BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, October 11, 2017

PAS DAN HALEHWAL NEGERI SEMBILAN (JILID 2)

Gelombang AKIFI N9 capai siri ke-10

KUALA PILAH: Dewan Muslimat PAS Malaysia bersama Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan telah mengadakan Gelombang AKIFI Siri Ke-10 di PASTI Harmoni, Juaseh, di sini kelmarin dahulu.
 
Program dipimpin Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh itu dalam rangka untuk terus memantapkan tarbiyah dalam kalangan anggota Muslimat di negeri ini.
 
Majlis dimulakan dengan iftar diikuti solat berjamaah serta zikir munajat yang dialunkan penuh penghayatan oleh para peserta di mana ia telah diijazahkan oleh mantan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haron Din.
 
Ustazah Nuridah dalam taujihatnya menasihatkan anggota Muslimat untuk kekal melazimi zikir munajat ke arah memantapkan jiwa dan jasad kerana ia juga pendinding kekuatan dalam melaksanakan gerak kerja.
 
AKIFI yang merupakan singkatan Alim, Haraki dan Sufi itu merupakan inisiatif Muslimat PAS dalam memperteguhkan komitmen perjuangan para anggotanya.
 
Majlis tersebut telah dihadiri ahli Muslimat PAS dari Kawasan Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Rembau dan Seremban, selain peserta dari Nusaibah, Briged dan Guru-guru PASTI. -HARAKAHDAILY 29/7/2018
Sumber HD - 29-7-2018 

Agenda kebajikan PAS Gadek pasca PRU14

TAMPIN: PAS Dun Gadek dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah mengadakan program Jom Shopping Raya di Pasar Raya Ten Ten, di sini semalam.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Gadek, Mohamad Firdaus Shahudin, program tersebut merupakan agenda kebajikan dilaksanakan sepanjang Ramadan.
Maklum beliau, PAS Gadek konsisten dengan program kebajikan tidak bermusim dan secara khusus menggiatkan pelaksanaannya semasa Ramadan.
Katanya, antara lain dijayakan PAS Gadek adalah edaran kurma dan takwim Ramadan, sumbangan asnaf, bubur lambuk dan singgah sahur.
Sementara itu menurut Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Emransyah Ismail, program tahunan tersebut mensasarkan golongan fakir, miskin dan Orang Kelainan Upaya.
"Hasil sumbangan orang ramai, setiap penerima diperuntukkan RM150 untuk berbelanja," ujar mantan calon PAS Gadek PRU14 itu.
Manakala Yang DiPertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syabudin Senin pula berkata, PAS sentiasa komited dengan agenda tersebut sebagai tanggungjawab dan menunai amanah penyumbang.
Program tersebut turut disertai mantan calon PAS Parlimen Alor Gajah PRU14, Mohd Nazree Mohd Aris yang juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia. -HARAKAHDAILY 4/6/2018


Sumber HD - 4-6-2018




Tidak puas hati tunggu 3 jam untuk undi

RASAH: Pengundi Saluran 2 di Sekolah Wawasan SJKT Convent, Seremban 2 hari ini melahirkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk proses mengundi. 
Harakah meninjau pusat mengundi di sekitar parlimen Rasah di mana Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sembilan Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa bertanding.
Apabila tiba di pusat mengundi tersebut, Harakah mendapati pengundi warga emas beratur panjang. 
Ketika mengambil gambar, pengundi-pengundi mengadu bahawa proses mengundi begitu lembap. 
"Makcik beratur sejak pukul 12.00 tengah hari, sekarang dah pukul 3.00 petang, tapi masih belum mengundi lagi," kata seorang wanita warga emas berbangsa Melayu. 
Selain wanita tersebut, ramai lagi pengundi mengeluh di atas kelewatan proses mengundi. – HARAKAHDAILY 9/5/2018
Sumber HD - 9-5-2018 



OKU pembantu calon PAS N.28 Kota

REMBAU: Perhatian PAS kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak sekadar kesantunan tanggungjawab kasih sayang dan belas ihsan, bahkan juga memartabatkan dengan peranan dan pengiktirafan atas kebolehan atau bakat tertentu.
Perkara tersebut dibuktikan sebagaimana taklifan diberi kepada OKU kerdil, Mohd Noor Karnain Kamaruddin yang juga dikenali sebagai Naim selaku pembantu kepada calon PAS N.28 Kota, Ishak Omar.
Kekurangan fizikal tidak sedikit menyekat kesungguhan dan komitmennya untuk menyumbang kepada perjuangan PAS yang dibuktikan menerusi penyertaan pada penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Rembau, di sini kelmarin.
Beliau juga bertekad untuk sentiasa bersama Ishak sepanjang 11 hari kempen serta berganding bahu dengan seluruh ulama, anak muda, muslimat dan as-Sabiqun serta penyokong PAS bagi menggembleng kemenangan.
Ishak sebaik sahaja diisytiharkan sah sebagai calon PAS yang akan menentang BN dan PH di Dun tersebut terus menjalankan kempen sebagaimana rutin kebiasaannya menyantuni hal ehwal penduduk. -HARAKAHDAILY 30/4/2018






Sumber HD - 30-4-2018

BN menang percuma: PH sengaja atau sebaliknya?

PROSES penamaan calon di Negeri Sembilan berjalan lancar, PAS melalui 27 calon Dun dan 8 calon Parlimen melalui proses sejak awal pagi dengan baik dan sempurna. 
Kami melihat inilah komitmen yang jitu dibawa seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS ketika dalam meneruskan misi membawa kemenangan dengan slogan Negeri Sembilan Sejahtera 
PAS walau dituduh dengan pelbagai fitnah oleh PH kononnya mahu beri kemenangan dan penyebab kemenangan kepada Umno, tetapi nyata tuduhan itu meleset sama sekali. PAS di seluruh negeri ini akan tetap menentang Umno BN. Tiada lagi isu UG atau mahu bersatu dengan Umno. 
Namun, calon PKR (PH) di Dun Rantau samada secara sedar atau tidak, tidak membawa kad SPR untuk kemasukan calon ke kawasan bertanding menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan borang penamaan calon. 
Sama ada secara sengaja atau tidak, itu bukan isunya kerana kad SPR adalah perkara paling 'basic' untuk setiap calon, wakil calon dan pencadang untuk membawanya. Malah ia sepatut tergantung di leher calon. 
Dengan itu, calon BN Rantau, Dato' Seri Mohammad Haji Hassan diisytihar menang tanpa bertanding. PAS dari awal-awal lagi tidak menyatakan untuk bertanding di kawasan itu, malah PAS mahu melihat kekuatan PH jika pertandingan satu lawan satu di situ. 
Ternyata, PH mensia-siakan peluang selepas sebelum ini (semasa pembahagian kerusi) mereka berbaling kerusi di negeri ini kerana tidak puas hati dengan pembahagian. 
Kami DPPN9 ingin menegaskan, PH tidak perlulah terus menerus "recycle" isu UG dan PAS bersama Umno kerana buktinya Dun Rantau, PH membiarkan BN menang percuma. Bagaimana mahu memerintah negeri ini jika perkara paling pokok pun PH tidak mampu selesaikan. 
Pada kesempatan ini, kami DPPN9 mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS di Negeri Sembilan yang bersama-sama memastikan PAS akan lawan BN dan PH. 
#AnakMudaSejahtera
#MalaysiaSejahtera
#JomUndiPAS
#NegeriSembilanSejahtera. 
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan 
USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Timbalan Ketua dan Calon PAS Parlimen Port Dickson








\Sumber HD - 29-4-2018





PAS tunai hasrat ibu tunggal miliki ketuhar

REMBAU: Hasrat ibu tunggal, Zaleha Syaik Mohamad untuk memiliki pembakar ketukar elektrik bagi mengembang perniagaannya akhirnya tertunai oleh sumbangan PAS Kawasan Rembau.
Serahan pembakar ketuhar itu disampaikan sendiri Ahli Jawatankuasa (AJK) Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Rosmin Adam dan AJK PAS Rembau, Ishak Omar kepada Zaleha di Kampung Ulu Chuai, di sini kelmarin.
Pemberian itu sebagai usaha membantu beliau untuk meningkatkan pembuatan kuih bahulu bagi menambah pendapatannya yang berniaga secara kecil-kecilan.
Pada ketika ini dengan keupayaan dan peralatan yang terhad, ibu tunggal itu hanya mampu menjana perolehan pendapatan hanya RM60 untuk dua minggu.
Memahami desakan perolehan yang teramat kecil dan daya dikari tinggi Zaleha itulah PAS tampil menolongnya dan berusaha agar beliau juga mendapat bantuan daripada Baitulmal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. -HARAKAHDAILY 13/4/2018










Sumber HD - 13-4-2018






Almarhumah Tuan Yah: Damailah jiwa yang tenang

JEMPOL: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhumah Tuan Yah Raja Selaiman, ibu kepada Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob yang kembali ke rahmatullah kerana sakit tua lewat malam Jumaat lalu di kediamannya di Felda Palong 4, Negeri Sembilan. 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada muslimat di negara ini kerana jasanya yang telah melahirkan dan membesarkan sebuah aset tidak ternilai harganya kepada gerakan memartabatkan syiar Islam di negara. 
"Semoga Allah SWT memberikan ketenangan kepada almarhumah kerana beliau telah pergi dalam keadaan meninggalkan satu aset yang sangat berharga untuk umat Islam di mana anaknya Wan Nordin adalah seorang yang sangat gigih dan begitu bersungguh-sungguh berjuang dalam arena penulisan dan pemberitaan. 
"Sudah tentu tulisannya mewakili gerakan jemaah Islam dan begitulah peranannya tidak ubah seperti peranan sebagai pemimpin atau aktivis jemaah yang lain yang juga bermaksud menyampaikan risalah kepada masyarakat di luar sana. 
"Tentu sahaja peranannya adalah mengambil tempat warisan yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW, sebab antara peranan Nabi itu sendiri disebut sebagai nabi ialah penyampai yang menyampaikan berita. Terlalu banyak manfaat yang diambil oleh masyarakat sekian lama sejak beliau terlibat dengan Harakah.

"Kemudian sehingga sekarang beliau menjawat jawatan Ketua Pengarang Harakah, tentu sahaja penulisan beliau bukan sahaja dibaca oleh masyarakat tetapi juga menimbulkan kesedaran, keinsafan dalam kalangan masyarakat untuk memahami apakah sebenarnya perspektif perjuangan yang dibawa oleh PAS," katanya ketika ditemui Harakah selepas almarhumah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 4, pagi Sabtu 7 April lalu. 
Menurutnya, allahyarhamah bersama suaminya suatu masa lalu adalah merupakan antara peneroka pertama yang membuka tanah Felda Palong 4 telah merintis dan menghidupkan gerakan jemaah PAS dengan menjadikan kawasan rumahnya dan rumah jiran, almarhum Reduan Ashaari sebagai markas PAS di kawasan itu. 
Kini terdapat PASTI di sini (rumah Reduan Ashaari) dan Markas Induk Jawatankuasa Pilihan Raya Dun Palong (JPRD) di rumah allahyarhamah Tuan Yah. 
Ujarnya, allahyarhamah bersama suami, Wan Yaacob Wan Setapa telah melakukan sebuah pengorbanan yang cukup besar kepada gerakan Islam negara ini kerana tidak mudah menjadikan rumah kediaman sendiri sebagai tempat tarbiyah PAS yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan masyarakat yang rata-ratanya tidak memahami perjuangan Islam yang dibawa PAS. 

"Tentu sahaja keluarga ini sangat sabar orangnya, apabila boleh bertahan dengan cemuhan masyarakat dan menjadikan rumah mereka sebagai markas PAS kerana saya sendiri pernah melalui situasi sedemikian suatu masa lalu. 
"Apa yang menarik ianya menjadi pedoman atau contoh tauladan kepada ibu-ibu di luar sana yang lain untuk mencontohi bagaimana beliau boleh menjadi isteri yang menyokong gerakan Islam dan melahirkan zuriat yang mampu berjuang untuk Islam di tanah air ini," katanya. 
Ibu kepada lapan adik beradik itu pergi di usia 75 tahun, berasal dari Kelantan berpindah bersama suamInya ke Negeri Sembilan sekitar awal 70-an. 
Beliau telah mendapat pendidikan agama tidak formal di beberapa pondok di Kelantan, sempat berguru dengan ulama' terkenal Kelantan, allahyarham Tuan Guru Abdul Rahman atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Deraman. 
Walaupun tidak pandai membaca, beliau banyak melibatkan diri melakukan kerja-kerja di belakang tabir antaranya menyumbang tenaga memasak untuk para pimpinan dan amilin PAS yang hadir ke rumahnya yang merupakan markas PAS. 
Menceritakan serba sedikit latar belakang Tuan Yah, anaknya Wan Nordin Wan Yaakob berkata ibunya antara yang berusaha banyak memberi sumbangan untuk menghidupkan cawangan melibatkan kewangan, peralatan dan sebagainya. 
"Saya ingat lagi masa satu peristiwa masa itu nak beli pembesar suara, dia kumpulkan duit dan mencari sumbangan menjayakannya. Jadi ayah bersama dengan allahyarham Abang Ridhuan (perintis PAS Cawangan Felda Palong 4) bersama lagi seorang Yusof kumpulkan duit. 
"Boleh dikatakan setiap hari hasil daripada menoreh getah, meniaga sayur-sayuran akan diinfakkan sedikit kepada parti. Kalau ada apa sahaja program, dan pimpinan datang arwah mak memang cukup suka dan gembira dapat jumpa dan merai kehadiran pimpinan. Mak sangat sayangkan parti," katanya. 
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Palong (1985), Abu Samah Harun yang kini Ketua Cawangan PAS Palong 4 menggambarkan allahyarhamah seorang wanita yang gigih dan kuat kerana turut terlibat menyumbang kepada penubuhan PASTI Nurul Hidayah Palong 4 yang telah selamat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada 13 Mac 2014. 
Allahyarhamah jatuh sakit sejak 3 tahun lalu, melalui detik-detik sukar untuk pulih sejak itu. Beliau menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, dan tahun lalu mengalami patah kaki kiri akibat tergelincir di rumah. 
Sejak itu, beliau hanya berbaring sahaja di rumah dan sejak beberapa bulan lalu, keadaannya makin berat selain badannya susut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan anak anak dan suami pada 6 April (Jumaat).
Tenanglah jiwa pejuang, berehatlah di sana. Al-Fatihah. – HARAKAHDAILY 13/4/2018

Ustaz Nasrudin bersama Wan Nordin (kanan) dan Abu Samah Harun (kiri).
Sumber HD - 13-4-2018 







Pimpinan PAS santuni warga emas Lubok China

REMBAU: PAS Kawasan Rembau telah mengadakan aktiviti ziarah kasih warga emas di beberapa kampung sekitar Lubuk China, Dun Kota, di sini kelmarin.
Ziarah tersebut diketuai oleh Ahli Jawatankuasa PAS Rembau, Ishak Omar dan disertai Azamah Awang serta beberapa anggota Muslimat PAS Rembau.
Program ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan kesempitan hidup di samping beramah-mesra terutama warga emas dengan menyampaikan sumbangan barangan dapur.
Antara warga emas diziarahi ialah Posah Udin, Wan Man dan Khatijah Ahmad yang masing-masing berusia antara 80 tahun hingga 90 tahun dan tinggal di Kampung Titian Akar. 
Rombongan turut mengunjungi bekas imam Masjid Lubok China, Abd Wahab Mustaman, 65 tahun yang sakit akibat serangan angin ahmar.
PAS turut simpati dengan kesempitan hidup keluarga Hanif Mohd Ibrahim yang bekerja sendiri, manakala isterinya bekerja di kilang di mana menyara tiga anak bersekolah.
Bagi mendokong usaha murni tersebut, PAS Rembau memerlukan sumbangan daripada orang ramai dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 012-349 4042 (Ishak). -HARAKAHDAILY 6/4/2018














Sumber HD - 6-4-2018








Anak muda tenaga penting dan agen perubahan

REMBAU: Anak muda terus disandarkan harapan sebagai tenaga penting yang akan menggerakkan jentera PAS pada PRU14 selain membawa perubahan kepada masa depan negara. 
Sehubungan itu, anak muda diharap terus bangkit dengan gagah mengemudi sokongan ke arah membantu kemenangan PAS, demikian seruan pemangku Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, Khairul Ikhwan Azmi. 
Beliau menyatakan perkara itu pada program Sembang Santai Anak Muda yang menjadi persiapan Pemuda PAS untuk PRU14 di Markas PAS Kampung Mulia, di sini kelmarin.
Menerusi program tersebut, penerangan dan penjelasan mengenai isu semasa diberikan selain jamuan BBQ dan solat berjamaah melibatkan ahli Pemuda dan ARC dari Dun Kota dan Dun Chembong. 
Hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah dan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Rosmin Adam serta pimpinan PAS Rembau. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 









Pemain bola sepak N9 dapat simpati Muslimat

SEREMBAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menziarahi Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan Bawah 12 Tahun, Mohd Haikal Mohd Hanafi, semalam. 
Beliau yang mendapat kecederaan ketika perlawanan bola sepak di Alor Setar, 10 Mac lalu masih terlantar di Hospital Tunku Jaafar, di sini hingga hari ini. 
Menurut ibunya, Siti Nurhidayah Nordin, kesihatan anaknya yang juga Pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi Negeri Sembilan semakin merosot. 
Jelas beliau, pihak keluarga dimaklumkan oleh doktor, Haikal diserang jangkitan kuman dan masalah pada jantung, sedangkan dia sebelumnya seorang sangat aktif. 
Pada kunjungan dipimpin Ketua Muslimat PAS Rembau, Masita Mohamed Ali itu, pihaknya telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mengharap Haikal kembali pulih. 
Masita juga seiring dengan harapan Nurhidayah agar Haikal yang pernah dinobatkan penjaga gol nombor satu Rembau dapat meneruskan karier bola sepaknya ke peringkat tertinggi. -HARAKAHDAILY 30/3/2018
Sumber HD -  30-3-2018 










MB N9 silap langkah atau sengaja silap?

LAMA benar saya tidak mencoret kalam Nota Selatan. Terhenti seketika atas beberapa faktor termasuk kesihatan dan sebagainya. 
Tular video Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Mohammad Hassan (Tok Mat) sejak beberapa hari lalu mengenai provokasi agar pemuda BN berlagak samseng terhadap pembangkang, membuatkan saya terpanggil mencoret kembali kalam Nota Selatan. 
Dalam coretan September tahun lalu, ada saya menyebut bagaimana MB Negeri Sembilan mungkin sekali akan ditolak team Dato' Seri Najib Razak kerana Tok Mat sangat diketahui oleh Najib bukan berada dalam kem-nya.
Malah umum juga sudah tahu sebenarnya Tok Mat anak didik Tun Dr Mahathir Mohammad, bukannya ayam tambatan Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti sangkaan awal semua pihak pada tahun 2004 selepas tokoh korporat ini diangkat menerajui Negeri Sembilan. 
Berbalik kepada tular video 'samseng' melibatkan Tok Mat. Seperti diketahui umum, nama Tok Mat sangat harum di Negeri Adat Perpatih ini sejak beliau menerajuinya. Apatah lagi rakyat di negeri ini seakan merasakan satu kelegaan selepas Tan Sri Isa Abdul Samad 'tersingkir' dari kerusi selesa MB selepas 22 tahun mengunggulinya dengan pelbagai skandal, kisah hitam sepanjang pentadbiran Isa Samad. 
Maka semacam satu kelegaan bilamana datang 'super star' seperti Tok Mat menerajui negeri ini. Ada dalam kalangan penyokong pembangkang juga seolah-olah melihat batang tubuh Tok Mat jangan diinjak andai mahu berkempen menghentam Umno-BN. Kononnya Tok Mat bersih sesucinya. 
Sama ada secara sedar atau tidak, ataupun mungkin satu 'pelan' (perancangan) maka nada memprovokasi diucap Tok Mat dalam majlis bersama Pemuda BN di Rantau dalam Parlimen Rembau, tempat jajah takluk terkuat Tok Mat. 
Jika hendak dikatakan Tok Mat sengaja menjadikan tularan video 'samseng' sebagai satu cara untuk menarik perhatian, maka telahan ini juga mungkin keterlaluan. Tok Mat orang yang berseni dalam politik dan bertutur, maka amat mustahil jika dia secara tidak sedar menutur bait kata yang menampakkan kebodohan. 
Namun tidak boleh dinafikan terkadang untuk mencapai sesuatu maksud, perancangan ataupun kepentingan menarik perhatian atau samada mahu mencetus sesuatu, maka tindakan 'bodoh' dari seorang yang digelar cerdik pandai boleh sahaja berlaku. 
Dalam keadaan Umno-BN sebenarnya bagai telur di hujung tanduk, maka tindakan begini boleh mencetus sesuatu 'movement' sama ada untuk kepentingan peribadi Tok Mat mengintai ruang ataupun untuk secara sengaja menjadi menyerah tengkuk untuk dimangsakan demi muslihat lebih besar. 
Mengapa saya menyatakan demikian? Lihat beberapa tindakan mentor kepada Tok Mat iaitu Tun Mahathir Mohammad, nampak 'bodoh' dan seolah-olah tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas PM. Namun tindakan bodoh Mahathir terkadang mengundang perhatian awam walaupun sebenarnya rakyat semakin meluat dengan aksi kleptokrat itu sejak sekian lama. 
Dalam isu perlakuan Tok Mat, pada mata kasar rakyat ia adalah amat mustahil lahir dari seorang yang bergelar korporat dan dikenali santun caranya. Namun inilah taktikal move yang sebenarnya sedang digerakkan Tok Mat barangkali yang sudah muak dengan bos-nya yang ada hari ini (Najib Razak) untuk Tok Mat beralih angin dan menyatakan pendirian sebenar dalam wajah politiknya.

Tidak mustahil dengan sikap ini maka Najib lebih mudah untuk kerat Tok Mat dari kem BN, dan dengan mudah Tok Mat pula beralih kem mengikut jejak langkah super kleptokrat Tun Mahathir dalam kem bayangan Umno baharu yang kini bernama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Umum tahu, Tok Mat tidak akan buat perkara yang tidak membawa keuntungan dalam karier politiknya apatah lagi dia seorang korporat. 
Sama ada secara sengaja mahu disembelih untuk merealisasikan hasrat sebenar beralih kem baharu atau memang Tok Mat tersalah langkah mencipta gerakan yang akhirnya nanti mencemar imejnya selaku MB, sama sama kita nantikan 'ending' episod panjang berdurasi musim pilihan raya ini. 
Samada Tok Mat terperosok dalam permainan politiknya bersama mentornya yang kini 'meroyan' mengungkit salah laku BN yang sebenarnya juga dari ajarannya selama 22 tahun selaku PM, atau Tok Mat sebenarnya 'over acting' tatkala mahu menunjukkan taat setia kepada Najib untuk dipilih bersama meneruskan aspirasi kerajaan pimpinan Najib dalam pilihan raya kali ini.

Pertaruhan ini amat besar, calarnya imej bukan kepalang. Maka begitu juga besar perancangan yang Tok Mat sedang aturkan bersama muslihat politik, yang akhirnya nanti rakyat tidak mendapat apa faedah kerana amalan politik Umno-BN juga parti serpihan Umno hanya demi kepentingan perut, poket dan kroni sahaja. 
Rakyat Negeri Sembilan usah terperangkap permainan bermuslihat ini, inilah masa mengubah politik kotor Umno-BN dan beralih kepada PAS demi kesejahteraan dan keharmonian. - HARAKAHDAILY 24/3/2018
Sumber HD - 24-3-2018 






















Mungkin bertindak ganas andai hilang kuasa?

KUALA LUMPUR: Hasutan menggunakan kekerasan menggambarkan kemungkinan tindakan ganas digunakan apabila tertekan akibat kehilangan kuasa pada PRU14 nanti.
Demikian ulasan Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad terhadap arahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan kepada Briged Gempur Pemuda Umno.
Ucapan Mohamad yang tular itu menjadi polemik yang menyebabkan kebimbangan banyak pihak berikutan gesaannya mengarah kepada perlakuan ala samseng.
"Seorang pemimpin mesti jadi contoh kepada rakyat, rakyat menurut akhlak pemimpin. Kalau pemimpin samseng, jangan salahkan rakyat menjadi samseng.
"MB Negeri Sembilan ini menunjukkan contoh tidak baik kepada generasi muda, jadi rakyat perlu menolaj beliau," ujar beliau.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak Polis dapat mengawasi ucapan dan tindak tanduk yang boleh mencetuskan kekecohan seumpama terutama ketika PRU14 nanti.
Kebimbangan berlaku kekerasan antara penggerak parti politik wujud berdasarkan pengalaman pernah berlaku dalam pilihan raya yang pernah berlangsung sebelum-sebelum ini.
Mohamad dalam rakaman tersebut mengarahkan supaya kedai kopi yang menjadi sarang menfitnah kerajaan digempur, diganyang dan diterbalikkan meja di mana andai ditangkap polis beliau akan menjamin.
Bagaimanapun, berikutan tular video itu, beliau tampil membuat permohonan maaf dan menyatakan ucapannya itu telah disalahtafsiarkan sedang beliau hanya bergurau. -HARAKAHDAILY 23/3/2018
Sumber HD - 23-3-2018 

























PAS N9 beri perhatian golongan memerlukan

REMBAU: PAS Negeri Sembilan bersama PAS Kawasan Rembau telah mengadakan ziarah kebajikan dan sumbangan bagi membantu golongan memerlukan di Mambau, Dun Rantau, di sini semalam.
Program tersebut sebagai melaksanakan tanggungjawab kebajikan yang dipimpin kunjungannya oleh Bendahari PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah sendiri.
Dalam kunjungan turut diwakili Ketua Muslimat PAS Rembau, Masita Mohamed Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Rembau, Ishak Omar itu, antara dilawati mereka adalah Nurul Natrah Norzaid.
Anak muda itu masih memerlukan bantuan dan sokongan untuk menyara tujuh adik tirinya setelah ibu mereka meninggal tahun lalu melibatkan keperluan barangan dapur dan perbelanjaan harian.
Pihak PAS turut menyumbangkan wang tunai bagi keperluan anak-anak tersebut meneruskan pengajian dengan menjelaskan yuran-yuran berkaitan ketika berkunjung di kediaman mereka di Taman Angsamas, di sini.
Antara turut dibantu adalah keluarga asnaf, Yasmin Ramli yang kehilangan punca pendapatan kerana keadaan kesihatannya dan masih menyara anak belajar di tadika.
Atas ziarah tersebut, sumbangan diberikan kepadanya agar dapat meringankan beban yang ada ketika ditemui di rumah beliau, juga di Taman Angsamas. -HARAKAHDAILY  16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 













PAS Negeri Sembilan santuni bekas Ketua Puteri Umno

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerusi Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamaknya, Ustaz Rosmin Adam dan Ustaz Army Safwan telah menziarahi bekas Ketua Puteri Umno, Julizara Sulong di kediamannya di Taman Selasih, Sikamat, di sini baru-baru ini
Julizara, 37, merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan, pernah diserang strok kali pertama pada tahun 2014 dan kali yang kedua pada November 2017, mengakibat beliau tidak boleh bekerja dan bergerak seperti biasa. 
"Kini, beliau disahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Beliau kerani di syarikat pemasaran kereta dan telah diberikan cuti sakit selama tiga bulan sebagai cuti tanpa gaji. 
"Oleh itu, beliau mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dengan keadaan sumber kewangan yang amat terhad dan hilang upaya kekal yang tidak boleh bergerak seperti biasa. 
"Sehingga kini beliau belum mendapat apa-apa bantuan daripada pihak JKM, Pusat Zakat, PERKESO dan sebagainya. Beliau memohon dapatkan BR1M, tapi malangnya dikatakan tidak layak, cuma pernah sekali mendapat BR1M berjumlah RM400," kata Ustaz Rosmin. 
Ustaz Rosmin berkata, sebelum menghidap strok, Julizara adalah merupakan bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kawasan Perindustrian Senawang, namun atas faktor kesihatan melepaskan jawatan. 
Namun difahamkan, perkara yang mendukacitakan beliau adalah tiada bantuan oleh pihak Umno mahupun kerajaan setelah menghidapi penyakit itu. 
"Saya dimaklumkan oleh Julizara, bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan ada hulur sumbangan melalui wakilnya pada Disember tahun lepas, namun beliau kecewa Puteri Umno tidak membuat tindakan susulan. 
"Contohnya tidak membantu beliau untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan permohonan PERKESO, memandangkan beliau menghadapi kesukaran bergerak.
"Beliau berasa hampa kerana sepanjang tempoh kesihatan yang baik sokongannya kepada Umno tanpa ada berbelah bagi dan bekerja untuk memajukan Umno. Kini, saat memerlukan semuanya hampa.

Dalam pertemuan tersebut, pihak PAS telah menghulurkan sedikit bantuan barangan dapur dan wang saku dan berjanji akan membantu beliau untuk menghubungi JKM, Pusat Zakat, PERKESO dan pihak yang berkaitan. 
Jelas Ustaz Rosmin, ia untuk memastikan hidup beliau sebagai OKU dan ibu tunggal lebih terbela dan terjamin. - HARAKAHDAILY 8/3/2018


























Sumber HD - 8-3-2018

Sumbangan komputer riba bantu pengajian di universiti

REMBAU: PAS Kawasan Rembau telah mengadakan sumbangan komputer riba untuk seorang penuntut universiti yang disampaikan di kediamannya di Kampung Nerambai, Lubok China di sini semalam. 
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Rembau, Ustaz Nazry Yusof itu sebagai membantu beliau yang mengikuti pengajian di bidang Pengurusan Hartanah. 
Pemberian itu berikutan ketidakmampuannya memiliki keperluan tersebut kerana ibunya, Mazliana Mafhul yang juga seorang ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan tetap. 
Ketika sama Mazliana turut menanggung ibunya yang sudah uzur, selain menyara empat anak beliau dengan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal. 
Hadir sama ketika serahan itu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Rembau, Ishak Omar di mana Nazry turut menyeru sumbangan orang ramai untuk pihaknya melangsungkan usaha itu. 
Terangnya, pihak PAS Rembau turut menerima komputer riba terpakai yang boleh dihulurkan dengan menghubungi 019-682 3159 (Nazry) atau 012-349 4041 (Ishak). -HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018 

Baik pulih rumah ceriakan keluarga mangsa ribut

REMBAU: PAS Kawasan Rembau telah membantu usaha baik pulih rumah sebuah keluarga yang rosak akibat dilanda ribut dalam kejadian awal Februari lalu di Kampung Seri Kendong, di sini kelmarin.
Usaha itu diwakili Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Kota, Ishak Omar membaiki rumah Ahmad Zabferry Mohamad Yassin yang merupakan pekerja am di Sekolah Menengah Agama Haji Mohamad Yatim, Ulu Gadong.
Baik pulih rumahnya itu amat mendesak disegerakan berikutan ruang rumah menjadi sempit untuk menempatkan anaknya yang ramai, selain ruangan tersebut menjadi tempat mereka belajar.
Sehubungan itu, Ishak bersama Ahli Jawatankuasa PAS Rembau, Izamri Med segera mendapatkan barangan seperti kayu dan zink bagi kerja-kerja tersebut di mana baik pulih siap sepenuhnya hari ini.
Menurut Ishak, komitmen PAS membantu mangsa ribut itu terlaksana hasil keprihatinan para dermawan Tabung PAS Dun Kota dan sebarang sumbangan lanjut boleh menghubungi Ishak (012-349 4041) dan Rozmal (012-226 7406). - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 
















11 Calon Bukan Islam Wakili Pas Di Negeri Sembilan
Posted on Sunday, February 25 @ 20:15:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38392



SEREMBAN: Sebanyak 11 calon bukan Islam dijangka bertanding atas tiket Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun berkata, mereka akan bersaing di kawasan yang majoriti pengundinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak.

Beliau berkata, langkah itu kali pertama dilakukan oleh Pas negeri ini bagi menghadapi calon bukan Islam dan mereka dipilih daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding di bawah perjanjian Gagasan Sejahtera.

"Kami telah mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan nama mereka telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan.

"Separuh daripada mereka adalah calon muda sesuai dengan kemahuan para pengundi kini," katanya kepada pemberita selepas Pergisytiharan Gagasan Sejahtera dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya pakatan itu, di sini malam tadi.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya Pas pusat, Dr. Ahmad Samuri Mokhtar.
Mustaffa memberitahu, daripada 36 kerusi DUN di negeri ini, parti itu sendiri akan bertanding sekurang-kurangnya di 27 kerusi dan kesemua kerusi Parlimen.

Jelasnya, antara kerusi yang menjadi tumpuan parti itu ialah DUN Paroi, Ampangan dan Labu.
"Kami percaya Pas mampu memberi tentangan sengit kepada parti lawan," ujarnya.

Dalam PRU-13, Pas bertanding di 12 kerusi DUN dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen, namun tewas di semua kerusi tersebut.
Sumber TKO - 25-2-2018

















Negeri Sembilan PAS to contest All Seats


















Mustaffa Daharun
Negeri Sembilan PAS will contest in all the state and parliamentary seats in the coming 14th General Election.

State PAS commissioner Mustaffa Daharun said to the party had identified the potential candidates for the 27 state seats and eight parliamentary seats in Negeri Sembilan.

“We will also field at least 11 non-Muslim candidates to contest on PAS’ ticket in non-Malay majority areas such as Temiang and Lobak,” he told reporters after the launch of the party’s election machinery here last night.

Meanwhile, PAS central election director Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the party would launch its manifesto on March 11. — Bernama

Sumber BO - 25-2-2018

Peranan politik PAS masih diharap kaum Tionghua

REMBAU: Kritikan masyarakat Cina terhadap pelbagai isu-isu kronik yang membelengu negara menunjukkan kaum tersebut peka dan sensitif serta menolak segala bentuk penyelewengan dan salah urus tadbir pemerintah.
Yang DiPertua PAS Kawasan Rembau, Mohamad Hassan Tamby berkata, kaum Tionghua kembali menilai secara kritikal dan hakikat terhadap perkembangan politik serta menunjukkan angin perubahan positif.
Lebih ketara menurutnya, mereka terbuka dan sedia berkongsi pandangan serta luahan kepada pihak PAS yang sekali gus menyangkal dakwaan kononnya masyarakat Cina telah menolak parti Islam ini.
"Mereka sedang menilai pendekatan dan solusi dikemuka PAS yang menggagaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), serta kandungan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
"Maklumat alternatif ini misalnya perbincangan mengenai isu dan penyelesaian diutara PAS terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) antaranya menyedarkan mereka untuk lebih memahami antara PAS, BN dan PH," maklumnya.
Tidak sekadar itu, masyarakat Cina juga kata Hassan, prihatin terhadap hal ehwal awam terutama melibatkan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan peranan sewajarnya selaras cukai dibayar.
Sehubungan itu katanya, PAS sememangnya parti yang paling sesuai mengambil tanggungjawab untuk menguruskan semua lontaran berkaitan dengan menggerakkan fungsi Penyelia Dun atau Pusat Aduan Rakyat (PAR).
Jelasnya, menerusi wadah tersebut, ianya membolehkan PAS membuktikan hakikat sebenar terhadap kesungguhan dan usaha digerakkan dalam pelbagai agenda berkebajikan dan sejahtera yang diuar-uarkan.
Mohamad Hassan percaya, dengan cara itu seterusnya membina semula keyakinan dan menghapuskan persepsi serta salah sangka kaum itu terhadap PAS yang dimomok dengan pelbagai fitnah dan tuduhan oleh musuh politik selama ini. -HARAKAHDAILY 23/2/2018
Sumber HD - 23-2-2018 







































Yayasan Amal N9 ringankan beban ibu tunggal

REMBAU: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, Norly Abdul Ghafar di kediamannya di Taman Pinggiran Senawang, di sini semalam.
Sumbangan tersebut meliputi keperluan dapur dan wang tunai bagi perbelanjaan keluarga, selain Yayasan Amal sedang berusaha bagi membantu membiayai ibu empat anak itu mendapatkan lesen motosikal.
Malah, Yayasan Amal turut membantu menjelaskan yuran persekolahan salah seorang adik Norly yang bakal menduduki Penilaian Tingkatan 3, di mana tinggal bersamanya sejak kedua ibu bapa mereka meninggal dunia, termasuk seorang lagi berusia 18 tahun.
Pada ketika ini ibu tunggal berusia 33 tahun yang hanya hanya bekerja di stesen minyak berhampiran, turut menyara empat anaknya yang semua masih bersekolah.
Semua sumbangan telah disampaikan melalui Ahli Jawatankuasanya, Masita Mohamed Ali dan orang ramai dipelawa turut membantu usaha murni ini dengan menghubungi Rozmal (012-226 7406) atau Masita (019-265 5059). -HARAKAHDAILY 22/2/2018






































Sumber HD - 22-2-2018




















Mangsa kebakaran dibantu PAS Rompin

ROMPIN: PAS Kawasan Rompin telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah, Ramlah Husein di Kampung Bukit Ibam, di sini.
Sumbangan tersebut disampaikan sendirimYang DiPertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad ketika menziarahi keluarga mangsa itu.
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada sebelah petang ketika mangsa berada di rumah itu telah memusnahkan sebahagian besar struktur kediaman dipercayai akibat litar pintas.
"Keadaan api yang marak begitu pantas bagaimanapun semua mangsa selamat," maklum beliau.
Menurutnya juga PAS Rompin mempelawa orang ramai membantu mangsa melalui Dana Tabung Prihatin PAS Rompin yang boleh disalur melalui akaun Maybank 5561 2350 7905. -HARAKAHDAILY 19/2/2018








































Sumber HD - 19-2-2018

Khidmat kesihatan bantu rawat dan motivasikan pesakit

PAROI: Program Khidmat Kesihatan Percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia dan Amalnita Negeri Sembilan telah berlangsung di kawasan perumahan Flat Senawang Jaya 1, di sini kelmarin.
Inisiatif NGO tersebut mendapat sokongan  daripada para pegawai perubatan dan kesihatan yang memberi khidmat sukarela mereka mewakili Papisma dan MusMedik. 
Antara khidmat kesihatan yang diberikan adalah pemeriksaan saringan kesihatan bagi penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan juga obesiti.
Doktor berkhidmat turut memberi penerangan mengenai pemakanan sihat serta menganjurkan pesakit membuat rujukan lanjut ke hospital berdasarkan saringan kesihatan yang dibuat.
Antara hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan, Rozmal Malakan dan Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan, Masita Mohamed Ali serta Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Mohamad Hassan Tamby.
Menerusi program tersebut yang turut memberi khidmat pemeriksaan kesihatan statik (home visit), pesakit juga dikonsultasi ke arah amalan "mencegah lebih baik dari merawat" sebagai satu kesedaran. - HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 3-2-2018 






















Belum ke Wisma Negeri, PH sudah berantakan

HEBOH sejak tengahari semalam berita mengenai sekumpulan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengganggu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini selepas mendapat peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit berbanding parti lain dalam gabungan itu. 
Maka seluruh media sosial bertebaran video merakam aksi beberapa anggota PH khasnya PPBM mengamuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pembahagian kerusi. 
Mungkin amukan mereka berasas kerana mereka dapat paling sedikit berbanding PKR dan PAN, meskipun PAN juga adik bongsu sama seperti mereka. 
Yang jelas untung adalah DAP dan PKR menguasai banyak kerusi dalam pembahagian itu. Adillah barangkali kaedah itu. 
Tetapi mungkin PPBM Negeri Sembilan lupa bahawa itu pembalasan dendam oleh PKR mahupun PAN selepas mereka dibuli di beberapa negeri. Padanlah muka masing-masing kerana hari ini adegan balas membalas memang menjadi trend dalam PH. 
Mereka bersatu sebelum ini kerana emosi. Di Negeri Sembilan, sejarahnya beberapa kawasan pernah memberi mesej menolak kepimpinan Mahathir mengikut keputusan PRU10 tahun 1999. Tidak hairanlah PKR pernah menang di beberapa kerusi di sini termasuk tahun 2008 dan 2013 yang lalu. 
Sebagai 'Abang Besar' di negeri ini PKR telah mengambil sikap sama seperti PPBM di pusat dengan membuli PPBM. Balas membalas ini satu kemestian yang dapat rakyat lihat dalam amalan PH. 
Inilah politik baharu yang diamalkan demi membawa perubahan kepada rakyat kononnya, politik emosi, bantai membantai umpama hidup di medan perang. 
Politik benci membenci, saling bermusuhan demi kuasa. Mereka kata PAS berangan angan bagai Mat Jenin hendak ke Putrajaya, tapi apa yang disaksikan kini, PH berantakan sebelum masuk ke Putrajaya ataupun Wisma Negeri (Negeri Sembilan) hatta untuk hal pengagihan kerusi sekalipun tidak mampu diselesaikan dengan musyawarah. 
Kalau inilah trend politik yang mahu dipamerkan PH, maka nanti di Putrajaya negara pula akan sentiasa tidak aman dan tenteram kerana di sana puncak kuasa, maka perebutan akan lebih hebat. 
Silap-silap kerana projek pun mereka sanggup berbalah, sama seperti mereka amalkan ketika berada dalam Umno. 
Selepas berakhir konvensyen, katanya ahli PPBM yang tidak puas hati menyatakan akan mensabotaj undi agar undi untuk rakyat beralih kepada Umno. Maka terbuktilah telahan rakyat sebelum ini bahawa PPBM hanya alat Umno untuk terus berkuasa dengan memperbodohkan PH dan menjadikan PH "kuda tunggangan". 
Apa beza mereka dengan Umno jika sikap begini masih berlaku? Inilah teladan dari kepimpinan mereka. PH bersatu atas dasar emosi dan hanya mahu kuasa, sedangkan nasib rakyat tidak ada dalam kamus pembelaan mereka. 
Kalau Tun Mahathir Mohamad boleh ketepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka tidak hairanlah kepimpinan melalui teladan ini kini meresap ke akar umbi PH kerana 'boss'nya juga bersikap demikian. 

Maka seluruh rakyat Malaysia khasnya di Negeri Sembilan agar tidak terus menjadi mangsa Umno dan dalam masa yang sama mangsa PH. Kalau dalam rancangan ke Wisma Negeri pun mereka berbalah hingga ugut mengugut, apakah jaminan mereka tidak akan berbalah kalau 'kuasa dan wang' nanti depan mata mereka?
PRU14 masa untuk berubah bersama panji perjuangan PAS. Terbukti PAS terus matang dalam mendepani politik massa dengan agenda Islam adil untuk semua.
Menurut laporan media tempatan, PH Negeri Sembilan mengumumkan manifesto peringkat negeri dan peruntukan kerusi semasa majlis itu dan PPBM diberikan enam kerusi DUN untuk ditandingi dari 36 kerusi DUN.
Oriental Daily melaporkan sekumpulan 30 anggota PP menyuarakan bantahan ketika Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berucap.
Kedengaran jeritan "Tidak adil!" dan seruan memboikot menjadikan ucapan Wan Azizah terpaksa dipendekkan, kata laporan Oriental Daily.
Sementara laporan Sinchew Daily pula, anggota PPBM yang tidak berpuas hati cuba merempuh pentas bagi membuat bantahan sebelum ditenangkan Timbalan Presiden PPBM, Dato' Seri Mukhriz Mahathir.
Pembahagian kerusi DUN diperuntukkan seperti berikut:
PKR (12 kerusi): Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.
DAP (11 kerusi): Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah.
PAN (7 kerusi): Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi, Senaling dan Kota.
PPBM (6 kerusi): Palong, Sri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang

( Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan )












































Sumber HD-29-1-2018























Komputer riba terpakai inisiatif bantu golongan memerlukan

REMBAU: PAS Kawasan Rembau telah mengadakan inisiatif mengumpulkan sumbangan komputer riba terpakai dan mengagihkannya sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Pemberian diutamakan kepada golongan pelajar dan mahasiswa dalam kalangan keluarga miskin sebagai usaha meringankan beban dan membantu keperluan pengajian mereka.
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Rembau, Ishak Omar memaklumkan, usaha pengumpulan itu telah mendapat sokongan dari orang awam seterusnya pihak beliau mengadakan serahan kepada penerima yang dikenalpasti.
Beliau memaklumkan demikian ketika menyerahkan komputer riba terpakai kepada seorang pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja di rumahnua di Rumah Rakyat Astana Raja, di sini kelmarin.
Mereka yang berhasrat menyumbang komputer riba terpakai untuk tujuan sama boleh menghubungi Ishak di talian 012-349 4041 atau Rozmal 012-226 7406. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 
























PAS N.Sembilan lapor polis atas Mahathir

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan melalui Ketua Penerangannya, Nasarudin Baharudin telah membuat laporan polis ke atas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini semalam.
Menurut Nasarudin, laporan itu dibuat berdasarkan ucapan dan kenyataan Mahathir sempena Himpunan Agung Parti Pribumi Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam yang telah mengeluarkan kata-kata bersifat memfitnah PAS.
Kata beliau, kenyataan itu antara lain dengan dakwaan bahawa orang yang tidak menyertai PAS sebagai kafir di mana ia boleh menimbulkan provokasi, rasa kurang senang dan menggugat ketenteraman awam.
"Serta menjadikan tuduhan kafir sebagai alasan tercetus tragedi Memali 1985. Tuduhan melulu yang bohong dan palsu serta menyanggahi fakta dengan berkata bahawa Ibrahim Libya merancang menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan," ujar beliau kepada pemberita usai laporan itu dibuat.
Menurut beliau lagi, ucapan itu juga mengaibkan dan menyebabkan rasa tersinggung terhadap banyak pihak, selain sengaja menyeleweng hakikat dengan kecaman bahawa kandungan ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai fatwa yang tidak ditangani tanggungjawabnya oleh para mufti. 
Tambah Nasaruddin, ianya juga satu penghinaan biadab dan angkuh kepada penjawat awam serta berunsur hasutan di mana boleh mengundang ketidakharmonian dan membangkit permusuhan yang me memerlukan satu siasatan dijalankan ke atas Pengerusi PPBM itu pada kadar segera. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
















































Sumber HD - 4-1-2018


























Sambutan 50 Tahun PAS Negeri Sembilan meriah




















































HIMPUNAN Hijau dan Sambutan 50 Tahun PAS Negeri Sembilan berlangsung di Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah pada Ahad 26 November dari 08.00 pagi hingga 12.00 malam.\

Sekali baca nama program ianya adalah himpunan dan sambutan sebuah parti politik iaitu PAS.

Namun, atas usaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan serta kreativiti Muslimat PAS Negeri Sembilan dan Pemuda PAS Negeri Sembilan; himpunan dan sambutan ini turut menjadi hari keluarga ahli PAS seluruh Negeri Sembilan.

Sumber HD - 4-12-2017


























Bengkel Simulasi DataApps 'End to End' persiap PRU14




























Bengkel tersebut merupakan usaha sama Jabatan IT (JIT) dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPrN) melibatkan simulasi DataApps yang telah menarik minat 67 peserta yang mewakili tujuh Parlimen dalam negeri itu
Bengkel tersebut adalah siri gelombang kedua diadakan serta telah dipimpin oleh Ketua DataApps PAS Pusat, Mohd Nasri Mohd Said.
Pengarah JIT Negeri Sembilan, Mohd Kamal Mohd Arish, mengharapkan pendedahan peserta dengan simulasi tersebut mencapai objektif bengkel memandangkan kepentingan petugas PAS untuk mahir menggunakannya.
Sementara itu, Setiausaha JPrN Negeri Sembilan,  Army Saffuan Ab Rahman menegaskan, bengkel dan taklimat disampaikan itu adalah antara pecutan terakhir yang bakal menjadi senjata diguna pakai dalam peperangan PRU14 tidak lama lagi. - HARAKAHAILY 21/11/2017
Sumber HD- 21-11-2017 





























Tukar minyak enjin dekati pengundi






























Program sepetang itu telah berjaya memberi perkhidmatan kepada 15 motorsikal, selain saguhati khas dari pihak penganjur kepada juruteknik yang menyumbangkan tenaganya.
Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Dun Kota, Ishak Omar yang juga mewakili Yayasan Amal telah menyumbang tiub tayar, minyak enjin, palam pencucuh dan 20 mentol lampu kepada pemilik bengkel, Mohd Faiz Mohd Ilmy. 
Ujar Ishak, sumbangan ini bertujuan membantu  memajukan lagi bengkel tersebut serta perniagaannya, selain sebagai galakan atas usaha dan minat yang ditunjukkan Mohd Faiz kepada bidang kemahiran itu.
Beliau turut menegaskan, program diadakan itu merupakan sebahagian daripada usaha membantu penduduk kampung, serta mendekati pengundi di Dun tersebut. 
Beliau juga menyifatkan program tersebut sebagai sumbangan dari para dermawan yang mahu merealisasikan usaha PAS menyantuni masyarakat. - HARAKAHDAILY 17/11/2017
Sumber HD - 17-11-2017 































Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita

SEREMBAN: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah membantu sembilan beradik yang bagaikan hilang pergantungan setelah bapa tiri mereka kurang sihat dan tidak mampu menanggung nafkah.
Terdahulu, adik-adik tiri tujuh beradik berusia antara 2 hingga 16 tahun itu kehilangan ibu mereka yang meninggal lima bulan lepas, sedang ayah tiri hanya bekerja sebagai tukang rumah dan pembaik pulih pendingin hawa.
Kesempitan itu menyebabkan adik beradik tiri itu terpaksa bergantung kepada pendapatan kakak sulung tiri dan adiknya masing-masing berumur 24 dan 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
Sehubungan itu, Yayasan Amal menerusi Amalnita telah menghulurkan sumbangan untuk keluarga itu serta berusaha memastikan persiapan persekolahan anak-anak tersebut untuk sesi 2018 ketika berziarah mereka di Taman Angsamas, Mambau, di sini semalam.
Orang ramai yang prihatin boleh turut serta membantu keluarga ini dengan menghubungi talian 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 

































Banjir melanda Jempol, Jabatan Amal siap sedia

BEBERAPA kawasan sekitar daerah Jempol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih lima jam sejak awal pagi ini. 
Antara kawasan dinaiki air ialah Kampung Serampang Indah, Kampung Gajah Mati, Taman Anggerik, Batu Kikir dan Jalan Taman Mahsan. 
Ketua Kampung Serampang Indah, Amran Mohamad berkata, hujan lebat sejak jam 6 pagi ini menyebabkan berlaku banjir kilat dan sembilan rumah sudah dinaiki air. 
“Setakat jam 11 pagi ini, air sudah mencecah hampir satu meter, namun keadaan masih terkawal. Hanya tiga daripada sembilan rumah berpenghuni dan mereka tidak mahu berpindah keluar. 
“Bagaimanapun, penghuni lain sudah bersiap sedia kerana bimbang air semakin naik, malah jalan masuk ke kampung juga sudah ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini. 
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menutup sementara Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang dan Taman Anggerik di Batu Kikir akibat jalan dinaiki air. 
Jurutera JKR Daerah Jempol, Rosdi Abu Bakar berkata, jalan berkenaan ditutup atas faktor keselamatan kerana arus deras. 
“Buat masa ini pengguna yang mahu ke Simpang Pertang boleh menggunakan Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah atau Air Hitam melalui Bahau,” katanya. 
Dalam pada itu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun meminta agar Jabatan Amal Negeri Sembilan bersiap siaga membantu mangsa banjir. Bilik gerakan Jempol adalah di Pejabat PAS Jempol. - HARAKAHDAILY 14/11/2017











Sumber HD- 14-11-2017 


































Hujan Lebat Tiga Jam Punca Banjir Kilat Seremban
Posted on Friday, November 10 @ 22:49:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36612




SEREMBAN: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di pusat bandar di sini pada petang Jumaat.

Kawasan yang teruk terjejas adalah Jalan Tunku Hasan, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Datuk Sheikh Ahmad.

Sementara itu, paras air di beberapa kawasan turut naik setinggi 30 sentimeter sekaligus mengakibatkan keadaan trafik lumpuh.

Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat luar biasa dan longkang tersumbat di beberapa lokasi. "Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya yang turut memberitahu tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini.

Kata pegawai itu, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Taman Mutiara Galla dan Taman Sri Pulasan. "Lima rumah dinaiki air di Taman Mutiara Galla. Bagaimanapun, paras air semakin surut dan situasi berada dalam keadaan terkawal," jelasnya.

Sumber TKO - 10-11-2017




































Seremban mula dinaiki air, JAM diminta sedia

BERIKUTAN hujan lebat berterusan, Seremban mula dinaiki air. Oleh itu Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya. 
Beliau meminta semua anggota Jabatan Amal Negeri Sembilan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir di Seremban. – HARAKAHDAILY10/11/2017















Sumber HD - 10-11-2017 






































Ziarah asnaf PAS di Senawang








































PAS DUN Paroi diwakili Pengarah Pusat Khidmat DUN Paroi, Mohamad Hassan Tamby telah mengadakan ziarah asnaf di sekitar Senawang termasuk Taman Senawang Jaya, Taman Satria, Taman Kobena, Taman Marida dan Taman Teratai.

Program ziarah asnaf dan pesakit PAS DUN Paroi ini sempat menziarahi tujuh keluarga termasuk empat keluarga Melayu dan tiga keluarga India.Turut serta AJK PAS Cawangan Senawang, Abdul Kadir; AJK PAS Cawangan Taman Ixora, Hashim Mohd dan petugas Pusat Khidmat DUN Paroi, Nasir Tajudin.

Penerima sumbangan pada ziarah kali ini ialah Shamsiah Jantan, dari Taman Marida. Beliau merupakan seorang balu dan warga emas tanpa pencen serta tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak, sara keluarga dengan mengasuh anak jiran. Shamsiah menghidapi diabetes dan darah tinggi.

Sumber HD - 9-11-2017

Keluarga sembilan beranak perlukan simpati ramai

REMBAU: Keluarga miskin terdiri dari sembilan beranak yang hidup hanya menumpang di serambi rumah pusaka memerlukan simpati orang ramai bagi membantu menyiapkan rumah mereka di Kampung Batang Nyamor, di sini.
Abdul Latif Abdul Ghani, 46 tahun bersama isteri dan anak-anaknya itu kini terpaksa menumpang berteduh sedemikian dengan hadapan tangga serambi pula dijadikan sebagai dapur bagi keluarga tersebut.
Abdul Latif hanya bekerja kampung dengan hasil pendapatan tidak seberapa selain menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 untuk anak-anaknya yang masih bersekolah.
Prihatin atas keadaan keluarga itu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sedang menggerakkan usaha bagi membantu menyiapkan rumah yang agak selesa bagi keluarga tersebut.
Timbalan Pengerusinya, Rozmal Malakan berkata, rumah tersebut sedang dibina berhampiran rumah pusaka didiami kakaknya dan sebelum ini beransur-ansur disiapkan sendiri oleh Abdul Latif.
Oleh itu ujar Rozmal, komited bagi membantu keluarga itu, pihaknya telah menyenaraikan perbelanjaan bagi membeli bahan-bahan untuk menyiapkan rumah kecil tersebut yang berjumlah hanya RM5,675.
Jelasnya, pembinaan akan dijalankan dalam tiga fasa melibatkan pembinaan struktur atap, dinding dan pintu serta tingkap, juga kerja-kerja melantai dan plaster disamping perpaipan asas.
Orang ramai yang sudi membantu dengan menyumbang keperluan bahan binaan atau kewangan serta lain-lainnya boleh menghubungi Ishak 012-349 4041 atau Rozmal 012-226 7406. - HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 











































SDA perlukan keprihatinan masyarakat

REMBAU: Sekolah Dato' Abdullah (SDA) iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terletak di pekan ini amat memerlukan keprihatinan banyak pihak dalam kelangsungan usahanya di bidang pendidikan.
Pada ketika ini, SDA masih menghadapi kekangan peruntukan untuk melestari pembangunan dan baik pulih segala kerosakan yang terdapat di institusi pendidikan itu.
Sedangkan kewangannya hanya bergantung kepada peruntukan tahunan SAR yang diterima berdasar jumlah pelajar iaitu RM60 bagi setiap pelajar.
Dipimpin Pengetuanya, Fadilon Md Shah, SDA cuma terdiri daripada 360 pelajar dan 14 guru dengan mengenakan yuran bulanan yang kecil kepada setiap pelajarnya.
Atas motto "Beramal Kerana Allah, Berkhidmat Untuk Kemanusiaan", Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sedaya upaya membantu SDA.
Menerusi Timbalan Pengerusinya, Rozmal Malakan bersama sukarelawannya,  Ishak Omar dan Azamah Awang telah menyampaikan sumbangan empat meja dan lapan bangku untuk kantin SDA.
Terdahulu, Yayasan Amal telah melaksanakan beberapa siri bantuan kepada SDA meliputi kerja-kerja memasang bidai, menggantikan dan membaiki atap, pintu-pintu serta dinding bangunan, lampu semua kelas dan lainnya.
Dalam majlis ringkas di kantin SDA, Pengetuanya benar-benar mengharap pelbagai pihak membantu sekolah itu menjayakan hasrat menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif.
Katanya, keprihatinan umum kepada SDA perlu dalam mencapai matlamat melahirkan generasi al-Quran yang berjaya dari institusi pendidikan tersebut.
Sebarang sumbangan boleh dihulurkan ke akaun CIMB Bank 8004351913 atas nama Sekolah Dato' Abdullah atau hubungi Fadilon di talian 011-2683 3861. - HARAKAHDAILY 2/11/2017






















































































Sumber HD - 2-11-2017














































Ziarah Kasih Amalnita di perkampungan Orang Asal

JELEBU: Perkumpulan Mawaddah Warahmah Jempol yang berdaftar sebagai NGO Amalnita telah mengadakan program Ziarah Kasih mendekati masyarakat Orang Asal di Kampung Sawah, Air Baning, Kuala Klawang, di sini semalam.
Sempena program tersebut, pihak Amalnita telah menghulurkan sumbangan berbentuk set barangan dapur dan juga set pakaian solat wanita kepada keluarga dan kaum muslimah Orang Asal.
Ketua Perkumpulan, Bibah Tumin gembira dengan sambutan diberikan di mana seramai 21 muslimah Orang Asal termasuk dua orang yang baru memeluk Islam hadir pada program itu. 
Beliau yang juga Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan turut ditemani Sukarelawan Amalnita dari kawasan- kawasan lain, di samping kehadiran Pegawai Orang Asal, Pengerusi dan Imam Surau di situ.
Jelasnya lagi, program tersebut berlangsung di Surau Al Falah, Kampung Sawah di mana telah menampilkan juga pendakwah, Ustazah Masdiati Aminuddin yang menyampaikan pengisian berkait aqidah.
Antara intisari tazkirah disampaikannya, beliau menyeru agar mereka wajib menjaga ibadah solat di samping memberi peringatan agar mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai satu cara hidup.
Bibah Tumin berazam untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan seperti ini di kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan. 
Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal bergerak aktif kini di mana mempunyai ramai sukarelawan dalam kesinambungan kerja-kerja kebajikan.
Muslimat yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli sukarelawan Amalnita boleh menghubungi Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan, Masita Ali  (019-265 5059) dan Bibah Tumin (019-676 1607). - HARAKAHDAILY 2/11/2017


























































































Sumber HD - 3-11-2017















































Bila sebenarnya Hospital Rembau akan siap?

REMBAU: Hospital Daerah Rembau yang telah tertangguh jangkaan siap sebenar pembinaannya beberapa kali terus kekal menjadi teka-teki. 
Terbaru Menteri Kesihatan, Dato' Dr S. Subramaniam pula menyatakan kontraktor yang dilantik mengalami kekurangan modal dan hanya dijangka siap pada tahun 2020.
Sedangkan sebelum ini, hospital yang dibina pada 2013 dan dijangka siap pada 2016 itu telah diumumkan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Sri Ir Dr Roslan Md Taha hanya dapat disiapkan pada 2017.
Perubahan tarikh itu katanya, disebabkan berlaku penstrukturan baru asas bangunan yang menggunakan sistem IBS dan kontraktor baru perlu dilantik.
Bahkan selepas itu ia terus diselubungi kontroversi apabila Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Hasan memaklumkan pembinaannya tertangguh dan dijangka siap tahun 2018.
Malah, beliau sendiri yang melakukan perletakan batu asas pembinaan hospital tersebut pada 7 Mac 2008 dahulu melibatkan tanah seluas 19.4 hektar di Chembong, di sini dengan kos RM100 juta.
Pembinaan hospital ini sememangnya amat mendesak berikutan pertambahan pesakit di daerah itu yang kini hanya mendapatkan perkhidmatan melalui Klinik Kesihatan Rembau.
Pada ketika ini jumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut dikatakan mengalami pertambahan sebanyak 30 peratus.
Tinjauan mendapati, penduduk daerah ini enggan mendapatkan rawatan lanjut atau rawatan pakar di Hospital Tampin atau Seremban kerana kekangan kos. - HARAKAHDAILY 23/10/2017
Sumber  HD - 23-10-2017 
















































Anak muda Negeri Sembilan bakal merempat?

PEMILIKAN kediaman akan terus menjadi masalah membelengu anak muda di Negeri Sembilan, terutama pasangan baharu berumah tangga atau memulakan kerjaya, termasuk kalangan graduan. Perkara tersebut melanda ekoran harga terlalu tinggi perumahan yang rancak dibina di negeri ini, tetapi menjauhi hakikat kemampuan anak tempatan.
Ditambah lagi oleh keterbukaan Kerajaan Negeri Sembilan yang membina tarikan kepada umum untuk memiliki kediaman di bandar-bandar utama negeri ini. Selain kecenderungan pemaju yang sedia dimaklumi menjadikan sektor pembinaan kediaman untuk mengaut keuntungan melampau. Keadaan tersebut pula dibiarkan kerajaan tanpa kawalan sewajarnya. 
Lebih memeritkan apabila institusi kewangan yang sebelum ini menawarkan pembiayaan telah mengetatkan syarat kelulusan pinjaman disebabkan faktor ekonomi semasa. Himpitan kian terasa oleh anak muda oleh kos sara hidup yang semakin mencengkam. Memungkinkan anak tempatan seakan merempat bergelandangan menjadi pelarian di negeri sendiri. 
Sukar lagi mendapat Rumah Mampu Milik (RMM), tetapi banyak ‘Rumah Mampu Tengok’. Hasil tinjauan kami di Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Bandar Senawang, Nilai dan Bandar Baharu Nilai; rumah teres setingkat dibina bermula dari harga RM200,000. Rumah Teres dua tingkat pula antara RM500,000  hingga RM1 Juta. Manakala jenis Semi-D bermula dengan harga RM800,000 hingga RM2 juta dan jenis apartmen pula bermula dari RM350,000. Dengan harga yang diperolehi,  manakan mampu anak muda hari ini memiliki rumah idaman? 
Dapatan itu seiring data Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC). Pada tahun 2015 hingga 2016, nisbah RMM berbanding keseluruhan jumlah rumah dibina hanyalah sekitar 20 hingga 30 peratus, berbanding 70 peratus untuk tahun 2008 hingga 2009. Sementara tahun 2017, nisbahnya menurun dan dianggarkan hanya 20 peratus RMM. 
Anak muda merasakan, terjadinya keadaan ini adalah gara-gara kecuaian dan sikap enteng kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan. Kerajaan gagal untuk menetapkan polisi yang dapat menjamin pemilikan kediaman rumah oleh rakyat Negeri Sembilan. Akhirnya, kekal mereka mendiami secara menyewa, tanpa ada pusaka untuk diwariskan kepada generasi sendiri. 
Sehubungan itu, demi kepentingan masa depan, kerajaan digesa melihat semula polisi dan dasar perumahan serta penguatkuasaan yang ada. Hentikan menjadi kapitalis dan menjadikan asas kehidupan ini diliputi oleh spekulasi serta buruan kemewahan. Kerajaan mesti bertanggungjawab memastikan rakyat memiliki rumah kediaman sendiri ke arah kesejahteraan hidup. 
WAN NORDIN WAN YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
11 Oktober 2017 | 20 Muharam 1439 –HARAKAHDAILY 11/10/2017
Sumber HD - 11-10-2017 


















































Jom dialog di Pentas Anak Muda Negeri Sembilan

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan,  Khairul  Yazman Yahaya,  program jelajah sehari ini akan menampilkan pimpinan Pemuda PAS Malaysia termasuk Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalannya, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengarah Pilihan Raya DPPM, Nurul Islam Mohamed Yusof. 
Selain acara konvoi permotoran ARC bersama anak muda Negeri Sembilan, DPPN9 akan menjalankan siri jelajah Dun Fokus Anak Muda antaranya di Dun Lenggeng, Nilai, Johol, Labu dan di Parlimen Telok Kemamg. 
Menurut Khairul Yazman, di sebelah petang pula akan diadakan sesi santai "teh tarik" bersama kepimpinan anak muda pada jam 6 petang. 
Sementara kemuncaknya pada malam bertempat di Markas PAS Seremban di Jalan Seremban-Jelebu bersebelahan Majis Klana Sendeng, akan diadakan Pentas Anak Muda dimana sesi dialog bersama kepimpinan pemuda mengenai isu semasa akan diadakan.
Justeru, Khairul Yazman menjemput dan mengalu-alukan kehadiran seluruh anak muda negeri ini bagi meraikan program ini. 
"Pilihan Raya Umum dah dekat, jom pakat dengar apa yang hendak disampaikan pimpinan Pemuda PAS,  dan kita boleh berdialog bersama untuk kesejahteraan anak muda di Negeri Sembilan bersama gagasan Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa PAS," kata Khairul Yazman kepada Harakahdaily hari ini. – HARAKAHDAILY 11/10/2017
Sumber HD - 11-10-2017 

No comments:

Post a Comment