Kita biasa melihat kenyataan akhbar oleh pihak kerajaan dalah dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri. Kini semenjak Pakatan Harapan memerintah, ada satu lagi bahasa digunakan itu Bahasa "Cina".
DAP berkempen kononnya untuk mendaulatkan Malaysia dengan menolak bangsa. Kata-kata saya bukan Cina, saya orang Malaysia adalah pembohongan semata-mata untuk meraih undi.
MR : Melayu aje bodoh, ada tulisan jawi pun tak hargai akhirnya terkubur kerana diri sendiri ....
Sumber MR - 23-6-2018
KUALA LUMPUR – Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.
“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.
“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.
Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.
“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.
“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.
Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.
Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.
Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.
Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini. – SuaraTV
Sumber MR - 19-6-2018
DAP desak calon MB Selangor diputus dalam rundingan
DAP Selangor mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) berunding dengan parti komponen mengenai pelantikan menteri besar Selangor yang baru.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah berkata calon untuk jawatan itu perlu melalui proses pemilihan yang ketat.
"Calon mesti memenuhi syarat (tertentu) dan menerima sokongan parti komponen," katanya.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi perkenan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menerima jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata Azmin bagaimanapun akan kekal memegang jawatan itu sehingga peralihan kuasa kepada menteri besar baru dapat dijalankan secara lancar dan teratur.
Mohamad Munir juga berkata Azmin perlu mengemukakan senarai calon penggantinya untuk diteliti Sultan Sharafuddin
Ean Yong yang merupakan exco di bawah pentadbiran Azmin sebelum ini, berkata menteri besar yang baru kelak mesti menegakkan dasar dan matlamat HARAPAN untuk memastikan Selangor sebuah model bagi negeri-negeri di Malaysia.
Beliau menambah menteri besar Selangor yang bakal dipilih kelak mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dipikul.
MR: Adakah pemilihan KM penang yg baru di runding dgn HARAPAN?
Sumber MR - 21-5-2018
DAP King Maker Sebenar?
Mengapa Lim Guan Eng dilantik juga sebagai Menteri Kewangan dalam keadaan dia ada kes penyelewengan yang belum selesai? Adakah DAP telah mendesak dan menekan Mahathir agar Setiausaha Agungnya itu diberi jawatan tersebut setelah meninggalkan posisi penting di Pulau Pinang?
Tidak mustahil Lim Guang berkeras mengatakan bahawa dia dikhianati oleh regim BN. Bukahkah sebelum ini dia juga berkeras mengatakan dia tidak bersalah dalam kes pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran dan penukaran status tanah pertanian kepada tanah kediaman.
Bukan sekadar dilantik menjadi menteri kewangan, malah kemungkinan kesnya ditarik balik sukar ditolak. Mengapa seorang peguam jenayah, N Sivanathan berkata bahawa Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek boleh menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Lim atau memohon pelepasan tanpa dibebaskan?
Apakah ini satu episod daripada sandiwara politik? Sebelum ini bukankah Mahathir berkata Lim tak akan dilantik sehingga kesnya selesai? Tiba-tiba dilantik juga. Apa yang berlaku dalam mesyuarat pimpinan PH sebenarnya?
Penulis nampak semuanya kerana DAP menjadi kingmaker dalam PH. Beranikah Mahathir atau PH menyanggah kemahuan DAP dalam keadaan DAP ada 42 kerusi Parlimen? Pastinya tidak. Maka tunggulah DAP akan terus membuat onar demi Malaysian Malaysianya. BN sebagai ketua pembangkang baru nampaknya belum petah bersuara. Merana.
BayangDiAir18/5/2018
Sumber MR - 9-5-2018
Sukarelawan DAP didakwa curi wang ceramah lebih RM35,000
Seorang sukarelawan wanita DAP dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mencuri wang hasil kutipan ceramah parti berjumlah RM35,019.45, minggu lalu.
Chung Siew Kim, 41, seorang peniaga dalam talian itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.
Wanita itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM34,428.45, dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75, mata wang Thailand 100 baht (RM12) dan mata wang Amerika Syarikat US$1 (RM4) di Pejabat DAP, Damansara Servis Center, No 55M, Jalan SS21/1A, Damansara Utama pada 4 petang 9 Mei lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes.
- Bernama
Sumber MR - 118-5-2018
Ahli Parlimen DAP Klang Gesa Agensi Agama Berhenti Tangkap Mak Nyah
Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiago dikatakan memberi kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.
Menurut Charles, beliau menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.
“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”
Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya. “Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka.
Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat di kalangan pelajar”.
PAS sudah tiada lagi di Selangor. Yang ada parti AMANAH yang dikatakan oleh seorang bekas penulis Harakah Ahmad Lutfi parti Islam baru progresif yang kononnya mampu mengambil alih peranan PAS.
Mana suara parti AMANAH dalam mempertahankan JAKIM atau lain-lain agensi agama?
Saya ingin tanya apakah rasa kamu, orang Islam di Selangor yang mengundi bukan Islam dan menolak calon Islam di Selangor? Kamu rasa itu semua tidak akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. nanti atas apa keputusan yang kamu buat?
Semoga Allah mengampukan tindakan yang kita buiat merugikan Islam dan kedudukan Islam di negara kita. Jika Islam rosak dan binasa jangan salahkan orang lain toleh diri kita. Jika orang kapir makin berani jangan salahkan orang kafir.. salah diri kita orang Islam kerana bodoh membuat pertimbangan politik.
Sumber MR - 16-5-2018
DAP kecewa BERSATU terima bekas ADUN Behrang
Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh kecewa kerana BERSATU Perak menerima kemasukan seorang bekas ADUN yang mencetuskan krisis menteri besar Perak pada tahun 2009.
Wong mendakwa bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, yang melompat daripada PKR untuk menyokong BN pada 2009, diterima menjadi anggota BERSATU oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini.
"Kita perlu mengingatkan diri kita Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan tong sampah untuk menerima dan menjaga mereka yang terbukti tanpa prinsip, maruah dan telah menjual kepercayaan rakyat untuk keuntungan peribadi.
"Ini adalah perkara terakhir yang patut dilakukan Menteri Besar pada hari pertama bertugas sebagai MB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jamaluddin (gambar, kanan) ialah salah seorang daripada tiga ADUN Pakatan Rakyat (PR) yang mengisytiharkan diri mereka sebagai calon bebas menyokong sokongan BN untuk membentuk kerajaan negeri Perak pada tahun 2009.
Ini mencetuskan krisis perlembagaan Perak, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri PR ketika itu.
Kerajaan HARAPAN Perak sekarang dibentuk selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal, walaupun masih kekal dalam gabungan bekas parti pemerintah itu.
Salah seorang ADUN berkenaan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, menyertai BERSATU selepas dipecat daripada Umno.
Sumber MR - 15--2018
DAP Dominan Di Empat Negeri PH
Parti rasis dan cauvinis DAP memiliki kerusi terbanyak di empat buah negeri daripada lima negeri yang dikuasai Pakatan Harapan.
Negeri itu ialah Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
PKR pula menang kerusi terbanyak di Selangor.
Di Perak, DAP juga miliki kerusi terbanyak berbanding parti lain. Akan tetapi, belum dapat dipastikan negeri Perak akan kekal di tangan BN atau jatuh ke tangan PH.
Penyertaan empat parti pembangkang dalam PRU14 menggunakan satu logo parti telah menyebabkan kerajaan BN kalah teruk di peringkat persekutuan dan terlepas tiga negeri.
Berikut adalah pecahan kerusi mengikut parti di negeri PH termasuk Perak:
Pecahan Kerusi DUN Selangor
UMNO (4)
PAS (1)
AMANAH (5)
BERSATU (5)
PKR (28)
DAP (13)
Pecahan kerusi DUN Melaka
UMNO (13)
AMANAH (2)
BERSATU (2)
PKR (3)
DAP (8)
Pecahan Kerusi DUN Negeri Sembilan
UMNO (14)
MIC (1)
AMANAH (2)
PKR (7)
DAP (11)
Pecahan Kerusi DUN Penang
UMNO (2)
PAS (1)
AMANAH (2)
BERSATU (2)
PKR (14)
DAP (19)
Pecahan Kerusi DUN Johor
UMNO (17)
MCA (1)
MIC (2)
PAS (1)
AMANAH (9)
BERSATU (8)
PKR (5)
DAP (13)
Pecahan Kerusi DUN Perak
UMNO (27)
PAS (3)
AMANAH (6)
BERSATU (1)
PKR (4)
DAP (18)
Sumber MR - 11-5-2018
Guan Eng Dedah 11 Strategi Untuk Hakis Islam Sebagai Agama Persekutuan
Posted on Tuesday, May 08 @ 17:26:11 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39617 |
video - https://youtu.be/FhKemEd_3b8
AIDCNews -7/05/18 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggariskan 11 strategi bertopengkan kebebasan agama yang dilihat sebagai usaha terancang untuk mencabar Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
11 strategi itu dilakukan di bawah Kerajaan Pulau Pinang yang telah ditawan DAP selama dua penggal.
“Kakitangan kerajaan bukan Islam juga perlu diberi cuti bergaji untuk upacara khusus keagamaan mereka, sama seperti untuk orang Islam iaitu 40 hari untuk pergi haji dan umrah,” katanya.
Selain itu, setiap kawasan di taman perumahan juga menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan diperuntukkan keluasan tanah yang setimpal untuk dibina kuil dan rumah ibadat bagi agama-agama lain.
“Peruntukan tahunan RM1.5 juta untuk memastikan pemaju perumahan menyediakan luas tanah yang setimpal untuk tujuan keagamaan membabitkan kepentingan agama bukan Islam,” katanya.
Tambah beliau, peruntukan yang diberikan kepada institusi pendidikan agama seperti pusat tahfiz dan sekolah pondok berdaftar juga akan diberikan sama rata kepada sekolah-sekolah agama bukan islam yang lain ‘seadilnya’.
Ini termasuk peruntukan untuk pendakwah-pendakwah Kristian dan pergerakkan mubaligh agama lain dengan pemberian dana yang sama rata.
“Ini juga membabitkan peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 kepada Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia.
“Selain itu, kita akan mewujudkan Exco untuk Hal Ehwal Bukan Islam (HEB), yang dipengerusikan ketua menteri dan penyediaan peruntukan dana kira-kira RM30 juta sejak 2008 dan menyerahkan bangunan di Jalan Mecalister kepada HEB Pulau Pinang untuk pengurusan hal ehwal penganut Hindu,” katanya lagi.
Sumber TKO - 8-5-2018
PRU-14 Pulau Pinang 50-50, Dulu DAP Sanggup Buat Hudud Kini “Gadai” Logo
Posted on Tuesday, May 08 @ 12:42:37 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39614 |
Apabila lebai menulis bahawa kedudukan DAP di Pulau Pinang tergugat pada status 50-50 bagi PRU-14 ini dengan tajuk "50-50 Untuk HARAPAN Kekal Di Pulau Pinang" ramai pendokong AMANAH (PAN) melenting.
Lebai sertaikan logik dan asas penghujahan. Perkara ini tidak susah difahami. Anda tak perlu ada PhD, Dr atau Ir untuk memahami pola politik. Ramai yang tak ada kelulusan berada dalam bidang politik boleh mengatur data dan mengolah analisis secara jitu dan tepat. Sama seperti orang-orang tua dulu yang membuat rumah tanpa pelan boleh bertahan sangat lama berbanding Ir yang ada sekarang membuat bangunan sentiasa runtuh kerana mereka kurang nilai "Islam"nya dalam seni pengolaan kerja. Kurang nilai Islam boleh jadi kerana keyakinan kepada Allah mula luntur atau te'ragu' atas dasar logik akal dan cita-cita keduniaan.
Ada yang tanya 'simple'nya analisis lebai?
Lebai nak jawab, dalam penulisan artikel orang tak bentang data pungutan dan hasil dapatan, orang hanya rumus hasil dapatan aje. Kalau nak panjang buatlah forum atau seminar boleh lebai bentangkan.
Lebai dah jelas bahawa jika DAP menang semua kerusi yang dipertandingkan DAP masih tak boleh bentuk kerajaan di Pulau Pinang kerana DAP hanya dapat 19 kerusi berbanding 40.
Lebai juga jelaskan daripada 22 kerusi majoriti Cina hanya 14 sahaja yang betul-betul DAP boleh menang kerana faktor undi India yang melebihi 15%.
Lebai juga mempertikaikan kedudukan 4 kerusi yang dipertandingkan oleh BERSATU dan 3 kerusi yang dipertandingakan oleh AMANAH (PAN) keupayaannya boleh menang. Pada artikel sebelum in lebai hanya tunjukkan 4 kerusi BERSATU secara detail. Lebai tak perlu panjang artikel untuk AMANAH kerana 3 AMANAH itu bertanding di kawasan kubu PAS, sudah tentu pembaca boleh faham.
Sekali lagi lebai tunjuk mana-mana kawasan yang HARAPAN bertanding di kawasan Melayu HARAPAN akan kalah yang memang samada PAS atau BN. Kita ambil satu untuk lihat secara terperinci sedikit.
N4 PERMATANG BERANGAN Jumlah Pengundi: 18,336 Omar Bin Haji Abd Hamid (BN) - 8,913 Arshad Bin Md. Salleh (PAS) - 7,292 MAJORITI: 1,621 Jumlah Undi: 16,452 | Peratus mengundi: 89.73% | Undi Rosak: 247 Melayu 83%, Cina 8% dan India 9%
Ini adalah keputusan PRU-13 lalu di kawasan bukan Cina dan ada pengundi India.
Dengan mengganggap 8% pengundi Cina dan 9% pengundi India tidak menyokong PAS. Jadi ada 17%. Kita kira 17%. Kita anggaplah secara 'extrim' sebelum ini 17% (sepatutnya ada sokong BN dan kena tolak daripada undi BN) sokong PAS. Jadi kita tolak 17% iaitu 2,796 orang lari daripada PAS. Anggap PAS dapat 7,292 - 2,796 = 4,496 undi.
HARAPAN dapat 2,796 + ?? berapa engkau nak daripada BN?? Minimum kita ambil 20% iaitu 1,782 pengundi. HARAPAN hanya dapat 4,578 dan BN dapat 7,131. Ini bermakna BN akan menang.
Dengan mengganggap 100% pengundi Cina dan India undi PAS tak undi BN pada PRU-13 lalu HARAPAN tak boleh menang.
Bagaimana jika PAS boleh dapat 1-2% pengundi Cina dan 20% pengundi India? Isu yang lebai nak ketengahkan ialah PULAU PINANG AKAN TERGANTUNG
Tolong ambil perhatian Lebai tak kata PAS boleh menguasai Pulau Pinang dan lebai juga tak kata bahawa BN boleh menguasai Pulau Pinang. Lebai kata PULAU PINANG akan TERGANTUNG
Tolong rasional dalam hal ini.
Kawasan HARAPAN bertanding selain DAP sangat tergugat kerana faktor pengundi Melayu dan sedikit pengundi India.
Lebai juga memberikan perhatian kali ini PAS turunkan 2 calon India di Pulau Pinang kerana PAS melihat India lebih mudah didekati pada PRU-14 kali ini berbanding dengan Cina berdasarkan Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Selangor sebelum ini. Anda boleh baca di sini semasa lebai menolak hujah buku Ahmad Lutfi Othman "Mengapa Mahathir".
DAP ni untuk makluman semenjak dulu cuba untuk tawan Pulau Pinang tetapi GAGAL. Macam-macam gerak gempur dibuat masih tak boleh. PRU 1999 DAP kalah teruk di Pulau Pinang walaupun semasa reformasi dan Terengganu jatuh.
Jadi dulu apa sikap DAP?? Mari kita kaji
DAP Guna Sokong Hudud Untuk Tawan Pulau Pinang
Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan Eng datang berbuka puasa atau bercakap Islam malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya dan dengar dia cakap pasal Islam.
27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .
Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang pun usaha PAS atas dasar muafakat.
Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu Hudud.
Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa oleh PAS.
video - https://youtu.be/TPvyYjm7aNA
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.
Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima DAP dan DAP mendapat undi yang agak baik, iaitu 189 kerusi pada 2 PRU kemudian.
Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini
Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Ini bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.
Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!
Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.
Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?
Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.
Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menentang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang mereka tentang HUDUD. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.
Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh (Ini Dr Kamarul Yusoff dedahkan adalah eveligis Kristian sila lihat di sini) membenarkan usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties" Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!!
video - https://youtu.be/bfQ3luKgCGA
Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020". Mereka tak takut pun kepada Hudud.
Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tak rasa Islam itu mengacam mereka.
Siapa Mengubah Sokong Cina DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?
Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini? YANG KHIANAT IALAH AMANAH.. Setelah berawan dengan AMANAH, DAP tunjuk sikap asal.
DAP Tergugar di Pulau Pinang Pada PRU-14
Kajian yang didedahkan oleh orang dalaman DAP yang keluar parti menunjukkan DAP menjangkan mereka KALAH pada PRU-14 jika tiada sokongan Melayu. Nak tak nak mereka kena terima MAHATHIR demi sokongan Melayu selepas AMANAH (PAN) gagal dapatkan soongan Melayu, malah DAP kena tanggung beban pula untuk menjaga AMANAH.
Itu sebab DAP sanggup BUANG orang lama mereka yang mepertahankan LOGO mereka. Ini juga antara sebab dalam ceramah mereka, mereka kutuk Mahathir untuk tunjukkan DAP benci Mahathir tapi demi undi Melayu mereka sokong.
Ada poin lebai tak sempat nak menulis lebai ringkas aje.. DAP terpaksa kerah masyarakat bukan Islam untuk hadir ceramah Mahathir demi nak tunjukkan sokongan atau di panggil TSUNAMI MELAYU. DAP dan Mahathir boleh tipu dalam ceramah tetapi gambar tak menipu.
Gambar hanya memberi fakta hanya sekitar 5% Melayu dalam mana-mana PERHIMPUNAN MAHATHIR. Melayu kini berpecah kepada BN, PAS dan HARAPAN. Tapi lebih kepada PAS dan BN.
Lebai nak pendekkan artikel ini.. Rumusannya DAP sanggup buat apa sahaja untuk dapat Undi Melayu. DAP tahu PULAU PINANG AKAN JATUH PADA PRU-14 INI. MEREKA TERPAKSA GADA LOGO dan PANJI MEREKA demi servival DAP untuk masa akan mendatang...
TAPI MELAYU MUDAH LUPA MELAYU BODOH nak fahami politik dalam masyarakat majmuk yang perlu mereka pertahankan ISLAM dan MELAYU.
Sumber TKO - 8-5-2018
Amran Dedah DAP Idam Jawatan MB Perak
Posted on Monday, May 07 @ 15:59:02 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39599 |
BONGKAR... Ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad Nor mendedahkan rancangan jahat DAP untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak jika gabungan pembangkang berjaya tawan negeri itu.
Perancangan sulit tersebut didedahkan menerusi satu e-mel antara beliau dan calon pakatan pembangkang berlogo PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari berhubung komplot berkenaan.
Amran yang juga Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP pada sidang media khas di ibu negara hari ini berkata, Abdul Aziz antara lain menyatakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan lagi sosok yang PAN tonjolkan.
Justeru, pihak DAP Perak tidak berasa selesa dengan imej bekas menteri besar negeri tersebut dan mahu tokoh parti berlambang roket itu pula ditonjolkan jika menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 seperti pada 2008 lalu.
“E-mel ini sekali gus menafikan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar Perak. Ini jelas bahawa Kit Siang menipu rakyat kononnya DAP tidak mahu jawatan itu.
“Abdul Aziz sendiri telah mengesahkan kepada saya perkara ini dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming setuju DAP ambil alih kerusi Menteri Besar. Ini jelas pembohongan pemimpin utama DAP sebelum PRU ke-14 berlangsung.
“Apabila Kit Siang tipu, DAP juga tipu,” tegas Amran yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap penolong penerbit stesen televisyen rasmi DAP secara talian iaitu UbahTV kepada pemberita.
Untuk rekod, DAP gagal melantik wakilnya sebagai menteri besar Perak meskipun pakatan pembangkang menang pada PRU ke-12 lalu kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri mewajibkan bakal calon mesti Melayu Islam.
Dalam pada itu, Amran berkata, e-mel itu turut mendedahkan percakaran DAP dengan PKR apabila Abdul Aziz menggelarkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai penyangak, samseng dan pembuli.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO -7-5-2018
Dokumen Dedah Siakapkeli, Mkini Saluran Fitnah DAP
Posted on Monday, May 07 @ 15:51:53 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39597 |
SIAKAPKELI dan Malaysiakini, dua laman hiburan dan berita antara saluran penyebaran fitnah oleh DAP dalam kempen khas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini, menurut dokumen dalaman yang diperoleh Mynewshub.
Ia memaparkan minit laporan mesyuarat persediaan PRU14 pada 24 Mac lalu di ibu pejabat DAP di ibu negara itu yang turut menyenaraikan 24 orang menghadiri mesyuarat tersebut, majoritinya ahli unit publisiti.
Perkembangan ini menyusuli pendedahan oleh ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad (gambar bawah) pada 5 Mei lalu, yang mendedahkan DAP mengedarkan video dan pelbagai bahan fitnah terhadap pemerintah sebagai kempen PRU14 parti itu.
Cetakan minit mesyuarat itu menyenaraikan perkembangan semasa kempen DAP menjelang PRU14, termasuk melibatkan strategi media sosial.
Di bawah minit “Social media strategy undate“, dicatatkan pengendali Siakapkeli mencadangkan satu artikel mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad dihasilkan dengan bayaran RM12,190.
Bagaimanapun, Yeo Bee Yin, pembantu kepada Ketua Publisiti Tony Pua, mencadangkan DAP menghasilkan sebuah video dan dikongsi menerusi laman Siakapkeli, menurut catatan itu.
Minit tersebut turut mencatatkan aktiviti mencari dana pilihan raya dengan Malaysiakini, melalui pautan iklan yang membawa pembaca ke laman ubahnow.my.
Siakapkeli merupakan laman berita dan hiburan yang juga aktif di Facebook, dengan mempunyai lebih 3 juta pengikut.
April lalu, halaman Facebooknya mengadakan undian secara langsung memilih parti politik seakan-akan pilihan raya umum, yang disertai ribuan pengguna Facebook.
Undian itu bagaimanapun segera dibatalkan tidak lama selepas berlangsung, dengan alasan ia bukan satu tindakan yang wajar dilaksanakan secara terbuka.
Tindakan Siakapkeli itu memperlihatkan satu usaha laman itu untuk menarik minat pengunjung halamannya kepada politik menjelang pilihan raya, pada masa itu politik sedang hangat dan tular di media sosial.
Menurut dokumen itu lagi, DAP memberi tumpuan pada lima isu dalam kempen pilihan rayanya, antaranya kos sara hidup, manifesto, dan 1MDB.
DAP dalam kempen fitnahnya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung dengan masalah 1MDB walaupun jawatankuasa Parlimen yang disertai wakilnya sendiri tidak dapat memastikan dakwaan ini.
Beberapa minggu lalu, ahli veterannya dan wakil lapan penggal, Dr. Tan Seng Giaw digugurkan daripada pencalonan dalam PRU14 selepas enggan mengaitkan Najib secara langsung dengan 1MDB kerana ketiadaan bukti.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) semalam menyifatkan DAP sebagai sebuah kilang fitnah yang sentiasa berusaha memburukkan imej BN dan pemimpinnya.
“Hari ini saya terbaca di telefon pintar saya berita seorang yang mengendalikan berita untuk DAP mendedahkan dia tidak sanggup lagi untuk menabur fitnah kepada kerajaan yang selama ini dijadikan sebagai arahan kerja mereka…Ia memang dirancang.
“DAP kata kalau undi PKR maknanya sama dengan undi DAP, jadi maknanya jika kita berbuat demikian kita memberi kuasa kepada DAP…Saya nak tanya selama ini DAP pernah ke sayang kepada Felda atau pernah ke memperjuangkan agenda bumiputera.
“Apa akan jadi kepada UiTM dan Felda itu sendiri pada masa akan datang kalau dalam hati mereka tidak ada langsung memikirkan soal itu,” katanya. – Mynewshub.cc
Note: Semasa Anwar belum di penjara, 3 kali pihak kami diatur untuk bertemu Anwar untuk projek psywar. Satunya melalui Zunar. Tapi kami tolak. - TKO
Sumber TKO - 7-5-2018
130 Anggota DAP Triang, Bera Keluar Parti, Sokong BN
Posted on Monday, May 07 @ 00:02:20 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39589 |
BERA - Selepas PPBM Bahagian Temerloh kehilangan lebih separuh daripada anggotanya malam semalam, hari ini tiba giliran DAP Triang dan Bera pula menerima nasib yang sama apabila 130 anggotanya bertindak keluar daripada parti itu.
Bekas Naib Ketua Pemuda DAP Bera, Kang Chung Chen, 30, berkata mereka bertindak demikian selepas hilang kepercayaan dengan calon DAP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang, Leong Yu Man yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.
Katanya mereka mendapati perjuangan DAP lebih kepada kepentingan peribadi dan keluarga apabila mencalonkan anak penyandang DUN Triang, Leong Ngah Ngah selama lima penggal itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
“Leong (Ngah Ngah) sendiri tidak pernah turun kawasan untuk mengambil berat soal kami dan tidak pernah menolong kami, sedangkan selama ini kami bekerja keras untuknya.
“Sebaliknya Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu kami apabila ditimpa kesusahan, sehubungan itu kami akan menyokong penuh calon BN pada pilihan raya umum kali ini,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Kang berkata daripada 130 yang keluar parti itu, dirinya dan tujuh Anggota Jawatankuasa Pemuda DAP Bahagian Bera meletak jawatan serta merta berkuat kuasa hari ini.
Menurutnya tindakan keluar parti itu juga dilakukan kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan DAP yang menggunakan lambang PKR pada PRU ini.
Katanya, sebagai parti yang sudah diwujudkan lebih lama daripada PKR, tidak sepatutnya DAP tunduk dengan keputusan yang dicadangkan kepimpinan pakatan pembangkang.
“Walaupun jumlah yang keluar hari ini tidak ramai, saya yakin akan ada lebih ramai anggota parti akan berbuat demikian untuk menyokong BN kerana hanya BN yang mampu tolong rakyat di Bera bukan DAP,” katanya. – BERNAMA
Sumber TKO - 7-5-2018
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming meminta maaf kerana menggunakan bahasa kasar dalam ceramahnya yang memperkatakan mengenai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad
Ini selepas video ceramahnya malam tadi yang mengatakan Mahathir "menangguhkan" untuk bermain mahjong di syurga dengan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew beredar di media sosial.
"Saya merupakan seorang penceramah yang popular di kalangan orang Cina atas kebolehan saya berucap dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Kantonis dan lain-lain.
"Saya akui bahasa yang saya gunakan dalam ceramah bahasa Mandarin kadangkala agak keras dan penuh sinis. Namun masyarakat Tiong Hua dapat menerima cara saya berceramah.
"Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekerasan nada atau bahasa saya yang gunakan jika dianggap kasar. Saya akan cuba bernada lebih lembut dalam ceramah-ceramah akan datang," katanya.
Dalam ceramah semalam, Nga, yang juga calon DAP di Teluk Intan, berkata Mahathir menangguhkan kematiannya kerana mempunyai tugas penting untuk diselesaikan iaitu mengalahkan BN dan Datuk Seri Najib Razak.
Nga kemudian menyanyikan lagu "Selamat tinggal sayangku, selamat tinggal kekasihku," dengan menyatakan ia mungkin berlaku selepas Mahathir menyelesaikan tugasnya.
Apabila penonton ketawa, beliau berseloroh: "Wah, saya ucapkan selamat tinggal, kamu sangat gembira, tidak boleh seperti itu."
"Kamu semua perlu minta Mahathir supaya tidak pergi dulu, kita mahu minta Mahathir hidup lama," katanya dalam bahasa Kantonis.
Bagaimanapun, video itu dimuat naik di Facebook dengan keterangan yang tidak tepat dalam bahasa Melayu, termasuk menyatakan Nga berkata Mahathir "boleh mampus" selepas menyelesaikan tugasnya, walaupun ia merujuk kepada BN.
"Tetapi amat kesal sekali keadaan ini telah diputar belit oleh penyokong-penyokong BN.
"Klip-klip video ucapan saya telah diedit, dipotong dan dicantum untuk menunjukkan saya mengucapkan kata-kata yang jahat yang bertujuan menyakitkan hati orang Melayu. Ini tidak benar. Ini fitnah yang berbahaya.
Menurut Nga, ucapan beliau mempunyai konteks, iaitu berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.
"Konteks dan latar belakang topik amat penting untuk memahami hujah atau ceramah.
"Jika ia diedit, dipotong dan dicantum semula, ia menjadi video palsu. Klip seperti inilah yang cuba menampakkan saya sebagai orang jahat. Saya harap orang ramai tidak mempercayai klip-klip seperti ini," katanya.
Sumber TKO - 7-5-2018
Daim muncul di Ayer Hitam berkempen untuk DAP
Posted on Sunday, May 06 @ 07:04:11 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39569 |
Selepas berkempen untuk BERSATU dan PKR, bekas menteri Tun Daim Zainuddin malam ini hadir berkempen untuk calon DAP bagi parlimen Ayer Hitam Liew Chin Tong.
Meskipun menyentuh beberapa perkara berkaitan masyarakat Cina dengan menyasarkan MCA, Daim dalam ucapannya tetap bertumbu dengan institusi Melayu.
Daim kelihatan letih dan terpaksa berucap sambil duduk di atas kerusi bercakap tentang dakwaan penyelewengan dalam Felda dan Tabung Haji.
"Mari habiskan riwayat Umno, undi HARAPAN agar kita dapat perbaharui negara ini," katanya kepada kira-kira 1,500 hadirin yang menyertai program HARAPAN di Bandar Baru Ayer Hitam, Johor.
Turut hadir Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Semalam, Daim hadir di program HARAPAN di Melaka bersama Tan Sri rafidah Aziz.
Dengan sokongan pengundi Cina di Yong Peng, Liew memerlukan peralihan undi dari pengundi Melayu untuk mengalahkan calon BN yang juga merupakan timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Ketika ceramah berlangsung, Tun Dr Mahthir Mohamad tampil melalui kli video khas menyampaikan mesej yang disasarkan untuk pengundi Melayu.
"Orang Ayer Hitam, terutamanya mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu, saya ingin beritahu bahawa BN dan Umno hari ini bukanlah BN dan Umno yang dulu," katanya.
Dr Mahathir juga berkata Liew merupakan seorang pemimpin yang dapat berkhidmat untuk masyarakat Melayu.
"Dia fasih bahasa Melayu dan akan berkhidmat untuk semua orang. Dia tidak akan abaikan orang Melayu di Ayer Hitam.
"Saya yakin dia akan beri yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi undilah Liew sebagai calon HARAPAN," katanya."
Kerusi Ayer Hitam terdiri dari 58 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan empat peratus pengundi India.
Sumber TKO - 6-5-2018
“Ini maknanya DAP bukan hanya parti di Semenanjung saja tetapi juga di Sabah dan Sarawak, sekarang ini roket hanya nampak di sini, dan di Semenanjung untuk PRU kali ini tidak kelihatan,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Tenom.
BIAR jelas dan terang kenyataan ini. DAP tidak gusar dan tidak berselindung lagi. "Kami (DAP) pilih logo PKR kerana pengundi Melayu akan terimanya".
Logo roket merah yang menjadi kebangaannya sejak tahun 1966 disorok dan digantikan dengan logo 'mata' PKR. Kata DAP roket dibimbangi orang Melayu bermakna jika mereka berkeras guna roket kali ini pengundi Melayu akan tolak mereka.
Lalu demi memenangi undi Melayu yang dijangka bergelombang bagai Tsunami besar PRU ke 14 ini berselindunglah DAP di belakang logo PKR, kerana nanti pengundi Melayu akan sangkakan mereka PKR sedang hakikatnya mereka roket yang dibimbangi.
Sumber TKO - 3-5-2018
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.
Tahukah anda bahawa Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah milik IKRAM. Dulunya JIM atau IRC. IKRAM ini terbabit cuba menguasai PAS. Mereka menghuru-hara PAS bila cuba membuat Jamaah dalam Jamaah. Bila operasi mereka tak berjaya menguasai PAS dalam Muktamar 2015 atas kesedaran ahli PAS yang tidak lagi mengundi mereka. Mereka keluar ramai-ramai membina Parti AMANAH @ PAN yang berkiblatkan DAP.
Tujuan mereka adalah cuba mengambil alih semua yang PAS buat termasuk aset PAS seperti bangunan dan sebagainya. Mereka buat PASTI, Mereka Buat UNIT AMAL, Mereka buat NISA'. Mereka buat akhbar sendiri.
Mereka masuk dalam PAS untuk mendapatkan semua kepentingan bagi merangka parti baru untuk MELUMPUH dan MEMATIKAN Pas.
Itu kerja jahat puak IKRAM.
Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?
Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.
Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.
Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.
Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)
Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.
Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?
Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.
Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.
Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!
Sumber TKO - 3-5-2018
TEMERLOH – Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (Harapan) mengalami permulaan buruk dalam PRU14 apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lalu.
Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak berpeluang bertanding satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) tetapi ia akan berusaha mendapatkan sokongan rakyat.
“Kita mahu menang 120 kerusi Parlimen bagi menukar kerajaan… tapi kini sudah kalah satu kerusi. Kita bermula dengan buruk.
“Kita masih ada 119 kerusi dan apa yang penting adalah lawan tetap lawan,” katanya pada majlis Lim Kit Siang Jelajah Pahang di Mentakab di sini, hari ini.
Pada Sabtu lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan enam wakil PH, yang bertanding menggunakan logo PKR, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu kerana didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2013.
PH juga tidak dapat bertanding di lima kerusi DUN iaitu Rantau, Tawang, Bukit Pasir, Penaga dan Kuala Balah kerana calon-calon berkenaan hilang kelayakan atas alasan muflis dan gagal menunjukkan pas untuk memasuki kawasan penamaan calon.
Sehubungan itu, Lim menggesa para pemilih supaya menunaikan kewajipan dengan mengundi pada 9 Mei ini -BERNAMA
Sumber TKO - 3-5-2018
DAP Rangka Manifesto PRU-14 ?
Posted on Wednesday, May 02 @ 09:02:23 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39504 |
KUALA LUMPUR – Bekas Pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa manifesto gabungan pembangkang PKR bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dilancarkan pada Mac lalu adalah ‘manifesto DAP’ kerana dirangka oleh parti itu tanpa mengambil kira pandangan sekutunya yang lain.
Beliau yang tampil dalam sidang akhbar hari ini mengemukakan bukti dokumen bercetak manifesto yang dikatakan dihasilkan oleh DAP itu daripada seorang individu dipercayai ahli parti berkenaan dan mendapati kandungannya tidak berbeza dengan manifesto yang dibentangkan oleh gabungan itu.
“Apabila saya mendapat dokumen ini, ia sama sahaja dengan manifesto gabungan pembangkang PKR. Saya tertanya-tanya adakah ini manifesto gabungan pembangkang PKR atau DAP?” soalnya.
Beliau yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai manifesto yang dikeluarkan itu berikutan beliau dilihat teragak-agak apabila diminta mengulas mengenai janji-janji dalam manifesto berkenaan terutama cadangan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Ini sekali gus membuktikan Dr. Mahathir diperalatkan untuk kepentingan DAP. Saya yakin manifesto ini tidak mengambil kira pandangan atau perancangan rapi daripada parti-parti gabungan pembangkang lain. Sebaliknya manifesto lengkap disiapkan DAP kemudian menjadi manifesto gabungan itu,” katanya.
Beliau seterusnya mempertikaikan peranan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang PKR berikutan DAP dilihat paling dominan sehingga menghasilkan manifesto untuk gabungan itu.
“Siapa DAP dalam gabungan itu? Adakah peranan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau menjadi alat untuk menentukan bahawa segala yang direncanakan DAP akan tercapai seterusnya beliau diperkudakan oleh DAP.
“Masyarakat khususnya Melayu perlu berfikir adakah ini yang mereka mahu. Jika saya katakan ini tidak benar, saya berharap pihak bertanggungjawab tampil menafikan kenyataan ini kerana saya mempunyai bukti kukuh.” katanya.
Beliau berjanji akan mengadakan beberapa lagi siri pembongkaran dan pendedahan mengenai muslihat DAP sepanjang kempen PRU-14 – UM
Sumber TKO - 2-5-2018
DAP Akui Terpaksa Peralat Mahathir Demi Undi Melayu
Posted on Tuesday, May 01 @ 20:10:09 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39494 |
KANTOI... Akhirnya DAP telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa Tun. Dr. Mahathir Mohamad hanya diperalatkan untuk tarik sokongan Melayu kepada gabungan pembangkang itu.
Namun Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr. P. Ramasamy menjelaskan, penerimaan Mahathir dalam blok pakatan itu tidak bermakna isu lampau yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu akan dilupa begitu sahaja.
“Bukan kita sudah lupakan apa dia sudah buat dahulu, kita pilih Mahathir untuk tarik orang Melayu,” katanya dalam klip video ceramah politik di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 28 April lalu yang kini tular menerusi media sosial.
Dalam ceramah itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengakui beliau tidak senang dengan pemerintahan Mahathir selama 22 tahun itu tetapi terpaksa meletakkan keutamaan terhadap misi DAP ‘pancing’ undi Melayu.
“Mahathir perintah dahulu, kita semua tidak suka pada masa itu, sekarang tiba-tiba datang Pakatan Harapan (PH), dia kata tidak mahu lagi Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), UMNO, Barisan Nasional (BN).
“Kenapa kita terima Mahathir? Bukan kita lupakan Mahathir apa dia buat dahulu, dahulu dia memang jahat. Orang kata macam mana kita terima Mahathir? (Tapi) bukan kita lupakan apa Mahathir buat dahulu,” kata Ramasamy.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan kerjasama aneh Mahathir dengan DAP dalam gabungan pembangkang kerana Pengerusi PPBM itu turut dikenali sebagai cukup lantang mengutuk parti berkenaan semasa bersama BN.
Mahathir, 92, yang kemudian dilantik menjadi Pengerusi PH juga diingati kerana pernah gelar DAP sebagai parti rasis cauvinis selain anti-Melayu dan Islam serta tegar pro-LGBT dan liberalisme. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 1-5-2018
Strategis DAP akui PAS kuat
TERKEJUT saya selepas menonton rakaman video syarahan Dr Wong Chin Huat, seorang strategis terkemuka DAP yang mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir besar yang didanai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada malam tadi, 29 April 2018.
Di dalam syarahan anjuran Engage bertajuk “Malaysian Politics: How Did We Get To Where We Are Today?” yang dilangsungkan di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru, itu, Dr Wong Chin Huat di antara lainnya menyebut mengenai perkara-perkara berikut:
● Pertarungan dalam PRU14 sebenarnya bukanlah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak. Tetapi adalah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan PAS yang sekali gus didakwa akan menjadi penutup kepada pertembungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan PAS sejak 1981.
● Naratif dan jalan cerita yang dibawa oleh PAS makin lama makin diterima rakyat sehingga kajian Pew Centre pada 2013 menunjukkan 86 peratus rakyat Islam Malaysia menyokong perlaksanaan hukum syariah dan sebenarnya mengatasi Umno (actually defeats Umno) yang didakwa makin lemah.
● PAS kini menjadi makin sederhana di mana RUU 355 tidak lagi menyebut mengenai perlaksanaan Hudud tetapi hanya menyebut mengenai peningkatan status Mahkamah Syariah. Dan ini munasabah (makes sense) kerana jika bukan sebab British, kita tidak akan mempunyai Perlembagaan Sekular.
Dengan pengakuan Dr Wong Chin Huat kepada hadirin bukan Melayu beliau ini, maka terbuktilah para pemimpin DAP berbohong besar bila mendakwa bahawa PAS makin Radikal dan makin ditolak oleh rakyat. Pertarungan dalam PRU14 adalah antara PH dan BN sahaja serta RUU 355 tidak munasabah dan perlu ditentang oleh rakyat Malaysia.
Jauh bezanya syarahan Dr Wong Chin Huat ini dengan kenyataan beliau di dalam portal berita Malaysia Kini pada 5 Mei 2017 dahulu bahawa PAS adalah 'Barua Umno'. - HARAKAHDAILY 30/4/2018
Sumber HD - 30-4-2018
DAP tak peka perasaan Melayu calonkan cucu tokoh komunis
Posted on Sunday, April 29 @ 13:19:47 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39449 |
Oleh Mohd Igbal Hussein
Terpanggil untuk memberi ulasan mengenai isu Jamaliah Jamaludin, calon DAP untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bersandarkan perjuangan neneknya, Shamsiah Fakeh (Parti Komunis Malaya, PKM) sebagai idola perjuangannya atas nama rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Dalam surat terakhir Chin Peng – setiausaha agung PKM yang meninggal dunia pada 16 September 2013 – antara lain memuatkan kenyataan berikut yang ditujukan kepada anaknya: “Saya tidak mempunyai hak untuk meminta mereka memahami, mahupun untuk memaafkan sebagai kenyataan atas mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya”.
Dalam landasan yang sama dengan nada serupa, Chin Peng dan mereka dalam PKM yang melakukan pemberontakan bersenjata – pembunuhan dan keganasan tanpa mempedulikan nilai kemanusiaan dalam perjuangan idealisme, tidak sepatutnya menuntut kefahaman mahupun memohon maaf atas apa yang dilakukan pada zaman kebangkitan komunis di Malaya, khususnya pemberontakan bersenjata.
Kita tidak akan faham perasaan yang lain terhadap apa yang mereka atau keluarga mereka rasakan sewaktu kezaliman diperlakukan dalam usaha PKM mahu mengembangkan idealisme mereka.
Tindakan memaksa dan mengasak menggunakan kekerasan – membunuh dan mendera memberi impak besar kepada negara, khususnya orang Melayu.
Penerimaan orang Melayu terhadap komunis sepatutnya tidak boleh dikompromi semata-mata atas landasan politik baru.
Ketika Chin Peng sendiri mengatakan pada anak-anaknya bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk meminta mereka memahami mahupun memaafkannya, apa pula hak kita yang ada – mendesak rakyat Malaysia yang terkesan dengan perbuatan PKM dengan pemberontakan bersenjata – apatah lagi mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan.
Begitu jugalah penerimaan kita, khususnya kepada calon DAP, Jamaliah – DAP, cucu kepada Shamsiah, ahli anggota Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PKM – dengan pemberontakan bersenjata yang diangkat dan diterimanya sebagai wirawati dan pejuang kemerdekaan.
Jamaliah tidak juga mempunyai hak untuk meminta kita, khususnya orang Melayu untuk memahami, apatah lagi memaafkan apa yang dilakukan neneknya – ideologi dukungan beliau dan mungkin terus menjadi wadah perjuangannya.
Ini bukan soal rasis – Cina, bukan soal perbezaan parti dalam kerangka demokrasi DAP, ini persoalan komunisme – cara dan tindakan, pemberontakan bersenjata yang akhirnya dialas sebagai tidak ada pilihan dalam menuntut kemerdekaan.
Kekejaman dan kezaliman serta pembunuhan yang secara langsung dan tidak langsung diangkat sebagai satu perjuangan hebat.
Jangan salahkan yang lain – anggota keselamatan yang ada – bekas polis dan tentera yang sebenarnya terkesan secara langsung atau tidak langsung, bahana yang dibawa pengganas komunis pada waktu itu.
Sejarah tidak mudah dipadamkan sekiranya ia memberi kesan langsung kepada kita sebagai warganegara Malaysia yang baru melintasi 60 tahun kemerdekaan.
Kita tidak boleh kononnya atas nama Melayu liberal atau tidak liberal mendesak kefahaman mudah atau memaafkan begitu sahaja apa yang telah berlaku.
Persoalan perbezaan politik boleh kita ketepikan, tetapi dalam melihat isu komunis dan gerakan keras memaksa penerima agenda mereka atau berdepan dengan penyeksaan atau dibunuh, bukan cara yang boleh diterima.
Kita seharusnya kesal melihat DAP yang tidak langsung memikirkan penerimaan orang Melayu terhadap komunis dan ideologi komunisme yang telah memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat negara ini.
Dengan pemilihan calon seperti Jamaliah – memperakukan bahawa PKM dan sayap AWAS yang memikul senjata dengan pemberontakan, sebagai pejuang kemerdekaan – menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang penerimaan dan sensitiviti yang ada.
Kalau bapa kepada PKM tidak mengharapkan kefahaman, malah memaafkan apa yang dikorbankan untuk perjuangannya dan apa yang dilakukan – sungguhpun dalam konteks kekeluargaan, maka dalam nada yang serupa – dalam kerangka rakyat Malaysia yang masih belum jauh untuk melupakan, adakah kita secara logik – waras dalam kerangka politik, wajar menerima DAP yang mencalonkan cucu Shamsiah sebagai calon yang mewakili wadah politiknya?
Ini langsung tidak memperlihatkan kepada kita bahawa mereka sensitif kepada perasaan orang Melayu yang ada.
Mungkin DAP harus terus sahaja mendakwa mereka adalah parti yang bersimpati dan memperakui perjuangan PKM sebagai pejuang kemerdekaan dan dengan jelas dan tidak membohongi rakyat – mengukur penerimaan rakyat Malaysia terhadap mereka.
Sumber TKO - 29-4-2018
DAP Bertapak Di Kelantan?
Posted on Friday, April 27 @ 09:44:06 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39413 |
KOTA BHARU: DAP akhirnya berjaya bertapak di negeri ini apabila wakilnya yang juga merupakan Orang Asli, Nasir Dollah diumumkan sebagai salah seorang calon gabungan pembangkang PKR Kelantan, malam tadi.
Nasir akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Walaupun tidak diumumkan sebagai wakil DAP dalam majlis pengumuman, status Nasir sebagai ahli dan calon tunggal DAP sudah pun diuar-uarkan dalam portal rasmi DAP iatu RoketKini.
Usaha Utusan Online mendapatkan pengesahan status parti diwakili Nasir Dollah juga gagal apabila rata-rata pemimpin gabungan tersebut memberi jawapan 'tidak pasti' dan 'tidak ingat'.
Sementara itu, senarai calon gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan hambar dengan kebanyakan mereka merupakan muka baharu dan kurang dikenali rakyat.
Buktinya, kira-kira 300 penyokong yang menghadiri majlis pengumuman calon bagi kesemua 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Bilik Operasi PH Kadok, di sini terpinga-pinga ketika nama kebanyakan calon diumumkan.
Mereka hanya bersorak sekali-sekala apabila mendengar nama-nama yang biasa didengar seperti Naib Presiden PAN, Husam Musa; Pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamaruddin Mohd. Nor dan Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir.
Rata-rata mereka juga tertanya-tanya calon berkenaan mewakili parti mana kerana tidak diumumkan oleh pengerusi majlis.
Dalam sidang akhbar sejurus selepas majlis, Husam yang ditanya mengenai pecahan parti memberitahu, gabungan tersebut kini tidak lagi dipecahkan kepada parti-parti komponen sebagai mengambil semangat kesatuan dalam kalangan mereka.
"Calon kita sekarang atas nama Pakatan Harapan. Tidak lagi atas nama parti komponen masing-masing," ujarnya tanpa mengulas lanjut.
Dalam senarai calon terbabit, Husam akan bertanding di Parlimen Kota Bharu selain mempertahankan DUN Salor yang dimenanginya dalam PRU-13 manakala Kamaruddin diletakkan di Parlimen Pasir Puteh.
Ab. Aziz pula akan bertanding di DUN Melor.
Sementara itu, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang pernah menguruskan enam kali pilihan raya dan berpengalaman luas dalam ehwal politik di peringkat nasional tidak akan bertanding kerusi Parlimen, sebaliknya hanya diletakkan di DUN Kota Lama. - UTUSAN ONLINE
Senarai calon Gabungan Pembangkang PKR Kelantan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diumumkan malam tadi:
(P.019) TUMPAT - Datuk Nordin Salleh (PPBM)
(N.01) PENGKALAN KUBOR - Datuk Wan Rosdi Mat Rasik (PKR)
(N.02) KELABORAN - Nik Faezah Nik Othman (PAN)
(N.03) PASIR PEKAN - Wan Johari Wan Omar (PPBM)
(N.04) WAKAF BHARU - Mohd. Khir Zahari Abdul Ghani (PAN)
(P.020) PENGKALAN CHEPA - Muhammad Ibrahim (PKR)
(N.05) KIJANG - Nasruddin Abdullah (PPBM)
(N.06) CHEMPAKA - Hashim Mohammad (PAN)
(N.07) PANCHOR - Zulhazmi Hassan (PAN)
(P.021) KOTA BHARU - Husam Musa (PAN)
(N.08) TANJONG MAS - Dr. Hafidzah Mustakim (PAN)
(N.09) KOTA LAMA - Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman (PPBM)
(N.10) BUNUT PAYONG - Sanusi Othman (PAN)
(P.022) PASIR MAS - Che Ujang Che Daud (PKR)
(N.11) TENDONG - Dr. Wan Zulkhairi Wan Mad. Zin (PPBM)
(N.12) PENGKALAN PASIR - Dr. Sharani Mohd Naim (PAN)
(N. 13) MERANTI - Mohd. Romizu Mohd. Ali (PAN)
(P. 023) RANTAU PANJANG - Dr. Wan Shah Jehan Wan Din (PAN)
(N.14) CHETOK - Ali Abdul Rahman Hasan
(N.15) GUAL PERIOK - Mohd. Ridzuan Muhamad
(N.16) APAM PUTRA - Mohd. Hisyamuddin Ghazali
(P.024) KUBANG KERIAN - Datuk Dr. Abdul Halim Yusof (PAN)
(N.17) SALOR - Husam Musa (PAN)
(N.18) PASIR TUMBOH - Mohd. Nor Mat Yajid
(N.19) DEMIT - Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
(P.025) BACHOK - Zulkifli Zakaria (PPBM)
(N.20) TAWANG - Mohamad Azihan Che Seman
(N.21) PANTAI IRAMA - Datuk Ismail Ghani
(N.22) JELAWAT - Mohd. Fahmi zakaria
(P.026) KETEREH - Dr. Mohd. Radzi Mohd. Jidin (PPBM)
(N.23) MELOR - Abdul Aziz Abdul Kadir
(N.24) KADOK - Che Ibrahim Mohammad
(N.25) KOK LANAS - Dr. Mohd. Hanafi Ismail
(P.027) TANAH MERAH - Dr. Mohd. Fauzi Zakaria (PKR)
(N.26) BUKIT PANAU - Hisham Fauzi
(N.27) GUAL IPOH - Datuk Mohd. Soba Hussin
(N.28) KEMAHANG - Bahari Mohamad Nor
(P.028) PASIR PUTEH - Datuk Kamaruddin Mohd. Nor (PPBM)
(N.29) SELISING - Ismail Muhammad
(N.30) LIMBONGAN - Zarir Yaakob
(N.31) SEMERAK - Wan Marzudi Wan Omar
(N.32) GAAL - Abdul Rahman Yaacob
(P.029) MACHANG - Datuk Sazmi Miah (PPBM)
(N.33) PULAI CHONDONG - Abdul Halim Abdul Kadir
(N.34) TEMANGAN - Mohd. Ridzuan Alias
(N.35) KEMUNING - Abdul Kadir Osman
(P.030) JELI - Azran Deraman (PPBM)
(N.36) BUKIT BUNGA - Asran Alias
(N.37) AIR LANAS - Dr. Aminuddin Yaacob
(N.38) KUALA BALAH - Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran
(P.031) KUALA KRAI - Dr. Ir Mohd. Yazid Abdullah (PAN)
(N.39) MENGKEBANG - Wan Mohammad Azran Ahmad
(N.40) GUCHIL - Mohd Roslan Putih
(N.41) MANEK URAI - Mohamed Dahan Mat Jali
(N.42) DABONG - Wan Ahmad Fadzil Wan Omar
(P.032) GUA MUSANG - Mohd. Nor Hussin (PPBM)
(N.43) NENGGIRI - Othman Yusoff
(N.44) PALOH - Noraini Husain
(N.45) GALAS - Nasir Dollah
Sumber TKO - 27-4-2018
Kempen DAP Eksploit Wanita Muda Melayu
Posted on Friday, April 27 @ 04:05:05 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39410 |
BUKAN sahaja cauvinis, tapi juga seksis dan eksploitatif. Inilah sikap sebenar DAP yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggunakan gadis-gadis muda Melayu sebagai bahan kempen pemasarannya.
Kempen ini ditujukan pada orang Melayu, terutama anak muda Melayu anti-establishment yang sedang mahu melawan.
Ramai daripada mereka diajak bersama DAP semasa di universiti melalui pelbagai program yang pada mulanya tidak menampakkan imej DAP.
Anak muda ini diajak bersama program DAP seperti Sekolah Demokrasi dan didoktrinkan dengan fahaman liberal yang menyokong DAP dan menentang kuat Melayu.
Penggunaan gadis-gadis Melayu ini ialah eksploitasi wanita oleh DAP walaupun mereka mendakwa gadis-gadis ini bebas bertindak atas fikiran sendiri.
Sebenarnya, mereka dipergunakan dan diperdaya untuk kekal bersama DAP dengan tujuan melunakkan imej cauvinis Cina DAP.
DAP mahu menunjukkan kepada orang Melayu mereka ada ahli orang Melayu, gadis Melayu, dan gadis Melayu bertudung malah ada yang berpurdah!
Ini boleh membuatkan orang terfikir, “Kalau mereka yang bertudung dan berpendidikan begini boleh sertai DAP, takkanlah DAP ini teruk sangat.”
DAP yang kononnya liberal dan menghormati wanita ini sebenarnya hanya melakukan apa yang perlu mengikut kepentingan politik.
Fahaman mereka tentang hak wanita seperti yang mereka tiru dari Barat itu pun bercelaru dan diikut mana yang mereka mahu sahaja.
Media mereka sendiri, Roketkini dikecam kerana menggunakan istilah “awek cun” dalam menyifatkan gadis melayu muda yang menyertai DAP.
Kalau betul mereka liberal seperti yang katanya diikut dari Barat itu, mereka tidak akan menggunakan istilah yang menjadikan wanita objek itu.
Kemudian, selepas meminta maaf dan menarik balik penggunaan istilah awek cun itu, Dyana telah bergambar dalam keadaan seksi dalam sebuah majalah.
Apa lagi tujuan bergambar begitu kalau bukan untuk tujuan memasarkan diri, mengeksploit diri.
Walaupun dilapik dengan kononnya untuk “good cause,” dalam budaya Melayu malah Malaysia secara umumnya, tapi hakikatnya dia membenarkan diri dieksploit.
Dyana juga dieskploit untuk menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu untuk kerusi Parlimen apabila meletakkannya bertanding di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil tahun 2014.
Lawan Dyana ialah Datuk Seri Mah Siew Keong, presiden Gerakan, yang jauh lebih besar dalam kedudukan politik.
DAP hantar Melayu lawan Cina? DAP hendak jadikan Melayu ahli Parlimennya? DAP sedia kalahkan seorang Cina dan beri kerusinya kepada Melayu?
Jawapannya, ini semua hanya drama. DAP tahu orang Cina tidak akan memberi undi kepada Melayu.
Malah, dikhabarkan juga DAP telah “kawtim” dengan Gerakan untuk memberikan kemenangan kepada presidennya itu.
Mah kemudian dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menambah wakil Cina dalam kabinet selepas ramai wakil MCA ditewaskan oleh DAP.
Apa lagi bukti yang diperlukan untuk membuktkan yang DAP hanya mempergunakan Melayu untuk kepentingan Cinanya, dan ramai Cina dalam DAP pun mendakwa kepentingan paling besar ialah kepentingan keluarga Lim.
Kalau ada pun Melayu dalam DAP yang naik hingga ke tahap pemimpin tertinggi, kemungkinan besar Melayu itu sudah tidak mewakili Melayu dan tidak lagi berbudaya Melayu.
Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim pun boleh kecewa akhirnya hingga berang dan mengatakan DAP ialah sebuah parti Cina.
Dalam pilihan raya kali ini, salah seorang daripada hanya sebilangan kecil Melayu yang dicalonkan ialah seorang cucu komunis, yang telah mengakui kagum dan mengidolakan perjuangan komunis neneknya. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 27-4-2018
AIDCNews -25/04/18 – Hata Wahari, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang masuk DAP pada 2012 mengumumkan keluar parti selepas nama Jamliah Jamaluddin sebagai calon DUN Bandar Utama.
“Saya adalah anggota DAP Damansara. Kemasukan saya di dalam parti itu diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“Namun kini saya menarik diri dari menyokong parti itu kerana sikapnya yang tidak menghargai sokongan orang Melayu yang menyokong DAP,”katanya dalam satu kenyataan terbuka.
Menurutnya, keputusan parti mencalonkan cucu bekas aktivis komunis itu mengesahkan DAP menyokong komunis yang membunuh askar-askar Melayu.
“Tindakan mengangkat Jamaliah Jamaludin, cucu Shamsiah Fakeh – seorang pejuang komunis yang mengangkat senjata membunuh dan memporak-perandakan orang Melayu – merupakan tindakan melampau.
“Bagaimana kami, orang Melayu boleh menerima DAP yang tidak langsung mengambil kira perasaan, kesengsaraan dan kesedihan kami memikirkan anggota keluarga dibunuh petualang komunis Melayu pada zaman darurat.”
Hata turut memetik kenyataan Shamsiah Fakeh yang mengaku masuk hutan dan tidak menyesal membunuh.
“Penjajah begitu takut dengan pejuang komunis yang hendak menggulingkan mereka. Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah.
“Barang siapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.” – Dari Awas ke Rejimen ke-10, muka surat 62.
Menurut Hata, seperti yang ditegaskan sejarawan terkemuka, Tan Sri Khoo Kay Kim, majoriti orang Melayu tidak boleh menerima komunis dan fahamannya.
Tambahnya, beliau mempunyai pengalaman sendiri mempunyai keluarga yang berfahaman komunis.
“Saya mempunyai ibu saudara yang merupakan anggota komunis Melayu, mengangkat senjata, membunuh anggota tentera Melayu yang mempertahankan negara.
“Sepanjang tempoh hidupnya tidak pernah menyesal malah berbangga berjaya membunuh tentera Melayu dan orang Melayu, katanya pembunuhan itu diwajibkan.
“Mereka belajar pembunuhan adalah wajib untuk mewujudkan negara komunis di negara ini. Malahan anak-anaknya terus juga memuja ibunya ketika dalam Komunis.
“Anak saudara saya kini juga mempunyai sikap seperti nenek dan bapanya yang terus memuja perjuangan komunis, tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh neneknya di zaman darurat membunuh orang Melayu sendiri.
“Pengalaman hidup keluarga kami ini, membuat saya tidak mempercayai bahawa Jamaliah, cucu Shamsiah Fakeh ini bukan seorang komunis.”
Hata turut memetik kenyataan allahyarham Sarjan Yusof Rono yang berkata akan sentiasa ada orang-orang seperti Mat Indera dan Shamsiah Fakeh di Malaysia, tokoh-tokoh komunis yang menyembunyikan identiti mereka.
“Katanya lagi, komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak- perandakan negara.
“Kini DAP memberi peluang seorang komunis untuk bangkit dalam pimpinan negara, sesuatu yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu, sesuatu yang perlu ditentang oleh orang Melayu.
“Orang-orang Melayu perlu menolak DAP dalam pilihan raya kali ini. Tidak ada perbuatan yang paling kurang ajar dilakukan oleh DAP kepada orang Melayu apabila mengangkat cucu seorang komunis Melayu dalam kepimpinan negara.”
Shamsiah Fakeh Adalah Idoa Saya- Calon DAP Bandar Utama
Sumber TKO - 26-4-2018
7 calon DAP, PKR bertanding hadapi pertuduhan jenayah
Posted on Wednesday, April 25 @ 20:09:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39378 |
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 7 calon DAP dan PKR bertanding kerusi DUN dan Parlimen walaupun menghadapi pertuduhan jenayah.
Sama ada perbicaraan mereka belum bermula atau rayuan terhadap pensabitan dan hukuman menunggu perbicaraan di mahkamah lebih tinggi.
Menurut Perlembagaan Persekutuan dan negeri, keahlian wakil rakyat akan dibatalkan hanya jika hukuman penjara 1 tahun atau denda RM2,000 dikenakan dan belum mendapat pengampunan.
Peguam SN Nair berkata hilang kelayakan itu hanya akan berkuat kuasa selepas rayuan terakhir dan permohonan belas kasihan ditolak.
“Selepas itu dewan perundangan akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan kerusi supaya pilihan raya kecil boleh diadakan,” katanya.
Mendahului senarai itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dituduh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan dengan menukar status tanah pertanian kepada perumahan. Dia juga berdepan tuduhan membeli sebuah banglo bawah nilai pasaran.
Beliau berdepan pemenjaraan sehingga 20 tahun dan denda sehingga 5 kali jumlah atau nilai sogokan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan pertama.
Setiausaha agung DAP itu, yang bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang, juga berdepan pemenjaraan sehingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah dalam pertuduhan kedua.
Mahkamah Tinggi menetapkan 21 Mei untuk menyambung semula pembicaraan.
Jannie Lasimbang, calon DAP untuk DUN Kapayan di Sabah, akan tahu esok sama ada dia boleh bertanding atau tidak.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan ke atas rayuan pihak pendakwaraya terhadap pembebasan Jannie daripada 2 pertuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman (APA).
Pertuduhan bawah Seksyen 9(5) itu boleh dihukum dengan denda sehingga RM10,000. Jannie adalah penganjur tunjuk perasaan Bersih 4 di Sabah yang diadakan dari 29 hingga 30 Ogos 2015.
Ahli jawatankuasa PKR Johor Steven Choong Shiau Yoon, yang akan bertanding di Parlimen Tebrau, disabitkan kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan “Bebaskan Adam Adli” berhampiran stesen minyak di Johor Bahru pada 21 Mei 2013. Pihak pendakwaan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap denda RM1,500 yang dikenakan Mahkamah Tinggi.
Naib presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin pula didakwa kerana menunjuk perasaan di rumah ibadat, satu kesalahan bawah APA. Perbicaraan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur sedang berjalan.
Shamsul akan bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya dan DUN Machap Jaya di Melaka.
Seorang lagi naib presiden PKR Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013.
Tian Chua, yang akan mempertahankan Parlimen Batu dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800. Kerajaan sudah memfailkan rayuan untuk meningkatkan hukuman itu.
Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR juga didakwa dengan hasutan pada 2011 selepas didakwa menghina Sultan Selangor, tetapiperbicaraan belum bermula kerana permohonan dibuat untuk membatalkan pendakwaan itu.
Shuhaimi, yang merupakan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, dijangka bertanding DUN Sungai Kandis.
Mereka yang disabit kesalahan bawah Akta Hasutan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Ketua Biro Undang-undang PKR R Sivarasa pula didakwa dengan 2 tuduhan memuatnaik muka depan Time Magazine yang diubahsuai di akaun Facebook yang memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan perkataan “No. 2 dalam senarai paling korup”.
Kesalahan itu boleh dihukum bawah Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya.
Perbicaran di Mahkamah Sesyen ditetapkan pada 26 Jun.
Sivarasa akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, sebelum ini dikenali sebagai Subang.
Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, bersama-sama 5 yang lain, dibebaskan dariada tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas di satu tunjuk perasan pada 2015.
Tan dari PKR dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu tetapi belum jelas sama ada kerajaan akan merayu.
Kesalahan bawah Seksyen 186 Kanun keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber TKO -25-4-2018
Calon cucu komunis: Ahli DAP Keluar Parti, kerana tiada prihatin kepada Melayu
Posted on Wednesday, April 25 @ 20:02:39 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39376 |
Ketua penganalisis Penang Insitute, Wong Chin Huat berkata, tanda-tanda tsunami Melayu menjadikan ketua-ketua perang Pakatan Harapan boleh memperkudakan pengundi dan mencalonkan sesiapa sahaja tanpa mengambil kira perasaan pengundi.
Memang benar apa yang dikatakan Chin Huat.
Saya adalah anggota DAP Damansara. Kemasukan saya di dalam parti itu diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (bawah).
Namun kini saya menarik diri dari menyokong parti itu kerana sikapnya yang tidak menghargai sokongan orang Melayu yang menyokong DAP.
Tindakan mengangkat Jamaliah Jamaludin, cucu Shamsiah Fakeh – seorang pejuang komunis yang mengangkat senjata membunuh dan memporak-perandakan orang Melayu – merupakan tindakan melampau.
Bagaimana kami, orang Melayu boleh menerima DAP yang tidak langsung mengambil kira perasaan, kesengsaraan dan kesedihan kami memikirkan anggota keluarga dibunuh petualang komunis Melayu pada zaman darurat.
Ramai berkata, mengapa Jamaliah menjadi mangsa?
Saya mungkin boleh menerimanya sekiranya neneknya, Shamsiah Fakeh (bawah) memohon maaf atas tindakannya membunuh orang Melayu.
Tetapi dalam tulisannya Dari AWAS ke Rejimen ke-10, dia menegaskan tidak menyesal masuk hutan.
`“Penjajah begitu takut dengan pejuang komunis yang hendak menggulingkan mereka. Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah.
“Barang siapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.” – Dari Awas ke Rejimen ke-10, muka surat 62.
DAP sepatutnya mendapatkan reaksi anggota-anggota DAP Melayu ketika ingin menamakan cucu Shamsiah Fakeh untuk dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-14.
Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Khoo Kay Kim (atas), majoriti orang Melayu tidak boleh menerima komunis.
Khoo Kay Kim dengan tegas mengatakan bahawa sejak awal lagi fahaman komunis tak dapat diterima dengan baik di Tanah Melayu khususnya dari orang Melayu dan Islam.
Mengapa dosa nenek di bahunya?
Mengapa DAP tidak mengkaji dan melihat pendapat sejahrawan yang terus menegaskan komunis tidak akan mendapat tempat di hati orang Melayu dan komunis Melayu merupakan kumpulan yang akan terus ditolak oleh orang Melayu.
Ramai mempersoalkan tindakan saya menentang tindakan DAP mengangkat cucu Shamsiah Fakeh, Jamaliah (bawah) sebagai calon PRU Ke-14. Dia cucu mengapa dosa nenek diletakkan di bahu dia.
Memang mudah bercakap kalau kita tidak merasai sendiri situasi berhadapan dengan mereka yang menyertai komunis.
Saya mempunyai ibu saudara yang merupakan anggota komunis Melayu, mengangkat senjata, membunuh anggota tentera Melayu yang mempertahankan negara
Sepanjang tempoh hidupnya tidak pernah menyesal malah berbangga berjaya membunuh tentera Melayu dan orang Melayu, katanya pembunuhan itu diwajibkan.
Mereka belajar pembunuhan adalah wajib untuk mewujudkan negara komunis di negara ini. Malahan anak-anaknya terus juga memuja ibunya ketika dalam Komunis.
Anak saudara saya kini juga mempunyai sikap seperti nenek dan bapanya yang terus memuja perjuangan komunis, tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh neneknya di zaman darurat membunuh orang Melayu sendiri.
Pengalaman hidup keluarga kami ini, membuat saya tidak mempercayai bahawa Jamaliah, cucu Shamsiah Fakeh ini bukan seorang komunis.
Adakah seorang pencuri hendak mengaku dia pencuri, atau yang banyak dilaungkan oleh DAP, adakah Najib Razak hendak mengaku dia mencuri RM2.6 bilion? Tentu tidak.
Jadi adakah Jamaliah ini hendak mengaku dia seorang komunis? Tentu tidak tetapi dari penulisannya, dia mengagungkan Shamsiah Fakeh, menjadikan neneknya idola dan menegaskan neneknya mengajarnya erti perjuangan.
Jamaliah mengatakan neneknya tidak mempunyai pilihan. Dan saya pasti bahawa Jamaliah juga tidak akan membuat pilihan, saya percaya bahawa dia merupakan menganuti ideologi komunis.
Malahan daripada apa yang ditulisnya, mengangkat neneknya sebagai wirawati, merupakan tindakan melampau.
Tidak ada orang Melayu yang akan mengangkat seorang komunis sebagai wirawati dan pejuang. Bagaimana dia boleh mengisytiharkan Shamsiah Fakeh sebagai wirawati.
Senanglah bercakap, sedangkan pejuang lain tidak pula memilih komunis, rela dipenjarakan demi perjuangan dan terus berjuang serta bersama-sama menuntut kemerdekaan walaupun dari aliran kiri.
Pesan Sarjan Yusof Rono
Seperti yang dikatakan oleh allahyarham Sarjan Yusof Rono, pada setiap masa, akan ada orang-orang seperti Mat Indera dan Shamsiah Fakeh dalam masyarakat kita.
Katanya lagi, komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak- perandakan negara.
Kini DAP memberi peluang seorang komunis untuk bangkit dalam pimpinan negara, sesuatu yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu, sesuatu yang perlu ditentang oleh orang Melayu.
Orang-orang Melayu perlu menolak DAP dalam pilihan raya kali ini. Tidak ada perbuatan yang paling kurang ajar dilakukan oleh DAP kepada orang Melayu apabila mengangkat cucu seorang komunis Melayu dalam kepimpinan negara.
HATA WAHARI adalah anggota DAP Damansara.
Sumber TKO - 25-4-2018
Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama lain? (Flashback)
Posted on Wednesday, April 25 @ 07:20:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39362 |
Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.
Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya sangat bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan 'mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan pendapat politik.
Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.
Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah nabawiyyah.
Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang Eng. Ada boleh baca di sini.
Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat rumusan.
Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup di sini.
Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.
Sebelum ini mereka berhujah kata mereka lihat DAP buat pada Islam. Setelah DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap tahun.
Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.
Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"
Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.
Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.
Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)
Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.
Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?
Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan sama?
Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?
Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.
Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?
Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.
Apa bezanya dengan DAP?
Sumber TKO - 25-4-2018
Kenapa Dulu DAP Tak Tentang Hudud Tapi Sekarang DAP Tentang Hudud? (Flashback)
Posted on Wednesday, April 25 @ 07:16:28 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39361 |
Hari ini KiniTV menyiarkan kenyataan Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempersoalkan kehadirannya di majlis berbuka puasa menjadi masalah sedangkan sebelum ini tidak menjadi masalah.
Dia seolah-olah tidak memahami kenapa? Katanya mungkin tahun ini hampir PRU.
Lim Guan Eng betul-betul tak tahu atau memang dia sengaja nak sembunyikan apa sebenarnya yang berlaku.
HADIR BERBUKA PUASA BAGI BUKAN ISLAM TAK ADA MASALAH PUN itu semua orang faham tapi kalau datang berbuka dengan tujuan lain sedangkan ANTI-ISLAM itu orang Islam marah.
Apa Sikap DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini?
Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan Eng datang berbuka malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya.
27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .
Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.
Video - https://youtu.be/TPvyYjm7aNA
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang pun usaha PAS atas dasar muafakat.
Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu Hudud.
Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa oleh PAS.
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.
Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima jika ada pimpinan DAP untuk berbuka puasa di majlis berbuka puasa anjuran PAS yang biasanya di surau dan masjid.
Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini
Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
INi bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.
Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!
Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.
Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?
Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.
Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.
Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties" Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!!
Video - https://youtu.be/bfQ3luKgCGA
Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020". Mereka tak takut pun kepada Hudud.
Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tak rasa Islam itu mengacam mereka.
Siapa Mengubah Sokong Cin DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?
Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini?
Cubaan mengambil alih kepimpinan PAS daripada Ulama
Wujud pengeseran pendekatan dalam PAS, ada yang ingin ke Putrajaya dengan cepat menolak pendekatan menjulang syariat Islam. Mereka berkata dapat Putrajaya dulu baru kita laksanakan syariat Islam (hudud). Ramai orang miskin, basmi rasuah itu lebih penting daripada hudud.
Maka mereka mendekati DAP dan PKR membawa slogan kebajikan lebih utama daripada hudud dengan tujuan menyingkir kefahaman dan golongan ulama dalam PAS yang berfokuskan syariat Islam sehingga jurang perbezaan dalam PAS makin besar kerana pengeseran kecil dibesarkan oelh akhbar pro-pembangkan g seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (sebelum mati). Orang-orang seperti Dr. Zul dan Zul Solong dibelakang TMI memainkan peranan dalam isu ini.
DAP lebih suka kumpulan (GHB) ini kerana mereka juga tidak mahu hudud sebagai dasar perjuangan mereka. Kumpulan ini GHB (sekarang parti AMANAH) telah membuka ruang untuk orang bukan Islam mendapat manafaat. Sikap DAP makin berubah kerana mereka menyangka kumpulan ini akan menguasai PAS pada masa itu kerana hampir 2/3 ahli majlis tertinggi PAS terdiri daripada kumpulan ini.
Untuk mendominasi PAS, DAP mengambil sikap menyokong kumpulan ini untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Majlis berbuka puasa di rumah Kamarudin Jaafar (dulu Setiausaha Agung PAS Pusat) dihadiri oleh pimpinan DAP dan PKR bagi merancang menguasai PAS.
Mereka mencari seseoarng untuk di'perkuda'kan untuk melawan Abdul Hadi yang bersifat ulama, maka Ahmad Awang dicalonkan bertanding melawan Abdul Hadi merebut jawatan Presiden. Tapi Apabila parti AMANAH (PAN) tertubuh Ahmad Awang tidak dilantik pun menjadi Presiden, hanya sekadar "tukang baca doa" dalam majlis parti AMANAH (PAN)
Bila pemilihan Muktamar PAS Pusat 2015, DAP dan sebahagian PKR terang-terang menyokong kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Malaysiakini akhbar pro kumpulan ini telah membuat kajian bohong macam kajian Rafizi dengan data-datanya mengatakan bahawa sokongan menjatuhkan Abdul Hadi Awang sangat besar dalam PAS. Orang yang bodoh selalu tertipu dengan fakta-fakta kajian rekaan ini.
Keputusan akhirnya terbalik, tak sampai 20% ahli PAS sokong kumpulan pengkhianat ini. Ramai pimpinan pengkhianat disingkirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan tersebut.
Mereka tubuh parti baru diberi nama AMANAH (PAN).
Kemudian DAP serang PAS hampir setiap hari. Mereka cuba singkirkan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.
Dulu ahli PAS bersabar kerana PAS masih dalam PR tapi bila tak bersama, mereka fikir mereka boleh tahan dengan serang PAS.... tunggu
Itu saham yang dilaburkan oleh parti AMANAH (PAN) dan ahli-ahlinya. Merekalah yang menyebabkan sikap Cina DAP makin keras dengan hudud. Mereka yakni Islam AMANAH (PAN) sendiri merasakan hudud belum sesuai lagi kerana keutamaan 'fiqh alawiyyat' kononnya.
Kesimpulannya...
Puak-puak AMANAH (PAN) lah yang memberikan TARING kepada DAP untuk mengigit umat Islam. Inilah pengkhianatan terhadap perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia. Mereka yang menjadi 'mastermind' adalah IRC, JIM dan kini dikenali sebagai IKRAM. Duri dalam daging kepada Jamaah Islam PAS.
Sumber TKO - 25-4-2018
Saya Tidak Sanggup Jadi Pendusta Semata-mata Untuk Kekal Jadi Calon – Dr Tan Seng Giaw
Posted on Sunday, April 22 @ 18:59:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39297 |
AIDCNews -20/04/18 –Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup menjadi pendusta dengan memutarbelitkan kebenaran semata-mata untuk kekal menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum (PRU).
Misalnya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berkata hasil siasatan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bersalah walaupun ia bertentangan dengan kehendak partinya sendiri.
Dr Tan berkata beliau tidak sanggup melawan kedaulatan undang-undang, sanggup menjadi pendusta dengan menjadi sumber penyebar berita palsu serta menolak kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik partinya.
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak mahu. Saya tidak fikir anda mahu revolusi di Malaysia berlaku. Kerana anda tidak mahu revolusi, maka anda perlu mempunyai perjuangan yang damai, yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang.
“Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia terbukti sedemikian oleh pengadilan hukum.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali.
“Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk menyabitkannya dengan orang lain dan mengatakan seseorang itu bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian.
“Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu mengeluarkan bukti, maka kita akan tahu kebenarannya,”katanya ketika ditermubual Fernando Fong dari NST.
Beliau turut mengesahkan pendiriannya berkaitan dengan isu IMDB yang tidak sealiran dengan kehendak DAP merupakan salah satu sebab beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU.
“Saya telah mendengar perkara ini di media sosial, khususnya daripada orang Mahathir, Matthias Chang.
“Pada masa ini, ramai yang memanggil saya sebagai ‘running dog’, seorang pengkhianat dan juga menghina keturunan bangsa saya.
“Orang-orang Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri.
“Masa akan menentukan siapa yang bercakap benar,”katanya.
Sumber TKO - 22-4-2018
16 APRIL lalu, sewaktu mengumumkan pencalonan David Nga Kor Ming sebagai wakil DAP bagi kerusi P76 Telok Intan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, turut mengumumkan bahawa, jika menang, Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru Pakatan Harapan (PH)”.
Kata Lim Guan Eng: “Beliau juga akan jadi Menteri di Kabinet baru PH dan sebagai Menteri saya boleh jaminkan beliau akan bawa lebih banyak perubahan daripada Menteri sekarang. Beliau adalah calon DAP di bawah simbol PH simbol PKR.”
Pengumuman Lim Guan Eng di Telok Intan bahawa, jika menang, Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” ini, pada hemat saya, memberikan gambaran mengenai dua permasalahan utama yang melanda DAP sebagai sebuah parti politik.
Permasalahan pertama adalah membabitkan sikap besar kepala dan dominasi DAP di dalam PH di mana di dalam banyak perkara DAP kelihatan mahu mendahului pimpinan tertinggi PH dan mahu memaksakan kehendaknya pada mereka.
Bila penyandang kerusi N26 Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, mengumumkan pencalonan Dr Abdul Aziz Bari sebagai wakil DAP bagi kerusi itu, terus sahaja Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan membidasnya.
Kata Loke Siew Fook, Ong Boon Piow akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti kerana sebarang pengumuman calon daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh Setiausaha Agung DAP sahaja.
Bagaimanapun, di dalam kes pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” ini Lim Guan Eng tidak pula dimaklumkan mendapat mandat parti, lebih-lebih lagi persetujuan Majlis Presiden PH sebelum berbuat demikian.
Pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” oleh Lim Guan Eng ini tidak syak lagi boleh digunakan sebagai bukti betapa DAP tidak menghormati Majlis Presiden sebagai badan pembuat keputusan tertinggi di dalam PH.
Permasalahan kedua adalah membabitkan usaha DAP untuk menepis imej anti-Islam dan anti-Melayu yang dihadapinya yang sebenarnya tercalar lebih teruk lagi ekoran pengumuman Nga Kor Ming “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” oleh Lim Guan Eng ini.
Ini kerana rata-rata orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia masih mengingati dengan jelas kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming yang bersifat sangat prejudis terhadap orang Islam dan orang Melayu di dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tidak semua orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia bersetuju dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Tetapi ucapan Nga Kor Ming berbunyi “di Negeri Perak Darul Kaput ini kita ada Menteri Besar hitam metallic yang haram jadah itu” adalah keterlaluan.
Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming di dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang sebahagiannya telah dilaporkan kepada polis, yang menguatkan lagi persepsi orang Islam dan orang Melayu bahawa DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu.
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 14 Disember 2015 Nga Kor Ming pernah menyindir pakaian purdah sambil menyifatkan Datuk Ahmad Darus yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno supaya pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai "Pemimpin Melayu otak cacat".
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 5 Julai 2016 Nga Kor Ming pernah menaikkan ucapan Hari Raya Aidil Fitri yang menyertakan gambar rumah api yang berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan yang diselitkan dengan perkataan “In God We Trust” serta “Lord, Guide Our Nation Back To You”.
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 6 Julai 2016 Nga Kor Ming pernah menaikkan ucapan Hari Raya Aidil Fitri yang menyertakan gambar kartun yang memberi makna bahawa pemberian duit raya ketika menyambut Hari Raya Adil Fitri oleh orang Islam kepada kanak-kanak sebagai "derma” dan “dedak”.
Orang Islam dan orang Melayu sukar lupa bahawa pada 1 Ogos 2017 Nga Kor Ming pernah mengongsi poster yang menggambarkan Tun Abdul Razak Husin sebagai “Pengkhianat negara yang sebenar” kerana berkhidmat dengan tentera Jepun berbanding Chin Peng yang berjuang melawan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Bila Nga Kor Ming dengan imej negatifnya di kalangan orang Islam dan orang Melayu di Perak dan di Malaysia awal-awal lagi diumumkan oleh Lim Guan Eng “akan jadi Menteri di Kabinet baru PH” maka akan lebih negatiflah imej DAP di kalangan mereka.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
XOXO - Allah banyak kali memberi peringatan tentang musuh sebenar orang islam adalah orang kafir. Kadang kala kita tertipu...
Sumber TKO - 22-5-2018
Lim Guan Eng: Mokhzani Mahathir lagi kaya dari Vincent Tan
Posted on Saturday, April 21 @ 22:09:30 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39273&mode=thread&order=0&thold=0 |
Video - https://youtu.be/y0oj6_GrI0M
Ini cerita Lim Guan Eng Semasa belum tidur sebantal dengan Mahathir
Kredit Raja Petra Bin Raja Kamarudin
Sumber TKO - 21-4-2018
Tony Pua & Gobind Singh Tidak Berani Keluar Tanding Di Luar Selangor
Posted on Friday, April 20 @ 08:48:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39266 |
AIDCNews -19/04/18 –Walaupun sebelum ini nama Gobind Singh Deo diwar-warkan bakal bertanding di Johor dan nama Tony Pua bakal bertanding di Pahang untuk merealisasikan strategi DAP ‘raja lawan raja’, namun ia tidak menjadi kenyataan.
Sebelum ini Tony Pua dirancang bertanding di Bentong bagi melawan Presiden MCA, Dato’ Seri Liow Tiong Lai dan Gobind pula bakal dihantar ke Labis bagi menentang Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Bagaimanapun strategi itu tidak menjadi apabila kedua-dua tokoh DAP itu tidak berani untuk bertanding di luar Selangor dan masih berkeras untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang pernah dimenangi mereka pada PRU 13.
Malam ini, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mengumumkan nama calon yang pernah tewas Pang Hok Leong sebagai regu melawan penyandang Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong.
Beberapa hari lalu, DAP turut mengumumkan calon kitar semula, Wong Tack bertanding melawan Tiong Lai di Bentong.
Menurut sumber yang disampaikan kepada kami, Tony Pua membantah keras keputusan DAP kebangsaan yang mahu menghantar beliau menentang Tiong Lai di Bentong.
Malah usaha memindahkan Dato’ Teng Chang Khim dari DUN Bandar Baru Klang (nama lama Sungai Pinang) dan Ean Yong Hian Wah dari DUN Seri Kembangan juga tidak menjadi kenyataan kerana kedua-dua tokoh DAP Selangor itu berkeras mahu bertanding di DUN yang pernah dimenangi masing-masing.
Sebelum ini, Teng dan Ean Yong diwar-warkan bakal dipindahkan ke DUN Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek yang dianggap DUN kelabu DAP.
Startegi ‘raja lawan raja’ parti itu menjadi anti-klimaks apabila ia bukan bermula dari kepimpinan utama DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang enggan meninggalkan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada PRU 13.
Ada yang mengejek, Guang Eng sepatutnya menentang Tiong Lai di Parlimen Bentong dan bukannya Wong Tack.
Begitu juga Kit Siang sepatutnya melawan Timbalan Presiden MCA Dato’ Seri Ir Dr. Wee Ka Siong di Ayer Hitam dan bukannya Chin Tong
Sumber TKO - 20-4-2018
PRU14: DAP Sudah Tunjuk Nafsu Berkuasa
Posted on Thursday, April 19 @ 19:01:51 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39254 |
DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
Baru-baru ini, DAP telah mengumumkan dua tokoh mudanya, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri kalau mereka menang Putrajaya dalam pilihan raya nanti.
Pengumuman ini sebagai satu strategi menarik undi orang Cina dengan cara menunjukkan calon-calon mereka bakal menjadi menteri.
Tapi apa yang sebenarnya ditunjukkan ialah nafsu DAP untuk mengetuai kerajaan pusat akan datang dan dominasinya sebagai ketua dalam Pakatan Harapan.
DAP akan bertanding paling banyak kerusi berbanding parti-parti PH yang lain, dan memegang remote control sebuah parti komponen PH, Parti Amanah Negara (PAN).
Parti Cina ini telah menunjukkan kesombongan sepanjang menguasai PH dan telah menunjukkan bagaimana ia menggunakan kuasa sejak menguasai kerajaan Pulau Pinang.
Strategi menamakan dua pemimpin muda sebagai bakal menteri ialah tawaran DAP kepada orang Cina.
Mereka menawarkan calon-calon yang bakal menjadi menteri, maka mereka menuntut agar orang Cina mengundi calon yang mereka tawarkan.
Kalau menteri pun mereka sudah rancang dan idamkan, bermakna mereka akan mahu melantik lebih ramai menteri lain.
Kalau pemimpin muda sudah dicanang akan dilantik menteri, tentulah pemimpin yang lebih senior dan daripada kumpulan yang rapat dengan keluarga Lim akan dilantik juga.
Sudah tentulah pemimpin DAP yang lebih senior seperti Lim Guan Eng akan dilantik ke jawatan menteri yang lebih kanan seperti timbalan perdana menteri.
Ini semua menunjukkan DAP sudah cukup yakin akan menang besar dalam PRU14 ini, dan ia berani menunjukkannya kepada pengundi.
Sejarah penguasaan DAP di Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan kerakusan mereka terhadap musuh politik apabila berkuasa.
Di dalam parti sendiri pun, sudah terserlah sikap diktator mereka sehingga sebarang kritikan akan menyebabkan tercantas.
Memberi undi kepada parti gila kuasa seperti ini hanya akan memudaratkan rakyat dan negara. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 19-4-2018
Guan Eng pertahan DUN Air Putih
Posted on Thursday, April 19 @ 15:02:10 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39248 |
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi DUN Air Putih untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow membuat pengumuman di pusat perkhidmatan parti Tanjung Bungah hari ini . Lim selaku ketua menteri sementara turut hadir.
Chow juga mengumumkan calon kerusi Parlimen Bukit Bendera, Tanjung Bungah dan kerusi DUN Pulau Tikus. Penyandang Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari akan bertanding DUN Tanjung Bungah.
Zairil sebelum ini dikaitkan kontroversi peribadi telah menikahi teman satu parti Dyana Sofya Mohd Daud bulan lalu. Perpindahan beliau ke kerusi negeri dilihat sebagai langkah strategik.
Langkah itu mungkin membuka jalan kepada beliau menjawat kedudukan dalam majlis eksekutif negeri jika Pakatan Harapan (HARAPAN) mengekalkan Pulau Pinang dalam PRU14.
Zairil kemungkinan besar akan bertanding melawan calon Gerakan, H'ng Chee Way.
Sumber TKO - 29-4-2018
Wakil rakyat DAP paling tadah mahu jadi calon Bebas
Posted on Wednesday, April 18 @ 17:33:35 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39230 |
Empat wakil rakyat DAP di Melaka yang sebelum ini berpaling tadah mengisytiharkan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14, kali ini.
Keempat-empat mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong.
Kumpulan yang merujuk diri mereka sebagai Perikatan Keadilan berkata mereka akan mencalonkan Goh untuk kerusi Parlimen Kota Melaka dan kerusi DUN Kesidang.
Sim pula akan bertanding di Kota Laksamana, manakala Lim dan Chin masing-masing di Ayer Keroh dan Bandar Hilir.
Semasa dihubungi, Sim berkata bahawa semua empat calon berharap mereka boleh menggunakan logo "kunci" yang adalah antara 30 logo yang tersedia untuk calon bebas.
"Secara idealnya, kami mahu gunakan 'kunci'. Saya menggunakannya apabila saya bertanding (di Kota Laksamana) sebagai calon Bebas pada tahun 2013.
"Saya memilih kunci kerana kamu perlukan kunci untuk segala-galanya - sebuah rumah atau sebuah kereta, sebagai contoh - kunci adalah permulaan," katanya kepada Malaysiakini.
Sumber TKO - 18-4-2018
Zaid Ibrahim kena kencing oleh DAP dan panggil parti itu 'parti Cina'
Posted on Tuesday, April 17 @ 14:14:39 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39205 |
Selepas dikatakan tidak mendapat ruang bertanding dalam pilihan raya umum, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan DAP yang dianggotainya sebagai “parti Cina”.
“Parti Cina dalam Pakatan harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.
“Parti-parti Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulisnya di Twitter.
Zaid pada 12 April lalu menyamakan dirinya dengan pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw yang tidak dicalonkan lagi di parlimen Kepong, yang dipegangnya selama lapan penggal.
Zaid, bekas menteri undang-undang, berkata “Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan”.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri pusat jika HARAPAN memang dalam PRU pada 9 Mei ini.
Lim berkata demikian ketika mengumumkan Nga sebagai calon parlimen Teluk Intan malam tadi.
Sebelum itu, Lim telah menjanjikan kedudukan sama kepada Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.
Kedua-dua Nga dan Liew akan berdepan dengan menteri BN di tempat masing-masing.
Zaid sebelum antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis imej parti Cina yang dilontar pada mereka.
Sumber TKO - 17-4-2018
Memahami politik Seng Giaw melalui sejarah perjuangan kiri
Posted on Tuesday, April 17 @ 11:17:35 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39202 |
Oleh Zin Mahmood
Dr Tan Seng Giaw bukanlah asalnya dari DAP. Beliau dari Parti Keadilan Masyarakat, atau Pekemas. Sebab itu ideologi asas beliau bukannya DAP tetapi Pekemas.
Tan berpindah ke DAP bersama aktivis Pekemas lain apabila pengasasnya, Dr Tan Chee Khoon diserang strok dan tidak dapat memimpin parti itu.
Tan menang di Kepong pada pilihan raya umum 1982. Sebelum itu, pada 1978, beliau bertanding di situ atas tiket Pekemas tetapi kalah di tangan Dr Tan Tiong Hong dari Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN).
Walaupun DAP dan Pekemas boleh dianggap mempunyai aliran serupa tetapi dari segi fahaman terperinci, ia berbeza. Sebab itu pada asal dan asasnya, mereka tidak bergabung.
Namun begitu, DAP, Pekemas dan Gerakan adalah asasnya merupakan parti kiri. Aliran kiri dirujuk kepada fahaman sosialisme.
Secara rasmi, DAP berpegang pada sosialisme demokratik. Pekemas pula adalah parti pecahan Gerakan. Asal Gerakan pula merupakan parti yang ditubuhkan oleh bekas anggota Parti Demokratik Bersatu (UDP) dan Parti Buruh Malaya (LPM) yang dibubarkan.
Walaupun UDP bukanlah parti kiri kerana pengasas dan pemimpinnya, Dr Lim Chong Eu adalah bekas presiden MCA, tetapi LPM adalah sebuah parti kiri yang menyatakan bahawa fahamannya adalah sosialisme demokratik.
LPM mula ditubuhkan dengan nama Parti Buruh Seluruh Malaya (Pan-Malayan Labour Party – PMLP) pada 1951 oleh Datuk Mohammad Sopiee Syed Ibrahim. Ia menggabungkan 21 kesatuan sekerja dan sebahagian anggota berfahaman kiri daripada Syarikat Am Bekerjasama Saiburi (Saberkas) yang merupakan pertubuhan koperasi Melayu kiri berpusat di Kedah. “Saiburi” adalah nama untuk Kedah ketika di bawah pemerintahan Siam.
Saberkas kemudian dibubarkan apabila kebanyakan ahli-ahlinya termasuk Dr Mahathir Mohamad dan Mohammad Sopiee menyertai Umno.
LPM di bawah Ishak Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako menubuhkan pakatan dengan Parti Rakyat Malaya (PRM) pimpinan Ahmad Boestamam dan Parti Konvensyen Kebangsaan (NCP) yang diasaskan oleh Aziz Ishak dan mendaftarkannya sebadai Front Sosialis Rakyat Malaya, atau hanya dikenali sebagai Socialist Front (SF).
Kedua-dua PRM dan NCP adalah parti kiri. Aziz Ishak adalah bekas menteri pertanian dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Namun beliau dikenali sebagai seorang berfahaman sosialis yang mempelopori gerakan koperasi di negara ini.
Koperasi ketika itu adalah institusi penting dalam fahaman sosialisme demokratik di Eropah Barat.
Front Sosialis terbubar apabila berlaku krisis antara LPM dan PRM. Dengan tindakan keras daripada kerajaan, LPM turut terbubar dengan ahli-ahlinya pecah tiga. Sebahagiannya menyertai PRM, ada yang masuk DAP, sementara yang lain seperti Chee Khoon menubuhkan Gerakan Rakyat Malaysia bersama Chong Eu dan Profesor Syed Hussein Al-Attas.
Chee Khoon adalah ahli parlimen kawasan Batu mewakili LPM. Pada 1969, beliau mengekalkan kerusi itu di bawah tiket Gerakan.
Di kawasan majoriti Cina, banyak pertandingan tiga penjuru berlaku antara MCA, Gerakan dan DAP. Ternyata Gerakan dapat mengalahkan MCA dan DAP untuk menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pekemas ditubuh
Pada 1974, Gerakan bersama dengan PAS menyertai kerajaan campuran Perikatan hingga tertubuhnya Barisan Nasional (BN). Chee Khoon dengan bantuan Hussein Al-Attas menubuhkan Pekemas untuk terus mnjadi parti pembangkang.
Penulis sedar mengenai Pekemas pada tahun 1974 ketika ia mula ditubuhkan. Ketika itu, penulis berada di Tingkatan 3 dan masih di Batu Pahat, Johor.
Pekemas mempunyai cawangan di Batu Pahat. Pada satu hari, saya ke Perpustakaan Awam Batu Pahat yang terletak di Jalan Rahmat. Di seberang jalan itu ada rumah kedai dan tingkat atas adalah pejabat Pekemas.
Lambang Pekemas adalah matahari dengan sinar jalur merah putih dan dilingkungi warna hijau. Tetapi matahari terbit itu adalah lambang golongan kiri, sebagai impian dunia baru. Ia selaras dengan ungkapan Fajar Menyingsing.
“Fajar” adalah juga nama majalah Kelab Sosialis Universiti Malaya Singapura. Beberapa negara sosialis termasuk SovietUnion mempunyai lambang matahari terbit. Tetapi imej matahari terbit ini popular di zaman itu. Akhbar parti Pekemas juga bernama Matahari.
Malah di Radio Malaysia seringkali menyiarkan lagu patriotik dengan lirik “Di timur sinar suria mulai terang, cahaya fajar baharu”. Kini liriknya sudah diubah menjadi lagu nasyid.
Perkataan “Keadilan Masyarakat” dalam nama Pekemas atau “social justice” adalah nama lain bagi sosialisme. Sebagai parti pecahan Gerakan, Pekemas mempunyai warna serupa – hijau, merah dan putih. Lambang parti Gerakan ialah seberkas padi. Lambang padi sering dikaitkan dengan golongan petani.
Dua golongan yang sering diutamakan oleh tradisi kiri ialah petani dan buruh. Warna hijau sering dikaitkan dengan pertanian sementara merah merujuk pada golongan buruh.
Walaupun Hussein Al-Attas berperanan menubuhkan Pekemas, beliau tidak menyertai parti itu. Maka Chee Khoon mengajak Ahmad Boestamam menyertai Pekemas sebagai salah seorang pemimpin utamanya. Ketika itu Ahmad Boestamam adalah ketua Parti Marhaen. Maka Parti Marhaen digabungkan ke dalam Pekemas.
Parti Marhaen adalah sebuah parti kiri. Ia ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam dan pengikut-pengikutnya dalam PRM setelah kalah dalam pemilihannya kepada Kassim Ahmad yang membawa fahaman baharu ke parti itu.
Di bawah Ahmad Boestamam, PRM berpegang pada nasionalisme kiri.. Tetapi Kassim Ahmad membawa fahaman sosialisme saintifik yang diterapkannya ke dalam PRM. Di bawah beliau PRM bertukar nama menjadi Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Ia juga hendak dijadikan pewaris kepada Front Sosialis Rakyat Malaya iaitu untuk menampung bekas ahli-ahli LPM ekoran pembubaran parti mereka.
Beliau juga menukar lambang PRM daripada kepala banteng saja dengan ditambahkan logo roda bergerigi. Kepala banteng, iaitu sejenis seladang melambangkan petani sementara roda gerigi melambangkan buruh industri. Roda bergerigi ini diambil daripada lambang LPM.
Lambang parti itu mempunyai 3 komponen iaitu roda bergerigi mewakili buruh, cangkul mewakili petani dan pen mewakili intelektual.
Lambang Front Sosialis menggabungkan kesemua elemen PRM dan LPM. Sementara lambang Parti Marhaen ialah banteng melompat.
PRM, LPM dan Parti Marhaen mengambil merah sebagai warna mereka, warna tradisi golongan kiri.
Kebangkitan Tan Seng Giaw
Pada 1974, penulis ternampak dan membeli akhbar rasmi Pekemas iaitu Matahari di stesen bas Batu Pahat. Di situ dinyatakan ketua pengarang akhbar itu adalah Ahmad Boestamam.
Dalam akhbar itu disiarkan ucapan penuh Chee Khoon di Dewan Rakyat membantah Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran, Dr Mahathir Mohamad.
Juga di situ dipaparkan pemimpin muda Pekemas, Seng Giaw yang dilihat akan menjadi pengganti Chee Khoon.
Chee Khoon adalah wakil rakyat Gerakan bagi kawasan Batu. Secara tradisi Batu adalah kawasan Parti Buruh dan Front Sosialis. Kemudian kawasan itu diubah dan dipecahkan dengan sebahagiannya menjadi Kepong.
Chee Khoon menjadi ahli Parlimen Kepong. Apabila beliau sakit, Seng Giaw menggantikan beliau sebagai wakil Pekemas bertanding di situ pada 1978 tetapi kalah pada BN.
Setelah Pekemas bubar, Seng Giaw menyertai DAP dan kekal memenangi Kepong sejak 1982.Untuk pilihan raya 2018, beliau digugurkan oleh partinya untuk bertanding.
Pada tahun-tahun itu, saya sering membuat liputan Dewan Rakyat dan aku mendengar ucapan Seng Giaw yang bersuara nyaring. Ada kalanya beliau menulis ucapannya dalam tulisan jawi. Oleh itu beliau juga membaca akhbar jawi Utusan Melayu.
Kini, buat pertama kalinya DAP akan bertanding dengan menggunakan lambang mata PKR. Golongan kiri juga terdapat dalam parti itu. Ia berlaku apabila Parti Keadilan Nasional bergabung dengan PRM untuk menjadi PKR.
Walaupun terdapat bekas pemimpin PRM di dalamnya seperti Dr Syed Husin Ali, Syed Hamid Ali dan Hassan Karim di Johor, tetapi parti itu tidak dianggap sebagai parti kiri.
PRM telah dihidupkan kembali beberapa tahun lalu dan kini ia disertai oleh beberapa bekas aktivis DAP yang keluar parti apabila digugurkan daripada bertanding bagi pilihan raya akan datang. Mereka dilaporkan akan bertanding.
Sebuah parti pecahan PRM iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013 mengumumkan akan bertanding secara bersendirian. Adalah dijangka PSM dan PRM akan kalah begitu saja.
Dalam BN, parti yang pernah pada satu masa dahulu berfahaman kiri ialah MIC, PPP (kini myPPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Kesemuanya sudah melupakan asal-usul kiri mereka.
Sumber TKO - 17-4-2018
Ringkasan Dr Tan Seng Giaw (DAP) Jawab Tuduhan Khianat Parti Sendiri
Posted on Monday, April 16 @ 15:42:51 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39187
|
Semalam, orang kuat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong bercakap kepada New Straits Times buat pertama kali selepas beliau digugurkan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Walaupun Seng Giaw telah berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat Kepong selama lapan penggal, beliau tidak akan mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya akan datang kerana kepimpinan parti telah memutuskan untuk menyerang beliau.
Dalam temu bual bersama NST, ahli politik veteran itu membincangkan mengenai pelbagai masalah, daripada pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin gabungan pembangkang, pendiriannya terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan rancangan masa depannya untuk pilihan raya akan datang.
Berikut antara perkara-perkara penting daripada temu bual beliau semalam;
Digugur Selepas Lapan Penggal Berkhidmat Di Kepong
Sesuai dengan reputasi beliau sebagai seorang ahli politk yang dalam berbicara dan rational, Seng Giew tetap memilih untuk kekal setia terhadap partinya walaupun selepas mereka mengkhianati, mengatakan bahawa itu adalah hak mereka untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka mahukan.
“Kepimpinan mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka mahukan. Selepas pelantikan itu, tiada apa lagi yang boleh dikatakan.
“Saya tidak pernah merasakan apa-apa kerana dalam politik, perebutan sentiasa ada, dan kerana itu anda perlu menerima perubahan, baik dan buruk,” kata Seng Giew ketika mengulas mengenai perkara itu.
Harapan Pengundi Di Kepong
Mengulas tentang kemungkinan tindak balas daripada pengundi Kepong, Seng Giew hanya berkata bahawa beliau merasakan bahawa rakyat Kepong adalah pengundi bijak yang boleh menilai sendiri apa yang mereka rasakan terbaik untuk mereka.
“Pengundi di Kepong adalah rakyat yang sangat bijak, mereka boleh menilai. Di Kepong kebanyakkan adalah Cina terpelajar,” katanya.
Beliau juga mengakui bahawa penduduk Kepong ingin melihat beliau bertanding untuk tempoh satu penggal lagi di Kepong.
“Rakyat mahu saya untuk kembali dan tidak menarik diri. Mereka mahu saya melakukan lebih banyak. Tetapi kepimpinan parti telah memilih,” kata ahli politk berusia 75 tahun itu.
Konflik 1MDB
Bukan lagi rahsia bahawa parti Seng Giew, DAP telah menjadi antara pengkiritik yang paling lantang dalam isu 1MDB. Tetapi bertentangan dengan pendirian mereka, Seng Giew sentiasa menyatakan dengan jelas bahawa beliau percaya bahawa proses di mahkamah hendaklah dipatuhi sebelum menggelarkan seseorang bersalah.
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tak nak. Saya tak fikir anda boleh ada revolusi di Malaysia. Oleh kerana anda tidak boleh mempunyai revolusi, maka anda perlukan perjuangan yang damai, apa yang kita panggil 'perjuangan perlembagaan' melalui undang-undang,” katanya.
Beliau juga mengakui walaupun Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan, namun Seng Giew menegaskan perlu untuk mempunyai bukti sebelum menuduh seseorang bersalah.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya baca banyak kali. Laporan itu disimpan di bawah OSA. CEO 1MDB buat banyak kesilapan. Kami minta untuk siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui perkara sebenar. Tetapi kita tidak boleh untuk kaitkan orang lain dan mengatakan orang tersebut bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian. Mengikut undang-undang, bukti perlu dikemukakan, barulah kita tahu,” katanya.
Beberapa pihak mengatakan bahawa sebab pengguguran Seng Giew daripada senarai calon adalah kerana pendirian beliau mengenai isu 1MDB.
“Saya telah mendengar mengenai perkara ini di media sosial, terutamanya oleh orang Mahathir, Matthias Chang.
“Sekarang ini ramai orang gelar saya “Running Dog”, pengkhianat, malah menghina nenek moyang saya. Masa akan buktikan siapa yang bercakap benar,” katanya.
Tun M Sebagai Ketua Pembangkang
Walaupun ada yang mengatakan bahawa pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang adalah sebagai helah untuk berlakunya gelombang ‘Tsunami Melayu' terhadap pembangkang, Seng Giew bagaimanapun meragui perkara itu.
“Kaedahnya mungkin telah berubah tetapi pemikiran tetap sama. Pada umur 93 tahun, saya tak rasa beliau boleh tukar cara pemikiran. Pendekatan boleh berubah, daripada berada di parti pemerintah kepada pembangkang.
“Tetapi cara pemikiran, saya tidak pasti. Sedangkan budak umur 10 tahun pun susah nak berubah, apatah lagi umur 93 tahun. Jangan cuba beritahu saya sebaliknya, saya doktor,” tegasnya.
- mD
Sumber TKO - 16-4-2018
PETALING JAYA: DAP akan mengambil tindakan terhadap penyandang DUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow kerana mengumumkan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari sebagai calon Pakatan Harapan (PH) mewakili parti itu di kerusi berkenaan.
Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata, Ong melanggari disiplin parti dan akan dirujuk ke jawatankuasa tatatertib parti untuk tindakan selanjutnya.
“Saya ingin menegaskan bahawa pengumuman tersebut tidak pernah mendapat kebenaran dan mandat daripada setiausaha agung DAP.
“Secara lazimnya, sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh setiauasaha agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh setiausaha agung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada 13 April lalu, media melaporkan Ong mengumumkan Aziz calon DAP di DUN Tebing Tinggi pada pilihan raya akan datang.
Pengumuman dibuat di satu ceramah dan Aziz dilaporkan sudah bertemu rakyat setempat bagi mendengar luahan mereka.
Sumber TKO - 15-4-2018
Aziz Bari tiada mandat sebagai calon di Tebing Tinggi
Posted on Sunday, April 15 @ 09:26:23 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39147 |
DAP malam ini menafikan laporan media bahawa pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dicalonkan parti itu bagi kerusi DUN Tebing Tinggi pada pilihan raya umum ke-14.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pengumuman tersebut tidak pernah mendapat kebenaran dan mandat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Secara lazimnya, sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh setiausaha agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru itu, katanya pengumuman yang dibuat sendiri penyandang kerusi berkenaan, Ong Boon Piow telah melanggar disiplin parti.
"Beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti untuk tindakan selanjutnya," katanya yang kesal dengan kekeliruan yang timbul daripada pengumuman berkenaan.
Terdahulu media melaporkan Aziz dicalonkan DAP di kerusi DUN Tebing Tinggi pada satu majlis ceramah di Station 18 di Ipoh, Perak.
"Insya-Allah, jika saya dipilih sebagai calon di DUN Tebing Tinggi dan menang, banyak yang kita akan bantu. Tapi biarlah menang sebagai kerajaan, bukan pembangkang," Aziz dipetik berkata.
Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh; Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee Chuan How, Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Abdul Aziz pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai ahli PKR dan menyertai DAP pada 2015.
Note: Macam Aziz Bari kena kencing oleh DAP aje. Kita tunggu Maszlee pula kena kencing oleh Bersatu - PWM
Sumber TKO - 15-4-2018
Nasib Boo tak tentu lepas DAP letak 'protege' di Skudai
Posted on Sunday, April 15 @ 10:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39150 |
Nasib pemimpin veteran DAP Johor Boo Cheng Hau dalam keadaan tidak menentu selepas parti itu mengumumkan anak didiknya, Tan Hong Pin bertanding di kerusi Skudai yang disandangnya pada pilihan raya umum ke-14.
Tan diumumkan sebagai calon Skudai oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng ketika ceramah di Batu Pahat malam ini.
Lim enggan mengulas sama da Boo digugurkan daripada senarai calon DAP di Johor dan persoalan sama ada beliau akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen.
"Kamu tulis berita hari ini dan saya akan buat satu sidang akhbar esok," katanya.
Boo sebelum ini menolak tawaran agar beliau bertanding di Parlimen Labis.
Bagaimanapun tidak jelas sama ada beliau telah menerima tawaran itu sekarang.
Sementara itu, Tan menafikan keputusan bertanding di Skudai seperti 'melawan gurunya' itu.
"Ini bukan murid lawan sifu, hanya perubahan calon," katanya.
Beliau juga berkata akar umbi di Skudai cukup matang untuk menerima keputusan parti meletakkan beliau bertanding di kerusi berkenaan.
Tan menyertai DAP pada 2004 dan berkhidmat sebagai pembantu Boo selama bertahun-tahun. Bagaimanapun, hubungan antara mereka berubah selepas PRU13.
Semasa pilihan raya di Johor pada 2014, anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong bertanding menentang Boo bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan negeri.
Tetapi Tan sebaliknya memberikan sokongannya kepada Liew dan bukan kepada Boo.
Selain pencalonan Tan, Lim juga mengumumkan anggota parlimen sementara Kulai Teo Nie Ching, ADUN sementara Jementah Tan Chen Choon, ADUN sementara Yong Peng Chew Peck Choo, dan ADUN Penggaram Gan Peck Cheng akan mempertahankan kerusi mereka.
DAP masih belum mengumumkan calonnya di tiga kerusi parlimen, iaitu Labis, Kluang dan Iskandar Puteri (sebelum ini Gelang Patah) dan dua kerusi DUN Mengkibol dan Bekok.
Parti itu dijangka mengumumkan calonnya bagi Kluang dan Mengkibol esok.
Sumber TKO -15-4-2018
Kenapa DAP tak saman dan tak pernah menyerang macam serang Dr. Kamarul kepada Mohamad Razali bin Abdul Rahman
Posted on Sunday, April 15 @ 07:34:38 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39145 |
Bismilahirahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya.
Mungkin Tuan-tuan dan Puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi satu taklimat.
Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.
Saya ini bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya in merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong.
Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong.
Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff (Ooi), Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu.
Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.
Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.
G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.
Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.
Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara.
Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah.
Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.
Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanahair. Ini yang ke 105 pada pagi ini.
Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi.
Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang.
Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini.
Isu di Pokok Asam di Jeletong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara, pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.
Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan.
Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emas lah orang kata kepada Lim Guan Eng.
Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan. Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.
Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di bawah dia lah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar. Ini manusia yang cukup berbeza. Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain. Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia.
Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni. Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni. Itu untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan.
Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi. Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya. Kita tak tahu cara nak menyelesaikan.
Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.
Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu, ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan.
Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Confirm jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa.
Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari. Masa kita mandi di pagi hari Tuan-tuan dan Puan-puan, minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu Tuan-tuan dan Puan-puan cuba fikirlah masalah tu, jawapan yang kedua akan dapat.
Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar. Bila dia kata air besar, kami pun gelak. Merepek Yahudi ni, takkan masa buang air besar pun dapat idea. Dia rasa marah. Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar.
Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat.
Benda ni berlaku di Hotel Shangg (Ipoh), Perak. Kami buat ketiga-tiga benda ini. esok pagi Tuan-tuan dan Puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama.
Kalau Tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza.
(Tayangan gambar) Sebelah Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merupakan Pengarah Urusan Ivory Property yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Bayan Mutiara ni bukan diberi secara open tender.
Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.
Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009..kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu.
Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.
Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang.
Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat.
Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana Tuan-tuan dan Puan-puan.
Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.
Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan you berniaga.
Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada.
Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 (petang) hingga 12 (malam) untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat.
Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang ni tak akan muncul.
Begitu juga di Selangor Tuan-tuan. Tony Pua..Ronie Liu merupakan pakar strategi DAP. Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihanraya Negeri pada tahun lalu.
Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan (DUN) dibubarkan, saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya.
Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu. Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.
Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan.
Akhirnya saya telah ditempatkan di salah sebuah gereja di Sibu. Saya tinggal di gereja hampir dua minggu Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya sanggup tinggal kerana apa, perbezaan politik saya berbeza. Berbeza...saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.
Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.
Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.
Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun.
Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke?
Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu.
Bila dia kata benda ni, saya rasa macam tak terkejut, biasa je. Oh macam tu ke, okay. Tanya balik kat dia, dah berapa ramaikah orang Melayu yang telah dikristiankan di Sibu? Saya tanya balik kat dia. Dia kata, terlalu ramai, lots.
Dia kata, paling tidak sekurang-kurangnya dua orang Melayu akan dikristiankan setiap dua minggu. Bayangkanlah dia dok sana lima tahun, satu paderi. Tak termasuk paderi-paderi yang lain.
Saya nampak Tuan-tuan dan Puan-puan, depan mata saya ni. Dua orang gadis Melayu, pakai tudung labuh, pakai baju kurung, masuk ke dalam gereja. Mereka pergi ke mana? Tempat sembahyang orang Kristian dalam tu, dewan sembahyang. Tak tahu depa pi pasal apa.
Saya nampak, lepas dua hari saya berjumpa dengan paderi tu. Saya nampak, remaja, awal 20-an..mereka masuk.
Selepas saya berada di sana seminggu, saya sajalah nak tipu juga, masuk ke dalam menghampiri dewan sembahyang orang Kristian, nampak satu papan kenyataan, dia tulis apa, "Muslim and pet not allow," "Orang Islam dan binatang tak dibenarkan masuk", terpampang di sana.
Saya cuma tangkap gambar. Lepas tu saya kembalilah tugas saya Pakar Strategi DAP.
DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 (kerusi). Inilah kali pertama (menang).
Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut...menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.
Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat uji kaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.
N46 tu, (DUN) Dudong, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP.
Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.
Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000.
Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.
Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh.
Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.
Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.
So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja.
Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.
Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.
Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat.
Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.
Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.
Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.
Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.
So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia.
Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.
5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.
Tetapi yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.
Saya rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB (Jeff) yang jemput.
Saya rasa malam tu tak puas hati lah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing.
Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.
Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.
Dia mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.
Benda yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puas hati tapi saya diam.
Saya mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.
Ucapan dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia kata, tidak layak dipanggil Nabi.
Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata.
Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.
Lepas itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata, mereka telah membuat satu frame time.
Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu kenyataan.
Dia kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.
Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar).
Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya.
Lepas ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.
Dan selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah dan berdoa, tiga dalam satu.
Saya merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak puas hati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.
Dia panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it's ok bagi saya, you doa macam biasa.
Tetapi ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, "we must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next Prime Minister is a Christian". (Tayangan gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar, beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad.
Tapi Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.
Saya dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga, takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13, disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot?
Timbul satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah. Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.
Tapi pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puas hati, nak keluar tak boleh pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam. Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang.
Saya memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Takkan disebabkan nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama?
Itulah kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil. Kali pertama saya menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang.
Selepas itu saya kembalilah ke rumah saya. Dua hari kehidupan saya ni tak menentu, rasa tak puashati. Dua hari juga saya tak pi ke pejabat. Pejabat saya tingkat 28, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Isteri saya pun tanya saya, "What happen to you? Pasai apa you nampak semacam je?". Saya habaq kat dia, saya ni kurang sihat. Sebab isteri saya dia memang tak tahu apa pergerakan saya. Sebab saya ni ambil sumpah cara orang Yahudi.
Saya habaq, saya ambil sumpah cara orang Yahudi. Satu perenggan sumpah dia kata apa, "Don't trust anybody even those she is your wife." Jangan percaya sesiapa pun, walaupun dia isteri kamu sendiri. Sampai tahap tu saya ikut.
Isteri saya cuma tau, saya pergi mesyuarat, balik mesyuarat. Pi luar negara, balik luar negara.
Saya kata dia, "You don't ask me what I doing. Apa yang you nak, you minta I bagi. Tapi you jangan tanya apa yang saya buat."
Sampai tahap tu saya buat kat dia.
Dua hari memang saya pressure habis. 5 hari bulan berlaku (5 Mei 2011), tiba-tiba 7 hari bulan (7 Mei 2011), keluar dalam Utusan Malaysia, "Kristian Agama Kristian Rasmi?."
Saya masa tu dok dalam market nak beli makanan, terpampang Utusan. Saya pun belilah paper Utusan tu. Beli, saya baca.
Itulah kali pertama saya beli paper Utusan. Selama ni saya tak pernah beli, saya cuma baca Harakah, Keadilan dengan Roket. Tiga ni saja, lain semua saya tolak.
Saya baca apa yang ditulis oleh wartawan tersebut. Benda ni baru dua hari lalu berlaku, macam mana puak ni boleh tau. Rasa hairanlah. Tak apalah, saya ambil paper ni buat balik rumah.
Saya tunjuk kat isteri saya, saya tunjuk kat dia, suruh dia baca. Dia pun bacalah. Dia pula tanya saya, "Betulkah benda ni berlaku?". Saya kata yes, benda ni memang berlaku.
Dia tanya pula, "Macam mana you tahu benda ni berlaku?". Saya kata, saya hadir dalam majlis tu. Dia tanya lagi, "Sejak bila you pi majlis Kristian ni?". Dia tanya kat saya.
Dan selepas itulah, saya menceritakan segala-galanya apa yang saya buat semasa saya berada dalam DAP. Saya dedahkan audio, video, dokumen yang ada kat saya. Saya tunjuk kat dia yang orang Melayu memang tak tahu langsung yang kami dok buat.
Saya mendedahkan segala-galanya. Dia menangis Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia tak dapat nak terima yang suami dia ni buat perkara ni.
Tahu dia kata apa kat saya, "Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!". Isteri saya kata kat saya, "You ni di depan terlalu elok, tapi di belakang you adalah syaitan nombor satu." Dia kata kat saya, dia tak dapat terima saya buat kerja ni.
Tuan-tuan tahu tak, pada satu ketika tu, cara percakapan dia ni, kalau boleh dia tak mahu hidup dah dengan saya. Dia tak boleh terima saya buat benda ni.
Saya minta maaf. Saya mengaku kesilapan saya, memang saya tahu saya silap semasa saya berada dalam DAP, memang saya silap.
Memang saya tahu, saya buat benda ni. Disebabkan apa? Duit, nak jadi calon, disebabkan harta. Tiga sebab nilah, tahu dia kata apa, "Kalau you sanggup menikam bangsa dan agama you dengan tiga benda ni, saya tak hairan satu hari you boleh jual saya juga disebabkan politik." Sampai tahap tu dia kata kat saya.
Saya minta maaf kat dia. Saya mengaku kesilapan saya. Saya konfran dengan dia hampir empat jam. Sampai akhir tu, saya merayu kat isteri saya ni agar saya diberi satu peluang untuk hidup bersama. Sampai tahap tu saya pi.
Dia kata, "Kalau saya bagi satu lagi peluang, apa yang you nak buat? Adakah you sanggup mendedahkan benda ni kat orang Melayu? Orang Melayu tak tahu perancangan DAP ni, adakah you sanggup dedah? Adakah you sanggup buat laporan polis tentang isu Kristian ni? Semua pihak menafikan benda ni tak akan berlaku. Tapi bukti ada di tangan you. Adakah you sanggup?."
Saya kata yes, saya sanggup buat. "Betul ke you sanggup? Kalau you buat, sekelip mata you akan hilang apa yang you ada".
Saya kata, saya lebih rela hilang harta ke, wang ke daripada saya hilang agama selepas ini. Saya kata kat dia, saya menyesal dengan apa yang saya buat.
Dia kata, "You tak guna pi minta maaf kat saya. You kena minta maaf kat setiap orang Islam kat Malaysia ni sebab kesilapan yang you buat ni terlalu besar. Dosa yang you buat ni terlalu besar."
Saya kata, yes saya sanggup. "Okay tak apa, saya nak tengok." Dia kata dia nak tengok.
Selepas itulah 13 Mei, saya pergi membuat laporan polis. Dan di pagi hari tu, sebelum saya nak pergi buat laporan polis, masa itulah saya terharu dengan isteri saya ni, walaupun dia tak puas hati dengan saya tapi dialah berada di belakang saya memberi semangat. Menjadi tulang belakang saya membuat laporan polis.
Masa tu baru saya sedar kelebihan seorang isteri, seorang wanita tu macam mana. Sebelum ni saya tak pandang pun, duduk tepi cukuplah. Sampai tahap tu.
Dia pi ikut saya buat laporan polis. Terharu...saya cukup terharu. Disebabkan dialah saya boleh berada di depan Tuan-tuan dan Puan-puan sekarang ini.
So, di sini saya nak tunjuk rakaman yang keluar dalam TV3 pada hari tersebut. (Tayangan rakaman)
Soal siasat hampir lima jam pada hari tu, hari pertama oleh pegawai penyiasat. Dan lima kali jugalah saya dipanggil oleh pihak polis untuk beri keterangan tambahan.
Jadi, selepas saya buat laporan polis ni, saya pun nak baliklah ke rumah. Saya on balik handphone saya ni, masa buat laporan saya off.
Bila saya on Tuan-tuan dan Puan-puan, saya dapati hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba menghubungi saya pada masa itu. Bila saya check balik satu-satu call tu, semua call yang memang kenallah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hari pertama sahaja, lepas saya buat laporan polis, dia cuba menghubungi saya hampir 35 kali, Lim Guan Eng ni. Tak termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Jeff Ooi, Ronnie Liu, Tony Pua, daripada Pas ada, daripada PKR ada. Semua cuba nak menghubungi saya.
Dua hari saya tak berani nak ambil phone, takut. Saya takut nak ambil phone, dua hari pressure. Isu dah meletup hangat, kita stress, dua hari saya duduk diam.
Sampailah hari ketiga tu, dalam pukul 9 pagi, Lim Guan Eng memang dia call, tiap-tiap hari dia call saya.
Hari ketiga tu saya beranikan diri angkat phone, tak apa saya ambillah. Saya panggil dia boss. Memang daripada dulu saya panggil dia boss. Dan saya pun jawablah, saya kata good morning.
Bila dia dengar suara saya Tuan-tuan dan Puan-puan, dia tak kata apa terus dia maki saya. Dia maki-hamun saya dalam bahasa Inggeris. Macam-macam dia kata kat saya.
Dia kata apa kat saya, "Why you go made report, you should came to us, we can talk decision before you going to the police."
Saya kata, "Boss this is regarding my religion."
"I don't care about your religion, party it's more important than your religion."
Parti lebih penting daripada agama kamu, dia kata.
"Saya nak kamu tarik balik laporan polis ni hari ini juga." Dia bagi arahan kat saya, tarik balik laporan polis tu hari ini juga.
Saya kata, "Sorry boss, saya takkan tarik balik."
"Razali, you don't against me. You know isn't my character. You know isn't very well."
Guan Eng ni Tuan-tuan dan Puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja.
Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng.
Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng.
Saya tahu sebab saya bersengkokol dengan mereka pada masa itu. Saya bersengkokol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini.
Dia kata, "You don't against me."
Saya kata, "No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu.
I stick which my decision, I won't pull out this report."
"Ok never mind Razali, if you don't want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable." Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.
"Never mind..whatever you to do I don't care." Saya letak phone.
Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah.
Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.
Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.
"Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?."
"Abang, ini isu agama bang."
"Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi." Dia kata.
"Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik."
"Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?"
"Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu."
Saya kata dia, "Isu agama."
"Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?".
Sampai tahap tu dia kata kat saya.
"Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik."
Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. "Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik."
"Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang?. Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu."
RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja.
Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.
Tapi dia kata, "Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup."
Saya tanya kat dia, "Apa dia?."
"Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu."
Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, "Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?"
"Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa."
Pemimpin Pas, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.
Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.
So, matlamat menghalalkan cara. janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.
Saya banyak menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat. Saya tahulah pemimpin Pas masa mesyuarat tu macam mana. Saya tahu, saya dok sekali dengan depa.
Tak cukup dengan tu Tuan-tuan dan Puan-puan, arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya saya dipecat daripada Ivory Property Group. Dia kata, kalau nak dapat projek Bayan Mutiara, you pecat Razali baru saya bagi, kalau tak saya takkan bagi.
Datuk tu pun kelam-kabut call saya, "Razali you come to office now."
Saya pun pergilah ke office. Pergi ke pejabat, dia kata arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka pun kata, "Saya ni kalau boleh, I don't want to alternate you ni, kalau boleh you berhentilah dengan sendiri."
Pihak Ivory telah sediakan satu surat perletakan jawatan saya. Suruh saya tandatangan sahaja. Saya kata, "Datuk, saya baru quit, pada 16 haribulan dipecat daripada Kerajaan Negeri. Yang ni pun kalau dipecat, saya nak makan apa?"
Dia kata, "Sorrylah, saya terpaksa pentingkan 500 pekerja daripada you. Projek ni amat penting untuk kami. Takkan disebabkan you, saya nak buang projek lebih 1 billion. Projek tu lebih penting dan saya kena pastikan 500 pekerja ni survive."
Saya kata, "Datuk bagi sikit kat saya." Dia kata okay. Datuk ni actually baik, dia baik. dia terpaksa. Dia pun bagi balik surat ni kat saya dan suruh balik rumah.
Saya pun balik rumah. Lepas seminggu, dia call balik. "Bila you nak hantar surat tu?" saya kata, "Datuk, saya tak akan resign."
"Sorry, kalau you takkan resign, kami akan pecat you."
Selepas itulah pihak Ivory menghantar beberapa surat kat saya suruh saya bayar ganti rugi, yang tu la yang ni la. Lepas tu dia hantar surat kata saya tak datang kerja. Akhirnya saya dipecat daripada Ivory Property.
Tuan-tuan..daripada 13 Mei 2012 sampai hari ni, 3 Julai, dah lebih 13 bulan saya tak kerja Tuan-tuan dan Puan-puan. Tak kerja. Tak boleh kerja di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng kata apa, "Hari ini you masuk kerja, esok saya akan pastikan kamu akan dipecat."
Sampai tahap itu saya kena. Seorang lelaki, seorang ketua rumah tak bekerja. Bagaimana perasaan saya ni tak boleh kerja? Isteri pi kerja, saya dok rumah. Simpanan ada bukan tak ada.
Saya mengaku simpanan ada bukan tak ada. Tapi lama mana boleh tahan? Kita orang bekerja kita tahulah. Bukit tu walaupun hijau, kita pi kacau, korek, usaha tak ada tapi ambil saja, tapi lama-lama dia akan botak juga macam kepala saya. Habis juga. Sampai tahap tu saya kena.
Tak cukup dengan tu, dua orang paderi telah dihantar oleh DAP, supaya pergi memujuk isteri saya. Isteri saya kerja di bank. Kata orang nak jumpa, ingat customer dia pun turun ke bawahlah. Dua orang paderi datang. Niat mereka cukup baik, dia datang nak tolong family saya.
Tahu paderi tu kata apa, "Kami tahu sekarang ni your husband is not working. We are here to help you. We willing to help you and enjoy your family."
Dia serahkan satu sampul surat, penuh dengan wang, tak tahu banyak mana. "Ni gunakan untuk bulan ni. Kami sanggup bagi tiap-tiap bulan untuk you. Kalau boleh you pujuklah husband you supaya dia tarik balik laporan polis tu. Dia tarik balik cukup. Apa yang you minta kita akan sediakan."
Janji saya tarik balik laporan polis saya itu. tahu isteri saya kata apa, "Saya yang suruh dia pi buat laporan polis tu. Saya yang ikut dia pi buat laporan polis tu. Kalau tuan-tuan datang nak disturb me, I will made report against you because your coming disturb at my working place."
Lepas itu, mereka pergi dah. Dia cuba dengan saya tak boleh, dia cuba dengan Mat Sabu tak boleh, dia cuba dengan isteri saya tak boleh, lepas itulah mereka menggunakan kekerasan.
Bermulalah ugutan bunuh terhadap diri saya ni. Macam-macam depa hantar, pelurulah, pisaulah, asidlah, yang tu la, yang nilah. Terlalu banyak. Ugutan bunuh ni terlalu banyak.
Saya ni di Pulau Pinang sebagai pelarian. Nyawa di hujung tanduk sekarang, nothing can happen. Sampai ke tahap tu saya kena. Saya menjadi buruan DAP sekarang.
Depa pula tahu sekarang saya dok keluar-keluar beri taklimat, lagilah. Sehinggakan saya ni terpaksa dikawal oleh pihak keselamatan 24 jam, sekarang ni. Daripada hari pertama sampai sekarang dikawal, 24 jam saya dikawal.
Saya, anak saya, bini saya, kami tak bebas. Nak pi supermarket pun ada timenya nak pi. Malam pun nak keluar, ada time juga. Time ni you kena baliklah. Rumah, penuh dengan cctv di luar tu. Sampai tahap tu.
Bayangkanlah Tuan-tuan dan Puan-puan bagaimana...bagaimana sengsaranya saya 13 bulan ni, tak bebas, nak keluar malam tak boleh. Nak pi kena teh tarik ke, nak pi tengok bola ke, tak boleh. Saya dah tak boleh.
Bini saya nak pi kerja pun pegawai ikut. Anak saya nak pi sekolah pun pegawai ikut. Tahun lalu, anak saya ambil SPM, nak pi tuisyen pun tak boleh, nak pi sekolah pun tak boleh. Pada satu ketika, kalau disebabkan dia gagal, siapa salah? Sayalah.
Nasib baiklah bila keluar keputusan, dia dapat 10A+. nasib baik dia dapat, kalau tak, punca kegagalan dia, saya. Sampai tahap tu kami kena disebabkan saya tak bagi kerjasama dengan DAP.
Mereka dok cuba, sampai sekarang mereka dok cuba juga. Baru-baru ni, lawyer datang berjumpa saya, lawyer mereka ni. Suruh saya tutup mulut, jangan cakap. Daripada maklumat, saya sekarang keluar memberitahu rahsia-rahsia DAP.
Dia bagi amaran kat saya jangan cakap. Sampai tahap tu. Masa saya dok makan, dia mai, Cina, dia beri amaran kat saya. Don't talk about DAP.
Jadi, di sini Tuan-tuan dan Puan-puan, saya ingin memberitahu apakah rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya ni? Banyak. Banyak rancangan. Saya ni bersengkokol dengan mereka. banyak rancangan yang dibuat oleh pihak DAP.
Seperti yang saya katakan tadi, saya tak tuduh orang lain, sayalah orang yang terlibat secara langsung.
G17 nilah yang mengerakkan semua jentera-jentera DAP secara dalaman.
Tapi, benda yang pertama ni saya tahu 5 Mei (2011). Yang pertama ni saya tak terlibat. 5 Mei (2011) baru saya sedar, mereka ingin menjadikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian dalam masa sepuluh tahun.
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.
Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian.
Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik.
DAP ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, dia takkan buat semua serentak. Dia tahu bila masa dia nak buat. Sebab tu kita ada frame time, dalam masa berapa tahun kita akan buat, satu.. satu.. satu.
Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?
Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, TYT adalah daripada kalangan orang Cina.
Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirate our country?, dia tanya.
Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja.
Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.
Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah.
Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.
Azan kita tidak akan benarkan. You nak azan dalam masjid atau surau, bukan di luar. Ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain.
Sekarang di Pulau Pinang, arahan kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat DAP adalah supaya azan diharamkan.
You azan dalam cukup, jangan azan di luar.
Ada satu perempuan Cina hantar surat kat Guan Eng. Dia kata, pagi dia tak boleh nak tidur, azan Subuh menganggu dia. Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng buat satu keputusan, mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan.
Ini cerita yang berlaku di Pulau Pinang. Ramai orang tak tahu kenapakah azan diperlahankan. Benda ni berlaku di Taman Sri Damai, Batu Lanchang. Saya habaq tempat sekali.
Pertandingan tilawah membaca al-Quran sekarang, yang baru habis peringkat kebangsaan, akan ke peringkat antarabangsa, kita akan haramkan. Ini tidak adil untuk agama lain. Kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini.
Dia kata apa, Arab Saudi pun tak buat benda ni, pasal apa Malaysia yang pandai-pandai nak buat. Not fair to other religion so we won't to listed.
Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu, dia paling benci PEKIDA dengan PERKASA. kita akan haramkan kedua-dua pertubuhan ini. kita akan labelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. Macam al-Maunah ke apa, kita akan labelkan mereka sebagai pengganas.
Sebab itulah, kita akan menggunakan undang-undang yang ada kat Malaysia ini supaya mengharamkan PEKIDA dengan PERKASA selepas ini.
Perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. cina boleh kahwin dengan Melayu, tak tukar agama tak apa. Semua agama sama, kita akan buat.
Macam apa yang sedang berlaku di Indonesia dan Singapura, boleh kahwin, bebas. Dan setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberi wang saguhati RM5,000 kita akan bagi. Wang galakan.
Dan ada lagi satu Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau kita dapat anak, walaupun mak dia Islam, bapa dia Islam, anak tak semestinya Islam. Agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun.
Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anak dia kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Bila beranak, pi JPN, surat beranak agama tiada, tunggulah sampai umur dia 18 tahun, anak tulah yang akan tentukan agama apa yang dia nak.
Ibu bapa tidak mempunyai hak. Kita bagi kebebasan untuk anak dia pilih agama apa yang dia nak.
Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia Cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin. Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language.
Bahasa yang tidak mempunyai nilai kerana bagi kami bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itu kami tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia.
Kita akan mengiktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.
Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. You nak belajar agama, you belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah kita akan ajar akademik sahaja. Kita pisah kedua-duanya.
Tak tahulah orang Melayu ni buat mogok ke, demonstrasi ke, huru-hara, nak juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, dia kata boleh. Dia kata boleh pula tapi dengan satu syarat.
Syaratnya, mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Budha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Kalau setuju, barulah mata pelajaran agama Islam boleh diajar di sekolah selepas ini.
Inilah pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya, akan dibawa kembali ke Malaysia.
Benda ni kita bincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Kita tanya kat Anwar Ibrahim, Anwar kata, "As long saya jadi PM tak ada masalah, kita akan bagi dia masuk."
Benda ni, DAP yang bawa usul ni, Nga (Kor Ming) dengan Ngeh (Koo Ham). Nga dengan Ngeh merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Taiping. Mereka merupakan anak saudara kepada Chin Peng. Banyak orang tak tahu benda ni.
Banyaklah pemimpin-pemimpin DAP yang mempunyai adik-beradik dengan Chin Peng atau beberapa bekas-bekas Komunis, terlalu banyak.
Anwar kata tak ada masalah, kita akan benarkan. Tetapi Mat Sabu lah yang telah memberi cadangan supaya Chin Peng ni diberi gelaran Tun.
Dia kata, Chin Peng merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang patut dihormati dan patut disanjungi. Tak salah kalau kita beri gelaran tertinggi kerajaan. Boleh kita letak Tun Mahathir dengan Tun Chin Peng, macam mana?
Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA..bagi kami MARA merupakan satu agensi perkauman sebab dia tolong orang Melayu saja tak tolong bangsa lain.
Sebab itu kita anggap ini sebagai rasis agensi. Lepas dua minggu, inilah yang akan ditutup. Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan.
Syarikat-syarikat GLC seleps ini akan diterajui oleh orang-orang Cina atau orang-orang India. Malay is not capable to handle GLC.
Selangor pun dah berlaku dah di PKNS. Di Pulau Pinang pun dah berlaku dah di PDC. Dah ada dah. Dia tahu Malays is not capable.
Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, "Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu.
The most racist are Malays." Dia kata, nilai seorang Melayu ni, "Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value."
Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia, nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula.
Lim Kit Siang kata apa, harga orang Melayu hanya RM100, tidak lebih daripada itu. Bayangkanlah nilaian yang diletak oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap orang-orang Melayu di Malaysia ni.
Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubah suai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu.
Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup.
Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubah suai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah.
Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.
Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut dibuahsuai.
DAP ni, sebelum dia buat satu-satu benda, dia akan spin dulu. Kita akan spin cerita tu, lepas itu kita akan tengok reaksi rakyat Malaysia macam mana. DAP ada tiga plan..A, B dan C.
Kalau plan pertama tak boleh, dia akan gunakan plan kedua. Macam mana pun, dia akan pastikan benda tu akan jadi, cuma method saja berbeza dia akan buat.
Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Dia kata apa, banyak orang Cina telah dibunuh pada tahun 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan juga di Kuala Lumpur oleh rejimen inilah. Dia akan tukar.
Dia benci tiga benda saja. DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja. Tiga ni yang paling dibenci oleh DAP. Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. perkataan Melayu tu dia akan buang.
Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina.
Sebab dia tak percaya kalau bagi kat bangsa lain, dia takut bangsa lain mungkin boleh sabatoj atau tikam dia. Ni dua ni, khas untuk orang Cina saja akan dibagi.
Kakitangan kerajaan, tahun lalu Tony Pua dah kata dah, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan. Pada bulan Januari (2011) tahun lalu, DAP telah menghantar 12 pakar dia pergi ke Beijing, China.
Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana nak mengurangkan kakitangan kerajaan.
Sebab itu Tony Pua berani kata, kalau kita dapat tawan Putrajaya, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan orang-orang Melayulah.
Kementerian pertama, jabatan pertama yang akan klita kurangkan adalah jabatan pendidikan, cikgu-cikgu dulu. Selepas itulah kita akan pergi ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. Jabatan pendidikan akan menjadi mangsa pertama untuk projek.
KEMAS, BTN dan MKN juga kita akan tutup. Bagi kami, tiga agensi ini merupakan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat.
Sebab itu kita kenal pasti, kita akan tutup juga ketiga-tiga ni. Kita akan buka satu agensi baru. Kita akan buka yang baru, ketiga-tiga ni kita akan tutup terus.
Dua hari perayaan orang Kristian, Good Friday dengan Easter Day akan diumumkan cuti umum. Cuti ni cuti wajib walaupun Kelantan ke, Terengganu ke, Kedah ke, kena ambil bukan pilihan, compulsory holiday. Dua hari cuti umum perayaan orang Kristian untuk rakyat Malaysia selepas ini.
Israel..dah keluar banyak isu dah. Hubungan Israel dengan Anwar Ibrahim lah, hubungan Israel dengan PKR, itulah..inilah, banyak orang dah tahu dah.
Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scared for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana.
Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.
Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni.
Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah.
Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.
Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani.
Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina.
Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.
Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, "Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru."
Selepas Pakatan Rakyat menang, dapat tawan Putrajaya, dua benda akan berlaku dalam masa lima tahun. Yang pertama, memang betul kita akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, memang betul, seratus peratus betul. Kita akan melantik Anwar Ibrahim tetapi Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja. Selepas itu kita akan turunkan dia.
Bagaimana kita nak turun seorang Perdana Menteri? Kita akan turunkan dia melalui isu moral dengan isu rasuah. Isu penyalahgunaan kuasa yang bukti-bukti dia ada di tangan Karpal Singh. We know how to issue you.
Saya tanya dekat Karpal pada satu mesyuarat, "Pada tahun 1997 you ni yang kata dia kaki liwat dalam Parlimen". Dia kata tu tapi pasal apa sekarang kita dok backing dia. Saya tanya sebab kita pun nak tahu juga. "Pasal apa jadi macam ni?"
"Memang betul, Anwar memang kaki liwat. Apa yang dikata dalam Parlimen it's all true but we need him. We need him. Dia sebagai orang tengah antara Pas dengan DAP. Ya, kita akan lantik dia sebagai Perdana Menteri, sebab itu kita tahu nak buang dia macam mana. Kita akan gunakan kesilapan-kesilapan lampau dia. Masa itulah kita akan tunjuk dekat rakyat mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menurunkan Perdana Menteri dia. Kita tunjukkan ketelusan kita pada rakyat. Dan pada masa itulah kita akan lantik Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru."
Ingat tak baru-baru ni, Karpal Singh kata, dia nak orang bukan Islam jadi Perdana Menteri. Baru saja berlaku. DAP spin juga benda ni, tengok reaksi macam mana. Memang perancangan DAP nak Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar dua tahun.
Selepas Lim Guan Eng jadi Perdana Menteri, lagi satu benda akan berlaku. Pada tahun yang ketiga atau keempat, satu benda akan berlaku. Parti yang berteraskan kepada agama, kita akan bubarkan parti Pas. Ni orang-orang Pas pun tak tahu perancangan ini.
Kita tengok sekarang, pemimpin-pemimpin Pas ni macam mana. Tak macam dulu dah, berbeza dah. Berbeza sangat. Banyak pemimpin sekarang terlalu liberal. Kalau liberal, dulu dia kata apa, nak tegakkan Islam kena belasah dengan Karpal Singh, dia tu ma ada satu Parlimen, dia akan potong kepada dua Parlimen. Dia akan memperbanyakkan lagi Parlimen-parlimen orang bukan Islam supaya dia sama dengan orang Islam.
Perancangan DAP tu, banyak orang tak tahu. Tapi kita tengoklah Pas macam mana. Bersengkokol sampai macam ni ke. Nak kuasa, matlamat menghalalkan cara, janji dapat tawan Putrajaya cukup. Itu saja. Depa fikir dapat tawan Putrajaya. Mereka ni bukan kata jual, dah lelong, dah gadai Islam dah dekat DAP ni.
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, setiap bulan Mat Sabu akan diberi RM15,000 oleh DAP.
Pemimpin lain saya tak tahu, saya tak mahu tuduh, saya tak nampak. Mat Sabu tu pasal apa saya tahu, sebab saya yang bagi duit tu kat dia. Sebab tu saya berani kata. Saya yang tiap-tiap bulan bagi duit kat dia, yang lain saya tak mahu komen, saya tak pernah nampak, tak baik komen.
Walaupun dengar-dengar khabar, saya tak berani komen sebab saya tak nampak. tapi yang ni, saya yang pi bagi sebab itu saya berani kata. Setiap 24 haribulan saya akan terima duit tu. Sampai tahap tu.
(Tayangan gambar) Inilah dua orang Menteri Agama Malaysia yang baru yang Cina tu Menteri Agama, yang India tu Timbalan Menteri Agama.
Sekarang siapa, Datuk Khir Jamil Baharom kan, lepas ini tak ada dah. Saya tunjuk gambar lah senang, siapa Menteri Agama dan siapa Timbalannya.
Jadi, Tuan-tuan dan Puan-puan, berfikirlah sekejap. Kuasa yang ada dekat orang Melayu ni cuma kuasa politik sahaja. Yang tu hilang, kita akan jadi macamlah, merempat di negara sendiri.
https://youtu.be/B2RwWKiJSVw
Sumber TKO - 15-4-2018
DAP namakan Aziz Bari calon DUN Tebing Tinggi
Posted on Saturday, April 14 @ 20:04:36 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39130 |
DAP mengumumkan pencalonan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai calonnyabagi kerusi DUN Tebing Tinggi, di Perak, dalam pilihan raya umum ke-14.
Menurut Sinar Harian hari ini, beliau menggesa pengundi tidak hanya mengundi dirinya, tetapi mengundi Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru.
"Insya-Allah, jika saya dipilih sebagai calon di DUN Tebing Tinggi dan menang, banyak yang kita akan bantu. Tapi biarlah menang sebagai kerajaan, bukan pembangkang," Aziz dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah.
Katanya, beliau telah bertemu rakyat setempat untuk mendengar luahan mereka, dan menggariskan pelbagai tawaran yang disenaraikan melalui manifesto yang akan dilaksanakan jika PakatanHarapan membentuk kerajaan.
Hadir sama ialah Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh;
Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee Chuan How,
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Abdul Aziz pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai ahli PKR, dan menyertai DAP pada 2015.
Sumber TKO - 14-4-2018
Strategi DAP Untuk Mencetuskan Tsunami Melayu
Posted on Friday, April 13 @ 06:48:42 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39103 |
"Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.
Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya adalah pilihan raya Umno dan PAS yang ke 15 (begitu juga dengan MCA dan MIC). Pilihan raya pertama diadakan pada 27 Julai 1955 apabila Umno memenangi 34 kerusi, MCA 15, MIC dua dan PAS (masa itu dipanggil PMIP) hanya satu. Malah Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC memenangi hanya 81% undi tetapi hampir 100% daripada kerusi (atau 51 kerusi daripada 52).
Dua hari selepas PRU14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei, Umno akan merayakan Ulang Tahun ke-72 penubuhannya pada 11 Mei 1946.
Realiti politik Malaysia dari awal lagi adalah sentiasa menjadi gabungan parti yang dipimpin Umno berbanding PAS. Pada tahun 1959, Perikatan memenangi 51% undi dan 71% kerusi, berbanding PAS yang memenangi 21% undi dan 12% kerusi.
Pada tahun 1963, Malaysia dibentuk dan pada Pilihan Raya Umum 1964 Perikatan memenangi 58% undi dan 85% kerusi manakala PAS memenangi 15% undi dan 9% kerusi. Barisan Sosialis lebih baik daripada PAS dengan 16% undi tetapi memenangi hanya 2% kerusi.
Pendek kata, politik Malaysia selalu menjadi ‘Malay game’ antara gabungan yang dipimpin Umno dan PAS, dengan parti bukan Melayu yang lain hanya memainkan ‘supporting role’.
PRU14 pada dasarnya adalah antara BN, PKR dan PAS
Tidak sehingga Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 – dan apabila Singapura berubah menjadi Pulau yang dipimpin oleh Cina – politik Malaysia mula berubah. Tiga bulan kemudian, pada 11 Oktober 1965, kerajaan PAP Singapura membentuk DAP, dengan tujuan untuk menjadikan ‘negeri-negeri Cina’ iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan mungkin juga Johor, menjadi sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’.
PAP tidak berminat dengan tanah Melayu atau apa yang boleh dianggap sebagai ‘negeri-negeri miskin’. Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor menguasai 90% ekonomi Malaysia. Oleh itu, dengan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sebagai sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’ Singapura, ia lebih kurang memberi kawalan kepada Cina terhadap Malaysia dan Singapura.
Walau bagaimanapun, sebelum itu, mereka perlu merobohkan penguasaan politik Melayu kerana keputusan pilihan raya terdahulu menunjukkan bahawa sesiapa yang menguasai undi Melayu mengawal Malaysia.
Empat tahun kemudian, pada pilihan raya umum Mei 1969, yang merupakan kemunculan pertama DAP sejak dibentuk pada tahun 1965, impian ‘Sphere of Influence’ hampir berlaku apabila Parti Perikatan memenangi hanya 44% undi dan dengan hanya 51 % kerusi.
1969 membuktikan bahawa anda perlu memusnahkan penguasaan politik Melayu jika anda mahu memerintah Malaysia kerana walaupun dengan kurang daripada 50% undi anda masih boleh membentuk kerajaan – selagi undi itu adalah suara Melayu dari tanah Melayu.
Pada tahun 1990, DAP ‘flirted’ dengan Semangat 46, yang mempunyai pakatan dengan PAS, hanya untuk menguji. Pada masa itu mereka bukan lagi Parti Perikatan tetapi Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973. Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi.
Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.
DAP guna logo PKR Mata Lebam untuk menipu orang Melayu agar mengundi mereka kerana tanpa Tsunami Melayu DAP tidak boleh berkuasa
Dan itulah sebabnya mengapa PRU14 akan menjadi pilihan yang paling penting dalam sejarah 63 tahun pilihan raya Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Cina bersatu (menurut DAP 90% orang Cina berada di belakang mereka) manakala orang Melayu teruk berpecah kepada Umno, PAS, PPBM, PKR, PAN dan beberapa parti serpihan lain.
Sekiranya Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno akan digulingkan, ia perlu dilakukan sekarang. Jika pada 9 Mei 2018 ia tidak berlaku, maka itu tidak akan berlaku untuk masa yang lama. Pilihan Raya Umum pada 9 May bukan mengenai kesinambungan politik Perdana Menteri Najib Tun Razak, seperti yang dikatakan oleh beberapa orang. Ia adalah mengenai kelangsungan hidup politik Melayu. Dan inilah yang DAP tidak mahu orang Melayu sedar.
Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberi gambaran bahawa PRU14 adalah perlawanan antara Mahathir-Najib. Sebenarnya ia adalah pertarungan antara Umno-DAP. Sekiranya Mahathir berkata ia adalah mengenai menyingkirkan Najib kerana jenayah dan menyelamatkan Malaysia, ia berbunyi mulia dan orang Melayu akan mempercayainya. Tetapi jika dia mengatakan bahawa ia adalah untuk menggulingkan Umno bagi menggantikannya dengan DAP, Mahathir akan berhadapan dengan kebangkitan Melayu.
Sebenarnya, Mahathir dan Pakatan Harapan memberitahu dua cerita berbeza kepada rakyat Malaysia. Kepada orang Melayu, mereka mengatakan bahawa ia adalah untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan Umno. Sekiranya Umno jatuh maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Jadi mereka perlu menyelamatkan Umno – dan untuk itu Najib mesti digulingkan.
Kepada orang Cina, mereka mengatakan untuk kuasa politik Melayu berakhir, dan bagi DAP untuk mengambil alih, mereka mesti menyingkirkan Umno. Dan untuk itu, mereka perlu mendapatkan orang Melayu mengundi Pakatan Harapan kerana kuasa politik terletak di tangan orang Melayu.
DAP perlu bekerja keras menjual logo PKR Mata Lebam kepada penyokong Cina mereka
Dan itulah sebabnya roket DAP mesti direhatkan (dikuburkan) dan tidak muncul dalam PRU14 kerana roket itu dikaitkan dengan PAP, Singapura, penguasaan politik Cina, dan sebagainya. Dan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, roket itu digantikan dengan mata, simbol PKR dari Mata Lebam atau mata hitam Anwar.
Hari Pencalonan hanya 16 hari dari sekarang pada 28 April 2018. DAP, PKR, PPBM dan PAN akan bertanding di bawah simbol Mata Lebam PKR (ironinya, termasuk Mahathir). Bagi semua calon Barisan Nasional, Najib akan menandatangani Surat Watikah. Bagi calon PKR (bermaksud DAP, PPBM dan PAN juga) Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani Surat Watikah mereka. Dan Abdul Hadi Awang akan menandatangani Surat Watikah untuk calon PAS, sudah tentu.
Bagi Barisan Nasional dan PAS ianya agak mudah, bagi calon ‘PKR’ itu menjadi rumit. Wan Azizah bukan pemimpin Pakatan Harapan. Beliau adalah Presiden PKR. Dia juga bukan PM sementara atau calon PM. Tetapi ‘kuasa’ untuk mencalonkan calon-calon dan menandatangani Surat Watikah berada di tangannya.
Dari segi perundangan, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di bawah simbol PKR dan dengan Surat Watikah PKR adalah calon PKR. Mereka bukan Pakatan Harapan, DAP, PPBM atau calon PAN. Malah, Pakatan Harapan tidak wujud secara sah. Oleh itu, adakah Mahathir – yang bukan ahli mana-mana parti politik (sejak PPBM telah dibatalkan pendaftaran) dan oleh itu Calum Bebas (calon bebas) – yang akan menjadi Perdana Menteri jika ‘PKR’ memenangi kerusi yang paling banyak di Parlimen?
Secara teknikal, Presiden PKR, Wan Azizah, yang memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri memandangkan partinya memenangi paling banyak kerusi.
Bolehkah Pakatan Harapan protes? Pakatan tidak wujud. Bolehkah PPBM protes? PPBM tidak lagi wujud. Bolehkah DAP protes? DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Bolehkah PAN protes? PAN tidak akan memenangi mana-mana kerusi kerana ia tidak mempunyai locus standi untuk membantah. Hanya PKR kumpulan B Azmin Ali yang boleh membantah jika dia dan orang- orangnya tidak tersingkir dalam pilihan raya umum seperti apa yang dirancang Wan Azizah (ya, jangan memandang rendah “Fan Lady”).
Sebagaimana yang Wan Azizah mengaku pada Ogos 2014, dia tidak keberatan menjadi boneka
Ini adalah susunan yang sangat berisiko bagi DAP dan PPBM. Satu-satunya harapan mereka ialah Wan Azizah dan / atau PKR tidak melakukan rampasan kuasa undang-undang. Sekiranya DAP dan PPBM membantah dan memutuskan untuk ‘meletakkan jawatan’ dari PKR, PKR masih boleh melakukan perjanjian dengan DAP, PPBM dan penentang PAN – dan akan ada banyak lagi. Akhirnya, DAP, PPBM dan wakil wakil rakyat akan diminta memilih untuk kekal berkuasa atau meletak jawatan dan dihantar semula sebagai pembangkang. Kebanyakan akan memilih PKR daripada kerjaya yang tamat.
Sebagai alternatif, DAP boleh bersetuju bahawa Wan Azizah bukannya Mahathir menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, dengan bilangan kerusi yang terbesar, ia akan menjadi seperti Perak pada tahun 2008 apabila DAP melantik Menteri Besar PAS yang memberi perkhidmatan kepada DAP dan menjawab DAP. Ia akan kembali kepada perkiraan Ali Baba dengan DAP sebagai Perdana Menteri de facto dan Wan Azizah sebagai boneka wayang DAP.
DAP tahu Mahathir tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Isu pembatalan pendaftaran PPBM dan bilangan kerusi yang diabaikan adalah satu isu. Yang lebih penting ialah kesihatan fizikal dan mental Mahathir. Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke hospital lagi – iaitu 48 kali dalam tiga tahun. Di samping itu Mahathir mempunyai masalah ingatan yang serius dan tidak dapat memberi tumpuan. Ada yang mengatakan Mahathir tidak konsisten dan terus melakukan U-turn. Sebenarnya dia lupa apa yang dikatakan dan dilakukannya. Dan bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh bekerja 4-3 sedangkan pemimpin lain bekerja 24-7? – Malaysia Today
PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal DAP’s Strategy Is To Trigger A Malay Tsunami. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih. (Disalin semula oleh IH)
Sumber HD - 13-4-2018
Seng Giaw kritik Lagi DAP, Kini Pasal Guna Logo PKR
Posted on Thursday, April 12 @ 10:21:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39090 |
KUALA LUMPUR: "Bagaimana hendak mentadbir negara jika simbol yang menjadi perkara terpenting parti pun boleh diubah dengan sekelip mata?"
Itu pertanyaan Ahli Parlimen Kepong. Dr. Tan Seng Giaw bagi menyelar keputusan DAP menggadaikan lambang roket yang digunakan parti tersebut sejak 1966 semata-mata untuk berada di bawah gabungan pembangkang PKR.
Seng Giaw yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, kepemimpinan tertinggi DAP sepatutnya mengambil kira pelbagai faktor penting sebelum menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tindakan itu jelas memberi impak negatif terhadap parti.
"Susah payah 52 tahun berakhir dengan sekelip mata sahaja apabila (simbol) menjadi dua bulan sabit pula, merah jadi biru kerana ditukar warna. Masalahnya, sama ada rakyat akan terima atau penyokong turut bersetuju (dengan tindakan tersebut.
"Apakah simbol ini akan hilang selama-lamanya atau akan digunakan lagi. Kalau boleh ubah simbol sekelip mata, apa lagi tidak boleh dibuat di dalam negara. Benda yang terpenting pun boleh diubah dengan begitu sahaja, ini masalah apabila manusia pandai-pandai (buat keputusan)," katanya di sini hari ini.
DAP tidak mencalonkan Seng Giaw bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang disandangnya sejak lapan penggal lalu bagi PRU-14 dan digantikan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Seng Giaw sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kem DAP apabila mengeluarkan kenyataan penafian terhadap penglibatan secara langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan akan bertanding pada pilihan raya akan datang menerusi tiket Bebas, Seng Giaw berkata, tiada keperluan baginya untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 1982 itu.
"Ada pengikut dan pengundi yang mendesak saya untuk terus bertanding cara yang lain seperti Bebas dan sebagainya. Ada juga yang kata lebih baik saya mati. Manusia memang banyak ragam, kadangkala cakap terlampau.
"Jadi, kita perlu cuba melakukan dan mengamalkan cara yang lebih baik, lebih sopan mengambil pertimbangan perasaan orang lain, saling bantu-membantu. Tetapi dalam perjuangan, perebutan kuasa ini, sifat manusia itu hilang sama sekali, itu sahaja," ujarnya.
Sumber TKO - 12-4-2018
Keluarga Lim Dah Lama Dendam Tan Seng Giaw
Posted on Wednesday, April 11 @ 09:21:55 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39078 |
PENYINGKIRAN ahli Parlimen Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw daripada dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini membuktikan bahawa DAP ialah sebuah parti paling autoritarian dan memerlukan semua ahli mematuhi setiap kehendak pemimpin.
Kalau ada lagi bukti yang diperlukan untuk mengatakan yang DAP ialah sebuah parti yang menuntut kepatuhan sepenuhnya tak ubah seperti gaya kepimpinan diktator, sepatutnya ini jadi bukti yang paling jelas.
Penyingkiran pemimpin yang tidak sebulu dengan keluarga Lim dan kepimpinan tertinggi ini memang menjadi amalan biasa dalam parti cauvinis Cina itu sejak dulu.
Dulu, Lee Lam Thye disingkir oleh DAP kerana telah menjadi sangat popular hingga dianggap menjadi ancaman kepada kepimpinan DAP yang lain.
Wee Choo Keong juga disingkir, bukan kerana masalah atau prestasi tetapi kerana tuduhan yang tidak jelas tentang kepatuhan terhadap pemimpin parti.
Wee sendiri menyebut DAP sebenarnya dikuasai oleh keluarga Lim dan kepentingan keluarga Lim yang paling dijaga dan dipertahankan.
Selain dipecat, pelbagai tindakan disiplin dikenakan pada mereka yang berani tidak sehaluan dengan pandangan pemimpin tertinggi, yang biasanya bermaksud keluarga Lim diketuai Lim Kit Siang.
Di Johor beberapa tahun lepas, pemimpin seperti Dr. Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez terpinggir selepas tidak mengikut skrip pemimpin tertinggi parti walaupun amat dihormati di peringkat negeri.
Perkara yang hampir sama kemudian berlaku di Selangor apabila pemuka-pemuka DAP mahu melaksanakan “langkah Kajang” dan perlu menyeragamkan semua skrip.
Mereka yang tidak patuh sepenuhnya seperti biasa akan berhadapan risiko dipinggir atau disingkir terus tidak dicalonkan lagi atau lebih buruk dipecat dari parti.
Banyak lagi pemimpin lain boleh disenaraikan, yang semuanya melibatkan kepentingan kuasa utama dalam parti DAP yakni keluarga Lim.
Kes salah guna kuasa di Pulau Pinang melibatkan Lim Guan Eng juga mendedahkan lagi yang DAP ini milik keluarga Lim.
Kalau sebelum ini lantang mendesak mana-mana pemimpin letak jawatan bila dituduh salah guna kuasa, Guan Eng dibiarkan malah dibela, dan UMNO pula dipersalahkan.
Tidak dapat dibandingkan betapa bisingnya mereka apabila dakwaan salah guna kuasa melibatkan pemimpin parti lain, dan senyap sunyi bila kena pada mereka sendiri.
Kisah Guan Eng terus dilantik sebagai ketua menteri pun telah menunjukkan bagaimana DAP dimiliki keluarga Lim.
Takkan tidak ada langsung tokoh lain di Pulau Pinang boleh menjadi ketua menteri. Guan Eng juga yang diberi habuan terbesar diperolehi DAP itu.
Sekarang, bila berhadapan dengan dakwaan salah guna kuasa, pemimpin-pemimpin lain takut untuk bersuara menuntut Guan Eng berundur dari jawatan parti.
Apa yang disibukkan ialah 1MDB hingga sikap Tan yang tidak mahu mengaitkan PM Najib dengan salah laku disingkir, sedangkan kalau dalam parti lain, hal ini mungkin sekadar isu perbezaan pendapat dan tidak membawa kepada penyingkiran.
Selain 1MDB, Tan juga dianggap menggugat Guan Eng di Pulau Pinang apabila pada 22 Oktober tahun lepas menulis sepotong sajak di Twitter mengenai kes tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan nyawa.
Sajak bertajuk “Tanah Runtuh di Lereng Bukit” itu menyentap Guan Eng kerana masalah alam sekitar tidak dijaga dan dibiarkan musnah oleh projek perumahan dikritik oleh pemimpin DAP sendiri.
Inilah gambaran kepada sikap DAP melibatkan kuasa, tidak boleh berkompromi dan akan menyingkir tanpa belas kasihan dan pertimbangan adil.
Wajarkah mereka yang mempunyai sifat diktator seperti ini dibenarkan mendapat lebih kuasa dalam negara kita ini? – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 11-4-2018
DAP: Dr M perlu henti guna 'keling'
Posted on Tuesday, April 10 @ 12:12:55 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39054 |
DAP menasihati Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengunakan istilah 'keling' kerana perkataan itu mungkin dianggap menghina masyarakat India.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy berkata Mahathir mungkin tidak mempunyai niat menghina masyarakat berkenaan tetapi penggunaan kata-kata seumpama itu boleh dimanipulasi pihak tertentu untuk tujuan politik.
"Memandangkan beliau menyertai perjuangan kami untuk menyelamatkan Malaysia, Mahathir telah melakukannya dengan baik dan telah mendapatkan sokongan orang Melayu kepada kita.
"Bagaimanapun, adalah wajar untuk beliau tidak menggunakan kata-kata seperti itu yang mana mungkin menghina, bukan hanya kepada masyarakat India tetapi kepada orang lain juga," kata Ramasamy kepada Malaysiakini.
Anggota jawatankuasa eksekutif DAP itu berkata, beliau sendiri tidak menganggap perkataan 'keling' sebagai menghina, tetapi ia sering digunakan untuk memperlekeh masyarakat India.
Ramasamy berkata kontroversi seperti itu tidak baik bagi HARAPAN ketika gabungan itu kini di ambang pilihan raya umum ke-14, yang mungkin diadakan pada Mei selepas Parlimen dibubarkan Sabtu lalu.
Ramasamy merujuk kritikan Mahathir terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabtu lepas yang berkata: "Saya nak guna perkataan Keling. Orang Keling kata, 'podah'."
Perkataan 'keling' dipercayai berasal dari kerajaan India kuno, Kalinga.
Masyarakat Hokkien di kawasan utara juga merujuk masyarakat India sebagai 'kelinga' dan biasa dengan perkataan 'podah', yang kadang-kala digunakan untuk membantah perbuatan atau idea yang tidak dapat diterima.
Bagaimanapun, perkataan itu menyinggung beberapa pihak termasuk Makkal Sakti yang membuat empat laporan polis terhadap Mahathir.
Sumber TKO - 10-4-2018
Seorang lagi Pimpinan Lama DAP di Cantas
Posted on Tuesday, April 10 @ 07:12:46 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39049 |
Penyandang Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon pada PRU 14.
Dalam pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Petaling Jaya malam ini, kerusi yang dikosongkan Seng Giaw itu diisi oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Manakala kerusi Parlimen Segambut pula diisi oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Bagaimanapun, Guan Eng masih mengekalkan tiga penyokong utamanya bertanding di kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mereka ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Teresa Kok (Seputeh).
Seng Giaw yang sering dilihat berbeza pendapat dengan Guan Eng pada minggu lalu berkata beliau masih berminat mempertahan kerusinya di Parlimen Kepong pada PRU14 nanti.
Beliau yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 76 bulan depan menegaskan beliau masih kuat dan berupaya untuk membantu rakyat.
Sumber TKO - 10-4-2018
Bekas ahli DAP bakal bertanding Sungai Pinang atas tiket PSM
Posted on Monday, April 09 @ 22:36:09 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39046 |
GEORGE TOWN: Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu akan bertanding di DUN Sungai Pinang atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada pilihan raya umum ke-14. (PRU14).
Teh, yang keluar DAP semalam, berkata beliau bakal bertanding di kerusi itu atas nama PSM dan akan menyertai parti itu sebaik sahaja memenuhi syarat keahlian yang ketat.
Katanya, beliau memilih PSM bagi meneruskan agenda “Reformasi 2.0” di Pulau Pinang bagi memperbaiki isu yang belum selesai sejak pakatan pembangkang nasional mengambil alih negeri itu pada 2008.
Teh berkata “reformasi” yang belum selesai termasuklah isu pemisahan kuasa dan kekurangan semak imbang di Dewan Undangan Negeri.
Katanya, di Sungai Pinang, beliau berharap dapat menyelesaikan isu banjir, yang mana beliau salahkan penggondolan bukit yang berlaku di huluan sungai.
Teh berkata manifesto untuk rakyat Sungai Pinang akan menumpukan kepada “jiwa alam, harmoni dan suara rakyat”.
“Ini peluang saya dan PSM untuk belajar sesuatu, dan juga memupuk sosialisme di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat PSM Jelutong di Jalan Trusan hari ini.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai berkata Teh diberi peluang bertanding atas tiket parti itu selepas memenuhi 4 set kriteria untuk pencalonan.
Kriteria yang tersenarai itu adalah pengisytiharan harta, penolakan politik kaum dan agama, penerimaan manifesto PSM dan ikrar membuka sebuah pusat khidmat jika menang.
Choo berkata Teh dialu-alukan menjadi ahli parti selepas berkhidmat di kawasan pilihannya dengan tempoh minimum selama 2 tahun.
Katanya, buat masa ini, Pulau Pinang mempunyai “30 hingga 50” ahli PSM.
“Teh antara 3 orang bukan ahli PSM diberikan peluang bertanding atas tiket PSM pada pilihan raya akan datang. Kita biasanya membenarkan aktivis yang kami fikir bersungguh-sungguh dengan perjuangan mereka untuk menggunakan logo parti kami.
“Kami berpendapat Teh seorang calon yang cemerlang untuk membawa ideologi kuasa rakyat dan agenda keadilan. PSM berbangga dengan pendirian teguh Teh dalam hal melibatkan rakyat dan perlindungan alam sekitar,” kata Choo.
Choo berkata PSM akan bertanding kerusi di Pulau Pinang buat pertama kali dan berharap dengan “faktor Teh Yee Cheu” akan berjaya menyebarkan ideologi sosialis dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.
“Teh dan PSM akan membawa nafas politik baru di DUN Pulau Pinang, berbeza dengan parti politik arus perdana,” katanya.
Mengikut daftar pemilih terbaharu, Sungai Pinang mempunyai 24,480 pengundi, meningkat sedikit berbanding 23,501 pengundi pada pilihan raya lepas. Majoriti pengundi di sana adalah Cina.
Penyandangnya ialah Lim Siew Khim dari DAP.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dikatakan bakal bertanding dan antara DUN yang dijangka adalah Sungai Pinang.
Sumber TKO - 9-4-2018
DAP Johor Pandang Rendah Pengaruh TMJ
Posted on Sunday, April 08 @ 20:10:09 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39023 |
JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong seolah-olah memandang rendah kemampuan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menentukan hala tuju politik negeri Johor.
Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam itu juga seakan-akan memandang rendah pengaruh Tunku Mahkota Johor keatas rakyatnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Saya rasa (berdasarkan) maklum balas (netizen) yang kita baca semalam, mungkin sokongan (terhadap) istana tidak boleh dipindah kepada BN Johor.
“Dalam sejarah Malaysia, kuasa rakyat sentiasa penting. Rakyat dan kebijaksanaan pengundi adalah faktor paling penting.
“Penubuhan UMNO pada 1946 adalah manifestasi kuasa rakyat pada masa itu,” dakwanya seperti dilaporkan sebuah portal berita pembangkang hari ini.
Tunku Ismail dalam satu kenyataan malam tadi antara lain bertitah mengingatkan seluruh rakyat Johor bahawa UMNO dilahirkan di negeri ini iaitu di dalam Istana Johor.
Baginda turut meminta rakyat Johor ingat siapa yang merosakkan UMNO, yang melahirkan kroni dan korupsi, melahirkan proksi dan cuba menarik kuasa-kuasa diraja termasuk cuba membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Justeru, Tunku Ismail bertitah rakyat Johor jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular yang bukan mahu menyelamatkan negara tetapi takut apa yang terjadi pada anak-anaknya pada masa depan.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’.
“Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya bekerja bersama nakhoda tersebut. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu,” titah baginda.
Tinjauan Mynewshub keatas laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini mendapati sebilangan netizen memberi sokongan kepada titah Tunku Ismail, manakala sebilangan lagi membantah.
Bagaimanapun, titah panjang lebar Tunku Mahkota Johor itu telah mendapat lebih 29,000 tanda sokongan dan hampir 18,000 perkongsian oleh rakyat Johor setakat pagi ini.
Ironinya, sebilangan netizen yang membantah dan mengkritik di ruangan komen itu dipercayai bukan rakyat Johor berdasarkan semakan keatas beberapa profail akaun Facebook terlibat.
Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor bakal mencabar Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di kerusi Parlimen Ayer Hitam dalam PRU kali ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 8-4-2018
ADUN Tanjung Bungah keluar DAP
Posted on Sunday, April 08 @ 09:20:34 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39010 |
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa hari ini.
Yee Cheu yang menyertai DAP sejak 18 tahun lalu, membuat pengumuman itu melalui laman Facebooknya susulan pembubaran Parlimen.
Melalui 'posting' terkininya, beliau dipetik berkata: "Secara automatik, hari ini, 7 April 2018, tarikh pembubaran Parlimen secara rasmi adalah tarikh sama saya keluar DAP...demi kebaikan seperti yang saya umumkan beberapa bulan lalu.
Beliau yang dihubungi kemudian, memaklumkan akan mengadakan sidang media esok bagi membuat pengumuman dan perancangan masa depannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Oktober lalu, Yee Cheu mengumumkan keputusannya meninggalkan DAP sebaik pembubaran Parlimen susulan tidak lagi senada dengan pucuk pimpinan.
Beliau pada sidang medianya ketika itu dipetik berkata: "Kepimpinan DAP dan kerajaan negeri yang diterajui DAP enggan menerima kritikan ke atas mereka, sebaliknya mengkritik kumpulan tertentu yang didakwa 'mesra Barisan Nasional'.
"Saya sudah berfikir meninggalkan parti sejak 2013 kerana terdapat banyak isu gagal diselesaikan seperti transgender, menghadkan kuasa, pembangunan lereng bukit, perancangan tempatan dan struktur.
"Kini selepas pelbagai insiden yang berlaku, terutamanya kes tanah runtuh baru-baru ini, saya merasakan ini adalah masa terbaik untuk pergi."
Yee Cheu sebelum ini, menjadi antara pemimpin DAP yang sering menyatakan kerisauannya dalam pelbagai isu alam sekitar, termasuk banjir yang kerap melanda Pulau Pinang dan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober lalu, yang mengakibatkan kematian 11 pekerja pembinaan.
Beliau juga menggerakkan inisiatif menghadkan kuasa jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, namun gagal dibawa ke Sidang DUN Pulau Pinang.
Sumber TKO - 8-4-2018
Kes Logo, Ramai menyertai Penang Front Party (PFP) meninggalkan DAP
Posted on Sunday, April 08 @ 09:32:19 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39011 |
GEORGE TOWN - Tindakan biadab Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penggunaan logo PKR sebagai lambang bersama blok itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) terus dibantah ahli DAP sendiri.
Terbaharu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Pengkalan Kota di sini, Tan Eng Tut bertindak drastik meninggalkan parti pembangkang terkenal dengan rasis cauvinis itu dan menyertai Penang Front Party (PFP) lewat semalam.
Beliau malahan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi DAP serta tidak lagi yakini perjuangan parti berkenaan dalam usaha memperjuangkan hak rakyat Malaysia, khususnya kaum minoriti Cina.
Beliau yang sudah menjadi ahli DAP selama 40 tahun berkata, parti itu kini hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu, terutama selepas menjalin kerjasama politik dengan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Dulu Lim Kit Siang pernah mendedahkan skandal Bank Negara Malaysia dengan menuduh Mahathir sebagai dalang skandal itu, bahkan pernah gelar beliau sebagai punca kepada semua masalah yang berlaku di negara ini.
“Tetapi sekarang, Kit Siang ibarat sanggup ‘jilat kembali ludahnya’ dan hanya berdiam diri terhadap segala tuduhan jahat yang pernah dilemparkan terhadap Mahathir,” kata Eng Tut, 72, dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Eng Tut yang pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok pada PRU keenam berkata, beliau juga berasa amat pelik dengan keputusan parti itu dalam isu logo bersama.
DAP dikatakan tidak mahu menggunakan logo sendiri pada PRU ke-14 sekali gus ujarnya, mengecewakan ribuan ahli tegarnya yang bangga dengan lambang roket sejak parti itu diasaskan pada 1965 susulan pemisahan Singapura.
Tindakan itu dilihat luar biasa, selain tidak hormati pencipta logo berkenaan yang baru meninggal dunia pada 29 Mac lalu, Goh Hock Guan (gambar atas) dalam usia 83 tahun dan juga Setiausaha Agung pertama parti tersebut.
“Dulu DAP bermati-matian mahu pakai logo sendiri, tetapi sekarang mereka sudah hilang arah tuju dan sanggup mengenepikan perjuangan asal pula. Jika saya tidak keluar parti pada hari ini, saya berasa seperti tiada maruah.
“Saya perlu buat sesuatu demi negara,” kata Eng Tut yang sudah hantar surat keluar parti kepada Setiausaha DAP Pulau Pinang semalam. Mayat Hock Guan telah dibakar di krematorium Nilai, Negeri Sembilan pada 4 April lalu.
Mendiang yang berasal dari Kedah, amat disegani rakyat kerana berjaya memimpin DAP menang 13 kerusi Parlimen ketika PRU pada 1969, namun bertindak meninggalkan parti itu ekoran tragedi berdarah perkauman 13 Mei 1969.
Hock Guan yang juga arkitek perancang bandar terkenal di Malaysia, mencipta logo DAP dengan ada empat jalur di bawah roket itu melambangkan kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India serta pribumi Sabah dan Sarawak.
Ironi, berita kematian mendiang tidak diulas DAP yang marah Hock Guan keluar parti tersebut menyertai seterunya, Gerakan pada 1974 kerana tertarik imej Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. – Agensi/HAA
Sumber TKO - 7-4-2018
Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14
Posted on Friday, April 06 @ 18:14:27 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38977 |
Chen Man Hin, yang adalah antara pengasas DAP tampil menyatakan rasa kurang senangnya dengan keputusan untuk bertanding tanpa menggunakan logo roket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya sedih, kita telah gunakan logo ini dalam perjuangan kita. Roket itu melambangkan DAP," katanya kepada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
Bekas anggota Parlimen Seremban selama lima penggal itu mengakui bahawa beliau terkejut dengan keputusan untuk tidak menggunakan roket di Semenanjung Malaysia.
Chen berkata beliau telah cuba menghubungi pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang untuk membincangkan perkara itu tetapi gagal bercakap dengannya.
"Saya tidak faham mengapa jawatankuasa eksekutif DAP (CEC) membuat keputusan itu, daripada menanggap ini sebagai pengorbanan, mengapa kita tidak jadikan inistrategi?" soalnya.
Chen juga memberi amaran bahawa penyokong lama DAP mungkin keliru semasa pilihan raya nanti jika calon parti itu bertanding di bawah logo yang berbeza.
Bagaimanapun, bekas ahli parlimen itu berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan parti itu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Pakatan Harapan mungkin menggunakan logo PKR pada pilihan raya akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan memperkenalkan logo bersama mereka pada sebuah majlis di Pasir Gudang, Johor, malam ini.
Tinjauan rambang yang dilakukan oleh Malaysiakini di Kuala Lumpur juga mendapati ramai penyokong DAP tidak mengenali logo PKR.
DAP telah menggunakan logo roket sejak ia pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun 1969.
Sumber TKO - 6-4-2018
DAP sasar 3 kerusi PAS di Selangor
Posted on Friday, April 06 @ 14:33:07 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38975 |
PETALING JAYA: DAP Selangor dilaporkan menyasarkan 3 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dipegang PAS kerana percaya mereka berpeluang menang susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Sumber parti itu berkata, 3 kerusi itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya dan Dusun Tua.
“Mana-mana calon pelbagai kaum kami boleh memenangi kerusi itu untuk Pakatan Harapan (PH) dalam pertandingan 3 penjuru disebabkan komposisi pengundi campuran,” kata sumber kepada FMT mengenai rundingan kerusi yang masih berterusan antara DAP, PKR, PPBM dan Amanah.
Sumber itu berkata, kali ini sekurang-kurangnya 3 parti – Barisan Nasional (BN), PAS dan PH akan bersaing untuk kerusi itu.
“Calon PH daripada DAP boleh memang kerusi tersebut kerana sokongan kuat daripada pengundi bukan Melayu, manakala undi Melayu mungkin berpecah,” kata sumber.
Kerusi Taman Templer dipegang calon PAS, Zaidy Abdul Talib yang merupakan exco Selangor, selepas mengalahkan Datuk Seri Subahan Kamal pada pilihan raya umum (PRU) 2013 dengan majoriti 7,467 undi.
Ketika itu, pengundi Melayu terdiri daripada 51.5%, Cina (34.6%), India (12.96%) dan lain-lain (0.92%) daripada 49,428 pengundi.
Lembah Jaya pula dipegang Khasim Abdul Aziz yang mempertahankan kerusi untuk PAS pada 2013 dengan kelebihan 8,713 undi dalam pertarungan satu lawan satu dengan BN.
Daripada 48,730 pengundi, 54.26% ialah Melayu, Cina (31.86%), India (12.66%) dan lain-lain (1.22%).
Kerusi Dusun Tua pula dimenangi Razaly Hassan yang mengalahkan calon BN, Ismail Sani dengan majoriti 4,071 undi pada 2013.
Melayu membentuk 53.28%, Cina 37.42%, India 6.88% dan lain-lain 2.42% daripada 46,087 pengundi.
Pada 2013, PAS ialah sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang berjaya mengekalkan pemerintahan di Selangor selepas memenangi 44 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, manakala kerusi BN berkurangan kepada 12.
Kini, DAP mempunyai 14 kerusi DUN, PKR (13), PAS (13), BN (12), Amanah (2) manakala 2 lagi ialah calon bebas.
Dua calon bebas itu adalah Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini bersama PKR dan Adun Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dengan DAP.
PKR sebelum ini dilaporkan akan bertanding 19 kerusi, DAP (18), PPBM (10), dan Amanah (9).
Bagaimanapun, PPBM dan Amanah tidak berpuas hati dengan hasil rundingan awal pembahagian kerusi PH.
Sumber TKO - 6-4-2018
DAP aku menggunakan logo bersama, iaitu logo PKR
Posted on Thursday, April 05 @ 17:06:03 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38964 |
Roket merupakan salah satu daripada logo parti politik yang paling dikenali di Malaysia dan telah membuat penampilan dalam setiap kali pilihan raya sejak tahun 1969.
Bagaimanapun setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan bahawa parti itu tidak akan menggunakan logo berkenaan pada pilihan raya umum akan datang di Semenanjung Malaysia.
Semasa sidang akhbar di bangunan parlimen hari ini, beliau berkata DAP bersetuju untuk menggunakan logo bersama pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bagaimanapun, Lim berkata keputusan itu tidak akan melibatkan Sarawak dan Sabah disebabkan oleh autonomi mereka.
Lim dalam sidang medianya hari ini mengakui langkah itu mungkin memberikan kesan kepada penyokong lama.
"Kami tidak boleh menafikan kesan itu, tetapi penting bagi kami untuk bukan hanya mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan BN, tetapi juga memiliki satu logo melawan BN kerana mereka secara tidak demokratik dan tidak adil enggan mendaftarkan Pakatan Harapan.
"Kami tidak mempunyai pilihan," katanya.
Lim berkata ini merupakan keputusan yang sukar dan menandakan kali pertama DAP akan bertanding dalam pilihan raya tanpa menggunakan logo sendiri.
"Ini bukan satu keputusan yang mudah untuk saya kerana sebagai setiausaha agung, buat kali pertama masuk medan pertandingan tanpa menggunakan logo roket bukan sesuatu yang mudah diterima," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan logo bersama dalam satu majlis di Pasir Gudang, Johor, esok.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa HARAPAN mungkin akan menggunakan logo PKR dalam pilihan raya.
Satu tinjauan yang dilakukan oleh Malaysiakini di Kuala Lumpur juga mendapati ramai penyokong DAP tidak mengenali logo PKR.
Sumber TKO - 5-4-2018
DAP Tidak Pernah Sedia Guna Logo Lain
Posted on Thursday, April 05 @ 06:55:29 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38957 |
PARTI utama orang Cina, DAP sangat menyedari kehendak dan sensitiviti orang Cina yang menyokongnya dan bersedia mengundinya.
Kerana pertimbangan ini, DAP menolak ketetapan untuk semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Sebagai parti Cina, DAP sedar pentingnya ia “menjaga muka” supaya sentiasa dominan dan tidak tunduk kepada kehendak “orang Melayu”.
Sikap DAP sejak gabungan dengan Semangat 46, Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat telah membuktikan pendiriannya ini.
DAP tidak boleh diam bila isu kepentingan Melayu, kedaulatan Islam dan isu lain yang berkaitan diutarakan oleh mana-mana parti.
DAP mesti menunjukkan yang ia menolak dengan keras, ia mesti menunjukkan protes dengan garang dan membuat kenyataan panjang menyatakan pendirian tegasnya.
Selain daripada tindakan ini diharapkan oleh orang Cina, DAP juga sedar ia perlu menunjukkan kepada orang Cina yang ia tidak “dicucuk hidung” oleh orang Melayu dan sentiasa sedia bertindak sebagai penjaga kepentingan Cina.
Dulu, semasa Gerakan masih berkuasa di Pulau Pinang, DAP menjalankan kempen “Robocop” dengan menuduh ketua menteri parti Cina BN itu lemah dan terpaksa tunduk kepada kuasa politik Melayu.
Simbol Robocop digunakan untuk menunjukkan kalau DAP dapat menjadi ketua menteri, ketua menteri DAP itu nanti ialah “ketua menteri yang berkuasa”.
Cerita ditindas Melayu inilah yang diulang-ulang dan diperbesarkan DAP sejak dulu hingga tidak keterlaluan kalau dikatakan DAP telah berjaya menbentuk satu pemahaman yang rasis dalam kalangan penyokongnya.
Terbaru, usaha UMNO dan PAS untuk membawa pindaan undang-undang bagi meningkatkan kuasa mahkamah syariah juga ditentang kuat oleh DAP bersama “macainya” PAN dan sekutunya PKR.
Banyak lagi contoh boleh dibawa untuk menunjukkan sikap DAP yang tidak akan sedia berkompromi tetapi sentiasa akan memaksa pihak lain yang berkompromi.
Sikap cauvinis dan “kiasu” ini telah sedia diketahui memang menjadi pegangan DAP sejak dulu, dan makin kuat kebelakangan ini apabila memenangi Pulau Pinang dan mahu menguasai Putrajaya pula.
Jadi, tindakan mereka tidak mahu menggunakan logo selain partinya dalam PRU14 nanti tidak menghairankan langsung.
DAP sedar apa pandangan ahli dan penyokong dan orang Cina secara umumnya kalau ia bersedia meninggalkan logo sendiri dan menggunakan logo parti lain.
Malu besar ini akan seboleh-bolehnya dielakkan, kerana logo roket itu ialah identiti yang tidak boleh dikorbankan.
DAP akan terus mengabaikan syarat dan etika bekerjasama dengan pihak lain, kerana yang penting baginya ialah agenda parti.
DAP sedar ia dominan dan akan terus mendominasi PH agar mengikut kehendaknya, walaupun terpaksa juga bertarik-tali dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpengalaman dan licik.
Sejarah kerjasama politik DAP dengan parti-parti pembangkang telah membuktikan sikap DAP yang hanya menjaga kepentingannya semata-mata.
Ia sedia merosakkan kerjasama dan menarik diri sejurus sedar kepentingannya tergugat atau tidak dapat dicapai.
DAP memang tidak akan bersedia menggunakan logo parti lain dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Tidak hairanlah orang mengganggap parti-parti komponen PH ini hanya dipergunakan oleh DAP untuk tarik pengundi Melayu, dan tidak keterlaluanlah kalau dikatakan sebuah parti dalam PH ialah sebuah parti “macai” DAP.
Parti-parti komponen PH yang lain, malah Pengerusi PH Mahathir sendiri, pastinya tidak akan berani melawan ketidakpatuhan DAP pada keputusan Majlis Presiden PH ini. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 5-4-2018
Usaha LGE nak cantas Tan Seng Giaw menemui jalan buntu
Posted on Wednesday, April 04 @ 12:44:10 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38949 |
“Saya tidak akan berundur,” kata Dr Tan Seng Giaw, 75, anggota Parlimen Kepong sejak 1982 apabila ditanya sama ada beliau akan terus mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Tan, anggota DAP sejak 1979, berkata beliau tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya selama lapan penggal itu.
"Saya tidak akan berundur, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat ketika berusia 75 tahun, tambahan pula Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang berusia 92 tahun masih lagi menjadi penasihat Pakatan Harapan,” kata pakar kulit itu kepada Bernama.
Dr Tan yang akan menyambut ulang tahun ke-76 pada 24 Mei ini berkata: "Ada pihak yang menyatakan usia saya sebegini sudah terlantar di hospital, patut berehat di rumah, tidak perlu lagi peduli sama hal-hal politik, cukuplah dengan lapan penggal, bersaralah, kata mereka kepada saya.
"Namun, pedulikanlah apa mereka cakap terhadap saya. Nak cakap saya tua ke, saya masih lagi kuat dan berupaya untuk membantu rakyat. Rakyat masih lagi mahu berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat saya sebagai wakil rakyat dan mereka masih lagi percayakan saya," katanya menepis dakwaan yang beliau antara yang akan digugurkan oleh DAP bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Pengerusi DAP Selangor selama lima tahun pada 1982 hingga 1987 itu, bagaimanapun berkata: “ Terpulanglah kepada pimpinan parti (DAP), apakah mahu pilih saya bertanding lagi atau tidak.
"Saya masih bekerja seperti biasa dan masih berminat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepong,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula melibatkan diri dalam politik pada usia 34 tahun dengan menyertai Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas) pada 1976.
Beliau pertama kali bertanding pada pilihan raya umum (PRU) 1978 bagi kerusi Parlimen Kepong atas tiket Pekemas, namun kalah dalam pertandingan empat penjuru. Tan Tiong Hong daripada parti Gerakan menang pada PRU itu dengan majoriti 2,228 undi.
Dr Tan, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang pernah berkhidmat sebagai pakar perubatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1971 hingga 1972, berkata pada PRU ke-13 yang lepas beliau mengalami keadaan yang sama.
Kononnya nama beliau akan digugurkan daripada bertanding, tetapi akhirnya beliau tetap diberi mandat oleh partinya untuk mempertahankan kerusi parlimen Kepong.
Dr Tan mempertahankan kerusi parlimennya dengan undi majoriti sebanyak 40,307, dengan mengalahkan dua pencabarnya, iaitu Chandrakumanan Arumugam daripada PPP dan calon bebas Yee Poh Ping.
"Kita tidak boleh mengagak apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, cumanya pada masa sekarang saya masih mampu lagi untuk meneruskan perjuangan saya di kawasan Parlimen Kepong," katanya.
Dr Tan berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip 'berani kerana benar', dan "sebagai wakil rakyat ataupun pemimpin, apa jua kenyataan yang diutarakan perlu disokong dengan bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.
"Saya sentiasa bercakap atas dasar kebenaran. Apa yang dilontarkan saya akan memastikan ia berfakta dan berbukti, bukannya menghentam dengan membuta tuli ataupun semata-mata bagi kepentingan diri," katanya.
Beliau berkata dengan prinsip-prinsip tersebutlah beliau sentiasa mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pengundi di kawasannya.
Sumber TKO -4-4-2018
Jawatan Mana DAP Mahu Tuntut?
Posted on Tuesday, April 03 @ 06:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38931 |
KUALA LUMPUR: Lima tahun dahulu, impian DAP untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak dihalang oleh undang-undang tubuh negeri berkenaan yang mengizinkan hanya seseorang yang berbangsa Melayu dan be-ragama Islam sahaja dilantik sebagai Menteri Besar.
Namun parti itu tidak berputus asa apabila mereka mewujudkan sebuah jawatan khas iaitu exco kanan untuk wakilnya, Datuk Ngeh Ko Ham kerana merasakan mereka layak menduduki jawatan yang tinggi dalam kabinet negeri memandangkan mempunyai paling banyak kerusi.
Melihat kepada sejarah ini, pasti seluruh rakyat tertanya-tanya, jawatan apa pula yang akan dituntut atau di-wujudkan oleh DAP sekiranya Pakatan Harapan yang diketuainya memenangi pilihan raya kelak?
Mengulas perkara tersebut, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berpendapat, parti itu akan memastikan jawatan kabinet berprofil tinggi seperti Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri akan berada dalam tangan mereka.
Malah, janji mereka untuk menghalang Perdana Menteri memegang jawatan menteri lain yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dilihat sebagai strategi mereka untuk menguasai jawatan Menteri Kewangan.
“Kedua-dua jawatan ini (Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri) membolehkan mereka mengawal hampir semua perkara dalam negara ini, iaitu kewangan dan undang-undang, jadi pastinya mereka akan berusaha mendapatkannya.
“Janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri juga dilihat sebagai salah satu taktik untuk menguatkan cengkaman mereka terhadap Kabinet sekiranya menang nanti kerana sudah pasti mereka tidak akan mendapat jawatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Sumber TKO - 3-4-2018
Bekas pengerusi DAP Johor tolak bertanding di Labis
Posted on Sunday, April 01 @ 08:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38892 |
PRU14 I DAP Johor ada kemungkinan menghadapi konflik dalaman selepas timbul perselisihan pendapat mengenai siapa yang seharusnya menentang naib presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong di kerusi Parlimen Labis.
Beberapa sumber DAP memberitahu Malaysiakini bahawa pucuk pimpinan parti itu menawarkan kerusi itu kepada bekas pengerusi Johor, Dr Boo Cheng Hau, sebagai pertukaran untuknya meninggalkan kerusi DUN Skudai yang dipegangnya selama dua penggal.
Sekiranya Boo menerima tawaran itu, diketahui bahawa ADUN Mengkibol Tan Hong Pin akan mengambil alih tempatnya di Skudai.
Sebaliknya, kerusi DUN Mengkibol akan diberikan kepada muka baru, Johnson Chew Chong Sin.
Rancangan itu, bagaimanapun mungkin menyebabkan parti itu berantakan apabila Boo enggan berpindah ke Labis dan bertegas untuk mempertahankan Skudai.
Apabila ditanya, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mengesahkan kepimpinan pusat parti telah menawarkan kerusi Labis kepada Boo.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Boo akan dibenarkan kekal di Skudai setelah enggan berpindah kerusi ke parlimen.
'Tak layak bertanding di sana'
Boo, sementara itu memberitahu Malaysiakini yang beliau tidak menerima sebarang "tawaran rasmi" bertanding di Labis dan menganggap beliau tidak layak di kerusi itu.
"Selain Skudai, saya tidak berhasrat bertanding di kawasan lain untuk elak penduduk rasa mereka diabaikan.
"Saya beritahu penduduk yang saya akan terus melayani mereka kerana mereka mengundi saya di DUN. Saya akan lakukan khidmat terbaik.
"Saya tidak berharap untuk pergi Labis dan saya tidak menerima sebarang tawaran rasmi.
Menurut Boo, beliau tewas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP tahun lepas dan bukan anggota jawatankuasa negeri.
Katanya, beliau kini hanya seorang angota biasa dan anggota jawatankuasa cawangan.
"Ia akan jadi satu jenaka jika saya mencabar Chua begini. Saya percaya pimpinan parti harus menghantar pemimpin yang lebih layak menentang Chua," katanya ketika dihubungi.
Pada pilihan raya umum lalu, beliau berjaya meningkatkan majoriti kepada 18,050 undi.
Guru lawan murid?
Sementara itu, seorang penyokong Boo mengkritik kepimpinan parti pusat kerana mahu meletakkan Tan menggantikannya di kerusi Skudai.
"Mengapa kamu hantar Tan datang ke Skudai? Bukankah ini namanya murid melawan cikgu, yang oleh itu akan memecahkan parti?" kata penyokong berkenaan kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun disebabkan Boo enggan meninggalkan Skudai, Tan (gambar) mahu kekal di Mengkibol, iaitu kawasan parlimen Kluang yang disandang Liew.
"Saya ada peraturan tidak Bertulis dengan Liew. Salah seorang daripada kami akan kekal di Kluang. Saya telah jaga Mengkibol selama lima tahun dan malah berpindah ke sini. Saya telah membina perhubungan yang erat di Kluang dan dapat rasakan sokongan di sana.
"Kehadiran saya di Mengkibol akan membantu parti mengukuhkan Kluang. Tanpa menghiraukan sama ada mana-mana calon baru atau pemimpin luar diturunkan di sini, saya boleh memainkan peranan (dalam memastikan kemenangan)," katanya.
Tan memenangi Mengkibol dengan majoriti 10,001 undi pada 2013, manakala Liew menang di kerusi Kluang dengan majoriti 7,359 undi.
Liew bagaimanapun akan berpindah ke kerusi parlimen Ayer Hitam menentang timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
'Hubungan rumit'
Boo, Tan dan Liew memiliki hubungan yang rumit. Tan menyertai DAP pada tahun 2004 dan berkhidmat sebagai pembantu Boo selama bertahun-tahun.
Hubungan keduanya-dua dilihat sebagai guru dan murid, tetapi berubah selepas PRU13.
Ketika pemilihan DAP Johor pada 2014, Liew bertanding menentang Boo dalam kepimpinan negeri. Tetapi di sebalik mempertahannya 'gurunya', Tan menjadi salah seorang 'jeneral' bagi Liew.
Disebabkan Boo enggan berpindah ke Labis, difahamkan pucuk pimpinan DAP sedang mempertimbangkan untuk meletakkan ADUN Senai, Wong Shu Qi (gambar) di kerusi parlimen berkenaan.
Walaupun ada spekulasi Wong akan mempertahankan Kluang, beliau dalam wawancara dengan Oriental Daily berkata parti itu sedang memikirkan untuk meletak beliau bertanding di Labis.
Beliau dilaporkan berkata tidak akan menolak tawaran itu.
Labis adalah kerusi campuran yang memiliki 44.96 peratus Cina, 37.98 peratus Melayu dan 14.66 peratus pengundi India, mengikut senarai daftar pemilih terbaru.
Sumber TKO - 1-4-2018
DAP umum Sheikh Omar calon HARAPAN di Paloh
Posted on Sunday, April 01 @ 10:29:28 UTC Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38883 |
DAP mengumumkan penolong setiausaha publisitinya Sheikh Omar Ali sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Paloh pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu ketika pelancaran bilik gerakan pilihan raya DAP Paloh di Paloh, Johor petang semalam.
"Pembukaan bilik gerakan DAP-HARAPAN di Paloh adalah simbolik dan bermakna, kerana DAP Paloh telah memulihkan rumah kedai terbakar yang telah ditinggalkan lebih dari dua dekad menjadi tempat aktiviti untuk perubahan politik, bukan hanya untuk Paloh, tapi juga untuk negeri Johor dan Malaysia," kata Lim yang merupakan Anggota Parlimen Gelang Patah dalam ucapannya.
Lim turut menyatakan keyakinan terhadap usaha menawan Johor yang merupakan kubu kuat Umno itu, meskipun persempadanan baru pilihan raya diluluskan di parlimen minggu ini.
Sheikh Omar adalah calon Melayu pertama yang diumumkan DAP dalam kempen pilihan raya yang akan datang.
Lim mendakwa BN cuba "mencuri" pilihan raya menerusi persempadanan semula yang disifatkan sebagai "gerimander paling teruk dalam sejarah negara".
Beliau berkata BN boleh menang dengan hanya 40 peratus undi popular, yang dikatakan terburuk berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13, di mana parti itu menang dengan hanya 47 peratus undi popular.
Beliau menegaskan persempadanan baru itu menyaksikan penamaan parlimen Petaling Jaya kepada parlimen Damansara, yang menyaksikan lonjakan 150,000 pengundi berbanding 85,000 pengundi sebelum ini.
"Yang mana ia empat kali lebih banyak berbanding Sabak Bernam, dan kira-kira 10 kali dari Putrajaya," katanya.
Sumber TKO - 1-4-2018
Mudah ketika bercakap, akan tetapi amat payah hendak kotakan percakapan yang dicakapkan, malah ia menjadi indah kabar dari rupa sahaja.
Mengapa? Masakan tidak. Menghapuskan tol hanya slongan DAP atau slogan pakatan harapan untuk meraih sokongan rakyat.percayalah. tidak lebih daripada itu.
Cuba anda bayangkan. Jika mahu menghapuskan tol bukan slogan, macam mana tol jambatan pulau Pinang masih kekal.
Inilah bukti bahawa menghapuskan tol yang dijaja oleh DAP dan parti pembangkan hanya slogan sahaja. Percayalah. Tidak lebih daripada.
Kalau ia bukan slogan, hapuslah tol jambatan pulau Pinang dahulu macam Pas Terengganu menghapuskan tol jambatan sultan Mahmud serta merta sebaik sahaja diisytihar menang PRU 10
Sekarang ini DAP yang berkuasa di Pualau Pinang. Sepatutnya dah lama jambatan pulau Pinang dihapuskan tolnya yang mebebankan rakyat itu.
Oleh kerana tol pulau Pinang hasil kerajaan, maka hendak hapus tol itu sangat payah untuk dilakukan.
Kalau tol jambatan pulau Pinang tiada daya untuk dihapuskan,macam mana hendak hapuskan tol diseluruh pelusuk negara apabila menang dan memerintah Malaysia nanti.
Maka cakap Tun Mahathir hendak hapuskan tol yang dia sendiri adakan semasa dia jadi perdana menteri dahulu pasti akan lebih payah.
Mudah cakap dan mudah tulis dalam manifesto dan amat payah hendak laksanakan kerana terbabit dengan banyak perkara, termasuk konsesi yang di lantik.
Apabila jadi kerajaan macam macam alasan muncul, itu dan ini. Lebih lebih lagi perdana menteri ada kroni. Menteri menteri ada kroni, timbalan timbalan menteri ada kroni.
Pendek kata Tun DrMahatir bapa kronisme dan bapa nepotisme. Sama juga dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang cuba hapuskan beberapa tol untuk pikat hati pengundi di selangor.
Maka, menghapuskan tol yang dijaja oleh pakatan harapan itu tidak sekali kali boleh memikat hati pengundi, kerana DAP Pulau Pinang tidak kotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat negeri yang diperintahnya.
Sumber TKO - 31-3-2018
BUTTERWORTH: Empat bekas pemimpin dan ahli DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung video yang tersebar menunjukkan Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong, Sabtu lepas.
Laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perbuatan setiausaha agung DAP itu yang disifatkan keterlaluan apabila berpolitik.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan berkata tindakan Lim yang berjenaka dengan mengubah suai turutan abjad dalam lagu yang menjadi rutin kepada kanak-kanak itu boleh meracuni fikiran mereka yang masih kecil.
“Aksi Lim dalam video itu sangat keterlaluan dan kami begitu kecewa serta kesal dengan tindakan Ketua Menteri yang sepatutnya tahu bahawa perkara sebegini tidak boleh dibuat main-main.
“Mereka (kanak-kanak) bukan faham apa yang ingin disampaikan dan apa mereka tahu adalah mengikut apa yang diajar dan ini memburukkan keadaan apabila anak-anak kecil berkenaan terdedah kepada permainan politik pada usia awal,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth hari ini.
Asoghan berkata tindakan berpolitik terhadap kanak-kanak terutama murid sekolah juga bukan budaya diamalkan di Pulau Pinang sejak kepimpinan terdahulu.
“Ini mengecewakan apabila seseorang yang dari Melaka kemudian diberi mandat oleh rakyat di negeri ini selama 10 tahun, tiba-tiba menimbulkan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan kini sanggup pula menghasut kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar ketika dihubungi Bernama berkata polis menerima 4 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung video berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Katanya polis akan melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam masa terdekat sebelum menyerahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
Sabtu lepas, Lim dalam satu video 32 saat itu didapati mengajar sekumpulan kanak-kanak menyanyi mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) seolah-olah ia memberi kesan buruk kepada rakyat, ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat diperkenalkan kerajaan negeri.
Ia kemudian mendapat perhatian ramai pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) selepas video berkenaan tular di laman media sosial Facebook.
Sumber TKO - 20-3-2018
PRU14: Bekas ahli DAP Shamsher mahu jadi calon bebas
Posted on Saturday, March 10 @ 17:24:30 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38567 |
GEORGE TOWN: Pengkritik DAP yang lantang, Shamsher Singh Thind, yang keluar daripada parti itu pada Disember 2016, merancang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sejak meninggalkan DAP, ahli politik itu yang pernah mengkritik kepimpinan parti dalam konvensyen DAP Pulau Pinang secara terbuka, sedang meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kriminologi di Universiti Sains Malaysia, November lepas.
Bercakap kepada FMT, Shamsher berkata, beliau bercadang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah di bawah Parlimen Bukit Mertajam.
“Saya menawarkan diri sebagai calon alternatif pada saat pengundi bosan terhadap kedua-dua belah pihak dalam persaingan politik kini. Saya mahu menunjukkan politik tidak semestinya berkaitan parti politik.
“Jika saya terpilih, saya mahu menggunakan jawatan itu untuk mewujudkan semak dan imbang dalam politik. Saya akan menjadi penggubal undang-undang yang mesra rakyat, bukan mesra-parti.”
Kali terakhir calon bebas bertanding di Bukit Tengah ialah pada PRU 2013, apabila Mohan Apparoo hilang depositnya setelah mendapat hanya 182 undi.
Dalam PRU itu, calon PKR, Ong Chin Wen mengalahkan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, dengan majoriti 5,190 undi.
Shamsher berkata, beliau memilih Bukit Tengah kerana beliau pernah menolong 20 keluarga yang menghadapi tindakan pengusiran di kawasan itu.
Beliau mengakui menghadapi masalah membiayai kempennya dan salah satu cara ialah menggunakan kaedah mengutip dana daripada orang ramai.
“Saya bukan ahli perniagaan yang kaya, tetapi saya komited dengan kerja saya. Saya pernah memberi khidmat guaman percuma,” kata peguam itu.
“Saya perlukan sekurang-kurangnya RM50,000 untuk deposit dan kempen. Jika anda sedia membantu membiaya saya, saya akan bertanding. Jika gagal mencapai sasaran, saya akan dermakan semua wang itu.”
Shamsher berkata, fokus kempennya ke arah pencegahan jenayah dan “bandar selamat”.
Beliau yakin penyokong kempen #UndiRosak akan mengundinya.
Kempen #UndiRosak adalah gerakan awam yang meminta pengundi merosakkan undi mereka sebagai tanda protes terhadap parti bertanding bagi memaksa mereka lebih prihatin terhadap suara rakyat.
Shamsher membantah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan (PH) yang dipilih sebagai calon perdana menteri gabungan 4 parti pembangkang itu sekiranya mereka memenangi PRU14.
Katanya, Dr Mahathir belum meminta maaf atas salah laku dahulu, manakala Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain tahu mengenai tindakan Dr Mahathir itu.
“Kita menentang Dr Mahathir dari mula lagi. Dengan membawa beliau ke dalam PH, kita turut membawa masalah itu.”
Shamsher berkata, rakyat kini “letih” dengan PH dan BN.
“Rakyat letih dengan kedua-dua pihak dan isu berkaitan. Rakyat mahukan satu alternatif. Saya mahu menjadi alternatif itu,” katanya.
Sumber TKO - 10-3-2018
Zairil, Dyana sah bertunang
Posted on Saturday, March 10 @ 17:20:23 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38566 |
Dua daripada tokoh Melayu paling kerap mendapat perhatian ramai hari ini melalui detik bahagia apabila mereka ditunangkan dalam majlis yang kelihatan meriah.
Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengesahkan dia bertunang dengan anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan turut dihadiri pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Melalui media sosial Zairil berkata, selepas perkahwinannya yang terdahulu berakhir kini masa untuk terus melangkah dan memulakan babak baru dalam hidupnya.
"Saya benar-benar gembira menemui Dyana yang saya tahu akan menjadikan pasangan serasi dan menjadi pendorong dalam hidup.
"Apa yang lebih penting ialah Dyana dikasihi semua anggota keluarga, terutama kedua-dua anak saya," katanya.
Zairil, 35, adalah anak kepada bekas menteri Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang memilih menyertai DAP sebagai laluan politiknya.
Dyana pula watak muda yang diperkenalkan DAP sejak menjadi calon pilihan raya kecil di Teluk Intan pada 2014. Dia lahir di Ipoh.
Pada 2013 melalui pilihan raya umuk ke-13 Zairil memenangi kerusi Bukit Bendera dengan mengetepikan cabaran calon BN, Teh Leong Meng dengan mendapat majoriti 32,778. Teh mengumpul 12,813 undi.
Sumber TKO - 10-3-2018
Bayaran RM3 juta: Jumpa di mahkamah, kata Lim pada Azeez
Posted on Tuesday, March 06 @ 16:00:02 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38529 |
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Abdul Azeez berhubung isu dakwaan Anggota Parlimen Baling itu menerima bayaran RM3 juta daripada Konsortium Zenith Construction dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Beliau sebaliknya sedia berdepan tindakan saman daripada Abdul Azeez.
"Azeez, tolonglah. Kami akan lawan saman tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Abdul Azeez memberi Lim tempoh sehingga minggu depan untuk menarik balik kenyataan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di media kerana mengaitkannya dengan dakwaan tersebut.
Beliau berkata telah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan ke pejabat Lim dan rumahnya di Pulau Pinang, semalam.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata belum menerima surat itu kerana berada di Kuala Lumpur bagi mengikuti sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam.
"Saya belum balik ke Pulau Pinang, saya kena semak dulu," katanya lagi.
Pada 28 Februari lalu, Lim mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menahan Abdul Azeez walaupun terpalit dakwaan menerima RM3 juta daripada Zenith sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong dasar laut di negeri itu.
Isu ini bermula apabila Zenith menghantar surat tuntutan kepada Abdul Azeez kerana didakwa gagal memberi khidmat rundingan untuk "memastikan kepentingan konsortium" dalam projek itu, walaupun telah menerima bayaran tersebut.
Abdul Azeez menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Beliau kemudian memaklumkan Zenith telah menarik balik surat tuntutan itu.
Lim sebelum ini berulang kali menegaskan projek tersebut "bersih" dan diserahkan kepada Zenith pada 2013 melalui jawatankuasa tender terbuka, yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Farizan Darus.
Sumber TKO - 6-3-2018
Faktor Mahathir : Pengerusi Perhubungan DAP Tapah Keluar Parti
Posted on Monday, March 05 @ 22:02:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38518 |
KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Kampar dan Tapah bertindak keluar parti hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara yang mengambil tindakan keluar parti itu adalah Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Leong Soon Fatt yang mendakwa mereka sukar menerima kerjasama dengan Dr Mahathir.
Soon Fatt berkata, pihaknya tidak boleh menerima kerjasama itu apatah lagi untuk dipimpin bekas Perdana Menteri berkenaan yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Katanya, tindakan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana kecewa dengan kepimpinan parti yang sudah menyimpang daripada matlamat asal sejak dia menyertai DAP 10 tahun lalu.
“Selama 10 tahun saya mengabdikan diri kepada DAP, namun hari ini selepas pertimbangan wajar, serius dan penuh kesal, saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada dalam menangani isu dalaman serta luaran parti.
“Kami juga tidak boleh menerima pendirian diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas pembukaan pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) Bahagian Kampar.
Katanya, beliau tidak boleh menerima apabila DAP yang selama ini melihat Dr Mahathir sebagai musuh, namun kini memilih untuk bekerjasama.
Ditanya adakah beliau akan menyertai PCM selepas keluar DAP, katanya, ia masih memikirkan perkara itu dan akan mempertimbangkannya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup beliau mungkin tidak menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir seperti pemimpin DAP lakukan ketika ini.
“Saya rasa jika Karpal Singh masih ada, beliau pasti menjadi antara individu yang tak bersetuju dengan kemasukan Dr Mahathir dalam barisan pembangkang kerana beliau orang yang berprinsip,” katanya – BH
Sumber TKO - 5-3-2018
Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad
Posted on Saturday, March 03 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38480 |
AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.
“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.
Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.
Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.
“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.
“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.
Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.
Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.
Sumber TKO - 3-3-2018
Kit Siang Cedera Tergelincir Dalam Bilik Air
Posted on Friday, March 02 @ 16:15:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38468 |
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang, 77, yang juga sekutu politik penting Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan tergelincir dalam tandas rumahnya di Johor malam tadi.
Ibu Pejabat DAP dalam satu kenyataan media mendakwa kemalangan itu menyebabkan Kit Siang yang 15 tahun lebih muda berbanding Mahathir cedera pada bahagian dahi.
‘Kecederaan itu dirawat dengan segera di sebuah klinik berdekatan. Doktor telah menasihati Kit Siang mengambil rehat yang secukupnya.
“Kit Siang membatalkan semua jadualnya minggu ini termasuk forum di Gelang Patah pagi ini dan di Pekan Nenas, Pontian, Johor pada pagi Sabtu,” kata kenyataan itu hari ini.
Kit Siang mendapat kerjasama Mahathir untuk menumbangkan parti Melayu UMNO selepas mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu keluar UMNO dan menyertai Pakatan Harapan.
Mahathir berjaya dipujuk DAP menyertai Pakatan Harapan selepas beliau merajuk dengan UMNO gara-gara kepentingan peribadi dan kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan.
Sejak itu Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memujuk orang Melayu khususnya di kampung dan Felda menyokong pembangkang terutama DAP. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 2-3-2018
Kenyataan perjanjian sulit Dr M, Kit Siang berasas
Posted on Friday, March 02 @ 12:52:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38466 |
KUALA LUMPUR: Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan di Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan dikeluarkannya berhubung perjanjian sulit antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, adalah benar dan berasas.
Kenyataan itu adalah tentang perjanjian sulit bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dijanjikan jawatan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.
Tunku Abdul Aziz, 84, yang menyambung keterangannya hari ini, berkata beliau amat pasti dengan sumber yang diperolehinya sebelum menulis kenyataan itu dan penulisannya adalah berasas.
“Saya amat pasti dan menggunakan pertimbangan sewajarnya ketika menulis kenyataan tersebut,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mukhriz.
Kepada soalan kenyataan mengenai perjanjian sulit itu dibuat tanpa asas dan bukti kukuh, malah diambil daripada blog Raja Petra Raja Kamarudin iaitu individu yang pernah didakwa di bawah Akta Hasutan dan kini melarikan diri ke United Kingdom, beliau tidak bersetuju.
Tunku Abdul Aziz berkata ini kerana blog Raja Petra bukan satu-satunya sumber yang diambil oleh beliau ketika menulis kenyataan berkenaan.
“Saya memperoleh sumber bagi penulisan itu dengan banyak membaca setiap hari selain merujuk kepada akhbar, blog dan laman Facebook.
“Itu adalah asas kepada penulisan saya dan saya membuat kesimpulan melaluinya. Ia adalah satu pandangan dan saya bukan individu yang senang untuk membuat silap,” jelas Tunku Abdul Aziz, selaku defendan dalam kes saman tersebut.
Sementara itu, Tunku Abdul Aziz dalam pernyataan saksinya berkata kenyataan yang dikeluarkan itu bukan bertujuan untuk menghina atau menjatuhkan maruah Mukhriz, tetapi bertindak berlandaskan kepercayaan di mana kepentingan rakyat perlu diutamakan.
“Saya percaya saya perlu berkongsi maklumat yang berasas dan penting terutamanya maklumat berkaitan dengan kepimpinan negara dan rakyat Malaysia supaya rakyat dapat mengetahui dan memilih kepimpinan negara yang berkaliber dan sesuai dalam pandangan rakyat,” jelasnya.
Katanya, kenyataan pertama yang dikeluarkan pada 30 Disember 2016 dibuat atas sebab munasabah dan diperolehi daripada sumber media yang dikeluarkan oleh masyarakat, rata-ratanya membuat persoalan tentang keakaraban yang dapat dilihat antara Dr Mahathir dengan Lim.
“Berdasarkan sumber-sumber yang didapati daripada pembacaan dan pemerhatian, saya rasakan adalah tidak adil kepada rakyat yang mengundi apabila mereka dibiarkan tertanya-tanya akan permainan politik pihak pembangkang,” katanya.
Tunku Abdul Aziz turut menjelaskan beliua hanya mengutarakan pendapat supaya pengundi tahu akan kepimpinan politik yang dirancang oleh pakatan pembangkang agar mereka tidak tertipu apabila membuat pilihan dan mengundi calon mereka untuk memimpin negara kerana rakyat bukan hanya mengundi untuk sesebuah parti tetapi mereka mengundi untuk Malaysia.
Pada 7 Februari 2017, Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam, Kedah memfailkan saman dengan mendakwa pada 30 Disember 2016, defendan mengeluarkan satu kenyataan bertajuk “Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang” yang dilaporkan dalam blog AIDCNews.
Beliau mendakwa, pada 1 Januari 2017, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu dan sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.
Bagaimanapun, pada 3 Januari 2017, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk “Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah”.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan bersambung 6 Mac.
Sumber TKO - 2-3-2018
Tiada kerusi untuk DAP di Kelantan
Posted on Friday, March 02 @ 00:38:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38461 |
Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan dikatakan hampir selesai dan nampaknya DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di negeri itu.
Ia bertentangan dengan hasrat DAP Kelantan sebelum ini yang menyuarakan hasrat untuk kembali bertanding di negeri itu selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1986.
Menurut sumber HARAPAN Kelantan, setakat ini hanya tinggal tiga atau empat kerusi yang belum dimuktamadkan dan DAP tiada dalam senarai pembahagian.
"Perbincangan akhir memberi bayangan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 23 kerusi, PKR 10 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 12 kerusi.
"Ia mencukupkan 45 kerusi DUN di Kelantan dan DAP tiada dalam senarai," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini hari ini.
Pada September lalu, Timbalan Pengerusi HARAPAN Kelantan Chua Chin Hui ( gambar) yang mewakili DAP menyuarakan hasrat parti itu untuk bertanding di dua kerusi DUN iaitu Galas dan Kota Lama.
Kota Lama adalah DUN dengan pengundi Cina paling ramai dan satu-satunya kerusi DUN yang ditandingi MCA pada pilihan raya umum
(PRU) ke-12 dan ke-13.
DUN Galas pula terletak dalam Parlimen Gua Musang dan DAP dikatakan bercadang meletakkan calon Orang Asli di situ.
Namun, sumber itu berkata keputusan yang dicapai hanya di peringkat HARAPAN negeri dan ada kemungkinan kepimpinan pusat akan
memperuntukkan kerusi kepada DAP.
"Sebelum ini kerusi-kerusi DUN (dewan undangan negeri) yang gagal diputuskan dibawa ke peringkat pusat.
"Kini namun masih ada beberapa kerusi belum dimuktamadkan dan kita jangka akan selesai dalam jangka masa terdekat," katanya.
Sementara itu Chua berkata pihaknya kesal jika DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di Kelantan dan menunggu keputusan akhir
daripada Majlis Presiden HARAPAN.
"Tetapi kita terima apa juga ketetapan dan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan dalam HARAPAN demi kemenangan di Kelantan,"
katanya ketika dihubungi.
Sumber TKO - 2-3-2018
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan partinya pernah menerima derma atau sumbangan daripada taikun Robert Kuok seperti yang dicadangkan beberapa laporan media arus perdana.
Beliau berkata walaupun Kuok mempunyai hak demokrasi untuk menyokong dan menyumbang kepada mana-mana parti politik seperti rakyat lain, DAP tidak menerima sebarang dana daripada beliau.
“Sebagai setiausaha agung, pemimpin nombor 1 dalam parti, saya tidak tahu dia pernah memberi sumbangan kepada DAP. Kalau ada, saya sudah berterima kasih.
“Saya tidak boleh berterima kasih kerana dia tidak beri kita wang. Tetapi mereka guna perkara ini untuk buli Robert Kuok.
“Kami mahu perdana menteri, Umno dan setiausaha agungnya tunjukkan bukti Kuok ada beri wang kepada DAP,” kata Lim kepada pemberita di Komtar hari ini.
Penulis blog Raja Petra Kamarudin baru-baru ini mendakwa Kuok menyalurkan dana kepada DAP melalui anak saudaranya, James. James menafikan dakwaan itu.
Raja Petra juga mendakwa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan kepimpinan Malaysia dengan DAP supaya orang Cina boleh berkuasa.
Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kemudian dilapor berkata Kuok harus ingat Malaysia negara majoriti Melayu.
Lim berkata “kempen memburuk-burukkan” Kuok sungguh-sungguh tidak wajar kerana ahli perniagaan itu harus dihormati kerana kejayaannya.
Beliau menggesa semua pihak termasuk pemimpin BN membaca memoir Kuok.
“Sepatutnya dia dirai tetapi diserang tanpa asas.
“Kamu mahu buli DAP dan Lim Guan Eng itu perkara biasa, tetapi untuk melakukannya terhadap Kuok, seorang lelaki berusia 94 tahun, itu melampau.
“Saya mahu beritahu Umno dan BN jangan bermain api. Kamu cuba mencipta kebencian kaum dan golongan pelampau,” katanya.
Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga menafikan pernah menerima dana daripada Kuok seperti yang didakwa Raja Petra.
Tiga bulan lalu, Kuok menerbitkan buku bertajuk “Robert Kuok, A Memoir”.
Ada pihak memuji Kuok, lelaki Malaysia terkaya dan salah seorang taikun utama di Asia, atas pandangan yang disuarakan dalam buku setebal 376 halaman itu, namun ada juga yang mempertikaikan kesetiaannya kepada Malaysia.
Antara lain, Kuok, yang dikenali sebagai “Raja Gula”, menulis beliau memindahkan ibu pejabat perniagaannya ke Hong Kong dari Kuala Lupur pada 1975 kerana cukai yang lebih rendah di Hong Kong dan memandang hina Dasar Ekonomi Baru, yang dilaksanakan selepas rusuhan 13 Mei 1969.
Sumber TKO - 26-2-2018
DAP tak pandang rendah Pas
Posted on Saturday, February 24 @ 08:48:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38382 |
SEREMBAN - Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.
Setiausaha DAP, Cha Kee Chin berkata, mereka bagaimanapun bersedia berhadapan sesiapa saja lawan termasuk calon Bebas dan yakin mempertahankan 11 kerusi Dun milik DAP pada PRU14.
“Kita tak pandang rendah pada mana-mana parti sama ada Pas atau Umno, termasuk calon yang akan ditonjolkan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.
“Saya berpegang kata-kata ‘perkara yang paling bahaya, bila kita pandang rendah pihak lawan’.
Keyakinan itu juga perlu disertai gerak kerja terbaik, tapi jangan buatkan kita rasa selesa,” katanya.
Beliau mengulas mengenai Pas negeri ini yang akan meletakkan calon bukan Melayu bertanding di empat kerusi Dun.
Katanya, Pas perlu menerima hakikat jika mahu membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan seimbang, mereka perlu bekerjasama dengan parti lain.
Katanya, sebahagian besar rakyat tetap memilih dua parti utama teraju kerajaan sama ada Pakatan Harapan (Harapan) atau BN.
“Itu dibuat Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlapang dada duduk dalam satu pakatan dengan kami (DAP).
“Jika benar Pas nak letak calon bukan Melayu untuk berdepan dengan DAP, kami tiada masalah kerana itu hak mereka,” katanya
Sumber TKO - 24-2-2018
DAP Rebut Kawasan PAS : Aziz Bari Di DUN Paras Jaras, Rara Di Dusun Tua ?
Posted on Wednesday, February 21 @ 14:46:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38346 |
AIDCNews -20/02/18 –Salah satu sebab pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor masih gagal disepakati kerana DAP berebut kerusi dengan Amanah di dua kerusi DUN yang dimenangi PAS pada PRU 13.
Dua kerusi DUN yang diminati DAP itu adalah DUN Paya Jaras yang sebelum ini dimenangi oleh ADUN PAS, Mohd Khairuddin Othman dan DUN Razaly Hassan yang dimenangi ADUN PAS, Razaly Hassan.
Sumber melaporkan Dr Aziz Bari dijangka bakal bertanding di DUN Paya Jaras, manakala Young Syefura Othman atau dikenali sebagai Rara bakal diletakkan di DUN Dusun Tua.
Dr Aziz dan Rara merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang dilantik berdasarkan kouta Melayu.
Pada PRU 13, DAP meletakkan 15 calon di DUN Selangor dan kesemuanya menang, iaitu DUN Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Eddie Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Hannah Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Eric Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).
Dengan tambahan dua kerusi yang dituntut DAP itu menjadikan parti itu bakal bertanding 17 kerusi DUN di Selangor.
Pada PRU 13, DAP merupakan parti paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki 14 kerusi selepas ADUN DAP Teluk Datok, Loh Chee Heng dipecat keahlian parti.
Ia dikuti dengan PKR dan PAS yang masing-masing berkongsi 13 kerusi DUN dan Amanah, parti yang paling minoriti dengan 2 kerusi.
Difahamkan jika Aziz Bari menang DUN Paya Jaras pada PRU 14, beliau merupakan calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menggugurkan nama Aziz sebagai Ahli Majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ) walaupun ia dicalonkan DAP.
Azmin dikatakan bimbang jika Aziz menjadi Ahli Majlis MPAJ ia bakal memberi kekuatan baharu kepada bekas calon PKR Parlimen Sabak Bernam tersebut.
Sebaliknya, Rara yang tidak dianggap saingan kepada Azmin dibenarkan menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Dalam masa sama, DAP turut melantik Rara sebagai penyelaras DAP untuk DUN Dusun Tua.
Selain Rara, seorang lagi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang dilantik berdasar kouta Melayu, Edry Faizal dilantik sebagai penyelaras DUN Taman Templer, yang sebelum ini juga telah dimenangi PAS.
Sumber RKO - 21-2-2018
Terowong dan banglo tak jejas DAP di Pulau Pinang
Posted on Wednesday, February 21 @ 14:42:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38345 |
GEORGE TOWN: Kecil tetapi kecoh adalah gambaran yang tepat untuk Pulau Pinang, bukan sahaja kerana kesesakan lalu lintas dan kepelbagaian budayanya, tetapi juga pelbagai bunyi bising daripada kumpulan tertentu mewakili pelbagai kepentingan.
Pulau Pinang juga tuan rumah kepada salah satu persatuan pengguna paling lantang bersuara, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dan golongan berpendidikan di sini melahirkan aktivisme sosial yang menjuarai isu yang biasanya dielak parti politik.
Selama berabad-abad, pulau saiznya hanya 1/10 daripada jirannya, Kedah dianggap sebagai permata.
Tidak hairanlah selama hampir sedekad, Barisan Nasional (BN) dan pelbagai organisasi yang bersekutu dengan gabungan itu terus cuba merampasnya kembali daripada DAP, yang menyapu bersih negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Tetapi penganalisis yakin DAP akan kekal berkuasa di sini, walaupun di sebalik kontroversi berkaitan projek terowong dasar laut dan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang belum selesai di mahkamah.
Kebanyakan rakyat Pulau Pinang berpendapat, sejak dominasi BN berakhir pada 2008, mereka sudah selesa dengan pakatan pembangkang, yang kini diubah nama kepada Pakatan Harapan (PH), sebagai “pilihan yang kurang jahat”.
Prof Shamsul Amri Baharuddin.
Pengundi Pulau Pinang di peringkat akar umbi menikmati faedah daripada pentadbiran PH negeri yang diketuai DAP, selepas PRU 2008 dan 2013,” kata Prof Shamsul Amri Baharuddin yang mengetuai Institut Pengajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul berkata kekuatan kerajaan Pulau Pinang sekarang adalah di peringkat kerajaan tempatan, dan ia kuat walaupun dibandingkan dengan kepimpinan BN yang terkenal dengan kawalan kuasanya ke atas institusi tempatan seperti jawatankuasa kampung dan majlis tempatan.
“Pentadbiran kerajaan tempatan menjadi lebih teratur dan pro-aktif berbanding semasa pemerintahan BN,” katanya kepada FMT.
PH memegang 10 daripada 13 kerusi Parlimen, manakala BN hanya memegang 3 kerusi Parlimen, semuanya di tanah besar di Seberang Perai.
Di peringkat DUN, PH memegang 29 daripada 40 kerusi, di mana DAP memegang 19 dan PKR 10. BN memegang 10 kerusi manakala PAS hanya mempunyai 1 kerusi.
Pada 2013, terdapat lebih 850,000 pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
Shamsul berkata walaupun berlaku pertikaian mengenai projek terowong dasar laut dan kerosakan alam sekitar yang dipersalahkan terhadap dasar pembangunan negeri, ia tidak memberi kesan kepada pengundi.
Rakyat Pulau Pinang, katanya, lebih peduli dengan masalah “mikro” seperti akses ke sekolah, kesesakan lalu lintas dan pengumpulan sampah.
Sejak awal, Pulau Pinang menjadi tanah yang diminati kumpulan berkepentingan, kebanyakannya atas dasar etnik, yang berusaha melindungi kepentingan mereka.
Persatuan Cina yang wujud beratus-ratus tahun lalu adalah antara pihak yang masih memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi.
Shamsul berkata persatuan ini yang terbentuk atas nama dialek tempatan dan juga nama keluarga “mempunyai banyak kuasa” dan boleh mempengaruhi pengundi akar umbi dengan mudah.
“Kita perlu perhatikan mereka, seperti dalam perebutan Love Lane, yang memberi kesan kepada perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya merujuk isu mengenai sebuah rumah kedai yang pernah dimiliki masyarakat Ghee Hin.
Persatuan Ghee Hin tidak lagi wujud hari ini dan pemegang amanah hartanah, seperti yang ditetapkan Mahkamah Agung Pulau Pinang pada 1909, telah meninggal dunia beberapa dekad lalu.
Kerajaan Pulau Pinang merampas hartanah itu selepas ia gagal dalam penilaian. Secara sah, ia ditinggalkan tanpa waris kerana para pemegang amanah telah meninggal dunia.
Khoo Kay Peng.
Penganalisis bebas, Khoo Kay Peng turut bersetuju DAP akan terus kekal di Pulau Pinang, dan tidak akan ada kejutan pada PRU akan datang.
“Ada yang mempertikaikan tentang pembangunan di pulau itu, beberapa orang merungut dengan pemimpin negeri. Tetapi akhirnya, apa alternatifnya?
“Kedua-dua BN dan PH mempunyai masalah mereka sendiri. Untuk pilihan yang lebih baik, mereka akan memilih ‘parti yang kurang jahat,” katanya.
Khoo berkata kes peribadi Guan Eng melibatkan undang-undang juga tidak menjadi masalah.
Ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa menerima rasuah untuk diri dan isterinya, dengan meluluskan penukaran status tanah pertanian milik sebuah syarikat untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan pada 2016.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk membeli sebuah banglo di Pinhorn Road daripada ahli perniagaan pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah nilai pasaran sebanyak RM4.27 juta.
“Sama ada dia masuk penjara atau tidak, saya rasa pemimpin pembangkang sudah cukup dipenjarakan,” kata Khoo.
“Saya tidak rasa kita mempunyai emosi politik yang sama seperti pada tahun 1970-an, 1980-an atau 1990-an. Ini abad ke-21. Kayu ukur sokongan pengundi adalah berbeza, mereka lebih pragmatik. Dalam kebanyakan keadaan, majoriti pengundi sudah mempunyai keputusan mereka sendiri, “katanya.
Namun, Khoo tidak menolak kemungkinan BN mempunyai peluang.
Calon Umno, katanya, boleh menang di mana terdapatnya pertandingan pelbagai penjuru.
Tetapi dengan Gerakan, parti komponen BN yang pernah memerintah Pulau Pinang, Khoo menganggap ia sudah terkubur.
“Sehingga kini, kita tidak melihat senarai calon dari Gerakan, atau mana-mana tokoh yang bertanding. Saya tidak rasa mereka sudah bersedia untuk merampas kerusi daripada PH.”
Sumber TKO - 21-2-2018
Lim Guan Eng kafir zimmi?
Posted on Wednesday, February 21 @ 11:29:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38342 |
Datuk Dr Danial Zainal Abidin yang berkata dan isytihar bahawa Lim Guan Eng kafir zimmi menyanggah fatwa Mufti Pahang bahawa DAP kafir harbi dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.
Datuk Dr Danial Zainal Abidin kecewa dengan fatwa Mufti Pahang dan berkata Lim Guan Eng rakyat Negara ini ada Kad pengenalan.
Dan lantas berkata, setiap warga Negara Malaysia, termasuk Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang, setiausaha agung DAP, dia kafir zimmi.
Inilah fatwa yang dibuat oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam suatu syarahan dakwah menyanggah fatwa mufti Pahang yang mengatakan DAP kafir harbi.
Bercakap pasal kafir zimmi teringat penulis, bahawa untuk menentukan seeorang itu sama ada mereka kafir harbi dan kafir zimmi, ia mesti menerusi suatu akad iaitu akad zimmah dan hukum hukumnya.
Akad zimmah adalah jaminan bagi orang orang kafir yang memenuhi seruan kaum muslimin untuk menyerah upeti dan membuat perjanjian pula dengan kaum muslimin untuk mengikuti hukum syariat Islamiah, dalam bidang had, seperti pembunuhan pencurian dan yang berkaitan dengan martabat.
Orang yang mengurus dan layak mengadakan akad zimmah adalah imam atau wakilnya dari pimpinan angkatan tentera bersenjata sahaja. Selain keduanya tidak mempunyai hak untuk mengurus hal itu.
Berbeza dengan memberikan perlindungan atau yang setiap muslim lelaki atau perempuan dapat melakukannya sepertimana maksud hadis Ummu Hani binti Abu Talib telah memberi
perlindungan kepada seorang lelaki musyrik pada waktu kejatuhan kota Mekah, lalu ia datang dan menceritakanya kepada Rasulullah. Beliau bersabda kita melindungi dan memberi tanggungan kepada orang yang kamu telah lindungi dan beri jaminan, wahai Ummu Hani ( Bukhari)
Ahli zimmah harus beerbeza dengan kaum muslimin, baik dalam hal berpakaian atau pun yang lainnya, agar mereka mudah dikenali. Mereka jangan dikuburkan di perkuburan kaum muslimin dan jangan mengucap salam lebih dahulu kepada mereka, dan jangan menletakkan mereka ditempat terkemuka didalam suatu masjlis.
Ahli zimmah dilarang melakukan beberapa hal, antara lain dilarang membangun gereja, menjualnya, atau memperbaharui yang telah hancur sepertimna sabda Rasulullah yang maksudnya: “Jangan membangun gereja ditempat umat Islam dan jangan memperbaharui bangunan gereja yang sudah roboh”
Jangan meninggikan bangunannya melebihi ketinggian bangunan rumah kaum muslimin sepertimana sabda Rasulullah yang maksudnya: Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya (Baihaqi, hadis hasan).
Dilarang terang terangan meminum minuman arak , makan daging babi dihadepan kaum muslimin dan dilarang makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadhan.
Sebaliknya wajib bagi mereka menyembunyikan segala yang haram bagi kaum muslim kerana takut akan menjadi fitnah bagi kaum muslimin.
Akad zimmah batal kerana beberapa hal, antara lain tidak mahu menyerahkan upeti. Tidak mahu berpegang kepada hukum hukum syariat sebagaimana di persyaratkan didalam akad.
Bertindak melampaui batas terhadap kaum muslimin seperti membunuh, merompak dijalanan, memberi tempat kepada pihak musuh Islam.termasuk tidak bersetuju kerajaan hendak memperkasakan undang undang Islam dan menganjurkan pesta arak.
Menyebut nama Allah, Rasulnya dan kitabnya dengan sebutan yang buruk , termasuk mengatakan Al Quran kitab yang ditiru daripada kitab terdahulu.
Kewajipan kaum muslimin sekaligus merupakan hak bagi Ahli zimmah, adalah menjaga nyawa, harta, kerhormatan mereka.
Dilarang menyakiti mereka selama mereka memenuhi janjinya serta tidak melanggarnya sepertimana sabd Rasulullah yang mekasudnya;
“Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmah, maka aku akan menjadi musuh orang itu pada hari kiamat nanti.”
Jika mereka melanggar janjinya dan membatalkannya dengan mengerjakan sesuatu yang membatalkan perjanjian, maka halallah darahnya dan hartanya (maka harbilah mereka) akan tetapi tidak halal darah wanita dan anak anaknya kerana seseorang tidak boleh diseksa atas perbuatan orang lain.
Sumber TKO - 21-2-2018
Ditanya tentang video peluk lelaki, Dyana Sofya jawab lain
Posted on Wednesday, February 21 @ 11:27:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38341 |
KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tidak menjawab soalan berhubung sebuah video kontroversi berpeluk dengan seorang lelaki dikatakan mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
Bekas calon DAP semasa pilihan raya kecil Teluk Intan itu semasa wawancara “Anda Tanya Mereka Jawab” hari ini anjuran Sinar Harian disoal oleh moderator berhubung video tersebut, sebaliknya Dyana Sofya memberikan jawapan yang sama sekali tidak berkaitan dengan soalan diajukan.
“Pada saya, masyarakat memang suka memangsakan wanita, terus terang sebelum saya berhenti merokok, ada gambar saya merokok, viral merata-rata gambar Dyana hisap rokok, tapi apabila Datuk Seri Rahman Dahlan upload sendiri gambar cigar kenapa tidak dikecam dan dihakimi seteruk saya,” kata beliau semasa menjawab soalan diajukan.
Soalan yang diajukan oleh moderator forum adalah: “Lama dahulu, Dyana terpalit juga nama dikatakan dalam satu video dilihat seorang figura sebagai Dyana beraksi dengan seorang figura lelaki, jadi isu-isu ini satu cabaran kepada seorang wanita. Jadi, bagaimana Dyana berdepan isu ini?”.
Dalam salah satu gambar yang viral April tahun lalu, seorang wanita dilihat melentokkan kepalanya di bahu seorang lelaki sambil lelaki berkenaan merangkul lehernya.
Foto lain menunjukkan mereka dalam ‘kedudukan bercium’.
Ini bukanlah kali pertama gambar-gambar yang mirip wajah kedua-dua mereka muncul.
Selain itu, muncul juga dua klip video menunjukkan seorang lelaki sedang memeluk seorang wanita berambut panjang di sebuah lokasi yang kelihatan seperti sebuah kelab malam.
Klip pertama memaparkan seorang lelaki menyerupai wajah Zairil, menari sambil berpelukan dengan seorang wanita.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila atau di mana rakaman itu dibuat.
Pada Oktober 2014, Zairil menjadi tajuk berita apabila gambar seorang lelaki, sekali lagi menyerupai wajahnya bersama seorang wanita menjadi viral.
Wanita itu dikatakan menyerupai Dyana Sofya. Pada masa itu, beliau merupakan calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan. – MalaysisGazette
Sumber TKO - 21-2-2018
Kerjasama DAP, Mahathir Amar Maaruf Nahi Mungkar 2?
Posted on Monday, February 19 @ 22:02:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38317 |
KUALA LUMPUR - Parti DAP mendakwa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menegakkan "amar maaruf nahi mungkar"
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat dakwaan itu kepada penyokong pembangkang dalam satu program anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini.
Beliau malah sekonyong-konyong mendakwa kononnya Mahathir seorang yang boleh dipercayai berdasarkan rekod pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
“Dia (Mahathir) bukan insan yang sempurna. Mana ada insan yang sempurna. Hanya Tuhan yang maha besar yang sempurna.
“Saya tak mahu kuliah lama-lama. Mahathir sudah 93 tahun dan tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Tapi dia tak tahan kleptokrasi,” dakwanya.
Terdahulu, seorang tetamu mempersoalkan kewajaran DAP bekerjasama dengan Mahathir yang pernah dianggap sebagai zalim.
DAP sebelum ini sering mengecam Mahathir sebagai Perdana Menteri yang zalim, diktator dan tidak amanah.
Nada mereka bagaimanapun mula berubah sejak Mahathir menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai pengerusi. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 19-2-2018
Lim Kit Siang Akui Skandal IMDB Tidak Wujud?
Posted on Monday, February 19 @ 14:40:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38313 |
PENULIS sebelum ini telah memaparkan kegagalan rayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.
Pua yang gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah Najib berjaya mendapatkan “interim injunksi” menghalang Pua dari terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib ke atasnya selesai.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan ‘notis perundangan’ itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan ‘notis perundangan’ ke atas sesuatu yang tidak wujud?”
Dalam usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut sebenarnya telah melakukan dua perkara;
(i) Beliau mengakui skandal 1MDB tidak wujud
(ii) Beliau telah menghina keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang telah membersihkan Najib dari sebarang salahlaku dan/atau penyelewengan terhadap apa yang didakwa sebagai “skandal 1MDB”.
Selain dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB.”
Ternyata, bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa tidak mensabitkan Najib dengan “skandal 1MDB.”
Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas “salahtadbir dan tatakelola 1MDB” setelah pelbagai siasatan dilakukan.
Malah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan “skandal 1MDB”.
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa usaha merekayasa pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan “skandal 1MDB” masih menemui jalan buntu.
- Rozmi Mokhtar
Sumber TKO - 19-2-2018
AIDCNews -17/02/18 –Walaupun DAP pernah berjanji mahu menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman dan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dua tahun lepas, namun sehingga ke hari ini parti itu tidak mempunyai keberanian untuk menyaman kedua-dua tokoh berkenaan berkaitan isu janji dana Israel RM 1.2 bilion dan persetujuan DAP membenarkan Israel membina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson.
Menurut aktivis PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen jika DAP tidak berani menyaman berkaitan dengan dakwaan hubungan parti itu dengan Israel bermakna apa yang didedahkan Razali sebelum ini adalah adalah benar semata-mata.
“Hingga ke hari ini….dah 2 tahun, DAP masih membisu mengenai hubungan parti itu dengan Israel. Sikap membisu dan keengganan DAP untuk menyaman Razali dilihat masyarakat seolah-olah satu pengakuan bahawa benarlah DAP dilatih oleh ejen Israel untuk tawan Putrajaya bersama Pakatan.
“DAP tidak boleh salahkan masyarakat jika menganggap parti itu bekerjasama dengan Israel. Kerana mereka pun tidak menafikan yang mereka ada menerima latihan dari ejen Israel,”kata Herman dalam Facebook.
Menurutnya, pendedahan Razali mengenai perancangan-perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya melalui bantuan ejen Israel adalah sangat mengejutkan.
Razali yang mendakwa dirinya adalah Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng (LGE) mewujudkan kumpulan G17 untuk merangka strategi untuk DAP menguasai Putrajaya mengunakan Pakatan.
Beliau mengatakan bahawa kumpulan G17 yang diketuai oleh Tony Pua ini dilatih selama 3 tahun oleh ejen Israel dan pernah mengadakan sesi latihan sulit di Pulau Pinang, di Hotel Shangg, Johor dan di Hotel Quality Shah Alam, Selangor. Tidak cukup dengan latihan mereka juga diberikan bantuan kewangan dari Israel ketika PRU-13.
Sehingga kini DAP hanya menafikan yang mereka tiada menerima wang 1.2 bilion dari Israel. Tapi bila disemak semua kenyataan Razali memang beliau tidak kata DAP terima wang 1.2 bilion masa PRU-13, tapi itulah nilai yang dijanjikan Israel jika mereka berjaya tawan Putrajaya dan benarkan Israel bina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson. Namun DAP hingga kini masih gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh Israel.
LGE juga enggan memberikan respon bila ditanya mengenai kebenaran dakwaan Razali yang kumpul G17 dilatih oleh Israel. Beliau mengelak dan tidak menjawab soalan wartawan mengenai hal ini.
LGE hanya fokus untuk mendedahkan kedudukkan Razali yang dikatakan hanya ahli biasa dan bukan Pengarah Strategik seperti yang didakwa Razali.
Pada 2 Januari 2016, Lim Kit Siang berkata, DAP akan mengemukakan saman terhadap Razali atas pendedahan yang dibuat. Namun pada 4 Januari 2016 Kit Siang mengubah fikiran dan menjelaskan bahawa DAP tidak jadi saman Razali. Kit Siang menyifatkan Razali tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental. Jawapan dan tindakan Kit Siang ini sangat tidak masuk akal.
DAP kemudian menyerang dan mengugut untuk menyaman pemimpin PAS Dr. Zuhdi Marzuki kerana menyebarkan pendedahan yang dibuat oleh Razali. Namun hingga kini DAP tak berani kemuka saman pada beliau kerana tulisan Zuhdi tidak memberikan locus standi yang kuat untuk DAP bawa ke mahkamah. Zuhdi hanya mengulas kenyataan Razali, bukannya mencipta apa-apa yang boleh disabitkan sebagai fitnah.
Sumber TKO - 18-2-2018
Kan Pulau Pinang kerajaan Umar Abdul Aziz
Posted on Saturday, February 17 @ 11:24:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38276 |
Ketika bekerjasama dengan Pas Lim Guan Eng isytihar negeri Pulau Pinang kerajaan Umar Abdul Aziz.
Kerajaan dizaman Umar Abdul adalah kerajaan terbaik Islam, kerana keadilannya dan tiada orang miskin yang mahu menerima sakat.
Baru sahaja Kerjasama DAP, Mahathir Lim Guan Eng sekali lagi isytihar menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar.
Amar maaruf nahi mungkar ada kaitan dengan firman Allah yang maksudnya "Dan hendak ada diantara mau satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya" (surah Ali Imran ayat 104)
Barangkali isytihar tersebut semata mata untuk menegaskan kepada rakyat jelata yang dia tidak terbabit dengan kemungkaran rasuah.
sepertimana Kes yang berlaku terhadap dirinya itu bukan kes rasuah tetapi kes yang sengaja dilakukan oleh kerajaan umno/BN untuk menburuk buruk peribadinya sahaja.
Oleh itu, Dakwaan DAP bahawa kerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir adalah untuk menegakkan amar maaruf nahi mungkir.
Kalau dahulu kebanyakan orang pas percaya dengan dakwaan yang Ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng akan memerintah serupa dengan pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Kalau dahulu orang Pas boleh percaya dan yakin dengan cakap cakap Lim Guan Eng, mungkin umat Islam diseluruh pelusuk negara satu Malaysia ini akan turut percaya.
Lebih lebih lagi, seorang pendakwah tersohor Datuk Dr Danial Zainal Abidin telah isytihar Lim Guan Eng,setiausaha agung DAP ada I/C,(warga negara Malaysia) dia bukan kafir harbi dan dia adalah kafir zimmi.
Bayangkan seorang kafir zimmi. Kafir zimmi adalah kkafir yang disayangi dan dilindungi haknya oleh Rasulullah SAW.
Barangsiapa yang memusuhi kafir zimmi maka dia telah memusuhi Rasulullah SAW.
Maka Rasulullah menegaskan umat Islam telah dilarang menentang dan memusuhi kafir zimmi.
Sesungguhnya penggunaan kerjasama DAP dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir amar maaruf nahi mugkar itu boleh manrik undi umat Islam pada PRU 14 nanti.
Yang menghairan kita DAP sebelum ini sering mengecam Mahathir sebagai Perdana Menteri yang zalim, diktator dan tidak amanah.
Namun Umat Islam tetap mengatakan Tun Dr Mahathir masih beperangai macam dahulu juga miskipun ada yang mengatakan beliau sudah berubah, sudah bertaubat dan sudah insaf.
Bahkan nadanya bagaimanapun mula berubah sejak menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai pengerusi masih jadi teka teki yang berlanjutan.
Sesetengah ada yang mengatakan penyertaannya dalam pakatan harapan dengan motif untuk menghancurkan pakatan pembangkang dari dalam agar umno/BN boleh menang besar pada PRU 14 nanti.
Nampak jelas ada kebenarannya, kerana sehingga ini krisis demi krisis dalam pakatan harapan seakan tiada kesudahan
Dakwaan DAP bahawa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menegakkan "amar maaruf nahi mungkar" satu satu pilihan yang terbaik meredakan keadaan.
Beliau sekonyong-konyong mendakwa kononnya Mahathir seorang yang boleh dipercayai berdasarkan rekod pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Pada hemat penulis rakyat jelata satu Malaysia tidak mudah lupa kemungkaran kemungkaran yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sepanjang memerintah negara ini, walaupun beliau pernah berkata melayu mudah lupa.
Sumber TKO - 17-2-2018
Jumlah kerusi adalah 222 kerusi. DAP lah yang paling banyak dapat kerusi, oleh kerana tidak mahu angka sebenar ini diketahui orang Melayu maka pembangkang hanya umumkan agihan di 156 kerusi di Semenanjung Malaysia sahaja.
Jumlah sebenar agihan kerusi Pakatan Harapan ;
1) DAP - 71 kerusi 2) PKR - 70 kerusi 3) PPBM - 52 kerusi 4) PAN - 27 kerusi 4) Warisan - 2 kerusi
Jelas DAP hanya jadikan Tun Mahathir sebagai umpan sahaja untuk dapat undi Melayu. Dats why dia dilantik sebagai PM pilihan Pakatan Harapan. Gunakan Mahathir untuk jatuhkan kerajaan yang ada di Putrajaya. Kemudian pecat kakitangan awam.
Masukkan orang orang DAP di Putrajaya. Ini bencana besarnya kalau DAP berkuasa.
-Tun Carlos
Sumber TKO - 116-2-2018
Kerjasama DAP, Mahathir Amar Maaruf Nahi Mungkar?
Posted on Friday, February 16 @ 18:16:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38268 |
KUALA LUMPUR - Parti DAP mendakwa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menegakkan "amar maaruf nahi mungkar"
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat dakwaan itu kepada penyokong pembangkang dalam satu program anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini.
Beliau malah sekonyong-konyong mendakwa kononnya Mahathir seorang yang boleh dipercayai berdasarkan rekod pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
“Dia (Mahathir) bukan insan yang sempurna. Mana ada insan yang sempurna. Hanya Tuhan yang maha besar yang sempurna.
“Saya tak mahu kuliah lama-lama. Mahathir sudah 93 tahun dan tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Tapi dia tak tahan kleptokrasi,” dakwanya.
Terdahulu, seorang tetamu mempersoalkan kewajaran DAP bekerjasama dengan Mahathir yang pernah dianggap sebagai zalim.
DAP sebelum ini sering mengecam Mahathir sebagai Perdana Menteri yang zalim, diktator dan tidak amanah.
Nada mereka bagaimanapun mula berubah sejak Mahathir menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai pengerusi. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 16-2-2018
blusamurai – Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu. Itu tuduhan mengarut sama sekali.
Mungkin mahu lari isu kes rasuah terowong di Pulau Pinang dan isu main bola atas padang pasir di Selangor, maka kecohkanlah cerita kehadiran wakil Israel ke program anjuran PBB itu. “Diversion” dibuat untuk tutup dua cerita panas itu.
Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik kerajaan dengan kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih tertulis dengan jelas larangan masuk ke negara zionis itu.
Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF).
Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat.
Kehadiran diplomat Israel ke program PBB mereka hendak kecoh, kenapa penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak kecoh pula tentang pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel?
Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman kira kira tiga tahun yang lepas. Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini.
Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini? Dapat duit dari Israel untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Apakah dalam menghadapi pilihanraya kali ini, DAP terima duit derma dari Israel sekali lagi?
Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, Datuk Seri Najib tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin. Berbeza dengan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi PH.
Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999.
Ada dakwaan pada 6 hingga 9 Julai 1994, Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap. Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis.
Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat. Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun lantang mengkritik Israel.
Akan tetapi, Najib merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22 Januari 2013. Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.
DAP dan PH jangan pertikai perkara lain, jawab dulu soal derma dari Israel yang bejumlah RM1.2 bilion yang diterima. Bukan isu itu sahaja, Kit Siang dan Guan Eng kena jawab banyak perkara lain soal rasuah dan penindasan rakyat. Mereka terus diam sampai hari ini. Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB.
Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.
Sumber TKO - 15-2-2018
Projek Terowong P.Pinang Tak Wujud, Hanya ‘Scam’ Hartanah Terbesar Malaysia?
Posted on Wednesday, February 14 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38229 |
Satu demi satu keraguan muncul dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion kerajaan DAP Pulau Pinang semenjak ianya dilancarkan pada 2013.
Bermula dari bayaran diluar kebiasaaan mahal, RM304.9 juta bagi mengeluarkan senaskhah kertas kerja kajian kebolehlaksanaan pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, kepada isu syarikat komponen konglomerat yang ditugaskan menjalankan projek mega tersebut.
Disebalik keraguan-keraguan berkenaan, maka muncul persoalan mega samaada Projek Terowong Dasar Laut ini merupakan skandal penipuan besar-besaran kerajaan negeri Pulau Pinang teraju Ketua Menterinya merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?
Penganalisis politik Raggie Jessy mendakwa, Guan Eng sebenarnya langsung tidak berniat untuk membina projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dihubungkan ke terowong berkenaan.
“Walaubagaimanapun, apabila diserang, anda (Guan Eng) membuat keputusan untuk mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertengkaran dengan mendakwa Perdana Menteri membantu Gerakan dan MCA merosakkan reputasi anda?
“Tapi apa kaitan Najib dengan kes ini? Adakah beliau yang memperdaya CRCC sehingga mereka fikirkan akan diberi bayaran penuh RM69 juta?” soalnya dipetik blog The Third Force.
Bayaran RM69 juta (USD22 juta) kepada China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dimaksudkan Raggie adalah upah untuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang merupakan sebahagian daripada peruntukan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM304.9 juta.
Namun, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, CRCC hanya diberi bayaran RM3 juta sahaja semenjak projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat konglomerat pelaksana projek tujuan khas (SPV) itu, lima tahun lalu.
Sungguhpun benar dakwaan kerajaan negeri bahawa CRCC dibayar RM69 juta, baki bayaran kajian kebolehlaksanaan RM236 juta kata Raggie, masih terlalu besar dan melampau mahal bagi projek berkenaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof turut mempertikaikan mengapa kerajaan negeri membuat pembayaran kepada syarikat konsesi pada 2013 sedangkan hasrat mereka untuk melaksanakan projek berkenaan pada 2023.
Exco kerajaan negeri, Lim Hock Eng pada sidang DUN mengakui bayaran sebanyak RM219.99 juta sudah diserahkan bagi menjalankan kajian dan agihan RM208.75 juta diserahkan kepada Zenith Construction Sdn Bhd sementara baki RM11.23 juta kepada HSS Intergrated Sdn Bhd.
Guan Eng juga mengakui bayaran RM208.75 juta kepada Zenith adalah dalam bentuk penyerahan dua lot tanah persisir pantai berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang milik kerajaan negeri kepada Zenith.
The Star dalam pada itu melaporkan, tanah tersebut dijual semula kepada syarikat pemaju dengan nilai 10 jali ganda lebih mahal iaitu RM2.83 bilion bagi projek pembangunan perumahan ‘super’ mewah dengan nilai pembangunan anggaran RM15 bilion.
“Jadi jelaskan kepada saya, Guan Eng, mengapa CRCC cuma dibayar RM3 juta semenjak projek tersebut mula?
“Bukankah jelas bahawa anda tiada tiada niat untuk membina tiga batang jalan dan terowong dasar laut?” tegas Raggie.- mD
Sumber TKO - 14-2-2018
Pimpinan DAP Jumpa Ejen CIA ?
Posted on Wednesday, February 14 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38225 |
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut