a
Khir Toyo jangka Umno akan diharamkan
KUALA LUMPUR: 72 tahun Umno mewarnai dan mencorak politik negara tercinta. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui hingga tidak memungkinkan untuk rakyat memisahkan antara Umno dan kemajuan negara.
Demikian menurut bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menerusi tulisan dalam laman Facebooknya dengan tajuk ‘Umno 72 tahun’.
“Sejarah yang telah terbina ini akan jadi sebutan dan fakta sejarah yang mungkin tidak dapat diulang lagi di masa akan datang seperti mana banyak sejarah gemilang dunia yang jadi sekadar sebutan rhetoric di mulut pemimpin kita hari ini.
“Perlukah Umno hala tuju baru?
“Bagi saya tak perlu, kerana Umno itu sendiri akan jadi kenangan dan sebutan sejarah sahaja,” ujarnya.
Ini, ujarnya kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri dan diikuti pernyataan Perdana Menteri baru-baru ini telah menzahirkan secara cukup jelas bahawa Umno akan diharamkan, mestilah diambil dengan serius oleh pemimpin Umno hari ini.
Menurutnya, mungkin Umno masih lupa mereka bukan lagi kerajaan, yang boleh membuat keputusan akhir terhadap hampir semua keputusan dalam menentukan nasib sesebuah pertubuhan.
“Bagaimana Umno boleh diharamkan?” tambahnya.
Katanya, bila mana Dato’ Seri Najib Razak didakwa di mahkamah atas salah laku pengubahan wang secara haram dari sumber yang diragui, telah disebut dalam pertuduhan itu Umno juga menerima RM20 juta dari wang tersebut.
Katanya lagi, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga telah diheret ke mahkamah atas kelakuan menerima wang RM9.5 juta daripada Najib daripada sumber yang sama.
Menurutnya, undang-undang dengan jelas mengatakan mana-mana pertubuhan yang menerima dana berupa wang atau lain-lain daripada sumber haram atau meragukan sifatnya maka pertubuhan tersebut boleh diharamkan di sisi undang-undang.
Menurutnya lagi, persoalan yang timbul walaupun di sudut undang-undang tidak relevan, Umno tidak mengetahui dari mana sumber wang RM20 juta itu, tetapi fakta jelaskan menunjukkan wang tersebut daripada akaun Najib, Presiden Umno.
Katanya, dengan alasan Umno tidak boleh haramkan kerana tidak tahu sumber wang itu sama ada haram atau halal tidak timbul sama sekali kerana Najib, presiden parti sangat tahu asal usul wang tersebut.
Katanya, dengan alasan Umno tidak boleh haramkan kerana tidak tahu sumber wang itu sama ada haram atau halal tidak timbul sama sekali kerana Najib, presiden parti sangat tahu asal usul wang tersebut.
“Saya lihat Umno akan diharamkan sebaik sahaja saja mahkamah membuat keputusan bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib adalah dari sumber yang meragukan dan haram sifatnya.
“Sebab itu, saya katakan Umno tidak perlukan hala tuju baru mahupun penjenamaan baru kerana ia akan diharamkan dan tidak boleh diaktif semula,” ujarnya.
Ini, ujar beliau berbeza dengan Umno dibatalkan pendaftarannya seperti berlaku sebelum ini.
Beliau menambah, dibatalkan pendaftaran maka tindakan selanjutnya mendaftarkan semula Umno tetapi diharamkan mengikut undang-undang tidak boleh dihidupkan semula dan semua aset Umno akan jadi milik negara. – HARAKAHDAILY 30/9/2018
Sumber HD - 30-9-2018
Tok Pa: Tidak banyak merugikan Umno
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8219-tok-pa-tidak-banyak-merugikan-umno
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno Kelantan lebih 20 tahun, Dato’ Seri Mustapa Mohamed telah mengucapkan selamat tinggal kepada Umno.
Dalam kenyataan selamat tinggal Umno itu, Mustapa yang senang dipanggil Tok Pa tidak disentuh tentang usaha Umno merapatkan diri dengan PAS.
Dalam kenyataan selamat tinggal Umno itu, Mustapa yang senang dipanggil Tok Pa tidak disentuh tentang usaha Umno merapatkan diri dengan PAS.
Menurut veteran PAS, Haji Subky Latif, tetapi dengan tindakan Mustapa itu sehari selepas Umno bertandang ke Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Terengganu, maka boleh ditafsirkan dia tidak selesa dengan pendirian Umno itu.
Apapun, bagi beliau tindakan seorang diri Tok Pa itu dipercayai tidak mempengaruhi langkah Umno, yang payah diagak apakah ia langkah kanan atau langkah kiri, tetapi kelihatannya Umno amat positif.
Apapun, bagi beliau tindakan seorang diri Tok Pa itu dipercayai tidak mempengaruhi langkah Umno, yang payah diagak apakah ia langkah kanan atau langkah kiri, tetapi kelihatannya Umno amat positif.
“Tidak banyak yang merugikan Umno dengan pemergian Tok Pa, kerana dia tidak dilihat sebagai Umno Kelantan itu Tok Pa dan Tok Pa itu Umno Kelantan,” ujarnya menerusi tulisan dalam akhbar Harakah.
Malah, katanya Ibrahim Ali yang ‘dilensing’ daripada Umno sepanjang hayat lebih berakar umbi kepada Umno daripada Tok Pa.
“Selepas Tengku Razaleigh mengenepikan diri dari Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam waktu hampir 30 tahun ini dirasakan sebagai Umno Kelantan itu Annuar Musa dan Annuar Musa itu Umno Kelantan sekalipun pemimpin rasmi Umno Kelantan itu Tok Pa,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/9/2018
TULISAN SUBKY BOLEH DIBACA DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN.
“Selepas Tengku Razaleigh mengenepikan diri dari Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam waktu hampir 30 tahun ini dirasakan sebagai Umno Kelantan itu Annuar Musa dan Annuar Musa itu Umno Kelantan sekalipun pemimpin rasmi Umno Kelantan itu Tok Pa,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/9/2018
TULISAN SUBKY BOLEH DIBACA DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN.
Sumber HD - 26-9-2018
Syor lantik Najib ketua umum ‘tidak relevan’, kata Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Cadangan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua umum Umno “tidak relevan” dan bertentangan perlembagaan parti.
Justeru, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno menolak syor ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, lapor Berita Harian.
“Cadangan itu tidak boleh dilaksanakan, tidak relevan dan tidak terdapat dalam perlembagaan parti,” kata setiausaha agung Umno.
Wakil rakyat Ketereh berkata parti itu akan menjalankan proses pemutihan anggota selepas Perhimpunan Agung Umno akhir minggu ini.
Katanya, proses itu bagi membersihkan ahli meragukan, meninggal dunia atau berhijrah ke parti lain ekoran perubahan politik negara.
“Ada tiga bulan untuk kita memurnikan senarai ahli kita yang berjumlah 3.6 juta ketika ini,” katanya.
Beliau berkata garis panduan berkaitan kaedah dan proses pemutihan akan dikeluarkan ibu pejabat parti.
Sumber MR - 25-9-2018
Syed Ali Alhabshee keluar Umno hari ini
Hari ini Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mengumumkan keluar Umno sebentar tadi.
Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu dilapor mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Cheras hari ini.
Beliau memberi alasan “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan”.
Kelmarin beliau dilihat hadir dalam sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (AMANAH) di Temerloh.
Syed Ali terkenal sebagai seorang pemimpin Umno yang lantang dan terkedepan mengkritik Pakatan Harapan sebelum ini.
Tindakan drastik itu Syed Ali itu dibuat selepas enam anggota parlimen Umno berbuat demikian selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Minggu lepas veteran Umno Datuk Mustapa Mohamed dan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman terlepas dahulu meninggalkan parti itu.
Umno kali pertama hilang penguasaan 61 tahun di peringkat persekutuan di tangan HARAPAN dan sekutunya dalam pilihan raya umum lepas.
Sumber MR - 24-9-2018
Ismail Sabri kepada MCA: Nak halau Umno keluar BN, who are you?
PETALING JAYA: Umno hari ini berkata MCA tiada kuasa untuk menyingkir Umno daripada Barisan Nasional (BN) kerana semua keputusan dalam gabungan itu dibuat secara bersama.
Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MCA juga tidak wajar membuat kenyataan kepada media tentang menyingkir parti Melayu terbesar itu daripada BN.
“Dia tak ada kuasa sendiri dan MCA perlu sedar dia juga tak mampu untuk tarik kaum Cina menyokong kita…hanya 2.5% pengundi Cina menyokong BN sewaktu pilihan raya umum,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberi amaran Barisan Nasional akan dibubarkan atau Umno disingkir daripada gabungan itu jika parti Melayu itu bergerak ke arah politik teokrasi.
Ismail bagaimanapun memberitahu MCA bahawa parti Cina itu harus melihat manfaat daripada kerjasama Umno-PAS.
“Banyak kerusi MCA bergantung pada kerusi Melayu. Kalau gabungan Umno dan PAS boleh memperkukuhkan penguasaan pengundi Melayu, dia yang akan mendapat faedah,” katanya, dan menambah Umno sedar tiada kerusi majoriti pengundi Cina yang selamat untuk MCA.
“Umno tidak pernah belasah MCA apabila gagal dalam PRU lalu. Tiba-tiba nak jadi abang long pula suruh orang keluar, ‘who are you’?”
Ismail menyarankan MCA supaya membangkitkan sebarang permasalahan menerusi Barisan Nasional. “Kita nak terima parti atau nak suruh parti keluar mesti secara konsensus.”
“Jadi saya harap usah mengeruhkan hubungan antara parti komponen. Kalau MCA rasa masih bersama BN, jaga perasaan parti kawan,” katanya.
Sumber MR - 24-9-2018
Banyak Kali Najib Perkena Lim Guan Eng... teruk LGE kena troll 17 soalan
Nampaknya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan-jawapan dan penelitian saya tentang hal-ehwal ekonomi negara.
Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya.
1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?
2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?
3. Adakah benar Malaysia adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST, pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?
Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?
4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?
5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion Ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari US$110 bilion setiap bulan kepada US$103.9 bilion sehingga 15 September 2018.
6. Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal?
7. Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi?
8. Adakah benar disebalik dakwaan Pakatan Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun?
Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan 8 faktor kepada kenyataan itu.
9. Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk digunakan sebagai ‘keputusan sukar’ bagi bajet akan datang di mana dijangkakan bantuan untuk rakyat akan dihentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salahtadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya?
10. Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat “buffer” dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah dijawab?
11. Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula?
12. Adakah benar disebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak dikembalikan, tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba-tiba ia menjadi masalah?
13. Adakah benar, anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018.
14. Adakah benar, saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap ‘kehilangan RM35 bilion’ ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan?
15. Adakah benar liabiliti kontijensi dilaporkan secara telus setiap tahun termasuk dibawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi?
16. Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A?
Bolehlah Guan Eng menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia?
17. Guan Eng juga menyebut dalam kenyataannya hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya. Mungkin Guan Eng terlalu malas untuk membaca, mungkin dia boleh rujuk kepada carta di bawah (saya lukis kerana mungkin dia malas baca)?
Guan Eng juga boleh baca tentang kaitan nilai Ringgit dengan harga minyak dunia di sini:
https://www.commoditytrademantra.com/…/is-there-a-relation…/
ataupun dari The Edge bulan Julai di sini:
http://www.theedgemarkets.com/…/state-nation-factors-move-r…
Banyak lagi rujukkan boleh dicari jika Guan Eng benar-benar mahu menambah pengetahuan beliau mengenai hubungan nilai Ringgit dengan harga minyak.
Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham. (Selepas ini, saya jangka Kit Siang akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya)
NAJIB RAZAK
Sumber MR - 24-9-2018
We Can Kick Umno Out Of BN, Warns MCA
KUALA LUMPUR: MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai has issued a warning that Umno could be kicked out of Barisan Nasional if the party moves towards theocratic politics.
Addressing the MCA Selangor 2018 convention on Sunday, Liow said BN must continue to uphold principles of cultural unity and defend racial harmony in the country.
He said if Umno adopts an approach which is racial and religious in nature, BN will either be dissolved or MCA will eject Umno from the coalition.
“BN will hold on to principles of moderation. If any component party, including Umno, moves towards racialism, religion, theocracy or extremism, then they will be left with only two choices.
“The first option is to dissolve Barisan Nasional as it will no longer be a harmonious gathering of races. The second option is to kick out Umno.
“We (MCA) are a party which practices moderation. So why should we leave BN? Why can’t we kick out Umno?” he said.
Liow, when asked for his views on Umno’s new cooperation with Pas, said MCA does not agree with the new direction.
“Umno gave their assurance that they (Umno and Pas) would only work together on certain issues, and would not form a merger.
“I have actually stated this stand to Umno, that we disagree with any alliance or efforts to steer the party (Umno), specifically as a BN component party, towards race and religion,” he said.
Liow said that while cooperation between opposition parties on specific issues are acceptable, it should not lead to any formal merger.
“We are a moderate party. As I’ve said, BN is moderate. If there is cooperation on some issues, then let it be. After all, we are all part of the opposition,” he said.
BN saw Gerakan as well as eight other component parties from Sabah and Sarawak exit the coalition following its thumping defeat in the 14th general election.
BN is now comprised of Umno, MIC and MCA, with MyPPP’s status still up in the air following the latter’s internal leadership crisis.
After GE14, Umno and Pas first embarked on a cooperation in the Sungai Kandis and Seri Setia by-elections, where both parties had loosely campaigned for each other’s candidates against their Pakatan Harapan opponents.
Umno president, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi brought the two parties even closer by formally attending Pas’ muktamar in Kuala Terengganu earlier this month. The move is set to be reciprocated by Pas president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who has indicated that he would likely attend Umno’s upcoming general assembly. – NST
Sumber BO - 24-9-2018
Guan Eng sekat akaun Twitteryang kritik dia
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kekesalannya terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila akaun Twitternya disekat hari ini.
Jelas Asyraf, beliau tidak menyangka Menteri Kewangan itu ‘berhati tisu’ dan tidak bersedia untuk menerima kritikan.
“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.
“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, Asyraf turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #hatitisu sebagai sindiran tambahan kepada Guan Eng.
Sumber MR - 21-9-2018
To Pa selamat keluar jika UMNO dan lagi selamat (seperti Lim Guan Eng) jika dia masuk Bersatu
Memang politik Mahathir tidak berubah. Dia sekarang sedang menyerang dalam sisa-sisa hidupnya untuk menyelamatkan parti BERSATU yang ditubuhkannya. Pada pandangan politik parti BERSATU akan 'mati' jika Mahathir mati. Nak harap kepada Muhyiddin, dia pun dalam memperjuangan nyawa. Takkan BERSATU nak harap kepada Syed Saqqid.
Jadi Mahathir kena buat kerja nekad. Dia kena buat kerja 'jahat' untuk memastikan UMNO terus hancur dan semua pimpinan lumpuh.
Saya tak nak panjang ulasan, anda boleh baca berita Malaysiakini ini.
Datuk Seri Mustapa Mohamed disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) seminggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk keluar Umno, kata Tan Sri Annuar Musa.
Menurut setiausaha agung Umno itu, turut disiasat ialah dua lagi pemimpin Umno Kelantan.
"Saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Tok Pa (Mustapa) disiasat polis 10 hari lalu.
"Beliau terima sejumlah dana yang agak besar dan ia disiasat oleh PDRM," katanya dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas dari mana sumber dana yang didakwa diterima Mustapa itu.
Sebelum ini anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam membuat dakwaan Mustapa mengambil keputusan keluar Umno setelah diugut Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, kerana menerima dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lokman mendakwa Mustapa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari berhubung dana RM2.6 bilion dan diberi kata dua oleh Daim, sama ada untuk keluar Umno atau dihadapkan ke mahkamah.
Anggapan KJ tersasar
Bagaimanapun, mengulas lanjut Annuar menegaskan tindakan Mustapa itu dibuat bukan kerana siasatan tersebut.
“Namun saya tidak boleh katakan itu (siasatan SPRM) sebab dia keluar. Tidak semestinya. Tidak berani saya kata, awak kena tanya dia sendiri,” katanya.
Dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini, Annuar turut menegaskan dakwaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa tindakan Mustapa keluar parti terjadi kerana anggota parlimen Jeli itu tidak senang dengan kerjasama Umno dengan PAS.
Katanya spekulasi berkenaan adalah tidak tepat.
“KJ ada tweet mengatakan Tok Pa keluar kerana ada kaitannya dengan soal kerjasama Umno dengan PAS, tapi apabila saya semak, KJ tidak bercakap dengan Tok Pa pun lagi. Jadi, ini bermakna KJ membuat spekulasi.
“Saya juga ada versi saya. Saya tahu Tok Pa keluar bukan kerana kerjasama Umno dengan PAS, kerana Tok Pa tidak pernah menolak bahawanya (kerjasama) begitu. Isunya bukan itu. Tidak mungkin dia keluar parti sebab itu sahaja.
“Saya boleh beri penegasan dalam konteks kenyataan KJ itu sudah pastinya tersasar maka ianya hanya satu telahan KJ sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata terlalu banyak sebab kenapa pemimpin Umno hari ini bertindak meninggalkan parti.
“Semua yang keluar ini alasannya tak sama, ada yang keluar memaklumkan mereka ada kepentingan perniagaan dengan kerajaan pusat dan kepentingan itu terlalu besar, maka mereka terpaksa memikirkan keperluan menyelematkan perniagaan mereka.
“Kita hormati setiap keputusan yang dibuat,” katanya.
Selain itu, Annuar turut mengingatkan Umno ketika ini sedang melalui zaman sukar dan memberitahu tidak semua orang boleh berdepan tekanan hebat.
“Sesetengahnya tidak boleh hidup jika tidak ada duit, sesetengahnya pula tidak boleh hidup jika ditekan pihak tertentu, jadi proses inilah yang kita terpaksa hadapi ketika Umno mengalami ujian,” katanya.
Annuar turut mendakwa terdapat banyak tawar-menawar berlaku daripada pihak tertentu untuk membeli pemimpin Umno.
"Banyak tawar-menawar, (dari) pintu depan pintu belakang. Kita tak boleh nak kawal atau nak tambat. Terpulang pada istiqamah masing-masing. Perjalanan masih jauh," kata Annuar.
Sumber MR - 21-9-2018
Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia
PUTRAJAYA: Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat akan membalas dendam terhadap anak-anaknya jika melihat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dianiaya.
Presiden Pemantau Malaysia Baru itu ditemui di tunjuk perasaan solidariti untuk Najib yang ditangkap petang tadi selepas disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya pada 2013.
Menurut SPRM, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur esok.
“Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia,” kata Lokman kepada pemberita di luar pintu masuk utama SPRM malam tadi.
Pada Julai, Najib dituduh dengan 3 tuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berkaitan RM42 juta yang disalurkan ke akaun banknya.
Bulan lepas, dia dituduh dengan 3 tuduhan pengubahan wang berkaitan transaksi yang sama bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 12-28 Februari dan 4-29 Mac tahun depan.
Sementara itu, Lokman tertanya mengapa Najib ditahan dan didakwa sedangkan siasatan belum selesai.
“Peguam negara kata tak boleh tahan Najib sebab tidak ada kertas siasatan. Macam mana pula boleh masuk lokap 1 malam?
“Malaysia sahaja macam ini! Buat kerja ikut orang cakap. Siapa? Dr Mahathir cakap,” katanya.
Petang tadi, jurucakap SPRM memberitahu bekas perdana menteri itu akan dibawa ke Bukit Aman dan akan disoal polis dan badan anti-rasuah itu.
Sumber MR - 20-9-2018
Setelah 40 tahun, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed tinggalkan UMNO
KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO
1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.
2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.
3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.
4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.
5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.
6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.
7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.
8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.
Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018
Sumber MRN - 19-9-2018
Terkini Anifah Aman pula keluar UMNO
Seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan meninggalkan parti itu.
Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umnp, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.
Porrtal Utusan Malaysia melaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Memetik sumber, portal itu berkata Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di sini
Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.
Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak memandangkan Mustapa memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu.
Sumber MR - 19-9-2018
Hishammuddin jumpa Tun M
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam.
Datuk A Kadir Jasin memuatnaik status di Facebooknya hari ini meminta Hishammuddin menjelaskan tujuannya dalam pertemuan itu.
"Assalamualaikum Datuk Seri Hishammuddin. Nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?," katanya.
Namun, apa yang berlaku semasa perjumpaan antara Naib Presiden UMNO itu dan Dr Mahathir itu masih belum diketahui.
Usaha mendapatkan komen Hishammuddin bagaimanapun gagal.
Sumber MR - 19-9-2018
Warkah Khaled Nordin buat Muhyiddin
kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Saya doakan Tan Sri senantiasa dalam keadaan baik. Semoga Allah SWT
Saya doakan Tan Sri senantiasa dalam keadaan baik. Semoga Allah SWT
memberikan keafiatan dan kesihatan, agar Tan Sri dapat segera kembali
bertugas untuk bangsa dan tanahair.
Sebelum saya teruskan, suka saya untuk memetik hikmah Imam Al-Ghazali,
Sebelum saya teruskan, suka saya untuk memetik hikmah Imam Al-Ghazali,
daripada karyanya yang bertajuk al-Arba'in fi Usul al-Din. Beliau telah
menyenaraikan 10 sifat mahmudah (baik) dan 10 sifat mazmumah (tidak
baik) yang selalu ada pada manusia. Antara sifat-sifat mazmumah tersebut
adalah sifat bangga diri, iaitu menyangkakan diri lebih sempurna dan diri
orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Maka
timbul lah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan sesama manusia,
selain lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Minggu lepas, dalam sebuah wawancara, Tan Sri telah membuat kenyataan
Minggu lepas, dalam sebuah wawancara, Tan Sri telah membuat kenyataan
bahawa UMNO telah musnah. Dan kerana itulah Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) ditubuhkan.
"Ada lagi PAU (Perhimpunan Agung UMNO)? Saya fikir dah habis tapau.
"Ada lagi PAU (Perhimpunan Agung UMNO)? Saya fikir dah habis tapau.
Parti yang tunggang-langgang, masuk longkang, dah hancur. Sepatutnya
sudah sampai masa untuk orang Melayu memikirkan bahawa UMNO sudah
tidak wujud lagi, kita tinggalkan, tak ada maknanya," ujar Tan Sri sewaktu
diwawancara oleh akhbar Sinar Harian.
Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya.
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Saya orang parti. Saya tidak pernah kenal wadah yang lain dalam perjuangan
saya, kecuali UMNO. Dalam susutnya pengaruh UMNO pasca PRU14, saya
dan jutaan lagi orang Melayu memilih dengan penuh sedar untuk kekal
bersetia dengan UMNO.
Hakikatnya, UMNO masih parti terbesar di Parlimen. UMNO masih
Hakikatnya, UMNO masih parti terbesar di Parlimen. UMNO masih
mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu. Malah UMNO jauh l
ebih dominan, kuat dan berpengaruh daripada Bersatu, walaupun sokongan
terhadapnya nyata semakin susut.
Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus
Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus
menghidupkan UMNO. Kerana bagi kami, UMNO ini bukan sekadar
sebuah parti.
Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi
Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi
politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor seperti saya.
UMNO, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada
nyawanya.
Kerana itu, ia akan kami pertahan, kami rawat dan kami pulihkan. Dengan
Kerana itu, ia akan kami pertahan, kami rawat dan kami pulihkan. Dengan
bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Pastinya sebahagian besar daripada kami di dalam UMNO sangat mengerti
Pastinya sebahagian besar daripada kami di dalam UMNO sangat mengerti
isyarat yang telah rakyat Malaysia berikan pada pilihan raya yang lepas.
Kami bukan orang yang tidak boleh berfikir. Tetapi, masakan kami hanya
akan pasrah dan berpeluk tubuh, membiarkan UMNO terhukum sedemikian
dan terus luput dari persada politik Malaysia?
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Insya-ALLAH, dengan semangat ini, kami akan pastikan UMNO tidak akan
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Insya-ALLAH, dengan semangat ini, kami akan pastikan UMNO tidak akan
musnah. UMNO ini tidak akan kami tinggalkan, kami cerca dan kami buang
seperti yang Tan Sri lakukan kepadanya. Kami sedar UMNO punya
kekurangan yang mesti dipulihkan. Dan kami akan memulihkannya. Biar
saya berikan sebabnya.
Pertama, setakat waktu dan saat ini, tidak ada gerakan secara besar-besaran
meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.
Malah Bersatu yang terus-terusan mengeluarkan pelbagai kenyataan, bahawa
Malah Bersatu yang terus-terusan mengeluarkan pelbagai kenyataan, bahawa
pintunya masih terbuka luas kepada ahli-ahli UMNO untuk menyertainya.
Amatlah jelas, Bersatu sangat memerlukan segala sokongan yang ada kerana
Amatlah jelas, Bersatu sangat memerlukan segala sokongan yang ada kerana
kedudukannya begitu rapuh di dalam perikatan politik nasional ketika ini.
Dengan dipimpin oleh negarawan yang sudah lanjut usia, dengan jumlah
Dengan dipimpin oleh negarawan yang sudah lanjut usia, dengan jumlah
kerusi yang sangat sedikit, dan barisan Kabinet amatur yang amat tidak
menyerlah, Bersatu masih belum berjaya meyakinkan orang Melayu. Bersatu
masih tidak dapat menyatupadukan orang Melayu.
Kedua, benar UMNO kehilangan kuasa pada PRU14. Tetapi UMNO bukan
Kedua, benar UMNO kehilangan kuasa pada PRU14. Tetapi UMNO bukan
kehilangan pengaruh. Perhitungan kemenangan kerusi dalam pilihan raya
banyak sekali ditentukan oleh dominasi dan sumbangan sebab-sebab lain.
Namun, kepada kebanyakan orang Melayu, UMNO masih cukup meyakinkan.
Namun, kepada kebanyakan orang Melayu, UMNO masih cukup meyakinkan.
Di kawasan pedalaman Melayu, UMNO terus berpengaruh.
Malah dalam ketiadaan Bersatu menyediakan agenda dan pelan yang jelas
Malah dalam ketiadaan Bersatu menyediakan agenda dan pelan yang jelas
untuk membela kepentingan bangsa, UMNO terus dirujuk dan diingati
sebagai gerakan politik yang konsisten dalam jasa baktinya untuk kebaikan
orang Melayu, tanpa mengabaikan kepentingan orang-orang lain.
Atas dasar ini, UMNO akan melakukan segala sehabis baik untuk
Atas dasar ini, UMNO akan melakukan segala sehabis baik untuk
melonjakkan pengaruhnya. Apatah lagi Bersatu kini, yang sangat
bergantung pada ihsan DAP, Amanah dan PKR, masih tidak jelas tentang
bagaimana untuk ia mengepalai orang Melayu.
Ketiga, UMNO dibangunkan atas ideologi yang sangat jujur. Bahawa misi
Ketiga, UMNO dibangunkan atas ideologi yang sangat jujur. Bahawa misi
utamanya adalah melakukan kebaikan kepada bangsa Melayu dan berlaku
adil kepada bangsa lain bagi membentuk Malaysia yang sejahtera.
Selama 60 tahun, UMNO tidak pernah hilang fokus dalam membangunkan
Selama 60 tahun, UMNO tidak pernah hilang fokus dalam membangunkan
kemandirian bangsa Melayu serta kebolehsaingan Malaysia.
Sedangkan Bersatu, seperti yang kita tahu, telah ditubuhkan tanpa sebarang
Sedangkan Bersatu, seperti yang kita tahu, telah ditubuhkan tanpa sebarang
latar ideologi yang konkrit.
Lahirnya hanya kerana amarah seorang negarawan yang berselisih pandangan
Lahirnya hanya kerana amarah seorang negarawan yang berselisih pandangan
dengan Presiden UMNO yang lalu.
Sampai waktu ini, tidak ramai ahli Bersatu sendiri yang boleh menjelaskan
Sampai waktu ini, tidak ramai ahli Bersatu sendiri yang boleh menjelaskan
kepada orang Melayu, atas ideologi apakah Bersatu ini hadir ke dalam arena
politik negara?
Keempat, perlu diingatkan, di dalam UMNO, tidak semua berpendirian
bahawa bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib itu benar dan betul.
Ramai sekali di dalam UMNO yang mahu Datuk Seri Najib mengambil
Ramai sekali di dalam UMNO yang mahu Datuk Seri Najib mengambil
tanggungjawab ke atas kemelut 1MDB.
Kami semua bukan 'yes man'. Cuma, kami mempunyai cara kami sendiri
Kami semua bukan 'yes man'. Cuma, kami mempunyai cara kami sendiri
dalam menguruskan isu dalaman.
Saya akui, sebelum ini UMNO amat bersifat presidential-centric. Dan saya
Saya akui, sebelum ini UMNO amat bersifat presidential-centric. Dan saya
ingin tegaskan, antara mereka yang bertanggungjawab membangun dan
membenarkan struktur sebegini dalam UMNO adalah Tan Sri sendiri serta
Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, kematangan perjalanan politik Tan Sri bermula dan mencapai
Malah, kematangan perjalanan politik Tan Sri bermula dan mencapai
kedewasaannya semasa berada di dalam UMNO. Tidak ada pihak yang
boleh menafikan semua ini.
Apa yang berlaku dalam PRU14 lalu adalah satu kes terpencil yang
Apa yang berlaku dalam PRU14 lalu adalah satu kes terpencil yang
menyaksikan UMNO terpaksa membayar harga yang sangat tinggi kerana
memilih untuk mengutamakan presiden daripada parti dan institusinya.
Tetapi, itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Tapi, kami akan belajar
Tetapi, itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Tapi, kami akan belajar
dari kesilapan. UMNO faham pengajaran besar ini dan berhasrat untuk tidak
mengulanginya lagi.
Insya-ALLAH kami akan Islahkan UMNO, selari dengan firman ALLAH di
Insya-ALLAH kami akan Islahkan UMNO, selari dengan firman ALLAH di
dalam al- Quran;
"Barangsiapa yang beriman dan mengadakan kebaikan, maka tak ada
"Barangsiapa yang beriman dan mengadakan kebaikan, maka tak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."
Kelima, amatlah benar, pengaruh UMNO telah menyusut. Tetapi, adalah juga
Kelima, amatlah benar, pengaruh UMNO telah menyusut. Tetapi, adalah juga
benar bahawa konteks politik Malaysia tidak akan stabil jika politik Melayu
dan Islam terus berkecamuk tanpa sebarang kesepakatan dan kesatuan niat.
UMNO yang lemah adalah sangat tidak strategik kepada kepentingan bangsa
UMNO yang lemah adalah sangat tidak strategik kepada kepentingan bangsa
Melayu dan masa depan Malaysia. Walau apa pun keadaannya, UMNO harus
terus ada untuk orang Melayu, demi mempertahan dan memperbaharui budaya
serta jati diri bangsa itu sendiri.
UMNO akan terus menggalas tanggungjawabnya. Malah UMNO akan lebih
UMNO akan terus menggalas tanggungjawabnya. Malah UMNO akan lebih
berperanan daripada Bersatu, kerana Bersatu masih lagi bukan kuasa politik
Melayu yang dominan.
Sekarang UMNO sangat mengerti peranan barunya. UMNO akan memastikan
Sekarang UMNO sangat mengerti peranan barunya. UMNO akan memastikan
parti ini lebih efektif dalam melaksanakan apa yang perlu untuk semua rakyat
Malaysia.
Saya percaya, Malaysia Baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), yang
Saya percaya, Malaysia Baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), yang
menang tidak akan menang semuanya, dan yang kalah tidak akan hilang
segalanya.
Dan yang terakhir, dalam keghairahan Bersatu merai kemenangan PH, mereka
Dan yang terakhir, dalam keghairahan Bersatu merai kemenangan PH, mereka
lupa bahawa, telah wujud satu sistem politik yang bukan lagi berdasarkan
pertembungan di antara dua gabungan politik yang besar.
Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh 'one political coalition against a
Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh 'one political coalition against a
myriad of political parties'. Maknanya, semua parti politik mempunyai
pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan kerajaan.
Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.
Yang pastinya, UMNO, Pas, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan
Yang pastinya, UMNO, Pas, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan
Bersatu Sabah, berbekalkan formula yang betul dan utuh, mampu membentuk
satu gabungan politik yang berupayanya memberi tentangan hebat kepada
PH.
Tidak mustahil, untuk kesemua parti ini bergabung bersama PKR dan
Tidak mustahil, untuk kesemua parti ini bergabung bersama PKR dan
menubuhkan sebuah gabungan baharu 'Pakatan Malaysia', bukan lagi ''
Pakatan Harapan'.
Bila tiba masanya nanti, hanya Tuhan sahaja yang tahu akan peranan,
Bila tiba masanya nanti, hanya Tuhan sahaja yang tahu akan peranan,
kedudukan dan masa depan Bersatu.
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Dalam keadaan dan kedudukan Tan Sri saat ini, doakanlah hanya yang baik-
Wahai Tan Sri Muhyiddin,
Dalam keadaan dan kedudukan Tan Sri saat ini, doakanlah hanya yang baik-
baik untuk orang Melayu.
Janganlah doakan kemusnahan UMNO, kerana dalam kebencian Tan Sri
Janganlah doakan kemusnahan UMNO, kerana dalam kebencian Tan Sri
terhadap UMNO, ramai sekali yang masih bernaung di bawahnya, mencari
dan menunggu kepimpinan dan pencerahan daripadanya.
Doakanlah, dengan hikmah kifarah yang telah ALLAH timpakan kepada '
Doakanlah, dengan hikmah kifarah yang telah ALLAH timpakan kepada '
UMNO ini, bakal berhasil usaha Islah dan Tajdid perjuangannya yang jujur
dan ikhlas.
Doakanlah, supaya UMNO yang lemah, akan kembali pulih dan kuat.
Doakanlah, supaya UMNO yang lemah, akan kembali pulih dan kuat.
Doakanlah yang baik-baik, kerana antara asbab Tan Sri berada pada
kedudukan kini adalah kerana UMNO juga.
Sewaktu Tan Sri disingkirkan daripada UMNO, ramai sekali ahli UMNO
Sewaktu Tan Sri disingkirkan daripada UMNO, ramai sekali ahli UMNO
Johor yang bangun, membela dan mempertahan Tan Sri.
Bila kami ke Pagoh, tiada sekelumit pun kata nista kami lontarkan kepada
Bila kami ke Pagoh, tiada sekelumit pun kata nista kami lontarkan kepada
Tan Sri. Semuanya kerana kami mengenang jasa Tan Sri terhadap UMNO.
Setelah apa yang berlaku pada UMNO, saksikanlah kelak bahawa parti ini
Setelah apa yang berlaku pada UMNO, saksikanlah kelak bahawa parti ini
akan bangkit dengan gigih.
Bangkit untuk kembali memperjuangkan politik yang baik dan sempurna.
Bangkit untuk kembali memperjuangkan politik yang baik dan sempurna.
Bangkit untuk menjadi pedoman kepada nurani, kesedaran dan intelek
bangsa Melayu.
Insya-ALLAH, UMNO tidak akan musnah…
Insya-ALLAH, UMNO tidak akan musnah…
Sumber MR - 19-9-2018
No comments:
Post a Comment