KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak supaya menghormati peruntukan undang-undang pilihan raya demi keamanan dan keselamatan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah. “Kita (PAS) sudah lama bersedia. Setakat ini tidak pernah membuat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti lain juga mesti konsisten dengan undang-undang pilihan raya. PAS telah membawa satu konsep politik baharu iaitu budaya politik matang dan sejahtera,” katanya mengulas mengenai pengumuman pembubaran Parlimen hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok. Sementara itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berdepan dengan cabaran partinya dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bertegas akan mencari jalan untuk bertanding. “Hanya ini peluang untuk mencapai demokrasi,” katanya dalam sidang media hari ini. Semalam, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM selain memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran mutlak. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR sudah bersedia menghadapi PRU14 dan pengumuman pembubaran Parlimen telah lama dinantikan. “PRU14 ini ialah antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). Satu lawan satu. Prinsip itu dipegang bersama dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada Bernama di sini. Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan bagaimanapun mengakui Pakatan Harapan terkesan dengan pembubaran sementara PPBM . “Pembubaran itu adalah antara masalah yang dihadapi Pakatan Harapan sekarang selain daripada penggunaan satu logo gabungan empat parti pembangkang pada PRU akan datang. PKR, DAP, Amanah dan PPBM telah membentuk Pakatan Harapan pada 2015 dan secara sepakat telah meletakkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya kali ini. – BERNAMA Sumber TKO - 7-4-2018
PETALING JAYA: Rang undang-undang persendirian untuk mencadangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 dijadualkan dibentang esok. Usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari Marang itu merupakan urusan nombor 2 dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat esok. Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah. Ia mencadangkan hukuman maksimum bawah akta itu dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan. Pada masa ini hukuman maksimum yang boleh dikenakan mahkamah syariah adalah 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan. Pada 29 Mac 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan membuat keputusan untuk tidak membentangkan usul meminda Akta 355 selepas mengambil kira konsensus daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Sebelum pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengambil alih dan membentangkan usul itu. Sumber TKO - 4-4-2018
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tentera Israel menyerang rakyat Palestin dalam operasi menghalang Kempen Perarakan Pulang Besar-besaran (Masirah Audah Al-Kubro / Great Return March) sempena memperingati Hari Tanah Air (Land Day) yang diadakan oleh penduduk Palestin setiap tahun pada 30 Mac, sejak 42 tahun lalu. Tujuannya untuk menuntut hak pulang ke tanah asal mereka dan akan berterusan sehingga 15 Mei 2018 bagi menyambut Ulang Tahun Peristiwa Nakbah. Malangnya pihak Israel-Zionis bertindak kejam menyerang rakyat Palestin sehingga membunuh 17 orang dan lebih 1,400 orang cedera parah termasuk kanak-kanak dan wanita. PAS mengambil sikap tegas berhubung perkara ini dan menggesa OIC segera mengadakan sidang tergempar. Negara-negara Islam semestinya menyatakan ketegasan mengecam serangan Israel yang telah melanggar hak pelarian untuk kembali ke tanah air sendiri berdasarkan Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PAS berpegang kepada prinsip Islam yang melarang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua walaupun ketika peperangan. Keadilan Islam melangkaui sempadan agama, bangsa dan warna kulit sehingga sejarah mencatatkan hanya Islam sahaja berjaya mewujudkan keadilan terhadap agama-agama lain di bumi Palestin, berbanding agama Yahudi atau Kristian yang menindas agama-agama lain terutamanya Islam ketika menguasai Palestin. Saya juga menyeru umat Islam dan masyarakat dunia khususnya di Malaysia bersatu mempertahankan Palestin atas dasar agama dan hak asasi kemanusiaan dan berdoa memohon pertolongan daripada Allah untuk memberi kemenangan dan kekuatan kepada rakyat Palestin bagi menghadapi strategi, tipu daya dan kezaliman Zionis-Israel. “Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh : 15 Rejab 1439 / 2 April 2018 Sumber TKO - 3-4-2018 Siap sedia melaksana amanah kepimpinan
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu di medan perjuangan menghadapi ujian dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh dan lawan-lawan kamu. Dan ribat, bertugas di mana sahaja kamu diletakkan walaupun di sempadan. Dan bertakwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.” (ali-‘Imran: 200)
Marilah kita menghayati ayat yang dibaca oleh Dato’ Setiausaha Agung, ayat yang akhir dalam Surah ali-‘Imran, Surah yang disebut di dalamnya peristiwa Badar dan peristiwa Uhud. Badar orang Islam mendapat kemenangan dengan jumlah yang sedikit menghadapi musuh yang lebih besar. Uhud orang Islam mulanya menang, kemudian mereka dipukul dengan teruk dan dahsyat mengorbankan para syuhada.
Walaupun Allah Maha Berkuasa memberi kemenangan, Allah mengajar umat Islam dengan peristiwa itu. Yang penting supaya kita beriman dengan akidah perjuangan kita. PAS telah meletakkan Islam adalah akidah perjuangan. Islam ad-Din, bukan Islam agama sahaja. Bukan Islam perkataan religion yang disebut dalam Perlembagaan Malaysia. Islam yang disebut dengan ad-Din di dalam al-Quranul Karim, merangkumi semua perkara dalam kehidupan manusia, dalam hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, hubungan makhluk-makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Termasuk di dalamnya kerja politik, kerja yang banyak menimbulkan kata-kata yang meragukan. Sabda Nabi S.A.W:
كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء، كلما هلك نبي خلفه نبي، ولا نبي بعدي، ولكن خلفاء وهم كثيرون
“Adalah Nabi-nabi Bani Israil yang melakukan siyasah, melakukan politik mereka ialah Nabi-nabi A.S. Setiap kali Nabi wafat, diganti dengan Nabi yang lain. Tidak ada lagi Nabi selepas aku Muhammad S.A.W. Akan ada pemimpin-pemimpin, mereka ramai.”
Lalu Sahabat bertanya:
كيف تأمرني
“Bagaimana Rasulullah perintahkan saya?”
Jawabnya:
فوا ببيعة الأول فالأول، فإن الله سائلهم عما استرعاهم
“Kamu hendaklah tunaikan baiah (disebut baiah), tunaikan baiah kepada yang pertama yang berikut. Allah akan mempertanggungjawabkan kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka lakukan.”
Hadis ini menunjukkan bahawa kerja politik adalah kerja agama. Kerja Nabi-nabi dan Rasul-rasul A.S. Kerja yang diasaskan oleh Allah S.W.T sejak dijadikan manusia yang pertama Nabi Adam A.S:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Dan ingatlah apabila tuhan berkata kepada para malaikat, aku nak jadikan di atas muka bumi itu khalifah.” (al-Baqarah: 30)
Apa makna khalifah? Khalifah dihuraikan oleh ulama dalam kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab Siyasah Syar’iah:
اقامة الدين وسياسة الدنيا به
“Menegakkan ad-Din, (menegakkan Islam), dan politik mentadbir dunia dengannya (dengan Islam itu).”
Di atas dasar inilah maka Sahabat R.A memberi perhatian yang besar terhadap kewajipan politik apabila diasaskan oleh Nabi S.A.W dengan melakukan hijrah di al-Madinatul Munawwarah.
Mengapa hijrah di Madinah? Hijrah bukan untuk melarikan diri. Hijrah bukan untuk menyelamatkan diri, untuk mencari kerja. Hijrah ialah kerana mengambil tempat untuk mendirikan kerajaan Islam. Setelah dinafikan oleh penduduk-penduduk Makkah, setelah kabilah-kabilah Arab yang lain takut untuk menerima kewajipan ini. Apabila orang-orang Madinah menerima kewajipan ini dengan baiah, dengan baiah, bukan dengan mengucap dua kalimah syahadah sahaja. Maka Nabi berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan Islam. Madinah nama baru kepada Yathrib ataupun Thaybah. Madinah adalah untuk mendirikan negara bermasyarakat Madani, bermasyarakat Madani. Dinamakan Madinah daripada Madani ataupun ad-Din. Ad-Din yang sempurna dan Madani untuk memimpin masyarakat manusia. Bukan sahaja orang Islam, termasuk orang bukan Islam. Bukan sahaja orang Arab, termasuk bukan Arab. Kerana manusia:
مدني بالطبع
“Hidup secara Madani”
Tak boleh bersendirian, mesti berhubung di antara satu sama lain. Memerlukan bandar, dinamakan Madinah untuk mengumpulkan manusia. Bukan sahaja untuk menegakkan Islam, tetapi mengurus kehidupan mereka, mengurus perniagaan mereka, mengurus pertanian mereka, mengurus masalah-masalah yang ada dalam mereka dengan ajaran Islam.
Sumber HD - 2-4-2018
Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ITU asas agama. Kepalsuan dan penipuan adalah fitnah yang menghancurkan masyarakat dan negara. Ia diharap mampu menyekat mereka yang menjadikan penyebaran berita tidak benar sebagai hobi kehidupan. Ia diharap mampu menyekat parti-parti politik dan media daripada menjadikan berita tidak benar sebagai senjata untuk menentang kebenaran. Ia mampu mendidik rakyat agar mencintai dan menjunjung kebenaran serta membenci kepalsuan. Ia mampu menyelamatkan mangsa daripada menanggung bebanan kena fitnah. Ia akan meluaskan dan memudahkan langkah perjuangan PAS yang sentiasa menjadi mangsa berita tidak benar. Dengan undang-undang ini, PAS lebih sejahtera, insya Allah. Ia sepatutnya telah lama diwartakan sebagai sebuah undang-undang yang tegas. PAS bersih daripada menjadikan fitnah sebagai senjata. Ia haram dalam agama. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adapun parti-parti lain, amat memalukan apabila mereka menjadikan sebaran berita palsu sebagai senjata untuk menyerang musuh. Justeru PAS menyokong penuh RUU ini. Penyalahgunaan undang-undang ini oleh pihak pemerintah, walaupun dibimbangi dan dikesali, tidak boleh menjadi sebab untuk menolak benarnya undang-undang ini. Ia mesti disokong. PAS dalam perbahasan menyokong, turut mengingatkan betapa penyalahgunaan undang-undang oleh pihak kerajaan adalah kezaliman yang nyata. Ia adalah perlanggaran terhadap amanah rakyat. Ia memperkasakan agama Islam sebagai pembawa berita benar dunia dan akhirat. Justeru jangan tertipu dengan Pakatan Harapan (PH) yang menempelak PAS kerana menyokong RUU ini dan menuduh PAS menyokong Umno. Tidak sama sekali. PAS menyokong al-makruf dan al-khair. PAS membina negara dengan buah yang enak, bukan dengan buih yang memuakkan. NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ Ahli Parlimen Pasir Mas
Sumber TKO - 2-4-2018
Solusi sejahtera atasi pengangguran
(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
SEBAGAIMANA kita ketahui bahawa betapa Islam menggalakkan kerja untuk mendapatkan hasil sehingga Islam menjadikan zakat rukun Islam yang ketiga atau yang keempat.
KerjaZakat ini daripada hasil pertanian, hasil perniagaan ataupun pendapatan melalui khidmat dan sebagainya sekiranya melebihi daripada keperluan hidup seseorang.
Sehingga Islam mengaitkan kerja dengan dosa dan pahala. Bagi orang Islam mereka selalu berwirid selepas sembahyang:
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
“Baginya apa kerja yang dia buat membawa kebaikan, dia dapat pahala. Dan kerja yang buruk dia dapat dosa.” (al-Baqarah: 286)
Kerja dengan makna yang umum, bukan sahaja dalam hubungan manusia dengan Allah, termasuk hubungan manusia dengan keperluan diri dengan masyarakat. Ada perhitungan halal dan haram.
Sehingga ulama meletakkan bab yang khusus dalam kitab fekah, bab Muamalat, dan bab Ihya’ul Mawat. Muamalat berkait dengan perniagaan dan perdagangan. Ihya’ul Mawat berkait dengan meneroka tanah. Menunjukkan betapa Islam memberi perhatian kepada peranan manusia memakmurkan bumi, bukan sahaja untuk diri, bahkan untuk masyarakat. Terlalu banyak ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis Nabi yang menjadi nas betapa Islam meletakkan kerja dan pekerjaan kepada semua pihak, satu amalan yang sangat penting dalam kehidupan manusia:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
“(Dalam Quran.) Allah Taala menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (al-Baqarah: 275)
Dan Hadis pula banyak antaranya:
“Barangsiapa yang menanam suatu tanaman, lalu dimakan oleh manusia dan binatang, diberi pahala oleh Allah Taala.”
Itu menunjukkan galakan Islam supaya kita bekerja dan mendatangkan hasil kepada diri dan kepada masyarakat.
Sumber HD - 31-3-2018
"Tanya Mufti, saya tiada tauliah"-Presiden PAS
Sumber HD - 31-3-2018 Harapan Presiden PAS kepada generasi belia
(Teks transkrip dan suntingan dari ucapan dan jawapan sesi dialog Presiden PAS dalam Dialog anak muda Gagasan Sejahtera di De Palma Hotel Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah (segala amanah), dengan menyerahkan tanggungjawab kepada orang yang ahli yang layak dapat menunaikannya. Dan apabila kamu berhukum (mengendalikan pemerintahan, melaksanakan hukuman) hendaklah berlaku adil (terhadap seluruh manusia). Sesungguhnya Allah memerintah kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(an-Nisa: 58)
Manifesto
Manifesto adalah janji yang ditawarkan kepada rakyat. Dalam Islam, manusia bukan sahaja memerlukan kemudahan-kemudahan yang bersifat materialistik, benda, makanan, minuman, perhubungan, kemudahan. Termasuk yang bersifat spiritual, makanan akal, roh, ilmu dan akhlak, membangun diri manusia. Maka tawaran mestilah diberi merangkumi aspek-aspek tersebut. Dalam menawarkan manifesto yang terkini, tak perlu disebut perkara-perkara yang sudah dilaksanakan secara detail. Apa yang disebut ialah perkara yang sudah dilulus, yang tak dilaksanakan, tak ada kemampuan kerana tak ada kuasa. Dan termasuklah tawaran-tawaran baru yang terkini. Oleh kerana Parti Islam Se-Malaysia PAS salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera, pernah memerintah Negeri Kelantan dan sehingga kini dan pernah memerintah Negeri Terengganu satu penggal. Dan memimpin kerajaan Negeri Kedah dalam kerajaan campuran. Di sana perlu dibahagikan perkara yang menjadi tanggungjawab siapa sahaja jadi kerajaan. Infrastruktur, sama ada siapa jadi kerajaan mesti tunaikan. Sebagaimana ketua keluarga mesti bagi nafkah ke anak isteri. Di sana ada perkara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional. Dia dah buat. Apa yang perlu dikritik ialah pengurusannya, salah lakunya. Kita tidak akan meroboh lebuhraya yang sudah dibuat, tak akan runtuhkan bangunan yang telah didirikan. Apa yang perlu dinyatakan ialah kita tidak akan melakukan pembocoran, pemborosan, penyelewengan. Pengalaman saya ketika jadi Menteri Besar Terengganu, pernah memimpin, Kelantan pun sama, ada projek-projek yang sepatutnya RM 10 juta, diletakkan RM 20 juta. Bukan sahaja RM 20 juta, tak selesai bila tiba masa. Tambah masa lagi. Bertukar kontraktor. Berlakunya pembangunan yang tidak mengikut cara yang betul bangunan runtuh. Sekolah runtuh, makmal runtuh, ini hal-hal yang perlu kita betulkan. Insyaa Allah sekiranya kita diberi amanah dan pernah diberi amanah memerintah negeri-negeri tersebut, kita melaksanakan dengan betul. Tetapi apa yang berlaku ialah kita mengalami pencabulan terhadap demokrasi dan terhadap konsep Federalisma. Walaupun kita menguasai kerajaan negeri, dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, ada hak kerajaan negeri. Tetapi dicabutnya konsep Federalisma seperti dinafikan royalti petroleum Kelantan, dirampas royalti tak beri kepada Terengganu. Dilambatkan Capitation Grant yang patut diberi oleh Kerajaan Pusat mengikut jumlah penduduk negeri masing-masing. Capitation Grant yang patut dibayar mengikut jadual, sengaja dilewat-lewatkan dalam negeri yang kita perintah. Namun dengan amanah, dengan tanggungjawab, tidak ada kebocoran, pengurusan yang baik, kita berjaya mengatasi masalah-masalah tersebut. Bahkan kita buat apa yang tak dibuat oleh Kerajaan Pusat. Pernah menghapuskan tol di Jambatan Kuala Terengganu. Menghapuskan cukai yang mengenakan penduduk miskin, perniagaan. Melaksanakan projek-projek dengan kadar kemampuan, perumahan dan sebagainya. Membahagi tanah kepada rakyat, ini yang telah dilaksanakan yang tak perlu lagi kita ulang.
Sumber HD - 27-3-2018
Masa depan pelbagai kaum bersama PAS
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ
“(Kata Allah di dalam al-Quran) Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu wahai manusia, bermula daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa). Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, bersuku-kaum, dan berpuak-puak. Supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Yang paling mulia kalangan kamu ialah yang paling bertakwa (yang paling patuh kepada perintah Allah).”
(al-Hujurat: 13)
Bersaudara
Banyak kalangan memberi sikap yang salah faham terhadap Islam. Pembacaannya melalui buku-buku dan penulisan orientalis, penulisan orang-orang Barat yang bersikap musuh, dengki terhadap Islam. Sepatutnya mereka membaca terjemahan Quran dan sumber Islam yang asal itu. Islam tidak boleh ditakrifkan, didefinisikan hanya kepada agama ataupun religion. Islam daripada perkataan ad-Din. Di dalamnya urusan-urusan agama. Di dalamnya urusan-urusan politik, ekonomi, way of life, cara hidup manusia yang merangkumi segala aspek kehidupan. Dengan sebab itu, Islam bukan sahaja agama yang berkait dengan ibadat, dengan moral, akhlak, aspek spiritual. Islam juga berkait dengan masyarakat, bukan terkongkong dengan satu umat, bahkan kepada seluruh manusia. Quran yang saya baca tadi Allah mengatakan manusia semuanya adalah bersaudara. Walaupun mereka berbagai agama, berbagai bangsa, asalnya daripada satu bapa dan satu ibu. Sebenarnya mereka berkeluarga besar, mereka diwajibkan berkenalan dan berhubung kerana manusia dinalurikan, difitrahkan, disifat semula jadikan bermasyarakat Madani. Dengan makna manusia tidak boleh hidup bersendirian seorang, tak boleh hidup satu bangsa sahaja, satu negeri sahaja. Mesti berhubung di antara satu sama lain. Kerana segala keperluan manusia yang asasi, makanan, pakaian, tempat tinggal, walaupun berbeza agama, ada perbezaan. Tetapi di sana ada satu konsep mesti bermasyarakat Madani, berhubung di antara satu sama lain. Pakaian yang kita pakai daripada kain semua bangsa ada pakaian walaupun berbeza, daripada kain. Kain daripada benang. Benang daripada kapas. Kapas mesti ditanam, mesti ada cangkul, ada besi, ada logam. Banyak sumber-sumber untuk menghasil hanya satu pakaian sahaja. Maka ada bangsa yang bertani, bangsa yang berniaga, bangsa yang berindustri, yang melombong, yang bertukang. Dibahagikan hasil-hasil yang berbeza di seluruh dunia, hendaklah digabungkan di antara satu sama lain untuk menghasilkan keperluan pakaian, makanan, mesti dicampur, dimasak, diletakkan rempah ratusnya. Menggunakan alat-alat logam yang dilombong dan digali. Menunjukkan manusia mesti berhubung di antara satu sama lain. Sepatutnya mereka tidak berperang, mereka tidak bergaduh. Islam menganjurkan semua manusia adalah bersaudara. Islam mengharamkan paksaan dalam agama. Walaupun diwajibkan pendakwah mengajak manusia kepada Islam. Tetapi diharamkan paksaan dalam agama. Diwajibkan adil untuk semua. Sekiranya kita membuka al-Quranul Karim, kita akan dapati semua Rasul-rasul yang membawa Islam, orang Islam wajib beriman kepada semua Rasul-rasul, semua Rasul-rasul mesti orang Islam percaya. Bukan sahaja Adam, Adam, termasuk Ibrahim. Bahkan Ibrahim dikatakan sejarahnya yang mencipta agama Islam yang diubah menjadi agama Hindu. Ibrahim menjadi Brahma, kemudian diubah kisah dan ceritanya. Tetapi ada penemuannya. Termasuklah Nabi Musa yang disanjung oleh orang Yahudi, Nabi Isa disanjung oleh Kristian. Orang Islam wajib beriman dengan semua Rasul-rasul ini. Dan manusia bersatu beriman kepada tuhan yang satu. Semua percaya kepada Allah, tuhan, Allah, God, dengan bahasa masing-masing. Perbezaannya ialah dari segi tauhid. Ada agama yang melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Ada agama yang meletakkan sifat tuhan kepada makhluk-makhluk yang lain kepada makhluk-makhluk. Ini perbezaan.
Sumber HD - 27-3-2018
PAS sedia memimpin pelbagai kaum
(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS dalam Sesi dialog Majlis Luncheon dialog perpaduan nasional PAS Selangor di Restoran Zam-zam, Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
Jentera pemerintahSAYA sebut dalam ucapan saya tadi Islam ini bukan sahaja melibatkan aspek agama, religion termasuklah aspek cara hidup yang melibatkan politik, ekonomi masyarakat dan lain-lain.
Oleh kerana itu penubuhan PAS itu sendiri sejak daripada awal tahun 1951, bukan sahaja melibatkan kalangan agamawan. Bahkan melibatkan berbagai-bagai tokoh profesional. Saya sebut tadi Presiden PAS yang kedua Dr Haji Abbas Alias adalah pernah jadi pengarah perubatan Negeri Selangor masa Jepun. Beliau Presiden PAS yang kedua.
Yang pertama Haji Ahmad Fuad, itu kalangan ulama. Bahkan terlibat dalam PAS sepanjang perjalanan dia, barangkali orang kenal Professor Ahmad Ibrahim, bekas Peguam Negara Singapura. Beliau adalah AJK PAS Pusat tahun 50-an. Aminuddin Baki, Professor Ungku Omar, dan banyak lagi. Dan terkini terlibat dalam PAS juga ialah kalangan bukan Islam. Kita menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS kalangan bukan Islam. Apa yang menarik minggu lepas, saya menerima keahlian Dewan Himpunan Penyokong (PAS) bukan Islam, bekas Setiausaha MIC, bekas Setiausaha MIC sudah jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ini adalah kalangan jentera-jentera pemerintah kalau kita memerintah negara. Melibatkan semua kebolehan, semua kepakaran. Dan kita telah tunjuk secara praktikal kita memerintah Kelantan dua kali. Kali yang pertama 1959 hingga 1979, 20 tahun. Tak boleh dijatuhkan Kelantan melainkan setelah Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat yang dilakonkan. Kita ambil balik tahun 1990 dan memerintah sehingga kini, boleh tadbir di Kelantan. Walaupun ketuanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi Exco-exconya daripada pelbagai kalangan. Bahkan dalam Islam, boleh memilih orang bukan Islam menjadi anggota Kabinet. Anggota Kabinet orang bukan Islam boleh dipilih anggota Kabinet. Untuk mengendalikan urusan-urusan pemerintahan mengikut lapangan dan bidang kebolehan dia. Bahkan kita menjadikan Kerajaan Teknokrat. Apa makna Teknokrat? Kerajaan yang bukan anggota dia orang politik. Pakar yang ada kebolehan boleh masuk dalam kabinet. Bukan sahaja peringkat Pusat, peringkat negeri boleh melantik Exco-exco. Exco-exco daripada berbagai kalangan yang ada kepakaran dia, bahkan ada negeri yang kita perintah. Oleh kerana Terengganu kita memerintah tahun 1999 (hingga) 2004, kita telah membuat satu peruntukan undang-undang diri Negeri Terengganu, sekiranya tidak ada orang yang bukan Islam menang dalam pilihan raya, tak ada calon, maka boleh dilantik seorang bukan Islam menjadi wakil rakyat yang dilantik, yang dilantik. Wakil rakyat yang dilantik. Sudah tentu kita pilih kalangan-kalangan yang ada kebolehan, berbagai-bagai lapangan. Tidak jadi masalah kalau kita urus tadbir negeri. Apa yang berlaku ialah mereka takut kalau kita memerintah. Kita buat lebih baik. Ini yang mereka takut. Dengan sebab itulah berlakunya pilihan raya yang tempang, demokrasi yang tidak adil selama ini. Kita harap kali ini kalau pilihan raya itu diadakan dengan betul, kita dapat menonjolkan, mengemukakan calon-calon kita yang berbagai-bagai lapangan, insyaa Allah. Dan bukan sahaja kita akan melantik berbagai kalangan untuk melibatkan diri di dalam pemerintahan negara kita insyaa Allah.
Sumber HD - 27-3-2018
PAS istiqamah bersama IslamPAS mengajak rakyat bersama Islam.
Termasuk juga kalangan bukan Islam diajak bersama Islam tanpa dipaksa menjadi penganutnya atau mereka terus dengan agama asalnya tetapi menerima Islam menjadi penyelesaian terhadap semua masalah masyarakat dan negara secara menyeluruh. Kalau penganut berbagai agama bukan Islam boleh menerima ideologi dan teori politik, ekonomi dan lain-lain, yang asing daripada mereka sehingga berjuang bermati-matian di hutan rimba. Mengapa mereka tidak boleh menerima penyelesaian Islam dengan diberikan peluang secara demokratik melalui pilihan raya? PAS tetap mendukung kedudukan Islam yang menjadi agama negara sebagaimana dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan maksud Al-Din, bukan mengikut bahasa penjajah. Perlembagaan juga menegaskan hak beragama kepada penganut agama lain yang dijamin oleh Islam. Sepatutnya takrif agama mengikut bahasa penjajah itu ditinggalkan kerana salah dan kita sudah merdeka. PAS tetap membawa pendekatan Islam sebagai satu cara hidup (the way of life) dan bermasyarakat madani dalam lapangan yang luas yang tidak ada dalam agama lain, kerana Islam melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain, yang menjadi lapangan terciptanya berbagai ideologi dan teori yang dipisahkan daripada agama dan tidak sempurna kerana tidak memenuhi fitrah manusia dan alam semesta. Maka Islam adalah petunjuk Allah Pencipta Alam dan menjadi tawaran PAS kepada masyarakat majmuk berbagai agama dan bangsa dalam negara ini. Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, sehingga mencetuskan masalah yang belum diselesaikan dan muncul pula masalah baru. Percayalah bahawa Islam terbukti adil dan rahmat kepada semua kaum, sekiranya tidak ada halangan oleh Kerajaan Pusat seperti dahulu. Hujah mereka yang menentang Islam itu tidak lebih daripada menghina secara jahil dengan memilih mana-mana hukumnya yang difikirkan secara salah. Di antaranya, Hukum Hudud dan hukum halal dan haram yang dituduhnya zalim dan tidak sesuai, walaupun Hukum Allah adalah maha adil dan rahmat terhadap hamba-Nya. Allah menetapkan hukum dalam perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia dan memandu akal dalam perkara yang di luar kemampuannya. Hanya sebahagian kecil yang dicabutnya daripada syariat Islam. Mereka tidak peduli bahawa Hukum Hudud itu lebih berkonsepkan mendidik bukannya menghukum, mendahulukan konsep taubat dan pengampunan dan meletakkan syarat yang sukar bagi hakim yang adil menjatuhkan hukuman. Adapun kehaibatannya dapat dilihat sebelum lagi dilaksanakan, kerana menunggu prosesnya yang betul, namun sudah menggerunkan bukan sahaja penjenayah, bahkan bukan penjenayah sehingga lebih bersimpati terhadap penjenayah bukannya mangsa. Mereka dilupakan atau disembunyikan atau jahil, bahawa semua agama dan kerajaan juga punya hukum hudud (yang dinamakan hukuman mandatori) yang ada dalam semua agama dan negara dalam dunia ini. Mereka boleh menerima hudud ciptaan manusia itu, walaupun betapa kejamnya seperti hukuman bunuh menjerut leher di tali gantung dan sebatan menyeksa sehingga cacat anggota atau membunuh bukan mendidik. Hukum yang dicipta oleh mereka itu dengan konsep yang paling kuno, jakun, longgar dan mudah menghukum. Orang yang dituduh boleh menjadi mangsa fitnah dengan mudah dan sikap mereka yang mengkritik itu lebih bersimpati kepada penjenayah daripada mangsanya. Sebenarnya mereka bebal kerana buta Al-Quran atau bersifat jahiliah tanpa hidayah. Betapa Islam tidak menghukum penganut bukan Islam dalam perkara yang dihalalkan oleh agama mereka, berkonsepkan tidak ada paksaan dalam agama dan hukum yang berkait dengan agama. Islam juga memberi hak kepada bukan Islam untuk memilih undang-undang mereka sendiri dalam perkara tertentu. Dalam amalannya, ada juga undang-undang yang sama seperti undang-undang jalan raya, ada yang berbeza seperti undang-undang keluarga, halal dan haram, dan ada pula yang diberi pilihan seperti beberapa undang-undang jenayah. Mereka yang benci terhadap Islam itu sengaja tidak ingin tahu, betapa penyelesaian Islam yang dicadangkan oleh PAS bukan hanya Hukum Hudud itu sahaja, dan dianggapnya pula tanpa sistem kehakiman yang adil dan holistik. Sedangkan di sana ada penyelesaian PAS dalam lapangan yang luas dalam kehidupan, seperti masalah kemiskinan, kos sara hidup, pengangguran dan keruntuhan moral yang merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara yang gagal diselesaikan oleh semua teori dan ideologi ciptaan manusia itu. Mereka tidak menghormati keterbukaan PAS membuka perbincangan dengan semua pihak sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Kalau tidak ada hujah, mereka yang pernah berkuasa itu pernah memberi amaran mahu bertindak menggunakan kekerasan terhadap Kerajaan Negeri, bukannya hujah secara ilmu dan bermoral, bahkan sehingga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan bertindak tanpa akhlak yang mulia. PAS tidak akan berganjak daripada Islam dan menolak semua kumpulan yang menolak apa sahaja daripada syariat Islam atau bersekongkol dengannya, sama ada dahulu, kini dan seterusnya. PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi, walaupun menempah kekalahan dalam pilihan raya berulang kali. Insya Allah, PAS tidak boleh diperkudakan atau di anak tanggakan oleh orang-orang yang mahu memanjat PAS. PAS tetap tegas dan berterus terang bersama Islamnya walaupun menghadapi tentangan banyak penjuru dalam pilihan raya dan selepas pilihan raya. Walaupun juga ada yang tidak berminat dan benci terhadap PAS kerana Islamnya dan ada yang keluar meninggalkan PAS setelah bersamanya kerana jemu atau boleh dibeli dengan pangkat dan harta yang diberikan atau harapan kepada janji. Benarlah firman Allah:
“Kalaulah (perjuangan Islam ini) benda yang dekat sahaja atau perjalanan yang hampir dapat disaksikan tujuannya, nescaya ramailah kalangan mereka bersamamu, tetapi mereka melihatnya jauh dan berkepayahan. Mereka akan bersumpah, Demi Allah! Kalaulah kami berkemampuan nescaya kami bersamamu juga. Sebenarnya mereka membinasakan diri sendiri dan Allah Maha Mengetahui sebenarnya mereka berbohong” (Surah At-Taubah: 42) Mereka hanya mahu kemenangan dunia melalui jalan pintas, walaupun berwala’ kepada musuh Islam, bersama pakatan dan gagasannya yang bercampur aduk tanpa batas. Allah mendedahkan hasrat mereka:
“Beritahu kepada mereka yang munafik itu, bahawa disediakan untuk mereka azab yang menyeksakan. (138) Mereka itu ialah kalangan yang mencari kekuatan atau, kemuliaan atau kemenangan dengan berwala’ (berketua atau bersetia) kepada orang-orang kafir (yang nyata menentang Islam), bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka menganggap kekuatan atau kemulian atau kemenangan berada bersama orang-orang yang kafir itu? Padahal itu semua adalah kepunyaan Allah (139)” (Surah An-Nisa: 138-139) Rasulullah S.A.W mengajar umatnya berpolitik, diizinkan bertahaluf dan bertaawun dengan semua pihak, termasuk kalangan bukan Islam yang nyata tidak bermusuh terhadap Islam dan umatnya dengan bersyarat Islam memimpin dan beristiqamah di atas prinsip Islam dan wawasannya yang sebenar. Islam adalah sempadan yang tidak boleh dilangkah dan dirempuh atau diletakkan di belakang tanpa menjadi panduan dan petunjuk. Maka PAS yang beristiqamah bersama Islamnya tidak berganjak daripada dasar dan matlamatnya. Kini PAS mengadakan gagasan dan pakatannya yang dipimpin oleh Islam bersama kumpulan Islam dan bukan Islam, parti politik, termasuk NGO dan tokoh yang tidak berpolitik tetapi peka politik dan bukan Islam yang menerima tawarannya. PAS menyertai pilihan raya. PAS tidak bersama kerajaan BN yang telah lama memerintah dan ketinggalan atau cuai menegakkan Islam sehingga dibebani masalah lama dan terkini yang belum diselesaikan. PAS tidak bersama Pakatan Harapan yang mengumpulkan semua jenis yang nyata menentang Islam atau nyata oportunisnya semata-mata mahu kuasa dengan apa sahaja cara dan pendekatannya tanpa sempadan akhlak dan mempertahankan negara dan maruahnya. PAS tetap membawa pendekatan Islam secara damai, tidak melampau dan tidak hanyut, berkonsepkan berhubung dengan semua pihak secara terbuka dengan pendekatan politik damai dan berhujah tanpa fitnah dan menipu. Tidak disembunyikan Islamnya, memperkenalkan konsep Taawun dan Tahaluf, tidak menafikan apa yang baik yang telah dilaksanakan oleh semua pihak termasuk kalangan yang paling bermusuh dan paling menzaliminya dan meninggalkan semua yang mungkar walaupun di dalam diri sendiri, bukan sahaja oleh pihak yang lain. Sekiranya PAS berjaya memerintah, PAS akan terus menggunakan jentera kerajaan yang telah ada sekarang bersama pendekatan Islam yang adil terhadap semua dan melaksanakan Islam yang melakukan penambahbaikan, bukannya meruntuh dan memecat kerana dendam terhadap lawannya. PAS berpegang kepada konsep maaf dan taubat terhadap semua, dan mengutamakan keamanan dan perdamaian, sekiranya diizinkan oleh Allah mencapai kemenangan terhadap sesiapa yang menerima Islam bersama PAS. Apa sahaja kebolehan dan kepakarannya tetap diambil manfaat untuk membangunkan negara bersama Islam, berpandukan sabda Rasulullah S.A.W: خياركم في الجاهلية خياركم في الإسلام إذا فقهوا
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah, Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Anaam: 153) PAS teguh beristiqamah bersama Islam dan tetap menolak sesiapa yang menolak Islam walaupun orangnya paling cerdik, kerana cerdiknya tidak boleh ditumpang dan bodohnya tidak boleh berkira. “Sejahtera Bersama Islam”Sumber HD - 27-3-2018 Sinar Harian Jangan Jadi Penyebar Berita Fitnah!PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak. Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali; 1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB 2. PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB 3. 1MDB: Jangan terus hukum Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab. Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu. Orang ramai mudah mempercayai berita pertama yang berunsur fitnah lalu ianya melekat dalam minda mereka sehingga ramai kalangan penyokong Pakatan Harapan mengutuk dan menghentam Presiden PAS berasaskan berita pertama yang disengajakan dan strategi permainan media untuk meraih pelawat ke portal mereka. Hakikatnya Presiden PAS menjawab soalan daripada bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia dalam Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera (DIALOGS 2018) di Hotel De Palma, Shah Alam semalam, mengenai strategi dan tindakan PAS atau Gagasan Sejahtera dalam skandal 1MDB bila berada dalam kerajaan nanti untuk memastikan orang-orang yang terlibat dalam 1MDB tidak terlepas? Transkrip penuh jawapan Presiden PAS adalah seperti berikut: “Dalam masalah 1MDB ada soalan tadi. 1MDB ini kita mesti bertindak berdasarkan sistem kehakiman yang adil, mestilah melihat saksi yang adil. Yang adil dalam Islam ini bukan sahaja beriman, termasuk yang tidak mengerjakan dosa besar, yang tidak terus menerus mengerjakan dosa kecil, yang tidak rendah maruahnya, orang yang tidak ada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah saksi media. Media pula media sosial. Kita tidak kenal siapa buat media sosial ini. Maka terdedah kepada fitnah, oleh sebab itu mestilah dikendalikan dengan seadil-adilnya. Bukan sahaja 1MDB, termasuklah Forex, termasuklah Skyhawk, termasuklah BMF, termasuklah Tabung Haji, KWSP. Apa yang berlaku ini kita membawa budaya Melayu mudah lupa. Bila bawa 1MDB, yang dulu kita lupa semua. Kita tidak lupa. Semua kita tak lupa. Oleh sebab itu kita mesti kendalikan, mereka yang salah mesti dihukum. Tetapi dihukum itu mesti dilihat, bukan sahaja kesalahan dia, termasuklah jasa-jasa dia. Dalam Islam kita nak hukum orang bukan hukum salah dia sahaja, kalau dia ada jasa dia, dia baik juga mesti diambil kira, jasa dia, dan ditolak campur dengan jasa dia dengan kejahatan. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam. Bukan kita nak hukum (sahaja). Kita tak bawa budaya kalau orang ternak ayam, tengok ayam dia berminat sembelih, sembelih, akhirnya habis ayam, licin. Bukan budaya itu. Budaya kita mestilah dengan cara yang konsisten, dengan cara yang baik, kita menilai seadil-adilnya, bukan sahaja kejahatan orang termasuklah kebaikan dia. Bukan bermakna kita membela orang yang jahat, tidak. Tapi kita mahu dikendalikan dengan seadil-adilnya. Dan kita kena sedar bahawa konsep kehakiman dalam Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah, dia baru dituduh, dianggap tidak bersalah. Apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja terus hukum bersalah. Ini satu pendekatan yang tidak betul, oleh sebab itulah kita tidak melampaui batas dalam masalah menyebarkan fitnah. Dan mengikut ajaran Islam, kalau perkara fitnah itu betul-betul berlaku pun, kita mesti cari jalan untuk memurnikan dan membersihkan keadaan, supaya tidak berlaku tindakan bersifat ketidaklanjuran.” Jelaslah bahawa dalam jawapan Presiden PAS tidak ada sepatah pun perkataan “berkecuali” dan ianya satu fitnah melampau direkayasa oleh Sinar Harian. “Sejahtera Bersama Islam” ABDUL MALIK BIN AB RAZAK Setiausaha Akhbar Presiden PAS Bertarikh: 9 Rejab 1439 / 26 Mac 2018 Sumber BO - 26-3-2018 Perutusan Presiden PAS sempena sambutan Hari Polis ke-211 Posted on Monday, March 26 @ 05:00:17 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38794 |
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Hari Polis ke-211 kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kami merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan usaha pihak polis menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada segala ancaman sama ada dalam negara atau luar negara.
Sesungguhnya menjaga keamanan dan kedamaian adalah satu keutamaan dalam pemerintahan Islam yang mendahulukan pendamaian.
Saya mendoakan seluruh anggota polis diberi kekuatan, kesabaran dan ketahanan sepanjang menjalankan tugas demi memastikan negara yang tercinta ini aman dan sejahtera.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rejab 1439 / 25 Mac 2018
Sumber TKO - 26-3-2018
Bicara Presiden PAS kepada mahasiswa
(Teks transkrip dan suntingan dari ucapan dan jawapan sesi dialog Presiden PAS dalam Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Stadium MPSJ Serdang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“(Firman Allah yang bermaksud) Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, mereka menunaikan zakat, mereka menyuruh kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Dan bagi Allah sahajalah akibat kesudahan semua perkara.”
(al-Hajj: 41)
Bila kita bercakap tentang masa depan yang sejahtera, yang Maha Mengetahui hanya Allah S.W.T. Allah sahaja yang mengetahui apakah petunjuk yang munasabah, yang baik, yang adil, menyelamatkan manusia bukan sahaja masa depan di dunia, termasuk masa depan di hari akhirat.
Semua agama yang lain daripada Islam begitu juga idealogi dan teori-teori tidak menepati kesempurnaan fitrah atau naluri manusia, menjadi punca kegagalan, punca berlakunya akibat-akibat yang buruk dalam kehidupan dunia hari ini. Membawa masa depan yang gelap, bukan sahaja di dunia, bahkan sehingga hari akhirat.
Islam yang sempurna
Bila kami mengemukakan Islam, perlu difahami Islam tidak boleh ditakrifkan dengan agama mengikut bahasa sanskrit ataupun religion mengikut bahasa Barat. Islam adalah ajaran yang sempurna, merangkumi di dalamnya aspek-aspek agama yang difahami oleh semua ilmuwan.
Di dalamnya juga aspek-aspek idealogi dan teori ciptaan manusia. Maka Islam adalah ad-Din yang sempurna. Banyak perkataan-perkataan yang ada dalam Quran tak mampu diterjemah dalam semua bahasa yang ada dalam dunia.
Di sinilah timbulnya kekeliruan terhadap Islam oleh berbagai kalangan yang bukan Islam dan orang Islam yang terpengaruh dengan mereka.
Allah S.W.T yang mencipta manusia mengandungi naluri dan fitrah-fitrahnya yang berbeza dengan malaikat, berbeza dengan binatang, berbeza dengan kayu dan batu, berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.
Manusia difitrahkan, dinalurikan mempunyai jasad, punya roh dan punya akal. Dicipta hidup bersendirian, ananiyah, individualistik, dan mesti hidup bermasyarakat Madani. Ini sifat yang ada pada manusia yang tak ada pada makhluk yang lain.
Semua agama-agama yang lain daripada Islam, idealogi dan teori menemui kebuntuan kerana tidak memenuhi segala aspek ini.
Sumber HD - 25-3-2018
PAS mengesahkan lebih 90 peratus calonnya bagi PRU14 sudah dimuktamadkan. Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak akan mengumumkan senarai calon itu seperti yang akan dilakukan BN. "Kita sudah selesai soal calon ini lebih 90 peratus. Oleh sebab itu tidak penting PAS ikut parti lain (umumkam calon awal untuk elak sabotaj), kita ada pendekatan sendiri. “Yang mana calon yang kita pilih ini dilihat dari atas (kepimpinan parti) termasuk pandangan-pandangan akar umbi parti,” kata Abdul Hadi dalam sidang media selepas Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Serdang Jaya, Selangor hari ini. Abdul Hadi berkata demikian mengulas langkah BN yang dijangka akan mengumumkannya pada 2 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pada 22 Mac lalu Berita Harian melaporkan BN akan menyenaraikan calon lengkap mereka iaitu lima hari sebelum pelancaran manifesto mereka. Menurut laporan tersebut juga, majlis pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu akan dihadiri oleh 13 pemimpin kanan parti komponen BN. Najib juga akan menyampaikan surat watikah kepada calon yang akan bertanding di 222 kerusi parlimen. Sementara itu, diminta mengulas sama ada akan berlaku unsur sabotaj, Abdul Hadi menyatakan keyakinannya perkara itu tidak akan berlaku. "Tidak ada, insya-Allah (tidak akan ada sabotaj). (Kerana) Orang yang nak bertanding ini payah. "Orang tahu nak bertanding PAS ini besar tanggungjawabnya. Sebab itulah kita mencari calon-calon, bukan (mereka) datang sendiri,” katanya. BN dijadualkan melancarkan manifestonya pada 7 April ini di Stadium Bukit Jalil. Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU ke-14 akan diadakan seawal hujung April atau awal Mei 2018. Pada PRU ke-13, Najib melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 April 2013 iaitu 28 hari sebelum hari mengundi. Pada PRU ke-12 pula pelancaran manifesto BN disempurnakan oleh perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi di PWTC pada 28 Februari 2008. Ia diadakan 11 hari sebelum mengundi. Sumber TKO - 24-3-2018 Tiada wakil rakyatnya bertanding atas tiket PH Posted on Saturday, March 24 @ 14:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38765 |
KUALA TERENGGANU: Dakwaan seorang ahli Pakatan Harapan (PH) ada adun dan ahli Parlimen PAS akan bertanding di atas tiket PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya propaganda pihak itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya mempersoalkan pendedahan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin itu dan berkata, parti yang diwakilinya, iaitu Amanah sendiri tidak berwibawa atau mendapat sokongan rakyat.
Ini kerana katanya, setakat ini, pihaknya masih tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu, termasuk siapa dan berapa adun yang dikatakan terbabit.
“Bagaimana orang hendak bertanding di atas tiket PH sedangkan pakatan itu tiada harapan, apatah lagi bertanding di atas tiket Amanah…lagi cepat kalah.
“Tindakan ini boleh jadi satu propaganda politik PH. Orang tidak menaruh harapan kepada Amanah, dapat 27 kerusi saja di seluruh negara macam mana nak bertanding,” katanya ketika ditemui selepas program Himpunan Harapan Semua, semalam.
Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas pendedahan Raja Kamarul Bahrin yang mendakwa terdapat beberapa wakil rakyat PAS dan bekas pemimpin parti itu bakal bertanding di atas tiket PH pada PRU14.
Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin enggan mendedahkan identiti wakil rakyat PAS terbabit, namun mendakwa kononnya tindakan itu diambil kerana kecewa dengan sikap pemimpin tertinggi parti Islam itu yang menyokong keputusan kerajaan Barisan Nasional, termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sumber TKO - 24-3-2018
Apa motif isu kafir mengkafir diungkit?
APA tujuan pihak berkenaan ungkitkan isu kafir mengkafir, PAS tidak pernah ajar ahlinya kafirkan orang, PAS dengan misi yang murni dan holistik ingin menyelamatkan akidah ummah.
Maka di kala ada ucapan pemimpin politik seperti pemerintahan tiada kaitan dengan agama, politik suku agama suku, Undang-undang Islam undang-undang lapuk, hanya sesuai di zaman dahulu, hanya sesuai untuk orang Arab, kalau nak makan sup tangan datang Kelantan, kalau perintah cara Islam Kelantan tidak boleh membangun sebab batu habis buat rejam orang berzina.
Di tengah-tengah kecelaruan pemikiran menyimpang sehingga nampak gambaran salah terhadap Islam inilah maka PAS bangkit mendidik dengan menekan soal batasan iman dan kufur dalam silibus tarbiah dan dakwahnya. Semua ucapan pemimpin PAS era 80-an termasuk tema Ucapan Dasar Muktamar PAS memfokus ke arah itu. Amanat Tok Guru Haji Hadi sebahagian kecil daripadanya yang disebut dalam ceramah, bukan fatwa mengkafirkan orang Umno tetapi lebih penegasan had dan batasan kufur dan iman.
Hairan dan melucukan zamannya berkuasalah dibedil Memali membunuh penghuninya yang tidak berdosa, namun sekarang ini pandai menyalahkan Amanat Haji Hadi sebagai punca peristiwa Memali. Analoginya mudah perompak menyalahkan kedai emas yang menayangkan barang kemas sebagai punca rompakan, perogol menyalahkan wanita yang cantik sebagai punca perbuatan, pencuri salahkan kekayaan mangsanya yang menarik perhatian. Padahal dosa dan salahnya jauh lebih besar.
Hujah tempang macam ini bagi kami jangan kata boleh mengalahkan kecerdikan Mufti, orang bodoh jahil pun belum tentu termakan.
Sumber HD - 23-3-2018UST HJ AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Parlimen Bachok - HARAKAHDAILY 23/3/2018
Solusi sejahtera siasatan rasuah
SEPERTI yang kita maklum dan paham dan perlu difahami, Islam bukan sahaja agama atau religion seperti yang difahami oleh orang yang bukan Islam, Islam adalah sempurna dan lengkap.
Isu rasuah ini bukan sahaja perkara politik pentadbiran, termasuk dalam perkara agama. Disebut dalam Quran, disebut dalam Hadis-hadis Nabi S.A.W, bukan sahaja secara hukum, bahkan mendedahkan umat yang dilaknat oleh Allah orang Yahudi Bani Israil, diantaranya penyakit rasuah.
Menangani rasuah
Dalam menangani masalah rasuah ini, Islam berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. Kerana hukum Islam itu melibatkan undang-undang yang zahir termasuk undang-undang yang bersifat spiritual. Bukan sahaja salah dari segi undang-undang, termasuk berkait dengan dosa yang akan dikira pada hari akhirat.
Seorang yang tak dihukum di dunia kerana bijak dia melarikan daripada rasuah, tak lepas di akhirat. Ini perbezaan antara Islam dan bukan Islam. Dengan sebab itu pemerintah Islam di zaman awal berjaya menangani rasuah dan membersihkan kerajaannya daripada rasuah dengan kesempurnaan aspek ini yang berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia.
Adapun laporan media asing, kita mesti menerima secara positif. Yang pertama kita terima kasih kepada media asing kerana mungkin mereka menyenaraikan tindakan-tindakan yang banyak diambil oleh kerajaan. Ataupun mereka melaporkan rasuah secara berita, sepatutnya mereka beritahu secara detail supaya kerajaan boleh bertindak.
Tidak dinafikan dalam dunia ini ada negara yang banyak rasuah, tapi disembunyikan, disembunyikan, bukan sahaja media asing termasuk media dalam negeri. Dengan sebab itu kita mengalu-alukan sebarang laporan tentang rasuah sama ada laporan tindakan yang banyak diambil ataupun melaporkan perlunya kalangan bertindak, tetapi mesti dilaporkan dengan betul. Jadi kita terima secara positif dan negatif.
Jangan menghukum sebelum dibuktikan
Mengikut ingatan saya rasuah ini berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Bukan sahaja zaman sekarang. Zaman peristiwa yang berantai, yang sambung-menyambung.
Malangnya dalam tahun 80-an, banyak pendedahan rasuah ini berhenti di tengah jalan, tak diambil tindakan. Yang berkait dengan BMF, berkait dengan KWSP, berkait dengan Tabung Haji, berkait dengan macam-macam lagi, Skyhawk dan lain-lain. Dan kita harap isu 1MDB ini kerajaan bertindak, bertindak dengan cara yang adil dan telus. Dan kepada kita, kita tidak mahu tuduhan sahaja, mesti kena ada bukti yang terang dan nyata.
Pihak masyarakat, pihak media jangan menghukum sebelum dibuktikan. Kerana mengikut kaedah Islam, kaedah Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah selagi tidak ada bukti. Jadi masalah kitanya kita tidak tunjukkan bukti-bukti. Dengan sebab itu mesti ada bukti dan ada tindakan yang adil dan telus mesti diambil. Kita berharap kerajaan yang ada ini tidak mengulangi kerajaan yang sebelumnya yang terhenti di tengah jalan.
Di zaman Tunku Abdul Rahman, saya masih ingat ada Menteri yang dipecat, ada Menteri yang diturunkan, tak perlu disebut namalah, takut aib keluarga dia. Tapi zaman selepas itu kita melihat apabila timbul isu tak ada Menteri yang diberhenti, tak ada Menteri yang diambil tindakan, tak ada. Yang adanya ialah ikan-ikan bilis yang kecil (diambil tindakan). Jerung yang besar tak ada (diambil tindakan).
Laksana secara praktikal
Yang pertama dalam menangani masalah rasuah ini kita bukan sahaja cakap, kita laksanakan secara praktikal. PAS pernah memerintah kerajaan negeri, Kelantan, Terengganu tahun 1959 sehingga tahun 1979 di Kelantan, tahun 1990 kita perintah balik sehingga hari ini. Dan kita pernah memerintah Terengganu satu penggal tahun 1999 - 2004. Kita pernah memimpin kerajaan Negeri Kedah, dan kita pernah terlibat dalam kerajaan campuran. Dan tak ada laporan tentang pemimpin kita yang terlibat dengan rasuah. Itu secara praktikal, secara amali.
Yang kedua secara ucapan boleh dirujuk kepada ucapan-ucapan di Parlimen dan ucapan Dewan Negeri, tiap-tiap penggal pemimpin kita membuat ucapan dan menegur tentang rasuah. Tetapi tidak mendapat liputan daripada media. Kita tak penting liputan media ini, apa yang penting ialah kita menjalankan tugas kita dan kita tak berhenti dalam masalah ini. Begitu juga termasuk guru-guru ugama kita, pensyarah kita dalam ucapannya selalu sebut masalah rasuah ini.
Pendidikan
Untuk menangani rasuah ini bukan sahaja melalui tindakan undang-undang, termasuklah juga melalui pendidikan, tarbiyah dan pelajaran. Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan pendidikan dan tarbiyah kita dalam menjiwai rakyat supaya menganggap rasuah ini suatu perkara yang haram. Bukan sekadar salah dari segi undang-undang sahaja.
Tindakan mendidik hanya salah dari segi undang-undang sahaja tak ada aspek agama dalam pendidikan ini menyebabkan lemahnya roh, aspek rohani dalam diri, dalam keluarga, ini menimbulkan ruang-ruang untuk dilakukan rasuah itu berlaku.
Sama ada melalui secara langsung pemimpin, keluarga pemimpin, mereka yang ada hubungan dengan pemimpin. Ini dilaporkan oleh al-Quranul Karim, al-Quran menyebut kisah-kisah yang banyak bagaimana rasuah ini berlaku bukan sahaja melalui tokoh, termasuklah isteri, termasuklah keluarga tokoh diriwayatkan ulama-ulama tafsir.
Di sini menunjukkan bahawa perlunya tarbiyah secara umum, secara menyeluruh. Kita melihat bagaimana Nabi kita Muhammad S.A.W yang mengharamkan keluarga dia menerima zakat, boleh terima sedekah sahaja. Bila seorang cucu dia makan buah tamar daripada zakat, terus dibuang daripada mulutnya. Cucu dia sendiri itu sebiji buah tamar sahaja, itu aspek pendidikan kepada anak-anak yang ditunjuk oleh Nabi S.A.W.
Dan termasuk dalam satu kisah bila seorang Sahabat yang ditugaskan untuk memungut hasil di satu daerah, lalu pulang ke Madinah. Sahabat itu mengatakan wahai Rasulullah, yang ini (hasil) tugas saya, yang (hasil satu lagi) ini orang bagi kepada saya.
Lalu Nabi menegur dan Nabi sebut dalam ucapan, tak sebut nama yang buat itu, Nabi kata ada orang kalangan kita ini dia pulang telah ditugaskan untuk memungut hasil, yang ini adalah (hasil) tugas saya, yang (hasil satu lagi) ini untuk saya. Adakah sekiranya dia tidak memegang jawatan ini, dia akan diberi hadiah ini? Barangsiapa yang mengambil secara haram, dia ambil itu adalah perkara yang diharamkan. Itulah lebih kurang maksud Hadis. Itu Nabi mendidik Sahabat-sahabat dia, bukan hanya mendidik dari segi undang-undang, termasuk mendidik dari segi agama, ada perhitungan dosa dan pahala.
Kita diajar dalam Islam, bukan sahaja adanya penguatkuasa, termasuklah adanya malaikat yang menjaga, yang mencatit amalan kita, bukan sahaja amalan ibadat, termasuk amalan mentadbir, mengurus negara. Semua akan dihisab di hadapan Allah Taala.
Jadi aspek mendidik secara iman, ini perlu, penting, bukan secara budiman, kena ada iman. Bukan secara akhlak, tetapi kena ada akidah, percaya kepada Allah dan hari akhirat. Percaya kepada perkara yang ghaib. Aspek ini tak ada dalam idealogi, tak ada dalam undang-undang ciptaan manusia.
Baiah
Yang pertama saya bersyukur kepada Allah Taala yang telah menyelamatkan pimpinan PAS yang diberi amanah untuk memerintah negara daripada disiasat. Yang kedua saya ucap terima kasih kepada Menteri yang berkenaan kerana memberi jawapan yang terbuka. Kita tak mahu berbangga diri. Apa yang perlu ialah supaya pihak lain berkongsi kefahaman dalam masalah ini.
Yang terpenting kita menganggap bahawa Islam adalah sempurna, semua perkara dalam kehidupan kita ada kait dengan agama, ada kait dengan dosa dan pahala, bukan perkara ibadat sahaja, termasuklah yang berkait dengan politik.
Di sinilah tiap-tiap orang wakil rakyat PAS dan tiap-tiap petugas PAS dibaiahkan, dibaiah. Dibaiah yakni diikat setiakan perjanjian dengan nama Allah supaya menunaikan tanggungjawab di atas nama agama, patuh kepada perintah agama, tidak khianat. Bukan sahaja dalam aspek-aspek yang sempit, termasuklah dalam ruang yang luas, dalam menjalankan tugas-tugas mereka bila diberi amanah untuk memerintah negara.
Di mana tiap-tiap orang kalangan kita bila dilantik jadi wakil rakyat, dilantik jadi pemimpin menganggap ini perkara agama. Dan dia tidak melakukan kesalahan sama ada di hadapan mata manusia ataupun tak ada manusia. Kerana kita menganggap ini perkara yang berkait dengan Allah Taala, berkait dengan hari akhirat, berkait dengan percaya kepada yang ghaib.
Saya sebut sebagai satu contoh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, biar saya dedahkan di sini pernah menceritakan kepada saya, ketika beliau baru jadi Menteri Besar Negeri Kelantan, ada orang datang berjumpa dengannya nak bagi duit dengan jumlah yang begitu besar, begitu besar antara Tok Guru dengan orang itu sahaja, orang itu sahaja. Maknanya orang tak tahu. SPRM tak ada.
Tok Guru menunjukkan muka yang masam dan marah, geram. Dia cerita kepada saya, celakalah orang ini. Dia ingat aku ini siapa. Tok Guru ingat pada Allah Taala, Allah Taala. Ini satu contoh. Itu orang yang sudah mati, kita kena ambil pengajaran, yang hidup ini kena ikut dialah. Jadi kita ambil contoh daripada orang yang sudah mati meninggal dunia. Itu satu contoh.
Dan dengan berkat ini kita boleh memerintah Kelantan sampai 27 tahun, masuk 28. Walaupun dalam keadaan kewangan yang begitu disekat, begitu ditahan, tetapi ada berkatnya. Berkat Kelantan boleh hidup. Begitulah negeri yang kita perintah, kita jatuh bukan dengan sebab rasuah. Jatuh dengan sebab hal-hal yang salah laku pihak yang lain terhadap kita.
Hisbah
Hisbah adalah satu institusi yang ditubuh oleh kerajaan Islam untuk melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar. Bukan sahaja melibatkan rakyat, termasuk melibatkan pemimpin kerajaan dan semua jentera kerajaan yang diberi bidang kuasa perundangan, dilindungi oleh undang-undang. Sehingga boleh bertindak terhadap ketua negara, boleh bertindak terhadap ketua pentadbiran, boleh bertindak terhadap siapa.
Menerima pengaduan kerajaan yang menghadapi masalah-masalah kerenah rakyat dan menerima pengaduan rakyat yang menghadapi kerenah-kerenah kerajaan. Ini luasnya bidang kuasa hisbah, ombudsman kalau tak silap saya. Ha ombudsman.
Di mana bidang ini tak ada dalam pentadbiran negara sekular. Ini wujud dalam Islam. Bila kita memerintah Terengganu, oleh kerana Terengganu itu dia punya bidang kuasa politik dan kedudukannya agak lebih terbuka daripada negeri yang lain, kita cuba menubuhkan hisbah dilantik Exco hisbah, Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dilantik menjadi Exco yang jaga hisbah, dan beliau telah membentuk badan yang khusus dilantik daripada kalangan kehakiman, kalangan polis yang bersara duduk dalam badan ini untuk meneliti segala tingkah laku kerajaan.
Tetapi malangnya tidak ada kuasa polis, tak ada kuasa kehakiman, kerana banyak peruntukannya di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Menyebabkan kita tak boleh melaksanakan dengan cara yang sepenuhnya.
Alangkah baiknya kalau kita dapat di peringkat Pusat, dapat melaksanakan sistem ini yang boleh diubah. Ini termasuk dalam perkara ijtihad. Perkara ijtihad yang boleh kita ubah mengikut keadaan-keadaan semasa, realiti dan situasi masyarakat mengikut keadaan yang berubah.
Pemerintahan Islam
Kepada umat Islam, penganut Islam, menjadi kewajipan kepada mereka untuk menghidupkan dan menyedarkan kembali pemerintahan Islam yang disebut oleh Quran, dan dilaksanakan oleh Nabi S.A.W. Kita hidup ini jadi kewajipan kepada orang Islam.
Yang kedua kepada kalangan bukan Islam, jangan takut kepada Islam. Islam-lah adil dan rahmat kepada semua, seluruh manusia sebagaimana Islam tidak memaksa dalam perkara agama, Islam juga tak memaksa orang bukan Islam ikut undang-undang yang ada pada ugama mereka. Di sana perkara yang luas, perkara yang terperinci mengikut agama masing-masing. Dengan sebab itu beri peluang kepada Islam untuk memerintah dan mentadbir.
Selama kita memerintah Kelantan, yang paling lama, kita mendapat respon yang sangat positif dari kalangan orang yang bukan Islam, sehingga menyebabkan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ini respon orang bukan Islam terhadap kejayaan kita di Negeri Kelantan khusus yang kita memerintah dalam masa begitu panjang.
Yang kedua, rakyat Kelantan terus memberi kepercayaan kepada PAS, dua kali. Kali yang pertama 1959 hingga 1979. Dan tak boleh dijatuhkan Kelantan melainkan secara khusus diisytiharkan darurat oleh Kerajaan Pusat, secara pintu belakang.
Kemudian kita ambil balik tahun 1990 dan kita berjaya memerintah Kelantan dalam keadaan menghadapi kepungan pentadbiran, kepungan yang tidak menghormati konsep Federalisma. Tapi kita berjaya memerintah Kelantan dengan semangat umat Islam Kelantan yang dididik dengan agama.
Dengan sebab itu negeri-negeri lain jangan takut, jangan takut untuk memberi ruang kepada kita. Insyaa Allah sekiranya kita mendapat kuasa yang lebih, banyak lagi boleh kita buktikan Islam adalah terbaik.
(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 23/3/2018Sumber HD - 23-3-2018
Kerjasama PAS Boleh Jadi Kenyataan
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PAS bukan NGO atau gerakan Islam sebaliknya sebuah parti politik yang fleksibel mengikut arus semasa.
“PAS dilihat mempunyai Plan B untuk berdepan realiti politik. Walaupun menetapkan syarat bagi sebarang kerjasama yang ingin dijalankan bersama mereka tetapi BN dan Pakatan Harapan boleh memenuhi syarat yang dikemukakan atau PAS meninggalkan prinsip mereka.
“Sebagai sebuah parti yang berbentuk fleksibel, mereka pernah menolak prinsip asal iaitu dengan menyertai PR yang ada DAP di dalamnya. Sejarah juga memperlihatkan PAS pernah berada dalam BN dan pernah bekerjasama dengan seteru untuk menang di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian
Katanya, PAS dilihat lebih terbuka berbanding sebelum ini dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menyentuh soal kerjasama antara parti.
“Mungkin mereka sedar sekarang ini mereka berada dalam keadaan panik selepas melihat begitu ramai orang hadir mendengar ceramah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kelantan,” katanya.
Menurutnya, meskipun PAS dilihat mendabik dada selepas mengisytiharkan mereka sebagai ‘kingmaker’ namun wujud kegusaran dalam soal hayat politik parti itu pada masa akan datang.
Sumber BO - 20-3-2018
Syarat calon: Tapisan hebat dan baiah wajib
HULU TEREGGANU: PAS telah menetapkan syarat pemilihan kelayakan bagi menjadi calon pilihan raya parti itu akan ditapis dan wajib berbaiah.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin berkata, baiah adalah syarat wajib bagi setiap calon PAS bertanding PRU14 ini.Sebelum itu menurutnya, pemilihan calon juga akan melalui syarat kelayakan yang ditapis begitu hebat dengan beberapa peringkat.Jelasnya, setiap Pesuruhjaya dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS akan dipersoalkan oleh Majlis Syura dalam proses pemilihan itu."Pemilihan syarat kelayakan untuk jadi calon PAS pada pilihan raya (PRU14) kali ini ditapis begitu hebat."Pesuruhjaya kena ada (tahu), Setiausaha Perhubungan PAS kena ada (tahu). Majlis Syura (MSU) akan tanya siapa calon ini dan akan ditapis lagi selepas itu."Baiah kepada setiap yang dicalonkan adalah wajib dalam PAS," tegasnya ketika ditanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Terengganu Kali Ke-34 di Kompleks Wawasan Tarbiah Tuan Guru Harun Taib (Al-Kawthar), Kubang Lembek, Manir semalam.Namun sebelum itu, beliau memberitahu perasaannya cukup gembira dan terbuka apabila bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Dato' Nakhaie Ahmad membuat keputusan kembali menyertai PAS.Katanya, hilang segala perasaan marah, benci dan dendam selama ini setelah Ustaz Nakhaie menyertai semula perjuangan PAS ini."Dulu kita (saya) marah sungguh kepada dia (Nakhaie). Masa dia keluar PAS dulu, apa yang dia tak kata kepada PAS dan Presiden PAS?"Apa yang istimewanya, apabila Ustaz Nakhaei isytiharkan dia masuk balik dalam PAS, kita terima kita terbuka kalau nak masuk (PAS)."Orang lain tak mahu masuk berlambak (ramai) dan mati dalam keadaan dia keluar perjuangan (PAS) pun ramai tapi kalau nak balik (kembali) boleh," jelasnya dengan perasaan gembira.Secara berseloroh kata Ustaz Hashim, sesiapa pun boleh masuk dan menyertai perjuangan PAS ini tetapi soal calon lain ceritanya.Pada majlis itu, Tuan Guru Hashim Jasin menyerahkan sejumlah 714 keping Sijil Keahlian PAS baharu terdiri dari ahli peringkat Dun Kuala Berang 281 orang, Dun Manir (263), Dun Telemong (140) dan Dun Ajil 30 orang.Hadir sama pada perasmian MAT PAS Hulu Terengganu itu, Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan seluruh jawatankuasanya. - HARAKAHDAILY 19/3/2018
Jangan khianat perjuangan Islam
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata:
“Maklumat, ilmu dan pengalaman ini sangat-sangat perlu kita jaga, bahawa dari zaman junjungan kita S.A.W sampai sekarang dan insyaa Allah sampai hari kiamat, siapa-siapa sahaja yang mengkhianati perjuangan Islam, pengkhianatannya itu akan menjadi laknat kepada dia dan kaum keluarganya di dunia dan di akhirat.
"Inilah yang paling membimbangkan kita. Pada tahun 1975, pertengahan tahun 1975, sekembalinya saya daripada luar negeri menamatkan pelajaran pertengahan tahun 1975. Saya sebagai pensyarah UKM dan ada seorang lagi namanya Tuan Haji Faisal Othman juga pensyarah UKM dipanggil oleh Dato’ Asri Yang Di-Pertua Agung PAS Parti Islam Se-Malaysia untuk menemui dia di pejabat Agung PAS di hujung Hospital Tawakal dulu. Bukan Hospital Tawakal yang ada sekarang ini. Yang ada di barisan jalan, Hospital Tawakal hujung itu di situ dulu pejabat Agung PAS.
"Dato’ Asri memanggil saya dengan Tuan Haji Faisal adalah untuk menanyakan kepada saya dan Tuan Haji Faisal, adakah saya sanggup dan sudah bersiap sedia untuk terjun sepenuhnya ke tengah-tengah medan memimpin, menjadi salah seorang pimpinan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini? Sebelum saya mengadap Dato’ Asri di pejabatnya, saya duduk menunggu panggilan di pejabat Setiausaha Agung iaitulah Ustaz Hassan Shukri Allahyarham. Ustaz Hassan Shukri dalam bersembang-sembang itu dia menyebutkan Pak Dr Sanusi dan saudara Haji Faisal, dipanggil Dato’ Asri untuk menanyakan kemampuan dan kesediaan untuk menjadi pimpinan.
"Maka sebelum menemui Dato’ Asri dan mendengar tawarannya itu, maka saudara-saudara berdua ini kena memahami betul-betul, adakah sanggup tidak mengkhianati perjuangan atau belum bersanggupan sepenuhnya? Kalau belum bersanggup sepenuhnya, maka duduklah di pinggir-pinggir dulu. Kalau sudah sanggup sepenuhnya, bolehlah terima tawaran Dato’ Asri.
"Sebab Ustaz Hassan kata sepanjang, itu tahun 1975, sepanjang sejarah PAS daripada tahun 1951, ditubuhkan sampai sekarang kata Ustaz Hassan Shukri, sekarang itu tahun 1975, setiap ahli PAS, pimpinan PAS yang mengkhianati perjuangan PAS hidupnya dan keluarganya tidak selamat dan tidak mendapat keberkatan.
"Ditunjuk seorang-seorang, ditunjuk seorang-seorang orang ini pernah mengkhianati PAS, orang ini pernah jadi wakil rakyat tapi mengkhianati PAS. Orang ini begini. Orang ini begini. Semuanya ternyata hidupnya mendapat laknat. Dan sampai sekarang anak-anak dan sahabat-sahabat sekalian, kita boleh hitung seorang-seorang yang mengkhianati perjuangan PAS, yang tidak mendapat keberkatan dalam hidup. ”
Sumber HD- 19-3-2018Ikuti teks transkrip dan suntingan dari ucapan beliau di Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang-33 semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 19/3/2018
PAS sedia ambil alih kerajaan
(Teks transkrip dan suntingan dari Ucapan Presiden PAS dalam program Munajat dan ceramah perdana PAS Selangor sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, Shah Alam pada 17 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi ujian dalam diri kamu sendiri. Dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh dan lawan-lawan kamu. Dan bertugaslah kamu di mana sahaja kamu diletakkan. Dan bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.”
(ali-Imran: 200)
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi ujian dalam diri kamu sendiri. Dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh dan lawan-lawan kamu. Dan bertugaslah kamu di mana sahaja kamu diletakkan. Dan bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.”
(ali-Imran: 200)
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah Taala, dan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Barisan Nasional yang menjawab di Parlimen minggu lepas. Menegaskan bahawa tidak ada seorang pun di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang jadi Menteri Besar, Exco, wakil rakyat disoal siasat oleh SPRM. Parti-parti lain termasuk Barisan Nasional, Pakatan Harapan, ramai dipanggil untuk disoal siasat.
Cukup untuk diberi kepercayaan oleh rakyat kepada parti Islam ini. PAS pernah memerintah Kelantan dua kali, tahun 1959 hingga 1979. Tak boleh dijatuhkan oleh Kerajaan Pusat melainkan setelah diisytiharkan darurat secara khusus dan digulingkan melalui pilihan raya yang khas. Kita menang kembali tahun 1990 sehingga sekarang sudah 27 tahun.
Dua kali memerintah Terengganu tahun 1959 hingga 1961, 1999 hingga 2004. Dikalahkan dekat operasi yang khusus. Memimpin kerajaan campuran Negeri Kedah. Menyertai kerajaan campuran di Selangor. Dalam semua tempoh itu tidak ada pemimpin-pemimpin PAS yang disoal siasat.
Di mana rahsianya? Rahsianya kita mengikut politik yang ditunjuk oleh Allah S.W.T, tuhan yang Maha Adil terhadap semua. Rahmat terhadap semua. Semua manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Maka kita mengadakan gagasan sendiri, Gagasan Sejahtera melibatkan parti Ikatan, parti Berjasa, NGO-NGO yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat mengikut acuan kita.
Cukup untuk diberi kepercayaan oleh rakyat kepada parti Islam ini. PAS pernah memerintah Kelantan dua kali, tahun 1959 hingga 1979. Tak boleh dijatuhkan oleh Kerajaan Pusat melainkan setelah diisytiharkan darurat secara khusus dan digulingkan melalui pilihan raya yang khas. Kita menang kembali tahun 1990 sehingga sekarang sudah 27 tahun.
Dua kali memerintah Terengganu tahun 1959 hingga 1961, 1999 hingga 2004. Dikalahkan dekat operasi yang khusus. Memimpin kerajaan campuran Negeri Kedah. Menyertai kerajaan campuran di Selangor. Dalam semua tempoh itu tidak ada pemimpin-pemimpin PAS yang disoal siasat.
Di mana rahsianya? Rahsianya kita mengikut politik yang ditunjuk oleh Allah S.W.T, tuhan yang Maha Adil terhadap semua. Rahmat terhadap semua. Semua manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Maka kita mengadakan gagasan sendiri, Gagasan Sejahtera melibatkan parti Ikatan, parti Berjasa, NGO-NGO yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat mengikut acuan kita.
Sumber HD - 19-3-2018
Halatuju dan pendekatan Gagasan Sejahtera
Sumber HD - 18-3-2018MESEJ Politik Islam yang dibawa PAS bersama Gagasan SejahteraMesej politik Islam yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera adalah untuk melakukan perubahan bagi memimpin negara, memperbaiki kerosakan, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, masyarakat dan negara.Tugas ini adalah berat, dan tidak cukup hanya dengan laungan dan retorik politik semata-mata tetapi hendaklah diperkuatkan dengan prinsip yang jelas dan pendekatan yang sesuai dengan suasana masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini.Perlulah juga kita sedari bahawa Islam telah menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah melencongnya aqidah dan rosaknya akhlak, sehingga institusi kekeluargaan menjadi tidak tenteram, masyarakat hilang punca, bernegara dijadikan sebab untuk mengaut keuntungan duniawi, nafsu mengatasi akal, dan sebagainya. Tetapi aspek menekankan akidah dan akhlak kadangkala tidak diminati oleh setengah masyarakat umum hari ini untuk diselesaikan kerana mereka hanya berfikir mengenai masalah kehidupan yang sangat menekan, dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan seharian dengan apa cara sekalipun. Akhirnya kita hanya bertindak untuk menyelesaikan masalah di depan mata sahaja, tanpa melakukan perubahan kepada kemanusiaan, sistem kenegaraan dan kaedah pelaksanaan bernegara.Pada hari ini saya ingin mengajak para hadirin untuk menginsafi bahawa Malaysia adalah negara berbilang agama – kaum – etnik yang merupakan satu tapak yang subur untuk membina semula peradaban umat Islam dan sebuah negara Malaysia. Kepelbagaian ini disatu sudut adalah satu cabaran yang rumit, dan disatu sudut yang lain pula adalah suatu kelebihan yang boleh digunakan oleh kita untuk membina sebuah negara Malaysia yang sejahtera dan harmoni.Maka dengan mengambilkira apa yang ada dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan terang menjelaskan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”, maka tentunya amalan Islam sebagai agama persekutuan sewajarnya boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana – mana Bahagian Persekutuan. Maka jelasnya, Islam perlulah diberi peranan utama untuk membina Malaysia sejahtera, dengan acuan tafsirannya yang sebenar dan tidak tersasar.Mendewasakan Malaysia Hari IniMalaysia bukanlah sebuah negara yang gagal. Kita dilimpahi dengan berbagai sumber hasil dan potensi yang terbentang luas. Rakyat perlu dibimbing, pemimpin pula mesti mempunyai akhlak dan keikhlasan serta kemahiran untuk memimpin. Dasar dan halatuju negara yang cantik sahaja tidak cukup kerana kita memerlukan pelaksanaan dasar negara yang tidak tiris serta jauh dari bercampur dengan rasuah yang membarah.Tidak dinafikan bahawa diwaktu ini kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Masalah dalam aspek politik ialah seperti politik wang dan politik kebencian. Masalah dalam ekonomi seperti hutang isi rumah yang semakin membesar dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar, termasuklah kos sara hidup yang menekan rakyat terbanyak. Masalah dari segi sosial seperti goyangnya perpaduan kaum, peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan moral berleluasa, kehidupan beragama yang dihimpit kiri-kanan oleh gaya hidup bebas, dan sebagainya.Sebagai enjin yang menggerakkan negara ini, kita juga mempunyai jentera kakitangan awam dan kerajaan yang mempunyai kelayakan dan kecekapan dalam melaksanakan tugasnya, dan juga golongan korporat yang bersungguh-sungguh membangunkan negara.Bukan semua dasar-dasar yang telah digubal oleh kerajaan tidak selaras dengan ajaran Islam dan tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Sekiranya ada dasar-dasar yang tidak membawa kebaikan, maka kita perlu melakukan penambahbaikan, supaya ianya akan lebih efisien dan pelaksanaanya yang bebas dari rasuah dan apa jua bentuk penyelewengan.Di waktu ini kita perlu mengakui bahawa pelaksanaan dasar-dasar tersebutlah yang banyak menimbulkan masalah. Penyelesaian kepada perkara tersebut memerlukan sistem semak imbang yang baik, mengurangkan campurtangan politik dalam jentera pelaksanaan dan menanam nilai-nilai murni Islam dalam kalangan pelaksana-pelaksana dasar.Oleh sebab itu, GAGASAN SEJAHTERA dan PAS mengambil sikap yang adil dalam berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara pada hari ini. Antaranya ialah:a. Menghormati mandat rakyat yang memberi kemenangan kepada sesebuah parti politik memerintah, dan tidak menumbangkan kerajaan melalui ‘cara pintu belakang’.b. Menyertai pilihanraya sebagai kaedah sebenar untuk menukar kerajaan yang lebih baik serta mengemukakan dasar dan amalan bernegara yang terbaik melalui manifesto dan tawaran pilihanraya.c. Menjadi pembangkang yang matang dan sejahtera, di mana menegur kerajaan dalam perkara yang tidak dipersetujui dengan memberi cadangan alternatif. Pada masa yang sama boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan rakyat dan umat manusia.d. Mengelakkan campurtangan asing dalam menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sosial negara, apatah lagi mengundang golongan yang mempunyai rekod jenayah antarabangsa, keras terhadap umat Islam, mencerobohan terhadap negara-negara lemah dan sebagainya.e. Menolak sekerasnya politik fitnah yang membinasakan keharmonian.Sistem Pilihan Raya di Malaysia mesti di perbaiki proses demokrasinya dengan memberi peluang seimbang kepada semua parti-parti politik untuk berlawan secara sihat di padang yang sama rata atau meraihkan kemenangan. Masih ada ruang yang banyak untuk melakukan penambahbaikan seperti memberi peluang saksama untuk parti-parti politik berkempen dalam media kerajaan dan mewujudkan batas yang jelas peranan kerajaan peralihan atau care taker.Malaysia Sejahtera Pasca PRU 14GAGASAN SEJAHTERA perlu diberi peranan yang lebih besar untuk mencorakkan negara Malaysia ke arah kesejahteraan. Rakyat boleh melihat peranan yang dimainkan oleh PAS, IKATAN dan BERJASA serta NGOs dan NGIs bersama GAGASAN dalam menangani isu GST, TPPA, DLP dan lain-lain isu dalam negara, serta isu membela nasib Rohingya dan Baitul Maqdis.GAGASAN berusaha untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi, dan jumlah kerusi yang ditandingi jauh melepasi 112 kerusi, iaitu majoriti mudah. Kami sedar bahawa tugas ini sememangnya berat, tetapi akan terus komited untuk bersama dengan kelompok masyarakat tidak berparti, tokoh masyarakat, cendekiawan, ilmuan, dan orang perseorangan untuk menambahbaik perjalanan negara kita ini. Tugas kita juga bukan terhenti pada PRU-14 semata-mata, bahkan akan berterusan selepas dari itu.PenutupSebagai menunjukkan kesediaan GAGASAN SEJAHTERA, maka kami telah mengemukakan dokumen-dokumen rasmi yang dihasilkan oleh GAGASAN SEJAHTERA sendiri atau parti-parti komponen seperti Memorandum GAGASAN tentang dana politik, barah rasuah dan isu FELDA. Juga dokumen rasmi yang dihasilkan oleh komponen GAGASAN seperti Resolusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Resolusi Kongres Rakyat Negeri-negeri, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).Hari ini kami melancarkan satu lagi dokumen rasmi iaitu Manifesto Malaysia Sejahtera.Ringkasannya ialah pada hari ini akan dikemukakan sebuah Manifesto Nasional – Peringkat Pertama yang mempunyai Sembilan Teras Utama iaitu:1. Mewujudkan Pentadbiran Yang Telus Dan Beramanah, Membasmi Rasuah Dan Menyekat Penyalahgunaan Kuasa2. Meningkatkan Pendapatan Dan Menjana Peluang Pendapatan Baru Untuk Rakyat Marhaen3. Meredakan Kesan Inflasi Dan Kenaikan Kos Sara Hidup4. Mengurangkan Jurang Agihan Dan Kekayaan Ekonomi Di Antara Kawasan Bandar Dan Luar Bandar5. Meningkatkan Kualiti Pendidikan Ke Arah Pembinaan Modal Insan Cemerlang6. Mengharmonikan Sistem Perundangan Dan Pentadbiran Negara Selaras Dengan Tuntutan Syariah7. Mengembalikan Hak-hak Negeri Berasaskan Konsep Federalisme8. Memperkasakan Suara Rakyat Untuk Menyuarakan Pendapat Dan Membuat Keputusan Selaras Dengan Tuntutan Syura Dan Demokrasi9. Memperkasakan Sistem Sokongan Sosial Kepada Golongan Yang MemerlukanPenjelasan lanjut mengenai keseluruhan kandungan Manifesto pula akan menyusul di hadapan tuan/puan sekelian.Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa dan bertawakkal pada Allah Tuhan Rabbul Jalil, agar kita semua diberikan pertolongan dan panduan oleh Allah dalam kita melaksanakan tugas serta tanggungjawab untuk menjadikan tanah tumpah darah kita ini sebagai sebuah negara yang sejahtera dan harmoni.“Sejahtera Bersama Islam”DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANGPengerusi GAGASAN / Presiden PASAstana Banquet Hall, Cyberjaya1 Rejab 1439 / 18 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Mahfuz empat beranak saja keluar PAS Posted on Saturday, March 17 @ 21:33:28 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38677 |
Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti itu ternyata cuma omong kosong.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti pada Disember tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.
“Empat beranak itu sahaja yang keluar dan tidak ada orang lain yang isytihar ikut keluar walaupun dia mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.
“Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya. Empat, lima orang yang keluar... 500 orang ahli baru yang masuk ,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di Marang, Terengganu hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang juga Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali.
Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) semalam.
Selain itu, katanya PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan menyertai parti lain
“Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala’ (taat) dengan kepimpinan,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU -14) , yang akan disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam esok.
“Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut,” katanya.
-Bernama
Sumber TKO - 17-3-2018
Manifesto PAS Solusi Atasi Masalah Rakyat
MARANG – Manifesto PAS Pusat yang akan dilancarkan oleh Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, akan memberi solusi bagi mengatasi masalah rakyat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, ia yang akan didedahkan kepada umum pada Ahad 18 Mac akan mencakupi pelbagai bidang.
“Maklumat ataupun asas-asas yang terdapat dalam manifesto jika dilihat satu persatu, yang akan dibentangkan,
”nanti boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara hari ini, dari segenap bidang dan sudut,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-34 bertempat di Dewan Tok Guru Rusila, pada Sabtu 17 Mac.
Ustaz Hashim turut menegaskan, rakyat perlu memberi peluang dan memilih PAS pada pilihan raya umum kali ini.
“Ini keyakinan kita……beri peluang, dan rakyat kena yakin dengan keputusan yang dilaporkan di Parlimen baru-baru ini, menunjukkan bahawa PAS bersih,
”daripada unsur-unsur seperti rasuah dan sebagainya. Orang jenis inilah yang perlu kita tonjolkan sebagai pemimpin,
“saya selalu sebut..pemimpin yang kuruskan diri untuk gemukkan rakyat, itu yang kita kena cari. Bukan pemimpin nak gemukkan diri dan menguruskan rakyat. Ini didapati ramai dalam PAS, tapi jarang nak jumpa bagi parti-parti lain,” jelasnya.
Oleh itu, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh negara sekarang ini mesti diselesaikan dengan merujuk kepada panduan Allah SWT.
”Allah yang jadikan kita. Ini pegangan kita,” ujar beliau.
Menurutnya, sembilan teras akan diletakkan dalam Manifesto PAS antaranya, aspek pendidikan, sosial.
“Tumpuan diberikan dalam bidang pengurusan, agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara bandar serta luar bandar.
”itu salah satu daripadanya, yang nampak berlaku jurang yang luas. Kita berikan tumpuan lain..Yang di bandar juga rakyat, yang di luar bandar pun rakyat,” tambah beliau.
Ketika ditanya berkenaan isu Dato’ Mahfuz Omar yang telah keluar dari PAS, Ustaz Hashim berkata, hanya empat orang sahaja yang mengikuti bekas Naib Presiden PAS itu.
“Ianya beri kesan positif kepada Parti. Beliau (Mahfuz) empat orang termasuk isteri, anak dan menantu keluar PAS, (sebaliknya) kemudian datang 500 orang yang lain sertai PAS. Namun, pintu masih terbuka untuknya kembali”,
Beliau sebelum itu turut memberi penekanan berkenaan sikap ahli terhadap pemimpin dalam berjemaah.
“Sebagai ahli, kena wala’ kepada kepimpinan dan keputusan jemaah. Dalam kaedah berjemaah juga, Presiden atau pemimpin utama mempunyai hak istimewa untuk memutuskan sesuatu perkara,” kata beliau.
Sidang media itu turut disertai oleh Haji Yahaya Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu merangkap Yang di-Pertua PAS Kawasan Marang serta Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman.
Sumber BO - 18-3-2018
PAS, rakyat terus pertahan Kelantan dengan Islam
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفْلِحُونَ“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi ujian dalam diri kamu sendiri. Dan bersabarlah kamu menghadapi musuh-musuh, lawan-lawan kamu. Dan ribat, bertugaslah kamu dengan bersungguh-sungguh, di mana sahaja kamu diletakkan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.”(ali-‘Imran: 200)
Kekuatan rakyat Kelantan
Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada rakyat Kelantan, bersyukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T, mengucap tahniah yang setinggi-tingginya kerana kesabaran rakyat Kelantan bersama dengan PAS selama lebih 27 tahun kali yang kedua. Kali yang pertama pernah 20 tahun, rakyat Kelantan bertahan dengan PAS. Kali yang pertama generasi muda barangkali tidak ada lagi. PAS pernah memerintah Kelantan tahun 1959.
Kerajaan PAS tidak boleh dijatuhkan secara pilihan raya yang bersih, sehingga Barisan Nasional yang memerintah Kerajaan Pusat terpaksa melakonkan huru-hara dan mengisytihar darurat di Kelantan untuk merampas Negeri Kelantan tahun 1979.
Menunjukkan kekuatan rakyat Kelantan yang sangat hebat. Kali yang kedua kita memerintah lagi tahun 1990 sehingga hari ini, terus diperintah oleh PAS. Insyaa Allah akan terus bertahan sehingga bila-bila masa dengan izin Allah.
Islam yang menyelamatkanMinggu lepas, seorang Menteri kerajaan bukan Menteri PAS memberi jawapan di Parlimen, membuat kenyataan hanya pemimpin-pemimpin kerajaan PAS yang tak dipanggil oleh SPRM untuk disiasat. Semua pemimpin parti-parti lain ada yang dipanggil untuk disiasat.
Kita telah berjaya mewujudkan kerajaan yang bersih, kerajaan yang adil, walaupun kita dikepung dari segenap penjuru. Dikepung dari segi pentadbiran, politik, media, disekat peruntukan, dilambat-lambatkan, dinafikan royalti petroleum. Padahal ada perjanjian Petronas dengan semua kerajaan negeri tahun 70-an.
Mana-mana negeri yang ada hasil petroleum di darat dan di laut hendaklah dibayar lima peratus kepada kerajaan negeri. Terengganu dirampas bila kita memerintah. Kelantan terus ditiadakan. Namun rakyat Kelantan bersabar, terus bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS. Kerana yakin dengan ajaran ulama-ulama yang ramai di Kelantan ini bahawa kita mulia dan selamat dengan Islam.
Harta sementara sahaja, bukan kita tak mahu harta. Tapi Islam yang menyelamatkan segala-galanya. Saidina Umar Ibnul Khattab R.A pernah menegaskan:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام، فمهما نبتغ العز بغير ما أعزنا الله، أذلنا الله“Kita adalah umat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam selagi kita bersama dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan, kehebatan lain daripada Islam, akan menerima penghinaan dari Allah.”
Kelantan mulia dengan Islam. Di mana rahsia kekuatan kerajaan kita? Kita mengikut acuan Allah S.W.T bagaimana mendirikan kerajaan.
Apa kekuatan sebenar?
Dengan kekuatan ini, PAS menubuh Gagasan baharu, Gagasan Sejahtera bersama dengan parti Ikatan, parti dan NGO yang lain akan menentang Barisan Nasional, menentang Pakatan Harapan.
Semua Ahzab, semua parti-parti yang tidak peduli dengan Islam kita akan lawan. Ada orang menganggap politik hanya dua penjuru. Politik kita bukan dua penjuru. Berapa penjuru pun kita hadap. Kekuatan kita mengikut acuan Allah S.W.T:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ“Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah negeri, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, amar makruf (Menyuruh kepada kebajikan) dan nahi mungkar (Mencegah kemungkaran). Dan bagi Allah sahaja akibat segala urusan.”(al-Hajj: 41)Apa makna mendirikan solat? Pemimpin yang nak jadi calon PAS mesti yang ada hubungan dengan Allah S.W.T. Ini tonggak kepimpinan kita. Tiap-tiap orang calon yang dipilih wajib diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak, bukan ilmunya sahaja, termasuk akhlak dan perangainya, ‘adalahnya dan tidak fasiknya seberapa daya yang boleh. Pemimpin yang kenal dosa dan pahala. Yang mendirikan sembahyang, yang ada hubungan dengan Allah S.W.T. Bukan sahaja masa sembahyang, tapi lepas sembahyang. Disebut:الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ“Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadi, mentadbir, memerintah seluruh alam.”(al-Fatihah: 2)Bukan sahaja kita menyembah tuhan pada masa sembahyang, kita menyembah tuhan pada masa memerintah negara mengikut syariat Allah seberapa daya yang boleh.Tiap-tiap orang calon yang dipilih untuk bertanding pilihan raya mesti melakukan baiah. Apa makna baiah? Daripada bai’, bai’ dengan makna jual. Jual apa? Jual diri dan harta kerana Allah S.W.T:إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ“Allah Taala membeli dari orang yang beriman diri dan harta mereka.”(at-Taubah: 111)Allah Taala nak beli. Maka siapa yang nak jadi calon mesti sanggup jual, bai’, melakukan baiah. Baiah adalah rukun politik Islam. Nabi kita Muhammad S.A.W nak mendirikan kerajaan Islam di Madinah, menemui golongan Ansar, Aus dan Khazraj yang sanggup menjual diri dan harta mereka kerana Islam, dilakukan baiah.
Menolak Bani ‘Amir yang bertanyakan apakah Kabinet bayangan. Bila Nabi S.A.W jumpa Bani ‘Amir, kalau menang siapa jadi ketua? Siapa jadi pemimpin? (Nabi S.A.W menjawab):الملك لله يؤتيه من يشاء“Itu kepunyaan Allah.”Bani Syaiban mengatakan Islam baik, tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah-kabilah Arab, tidak sanggup menghadapi kuasa-kuasa besar dunia akan mengepung Islam. Mereka yang sanggup bersama Islam mesti sanggup menghadapi tentangan dari segenap penjuru. Siapa sahaja menyekat, menghalang cita-cita kita, kita lawan. \
Pilihan raya ini kita akan lawan Barisan Nasional. Kenapa? Kerana mereka sudah memerintah 60 tahun, mereka tidak memperkasakan Islam. PAS bersama ketika berjuang untuk kemerdekaan. PAS mendesak bersama meletakkan Islam adalah agama persekutuan, agama-agama lain diberi hak kebebasan.
Bila Islam agama persekutuan, Islam mesti memerintah. Sekarang Islam tidak memerintah. Islam diperintah. Bukan Islamnya memerintah, Islam diperintah. Ini perbezaan antara PAS dengan Umno, dengan Barisan Nasional, dengan Perikatan dulu. Selagi pendekatan ini tak diubah, pilihan raya ini kita lawan.
Pakatan Harapan, DAP terang-terang menyatakan penentangan terhadap Islam. Tak setuju dengan Islam. Parti-parti lain yang bersama dengan DAP jadi lembu kenyang, tak berani nak mempertahankan Islam.Maka PAS akan bersendirian dengan rakan-rakan Parti Ikatan, akan bertanding pilihan raya ini secara bersendirian dengan rakan-rakan kita menentang Barisan Nasional, menentang Pakatan Harapan. Dengan keyakinan. Insyaa Allah kalau dapat simple majority, boleh memerintah. Ataupun dapat kerusi-kerusi 40, 50, 60 kerusi, menjadikan kita King Maker, semua parti tidak boleh tubuh kerajaan melainkan akan tanya kita. Di masa itu kita boleh meletakkan syarat-syarat yang kita mahu. Kita ada kekuatan.Untuk mencapai ini, maka Kelantan mesti dipertahankan, Kelantan mesti dimenangkan. Perjuangan kita bukan Kelantan sahaja, perjuangan seluruh Malaysia. Oleh kerana itulah walaupun Kerajaan Pusat menafikan petroleum, menafikan banyak perkara, Kelantan tidak berjuang untuk membebaskan diri daripada Kerajaan Pusat. Kerajaan (Kelantan) tidak memerdekakan (diri dari) Kerajaan Pusat, kerajaan (Kelantan) masih dalam Malaysia, Kelantan masih dalam Malaysia. Tak macam ada di setengah Sabah dan Sarawak yang anti-Semenanjung, kita tidak.Kerana perjuangan kita untuk seluruh Malaysia. Kerana risalah kita, mesej kita untuk seluruh manusia, bukan Kelantan sahaja. Inilah pusaka yang ditinggal oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.Konsep zakatYang kedua acuan Allah:وَآتَوُا الزَّكَاةَ“Menunaikan zakat.”(al-Hajj: 41)Kerajaan yang ada perancangan ekonomi, yang ada hasil negara. Allah menunjukkan konsep zakat:تؤخذ من اغنيائهم، وترَدُّ إلى فقرائهم“Diambil dari mereka yang berada, diagihkan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.”Kita menentang GST, kerana cukai GST ini menyusahkan rakyat yang miskin. Walaupun tujuannya untuk mengejar mereka yang mahu melarikan cukai, tetapi kesan inflasi, kesan kenaikan harga barang-barang menyusahkan rakyat.
Kita menentang SST yang dibawa oleh kerajaan dulu, yang tidak mencapai matlamat untuk memajukan ekonomi negara walaupun mereka yang memerintah ini masa itu memperkenalkan Wawasan 2020. Wawasan 2020 tinggal dua tahun lagi, dia dah lari dah.Kita ada cadangan kita sendiri, cadangan pendekatan ekonomi Islam, menggantikan GST, SST, dan apa sahaja. Islam pernah memerintah dunia, bukan memerintah negeri yang kecil. Sempadan Islam dari Asia Tenggara sehingga Pantai Barat Eropah, dari Asia Tengah sehingga Afrika Tengah, sebahagian Eropah, Islam boleh memerintah negara masyarakat majmuk. Macam-macam agama, macam-macam kaum. Zaman tak ada kemudahan-kemudahan, alat yang canggih macam sekarang ini, Islam boleh memerintah 1000 tahun lebih.
Hari ini dunia menyaksikan kegagalan Komunis, kegagalan Sosialis, sehingga Rusia dan China terpaksa mengubahkan dasarnya daripada Sosialis kepada bebas. Dunia menyaksikan kegagalan Liberal Kapitalisma, Amerika dan Eropah, menghadapi masalah. Dunia tak tahu di sana ada Islam. Kita mahu memperkenalkan Islam.
Pernah mendiang Lee Kuan Yew pemimpin politik Singapura yang terkenal sebelum beliau meninggal dunia, Lee Kuan Yew minta nak jumpa PAS. Kita jumpa Lee Kuan Yew. Soalan dia, apakah dasar PAS dalam hubungan antarabangsa? Hubungan antara kaum? Dia nak tahu. Saya kata dasar PAS adalah adil untuk semua.
PAS diajar oleh Quran mendahulukan perdamaian. Islam adalah agama semasa, agama semasa agama terkini. Kita akan baca peta Asia Tenggara yang ada pada hari ini kita tak baca peta Asia Tenggara 200 tahun yang lalu.
Islam boleh mentadbir, jangan bimbang. Mentadbir semua kaum, semua bangsa, ini diajar oleh Quran. Kalau kalangan bukan Islam boleh menerima idealogi-idealogi Barat, Komunis, Kapitalis, Sosialis, macam-macam yang bukan daripada Cina, daripada India, mengapa mereka tak boleh terima Islam? Beri peluang kepada Islam.
Sayangnya, bila kita menang di Kelantan, dia sekat-sekat. Tahun 1990, bila kita luluskan Undang-undang Syariat Negeri Kelantan, Perdana Menteri di masa itu tulis surat kepada Tok Guru, kalau kerajaan (Negeri Kelantan) laksanakan syariat Islam ini, kalau Kelantan laksanakan, Kerajaan Pusat akan bertindak. Dia beri amaran nak bertindak terhadap Kelantan.
Namun kita bertindak dengan bijak. Kita tidak gopoh. Kita laksanakan apa yang boleh kita buat. Kita tangguh dulu apa yang kita tak boleh buat. Yang mengembirakan kita rakyat Kelantan bersabar dengan apa yang kita boleh buat.
Kita telah berjaya memakmurkan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantanlah yang memakmurkan ekonomi orang Islam di Kuala Lumpur, memakmurkan ekonomi orang Islam di Johor, Singapura dan Pulau Pinang. Rakyat Kelantan yang memakmurkan pusat-pusat pengajian tinggi. Rakyat Kelantan yang ada di Kelantan mempertahankan Kelantan dan mereka sanggup balik mengundi di Kelantan. Amalan ini mesti diteruskan. Insyaa Allah dengan pendekatan ini, kita mendapat pertolongan Allah S.W.T.
Negara berkebajikanوَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ(al-Hajj: 41)Negara yang berkebajikan, bukan welfare state, bukan kebajikan masyarakat. Kebajikan yang umum, kebajikan dalam hubungan dengan Allah, hubungan dengan diri, hubungan dengan keluarga, kebajikan yang ada dosa pahala dari dunia sehingga akhirat. Bukan kebajikan sekadar untuk menang pilihan raya. Kebajikan yang percaya kepada perhitungan Allah S.W.T.
Dengan berkat berkebajikan ini, orang Kelantan tak mati di bawah PAS. Orang Kelantan boleh hidup dengan PAS. Ketika negara menghadapi masalah inflasi, kenaikan harga barangan, barangan Kelantan lebih murah daripada negeri-negeri lain. Lebih aman daripada negeri lain.
Bodohkah orang Kelantan pilih PAS selama 27 tahun? Tidak, tidak sekali-kali. Kalau kita kata bodoh, bodohlah pilih Islam. Ini petunjuk yang kita pohon tiap-tiap rakaat:اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ“Tunjukkanlah kami jalan yang betul.”(al-Fatihah: 6)
Tiap-tiap rakaat kita minta dalam sembahyang kita. Inilah dia, bukan masa sembahyang sahaja, termasuk semasa berpolitik dan memerintah negara.
Dengan semangat yang ada pada malam ini, terutamanya kebangkitan orang-orang muda yang bangkit sama untuk mendukung kerajaan negeri. Walaupun mereka tak bersama tahun 50-an, mereka tak menyaksikan awal tahun 1990, mereka menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan Islam.
Boleh jadi perjuangan ini bersambung panjang, bukan masa saya, masa generasi muda. Tetapi wawasan kita bukan Wawasan 2020, wawasan kita daripada dunia sehingga hari akhirat.
Sumber HD - 17-3-2018Mudah-mudahan Allah memberkati semua. Saya ucap terima kasih. Mudah-mudahan Allah Taala memberkati rakyat Kelantan, Allah Taala memberi pahala yang sangat besar kerana mereka menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia bersama dengan Islam.(Teks transkrip dari ucapan Presiden PAS dalam Ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana Kota Bharu semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 17/3/2018
Kesilapan Rafizi bukti jahil mengenai cukai DH
SAYA meneliti ucapan Rafizi Ramli dalam youtube setelah saya terbaca kritikan beliau yang diviralkan di dalam whatsapp dan facebook terhadap cadangan dua cukai baharu di dalam Dokumen Hijau PAS. Omelan Rafizi di dalam youtube tersebut jelas menunjukkan ‘zero knowledge’ Rafizi terhadap cukai baru yang dicadangkan oleh PAS sebagai ganti GST. Di sini pihak Dokumen Hijau (DH) ingin menyatakan dua kesilapan besar Rafizi di dalam komentarnya:
1. Cukai atas jual beli saham
Pada minit ke 0:30, Rafizi menyatakan bahawa PAS akan mengenakan cukai ke atas transaksi jual beli saham seraya berkata: “…(PAS)
memperkenalkan cukai ke atas transaksi jual beli saham.” Pada minit ke 5:27 pula Rafizi menyebut: “Apabila cukai akan dikenakan ke atas transaksi, setiap satu transaksi, bukan atas untung rugi menjual saham, maka yang paling teruk ialah institusi-institusi kerajaan."
Jawapan DH: Kesilapan Rafizi pertama ialah, DH tak pernah menyebut untuk kenakan cukai atas transaksi sebagaimana gambaran Rafizi. Saya tak pasti daripada mana beliau dapat formula itu dan di mana dia belajar ada sistem cukai Islam dikenakan atas transaksi. Apa yang disebut oleh DH ialah “Penyelesaian 2 Untuk Permasalahan 1: Cukai Saham Di Bursa Saham Malaysia” sebagaimana di muka surat 20 Dokumen Hijau. Sila rujuk versi asal Dokumen Hijau.
Cukai yang akan dikenakan adalah berdasarkan kaedah-kaedah khusus yang diguna pakai oleh Islam khususnya di dalam pengiraan zakat. Ada yang dikenakan berdasarkan pegangan tetapi bukan semua pegangan akan dikenakan cukai. Ada yang dikenakan ke atas keuntungan bersih secara one-off tetapi bukan semua keuntungan bersih dikenakan cukai. Di sana juga terdapat syarat-syarat terperinci di dalam menentukan kadar dan bila perlu dikenakan cukai. Sebagaimana GST disebut secara umum sebagai cukai 6 peratus ke atas jualan tetap secara terperinci ada GST dikenakan 6 peratus ke atas untung bersih, bukan ke atas transaksi jualan.
Secara terperinci, hanya mereka yang berkepakaran di dalam kiraan cukai Islam sahaja yang tahu sebagaimana kiraan terperinci cukai DH ini. Sebagaimana GST boleh digambarkan secara umum sebagai cukai sebanyak 6 peratus atas barangan dan perkhidmatan, tetapi secara terperinci, bukan semua barang dan bukan semua transaksi dikenakan GST. Hanya mereka yang berkepakaran dalam bidang ini sahaja yang terdiri daripada pegawai Kastam yang berkenaan dan institusi perakaunan tertentu yang lebih tahu. Begitu juga cukai Dokumen Hijau ini, ia boleh digambarkan sebagai cukai sebanyak 2.5 peratus ke atas saham orang-orang kaya serta simpanan mereka yang maha banyak, tetapi secara terperinci, bukan semua simpanan dan saham dikenakan cukai DH. Maka mereka yang berkepakaran dalam bidang cukai Islam ini yang lebih tahu. Pun begitu, anggaran kasar pendapatan boleh dibuat iaitu sekitar 2.5 peratus daripada keseluruhan jumlah yang ada di Bursa dan jumlah simpanan korporat yang direkodkan di Malaysia.
2. Kesan kepada tabung dan wang pelaburan rakyat
Pada minit ke 2:57, Rafizi menyebut: “Sebahagian besar saham-saham di Malaysia ini siapa punya? Siapa yang pegang sebahagian besar saham-saham dekat Malaysia ini? Semua dipegang oleh tabung-tabung wang rakyat Malaysia. Sebahagian besar saham ini dipegang oleh KWSP, amanah saham, oleh Tabung haji, oleh kumpulan wang amanah pencen, oleh Socso, oleh lembaga tabung angkatan tentera, oleh bank-bank dan institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, oleh lembaga-lembaga milik kerajaan; mereka yang memiliki sebahagian besar daripada saham-saham ini. Maka yang banyak berjual beli ini ialah diorang juga.” Pada minit ke 4:40, Rafizi menyebut: “Jika dikenakan cukai Islam maka dividen 5 peratus tinggal 1 peratus sahaja”.
Jawapan DH: Komen Rafizi ini jelas menunjukkan beliau mempunyai “zero knowledge” tentang sistem percukaian Islam. Formula yang diguna pakai dalam komen beliau ialah formula konvensional, bukan formula Islam. Kita menggunapakai kaedah “Tidak boleh diceraikan antara modal yang bergabung” (لا تفرق بين المجتمعات) sebagaimana hadis menjadikan pembayar utama cukai ini ialah penerima pelaburan atau dengan kata lain, pemegang-pemegang utama saham syarikat-syarikat besar seperti Maxis. Maka pembayar utamanya adalah Ananda Krishnan, bukan pengguna maxis atau sumber pelaburan seperti PNB dan pelabur-pelaburnya. Melalui cukai yang dicadangkan oleh PAS ini juga, Ananda tidak akan dapat memindahkannya (hand over) kepada pengguna apabila dilaksanakan konsep ‘Haul’ dalam formula pengiraannya. Sekali gus cukai yang tersembunyi yang dibayar oleh pengguna Maxis miskin dan sederhana, akan dibayar selepas ini oleh Ananda Krisnan sendiri, bukan dipindahkan kepada pengguna secara tersembunyi dan tidak disedari sebagaimana sistem SST.
Formula ‘Tidak Boleh diCeraikan antara Modal yang berGabung (TBCMB) akan menjadikan pencarum-pencarum ASN, FGV dan lain-lain mungkin hanya akan menerima kesan sebanyak 0.3 peratus sahaja daripada 5 peratus, bukan dividen 5 peratus tinggal 1 peratus sebagaimana digambarkan oleh Rafizi. 0.3 peratus cukai yang pada kebiasaannya adalah wang lebihan milik palabur adalah jauh lebih baik daripada 10 peratus cukai SST yang tersembunyi di dalam harga barangan yang dibayar daripada wang perbelanjaan dan keperluan rakyat. 0.3 peratus itu juga jauh lebih baik daripada 300 peratus cukai kereta (levi, eksais dan lain-lain) yang akan dinaikkan oleh kerajaan PH sebagaimana yang disebutkan oleh Tun Mahathir. GST yang dilaksanakan oleh BN dan SST serta kenaikan cukai-cukai lain bagi menampung kehilangan akibat penghapusan GST yang dicadangkan oleh Tun Mahathir, kedua-duanya dibayar oleh wang perbelanjaan asasi rakyat dan golongan 1 peratus yang menjadi taiko-taiko bisnes Malaysia seperti Robert Kuok yang memiliki sekitar RM60 bilion, Ananda Krishnan yang memiliki sekitar RM18 biliion dan pengkorporat-pengkorporat seumpamanya seperti Mokhzani Mahathir dan lain-lain, pada hakikatnya tetap tidak akan membayar cukai hasil perniagaan mereka justeru cukai-cukai mereka akan dipindahkan kepada pengguna dan pembeli melalui kemasukan cukai ke dalam harga barang. Tetapi cukai DH yang akan dilaksanakan mengunakan formula TBCMB, haul dan lain-lain, maka yang akan kena bayar pada hakikatnya ialah golongan 1 peratus taiko-taiko ini, bukan 99 peratus rakyat yang mengguna barangan dan perkhidmatan mereka.
Sebagai tambahan, beliau menggambarkan bahawa cukai itu dikenakan ke atas wang rakyat atas alasan institusi-institusi milik kerajaan ini adalah wang rakyat. Blind spot (bahagian terlepas pandang) yang paling ketara dalam kenyataan Rafizi ini ialah pengguna dan pemanfaat utama wang-wang rakyat ini ialah golongan 1 peratus tersebut.
PNB yang memegang sebanyak RM199.1 bilion atau 10 peratus saham di Bursa Kuala Lumpur sebagai contoh perlu juga dilihat dari aspek penerima pelaburan, bukan pelabur sahaja. Dari segi pelabur, lebih 40 peratus sahamnya adalah saham kerajaan yang terdiri daripada wang cukai-cukai yang dipaksa bayar oleh kerajaan ke atas rakyat (termasuk GST) dan lebih 50 peratus lagi adalah duit-duit pelabur sukarela yang terdiri daripada rakyat-rakyat bawahan. Wang rakyat yang diambil secara paksa (40 peratus++) dan sukarela (50 peratus++) ini dilaburkan oleh kerajaan ke dalam syarikat-syarikat yang dimiliki oleh golongan terkaya 1 peratus seperti Maxis, Gamuda, IJM, RHB, Digi dan lain-lain. Maka jika sesiapa dapat memahami cukai DH ini secara lebih halus, mereka akan faham bahawa wang rakyat itu akan dipusing sebahagian alirannya daripada golongan 1 peratus rakyat terkaya kepada golongan termiskin di kalangan B40.
Sebagai terakhir, suka untuk saya mengulas kata-kata bongkak Rafizi pada minit ke 6:15:
“Pakar cukai ini” sambil menunjukkan jari ke hidungnya seolah dia adalah pakar dalam bidang cukai. Apa yang ingin saya tegaskan di sini bahawa, pengajian tentang cukai Islam tidak berlaku secara formal dan bersilibus pada hari ini sekalipun sistem cukai Islam yang lengkap terdapat di dalam kitab-kitab fekah. Maka mustahil Rafizi boleh menjadi pakar cukai Islam seolah-olah ‘ulama mujtahid’ justeru tiada pengajian cukai Islam disediakan di dalam silibus-silibus pengajian di fakulti ekonomi di mana-mana universiti kerajaan tempatan mahupun Eropah atau Amerika Syarikat. Dua kesalahan besar Rafizi di atas sudah cukup membuktikan bahawa beliau bukan sahaja bukan pakar, tapi sangat jahil tentang cukai Islam serta formula-formulanya.
ZAHARUDIN MUHAMMAD AL-FARUQSumber HD - 16-3-2018
Pengarah Dokumen Hijau, PAS.
Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin
KONSEP zakat
Saya mulakan jawapan dengan firman Allah Taala:
...وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ ...(٣)“...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menunjukkan
kepadanya jalan penyelesaian (2) Dikurniakan rezeki yang tidak terhingga...(3)”(at-Talaq: 2-3)
Islam adalah ad-Din, ajaran yang sempurna. Bukan sahaja bercirikan agama, semua perkara yang positif yang ada dalam agama, ada dalam Islam. Perkara yang negatif yang ada dalam agama yang lain, ditolak oleh Islam. Semua perkara yang positif yang ada dalam idealogi dan teori ciptaan manusia ada dalam Islam. Semua kelemahan-kelemahan dan negatif dalam idealogi ditolak oleh Islam.
Dalam aspek percukaian, Allah S.W.T bukan sahaja menciptakan manusia. Dalam masa yang sama dikurniakan rezeki yang sudah mencukupi. Sama ada melibatkan perbelanjaan individu, keluarga, termasuk melibatkan kerajaan. Dengan hasil bumi yang cukup, tenaga manusia yang cukup. Sekiranya berlaku kelemahan dan kekurangan, kepincangan, menunjukkan kesilapan manusia sendiri.
Dalam aspek percukaian, Islam memperkenalkan konsep zakat, cukai yang bersifat ibadat, yang berkonsepkan:
تؤخذ من اغنيائهم، وترَدُّ إلى فقرائهم“Diambil daripada mereka yang berada, diagihkan kepada mereka yang tidak berada.”
Konsep zakat dalam Islam menetapkan mereka yang punya nisab, yang punya harta yang mencukupi, lebihan daripada perbelanjaan diri, keluarga yang sangat perlu. Maka dikenakan zakat yang bersifat cukai secara ibadat.
Salah satu sumber daripada negara Islam di zaman awal. Apabila negara Islam sudah meluas melibatkan menjadi kuasa besar dunia, sehingga menguasai tiga benua besar dalam dunia, Benua Asia, Benua Afrika dan sebahagian Eropah.
Islam boleh mentadbir negara, dengan memperkenalkan cukai kepada orang yang bukan Islam dan juga kepada orang Islam dalam keadaan darurat. Di sana ada cukai darurat, bila negara menghadapi ketegangan ekonomi. Maka dikenakan cukai darurat.
Kepada saya GST yang melibatkan sebahagian besar rakyat tanpa mengira pendapatan mereka adalah cukai darurat. Adakah kita berada dalam keadaan darurat? Ekonomi kita darurat? Perlu dikaji.
Kita melihat bahawa apabila kerajaan berkonsepkan perdagangan, kerajaan berniaga. Start tahun 80-an, kononnya untuk mendapat hasil yang banyak, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, berlumba dengan rakyat.
Sepatutnya mungkin duit makin banyak. Apa yang berlaku ialah ketirisan. Ketirisan daripada sumber negara, bila kerajaan dan konco-konconya, kroni-kroninya diberi peluang oleh kalangan tertentu yang tidak boleh membebaskan aspek kepentingan peribadi yang tidak dikawal lagi. Menyebabkan kekayaan negara dikumpul oleh kalangan hartawan yang tertentu sahaja, tidak banyak turun kepada rakyat.
Bahkan pendapat kerajaan juga berkurangan. Di sana banyak billionaire-billionaire, billionaire, trillionaire dalam negara kita. Tetapi kerajaan tak cukup. Ini menandakan satu pendekatan yang salah.
Apa yang penting ialah kerajaan mesti mengurus hasil tanpa cukai, hasil-hasil bumi dalam negara kita. Kemudian pergi kepada hasil cukai ibadat, zakat, dan cukai-cukai yang lain dengan konsep dikenakan kepada mereka yang berada tidak menyusahkan rakyat.
GST mungkin darurat. Yang pertama kerajaan tak cukup duit. Yang kedua ialah darurat kerana mengejar mereka yang tak bayar cukai. Ini pendekatan GST.
Pendekatan itu boleh ditangani dengan penyelesaian lain. PAS ingin memperkenalkan konsep Islam yang dilupakan. Kerana dunia hari ini hanyalah mengenali konsep ekonomi Timur, Komunis dan Sosialis, Barat Liberal Kapitalisma. Kita menyaksikan bagaimana negara yang besar menghadapi kemelesetan ekonomi, mengalami masalah pengangguran. Menghadapi pengagihan tidak adil dalam sumber negara. Menghadapi kebocoran yang dilakukan oleh kerajaan yang menang melalui pilihan raya.
Kerana belanja banyak guna untuk pilihan raya, bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini berlaku di Amerika, berlaku di negara Eropah yang sedang menghadapi masalah ekonomi. Komunis hancur, kita lihat kehancurannya di abad yang lalu.
Oleh kerana itu telah tiba masanya kita kembali kepada Islam yang merangkumi naluri yang ada dalam diri manusia, bukan sahaja kepentingan individu, termasuk kepentingan masyarakat. Bukan sahaja menegakkan negara kebajikan, termasuk negara berkebajikan yang berkonsepkan kebajikan yang lebih luas. Bukan sahaja dalam aspek wawasan dunia, termasuk wawasan dunia sehingga hari akhirat.
Mengemukakan penyelesaianMasalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini. Yang memerintah negara sejak tahun 80-an. Merekalah yang mewujudkan masalah.Bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah ini masalah dibuat oleh mereka ini dulu. Dengan sebab itu PAS memperkenalkan konsep ta’awun, bertolong-menolong dalam perkara baik dan tak tolong-menolong dalam perkara kemungkaran.
PAS mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan. Bukan kita tamak kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan-pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan. Kalau kita tak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini.
Selesai secara berasinganGST alat penyelesaian sementara waktu. Telah menangani mereka yang melarikan diri daripada cukai yang banyak wujud dalam masyarakat. Tetapi malangnya, tidak boleh menghalang berlakunya inflasi, kenaikan harga barangan yang tidak terkawal, dia menyusahkan kehidupan rakyat.
Dengan sebab itu kerajaan perlu menyelesaikan secara berasingan. Penekanan untuk mengejar mereka yang tak bayar cukai ini bukan melalui pendekatan GST. Boleh melalui pendekatan-pendekatan yang lain, tindakan yang lebih berkesan.
Dalam Islam tindakan yang ada dosa dan pahala. Dosa dan pahala ini tak ada dalam ekonomi Barat. Kalau mereka faham dosa dan pahala ini, mereka tak larikan cukai, mereka tunaikan tanggungjawab.
... di sana tanggungjawab masyarakat, dilaksanakan oleh mereka yang berada, bukan sahaja oleh kerajaan. Ini mengurangkan kos kerajaan. Kita menyaksikan bagaimana di zaman orang kuat berpegang dengan agama, nak buat masjid, orang berlumba-lumba untuk sumbangan derma, untuk buat masjid.
Bahkan mewakafkan bangunan, mewakafkan tanah adalah semua untuk kebajikan masyarakat. Ini mengurangkan kos kerajaan. Tetapi bila kerajaan mengambil alih dalam kegiatan rakyat, semua dibelanjakan oleh kerajaan. Maka penglibatan rakyat dalam kebajikan dikurang, dan tidak lagi. Ini menyebabkan kerajaan menanggung kos.
Mungkin GST untuk mengejar mereka yang tak bayar cukai. Tetapi bukan dengan cara GST. Ada cara lain, kita ada pendekatan kita. Dalam masa yang sama, GST tidak boleh menghalang daripada berlakunya inflasi. Bila ada barangan yang dicukaikan melibatkan pendapat hak rakyat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Walaupun kerajaan dikatakan membebaskan GST daripada beberapa kalangan. Tetapi berkait dengan transport, berkait dengan kemudahan asas yang berkait untuk hasil itu, kena GST juga. Ini menyebabkan peniaga-peniaga terpaksa menaikkan harga, menaikkan harga untuk ganti daripada bayaran GST ini. Maka tak boleh nak halang berlakunya inflasi.
Dalam hal ini, kita ada penyelesaian kita sendiri, yang lain daripada GST. Quran pernah menunjukkan bagaimana pemerintahan Islam yang adil zaman Zulkarnain, bila penduduk negeri nak bayar cukai kepada Zulkarnain kerana pertahanan daerahnya oleh kaum Yakjuj wa Makjuj. Zulkarnain menjawab, pendapatan yang ada pada saya sudah cukup, tak perlu ambil cukai.
Ini satu pendekatan yang ditunjuk oleh al-Quranul Karim. Di sana ada penyelesaian lain. Begitulah Nabi Sulaiman A.S yang pernah memerintah dunia, tidak membebankan rakyat kerana dapat mengurus hasil negara dengan baik. Sama ada hasil yang tidak cukai dan termasuklah zakat, dan cukai yang diambil daripada mereka yang berada.
(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 16/3/2018Sumber HD - 16-3-2018
Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) – Hala tuju negara bersama PAS
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi menyelesaikan masalah negara yang membebankan rakyat dan kerajaan, akibat kegagalan melaksanakan konsep warisan penjajah yang dialami oleh semua bekas jajahan takluk, khususnya negara umat Islam.
Islam adalah penyelesaian yang perlu dikemukakan, setelah melihat kegagalan ideologi atau teori ciptaan manusia yang diperjuangkan oleh semua pihak yang hanya mengenali apa yang ditinggalkan oleh penjajah masing-masing.
Islam adalah petunjuk Allah, pencipta alam semesta termasuk makhluk manusia. Petunjuknya adalah sempurna memenuhi naluri atau fitrah manusia yang tidak mampu dipenuhi oleh semua agama dan ideologi lain daripada Islam yang menjadi punca atau sebab kegagalannya.
Firman Allah:
﴿ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ٤١ قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ٤٢﴾ [الروم: 41-42]
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (42)” (Surah Ar-Rum: 41-42)
Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Ini dapat disaksikan kebenarannya terkini apabila seluruh dunia dan manusia menghadapi krisis nilai dan masyarakat, sehingga mencetuskan krisis politik, ekonomi, pentadbiran, moral dan alam sekitar. Puncanya kerana syirik. Bukan sahaja syirik dalam ibadat, namun termasuk juga dalam mencipta penyelesaian sendiri di luar kemampuan sehingga meninggalkan petunjuk Allah yang Maha Rahmat dan Adil terhadap makhluknya.
Firman Allah:
﴿أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ٢١﴾ [الشورى: 21]
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang lain daripada Allah) yang mencipta untuk mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah As-Syura: 21)
WINS adalah berpandukan acuan Allah daripada petunjuk Al-Quran. Firman-Nya:
﴿الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ٤١﴾ [الحج: 41]
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat (sembahyang), serta memberi zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta nahi mungkar (melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar). Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Al-Hajj: 41)
Ayat ini mengandungi di dalamnya 4 ciri terpenting dalam aspek menegakkan negara sejahtera berkonsepkan ibadah kepada Allah di dalam solat agar manusia memimpin dengan jati dirinya berhubung dengan Allah dan peranan manusia bermasyarakat madani melalui ibadat, khilafah dan amanah untuk melaksanakan syariat:
1. Mendirikan solat
Mentarbiyah pemimpin supaya sentiasa memohon hidayah Allah setiap waktu yang wajib dan sunat, bagi melaksanakan seluruh kehidupannya bersama hidayah tersebut. Bukan sekadar ilmu dan pengalamannya sahaja dan bukan juga mendirikan masjid tanpa mendirikan solat, tetapi memakmurkan masyarakat yang menghubungkan urusan negara dengan Islam yang sempurna.
Meneguhkan keimanan, bukan sahaja sokongan rakyat melalui pilihan raya yang terdedah kepada kejahilan dan penipuan, tetapi juga beriman kepada kewajipan daripada Allah yang ada perhitungan dosa dan pahala.
Ini sangat berbeza dengan ideologi yang dipisahkan daripada urusan agama yang bukan maksudnya daripada kalimah Al-Din dan juga berlainan dengan agama-agama dan ideologi yang tidak sempurna tanpa politik, ekonomi dan urusan kemasyarakatan.
Menafsirkan perkataan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan Al-Din mengikut istilah yang merdeka daripada penjajah kerana Islam adalah sempurna dan merangkumi urusan agama dan ideologi.
Maka negara sejahtera bercirikan ayat Al-Quran yang disebutkan di atas dan menghubungkan politik kepada iman atau aqidah yang diikat dengan sentiasa beribadat kepada Allah melalui ikatan solat yang diucapkan dengan bacaan:
الحمد لله رب العالمين
“Segala pujian itu bagi Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta”
Mewajibkan patuh kepada syariat Allah dengan ikhlas dalam segala urusannya, termasuk juga mentadbir negara selepas bersolat. Dilafazkan di dalam solat itu:
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Pencipta dan Mentadbir Alam”
Setiap calon PAS diwajibkan baiah yang menjadi sebahagian daripada rukun politik Islam. Politik yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan perintah Allah daripada Al-Quran. Para ulama’ dan ilmuan Islam yang setia dan beramanah mewarisi cara pelaksanaan Rasulullah S.A.W, menetapkan ketaatan (kepatuhan) dan wala’ (kesetiaan) mutlak kepada Allah dan Rasul yang menjadi aqidah perjuangannya sehingga ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya bersyaratkan tidak menderhakai perintah Allah dan Rasul.
Ini berbeza dengan kalangan yang memperkecilkan baiah sehingga boleh melakukan apa sahaja. Allah berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ١﴾ [المائدة: 1]
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (termasuk perjanjian syahadah dan baiah)”. (Surah Al-Maidah: 1)
Firman Allah:
﴿إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا١٠﴾ [الفتح: 10]
“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan baiah (memberi pengakuan taat dan wala’ (setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar” (Surah Al-Fath: 10)
Selain itu, dikaitkan baiah dengan iman atau aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat supaya melaksanakan konsep adil terhadap masyakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan sikap terhadap kerajaan. Tegasnya, adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang, kerana semuanya adalah sebahagian daripada negara.
Firman Allah:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ٨﴾ [المائدة: 8]
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)
Rasulullah S.A.W melakukan baiah apabila memerintah negara, dan dikuti oleh pemerintah Islam dan parti Islam yang menyambung perjuangannya.Setiap calon PAS yang beragama Islam sebelum berbaiah, hendaklah lebih dahulu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama secara jamaie selepas diketahui peribadinya secara terperinci daripada semua sumber maklumat sekadar kemampuan.
Kenyataan pihak kerajaan di Parlimen menyebut bahawa kerajaan PAS khususnya di Kelantan yang paling lama memerintah, bersih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini menunjukkan kejayaan aspek tarbiah dan baiah dalam membina jati diri dan syakhsiah pemimpin kerajaannya.
2. Konsep ekonomi yang adil (zakat)
Ekonomi menyumbang kepada negara dan masyarakat. Salah satu ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil dan mewajibkan zakat kepada penganut Islam sahaja yang merupakan ibadat harta daripada mereka yang berada dan berkemampuan.
Konsep ini menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti teori sosialis dan komunis dan tidak bebas sehingga berlakunya kekayaan yang berpusing di kalangan orang yang tertentu sahaja yang menjadi penyakit teori liberal kapitalis.
3. Negara Berkebajikan (amar maaruf)
Amar Makruf adalah konsep Negara Berkebajikan yang berbeza dengan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Berkebajikan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia yang berhubung dengan Allah, diri, keluarga dan masyarakat sehingga melibatkan kerajaan dan rakyat menunaikan tanggungjawab dalam seluruh kegiatan kerajaan dan masyarakatnya yang melibatkan jasad, roh, ilmu dan akhlak.
Dalam bidang ekonominya berpandukan firman Allah:
﴿ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ٧﴾ [الحشر: 7]
“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7)
Contohnya GST adalah cukai darurat ekonomi apabila berada dalam keadaan darurat. Adakah ekonomi kita dalam keadaan darurat?
Sebelum itu, hendaklah mengurus hasil tanpa cukai dengan baik, zakat dan cukai dikenakan kepada yang melibatkan kalangan yang berkemampuan terlebih dahulu, serta tidak berlakunya ketirisan atau salah laku tanpa membebankan rakyat termiskin, kerana kesan GST berlakunya inflasi.
4. Kehaibatan undang-undang tarbiyah (Nahi Mungkar)
Konsep Nahi Mungkar dengan maksud yang luas, bukan sahaja melaksanakan undang-undang yang punya kehaibatan mendidik masyarakat dan bukan sekadar menghukum sekeras-kerasnya seperti Hudud, Qisas dan Takzir, tetapi dengan syarat-syarat yang sukar bagi menjatuhkan hukuman dengan memilih bertaubat atau hukuman Takzir yang ringan lebih digalakkan. Namun undang-undangnya memberi kesan rohani kepada penjenayah atau bakal penjenayah. Hanya kalangan yang mengambil hasil haram daripada penjenayah juga menentangnya.
Nahi Mungkar juga adalah kebebasan bersuara oleh semua pihak terhadap kerajaan dan jenteranya, bukan sahaja oleh kalangan yang dinamakan pembangkang, tetapi pihak dalam kerajaan sendiri boleh membangkang dan juga rakyat umum.
Ditegaskan dengan penubuhan badan yang dinamakan hisbah di bawah kuasa perundangan untuk melakukan muhasabah terhadap pemimpin kerajaan, jentera kerajaan dan kegiatan rakyat dalam segala lapangan.
5. Akhirnya Wawasan Sejahtera (ولله عاقبة الأمور)
Berkeyakinan bahawa penyelesaian Islam itu pasti memberi kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan dunia sehingga menerima ganjaran di Hari Akhirat yang kekal abadi berpandukan firman Allah:
﴿فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ١٤٨﴾ [آل عمران: 148]
“Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: 148)
Firman Allah:
﴿يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ١٢ وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ١٣﴾ [الصف: 12-13]
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13)” (Surah As-Saff: 12-13)
Mewajibkan keyakinan kepada Wawasan Sejahtera bersama Islam yang jauh dan luas kerana lapangannya daripada dunia sehingga akhirat, menggantikan Wawasan 2020 di Malaysia atau Wawasan 2030 di negara arab yang diperkenalkan kini, yang pasti gagal di dunia sebelum akhirat kerana salah kiblat politik walaupun betul kiblat solatnya, yang diakibatkan daripada ideologi kanan dan kiri walaupun diubah kepada pragmatik.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGSumber HD- 15-3-2018
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Jamadil Akhir 1439 / 15 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/2018
Konsep masyarakat majmuk dalam pemerintahan Islam
ALHAMDULILLAH. Allah S.W.T menurunkan agama Islam yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh manusia. Di dalam al-Quranul Karim, Allah S.W.T berfirman:
إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“(Maksudnya) Sesungguhnya Kami ciptakan manusia di dunia ini berbilang bangsa dan keturunan. Untuk mereka saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dan manusia yang terbaik adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T.”(al-Hujurat: 13)
Para hadirin, sidang pendengar yang dirahmati Allah sekalian. Allah S.W.T merungkaikan ketidak tamadunan masyarakat jahiliyah di zaman silam, dan Islam akan merungkaikan semua sekali masyarakat yang tidak bertamadun di atas muka bumi ini.Allah yang mencipta manusia daripada berbagai-bagai keturunan, berbagai-bagai bangsa dan berbagai-bagai warna kulit. Semua ini adalah ciptaan daripada Allah dan Allah sama sekali tidak membenarkan satu pihak mengatasi pihak yang lain. Satu kumpulan tidak boleh menghina kumpulan yang lain. Berkulit putih tidak boleh menghina manusia yang berkulit hitam.
Allah jadikan manusia ini sama, semua mereka ini daripada Nabi Allah Adam A.S bersama dengan isterinya Hawa A.S yang dicipta oleh Allah S.W.T sejak daripada awal.
Lantasan itu, Islam meletakkan satu kaedah yang kita panggil sebagai syariah supaya semua manusia yang dicipta oleh Allah, mereka mampu berada di bawah satu naungan iaitulah naungan Islam.
Kalau manusia ini berada di bawah naungan manusia, naungan bangsa, tentunya bangsa itu akan menghina bangsa yang lain. Kalau orang yang berbangsa Melayu, kalau mereka berjuang untuk Melayu, pastinya mereka akan menindas bangsa lain.
Yang berkulit putih, kalau mereka memperjuangkan bangsa mereka, mereka akan menindas warna kulit yang lain. Lantaran itu, Allah S.W.T menurunkan satu agama kepada Nabi S.A.W yang disebut sebagai agama Islam di mana sifat agama Islam ini:
رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ“(Agama yang) Memberi rahmat kepada semua (manusia).”(al-Anbiya’: 107)
Pokoknya Islam ini akan mengurus kehidupan manusia mengikut kehendak al-Quranul Karim, bukan mengikut kehendak bangsa, bukan mengikut kehendak keturunan. Apabila semua manusia ini tunduk kepada satu agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T, sama ada mereka memeluk agama Islam ataupun mereka tidak mahu memeluk agama Allah, pokoknya mereka tunduk kepada syariat Islam. Kita lihat syariat Islam sahaja yang mampu memayungi semua kaum, kerana sifat agama Islam, dia tidak memperjuangkan perkauman.
Islam tidak memperjuangkan warna kulit. Islam tidak memperjuangkan kerana agama. Tetapi Islam memperjuangkan keadilan. Keadilan mencakupi semua masyarakat yang ada di atas muka bumi. Islam memperjuangkan kebaikan, keutuhan, ketamadunan, kemajuan. Semua manusia ini berhajat kepada apa yang disebut di dalam agama Islam.
Justeru itu, kalau kita ingin melihat masyarakat dunia pada hari ini berada dalam keadaan aman damai, tidak sebagaimana hari ini, maka manusia mahu tidak mahu dia mesti kembali kepada agama fitrah yang diturunkan oleh Allah tuhan yang mencipta manusia, tuhan yang mencipta langit, mencipta bumi. Dan Allah S.W.T tidak pernah menurunkan satu syariat supaya manusia ini memperjuangkan kumpulan mereka ataupun bangsa mereka, ataupun agama mereka. Tetapi Islam memperjuangkan agama yang fitrah, bangsa yang semula jadi yang dicipta oleh Allah iaitulah semua dalam kalangan masyarakat yang ada dalam dunia, kita semua adalah bersaudara. Kita semua adalah sedarah, sedaging yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Jadi sebab itu, Islam mencipta hubungan manusia yang paling utuh berbanding dengan sekalian idealogi-idealogi yang lain, dan sekalian agama-agama yang lain yang ada di atas muka bumi Allah S.W.T.
Jadi lantaran itulah saya menyeru kepada semua pendengar supaya mereka memahami Islam. Bagi yang belum menganut agama Islam supaya mereka memahami Islam ini dengan baik, dengan jujur, dengan ikhlas. Insyaa Allah apabila mereka memahami Islam, mereka tidak akan bermusuh dengan Islam.
Bagi kumpulan-kumpulan Islam pula, saya menyeru supaya mereka ini mendalami ilmu Islam, bukan sekadar mereka menganut ajaran Islam, mereka hanya tahu sembahyang, puasa, zakat, haji. Tapi saya menyeru kepada kaum Muslimin supaya mereka mendalami ilmu Islam. Apabila mereka mendalami ilmu Islam, mereka akan faham kesyumulan Islam yang sangat hebat, yang ada dalam agama Islam yang mencakupi pemerintahan dunia yang Islam ini mampu memayungi seluruh masyarakat sama ada mereka yang beriman kepada Allah ataupun yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.
Mudah-mudahan ucapan yang ringkas ini akan memberi penerangan kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat yang berada di Malaysia sebagai sebuah rumpun masyarakat majmuk yang dicipta oleh Allah. Kita semua bersaudara.
Dan marilah sama-sama kita merapatkan hubungan persaudaraan ini walaupun kita berbeza agama, kita berbeza bangsa, kita berbeza warna kulit. Marilah sama-sama kita bersatu. Mudah-mudahan Insyaa Allah kita diberkati oleh Allah dan kita akan berada dalam sebuah masyarakat yang utuh, yang hebat, yang kukuh. Dan kita mampu berhadapan dengan mana-mana kuasa besar yang ada di atas muka bumi pada hari ini yang sentiasa mencabar negara-negara ketiga ini.
(Teks transkrip dari Ucapan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS di Live Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 15/3/2018Sumber HD - 15-3-2018
Perihal Kolam al-Kautsar
(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha Jumaat
oleh Presiden PAS mengupas kitab Tauhid
di Masjid Rusila, Marang pada 9 Mac 2018 'yang disediakan oleh Pelatih Harakah,
ZAID MD ADHAR)
BAHAGIAN PERTAMA
(Kitab Tauhid) Beriman Kepada Hari Akhirat
Menghilangkan dahaga selamanya
Al-Haudh atau kolam al-Kautsar. Di antara perkara akhirat yang wajib kita beriman ialah bahawa setiap orang Nabi Allah mengurniakan kepadanya kolam air untuk diminum oleh umat masing-masing.
Di antara perkara yang termasuk dengan beriman kepada hari akhirat ialah kita kena percaya bahawa ada kolam yang diberi kepada Nabi-nabi pada hari kiamat untuk diminum oleh umatnya. Dan Nabi kita Muhammad S.A.W dikurniakan kolam yang paling besar, airnya lebih putih daripada susu. Dan lebih manis daripada air madu.
Piala untuk meminumnya banyak tidak terhitung. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Kalau dia masuk neraka, ia masuk dalam keadaan tidak dahaga. Dan tujuan meminum di dalam syurga ialah untuk bernikmat dan bersedap-sedap, bukannya untuk menghilangkan dahaga.
Di antara perkara yang wajib kita beriman atau percaya ialah adanya kolam al-Kautsar, dinamakan al-Kautsar yang diberi kepada Nabi kita Muhammad S.A.W. Di mana kolamnya lebih besar daripada yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain. Kerana Nabi kita Muhammad S.A.W diutuskan kepada seluruh manusia di akhir zaman.
Umatnya paling ramai sehingga piala-piala yang digunakan untuk minum air itu terlalu banyak tak terhitung sebagaimana banyaknya umat Muhammad S.A.W. Hikmat minum di kolam ini ialah untuk menghilangkan dahaga.
\
Sekiranya ada kalangan umat Muhammad yang dosanya banyak, ditimbang banyak dosa daripada pahala sehingga dimasukkan dalam neraka. Maka dia diseksa dalam keadaan tidak dahaga. Seksa yang tidak terhingga, tetapi dahaganya tidak ada. Selagi ada iman dalam dirinya walaupun sebesar zarah yang halus, akan ..., akan disebut dalam bahagian as-Syafa’ah. Hikmat minum kolam Kautsar ialah menghilangkan dahaga. Adapun minuman-minuman dalam syurga hanya untuk bernikmat sahaja.
Sumber HD - 12-3-2018
Perihal Kolam al-Kautsar
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
“Murtad ini satu perkara yang besar di dalam ugama Islam. Murtad dengan makna setelah masuk Islam keluar daripada Islam. Penganut-penganut ugama lain menganggap keluar agama ini macam salin pakaian sahaja, mudah. Dalam Islam, murtad dosa yang sangat besar dalam Islam. Besar dosanya. Seorang kafir yang nak masuk Islam mesti kena tahu bahawa bila dia masuk Islam, dia mengucap dua kalimah syahadah.
“Dia mengikat janji dengan Allah S.W.T. Ikat diri dengan Allah Taala. Bila dia murtad bermakna dia mungkir janji dengan Allah Taala, langgar janji dengan Allah Taala. Di mana dalam undang-undang manusia sekalipun, mana-mana rakyat yang langgar janji dengan pemerintah dia, yang khianat terhadap pemerintah dia, kesalahannya sangat besar.
“Amerika ke, Rusia ke, British ke, mana-mana negara, kalau ada yang khianat terhadap kerajaan dia, hukumannya keras, hukumannya bunuh, ataupun penjara seumur hidup, ditahan selama-lamanya. Itu dengan kerajaan. Dengan Allah Taala lebih daripada kerajaan lagi. Tak boleh buat main-main. Malangnya ada hari ini menganggap murtad ini macam salin pakaian, nak beri mudah-mudah saja orang jadi murtad. Tidak boleh kerana masuk Islam ini berjanji dengan tuhan, berjanji dengan Allah Taala. Tak boleh langgar janji dengan Allah Taala. Tak boleh rungkaikan perjanjian kita dengan Allah Taala.
“Rungkai perjanjian dengan Allah Taala dosa yang sangat besar. Hari ini terdapat kalangan orang Islam nak ikut undang-undang kafir, undang-undang bukan Islam. Menganggap murtad ini main-main sahaja. Tidak boleh. Orang Islam mesti mempertahankan ikatan janji dia dengan Allah Taala.
“Dalam Islam, ugama dah sempurna. Bukan sahaja sembahyang puasa, termasuk di dalamnya politik negara. Termasuk di dalamnya hubungan dengan kenegaraan, pemerintahan dan umat. Bila seseorang itu sudah murtad, dia khianat terhadap negara dan umat, bukan terhadap Allah Taala. Bila negara itu adalah negara Islam, dia dah jadi orang Islam. Bila jadi orang Islam, ikatan dengan Islam ikatan dengan negara. Kecuali dia orang bukan Islam. Dia dah orang bukan Islam, orang kafir duduk di bawah kerajaan Islam. Itu lain cerita.
“Bila dia sudah Islam, negaranya Islam, dia berkait dengan akidah negara, kepercayaan negara dan keselamatan negara. Mudah orang murtad ini jadi agent kepada musuh-musuh negara. Jadi alat kepada musuh-musuh negara. Oleh kerana itulah hukuman terhadap murtad bukan sahaja hukuman ugama, termasuk hukuman politik, hukuman menjaga keselamatan negara yang sangat besar ikatannya yang kita kena faham“Hari ini ada kalangan orang menganggap mudah-mudah saja murtad ini, main-main saja murtad. Jadi tukar ugama ini macam salin pakaian. Kita tak paksa dia masuk Islam. Kita tak paksa orang masuk Islam. Bila orang itu masuk Islam, dia kena tahu masuk Islam ini ialah ikatan dengan Allah S.W.T, ikatan dengan negara, dan ikatan dengan masyarakat, dengan umat Islam.”
Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha Jumaat beliau di Masjid Rusila, Marang pada 9 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 12/3/2018Sumber HD - 12-3-2018
PAS Manifesto Promises Islam-based Prosperity
The party said a full manifesto will be launched this Sunday, March 18 by Datuk Seri Abdul Hadi Awang at the Majlis Syarahan Perdana event in Astana Banquet Hall, Cyberjaya.
PAS’ research centre director Mohd Zuhdi Marzuki said among the cores that will be spoken about at length this weekend would be about helping the people understand that Islam is encompassing.
“Islam consists of all aspects in life, from good governance to economy and banking. It is not solely focused on crime and punishment, as some have mistaken it to be,” he said today in a press conference at the PAS headquarters.
Meanwhile, deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said the manifesto, which consists of nine cores, was formulated by the Gagasan Sejahtera electoral pact, which includes the Ikatan and Berjasa parties and over 200 NGOs.
Themed ‘Prosperous Malaysia’, the manifesto’s cores include forming a corruption-free government, increasing disposable income for Malaysians, reducing the income gap between urban and rural communities and increasing the quality of education.
The other cores include harmonising the legal system in accordance with Islamic Sharia, strengthening federalism by returning certain rights to state governments, augmenting the public’s voice in line with democratic practices and improving the social support system for the needy.
“I am confident the cores, which were formulated to be high impact, will find support from various social layers, including non-Muslims and voters under the age of 40.
“Malaysians are presently faced with many issues including housing, student loan debts, living costs, among others, hence the focus of the cores, which emphasise on the younger generations,” he added.
In addition, PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said the party will hold an election fundraising dinner at De Palma Hotel, Ampang on March 25.
“We have also decided to postpone the Muktamar, in light of the upcoming elections.
“It was supposed to be held from May 4 to 5 this year, but now it will most likely take place after the elections,” he said.
The Muktamar is a huge annual gathering and debate session held yearly by the party -themalaymailonline
Sumber BO - 12-3-2018
Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-5)
(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha (Siri Ke-5 Dunia Islam Masa Kini) oleh Presiden PAS di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pagi tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
UJIAN dalaman dan luaran umat Islam
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“(Firman Allah yang bermaksud) Dan takutlah, berwaspadalah kamu dalam menghadapi fitnah bencana yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah itu sangat dahsyat balasan-Nya (sama ada di dunia ataupun di akhirat).”
(al-Anfal: 25)
Ayat ini adalah amaran Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman yang telah menganut Islam. Mereka menghadapi ujian kehidupan dunia yang mencabar keimanan mereka. Kerana kehidupan di dalam dunia ini penuh dengan cabaran. Bukan sahaja cabaran menghadapi musuh-musuh daripada luar, bahkan menghadapi ujian dalam diri sendiri, di kalangan umat sendiri.
Pernah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W dalam khutbah Haji Wada’, khutbah haji selamat tinggal yang diucapkan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di antaranya sabda Rasulullah S.A.W:
لا ترجعوا بعدي كفارا، يضرب بعضكم رقاب بعض
“Jangan sekali-kali kamu menyeleweng selepas aku tidak ada lagi, (wafat). Sehingga kamu menjadi kufur, bunuh-membunuh, memancung di antara satu sama lain.”
Apa yang diberi amaran itu benar-benar berlaku di kalangan umat Islam. Berlakunya kekufuran sama ada kufur akidah, kufur iman, ataupun kufur nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. Puncanya berlakunya kejahilan agama di kalangan umat Islam. Di antaranya sabda Nabi S.A.W:
إن بين يدي الساعة ، أيامًا يرفع فيها العلم، وينزل فيها الجهل، ويكثر فيها الهرج
“Sebelum berlakunya hari kiamat itu, berlakunya perkara-perkara hari-hari yang sangat menggoda kamu. Dihilangkan ilmu, tersebarnya kejahilan, dan berlakunya peperangan sesama sendiri.”
Bukan sahaja kita menyaksikan peperangan yang berlaku di negara Arab pada hari ini. Negara yang bangsanya berbahasa al-Quranul Karim, berbangsa Nabi Muhammad S.A.W, berlaku belum daripada bangsa-bangsa lain yang menganut Islam. Puncanya ialah kerana kejahilan dalam perkara agama. Namanya Arab tapi jahil agama. Apa lagi yang bukan Arab.
Sumber HD - 12-3-2018
PAS umum lancar Manifesto GAGASAN 18 Mac ini
Manifesto Pas Bentuk Negara Islam Posted on Monday, March 12 @ 14:45:11 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38594 |
MANIFESTO Pas yang dilancarkan semalam jelas memberikan gambaran kestabilan negara berlandaskan Islam.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, manifesto tersebut telah mendapat perkenan daripada Majlis Ulamak Pas.
Menurutnya, manifesto tersebut lengkap merangkumi semua aspek.
“Sistem Islam jika diamalkan mampu memberikan kestabilan negara melalui pendidikan dan ekonomi akan kita laksanakan jika diberi kuasa memerintah Malaysia.
“Manifeso ini lengkap meliputi rakyat, pegawai kerajaan, semua kaum dan jaminan kepada agama-agama lain,” katanya.
Tambahnya, manifesto tersebut dilengkapkan oleh Pas dan dikemukakan kepada Gagasan Sejahtera untuk penambahan.
“Kita dahului semua parti termasuk pemansuhan GST dan tol selain menegakkan syariat Islam melalui rang undang-undang dan akta bersesuaian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beli enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isu penerimaan dana luar melalui rakaman audio yang tular kononnya adalah Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
“Islam diajar kemukakan bukti dan bagi pihak Nik Abduh beliau telah menafikan fitnah tersebut.
“Benda ini datangnya dari musuh jadi kita tak mahu layan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Bandar Tun Razak kali ke-30 semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Bandar Tun Tun Razak, Md Shukor Aziz berkata, Pas kawasan telah menghantar nama calon wanita, Dr Rosni Adam bagi kerusi parlimen itu di PRU14 nanti.
“Calon berkelayakan bertanding jawatan tersebut berdasarkan statusnya merupakan orang tempatan yang juga menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Bandar Tun Razak dan pusat.
“Bagaimanapun, kita menunggu pengumuman rasmi daripada pusat mengenai calon yang bakal bertanding di sini," katanya.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 12-3-2018
Gambaran awal Manifesto PAS PRU14
KUALA LUMPUR: Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan diumumkan pada esok hari merupakan manifesto terbaik dalam sejarah pilihan raya kerana terkandung gambaran awal sistem Islam dipamerkan di tengah-tengah kemelut melanda rakyat pada hari ini.Memberi gambaran umum manifesto itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia menjanjikan kekuatan negara, kestabilan ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
"Di dalamnya merupakan janji yang terbaik buat rakyat Malaysia jika kita (PAS) diberi kuasa pemerintahan Malaysia. Terbaik buat rakyat tanpa mengira kaum dan agama kerana di dalam itu kita tegaskan juga jaminan untuk mereka yang bukan beragama Islam.
"RUU 355 itu perkara yang kita masuk secara umum, kita akan laksanakan syariah Allah termasuklah juga perkara Akta ini dan banyak lagi akta-akta lain yang perlu diubah suai dalam negara kita," jelasnya pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bandar Tun Razak Kali Ke-30 di sini pagi tadi.
Beliau yang hadir merasmikan mesyuarat agung tersebut berkata, antara intipati Manifesto PAS adalah memansuhkan tol dan GST sebagaimana yang telah diluluskan dalam Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
Tambah beliau, Manifesto PAS kali ini juga melibatkan Gagasan Sejahtera yang mana ia turut membuka peluang kepada rakan partinya untuk menyatakan sebarang cadangan terhadap Mainfesto PAS itu.
Sumber HD - 11-3-2018"Kita buat siap kemudian kita buka kepada Gagasan Sejahtera kalau dia nak tambah apa ke dan ternyata mereka memang berpuas hati dengan apa yang kita sediakan," terang beliau. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
eH: Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-5)
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
“Disebut dalam satu Hadis riwayat Ibnu Majah:ستأتي على الناس، سنوات خداعات، ويؤتمن فيها الخائن، ويخون فيها الأمين، ويتكلم فيها الرويبضة“Akan berlaku tahun-tahun yang menggoda kepada umat Islam. Orang yang amanah dianggap khianat. Orang yang khianat dianggap amanah (Ini berlaku bercelaru). Dan orang-orang yang tak tahu agama bercakap perkara-perkara yang besar dalam urusan agama (menyebabkan kecelaruan dalam kehidupan masyarakat Islam).”\
“Ini bencana yang kita hadapi pada hari ini. Bagaimana kita nak selamatkan diri? Di sana ada hadis-hadis yang banyak, di antaranya Nabi bersabda bila berlaku bencana ini:تلزم جماعة المسلمين وإمامهم“Kamu hendaklah bersama dengan kumpulan Islam dan pemimpin mereka.”
“Pemimpin nak buat macam mana? Kita tidak mempunyai pemimpin macam Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Tak punya pemimpin macam imam-imam mazhab. Banyak perkara-perkara baru yang tak ada dalam Quran dan hadis, bagaimana nak berijtihad?“Maka gerakan Islam memilih pendekatan yang sesuai dengan zaman masing-masing. Kita mewujudkan Majlis Syura Ulama. Majlis Syura Ulama ini ialah kumpulan ijtihad. Memang untuk berijtihad dalam masalah baru, mestilah mendalami dalam ilmu Quran, Sunnah, dalam ilmu-ilmu bahasa Arab, ilmu kemasyarakatan yang berkait dengan dinawi, kena tahu semua baru boleh berijtihad.
“Macam mana nak buat? Nak cari seorang yang ada semua ilmu, tak boleh. Maka dibuat secara kolektif, secara jama’ie. Di mana pakar-pakar kalangan ulama berbagai-bagai ilmu dalam Islam dikumpulkan. Dalam masa yang sama, perkara yang berkait dengan urusan duniawi, maka dipanggil pakar-pakar kalangan profesional dalam berbagai bidang untuk memberi taklimat tentang masalah-masalah yang baru. Supaya kita boleh berijtihad dalam perkara baru.”
Sumber HD - 11-3-2018Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha (Dunia Islam Masa Kini Siri Ke-5) beliau di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada pagi tadi yang disiarkan di ruangan E-Harakahdengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 11/3/2018
GST; PAS Has Win-win Formula
Abolishing the Goods and Services Tax (GST) is infeasible as the country and economy depend on the billions in revenue, said PAS assemblyman Datuk Iskandar Samad.
The Chempaka assemblyman said parties should present a workable alternative to the consumption tax, as his Islamist party will do soon in its manifesto, rather than making populist promises of only repealing the GST.
“You cannot abolish GST without coming up with an alternative to it. The country makes billions of ringgits from the collection itself.
“PAS has figured out a formula to create some sort of an alternative, but at the same time would not burn a hole in the rakyat’s wallets,” he said at the PAS Chinese New Year open house at Block M14 in Pandan Jaya last night.
On the Pakatan Harapan manifesto released on Thursday, he said it is normal for parties to champion issues that would appeal to the general masses and PAS is not excluded.
“I have not had the time to scrutinise Pakatan’s manifesto but I think all party will present what is acceptable to entice the people.
“For PAS, we have a good track record. We have showed that we are capable of doing good things.
“When we unveil our manifesto, we will not have to lobby hard because our track record speaks for us. We don’t just pluck manifesto out of thin air,” he said.
The PAS lawmaker, who is also a part of the committee drafting the PAS manifesto, said the party will likely issue the document in the next two to three weeks.
He refused to divulge further details, but said among the issues highlighted include rising living costs and property prices.
Pakatan Harapan on Thursday announced its 200-page manifesto, among which promises the abolishment of GST within three months upon taking over Putrajaya – themalaymailonline
Sumber BO - 11-3-2018
The Chempaka assemblyman said parties should present a workable alternative to the consumption tax, as his Islamist party will do soon in its manifesto, rather than making populist promises of only repealing the GST.
“You cannot abolish GST without coming up with an alternative to it. The country makes billions of ringgits from the collection itself.
“PAS has figured out a formula to create some sort of an alternative, but at the same time would not burn a hole in the rakyat’s wallets,” he said at the PAS Chinese New Year open house at Block M14 in Pandan Jaya last night.
On the Pakatan Harapan manifesto released on Thursday, he said it is normal for parties to champion issues that would appeal to the general masses and PAS is not excluded.
“I have not had the time to scrutinise Pakatan’s manifesto but I think all party will present what is acceptable to entice the people.
“For PAS, we have a good track record. We have showed that we are capable of doing good things.
“When we unveil our manifesto, we will not have to lobby hard because our track record speaks for us. We don’t just pluck manifesto out of thin air,” he said.
The PAS lawmaker, who is also a part of the committee drafting the PAS manifesto, said the party will likely issue the document in the next two to three weeks.
He refused to divulge further details, but said among the issues highlighted include rising living costs and property prices.
Pakatan Harapan on Thursday announced its 200-page manifesto, among which promises the abolishment of GST within three months upon taking over Putrajaya – themalaymailonline
Sumber BO - 11-3-2018
Sekadar kajian atas meja: Hadi Posted on Saturday, March 10 @ 18:11:36 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38570 |
TUMPAT - Pas menganggap kaji selidik Invoke Malaysia yang mengatakan parti itu kalah di Kelantan pada PRU14 ini hanya sekadar kajian atas meja dan bukan daripada akar umbi.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mempunyai kajian berfakta sendiri di samping turut mengambil kira hasil kajian orang lain untuk dibandingkan.
“Dalam Pas sudah tentu kita ada kajian sendiri dan kajian kita bertapak pada akar umbi, berbanding hasil kaji selidik Invoke Malaysia yang tiada akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Pas Kawasan Tumpat di Pantai Seri Tujoh, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Berdasarkan kaji selidik Invoke Malaysia yang diasaskan Rafizi Ramli, Pas dijangka tidak menang walau satu kerusi parlimen, selain Kelantan akan dikuasai BN.
Sementara dua lagi negeri di pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu juga kekal dikuasai BN.
Kaji selidik itu turut mendapati pakatan pembangkang mampu menang di lima negeri termasuk Selangor, Kedah Perak dan Johor.
Sumber TKO - 10-3-2018
Solusi Sejahtera tangani kos sara hidup
KUALA LUMPUR: Pilihan raya yang semakin menghampiri adalah peluang untuk rakyat melakukan perubahan di negara ini sebagai langkah menangani isu bebanan kesempitan, khususnya kos sara hidup.
Bebanan ini ditanggung apabila berlaku ketidakseimbangan antara perbelanjaan dan pendapatan, ditambah pula bebanan bayaran cukai yang harus ditanggung oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaya dan miskin.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata manusia hilang sifat rahmat dan timbang rasa apabila golongan kaya menambahkan kekayaan tanpa mengira keberkatan halal dan haram rezeki tersebut dan hilang rasa simpati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Ujarnya lagi, Islam tidak menghalang penganutnya untuk mengumpul kekayaan tetapi mestilah dicari dengan cara halal, tidak menindas dan diagih serta dibantu kepada yang tidak bernasib baik.
"Manusia hanya mengenal dua teori sahaja dalam aspek ekonomi, teori yang kanan disebut liberal kapitalisme dan teori kiri yang disebut dengan sosialisme dan komunisme.
"Walaupun kedua-dua teori ini mengaku untuk membahagikan sumber adil kepada manusia semuanya, tetapi ternyata menemui kegagalan dan jalan buntu," katanya dalam satu rakaman Solusi Sejahtera Siri 2 di bawah tajuk Kos Sara Hidup, semalam.
Tambah beliau, dua teori dicipta manusia ternyata menemui kegagalan dan kebuntuan setelah ianya hasil kekayaan yang dikumpulkan tidak diagihkan sama rata dan rakyat terpaksa menanggung derita berdepan dengan kos sara hidup menekan.
Demikian itu katanya, rakyat menyaksikan situasi pemerintah menghadapi masalah ekonomi, tidak ada cara melainkan dengan menambahkan cukai dan mengenakan cukai kepada semua rakyat.
"Ini semua memberi kesan berlakunya inflasi, berlakunya ketidakseimbangan pendapatan dengan sara hidup, berlakunya tindas-menindas di antara satu sama lain.
"Islam menganjurkan supaya kekayaan tidak berpusing dalam kalangan orang tertentu sahaja, mestilah diagih oleh mereka yang berada dengan cara wajib mengeluarkan zakat."Dan cukai yang menjadi tanggungjawab mereka dan tidak wajib terhadap mereka yang miskin, mereka yang pendapatannya tidak bernasib baik.
"Apa yang berlaku pada hari ini penuh dengan kecelaruan, menghilangkan rasa rahmat di antara satu sama lain, yang menjual mahu untung semata-mata tanpa mengira pembeli dia membeli semurah-murahnya walaupun yang ruginya orang yang menjual," ujarnya.Justeru itu katanya, PAS memperkenalkan manifesto dan janji-janji kepada rakyat yang terkandung beberapa aspek Islam.
Sebagai bukti untuk meyakinkan rakyat katanya, Kelantan adalah sebahagian kejayaan pentadbiran PAS, di mana Terengganu dan Kedah juga pernah menjadi jajahan tadbiran PAS.
"Insha-Allah dengan bukti yang kita tunjukkan sedikit kemenangan di Kelantan, pernah di Terengganu, pernah memerintah Kedah, dapat dilihat oleh rakyat dengan insaf dan sedar supaya memberi peluang kepada Islam untuk memerintah dan mentadbir termasuk dalam mengendalikan urusan kehidupan rakyat berkait dengan sara hidup mereka.
Sumber HD - 9-3-2018"Saya yakin dan percaya, sekiranya diberi kepercayaan kepada parti Islam Se-Malaysia PAS memperkenalkan Islam ini, maka masalah akan dapat diselesaikan dengan cara sebaik-baiknya," ujar beliau. -HARAKAHDAILY 9/3/2018
BPMS vs Politik Dangkal
Perbezaannya kerana tujuan utama perjuangan PAS mendapat keredaan Allah, bukan keredaan manusia semata-mata. Objektifnya, PAS berdakwah supaya menerima Islam yang sempurna, politiknya memerintah negara dengan menganut Islam tanpa paksaan atau tidak menganutnya tetapi bersedia berada di bawah pemerintahan Islam yang adil terhadap semua dalam masyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya.
Kalau mereka yang bukan Islam itu boleh menerima berbagai ideologi asing, kanan dan kiri yang diciptakan oleh barat yang asing dan menjajah, kenapa konsep wasatiyyah politik dan ekonomi Islam yang merdeka tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk? Adapun penganut Islam wajib menegakkan Islam yang dianutnya.
PAS memilih sistem demokrasi bebas bersuara dan berdakwah tanpa paksaan dengan uslub yang tidak mencetuskan permusuhan dan huru-hara walaupun berbeza agama dan ideologi. PAS memperkenalkan penyelesaian Islam daripada kerajaan kepada rakyat sama ada diterima oleh siapa sahaja yang memimpin negara dan PAS wajib menolongnya dalam aspek positif atau PAS menjadi pembangkang yang wajib menyokong yang baik dan menasihatinya dengan mencegah kemungkaran dalam aspek negatif.
PAS haram menyertai budaya fitnah semata-mata untuk menjatuhkan pihak lain yang berlawanan secara mutlak, tanpa sempadan dan perhitungan akhlak yang benar dan salah sehingga matlamat menghalalkan cara yang haram. PAS wajib menerima kebenaran daripada semua pihak dan begitu juga menentang kebatilan.
PAS pernah melaksanakan konsep Tahaluf Siyasi, bekerjasama dalam titik persamaan yang baik tanpa membatalkan prinsip dan meninggalkan matlamat perjuangannya mendaulatkan Islam. PAS juga melaksanakan konsep Taawun (bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan haram bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan). PAS tidak boleh bersama dengan pihak yang menghalang matlamatnya atau membudayakan pendekatan yang tidak berakhlak.
PAS pernah bertahaluf dengan parti pemerintah sehingga menyertai kerajaan campuran dan Barisan Nasional (BN) ketika negara dalam keadaan darurat, pernah memerintah di peringkat negeri dan pusat dan dikeluarkan kerana menyanggah prinsip dan hala tujunya, dan juga pernah bertahaluf dalam pakatan pembangkang dan tidak boleh bersama lagi apabila disentuh dasar dan matlamatnya. Maka PAS boleh bersendirian atau membentuk gagasannya sendiri sama ada menjadi pemerintah atau pembangkang. PAS boleh bersendirian dengan pendekatannya sendiri, mengajak siapa sahaja daripada parti politik, NGO dan individu yang bersedia menerima pendekatannya.
Walaupun PAS ditentang dan dikepung daripada segenap penjuru dengan serangan fitnah dan sebagainya oleh pihak lain yang mahu memaksa PAS mengikut telunjuknya. Alhamdulillah, PAS selamat dalam semua keadaan.
Walaupun kecundang dalam beberapa kali Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK), tetapi ahli dan cawangannya tetap bertambah berlipat kali ganda daripada jumlah yang dipecat atau melarikan diri, menjadikan akar umbinya sangat teguh sehingga tidak lemah walaupun kalah dalam pilihan raya dan dijatuhkan kerajaannya.
Sejak awal sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan, PAS tetap mempunyai ahli dan penyokong yang menabung duit dan bertugas sukarela untuk pilihan raya berikutnya, menyimpan sepanduk dan bendera usang yang dikitar semula, bukan hanya sekadar orangnya, malah saya pernah menyaksikan pada tahun 50-an dan 60-an, ada ahli biasa PAS dan penyokong yang kuat tidak mahu menjadi ahli tetapi sanggup menjual tanah miliknya untuk dibelanjakan kepada calon PAS dan kerja pilihan raya kerana katanya dia sangat kuat PAS.
Mereka tidak mengharapkan jadi calon dan dapat projek daripada kerajaan PAS dan tidak berkecil hati kalau tak dapat projek kerana percayakan pahala bersama perjuangan Islam. Kini sudah ada orang yang bertaraf usahawan besar, terus percaya kepada perjuangan PAS, mereka menyokong secara terbuka atau bersembunyi.
Kini PAS tidak menghadapi apa-apa tuduhan yang benar terhadap semua Menteri Besar dan exco atau para menteri daripada PAS yang pernah menyertai kerajaan dan sedang bertugas. Hanya fitnah dan bohong yang diciptakan oleh kalangan yang sangat dangkal politiknya.
Difitnah kononnya saya menerima 90 juta daripada UMNO, tanpa berfikir mustahil adanya orang yang kuat UMNO boleh beli PAS untuk lawan UMNO pula, padahal mengikut akalnya dia mesti mempertahankan UMNO mati-matian. Hanya kalangan yang dangkal politiknya boleh menerima hujah begini, laksana dipengaruhi penjual ubat yang boleh menggoda pelanggannya dengan mudah. Barangkali inilah budaya politik penjual ubat yang boleh memusingkan pelanggan sehingga tahi kambing pun boleh disangkanya makjun yang mujarab.
Dilemparnya batu daripada UK untuk menyembunyikan tangannya, sehingga PAS terpaksa bersusah payah untuk mengerat tangan itu melalui mahkamah di sana. Tindakannya laksana binatang padang pasir yang dinamakan burung kasuari yang besar jasadnya menyembunyikan kepalanya sahaja ke dalam tanah. Bodohnya menampakkan jasadnya yang besar dan berbulu lebat itu dapat dilihat dengan nyata.
Ada pula yang melemparkan tuduhan bahawa PAS parti pengacau. Padahal ahli PAS sudah wujud di situ, sudah ada kawasan dan cawangannya sejak puluhan tahun di situ juga, bahkan pernah bertanding pilihan raya sebelum lahirnya parti-parti baru. Dia yang menuduh itu, hanya parti yang baharu ditubuhkan dan mahu bertenggek di atas riba PAS, sehingga ada yang masih peringkat bayi yang baru dilahirkan, tiba-tiba dia yang baru datang bertenggek itu hanya mahu menumpang jentera PAS dan menuduh PAS pula yang kacau daun. Inilah politik yang tidak matang dan sejahtera.
Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang boleh menerimanya atau bukan Melayu yang mudah lupa juga dan mahu menempah huru-hara tanpa menghormati kedudukan umat Islam yang menerima mereka bersama dalam masyarakat majmuk yang aman sejahtera.
Mereka lupa bahawa orang itulah yang menjadi juara politik wang yang merosakkan negara dan partinya sendiri. Mentadbir negara yang kerajaannya juga berniaga sehingga membebankan rakyat, supaya rakyat membayar urusan yang wajib ditanggung oleh kerajaan, seperti pendidikan, perubatan dan lain-lain. Ibarat ayah yang meminta upah daripada anaknya yang wajib dijaga atau suami yang mewajibkan isterinya membayar upahnya menjadi suami, dia lupa bahawa memberi nafkah itu wajib.
PAS yang teguh dan beristiqamah tetap tidak berganjak menghadapi politik fitnah dan bohong kerana kekuatannya laksana bukit yang sudah bertapak di bumi yang kukuh, tidak perlu melayan suara laksana anjing yang boleh menyalak bukit, hanya babi yang menghuninya lari bertempiaran. Adapun bukitnya tidak mungkin diruntuhkan oleh hanya salakan anjing yang bernajis mughallazah itu.
Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) tetap dilaksanakan di musim pilihan raya sehingga mencapai kemenangan untuk melakukan islah, bukannya membalas dendam terhadap lawan yang kalah. Kalau kalah pun tetap menjadi pembangkang yang menasihat yang tidak jahat terhadap lawan yang mengalahkannya. Tidak diizinkan dalam PAS budaya menghukum lawannya secara andaian, dan tidak hanya menggunakan perkataan ‘kalau’ mencapai kemenangan secara murahan, kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
فإن لو تفتح عمل الشيطان (حديث صحيح مسلم)
“Maka sesungguhnya perkataan kalau seringkali membuka kerja syaitan” (Hadis Sahih Muslim)
Apa yang difikirkan juga bahawa tanggungjawab mengisi kemenangan lebih berat daripada mencapai kemenangan, namun bersedia meneruskan perjuangan walaupun ditimpa kekalahan di alam dunia ini. Sebabnya wawasan kami bukan sekadar tahun 2020 yang sudah hampir, tetapi wawasannya daripada dunia sehingga akhirat. Di mana kejayaan mempertahankan aqidah Islamiyyah di dalam diri sehingga akhir hayat menjana kemenangan yang lebih besar di akhirat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber BO - 8-3-2018
No comments:
Post a Comment