BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, October 17, 2017

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA / PASTI / SRITI / DACS (JILID 4)



Prospek ekonomi: Penilaian projek mega

KERAJAAN Persekutuan akan membuat semakan semula terhadap semua projek mega yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu, bagi menilai aspek keperluan dan ketelusannya. 
Penumpuan akan diberikan kepada projek infrastruktur yang mempunyai ‘hubungan’ dengan China seperti ECRL, HSR, MCKIP, di samping projek domestik seperti Bandar 1Malaysia, Tun Razak Exchange, Lebuh raya Pan-Borneo, MRT2&3, LRT3, dan beberapa lagi projek di peringkat kementerian dan kerajaan negeri.
Penilaian semula projek mega ini perlu dilakukan atas beberapa asas berikut: 
a. Analisa kos lepas (opportunity cost) – Kerajaan perlu mempertimbangkan di antara pelbagai keutamaan dalam negara (prioritisation). Persoalan yang perlu dijawab, apakah peruntukan atau perkhidmatan yang kerajaan terpaksa ‘lepaskan’ untuk memberi laluan kepada projek mega tersebut. 
Sebagai contoh dengan kos RM55 bilion, berapa buah sekolah, universiti dan hospital yang kerajaan boleh bina sekiranya projek ECRL tidak dilaksanakan. 
b. Analisa kos dan manfaat (cost and benefit) – Kerajaan perlu menilai impak sesebuah projek daripada setiap ringgit yang dibelanjakan (value for money). Persoalan yang perlu dijawab, adakah setiap ringgit yang dilaburkan membawa pulangan positif kepada ekonomi, dan adakah ianya mampu meningkat kesejahteraan hidup rakyat.
Sebagai contoh dengan peruntukan RM10 bilion, sektor pendidikan dan kesihatan mampu menjana pulangan yang lebih besar terhadap ekonomi dan sosial rakyat dalam jangka masa panjang. 
c. Analisa proses pemerolehan (tendering process) – Sekiranya sesebuah projek mahu diluluskan, ianya perlu menggunapakai kaedah amalan terbaik (best practices), bermula daripada proses perancangan, penilaian, kelulusan dan pelaksanaan projek. 
Antara mekanisma yang dicadangkan adalah tender terbuka, bidaan kompetitf, pemindahan teknologi, penggunaan tenaga mahir dan separa mahir tempatan, penglibatan vendor tempatan, serta akujanji integriti di kalangan pegawai dan kontraktor yang terlibat. 
Kesemua asas penilaian ini wajar diambilkira oleh pihak kerajaan bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara objektif dan tidak menjejaskan dayatahan dan daya saing ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Syahir Sulaiman
25 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 25/5/2018
Sumber HD - 25-5-2018 

Kelantan, Terengganu tak berhak tuntut royalti?

“PAS tidak berhak untuk menuntut royalti,” Itu kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail. Jadi ramai tertanya-tanya apakah PAS memang tidak berhak. Jadi tulisan kali ini untuk memberikan pemahaman jelas mengenai hak royalti. 
Ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 31 Januari 1948 di antara wakil-wakil pemerintah Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, telah dipersetujui bidang kuasa negeri ditetapkan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri. Seksyen 4 Ordinan Darurat 1969 turut mendefinisikan kawasan jajahan negeri sebagai hanya tiga batu nautika dari pesisiran pantai, tertakluk kepada beberapa pengecualian termasuklah negeri-negeri baru Sabah dan Sarawak. 
Kemudian pada tahun 1973, ketika krisis minyak dunia, Malaysia menubuhkan Petronas dan memperkenalkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA). Dalam Seksyen 2 PDA 1974, Petronas diberikan mandat “pemilikan penuh ke atas petroleum yang terdapat di darat dan pesisir pantai Malaysia”, termasuklah hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan dalam meneroka, memanipulasi, memenangi dan memperolehi kawasan-kawasan ini. Manakala Seksyen 4 PDA 1974, Petronas hendaklah membuat pembayaran kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri pemunya asset itu. 
Bersama PDA 1974 ialah 13 perjanjian lagi yang dikenali sebagai Assignments Deeds dan Vesting Grants. Kedua-duanya ditandatangani secara berasingan di antara 13 kerajaan negeri dan kerajaan pusat sekitar tahun 1975 dan 1976. Kesemuanya memberikan hak kepada Petronas untuk ‘petroleum yang berada di darat atau pesisir pantai Malaysia’, dengan pulangan wang tunai secara tahunan bersamaan dengan nilai 5% petroleum yang dikeluarkan. 
Petroleum ditemui di pesisiran pantai Terengganu pada tahun 1973. Sejak itu, Terengganu telah menerima royalti berjumlah RM7.13 bilion menerusi PDA. Namun pada tahun 2000 ketika PAS memerintah Terengganu, wang royalti kepada Kerajaan Negeri dihentikan. Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir menghentikan pembayaran royalti., dan menggantikan dengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP). Perkara ini diakui beliau di dalam buku biografinya “The Doctor In The House”. Beliau menulis “Terengganu was and is the biggest producer of oil in Malaysia and 5% of that revenue, worth almost RM1 billion a year, went to the state government. We knew that if the new PAS state government were to gain access to the money, they would likely use it to enhance their popularity and promote their cause”. Bermaksud “Terengganu merupakan pengeluar terbesar minyak di Malaysia dan 5% dari pendapatan itu, bernilai hampir RM 1 billion setahun, diperolehi Kerajaan Negeri. Kita yakin sekiranya Kerajaan Negeri baru dibawah PAS memperolehi dana itu, 
mereka akan menggunakanya untuk menaikkan popularity mereka dan mempromosikan perjuangan mereka.” Alasan yang diberikan Kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Negeri tidak berhak mendapat royalti disebabkan telaga minyak berada diluar 3 batu nautika daripada persisir pantai Terengganu. Berikutan itu, Kerajaan Negeri PAS Terengganu telah memfailkan saman keatas Petronas dan Kerajaan Persekutuan dimahkamah, namun ia ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Terengganu selepas Barisan Nasional memenangi Negeri Terengganu pada PRU 12. 
Petroleum hanya ditemui di Kelantan pada tahun 90-an ketika PAS sudahpun memerintah Kelantan. PDA dan Vesting Grant serta Assignment Deed tidak pernah dipersoalkan sebelum itu. Bagi pengeluaran minyak dan gas dari kawasan ini, yang dikenali dengan nama blok PM2, PM301, Perjanjian Perkongsian Pembangunan Malaysia-Thailand (MTJDA) dan PM3 CAA Malaysia-Vietnam, kerajaan pusat telah menerima bahagian royaltinya sebanyak 5 peratus, berjumlah RM4.59 bilion. Secara teorinya, jumlah yang sama juga wajar diterima oleh Kelantan (juga lima peratus peruntukan royalti). Malangnya, tidak sesen pun yang diterima oleh negeri terbabit. Lebih teruk lagi, Kelantan tidak langsung merasai limpahan manfaat daripada pembangunan ekonomi dalam bentuk aktiviti, tapak pengeluaran, pemprosesan dan pengangkutan hasil gas dan minyak. Kerajaan Persekutuan menggunakan hujah yang sama untuk menafikan royalti kepada Kelantan iaitu, minyak ditemui di luar jajahan Kelantan. Pada Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Petronas di atas kegagalan syarikat terbabit membayar royalti kepada kerajaan negeri. Kerajaan Pusat bertindak balas dengan membentuk panel khas penyiasatan yang masih belum mengeluarkan keputusannya. 
Walaupun kedua-dua kes ini mempunyai alasan teknikal perundangan, namun apa yang jelas tekanan politik kepada negeri yang diperintah PAS mengatasi segalanya. Jelas Perlembagaan Persekutuan hanya mendefinisikan sempadan maritim. Manakala dokumen lain seperti PDA 1974 dan perjanjian Petronas – Kerajaan Negeri merupakan rujukan bagi menafsirkan hak pemilikan asset petroleum. Persoalan mudah, sekiranya takrif 3 batu nautika dalam Perlembagaan Persekutuan digunapakai, maka kenapa perlu ada perjanjian lain ditandatangani? Malah Pahang yang baru menemui minyak di Kawasan Bertam PM307 dijanjikan royalti walaupun jaraknya 86.3 batu nautika. 
Pakatan Harapan di dalam janji pilihan raya, menjanjikan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas akan diberi royalti yang sewajarnya. Kezaliman Umno dan Barisan Nasional yang memberi dana berdasarkan perkiraan politik akan dihentikan. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri. Apakah mereka akan menunaikan janji mereka menjadi tanda tanya. Sudah tentu rakyat di negeri Kelantan dan Terengganu memerhatikan perkembangan ini. 
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Pilihan raya DPPM
25 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 25/5/2018

Sumber HD - 25-5-2018 


PAS ketuai bantahan di Kedutaan AS

KUALA LUMPUR: Izinkan kami mara serapat mungkin ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menunjukkan bantahan kami terhadap kezaliman di bumi al-Aqsa, demikian kata Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim. 
Beliau memohon kerjasama daripada pihak penguatkuasa untuk mara di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat yang dua minit kemudian pihak berkuasa membenarkannya. 
Pasukan polis yang mengawal ketenteraman awam di sekitar Himpuan Bantah Kekejaman Zionis mengizinkan lori membawa para pewakilan Dewan Pemuda PAS merapati seberang jalan hadapan kedutaan tersebut. 
Sebentar tadi berlangsung Himpunan Bantah Kekejaman Israel terhadap tindakan biadab Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis dan pembunuhan berlaku setiap hari di bumi Palestin. 
Turut berucap pada petang ini adalah Presiden GAMIS, Faizuddin Zai menyeru Perdana Menteri melakukan sesuatu dengan menyatukan negara  Islam dan memberikan tekanan yang cukup kepada Amerika Syarikat dan Israel. 
Himpunan bermula tetap jam 2 petang selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, di sini dan tamat tepat jam 3 petang dengan ucapan terakhir dari Presiden Geng Ustaz, Ustaz Norazli Musa ditutup dengan doa dari Ustaz Mohd Dusuki Abdul Rani. 
Sekitar 300 umat Islam hadir membantah tindakan kejam Zionis dan hadir sama pada himpunan adalah Naib Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga  Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, NGO Ummah dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 18/5/2018




Sumber HD - 18-5-2018






Kecam pemindahan kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis 

PERPINDAHAN rasmi Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis merupakan suiz pemula kepada sengketa dan pertembungan dunia. Ianya berisiko memarakkan api fitnah yang menjurus ke kancah peperangan angkara penjajahan era baharu pentadbiran Donald Trump. 
Di sebalik sikap mendabik dada Amerika kononnya sebagai negara 'penegak keamanan' dan 'polis dunia', hakikatnya langkah angkuh itu beriringan kebaculan dan penakut. Trump tidak berani muncul untuk serta pada perasmian mega itu yang sekadar mewakilkan anak dan menantunya. 
Lebih memalukan apabila dunia turut menzahirkan protes terbuka dari keengganan wakil-wakil negara untuk turut serta pada majlis tersebut. Ia telah pun didahului oleh konsensus negara-negara anggota PBB menolak pengiktirafan tersebut pada 22 Disember 2017. 
Namun ternyata, Amerika meninggikan keegoannya dengan menjadi penaja dan pelindung rasmi kepentingan negara pengganas dunia Israel. Sekali gus ia menandakan pengisytiharan permusuhan terhadap umat Islam seluruhnya dengan merampas kota suci Islam itu. 
Baitulmaqdis bukan sahaja dicabuli sebagai hak milik Islam dan umatnya, malah tindakan Negara Uncle Sam itu juga merakusi hak asasi rakyat Palestin. Provokatif seperti ini hanya akan meletuskan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau Asia Barat dan mengeruhkan kecamuk sedia ada 
Kami tetap bertegas bahawa bumi Palestin keseluruhannya mesti dikembalikan hak miliknya kepada Islam dan umatnya serta rakyat Palestin. Amerika diingat tidak melindungi Israel atas segala kedurjanaannya, malah wajib diadili menurut undang-undang yang ada. 
Kami juga menggesa Kerajaan Malaysia yang baharu menerima mandat rakyat segera menyatakan bantahan keras terhadap Amerika. Tekanan kepada PBB supaya mengenakan tekanan ke atas negara itu perlu hingga mereka menarik semula pemindahan kedutaan tersebut. 
Kami juga mahu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak OIC mengadakan sidang tergempar bagi menangani segera perkara ini dan kemungkinan yang boleh berlaku. Negara umat Islam mesti bersatu dan bangkit membantah pencerobohan ini. 
Kami dengan ini turut menyatakan solidariti ke atas perjuangan rakyat Palestin dalam Perarakan Pulang Besar-besaran (Great Return March) di Semenanjung Gaza. Tindakan Zionis Israel menyerang peserta yang tidak bersenjata adalah jenayah dan wajib diambil tindakan oleh PBB. 
Kami menyeru rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia meneruskan doa munajat serta bersama PAS pada demonstrasi aman membantah tindakan Amerika ini yang akan diadakan pada Jumaat, 18 Mei ini jam 2 petang di hadapan Keduataan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"We're All Baitulmaqdis"
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 15/5/2018






Sumber HD - 15-5-2018




PAS Youth To Set Task Force Monitoring Implementation Of Manifestos

PAS Youth will set up a task force to monitor the implementation of the GE14 manifestos for Kelantan and Terengganu.

Its chief Muhammad Khalil Abdul Hadi (pic) said the task force will comprise a mix of PAS members and civilians.

“What we mean by civilians is that we will include NGOs as well as community leaders,” he said after a special meeting among PAS central Youth members on Sunday.

Muhammad Khalil said that leaders from the non-Muslim community will also be included in the task force.

“In Kelantan, we have non-Muslim communities such as the Buddhists and Christians and it is the same in Terengganu,” he said.

However, he did not give an indication on when the task force will be set up, only that it would be soon.

Muhammad Khalil added that unlike other parties that have set timelines to implement promises made in their manifestos, PAS aims to get to work immediately.

“We want to do everything in our power to fulfil as many of the items in the manifestos as soon as possible.

“We don’t put down a timeline of 100-days for example, like other parties,” he said.

In Terengganu, PAS put out a 20-point manifesto in the run up to GE14.

Among the promises included free 20-cubic metres of water for the poor and low-income groups; allocating RM50mil a year to go toward the People’s Housing Loan Fund to help boost home ownership; and create 20,000 jobs opportunities in the next four years.

PAS retook Terengganu after it won 22 out of the 32 state seats as well as six out of the eight parliamentary seats in GE14.

The last time it ruled was after the 10th General Election in 1999.

Meanwhile in Kelantan, PAS promised in its manifesto to strengthen Syariah laws, raise allowances for Imam and Bilal as well as strengthen Islamic tourism.

After GE14, the party entered its seventh term as state government after clinching 34 out of the 45 state seats.-.thestar

Sumber BO - 13-5-2018

Hanya Parti PAS Yang Tenang

MARANG – Hanya PAS, satu-satunya parti yang tenang, berbanding dengan parti-parti lain walaupun terdapat dakwaan ‘tsunami‘ politik berlaku.

Ketua Pemuda PAS Pusat YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia menunjukkan kekuatan PAS terletak pada dasar perjuangan dan kepimpinannya serta dokongan daripada ahli dan penyokong.

“PAS bimbang suasana politik yang tidak sihat sedang berlaku dalam negara khususnya budaya lompat melompat parti yang sedang kita saksikan pada hari ini,

“dan ini adalah satu budaya politik yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan serta kebajikan rakyat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia, masjid Rusila pada Ahad, 13 Mei.

Oleh itu katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang baru sahaja dibentuk walaupun tidak sepenuhnya lagi.
“Menteri yang pertama mengangkat sumpah ialah negeri Kelantan dan negeri yang terawal membentuk semua kabinet dan EXCO-EXCO adalah negeri Terengganu,

“jadi kedua-dua negeri ini adalah di bawah PAS yang memenangi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 baru-baru ini dan menunjukkan kestabilan negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS,” ujarnya.

Menurutnya, PAS mendapat undi popular yang jauh lebih banyak berbanding sebelum daripada ini yang menunjukkan peningkatan hubungan rakyat kepada PAS.

“Melihat kepada perkembangan semasa yang berlaku satu perkembangan yang tak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita,

“apabila kerajaan persekutuan berubah daripada kerajaan sebuah parti yang dahulunya bersama pakatan kemudian Barisan Nasional (BN) akhirnya jatuh kepada Pakatan Harapan,

“dan PAS mengambil beberapa asas antaranya kita mahu Pakatan Harapan yang mengambil tampuk pemerintahan peringkat Persekutuan ini menghormati perlembagaan negara,

“Negara yang meletakkan Islam sebagai utama negara raja-raja dan hak-hak orang melayu serta masa yang sama menghormati bangsa kaum lain,” jelasnya.

Tambah YB Ustaz Muhammad Khalil lagi, aspek yang paling penting dalam perlembagaan ialah semangat federalisme mestilah ditunaikan dan tidak mengulang kesilapan yang pernah dilakukan oleh Umno BN.

“PAS akan memantau janji-janji manifesto Pakatan Harapan yang melibatkan hubungan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri berkenaan dengan isu royalti di negeri Kelantan dan Terengganu,

“Jadi perlu dihormati apa yang telah diletakkan dalam perlembagaan hak kerajaan negeri Terengganu khususnya untuk dapat royalti daripada kerajaan persekutuan yang ditarik balik ketika PAS memerintah dahulu,”tambah beliau.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa pemantau yang melibatkan parti dan juga rakyat di dua negeri yang diperintah oleh PAS iaitu Kelantan dan Terengganu untuk memastikan manifesto yang ditawarkan dapat dilaksanakan.

“Dan PAS bergerak secara kolektif bukan sahaja daripada parti serta dalam konteks ini PAS telah diberi kepercayaan oleh rakyat,

“Maka PAS percaya dapat melaksanakannya dengan baik dengan kerjasama daripada penjawat awam dan juga hubungan daripada rakyat,”katanya.

Sumber BO - 14-5-2018






Pemuda pantau janji manifesto PH

MARANG: Kestabilan politik kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS Kelantan dan Terengganu, menjadikan negeri itu lebih awal berlaku pembentukan kerajaannya.
Namun, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Katanya, ucapan tahniah juga kepada kerajaan negeri lain yang selesai majlis angkat sumpah serta pelantikan Menteri Besar masing-masing.
"Alhamdulillah, negeri pertama yang selesai menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14 ini, Kelantan dan negeri pertama yang membentuk kabinetnya Terengganu dan Kelantan.
"Ini menunjukkan kestabilan politik kerajaan di negeri yang kita (PAS) kuasai," ujarnya dalam satu Sidang Media Pemuda PAS Malaysia di Pejabat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) di Masjid Rusila, di sini tadi.
Menurutnya, pada PRU14 lalu PAS mendapat undi popular seluruh negara yang jauh lebih banyak dari sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, mahukan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghormati Perlembagaan Negara. 
"Kita (PAS) mahu Pakatan Harapan (PH) yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara ini menghormati Perlembagaan Negara, yang meletakkan Islam sebagai agama (rasmi) negara. Raja-raja, hak-hak (keistimewaan) orang Melayu, bahasa Melayu, dalam masa yang sama menghormati bangsa dan kaum lain. 
"Kita mahu asas dalam Perlembagaan itu ialah semangat federalisma mestilah ditunai dan tidak diulang kesilapan lalu dibuat oleh Umno-Barisan Nasional dahulu," tegasnya. 
Dalam konteks ini, kata Muhammad Khalil, Pemuda PAS juga akan memantau janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
Antaranya jelas beliau, hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam isu mendapatkan hak royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.
"Dalam konteks ini, isu royalti (petroleum) bagi Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang mempunyai petroleum dan mestilah dihormati dengan apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. 
"Kerajaan Terengganu khususnya menuntut hak royalti yang ditarik balik ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004) oleh kerajaan Umno-BN," jelasnya yang ditemani Timbalan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin. -HARAKAHDAILY 13/5/2018












Sumber HD - 13-5-2018







Catatan awal keputusan PRU14

PRU14: Umno sudah ditolak, PAS makin diterima, PH disokong Cina
“Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan, Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala sesuatu” (Ali Imran: 26)
Pemerhatian awal terhadap keputusan pengundian dan pola sokongan rakyat dalam PRU14 menunjukkan beberapa indikasi awal seperti berikut: 
1. Sokongan kepada Umno merosot - Undi yang diterima UMNO merosot di kawasan tradisi BN termasuk di kerusi Felda dan negeri kubu kuat Umno seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan; pengundi muda jelas menolak UMNO/BN (tsunami anak muda); penolakan pengundi Cina terhadap Umno memberi tempias kekalahan teruk parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC yang kecundang di semua kerusi parlimen yang ditandingi. 
2. Sokongan kepada PAS melonjak di negeri utara dan pantai timur (Tsunami Melayu) - PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan dikurniakan kemenangan besar di Terengganu. PAS mendapat lonjakan undi di Kedah dan Pahang, tetapi merosot teruk di Selangor dan negeri selatan semenanjung. 
Ternyata, undi Melayu telah beralih daripada Umno kepada PAS di kawasan majoriti Melayu, disokong oleh segmen pengundi muda dan pengundi luar, termasuk berlaku lonjakan sokongan PAS di kerusi Felda yang menjadi bukti kejayaan BPMS. Namun fitnah dan persepsi ‘PAS terima duit Umno’ dan ‘PAS akan bergabung dengan Umno’ sangat kuat dan tidak berjaya dipatahkan sehingga membentuk penolakan di kalangan Melayu bandar terhadap PAS (dianggarkan >20%), mengakibatkan PAS tidak memperolehi kemenangan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan negeri selatan semenanjung, yang sangat kuat penolakan terhadap Umno. 
3. PH disokong Cina dan Melayu bandar – Penolakan pengundi Cina terhadap Umno/BN adalah bersifat total (>95%), mengakibatkan MIC dan MCA kalah teruk di semua kerusi yang ditandingi. Tsunami Cina kekal di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor, serta turut membadai di negeri selatan semenanjung sehingga PH berjaya membentuk kerajaan baru di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. 
Secara kasar, dianggarkan Ahli Parlimen beragama bukan-Islam di kalangan Pakatan berjumlah 59 orang daripada 113 kerusi Parlimen yang dimenangi (52%), menjadikan Pakatan didominasi Ahli Parlimen bukan beragama Islam. 
4. Kesukaran membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri - Proses pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri, di samping perlantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar akan menjadi sangat rumit bagi pihak Istana, untuk mempertimbangkan suara majoriti rakyat dan aspek ketuanan Melayu dan kedaulatan agama Islam. 
Semua pihak diseru agar bertenang serta mematuhi segala undang-undang dan menjaga keamanan dalam negara, namun kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan (expect the unexpected) dalam kerangka demokrasi berperlembagaan, khususnya proses perundingan di antara pihak BN dan PH untuk membentuk kerajaan. 
5. PAS berpolitik secara matang sejak Merdeka – PAS mempunyai rekod menang dan kalah dalam pilihanraya sejak PRU pertama hingga PRU ke-14. PAS mempunyai rekod pernah bersendirian, berpengalaman membentuk kerajaan negeri, menjadi pembangkang di Parlimen dan Dun serta pernah membentuk kerajaan bersama pihak lain. Rekod menunjukkan PAS sentiasa menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat mengikut saluran demokrasi yang dibenarkan. 
Keputusan PRU14 menyerlahkan kekuatan PAS yang tersendiri dan meletakkan PAS sebagai tonggak utama untuk menjaga ketuanan Melayu dan kedaulatan agama Islam dalam negara. Di samping itu, PRU14 bakal membuka dimensi baru kepada PAS untuk menjadi teras survival politik Melayu-Islam, di samping menjadi wadah alternatif kepada kelompok pertengahan di kalangan penjawat awam, NGO, tokoh masyarakat dan anak muda, seterusnya memberi nafas baru kepada PAS untuk melangkah menuju PRU15 dengan penuh bersedia, di mana PRU15 kelak bakal dicorakkan oleh pola pengundian Melayu dan anak muda yang menilai prestasi dan sikap sebenar Pakatan terhadap negara, bangsa dan agama. 
Bersama kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. 
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi Pemuda PAS
10 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 10/5/2018
Sumber HD - 10-5-2018 








Mujahid angkat musuh politik bapa calon PM

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, calon PKR bagi Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof mengangkat Tun Mahathir Mohamad yang dahulunya adalah musuh politik bapanya. 
Katanya, Haji Yusof Rawa pernah mengalahkan Mahathir dalam Pilihan Raya Umum 1969 di kawasan Parlimen di Kedah. 
Tambahnya, Mujahid dengan bangganya menaikkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH). 
Menurutnya lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah menentang Mahathir atas dasar prinsip PAS yang membawa Islam sebagai asas pemerintahan. 
“Tahun 1969 si bapa menentang Tun Dr Mahathir dalam kerusi Parlimen yang sama, di atas kertas undi yang sama dan mengalahkan musuh tersebut. 
"Mana mungkin seorang anak mahu mengangkat musuh yang telah dikalahkan oleh si bapa tadi sebagai calon Perdana Menteri,” ujar beliau hari ini. 
Tegas beliau, anak muda tidak akan menerima sikap seorang anak yang menyalahi prinsip bapanya apatah lagi anak yang tidak mendapat restu ibunya lalu bertanding atas tiket parti yang ditentang bapanya. 
Mahathir bertanding dan kalah dalam pertembungannya dengan Tuan Guru Yusof Rawa dalam PRU4 pada 1969 di Parlimen Kota Setar Selatan.\ 
Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan ramai anak-anak bekas pimpinan PAS bertanding dengan tiket PH seperti Mujahid, Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 7/5/2018
















Sumber HD  - 7-5-2018


















3 penjuru: Rakyat dan yang bersama rakyat untung

"DAN demikian Kami telah menjadikan kamu, umat yang pertengahan (adil) agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Maksud ayat 143 surah Al-Baqarah)
Terima kasih kepada pihak Sinar Harian yang menjemput saya sebagai panelis dalam program Wacana Sinar ke-55 bertajuk “Tiga Penjuru, Siapa Dapat Manfaat?”. 
Pada mulanya ketika menerima jemputan, saya sedikit gementar apabila dimaklumkan akan berganding dengan Naib Presiden Amanah dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Namun setelah berbincang dengan Ketua Pemuda PAS dan AJK Harian DPPM, serta mendapatkan pandangan daripada kepimpinan tertinggi PAS, keputusan dibuat untuk “Kita hantar orang muda sahaja, menunjukkkan PAS lebih segar”. Ternyata detik itu menjadi ilmu dan pengalaman baharu, untuk kami Pemuda PAS. 
Di dalam pusingan pertama, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan tawaran besar PAS kepada negara dan rakyat secara ringkas, yang terkandung di dalam “Formula 4+1”. 
Formula Pertama, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), iaitu budaya berpolitik yang mengutamakan pendekatan damai (muwajahah silmiyyah) dan bekerjasama atas kebaikan (ta’awun siyasi). BPMS ini ternyata menjadi lonjakan baru kepada PAS, khususnya bagi mendekati pihak NGO, penjawat awam, serta pengundi muda, dan insyaAllah menjadi wadah untuk pengundi atas pagar memilih untuk bersama PAS.
Formula Kedua, Dokumen Hijau (DH), iaitu dokumen yang menggariskan segala dasar dan prinsip ekonomi Islam untuk menyelesaikan tiga isu utama ekonomi negara dan rakyat; pelaksanaan cukai GST, kejatuhan matawang Ringgit dan kenaikan kos sara hidup. Di dalamnya terkandung segala cadangan dan mekanisma pelaksanaan, yang wajar diperhalusi dan dibahaskan secara ilmiah.
Formula Ketiga, Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051), iaitu dasar dan kerangka bernegara (nation building) ke arah mewujudkan negara sejahtera menjelang 2051. Dokumen WINS 2051 ini telah dilancarkan oleh Presiden PAS pada tahun 2017, dengan mengambil panduan bernegara dan bermasyarakat yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, serta disusun mengikut tiga fasa, mengandungi 10 teras dan 6 kunci capaian utama, bersesuaian dengan konteks dunia semasa. 
Formula Keempat, manifesto di peringkat Pusat dan Negeri yang ditawarkan oleh Gagasan Sejahtera. Manifesto yang sangat berkebajikan ini mengandungi 2 peringkat, 9 teras, 20 tawaran utama, serta 84 tawaran khusus untuk 12 kelompok masyarakat. Manifesto ini digubal dengan mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama, serta mengangkat segala tuntutan rakyat, anak muda, wanita, penjawat awam dan swasta, petani dan usahawan, serta mendapat persetujuan tokoh korporat, pemimpin masyarakat, dan bekas pegawai kanan kerajaan.
Formula Kelima, calon-calon Parlimen dan Dun yang ditawarkan oleh PAS dan Gagasan Sejahtera. Pemimpin yang ditawarkan ini, memiliki nilai integriti dan kompetensi yang tinggi, serta memenuhi kriteria Al-Amin dan Al-Qawiy yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s., dan kualiti Al-Hafiz dan Al-‘Alim yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s. Inilah tawaran terhebat daripada PAS, sebagai formula untuk menyelesaikan segala permasalahan negara dan rakyat, seterusnya membina Malaysia yang sejahtera, insyaAllah.
Saya turut menyebutkan bahawa, keempat-empat formula tersebut (Formula 1 hingga 4), boleh diambil oleh pihak BN dan PH jika mereka mampu menirunya. Namun Formula Kelima (Formula Plus One) ini, sesekali tidak akan mampu ditiru dan ditandingi oleh BN dan PH, iaitu calon-calon Parlimen dan DUN yang berilmu, berakhlak, berkemampuan, berkebajikan dan bersih daripada rasuah (5B), dan insyaAllah akan menjadi pilihan rakyat dan anak muda pada PRU ke-14 ini. 
Dalam pusingan kedua, saya menyatakan secara simplistik, mujur PAS menghantar calon di Parlimen Batu dan Dun Penaga pada hari penamaan. Jika tidak, BN sudah mendapat kemenangan percuma apabila wakil PH ditolak pencalonannya pada 28 April yang lepas.
Seterusnya saya menyatakan, penyertaan PAS dalam pertandingan tiga penjuru ini, memberikan alternatif dan wadah baharu kepada kelompok pengundi atas pagar yang menolak Umno dan menolak DAP, yang selama ini hanya mempunyai dua pilihan sahaja, iaitu Barisan ataupun Pakatan. 
Di ufuk kanan adalah Umno dan sekutunya, yang menjadi simbol sebuah kerajaan yang terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang tidak berkesudahan, seperti isu 1MDB, FGV, dan MARA. 
Di ufuk kiri pula adalah DAP dan sekutunya, yang menjadi simbol politik fitnah dan permusuhan, serta bercanggah dengan nilai ketamadunan Melayu dan keharmonian kaum dalam negara. Lebih malang apabila pemimpin yang di zamannya dahulu bermula budaya politik wang, amalan kronisma dan nepotisma, di samping tangannya yang masih kotor dengan darah syuhada’ Memali, kini diangkat sebagai calon Perdana Menteri oleh DAP dan sekutunya. 
Ternyata dalam konteks politik Malaysia hari ini, PAS membuat keputusan yang tepat untuk kekal berada di garis pertengahan, di antara persaingan ufuk kanan dan ufuk kiri, dengan memilih pendekatan politik matang dan sejahtera, yang lebih disenangi oleh majoriti rakyat dan anak muda. 
Selain itu, pertembungan tiga penjuru di antara PAS, BN dan PH dalam PRU14 ini, menyerlahkan wajah dan sikap sebenar, siapakah perasuah, siapakah pendusta, siapakah pemfitnah, dan siapakah di pihak yang benar. Saya berkeyakinan bahawa majoriti rakyat dan anak muda sentiasa bijak untuk menilai mana yang baik, dan mana yang buruk. 
Insya Allah dengan pertimbangan akal, ilmu dan kesedaran yang tinggi, pada 9 Mei 2018 ini, rakyat akan memilih mereka yang benar-benar bersama rakyat, untuk diangkat sebagai wakil rakyat. 
Tahniah kepada YB, Yang Bersama Rakyat. 
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
4 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 4/5/2018
Aumber HD - 3-5-2918 










Solusi PAS terhadap lambakan pekerja asing

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata strategi PAS adalah dengan membangunkan bakat tempatan. 
Katanya, berkaitan situasi middle-income trap yang menyebabkan Malaysia yang dahulunya terkehadapan daripada kalangan negara Asia bersaing dengan Korea dan Taiwan, sekarang hanya setakat bersaing dengan Vietnam dan Indonesia 
“Kerana apa, kerana tidak berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, tidak berlaku pertukaran teknologi dan kita punya industry masih lagi bergantung pada buruh murah yang datang daripada Bangladesh, daripada Vietnam, daripada Myanmar, Indonesia dan sebagainya,” jelas beliau dalam Program e-TownHall yang bersiaran secara langsung daripada facebook Jabatan Profesional Muda (JPRO). 
Menurutnya, disebabkan inilah perlunya kepada pembangunan bakat tempatan yang akan mengisi ruang-ruang pekerjaan 
Beliau juga mengulas bahawa sekiranya masih diperlukan lagi maka terdapat ‘dirty jobs’ yang kurang disukai oleh anak muda tempatan 
Jelasnya, PAS akan bangunkan sektor hiliran dengan keutamaan pada teknologi, pengambilan buruh dan pengambilan profesional pada bakat-bakat tempatan 
Katanya lagi, peluang anak-anak muda semakin tertutup disebabkan oleh buruh asing yang telah naik pangkat daripada sekadar buruh kasar sehingga menjadi penyelia kepada pekerja yang lain dalam bidang perladangan, pembinaan dan sebagainya
“Jadi perkara ini bagi saya sangat membimbangkan dan snagat tidak baik,” ujarnya. 
Beliau memberikan cadangan bahawa pekerja asing sepatutnya diletakkan syarat supaya permit bekerja hanya untuk sektor bawahan sahaja 
“Bayangkan jika perkara ini tidak dibendung, 10 tahun lagi yang supervisor mungkin akan jadi manager,” jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/5/2018

Sumber HD - 2-5-2018 

Strategi ekonomi PAS atasi pengangguran

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, PAS memiliki cara yang berbeza dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani masalah pengangguran. 
Katanya, Barisan Nasional masih bergantung kepada pelaburan luar manakala PH pula melalui pelaburan luar yang berkualiti. 
Tambahnya, strategi yang diambil oleh PAS adalah melalui pembangunan bakat tempatan, pembangunan sektor tempatan, pembangunan industri kecil dan sederhana dan pembangunan usahawan tani dan digital.

Terang beliau, kelebihan strategi PAS berbanding strategi Barisan Nasional dan PH adalah ianya berdaya tahan terhadap krisis global. 
Menurutnya lagi, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih menyukai pendekatan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dan ianya bertepatan dengan prinsip yang digagaskan oleh Ibnu Khaldun. 
Beliau berkata, pendekatan PAS berbeza dengan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri yang menekankan pembangunan bandar yang membuatkan ramai anak muda berhijrah daripada luar bandar ke bandar. 
“Maka berlakulah penghijrahan anak-anak muda ke bandar dan sekarang ini bandar sangat pesat dan sangat padat. 
“Walaupun banyak kebaikan dan limpahan tapi berlaku perkara-perkara yang negatif dan terbaru laporan oleh pihak Unicef tentang bagaimana situasi yang sangat menyedihkan kepada golongan kanak-kanak di bandar ini yang mana dalam ekonominya disebut sebagai kemiskinan bandar,” ujar beliau pada program e-Town Hall Soal Jawab bersama Pemuda yang bersiaran langsung dalam facebook Jabatan Profesional Muda (JPRO). 
Pendekatan PAS dalam memajukan negara
Syahir menyebutkan bahawa antara pendekatan yang diambil PAS adalah dengan mewujudkan peluang pekerjaan melalui program hiliran. 
“Kita bangunkan sektor hiliran di luar-luar bandar dalam sektor pertanian dan sebagainya dan menariknya fakta yang disebutkan oleh Presiden PAS, mana-mana negara maju semuanya bermula dengan sebuah negara pertanian. 
“Tengok Jepun, tengoklah UK, tengoklah di Australia dan sebagainya, malah US dan Iran itu sendiri, mereka maju tetapi mereka tidak meninggalkan aspek pertanian,” terang belia. 
Beliau juga memberitahu sekiranya diberi pilihan sama ada tinggal di Kelantan dan Kuala Lumpur maka beliau akan kembali ke Kelantan kerana kos sara hidup yang rendah di Kelantan berbanding di Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 2/5/2018

Sumber HD - 2-5-2018 













PAS Berpijak Di Bumi Nyata

KUALA TERENGGANU – PAS adalah sebuah parti Islam yang berpijak di atas bumi yang nyata dengan jentera bekerja dan bergerak secara konsisten khususnya selepas penamaan calon.

Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Mohd khalil Abdul Hadi berkata, jentera PAS sudah bergerak dan tidak terikat dengan tiga teori penjuru sebab kerana PAS akan masuk bertanding melihat kepada ‘maslahah’ dari sudut politik.

“Jika sekiranya tempat itu memerlukan dua penjuru maka kita akan masuk kepada dua penjuru dan jika sekiranya tempat itu memerlukan tiga penjuru maka kita akan masuk 3 penjuru,

“Jadi kita melihat kepada maslahah politik bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) sendiri,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program motivasi pagi bersama Calon PAS n16 Batu Buruk pada Ahad, 29 April.

Katanya, PAS mendengar desas desus khabar angin peluang untuk menang di Terengganu ini cerah tetapi kita tidak ‘over confident’ dan tidak mahu orang kata berlepas tangan dengan mendengar khabar begitu.
“Bagi kita apa yang penting ialah terus bekerja dan soal menang kalah itu perkara kemudian,

“kalau kita dikurniakan kemenangan Alhamdulillah bersyukur dan melaksanakan apa ditawarkan kepada rakyat dengan sebaik mungkin,”ujarnya.

Menurutnya lagi, ada parti yang menyebut mereka kata PAS ini kacau daun sepatutnya biarlah dua penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan kita nak tanya mereka balik siapa yang lebih dahulu PAS atau mereka.
“PAS sudah terlibat dengan politik sebelum merdeka lagi tetapi mereka (Parti Harapan) baru ditubuhkan dalam dua tiga dekad ini sahaja,

“Jadi sepatutnya mereka yang sebenarnya jadi pengacau dan sepatutnya biarlah berlaku pertarungan di tempat tradisi antara PAS dan Umno BN tapi mereka masuk campur ,

“Contohnya PAS sudah memerintah negeri Kelantan tetapi mereka yang buat kempen untuk menentang Umno BN tak sepatutnya mereka meletakkan calon,”jelas beliau.

Tambah Ustaz Mohd Khalil lagi, PAS tidak melihat politik dalam negara dan dalam negeri sahaja tetapi dengan melihat secara kerangka lebih luas.

“Politik di Malaysia bukan politik parti dengan parti tetapi parti dengan jentera jadi mana laluan mudah,
“PAS bergerak dengan jentera sendiri berbanding dengan BN dan ketahui bahawa politik pilihan raya di Malaysia adalah politik yang tidak sama di atas satu padang,”tambahnya.

Selain itu, segala maklumat pada zaman sekarang berada di tangan masing-masing kerana kita menuju ke arah politik yang lebih matang bukan zaman dahulu politik dendam dan tegang serta menyerang individu sudah di tinggalkan oleh generasi muda sekarang.

“Jika sekiranya kita melihat dalam kehidupan seharian dengan membuat pilihan kita nak makan kita buat pilihan,

“Kita nak pakai pakaian kita buat pilihan dan kita nak pergi kemana-mana kita buat pilihan serta apa – apa keputusan kita buat pilihan,”jelasnya.

Justeru,beliau ingin mengajak seluruh pengundi supaya membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 dan tidak lain tidak bukan dengan menyokong parti Islam Semalaysia (PAS) dan gagasan Sejahtera dengan mengemukan tawaran manifesto yang lebih baik berbanding parti lain.

Sumber BO - 15-2018


























PRU14: Ubah, transformasi, reformasi atau revolusi

KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa perubahan sesuatu negara itu hendaklah mempunyai dasar, pemimpin dan cara yang benar. 
“Islam mengajarkan kepada kita supaya perubahan yang hendak dilakukan mestilah mempunyai dasar yang benar, dibawa oleh orang yang benar dan dengan cara yang benar," katanya pada program Town Hall Anak Muda anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di Bangi, semalam. 
Tambah beliau, semua parti melaungkan kata-kata perubahan terhadap Malaysia. 
Katanya lagi, angin perubahan itu jika tidak mempunyai sandaran dan komitmen yang kukuh bakal membawa negara ke arah yang lebih binasa. 
“Ramai orang bercakap soal perubahan. Pelbagai terma digunakan untuk memastikan persoalan tadi terjawab.
"Dengan suntikan emotional sehingga membuahkan semangat masyarakat. Reformasi, transformasi, ubah, revolusi dan pelbagai lagi," katanya yang merupakan calon Dun Batu Burok, Terengganu pada PRU14 ini.

Katanya lagi, kebaikan (perubahan) mungkin kelihatan pada awalnya, tetapi sedikit demi sedikit muncul kerosakan yang membawa kesengsaraan jangka panjang. 
Beliau juga turut menegaskan jika rakyat ingin melakukan perubahan haruslah bukan dalam suasana penuh beremosi.

Malah beliau, menasihatkan rakyat tidak termakan laungan-laungan kosong. 
Justeru, rakyat disarankan agar melihat kepada dasar, komitmen pemimpin dan kaedah penyelesaian permasalahan negara.\ 
Rakyat detik ini sedang menghitung hari membuang undi pada 9 Mei 2018. Pilihan Raya Umum Ke-14 kali ini bakal menyaksikan kali pertama di tanah air berlaku pertembungan tiga blok politik peringkat nasional.
Pertembungan tiga blok gergasi ini bakal membuka lembaran dan lanskap politik baru di Malaysia. – HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23- 














20 Exco Pemuda PAS Bertanding PRU14

MARANG – Seramai sekurang-kurangnya 20 orang Exco Pemuda PAS Malaysia dipilih di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke- 14.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata, hanya beberapa negeri sahaja yang belum buat pengisytiharan.

Katanya, secara keseluruhan seramai kira-kira 50 orang calon di peringkat Dewan Pemuda PAS diberi mandat bersaing pada PRU14vyang akan berlangsung 9hb Mei depan.

“ini menunjukkan Parti islam Semalaysia (PAS) memberi penekanan kepada calon-calon anak muda memandangkan jumlah pengundi muda menjangkau lebih 40%,

“Yang akan mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei yang akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Pengisytiharan Calon-Calon PAS Terengganu di dewan Tok Guru, Rusila pada Khamis, 19 April.

“Saya percaya ia berlaku dengan dua pihak dan masing-masing memerlukan di antara satu sama lain,

“Serta kepimpinan parti melihat ianya adalah satu keperluan,” ujarnya lagi

Sumber BO - 20-4-2018

Masa untuk bekerja

JIKALAU kekanda mengangkat peti, pastikan benar muatnya barang; Jikalau Pemuda bersatu hati, kerja yang sukar menjadi senang.”
Sebelum ini kita sibuk berteka-teki, “Parlimen dijangka bubar esok hari”. 
Kini setelah Parlimen dibubarkan, sibuk pula kita berteka-teki, “Adakah PAS boleh menang esok hari”.
Dalam tempoh kritikal ini, Pemuda PAS sangat memerlukan watak yang mahu dan tahu untuk bekerja. Rebutlah peluang untuk menjadi ‘pekerja’, dan janganlah kita sibuk menjadi ‘peramal’ nasib di kemudian hari. Tugasan di peringkat JPRU, JPRD, dan JPRK terlalu banyak, masa yang ada sangat singkat, namun semuanya dapat diselesaikan jika wujud kerjasama yang erat.
Di samping itu, dianggarkan lebih 51 peratus anak muda masih belum membuat keputusan untuk menyokong kerajaan ataupun pembangkang. Selain faktor parti, pengundi bawah 40 tahun cenderung untuk melihat kualiti calon dan menilai manifesto yang dijanji.
Dalam aspek ini, Pemuda PAS perlu menjadi ‘pendakwah’ yang mendekatkan, bukannya ‘penghukum’ yang menjauhkan. Setiap anak muda yang kita temui, adalah potensi yang perlu didekati. Santuni mereka dengan senyuman dan salam, dan rancakkan program sentuh pengundi di hotspot anak muda. Kuasai media sosial dan interaksi di lapangan, kerana tugas kita adalah untuk menarik sokongan, khususnya pengundi muda yang belum ada keputusan. 
Selain itu, letakkan diri kita di posisi ‘pendukung’ perjuangan, sebagaimana yang diungkapkan di dalam Surah As-Soff, dan elakkan menjadi watak ‘pengkritik’ yang tidak berkesudahan. Pastinya di sana banyak persiapan awal yang terlepas pandang, namun jangan menuding jari mencari kesalahan, tetapi jadilah watak yang menyelesaikan bagi menampung kekurangan.
Di sinilah pentingnya seluruh Pemuda PAS untuk mengambil posisi pekerja, pendakwah dan pendukung dalam tempoh kritikal ini. Biarlah pihak lain yang mengambil watak Pak Belalang, penghukum dan pengkritik ketika kita mara ke hadapan.
Kemuncaknya pada 9 Mei 2018, pastikan kita memimpin seluruh anak muda untuk keluar mengundi. Kita tidak mahu situasi yang sama berulang di mana, ‘pemimpin yang tidak baik’ terus berkuasa apabila ‘rakyat yang baik’ tidak keluar mengundi.
PRU14 adalah masa yang dinanti, untuk meletakkan impian dan strategi dalam bentuk realiti. 
#MalaysiaSejahtera
#UP 
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Pemuda PAS Malaysia
12 April 2018 – HARAAHDAILY 12/4/2018
Sumber HD - 12-4-2018 
































Pertandingan tiga penjuru Manifesto PAS, BN dan PH

KERBAU dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya” – pepatah Melayu.
Sejurus pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada 7 April 2018, BN telah melancarkan manifesto mereka pada hari yang sama, sarat dengan pelbagai tawaran dan janji manis yang masih belum terlaksana sejak PRU 2013. 
Sebagai kerajaan sementara (caretaker government), BN mempunyai banyak kelebihan dan sumber bagi mengadun sebuah manifesto yang menarik untuk dipersembahkan kepada rakyat. Tujuan utama pastinya untuk menarik sokongan rakyat di bandar mahupun luar bandar, demi mengekalkan BN di tampuk kuasa yang dilihat semakin goyah, selepas berjaya mengubah sempadan pilihan raya yang lebih memihak kepada pihak BN. 
Namun, jangan dipandang rendah kebijaksanaan rakyat, khususnya anak muda untuk menilai mana yang baik dan buruk. Penelitian kami terhadap dokumen manifesto BN setebal 220 muka surat yang mengandungi 364 inisiatif berasaskan 14 teras utama mendapati, ada beberapa perkara penting yang tidak dinyatakan secara terang atau disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 
Cukai yang adil
Pertama, dalam aspek percukaian yang menjadi dasar penting bagi sesebuah kerajaan, khususnya Malaysia yang berhadapan dengan kesempitan defisit fiskal dan hutang kerajaan. BN hanya menyebut komitmen untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat, serta pelbagai insentif cukai untuk perumahan, pekerjaan, OKU, dan pendidikan. 
Namun perkataan ‘GST’ dan ‘cukai barangan dan perkhidmatan’ langsung tidak dijumpai di dalam dokumen setebal 220 muka surat tersebut. 
Ini pastinya menimbulkan persoalan tentang nasib rakyat yang terbeban dengan GST, di mana pihak BN tidak menyatakan secara bertulis janji untuk meneruskan pelaksanaan GST atau menghapuskannya, ataupun berhasrat untuk menaikkan kadar 6 peratus yang berkuatkuasa hari ini kepada kadar yang lebih tinggi seperti diamalkan oleh negara-negara lain. 
Sebagai contoh, Singapura mula memperkenalkan GST pada kadar 3% (1994), dinaikkan kepada 4% (2003) dan 5% (2004), sehingga kini pada kadar 7% (2007). Begitu juga Australia yang melaksanakan GST pada kadar 10% sejak 2000, dan kini bercadang untuk menaikkan kepada 15% dalam masa terdekat. 
Manifesto BN yang membisu dalam hal ini wajar dipersoalkan. Ini adalah kesinambungan sikap yang sama oleh BN di dalam Manifesto PRU13, yang juga tidak menyatakan secara bertulis janji untuk melaksanakan ‘GST’ selepas PRU 2013, tetapi sekadar menyebut “komitmen untuk mengubah sistem cukai sekarang ke arah sistem cukai yang lebih meluas dan menurunkan kadar cukai pendapatan secara berperingkat”. Natijahnya, pada 1 April 2015, rakyat mula dibebankan dengan cukai 6% ke atas setiap barang, setiap hari dan setiap orang. 
Integriti pemimpin
Kedua, manifesto BN juga berdiam diri dalam aspek rasuah dan tadbir urus negara. Perkataan ‘rasuah’ hanya dijumpai sekali di dalam dokumen setebal 220 muka surat itu, dengan menyebut “Menuju ke arah Kerajaan Digital melalui penambahan aplikasi atas talian demi meningkatkan tahap kecekapan, membasmi rasuah dan meminimumkan ketirisan dalam perkhidmatan awam.” 
Ternyata BN tidak mengendahkan kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba, berbanding 180 buah negara. Di peringkat ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura yang menduduki tangga ke-6 dan Brunei di tangga ke-32. 
Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, ia juga terus menghakis keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia, di samping mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat. 
Kesimpulannya, perbandingan di antara manifesto BN, PH dan PAS menunjukkan segala program kebajikan rakyat yang ditawarkan oleh BN turut ditawarkan oleh PH dan PAS, cuma kuantiti dan program yang berbeza. Ini kerana kesemua teras manifesto tersebut merupakan tanggungjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan. 
Perbezaan ketara di antara manifesto BN dengan pihak kerajaan-menanti (government in-waiting) adalah, BN tidak menyebut tentang komitmen untuk membanteras rasuah, dan tidak dinyatakan sekalipun perkataan GST yang membebankan rakyat dan peniaga kecil. Ini meletakkan manifesto BN di belakang pihak PH dan PAS. 
Justeru, skor penentu dalam perbandingan manifesto di antara BN, PH dan PAS adalah dalam aspek pelaksanaan, yang bergantung kepada kompetensi dan integriti pemimpin negara dan negeri. Ianya boleh diukur melalui tahap pendidikan, moral pemimpin, pengalaman mentadbir dan rekod rasuah. 
Maka dalam aspek ini, ternyata PAS yang memegang rekod pentadbiran bebas rasuah berbanding PKR dan DAP sejak 1990 meletakkan kedudukan PAS di hadapan PH dan BN dalam aspek pelaksanaan segala tawaran yang dikemukakan, sekali gus menjadikan PAS sebagai pilihan untuk melaksanakan setiap janji, demi kebajikan rakyat dan kemakmuran negara. 
Benarlah pesan orang tua-tua, “Kalau memilih tempat mandi, pertama teluk kedua pantai; Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok kedua pandai”. 
#MalaysiaSejahtera
#UP
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
10 April 2018 – HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sumber HD - 10-4-2018 

















Kerajaan Teknokrat: Solusi kepada permasalahan negara

ALLAH telah berfirman di dalam Surah Yusuf ayat 55 yang bermaksud: “Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir; sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.

Ayat ini menyebut tentang kriteria mereka yang sesuai untuk dijadikan pemimpin. Yakni, mereka yang al-Hafiz dan al-Alim.
Dalam ayat yang lain juga merakamkan perbualan antara Nabi Syuaib dan anaknya tentang kualiti pekerja yang terbaik dalam surah Al-Qasas ayat 26 (maksudnya); 
"Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". – Al-Qawi dan Al-Amin 
Negara Malaysia sekarang berhadapan dengan pelbagai masalah. Daripada masalah ekonomi negara sehinggalah kepada masalah keharmonian hidup rakyat. Lebih-lebih lagi, dengan cabaran daripada geopolitik serantau dan ancaman revolusi perindustrian 4.0.
Di peringkat global, kita telah menyaksikan ‘perang hibrid’ (Hybrid War) antara blok Barat pimpinan Amerika dan UK ke atas Rusia dan China. Seluruh dunia sedang dilanda kebimbangan akibat ‘perang perdagangan’ yang mulai memuncak antara Amerika dan China. Bagaimana isu geoplitik ini bakal mencorakkan masa depan kita dan anak-anak kita kelak? 
Kerajaan yang memerintah sekarang tidak dapat menguruskan masalah ini dengan baik disebabkan oleh masalah dalaman parti pemerintah itu sendiri. Pelbagai isu penyalahgunaan kuasa telah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara. 
Hal ini menyebabkan rakyat bosan dengan politik. Kajian yang telah dijalankan oleh Merdeka Centre pada 3 sehingga 8 Ogos 2017 mengenai ekonomi, kepimpinan dan isu semasa mendapati, 57 peratus golongan anak muda berpendapat Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Manakala isu yang paling menjadi kebimbangan mereka adalah isu kenaikkan kos sara hidup. 
Tambahan pula, dengan isu pengangguran di kalangan anak muda disebabkan oleh peluang pekerjaan dalam negara di pelopor oleh warga asing. Selain itu, ahli politik yang berkepentingan mengharapkan laba kutipan levi pekerja asing melalui kroni.
Oleh itu, apa solusi yang ingin dibawa oleh Gagasan Sejahtera dalam menangani masalah ini? Gagasan Sejahtera telah membawa satu pendekatan Kerajaan Teknokrat sekiranya diberi peluang untuk mentakbir Malaysia selepas PRU ke-14 nanti.

Kerajaan Teknokrat merupakan sebuah strategi pelaksanaan bagi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051). Strategi pelaksanaan ini perlu bagi memastikan fasa pertama dalam WINS2051, iaitu Transformasi Negara Sejahtera dapat mencapai target yang telah ditetapkan.
Manakala Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) merupakan sebuah budaya Politik baru yang dibawa oleh PAS untuk seluruh rakyat Malaysia.
Gabungan strategi halatuju negara menerusi WINS2051 dan budaya politik baru BPMS ini, memerlukan konsep pelaksanaan yang efektif. Konsep pelaksanaan efektif inilah yang dipanggil dengan nama Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat akan membawa sebuah pemerintahan berpandukan kepada kerangka pencapaian dan visi negara - Wawasan Induk Negara Sejahtera – WINS2051 bersama budaya politik baru Budaya Politik Matang dan Sejahtera – BPMS. 
Secara kasarnya, Kerajaan Teknokrat (KT) adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu, keupayaan dan kemampuan intelektual, dan keupayaan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain. 
Kerajaan Teknokrat ini akan menfokuskan kepada menyelesaikan masalah yang melanda negara. Manakala ahli politik pula memfokuskan kepada usaha dalam memperbaiki dasar dan perlembagaan negara. Ini akan memberikan waktu bertenang kepada semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ketenteraman dalam negara memberi peluang untuk kepimpinan negara untuk fokuskan dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah Negara.

WINS2051 telah mengenalpasti permasalahan negara dan menggariskan beberapa program-program yang dapat dijalankan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Pelaksanaan solusi yang dicadangkan dalam WINS2051 dapat dilaksanakan secara objektif oleh Kerajaan Teknokrat tanpa gangguan politiking. Perinciannya akan kita bincangkan bersama panel-panel kita pada malam ini. 
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ucapan dalam program “Town Hall Mega: Kerajaan Teknokrat Penyelesaian Terbaik Untuk Rakyat & Negara” pada 7 April lalu di Shah Alam.


































Sumber HD - 9-4-2018

Manifesto BN PRU14: Kotakan dahulu Janji 2013 

SEMUA pihak boleh berjanji. Dan jika dilihat kepada janji Barisan Nasional kali ini, segala macam kenikmatan dunia ditawarkan kepada rakyat jika memilih Barisan Nasional sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Apatah lagi tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menabur janji. 
Apa yang penting ialah rekod pihak yang berjanji, dalam kes ini ialah Barisan Nasional. Setakat manakah janji dan manifesto di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas berjaya ditunaikan? Apa yang pasti janji untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20-30 peratus telah gagal untuk dicapai. Untuk rekod, harga Proton Saga 1.3 SV MT di atas jalan pada tahun 2016 ialah RM33,438.00 (solid). Manakala pada tahun 2017, harga Proton Saga 1.3 Standard MT di atas jalan ialah RM36,800.00. Mana janji untuk menurunkan harga kereta seperti yang ditabur dulu? 
Demikian juga janji untuk membina 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia menjelang 2018. Dua tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias sendiri menyebut bahawa hanya sebanyak 263,366 unit kediaman berjaya diluluskan oleh Anggota Perbadanan PR1MA dan daripada jumlah itu, sekitar 100,000 sahaja dalam pembinaan. 
Justeru, saya kira Barisan Nasional wajib memastikan janji Pilihan Raya Umum yang lepas terlebih dahulu dilaksana. Rakyat sedang melihat dan memerhati. Untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang, jangan lagi memilih kerajaan yang hanya pandai menabur manifesto! 
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 8/4/2018
Sumber HD - 8-4-2018 



















Tun M jangan anak tirikan Pantai Timur! 

DPPM menyelar pandangan Tun Mahathir yang menyatakan hasrat untuk membatalkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14. Sikap Tun Mahathir seolah-olah menunjukkan beliau berdendam pada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur yang ternyata telah berlaku sejak zaman beliau menjadi Perdana Menteri lagi. 
PAS berpengalaman dicengkam ekonomi dan ditarik subsidi minyak Petronas di Kelantan dan Terengganu ketika zaman pemerintahan beliau. Rekod pengkhianatan kepada rakyat Pantai Timur tidak berakhir begitu sahaja, Tun Mahathir sekali lagi di waktu pemerintahan beliau, dengan sengaja menyekat pemberian ikut kepala (capitation grant) kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Pemberian capitation grant ini sepatutnya dibayar kembali kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan hasil kutipan cukai dari rakyat negeri tersebut. 
Namun, dendam kesumat Tun Mahathir mengatasi segalanya. Beliau lebih berselera menjadikan rakyat Pantai Timur sebagai mangsa nafsu peribadi akibat kegagalan agenda politik beliau dahulu. 
Kali ini, Pengerusi PH itu meluahkan hasrat untuk membatalkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang giat dijalankan. Pembinaan yang bertujuan menghubungkan pelabuhan utama di Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung ini sepatutnya dilihat dari aspek makro bukan semata atas sentimen politik. 
Sememangnya projek infrastruktur berimpak tinggi ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari aspek kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, peluang pekerjaan, pembangunan luar bandar, pendidikan, pengkomersialan barang dagangan, di samping menawarkan perjalanan alternatif kepada rakyat. 
PAS kekal berpendirian untuk bersama membangun ekonomi rakyat khususnya di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mewakili 51 peratus daripada Semenanjung Malaysia. Di samping itu, PAS juga melihat Foreign Direct Investment (FDI) baik untuk, bukan sahaja silang-ilmu dan kepakaran, tetapi juga memberi kebaikan untuk aliran ekonomi negara dan rakyat. 
Walau bersetuju dengan pembangunan ECER, PAS menekankan perlunya berbelanja dengan berhemah, telus serta tiada ketirisan berlaku. Amalan rasuah perlu dibendung supaya kos tidak melambung tinggi kerana kelak akhirnya yang rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat sikap tidak bertanggungjawab tersebut. 
Rakyat tempatan perlu diutamakan dalam sektor pekerjaan. Agak malang jika impak atau limpahan ekonomi daripada projek berskala besar sebegini tidak membawa manfaat kepada rakyat setempat. Satu sudut, Kerajaan perlu benar-benar memperhalusi konsesi dengan tujuan supaya tidak hanya sebelah pihak sahaja yang mendapat manfaat daripada projek atau limpahan ekonomi tersebut. 
Akhir kata, DPPM ingin mengingatkan Tun Mahathir agar bersikap matang dalam berpolitik dan mengutamakan kepentingan rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur. Jangan kerana kepentingan peribadi, keperluan rakyat di’bakulsampah’kan 
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam” 
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 7/4/2018
Sumber HD - 7-4-2018 








































PAS Ajak Rakyat Berubah Kerana Cintakan Negara

HULU TERENGGANU – PAS mengajak rakyat berubah untuk memilih kerajaan baru pada pilihan raya umum (PRU) yang ke 14 kerana sayang dan cintakan negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PAS sebagai sebuah parti pembangkang bukan barmakna memuji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga tinggi melangit sampai tidak boleh tegur dan menasihati kerajaan seandainya buat silap.

“Kalau kita sayang kepada agama, bangsa yang adil dan telus, kita kena pilih betul-betul kerajaan bukan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini,

“Apa yang berlaku dalam negara pada hari ini kita harus perbetulkan dan kita lawan Umno BN bukan menganggap mereka adalah musuh…. Tidak….,

“Kerana mereka adalah anak beranak kita….. kawan karib yang disayangi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Markaz Induk PRU ke 14 pada Khamis, 5 April, disini.

Katanya, PAS menggesa kerajaan menyalurkan faedah dan manfaat kekayaan negeri Terengganu kepada saluran yang betul dan kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata, sepatutnya negara Malaysia lebih baik kehadapan tetapi malangnya tidak begitu.

“Kita tidak anti kepada pembangunan kerana semua kerajaan atas muka bumi buat…..sehingga kerajaan Cina yang tidak percaya kepada tuhan buat pembangunan,

“Sebab itulah Umno BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka sahaja parti yang buat pembangunan,” tegasnya.

Menurutnya, saban tahun laporan ketua audit negara yang dikeluarkan mencatatkan berlakunya pembaziran dan ketirisan berbilion ringgit duit rakyat.

“Bila kerajaan berbelanja boros dan apabila duit tidak cukup maka Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dikutip untuk menampung keperluan rakyat,

“ini adalah tidak betul dan merupakan dasar yang silap…. masa belanja mula-mula boros sekarang apabila tidak ada duit maka kutip daripada rakyat dan sebab keutamaannya kekayaan negara dulu,” tambah beliau.

Kata Ustaz Muhammad Khalil lagi, PAS bukan sahaja sebut tentang masalah tetapi mencadangkan jalan penyelesaian dengan cara ‘memberi ubat’ bagi sesuatu penyakit.

Jelasnya, Manifesto PAS menawarkan agar cukai GST yang dikutip daripada rakyat dihapuskan sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah negeri Terengganu pada PRU ke 14 yang akan datang.

“Kita nak ubah tukang yang buat dasar hak ni kena pilih lima tahun sekali dan kalau kita tak pilih betul-betul kali ini kita akan menyesal kerana 5 tahun lagi pula baru boleh memilih semula,” ujarnya.

Justeru PAS mengajak rakyat supaya buat perubahan dalam pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tidak lama lagi.

Sumber BO - 7-4-2018





















4+1 formula Manifesto Sejahtera penuhi hasrat anak muda

PETALING JAYA: PAS telah mengemukakan tawaran besar dan bervisi dalam Manifesto Sejahtera khususnya kepada anak muda.
Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, tawaran itu boleh disimpulkan sebagai formula 4+1 yang meliputi agenda menjadikan kehidupan rakyat lebih sejahtera. 
Beliau berkata demikian semasa Forum Manifesto Anak Muda - Tawaran PAS, di sini semalam.
Menurut Syahir, formula pertama yang ditawarkan dari PAS Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang mana merupakan satu ‘political education’ kepada PAS sendiri dan rakyat serta anak muda yang berpaksikan kepada dua prinsip utama.
Ujarnya, pertama adalah politik damai dan yang kedua adalah konsep berkerjasama yang mana PAS terbuka kepada mana-mana parti politik dan NGO-NGO yang ingin berkerjasama dengan PAS. 
Jelas beliau, antara kejayaan awal BPMS yang boleh dilihat adalah PAS dan NGO-NGO dapat duduk bersama dan berkumpul tanpa masalah.
Selain itu katanya, PAS juga boleh berhubung terus dengan jururawat-jururawat, pegawai keselamatan dan juga kakitangan-kakitangan awam yang lain. 
Formula yang kedua pula kata Syahir adalah Dokumen Hijau, di mana dokumen ini sebenarnya telah dilancarkan pada tahun 2015.
Jelas beliau, dalam dokumen ini terdapat lima prinsip Islam. 
Prinsip yang utama yang diambil oleh PAS tambahnya, adalah berpandukan kepada surah Al-Hajj yang mana boleh dirumuskan bahawa tidak boleh berlakunya perlegaran harta dalam kalangan orang-orang kaya sahaja. 
Maka kata beliau, melalui dalil tersebut, PAS telah mengadakan beberapa program untuk menyampaikan tiga isu utama berkaitan ekonomi anak muda. 
Pertamanya, kata beliau ia berkaitan GST dan kedua berkaitan kejatuhan nilai mata wang Ringgit sementara ketiga kos sara hidup.
Formula yang ketiga pula, menurut Syahir berkisarkan kepada Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) yang telah dilancarkan pada September 2017. 
"Di sini PAS menyasarkan pada tahun 2051 iaitu selepas 100 tahun penubuhan PAS, PAS berjaya merealisasikan segala hasrat dan matlamat penubuhan PAS," ujarnya lanjut. 
Formula yang keempat pula adalah pelancaran manifesto awal pada peringkat pertama Gagasan Sejahtera, ujar Syahir lagi.
Manakala manifesto PAS bagi peringkat kedua pula kata beliau adalah pakej khusus untuk golongan pengundi dari kalangan belia, wanita, penjawat awam, petani, peneroka Felda dan beberapa kumpulan masyarakat yang lain. 
Tambah Syahir, manifesto peringkat kedua akan dilancarkan dalam masa terdekat. 
"Begitu juga akan ada manifesto diperingkat negeri seperti mana yang telah dilancarkan oleh Selangor, Terangganu, Kedah dan Perak," jelasnya. 
Dalam forum tersebut juga, Syahir turut menyentuh isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut Syahir, mana-mana negara yang melaksanakan GST akan dimulakan dari kadar yang paling rendah dalam empat higga enam peratus dan kemudian akan dinaikkan sedikit demi sedikit. 
Dalam manifesto BN pada 2013, tiada pun dinyatakan berkenaan dengan GST namun kata beliau, pada 1 April 2015, BN telah memperkenalkan GST. 
Ujarnya, amat mengejutkan bilamana dikenakan kepada semua rakyat dalam bentuk cukai barangan pada setiap masa.
"Yang mana amat berbeza dengan kaedah zakat. Zakat dikenakan apabila cukup nisab, cukup haul tempoh setahun, dan cukup kadarnya.
"Zakat ada penerima zakat dan pemberi zakat, namun dalam GST, yang bayar zakat kena GST yang terima zakat juga akan dikenakan GST," ujar beliau lagi. 
Untuk konsesi tol pula, PAS bersama Gagasan Sejahtera akan mengkaji kadar tol, berbeza dengan PH yang mana mereka mahu mansuhkan.
"Mana-mana konsesi tol yang menerima lebih dari 15 peratus contohnya dan mendapat keuntungan yang sangat tinggi akan dikaji semula," katanya lagi. 
Seterusnya Syahir juga menjelaskan mengenai bantuan pembelian kereta pertama yang dibawah 1300 cc kepada anak muda dimana PAS menawarkan pinjaman tanpa faedah. 
Dalam pusingan kedua pula, Syahir menyimpulkan bahawa anak muda harus memberi peluang dan yakin PAS mampu menerajui negara.
Ini kerana kata beliau, pemimpin PAS terbukti bebas rasuah dan telah diakui sendiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbanding BN dan PH yang penuh korupsi. – HARAKAHDAILY 5/4/2018
Sumber HD- 3-4-2018 

Berhenti Burukkan PAS !























KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Timbalan Ketua, Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil yang menyatakan bahawa PAS bersekongkol dengan kerajaan dalam menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar yang dikatakan zalim. Bagi DPPM, ia satu tindakan yang tidak beretika dan berniat jahat dengan menimbulkan persepsi yang salah terhadap PAS kepada umum.

Tindakan Faiz Fadzil seolah-olah ingin menimbulkan persepsi buruk kepada umum tentang wujudnya kerjasama di antara PAS dan UMNO seperti yang dicanangkan oleh Pakatan Harapan. Namun jika diteliti secara terperinci oleh semua pihak, RUU tersebut ternyata bermanfaat dan melindungi kepentingan segenap lapisan masyarakat di setiap peringkat.

PAS menyokong RUU tersebut dan berpendapat bahawa ia menjamin hak semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan akses berita yang sahih dan benar disamping dapat menyekat penyebaran berita-berita palsu dan fitnah yang berleluasa tanpa menghalang hak kebebasan bersuara seperti yang didakwa oleh beberapa pihak yang membantah pelaksanaan RUU tersebut.

Namun yang menjadi kemusykilan mengapa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak RUU tersebut sedangkan jika dikuatkuasakan kelak, semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya terutamanya di saat pilihanaraya semakin hampir di mana banyak berita palsu dan fitnah bertebaran di media sosial yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menjadi kedangkalan dan cetek fikiran jika mengatakan bahawa PAS bersekongkol dengan kerajaan hanya kerana menyokong RUU Anti Berita Tidak Benar namun bagaimana pula ketika pembentangan RUU 164, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama dengan kerajaan menyokong RUU tersebut, adakah Pakatan Harapan bersekongkol dengan kerajaan dibelakang penyokongnya ?

DPPM berharap dengan lulusnya RUU Anti Berita Tidak Benar ini, ia tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya ketika hampir musim pilihanraya. Biarlah ia memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendidik masyarakat supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika dalam membuat dan menyebarkan sesuatu berita serta menjauhi fitnah yang merosakkan masyarakat dan negara.

"MARA MENUJU CITA"
"SEJAHTERA BERSAMA ISLAM"
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin.
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
4 APRIL 2018 | 18 REJAB 1439


Sumber HD - 4-4-2018























Grab ambil alih Uber, pengguna perlu terbela

Pembelian Terbesar
Grab, penyedia perkhidmatan e-panggilan kereta berpangkalan di Singapura, mengumumkan pengambilalihan perniagaan pesaingnya dari Amerika Syarikat, Uber di Asia Tenggara, sekali gus menamatkan persaingan untuk dominasi pasaran rantau ini. 
Grab dalam satu kenyataan menyebut, pihaknya membeli operasi penghantaran kereta sewa dan makanan daripada Uber di rantau ini, dan sebagai pertukaran, Uber diberikan 27.5 peratus saham dalam Grab.
Pengambilalihan ini akan membolehkan Grab menyediakan platform perkhidmatan atas talian terbesar di Asia Tenggara, dengan membabitkan segmen pengangkutan, penghantaran bungkusan dan makanan, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan. 
Dalam masa sama, Grab akan meningkatkan dan meluaskan tawaran di bawah Grab Financial dan GrabPay, termasuk pembayaran mudah alih, pembiayaan mikro, insurans dan perkhidmatan kewangan lain bagi pelanggan yang kurang diberi perhatian, usahawan mikro dan perniagaan kecil di rantau Asia Tenggara. 
Kebimbangan Pengguna
Persaingan yang sihat secara umumnya akan memberikan lebih kelebihan kepada pengguna. Ini kerana kos penukaran di antara aplikasi e-panggilan adalah sangat minima, dan yang paling penting adalah kualiti perkhidmatan dalam aspek masa yang pantas, harga yang murah dan kemudahan pemprosesan. 
Strategi perkhidmatan Grab dan Uber selama ini banyak bergantung kepada pemberian diskaun kepada pengguna dan insentif kepada pemandu. Persaingan yang sengit ini sedikit-sebanyak menguntungkan pengguna dan pemandu, namun margin keuntungan di pihak syarikat agak terhad. 
Dengan pengambilalihan ini, kelompok pengguna dan pemandu tidak lagi mempunyai pilihan untuk menukar aplikasi Grab dan Uber sebagaimana sekarang, dan ramai yang menjangkakan kadar caj akan dinaikkan suatu masa kelak.
Justeru pihak SPAD dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu memantau transaksi ini dengan teliti, dan mengambil segala langkah yang dibenarkan bagi melindungi kepentingan dan hak pengguna serta menguatkuasakan undang-undang berkaitan persaingan di dalam perniagaan dan ekonomi negara. 
Apa Yang Boleh Dipelajari
Bermula dengan cetusan idea seorang anak tempatan enam tahun yang lalu, Grab kini dianggarkan bernilai USD6 bilion dan mempunyai operasi di seluruh Asia Tenggara. Di awal penubuhannya , Grab pernah dilabel sebagai “mustahil, merugikan dan tidak selamat”, namun kini ianya mampu bersaing dengan nama besar dalam bidang teknologi seperti Google, Facebook, Twitter, dan Microsoft. 
Melihat daripada perspektif strategi perniagaan, ternyata pendekatan Grab yang mementingkan aspek nilai tempatan (localisation) telah berjaya mengatasi pesaing globalisasi (globalisation) bagi merebut saiz pasaran yang sangat kompetitif dan unik di kalangan 620 juta pengguna di seluruh Asia Tenggara. 
Di samping itu, Grab mengambil pendekatan untuk bekerjasama dan mematuhi peraturan pihak berautoriti tempatan, berbanding pendekatan Uber yang sering dilihat cuba mengatasi undang-undang tempatan. Ini menjadikan Grab lebih mudah untuk berkembang dan meningkatkan penerimaan di kalangan pengguna yang mementingkan aspek keselamatan.
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai kesan pengambilalihan ini kepada segmen pengguna dan pemandu yang terlibat di dalam industri ini. Grab mungkin boleh meraikan kejayaannya hari ini, namun esok mungkin akan muncul pemain tempatan yang lebih kreatif dan kompetitif, untuk menjadi pesaingnya yang baru. 
Kecanggihan teknologi dan kualiti perkhidmatan adalah sangat penting dalam model ‘ekonomi berkongsi’ (sharing-economy). Namun, kunci utama kejayaan Grab, Uber, dan Airbnb adalah bagaimana mereka membina ‘kepercayaan’ dalam minda pengguna untuk beralih daripada ‘pemain lama’ kepada perkhidmatan baru, khususnya di kalangan generasi muda.
Menariknya, konsep ini bukan sahaja terpakai dalam dunia perniagaan, malah boleh diaplikasikan dalam persaingan dunia politik. Ini kerana objektif utama sesebuah parti politik adalah bagi mendapatkan ‘kepercayaan’ pengundi dan mengalahkan pesaingnya, di mana survival ‘pemain lama’ di pentas politik kini terletak di tangan generasi muda yang mahukan politik baru yang lebih matang dan sejahtera. 
Pilihan yang ada sangat terhad, namun kuasa penentu tetap di tangan pengguna. 
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
28 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 28/3/2018














































Sumber HD - 28-3-2018
























Anak muda belia sedia bina Malaysia Sejahtera
Posted on Sunday, March 25 @ 23:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38796



    SHAH  ALAM: Anak muda belia menunjukkan bahawa mereka adalah generasi penting ke arah mencorak impian Malaysia Sejahtera sebagaimana ditunjukkan pada DIALOGS 2018.

Program julung kali diadakan itu dengan penglibatan kira-kira 50 NGO Belia telah dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Gagasan Sejahtera yang dilangsungkan di Hotel De Palma, di sini hari ini.

    Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian DIALOGS 2018 itu telah menyentuh perkembangan semasa negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

    Menurutnya, dengan segala yang telah dilalui dan berlaku, negara menuntut kepada perubahan ke arah Malaysia lebih sejahtera dengan halatuju jelas di bawah teraju Gagasan Sejahtera.

    Para peserta yang dirangsang beliau sebagai pencetus kepada semua perubahan itu turut menyokong dan berbicara bersamanya meliputi beberapa perkara.

    Antara dibangkitkan mereka adalah mengenai Manifesti Gagasan Sejahtera, jaminan terhadap bukan Islam, PTPTN, pendidikan berkebajikan, percukaian, serta intensif kepada belia dan wanita muda.

    Manakala pada sesi diskusi, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan perihal jaminan terhadap pembinaan jatidiri generasi muda yang menjadi komitmen Pemuda PAS.

    Beliau turut menyatakan mengenai peranan bersama anak muda dalam mencorak halatuju negara yang akan memelihara kepentingan semua terutama anak muda.

    Sementara Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berbicara mengenai kerajaan telus, bersih dan bebas rasuah yang akan wujud di bawah pentadbiran Gagasan Sejahtera sekiranya diberi mandat memerintah.

    Pada program itu juga menyaksikan Ikrar Anak Muda Membina Malaysia Sejahtera menerusi komitmen berpolitik secara matang dan sejahtera, serta _ta'awun_ dalam perkara kebaikan.

    Mereka juga menyatakan kesungguhan mempersiapkan ilmu dan kemahiran menghadapi persaingan globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 serta seruan agar anak muda mengundi pada PRU14.

    Turut berucap pada sesi sumbang saran adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Aktivis Yayasan Amal, Imam Muda Fakhrul serta Naib Presiden ABIM, Jufitri Joha. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber TKO - 25-3-2018

























PAS Youth Chief Chides Selangor For Complicating Fund Disbursement

PAS Youth Chief Muhammad Khalil Abdul Hadi accused today the Selangor government of deliberately complicating the disbursement of funds to state representatives who are not politically aligned to it.

He expressed regret that the “easy” disbursement of funds to PAS assemblymen had been made “complicated” even though the money was to be used for the welfare of Selangorians.

“For us, such an easy requirement and responsibility should have not been made so difficult and complicated to this level,” he told reporters after a youth dialogue session organised by Gagasan Sejahtera, the political pact or “third bloc” comprising PAS and other lesser-known political parties.

Muhammad Khalil said the PKR-led state government has strayed from the responsibility of a ruling party by delaying the release of allocations meant for public welfare.

“Basic things need not be politicised because it is for the good of the people, while the allocations also being a right deserved by the state representatives,” he said.

The spat over the disbursement of the funds between the Selangor government and PAS representatives began late last year.

Selangor Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali had previously explained the delay in disbursing funds was due to administrative complications.

The allocations were reported to have been disbursed to the state representatives early last week.

When asked if the delay could be part of a political tactic against PAS, Muhammad Khalil told reporters to check with the PKR mentri besar directly.

“For us, what is important is we give service to the people, and this principal was maintained, practised and could be seen when we controlled Terengganu, and now in Kelantan, without discrimination towards anyone.

He said this is because PAS did not want Malaysia to continue the culture of politicising every topic.
“We can talk politics during elections, but after, we need to serve the people.

“He needs to respect the people of Selangor, who chose the PAS representatives to serve them, without delaying the allocations,” he said – mmail

Sumber BO - 25-3-2018 

Pengumuman Rafizi ada kaitan krisis keyakinan PH?

KUALA LUMPUR: Pengumuman Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU14 bukanlah sesuatu mengejutkan setelah sedia dimaklumi hukuman mahkamah yang dijatuhkan atasnya. 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, namun reaksi Rafizi itu membayangkan krisis keyakinan PH yang sebenarnya serba tidak berkemampuan dalam PRU nanti. 
Menurutnya, Rafizi juga bagaikan sudah membakulsampahkan kajian Invoke di bawah kelolaannya yang selalu mengutarakan kononnya PH akan menang pada PRU nanti. 
"Apapun, rakyat Malaysia sudah mual dan muak dengan ahli politik yang sering menipu dan memfitnah demi survival politik mereka. 
"Kecenderungan rakyat semakin menampakkan perubahan terhadap stigma mereka kepada politik. Kini rakyat mahu ahli politik yang matang dan sejahtera," ujarnya. 
Rafizi dalam sesi Sidang Dewan Rakyat semalam mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU14 nanti. - HARAKAHDAILY 15/3/2018
Sumber HD - 15-3-2018 



























Tamrin PASTI dan lawatan kerja Ketua Pengarah

TAWAU: Jabatan PASTI Negeri Sabah telah mengadakan Tamrin Guru PASTI dan Ijtimak Pilihan Raya bertempat di Balung River Eco Resort, di sini sejak 2 Mac lalu dan berakhir kelmarin. 
Tamrin disertai guru PASTI dari empat Kawasan Zon Pantai Timur Sabah itu dirasmikan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan PASTI sebagai entiti penting menghubungkan masyarakat dengan PAS di mana Guru PASTI berperanan menggiatkan penerangan kepada waris terutamanya. 
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Ahmad Dollah dan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husin yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. 
Sementara itu, Ustaz Azam sempena keberadaannya di Tawau sempat juga melawat projek pembinaan bangunan baharu PASTI Nurul Fathonah, Kampung Ranggu, di sini kelmarin. 
Pada ketika ini kerja-kerja pembinaan telah 80 peratus siap dan dijangka beroperasi April nanti di mana PASTI Al-Fathonah merupakan cawangan ke-21 di Tawau dari 25 semuanya termasuk di Daerah Kunak. -HARAKAHDAILY 6/3/2018






















































Sumber HD - 5-3-2018
























































Jamin Islam berdaulat: PAS boleh buat?

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata:
Sebenarnya PAS tidak pernah henti-henti memperjuangkan isu-isu rakyat ini. Bahkan kita bukan sebuah parti yang hanya menyatakan masalah-masalah. Masalah ekonomi sebagai contoh, kos sara hidup yang tinggi. Tapi kita mengemukakan solusi dan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu. 
“Di sinilah PAS telah awal mengeluarkan pandangan dan juga cadangan melalui Dokumen Hijau dan juga WINS yang telah kita sebut di dalamnya lebih kurang apakah cara dan kaedah untuk menyelesaikan isu-isu rakyat ini. 
“Contoh yang terbarunya ialah isu indeks rasuah yang dikeluarkan oleh satu badan antarabangsa baru-baru ini yang meletakkan Malaysia di antara negara yang terburuk dari segi indeks rasuah di Rantau Asia. 
“Walaupun ada pihak-pihak yang mempertikaikan indeks rasuah yang dikeluarkan ini, tetapi PAS melihat ia adalah satu isu yang sangat serius yang perlu diberikan perhatian oleh rakyat. 
“Dan kita melihat penyelesaiannya tidak lain dan tidak bukan mestilah kembali kepada politik Islam. Politik yang ada asas halal haram, yang ada asas dosa pahala. Dan kita menunjukkan contoh apabila PAS mengambil asas politik Islam memerintah di Kelantan, kita berjaya menjadikan Kelantan satu model sebuah kerajaan yang bebas, yang tidak ada rasuah. Ini diakui sendiri oleh laporan Audit Negara walaupun kita tidak menafikan di sana ada kelemahan-kelemahannya. 
Ikuti teks transkrip dan suntingan dari ucapan beliau di Live Facebook Sinar Harian pagi tadi yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 5/3/2018
























































Sumber HD - 5-3-2018





























Kursus tingkat profesionalisme Guru SRITI

SHAH ALAM: Unit Latihan Guru, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Negeri Selangor telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru di Kem Bumi Jati, di sini sejak 2 Mac lalu dan berakhir hari ini. 
Permukiman selama 3 hari yang diwajibkan kepada semua Guru SRITI itu bertujuan mendedahkan mengenai penguasaan elemen asas pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC). 
Di mana melalui kursus itu, peserta mempelajari penggunaan 'tools' pengajaran abad ke-21 serta teknik pengajaran untuk membantu murid LINUS, sekali gus memberi impak positif kemenjadian murid. 
Menerusi kursus tersebut, para guru turut diterapkan strategi asas dalam kaedah pengajaran melalui perkongsian daripada guru-guru pakar.
Menurut Ketua Unit Latihan Guru SRITI Selangor, Mohd Solehan Ahmad Shah, kursus tersebut juga menerapkan elemen 'softskill' seperti pengucapan awam, teknik kawalan murid dalam kelas dan asas pembinaan soalan. 
Perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah SRITI Selangor, Ustaz Ikmal Rosli yang antara ucapannya menyentuh mengenai konsep Tilawah, Tazkiyyah dan Taalim
Petikannya itu menerapkan pembawaan para guru mestilah dengan mengambil ibrah daripada sirah Nabi Muhammad S.A.W agar dapat mencapai tujuan pendidikan di dalam Islam. - HARAKAHDAILY 4/3/2018
Sumber HD - 4-3-2018 

PAS juga gerakkan agenda pembangunan































(Teks transkrip dari Ceramah Umum dan Pelancaran Markas PRU 14 Pemuda Dun Seberang Takir oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di Markas Besar Pemuda PAS Dun Seberang Takir semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
TIDAK anti pembangunan dan kemajuan
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ

“(Maksudnya) Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu merubah nasib mereka sendiri.”
(ar-Ra’d: 
11)
Menjadi kewajipan kepada setiap rakyat untuk mengetahui apakah situasi dan keadaan politik yang berlaku sama ada di kawasan, di negeri masing-masing dalam konteks ini di Negeri Terengganu mahupun di peringkat nasional negara kita. Kerana inilah apa yang diajar kepada kita oleh Rasulullah S.A.W. Seorang Nabi yang bukan sahaja mengajar umatnya untuk bersembahyang, berpuasa, menunaikan haji, tetapi juga Rasulullah S.A.W mengajar umatnya untuk berpolitik.

Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling peka kepada isu-isu semasa yang berlaku di kelilingnya mahupun di peringkat antarabangsa. Rasulullah S.A.W mengikuti perkembangan politik yang berlaku di Makkah dan di sekitar Makkah, hatta yang berlaku di peringkat antarabangsa sekalipun. Ketika berlakunya perang di antara Rom dan Parsi, Rasulullah S.A.W mengambil pendirian menyokong Rom. Walaupun kedua-duanya kafir, tetapi orang-orang Rom adalah Ahlul Kitab yang hampir dengan orang-orang Islam. Berbeza dengan orang-orang Parsi yang menyembah api. Maka di sini kita sebagai rakyat Negeri Terengganu, kita mestilah peka, faham, mengikuti perkembangan semasa politik yang berlaku di negeri kita ini.

Kita tidak mahu rakyat Negeri Terengganu mereka menjadi rakyat yang kecewa menanggung lima tahun lagi menunggu PRU yang akan datang. Kerana salah memilih parti yang memerintah negeri yang kaya-raya ini. Walaupun Umno Barisan Nasional memerintah Negeri Terengganu dalam satu tempoh yang begitu lama, malangnya kita melihat Negeri Terengganu masih lagi digelar negeri kaya, rakyat miskin.

Sumber HD - 28-2-2018































PAS juga menggerakkan agenda pembangunan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata:
Oleh kerana itulah kita menawarkan kepada rakyat dengan tawaran-tawaran. Kita bukan sahaja sebuah parti yang menyatakan masalah-masalah, kalau nak sebut masalah-masalah ini sangat mudah. Berkait dengan rasuahnya, berkait dengan salah guna kuasanya, isu Tabung Hajinya, isu GSTnya, isu macam-macam lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku, Feldanya dan lain-lain lagi. 
“Tetapi kita PAS kita menyatakan apakah penyelesaian-penyelesaian kepada isu-isu dan masalah-masalah ini. Di sinilah kita menawarkan kepada rakyat dengan penyelesaian Islam. Selain daripada Islam sudah diberikan ruang dan peluang, demokrasi, sekularisma, sosialisma, kapitalisma, dan lain-lain lagi. Sekarang ini kita tawar dengan penyelesaian Islam. Masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini ialah kerana tidak mengambil penyelesaian Islam. 
“Dua hari lepas badan antarabangsa yang mengkaji berkait dengan Indeks Rasuah yang berlaku di seluruh pelusuk dunia ini, telah meletakkan Malaysia adalah di antara negara yang paling teruk rasuah di Rantau Asia ini. Walaupun di sana ada pihak-pihak yang mempersoalkan kajian-kajian yang dibuat itu. Tetapi bagi kita parti Islam, kita menyata dan menegaskan bahawa isu rasuah ini punca kepada segala-galanya ialah kerana politik sekularisma yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional. 
“Politik yang tidak ada batas halal dan haram, politik yang tidak ada batas dosa dan pahala. Penyelesaian Islamnya kena kembali kepada politik Islam. Umno Barisan Nasional walaupun mereka kata mereka juga memperjuangkan ugama, mereka dakwa mereka buat masjid, hantar orang pergi buat Umrah, pergi Haji, itu baik, itu bagus. Tetapi kita nak politik dalam negara kita mestilah politik yang dipacu dengan Islam.
“Cuba kita lihat di Negeri Kelantan, kita memerintah Negeri Kelantan sejak daripada tahun 1990 yang menjadi satu negeri contoh, negeri teladan, walaupun kita tidak menafikan bahawa di sana ada kekurangan-kekurangannya. Tetapi kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan, Negeri Kelantan adalah negeri yang terbaik di dalam mengurus kewangan, harta rakyat. Kerana apa? Kerana politik Islam yang diamalkan di Negeri Kelantan. 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Umum dan Pelancaran Markas PRU 14 Pemuda Dun Seberang Takir di Markas Besar Pemuda PAS Dun Seberang Takir semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD- 28-2-2018 
































SRITI benteng pertahan Ahli Sunnah

TEMERLOH: Mufti Pahang, Dato' Dr Abdul Rahman Othman berharap Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) menjadi benteng mempertahankan kefahaman Ahli Sunah Wal Jamaah. 
Beliau berkata, masyarakat Islam kena beramal dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk membentuk masyarakat Islam yang bersatu padu. 
"Asas pembentukan masyarakat Islam khususnya di Pahang berpegang teguh kepada Mazhab Imam Syafie," katanya pada majlis pecah tanah SRITI Al Fateh dekat sini baru-baru ini. 
Beliau juga berharap pelajar SRITI mampu berbahasa Arab dan Inggeris serta menghafaz al Quran.
"Sekolah ini akan menjadi rebutan ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah berkenaan," ujarnya.
Menurutnya juga kesungguhan ahli lembaga pengarah SRITI mewujudkan sekolah teras pendidikan Islam di peringkat rendah seharusnya dipuji. 
Katanya juga sekolah agama di bawah keraajaan negeri seperti sekolah Al Khairiah, Temerloh memberi fokus kepada pendidikan menengah. 
"Pihak pengurusan sekolah disaran memastikan pembinaan sekolah ini menepati spesifikasi keselamatan untuk pelajar.
"Saya tidak mahu ada pelajar sekolah ini jatuh dan menjadi tular di media sosial sehingga geger ke seluruh negara," katanya.
Pengerusi Lembaga Pengarah SRITI Al-Fateh, Fairuz Hisyam Nordin berkata, majlis pecah tanah SRITI Al-Fateh merupakan detik bersejarah. 
Katanya, tidak lupa diucap terima kasih kepada individu dan orang perseorangan yang mewakafkan harta mereka demi melihat pendidikan Islam SRITI Al-Fateh menjadi kenyataan. 
Menurutnya juga pembangunan fasa 1 SRITI Al-Fateh dijangka menelan belanja RM1.5 juta.
SRITI Al-Fateh mula beroperasi pada 2016 dengan 14 pelajar dan dua guru. Pada 2017 seramai 45 pelajar dan pada 2018 meningkat kepada 90 pelajar. 
"Kebanjiran pelajar setiap tahun memerlukan pihak pengurusan berusaha mencari tapak dan dana untuk membina sekolah baharu di lokasi sesuai. 
"Akhirnya kami berjaya membeli sebidang tanah seluas 2.9 ekar dengan kos melebihi RM380,000," katanya.
Oleh itu beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi pembangunan sekolah itu. 
Sumbangan boleh disalur melalui akaun Mybank 55-605-751428-5 atau 11-010-100316-5 (Bank Rakyat) atas nama Dana Pembangunan SRITI Al Fateh. -HARAKAHDAILY 28/2/2018
































































Sumber HD- 28-2-2018

































K'jaan PAS kekal bebas rasuah, CPI M'sia meningkat

KEDUDUKAN Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah CPI dilaporkan Transparency International membuktikan Kerajaan BN dan PH tidak bersungguh dalam menangani rasuah. Walaupun kajian persepsi ini tidak melibatkan tangkapan atau kes Mahkamah, ia menunjukkan keyakinan rakyat terhadap belenggu ini sukar dihapuskan.
Tambahan pula, ia mungkin dipengaruhi skandal-skandal yang sangat mendekati rasuah sepertimana berlaku kepada Jabatan Bekalan Air Sabah, 1MDB, Felda Global Venture, MARA, terowong dasar laut Pulau Pinang dan banyak lagi. Semuanya terkait dengan pihak pemerintah BN termasuk dari blok PH.
Peningkatan persepsi ini tentu juga atas kesedaran semasa rakyat, selain telah lali melihat 'lakonan' orang politik yang tidak telus dan cekap mengurus dana dari ribuan hingga bilion ringgit. Selain itu tidak membawa kepada penyelesaian sewajarnya ke pengadilan mahkamah, menjadikan tangkapan dan siasatan bagai sandiwara.
Sebaliknya, sesuatu pendekatan dan pengajaran yang wajar segera diambil adalah kejayaan dari pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan sahaja terbukti bebas rasuah, malah menunjukkan prestasi kewangan sangat cemerlang. Semua ini lantaran ketelusan yang bermula dari dasar parti menerajuinya iaitu PAS.
Kejayaan itu tidak hanya kerana ketelusan dan amanah pentadbiran, tetapi turut disumbang oleh kecekapan pengurusan yang bermula dari sekecil perkara yakni berjimat cermat. Lebih penting, ia adalah kekuatan aspek rohani di mana mendidik perihal ketakwaan; sesuatu yang tiada dalam ajaran selain Islam.
Islam yang menjadi dasar kepada parti PAS inilah hingga perkara itu dibuktikan dengan pengiktirafan markah 99.0 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan.
Pencapaian ini berlaku dalam keadaan Kelantan dinafikan bayaran royalti petroleum, sehingga mampu mentadbir sedemikian kekurangan sejak tahun 1990 angkara sekatan Kerajaan Persekutuan. Prestasi sama ditunjukkan semasa PAS mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu tahun 1999 dan Kedah tahun 2008 dahulu.
Begitu juga usaha pihak tertentu memomok dan memfitnah PAS dengan rasuah. Dakwaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown terhadap Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima rasuah daripada Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebanyak RM90 juta kini berdepan saman di Mahkamah London.
Malah terdahulu ia telah ditolak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tiada kes untuk disiasat. Hal sama terhadap tuduhan Naib Presiden PAN, Husam Musa juga meleset sama sekali. Hingga kini tidak ada seorang pun pimpinan PAS yang terpalit dengan mana-mana skandal rasuah.
PAS juga komited memerangi rasuah, selain iltizam kepada negara bebas rasuah melalui penerapan nilai takwa yang akan dilaksanakan sebagaimana jaminan dalam dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) digagaskan. Oleh itu, kebersamaan rakyat penting untuk memandatkan PAS sebagai kerajaan baharu pada PRU14 nanti.
Kami juga dengan ini memuji langkah agresif SPRM mengadakan risikan, siasatan dan pendakwaan dalam usaha membendung dan menangani rasuah. Kami menyokong penuh segala inisiatif dan kesungguhan peranan SPRM membasmi dan mengurangkan indeks persepsi ini, serta menghadapi sesiapa sahaja tanpa gentar.
"Mara Menuju Cita"
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
25 Februari 2018 | 9 Jamadil Akhir 1439 - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD-25-2-2018 


































Jabatan Amal latih Briged Muslimat asas pertolongan cemas

SETIU: Briged Muslimat PAS Kawasan Setiu dan Besut telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pertolongan Cemas yang telah dilaksanakan di Pejabat PAS Setiu, di sini kelmarin. 
Menurut Ketua Briged Muslimat Setiu, Hafizah Zulfifli, program tersebut diadakan bagi melahirkan lebih ramai anggota mujahidah yang terlatih pada aspek tersebut hingga dapat memberi khidmat kepada masyarakat. 
Kursus melibatkan 25 anggota Briged Muslimat itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu menerusi tunjuk ajar enam jurulatih dari Kor Medik dan Penyelamat 

Pelbagai kemahiran didedahkan kepada peserta secara teori dan praktikal dalam menangani situasi kecemasan termasuk teknik Resusitasi Jantung (CPR). 
Kursus yang sangat berguna itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Ketua Muslimat PAS Setiu, Ustazah Wan Ramlah Wan Abd Rahman dengan penyerahan sijil dan cenderamata. -HARAKAHDAILY 23/2/2018




































































Sumber HD- 23-2-2018






































































Konvoi RADU ARC jelajah Sabah-Sarawak-Brunei

ALTERNATIVE Riding Club (ARC) Negeri Sabah telah menganjurkan Konvoi RADU 2018, yang berakhir pada 19 Febuari lepas. Program selama 3 hari 2 malam itu merupakan salah satu acara tahunan ARC Sabah selepas kejayaan pelaksanaan Konvoi Amal pada tahun lepas.
Objektif utama program ini adalah beradasarkan nama program ini sendiri, iaitu merupakan akronim daripada perkataan Riadah, Amal, Dakwah dan Ukhuwah. Sama seperti penganjuran Konvoi Amal tahun lepas, ARC yang sinonim dengan program riadah bermotosikal, dengan slogannya “We Ride for Charity” mengumpulkan sejumlah dana untuk disumbangkan kepada pusat pendidikan Islam sebagai aspek amal jariah dalam program, menerapkan nilai kerohanian kepada peserta melalui aktiviti seperti solat berjamaah dan tazkirah sebagai elemen dakwah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.
Program bermula sejak 16 Februari 2018, bertempat di SRITI An-Nawawi Papar. Di sana, semua peserta berkumpul seawal jam 6 petang lagi untuk persediaan majlis perasmian pada waktu malam. Aktiviti bermula dengan solat maghrib dan isyak secara berjamaah, tazkirah ringkas serta solat hajat, memohon kepada Allah akan kelancaran sepanjang program.
Majlis perasmian dan penyerahan sumbangan berupa wang tunai kepada SRITI An-Nawawi disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmi Abidin. Beliau dalam ucapan perasmiannya telah menyebutkan bahawa ARC di negeri Sabah merupakan salah satu tulang belakang kepada kekuatan pemuda Islam yang telah banyak memberikan sumbangan dalam aspek dakwah dan pembentukan sahsiah kepada anak muda. 
Beliau menambah, walaupun begitu banyak program lain yang perlu dihadiri pada waktu tersebut, terpaksa dikorbankan demi kebersamaannya dengan program bersama ARC bermula pada malam tersebut sehingga konvoi selesai.
Seramai 46 orang ahli ARC menyertai konvoi ini dari pelbagai daerah, seperti Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Keningau, Papar, serta peserta dari ARC negeri Pahang dan ARC negeri Selangor.
Sebelum bertolak, semua peserta diberikan taklimat keselamatan oleh Ketua Unit Kembara ARC Sabah, Limo Lagonda berkenaan etika pemakaian dalam aspek keselamatan, tatacara peserta semasa berkonvoi, kawalan motosikal bagi mengelakkan kemalangan, isyarat tangan serta penyusunan marshall yang mengawal pergerakan peserta.
Sebanyak 40 buah motosikal pelbagai jenis dan 2 buah kereta mula bertolak pada jam 7 pagi, menuju ke PASTI As Sakinah Membakut untuk menyampaikan sumbangan sekaligus bersarapan di sana. Penyerahan sumbangan di PASTI As-Sakinah telah disempurnakan oleh Setiausaha ARC Malaysia, Ismail Ibrahim.
Perjalanan konvoi dari Membakut diteruskan sehingga ke Limbang dengan jarak kira-kira 200km melalui beberapa daerah seperti Beaufort, Sipitang, kemudian memasuki daerah Lawas di Sarawak, seterusnya melalui daerah kecil di negara Brunei Darussalam sebelum tiba di Limbang untuk berhenti solat, rehat dan makan tengahari.
Dari Limbang, perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Miri, Sarawak selepas melalui daerah Limbang serta beberapa kawasan di negara Brunei, sejauh kira-kira 180km sebelum tiba di tempat penginapan, iaitu PASTI Ar-Rayyan, Senadin di Miri. Pada malam itu, selepas menunaikan solat, semua peserta mengambil peluang untuk bertaaruf dalam keadaan santai sambil berehat.
Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh berjamaah dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhtar Suhaili yang juga merupakan AJK PAS Pusat yang berasal dan menetap di Miri Sarawak.
Beliau dalam tazkirah ringkasnya menegaskan beberapa perkara utama kepada para pemuda khususnya peserta konvoi tersebut agar menjadi seorang muslim yang berjuang untuk Islam walau dari profesion yang bukan berlatar belakang agama, kerana kewajipan untuk berjuang menegak dan mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam lebih-lebih lagi kepada para pemuda.
Selain itu, beliau menambah supaya ahli ARC menjadi duta Islam kepada masyarakat, samada di tempat kerja, bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Dalam hal tersebut, ahli ARC perlu menonjolkan qudwah yang baik, kerana usaha dakwah melalui perbuatan lebih berkesan berbanding dengan secara lisan, sekaligus membawa imej yang baik kepada Islam dan menjadi salah satu aspek masyarakat tertarik kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang semakin hari semakin diterima khususnya di Sabah dan Sarawak.
Selesai sarapan, konvoi diteruskan ke Bintulu untuk menyampaikan sumbangan kepada salah satu pusat pendidikan Islam di sana. Perjalanan dari Miri ke Bintulu adalah kira-kira sejauh 220km yang mengambil masa selama 4 jam kerana keadaan jalanraya yang tidak begitu baik. Selesai menyampaikan sumbangan dan solat, peserta konvoi berhenti rehat dan makan tengahari di Restoran Dapo Bonda, sebelum sesi fotografi dan bertolak balik ke Miri.
Hari terakhir program pada 19 Febuari adalah perjalanan pulang ke Sabah. Para peserta mengambil peluang untuk bersiar-siar di yang menarikh sekitra Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, iaitu di Jerudong Park, Istana Nurul Iman, Masjid Omar Ali Saifuddin serta Masjid Sultan Hassanal Bolkiah. Tepat jam 8.30 malam, semua peserta selamat tiba di pos imigresen Sarawak-Sabah di Sindumin Sipitang. Di sana, semua peserta berkumpul semula untuk sesi penutup sebelum bertolak balik ke destinasi masing-masing 
Maklumbalas daripada peserta konvoi ini, mereka sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini, khususnya peserta yang pertama kali menyertai program bersama ARC mendapat pengalaman baru, kerana kelainan yang diterapkan, iaitu aspek kerohanian yang tidak pernah dilalui dalam siri konvoi yang pernah disertai sebelum ini. -HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 22-2-2018 





































Umno-BN Menanam Persepsi, Memburukkan PAS

HULU TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan ‘persepsi’ sedikit demi sedikit untuk memastikan rakyat kembali semula menyokong mereka.

Sedangkan kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir. Haji Khairil Nizam Khairuddin, kerajaan BN yang dipimpin Umno pada hari ini telah banyak melaksanakan perkara yang menipu rakyat.

Antaranya, kata beliau, mereka mengatakan duit Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada rakyat adalah duit kerajaan.

Tetapi sebenarnya, kata beliau, wang tersebut adalah pusingan modal yang diambil daripada pendapatan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Namun menurutnya, cerita tentang kejayaan PAS memerintah negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.disembunyikan dari diketahui oleh rakyat.

“pada tahun 2009, Jabatan Audit Negara memberi pengiktirafan dua ratus lima peratus (205%) kepada industri pembalakan di Kedah sewaktu pemerintahan PAS negeri kedah.

“pendapatan sewaktu Umno-BN memerintah dalam lingkungan RM300 juta setiap tahun dan dizaman PAS memerintah meningkat 500 juta setiap tahun…..tambahan 200 juta,

“sewaktu PAS memerintah tTerengganu, Kedah dan setelah 27 tahun kita memerintah Kelantan ada tak laporan rasuah daripada SPRM kepada kerajaan negeri?’” soal beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam ceramah perdana penutup Karnival Dakwah 3.0, Sabtu, 17 Februari, disini.

Katanya, kejayaan PAS itu adalah kerana pertolongan dan keberkatan dari Allah kerana pemimpin yang diberikan amanah telah mekasanakannya dengan integriti.

Oleh itu, kata beliau, Umno akan terus memutarkan ‘cerita-cerita’ lama yang diulang-ulang, bagi menanamkan igauan dan persepsi dala pemikiran rakyat.

“Persepsi yang akan dibawa oleh kerajaan Umno BN mengulangi episode yang lama,

“kalau dahulunya pilihan raya Umum (PRU) ke 13 mereka mengatakan undi PAS sama dengan undi DAP,
“kita orang melayu di kampung takot bila bersama dengan DAP dikatakan PAS kuda tunggangan DAP dan ramai di kalangan orang melayu terpaksa mengundi Umno BN,”jelas beliau.

Akan tetapi, katanya, PAS sudah membuat persiapan dengan realiti dan hakikat ‘autentik’ melalui ‘Dokuman Hijau’ serta manifesto yang telah didedahkan kepada umum.

“pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti, PAS melalui ‘Dokumen Hijau’ mengambil pendekatan untuk memansuhkan kadar 6% GST dengan mengantikan sisitem percukaian yang baru,

“ada diantara mereka yang mengatakan data-data yang dibawa oleh PAS tidak betul dan (tapi) kalau sekiranya data (itu) tidak betul samanlah surat khabar yang mengeluarkan data tersebut,

“data yang kita (PAS) ambil adalah data yang benar dan tulen daripada surat khabar dan (hasil) kajian,” tegasnya.

Beliau menambah, pendapatan daripada GST akan mencapai tahap ‘optimum’ tahun ini iaitu yang tinggi sebanyak RM 42 bilion.

Justeru sebenarnya, kata beliau, angka itu boleh dicapai tanpa GST, bahkan tanpa mengebakan cukai yang baharu.

Ia adalah kerana katanya, rasuah dan ketirisan yang berlaku, sebagaimana yang dinyatakan oleh Laporan Ketua Audit Negara lebih daripada RM30 bilion setahun.

“wang rakyat hilang melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah sebanyak RM30 kepada 40 bilion setiap tahun,

“sekiranya kerajaan yang baru (akan datang) naik (menggantikan BN) nanti mengekalkan cukai lama tidak susah untuk mendapat RM20 bilion,

“kami akan mengantikan duit tersebut dengan ‘Good Governance’ (kerajaan) sifar rasuah tidak perlu GST atau pun cukai-cukai baru,”ujar beliau lagi.

Sumber BO - 21-2-2018










































































Hari Keluarga PASTI At-Takwa Meriah

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Hari keluarga Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) At Takwa Kampung Payang Kayu, Telemong, disambut meriah dengan kehadiran penduduk kampung dan keluarga warga PASTI tersebut.

Ketua Pemuda PAS DUN Telemong, Mohamad Yusuf Abdullah berkata, aktiviti riadah yang julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara jawatankuasa PASTI, penduduk kampung dan keluarga warga PASTI sekitar.

“Terima kasih kami ucapkan kepada PASTI Negeri kerana turun menyantuni masyarakat disini dan prihatin dengan perkembangan PASTI di dun ini,” ujarnya ketika dihubungi selepas program pada Isnin 19 Februari.

Program yang diadakan sempena lawatan Jawatankuasa Jabatan PASTI Negeri ke PASTI cawangan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong.

Ia turut diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka keluarga, jamuan petang dan cabutan bertuah.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman, Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Harun Isa dan Pengerusi Pasti Kawasan, Ustaz Irham Nori Abidin.

Sebelum itu PASTI Negeri memberi sedikit sumbangan bagi membaik pulih bangunan PASTI At-Takwa yang telah beroperasi selama 35 tahun.





































Sumber BO - 20-2-2018






































Kecam kehadiran delegasi entiti haram Israel

DEWAN Pemuda PAS Malaysia memandang serius kehadiran delegasi dari entiti haram Israel ke Malaysia semasa berlangsungnya World Urban Forum (WUF) di Kuala Lumpur pada 7-13 Februari 2018 yang lalu. Delegasi yang diketuai oleh Diplomat Israel David Roet, dianggotai sama oleh salah seorang bekas Menteri Israel, Ophir Pines-Paz dan professor dari Hebrew University of Jerusalem, Eran Razin. Mereka telah dibenarkan masuk oleh Kerajaan Malaysia dengan menggunakan pasport entiti haram Israel.
Berdasarkan laporan beberapa akhbar Israel, kehadiran Diplomat Israel ke Malaysia seperti ini merupakan yang pertama seumpamanya semenjak tahun 1965. Bahkan mereka berbangga dengan dakwaan betapa perkara ini menunjukkan kejayaan Israel dalam bidang diplomasi sehingga berjaya menembusi Malaysia, dan berpeluang bertemu dengan pegawai kanan kerajaan.
Sungguhpun jemputan terhadap delegasi tersebut bukanlah dibuat secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia, namun sebagai negara yang komited menyanggah kezaliman dan penjajahan rejim Israel dan menterjemahkan ketegasan sikap tidak membuat hubungan diplomasi dengan entiti haram tersebut, Malaysia sepatutnya lebih sensitif dalam perkara-perkara seumpama ini, dan tidak sewenang-wenangnya tunduk terhadap tekanan pihak-pihak tertentu termasuk PBB.
Kami menegaskan bahawa kesudian Malaysia menerima kehadiran delegasi berprofil tinggi dari entiti haram Israel tersebut adalah keputusan yang salah dan tidak sewajarnya berulang lagi. Lebih-lebih lagi dewasa ini Israel semakin rakus merampas dan membunuh harta dan jiwa rakyat Palestin selepas pengumuman Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel. Akibatnya peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang memperjuangkan keadilan sejagat bagi rakyat Palestin melawan penjajahan Israel, telah tercalar. Bahkan, ia boleh ditafsirkan sebagai permulaan hubungan Malaysia-Israel.
Justeru, kami mendesak kerajaan Malaysia agar mengakui kesilapan ini dan seterusnya mempertegas komitmen untuk menolak sebarang bentuk hubungan dengan entiti haram Israel. 
Dalam masa yang sama, Kerajaan Malaysia perlu membuktikan dengan langkah-langkah diplomatik yang lebih strategik dan praktikal dalam memperjuang hak dan pembebasan Baitulmaqdis dan Palestin sekali gus menterjemah Resolusi Persidangan Ulama Dunia Mengenai Baitulmaqdis yang turut mempertegas pendirian umat Islam di mana tidak sekali-kali mengiktiraf entiti haram Israel dalam apa jua keadaan.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 18/2/2018
Sumber HD - 18-2-2018 

Ustaz Khalil berbicara mengenai kaum Cina

SAYA dengan masyarakat Cina ini ada sejarah yang menariklah. Moyang saya dulu masa perang dunia yang kedua, masa itu ada dua orang warga Cina yang terdampar di pantai kampung saya kampung Rusila, jadi moyang saya pergi selamatkan mereka dan sembunyikan mereka di dalam hutan dekat dengan kampung Rusila itulah. Jadi masa itu tentera Jepun mari cari, jadi tak jumpalah bila moyang saya sembunyikan mereka berdua. Dan selepas daripada itu, moyang saya ambil mereka ini sebagai anak angkat. 
Untuk pengetahuan semua memang dalam keluarga saya ada bangsa Cina. Adik saya Yusuf, isterinya ialah bangsa Cina. PAS sangat terbuka dengan semua bangsa, kaum dan penganut ugama. Itu boleh lihat dan boleh saksikan dalam ceramah, dalam penulisan-penulisan daripada pimpinan PAS. Bahkan kita buktikan dalam pemerintahan yang dipimpin oleh PAS di Negeri Kelantan, di Negeri Terengganu, di Negeri Kedah satu ketika dulu, di Negeri Selangor sendiri. 
PAS adalah sebuah parti yang menjadi salah satu daripada tonggak dalam pembinaan negara kita ini selepas kita mencapai kemerdekaan. Dan kita menerima kepelbagaian kaum dan bangsa di atas semangat kemerdekaan yang kita capaikan itu. Antara mesej yang dibawa oleh PAS ialah:
أَسْلِمْ تَسْلَمْ
Terima Islam nescaya selamat
Mesej ini bukan bererti kita memaksa penganut bukan Islam untuk memeluk Islam, tidak. Tetapi mesej ini ialah kita bawa kepada penganut bukan Islam untuk menerima Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Saya membayang dan mengimpikan jika sekiranya Malaysia ini diberikan peluang kepada PAS untuk mentadbir dan mengurusnya ialah sebuah Malaysia yang sejahtera berasaskan kepada konsep Islam yang diperjuangkan oleh PAS. 
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengucapkan kepada saudara-saudara, rakan-rakan bangsa Cina di dalam negara kita ini Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 

SRITI dan PASTI didedah latihan kebakaran

PUCHONG: SRITI Bestari telah mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang yang telah diadakan di premis pendidikan itu, di sini kelmarin.
Latihan melibatkan 224 pelajar SRITI Bestari dan PASTI Luqman Hakim bersama para guru dan staf mereka itu dalam usaha meningkatkan kesediaan menghadapi situasi kebakaran.
Ia sekali gus memberi kesedaran bahawa kemungkinan dan risiko kecederaan, kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda dapat dielak dan ditangani dengan peranan semua pihak.
Dalam modul latihan tersebut, dua pelajar 'cedera' setelah terperangkap, bagaimanapun kecekapan bomba dengan kekuatan anggota dan jentera pemadam api serta ambulan telah berjaya 'menyelamatkan' mereka.
Pada demonstrasi diadakan, pihak bomba turut mendedahkan peserta dengan langkah-langkah keselamatan dan penggunaan alat pemadam api jenis serbuk kering.
Menghargai ilmu diberikan pihak bomba itu, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bestari telah menyampaikam sijil penghargaan dan cenderamata serta sumbangan kepada Tabung Kebajikan Anggota Bomba Serdang. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
















































































Sumber HD - 11-2-2018









































Pelajar SRITI sertai Tahfiz Muda Astro

TAHFIZ Muda 2017 merupakan sebuah program realiti yang menguji dan mencungkil kemahiran kanak-kanak terhadap kebolehan mereka dalam menghafaz kitab suci al-Quran. 
Hampir 400 peserta dari Malaysia dan Indonesia hadir sesi ujibakat yang di adakan di Kuala Lumpur pada September dan Oktober 2017. 
Seramai 12 finalis peserta yang berjaya menyertai program tersebut selepas sesi temu duga dijalankan, dua darinya merupakan pelajar Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) daerah Bangi, Selangor dan daerah Semporna, Sabah. 
Pelajar tersebut ialah Tahfiz Muda Ahmad Fawwaz Ahmad Farhan (12 tahun) dan Tahfiz Muda Arif Nur Aiman Ahdin (12 tahun). 
Program Tahfiz muda yang dianjurkan oleh siaran rancangan Astro Oasis ini telah dijuarai oleh Tahfiz Muda Muhammad Mikail. Penglibatan Tahfiz Muda Fawwaz ke program tersebut adalah sejajar dengan motto SRITI iaitu melahirkan generasi al-Quran. 
SRITI Bangi telah mewujudkan Jabatan Bakat di sekolah tersebut dengan harapan dapat mencungkil bakat anak-anak dan menggilapnya lebih mahir dalam bidang yang diminati mereka sehingga mampu bersaing di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa. 
Bakat kesenian yang disertai Tahfiz Muda Fawwaz ialah bakat kesenian taranum. Ustazah Nur Ruzanah Natiah telah diamanahkan menjadi jurulatih bakat tersebut kepada murid-murid taranum di sekolah tersebut dan berpengalaman dalam ilmu taranum sehingga pernah dinobatkan sebagai Naib Johan Qariah Tilawah al-Quran 2017 peringkat antarabangsa. 
Pendedahan ilmu secara praktikal sebegini, mampu membina kreativiti dan inovasi murid-murid SRITI Bangi agar sentiasa mencari peluang untuk mengasah dan memantapkan bakat murid dalam bidang kokurikulum sekolah. 
SRITI berhasrat membina generasi belia berpandukan al-Quran dan hadis yang mencakupi elemen mental, rohani dan jasmani dengan matlamat dapat melahirkan insan yang cemerlang dalam menghayati cara hidup Islam yang sempurna melalui satu sistem persekolahan yang bersepadu antara akademik dan agama.
Kini bilangan murid SRITI Bangi dicatatkan meningkat kepada 655 orang murid yang mengikuti pembelajaran di sana yang mula ditubuhkan pada tahun 2010. - HARAKAHDAILY 8/2/2018

Sumber HD - 8-2-2018 




















































































Jihad pendidikan lahirkan PASTI sulung di Tambunan

KENINGAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan institusi pendidikan Islam pra-sekolah sulung diwujudkan oleh PAS Kawasan Keningau di Tambunan. 
Memulakan operasi awal Januari tahun ini dengan 16 pelajar, PASTI Nurul Iman menjadi bukti dambaan masyarakat untuk memiliki institusi yang melaksanakan pendidikan awal Islam. 
Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Abdul Hisham Othman berkata, PASTI tidak berorientasikan keuntungan, tetapi berusaha menerapkan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam. 
"Agar mereka boleh mempelajari, memahami serta mengamali Islam dari peringkat usia kecil hingga memasuki sekolah rendah kelak. 
"Saya berharap penubuhannya dapat mendekatkan PAS dengan masyarakat Tambunan seterusnya melebarkan usaha dakwah di sana. 
"Hingga pada akhirnya mereka akan memahami Islam sebenar serta boleh menjadi penyokong dan pendukung Islam dibawa PAS," ujarnya. 
PASTI Nurul Iman merupakan premis keempat di bawah seliaan PAS Keningau yang lahir dari semarak jihad pendidikan Islam di negeri di Bawah Bayu itu. 
Menyedari peranan besarnya pada masyarakat, pihak PAS telah mengadakan gotong-royong kebersihan serta keceriaannya yang telah diadakan kelmarin.-HARAKAHDAILY 5/2/2018
Sumber HD - 5-1-2018 











































PAS berpegang dengan prinsip Islam












































(Teks transkrip dan suntingan dari ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Perasmian Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan, 30 Januari 2018 di Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Dakwah PAS
Dalam demokrasi ini, dia ada falsafahnya dan dia ada sistemnya. Falsafah demokrasi sesat, sama sesat dengan Ayah Pin, sebab apa? Sebab falsafah demokrasi ini menyebut kuasa yang paling .....dia daripada Barat. Islam mendahului Barat. Di zaman para sahabat dulu, para Sahabat (R.A) memilih orang-orang untuk menggantikan selepas wafatnya Nabi S.A.W selepas meninggalnya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan juga Saidina Uthman R.A.

Kita akan ..... dia kata tak apa, kepala lain-lain. Kita PAS adalah sebuah parti Islam antara kerja parti Islam ini ialah berdakwah. Kita nak dakwah Islam ini kepada semua pihak, termasuklah kepada Presiden Umno. Tok Guru Presiden PAS berjumpa dengan Presiden Umno, kita nak dakwah dia, ajak dia kepada Islam. .... Dan kembali kepada jalan Allah S.W.T.
Kemudian ada pula orang kata, dah dulu pasal apa PAS ini tak boleh pergi mari dengan Umno? Hari ini boleh pergi mari pula? Dulu cerita lain, sekarang cerita lain. Dulu pertembungan antara PAS dan Umno ... Di kalangan pemimpin dan orang-orang Umno sudah ramai yang boleh menerima perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dah kalau begitu, kenapa PAS tak bubar masuk Umno saja, dah Umno nak kepada Islam dah? Bubar buat apa sebab PAS ini parti Islam dah, Umno yang sepatutnya mari kepada PAS.....

Tidak memusuhi individu
Lalu, PAS jatuh pada tahun 2004, bukan kerana rakyat tidak sokong, tapi kerana penipuan, kerana salah guna kuasa, rasuah, ugut, dan lain-lain lagi. Ini politik yang tidak matang diamalkan oleh Umno. Maka suasana ini kita perlu ubah. Umno jangan ingat..... kita tidak mahu kita hanya maju dari sudut infrastruktur, bangunan hebat, jalan raya hebat, dan lain-lain lagi, benda-benda kebendaan, fizikal, tapi dari sudut politik kita tidak maju. Kita sama dengan negara Afrika. Sebahagiannya seperti negara Zimbabwe. Rasuah politiknya, salah guna kuasanya dan lain-lain lagi.

Sumber HD - 2-2-2018

PAS berpegang dengan prinsip Islam

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyebut:
Jadi kita lihat dengan masalah-masalah yang berlaku dalam parti-parti politik ini, rakyat dapat menilai PAS adalah parti yang konsisten di saat musuh-musuh PAS kata habis dah PAS, PAS akan berkubur, orang akan tolak PAS, orang tak akan sokong PAS.
Alhamdulillah, tahun lepas sahaja, tahun lepas sahaja seramai 40 ribu orang hat isi borang. Jadi orang nak kata apa? Menunjukkan bahawa rakyat, mereka yakin dengan apa yang dibawa oleh PAS. Kita bukan cakap kosong. Bila kita kata kita nak bawa negara kita ini ke arah yang lebih baik, kita ambil contoh Negeri Kelantan hat kita perintah, boleh buat perbandingan dengan negeri yang diperintah oleh Umno dan dengan negeri yang diperintah oleh DAP dan juga PKR.
Di Kelantan, jadi juara baru ini, Laporan Audit Negara menyebut Kelantan negeri terbaik mengurus kewangan, dapat markah 99.9 peratus, lebih baik daripada negeri-negeri diperintah oleh Umno, DAP dan juga PKR. Kita tak nafi di sana ada kelemahan-kelemahan ini, tetapi kalau kita compare dengan negeri diperintah oleh Umno, DAP dan PKR, negeri yang diperintah oleh PAS Negeri Kelantan adalah terbaik. Menunjukkan bahawa inilah dia model, inilah dia model kalau rakyat beri mandat kepada PAS untuk memerintah negeri-negeri lain termasuk Negeri Terengganu, termasuklah kerajaan pusat sekalipun.
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Perasmian Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan, 30 Januari 2018 di Markas UPU Merchang Dun Pengkalan Berangan yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD- 2-2-2018 



























































































Boikot PRU hanya kekalkan BN terus memerintah

DEWAN PEMUDA PAS Malaysia menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa kempen boikot pilihan raya bercanggah dengan Islam.
Ada beberapa situasi boikot ini yang perlu dilihat.
1. Pengundi boikot Pilihan Raya Umum (PRU)
2. Pengundi boikot Pilihan Raya Kecil (PRK)
3. Parti-parti bertanding boikot PRU
4. Parti-parti bertanding boikot PRK
Tindakan pengundi atau parti-parti bertanding memboikot PRK tidak memberikan impak dari segi perubahan kepada organisasi kerajaan, tetapi ianya memberikan satu signal kepada Kerajaan yang memerintah mengenai bantahan awam.
Manakala tindakan pengundi atau parti-parti bertanding memboikot PRU pula sememangnya memberikan signal kepada kerajaan mengenai bantahan awam. Tetapi mudaratnya lebih besar kerana membiarkan parti yang memerintah menang tanpa bertanding jika tiada parti yang lain yang masuk bertanding. Parti yang memerintah juga boleh kekal memerintah jika pengundi memboikot pilihan raya kerana parti pembangkang yang bertanding tidak cukup undi untuk menewaskan parti yang memerintah.
Situasi PRU dan PRK adalah berbeza kerana PRU adalah peluang untuk kita tukar kerajaan manakala PRK hanyalah peluang menukar seorang wakil rakyat sahaja.
Mereka-mereka yang begitu teruja berkempen untuk meminta pengundi memboikot PRU-14 harus melihat lebih jauh supaya mereka tidak mengadaikan negara ini dengan mengekalkan BN melainkan mereka adalah ejen-ejen yang dibayar oleh BN untuk memujuk pengundi Pembangkang tidak keluar mengundi.
Malah ada yang lebih teruk lagi mengerakkan kempen untuk membuat undi rosak. Ini juga satu penganiayaan dan kerugian kepada diri pengundi dan dana awam yang digunakan untuk melaksanakan pilihan raya. Pengundi yang hadir semata-mata untuk membuat undi rosak membazirkan masa dan tenaga mereka kerana perlu datang ke tempat pembuangan undi dan berbaris hanya untuk membuat undi rosak.
Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Abd Malek Husin dalam tulisannya berkongsi sejarah pemboikotan pilihanraya oleh pengundi di beberapa negara Afrika seperti berikut:
Ghana (1992): hanya 28.1 peratus keluar mengundi
Zambia (1996): hanya 58.4 peratus keluar mengundi
Mali (1997): hanya 21.6 peratus keluar mengundi
Gambia (2002): hanya 56.4 peratus keluar mengundi
Para pemboikot pilihan raya di Afrika ini adalah mereka yang membenci parti pemerintah, namun tindakan memboikot mereka itu akhirnya hanya mengekalkan parti yang memerintah kerana parti pembangkang kalah teruk disebabkan undi sedikit.
Peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi sebenarnya memberikan bantuan kepada parti pembangkang untuk lebih berjaya menguasai lebih banyak kerusi di Parlimen. Malek Husin juga berkongsi Sejarah PRU di Malaysia dari tahun 1959 hingga 2013 yang menunjukkan undi kepada BN merosot bila peratusan keluar mengundi meningkat:
1959Keluar mengundi 71.85 peratus; undi Perikatan 51.77 peratus
1969Keluar mengundi 73.39 peratus; undi Perikatan 49.89 peratus
2008Keluar mengundi 74.72 peratus; undi BN 51.39 peratus
2013Keluar mengundi 84.84 peratus; undi BN 47.38 peratus
Mereka-mereka yang berkempen memboikot pilihan raya juga ada yang memainkan sentimen agar pengundi memboikot pilihan raya bukan sahaja kerana membenci BN, tapi kerana mereka juga tidak suka melihat Pembangkang menggantikan BN.
Blok pembangkang kini adalah dua kumpulan, satu Gagasan Sejahtera dan satu lagi Pakatan Harapan. Pengundi sebenarnya mempunyai pilihan lain selain BN dan sewajarnya kempen boikot pilihan raya, khususnya kalangan anak muda tidak berlaku.
Kempen boikot PRU-14 di Malaysia ini banyak terpengaruh dengan agenda Golongan Putih (Golput) di Indonesia yang telah wujud sejak 1971. Golput di Indonesia adalah kumpulan haluan kiri yang masih aktif mengadakan kempen "BoikotPRU".
Namun hingga ke hari ini kempen-kempen Golput gagal kerana mereka tidak menyelesaikan masalah pengundi di Indonesia yang mahukan perubahan. Empat Presiden Indonesia berjaya 'digulingkan' tapi bukan melalui pemboikotan pilihan raya oleh pengundi.
1966: Sukarno dipaksa meletak jawatan tanpa pertumpahan darah oleh tentera Indonesia.
1998Soeharto dipaksa meletak jawatan selepas rakyat Indonesia mengadakan demontrasi besar-besar sehingga menawan Parlimen Negara itu.
1999BJ Habibie pula disingkirkan melalui Undian tidak percaya oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR)
2001Abdurrahman Wahid juga disingkirkan oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR)
Pilihan Raya Indonesia pada 2004 membuktikan bahawa pilihan raya juga adalah satu cara terbaik menyingkirkan pemimpin penuh skandal, Megawati Sukarnoputri yang akhirnya dapat ditewaskan oleh Susilo Bambang Yudhoyono.
Pemuda PAS mengajak rakyat untuk membuat perubahan bukan dengan menyertai kempen boikot PRU-14 yang meniru cara kumpulan Golput yang gagal mencipta perubahan. Lakukanlah perubahan itu dengan turun mengundi beramai-ramai.
PAS sedar bahawa rakyat kini muak dengan politik janji-janji palsu BN serta politik fitnah dan temberang PH. Namun rakyat punyai pilihan ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai PAS yang mempunyai rekod bersih dalam melahirkan wakil-wakil rakyat yang amanah serta bebas rasuah.
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
1 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 1/2/2018
Sumber HD- 1-2-2018 














































Mahu Lihat Pasti Kekal Cemerlang

Oleh KAM
KUALA NERUS – Pihak pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Qariah Tok Jiring yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, berazam mahu mengekalkan kecemerlangannya.

Ketua Bahagian Pembangunannya, Alias Bakar berkata Pasti Tok Jiring ini pernah menerima Anugerah Pasti Cemerlang di peringkat Kuala Nerus.

Justeru, kata beliau prestasi cemerlang itu mesti dikekalkan bukan sahaja dari segi pembelajaran kanak-kanak Pasti juga pengurusannya.

“Saya bagi pihak Pasti (Tok Jiring) ini amat berterima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati membantu Pendidikan Islam Pra-sekolah Pasti.

“Ada orang wakaf tanah mereka RM100,000 untuk Pasti, Aset Pasti kita hari ini bangunan dan tanahnya yang ada sekarang dalam RM270,000 dan bangunan yang sedang dalam pembinaan itu, dalam RM50,000 lagi.

“Pasti Qariah Tok Jiring ini pernah dianugerahkan Pasti Cemerlang Peringkat Kuala Nerus dan ini (kejayaan) mesti dikekalkan,” ujarnya selepas menerima sumbangan untuk Pasti Tok Jiring, hari ini.

Seorang penderma, Puan Saripah Mohd, 50, dari Kampung Tuan Mandak turut merayu kepada orang ramai menyumbang bagi pembangunan Pasti.

Katanya, anak-anak Pasti memerlukan suasana pembelajaran yang selesa termasuk kemudahan yang disediakan.
“Kita (ibubapa) mahukan anak yang cemerlang tetapi jika anak-anak Pasti belajar dalam keadaan yang dhaif dan tidak selesa, itu yang mengganggunya.

“Marilah sama-sama kita membantu pusat pengajian pra-sekolah Pasti ini di mana sahaja, kerana Pasti tidak mendapat bantuan dari pemerintah,” ujarnya.

Pelajar Pasti Qariah Tok Jiring kini mempunyai pelajarnya seramai 165 orang berusia empat, lima dan enam tahun.
satu blok bangunan baharu Pasti itu sedang dalam pembinaan untuk kelas pembelajaran dan kos dianggarkan dalam lingkungan RM50,000.

Sumber BO - 24-1-2018

Meletakkan Islam dalam agenda politik

بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا
قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ
"Dan sesiapa yang membelakangkan peringatan-Ku (iaitu Al-Quranul Karim, yang terkandung di dalamnya hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah untuk mengatur dan mengurus kehidupan manusia di atas dunia ini) maka baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan bangkitkan dia di Hari Akhirat kelak dalam keadaan buta. Lalu dia berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku dahulu melihat, kenapa pada hari ini aku buta?" Lalu Allah S.W.T berfirman kepada dia, "Begitulah ketika datangnya kepada kamu Ayat-ayat Kami, semasa kamu hidup di atas dunia dulu, kamu lupakannya. Maka pada hari ini kamu juga dilupakan"."
(Taha: 124-126) 
Ceramah dan ucapan yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah sebelum daripada saya, mengulas banyak isu-isu semasa yang berlaku khususnya di Negeri Terengganu ini. Bermacam-macam masalah yang dilakukan oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memerintah negeri Terengganu dengan berbagai-bagai pendedahan-pendedahan yang sentiasa didedahkan oleh banyak pihak. Termasuklah daripada pihak yang berada di bawah kerajaan sendiri seperti Laporan Audit Negara, dan juga daripada pihak-pihak yang tidak puas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional ini di Terengganu ini.
Yang membazirkan duit rakyat, berlakunya bermacam-macam penyelewengan, salah guna kuasa, ketirisan, sehingga negeri Terengganu yang kaya ini sepatutnya menjadi sebuah negeri yang memberikan kemakmuran kepada rakyat. Tetapi sampai hari ini negeri Terengganu masih lagi digelar negeri kaya rakyat miskin. 
Begitulah juga segala masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita. Hutang negara makin meningkat, budaya rasuah, salah guna kuasa masih lagi berleluasa. Pembaziran, ketirisan, projek-projek yang melibatkan Felda, yang melibatkan FGV, begitu juga berbagai-bagai kemelut ekonomi yang berlaku sebelum daripada ini yang masih lagi berpanjangan, tidak diselesaikan. Isu Perwaja di negeri Terengganu yang sampai hari ini tidak diselesaikan lagi hutangnya. 
Isu yang berkait dengan berbagai-bagai masalah-masalah yang menyebabkan negara kita pada hari ini berdepan dengan suasana yang menyusah dan menyempitkan kehidupan rakyat. Apabila Kerajaan Umno-Barisan Nasional membuat satu dasar dan polisi mengenakan cukai kepada rakyat dengan alasan negara kita berada dalam keadaan terdesak dengan kemelut ekonomi antarabangsa yang berlaku, dengan harga minyak yang turun, dengan pelabur-pelabur yang berdepan dengan berbagai-bagai masalah.
Lalu rakyat dikenakan cukai. Maka berlakulah kesempitan hidup, berlakulah kenaikan harga barang, berlakulah kos sara hidup yang makin tinggi. Di samping kita melihat masalah-masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat makin hari makin membimbangkan kita. Jenayah-jenayah bunuh, rompak, pecah rumah, ragut, dadah dan segala. Macam perkara-perkara yang memabukkan, yang meruntuhkan akhlak remaja dan anak muda kita, kesemuanya ini puncanya ialah apa yang disebut oleh Allah dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Allah Taala telah sebut, bahawa sesiapa yang membelakangkan peringatan-Ku iaitu Al-Quran, Al-Quran ini Allah Taala turunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja satu kitab untuk dibaca, tidak orang PAS baca Quran, orang Umno pun baca Quran, alhamdulillah. Tapi Al-Quran ini Allah Taala turunkan untuk kita amalkan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya. Bukan sahaja hukum-hakam berkait dengan ibadah, sembahyang, puasa, zakat, haji termasuklah hukum-hakam yang berkait dengan politik, hukum-hakam yang berkait dengan ekonomi, hukum-hakam yang berkait dengan perundangan, Hudud, Qisas, dan lain-lain lagi, Allah Taala yang suruh kita laksana semua dalam kehidupan kita. 
Dalam Quran Allah Taala cerita pasal politik. Tapi kita hat baca Quran ini duduk ingat Al-Quran ini hanya sekadar cerita bab sembahyang, bab puasa, bab zakat, bab haji, Al-Quran (juga) cerita pasal politik. Ada satu ayat yang Allah Taala sebut dalam surah al-Hajj, surah Haji, Surah berkait dengan ibadah Haji, tapi Allah Taala sebut tentang politik. Firman Allah:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
"Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka pemerintahan di atas muka bumi ini, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran."
(al-Hajj: 41) 
Ayat ini ayat yang berkait dengan politik. Allah Taala sebut dalam surah yang berkait dengan ibadah. Kalau Allah Taala nak ajar kita umat Islam, Quran ini Allah Taala turun bukan sahaja untuk ajar manusia tentang ibadah, tapi juga tentang politik. Tapi hari ini kita melihat sebahagian daripada umat Islam menganggap agenda politik ini adalah agenda yang tak penting. Ikutlah siapa dia nak memerintah pun, hukum-hakam Allah dilaksanakan ataupun tidak dilaksana, ikutlah. Ini sangat bahaya.
Oleh kerana itulah Parti Islam Se-Malaysia PAS bukan sahaja sebuah parti politik yang masuk pilihan raya, tapi PAS adalah merupakan sebuah Gerakan Islam. Kita masuk pilihan raya kita nak kuasa. Kerana apa kita nak kuasa? Kerana kita nak menegakkan hukum-hakam Allah yang Allah Taala perintah. 
Sebab itulah masa PAS memerintah sepenggal negeri Terengganu dulu, benda pertama yang kita buat ialah kita lulus di dalam sidang Dewan Undangan Negeri, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Hat itu yang pertama yang dibuat oleh Kerajaan PAS masa memerintah Terengganu tahun 1999 dulu. Dan kita berjanji kepada rakyat, kalau kita diberikan mandat kembali dalam PRU yang akan datang, kita akan meneruskan agenda untuk memastikan hukum-hakam Allah, hukum-hakam Al-Quran, hukum-hakam yang dilaksanakan oleh Nabi S.A.W ditegakkan di negeri Terengganu kita ini kerana kita nak ajar kepada rakyat bahawa Quran ini bukan sahaja ajar kita tentang ibadah, Quran ini juga ajar kita tentang politik. Itu satu ayat yang kita sebut. Di sana banyak lagi ayat-ayat lain. 
Bagi Allah Taala cerita dalam Quran kisah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.M.S kita gak bila baca Quran, kita baca, kita dengar kisah Nabi-nabi dan Rasul-rasul memang sedap, contohnya kisah Nabi Musa, Nabi Musa ini seorang Nabi yang gagah. Orang Melayu kita selalu sebut, gagah ini gagah  Musa. Hat Nabi Musa ini seorang Nabi yang gagah. Allah Taala cerita dalam Quran, disebut dalam Hadis-hadis, paling banyak kisah Nabi Musa ini, dia tampar orang sekali tampar, mati. Ini hebat tak hebat Nabi Musa.
Ada disebut dalam kisah Israiliyyat, barangkali betul, barangkali tak betul. Bila malaikat maut mari nak cabut nyawa Nabi Musa, Nabi Musa tampar malaikat maut. Tapi kita tak sedar, dalam kisah Nabi Musa ini juga, ada perkara-perkara yang berkait dengan politik. Nabi Musa pergi berjumpa dengan Firaun. Adakah Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun jumpa saja-saja, dia minum teh dengan Firaun? Tidak. 
Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun, Nabi Musa tegur Firaun, nasihat Firaun. Mu memerintah ini tak betul, mu memerintah ini tak kena, kamu mestilah mentauhidkan Allah, jangan berlaku zalim, jangan menindas Bani Israel. Itu kisah Nabi Musa.
Kalau tengok kisah Nabi-nabi dan Rasul-rasul lain, begitulah juga. Bagimana di sana Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang Allah Taala cerita dalam Quran, memerintah jadi ketua negara, Nabi Daud memerintah jadi ketua negara, diteruskan oleh anaknya Nabi Sulaiman, memerintah jadi ketua negara. Nabi Yusuf A.S jadi Menteri Kewangan, mengurus ekonomi negara Mesir. Dan sudah tentulah Nabi kita Muhammad S.A.W berhijrah daripada Makkah ke Madinah, padahal kalau kita kira baik duduk Makkah je, kerana apa? Di Makkah ada Masjidil Haram, ada Kaabah. 
Nabi boleh sembahyang di Masjidil Haram tiap-tiap hari, boleh buat umrah tiap-tiap hari, boleh buat haji tiap-tiap tahun, tapi Nabi berhijrah daripada Makkah pergi ke Madinah kerana apa? Kerana politik. Nabi pergi ke Madinah kerana penduduk Madinah mengizinkan kepada Nabi untuk mendirikan Kerajaan Islam. 
Bila didirikan Kerajaan Islam, Nabi boleh menegakkan, melaksanakan hukum-hakam Allah yang Allah Taala suruh. Maka turunlah ayat-ayat yang berkait dengan hukum-hakam jenayah, Hudud dan Qisas. Turunlah ayat-ayat yang berkait dengan macam mana nak bermuamalah dengan orang bukan Islam. Turunlah ayat-ayat yang berkait dengan perang, turunlah ayat-ayat yang berkait dengan bermacam-macam lagi urusan pemerintahan negara, politik. 
Apa yang kita sebut dan kita nak ghoyak pentingnya agenda politik yang kita umat Islam kena faham. Yang hari ini malangnya sebahagian daripada umat Islam meminggirkan agenda politik, ikutlah siapa dia nak memerintah asalkan boleh makan, boleh minum, kerja, boleh gaji tiap-tiap bulan sudah. Sama ada orang nak memerintah ini, nak memerintah ikut hukum Allah ataupun nak memerintah tak nak ikut hukum Allah, ikutlah. Jangan. 
Kita mestilah letak dalam diri kita agenda politik adalah salah satu agenda yang penting. Sama penting dengan sembahyang kita, sama penting dengan zakat kita, sama penting dengan puasa kita, sama penting dengan haji kita. Kalaulah agenda politik ini agenda yang tak penting, tak akanlah Nabi tinggalkan Makkah pergi ke Madinah? Tak akanlah para Sahabat Nabi, bila wafatnya Nabi S.A.W, mereka terus bermesyuarat tak hadir ke majlis pengebumian Nabi? Bermesyuarat nak lantik siapa dia yang akan gantikan Nabi S.A.W untuk memerintah negara, kerana kepentingan agenda politik. 
Ayat-ayat yang saya bacakan tadi adalah satu peringatan kepada kita bersama, untuk kita kembali kepada Allah. Segala macam masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita ini, rasuahnya, salah guna kuasanya, budaya kronismanya, ketirisannya, jenayah yang berlaku begitu banyak, keruntuhan akhlak dan moralnya kerana apa? Kerana kita membelakangkan hukum-hakam Allah.
Hat memerintah hari ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional, hat pusat Kerajaan Pusat, hat negeri Terengganu jaga negeri Terengganu, tidak meletakkan agenda Islam dalam pemerintahan. Maknanya memerintah ikut dan, tak ada perkiraan dosa pahala. Yang ada dalam diri hanya untuk memenuhkan hawa nafsu. Sebab itulah beza, beza dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Kita tak nafi di sana ada kelemahan-kelemahan, kalau manusia ini ada kelemahan, tapi kalau kita buat perbandingan, negeri Kelantan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, jauh lebih baik negeri Kelantan. 
Kerana apa? Kerana negeri Kelantan, kita PAS memerintah, kita menegakkan agenda Islam, memerintah daripada zaman Tok Guru dulu, diteruskan oleh Menteri Besar hari ini Yang Amat Berhormat Ustaz Ahmad Yakob, bila memerintah ada perkiraan dosa pahala.
Duit hat keluar masuk ini duit rakyat, ada tanggungjawab, ada amanah. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita hari ini tak ada perkiraan dosa pahala. Kalau kita kira negara kita ini, yang mempunyai hasil mahsul yang boleh di...., tak perlu lagi kerajaan untuk kutip cukai. Hari ini heboh pasal cukai GST, semua orang duduk bunyi, orang berniaga bunyi, orang kampung bunyi, orang bandar bunyi, kerana ini cukai yang membebankan rakyat, semua rakyat kena cukai. 
Pagi tadi ada wartawan hantar mesej kepada saya, dia suruh saya beri komen, dia kata Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memberikan satu ucapan kelmarin kalau tak silap kepada pesara polis di bangunan PWTC. Perdana Menteri sebut, cuba tengok rakyat Arab Saudi, walaupun negara Arab Saudi kenakan cukai kepada rakyatnya menaikkan harga petroleum, tapi rakyat Arab Saudi tak marah, rakyat Malaysia ini sepatutnya ikut rakyat Arab Saudi. Kalau kita nak buat perbandingan pun, kena buat perbandingan yang adil. Negara Arab Saudi, betul dia kenakan cukai ke atas rakyat dia, hanya 5 peratus, kita GST 6 peratus.
Di negara Arab Saudi, lebuh raya tak ada tol. Kalau kita pergi Makkah, pergi Madinah, daripada Makkah nak pergi ke Madinah, daripada Madinah nak pergi ke Makkah, ada tol tak? Tak ada tol, tak ada tol. Kita (di Malaysia) naik atas lebuh raya, baham tol selalu.
Hat duduk di Kuala Lumpur, pergi jalan sikit tol, jalan sikit tol, jalan sikit tol. Kita nak pergi Kuala Lumpur daripada negeri Terengganu ini sampai ke Kuala Lumpur itu, bayar tol kos dia nak sama tinggi dengan harga minyak. Negara Arab Saudi tak ada tol. Pendidikan di negara Arab Saudi free. Kita nak belajar kena hutang PTPTN. Itu beberapa contoh. 
Kerana cukai GST ini adalah satu dasar yang menindas rakyat. Sebab itu kita PAS kita tidak bersetuju. Sepatutnya kerajaan memulihkan ekonomi dalam negara kita ini dengan menggunakan manfaat hasil mahsul dengan sebaik mungkin, bukannya dengan mengenakan cukai ke atas rakyat, kerana GST ini semua rakyat kena, orang bandar, orang luar bandar, orang kampung, orang fakir orang miskin, orang kaya, semua kena cukai. Ini zalim. 
Sedangkan hasil mahsul negara kita banyak, hasil petroleum, hasil hutan, bijih-bijih galian, hasil pertanian, kelapa sawit, getah, tapi kerana tangan yang mengurus adalah tangan yang tidak telus, tangan yang tidak amanah, tangan yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan kita sebut, Laporan Audit Negara tiap-tiap tahun menegaskan bagaimana berlakunya ketirisan. Macam mana tak berlaku ketirisan? Projek hat sepatutnya (RM)10 juta, claim (RM)100 juta. Projek hat sepatutnya (RM)5 juta, claim (RM)20 juta.
Contohnya beberapa tahun lepas, bagaimana didedahkan dalam Laporan Audit Negara, Jabatan Penerangan claim jam dinding 300 ringgit harga jam dinding. Hat harga letak sampai setinggi itu, bukan satu, berapa puluh, berapa ratus jam dinding di seluruh negara? Ini ketirisan duit rakyat yang berlaku. Lalu bila kerajaan kata tak ada duit, terpaksa kutip cukai daripada rakyat, buat GST. Ini zalim, kita PAS kita tentang. 
Ada satu kisah berlaku dalam sejarah Islam, bila tentera Tartar menyerang Kota Baghdad, membunuh ulama, membakar masjid, menghumban kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama dalam sungai, sehingga air sungai bertukar menjadi hitam. Lalu tentera Tartar nak pergi serang pula Mesir, Sultan yang memerintah di Mesir pada ketika itu ialah Sultan Zahir Baybars. Lalu dia mengerahkan umat Islam untuk bangkit bagi menentang tentera Tartar. 
Tapi masalahnya duit negara tak cukup. Lalu dia mengeluarkan arahan untuk kutip cukai daripada rakyat kerana nak tampung tentera beli senjata, beli baju besi macam-macam. Maka untuk mengharuskan arahannya, dia pun panggil ulama untuk beri fatwa, ulama beri fatwa boleh ambil cukai daripada rakyat. Tapi seorang ulama bangkit iaitu Sultanul Ulama Al-Izzuddin Bin Abdul Salam dengan tegas beliau mengatakan bahawa haram sama sekali kalau kutip cukai daripada rakyat, sedangkan kamu kaya-raya, Menteri-Menteri kamu kaya-raya, barang-barang dalam istana kamu, kamu, kamu jual yang itu dulu, barang-barang dalam istana-istana, menteri-menteri kamu, kamu jual yang itu dulu. Kalau tak cukup, barulah boleh ambil cukai daripada rakyat. 
Ini tidak, apa yang berlaku dalam negara kita, pimpinan Kerajaan Umno-Barisan Nasional kaya-raya. Dia nak tahu kaya tak kaya ini bila berlawan dengan Umno, baru tahu. Tengok apa yang berlaku di Sabah Shafie Apdal. Dia lawan, dia canggah dia, dedah selalu. Berapa guni pitih? SPRM serbu di Sabah. Itu baru seorang, tak tambah lagi Menteri-Menteri lain, yang terdedah. Yang tak terdedah, tak tahulah banyak mana. Jadi apa yang berlaku dalam negara kita, Kerajaan Umno-Barisan Nasional mendahulukan rakyat dulu kutip cukai. Ini betul "Rakyat Didahulukan" rakyat kena katok dulu, rakyat kena hisap darah dulu. 
Sepatutnya sebelum kutip cukai daripada rakyat ini, kena ambil dulu kekayaan-kekayaan yang dimiliki oleh negara yang dibelanjakan dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah, diambil yang itu dulu, dijual. Kalau ..... boleh jual. Kalau tak cukup juga, baru boleh fikir cara yang berikutnya. Ini tidak, rakyat didahulukan dulu, rakyat kena dulu. Kita pula tak mahu sedar-sedar. Jadi benda-benda begini, kita kena beringat. Sebab itulah Allah Taala beri amaran dalam ayat yang saya bacakan tadi, dalam kita membicarakan soal masalah ekonomi, soal pelaburan, soal macam-macam, kita sebagai orang Islam, tak kira orang PAS orang Umno, kita baca Quran, rujuk Quran, Allah Taala sebut dah, ini penyakit ini. 
Sebab kalau membelakangkan peringatan itu, Quran itu, hukum-hakam itu, hat Aku suruh mu tak buat, mu memerintah tapi tak ada perkiraan dosa pahala, tak ada amanah, tak ada tanggungjawab, agama tak jaga, hak orang Islam tak jaga. Hat jaga itu tak apalah, moleklah hat jaga itu, buat masjidnya, buat suraunya, buat pejabat agamanya, bab itu boleh ....., tapi di sana banyak lagi benda-benda yang tak terjaga. 
Sepatutnya Islam yang diletakkan dalam perlembagaan kita sebagai agama negara mesti diperkasakan. Umno memerintah negara kita daripada merdeka sampai hari ini, tapi Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.
Sebab itu kita bawa RUU 355 dalam Parlimen kerana nak perkasakan Mahkamah Syariah. Malu kita. Islam agama negara, tapi mahkamah yang nak hukum orang, kesalahan berkait dengan hukum-hakam syarak, hukum-hakam Islam lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Sepatutnya Umno sudah selesai benda ini, sebab Umno memerintah negara kita daripada merdeka lagi Umno tak boleh selesai. Kita bawa dan bentang dalam Parlimen, belum lagi dibahaskan. 
Jadi bila kita bercakap, kita dedah, kita bukan nak caci nak hina. Ada orang kata, PAS ini kata kepada orang-orang Umno macam-macam, tidak, kita tak bermusuh dengan orang Umno. Orang-orang Umno ini anak beranak kita, kawan-kawan kita, sahabat handai kita, jiran tetangga kita. Yang kita marahnya ialah pemimpin-pemimpin Umno yang buat dasar, yang buat polisi ...., silap, hat ini hat kita marah. Kita tegur cara baik, kita nasihat cara molek. 
Kerana inilah ruang dalam demokrasi pilihan raya negara kita. Kita bukan hanya buat cara-cara yang tidak elok, melanggar undang-undang, tidak. Benda yang kita buat ini kerana kita sayang. Kita cerita kepada negara kita, kita nak selamatkan negara kita. Ada orang anggap sayang kepada orang ini kena puji dia, kena sanjung dia, ini salah. Antara cara kita sayang, kita kasih kepada seseorang ialah kita tegur, kita nasihat, ini peranan yang dimainkan oleh PAS sebagai sebuah parti pembangkang. Sebab itulah kita ulang, kita ini tak bangkang semua benda. 
Ada parti pembangkang itu nak bangkang semua benda. Kita tidak, benda yang baik kita sokong, benda yang tak baik kita lawan, kita nasihat, kita tegur. Ini pendirian PAS. Sebab itulah kita tak marah kalau Umno-Barisan Nasional nak buat pembangunan, ini hak rakyat, kita tak bangkang. 
Dan kita marah ini sepatutnya pembangunan ini lebih lagi dengan kekayaan yang ada dalam negara kita ini. Kalau di negeri Terengganu ini, dengan kekayaan yang ada di negeri Terengganu ini, sepatutnya lebih lagi, sepatutnya negeri Terengganu ini orang nak gelar negeri Terengganu ini rakyat miskin. Negeri Terengganu ini negeri kaya, petroleum berapa puluh tahun hasil petroleum? Tapi apa yang Umno buat? Molek-molek boleh petroleum, bawa usul dalam sidang Umno, siapa bawa? Pemimpin Umno bawa usul untuk tarik royalti daripada Kerajaan Pusat kepada negeri Terengganu. Ini khianatnya pemimpin-pemimpin Umno kepada rakyat negeri Terengganu. Sedangkan royalti ini hak rakyat. 
Saya tertarik dengan satu isu hat berlaku dalam sehari dua inilah, bila Tun Mahathir, dia keluar kenyataan, dia kata PAS ini nak siapa dia jadi Perdana Menteri? Nak Najib ke nak siapa jadi Perdana Menteri? Kita nak sebut mudah je, kita Malaysia ini cara pilihan raya kita bukan pilihan raya nak pilih Presiden, bukan pilihan raya nak pilih Perdana Menteri, dah duduk sibuk sangat siapa dia calon Presiden, calon Perdana Menteri, buat apa? Kita bukan macam Amerika, Amerika ini sistem dia pilihan raya pilih Presiden. Kita tidak, kita bukan nak pilih Perdana Menteri. 
Oleh kerana itulah kita sebut dengan jelas, yang penting kepada kita bukan orang, yang penting kepada kita ialah ciri-ciri dan sifat-sifat. Ada setengah orang itu duduk sibuk ke orang. Dulu marah ke Mahathir, ..... marah, siap tunjuk dalam kamera begini. Tunjuk dalam kamera, marah ke Mahathir, hari ini dia duduk ikut sungguh Mahathir. Kata ke Mahathir macam-macam, bila keluar Mahathir, naik Tun Abdullah Badawi, sama juga. Turun Tun Abdullah Badawi, naik Najib, sama juga. Sebab itulah masalah kita bukan masalah individu.
Ada saya pergi satu program tahun lepas, program dialog. Ada seorang pakcik ini bangun tanya saya, dia kata ustaz, saya nak tanya, Mahathir dengan Najib ini mana _se_ hat jahat? Saya kata, kita PAS ini bukan nak hukum orang hat ini jahat, hat ini lagi jahat, hat ini zalim, hat ini lagi zalim, itu bukan kerja PAS. Kerja kita ialah untuk penuh konsisten tukar dasar, tukar polisi daripada tak baik kepada baik, daripada tak Islam kepada Islam, daripada hat Islam itu, nak hat comel lagi. 
Kerja kita bukan nak tukar orang. Sebab itulah bila kita bercakap, siapa dia calon Perdana Menteri? Orang tak penting, yang pentingnya ialah ciri-ciri, sifat-sifat. Yang pertama sekali mestilah seorang Islam, itu yang pertama. Kerana apa? Kerana negara kita ini meletakkan Islam sebagai agama negara. Sampai hari ini tidak ada dalam perlembagaan, Perdana Menteri mestilah seorang Islam, tak ada. Ini kena ingat. 
Pemimpin-pemimpin Umno yang kata nak bela agama, daripada Umno memerintah sejak merdeka sampai hari ini, Umno tak boleh ubah perlembagaan, meletakkan Perdana Menteri mestilah seorang Islam. Ini gagal dibawa. Sebab itulah kita PAS kita letak ciri yang pertama mestilah seorang Islam. Yang kedua mestilah seorang Melayu. 
Ada pula orang kata orang PAS ini orang macam Parti Kebangsaan lebih daripada Umno pula duduk bercakap bangsa Melayu. Dah Cina macam mana? India macam mana? Kaum-kaum bangsa dalam negara kita juga? Kita kata kita dengan Umno berbeza bila bercakap pasal Melayu. Kita PAS ini bercakap pasal Melayu kita nak selamatkan Melayu dengan Islam. Umno bercakap pasal Melayu, tapi letak Melayu depan. Kita letak Islam dulu depan, kita nak selamatkan Melayu dengan Islam, dan tak salah bila kita bercakap pasal bangsa dan kaum, tak salah. Yang salahnya kita taksub, kita menzalimi kaum dan bangsa lain, hatini salah. Kita PAS kita tak buat begitu. Sebab itulah kalau kita tengok dalam Quran, Allah Taala cerita kisah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.M.S, kisah Nabi Luth sebagai contoh:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
Kisah Nabi Soleh A.S. Kisah Nabi Hud,
(al-Ahqaf: 21)
وَاذْكُرْ أَخَا عَادٍ إِذْ أَنْذَرَ قَوْمَهُ
(al-A‘raf: 80)
Kisah Nabi Soleh..... Allah Taala sebut kisah Nabi-Nabi ini. Nabi Luth beritahu hei kaumku. Nabi Hud beritahu hei kaumku. Nabi Soleh beritahu, hei kaumku. 
Apa salahnya bila kita PAS, kita kata, seorang Perdana Menteri yang kita nak dalam negara kita salah satu ciri-cirinya mestilah seorang Melayu? Kerana bangsa Melayu ialah bangsa yang paling majoriti dalam negara kita dan bangsa yang bermastautin yang menetap dalam negara kita. Bangsa-bangsa lain mari berhijrah di sini. Kita yang tinggal di bumi Melayu ini. 
Bila kita sebut Melayu kita tak taksub. Sebab itu kita tak menzalimi kaum dan bangsa lain. Orang Cina, orang India, mereka boleh hidup dengan aman sejahtera. Bila berlaku peristiwa 13 Mei dulu, kekacauan berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh Umno-Barisan Nasional. Di Kelantan tak berlaku, tak berlaku di Kelantan. Masa itu PAS memerintah. 
Ciri yang ketiga, mestilah seorang yang adil. Adil di sini sangat luas, antaranya ialah seorang yang amanah, bukan Parti Amanah, hat itu karut, nama je Amanah, tapi khianat. Khianat kepada perjuangan, khianat kepada janji, khianat kepada macam-macam. Hari ini Allah Taala tunjuk duduk ikut punggung DAP, duduk ikut punggung DAP dia. 
Mestilah seorang yang adil. Maknanya seorang yang amanah bertanggungjawab, amanah kepada agama, amanah kepada negara, amanah kepada harta rakyat, yang ini yang kita nak. Sebab itulah bagi kita tak timbul kita nak letak siapa-siapa dia calon Perdana Menteri kerana individu tidak penting, yang pentingnya ialah ciri-ciri, sifat-sifat itu mesti ada. 
Yang terakhirnya saya nak sebut kepada muslimin dan muslimat sekalian, kita semua tahu kita akan berdepan dengan PRU yang ke-14 yang akan tiba pada bila-bila masa. Pilihan raya ini adalah satu medan, satu medan untuk kita buat perubahan. Jangan kita ingat undi kita se je. Tak apa lah tak pergi mengundi pun, jangan. Kalau dalam sistem demokrasi pilihan raya, satu undi ini memainkan peranan menang dan kalahnya satu-satu calon dan satu-satu parti. 
Besarnya kedudukan pilihan raya ini kepada Islam sehingga ia boleh menentukan dosa dan pahala. Nabi sebut dalam satu Hadis, kalau kita tengok paku kaca duduk tengah jalan, kita pun ambil buang sebab takut dipijak oleh orang, luka. Nabi kata, ini sebahagian daripada cabang-cabang iman, boleh pahala orang yang buang. Kalaulah kita buang batu kaca tengah jalan boleh pahala, tak akan lah kita keluar mengundi kita pilih calon, kita pilih parti yang nak laksanakan Islam, yang nak buat kebaikan, yang nak tolong orang, yang nak bantu orang, yang sayangkan kepada negara kita, yang nak buat lebih baik kepada negara kita, tak akanlah tidak diberikan pahala oleh Allah? Kita fikir secara logik begitu. 
Sedangkan pilihan raya ini benda besar kita nak pilih calon, kita nak pilih parti, parti mana hat kita pilih, kita tengok, tengok dasar dia, tengok apa tawaran dia, tengok sejarah dia. Oleh kerana itulah kita kena buat pilihan yang betul dan tepat. Bagi kita PAS kita menyatakan kita PAS adalah parti yang terbaik. Kita tak nafi Umno pun ada juga buat benda baik, banyak, Umno buat kerja baik, pembangunannya, kemajuannya banyak, tetapi kita PAS menyatakan bahawa sepatutnya boleh buat lebih lagi. Sebab itulah kita PAS menawarkan tawaran-tawaran yang nak kita beri kepada rakyat, kita nak jaga agamanya, kita nak jaga ekonominya, kita nak jaga kebajikan rakyatnya khsusnya orang-orang muda. 
Kerana orang-orang muda adalah generasi yang paling besar yang akan meneruskan kesinambungan dalam negeri Terengganu ini, dan negara kita secara umum. Jadi marilah sama-sama kita meletakkan satu azam dalam diri kita PRU yang akan datang ini kita sama-sama buat perubahan insya-Allah. Hat yang PAS dah ini terus istiqamah dengan PAS-lah, cuma kita nak ajak anak beranak kita, kawan-kawan kita, sahabat handai kita hat dalam Umno itu supaya bersama-sama dengan kita juga. Kerana kita nak buat agenda yang besar di negeri Terengganu kita ini. Nak teruskan agenda Islamnya, tapak kita letak dah, tapi kita nak terus lagi, nak buat kebajikan lebih lagi, nak jaga ekonomi dia luas lagi, insya-Allah kita sama-sama buat perubahan. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ceramah Perdana Ambang PRU14 oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia pada 17 Januari 2018 di Tapak Pasar Malam Bandar Marang, Marang) - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD- 20-1-2018 


Antara dua setan, jangan pilih mana-mana, kata Pemuda PAS
Posted on Thursday, January 18 @ 15:07:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37799


PAS tidak akan menyokong Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan perdana menteri, menurut Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Saari.


Beliau berkata tidak perlu PAS terperangkap dengan gesaan Dr Mahathir agar parti itu untuk mmilih dirinya atau Najib sebagai calon perdana menteri.

Pada Selasa lalu, Dr Mahathir, yang dinamakan calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) meminta PAS untuk mendedahkan sama parti itu menyokong dirinya atau Najib.
“Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” kata bekas perdana menteri yang berusia 93 tahun itu.

Hakikatnya, kata Ahmad Fadhli, PAS berada di landasan betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform untuk menawan undi rakyat.

  Gagasan Sejathera, selain PAS dianggotai oleh IKATAN dan Parti Cinta Malaysia (PCM), yang disebut sebagai alternatif kepada kedua-dua BN dan HARAPAN.

IKATAN diketuai oleh bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir manakala PCM diterajui oleh Datuk Huan Cheng Guan, bekas naib presiden Gerakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa PAS tidak bersama BN dan juga tidak bersama HARAPAN yang sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian PAS pada hari ini.

“Agenda PAS bukan terhenti setakat menobatkan perdana menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan.

“Siapapun yang menjadi perdana menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat,” katanya dipetik sebagai berkata dalam Harakah Online.



PAS, menurut beliau, tidak mahu terperangkap dengan agenda mengangkat semula individu yang telah terbukti banyak melaksanakan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat dan menjahanamkan iklim politik negara .

“Namun, jika PAS perlu juga untuk menjawab, cukuplah sekadar jawapan, Of two evils, choose neither,” katanya.

Sumber TKO - 18-1-2018

















































PAS tolak Najib, lebih lagilah Mahathir

PAS tidak perlu terperangkap dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar PAS mengumumkan calon Perdana Menteri jika dapat memenangi PRU14 yang akan datang. Bahkan lebih jauh dari itu, Tun Dr Mahathir memberikan dua pilihan kepada PAS sama ada memilih dirinya atau Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak sebagai calon Perdana Menteri.
Hakikatnya, PAS telah berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform untuk menawan undi rakyat. Presiden PAS sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa PAS tidak bersama Barisan Nasional dan juga tidak bersama Pakatan Harapan yang sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian PAS pada hari ini.
Agenda PAS bukan terhenti setakat menobatkan Perdana Menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan. Siapapun yang menjadi Perdana Menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat.
PAS tidak mahu terperangkap dengan agenda mengangkat semula individu yang telah terbukti banyak melaksanakan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat dan menjahanamkan iklim politik negara dengan pelbagai teori-teorinya sendiri.
Namun, jika PAS perlu juga untuk menjawab, cukuplah sekadar jawapan, "Of two evils, choose neither."
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 17/1/2018


































































































Sumber HD -17-1-2018




































































































AFC 23: Tahniah Harimau Muda Malaya!

PASUKAN bola sepak negara bawah 23 tahun berjaya melakar sejarah apabila layak ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018 malam tadi dengan menewaskan pasukan ranking lebih baik iaitu Arab Saudi. Gol pasukan negara telah dijaringkan oleh Daniel Amier pada minit ke-28 separuh masa pertama. 
Pasukan negara bawah 23 tahun ini merupakan negara Asean yang pertama layak dalam kejohanan kali ini. 
Walaupun pasukan Arab Saudi yang rankingnya lebih baik dan dibarisi oleh 10 orang pemain yang membantu pasukan senior negaranya layak ke World Cup 2018, pasukan bawah 23 tahun negara tetap mampu mempamerkan mutu bola sepak yang lebih baik dan seterusnya layak ke suku akhir. 
Malaysia sebenarnya berada di dalam kumpulan maut dengan dibarisi oleh pasukan daripada Iraq juara 2014, Arab Saudi naib juara 2014 dan Jordan tempat ketiga 2014. Berkat daripada usaha tanpa jemu dan semangat yang tinggi, pasukan negara berjaya menewaskan gergasi Asia dan seterusnya menempatkan diri ke kelompok 8 pasukan terbaik kejohanan. Berkemungkinan besar lawan Malaysia di suku akhir esok ialah pasukan Korea Selatan. Satu lagi pasukan daripada Asean akan mengiringi Malaysia iaitu pasukan Vietnam jika mereka berjaya mengalahkan Syria esok. 
Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita berikan sokongan padu kepada pasukan pelapis negara untuk mara lebih jauh lagi dalam kejohanan ini dan seterusnya dapat memberi sinar serta harapan baru kepada bola sepak negara. Malaysia boleh! – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 



















































Perbezaan antara pembangkang & bakal kerajaan

APABILA yang lain sedang menjual slogan palsu, PAS menawarkan produk yang nyata dan penyelesaian yang tuntas dan realiti. Diantaranya: 
Sebahagian dari Kekuatan PAS : 
a.Mempunyai 196 PAS Kawasan dari 222 parlimen seluruh Malaysia
Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan
a.Jabatan AMAL (Sukarelawan AMAL, AMAL Medik, AMAL Marin dll),
b.Khidmat Malaysia (bantuan bencana)
c.PASRelief (bantuan kemanusiaan antarabangsa)
Bidang Pendidikan
a.9 Taman Asuhan Tunas Insan - TASTI (Nurseri)
b.2,393 Pusat Asuhan Tunas Islam - PASTI (Pra-sekolah)
c.102 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI (Rendah),
d.Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam -SMITI (Menengah)
e.Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad - KUIZM (Universiti) 
Belia & Sukan
a.Alternative Riding Club (ARC),
b.Alternative Archery Club (AAC),
c.Alternative Photography Club (APC),
d.Alternative Cycling Club (ACC),
e.Alternative Horse Riding Club (AHRAC)
Polisi & Strategi
a.Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (strategi membina negara)
b.Dokumen Hijau (cadangan penyelesaian isu semasa)
c.BPMS (budaya politik matang & sejahtera) 
Media & Akhbar
a.Akhbar Harakah
b.Portal Harakahdaily
c.Radio Hijaufm
Pengalaman memerintah
a.Kelantan
b.Terengganu
c.Kedah
d.Selangor 
Paling mengujakan, PAS melakukan semua ini bersendirian dengan sumber dalaman yang ada ahli-ahli yang dedikasi, disiplin dan ikhlas. 
Kesimpulannya, PAS bersedia untuk menjadi teraju kepada pemerintahan Malaysia. 
IR. HADI AMAT
Penolong Setiausaha 2
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD - 14-1-2018 

Mengukuh diri dalam gerak perjuangan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu bertembung dengan satu kumpulan musuh, maka hendaklah kamu tetapkan pendirian, dan hendaklah kamu ingat akan Allah dengan ingatan yang banyak, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. Dan taatlah kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan jangan sekali-kali kamu bertelingkah, maka kamu akan gagal, dan akan hilang kehebatan kamu. Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar."
 (al-Anfal: 45-46)
Orang yang duduk dalam perjuangan ini, tak kira muda, tak kira tua, yang pentingnya ialah sejauh manakah sumbangan kita untuk terus berada di dalam perjuangan bagi menegakkan ugama Allah S.W.T. ini.
Walaupun program kita pada malam ini ialah di peringkat UPU yang menghimpunkan empat buah Cawangan, kita nampak kecik sahaja, kita nampak...., apa sangat program UPU? Apa sangat Cawangan-Cawangan kalau diukur dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS yang ada di peringkat Du , yang ada di peringkat Kawasan, yang ada di peringkat Negeri, yang ada di peringkat Pusat, Pusat pula ada Dewan-dewan dia? 
Tetapi kita perlu menyedari bahawa kerja-kerja Islam ini di mana sahaja kita berada, ia adalah merupakan kerja yang besar. Walaupun kita di peringkat Cawangan-cawangan, kita kena ingat, bangunan yang besar, kita tengok bangunan yang besar, bangunan yang besar ini tidak jadi bangunan yang besar, yang kuat, yang kukuh melainkan dengan pasir-pasir yang halus, dengan paku-paku yang kecil. 
Begitulah juga Parti Islam Se-Malaysia PAS yang hari ini mempunyai hampir 1 juta ahli, mempunyai beribu Cawangan, beratus Kawasan, dalam Dewan Pemuda PAS sahaja kita mempunyai institusi-institusi. PASTI sebagai contoh, kita mempunyai lebih daripada 100 ribu pelajar-pelajar PASTI di seluruh negara. Walaupun kita duduk di peringkat Cawangan, kita nampak kecil, tetapi ianya adalah besar dari segi tanggungjawab dan kewajipan kita. 
Tidak berapa lama sebelum daripada ini saya pernah pergi ke satu program, dalam program dialog, lalu satu soalan diajukan kepada saya, dia kata, ustaz, saya nak tanya, bagaimana apa yang berlaku dalam PAS ini? Pimpinan di peringkat Pusat boleh lari daripada perjuangan. Bukan calang-calang orang, bekas Timbalan Presiden keluar lari, bekas Naib-Naib Presiden keluar lari, bekas Setiausaha Agong, bekas AJK-AJK PAS Pusat, dia kata, sedangkan dalam PAS kita tengok, yang duduk di peringkat Cawangan, kemas molek, hat peringkat Pusat, macam mana boleh jadi begini? Adakah tarbiyyah dalam PAS ini gagal? 
Saya kata, tarbiyyah dalam PAS ini ada tarbiyyah daripada kita, dan ada tarbiyyah daripada Allah. Tarbiyyah daripada kita, itu yang kita kena buat, sebab apa kita buat usrahnya, kita buat tamrinnya, kita buat rehlahnya, kita buat mukhayyamnya di semua peringkat, itu tarbiyyah daripada kita untuk mengukuhkan akidah perjuangan supaya tidak goyah, supaya tetap pendirian. Tetapi di sana ada tarbiyyah daripada Allah yang di luar kemampuan kita. Inilah apa yang berlaku di sepanjang sejarah perjuangan Islam.
Zaman Nabi S.A.W dulu berlakunya tarbiyyah daripada Allah, terdapat di kalangan orang-orang yang pernah bersama-sama dengan Nabi, lari daripada perjuangan Islam. Apakah sangat kita ini? PAS sebagai sebuah jamaah Islam yang meneruskan perjuangan Nabi S.A.W, kita juga melalui proses tarbiyyah daripada Allah. Allah Taala uji PAS.
Sebab itulah jangan pelik, bila dalam PAS ini, di kalangan pimpinan, ada yang lari daripada perjuangan. Kita juga minta daripada Allah supaya Allah Taala jadikan kita orang-orang yang istiqamah. Dan dalam PAS ini mempunyai ahli-ahli yang ikhlas berjuang kerana Allah S.W.T, sumbangan mereka, pengorbanan mereka.
Maka dengan itulah Allah Taala jaga jamaah Islam PAS ini sehingga boleh bertahan melalui pelbagai-bagai ujian. Ahli-ahli PAS di bawah yang beri sumbangan, buat tabung, macam-macam pengorbanan, orang tuanya, Muslimatnya, Pemudanya, kerana apa? Kerana aqidah perjuangan yang mereka miliki, keberadaan mereka dalam PAS ini bukan kerana mereka nak apa-apa jawatan, harta benda, tapi kerana yakin keberadaan mereka dalam PAS ini adalah satu tanggungjawab untuk memperjuangkan ugama Allah S.W.T di negeri Terengganu ini dan di Malaysia secara umum.
PAS adalah sebuah jamaah Islam. PAS bukan sahaja sebuah parti politik. Kalau PAS ini semata-mata parti politik, PAS hanya bergiat pada musim-musim pilihan raya sahaja. Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Kecil, buka markas, tutup markas. Habis pilihan raya, tutup markas, balik rumah masing-masing. 
Tapi PAS adalah sebuah jamaah Islam, yang buat kerja-kerja Islam sepanjang masa, tak kira sama ada kita menang ataupun kita kalah. Kalau ukur dari segi logik sebuah parti yang masuk bertanding dalam Pilihan Raya yang lebih banyak kalah daripada menang, PAS ini sudah berkubur, tetapi perkembangan PAS semakin hari semakin pesat. Ahli-ahli PAS semakin hari semakin bertambah. Cawangan-cawangan PAS semakin hari semakin bertambah, walaupun kita menghadapi pelbagai-bagai ujian dan cabaran.
Bila PAS putus dengan DAP dan PKR, mereka yang benci kepada PAS, mereka kata PAS akan berkubur. Orang tak akan sokong PAS. Rakyat akan tolak PAS. Tetapi alhamdulillah, kita lihat makin ramai orang bersama-sama dengan PAS. Tahun lepas sahaja, kita meluluskan lebih daripada 40 ribu orang ahli baru dalam tempoh satu tahun. Yang keluar daripada PAS 10 orang, yang masuk seribu orang, kerana apa? Kerana keberkatan yang ada dalam PAS. 
Keikhlasan ahli-ahli PAS yang yakin akan perjuangan yang dibawa oleh PAS, perjuangan untuk menegakkan ugama Allah di atas muka bumi Malaysia ini. Dalam PAS tak lari daripada empat perkara. Yang pertama dasar. Yang kedua kepimpinan. Yang ketiga strategi. Yang keempat pendekatan. 
Tiga daripada empat perkara ini boleh berubah, kepimpinan boleh berubah, dulu orang lain yang memimpin PAS, hari ini orang lain. Strategi boleh berubah, dulu PAS mengambil strategi bertahaluf siyasi dengan bermacam-macam parti-parti politik. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan Umno yang membentuk Kerajaan Perikatan. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan Semangat 46, dengan Parti Berjasa, dengan Parti Hamim dalam Angkatan Perpaduan Ummah. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan PKR dalam Barisan Alternatif, PAS pernah bertahaluf siyasi dengan PKR dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat. Strategi ini boleh berubah.
Begitulah juga pendekatan boleh berubah. Hari ini pendekatan PAS ialah Muwajahah Silmiyah masuk Pilihan Raya. Mungkin satu hari nanti pendekatan ini akan berubah. Kita minta berlindung kalaulah negara kita jadi macam Palestin, musuh mari serang, masa itu, haram masuk pilihan raya. Kena pendekatan lain. 
Satu sahaja dalam PAS ini yang tak berubah daripada dulu sampai hari ini, sampai bila-bila iaitu dasar Islam yang kita perjuang. Dengan siapa sahaja PAS bertahaluf siyasi, kita tak ubah dasar Islam kerana bila PAS menegakkan Islam, itulah kemenangan kita di sisi Allah S.W.T. 
Ada orang kata PAS ini masuk Pilihan Raya tak mahu menang, kerana nak dapat redha Allah. Orang hat bercakap ini orang yang tak reti. Hari ini kalau kita lihat dalam kehidupan kita, orang berniaga sebagai contoh, kita sebagai orang Islam yang berniaga yang pertama sekali kita letak apa? Kita nak redha Allah, dalam masa yang sama kita berniaga kita nak untung, ada tak orang berniaga tak mahu untung? Tak ada. 
Kalau orang berniaga tak mahu untung ini orang bodoh. Kena hantar hospital orang gila. Anak-anak kita belajar di sekolah, kita ajar, mu belajar ini...., mu belajar ..... ialah untuk mendapat redha Allah. Tapi dalam masa yang sama kita nak anak-anak kita berjaya dalam peperiksaan, dalam UPSR, dalam SPM, periksa sanawi, peringkat ijazah dan lain-lain lagi.
Ada tak orang belajar tak mahu berjaya? Tidak ada. Maka begitulah juga bila kita PAS, kita masuk pilihan raya, kita kata kita nak redha Allah, kerana itu matlamat akhir. Bukan bermakna kita tak mahu menang, kita tak mahu memerintah Terengganu, kita tak mahu merintah Malaysia, kita tak mahu menang dalam kerusi-kerusi Dun, kerusi-kerusi Parlimen, tidak, kita nak menang. Orang yang duduk hina PAS dia kata PAS ini nak redha Allah, tak mahu menang dalam pilihan raya, kita tanya dia balik, mu buat kerja apa benda dalam pilihan raya? 
Kita PAS hat kata nak redha Allah, selepas daripada Pilihan Raya Umum yang 13, kita buat kerja itu. Daftar pemilih ini, Pemuda program Pemudanya, Muslimat program Muslimatnya, orang tua cara program orang tuanya. Naik rumah ke rumah, sembang kedai kopi, menerang isu-isu yang berlaku dalam negeri dalam negara, kita buat kerja kerana kita nak menang. 
Tapi kemenangan yang kita nak capai ini biarlah kemenangan yang diredhai oleh Allah S.W.T, yang meletakkan Islam di hadapan, bukannya kemenangan semata-mata meletakkan Islam di belakang. Ini yang menyebabkan kita bercanggah apabila PAS bertahaluf siyasi dengan DAP dan juga dengan PKR. 
Tahaluf Siyasi ini satu strategi yang boleh berubah. Mereka yang kecewa dalam PAS. Masa itu mereka kata PAS ini kena terus dengan PKR, kena terus dengan DAP kalau nak menang dapat Putrajaya. Masa itu berlakunya krisis dalaman PAS. Kita yang faham tentang perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini kita kata strategi ini benda boleh berubah, PAS ini sebuah parti Islam, kita nak tahaluf siyasi, kerjasama dengan mana-mana parti politik, biarlah ianya menguntungkan Islam. Kalau ianya merugikan Islam, maka kita lebih sayang Islam.
Dah dulu, mereka kata PAS boleh bekerjasama dengan DAP sekarang ini pasal apa putus dengan DAP? Kita kata dulu cerita lain. dulu DAP boleh terima dasar perjuangan PAS. Tetapi setelah DAP dapat kerusi besar dalam PRU yang ke-13 yang lepas, DAP letak syarat kepada PAS. DAP kata, kalau nak terus bersama dengan Pakatan Rakyat, PAS kena lupa agenda negara Islam, PAS kena lupa agenda perjuangan untuk menegakkan syariat. Kita kata kita lebih sayang Islam daripada rakan politik kita.
Kita putus dengan DAP, kita putus dengan PKR. Orang kata macam-macam, PAS ini akan ditolak, PAS ini tidak akan mendapat sambutan, kita yakin akan janji Allah:
 وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah Taala akan beri jalan keluar, dan Allah Taala akan kurniakan rezeki daripada jalan yang dia tak sangka."
 (at-Talaq: 2-3)
Alhamdulillah, sokongan itu kepada PAS semakin hari semakin meningkat. PAS akan menyertai Pilihan Raya yang ke-14 yang akan berlaku pada bila-bila masa. Dan kita telah meletakkan objektif yang jelas.
Objektif yang pertama ialah untuk memenangkan PAS. Maka untuk memenangkan PAS, kita kena lawan Umno. Tak ada isu bila musuh-musuh PAS kata PAS bila putus dengan DAP, putus dengan PKR, maknanya PAS nak bersama-sama dengan Umno, PAS nak UG dengan Barisan Nasional. Kita kata kita letak objektif yang jelas dalam PRU yang ke-14 ini iaitu untuk memenangkan PAS, maka untuk memenangkan PAS, kita kena lawan Umno. 
Dah macam mana nak lawan Umno tengok boleh duduk sepentas sekali? Tok Guru boleh pakai-pakaian sedondon dengan Najib? Saya kebetulan ada dengan Tok Guru masa itu, saya teman. Lepas program, bila tengok orang duduk hantar whatsapp, mesej macam-macam, saya kata, orang kata Presiden PAS pakai baju sedondon dengan Presiden Umno. Dia kata tak apa, baju sama, kepala lain-lain. 
Apa salahnya kita duduk dalam satu majlis, apa yang kita sampaikan ialah mesej kita, pendirian kita, kerana inilah tugas PAS bukan semata-mata parti politik. Kerja kita ialah untuk nasihat, menegur.
Kalau dulu dengan cara lain, sesuailah zaman itu, tahun 80-an dulu. Pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang memperjuangkan agenda politik lain ugama lain, yang hina hukum-hakam syarak, maka tindak balasnya sesuai dengan suasana masa itu.
Tetapi sudah berlaku satu kesedaran. Hari ini bila kita ada ruang untuk kita sampaikan mesej Islam, hatta dalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno sekalipun, kita akan pergi. 
Kerana inilah Manhaj Al-Quran. Allah Taala cerita dalam Quran. Nabi Ibrahim pergi berjumpa dengan Namrud, kalau berjumpa itu tak boleh, tak akanlah Nabi Ibrahim pergi jumpa dengan Namrud? Nabi Ibrahim berjumpa dengan Namrud bukan ikut Namrud, Nabi Ibrahim pergi jumpa dengan Namrud, Nabi Ibrahim beritahu apakah dia Islam? Nasihat, mu buat ini tak betul, tegur, mu buat ini salah. 
Soal dia nak dengar tak mahu dengar itu hal dia. Tanggungjawab kita hanya menyampaikan mesej Islam. Allah Taala cerita dalam Quran, bagaimana Nabi Musa A.S pergi berjumpa dengan Firaun? Kalau tak boleh berjumpa dengan Firaun, takkanlah Nabi Musa pergi berjumpa? Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun bukan ikut Firaun. Nabi Musa pergi jumpa dengan Firaun nasihat Firaun, tegur Firaun benda yang mu buat ini salah, benda yang mu buat ini tak betul. Soal Firaun nak ikut tak mahu ikut, itu hal dia. Tanggungjawab Nabi Musa ialah menyampaikan mesej Islam. Dan inilah kerja yang dilakukan oleh kita. 
Hari ini kita lihat bermacam-macam masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita. Masalah rasuahnya, salah guna kuasanya, kemudian kita lihat bermacam-macam penyelewengan-penyelewengan yang saban tahun didedahkan dalam laporan audit negara, pembaziran, ketirisan, dan juga kita lihat bagaimana polisi-polisi yang dilakukan oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional yang menekan rakyat, kenaikan harga barang, kos sara hidup yang makin tinggi, semua yang berlaku ini rakyat yang merasai. 
Lalu kita lihat bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan. Parti-parti pembangkang selain daripada PAS iaitu Pakatan Harapan, Parti Bersatu, DAP, PKR, PAN, mereka kata, kita nak menjatuhkan Najib. Hat ini wirid yang dibuat sejak daripada dulu, nak perjatuh Najib, nak perjatuh Najib.
Lalu mereka marah ke PAS, habis pimpinan dalam PH marah ke PAS, termasuk Tun Mahathir yang begitu lantang marah kepada Presiden PAS dan juga pimpinan PAS. Mahathir kata, PAS ini nak bersama dengan Najib. Lim Guan Eng pun sebut dalam kenyataannya menyatakan bahawa Presiden PAS seolah-olah mengambil sikap menyokong Dato’ Seri Najib Tun Razak yang buat bermacam-macam penyelewengan. 
Saya pernah pergi ke satu program, program dialog juga orang tanya saya, dia tanya ustaz saya nak tanya, Mahathir ini dengan Najib ini hat mana se jahat? Saya kata, kita PAS ini bukan sebuah parti nak hukum orang, hat ini jahat, hat ini lagi jahat, hat ini zalim, hat ini lagi zalim. Kita PAS ini bukan sebuah parti untuk mengubah individu, kita PAS adalah sebuah parti untuk mengubah dasar, polisi.
Kalaulah jatuh Najib, naik orang lain, dasar sama, apa gunanya? Dulu duduk marah ke Mahathir, tentang Mahathir juga daripada pagi sampai ke malam. Dia ini kalau time pilihan raya, jap lagi umum bubar Parlimen, kita nak ceramah nak katok DAP, nak katok PKR, nak katok ke PAN tak payah ceramah, ambil tape, record hat pimpinan-pimpinan parti ini ceramah hat yang dia kata ke Mahathir, ambil hat itu. 
Dulu duduk marah ke Mahathir. Bila Mahathir jatuh, turun, naik Pak Lah, dasar sama, tetap berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kemudian marah ke Pak Lah pula, naik Najib, sama sahaja. 
Sebab itulah mengubah individu tidak boleh menyelesaikan masalah. Apa yang perlu kita buat ialah mengubah dasar, mengubah polisi. Dan inilah yang PAS lakukan. Dasar kerajaan Umno Barisan Nasional, yang baik, yang molek kita sokong, kita sokong. Yang memberikan kebajikan kepada rakyat, yang buat pembangunan benda-benda asas infrastruktur dan lain-lain lagi, buat sekolah, jalan raya, ya ini kita sokong.
Yang tak betul, yang salah, ini kita bangkang, benda yang kita tegur kita tegur, nasihat, nasihat. Dasar GST sebagai contoh, ini satu dasar yang salah. Sepatutnya kalau ikut kaedah Islam, cukai ini hanya diambil daripada orang kaya, mengambil konsep zakat, 
تؤخذ من أغنيائهم وترَدُّ إلى فقرائهم
"Diambil daripada orang kaya, dan dikembalikan kepada orang miskin."
Tapi GST, semua orang kena. Orang kaya kena, orang miskin kena. Orang bandar kena, orang luar bandar pun kena, semuanya kena. Ini dasar yang salah. Kita tentang. Begitulah juga banyak lagi dasar-dasar lain yang tak betul, yang kita PAS menegaskan bahawa perlu kepada perubahan polisi dan dasar ini. 
Kita di Negeri Terengganu, masih lagi dianggap negeri kaya, rakyat miskin, sejak daripada dulu. Kita rasa malu orang kata Negeri Terengganu ini negeri kaya rakyat miskin, dengan royalti, hasil minyak yang begitu banyak, dengan sumber hasil yang begitu banyak melimpah ruah, airnya, mana ada negeri di Malaysia ini macam negeri Terengganu, ada air sebesar Tasik Kenyir. Apa manfaat? Sekadar buat ... 
Sedangkan di sana banyak lagi manfaat-manfaat lain yang boleh digunakan. Hasil hutan yang begitu banyak, hasil pelancongan, tetapi malangnya dipegang oleh tangan yang tidak amanah.
Betullah hat Nabi sebut dalam satu Hadis, bila mana Malaikat Jibrail mari tanya Nabi, wahai Rasulullah, bil kah berlakunya kiamat? Kiamat ini maksudnya kemusnahan. Alam semesta ini habis punah-ranah habis, hancur lebur habis. Nabi kata aku tak tahu, mu pun tak tahu. Sepatutnya mu hat tanya aku ini mu lagi tahu, tapi Nabi kata aku akan beritahu tanda-tandanya. 
Nabi pun sebut:
إذا وُسِّدَ الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
"Apabila urusan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, tunggulah berlakunya kiamat, kemusnahan."
Ini hat berlaku di Negeri Terengganu. Semenjak daripada Umno memerintah, sebelum PAS memerintah tahun 1999 dulu, kemudian Umno memerintah balik, tangan yang tidak bertanggungjawab, tangan yang tidak amanah, yang buat urusan untuk mereka ..... Terengganu. Terengganu yang kaya-raya masih lagi dianggap sebagai negeri kaya rakyat miskin. Sepatutnya tak menjadi begini.
Oleh kerana itulah kita ajak rakyat untuk buat perubahan, khususnya anak-anak muda, kerana pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa ini, kuasa penentu kepada mana-mana parti ialah di tangan pengundi-pengundi. Dan sejumlah besar pengundi-pengundi adalah daripada kalangan anak-anak muda.
Akhirnya saya nak sebut, walaupun kita lali melihat kelemahan-kelemahan musuh, sama ada Umno Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan. Kalau dulu tengok dalam surat khabar sahaja hari ini, whatsappnya, facebooknya pening, rasuahnya, salah guna kuasanya, balah sama sendirinya, tetapi yang penting kita sebagai ahli-ahli PAS, kita tidak boleh bergantung kepada kelemahan-kelemahan musuh, kita mestilah membina kekuatan kita sendiri. 
Hari ini kita berkumpul untuk kita melancarkan bilik gerakan, maka jadilah ianya sebagai suatu asas untuk kita terus membina kekuatan di dalam UPU Merbau Patah Ini, dan juga di dalam Dun Wakaf Mempelam dan juga di dalam Parlimen Kuala Terengganu, bina kekuatan kita, dalaman kita, ukhuwwah, usrahnya, tamrinnya, ziarahnya dan lain-lain lagi. 
Bina kekuatan kita, gerakan untuk memenangkan PAS bukan sahaja mempertahankan kemenangan di Dun Wakaf Mempelam ini, di Parlimen Kuala Terengganu, bahkan juga untuk kita dapat merampas kembali Negeri Terengganu supaya ianya kembali ke tangan PAS dalam PRU yang akan datang insya-Allah.
Akhirnya, kita mestilah membina kekuatan kita, hubungan kita dengan Allah S.W.T, kerana kemenangan ini jangan kita anggap daripada kita, kemenangan ini ialah daripada Allah. Jangan kita anggap kemenangan ini daripada kita sebab aku buat kerja, pitih aku keluar, aku yang berkorban macam-macam, tidak, kemenangan ini ialah kurniaan daripada Allah. 
Allah Taala nak kurnia, Allah Taala beri kemenangan. Kalau Allah Taala nak tarik, Allah Taala boleh tarik bila-bila masa. Maka jaga lah hubungan kita dengan Allah, munajat kita, doa kita, permohonan kita kepada Allah untuk menjadikan kita orang yang istiqamah, tsabat dalam perjuangan, seterusnya mencapai kemenangan dalam PRU yang akan datang insya-Allah. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Majlis Perasmian Markas Besar PRU 14, UPU Merbau Patah, Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu pada 10 Januari 2018) - HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD -11-1-2018 





















































Kunjungan mahabah Pemuda PAS ke Tai Chi Huang

KEPONG: Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPNDPPM )telah mengadakan ziarah persahabatan ke Persatuan Seni Tai Chi Huang Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Manjalara, di sini kelmarin.
Pertemuan secara santai itu diketuai Pengerusi LPNDPPM, Ir Khairil Nizam Khirudin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia bersama anggota jawatankuasa lajnah tersebut.
Kunjungan ziarah itu dalam rangka membina hubungan bersama kumpulan masyarakat Tionghua khususnya berfahaman Taoism dan penggiat seni Tai Chi.
Ianya juga sebagai mesej perpaduan dan menghargai keunikan budaya yang pelbagai serta menghormati perbezaan pegangan agama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Majlis ringkas itu ternyata penuh harmoni diperlihatkan kedua-dua pihak dan anggota Tai Chi Huang turut mengutarakan harapan mengenai kehidupan tanpa prejudis antara rakyat Malaysia.
Pada kesempatan itu, Pengerusi Tai Chi Huang, Len Lee Nam berkesempatan memperkenal dan mengajar anggota Lajnah Perpaduan Nasional mengenai pergerakan praktikal Tai Chi.
Beliau turut menjelaskan mengenai sejarah, konsep, disiplin dan segala keunikan Tai Chi yang menjadi sebahagian gaya hidup positif dan muhibah dalam kalangan pengamalnya.
Pihak Lajnah Perpaduan Nasional juga pada pertemuan itu mengundang wakil Tai Chi Huang untuk hadir sama ke beberapa program dianjurkan pihak PAS.
Pertemuan mereka diakhiri dengan serahan cenderamata oleh Ir Khairil dan kempen Create Better Malaysia oleh wakil Jabatan Profesional Dewan Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 9/1/018
Sumber HD - 9-1-2018 












































































































Cadangan atasi pengangguran dan wujudkan peluang pekerjaan

INISIATIF lebih bersepadu perlu dilaksanakan kerajaan dan pihak swasta di negara ini dalam peranan untuk mengatasi masalah pengangguran serta mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam kalangan rakyat. Perhatian diberikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap isu ini memerlukan perbincangan semua pihak dalam menggariskan penyelesaian jitu terhadapnya. Secara asas, pengangguran berlaku ekoran kurangnya peluang pekerjaan, selain fenomena masa kini dalam kalangan anak muda terutamanya yang memilih pekerjaan.
Masalah ini biarpun merupakan cabaran kepada seluruh negara di dunia, namun ia tidak harus menjadi satu budaya tanpa mencipta bantuan dan tindakan untuk tenaga kerja negara memajukan diri. Apatah lagi dalam mengatasinya, segala kejujuran, ketelusan dan tanpa sentimen politik sangat dituntut untuk dilaksanakan. Juga memastikan pelbagai inisiatif telah diadakan pihak kerajaan seperti peluang latihan teknikal dan usaha melahirkan graduan, diseiringkan dengan peluang pekerjaan serta mengecilkan sebab-sebab pengangguran.
Kecenderungan mengambil pekerja asing yang lebih dipercayai oleh para pemain industri berbanding menawarkan ruang kepada warga tempatan dilihat meningkatkan jumlah mereka hingga 2 juta mengisi pelbagai sektor. Sekali gus ia meningkatkan jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga dilaporkan lebih 4 juta masih gagal didaftarkan Jabatan Imigresen. Malah, mereka bebas terlepas dalam negara dan bekerja, sedangkan 520,000 rakyat negara ini terutama golongan muda masih lagi mengisi statistik pengangguran.
Pihak majikan disyor menyediakan pelan pembangunan kerjaya termasuk insentif kenaikan gaji tahunan dan elaun sara diri, termasuk menyediakan jadual dan suasana kerja lebih kondusif dengan pengurusan lebih baik. Ini bagi memastikan pekerja tempatan seronok untuk menyumbang ke arah kualiti kerja, serta memberikan kesungguhan serta perkhidmatan terbaik dalam tempoh lebih lama. Gaji dan elaun pekerja tempatan juga haruslah lebih tinggi berbeza dari pekerja asing yang telah diberi kemudahan kediaman dan makan minum.
Kerajaan wajib menguatkuasakan mekanisma kawalan pengambilan pekerja asing secara telus dan memberikan insentif seperti rebet cukai tahunan bagi majikan yang berjaya menggajikan pekerja tempatan sepenuhnya di syarikat mereka. Cukai dan levi lebih tinggi kepada pekerja asing boleh diperkenalkan, selain syarikat yang menggaji lebih 50 peratus pekerja asing juga turut dikenakan cukai pendapatan lebih tinggi. Pengecilan sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing juga haruslah diperinci kerajaan dalam membendung keadaan sedia ada.
Aktiviti perniagaan dalam kalangan belia perlu digalakkan dengan memberi pengecualian cukai berkaitan antara 1 hingga 3 tahun, terutama belia berumur 30 tahun ke bawah yang menjalankan perniagaan sendiri termasuk perniagaan dalam talian. Begitu juga dibidang pertanian dengan memberi galakan menerusi pembangunan tanah-tanah terbiar milik kerajaan atau GLC, termasuk tanah persendirian untuk diusahakan menerusi bantuan dana atau keperluan bagi memulakan aktiviti tersebut.
Kerajaan disaran tidak terus mempromosikan Pertanian Bandar kepada sasaran-sasaran yang tidak berminat menjalankannya di kediaman flat mereka kerana dilihat membazir. Lebih efektif dana tersebut diperuntukkan secara berfokus dalam membantu belia menganggur meneroka ‘indoor farming’ atau ‘rooftop farming’ terutama di kawasan yang tiada tanah seperti Lembah Klang. Juga mengadakan projek perladangan haiwan ternak dengan model seperti inisiatif tanah rancangan Felda untuk disertai tenaga kerja tempatan.
Kerajaan juga digesa membantu secara khusus golongan gelandangan untuk memiliki sara hidup dengan tawaran pekerjaan yang bersesuaian antaranya menempatkan mereka di satu kelompok aktiviti ekonomi sama ada pertanian atau industri. Selain itu, mentaliti kalangan belia yang suka memilih pekerjaan diubah dengan meningkatkan kempen serta promosi peluang pekerjaan menerusi kolaborasi bersama pihak syarikat-syarikat memerlukan pekerja dalam negara ini.
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 Januari 2018 | 19 Rabiul Akhir 1439 - HARAKAHDAILY 7/1/2018
Sumber HD - 7-1-2018 























































Mahathir khianati Melayu ketika berkuasa

PADA zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diskriminasi terhadap Kelantan berlaku walau pun negeri itu mempunyai lebih 90 peratus orang Melayu. 
Begitu juga di era pemimpin terbabit juga royalti petroleum ditarik di Terengganu biar pun negeri itu juga mempunya majoriti penduduk Melayu. 
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, di zaman Dr Mahathir juga persempadanan semula kawasan pilihan raya yang melemahkan kuasa politik Orang Melayu dilakukan. 
“Inilah sebahagian pengkhianatan yang dilakukan Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi. 
Kelmarin Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dalam kenyataannya menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Mara menuju cita: 2018 sejahtera bersama Islam

DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengajak semua anak muda Malaysia untuk meletakkan cita-cita tinggi sempena 2018 bagi membentuk kekuatan dalam usaha melahirkan Malaysia yang sejahtera dengan Islam. 
Tahun 2017 yang dilalui merakamkan suasana yang suram buat rakyat Malaysia ekoran perkembangan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan. Kepincangan urus tadbir aset dan harta benda negara oleh kepimpinan negara juga amat mendukacitakan. 
Sistem yang ditawarkan oleh Islam dalam membangunkan negara melalui pembasmian gejala rasuah, pengurusan kos sara hidup rakyat secara adil, urus tadbir percukaian yang tidak menzalimi rakyat dan pelbagai lagi corak urus tadbir tidak digunakan oleh pemerintah sebagai jalan penyelesaian kemelut rakyat. 
Justeru, 2018 adalah ruang untuk semua rakyat khususnya anak muda Malaysia membina kembali negara dengan meletakkan Islam sebagai paksi utama jalan penyelesaian. PRU14 hendaklah diterjemahkan melalui undi rakyat agar Islam menjadi penyelesaian untuk ummah dan rakyat. Anak muda Malaysia mesti terus 'Mara Menuju Cita'. 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 1/1/2018
















































































































Sumber HD - 1-1-2018

Anak Hadi hasrat himpunan di Al-Aqsa selepas Putrajaya
Posted on Sunday, December 24 @ 09:10:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37414


PUTRAJAYA, 22 Dis ― Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang diadakan di Masjid Putra di sini, hari ini merupakan himpunan bersejarah buat umat Islam Malaysia untuk bersama-sama rakyat Palestin dalam mempertahankan kota suci umat Islam itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.


Berucap mewakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada himpunan itu, beliau berkata umat Islam berkumpul tanpa mengira perbezaan politik mahupun pandangan bagi menolak resolusi Amerika Syarikat memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

“Hari ini kita berkumpul tanpa mengira siapa kita, kita berkumpul di atas asas rakyat Malaysia dan umat Islam untuk menyatakan kepada Amerika Syarikat dan Israel bahawa Malaysia bersama-sama dengan saudara kita di Palestin untuk membebaskan Baitulmuqaddis suatu hari nanti.

“Hari ini kita berkumpul di masjid ini, satu hari nanti, Insya-Allah, kita semua akan berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat,” kata Muhammad Khalil.

Himpunan itu yang disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri oleh kira-kira 10,000 umat Islam dan rakyat Malaysia bukan Islam.

Pada 6 Disember lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel hingga membangkitkan kemarahan dan bantahan negara-negara Islam.

Pada Jumaat, perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima 128 undi yang menyokong usul untuk menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. ― Bernama

Sumber TKO - 24-12-2017

UMNO Suruh Ikut PASTI PAS
Posted on Tuesday, December 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37365



Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. 


Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM. 

Hari ini PASTI diterima oleh semua masyarakat, termasuk bukan Islam.






Malah UMNO sendiri juga mengiktiraf pendidikan di PASTI.

Tapi malangnya..
Apabila AMANAH (PAN) tubuh parti Islam baru mereka cuba duplicate apa yang PAS buat seperti UNIT AMAL dan PASTI demi untuk menghacurkan PAS.






Tapi perkara yang dibuat bukan atas kesedaran perlunya pendidikan untuk anak-anak semenjak zaman kecil lagi, maka urusan itu sudah menjadi urusan perniagaan dan mencari keuntungan.

Jangan hariran PASTI PAN sangat mahal. 


Sumber TKO - 19-12-2017



























































Seminar keibubapaan ke arah kesejahteraan keluarga

KELANA JAYA: Ikatan Professional Prihatin (IPP) dengan kerjasama Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya, PASTI Kelana Jaya dan Ameerah Kelana Jaya akan menganjurkan Seminar Ibu Bapa Sejahtera di Dewan D'Kelana, Jalan Stadium SS7/15 Kelana Jaya, di sini 24 Disember depan.
Seminar ini akan membicarakan banyak topik penting berhubung pendidikan anak-anak secara kupasan asas dan isu serta pandangan penyelesaian oleh panel dan pendakwah berpengalaman dalam topik tersebut pembentangan seminar separuh hari itu.
Najmi Haniffah yang merupakan penulis bersama Buku '3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensil Warna' dan Pengetua Sri Aria School, Nur Edzati Kamaluddin akan membicarakan tajuk 'Pendidikan Awal Kanak-kanak'.
Manakala Pengarah Akademi Keluarga Fitrah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang akan mengupas tajuk 'Mendidik Anak-anak Cara Rasulullah'.
Seterusnya pada slot terakhir beliau akan berforum bersama Penasihat Usrah Fitrah, Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari membicarakan isu bertajuk 'Mendidik Anak Alaf Baru, Bekalan dan Cabaran'.
Sebagai keselesaan kepada peserta, seminar ini turut menyediakan khidmat penjagaan anak-anak bawah 4 tahun, selain sarapan pagi dan tengah hari serta fail dan dokumen untuk rujukan peserta. 
Peserta turut berpeluang untuk berinteraksi bersama panel pada sesi soal jawab yang disediakan pada setiap slot.
Sehubungan itu masyarakat setempat dijemput hadir untuk sama-sama memperdalam ilmu keibubapaan demi kesejahteraan keluarga. - HARAKAHDAILY 18/12/2017
Sumber HD - 18-12-2017 





























































Pengisytiharan Donald Trump Baitul Maqdis Ibu Negara Israel: Selangkah Ke Arah Kehancuran Israel

Umat Islam masih dikejutkan dengan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada hari rabu lepas bahawa Baitulmaqdis adalah Ibu negara Israel. Akan tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu Palestin ianya tidak mengejutkan bahkan menguatkan lagi teori penguasaan cengkaman Zionis-Freemason ke atas pentadbiran White House yang diperkatakan sejak sekian lama.

Sudah menjadi lumrah dalam politik negara kuasa besar dunia AS dikuasai oleh Zionis-Freemason. Ia adalah rahsia terbuka yang sudah tidak menjadi rahsia. Mana-mana calon presiden yang mahu memenangi pilihanraya presiden AS mestilah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada negara haram Israel jika mahu menang. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia apabila diadakan pilihanraya maka setiap calon atau parti yang bertanding akan dikhususkan agenda kempennya menyokong negara luar dengan menyebut nama negara tersebut iaitu Israel melainkan AS. Setiap sendi penting dalam pentadbiran AS, ekonomi dan media massa dikuasi oleh Zionis-Freemason.

Pengisytiharan Trump ini bukan sekadar menunaikan janjinya pada kempen pilihanraya presiden AS yang dimenangi olehnya bahkan ianya sudah digazetkan sejak sekian lama. Ini terbukti kerana setiap presiden AS sejak daripada penubuhan negara haram Israel berjanji untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Cuma bezanya pengumuman Trump ini sangat signifikan dari segi masanya kerana bertepatan ulang tahun ke 100 pengisytiharan Balfour, bekas Menteri Luar Britain bahawa Palestin adalah milik bangsa Yahudi.

Kronologi Isu Palestin di bawah Pentadbiran Donald Trump
Donald Trump beberapa kali menyebut dalam ucapannya samaada sebelum atau selepas menjadi Presiden AS bahawa krisis Israel-Palestin akan diselesaikan dengan road map baru yang telah digariskan antaranya ialah Baitul Maqdis akan diserahkan kepada Israel.

Donald Trump menunaikan janjinya, akan tetapi pengisytiharan ini didahului dengan lawatannya ke Timur Tengah pada bulan mei 2017 iaitu empat bulan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS. Dalam lawatan itu telah dimeteraikan perjanjian pertahanan antara AS dan Arab Saudi di mana Arab Saudi telah bersetuju untuk membeli senjata-senjata AS dalam tempoh 10 tahun dengan nilai tidak kurang dari 350 billion USD. Tujuannya ialah untuk menghadapi ancaman serantau khususnya Iran dan ISIS. Walaupun jumlahnya begitu besar, adakah ia menyamai kekuatan pertahanan Israel ?
Tidak sama sekali! Israel anak emas AS sejak dari awal penubuhannya. Mana-mana presiden AS tidak akan membiarkan keselamatan Israel terancam. Negara-negara yang pernah menggugat Israel di Timur Tengah disembelih satu persatu dengan tidak dinafikan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka. Iraq, Libya dan Syria sudah dihancurkan kekuatan persenjataannya. Dahulu, negara-negara ini mengancam keselamatan Israel, tetapi sekarang ini tidak lagi. Kemelut dalaman yang mengorbankan ribuan nyawa menjadikan Israel dalam keadaan aman. Matlamatnya ialah untuk memastikan Israel menjadi kuasa tunggal di Timur Tengah.

Adakah logik perjanjian pertahanan yang kosnya mencecah ratusan billion USD untuk menhadapi ISIS yang tidak mempunyai walaupun sebuah jet pejuang, peluru berpandu dan roket jarak jauh. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah untuk berdepan dengan kumpulan-kumpulan Islam yang menentang Israel seperti HAMAS, Jihad Islami mahupun Hizbullah yang bermazhab Syiah dan juga gerakan-gerakan Islam yang menyokong perjuangan mereka bagi membebaskan bumi palestin dari cengkaman Zionis Yahudi.

Abdul Bari Atwan, seorang penganalisa politik Timur Tengah terkenal yang berasal dari Palestin, mempersoalkan adakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan oleh Arab Saudi boleh membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tangan Zionis Yahudi. Tidak sama sekali, yang hanya tercapai ialah untuk memerangi negara-negara yang lemah seperti Yaman, Syria dan Iran. Akhirnya mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan Zionis-Freemason.

Sejurus itu Trump berlepas ke Israel dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Beliau dibawa melawat ke Gereja Kiamat, tempat suci kepada penganut Kristian dan seterusnya ke Dinding Menangis tempat suci kepada Yahudi. Dalam kenyataannya sejurus selepas pertemuan dengan Netanyahu; Trump menyatakan dengan jelas proses damai akan dihidupkan semula dan akan diwujudkan gabungan negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran.

Fahmi Huwaidi, seorang wartawan Arab yang mempunyai fikrah Islam memberikan komennya yang pedas dengan menyatakan; lawatan ini hanyalah untuk menjamin keselamatan Israel. Beliau menyebut, di saat Trump bercakap soal keamanan antara Palestin dan Israel tapi dalam masa yang sama membisu terhadap ribuan rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Israel. Setiap presiden AS yang datang silih berganti akan bercakap tentang perjanjian damai antara Palestin dan Israel. Bagaimanakah perdamaian akan tercapai jika sekiranya saban tahun AS meluluskan berbillion USD untuk menyokong Israel dari sudut ketenteraan. Umpama pepatah yang menyebut; tangan kanan menggosok tetapi tangan kiri menyembelih leher. Bagaimana keamanan akan tercapai selagimana Israel terus menjajah dan menakluk bumi Palestin?.

Robert Fisk, seorang wartawan British yang terkenal memberikan komennya yang tajam dengan menyatakan lawatan Trump ini bertujuan untuk mewujudkan pakatan NATO versi negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran dan Syiah. Ianya tidak mengejutkan, apabila Netanyahu menyatakan dengan penuh gembira; saya tidak sabar untuk mengambil penerbangan dari Tel Aviv ke Riyadh bagi memastikan perkara ini berlaku.

Seterusnya perjanjian pertahanan ini disusuli pula dengan beberapa pertemuan antara Jared Kushner dan Jason Greenblat ( Utusan AS untuk isu Palestin ) secara langsung atau melalui wakilnya dengan Mahmod Abbas dan beberapa pimpinan arab lagi sebagaimana didedahkan oleh beberapa media antarabangsa. Ia bagi meyakinkan mereka untuk menerima road map yang telah digariskan termasuk pengisytiharan Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel.

Tujuh bulan selepas langkah-langkah ini diambil maka dengan bangganya Trump mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel.

Israel Terkepung

Perang di Syria yang berlarutan hampir enam tahun akhirnya reda selepas campurtangan Iran dan Russia. ISIS yang kononnya menjadi sasaran utama akhirnya berjaya dikalahkan. Walhal ia adalah sebahagian daripada perancangan AS-Israel bagi mengkucar kacirkan Syria demi keselamatan Israel. Media-media barat sendiri mendedahkan bagaimana penglibatan secara langsung CIA dan Mossad membantu ISIS untuk melemahkan regim Basyar Al-Asad khususnya dari sudut intel dan logistik di samping sokongan kewangan daripada beberapa buah negara Arab. Adapun yang tersirat disebaliknya ialah menghancur dan melemahkan pengkalan-pengkalan penentangan terhadap Israel iaitu HAMAS, Jihad Islami dan Hizbullah.

Setelah kekalahan ISIS di Syria maka Israel berada dalam kepungan dan terdedah kepada bahaya yang lebih besar berbanding sebelum ini. Dahulunya Israel hanya berdepan dengan Hizbullah di sebelah utara dan HAMAS di sebelah selatan iaitu Gaza. Dengan perkembangan baru ini Israel terpaksa berdepan dengan medan baru yang lebih luas iaitu sempadannya dengan Syria yang sudah dikuasai secara tidak langsung oleh Iran dan proksinya Hizbullah.

Kehancuran Israel
Penentangan terhadap kewujudan Zionis Israel telah bermula semenjak kewujudannya pada tahun 1948 sehinggalah sekarang. Berlakunya beberapa peperangan pada 1960an dan 1970an antara negara-negara Arab dan Zionis Israel tetapi malangnya ia gagal untuk mengembalikan bumi Palestin ke tangan umat Islam kerana negara-negara Arab berjuang di atas nama kebangsaan adapun Zionis Israel berjuang di atas nama ugama. Sebagai respond di atas kegagalan ini, pada 1980an ditubuh kumpulan-kumpulan Islam untuk membebaskan bumi Palestin di atas nama jihad seperti Jihad Islami dan HAMAS di Palestin dan Hizbullah di Lubnan. Walaupun semua kumpulan ini kecil dan lemah dari sudut lahiriyyah berbanding dengan Zionis Israel yang merupakan tentera terkuat di Timur Tengah, akan tetapi mereka gagal untuk dikalahkan dalam beberapa peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Pengisytiharan Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel membuka lembaran baru pertembungan antara Israel dan kumpulan-kumpulan Islam yang memperjuangkan pembebasan Palestin ini. Gendang perang sudah mula dipalukan, Ismail Haniyyah, Ketua Biro Politik HAMAS mengisytiharkan intifadhah untuk membebaskan Baitul Maqdis. Bunga-bunga perang ini menunggu masa untuk meledak pada bila-bila masa. Roket-roket HAMAS sudah mula menghujani wilayah-wilayah yang hampir dengan Gaza dan ia menunggu masa untuk terus melebar. Jika sekiranya Israel memberikan tindak balas dengan agresif maka akan berlaku perang besar yang merentasi semua medan-medan dari utara sehingga selatan.

Resolusi persidangan tergempar negara-negara Islam yang diadakan di Istanbul yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Sangat dukacita kerana ia hanya mengulangi resolusi-resolusi yang pernah diputuskan sebelum ini. Hanya segelintir sahaja pemimpin-pemimpin negara Islam yang lantang dan berani seperti Presiden Turki, Rejab Tayyib Erdogan, Presiden Iran, Hassan Rohani dan Presiden Sudan, Umar Al-Basyeer.

Senario yang sedang rancak berlaku ini insyaallah mendekatkan lagi jarak kehancuran Israel yang dibina di atas kezaliman, penindasan dan kemusnahan. Baitul Maqdis pasti akan kembali ke tangan umat Islam.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
26 Rabiul-Awwal 1439 / 14 Disember 2017

Sumber BO - 16-12-2017





























































Guru Pasti lahir pejuang Islam

DEWAN Pemuda PAS Pahang berusaha melahirkan guru-guru Pasti cemerlang yang mampu mendidik anak-anak dengan pendidikan agama seawal usia empat tahun. 
Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Hazmi Dibok berkata, hanya dengan agama sejak usia kanak-kanak lagi dapat melahirkan pemimpin berakhlak mulia pada masa akan datang.   
“Pendidikan Islam yang sempurna perlu bermula di peringkat kanak-kanak lagi. Inilah peranan besar yang terletak di bahu guru-guru Pasti. 
“Kanak-kanak inilah nanti yang bakal mewarisi perjuangan Islam bagi menggantikan perjuangan yang ditinggalkan ibu bapa mereka,” katanya pada perasmian penutup Kem Shahsiah Guru Pasti Pahang 2017 di Kem Ville Resort Kuantan kelmarin. – HARAKAHDAILY 14/12/2017
Sumber HD - 14-12-2017 































































Kewafatan Rasulullah dan kesinambungan perjuangan Islam


SUDAH menjadi lumrah kebanyakan umat Islam, setiap kali tibanya bulan Rabiulawwal maka mereka menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai cara dan kaedah. Apa yang terbaik ialah menghayati dan memperingati perjuangan Nabi SAW untuk dijadikan panduan dalam kehidupan ini.































































Hari dan tarikh kelahiran Nabi SAW menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam dalam menentukannya dan pandangan yang kuat ianya berlaku antara 8 dan 12 Rabiulawwal tahun Gajah. Adapun tarikh dan hari yang tidak menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam ialah kewafatan Nabi SAW yang jatuh pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawwal tahun ke-11 hijrah.

Jika sekiranya tanggal kelahiran Nabi SAW adalah penting dan selalu dikaitkan dengan penyebaran ajaran Islam yang dibawa oleh baginda yang telah berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, maka kewafatan Nabi SAW juga adalah satu peristiwa penting yang perlu diingati oleh umat Islam.

Sumber HD - 7-12-2017
































































Baitul Maqdis milik umat Islam

SELURUH dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel. 
Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi. 
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat Jumaat, 8 Disember 2017. Himpunan ini akan diketuai oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
18 Rabiulawwal 1439 | 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD- 7-12-2017

































































Pelajar PASTI duta PAS dalam masyarakat

PAYA BESAR: Pelajar-pelajar PASTI juga merupakan duta terbaik yang memartabatkan PAS kepada masyarakat menerusi akhlak mulia dipamerkan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kerana itu PASTI kini semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Perkara itu jelasnya, dapat dilihat pada perkembangan pesat pendidikan PASTI yang sangat menakjubkan, selain jumlah pertambahan pelajar memasuki pra-sekolah itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen PASTI Paya Besar melibatkan 300 pelajar 6 tahun yang menamatkan pengajian mereka di Dewan Era Gemilang, Kampung Pandan, di sini semalam.
Sementara itu, Pengerusi PASTI Paya Besar, Nazri Ab Hamid berkata, PASTI kawasan itu antara paling pantas berkembang yang kini terapat 18 cawangan dengan 935 pelajar di mana tahun depan akan membuka dua lagi premis baru. - HARAKAHDAILY 3/12/2017
Sumber HD - 3-12-2017 



































































































































Alumni PASTI Hafaz al-Quran pada usia 12 tahun

SEMAIAN mata tunas semasa mendapat pendidikan awal kanak-kanak di PASTI tidak menunggu masa lama untuk memetik buah hasilnya. Buktinya, Muhammad Muizzuddin Mat Zakia telah layak  bergelar ‘Al-Hafiz’ walaupun dalam usia masih kanak-kanak.
Salmah Hassan, 37, memberitahu anaknya mula menunjukkan minat terhadap al-Quran semasa mula belajar di PASTI lagi.
“Terima kasih kepada guru PASTI Pra Tahfiz Ar-Rahman, Kampung Baru Kertih yang menyuntik minat si anak ini terhadap al-Quran, balik sekolah  belek al-Quran. Rajin dan penuh minat. Bakat dan kebolehan beliau banyak dicungkil oleh guru-guru PASTI,” katanya diikuti manik-manik jernih air mata kegembiraan ketika penulis berkunjung ke kediaman keluarga itu di Taman Selasih, Kampung Baru, Kertih, di sini.
Muhammad Muizzuddin anak sulong dari lima beradik, bakal genap 12 tahun pada 24 Januari tahun hadapan berkata, hasil ketekunan membaca dan cuba mengingati kembali setiap bacaan ternyata membuahkan hasil.
“Izin Allah, bantuan guru dan sokongan ibu bapa memudahkan saya untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa dua tahun sahaja.
"Berjaya khatam pada 8 Rabiulawal 1439 bersamaan 27 November lalu, sangat bermakna kerana berjaya menamatkan hafazan di dalam bulan sambutan kelahiran Baginda Rasulullah SAW yang penuh keberkatan ini,” ujurnya merendah diri.
Muhammad Muizzuddin adalah pelajar ke lapan yang dinobatkan sebagai al-hafiz sepanjang tahun 2017 ini oleh Tahfiz Ribat Raudah Assyafie Kijal, juga di sini, tempat beliau belajar.
Beliau juga antara pelajar termuda anak Terengganu yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran semasa ini.
Menurut bapanya pula, Mat Zakia Mat Zin, 40, kebolehan anaknya ini diwarisi dari sebelah datuk, Mat Zin Mat Rani atau lebih dikenali sebagai ‘Bilal Junoh’ yang kini masih bertugas di Masjid Merbau Patah Kuala Terengganu.
“Mungkin mewarisi kealiman datuknya. Apapun semuanya rezeki dari Allah, dan saya sangat bersyukur. Melihat minat dan kebolehan Muhammad Muizzuddin, pilihan saya dahulu ternyata tepat apabila memilih Tahfiz Ribat Raudah Assyafie sebagai tempat belajar anak.
“Guru di pusat tahfiz berkenaan terutamanya Syeikh Hejab dari negara Yaman banyak membantu,” ujur beliau ringkas.
Muhammad Muizzuddin yang mengemari aktiviti berqasidah (syair Arab yang dilagukan) berharap dapat berpeluang ke institusi qiraat terkenal dunia di Syoubra, Mesir atau ke Yaman bagi mengikuti pengajian fekah Islam apabila meningkat remaja nanti.
“Kualiti seorang hafiz al-Quran bukan terletak kepada gelarannya tetapi kepada berapa banyak ayat yang benar-benar dihayati, kekal di dada dan seterusnya lancar dibaca,” katanya begitu matang mengakhiri perbualan. - HARAKAHDAILY 3/12/2017
Sumber HD- 3-12-2017 



































































Kewafatan Rasulullah dan kesinambungan perjuangan Islam

SUDAH menjadi lumrah kebanyakan umat Islam, setiap kali tibanya bulan Rabiulawwal maka mereka menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai cara dan kaedah. Apa yang terbaik ialah menghayati dan memperingati perjuangan Nabi SAW untuk dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

Hari dan tarikh kelahiran Nabi SAW menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam dalam menentukannya dan pandangan yang kuat ianya berlaku antara 8 dan 12 Rabiulawwal tahun Gajah. Adapun tarikh dan hari yang tidak menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam ialah kewafatan Nabi SAW yang jatuh pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawwal tahun ke-11 hijrah.
Jika sekiranya tanggal kelahiran Nabi SAW adalah penting dan selalu dikaitkan dengan penyebaran ajaran Islam yang dibawa oleh baginda yang telah berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, maka kewafatan Nabi SAW juga adalah satu peristiwa penting yang perlu diingati oleh umat Islam.

Setelah wafatnya Nabi SAW di rumah Aisyah RA, beritanya tersebar ke seluruh Madinah. Ia umpama halilintar yang mengejutkan para sahabat sehingga menjadikan mereka tidak dapat untuk mengawal perasaan kerana kesedihan yang teramat sangat. Ada antara mereka yang terduduk dan ramai yang terdiam tidak dapat mengeluarkan kata-kata kerana terlalu sedih dan dukacita. 
Saidina Umar Al-Khattab RA keluar ke lorong-lorong Madinah sambil menghunuskan pedangnya menafikan khabar berita ini dan mengancam untuk menetak pedangnya ke atas sesiapa yang menyebarkan berita ini kerana khuatir ianya adalah cakap-cakap golongan munafiqin. Akan tetapi hatinya masih gundah, hanya seorang sahaja yang boleh menenangkan hatinya, tidak lain dan bukan ialah Saidina Abu Bakar RA, sahabat setia Nabi SAW.

Melihat keadaan yang terkucar kacir ini, Saidina Abu Bakar RA memberikan ucapannya yang masyhur: “Wahai manusia! Ketahuilah sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup tidak mati”. Lalu beliau membacakan ayat dari firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan bukanlah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelumnya rasul-rasul. Maka apakah jika sekiranya dia mati atau terbunuh di medan perang nescaya kamu memalingkan tumit-tumit kamu (dari ajaran Islam). Sesiapa yang memalingkan kedua tumitnya (dari ajaran Islam) maka dia tidak memberikan apa-apa mudarat terhadap Allah dan pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur”. (Al-Imraan)
Tersentak Saidina Umar RA dan para sahabat RA yang mendengar ayat ini, seolah-olah baru pertama kali mereka mendengarnya sedangkan ianya sudah lama diturunkan oleh Allah, iaitu sejurus berlakunya peperangan Uhud mengingatkan umat Islam agar tidak berganjak dari perjuangan Islam.

Begitulah faqihnya Saidina Abu Bakar RA dalam memahami nas syarak dan menterjemahkannya ke alam realiti. Beliau telah menunjukkan satu sikap yang ditulis dengan tinta emas; bahawa perjuangan Islam ini tidak terhenti dengan kewafatan Nabi SAW, bahkan ianya mesti diteruskan walaupun baginda SAW sudah tidak berada di sisinya dan para sahabat yang lain. Justeru para sahabat bersepakat melantik beliau sebagai Khalifah menggantikan Nabi SAW untuk mengurus pemerintahan Islam dan memimpin ummah bagi meneruskan perjuangan baginda SAW. Pemerintahannya hanya dua tahun tiga bulan, akan tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada sejarah Islam yang diingati sehingga ke hari ini. Langkahnya yang telah berjaya menstabilkan pemerintahan Islam daripada golongan murtad yang mengikut nabi-nabi palsu dan mereka yang khianat ke atas pemerintahan Islam menjadi pemangkin kepada pemerintahan Saidina Umar SA selepas itu untuk melakukan banyak perubahan-perubahan dalam sistem pemerintahan Islam, dalam masa yang sama meluaskan pemerintahan Islam dengan mengalahkan Rom dan Parsi.

Begitulah seterusnya, amanat yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar RA diingati oleh umat Islam zaman berzaman sehinggalah kita berada di zaman kegelapan umat Islam pada hari ini. Sudah 1428 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita, di tengah waqi’ umat Islam yang berkecamuk. Nyawa mereka tidak ada nilai di mata manusia lain; ratusan ribu yang dibunuh di Afghanistan, Iraq, Bosnia, Arakan dan lain-lain lagi. Nyawa mereka juga dipertaruhkan demi untuk mencapai cita-cita musuh-musuh mereka sendiri sebagaimana di Syria, Iraq dan Yaman. Hak-hak mereka dinafikan seperti di Palestin dan Kashmir. Syariah Islam direndah-rendahkan sehingga terpaksa mengemis dengan penganutnya sendiri untuk dilaksanakan. Ajarannya ditakut-takutkan dengan dilabel pelbagai label-label yang jelek. Umat Islam yang memperjuang dan mempertahankan hak mereka dilabel sebagai pengganas sedangkan perampas hak mereka digelar sebagai pendamai.

Di tengah kabus yang meliputi umat ini, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan walaupun musuh-musuhnya melakukan pelbagai perancangan untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Mereka (musuh-musuh) Islam mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah memenuhi cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”. (Al-Saff) Ianya terbukti apabila cahaya Islam menembusi tembok-tembok pemikiran di Barat dan Timur sehingga Islam menjadi agama yang paling cepat tersebar. Malang yang menimpa umat ini pasti akan ada cahaya kemenangan di hadapannya; umpama ucapan seorang penyair Arab: “Jika rakyat mahu kepada kehidupan maka ketentuan terpaksa mengikutnya. Malam yang gelap akan tiba penghujungnya dengan terbitnya fajar. Tangan-tangan yang digari akan berkecai juga garinya bila tiba masanya”.

Walaupun 1428 Rasulullah SAW telah wafat akan tetapi perjuangannya akan diteruskan oleh umatnya yang dipilih oleh Allah yang akan ada di sepanjang zaman sehinggalah pada masa yang ditentu dan ditetapkan oleh Allah SWT. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Akan tetap ada di kalangan umatku satu kumpulan yang menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak boleh menghina mereka sehinggalah datangnya urusan Allah SWT (Qiamat).” (Hadis Sahih).
Mudah-mudahan Allah menggolongkan kita berada dalam kumpulan yang dipelihara oleh Allah ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Rabiulawwal 1439 / 4 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 4/12/2017
Sumber HD - 4-12-2017 



































































Jihad membebaskan Baitul Maqdis bukan keganasan

AGAK mengejutkan membaca laporan yang disiarkan dalam beberapa portal mengenai Persidangan Menteri-menteri Pertahanan 41 buah negara-negara Islam di Riyadh, Saudi Arabia pada hari Ahad, 26 November 2017. 
Salah satu pembentangan memaparkan gambar seorang pejuang Islam di Palestin mengangkat senjata menentang tentera Zionis Israel. Ia seolah-olah memberikan isyarat bahawa pejuang yang sedang berjihad untuk menghalau Zionis Israel dari bumi Palestin adalah pengganas. 
Apakah motif sebenar persidangan ini? Adakah tujuannya benar-benar mahu memerangi keganasan atau memerangi keganasan mengikut kehendak Zionis Israel? 
Antara lain resolusi daripada persidangan ini ialah memerangi keganasan sehingga ke akar umbi dan menyuburkan Islam sederhana bagi menentang pemikiran Islam yang digambarkan ganas. Memang ianya sudah dijangka, akan tetapi persoalannya, apakah erti sebenar keganasan, siapakah pengganas yang sebenar dan apakah konsep Islam sederhana itu? 
Adakah ianya mengikut wajah Amerika Syarikat dan Israel dengan melabel semua kumpulan-kumpulan yang menentangnya adalah pengganas yang perlu dicantas sehabis-habisnya? Sangat jelek apabila membaca kenyataan jurucakap tentera Zionis Israel yang memberikan komen akan persidangan ini dengan menyebut; "Negara-negara Arab tanpa segan silu lagi menyatakan hakikat sebenar keganasan di Timur Tengah." (Maksudnya ia didalangi oleh kumpulan-kumpulan yang menentangnya)

Sebagai rekod; pihak pertama yang mengisytiharkan perang menentang keganasan adalah Amerika Syarikat selepas berlakunya serangan pada tanggal 11 September 2001. Gourge W. Bush, bekas Presiden Amerika Syarikat mengisytiharkan ‘War of Terror’ lalu diserang Afghanistan dan Iraq kononnya untuk menghapuskan kumpulan pengganas Al-Qaeeda dan mereka yang bersekongkol dengannya. 
Maka berbondong-bondong media Barat menyerang Islam sebagai agama yang ganas kerana kumpulan ini berjuang di atas nama Islam. Di atas nama menentang Al-Qaeeda, maka Islam dilabel sebagai agama yang ganas dan semua kumpulan-kumpulan berwajah Islam tidak selamat dari dilabel sebagai pengganas. 
Termasuk kumpulan-kumpulan Islam yang berjuang untuk membebaskan tanah air mereka yang dijajah khususnya di Palestin. Malah, termasuk juga gerakan-gerakan Islam yang mengambil pendekatan muwajahah silmiyyah dalam kerangka demokrasi pilihan raya seperti PAS turut dituduh sebagai kumpulan pelampau oleh sekalian musuhnya kerana mengikut arus Barat dalam perang menentang keganasan.

Perang menentang keganasan ini akhirnya bertukar menjadi perang menentang Islam, hasil daripada serangan media massa Barat yang bertali arus mengaitkan Islam dengan keganasan.
Umat Islam tidak akan lupa dengan karikatur yang dilukis menghina Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang pengganas dengan digambarkan Baginda memakai serban yang diselit bom di dalamnya. Umat Islam juga tidak akan lupa kenyataan Pope Benedict XVI yang menyebut bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyebar agama Islam dengan pedang.

Perang menentang keganasan dijadikan alasan oleh Zionis Israel untuk menyapu kumpulan-kumpulan yang menentang kewujudannya sebagai sebuah negara. Sedang ia merampas tanah air umat Islam Palestin dengan peliharaan Barat khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Kononnya bagi membalas kezaliman yang dilakukan oleh Barat terhadap Yahudi khususnya pembunuhan beramai-beramai oleh Nazi dalam Perang Dunia Kedua.

Kewujudan Zionis Israel terus ditentang bermula dari kewujudannya pada tahun 1948 sehinggalah sekarang. Berlakunya beberapa peperangan pada 1960-an dan 1970-an antara negara-negara Arab dan Zionis Israel. Tetapi malangnya ia gagal untuk mengembalikan bumi Palestin ke tangan umat Islam kerana negara-negara Arab berjuang di atas nama kebangsaan, adapun Zionis Israel berjuang di atas nama agama.
Sebagai reaksi di atas kegagalan ini, pada 1980-an ditubuh kumpulan-kumpulan Islam untuk membebaskan bumi Palestin di atas nama jihad seperti Jihad Islami dan HAMAS di Palestin dan Hizbullah di Lubnan. Semua kumpulan ini kecil dan lemah dari sudut lahiriyyah berbanding dengan Zionis Israel yang merupakan tentera terkuat di Timur Tengah. Akan tetapi mereka gagal untuk dikalahkan dalam beberapa peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Justeru perang menentang keganasan adalah jalan terbaik bagi Zionis Israel untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini. Israel menggunakan tangan-tangan umat Islam sendiri dari kalangan pemimpin sekalian negara Islam khususnya Arab.

Halangan utama kepada Zionis Israel adalah negara-negara Islam yang tidak mahu mengikut telunjuknya. Mereka terus berusaha bagi memastikan cita-cita mereka tercapai dengan melobi dan menekan dari sudut politik, ekonomi dan ketenteraan. Tindakan itu supaya negara-negara Islam menekan dan menghapuskan kumpulan-kumpulan ini. 
Perubahan politik secara drastik di Timur Tengah mutakhir ini dilihat menguntungkan Zionis Israel khususnya politik Arab Saudi. Saudi dilihat selangkah demi selangkah berubah kiblat politiknya ke arah Zionis Israel walaupun menjadi ‘Penjaga Kepada Kiblat Umat Islam’ di Makkah.

Justeru kita sangat bimbang dengan persidangan menentang keganasan yang diadakan di Riyadh baru-baru ini. Ia dijadikan satu platform bagi mencabut, merampas dan menghapuskan kumpulan-kumpulan Islam yang berjuang untuk membebaskan Baitul Maqdis dari tangan rejim Zionis Israel. 
Gambar pejuang Palestin yang dipaparkan bukan dilakukan secara spontan. Ia adalah satu isyarat kepada seluruh wakil-wakil negara Islam yang hadir untuk menentang kumpulan-kumpulan ini. Sangat menyedihkan persidangan yang sepatutnya menjadi wadah kepada umat Islam dari sudut ketenteraan bagi menentang pengganas sebenar yang merampas tanah suci Baitul Maqdis, tetapi menjadi medan untuk menyembelih sesama umat Islam.

Jihad untuk membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Zionis Israel adalah garisan merah yang tidak boleh dilepasi oleh sesiapapun. Jika pemerintah-pemerintah umat Islam kaku dan gagal untuk memeliharanya, maka tugas ini akan diambil oleh mereka yang sentiasa ada dengan ketentuan Allah S.W.T. 
Sabda Nabi S.A.W dalam satu hadis yang bermaksud: “Akan tetap ada di kalangan umatku satu kumpulan yang menegakkan kebenaran, musuh mereka tidak boleh menghina mereka sehinggalah datangnya urusan Allah. Lalu sahabat bertanya; "Di manakah mereka wahai Rasulullah S.A.W?" Baginda menjawab;"Mereka di Baitul Maqdis dan di pinggir Baitul Maqdis." (Musnad Imam Ahmad) 
11 Rabiul Awwal 1439 | 29 November 2017 - HARAKAHDAILY 29/11/2017








































































































































Sumber HD - 29-11-2017





































































Tahniah anak-anak PASTI Negeri Selangor!

HARI Anugerah PASTI Negeri Selangor 2017 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis berlangsung sejurus tamatnya Peperiksaan Setara Peringkat Negeri pada hari yang sama. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga merangkap Pengarah PASTI Negeri Selangor, turut hadir Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong, Pengerusi PASTI Kawasan Puchong, Majlis Guru PASTI Selangor dan kawasan, serta ibu bapa pelajar setara. 
Kali ini tuan rumah PASTI Kawasan Puchong memilih Dewan Pertanian Fakulti Pertanian UPM sebagai tempat berlangsungnya majlis. Pihak PASTI Selangor mengucapkan tahniah di atas usaha anak-anak PASTI diseluruh kawasan kerana berusaha menjawab dengan baik dan cemerlang. 
Berikut adalah keputusan pemenang/terbaik PASTI Negeri Selangor 2017. Hari Anugerah PASTI Negeri Selangor 2017. 
1.Naib Johan 3K 2017- PASTI Little Ikhwan, Kuala Selangor. Manakala Johan 3K 2017 adalah PASTI Al-Jawaris, Sepang. 
2.Pelajar Terbaik 5 Tahun jatuh kepada Kawasan Hulu Langat Adik Muhamad Aqef dan Pelajar Terbaik 6 Tahun pula jatuh kepada Kawasan Gombak iaitu adik Tuan Aina Safiyya Bt Tuan Muhamad Firdaus.Turut diberi anugerah adalah Pelajar PASTI Terbaik 5 Tahun 22 Kawasan dan pelajar PASTI Terbaik 6 Tahun 22 Kawasan dalam negeri Selangor. 
Majlis kali ini dimeriahkan lagi dengan pelancaran majalah Anugerah PASTI Kawasan Puchong edisi 2017 keluaran pertama. yang memuatkan senarai nama murid 6 tahun guru dan ahli jawatankuasa PASTI Puchong 2017. Majalah ini julung kali diterbitkan oleh PASTI Puchong. – HARAKAHDAILY 27/11/2017






























































































































































Sumbee HD -27-11-2017







































































Guru, Pelajar Jadi Bahan ‘Ujikaji’ Kerajaan BN

KUALA NERUS – Pelbagai ujikaji dilakukan oleh Kemenerian Pendidikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengakibatkan para guru dan pelajar menghadapi pelbagai masalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata ia adalah kerana Menteri berkenaan dilantik daripada kalangan orang politik.

“Pada ketika ini, Menteri Pendidikan dilantik daripada kalangan orang politik dan berbagai ‘eksperimen’ yang dilakukan oleh pendidikan pada masa kini,

“sehingga membebankan pelajar dan guru……..guru susah, pelajar pun tak boleh terima,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ihtifal Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam, Qaryah Tok Jiring di sini, pada Jumaat 24 November.
Kata beliau, ada dikalangan guru yang melahirkan rasa dukacita dan pelajar yang yang bersedih menghadapi karenah pentadbiran kerajaan itu.
Kesan dari ‘eksperimen’ itu, menurut beliau, wujudnya ruang ‘vakum’, iaitu satu kumpulan yang tidak mendapat pendidikan yang baik, apabila seseorang Menteri diganti dengan yang lain.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu berkata, PAS akan mengurangkan beban dan tekanan hidup rakyat, sekiranya diberi madat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila dipilih sebagai kerajaan Pusat.
“tapi jika kita mahu memansuhkan GST, kita tidak boleh memansuhkan secara tiba-tiba…..hari ni naik jadi kerajaan, esok terus nak mansuh, tak boleh……,

“kerana ianya satu Akta (yang telah diluluskan diParlimen)…….akan tetapi kita boleh mansuhkannya paling cepat dalam tiga tahun, dengan cara mengurangkan GST sehingga ia menjadi 0%…..kita akan turunkan kepada 5%, 4% dan seterusnya,”jelas belau.
Dengan perlaksanaan dasar tersebut katanya, keraajaan akan kehilangan hasil sebanyak kira-kira RM40 bilion setahun.
Namun begitu beliau yakin ia dapat diatas dengan memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ini bermakna kita akan kehilangan RM40 bilion…….(jadi) bagaimana kerajaan PAS ketika itu ingin mengurus kerajaan pusat dengan dana yang berkurangan?

“ia boleh diatas dengan dengan memperkasakan SPRM, agar ketirisan sejumlah tersebut setiap tahun sebelum ini dapat dipulihkan,” menurut beliau.

Sumber BO - 24-11-2017









































































Majlis Konvokesyen PASTI Puchong 2017 gemilang

Menurut Pengarah Majlis Konvokesyen PASTI cikgu Amilin Soleh, seramai 818 orang pelajar 6 tahun diraikan dengan  kehadiran seramai 2400 memenuhi dewan yang dijalankan secara dua sidang pagi dan petang. Ujar beliau lagi, perjalanan majlis berjalan lancar hasil usaha juga kerjasama pengurus dan guru-guru 19 buah PASTI Cawangan serta turut dibantu oleh Jabatan Amal Puchong.
Majlis  telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang Noor Hanim binti Ismail manakala di sebelah petangnya disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong, Ustaz Soffiean Ismail. 
Pengerusi PASTI Puchong, YM Tengku Khairul pula berkata, pada tahun 2017 PASTI Puchong telah telah berjaya mengekalkan kejuaraan Alamria PASTI Selangor dan berjaya membantu PASTI Selangor menjadi juara Alamria Malaysia bahkan pasukan bola jaring naib johan dan bola sepak suku akhir di Temasya Sukan PASTI Selangor. 
"Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa. PASTI Puchong telah merangka 8 Pelan Strategik PASTI Puchong 2016-2020 bagi menjayakan visi PASTI dalam melahirkan insan pintar soleh yang seimbang dalam kurikulum dan ko kurikulum. Malahan kita mewujudkan 5 Pelan Strategik Majlis Guru PASTI Puchong dalam memastikan kawalan kualiti dan jaminan kualiti dikalangan pendidik," tambah beliau lagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong, Mohd Ashrul Hisham Abd Jalil dan Ketua Dewan Muslimat PAS Puchong, Norzaihan Ismail turut hadir bagi menyampaikan anugerah pada hari berkenaan. Dalam majlis tersebut, Ku Alya Marissa binti Ku Zamri dipilih sebagai Tokoh Ko Kurikulum manakala Marissa  Syafiah Mohd Mazlan telah dipilih sebagai Tokoh Akademik dan Tokoh Harapan telah dimiliki oleh Nur Amni Fatihah binti Ahmad Fauzee. Masing-masing membawa pulang sijil dan sebuah basikal. 
MKP kali juga ni mendapat kepercayaan dari penaja-penaja produk terkemuka seperti susu kambing Wildan, Int3tree dan banyak lagi. – HARAKAHDAILY 23/11/2017





























































































































































Sumber HD - 23-11-2017










































































Masyarakat Yakin dan Percaya Kepada PAS

BESUT – Kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada PAS semakin melonjak apabila melihat parti itu bukan sekadar berpolitik.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, PAS telah mengambil pendekatan dengan mengisi ruang yang munasabah untuk memikul tanggungjawab besar jika diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah.

“Kejayaan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut melahirkan anak-anak didik berteraskan agama menjadikan pusat pendidikan pra-sekolah ini diberi sambutan hebat oleh masyarakat setempat,

“Acuan Islam yang membentuk kehidupan berakhlak dan beragama yang menjadi silibus penting kepada PASTI telah berjaya melonjak naik bukan sahaja nama institusi ini tetapi juga wadah yang menaunginya,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian dalam Konvensyen PASTI Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh, Sabtu, 18 November, disini.

Menurutnya, Penubuhan PASTI di kawasan Besut bermula pada tahun 1988 telah berjaya membuka mata masyarakat betapa pentingnya sistem pendidikan Pra-Sekolah yang diolah berasaskan sistem pendidikan Islam.

“Berdasarkan rekod pada tahun 2017 ini sahaja, bilangan PASTI di Besut kini berjumlah 21 buah di mana pelajarnya sudah mencapai angka 899 orang dan 58 orang guru,
“Dan difaham pada tahun ini sahaja bilangan pelajar PASTI Terengganu berjumlah 12,362 orang dan di Malaysia keseluruhan berjumlah 118,986 orang,”ujar beliau.

Tambah beliau, majlis Konvokesyen PASTI 2017 ini akan menjadi titik tolak kepada kesinambungan dan kelangsungan kita dalam melahirkan generasi rabbani di masa akan datang.

“Saya menaruh harapan yang sangat tinggi untuk melihat suatu ketika nanti akan lahir dari kalangan anak-anak lepasan PASTI ini karektor yang sangat penting dalam masyarakat,

“Menjadi ulamak yang soleh yang akan memandu kehidupan masyarakat dan menjadi wakil rakyat (YB) yang akan memimpin rakyat pada masa akan datang,”ujar Ustaz Wan Azhar.

Sumber BO - 20-11-2017














































































Kecemerlangan graduan PASTI berteras Islam

MIRI: Kecemerlangan PASTI melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran asas pembelajaran berteras Islam dan segala nilai serta moral mulia menyebabkan sambutan masyarakat kian meningkat.
Malah, Jabatan PASTI yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS telah berjaya memperkenalkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran para gurunya dan kualiti pendidikan tersebut.
Demikian maklum Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat ketika merasmikan Majlis Ihtifal dan Graduasi PASTI Kawasan Miri di NAIM Clubhouse, Southlake, di sini semalam.
Pada majlis penuh gilang gemilang itu, 72 pelajar dari enam PASTI dalam kawasan itu menerima sijil dan anugerah masing-masing.
Wakil Ibu Bapa PASTI Miri, Mohd Izuan Khaleb yang turut memberi ucapan menyifatkan kecintaan kepada al-Quran dan al-Hadis diterapkan guru kepada para pelajar adalah asuhan paling diidamkan ibu bapa.
Katanya, kebaikan akhlak yang diteladani daripada guru juga adalah harapan utama berbanding kebolehan asas pembelajaran lainnya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohammad Arifiazul Paijo; Pengarah PASTI Sarawak, Awangku Alizul Azahari Awangku Matali; Ketua Pemuda PAS Kawasan Miri, Ustaz Borhanuddin Daud dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD - 20-11-2017 
















































































PASTI semakin diterima dan berkembang

IPOH: PAS membuktikan kemampuan menyediakan institusi kanak-kanak pra-sekolah PASTI yang bukan sahaja mencapai matlamat pendidikan Islam, malah telah berjaya melahirkan ramai individu penting.
Pengarah PASTI Negeri Perak, Ustaz Azhari Muhammad berkata, perkhidmatan pengurusan serta sistem pembelajaran PASTI telah mendatangkan kepercayaan awam hingga menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak ke institusi itu.
Beliau mengulas perkembangan tersebut sempena Majlis Ihtifal dan Konvokesyen PASTI yang berlangsung di banyak kawasan dalam negeri itu antaranya Lumut, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Bukit Gantang, Taiping, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng dan Teluk Intan, semalam.
Kerana itu jelasnya, rekod menunjukkan peningkatan kemajuan PASTI sentiasa mendapat permintaan tinggi di mana para ibu bapa turut menyumbang kesungguhan dan kerjasama.
Ustaz Azhari berharap agar PASTI terus menjadi wadah pilihan utama serta berjaya melahirkan generasi yang mampu membawa mesej Islam kepada masyarakat di masa depan. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD - 20-11-2017 

Hari Q rai warga PASTI Perlis

ARAU: Hari Kualiti (Hari Q) PASTI Negeri Perlis telah meraikan 120 guru selain pelajar dan waris pada majlis yang diadakan di Dewan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Ulu Pauh, di sini semalam.
Pada majlis tersebut, guru PASTI Ar-Rahmah Kayang, Hasmiza Ali telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru, manakala Syarifah Batrisya Syed Mohd Amirullah dari PASTI Smart Aulad Pra Tahfiz Kangar dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar.
Sementara itu, Majlis Guru PASTI Kangar telah dianugerahkan sebagai MGP Kawasan Terbaik dan PASTI Kawasan Arau pula dianugerahkan sebagai PASTI Terbaik.
Majlis yang membina imej dan kecemerlangan PASTI itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perlis, Baharudin Ahmad.
Antara yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr Saifizi Saidon dan Pengarah PASTI Perlis, Ustaz Asrul Aiman Abdul Jalil. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD- 20-11-2017 



















































































Jempol sampaikan anugerah graduasi PASTI

JEMPOL: Majlis Graduasi PASTI Kawasan Jempol yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol, Habibah Tumin telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Majlis Daerah Jempol, di sini semalam. 
Pada majlis graduasi itu Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang bagi kategori pelajar lima tahun telah disampaikan kepada Nuraini Mardhiah Mohd Nordin dari PASTI Muttaqin, manakala bagi kategori enam tahun dianugerahkan kepada Ameerul Adham Ahmad Ashaa'ri dari PASTI Ar Raudhah.
Majlis itu juga turut memberi pengiktirafan kepada pelajar kelainan upaya (OKU), Mazaya Misnan dari PASTI Al Huda atas kesungguhannya belajar, selain turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari pelajar-pelajar PASTI Ar Raudah.
Pengerusi PASTI Kawasan Jempol, Mohd Dzulkarnain Mohd Jefri memberitahu, dalam kawasan itu terapat enam PASTI iaitu Al Huda, As Syakirin, Al Muttaqin, Al Hidayah, Ar Raudhah dan An Nuur. 
Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jempol, Mustaffa Bakri Abdul Aziz. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD- 20-11-2017 




















































































PASTI titik persiapan PAS pikul taklif pemerintahan

BESUT: Peranan PAS di dalam politik tidak hanya bersedia memikul tanggungjawab besar dan mandat rakyat untuk memerintah, tetapi mengadakan persiapan pembangunan dengan menjana keinsanan dari peringkat anak-anak lagi.
Perkara itu sebagaimana usaha dilaksanakan PAS menerusi institusi pendidikan pra-sekolah PASTI yang mempersadakan acuan Islam dalam membentuk kehidupan berakhlak dan beragama.
Demikian intipati utama diutarakan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika merasmikan Konvensyen PASTI Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh, di sini semalam.
"Saya menaruh harapan yang sangat tinggi untuk melihat suatu ketika nanti akan lahir dari kalangan anak-anak lepasan PASTI ini karektor yang sangat penting dalam masyarakat.
"Menjadi ulama soleh yang akan memandu kehidupan masyarakat dan menjadi wakil rakyat yang akan memimpin rakyat di masa akan datang," ujarnya.
Menurut beliau, penubuhan PASTI di kawasan itu sejak tahun 1988 telah berjaya membuka mata masyarakat terhadap kepentingan pendidikan pra-sekolah berasaskan sistem Islam.
Maklumnya, berdasar rekod 2017, bilangan di Besut sudah terdapat 21 PASTI dengan 58 guru dan 899 pelajar daripada 12,362 pelajar PASTI Terengganu atau 1118,986 seluruh Malaysia.
Katanya, dengan kapasiti itu membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap PAS yang kian melonjak dan menjadi kesinambungan kepada perjuangan PAS melahirkan generasi rabbani. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD- 20-11-2017 

PASTI - Membina semula kekuatan akar umbi PAS
Posted on Sunday, November 19 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36848



Majlis ihtifal Pasti Al Mukmin Qaryah Che Lijah berlangsung dalam suasana meriah.YB Dun Rantau Abang,Cikgu Alias Harun dijemput untuk merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar.



























Pertandingan membuat puding dan hadiah cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan majlis ini. 


Sumber TKO - 19-10-2017























































































PASTI berjaya tarik minat bukan Islam

KEMAMAN: Peranan PASTI dalam dunia pendidikan kini menyaksikan institusi pra-sekolah dikendalikan Dewan Pemuda PAS itu mendapat kepercayaan masyarakat.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata, keyakinan masyarakat pada sistem dan silibus PASTI hingga mendorong kalangan bukan Islam juga menghantar anak-anak mereka.
Beliau menitipkan pesan dan optimistik terhadap PASTI dan sekolah-sekolah agama agar menjadi pilihan ibu bapa tanpa perlu rasa khuatir atau curiga terhadap institusi pendidikan tersebut.
"Jangan hiraukan mulut-mulut jahat dan bisikan syaitan yang mahu menghalang niat murni untuk mendidik anak-anak menjadi insan rabbani," ujarnya yang juga Pengerusi PASTI Kemaman, semalam.
Ucapan itu disampaikan beliau ketika meraikan 242 pelajar pada Majlis Ihtifal Gabungan KAFA dan PASTI Adam Mak Chili, di sini.
Sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula telah disempurnakan Pengerusi PASTI Adam Mak Chili, Abdul Razak Ibrahim. - HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD - 19-11-2017 

























































































DACS sokong Kafa wajibkan pemain tutup aurat

“Ini merupakan sebuah inisiatif yang membuka mata masyarakat ke arah kepatuhan kepada syariat Islam walaupun bergiat dalam arena sukan. 
“Usaha ini secara langsung membuktikan syariat Islam sesuai untuk dilaksanakan dalam apa jua keadaan termasuk dalam sukan bola sepak,” ujar Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar. 
Katanya, DACS DPP Malaysia menyokong usaha KAFA untuk memartabatkan syariat Islam dalam liga bola sepak tanah air. 
Beliau berharap semoga usaha itu menjadi contoh dan memberi keyakinan kepada semua persatuan bola sepak seluruh Malaysia untuk mempraktikkan dasar patuh syariat. 
Usaha ini bukan sahaja membanggakan rakyat negeri Kelantan, malah seluruh umat Islam di negara ini. 
Tambahnya, DACS DPPM yakin bahawa terlibat dalam aktiviti sukan bukanlah penghalang untuk mematuhi syariat Islam. 
“DACS telah lama mempelopori agar semua sukan yang dimainkan oleh umat Islam wajib patuh syariat seperti pasukan bola sepak kami, DACS FC yang mana semua pemain menutup aurat dan ia tidak sedikit pun menghalang kami untuk bermain dengan baik malah ia mendidik kami agar bermain dengan penuh semangat kesukanan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD - 18-11-2017 



























































































PRU14: Undi anak muda adalah penentunya

“SESIAPA di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Peduli Tetapi Tidak Mengundi.
Terdapat banyak perkara yang berlaku di luar kemampuan kita.
Saban hari kita mengeluh tentang pelbagai isu ekonomi yang membelenggu negara, di samping bimbang tentang masa depan generasi muda, kesan daripada pelbagai isu sosial dan politik yang melanda negara. 
Realitinya, kebimbangan ini telah lama berlarutan, dan mungkin akan berterusan sekiranya generasi muda tidak mengambil peranan untuk menyelamatkan Malaysia. 
Menurut SPR, sehingga suku kedua 2017, sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pengundi, kebanyakannya golongan belia berusia 21 hingga 39 tahun. 
Manakala kajian yang dijalankan oleh firma Kajidata terhadap 1,000 belia berumur 21 hingga 35 tahun mendapati, 88% golongan belia mengambil peduli tentang isu semasa dan isu politik di sekeliling mereka, namun lebih 51% masih belum membuat keputusan untuk menyokong kerajaan ataupun pembangkang di dalam pilihan raya yang akan datang. 
Dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap kesedaran politik di kalangan generasi muda adalah tinggi, namun tahap partisipasi politik berada di paras yang rendah, antaranya disebabkan oleh ketidakyakinan mereka terhadap parti politik yang boleh membawa perubahan dalam negara. 
Jika situasi ini berlarutan, bukan sahaja jumlah pengundi yang masih belum mendaftar akan terus meningkat, malah peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian juga akan turut terjejas. 
Di sinilah pentingnya partisipasi politik yang tinggi di kalangan generasi muda.
Setiap Undi Adalah Berharga. 
Lanjutan daripada itu, soalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab akan menyusul: Mengapa generasi muda perlu terlibat dengan politik dan apakah manfaatnya kepada mereka? 
Antara jawapan yang biasa dikemukakan adalah ianya merupakan hak setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. 
Di samping itu, pilihan raya yang berlangsung setiap lima tahun juga merupakan ruang terbaik untuk rakyat memilih pemimpin dan kerajaan berdasarkan prestasi dan janji yang dikemukakan. 
Namun, jawapan yang lebih tepat untuk anak muda adalah, pilihan raya merupakan medan terbaik untuk mengubah ‘status-quo’ di dalam negara. Idea segar dan kepimpinan berjiwa muda mampu menjadi pemangkin kepada perubahan lebih besar dalam negara, berbanding rejim yang telah memerintah dalam tempoh yang lama.
Selain itu, setiap isu yang dihadapi generasi muda biasanya tidak dipedulikan oleh kerajaan. Justeru, partisipasi dan representasi politik yang tinggi di kalangan generasi muda akan membuka mata semua pihak, seterusnya mewakili suara generasi muda untuk membawa perubahan di dalam negara 
Maka di sinilah pentingnya golongan belia untuk segera mendaftar sebagai pengundi apabila mencecah usia 21 tahun. Di samping mengambil peduli terhadap prestasi dan janji setiap parti politik dalam menjuarai kebajikan rakyat, anak muda disarankan agar tidak sesekali melepaskan peluang berharga untuk mengundi pada hari pengundian kelak. 
Lebih penting, kita tidak mahu situasi yang sama berulang di mana ‘pemimpin yang jahat’ akan terus berkuasa apabila ‘rakyat yang baik’ tidak keluar mengundi untuk melakukan perubahan. Inilah mesej yang pernah diungkapkan oleh William E. Simon kepada pengundi di Amerika Syarikat, “Bad politicians are sent to Washington by good people who don't vote”. 
Semoga ianya tidak berlaku di Putrajaya. Undi anak muda adalah penentunya.
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
15 November 2017 - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-22017 





























































































Minyak Tapis: Mahal dan sengsarakan rakyat Malaysia?

HARGA minyak dunia, dijangka meningkat ke tahap USD60-70 Setong hujung tahun ini dan berpotensi terus mengukuh tahun hadapan. Dengan subsidi minyak telah dihapuskan di Malaysia, rakyat bakal menghadapi saat sukar. 
Pemuda PAS Perak menyatakan sokongan penuh cadangan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar Kerajaan Malaysia menetapkan harga siling bagi petrol dan diesel dengan mengembalikan semula subsidi barangan petroleum tersebut. 
Untuk rekod, Malaysia mengeluarkan minyak mentah tapis ‘blend’ (TAPIS) namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan kenderaan dan industri tempatan sementara minyak bermutu tinggi TAPIS ini dieksport keluar. 
Minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend“, yang ditakrifkan oleh pakar petroleum sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Ia minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut sebagai sweet dan light. Berdasarkan carta, jelas tapis dijual pada harga 10-12 USD lebih mahal dari harga purata WTI/Brent Crude. 
Amat malang bagi rakyat negara ini, pertamanya sudahlah minyak yang dijual dalam negara tidak berkualiti berbanding sumber minyak TAPIS sendiri yang dieksport keluar. Malang bertimpa pula, sudahlah kualiti rendah, harganya mahal menyesakkan hidup rakyat pula. Lebih buruk lagi, hasil keuntungan jualan Tapis keluar Negara, dirompak dengan segala macam rasuah ketirisan yang jelas tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat. Cukai dan dividen tinggi yang dikutip,hasil peningkatan harga minyak ini secara tidak langsung juga gagal membantu rakyat yang terus dihimpit isu harga barang naik, GST dan harga rumah melampau. – HARAKAHDAILY 15/11/2017 
Penulis ialah Exco Pemuda PAS Malaysia/Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak
Sumber HD - 15-11-2017 































































































Mohon titah YDPA tangani pertikaian terhadap Islam

CAMPUR tangan dan pertikaian oleh pihak-pihak tertentu terhadap pengamalan, ajaran dan nilai Islam di negara ini menuntut titah nasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-raja Melayu untuk menghormatinya. Ia penting agar pihak terbabit tidak sewenang-wenangnya bersikap demikian yang biadab dan menyinggungkan. 
Malah titah nasihat itu perlu untuk menyedarkan kembali pihak-pihak berkenaan agar tidak melangkaui batasan dan melampau serta celupar terhadap hak pihak lain. Lebih-lebih lagi berkait kepercayaan agama, sensitiviti perkauman dan pegangan adat serta keharmonian budaya yang pelbagai dalam negara berdaulat ini. 
Kerana, Islam adalah tonggak tertinggi negara sebagai Agama Persekutuan yang dinaungi YDPA dan Raja-raja Melayu selaku ketua agama bagi Malaysia dan semua negeri. Sekali gus menjurus kepada usaha mengawal sikap yang boleh menggugat dan menjejaskan ketenteraman juga perpaduan rakyat dalam negara. 
Jika dibiarkan, ia hanya terus mengundang tindakan mengambil kesempatan secara cabul dan angkuh yang membibitkan pula rasa kurang senang dan kemungkinan tindak balas radikal. Terbaru apabila berbangkit larangan pemakaian tudung bagi pekerja hotel di perjawatan utama yang dijadikan alasan kerana mematuhi polisi antarabangsa. 
Bulan lalu, premis dobi 'untuk Muslim sahaja' dipolemikkan, sedangkan pada kebiasaan perniagaan wujud pengenalan logo halal serta pengasingan barangan halal dan tidak halal di pasar raya. Lalu terdapat pihak menjadi lebih ekstrem hingga menganjurkan pesta arak dengan mengaitkan Islam sebagai kongkongan. 
Malangnya, kebebasan itu digunakan untuk menyindir dan memperlekehkan Islam. Begitu juga tindakan pihak tertentu menyangkal permintaan untuk Malaysia Airline System (MAS) tidak menghidang arak dalam pesawat. Tidak pula ia diselaraskan dengan polisi pengambilan alkohol pada situasi yang lain. 
Sedangkan sebelum ini kebebasan diberi Kementerian Pengangkutan untuk pemakaian tudung bagi pramugari. Bermakna ia boleh dilaksanakan secara jayanya. Tetapi sering dicampakkan halangan secara adu domba terutama golongan pejuang liberal yang sebenarnya bertujuan serong terhadap Islam. 
Maka kami percaya, Tuanku YDPA dan Raja-raja Melayu semuanya dapat menitahkan nasihat serta ketegasan terhadap isu seperti ini agar mendapat perhatian kerajaan untuk dilaksanakan tindakan sewajarnya. Seterusnya membentuk keakuran pihak berkaitan agar menghayati teras-teras utama negara, tanpa perlu mencalarkannya. 
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 November 2017 | 25 Safar 1439 – HARAKAHDAILY 14/11/2017
































































































































































































Sumber HD - 14-11-2017

































































































Malaysia boleh rungkai larangan bertudung pekerja hotel



































































































Inilah masanya para pengendali hotel Malaysia menunjukkan jalan keluar yang sederhana betapa hak mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan tidak harus dibatasi. Kita boleh menjadi contoh dan perintis terhadap perkara ini, sekali gus memberi penghormatan terhadap banyak pihak.
Terutama kepada kaum wanita dan umat Islam yang kini merupakan penghuni teramai atas muka bumi. Malah, pemakaian tudung dilihat tidak memberi sebarang implikasi negatif kepada sektor tersebut. Sebaliknya larangan atau polisi yang ada pula tidak punya hujah kukuh untuk diaplikasikan. 
Biarpun dinafikan ianya bukan diskriminasi dan Islamofobia, tetapi itulah hakikat sikap dunia berkepentingan hari ini yang tidak boleh diselindungkan. Maka kita bergerak atas kefahaman dan sensitiviti kita sendiri dengan memberikan hak kepada kalangan yang sepatutnya.
Kami menggesa pihak kerajaan terutama kementerian dan jabatan berkaitan dapat melakukan sesuatu untuk melakukan pembaharuan pelaksanaannya di negara ini. Seterusnya merungkai isu ini ke peringkat antarabangsa sebagai satu perjuangan terhadap hak asasi beragama dan kepada kaum wanita.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
12 November 2017 | 23 Safar 1439
Sumber HD - 12-11-2017 





































































































Rayuan dana untuk Pasti Nurul Hidayah Palong 4

PASTI Nurul Hidayah Palong 4 masih memerlukan dana dan sumbangan orang ramai (Anggaran RM10,000) bagi menyiapkan bangunan Pasti pada bulan Disember nanti yang melibatkan pembinaan:
1. Tandas dan bilik air
2. kelas 4, 5 dan 6 tahun
3. Dapur
4. Sebuah pejabat
Selain itu Pasti ini juga masih memerlukan keperluan seperti;
1.meja / kerusi murid
2.meja guru 3 buah
3.almari/ rak buku
4.whiteboard 3 buah
5.kipas
6.tikar getah
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi Pasti, 113991000251 Bank Rakyat Atas nama Pasti Nurul Hidayah (019-290 2640, Cikgu Umi). – HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD -10-11-2017 

Nak tahu hala tuju politik anak muda sekarang, lihat mereka hala ke mana?
Posted on Thursday, November 09 @ 21:49:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36581



Nak tahu halatuju negara, lihatlah anak2 mudanya menghala kemana.



Kredit
Hatta Ata 


Sumber TKO - 9-11-2017






































































































Hulurkan bantuan, ringankan beban mangsa banjir

SESUNGGUHNYA tragedi banjir besar dan tanah runtuh serta kejadian-kejadian berkaitannya ketika ini terutama di Pulau Pinang dan beberapa negeri adalah ujian daripada Allah S.W.T kepada para hamba-Nya dan berharap ia diterima dengan sabar dan redha.
Pihak kami merakamkan takziah kepada semua mangsa yang terjejas oleh bencana banjir besar yang melanda itu. Kami menghulurkan rasa simpati dan solidariti bersama seluruh mangsa banjir yang terlibat. 
Di dalam situasi begini, kami berharap agar semua pihak berganding bahu meringankan beban mangsa banjir terutama di Pulau Pinang serta mengenepikan fahaman politik untuk memastikan agar segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan berkesan dan sampai kepada sasaran.
Berikutan bencana banjir ini, kami akan menggerakkan seluruh jentera yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terutamanya Jabatan Amal Malaysia (JAM) untuk turut sama membantu mangsa banjir buat ketika ini terfokus di Pulau Pinang.
Untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan banjir di Pulau Pinang, saya sendiri mewakili DPPM telah mengunjungi Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fauzi Yusoff dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden untuk menziarahi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Juga melawat kawasan yang dilanda banjir serta menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat untuk meringankan beban mereka.
Buat masa sekarang, DPPM melalui JAM telah menggerakkan jenteranya di Pulau Pinang dan negeri berdekatan dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. Jabatan Amal Malaysia telah menyusun 3 fasa dalam melancarkan perjalanan operasi iaitu menyelamatkan mangsa banjir, menempatkan mangsa banjir di pusat pemindahan dan membersihkan kediaman serta kawasan persekitaran. Untuk menjayakan misi tersebut, DPPM melalui JAM akan menerima arahan Khidmat Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat agar misi kemanusiaan tersebut mencapai sasaran serta objektif yang ditetapkan.
DPPM berharap agar rakyat Pulau Pinang terutamanya mangsa banjir agar bersabar di atas musibah yang melanda dan mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi yang terlibat bagi memastikan segala misi sama ada menyelamat mahupun bantuan dapat dijalankan dengan sempurna demi manfaat semua pihak.
DPPM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar keadaan banjir semakin baik dan pulih supaya semuanya kembali seperti sediakala. Kepada Allah jua kita berserah dan kepada Allah jua kita memohon.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
6 November 2017 | 17 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD-6-11-2017 








































































































AMK dinasihat tidak bawa negara ke arah Liberal

TIMBALAN Ketua AMK, Dr Afif Bahardin dilihat cuba mempertikaikan pegangan PAS kepada prinsip Rukun Negara disebalik pertanyaan dikemukakannya. Malah, seolah-olah membentuk persepsi buruk untuk menuduh kononnya PAS menolak Rukun Negara. Malangnya, kenyataan dikemukakan Dr Afif menunjukkan beliau sebenarnya dangkal dan keliru memahami terma berhubung kait prinsip tersebut.
Memalukan diri sendiri, beliau sebenarnya yang cetek pengetahuan dan gagal membezakan antara penyataan sinopsis Rukun Negara dari butiran deklarasinya. Ia umpama tidak tahu membezakan antara ucapan aluan pengerusi majlis dengan ucapan perasmian pemimpin. Malah, bidasan Dr Afif yang berhujah atas perkataan 'liberal' dalam teks sinopsis Rukun Negara itu adalah pemahaman salah dan merbahaya.
Tafsiran beliau cenderung melihat perkataan 'liberal' tersebut sebagai pegangan atau fahaman; yang mewakili kebebasan. Sedangkan maksud sebenar di situ merujuk perihal pendekatan; yang bererti keterbukaan. Bermakna Dr Afif menanggapi Rukun Negara sebagai prinsip liberal, sekali gus menggambarkannya adalah jati diri Malaysia. Tentulah ianya janggal dan bercanggah dengan kelima-lima prinsip itu.
Atas kemungkinan ianya benar pendirian atau kesilapan, Dr Afif tetap perlu memberikan penjelasan. Sekiranya itu adalah kefahaman pegangan beliau, bermakna Dr Afif akan seiring dengan golongan aliran liberal. Maka kami nasihatkan agar kembali ke pangkal jalan. Jika sebaliknya, memadai beliau mengakui kekhilafan itu dan memohon maaf supaya tidak terus berlaku salah sangka.
Kami tegaskan, bahawa PAS adalah parti yang paling teguh merealisasikan Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan dibuktikan PAS dengan Islam menjadi dasarnya, serta menghormati agama lain. Kesetiaan kepada Raja dan Negara tidak dapat disangkal apabila PAS sentiasa mempertahankannya. Sedangkan terdapat parti yang bersengketa dengan Institusi Raja, tetapi akrab dengan kuasa asing.
PAS juga tegas menjunjung Keluhuran Perlembagaan dan menjaga Kedaulatan Undang-undang, ketika ada pihak cuba merobek dan mencabarnya. Malah PAS memelihara Kesopanan dan Kesusilaan, disebalik kebiadaban serta lupa diri oleh pihak tertentu terhadap negara. Kami menyeru agar kebaikan liberalisasi politik diperluaskan kepada masyarakat, namun menentang kejahatan agenda politik liberal.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
4 November 2017 | 15 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD - 4-11-2017 










































































































Selamat berjuang calon SPM

SIRAH Rasulullah S.A.W mencatatkan kehebatan dan penglibatan golongan remaja dalam membantu agama Allah S.W.T. Antaranya, remaja bernama Arqam bin Abi al-Arqam yang menjadikan rumahnya sebagai pusat awal gerakan dakwah Islam. 
Begitu juga Saidina Ali bin Abi Talib yang terkenal sebagai remaja berani. Mu’az dan Mu’awwiz yang terlibat dalam peperangan Badar hingga menumpaskan Abu Jahal. Sama juga Usamah bin Zaid yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah memimpin peperangan pada usia seawal 17 tahun, serta ramai lagi.  
Ini menggambarkan usia remaja ibarat emas yang sangat bernilai. Ia mesti dipelihara dan digilap sinarnya bertepatan dengan acuan Islam.
Menempa kejayaan dalam pencapaian akademik mestilah tidak hanya terhenti sekadar memburu posisi di universiti atau kerjaya yang baik. Namun, lebih jauh daripada itu adalah bagaimana ia dimanfaatkan untuk pembangunan ummah dan perjuangan agama Allah S.W.T ini.
Marilah bersama kita mengingati beberapa adab sebagai penuntut ilmu. Iaitu niat yang ikhlas kerana Allah SWT, menjauhi segala maksiat kerana ia boleh menyebabkan terhalangnya penerimaan ilmu serta menghormati dan memuliakan guru. 
Selain itu memelihara akhlak ketika menuntut ilmu, mengelakkan perkara yang boleh melalaikan tumpuan terhadap ilmu, juga bersikap tabah dan tekun terhadap segala kesusahan mencari ilmu dan memilih sahabat soleh.
Sebelum mula memasuki dewan peperiksaan, adalah lebih baik didahulukan dengan Solat Hajat memohon doa kepada Allah S.W.T, perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, serta memastikan hati berada dalam keadaan tenang dengan melazimi zikir kepada-Nya.  
Selamat berjuang buat 443,883 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang akan bermula pada 6 November ini. Moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, insya-Allah.
AKRAM IKRAMI TAIB AZAMUDDEN
Pengarah
Jabatan Pembangunan Remaja
Dewan Pemuda PAS Malaysia 
3 November 2017 | 14 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD- 3-11-2017 












































































































Ahli politik PAS: Antara kaya dan miskin

FIRMAN Allah SWT dalam surah al Mumtahanah ayat 5,
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". 
Inilah zaman ketika kita sedang berdepan dengan mainan politik yang memualkan. Apabila kata-kata orang menyebut bahawa politik itu kotor, pada sesetengah keadaannya kemungkinan ia adalah benar. 
Politik itu sendiri adalah satu keperluan masyarakat dan manusia yang pada asasnya berpolitik itu adalah sikap Islam dan akhlak seorang Muslim.  Ini kerana politik bertujuan kepada kebaikan dan menguruskan hal ehwal manusia. Tanpa politik banyak urusan manusia tidak berjalan dengan teratur dan tiada sistematik. 

Akan tetapi sering kali dikotori dan dipalitkan dengan perlakuan ahli dan penyokong politik tertentu yang tiada berpegang kepada panduan agama dan tindakan menghalalkan cara. Terdapat kebanyakan ahli politik yang menggunakan politik menabur fitnah, mengadu domba, melondeh keaiban yang dilarang dan juga menimbulkan persepsi buruk. 
Tanpa dinafikan bahawa berpolitik ini mampu merebut peluang-peluang tertentu dengan cara yang salah terutamanya untuk beroleh kekayaan dengan cara yang salah. Dengan melalui politiklah, peluang akan terbentang luas di hadapan seorang ahli politik terutamanya peluang untuk beroleh sesuatu sumber kewangan dan kekayaan. Ini kerana orang politik ketika beroleh kuasa, merekalah yang memegang khazanah kewangan sesuatu organisasi, negeri atau negara. Mereka jugalah penentu polisi, mereka juga yang meluluskan satu-satu projek. Mereka sering dihimpit oleh pihak berkepentingan seperti ahli perniagaan, korporat dan perasuah serta golongan penjahat untuk dirasuah dan disogok untuk kepentingan urusan tertentu. 
Pendek kata, orang politik yang berkuasa ialah orang yang memegang kunci peti harta karun. 
Namun, hakikatnya tidak semestinya semua begitu. Ada ahli politik yang terpaksa hidup tidak semudah orang lain. Ada Ahli politik yang sepenuh masa bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap, tiada insuran kesihatan, tidak klinik dan hospital panel sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesihatan. Mereka sibuk ke sana ke sini mengisi panggilan dan jemputan program ke seluruh ruang negeri hanya menggunakan duit sendiri, kenderaan sendiri, memandu kereta sendiri berseorangan setiap masa dalam perjalanan di tengah-tengah malam. 
Mereka memenuhi panggilan ceramah dan program ada kalanya tiada berbayar walaupun mereka tidak mengharapkan sumbangan mereka dibayar dengan duit. Makan dan minum mereka tidak menentu,  adakalanya makan mereka tolong dibayar oleh rakan-rakan yang memahami mereka. Tidak dinafikan ada ahli politik apabila ditaqdirkan menjadi Yang Berhormat samada ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen, tentulah disana ada sikit perubahan dalam diri mereka dari sudut kewangan. Ini kerana mereka sudah ada pendapatan bulanan atau gaji, elaun perjalanan, elaun kesihatan dan lain-lain. 

Namun tetap mereka tidak mampu bermewah, kerana pendapatan mereka juga dihabiskan untuk kerja-kerja politik mereka sekalipun bergelar YB dan kerja pula semakin bertambah. Lebih-lebih lagi YB ini pembangkang, sudah tentu peruntukan kepada YB ahli politik pembangkang tidak sama dengan YB ahli politik kerajaan. Malah pendapatan atau gaji YB ahli politik pembangkang digunakan untuk membantu rakyat. Penulis sendiri mengenali seorang YB PAS yang menjual barang produk orang kampung untuk menampung kerja tugasannya sebagai ahli politik dan wakil rakyat. Untuk melaksana programnya sebagai YB, beliau terpaksa merayu sumbangan derma orang ramai di surau dan masjid. 
Namun begitu, ada juga ahli politik yang kaya. Ini bukan kerana dia menjadi kaya dengan sebab berpolitik.  Akan tetapi dia sudah merupakan seorang yang kaya samada kerana kerjayanya diluar bidang politik lalu perolehi hasil pendapatan yang lumayan ataupun dia memiliki perniagaan sendiri atau dia daripada keluarga yang kaya. Ahli politik yang kaya ini juga berjuang beriringan bersama rakan yang lain. Mereka kaya, tetapi kekayaan mereka digunakan untuk perjuangan Islam dan rakyat. 
Sebagai contoh,  ahli politik di kalangan PAS yang kaya dan PAS berbangga dengan kehadiran mereka bersama perjuangan Islam dan PAS. Apakah PAS ini hanya disertai oleh ahli yang miskin sahaja?  Bukankah perjuangan Rasulullah SAW turut disokong dan dibantu oleh sahabat ra yang kaya? Apakah masyarakat nak melihat dan berharap PAS hanya di kalangan orang miskin sahaja. 
Kita diajar bahawa kaya dan miskin bukan pada harta tetapi pada hati manusia. Sabda Nabi SAW, 
ليس الغنَى عن كثرةِ العرَضِ ، ولكنَّ الغنَى
غنَى النَّفسِ 
Maksudnya, ".. Tiadalah kekayaan itu pada banyak harta. Akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.. " 
Mutakhir ini, banyak sungguh tohmahan fitnah dan persepsi cuba direkayasa untuk menggambarkan PAS ini sudah lari daripada landasan perjuangan hanya kerana terdapat sebahagian pimpinan PAS dilihat berkereta baru kononnya tak layak dan makan duit haram atau dirasuah. Ahli politik dan pimpinan PAS sudah diakui olehl kawan mahupun lawan sebagai ahli politik yang jujur dan bebas daripada salahguna kuasa dan salah laku.  Sekalipun pimpinan PAS diberikan kuasa dan diangkat memegang jawatan seperti YB atau pentadbir negeri, sejak dulu hingga kini tiada seorang pun dikalangan mereka pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan salahlaku atau penyelewengan. 
Walaupun di kalangan pimpinan PAS ada yang hidup sebagai orang yang kaya, tetapi kekayaan mereka diperolehi oleh usaha gigih sendiri, samada memiliki profesion diluar bidang politik atau perniagaan sendiri. Malah, kekayaan mereka pula digunakan untuk membantu perjuangan Islam dan PAS. Mereka berkereta selesa adalah hasil gaji mereka yang selayaknya, profesion mereka, perniagaan mereka. Bukan melalui rasuah, salahguna kuasa dan tanpa melakukan penyelewengan. Mereka berhak atas harta mereka sebagaimana orang lain selama ia adalah sah dan halal. 
Masyarakat usah terpengaruh dengan idea sosialis. Idea ini tanpa disedari menyerap dalam pemikiran orang Islam yang jahil. Dengan beranggapan bahawa semua orang tidak layak menjadi kaya sekalipun hasil usaha mereka yang sah dan halal. Idea ini kononnya kelihatan betul. Tetapi hakikatnya bercanggah dengan prinsip Islam yang membenarkan sesiapapun memiliki harta selama ia sah dan halal serta melaksanakan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan sedekah.  Mentaliti orang politik dan juga dakyah orang politik yang berpegang bahawa orang politik mesti miskin adalah mentaliti yang tersasar. 
Dalam PAS sekarang ini sudah ada golongan pelbagai peringkat, ulamak, profesional,  aktivis,  rata-rata mereka berstatus kaya, sederhana dan miskin. Semuanya bermesra,  bersenada dan saling lengkap melengkapi. Ahli Politik PAS yang kaya tidak hanyut dengan kekayaan, mereka sering dilihat bersama ahli lain sekalipun berbeza status kewangan. Pimpinan dan ahli politik PAS yang memiliki status kewangan agak tinggi masih boleh dilihat di pasar malam, perkampungan, bersama rakyat marhein, dan pelbagai lapangan. Mereka menyelami hati dan degup nadi orang miskin serta memperjuangkan nasib mereka dalam politik. 

Lihatlah bagaimana di sekeliling Rasulullah SAW terdapat para sahabat yang kaya yang mereka langsung tidak pernah dilarang oleh Nabi saw untuk memiliki harta. Harta mereka pula diinfaqkan sebahagiannya kepada perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri memiliki sebahagian daripada milikan peribadinya yang dianggap sangat berharga  dan juga lain daripada yang lain. Kuda Nabi saw adalah kuda yang terbaik, perisai, unta,  dan 9 pedang Baginda saw yang digunakan dalam peperangan antaranya ZulFiqar adalah pedang yang dibuat perak dan paling istimewa malah dianggap "precious" harta pada ketika itu. 
Penulis mengenali secara peribadi beberapa ahli PAS yang miskin begitu juga yang kaya. Yang miskin, mereka tiada merungut dengan kesusahan malah mereka sanggup menyumbangkan sebahagian harta kecil mereka kepada PAS. Begitu juga ahli dan pimpinan PAS yang kaya, adalah hasil daripada usaha sendiri di luar bidang politik. Mereka tidak lokek untuk berbakti kepada PAS. 
Tuduhan terbaru musuh politik terhadap beberapa pimpinan kononnya memiliki harta dengan dikaitkan RM 90 juta daripada Umno adalah liar dan jahat. Menjadikan idea bahawa pejuang Islam mesti miskin dan sekiranya mereka memiliki sedikit kekayaan,  selayaknya mereka ditohmah dan terus dianggap memperolehi kekayaan dengan cara yang salah. Kalau benar, sila buktikan. Silalah lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Muak dengan idea politik goblok dan jijik sebegini. Contohnya tuduhan ke atas Ustaz Khalil Abd Hadi hidup bermewah berasaskan bergambar dengan motorsikal berkuasa tinggi tanpa usul periksa amat tersasar sedangkan motorsikal berkenaan adalah milik sahabat dalam Exco Pemuda PAS Pusat. Begitulah mabuk dan gila fitnah tahap kronik ingin dilakukan terhadap PAS. Hentikan fitnah murahan dan sikap jijik tiada akhlak berpolitik sebegini. 
Kami PAS yakin pada Allah SWT,  selagi panah-panah fitnah dikenakan keatas kami, kami semakin kuat dan semakin dekat hubungan kami dengan Allah SWT. Apabila kami dizalimi, kami ingin mengingatkan semua,  bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD - 3-11-2017 














































































































Selamat berjuang Kedah dan JDT

DACS Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kedah dan JDT kerana telah melayakkan diri ke final Piala Malaysia 2017 sabtu ini.
Kedua-dia pasukan telah menunjukkan mutu permainan bola sepak yang tinggi dan mereka layak untuk berada di pentas final Piala Malaysia tahun ini. 
DACS Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada Kedah dan JDT. Kalah menang bukan ukurannya, yang penting mutu bola sepak yang tinggi dapat dipersembahkan kepada para peminat daripada seluruh negara. Kepada yang memang, tahniah kami ucapkan, kepada yang belum menang, ini bukan penamatnya, tingkatkan usaha agar boleh mendakap piala berprestij ini suatu hari nanti. 
Ayuh ramai-ramai kita penuhi stadium dan jika tidak berkesempatan ke stadium, berikanlah sokongan dengan menyaksikan perlawanan ini di tempat masing-masing melalui kaca TV. 
MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah
Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 3/11/2017 


















Sumber HD- 3-11-2017















































































































































































































































































































































100 tahun Deklarasi Balfour belum berakhir

BUMI Palestin ditentukan oleh Allah menjadi tempat pertembungan dan rebutan kuasa-kuasa besar dunia sejak dahulu, sekarang dan akan datang sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bumi yang akan menjadi titik kepada kemuncak pertembungan akhir antara golongan hak dan batil apabila tiba masa dan ketikanya yang berada dalam ilmu Allah S.W.T. 
Tanda-tanda berlakunya Qiamat yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis-hadis, banyak berlegar di bumi Palestin yang bertuah ini. Justeru tidak pelik bumi ini sentiasa menjadi rebutan khususnya kepada penganut agama Yahudi, Nasrani dan Islam kerana kemuliannya disebut di dalam semua kitab-kitab samawi.  
Bumi Palestin menjadi tempat awal bermulanya tamadun manusia. Disebut di dalam hadis bahawa masjid kedua yang dibina selepas Masjid al-Haram ialah Masjid al-Aqsa dan jarak antara keduanya ialah 40 tahun. 
Ketika Nabi Ibrahim A.S berhijrah ke situ setelah dihalau oleh kaumnya di Iraq; bumi bertuah itu dihuni oleh golongan al-Jababirah sehinggalah ia berjaya dikalahkan oleh Talut dan orang-orang beriman yang bersama-sama dengannya. Legasi pemerintahannya diteruskan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S dengan melaksanakan syari’ah Islam yang terkandung di dalam kitab Taurah yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Musa A.S. 
Setelah silih berganti pemerintahan, akhirnya ditakluk oleh empayar Rom dan sehinggalah ianya dibuka oleh Saidana Umar al-Khattab pada tahun ke 16 hijrah. Pada abad ke 11 Masihi, ianya dirampas oleh Tentera Salib seterusnya dibebaskan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1187 masihi.
Kesucian bumi Palestin bagi penganut Yahudi tidak ada syak lagi, bahkan menjadi sebahagian daripada aqidah songsang mereka bahawa bumi ini hanyalah milik mereka. Walaupun begitu mereka telah terputus dengan bumi ini hampir 1800 lalu setelah dihalau keluar daripadanya kerana kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan oleh mereka. 
Hanya ikatan agama dan perasaan kasih serta cinta sahaja yang mengikat mereka dengan bumi Palestin. Adapun hasrat untuk kembali menetap di situ tidak wujud lagi, kerana mengikut i’tiqad mereka, ia akan membawa kemusnahan dan kehancuran mereka. 
Meskipun begitu mereka percaya akan kemunculan The Messiah yang akan menyelamatkan kaum Yahudi dan membawa mereka pulang semula ke bumi Palestin walaupun pada akhirnya akan dimusnahkan kerana dosa dan kejahatan mereka.
Perubahan berlaku di kalangan penganut Yahudi apabila munculnya Zionis iaitu merupakan gerakan yang mempunyai agenda politik bagi memastikan bangsa Yahudi menguasai dunia. Berlakunya pembaharuan dalam gerakan ini apabila pemimpinnya, Theodor Herzl mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. 
Ia membuat resolusi supaya dibentuk negara bagi bangsa Yahudi di Palestin sebagai permulaan untuk menguasai dunia. Gerakan ini menyusup masuk ke dalam kuasa-kuasa besar dunia dan mempergunakannya bagi kepentingan mereka. 
Gerakan ini semakin agresif selepas perancangan-perancangannya satu persatu berjaya dicapai bermula dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah yang kalah dalam Perang Dunia Pertama. Juga termeterainya perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916 serta memecahkan tanah air umat Islam kepada negara-negara kecil termasuk bumi Palestin yang diserahkan kepada penjajah British. Maka di sini hasrat bangsa Yahudi untuk memiliki bumi Palestin terbuka luas.
Rentetan daripada itu tercetusnya Deklarasi Balfour iaitu sebuah pernyataan terbuka yang dikeluarkan oleh penjajah British di mana mengumumkan dokongan untuk 'Tanah air nasional bagi bangsa Yahudi' di Palestin.
Deklarasi tersebut tercantum dalam sebuah surat yang dinukilkan pada tanggal 2 November 1917 dari Menteri luar Britain, Arthur Balfour kepada Lord Walter Rothschild, seorang pemimpin berketurunan Yahudi Britain. Deklarasi ini adalah pembuka jalan kepada rompakan ke atas bumi Palestin yang dirampas dari umat Islam dan diserahkan kepada Zionis Yahudi.
Gerakan ini bermula dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada bangsa Yahudi untuk berhijrah ke bumi Palestin dan memiliki tanah di situ. Apabila jumlah mereka bertambah, ini memberi kekuatan kepada mereka untuk menguasai bumi ini dengan perlindungan daripada penjajah British. 
Dalam masa yang sama orang Arab dihalau keluar dan dicabut senjata daripada mereka. Penjajah British memberi ruang kepada bangsa Yahudi untuk menguasai kedudukan-kedudukan penting dalam pentadbiran Palestin sebagai persedian untuk merampas bumi Palestin dengan cara terhormat. 
Akhirnya pada tanggal 14 Mei 1948, Zionis Yahudi mengisytiharkan negara haram Israel dengan kelulusan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi proksi kepada mereka.
Deklarasi Balfour adalah permulaan kepada perancangan Zionis-Freemason yang lebih besar iaitu menguasai nadi utama kepada Dunia Islam, Timur Tengah ke arah penubuhan Israel Raya yang sempadannya merentasi Sungai Furat di Iraq dan Sungai Nil di Mesir. 
Keluasannya merangkumi negara-negara Syria, Jordan, Iraq, Lubnan, Yaman, sebahagian daripada Arab Saudi, Mesir, Turki, Somalia, Ethopia, Jibouti dan Sudan. Pergolakan yang sedang berlaku sekarang ini di Timur Tengah khususnya Syria dan Yaman adalah sebahagian daripada pelan besar ini dengan menggunakan alasan perkauman dan mazhab sebagai bahan bakar yang dinyalakan, setelah mereka berjaya merampas Palestin 100 tahun lalu dengan alasan sama yang mencetuskan Revolusi Arab Agong.
Begitulah nasib umat Islam yang telah disengat beberapa kali daripada lubang sama, namun masih lagi tidak bangkit dengan erti kata yang sebenar untuk membebaskan bumi Palestin yang mulia ini. Pemerintah-pemerintah umat Islam hanya sibuk dengan slogan dan wawasan duniawi masing-masing tanpa menghiraukan nasib ummah yang menjerit daripada kezaliman dan penindasan. 
Tiada lagi slogan; “Wa Islamah” yang bermaksud “Aduhai Islamku!” yang telah mengalahkan Tatar di Ain Jalut. Tiada lagi slogan yang melaungkan “Labbaika Ya Ummah“ yang bermaksud “Ya wahai ibu kesayanganku” kerana mempertahankan maruah seorang muslimah yang meminta pertolongan dengan menyebut; “Wahai Mu’tasim, tolonglah aku!”. 
Semuanya tidak ada lagi, yang tinggal hanyalah intifadhah, yang menggerakkan kanak-kanak bersenjatakan batu-batu berdepan dengan jentolak dan kereta perisai tentera Zionis Israel.
Palestin adalah bumi Allah yang suci lagi diberkati dengan nas-nas dari semua kitab samawi. Bumi tersebut tidak berhak dimiliki melainkan kepada mereka yang diizinkan oleh Allah dengan keimanan dan melaksanakan hak untuk meninggikan kalimah Allah dengan menegakkan agama-Nya yang dibawa oleh Anbiya dan Rasul-rasul. 
Perjuangan untuk membebaskan bumi mulia ini adalah tanggungjawab umat Islam yang paling besar pada zaman ini dan yakinlah perjuangan ini akan dikurniakan oleh Allah dengan kemenangan walaupun memakan masa yang begitu lama. Kerana itulah janji Allah yang termaktub di dalam Al-Qur’an. Firman Allah yang bermaksud:
“Maka apabila sampai masa janji (membalas penderhakaan kamu) kali yang pertama dari dua penderhakaan itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa yang demikian) adalah satu janji yang tetap berlaku”. 
(Al-Kahfi: 5)
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
13 Safar 1439 bersamaan 2 November 2017 - HARAKAHDAILY 2/11/2017


































































































































































































































Sumber HD - 2-11-2017


















































































































Bajet 2018 dan poket anak muda

TAHNIAH diucapkan kepada Jabatan Profesional Muda PAS yang telah menganjurkan diskusi Bajet 2018 secara kreatif, melalui program Teh Tarik For Malaysia (TTFM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dengan kehadiran hampir 50 orang pengunjung dan turut diikuti oleh 15,000 penonton secara langsung melalui Facebook, ternyata pendekatan yang lebih santai ini berjaya menarik minat anak muda bagi menyuarakan pandangan terhadap isu ekonomi negara dan bebanan sara hidup yang ditanggung mereka. 
Terdahulu panelis membicarakan tentang kedudukan bajet dalam ekonomi negara, dan kaitannya terhadap kehidupan rakyat dan anak muda. Secara ringkas, bajet merupakan sebuah perancangan yang menggariskan punca pendapatan dan aliran perbelanjaan dalam tempoh setahun, bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 
Justeru, proses merangka belanjawan ini bukannya terhenti di peringkat kerajaan, malah anak muda sebagai individu dan ketua keluarga turut disarankan untuk menyediakan belanjawan peribadi sebagai langkah mengurus kewangan dengan lebih bijak. 
Secara spesifik, diskusi TTFM Bajet 2018 melihat belanjawan ini adalah ‘mesra anak muda’ dalam aspek keusahawanan dan latihan kemahiran, tetapi ‘tidak mesra anak muda’ dalam aspek kos sara hidup dan peningkatan pendapatan. 
Pelbagai insentif keusahawanan wajar dimanfaatkan oleh golongan belia, meliputi bantuan modal, gran perniagaan dan bimbingan keusahawanan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti MARA, MDEC, TEKUN, PUNB, dan Amanah Ikhtiar. 
Namun, kerajaan disarankan agar mempermudahkan proses memohon bantuan keusahawanan, antaranya dengan tidak lagi perlu mengisi borang secara manual, dan yang paling penting, tidak perlu dipolitikkan seperti perlu mendapatkan sokongan Ahli Parlimen BN di dalam borang permohonan. 
Selain itu, para belia disarankan untuk memanfaatkan segala bantuan yang disediakan dalam aspek latihan dan kemahiran, khususnya dalam bidang TVET, ekonomi digital dan revolusi industri 4.0. 
Dalam suasana kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, para graduan wajar mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah melalui peruntukan MyBrain. Di samping itu, golongan belia bandar dan luar bandar disarankan untuk mengikuti pelbagai program latihan kemahiran di bawah KBS, MDEC, MARA, dan SME Corp, sebagai usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dan taraf kehidupan generasi muda. 
Manakala dalam aspek kos sara hidup dan peningkatan pendapatan, Bajet 2018 dilihat ‘tidak mesra anak muda’, khususnya kesan daripada pelaksanaan GST yang menyumbangkan kepada kenaikan harga barang, di samping kesukaran golongan muda untuk memiliki rumah dan peluang pekerjaan yang terhad. 
Selain itu, Bajet 2018 dilihat terlalu menumpukan aspek pembangunan material, sehingga mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan kemanusian bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi cabaran sosial dan teknologi digital yang semakin moden. Kecanduan remaja terhadap gajet semakin menghakis nilai kemanusiaan di dalam interaksi sosial, malah mendedahkan mereka terhadap pelbagai budaya negatif yang perlu dikawal dengan penerapan nilai agama dan akhlak yang mulia. 
Di penghujung diskusi tersebut, terdapat lima agenda bertindak yang disarankan terhadap generasi muda dan kerajaan dalam konteks Bajet 2018. 
Pertama, pendapatan yang diperolehi oleh individu dan kerajaan mestilah daripada sumber yang halal dan diberkati, tanpa ada unsur rasuah, salahguna kuasa dan perkara yang diharamkan agama. 
Kedua, perbelanjaan mestilah terhadap perkara yang perlu dan mampu, bukannya berbelanja dengan boros dan menjerumuskan diri ke lembah hutang, sebagaimana kerajaan yang kini menanggung hutang mencecah 55% kepada KDNK. 
Ketiga, simpanan perlu ditetapkan pada kadar minima 10% daripada pendapatan, bagi menghadapi sebarang musibah serta mempersiapkan diri, keluarga dan negara terhadap keperluan di masa hadapan. 
Keempat, aspek pembiayaan peribadi perlu beralih kepada instrumen perbankan Islam, meliputi aspek simpanan, pembiayaan, takaful dan pelaburan. Aspek ini juga juga perlu diutamakan oleh kerajaan, yang masih lagi menanggung unsur riba’ dalam pinjaman dan bon kerajaan. 
Kelima, kebijaksanaan pemimpin dalam mengurus kewangan. Tanpa mengira samada ketua keluarga mahupun kerajaan, inilah kunci kejayaan sebuah pengurusan kewangan yang baik demi kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan. 
Di atas noktah inilah, diskusi mengambil kesimpulan terhadap kaitan Bajet 2018 dan poket anak muda, seterusnya menyarankan agar generasi muda memilih pemimpin yang adil dan berkebajikan bagi mengurus ekonomi negara. – HARAKAHDAILY 2/11/2017 
Penulis adalah Pengarah Strategi DPPM dan panelis diskusi TTFM Bajet 2018.
Sumber HD- 2-11-2017 




















































































































M-Bajet 2018: Penelitian DPPM (Siri Pertama)

KONSEP dan elemen Maqasid as-Syari’ah yang mendasari perancangan Bajet 2018 adalah tindakan yang betul. Walau bagaimanapun, bagi mencapai Maqasid as-Syari’ah tersebut, hukum hakam Syari’ah perlu juga dilaksanakan tanpa bersikap elektif dan pragmatis. Contohnya, komitmen untuk menghapuskan riba’ dalam sistem kewangan, pembanterasan rasuah dan industri dosa, pengecualian cukai terhadap golongan fakir miskin, pengagihan ekonomi secara adil, mengelak penyalahgunaan serta pembaziran peruntukan. Sekiranya hukum-hakam ini dilaksanakan, barulah Maqasid as-Syari’ah yang digariskan mampu dikecapi seterusnya mengundang keberkatan Allah ke atas masyarakat dan negara ini.
Pembentangan perancangan Bajet 2018 dan Laporan Ekonomi 2017/2018 yang telah dikemukakan beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi daripada lapisan masyarakat. Berdasarkan aspek makro, terdapat beberapa perkara yang boleh diteliti dan dipersoalkan.
Pertama, anggaran hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperolehi oleh kerajaan telah menjangkau lebih dua kali ganda pada tahun 2017 berbanding kutipan pertama pada tahun 2015. Dianggarkan Kerajaan Persekutuan akan memperoleh sejumlah RM41.5 bilion hasil daripada GST, manakala pada tahun 2018 pula dianggarkan mencecah sehingga RM43.8 bilion. Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan turut memperoleh peningkatan yang ketara dalam hasil cukai langsung daripada cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum dari tahun 2015 hingga 2017. Namun, kerajaan langsung tidak mempunyai iltizam untuk mengurangkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada kadar semasa walaupun hal ini banyak diminta oleh rakyat sebelum pembentangan bajet yang lalu.
Kedua, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sepanjang kepimpinan Perdana Menteri menunjukkan kadar peratusan kenaikan yang lebih tinggi dari tahun 2009 hingga tahun 2017. Jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2009 adalah RM163.9 bilion, manakala pada tahun 2017 adalah RM219.9 bilion dan seterusnya dianggarkan kepada RM234.25 bilion pada tahun 2018. Trend ini menunjukkan sejak dari tahun 2009 hingga 2018, Kerajaan Persekutuan lebih cenderung memperuntukkan sehingga 80 peratus daripada bajet untuk perbelanjaan mengurus. Kadar peningkatan yang ketara ini banyak disumbangkan oleh emolumen dan bayaran khidmat hutang. Mungkin sukar untuk menolak keperluan emolumen yang tinggi, tetapi perlu dikaji semula pengambilan hutang yang keterlaluan.
Ketiga, sejak dari tahun 2009 hingga 2017, konsolidasi hutang Kerajaan Persekutuan terus mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga hampir mencecah paras kritikal 55 peratus daripada KDNK. Selain itu, hal paling penting untuk diberikan perhatian adalah terbitan hutang-hutang Kerajaan Persekutuan dalam negeri yang berjumlah RM 662.35 bilion dan sebahagian besar daripadanya adalah Sekuriti Kerajaan Malaysia yang dipegang oleh pemilik asing. Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir tahun 2015 adalah sebanyak RM177.7 bilion. Sekiranya hal ini tidak terus dikawal, implikasinya nanti, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil konglomerat dari luar seperti China untuk membangunkan sepenuhnya infrastruktur negara.  
Umum mengetahui Bajet 2018 adalah prelude Pilihan Raya Umum Ke-14. Selain cash handouts (bonus, BR1M) yang masih dikekalkan, rakyat turut memperolehi manfaat daripada pengurangan kadar cukai pendapatan individu (RM20,000- RM70,000) sehingga menatijahkan kira-kira 261,000 yang dikecualikan daripada pembayaran cukai.  Walau bagaimanapun, terdapat satu segmentasi masyarakat yang boleh diberikan perhatian adalah golongan pekerja swasta yang telah ditamatkan perkhidmatan (retrenched workers) akibat daripada kegawatan bisnes dan ekonomi. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Buruh, seramai 17,798 pekerja yang telah diberhentikan sehingga bulan Julai 2017 tidak termasuk lebih 45,000 orang lagi pada tahun 2016. Majoriti daripadanya adalah dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.
Selain itu, kebimbangan yang wujud juga adalah nasib pekerja swasta khususnya yang tidak mempunyai perancangan berhemah untuk pelan persaraan. Berdasarkan statistik daripada KWSP pada pertengahan tahun lalu, hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum yang berusia 54 tahun mempunyai kira-kira RM198,000 duit persaraan sahaja. Tambahan pula, satu kajian survei yang dilakukan oleh pihak INTI University and Colleges melaporkan 66 peratus daripada 300 orang responden yang bekerja sebagai freelancers langsung tidak mempunyai dana persaraan, manakala 55 peratus pula tidak mempunyai dana simpanan. Perancangan kewangan peribadi seperti ini perlu sangat dititik beratkan untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang.   
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 






















































































































Bajet untuk semua pengundi

BAJET 2018 ternyata penuh dengan tawaran untuk menghadapi pilihan raya.
Setiap peruntukan dan projek yang diumumkan, dilihat mensasarkan untuk menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan, khususnya segmen pengundi atas pagar.
Sejumlah RM12 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna kepada segmen pertengahan (M40) dan bawahan (B40), melibatkan pemberian BR1M, pemotongan cukai pendapatan, di samping pelbagai pemberian kebajikan khas yang lain. 
Antara peruntukan terarah (targeted allocation) yang diberi kepada golongan pertengahan adalah pemotongan 2% cukai pendapatan, bonus kepada penjawat awam, pemberian diskaun PTPTN, serta penghapusan tol di Selangor, Kedah dan Johor yang bakal menyaksikan persaingan sengit di dalam pilihan raya akan datang. 
Di samping itu, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan untuk membina 385,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara, di samping 139,393 unit rumah PR1MA yang sedang dalam pembinaan dan 8,475 yang telah siap dibina, di bandar mahupun di luar bandar. 
Ini bertujuan untuk mewujudkan ‘feel-good factor’ di kalangan segmen pertengahan, yang paling terbeban dengan pelaksanaan GST dan kenaikan kos sara hidup. 
Manakala bantuan khas seperti BR1M, yang akan memanfaatkan hampir 7 juta penerima, mempunyai agenda tersendiri untuk mewujudkan ‘feel-good factor’ di kalangan segmen bawahan. Dengan jumlah penerima yang terus meningkat dan mencecah lebih 55% daripada jumlah pengundi berdaftar, ia suatu ‘deposit undi’ yang sangat signifikan bagi pihak Kerajaan. 
Ditambah pula dengan pelbagai pemberian kebajikan kepada golongan miskin, OKU, peneroka Felda, pesara kerajaan, petani, pesawah padi, nelayan dan Orang Asli, ianya akan memanfaatkan jutaan penerima yang kebanyakan berada di luar bandar. 
Kesemua peruntukan ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan bebanan sara hidup rakyat, dan secara tidak langsung akan membentuk segolongan masyarakat yang terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan. 
Ini kerana penurunan cukai dan pemberian bantuan kepada kumpulan sasar akan mewujudkan sentimen positif di kalangan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, seterusnya menyumbang kepada kenaikan sokongan dan peralihan undi terhadap kerajaan. 
Justeru melihat kepada corak belanjawan yang digelar sebagai ‘ibu segala bajet’ ini, jelas bahawa ‘ibu segala pilihan raya’ bakal berlangsung dalam masa terdekat. 
Di sinilah pentingnya kebijaksanaan rakyat dalam menilai bajet yang dipersembahkan sebelum pilihan raya, yang kebiasaannya bersifat manis untuk sementara. 
Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
30 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 30/10/2017
Sumber HD - 30-10-2017 
























































































































Bajet 2018, terbesar dalam sejarah


SESUNGGUHNYA Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al-Isra’: 30)
Seperti dijangka, Bajet 2018 sarat dengan peruntukan yang sangat besar.
Sejumlah RM280 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 7 peratus berbanding RM260 bilion bagi tahun 2017. 
Daripada jumlah tersebut, RM234 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan mengurus, iaitu bagi membayar gaji penjawat awam, pencen kepada pesara, bayaran khidmat hutang, perbekalan dan subsidi kepada rakyat. 
Manakala untuk tujuan pembangunan, sejumlah RM46 bilion akan dibelanjakan ke dalam sektor utama negara, iaitu bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran.
Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM240 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung. 
Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM40 bilion, atau 2.8 peratus kepada KDNK. 
Di sebalik angka besar yang dimuatkan di dalam Bajet 2018, terdapat beberapa aspek makro ekonomi yang perlu diberikan perhatian. 
Pertama, bajet RM280 bilion ini merupakan rekod tertinggi perbelanjaan kerajaan sejak 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. 
Ini menunjukkan bahawa saiz kerajaan adalah semakin besar, dan kekal sebagai peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara pada nisbah 20 peratus daripada KDNK, 
berbanding peranan pihak swasta dan pengguna dalam memacu pertumbuhan.
Kedua, kecenderungan kerajaan untuk berbelanja besar bagi tujuan mengurus, iaitu 83 peratus daripada keseluruhan bajet, menunjukkan kegagalan kerajaan untuk berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan. 
Lebih membimbangkan, perbelanjaan pembangunan dikurangkan kepada 17 peratus daripada keseluruhan bajet, jauh di bawah nisbah optima 30 peratus yang disarankan kebanyakan pakar ekonomi. Ini menunjukkan kerajaan lebih mengutamakan kehendak untuk berbelanja sekarang, berbanding menyimpan dan melabur bagi memenuhi keperluan di masa hadapan. 
Ketiga, hasil cukai yang mewakili 80 peratus daripada jumlah hasil mencecah RM191 bilion, kekal sebagai penyumbang utama pendapatan kerajaan. 
Ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada cukai pendapatan syarikat, individu dan petroleum mencecah RM127 billion, di samping kutipan cukai tidak langsung seperti GST mencecah RM43 bilion dan pelbagai cukai yang lain. 
Keempat, kegagalan kerajaan untuk berjimat-cermat dibuktikan apabila jumlah perbelanjaan mengurus sudah menghampiri jumlah hasil kerajaan, iaitu 97 peratus atau RM234 bilion berbanding RM240 billion. 
Ini bermakna, setiap hasil yang dipungut kerajaan hanya cukup untuk menampung kos pengurusan kerajaan, dan jika situasi ini berterusan, tidak mustahil kerajaan terpaksa meminjam untuk menampungnya. 
Kelima, bajet defisit pada tahun 2018 adalah rekod kegagalan kerajaan untuk mempunyai lebihan dan simpanan selama 20 tahun sejak 1998. 
Tidak dinafikan bajet defisit adalah sebahagian daripada instrumen polisi untuk merangsang ekonomi negara. Namun defisit yang berterusan ini pastinya menuntut kepada etika kewangan dan disiplin fiskal yang lebih tinggi di pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 30/10/2017 
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM
Sumber HD - 30-10-22017 


























































































































Perjuangan PAS mendahului prinsip tetap natijahkan kejayaan


KUALA KANGSAR: Berbanggalah menjadi golongan yang telah dipilih berada dalam perjuangan Islam, bahkan ia adalah nikmat paling bermakna berada dalam kelompok untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat.
Demikian suntikan semangat dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamudin Abdul Karim pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Perak 2.0 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, di sini semalam.
"Atas semangat baiah yang kita lafazkan, maka hari ini dipertemukan dalam perjuangan Islam. Kita faham rakan seperjuangan di Perak berdepan suasana kritikal apatah lagi keadaan masyarakat majmuk yang menjadi pengundi dominan. 
"Tapi terus bersabar dengan politik serta menerima keputusan dari pimpinan. PAS menentang kebebasan maksiat seperti pesta arak, sedangkan rakan-rakan yang telah keluar parti terus membuat pembelaan.
"Bayangkan sikap pemerintah jika ianya berterusan, namun hasil kesan desakan serta ikhtiar berterusan akhirnya DBKL terpksa akur, bahkan JAKIM memasukkan penegahan tersebut dalam khutbah," ujarnya menyatakan kejayaan dari prinsip ditegaskan PAS.
Menurutnya, itulah kemampuan PAS dalam  menyusun strategi politik walaupun dilihat asing dan jauh, tetapi sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tepat
Tegas Ustaz Hishamuddin juga, PAS tidak akan bergabung dengan Umno mahupun PH, sebaliknya terus membawa prinsip perjuangan dengan jelas.
Terangnya, perpisahan yang berlaku khususnya dengan DAP menuntut penyokong Umno menilai kembali alasan penolakan mereka terhadap PAS dahulu.
"Kerana satu ketika dahulu mereka pernah mendakwa bahawa disebabkan PAS bergabung dengan DAP mereka tidak memberikan kepercayaan pada PAS," maklum beliau yang juga Adun Tepoh.
Oleh itu serunya, situasi sekarang memerlukan mereka bakal bersiap sedia meninggalkan Umno dan memilih PAS untuk menjadi pemerintah negara.
Katanya, jalan umat Islam adalah berjihad mempertahankan Islam seperti generasi dahulu yang umpama telah menebas lalang-lalang tebal menghalang perjuangan.
Jelasnya, semangat yang ada pada generasi lama perlu diturunkan kepada generasi baru sepertimana Khalifah Umar Al-Khattab memanggil Khabab untuk menceritakan penderitaan dilaluinya. 
Cara itu jelas beliau sebagai suntikan semangat kepada generasi akan datang yang bakal mewarisi perjuangan panjang itu. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD- 29-10-2017 




























































































































Rehlah Santai guru PASTI Kemaman meriah

KEMAMAN: Kesibukan para guru PASTI Kawasan Kemaman diraikan dalam satu majlis Rehlah Santai bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Jabatan PASTI  dan Majlis Guru PASTI Kawasan Kemaman di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini semalam.
Program yang dilangsungkan hampir setengah hari itu turut dihadiri 160 guru PASTI Kawasan Kemaman.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood, program yang dijalankan itu antara lain bagi mengeratkan silaturrahim antara guru PASTI dan AJK PASTI Kawasan.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kemaman turut menyatakan, melalui program seumpama ini guru-guru PASTI dapat bertukar pandangan dan mencari inisiatif untuk terus memajukan PASTI.
Program yang disusun dengan pelbagai aktiviti ini turut diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah dan ucapan oleh Ketua Pemuda dan Wakil Majlis Guru PASTI.
Rata-rata guru PASTI yang hadir menyatakan kegembiraan dengan program dianjurkan serta akan menyokong dan memajukan PASTI masing-masing.
Hadir sama Ketua Jabatan Amal Kawasan Kemaman, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah , AJK Pengurusan Jabatan PASTI dan AJK Majlis Guru PASTI Kawasan Kemaman. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017 






























































































































PAS Konsisten Hapuskan GST

KUALA TERENGGANU – PAS konsisten menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu

Bahkan, PAS mengharamkan penggunaan cukai tersebut kerana ia dikenakan kepada semua rakyat termasuk golongan fakir miskin di negara ini.

Perkara tersebut aadalah antara fokus utama Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Dokumen Cadangan Bajet Malaysia 2018 yang meletakkan sasaran memansuhkan GST dalam tempoh tiga tahun.

Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi Awang menegaskan penghapusan cukai GST itu terdapat dalam cadangan pendapatan kerajaan 2018.

Namun, katanya GST hanya akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun atas sebab implikasi undang-undang, tetapi tidak ada kutipan dibuat sehingga ia dimansuhkan.

“Kita sasarkan untuk mansuh GST dalam tempoh tiga tahun (selepas memerintah), namun sepanjang tempoh itu tiada kutipan dibuat, tetapi akta(GST) tetap ada.

“Setiap cadangan atau manifesto yang PAS ingin laksanakan adalah perlu realistik dan kita (Pemuda) perlu sedar bahawa kita masih lagi terikat dengan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

“Namun, jelas di sini (cadangan), fokus kita adalah ingin hapuskan GST dan dalam masa yang sama kita cadangkan alternatif lain seperti menaikkan cukai simpanan korporat, cukai keuntungan perniagaan saham dan cukai mewah bagi golongan kaya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas membentangkan Cadangan Bajet Malaysia 2018 oleh Dewan Pemuda PAS di sebuah Hotel Tdi sini pada Khamis 26 Oktober.

Usyaz Khalil menegaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus berperanan bagi memastikan keberkesanan pembayaran cukai melalui penguatkuasaan.

Menurutnya, cukai barangan mewah kepada golongan kaya akan diperkenalkan bagi menggantikan GST yang dimansuhkan itu.

Sumber BO - 27-10-2017 


Bajet PAS: Hapuskan GST, mansuhkan jawatan timbalan menteri
Posted on Thursday, October 26 @ 18:21:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36190



PETALING JAYA: Sehari selepas pembentangan Bajet 2018 yang dibentangkan Pakatan Harapan, PAS pula membentangkan Cadangan Bajet 2018 yang dibuat berdasarkan 5 kerangka utama iaitu agama, harta, nyawa, keturunan dan akal.

bajet-pas
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dengan menggunakan tema ‘Pembangunan Demi Kelestarian Generasi Masa Depan’ PAS berhasrat menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 3 tahun.

Bahkan, pelan jangka masa pendek PAS untuk tahun 2018 adalah dengan memansuhkan cukai beberapa barangan keperluan asas rakyat, digantikan dengan cukai yang tidak menindas golongan berpendapatan rendah.

“Kita perkenalkan Cukai Simpanan Korporat, mereka ini orang kaya, cukai yang diambil dari mereka ini boleh untuk kita tinggikan dan naikkan lagi. Ia diajar oleh Islam. Antara cukai lain ialah Cukai Barangan Mewah.

“Orang miskin tidak gunakan barangan mewah, hanya orang kaya. Kadarnya boleh dinaikkan untuk menampung kos barangan keperluan asas yang dimansuhkan cukainya,” katanya sewaktu pembentangan Bajet 2018 (Alternatif) dari Perspektif DPPM sempena pembentangan Bajet 2018, hari ini.

Muhammad Khalil berkata, tempoh 3 tahun untuk memansuhkan GST itu diambil kerana beberapa perkara yang sudah termaktub di dalam undang-undang perlu dipinda dan dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Katanya lagi, PAS juga akan mengecilkan saiz kabinet dan memansuhkan jawatan timbalan menteri di semua kementerian kerana percaya tindakan itu mampu menjimatkan wang negara.

“Diantara kos yang tertinggi dikeluarkan kerajaan adalah kos pembekalan iaitu menguruskan perbelanjaan kakitangan kerajaan yang dilantik dengan lantikan politik.

“Kementerian yang ada pada hari ini terlalu banyak, terdapat 30 kementerian yang mana ia boleh dikecilkan. Kalau kita kecilkan, maka ia boleh jimatkan bajet kerajaan itu sendiri.

“Setiap kementerian ini mempunyai timbalan menteri, saya tengok gaji menteri ini tidak kurang dari RM15 ribu ringgit sebulan, kalau dicampurkan dengan 30 kementerian, maka kerajaan boleh jimat tidak kurang RM5 juta setahun,” katanya.

Tambahnya, bagi mengurangkan beban kos sara hidup, PAS dalam cadangan bajet setebal 11 muka surat turut akan memperkenalkan elaun khas kepada isteri kakitangan kerajaan yang tidak bekerja dan memiliki anak di bawah 18 tahun atau yang menuntut di institut pengajian tinggi.

Beberapa insentif yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) seperti Bantuan Rakyat 1Malasyia (BR1M) dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan tetap diteruskan namun beberapa aspek lain akan ditambah baik.

“Untuk BR1M program kesedaran perlu diberikan untuk peningkatan produktiviti dan mengurankan kebergantungan kepada dana kerajaan semata-mata.

“Untuk SL1M, ia akan diperluas lagi. Levi pekerja asing akan ditingkatkan dalam sektor tertentu untuk menyeimbangkan nisbah pengambilan pekerja tempatan,” katanya.

Dalam cadangan bajet itu, PAS turut menetapkan bonus sebulan setengah untuk kakitangan sokongan, sebulan bagi pengurusan dan setengah bulan bonus untuk pengurusan tertinggi seperti Jusa dan ke atas.

Sumber TKO - 26-10-2017

Komentar Pra Bajet: Beri insentif untuk pesara sempena bajet
Posted on Thursday, October 26 @ 16:06:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36186


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pernah mengeluarkan statistik pada tahun 2015 bahawa 65 peratus daripada pencarum mempunyai simpanan di bawah RM50,000 pada usia 54 tahun. Sedangkan unjuran jangka hayat penduduk Malaysia kini meningkat sehingga 75 tahun.


Hal ini agak membimbangkan kerana bererti kebanyakan pesara mempunyai simpanan hanya sebanyak itu untuk digunakan sepanjang kehidupan lagi 20 tahun. Ini belum difaktorkan oleh keperluan untuk pembayaran khidmat kesihatan atau sebarang desakan berkaitan kewangan lainnya.
Perkara ini berbeza dari situasi dihadapi oleh para pesara kerajaan yang mungkin agak selesa dengan jumlah pencen diterima. Pun begitu, dengan cabaran kos sara hidup kian meningkat saban hari kini, jumlah pencen yang diterima juga boleh semakin berkurangan kuasa belinya.

Maka dalam mencapai kesejahteraan semua golongan, perhatian kepada golongan pesara ini perlu sentiasa dicaknai oleh pihak kerajaan. Setelah juga diakui bahawa tenaga yang mereka curahkan sepanjang tempoh perkhidmatan merupakan sebahagian sumbangan kepada negara.

Teladan seumpama boleh diaplikasikan dari pendekatan dilaksanakan Khalifah Umar Al Khattab RA yang pernah memberi insentif khas kepada golongan ini. Usaha dilakukannya menunjukkan pemerintah menaungi golongan ini ketika mereka tidak lagi punya keupayaan mencari pendapatan.
Beliau berkata, “Kita tidak berlaku adil kepadanya apabila kita mengutip cukai daripadanya semasa dia muda, tetapi kita biarkan dia melarat semasa tuanya. Sedekah itu diberikan kepada orang-orang fakir dan miskin. Orang tuan ini termasuk daripada golongan itu.”

Perkara itu dinyatakan Umar ketika terjumpa seorang tua Yahudi yang buta dan miskin, lalu dengan kata-kata itu mempolisikan bantuan. Insentif khas itu diberi secara berterusan melalui baitulmal bagi golongan itu melangsungkan kehidupannya ke akhir hayat.

Sedangkan, pada sesi-sesi bajet negara yang lalu, bantuan lebih bersifat symptomatic iaitu sekadar hanya untuk kegunaan cabang. Sedangkan desakan yang wujud kepada golongan pesara kini memerlukan pendekatan systemic yakni bersistem menyelesaikan punca masalah.

Oleh itu, sempena sidang Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, suka untuk kami mencadangkan beberapa inisiatif yang boleh dikemukakan kerajaan bagi dipertimbangkan ke arah menangani permasalahan yang kami dinyatakan.

Pertama, perkasakan fungsi Baitulmal bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang tinggi. Walaupun Baitulmal di bawah bidang kuasa negeri, kerajaan pusat dapat berbincang dengan negeri-negeri menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyeragamkan inisiatif ini.

Inilah penyelesaian yang diceritakan Allah di dalam surah Yusuf berkenaan pelan tindakan untuk menghadapi tahun-tahun mencabar. Ia dikoordinasi melalui bantuan secara berpusat dan diuruskan oleh mereka yang hafizun alim dipercayai lagi bijaksana dalam mentadbir).

Kedua, mewujudkan inisiatif menjadikan golongan pesara sebagai mentor kepada golongan muda. Selain daripada kepakaran para pesara dapat dimanfaatkan, ia juga memberikan a sense of purpose kepada mereka dalam menyumbang pembinaan negara khususnya kepada golongan muda.

Ketiga, menyedia peruntukkan bagi pembangunan pusat aktiviti warga pesara di setiap daerah. Konsep ini diambil daripada sistem pondok bagi warga tua di Kedah dan Kelantan. Tempat ini menyediakan pengisian rohani dan aktiviti bagi mereka.

PAS sebagai organisasi politik juga telah menyediakan penyelesaian lebih menyeluruh melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). WINS merupakan model pentadbiran negara di mana dihasratkan untuk dilaksana kepada Malaysia yang akan diterajui pemerintahannya oleh PAS.

Usaha itu ke arah membina masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Inilah sebahagian cadangan kami yang diharap dapat dipertimbangkan kerajaan untuk manfaat kepada rakyat.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan ketua Pemuda Pemuda PAS.


Sumber TKO - 26-10-2017




































































































































PAS Youth ‘Shadow Budget’, Moots Taxing The Rich


PAS Youth has proposed a “luxury tax” for the rich while the Goods and Services Tax (GST) will be phased out in three years, in its “Shariah-based” shadow budget for 2018 presented today.

The Islamist party wing also planned to charge a 10 per cent tax on “luxury items”, and keep financial aid such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) and the e-Kasih poverty data bank.

“There are various problems happening in our country that can no longer be hidden. These problems are caused mainly because we have turned our backs to Allah’s guidance,” wing chief Muhammad Khalil Abdul Hadi told the media.

“PAS as an Islamic party that puts the Quran and Sunnah as its main reference, we must self-reflect over all the problems that are happening today.”

PAS Youth said its shadow budget themed “development for sustainability of future generation” is a Shariah-based one, with religion as one of its five main points: to build a society that “adheres to their respective religious teachings with a high tolerance attitude”.

The budget aims for a total of RM215 billion of government revenue, RM125 billion of which comes from direct tax, RM50 billion from indirect tax, and the rest from non-tax revenue.

It proposed for the GST to be waived within three years owing to legal implications, during which it will be zero-rated until it is completely repealed.

The wing planned to spend RM257 billion, leading to a fiscal deficit of RM42 billion.

Among others, it aimed to reward support staff in the civil service with a bonus of one-and-a-half month’s wage, one-month bonus for management posts, and just half-month bonus for top management.

It also plans to introduce a special allowance for full-time housewives of government employees, whose children are below 18 years-old, or are still studying in higher education institutions.

The shadow budget also planned to regulate house ownership by raising the Real Property Gains Tax up to a whopping 80 per cent, up from the maximum 30 per cent at the moment.

Ownership of residential properties in “major cities” will also be restricted to a maximum of two units for individuals and companies — additional purchases are allowed if the previously owned units are disposed.

The shadow budget was drafted by the wing’s Institute for Policy Studies.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will table the ruling coalition’s Bduget 2018 tomorrow. Opposition pact Pakatan Harapan also released its alternative budget yesterday.-themalaymailonline.

Sumber BO - 26-10-2017





































































































































Solat hajat solidariti buat Yusof Azmi







YUSOF Azmi menyantuni Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Timbalan,  Ir Khairil  Nizam Khirudin usai Solat Hajat Solidariti  Bersama Yusof Azmi di Ibu Negara malam ini. - HARAKAHDAILY 26/10/2017

Sumber HD - 26-10-2017 







































































































































Bajet 2018: Lima perkara yang penting


DALAM syariat Islam terdapat lima perkara penting yang ditekankan iaitu penjagaan kepada ugama, nyawa, keturunan, akal dan harta.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dalam Islam polisi sesuatu kerajaan itu haruslah mengambilkira kelima-lima perkara tersebut.
"Punca utama permasalahan berlaku dalam negara pada hari ini adalah kerana kita membelakangkan petunjuk Allah SWT. Justeru PAS sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama, semua pihak perlu bermuhasabah khususnya pihak kerajaan yang mana Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2018 esok," ujar beliau dalam sidang media Pembentangan Bajet Malaysia 2018 (Alternatif): Perspektif DPPM yang disiarkan secara langsung dari Dewan Intan 2, TH Hotel Kuala Terengganu sebentar tadi. 
Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda DPPM Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Polisi Abdul Rahman Syukur dan Bendahari PASTI Malaysia Badaruddin Ismail. – HARAKAHDAILY 26/10/2017 



















Sumber HD - 26-10-2017 

Wujudnya ‘dragon’ kerana undang-undang ‘sarang labah’
Posted on Wednesday, October 25 @ 23:14:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36169



KUALA LUMPUR: Wujudnya ‘dragon’ dalam kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara disebabkan undang-undangnya umpama ‘sarang labah’.

Ini dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Khalil Hadi, hanya pesalahpesalah kecil yang dikenakan tindakan sebaliknya pesalahpesalah besar dilepaskan malah kadang-kala tidak ada apa-apa tindakan.

Justeru beliau menggesa seluruh rakyat negara ini perbaiki segala kepincangan dan kesilapan yang berlaku sejak dahulu lagi.

Beliau berkata, apa yang didedah oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kegiatan perjudian dan aktiviti tidak bermoral didalangi sembilan orang ketua atau digelar ‘dragon’ sejak bertahun-tahun lamanya mem-  perlihatkan kegagalan BN dan Umno memerintah.

“Ini menunjukkan kegagalan parti pemerintah khususnya Umno kerana kes seperti itu tidak berhenti di situ sahaja kerana sebaliknya ia ada rantaian satu sama lain.

“Apa yang berlaku itu memberi gambaran kesilapan sistem pemerintah dan sistem politik negara,” dakwanya.

Malah dakwanya, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Katanya, parti yang memerintah negara iaitu Umno-BN perlu mengambil tanggungjawab atas dakwaan tersebut.

Dalam pada itu katanya, Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh usaha yang dilakukan PPIM untuk menghapus penyelewengan, penipuan dan jenayah terancang seperti perjudian dan sebagainya.

“Apa yang dilakukan oleh PPIM itu sebahagian daripada nahi mungkar dan Islam sendiri menyuruh umatnya bantu membantu untuk mencegah kemungkaran,” ujarnya.

Justeru perubahan itu katanya, perlu dilaksanakan kerana PAS sebagai sebuah parti politik melihat sistem perundangan yang ada tidak boleh diubah secara menyeluruh melainkan diubah melalui peti undi.

Katanya, rakyat perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 ini untuk memilih parti PAS untuk mengubah seluruh sistem perundangan ke arah yang memberikan keadilan kepada rakyat.

Memetik laporan sebuah akhbar, 18 Oktober lalu, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan mendakwa, sistem dragon itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini. 


Sumber TKO - 25-10-2017










































































































































Bersama dengan pejuang, bukan lindungi petualang

TUDUHAN yang dihadapkan ke atas dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu dilihat sebagai lumrah bagi setiap penggerak seruan amar makruf nahi munkar. Jangan terbit istilah untuk berundur, sebaliknya harus istiqamah dan dipegang sebagai obor pembakar semangat bahawa mehnah dan tribulasi seperti itu adalah sunnatullah perjuangan.
Menggerakkan usaha amar makruf sesuatu yang tidak mudah, namun lebih payah lagi untuk melaksanakan misi nahi munkar. Tidak ramai yang sabar dan punya keberanian untuk berhikmah terhadap segala kezaliman dan penyelewengan. Tetapi Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Yusuf Azmi dan rakan-rakan beliau telah membuktikan sebaliknya.
Kami percaya tindakan mengheret beliau dengan dakwaan di bawah Kanun Keseksaan adalah lantaran tergugatnya para mustakbirin yang kepanasan terhadap sensitiviti dibangkitkan pihak PPIM. Mereka mahu selesa bermaharajalela dengan segala bentuk kegiatan haram dilakukan, bingkas membalasnya untuk melemah dan membantutkan peranan dilaksanakan itu.
Pasti Yusuf dan semua rakan beliau, serta mereka yang sepertinya akan sentiasa dihalang oleh konco-konco samseng dengan segala macam ancaman. Hal ini memerlukan pertimbangan dan penilaian pihak kerajaan terutamanya penguat kuasa untuk membela pejuang seperti Yusuf dan bukannya melindungi petualang sebagaimana didedahkan oleh pihak PPIM.
Kerajaan digesa untuk tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak kerana ketegasan perlu agar tidak memberi kedudukan kondusif kepada kegiatan menjurus jenayah yang dilakukan. Kami percaya Yusuf dan rakan-rakannya sedang difitnah atau diperangkap, namun yakin pihak berkuasa bertindak profesional melaksanakan proses perundangan berkaitan.
Kami amat berharap tidak ada sebarang motif politik disebalik pertuduhan ke atas pihak Yusuf dan menyeru beliau terus cekal setabah Nabi Yusuf A.S. Semoga nama menghiasi dirinya membawa inspirasi perjuangan Nabi Allah itu yang lebih hebat diuji dalam hidup dan perjuangannya. Sebagai solidariti, kami menawarkan khidmat pasukan peguam pemuda kepada Yusuf dan rakan beliau.
Kami juga menyokong seluruh usaha dari mana-mana pihak untuk mencegah kemungkaran khususnya yang berlaku di dalam negara mengikut lunas undang-undang termaktub serta diizinkan. Ia harus menjadi agenda bersama yang didokong semua pihak agar rakyat dan negara ini dapat mengecapi hakikat hidup secara maju dan sejahtera, serta bermaruah lagi dihormati.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
25 Oktober 2017 | 5 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 2017
Sumber HD - 25-10-2017 












































































































































Mahathir hipokrit menentang kleptokrasi

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merupakan seorang pimpinan yang tidak jujur kerana berhasrat mengubah negara apabila tidak memiliki kuasa.













































































































































Katanya, Mahathir yang membawa agenda menentang kleptokrasi itu jika jujur tentu telah melakukan dasar-dasar yang baik ketika di era pemerintahannya.

"Rakyat boleh menilai bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang tidak jujur, kalau beliau jujur tentu beliau telah melakukan dasar-dasar yang baik, yang telus di zaman pemerintahannya tetapi beliau tidak buat," tegasnya.

Sumber HD - 25-10-2017















































































































































'Wake up' perangi Dragon 9 dan tali barutnya


AKTIVITI haram termasuk keupayaan menguasai pihak penguat kuasa oleh sembilan ‘dragon’ sewajibnya dibenteras dan ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan kerana ia adalah masalah jenayah. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Nur Jazlan Mohamed bahawa kerajaan sentiasa memantau dan berusaha mengawal kegiatan mereka itu supaya tidak keterlaluan adalah terlalu naif dan mengundang kegusaran.
Pengakuan beliau itu sebenarnya mengejutkan dan penuh persoalan seolah-olah kerajaan memerhati perkara tersebut sekadarnya dan tidak mampu untuk menyelesaikan. Malah seakan kegiatan itu dijaga dan dilindungi perkembangannya secara sambilan. Isunya ia bukan masalah kenakalan atau moral, tetapi jenayah berat yang boleh menggugat dan mengancam keselamatan negara serta keharmonian rakyat. 
Cengkamannya telahpun merebak dalam sektor kerajaan sendiri apabila penguat kuasa boleh ‘dipegang’ dan dirasuah dengan mudah, selain didakwa berpengaruh untuk menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam. Bahkan memiliki kekuatan kewangan mengutip hasil hingga RM5 bilion sebulan dari kegiatan yang mereka jalankan. Sewajarnya ia diperangi untuk tidak merebak membarah sama sekali dalam masyarakat. 
Jangan hingga nanti wujud kesangsian dari ketidakpercayaan awam bahawa kerajaan terlalu lemah, atau lebih jauh dari itu lahirnya skeptikal mengaitkan orang politik punyai kepentingan dan bersekongkol dengan kumpulan seperti itu. Ia akan menjadi situasi menakutkan bagi masyarakat dan penggera kecemasan mesti segera dibunyikan dan kerajaan wajib serta-merta menanganinya sebelum keadaan menjadi bertambah parah.
Kita percaya pihak penguat kuasa utama negara yakni pasukan polis, termasuk KDN sendiri begitu memahami ‘tabiat’ serta potensi dari kegiatan, pelaku serta mara bahaya yang upaya ditimbulkan. Kami menggesa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri mengumumkan langkah segera yang bersepadu serta jaminan memastikan isu kritikal ini dapat ditangani. Kerana ia kini sangat berkait dengan integriti kerajaan sendiri dan kedaulatan negara. 
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
24 Oktober 2017 | 4 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD- 24-10-2017 

















































































































































Tunai impian generasi muda mampu miliki rumah

HARGA rumah terus menunjukkan unjuran peningkatan secara mendadak sejak tahun 2010, sekali gus meletakkan rakyat khususnya generasi muda dalam dilema. Impian untuk mempunyai Rumah Mampu Milik (RMM) ke arah kesejahteraan keluarga yang baru dibina dilihat mustahil dengan realiti harga rumah ditawarkan pada masa kini. Hingga lahir ungkapan popular masa kini ‘Rumah Mampu Tengok’ yang mewakili rasa hati dan keluhan rakyat.
Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan antara ciri RMM ialah kadar bayaran bulanannya tidak melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan. Harga rumah pula hendaklah tiga kali ganda pendapatan kasar tahunan isi rumah. Ini bermakna, berpandukan kriteria tersebut, harga RMM sewajarnya kepada isi rumah penengah yang kini berpendapatan bulanan RM4,585 atau tahunan RM55,020 adalah antara RM165,000 hingga RM242,000.
Walaupun BNM menyatakan RMM ialah RM242,000, tetapi purata rumah dijual di Lembah Klang hanya serendah RM360,000. Realitinya harga rumah kini secara purata adalah 4.4 kali ganda berbanding pendapatan kasar tahunan isi rumah. Ketidakmampuan pembeli memiliki kediaman dapat dilihat berdasarkan rekod tahun 2014 di mana berlaku lebihan tawaran rumah RM500,000 setelah 21 peratus projek perumahan dilancarkan pada harga jualan bawah RM250,000.
Ini menunjukkan rakyat tidak mampu memiliki kebanyakan rumah ditawarkan di pasaran. Malangnya, RMM yang punya permintaan tinggi pula tiada penawaran. Terbaru, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan Laporan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kemudahan Asas Isi Rumah 2016. Laporan itu menyatakan pendapatan isi rumah penengah telah meningkat 6.6 peratus daripada RM4,585 tahun 2014 kepada RM5,228 tahun 2016.
Sehubungan itu, kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap masalah ini. Tiba masa polisi intervensi dalam pasaran rumah diperkukuh agar harganya dapat distabilkan. Kawal selia dan penetapan syarat kepada pemaju mesti diadakan untuk membina lebih banyak RMM terutama ‘first-time home buyers’ yang menjadi keperluan generasi muda. Ketegasan kerajaan juga perlu untuk menyekat kegiatan spekulasi yang menjadi punca harga rumah melambung.
Kerajaan juga digesa meneliti cadangan penyelesaian diutarakan PAS menerusi Dokumen Hijau yang diterbitkan. PAS mencadangkan Program Mampu Memiliki Rumah (Affordable Home-Ownership) sebagai ganti kepada program RMM. Projek diketengahkan PAS ini adalah bagi pemilikan rumah pertama dan boleh dilaksanakan melalui dua cara. Iaitu kaedah Musyarakah yakni perkongsian pemilikan bersama kerajaan dengan pembayaran bertangguh.
Manakala kaedah Sukuk Al-Ijarah pula adalah melalui perkongsian pemilikan dengan individu atau organisasi. Kemakmuran negara ini yang dilimpahi Allah dengan segala macam nikmat seharusnya menjadi payung menanungi rakyatnya sendiri ke arah mewujudkan kehidupan bahagia dan sejahtera. Kami percaya, ianya pasti dapat dicapai sekiranya kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam tindakan yang sebenarnya.
*IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN*
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
18 Oktober 2017 | 27 Muharam 1439 - HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD - 18-10-2017 



















































































































































Pekerja asing diutamakan, belia negara dibiar menganggur?



KERAJAAN perlu melihat kebanjiran pekerja asing dan pengangguran tinggi kalangan belia dalam negara ketika ini dengan lebih serius, seterusnya menggubal dasar yang objektif ke arah penyelesaiannya. Apatah lagi pengambilan pekerja asing kini dilihat telah menjadi kebergantungan besar oleh para majikan terutama di sektor swasta.
Sedangkan, kebenaran diberikan kerajaan untuk mengambil pekerja asing hanyalah sebagai langkah jangka pendek atau ‘interim solution’. Terutama dalam menangani masalah tenaga kerja berkemahiran rendah yang sangat kurang (labor crunch). Ia sangat dirasai di sektor utama ekonomi negara khususnya pembuatan, pertanian dan pembinaan.
Ketiga-tiga sektor ini telah mencatatkan sumbangan besar hampir RM300 bilion atau mewakili satu pertiga dari keseluruhan KDNK dalam negara pada tahun 2015. Ini sekali gus menunjukkan kerajaan mempunyai ‘kepentingan’ yang mungkin menjadi faktor dorongan kebergantungan langsung negara kepada penggunaan tenaga kerja asing.
Keadaan diburukkan lagi apabila kerajaan sendiri tidak konsisten dalam polisi pengambilan pekerja asing. Ini sepertimana perubahan tanggungjawab bayaran levi pengambilan pekerja asing daripada majikan kepada pekerja, kemudian ditukar kepada majikan semula. Ini mengesahkan kecelaruan polisi yang dilaksanakan berkaitan pekerja asing.
Kebuntuan kerajaan menangani perkara ini telah menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang turut menjalar kepada sosio-budaya, keharmonian serta keselamatan negara. Disebalik kebergantungan kepada tenaga kerja asing terutamanya oleh sektor swasta, konflik berlaku apabila pelbagai ancaman dan punca masalah sosial banyak direkod melibatkan golongan ini.
Menurut laporan Parlimen, jumlah terkini pekerja asing berdaftar adalah seramai 1.78 juta. Lebih menggerunkan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja asing tidak sah pula mencecah dua kali ganda angka tersebut. Ketidakpastian jumlah tersebut berpunca dari tindakan majikan ‘menyorokkan’ pekerja asing yang diambil secara haram.
Sasaran untuk menghadkan pengambilan pekerja asing tidak melebihi 15 peratus atau menyamai 2.1 juta daripada jumlah tenaga kerja (labor force) seperti terkandung dalam RMK11 (2016-2020) juga dilihat jauh dari menepati sasaran. Tekanan sektor swasta dilihat punca dolak dalih kerajaan untuk menggapai angka berkaitan atau bertegas mengenainya.
Sewajarnya perhatian kritikal dan utama diberikan terhadap kadar pengangguran tinggi kalangan belia negara. Di mana Laporan Tahunan Bank Negara 2016 menyatakan 10.7 peratus belia di negara ini masih menganggur pada tahun 2015 iaitu tiga kali ganda lebih tinggi dari kadar nasional. Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
18 Oktober 2017 | 27 Muharam 1439 - HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD - 18-10-2017 





















































































































































DACS ucap tahniah kepada Hafizh Syahrin


DACS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia dengan keputusan podium iaitu memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan motosikal kategori Moto2, Grand Prix Jepun di litar Twin Ring, Motegi pada Ahad lepas.
“Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh selepas memenangi tempat yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano, Itali bulan lepas,” ujar Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar dalam satu kenyataan. 
Hafizh, pelumba Petronas Raceline telah mempamerkan tunggangan cemerlang dengan catatan masa 32 minit 12.035 saat dalam perlumbaan 15 pusingan di litar yang basah.
Tempat pertama dimenangi oleh pelumba daripada Marc VDS, Alex Marquez dengan catatan masa 32:08.901 saat. 
Dengan kemenangan itu, Hafizh berjaya mengumpul 16 mata dan berada di tempat ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2, dengan 82 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.
Manakala seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia berada di tempat ke-23 dengan catatan masa 32:59.432 saat. 
“DACS Malaysia berharap dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada seluruh pelumba motosikal negara agar mencipta kejayaan yang sama suatu hari nanti, insya Allah,” ujar Muhammad Fadzli lagi. – HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD - 17-10-2017 

No comments:

Post a Comment