a
‘Rombongan keluarga’ ke UNGA, netizen sindir Dr Mahathir
Netizen hari ini menyindir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan tindakannya membawa ahli keluarga ke Perhimpunan Agung Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-73 di New York.
Antara sindiran yang ditujukan kepada ahli Parlimen Langkawi itu adalah beliau membawa ‘rombongan sekolah’ ke persidangan tersebut.
Malah ada juga yang mempersoalkan mengenai tanggungan perbelanjaan Dr Mahathir dan keluarganya ke New York.
Ini selepas foto ahli ikeluarga Dr Mahathir tular dimedia social sejak malam tadi.
Antara yang mengkritik Dr Mahathir di Facebook adalah Kelab Pengkritik Kerajaan Malaysia yang membuat hantaran bertulis: “Anak beranak, cucu cicit, jiran sebelah rumah, geng bas sekolah, budak wicet semua atok bawa ke Persidangan PBB New York… jahanam habis duit rakyat kena joli.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Berikut adalah antara reaksi yang sempat BNPPortal.com kongsikan:
Fir Daus Aloyy di dalam responnya menulis: Lawatan sambil belajar.. Cara2 nak kencing sedunia plak..
Nabil Rasul: dulu kalau najib duk bwk bini memekak satu Malaysia melompat.
Mohd Fauzi Mohd Jaafar: Duit tabong kan ado…abg cuma kesian kat budak Sekolah yg menderma itu hari….diorang tipu kau dik
Yasmin Yusoff: Kalau Tok Najib buat berasap depa kata makan duit rakyat lah. Perabih duit rakyat lah. Yang ni lawatan apa plak.. Family Day Hari Kerajaan ke??
Untuk rekod, selain daripada isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir turut disertai anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekeluarga di New York. –
AIDIL SYUKRI
Antara sindiran yang ditujukan kepada ahli Parlimen Langkawi itu adalah beliau membawa ‘rombongan sekolah’ ke persidangan tersebut.
Malah ada juga yang mempersoalkan mengenai tanggungan perbelanjaan Dr Mahathir dan keluarganya ke New York.
Ini selepas foto ahli ikeluarga Dr Mahathir tular dimedia social sejak malam tadi.
Antara yang mengkritik Dr Mahathir di Facebook adalah Kelab Pengkritik Kerajaan Malaysia yang membuat hantaran bertulis: “Anak beranak, cucu cicit, jiran sebelah rumah, geng bas sekolah, budak wicet semua atok bawa ke Persidangan PBB New York… jahanam habis duit rakyat kena joli.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Berikut adalah antara reaksi yang sempat BNPPortal.com kongsikan:
Fir Daus Aloyy di dalam responnya menulis: Lawatan sambil belajar.. Cara2 nak kencing sedunia plak..
Nabil Rasul: dulu kalau najib duk bwk bini memekak satu Malaysia melompat.
Mohd Fauzi Mohd Jaafar: Duit tabong kan ado…abg cuma kesian kat budak Sekolah yg menderma itu hari….diorang tipu kau dik
Yasmin Yusoff: Kalau Tok Najib buat berasap depa kata makan duit rakyat lah. Perabih duit rakyat lah. Yang ni lawatan apa plak.. Family Day Hari Kerajaan ke??
Untuk rekod, selain daripada isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir turut disertai anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekeluarga di New York. –
AIDIL SYUKRI
Sumber MR - 29=-9-2018
Pening aku fikir Anwar ni
Anwar mengadu kononnya 20 tahun PAS cuba halang dia. Dia ungkit langkah Kajang kononnya nak jadi MB Selangor pun PAS tak setuju. Dia tutup cerita bagaimana dia fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim 80 muka surat sehingga Tok Guru Nik Abdul Aziz pun marah.
Sekarang ni dia cuba nak salahkan PAS. Nak burukkan Tok Guru Abdul Hadi kononnya lebai semua jenis dengki dia nak jadi PM.
Dia lupa
Dulu,,,
Dia bakal PM ke-5, tetiba Paklah naik
Dia bakal PM ke-6, tetiba Najib naik
Dia bakal PM ke-7, tetiba Mahathir naik
Dia bakal PM ke-8, tetiba? Mukhriz nak naik?
Saiful Bukhari... Mari kacau di PD.. Ada tangan ghaib di belakang.. Dia dah boleh bau...Tapi nak buat macam mana.. Geng sndiri pun dah kena beli..
Dia Khianat Azmin dan kawan-kawannya.
Dia ingat Azmin bodoh akan biarkan sahaja apa yang Anwar buat kepadanya.
Dia lupa
Macam mana Isa Samad dengan penuh skandal boleh bebas macam Lim Guan Eng.
Dia juga lupa
Tiba-tiba BERSATU N9 bubar
Dia ingat Mahathir akan biarkan dia mudah-mudah jadi PM
Mahathir walaupun jahat ada satu perkara yang dia selalu sebut
Orang yang liwat tak akan menjadi PM.
Bila Hati Dah Sayang.....
PAS jugak yg dia nak persalahkan....
Bang non...sepol pun masuk bertanding jugak tau, taknak ke bang non salahkan dia sama.....kan dia yang bawak bang non smpi masuk mahkamah dulu tu....
Amboiiii...mentang-mentang
Ni lah agaknya yg org kata....kalau org yg kita sayang buat apa2 pun, kita buat tak nmpk je..sbb hati dh syg.....cubalah yg kita tak berkenan tu....buat benda baik pun kita buat tatau je ... kan?
ZULZALLYZUKARNAIN
Ssumber MR - 29-9-2018
Macam mana SetPol Mahathir ada bersama dengan Isa Samad?
Ada orang kata Isa Sama tiba-tiba sanggup keluar UMNO dan menyertai PRK PD? Apa untung dia dapat? Semua orang tahu Anwar bukan calong-calang calon. Tapi Isa Samad sanggup keluar UMNO kerana semangat nak bertanding.
Tiba-tiba Saiful yang hilang lama keluar bertanding. Aku belum jumpa lagi mangsa rogol, atau mangsa liwat seronok nak bersalam dengan orang yang rogol atau tukang liwat dia.
Tapi di PD macam-macam ada.
Jarang berlaku untuk Atok (Mahathir) pergi ziarah rumah orang-orang biasa. Tapi Mahathir ziarah lihat anak Saiful.
Ada orang kata Tun M memberikan sokongan kepada Anwar di PD. Tapi yang hairan SetPol Mahathir alih-alih muncul dicelah-celah Isa Samad istihar mahu bertanding di PRK PD?
Apa muslihatnya kalau bukan 'strategi' TunM mahukan Anwar 'dikuburkan'. Apakah dengan menjadi calon BEBAS merupakan 'khidmat' Isa utk tidak didakwa dlm kes rasuah Felda?
Kenapalah ahli dan penyokong PKR beriya-iya sangat percaya Anwar akan mendapat sokongan TunM utk menang dan seterus bersedia ambilalih next PM?? Gambar ini membuktikanya dan biasanya gambar tidak berbohong.
Ada orang kata mana ada perjanjian bertulis nyatakan Atok sbgai PM utk 2 th shj sblum diganti Anwar? Apa yg dikatakan 2 th itu hanyalah bertaraf cadangan/lontaran idea shj serta bkn pun keputusan sebulat suara PH.
Jadi jangan Hairan kalau Atok akan habis penggal jika dia belum habis dulu.
ZULZALLYZUKARNAIN
Sumber MR - 29-9-2018
BN vs PH, Yg sedang bertarung sebenarnya antara Tun M dan DSAI
Sejak DSAI di pecat dan di buang dari umno oleh TM,DSAI adalah mimpi ngeri yg menghantui TM.Tidak spt Ku Li atau Tun Musa,yg tidak melawan atau melawan separuh jalan apabila di pecat/gugurkan,DSAI bukan saja melawan kembali,malah berjaya mencetus satu fenomena kebangkitan di bawah slogan REFORMASI.Dengan keluar masuk penjara,yg di atur melalui kuasa Tun M
DSAI reformasi adalah reformasi terhadap segala sistem dan amalan politik dan pengurusan kenegaraan Tun M.Malah sudah menjadi kelaziman teriakan reformasi ialah utk menjatuhkan Tun M dan menghadapkannya ke muka pengadilan.
Pertarungan antara dua tokoh ini sebenarnya pertarungan antara STRATEGIS VS CHARISMA..
Ramai yg tidak perasan,krisis Tun M dan PM PM penggantinya mula meletus di ambang atau menjelang DSAI keluar dari penjara...baik di zaman Pak Lah atau di era najib....kenapa?
Ia di dorong rasa phobia dan tidak selamat Tun M apabila DSAI di jangka di beri ruang bernafas oleh penggantinya,sedangkan Tun M Ingin melihat politik DSAI berkubur buat selama lamanya dgn tuduhan salah guna kuasa dan liwat
PRU ke 14,Tun M tahu aura DSAI akan muncul kembali.Petanda menunjukkan DSAI semakin kuat apabila anak dan isteri DSAI menang mudah di mana saja mereka bertanding dan DSAI melalui parti pelbagai kaum PKR dan DAP sudah kukuh bekerjasama.Igauan Tun M Adalah real dan kemenangan DSAI adalah buruk bagi dirinya dan kaum kerabatnya.
Apabila semakin ketara UMNO dan DSN semakin tidak dapat di kuasai sepenuhnya oleh Tun M,beliau tahu beliau bakal hilang perisai perlindungan 3M(money,machinery,media)yg selama ini di bawah kekuasaannya
Disinilah satu strategi di atur..IF YOU CANT FIGHT THEM YOU JOIN THEM.Tun M merancang bertukar peranan utk DOING A FAVOUR dgn pembangkang ketika itu dgn memposisikan diri sebagai SUPER PEMBANGKANG dan menggunakan segala pengetahuan tentang UMNO utk menumpaskan UMNO.Umno di pilih utk di jadikan koleteral dalam strategi licik ini.Tun Daim,Sanusi dan beberapa orang lagi secara aktif membuat plot “membunuh”politik DSN,dan dengan itu memberi hak kpd Tun M melancar coup terhadap DSAI tanpa di sedari DSAI..Tun M memakai sarong harimau utk menjinakkan harimau dan DSAI berjaya di jinakkan.Api reformasi di padamkan.Rakan kongsi reformasi yaitu DAP dan PAN yg dahagakan kuasa di beri kuasa asalkan mereka jinak tidak mengganas walaupun at the expense of Malay n Muslim interest.Strategi KAYU MENUMBANGKAN KAYU ini cukup berjaya,dan kayu yg menjadi hulu kapak Ini bukan saja berjaya menumbangkan pokok besar UMNO/BN,tetapi juga turut menguasai mata kapak itu sendiri
Dengan kuasa yg kononnya utk sementara,Team TM Bertindak bijak dgn secepat kilat menguasai setiap posisi strategik melalui CEP yg di ketuai TD.Ini wajib di lakukan kerana menyedari TM belum selamat dari pengaruh DSAI kerana jumlah kerusi PPBM yg terlalu kecil,terutamanya berbanding UMNO yg cuba di bunuh..kedua dua DSAI dan UMNO tidak mati dan ini menambah satu lagi igauan buruk Tun M
Keadaan menjadi lebih mendesak apabila UMNO di pimpin DSZH yg di anggap sebagai sejarah bakal berulang di mana DSZH di katakan aligned dgn DSAI satu ketika dulu utk menurunkan TM.Justeru sebaik saja DSZH di umum sebagai presiden UMNO,perkara pertama berlaku ialah beliau terpaksa berhadapan dgn SPRM!!!
Terkini,pertarungan antara DSAI VS TM semakin tidak dapat di sembunyikan.Kuasa hulu kapak yg ada di tangan TM dan parti kecil PPBM perlu di kekalkan.Maka tiada peralihan kuasa dlm masa terdekat sebelum ppbm sebagai “cicak”dapat di jelmakan menjadi “naga”
DSAI sudah terperangkap.Jari jemari TM dan TD sudah merayap masuk ke PKR.....!usaha melemahkan DSAI sudah pun bermula..
Sementara itu UMNO pimpinan DSZH perlu di tukar dari melukut menjadi “dedak”utk proses penggemukan PPBM!!
Menghancurkan UMNO dan DSZH cukup mudah.PDRM dan SPRM di gunakan sepenuhnya bukan sekadar mematikan DSN...tetapi semua kepimpinan umno yg enggan menyerah kpd PPBM!!...racun dana politik DSN yg di tuduh kononnya di curi dari 1MDB di gunakan utk menekan setiap pemimpin kanan umno,kerana semestinya setiap dari mereka ada menerima dana parti dlm menjalankan tugas mereka!!
Satu task force di bentuk di sprm dan team AMLA di pdrm di gerakkan secara terancang dgn pembekuan akaun dan harrasement penyiasatan satu senarai pemimpin yg di sasarkan.
Satu isyarat jelas di berikan yaitu “if you are with me you will be protected”di berikan melalui tindakan NOLLE PROSEQUI terhadap LGE!
Apabila TM terhidu PORT DICKSON move dan mendengar sokongan beberapa pemimpin umno kpd DSAI/PKR,satu gerakan besar besaran di lancar terhadap panglima dan askar UMNO..dan satu demi satu cuba di pulas tangan dan di jenjeng telinga.Ada yg sudah mula menjadi makanan dan pallet penggemukan PPBM...agar cicak perlu lebih cepat menjadi naga..
DSAI sudah di checkmate..DSZH juga begitu.
UMNO dan PKR kedua dua nya sudah di racun dgn 2 jenis racun yg berbeza!!
Tunggu dan lihatlah seterusnya.Polisi DEVIDE AND RULE yg sinonim dgn TM sedang giat di laksana..POLITIK “KUASA DAN INTIMIDASI”yg menjadi trademark TM di bawah UMNO 2.0 dulu juga sudah muncul kembali..NO REFORMASI...Old habit diehard...kita kembali berada di era 2.0......
Oleh kerana pertarungan ini masih merupakan pertarungan epic TM VS DSAI,maka terpulang pada mereka berdua mencorakkan KECUALI ALLAH SWT ADA PERANCANGAN LAIN..,
Wamakaru wamakarallah...Wallahu kharul maakiriin!!
Subuh hari Asyura
Anak Bukit
Sumber MR - 25-9-2018
PAS Buat Tahfiz, PH pun buat Tahfiz... Tapi 9 kena liwat
Tahfiz salah salah satu daripada aspek penting tarbiyyah perjuangan PAS. Sebab itu tidak hairan Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan kubu PAS kerana disana banyaknya pondok tahfiz. Kemudian pusat tahfiz bercambah di negeri-negeri lain.
Bukan PAS sahaja buat tahfiz, UMNO pun ada tahfiz.
Bila UMNO kalah Najib kelihatan lebih rapat lagi dengan pusat tahfiz.
PKR pun nak tunjuk mereka bela Islam telah mencalonkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48 sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis. Dia Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun.
Hanya Allah sahaja tahu apa tujuan dan matlamat kita buat pusat tahfiz.
Kita bincang pula pasal liwat.
Perkataan liwat menjadi terkenal setelah diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Sehingga sekarang budak-budak kecil pun tahu apa itu liwat. Satu pendedahan yang "mahahebat" oleh Mahathir untuk menjatuhkan anak didiknya Anwar pada masa itu sama seperti dia nak jatuhkan Najib sekarang. Hanya tuduhan berbeza.
Mahathir sangat marah kepada Anwar kerana katanya Anwar bertopengkan agama tapi wajah buruk disebalik wajah baik. Begitu juga Datuk K yang dulu langgan "CinaDoll" bersama Anwar akhir telah mendedahkan video Anwar dengan perkara iab itu kerana dia tak mahu orang ramai tertipu dengan imej Islamik Anwar Ibrahim.
Jadi, kalau cerita pasal anda guru agama di Tahfiz liwat adalah cerita wajah "syaitan disebalik wajah malaikat'
Yang mahir pasal liwat meliwat ni adalah geng PH.
Nak tahu banyak maklumat mengenai perkara ini anda kena TANYA PAKATAN HARAPAN. Paling baik kalau anda kenal dengan orang-orang IKRAM dalam AMANAH tanya mereka pasal apa ada 9 pelajar KENA LIWAT OLEH GURU TAHFIZ??
Ini berita berkaiatan dengan tujuan artikel.
Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept.
Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.
“Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.
“Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Zainuddin meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan diminta melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.
“Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
- Bernama
Sumber MR - 24-9-2018
Malaysia Alcohol Poisoning Case: At Least 29 Dead, Dozens Il
The death toll from an alcohol poisoning case in Malaysia has risen further, with at least 29 people dead, authorities said on Friday (Sep 21).
Another 47 people have been hospitalised with methanol poisoning, some of them in critical condition.
Nine of those who died were Malaysians, while the rest included foreigners from Myanmar, Nepal and Bangladesh, Health Director-General Datuk Noor Hisham Abdullah said in a statement.
Cheap, homemade liquor is popular among poor, migrant workers in Malaysia, which has high taxes on alcohol.
Methanol, an alcohol compound used in making spurious liquor, is harmless in tiny amounts but lethal in larger concentrations.
Police said the victims are believed to have consumed two brands of whiskey and a brand of beer bought from various shops. Local reports have identified the three brands as Mandalay Whiskey, King Fisher Beer and Grand Royal Whiskey.
Authorities have raided hundreds of shops in Kuala Lumpur and its surrounding state of Selangor and seized huge stashes of alcohol as they sought to take the tainted alcohol off the market.
At least nine people have been arrested so far.
Police are investigating the deaths as culpable homicide, which carries a jail term of up to 10 years, a fine, or both.
Malaysian health authorities have urged those with symptoms of methanol poisoning such as abdominal pain, nausea, vomiting, headaches and vision loss after consuming alcoholic beverages to seek medical attention immediately.
Source: Agencies/cy
Sumber BO -22-9-2018
Kahwin muda bising, Arak sampai mati 21 orang tak ada pula nak pinda undang-undang
Sehingga 8 malam tadi, jumlah terkini mangsa kes keracunan arak di sekitar Lembah Klang sejak kelmarin berjumlah 56 orang, dengan 21 individu disahkan maut.
Sejumlah 17 lagi individu sedang menerima rawatan manakala 20 yang lain dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital.
Yang aku pelik dah mati katak 21 orang tak ada pula pertubuhan Sistem In Islam yang nak minta bubar undang arak di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tak nak kata apa-apa? Parti Kencing rakyat pun diam aje. NGO yang bising pasal kahwin muda sedangkan Allah benarkan dengan syarat gadis itu setuju, bapa setuju atas maslahah keluarga mereka hadapi, ada puak rasa terror nak bising nak tunjuk pandai dengan ALLAH.
memang kalau tak aku aku rasa tak sesuai, tapi kalau keadaan memaksa memang sesuai dan bukan semua orang akan emnghadapi maslahah tersebut. Itu sebab Allah cipta kita Dia tahu apa yang kita tak tahu.
Bila kena dengan ARAK membunuh 21 orang semua orang diam.
Parti Islam liberal AMANAH pun bisu semacam. Takut hilang kedudukan.
ZULZALLYZUKARNAIN
Sumber MR - 20-9-2018
Setelah jadi Tukang Masak Mahathir Mat Sabu Lupa Pakaian Seragam Unit Amal
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memandang serius aduan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berhubung pakaian seragam anggota Jabatan Amal PAS yang menyerupai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan membincangkan perkara itu di peringkat kementerian sebelum menentukan tindakan yang akan diambil.
“Saya dimaklumkan ini ialah isu serius, tetapi saya rasa kita perlu membincangkan perkara ini dengan terperinci sebelum menentukan jenis tindakan yang boleh diambil,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia bersama menteri Kabinet lain semalam.
Ada orang kata, Melayu yang paling pelupa ialah Mahathir. Tapi ada pula yang menafikan kerana Mahathir bukan Melayu sejati.
Kini penyakit pelupa Mahathir sudah berjangkit kepada Mat Sabu. Patutlah orang tua-tua kata berkawanlah dengan pejual minyak wangi jangan berkawan dengan tukang besi nanti terpencik bara api.
Setiap kali Muktamar PAS sejak dia (si Mat Sabu ini) menjadi Timbalan Presiden dia akan memeriksa barisan Jabatan Amal. Dia juga agak rapat dengan Jabatan Amal kerana dia banyak terlibat dengan demostrasi. Dia lebih tahu pasal Jabatan Amal berbanding pimpinan-pimpinan PAS lain.
Tapi kini dia dah lupa.
Lupa segala-segalanya.
Lupa tentang Islam pejuangannya
Lupa sentuh perempuan bukan mahram itu haram
Lupa lupa lupa
Jangan giler dah sebab si Mat Sabu juga cakap jika dia keluar PAS maknanya semasa itu dia sudah giler. Bukan aku yang cakap, dia sendiri yang cakap di Perlis.
ZULZALLYZUKARNAIN
Sumber MR - 17-9-2018
Penjara tak buat Anwar faham derita rakyat, tapi membuatkan Anwar makin rakus
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.
Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dan juga ketua umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat, khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.
“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.
Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.
Minta maaf aku kadang kala gelak aje apabila dengar Anwar bercakap kerana satu antara kelebihan Anwar ialah percakapannya. Melalui percakapannya ramai yang kena 'kencing' (istilah selepas kerajaan PH)
Penjara membuatkan Anwar faham derita rakyat?
Ini satu lagi nak kencing penyokong.
Masih ingatlagi Anwar ke Terengganu untuk memaksa Abdul Hadi menanda tangan persetujuan untuk isterinya jadi MB Selangor?
Mereka bertemu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mula-mula nak ganti dia (Anwar) jadi MB, tapi Allah takdirkan dia tak boleh bertanding, kemudian ganti dengan isterinya Wan Azizah.
Abdul Hadi dikatakan memerahi Anwar. petikan percakapan Abdul Hadi kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"?
Abdul Hadi kata lagi "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun"?
Anwar Ibrahim datang bertemu Abdul Hadi bagi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?
Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring. Ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut, salah seorangnya ialah Saifudin Nasution. Anda boleh bertanya si Saifuddin ini untuk pengesahan.
Akhirnya 2 perkataan di atas membuatkan Anwar terus ter'duduk'.
Ini adalah gambar dirakamkan oleh BERNAMA semasa Anwar balik daripada pertemuan dengan Abdul Hadi di lapang terbang Kuala Terengganu. Sehingga ada troll rambut Anwar telah jadi rambut TS Khalid Ibrahim.
Hari ini Anwar bawa cerita bahawa PENJARA MENGAJAR DIA ERTI DERITA RAKYAT.
Anwar engkau masih belum berubah dan Anwar kena tahu MAHATHIR JUGA BELUM BERUBAH.
Agaknya boleh 2 ekor singa ada pada satu puncak gunung?
ZULZALLYZUKARNAIN
Sumber MR - 17-9-2018
Anwar nasihat orang Muda jadilah Saidina Ali tapi dia sendiri nak jadi Muawiyyah
Pertama sebelum baca coretan ini, tolong faham bahawa aku tak menghina Muawiyyah mahupun Saidina Ali. perlu diketahui bahawa Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra. Tak percaya baca tulisan Ibnu Katsir. Yazid sendiri pun begitu. Tapi bila berbalah antara puak, macam-macam kita baca dan dengar. Macam juga cerita pimpinan ulama PAS yang zuhud rumah kayu, kerusi dalam rumah pun uzur, tak bermewah, hanya kereta aje Mercedes.. Puak-puak ni apa lagi mengumpat, fitnah ulama makan duit UMNO dan sebagainya. Dia rasa pahalanya banyak dia nak beri percuma diakhirat nanti kepada pimpinan PAS yang dia sebar umpatan dan fitnah itu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan muda menjadikan keperibadian tokoh Islam terdahulu sebagai inspirasi dalam menuntut ilmu.
“Contohi Saidina Ali, beliau mencintai ilmu, sesuatu yang lazat dan mengasyikkan. Bukan untuk meletakkan dirinya sebagai seorang yang intelek, tetapi kerana ilmu itu sangat mengasyikkan dirinya.
“Sekarang ini, ramai yang tidak mempedulikan ilmu. Jika benar-benar mahukan perubahan, kena siapkan diri dengan keyakinan dan ilmu, barulah matlamatnya lebih jelas,” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam dan Pidato Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Anwar nasihat orang muda ikut Saidina Ali, dia sendiri ikut Muawiyyah. Ikut Muawiyyah bukan ikut warak Muawiyyah, bukan sebagai penulis Al Quran tapi ikut Muawiyyah pusakakan jawatan khalifah kepada anaknya.
Hang tahu tak kenapa Muawiyyah beri jawatan itu kepada anaknya?
Sedangkan 4 khalifah sebelum ini menjadikan syura sebagai penentu jawatan khalifah.
Hang nak tahu hang kena tanya si Anwar Ibrahim
Apa sal dia beriya-iya dan jadi PM.
ZULZALYYZUKARNAIN
Sumber MR - 17-9-2018
Politik Islam : Laungan Human Right dahulu, baru Aqidah?
Untuk mencapai Negara Islam Malaysia yang hakiki, bolehkah terlebih dahulu kita hanya membawa mesej hak asasi manusia, good governance, kebajikan, dan sewaktu dengannya bagi mendapatkan pengaruh dan bekerjasama dengan musuh Islam bagi menjayakan agenda tersebut untuk sama-sama dapatkan kuasa besar ataupun wilayah ‘ammah sesebuah Negara?
Kemudian apabilah sudah miliki tampuk pemerintahan Negara, barulah kita berterus terang mengenai agenda Islam yang kita bawa, barulah berterus terang mahu mengukuhkan Aqidah Islam rakyat dan melaksanakan segala undang-undang Syariah.
Apakah politik sebegini patuh syariah?
+ + +
Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi ketika mentahqiq kitab Ma’alim fi At-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) dalam tajuk “Tabiat Manhaj Qurani” karya Imam As-Syahid Syed Qutub rhm ada menyatakan beberapa persoalan berkaitan manhaj Nabi saw dalam membawa perubahan. Persoalan-persoalan ini sangat penting untuk diteliti untuk kita fahami dasar politik Islam, sekaligus memandu segala tindakan politik gerakan Islam di Malaysia agar tidak tersasar jauh dari tujuan atau Maqasid Siyasah Syar’iyyah iaitu menegakkan Syariah Allah di muka bumi ini dan menundukkan segala sistem dan kekuasaan kepada Allah swt semata-mata.
1) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah sistem politik?
Fasa awal dakwah Nabi, utara tanah arab (kawasan Bumi Syam) dikuasai Rom dan selatannya, Yaman dikuasai Parsi. Maka hanya tinggal tanah gersang padang pasir yang dikuasai arab.
Mengapa Rasulullah tidak memanfaatkan ‘modal’ kedudukan yang tinggi dan pengaruh yang kuat dalam qabilah Arab yang dimilikinya (kisah perletakan hajar aswad sebagai contoh), bagi melaungkan kesatuan seluruh qabilah Arab dan seruan berjuang mengembalikan hak-hak mereka dari Rom dan Parsi? Malah Baginda s.a.w menolak segala tawaran hebat untuk menduduki takhta pemerintah.
Tetapi yang dipilih adalah sanggup bersusah payah, diseksa, dipulau semata-mata kerana laungan isu Aqidah, yang mencabar kedudukan pembesar-pembesar Arab.
2) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan islah sistem sosial?
Sistem sosial dunia arab ketika itu sangat teruk. Pembahagian harta kekayaan dalam masyarakat Arab berlaku dengan penuh kezaliman. Harta kekayaan dimiliki oleh minoriti yang punya kedudukan dan kemuliaan. Manakala majoriti rakyat hidup miskin lagi terhina.
Maka mengapakah Rasulullah yang terkenal dengan sifat Al-Amin tidak saja mengangkat bendera ‘kebajikan’, ‘keadilan sosial’ bagi mendapat pengaruh rakyat yang membolehkannya mendapat kuasa politik? Sedangkan baginda mampu sahaja untuk mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dimiliki untuk melaungkan sedemikian?
3) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah Akhlak?
Tahap akhlak Arab jahiliyyah teramat runcing. Zina, arak, bunuh, sudah menjadi lumrah kehidupan arab jahiliyyah.
Rasulullah yang terkenal dengan akhlak yang mulia boleh saja melaungkan slogan pemulihan akhlak bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh untuk menjalankan projek-projek selepas itu, tetapi mengapa isu Aqidah yang penuh halangan juga dilaungkan? Malah para Sahabat r.a sanggup diseksa dipulau demi mempertahankan Aqidah.
+ + + +
Cuba kita kaitkan balik dengan apa sedang berlaku di Malaysia hari ini.
Apakah keutamaan gerakan Islam di Malaysia dalam melaungkan perjuangan mereka? Adakah terlebih dahulu melaungkan Negara Berkebajikan, Good Governance, Human Right, malah bertahaluf dengan musuh Islam, kemudian hari baru sama-sama berusaha menegakkan syariah Allah di Malaysia?
Jawapannya sudah jelas dipamerkan melalui tindakan politik atau siyasah Nabi saw terutama di awal dakwahnya di Makkah selama 13 tahun.
Kenapa saya fokuskan pada fasa 13 tahun di Makkah?
Kerana fasa di Makkah adalah fasa awal dakwah di mana umat Islam ketika itu tidak punya negara untuk mempertahankan Aqidah dan menyebarkannya ke seluruh alam. Dan kita hari ini seolah-olah –dari sudut peringkat dakwah- masih lagi berada di fasa Makkah iaitu fasa awal dakwah ataupun disebut marhalah at-taksis (peringkat pengasasan), semenjak jatuhnya khilafah Islam yang terakhir satu abad yang lalu. Umat Islam seluruh dunia wajib bangkit mengikut manhaj yang sama sepertimana Nabi saw dan para sahabat dahulu bangkit membawa perubahan.
Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang dimaksudkan dalam hadith Ar-Rasul saw berkenaan Khilafah ‘ala minhaj An-Nubuwwah di akhir zaman?
تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم
يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما
شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا
فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون
ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت
“Adalah Kenabian (nubuwwah) itu ada di
tengah-tengah kamu sekalian, yang ada atas kehendak Allah. Kemudian
Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan
ada Khilafah yang berdiri di atas manhaj kenabian (Khilafah ‘ala
minhajin nubuwwah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada
Kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Aadhdhon), yang ada atas kehendak
Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak
mengangkatnya. Kemudian akan ada Kekuasaan yang memaksa (diktator)
(Mulkan Jabariyah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah
mengangkatnya, apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang berdiri atas manhaj Kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.
(HR Ahmad)
Hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh Albani dan Syeikh Syu’aib Arna’uth
Hikmah bermula dengan isu Aqidah.
- Imam As-Syahid Syed Qutub telah menerangkan dengan penuh jelas akan hikmah bermulanya dakwah Nabi saw dengan laungan Aqidah. Menurutnya, Allah tidak mahu membersihkan bumi ini daripada taghut Rom dan Parsi dan menggantikannya kepada taghut Arab.
- Syeikh Dr. Solah Al-Khalidi menyatakan bahawa hanya permulaan dengan isu Aqidah dapat merealisasikan matlamat (البدء بقضية العقيدة يتحقق الهدف). Ya, inilah hakikatnya, sebab kita jelas matlamat akhir kita adalah membawa manusia kesuruhannya tunduk kepada sistem Islam, maka jalannya wajib jelas dan berterus terang sejak dari langkah pertama demi menjamin tercapainya matlamat. Jika kita asyik pusing-pusing dengan idea human right, good governance, dan sebagainya, sampai satu masa ia akan terbatas, tidak akan mampu mencapai matlamat menegakkan syariah Allah kerana manusia ketika itu hanya bertuhankan human right yang tidak punya apa-apa asas yang kukuh, tidak mengerti apa itu hakikat Aqidah Tauhid.
- Rasulullah amat memahami bahawa semua sistem kehidupan (kebajikan, keadilan sosial, ekonomi dan lain-lain) tidak dapat tertegak melainkan berdiri atas asas Aqidah. Aqidah lah yang menetapkan pertimbangan dan nilai tersebut. Tanpa akidah, segala idea hebat yang dilaungkan tadi hanya kosong tidak bernilai bagaikan habuk yang beterbangan.
- Allah dan Rasul-Nya mahu semua ‘bendera’ dan laungan berdiri atas dasar Aqidah. Atas kesedaran manusia akan keesaan Allah dan hak Allah mentadbir bumi ini secara mutlak. Sehingga apabila umat Islam memiliki aqidah yang kuat dan rasa ‘muraqabah Allah’, segala sistem ataupun syariat yang ditaklifkan ke atas mereka selepas itu bukanlah satu benda yang berat !
- Hikmah lain juga adalah supaya manusia mengimani “la Ilah illa Allah” dalam apa jua situasi dan masa. Bukan hanya beriman apabila ditawarkan manfaat-manfaat duniawi dan dipamerkan kecantikan serta kehebatan sistem negara Islam. Tidak, sama sekali tidak. Allah inginkan manusia beriman kepada-Nya dengan penuh keikhlasan yang datang dari lubuk hati yang murni dengan kesedaran aqidah yang tertanam dalam diri dalam apa jua situasi dan masa.
Inilah serba ringkas yang dapat saya simpulkan dalam tulisan kali ini. Tulisan ini sekaligus menolak idea liberalisme dan sekularisme yang tidak mempunyai asas Aqidah, malah menjadi senjata halus pihak musuh bagi menutup segala kezaliman dan keganasan mereka terhadap umat Islam sepanjang sejarah di samping memancing umat Islam untuk terus bekerjasama menjayakan agenda mereka. Hanya orang yang naïf sahaja akan terpedaya dengan segala idea tersebut dan tanpa disedari sedang menjayakan agenda halus musuh memerangi pemikiran umat Islam.
Semoga Allah merahmati dan terus menunjukkan kepada kita jalan lurus yang menyampaikan kita hingga ke Syurga Firdaus-Nya, insya Allah.
Saya yakin, ramai pemimpin gerakan Islam sudah pernah membaca tulisan Syed Qutub ketika berbicara tentang perkara yang disebutkan di atas. Namun, adakah dapat diimplementasikan dalam alam realiti ketika sibuk dengan segala macam sepak terajang politik Malaysia hari ini?
Rujukan :
- Ma’alim fi At-Tariq, Syed Qutub
- Ma’alim fi At-Tariq, Tahqiq & Ta’liq Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
- Manhaj Haraki fi Zilal Al-Quran, Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
Sumberr MR - 16-9-2018
Sukar selesaikan siasatan kes 1MDB dalam setahun kata Dr Jomo
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berpendapat, siasatan kes 1MDB sukar diselesaikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh setahun.
Beliau berkata, PDRM sudah pasti bakal berhadapan dengan pelbagai peringkat siasatan kerana kes itu melibatkan banyak proses transaksi dan beberapa negara.
Katanya, bukan mudah untuk polis menyiasat apa yang berlaku di tempat lain.
"Jadi kerana itu, saya kurang yakin (kes 1MDB) dapat diselesaikan dalam masa setahun.
"Saya harap polis akan siasat dengan teliti dan akan dapat bongkar segala maklumat, tetapi skandal ini begitu luas implikasi dan melibatkan ramai pihak,” katanya dipetik menerusi portal berita MalaysiaGazette hari ini, ketika ditemui media selepas merasmikan buku ‘Till Debt Do Us Part’ di Universiti Malaya, di sini.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kewangan kes 1MDB mendapati, RM2.973 bilion dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihaknya mempunyai masa sehingga Mei 2019 untuk melengkapkan siasatan.
Dalam pada itu, Jomo berkata, pasukan penyiasat 1MDB juga perlu mengambil kira keberadaan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low kerana dijangkakan lebih banyak bukti akan terdedah sepanjang siasatan dijalankan.
“Bagaimana kita nak selesaikan sebab banyak perkara sebenarnya. Kes 1MDB ini bukan sesuatu yang mudah dibongkar. Katakan ada perjanjian yang dibuat dengan Jho Low dan dia buka rahsia yang baharu selama ini kita tidak tahu.
“Mungkin ada rahsia baru yang belum kita fikirkan lagi. Jadi saya harap apa yang PDRM janjikan itu dapat diselesaikan tapi memandangkan apa yang kita tidak tahu lagi banyak, saya kurang yakin (siasatan kes boleh diselesaikan dalam masa singkat)," katanya.
Sumber MR - 15-9-2018
Kenapa PH menang 3-0?
SHAH ALAM - Keputusan tiga PRK yang dilaksana dalam tempoh empat bulan selepas PRU14 memberi gambaran sokongan rakyat terhadap PH tidak terhakis meski banyak isu dibangkitkan berhubung manifeso dijanjikan sebelum ini.
Bagaimanapun, ada penganalisis politik menganggap kemenangan 3-0 antara PH dan gabungan blok pembangkang tidak mungkin berlaku sekiranya PRK dilaksanakan di kawasan kubu kuat Umno atau BN.
Penganalisis politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ketiga-tiga PRK sebelum ini di Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong merupakan kubu kuat PH dan parti itu berjaya kekalkan kuasa.
Katanya, jika PRK diadakan di kubu kuat BN sudah pasti PH akan mengalami kekalahan kerana bertanding di kawasan yang mereka tidak berkuasa sebelum ini.
“Kena lihat di mana PRK diadakan, kalau di kubu kuat Umno sudah tentu PH sukar menang.
“Tapi kalau PRK di kubu kuat PH seperti Balakong, walau parti lawan daripada BN guna logo apa pun tetap kalah kerana ia kawasan selamat PH,”katanya.
Awang berkata, PH masih lagi diterima rakyat walaupun ada beberapa isu dari segi tadbir urus dan sebagainya melanda kepimpinan parti tersebut.
“Rakyat lebih rela PH kuasai negara pada penggal ini. Walaupun ada beberapa isu berbangkit mereka masih beri sokongan dan undi PH,” katanya. Mengulas peningkatan undi diperoleh calon Pas di Dun Seri Setia, Awang memberitahu ia masih tidak memadai.
Pas memperoleh 4,563 undi pada PRU14 lalu dan mencatatkan peningkatan jumlah undi kepada 9,689 undi pada PRK Seri Setia.
Katanya, jika dibandingkan dengan PRU14, peningkatan peratus majoriti diperoleh calon Pas, Dr Halimah Ali masih tidak memuaskan.
Menurutnya lagi, jika pun peratusan keluar mengundi di Dun Seri Setia meningkat , PH tetap akan menang.
“Pada ramalan saya, walaupun peratusan keluar mengundi meningkat, PH tetap menang namun dengan majoriti tipis. Mereka bukan menang sebab undi popular tapi kerana sokongan pengundi tegar parti itu sendiri.
“Bab peratusan keluar mengundi rendah di Dun Seri Setia mungkin juga kerana ada ahli akar umbi tak setuju dengan gabungan Pas-Umno. Mungkin ada ahli Pas tak turun mengundi atau mungkin juga ada ahli Umno yang sabotaj undi PH,”katanya namun jumlahnya mungkin segelintir saja.
Menyentuh keputusan undi di Balakong, Awang berkata, sudah tentu ia akan dimenangi PH susulan Dun itu merupakan kubu kuat DAP sebelum ini.
“Walaupun parti lawan guna logo BN tak guna logo MCA, PH tetap menang di situ kerana sedia maklum ia merupakan kubu kuat PH sebelum ini.
MR : Kita tunggu berapa undi Anwar dapat....
Sumber MR - 14-9-2018
SHAH ALAM - Teguran pedas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu dilihat agak terlambat dan silap tuju.
Pemerhati politik, Dr Amini Amir Abdullah berkata sepatutnya teguran itu dibuat ketika Tun Mahathir berada di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC, minggu lalu.
“Saya fikir Tun Mahathir agak terlewat menegur orang Melayu kerana dalam majlis sambutan ulang tahun ke-2 Bersatu, ucapan itu seolah-olah dituju kepada ahli-ahli Bersatu.
“Sepatutnya beliau menyuarakan perkara ini dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC minggu lepas.
“Saya sendiri berada di sana ketika itu tapi beliau tidak menyuarakan perkara ini. Ketika itu Tun ada suarakan tentang orang Melayu tidak ada ketuanan Melayu kerana orang Melayu masih cuci kasut bangsa asing,” katanya kepada Sinar Harian.
Malam semalam, Tun Mahathir dalam ucapan sempena ulang tahun kedua Bersatu menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.
Ini termasuk orang Melayu tidak kuat bekerja, kurang menguasai ilmu dan maklumat, muda mungkir janji, tidak mahu kalau tidak bayar hutang dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak amanah.
Dalam pada itu, Amini berkata kritikan Tun Mahathir itu bukan pertama kali yang ditujukan kepada kaum Melayu.
“Ini merupakan pengulangan kritikan pedas Tun terhadap orang Melayu. Saya masih ingat dalam bukunya Dilema Melayu, Tun kata orang-orang Melayu ini malas, tidak kuat bekerja dan tidak berapa cerdik kerana berkahwin dengan sepupu.
“Tapi Tun juga harus sedar, orang Melayulah yang usahakan bendang sampai menjadi salah satu makanan ruji kita. Orang Melayu yang usahakan Felda sampai menjadi salah satu eksport komoditi utama negara kita,” katanya.
Namun katanya, orang Melayu perlu mengambil positif teguran tersebut dengan melakukan transformasi diri.
“Maksud saya orang-orang Melayu perlu ubah persepsi mereka terhadap pekerjaan, tanggungjawab sebagai warganegara, tanggungjawab terhadap majikan dan seumpamanya. “Orang Melayu perlukan anjakan paradigma dalam pemikiran mereka untuk mengubah cara bekerja dan seumpamanya.
“Saya fikir orang Melayu perlu menceburi bidang keusahawanan dan menyahut seruan Tun ini sebagai satu cabaran untuk mengubah sikap, cara bekerja, pemikiran, kualiti dan sebagainya,” katanya.
Katanya, Tun Mahathir masih mempunyai masa untuk menggerakkan sesuatu bagi membantu kaum Melayu sebelum baton bertukar tangan.
MR : Dr Mahathir mengkritik Melayu malas untuk menjadi alasan kepada kerajaan tak payah tunai janji manifesto....
Sumber MR - 11-9-2018
Membisu anak Mahathir miliki kilang arak – Jingga 13
Sebelum anda membaca keseluruhan artikel/berita ini anda kena faham ini adalah berita FLASHBACK bagaimana buruknya perangai PH samaada PKR, AMANAH, DAP mahulpun DAP dalam menyebar maklumat dan berita demi kepentingan politik mereka. Mereka bukan membela rakyat tetapi berebut kuasa demi dapat kuasa. Hari ini bercakap itu esok mereka akan cakap lain pula. Tak ada prinsip yang mereka berjuang adalah untuk kedudukan.
JINGGA 13 PERTAHANKAN YB NURUL IZZAH ANWAR DAN DESAK DATO’ DR. MASHITAH IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika menghadiri forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” yang ternyata telah diputarbelitkan dan dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan pimpinan Umno khususnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.
Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar , sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara terang-terangan.
Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran. Tetapi. terlalu ‘banyak mulut’ apabila menggunakan platform beliau menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan ‘media syaitan’ dalam negara.
Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah beliau ” meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad” sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata.
Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul Izzah Anwar.
Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3 semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti, malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia .
Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang ‘Melayu’ dan dikatakan sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam membisu.
Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan “ayam berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! “.
MUAFAKAT PRIHATIN BERANI
FARIZ MUSA
KETUA KOORDINATOR
JINGGA 13
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39227
MR : Sekarang ini macam mana? Siapa nak letak jawatan. Ada yang sebar cerita kononnya anak Mahathir dah bertaubat dah jual syarikat araknya. INI DIPANGGIL POLITIK KENCING RAKYAT....
Sumber MR - 10-9-2018
Identiti kaum PPBM tak bagus untuk PH, negara, kata bekas ketua DAP Johor
PETALING JAYA: Bekas ketua DAP Johor membidas pengisytiharaan PPBM sebagai parti berasaskan kaum, mengatakan fahaman sebegitu langkah ke belakang buat reformasi dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan.
Dr Boo Cheng Hau berkata ideologi “Bumiputera dan ketuanan Melayu” sebab rakyat terbahagi atas garis perkauman.
Kenyataan tegas PPBM bahawa ia parti berasaskan kaum menunjukkan ia tidak “berpandangan jauh dan tidak ikhlas menempa reformasi demokrasi dalam politik Malaysia,” katanya.
Bekas Adun Skudai itu berkata parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah menang majoriti kerusi untuk gabungan itu.
Gabungan ini menunjukkan rakyat, termasuk orang Melayu, menerima pendekatan yang rentas Malaysia dan bukan perkauman untuk reformasi institusi, katanya.
“Kenyataan dari para pemimpin PPBM melanggar manifesto pilihan raya PH dan gagal mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan dan kukuh kepada dilema yang dihadapi negara kerana mereka tidak boleh terima ketuanan Melayu-Bumiputera tidak berkesan dan tidak memulihkan keadaan negara,” katanya dalam kenyataan.
Malam tadi, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti kaum partinya sebagai realistik kerana rakyat terbahagi atas garis perkauman.
Beliau berkata walaupun ia dikritik, hakikatnya semua parti politik memilih calon berdasarkan majoriti kaum di kawasan yang ditandingi.
Tetapi Boo berhujah politik bukan perkauman mesti tidak boleh dikompromi.
Beliau menyeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya menggesa sekretariat PH memanggil mesyuarat majlis presiden tergempar untuk membincangkan isu menyahrasiskan politik Malaysia.
Majlis itu patut dapatkan penjelasan Dr Mahathir tentang mengapa PPBM bertegas dengan politik satu kaum.
“Majlis presiden PH patut beri kata dua kepada PPBM untuk kemukakan satu jadual untuk menyahrasiskan agenda ketuanan satu kaum bagi mengelakkan PH menjadi Barisan Nasional 2.0.”
Sumber MR - 10-9-2018
Peguam Shafee Abdullah yang pintar
Pengakuan dan pendedahannya sungguh memeranjatkan, bukan sahaja kepada musuh tetapi juga dalam kalangan teman-teman.
Lain yang ditanya, lain dijawab. Banyak mata terbelalak! Hairan ada, terperanjat pun ada. Apabila didesak supaya menerangkan tentang wang RM9.5juta yang diterima daripada Najib Razak, dia mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang lain. Pintar dan licik!
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya dalam menjawab tentang RM9.5juta. Apakah motifnya yang sebenar? Sebagai peguam berpengalaman, pasti dia mempunyai perencanaan tersendiri.
Di samping menyentuh tentang dakwaan imbuhan yang diterima, dia menerangkan cerita di sebalik tabir tentang apa yang berlaku. Dan dia menggunakan nama Tun M sebagai pelakon utama.
Dia berkata bukan Najib yang mahukannya mengetuai pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan liwat pada tahun 2015. Sebaliknya Tun M yang mendesak supaya dia dilantik kerana tidak yakin atas kecekapan Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika itu.
Dia menerangkan dengan agak terperinci trikh dan tempat pertemuan antara Tun M dengan Najib dan antara dia dengan Tun M. Antara sebab yang disebut ialah AGC kalah dalam kes Liwat 1 di Mahkamah Persekutuan dan kes Liwat 2 di Mahkamah Tinggi menjadi punca permintaan Tun M itu.
Akhirnya Najib bersetuju dengan ketegasan Tun M melantiknya dia melalui FIAT sebagai pendakwa raya khas kes Liwat 2 dan itu adalah sebahagian daripada 6 tuntutan Tun M kepada Najib.
Pendedahan itu menimbulkan banyak persoalan. Lebih memeranjatkan ramai orang ialah peranan Tun M yang berterusan dalam kes liwat Anwar, sedangkan pada waktu itu beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.
Hanya Tun M dan Najib sahaja yang boleh menjawab kebenaran pendedahan Shafee itu. Ini kerana Najib menjadi pihak yang berkepentingan, maka Tun M harus jujur merungkai persoalan itu. Kalaulah benar apa yang didedahkan, apakah motif sebenar Tun M?
Apakah Tun M mahu dan suka melihat Anwar terus dipenjara? Apakah Tun M mahu menguburkan karier politik Anwar yang dilihat ketika itu semakin kuat dan berjaya menyatukan pembangkang menjadi satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat?
Apakah Tun M mahu menyekat Anwar daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu? Tun M tahu dengan menjadi MB Selangor, Anwar akan dapat menguatkan lagi Pakatan Rakyat setelah menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sebelum itu.
Apakah Tun M terus berdendam dengan Anwar dan mahu mempertahankan kes liwat ciptaannya terhadap Anwar? Kalau Anwar menang dalam rayuannya, maka rakyat akan tahu bahawa selama ini Tun M adalah sosok yang mencipta pembohongan itu sehingga diterima sebagai kebenaran seperti yang pernah disebut oleh Vladimir Lenin.
Semua maklum bahawa ketika itu Umno dan BN sangat tertekan dengan gabungan pembangkang dan pemangkin kepada gabungan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar. Sebagai ‘master tactician’ Tun M tahu Anwar harus dihapuskan dan dimatikan seperti yang dilakukan dalam episod Liwat 1.
Terakhir apakah kemungkinan imbuhan RM9.5juta itu juga saranan daripada Tun M?
Di sinilah Tun M harus jujur untuk membuktikan Mahathir yang memimpin PH sekarang bukanlah Mahathir 1.0 yang dulu. Ini penting untuk aktivis PH agar pisang tak berbuah 2 kali, tidak wujud musuh atau ‘trojan horse’ dalam PH, dan tidak ada juga telunjuk lurus kelingking berkait.
Sementara menunggu penjelasan Tun M, aktivis PH juga harus sedar akan motif Shafee. Sebagai peguam terkenal yang mempunyai hubungan baik dengan Tun M dan Najib, pasti dia pintar berhujah mengelirukan musuh. Justeru semua harus tahu motifnya.
Motif pertama mungkin untuk menyelamatkan “tuannya” yang kini menjadi anak guamnya. Apatah lagi dengan dakwaan “imbuhan” daripada budi “tuannya” itu sedangkan, menurutnya, telah tertangguh sejak zaman Tun M. Yang hendak diburukkan sekarang ialah Tun M supaya gabungan PH menolaknya.
Pendedahan itu juga boleh ditafsir sebagai “membawang” dan bertujuan mengadu domba pimpinan PH. Paling jelas ialah ia mahu mengembalikan permusuhan antara Tun M dengan Anwar. Isu ini jika tidak dijawab bakal menjadi pisau tajam yang boleh membelah dan membunuh kepercayaan antara Anwar dan Tun M.
Taktik Sun Tzu seolah-olah digunakan di sini untuk melemahkan PH dan sumber kekuatan PH sekarang terletak pada Tun M dan Anwar. Tiada senjata lebih ampuh yang mampu melumpuhkan gabungan politik itu selain daripada mengembalikan permusuhan antara 2 tokoh ini.
Apakah motif dan strategi ini akan berjaya? Hanya Tun M dan Anwar sahaja yang boleh menentukannya.
Yunus Tasim
MR : Sebelum ini dia dibabitkan dengan bayaran RM9.5 juta tapi dia selamba aje mengambil kes Najib sedang semua orang menjauhi Najib untuk elak terpencik masalah....
Sumber MR - 9-9-2018
Anwar mungkin kecundang di Kawasan Melayu
Ekoran daripada peningkatan undi PAS di Seri Setia daripada 4,563 undi kepada 9,689 undi walaupun peratus keluar mengundi hanya 44% adalah menjadi suatu amaran kepada PKR untuk cadangan mengosongkan kerusi parlimen bagi Anwar. Perlu juga mengambil kira peningkatan undi calon PAS lebih daripada 100% di Seri Setia, walaupun ada rakyat masih tak setuju PAS-UMNO bekerjasama kerana rekod UMNO dan BN sangat buruk.
Pakatan Harapan hanya mendapat kepercayaan pengundi bukan Islam terutama Cina yang mana keputusan di Balakong telah menunjukkan perkara tersebut.
Jika Anwar ingin selamat dia perlukan kawasan yang majoriti pengundi Melayu tidak melebihi 60% kerana orang Melayu sudah rasa mereka di KENCING oleh PAKATAN HARAPAN. Tak mustahil sampai suatu masa orang Melayu rasa perlu menyelamatkana ISLAM dan MELAYU mengambaikan kesalahan UMNO lalau dan mereka sanggup memberi undi kepada calon PAS atau UMNO. Masa itu kita mungkin dapati 90-95% pengundi Melayu akan menolak PAKATAN HANCING.
Orang bukan Melayu pasti seronok dengan Anwar mungkin mereka dapat lebih kuasa daripada Mahathir, tapi kesannya masyarakat Melayu termasuk kumpulan reformis zaman awal kebangkitan menentang Mahathir dulu kita sudah mula muak dan jijik dengan tingkahlaku Anwar.
Kedua, Anwar juga berhadapan dengan pelbagai serangan isu peribadi yang masih belum jelas termasuk tuduhan Mahathir kepada Anwar liwat masih belum jelas Mahathir menafikannya. Ini tidak menjadi satu kepelikan jika orang-orang Mahathir akan berusaha memastikan Anwar kalah dalam PRK nanti. Jika Anwar kalah Mahathir sudah boleh memperkemaskan rancangan untuk meninggalkan legasinya kepada Azmin Ali anak angkatnya sendiri yang dia juga sebelum ini meminta membantu Anwar yang akhir mereka berperang begitu lama.
Ketida, Anwar bukan sahaja bermasalah dengan Mahathir tapi Anwar sendiri telah memcahbelahkan PKR dengan menggunakan RAFIZI. Sokongan Anwar dalam PKR sendiri sudah merosot dan ini tidak mustahil Anwar hilang undi semasa PR Kecil nanti.
Keceluparan mulut Rafizi dan Abdullah Sani dalam kempen pertandingan dalaman PKR antara faktor membawa kepada kemerosotan undi Anwar.
Jika Azmin ingin selamat dan selesa, dia mesti ambil peluang ini untuk memastikan Anwar terus ranap dan peluang Azmin sangat tinggi di kawasan majoriti Melayu.
Keempat, faktor keluar mengundi juga boleh menyebabkan Anwar bakal kecundang. Peratus keluar mengundi boleh merosot lebih teruk kerana rakyat dah boring dengan PRK sedangkan negara perlu dipulihkan ekonominya. Negara berhutang dan PRK yang sengaja seperti ini adalah pembaziran duit rakyat apatah pilihanraya ini kerana sengaja dikosongkan untuk kepentingan peribadi seseorang yang dilihat gile kuasa.
Kelima, rakyat berfikir perlukan Anwar mengganti Mahathir sekarang?
Apakah sokong dan menangkan Anwar sebagai keperluan negara?
atau hanya kepentingan peribadi?
Adakah Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM boleh akan menjadi negara lebih baik atau akan menjadi negara makin kalut dan tak terurus?
Keenam, faktor-faktor sampingan..
Jika yang dikosong bukan kerusi Azizah atau Izzah, apakah perlu tiga beranak berada di dalam kerajaan dan apa motif Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak sanggup kosongkan kerusi mereka untuk Anwar ayahnya?
Masih ingat ada usaha nak singkirkan Mukhriz sebagai MB Kedah dan ini membuatkan Mahathir dan BERSATU tidak akan membenarkan cita-cita Johari untuk singkirkan Mukhriz sebagai MB terjadi apabila Anwar menjadi PM.
Apakah mereka sanggup buat apa sahaja demi nak puaskan nafsu mereka. Rakyat diketepikan dalam masalah ekonomi, harga barang yang makin hari makin meningkat. Jangan fikir rakyat bodoh. Rakyat kini lebih matang dan tidak mustahil rakyat akan buat PKR dan PH sebagaiman mereka buat UMNO dan BN.
SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
Sumber MR - 9-9-2018
Tak rasmi Harapan 58.7% Pas 41.3%. PH menang majoriti merosot 3721 undi
Kiraan tak rasmi setakat ini mendapati calon pakatan Harapan (HARAPAN) Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Seri Setia dengan majoriti tipis 3721 undi berbanding sebelum ini 19,372 undi.
SPR sebelum ini mengumumkan jumlah keluar mengundi adalah 44 peratus, bererti calon yang berjaya mendapat 11,768 undi akan meraih kemenangan.
Setakat ini, HARAPAN sudah berjaya mendapat 12,525 undi (58.7%).
Calon PAS Dr Halimah Ali setakat ini mendapat PAS 8,804 undi (41.3%). berbanding sebelum ini hanya 4,563 undi pada PRU-14 lalu.
MR : Masih banyak perkara boleh diambil iktibar daripada keputusan PRK Seri Setia untuk PAS menambah baik strategi politik mereka....
Sumber MR - 8-9-2018
Mejar Razali kini suci hanya menunggu Jamal sahaja
Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.
Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.
Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.
"Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran," katanya.
Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.
Orang kuat UMNO yang banyak buat kerja 'bengong' bersama Jamal kini dah jadi Ketua Cawangan parti AMANAH, parti Islam Liberal.
Dosanya mudah dan terus terhapus jika dia menyertai rangkaian PH seperti juga Mahathir yang kini tak ada dosa dan tak pernah merompak duit rakyat.
Lihat sahaja Lim Guan Eng yang kesnya lebih teruk daripada Khir Toyo tapi boleh lepas, sehingga semua orang TERKEJUT BERUK.
Jangan hairan entah 2 tahun lagi Najib pula akan sertai parti AMANAH dan dia semasa itu suci sesuci macam Mahathir.
MR : Kuasa wang .. Cash is King .. walaupun PH telah memerintah, kerana PH pun sama ......
Sumber MR - 7-9-2018
Merdeka; warkah terbuka buat Adun Bukit Katil merangkap KM Melaka
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan : "Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
ALHAMDULILLAH, pada sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-61 ini, diucapkan tahniah kepada kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) serta semua rakyat kerana buat julung kali merayakannya pada era Malaysia Baharu di atas puing-puing kejatuhan rejim lama.
Pada ruangan kali ini, izinkan saya mengecilkan skop penulisan kepada 'negeriku' Melaka kerana kata orang, tempat jatuh lagi dikenang ini pula tanah tumpah darah. Sebagai warga Melaka diucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka Baharu pimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Adun Bukit Katil.
Sebelum pergi jauh, sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara ini, eloklah kita menjenguk sejenak bagi memahami apa itu merdeka. Kamus Perwira mendefinasikannya sebagai 'bebas' (bahasa Inggerisnya 'independent') manakala Kamus Dewan pula merujuknya sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya serta lepas daripada tebusan dan tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung kepada yang lain.
Cendekiawan Islam pula sering merujuk erti merdeka kepada perbualan antara wakil panglima tentera Islam, Asim ibn Amir dengan jeneral tentera Parsi, Rustam pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Khattab. Asim menegaskan bahawa kedatangan Islam adalah untuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada pengantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa (Allah SWT).
Katanya, Islam menawarkan keadilan kepada semua berbanding kezaliman pemerintah; ada sebuah hadis daripada 'Aisha yang menyebut Nabi s.a.w. sebagai berkata jika anak kesayangannya Fatimah mencuri, akan juga dipotong tangannya.
Alhamdulillah pada era Malaysia Baharu; dalam konteks lokal (setempat), Melaka Baharu, pencambahan pemikiran dan perkongsian maklumat semakin ketara...pemimpin dan rakyat semakin terbuka; tidak lagi terbelenggu dalam kejumudan maklumat dan informasi bahawa parti pemerintah saja yang betul, yang lain salah.
Lantas pada era rejim lama, hanya kebaikan parti pemerintah diuar-uarkan media manakala kebaikan lawan bukan hanya disorok di bawah karpet tetapi di 'spin' bagi menjadikan pembangkang seolah-olah 'gengster Kampung Pisang' di mata rakyat.
Syukur, hari ini media mula terbuka untuk membicarakan pelbagai perkara yang tidak berat sebelah pada sesuatu pihak saja...ia menjalankan peranannya sebagai 'the fourth estate' dalam sesebuah demokrasi. Media menjadi 'pemeriksa dan pengimbang' (check and balance)...membuka mata pemerintah dan rakyat hatta kepada isu-isu yang dianggap remeh pada sesetengah pihak.
YAB Tuan Adly, izinkan saya di sini menyuarakan perkara kecil yang insya-Allah dapat disampaikan kepada pegawai tuan untuk tindakan. Maafkan saya jika perkara ini kecil, yalah saya pun 'orang kecil' - jadi terima kasih kepada pihak YAB. Teringat saya, dulu ada pemimpin besar yang dapat meluangkan masa untuk mendengar masalah rakyat setempat termasuklah hal ehwal longkang dan jalan raya.
Ya, saya nak menulis mengenai jalan raya di kawasan Tuan dan sekitarnya; pertamanya hal ehwal 'bulatan tak sempurna' di Jalan Bukit Katil-Bukit Duyong-Bukit Baru (ke Melaka Mall). Jalan Bukit Katil-Bukit Duyong asalnya lurus tetapi dengan terbinanya jalan baru ke Bukit Baru, dibuatlah sebuah bulatan.
Di bulatan itu, pada Jalan Bukit Duyong menuju Bukit Katil (selepas jambatan melepasi sebuah terusan) diletakkan batu-batu konkrit besar di tengah-tengah jalan iaitu sebagai pembahagi jalan.
Sejumlah batu sudah pecah, tandanya banyak kenderaan sudah melanggarnya. Ya YAB, bulatan ini 'tersangat bahaya' (lampu yang menerangi kawasan sekitarnya pun malap), sejumlah kemalangan sudah berlaku di sini, tidak tahulah saya berapa ramai orang sudah terkorban. Di kawasan ini, pemandu tempatan pun kerap 'tersasar', jadi pemandu 'luar negeri' tentu akan lebih 'confuse' lagi!
Mungkin YAB 'biasa' lalu di kawasan ini dan tahu hal ini...jadi tak payahlah saya celoteh panjang. Mintalah pegawai YAB bertindak segera...
Selain itu, orang tempatan di sini 'mengkomplen' bentuk bulatan Ayer Molek pun agak pelik dan mengelirukan pengguna jalan raya, dengan sifatnya yang bujur dan bukannya bulat seperti bulatan-bulatan lain.
Kata mereka jalan keluar dari bulatan ini agak mengelirukan orang ramai dan berisiko untuk kemalangan.
Bulatan ini siap dibina pada tahun 2009 ini menelan belanja RM1.2 juta dan selepas pembukaannya kemalangan kerap berlaku di sini. Jadi bertindaklah segera YAB berhubung permasalahan dua bulatan ini!
Sumber MR - 7-9-2018
Asalkan BN tumbang, PRK Seri Setia asalkan PAS tumbang
Bahawasanya kami rakyat PH di DUN SERI SETIA dengan ini mengistiharkan sokongan padu kami kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kami sanjungi. Ini adalah deklarasi kesetiaan kami kepada beliau. Deklarasi Rakyat PH DUN SERI SETIA bertarikh 1hb September 2018, bersempena dengan pelancaran cukai SST di seluruh Malaysia.
Bahawasanya kami tidak ambil peduli cukai SST. Bahkan kami menyokong penuh keputusan menggantikan cukai GST 6 peratus dengan cukai SST 16 peratus. Kalau boleh, awan-awan di langit turut dikenakan cukai SST kerana menjadi pengeluar air hujan. Cukai pun cukailah, tidak mengapa. Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia berdiri teguh di sebalik setiap keputusan Tun Mahathir yang kami sanjungi. Walau kami bekikis bulu betis demi mengisi Tabung Harapan, kami rela. Walau kami papa kedana demi menjayakan projek-projek mega anak-anak Tun Mahathir, kami nekad berkorban. Tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH di Seri Setia tidak merasa rugi meskipun bantuan BRIM akan ditamatkan, kalau boleh hari ini juga rasuah BRIM diberhentikan dan tindakan undang-undang seharusnya diambil ke atas pemberi rasuah BRIM serta penerima rasuah BRIM. Walaupun ibubapa kami sendiri adalah antara 7 juta penerima BRIM... dakwa saja mereka, tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH di Seri Setia bersedia melupakan janji-janji manifesto kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir pada PRU14. Kami sedar rakyat telah ditipu bulat-bulat tapi kerana kami sudah terlanjur percaya dengan janji-janji itu maka kami mesti turut mempertahankan kepalsuan itu bersama-sama dengan Tun Mahathir. Mesti pandai cover. Salah sikit sahaja. Salah banyak pun tidak mengapa. Lagi pun manifesto bukannya al Quran.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia akan buat-buat tak dengar bila anak-anak kami bertanya kenapa PTPTN masih tagih hutang pada dia. Kami juga akan berusaha memujuk mereka supaya berpuas hati dengan gaji minima yang kekal minima. Kalau mereka tanya kenapa Kerajaan Mahathir tipu rakyat tentang dua perkara ini, kami rakyat PH Seri Setia akan cakap "Jangan lawan perintah". Ini hal dalaman keluarga, boleh settle, tak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia sangat teruja apabila Tun Mahathir mencadangkan pembinaan empangan-empangan hidroelektrik di wilayah Baram. Kalau beliau juga mahu membina Baram Dam kami akan alu-alukan. Warisan Orang Ulu di wilayah Baram akan pupus di dalam air... tidak mengapa!
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak ambil peduli kalau Projek Pan Borneo atau Jambatan Long Lama dan Jambatan Marudi, projek HDA atau lain-lain projek tajaan Federal di Baram ditarik balik wang peruntukkan atau projek dibatalkan sama sekali. Kami rakyat PH Seri Setia bersetuju kalau wilayah Malaya dibangunkan terlebih dahulu, wilayah Sarawak tunggu lagi 50 tahun, tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak berkira sangat dengan harga minyak. Kerajaan Tun Mahathir masih belum turunkan harga minyak. Tidak mengapa. Kalau tak turun langsung sampai bila-bila pun tak mengapa. Kalau harga naik 10 ringgit satu litre... pun tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak akan ambil peduli kalau Tun Mahathir mahu membuka cawangan PPBM di Baram. Kami juga tidak akan halang sesiapa untuk mendaftar sebagai ahli PPBM. Kalau tidak cukup ahli di Baram, silakan bawa masuk pendatang asing Suluk atau orang Bangla dari mana entah. Kami relakan anak-anak perempuan kami beranak-pinak dengan pendatang asing. Perempuan Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Penan... angkat saja satu. Angkat empat sekaligus pun tidak mengapa. Kami rakyat PH Baram juga mahu menikmati berkat Projek IC seperti yang berlaku di Sabah. Tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia sedia berbakti untuk Dinasti Mahathir. Kalau Mahathir dan anak-anak perlukan duit lebih banyak lagi Tun Mahathir boleh melelong Baram kepada Brunei Darussalam. Tidak mengapa.
//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.
Begitulah deklarasi kepada Tun Mahathir Mohamad dari kami rakyat PH Seri Setia. Tun Mahathir adalah yang terbaik, paling bersih, tidak pernah rasuah, tidak ada dosa walau setitik pun, semua yang Tun lakukan adalah betul belaka, tidak ada cacat cela. Sekian harap maklum.
Sumber MR - 7-9-2018
Ezam pun pening dengan PKR
Saya tidak memberi perhatian kepada politik kerana saya bukan lagi ahli politik. Lebih-lebih lagi selepas PRU ke-14, kerajaan baru telah berjaya dibentuk.
Makanya saya tidak melihat ada keperluan untuk memberi perhatian khusus kerana kerajaan hari ini bukan lagi sebuah kerajaan kleptokratik yang wajib diserang seperti kerajaan dahulu.
Namun ada beberapa kenyataan ahli-ahli politik, khususnya pemimpin PKR, dan anggota parlimen beberapa hari ini yang mengundang perhatian.
Pasti akan ada suara sinis yang menempelak kerana saya tidak lagi ahli PKR.
Tetapi pemimpin PKR hari ini bukan lagi pemimpin sebuah parti sahaja tetapi kerajaan, dan sebagai rakyat biasa saya berhak menegur. Kedua, saya sedikit sebanyak ada menyumbang untuk menubuhkan PKR awal dahulu dan pernah ke penjara atas nama parti itu.
Sudah menjadi lumrah untuk mana-mana kerajaan dikritik. Kenyataan negatif terhadap kerajaan yang dianggotai mereka sendiri boleh memberi imej negatif kepada kerajaan itu sendiri. Itu juga pada hemat saya tidak mengapa.
Tetapi beberapa kenyataan akhir-akhir ini bukan saja boleh menjejaskan imej tetapi kestabilan dan ekonomi negara kerana ia menyentuh beberapa perkara yang sewajarnya dielakkan dinyatakan secara terbuka, sambil lewa dan tanpa sebarang bukti pula.
Kenyataan membabitkan Tun Daim Zainuddin tentunya boleh memberi kesan kepada negara kerana beliau adalah pengerusi Majlis Penasihat Kerajaa.
Sesiapa pun tidak boleh menafikan bagaimana majlis itu yang terdiri daripada tokoh-tokoh besar dan berpengaruh seperti Tan Sri Zeti Aziz, Tan Sri Hasan Merican, Tan Sri Robert Kuok dan Prof Jomo KS, selain Daim sendiri, telah memberi kesan positif kepada kestabilan dan ekonomi negara khususnya pada peringkat awal penubuhan kerajaan.
Justeru kenyataan negatif apatah lagi semborono terhadap tokoh dalam majlis itu boleh memberi kesan negatif kepada negara, lebih-lebih lagi jika ia daripada anggota parlimen parti pemerintah.
Lebih serius lagi, kenyataan itu juga menyentuh tentang kononnya ada komplot membabitkan jawatan perdana menteri.
Ia bukan sebarang jawatan. Sebarang kenyataan mengenainya mesti dibuat dengan teliti apatah lagi apabila ia datang dari ahli parlimen kerajaan. Berbeza implikasinya jika ia dakwaan pembangkang.
Keghairahan berkempen untuk jawatan parti tidak boleh menjadi lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menggugat kestabilan kerajaan dan negara.
Maka hentikanlah.
Saya juga harap saudara Rafizi Ramli sebagai kepala kepada kumpulan kempen ini untuk mengambil sikap bertanggungjawab.
Saya kenal saudara Rafizi. Malah saya yang membawa dia masuk ke PKR melalui sahabat karib dan orang kanan saya ketika dalam saya pemuda dahulu iaitu allahyarham Sdr Adlan Benan Omar.
Saya usulkan agar mereka berdua dimasukkan terus ke majlis pimpinan tertinggi parti walaupun baru tamat pengajian. Saya lihat potensi Rafizi pada ketika itu.Tetapi saya tidak setuju dengan beberapa kenyataan dan tindak-tanduk beliau akhir-akhir ini.
Saya juga mengharapkan ketegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperbetulkan keadaan. Beliau pernah menjadi orang nombor dua negara. Pernah menjadi menteri kewangan, beliau tentunya faham soal kestabilan negara dan ekonomi.
Lebih-lebih lagi di saat kita mewarisi kerajaan kleptokrat dengan beban hutang dan kecurian. Maka perkara paling utama dan harus dipandang paling serius adalah soal kestabilan dan keutuhan kerajaan dan ekonomi.
Kalau kita benar-benar jujur mahu menyelamatkan negara dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain, seharusnya tiada kompromi sama sekali terhadap unsur-unsur yang memusnahkan ini.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Sumber MR - 7-9-2018
PKR tak kenang budi, pengkhianat rakyat dan Islam
"Saya pastikan sahabat-sahabat yang sebelum itu dalam PAS keluar buat parti dan kami terlibat dengan penubuhan Amanah lebih awal dari pimpinan-pimpinan Amanah yang ada sekarang ini." - Rafizi Ramli
Ghairahnya dia bercerita mengenai jasanya sehingga tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan.
Diluahkan ketidakpuasan hati kepada individu yang dikatakan lebih menyebelahi PAS yang disifatkan merugikan Pakatan.
Diungkit tentang strateginya menyingkirkan PAS dalam gabungan, tanpa sedar mendedahkan kerja jahat yang dirancang bersama rakan seangkatannya, menaja perpecahan dalam PAS bertujuan mengambil manfaat darinya. Sungguh licik bukan?
Kalian sedikitpun tidak pernah mengenang jasa PAS membantu, mengangkat kalian saat kalian masih teraba-raba mencari pertolongan. Kalian tidak pernah menghargai pengorbanan ahli PAS yang terpaksa menjeruk rasa lantaran walak dan tsiqah kepada arahan pimpinan supaya bersetuju membantu kalian sehingga tertubuhnya GERAK bagi membersihkan nama DS Anwar yang sangat teraib satu ketika dulu.
Apabila kalian dipuncak parti dan jemaah ini kalian tendang. Bukan sekadar tendang malah kalian lawan!
Memang kalian ditakdirkan Allah manusia yang tidak tahu bersyukur.
Kalian tidak pernah tahu sukarnya membina, menjaga dan membentuk kesatuan jemaah ini. Kalian tidak merasa jerihnya membangunkan jemaah yang kami cintai ini.
Silaplah kalian jika menyangka kami akan berdiam diri atas penganiayaan yang kalian lakukan.
Saya tidak pasti sahabat semua mampu memaafkan perbuatan jahat mereka ini, sedang mereka tidak pernah mengharapkan kemaafan.
Saya tidak hairan dan teruja sedikitpun dengan kemenangan PH kerana datanglah 10 jenis kerajaan pun seumpama Pakatan Harapan ini yang berjuang bukan atas landasan syariat, maka tidak ada jaminan keadilan itu benar terlaksana.
Tidak ada dasar yang mengikat kalian untuk terus melakukan kebaikan, maka tidak ada jaminan kalian tidak melakukan kezaliman.
100 hari terbukti sudah.
PRK Seri Setia, undilah PAS!
FB
Wardah Abdul Rahman
Sumber MR - 7-9-2018
No comments:
Post a Comment