BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, May 15, 2015

PARTI IKATAN


Politik keluar parti



DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia tertarik dengan beberapa laporan media pada 
hari ini mengenai beberapa pemimpin 
utama Umno yang telah membuat 
keputusan untuk keluar parti.
Memang benar, setiap individu tersebut 
mempunyai hak masing-masing untuk 
menentukan wadah perjuangan mereka. 
Sehingga hari ini, tiada mana-mana parti politik termasuk Umno yang boleh 
menghalang wakil rakyat melompat parti atau menjadi bebas berdasarkan 
perundangan negara. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa wakil-wakil 
rakyat di pihak Gagasan Sejahtera (PAS) untuk mengusulkan akta “Anti Lompat 
Parti” agar mana-mana wakil rakyat yang melompat parti atau keluar parti menjadi 
wakil bebas, kerusi yang ditandingi tersebut mesti dikosongkan bagi 
membolehkan rakyat memilih semula.

Walaupun tidak menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang sekarang, 
namun tindakan keluar parti tanpa mengosongkan kerusi bagaikan tindakan 
mengkhianati amanah rakyat, mengkhianati perjanjian parti, dan mengkhianati 
keyakinan pengundi di kawasan mereka.

Pemimpin seharusnya sedar bahawa kemenangan mereka semasa pilihan raya adalah 
disebabkan oleh jentera parti, khidmat ahli-ahli parti akar umbi, manifesto parti dan 
kesepakatan antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti yang mendukung 
calon-calon parti di setiap Parlimen atau Dun.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berharap tindakan sebegini harus diberhentikan 
agar proses demokrasi terus subur. Rakyat telah memilih pada PRU14. Seharusnya 
setiap wakil rakyat bekerja keras sehingga PRU15 dan tidak terbabit di dalam sebarang 
percaturan politik untuk menentukan mana-mana individu terus berkuasa atau 
menghalang mana-mana individu mendapat kuasa di peringkat tertinggi dalam 
negara kita.
Demi Bangsa Malaysia!
Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap Timbalan Ketua 
Pemuda Gagasan Sejahtera
19 September 2018 – HARAKAHDAILY 19/9/2018

Sumber HD - 19-9-2018

Tarif elektrik naik membebankan rakyat


TARIF elektrik pengguna komersial termasuk pengguna domestik yang menggunakan

elektrik melebihi 300kWj sebulan di Semenanjung Malaysia akan terkesan ekoran

keputusan Suruhanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj

bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2018. 
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sangat prihatin dengan berita kenaikan tarif ini

memandangkan kerajaan juga akan mengenakan sales & service tax (SST) pada bulan

September 2018. Walaupun kenaikan tarif ini dikenakan kepada pengguna komersial, tetapi

kesan kepada kenaikan kos sara hidup akan dirasai oleh rakyat marhaen di semua peringkat. 
Agak menghairankan apabila tarif ini dinaikkan memandangkan Tenaga Nasional Bhd

(TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.74 billion bagi tempoh empat

bulan berakhir 31 Disember 2017. Berdasarkan kenyataan Pengerusi TNB pada Disember

2017, Lembaga Pengarah meluluskan pembayaran dividen 50 peratus daripada

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI), yang berada di peringkat

lebih tinggi dari 30 peratus hingga 60 peratus dasar dividen syarikat. 
Ternyata bahawa kerajaan Pakatan Harapan membawa dasar yang sama seperti kerajaan

Barisan Nasional sewaktu memerintah negara. Ini menunjukkan komitmen kerajaan melalui

TNB dan pemegang saham utama TNB, adalah untuk memberi ganjaran kepada pemegang

saham daripada prihatin kepada kenaikan kos sara hidup rakyat. 
Memang benar apabila diumumkan pada Disember 2017 bahawa kadar tarif elektrik

pengguna di Semenanjung kekal bagi tempoh tiga tahun bermula pada 1 Januari 2018

hingga 31 Disember 2020. Tetapi realiti yang telah berubah pada pertengahan tahun 2018

adalah tarif imbalance cost passed through (ICPT). Tarif ini memang dikaji dan ditukar jika

perlu setiap enam bulan. Rakyat harus ambil tahu tentang fakta-fakta sebegini. 
Oleh yang demikian, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mencadangkan agar cara yang lebih

baik untuk menurunkan tarif elektrik adalah dengan kaedah pecahkan monopoli agar

syarikat-syarikat bersaing dengan sihat untuk membekalkan kuasa elektrik yang murah


kepada rakyat. Kerajaan boleh memainkan peranan ini demi keprihatinan kepada rakyat. 
Jika dahulunya, ramai yang memperjuangkan isu kenaikan tarif elektrik sewaktu

pemerintahan Barisan Nasional, kini suara-suara itu telah hilang. Namun begitu, Dewan

Pemuda IKATAN Malayisa dan PAS melalui Gagasan Sejahtera tetap istiqamah

dalam menyebarkan fakta-fakta penting yang merangkumi isu-isu semasa yang

membabitkan hak rakyat. 
Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
Sumber HD - 3-7-1018 

Siasat atau runding semula kontrak runding 

terus

TERDAPAT berbagai perkhabaran dari punca-punca yang boleh dipercayai mengenai begitu banyak kontrak-kontrak yang telah diberikan kepada kroni-kroni oleh kerajaan dahulu dengan harga-harga yang tidak masuk akal. Ini termasuk pembinaan jalan-jalan tol yang diswastakan sejak kebelakangan ini. 
Misalannya jika kita kaji kontrak-kontrak untuk pembinaan jalan raya kita dapati harga pembinaan untuk 1 kilometer jalan telah pun melambung begitu tinggi dalam masa yang paling singkat. Semua kontrak-kontrak ini diberikan kepada kroni-kroni yang kebanyakkannya nama besar dan di peringkat atasan. 
Apa yang telah diketahui dan dibongkar oleh Kementerian Kewangan dan Council Eminent Persons adalah terlalu sedikit berbanding dengan jumlah kesalahan-kesalahan yang telah berlaku. Saya penuh yakin apabila semua kontrak-kontrak runding terus ini telah disiasat atau dirunding semula maka jumlah kewangan yang akan diselamatkan sudah tentu akan dapat banyak membantu mengurangkan hutang negara. 
Begitu juga terdapat berbagai pembinaan jalan-jalan tol sejak akhir-akhir ini yang juga ditawarkan kepada kelompok-kelompok yang sama dengan harga-harga yang tidak masuk akal. Jelaslah terdapat terlalu banyak yang dicuri dari projek-projek ini. 
Memang telah menjadi suatu amalan, apabila kontrak-kontrak runding terus ini telah ditawarkan maka akan timbul pula tuntutan tambahan yang berbagai-bagai menerusi '"Variation Orders" yang akan disokong dan diluluskan oleh ahli-ahli geng yang sama di berbagai peringkat. Perkara seperti ini telah mula menjadi suatu budaya dan telah merebak di seluruh peringkat jentera kerajaan. Oleh itu pihak kerajaan haruslah bertindak tegas, berani dan segera untuk menyelamatkan rakyat dari kerugian dan tragedi yang begitu besar terus menerus melanda negara. 
Untuk menyelamatkan masa dan bertindak segera saya cadangkan pihak kerajaan menubuhkan beberapa Jawatankuasa Pakar dalam bidang-bidang tertentu untuk mengkaji semula kontrak-kontrak ini yang telah ditawarkan oleh berbagai Kementerian dan Jabatan khususnya Kementerian Kewangan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak. 
Seluruh negara begitu berdukacita dan runsing mengenai hutang negara yang begitu besar dan yang telah disembunyikan dari rakyat dengan begitu bijak selama ini. Walaupun orang-orang yang bertanggungjawab dan salah ini akan dibawa ke muka pengadilan, ini tidak akan dikecualikan rakyat dari terus menanggung beban hutang tersebut yang begitu perit. 
(TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR HJ SHEIKH FADZIR)
TARIKH: 7 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 12/6/2018
Sumber HD - 12-6-2018 


Isu Penghijarhan Kelantan: Pemuda Ikatan tegur Azmin
Posted on Wednesday, April 25 @ 06:54:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39357



Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor (Caretaker), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan lantangnya menyelar bahawa kelemahan kepimpinan kerajaan Kelantan yang dinaungi PAS didakwa menjadi punca rakyat negeri terbabit berhijrah ke Selangor untuk memanfaatkan pelbagai peluang.

Dewan Pemuda IKATAN menyeru Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melihat kepada pertumbuhan “Gross Domestic Product” (GDP) untuk negeri-negeri di Malaysia. Berdasarkan Jabatan Statistik Negara, pertumbuhan GDP negara adalah sebanyak 4.2%. Jika diperhatikan, negeri Kelantan dan Selangor masing-masing menunjukkan prestasi pertumbuhan GDP sebanyak 4.8%, melebihi pertumbuhan GDP negara. Statistik ini menunjukkan bahawa struktur ekonomi Kelantan sama kukuhnya dengan struktur ekonomi di Selangor.

Tidak dinafikan bahawa Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia. Kedudukan Selangor berhampiran ibu negara Kuala Lumpur, merupakan pusat strategik untuk kegiatan ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan. Namun begitu, harus diingat bahawa Kelantan pula merupakan pusat strategik untuk kegiatan ekonomi sektor agrikultur, pertanian dan hasil asli. Oleh kerana itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali harus melihat kepada pertumbuhan GDP negeri untuk membuat perbandingan yang bijaksana dan matang.

Memang benar bahawa ramai anak-anak perantau dari Kelantan bekerja di ibu kota Kuala Lumpur dan menetap di Selangor. Keadaan ini langsung tidak menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Kelantan, tetapi menunjukkan kehebatan pentadbiran negeri Kelantan yang berjaya menghasilkan ramai anak-anak muda yang berkualiti ketika belajar dan menimba ilmu di Kelantan. Lazimnya syarikat-syarikat konglomerat dan antarabangsa akan membuka cawangan pejabat di ibu kota sesebuah negara. Jika diperhatikan, ramai yang bekerja di syarikat-syarikat ini adalah terdiri daripada rakyat segenap pelosok negara, termasuklah anak-anak Kelantan.

Sehubungan itu, saya selaku Ketua Pemuda IKATAN Malaysia, merangkap Naib Pengerusi IKATAN Kelantan, mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Mohamed Azmin Ali yang tidak berasas.

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
merangkap Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

Sumber TKO - 25-4-2018


Kadir nafi Fitnah IKATAN keluar Gagasan Sejahtera
Posted on Tuesday, April 24 @ 09:21:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39342



Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menafikan mahu keluar daripada gabungan pembangkang Gagasan Sejahtera bersama PAS.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga menjelaskan tiada sebarang pertelingkahan antara parti komponen dalam Gagasan Sejahtera, lapor Harakahdaily.
“Ringkasnya saya tahu dalam Gagasan Sejahtera ini kami tidak ada sebarang masalah dari segi rebutan kerusi dan sebagainya. Kami bersatu hatilah dalam Gagasan Sejahtera.

“Saya terbaca jugak dalam Youtube bahawa Ikatan keluar dari Gagasan Sejahtera kerana berebut kerusi dan sebagainya. Semuanya tak betul, tak betul ya. Kadang-kadang benda tu jadi tersebar luas jadi saya terpaksa menafikanlah,” beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar web PAS itu melaporkan Kadir berkata demikian dalam sidang media selepas program Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Sementara itu, Kadir juga dilaporkan PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia.

Laporan itu tidak menyebut secara khusus kerusi-kerusi itu.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Sumber TKO - 24-4-2018






SPR pilih Rabu susahkan pengundi

KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh membuang undi pada 9 Mei 2018 hari Rabu turut mendapat kecaman dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). 
Dewan Pemuda Ikatan menyifatkan tindakan SPR menyusahkan rakyat yang ingin keluar menunaikan kewajipan untuk mengundi. 
Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berkata pihaknya kesal kerana terdapat pihak menyokong keputusan ini dengan mengatakan bahawa hari mengundi pada minggu bekerja pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya. 
Hakikatnya, ujar beliau perkara utama harus dilihat adalah implikasi pada hari mengundi yang diputuskan SPR pada hari bekerja nanti. 
"Sejarah membuktikan bahawa peratusan rakyat Malaysia keluar mengundi melebihi 70 peratus untuk tiga pilihan raya lepas yang dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad berdasarkan sumber Parlimen Malaysia. 
Statistik menunjukkan bahawa PRU13 - Ahad (84.40 peratus), PRU12 Sabtu (75.99 peratus), dan PRU11 - Ahad (73.90 peratus). 
"Agak menarik apabila sejarah menunjukkan PRU10 pada tahun 1999, dijalankan pada hari bekerja (Isnin) dengan peratusan keluar mengundi paling rendah sebanyak 69.3 peratus. 
"Adalah agak ironik apabila Tun Mahathir mengadakan sidang media untuk mengecam SPR sejurus pengumuman tarikh pilihanraya dibuat. Walhal, Tun Mahathir menggunakan taktik yang sama setelah memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. 
"Ramai anak-anak perantau akan mengalami kesulitan untuk pulang ke kampung masing-masing demi menjalankan kewajipan terhadap negara. 
"Golongan muda yang baru bekerja akan rasa tertekan untuk terpaksa cuti di saat tempat kerja memerlukan kehadiran mereka untuk kelangsungan operasi harian," katanya. 
Shahir yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera berharap pekerja di seluruh negara diberikan pelepasan awal bersyarat pada hari Selasa, 8 Mei nanti oleh majikan masing-masing bagi memudahkan anak-anak perantau menjalankan proses membuang undi pada keesokan harinya, Rabu 9 Mei ini. -HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 







Kerajaan Teknokrat ke arah Malaysia Sejahtera

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia, khususnya Jabatan Professional Muda (JPro) yang telah menganjurkan dengan jayanya Townhall Mega bertajuk “Kerajaan Teknokrat: Penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara”. 
Seperti yang telah diulas dengan begitu terperinci oleh salah seorang ahli panel, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Kerajaan Teknokrat adalah gambaran sebuah kerajaan yang ditadbir oleh kumpulan profesional dan pakar dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi negara. Pemilihan individu yang bakal menerajui badan eksekutif negara tidak terikat dengan parti politik yang disertai oleh mereka, tetapi lebih kepada kelayakan dan meritokrasi yang mereka miliki. Perlembagaan Negara membenarkan kewujudan Kerajaan Teknokrat melalui perlantikan Senator di Dewan Negara. 
Secara umumnya, seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar Senator dilantik, di mana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Situasi sekarang menjadikan Dewan Negara sekadar “rubber-stamp” dalam meluluskan cadangan legislasi atau Rang Undang-undang daripada Dewan Rakyat. Ini terjadi kerana kebanyakan ahli Dewan Negara adalah lantikan politik, bukan individu yang pakar atau kumpulan profesional. 
Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama bangkit menyokong cadangan Kerajaan Teknokrat ke arah Malaysia yang sejahtera. Kita tidak boleh mengharapkan Barisan Nasional yang telah menyalahgunakan Dewan Negara untuk lantikan-lantikan politik. Kita juga tidak boleh mengharapkan Pakatan Harapan (PH) untuk berubah kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah dasar Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun. Perubahan hanya dapat dilakukan oleh Gagasan Sejahtera demi kebaikan rakyat dan negara. Institusi Dewan Negara harus diperkasakan melalui Kerajaan Teknokrat.  
Sekian, 
SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera - HARAKAHDAILY 9/4/2018
Sumber HD- 9-4-2018 
















Persempadanan semula dibuat tergesa-gesa

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia mempersoalkan kenapa usul persempadanan semula dijalankan secara tergesa-gesa dan tempoh pembentangan di Dewan Rakyat juga begitu singkat berbanding pembentangan sebelum ini yang mengambil sekurang-kurangnya empat bulan. 
Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lulus selepas sesi belah bahagi di Dewan Rakyat pada 28 Mac 2018, dengan 129 menyokong dan 80 menolak. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia, menyokong sepenuhnya hujah ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu), Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan yang merujuk kepada tempoh perbahasan 10 minit semalam yang singkat selain Sabah tercicir buat kali pertama dalam persempadanan itu. 
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia bimbang berlaku kekeliruan di kalangan rakyat untuk PRU14 apabila setiap individu perlu menyemak semula kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing dan juga perubahan pusat mengundi. Kami menyeru kepada setiap rakyat Malaysia, parti-parti politik dan penyokong, agar mengambil inisiatif segera dengan membuat semakan secepat mungkin supaya pengesahan dapat dilakukan. 
Memang benar, persempadanan semula adalah satu proses kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sekurang-kurangnya setiap 8 tahun. Tetapi cara usul ini diluluskan secara tergesa-gesa memberikan persepsi negatif kepada kerajaan dan mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat yang akan membuang undi pada PRU14. Seharusnya usul SPR tidak terhad kepada persempadanan semula semata-mata. SPR perlu menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, contohnya akses media yang bebas dan adil sewaktu kempen kepada semua parti politik. Sekian. 
SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera - HARAKAHDAILY 29/3/2018
Sumber HD - 29-3-2018 

Tak dapat kerusi, Ikatan tak mengamuk macam BN, PH, kata Kadir
Posted on Monday, March 19 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38712



PETALING JAYA: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak pernah meminta kerusi untuk bertanding di Kelantan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Ikatan itu mengakui kekuatan PAS di negeri itu dan oleh itu akan tumpu membantu parti Islamis itu mempertahankan 27 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

“Kita beri ruang kepada PAS untuk bertanding di sana dan kita tidak pernah persoalkan,” kata Kadir kepada FMT.

“Ikatan tak pernah mengamuk kalau tak dapat kerusi. Kita tidak macam BN dan PH.”

Beliau diminta memberikan reaksi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Gagasan Sejahtera (GS) tidak akan meletakkan calon Ikatan di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14.

PAS membentuk GS bersama-sama Ikatan dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), dengan disokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

“Ikatan akan bantu PAS dan calon-calon GS nanti. Kita akan bergerak dan lawan habis-habisan untuk menangkan calon GS,” kata Kadir.

Bekas menteri Umno itu menafikan Ikatan mangsa buli PAS sejak menyertai GS pada Mac 2016.

Beliau berkata Ikatan ada ditawarkan kerusi di negeri-negeri lain.

Kadir berkata Ikatan mungkin akan meletakkan calon di kerusi-kerusi di luar Kelantan tetapi bukan untuk dirinya.

“Saya sendiri dah beritahu tidak akan bertanding,” kata Kadir.

“Tidak timbul soal kami dibuli PAS. Walaupun tidak ada kerusi, hubungan kami dengan PAS baik sepanjang masa dan sangat rapat,” tambahnya.

Sumber TKO - 19-3-2018

Kempen 'Undi Rosak' bukti golongan muda tolak PH

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia tertarik dengan kempen yang tular di media sosial, terutama di kalangan anak-anak muda yang menggunakan hashtag 'UndiRosak' kerana tidak berpuas hati dengan tawaran yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14. 
Sesungguhnya kami di IKATAN dan PAS menerusi Gagasan Sejahtera amat faham dengan manifestasi kekecewaan golongan muda yang memulakan kempen ini apabila Malaysia yang kita sayangi ini akan kembali ke zaman pemerintahan kuku besi Tun Dr Mahathir sekiranya PH menang pilihan raya nanti. 

Atas dasar itulah, Gagasan Sejahtera membuka satu lembaran baru dalam dunia politik negara, di mana anak-anak muda tidak terikat untuk memilih PH atau BN. 
Gagasan Sejahtera merupakan wadah baru untuk anak-anak muda untuk memilih IKATAN, sebuah parti yang membawa aspirasi bangsa Malaysia, bekerjasama dengan parti PAS, sebuah parti dominan di Malaysia yang membawa konsep Islam mensejahterakan umat manusia, tanpa mengira agama dan bangsa. 
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menghuraikan bahawa Islam meletakkan politik sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya mengundi. 
Undi kalian adalah tanggungjawab seorang rakyat untuk menghidupkan proses demokrasi di Malaysia. Setiap undi dari anak-anak muda ini amat bernilai harganya. 
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru dan menggesa anak-anak muda yang kecewa dengan senario politik hari ini untuk bersama-sama kami di IKATAN dan mengundi calon-calon Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Ayuh bersama kami! Undi Gagasan 
Sekian.
Shahir Adnan adalah Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera merangkap Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
HARAKAHDAILY 30/1/2018
Sumber HD - 30-1-2018 


Ikatan tanding 7 kerusi DUN Negeri Sembilan, lain semua PAS
Posted on Saturday, December 30 @ 12:12:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37493&mode=thread&order=0&thold=0


PETALING JAYA: PAS Negeri Sembilan berkata Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dijangka bertanding di 7 kerusi DUN di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-14, manakala 29 kerusi DUN lain akan ditandingi mereka.

PAS juga akan bertanding di semua 8 kerusi Parlimen di negeri itu.

“Calon-calon kita telah hantar kepada pusat,” kata Pesuruhjaya PAS Mustafa Daharun.

PAS dan Ikatan, yang diterajui bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, membentuk gabungan tidak rasmi Gagasan Sejahtera, bersama Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Harapan Malaysia (PHM).

Mereka dijangka bertembung dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan yang dibentuk PPBM, PKR, DAP dan Amanah di beberapa kerusi, menyebabkan pertandingan 3 penjuru dengan Barisan Nasional.

Pada PRU13, BN menang 22 kerusi DUN, DAP 11 kerusi dan PKR 3 kerusi. BN turut memenangi 5 kerusi Parlimen, DAP 2 kerusi dan PKR 1 kerusi.

Mustaffa berkata PAS akan membariskan gandingan calon muda dan lama pada PRU14, manakala Ikatan akan meletakkan calon orang bukan Islam.

Ditanya mengenai peluang PAS di Negeri Sembilan pada PRU14, Mustaffa berharap tsunami politik orang Melayu akan beralih kepada parti Islamis.

“Tambahan pula, suasana pada Umno yang banyak masalah, pengundi akan beralih kepada parti lain khususnya pengundi atas pagar,” katanya.

Baru-baru ini, dalam satu temubual bersama FMT, Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyatakan kemungkinan parti komponen PH akan mendapat bilangan kerusi Parlimen sama rata.

Aminuddin menambah kerusi DUN akan dibahagikan mengikut kekuatan masing-masing pada pilihan raya lalu, dan mengekalkan parti di kerusi yang dimenangi.

Sumber TKO - 30-12-2017












Bajet 2018: Pastikan tiada ketirisan


DEWAN Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa pihak kerajaan untuk meneliti dan memantau secara telus dan terperinci setiap projek yang dilaksanakan agar tiada ketirisan berlaku dalam setiap perbelanjaan projek yang dilaksanakan.
Ketuanya, Shahir Adnan berkata, pihaknya sangat tegas dan tidak bertoleransi dengan amalan rasuah, ketirisan belanjawan dan penyelewangan dana kerana yakin perolehan dana kerajaan adalah hak rakyat Malaysia. 
Bagaimanapun pihak pembangkang perlu juga menyokong intipati bajet yang memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia. 
Sebagai contoh, katanya, Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham Pemodalan Nasional Berhad (PNB) kepada semua anak Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2018 sehingga 2022. 
"Ini bertepatan dengan prinsip Parti Ikatan, di mana semua kaum di Malaysia merupakan cerminan satu bangsa anak Malaysia tanpa mengira warna kulit," ujarnya.  

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menyokong usul-usul yang membawa kepada pembangunan dan pemodenan di kawasan luar bandar. 
Antara contoh yang paling jelas katanya, memperbesarkan serta memodenkan Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan. 
"Sudah tiba masanya lapangan terbang negeri di tranformasikan menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa. 
"Pada masa yang sama, pembinaan projek di luar bandar seperti East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kelantan akan mencorakkan ekonomi di negeri-negeri terbabit," tambah beliau. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD- 31-10-2017 














Jangan emosional beri pandangan kepada sultan


SESIAPA sahaja yang mahu memberi pandangan kepada sultan tidak wajar bersikap emosional apatah lagi individu yang terlibat adalah seorang pegawai bergelar ustaz yang berkhidmat dengan jabatan agama, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman.
BADRIBeliau berkata, sebagai sultan yang memerintah dan memegang gelaran ketua agama di sesebuah negeri mempunyai hak untuk memberi pandangan mengikut persepsinya jika terdapat sesuatu perkara khususnya melibatkan hukum agama Islam.

Merujuk rakaman video Sultan Johor Official berhubung isu dobi mesra muslim yang terjadi di negeri bawah jajahannya, bagi Ikatan adalah tepat. 
"Isu memberi teguran melibatkan agama bukan sahaja untuk agama Islam malahan untuk semua agama yang ada di dalam Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Harakahdaily. 
Beliau berpandangan semua pengusaha Muslim di Malaysia yang sedang atau ingin menjadi seorang pengusaha berkonsep Islam dialu-alukan menggunakam slogan dengan betul seperti 'kedai dobi al-amin', atau 'kedai makan al-ikhlas' supaya tidak menimbulkan persepsi buruk tenang Al-Quran dan Islam. 
"Perkataan suci dalam Islam tersangat global bermakna besar pengertiannya, juga sama dengan isu minuman keras yang sedang diperkatakan ketika ini. 
"Manusia yang sihat tahu akan impak keburukan minuman keras yang mengandungi alkohol. Tak perlulah kita melakukan pecah botol untuk membuat bantahan dalam keadaan waras," tegas beliau. 
Justeru katanya, jika ingin mengemukakan hujah atau membalas kenyataan jangan berfikiran tertutup tanpa merujuk pihak berkenaan terlebih dahulu demi menjaga Islam di mata penganut agama lain. - HARAKAHDAILY 19/10/2017
Sumber HD - 19-10-2017 
















Pelaburan KWSP di negara bukan Islam patuh syariah?

DEWAN Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa KWSP menjelaskan bentuk pelaburannya di sesebuah negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat.
Menurut Ketuanya Shahir Adnan perkara ini perlu dijelaskan memandangkan kebanyakan pencarum KWSP yang menyimpan di dalam simpanan syariah.  

"Kita perlu mengambil pendekatan berhati-hati di dalam pelaburan di negara bukan Islam. Penjelasan perlu diberikan oleh pihak KWSP supaya tidak berlaku kekeliruan," katanya kepada Harakahdaily. 
Malah beliau turut menggesa KWSP menjelaskan ‘keadaan kesihatan’ KSWP pada suku ketiga 2017 setelah mencatatkan kerugian lebih RM200 juta apabila menjual saham milik KWSP dalam Felda Global Ventures Holding Berhad pada akhir tahun lepas. 
Katanya, penjelasan ini penting untuk memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia yang penjadi pencarum kepada KWSP. 
Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat setelah menerima undangan Presiden Donald Trump.
Perdana Menteri mengumumkan akan melabur sehingga USD4 Billion (RM16.76 Billion) di pasaran Amerika Syarikat menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 
Untuk rekod, KWSP sememangnya melabur di luar negara dan ini bukanlah sesuatu yang baru. 
Jelas Shahir, konsep pelaburan di luar negara tidak boleh disalahertikan dan dicampuradukkan dengan konsep pembangunan di Malaysia. 
Tambahnya, pelaburan berasaskan konsep ‘don’t put all your eggs in one basket’ dan ‘diversity in investment’
Lagipun katanya, Amerika Syarikat adalah gergasi ekonomi dunia di mana peluang terbuka luas untuk pelaburan dalam syarikat bertaraf dunia. 
"Facebook yang anda semua gunakan sekarang pun adalah syarikat yang didaftarkan di Amerika. 
"Pulangan keuntungan daripada pelaburan inilah yang akan memberikan faedah kepada semua pencarum KWSP di Malaysia," katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 


















ECRL: Wajar disokong demi kemudahan rakyat











IDEA yang baik daripada kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dan negara wajar dilihat dengan pandangan politik yang matang, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman. 
Menurut beliau, salah satu inisiatif kerajaan iaitu projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan perjalanan dari selatan tanah air hingga ke negeri Kelantan yang akan siap operasi dalam masa beberapa tahun lagi. 
"Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia dan penduduk di Pantai Timur sudah dapat menikmati satu sistem  kenderaan pengangkutan darat awam yang moden buat masa ini mengakhiri penantian selama berpuluh tahun menjadi kenyataan," katanya kepada Harakahdaily. 
Katanya, dengan wujudnya sistem pengangkutan ini ia dapat memberi sedikit peningkatan ekonomi untuk kemajuan negeri dan negara dengan kehadiran pelancong asing dan pelancong dalam negeri. 
"Ia juga dapat memberi ruang pekerjaan kepada mereka yang tidak memilih jenis pekerjaan di samping membuat perniagaan dan mempromosikan produk ekonomi kreatif. 
"Dengan terwujudnya ECRL ini sekali gus dapat mengurangi kesesakan lalu lintas apabila menyambut hari perayaan dan cuti umum sebagai pengangkutan alternatif selain mengunakan pengakutan awan yang lain seperti bas dan kapal terbang," katanya. 
Tambahnya, kritikan dan pandangan negatif yang diterima di awal pembinaan projek mega adalah menjadi perkara biasa sebagaimana ia terjadi ketika pembinaan projek jambatan Pulau Pinang, projek KLCC, Putrajaya dan projek KLIA akhirnya dimanfaatkan oleh rakyat. 
"Saya berpendapat isu yang sedang kerajaan hadapi pada saat ini boleh di selesaikan secara rundingan kerana tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan jika kita mahu mencari jalan penyelesaian demi kebaikan rakyat dan negara, 
"Jika kita sering berfikiran negatif maka tertutuplah yang positif. Harus diingatkan rakyat mahukan  sebuah kerajaan dengan pentabiran yang baik, cekap, bersih dan amanah untuk kesejahteraan bangsa dan negara," katanya. 
Projek ECRL dijangka memulakan kerja pembinaannya pada Julai lalu, dengan kos keseluruhan dianggarkan kira-kira RM55 bilion. 
Merangkumi laluan sepanjang 600.3 kilometer bagi fasa pertama, ECRL akan melalui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. 
Laluan ECRL bermula di terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak akan berakhir di Wakaf Bharu, Kelantan, dengan 23 stesen perhentian di antaranya. – HARAKAHDAILY 18/8/2017
Sumber HD - 18-8-2017 




















Polis harus ada kawal perhimpunan elak berulang












PARTI Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) melahirkan rasa kecewa dengan sikap biadap sesetengah individu yang seolah-olah dirancang apabila bertindak membaling kerusi dan membakar suar di dalam program 'Nothing To Hide'. 
Naib Presiden Ikatan Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, program wacana dan dialog seperti itu sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya oleh peserta sebagai platform untuk mengetahui kebenaran atas apa yang hendak didebatkan. 
"Saya kecewa, kerana setiap program selalunya menjadi program yang baik bertukar menjadi program anarkis. Peserta sepatutnya berjiwa besar dan mendengar serta faham atas apa yang hendak didebatkan bukan berbalah antara satu dengan yang lain," katanya kepada Harakahdaily. 
Beliau berkata, tidak dapat dinafikan jasa bekas Perdana Menteri Tun Mahathir kepada negara sebelum ini bagaimanapun beliau tidak seharusnya dicemari dengan insiden yang memalukan. 
"Membakar suar kepada seorang bekas Perdana Menteri yang telah membuat jasa kepada rakyatnya dan negara apakah salah beliau kepada pengkhianat biadap yang merancang dan pelaku tidak mempunyai moral dan berpendidikan ini," tambah beliau. 
Justeru, beliau berharap pihak polis dapat menghadirikan diri di dalam semua acara perhimpunan yang mendapat kelulusan agar peristiwa sebegini tidak berulang demi keselamatan bangsa dan negara. 
Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7  bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan suar, kerusi, kasut dan botol air daripada beberapa individu yang hadir. 
Insiden kira-kira 5.10 petang itu bermula apabila seorang penonton lelaki bertanya kepada Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985. 
Ketika di soal mengapa tragedi Memali tersebut diisytiharkan darurat dan pihak yang terlibat dibunuh, Dr Mahathir menjelaskan itu adalah prosedur operasi standard polis ekoran empat anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tersebut. – HARAKAHDAILY 14/8/2017
Sumber HD - 14-8-2017 






















Berpolitik boleh, jangan serang peribadi












ISU serangan peribadi yang membabitkan pimpinan tertinggi negara sejak akhir-akhir ini lebih kepada desakan kelangsungan politik sama ada demi parti atau demi peribadi.
Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, sikap yang tidak matang dan sejahtera pimpinan negara ini menjadi tontonan dan ikutan belia-belia negara yang merupakan generasi masa depan negara. 
"Contoh buruk kita ini akan menjadi amalan anak cucu kita suatu hari nanti, dan adakah dengan cara begini kita menunjukkan kepada dunia bahawa slogan Malaysia benar-benar Asia? Jika sikap pimpinan tertinggi kerajaan bersikap demikian?" soal beliau kepada Harakahdaily. 
Katanya, rakyat Malaysia bukannya tidak cerdik bahkan kanak-kanak sekolah rendah sehingga universiti mengetahui apa yang bakal terjadi kepada negara mereka pada masa akan datang. 
Tambahnya, kontroversi ini tersebar luas lebih-lebih lagi di media sosial di mana dunia boleh melihat suasana politik Malaysia yang sedang bergelora. 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit asal usul keturunan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya sehingga mencetuskan persoalan dan menjadi bualan rakyat yang mahu semua pihak kemukakan kebenaran. 
"Zahid Hamidi yang mempunyai pendidikan tinggi dan berfikiran matang wajar berhujah dalam soal politik jika hendak membela Umno dan BN bukan menyerang sikap dan sifat mana-mana individu. Ingat! slogan 'Jasamu Dikenang' dilaungkan semasa Tun mengumumkan persaraannya," kata beliau. 
Justeru, katanya sempena bulan Kemerdekaan ini adalah lebih baik kerajaan yang sedia ada membuat satu perubahan yang baik untuk bangsanya dengan memulihkan kembali ekonomi rakyat serta pelbagai masalah yang telah dibebankan kepada rakyat selama ini. – HARAKAHDAILY 7/8/2017
Sumber HD - 7-8-2017 
























Sudah tiba masanya! Sebuah cerita blok ke-3

RAMAI yang tidak berpuas hati dengan parti yang mentadbir kerajaan Malaysia sekarang, berasa bingung dan keliru dengan alasan PAS meninggalkan pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) dan membentuk satu lagi kumpulan pembangkang atau Blok Ketiga. Tambahan pula Blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera dibentuk dengan satu parti kecil yang tidak dikenali iaitu PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN). Apakah semua ini? Adakah ini suatu reka cerita dari parti BN untuk melemahkan pakatan pembangkang dan adakah PAS telah dibeli? Jujurnya, Blok ke-3 tiada ada kena mengena langsung dengan BN. Ini lah ceritanya! 
Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh parti yang kukuh berteraskan kaum Melayu iaitu Umno telah mentadbir Malaysia sejak kemerdekaan. Salah satu sebab mengapa mereka dapat mengekalkan kuasa pentadbiran adalah kerana rakyat berpuas hati dengan manifesto-manifesto BN dan kepimpinan-kepimpinan mereka yang terdahulu. Ekonomi Malaysia telah berkembang dan rakyat turut menyedari bahawa sebagai sebuah negara baru kita semua mesti bekerja keras dan berganding bahu untuk mencapai kemakmuran yang berterusan. Orang-orang Melayu telah pun bersiap sedia, melibatkan diri secara besar-besaran dalam membangunkan bidang pertanian dengan penubuhan peneroka FELDA dan skim-skim yang lain. 
Sementara orang-orang Cina dan India yang mana majoritinya penduduk bandar pula mengejar sektor perdagangan dan professional. Kita semua gembira dan saling bertolak ansur sesama sendiri tanpa ada perasaan buruk dan tidak puas hati. Walaubagaimanapun apabila era Mahathir tiba, satu perubahan terhadap agenda nasional telah muncul. 
Matlamatnya adalah untuk ‘meng industri kan’ Malaysia dengan menjadikan sebuah negara yang kaya dengan cepat untuk bersaing dengan negara-negara membangun yang lain dan juga negara-negara di rantau Asia. Untuk mencapai hasrat ini pentadbiran Mahathir telah mengambil keputusan untuk ‘mengawal’ ekonomi orang Melayu dan memfokuskan semula ke arah lebih banyak kawasan perindustrian, seperti program vendor Proton dan lain-lain. Pertanian yang menjadi tonggak asas bagi perdagangan dan jalan kemakmuran orang Melayu telah diketepikan atau ditangguhkan. Laluan ekonomi kaum Cina dan India pula terus berkembang kerana mereka sudah dari awal terlibat dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan. 
Disebabkan pengindustrian adalah konsep ekonomi yang masih baru untuk orang Melayu, pentadbiran Mahathir telah memberi sokongan kepada beberapa ahli perniagaan Melayu  yang telah Berjaya. Melalui kumpulan inilah telah dikatakan bahawa ilmu dan keuntungan kewangan dapat diperturunkan sedikit sebanyak kepada lebih ramai kaum Melayu dan sekaligus membentuk industri perniagaan kecil dan sederhana yang kukuh dan membolehkan golongan ini menjadi satu kuasa yang diiktiraf dalam arena ekonomi dunia. Pemuda Melayu juga telah digalakkan untuk berduyun-duyun ke Kuala Lumpur dengan janji 'projek-projek' dan dana kerajaan yang boleh meningkatkan kedudukan kekayaan mereka secara mendadak. Penggerak utama disebalik rancangan tersebut, kini telah menjadi salah seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH). Mereka yang diberikan "sokongan" kerajaan ini tidak lama kemudian dikenali sebagai "Kroni" dan maka bermulalah budaya politik wang dalam arena politik Malaysia. 
30 tahun telah pun berlalu. Mahathir telah pun lama meletakkan jawatan. Politik wang semakin bermaharajalela bukan sahaja di dalam BN tetapi juga dalam parti pembangkang. Ia telah pun tersemai dalam budaya politik Malaysia lalu menjadi satu tabiat di mana politik dianggap sebagai tempat mendapat wang dan seseorang boleh menjadi kaya dengan melibatkan diri dalam kancah politik. Dengan ini, sesiapa yang menerajui negara ini akan menjadi sangat berkuasa dan terdedah kepada sumber dana yang diluar imaginasi di mana dia dapat menentukan bagaimana dana itu akan dibelanjakan. Oleh itu pertarungan ‘bermati-matian’ di antara parti Barisan Nasional dan pembangkang Pakatan Harapan untuk mengetuai kerajaan telah mencapai ke tahap yang tak masuk akal di mana wakil-wakil daripada kedua-dua pihak tidak lagi melihat kepada dasar-dasar yang memakmurkan rakyat tetapi sebaliknya beralih arah kepada mengutuk dan melemparkan penghinaan sesama sendiri. Lebih teruk lagi apabila dasar pertarungan ini telah cenderung bertukar menjadi isu 'perkauman'. 
Orang Melayu yang kini menderita akibat kemelesetan ekonomi apatah lagi apabila jalan kemakmuran ekonomi mereka telah dibelakangkan; tanpa disedari kini menyalahkan orang Cina pula. Walaupun ini bukanlah sentimen majoriti penduduk Melayu pun sebenarnya, parti politik yang terlibat telah melaungkan perasaan tidak selesa ini di kalangan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Orang Cina pula yang merasakan bahawa Malaysia sepatutnya diurus dengan lebih baik dan mempunyai persepsi bahawa orang Melayu pemalas dan hanya suka mengambil jalan pintas membuatkan mereka memberi sokongan penuh kepada parti pembangkang terbesar dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP. Di sini kita mempunyai senario di mana Barisan Nasional (BN) yang walaupun mempunyai komponen parti-parti kaum lain, ia diketuai oleh Umno; parti Melayu yang kuat dan PH walaupun mempunyai parti-parti Melayu yang lain tetapi diketuai oleh DAP satu parti Cina yang besar. Oleh itu, senario"Melayu lwn Cina" melakari landskap politik Malaysia. 
Haluan perkauman ini adalah sesuatu yang tidak baik dan tidak sekali-kali akan menjadi baik untuk negara. Ia akan menghapuskan apa yang telah negara kita kecapi sebagai negara makmur berbilang kaum dan RAKYAT Malaysia lah yang akan berada dalam kerugian yang besar. Isu-isu penting dan yang mengancam kehidupan tidak akan dipandang oleh wakil-wakil kedua-dua belah kerana agenda utama mereka bukanlah untuk berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk memastikan "KUASA" dipegang atau dikekalkan. Maka dengan itu, kami mewakili rakyat dari segenap lapisan masyarakat ingin melaugkan "Cukup! Cukuplah!" dan ayuh, kita bertindak bersama. Kami rakyat tidak menuding jari kepada mana-mana kumpulan atau pihak tetapi mahu parti dalam kerajaan untuk merenung sejenak akan apa yang telah terjadi. Nilailah semula keadaan ini dengan pandangan yang lebih luas dan janganlah mempunyai perasaan gentar dan berprasangka buruk bahawa rakyat hanya mahu "menjatuhkan" kerajaan tanpa mengambil kira perlembagaan Negara yang telah ditetapkan. 
Oleh yang demikian, untuk parti di dalam kerajaan mentadbir negara ini dengan lebih rasional, adalah sangat penting bagi pihak pembangkang dan “pesaing sihat” menjadi lebih matang dan faham bahawa mereka perlu melayari gelombang sistem pilihan raya negara untuk melakukan perubahan dalam negara. Kedudukan semasa PH menyuarakan dirinya sebagai "Pejuang Kebebasan" rakyat dan dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka yang mempunyai bayang-bayang Mandela dan Che Guevara bukanlah suatu yang sihat. Malah ianya hampir tidak menghormati Perlembagaan negara di mana pilihan raya yang dulunya direka oleh bapa-bapa kemerdekaan kita, memberikan peluang yang sama bagi mana-mana parti yang mampu mendapat sokongan yang luas daripada Rakyat; untuk menerajui kerajaan serta memastikan asas demokrasi kita akan kekal utuh. Haluan yang membuka pintu revolusi ini tidak akan membantu sesiapa pun dengan jayanya bahkan akan merobek negara dengan cara yang paling sukar untuk di pulih. 
“SUDAH TIBA MASANYA” parti di dalam kerajaan dan negara MALAYSIA yang kita cintai mempunyai kumpulan atau blok pembangkang yang boleh berhubungan dengan kerajaan dengan cara yang bertamadun dan produktif, DEMI RAKYAT. Kami, pakatan Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera percaya bahawa kami adalah kumpulan yang berupaya memacu Malaysia ke arah haluan yang benar dari aspek landskap politik dan memastikan barisan ahli Parlimen dan wakil Dewan-dewan undangan negeri mewakili rakyat dengan telus dan ikhlas. 
Gagasan Sejahtera akan menjadi kumpulan pembangkang yang akan memberikan kestabilan kepada landskap politik negara kita. Ia dipimpin oleh parti yang ahlinya majoriti orang Melayu. Ini pasti dapat menyeimbangkan persaingan yang tidak sihat antara kaum kerana kedua-dua pihak dalam kerajaan dan pembangkang tidak akan menyentuh isu-isu berkaitan dengannya. Ia dengan itu akan membuka peluang yang luas kepada wakil-wakil rakyat daripada kedua-dua parti untuk memberi perhatian yang lebih kepada polisi-polisi yang berkaitan dengan Rakyat. 
Langkah tersebut bukanlah untuk mewujudkan ketuanan kaum di sebelah pihak sahaja. Namun, ia adalah bagi memastikan setiap kaum di wakili secara saksama dan seimbang dalam arena politik Malaysia. Ia akan dapat memastikan suara dari kaum lain didengar untuk melakukan tindakan atau langkah-langkah yang dapat memperbaiki keadaan mereka. Ia akan dapat menyelaraskan semula laluan ekonomi Melayu, (orang Melayu yang merupakan majoriti negara ini tetapi menyumbang hanya secebis terhadap ekonomi) di mana ianya  dapat menyediakan perkara asas agar mereka boleh bekerja keras untuk keperluan harian keluarga mereka dan secara amnya menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar. (KDNK). 
Gagasan Sejahtera tidak berminat untuk mengutuk personaliti-personaliti dalam kerajaan. Kami sedia maklum berada di tempat mereka adalah sesuatu yang amat mencabar dalam menyeimbangkan antara kerja-kerja politik dan juga kerja sebagai menteri. Oleh itu, kami percaya kami dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada setiap dasar kementerian dengan memberikan nasihat membina dan cadangan inovatif yang dapat dilaksanakan dengan mudah, mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan akhirnya membantu serta tidak membebankan Rakyat. Kami percaya kami mampu duduk semeja bersama menteri-menteri dalam mesyuarat dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan mana-mana Kementerian untuk mengetengahkan polisi-polisi tertentu agar dapat dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. 
Gagasan Sejahtera dengan sepenuh keyakinan percaya bahawa kami dapat mempelajari untuk mengenali lebih dalam sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan kita. Adalah perlu untuk kami memahami sistem operasi setiap kementerian bagi melahirkan sebuah ekosistem yang positif di mana kami sebagai pembangkang akan dihormati kerana memahami akan cara bagaimana kerajaan mentadbir negara. Adalah amat mengecewakan apabila sebahagian daripada pembangkang menentang pendekatan ini kerana mereka beranggapan mereka perlu mengubah setiap prosedur apabila mereka menjadi kerajaan yang mentadbir. Memang perubahan bagi menaik taraf produktiviti serta mencapai matlamat adalah sesuatu yang digalakkan tetapi kita harus memahami dahulu situasi semasa sebelum sebarang perubahaan dapat dilakukan. 
Akhir kata, Gagasan Sejahtera adalah satu wadah untuk mereka yang ingin berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. Ia bukanlah lubuk emas bagi mereka yang ingin mengejar kekayaan dan jawatan serta sebarang hak istimewa, nama, dan pangkat. Gagasan Sejahtera adalah untuk mereka yang memahami tentang perlunya ekosistem politik negara kita ditambah-baik demi keharmonian rakyat agar kita dapat membangunkan ketamadunan kita demi anak-anak dan pewaris masa hadapan supaya mereka dapat merasa selamat, mengukir senyuman yang panjang dan kekal bahagia. 
TENGKU AHMAD MUDZAFFAR TENGKU MOHD ZAID
Setiausaha Agong
Parti Ikatan Bangsa Malaysia – HARAKAHDAILY 7/7/2017
Sumber HD - 7-7-2017


























Apa sebenarnya cukai pelancongan?

DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia berpendapat Kementerian Pelancongan perlu mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia secara umumnya, dan pengusaha premis-premis pelancongan dan penginapan secara khususnya mengenai isu Cukai Pelancongan 2017. 
Ini kerana menurut Ketua Pemuda Ikatan Malaysia Malaysia Shahir Adnan beberapa persoalan telah timbul mengenai isu cukai pelancongan ini yang akan dilaksanakan bermula bulan depan. 
Katanya, rakyat telah melihat berlaku ketidaksefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam isu ini, terutama Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional. 
Jelasnya, cukai pelancongan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai cukai persekutuan namun, sesetengah negeri juga mempunyai hak untuk mengenakan cukai melalui saluran majlis perbandaran, contohnya di Melaka. 
"Adakah dua jenis cukai yang dikenakan iaitu satu cukai persekutuan dan satu lagi cukai negeri? Pemuda Ikatan menyarankan suatu garis panduan untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dibuat bagi mengelak berlakunya pertindihan atau perselisihan cukai," katanya kepada Harakahdaily. 
Beliau turut menyarankan Kementerian Pelancongan menghebahkan jenis premis pelancongan yang akan dikenakan cukai dan pengecualiannya. 
Dewasa ini, katanya, ramai anak muda mula menceburi perniagaan “homestay” atau “Airbnb” secara atas talian untuk menambah duit poket bulanan. 
"Kami tidak mahu melihat anak muda tersungkur dalam perniagaan premis penginapan dek kerana bebanan cukai atau kerana terjejasnya industri pelancongan," tambah beliau.
Pemuda Ikatan menggesa kerajaan bersifat telus untuk melaporkan bagaimana pulangan cukai yang dikutip akan digunakan untuk melonjakkan industri pelancongan negara dan membantu negeri-negeri yang berperanan sebagai pusat pelancongan Malaysia kerana dianggarkan kerajaan akan mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah 60 peratus. 
Justeru katanya, yang menyarankan pihak kerajaan untuk meneliti aspek-aspek yang berkait dengan isu cukai pelancongan ini. 
Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 telah dibentangkan pada sidang Parlimen yang lepas oleh Menteri Pelancongan dan diluluskan dengan undian majoriti. 
Pelaksanaan Cukai Pelancongan dengan kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalam akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2017. – HARAKAHDAILY 13/6/2017
Sumber HD - 13-6-2017 























Tidak perlu tunggu lepas PRU baru pulihkan ekonomi

KERAJAAN Umno BN digesa mengambil langkah inisiatif dengan segera bagi memulihkan kembali ekonomi rakyat yang semakin tidak menentu pada hari ini.
DSMBadriPengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman mengingatkan kerajaan bahawa mereka tidak perlu tunggu selepas Pilihan Raya ke-14 untuk mengambil langkah memulihkan ekonomi. 
"Jangan tunggu sesudah PRU, rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikap sabar, kalau selepas pilihan raya sikap sabar boleh bertukar menjadi sebaliknya. Rakyat negara ini setiap hari bertambah dan tidak pernah kurang," katanya kepada Harakahdaily. 
Bahkan katanya, dengan pelbagai kenaikan bahan keperluan harian seperti gula dan petrol mengundang lagi bebanan khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan merebak kepada mereka berpendapatan sederhana. 
Keadaan ini juga katanya, membuatkan rakyat semakin tidak percaya dengan kerajaan yang memerintah ketika ini. 
"Setiap saat, hari, minggu, bulan dan setiap tahun ada sahaja berita dan cerita dari kerajaan, berita yang boleh memberi kegembiraan kepada rakyat hanya sementara untuk dinikmati berbanding berita yang mendukacitakan yang sentiasa menghantui rakyat," ujarnya. 
Beliau memberi contoh pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang banyak menghadiahkan perkara-perkara baik kepada bangsa negara ini dan mengharapkan pengganti-pengganti selepasnya akan sentiasa memastikan legasi pentadbiran Tunku tidak disia-siakan. 
"Akan tetapi, seperti kata pepatah sekali air bah sekali pasir berubah. Setelah era Dr Mahathir senario politik tanah air telah menjadi lebih dahsyat, tidak tahu di mana kesilapannya. Pengganti yang di kategorikan sebagai individu yang layak menjadi atau penyambung perjuangan kemerdekaan bertukar menjadi satu kerajaan yang sangat menakutkan rakyat memiliki kuasa melebihi dari Raja-raja Melayu," tegasnya. 
Justeru beliau menyeru kepada pimpinan kerajaan agar kembalikan Malaysia kepada rakyat bangsa Malaysia yang boleh memberi kesejahteraan kepada bangsa mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 31/3/2017
Sumber HD - 31-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

























Ikatan yakin pindaan Akta 355 kurangkan jenayah

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44388-ikatan-yakin-pindaan-akta-355-kurangkan-jenayah

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor percaya kadar denda yang tinggi untuk kesalahan di bawah Akta 355 yang disyorkan PAS akan mengurangkan kadar jenayah syariah apabila ia dilaksanakan nanti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman berkata, dengan denda yang tinggi kadar jenayah syariah dapat dikurangkan berbanding dengan kadar yang sedia ada iaitu RM5,000 membuatkan pelaku tidak berasa gerun dan boleh membayarnya dengan begitu mudah.

"Pelaku akan kata 'small problem' boleh 'settle' dan esok kita buat lagi. Dengan kadar denda ratus ribu nanti saya yakin dan percaya akan membuatkan pelaku akan berfikir banyak kali untuk melakukan janayah sekali gus kadar kesalahan jenayah dapat diatasi," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya yang berharap kerajaan dapat memberi mempertimbangan serta meluluskan cadangan yang akan di bawa oleh PAS pada persidangan Mac nanti.

"Ini kerana banyak perkara kesalahan jenayah syariah yang berlaku di kalangan orang Islam pada saat ini sangat membimbangkan, pengaruh budaya luar telah banyak mempengaruhi bangsa kita tidak mengira kaum atau agama. Fenomena pengaruh ikut-ikutan ini telah melenyapkan budaya sopan santun dan tiada lagi menampakan ciri khas budaya Timur yang kita santuni selama berabad lamanya.

"Budaya lemah lembut sopan santun telah bertukar menjadi budaya liar dan tidak beradab sehingga kejadian berzina, kecurangan dalam perkahwinan antara suami isteri, perkosaan yang tidak mengenal status dalam kalangan keluarga. Perkara sebegini juga pasti berlaku pada kaum Cina, India dan yang  lain, akan tetapi kita dalam Islam tidak ada hak untuk mencampuri urusan agama masyarakat lain kerana agama mereka juga ada peraturan nya tersendiri," tambah beliau.

Bagaimanapun, katanya, RUU355 ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan kaum bukan Islam dan manakala hukuman rotan dalam jenayah syariah juga berbeza dengan hukuman sebatan yang di gunakan dalam mahkamah sivil.

Tambah beliau, definasi merotan di dalam pemahaman agama Islam yang di cadangkan dalam RUU355 ini sama seperti yang dipraktikkan oleh guru yang mengajar agama, guru besar sekolah serta guru disiplin untuk mendidik kanak-kanak sekolah supaya bersikap baik selepas hukuman.

"Kita juga mengetahui ada ayat di dalam al-Quran tertulis jika binatang yang tidak berfikiran tidak boleh kita kasari inikan pula kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran," ujarnya.

Justeru beliau memohon kepada mana-mana mereka yang tidak faham tentang RUU355 ini untuk datang berjumpa dengan PAS agar usaha untuk kebaikan bersama ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. – HARAKAHDAILY 23/2/2017

Sumber HD - 23-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























RUU 355: Ikatan seru Umno yakinkan rakyat

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44180-ruu-355-ikatan-seru-umno-yakinkan-rakyat

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyeru kepada pimpinan Umno BN agar mengambil alih tanggungjawab untuk meyakinkan rakyat dan ahli parlimen bahawa RUU 355 adalah pindaan akta yang sedia ada.

Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata, pimpinan Umno haruslah memulakan usaha ini serta merta dan jangan berlengah-lengah lagi supaya segala ketegangan dan perbahasan yang tidak perlu dapat dihentikan.

"Dengan usaha ini dari pimpinan Umno BN dan kerajaan saya yakin pindaan tersebut bukan sahaja akan dapat sokongan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

"Tidak sampai pun setengah jam, Ketua Menteri Sarawak telah pun mengubah pendiriannya dari membangkang kepada menyokong usul tersebut. Malah beliau membayangkan bahawa BN Sarawak juga mungkin akan menyokong pindaan usul tersebut jika mereka benar-benar memahaminya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pimpinan Umno BN berkemampuan untuk meyakinkan rakan-rakan BN mereka dengan mudah jika usaha tersebut dimulakan segera bukannya di saat-saat akhir.

Katanya, pindaan melibatkan kepentingan agama dan umat Islam seharusnya menjadi tanggungjawab semua bukannya diserahkan kepada PAS semata-mata.

Malangnya kata beliau, masih terdapat kenyataan-kenyataan keras dari kalangan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham mengenai tujuan sebenar pindaan itu.

"Mereka sudah faham bahawa pindaan ini tidak akan dapat dibentangkan dalam parlimen oleh Presiden PAS sebagai usul persendirian jika ianya tidak mendapat restu Umno BN.

"Oleh itu kenyataan parti komponen BN jelas menunjukkan 'game of upmanship' dengan DAP bagi membuktikan siapa lebih anti-Islam dan siapa lebih berani menyuarakan pendapat sedemikian. Keadaan ini menimbulkan perbahasan yang tidak perlu dan ketegangan kaum dan agama yang juga tidak perlu dan bahaya," ujarnya.

Jelasnya, pihak PAS telah pun berusaha dengan berbagai cara untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu bahawa pindaan tersebut bukanlah suatu pindaan untuk hudud seperti yang difahami ramai melalui pintu belakang. - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Beg Plastik: Bayaran 20 sen bukan jalan terbaik

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43946-beg-plastik-bayaran-20-sen-bukan-jalan-terbaik

KUALA LUMPUR: Bayaran 20 sen dikenakan setiap beg plastik kepada pengguna di negeri Selangor bukanlah jalan penyelesaian yang bijak bagi merealisasikan kempen bebas plastik di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman.

Beliau berkata, walaupun hanya 20 sen dikenakan tetapi ia sebagai tambahan kepada bebanan rakyat negeri ini yang kini sangat tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

"Kenapa kerajaan boleh mencari alternatif dengan menyediakan bekas makanan plastik bagi menggantikan bekas polisterin, kenapa tidak untuk beg plastik," soal beliau.

"Di manakah nilai perkerti dan kasih sayang dari pemimpin untuk rakyat? Malaysia dari semua negara yang maju makmur dan harmoni satu ketika dahulu berubah menjadi kacau atas kekalutan dan ketamakan dari sesetengah pemimpin," soal beliau kepada Harakahdaily.

Tambahnya, setiap hari akan mendengar keluhan kesusahan rakyat sehingga ada yang menderita kerana kerakusan pemimpin negara.

"Saya sangat berterima kasih kepada rakyat bangsa Malaysia yang selalu sabar dan sentiasa bersyukur atas keadaan dan situasi yang menimpa mereka dan keluarga lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpendapatan seperti pemimpin," ujarnya.

Justeru, katanya, kempen bebas plastik ini perlu dilaksanakan secara bijak tanpa membebankan rakyat dalam masa yang sama menepati matlamat kerajaan negeri bagi memelihara alam sekitar.

"Bayaran 20 sen yang dikenakan tidak dijalankan dengan teratur sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak sejak ia dilaksanakan awal bulan ini," katanya ketika ditemui.

Sejak awal Januari lalu, pelbagai reaksi timbul di kalangan pengguna selepas kerajaan Selangor mengisytiharkan pengharaman beg plastik di negeri itu.

Sehingga ada yang menyifatkan usaha itu tidak berjaya kerana pengguna masih dibekalkan beg plastik walaupun dikenakan bayaran.

Bermula 1 Januari 2017, Hari Tanpa Beg Plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor akan dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu.

Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi akan membekalkan beg plastik secara percuma bermula tahun 2017. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Perlu Tunjuk ‘Taring’- IKATAN
Posted on Saturday, November 26 @ 18:57:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32601



PAS tidak boleh lagi berdiam diri, sebaliknya perlu menjawab serangan musuh secara matang, termasuk pihak yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, berkata PAS kini seolah-olah menjadi mangsa buli termasuk dalam kalangan parti pembangkang.

Ia ekoran usaha parti itu yang berusaha membentangkan RUU 355 atau RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.

Bagaimanapun, katanya sikap PAS yang tunduk membisu terhadap pelbagai cemuhan tidak bermakna parti itu menyerah kalah, sebaliknya menggambarkan kematang dan kesederhanaan pemimpinnya.

“Pindaan yang dicadangkan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, bertujuan memberi gambaran lebih jelas kepada orang ramai, selain menangani fitnah dan tuduhan tidak berasas pelbagai pihak.

“Kalau dulu, setiap usaha memartabatkan perundangan Islam tidak pernah ditentang Ahli Parlimen bukan Islam kerana tidak menyentuh kepentingan mereka.

“Semuanya bersifat ‘gentleman’, termasuk Lee Kuan Yew yang mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika Tanah Melayu dan Singapura masih bergabung,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Khamis.

Kadir berkata, RUU 355 tidak mencetuskan dua aliran perundangan seperti diuar-uarkan sebelum ini hingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan pengamal undang-undang.

Beliau berkata, perjumpaannya dengan beberapa parti politik seperti MCA, MIC dan Gerakan minggu lalu menunjukkan perkembangan positif apabila mereka mula menerima pembentangan RUU berkenaan.

“Mereka mahukan jaminan RUU 355 bukan hudud dan tidak akan mencetuskan dua aliran perundangan sehingga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, semua pihak jangan cuba nak main ‘game up manship’ (tunjuk siapa lebih hebat) dengan DAP, selain membuktikan siapa paling anti-Islam dan Melayu semata-mata untuk meraih populariti.

“PAS adalah parti besar dan antara yang menunjangi politik negara selain UMNO, justeru sudah tiba masanya PAS tunjukkan taring mereka.

Wartawan Watan-Online

Sumber TKO -26-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Ikatan syor utamakan tenaga kerja tempatan

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43347-ikatan-syor-utamakan-tenaga-kerja-tempatan

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor berpendapat bahawa pengurangan jumlah tenaga kerja asing di dalam negara dapat mengawal pengaliran keluar mata wang negara.

Dalam menangani isu tenaga kerja asing Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman, berkata kerajaan harus berani mengambil cabaran untuk merebut peluang pekerjaan yang dikuasai mereka dengan menawarkan kepada rakyat tempatan.

"Kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai di dalam negara semakin membimbangkan sehingga mencantas peluang perniagaan dan pekerjaan rakyat tempatan. Banyak dimonopoli oleh pekerja asing.

"Contoh di Indonesia, Bangladesh, India, Nepal dan sebagainya mereka tidak pernah mengambil tenaga kerja asing untuk kerja pembangunan negara mereka," katanya ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Sebaliknya kata beliau, negara kita terlalu bergantung kepada pekerja asing dari negara berkenaan seolah-olah menafikan kepakaran yang dimiliki oleh rakyat tempatan.

Malah katanya, dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja asing ini dapat mengurangkan jumlah rasuah yang semakin berleluasa di tambah pula iklim ekonomi negara yang tidak menentu.

"Kita ambil contoh negara Amerika, England, China, Thailand di mana jumlah tenaga kerja asing dapat di kawal. Kenapa kita atau rakyat tidak berani mengambil peluang untuk membuat kerja tersebut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri David Seow turut melahirkan kebimbangan dengan kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai di dalam negara menyebabkan ramai rakyat tempatan hilang pekerjaan.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar melatih tenaga kerja tempatan agar dapat dimanfaatkan untuk projek-projek di masa hadapan tanpa lagi bergantung kepada pekerja asing.

"Misalnya latih anak-anak Felda untuk projek masa hadapan, bagilah peluang kepada mereka. Kenapa kita perlu bergantung kepada kepakaran luar negara. Inilah masa yang sesuai di saat ekonomi kita semakin merosot.

"Kita ambil kepakaran rakyat kita yang daripada pelbagai bangsa kita ada Melayu, kita ada India dan kita ada China, mereka ada kepakaran masing-masing. Manfaatkan mereka," ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak orang Bangladesh yang berkerja di dalam negara ini mungkin boleh menjadi rakyat Malaysia kerana persamaan budaya antara penganut Islam di negara ini dan Bangladesh. – HARAKAHDAILY 25/11/2016

Sumber HD- 25-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Gagasan kecam pihak guna gambar Tunku Abdul Rahman

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43300-gagasan-kecam-pihak-guna-gambar-tunku-abdul-rahman

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Bersatu (Ikatan) mengecam tindakan kumpulan Baju Merah yang menggunakan gambar Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada baju mereka.

Menurut Naib Presiden Ikatan Tunku Muinuddin Putra tindakan kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos sangat memalukan kerana memakai baju yang  tertera gambar pengasas ikon partinya.

"Perlu diingat Tunku Abdul Rahman adalah seorang lelaki dan pemimpin yang mencintai keamanan dan dia selalu berkata bahawa terdapat ruang yang mencukupi untuk semua bangsa di negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan cucu kepada Tunku Abdu Rahman berkata, tokoh itu sentiasa mempunyai ruang untuk mewujudkan rundingan damai bukannya mengambil tindakan turun ke jalan sehingga mengundang kesusahan kepada orang ramai.

"Dia tidak berpegang pada apa yang Kumpulan Merah atau Kuning lakukan malah beliau tidak pernah terbabit dengan tindakan itu," tambah beliau.

Sebelum ini menerusi laman sosial Twitter, Tunku Munawirah mempersoalkan tindakan pemimpin gerakan tersebut, Jamal Md Yunos meletakkan gambar bapa kemerdekaan itu pada baju-T kumpulannya.

“Oi Jamal hang nak buat apa dengan gambaq Tok aku tu. Haishh! Loqlaq #BERSIH5,” tulis Tunku Munawirah dalam entrinya. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Rakyat perlu bijak pilih pemimpin berwibawa

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43252-rakyat-perlu-bijak-pilih-pemimpin-berwibawa

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor mengajak rakyat negara ini berfikir bagaimana untuk mencari pemimpin yang berwibawa, yang boleh diharapkan untuk memimpin Malaysia supaya dapat keluar dari kemelut ekonomi yang sedang membelengggu negara ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, rakyat yang bijak dan berpelajaran tidak termakan hasutan dari pemimpin yang mahu memecah belah bangsa demi kepentingan peribadi.

"Rakyat yang bijak harus menyokong pemimpin yang cintakan keamanan sesama bangsa untuk menstabilkan ekonomi negara yang semakin membimbangkan.

"Kita yakin apabila keharmonian sesama bangsa dapat disatukan kembali nescaya ekonomi negara akan kembali pulih dan tenang, secara tidak langsung kehidupan berbilang kaum dapat disatukan kembali sebagai bangsa Malaysia," katanya.

PAS bersama Ikatan dalam Gagasan Sejahtera  mengajak semua pihak menolak dan menggesa PDRM bertindak secara profesional untuk menghentikan niat pemimpin yang ingin mengadakan himpunan pada 19 November iaitu himpunan baju kuning dan baju merah.

Katanya, PDRM perlu mengambil tindakan tegas untuk menghalang niat mereka yang ingin menghasut fikiran rakyat yang tidak berdosa atas tujuan peribadi mereka.

"Insiden yang berlaku terhadap Datuk Jamal baru-baru ini tidak sepatutnya terjadi dan kedua-dua belah pihak penganjur Baju Kuning dan Merah seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas insiden yang terjadi baru baru ini.

"Semua ini terjadi kerana dengar cara ini sajalah mereka dapat menghasut fikiran rakyat supaya bertindak balas dendam hanya untuk kepentingan peribadi untuk membela parti politik yang mereka puja-pujakan dan bukan untuk menyempurnakan ajaran agama mengikut fahaman masing masing.

"Untuk kasih mengasihi sesama manusia serta melupakan sama sekali prinsip rukun negara yang telah di ilhamkan oleh pejuang kemerdekaan negara," katanya.

Beliau yakin dunia luar sedang memerhati Malaysia yang sekarang ini sedang menghadapi masalah ekonomi di tambahkan satu lagi masalah bertelingkah dan berperang sesama bangsa.

Tambahnya, hasil dari hasutan beberapa pemimpin parti politik yang kuat pengaruhnya sehingga mencetus perbalahan sesama suku bangsa sebenarnya tidak menguntungkan masyarakat yang hidup berbilang bangsa pada saat ini.

"Masyarakat atau rakyat harus sedar dan perlu ambil iktibar tentang apa manfaatnya jika kita menyokong mereka yang membuat huru hara, apakah cukup hanya diupah yang begitu kecil untuk membenci sesama sendiri hanya untuk memenuhi inspirasi dan aspirasi?

Justeru katanya,  Malaysia pada saat ini memang merasai beban tekanan ekonomi yang semakin teruk dan berdoa agar kembali pulih seperti sediakala.

"Sangat memalukan bila kita sanggup menunjukkan kain negara kita yang telah dikoyakkan oleh pemimpin kita kepada dunia, di mana prestasi karisma dan  maruah kepimpinan pemimpin kita yang masyur dan harum suatu ketika dulu," katanya. – HARAKAHDAILY 18/11/2016

Sumber HD - 18-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Ikatan desak polis batalkan demonstrasi 19 Nov

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43209-ikatan-desak-polis-batalkan-demonstrasi-19-nov

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas dan serta merta membatalkan tunjuk perasaan yang akan diadakan oleh Kumpulan Bersih dan Kumpulan Baju Merah pada 19 November ini.

Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata pihaknya sangat bimbang akan berlaku pertumpahan darah dan rusuhan besar-besaran jika kedua-dua himpunan tersebut dibenarkan berterusan.

"Saya sendiri pernah mengambil bahagian di dalam dua siri Bersih yang diadakan pada tahun-tahun dahulu, dalam setiap demonstrasi tersebut memang terdapat perancangan rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak-pihak lain sehingga menimbulkan rusuhan besar-besaran dengan tujuan menarik perhatian dunia dan mendapat publisiti luar negara yang meluas," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, insiden dan provokasi seseorang yang menumbuk Ketua Kumpulan Merah Datuk Jamal Yunos sehingga berdarah sudah tentu akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari pengikut dan penyokongnya.

"Sudah tentu mereka akan juga akan membuat apa sahaja untuk menyekat demonstrasi Bersih dan pertembungan tersebut sudah tentu akan mengakibatkan rusuhan dan pertumpahan darah yang seharusnya tidak boleh dibenarkan berlaku pada ketika ini," tambah beliau.

Tegas beliau, ketika ini negara sedang melalui masalah sosioekonomi yang berbagai-bagai akibat kemerosotan ekonomi dunia sehingga menyebabkan peningkatan kos sara hidup dan kemerosotan ekonomi negara.

Justeru, katanya pada ketika ini negara tidak mampu menghadapi rusuhan lebih-lebih lagi jika ianya berunsurkan perkauman yang mana akan menakutkan pelabur daripada luar.

Kadir juga percaya pihak polis berkemampuan untuk mengambil tindakan tegas, berani dan serta merta untuk menyekat keadaan buruk ini dari berlaku.

"Polis masih mempunyai lima hari untuk membuat sesuatu demi keamanan dan kesejahteraan negara dan juga bagi membela kerukunan hidup rakyat Malaysia yang begitu baik selama ini.

"Kami marayu agar demonstrasi kedua-dua pihak itu diharamkan serta merta dan jangan kita menyesal kemudian hari," ujarnya.

Beliau juga menasihatkan agar Bersih dan Baju Merah membuat permohonan baru dan meneruskan demonstrasi mereka di tempat-tempat yang lebih selamat seperti Padang Merbok atau tempat-tempat lain yang mudah dikawal pihak berkuasa dan tidak membahayakan rakyat serta harta awam. - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Bajet 2017: longgar syarat beli rumah tiada penyata gaji

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42953-bajet-2017-longgar-syarat-beli-rumah-tiada-penyata-gaji

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa kerajaan agar melonggarkan syarat-syarat pembelian rumah kepada sesetengah pembeli yang tidak ada penyata gaji.

Ketua Penerangan Ikatan, Tunku Profesor Dr Fauzi Malek berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan pilihan 'rent to own' kepada pembeli supaya mereka boleh menyewa tempat tersebut kemudian sewa rumah itu digunakan untuk bayaran bagi membelinya.

"Idea untuk bank memberi pinjaman 100% bagi rumah PPR adalah sangat bagus kerana harga jualan adalah di antara RM35,000 ke RM42,000 manakala nilai rumah tersebut boleh mencecah RM200,000 mengikut kawasan.

"Jadi kalau di beri pinjaman 100% pun kalau bank terpaksa tarik balik loan mereka, bank boleh melelong rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, ramai di kalangan rakyat negara ini tidak tahu wujudnya skim perumahan apatah lagi hendak memohon rumah daripada skim PPR, PR1MA, My Beautiful Home, PPA1M, PMR, transit studio dan lain-lain lagi.

"Eloklah kalau kerajaan mewar-warkan skim yang sedia ada. Proses untuk mendapatkan rumah dan pinjaman untuk pembeli pun agak sukar.

"Rumah transit pula bagi graduan yang terpaksa ke kota besar untuk bekerja boleh menyewa studio di kawasan ini selama 5 tahun. Semasa di sini mereka boleh mengumpul duit untuk membeli rumah baru. Satu idea yang bagus tapi kalau di buat di dalam kawasan seperti Wilayah Persekutuan," ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000. – HARAKAHDAILY 24/10/2016

Sumber HD - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























BR1M: Terima kasih, tetapi bukan penyelesaian

SALMIYAH HARUN | .
 



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42924-br1m-terima-kasih-tetapi-bukan-penyelesaian

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor tidak menolak pemberian "One Off" kepada rakyat, namun ia hanya merupakan satu penyelesaian jangka pendek serta tidak mampu mengatasi bebanan hidup rakyat yang kini semakin tertekan.

Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, kerajaan seharusnya mengkaji lebih teliti masalah yang dihadapi rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

"Saya yakin melalui permohonan BR1M sudah ada maklumat yang lengkap tentang kehidupan mereka dan ia sepatutnya menjadi unjuran kerajaan dalam mengkaji langkah terbaik membantu rakyat.

"Jika kita ingin mencapai sebuah negara maju, isu rakyat berpendatan rendah perlu menjadi agenda utama, mereka perlu dibantu secara berterusan seperti kita memberi pancing untuk mereka berusaha dan bukannya memberi ikan untuk makan hanya seketika," kata beliau kepada Harakahdaily.

Jelas beliau, untuk mengambil hati rakyat, mereka tidak sepatutnya diberikan bantuan "one off" atau istilah gula-gula sebaliknya pendekatan khusus harus diberikan bagi menampung atau menambah pendapatan mereka.

"Kita boleh mengambil contoh negara-negara maju yang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan mereka, apa yang mereka lakukan itu boleh kita jadikan contoh atau model," tambahnya.

Ikatan Selangor berharap kerajaan boleh mengkaji semula agenda mereka dalam memastikan kebajikan rakyat sebagai suatu keutamaan, ini selaras dengan prinsip "Rakyat Diutamakan".

Ikatan Selangor juga bersedia untuk duduk semeja dengan kerajaan dalam membincangkan serta mencari mekanisma baru demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Semalam di dalam Bajet 2017 kerajaan mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) misalnya bagi isi rumah  berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1200, pendapatan RM3000 hingga RM4,000 daripada RM800 kepada RM900.

Begitu juga bantuan kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 adalah RM450. – HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD - 22-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Bajet 2017: Utamakan agenda atasi belia muflis

SALMIYAH HARUN | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42803-bajet-2017-utamakan-agenda-atasi-belia-muflis

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor berpendapat agar kerajaan memberi fokus kepada golongan belia muflis dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober nanti.

Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman berkata, di dalam pembentangan bajet 2017 nanti, kerajaan wajar mengutamakan agenda ini sebagai usaha menyelesaikan masalah belia yang muflis yang semakin ramai dari semasa ke semasa.

Statistik sejak tahun 2010 hingga April 2015 menunjukkan daripada 107,000 individu yang diisytihar muflis, 23,484 daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.

Seramai 1,469 belia di bawah 25 tahun turut muflis manakala individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap iaitu sebanyak 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan.

"Angka-angka yang ditunjukkan ini amat membimbangkan dan ia dijangka akan meningkat setiap tahun. Dalam memastikan angka ini berkurangan kerajaan perlu memastikan ada agenda penyelesaian pada bajet kali ini," katanya kepada Harakahdaily.

Walaupun telah ada usaha dilakukan kerajaan, katanya, usaha yang diberikan tidak memberi kesan secara menyeluruh, oleh itu kerajaan perlu meletakkan satu kaedah yang baru jika mahu usaha ini tercapai.

Tegasnya, golongan belia merupakan pemimpin masa hadapan dan mereka adalah ikon kepada pembangunan negara, kegagalan mengatasi isu ini, sedikit sebanyak akan merencatkan usaha pembangunan negara.

"Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan kerajaan dengan penglibatan semua pihak sama ada badan bukan kerajaan, badan kewangan, pakar ekonomi ataupun mana-mana pihak, agar resolusi baru untuk atasi gejala muflis ini dapat diatasi secara menyeluruh," ujarnya yang juga Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Malaysia.

Terdahulu, Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC) menegaskan pengurusan kewangan yang lemah mengakibatkan seramai 22,663 rakyat Malaysia berumur kurang daripada 35 tahun diisytiharkan bankrap antara 2011 dan September 2015.

MFPC turut mengakui muflis di usia muda boleh mendatangkan mudarat kepada golongan belia sekaligus akan menjejaskan kehidupan harian dan masa depan mereka.

"Kesedaran kewangan di kalangan belia dan mahasiswa di negara ini adalah amat penting bagi kesejahteraan mereka dan masa depan ekonomi Malaysia, sambil menambah golongan ini harus menjadi celik kewangan dari usia muda," jelas MFPC. – HARAKAHDAILY 12/10/2016

Sumber HD - 12-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























DAP wajar contohi Tan Sri Lee Lam Thye

SALMIYAH HARUN | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42589-dap-wajar-contohi-tan-sri-lee-lam-thye

KUALA LUMPUR: DAP wajar mencontohi sikap bekas pimpinan parti itu Tan Sri Lee Lam Thye yang mempunyai semangat bangsa Malaysia dan tidak terlalu taksub kepada parti, demikian menurut Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman.

Beliau berkata, sikap bekas Ahli Parlimen DAP itu meletakkan perjuangannya lebih besar daripada perjuangan kepartian dan perkauman yang sering ditunjukkan oleh parti itu sejak akhir-akhir ini.

"Cuba ambil contoh bekas ahli parlimen DAP Bukit Bintang Tan Sri Lee lam Thye. Beliau adalah seorang bangsa Malaysia yang perlu kamu semua dalam DAP harus contohi," katanya kepada Harakahdaily.

Badri berkata demikian bagi memberi respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang menghina Mursyidul Am PAS Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din pada hari beliau meninggal dunia 16 september baru-baru ini.

Beliau bersama ahli dan kepimpinannya tidak menyenangi kenyataan Jeff Ooi itu seolah-olah ia datang daripada mereka yang tidak berpendidikan dan tidak bermoral sedangkan ianya daripada seorang wakil rakyat yang memiliki kelulusan teknologi maklumat.

"Jeff Ooi memiliki sarjana IT sepatutnya mempunyai sikap berlapang dada kepada sesiapa sahaja sesuai dengan kedudukannya sebagai MP," katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Jeff Ooi yang pakar di dalam teknologi maklumat membuat kenyataan kononya 'tweeternya' telah digodam untuk memburukannya bagi tujuan politik.

"Anda sendiri memegang sarjana IT yang tahu ilmu IT lebih baik dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang cuba membela dia. Saya percaya beliau  berdendam dengan orang Islam dan semua bangsa Melayu," ujarnya.

Tegasnya, rakyat negara ini sudah meluat dengan semua ahli dan pimpinan politik yang berdrama setiap hari sedangkan banyak isu yang belum diselesaikan sehingga menekan kehidupan rakyat dengan pelbagai masalah termasuklah ekonomi.

Justeru parti Ikatan atas nama dan semangat bangsa meminta Jeff Ooi segera mohon maaf secara terbuka di persidangan parlimen yang akan bermula Oktober ini.

"Sebagai orang Islam kita dianjurkan untuk memaafkan keterlanjuran individu tersebut. Kerana kita umat Islam khususnya di Malaysia mengamalkan budaya mengikut prinsip kesopanan dan kesusilaan," katanya. – HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Cadangan Noh bukan untuk bantu rakyat

SALMIYAH HARUN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42476-cadangan-noh-bukan-untuk-bantu-rakyat

KUALA LUMPUR: Di saat kerajaan Umno BN menghadapi pelbagai masalah Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar sebagai menteri senior sepatutnya melontarkan cadangan membantu bukannya menambahkan beban kepada kerajaan yang sudah menerajui negara selama 59 tahun.

Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, cadangan Noh untuk memberi lesen pinjaman wang kepada pemaju perumahan adalah tidak munasabah dan memperlihatkan tindakannya bukan untuk membantu rakyat sama sekali.

Sekali gus katanya, cadangan tersebut akan merosakkan fungsi institusi perbankan dan kewangan negara akhirnya menjejaskan ekonomi negara serta rakyat yang berpendapatan rendah.

"Kos sara hidup yang melambung tinggi serta masalah sesetengah rakyat yang kebanyakannya belia tidak mengira bangsa telah disenarai hitam pasti menyukarkan untuk mendapat kelulusan pinjaman," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Noh yang telah berkhidmat sebagai seorang menteri sekian lama sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama institusi perbankan dan kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat yang disenarai hitam terlebih dahulu.

"Rakyat pasti gembira dengan usaha kerajaan dan keyakinan rakyat pasti kembali.

"Saya bersependapat dengan beberapa tokoh ilmuan dan pemimpin parti politik yang sebelum ini telah membuat kenyataan sangat kesal dengan kenyataan menteri terbabit yang juga pengerusi umno negeri Selangor," ujarnya.

Justeru tegas beliau, jika benar Noh mahu meneruskan usaha itu, beliau perlu mencadangkan agar lesen pinjaman perumahan dari pemaju yang bekerjasama dengan perbankan. - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Sumber HD - 11-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Ekonomi Malaysia: Ambil iktibar teguran PM Singapura

SALMIYAH HARUN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42457-ekonomi-malaysia-ambil-iktibar-teguran-pm-singapura

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyeru kepada semua pimpinan negara, pakar ekonomi untuk bersama-sama menyingkirkan rasa ego dan takbur bagi memulihkan semula keadaan ekonomi yang semakin tenat melanda negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman percaya dengan mengenepikan perasaan itu sebaliknya duduk bersama menggulung lengan baju antara pemimpin dan rakyat dalam suasana kasih sayang tanpa memikirkan bangsa, nescaya ekonomi negara akan kembali pulih dan kukuh.

Beliau juga menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di dalam video yang telah menjadi viral bukanlah satu sindiran bahkan itu merupakan satu teguran ikhlas ke atas isu ekonomi yang melanda pada hari ini.

"Teguran itu sangat ikhlas bukan sindirian untuk menghina Malaysia. Sebagai sebuah negara berjiran jika sesuatu yang melibatkan kejatuhan ekonomi sudah pasti Singapura akan turut merasai bersama.

"Saya berterima kasih kepada PM Singapura atas pandangan ikhlas beliau berhubung ekonomi negara kita yang sangat membimbangkan," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru beliau mengajak rakyat negara ini bekerjasama dalam membantu usaha pemimpin senior dan pemimpin sedia ada untuk sama-sama memulihkan ekonomi negara demi masa depan bersama. – HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Isu muflis, gesa pelan tindakan kerajaan

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42391-isu-muflis-gesa-pelan-tindakan-kerajaan

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyeru agar Kementerian Kewangan memandang serius dalam mengatasi golongan belia yang muflis akibat hutang pinjaman daripada intitusi kewangan.

Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman  berkata, pihaknya sering kali menerima aduan daripada golongan muda yang berdepan dengan masalah ini termasuk juga kos sara hidup yang semakin menekan.

"Golongan muda atau belia tidak memilih untuk menjadi muflis tetapi dengan bebanan kos serta pendapatan meraka yang tidak dapat menampung kos yang ada sekarang ini menyebabkan terpaksa menghadapinya.

"Apatah lagi dengan komitmen yang tinggi mereka perlu tanggung setiap bulan, bukan isu mereka tidak mahu membayar pinjaman tetapi dengan pendapatan mereka yang tidak selaras dengan keadaan ekonomi yang ada serta kos kenaikan barang yang tidak dapat dikawal, menyebabkan mereka terlewat membayar pinjaman dan menjadikan ia tertunggak," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Malaysia menggesa Perdana Menteri agar memandang serius tentang masalah ini serta mengkaji satu mekanisma baru dan bukannya meletakan kesalahan sepenuhnya kepada golongan muda dan belia jika mereka diisytihar muflis.

"Kita mahu keperihatinan dari kerajaan dalam menyelesaikan isu ini agar para belia dapat merasakan keperihatinan kerajaan terhadap mereka," jelas beliau.

Ikatan Selangor percaya dengan langkah baru ataupun mekanisma baru dari kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu ini akan memberi kegembiraan kepada masyarakat yang tidak dapat dilupakan.

Ikatan Selangor juga berharap, kerajaan mengkaji semula had minumum hutang individu di sektor perbankan iaitu membolehkan mereka muflis dari RM30 ribu kepada yang lebih tinggi sebagai langkah baru bagi mengelakkan mereka mudah dimufliskan oleh pihak bank.

"Kita berpendapat dengan ruang yang lebih luas diberikan ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mencari pendapatan sampingan dalam menyelesaikan segala hutang mereka.

"Dalam pada itu kerajaan tidak sepatutnya mengetatkan atau menghalang urusan mereka yang muflis ini dengan urusan-urusan kewangan, golongan ini perlu dibantu sepenuhnya agar hutang mereka dapat diselesaikan," tambahnya.

Difahamkan statistik sejak tahun 2010 hingga April 2015 sebanyak 107,000 individu telah diisytihar muflis.

Daripada jumlah itu 233,484 daripadanya melibatkan golongon belia berumur antara 25 hingga 34 tahun.

Seramai 1,469 belia di bawah umur 25 tahun turut menerima nasib yang sama manakala individu berusia antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi diisytiharkan bankrap iaitu sebanyak 37,888 orang. – HARAKAHDAILY 4/9/2016

Sumber HD - 4-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Semoga Tun M ikhlas mohon maaf pinda perlembagaan

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42288-semoga-tun-m-ikhlas-mohon-maaf-pinda-perlembagaan

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) negeri Selangor percaya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan permohonan maafnya secara ikhlas kerana bertindak meminda Perlembagaan Persekutuan selepas lebih 20 tahun dulu.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman berkata, permohonan maaf secara terbuka itu menampakkan keikhlasan beliau sebagai seorang bangsa yang bertanggungjawab terhadap raja dan tanah air tercinta.

"Perbuatan atau perilaku sebeginilah yang harus dicontohi oleh setiap pemimpin ahli politik dan individu di tanah air Malaysia yang dicintai

"Seperti kata pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora' begitu juga hidup kita sebagai insan di muka bumi am nya dan khusus di Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau juga tidak menolak rakyat negara ini masih menyanjung dan berpegang tinggi nilai budaya serta prinsip kehidupan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan termasuk prinsip rukun negara yang menyatakan kesetiaan kepada raja dan negara.

Justeru katanya, jelaslah bahawa begitu agungnya perlembagaan yang telah tertulis dan kata ucapan pepatah Melayu lama pernah menyebut 'raja dan rakyat berpisah tiada' sudah terbukti,

"Jika tiada raja, tiada negara dan rakyat akan hidup porak peranda, jadi kita harus kekalkan sistem berkenaan dan pulangkan kembali hak tersebut secara tersusun agar rakyat dapat merasakan kenyamanan dalam kehidupan.

"Buat apa dikurangkan sedangkan kita masih mempraktikkan. Saya juga pernah diajukan satu pertanyaan dari individu apakah yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu tidak boleh membantu rakyat dan negara jika diperlukan," katanya.

Beliau yakin dan percaya masalah rakyat pasti akan mendapat tempat dan perhatian daripada Raja-raja Melayu, begitu juga dengan pemimpin negara agar mengambil semangat prinsip rukun negara nescaya segala masalah rakyat akan terbela dengan saksama.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

“Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang," ujarnya di dalam blog beliau.

Pada tahun 1993, kerajaan yang diterajui Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya atau tidak.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.

Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MKN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu.

Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Ikatan dekati anak muda melalui sukan

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42146-ikatan-dekati-anak-muda-melalui-sukan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          KUALA LUMPUR: Ikatan Selangor hari ini mengambil inisiatif dengan mendekati golongan muda melalui sukan, walaupun sebelum ini telah ada parti-parti politik yang lain menggunakan konsep ini namun Ikatan merasakan belum terlambat untuk parti ini mendekati golongan muda dengan cara bersukan.

“Bagi memenuhi matlamat ini, Ikatan Selangor telah menaja satu pasukan futsal untuk kejohanan Futsal Piala Pengarah Audit Negeri Selangor 2016 yang berlangsung di KSL Sports Futsal, Puchong.

“Ikatan Selangor berpendapat dengan penyertaan ini, ia dapat mempromosikan nama Ikatan dikalangan golongan muda sekaligus dapat menarik minat golongan muda mendekati parti ini,” ujar Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman, Pengerusi Ikatan Selangor.

Menurut beliau, walaupun pimpinan politik mempunyai tugas dilapangan terutama dalam memastikan kestabilan ekonomi negara dan rakyat, namun golongan musa tidak harus diketepikan kerana mereka merupakan pengundi yang paling besar pada pilihan raya umum akan datang.

Ikatan Selangor juga berhasrat untuk menganjurkan kejohanan futsal pada masa akan datang dengan membuka penyertaan kepada semua peringkat media, parti politik, ngo serta pasukan-pasukan  futsal yang di luar.
“Ikatan Selangor berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan bukannya bermusim,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 13/8/2016                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 13-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------    























Bentang kejayaan Selangor sebelum Belanjawan 2017

SALMIYAH HARUN | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42144-bentang-kejayaan-selangor-sebelum-belanjawan-2017                                                                                                                                                                                                                                                                                                            KUALA LUMPUR: Pembentangan awal menghadapi persediaan Belanjawan 2017 merupakan langkah yang baik untuk rakyat negeri Selangor bagi mengetahui kendudukan terkini perancangan dan usaha kerajaan negeri sebelum ini, demikian menurut Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman.

Katanya, satu langkah yang terbaik dengan melibatkan sekali idea-idea mahupun cadangan rakyat untuk persediaan belanjawan 2017 nanti, pasti cadangan yang bernas dapat diberikan rakyat jika mereka dapat meneliti status terkini kedudukan perancangan yang lepas.

"Setiap idea atau cadangan rakyat dibawah tidak boleh dipandang remeh kerana mereka yang lebih mengetahui apa yang mereka alami apatah lagi kemelut ekonomi negara yang semakin tertekan," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, sebagai sebuah parti politik Blok Ketiga, Ikatan berharap kerjasama antara Ikatan Selangor dengan kerajaan negeri dapat direalisasikan, hubungan ini secara tidak langsung dapat menjadikan Kerajaan Negeri Selangor sebuah kerajaan yang kukuh.

Beliau turut menyambut baik dan berterima kasih atas kejayaan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam memastikan ekonomi negeri ini berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Ikatan Selangor turut yakin kerajaan negeri telah merangka satu pelan perancangan ekonomi yang jitu dalam usaha meningkatkan kadar pelaburan tanpa meninggalkan perancangan ekonomi untuk hidup rakyat.

"Usaha baik serta tanggungjawab ini merupakan satu langkah bijak serta kepedulian pentadbiran negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diamanahkan oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu," katanya.
Justeru katanya, bagi memastikan perjalanan ekonomi serta kejayaan pentadbiran negeri ini, Ikatan Selangor meminta agar membentangkan kepada rakyat setiap kejayaan ekonomi serta perkembangan yang telah dirancang pada Belanjawaan 2016 yang lalu. – HARAKAHDAILY 12/8/2016                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 12-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                        

Cadangan Hanna Yeoh mahu perangkap MB S'gor?

























SALMIYAH HARUN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42075-cadangan-hanna-yeoh-mahu-perangkap-mb-s-gor                                                                                                                                                                                                                                                                                             KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyambut baik berhubung cadangan pembentangan usul agar semua Adun di negeri itu wajib mengisytiharkan aset milik masing-masing.

Menurut Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman mereka menyokong sepenuhnya sekiranya usul itu dibentangkan bertujuan membuktikan kebersihan sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Bahkan beliau turut menyarankan agar pengisytiharan harta dan aset dibuat melalui juru audit atau akauntan awam yang diperakui serta melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Selepas siasatan siap dilakukan oleh semua agensi seperti juru audit dan juru akaun bertauliah serta SPRM berpuas hati atas pengistiharan tersebut maka baru majlis pengtauliahan angkat sumpah di mulakan di hadapan sultan.

"Saya berharap agar usaha tersebut tidak hanya sekadar cakap-cakap sahaja dan isu pengisytiharan harta tidak hanya diarahkan kepada Adun Selangor semata-mata seterusnya ia harus dilaksanakan ke semua negeri sebelum menjalankan tugas sebagai Adun," katanya kepada Harakahdaily.
 
Badri juga berpendapat, isu ini sepatutnya diilhamkan oleh menteri besar bukannya speaker kerana menteri besar mempunyai kuasa eksekutif melantik dan menggugurkan Adun.

"Menteri besar harus mendapat pandangan sultan dan persetujuan secara bertulis daripada pihak istana baru boleh dibentangkan. Jangan asyik nak tengok unggas di seberang sedangkan harimau di depan tidak nampak," tambah beliau.

Rabu lalu, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberitahu Sidang Dun akan membentangkan usul agar semua Adun di negeri itu wajib isytihar aset milik masing-masing.

Sekiranya usul tersebut diluluskan, Selangor akan menjadi negeri pertama di negara ini yang mewajibkan semua Adun membuat pengisytiharan harta.

Sebelum ini, peraturan itu hanya dikenakan ke atas Menteri Besar dan semua Exco.

Menurut Hannah, tujuan kerajaan Selangor meminta semua wakil rakyatnya mengisytiharkan aset masing-masing adalah memastikan ketelusan kerajaan negeri dan membolehkan rakyat memahami kedudukan kewangan negeri dengan lebih jelas.

Badri juga tidak menolak cadangan ini akan menimbulkan persoalan tehadap kepercayaan rakyat Selangor serta memberi modal percuma kepada parti lawan untuk mengkritik dan memperkecilkan kredibiliti kepimpinan Selangor.

"Adalah lebih popular jika Hannah Yeoh memfokuskan agenda untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, daripada meletakkan kedudukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor dalam 'boiling pot'.

"Ia juga bakal menimbulkan masalah jika tiba-tiba di dapati ada di antara wakil rakyat yang bermasalah akibat perisytiharan harta tersebut," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa perkara ini perlu dibentangkan waktu ini dan kenapa tidak dilaksanakan sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Selangor selepas PRU 2008.

"Apakah tindakan ini berunsurkan politik untuk menumbangkan ketua yang menerajui negeri pada saat ini. Jika ini benar maka politik dan parti yang bergabung tidak mantap di antara satu dengan yang lain, tidak ada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat atau sebelum dan selepas memenangi pilihanraya," katanya.

Justeru katanya, adalah lebih wajar jika Pakatan Rakyat memikirkan apakah tindakan untuk memperkuatkan hubungan parti-parti komponennya pada masa ini jika masih mahu terus berkuasa di Selangor.

"Sekiranya ingin meneruskan cadangan tersebut, adalah lebih wajar dimulakan selepas PRU-14 akan datang," katanya. – HARAKAHDAILY 5/8/2016                                    Sumber HD -  5-8-2016                                                              ----------------------------------------------------------                                                                           Cadangan Noh Omar bakal bebankan ibu bapa

























SALMIYAH HARUN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42039-cadangan-noh-omar-bakal-bebankan-ibu-bapa                                                                                                                                                                                                                                                                                               KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyifatkan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar yang mencadangkan untuk mewajibkan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam dalam membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah insfrastruktur adalah tidak berasas.

Menurut Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman segala kelengkapan infrastruktur sekolah mahupun pendidikan ia menjadi tanggungjawab kerajaan sepenuhnya dan bukannya menjadi tanggungjawab ibu bapa.

Tegasnya, setiap kali bajet dibentangkan, kerajaan perlu mengutamakan infrastruktur pendidikan terlebih dahulu termasuk segala keperluan pelajar yang merupakan pelaburan dalam melahirkan generasi yang cemerlang.

Beliau juga berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan, ibu bapa tidak sepatutnya terus dibebankan untuk menampung segala keperluan sistem pendidikan.

"Jika ini diterima pakai ia akan menimbulkan kesulitan kepada setiap keluarga untuk memikirkan tanggungjawab baru itu.

"Jika kerajaan merasakan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik, sepatutnya sistem pendidikan negara ini diberikan secara percuma sepertimana berlaku di negara-negara maju," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelas beliau dengan sistem pendidikan percuma ia dapat memberi peluang kepada seluruh keluarga yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Bukan itu sahaja bahkan kata beliau, usaha itu secara tidak langsung dapat menghapuskan statistik mereka yang ketinggalan dalam dunia pendidikan.

Ikatan Selangor tidak menolak, masih ramai keluarga yang tidak  dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana kesempitan hidup.

Ikatan Selangor turut berpendapat, sudah sampai masanya kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan segala ketirisan yang berlaku dalam sistem pentadbiran yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.

"Kegagalan dalam mengatasi masalah ini akan menyebabkan sistem pendidikan negara terus berada kebelakang di samping mereka yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah terus tercicir.

"Sektor pendidikan perlu diberikan keutamaan kerana di situlah lahirnya generasi yang cemerlang dan pengetahuan serta mereka yang akan menerajui negara ini pada masa akan datang," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan mengurangkan peruntukan dalam sektor pendidikan adalah tidak wajar sama sekali, malah cadangan yang diutarakan oleh Noh Omar itu mengambarkan satu tindakan yang tidak matang serta memandang remeh terhadap sektor pendidikan negara.

Justeru, katanya, Ikatan Selangor menolak sekeras-kerasnya cadangan Noh Omar yang ingin mewajibkan PIBG mencari dana sendiri bagi menampung kos penyelenggaran sekolah. – HARAKAHDAILY 3/8/2016                                                                                                                                             Sumber HD - 3-8-2016                                                             --------------------------------------------------------                                                                                                                                                          Kemelut Selangor: Hormati mandat rakyat

























SALMIYAH HARUN | .


  

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41985-kemelut-selangor-hormati-mandat-rakyat                                                                                                                                                                                                                                                                                               KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menggesa agar semua pimpinan parti politik di negeri itu menghormati status quo ketika ini dan memberi fokus kepada isu kebajikan rakyat sepenuhnya.

Menurut Pengerusi Ikatan Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman pada PRU13  yang lalu rakyat telah menyerahkan mandat kepada parti yang mereka pilih maka sudah tentu rakyat inginkan kebajikan dilaksanakan bukannya pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta agar lebih menumpukan perhatian dalam urus tadbir kerajaan negeri dalam memastikan isu-isu rakyat diselesaikan serta memastikan ekonomi negeri itu terus mantap.

"Ikatan Selangor mengambilkira dengan tersebarnya twitter yang dikaitkan dengan Menteri Besar itu sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya apatah lagi ia dibaca oleh semua pihak.

"Begitu juga dengan pimpinan parti politik yang lain, sebarang kesulitan yang timbul perlu diselesaikan secara perbincangan dan bukannya melalui kenyataan terbuka," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, karenah yang dilakukan pimpinan Pakatan Harapan sebenarnya memberikan banyak keburukan dari kebaikan.

Ikatan Selangor tambahnya, tidak bermaksud untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri tetapi demi hak rakyat negeri ini, Ikatan Selangor bertanggungjawab untuk menegur jika ia dilihat boleh merugikan semua pihak.

Setiap pihak katanya, mempunyai tanggungjawab masing-masing dan peranan itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin, apa yang pasti hak rakyat tentang kebajikan mereka, kemudahan serta ekonomi mereka perlu diutamakan.

Selain itu, tegas beliau semua pihak digesa menghormati sistem Istana dan tidak mengheret Istana dalam kancah politik negeri ini.

"Sebagai sebuah parti dari blok ketiga, Ikatan bersedia untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri berbincang dalam sebarang isu sama ada isu pentadbiran, kerjasama parti politik mahupun hak rakyat Selangor," katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2016                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 27-6-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Kenaikan caj letak kereta, apa alasan kerajaan

























SALMIYAH HARUN | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41887-kenaikan-caj-letak-kereta-apa-alasan-kerajaan                                                                                                                                                                                                                                                                                            KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyifatkan kadar caj letak kereta yang diumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meningkat sehingga 150 peratus adalah tidak munasabah.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin membebankan, menurut Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman, DBKL  tidak sepatutnya menambah lagi beban hidup rakyat yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur.

"Walaupun ia tidak melibatkan Negeri Selangor, namun kenaikan caj letak kereta itu turut membebankan sebilangan besar rakyat Selangor yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur ataupun mereka yang berkerja di ibu kota," katanya.

Ikatan Selangor juga menggesa agar kerajaan tampil memberi alasan mengenai kebenaran kenaikan caj tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah sepatut isu-isu mengenai kenaikan caj perlu diteliti sebaik mungkin dan bukan hanya mengutamakan pihak tertentu.

"Caj yang dikenakan setiap jam bagi pusat bandar yang dinaikkan daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama dan kadar caj dinaikan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 untuk jam berikutnya mengikut sesetengah melampaui pendapatan rakyat.

"Ini bermakna, setiap pengguna terpaksa membayar RM32 sehari, kadar caj ini secara langsung mempengaruhi perbelanjaan harian mereka menyebabkan mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih setiap bulan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat telah menanggung beban kenaikan harga barang dan sepatutnya mereka tidak perlu dibebani lagi dengan caj letak kereta yang baru ini.

Justeru, Ikatan Selangor menggesa agar kerajaan campurtangan dan mempertimbangkan semula kelulusan ini, dengan mengambil kira beban hidup rakyat.

Ikatan Selangor juga turut berharap agar Kerajaan Selangor tidak mengikut jejak langkah DBKL untuk turut menaikan kadar caj letak kereta di negeri itu. – HARAKAHDAILY 19/2016                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Ikatan sambut baik kenyataan Tuan Ibrahim

























SALMIYAH HARUN | .


   

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41824-ikatan-sambut-baik-kenyataan-tuan-ibrahim 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  KUALA LUMPUR:  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang dan kembali kepada agenda utama untuk menumbangkan BN demi kepentingan masa depan negara dan rakyat.

Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman melihat usaha ini merupakan langkah awal dalam menghentikan pertelingkahan sesama sendiri sehingga tujuan asal diketepikan menyebabkan BN terus berkuasa.

"Untuk mencari kerjasama baru ini memerlukan perbincangan yang serius antara parti-parti terlibat, ini memandangkan persetujuan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini dikhianati dengan begitu mudah," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, setiap parti perlu menyatakan pendirian mereka dan berbincang secara terperinci dalam mencari titik pertemuan agar sebarang kesulitan mengenai pendapat parti masing-masing tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak ataupun menimbulkan ketidakpuasan hati antara parti-parti lain.

"Jika perkara ini tidak menjadi keutamaan, ia akan menemui kegagalan dalam kerjasama tersebut.

Ikatan Selangor turut berpendapat, setiap parti perlu menghormati sesama sendiri dan sebarang kenyataan yang menyerang sesama sendiri perlu dihentikan segera,"ujarnya.

Katanya, perbuatan menyinggung atau mempertikaikan prinsip rakan-rakan parti perlu dihapuskan segera, ini bagi mencari prinsip kerjasama yang lebih harmoni serta politik yang berhemah.

"Sama ada PAS, PKR, DAP mahu pun Amanah perlu menjadikan prinsip demokrasi serta Perlembagaan Persekutuan sebagai garis panduan asas, dan ini memastikan hak setiap kaum dapat dihormati termasuk intitusi Di Raja," katanya.

Sebagai rakan blok ketiga bersama PAS, Ikatan bersedia untuk turut sama dalam perbincangan tersebut bahkan Ikatan juga bersedia untuk mengutarakan pandangan dalam memperkukuhkan kerjasama ini.

Ikatan Selangor berharap kerjasama ini menjadi kenyataan dan menjadi gabungan terkuat dalam menghadapi BN pada PRU14 akan datang.

"Gabungan ini juga diharapkan dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Harapan. Apa yang paling penting adalah gabungan kerjasama baru ini bukan hanya tertumpu pada peringkat atas semata-mata tetapi turut berlaku sehingga peringkat akar umbi," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Tertinggi Ikatan. – HARAKAHDAILY 14/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 14-7-2016                                                                                      ---------------------------------------------------------                                                                                                                                                                  Etika parti politik, ROS disaran buat pindaan
























SALMIYAH HARUN | .


  

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41808-etika-parti-politik-ros-disaran-buat-pindaan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyarankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membuat pindaan agar semua parti politik yang berdaftar mematuhi lima syarat antaranya tidak boleh membuat kenyataan yang menyinggung kaum lain di Malaysia.

Selain itu, menurut Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman empat syarat lagi iaitu tidak boleh berpolitik dengan memburukan institusi Raja-raja Melayu, tidak boleh membuat kenyataan yang berunsur hasutan serta menimbulkan suasana yang tidak harmoni, membuat kenyataan memburukkan kepimpinan kerajaan di dalam atau luar negara melalui laman sosial dan menghormati semua agama di Malaysia termasuk kebudayaan serta adat resam mereka.

Tambahnya, ROS berhak menggantung sementara parti politik atau membatalkan terus pendaftarannya jika syarat ini dilanggar oleh mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berhubung beberapa isu di laman Facebook yang jelas membuktikan tiada semangat bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

"Tindakan tersebut juga menimbulkan suasana yang tidak harmoni antara kaum. Beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat sepatutnya menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dan bukannya menulis kritikan biadap terhadap orang Melayu, lebih-lebih lagi dalam suasana menyambut aidilfitri," katanya kepada Harakahdaily.

Ikatan juga menggesa Nga Kor Ming membuat pengakuaan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

"Jika beliau merasakan perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak lain dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi beliau, Nga Kor Ming sepatutnya membuat laporan polis dengan segera dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Malaysia. – HARAKAHDAILY 13/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 13-7-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Hak PAS untuk berkawan dengan siapa sahaja – Kadir

SALMIYAH HARUN | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41743-hak-pas-untuk-berkawan-dengan-siapa-sahaja-kadir


SERI KEMBANGAN: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yakin partinya bersama PAS akan bergerak cergas selepas sekretariat kedua-dua parti itu dibentuk selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut Kadir, selepas pembentukan sekretariat itu nanti rakyat akan melihat kedua-dua parti itu benar-benar memperjuangkan isu-isu yang begitu menekan mereka.

"Selepas ini PAS dan Ikatan akan mendapat sokongan cukup besar sehingga ke PRU-14 akan datang dua tahun lagi," katanya ketika ditemui.

Katanya, Ikatan akan melipat gandakan usahanya untuk melebarkan partinya yang diyakini akan menarik ramai ahli kerana terdiri daripada pelbagai bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Bahkan katanya, pimpinan parti Ikatan di peringkat dewan-dewan tertinggi terdiri daripada Melayu, India dan China malahan mereka sangat menyokong kerjasama PAS dan Ikatan.

"Ini kerana mereka cukup faham, Islam adalah agama yang baik dan menghormati agama serta budaya orang lain, malangnya masalah persepsi yang timbul membuatkan sesetengah kaum lain persoalkan," katanya.

Tegas beliau, kerjasama yang baik ini akan memberi keuntungan kepada PAS dan Ikatan khususnya menjelang pilihan raya umum nanti.

"Jika PAS ingin menjemput parti-parti lain dan Ngo lain dan sebagainya kami tidak perlu tahu, Ikatan mengalu-alukan dan akan sokong segala keputusan PAS untuk menarik Ngo dan parti-parti lain dalam Blok ke-3," katanya.

Beliau turut mengakui Ikatan dan PAS masih belum sempat untuk bergerak aktif selepas kerjasama itu dibentuk tiga bulan yang lalu memandangkan berlakunya Pilihan Raya Negeri Sarawak dan diikuti pula PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Sekarang ini kita puasa pula, lepas raya kita akan lancarkan sekretariat PAS ikatan ini dan percayalah kita akan benar-benar aktif, sebagaimana PAS tekankan mereka akan mengamalkan konsep politik matang dan sejahtera.

"Kita ada pelbagai isu yang kita hendak perjuangkan, rakyat tertanya-tanya orang politik hanya bercakap isu nasional seperti 1MDB yang rakyat kurang faham. Sedangkan mereka hendak tanya pemimpin tentang penyelesaian harga getah, jatuh begitu lama. Berjuta rakyat negara ini menderita, nampak kerajaan tidak bersungguh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,"ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/6/2016

Sumber HD - 30-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Ikatan gesa BN segera tunai janji PRK

MUHAMMAD FAIZAL | .





















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41679-ikatan-gesa-bn-segera-tunai-janji-prk

KUALA LUMPUR: Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman menggesa agar Barisan Nasional (BN) menunaikan segala janji yang telah dinyatakan pada Pilihan Raya Kecil (Prk) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Katanya, setiap yang dijanjikan pada PRK tersebut bukannya janji palsu sebaliknya janji yang perlu dilaksanakan.

"Tiba masa BN menunaikan kesemua janji yang mereka nyatakan pada pilihan raya yang lepas.

"Pengundi inginkan segala kemudahan yang mereka janjikan itu, pengundi tidak mahu undi yang mereka berikan itu sebaliknya janji palsu yang ditunaikan BN," katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak janji-janji pilihan raya yang belum dilaksanakan BN sepertimana berlaku di Parlimen Teluk Intan sebelum ini.

"Kita tidak mahu janji hanya tinggal janji, kita tidak mahu rakyat tertipu dengan janji-janji BN demi meraih undi rakyat.

"Kita tegaskan BN jangan jadikan rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai mangsa janji palsu mereka," tambah beliau lagi.

Mohamad Badri turut berpuashati dengan kempen yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding.

"Belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi pilihan raya tersebut.

"Saya juga berpuashati dengan kempen sihat serta berhemah yang dilakukan oleh kesemua parti yang bertanding, ini yang kita mahu dalam kita mencari kemenangan prinsip demokrasi terus kita hormati," katanya lagi.

Beliau mengharapkan agar prinsip demokrasi ini terus dihormati oleh semua pihak bagi menjaminkan keharmonian kaum. – HARAKAHDAILY 24/6/2016

Sumber HD - 24-6-2016


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua PRK; Tan Sri Kadir Berdoa dan Berharap Rakyat Memilih Calon PAS


https://www.youtube.com/watch?v=ViuNDGWbYUg

Sumber TVTK - 8-6-2016























PRK: Ikatan gesa semua pihak amal demokrasi sihat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Negeri Selangor meminta agar semua pihak saling menghormati antara satu sama lain pada kempen pilihan raya kecil (PRK).

Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman berkata parti yang bertanding perlu menghormati Perlembagaan dan mengamalkan demokrasi yang sihat.

"Negara kita negara yang mengamalkan demokrasi, asalkan setiap individu dari mana-mana parti, calon mahupun penyokong faham apa itu demokrasi, semua akan berlangsung dengan baik.

"Jangan buat sesuatu yang boleh menggugatkan keamanan masyarakat dan tanah air," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau ketika ditanya mengenai penyertaan PAN pada pilihan raya tersebut, menjelaskan ia tidak menjadi masalah kerana semua parti politik boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

"Tiada masalah untuk mana-mana parti menyertai, asalkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sama ada menjadi tiga penjuru atau empat penjuru itu adalah hak parti berkenaan.

"Pakatan Harapan tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat atau pandangan supaya PAS tidak bertanding pada PRK tersebut," katanya.

Menurut beliau lagi, PAS telah mengumumkan untuk menjadi parti blok ketiga sama ada PAS mahu letak calon ataupun tidak itu bukan masalah kepada Pakatan Harapan.

"Begitu juga dengan PAN, mereka bertanding atau tidak bukan menjadi urusan kami. Nasib menang atau kalah itu atas tangan rakyat yang mengundi.

"Pakatan Harapan tidak ada hak untuk menuduh PAS jika mereka kalah, begitu juga sebaliknya kepada blok ketiga juga tidak boleh menuding jari kepada Pakatan Harapan jika gagal dalam pilihan raya kali ini," jelas beliau.

Mohamad Badri berpendapat apa yang penting pada masa ini adalah masyarakat dan rakyat di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memilih parti dan pemimpin yang mereka kehendaki dan boleh membawa suara rakyat.

"Ini adalah pendapat saya yang menggunakan prinsip demokrasi, pemimpin yang berfikiran matang walaupun dari parti mana yang akan memenangi PRK nanti.

"Yang penting wakil rakyat itu mampu berkhidmat dengan baik tanpa membawa masalah sebaliknya mampu menyelesaikan masalah rakyat dari semua keturunan," tambah beliau lagi. - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Sumber HD - 3-6-2016
----------------------------------------------------------------------------

Biar Hadi beri penjelasan RUU hudud - IKATAN

Posted on Tuesday, May 31 @ 09:12:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Rang undang-undang persendirian PAS berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tidak bercanggah dengan Perlembagaan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata rang undang-undang tersebut cuma usul yang mudah, semata-mata untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah untuk mengenakan hukuman ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan sendiri rang undang-undang itu telah membuat begitu banyak kenyataan untuk menjelaskannya.

"Malangnya ada pihak tertentu yang bertegas semata-mata "untuk menarik perhatian ramai" kerana mereka fikir mereka boleh menjadi popular pada pandangan bukan Islam.

“Saya berdoa semoga semua ini dihentikan kerana jika tidak, ia akan mewujudkan jurang yang berbahaya antara masyarakat Islam dan bukan Islam," kata sekutu PAS dalam pakatan pembangkang itu.

Abdul Kadir berkata, pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh rang undang-undang persendirian itu telah lama tertangguh, satu keperluan bagi masyarakat Islam dan jelas selaras dengan semangat perlembagaan.

"Dalam keadaan ini, ia adalah adil bahawa semua pihak yang bertanggungjawab harus menunggu Abdul Hadi memberi penjelasan mengenai rang undang-undang itu pada Oktober sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Selepas semua penjelasan diberikan dan rang undang-undang itu telah dibahaskan dan hati nurani mereka masih tidak dapat menerimanya, maka mereka boleh menentang rang undang-undang itu," katanya.

Pada 26 Mei, Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian, bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, yang menyebut bahawa dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2A, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Sumber TKO - 31-5-2016

--------------------------------------------------------------------------------
Ikatan, PAS Tubuh Sekretariat Ketengah Isu Politik

Posted on Wednesday, April 27 @ 18:23:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





















KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan PAS telah menubuhkan sebuah sekretariat bersama bagi merangka kertas cadangan bagi menangani pelbagai isu politik dan permasalahan rakyat.

Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kertas cadangan itu dijangka akan dikemukakan kepada pihak kerajaan bulan depan - selepas pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

"Pihak Ikatan dan PAS akan membentangkan cadangan asas yang berbentuk format Memorandum Persefahaman (MoU) dan engage dengan pihak kerajaan dengan menyatakan pandangan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Ikatan di Harrolds Cafe di sini Selasa.

Abdul Kadir berkata kertas cadangan itu akan menekankan dua perkara penting antaranya isu rasuah, pasaran harga getah di Malaysia selain akan mengetengahkan isu pendapatan petani sawah padi.  - BERNAMA



Sumber TKO - 27-4-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























PRU14: Ikatan tidak terfikir soal bahagi kerusi

























SALMIYAH HARUN | .





















KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak pernah terlintas berkenaan pembahagian kerusi antara mereka dengan PAS walaupun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Presidennya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata, pihaknya mengiktiraf PAS sebagai parti tunjang yang besar di dalam negara dan akan terus menghormati parti itu.

"PAS ini umpama parti 'abang Long' dan kita akan hormati mereka. Dari awal lagi semasa melancarkan Ikatan saya tegaskan parti ini untuk genarasi akan datang bukan parti pilihan raya akan datang," katanya kepada Harakahdaily.

Oleh yang demikian katanya, masalah pembahagian kerusi sebagaimana berlaku di Pilihan Raya Negeri Sarawak antara PKR dan DAP tidak akan sama sekali berlaku di dalam kerjasama PAS dan Ikatan.

Katanya, Ikatan akan menjadi sebuah parti yang oportunis jika mereka memikirkan soal pilihan raya.

"Jadi isu-isu yang sepatutnya kita sokong kerajaan kerana ia baik untuk negara dan generasi akan datang tetapi kita bangkang akan membuatkan kita popular, jadi kita tidak mahu macam itu.

"Apa jua isu dasarnya adalah parti kalau isu itu baik daripada kerajaan kita tetap akan sokong kita tidak mahu yang baik itu hendak bangkang juga," jelas beliau.

Bagaimanapun, jelasnya Ikatan mempunyai ahli berbilang kaum dan ia tidak menjadi masalah kepada PAS untuk mengagihkan pembahagian kerusi.

"PAS banyak bertanding di kawasan orang Melayu dan campuran tetapi kami ada orang Cina, India, dan kalau hendak bertanding pun boleh bertanding di mana-mana. Buat masa ini saya tidak berminat untuk bertanding," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di dalam majlis Pelancaran Cawangan baru Parti Ikatan Negeri Selangor di Taman Melawati semalam. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertembung: Bagaimana boleh bina kerajaan alternatif

SALMIYAH HARUN | .





















KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang sedang berlangsung kini sepatutnya dijadikan peluang keemasan bagi pembangkang untuk membuktikan mereka boleh berpakat bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, demikian tegas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Menurutnya, pemimpin terdahulu telah mengajar bahawa Malaysia yang berbilang kaum ini mesti mempunyai politik bertolak ansur.

"Setiap parti politik mesti ada kekuatan masing-masing, dan mereka perlu bersedia berkorban untuk kebaikan kumpulan tetapi kini saya nampak sejak dahulu lagi sampai sekarang senario ini tidak ada di kalangan pembangkang," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menyifatkan pertembungan kerusi pembangkang pada PRN Sarawak sangat memalukan dan ia sudah tentu akan terus menguatkan BN.

"Jadi bangaimana kita hendak tuntut bahawa pembangkang boleh membina kerajaan alternatif yang stabil dan bertanggungjawab," katanya.

Mengulas pertembungan kerusi DAP dan PKR di lima Dun, beliau berkata, bukanlah kali pertama dan kelihatan mereka sepanjang masa tidak mendapat kerjasama baik.

"Baru-baru ini pun ada dua ahli PKR yang pegang jawatan penting dalam kerajaan Pulau Pinang pun dipecat tanpa diberi notis dan sebagainya, hatta dalam perkara kecil seperti itu pun tidak boleh diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Perasmian Pelancaran Parti Ikatan Dewan Negeri Selangor dan pelantikan pengerusi.

Selangor merupakan negeri pertama mempunyai cawangan Ikatan selepas parti itu menjalinkan kerjasama dengan PAS bulan lalu.

Menurut Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman, mereka sudah mempunyai tiga bahagian di Selangor iaitu Klang, Pertaling Jaya, Selayang dan mempunyai sayap wanita.

Katanya, mereka dalam proses membentuk exco di Selangor dan dijangka dalam waktu terdekat akan menjelajah seluruh negeri bagi menambahkan lagi bahagian-bahagian di kawasan lain. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Sumber HD - 26-4-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Kekalkan BM bahasa rasmi tunggal di Sarawak

























HARAKAHDAILY | .





















KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan negeri Sarawak yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam urusan rasmi kerajaan selain Bahasa Melayu terus mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Presiden, Parti Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

“Saya setuju dengan pandangan yang diutarakan kelmarin oleh Penasihat kepada Kerajaan, Dr Rais Yatim, bahawa Kerajaan Sarawak harus mengkaji semula keputusan untuk menjadikan Bahasa Inggeris juga sebagai bahasa rasmi Kerajaan Negeri Sarawak,” kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata beliau lagi, semasa merdeka dahulu semua pemimpin kaum telah bersetuju bahawa cara yang paling berkesan untuk menyatupadukan rakyat negara ini adalah dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal bagi seluruh negara.

“Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia secara yang begitu jelas dan teguh. Kebetulan pula itulah satu-satunya bahasa yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai bahasa harian diantara mereka.

“Saya tidak nafikan Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan harus dipelajari oleh semua anak-anak kita. Tetapi kerajaan Sarawak dan seluruh negara harus mencari kaedah lain yang benar-benar berkesan untuk anak-anak kita menguasai bahasa antarabangsa tersebut,” ujar beliau lagi.

Beliau menegaskan bahawa Bahasa Melayu seharusnya dikekalkan terus-menerus sebagai bahasa tunggal untuk menyatupadukan rakyat. Ia juga hendaklah dikekalkan sebagai bahasa rasmi tunggal untuk segala urusan Kerajaan dan bahasa kesejahteraan seluruh rakyat bagi masa hadapan. – HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015

-----------------------------------------------------------                                                                                  Rakyat megah kejayaan Sidang Kemuncak Asean

TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR | .


Sudah semestinya seluruh negara sepatutnya turut megah di atas kejayaan Sidang Kemuncak Asean dan Sidang Kemuncak berkaitan yang diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur yang indah. Dari laporan media jelaslah acara-acara tersebut telah disediakan dengan cukup cekap dan teliti dan dilaksanakan dengan sangat cemerlang. Ianya adalah suatu peristiwa di mana seluruh rakyat Malaysia harus mengenepikan segala perbezaan politik dan sebagainya dan merayakan bahawa, sekurang-kurangnya untuk seketika, negara kita telah menjadi tumpuan sanjungan oleh seluruh dunia dan kita dapat pamerkan kepelbagaian dan citrawarna seluruh rakyat kita serta kesepaduan dan kejayaan yang kita telah capai.

Untuk sekian lama perasaan kemegahan kita terhadap negara dan bangsa nampaknya telah meninggalkan kita. Untuk sekian lama kita terpaksa berdepan dengan berbagai kontroversi yang melemahkan kita dalam berbagai bidang politik, ekonomi, matawang Malaysia dan juga dalam kesukanan dan semuanya ini tersebar di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia begitu dahagakan sesuatu yang boleh mengembalikan semula keyakinan kita selaku Bangsa Malaysia dan kepada Malaysia. Adalah sesuatu yang seharusnya menjadi kemegahan kepada semua bahawa deklarasi, komuniti Asean dan titian Asean sehingga 2025, semuanya tercapai di ibu negara kita dan dengan penuh kecekapan, kegemilangan dan muhibbah.

Kuala Lumpur dan Malaysia tetap akan tercatat dalam sejarah kerana keputusan-keputusan bersejarah ini. Semua yang bertanggungjawab telah menjayakan usaha tersebut dengan kecekapan yang sangat tinggi dan khususnya cara kita menyambut dan melayani pemimpin-pemimpin besar Asean dan khususnya Ketua-Ketua Kerajaan dari kuasa-kuasa besar USA, China, Rusia, India, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan semua pegawai-pegawai yang berkaitan di atas kejayaan yang bersejarah ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka kerana telah mengembalikan kepada kita kemegahan dan keyakinan kepada Bangsa Malaysia dan negara Malaysia. Malah Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton kita, juga sedang memperolehi kemenangan demi kemenangan bersejarah. Teruskan Malaysia. Kita memerlukannnya. - HARAKAHDAILY 23/11/2015

Penulis ialah Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Sumber HD - 23-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------
PAS Perlu Ingat Kamu Parti Tunjang - Tan Sri Abdul Kadir

Posted on Sunday, September 13 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sebagai parti tunjang dalam negara ini Umno dan PAS perlu berada dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Menurut bekas menteri penerangan itu, keperluan supaya Umno dan PAS bekerjasama dibangkitkannya kerana kedua-dua parti mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.

“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam hari ini.

Jelas Abdul Kadir, kejayaan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ke-12 lalu dan pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008 berlaku kerana gabungan itu mempunyai parti tunjang iaitu PAS.

Abdul Kadir turut mempersoalkan tindakan DAP menendang PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap ia langkah ke belakang.

“Malang nasib rakyat dan malang nasib Malaysia. Tetapi tidak mengapa, PAS perlu ingat kamu adalah parti tunjang," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu berkata kekuatan PAS adalah terus daripada ahlinya yang berjuang tanpa mendapat sebarang imbuhan.

Namun Abdul Kadir mencadangkan PAS membuat sedikit perubahan supaya parti itu mampu kekal relevan mengikut arus perdana.

“PAS harus buat penyesuaian-penyesuaian yang perlu dengan melihat gambaran yang lebih besar,” ujarnya.

Bagaimanapun Abdul Kadir tidak menyatakan apakah perubahan yang dicadangkannya itu.

Sumber Link

Sumber TKO - 13-9-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kadir terkilan video perbualan dengan Muhyiddin dirakam, disebar

Posted on Thursday, July 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir membidas pihak yang menyebarkan video perbualannya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perbuatan menyebarkan rakaman video perbualan peribadi itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

“Itu hanyalah perbualan peribadi di antara saya dan dia (Muhyiddin) mana boleh dirakam kemudian disebarkan. Apa-apa sahaja perbualan peribadi, adalah tidak baik untuk kita dedahkan kepada orang ramai.

“Memang saya ada dalam video itu, tetapi saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tindakan curi-curi rakam perbualan peribadi kemudian sebarkan pula adalah tindakan yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi FMT.

Dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita, mendedahkan bahawa Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan wang jutaan ringgit telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun Muhyiddin dalam video tersebut menyatakan bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.  - FMT



Sumber TKO - 30-7-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Kadir Sheikh Fadzir lancar Parti Ikatan

Posted on Friday, May 15 @ 17:47:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SERDANG: Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melancarkan secara rasmi, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Katanya parti yang bukan berpaksi kepada kaum itu, terbuka kepada semua warga negara Malaysia.

Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan berkata, parti itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia menghayati semangat pemimpin terdahulu.

“Kita bukan pro Barisan Nasional, dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini,” kata Abdul Kadir.

Dalam ucapannya beliau memaklumkan akan memperkenalkan barisan pimpinannya di seluruh negara pada 16 September 2015 depan sempena Hari Malaysia.

Katanya, penubuhan Ikatan bukannya untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya memperbaiki hala tuju politik negara.

“Selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam kerajaan, saya tengok banyak perkara yang tidak kena dalam kerajaan. Jadi saya dan beberapa orang kawan politik berpakat untuk hentikan kerosakan ini,” katanya. - FMT

Sumber TKO - 15-5-2015


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas menteri Umno tubuh parti baharu, Ikatan

| .


SERI KEMBANGAN: Bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan baru yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Beliau berkata, Ikatan merupakan parti untuk generasi akan datang namun tidak meletakkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai fokus utama.

"Penubuhan Ikatan tidak meletakkan PRU sebagai fokus utama dan kita tidak membincangkan perkara ini.

"Ikatan merupakan sebuah parti untuk generasi akan datang, kita ingin kembalikan semula prinsip asal perjuangan pemimpin sebelum ini dalam mengejar kemerdekaan," katanya pada sidang media selepas pelancaran di sebuah hotel di sini.

Menurut beliau lagi, Ikatan akan membawa balik perjuangan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang bersusah payah memerdekakan negara ini.

"Tunku membela rakyat dan perjuangan yang beliau bawa bersih tanpa sebarang isu rasuah.

"Ini yang kita akan perjuangkan dan membawa kebaikan untuk rakyat, kita akan pegang amanah yang rakyat mahukan.

"Saya harap Ikatan akan menjadi sebuah parti yang akan mendominasi semua kaum dan menjadi sebuah keluarga melalui nama bangsa Malaysia," katanya lagi.

Ikatan menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".

Menurut beliau juga, Ikatan ditubuhkan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS). - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015

No comments:

Post a Comment