BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, September 10, 2018

MUTAMAR PAS KE-64 - DI TERENGGANU

Impak Muktamar PAS kali ke 64 : Kurang Pertembungan PAS Dan Umno



Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Impak Muktamar PAS kali ke – 64 telah mengurangkan pertembungan diantara PAS dan Umno di Negeri Terengganu.
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebelum ini PAS ‘berseteru’ dengan Umno atas dasar prinsip mahu menegakkan Islam.
“(Muktamar PAS kali ini) pelik dengan kehadiran yang selama ini BN bertembung dengan PAS,
“tapi kali ini pemimpin Umno datang kepada muktamar PAS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Rabitah Sekolah Pondok dan Agama Rakyat negeri Terengganu di Tingkat 18 Wisma Darul Iman pada semalam, Selasa 18 September.
katanya, walaupun negeri Terengganu bersaing sengit antara Umno dan PAS namun ia dapat dikendurkan apabila pemimpin boleh bekerjasama.
Tambahnya, beliau rasa bangga
dengan kerjasama ke dua pihak antara ahli PAS dan Umno bersama-sama membangunkan negeri Terengganu.
“Kehadiran para pelancong datang untuk mengenali negeri Terengganu,
“(dan) saya yakin dengan karnival maju berkat dan sejahtera membuka hati pengunjung untuk terus datang ke negeri Terengganu,” ujarnya.
Justeru beliau berharap dengan kehadiran para pengunjung dapat memberi kesan kepada ekonomi negeri Terengganu.
Sumber BO - 19-9-2018


Pemuda PAS Disaran Jadi Anak Angkat




Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat Subky Latif
Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS- Ahli-ahli Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia(PAS) disaran menjadi anak angkat kepada golongan veteran parti yang dikenali As-Sabiqun
Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat Subky Latif berkata dimana seorang ahli Pemuda PAS mestilah pergi menemui bapa angkatnya dengan mengambil tahu hal mereka dan juga menceritakan hal-hal PAS.
“Orang-orang ini telah biasa dalam PAS, tidak diberikan jawatan kerana mereka tua dan uzur.
“Oleh itu mereka terbiar, apabila mereka terbiar, mereka putus dengan PAS, “ ujar beliau di Majlis Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini pada 16 September.
Terangnya, dengan kehadiran anak angkat yang sentiasa menemui ayah angkatnya dengan bertanya khabar dan bercerita perkembangan PAS, ini mengelakkan diri mereka berasa tersisih.
Menurut Subky lagi,beliau diberitahu, ada seramai 380 ribu orang PAS yang berusia 60 tahun ke atas di seluruh negara.
“Mereka ada 90 ribu di Kedah, di Kelantan 60 ribu, Perak 50 ribu”, jelasnya .
Sumberr BO - 18-9-2018


Sokong Taawun Dengan Mana-mana Parti Demi Islam



BESUT – Kepimpinan PAS menyokong penuh hasrat PAS untuk bertaawun dengan mana-mana parti demi kestabilan dalam negara dan tertegaknya sebuah kerajaan yang mengamalkan pentadbiran Islam.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Shalahuddin Jaafar berkata, beliau secara peribadi menyokong penuh cadangan “ta’awun” dalam blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir pemerintahan pusat telah banyak melakukan kesilapan dan dilihat banyak kelemahan dalam sisitem pentadbiran.
“Janji manifesto tidak ditunaikan dan rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,
“(kerajaan PH) Janji hapuskan tol… ptptn dan turunkan harga minyak dilaksanakan oleh kerajaan Tun Mahathir,
“(dan) Pengenalan Sales and Service Tax (SST) 16% mengganti Good and Servise Tax (GST) mengakibatkan harga barang semakin naik,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi majlis TIndakan DUN (MTD) Hulu Besut berkta demikian ketika dihubungi oleh pihak media semalam, Isnin, 17 September.
Katanya, Nepotisme dan keronisme subur semula menjadi amalan kerajaan PH di bawah Tun Mahathir Mohamad.
“Keputusan kerajaan PH menghapuskan Brim pula dilihat memberi kesan teruk kepada orang- orang miskin bandar dan luar bandar kerana kos sara hidup yang tinggi,
“Menyedari kegagalan 100 hari kerajaan PH ini maka pengundi-pengundi yang mengundi pada PRU baru-baru ini mulai protes dengan mengundi pembangkang dan tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,” ujarya.
Justeru beliau berkata, suara rasis dan rakyat mula membelakangkan perlembagaan mulai kedengaran daripada parti komponen kerajaan dibimbangi akan menjadi barah yang membahayakan kestabilan perpaduan dalam negara.
Sumber BO - 18-9-2018

PAS Penyelamat Aqidah Umat Islam



Oleh : Shafira
KUALA TERENGGANU – PAS sebagai sebuah ‘harakah ummah’ mengambil tanggungjawab untuk memastikan aqidah umat Islam selamat daripada semua bentuk anasir yang memesongkannya.
Perwakilan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Rokiah Ahmad mengusulkan agar Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak Jabatan Perdana Menter, mengambil langkah lebih drastik serta menghalang gejala ‘murtad’.
“Kerajaan sekarang ini perlu memastikan kementerian yang dipertanggungjawabkan agar memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh,
“agar gejala sedemikian tidak mudah tersebar serta merebak dan seterusnya berjaya mempengaruhi orang lain,” hujah beliau ketika mengemukakan usul pada Muktamar Muslimat Ke-58, Jumaat, 15 September
Sama ada melalui memorandum atau saluran berkaitan, kata beliau, gejala sedemikian mesti dihalang, dari terus menular samada melalui penguatkuasaan terhadap undang-undang yang sedia ada.
Tambah beliau, kerajaan wajar menamatkan pendaftaran Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti memesongkan aqidah umat Islam dengan mengambil tindakan undang-undang dengan lebih tegas.
Namun begitu, perwakilan dari Kuantan, Profesor Wan Maseri Wan Mohd mencadangkan agar PAS menyediakan kertas kerja untuk menyelesaikan masalah isu tersebut dan tidak perlu menggesa kerajaan.
Manakala perwakilan dari Pengkala Chepa, Khairiah Mohamed menyokong usul tersebut agar mendesak kerajaan Malaysia.
Sementara itu, perwakilan dari Johor, Zuryati Yasin pula bersetuju dengan usul tersebut dan cadangan yang diutarakan oleh kedua-dua perwakilan dari Kuantan dan Johor.
Katanya, ia perlu dilaksanakan seiring dengan melihat penyelesaian jangka masa panjang dalam dalam jangka masa pendek, PAS melakukan gerak kerja yang pantas.
Sehubungan dengan itu, majoriti bersetuju dengan usul ketiga, yang mana Dewan Muslimat PAS Malaysia mengusulkan supaya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dimantapkan melalui beberapa strategi.
Antaranya, menurut usul terbabit, dengan meningkatkan kefahaman ahli-ahli DHPP mengenai Islam dan pendIrian PAS mengenai isu-isu semasa, agar sebarang kekeliruan dapat diminimakan serta meningkatkan ukhuwwah antara DHPP dan ahli PAS.
Sumber BO - 17-9-2018








Prinsip Dan Dasar Perjangan Tidak Pernah ‘Cair’

Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak pernah mencairkan prinsip dasar perjuangan Islam kerana ianya adalah kekuatan yang ada padanya.
Naib Presiden PAS Ustaz Haji Idris Haji Ahmad berkata, parti PAS tetap mempertahankan jati diri walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa PAS rugi dari dunia politik.
Tambahnya, PAS mempunyai prinsip dasar yang jelas dan menhala tujuan tang telus dalam sesebuah pemerintahan.
“Hari ini kita menyebut dan kita berkumpul dengsn satu tekad ialah untuk kita mempertegaskan lagi tentang dasar perjuangan kita,
“Apa sahaja yang kita nak bawa soal itu kita nak merangka strategi dan menentukan hala tuju kita yang kita tentukan ialah Islam,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada Jumaat, 14 September.
Katanya, dasar yang dibawa oleh PAS ialah apa yang Islam perintahkan maka lalui dengan kemampuan yang ada sekadar dengan kuasa yang ada pada pemerintahan.
Tambahnya, apa yang dilarang oleh agama hendaklah ditinggalkan secara menyeluruh.
“Kita bersama dengan PAS kerana kita yakin ini ialah salah satu cara untuk kita nak lakukan amal soleh,
“walaupun dikatakan ketegasan di sini PAS bukan Islam….. Islam bukan PAS seperti mana yang ditulis lalu di sebut oleh pimpinan kita,
“begitu juga masjid bukan Islam….. Islam bukan masjid tapi kerja untuk mendirikan masjid (adalah) kerja amal yang membolehkan pahala di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, walaupun PAS dituduh penunggang agama tetapi parti PAS tidak menghalang orang lain berkata.
“Dasar Islam tidak akan berubah daripada dulu hingga kini dan In Sya Allah sampai bila-bila….. ini yang penting kepada kita,
“(ianya) tidak akan berubah sama ada waktu kita menang ataupun waktu kalah dan kita tidak pernah larang dengan suasana dan keadaan sehinggakan kita mengadaikan prinsip kita yaitu Islam,” jelasnya.
Sumber BO - 17-9-2018





Muslimat Terengganu Sahut Cabaran Presiden





Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Muslimat PAS Terengganu menyahut cabaran untuk merealisasikan cita-cita dan hasrat Presiden PAS untuk menjadikan Terengganu sebagai model ‘Negeri Idaman’.
Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata dengan mengharapkan pertolongan Allah, jentera muslimat mujahidah kental Terengganu akan berusaha, bekerja lebih gigih dan bersistematik.
“Sehingga negeri ini menjadi adil, berkebajikan, aman dan mendapat keberkatan daripada Allah,” jelas beliau, bersemangat.
Zarani diminta mengulas Tema Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ‘Islam Memimpin’ di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 64 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini bermula 15 dan 16 September.
Ketua Muslimat Marang itu juga seterusnya melahirkan keyakinan dengan semangat kental dan jiwa pejuang muslimat negeri itu mampu melaksanakan arahan untuk musimat
“Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menyokong penuh ucapan dasar ‘Islam Memimpin’ oleh YB Dato Seri Presiden yang sangat bernas dan praktikal”, ujarnya yang ditemui selepas majlis perasmian muktamar tersebut pada 15 September di sini.





hAJAH zARANI oTHMAN

Terangnya lagi, dengan arahan kerja yang praktikal dimana wajib dilaksanakan oleh semua peringkat serta dapat merubah lanskap politik ke arah Malaysia maju dan sejahtera.
“Untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam yang dituntut Allah walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi”, tambahnya lagi.
Beliau yang sangat bersetuju dan menyokong harapan Presiden agar pihak kerajaan yang memerintah untuk menghayati sekaligus merealisasikan Konsep Federalisma.
“Dengan melaksanakan sikap keterbukaan di samping menunaikan janji YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan semula royalti petroleum kepada Terengganu dan Kelantan”, ulas beliau lagi.
Selain itu, katanya, DMPNT juga menyokong supaya PAS memantapkan ta’awun siyasi dengan sesiapa saja samada parti politik dan badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO).
“Atas nama kesatuan ummah demi melebarkan dan mengukuhkan dakwah yang menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim serta memartabatkan Islam di bumi yang kita cintai ini”, katanya mengakhiri perbualan.
Sumber BO - 17-9-2018

Presiden PAS Lancar Jabatan Keahlian PAS





Oleh : Suhaimi Taib
KUALA NERUS – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melancarkan Jabatan Keahlian PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-64 bertujuan merancakkan pendaftaran ahli baharu parti seluruh negara.
Serentak itu Presiden PAS membuat gimik pelancaran sempena muktamar tersebut di Stadium Tertutup Gong Badak di sini disaksikan 5,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.
Sebelum ini pendaftaran ahli baharu PAS diuruskan di bawah pejabat Setiausaha Agung PAS di Pejabat Agung, Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata, PAS telah memutuskan bahawa jabatan ini akan dipantau oleh seorang Naib Presiden di peringkat Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS II di peringkat Perhubungan Negeri mana kala di peringkat kawasan dikendalikan oleh Naib Yang Dipertua.
Katanya, setiap pendaftaran baharu ahli PAS di setiap kawasan perlu dihantar dua minggu sekali ke pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri, kemudian pejabat perhubungan juga turut berbuat demikian dengan menghantar permohonan tersebut ke Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.
“Dengan adanya jabatan tersebut dan dengan peraturan baharu ini, urusan pendaftaran keahlian PAS diuruskan secara lebih berfokus dan lebih cepat dari biasa, ” katanya ketika berucap menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden PAS di majlis yang sama.
Sebelum itu keahlian baharu PAS dihantar dua tahun sekali dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri-Negeri ke pejabat agung.
Sumber BO - 17-9-2018 







Pakai ‘Kaca Mata Islam’


Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Keputusan PAS bertanding banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu ialah kerana melihat dengan ‘kaca mata’ dan menanam ‘benih Islam’ untuk masa akan datang.
Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, walaupun tempat yang bertanding kalah itu adalah adat bertanding tetapi PAS mesti pakai kaca mata Islam dalam sebuah pemerintahan.
“Kita (PAS) bertanding 158 kerusi parlimen ….tak pernah kita bertanding banyak itu. Ada (orang bercakap) selepas PRU PAS perabis (menghabiskan) duit… hilang deposit setengah juta,
“Orang yang rasa kita silap kerana bertanding banyak mungkin dia pandang daripada sudut yang lain ataupun dia pakai kaca mata yang berbeza,
“Dia pakai kaca mata kuning suruh pergi ambil kain putih dalam almari… habis kain itu dia tak jumpa sebab kaca mata dia pakai kuning,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Stadium Gong Badak pada hari Ahad, 16 September.
Katanya, walaupun hilang deposit tetapi PAS ada tanggungjawab menjaga tempat, bajai tempat itu, suburkan dan mengawal penyakit kawasan tersebut.
Tambahnya, insya Allah Allah akan bagi kemenangan.
“Bagi saya usaha pertama ini ditempat yang kita kalah diibaratkan beli benih ‘musang king’…. kita beli benih hari ini takkan dapat makan hasilnya besok…. Tak boleh …mustahil hasilnya dapat makan esok …. dia makan masa,
“dan kita yang beli benih ini mempunyai tugas dan tanggung jawab tanam siram baja kawal penyakit…. Lima enam tahun akan datang barulah mula mengeluarkan hasil bukan sekarang,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu menjaga negeri yang hilang deposit dalam Pilihan Raya Umum.
“Andainya dua negeri boleh mendapat royalti minyak peruntukanlah sedikit kebajikan dan jangan hanya terbatas di sempadan negeri masing-masing,” jelas beliau.
Justeru PAS melakukan kerja-kerja kebajikan dimana jua ia berada dan ia akan menguatkan Islam.
Sumber BO - 17-9-2018

Realisasi Terengganu model ‘Negeri Idaman’


MUKTAMAR PAS Malaysia dan dewan-dewan telah melabuhkan tirainya petang kelmarin dengan 10 arahan Presiden yang menuntut kita sebagai pimpinan dan ahli PAS melaksanakan di semua peringkat seluruh negara.

Cabaran untuk kita Terengganu khasnya untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk menjadikan Terengganu model “Negeri Idaman”. Bagi pihak Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), saya menaruh keyakinan yang besar khasnya kepada muslimat mujahidah Terengganu yang terkenal dengan semangat kental dengan jiwa pejuang untuk kita sama-sama bergerak seiring sejalan, satu hati satu ukhuwwah, berusaha dan bekerja untuk menjadikan ianya satu kenyataan bukan khayalan, insya Allah.

Marilah semua kita menyahut seruan kepimpinan tertinggi dengan kita berazam dan bertekad untuk menjayakannya. Mari kita rapatkan saf, taat dan thiqah yang tidak berbelah bagi serta sentiasa mendambakan pertolongan Allah SWT.

Bagi pihak DMPNT, saya memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada dalam kita melaksanakan perkampungan Muktamar PAS ini.

'ISLAM MEMIMPIN'

Hajah Zarani Othman
Ketua DMPNT
17 September 2018 – HARAKAHDAILY 17/9/2018

Sumber HD - 17-9-2018

Isu pakaian Jabatan Amal Malaysia



SEKRETARIAT Kebajikan Bekas ATM PAS Pusat mohon Patriot agar lebih profesional dalam membangkitkan sesuatu isu nasional jika ingin dilihat sebagai sebuah badan NGO yang tidak berpihak dan kononnya tegas tapi rakyat marhaen menilai.

Etika berpakaian seragam yang diamalkan oleh Jabatan Amal Malaysia adalah selaras dengan keperluan dan suasana. Pakaian istiadat ini diguna dalam adat istiadat rasmi PAS oleh kumpulan ahli JAM yang terlatih. Ketua Perbarisan pada majlis bersejarah itu adalah Tuan Haji Bakri seorang Bekas Pegawai Waran ATM yg terlatih dari kepakaran Kawad dan Istiadat bukan dibuat secara semberono.

Dari sudut luaran pakaian istiadat JAM yang telah diperkenankan oleh AJK PAS Pusat ini dilihat lebih bertepatan dengan model yang diguna badan seragam dari unit sukarelawan yang lain seperti Palang Merah dan kadet beruniform di sekolah-sekolah dan kumpulan pancaragam malah telah didominasikan secara kemas dan bersopan oleh MP termasuk Raja-raja Melayu. Mereka JAM bukanlah kumpulan Kombatan tetapi sebuah organisasi sukarelawan yang terlatih dari pelbagai bidang kepakaran khususnya perubatan dan keselamatan.

Kenyataan Pengerusi Patriot adalah kenyataan yang dangkal yang fokus hanya pada Jabatan Amal Malaysia milik PAS. Saya menganggap tuduhan beliau berat sebelah dan tidak adil kepada semua badan beruniform awam seluruh Malaysia khususnya PAS.

Dalam pembentukan Malaysia Baru Patriot sewajarnya lebih menyasarkan agar setiap warga Malaysia lebih berjiwa kental dengan jati diri dan semangat Patriot kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas dari:
LT KOL TUDM (B) HAJI NAZARI MOKHTAR
Presiden KERABAT Malaysia. - HARAKAHDAILY 17/9/2018

Sumber HD - 17-8-2018

Kelantan, Terengganu model kepimpinan Islam


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8157-kelantan-terengganu-model-kepimpinan-islam
KOTA BHARU: Sudah tiba masanya Islam mengisi ruang mentadbir negara ini selepas sistem yang ada sekarang didapati gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sistem-sistem yang sedia ada masih gagal untuk memimpin ummah.

Katanya, gagasan itu selaras dengan apa yang ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ucapan dasar di muktamar pada Sabtu lepas.

“Peluang yang diberi untuk mentadbir Negeri Kelantan dan Terengganu mesti dizahirkan sebagai negeri model kepimpinan Islam,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Pada muktamar PAS kali ke-64 yang berakhir petang semalam, perwakilan membahas ucapan dasar Presiden bertema Islam Memimpin.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Presiden PAS menekankan paksi utama parti terbabit membangun negara berdasar acuan Islam.

Katanya juga apa yang berlaku di Kelantan dan Terenganu membuktikan kepada rakyat secara praktikal dan realiti kemampuan Islam memimpin. – HARAKAHDAILY 17/9/2018

Sumber HD - 17-9-2018


Jamin PAS beristiqamah dengn aqidah perjuangan


KUALA NERUS: PAS akan hidupkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera melalui pelaksanaan Tahaluf Siyasi dan Ta’awun Siyasi, demi kebaikan rakyat dan negara dengan ketegasan dan kewajipan beristiqamah terhadap akidah perjuangan. 


Demikian jaminan disebut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.


"Akidah perjuangan tak ada tolak ansur. Islam memimpin, memimpin bersama Islam tak ada tolak ansur, tak ada tolak ansur. Mana-mana parti yang cuba nak hilangkan Islam memimpin, tak boleh kerjasama dengan kita. Mana-mana parti yang nak tolak kepimpinan Islam, tak boleh terima. 


"Kita menolak reformasi tanpa Islam. Orang ajak kita reformasi, taghyir, reformasi, di mana Islamnya? Tak tahu. Kita tak boleh ikut. Sekerat jalan saja bila tak nyata Islamnya kita tak boleh ikut. Kita menerima perlunya perubahan yang diizinkan oleh Allah dan Rasul-Nya. 


"Nabi kita Muhammad S.A.W mengajar kita, bagaimana apabila pemimpin-pemimpin Quraisy menemui Nabi S.A.W untuk menyelesaikan masalah krisis di Makkah, sanggup menawarkan Nabi jadi Raja di Makkah. Nak diberi harta kekayaan yang melimpah ruah, tapi jangan Islam memimpin, jangan Islam ditegakkan. 


"Apa jawapan Nabi? Demi Allah, sekiranya diletakkan matahari di kananku, bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan Islam ini, aku tak berganjak walaupun aku mati kerananya. Ini bukan bulan matahari bumi, nak beri Putrajaya saja dah tak tahan, tak tahan, tak tahu Islam di mana. Kita tak boleh terima pendekatan ini. Kita tegas," ujarnya.


Tambah beliau, sikap Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ketika menjadi khalifah juga tidak berganjak dengan Islam kerana membawa keadilan dan kebaikan untuk semua di mana perlu PAS membina kekuatan dengan mewujudkan kepimpinan berilmu dan berpengalaman. 


Tindakan itu anjurnya, melibatkan campuran ulamak yang mengetahui ilmu-ilmu dunia, dan kalangan profesional, namun mengetahui ilmu agama. 


"Wakil Pahang yang berucap tadi pakai kopiah itu bukan ustaz itu, jangan ingat dia ustaz, tak. Itu engineer, lulus Universiti Amerika di Barat. Jangan kata Ustaz. Ada pula orang duduk keliru pasal Ustaz-ustaz ini, biar ke dialah. Tak boleh mengguna perkataan Ustaz, tak boleh guna.


"Ustaz ini bahasa Arab. Bahasa Melayu (selayaknya) Professor. Professor (para) ustaz ini sebenarnya. Orang Arab bila sebut usstaz itu (merujuk) professor, tinggi. Orang Melayu bila sebut ustaz, orang yang tahu agamalah. 


"Dan semua orang PAS, orang Umno panggil ustaz. Ini yang menariknya. Termasuk Pak Subky kita, orang panggil Ustaz juga," ujar Tuan Guru merujuk pihak yang cuba mempolemik hal tersebut. 


Sambung beliau, PAS membina parti dengan ilmu dan pengalaman di mana tema "Islam Memimpin" mesti dihayati dan orang Melayu jangan marah dengan keputusan PRU yang didominasi bukan Islam. 


Perkara itu terjadi menurut Tuan Guru, kerana orang Melayu juga yang memberi undi kepada orang bukan Islam di mana mereka mendominasi Kerajaan PH kini.


"Kita kena sedar tema Islam Memimpin. Bukan kita taksub, tidak. Kerana dalam sejarahnya hanya Islam memimpin boleh mewujudkan keamanan. Lain daripada Islam tak boleh mewujudkan keamanan. Orang Melayu mesti faham, bukan dengan Melayu dia, dengan Islam dia. 


"Dalam sejarah Islam, orang Turki asal bukan Islam, memimpin Kerajaan Uthmaniyyah. Salahuddin al-Ayyubi Qurisy, bukan Arab. Turki bukan Arab. Bila Turki menegakkan Islam, Turki jadi pemimpin. 


"Qurdisy menegakkan Islam, Salahuddin al-Ayyubi jadi pemimpin. Begitulah Melayu kalau tegakkan Islam, Melayu layak. Kalau orang Cina India dia terima Islam, dia anut Islam, dia dominasi, dia layak memimpin dengan Islam. Ini dia, boleh begitu," ujarnya memuhasabahkan. -HARAKAHDAILY 16/9/2018


Sumber HD - 16-9-2018











PAS telah lama praktik BPMS di arena dunia


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8150-pas-telah-lama-praktik-bpms-di-arena-dunia

KUALA NERUS: PAS telah secara giat menggerakkan agenda Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) di peringkat antarabangsa sejak sekian lama, demikian kemuka Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Terang beliau, PAS pernah memberi pandangan supaya Gerakan Islam berhati-hati dalam peristiwa Arab Spring atau Arrabiul  Arrabiy yang memanaskan dunia Arab; menyebabkan rakan-rakan gerakan Islam di Negara Arab sangat bersemangat. 


"Laju ke depan. Saya pun runsing kerana laju sangat. Saya tulis surat kepada Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, (Dr) Muhammad Badi' (Abdul Majid Saamy), jangan laju sangat. Masa itu Mursi dah jadi Presiden. Orang muda-muda dah angkat tangan nak hidupkan semula khilafah, belum apa-apa. Laju sangat. Saya tulis surat, jangan laju sangat, mesti matang dan sejahtera. 


"Kita (juga) ada pengalaman di Indonesia Parti Masyumi menang Pilihan Raya 1955. Islam memerintah Indonesia. Tak sampai setahun, dicantasnya. Di Algeria, Islam pernah menang Pilihan Raya Majlis Tempatan di Algeria, 70 peratus diharamkan Parti Islam Algeria. Jangan gopoh, mesti mengikut BPMS.


"Matang, jangan gopoh sangat, jangan nak 100 peratus. Jangan masuk gear empat terus. Masuk gear satu dulu, barulah gear dua, gear tiga, gear empat. Ini nak masuk gear empat terus. Ini berlaku. Mesti mengikut BPMS," ujarnya.


Beliau terdahulu menegur tuntutan ahli-ahli Muktamar lebih laju daripada pimpinan Pusat yang dibimbangi tidak sempat menekan brek kerana terlalu laju ketika menyampaikan Ucapan Penangguhan Muktamar PAS Kali Ke-64 di sini hari ini.


"Kita berjaya. Di Kelantan kita memerintah kali yang pertama 19 tahun. Kali kedua nak masuk 30 tahun dah. Terengganu kita ambil balik dengan BPMS, dengan cara yang berlainan. PAS tidak diharamkan. Bukan kita penakut. Kita penakut? Tidak. 


"Kita melaksanakan politik matang dan sejahtera. Muawiyah R.A pernah berkata, kalau dihubungkan aku dengan orang, dengan seurat rambut, tak putus. Kalau orang tarik aku hulur, orang hulur aku tarik. Seurat rambut pun tak putus. Kata-kata Muawiyah.


"Walaupun dalam peperangan Ali dengan Muawiyah, Ali yang betul, Muawiyah yang salah. Saya bukan Syiah, bukan Syiah. Tetapi dari segi politik Islamnya Saidina Ali yang betul, diiktiraf jadi Khulafa’ ar-Rasyidin. Jangan jadi Syiah. Syiah terlajak sangat, terlajak. Kita jangan terlajak. 


"Jangan kita cela Nabi dan Sahabat R.A. Kita minta gunakan BPMS. Saya pergi ke Iran, saya melawat Iran. Saya paling banyak acapkali pergi daripada orang lain makan nasi minyak Iran. Berjumpa dengan imam dia, Imam Khomeini. Berjumpa dengan Presiden, Ahmadinejad, pernah jumpa," ujarnya.


Jelas beliau, Syiah juga membuat islah dan pembaharuan dengan mengadakan pilihan raya sedangkan dalam mazhab Syiah tiada pilihan raya, bahkan mereka melaksanakan hukum Hudud, menukar hukuman rejam sampai mati kepada tembak hingga mati. 


Bahkan terangnya, Imam Khomeini juga membuat kenyataan supaya jangan mencela Sahabat dan Ummahatil Mukminin, tetapi masih ada golongan degil yang tidak berubah kerana taksub mazhab itu.


Menurut Tuan Guru, Presiden Turki, Reccep Toiyib Erdogan juga telah melaksanakan BPMS dalam menghadapi Israel, Amerika dan Barat yang menyerang ekonomi dan politiknya apabila Turki bergabung dengan Russia, China dan Iran menjadi tiga serangkai. 


"Bukan jadi Komunis. Tetapi strategi politik yang mesti BPMS, ini dia. Oleh kerana PAS telah menunjukkan BPMS, PAS diberi kepercayaan untuk melibatkan diri dalam krisis antarabangsa, khusus di negeri-negeri umat Islam. Isu Palestin, isu Bosnia, isu Aceh, isu Selatan Thailand, isu Selatan Filipina, isu Rohingya, PAS dilibatkan. 


"Maka berlakulah ta’awun PAS dengan Umno. Ini bukan baru. PAS berta’awun dengan Umno dalam isu-isu ini. Itu saya pakai baju sedondon itu. Ada orang itu tak boleh pakai baju sedondon ini sama. Sama dengan Najib, dah (dianggap) ikut dia (Najib) dah. Ini BPMS. 


"Kita menyaksikan bagaimana kejayaan kita mendamaikan Aceh. Kerajaan dengan kerajaan, G to G. Kita dengan Gerakan Aceh Merdeka. Saya pergi ke Sweden tiga kali, ditemani Dr Samsuri Mokhtar Setiausaha Politik pada masa itu, pergi ke sana, Dato' Mustafa Ali, berjumpa dengan pemimpin GAM, Almarhum Tengku Hasan Tiro Raja Aceh dengan Tengku Malik Mahmud, ini Raja Aceh, dianggap Raja oleh orang Aceh. 


"Dengan pemimpin-pemimpin dia. Kita mengambil kesempatan kerana Dato’ Asri, Tuan Haji Yusof Rawa almarhum, dan lain-lain menjadi pelindung kepada pemimpin ini ketika mereka di Malaysia. Masa konfrontasi dengan Indonesia dulu, mereka ramai di sini, datang. Kita menjadi sahabat yang ikrab dengan mereka. 


"Bila habis konfrontasi dengan Indonesia, mereka terpaksa keluar, tinggal di Amerika dan dapat suaka politik di Sweden. Kita jadikan hubungan baik ini jalan untuk mendamaikan Aceh. Kita pergi. Kerajaan Malaysia tahu kita pergi di sana, diizinkan," ceritanya.


Maklumnya, beliau juga terlibat dalam perdamaian krisis Yaman walaupun PAS parti pembangkang, di mana Kerajaan Malaysia di masa itu melalui Wisma Putra mengarahkan Kedutaan Malaysia di Sana’a supaya melayan beliau sebagai wakil untuk menyelesaikan. 


"Duta Malaysia pun terkejut, bagaimana parti pembangkang melibatkan diri dalam krisis Yaman. Dia disuruh gunakan kereta kedutaan, kedutaan Malaysia. Dia kata bahaya sikit, bendera Malaysia ini berjalur macam bendera Amerika. Nanti kalau al-Qaeda tengok, tembak, dia ingatkan Amerika. 


"Tapi tak apalah. Dan kita bertemu dengan Presiden Yaman, Ketua Ulamak dia, dan Ketua-ketua Kabilah pergi ke Bahrain, pergi ke Iran, jumpa Menteri Luar dia kerana Houti adalah Mazhab Syiah. Supaya mereka libat sama dalam perdamaian. 


"Pada awalnya kita berjaya. Tapi akhirnya kembali balik. Itu cerita lain. Apa yang penting ialah kita terlibat dalam isu antarabangsa. Dalam isu Rohingya. Kami jumpa dengan Surin, Menteri Luar Thailand. Almarhum, nama dia Abdul Halim. 


"Surin ini orang Islam, jadi Setiausaha Agung Asean. Dia seorang Menteri Luar Thailand. Berjumpa dengan Surin, bincang, supaya dia menenangkan orang Buddha di Thailand.


"Agama Buddha melarang kekerasan, macam mana boleh berlaku di Myanmar? Orang Buddha begitu ganas. Ini bercanggah dengan ajaran Buddha. Kita bincang dengan Surin," jelas Tuan Guru menunjukkan Budaya Politik Ta’awun sudah dilaksanakan tetapi tidak semestinya diumumkan dalam surat khabar. -HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018










Kemaafan luaskan penerimaan terhadap Islam

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8148-kemaafan-luaskan-penerimaan-terhadap-islam



KUALA NERUS: Bersabar dan memilih memaaf manusia demi menyelamatkan mereka dengan Islam lebih besar fadhilatnya daripada menghukum, demikian seru Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau memetik kisah pengisytiharan pengampunan beramai-ramai dan senarai individu yang mesti ditangkap dan dihukum sebagai penjenayah perang dalam peristiwa Fathu Makkah.
Pun begitu katanya, ada mereka disenaraikan itu datang minta maaf dan Nabi maafkan, berbanding kemenangan Revolusi Perancis, England, Rusia dan Revolusi Mao Tse Tung yang menyebabkan beberapa juta rakyat mati dibunuh.
"Tetapi Islam dituduh ganas juga. Kita sebat orang tak cedera pun, ganas. Yang sebat sampai nak mati itu, ini adil. Hukum gantung dengan guna tali zaman kuno, oh ini bagus, sesuai. Hukum Islam tak sesuai. Kepala apa macam ini? 
"Ini termasuk mereka yang di luar tabie, bukan sahaja yang buat salah itu luar tabie, yang sokong ini pun luar tabie juga. Ini kita kena faham," ujarnya pada Ucapan Penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.
Cerita Tuan Guru, Nabi S.A.W juga pernah merasa geram dan ingin membalas dendam terhadap musuh atas kematian para Sahabat R.A dan jasad jenazah bapa saudaranya, Hamzah R.A yang dicincang.
Namun jelas beliau, Nabi dituntun agar bersikap lebih baik sebagaimana diseru dalam ayat 125 hingga 128 surah an-Nahl kerana Allah lebih mengetahui hakikat manusia yang sesat atau menerima hidayah petunjuk-Nya.
"Jangan dia buat kita sejengkal, nak balas dia 10 jengkal, jangan, jangan. Kalau menang, jaga nak tangkap, menang jaga nak 'jail', menang jaga nak hukum orang ini orang ini. Ini cara yang salah. Allah Taala melarang Nabi. 
"Allah suruh Nabi sabar. Nabi sabar. Ada orang kita jumpa saya, Memali ini tak boleh maaf. Peristiwa ISA tak boleh maaf. Ini tak boleh maaf. Ini politik guna akal, bukan guna al-Quran dengan Hadis. Politik untuk menunjukkan kekuatan, bukan untuk menyelamatkan manusia. 
"Bukan tak boleh hukum, tetapi kejayaan kita menyelamatkan orang dengan Islam lebih besar fadhilatnya daripada menghukum. Inilah rahsia kejayaan Islam, menguasai jalan Sutera di Asia Tengah sehingga ke Nusantara Asia Tenggara, menguasai tiga Benua," ujarnya. 
Tuan Guru menceritakan mengenai banyaknya tempat dan negara di dunia termasuk yang majoriti bukan Islam kemudiannya menerima Islam secara tanpa paksaan atas sikap tersebut hingga menukar rumah ibadah mereka.
Hal tersebut jelasnya, kerana kepimpinan Islam adil dan baik kepada semua, serta menjadi contoh dan tidak sepertimana pemimpin mereka sendiri, namun kalangan yang zalim tetap menuduh Islam lebih bahaya.
Menukilkan perkembangan yang panjang, Tuan Guru menegaskan betapa Islam disebalik pelbagai cabaran ke atasnya dan ketika mana runtuhnya tamadun lain, tetap tidak mati, bahkan kini bangkit berkembang dan mara semula.
"Kalau Islam terus mara di zaman penjajahan, insyaAllah terus mara di zaman kemerdekaan yang sebenarnya bersama Islam. Satukan yang sudah menganut Islam. Yang sudah menganut Islam, satukan. 
"Satukan orang Islam ini yang berbeza dengan kita. Ini diutamakan. Supaya kembali kepada Islam. Dan ajak bukan Islam supaya bersama dengan pemerintahan Islam yang adil terhadap semua. 
"Alhamdulillah kita berjaya menjemput bermacam-macam parti politik hadir ke dalam Muktamar kita. Dan ahli-ahli kita sambut dengan muka yang manis, ucapan-ucapan yang surat khabar kata sudah tentu akan membakar Muktamar ini. Tiba-tiba tak terbakar. 

"Majoritinya begitu mahu supaya berlakunya Politik Matang dan Sejahtera. Mengajak perpaduan umat Islam, mengajak Islam disebar untuk semua. Islam yang adil ini dengan cara matang dan sejahtera. Berlaku demikian," ujarnya gembira. -HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018









Wala' dan taat menatijahkan kemenangan


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8145-wala-dan-taat-menatijahkan-kemenangan

KUALA NERUS: Wala’, kesetiaan dan taat kepada kepimpinan selagi tidak melakukan maksiat adalah sangat penting di mana akhirnya membawa kejayaan kepada perjuangan Islam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, namun ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat.

Tegas beliau, kesetiaan ahli PAS adalah kepada Allah dan Rasul yang dibahasakan pada hukum tertinggi dalam Perlembagaan PAS di mana ia haram dipinda.

Beliau mengemukakan kehebatan kaum Ansar dan Muhajirin yang terlibat dalam Baiah Aqabah Kedua di mana ikatan itu berkait politik dan cabarannya, selain mereka dipuji Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal.

"Sekiranya mahu menjadi orang beriman yang sebenar, ikut contoh, ikut teladan mereka. Golongan Muhajirin yang diuji di Makkah selama 12 tahun, dibelasah dengan dahsyat.

"Ditekan dan ditindas dengan zalim, sehingga ada yang mengadu kepada Nabi S.A.W, Khabbab bin al-Arrad dan rakan-rakannya R.A mengadu:

"Wahai Rasulullah, mengapa tidak berdoa untuk kami? Tidak memohon pertolongan Allah?"

"Kerana mereka tahu doa seorang Rasul pasti diperkenankan oleh Allah. Pernah Nuh berdoa, Musa berdoa, Nabi-nabi zaman dahulu berdoa, dibinasakan kaum yang menentangnya," ceritanya.

Peneguhan itu dikemukakannya dalam Ucapan Penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

Bagaimanapun sambung Tuan Guru mengungkap hadis Rasulullah mengenai keteguhan generasi sebelumnya yang diuji lebih dahsyat, namun tetap teguh bertahan hingga diberi Islam diberi kemenangan.

"Setelah 12 tahun diuji, dibelasah di Makkah, mereka berjaya. Itu golongan Muhajirin dan kalangan Ansar yang setia kepada baiah, bersetia dengan baiah.

"Apabila Nabi S.A.W bertemu dengan kabilah-kabilah Arab, setelah tak mendapat sokongan banyak di Makkah, mencari kabilah Arab yang datang berhimpun menunaikan haji, mengajak mereka masuk Islam memberitahu Allah menjanjikan kemenangan.

"Jangan takut Islam akan menang. (Tapi) Semua mereka tak mahu. Tak percaya kepada janji ini. Melainkan Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah, yang mendengar cerita orang-orang Yahudi Ahli Kitab, tentang zahirnya Nabi akhir zaman. Lalu mereka menerima jadi orang Islam.

"Tak cukup jadi orang Islam, mereka diminta berbaiah," ujarnya membaca isi Baiah Aqabah Kedua di mana golongan Ansar percaya dengan janji baiah itu.

Terang Tuan Guru, Allah hanya mengizinkan hijrah setelah adanya kumpulan tersebut yang akhirnya membuahkan kemenangan untuk mendirikan negara mendaulatkan syariat Allah S.W.T. - HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

PAS beri mandat Majlis Syura Ulama tentukan kerjasama politik

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


















Muktamar PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk memberi mandat kepada Majlis Syura Ulama membuat keputusan berhubung kerjasama politik baru.

Meskipun usul berkenaan tidak menyebut Umno secara langsung, ia mengulangi seruan beberapa pemimpin PAS dalam ucapan mereka sebelum itu yang menggambarkan hasrat untuk sebuah kerjasama yang menjaga kepentingan Islam.

Usul berkenaan mencadangkan untuk memberi kuasa kepada Majlis Syura Ulama PAS dan kepimpinan pusat memuktamadkan keputusan berhubung langkah yang akan diambil parti itu dalam gerakan pembangkang.

Perwakilan Kota Raja Mohamad Diah Baharom yang mencadangkan usul itu berkata PAS juga digesa untuk tidak mengenepikan kerjasama sedia ada dalam Gagasan Sejahtera bersama Ikatan dan Berjasa sekiranya memutuskan mahu bekerjasama dengan parti lain.

Perwakilan lain, Mustaman Mustain yang menyokong usul berkenaan menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mempertimbangkan situasi politik di Sabah.

The Sandakan Pas information chief told the muktamar that the state party was left alone when other opposition parties in Sabah, including Umno, formed a coalition against the state government led by Warisan.

Ketua Penerangan PAS Sandakan itu berkata parti mereka kini bersendiri di Sabah selepas parti pembangkang lain di negeri itu termasuk Umno menubuhkan pakatan lain bagi berdepan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sumber MR - 16-9-2018

















Sokong usaha teroka kemenangan



KUALA NERUS: Parti lain bergantung kepada isu gelombang atau persepsi, justeru PAS perlu berusaha menambah ahli baru, membuka cawangan baru dan menggerakkan dewan-dewan.

Wakil Kedah, Ustaz Hanif Ghazali berkata, berdasarkan pengalaman PAS sebelum ini di mana adanya ahli yang memberi wala kepada rakan tahaluf lebih daripada rakan sendiri.

"Jangan wala kepada rakan tahaluf,” tegasnya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.

"Berdasarkan situasi hari ini, menghadapi penjajah adalah lebih mudah dari menghadapi orang yang berfikiran penjajah.

"PAS Kedah akan terus menyokong penuh usaha pimpinan dalam meneroka jalan kemenangan baik dengan jalan thahaluf mahupun taawun asalkan ada kekuatan akidah perjuangan, jati diri dan hala tuju perjuangan," ujar beliau lagi.

Beliau mengharapkan agar semua ahli PAS memahami dasar pejuangan PAS dan lebih menguasai perlembagaan parti. - HARAKAHDAILY 16/9/2018
Sumber HD - 16-9-2018

Ahli PAS wajib aplikasi silibus tarbiah



KUALA NERUS: Tugas ulamak ialah mentarbiah ahli, rakyat dan masyarakat dengan Islam melalui kefahaman sebenar sekali gus mengekang dari fahaman asing menular dalam minda.

Peringatan tersebut dinyatakan oleh wakil Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkarnain Hassan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pagi tadi dengan menekankan bahawa ulamak adalah pewaris Nabi Muhammad SAW yang mewariskan ilmu.

Katanya, ahli mesti ditarbiah dengan tarbiah Islam.

“Tarbiah mesti diberi perhatian sepenuhnya bahkan Dewan Ulamak PAS Pusat ucap tahniah kepada Lajnah Tarbiah PAS Pusat yang telah menerbitkan beberapa buah buku berkait tarbiah.

“Dewan Ulamak menganjurkan supaya ahli dapat hadam manhaj (sukatan) silibus melalui program usrah dan lain-lain.

“Tanamkan dalam diri rasa berdosa dan bersalah apabila tidak mengikuti program tarbiah,” tegasnya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.

Beliau juga memuji Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kerana mengikuti pengajian yang disediakan oleh ILHAM. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Presiden PAS santuni petugas media



KUALA NERUS: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini melakukan lawatan mengejut ke tempat petugas media.

Beliau yang turun dari pentas utama, tiba-tiba berjalan menuju ke tempat media bertugas kira-kira pukul 10.35 pagi.

Lebih 50 orang rakan media dari pelbagai agensi teruja menerima kehadiran insan istimewa itu.

Ada yang mengambil kesempatan untuk berswafoto dan bersalaman dengannya.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Moktar, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dan lain-lain pimpinan.– HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Muslimat berselawat, berhibur ikut syariat



KUALA TERENGGANU: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah melancarkan kumpulan nasyid 'Ilham Akifi' di bawah Lajnah Kebudayaan dan Kesenian DMPM dalam Program Muslimat Berselawat.

Program Muslimat Berselawat yang julung kali diadakan bersempena Muktamar Tahunan DMPM kali ke-58 ini bertujuan untuk mengajak wanita tempatan mahupun pengunjung yang hadir untuk berhibur mengikut ajaran Islam.

Di samping hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak melalaikan.

Sehubungan dengan itu, Lajnah Kebudayaan dan Kesenian bertanggungjawab menyelia penubuhan kumpulan nasyid 'Ilham Akifi', yang disertai oleh 5 orang penyanyi utama serta pemain-pemain alat-alat muzik bagi nengiringi persembahan kumpulan tersebut.

Pelancaran Ilham Akifi telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua DMPM, Dr. Rosni Adam dengan memukul 'gong' sebanyak tiga kali.

Beberapan buah lagu nasyid berunsur ketuhanan dan qasidah telah dipersembahkan oleh kumpulan nasyid Ilham Akifi yang mendapat sambutan daripada hadirin.

Turut memeriahkan majlis, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut mempersembahkan 'Cinta Agung' dengan nada suara yang benar-benar menusuk kalbu.

Persembahan selingan oleh dua beradik The Helmi's, Heliza dan Hazwani turut menjadi perhatian apabila mereka membawa lagu 'Jom Selawat'.

Mengakhiri persembahan, hadirin juga diperdengarkan dengan persembahan istimewa daripada Dato' Dr Norhafizah Musa sehingga mampu mengalirkan airmata tatkala beliau mengalunkan irama nasyid yang sungguh merdu.

Muslimat Berselawat anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia ini wajar diteruskan dan dibuka secara meluas kepada umum sebagai satu usaha dakwah yang menjadi salah satu agenda utama parti. - HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Sembilan usul diterima muktamar



KUALA TERENGGANU: Sebanyak sembilan usul telah diterima oleh perwakilan dalam Muktamar PAS Pusat Ke-64 dengan tiganya diterima sebulat suara dan enam lagi diterima tanpa bahas.

Usul pertama diterima ialah usul antarabangsa iaitu solidariti Baitul Maqdis dibawakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat di mana menyatakan mengenai adanya tangan-tangan yang gigih mencetuskan situasi peperangan secara proksi.

Usul dibentangkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor tersebut juga menyebut bahawa pihak berkenaan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi serta zalim di negeri-negeri yang menindas itu.

Maka usul tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia bersolidariti bagi mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqqdis dan memperhebat usaha boikot, lupus dan sekat terhadap Zionis-Israel.

Daripada PAS Kawasan Kota Raja dan Lenggong pula, usul politik bagi memastikan peranan berkesan PAS dalam gerakan pembangkang di mana hala tuju bagi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia dibacakan oleh Yang Dipertua PAS Kota Raja, Mohamed Diah Baharun.


Usul ketiga yang dibentangkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, melalui wakilnya Ustaz Zulkifli Ismail iaitu berkaitan bantahan Unified Examinations Certificate (UEC) yang dikatakan sebagai tidak menggunakan sukatan pelajaran Malaysia secara menyeluruh.

Manakala enam usul yang telah diterima tanpa bahas oleh perwakilan kali ini ialah, mempertahankan akidah dan kedudukan Islam di dalam negara oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Juga usul penubuhan ‘Task Force’ PAS untuk Malaysia Timur diusulkan oleh PAS Kawasan Labuan, dan usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Manakala usul pengiktirafan untuk sekolah agama dibawa oleh PAS Kawasan Lenggong dan usul mengukuhkan Gagasan Sejahtera dan usul kesatuan umat daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia. -HARAKAHDAILY 16/9/2018






Sumber HD - 16-9-2018

Islam Memimpin tepat keperluan negara



KUALA NERUS: Tema Muktamar Tahunan PAS ke-64 iaitu "Islam Memimpin" tema yang tepat dengan keadaan semasa setelah rakyat menyaksikan kegagalan Barisan Nasional setelah 60 tahun dan kini rakyat melihat sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan.

Tema yang tepat ketika mana manusia semakin rosak dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, pembangunan dan lain-lain.

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar PAS Tahunan ke-64.

"Kemenangan besar di Tereangganu dan Kelantan boleh dijadikan modek bagi membuktikan gaya Islam memimpin dan ia adalah satu tanggungwab yang besar.

"Walaupun begitu perjuangan untuk mengisi sebuah kemenmagan lagi besar usaha dan pengorbanannya sepertimana pada zaman Rasulullah SAW perjuangan baginda dibahagikan kepada dua marhalah.

"Marhalah pertama di Mekah manakala marhalah kedua di Madinah yang mengambil masa 13 tahun lebih lama berbanding Mekah untuk proses mengisi kemenangan," ujar beliau.

Khalil menjelaskan apabila tema "Islam Memimpin" dipilih PAS akan berdepan dengan cabaran besar di luar.

Beliau turut menjelaskan berkaitan hukuman takzir yang dilaksanakan di Terengganu ternyata menjentik pelbagai pihak bersuara sehingga melibatkan rangkaian LGBT luar negara.

“Dalam konteks Islam Memimpin kita akan berhadapan dengan musuh-musuh Islam dari dalam dan luar yang bakal menguji kekuatan pimpinan dan ahli.

"Terima kasih pimpinan PAS Pusat kerana memberikan peluang kepada calon pemuda bertanding walaupun tidak memncapai kemenangan mutlak.

"Kita semua telah mendengar dan membaca bahawa 1 sistem pilihan raya akan berlaku seperti penurunan kelayakan usia kelayakan mengundi.

"Inilah merupakan satu cabaran kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk memastikan peranan anak muda digunakan dalam kemenangan PRU akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Hanya Islam jadi pilihan, tiada kedua



KUALA NERUS: Perjuangan suci untuk merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain tetapi manusia sedia memikul tanggungjawab.

Intipati Surah Taubah yang menjelaskan bahawa generasi akan datang tidak mampu mencapai kecemerlangan melainkan kembali kepada Islam sepertimana golongan-golongan terdahulu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Saleh berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-64.

"Dekatkan diri dengan Al-Auran kerana Allah SWT angkat sesuatu dengan Al-Quran dan mesti kembali apa yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

"Isu berkaitan umat Islam sejagat seperti di Palestin dan beberapa negara Islam perlu diberikan perhatian agar kebersamaan untuk saling membantu menentang kezaliman," ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Ahli PAS perlu sokong Harakah



KUALA NERUS: Ahli-ahli PAS diseru menyokong Harakah dengan menjadikan akhbar lidah rasmi parti sebagai rujukan utama bagi membantu Harakah berkembang dan meningkatkan pencapaian.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah mengharapkan sokongan sepenuhnya ahli-ahli PAS untuk membaca Harakah dan menjadikan akhbar itu rujukan utama yang terkandung maklumat tepat, terkini dan sahih mengenai parti.

"Kalau kita sebagai ahli PAS tidak baca Harakah memang susahlah Harakah ini nak berkembang dan meningkatkan pencapaian, sebab itu tuan-tuan boleh jadikan Harakah sebagai rujukan utama sebelum melihat media lain," katanya yang juga Pengerusi Harakah dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di sini hari ini.

Jelasnya pengeluaran Harakah cetak akan terus dikekalkan dalam masa yang sama memperkasakan edisi atas talian, Harakahdaily.

"Kandungan Harakah, sebagaimana kita tahu bahawa media cetak hari ini menghadapi masalah bukan hanya kepada Harakah termasuk media cetak lain.

"Kita akan kekalkan pengeluaran Harakah cetak dalam masa yang sama kita akan memperkasakan edisi online, Harakahdaily. Kita akan usaha supaya Harakahdaily ini boleh bekalkan maklumat yang terkini, tepat dan sahih bagi pihak parti.

“Untuk makluman Harakah sedang dalam penyusunan semula yang melibatkan pengurusan dan kakitangan selepas akhbar ini diletakkan di bawah pengurusan Galeri Media Serbanika,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

Sumber HD - 16-9-2018

Thanks Dr M For Returning Oil Royalty To Terengganu



KUALA TERENGGANU – PAS has thanked Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and the federal government for agreeing to grant oil royalties to Kelantan and Terengganu.
Party president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang said the “positive” move would cultivate the spirit of federalism, which he said was weak under the previous administration.
“Hopefully, there will be more avenues for the state government to receive funding for development, infrastructure and investment opportunities regardless of our political differences.
“We also to be open-minded about amending the Federal Constitution and laws left behind by our colonisers to strengthen the position of Islam.
“There is also need for a comprehensive agenda to elevate the rights of the Bumiputera and the national language, besides strengthening the administrative system and upholding social justice.”
Abdul Hadi said this in his policy speech during the launch of PAS’ 64th Muktamar (general assembly) at the Terengganu Indoor Stadium Sports Complex here today.
He also said PAS will not abandon its agenda to include Syariah law as part of the country’s constitutional democracy framework.
He said PAS will look into expanding the role of the Syariah courts to become the core of Malaysia’s legal system.
Abdul Hadi said this was why Pas, in 2016, submitted a Private Member’s Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 in Parliament.
“Now, it is up to the new government to state their stand on RUU 355 (private member’s bill).
“For Pas, the Kelantan and Terengganu state governments are always ready to discuss and cooperate with the federal government, as well as hold dialogues with target groups to better understand our agenda,” he added. © New Straits Times Press (M) Bhd
Sumber BO - 15-9-2018

























Muktamar Ke-64; Pemuda Saran Jadikan Ucapan Dasar Sebagai ‘Blue Print’




Olh : MNA
KUALA NERUS – Wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Syahir Sulaiman berkata, ucapan dasar Presiden amat bertepatan dengan konteks semasa dan hampir sama dengan semangat yang ditunjukkan ketika Muktamar Pemuda PAS kelmarin.
Ia juga katanya, mengangkat cabaran dan hala tuju yang sama serta turut menggariskan ‘road map’ menuju PRU 15.
Bagi beliau, ia boleh diangkat sebagai ‘blue print’ kepada PAS, blok pembangkang dan rakyat secara keseluruhannya bagi mewujudkan negara yang lebih sejahtera.
“Dengan syarat, kita mesti meletakkan Islam yang memimpin,” tegas beliau.
Islam Memimpin adalah tema bagi ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar ke-64, yang mesti difahami keseluruhannya sebagai strategi asas parti, demi survival Islam di Malaysia.
Antara tajuk lain katanya disentuh oleh Presiden yang menarik perhatian wakil DPPM ini ialah berkenaan keadilan ekonomi Islam dan bagaimana prinsip ini boleh dilaksanakan di Malaysia.
Menurutnya lagi, sistem percukaian yang ada sekarang menggunakan asas konvensional terbukti gagal membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan hanya menukar GST kepada SST.
“Jadi Presiden menyebutkan perlunya semua pihak duduk bersama mengkaji bersama mengkaji model cukai yang adil untuk semua kepada rakyat, peniaga dan juga kerajaan.
“Manakala isu-isu salah urus tadbir , skandal rasuah dan sebagainya, ia juga perlukan tindakan yang lebih holistik, maknanya bukan lagi menggunakan pendekatan politik seperti kapitalis dan sosialis tetapi mengambil pendekatan ekonomi Islam yang mementingkan aspek halal dan haram,” terang beliau.
Kata Syahir, semua ini tidak semestinya memerlukan tindakan yang besar memandangkan keterbatasan kuasa yang ada pada PAS dan walaupun kecil, ia boleh dijalankan sebagai pengenalan asas kepada masyarakat.
Bagi beliau, perlaksanaan ini sebenarnya telah dilakukan secara prinsip mudah iaitu dengan memindahkan akaun kerajaan negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang konvesional ke akaun patuh Syariah.
Ia kemudian boleh diperluaskan lagi dengan apabila mendapat kuasa yang boleh mengubah hal yang lebih besar.
Sumber BO - 15-9-2018




















































Memperjuangkan Cara Hidup Berdasarkan Prinsip Islam Di Malaysia




Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 sudah berlalu tetapi Muslimat PAS masih terus komited memperjuangkan cara hidup berdasarkan prinsip Islam di Malaysia.
Ketua Muslimat Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, ianya akan terus berada di atas prinsip Islam untuk mendapatkan kemenangan di dunia dan akhirat.
Tambahnya, Muslimat memilih tema dalam muktamar kali ke – 58 ialah Muslimat Istiqamah memacu Kemenangan.
“Muktamar adalah medan muhasabah untuk kita semua ahli PAS dan muslimat memperkasa organisasi kepimpinan muslimat dan sebagainya,
“dan muktamar kali ini diadakan dalam keadaan baru berdepan dengan Pilihan Raya kecil (PRK) Seri Setia yang menubuhkan kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan undi kepada PAS,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Muktamar Tahunan Dewn Muslimat PAS Malaysia semalam di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Jumaat, 14 September.
Katanya, beliau mewakili Dewan Muslimat dan juga parti mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Umno di PRK Seri Setia.
“Bantuan untuk kebajikan dan kebaikan rakyat untuk kepentingan Islam insya Allah akan dapat diteruskan lagi samada daripada Umno sendiri ataupun mana-mana pihak,
“Insya allah kita akan terus bersama dengan sesiapa sahaja yang bersedia selari dengan matlamat kita,
“tak lain tak bukan adalah untuk memastikan Islam itu dapat dinobatkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT,” katanya.
Tambahnya, Dewan Muslimat adalah akar umbi melalui dasar Islam dan kekuatannya adalah sehingga sekarang masih berpegang dengan Islam.
Ianya dibina melalui kepimpinan Akifi yang alim dan berilmu serta kepimpinan haraki yang berjuang dan juga yang sufi iaitu dekat dengan Allah.
“Organisasi (yang) mantap dan pendokong serta ahli yang terus istiqamah terus wala’ kepada kepimpinan,
“(dan) mudah- mudahan muslimat terus dapat bersam-sama melonjakkan kecemerlangan kegemilangan jamaah parti islam PAS,” katanya.
Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang di adakan di negeri Terengganu pada tahun ini dihadiri seramai 724 perwakilan daripada 177 dewan muslimat PAS kawasan.
Sumber HD - 115-9-2018



























Sedia Hadapi PRU15 – Presiden PAS

\




Oleh : Suhaimi Taib
KUALA NERUS – Dalam ‘Post-Moterm’nya, PAS mendapati sokongan pengundi teras dan pengundi atas pagar meningkat melebihi 2.04 juta atau 18 peratus undi popular.
Sokongan itu dijangka meningkat ketika parti itu menghadapi Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak sampai lima tahun seperti kebiasaannya.
Justeru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti persiap sedia menghadapi pilihan raya itu dari sekarang.
Beliau membuat arahan itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.
Kira-kira 10,000 perwakilan, pemerhati dan wakil-wakil entiti politik dalam dan luar negeri hadir di muktamar tersebut.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS telah menjalankan ‘post moterm’ terhadap pencapaian dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Ini termasuk jentera parti di peringkat kawasan dan negeri mahupun pandangan luar termasuk ahli akademik, badan pemikir dan tokoh masyarakat.
“Semua maklumbalas dan pandangan yang diterima akan diperhalusi oleh Jawatankuasa ‘Post-Moterm’, bagi mengemukakan syor dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi PRU15 kelak.
“Ini termasuk dalam aspek kelemahan yang perlu diperbaiki, misalnya penguasaan media sosial, penyampaian mesej kepada bukan Islam dan pengundi muda serta pendaftaran pengundi, ” jelasnya.
Menurut beliau aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan ialah penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera, kualiti calon dan tawaran manifesto yang boleh dilaksanakan.
Sumber BO - 15-9-2018

PAS pimpin masyarakat dengan Islam



KUALA NERUS: Ucapan Dasar Presiden PAS menggariskan hala tuju pentadbiran khususnya dua negeri yang ditadbir oleh parti itu hendaklah dengan merujuk kepada Islam.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64.

Justeru ketanya, ucapan tersebut perlu dihayati khususnya oleh ahli-ahli PAS di dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan bagi memacu kemajuan negeri seterusnya menjadi modal dan model bagi PAS untuk dipaparkan menuju PRU15.

"Ucapan Tuan Guru juga mengajak semua ahli meletakkan diri mereka sebagai pemimpin masyarakat yang memimpin rakyat dengan Islam.

"Memimpin menuntut kita semua tegas dengan prinsip dan strategi yang digariskan bagi mencapai matlamat.

"Jangan pula ahli PAS yang dipimpin oleh media massa yang secara lazimnya tidak menjadikan Islam sebagai panduan bernegara," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018


PAS jadi platform bekas pemimpin Umno



KUALA NERUS: Kerjasama PAS dengan parti-parti lain bukan perkara pertama bahkan ketika negara baru mencapai kemerdekaan, kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS pernah menyokong akta ISA bagi mengekang gerakan subversif dan komunis dan sokongan diberi dengan mengingatkan ISA tidak disalah guna.

Malah, kata beliau selepas peristiwa 13 Mei untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, PAS pernah menyertai kerjasama campuran dengan syarat-syarat yang ditetapkan yang tidak bercanggah dengan dasar dan matlamat perjuangan PAS.

Beliau berkata, Umno yang ketika itu diketuai oleh almarhum Tun Abdul Razak menerima syarat yang dikemuka PAS.

"Umno terima masa itu masa zaman arwah Tun Abdul Razak dan kita masuk. Kita terlibat dalam penubuhan Barisan Nasional, Perikatan dibubarkan, dibubar Perikatan dan tubuh Barisan Nasional dan PAS salah satu komponen dalam Barisan Nasional.

"Dan kita berjaya dalam melakukan penyedaran kefahaman kita di kementerian-kementerian jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, kesannya sehingga berlangsung apabila kita berjaya menukar pegawai-pegawai zaman British yang bersara tukar kepada pegawai-pegawai baru yang sempat bersama dengan kita dalam masa 70-an Barisan Nasional, yang itu pernah," jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjelaskan mengenai ucapan dasar Presiden PAS berhubung kesediaan parti itu menjalinkan hubungan dengan mana-mana parti.

Jelasnya lagi, PAS menjadi platform menyelamat ahli-ahli Umno yang dipecat daripada parti itu, antaranya Tun Dr Mahathir di mana pentas PAS menjadi tempat ceramahnya di Kapar pada tahun 1969.

"Bahkan kita menerima mana-mana ahli Umno yang dipecat supaya tidak disambar jerung termasuklah Tun Mahathir yang dipecat oleh Tunku, di mana pentas PAS menjadi tempat ceramah Tun Mahathir di Kapar, Selangor tahun 69.

"Berikutnya ialah Tengku Razaleigh, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipecat, PAS menjadi platform untuk menyelamatkan mereka yang dipecat ini supaya kita tidak kehilangan pemimpin-pemimpin dan mereka boleh menyambung nafas, menyambung talian hayat balik melalui pentas kita," katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Islam Memimpin



UCAPAN Dasar Presiden PAS
Muktamar Tahunan PAS Ke-64
Kuala Terengganu, 2018
“Islam Memimpin”
Mukadimah
الحمد هلل الذي أكرمنا بنعمة اإلسالم، وفضلنا على كثير من األمم
والصالة والسالم على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Mursyidul ‘Am PAS,
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yaakob, Timbalan Mursyidul ‘Am PAS,
Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak,
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat, DHPP, Ahli Dewan Harian dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, YAB Menteri Besar, YB Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan  Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Pimpinan Tertinggi Parti Gagasan Sejahtera, Para Tetamu dan Dif Kehormat, Wakil Kedutaan Luar, Rakan-rakan NGO, Pengamal Media, Sidang Perwakilan dan  Pemerhati yang dikasihi sekalian.
Saya ucapkan 'Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum’, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua perwakilan, pemerhati dan tetamu yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS 2018 yang kembali bertandang ke Negeri Terengganu Darul Iman. Pantai teluk pesisir indah, tempat lalu perahu payang; Terengganu digelar Serambi Madinah, tempat lahir ramai pejuang. 
Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. yang telah mengurniakan pertolongan-Nya dalam PRU14, dengan pencapaian mengikut ilmu dan kebijksanaan-Nya, dikurniakan sekadar kemampuan dan kekuatan kita. Walaupun belum mencapai hasrat kita sepenuhnya, namun Allah Maha Penyayang dan bersifat Rahmat kepada yang menegakkan Agama-Nya. 
PAS telah menggerakkan seluruh ahli dan penyokong di semua peringkat, menyumbang harta dan tenaga dalam PRU ke-14. Alhamdulillah kita berjaya mempertahankan Kelantan dengan kemenangan lebih besar, memerintah semula Negeri Terengganu dengan majoriti dua pertiga, serta menempa kemajuan di Kedah dengan menjadi parti terbanyak kerusinya. PAS juga mencapai kemajuan di Pahang dan menjadi pembangkang yang efektif di beberapa negeri, menjadikan jumlah keseluruhan 90 kerusi Dun. Di peringkat Persekutuan, PAS telah berjaya menghantar sejumlah 18 Ahli Parlimen yang membolehkan kita menyampaikan mesej Islam di peringkat Nasional.
Para Perwakilan dan Tetamu yang dirahmati Allah,
PAS adalah parti yang terus hidup dan berkembang bersama Islam, mewarisi kesinambungan perjuangan Islam, yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. Kemunculannya adalah hasil gerakan islah dan tajdid oleh para pemimpin terdahulu, didoakan semuanya mendapat pahala yang berpanjangan. PAS terus berusaha menjadi kumpulan Islam yang dinyatakan ciri-cirinya oleh Allah di dalam al-Quran. Maka kita meneruskan pelaksanaannya yang diperjuangkan oleh Rasulullah S.A.W dan generasi awal, bermula dengan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat sehinggalah meng-Islamkan negara, menjalankan kewajipan secara lisan, tulisan dan setingginya dengan kuasa politik
bernegara.
Firman Allah S.W.T:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang berdakwah kepada kebajikan, menjalan kewajipan amar makruf dan nahi munkar, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
(ali-'Imran: 104) 
●     Tema Muktamar: Islam Memimpin
Firman Allah S.W.T:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦)
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.” (56)
(al-Maidah: 55-56)
Ayat ini menegaskan konsep wala' (kesetiaan dan taat) kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. secara mutlak, serta kepimpinan Islam yang bersyaratkan iman dan sentiasa
mentaati Allah dalam ibadah serta amalan diri dan bermasyarakat, sehingga memimpin negara.
Demi mencapai tujuan penubuhan PAS meletakkan Islam di tempat tertinggi sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaannya, maka diwujudkan kepimpinan ilmuan Islam
secara jamaie (kolektif) dengan pelantikan AJK PAS Pusat melalui Muktamar, dan perlantikan Ahli Majlis Syura Ulamak oleh kepimpinan yang dipilih dalam Muktamar.
Alhamdulillah PAS berjaya mempertahankan ciri-ciri Parti Islam
secara amali yang tidak mampu diganggu-gugat oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajah sehingga kini. PAS sentiasa
melakukan penambah-baikan mengikut perkembangan semasa, walaupun pemimpinnya silih-berganti menghadapi cabaran mengikut perjalanan usia PAS sejak ditubuhkan. 
Tema “Islam Memimpin” diangkat pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 bagi menegaskan betapa pentingnya setiap pendukung PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 
Kita menyaksikan hari ini kegagalan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah negara dan rakyat, sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadaan yang sama turut dialami oleh negara umat Islam yang menumpang dasar selain Islam, kerana terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya.
Kegagalan kerajaan yang memerintah di negara umat Islam selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti yang nyata untuk beralih kepada penyelesaian Islam yang syumul. Di sinilah pentingnya umat Islam memiliki pemimpin yang memenuhi sifat kepimpinan Islam, baik dari segi aqidah yang tulen, ilmu yang tinggi dan akhlak terpuji, serta berupaya untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama.
Dalam konteks kita di Malaysia, PRU14 telah berlangsung secara aman dan terkawal, serta menyaksikan keputusan yang unik. Kita menyaksikan perubahan kepimpinan di peringkat Persekutuan, pembentukan Kerajaan Negeri baharu yang dikuasai pelbagai parti, dan jumlah kerusi dalam Kerajaan PH yang tidak seimbang mengikut demografi kaum di Malaysia.
Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat dan bersama dengan semua pihak untuk membentuk budaya politik baharu dengan penuh hikmah, bagi membetulkan apa yang salah dan menambah baik apa yang betul. Dalam hal ini, PAS
terus beristiqamah dengan petunjuk Allah dalam hubungannya
dengan semua pihak berpandukan Firman-Nya: 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
“Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan
taqwa, dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa
dan bermusuhan”.
(al-Ma’idah: 2) 
●     Muhasabah PRU14
Muktamar ke-64 pada tahun 2018 ini diadakan pada pertengahan bulan September, di luar kebiasaan Muktamar Tahunan PAS yang biasanya diadakan pada bulan Jun setiap tahun. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang yang seluasnya kepada persiapan dan gerak kerja menghadapi PRU14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018.
PAS dan rakan-rakan Gagasan Sejahtera turun ke gelanggang PRU14 di padang yang tidak sama rata berbanding Barisan Nasional yang menguasai segala kelebihan media, jentera dan kewangan (3M), serta bersaing dengan Pakatan Harapan yang menguasai media sosial tanpa batasan akhlak dan moral.
Dalam serba kekurangan ini, PAS telah menempa pencapaian yang baik, menyaksikan kerusi Dun PAS bertambah dan jumlah negeri yang dikuasai juga telah bertambah. PAS berjaya mempertahankan Kelantan, mengambil semula Terengganu, hampir menguasai Kedah dan menambah kerusi di Pahang.
Sokongan pengundi teras dan pengundi atas pagar kepada PAS juga bertambah, dilihat daripada peningkatan satu kali ganda keseluruhan undi yang diterima melebihi 2.04 juta, atau 18 peratus undi popular. Saya berkeyakinan bahawa angka ini akan
terus meningkat, dan InsyaAllah PAS mempunyai potensi yang lebih cerah dalam PRU15.
PAS telah menjalankan kajian ‘post-mortem’ terhadap pencapaian dalam PRU14, dengan mengambil kira pandangan semua pihak, sama ada dalaman parti melibatkan jentera negeri dan kawasan, serta pandangan luar di kalangan ahli akademik, badan pemikir dan tokoh masyarakat.
Semua maklum balas dan pandangan yang diterima akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Post-Mortem, bagi mengemukakan syor dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi PRU15 kelak, khususnya dalam perkara berikut: 
a.     Aspek kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya dalam penguasaan media sosial, penyampaian mesej kepada bukan Islam dan pengundi muda, serta pendaftaran pengundi;
b.     Aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan, antaranya penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera, kualiti calon dan tawaran manifesto yang boleh dilaksanakan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera dan calon PAS yang bekerja siang dan malam untuk memenangkan PAS dan Gagasan Sejahtera. Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada para pengundi dan dermawan yang memberikan kepercayaan kepada PAS dan Gagasan Sejahtera dalam PRU14 yang lalu. Semoga semuanya diterima sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T.
●     Cabaran mendatang 
PAS menghadapi cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam, menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama, dan kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan
dan fitnah ‘Islamofobia’.
Masyarakat kini meletakkan masalah diri dan menjadikan isi perutnya sebagai keutamaan (Aulawiyyat). Petunjuk agama dan akal hanya sampingan, kerana cengkaman kejahilan agama, tertumpu keutamaan kepada kepentingan kebendaan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, dan keselamatan jasad yang berkiblatkan hidup duniawi sahaja.
Maka tidak mudah bagi PAS bersama Islamnya secara terbuka, tanpa kepimpinan yang bercirikan Islam, kerana banyak cabaran dan halangan dalam perjuangannya. Kita menyaksikan betapa kalangan yang tidak berjati diri dalam PAS, tiba-tiba terjun melarikan diri kerana sukarnya beristiqamah bersama Islam secara terbuka dan nyata, lalu memilih jalan pintas yang disangkanya mudah sampai ke destinasinya.
Walaupun PAS berjaya memecah tembok kejahilan dengan penambahan ahli baru dalam kalangan penganut Islam dan juga kalangan bukan Islam bersama PAS, sehingga ditubuhkan sayap penting iaitu DHPP, namun belum mencukupi. Ini dibuktikan oleh keputusan PRU14, apabila parti sekular dan pragmatik mendapat sokongan majoriti bukan Islam, bersama pengundi baru yang tidak matang dan tidak celik politik Islamnya.
Lebih mencabar apabila suara-suara sumbang yang mencabar institusi agama, Istana, dan hak Bumiputera, serta gerakan yang memperjuangkan fahaman Liberal, mazhab yang menyeleweng, dan hubungan sejenis dilihat semakin berani menzahirkan diri dan bergerak bebas tanpa pengawalan.
Kesemua cabaran ini menuntut kepada kita untuk melipat-gandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi, dan kita meletakkan keyakinan bahawa kemenangan yang dijanjikan Allah merupakan kurniaan kepada mereka yang ikhlas dan
sabar dalam perjuangannya. Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(ali-'Imran: 200)
Memimpin Politik Matang dan Sejahtera  
Sidang Muktamirin yang dihormati,
Marilah kita menghayati firman Allah S.W.T: 
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٣) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (٣٤) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (٣٥) وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (٣٦)
 “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (meng-Esakan) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam. (33) Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36)”
(Fussilat: 33-36)
Allah S.W.T telah memberi petunjuk kepada umat Islam sejak generasi pertama yang ditugaskan untuk menyelamatkan manusia seramai-ramainya bersama Islam. Di antaranya melalui pendekatan Ta’awun (bertolong-menolong) dalam perkara baik dan taqwa (mentaati Allah), serta terus beristiqamah di atas dasar Islam dengan matlamatnya untuk menegakkan Islam.
Konsep ini juga dipanjangkan dalam hubungan masyarakat majmuk dalam satu negara, walaupun berbeza agama dan bangsa, di samping dilakukan juga dalam hubungan luar negara. Objektifnya adalah untuk memilih titik persamaan terlebih dahulu dan menangani perbezaan secara anjal (fleksibel), serta menolak perpecahan yang merugikan, walaupun menunggu masa yang lama.
Rasulullah S.A.W menerima konsep Tahaluf (bekerjasama) dengan pihak lain dalam menentang kezaliman, tanpa meninggalkan prinsip aqidah dan Syariat Islam. Tahaluf dibatalkan apabila tidak lagi menghormati perkara asas tersebut, melakukan maksiat atau mencetuskan permusuhan atau mengundang apa sahaja keburukan. Inilah sempadan kita agar tidak hanyut dan larut dalam suasana baharu. 
Berpandukan ijtihad semasa dalam hal ini, PAS konsisten untuk memilih pendekatan BPMS dengan semua pihak, iaitu dengan:
i.     Bersikap damai terhadap Kerajaan Persekutuan yang memegang tampuk pemerintahan negara; dan
ii.     Kesediaan untuk menjalin kerjasama politik dengan semua pihak bagi memastikan Islam memimpin perubahan.
Maka PAS tetap berterus terang bersama Islamnya. PAS tidak terikut dengan langkah pengecut yang malu menyebut Islamnya, dan PAS juga menolak pendekatan keras tanpa kebijaksanaan. PAS tetap mengambil pendekatan Politik Damai dengan semua pihak termasuk musuh dan lawan, kerana inilah caranya untuk meramaikan ahli dan penyokong, serta menjadi rahsia ketahanan PAS yang tidak pernah diharamkan sejak penubuhannya, berbeza dengan pengalaman gerakan Islam di negara lain.
Bagi menghadapi senario politik dan masyarakat yang berubah, PAS wajib berijtihad berlandaskan hukum Islam dan menguasai feqah Politik Islam, khususnya Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqie’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) bagi memastikan PAS sentiasa berada di atas landasan kebenaran.
Di sana pastinya ada keperluan untuk PAS membuat keputusan Dasar dan Strategi politik yang penting, memerlukan kepada kebijaksanaan Ahli Majlis Syura Ulamak dan AJK PAS Pusat untuk menentukan sikap dan pendirian PAS dengan penuh hikmah, mengikut mandat dan kepentingan semasa agar tidak tergelincir daripada dasar, prinsip dan matlamat perjuangannya. 
●     Memimpin perubahan negara  
PAS menawarkan model bernegara yang terkandung di dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai kerangka penyelesaian masalah negara yang membebankan rakyat dan kerajaan, berpandukan acuan Allah daripada petunjuk al-Quran.
Firman Allah S.W.T:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat (sembahyang), serta memberi zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta nahi mungkar (melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar). Dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(al-Hajj: 41)
Ayat ini menunjukkan lima ciri utama dalam pembinaan sebuah negara sejahtera iaitu berkonsepkan ibadah kepada Allah (solat), ekonomi yang adil (zakat), negara berkebajikan (amar maaruf), kehaibatan undang-undang (nahi munkar), serta berwawasan dunia dan akhirat.
Perkenalkan penyelesaian Islam
PAS telah berjaya menunjukkan secara amali, sebuah kerajaan yang bersih daripada segala salah laku di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sewaktu kita memimpin Kerajaan Negeri tersebut dengan kuasa yang terbatas.
Walaupun lawan kita mencari kesalahan yang kecil sebesar noktah paling halus untuk diperbesarkan, seperti kata perumpamaan, laksana biji halus diperbesarkan menjadi kubah yang besar, untuk dijadikan isu yang dipertonton kepada khalayak. Namun tidak dijumpai, lalu dicipta fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Alhamdulillah, Allah melindungi kita.
Dalam hal ini, Kelantan dan Terengganu perlu menjadi model ‘Negeri Idaman’ sebagai contoh sebuah pentadbiran yang adil dan berkebajikan, dan wajar menjalin kerjasama bagi memanfaatkan sumber dan kelebihan yang ada di negeri masing-masing. Matlamatnya adalah untuk menyerlahkan keadilan Islam secara praktikal, seterusnya menambah keyakinan rakyat terhadap kemampuan PAS untuk mentadbir kerajaan di peringkat Persekutuan.
Kita wajib melaksanakan manifesto kita, janji yang berpijak di bumi yang nyata, dengan mendahulukan keutamaan dan kemampuan. Kita jangan jadi kalangan yang pandai menabur semua janji jika berkuasa, termasuk janji yang tidak mampu ditunaikan, semata-mata untuk memancing undi rakyat. Dalam masa yang sama, kita perlu membuat persediaan dengan memanfaatkan tenaga pakar dan Teknokrat yang ada dalam PAS.
PAS berjaya secara bertulis menyediakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan cadangan polisi negara yang berkaitan, menunjukkan kita mempunyai kemampuan berfikir secara ilmu dan pengalaman, sebelum berkuasa memerintah. Sekurang-kurangnya kita mendapat pahala keazaman melakukan amal soleh, tanpa meninggalkan perjuangan walaupun jauh perjalanannya dan susah mendapat pengikut, namun yakin kepada janji yang benar daripada Allah S.W.T: 
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh (berdakwah dan berjihad) dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad S.A.W.), bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah (para pemimpin negara) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia (Allah) telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka (para pemimpin) yang berkuasa; dan Dia menjadikan Tamkin (kuasa berdaulat) kepada Agama yang diredhai-Nya (Islam) untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik).”
(an-Nur: 55)
Penghayatan konsep Federalisma
Agenda terpenting negara adalah melaksanakan konsep Federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kenyataan YAB Perdana Menteri untuk mengembalikan semula royalti petroleum yang tidak diberi kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat Federalisma yang dilemahkan dahulu.
Diharapkan banyak lagi ruang yang patut diberi kepada Kerajaan Negeri khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang, tanpa mengira perbezaan politik.
Kita juga perlu kepada keterbukaan untuk meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan penjajah dahulu, seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar, mengangkat hak Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan, di samping mengukuhkan sistem tadbir urus dan keadilan sosial dalam negara.
Keadilan Undang-undang Syariah
Agenda mendaulatkan undang-undang Syariah dalam kerangka demokrasi berperlembagaan akan terus diperjuangkan oleh PAS. Usaha yang bermula dengan pelbagai siri penerangan sejak tahun 1950-an, diikuti dengan penggubalan enakmen berkaitan di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1990-an, memakan masa lebih 40 tahun dan pemimpin yang bersilih ganti, membuktikan kesungguhan PAS untuk merealisasikan agenda ini dengan sabar dan berhikmah. 
Terdahulu, PAS melihat ada ruang yang boleh digunakan untuk mengangkat kuasa Mahkamah Syariah sebagai teras kepada pelaksanaan undang-undang. Maka PAS mengambil usaha untuk membawa Rang Undang-undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen sejak 2016. Kini terletak di tangan kerajaan baharu untuk menentukan sikap terhadap RUU tersebut.
Di pihak PAS, Kerajaan Kelantan dan Terengganu sentiasa bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan hasrat yang didukung sekalian umat Islam ini, di samping membuka pintu dialog kepada ahli akademik dan NGO untuk lebih memahami agenda besar yang dibawa oleh PAS ini.
Keadilan ekonomi Islam
Antara ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil. Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, mewajibkan zakat, menggalakkan perusahaan dan perkongsian keuntungan, di samping tegas menghapuskan riba’, penipuan dan rasuah yang semakin diterima dan dianggap sebagai prasyarat ekonomi moden.
Konsep zakat menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti ideologi Sosialis dan Komunis, namun tidak terlalu bebas membolot kekayaan yang menjadi penyakit ideologi Liberal Kapitalis, sehingga membarahkan skandal pecah amanah dan amalan kronisma seperti 1MDB, PKFZ, PERWAJA, FOREX, BMF dan seumpamanya.
Kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST, umpama menukar tangan kanan dengan tangan kiri untuk mencubit. Usaha perlu diambil untuk mengkaji model percukaian yang lebih adil kepada rakyat, peniaga dan kerajaan, bukannya dengan menggali lubang yang sama, yang telah terbukti gagal sebelum ini. 
Pembangunan insan
Kita sedang mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya dan kelemahan undang-undang mencegah kemungkaran. Tanggungjawab menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga perlu ditangani dengan pendidikan Rabbani dan Insani, disokong oleh media yang bermoral serta undang-undang yang mendidik bukan sekadar menghukum.
Kualiti modal insan yang dibentuk oleh Islam berjaya menundukkan kuasa besar pada zamannya dan mencipta semula tamadun (Hadharah Islamiyyah), tanpa meninggalkan warisan ilmu dunia yang bermanfaat daripada seluruh pelosok dunia Timur dan Barat, dengan menterjemahkan ilmu ke dalam Bahasa Arab yang dirasmikan pada masa itu, tanpa menghapuskan bahasa kaum masing-masing yang menjadi tanda kebesaran Allah.
Firman Allah S.W.T:  
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.
(ar-Rum: 22)
Dalam aspek ini, institusi pendidikan yang dimiliki oleh PAS seperti TASTI, PASTI, SRITI, KUIZM, KUDQI, Darul Ulum serta pelbagai sekolah dan kolej yang dibangunkan oleh pimpinan dan ahli PAS, wajar menjadi model sistem pendidikan yang mengikut acuan Islam sepenuhnya.
Diplomasi antarabangsa
Di pentas antarabangsa, PAS menyarankan agar Kerajaan Malaysia lebih cermat dalam berhadapan dengan perang ekonomi di antara kuasa besar khususnya China dan Amerika, serta bijak mengambil peluang bagi membetulkan tanggapan yang salah terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di Negara Barat.
Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini, khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan Negara Asean, kerjasama Negara Islam (OIC) dan Negara Berkecuali (NAM) terlebih dahulu. Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, mengikut kebijaksanaan agar tidak terikat dan sangat bergantung dengan kuasa besar dunia.
Terlebih penting kepada PAS adalah agenda pembebasan bumi Palestin, dan misi mewujudkan perdamaian di wilayah umat Islam yang bergolak seperti di Syria, Yaman, Myanmar, Selatan Thailand dan Filipina. Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan damai dan mengambil langkah diplomasi bagi merungkai konflik dari berlarutan.
Dalam hal ini, PAS akan terus memperjuangkan isu kemanusiaan yang bertali arus berlaku dalam dunia tanpa sempadan, tanpa mengira fahaman politik, agama dan etnik, di samping meneruskan usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan dan kebajikan di wilayah yang memerlukan, dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.
Mendepani suasana ini memerlukan kesepaduan di kalangan umat Islam untuk mengharunginya, dan PAS mengingatkan agar kita tidak sesekali membuka peluang kepada campur tangan kuasa luar dalam menangani isu ummah dan serantau ini, yang akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar.
●     Memimpin sokongan rakyat
PAS menggalas perjuangan Islam yang besar dan luas, menghadapi kumpulan lain di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Semua umat manusia dalam masyarakat majmuk adalah saudara yang wajib diselamatkan bersama Islam.
Para ulamak membahagikan mereka semuanya dalam skop umat Nabi Muhammad S.A.W yang wajib dipimpin bersama Islam, terbahagi kepada ‘Ummah Ijabah’ yang telah menganut Islam dan ‘Ummah Dakwah’ yang tidak menganut Islam tetapi diajak bersama Islam.
PAS menerusi Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah, mestilah digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan, dengan kefahaman Islam yang sebenar.
Untuk masyarakat bukan Islam pula, semua jentera parti mestilah mendekati dan memberikan penjelasan supaya rakan-rakan kita memahami mesej yang kita bawa, dan dalam masa yang sama kita juga memahami keperluan rakan-rakan kita. Untuk itu, DHPP adalah jambatan penting menghubungkan kita dalam masyarakat majmuk, dan menjalin hubungan dengan parti komponen Barisan Nasional untuk mendekati rakan-rakan daripada kaum lain.
Peranan media rasmi PAS seperti Harakah, Harakahdaily, HijauFM, dan pelbagai platform media sosial mestilah disokong oleh ahli di semua peringkat. Ini bagi memastikan usaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat, selain menjadi contoh dalam menangani budaya fitnah dan kerosakan yang menguasai media di luar sana.
Penumpuan khusus untuk mengukuhkan tapak PAS di Sabah dan Sarawak secara intensif perlu dilakukan, terutamanya dalam aspek dakwah yang subur, diikuti pemantapan tarbiyah bagi memperkukuh kefahaman ahli dan persediaan untuk berdepan dengan suasana politik baharu tanpa Barisan Nasional di Borneo, demi menjaga survival kepimpinan Islam.
Di samping itu, permasalahan di kalangan rakyat desa dengan tahap pendapatan yang rendah, sama ada petani, peneroka Felda, penoreh getah, nelayan, peniaga kecil, kakitangan sokongan dan seumpamanya mesti terus didekati oleh PAS bagi membawa suara mereka ini, seterusnya mengangkat peranan segmen ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara.
Kesemua isu yang melanda masyarakat peneroka dan rakyat desa ini, menuntut supaya PAS melipat gandakan usaha untuk membela dan membantu golongan ini, seterusnya menjadi penghubung dengan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib rakyat, seperti Felda, MARA dan PNB. PAS juga menyarankan agar dibangunkan industri hiliran dan kaedah pemasaran yang dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Di samping itu, peluang pendidikan, khidmat kesihatan, dan peluang pekerjaan adalah perkara yang perlu diutamakan kepada generasi muda, dan juga rakyat awam yang terjejas di luar sana. PAS akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat, menerusi lajnah-lajnah dan dewan-dewan di semua peringkat.
●     Tindakan bersama (Sepuluh arahan)
Pertama, semua pihak dalam PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema "Islam Memimpin”, seterusnya merangka perancangan melalui pendekatan BPMS dan kesediaan untuk bekerjasama atas perkara kebaikan di semua peringkat.
Kedua, pentarbiyahan pimpinan dan ahli adalah elemen asasi yang perlu diteruskan melalui aktiviti usrah, tamrin dan liqa' fikri mengikut marhalah yang telah ditetapkan. Penumpuan wajar diberikan untuk memberi penambahbaikan dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan sistem pemantauan, di samping proses pembentukan fikrah di kalangan anak ahli PAS dan pelapis perjuangan.
Ketiga, pentadbiran organisasi di semua peringkat perlu terus diperkemaskan supaya lebih berkesan. Selain, sistem KPI dan perancangan strategik yang semakin diamalkan di peringkat Negeri dan Kawasan, beberapa aspek pengurusan organisasi wajar diberi nilai tambah, antaranya dalam kempen penambahan ahli, pengurusan sumber manusia, kualiti mesyuarat, serta pengurusan kewangan yang sistematik.
Keempat, Dewan Ulamak perlu bertindak pantas menjadi jurubicara untuk menjelaskan isu semasa dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, serta proaktif dalam menganjurkan seminar ‘ilmiyyah dalam memahami persoalan Maqasid dan Siyasah Syar’iyyah. Ulamak perlu menarik seramai mungkin cerdik pandai untuk bersama PAS, di samping keperluan untuk menguasai ilmu moden dan mengembangkan dimensi ilmu yang dikuasai.
Kelima, Dewan Muslimat perlu mendepani pelbagai isu masyarakat dan menyentuh hati nurani rakyat, melalui aktiviti kebajikan dan kekeluargaan. Dewan Muslimat berperanan besar dalam menentukan kuasa politik dan kejayaan membina kualiti insan dalam negara. Penganjuran aktiviti mesra-wanita dalam lapangan kemahiran, minat dan riadah boleh dijadikan wadah untuk mendekatkan PAS kepada golongan wanita.
Keenam, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan. Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam. Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda.
Ketujuh, DHPP wajar diperkemaskan dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya, dibangunkan bersama oleh Lajnah Tarbiah dan Lajnah Dakwah. DHPP di semua peringkat wajar menjadi jambatan yang menghubungkan PAS dengan Parti Politik dan NGO berasaskan kaum dan agama yang lain, bagi menarik sokongan pengundi bukan-Melayu yang boleh berubah dalam PRU15 kelak.
Kelapan, pimpinan dan ahli PAS yang memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan Jawatankuasa yang berkaitan perlu melaksanakan amanah dengan sempurna. Semua yang dilantik wajib menunjukkan adab, akhlak dan keilmuan yang tinggi ketika perbahasan dan menghormati penjawat awam, sehingga menjadi contoh ikutan pihak lain.
Kesembilan, kawasan dan cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas dan dipantau oleh pimpinan negeri. Program dalaman seperti aktiviti tarbiyah dan kepimpinan mestilah menjadi agenda yang penting dalam taqwim tahunan, di samping mempelbagaikan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk menambah ahli dan menarik sokongan rakyat kepada PAS.
Kesepuluh, pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya perlu menjaga hubungan dengan Allah, membina syakhsiah dengan Ta’lim dan Tarbiyah, membekalkan ilmu kepada akalnya secara bertafaqquh, menanamkan iman dan akhlak yang mulia kepada rohaninya, serta wajib melengkapkan diri dengan ilmu Fardu Ain dan ilmu Fardu Kifayah mengikut kemampuan.
●     Agenda pemetaan PRU15 (Roadmap PRU15)
PAS konsisten memilih pendekatan demokrasi secara berhikmah, melalui uslub ‘Muwajahah Silmiyyah’ bagi mencapai tujuan penubuhan PAS yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS (Fasal 5) iaitu:
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; dan
Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Asas dan matlamat penetapan Roadmap PRU15 adalah jelas, iaitu untuk membolehkan Islam Memimpin Perubahan dan Perpaduan Negara.
Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pemerkasaan organisasi, pembinaan imej dan pembentukan kerjasama. Sistem pilihan raya juga perlu diperbaharui bagi memastikan kepimpinan Islam terjamin, dan hak agama lain terpelihara.
Justeru bermula pada hari ini, saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU15, yang boleh berlangsung lebih awal daripada tempoh lima tahun ini.
●     Penutup
Marilah sama-sama kita perteguhkan jamaah, perkukuhkan saf, perkemaskan fikrah, dan mantapkan keyakinan kita terhadap janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan-Nya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Firman Allah S.W.T:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”
(ali-'Imran: 142)
Di kesempatan ini, ingin saya merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Dewan-dewan yang banyak membantu saya mengemudi jamaah yang kita sayangi ini, dalam suasana penuh ukhuwwah dan kesatuan fikrah yang jitu.
Juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Panitia Muktamar, tuan rumah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, penaja budiman, para bentara Muktamar dan anggota AMAL, pasukan PDRM dan agensi kerajaan, rakan media serta semua pihak yang menjayakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 ini.
Mudah-mudahan segala amal soleh ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.
Saya rasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W:
سيروا على بركة الله
الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر! ولله الحمد
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Memimpin sokongan rakyat



KUALA NERUS: PAS menggalas perjuangan Islam yang besar dan luas, menghadapi kumpulan lain di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Semua umat manusia dalam masyarakat majmuk adalah saudara yang wajib diselamatkan bersama Islam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, para ulama membahagikan mereka semuanya dalam skop umat Nabi Muhammad S.A.W yang wajib dipimpin bersama Islam, terbahagi kepada ‘Ummah Ijabah’ yang telah menganut Islam dan ‘Ummah Dakwah’ yang tidak menganut Islam tetapi diajak bersama Islam.

Menurut beliau, PAS menerusi Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah, mestilah digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan, dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Katanya, untuk masyarakat bukan Islam pula semua jentera parti mestilah mendekati dan memberikan penjelasan supaya rakan-rakan kita memahami mesej yang kita bawa dan dalam masa yang sama kita juga memahami keperluan rakan-rakan kita.

"Untuk itu, DHPP adalah jambatan penting menghubungkan kita dalam masyarakat majmuk, dan menjalin hubungan dengan parti komponen BN untuk mendekati rakan-rakan daripada kaum lain," katanya pada ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.

Menurut beliau, penumpuan khusus untuk mengukuhkan tapak PAS di Sabah dan Sarawak secara intensif perlu dilakukan, terutamanya dalam aspek dakwah yang subur, diikuti pemantapan tarbiyah bagi memperkukuh kefahaman ahli dan persediaan untuk berdepan dengan suasana politik baharu tanpa BN di Borneo, demi menjaga survival kepimpinan Islam.

Di samping itu tegas beliau, permasalahan di kalangan rakyat desa dengan tahap pendapatan yang rendah, sama ada petani, peneroka Felda, penoreh getah, nelayan, peniaga kecil, kakitangan sokongan dan seumpamanya mesti terus didekati oleh PAS.

Ini kerana katanya, bagi membawa suara mereka seterusnya mengangkat peranan segmen ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Beliau berkata, semua isu yang melanda masyarakat peneroka dan rakyat desa, menuntut supaya PAS melipat gandakan usaha untuk membela dan membantu golongan ini, seterusnya menjadi penghubung dengan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib rakyat, seperti Felda, MARA dan PNB.

"PAS j
uga menyarankan agar dibangunkan industri hiliran dan kaedah pemasaran yang dapat membantu meningkatkan tahap ekonomi mereka," katanya.

Di samping itu tambah beliau, peluang pendidikan, khidmat kesihatan, dan peluang pekerjaan adalah perkara yang perlu diutamakan kepada generasi muda dan juga rakyat awam yang terjejas di luar sana.

PAS akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat, menerusi lajnah-lajnah dan dewan-dewan di semua peringkat. - HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Muktamar PAS ke-64 melakar sejarah


HUJAN lebat membuka tirai musim tengkujuh pada sebelah malam perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 tidak menghalang puluhan ribu perwakilan, pemerhati dan tetamu memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Muktamar ini memancing pesona dan perhatian seluruh negara kerana berlangsung pasca PRU14 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan BN yang telah memerintah lebih 60 tahun.

Kehadiran rombongan Majlis Tertinggi Umno yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyorot silauan lensa wartawan dan pengunjung muktamar. Sejak tertubuhnya Umno dan PAS lebih enam dekad lampau, inilah julung kali pimpinan tertinggi Umno menghadiri Muktamar PAS. Pasca Tragedi 13 Mei 1969, muktamar tahunan tidak diadakan oleh PAS. PAS menyertai koalisi politik pemuafakatan BN, pasca 13 Mei untuk mengurangkan polemik dan intriq politik serta mengukuhkan penguasaan Bumiputera dalam sektor pemerihtahan.

Tragedi 13 Mei melakar lanskap politik negara ini, dengan menyaksikan akhirnya Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. PAS berada dalam posisi strategik negara semasa berada dalam kerajaan campuran, melakukan islah yang berterusan. Figura penting PAS menggerakkan YADIM, menentang jualan minuman keras di cafe Parlimen, berjaya menghentikan iklan arak dalam media perdana negara, menggerakkan Islamisasi dalam pentadbiran, memperkasa pendidikan Islam, menggerakkan bulan dakwah serta pelbagai kejayaan lagi dalam memperkasakan agama.

Kemenangan PH dalam PRU14 telah menyaksikan kontrak sosial yang cuba dirombak dan menggusarkan hati setiap muslim. PH yang didukung tenaga kempen kuasa Barat melalui IRI dan NGO-NGO liberal pragmatis terpaksa akur dan mengalah dengan tuntutan liberal pragmatis yang merosakkan. Kemenangan PH telah menggebukan gerakan Evangelis, menyuburkan fahaman neo muktazilah (menafsirkan agama dengan rasional aqal), meranumkan fahaman Syiah, reinkarnasi komunisme serta membuncah tuntutan puak LGBT.

DAP yang mendominasi kerajaan PH tanpa segan silu memperlihatkan tampang wajah sebenar mereka. Seupaya mungkin melaksanakan cita-cita "Malaysian Malaysia" serta meroboh jatidiri Tanah Melayu. Parti-parti komponen dalam PH seperti PAN, Bersatu hanya dicucuk hidung, mereka tidak mempunyai kuasa tawar menawar. Lihatlah banyak polisi dan arahan kerajaan PH yang dibuat pusingan U, terutama segalanya mesti direstui oleh DAP. Ancaman masa depan kesatuan negara ini antaranya ialah usaha untuk mengadakan pilihan raya PBT dan persempadanan semula kawasan pilihan raya, jika umat Islam leka dan tidak mengambil cakna urusan politik maka umat Islam akan terperuk di pelbagai sektor. Hilang tanah air, mengalami perlecehan agama dan jati diri muslim antara akibat tempoh jangka masa panjang pemerintahan rejim PH.

PH telah berjaya memanipulasi kebobrokan kerajaan sebelum ini dengan penglibatan besar-besaran avatar mereka di media sosial, anak-anak muda yang merupakan pengundi kali pertama tertipu dengan janji-janji muluk dalam manifesto PH. Terbukti selepas 100 hari pemerintahan PH, mereka tak mampu melaksanakan janji-janji PRU14 dan ironisnya mereka menyalahkan pihak lain pula akibat kedunguan mereka sendiri.

Kebejatan dan kegagalan kerajaan PH ini akan membuka ruang baru politik koalisi negara ini. Inilah yang paling ditakuti oleh DAP dan sekutu mereka, iaitu pemuafakatan strategik antara pembangkang dan gerakan swadaya pelbagai jalur pemikiran dan nuansa perjuangan. PAS diharapkan mengepalai arus deras kebangkitan rakyat negara ini, dengan rekod bersih parti Islam itu dalam pentadbiran. Satu-satunya parti yang tidak terlibat dengan amalan rasuah, mempunyai dua juta penyokong dan sejuta ahli, didukung oleh kelompok kelas nenengah masyarakat, ditunjangi oleh kepimpinan yang memiliki kompetensi yang piawai, terpandu dengan Majlis Syura Ulamak.

Muktamar kali ke-64 juga menyaksikan kehadiran pimpinan MIC, PCM, Ikatan, Berjasa, puluhan NGO besar dalam negara serta gerakan Islam luar daripada Palestin, Sri Lanka, Indonesia, Bangladesh, Sudan, dan lain-lain. Tetamu juga terdiri daripada mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Tan Sri Khalid Ibrahim, veteran parti seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Haji Subky Latif dan ratusan yang lain.

PAS yang mendapat 18 peratus undi popular dalam PRU14, serta memenangi 18 kerusi Parlimen , memenangi dua buah kerajaan negeri. Gerakan Islam tertua tanah air ini telah teruji dalam tempoh lebih enam dekad, menyaksikan aktivisnya mendekam dalam penjara, intimidasi yang berterusan, mekar dalam mehnah serta tribulasi yang berpanjangan. Muktamar dengan ucapan dasar Presiden bertemakan "Islam Memimpin" adalah tekad dan pentarjihan haraktul ummah ini untuk memicu kebangkitan rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/9/2018

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI.

















Sumber HD - 15-9-2018


Buku ulas pemerintahan PH dilancar



KUALA NERUS: Keperluan peranan jentera penerangan bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat menjadi asas utama usaha Jabatan Penerangan PAS Pusat menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Pemerintahan Pakatan Harapan: Analisis Terhadap Tatacara Pentadbiran dan Kesan Masa Depan Islam’.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan krisis dalam negara telah ditulis melalui analisis sesuai dijadikan rujukan bagi penambahan maklumat.

Menurut Pengarahnya, Ustaz Muhammad Najhan Abdul Halim buku tersebut adalah hasil penulisan pihak Jabatan Penerangan PAS Pusat daripada latar belakang pelbagai sehingga mampu menerbitkan buku.

Buku yang akan terbit itu adalah salah satu usaha Jabatan Penerangan PAS untuk memberikan maklumat kepada masyarakat situasi pentadbiran negara yang semakin rapuh.

"Alhamdulilah buku ini telah dilancarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam muktamar ke-64 menjadi satu suntikan semangat agar terus menyumbang tenaga dan keringat dalam apa sahaja kemahiran yang dimiliki.

"Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha sepanjang tempoh penulisan buku ini bermula dari proses rangka, semakan, kajian dan susunan.

"Semoga usaha murni menjadi pembuka jalan untuk Jabatan Penerangan PAS terus menghasilkan pelbagai bahan untuk memenuhi keperluan parti dan masyarakat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Cabaran: PAS istiqamah dengan Islam



KUALA NERUS: PAS menghadapi cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam, menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama dan kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan dan fitnah ‘Islamofobia’.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat kini meletakkan masalah diri dan menjadikan isi perutnya sebagai keutamaan (aulawiyyat).

Kata beliau, petunjuk agama dan akal hanya sampingan, kerana cengkaman kejahilan agama, tertumpu keutamaan kepada kepentingan kebendaan seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan keselamatan jasad yang berkiblatkan hidup duniawi sahaja.

Maka tidak mudah bagi PAS bersama Islamnya secara terbuka, tanpa kepimpinan yang bercirikan Islam, kerana banyak cabaran dan halangan dalam perjuangannya.

"Kita menyaksikan betapa kalangan yang tidak berjati diri dalam PAS, tiba-tiba terjun melarikan diri kerana sukarnya beristiqamah bersama Islam secara terbuka dan nyata, lalu memilih jalan pintas yang disangkanya mudah sampai ke destinasinya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-64, hari ini..

Walaupun tambah beliau, PAS berjaya memecah tembok kejahilan dengan penambahan ahli baru dalam kalangan penganut Islam dan juga kalangan bukan Islam bersama PAS, sehingga ditubuhkan sayap penting iaitu DHPP, namun belum mencukupi.

Ini, katanya dibuktikan oleh keputusan PRU14, apabila parti sekular dan pragmatik mendapat sokongan majoriti bukan Islam, bersama pengundi baru yang tidak matang dan tidak celik politik Islamnya.

Tambah beliau, lebih mencabar apabila suara-suara sumbang yang mencabar institusi agama, istana, dan hak bumiputera, serta gerakan yang memperjuangkan fahaman liberal, mazhab yang menyeleweng dan hubungan sejenis dilihat semakin berani menzahirkan diri dan bergerak bebas tanpa pengawalan.

"Kesemua cabaran ini menuntut kepada kita untuk melipat-gandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi dan kita meletakkan keyakinan bahawa kemenangan yang dijanjikan Allah merupakan kurniaan kepada mereka yang ikhlas dan sabar dalam perjuangannya," tegasnya. - HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Kerjasama musuh tradisi solidariti pembangkang



KUALA NERUS: PAS menegaskan kerjasama taawun dengan musuh tradisiadalah sebagai solidariti pembangkang bertujuan menguatkan suara pembangkang di Dewan Undangan Negeri dan parlimen sebagai semak dan imbang terhadap kuasa dan dasar kerajaan.

Penegasan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan pada perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.

Menurut beliau, seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) silih berganti di Selangor baru-baru ini, Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis sedikit sebanyak telah membuka jalan kepada kerjasama taawun yang lebih rapat antara kedua-dua belah pihak.

"Walaupun kita tidak berjaya dalam ketiga-tiga PRK tersebut namun, sikap keterbukaan kedua-dua pihak atau semua pihak maka sedikit sebanyak membuka jalan kepada kerjasama atas taawun yang lebih rapat dalam perkara-perkara kebaikan di masa akan datang.

"Bagi saya sekali lagi, sebagaimana budaya politik matang dan sejahtera di mana kematangan dan pendekatan kesejahteraan dalam berpolitik mengkehendaki kita berusaha mendahulukan titik persamaan selain bersikap fleksible terhadap perbezaan yang wujud," ucapnya.

Beliau menjelaskan, dalam hal ini juga PAS komited kepada usaha membentuk barisan pembangkang dengan semua parti pembangkang kalau sekiranya ia berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan yang berada di parlimen dan dewan undangan negeri.

"Bagi kita politik huyung hayang penuh retorik dan jika diperhatikan kerajan pusat yang ada setakat ini sangat memerlukan suara pembangkang yang kuat bagi memastikan kemahslahatan hidup rakyat dalam perkarangan negara tidak terlalu terkesan oleh kecelaruan dasar dan tindakan yang terhasil dari sikap dan amalan politik yang sedemikian," katanya.

Beliau merupakan Pengarah Muktamar merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas kehadiran para tetamu terhormat dalam dan luar negara antaranya dengan rombongan kunjungan julung kalinya dari Umno yang diketuai oleh Presiden Umno, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain itu Timbalan Presiden MIC Dato' Seri SK Devamany, Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Dato' Seri Mohamad Badri Abdul Rahman dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Fitnah Sultanah: Gesa tindakan terhadap SR



KEBEBASAN bersuara telah diseleweng secara ekstrem dan kotor oleh The Sarawak Report yang kekal menjadikan fitnah sebagai karya utama dan siaran di media itu. Fitnah terbaharu mengaitkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menjadi satu lagi propaganda jahat terhadap Institusi DiRaja.

Perbuatan itu seolah-olah wujud hubungan persekongkolan penerbit itu dengan pihak-pihak yang kini sedang ghairah menggerakkan agenda bersifat ancaman terhadap kedudukan Raja-raja Melayu. Imej negatif sedang dipalit terhadap Penaung tertinggi Negara dan Agama bagi Persekutuan Malaysia.

Fitnah menerusi buku The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose tulisan Pengarang, Clare Rewcastle Brown menuntut pihak berkuasa segera menanganinya. Apatah lagi tuduhan tersebut berkait dengan individu yang sedang diburu pihak berkuasa negara iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Penyataan fitnah bahawa Sultanah terlibat dan memberi sokongan kepada Jho Low dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) itu telah dinafikan. Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu turut menafikan sekeras-kerasnya Sultanah sebagai 'rapat' (friendly) dengan Jho Low.

Pengarang tersebut juga telah menuduh Sultanah menyokong Jho Low untuk mendapatkan posisi sebagai Penasihat TIA, di mana syarikat itu kemudiannya diambil alih Kerajaan Pusat menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kemunculan fitnah ini dilihat signifikan dengan 'dendam' sedang dibakar PH.

Sehubungan itu, kami menyokong gesaan Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu supaya Clare memohon maaf kepada Sultanah dan membetulkan fakta di dalam buku tersebut. Kami juga mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak menahan edaran buku tersebut sehingga fitnah tersebut dipadamkan.

Sebarang kelewatan atau kegagalan Kerajaan PH bertindak ke atas kes ini akan menguatkan lagi kesangsian terhadap penghormatan, perakuan dan pemeliharaan mereka terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Adalah ditegaskan bahawa kami berdiri teguh di belakang institusi ini dari sebarang usaha mencalar maruah dan menggugatnya.

"Islam Memimpin" 
"Terus Mara"

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Ucapan Dasar: Setuju Islam mesti diutamakan









































KUALA TERENGGANU: Ucapan Dasar Presiden telah memberikan perangsang kepada ahli PAS khususnya dalam menjayakan misi mendaulatkan Daulah Islamiyah.



Perwakilan PAS Kawasan Kemaman, Amri Mamat berkata, di mana jalan terbaik yang akan diambil ialah secara matang dan sejahtera tanpa mengira kawan atau lawan.



"(Menunjukkan) Kita tetap istiqamah dengan dasar kita, insya-Allah kita akan laksanakan arahan Presiden sehingga PRU akan datang.



"Saya yakin dengan pelbagai isu yang berlaku, PAS akan terus ke hadapan dengan meletakkan Islam sebagai rujukan yang utama.



"(Kita akan hadap) pelbagai masalah yang berlaku dalam negara kita sama ada oleh kerajaan dahulu atau sekarang (dengan prinsip ini),” demikian pandangannya.



Menurut Amri, dengan sikap berbaik yang ditunjukkan kepada lawan, PAS akan mendapat kelebihan ditambah pula contoh dari negeri Kelantan dan Terengganu, bagi menambat hati rakyat.



Beliau turut menyentuh penekanan Presiden bahawa PAS boleh berbaik dengan sesiapa sahaja asalkan mereka mematuhi kehendak PAS yang berteraskan Islam.



Sementara itu, Perwakilan PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling secara peribadi berkata, sudah terdapat satu keputusan berkaitan beberapa isu yang sedang melanda sekarang ini, tetapi pastinya perlu dibahaskan.



“Keadaan sekarang sudah berubah, dahulu musuh, sekarang sudah seperti menjadi kawan, dan pastinya keputusan muktamar, akan dipatuhi dan ditunaikan dengan sebaiknya.



"Isu ini masih belum matang, walaupun mungkin pimpinan sudah mempunyai ‘stand’ mereka, tetapi ia perlu dicanai oleh perwakilan yang bijak pandai.



"Kita mencari titik persamaan bagi isu ini dan sudah pastinya Islam mesti diletakkan pada tempatnya dan Melayu yang sebagai kekuatan tambahan bagi Islam,” terang beliau.


Beliau juga berpendapat hampir keseluruhan ucapan dasar itu baik dan mengandaikan perbahasan nanti juga akan menjadi menarik. -HARAKAHDAILY 15/9/2018



















Sumber HD - 15-9-2018

Muktamar DPPM Ke-59 : Cabaran Kuasa Politik Melayu


oleh : Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM),Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kebangkitan rakyat dan pemikiran politik baharu memerlukan peranan dan pengurusan harmoni yang selaras dengan prinsip dan garis Perlembagaan Negara.
Katanya, Politik wajib menjadi wadah tercapainya tujuan penubuhan negara dan penyatuan rakyat,bukannya bagi meraih kepentingan sempit.Natijah yang memimpin Barisan Nasional wajar menjadi pengajaran kepada semua parti politik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk ini juga menyatakan, “Agenda Bumiputera perlu diperjuangankan dan Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut seruan Perdana Menteri untuk terus mempersadakannya”.katanya ketika menyampaikan Ucap tama Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Ke-59 disini 13 September 2018.
Menurut beliau tanggungjawab besar kepada kita untuk menyebarkan sebarang sensitiviti yang boleh mengugat keharmonian dan ketenteraman awam haruslah dijauhi atau disentimenkan secara salah dan tidak wajar.
Tambahan pula,Kerajaan Persekutuan jangan berdolak dalik berkaitan pembayaran Royalti Petroleum kepada negara berkaitan, pembatalan ECRL tiadanya pelan jaringan jalan raya Kuala Lumpur-Kota Bahru yang menjadi isu-isu contoh yang meruntuhkan institusi hak Melayu dalam Perlembagaan.
Turut hadir,Timbalan Presiden Pas,Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man,seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan para perwakilan dari seluruh Malaysia.
Sumber BO - 14-9-2018













































































Ahli PAS Bermula Dengan Kita



Oleh :Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Setiap orang mestilah mengajak masyarakat menjadi ahli PAS dan ianya perlu bermula dengan ‘kita’.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata ia itu dengan diri sendiri menjadi ahli dan diikuti ahli keluarga.
“Dan kita beri kesedaran kepada mereka”, jelasnya di Majlis Ramah Mesra bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) serta penduduk Ladang Pinang Mas pada 12,September di sini.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu, berharap bertitik tolak daripada itu akan tertubuhnya cawangan – cawangan baru.
“Penubuhan PAS merupakan satu kewajipan, kita harapkan apabila cawangan ditubuh, adakan usrah”, ujar beliau.
Cuma, tambahnya, usrah ini perlu mantap dari segi fikrah di mana akan lahir keyakinan Islam yang dibawa oleh PAS ini hala tujunya untuk mendapat redha Allah.
Sumber BO - 14-9-2018

PH Gagal Memartabatkan Dan Memuliakan Islam



Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU- Slogan ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dilaung dan diperjuangkan oleh sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal memartabatkan dan memuliakan Islam.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, ini menyebabkan Islam semakin dihina dan dicela.
“Mereka melaungkan slogan Islamisasi, Islam Liberal….. Islam mengikut acuan Barat, mereka bergerak secara harakah Islam,
“tetapi tidak kepada agenda dan pemikiran Islam,” ujarnya.
Beliau berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat pada 13 September 2018 yang diadakan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.
Menurut Hashim, pemimpin Islam mereka sungguh mengelirukan dan mencelarukan orang awam.
“Islam mengajar agar berlembut dengan orang Islam, berlembut dengan orang beriman,
“sebaliknya (mereka) berkeras dengan orang beriman, (tetapi) berlembut dengan orang kafir,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, politik Islam diterima, tetapi menolak parti Islam.
“Mereka mengatakan Islam syumul, tetapi menolak hukum Islam, mereka menghadkan hukum Islam di dalam ibadah semata-mata,” jelasnya.
Selain itu, Hashim juga menyentuh isu kerjasama PAS dengan Umno yang disifatkannya bukanlah tetap tetapi hanya mengikut keadaan semasa.
“Sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis memperlihatkan kerjasama PAS dan Umno positif tanpa mempedulikan (kritikan) musuh,
“politik pada hari ini berhajat pada kesepaduan Melayu Islam untuk membela maruah Islam,” ujarnya.
Menurutnya Umno perlu diperbetulkan kefahaman dengan melihat Umno bukan lagi musuh tetapi sebagai sasaran dakwah untuk mengembalikan mereka kepada fahaman Islam.
“Mereka telah lemah dan datang kepada kita,(kita) kena melihat dari sudut Islam, bukan (kepentingan) politik dan sebagainya,” jelasnya.
Walau bagaimanapun menurutnya apapun bentuk kerjasama yang berlaku mestilah menguntungan Islam.
SumberBO - 14-9-2018









































Pelaksanaan Syariah Untuk Maslahah Kepada Manusia.



Oleh: Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU- Tujuan diturunkan Syariat Islam adalah bertujuan membawa kebaikan dan maslahah kepada manusia.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mahfouz Muhamad berkata mana-mana pihak yang menganggap bahawa pelaksanaan Islam tidak penting mesti ditempelak.
“Ini merupakan racun pemikiran ke dalam dunia Islam yang mesti ditentang,” tegasnya.
Mahfouz yang menyampaikan Ucap Utama Dewan Ulama PAS Pusat, pada 13 September di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu.
Ianya mengingatkan bahawa sejarah kewujudan dua mahkmah sivil dan syariah telah lama wujud.
” Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.. mengasingkan antara pesalah muslim dan non-muslim diamalkan,” jelasnya.
Beliau seterusnya menyebut, Hukum Syariat Islam hanyalah dikenakan kepada orang Islam.
“PAS secara jelas menyatakan pendirian di dalam pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Mahkamah Syariah,
“hanyalah termaktub ke atas pesalah kalangan Muslim sahaja,” ujarnya.
Terangnya, di Malaysia peruntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas dengan akta dalam perlembagaan.
“Disebabkan itu, Tuan Guru Presiden Pas selaku Ahli Parlimen Marang membawa usul persendirian menerusi undang-undang 355,
“bagi membolehkan mahkamah syariat dapat diperkasakan”, sambungnya.
Malangnya dan yang amat menyedihkan, tambah beliau, ia ditentang bukan sahaja dari kalangan Ahli Parlimen Non-Muslim, malah dari Ahli Parlimen Muslim.
Sumber BO - 14-9-2018

PH jangan kemaruk kuasa, lupa tanggungjawab



KUALA TERENGGANU: Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada parti itu kerana telah berjaya merampas semula Terengganu daripada kerajaan BN pada PRU14 lalu.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut mengucapkan tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kerajaan di negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Ke-58 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Jelas Nuridah, fenomena kebangkitan dan keberanian rakyat menukar pemerintahan Kerajaan Pusat dan beberapa kerajaan negeri telah dialami oleh PAS dengan jayanya.

Katanya, dengan kemenangan berkenaan tercipta sejarah baru kerajaan Umno dan BN menjadi pembangkang di beberapa buah negeri dan Pusat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan PH menjaga keharmonian dalam kepelbagaian itu dikekalkan.

Tambahnya, jangan kerana alpa disebabkan kemaruk kuasa, lupa tanggungjawab dan membelakangkan syiar Islam. – HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Muslimat beri Anugerah Khas kepada Kumutha



KUALA TERENGGANU: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah menyampaikan Anugerah Khas kepada R. Kumutha Raman.

Anugerah berkenaan disampaikan Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh sempena muktamar dewan berkenaan ke-58 hari ini.

Sebelum ini Kumutha merupakan calon wanita tunggal PAS Johor yang bertanding di kerusi Dun pada Pilihan raya Umum 2008.

Beliau yang juga Ketua Wanita Kelab Penyokong PAS Johor pernah bertanding di kerusi Dun Tiram.

Pada PRU14 lalu Kumutha dicalonkan di Dun Johor Jaya.

Kumutha, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, itu juga merupakan anak kelahiran Johor.

Kumutha melalui rakaman suara menerusi slot layar berkata, PAS untuk semua kaum di negara ini.

Katanya, PAS juga telah membuktikan keupayaannya dalam menangani masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. - HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan



UCAPTAMA Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
"Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan"
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين الذي أكرمنا بنعمة الإسلام
وبه نستعين في أمور الدنيا والآخرة
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وإماما المتقين
وعلى آله ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين،
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيء لنا من أمرنا رشدا،
ربنا افتح بيننا وبين قومنا بالحق وأنت خير الفاتحين
……رَبِّ اَوۡزِعۡنِىۡۤ اَنۡ اَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ الَّتِىۡۤ اَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلٰى وَالِدَىَّ وَاَنۡ اَعۡمَلَ صَالِحًا تَرۡضٰٮهُ وَاَصۡلِحۡ لِىۡ فِىۡ ذُرِّيَّتِىۡ اِنِّىۡ تُبۡتُ اِلَيۡكَ وَاِنِّىۡ مِنَ الۡمُسۡلِمِيۡنَ‏ ﴿46:15﴾

“……Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk kepada-Mu)”
[al-Ahqaf: 15]
Yang dikasihi saudari Pengerusi Majlis,
Yang dikasihi lagi dihormati perasmi Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ini; Yang Berbahagia Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS bersama isteri,
Ahli-ahli Majlis Syura Ulamak PAS bersama isteri,
Pemerhati-pemerhati Khas PAS Pusat,
To’ Puan Seri Zainab Awang Ngah, isteri Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS, beserta isteri-isteri AJK PAS Pusat,
Datin Bentara Setia Hajah Tuan Sabariah, 
Yang Berbahagia Cik Kumutha Raman, Ketua Wanita DHPP beserta AJK-nya,
Para suami Pimpinan AJK DMPM,
Mantan Ketua-ketua DMPM,
Turut diraikan semua tetamu jemputan daripada wakil-wakil NGO, serta pengamal-pengamal media
Yang Berusaha Penyelaras Muktamar DMPM, Puan Dr. Hani, Setiausaha DMPM beserta semua petugas panitia di pelbagai peringkat,
Puan Pengerusi Tetap dan Timbalannya serta para Pemeriksa Kira-kira DMPM,
Yang dikasihi Ketua-ketua DMP Negeri-negeri atau wakilnya,
Ketua-ketua DMP Kawasan-kawasan beserta seluruh perwakilan,
Yang Berbahagia Puan Hajah Zarani Othman, Ketua DMPN Terengganu beserta anak buahnya yang menjadi tuan rumah pada tahun ini,
Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum di atas kehadiran semua. Selamat bermuktamar kepada para perwakilan, dan selamat bertugas kepada semua petugas.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah S.W.T, dipermudahkan segala urusan dan diterima kerja buat kita sebagai amal soleh yang dapat membahagiakan kehidupan kita dunia dan akhirat. Amin.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Mensyukuri kurniaan-Nya
Alhamdulillah kali ini kita bermuktamar di Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri ini amat sinonim dengan Dewan Muslimat PAS kerana Dewan Muslimat pertama telah ditubuhkan di sini lebih 60 tahun yang lalu. Ia ibarat seperti sirih pulang ke gagang. Apatah lagi setelah PAS kembali mengepalai pemerintahan Kerajaan Terengganu meskipun tiada calon Muslimat PAS yang bertanding dalam PRU-14 yang lepas di bumi Terengganu ini. 
Belum terlambat juga untuk saya mengulangi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama pada Muslimat PAS yang dikasihi kerana telah bertungkus-lumus menjayakan agenda organisasi jemaah kita. Penat-jerih anda di semua peringkat seluruh pelosok negara adalah jihad dalam usaha memenangkan PAS pada PRU-14 sehingga meraih kemenangan majoriti besar di Kelantan dan Terengganu termasuk menambah kerusi di Pahang dan Kedah serta berjaya meletak wakil kita di negeri-negeri yang lain di Pantai Barat.
Alhamdulillah kita bersyukur atas ketentuan-Nya. Mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan kesabaran dan istiqamah oleh Allah Rabbul Jalil bagi menjadi mata-mata rantai perjuangan warisan para Anbia, Rasulullah S.A.W dan para solihin terdahulu. Biarlah kita tetap teguh dengan dasar perjuangan yang jelas dipandu oleh ulamak silih berganti. Marilah kita melafazkan doa syukur kita sebagaimana yang diajar oleh Allah S.W.T seperti dalam ayat yang telah saya baca awal tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Malaysia Baru
Kita baru sahaja menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Ke-61 dalam suasana yang dinamakan “Malaysia Baru”. Fenomena kebangkitan dan keberanian rakyat menukar tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) hingga tempiasnya mengena juga kepada PAS dengan kejayaan mengekalkan penguasaan di Kelantan dan merampas semula Negeri Terengganu. Ianya mencatat sejarah bahawa buat pertama kalinya BN menjadi pembangkang di Pusat dan beberapa buah negeri. Terlihat juga kenyataan sejarah Parti Kongres India dan Parti Liberal Jepun berulang lagi kerana kuasa rakyat di Malaysia.
Namun tiada dapat dinafikan dan disembunyikan lagi setelah tempoh 100 hari PH memerintah sudah mula gelombang keresahan menular khususnya bagi umat Melayu Islam. Pelbagai isu berkaitan hak-hak yang dijamin termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam, hak-hak keistimewaan Raja-raja Melayu dan bumiputera serta kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mula dipertikaikan seolah-olah sengaja ditimbulkan tanpa mengambil kira sensitiviti agama serta keharmonian kaum yang telah lama terbentuk. Dasar-dasar serta kontrak sosial warisan kita yang telah termeterai hasil pengorbanan nenek moyang kita para pejuang kemerdekaan negara telah mula hendak dikesampingkan. Tindakan biadap ini amat dikesalkan dan perlu ditangani dengan tegas dan berani secara berhemah.
DMPM mengingatkan semula kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada para penyokong PH bahawa keharmonian dalam kepelbagaian ini perlu dijaga sebaik-baiknya. Amanah kekuasaan yang diberi oleh Allah S.W.T perlu dijunjung setia untuk memelihara keharmonian dan membina negara ke arah kemajuan yang dapat membela survival rakyat jelata. Terutamanya tunggak dan dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan agama Islam tidak boleh diambil mudah dan dikesampingkan. Kita yakin inilah dasar-dasar yang dapat menjamin keharmonian dalam kepelbagaian ini kekal, insya Allah.  
Usaha-usaha murni ke arah menjamin keharmonian dalam kepelbagaian ini hendaklah dikekalkan. Janganlah kita alpa disebabkan kemaruk kuasa. Jangan kita lupa bahawa kedudukan dan sokongan umat Melayu Islam grass-root yang membentuk majoriti negara tercinta ini dalam mencapai kestabilan dan keharmonian agar usaha-usaha membina kemajuan negara dapat berjalan lancar tanpa halangan-halangan yang rumit.
Jangan kita cuba mencabar sikap toleransi umat Melayu Islam yang telah terjalin selama ini. Sikap toleransi yang unik; sanggup berkongsi kuasa dengan etnik lain secara harmoni yang diajar Islam serta tiada terdapat di mana-mana negara lain di dunia kini. Sesungguhnya tempoh 61 tahun kita bebas dari pengaruh penjajah sepatutnya telah mengukuhkan sikap dan tindak-tanduk yang matang dan sejahtera.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Istiqamah dengan prinsip-prinsip Islam 
Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1440 yang disambut pada 1 Muharram bersamaan 11 September 2018 yang lalu serta Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2018 nanti, marilah kita meningkatkan daya juang dan memperbaharui keazaman kita untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap agama dan negara tercinta ini.
Tidak perlu kita tercari-cari dan menoleh ke belakang lagi. Hadapkanlah komitmen dan istiqamah kita kepada jalan ataupun cara yang telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T serta telah direalisasikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W; iaitu jalan Islam. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan istiqamah itu kepada para Sahabatnya dengan satu garisan lurus dengan cabang-cabang garisan lain yang dilakar di atas tanah sambil menyebut firman Allah;
وَاَنَّ هٰذَا صِرَاطِىۡ مُسۡتَقِيۡمًا فَاتَّبِعُوۡهُ وَلَا تَتَّبِعُوۡا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَنۡ سَبِيۡلِهٖ ذٰ لِكُمۡ وَصّٰٮكُمۡ بِهٖ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُوۡنَ‏ ﴿6:153﴾
“Dan inilah jalanku yang lurus hendaklah kamu semua mengikutinya, jangan kamu semua mengikut jalan-jalan yang lain yang akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.”
[al-An’am: 153]
Jalan yang lurus itu ialah garisan tengah yang jelas bermaksud istiqamah bersama Islam. Adapun cabang-cabangnya adalah jalan yang terpesong daripada istiqamah, sama ada agama Samawi yang menyeleweng dan dimurkai oleh Allah (الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ) atau yang sesat (الضَّآلِّيۡنَ) ataupun agama bukan Samawi ataupun apa saja idealogi dan teori ciptaan manusia.
Keunggulan istiqamah yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W dalam sejarah umat Islam sebagai teladan, bermula dengan membangunkan insan, membina jemaah yang kukuh seterusnya menegakkan negara. Telah terbukti kejayaannya yang tidak boleh dicapai oleh agama-agama yang lain, sama ada Samawi mahupun bukan Samawi. Malah gagal diperolehi oleh mana-mana idealogi dan teori ciptaan manusia. Kemenangan hakiki yang membawa keberkatan dan menuju wawasan akhirat, bukan kemenangan persepsi yang melekakan dan menyesatkan.
Hadirin dan hadirat,
Memacu kemenangan
Kita meyakini bahawa umat Islam yang berjaya khususnya Muslimat PAS tetap beristiqamah; iaitu mereka menuntut ilmu Fardhu ‘Ain dan melaksanakan tuntutannya di samping ilmu-ilmu Fardhu Kifayah bagi memakmurkan kehidupan dunia ini dengan Islam, berakhlak rabbani iaitu sentiasa berhubung rapat dengan Allah, berjemaah dan setia kepada bai’ah untuk melaksanakan risalah Allah S.W.T, tetap dengan dasar-dasar perjuangan dan matlamat Islam serta bertawakal dan husnu zon terhadap segala ketentuan-Nya. Teguh beristiqamah dapat membina sikap bagi memacu kemenangan perjuangan suci ini. Firman Allah S.W.T;
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اصۡبِرُوۡا وَصَابِرُوۡا وَرَابِطُوۡا وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُوۡنَ‏ ﴿3:200﴾
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bersabar dan perkuatkan lagi kesabaran sesama kamu, bersiap siaga dan bertaqwa, moga-moga kamu peroleh kejayaan.”
[ali-'Imran: 200] 
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah, 
Sirah teladan Muslimat Istiqamah  
Marilah kita menelusuri sebentar sirah perjuangan gerakan Muslimat Istiqamah yang telah berjaya memacu kemenangan Islam.
Wanita ulung Saidatina Khadijah R.A ketika menyedari suaminya Saidina Muhammad S.A.W dipilih Allah sebagai Rasul-Nya, tanpa ragu dan menoleh ke belakang menyambut semboyan Kenabian Baginda dengan penuh keyakinan. Ketika mula berhadapan dengan tekanan dan penentangan, beliau telah mencurahkan seluruh kapasiti yang ada pada dirinya; tenaga, masa dan harta demi sebuah pengorbanan bagi memacu dakwah dan perjuangan Rasulullah S.A.W sehingga penghujung hayatnya.
Kita juga menginsafi peranan Sahabiyah; Nusaibah yang ditampilkan dalam sirah perjuangan awal Islam sebagai Muslimat Istiqamah yang dapat memacu kemenangan dalam peristiwa Perang Uhud bersama-sama menjadi benteng mempertahankan Rasulullah S.A.W.
Kita juga kagum dengan ketinggian ilmu dan kemasyhuran Saidatina Aisyah R.A sebagai muallimatur rijal wal ajyal (mahaguru tokoh dan genarasi). Ummul Mukminin yang dipilih Allah S.W.T giat memacu dan membimbing umat Islam dengan kefaqihan ilmu yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W terus istiqamah walaupun setelah kewafatan Baginda.
Perlu kita sedari dalam kita berbangga dengan tokoh-tokoh Muslimat Istiqamah silam yang mewakafkan jiwa raga mereka mendukung perjuangan Rasulullah S.A.W, mereka sebenarnya tidak sempat melihat kemenangan hasil jihad dan pengorbanan mereka.
Saidatina Khadijah R.A tidak sempat melihat sendiri tertegaknya sebuah Negara Islam Madinah. Nusaibah pula tidak sempat melihat hasil jihad dan pengorbanannya sehingga tentera Islam berjaya membuka Wilayah Parsi dan Rom.
Malah Saidatina Aisyah R.A tidak sempat melihat perkembangan pesat ilmu-ilmu warisan Islam periwayatan beliau daripada Rasulullah S.A.W menerobos masuk ke Andalusia dan benua Eropah.
Catatan sejarah dengan tinta emas sirah perjuangan para Muslimat Istiqamah silam sebagai manifestasi kemenangan Islam sehingga dapat kita warisi kini. Jihad mereka memberikan teladan dan membimbing kita khususnya Muslimat tidak perlu kepada demonstrasi dan laungan emansipasi wanita atau gerakan Feminisme seperti rakan-rakan kita di Barat. Malangnya ada anasir-anasir dan konco mereka di Malaysia terikut-ikut budaya Barat dengan menolak dan mengkesampingkan petunjuk Ilahi di zaman ini.
Sejarah Istiqamah Muslimat PAS
Firman Allah S.W.T;
فَاسۡتَقِمۡ كَمَاۤ اُمِرۡتَ وَمَنۡ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا اِنَّهٗ بِمَا تَعۡمَلُوۡنَ بَصِيۡرٌ‏ ﴿11:112﴾ وَلَا تَرۡكَنُوۡۤا اِلَى الَّذِيۡنَ ظَلَمُوۡا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَـكُمۡ مِّنۡ دُوۡنِ اللّٰهِ مِنۡ اَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنۡصَرُوۡنَ‏ ﴿11:113﴾
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas Hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
[Hud: 112-113]
Kita juga perlu mengambil iktibar daripada pejuang-pejuang Muslimat PAS yang istiqamah di masa lampau. Kita sebenarnya mewarisi perjuangan atas setiap penat jerih serta pengorbanan mereka sehingga tertubuhnya jemaah kita, PAS pada tahun 1951 dan Dewan Muslimat PAS pertama 2 tahun kemudian iaitu pada tarikh keramat 3 Januari 1953.
Usia DMPM sejak ditubuhkan telah menjangkau 65 tahun merupakan manifestasi hasil usaha yang istiqamah daripada perjuangan Muslimat-muslimat terdahulu yang telah tiada lagi di dunia ini dengan kepimpinan yang silih berganti penuh keyakinan dan ketabahan.
Keberadaan mereka pada masa itu tidak dapat kita bayangkan betapa susah dan peritnya dalam segala bentuk kekurangan. Hanya dengan keyakinan yang tulus ikhlas tanpa adanya markas atau pejabat khusus seperti yang kita ada sekarang, tidak memiliki kelayakan ilmu yang tinggi, tiada latihan kemahiran berorganisasi ataupun ilmu pengurusan organisasi yang khusus, tiada upah dan imbuhan, juga tiada kemudahan pengangkutan, tetapi mereka gigih memasuki kampung-kampung dari satu kawasan ke satu kawasan hanya kadang-kadang dengan berjalan kaki menyebar risalah dakwah di samping memotivasikan diri untuk terus istiqamah dalam jihad dan pengorbanan.
Kita semestinya menghargai pengorbanan mereka dengan bersungguh-sungguh, lalu bersama-sama dalam meneruskan perjuangan ini yang kita warisi dari mereka. 
Hasil usaha kegigihan mereka dalam memperkukuhkan organisasi jemaah adalah aset yang sangat bernilai untuk kita meneruskan kecemerlangan. Tiada alasan yang konkrit untuk menidakkan kesungguhan, kegigihan dan istiqamah mereka sehingga jemaah PAS tertegak gagah di persada politik Malaysia kini.
Sayugia juga kita sedari bahawa dengan kekuatan tenaga Muslimat as-Sabiqat (veteran) yang kaya dengan pengalaman, Muslimat senior dan junior dalam pelbagai bidang kemahiran, juga memiliki pendidikan tinggi dan kelayakan sehingga ke tahap sebagai hafizah, ‘alimah faqihah, berketerampilan dan pakar dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga ke tahap profesional mendapat pengiktirafan di peringkat negara dan antarabangsa. Sudah pasti gerak kerja kita lebih berstrategik dan tidak bersikap sambil lewa serta terlepas pandang bagi memacu jemaah kita ke arah kecemerlangan. Sudah terbukti bahawa kepimpinan Muslimat PAS sejak dahulu dapat menggembleng tenaga-tenaga Muslimat dengan istiqamah memacu kemenangan dengan izin Allah S.W.T.
Hadirin dan hadirat,
Pasca PRU-14 dan Ta'awun Siyasi
Kita semestinya bersedia untuk membuat anjakan paradigma terhadap suasana politik pasca PRU-14 dengan terbentuknya Kerajaan Pusat yang baru di Putrajaya. Kerajaan PH dilihat agak kurang mendapat sokongan majoriti umat Melayu Islam tradisional yang menjadi akar umbi majoriti rakyat. 
Kerajaan PH juga dilihat tersepit dengan kebangkitan dan tuntutan yang kadangkala seolah-olah ingin merubah janji setia pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu daripada pimpinan bukan Islam mereka sendiri. Suara-suara pemuka bukan Islam dengan majoriti Ahli-ahli Parlimen bukan Islam sebanyak lebih 60 orang semakin tambah mendesak tanpa segan silu.
Ahli-ahli Parlimen Muslim mereka seramai 58 orang pula tidak sekata dan berpolitik untuk kekal berkuasa dengan sikap serta pandangan yang dilihat umum mesra dan menyebelahi tuntutan tersebut.
Jelas isu-isu kewanitaan dan kekeluargaan terutama yang berkait dengan agama Islam sedang digembar-gemburkan dengan polemik politik seolah-olah untuk menjana persepsi buruk terhadap PAS dan pentadbiran kerajaan terdahulu. Isu-isu perkahwinan “bawah umur” tanpa merujuk ijtihad dan kesepakatan ulamak muktabar, penderaan anak-anak di pusat-pusat asuhan, perjalanan segelintir maahad tahfiz dan sekolah-sekolah agama rakyat berasrama, tuntutan Feminisme dan LGBT, hak-hak tanggungjawab wanita Islam untuk berpakaian menutup aurat dan patuh syariah, sudah mula dimomokkan di media cetak arus perdana dan media elektronik serta media sosial. Segala gejala kemelut yang berlaku ini seolah-olah hendak diletakkan kesalahan kepada PAS dan kerajaan terdahulu.
Trend yang berlaku sekarang, Kerajaan PH sering menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam tempoh 100 hari dengan alasan bahawa manifesto bukanlah kitab suci yang mengikat mereka patuh pada janji-janji mereka sendiri. 
DMPM ingin menasihati Kerajaan PH bahawa cukup-cukuplah asyik menyalahkan pihak lain. Rakyat mengharapkan mereka fokus berusaha memperbaiki keadaan dan menjaga kemaslahatan rakyat terutama mereka yang terpinggir dan tertindas.
Kita juga menyedari bahawa kemunculan beberapa isu tersebut sudah berlarutan lama sebelum PH membentuk kerajaan baru hasil daripada serangan pemikiran dan budaya, pemikiran Liberalisme, orientalis dari Barat dan musuh-musuh Islam dalam selimut dengan agenda Islam Liberal mereka.
Kita perlu berhati-hati dengan mempertingkatkan usaha-usaha ke arah pengukuhan fikrah aqidah sahih Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan kita. Natijah ini memerlukan kita istiqamah memperkasa agenda pengukuhan aqidah dalam kalangan masyarakat serta kalangan Muslimat kita sendiri selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak sebagai panduan.
Kita juga harus sedar tentang status Umno atau BN yang bukan lagi sebagai kerajaan pemerintah, tetapi telah menjadi pembangkang seperti kita. Usaha Ta’awun Siyasi di atas kejatuhan Umno atau BN tidak boleh dipandang sepi oleh kepimpinan DMPM serta semua ahli Muslimat. Jangan pula ada suara-suara sumbang yang terbawa-bawa dengan angkara-angkara lepas tanpa melihat tugas dan tanggungjawab dakwah kita dalam meneruskan kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar dalam menyantuni sasaran mad’u kita.
Kita juga mengalu-alukan perubahan sikap Umno dalam membantu kempen calon PAS di PRK Seri Setia, Selangor. Perubahan sikap ini juga dicontohi oleh pihak Malaysian Indian Congress, MIC dan Indian Progressive Front, IPF yang mewakili sebahagian etnik India demi memperkasa suara pembangkang yang kuat di Dun Selangor juga di atas kepentingan bersama dalam membela survival rakyat jelata. 
Kita harus mengambil iktibar daripada anjakan paradigma para Sahabat Rasulullah S.A.W terhadap Saidina Umar al-Khattab R.A dan Khalid ibnu Walid R.A di mana semasa zaman jahiliyah, mereka adalah musuh paling sengit terhadap Baginda.
Islam mengajar kita agar bekerjasama dalam kebajikan dan tidak bekerjasama dalam perkara maksiat terhadap Allah S.W.T. Kita diajar berlapang dada boleh berta’awun dengan sesiapa saja yang sudi bersama kita dalam perkara kebajikan dan makruf, biarpun di pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sesungguhnya jika kita setia kepada bai’ah dan wala’ kepada kepimpinan dalam perkara makruf ini, kita tidak mudah keliru dan sangsi serta hilang daya tahan.
Sayugia disemat di dalam tekad kita bahawa peranan kita sekarang adalah sebagai pembangkang yang berwibawa di peringkat Pusat, menegur dan menasihati pihak kerajaan dan menjadi suara semak dan imbang untuk memelihara keadilan dan survival rakyat. Menjadi tugas kita juga untuk membina kesepakatan suara-suara pembangkang yang kuat dalam memelihara keadilan dan kesejahteraan rakyat, tuntas melaksanakan misi ini dalam sistem demokrasi yang berjalan sekarang dengan patuh kepada keputusan-keputusan Majlis Syura Ulamak sebagai panduan.
Pengukuhan kesepakatan suara-suara pembangkang dalam kerangka melaksanakan yang makruf dengan memperbanyakkan kawan dan tidak mencari musuh serta mengurangkan kemudharatan juga mengutamakan kepentingan Islam demi kesejahteraan rakyat seluruhnya selaras dengan ajaran Islam. Tindakan ini bukanlah suatu perkara baru, sebenarnya ia telah dilaksanakan oleh kepimpinan masa lalu yang tercatat dalam lipatan sejarah. Ingatlah kita firman Allah S.W.T;
……وَتَعَاوَنُوۡا عَلَى الۡبِرِّ وَالتَّقۡوٰى وَلَا تَعَاوَنُوۡا عَلَى الۡاِثۡمِ وَالۡعُدۡوَانِ وَاتَّقُوا اللّٰهَ اِنَّ اللّٰهَ شَدِيۡدُ الۡعِقَابِ‏﴿5:2﴾
“……Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya”
[al-Maidah: 2]
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Pelan tindakan DMPM panduan istiqamah  
Alhamdulillah, bagi memudah dan menyelaraskan DMP di semua peringkat, pelan tindakan DMPM telah dan akan ditambah baikkan dari masa ke semasa. Ianya sekali gus akan dapat memimpin dan memandu halatuju gerak kerja Muslimat sehingga ke akar umbi dalam satu jemaah yang besar ini. Segala permasalahan yang dihadapi dengan jumlah anggota PAS yang berdaftar hampir mencecah satu juta orang dapat diatasi jika semua anggota patuh pada peraturan dan arahan insyaAllah.
Inilah gambaran jelas di mana semua anggota istiqamah dalam tanzim yang tersusun rapi. Diharapkan segala dokumen peraturan dan arahan berkaitan telah diperturunkan ke bawah dan diperhalusi oleh pelbagai peringkat entiti DMPM terutama di peringkat kawasan dan cawangan. Keselarasan langkah-langkah ini akan membentuk satu kekuatan dan gelombang yang kuat ke arah menuju Visi dan Misi DMPM serta akan dapat mencapai impian kita.
Visi DMPM ialah menerajui gerakan wanita yang merangkumi kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat serta kesejahteraan dan keharmonian negara. Sebuah negara yang dirahmati dan diberkati di mana nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya terlaksana menuju keredhaan Ilahi.
Manakala Misi DMPM pula adalah;
●     Membina para amilin dan kepimpinan ‘AKIFI (‘Alim, Haraki dan Sufi) dengan tanzim pentarbiyahan bersepadu dan pengurusan yang profesional.
●     Membudayakan sikap Politik Matang dan Sejahtera yang mengutamakan kepentingan Islam dan keharmonian rakyat dalam urusan pentadbiran negara yang berkait dengan hal ehwal wanita.
●     Membentuk wanita, anggota keluarga dan masyarakat yang matang, berakhlak dengan nilai-nilai murni Islam ke arah kesejahteraan.
●     Memartabatkan wanita dan peranannya dalam negara serta di persada antarabangsa.
Adalah menjadi tekad kita di atas berkat istiqamah semua anggota dan kerjasama yang baik serta memperoleh keahlian Muslimat yang semakin bertambah terutama daripada kalangan Muslimat Muda, kita akan dapat meraih kecemerlangan. Para anggota yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu, dan juga para kepemimpinan yang terlatih dan berstrategik bersiap-siaga menabur bakti daripada pelbagai peringkat umur yang rencam, DMPM akan terus menggalas dan mampu memacu kemenangan Islam yang gemilang, insyaAllah.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Memperluas dan memacu entiti pentarbiyahan dan latihan 
DMPM merasa cukup bertuah dengan perkembangan positif Akademi Pendidikan Saidatina Aisyah–APSA di seluruh negara. Penubuhan cawangan-cawangan di Sabah (Tawau), Pahang, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis dapat berjalan lancar. APSA akan diperluaskan lagi di negeri-negeri lain terutama di zon Selatan dan Pantai Timur.
Selain penawaran Diploma Eksekutif Naqibat (DEN), APSA telah bergerak melangkah ke hadapan dengan penawaran program baru bagi memenuhi tuntutan Misi DMPM dan keperluan masyarakat seperti Kursus Rawatan Syifa’, Kesihatan dan Urutan Saraf Wanita. Kursus Kepimpinan ‘AKIFI juga dipertingkatkan bagi melahirkan tenaga kepimpinan Muslimat yang terlatih, berketerampilan dan berdaya saing yang juga berisitiqamah mendukung dasar-dasar perjuangan PAS selaras dengan Resolusi Usul Muktamar DMPM tahun lepas.
Kewujudan Taman Asuhan Tunas Insan-TASTI di seluruh negara telah bertambah kepada lapan buah. Iaitu 3 di Kedah, sebuah masing-masing di Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Sabah. Produk pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak berumur bawah 3 tahun ini diselenggarakan secara profesional. Kita mengharapkan pembukaan TASTI dengan modul pendidikan yang berteraskan al-Asma’ al-Husna mampu mengisi lompang kepincangan yang berlaku di pusat-pusat asuhan tajaan swasta pada hari ini. Menjadi harapan kita juga TASTI dapat menampung penerusan agenda PASTI yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS.
Semua produk DMPM yang telah dilancarkan dan sebahagiannya sudah bermula sebagai perintis di negeri-negeri, sangat memerlukan komitmen tinggi daripada tenaga pakar Muslimat dalam bidang pendidikan kewanitaan, kekeluargaan dan pendidikan awal kanak-kanak mengikut perspektif Islam.
Produk-produk ini juga diharap dapat menghubungkan entiti pendidikan PAS dengan masyarakat setempat. Ia juga seharusnya mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anggota Muslimat PAS sendiri untuk menghantar anak-anak kecil mereka ke TASTI berdekatan.
Memacu kemenangan secara berfasa dan istiqamah  
Sebagaimana kita fahami dan hayati bahawa PAS adalah sebuah jemaah atau gerakan Islam yang memberi fokus kepada 3 segmen utama iaitu Tarbiyah, Dakwah dan Siyasah. Ketiga-tiga elemen ini perlu diberikan penekanan serius agar setiap anggota penggerak PAS sama ada Muslimin, Muslimat, Pemuda dan Muslimat Muda mesti menjadi penggerak rabbani.
Penggerak rabbani yang selesa menyantuni masyarakat, kompeten dan profesional dalam tindakan dan amalan selaku ikon mesra masyarakat. Tindakan ini perlu berpandu kepada latihan dan panduan ilmu-ilmu teras Islam dan tatasusila yang berakhlak mulia.  
Oleh itu DMPM akan menurunkan pengarahan kepada seluruh penggerak Muslimat pelbagai peringkat, susunan gerak kerja berfasa yang memfokuskan kepada beberapa sasaran utama, insyaAllah.
Umpamanya;
1.     Fasa 1 adalah bagi pembinaan kekuatan dalaman dengan ilmu dan kemahiran pengurusan organisasi. Keutamaan ini bagi mengelakkan pertindihan melampau, gerak kerja yang tidak terancang sehingga menyebabkan “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
2.     Fasa 2 adalah menggalak dan memantau agar penggerak DMPM mengaplikasikan kemahiran bersosial dan mesra masyarakat dengan mengajak masyarakat bersama-sama PAS dalam agenda “Sejahtera Bersama Islam”.
Agenda ini akan diperhalusi dan dikembangkan mengikut maklum balas daripada penggerak-penggerak serta pakar-pakar kemasyarakatan yang dapat digembleng dalam DMPM serta penggiat profesional luar yang mesra PAS. Sesungguhnya apa yang diharapkan agar penggerak-penggerak yang terlatih dan matang ini dapat membantu Kerajaan Kelantan dan Terengganu menjadi model pemerintahan yang mesra rakyat, bertindak telus dan bijaksana, adil dan saksama bagi kesejahteraan semua rakyat jelata.
Kejayaan Kerajaan Kelantan dan Terengganu akan mengukuhkan sokongan rakyat negeri tersebut khususnya dan membuka mata rakyat Malaysia amnya, insyaAllah. Kejayaan ini juga membuktikan kepada rakyat bahawa PAS adalah parti pemerintah yang efektif dan boleh diharap bagi mengurus negara secara adil dan sejahtera.
Hadirin hadirat yang dikasihi,
Cabaran dan halangan pasca PRU-14
Pasca PRU-14 memberi 1001 pengajaran buat kita semua. Tentunya kita akan merasakan semakin bertimbun kerja-kerja dakwah yang perlu dilaksanakan dengan terancang dan tersusun rapi. Keperluan gerak kerja ini semestinya dapat dirasakan sama ada di negeri-negeri di mana parti kita memerintah mahupun di negeri-negeri lain yang parti kita belum menang besar menguasai kerajaan.
Setelah melepasi 100 hari Kerajaan PH mentadbir Malaysia, rakyat sudah mula sedar bahawa sebenarnya PH sememangnya tidak yakin penuh mereka akan menjadi pemerintah, tidak juga bersedia untuk jadi pemerintah dengan hamburan janji-janji popular yang mereka juga yakin tidak akan dapat dipenuhi.
Sebahagian golongan muda yang menyokong mereka sudah mula merasa kecewa dan tertipu dengan tindak-tanduk Kerajaan PH sekarang. Golongan muda yang idealistik, lahir selepas merdeka dan tidak sabar mahukan perubahan serta ada antara mereka yang bergelar “First Time Voters–FTV” ini tiada pengalaman tipu helah pilihan raya serta terpengaruh dengan ledakan media sosial.
Keyakinan mereka terhadap pelaksanaan janji-janji penangguhan dan pelupusan hutang PTPTN dan penjanaan 1 juta peluang pekerjaan baru kepada graduan-graduan yang menganggur serta pencari pekerjaan tetap yang dijanjikan oleh PH telah luntur hanya bagai mimpi di siang hari. Malah mereka mendapat ancaman, Kerajaan PH sanggup bankrapkan mereka jika tidak berjaya melunaskan hutang PTPTN mereka.
Keresahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup tidak langsung dapat ditangani oleh kerajaan baru. Penghapusan cukai GST dengan pelaksanaan cukai lama SST berjenama baru tidak menampakkan sebarang pengurangan kos sara hidup. Malah ada produk dan perkhidmatan yang meningkat harganya dengan adanya SST. Rakyat marhaen golongan bawah (B40) yang teruk terjejas dengan kenaikan kos sudah mula muak mendengar alasan-alasan Kerajaan PH yang asyik menyalahkan pentadbiran lama atas kegagalan mereka.
Pendek kata terjadi pula persepsi kemelut keyakinan terhadap Kerajaan PH ibarat kata pepatah, “keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau”. Kekecewaan ini amat dirasakan oleh segmen masyarakat akar umbi yang tertindas dan terpinggir. Bukti ini jelas terserlah dengan keputusan PRK Sungai Kandis, Selangor walaupun PH memenangi kerusi tersebut. Tetapi hakikatnya boleh dilihat bahawa lebih separuh pengundi di Sungai Kandis menolak PH dengan membuat pilihan untuk tidak keluar mengundi.
Sesungguhnya realiti yang terpapar sekarang menjadi cabaran baru kepada PAS amnya dan DMPM khususnya. Kemungkinan keadaan ekonomi yang lebih merudum dapat dijangka dengan perang ekonomi dan saling menaikkan tarif barangan dan perkhidmatan import dan eksport oleh kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat dan China. Malah kerajaan baru PH tidak berhemah menjejaskan pelaburan terus China di Malaysia dan gagal berunding semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah oleh kerajaan lama.
Usaha-usaha mendekati golongan muda FTV ini harus digiatkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS dan Muslimat Muda, agar dapat menarik mereka menyokong agenda kebenaran dan amar makruf nahi mungkar yang diungguli oleh PAS.  
Dalam keadaan kemelut ekonomi yang melanda, rakyat tersentak dengan tindakan perbelanjaan mewah menaja semula perlumbaan kereta Formula-1 (F1) yang dikendali oleh anak Perdana Menteri ke-7, serta penganugerahan kontrak khidmat syarikat Petron kepada sebahagian kegunaan petrol kenderaan kerajaan bersaing dengan Petronas dan Shell di mana syarikat ini juga dikuasai oleh anak PM ke-7. Hal-hal ini tiada langsung tercatat dalam janji-janji Manifesto PH. Adakah tindakan Kronisme ini seolah-olah sama sahaja bagi PM ke-4 dulu yang dilihat ibarat hanya menukar baju?
Bagaimanakah Kerajaan PH boleh menjustifikasikan pengurangan bantuan sara hidup bagi nelayan kecil pantai dalam musim tengkujuh serta para penoreh upahan getah bukan milik tanah mereka sendiri yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Juga tindakan kerajaan menghapuskan bantuan BR1M kepada sebahagian rakyat yang layak? Adakah alasan penjimatan perbelanjaan kerajaan ini terpakai terhadap penajaan perlumbaan kereta Formula 1-F1?
Sesungguhnya kemelut ini memberikan kesempatan dan peluang untuk PAS terus memberikan pencerahan dan menyantuni semua segmen masyarakat yang terjejas dan menjadi mangsa keadaan dengan agenda bantuan kebajikan yang sangat sinonim dengan gerak kerja akar umbi PAS.
Kezaliman terhadap umat Islam   
Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam di kawasan-kawasan konflik dunia seperti di Myanmar, Palestin, Ughyur, Turkistan Timur, Syria dan Yaman amat memilukan. Bangsa-bangsa Bersatu dan blok negara Perjanjian NATO dengan persaingan Russia serta kuasa-kuasa besar dunia gagal dalam menangani isu ini dengan baik. Negara-negara Islam khususnya Negara-negara Arab di Timur Tengah tidak bersatu membela nasib mereka yang teraniaya dan tertindas.  
OIC dan negara-negara umat Islam lainnya juga tidak berupaya melakukan sesuatu yang konkrit bagi menyelesaikan konflik yang telah memangsakan berjuta umat Islam yang terperangkap gugur syahid dalam peperangan bersenjata akibat percaturan politik Yahudi Israel serta konconya. Sebahagian besar mereka menjadi pelarian di negara-negara jiran dan sekitar Benua Eropah.
Gejala perang saudara sesama umat Islam ini diadu domba oleh kuasa-kuasa besar dunia yang berkepentingan tanpa mengambil peduli nasib rakyat akar umbi yang menjadi mangsa. Mereka terus dianiaya dengan pelbagai bentuk keganasan dan pembunuhan yang tidak selayaknya dilakukan terhadap makhluk Allah yang bergelar insan kamil.
Sesetengahnya menjadi mangsa atas nama jihad Islam sesama saudara umat Islam disebabkan adu domba dan hasutan kuasa-kuasa yang berkepentingan atas alasan keselamatan sejagat. Apakah ada harapan lagi bagi mereka dapat kembali ke tanah tumpah darah dan kampung halaman mereka yang telah musnah bagai padang jarak padang terkukur?
Marilah kita bermunajat memohon pertolongan Allah S.W.T atas nasib yang menimpa mereka. Juga berdoa agar kemelut yang sama tidak menimpa kita di sini. Kita juga bertanggungjawab atas dasar persaudaraan Islam membantu memberikan keperluan material dan wang ringgit setakat kemampuan kita.
Selain itu kita juga harus mengambil cakna dan memberikan perhatian terhadap mangsa-mangsa bencana alam seperti gempa bumi dan ledakan gunung berapi serta ribun taufan dan banjir besar yang melanda. Marilah kita menghulurkan bantuan dan infaq sedekah jariah untuk membantu mereka.
Terdekat pihak PASRelief, insyaAllah akan pergi ke Lombok yang telah dilanda gempa bumi dahsyat bagi menghantar misi bantuan kemanusiaan. Hulurkan infaq dan sedekah jariah anda bagi bersama-sama kami membantu mereka. Dengan ini diisytiharkan pelancaran derma jihad untuk mangsa-mangsa gempa bumi di Lombok dan kawasan-kawasan lain yang sangat memerlukan ihsan sumbangan kita.
Sabda Rasulullah S.A.W;
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
 [رواه البخاري ومسلم]
“Tidak beriman seseorang kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”
[HR Bukhari dan Muslim]
Hadirin dan hadirat yang dihormati, 
Istiqamah dalam ketaatan terhadap Allah
Dalam kesibukan kita melaksanakan gerak kerja terancang dengan merujuk kepada pelan tindakan DMPM, kita perlu juga berterusan istiqamah dengan amalan harian tuntutan ketaatan terhadap Allah S.W.T. Dalam kesempatan ini saya ingin mengajak Muslimat Mujahidah bersama-sama sentiasa taqarrub kepada Allah S.W.T dan dapat merealisasikan ciri-ciri Mukmin yang berjaya sebagaimana tercatat dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-11. Manifestasi Mukmin yang mendapat khusyuk dalam solatnya serta menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat.
Kita hendaklah pertingkatkan kualiti solat, rajin membaca dan mentadabbur ayat-ayat al-Quran, mendisiplinkan diri dengan bertahajjud dan bermunajat, sebagai Muslimat ‘AKIFI agar dipenuhi dengan jadual wajib berterusan hingga menjadi kebiasaan. Betulkan amalan yang biasa dan biasakan amalan yang betul.
Perbetulkan kefahaman kita terhadap amalan taqarrub iaitu sentiasa dekat dengan Allah, bijak mengurus masa dan ikhlaskan diri semata-mata mencari keredhaan-Nya. Sesungguhnya amalan taqarrub memerlukan pengorbanan diri, masa, harta dan emosi, serta meletakkan sepenuh harapan terhadap Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Jauhkan diri kita daripada menghabiskan banyak masa dengan hiburan yang melalaikan. Juga menghabiskan masa leka dan lagha melayari internet dan media sosial. Peliharalah diri kita daripada fitnah zaman siber dalam membentuk sikap kita agar berjiwa merdeka dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Ingatlah amanat dari Saidina Umar al-Khattab R.A yang berkata;
“Aku takut terhadap dosa-dosa yang kita lakukan akan menyebabkan kita kalah menghadapi musuh.”
Pengorbanan harta benda juga perlu dijadikan amalan; berinfaq dalam istiqamah kita meneruskan perjuangan ini, agar mendidik kita mensyukuri nikmat pemberian-Nya dan mengelakkan diri kita daripada melakukan pembaziran yang tidak diredhai Allah.
Di samping itu usaha-usaha mengumpul dana hendaklah digiatkan bagi menampung belanja pengurusan organisasi kita serta persediaan untuk PRU-15 daripada sekarang. Muslimat Mujahidah dan solehah zaman modern ini perlu bijak menguruskan kewangan rumah tangganya dan bersedia menginfaqkan sedikit daripada rezeki kurniaan Allah S.W.T kepada kelancaran dan kelangsungan gerak kerja jemaah. Pengorbanan harta adalah satu pelaburan yang tidak sia-sia seperti firman Allah S.W.T;
وَمِنَ النَّاسِ مَنۡ يَّشۡرِىۡ نَفۡسَهُ ابۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ اللّٰهِ وَاللّٰهُ رَءُوۡفٌ بِالۡعِبَادِ‏ ﴿2:207﴾
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hamba-Nya.”
[Q.Surah Al-Baqarah : 207]
Peliharalah integriti dan jati diri kita agar mudah-mudahan kita semua dapat memikul amanah yang besar ini. Tingkatkan iltizam agar kita mampu menghadapi pelbagai ujian dan fitnah tribulasi perjuangan ini. Selalu bermuhasabah memperbaiki diri agar kita tidak tersilau dari panahan kilauan jawatan dan kebendaan yang sedang dikecapi oleh mereka yang telah meninggalkan perjuangan ini. Renungkan firman Allah S.W.T;
وَمِنَ النَّاسِ مَنۡ يُّعۡجِبُكَ قَوۡلُهٗ فِى الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ اللّٰهَ عَلٰى مَا فِىۡ قَلۡبِهٖ وَهُوَ اَلَدُّ الۡخِصَامِ‏ ﴿2:204﴾ وَاِذَا تَوَلّٰى سَعٰى فِى الۡاَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيۡهَا وَيُهۡلِكَ الۡحَـرۡثَ وَالنَّسۡلَ وَاللّٰهُ لَا يُحِبُّ الۡفَسَادَ‏ ﴿2:205﴾ وَاِذَا قِيۡلَ لَهُ اتَّقِ اللّٰهَ اَخَذَتۡهُ الۡعِزَّةُ بِالۡاِثۡمِ فَحَسۡبُهٗ جَهَنَّمُ وَلَبِئۡسَ الۡمِهَادُ‏ ﴿2:206﴾
“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling (dari kamu) dia berjalan di bumi untuk membuat kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan (menggoncangkan keimanan orang Mukmin dan membuat pertelingkahan). Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertaqwalah kepada Allah, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkan berbuat dosa. Maka cukuplah (balasan) Neraka Jahannam. Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.”
[al-Baqarah: 204-206]
Sesungguhnya kita hendak mencapai kemenangan dalam erti kata sebenar isitiqamah sebagai anggota jemaah yang terikat dengan arahan dan peraturan Perlembagaan PAS, setia terhadap bai’ah dan wala’ kepada pimpinan dalam perkara makruf tanpa membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak. Semoga iltizam ini membuahkan pahala yang berlipat ganda dan meletakkan diri kita mewarisi syurga yang abadi.
Penutup
Akhirnya saya ingin menutup ucaptama ini dengan firman Allah S.W.T;
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا ادۡخُلُوۡا فِى السِّلۡمِ کَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوۡا خُطُوٰتِ الشَّيۡطٰنِ اِنَّهٗ لَـکُمۡ عَدُوٌّ مُّبِيۡنٌ‏ ﴿2:208﴾ فَاِنۡ زَلَـلۡتُمۡ مِّنۡ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡکُمُ الۡبَيِّنٰتُ فَاعۡلَمُوۡٓا اَنَّ اللّٰهَ عَزِيۡزٌ حَکِيۡمٌ‏ ﴿2:209﴾
“Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu) sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
[al-Baqarah: 208-209]
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan dan belas kasihan Allah S.W.T.
Di kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan terhadap segala kekurangan dan kelemahan diri daripada mandat yang ditaklifkan kepada saya sebagai Ketua Muslimat penggerak perjuangan suci.
وباالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat bermuktamar kepada semua.
Siiru ‘ala barakatillah.
USTAZAH HAJAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 September 2018 bersamaan 4 Muharram 1440 - HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Serius bangunkan pelapis masa depan



KUALA TERENGGANU: Kesinambungan gerak kerja perkaderan mesti diperkasakan agar mampu mengekang masalah keciciran dalam melahirkan pelapis kepemimpinan.


Perwakilan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Najmudin Rabbani Mustafa menyeru perhatian serius kepada PASTI, SRITI, SMITI dan universiti PAS.


"Berapa ramai sahabat-sahabat kita yang bersama, bertamrin dengan kita sudah keluar? Menyertai Pakatan Harapan. Matlamat sudah lari daripada perjuangan yang asal kita. 


"Nasib baik tak 'join" MIC ataupun MCA," ujarnya membahas Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.


Beliau menyeru agar membina kompleks latihan yang akan memfokus kepada usaha tersebut dan menjadi contoh gerakan Islam terbaik, serta melibatkan tenaga profesional pendidikan.


Model berkaitan juga serunya, boleh dilihat dari institusi pendidikan Islam contohnya di Bogor, Indonesia yang membina anak-anak sebagai pemimpin masa hadapan. 


Juga utaranya, mengambil contoh teknik-teknik dan kaedah pengajaran terbaik yang ada dari institusi seumpama di seluruh dunia yang segar. 


Usaha sebegitu jelasnya, agar tidak terus menjadi seperti katak bawah tempurung yang masih lagi menggunakan kaedah dan pendekatan sama. -HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Tingkat pengurusan, itqan laksana tugas



KUALA TERENGGANU: Disebalik kematangan dan kejayaan, Pemuda PAS diingat tidak bersikap selesa dengan pencapaian diperolehi, sebaliknya perlu terus mengemaskinikan pengurusan sedia ada. 


Perwakilan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Harun Esa berkata, kesempurnaan pengurusan pentadbiran akan meneguhkan satu-satu organisasi tersebut dan menjadi bertambah baik semua peringkat.


Jelas beliau, kaedah pengurusan dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mestilah dipraktikkan di semua peringkat tanpa mendiam atau mengabaikannya.


Perkara itu dinyatakannya dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.


Terangnya juga, tindakan itu adalah sebahagian dalam melaksanakan amanah kepimpinan dan tidak sepatutnya kemenangan yang diraih memunculkan lebih banyak masalah.


"Antara menjadi masalah kepada kita bila berhadapan dengan sistem atau pengurusan, maka timbul berbagai kelemahan di peringkat kepimpinan pemuda. 


"Jika dengan majikan kita, jika dengan urusan kerajaan dan lain-lain agensi, kita mampu berdisiplin mengurus secara teratur walaupun sistemnya cukup 'complicated'. 


"Kita nak berkahwin, mampu mengatur begitu baik sehingga tidak tertinggal walaupun satu tuntutan daripada pejabat agama. Tapi apabila berurus dengan agama Allah S.W.T, kelemahan tidak diaudit, tidak dinilai.


"Menyebabkan kita lalai. Kita lupa yang menilai kerja buat kita adalah Allah S.W.T," ujarnya mengajak muhasabah.


Beliau turut menyentuh pengurusan terhadap rakyat yang mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh agar ia menerbitkan keyakinan terhadap perjuangan PAS.


Kerana tegasnya, perjuangan PAS juga perjuangan PAS juga untuk menjaga rakyat, bukannya menjaga batang tubuh atau periuk nasi sendiri.


"Jika pengurusan kita gagal, maka kita akan berhadapan dengan rakyat yang akan menuduh kita, yang akan meninggalkan kita, meninggalkan urusan agama Allah S.W.T. 


"Ini satu kelemahan, orang ini yang ingin membawa membela kami. Pengurusan yang gagal. Kita insyaAllah bekerja dengan itqan fil amal, ketekunan dalam bekerja yang merupakan perkara yang dituntut oleh agama Allah S.W.T.


"Maka sifat malas, bekerja sambil lewa adalah dilarang sama sekali. Itqan lakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh," seru beliau. -HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Sumber manusia tingkatkan daya saing



KUALA TERENGGANU: Pengukuhan pengurusan PASTI secara profesional perlu disusun agar mampu memenuhi daya saing terutama pada aspek sumber manusianya.


Perwakilan Majlis Guru PASTI, Saadiah Abu Bakar berkata, program dan latihan masih perlu ditambahbaik mengikut arus perkembangan pendidikan semasa menerusi penglibatan tenaga pakar.


"Kebajikan dan perihal guru dari sudut imbuhan dan kemampuan sara hidup guru PASTI. Membantu ibu tunggal di kalangan guru-guru PASTI untuk mendapat rumah dan kediaman sendiri. 


"Terdapat guru-guru ibu tunggal masih lagi menyewa bertahun-tahun lamanya. Tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan bagi mereka mendidik anak-anak untuk berteduh. 


"Mungkin pihak PASTI boleh melihat kepada komitmen guru tersebut yang berada berapa lama di dalam PASTI. Skim ahli kifalah ahli PAS yakni skim menggantikan KWSP," ujarnya.


Perkara itu dinyatakan dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.


Beliau menyeru agar santuni juga pengundi dengan melibatkan diri dalam aktiviti PASTI yang sering melibatkan kalangan ibu bapa.


Beliau juga menyeru menjadikan PASTI sebagai pusat pendidikan setempat dengan melaksanakan juga tuisyen, kelas masak, kelas mengaji dan juga pusat didikan al-Quran bagi anak-anak istimewa. 


"Kami diberi peluang oleh PASTI Malaysia untuk duduk di dalam sesuatu kursus iaitu yang dilaksanakan oleh Yayasan al-Faqih yang melahirkan anak-anak kurang upaya," ujarnya gembira dengan usaha itu. -HARAKAHDAILY 14/9/2018

Sumber HD - 14-9-2018

Kami golongan masih taat

















































http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8099-kami-golongan-masih-taat


“WALAUPUN 90 peratus pengundi bukan Islam mengundi PH dalam PRU14 lalu, tetapi kami di sini anggap 10 peratus sebagai yang masih taat, yang masih setia.

"Jadi, bagi kami, 10 peratus ini sangat penting dalam keadaan hari ini, keadaan politik hari ini sebab 90 peratus itu pun keadaan mereka tidak menentu, kita tidak tahu lagi ke arah mana mereka akan pergi, macam lalang.

"Jadi kami yakin, kami yang teguh 10 peratus ini, kami mampu tarik mereka kembali sekiranya apa-apa hal berlaku kepada PH,” demikian penegasan yang dibuat oleh Lau Chin Chua, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan.

Beliau mengulas demikian sewaktu ditanya tentang kemerosotan sokongan pengundi bukan Melayu dan Islam di sebelah Pantai Barat sewaktu PRU14 baru-baru ini.

Beliau ditemui sejurus selepas ucapan perasmian Konvensyen Nasional DHPP Kali Pertama oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut beliau lagi, majoriti bukan Islam dan Melayu di negara ini, tidak begitu terkesan dengan janji-janji Manifesto PH yang tidak ditunaikan kerana kebanyakan janji-janji itu melibatkan wang ringgit dan mereka mampu menangani masalah itu.

Mengenai Pilihan Raya Kecil Port Dickson pula, Cikgu Lau yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan berpendapat bahawa ia adalah satu PRK yang tidak sepatutnya diadakan kerana boleh dianggap satu pembaziran.

“Dalam keadaan ekonomi tidak bagus, kita adakan PRK, kalau yang mati, tak apa, tapi ini yang hidup dan ini tak bagus dan saya percaya rakyat agak jemu dengan cara berpolitik begini.

"Dan saya menyeru kepada pengundi-pengundi di PD supaya bertindak dengan bijak dan tahu bagaimana menghormati prinsip demokrasi dan kita harap rakyat di PD akan memberi signal kepada kerajaan bahawa cara ini, kita tidak bersetuju,” ujarnya lagi.

Beliau turut memuji isi ucapan perasmian oleh Presiden PAS yang menekankan berkenaan sejarah perjuangan orang Islam bersama dengan bukan Islam yang pada pandangan beliau, ia adalah suatu yang baharu didedahkan oleh Presiden PAS.

Wakil daripada Selangor, Satiaseelan Subramaniam pula berkata, banyak isi kandungan ucapan perasmian Presiden PAS itu berkaitan dengan sejarah sekali gus memberikan gambaran jelas tentang Islam.

Tetapi menurut beliau lagi, kisah sejarah ini tidak seharusnya berlegar di sekeliling DHPP sahaja, ia harus disebarkan secara meluas bagi mengelakkan salah faham tentang Islam.

“Orang bukan Islam, mereka tidak berapa faham tentang apakah itu Islam.

"Macam Presiden sebut tadi, satu poin yang cukup bagus, dia kata islam lain, Melayu lain, tetapi berapa orang yang faham benda ini? Itulah persoalan saya.

"Jadi kita kena tahu apakah Melayu, apakah Islam dan juga bangsa-bangsa lain di negara kita sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk,” terang Satiaseelan yang berasal dari Pandan, Selangor, yang turut membantah PRK Port Dickson yang sengaja dikosongkan kerusinya.

Konvensyen Nasional DHPP Kali Pertama diadakan itu turut dihadiri oleh Ketua DHPP, Balasubramaniam Nachiappan dan juga AJK-AJK DHPP Pusat yang lain sempena Muktamar PAS Pusat Ke-64 yang diadakan di Terengganu. - HARAKAHDAILY 14/9/2018 























Sumber HD - 14-9-2018

Pertimbangan Politik PAS Demi Maslahah Islam

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


















































PAS tidak pernah menentukan pendirian politiknya sesuka hati, sebaliknya semua pertimbangan dalam aspek berkenaan dibuat secara amat teliti demi maslahah Islam.

Demikian dijelaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim bin Jasin dalam ucapan perasmian sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat Kali ke-57 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya sedari dulu lagi, setiap kerjasama politik yang dijalinkan oleh PAS adalah demi mempertahankan kedudukan Islam dan bukannya melihat kepada keuntungan politik semata-mata.

Beliau memberi contoh bagaimana Dewan Ulamak PAS Pusat pada era kepimpinan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memainkan peranan utama dalam memutuskan untuk mengharuskan PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan setelah berlakunya Peristiwa 13 Mei.



Ujarnya, meskipun kerjasama tersebut diputuskan setelah melihat kepada kedudukan Melayu-Islam yang terancam akibat peristiwa berdarah berkenaan, namun prosesnya (kerjasama) tidaklah diputuskan dengan mudah sebaliknya terpaksa melalui sesi perbahasan yang teliti dan kemudiannya diharuskan dengan syarat-syarat yang amat ketat.

“Sedangkan ketika itu, hubungan PAS dengan Umno sangat tegang ekoran isu kafir-mengkafir yang menghumban beberapa ulamak PAS ke dalam ISA.

“Kenapa para ulamak ketika itu mengambil sikap demikian? Ia adalah pertimbangan politik demi memastikan survival politik Islam di negara ini dipertahankan, ketika ia dicabar oleh kebangkitan DAP,” katanya mengingatkan para perwakilan yang hadir.

Tambah beliau, PAS melihat soal kerjasama dengan Umno adalah perkara “mutaghayirat” yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan syarat-syarat yang digariskan.

Kerjasama ini ujarnya lagi mestilah berperanan memelihara maslahah Islam yang paling besar dan boleh terbatal apabila memudharatkan mana-mana perkara pokok dalam agama berkenaan.

Ahli pula tegas beliau, mestilah memahami hakikat berkenaan (keputusan parti dalam soal kerjasama politik) demi mengelakkan sebarang kecelaruan akibat salah tanggap serta pengaruh dakyah musuh yang boleh menyebabkan perpecahan.

“Atas asas itu, kita mengambil pendekatan siyasah syar’ieyah supaya maslahah yang lebih besar dapat dijaga, selagi mana perkara-perkara pokok tidak terancam.

“Di sinilah titik kefahaman yang mesti dibina oleh para ulamak kepada masyarakat, khususnya ahli-ahli PAS dan orang Melayu tentang hakikat terkini kedudukan umat Islam dan orang Melayu di negara kita selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan,” katanya.

Ujarnya, PAS harus terus bergerak dengan positif dan kekal dengan prinsipnya tanpa perlu menghiraukan pihak musuh yang sentiasa membakar api fitnah bagi berusaha menggagalkan sebarang agenda yang dibawa oleh parti Islam berkenaan.

Sumber MR - 13-9-2018

Seruan Terakhir Hadir Ke Muktamar Muslimat PAS Kali Ke-58, 2018



Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada semua para perwakilan dan pemerhati serta anggota muslimat seluruh negara untuk hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, hari ini adalah persiapan terakhir menjelang muktamar yang akan di adakan pada esok, 14 September 2018 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.
“Kita mengharapkan mudah -mudahan insya Allah muktamar kita berjalan dengan lancar,
“dan dikira sebagai amal soleh oleh Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini,Khamis, 13 September di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).
katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan para petugas di atas segala usaha yang telah pun dilakukan bagi menjayakan Muktamar ini.
Justeru, sekali lagi beliau menyeru dan mengalu- alukan kepada semua pihak khususnya dalam majlis perasmian pada pagi esok.
Sumber BO - 13-9-2018



















































Mercedes Benz dan Muktamar PAS




APABILA disebut Mercedes Benz, tak kira siapa, kecil besar, tua muda, majoriti di Malaysia ini, akan mengetahui jenama tersebut adalah jenama sebuah kereta yang masyhur. Ramai yang ingin memiliki kenderaan jenama yang dilahirkan di Jerman ini walaupun tak mampu. Setidak-tidaknya angan kakinya mahu mencuba menekan pedal minyak, sambil matanya melirik kepada jarum penunjuk kelajuan kereta. Atau paling kurang pun, boleh dibawa bersiar-siar oleh tuannya pun jadilah. Itulah kehebatan Mercedes Benz atau panggilan manjanya Merc. Kereta kategori ‘jangok’ ini, dipandang tinggi kerana prestij, prestasi serta mutunya. Ada juga sebagai umpan mencari projek. Dan sudah tentu ia juga jika tidak dikawal perasaan, ia menjadi tiket untuk tuannya berlagak sombong, lupa dunia.

Pimpinan PAS semenjak dahulu, ramai juga yang memandu Merc. Presiden PAS, mempunyai sebuah Merc buruk ketika dahulu berwarna kelabu. Ia dihadiahkan oleh orang PAS yang mahu beliau bergerak berdakwah dengan lebih cepat. Walaupun buruk, tetapi alhamdulillah, ia boleh digunakan. Terkadang, mengikut cerita orang-orang tua, Merc beliau mati di tengah jalan, dengan duit yang hanya beberapa RM di tangan, dugaan. Almarhum Dato’ Harun Taib juga ada mempunyai Merc model lama. Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia juga mempunyai Merc. Ramai pimpinan PAS yang ada Merc samada dapat percuma atau diberikan diskaun harga yang rendah oleh rakan-rakan atau ahli.

Pernah terjadi antara sebab seorang Adun PAS kalah PRU setelah Umno memainkan cerita beliau memiliki Merc. Sebenarnya Merc yang sudah agak lama itu adalah hadiah daripada kawannya kerana kereta lamanya sudah uzur. Tetapi beliau gagal menangani persepsi negatif itu walaupun telah dinasihatkan. Ada juga Adun lain yang agak kaya, mahu membeli Merc ketika menjadi Adun. Segera dinasihatkan oleh ramai orang agar menukar fikirannya supaya membeli Honda CRV sahaja. Orang kampung cukup sensitif dengan jenama Merc ini sama ada baru atau lama, mereka kira harganya mahal.

Seorang Adun lagi, mempunyai strategi yang agak baik ketika beliau mahu menukar kereta. Ia bukan Merc tetapi bagi menjaga sensitiviti dan ketidak fahaman orang kampung yang masih dengan pemikiran bahawa menukar kereta adalah lambang kekayaan bukan kerana tugas Adun dan satu keperluan. Maka beliau membeli kereta baharu, dengan jenama yang sama, Toyota, warna yang sama serta plat yang digunakan juga plat yang lama. Jadi terhindarlah dia daripada fitnah rakyat, terutama hasutan daripada parti musuh. Saya mendapat tahu hanya daripada pengedar Toyota sendiri. Bijak!

Kereta kerajaan berbeza sedikit insuransnya. Kereta-kereta Exco ini ghalibnya dipandu laju oleh pemandu-pemandu mereka. Biasanya kerana mahu mengejar program yang banyak. Pernah dalam muktamar, perwakilan bangun menasihati pimpinan terutama yang ada jawatan dalam kerajaan agar beringat dengan kelajuan yang tinggi. Pimpinan pula membalas, kelajuan itu adalah bagi memenuhi permintaan program oleh ahli, bukan kerana suka-suka. Pimpinan yang menjawab itu adalah bekas Exco Negeri Kelantan. Senyum. Oleh kerana kelajuan dan lasak cara pemakaiannyalah maka tiada pelik Merc menjadi pilihan. Sememangnya ia jenama terkenal dan terpecaya bagi tugasan sebegini.

Pasti majoriti peminat kereta eropah akan bersetuju bahawa khidmat servis Merc ini adalah jauh lebih baik daripada Proton. Pernah Proton mengalami masalah tuntutan palsu dengan Kerajaan Negeri Terengganu dengan jumlah yang tidak munasabah. Perdana yang digunakan oleh Exco Terengganu sekarang ini juga, tidaklah berapa bagus. Rungutan daripada pemandu Exco, tidak berpuashati dengan keadaan kenderaan sekarang. Namun kerajaan mengambil sikap guna dahulu yang ada. Sememangnya kenderaan berkualiti seperti Merc itu lebih baik.

Isu Merc juga pernah menjadi bahan panas di Muktamar ke-43, tahun 2000 yang kebetulannya berlangsung di Kuala Terengganu. Seingat saya, wakil Wilayah Persekutuan bangun bertanyakan tentang penggunaan harta kerajaan oleh pimpinan PAS dari Kerajaan Terengganu dan Kelantan. Turut terheret sama ialah Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau datang menggunakan kereta kerajaan. Lalu dijawab dengan baik bahawa kereta kerajaan adalah untuk kegunaan ketua-ketua kerajaan secara rasmi atau peribadi. Boleh dibawa kemana-mana. Begitulah sensitifnya orang ramai dengan jenama Merc dan juga harta kerajaan. Maka ia agak sesuai bagi memainkan isu untuk menjatuhkan orang lain. Sama macam isu DS Najib, sehingga sekarang belum didapati bersalah walaupun cerita sebelum itu, bagaikan semua bukti sudah ada di tangan. Persepsi.

Hal yang sama juga berlaku kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila membali Merc pada tahun 2013. Jawapan yang hampir serupa diberikan termasuk “keselamatan” pemimpin. Malah pada tahun 2004 ketika Kelantan membeli Merc (walaupun recond) ianya dipertahankan oleh Husam dengan alasan yang sama diberikan ketika ini, iaitu kos penyelenggaraan, keperluan. Nik Amar ketika itu menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Persiapan yang terbaik bagi pimpinan menjalankan tugasan mereka adalah satu keperluan. Dan sememangnya kereta seperti Merc, Volvo, BMW mempunyai piawai keselamatan yang tinggi. Soal pembaziran tidak timbul jika boleh menguruskan hutang dengan baik. Dan sehingga kini, hanya sebuah pembelian baharu Merc yang dilakukan dan ke hadapan, akan dibeli mengikut keperluan. Sesetengah kenderaan Exco Kelantan sekarang sudah melebihi 10 tahun.

Jika mahu berbicara tentang pembaziran, pembelian ini adalah jauh lebih murah dan jutaan ringgit yang digunakan itu adalah untuk ramai pemimpin. Berbanding dengan pembaziran oleh seorang tua yang masih bernafsu untuk menjadi PM dan sehingga sekarang sudah tiga PRK yang dipaksa dibuat kerana Adun atau Ahli Parlimen dipaksa melepaskan kerusi mereka bagi memberi ruang kepada beliau dan bini beliau bertanding. Anggaran RM1.6 juta untuk belanja PRK Langkah Kajang yang bodoh itu. Untuk Parlimen Permatang Pauh, pasti lebih lagi. Dan kini Parlimen Port Dickson. Ini semua tidak lebih daripada strategi perang orang tua dengan seorang lagi orang tua yang masih berdendam dengan kisah lama mereka. Ditambah ketika Kerajaan PH sedang mengemis menadah tempurung kepada rakyat bagi sama-sama menanggung hutang negara. Rakyat menjadi mangsa. Tetapi bagi tukang sorak atau kumpulan ‘pom-pom’ mereka, ini bukan pembaziran. Ia adalah hasrat rakyat kata mereka.

Saya kira cerita saya adalah cukup mudah untuk difahami. Menggunakan isu pembaziran, kereta jenama Merc, adalah isu yang mudah hinggap di fikiran rakyat. Tetapi mereka lupa yang rakyat masih ingat, pembawa cerita ini adalah orang yang sama yang sehingga kini tiada satupun daripada puluhan tuduhan beliau kepada PAS, lekat di mahkamah. Sebaliknya beliau yang menolak daripada menerima surat saman daripada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika. Saya mencadangkan supaya beliau mengaitkan pembelian Merc ini dengan bayaran RM90 juta oleh Umno dahulu. Saya percaya cerita beliau pasti akan menjadi sedikit lojik atau mendapat belas daripada rakyat. Ditambah dengan gambar cek potostat yang beredar sekarang sebagai ‘bukti sangat kukuh’ PAS menerima duit Umno. Maka tiadalah rakyat tercengang dengan Merc Kerajaan Kelantan ini.

Seeloknya bagi seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan isu picisan yang hanya bagi mencari publisiti murahan oleh beberapa orang setelah kekecewaan besar tidak mampu memberikan apa-apa kepada PH di Kelantan dan hanya mendapat ihsan Senator. Semoleknya, ahli dan penyokong PAS menumpukan hala tuju PAS di Muktamar ini bagi memartabatkan Islam di Malaysia. Apakah boleh diteruskan gabungan dengan Umno yang sudah bukan Kerajaan Pusat lagi. Atau perlukah menumpang PH untuk melaksanakan Islam? Apakah rancangan dan sumbangan kita kepada Jemaah dalam mengharungi penggal ini bagi mengekalkan kemenangan yang ada dan menambah lagi kekuatan? Bagaimana tindakan kita dalam menangani sikap kebencian kepada Islam? Ini semua jauh lebih penting daripada Merc. Jangan kita yang menjadi tukang edar cerita orang yang laparkan ‘glamour’.

Selamat Bermuktamar. Semoga mendapat petunjuk Allah bagi membuat keputusan terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Mohd Nasir Abdullah
13 September 2018
KLIA – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Sumber HD - 13-9-2018

Muktamar Pemuda PAS ke-59: Terus Mara


TANAH Tokku Paloh, bumi Darul Iman yang menjadi negeri paling akhir dicabut perundangan Islam di Tanah Melayu oleh British, bersimbah dengan cahaya keperakan mentari petang yang indah menyambut kehadiran perwakilan dan pemerhati ke Muktamar DPPM kali ke-59, sebagaimana segarnya ukhuwwah dan persahabatan dalam jamaah Islam ini. Dengan langkah dan derapan bergaya pimpinan Dewan Pemuda mengiringi langkah Timbalan Presiden PAS untuk merasmikan Muktamar dan para muktamirin kelihatan teruja menngikuti ucapan tema dan ucapan perasmian.

Muktamar kali ke-59 ini sebagaimana biasa turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan daripada dalam dan luar negara, termasuk ramai khalayak mencuri perhatian kepada Dr Asyraf Wajdi, Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang turut menjadi tetamu. PAS sebagai sebuah harakatul ummah yang sentiasa berjiwa besar dan mendepangkan tangan kepada apa sahaja usaha memartabatkan Islam di tanah leluhur ini.

Muktamar Dewan Pemuda PAS semenjak keberadaannya di medan siasah dan dakwah negara ini sentiasa membuncah energi, merubah lanskap politik dalaman PAS dan menjadi penanda aras akan keberhasilan PAS di medan operasional. Dewan Pemuda bermula dengan namanya Dewan Pemuda Islam ditubuhkan pada tahun 1953, dipimpin oleh Ustaz Ahmad Badawi. Ramai kalangan aktivisnya pada dekad 50-an ialah para penggerak sekolah agama rakyat seperti Ustaz Hasan Adli, Ustaz Yunus Yatimi dan lain-lain nama besar dalam perjuangan.

Dewan Pemuda antara yang mengusahakan supaya PAS dipimpin oleh seorang sosok besar perjuangan dan maestro politik iaitu Dr Burhanudin al-Helmi. Ustaz Hasan Adli pada tahun 1956, mengusahakan agar Dr Burhanudin menjadi tonggak utama PAS. Tokoh besar yang berdoktorat daripada Universiti Aligagh India ini bukan kepalang jasanya kepada perjuangan ummah, pernah mendekam dalam penjara British pada pada tahun 1935, 1937 dan pada tahun 1950. Malah di zaman pemerintahan Perikatan, almarhum ditahan di bawah ISA.

Dewan Pemuda dalam dekad 1970-an menjadi rakan kongsi strategik dalam pemuafakatan politik, di mana terlantiknya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat saat itu, Dato Mustafa Ali sebagai Timbalan Menteri. ABIM dalam dekad itu sebagai rakan simbiosis yang akrab dengan Dewan Pemuda PAS, mencetak kader-kader dakwah dalam kalangan anak-anak muda.

Muktamar Dewan Pemuda PAS yang telah berlangsung di Madrasah Masriyyah Bukit Mertajam pada tahun 1982 telah meluluskan usul kepimpinan ulama. Usul penting inilah yang membentuk orientasi perjuangan PAS sehingga kini. Pemuda PAS telah melangkah gagah di pelbagai sektor, mereka memulakan rangkaian jaringan pendidikan PAS. Bermula dengan pendidikan prasekolah PASTI, merambah kepada SRITI dan SMITI, menjadikan PAS sebagai satu-satunya gerakan Islam di dunia ini yang mempunyai kitaran lengkap tarbiah nizomi.

Gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan secara munazzomah dicetuskan oleh Dewan Pemuda dengan munculnya Unit Amal yang kemudiannya dijenamakan sebagai Jabatan Amal. Pelbagai jaringan sivil, gerakan swadaya masyarakat digerakkan oleh Dewan Pemuda, yang akhirnya PAS dilihat mesra rakyat pada kacamata masyarakat awam. Di mana ada bencana dan tragedi dalam dan luar negara, maka entiti PAS terus berada di barisan paling hadapan sehingga diyakini publik.

Dewan Pemuda PAS terus menjaring dan merengkuh pelbagai sektor masyarakat untuk menyertai PAS. Antaranya dengan ARC, menjadikan kelompok anak-anak muda yang minat dalam bidang pemotoran terasa disantuni oleh harakatul ummah ini. Akademi Kepimpinan Pemuda terus mencetak kepimpinan yang kompeten dan berdaya saing, malah jentera tajnid Dewan Pemuda terus mengilang kader-kader dakwah yang istiqamah memperjuangkan Islam. Pemuda PAS juga menerokai ruang intelektual dengan mengadakan wacana, dialog, seminar untuk menguasai pasaran kelas menengah masyarakat pengundi.

Dewan Pemuda PAS yang menghampiri tujuh dekad perjuangan ini telah meninta perjuangan ini dengan catatan emas. Merekalah paling ramai mendekam dalam tahanan ISA, dibunuh, dibuang daerah serta dikucilkan oleh jentera regim penguasa. Maka jangan dirosakkan kegemilangan sejarah emas Dewan Pemuda ini dengan pemuda yang berwatak selesa, dingin intelek serta suram idea-idea baru.

Teruskan era pengukuhan jamaah ini serta usaha menarik seluruh sektor masyarakat untuk belayar dalam bahtera ini. Pemuda adalah benteng paling ampuh, dada mereka adalah perisai jamaah. Tulang belulang mereka adalah segenggam kekuatan untuk kayuhan bahtera ini menggapai kemenangan dan mardhotillah. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda Malaysia, mantan Ketua Penerangan DPP Malaysia.

Sumber HD - 13-9-2018

Sebat syarie jadi ‘pasaran bebas'



KUALA TERENGGANU: Kejayaan Negeri Terengganu melaksanakan sebatan syarie ke atas pasangan lesbian baru-baru ini menghasilkan 'pasaran bebas' (free marketing) atau menjadi viral, sehingga berjaya membuka mata banyak pihak.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, pelaksanaan hukuman tersebut telah menjadi perbincangan hangat seluruh rakyat Malaysia dewasa ini.

"Inilah yang disebut sebagai "free makerting' iaitu hukuman dilaksanakan di Terengganu tetapi rakyat seluruh Malaysia yang berbincang perihalnya," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini, hari ini. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir.

Beliau berkata, sebagaimana sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah di Terengganu ke atas pasangan lesbian, telah berjaya membuka mata banyak pihak.

"Ada yang memuji dan mengambil pengajaran daripada keindahan perundangan Islam namun ada juga yang menentang dan mempertikaikannnya.

"Tugas kita ialah terus melaksanakan kerja-kerja Islam serta memberikan penerangan menurut perspektif syariat. Bukan semua yang menentang hukuman tersebut malah ada yang bersetuju," jelasnya.

Terdahulu itu beliau berkata, PAS secara jelas menyatakan pendirian dalam pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di mahkamah syariah bahawa ia terbatas dengan Akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

Disebabkan itu katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang membawa usul persendirian menerusi Rang Undang-undang 355 bagi membolehkan mahkamah syariah dapat diperkasakan.

"Malangnya dan amat menyedihkan ia ditentang bukan sahaja dari kalangan ahli parlimen bukan Islam malah terdapat juga ahli parlimen beragama Islam yang tidak bersetuju dengan usul itu dengan alasan yang pelbagai," ujarnya.

Justeru, beliau berkata, terhalangnya keindahan dan rahmat Islam kadang kala dengan sebab sikap orang Islam sendiri.

"Benarlah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh bahawa Islam terhalang dengan sebab sikap orang Islam sendiri," ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

Sumber HD - 13-9-2018

Hadir Ke Muktamar, Elak Pengaruh ‘Politik Jalanan’


Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Muslimat PAS menyeru agar seluruh masyarakat hadir beramai-ramai ke Muktamar PAS Pusat yang diadakan di negeri Terengganu pada tahun ini untuk mengelakkan pangaruh ‘politik jalanan’.
Ketua Muslimat kawasan Kuala Nerus Hajah Jamilah Jusoh berkata, seterusnya ianya dapat menggalas amanah parti dengan penuh yakin bahawa Islam pasti menang.
“Saya merasa sangat berbesar hati dan beruntung apabila muktamar ke – 64 dibuat di negeri Teregganu dan Kuala Nerus terpilih sebagai tuan rumah,
“Ianya bukan sahaja mudah untuk hadir tetapi dapat menimba banyak ilmu bagi menjayakan satu-satu program besar di mana pengalaman ini kita tak akan dapat dengan hanya teori tanpa benar-benar melakukanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media semalam, Isnin, 10 September.
Katanya, semua tenaga daripada muslimat, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membantu untuk melicinkan persiapan Muktamar Muslimat yang akan di adakan pada 13 hingga 16 September 2018.
Tambah beliau, semua unit yang penting diserapkan terutama persiapan penerangan publisiti gerai dan nurseri agar muktamar dapat berjalan lancar.
“(kita) ketepikan seketika tugas harian yang tak pernah habis untuk sama-sama melihat sendiri suasana maktamar,
“dan dengar sendiri ucapan dari pimpinan utama kesayangan kita serta inshaa Allah dengannya akan menjadikan kita lebih jelas hala tuju perjuangan PAS dalam menangani politik semada,
“Harapan mendapat kesan terbaik buat semua lebih-lebih lagi muktamar diadakan dalam suasana dan masa yang tepat,” ujarnya.
Justeru, beliau menyeru dan mengharapkan agar semua perwakila dan pemerhati samada muslimin dan muslimat tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) kali ke 64 kerana ianya adalah sebuah perjuangan Islam.
Sumber BO - 12-9-2018

























































Pemuda PAS Setiu Alu-alukan Pengunjung Muktamar


Oleh: Abd Muhaimin
SETIU – Dewan Pemuda PAS Setiu mengucapkan selamat datang kepada para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) yang akan mula bersidang pada 13 September, Khamis ini.
Ketuanya Zaidan Abdullah berkata, negeri Terengganu akan menerima kunjungan dari para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) dari seluruh pelosok negara.
“Muktamar penuh pula yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak bermula dari 15 sehingga 16 September ini,
“saya bagi pihak Pemuda Setiu dan Pemuda PAS Terengganu ucap selamat datang kepada semuanya….perwakilan, pemerhati dan orang ramai….semua sekali,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Megeri (MTD) Permaisuri Ustaz Zul Bhari A Rahman mengucapkan Syabas kepada Badan Pehubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) kerana bersedia menjadi tuan rumah.
Beliau juga menyeru kepada seluruh pemuda di DUN Permaisuri supaya mengambil peluang untuk turut serta.
“Saya mengharapkan penglibatan sacara keseluruhan khusus kepada pemuda PAS Permaisuri pada Muktamar Kali ini kerana inilah satu-satunya peluang untuk kita mendengar amanat khusus dari pimpinan utama PAS.” Katanya
Katanya lagi, “Kesempatan ini harus di rebut sebaik mungkin supaya kita lebih memahami tugas kita demi menjaga agama Allah dan dapat menjadi kekuatan untuk kita terus bekerja bagi mengekalkan kemenangan yang di anugerahkan oleh Allah ini.”
Muktamar (DPPM) akan berlansung pada 13 sehingga 14 September ini di dewan utama Duyong Marina Resort Kuala Terengganu. Para perwakilan dan juga pemerhati akan mula memdaftarkan diri bermula jam sembilan pagi (Khamis).
Beliau dipetik ucapan dari Makkah ketika perbualan ditalian aplikasi WhatsApp bersama Ketua Pemuda Pas Dun Permaisuri saudara Abdul Muhaimin Muhammed tengah hari tadi.
Sumber BO - 12-9-2018
























































Muktamar PAS Besar Ertinya




























































Napisah Ismail
Oleh : Saifullah Jusoh
BESUT – Muktamar Tahunan PAS Pusat merupakan program yang sangat besar dan bermakna bagi PAS dan politik negara.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut, Hajah Napisah Ismail menegaskan, ia merupakan medan untuk ahli-ahli PAS berbincang dan memutuskan hala tuju bagi masa depan parti itu.
“saya menyeru kepada semua penyokong dan pendokong parti PAS supaya hadir beramai-ramai ke Program Muktamar Tahunan PAS (ke-64) yang akan bermula pada 14 september sehinga 16 september 2018,
“bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para Program Jamuan Mahabbah bertempat di Kampung Beris Lampu pada hari ini, 11 September.
Program Jamuan Mahabbah ini dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Dun Kuala Besut bagi merapatkan silaturrahim di antara penduduk Dun Kuala Besut.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS DUN Kuala Besut, Hafiz Yusof
Sumber BO - 11-9-2018
























































Muktamar Pintu Rezeki






Oleh : Hailmey Mansor
KUALA NERUS,- Muktamar yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada hujung minggu ini adalah pintu rezeki kepada para peniaga.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata,kerajaan PAS Terengganu akan turut menganjurkan karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan
“Sesungguhnya,program yang akan dilaksanakan akan memberi keuntungan kepada para peniaga dan usahawan yang akan menjual produk -produk mereka kepada para pengunjung yang hadir,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat tapak Muktamar itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan , di sini pada Isnin, 10 September
Selain itu, beliau yang juga Setiausaha PAS Kuala Nerus mengalu-alukan kedatangan para perwakilan,pemerhati dan pendokong PAS ke sini.
”kami berharap mereka akan merasa gembira dengan persiapan yang kami sediakan di tapak muktamar ini,
“Kita percaya mudah-mudahan mereka dapat membawa satu manfaat yang besar dan membawa balik produk-produk Terengganu dan juga produk pelancongan yang ada disini,” tambah beliau.
Beliau juga berharap semoga mereka akan datang kembali ke sini untuk melawat dan melancong tempat-tempat yang menarik dan indah di Terengganu ini sesuai dengan slogan ‘Negeri Cantik,budaya menarik dan orang-orangnya baik’.
Sumber BO - 11-9-2018

















































































































Muktamar 2018; Komitmen Penuh Ameerah Kuala Nerus




Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Ameerah Kawasan ini akan memberikan komitmen penuh dalam segala gerak kerja yang di amanahkan oleh PAS Negeri Terengganu sempena Muktamar PAS Kali yang ke-64.
Ketuanya, Khairunnajjah Mohd berkata, dalam pelbagai unit yang telah di bahagikan mengikut keperluan, Ameerah akan berusaha menjadikan muktamar tahun ini yang di adakan di negeri Terengganu berjalan lancar.
“Ameerah Kuala Nerus sangat berbesar hati di atas pemilihan Kawasan Kuala Nerus sebagai lokasi utama Muktamar kali ini,
“(dan) kami mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS untuk menjadi sebahagian daripada secebis sejarah,” katanya.


























































Khairunnajjah Mohd, Ketua Ameerah Kuala Nerus

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada hari ini, Isnin, 10 September.
Oleh itu, beliau mengajak semua pihak agar berganding bahu untuk sama-sama mengikut melaksanakan perancangan dan berhemah dalam pengurusan.
“Muktamar PAS Pusat (ini) penting kepada seluruh penggerak jentera PAS bagi mendapatkan maklumat yang sebenar dari seluruh kepimpinan PAS Malaysia untuk di sebarkan kepada seluruh rakyat,” ujarnya.
Justeru itu, beliau berharap agar semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana, Ameerah Kawasan Kuala Nerus dan Ameerah DUN dapat memberi khidmat yang terbaik.
“(berkhidmat dengan) ikhlas, bertanggungjawab kerana ianya adalah salah satu sebab manusia mengejar impian iaitu balasan ganjaran syurga SWT,” tambah beliau.
Sumber BO - 11-9-2018



























































Muktamar 2018; Penghormatan Kepada Terengganu, Kuala Nerus




Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Ameerah Negeri menyifatkan Muktamar PAS Pusat dan Dewan-dewan yang diadakan di Negeri Terengganu ialah satu penghormatan kepada Terengganu dan juga Kuala Nerus.
Ketuanya, Hajah Zuraida Md Noor berkata, ianya merupakan satu ‘salam takzim’ kepada seluruh masyarakat dalam daerah terbabit yang mempunyai pelbagai fasiliti boleh dimanfaatkan, seperti stadium, hotel dan inap desa (homestay).
“Ameerah (negeri Terengganu) berperanan sebagai untuk unit bentara di muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan Muktamar PAS Pusat,
“di antara tugas bentara ialah membentuk jawatankuasa kecil, menyedia anggaran perbelanjaan, menyediakan bentara, mengedar kertas –kertas muktamar sepanjang muktamar,
“mengedar borang dan mengutip derma dari perwakilan Muktamar, mengedar air mineral dan gula-gula untuk perwakilan dan melaksanakan arahan dari masa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dihubungi pada hari ini Isnin, 10 September.
Katanya, beliau berharap kepada semua perwakilan agar berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan dan mengambil peluang keemasan ini untuk melancong ke negeri Terengganu.
“(orang ramai) berpeluang mendengar perbahasan daripada (para) pimpinan (yang akan berucap),
“dan di samping itu banyak program diadakan sempena muktamar nanti,” ujarnya.
Justeru itu, Zuraida menyeru kepada orang ramai supaya hadir beramai-ramai ke Muktamar yang diadakan pada 13 sehinggalah 16 September yang diadakan di Negeri Terengganu selepas PAS berjaya memerintah negeri tersebut.
Sumber BO - 11-9-2018

Muktamar DMPM sentuh isu wanita semasa


KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-58 dijadual akan dirasmikan pada 14 September oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Acara majlis bermula dengan ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang akan menyentuh beberapa kandungan utama melibatkan isu semasa wanita yang berlaku pada masa kini.

Berkongsi sedikit isu kandungan isu semasa yang akan diketengahkan pada Muktamar DMPM nanti, Ustazah Nuridah berkata antara yang akan dicakna adalah kebimbangan isu-isu umat Islam khususnya wanita dan kanak-kanak.

"Banyak isu yang ingin kita ucapkan pada muktamar nanti, antaranya isu wanita dan kanak-kanak dalam kerajaan baharu pada hari ini dan isu-isu yang membimbangkang umat Islam khususnya jangan dipandang ringan. Bahkan dalam negara juga umpama keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

“Selain itu muktamar kali ini juga kita akan membincangkan isu kebersamaan PAS bersama blok pembangkang lain untuk perlu ditangani dengan sebaiknya," katanya kepada Harakahdaily.

Muktamar DMPM akan berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang akan dihadiri oleh para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Dijangka lebih 10,000 orang akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-64 bermula 14 September ini di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. – HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018


Muktamar PAS kali ini himpunan bersejarah
































































KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan Muktamar Tahunan PAS kali ini adalah himpunan bersejarah berikutan lanskap perubahan politik yang sedang berlaku dalam negara khususnya selepas peralihan kuasa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau menjangkakan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS, usul daripada para perwakilan pemuda akan tertumpu kepada usul hala tuju PAS pasca PRU selain menyentuh isu-isu ancaman terhadap Melayu dan Islam yang semakin ketara.

"Itu antara isu yang akan difokuskan oleh perwakilan dalam muktamar kali ini, mungkin akan ada usul-usul yang menjurus ke arah itu kebersamaan dengan blok pembangkang yang lain ke arah 'survival' politik Melayu.

"Secara asasnya kita boleh nyatakan bahawa PAS bersetuju membuat sesuatu demi 'survival' politik Melayu dan kita bersedia melalui proses itu serta kita akan serahkan kepada Majlis Syura Ulamak untuk tentukan bagaimana kaedah dan caranya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menjangkakan lebih seribu pemerhati dan perwakilan yang akan turut serta dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 September bertemakan "Terus Mara".

Ujarnya lagi, seperti kebiasaan muktamar PAS sentiasa mengalu-alukan dan menjemput semua pemerhati dari kalangan NGO, NGI dan parti-parti politik untuk turut serta mengambil bahagian dalam program himpunan tahunan PAS ini.

"Kita jemput semua parti-parti politik Melayu Islam bukan hanya terbuka kepada Umno sahaja tetapi kita jemput semua. Hingga setakat ini belum ada pengesahan lagi daripada para jemputan untuk hadir atau tidak dalam himpunan PAS nanti," katanya.

Ustaz Khalil meletakkan harapan agar himpunan tahunan PAS ini membuahkan hasil dan natijah yang baik demi kelangsungan perjuangan PAS dalam menghadapi cabaran semasa pada hari ini. – HARAKAHDAILY 11/9/2018

Sumber HD - 11-9-2018

Seruan Hadir Muktamar Tahunan Kali Ke-64 – Haji Muhyiddin





KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu menyeru agar semua rakyat  hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang akan di di  negeri ini.
Katanya, negeri Terengganu akan menjadi tuan rumah Muktamar penuh yang akan berlangsung selama dua hari satu malam  di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak bermula 15 hingga 16 September ini.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid, selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk Muktamar Tahunan PAS Malaysia berkata, program ini tidak hanya tertumpu di Stadium Gong Badak sahaja .
Tetapi juga, kata beliau, ia bakal berlangsung di Hotel Permai Inn yang melibatkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda di  Duyong Marina  Resort, Dewan Muslimat  di Taman Tamadun Islam, manakala Auditorium Stadium Tertutup merupakan lokasi bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS.
“Dewan Ulama’ akan diadakan pada 13 September, Dewan Pemuda pada 13 dan 14 September dan untuk Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS masing-masing berlangsung pada 14 September ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam 9 September.
Nenurutnya, terdapat pengisian sepanjang Muktamar berlangsung seperti ceramah , pertandingan jet ski, memanah , ‘motor cross’,  santai selebriti dan banyak lagi acara menarik akan dipertontonkan di muktamar tahunan tersebut.
“(ada) ceramah pada malam 14 September akan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,  Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan dan ramai lagi.
“Kita juga mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan daripada kumpulan qasidah, santai artis dan juga Pentas Otai.
“Santai artis kita jemput Zulkifli Yahya, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali Ustaz Bollywood dan moderatornya ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.
“Selain itu, sebanyak 352 lot gerai termasuk untuk jualan-jualan kering  serta 30 buah ‘food truck’ turut disediakan kepada peniaga-peniaga,” jelas beliau.
Beliau berharap agar muktamar kali ini bukan sahaja dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang baik tetapi juga menjadi satu pertemuan umat Islam seluruh Malaysia.
Sumber BO - 10-9-2018

Umno Kini Dalam Blok Pembangkang



KUALA NERUS – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menjelaskan, Umno yang kini berada dalam blok pembangkang, menyatakan kesediaan menghadiri jemputan ke Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64.
Oleh itu, beliau berkata, persetujuan Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi untu datang ke Muktamar yang akan diadakan di negeri ini adalah perkara biasa.
Katanya, jemputan yang sama juga pernah dibuat kepada parti-parti pembangkang lain termasuk kepada Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP ketika Pakatan Rakyat.
Menurutnya, jemputan kepada pimpinan parti Umno-BN julung kali dibuat kerana parti itu kini berada dalam blok pembangkang bersama dengan PAS.
“Kita (PAS) telah menyampaikan semua jemputan kepada parti-parti terutama parti pembangkang. Setakat ini, Umno telah mengesahkan akan hadir dan diketuai oleh Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 10 orang wakilnya dari Biro Politik Umno akan hadir.
“Parti MCA dan MIC juga dijemput dan akan hadir tetapi belum disahkan berapa ramai yang akan hadir. Jemputan kepada parti-parti lain juga ada dibuat, semua kita jemput.
“Ini adalah selaras dengan pendekatan kita, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang telah diperkenalkan oleh Presiden (PAS) kita,” ujarnya dalam satu sidang media sempena persiapan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Bilik Mesyuarat, Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Justeru, katanya tidak timbul isu dengan kesediaan kehadiran parti Umno-BN dalam jemputan sempena Muktamar PAS tersebut.
“Sebelum ini, biasanya kita jemput parti pembangkang. Jika dahulunya, parti pembangkang PKR, DAP dan Gagasan Sejahtera. Sekarang ini pun kita jemput parti pembangkang jugalah Umno, MCA, MIC (BN).
“Ini pertama kalilah kita jemput Umno-BN sebab sebelum ini mereka bukan parti pembangkang, mereka kerajaan.
“Suatu masa dahulu ketika berada dalam Pakatan Rakyat, pimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat hadir. Sebagaimana juga kita (PAS) dijemput dalam perhimpunan parti mereka. Ini bukan suatu perkara baharulah,” jelasnya.
Sumber BO - 10-9-2018

No comments:

Post a Comment