usah terlalu beremosi dan mengikut perasaan ketika berbahas. Fikirlah, apakah ia menjurus kepada kebaikan ataupun mengundang bencana. Justeru, sebarang perlakuan yang boleh membawa natijah buruk kepada imej jamaah elok dihindari sedaya mungkin.

Ya, jagalah adab berbahas, terutama ketika menyanggah pandangan pihak lain, atau mengkritik pemimpin. Walaupun muktamar merupakan gelanggang paling sesuai untuk berdebat, malah ia diiktiraf sebagai memegang kuasa tertinggi parti. Jadi, pilihlah pendekatan yang lebih "cantik dan sopan".

"Ini bukan muktamar biasa. Tanpa pemilihan jawatan tertinggi, ia tetap lebih panas, Isu MB Selangor bukan hanya berlegar sekitar mencari pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi menyerlahkan masalah dalaman parti yang agak membarah, khususnya sejak 2008," kata seorang penganalisis politik, yang turut bimbang suasana muktamar di Batu Pahat boleh merendahkan lagi imej PAS.

"Adakah saudara setuju media dihalang membuat liputan langsung?" tanya saya.

"Saya bimbang rakaman video sahaja, tidak laporan bertulis," tambahnya. "Tapi kita juga harus akui bahawa muktamar perlu sediakan ruang selesa untuk ahli atau pemimpin akar umbi menyuarakan pendapat secara langsung. Biar pemimpin tertinggi pula yang mendengar ...," katanya.

"Sekarang zaman langit terbuka dan muktamar ini menjadi tumpuan ramai. Masyarakat bijak menilai. Biarkanlah mereka menyaksikan kematangan kita berbahas. Anehnya, ada program tertutup parti, ya, memang eksklusif untuk perbincangan dalaman, tetapi ada orang dalam sendiri yang menyebarkan rakaman video dan siap dengan transkripnya sekali kepada media," seorang rakan saya mengulas.

Semasa menyiapkan catatan ini, jam 3.30 pagi Rabu, 17 September, saya masih terganggu dengan insiden pada sebelah petang dan malam Selasa, dalam muktamar Pemuda PAS Malaysia di Kota Tinggi.

Ia merujuk aksi keluar dewan semasa Timbalan Presiden menyampaikan ucapan perasmian dan ketegangan isu kesahihan pemilihan kepimpinan Pemuda tahun 2013 sehingga menyebabkan Pengerusi Tetap dikejarkan ke hospital.

"Ini petunjuk negatif yang mungkin berjangkit dalam muktamar penuh Khamis ini, atau mungkin lebih awal lagi, iaitu esok, Rabu," telah seorang wartawan yang berada di dalam dewan persidangan.

Sekali lagi saya teringat pesanan seorang veteran PAS: "Janganlah keadaan selepas melalui krisis ini umpama yang menang jadi arang, dan yang kalah jadi abu. Bukan mudah nak pulihkan tanggapan orang ramai selepas kita tidak dipercayai lagi."

Dan semasa menyiapkan bahan untuk Fikrah khas sempena muktamar, tiga tokoh akademik yang saya pelawa untuk menulis atau diwawacara, mengelak.

"Kalau mahu interbiu saya, sedia tak mendengar kritikan terhadap cara PAS mengendalikan krisis MB Selangor? PAS bukan lagi parti masa depan tempat rakyat bergantung harap," tegas seorang pensyarah dengan nada serius.

Rakannya turut memberi komentar hampir sama. "Masyarakat bukan Islam keliru melihat parti yang mereka sokong dalam PRU13 berkecamuk begitu sekali."

Mendengar celoteh mereka saya mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat awal itu. Sekurang-kurangnya, kalaupun Harakah tidak dapat menunjukkan jalan keluar, jangan pula menyebabkan konflik yang ada makin berserabut.

Pandangan orang luar mungkin salah atau tersasar, namun bukankah dalam politik, persepsi adalah segalanya?

Malah semasa kami cukup berhati-hati menimbangkan bahan sesuai untuk dicetak, Harakah tetap menjadi sasaran pengkritik.

Setinggi-tinggi dipanjatkan doa agar kemelut ini dipermudahkan jalan keluarnya.

Namun, harus diingat, walaupun musuh PAS - Pakatan turut merencanakan agar dalaman parti atau sesama sekutu bertelagah dan berpisah - termasuk media yang secara tradisinya memilih "buah yang busuk" untuk dijadikan bahan berita - punca sebenar isu ini sukar diselesaikan adalah berpunca daripada kita sendiri. – HARAKAHDAILY 18/9/2014

Sumber HD - 18-9-2014




























Sampai malu mengaku ahli PAS?

AHMAD LUTFI OTHMAN | .


MUNGKIN saya terlalu memikirkannya, hingga terasa konflik dalaman PAS ekoran kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor begitu kritikal dan merasakan ia boleh membawa perpecahan serius dalam parti, namun keresahan itu rupanya turut dikongsi oleh lebih ramai khalayak dan aktivis.

Pastinya saya tidak keseorangan dikepung kebimbangan. Berjumpa rakan-rakan, hal sama yang disoal, malah ada kawan lama yang jarang bertanya khabar, tiba-tiba saja menghantar SMS: "Hang sebelah mana Lutfi, Anwar atau Haji Hadi?" Lama juga saya garu kepala yang tidak gatal ...

Tidak kurang pembaca yang menegur Harakah kerana memilih tajuk muka depan, PAS Hadapi Ujian Getir. Kata mereka, saya tidak bijaksana kerana seolah-olah mendedahkan masalah dalaman parti kepada masyarakat umum.

"Mungkin kerana salah urus, hal ini sudah menjadi serius dan tidak mustahil menjadi lebih parah.

Jadi, semua pihak dalam parti mesti tulus mencari jalan keluar," saya membalas. "Orang ramai sedang memerhati kita, dan kebanyakan mereka agak pelik dengan isu ini," tambah saya.

Ya, ketika negara dikejutkan dengan pelbagai insiden dan tragedi -- misalnya amukan tanpa henti penangkapan di bawah Akta Hasutan 1948 (yang sudahpun diumumkan pemansuhannya oleh Perdana Menteri dua tahun lalu), juga kebocoran tiga kertas peperiksaan UPSR yang memaksa ia ditangguh dan diadakan semula -- tinjauan rambang di media sosial masih menunjukkan "pertelagahan sesama sendiri" penyokong Pakatan Rakyat belum berakhir.

Akta Hasutan bukan lagi memburu tokoh-tokoh politik oposisi, malah mencengkam aktivis mahasiswa, para pensyarah, peguam, pendakwah dan juga khatib Jumaat. Nama-nama terbaru yang masuk dalam senarai adalah Ustaz Wan Ji Wan Husin, Hassan Karim (Naib Pengerusi KeADILan Johor), Edmund Bon (Majlis Peguam) dan Ustaz Abu Bakar Kaikalani Abu Hassan.

Peguam terkemuka Hanipa Maidin memberi respons: "Saya tidak fikir penggubal undang-undang ini (Akta Hasutan) boleh terfikir tangan undang-undang ini terlalu panjang sehingga seorang khatib yang berkhutbah Jumaat juga akan disiasat di bawah akta ini. Sejak bila pula bidangkuasa polis dilebarkan hingga ke urusan dalam masjid?"

Perbahasan tentang isu-isu kenaikan harga barang, kerugian MAS, impak GST, demonstrasi peneroka Felda, juga kenyataan menteri bahawa pendapatan isi rumah di negara kita melepasi RM5,900 sebulan (ketika 70 peratus orang Melayu menerima BR1M, yakni berpendapatan di bawah RM3,000), seperti tidak dipedulikan.

Ya, 472,853 pelajar Tahun Enam, yang sepatutnya sudah lega dengan selesainya UPSR dan menikmati percutian bersama keluarga terpaksa menunggu tiga minggu lagi, selain menanggung tekanan mental. Sebenarnya ini bukan kali pertama kertas peperiksaan UPSR bocor, tetapi sebelum ini ia tidak sampai dipaparkan secara meluas melalui online, malah dengan bukti kukuh. Ironinya, Muhyiddin Yassin terselamat ...

Tepat sekali ungkapan rakan saya, kolumnis Zulkifli Yahaya, bahawa Malaysia seolah-olah hilang pembangkang untuk tempoh yang agak lama, sehinggakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak kelihatan sangat selesa, disebabkan masa dibazirkan dengan begitu banyak untuk isu MB Selangor.

Bukan itu sahaja, tiba-tiba sesama aktivis jamaah yang juga sahabat seperjuangan, begitu mudah sekali prasangka menguasai. Segalanya -- termasuk komen dalam FB, SMS, Whatsapp, hatta tanda "like" ataupun "share" -- ditafsirkan daripada sudut yang boleh mencetuskan "perbalahan".

Sehingga saya termenung sendiri: "Petaka dan kegilaan apakah ini? Di mana hilangnya adab dan akhlak?" Perbahasan dan diskusi sepatutnya berjalan secara matang dan terbuka. Perbedaan pendapat dan percanggahan idea adalah lumrah, namun hadapilah dengan kepala dingin. Sesungguhnya masyarakat sedang menilai dan menghakimi kedewasaan kita melalui krisis ini.

Pada petang Khamis, 11 September lalu, semasa menziarahi bekas Naib Presiden PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok, di kediamannya, Sungai Merab, Bangi, beliau kelihatan teragak-agak untuk berbicara "masalah dalaman yang serius itu", bimbang kesan lebih buruk timbul. (Gambar atas: Lutfi menyampaikan beberapa buah buku karya beliau kepada Pak Daeng sebaik usai wawancara Harakah dengan beliau di rumahnya di Bangi.)

"Saya teringat pepatah Arab, kalau bercakap itu ibarat suasa atau perak, maka berdiam diri itu umpama emas. Kita juga disaran agama agar tidak bercakap sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kita," Pak Daeng menuturkan dengan berhati-hati sekali, sambil mengakui apa yang berlaku dalam parti tidak boleh dipandang ringan.

"Kita sudah merasai bagaimana pedihnya berdepan kekalahan di Kelantan pada 1978, hanya tinggal dua kerusi. Ada yang malu nak berjumpa dengan orang dan ada yang tidak bersedia mengaku sebagai ahli PAS pun. Ambillah itu sebagai pengajaran," tambahnya.

Mengimbau kembali era 70-an, Pak Daeng mahu hubungan erat sesama pimpinan di kala itu, meskipun mereka berbeda pandangan, dapat dikembalikan. Beliau dipilih pertama kali sebagai Naib Presiden di bawah kepemimpinan Dato' Asri Muda pada 1975. "Jangan hanya bertemu di waktu mesyuarat, harus ada pertemuan santai yang sebenarnya lebih mengeratkan kita, masa kami dulu ada juga main terup keling dan domino," tambahnya sambil ketawa panjang.

"Pimpinan PAS dulu, apabila keluar daripada mesyuarat dan sesuatu perkara itu sudah menjadi keputusan walaupun dia tidak bersetuju, dia masih akur, pikul sama. Tidaklah keluar dari mesyuarat jaja, "Oh, itu saya tak setuju. Itu tak betul". Tidak ada. Orang PAS dulu tidak begitu. Malangnya sekarang semacam ada riak-riak sedikit sebanyak yang tidak beramal, tidak menghormati pendirian bersama sesama jemaah. Suka bercakap, suka membuat kenyataan. Aduh," ujar Pak Daeng.

Pandangan dan nasihat Pak Daeng, yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, akan dimuatkan dalam Harakah keluaran khas sempena muktamar, edisi Jumaat depan.


Selepas lebih dua jam, kami terpaksa menamatkan sesi sembang-sembang bersama bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang (1990-99) itu, untuk bergerak ke rumah Dr Redzuan Othman (Kiri), profesor sejarah Universiti Malaya, di Sungai Ramal, Kajang. Saya kerap menemuinya apabila timbul isu-isu besar dalam dunia politik dan alam akademik negara ini.

Ternyata dia juga cukup prihatin dan bimbang dengan masa depan Pakatan. Beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi PAS, termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mahu segala yang keruh dapat dijernihkan, agar kekusutan dapat dilerai dan salahfaham mampu dibetulkan.

Dr Redzuan menjelaskan, sejarah politik Malaysia menyaksikan BN akan menang dengan kedudukan selesa apabila parti pembangkang tidak bersatu.

"Barisan Alternatif pada PRU 2004 pecah bila PAS dan DAP buat cara masing-masing selain faktor persempadanan 2003 dan imej bersih Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Dalam PRU13 pula, calon BN menang mudah di kawasan pertembungan tiga penjuru. Itu yang berlaku seperti di Kota Damansara dan Semenyih tahun lepas. Bayangkan kalau ada pilihan raya di Selangor ketika Pakatan dalam keadaan sekarang, saya jangka BN boleh dengan mudah dapat dua pertiga majoriti," ujarnya, sambil mengharapkan penyelesaian terbaik dapat dicapai.

"Saya yakin masih ada ruang dan keadaan sekarang tidaklah sampai tahap menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya sambil ketawa kecil. Baginya, tiga pimpinan utama Pakatan, Anwar, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, masih diperlukan barisan oposisi.

"Pandangan yang minta supaya Tuan Guru Hadi, Anwar dan Kit Siang letak jawatan untuk beri laluan kepada pimpinan lebih muda akan hanya mempercepat kemusnahan Pakatan Rakyat," kata Dr Redzuan.

Mendengar cerita Dr Redzuan, saya dapat menangkap mesej bahawa persefahaman di kalangan ketua-ketua parti dalam Pakatan perlu dipertingkatkan. Kadang kala ada jurang komunikasi yang nyata. Ada kalanya sensitiviti PAS berbeda dengan sensitiviti KeADILan dan DAP. Tindakan dan aksi harus disepakati, atau sekurang-kurangnya dapat dimengerti.

Tiada sesiapa harus berlagak bagai "big brother" yang mungkin menyakitkan perasaan teman-teman lain. Dan seperti ingatan Pak Daeng untuk pimpinan PAS, "pegang betul-betul keputusan yang dirumuskan bersama, walaupun secara peribadi ada yang tidak bersetuju, dan lebih penting jaga akhlak berjemaah". – HARAKAHDAILY 16/9/2014

Sumber HD - 16-9-2014




























Selepas tiga tahun, perang proksi di Libya makin marak

AHMAD LUTFI | .


LIBYA semakin jelas menjadi satu kes pengecualian dalam kebangkitan Arab terbaharu yang bermula penghujung 2010, apabila semakin tidak diberi perhatian oleh pendukung-pendukung demokrasi.

(Kedudukan Libya: Konflik di Libya kini mencetuskan kebimbangan negara-negara jiran yang merasakan limpahan kekacauan di negara itu.)

Bermula Disember 2010, kebangkitan massa tercetus di Tunisia dan kemudian berjaya menjatuhkan pemimpin negara itu Presiden Zine el-Abidine ben Ali. Kemudian pada Februari 2011 protes besar-besaran menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.

Di antara kedua-dua Tunisia dan Mesir ialah Libya, yang kemudian turut menyaksikan kebangkitan rakyat tetapi kemudian bertukar menjadi medan persaingan geopolitik kuasa-kuasa besar dunia.

Tetapi, dengan kesan dan hubungan dengan dunia Islam yang kecil berbanding Mesir yang menjadi pangkalan utama Ikhwanul Muslimin dan juga Tunisia yang melahirkan Rached Ghannouchi, Libya kelihatan dilupakan di dunia Islam.

Selepas kesungguhan untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi, semangat dan stamina dunia terhenti dengan berakhirnya pemerintahan pemimpin ini.

Kerjasama Qatar dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah terutama Perancis dan Britain berjaya menjatuhkan Gaddafi, tetapi gagal meletakkan pemimpin pengganti yang efektif, walaupun yang tidak diterima ramai, seperti yang sekurang-kurangnya berjaya dilakukan di negara-negara lain seperti Afghanistan dan Iraq.

Tiga tahun selepas kematian Gaddafi, Libya kini sedang menyaksikan konflik terburuknya selepas kemuncak pertempuran antara pemberontak dengan Gaddafi dahulu.

Keadaan di Libya kini kritikal. Wakil-wakil rakyat Libya yang baharu dilantik akibat isu keselamatan terpaksa berkumpul di Tobruk dan bukan ibu negara Tripoli, kerana keadaan yang masih tidak selamat.

Kerajaan Perdana Menteri Abdullah al-Thinni yang lemah berdepan pelbagai tekanan daripada pesaing politik dan pesaing dalaman. Dua kerajaan bertentangan kini mendakwa berhak untuk memerintah.

Libya kini menyaksikan perang proksi antara kuasa-kuasa asing yang semakin marak, terbaharu dilihat melalui serangan udara yang didakwa dilakukan oleh Emiriyah Arab Bersatu dengan kerjasama Mesir pada 18 dan 22 Ogos lalu.


Kedua-dua negara ini, musuh ketat Ikhwanul Muslimin dan kebangkitan kumpulan-kumpulan Islam sepertinya, kelihatan sedang cuba mengukuhkan dan melebarkan pengaruh di Libya. 

(Gambar kiri: Pertempuran sengit antara pelbagai kumpulan bersenjata dan kerajaan yang terus tidak stabil mendedahkan Libya kepada lebih banyak kerosakan dan campurtangan asing.)

Serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan menghalang kumpulan militan daripada terus menguasai ibu negara, Tripoli. Pada masa sama, negara jiran Algeria juga berhasrat untuk turut campurtangan di Libya yang sedang huru hara.

Malah Sudan turut kelihatan campurtangan dalam konflik di Libya, selepas rampasan kapal membawa senjata yang dikatakan datang dari Sudan.

Antara kumpulan yang bersaing dalam perang proksi di Libya ialah Fajar Libya, gabungan kumpulan-kumpulan yang dipercayai mendapat sokongan Qatar, negara Arab yang awal menyertai kempen ketenteraan Barat di Libya.

Qatar sejak awal beragenda untuk melihat kumpulan yang dapat dipengaruhinya berkuasa di Libya, yang menjelaskan kenapa Doha menjadi negara Arab paling awal menyertai kempen Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, di negara Afrika Utara itu dan turut membiaya militia dan membekalkan senjata.

Qatar dan juga Turki memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan Islamis, dasar yang diteruskan di negara-negara lain rantau Arab terutama Mesir.

Penentang-penentang Fajar Libya pula disokong oleh UAE dan Mesir, yang menjelaskan motivasi kedua-dua negara ini dalam melakukan serangan udara beberapa minggu lalu.

Mesir kini dikuasai pemerintah yang disokong oleh Arab Saudi dan UAE, selepas pemerintah pimpinan Presiden Mohamed Morsi yang disokong Qatar dan Turki diguling.

Antara kumpulan yang disokong UAE dan Mesir sebuah kumpulan diketuai Jeneral Khalifa Haftar, yang pernah bekerja untuk CIA, Agensi Perisikan Pusat AS.

Selepas kejatuhan Gaddafi, sokongan kepada kumpulan-kumpulan bersenjata telah menguatkan mereka dan ada yang menggerakkan agenda sendiri tanpa restu daripada pendukung mereka.

Negara-negara jiran Libya kini semakin bimbang dengan kemasukan ramai militan dari luar yang semakin ramai dan memarakkan lagi konflik di negara itu. Negara-negara jiran bimbang limpahan daripada konflik memberi impak kepada mereka, termasuk kesan konflik bersenjata dan krisis kemanusiaan terutama pelarian.

Diplomat dari Mesir, Chad, Tunisia, Algeria dan Sudan telah mengadakan pertemuan di Kaherah membincangkan usaha untuk menghentikan konflik di Libya, tetapi belum ada tindakan konkrit yang dipersetujui.

Seluruh dunia Arab sedang menumpukan perhatian kepada kebangkitan yang kini sedang mendatangkan kesan buruk kepada rantau ini, yang terbaharu kesan daripada konflik di Syria dan Iraq yang telah memunculkan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS.

Perkembangan di Libya menunjukkan kesan-kesan geopolitik daripada kebangkitan Arab yang semakin jelas di rantau terbabit. Perubahan politik pasti memberi kesan kepada negara-negara jiran dan kuasa serantau, menyebabkan kuasa-kuasa terbabit bertindak mempengaruhi perubahan tersebut.

Selepas tiga tahun, banyak negara telah melihat kesan-kesannya dan bersedia mengambil tindakan masing-masing bagi menangani perubahan di rantau ini, seperti yang telah dilakukan oleh Mesir dan UAE di Libya.

Akhirnya, perubahan ke arah demokrasi dan kebebasan yang dijanjikan di tidak semuanya tercapai. Libya kini terjerumus dalam konflik dan perang proksi. Syria mencetuskan konflik sektarian yang melimpah hingga ke Iraq dan seluruh rantau. Mesir kini dikuasai kuasa autoritarian yang mengembalikan negara itu ke era lama.

Jelas sekali perubahan yang bermula tiga tahun lalu hanyalah satu permulaan. Perjuangan ke arah yang lebih baik sebenarnya hanya baru bermula dan sedang memasuki fasa yang mencabar. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Monday, June 30, 2014

 'Ya, gaji menteri kita bukan besar sangat, tapi ...

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Walaupun ada kiraan kasar bahawa kerajaan terpaksa tanggung kos RM10 juta setahun untuk Kabinet selepas anggotanya ditambah kepada 35 orang (timbalan menteri, 27), bagi saya, itu bukanlah isu besar. Ada persoalan lain yang lebih mendesak, yang perlu didebatkan secara terperinci, jika kita bicara soal menguruskan dana negara.


Secara relatifnya gaji menteri di Malaysia, termasuk perdana menteri bukanlah besar sangat. Rasanya jika dirujuk rakan-rakan sejawat negara jiran pun -- apatah lagi Singapura yang menawarkan gaji hampir setara dengan kemudahan pihak swasta -- kita tidaklah setinggi mana. Mungkin lebih kecil berbanding menteri besar dan anggota kabinetnya di Selangor, 'kan?

Malah, elaun ahli-ahli Parlimen dan Adun jauh daripada mencukupi. Tetapi, isu yang tidak perlu dipolemikkan lagi adalah saiz Kabinet kita. Ia memang terlalu besar, XXXXL, satu pembaziran paling ketara, tepat seperti perumpamaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, "begitu membusung".

Katanya, tidak munasabah jika dibandingkan negara berpenduduk lebih besar tetapi mempunyai 23 menteri, seperti United Kingdom (63 juta rakyat), Amerika Syarikat (313 juta), dan India (1.1 bilion).

"Orang ramai berharap supaya Perdana Menteri akan sekurang-kurangnya menggantikan beberapa menteri kabinet Umno untuk mengembalikan portfolio tradisional MCA kepada MCA, bagaimanapun ini tidak berlaku, malah berbanding mengurangkan anggota Kabinet Umno, Najib memilih untuk menambah menjadi 35 orang," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Di Malaysia, jawatan menteri dikejar bukan kerana gaji dan elaun rasmi. Keghairahan memburunya berpunca daripada gamitan pengaruh dan kuasa, yang disusuli peluang meraih pendapatan lumayan.

Bukankah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Suffian Hashim pernah membidas Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden AS sendiri mungkin cemburu dengan kuasa tidak terbatas Perdana Menteri Malaysia?

"Sebab itu, berbeda dengan negara-negara tertentu lain, menterinya mudah meletakkan jawatan jika berlaku sebarang krisis atau masalah di bawah potfolio masing-masing," kata seorang pensyarah sains politik ketika kami berbual mengenai integriti anggota Kabinet."Puncanya, bukan saja soal integriti, tetapi jawatan Kabinet di negara mereka tidak menawarkan begitu banyak kemudahan seperti di Malaysia.

Mungkin gaji tinggi, tetapi kuasa terbatas dan sentiasa dipantau. Sukar untuk manipulasi," tekannya lagi.

Kolumnis Lim Hong Siang, ketika saya bertanyakan hal gaji Kabinet yang membusung, membalas: "Ada orang kata, gaji menteri-menteri bukan 0.004 peratus daripada bajet negara, tetapi gaji rasmi itu adalah 0.000 peratus daripada pendapatan sebenar mereka.

"Dalam pertemuan dengan Dato' Seri Dr Rais Yatim, ketika itu Timbalan Presiden Semangat 46, sekitar tahun 1997, saya sebagai pengarang majalah Tamadun, tertarik dengan ungkapannya: "Satu lorekan mata pena (tandatangan) PM, menteri mahu pun menteri besar, boleh menjadikan seseorang itu sebagai jutawan dalam sekelip mata."

Dan beliau menekankan agar sistem kuasa kita -- yang memberikan banyak kelebihan kepada pihak eksekutif, termasuk untuk campur tangan dalam kehakiman, apatah lagi dalam dunia dagang -- mesti dirombak.

Dalam masa sama, institusi penting, yang bertindak sebagai semak dan imbang, misalnya Parlimen dan media, harus diperkukuhkan.

Malangnya hingga kini, malah selepas Rais sekali lagi bersara dari menteri, monopoli elit pemerintah itu berterusan.Kepada pemimpin Umno, apalah ada pada elaun sekitar RM20-30 ribu itu. "Untuk mengikat kesetiaan ahli-ahli Umno dalam sebuah bahagian saja, wang RM30,000 terlalu kecil," dedah seorang calon Naib Ketua Pemuda Bahagian di Kedah yang mahu bertanding jawatan itu, hampir 20 tahun lalu.

"Dengan gaji menteri sekarang, bagaimana mungkin mereka boleh beli kereta mewah anak bernilai jutaan ringgit, miliki rumah puluhan juta, menaja pengikut tegar melancong ke luar negara, membeli sokongan, juga mengugut, dengan politik wang?" tanya seorang rakan, ahli perniagaan yang pernah rapat dengan seorang Exco Kanan (Umno) Kerajaan Negeri.

Dan dia pernah menaja penginapan dan makan-minum hampir RM800,000 untuk para perwakilan semasa pertandingan ketua bahagian Umno. Ya, itu hanya peringkat ketua bahagian, dan kita boleh bayangkan berapa pula yang nilainya untuk membeli undi dalam pemilihan, naib presiden misalnya.

Kuasa menganugerahkan projek-projek besar, khususnya tanpa tender terbuka, atau melalui penyamaran tender terpilih, memastikan hubungan intim antara elit penguasa dengan kalangan korporat terus menyuburkan politik wang, yang menghanguskan kantung negara. Apabila PM (juga Menteri Kewangan) ataupun TPM. mahukan kroninya -- walaupun dengan kos tidak munasabah dan tiada pengalaman meyakinkan -- mendapat habuan menerusi projek mega, siapa dapat menghalang?

Wibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan juga badan kehakiman, serta tidak terkecuali kebebasan Audit Negara, terus dipersoalkan, walaupun dikatakan sudah melalui proses transformasi.Semakin ramai menteri dilantik (sebelum PRU13 ada 29, selepasnya 32 dan kini 35), maka tambah banyak lagi hulubalang serta jeneralnya yang "tumpang sekaki". Berduyun-duyun mahu turut mengikuti rombongan "lawatan kerja", terutama untuk makan angin percuma.

Dan setiap panglima atau leftenan itu mempunyai anak buah tersendiri, juga perlu "disantuni".Dari sisi lain, pembesaran -- bukannya rombakan -- Kabinet Najib Razak menunjukkan Presiden Umno itu langsung tidak bersedia untuk melakukan perubahan bagi manfaat rakyat. Beliau lebih memikirkan kepentingan politik dan popularitinya, terutama untuk terus memantapkan sokongan dalam Umno.Menteri yang buruk prestasinya, dan sering memperbodohkan rakyat, terus dikekalkan.

Sebelum PRU13, JPM mempunyai lima menteri (tidak termasuk Najib dan Muhyiddin Yassin), lapan selepas pilihan raya dan sekarang 10. Apakah bebanan kerja lima menteri awalnya itu terlalu berat hingga erpaksa diagihkan kepada lima yang dilantik kemudiannya? Aduhai."Cuba kita bayangkan, andai kata ada parti pembangkang bersedia sertai BN, sudah pasti anggota Kabinet kita senang-senang bertambah jadi 40 orang, 'kan?" usik seorang pembaca Harakah. "Dan potfolio baru itu mudah dicipta, atau lantik saja sebagai Menteri di JPM."

"Walaupun sudah terlalu ramai menteri, Najib masih tidak bersedia lepas Perbendaharaan atau lantik Menteri Kewangan sepenuh masa bagi tangani cabaran sengit ekonomi sekarang. Dia tak mahu lepaskan post paling berkuasa untuk terus mengawal parti," tambahnya.

Umumnya, saya kira rakyat dapat menerima wakil parti-parti komponen lain dalam Kabinet, termasuk MCA dan Gerakan. Mungkin ia elok juga jika dilihat daripada sudut keseimbangan kaum dan penyertaan lebih menyeluruh. Soalnya, Najib patut memilih rombakan -- dan bukannya pembesaran -- Kabinet. Paling kurang tiga menteri Umno wajar digugurkan bagi memberi laluan kepada rakan-rakan MCA dan Gerakan. Dan bukannya susah pun, ramai "tunggul-tunggul mati" dalam Kabinet,'kan?

Sumber - http://mindalutfi.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment