Sesi 2017-2019
Lajnah Hubungan NGO:
Pengerusi: Sdr Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengerusi: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Sumber PP - 6-5-2017
Sesi 2015 - 2017
Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam
Timbalan : YBhg. Mukhtar Suhaili
Sumbangan untuk mangsa tsunami di Sulawesi
BADAN Perhubungan PAS Negeri Kedah melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia sehingga mengorbankan lebih 800 nyawa.
PAS Kedah berharap saudara-saudara kita di sana dapat bersabar dalam menghadapi ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan berdoa semoga segalam kesulitan yang sedang dihadapi dapat diatasi sebaiknya.
Sehubungan itu, PAS Kedah akan membantu meringankan bebanan mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami tersebut dengan menghulurkan bantuan sekadar termampu.
PAS akan menggerakkan jentera di peringkat kawasan untuk mengadakan kutipan sumbangan dari orang ramai di beberapa lokasi tumpuan awam. Sesiapa yang prihatin untuk membantu mangsa bencana di Sulawesi tersebut, boleh menghulurkan sumbangan seikhlas hati.
Segala sumbangan akan dihantar terus kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi melalui badan NGO-nya iaitu PASRelief.
Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menghubungi Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah (04-7481122) atau menyumbang secara online melalui akaun Maybank 552170001133 (Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK).
Semoga Allah SWT membalas jasa baik para penyumbang.
MUSODAK AHMAD
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
30 September 2018 – HARAKAHDAILY 30/9/2018
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
30 September 2018 – HARAKAHDAILY 30/9/2018
Sumber HD - 30-9-2018
PASRelief hantar bantuan gempa bumi Sulawesi
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) akan segera mengirimkan sumbangan awal kewangan ke Sulawesi, Indonesia, berikutan gempa bumi yang melanda wilayah itu petang semalam.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, atas semangat persaudaraan, kemanusiaan dan agama, sumbangan tersebut akan dikirim melalui rakan kerjasama PAS iaitu NGO dan juga Partai Islam di sana.
Maklum beliau, menerusi rakan kerjasama tersebut, tindakan untuk segera melihat segala isu utama dan keperluan-keperluan terpenting pada waktu ini dapat digariskan bagi merangka usaha bantuan susulan.
"Paling penting pada pengalaman kita bila berhadapan gempa bumi ini ialah bantuan untuk mengadakan Rumah Sementara Untuk Kemanusiaan (RUSUK). Kemudian bantuan makanan dan mengadakan bekalan air di pusat-pusat penempatan sementara.

"Dalam dua misi kita yang dilakukan pada bulan Ogos dan juga September di Lombok, kita sudah punya sedikit pengetahuan dan pengalaman dan juga 'networking' untuk menyalurkan bantuan segera ke Sulawesi insya-Allah.
"Keadaan sebulan dua selepas gempa bumi melanda, penduduk yang terjejas biasanya tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menyelesaikan masalah runtuhan kediaman kerosakan infrastruktur, kehilangan tempat bekerja.
"Jadi mereka memerlukan makanan. Yang paling mustahak untuk kita tangani ialah mengelak mereka daripada lapar dan basah dek hujan. Kerana bulan November musim hujan akan melanda bahagian Timur Indonesia termasuk di pulau-pulau Lombok dan Sulawesi," terangnya.
Katanya, Malaysia sebagai negara terhampir dengan Indonesia yang sedang ditimpa bencana gempa bermula di Lombok kini Sulawesi pula, apatah lagi dengan 288 juta rakyat, negara itu mengalami kesukaran menangani mangsa.
Seru beliau, dengan rezeki yang Allah Taala beri kepada rakyat Malaysia, eloklah kiranya atas satu umat serumpun di Nusantara dan satu akidah, untuk sama-sama membantu mangsa gempa tersebut.
"Sumbangan dan keperihatinan rakyat Malaysia akan membantu meringankan derita sahabat-sahabat kita di samping kita berharap berdoa semoga Allah mengelak bencana seperti itu melarat ke menimpa kita di Malaysia pula. Insya-Allah," doanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa atau 5640 7061 2333 atas nama PASRelief dan sebarang pertanyaan hubungi 012-5969220 (Sanusi). - HARAKAHDAILY 29/9/2018
Sumber HD - 29-9-2018
Letak jawatan Menteri Pendidikan atau Presiden UIAM
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mencadangkan kepada Dr Maszlee Malik supaya membuat pilihan sama ada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, sekiranya mahu dilantik sebagai Presiden UIAM atau pun sebaliknya.
"Nampak sangat Menteri Pendidikan hilang tumpuan, fokus dan bercelaru dalam hal berkaitan pendidikan".
Sepatutnya beliau lebih menumpukan fokus dan kerjanya di KPM dan Pengajian Tinggi bagi memperkasakan mutu dan taraf pendidikan negara serta mengangkat martabat Pendidikan Tinggi setaraf negara maju secara keseluruhannya bukan dengan menjadi Presiden UIAM sahaja.
Mappim dan Ummah juga berharap Dr Maszlee segera melepaskan jawatan tersebut dan mencadangkan agar seorang tokoh dan pakar dalam bidang Pendidikan Tinggi dilantik ke jawatan tersebut.
Sepatutnya beliau meninggalkan budaya Umno dan tidak terikut-ikut dengan gaya pemerintahan Kerajaan BN serta menjadikan alasan kepada amalan kerajaan terdahulu.
Sekarang kerajaan baru dan era baru, budaya baru yang lebih berintegriti dan profesional. Segala tindakan mestilah mencerminkan keyakinan dan keupayaan yang tinggi Kerajaan PH untuk membuat perubahan yang lebih baik.
Menteri Pendidikan mesti membuktikan beliau berupaya dan mampu membawa perubahan yang lebih baik berbanding Kerajaan BN dan juga bukan meniru apa yang Kerajaan BN telah buat.
MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif
MAPPIM
Ahli Jawatankuasa
UMMAH - HARAKAHDAILY 8/9/2018
Ketua Eksekutif
MAPPIM
Ahli Jawatankuasa
UMMAH - HARAKAHDAILY 8/9/2018
Sumber HD - 8-9-2018
Deputy IGP Hails Muslim Rally As ‘Good Example’ Of Peaceful Gathering
The Himpunan Kebangkitan Ummah (HKU) rally held at Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, in Kuala Lumpur yesterday serves as a good example on organising peaceful gatherings by non-governmental organisations, said Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
He said the cooperation of the organisers and participants made it easier for police to do their work.
The gathering went smoothly with everyone obeying the rules and the public not disturbed, he told reporters after a ceremony for presenting Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) medals of valour to 400 police retirees in conjunction with the Warriors’ Day celebration at the Johor Police Headquarters here today.
Johor Mentri Besar Datuk Osman Sapian presented the medals.
Noor Rashid said the organisers met all requirements in staging the rally and that this facilitated the police in traffic and crowd control.
On today’s event, Noor Rashid said it was to show appreciation to serving and retired police personnel for their sacrifices for the country, especially during the communist insurgency after Malaysia’s independence.
One of the recipients, Saniman Markom, 70, said he was glad to receive the medal and thankful that his 36 years of service in the force did not go unrecognised.
The father of eight daughters said the most challenging time was when his patrol team came under ambush by CTs during the Insurgency.
“I was in the Police Field Force between 1974 and 1985 in Perak. I had to jump out of our truck and fell into a nine-metre deep ravine.
“Thankfully I was not injured but some of my colleagues were. Bullets were flying all around, “said Saniman, who was accompanied by his wife Hasnah Ahmad, 59.
Saniman reitred in 2003 with the rank of Sub- Inspector. — Bernama
Sumber BO - 30-7-2018

Bantah UEC: Polis panggil dua aktivis mahasiswa
KUALA LUMPUR: Dua aktivis mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung penganjuran himpunan bantah UEC yang diadakan pada 21 Julai lalu di Masjid Negara dan di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo.
Presiden GAMIS, Muhd Faizuddin Mohd Zai bersama timbalannya, Muhd Shafiq Sharif memberi keterangan selama sejam setengah disoal siasat di bawah undang-undang Seksyen 27 Akta Polis, penganjur perhimpunan harus mendapatkan lesen atau permit daripada OCPD sebelum diadakan apa-apa perhimpunan.
Menurut Faizuddin, pihaknya telah memaklumkan berkenaan himpunan tersebut kepada pihak 'special branch' (SB) dan turut mendapatkan nasihat daripada peguam sebelum meneruskan hasrat untuk mengadakan himpunan aman terbabit.
"Kita dah hubungi SB sebelum ini, dan kita dah dapatkan nasihat daripada peguam dan peguam kata cukup memadai kita memaklumkan sepertimana ia ada dalam akta.
"Soalannya biasa-biasa sahaja, tapi kami seolah-olah disiasat seperti sedang melakukan jenayah namun dia (polis) iktiraf ucapan kita tidak ada hasutan dan dia iktiraf yang ucapan kami memang ucapan berfakta dan berobjektif namun dia fokus kepada akta penganjuran himpunan aman.
"Kita tidak akan tunduk kepada itu kerana kita percaya bahawa rakyat Malaysia diberikan hak untuk menikmati kebebasan bersuara sepertimana ada dalam perlembagaan," katanya yang juga pernah menganjurkan himpunan aman sebelum ini di lokasi yang sama pada awal tahun ini.
Turut mengiringi mereka bagi memberi keterangan adalah Timbalan Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Kamaruzaman Mohamad dan Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud.
Menurut Wan Rohimi, tindakan pihak berkuasa memanggil pelajar untuk diambil keterangan hanyalah satu bentuk perbuatan untuk menakut-nakutkan sedangkan isu UEC yang diperjuangkan oleh mahasiswa adalah isu utama pendidikan negara.
"Malaysia baru hari ini tidak ubah seperti Umno bahkan lebih teruk dari rejim BN, sedangkan isu UEC ini sepatutnya menteri panggil persatuan pelajar untuk duduk berbincang. Jadi kita minta kerajaan PH (Pakatan Harapan) supaya bukan sahaja bercakap tentang 'rule of law' tetapi hayatinya," katanya.
Beliau berharap selepas ini tidak ada lagi arahan dari polis untuk memanggil mana-mana pimpinan mahasiswa untuk diambil keterangan dengan motif diambil keterangan adalah tidak perlu kerana isu yang diperdebatkan pelajar ini adalah isu soal pendidikan.
Sumber HD - 29-7-2018Hadir sama memberi sokongan kepada mahasiswa adalah NGO PERKID, yang dihadiri pengerusinya, Ustaz Masridzi Sat.– HARAKAHDAILY 29/7/2018
Himpunan: Kebangkitan rakyat terhadap kerajaan PH
KUALA LUMPUR: Kebangkitan rakyat hari ini bukti desakan perjuangan rakyat kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap pelbagai kerosakan sistem yang mencemarkan perlembagaan negara.
Para peserta Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini menyatakan rasa kerisauan dan solidariti dalam menyuarakan kebimbangan hak bumiputera, hak agama Islam, kuasa raja-raja Melayu dan cubaan kerajaan PH untuk iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Mereka menyertai himpunan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ini bermula seawal jam 9 pagi dan dijangka tamat pada jam 2 petang.
Turut kelihatan kelibat artis Malaysia, Ellie Suriyati, kepimpinan utama PAS ahli parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan, ahli parlimen PAS Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, 300 NGO Islam dan Melayu, tokoh sosiobudaya, Tan Sri Rais Yatim, mantan Ketua Siasatan PDRM, Tan Sri Zaman Khan.
Dalam ucapan oleh Tan Sri Zaman Khan, beliau menyatakan kebimbangan atas pihak tertentu yang mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Ujarnya, Akta Hasutan berperanan dalam memelihara perpaduan negara.
"Akta Hasutan ini di Amerika Syarikat pun ada, kalau dihapuskan akta ini macam mana nak pelihara keharmonian negara. Kalau nak pinda, pindalah tapi jangan hapuskan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam ucapannya mendedahkan kedudukan ekonomi orang Melayu masih berada di paras yang rendah.
Ujarnya, lingkungan pendapatan majoriti orang Melayu masih berpendapatan bawah RM2,000.
Perkara itu sewajarnya diperjuangkan dan difokuskan oleh kerajaan hari ini bagi memajukan ekonomi orang Melayu.
Manakala, Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman dalam ucapannya hari ini hal orang Melayu semakin dipinggirkan.
"Banyak tanah rizab Melayu tidak dikembalikan semula kepada orang Melayu.
"Umpamanya di Kuala Lumpur baki tanah Melayu kurang daripada 10 peratus dan mungkin tinggal 1 peratus. Tanah TUDM antaranya hartanah bernilai tinggi sepatutnya dipulangkan kepada orang Melayu," ucapnya.
Mewakili PERKASA, Ustaz Hassan Basri berkata belum pernah berlaku dalam sejarah di negara ini apabila kerajaan mengiktiraf dan melantik individu yang mengangkat komunis sebagai wira dan menyifatkan tentera dan polis sebagai tali barut British dilantik sebagai menteri pertahanan.
Biarpun hujan turun sekejap dan cuaca redup tidak menghalang lebih ramai lagi menyatakan sokongan terhadap kebangkitan rakyat hari ini. – HARAKAHDAILY 28/7/2018
Isyarat rakyat tidak puas hati kepada kerajaan
GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) yang terdiri daripada 300 NGO yang mewakili suara majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu Islam ingin menegaskan perkara-perkara berikut:-
1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana-mana fasa didalam perlembagaan. Ini demi untuk menjaga perpaduan kaum dan hubungan antara agama kekal harmoni dan sejahtera
2. Keabsahan ugama islam dan hak istimewa orang Melayu mesti tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan didalam pembentukan negara Malaysia dan merupakan elemen didalam tujuh wasiat Raja-raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan disektor awam
3. Isu UEC mesti ditolak sama sekali kerana ia bukan saja bertentangan dengan dasar pendidikan negara malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara
4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kerana ia tidak termasuk di bawah kurikulum dan sistem pendidikan kebangsaan, serta tiada asas di sisi Perlembagaan. Peruntukan kewangan itu seharusnya dimanfaatkan untuk kegunaan yang lebih meluas kepada rakyat, dengan meneruskan program MyBrain untuk mahasiswa pasca-ijazah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Juga wajar digunakan untuk peruntukan sekolah-sekolah agama, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan.
5. Semua urusan dan kenyataan resmi oleh pihak kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan UMMAH mendesak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam memperkasakan bahasa kebangsaan ini
6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda liberalism, evangelism dan humanism yang berlandaskan nilai barat mesti dikekang. Kebebasan bukan bererti tanpa had tetapi sebaliknya mesti mengikut lunas-lunas agama dan budaya negara.
7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja apatah lagi suara-mana yang mahu menghapuskannya.
8. UMMAH menuntut kerajaan memberikan ruang kepada UMMAH untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta-akta baru yang hendak dikemukakan ke parlimen seperti Akta Harmoni Nasional, Akta Kebencian Agama dan Kaum serta Akta Anti-Diskriminasi Kaum dan lain-lain.
UMMAH ingin menegaskan bahawa himpunan ini adalah sebagai isyarat kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan. UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki segala kepincangan yang berlaku dan tidak menolak kemungkinan bahawa Himpunan yang lebih besar akan diadakan jika tidak ada apa-apa tindakan pembaikan dari pihak kerajaan.
Aminuddin Yahaya
Sumber HD - 28-7-2018Ketua Sekretariat UMMAHHimpunan: Kebangkitan rakyat terhadap kerajaan PH
28 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 28/7/2018
Sahabat NGO Islam di sekitar Pulau Pinang hadir memberikan sokongan tanpa mengira fahaman politik & agama kepada Himpunan Desak Ramasamy letak jawatan. Dianggar sekitar 7000 berhimpunan sepanjang jalan untuk himpunan ini.
Ramasamy didukung mereka yang Pro-LTTE di Malaysia dan Ramasamy menyanjung tinggi pengganas seperti pengasas LTTE iaitu Prabakharan.
Kita tidak mahu mana-mana ekstrimis berleluasa di Malaysia tanpa mengira apa jua agama, bangsa dan parti politiknya.
Pihak NGO Islam sempat menyampaikan memorudum kepada wakil kerajaan Pualau Pinang.
MR : Tahniah NGO Islam dan ada bukan Islam di Pulau Pinang priihatin tentang kedaulatan negara kita....
Sumber MR - 27-7-2018
Memo mahasiswa bantah UEC kepada MP M’sia
ALHAMDULILLAH saya serta rakan-rakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini telah menyerahkan satu memorandum khas kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) berkaitan kempen Mahasiswa Bantah UEC.
Kami memilih Ahli Parlimen Kubang Kerian kerana parti beliau (PAS) konsisten sejak sebelum, semasa dan selepas PRU14 menolak UEC yang menjadi punca kepada krisis polarisasi kaum dalam negara kita.
Berikut merupakan tuntutan GAMIS kepada seluruh ahli Parlimen Malaysia:1. Ahli Parlimen Malaysia mestilah sebulat suara menolak pengiktirafan UEC ini secara rasmi sama ada di dalam perbahasan sidang Parlimen atau di media sosial kerana ianya jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan Negara 1996.
2. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memboikot mana-mana pihak atau NGO yang memberikan tekanan atau paksaan kepada kerajaan untuk mengiktiraf dan melaksanakan sistem pendidikan UEC dalam negara kerana UEC jelas bersifat memelihara kepentingan pihak tertentu sahaja dan mengundang kepada krisis polarisasi kaum.
3. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem pendidikan negara diperkasa dan mampu menjadi platform untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang direkodkan di dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
4. Ahli Parlimen Malaysia mestilah menggubal satu undang-undang khas atau meminda undang-undang yang berkaitan agar setiap sekolah di Malaysia sama ada di bawah kerajaan atau persendirian wajib menyediakan kelas pengajian subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia yang setara dengan sukatan pelajaran kurikulum kebangsaan kepada pelajar-pelajar mereka.
5. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem UEC dirombak serta dikemaskini supaya selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar perpaduan Nasional antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diperkasa dari semasa ke semasa khususnya antara kaum Melayu dan Cina.
Sumber HD - 26-7-2018Muhammad Faizzuddin Mohd Zai
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 26/7/2018
HBR: Rais Yatim juga hadap Dr Maszlee
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), menepati janji kepada Dr Maszlee Menteri Pendidikan, kegagalannya menarik semula ucapannya mengiktiraf UEC menyebabkan beliau berdepan dengan himpunan rakyat besar-besaran pada 28 Julai di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.
Segala persiapan tempat telah siap diatur dan telah mendapat persetujuan pihak keselamatan.
Di antara tokoh besar yang telah menyatakan kehadiran untuk berucap ialah Tan Sri Rais Yatim, Prof Dato Dr Awang Sariyan, Dato Zainal Abidin Zin, Tan Sri Zaman Khan, dan 20 lagi pimpinan NGO daripada pelbagai bidang serta pimpinan politik daripada pelbagai parti.
Himpunan pada 28 Julai ini akan bermula pada 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Himpunan yang bertemakan "Islam Melayu Terancam", ini akan menumpukan ucapan daripada tokoh yang berucap berkaitan Bahasa, Pendidikan, Ekonomi dan juga kedudukan Melayu serta Islam berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
MAPPIM dan UMMAH menyeru semoga rakyat turun beramai-ramai tanpa mengira pendirian parti politik bagi menyatakan sokongan yang padu kepada perhimpunan ini.
MOHD ZAI MUSTAFASumber HD - 26-7-2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 26/7/2018
MAPPIM Dan UMMAH Seru Rakyat Turun Beramai Ramai Ke Himpunan Kebangkitan Ummah
Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama gabungan 300 Ngo Gerakan Pembela Ummah UMMAH menyeru rakyat untuk turun beramai – ramai bersolidariti di Perhimpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 28 Julai (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Himpunan ini telah mendapat sokongan dengan kehadiran daripada tokoh – tokoh pendidikan dan bahasa serta Ngo – Ngo, diantaranya, Prof Dato Dr Awang Sariyan Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Wan Ramli daripada ASASI, Prof Shahrir Md Zin Gerakan Mansuh PPSMI dan Kamal Syukri Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.Tokoh – tokoh politik negara turut dijemput dan bersedia untuk bersama – sama hadir.
Jemputan juga dibuat kepada tokoh Budaya, Warisan dan Sejarah Tan Sri Rais Yatim yang juga telah menyatakan dan memberi sokongan yang kuat kepada usaha – usaha memartabatkan bahasa dan melayu.
Jemputan rasmi turut dihantar kepada Menteri Pendidikan, untuk bersama – sama hadir bagi mendengar isu – isu pendidikan negara.Ummah berharap Menteri boleh turun tunai janji untuk minun teh tarik bersama – sama.
Himpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan rakyat secara serius berkaitan isu- isu Ummah seperti UEC, Bahasa, Pendidikan, Melayu dan Islam yang kian terancam.
Himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menggangu himpunan ini.
Daripada maklum balas rakyat, dijangka himpunan ini akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan diminta orang ramai yang hadir agar datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan parking dan lalulintas.
Tema himpunan adalah warna putih dan cerah dan digalakkan memakai t-shirt putih dan membawa banner
” Kami Bantah UEC “.
UMMAH mengucap selamat datang dan berhimpun kepada semua rakyat Malaysia.Kami menanti kedatangan anda semua.
Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif (MAPPIM)
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela (Ummah)
Sumber BO - 24-7-2018

Bantah UEC: Mahasiswa akan ke pejabat Dong Zong
HIMPUNAN Mahasiswa Bantah UEC pada 21 Julai lalu di Kuala Lumpur merupakan gelombang pertama mahasiswa Malaysia mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik agar segera membatalkan hasrat untuk mengiktiraf sistem pendidikan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) dalam negara kita.
Kami tegas mengatakan bahawasanya tugas utama bagi menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia selepas daripada PRU14 adalah membaiki sistem pendidikan negara sedia ada agar mencapai kualiti bertaraf antarabangsa dan bukannya sibuk untuk mengiktiraf sistem pendidikan asing. Jangan ‘kera di hutan disusukan tetapi anak di pangkuan mati kelaparan’.
Kami juga kecewa dengan kelemahan Menteri Pendidikan Malaysia yang tidak mampu bertegas dalam isu UEC ini. Kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia yang tidak konsisten dalam isu UEC adalah bukti yang jelas Menteri Pendidikan Malaysia berada dalam keadaan yang lemah untuk menolak UEC dan memastikan sistem pendidikan negara mampu untuk menjadi pemacu kepada perpaduan nasional seperti yang direkodkan di dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Kami juga ingin menyeru kepada Menteri Pendidikan Malaysia agar tidak tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang ingin memaksa kerajaan Malaysia mengiktiraf sistem UEC ini. Amaran keras kami buat Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching agar tidak sombong dan melampaui batas.
Sekiranya kamu berkeras ingin memaksa kerajaan Malaysia mengiktiraf sistem UEC ini, kami rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan tidak akan berkompromi dan akan pastikan kamu keluar daripada Putrajaya serta merta.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh mahasiswa, anak muda Malaysia, pihak media dan pihak polis yang hadir dalam Himpunan Mahasiswa Bantah UEC, kelmarin. Kami percaya angka yang lebih besar di luar sana juga membantah pengiktirafan UEC ini.
Kami seru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan agar teruskan momentum bantahan ini dan jangan pernah berhenti. Kami mahasiswa akan terus berjuang membantah pengiktirafan UEC ini sehinggalah perjuangan ini berjaya membuahkan hasilnya.
Akhirnya, kami mahasiswa dalam masa terdekat ini akan ke pejabat Dong Zong, siap siaga semua! Kami akan menyerahkan satu memorandum khas amaran kepada mereka dan kami juga akan menyerahkan surat jemputan untuk berdebat dengan mahasiswa kepada Datuk Vincent Lau, Presiden Dong Zong berkaitan isu UEC ini. Nantikan kenyataan rasmi kami untuk maklumat lanjut.
Semoga Allah pelihara dan rahmati rakyat Malaysia. Allahuakbar!"Istiqamah Bersama Islam"
Sumber HD - 23-7-2018MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sokong sepadukan UEC, SPM, STPM
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong sepenuhnya cadangan Tan Sri Rais Yatim yang mencadangkan supaya sijil UEC wajib 'disebatikan' dengan sijil SPM dan sijil STPM bagi menjadikan Sistem Pendidikan Negara lebih kukuh untuk mencapai perpaduan nasional dan integrasi kaum melalui Sistem Pendidikan Negara.
MAPPIM dan UMMAH mendesak serta mencadangkan supaya sistem pendidikan di sekolah persendirian Cina disemak dan dinilai semula oleh Kementerian Pendidikan bagi 'disepadukan' dengan kurikulum pendidikan kebangsaan bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dikhuatiri sistem dan kurikulum yang digunapakai tidak memenuhi aspek kurikulum kebangsaan Sistem Pendidikan Negara dan keperluan negara dari sudut memahami tata kenegaraan, Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana sebahagian besar pelajar, kebanyakannya yang lahir daripada sistem pendidikan sekolah Cina kurang fasih Berbahasa Melayu sama ada tulisan dan bacaan, kurang pergaulan dengan orang Melayu dan lain-lain bangsa serta kurang solidarti kenegaraan sebagai rakyat Malaysia yang juga sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk dan berbilang bangsa serta budaya di mana orang Melayu sebagai kaum majoriti yang perlu dihormati.
Maka hasrat murni Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum melalui sistem pendidikan sukar untuk dicapai.
Memperkasakan sistem pendidikan sekolah di bawah satu bumbung, satu aliran serta satu kurikulum perlu diusahakan segera di antara Kementerian Pendidikan dan Pentadbir Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi menerima pakai Dasar dan Sistem Pendidikan Negara dan kurikulum kebangsaan sepenuhnya.
Sudah pasti, ini suatu bentuk dan proses pendidikan yang lebih harmoni bagi memperkukuhkan agenda integrasi nasional di negara kita. Sistem pendidikan sekolah-sekolah Cina mesti menerima dan menggunakan Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
MOHD ZAI MUSTAFASumber HD - 23-7-2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 23/7/2018
Sedia sertai JK Pendidikan Negara
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyambut baik cadangan Menteri, Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan Negara bagi tujuan memperkasa dan mengukuhkan Falsafah Pendidikan Negara serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Jawatankuasa ini mestilah berperanan bagi memastikan strategi dan program pendidikan menepati kurikulum kebangsaan dan pendidikan bersepadu (holistik) bagi melahirkan insan yang bertanggujawab kepada agama, bangsa dan negara.
Bagi melengkapi Jawatankuasa tersebut UMMAH melalui Kluster Pendidikan bersedia menawarkan khidmat melalui penyertaan sebagai Jawatankuasa bagi tujuan di atas untuk bersama-sama memberikan input, idea dan cadangan serta strategi pelaksanaan bagi melengkapi proses pembaharuan pendidikan yang merentasi budaya, bangsa, negara dan agama.
Halatuju pendidikan negara serta pengukuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan mestilah merangkumi intipati penting Falsafah Pendidikan Negara.
Polisi dan Dasar Pendidikan Kebangsaan mestilah digarap secara keseluruhan bagi memenuhi serta melengkapi semua segmen kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.
Melalui penyertaan dalam Jawatankuasa ini banyak isu-isu pendidikan rakyat secara khususnya dapat dibincangkan dan diperbaiki bagi melengkapi secara umumnya dasar dan polisi pendidikan negara ke arah yang lebih inklusif merangkumi semua segmen dalam masyarakat dan negara.
MOHD ZAI MUSTAFASumber HD - 22-7-2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawantankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Kluster Pendidikan - HARAKAHDAILY 22/7/2018
Diajak minum petang di KSS 28 Julai
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menjemput Menteri Pendidikan minum petang bersama-sama himpunan rakyat yang membantah kenyataan beliau pada 12 Julai di PICC lalu, yang menyatakan akan mengiktiraf Sistem Pendidikan Sekolah Cina UEC.
Beliau dijemput hadir bersama-sama dengan rakyat bagi mendengar sendiri ucapan pimpinan dan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, akademik sejarawan dan aktivis NGO pendidikan berkaitan keresahan rakyat yang membantah UEC diiktiraf.
Ini jemputan kami sebagai membalas jemputan Menteri kepada MAPPIM dan UMMAH apabila beliau memberi respon kepada satu soalan media berkaitan himpunan bantahan rakyat pada 28 Julai nanti di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, "Saya ajak minum teh tarik dan makan di kedai mamak". Walaupun ini suatu jemputan yang menjengkelkan daripada seorang Menteri, MAPPIM dan UMMAH bersedia tetap menerima undangan tersebut, cumanya jangan jemputan ajak-ajak ayam, nyatakan di mana dan jam berapa kami pimpinan UMMAH akan hadir.
MAPPIM dan UMMAH menyatakan bahawa, kami juga bergerak atas dasar dan landasan "Happiness love and mutual respect" sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri, dan sebab itu kita menyambut baik ruang yang dibuka oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PH) bahawa rakyat adalah "King" dan pimpinan kerajaan mesti peka dan 'Respect' serta terbuka kepada semua tuntutan rakyat.
MAPPIM dan UMMAH bersedia untuk membina ruang berdialog secara khusus dan lebih berkesan demi memperkasakan dan memperkukuhkan halatuju Pendidikan Negara bagi menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara.
MOHD ZAI MUSTAFASumber HD - 20-7-2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 20/7/2018
UEC: Menteri Pendidikan dicabar debat
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan bersama-sama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah bersiap sedia untuk menggerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau mengiktiraf UEC yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC Putrajaya.
Himpunan ini akan disertai oleh semua lapisan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, ahli akademik, NGO-NGO, tokoh sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.
Himpunan bantahan ini merupakan simbol sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan untuk diiktiraf di dalam sistem kerangka Pendidikan Kebangsaan.
Diseru semua pimpinan dan rakyat yang cintakan Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini.
MAPPIM dan UMMAH menyangkal dakwaan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah 'prejudis', ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.
Maka MAPPIM dan UMMAH mencabar dan bersedia menyediakan tempat kepada Menteri Pendidikan untuk berdebat pada bila-bila masa dengan tokoh-tokoh bahasa, pendidikan, sejarah, undang-undang dan NGO-NGO bagi melihat secara objektif dan berfakta bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sikap tegar Menteri Pendidikan untuk mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan (7 hari - sehingga 21hb Julai ini) akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk berhimpun pada 28hb nanti.
MOHD ZAI MUSTAFASumber HD - 18-7-2018
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 18/7/2018
Ibadah Korban PASRelief untuk Kashmir dan Rohingya
KUALA LUMPUR: Nasib kaum Muslimin di seluruh dunia yang menjadi mustad'afin akibat peperangan mahupun bencana akan terus diberi pembelaan oleh PAS.Menerusi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), pelbagai misi berkaitan telah digerakkan menerusi keupayaan logistik dan sukarelawan.Terkini, PASRelief akan melaksanakan ibadah Korban untuk mangsa perang di Kashmir, Pakistan dan pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh sempena Aidil Adha 1439.Menurut Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa, pelaksanaan tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha PAS di peringkat antarabangsa khususnya menangani masalah berkaitan.Sehubungan itu ujarnya, pelaksanaan oleh PASRelief ini membuka peluang kepada umat Islam di Malaysia untuk menyertai ibadah Korban yang dikhususkan kepada sasaran tersebut.Terangnya, PASRelief sebagaimana misi-misi telah dijayakan akan mengendalikan semua urusan ibadah tersebut sebagai mewakili pihak peserta ibadah Korban.Harga bagi lembu adalah RM2,730 (seekor) dan RM390 (satu bahagian), manakala kambing RM490 (seekor) dengan bayaran langsung ke Maybank Islamic 5640-7061-1352 atas nama PASRelief.Pendaftaran berakhir pada 22 Ogos dan sebarang pertanyaan boleh hubungi +601120775802 (Haji Yunus) atau +60183120900 (Izwan). -HARAKAHDAILY 7/7/2018
Khuatir 200K kerakyatan diberi gugat kedaulatan
GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) memandang serius terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri yang memberikan kerakyatan kepada 200,000 pemohon yang memohon kerakyatan tersebut. Ummah menyatakan kebimbangan terhadap pemberian kerakyatan dengan mudah yang akan menyebabkan manipulasi serta salahguna oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sehingga boleh meggugat kedaulatan negara. Selain itu, Ummah juga bimbang akan implikasi yang bakal terjadi seandainya permohonan ini tidak diperhalusi dengan baik seperti hak-hak yang bakal mereka terima contohnya hak keistimewaan bumiputra dan hak memilih pemimpin.
Oleh itu, Ummah menuntut untuk kerajaan mengemukakan syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pemohon-pemohon yang memohon kerakyatan tersebut. Syarat-syarat ini adalah bagi memastikan pemohon yang memohon kerakyatan adalah yang benar-benar layak untuk menjadi warganegara. Justeru itu, Ummah mencadangkan beberapa kriteria-kriteria yang wajib pemohon penuhi sebelum kerajaan meluluskan 200,000 permohonan itu;
● Pertama, kerajaan perlulah memastikan pemohon fasih Berbahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi memudahkan proses integrasi di dalam komuniti rakyat Malaysia.● Kedua, pemohon yang memohon wajib mempelajari dan mendalami budaya-budaya yang wujud di Malaysia dan wajib mengangkat identiti Negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu.● Ketiga, setiap daripada pemohon yang memohon perlu diselidik latar belakang mereka supaya tiada daripada mereka datang dari latar belakang yang boleh merosakkan struktur keharmonian sosial di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.● Keempat, Ummah menuntut kerajaan menguar-uarkan senarai pemohon-pemohon yang akan diluluskan menurut bangsa dan negeri atau negara asal mereka supaya rakyat tahu akan latar belakang mereka.
Akhirul kalam, Ummah berharap agar kerajaan menimbang kembali keputusan untuk meluluskan 200,000 kerakyatan supaya keputusan tersebut tidak menggugat kedaulatan negara dan keharmonian kaum. Sebaliknya, jika mereka benar-benar layak diberikan kerakyatan, saringan serta kriteria yang ketat haruslah dikenakan supaya Malaysia tidaklah sewenangnya memberi kerakyatan tetapi pemohon tidak langsung peduli akan identiti Negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu.
TUAN HAJI AMINUDDIN YAHYASumberr HD - 3-7-2018
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela UMMAH - HARAKAHDAILY 3/7/2018
Perundangan cegah paedophilia nikah kanak-kanak
PERNIKAHAN bawah umur adalah sebuah pernikahan dan bukannya penzinaan. Pernikahan berbeza dengan penzinaan kerana penzinaan dilarang keras oleh Islam kerana kemudaratan dari penzinaan ini sangat besar. Atas dasar itu, Islam juga mengharamkan apa sahaja jalan-jalan yang boleh membawa kepada penzinaan ini. Malah hukuman ke atas penzina juga adalah hukuman yang berat dan termasuk kategori Hudud yang merupakan hak Allah.
Paedophilia pula merupakan istilah yang digunakan ke atas orang dewasa yang mempunyai keinginan nafsu seks yang tinggi ke atas kanak-kanak. Ia juga dianggap satu perlakuan yang tidak bermoral kerana kanak-kanak sepatutnya dilindungi oleh orang dewasa tetapi golongan paedophilia ini pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Paedophilia jelas memudaratkan kerana ia menafikan hak kanak-kanak dan menyebabkan masa depan mereka menjadi gelap kerana telah dipergunakan sebagai alat untuk memuaskan dalam usia yang masih mentah. Orang dewasa yang sepatutnya memberi bimbingan kepada kanak-kanak tetapi bertukar menjadi kejam.
Namun, bagaimana pula jika seseorang yang mengidap paedophilia menggunakan pengaruh yang ada untuk bernikah dengan mangsanya. Adakah undang-undang sedia ada tidak mampu membendung gejala ini sehingga timbulnya cadangan untuk mengharamkan sama sekali pernikahan bawah umur ini dan tiada kompromi lagi.
Pernikahan yang memudaratkanWalaupun pernikahan sangat digalakkan dalam Islam namun, para ulamak secara umumnya telah membahagikan hukum nikah ini kepada 5 kategori iaitu harus, sunat, makruh, haram dan wajib. Hukum-hukum pernikahan ini berubah mengikut situasi pihak-pihak yang terlibat. Jika pernikahan tersebut dipercayai akan memudaratkan mana-mana pihak, maka ketika itu pernikahan tersebut adalah haram. Pernikahan hanya digalakkan jika ia boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.
Justeru, Islam memang menentang apa sahaja jenis pernikahan termasuklah pernikahan bawah umur jika ia boleh membawa mudarat kepada kanak-kanak terbabit. Pernikahan tidak boleh dijadikan alat untuk menghalalkan paedophilia sebaliknya Islam mempunyai mekanisme yang kukuh untuk menghalang kaum paedophilia menggunakan pernikahan sebagai alat untuk menghalalkan perbuatan terkutuk mereka.
Membendung kemudaratan dalam pernikahanDi Malaysia, Mahkamah Syariah telah diberi kuasa untuk menghalang mana-mana pernikahan yang boleh memudaratkan pasangan suami isteri. Poligami misalnya merupakan pernikahan yang diharuskan dalam Islam, namun di Malaysia lelaki yang ingin poligami masih memerlukan kebenaran dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini merupakan mekanisme yang digunakan untuk membendung pernikahan yang boleh memudaratkan kerana suami perlu dipastikan mempunyai keupayaan untuk bertindak adil kepada isteri-isterinya.
Sama seperti poligami, pernikahan bawah umur juga merupakan pernikahan yang dipercayai boleh menyebabkan kemudaratan yang besar kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja ia patut dibenarkan. Justeru, di negara ini kita mempunyai peraturan khusus untuk membendung dan mengawal pernikahan ini apabila undang-undang menetapkan setiap pernikahan yang melibatkan perempuan di bawah umur 16 tahun dan lelaki pula berumur 18 tahun hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Mahkamah Syariah. Peranan besar wali mujbir untuk menikahkan anaknya sebagaimana yang ditekankan dalam Mazhab Syafii sudah dibataskan dan tidak berfungsi lagi, sebaliknya keputusan untuk membenarkan pernikahan bawah umur ini terletak atas keputusan Hakim Mahkamah Syariah sepenuhnya.
Namun begitu, setakat ini undang-undang mengenai pernikahan bawah umur ini agak longgar kerana masih tidak memperincikan apakah prinsip yang perlu dipatuhi oleh Mahkamah Syariah sebelum membenarkan sesuatu pernikahan bawah umur ini. Undang-undang hanya menyebut bahawa pernikahan bawah umur tidak boleh dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Hakim secara bertulis dalam hal keadaan tertentu sahaja tetapi tiada penjelasan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan hal keadaan tertentu itu. Tanpa perincian dan prinsip yang jelas menyebabkan timbul pelbagai salah faham dan dakwaan sehingga ada yang menuduh Mahkamah Syariah boleh membenarkan paedophilia berlaku di Malaysia.
Justeru, dicadangkan beberapa pindaan yang perlu dibuat iaitu dengan memperincikan apakah prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh Hakim sebelum pernikahan bawah umur ini dibenarkan atau dihalang. Jika dalam kes poligami, undang-undang boleh menyebut dengan terperinci prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi mengenai kemampuan suami, pertimbangan sama ada pernikahan tersebut patut atau perlu dan pelbagai syarat lain lagi, maka perkara yang sama juga sepatutnya dijadikan asas dalam usaha memperkemaskan undang-undang dalam kes pernikahan bawah umur ini. Undang-undang perlu mempertegaskan semua prinsip ini dengan jelas dengan mengambil kira hak kanak-kanak tersebut untuk mendapat pendidikan dan membesar secara normal sehingga ia dilihat mampu menghalang sama sekali apa jua kemudaratan yang mungkin timbul kesan dari pernikahan bawah umur ini.
Wallahua’lam.
HAMDI ISHAKSumber HD - 3-7-2018
Pengerusi Peguam Syarie Kedah
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah - HARAKAHDAILY 3/7/2018
Kerajaan PH gagal daulat bahasa kebangsaan
BERMULA tarikh 9 Mei 2018, terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga kini, kepimpinan tertinggi PH lebih ghairah bertutur dalam bahasa asing daripada bahasa kebangsaan.Merujuk kepada Perjanjian PH yang dimeterai oleh 3 komponen parti kemudiannya disertai PPBM bernama Perjanjian Kerjasama PH-PPBM pada 13 Disember 2016 telah bersetuju dalam Perkara 1(iii):"1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:
iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa."
Jelas menunjukkan kegagalan PH menunaikan janjinya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.
Janji ini sekali lagi diulang dalam Buku Harapan yang dilancarkan pada 8 Mac 2018 pada bahagian Falsafah dan Matlamat Pentadbiran Pakatan Harapan dalam muka surat 10 sebagai janji kepada rakyat Malaysia untuk dilaksanakan sepenuhnya apabila membentuk kerajaan. Sepanjang 47 hari pemerintahan kerajaan PH, sidang media dan pertuturan bahasa asing dilihat lebih lazim pada mulut kepimpinan tertinggi PH berbanding bahasa kebangsaan.
Kebiadaban terhadap bahasa kebangsaan ini semakin meruncing apabila Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng (LGE) sewenang-wenangnya menggunakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan untuk mengabsahkan tindakannya menulis kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan dalam Bahasa Mandarin.
Merujuk kepada Perkara 152(1)(a) dan (6) Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tugas rasmi kerajaan. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 juga telah mengukuhkan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi maksud-maksud rasmi.
Tindakan YB LGE yang memetik Perkara 152 tanpa menelitinya secara keseluruhan merupakan satu tindakan yang memalukan dan menggadai maruah sebagai seorang rakyat Malaysia. Bukan sahaja beliau tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah beliau mempertahankan tindakan yang memalukan ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia mesti bertanggungjawab penuh atas kegagalan untuk mendaulat dan mendidik kepimpinan tertinggi kerajaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Malaysia berdiri dengan budaya dan nilainya yang tersendiri. Sebarang bentuk penghakisan kepada ruh dan semangat perlembagaan mesti dihapuskan sepenuhnya sebelum menjadi lebih parah.
GAMIS Malaysia menuntut kerajaan Pakatan Harapan untuk menghormati dan taat setia kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Asas dan dasar ini wajib dipatuhi dan dipertahankan oleh pihak kerajaan.
"Istiqamah Bersama Islam"
Sumber HD - 28-6-2018MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) – HARAKAHDAILY 26/6/2018
Sumber PP - 23-6-2017
Saya mula menulis artikel ini dalam penerbangan pulang ke tanah air setelah 16 hari berada di New Zealand. Saya berkesempatan bukan sahaja melawat ibu negara Auckland, berceramah dan bertemu komuniti Islam di sana, malah juga berkereta ke sebahagian pulau utara, iaitu ke Rotorua dan Semenanjung Coromandel, diikuti ke timur utara, melancong ke Paihia dan Bay of Islands.
Ini adalah lawatan kelima saya dan setiap kali ke New Zealand, tidak dapat mengelak daripada membandingkan kehidupan di sana, iaitu sebuah negara kecil berlandaskan tamadun Barat, dengan negara Islam lebih besar seperti Arab Saudi dan Mesir, (yang secara kebetulan baru juga lepas saya lawati), mahu pun dengan kehidupan di tanah air sendiri.
Negara Islam tanpa Muslim!
Bagi saya, paling mengagumkan ialah kesungguhan dan kegigihan warga New Zealand menjaga kebersihan dan memelihara keindahan seluruh negara pulau ini. Kejayaan hebat mereka secara langsung menjadi identiti New Zeaaland, menzahirkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup berlandaskan tamadun Barat.
Pasti ramai berpendapat iklim dan keindahan alam semula jadi faktor utama membuatkan New Zealand indah permai. Namun, perhatikan keadaan di beberapa negara berlandaskan tamadun Islam.
Sekalipun tidak kurang dengan keunikan dan keindahan alam semula jadi pantai, sungai, hutan dan padang pasir, bukit dan gunung, malangnya kebanyakannya tidak dijaga dan dipelihara.
Hal ini berlaku di Mesir, termasuk di sekitar kesergaman ciptaan sejarah manusia seperti Piramid. Namun ingatan saya dalam melawat ke Piramid dicemari kenangan bau busuk najis kuda dan unta, selain debu pasir dan sampah sarap merata mencemar indera. Bukan sahaja di Mesir, malah dapat dilihat di tanah air.
Ia merosakkan keindahan dan keunikan pembangunan di Malaysia, seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser. Demikian juga kita saksikan di negara Islam kaya seperti di Arab Saudi dan lainnya.
Kebanyakan keindahan semula jadi dan tempat bersejarah terbiar, kotor, dan jika dibangunkan, dengan kaedah mencemar pandangan, tidak teratur dan rendah nilai kecantikan estetika.
Jika semua ini berlaku di dunia Islam, sesungguhnya ia satu tragedi besar sejarah dan satu “penderhakaan” terhadap falsafah hidup sebagai Muslim. Kerana umat Islam adalah umat sepatutnya lebih sedar dan peka terhadap peranan mereka sebagai khalifah melindungi alam semesta kejadian Tuhan.
Sekitaran hidup umat rata-rata kotor dan banyak yang jijik lagi tercemar setelah dirosakkan “perbuatan tangan manusia” tanpa batasan dan kepedulian. Sebahagian kerosakan berlaku berpunca kemiskinan melata berpanjangan tanpa pembelaan; sementara kepimpinan umat pula dirasuk pembolotan dan penyalahgunaan kuasa melampau mengutamakan kepentingan sempit dan serong peribadi hingga abaikan amanah khalifah kepemimpinan.
Semua ini buat saya teringat kenyataan seorang ulama besar Islam pada akhir abad ke-19, Muhammad Abduh, yang sangat tajam dan mendesak umat Islam perbaharui kehidupan.
Sekembali daripada melawat Eropah Muhammad Abduh pernah menyatakan: “Aku pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim, tetapi tidak melihat Islam.” Perasaan sama seperti ini tersentuh di hati sanubari dan menusuk ke minda saya seluruh perjalanan di New Zealand.
Budaya bersih, kehidupan jernih
Hari ini ramai Muslim cepat mengkritik dan mencemuh Barat; ada yang langsung menuduh menyalahkan Barat atas segala kelemahan umat Islam. Memang Barat banyak melakukan dosa dalam sejarah manusia, dan menerusi dominasinya terhadap umat bukan Barat, banyak melakukan penganiayaan dan kezaliman.
Namun bukan tangan Barat sahaja merosakkan dunia, kerana tangan pemimpin Islam juga banyak mencemarkan kehidupan umat Islam sendiri. Perhatikan sahaja kekejaman pemerintahan Arab pra-revolusi 2011 di bawah rejim Zainalabidin Ali di Tunisia, Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya.
Perhatikan juga bagaimana negara berlandaskan tamadun Barat, sekalipun kecil seperti New Zealand, bebas daripada kerosakan dan pencemaran kehidupan bermasyarakat, juga sangat bersih dan penduduknya sangat prihatin tentang kebersihan.
Semua bandar kecil dan besar di New Zealand; sepanjang lebuh raya, jalan, juga lorong; sampai ke seluruh pelosok desa, pantai, sungai, pulau, bukit dan gunung; semuanya terjaga bersih dan indah dilihat.
Bandingkan keadaan ini dengan negara Islam di mana-mana. Gambaran sebaliknya akan kita dapati, sekalipun kebersihan satu anjuran asasi Islam yang juga nikmat hidup yang sewajarnya dimanfaatkan dan dibudayakan sebelum kita boleh menjernih dan memurnikan kehidupan sebagai umat terbaik atau “khaira ummah”.
Paling menarik perhatian, saya perhatikan di New Zealand tidak ramai pekerja pembersihan penguasa tempatan berbanding Malaysia. Sekalipun sampah-sarap di rumah rata-rata dipungut seminggu sekali, sekitaran masih terjaga bersih.
Kerja pembersihan berimpak besar turut dilakukan pasukan pembersih sukarela awam, termasuk kanak-kanak, yang bekerja terus menerus membersih dengan serius, dedikasi dan dengan cara tersusun dan berorganisasi.
Ia juga dijadikan tanggungjawab peribadi amalan setiap penduduk, dilengkapi undang-undang dan peraturan yang tegas dikuatkuasakan. Jelas sekali, penjagaan kebersihan berkesan dan berjaya diintegrasi setelah dibudayakan masyarakat New Zealand.
Paling ketara, tandas awam hampir semuanya sangat bersih, sehingga seolah-olah dapat dirasai kebersihannya. Malangnya ini jarang sekali didapati di negara Islam. Setiap kali kita gunakan air dari sumber kemudahan awam di New Zealand, terutama untuk berwuduk atau bersuci, kita pasti merasa lebih yakin kebersihannya berbanding keadaan di majoriti negara Islam.
Keselesaan dan keselamatan kehidupan di New Zealand juga nyata lebih terjamin. Pasti terdapat insiden jenayah pecah rumah, rompakan, dan lainnya; namun tidak sampai tahap membimbangkan dan mengancam kehidupan masyarakat. Antara buktinya: Tingkap dan pintu rumah di New Zealand banyak menggunakan kaca, tanpa dicacatkan jaring besi keselamatan.
Tidak seperti di Malaysia di mana majoriti penduduknya terpaksa tinggal dalam rumah umpama banduan dalam penjara: Rumah terpaksa dipagar; pintu dan tingkap dirantai dan dimangga; seluruh rumah digrill dan dikawal penggera. Itupun, penghuninya masih tidak dapat tidur lena!
Binatang dan haiwan juga terlindung dan lebih selamat di New Zealand. Saya pernah bertemu anggota pasukan penyelamat haiwan, lengkap peralatan dan kereta menyelamat, termasuk ambulan khas untuk haiwan! Langsung teringat membaca mengenai kehidupan umat Islam di puncak kegemilangan tamadun Islam lebih lima abad dahulu.
Terdapat catatan dalam sejarah pembangunan wakaf untuk manfaat masyarakat di mana sebuah wakaf pernah ditubuhkan oleh orang kaya Islam khas untuk melindungi dan memberi makan serigala di hutan di luar kota Islam. Tujuannya ialah supaya serigala tidak perlu datang ke kota mencari makanan, mengelakkannya diancam atau dibunuh penduduk kota.
Penting pembaharuan gaya hidup
Kesimpulannya, haruskah kita biarkan negara Islam berpanjangan dicemari gaya hidup bertentangan dengan ajaran dan nilai Islam?
Dalam kesempatan pembaharuan cetusan Revolusi 2011 di dunia Arab, juga kesempatan memperbaharui kehidupan di Malaysia menjelang PRU13, sewajarnya kita manfaatkan proses demokrasi menuntut agenda pembaharuan gaya hidup menterjemah nilai tinggi Islam terhadap kebersihan dan kejernihan, kemakmuran dan kesejahteraan, menjadikannya salah satu agenda utama transformasi.
Masih belum terlewat untuk kita bertindak memperbaharui dan mentransformasi berlandaskan nilai hidup “Khalifah” anjuran Islam berteraskan prinsip kebersihan dan kesucian sebahagian daripada iman, selain amar makruf, nahi mungkar.
Pembaharuan dan pembersihan perlu dalam semua bidang kehidupan moden relevan buat abad ke-21 dan alaf baru, iaitu dalam politik dan ekonomi, sosial dan budaya serta pegangan dan gaya hidup yang diamalkan.
Dalam konteks sistem ekonomi, yang diperlukan ialah membersih dan mensucikan amalan bisnes dan korporat daripada kerakusan dan nafsu serakah mencemar dan merosakkan. Pembaharuan dan pembersihan bisnes dan korporat wajar digerakkan berlandaskan falsafah Islam yang mengiktiraf manusia sebagai khalifah.
Kerana konsep khalifah menurut Islam mentakrif harta kekayaan sebagai amanah ALLAH SWT untuk dimanfaatkan ke arah memakmur dan mensejahterakan kehidupan, bukan untuk diswasta dan diperibadikan hingga menjadikan manusia rakus, serakah dan nafsu-nafsi, merendahkan martabat insan.
Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
KAMI menyokong Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan Raja-raja Melayu yang menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas yang dikatakan seorang pakar undang-undang Perlembagaan sebagai Peguam Negara (AG).
AG adalah antara jawatan awam yang sangat penting dalam kerajaan dan lazimnya selama ini dilantik dalam kalangan Melayu-Muslim.
Kami berpendapat tidak ada sebab kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menukar status ini kerana kedudukan AG sangat penting dalam melihat perkembangan undang-undang sivil dan syariah di negara ini.
Malah YDP Agong sendiri telah memberi kenyataan bahawa baginda mahu AG menasihati baginda mengenai hal yang berkaitan dengan urusan undang-undang syariah. Mana mungkin AG yang bukan Islam mempunyai kredibiliti untuk menasihat YDP Agong mengenai hal tersebut.
Sementara YDP Agong perlu bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan, Baginda mempunyai hak untuk mempersoal nasihat kerajaan, mengambil kira konteks negara, tugas dan tanggungjawab yang pelbagai serta hal-hal yang mungkin tidak dapat dikendalikan oleh AG.
Jika soal kepakaran dan integriti yang diutamakan, apakah tidak ada antara sedemikian ramai ahli undang-undang dalam kalangan orang Melayu yang tidak memiliki ciri integriti dan kepakaran yang diperlukan?
Pada era ini, negara sudah mempunyai ramai ahli undang-undang di kalangan Melayu-Muslim yang terbukti ada integriti dan penguasaan yang cukup mengenai undang-undang negara ini.
Kami juga menekankan perlunya seorang AG yang dilantik itu menguasai Bahasa Melayu pada tingkat yang munasabah. Mengendalikan bidang undang-undang negara dengan penguasaan Bahasa Kebangsaan yang lemah tidak layak diangkat sebagai AG.
Setakat yang kami tahu, Tommy Thomas tidak mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Jadi kelayakan beliau untuk jawatan AG adalah tidak mencukupi.
Hanya kerana beliau pakar undang-undang Perlembagaan tidak semestinya beliau yang terbaik untuk mengambil tempat sebagai AG.
Tugas beliau tidak harus hanya dilihat dari segi pendakwaan. Kerajaan yang mahu melaksanakan pendakwaan dalam isu 1MDB dan kes-kes berprofil tinggi tidak perlu melantik Tommy sebagai AG kerana ia boleh dilakukan oleh peguam cara atau Tommy boleh dilantik sebagai DPP untuk meneruskan pendakwaan bagi pihak kerajaan.
AG bukan hanya berfungsi untuk mendakwa. Perkembangan undang-undang di negara ini juga menjadi tanggungjawab AG.
Oleh kerana itu, kami berpendapat bahawa AG dari kalangan orang Melayu-Muslim yang perlu dilantik.
Kami mencadangkan mungkin bekas AG, Ghani Patail boleh menggalas jawatan itu dan polemik antara Perdana Menteri dan kerajaan dengan Agong dan Raja-raja Melayu dalam isu ini dapat diselesaikan.
Perubahan drastik dalam kerajaan PH terutama dalam posisi penting seperti AG perlu dilakukaun dengan cermat dan bijak.
Kerajaan jangan terlalu ghairah merubah pelbagai aspek dalam urus tadbir negara tanpa merujuk kepada implikasi dan sensitiviti lokal yang ada dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
Mohd. Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Around 60 babies a day are being born in vast refugee camps in Bangladesh, sheltering hundreds of thousands of mainly Rohingya Muslims who have fled Myanmar, the United Nations children’s agency Unicef said on Wednesday.
Nearly 700,000 Rohingya fled to Cox’s Bazar in Bangladesh in the past nine months after a Myanmar military crackdown that the United Nations, United States and Britain have denounced as ethnic cleansing. Myanmar has denied that any ethnic cleansing occurred.
Unicef said in a statement that since the crisis began more than 16,000 babies had been born in the camps, of which only about 3,000 were delivered in health facilities.
“Around 60 babies a day are taking their first breath in appalling conditions, away from home, to mothers who have survived displacement, violence, trauma and, at times, rape,” said Edouard Beigbeder, Unicef’s Representative in Bangladesh.
UN Security Council envoys visited the refugee camps in April.
“It is impossible to know the true number of babies who have been or will be born as a result of sexual violence,” Beigbeder said. “It is vital that each and every new and expectant mother and every new-born receive all the help and support they need.”
Rohingya insurgent attacks on security posts in Myanmar’s Rakhine state last August sparked a military operation that Myanmar has said was legitimate. Last November, Myanmar’s military released a report in which it denied all accusations of rape by security forces.
A senior Bangladesh health ministry official, who declined to be named due to the sensitivity of the matter, said last week that so far 18,300 pregnant women had been identified in the camps and the rough total estimate was around 25,000.
In March the United Nations launched an appeal for US$951 million to help the Rohingya refugees for the rest of the year, but it is less than 20 per cent funded. – REUTERS
Sumber BO - 21-5-2018
PENGAMAL LGBT pada peringkat individu (yang belum insaf, yang terdetik untuk insaf) adalah BERBEZA dengan pengamal dan penyokong LGBT pada peringkat organisasi tersusun, yang mengenakan tekanan supaya polisi dan undang-undang dibuat supaya menerima orientasi seksual mereka.
Golongan pertama, pendekatan adalah dakwah dan nasihat berterusan. Memberi kesedaran dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Bahkan JAKIM telah mengeluarkan panduan yang baik untuk menangani golongan ini (http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Memahami_LGBT_Dari_Perspektif_Seorang_Muslim.pdf ) .
Adapun golongan kedua, yang mana mereka ini membuat gerakan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengadakan normalisasi LGBT, kita perlu ditangani dengan gerakan tersusun juga melawan tekanan dan tuntutan mereka.
Sedarkah kita, sudah ada pihak pro-LGBT mencabar bidang kuasa mahkamah syariah yang mempunyai enakmen yang meletakkan perlakuan LGBT sebagai sebuah jenayah.
Sedarkah kita, sudah ada pihak yang meminta kuasa luar (Perancis dan Amerika Syarikat contohnya) dengan memberi dana untuk mereka melaksanakan aktivisme untuk menekan semua pihak dalam negara supaya normalisasi LGBT. Bahkan siap dapat anugerah kerana ‘mempertahankan golongan LGBT’.
Sedarkah kita, sudah ada aktivis LGBT yang masuk ke syarikat-syarikat dalam negara untuk melobi supaya syarikat-syarikat ini tidak menghadkan pengambilan pekerja mengikut norma heteronormativiti sahaja.
Contohnya, kalau orang itu transexual / transgender female (lelaki yang menukar jantina menjadi wanita sama ada sekadar penukaran luaran, atau penukaran melalui proses perubatan) juga harus diberi hak sebagai seorang wanita dalam syarikat.
Sedarkah kita sudah ada tekanan untuk memasukkan dalam kurikulum pendidikan, supaya anak-anak dikenalkan dengan ‘gender identity, gender roles & gender expression’, iaitu anak-anak diajar supaya mereka bebas memilih hendak jadi apa?
Bahkan majalah National Geographic edisi Januari 2017 memaparkan di muka hadapan, kanak-kanak lelaki 9 tahun bernama Avery Jackson yang menukar diri menjadi perempuan, katanya “The best thing about being a girl is, now I don’t have to pretend to be a boy”.
Saya turut mengikuti perkembangan dari negara jiran, Singapura. Terdapat komuniti yang meliputi Muslim dan bukan Muslim yang menolak gerakan LGBT tersusun, iaitu ‘We Are Against Pink Dot Singapore’.
Jika mereka yang bukan Muslim di negara sekular boleh memahami hal ini, apatah lagi Muslim di negara berpaksikan Islam. Malangnya juga WAAPD Singapore terkini telah diberi tekanan, untuk memberhentikan mereka dari melawan tuntutan gerakan LGBT.
Jangan sebut saya ‘fear-mongering’, apa yang disebut di atas adalah perkara-perkara yang telah berlaku.
Jangan pukul sama rata, semuanya perlu dakwah bil hikmah.
Amar maaruf nahi mungkar perlu dilaksanakan dengan kadar yang setara.
Melawan organisasi terancang dengan sekadar nasihat individu adalah tidak setara. Ini logik. Bahkan ia adalah tuntutan agama.
Jangan kerana kita ingin mengambil hati dan mendapatkan sokongan pihak tertentu, kita melembikkan diri. Bahkan yang paling teruk, kita menafikan bahawa ancaman-ancaman ini ada.
Sudah-sudahlah menjadi orang baik, tetapi menganggap dosa-dosa sebagai sesuatu yang boleh diabai begitu sahaja.
Semoga kedatangan Ramadan menjadikan ummat Islam di Malaysia cakna dan sedar. Menghidupkan hati menyedari bahawa dosa adalah dosa, dan ketidakendahan kita merupakan simtom-simtom kematian hati.
Bak pesan Rasulullah s.a.w
Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang sekadar menganggap dosa sebagai lalat yang hinggap di hidung, dan sekadar ditepis begitu sahaja. Jadilah kita Muslim yang sentiasa merasakan dosa sebagai gunung yang akan menimpa diri kita.
Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA
BERIKUT ADALAH TRANSKRIP UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM), DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, DI HIMPUNAN DEKLARASI PIMPINAN NGO ISLAM SEMPENA PRU14
KUALA LUMPUR: Pengerusi UMMAH Siswa Malaysia, Faizzuddin Zai menyeru umat Islam bangkit dalam Pilihan raya Umum yang ke-14 (PRU14).
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan mereka mengenakan caj ke atas mangsa ah long yang meminta bantuan daripada organisasi itu.
PPIM menjawab dakwaan bekas pekerjanya, mereka mengenakan caj sebanyak 10% selain caj tambahan lain terhadap mangsa ah long yang meminta perlindungan dan bantuan menyelesaikan bayaran hutang tertunggak dengan ah long.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyangkal dakwaan itu dan memberitahu FMT yang PPIM tidak meminta sebarang bayaran daripada mereka yang meminta bantuan.
“Di mana kami boleh bantu, kami bantu secara percuma. Ini termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai, mesyuarat dan berunding dengan pihak berkaitan.
“Tetapi, ada perkara yang memerlukan kepakaran luar atau perkhidmatan profesional, seperti bantuan undang-undang, perakaunan dan sebagainya.”
Katanya, perunding itu akan mengenakan caj maksimum 10% untuk perkhidmatan profesional mereka, tetapi mangsa yang meminta bantuan PPIM tidak wajib menggunakan perkhidmatan panel perundingnya.
“Yuran maksimum 10% dikenakan perunding kepada pelanggan. PPIM tidak terlibat mahupun mendapat keuntungan daripadanya.
“Jika seseorang mahu menggunakan perunding lain, mereka bebas berbuat demikian. Kami masih akan memainkan peranan untuk memberi nasihat dan menyelia secara percuma.”
Nadzim berkata, resit untuk perkhidmatan rundingan luar akan dikeluarkan perunding, bukan PPIM.
Katanya, jika panel perunding mereka didapati tidak beretika, PPIM tidak ragu-ragu mengeluarkan mereka daripada senarai perunding.
Beliau berkata, 5 perunding sudah dikeluarkan daripada senarai itu, setakat ini.
Nadzim berkata, panel perunding luar PPIM termasuk 2 syarikat dikenali sebagai Semboyan 1Malaysia (S1M) serta Risk Group Management and Consultancy yang diketuai Yusuf Azmi yang juga pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.
“Saya tidak rasa ada konflik kepentingan dengan Yusuf menjadi sebahagian daripada PPIM dan syarikatnya menjadi panel perunding kami kerana tiada paksaan untuk sesiapa yang meminta bantuan kami berbincang dengan perunding luar PPIM.”
Nadzim berkata, walaupun perunding luar tidak wajib memberi balasan kepada PPIM, kumpulan pengguna itu akan mengutip sumbangan apabila pihaknya memerlukan dana untuk menganjurkan program.
“Menjalankan forum dari semasa ke semasa tidak murah. Jadi, apabila kami mahu menganjurkan acara, kami mengumpul dana dengan meminta sumbangan daripada semua orang, daripada perunding luar kami sehinggalah kerajaan dan sektor swasta.”
Nadzim turut menafikan Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa yang mengakui dirinya bekas pekerja PPIM.
Katanya, Syed Alwi adalah bekas pekerja Yusuf di satu daripada 2 firma perunding itu.
Dengan memetik fail sulit, Syed Alwi mendakwa ada masanya mangsa dikenakan bayaran melebihi jumlah hutang mereka dengan ah long.
Isnin lalu, Yusuf membuat laporan polis terhadap Syed Alwi dan 3 yang lain atas dakwaan mencuri fail penting mengenai ah long dari pejabat PPIM.
Tetapi Syed Alwi berkata fail-fail tersebut tidak hilang dan masih ada di pejabat PPIM.
Sumber TKO - 15-3-2018
KUALA LUMPUR: Dua puluh NGO Islam hari ini berikrar akan menyokong parti politik yang membawa agenda melawan fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme pada pilihan raya umum ke-14.
Gabungan NGO itu, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Ikram dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata 3 perkara itu “ancaman sebenar” yang perlu ditangani secara berkesan pada penggal kerajaan akan datang.
Bagi tujuan itu, Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) mengumumkan deklarasi 10 perkara, yang akan dihantar kepada semua parti-parti politik termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Pemimpin politiklah yang berkuasa jadi perkara ini tidak boleh dipandang remeh,” kata Presiden Jamaluddin Samsudin di Seminar Kepimpinan Negara Ke Arah Kecemerlangan Masyarakat di Universiti Malaya hari ini.
Deklarasi itu antaranya mahu kerajaan membanteras “fahaman salah” yang berselindung di sebalik “topeng liberalisme dan pluralisme agama” melalui pemerkasaan pendidikan Islam di segenap peringkat.
“Fahaman-fahaman ini boleh menjerumuskan seseorang kepada sikap skeptik terhadap Islam yang akhirnya menjurus kepada gejala murtad tanpa sedar,” kata ACCIN.
Deklarasi itu juga mahu kerajaan menangani kemasukan ekstremis agama, gerakan mempelopori murtad dan kelompok evangelis yang menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam secara maksimum.
Ia juga memuatkan teguran daripada NGO-NGO yang mewakili masyarakat sivil. “Kita tahu keadaan dan perlu kepada menyuarakan pendirian kita secara objektif,” kata Jamaluddin.
Sumber TKO - 3-3-2018
The Malaysian Islamic Youth Movement (Abim) rejected today a suggestion by Tun Dr Mahathir Mohamad to bring back the Teaching and Learning Science and Mathematics in English (PPSMI) if Pakatan Harapan (PH) wins the coming general elections.
Its president Mohamad Raimi Ab Rahim said the results of several studies conducted to assess PPSMI’s efficacy showed little to no improvement in the students’ performance after the programme was introduced.
“In 2004, the Education Ministry analysed PPSMI’s teaching and learning, drawing upon samples of 1,942 Standard Five second cohort students from 56 schools. It revealed their performance was declining, with some deteriorating even further when going to their higher years,” he said in a statement.
He also said the Affiliation of National Academic Organisations (Pembina) had conducted a similar assessment of PPSMI on 90 primary and 70 secondary schools covering 15,089 students in urban, rural, interior and island schools.
According to Raimi, Pembina’s study showed English contributed to a mere 0.7 per cent improvement for primary science classes, and no improvement in mathematics.
He added that at the secondary level, there was only a 1 per cent improvement in the mathematics score for Arts stream students and 0.6 per per cent in their general science subject while secondary Science stream students saw their Chemistry marks rise only between 0.2 and 0.6 per cent, and their additional mathematics scores improve by 0.3 per cent.
“Meanwhile international studies including the 2007 Trends in International Mathematics and Science Study (Timms) and the 2012 Programme for International Student Assessment (Pisa) also showed Malaysia’s dropped position.
“For Timms, we were in the lowest one-third group compared to the 1999 and 2003 Timms, before PPSMI was implemented. At the time we were in the top 10 category out of 58 countries,” Raimi said.
He said Abim stands by its strong advice to the government to focus on augmenting the teaching of English in schools rather than turning it into the medium of instruction.
“The government should also abolish the Dual-Language Programme which bears a clear resemblance to the PPSMI policy. Many intellectuals, NGO leaders and linguists have stated mastery of the English language should not come at replacing the Malay language as the medium of instruction,” he added.
The PPSMI policy was first implemented in 2003, which sought to improve the English skills of primary and secondary students.
After much controversy, the policy was scrapped in 2012 by then-deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MM
Sumber BO - 1-3-2018
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sedar bahawa dalam kes M Indira Ghandi lawan Mohd Ridhuan Abdullah pada 29 Jan lalu, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan judicial review bagi menentukan keabsahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian memberitahu Majlis Keselamatan PBB, pelarian Rohingya masih tidak dibenarkan kembali ke Myanmar.
Filippo Grandi berkata keadaan di Myanmar belum kondusif untuk 668,000 Rohingya pulang ke rumah mereka.
Para pelarian terbabit, melarikan diri ke negara jiran Bangladesh selepas pihak berkuasa Myanmar melancarkan serangan ganas di Rakhine Utara pada Ogos lepas.
“Sebab-sebab mereka meninggalkan (Myanmar) tidak ditangani, dan kita masih belum melihat kemajuan yang jelas dalam menangani penafian hak-hak,
“yang semakin membarah sejak dekad yang lalu, berakar umbi daripada penafian kewarganegaraan mereka,” katanya.
Grandi juga berkata pejabat UNHCR tidak mempunyai akses ke Rakhine, di mana ratusan kampung telah dibakar oleh tentera Myanmar.
“Akses kemanusiaan, seperti yang telah di dengar, masih sangat terbatas. UNHCR tidak mempunyai akses ke kawasan yang terjejas di bahagian utara negara Rakhine,
“di luar bandar Maungdaw, sejak Ogos 2017, dan akses kami di pusat Rakhine juga telah dibatasi,”
“Kehadiran dan akses UNHCR di seluruh negeri adalah penting untuk memantau keadaan perlindungan, menyediakan maklumat bebas kepada pelarian, dan menemani kepulangan mereka apabila tiba masanya.” Kata beliau.
Grandi mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan rakyat Bangladesh untuk menempatkan pelarian Rohingya, tetapi memberi amaran bahawa keadaan perlu diperbaiki ratusan ribu pelarian perlu diperbaiki terutama dalam musim tengkujuh mulai bulan Mac.
“Kini kami dalam mengejar masa apabila keadaan kecemasan baru yang besar (yang akan datang),
“kami menganggarkan bahawa lebih daripada 100,000 pelarian tinggal di kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir atau tanah runtuh, (dan) yang terdedah perlu segera dipindahkan, kehidupan mereka berisiko serius.” jelas Grandi
Selepas Grandi memberi cadangannya kepada Majlis Keselamatan, Nikki Haley, duta AS ke PBB, memuji PBB setakat ini gagal dalam sambutannya terhadap krisis di Myanmar
Sumber BO - 14-2-2018
Oleh : Dr Suhazeli Abdullah
Anak kecil dibiarkan bebas bermain debu tanpa selipar. Tidak berseluar malah pampers pun tidak pernah kenal. Mereka agak terbiar. Petang sebegini adalah ruang masa paling seronok mereka bermain. Tanpa gangguan dan ketakutan dari bedilan peluru tentera Myanmar. Mereka tiada gajet canggih seperti kita. Line internet pun ciput.
Apabila direnung kembali wajah-wajah comot berdebu itu, saya mula kembali mengingati anak di rumah. Jauh bezanya kehidupan mereka dengan kita yang serba kemewahan. Mereka pula terkurung dalam kem yang belum tentu memjaminkan kemewahan.
Semasa di tanah Rakhine sendiri pun mereka sudah lama ditindas. UNHCR menganggarkan 78% dari penduduk Rakhine miskin dan berada di bawah paras kemiskinan berbanding dengan negara bangsa jiran seperti Bangladesh.
Etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan sejak 1824 lagi sepanjang kolonial British. Tenaga kaum lelaki mereka hanya digunakan untuk buruh kasar oleh penjajah British. Wartawan kemanusian seperti kumpulan Al Jazeera, CNN dan The Guardian mengistiharkan etnik Rohingya adalah etnik
yang paling teruk dinafikan hak. Mereka disekat hak untuk berkahwin dengan bangsa lain, tidak boleh bekerja dalam negara yang mereka lari, tidak boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, serta pergerakan terbatas.
Selepas penyerahan kemerdekaan oleh Kolonial British kepada India dan Pakistan tahun 1947, krisis berlarutan di antara pemilikan sebenar Bangladesh-Myanmar dan Arakan. Akhirnya Myanmar beroleh kemerdekaan pada 1948, dan Bangladesh agak terkebelakang sedikit mencapai kemerdekaan, 1971.
Namun tanah Arakan yang nama asal bagi negara Rakhine tidak dimasukkan dalam perjanjian kemerdekaan. Bangsa Rohingya seolah-olah stateless walaupun mempunyai tanah air iaitu Rakhine.
Myanmar menuntut bahawa bumi Rakhine adalah hak mereka. Hatta bangsa Rohingya juga tidak dikelaskan sebagai satu bangsa etnik asal Myanmar. Penggubalan baru Union Citezen Act 1982 pun tidak memasukkan bangsa Rohingya sebagai salah satu kumpulan etnik dari 135 buah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Mereka sekali lagi dipinggirkan.
Apabila berlakunya pembersihan etnik 1970 dan 1990, rakyat Rakhine bertebaran ke pelusuk Asia termasuk negara kita, Indonesia, Thailand dan Bangladesh. Terdapat sebahagian dari mereka dijadikan sumber pemerdagangan manusia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Krisis pembersihan etnik Rohingya terbaharu 2015 hingga kini, sebagai pembersihan terdahsyat dalam siri pembantaian. Lebih dari 1.2 juta pelarian Rohingya terpaksa merentas denai, lurah dan bukit ke sempadan Bangladesh.
Bagi anak kecil ini, tidak berseluar, tiada pampers dan berkaki ayam sudah menjadi darah daging kehidupan mereka. Biarkanlah anak-anak kecil ini bermain debu serta membina istana lumpur di Cox’s Bazar, asalkan hati mereka tenang dan bahagia.
Sekian coretan selepas klinik statik suhazeli.com dari Zon UU, Kem Kutupalong, Cox’s Bazar.
Sumber BO - 1-2-2018
MAPIM memberi perhatian serius keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang memutuskan membatalkan pengIslaman 3 kanak-kanak dalam kes R Subashini lwn T. Saravanan .
Ia menetapkan keputusan pada tahun 2007 tidak mengikat berkaitan dengan tafsiran makna "parent".
Alasan Mahkmah ialah perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan mesti dibaca secara majmuk bermaksud ibubapa bukan lagi ibu atau bapa.
Kami mendapati keputusan ini bercanggah dengan pandangan jumhur ulama dan ini memberi prisiden yang akan mengenepi pendapat jumhur ulama dalam kes akan datang.
Soalnya apakah pandangan jumhur ulama yang kukuh semuanya akan diketepikan ?
Kenapa hukum yang disepakati dalam jurispruden Islam dinafi dan dibatalkan oleh hukum sivil.
Dimana letaknya Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh digugat oleh Mahkmah Sivil.?
Mapim melihat keputusan ini akan menjadi rujukan kepada kes akan datang.
Pokoknya hukum Islam akan terus dikelas-keduakan oleh hukum sivil.
Sudah lama perbahasan isu maruah dan martabat Mahkamah Syariah diketengahkan. Malangnya kes ini membuktikan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah maseh berada dibawah Mahkamah Sivil.
Kes ini menguji martabat dan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Ia mengingatkan seluruh umat Islam di tanah air ini mengenai keputusan mahkamah British dalam peristiwa Natrah pada 1950 di Singapore.
Mapim kesal kenapa undang-undang Islam kini maseh dianaktirikan di negara ini.
Ini bukan hanya soal pentafsiran undang-undang tetapi juga adalah keharmonian antara agama dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan.
Kami mengusulkan semakan semula kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan kearah memperkukuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri.
Setelah 60 tahun merdeka martabat Mahkmah Syariah maseh tidak terangkat secukupnya sehingga kes seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini berulang lagi selepas tercatat kes Natrah kira kira 68 tahun yang lalu.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Sumber TKO - 31-1-2018
BAITUL MAQDIS MILIK KITA
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W, penutup sekalian para Nabi dan Rasul, imam bagi orang yang bertaqwa dan ketua kepada penyeru para mujahidin, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda S.A.W, para sahabat, tabi’in sehingga ke hari kiamat nanti.
Baitul Maqdis adalah ibu negara Islam Palestin, tidak ada tawar-menawar dan tidak sesekali berundur. Baitul Maqdis adalah isu agama Islam sebelum menjadi isu negara dan bangsa. Di sinilah kiblat pertama dan tempat suci ketiga, tanah kelahiran para nabi, tempat perjalanan Isra’ Rasulullah S.A.W, dan juga permulaan Mi’raj Baginda S.A.W sebagai tetamu Allah S.W.T. Tanah suci ini telah dihidupkan oleh Nabi Ibrahim A.S.
“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik (67)” [Al-i’Imran: 67]
Walaupun semua agama mengiktiraf dan memberi penghormatan ke atas Nabi Ibrahim A.S dengan bahasa yang berbeza, sama ada mereka daripada kalangan ahli kitab atau selainnya, maka Nabi Ibrahim A.S. adalah bapa kepada sekalian para nabi.
Firman Allah:
Kita beriman bahawa Palestin adalah bumi Islam dan umat Islam dan bukan untuk orang Arab semata-mata, bahkan jauh sama sekali untuk orang Yahudi yang dimurkai di atas apa yang mereka lakukan dan apa yang telah mereka usahakan.
Langkah menjadikan Baitul Maqdis milik Yahudi, bahkan ke atas Palestin seluruhnya adalah pengkhianatan yang besar terhadap para nabi, termasuk para nabi daripada keturunan Bani Israel. Umat Islam tidak seharusnya mengiktiraf pengkhianatan dan kezaliman rejim Zionis Yahudi. Mereka adalah golongan yang mengkhianati para nabi dan rasul.
Propaganda Freemason dan Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S adalah satu penipuan, kerana negara Islam ini tertegak di atas manhaj Taurat dan kenabian. Mereka tidak beramal dengan kitab Taurat, bahkan menyelewengkannya dan menukarkannya, serta beriman dengan sebahagiannya dan kufur pula dengan sebahagiannya.
Allah menceritakan kisah mereka:
﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ٥﴾ [الجمعة: 5]
Negara-negara Islam dan majoriti negara lain tidak sepatutnya berpihak kepada ‘keldai’ ini, termasuklah negara-negara yang besar dan maju. Celakalah ke atas mereka yang menjadi seperti Zionis daripada bangsa kita dan bertutur dengan bahasa kita yang berusaha untuk menggunakan politik normalisasi (memberi pengiktirafan terbuka kepada Zionis Israel, mengakui kewujudannya dan menjalankan hubungan secara rasmi mahupun tidak dengan Israel).
Begitulah cara nenek moyang mereka memasuki bumi Palestin atas nama hijrah dan jihad. Sedangkan kemasukan mereka selepas sesat di padang pasir selama 40 tahun adalah kerana keengganan mereka untuk berjihad di jalan Allah SWT. Bahkan mereka mempermainkan perintah Allah SWT:
Manakala kejatuhan bumi Palestin dan Baitul Maqdis beberapa kali sepanjang sejarah pemerintahan mereka adalah disebabkan oleh pengkhianatan dan penentangan mereka terhadap risalah para Nabi, kitab-kitab Allah dan agama-Nya. Begitu juga berlakunya kejatuhan Palestin dan Baitul Maqdis pada hari ini selepas Revolusi Agung Arab sebelum 100 tahun lampau iaitu pada permulaan abad lalu yang dekat, kerana kehilangan kemuliaan Islam, sebagaimana ditegaskan oleh Saidina Umar Al-Khattab:
Seterusnya kesetiaan kepada pakatan salib hari ini dan selepas pelaksanaan Deklarasi Balfour serta pembahagian negara-negara Islam melalui Perjanjian Sykes-Picot terhadap mereka yang tidak mempunyai hak selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah di tangan kita sendiri di atas nama Revolusi Agung Arab.'
Di samping itu, isu Baitul Maqdis Timur dimainkan adalah untuk memperkecilkan isu yang besar selepas mereka mengikut dasar politik normalisasi ini sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya terjerumus ke dalam lubang dhob (perangkap Zionis Israel). Ia secara beransur-ansur dipinggirkan daripada isu agama Islam dan kemudian menjadi isu kaum dan nasionalisme arab, kemudian menjadi isu rakyat Palestin, dan menjadi isu tanah yang berlaku sebelum perang 1967, diikuti pula dengan Persidangan Oslo dan Persidangan Madrid, kemudiannya penyelesaian dua negara, seterusnya dibelah menjadi Baitul Maqdis Timur, dan akhirnya apa yang dinamakan sebagai perjanjian abad ini.
Rakyat Palestin telah membantah sekeras-kerasnya, begitu juga umat Islam di seluruh dunia juga menolak perkara ini kecuali mereka yang menyimpang dan mereka ini seakan tidak wujud. Dan ia mengingatkan saya tentang apa yang dikatakan oleh Yasser Arafat Abu Ammar rahimahullah ketika mana Ismail Jan, mantan Menteri Luar Turki datang menawarkan cadangan supaya menyerahkan Baitul Maqdis kepada Yahudi dengan menubuhkan kerajaan baru Palestin dan dibayar sejumlah besar wang. Beliau berkata sambil tersenyum:
Lalu Menteri itu pergi dengan keadaan malu. Sepertimana keluarnya Theodore Herzl, seorang Zionis juga dalam keadaan malu, apabila tawarannya ditolak oleh Sultan Abdul Hamid rahimahullah, Khalifah Turki Uthmaniyyah. Akan tetapi perjanjian baru bagi orang Arab hari ini adalah menyeleweng.
Maka pada hari ini kita berhimpun di bahagian Timur yang paling hujung, iaitu bahagian paling jauh dari dunia Islam. Sesungguhnya kesatuan kita ini merapatkan ikatan persaudaraan (ukhuwwah) atas dasar keimanan dan menjadikan satu barisan sama pada benteng yang sama. Hal ini kerana tidak ada perbezaan di antara barisan yang pelbagai, mahupun yang berbilang-bilang ini, dari Baitul Maqdis sehingga penghujung Timur mahupun penghujung Barat, dan dari Mauritania ke Indonesia dan Malaysia, kerana kita bersepakat bahawa Baitul Maqdis adalah milik kita.
Biarkan Yahudi tahu bahawa rumah-rumah mereka hanyalah seperti rumah labah-labah, meskipun disokong oleh kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto di dalam Majlis Keamanan PBB, yang menyekat keamanan ke atas saudara-saudara kita di Palestin, dan Kerajaan-kerajaan yang disusun oleh rejim Zionis untuk memberikan perlindungan ke atas Israel sehingga berusaha untuk meluluskan permit persenjataan daripada senjata yang paling kecil kepada senjata yang besar seperti senjata pemusnah yang diharamkan di peringkat antarabangsa. Akan tetapi senjata-senjata itu akan musnah berdepan gerakan intifadhah, kanak-kanak bersenjatakan batu dan barisan Islam yang lahir daripada kebangkitan Islam yang diberkati.
Kita telah melihat kebangkitan umat Islam di seluruh dunia, di negara-negara Islam, masyarakat minoriti Islam di pelbagai benua, dari sebuh lautan ke lautan yang lain, dan dari satu ceruk hingga satu ceruk yang lain.
Persidangan kita pada hari ini di Malaysia, adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan darinya. Saya mengalu-alukan kehadiran kalian semua ke Asia Tenggara, bumi yang mempunyai jutaan umat Islam. Oleh kerana itu, barisan kita kepala dan sayapnya di Baitul Maqdis, dan anggota tubuhnya berada dari timur ke barat.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan pihak kerajaan, Perdana Menteri, menteri-menteri, para pegawai, pihak keselamatan, organisasi-organisasi, persatuan-persatuan, para ilmuan dan para ulamak, serta hadirin sekalian.
Kami bermohon kepada Allah S.W.T agar menjadikan perhimpunan kita sebagai satu ikatan di jalan Allah SWT, yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
(Teks ini adalah terjemahan ucapan perasmian Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat MyAqsa Ulama Sedunia Mengenai Baitul Maqdis pada 27-28 Januari 2018 di Pullman Putrajaya Lakeside. Disediakan oleh Pejabat Presiden PAS)
Sumber TKO - 30-1-2018
(Teks suntingan dan transkrip dari ucapan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada Himpunan Munajat Perdana MyAqsa Putrajaya 27 Januari 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
Kembali apa yang diajar oleh Allah
Kita kena kembali balik apa yang diajar oleh Allah. Allah sebut dalam Quran:
Allah dah sebut dalam Quran:
Yang jadi masalah orang kita, Quran pun tak dibaca. Ramai mana di kalangan kita tak boleh baca? Hidup kita tanya, tak takut mati ke tak boleh baca Quran? Tak apa, kalau mati nanti orang tolong baca.
Sumber HD- 28=9-1-2018
PUTRAJAYA – Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku dalam usaha membebaskan Baitulmuqaddis walaupun mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata tindakan 128 buah negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel juga menunjukkan isu Palestin adalah isu semua pihak.
Sumber TKO - 29-1-2018
All Muslim countries are urged to cut off any type of relations with Israel, particularly in terms of diplomatic and economic ties to pressure the country to liberate Palestine and the city of Jerusalem.
It was among the 14 resolutions adopted by over 100 renowned Islamic scholars from 30 countries participating in the World Islamic Scholars Round Table Conference on Jerusalem, here today.
The conference coordinator Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said the call was made following the actions of several Arab states that normalised relations with Israel by recognising the country’s new embassy.
“The road to liberate the Al Aqsa Mosque (Jerusalem) is to sever any political, business, educational ties and so on with the Zionist regime.
“If only one country does it, it will not give much impact. Malaysia can be the first country to adopt this move,” he told a press conference after presenting the resolution.
Mohd Khairuddin, who is also the PAS’ Institute of Strategic Studies director said the resolutions were submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today and they will also be extended to all leaders of Muslim countries for follow-up action.
He said the resolutions also emphasised that the issue of Jerusalem and the Al Aqsa Mosque be included in the subjects taught at the school and higher level of education to raise awareness among young Muslims as the Jewish community have planted the ideology that Jerusalem was theirs from the very young age.
Meanwhile, Federal Territories Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri said one of the resolutions passed in the conference was to designate 2018 as the year of Jerusalem, to inspire and motivate Muslims to liberate the city.
“There are many ways for us to build the unity of the ummah to apply concrete pressure so that Jerusalem will then belong to the Muslims,” he said.
Syrian Islamic Council chairman Syeikh Usamah al-Rifa’i said that if all the Islamic scholars and leaders could focus and implement follow-up action based on the resolutions, it would be the first step to liberate the Al Aqsa Mosque from Israeli clutches.
The three-day conference, which began on Friday and held in conjunction with the MyAQSA Festival, was jointly organised by the MyAQSA Foundation, the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim), the Palestinian Diaspora Scholars Union and the World Union of Muslim Scholars. — Bernama
Sumber BO - 28-1-2018
Sumber TKO - 28-1-2018
Sumber TKO - 22-1-2018
Oleh : Muhammad Sanusi Md Nor
Pada Disember 2017, PASRelief mengirimkan RM30 ribu ke wilayah-wilayah bergolak di utara Arakan untuk mereka membeli bekalan makanan. Alhamdulillah, sehingga awal bulan Januari 2018, sahabat yang menguruskan pembelian dan agihan secara ‘sembunyi-sembunyi’ masih mengirimkan foto proses agihan dan penerima sumbangan itu.
Keadaan saudara mara Rohingya yang tidak berupaya melarikan diri ke Bangladesh sewaktu operasi genocide Myanmar pada bulan Ogos-September 2017 sangat kritikal. Selain terkepung di tengah kawasan krisis, mereka tidak dapat keluar menjalankan aktiviti harian untuk mendapatkan bahan makanan.
Semua kedai diarahkan menghentikan operasi, bekalan makanan dari daerah bersebelahan tidak dapat di bawa masuk dan mereka dikenakan perintah berkurung. Sebahagiannya menahan lapar berminggu-minggu, berjimat dengan sedikit sisa beras yang berbaki.
Keadaan ini tidak berubah sehingga ke hari ini. Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar keluarga yang terperangkap dan yang tidak mampu menempuh perjalanan jauh ke sempadan Bangladesh. Namun pihak tentera dan pelampau Rakhine terus menekan dengan pelbagai kaedah supaya mereka semua terpaksa menjadi pelarian.
Bekalan makanan sumbangan PASRelief yang berjaya diseludup kepada mereka sedikit sebanyak membantu mereka untuk terus bertahan.
Memandangkan keadaan masih tidak berubah, sahabat di Sittwe yang sering menguruskan misi PASRelief ke Arakan menasihatkan misi ke Mrauk-U ditangguhkan sehingga keadaan kembali reda. Keadaan kembali bergolak pada minggu ini kerana pihak polis Myanmar telah menembak mati tujuh penunjuk perasaan etnik Rakhine dua hari lalu.
Kejadian ini meletakkan Muslim Rohingya dalam bahaya kerana mereka akan menjadi mangsa balas dendam pelampau Rakhine.
PASRelief akan mengirimkan bantuan kewangan untuk membeli makanan kepada keluarga Muslim Rohingya yang bertahan di 3 daerah di utara Arakan (Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung) dan bantuan kepada 4,000 keluarga Muslim Rohingya yang mendiami wilayah Mrauk-U.
Sumbangan makanan itu juga akan disampaikan oleh rangkaian PASRelief di beberapa kem IDP (Internal Displacement People) di Sittwe yang didiami oleh 248,000 mangsa keganasan Myanmar.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PASRelief (5640 7061 2223) atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (5640 7061 1352). Kedua -dua akaun ini di Maybank.
***Muhammad Sanusi Md Nor ialah Pengarah PASRelief
Sumber BO - 19-1-2018
KUALA LUMPUR - "Nyahkan sahaja parti politik sekiranya menifesto politik mereka tidak mempunyai agenda Melayu dan Islam," kata Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya.
Menurutnya, jika dahulu tiada orang Melayu mengaku sebagai gay, Melayu mendakwa diri bukan muslim dan tiada orang mempertikai hak bumiputera.
"Malah, beberapa hari lalu ada penceramah luar yang berani menempelak isu bumiputera. Lebih merisaukan, ramai orang Melayu yang menerimanya.
"Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan dengan mencabarnya dan mempertikaikan perundangan," katanya dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, apa yang dilihat hari ini, tiada suara kuat daripada golongan pemerintah berhubung isu ini.
Tambahnya, jadi, kita sebagai rakyat biasa ini terkapai-kapai.
"Mana satu (parti) kita hendak pilih. Kita tidak boleh lagi harapkan parti politik, NGO harus bangun...kita semua berhak memilih.
"Andai kata parti politik yang bertanding nanti tiada agenda Islam dan Melayu, tidak layak pimpin negara ini. Kita nyahkan mereka," katanya.
Sumber TKO - 13-1-2018
Bertemu empat mata dengan Dr Fauziah Mohd Hassan yang merupakan ahli lembaga pemegang amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), penasihat Rose2Rose dan ahli jawatan kuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia. Sudah lama sebenarnya beliau bergiat aktif dalam bidang kemanusiaan ini namun namanya menjadi popular sejak Oktober tahun lalu kerana ekspedisi keamanan Women’s Boat to Gaza yang ditawan oleh tentera Israel sebaik sahaja memasuki perairan Gaza. Video petisyen beliau yang meminta mereka dikeluarkan dari negara haram Israel menjadi viral serta merta.
Mendekati pakar perunding O&G di Hospital Ampang Puteri ini, keperibadiannya yang sangat keibuan membuatkan penulis berasa senang sepanjang sesi fotografi dijalankan. Dalam setiap jawapan yang diberikan ternyata beliau punya semangat juang yang tinggi dan tidak pernah menyerah kalah. Semoga kisah perkongsian ini menjadi satu iktibar dan juga teladan kepada semua pembaca Nona untuk melibatkan diri di dalam bidang kemanusiaan kelak.
PENGLIBATAN
Sudah sibuk dengan kerjaya sebagai seorang doktor kemudian bergiat aktif didalam bidang kepamusiaan pula. Apakah faktor yang membuatkan anda seorang individu yang aktif untuk membantu keamanan sejagat? “Saya rasa ia adalah sebahagian dari diri ini. Sebagai seorang doktor sememangnya sudah menjadi tugas hakiki saya untuk membantu orang. Apabila terdengar krisis kemanusiaan yang semakin menjadi-jadi saya terpanggil untuk turut menghulurkan bantuan, namun ketika terdetiknya niat itu saya masih belum jumpa cara bagaimana hendak membantu sehinggalah pada tahun 1999 apabila Tan Sri Jamilah mengajak saya menyertai misi perubatan Mercy. Sejak itu saya banyak menyertai misi kemanusiaan antaranya di Kosovo, Maluku, Afghanistan, Aceh, Pakistan dan Gaza. Semua misi ini saya ikuti ketika bersama dengan Mercy Malaysia. Kemudian apabila Aqsa Syarif ditubuhkan pada tahun 2010, alhamdulillah saya telah diberi kepercayaan untuk menjawat kerusi timbalan pengerusi dan kini saya turut bertindak dan berkhidmat sebagai seorang ahli lembaga pemegang amanah untuk Humanitarian Care Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MyCARE.”
Apakah dorongan yang membuatkan anda memilih untuk bergiat aktif dalam bidang ini? “
Penderitaan wanita dan kanak-kanak Palestin menjadi satu sumber kekuatan untuk saya bergerak ke hadapan bagi menghulurkan bantuan. Kalau nak tahu, menurut laporan World Health Organization (WHO), kawasan Semenanjung Gaza yang selama ini menjadi kawasan panas yang diceroboh oleh Israel mungkin tidak lagi sesuai di diami pada tahun 2020 berikutan pelbagai jenis operasi ketenteraan dan juga sekatan yang berteruskan hampir sedekad lamanya.
Kalau bukan kita yang melakukan sesuatu, siapa lagi yang boleh? Dunia seakan lupa yang Gaza telah dikepung selama lebih 10 tahun. Untuk membantu, bukan hanya krisis-krisis di bahagaian Asia Barat sahaja yang perlu ditangani, malahan di Malaysia juga kita perlu peka terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Ingatlah bahawa sekecil-kecil bantuan sangat bermakna daripada tidak berbuat apa-apa, kalau ada seringgit sumbanglah seringgit jangan pernah malu, kerana nilai yang sedikit itulah mampu mengubah kehidupan mereka yang memerlukan,” ujarnya penuh semangat.
PERJALANAN WANITA
Berita tentang ekspedisi Women’s Boat to Gaza yang ditawan tentera Israel membuka mata banyak pihak tentang perjuangan dalam menyedarkan dunia bahawa penduduk Gaza sudah lama ditindas.
Untuk pengetahuan anda selain Dr Fauziah, terdapat 13 orang lagi wanita yang turut berada di atas bos tersebut dan mereka terdiri dari pelbagai warganegara, agama dan juga bangsa. Antaranya, dari negara Sepanyol, New Zealand, South Africa, Rusia, Australia, Norway, Sweeden, Ireland Utara dan Kanada.
Sebelum memulakan pelayaran misi ini, adakah sudah tahu bahawa yang misi ini pasti akan gagal dek sekatan kejam rejim Israel di perairan Semenanjung Gaza. Jawab wanita ini, “Memang kami tahu kami akan ditangkap, 99 peratus kami yakin kami akan ditangkap dan hanya satu peratus sahaja keyakinan kami bahawa kami akan selamat sampai. Walaupun sudah agak pasti bahawa keadaan tidak akan menyebelahi kami namun apa yang penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan kepada seluruh dunia bahawa masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza ditindas habis-habisan oleh rejim Israel. Sekurang-kurangnya apabila kami ditangkap sekalipun dunia sedar bahawa masyarakat Palestin masih ditindas dan diperlakukan secara tidak adil.”
Ketika askar rejim Israel menculik delegasi Women’s to Gaza, bagaimana anda mengikis rasa takut apabila berhadapan dengan situasi tersebut? “Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan kepada Dia tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa agar dipelihara keselematan oleh-Nya. Sebelum pelayaran lagi kami sebenarnya sudah dipersiapkan dengan simulasi dan juga latihan non-violence, bahkan ketika di atas bot pun kami berlatih berulang kali tentang reaksi apa yang perlu dilakukan apabila ditangkap. Tunjuk tangan kosong, muka tidak ada mimik marah dan bercakap dengan penuh diplomasi. Sebaik sahaja kami ditangkap saya berbisik kepada diri sendiri supaya tenang dan terus tenang. Ketika kami ditunda masuk ke kawasan haram Israel, kami menangis melihat Gaza kerana ia begitu dekat dan kami tahu banyak keluarga, kawan-kawan, ibu-ibu kecil bersama anak menunggu kami bersama kad kesihatan mereka. Suasana Gaza yang kami lihat sangat malap, gelap gelita dengan hanya ada empat kerlipan lampu.”
Ketika berada di dalam tahanan Israel apakah yang mereka lakukan kepada seluruh delegasi misi Women’s Boat to Gaza? “Semasa di atas kapal mereka geledah seluruh kawasan habis-habisan, tujuannya hendak mencari kamera tersembunyi dan juga senjati. Kami sememangnya sudah bersedia awal-awal telah membuang pelbagai jenis alat teknologi dan juga pisau ke dalam laut. Setelah kami ditahan, setiap langkah diawasi dan dirakam, ini adalah taktik mereka untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mengasari wanita padahal mereka sebenarnya setiap hari mengganggu dan mengasari murabitat yang menjaga masjid Al-Aqsa, wanita-wanita dan kanak-kanak awam di Gaza. “
Penulis bertanya lagi, siapakah murabitat dan apakah peranan mereka di Masjid Al-Aqsa? Jawab beliau, “Untuk pengetahuan semua, murabitat adalah kelompok wanita yang bergilir-gilir duduk di Masjid Al-Aqsa supaya masjid tersebut tidak kosong. Memandangkan orang lelaki dewasa tidak dibenarkan ke sana jadi hanya merekalah harapan untuk memastikan bahawa masjid itu tidak kosong lantas memberi peluang kepada orang Israel untuk memasuki dan menguasainya. Mereka inilah golongan yang selalu dikasari oleh askar-askar rejim negara haram Israel.”
Mendengar kisah beliau membuatkan penulis berfikir seketika, apakah sumbangan diri ini yang sudah dihulurkan buat saudara kita disana, memang ia mengetuk pintu hati. Rasa sedih, kecewa dan marah menyelubungi diri, mengapa dan kenapa Palestin terus menerus di tawan? Sesungguhnya harga keamanan kini semakin mahal. Dalam rancak kami berbual, penulis bertanyakan kepada Dr. Fauziah mengenai sesetengah rakyat Malaysia yang memilih untuk memasuki Israel bagi melawat Masjid Al-Aqsa. Dengar-dengar aktiviti ini sebenarnya hanya mengundang kemajuan ekonomi Israel? Benarkah sebegitu?
“Soal ekonomi saya tidak boleh jawab, namun bagi saya apa yang terjadi hari ini adalah ramai yang mengambil kesempatan melawat Palestin dan Masjid Al-Aqsa ekoran perjanjian damai di antara Jordan dan Israel. Ini merupakan agenda normalisasi Zionis Israel untuk menunjukkan bahawa Masjid Al-Aqsa dan palestin berada dalam keadaan aman walhal ia tidak sebegitu. Hakikatnya kedua-dua tempat ini terus menerus dijajah! Kita perlu sedar bahawa ini adalah taktik licik israel, dalam dia sebenarnya mereka melumpuhkan semangat jihad umat Islam untuk menuntut kebebasan Al-Aqsa dan Palestin. Untuk pengetahuan semua, apa yang diperlukan oleh kedua-dua tempat ini adalah ia dibebaskan dan bukannya dilawati!” jawab beliau meluahkan pandangan peribadi mengenai hal ini.
CERITA TERKESAN
Pernahkah anda menitikkan air mata sepanjang menyertai misi kemanusiaan? “Kalau nak cakap soal kesedihan atau menyayat hati, saya bukanlah seorang yang senang menangis dan sangat penting untuk saya mempunyai mental yang kuat apabila menyertai misi kemanusian. Namun berbeza dengan misi kemanusiaan di Turki pada tahun 2014 yang mana saya membantu pelarian wanita dari negara Syiria yang sekian lama dipenjarakan di dalam penjara Bashar Al-Assad. Kisah dan juga trauma yang dialami oleh wanita-wanita ini membuatkan airmata saya jatuh, sedih! memang sangat menyayat hati. Wanita-wanita ini ditahan kerana suami mereka dituduh sebagai tentera pemberontak yang menentang Bashar Al-Assad.
Bayangkan sebelum mereka melarikan diri sepanjang dalam tahanan saban hari ada sahaja lelaki yang merogol mereka bukan setakat rogol malahan alat sulit mereka dirodok dengan kayu dan tikus dimasukkan ke dalamnya. Paling menyedihkan apabila mereka berjaya keluar dari penjara keluarga sendiri tidak dapat menerima keadaan diri mereka dan ada yang diceraikan seuami. Bayangkan betapa kejamnya penderaan yang dilakukan. Apabila sampai di Turki para doktor terpaksa membaiki kemaluan mereka. Ada seorang wanita yang saya bantu, langsung tidak boleh melihat lelaki, dia akan menangis dan meraung akibat kesan trauma. Wanita-wanita yang dahulunya menderita ini sekarang sudah bekerja dibawah Syirian Women Association dalam membantu orang lain yang memerlukan pula.”
*ARTIKEL INI DITERBITKAN DI DALAM NONA EDISI MAC 2017
Sumber :
http://www.nona.my/bukan-setakat-dirogol-bahkan-kemaluan-mereka-dirodok-dengan-kayu-dan-dimasukkan-tikus-dr-fauziah-mohd-hassan/
Sumber TKO - 29-12-2017
KUALA TERENGGANU – Agensi kemanusiaan PAS, PASRelief telah membangunkan sebanyak
34 buah sekolah telah untuk anak-anak Rohingya di kem-kem pelarian Cox Bazar, Bangladesh.
Pengarahnya Haji Sanusi Md. Nor berkata, selain itu PASRelief juga telah mendirikan masjid, mengagihkan peralatan, buku, alat tulis dan membiayai para guru.
“masjid enam buah, peruntukan untuk pendidikan bagi 34 buah sekolah termasuk bangunan, peralatan, buku-buku dan gaji guru,
“Lebih RM200,000 dibelanjakan melibatkan lebih 1,500 orang anak-anak pelarkan Rogingya,” jelasnya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah pertubuhan antarabangsa telah memberi amaran generasi Rohingya ‘akan hilang’, sekiranya lebih 500,000 orang kanak-kanak pelarian tidak mungkin menerima persekolahan pada tahun 2018.
Menurutnya, sejak menggerakkan kempen untuk membantu pelarian Rohingya, PAS telah menghantar lebih daripada RM 2 juta dalam bentuk makanan.
Selain itu beliau berkata, kemudahan asas seperti khemah sementara (shelter), telaha tiub dan dilik mandi wanit juga telah dibina.
“in shaa Allah kita akan meneruskan program membantu pelarian Rohingya ini secara berterusan kerana belum adapenyelesaian mantap oleh pemain antarabangsa,
“bermakna……tempoh masa warga Rohingya yang kini berlindung di sempada Banglaseh-Myanmar tidak pasti dan mungki akan memakan masa bertahun-tahun,” ujarnya.
Justeru itu, beliau merayu kepada semua warga yag prihati untuk terus menyumbang kepada PASRelief bagi meringkan kesukaran yang dialami oleh Rohingya yang tertindas.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief N0. Akaun Maybank 5640 7061 1352
Sumber BO - 26-12-2017
PELAWAAN menjadi salah seorang peserta sukarelawan PASRelief Malaysia pada 12 hingga 17 November lalu, seakan mimpi buat penulis. Namun inilah antara anugerah Allah yang terindah dalam hidup ini.
Memang penulis akui untuk meninggalkan keluarga tersayang, kampung halaman dan komitmen tugas di tanah air di samping pelbagai cabaran lain bukanlah suatu pengorbanan kecil untuk dilakukan. Namun penulis reda dan pasrah serta berazam untuk melaluinya dengan tabah demi menjadi sebahagian daripada sukarelawan misi kali ini.
Keazaman tinggi terbit untuk menyaksikan sendiri penderitaan etnik Muslim Rohingya di kem pelarian di bumi Bangladesh.
Sumber HD - 8-12-2017
Sumber HD- 8-12-2017
PELUANG dan kesempatan mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya di sempadan Cox’s Bazar, Bangladesh amat bermakna bagi Dewan Muslimat PAS Terengganu.
Ketuanya, Ustazah Zarani Othman menceritakan penyertaan beliau bersama delegasi itu merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.
PUTRAJAYA: Tidak memahami syarat pengeluaran, sukar mendapat pinjaman dan tertekan dengan kos sara hidup merupakan antara punca pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terjebak dan mudah tertipu dengan aktiviti penipuan pengeluaran simpanan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Keadaan itu menyaksikan pencarum sanggup berpakat dengan sindiket atau ejen yang sentiasa 'mempunyai maklumat' mereka yang berdepan masalah kewangan sehingga sanggup bekerjasama menipu KWSP dengan menyediakan dokumen palsu bagi merealisasikan hasrat memiliki 'sejumlah wang'.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendedahkan terdapat pencarum yang berpakat dengan syarikat perumahan dan ejen hartanah untuk menipu KWSP semata-mata bagi mendapatkan hak ke atas wang simpanan mereka walaupun menyedari ia adalah tindakan yang salah.
Dengan menyasarkan pekerja sektor swasta berumur antara 30 hingga 50 tahun, beliau berkata sindiket atau ejen berkenaan seolah-olah mempunyai data lengkap mereka yang terdesak sebelum menghampiri, berbincang seterusnya berpakat bagaimana untuk bertindak agar wang simpanan boleh dikeluarkan.
Berkongsi kisah mangsa sindiket pengeluaran wang caruman KWSP, Nadzim berkata ada di antara pengadu mengakui mengalami gangguan mental dan emosi selepas berurusan dengan sindiket tersebut kerana mereka bukan sahaja menipu, malah turut ditipu setelah wang simpanan berjaya dikeluarkan.
"Mereka katakan ia sebagai tipu keliling atau tipu 100 peratus iaitu sama-sama berpakat menipu KWSP dan selepas simpanan berjaya ditunaikan, mereka pula ditipu ejen sehingga tidak mendapat sesen pun daripada pengeluaran wang hasil keringat sendiri.
"Mereka akui pengeluaran bukan untuk tujuan membeli rumah atau hartanah seperti dinyatakan di dalam dokumen yang diserahkan kepada KWSP tetapi ia lebih kepada tekanan untuk memiliki wang segera, apatah lagi setelah termakan kata-kata manis sindiket bahawa wang itu milik mereka dan mereka berhak ke atasnya dalam apa cara sekalipun," katanya kepada Bernama.
Nadzim berkata sejak tiga tahun lepas sehingga kini, PPIM telah menerima kurang daripada 10 aduan berkenaan kes seumpama itu.
Beliau berkata walaupun masih rendah, pakatan penipuan secara bersama antara pencarum dengan sindiket, ejen atau pihak berkepentingan lain perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah kerana pencarum bukan sahaja perlu membayar fi atau wang perkhidmatan kepada pihak tersebut sehingga 10 ke 40 peratus daripada jumlah pengeluaran, tetapi lebih malang ada di antara mereka terpaksa 'bermandikan air mata' apabila ditipu oleh pihak yang diberikan kepercayaan.
"Kita nasihatkan pencarum agar menghargai nilai wang yang disimpan hasil daripada titik peluh mereka dengan tidak mudah mempercayai sindiket atau ejen yang menawarkan pertolongan mengeluarkan wang caruman dan lebih utama, pencarum perlu sedar KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga dan mengenakan sebarang bayaran dalam urusan pengeluaran wang simpanan tersebut," katanya.
Kes melibatkan pencarum yang menipu untuk mengeluarkan wang simpanan pekerja sehingga berani menggunakan sindiket tertentu bagi mengeluarkan wang simpanan mereka walau berdepan risiko tinggi termasuk caj sampingan ejen juga dipercayai terjadi akibat perancangan kewangan yang tidak efisien serta penggunaan kad kredit untuk melakukan pembelian tidak mustahak.
Anggota Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata tiada perancangan kewangan peribadi dan penggunaan kad kredit tanpa kawalan akan menyebabkan hutang seseorang individu bertambah lalu mendorong mereka meminjam daripada pihak yang sentiasa mengintai peluang menggunakan mereka.
Walaupun tidak menerima aduan secara rasmi, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), itu berkata pemerhatian pihaknya mendapati keadaan itu menyebabkan pencarum meminjam wang daripada sindiket tertentu untuk melunaskan hutang terdahulu yang tanpa disedari menjadikan mereka berhutang dengan sindiket tersebut.
Dalam situasi itu, sindiket akan mencadangkan supaya pemiutang mengeluarkan wang simpanan KWSP dan menawarkan bantuan menguruskannya dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi kepada mangsa bagi melunaskan hutang walau terpaksa menipu atau mengemukakan dokumen palsu kepada KWSP, katanya.
Beliau berkata modus operandi sama turut digunakan bagi menjerat pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya daripada kalangan keluarga berpendapatan sederhana untuk memujuk ibu bapa mengeluarkan wang caruman atas nama pengeluaran pendidikan, satu daripada pengeluaran yang dibenarkan dibuat oleh pencarum daripada Akaun 2 bagi tujuan membiayai pengajian mereka atau anak mereka di peringkat pengajian tinggi.
"Kami sedar pelajar amat mudah menjadi mangsa sebagaimana mudahnya mereka terjebak dengan sindiket penipuan berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) dan atas kebimbangan itu, kami di USIM sentiasa memberi penerangan tentang caruman KWSP dan prosedur pengeluaran serta kepentingannya kepada masa depan pencarum, khususnya kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan KWSP telah membuat laporan polis berhubung 312 kes penipuan pengeluaran KWSP yang membabitkan pencarum dan dua institusi pengajian tinggi swasta yang bersubahat dengan pencarum membuat penipuan pengeluaran simpanan KWSP dengan berselindung menawarkan kursus di institusi berkenaan.
Sementara itu, KWSP mengingatkan pencarum agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan muslihat sindiket yang mengambil kesempatan kemudahan pengeluaran Akaun 2 melalui iklan yang dikesan dilakukan secara aktif melalui media sosial, apatah lagi iklan perkhidmatan tersebut secara haram menggunakan logo KWSP untuk meyakinkan pencarum.
Selain mempunyai sistem yang sangat komprehensif untuk mengesan percubaan penipuan dokumen, KWSP juga tidak pernah melantik atau meluluskan perkhidmatan pihak ketiga dengan tujuan mempercepatkan permohonan pengeluaran, malah pencarum yang memenuhi kriteria pengeluaran boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP dan memohon pengeluaran tanpa perlu melalui ejen atau pihak ketiga.
Mengikut laporan akhbar, sebanyak 85 kes cubaan penipuan pengeluaran direkodkan KWSP pada 2015, diikuti 152 kes tahun lepas dan 63 kes setakat Jun tahun ini yang mana sindiket menggunakan iklan di media sosial, risalah dan iklan yang menjanjikan kelulusan mudah bagi pengeluaran wang daripada pencarum sebagai modus operandi.
Berdasarkan Akta KWSP 1991, pencarum yang didapati bersalah membabitkan dokumen palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 19-11-2017
KUALA TERENGGANU – Tindakan yang lebih agresif adalah amat perlu daripada semua pihak, terutama daripada peringkat paling tinggi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengani isu Rohingya.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, penderitaan yang dialami oleh mereka, tidak boleh digambarkan dengan perkataan.
Katanya, bagaimana dahsyatnya pihak berkuasa Myammar telah menindas, menzalimi, mengusir dan juga membunuh masyarakat umat Islam Rohingya.
Justeru itu beliau mempersoalkan, mengapa kuasa-kuasa dunia mereka boleh mengambil tindakan segera dalam isu Korea Utara, tetapi sebaliknya dalam isu Rohingya.
“Mereka mengadakan sekatan ekonomi dan pada tahap yang paling maksimum……..sepatutnya isu Rohingya ini juga menjadi satu isu yang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia,
“Bukan sahaja diatas nama Islam tetapi atas nama kemanusiaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, selepas tiba dari Dhaka pada jam 1.00 pagi, pada Sabtu 18 November.
Haji Yahaya pulang selepas mengetuai Misi Kemanusiaan PASRelief Terengganu menyantuni warga pelarian Rohingya di kem-kem pelarian di Cox’ Bazar dari 13 hingga 17hb November.
Oleh itu, beliau menegaskan, Malaysia mesti mempunyai suatu peranan supaya ASEAN sebagai pertubuhan yang paling dekat dapat menekan Myanmar.
“Myammar menjadi salah seorang daripada anggota ASEAN (Malaysia ambil) supaya dapat memberikan satu tekanan supaya isu masyarakat umat Islam diselesaikan seberapa segera,
“walaupun saya baca dalam surat khabar di Bangladesh tadi, nampak ada satu nada yang sedikit lembut daripada pihak berkuasa Myammar untuk mempertimbangkan supaya mereka (Rohingya) kembali ke tanah air secara selektif
'
“tetapi dari segi tindakannya mesti disegerakan, sebab masalah yang mereka alami itu satu masalah yang tidak boleh ditangguhkan lagi tindakannya,” tegas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada, samada Malaysia ataupun di luar negara, mesti bertindak segera menghulurkan apa jua bantuan.
Sumber BO - 19-11-2017
COX’S BAZAR, Bangladesh – Kerajaan Malaysia digesa lebih serius menangani isu Rohingya dan menekan pemerintah Myanmar bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai serta pembersihan etnik umat Islam itu.
Pengarah PASRelief Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerja-kerja kemanusiaan seperti melawat dan menyampaikan sumbangan serta janji mahu membina hospital, boleh dilaksanakan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO).
“kerajaan sepatutnya boleh berperanan dan bertindak lebih daripada apa yang telah dibuat, kalau nak buat hospital sahaja, pihak NGO pun boleh buat,
“tidak ada tindakan diplomatik atau langkah-langkah menghentikan pengambilan tenaga kerja dari Myanmar serta memutuskan hubungan dagang dengan Myanmar bagi meningkat tekanan kepada pemerintah Naypiydaw,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan 50 tan makanan kepada pelarian Rohingya di kem pelarian Balukhali pada Selasa, 14 November.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, yang kini sedang berada di sini bersama delegasi Misi Kemanusiaan Kelapan PASRelief, memberi ingatan agar pemimpin negara ‘tidak bermain wayang’ dalam isu Rohingya.
“mereka menzahirkan simpati kepada Rohingya tetapi pada masa yang lain mereka ‘berjabat tangan’ dengan pemimpin Myanmar,
“sebagai salah sebuah negara yang aktif dalam ASEAN khususnya dalam soal hak asasi manusia, namun tidak ada gesaan supaya Myanmar bertanggungjawab dan mengembalikan hak warganegara kepada Rohingya,” jelasnya.
Turut sama pada Misi kali ini ialah kepimpinan PASRelief Terengganu, diketua Pengerusinya Haji Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat YB Ariffin Deraman dan Setiasusaha PASRelief Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Sehubungan itu, Ariffin berkata, belum nampak usaha secara serius yang diambil oleh kerajaan Malaysia atau pun negeri Terengganu, bagi menyelesaikan isu tersebut.
“walaupun ada mereka (kerajaan) menghantar Misi bantuan tetapi bagi sebuah kerajaan yang besar, sepatutnnya mereka lebih ‘sentimental’ lagi dengan isu ini,
“sepatutnya kerajaan Malaysia tegas berbincang dengan Aung San Su Kyi kerana Myanmar sebahagian daripada ASEAN, (kerajaan) boleh memberi tekanan ekonomi dan lain-lain yang munasabah,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, rakyat tidak nampak apa-apa kesan daripada tindakan kerajaan Malaysia masakini.
“sehingga kini kita tidak nampak dengan jelas apa yang tindakan atau peranan yang diambil kerajaan, tindakan NGO adaah terhad ,
“sepatutnya kerajaan memberi tekanan yang kuat, sehingga akhirnya Myanmar akur dan mematuhi kehendak (masyarakat) antarabangsa…….untuk (dan) memastikan apa yang sedang berkalu ini tidak berulang,” ujarnya.
Sumber BO - 15-11-2017
Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di adakah pada 11.11.17 di Dewan Laman Anggerik, Bandar Baru Bangi mendapat sambutan sangat baik dan menunjukkan anak muda diperantauan masih bersama PAS.
Sumber TKO - 12-11-2017
Wanita yang berdepan diskriminasi agama perlu membuat aduan, kata Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Beliau berkata, aduan yang dibuat bukan untuk menyusahkan mereka, sebaliknya bagi menjaga agama dan kebajikan wanita itu sendiri.
“Mereka tidak perlu rasa takut kerana segala maklumat akan dirahsiakan,” katanya mengulas laporan Malaysian Employer Federation (MEF) menerima aduan pekerja hotel yang dilarang memakai tudung di tempat kerja, semalam.
Meluahkan rasa kesalnya, Dr Rafidah berkata, menutup aurat adalah satu tuntutan dalam agama Islam.
“Menghalang pekerja bertudung sangat melampaui batas dan tidak dapat diterima, apatah lagi tiada sebab kenapa tudung dianggap bermasalah dalam menjalankan tugasan hospitaliti di bidang perhotelan.
“Lebih-lebih lagi, keadaan ini berlaku di Malaysia, di mana Islam adalah agama Persekutuan. Syarikat swasta tidak terkecuali daripada memberi pekerja mereka hak dalam beragama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Hujah ini juga terpaksa untuk kes syarikat penerbangan negara, MAS dimana telah terdapat suara daripada pramugari mereka untuk dibenarkan memakai tudung.
“Pramugari bertudung telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik di musim haji, dalam penerbangan ke Makkah, maka hijab tidak sesekali menjadi faktor ketidakcekapan seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut Dr Rafidah berkata, dalam industri perhotelan, tidak mudah bagi seseorang wanita untuk mengadu kerana ia melibatkan gaji, elaun dan juga penempatan latihan industri sebagai pelatih.
“Bagi seorang pelajar, kita maklum bahawa mereka perlu menjalani latihan industri di akhir semester sebelum mereka boleh bergraduasi. Pelajar Muslimah kita tidak mempunyai banyak pilihan dan terperangkap dalam diskriminasi agama yang sistematik.
“Bagaimanapun saya menyeru wanita yang berhadapan dengan diskriminasi agama ini untuk tampil ke depan, buatlah aduan,” katanya.
Sumber TKO - 8-11-2017
"Kadang-kadang kita lihat, ada cyber trooper yang tiba-tiba menghentam kami, organisasi yang kecil yang membawa brand 1Malaysia ini, mengatakan kami nak buat duit.
"Selama tujuh tahun saya kendalikan unit tindakan khas (PPIM), kat mana yang mengatakan kami buat duit. Kami memperjuangkan isu pengguna," katanya.
Yusuf berkata, disebabkan peruntukan itu semalam, beliau digelar dengan perkataan kesat termasuk dipanggil bab* oleh netizen.
"Saya ni kasihan saya tuan-tuan. Dalam Facebook sekarang ni semua cakap saya bab*," katanya.
'Tak akan ambil RM1 pun'
Berikrar tidak akan menyentuh wang berkenaan Yusuf berkata peruntukan itu bukan untuk dirinya sebaliknya membantu golongan pengguna yang teraniaya.
“Saya Insya Allah, saya janji saya saya tak ambil RM1 pun, Insya Allah, bukan sebab saya tak ambil sebab duit itu haram, tidak, tapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima.
“Mungkin yang patut terima adalah tuan-tuan,” kata Yusuf dalam video dimuat naik olehnya di Facebook.
Nama Yusuf mula mencuri perhatian selepas tindakannya dan aktivis PPIM lain menyerbu premis sebuah syarikat pajakan kenderaan beberapa bulan lalu.
Tindakan itu dikatakan diambil untuk membantu sejumlah individu mendapatkan semula kereta mereka daripada syarikat terbabit.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, Yusuf dan rakan-rakannya dilihat berdepan pekerja syarikat itu dan bertindak memecahkan mangga kunci pagar stor syarikat serta merobohkan pagar premis berkenaan.
\
Susulan itu, Yusuf dan seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang 24 Oktober lalu atas tuduhan menceroboh.
Semalam Zahid ketika berucap merasmikan penutup Forum Pengguna Ke-7 di Menara Felda, Kuala Lumpur mengumumkan peruntukan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.
Menganggap peruntukan itu sebagai fardu kifayah, Zahid berkata wang itu akan digunakan bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah pengguna yang berdepan dengan syarikat pinjaman tidak berlesen (Ah Long) dan membanteras perjudian haram.
Sumber TKO - 6-11-2017
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan menghantar bantuan melalui perhubungan komuniti Rohingya tempatan di perkampungan etnik Rohingya dalam Wilayah Maungdaw dan Bhutidung, Arakan, Myanmar.
BERPELUANG menyertai Misi Bantuan Kemanusian PASRelief pada 8 - 12 Oktober lalu adalah pengalaman amat bermakna dan menginsafkan. Itulah detik dapat menyantuni etnik Rohingya yang berlindung di kem-kem pelarian berhampiran bandar pelancongan, Cox’s Bazar, Bangladesh.
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36296
Assalamua'laikum wmbth..
sama2 membantu.. walaupun rm10 seorg.. insyaa Allah
KUALA LUMPUR: Tiga puluh tahun lalu, ketika kanak-kanak lain sedang belajar menyanyi di tadika, Tania Fernandez sudah terbiasa dengan ungkapan seperti “penahanan tanpa perbicaraan”.
Anak perempuan bekas aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez itu mengenang kembali pengalaman menjadi sebahagian kumpulan sokongan untuk membantu keluarga mangsa tangkapan Operasi Lalang ketika berumur 6 tahun.
Beliau masih mengingati kehangatan berada dalam kalangan mereka yang saling menghargai antara satu sama lain sebagai keluarga, ketika beliau bersama ibunya menyertai perhimpunan.
“Satu lagu yang terlekat di fikiran saya dan memberi banyak pengertian kepada saya sehingga hari ini ialah ‘We Shall Overcome’,” katanya pada majlis memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Tania berkata beliau mendapati hak asasi manusia dan kebebasan sivil di Malaysia hari ini seteruk zaman itu.
“Tiga puluh tahun kemudian tiada apa pun yang berubah,” katanya sambil menambah terpulang kepada generasi sekarang untuk membuat pendirian dan mengubah keadaan menjadi lebih baik.
“Kita tidak berada di barisan depan tetapi sekarang adalah masa untuk kita bertindak dan membuat perubahan.
“Kita semua mesti sedar pilihan raya tidak lama lagi dan sekarang adalah masa untuk kita mengubahnya.”
Operasi Lalang yang juga dikenali sebagai Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 menyaksikan 106 individu termasuk aktivis masyarakat, pemimpin NGO, ahli politik pembangkang, intelektual dan aktivis pelajar ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Antara tahanan ISA yang terkenal ialah Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden MCA Chan Kit Chee, Ketua Pemuda PAS Halim Arshat, Ahli Parlimen Umno Pasir Mas Ibrahim Ali dan Exco Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohamed Fahmi Ibrahim.
Selain Kua, yang menjawat jawatan ketua publisiti Jawatankuasa Hak Sivil pada masa itu, turut ditahan ialah Pengerusi Dong Jiao Zong (Persatuan Pendidikan Cina) Lim Fong Seng dan ahli Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Irene Xavier.
Sumber TKO - 29-10-2017
ARAU: Prihatin dengan krisis menimpa umat Islam di Rakhine, Myanmar, PAS Kawasan Arau telah menganjurkan Makan Malam Amal Bersamamu Rohingya, semalam.
Jangan perkecil bahasa dan warisan Melayu
KAMI ingin menegaskan bahawa bahasa dan warisan Melayu tidak boleh diremehkan atas nama Malaysia Baharu.Pakatan Harapan menjanjikan bahawa Bahasa Kebangsaan akan didaulatkan sesuai dengan Perlembagaan Negara.Kestabilan di negara ini adalah berdasarkan hubungan antara kaum yang sihat akan tetapi juga dengan menerima hakikat bahawa negara ini mempunyai warisan dan identiti bangsa Melayu yang menjadi teras kepada pembangunan negara ini.Sebarang tindakan berganjak dari prinsip ini atas nama apapun pasti akan mencetuskan konflik dalam masyarakat.Negara ini bertahan dengan semangat bahawa asas kerukunan hidup berbangsa di tanah air ini ialah menerima identiti kemelayuan Islam pada negara yang dibina selama ini.Melayu dengan warisan bahasa dan budayanya yang menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa di negara ini juga menerima kehadhiran kaum lain tanpa menafi hak mengamalkan bahasa, agama dan budaya masing-masing.Ini disuratkan secara zahir dalam dokumen terpenting negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang disepakati bersama.Antara teras perlembagaan negara adalah menjamin status bahasa, agama Islam dan keistimewaan bangsa Melayu.Adakah status ini menafikan hak kaum lain? Selama lebih 60 tahun negara ini merdeka, kemajmukan negara ini tetap mekar dengan segala ruang yang diberi kepada kaum lain, dari ekonomi, pendidikan, bahasa hingga budaya. Lihatlah negara negara di sekitar rantau ini, adakah keterbukaan seperti ini dibenarkan?Jadi apakah yang mengikat kebersamaan antara kaum di negara ini jika tidak dengan menghormati kontrak sosial yang disepakati untuk menerima watak kebangsaan Melayu dan keislaman di negara ini. Watak negara yang berteraskan Bahasa Melayu dan Islam sebagai sahsiah negara tidak boleh dimasalahkan atas nama kemajmukan dan internasionalisme atau multilingualisme.Lebih dari itu Bahasa Melayu dinaungi di bawah Akta Bahasa Kebangsaan untuk memastikan agar seluruh rakyat di negara tidak memperlekehkan wajah asas negara Malaysia yang punya bahasa kebangsaan sendiri.Jadi menjadi sangat tersasar jauh bila ada golongan yang menunjukkan riak dan petanda Malaysia Baharu menyelit hasrat untuk mengenepikan dan akhirnya menghakiskan sifat asas negara ini.Tidak salah jika ada yang akan menanggapi bahawa ada agenda untuk secara beransur-ansur merubah Malaysia kepada senario negara jiran, dengan dua kes yang dizahirkan oleh dua menteri iaitu Menteri Multimedia yang memulakan kembali siaran berita Bahasa Mandarin dan Tamil di Bernama news Channel dan Menteri Kewangan yang mengeluarkan kenyataan rasmi dalam Bahasa Mandarin. Adakah tersirat agenda kaum Melayu dan status bahasa dan agama Islam akan cuba dipinggirkan?Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Saya mula menulis artikel ini dalam penerbangan pulang ke tanah air setelah 16 hari berada di New Zealand. Saya berkesempatan bukan sahaja melawat ibu negara Auckland, berceramah dan bertemu komuniti Islam di sana, malah juga berkereta ke sebahagian pulau utara, iaitu ke Rotorua dan Semenanjung Coromandel, diikuti ke timur utara, melancong ke Paihia dan Bay of Islands.
Ini adalah lawatan kelima saya dan setiap kali ke New Zealand, tidak dapat mengelak daripada membandingkan kehidupan di sana, iaitu sebuah negara kecil berlandaskan tamadun Barat, dengan negara Islam lebih besar seperti Arab Saudi dan Mesir, (yang secara kebetulan baru juga lepas saya lawati), mahu pun dengan kehidupan di tanah air sendiri.
Negara Islam tanpa Muslim!
Bagi saya, paling mengagumkan ialah kesungguhan dan kegigihan warga New Zealand menjaga kebersihan dan memelihara keindahan seluruh negara pulau ini. Kejayaan hebat mereka secara langsung menjadi identiti New Zeaaland, menzahirkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup berlandaskan tamadun Barat.
Pasti ramai berpendapat iklim dan keindahan alam semula jadi faktor utama membuatkan New Zealand indah permai. Namun, perhatikan keadaan di beberapa negara berlandaskan tamadun Islam.
Sekalipun tidak kurang dengan keunikan dan keindahan alam semula jadi pantai, sungai, hutan dan padang pasir, bukit dan gunung, malangnya kebanyakannya tidak dijaga dan dipelihara.
Hal ini berlaku di Mesir, termasuk di sekitar kesergaman ciptaan sejarah manusia seperti Piramid. Namun ingatan saya dalam melawat ke Piramid dicemari kenangan bau busuk najis kuda dan unta, selain debu pasir dan sampah sarap merata mencemar indera. Bukan sahaja di Mesir, malah dapat dilihat di tanah air.
Ia merosakkan keindahan dan keunikan pembangunan di Malaysia, seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser. Demikian juga kita saksikan di negara Islam kaya seperti di Arab Saudi dan lainnya.
Kebanyakan keindahan semula jadi dan tempat bersejarah terbiar, kotor, dan jika dibangunkan, dengan kaedah mencemar pandangan, tidak teratur dan rendah nilai kecantikan estetika.
Jika semua ini berlaku di dunia Islam, sesungguhnya ia satu tragedi besar sejarah dan satu “penderhakaan” terhadap falsafah hidup sebagai Muslim. Kerana umat Islam adalah umat sepatutnya lebih sedar dan peka terhadap peranan mereka sebagai khalifah melindungi alam semesta kejadian Tuhan.
Sekitaran hidup umat rata-rata kotor dan banyak yang jijik lagi tercemar setelah dirosakkan “perbuatan tangan manusia” tanpa batasan dan kepedulian. Sebahagian kerosakan berlaku berpunca kemiskinan melata berpanjangan tanpa pembelaan; sementara kepimpinan umat pula dirasuk pembolotan dan penyalahgunaan kuasa melampau mengutamakan kepentingan sempit dan serong peribadi hingga abaikan amanah khalifah kepemimpinan.
Semua ini buat saya teringat kenyataan seorang ulama besar Islam pada akhir abad ke-19, Muhammad Abduh, yang sangat tajam dan mendesak umat Islam perbaharui kehidupan.
Sekembali daripada melawat Eropah Muhammad Abduh pernah menyatakan: “Aku pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim, tetapi tidak melihat Islam.” Perasaan sama seperti ini tersentuh di hati sanubari dan menusuk ke minda saya seluruh perjalanan di New Zealand.
Budaya bersih, kehidupan jernih
Hari ini ramai Muslim cepat mengkritik dan mencemuh Barat; ada yang langsung menuduh menyalahkan Barat atas segala kelemahan umat Islam. Memang Barat banyak melakukan dosa dalam sejarah manusia, dan menerusi dominasinya terhadap umat bukan Barat, banyak melakukan penganiayaan dan kezaliman.
Namun bukan tangan Barat sahaja merosakkan dunia, kerana tangan pemimpin Islam juga banyak mencemarkan kehidupan umat Islam sendiri. Perhatikan sahaja kekejaman pemerintahan Arab pra-revolusi 2011 di bawah rejim Zainalabidin Ali di Tunisia, Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya.
Perhatikan juga bagaimana negara berlandaskan tamadun Barat, sekalipun kecil seperti New Zealand, bebas daripada kerosakan dan pencemaran kehidupan bermasyarakat, juga sangat bersih dan penduduknya sangat prihatin tentang kebersihan.
Semua bandar kecil dan besar di New Zealand; sepanjang lebuh raya, jalan, juga lorong; sampai ke seluruh pelosok desa, pantai, sungai, pulau, bukit dan gunung; semuanya terjaga bersih dan indah dilihat.
Bandingkan keadaan ini dengan negara Islam di mana-mana. Gambaran sebaliknya akan kita dapati, sekalipun kebersihan satu anjuran asasi Islam yang juga nikmat hidup yang sewajarnya dimanfaatkan dan dibudayakan sebelum kita boleh menjernih dan memurnikan kehidupan sebagai umat terbaik atau “khaira ummah”.
Paling menarik perhatian, saya perhatikan di New Zealand tidak ramai pekerja pembersihan penguasa tempatan berbanding Malaysia. Sekalipun sampah-sarap di rumah rata-rata dipungut seminggu sekali, sekitaran masih terjaga bersih.
Kerja pembersihan berimpak besar turut dilakukan pasukan pembersih sukarela awam, termasuk kanak-kanak, yang bekerja terus menerus membersih dengan serius, dedikasi dan dengan cara tersusun dan berorganisasi.
Ia juga dijadikan tanggungjawab peribadi amalan setiap penduduk, dilengkapi undang-undang dan peraturan yang tegas dikuatkuasakan. Jelas sekali, penjagaan kebersihan berkesan dan berjaya diintegrasi setelah dibudayakan masyarakat New Zealand.
Paling ketara, tandas awam hampir semuanya sangat bersih, sehingga seolah-olah dapat dirasai kebersihannya. Malangnya ini jarang sekali didapati di negara Islam. Setiap kali kita gunakan air dari sumber kemudahan awam di New Zealand, terutama untuk berwuduk atau bersuci, kita pasti merasa lebih yakin kebersihannya berbanding keadaan di majoriti negara Islam.
Keselesaan dan keselamatan kehidupan di New Zealand juga nyata lebih terjamin. Pasti terdapat insiden jenayah pecah rumah, rompakan, dan lainnya; namun tidak sampai tahap membimbangkan dan mengancam kehidupan masyarakat. Antara buktinya: Tingkap dan pintu rumah di New Zealand banyak menggunakan kaca, tanpa dicacatkan jaring besi keselamatan.
Tidak seperti di Malaysia di mana majoriti penduduknya terpaksa tinggal dalam rumah umpama banduan dalam penjara: Rumah terpaksa dipagar; pintu dan tingkap dirantai dan dimangga; seluruh rumah digrill dan dikawal penggera. Itupun, penghuninya masih tidak dapat tidur lena!
Binatang dan haiwan juga terlindung dan lebih selamat di New Zealand. Saya pernah bertemu anggota pasukan penyelamat haiwan, lengkap peralatan dan kereta menyelamat, termasuk ambulan khas untuk haiwan! Langsung teringat membaca mengenai kehidupan umat Islam di puncak kegemilangan tamadun Islam lebih lima abad dahulu.
Terdapat catatan dalam sejarah pembangunan wakaf untuk manfaat masyarakat di mana sebuah wakaf pernah ditubuhkan oleh orang kaya Islam khas untuk melindungi dan memberi makan serigala di hutan di luar kota Islam. Tujuannya ialah supaya serigala tidak perlu datang ke kota mencari makanan, mengelakkannya diancam atau dibunuh penduduk kota.
Penting pembaharuan gaya hidup
Kesimpulannya, haruskah kita biarkan negara Islam berpanjangan dicemari gaya hidup bertentangan dengan ajaran dan nilai Islam?
Dalam kesempatan pembaharuan cetusan Revolusi 2011 di dunia Arab, juga kesempatan memperbaharui kehidupan di Malaysia menjelang PRU13, sewajarnya kita manfaatkan proses demokrasi menuntut agenda pembaharuan gaya hidup menterjemah nilai tinggi Islam terhadap kebersihan dan kejernihan, kemakmuran dan kesejahteraan, menjadikannya salah satu agenda utama transformasi.
Masih belum terlewat untuk kita bertindak memperbaharui dan mentransformasi berlandaskan nilai hidup “Khalifah” anjuran Islam berteraskan prinsip kebersihan dan kesucian sebahagian daripada iman, selain amar makruf, nahi mungkar.
Pembaharuan dan pembersihan perlu dalam semua bidang kehidupan moden relevan buat abad ke-21 dan alaf baru, iaitu dalam politik dan ekonomi, sosial dan budaya serta pegangan dan gaya hidup yang diamalkan.
Dalam konteks sistem ekonomi, yang diperlukan ialah membersih dan mensucikan amalan bisnes dan korporat daripada kerakusan dan nafsu serakah mencemar dan merosakkan. Pembaharuan dan pembersihan bisnes dan korporat wajar digerakkan berlandaskan falsafah Islam yang mengiktiraf manusia sebagai khalifah.
Kerana konsep khalifah menurut Islam mentakrif harta kekayaan sebagai amanah ALLAH SWT untuk dimanfaatkan ke arah memakmur dan mensejahterakan kehidupan, bukan untuk diswasta dan diperibadikan hingga menjadikan manusia rakus, serakah dan nafsu-nafsi, merendahkan martabat insan.
Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
Sumber MR - 14-6-2018
Ummah pertahan ketuanan Melayu-Islam
KOTA BHARU: Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menggabungkan lebih 300 NGO Islam dari seluruh negara mengunjungi hormat anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.
Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berkata, pelbagai isu dan cadangan dikemukakan pada pertemuan tersebut.
Antaranya kata beliau isu-isu hangat yang melanda negara sekarang termasuk tekanan terhadap Islam, institusi Diraja dan ketuanan Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
“Beberapa kesepakatan juga dicapai dalam perjumpaan bermakna tersebut bagi memastikan Islam dan Melayu kekal dipertahan di era kerajaan sekarang,” katanya selepas pertemuan itu semalam.
Timbalan Pengerusi Ummah, Dato’ Seri Zakaria Jaafar mengetuai delegasi 20 pimpinan NGO-NGO yang bernaung di bawah NGO itu.
Hadir sama di JKR 10 tersebut Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes), Ustaz Nasrudin Muhaidin Mahmood.
Sumber HD - 13-6-2018Ummah menggabungkan NGO yang memfokus perjuangan pembelaan terhadap Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. – HARAKAHDAILY 13/6/2018
Peguam Negara: Istana, Putrajaya perlu berhikmah
MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) mengucapkan tahniah kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Baru, serta pasukan kabinet Pakatan Harapan (PH) yang telah memenangi PRU14 2018.
Kemenangan ini adalah mandat rakyat dan kini rakyat menunggu janji manifesto Malaysia Baru yang telah dijanjikan daripada manifesto PH.
2. Walau bagaimana kita dikejutkan dengan cadangan Perdana Menteri dengan persetujuan PH untuk melantik Tommy Thomas (TT) sebagai calun tunggal Peguam Negara (AG).
3. Lebih mengejutkan lagi apabila telah dikeluarkan kenyataan media daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengumumkan pada ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum lagi mencapai persetujuan tentang calun penganti Peguam Negara yang lalu.
4. Akibat daripada situasi ini, telah menimbulkan "keresahan" kepada kebanyakan rakyat dan institusi negara sehingga pelbagai pihak yang mewakili pelbagai institusi, NGO/NGI khususnya ummat Islam sebagai rakyat majoriti dan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan "berasa tidak sewajarnya" Peguam Negara dicalunkan kepada Tommy Thomas yang pernah membuat kenyataan yang mempersoalkan Islam dalam konteks bernegara.
5. Sewajarnya perkara ini perhalusi sebaik baiknya, dengan mengambilkira janji-janji pada petikan buku Harapan PRU14, Pakatan Harapan mukasurat 45 : Janji 11, yang berbunyi; "Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berpelembagaan dalam negara kita.".
Maka sewajarnya boleh difahami dalam konteks persetujuan yang belum dicapai diantara Putrajaya dan Istana Negara, merupakan suatu bentuk teguran yang perlu diamati dan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh PM dan Kerajaan PH.
6. Situasi ini juga diperkukuhkan oleh kenyataan DS Anwar Ibrahim yang telah bertemu Raja-Raja Melayu yang memberikan keyakinan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menjaga dan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu tampa mengikut telunjuk pihak-pihak yang tertentu. Juga akan sentiasa menjaga Agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
7. Maka, keputusan persetujuan yang belum dicapai di antara Putrajaya dan Istana adalah perkara penting dan besar yang melibatkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Dalam menjalankan tugas Sumpah Yang di-Pertuan Agong Perkara 145(1) dan 145(5) maka perlantikan Peguam Negara sangat memerlukan "kecermatan dan pertimbangan yang sangat halus".
8. Rakyat Malaysia Baru, mengharapkan kemelut di atas dapat diatasi dan diselesaikan dengan penuh berhemah dan hikmah serta penuh kebijaksanaan diantara Kerajaan Pakatan Harapan Putrajaya dan Istana Negara bagi menghormati Islam adalah agama rasmi negara dan Institusi Raja-Raja adalah sebagai payung agama dan negara.Berikan hak rakyat untuk rakyat dan berikan hak Raja-Raja demi agama dan negara.
Sumber HD - 4-6-2018Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM
4 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 4/6/2018
KAMI menyokong Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan Raja-raja Melayu yang menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas yang dikatakan seorang pakar undang-undang Perlembagaan sebagai Peguam Negara (AG).
AG adalah antara jawatan awam yang sangat penting dalam kerajaan dan lazimnya selama ini dilantik dalam kalangan Melayu-Muslim.
Kami berpendapat tidak ada sebab kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menukar status ini kerana kedudukan AG sangat penting dalam melihat perkembangan undang-undang sivil dan syariah di negara ini.
Malah YDP Agong sendiri telah memberi kenyataan bahawa baginda mahu AG menasihati baginda mengenai hal yang berkaitan dengan urusan undang-undang syariah. Mana mungkin AG yang bukan Islam mempunyai kredibiliti untuk menasihat YDP Agong mengenai hal tersebut.
Sementara YDP Agong perlu bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan, Baginda mempunyai hak untuk mempersoal nasihat kerajaan, mengambil kira konteks negara, tugas dan tanggungjawab yang pelbagai serta hal-hal yang mungkin tidak dapat dikendalikan oleh AG.
Jika soal kepakaran dan integriti yang diutamakan, apakah tidak ada antara sedemikian ramai ahli undang-undang dalam kalangan orang Melayu yang tidak memiliki ciri integriti dan kepakaran yang diperlukan?
Pada era ini, negara sudah mempunyai ramai ahli undang-undang di kalangan Melayu-Muslim yang terbukti ada integriti dan penguasaan yang cukup mengenai undang-undang negara ini.
Kami juga menekankan perlunya seorang AG yang dilantik itu menguasai Bahasa Melayu pada tingkat yang munasabah. Mengendalikan bidang undang-undang negara dengan penguasaan Bahasa Kebangsaan yang lemah tidak layak diangkat sebagai AG.
Setakat yang kami tahu, Tommy Thomas tidak mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Jadi kelayakan beliau untuk jawatan AG adalah tidak mencukupi.
Hanya kerana beliau pakar undang-undang Perlembagaan tidak semestinya beliau yang terbaik untuk mengambil tempat sebagai AG.
Tugas beliau tidak harus hanya dilihat dari segi pendakwaan. Kerajaan yang mahu melaksanakan pendakwaan dalam isu 1MDB dan kes-kes berprofil tinggi tidak perlu melantik Tommy sebagai AG kerana ia boleh dilakukan oleh peguam cara atau Tommy boleh dilantik sebagai DPP untuk meneruskan pendakwaan bagi pihak kerajaan.
AG bukan hanya berfungsi untuk mendakwa. Perkembangan undang-undang di negara ini juga menjadi tanggungjawab AG.
Oleh kerana itu, kami berpendapat bahawa AG dari kalangan orang Melayu-Muslim yang perlu dilantik.
Kami mencadangkan mungkin bekas AG, Ghani Patail boleh menggalas jawatan itu dan polemik antara Perdana Menteri dan kerajaan dengan Agong dan Raja-raja Melayu dalam isu ini dapat diselesaikan.
Perubahan drastik dalam kerajaan PH terutama dalam posisi penting seperti AG perlu dilakukaun dengan cermat dan bijak.
Kerajaan jangan terlalu ghairah merubah pelbagai aspek dalam urus tadbir negara tanpa merujuk kepada implikasi dan sensitiviti lokal yang ada dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
Mohd. Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Sumber MR - 4-6-2018
Peguam Negara: Hak budi bicara YDP Agong
KAMI merujuk kepada sebuah portal berita yang melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan beberapa nama di kalangan peguam berpengalaman serta beberapa nama bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk menjadi Peguam Negara serta beberapa laporan media di dalam laman sesawang yang menyatakan wujud cadangan daripada pihak kerajaan kepada DYMM YDPA berkenaan lantikan Peguam Negara yang baru.
Kenyataan PPMM ini hanya mengulas berkaitan kuasa DYMM YDPA mengikut Perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan di dalam memelihara Agama Islam yang meliputi pentadbiran, undang-undang serta institusi Agama Islam di dalam negara ini.
PPMM di dalam kenyataan ini tidak berhasrat untuk menafikan kredibiliti, pengetahuan dan kemampuan pihak-pihak seperti yang telah dilaporkan di dalam berita dan juga laman sesawang portal-portal berita semasa.
Di samping itu adalah penting Perkara 40 (1) dan (1A) dirujuk dan diamati dengan menyeluruh mengenai keperluan YDPA bertindak mengikut nasihat PM melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya di dalam budi bicara YDPA.
Oleh itu, perkataan "nasihat" bukanlah suatu ketetapan mengikat YDPA kerana ia lebih bersifat panduan dan bukannya "arahan" yang dinilai oleh YDPA mengikut hemat, kebijaksanaan dan hikmah Baginda.
Sehubungan dengan itu, PPMM berpandangan YDPA semestinya mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan Agama Islam di dalam negara ini kerana dengan lantikan Peguam Negara adalah hendaknya individu yang mampu memelihara Islam pada setiap masa dan keadaan. Tambahan pula, PPMM juga musykil jika lantikan dibuat di kalangan pihak yang bukan di dalam “ahlinya” maka akan mengundang suatu percanggahan terhadap tujuan utama pelantikan oleh YDPA.
PPMM juga berpandangan bahawa seorang Peguam Negara menurut Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah adalah juga merupakan seorang Ketua Pendakwaraya bagi sesebuah negara dan semestinya Peguam Negara yang bakal dilantik hendaklah mempunyai pengalaman sebagai Peguam Litigasi Jenayah yang kukuh dan kuat bagi menjaga kepentingan Negara Malaysia. Perkara yang sama juga telah ditegaskan oleh Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato Gopal Sri Ram.
Sehubungan dengan itu, PPMM mendesak agar kesemua pihak perlu menghormati kuasa YDPA. Berikanlah ruang untuk YDPA membuat keputusannya mengikut ‘at the pleasure of Yang Di Pertuan Agong’ menurut Perkara 145(5) yang mana Peguam Negara memegang jawatan dengan perkenan YDPA dan bukan hanya daripada nasihat Perdana Menteri. Suatu 'perkenan atau pleasure' tidak boleh dipaksakan kepada Baginda.
PPMM percaya isu ini tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar dan merendahkan institusi Raja Berpelembagaan seperti yang telah dianuti oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama demi memastikan institusi ini dihormati oleh rakyat Malaysia seperti termaktub di dalam Perkara Kedua di dalam Rukun Negara - Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan YDPA menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama Allah antara lain akan memelihara Islam pada setiap masa. Hal ini menjadikan YDPA mempunyai tanggungjawab berperlembagaan (constitutional obligation) untuk memelihara Islam pada setiap masa. Oleh itu YDPA hendaklah melantik seorang yang dapat memelihara Islam pada setiap masa. Malah lantikan Peguam Negara oleh YDPA adalah dalam perkenan YDPA (at the pleasure of the YDPA), justeru itu tidak seorang pun boleh memaksa YDPA memberi perkenan sedemikian.
PPMM berdiri teguh di belakang YDPA dan Raja-raja Melayu di dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan Baginda untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati Baginda di dalam pelbagai perkara termasuklah kedudukan Baginda dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jati diri yang kukuh di samping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja.
Persatuan Peguam-peguam Muslim juga memohon pekenan YDPA agar membuat petisyen kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan bagi mentafsirkan sama ada maksud nasihat di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah wajib diikuti ataupun dalam budi bicara YDPA. Hal ini penting bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Peguam Negara tersebut.Sumber HD - 4-6-2018
DATO' HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia
Kuala Lumpur - HARAKAHDAILY 4/6/2018
Petisyen PAUiTM bantah cadangan Hindraf
Sumber HD - 29-5-2018KUALA LUMPUR: Susulan bantahan terhadap cadangan Hindraf yang mahu UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera, satu petisyen Bantah Pelonggaran Kemasukan Ke UiTM Untuk Bukan Bumiputera telah dilancarkan secara atas talian.Petisyen tersebut telah dilancarkan oleh Persatuan Alumni Uitm Malaysia (PAUiTM) dengan hasrat mengutip 75,000 sokongan bagi membantah cadangan Hindraf 2.0 itu hari ini.Presiden PAUiTM, Dato' Mohd Zaini Hassan dalam kenyataannya berkata, walaupun kerajaan baharu ini perlu mengambil maklum tuntutan pelbagai masyarakat, namun konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu harus dipertegaskan."PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini."Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehingga tengah hari ini tinjauan Harakah pada laman petisyen atas talian itu mendapati jumlah pengunjung yang menandatangani petisyen adalah seramai 53,174.Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) telah baru-baru ini telah menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan untuk menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India.Antara cadangannya adalah supaya universiti itu dibuka kepada bukan Bumiputera. -HARAKAHDAILY 29/5/2018
60 Babies A Day Born In Rohingya Refugee Camps, Some To Rape Victims
Nearly 700,000 Rohingya fled to Cox’s Bazar in Bangladesh in the past nine months after a Myanmar military crackdown that the United Nations, United States and Britain have denounced as ethnic cleansing. Myanmar has denied that any ethnic cleansing occurred.
Unicef said in a statement that since the crisis began more than 16,000 babies had been born in the camps, of which only about 3,000 were delivered in health facilities.
“Around 60 babies a day are taking their first breath in appalling conditions, away from home, to mothers who have survived displacement, violence, trauma and, at times, rape,” said Edouard Beigbeder, Unicef’s Representative in Bangladesh.
UN Security Council envoys visited the refugee camps in April.
“It is impossible to know the true number of babies who have been or will be born as a result of sexual violence,” Beigbeder said. “It is vital that each and every new and expectant mother and every new-born receive all the help and support they need.”
Rohingya insurgent attacks on security posts in Myanmar’s Rakhine state last August sparked a military operation that Myanmar has said was legitimate. Last November, Myanmar’s military released a report in which it denied all accusations of rape by security forces.
A senior Bangladesh health ministry official, who declined to be named due to the sensitivity of the matter, said last week that so far 18,300 pregnant women had been identified in the camps and the rough total estimate was around 25,000.
In March the United Nations launched an appeal for US$951 million to help the Rohingya refugees for the rest of the year, but it is less than 20 per cent funded. – REUTERS
Sumber BO - 21-5-2018
Kecam buka Kedutaan AS di Baitulmaqdis
ASIAN Federation of Muslim Youth (AFMY) mengecam sekeras-kerasnya pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, menandakan pengiktirafan sebagai ibu kota negara haram Israel. Majlis pembukaan ini telah diadakan beberapa hari sebelum menjelangnya bulan suci Ramadan 1439H.
Pemindahan kedutaan ini telah meletuskan kemarahan umat Islam di Gaza yang selama ini telah dinafikan hak kebebasan di bumi Baitulmaqdis. Israel telah mengadakan sekatan darat, laut dan udara ke atas bumi Gaza selama lebih satu abad, menyebabkan kawasan itu terputus keperluan dan menyebabkan penderitaan rakyatnya.
Setakat kenyataan ini ditulis, sudah 62 rakyat Palestin yang terkorban dan hampir 2000 lagi yang tercedera. Lebih menyayat hati apabila salah seorang mangsa yang terkorban ialah bayi berumur 8 bulan bernama Laila Anwar al-Ghandour, yang terbunuh sewaktu Ulang Tahun ke-70 hari memperingati Peristiwa An-Nakbah.
Kecaman keras juga ditujukan kepada 33 negara yang menghantar perwakilan mereka ke majlis pembukaan kedutaan tersebut, di sebalik Resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Disember 2017 yang menolak pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu Negara Israel.
Negara umat Islam sepatutnya menunjukkan reaksi keras terhadap kebiadapan ini seperti mana yang ditunjukkan oleh Turki yang memanggil pulang dutanya di Washington dan Tel Aviv serta mengarahkan diplomat Israel di Turki untuk pulang ke negara asal mereka.Jihad mempertahankan bumi Palestin adalah suatu yang akan berkekalan sehingga Hari Kiamat. Ramadan yang tiba ini seharusnya menyedarkan umat Islam menyemarakkan semula semangat jihad dan membantu Palestin melalui doa, sumbangan kewangan yang tidak terputus, serta sebaran melalui pelbagai bentuk media.
Sumber HD - 118-5-2018DR ABDUL MUNTAQIM ABU BAKAR
Setiausaha Agung
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
18 Mei 2018 / 2 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Isnin, 14 Mei 2018
LGBT, Nasihat atau lawan?
PENGAMAL LGBT pada peringkat individu (yang belum insaf, yang terdetik untuk insaf) adalah BERBEZA dengan pengamal dan penyokong LGBT pada peringkat organisasi tersusun, yang mengenakan tekanan supaya polisi dan undang-undang dibuat supaya menerima orientasi seksual mereka.
Golongan pertama, pendekatan adalah dakwah dan nasihat berterusan. Memberi kesedaran dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Bahkan JAKIM telah mengeluarkan panduan yang baik untuk menangani golongan ini (http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Memahami_LGBT_Dari_Perspektif_Seorang_Muslim.pdf ) .
Adapun golongan kedua, yang mana mereka ini membuat gerakan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengadakan normalisasi LGBT, kita perlu ditangani dengan gerakan tersusun juga melawan tekanan dan tuntutan mereka.
Sedarkah kita, sudah ada pihak pro-LGBT mencabar bidang kuasa mahkamah syariah yang mempunyai enakmen yang meletakkan perlakuan LGBT sebagai sebuah jenayah.
Sedarkah kita, sudah ada pihak yang meminta kuasa luar (Perancis dan Amerika Syarikat contohnya) dengan memberi dana untuk mereka melaksanakan aktivisme untuk menekan semua pihak dalam negara supaya normalisasi LGBT. Bahkan siap dapat anugerah kerana ‘mempertahankan golongan LGBT’.
Sedarkah kita, sudah ada aktivis LGBT yang masuk ke syarikat-syarikat dalam negara untuk melobi supaya syarikat-syarikat ini tidak menghadkan pengambilan pekerja mengikut norma heteronormativiti sahaja.
Contohnya, kalau orang itu transexual / transgender female (lelaki yang menukar jantina menjadi wanita sama ada sekadar penukaran luaran, atau penukaran melalui proses perubatan) juga harus diberi hak sebagai seorang wanita dalam syarikat.
Sedarkah kita sudah ada tekanan untuk memasukkan dalam kurikulum pendidikan, supaya anak-anak dikenalkan dengan ‘gender identity, gender roles & gender expression’, iaitu anak-anak diajar supaya mereka bebas memilih hendak jadi apa?
Bahkan majalah National Geographic edisi Januari 2017 memaparkan di muka hadapan, kanak-kanak lelaki 9 tahun bernama Avery Jackson yang menukar diri menjadi perempuan, katanya “The best thing about being a girl is, now I don’t have to pretend to be a boy”.
Saya turut mengikuti perkembangan dari negara jiran, Singapura. Terdapat komuniti yang meliputi Muslim dan bukan Muslim yang menolak gerakan LGBT tersusun, iaitu ‘We Are Against Pink Dot Singapore’.
Jika mereka yang bukan Muslim di negara sekular boleh memahami hal ini, apatah lagi Muslim di negara berpaksikan Islam. Malangnya juga WAAPD Singapore terkini telah diberi tekanan, untuk memberhentikan mereka dari melawan tuntutan gerakan LGBT.
Jangan sebut saya ‘fear-mongering’, apa yang disebut di atas adalah perkara-perkara yang telah berlaku.
Jangan pukul sama rata, semuanya perlu dakwah bil hikmah.
Amar maaruf nahi mungkar perlu dilaksanakan dengan kadar yang setara.
Melawan organisasi terancang dengan sekadar nasihat individu adalah tidak setara. Ini logik. Bahkan ia adalah tuntutan agama.
Jangan kerana kita ingin mengambil hati dan mendapatkan sokongan pihak tertentu, kita melembikkan diri. Bahkan yang paling teruk, kita menafikan bahawa ancaman-ancaman ini ada.
Sudah-sudahlah menjadi orang baik, tetapi menganggap dosa-dosa sebagai sesuatu yang boleh diabai begitu sahaja.
Semoga kedatangan Ramadan menjadikan ummat Islam di Malaysia cakna dan sedar. Menghidupkan hati menyedari bahawa dosa adalah dosa, dan ketidakendahan kita merupakan simtom-simtom kematian hati.
Bak pesan Rasulullah s.a.w
Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang sekadar menganggap dosa sebagai lalat yang hinggap di hidung, dan sekadar ditepis begitu sahaja. Jadilah kita Muslim yang sentiasa merasakan dosa sebagai gunung yang akan menimpa diri kita.
Norhidayah Ismail
Aktivis Wanita ISMA
Sumber MR - 14-5-2018
PRU14: Zainul Rijal senaraikan ciri-ciri calon wajib ditolak Posted on Tuesday, May 08 @ 03:33:29 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39608 |
BERIKUT ADALAH TRANSKRIP UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM), DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, DI HIMPUNAN DEKLARASI PIMPINAN NGO ISLAM SEMPENA PRU14
Alhamdulillah pagi ini kita dapat berkumpul untuk menzahirkan pendirian kita sebagai NGO Islam.
Ada yang berkata kepada saya, NGO Islam ini macam lalang. Kejap sokong parti A, kejap sokong parti B.
Sebenarnya kita bukan lalang, tetapi kita melihat sesuatu itu dari mata helang. Kita melihat dari atas dan mempunyai agenda yang lebih tinggi dan lebih besar lagi iaitu memartabatkan Islam, meletakkan Islam di tempat yang sebenarnya.
Islam itu yang paling tinggi, dan tidak ada apa-apa yang lebih tinggi daripada Islam.
Ada juga orang kata saya ini bercelaru, pemikiran bercelaru, kadang sokong sana, kadang sokong sini.
Kita bukan NGO yang bercelaru, kita NGO yang menggarap tindakan yang baru supaya kita dapat melihat orang Islam yang bertakwa, beriman akan duduk di Parlimen, akan duduk di DUN-DUN, mereka mewakili kita untuk memartabatkan Islam.
Itu ketegasan kita sebagai NGO Islam. Walaupun kita selalu bercakap NGO ini bersifat apolitical, ia tidak bermakna kita memisahkan diri kita sepenuhnya daripada parti Islam. Kitalah penggarap tindakan yang dilakukan parti-parti Islam. Kitalah yang sepatutnya menunjuk arah kepada parti-parti supaya melihat kepada kehendak kita, bukannya kita yang ditunjuk arah oleh parti-parti politik, kita tertawan dengan parti politik, tidak.
Tetapi tindakan kita seharusnya, kitalah yang menawan parti-parti politik supaya mereka mngikut telunjuk kita. Inilah tugas kita di dalam PRU ini untuk kita zahirkan kepada parti politik, kalau mereka tidak mahu meletakkan Islam sebagai satu cara hidup, Islam sebagai Addeen, kita perlu tolak mereka.
Tuan-tuan sekalian.
Saya ingat lagi dalam Parlimen ke-13, apabila pihak membentangkan Akta 164 yang kali kedua, menarik balik seksyen 88A, mengenai unilateral convertion, iaitu hak untuk mengislamkan anak-anak oleh orang muallaf yang di bawah 18 tahun. Apa yang DAP cakap di dalam Parlimen?
Dia kata, kenapa tarik balik Seksyen 88A ini? Kenapa tak bincang dengan DAP? Kalau kerajaan bincang dengan DAP, DAP akan setuju untuk kekalkan Seksyen 88A ini.
Apa maksudnya?
Maksudnya kalaulah itu satu perkara itu berpihak kepada orang bukan Islam, kalau suatu perkara itu akan merendah-rendahkan Islam, pihak yang bukan Islam ini sanggup bersama-sama, sanggup bersatu untuk meneruskan agenda mereka.
Tetapi kita orang Islam, berpecah-pecah. Tidak meletakkan Islam di tempat yang paling atas sekali, tidak meletakkan Islam sebagai parameter utama di dalam kita melakukan sesuatu tindakan. Ini masalah kita dan kita NGO Islam, perlulah menzahirkan dengan jelas kepada calon-calon yang bertanding nanti, dan kita juga perlu menzahirkan dengan jelas kepada ahli-ahli kita, siapakah yang perlu kita pangkah, undi pada 9 Mei akan datang.
KITA PERLU TOLAK calon-calon tanpa mengira parti mana mereka bertanding yang bersifat anti-Islam.
KITA JUGA PERLU TOLAK calon-calon yang mengatakan ‘apabila pramugari memakai pakaian menutup aurat, mereka merupakan orang yang cacat otak’. Ada Ahli Parlimen yang kata macam ini.
KITA JUGA PERLU TOLAK orang yang mempromosikan murtad. Mengatakan orang Islam bebas untuk murtad, itu hak di dalam Perlembagaan. Sedangkan kalau kita baca betul-betul Perlembagaan Persekutuan, tidak akan pun hak tersebut diberikan secara mutlak sebagaimana yang mereka hendaki.
KITA JUGA PERLU MENOLAK orang yang menentang peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah di dalam undang-undang jenayah syariah (RUU355) yang mereka tolak. Kita perlu tolak calon-calon sebegini.
KITA JUGA PERLU TOLAK orang yang mempromosikan hak perlindungan untuk bersekududukan tanpa mengira mereka orang Islam atau tidak Islam. Ini calon tempat saya, orang Islam, dia kata tak kisah orang Islam, bukan Islam perlu diberikan hak perlindungan walaupun mereka ini bersekedudukan. Duduk sama-sama, tak kahwin, tak ada masalah. Ini yang perlu kita tolak.
KITA JUGA PERLU TOLAK calon-calon yang mengatakan JAKIM tidak berperlembagaan. Sebab apa kalau JAKIM tidak berperlembagaan, JAKIM dimansuhkan, di mana ia wadah kita di peringkat kebangsaan untuk mempromosikan Islam itu sendiri. Kita faham memang ada kelemahan di pihak JAKIM, tetapi itu tidak bermakna kita perlu menghapuskan JAKIM. Kitalah perlu bersama-sama dengan JAKIM untuk memperbaiki JAKIM untuk memperlihatkan Islam itu adalah suatu yang indah, kitalah yang perlu bersama JAKIM untuk menentukan di mana arah tuju Islam di negara kita.
KITA JUGA PERLU TOLAK orang yang menggadai akidah anak-anak muallaf. Kalau kita lihat pada tahun 1950, seorang ibu atau bapa apabila memeluk agama Islam, automatik anaknya beragama Islam, tetapi undang-undang dipinda. Pada tahun 1990an, apabila salah seorang memeluk Islam, daftar dulu anak menjadi Islam. Ketika ini mereka mahukan kalau salah seorang anak muallaf memeluk agama Islam, perlu kedua-dua ibu dan bapa juga memberi kebenaran untuk memeluk Islam. Kita bersifat regresif, bukan progresif di dalam isu-isu Islam. Ahli-Ahli Parlimen dan DUN sebeginilah kita tidak mahu. Kita mahu orang yang tidak menentang agama Islam kalaupun dia bukan beragama Islam.
KITA JUGA HARUS MENOLAK orang yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Ada syor-syor, cadangan-cadangan sebegini yang dikemukakan. Raja-raja Melayu adalah benteng terakhir orang Islam, orang Melayu. Kalau benteng terakhir itu telah punah, telah terhapus, maka kita sudah tidak ada apa-apa lagi untuk menahan kita daripada mempertahankan agama kita sendiri.
Ramai juga Ahli Parlimen dan ADUN pada sesi lepas, yang mengatakan moral policing tidak perlu ada. Dosa peribadi adalah hak peribadi. Itu antara orang tersebut dan Tuhan. Jadi undang-undang jenayah syariah seperti khalwat, berzina dan sebagainya tidak perlu diadakan, dia kata. Sebab orang Islam itu self discipline, dia kata. Orang Islam tidak melakukan kesalahan. Tetapi bagaimana kita nak mendidik orang Islam daripada tidak melakukan kesalahan sekiranya Oktoberfest berleluasa, sekiranya hiburan berleluasa, sekiranya didikan dalam agama Islam juga dihadkan. Undang-undang sebegini perlu ada untuk mengawal umat Islam supaya kita menjalankan Islam itu sebagai cara hidup kita. Tapi apabila isu-isu moral policing ini sudah tidak ada, sudah pasti agama Islam itu sendiri dari semasa ke semasa akan lebih jauh lagi dari hati umat Islam. Jadi calon-calon yang mengatakan moral policing ini tidak perlu ada, dosa peribadi kerajaan tidak perlu campur, perlulah juga kita tolak.
Ada juga yang mengatakan bahawa Islam perlu disamaratakan dengan agama-agama lain. Perlembagaan Persekutuan menyatakan dana awam hanya boleh diberikan kepada institusi-institusi Islam sahaja. Tidak disebut di dalam Perlembagaan dana awam boleh diberikan kepada agama-agama lain. tetapi oleh kerana mereka ingin samakan agama Islam dengan agama-agama lain, maka mereka mengatakan bahawa perlu dihapuskan keistimewaan-keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan, di dalam undang-undang. Orang sebegini kita tidak harus letakkan mereka di Parlimen dan DUN.
KITA JUGA TOLAK calon-calon yang menabur fitnah merata-rata. Kita tolak calon-calon yang mengamalkan rasuah kerana rasuah akan meningkatkan kos sara hidup kita.
KITA JUGA MENOLAK calon-calon yang mementingkan kroni-kroni mereka sahaja.
9 Mei 2018 adalah penentuan yang penting, kita tidak mahu ahli-ahli politik menjadi penghalang kepada usaha-usaha NGO Islam untuk memartabatkan Islam. Kita perlu bijak memilih yang manakah calon-calon yang perlu kita hantar mewakili kita di Dewan Rakyat dan DUN.
9 Mei kita perlu tentukan calon-calon yang dipilih itu adalah calon-calon yang mewakili Islam. Apabila kita tekankan calon-calon mewakili Islam, itu tidak bermakna kita menzalimi dan mengabaikan hak-hak sah orang bukan Islam, kerana dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menjamin legitimate rights of non Malays and non muslims.
Malah hak-hak tersebut lebih jelas dinyatakan dalam Islam tentang hak-hak minoriti bukan Islam di dalam negara Islam. Hak tersebut lebih banyak berada di dalam undang-undang Islam berbanding di dalam Perlembagaan tetapi dengan syarat mereka perlulah menjadi kafir zimmi bukannya orang kafir yang menentang agama Islam.
Sekian, terima kasih.
Sumber TKO - 8-5-2018
Deklarasi Ummah
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Menyedari tentang kepentingan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk bangsa majoriti di tanah air Persekutuan Malaysia,Meyakini tentang tangggungjawab terhadap masa depan dan kemajuan generasi anak, cucu-cicit orang Melayu,Memahami bahawa Persekutuan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi ber-Parlimen dan Raja ber-Perlembagaan yang beridentitikan Islam,Bahawa dengan ini, "Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO/NGI, Tsunami Melayu Islam" pada hari ini, 7 Mei 2018, menyatakan bahawa kami, dengan penuh tawaduk dan ikhlas di hadapan Allah S.W.T dan ummah1. Bersetuju semua NGO Islam dan Melayu bersungguh-sungguh mempertahan dan memperkasakan kedaulatan Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan.2. Bersetuju bahawa semua NGO Islam dan Melayu mesti bersatu dalam mempertahankan kedudukan agama Islam dan orang-orang Melayu daripada ancaman pengaruh asing yang mengancam keselamatan Negara.3. Bersetuju memperkasakan umat Islam dan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya dan teknologi.4. Bersetuju mempertahankan kuasa politik orang Melayu dan Islam di Malaysia sebagai kuasa rakyat majoriti untuk menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan Negara.5. Bersetuju dan bersedia untuk menyokong calon-calon Pilihan Raya Umum yang tegas dan berintegriti mempertahankan kedaulatan Islam di negara ini.6. Menyeru umat Melayu-Islam untuk keluar mengundi sebagai satu kewajipan warganegara dan memilih calon-calon yang berintegriti serta tegas memperjuangkan kedaulatan Islam dan hak-hak orang Melayu.7. Menyedari ada golongan yang cuba untuk menggugat dan menghakis Islam sebagai agama Persekutuan dengan menyokong Akta 164 dan cuba mencadangkan Akta Harmoni untuk diluluskan, maka Ummah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menolak calon dan parti yang menyokong agenda tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke 14.Gerakan Pembela Ummah (Ummah)
7 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 7/5/2018
Umat Islam perlu bangkit dominasi PRU14
Menurutya, terdapat kelompok-kelompok liberal, sekular dan fahaman yang betentangan dengan Islam sedang berlumba-lumba untuk meletakkan wakil masing-masing bagi mendominasi dan menguasai parlimen.
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana: Perkasakan Kedaulatan Islam di Bentong malam tadi.
“Dalam perlumbaan demokrasi PRU yang lepas, umat Islam, umat Melayu, telah kalah kepada kelompok yang lain.
“Kita boleh lihat di parlimen yang ada pada hari ini, yang merupakan parlimen yang tidak mempunyai kuasa survival politik yang kukuh buat umat islam.
"Ini dapat dilihat dalam pemerkasaan RUU 355 yang tidak dapat dilaksanakan sehingga kini,” kata beliau.
Justeru itu, beliau berkata telah tiba masanya untuk umat Islam menyedari bahawa politik mesti menjadi keutamaan kepada mereka.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam meningkatkan kecaknaan dengan tidak meninggalkan PRU14 begitu sahaja agar nasib dan hak mereka lebih terjamin dan dapat dibela. – HARAKAHDAILY 21/4/2018
Kedudukan umat Islam kian terhakis
KUALA LUMPUR: “Hari ini bilangan umat Islam adalah sebanyak 63 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Malaysia. Saban hari, kita dapat lihat kedudukan umat Islam semakin terhakis,” kata Timbalan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzzaman Mohamad.
Kata beliau, ia berlaku kerana umat Islam yang sepatutnya menjadi kuasa penting di Malaysia kian hilang dan diambil alih oleh bangsa lain dari semasa ke semasa.
Malah, katanya perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini telah menyebabkan kekuatan umat Islam itu menjadi lemah.
Maka, tegasnya lebih 300 NGO mengambil keputusan untuk mewujudkan suatu wadah penting untuk menggabungkan seluruh kekuatan umat Islam di bumi Malaysia dengan menubuhkan UMMAH pada Mei 2017.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Meja Bulat NGO Islam Bentong yang berlangsung di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong malam tadi.
Kamaruzzaman turut menyentuh mengenai isu kemasukan pelajar ke universiti.
Sebelum ini, katanya kemasukan pelajar ke universiti adalah mengikut sistem kuota iaitu bergantung kepada jumlah orang Melayu Islam, Cina dan India berdasarkan nisbah jumlah penduduk.
Malangnya, kata beliau sistem itu sudah dihapuskan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan sistem meritokrasi telah diperkenalkan.
“Sistem meritokrasi ialah sistem kemasukan ke universiti yang berasaskan kepada pencapaian dalam peperiksaan dan tidak adil untuk rakyat,” ujar beliau.
Hal ini, katanya adalah kerana orang Melayu Bumiputera lebih ramai tinggal di kawasan pedalaman berbanding dengan orang Cina dan sebahagian orang India yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.
Maka, ujarnya golongan penduduk di bandar dan pinggir bandar adalah majoriti kalangan orang bukan Islam dan mereka lebih layak dan lebih ramai memasuki ke universiti kerana keputusan peperiksaan mereka lebih baik.
"Kemudahan dan kualiti guru yang mereka terima adalah jauh lebih baik berbanding golongan miskin yang tinggal di luar bandar," katanya.
Hasilnya, kata Kamaruzzaman, hari ini kemasukan golongan Melayu Bumiputera dalam bidang profesional jauh lebih rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain.
"Ini berlaku kerana suara umat Islam tidak didengar oleh pihak yang berwajib," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 21/4/2018
Ramai geli untuk pilih calon tiada adab – PUM
KUALA LUMPUR: Pastinya parti-parti politik yang ingin bertanding di dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) perlu membuat pemilihan calon yang baik dan sesuai.
“Dalam hal ini, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan calon-calon yang dipilih untuk bertanding perlu dilihat dari sudut adab dan akhlaknya juga,” ujar Yang Dipertua PUM, Dato' al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam kenyataan media kepada Harakahdaily, hari ini .
Katanya, ramai yang berasa geli untuk memilih calon-calon yang tidak sesuai dan tidak mempunyai adab dan akhlak yang baik.
“Parti-parti politik dinasihat supaya tidak meletakkan calon yang rendah akhlak, calon yang suka duduk di kelab malam, terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, terlibat dengan rasuah, tidak mendekati masjid, atau mereka yang hanya mementingkan hiburan semata-mata,” ujarnya lagi.
Tambahnya, PUM percaya dalam pendekatan politik masa kini, rakyat pasti menolak mana-mana calon yang sedemikian.
Sumber HD - 20-4-2018“Kita mahu pastikan Malaysia terus maju dengan rakyat dan pemimpin yang baik agar rahmat serta pengampunan Allah SWT sentiasa bersama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/4/2018
PPPM 2013-2025: Meremeh dan ancam Pendidikan Islam
Sumber HD - 21-3-2018PELAKSANAAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu dikaji semula (review) setelah 2 tahun perlaksanaannya, bagi menilai semula keberkesanan pendidikan Islam didalam program tranformasi pendidikan tersebut.Transformasi pendidikan negara bagi tempoh 13 tahun yang akan datang sehingga tahun 2025, dengan gelombang pertama 2013-2015, sehingga gelombang ketiga 2021-2025, dikhuatiri tidak akan mampu melahirkan 'modal insan yang holistik' sebagaimana visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara serta roh Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) dan juga Akta Pendidikan 1996.Ini disebabkan terdapat kelompongan yang besar dalam 11 strategi anjakan yang disasarkan. Dikesani bahawa peranan dan fungsi bahagian pendidikan Islam telah diremeh dan dihakiskan dalam pembangunan dan pemantapan kurikulum serta pengurusan sumbernya. Pendidikan Islam tidak menjadi suatu sistem pendidikan yang menyeluruh dalam perlaksanaan program tranformasi PPPM.Persoalannya, bagaimana dan siapakah yang akan bertanggunjawab bagi memantapkan pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (KPM) dalam perlaksanaan PPPM? Selain daripada itu perancagan dan perlaksanaan PPPM tidak melibatkan pandangan dan pengukuhan daripada pakar-pakar pendidikkan Islam dalam negara secara khusus.Kesan daripada itu pendidikan Islam hanya diangap sebagai subjek yang sama taraf atau setara dengan pendidikan moral, dan dijadikan sebagai subjek yang hanya membantu mengukuhkan intergrasi nasional tetapi bukan dilaksanakan sebagai 'suatu sistem pendidikan yang menyeluruh (holistik)' dalam sistem pendidikan negara.Lebih parah lagi program j-Qaf telah dirancang untuk dihentikan secara beransur-ansur bermula pada 2016, sedangkan ia adalah program asas kepada pemantapan pelajar sekolah rendah dalam menguasai al Quran, Fardhu-ain, Jawi dan bahasa Arab.PPPM yang hanya memberi penekanan kepada kecemerlangan akedemik semata mata, iaitu bagi subjek Matematik, Sains, teknologi dan penguasaan bahasa Inggeris tanpa memantap dan mengukuhkan pendidikan Islam sebagai suatu sistem pendidikan yang menyeluruh, menyebabkan sistem pendidikan negara pincang,dan akan gagal melahirkan modal insan yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia.Kegagalan ini akan melahirkan modal insan yang robotik, yang menghilangkan maruah bangsa dan keunggulan martabat agama, serta ia merupakan ancaman kepada pembenaan golongan generasi TN50 yang cemerlang dunia dan akhirat.Tidak mustahil perlaksanaan PPPM akan melahirkan modal insan yang berkefahaman Islam liberal yang semakin menular dan diterima dikalangan generasi muda sekarang. Ini adalah disebabkan perlaksanaan pendidikan Islam tidak diberikan penekanan secara langsung, khusus dan ekslusif dalam PPPM.Persidangan Sidang Meja Bulat di Putrajaya pada 14 Mac 2018 yang lepas, bertajuk Pendidikan Islam Kontemporari; Cabaran dan Harapan, yang dihadiri lebih 50 pertubuhan NGO pendidikan Islam bersetuju dan bertekad supaya sistem pendidikan Islam diperkukuhkan, dimantapkan serta dipertahankan bagi melahirkan modal insan yang holistik kepada generasi TN50 yang lebih bertangungjawab kepada agama, bangsa dan tanahair.MOHD ZAI MUSTAFAKetua EksekutifMAKPEN - HARAKAHDAILY 21/3/2018
Krisis di timur Ghouta sangat menyayat hati
KUALA LUMPUR: Krisis yang berlaku di Syria, khususnya di timur Ghouta merupakan perkembangan yang sangat menyayat hati, kata Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Dato’ Sheikh Abdul Halim Abd Kadir
“PUM dengan ini menggesa supaya semua pihak, baik kerajaan Malaysia mahupun umat Islam di Malaysia secara umumnya untuk bersama-sama memainkan peranan sedayanya sama ada melalui saluran di peringkat antarabangsa mahupun menerusi ekspedisi kemanusiaan dan bantuan kewangan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kenyataan beliau berikutan krisis di timur Ghouta sebagaimana di bawah.
Wilayah Ghouta merupakan kawasan yang strategik dalam konteks letak geografinya di Syria, di mana ia merupakan kawasan yang berjarak kira-kira 10 km dari Damsyik, iaitu ibu negara Syria. Wilayah tersebut telah dikepung oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar Assad sejak tahun 2013 sebagai usaha bagi mengekang kemaraan puak pemberontak dari sebelah timur Damsyik.Sumber HD - 16-3-2018
Sehingga kini, wilayah tersebut terus-menerus menyaksikan krisis kemanusiaan yang berpanjangan dan masih tidak menampakkan sebarang petanda keredaan. Pada pertengahan Februari 2018 misalnya, kerajaan Syria telah menyerang wilayah tersebut yang dipercayai menjadi sarang kumpulan pemberontak. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, operasi yang dijalankan telah memakan korban sehingga ratusan nyawa, termasuklah wanita dan kanak-kanak.
Bagi meredakan ketegangan di Ghouta, pada 24 Februari yang lalu anggota Majlis Keselamatan PBB telah bersetuju supaya gencatan senjata selama 30 hari dikenakan ke atas semua pihak, sama ada di pihak kerajaan Syria mahupun pihak pemberontak di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, inisiatif tersebut tetap tidak mampu untuk meredakan krisis yang melanda di mana sehari selepas gencatan senjata diumumkan, tentera rejim Bashar Assad tetap meneruskan operasi ketenteraan bagi membolehkan kemaraan tentera sehingga ke timur Ghouta.
PUM melihat, tindakan rejim Bashar Assad tersebut adalah merupakan satu bentuk jenayah perang yang tidak sewajarnya dilakukan. Ketika mana keadaan di timur Ghouta yang kian meruncing, Bashar Assad selaku pemimpin tertinggi negara sewajarnya mematuhi keputusan gencatan senjata yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan PBB.
Pada masa yang sama, PUM juga mengecam kumpulan-kumpulan militan pemberontak yang masih berselindung di timur Ghouta dan meneruskan kegiatan-kegiatan militan di wilayah tersebut. Apa yang cukup dikesalkan ialah, sebahagian dari kumpulan-kumpulan tersebut telah menghalang kemasukan bekalan bantuan daripada masyarakat antarabangsa yang disalurkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.
Apa yang berlaku di wilayah Ghouta pada hari ini hakikatnya merupakan rentetan daripada perang saudara yang berlaku selepas revolusi ‘Arab Spring’ pada tahun 2011. Namun, apa yang berlaku di Syria adalah kompleks kerana beberapa pemain utama politik dunia turut memainkan peranan dalam krisis di negara tersebut. Dalam hal ini, PUM mengutuk sekeras-kerasnya keberadaan dan keterlibatan pemain-pemain utama politik tersebut, baik di pihak Rusia mahupun di pihak Amerika Syarikat serta konco-konconya yang terus-menerus menaja, mendanai dan menyokong proksi-proksi mereka di sana.
Krisis yang berlaku di Syria, khususnya di timur Ghouta merupakan perkembangan yang sangat menyayat hati.
PUM dengan ini menggesa supaya semua pihak, baik kerajaan Malaysia mahupun umat Islam di Malaysia secara umumnya untuk bersama-sama memainkan peranan sedayanya sama ada melalui saluran di peringkat antarabangsa mahupun menerusi ekspedisi kemanusiaan dan bantuan kewangan.
PUM menggesa supaya kerajaan Malaysia bertindak meminta pemimpin negara OIC bersatu mengenai isu ini dan menghormati genjatan senjata agar tiada lagi mangsa di kalangan kanak-kanak dan orang awam menjadi mangsa.
Turki yang mempengerusikan OIC buat masa ini dilihat tidak dapat bertindak sewajarnya kerana kepentingan mereka sendiri yang terlibat secara langsung di dalam krisis di bumi Syria tersebut.
Oleh itu, wajar bagi Malaysia memainkan peranan ini di peringkat negara-negara Islam. - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Kami bantu mangsa ah long secara percuma, kata PPIM Posted on Thursday, March 15 @ 20:30:03 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38661 |
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan mereka mengenakan caj ke atas mangsa ah long yang meminta bantuan daripada organisasi itu.
PPIM menjawab dakwaan bekas pekerjanya, mereka mengenakan caj sebanyak 10% selain caj tambahan lain terhadap mangsa ah long yang meminta perlindungan dan bantuan menyelesaikan bayaran hutang tertunggak dengan ah long.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyangkal dakwaan itu dan memberitahu FMT yang PPIM tidak meminta sebarang bayaran daripada mereka yang meminta bantuan.
“Di mana kami boleh bantu, kami bantu secara percuma. Ini termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai, mesyuarat dan berunding dengan pihak berkaitan.
“Tetapi, ada perkara yang memerlukan kepakaran luar atau perkhidmatan profesional, seperti bantuan undang-undang, perakaunan dan sebagainya.”
Katanya, perunding itu akan mengenakan caj maksimum 10% untuk perkhidmatan profesional mereka, tetapi mangsa yang meminta bantuan PPIM tidak wajib menggunakan perkhidmatan panel perundingnya.
“Yuran maksimum 10% dikenakan perunding kepada pelanggan. PPIM tidak terlibat mahupun mendapat keuntungan daripadanya.
“Jika seseorang mahu menggunakan perunding lain, mereka bebas berbuat demikian. Kami masih akan memainkan peranan untuk memberi nasihat dan menyelia secara percuma.”
Nadzim berkata, resit untuk perkhidmatan rundingan luar akan dikeluarkan perunding, bukan PPIM.
Katanya, jika panel perunding mereka didapati tidak beretika, PPIM tidak ragu-ragu mengeluarkan mereka daripada senarai perunding.
Beliau berkata, 5 perunding sudah dikeluarkan daripada senarai itu, setakat ini.
Nadzim berkata, panel perunding luar PPIM termasuk 2 syarikat dikenali sebagai Semboyan 1Malaysia (S1M) serta Risk Group Management and Consultancy yang diketuai Yusuf Azmi yang juga pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.
“Saya tidak rasa ada konflik kepentingan dengan Yusuf menjadi sebahagian daripada PPIM dan syarikatnya menjadi panel perunding kami kerana tiada paksaan untuk sesiapa yang meminta bantuan kami berbincang dengan perunding luar PPIM.”
Nadzim berkata, walaupun perunding luar tidak wajib memberi balasan kepada PPIM, kumpulan pengguna itu akan mengutip sumbangan apabila pihaknya memerlukan dana untuk menganjurkan program.
“Menjalankan forum dari semasa ke semasa tidak murah. Jadi, apabila kami mahu menganjurkan acara, kami mengumpul dana dengan meminta sumbangan daripada semua orang, daripada perunding luar kami sehinggalah kerajaan dan sektor swasta.”
Nadzim turut menafikan Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa yang mengakui dirinya bekas pekerja PPIM.
Katanya, Syed Alwi adalah bekas pekerja Yusuf di satu daripada 2 firma perunding itu.
Dengan memetik fail sulit, Syed Alwi mendakwa ada masanya mangsa dikenakan bayaran melebihi jumlah hutang mereka dengan ah long.
Isnin lalu, Yusuf membuat laporan polis terhadap Syed Alwi dan 3 yang lain atas dakwaan mencuri fail penting mengenai ah long dari pejabat PPIM.
Tetapi Syed Alwi berkata fail-fail tersebut tidak hilang dan masih ada di pejabat PPIM.
Sumber TKO - 15-3-2018
Perkara media sosial yang salah dari segi undang-undang
AKHIR-akhir ini seolah-olah menjadi trend seseorang mencari publisiti di media sosial dengan sengaja melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh majoriti netizen. Trend ini bukan sahaja dilakukan oleh orang awam tetapi juga turut melibatkan selebriti, ahli perniagaan, ahli politik dan tak ketinggalan juga selebriti agama.
Sesetengahnya sengaja memuat naik gambar, video atau posting yang boleh menimbulkan kemarahan netizen sehingga ianya menjadi tular. Semakin ramai yang "mengutuk", mencaci maki dan memberi komen yang negatif terhadap mereka, semakin tular apa yang mereka lakukan sehingga memberikan publisiti meluas terhadap mereka.Daripada seorang yang tidak dikenali, dalam masa beberapa hari terus menjadi famous dengan sekelip mata. Bahkan ianya memberi keuntungan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak tersebut.
Bukan itu sahaja, kesan daripada "publisiti jelik" tersebut, tiba-tiba penjualan produk mereka naik mendadak, semakin banyak dapat job baru, semakin banyak jemputan ceramah dan mendapat tempat dan peranan yang penting dalam parti politik yang mereka sertai.
Selain daripada dianggap tidak beretika, tahukah anda bahawa perbuatan jelik tersebut sebenarnya menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan:(a) Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang lain.
(b) Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Selain daripada itu Seksyen 233 Akta yang sama turut menyatakan:
(1) Seseorang yang –
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, -adalah melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang yang secara sedar –
(a) Dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi rangkaian di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas jelas difahami bahawa tindakan berkongsi sesuatu yang boleh dianggap jelik atau lucah atau sebagainya sehingga menimbulkan kemarahan pihak lain di media sosial adalah dianggap satu kesalahan undang-undang.
Bukan itu sahaja, setiap komen yang diberikan oleh mana-mana pihak susulan daripada posting atau publisiti tersebut, yang mengandungi unsur-unsur ugutan, kata-kata lucah dan sebagainya juga merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang di atas. Bahkan sesiapa yang mengkongsikannya turut juga boleh dianggap melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas.
Oleh yang demikian, memandangkan budaya "publisiti jelik" dan caci maki yang semakin menjadi-jadi di media sosial sejak akhir-akhir ini, sewajarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pihak berwajib yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang di atas, mengambil langkah yang serius, drastik dan tuntas untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang di atas, supaya perbuatan yang tidak beretika dan bermoral di atas dapat dikawal dan dihentikan.
Jika tidak, ia pasti akan menjadi barah yang sangat bahaya dalam masyarakat kita dan akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.
Kita bimbang jika isu ini dibiarkan, suatu hari nanti pasti akan hilangnya perasaan malu, sopan santun, hormat menghormati, perasaan menjaga sensitiviti dan privasi orang lain atau hilangnya perasaan bersalah atas apa yang dilakukan sebagaimana yang diajar oleh Islam dan diterapkan oleh budaya bangsa kita sejak zaman berzaman.
Ketika itu, kita bimbang perkara ini boleh mengundang bala Allah S.W.T ke atas negara kita, wal iya zu billah. Moga Allah lindungi kita daripada fitnah akhir zaman.
Sumber HD - 12-3-2018Terima kasihSALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) - HARAKAHDAILY 12/3/2018
Warkah Rohingya dari Arakan...
Sumber HD - 10-3-2018ASSALAMU Alaikum wa Rahmatullahi Wa Bara katuhIni adalah pengedaran makanan kecemasan, dan bantuan kemanusiaan untuk Rohingya. Kami berada di Buthidaung Arakan, hari ini (semalam) adalah hari keempat, 9 Mac 2018.Kami akan terus mengedarkan makanan kecemasan kepada penduduk Rohingya yang lapar dan orang miskin di Arakan, yang mana disediakan oleh PASRelief Malaysia dan disampaikan oleh Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Reazulhaq, wakil dari Malaysia untuk orang Rohingya di dalam Arakan.Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan doa kepada PASRelief Malaysia dan Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Reazulhaq atas kesudian membantu orang-orang miskin Rohingya di dalam Arakan.Kami adalah rakyat Rohingya di dalam Arakan yang hidup dalam keadaan dan situasi yang sangat buruk; tiada siapa yang dapat membantu kami di sini. Dan kami diperangkap oleh para penganut Buddha dan tentera mereka dengan tidak membenarkan kami keluar dan bekerja. Dan kami hidup dalam keadaan lapar dan haus sejak tahun 2012.Ini adalah kali pertama kami menerima makanan kecemasan dan bantuan sejak pembunuhan beramai-ramai pada 2012. Dan semua persatuan amal dan bantuan NGO yang pergi ke kem pelarian Bangladesh untuk memberi sumbangan. Dan kami di sini berada di Arakan hidup dalam keadaan yang lapar dan keadaan yang buruk.Saudara saudari sekalian, kami sekarang hidup dalam situasi yang bahaya dan di bawah kepungan. Tolong selamatkan Rohingya, tolong berdoa untuk Rohingya di Arakan, di Utara, 80 penduduk masih hidup keadaan lapar dan haus di Arakan.Kami adalah Rohingya yang dianiaya oleh kerajaan Myanmar, dan kami selalu berdoa kepada Allah untuk Parti Islam PAS untuk menang lagi dalam pemilihan umum (PRU) yang akan datang, untuk meneruskan perjuangan Ummah di seluruh dunia.Berbanyak terima kasih dan doa kepada PASRelief Malaysia dan saudara kita, Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ustaz Rezaulhaq. Saya ingin mengucapkan terima kasih PASRelief Malaysia, harapan kami agar suara kami sampai kepada semua penduduk di dunia.جزاكم الله خير اWassalamu Alaikum wa Rahmatullahi Wa Bara Katuh(Kiriman dari warga Rohingya yang kini masih kekal bertahan di Bauthidaung, Arakan, MYANMAR di mana beliau menjadi 'perantara' etnik Mustad'afin Rohingya dan pihak Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief). Terjemahan bebas oleh HarakahDaily
PASRelief gerak penghantaran makanan langsung ke Arakan
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) terus mendokong jihad para penduduk Muslim Rohingya untuk kekal bertahan hidup di kampung halaman mereka dalam negeri Arakan, Myanmar.
Sehubungan itu, PASRelief telah menggerakkan usaha menyalurkan bantuan kecemasan makanan pada November 2017 dan Januari lalu untuk para mustad'afin tersebut agar istiqamah dan sabar menempuh perjuangan mereka.
Terkini, sumbangan buat kali ketiga berjaya sampai ke sasaran serta diagihkan kepada kebanyakan mereka yang berada dalam daerah Buthidaung dan Muangdaw sejak 4 Mac lalu hingga kelmarin.
Menurut Pengarah PASRelief Malaysia, Muhammad Sanusi Md Nor, mereka itu juga memilih bertahan di sana kerana tidak mampu menempuh perjalanan jauh untuk lari ke Bangladesh, selain ketiadaan wang kerana tidak dapat bekerja.
"Sejak (tragedi hujung) Ogos 2017, mereka hidup berkongsi makanan sesama mereka. Bergilir-gilir antara rumah ke rumah dan kampung ke kampung mencari makanan. Bekalan makanan disekat untuk memaksa mereka menjadi pelarian.
"Penghantaran ini dilakukan melalui 'rangkaian' PASRelief yang masih aktif melakukan kerja-kerja kebajikan bekalan makanan di beberapa daerah yang dilanda operasi genocide junta Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine," terangnya
Jelasnya, pada misi kali ini sebanyak RM30,000 disalurkan menerusi dua 'rangkaian' yang diperkenalkan sebagai Ustaz Reazul Haq dan Ustaz Aziz di mana penghantaran itu biarpu sangat sukar, namun sampai kepada sasaran.
Tambah Sanusi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, kiriman dan penghantaran termasuk dari saudara mereka di luar negara sukar sampai dan masuk kerana sekatan yang dibuat oleh pihak polis dan pelampau.
Selain itu menurutnya, kaum Rohingya di sana menerima sumbangan wang pula perlu membeli padi untuk dikisar mendapatkan beras sebelum ianya diagihkan sesama mereka di kampung-kampung.
Orang ramai diseru terus menghulurkan sumbangan yang boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi Mohd Adram Musa di talian 013-384 5555.-HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018 20 NGO Islam ikrar sokong parti yang lawan sekularisme pada PRU14 Posted on Saturday, March 03 @ 23:19:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38490 |
KUALA LUMPUR: Dua puluh NGO Islam hari ini berikrar akan menyokong parti politik yang membawa agenda melawan fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme pada pilihan raya umum ke-14.
Gabungan NGO itu, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Ikram dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata 3 perkara itu “ancaman sebenar” yang perlu ditangani secara berkesan pada penggal kerajaan akan datang.
Bagi tujuan itu, Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) mengumumkan deklarasi 10 perkara, yang akan dihantar kepada semua parti-parti politik termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Pemimpin politiklah yang berkuasa jadi perkara ini tidak boleh dipandang remeh,” kata Presiden Jamaluddin Samsudin di Seminar Kepimpinan Negara Ke Arah Kecemerlangan Masyarakat di Universiti Malaya hari ini.
Deklarasi itu antaranya mahu kerajaan membanteras “fahaman salah” yang berselindung di sebalik “topeng liberalisme dan pluralisme agama” melalui pemerkasaan pendidikan Islam di segenap peringkat.
“Fahaman-fahaman ini boleh menjerumuskan seseorang kepada sikap skeptik terhadap Islam yang akhirnya menjurus kepada gejala murtad tanpa sedar,” kata ACCIN.
Deklarasi itu juga mahu kerajaan menangani kemasukan ekstremis agama, gerakan mempelopori murtad dan kelompok evangelis yang menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam secara maksimum.
Ia juga memuatkan teguran daripada NGO-NGO yang mewakili masyarakat sivil. “Kita tahu keadaan dan perlu kepada menyuarakan pendirian kita secara objektif,” kata Jamaluddin.
Sumber TKO - 3-3-2018
PPSMI: PH sangat celaru
Sumber HD- 3-3-2018KUALA LUMPUR: Pertimbangan Pakatan Harapan (PH) ingin memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan blok pembangkang itu celaru dalam mencapai falsafah dan dasar pendidikan negara serta perlaksanaan yang jelas carca merba dan tidak konsisten.Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN), Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana kajian Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dan usahasama lapan IPTA mendapati bahawa PPSMI tidak mampu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris.Ujarnya, kajian Mei 2009 dengan 15,000 sampel ke atas murid bandar dan luar bandar itu mendapati pencapaian diperolehi hanya 4 peratus sahaja, bahkan sebaliknya membantutkan tahap kecerdasan murid secara jangka panjang kerana menimbulkan ketidakfahaman berganda dan berterusan dalam subjek tersebut.Tambah beliau kegagalan PPSMI meninggalkan kesan jangka panjang apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 hingga 2017 menunjukkan kecemerlangan pelajar yang menduduki subjek Sains dan Matematik turun mendadak sebanyak 23 peratus daripada sebelum perlaksanaan PPSMI iaitu sebanyak 44 peratus."Ini menunjukkan dasar perlaksanaan PPSMI yang dilaksanakan tidak selari bahkan carca merba dan bercelaru. Prestasi pelajar semakin menurun berbanding sasaran yang hendak dicapai."Dasar perlaksanaan PPSMI juga tidak mendukung bahkan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diperuntukkan dalam fasal 152 (1) Perlembagagan Persekutuan, di mana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar rasmi dan utama dalam pendidikan negara bagi mencapai falsafah pendidikan negara," kata beliau.Ulasannya kepada Harakah itu kelmarin mengulas kenyataan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung mengembalikan pelaksanaan PPSMI jika PH menerajui negara.(Ikuti kupasan lanjut beliau yang akan disiarkan dalam Harakah cetak terbaharu Bil.2328 edisi Isnin ini nanti)
Mahathir jangan jadikan pelajar, pendidik 'tikus makmal'
Sumber HD - 3-3-2018KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengingatkan parti yang menjadi kerajaan jangan jadikan pelajar dan warga pendidik di Malaysia sebagai 'mangsa eksperimen' atau 'tikus makmal'.Presiden Pendidik, Normala Sudirman berkata, pelajar dijadikan mangsa sehingga masa depan pelajar dalam dunia pembelajarannya gelap akibat dasar pendidikan yang carca marba tidak konsisten dan tidak terarah.Beliau mewakili Pendidik membantah cadangan untuk melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Katanya, ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 .Menurut beliau, dalam Akta tersebut jelas meletakkan kepentingan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam semua subjek penting mata pelajaran utama di sekolah. - HARAKAHDAILY 3/3/2018(Ikuti bidasan lanjut beliau yang akan disiarkan dalam Harakah cetak terbaharu Bil.2328 edisi Isnin ini nanti)
No Maths And Science In English, Abim Tells Pakatan
Its president Mohamad Raimi Ab Rahim said the results of several studies conducted to assess PPSMI’s efficacy showed little to no improvement in the students’ performance after the programme was introduced.
“In 2004, the Education Ministry analysed PPSMI’s teaching and learning, drawing upon samples of 1,942 Standard Five second cohort students from 56 schools. It revealed their performance was declining, with some deteriorating even further when going to their higher years,” he said in a statement.
He also said the Affiliation of National Academic Organisations (Pembina) had conducted a similar assessment of PPSMI on 90 primary and 70 secondary schools covering 15,089 students in urban, rural, interior and island schools.
According to Raimi, Pembina’s study showed English contributed to a mere 0.7 per cent improvement for primary science classes, and no improvement in mathematics.
He added that at the secondary level, there was only a 1 per cent improvement in the mathematics score for Arts stream students and 0.6 per per cent in their general science subject while secondary Science stream students saw their Chemistry marks rise only between 0.2 and 0.6 per cent, and their additional mathematics scores improve by 0.3 per cent.
“Meanwhile international studies including the 2007 Trends in International Mathematics and Science Study (Timms) and the 2012 Programme for International Student Assessment (Pisa) also showed Malaysia’s dropped position.
“For Timms, we were in the lowest one-third group compared to the 1999 and 2003 Timms, before PPSMI was implemented. At the time we were in the top 10 category out of 58 countries,” Raimi said.
He said Abim stands by its strong advice to the government to focus on augmenting the teaching of English in schools rather than turning it into the medium of instruction.
“The government should also abolish the Dual-Language Programme which bears a clear resemblance to the PPSMI policy. Many intellectuals, NGO leaders and linguists have stated mastery of the English language should not come at replacing the Malay language as the medium of instruction,” he added.
The PPSMI policy was first implemented in 2003, which sought to improve the English skills of primary and secondary students.
After much controversy, the policy was scrapped in 2012 by then-deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MM
Sumber BO - 1-3-2018
Kewajipan melantik pemimpin serta syubhah sekitarnya
ISLAM sebuah cara hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam adalah akidah, ibadah, muamalah, undang-undang, akhlak, hubungan antarabangsa, politik dan segala yang berhubung dengan kehidupan manusia.
Dewasa ini kita tidak dapat lari dari memperkatakan isu-isu politik umat Islam dan apa jua yang berkaitan dengannya termasuklah memilih pemimpin dan parti politik. Sudah tentu dalam hal ini ada perbincangan dan hukumnya di dalam Islam.
Wajib melantik pemimpinHukum melantik pemimpin adalah wajib di dalam Islam. Perkara ini disepakati oleh para ulama dan termasuk dalam persoalan siasah syariyyah. Bahkan tajuk 'nasbul imamah' diletakkan sebagi tajuk akhir dalam kitab kitab akidah seperti al iqtisod fil i'tiqod, jauharatul tauhid dan lain-lain. Imam Ibrahim al-Baijuri menyebut:
ونصب إمام عدل واجب على الأمة عند عدم النص من الله أو رسوله على معين
"Melantik pemimpin yang adil adalah wajib ke atas umat Islam ketika tiada nas dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada orang tertentu"
Justeru, kewajipan melantik pemimpin sudah tidak perlu diperbincangkan lagi kerana sudah terang dan nyata.
Shubhah politik dan kepimpinan tidak penting kerana bukan rukun Iman
Akhir-akhir ini banyak kenyataan yang mengelirukan tentang politik dan kepimpinan yang tidak ada tujuan lain selain ingin memisahkan umat Islam dari politik. Antaranya adalah kenyataan bahawa urusan politik bukan rukun iman. Tidak mempedulikan politik tidak menyebabkan seseorang itu murtad dan kafir atau sebagainya. Jika dulu golongan sekular mengatakan politik suku agama suku, maka kini terdapat sebahagian agamawan pula menyeru umat Islam menjauhkan diri dari politik kerana bukan rukun Iman.
Walaupun kenyataan ini benar tetapi amat berbahaya. Ia seolah-olah memisahkan Islam dan politik sedangkan Islam bukan hanya rukun Iman bahkan Islam adalah Iman, Islam dan Ihsan seperti yang dinyatakan dalam hadis Jibril. Jika politik bukan rukun iman maka solat, puasa, haji dan lain-lain juga bukan rukun iman namun adakah bererti tidak wajib solat? Bahkan mengingkari kewajipan solat boleh dihukum murtad dan dibunuh sekiranya tidak bertaubat.
Dalam hal ini Prof Doktor Yusuf al-Qaradawi menyatakan :
"إن مسألة الإمامة عند أهل السنة والجماعة من مباحث الفروع؛ لأنها تتعلق بالعمل لا بالاعتقاد أساسًا، ولكنه استدرك قائلاً: إن هذا لا يعني التهوين من هذا الأمر ؛ لأن الإسلام ليس عقائد فحسب بل هو عقيدة وعمل، وإذا كانت الصلاة مثلاً من الفروع لأنها أعمال لا عقائد، فهذا لا يُخرجها عن كونها من أركان الإسلام، فكذلك الإمامة أو الحكم بما أنزل الله هو من الفروع ولكن اعتقاد وجوبه ولزومه والإيمان بالاحتكام إلى ما أنزل الله في كتابه ومتابعة رسوله هو من الأصول يقينًا، ومن صميم الإيمان".
"Sesungguhnya masalah imamah (pemimpin) di sisi ahli sunnah wal jamaah adalah dari perbahasan cabang agama kerana ia berkaitan amalan bukan akidah secara asas. Namun, kenyataan ini bukan beerti meremehkan urusan ini kerana Islam bukan hanya akidah sahaja tetapi Islam adalah akidah dan amalan. Bila solat contohnya dari urusan furu' kerana solat adalah amalan bukan akidah namun ia tidak mengeluarkannya dari rukun Islam. Begitulah juga persoalan pemimpin dan menjalankan hukum Allah adalah perkara furu tetapi beriktikad bahawa ia wajib dan satu kemestian serta beriman bahawa wajib menjalankan hukum Allah itu sebagaimana dalam Kitab-Nya dan mengikut Rasul-Nya adalah daripada prinsip-prinsip dan asas iman"
Shubhah mesti beruzlah kerana ini zaman fitnahAntara sikap lain dan seruan yang ada adalah umat Islam mesti beruzlah dan menjauhkan dari fitnah politik. Ini adalah diqiyaskan kepada para Sahabat Rasulullah yang berkecuali dan menjauhkan diri dari terlibat dalam perselisihan antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah.
Jika kita melihat secara kasar pendirian ini dan seruan kepadanya, ia seolah-olah benar dan ini seumpama jalan yang selamat. Namun, hakikatnya ia bercanggah dengan nas-nas agama dan kalam ulama muktabar walaupun kaedah istidlal hukum yang digunapakai adalah qiyas. Kenyataan ini adalah terbatal kerana:
-Punca utama perselisihan para sahabat bukan dalam soal nasbul Imamah (melantik pemimpin) tetapi ia adalah perselihan tentang cara menuntut balas (qisas) kematian Saidina Osman sebagaimana disebutkan para ulama. Maka jelas qiyas fitnah sahabat dengan situasi politik adalah qiyas maal fariq.
-Ulama ahli sunnah menuntut kita supaya diam dan tidak membincangkan soal perselisihan berdarah para sahabat bukan supaya kita menjauhkan dari politik. Tujuannya adalah supaya kita tidak mengotorkan lisan kita dengan memburuk-burukkan sahabat dan mencela mereka (sabbu sahabah). Ini kerana kemuliaan mereka dan ketinggian darjat mereka. Mereka mendapat pahala dalam ijtihad mereka. Imam Syihabuddin Abi Abbas Ahmad Al Ramli seorang ulama muktabar dalam mazhab as-Syafie menyebut di dalam Fathul Rahman bi syarhi zubad ibni Raslan:
وهي يجب سكوتنا عما جرى بين الصحابة رضي الله عنهم من المنازعات والمحاربات التي قتل بسببها كثير منهم فتللك دماء الله طهر الله منها ايدينا..فلا نلوث بها السنتنا كمنازعة معاوية عليا بسبب عدم تسليم قتلة عثمان الى عشيرته ليقتصوا منهم لأن عليا رأى تأخير تسليمهم اصوب"
"Dan adalah wajib berdiam diri dari memperkatakan tentang apa yang berlaku di antara para sahabat daripada perselisihan dan pertelingkahan yang menyebabkan terbunuh ramai di kalangan mereka. Maka itu adalah darah yang Allah alirkan yang Allah mahu tangan kita suci (tidak mengkotori) darinya. Maka lebih lebih lagi Allah tidak mahu kita mengotorkan lidah kita dengan memburukkan mereka, seumpama Muawiyyah melawan Ali kerana tidak menyerahkan para pembunuh osman kepada ahli keluarganya untuk di jalankan hukum qisas kerana Ali berpandangan soal tersebut lebih tepat jika dikemudiankan"
-Berdiam tanpa melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan terabai kewajipan syara dan menolak nas nas wajib melantik pemimpin yang menjalankan syariat Allah yang terang lagi nyata, membiarkan umat tenggelam dalam maksiat dan munkar dan mendedahkan umat kepada bahaya musuh. Kesemua nas ini amat terang dan nyata.
-Nas-nas al-Quran dan hadis supaya menjalankan amar makruf dan kewajipan menegur pemipim yang zalim serta menyelamatkan umat Islam yang tertindas. Fitnah membiarkan umat Islam terabai aspek akidah dan syariah amat besar berbanding maslahah menjaga peribadi dari fitnah politik. Imam Al Ghazali menyebut :
الدين اس والسلطان حارس فما لا أس له فهالك وما لا حارس له فضائع
"Agama adalah asas dan dan kuasa politik adalah penjaganya. Maka jika agama hilang akan runtuhlah umat dan jika kuasa politik hilang maka jadi hilanglah kemuliaan umat."
-Dengan nas nas yang tidak terhitung banyaknya tentang kewajipan melantik pemimpin yang adil maka Qiyas supaya berdiam diri adalah Qiyas yang bercanggah dengan nas. Imam Al Ghazali menyebut di dalam kitab al-Mustashfa sebuah kitab usul fiqh :
القياس على خلاف النص باطل قطعا"Qiyas dengan menyalahi nas adalah batil secara qatei"
-Walaupun kita andaikan qiyas ini benar, namun ia tetap marjuh kerana mengikut kaedah usul fiqh, di dahulukan nas di atas qiyas (sekiranya qiyas tidak silap). Prof Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitab Al Wajiz Fi Usuli Al Fiqh menyebut :
يرجح الكتاب او السنة الصحيحة على القياس لان القياس دليل ظني ولا يعمل به في موضع النص."Ditarjihkan dalil al-Quran dan sunnah di atas qiyas kerana qiyas merupakan dalil zhonni dan tidak digunakan dalam soal yang terdapat nas Al Quran dan Sunnah"
-Zaman fitnah tidak menyebabkan kewajipan melantik pemimpin digugurkan mengikut hukum syara'. Imam Ibrahim Al Baijuri menyatakan :
ولا فرق في وجوب نصب الامام بين زمن الفتنة وغيره..(حاشية البيجوري على جوهرة التوحيد)"Tiada bezanya wajib melantik pemimpin ketika zaman fitnah ataupun tidak"
-Sekalipun diharuskan i'tizal (menjauhkan diri) ketika zaman fitnah namun sekiranya terdapat jemaah yang berpegang dengan haq maka hukumnya wajib memberi sokongan dan bergabung dengannya. Imam Ibnu Hajar Al Asqolani seorang amirul mukminin dalam ilmu hadis menyatakan dalam kitab Fathul Bari:
المراد من اعتزال الناس زمن الفرقة: ما ذكره الحافظ ابن حجر رحمه الله في الفتح عن الطبري أنه قال: متى لم يكن للناس إمام فافترق الناس أحزابا فلا يتبع أحدا في الفرقة، ويعتزل الجميع إن استطاع ذلك خشية من الوقوع في الشر،ومتى وجد جماعة مستقيمة على الحق لزمه الانضمام إليها وتكثير سوادها والتعاون معها على الحق؛ لأنها والحال ما ذكر هي جماعة المسلمين بالنسبة إلى ذلك الرجل وذلك المكان."Adapun yang dimaksud dengan menjauhi manusia pada saat terjadi fitnah perselisihan adalah seperti yang dijelaskan oleh al Hafiz Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitabnya Fathul Bari dari Thabari bahawa dia mengatakan: Jika tidak ada pemimpin lalu manusia berpecah belah menjadi beberapa golongan, maka tidak boleh mengikuti seseorang dalam golongan tersebut. Dan hendaklah semampu mungkin menjauhi semua golongan, karena dibimbangi akan terjadi keburukan.Tetapi jika ada jamaah yang tetap berpegang teguh pada kebenaran, dia hendaklah bergabung dan memperbanyak bilangan di dalamnya serta saling tolong menolong dalam menegakkan kebenaran, karena pada saat seperti itu, jamaah dan tempat itu adalah jamaah muslimin bagi orang dan tempat tersebut"
Maka telah terang dan nyatalah kebenaran bahawa wajib ke atas umat Islam melantik pemimpin yang adil dan terlibat dalam proses politik demi menjaga maslahah agama yang lebih utama berbanding masalah peribadi berdasarkan dalil dalil dan nas Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Begitu juga seruan agar menjauhkan diri dari politik adalah seruan yang tidak bersandar kepada hujjah yang kukuh.
Sumber HD-23-2-2018KHAIRUL ANUAR ISMAIL
Ahli Jawatankuasa
Ikatan lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Kelantan
23 Febuari 2018- HARAKAHDAILY 23/2/2018
PASRelief lancar dana kecemasan untuk Ghoutah, Syria
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah melancarkan Rayuan Dana Kecemasan makanan dan ubat-ubatan untuk penduduk Ghoutah, Syria berikutan perkembangan terbaharu di negara tersebut.
Laporan semasa di Syria menyaksikan peperangan kembali meletus hingga mengorbankan nyawa rakyat dalam kalangan umat Islam yang tidak berdosa berlaku di Timur Ghoutah.
Lebih 400,000 penduduk di daerah itu diancam siri pengeboman udara yang dilancarkan oleh rejim Bashar Assad kononnya untuk memerangi kumpulan Daesh.
Natijah malangnya, angka korban syahid dalam kalangan awam telah melebihi 300 mangsa kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan warga emas dalam hanya dua hari serangan.
Operasi ketenteraan rejim mengepung kawasan yang didakwa dikuasai militan itu menjadikan penduduk tertawan sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di bumi Syam tersebut.
Selain korban, ribuan lagi mengalami kecederaan yang sangat tragis dan mengerikan, termasuk kehilangan tempat tinggal dengan kerosakan serta kemusnahan struktur kediaman dan premis awam.
Keadaan di hospital pula hampir lumpuh dengan jumlah ramai mangsa dan keadaan kecederaan parah dialami seperti terbakar, putus anggota badan, selain hilang pendengaran atau penglihatan.
Tambah rumit, apabila bantuan antarabangsa turut terhad atau terhalang sama ada melibatkan inisiatif perubatan mahupun bekalan makanan, juga situasi keselamatan yang sangat berisiko.
Sehubungan itu, umat Islam wajib membantu dengan sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank PASRelief 5640 7061 2333. -HARAKAHDAILY 23/2/2018
Sumber HD - 23-2-2018 Kerajaan negeri mesti pinda enakmen pentadbiran Islam - PGSM Posted on Thursday, February 15 @ 19:00:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38253 |
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sedar bahawa dalam kes M Indira Ghandi lawan Mohd Ridhuan Abdullah pada 29 Jan lalu, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan judicial review bagi menentukan keabsahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah/batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah seperti dikehendaki Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004.
PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut disebabkan mahkamah syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana jawatankuasa atau institusi di bawah majlis agama Islam.
Disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah sivil.
Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan mahkamah syariah.
Oleh itu, PGSM dengan ini menggesa dan mencadangkan semua kerajaan negeri meminda enakmen pentadbiran agama Islam negeri dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberikan kuasa kepada mahkamah syariah mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa yang menjalankan fungsi majlis, di bawah enakmen berkenaan.
Pindaan sedemikian telah dilakukan Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015, dengan memasukkan peruntukan baru (seksyen 66A) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) sebagaimana berikut:
Seksyen 66A - Bidang kuasa mahkamah tinggi syariah bagi semakan kehakiman
"66A. Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.”
Keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan tersebut sepatutnya menjadi wake-up call kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing, agar dapat melindungi kepentingan orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.
MUSA AWANG
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Sumber TKO - 15-2-2018
Situasi Masih Belum Mengizinkan Rohingya Pulang
Filippo Grandi berkata keadaan di Myanmar belum kondusif untuk 668,000 Rohingya pulang ke rumah mereka.
Para pelarian terbabit, melarikan diri ke negara jiran Bangladesh selepas pihak berkuasa Myanmar melancarkan serangan ganas di Rakhine Utara pada Ogos lepas.
“Sebab-sebab mereka meninggalkan (Myanmar) tidak ditangani, dan kita masih belum melihat kemajuan yang jelas dalam menangani penafian hak-hak,
“yang semakin membarah sejak dekad yang lalu, berakar umbi daripada penafian kewarganegaraan mereka,” katanya.
Grandi juga berkata pejabat UNHCR tidak mempunyai akses ke Rakhine, di mana ratusan kampung telah dibakar oleh tentera Myanmar.
“Akses kemanusiaan, seperti yang telah di dengar, masih sangat terbatas. UNHCR tidak mempunyai akses ke kawasan yang terjejas di bahagian utara negara Rakhine,
“di luar bandar Maungdaw, sejak Ogos 2017, dan akses kami di pusat Rakhine juga telah dibatasi,”
“Kehadiran dan akses UNHCR di seluruh negeri adalah penting untuk memantau keadaan perlindungan, menyediakan maklumat bebas kepada pelarian, dan menemani kepulangan mereka apabila tiba masanya.” Kata beliau.
Grandi mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan rakyat Bangladesh untuk menempatkan pelarian Rohingya, tetapi memberi amaran bahawa keadaan perlu diperbaiki ratusan ribu pelarian perlu diperbaiki terutama dalam musim tengkujuh mulai bulan Mac.
“Kini kami dalam mengejar masa apabila keadaan kecemasan baru yang besar (yang akan datang),
“kami menganggarkan bahawa lebih daripada 100,000 pelarian tinggal di kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir atau tanah runtuh, (dan) yang terdedah perlu segera dipindahkan, kehidupan mereka berisiko serius.” jelas Grandi
Selepas Grandi memberi cadangannya kepada Majlis Keselamatan, Nikki Haley, duta AS ke PBB, memuji PBB setakat ini gagal dalam sambutannya terhadap krisis di Myanmar
Sumber BO - 14-2-2018
TERAS gesa beri perhatian nasib pesawah
TERAS Pengupayaan Melayu memandang serius nasib ratusan ribu pesawah padi yang kini berhadapan dengan pendapatan yang semakin terjejas. Dalam semakan kos pengeluaran terkini bagi setiap serelong sawah, pendapatan pesawah jatuh kepada RM 480 serelong untuk tiga bulan. Ia adalah berdasarkan hasil sebanyak RM 2,200 untuk serelong semusim, manakala perbelanjaan adalah RM 1,720.
Hasrat pihak kerajaan agar pendapatan pesawah dapat ditingkatkan dari RM600 kepada RM1200 sebulan dari hasil 10 tan metrik setiap hektar pada keseluruhannya tidak berlaku. Pihak kerajaan telah menggalakkan penggunaan benih terbaru hasil dari penyelidikan Mardi, akan tetapi tidak ramai pesawah yang mencapai sasaran 10 tan metrik sehektar seperti yang diuar-uarkan. Bukan sahaja faktor jangkitan penyakit padi serta bencana banjir sering menjejaskan hasil, malah kenaikan kos input pertanian juga mengekang pendapatan pesawah.
Teras memberi perhatian kepada golongan pesawah kerana mereka terlibat dalam sektor pengeluaran makanan asas negara, termasuk soal sekuriti makanan. Saiz ladang yang tidak ekonomik dan berganding pula kos input pertanian yang terus meningkat menyebabkan sebahagian besar pesawah masih tergolong dalam kelompok di bawah garis kemiskinan.
Setelah hampir 50 tahun pembangunan sektor padi di negara ini, statusnya masih jauh dari yang diharapkan. Kepadatan infrastruktur, saiz ladang yang tidak ekonomik serta hasil tuai masih rendah terus menjadi isu yang tidak dapat ditangani dengan baik.
Keadaan semakin buruk apabila kos pengeluaran terus meningkat yang menyebabkan pesawah terpaksa menanggung beban yang berat untuk meneruskan usaha menanam padi. Dalam dialog dengan pesawah padi di kawasan Merbok, Kedah baru-baru ini, Teras merumuskan untuk menggesa pihak kerajaan memberi perhatian kepada isu berikut:
Kembalikan fungsi LPNTeras Pengupayaan Melayu ( Teras ) menggesa kerajaan mengembalikan fungsi Lembaga Padi Negara (LPN ) untuk melihat kebajikan 200,000 pesawah padi di seluruh negara dibela dengan sewajarnya. Sejak lembaga ini diswastakan kepada Bernas, kebajikan dan pelbagai isu pesawah tidak diselia dengan baik kerana Bernas sebagai sebuah syarikat lebih mementingkan keuntungan untuk para pemegang sahamnya. Beras sebagai komoditi makanan asas negara yang dikeluarkan oleh pesawah perlu dijamin statusnya semada dari segi pengeluarannya mahupun dari segi bekalannya.
Sehingga ini sejak LPN yang ditubuh pada 1971 dan diswastakan atas nama Bernas pada 1996 , jaminan terhadap pengeluar padi tidak diselia dengan baik terutama soal kebajikan pesawah itu sendiri. Apabila Bernas berfungsi hanya untuk menjadikan syarikat monopoli pemasaran beras untuk pasaran dalam negara dan juga untuk import dari luar meraih keuntungan besar, nasib pesawah terbiar. Sebab itu mengembalikan fungsi LPN dengan menambahbaik pengurusannya adalah cara terbaik untuk melihat nasib pesawah terbela.
Pantau isu pemutuan kilang padiTeras juga mengambil perhatian terhadap isu pemantauan pemutuan padi yang tidak dikawal di kilang padi sehingga membiarkan pesawah terdedah kepada manipulasi dan penipuan. Isu pemotongan padi basah dan ketepatan timbangan padi tidak dipantau oleh pihak berkuasa kerana pesawah tidak ada kuasa untuk mengelak dari penipuan oleh pengilang padi.
Pesawah terdedah kepada penipuan jika pihak penguasa tidak memantau amalan pemutuan padi di kilang-kilang padi. Kerugian pesawah boleh mencecah jutaan ringgit apabila pengilang mengguna sistem pemutuan sendiri tanpa dipantau oleh pihak berkuasa.
Ini jelas juga berlaku kepada kualiti benih yang tidak menentu. Pesawah kini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga benih per bag 20 kg yang kini mencecah RM55 - RM 60 berbanding sebelum ini RM 35. Sedangkan dalam masa yang sama kualiti benih juga sukar disahkan semada benar benih yang disyorkan atau sebaliknya hanya setelah 100 hari.
Cadangan pihak kerajaan untuk menubuhkan Tribunal bagi mengatasi sungutan pesawah terutama dalam pemutuan padi masih belum menjaminkan kepentingan pesawah akan terbela. Ia sangat bergantung kepada bagaimana sistem dan prosedur pembicaraan yang akan dijalankan dapat membela nasib pesawah.
Wujudkan konsortium kilang padi BumiputeraKini kilang padi dikuasai hampir semuanya oleh pengilang bukan Bumiputera . Sebagai contoh di lebih 50,000 pesawah yang menjadi ahli di 22 buah Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) luar MADA, pesawah tidak ada pilihan untuk menghantar padi ke pengilang Bumiputera. Kini bilangan pengilang padi Bumiputera hanya tinggal 20 buah berbanding 200 sebelum ini.
Aduan Persatuan Pengilang Padi Melayu bahawa kini 10 peratus sahaja dari 45 kilang padi Melayu sedang berfungsi, manakala selainnya dalam keadaan nazak perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan perlu melihat keperluan mewujudkan pengilang padi berskala besar untuk memberi peluang pesawah mempunyai pengurusan sendiri bagi memproses padi kepada beras.
Jelas bantuan RM200 tiga bulan awalUntuk bantuan RM 200 kepada pesawah bagi tiga bulan pertama sebelum menerima hasil tuai seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018, sehingga kini belum jelas bagaimana ia akan disalurkan. Pertanyaan pesawah ialah apakah mekanisme dan asas pembahagian bantuan tersebut. Sementara sehingga sekarang bantuan itu belum diperolehi oleh pesawah, ia masih belum jelas mengenai kaedah ia akan disalurkan. Sehingga ini juga belum ada pernyataan yang jelas apakah pesawah di luar jelapang padi akan menerima bantuan tersebut.
Kecualikan PPK dari GSTTeras juga memberi perhatian kepada pendekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang kini mulai menilai pembayaran GST kepada urusniaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Bebanan GST akan mengalir kepada kos penanaman padi oleh pesawah bagi pelbagai input pertanian seperti baja, racun, benih, traktor, mesin tuai dan pelbagai khidmat pertanian yang diperlukan oleh pesawah.
Pengecualian GST perlu diberi kepada sektor padi kerana ini akan membebankan pesawah jika GST dikenakan kepada mereka sedangkan golongan pesawah adalah golongan terpenting dalam menjamin bekalan beras negara terjamin.
Penambahan insentif padi dan skim subsidi masih tidak dapat mengatasi kos pengeluaran yang meningkat melainkan faktor sistem penanaman padi diubah ke arah pertanian tanpa kimia serta mencari jalan meminimakan kos mekanisasi pertanian.
Menjadualkan penyelenggaraan infrastrukturPesawah mengadu bahawa pembinaan infrastruktur sawah dan kerja penyelenggaran seperti pembinaan dan pembersihan saliran, tidak mengikut jadual kerja pesawah. Akibatnya kerja pesawah terganggu. Bagi pesawah di luar skim jelapang padi, penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur saliran air sangat penting. Pihak kerajaan harus melaksanakan projek-projek dengan lancar mengikut kesesuaian jadual kerja pesawah dan tidak menunda saluran bajet kepada jabatan yang dipertanggungjawabkan. Pertimbangan untuk melaksanakan jadual projek tidak harus berdasarkan jadual urusan yang tidak berkaitan dengan kerja sawah.
Atasi serangan penyakit dan perosakTeras juga mengesa supaya pihak agensi yang berkaitan berusaha mencari punca kepada pelbagai penyakit padi yang sering menjejaskan hasil. Isu sawah padi diserang penyakit bena perang, karah tangkai, hawar daun dan pelbagai penyakit lain semakin merebak secara berkala. Banyak penyelidikan dilakukan oleh agensi pertanian seperti Mardi, akan tetapi suatu analisa menyeluruh bagaimana sistem pertanian moden kini semakin mendedahkan petani kepada serangan penyakit keatas sawah mereka perlu dikenalpasti.
Penggunaan kimia yang mengakibatkan kesan sampingan kepada ekosistem ladang perlu diteliti.
Sudah sampai masanya amalan agronomi dalam penamaman padi diteliti semula kerana sistem pertanian yang berasaskan kimia jelas menunjukkan pelbagai penyakit kini timbul akibat kestabilan ekologi ladang semakin terganggu.
Sumber HD - 14-2-2018MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Teras Pengupayaan Melayu ( Teras ) - HARAKAHDAILY 14/2/2018
'Panggilan kecemasan' bantu Rohingya segera
KUALA LUMPUR: Umat Islam etnik Rohingya yang masih terkepung dan tinggal bertahan di kampung-kampung mereka di dalam Wilayah Arakan, Myanmar kini sedang berada dalam situasi kecemasan.Ini berikutan serangan dan tindakan ekstrem terbaharu pihak pelampau Myanmar yang menyerang dan membakar kampung halaman penduduk serta sekatan bantuan ke atas mereka terutama di Maungdaw, Bathidung dan Rathidung.Berikutan kejadian itu yang tercetus semula sejak 29 Januari baru-baru ini, penduduk Islam Rohingya berada dalam situasi kemungkinan kebuluran setelah sebarang usaha mendapatkan makanan dan keperluan asas terhalang.Sehubungan itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membuat 'panggilan kecemasan' kepada seluruh dunia agar segera bertindak membantu meleraikan situasi tersebut.Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, sekurang-kurangnya kini dunia khususnya dari umat Islam sendiri mesti bertindak menghantar bantuan berterusan kepada Rohingya."Selain mereka yang di Arakan tekad mempertahankan diri, maruah dan kedudukan, jumlah dan keperluan pelarian di kem-kem pelarian terutama di Bangladesh amat mendesak."Makanan, perubatan, pakaian dan tempat tinggal perlu disedia serta mengelak risiko lebih buruk seperti jangkitan penyakit, kematian dan sebagainya."Oleh itu MAPIM merayu seluruh dunia segera menghulurkan sumbangan untuk kami usahakan penyaluran bantuan kepada mereka terutama yang masih bertahan di dalam Arakan," serunya.Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Baitul Rahmah-MAPIM 5520 9522 4432 dan kodkan 'Food4Arakan' dan sebarang pertanyaan hubungi Shukri (019 758 5658). - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Hentikan khidmat Doula tidak berwibawa
KAMI merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh MedicalMythBustersMalaysia (M3) berkaitan kematian bayi yang telah lahir secara songsang di rumah di negeri Johor baru-baru ini. Sebagai sebuah NGO yang bermatlamatkan kebajikan kesihatan negara, kami terpanggil untuk menyatakan sokongan PAPISMA terhadap kenyataan M3.
Kami berpandangan bahawa kehadiran Doula sewaktu proses kelahiran di Malaysia boleh menimbulkan masalah. Doula sebenarnya peneman kepada ibu yang sedang bertarung antara hidup dan mati sewaktu proses kelahiran. Kehadiran doula diharapkan boleh membantu ibu bersalin dengan tenang. Tetapi, daripada pemerhatian kami, peranan Doula di Malaysia ini telah melampaui batas sebagai peneman. Mereka seolah-olah mengambil alih peranan menjadi pakar perbidanan, doktor, jururawat dan bidan yang memberi nasihat dan menguruskan proses kelahiran. Khidmat nasihat yang mereka berikan, samada berada di sisi pesakit atau melalui aplikasi WhatsApp, telah membahayakan kesihatan dan nyawa ibu dan juga anak, terutamanya dalam kes-kes yang berisiko tinggi.
Doula juga menganjurkan kelahiran di rumah tanpa kehadiran ahli yang terlatih. Ini adalah satu kaedah proses kelahiran yang tidak selamat. Sudah banyak kes yang berakhir dengan kematian dan komplikasi teruk semasa proses bersalin tidak selamat yang dianjurkan oleh mereka ini. Dengan apa sahaja nama yang mereka berikan bagi meng’halal’kan kaedah tersebut, sebenarnya mereka menafikan kaedah yang sedia ada di premis kesihatan bertauliah samada kerajaan ataupun swasta.
Sekali lagi ingin kami tegaskan, kelahiran selamat adalah kelahiran yang diuruskan oleh individu berkemahiran dan berpengalaman dalam menguruskan kelahiran. Jika individu tersebut hanya berpengetahuan tinggi secara teori semata, masih tidak boleh mengisytiharkan mahir dalam hal ehwal kelahiran. Malah jika sekiranya individu tersebut doktor sekalipun, tetapi tidak berkemahiran dalam proses kelahiran, ia tetap mempunyai risiko. Berdasarkan definisi daripada World Health Organization (WHO), “kelahiran selamat” (safe delivery) ialah kelahiran yang dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel). Malaysia telah mencapai peratus kelahiran selamat sebanyak 98 peratus semenjak tahun 2009 iaitu pencapaian yang setanding dengan negara maju. Peratus kelahiran di rumah didapati menurun daripada 24.8 peratus pada tahun 1990 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.
Di Malaysia, selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan yang terlatih di dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia sahaja yang boleh mengendalikan kelahiran. Ini termaktub di dalam Seksyen 14(1) Akta Perbidanan 1966 yang menyatakan: “Any person who, not being a midwife registered under this Act, practices midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a period not exceeding one year or to both.”
Kajian jelas menunjukkan kelahiran di rumah atau tidak disambut oleh anggota yang berkemahiran, mempunyai risiko tinggi kematian bayi. Terdapat 12 kajian yang membuktikan kelahiran di hospital oleh anggota yang mahir penting demi keselamatan ibu dan anak. Manakala tiga kajian lain pula yang seolah-olah menyokong kelahiran di rumah dan menyamakan hasil seperti kelahiran di hospital, adalah dengan syarat bahawa kelahiran di rumah tersebut mestilah di bawah seliaan rapi oleh anggota perbidanan yang terlatih.
Kami ingin menyeru pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak tertentu yang dengan senghaja menghasut ibubapa untuk bersalin secara lotus dan pengamalan tertentu tanpa pengawasan rapi daripada doktor pakar perbidanan bertauliah. Antara amalan yang tidak patut diamalkan oleh mereka adalah seperti melambatkan pemotongan tali pusat sehingga berjam-jam lamanya, tidak mengeluarkan uri dalam tempoh masa yang segera dan tidak memberi imunisasi kepada bayi yang baru dilahirkan.
Kami juga ingin mencadangkan kepada pihak bertanggung jawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, agar mengambil inisiatif mempertingkatkan pendekatan dan aktiviti pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat untuk memastikan tahap tinggi kesihatan ibu dan anak di Malaysia dapat terus dipertingkatkan. PAPISMA sebagai sebuah NGO Kesihatan bersedia untuk berperanan sebagai pemangkin dalam memastikan hasrat ini tercapai. Kami juga menggesa satu garis panduan khusus diwujudkan bagi memberi panduan kepada doula supaya tidak mengambil alih peranan profesional perubatan untuk menjalankan tugas mereka.
PAPISMA menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai kelahiran tidak selamat dalam kolam. Kejadian yang berlaku seumpama ini perlu dipantau dan diambil tindakan tegas jika melanggari syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumber HD - 10-2-2018DATO' DR SUHAINI KADIMAN
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia
10.2.2018- HARAKAHDAILY 10/2/2018
Kewujudan JAKIM amat penting untuk Malaysia
Sumber HD - 5-2-2018PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) melihat bahawa kewujudan JAKIM amat penting di negara ini, khususnya untuk menyelaraskan hal ehwal Islam di dalam negara.Fungsi JAKIM selama ini adalah signifikan dalam membantu YDP Agong sebagai Ketua Agama bagi Persekutuan, dan berkerjasama bersama DYMM Sultan di negeri-negeri yang merupakan Ketua Agama di negeri masing-masing dalam memelihara pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di Malaysia.PSebagai sebuah jabatan di peringkat Persekutuan, JAKIM terbukti telah berperanan dengan baik, khususnya menjalankan fungsi merapatkan hubungan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) bagi menyelaraskan urusan agama. Pastinya hubungan yang rapat dengan MAIN dan JAIN selaku pihak berkuasa agama Negeri-Negeri adalah bagi tujuan penyelarasan hal ehwal Islam antara Negeri dan Persekutuan.Kewujudan JAKIM dalam sejarah panjang pentadbiran negara yang bermula sebagai sebuah unit agama di JPM, sememangnya berperanan besar menegakkan syiar Islam dan dilihat telah berjaya mengekang fahaman dan ajaran sesat selain telah berjaya memperkasa kefahaman umat Islam berlandaskan wasatiyyah.Dalam pada masa sama, JAKIM juga telah berjaya menyelaraskan hal ehwal Islam di Malaysia antaranya dalam bidang pendidikan Islam, penyelarasan pensijilan Halal, perkembangan dasar serta program dakwah serta lain-lain bidang yang melibatkan kepentingan umat Islam. Selain itu, kita juga lihat bahawa JAKIM telah berjaya menyerlahkan lagi imej Malaysia di pentas dunia dalam bidang Al Quran seperti penganjuran Majlis Tilawah Al Quran pada setiap tahun dan adanya institusi Darul Quran JAKIM.Dalam konteks ini, sewajarnya Kerajaan terus memberikan dan menambah peruntukan bagi JAKIM memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan kerana penubuhan JAKIM adalah menepati semangat Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.PUM meminta masyarakat Malaysia tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kewujudan JAKIM. Mempertikaikan kewujudan JAKIM secara tidak langsung dibimbangi juga merupakan satu usaha menyekat perkembangan Islam di dalam negara. Semua pihak diseru menekuni terlebih dahulu sejarah pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia selain melihat sumbangan JAKIM kepada negara dan ummah.PUM menyeru, dalam apa juga keadaan agar tidak ada pihak yang terlibat bersekongkol dengan mereka yang berusaha menyekat perkembangan Islam dan cahayanya. Malah, PUM mempertegaskan bahawa JAKIM adalah badan yang sangat relevan kewujudannya di Malaysia. Justeru, ia mesti dipertahan dan diperkasakan demi kedaulatan negara tercinta.DATO’ SYEIKH HJ ABDUL HALIM ABD KADIRYang DipertuaPersatuan Ulama Malaysia - HARAKAHDAILY 5/2/2018
Selipar Dan ‘Pampers’
Anak kecil dibiarkan bebas bermain debu tanpa selipar. Tidak berseluar malah pampers pun tidak pernah kenal. Mereka agak terbiar. Petang sebegini adalah ruang masa paling seronok mereka bermain. Tanpa gangguan dan ketakutan dari bedilan peluru tentera Myanmar. Mereka tiada gajet canggih seperti kita. Line internet pun ciput.
Apabila direnung kembali wajah-wajah comot berdebu itu, saya mula kembali mengingati anak di rumah. Jauh bezanya kehidupan mereka dengan kita yang serba kemewahan. Mereka pula terkurung dalam kem yang belum tentu memjaminkan kemewahan.
Semasa di tanah Rakhine sendiri pun mereka sudah lama ditindas. UNHCR menganggarkan 78% dari penduduk Rakhine miskin dan berada di bawah paras kemiskinan berbanding dengan negara bangsa jiran seperti Bangladesh.
Etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan sejak 1824 lagi sepanjang kolonial British. Tenaga kaum lelaki mereka hanya digunakan untuk buruh kasar oleh penjajah British. Wartawan kemanusian seperti kumpulan Al Jazeera, CNN dan The Guardian mengistiharkan etnik Rohingya adalah etnik
yang paling teruk dinafikan hak. Mereka disekat hak untuk berkahwin dengan bangsa lain, tidak boleh bekerja dalam negara yang mereka lari, tidak boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, serta pergerakan terbatas.
Selepas penyerahan kemerdekaan oleh Kolonial British kepada India dan Pakistan tahun 1947, krisis berlarutan di antara pemilikan sebenar Bangladesh-Myanmar dan Arakan. Akhirnya Myanmar beroleh kemerdekaan pada 1948, dan Bangladesh agak terkebelakang sedikit mencapai kemerdekaan, 1971.
Namun tanah Arakan yang nama asal bagi negara Rakhine tidak dimasukkan dalam perjanjian kemerdekaan. Bangsa Rohingya seolah-olah stateless walaupun mempunyai tanah air iaitu Rakhine.
Myanmar menuntut bahawa bumi Rakhine adalah hak mereka. Hatta bangsa Rohingya juga tidak dikelaskan sebagai satu bangsa etnik asal Myanmar. Penggubalan baru Union Citezen Act 1982 pun tidak memasukkan bangsa Rohingya sebagai salah satu kumpulan etnik dari 135 buah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Mereka sekali lagi dipinggirkan.
Apabila berlakunya pembersihan etnik 1970 dan 1990, rakyat Rakhine bertebaran ke pelusuk Asia termasuk negara kita, Indonesia, Thailand dan Bangladesh. Terdapat sebahagian dari mereka dijadikan sumber pemerdagangan manusia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Krisis pembersihan etnik Rohingya terbaharu 2015 hingga kini, sebagai pembersihan terdahsyat dalam siri pembantaian. Lebih dari 1.2 juta pelarian Rohingya terpaksa merentas denai, lurah dan bukit ke sempadan Bangladesh.
Bagi anak kecil ini, tidak berseluar, tiada pampers dan berkaki ayam sudah menjadi darah daging kehidupan mereka. Biarkanlah anak-anak kecil ini bermain debu serta membina istana lumpur di Cox’s Bazar, asalkan hati mereka tenang dan bahagia.
Sekian coretan selepas klinik statik suhazeli.com dari Zon UU, Kem Kutupalong, Cox’s Bazar.
Sumber BO - 1-2-2018
Tubuh Suruhanjaya Kedaulatan Negara, pelihara keutuhan Perlembagaan
Sumber HD - 31-1-2018Tubuh Suruhanjaya Kedaulatan Negara, pelihara keutuhan PerlembagaanGERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) memandang berat keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 29 Januari 2018, berhubung kes agama bagi tiga anak-anak kepada Muhamad Ridhuan bin Abdullah (dahulunya Pathmanathan a/l Krishnan) dan bekas isterinya, Indira Gandhi a/p Mutho. Berdasarkan kepada 'Press Summary' yang disediakan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, intipati daripada kes tersebut antara lainnya adalah seperti berikut:-(a) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa eksklusif semakan kehakiman, termasuk untuk mendengar dan membicarakan perkara-perkara yang jatuh di bawah hukum syar’ie, walaupun Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil _“tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”_;(b) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan — yang memperuntukkan bahawa “the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent….” — adalah merujuk kepada ibu dan bapa, dan oleh yang demikian persetujuan kedua-dua ibu dan bapa adalah diwajibkan sebelum seseorang anak itu boleh didaftarkan agamanya sebagai Islam; dan(c) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Syariah di negeri Perak tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan penentuan sama ada kemasukan ke agama Islam seseorang itu adalah sah ataupun tidak, kerana seksyen 50(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak hanya memperuntukkan bidang kuasa untuk Mahkamah Syariah membuat pengisytiharan keluar Islam, bukan untuk menentukan kesahihan kemasukan Islam seseorang itu.Ketiga-tiga perkara di atas antara lainnya menyentuh tiga aspek genting mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan; Pentadbiran agama Islam di negeri-negeri di bawah kekuasaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu; dan pembahagian bidangkuasa di antara Mahkamah Sivil dan Syariah. Ketiga-tiganya juga melibatkan hak-hak keibu-bapaan yang sepatutnya perlu ditangani secara cermat bagi melindungi hak kesemua pihak, tetapi malangnya keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, pada hemat UMMAH, gagal memastikan hal ini.Berhubung penentuan agama anak-anak, misalnya, sungguhpun syarat persetujuan kedua-dua ibu dan bapa mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum agama anak-anak boleh ditukarkan nampak seperti memberi keadilan kepada suami dan isteri; tetapi jika dicermati dengan lebih mendalam, ia sebenarnya adalah amat berat sebelah dan sama sekali tidak adil kepada pasangan yang memeluk agama Islam.Hal ini kerana apabila seseorang itu memeluk Islam, sedangkan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, perkahwinan di antara mereka akan perlu dibubarkan. Dalam menjalani proses pembubaran perkahwinan atau perceraian ini, ada kalanya kedua-dua pasangan tidak lagi bercakap di antara satu sama lain melainkan melalui peguam masing-masing. Justeru, sudah tentulah syarat untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam hal penentuan agama anak adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk dicapai. Ini bererti jika seseorang Mualaf itu memeluk Islam, dia juga perlu bersedia untuk melepaskan haknya di bawah Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung penentuan agama dan pendidikan agama anak-anaknya. Hal ini sudah tentu tidak adil.Keputusan Mahkamah Persekutuan ini juga telah menyimpang daripada keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu, yang pernah diputuskan pada tahun 2008, dalam kes Subashini Rajasingam v. Saravanan Thangothoray Other Appeals [2008] 2 CLJ 1. Dalam kes tersebut, Mahkamah telah mengambil pendekatan yang lebih berharmoni, di mana Mahkamah mengatakan bahawa persetujuan mana-mana ibu atau bapa adalah memadai (dan tidak semestinya persetujuan kedua-duanya) untuk mendaftarkan pertukaran agama anak apabila salah seorangnya memeluk agama Islam. Dalam masa yang sama, jika pasangannya yang bukan Islam merasakan pertukaran agama anaknya itu tidak adil dan menzalimi haknya, maka dia juga berhak untuk membantah. Jika bantahan dikemukakan, maka Mahkamah akan menghakimi dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak tersebut, serta diimbangkan dengan hak di antara ibu dan bapa, serta fakta-fakta lain berasaskan kepada case to case basis.Pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2008 dahulu dilihat lebih adil, kerana setiap kes akan diadili berasaskan meritnya masing-masing; berbanding keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi baru-baru ini, yang seolah-oleh memberikan kuasa veto kepada pasangan bukan beragama Islam untuk menafikan hak menentukan agama anak kepada pasangan Mualaf. Ia adalah diskriminasi yang tidak adil kepada hak beragama seseorang Mualaf.Meskipun demikian, UMMAH tetap menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, tetapi dalam masa yang sama, UMMAH akan menggembelengkan usaha bagi membetulkan kembali kekhilafan dalam sistem keadilan negara ini, melalui jalan-jalan yang sah di sisi undang-undang, termasuk melalui pendekatan perbincangan, wacana, engagement, desakan, tuntutan, dan termasuk juga, jika perlu, masuk sebagai pencelah ( intervener ) bagi memfailkan semakan semula di Mahkamah Persekutuan.Wajar diambil perhatian bahawa keputusanMahkamah semalam turut menyentuh beberapa kelompongan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Negeri Perak, terutamanya berkait cakupan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak lengkap dan menyeluruh, sehingga menyebabkan Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa atas kelompongan tersebut. Dalam hal ini, UMMAH menggesa Dewan Undangan Negeri di semua negeri untuk memastikan dan memasukkan cakupan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang holistik dan menyeluruh, ke dalam Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing, dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Negeri-Negeri.UMMAH menegaskan bahawa prinsip perundangan dan keadilan Islam hendaklah senantiasa dihormati dan dipakai dalam sistem keadilan di negara ini, berasaskan kepada konsep kedaulatan watan dan Raja-Raja Melayu bersumberkan ajaran Islam. Seperti yang pernah ditegaskan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz, Common Law di negara ini adalah Islamic Law. Justeru, sebagai peringkat permulaan bagi merungkaikan permasalahan ini, UMMAH mencadangkan Kerajaan mengusulkan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang berkaitan termasuk para pemimpin politik untuk medapatkan pandangan dan hujah masing-masing, sebelum kerajaan membuat sebarang tindakan lanjut — seperti memperkenalkan semula seksyen 88A yang telah dibantah oleh UMMAH sebelum ini — atas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.Akhir sekali, UMMAH juga mendesak agar suatu Suruhanjaya Kedaulatan Negara (SUKEN) segera ditubuhkan oleh pihak kerajaan, bagi memastikan keutuhan Perlembagaan dari digugat oleh mana-mana pihak dengan matlamat untuk menyebarkan kefahaman dan tafsiran yang betul lagi bersifat watan tentang kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan; juga memastikan prinsip pengharmonian undang-undang Malaysia digubal dan dikuatkuasakan di atas premis kedaulatan watan Raja-raja Melayu bersumberkan ajaran Islam.HJ AMINUDDIN YAHAYAKetua SekretariatGerakan Pembela Ummah (UMMAH)HARAKAHDAILY 31/1/2018
Yusof Azmi terjah Karnival jom Ke MyHarakah Bazaar
Sumber HD - 31-1-2018KUALA LUMPUR: Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi mengambil kesempatan berkunjung ke Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar, di sini bermula semalam sehingga 3 Februari.Ujarnya kehadiran beliau adalah sebagai menunjukkan sokongan terhadap usaha MyHarakah Bazaar yang ingin menjadi sebuah hub menyediakan dan menjual keperluan produk barangan Islam."Insya-Allah saya menyokong usaha ini dan saya mengharapkan MyHarakah Bazaar boleh buat lebih baik lagi kerana saya melihat perjuangan orang-orang Islam sendiri biarpun saya tidak terlibat dalam perjuangan politik, tetapi jika inilah usaha yang dibawa ini kerana Allah maka memang saya sokong."Kerana saya nak bersama dengan orang-orang yang memperjuangkan Allah dan Rasul-Nya dan saya mohon juga kepada kepimpinan parti yang ada di Malaysia hari ini sekiranya saya sendiri ada buat salah tolong tegur dan perbetulkan saya."Selain itu saya juga lihat kesungguhan Harakah ini yang mana perjuangan sangat baik dan usaha MyHarakah Bazaar ini mungkin boleh menjadi pemangkin khususnya kepada pembelian produk-produk makanan yang mana umat Islam kena 'rasis' perlu cari produk Islam kerana sudah tentu ia lebih bersih dan suci," katanya.Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar telah memulakan programnya dengan perasmian oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.Hijau FM turut bersiaran secara langsung dari MyHarakah Bazaar dan warga kota yang masih mencari lokasi untuk beriadah boleh mengambil kesempatan berkunjung ke Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar kerana cuti umum Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan akan disambut pada hari ini dan 1 Februari. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
Mohon Agong tangani isu keputusan Mahkamah Persekutuan
Sumber HD - 31-1-2018PERSATUAN Ulama' Malaysia (PUM) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jab Agama Islam Perak.Dalam menangani isu ini yang agak sensitif dalam kalangan penganut agama, PUM ingin memohon perkenan KBDYMM YDP Agong untuk memberikan nasihat terutama apabila ia melibatkan status pengislaman seseorang.Pastinya kita tidak boleh membiarkan anak-anak tersebut yang telah Islam untuk dikembalikan kepada agama ibunya yang bukan Islam.Oleh itu, PUM meminta jasa baik pihak Polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya, sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai.PUM bimbang sekiranya ia dilakukan, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini sehingga mungkin berlakunya keganasan ( violence ) dalam masyarakat.Kepimpinan negara juga perlu membuat satu tindakan segera bagi mengawal perkara ini agar tidak dijadikan penyebab kepada tindakan-tindakan provokatif di dalam negara.DATO' AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIRYang DiPertuaPersatuan Ulama' MalaysiaHARAKAHDAILY 31/1/2018
MAPIM Beri Perhatian Serius Keputusan Mahkamah Persekutuan Posted on Wednesday, January 31 @ 05:27:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38002 |
MAPIM memberi perhatian serius keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang memutuskan membatalkan pengIslaman 3 kanak-kanak dalam kes R Subashini lwn T. Saravanan .
Ia menetapkan keputusan pada tahun 2007 tidak mengikat berkaitan dengan tafsiran makna "parent".
Alasan Mahkmah ialah perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan mesti dibaca secara majmuk bermaksud ibubapa bukan lagi ibu atau bapa.
Kami mendapati keputusan ini bercanggah dengan pandangan jumhur ulama dan ini memberi prisiden yang akan mengenepi pendapat jumhur ulama dalam kes akan datang.
Soalnya apakah pandangan jumhur ulama yang kukuh semuanya akan diketepikan ?
Kenapa hukum yang disepakati dalam jurispruden Islam dinafi dan dibatalkan oleh hukum sivil.
Dimana letaknya Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh digugat oleh Mahkmah Sivil.?
Mapim melihat keputusan ini akan menjadi rujukan kepada kes akan datang.
Pokoknya hukum Islam akan terus dikelas-keduakan oleh hukum sivil.
Sudah lama perbahasan isu maruah dan martabat Mahkamah Syariah diketengahkan. Malangnya kes ini membuktikan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah maseh berada dibawah Mahkamah Sivil.
Kes ini menguji martabat dan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Ia mengingatkan seluruh umat Islam di tanah air ini mengenai keputusan mahkamah British dalam peristiwa Natrah pada 1950 di Singapore.
Mapim kesal kenapa undang-undang Islam kini maseh dianaktirikan di negara ini.
Ini bukan hanya soal pentafsiran undang-undang tetapi juga adalah keharmonian antara agama dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan.
Kami mengusulkan semakan semula kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan kearah memperkukuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri.
Setelah 60 tahun merdeka martabat Mahkmah Syariah maseh tidak terangkat secukupnya sehingga kes seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini berulang lagi selepas tercatat kes Natrah kira kira 68 tahun yang lalu.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Sumber TKO - 31-1-2018
Baitul Maqdis Milik Kita Posted on Tuesday, January 30 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37998 |
BAITUL MAQDIS MILIK KITA
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W, penutup sekalian para Nabi dan Rasul, imam bagi orang yang bertaqwa dan ketua kepada penyeru para mujahidin, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda S.A.W, para sahabat, tabi’in sehingga ke hari kiamat nanti.
Baitul Maqdis adalah ibu negara Islam Palestin, tidak ada tawar-menawar dan tidak sesekali berundur. Baitul Maqdis adalah isu agama Islam sebelum menjadi isu negara dan bangsa. Di sinilah kiblat pertama dan tempat suci ketiga, tanah kelahiran para nabi, tempat perjalanan Isra’ Rasulullah S.A.W, dan juga permulaan Mi’raj Baginda S.A.W sebagai tetamu Allah S.W.T. Tanah suci ini telah dihidupkan oleh Nabi Ibrahim A.S.
Firman Allah SWT:
﴿مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ٦٧﴾ [آل عمران: 67]
Walaupun semua agama mengiktiraf dan memberi penghormatan ke atas Nabi Ibrahim A.S dengan bahasa yang berbeza, sama ada mereka daripada kalangan ahli kitab atau selainnya, maka Nabi Ibrahim A.S. adalah bapa kepada sekalian para nabi.
Firman Allah:
﴿وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ١٣٠ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ١٣١ وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ١٣٢ أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ١٣٣ تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٣٤﴾ [البقرة: 130-134]
“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada Hari Akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya) (130) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepada-Ku wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”(131) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”(132) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”(133) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan(134)” [Al-Baqarah: 130-134]
Langkah menjadikan Baitul Maqdis milik Yahudi, bahkan ke atas Palestin seluruhnya adalah pengkhianatan yang besar terhadap para nabi, termasuk para nabi daripada keturunan Bani Israel. Umat Islam tidak seharusnya mengiktiraf pengkhianatan dan kezaliman rejim Zionis Yahudi. Mereka adalah golongan yang mengkhianati para nabi dan rasul.
Inilah yang Allah SWT firmankan kepada mereka:
﴿ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ٨٧﴾ [البقرة: 87]
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?(87)” [Al-Baqarah: 87]
Allah menceritakan kisah mereka:
﴿ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ٨٥ أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ٨٦﴾ [البقرة: 85-86]
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada Hari Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan (85) Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (86)” [Al-Baqarah: 85-86]
Allah mengumpamakan mereka seperti keldai:
“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim(5)” [Al-Jumu’ah: 5]
Begitulah cara nenek moyang mereka memasuki bumi Palestin atas nama hijrah dan jihad. Sedangkan kemasukan mereka selepas sesat di padang pasir selama 40 tahun adalah kerana keengganan mereka untuk berjihad di jalan Allah SWT. Bahkan mereka mempermainkan perintah Allah SWT:
﴿وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ٥٨ فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ٥٩﴾ [البقرة: 58-59]
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”(58) Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka) (59)” [Al-Baqarah: 58-59]
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله
“Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.”
Di samping itu, isu Baitul Maqdis Timur dimainkan adalah untuk memperkecilkan isu yang besar selepas mereka mengikut dasar politik normalisasi ini sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya terjerumus ke dalam lubang dhob (perangkap Zionis Israel). Ia secara beransur-ansur dipinggirkan daripada isu agama Islam dan kemudian menjadi isu kaum dan nasionalisme arab, kemudian menjadi isu rakyat Palestin, dan menjadi isu tanah yang berlaku sebelum perang 1967, diikuti pula dengan Persidangan Oslo dan Persidangan Madrid, kemudiannya penyelesaian dua negara, seterusnya dibelah menjadi Baitul Maqdis Timur, dan akhirnya apa yang dinamakan sebagai perjanjian abad ini.
Rakyat Palestin telah membantah sekeras-kerasnya, begitu juga umat Islam di seluruh dunia juga menolak perkara ini kecuali mereka yang menyimpang dan mereka ini seakan tidak wujud. Dan ia mengingatkan saya tentang apa yang dikatakan oleh Yasser Arafat Abu Ammar rahimahullah ketika mana Ismail Jan, mantan Menteri Luar Turki datang menawarkan cadangan supaya menyerahkan Baitul Maqdis kepada Yahudi dengan menubuhkan kerajaan baru Palestin dan dibayar sejumlah besar wang. Beliau berkata sambil tersenyum:
“Saya terima dengan syarat anda melaksanakan undian cadangan tersebut di Turki. Adakah rakyat Turki yang beragama Islam akan menerimanya atau tidak?”
Maka pada hari ini kita berhimpun di bahagian Timur yang paling hujung, iaitu bahagian paling jauh dari dunia Islam. Sesungguhnya kesatuan kita ini merapatkan ikatan persaudaraan (ukhuwwah) atas dasar keimanan dan menjadikan satu barisan sama pada benteng yang sama. Hal ini kerana tidak ada perbezaan di antara barisan yang pelbagai, mahupun yang berbilang-bilang ini, dari Baitul Maqdis sehingga penghujung Timur mahupun penghujung Barat, dan dari Mauritania ke Indonesia dan Malaysia, kerana kita bersepakat bahawa Baitul Maqdis adalah milik kita.
Biarkan Yahudi tahu bahawa rumah-rumah mereka hanyalah seperti rumah labah-labah, meskipun disokong oleh kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto di dalam Majlis Keamanan PBB, yang menyekat keamanan ke atas saudara-saudara kita di Palestin, dan Kerajaan-kerajaan yang disusun oleh rejim Zionis untuk memberikan perlindungan ke atas Israel sehingga berusaha untuk meluluskan permit persenjataan daripada senjata yang paling kecil kepada senjata yang besar seperti senjata pemusnah yang diharamkan di peringkat antarabangsa. Akan tetapi senjata-senjata itu akan musnah berdepan gerakan intifadhah, kanak-kanak bersenjatakan batu dan barisan Islam yang lahir daripada kebangkitan Islam yang diberkati.
Kita telah melihat kebangkitan umat Islam di seluruh dunia, di negara-negara Islam, masyarakat minoriti Islam di pelbagai benua, dari sebuh lautan ke lautan yang lain, dan dari satu ceruk hingga satu ceruk yang lain.
Persidangan kita pada hari ini di Malaysia, adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan darinya. Saya mengalu-alukan kehadiran kalian semua ke Asia Tenggara, bumi yang mempunyai jutaan umat Islam. Oleh kerana itu, barisan kita kepala dan sayapnya di Baitul Maqdis, dan anggota tubuhnya berada dari timur ke barat.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan pihak kerajaan, Perdana Menteri, menteri-menteri, para pegawai, pihak keselamatan, organisasi-organisasi, persatuan-persatuan, para ilmuan dan para ulamak, serta hadirin sekalian.
Kami bermohon kepada Allah S.W.T agar menjadikan perhimpunan kita sebagai satu ikatan di jalan Allah SWT, yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. Segala pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
“Al-Quds Identiti Ummah”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGTimbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,
Presiden PAS
Presiden PAS
Sumber TKO - 30-1-2018
Mutiara Nasihat: Kembali kepada Islam
Kembali apa yang diajar oleh Allah
Kita kena kembali balik apa yang diajar oleh Allah. Allah sebut dalam Quran:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
“Bila kamu bertelagah dalam satu urusan, (hidup kamu ini bila kamu bertelagah, kamu jangan rujuk pada persepsi manusia.) Kamu kena rujuk kepada (apa dia? Rujuk kepada) al-Quran dan Hadis.”
(an-Nisa’: 59)
Sekarang ini ustaz, orang kita ini cukup-cukup bercakap, kalau bercakap sikit, persepsi manusia. Cakap sikit, persepsi orang. Yang ini penuh dengan keyakinan. Dia tahu ke persepsi itu apa dia? Persepsi ini merupakan yang dinamakan dengan apa dia? Prasangka di kalangan orang itu sendiri.Allah dah sebut dalam Quran:
إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ
“Sesungguhnya sebahagian prasangka itu penuh dengan dosa yang kamu lakukan.”
(al-Hujurat: 12)
Orang kita dia tak yakin dengan al-Quran. Dalam hidup ini kalau kita nak kembalikan balik kekuatan umat Islam, ataupun kita nak jadikan pemulihan dalam hidup kita ini berbalik kepada al-Quran, berbalik kepada Hadis Rasulullah.Yang jadi masalah orang kita, Quran pun tak dibaca. Ramai mana di kalangan kita tak boleh baca? Hidup kita tanya, tak takut mati ke tak boleh baca Quran? Tak apa, kalau mati nanti orang tolong baca.
Sumber HD- 28=9-1-2018
Kebangkitan Islam Akan Terus Berlaku Walaupun Ditekan Posted on Monday, January 29 @ 12:27:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37970 |
PUTRAJAYA – Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku dalam usaha membebaskan Baitulmuqaddis walaupun mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis di sini hari ini, beliau berkata kehadiran lebih 100 ulama dari seluruh dunia pada persidangan itu juga satu manifestasi kesedaran umat Islam dalam usaha menyelesaikan isu Palestin.
“Kita tahu terdapat usaha untuk memperkecilkan perjuangan membebaskan Palestin. Mereka memperkecil-kecilkannya sehingga ke ‘lubang biawak’.
“Namun mereka gagal untuk memberi alasan kukuh bagi mengetepikan isu Palestin ini supaya dilupakan (umat Islam),” katanya.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata tindakan 128 buah negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel juga menunjukkan isu Palestin adalah isu semua pihak.
“Kita lihat hari ini pelbagai pihak seluruh negara telah bersatu di saf pertama berdepan dengan pihak berkenaan (rejim Zionis dan Amerika Syarikat),” kata Abdul Hadi.
Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Ulama Palestin Diaspora Sheikh Dr Nawaf Takruri dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan ulama Islam dalam menyelesaikan isu Palestin.
Beliau berkata para ulama dalam persidangan tersebut perlu menghasilkan resolusi lebih praktikal yang seterusnya akan dibawa pulang ke negara masing-masing dan memberikan tekanan lebih hebat dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.
“Kesatuan Ulama Palestin Diaspora meletakkan harapan begitu tinggi bahawa setiap negara bersama-sama ulama mereka menjelaskan tindakan Presiden Amerika Donald Trump adalah satu pencabulan kepada umat Islam dan menggerakkan umat Islam di seluruh dunia untuk membebaskan Baitulmuqaddis,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha yang dilakukan termasuk memberi keutamaan membincangkan isu Palestin dengan ulama dari seluruh dunia.
Katanya persidangan itu diharap dapat menghidupkan semula isu Palestin dan menjelaskan kepada dunia bahawa isu melibatkan Baitulmuqaddis amat mendalam di hati umat Islam secara keseluruhannya.
“Pertemuan ini merupakan pertemuan untuk membincangkan identiti ummah. Al-Quds (Baitulmuqaddis) ialah ibu kota Palestin dan ibu kota seluruh umat Islam dan akan terus dijaga kepentingannya,” katanya.
Lebih 100 ulama dari 30 negara menyertai persidangan selama tiga hari itu yang diadakan bersempena Festival MyAQSA yang akan mula di Dataran Putrajaya, di sini malam ini.
Resolusi persidangan itu dijangka dibentangkan esok dan diangkat menjadi fatwa baharu bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.
Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia. – BERNAMA
Sumber TKO - 29-1-2018
Resolusi Persidangan Meja Bulat Ulamak MyAqsa
Kes peluk Islam bakal digugat
Sumber HD-29-1-2018Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini amatlah menyedihkan kerana ia menyediakan ‘precedent’ yang anih dalam isu ini di mana Mahkamah Persekutuan meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan. Walaupun memang terjadi Mahkamah Persekutuan tidak mengikut prinsip mahkamah yang sama sebelum ini kerana ia tidak mengikat tetapi di dalam kes kepentingan awam seperti ini seharusnya mahkamah konsisten dengan keputusan mereka.
Walau apapun sebagai seorang warganegara kita perlu menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh mahkamah yang kompeten. Masyarakat Islam perlu menunggu kes yang lain untuk berhujah semula bagi mengenepikan penghakiman ini.
Saya mendesak semua kerajaan negeri agar meminda undang-undang tubuh masing masing dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh sebagaimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Trengganu. Dengan cara itu mahkamah syariah akan dilihat sama taraf (at par) dengan mahkamah sivil. Saya juga mendesak semua undang-undang yang menghadkan mahkamah syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja dipinda dengan memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam hadir sebagai pihak di mahkamah syariah. Dengan cara ini orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di mahkamah syariah.
Begitu juga semua undang-undang mengenai pemelukan Islam perlu dikaji semula khususnya tatacara pemelukan Islam bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak boleh bertutur lagi umpamanya tidaklah perlu mengucapkan syahadah bagi pemelukan Islam, cukuplah sekadar ibubapanya beragama Islam.
Saya juga khuatir penghakiman ini akan dijadikan alasan oleh pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula pindaan seksyen 88A kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang telah ditolak oleh umat Islam arusperdana. Umat Islam perlu menunjukkan kesatuan bagi menolak sebarang usaha memperkenalkan semula seksyen 88A tersebut.
DATO' HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
HARAKAHDAILY 29/1/2018
Islamic Scholars Urge Muslim Countries To Sever Ties With Israel
It was among the 14 resolutions adopted by over 100 renowned Islamic scholars from 30 countries participating in the World Islamic Scholars Round Table Conference on Jerusalem, here today.
The conference coordinator Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said the call was made following the actions of several Arab states that normalised relations with Israel by recognising the country’s new embassy.
“The road to liberate the Al Aqsa Mosque (Jerusalem) is to sever any political, business, educational ties and so on with the Zionist regime.
“If only one country does it, it will not give much impact. Malaysia can be the first country to adopt this move,” he told a press conference after presenting the resolution.
Mohd Khairuddin, who is also the PAS’ Institute of Strategic Studies director said the resolutions were submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today and they will also be extended to all leaders of Muslim countries for follow-up action.
He said the resolutions also emphasised that the issue of Jerusalem and the Al Aqsa Mosque be included in the subjects taught at the school and higher level of education to raise awareness among young Muslims as the Jewish community have planted the ideology that Jerusalem was theirs from the very young age.
Meanwhile, Federal Territories Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri said one of the resolutions passed in the conference was to designate 2018 as the year of Jerusalem, to inspire and motivate Muslims to liberate the city.
“There are many ways for us to build the unity of the ummah to apply concrete pressure so that Jerusalem will then belong to the Muslims,” he said.
Syrian Islamic Council chairman Syeikh Usamah al-Rifa’i said that if all the Islamic scholars and leaders could focus and implement follow-up action based on the resolutions, it would be the first step to liberate the Al Aqsa Mosque from Israeli clutches.
The three-day conference, which began on Friday and held in conjunction with the MyAQSA Festival, was jointly organised by the MyAQSA Foundation, the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim), the Palestinian Diaspora Scholars Union and the World Union of Muslim Scholars. — Bernama
Sumber BO - 28-1-2018
Umat Islam bersatu untuk Palestin
Sumber HD - 28-1-2018PUTRAJAYA: Umat Islam hari ini belum mencapai tahap yang utuh untuk membebaskan Palestin kerana masih terdapat perselisihan dan perbezaan yang berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri.Justeru, semua perbezaan tersebut harus dihentikan dan mesti diperkukuhkan demi menyatakan kebersamaan umat Islam di seluruh dunia untuk memastikan matlamat membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis tercapai.Pimpinan ulama Iraq, Syaikh Dr Muthanna adh-Dhari daripada menyebut, walaupun rakyat Iraq sedang berhadapan kemelut peperangan di tempat sendiri, namun isu Palestin tidak pernah dilupakan."Kami di era ini telah memainkan peranan untuk memastikan isu Palestin tidak dilupakan oleh rakyatnya. Warga Iraq walaupun mereka berdarah setiap hari dan walaupun konspirasi berterusan sehingga pada hari ini, tapi kami tetap meletakkan tuntutan membebaskan Palestin kepada tuntutan yang paling tinggi dalam perjuangan kami," katanya dalam ucapan amanat ulama di perhimpunan MyAqsa, di sini semalamDemikian juga pendirian sama ditegaskan oleh pimpinan ulama India, Maulana Dr Sayyid Salman al-Husaini an-Nadwi yang menyeru umat Islam tidak mudah terpedaya dengan agenda Amerika Syarikat di mana telah memberi gambaran terhadap pejuang-pejuang Islam sebagai teroris.Tegas beliau, musuh umat Islam adalah Amerika, Britain dan sesiapa sahaja yang bersama mereka, termasuk paling kritikal melanda umat Islam ialah musuh Islam yang mengenakan label-label terorisme kepada para pejuang Islam."Maka kita jangan bertukar, kita mengenali siapa mereka, kita mengenali siapa pejuang Islam dan kita mengetahui apa itu jihad dan kita teruskan perjuangan ini," katanya.Mewakili negara Mauritania, Syaikh Dr Muhammad ad-Diduu menyifatkan himpunan MyAqsa adalah himpunan jelas menggambarkan bahawa umat Islam di seluruh dunia bersatu hati dalam isu Palestin.Dalam ucapannya, beliau turut menyebut agar rakyat Palestin yang dijadikan tahanan tentera Zionis agar bersabar sehingga usaha membebaskan bumi al-Aqsa tercapai."Kami sentiasa bersama kamu dan tunggulah kemenangan pasti akan tiba dan umat Islam masih hidup dengan jihadnya," katanya yang telah diterjemah oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Sementera itu, Malaysia yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia telah mengambil pendirian yang amat tegas dalam isu Baitul Maqdis.Jelasnya, kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada persidangan khas OIC di Istanbul, Turki menjelaskan bahawa Malaysia akan selamanya tetap mempertahankan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.Himpunan MyAqsa yang berlangsung di Dataran Perbadanan Putrajaya selama tiga hari telah menghimpunkan ratusan sarjana Islam dari 30 buah negara di samping lebih 3000 umat Islam dari seluruh dunia bersama-sama menyatakan solidariti terhadap pembebasan Masjidil Aqsa. - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Baitulmaqdis: Pemimpin Arab kaya-raya tapi miskin jiwa, kata Abdul Hadi Posted on Sunday, January 28 @ 14:20:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37955 |
Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengkritik pemimpin dunia Islam, khususnya di Timur Tengah, yang menurutnya bersekongkol dengan Israel dalam isu Baitulmaqdis.
“Ada pemimpin Arab yang kaya raya tapi miskin jiwa, bertindak memujuk rakyat Palestin menyerahkan Baitulmaqdis kepada Yahudi tetapi umat Palestin menolak tawaran ini.
“Orang Islam mesti menyedari Baitulmuqaddis milik umat Islam. Tawaran berbilion dolar kepada pemimpin Palestin diberikan tapi sejahil orang Islam mereka tidak menerimanya dan tak mudah tunduk kepada Israel,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan yang hadir pada Himpunan Munajat MyAQSA di Dataran Putrajaya, semalam.
Beliau yang juga presiden PAS berkata, Palestin tidak akan terlepas kepada Israel jika umat Islam bersatu.
Sebelum ini, beliau telah mengkritik kegagalan pemimpin tertinggi dunia Islam pada persidangan sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki Disember lalu susulan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Menurut laporan laman Middle East Monitor, hanya 16 daripada 57 negara anggota OIC yang diwakili pemimpin tertinggi manakala kebanyakannya menghantar pegawai yang berpangkat lebih rendah.
Walaupun dengan kegagalan pemimpinnya, Abdul Hadi berkata perjuangan untuk rakyat Palestin dan Baitulmaqdis akan terus ada dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia.
“Perjuangan untuk Palestin dan Baitulmuqaddis tetap ada dalam jiwa umat Islam seluruh pelusuk dunia, mereka ada di bawah satu jasad dan tidak mungkin mudah dicincang.
“Ketahuilah, Israel tidak akan boleh membunuh semangat umat Islam yang jumlahnya (ibarat) kepala di Baitulmuqaddis dan ekornya dari Morocco (Maghribi) hingga ke Indonesia dan Malaysia,” katanya.
Bukan bertujuan politik
Selain himpunan semalam, turut diadakan adalah Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis yang bermula 26 Januari lalu dan berakhir semalam, disertai lebih 100 agamawan dari 30 negara
Ia bertujuan memutuskan resolusi yang akan diangkat menjadi fatwa baru berhubung isu Baitulmaqdis bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.
Hadir sama dalam himpunan semalam adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jamil menerusi ucapannya berkata himpunan malam ini merupakan kemuncak bagi umat Islam di Malaysia untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin.
“Kehadiran kita malam ini bukan hanya untuk menyambung rintihan kesedihan mereka (rakyat Palestin) tetapi kita sedang membantu mereka menghadapi kesusahan pada hari ini,” katanya.
Jamil turut menambah himpunan itu bukan bertujuan politik sebaliknya demi tugas yang lebih besar menyelamatkan umat Islam.
Himpunan Munajat MyAQSA yang berlangsung di Dataran Putrajaya itu bermula seawal jam 2.00 petang dengan beberapa siri kuliah dan soal jawab agama oleh ulama selebriti, pidato tokoh-tokoh NGO dan persembahan kesenian.
Setelah itu, solat Maghrib dan sesi munajat khas Baitulmuqaddis diadakan.
Bincang tindakan
Persidangan meja bulat dianjurkan bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata ia membincangkan tindakan yang boleh diambil masyarakat dan ketua-ketua negara Islam dunia susulan pengisytiharan Presiden AS Donald Trump untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Dr Noorazman berkata antara ulama terkenal yang mengambil bahagian ialah Pengarah Harta Wakaf Masjidil Aqsa, Dr Najeeh Bkeerat, Ketua Kesatuan Ulama Sudan, Dr. Abdul Hayy Yusuf, Maulana Sayyid Salman al-Husaini al-Nadwi dari India, Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar dari Pakistan dan Abdul Hadi.
Sebagai inisiatif awal, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas yang akan dihadiri semua ulama terbabit sejurus persidangan tersebut berakhir pada 28 Januari, katanya.
Selain itu, turut diadakan ialah Ekspo Aqsaku selama tiga hari bermula 26 Januari dengan tarikan utama iaitu pameran replika sebahagian Masjid Al-Aqsa serta program solidariti selebriti bersama Aqsaku.
Himpunan sama di Putrajaya telah diadakan pada 22 Disember lalu anjuran kerajaan yang turut disertai PAS, tetapi ketika itu tanpa kehadiran presidennya.

Ucaptama Himpunan Munajat Aqsaku
(Teks transkrip penuh dari ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS pada Himpunan Munajat Aqsaku anjuran MyAQSA, 27 Januari 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
“Kalaulah Allah tidak menjadikan manusia itu berlawanan di antara golongan yang benar dengan yang salah, nescaya dibinasakanlah rumah-rumah ibadat, penganut agama Yahudi Kristian, sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid yang disebut di dalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah berjanji bahawa Dia akan menolong siapa yang menolong bagi menegakkan agama-Nya. Dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
(al-Hajj: 40)
Isu Baitul Maqdis isu Palestin adalah isu umat Islam. Walaupun kuasa-kuasa besar dunia bersepakat menubuhkan negara haram Israel, mengiktiraf negara haram itu. Yang terakhir Amerika dengan berani mengisytiharkan Baitul Maqdis menjadi ibu negara haram Israel. Namun Allah S.W.T telah meletakkan Baitul Maqdis, Palestin ini adalah hak Islam. Ini keputusan Allah S.W.T. Dirasmikan oleh Nabi Ibrahim A.S.
Sumber HD - 28-1-2018
Ucaptama Himpunan Munajat Aqsaku
Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato' Seri Syeikh Abdul Hadi Awang menyebut:“Adapun hujah wakil Israel di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang saya ikuti perbahasan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu. Hujahnya Jerusalem Palestin dirasmikan oleh Nabi Daud dan Sulaiman A.S. (Sedangkan) Daud dan Sulaiman A.S adalah menganut Islam, mereka menegakkan kitab Taurah. Bahkan kaum Yahudi yang dipimpin oleh Nabi Musa A.S tidak diizinkan masuk ke bumi Palestin melainkan di atas nama jihad untuk menegakkan Islam. Apabila Nabi Musa A.S mengajak mereka masuk ke Palestin dengan jihad, mereka menolak. Allah menyesatkan mereka selama 40 tahun. Sehingga Yusya’ bin Nun masuk ke Palestin di atas nama Islam, bukan di atas nama agama Yahudi dan Bani Israil.”“Hari ini kita mendengar tentang Safqatul Qarn tawaran berbilion dolar untuk menyerahkan Baitul Maqdis, dia nak beri bilion dolar kepada pemimpin-pemimpin Palestin. Tawaran ini pernah berlaku di zaman dahulu, sejahil-jahil orang Islam tidak menerima tawaran ini. Dalam sehari dua ini kita mendengar ada pemimpin-pemimpin Arab yang kaya-raya, duit banyak tapi miskin jiwanya, memujuk pemimpin-pemimpin Palestin dengan Safqatul Qarn untuk menyerah Baitul Maqdis kepada Yahudi.”Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Himpunan Munajat Aqsaku, semalam di Dataran Putrajaya, Presint 3 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Tuan Guru rasmi Sidang Meja Bulat Ulama MyAqsa
PUTRAJAYA: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapan perasmian sempena Sidang Meja Bulat Ulama Sedunia, di sini hari ini.Beliau mengutarakan situasi semasa mengenai isu sikap dunia khususnya Amerika Syarikat terhadap Baitul Maqdis yang telah diisytiharkan kuasa dunia itu sebagai ibu negara Israel.Sehubungan itu, dalam ucapan penuh semangat itu, beliau antara lain mengingatkan umat dan para pemimpin Islam mengenai kepentingan kesatuan ummah ke arah pembebasan Baitul Maqdis.Persidangan khas berkenaan dianjurkan khusus oleh Malaysia bertujuan membincangkan situasi terkini yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin.Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom; Mursyid Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin; Setiausaha KUIS, Dr Ali Qurah Daghi dan Dr Nawwaf Takruri sertabeberapa ulama besar dunia yang lain.Sidang Meja Bulat Aqsa itu diadakan sempena Karnival MyAqsa dan kemuncaknya malam ini akan diadakan himpunan serta amanat oleh Tuan Guru Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Kutuk Zionis tahan dua delegasi ke Persidangan MyAqsa
KERAJAAN Zionis Israel sekali lagi menunjukkan sikap biadap dan tidak bertamadun mereka apabila menahan dua tokoh utama Al-Quds dan Masjidil Aqsa semalam. Sheikh Dr Kamal Khateeb adalah Timbalan Pengerusi Gerakan Islam Baitulmaqdis dan Sheikh Dr Najeh Daod Ahmad Bkirat adalah Pengarah Harta Wakaf dan Akademi Warisan Masjidil Aqsa.
Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran mereka sebagai peserta kepada Persidangan Meja Bulat MyAQSA yang akan bermula pada hari Jumaat (26 Januari) ini di Putrajaya.
Dilaporkan bahawa tentera zionis Israel telah menyiasat dan menggeledah rumah mereka selama lebih dua jam di Baitulmaqdis semalam. Seterusnya mereka telah dikenakan tahanan rumah selama sebulan. Secara khusus mereka telah dilarang untuk hadir ke Persidangan Meja Bulat MyAQSA kerana bagi Zionis Israel program tersebut adalah satu bentuk ancaman kepada mereka.
Sebagai penganjur kepada Persidangan Meja Bulat MyAQSA sempena Festival MyAQSA yang akan berlangsung di Putrajaya pada 26-28 Januari 2018 ini, kami mengutuk keras dan mengecam kebiadaban dan kezaliman berterusan yang ditunjukkan oleh tentera Zionis Israel ini. Tindakan menghalang delegasi persidangan mejabulat MyAQSA untuk hadir adalah bertentangan dengan hak asasi manusia.
Seluruh dunia wajar mengutuk dan mengecam tindakan biadap yang tidak bertamadun ini.
Maka dengan ini kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit menzahirkan bantahan mereka terhadap kezaliman berterusan tentera Zionis Israel ini.
Marilah sama-sama menunjukkan solidariti kita kepada perjuangan pembebasan Baitulmaqdis dengan hadir beramai-ramai ke Himpunan Munajat Aqsaku yang akan berlangsung pada hari Sabtu 27hb Januari di Dataran Putrajaya, Putrajaya.
DR NOORAZMAN MOHD SAMSUDDIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan MyAQSA
24 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 24/1/2018
UMMAH terharu sokongan Hadi Posted on Monday, January 22 @ 23:02:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37863 |
Tujuh tuntutan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkaitan orang Melayu Islam, khususnya berkaitan tanah rizab, semasa konvensyen minggu lalu mendapat sokongan PAS, kata ketua sekretariatnya, Aminuddin Yahya.
Sebelum itu UMMAH hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti terbbait Jalan Raja Laut untuk menyerahkan senarai tujuh tuntutan tersebut.
“Beliau (Hadi) menyambut baik dan akan membuat kenyataan bagi menyokong tuntutan terbabit dalam satu kenyataan dalam tempoh terdekat dan kami rasa terharu dengan sokongan yang diberikan,” kata Aminuddin dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun, wakil PAS tidak ada bersama dalam sidang media tersebut.
Menurut Aminuddin, PAS merupakan parti pertama memberikan respon yang cepat kepada tuntutan dibawa Ummah.
Selepas ini katanya UMMAH akan mengadakan perjumpaan dengan parti lain yang berteraskan Melayu dan Islam, seperti Umno, Berjasa, PKR, BERSATU dan AMANAH.
Sementara itu Timbalan Ketua Sektretariat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad (gambar), pada sidang media sama berharap tuntutan mereka dapat menjadi sebahagian daripada manifesto pilihan raya setiap parti Melayu Islam di negara ini.
“Kami berharap parti-parti bertanding khususnya yang berteraskan Melayu Islam akan memasukkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Ummah dalam manifesto masing-masing semasa pilihan raya umum ke-14 nanti,” katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, tuntutan berkenaan tidak menyentuh bangsa lain, sebaliknya hanya untuk memperkasakan hak Islam dan Melayu di negara ini.
“Antara yang UMMAH minta ialah semua parti politik berusaha mengembalikan semula tanah rizab Melayu, seterusnya memperkasakan nilai penerapan Islam dalam masyarakat.
“Apa yang kita buat ini tak lebih dari kerangka Perlembagaan. Itu asas tuntutan yang telah kita jelaskan kepada tuan guru,” katanya.
Dalam Konvensyen Kebangkitan UMMAH minggu lalu tujuh "teras kritikal" dibincangkan iaitu undang-undang dan syariah, pendidikan, dakwah, ekonomi, sosial, tanah rezab dan hak Melayu serta belia dan anak muda.
Antara yang dicadangkan ialah penubuhan Suruhanjaya Kedaulatan Negara bagi memastikan perlembagaan tidak digugat oleh mana-mana pihak, menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan Negara untuk menilai sistem pendidikan dan memperkasakan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Apa khabar Rohingya?
Pada Disember 2017, PASRelief mengirimkan RM30 ribu ke wilayah-wilayah bergolak di utara Arakan untuk mereka membeli bekalan makanan. Alhamdulillah, sehingga awal bulan Januari 2018, sahabat yang menguruskan pembelian dan agihan secara ‘sembunyi-sembunyi’ masih mengirimkan foto proses agihan dan penerima sumbangan itu.
Keadaan saudara mara Rohingya yang tidak berupaya melarikan diri ke Bangladesh sewaktu operasi genocide Myanmar pada bulan Ogos-September 2017 sangat kritikal. Selain terkepung di tengah kawasan krisis, mereka tidak dapat keluar menjalankan aktiviti harian untuk mendapatkan bahan makanan.
Semua kedai diarahkan menghentikan operasi, bekalan makanan dari daerah bersebelahan tidak dapat di bawa masuk dan mereka dikenakan perintah berkurung. Sebahagiannya menahan lapar berminggu-minggu, berjimat dengan sedikit sisa beras yang berbaki.
Keadaan ini tidak berubah sehingga ke hari ini. Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar keluarga yang terperangkap dan yang tidak mampu menempuh perjalanan jauh ke sempadan Bangladesh. Namun pihak tentera dan pelampau Rakhine terus menekan dengan pelbagai kaedah supaya mereka semua terpaksa menjadi pelarian.
Bekalan makanan sumbangan PASRelief yang berjaya diseludup kepada mereka sedikit sebanyak membantu mereka untuk terus bertahan.
Memandangkan keadaan masih tidak berubah, sahabat di Sittwe yang sering menguruskan misi PASRelief ke Arakan menasihatkan misi ke Mrauk-U ditangguhkan sehingga keadaan kembali reda. Keadaan kembali bergolak pada minggu ini kerana pihak polis Myanmar telah menembak mati tujuh penunjuk perasaan etnik Rakhine dua hari lalu.
Kejadian ini meletakkan Muslim Rohingya dalam bahaya kerana mereka akan menjadi mangsa balas dendam pelampau Rakhine.
PASRelief akan mengirimkan bantuan kewangan untuk membeli makanan kepada keluarga Muslim Rohingya yang bertahan di 3 daerah di utara Arakan (Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung) dan bantuan kepada 4,000 keluarga Muslim Rohingya yang mendiami wilayah Mrauk-U.
Sumbangan makanan itu juga akan disampaikan oleh rangkaian PASRelief di beberapa kem IDP (Internal Displacement People) di Sittwe yang didiami oleh 248,000 mangsa keganasan Myanmar.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PASRelief (5640 7061 2223) atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (5640 7061 1352). Kedua -dua akaun ini di Maybank.
***Muhammad Sanusi Md Nor ialah Pengarah PASRelief
Sumber BO - 19-1-2018
UMMAH siap anjur himpunan mega umat Melayu-Islam
Sumber HD - 18-1-2018KUALA LUMPUR: Satu lagi himpunan mega gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), parti-parti politik berteraskan Islam dan Melayu, serta individu prihatin masalah umat Melayu-Islam akan diadakan selepas pasca jelajah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di seluruh negara.Penolong Sekretariat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut diadakan sebagai susulan maklum balas yang baik hasil daripada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini Sabtu lalu."Hasil himpunan Konvensyen Kebangkitan Ummah itu kita terus mendapat sambutan daripada NGO-NGO di peringkat negeri-negeri. Maka kita memutuskan untuk melaksanakan mengadakan satu lagi himpunan besar yang namanya belum lagi diputuskan."Insya-Allah, himpunan ini akan diadakan pada bulan Mac yang matlamatnya menggabungkan seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan insya-Allah ia akan diadakan di Kuala Lumpur," katanya selepas sidang media Pasca Konvenysen Kebangkitan Ummah di pejabat NGO Muafakat semalam.Tambah beliau lagi, kehadiran kali ini adalah terbuka kepada seluruh umat Islam-Melayu tidak kira parti politik, NGO dan sebagainya bagi menyatakan kebersamaan untuk menunjukkan solidariti umat Islam di Malaysia. - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Laporan portal berita ditokok tambah - UMMAH
Sumber HDb - 17-1-2018KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menafikan dua laporan awal daripada segelintir portal berita yang cuba memburuk-burukkan usaha murni NGO itu dalam hasratnya menyatupadukan suara umat Melayu-Islam di negara ini.Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya mendapati laporan berkenaan telah dipetik secara salah, serta ditokok tambah sehingga menyeleweng dari konteks yang dimaksudkan oleh para pembentang Konvensyen Kebangkitan Ummah pada Sabtu lepas.Menurut beliau, pihaknya menegaskan laporan berkenaan tidak tepat sebagaimana yang diucapkan oleh Pengerusi Ummah, Ustaz Ismail Mina bahawa hanya orang Melayu berjuang menentang penjajah-penjajah serta mempertahankan Raja-raja Melayu."Beliau (Ustaz Ismail) langsung tidak menyebut bahawa 'hanya' orang Melayu sahaja yang berjuang atau menafikan sumbangan oleh para tentera dan polis bukan berbangsa Melayu selepas kemerdekaan dalam memerangi Komunis."Tindakan wartawan menokok tambah perkataan 'only' (hanya) menyebabkan fitnah dan kezaliman terhadap Ustaz Ismail Mina. Lantaran itu, banyak rencana-rencana dan tulisan yang kemudiannya diterbitkan di pelbagai portal dalam talian menyerang Ustaz Ismail Mina secara salah dan tidak adil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sementara itu, Aminuddin turut menegaskan, laporan bertentangan juga berlaku terhadap pembentangan oleh Dato' Rauf Husin dalam Kluster Pendidikan daripada yang disebutkan oleh mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di mana langsung tidak menyebut menuntut biasiswa kepada kaum lain dihentikan.Demikian juga laporan berita terhadap pembentangan Ketua Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Ahmad Yazid Othman langsung tidak pernah mencadangkan agar penguatkuasaan undang-undang anti-diskriminasi perlu dilaksanakan di firma yang dimiliki oleh kelompok minoriti sahaja."Ini adalah semata-mata fitnah jahat. Justeru, UMMAH menggesa semua pihak berhati-hati dalam menganggapi laporan oleh portal yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan prinsip tabayyun, memeriksa sebelum menyebarkan sesuatu yang tidak pasti," serunya. - HARAKAHDAILY 17/1/2018
ISMA gesa etika pakaian pramugari 'terlalu seksi' diubah Posted on Wednesday, January 17 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37766 |
Kerajaan digesa agar mengambil tindakan serta mengubah etika pemakaian pramugari syarikat penerbangan di negara ini yang didakwa 'terlalu seksi'.
Menurut Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Omar Kassim, kerajaan juga perlu memberi garis panduan terhadap pakaian pramugari milik syarikat penerbangan tempatan.
Omar berkata demikian sebagai mengulas isu surat yang didakwa ditulis oleh seorang wanita dari New Zealand yang menegur pakaian pramugari sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang seksi, seperti dilapor Ismaweb.net.
“Ini sangat mengecewakan, padahal mereka (pramugari) mewakili syarikat negara yang beribu pejabat di Malaysia.
“Masyarakat Malaysia yang majoritinya Muslim tidak berpakaian sedemikian (sehingga menampakkan buah dada dan seluar dalam seperti yang ditulis dalam surat) amat keterlaluan.
“Tindakan perlu dilakukan, dengan mengubah etika pemakaian syarikat penerbangan ini. Kerajaan perlu mengambil tindakan, memberikan garis panduan lebih jelas kepada syarikat," katanya yang dipetik dalam laporan berkenaan.
Baju bahagian atas terbuka
Sehubungan itu, Omar turut menasihatkan agar wanita khususnya muslimah supaya tidak rasa malu untuk menutup aurat dan memelihara maruah diri.
"Jangan malu dan segan untuk menutup aurat dan mengenakan pakaian muslimah.
“Ramai di luar sana, masyarakat luar termasuk yang bukan beragama Islam mengagumi. Peliharalah maruah diri. Berpakaian menjolok mata akan menghilangkan rasa malu terhadap manusia dan terhadap Allah,” katanya lagi.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat memberitahu beliau menerima sepucuk surat daripada seorang wanita warga New Zealand yang melahirkan rasa 'jijik'berhubung pakaian seragam pramugari sebuah syarikat penerbangan negara.
Kata Hanafi, Dr June Robertson menyatakan beliau menulis surat tersebut sebagai respon kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari terbabit.
"Pada Oktober 2017, beliau telah menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberikan layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka, beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka," kata ketua Umno Pasir Mas itu.
Katanya lagi, Robertson memberitahu syarikat penerbangan Eropah tidak memakai skirt yang singkat seperti sebuah syarikat penerbangan negara ini.
Malaysiakini cuba untuk mendapatkan komen daripada syarikat penerbangan yang didakwa, bagaimanapun tidak berjaya.
Sumber TKO - 17-1-2018

Pengagihan kerusi PH untungkan DAP
PENGAGIHAN kerusi parlimen Pakatan Harapan (PH) yang diumum baru-baru ini disifatkan pelbagai pihak memberi keuntungan besar kepada DAP.
Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, sekiranya diambil kira sokongan pengundi Cina kekal seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelebihan awal berpihak kepada DAP.
“Pengerusi PH perlu refleksi terhadap suasana politik Malaysia semasa. Percaturan di atas kertas PH memberi kelebihan awal kepada DAP biar pun disebut hanya bertanding 35 di kerusi di Semenanjung.
“Sedangkan pada PRU lepas DAP bertanding di 51 kerusi termasuk Sabah dan Sarawak yang menyamai kerusi yang akan ditanding PKR pada PRU ke 14 di Semenanjung nanti,” katanya di Kota Bharu.
Pada konvensyen PH minggu lepas diumumkan pengagihan kerusi di Semenanjung di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).
Dr Zulkeflee yang juga seorang pensyarah berkata, perkiraan bilangan kerusi tersebut memperlihatkan sindrom celaru pengerusi PH kerana faktor usia. - HARAKAHDAILY 15/1/2018Sumber HD - 15-1-2018
UMMAH kemuka tujuh isu kritikal
KUALA LUMPUR: Tujuh Kluster Ummah yang membawa agenda memartabatkan agama Islam dan memperkasakan Melayu dan Bumiputera telah berjaya dibentangkan pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dilangsungkan di Pusat Islam, di sini semalam.Di dalam Kluster Undang-undang dan Syariah yang dibentangkan oleh Dato' Dr Wan Ahmad Fauzi, beliau membangkitkan keperluan sekatan di dalam Perlembagaan Persekutuan kepada penganut bukan agama Islam.Jelas beliau, berlaku menyebarkan fahaman agama lain dan ajaran sesat kepada penganut Islam yang bermakna kaum majoriti negara ini seolah-olah dicabar dengan pelbagai doktrin mutakhir ini.Sementara itu, dalam Kluster Pendidikan, Dato' Rauf Husin menyenaraikan beberapa keutamaan yang harus diambil penekanan antaranya mengadakan sekolah satu aliran dan program Dwi Bantuan Pembelajaran.Beliau turut menggesa Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris mesti dimansuhkan, selain Sekolah kebangsaan dan institusi-institusi pendidikan agama mesti dimartabatkan.Beliau turut menyentuh hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pendidikan, termasuk penganugerahan biasiswa dan penempatan pendidikan yang mesti dikembalikan selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia 153.Sementara dari Kluster Dakwah, Dato Wan Mohamed menegaskan usaha dan inisiatif dakwah di negara ini wajib diteruskan walaupun berada di kubu orang yang bencikan Islam.Beliau turut mengutarakan kebimbangannya betapa segala usaha dakwah di negara ini masih belum mencukupi dan menuntut dokongan bersama banyak pihak."Dalam masa sepuluh tahun daripada 2007 sehingga 2017, yang didaftarkan memeluk Islam, kaum Cina hanya 13,000 lebih, kaum India 8700 lebih. Saya bimbang saya terpaksa buat rumusan bahawa usaha dakwah kita tidak mencukupi."Kita lebih banyak sibukkan dengan melihat kekurangan dan kelemahan pihak yang semuanya mengaku menjalankan kerja dakwah," katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam pembentangan Kluster Ekonomi berkata, isu jurang pendapatan orang Melayu berlaku apabila kaum Melayu yang merupakan majoriti memiliki pendapatan rendah.Sementara dalam Kluster Sosial, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan menyeru kaum Melayu dan Islam di negara ini melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut cara yang betul agar oang Melayu dan Islam tidak lagi dipandang rendah.Kluster Ummah Siswa yang diwakili Presiden GAMIS, Muhammad Faizuddin Mohd Zai membangkitkan kemelut melanda anak muda pada hari ini di mana telah hilang jati diri kerana dibesarkan dalam suasana yang tidak adil dan tidak sihat. - HARAKAHDAILY 14/1/2018
Nyahkan parti yang tiada agenda Islam, Melayu Posted on Saturday, January 13 @ 18:37:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37725 |
KUALA LUMPUR - "Nyahkan sahaja parti politik sekiranya menifesto politik mereka tidak mempunyai agenda Melayu dan Islam," kata Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya.
Menurutnya, jika dahulu tiada orang Melayu mengaku sebagai gay, Melayu mendakwa diri bukan muslim dan tiada orang mempertikai hak bumiputera.
"Malah, beberapa hari lalu ada penceramah luar yang berani menempelak isu bumiputera. Lebih merisaukan, ramai orang Melayu yang menerimanya.
"Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan dengan mencabarnya dan mempertikaikan perundangan," katanya dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, apa yang dilihat hari ini, tiada suara kuat daripada golongan pemerintah berhubung isu ini.
Tambahnya, jadi, kita sebagai rakyat biasa ini terkapai-kapai.
"Mana satu (parti) kita hendak pilih. Kita tidak boleh lagi harapkan parti politik, NGO harus bangun...kita semua berhak memilih.
"Andai kata parti politik yang bertanding nanti tiada agenda Islam dan Melayu, tidak layak pimpin negara ini. Kita nyahkan mereka," katanya.
Sumber TKO - 13-1-2018
Ledakan Konvensyen Kebangkitan Ummah pencetus perubahan
KONVENSYEN Kebangkitan Ummah adalah manifestasi ledakan perasaan yang meletus dalam kalangan umat Melayu Islam khasnya apabilamenyaksikan kepincangan dan kerosakan yang semakin ketara dalam negara.
Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dijadualkan pada 13 Januari 2018 di Pusat Islam Kuala Lumpur ini adalah hasil gabungan dan persefahaman 300 NGO Melayu Islam dalam negara untuk berhimpun dan berwacana bagi menggembleng dan menghadam idea serta maklumat yang strategik berdasarkan kajian dan penelitian.
Idea dan maklumat yang bakal dikongsikan dalam konvensyen ini menjadi titik tolak asbab kepada kesedaran dan kecaknaan umat Islam bahawa pada ketika dan saat ini umat adalah berkewajiban untuk bangkit daripada dibuai mimpi khayalan bagi mengorak langkah penyelesaian tuntas dan tegas.
Sebanyak 7 kluster pembentangan dan pendedahan bermaklumat dan berfakta bakal dipersembahkan oleh 7 orang tokoh ilmuan, tokoh negarawan, tokoh agamawan, tokoh ekonomi dan tokoh belia, tokoh perlembagaan dan undang-undang.
Semua kluster yang didedahkan ini mampu membuka mata para peserta konvensyen sekali gus bersama-sama menggerakkan usaha dan tenaga menghasilkan satu keputusan dan hala tuju yang satu dan sama.
Konvensyen ini juga akan memberikan satu isyarat dan sikap berprinsip kepada penggubal dasar negara iaitu pihak kerajaan yang memerintah dan juga kerajaan yang bakal memerintah negara ini pada masa hadapan. Pihak parti-parti juga adalah pihak berkepentingan yang akan dituju oleh Ummah dan gabungan NGO ini apabila resolusi dan hasil keputusan konvensyen ini dimuktamadkan nanti.
Semoga Allah SWT memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan membantu umat-Nya dalam menegakkan Islam dan membawa kesejahteraan kepada negara ini. Insya Allah.
Ustaz Muhammad Najhan Halim
24 Rabiul Akhir 1439 / 11 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 11/1/2018
Penulis ialah Anggota Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Gantung ahli lembaga FIC sementara siasatan dijalankan
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar semua ahli Lembaga FELDA investment Coorporation ( FIC ) digantung jawatan , sementara siasatan sedang jalankan oleh PDRM dan SPRM .
Kini laporan polis mengenai "criminal fraud" dan tindakan "civil fraud " bakal diambil ke atas mereka yang terlibat untuk menyelamatkan tanah Felda yang telah terjual kepada Synergy Promnade Sdn Bhd yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan. Pihak kerajaan sepatutnya tidak ada masalah untuk mengesan siapakan pemilik syarikat SPSB itu dan bagaimana ia terlibat dalam pemindahan tanah milik Felda di Jalan Semarak itu.
Soalnya semenjak Jun 2004 bila Unit Seranta (Felda) diletak sepenuhnya dibawah Jabatan Perdana Menteri kenapa kelemahan pengurusan, prosedur membuat keputusan, bidangkuasa Lembaga Felda dan FIC tidak disemak dengan teliti.
Perkembangan terkini sangat mengujudkan, kerana transaksi jualan dan penyerahan Power of Attorney telah berlaku pada 2015. Tanah Felda dikatakan diserah kepada SPSB tetapi tidak ada sebarang pembayaran diterima oleh Felda dalam jual beli tersebut.
Kami juga mengambil perhatian terhadap perlantikan sebuah firma audit luar yang dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melakukan forensik audit ke atas pihak yang terlibat dalam isu pembangunan KLVC oleh sebuah syarikat, Synergy Promenade Sdn Bhd. (SPSB). Turut akan terlibat dalam pengauditan itu ialah FIC, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan DBKL.
Siasatan forensik audit luar yang akan diselesaikan dalam tempuh 30 hari mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu harus mendedahkan segala kepincangan.
Malah kami juga mengesa pegawai kanan Felda yang terlibat dalam pengurusan tertinggi perlu dicutikan sehingga sesiatan selesai dijalankan.
Sebagai sebuah badan perladangan dan pembangunan tanah yang terbesar di Malaysia pengurusan Felda yang lemah serta salahguna kuasa tidak mungkin boleh dikompromi.
Kami berpendapat dengan sederetan isu yang melanda Felda, suatu tindakan yang drastik perlu diambil. Arahan untuk membuat forensik audit yang membedah segala aspek pengurusan Felda berkaitan dengan pindahmilik tanah perlu telus.
Rakyat, terutama peneroka Felda akan meneliti natijah dari audit ini dan yang juga lebih penting ialah sejauh mana tindakan ke atas pihak yang terbabit dalam isu ini akan diambil.
Sistem Pengerusi Felda menjadi pelbagai Pengerusi dibawah Felda perlu disemak semula. Tan Sri Isa Samad yang menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, juga memegang jawatan Pengerusi kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd dari Januari 2011 hingga Jun 2017 dan dalam masa yang sama menjadi juga Pengerusi Felda Investment Corporation (FIC) dari 2 Julai2013 hingga 2017.
Konflik kepentingan sudah tentu berlaku dan kami hairan kepada pihak Jabatan Perdana Menteri tidak menyedari hal ini. – HARAKAHDAILY 8/1/2017Sumber HD- 8-1-2018
Ambil perhatian serius pemberhentian pekerja
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa pihak kerajaan melihat secara serius terhadap tren pemberhentian pekerja yang semakin meningkat sejak 2015.
Laporan berita bahawa dijangka 50,000 pekerja akan diberhentikan pada 2018 sangat mencemaskan kerana dalam sebuah negara yang bergantung kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, tren ini boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat.
Laporan yang disiar dalam akhbar tempatan kelmarin melaporkan Pengarah Eksekutif Persukutuan Majikan Malaysia menyatakan sektor perbankan, insurans, pembinaan dan peruncitan juga dijangka mengalami pengurangan pekerja.
Kami menggesa pihak kerajaan meneliti tren ini dengan terperinci agar suatu perancangan menukar kebergantungan kepada pekerja luar dikurangkan bagi memastikan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas.
Sementara itu pelbagai skim melindungi kebajikan pekerja hendaklah dinilai semula agar majikan tidak sewenang-wenangnya membuang pekerja tanpa melihat nasib mereka.
Kami menyarankan supaya sektor pertanian diberi lonjakan baru terutama dalam sektor makanan agar ia dapat menyerap pekerja mencari pendapatan yang terjamin.
Kami juga melihat pengangguran graduan tempatan juga suatu tren yang perlu diperhatikan. Meningkatkan kemahiran dan kemampuan menjadi usahawan yang berjaya perlu diusahakan. Pelbagai institusi kemahiran teknikal dan vokasional masih belum dapat melahirkan usahawan yang mencukupi dalam kalangan graduan universiti.
Skim gaji minimum, sistem insurans pekerja, cuti bersalin serta pasaran pekerja yang tidak kompetitif adalah faktor yang perlu diberi perhatian. Akan tetapi kebajikan dan perlindungan pekerja tidak boleh dikompromi supaya pekerja tidak boleh dieksploitasi dengan mudah.
Kami menyeru pihak kerajaan meneliti isu ekonomi negara yang berkait dengan soal menerima terlalu ramai pekerja luar. Daripada lebih 6 juta pekerja swasta, pekerja asing nampaknya mendominasi pasaran pekerja. Ini menandakan tren bekalan pekerja dari luar jauh lebih besar dari pekerja di dalam negara sendiri.
Tren sektor pembuatan semakim malap sepatutnya sudah dapat dikesan. Pihak kerajaan perlu lebih proaktif melihat tren global ekonomi dunia.
Kami masih berpendapat ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada FDI (pelaburan langsung asing) perlu dinilai semula. Kini pembukaan pelaburan kepada negara luar dalam sektor hartanah juga bakal melihat profil pekerja luar akan terus meningkat di dalam negara ini.
Mohd Azmi Abdul HamidSumber HD - 7-1-2018
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
7 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 7/1/2018
Mangsa Culik Tentera Isreal Bukan Setakat Dirogol Bahkan Alat Sulit Mereka Dirodok Dengan Kayu dan Dimasukkan Tikus Posted on Friday, December 29 @ 15:26:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37485 |
Bertemu empat mata dengan Dr Fauziah Mohd Hassan yang merupakan ahli lembaga pemegang amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), penasihat Rose2Rose dan ahli jawatan kuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia. Sudah lama sebenarnya beliau bergiat aktif dalam bidang kemanusiaan ini namun namanya menjadi popular sejak Oktober tahun lalu kerana ekspedisi keamanan Women’s Boat to Gaza yang ditawan oleh tentera Israel sebaik sahaja memasuki perairan Gaza. Video petisyen beliau yang meminta mereka dikeluarkan dari negara haram Israel menjadi viral serta merta.
Mendekati pakar perunding O&G di Hospital Ampang Puteri ini, keperibadiannya yang sangat keibuan membuatkan penulis berasa senang sepanjang sesi fotografi dijalankan. Dalam setiap jawapan yang diberikan ternyata beliau punya semangat juang yang tinggi dan tidak pernah menyerah kalah. Semoga kisah perkongsian ini menjadi satu iktibar dan juga teladan kepada semua pembaca Nona untuk melibatkan diri di dalam bidang kemanusiaan kelak.
PENGLIBATAN
Sudah sibuk dengan kerjaya sebagai seorang doktor kemudian bergiat aktif didalam bidang kepamusiaan pula. Apakah faktor yang membuatkan anda seorang individu yang aktif untuk membantu keamanan sejagat? “Saya rasa ia adalah sebahagian dari diri ini. Sebagai seorang doktor sememangnya sudah menjadi tugas hakiki saya untuk membantu orang. Apabila terdengar krisis kemanusiaan yang semakin menjadi-jadi saya terpanggil untuk turut menghulurkan bantuan, namun ketika terdetiknya niat itu saya masih belum jumpa cara bagaimana hendak membantu sehinggalah pada tahun 1999 apabila Tan Sri Jamilah mengajak saya menyertai misi perubatan Mercy. Sejak itu saya banyak menyertai misi kemanusiaan antaranya di Kosovo, Maluku, Afghanistan, Aceh, Pakistan dan Gaza. Semua misi ini saya ikuti ketika bersama dengan Mercy Malaysia. Kemudian apabila Aqsa Syarif ditubuhkan pada tahun 2010, alhamdulillah saya telah diberi kepercayaan untuk menjawat kerusi timbalan pengerusi dan kini saya turut bertindak dan berkhidmat sebagai seorang ahli lembaga pemegang amanah untuk Humanitarian Care Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MyCARE.”
Apakah dorongan yang membuatkan anda memilih untuk bergiat aktif dalam bidang ini? “
Penderitaan wanita dan kanak-kanak Palestin menjadi satu sumber kekuatan untuk saya bergerak ke hadapan bagi menghulurkan bantuan. Kalau nak tahu, menurut laporan World Health Organization (WHO), kawasan Semenanjung Gaza yang selama ini menjadi kawasan panas yang diceroboh oleh Israel mungkin tidak lagi sesuai di diami pada tahun 2020 berikutan pelbagai jenis operasi ketenteraan dan juga sekatan yang berteruskan hampir sedekad lamanya.
Kalau bukan kita yang melakukan sesuatu, siapa lagi yang boleh? Dunia seakan lupa yang Gaza telah dikepung selama lebih 10 tahun. Untuk membantu, bukan hanya krisis-krisis di bahagaian Asia Barat sahaja yang perlu ditangani, malahan di Malaysia juga kita perlu peka terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Ingatlah bahawa sekecil-kecil bantuan sangat bermakna daripada tidak berbuat apa-apa, kalau ada seringgit sumbanglah seringgit jangan pernah malu, kerana nilai yang sedikit itulah mampu mengubah kehidupan mereka yang memerlukan,” ujarnya penuh semangat.
PERJALANAN WANITA
Berita tentang ekspedisi Women’s Boat to Gaza yang ditawan tentera Israel membuka mata banyak pihak tentang perjuangan dalam menyedarkan dunia bahawa penduduk Gaza sudah lama ditindas.
Untuk pengetahuan anda selain Dr Fauziah, terdapat 13 orang lagi wanita yang turut berada di atas bos tersebut dan mereka terdiri dari pelbagai warganegara, agama dan juga bangsa. Antaranya, dari negara Sepanyol, New Zealand, South Africa, Rusia, Australia, Norway, Sweeden, Ireland Utara dan Kanada.
Sebelum memulakan pelayaran misi ini, adakah sudah tahu bahawa yang misi ini pasti akan gagal dek sekatan kejam rejim Israel di perairan Semenanjung Gaza. Jawab wanita ini, “Memang kami tahu kami akan ditangkap, 99 peratus kami yakin kami akan ditangkap dan hanya satu peratus sahaja keyakinan kami bahawa kami akan selamat sampai. Walaupun sudah agak pasti bahawa keadaan tidak akan menyebelahi kami namun apa yang penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan kepada seluruh dunia bahawa masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza ditindas habis-habisan oleh rejim Israel. Sekurang-kurangnya apabila kami ditangkap sekalipun dunia sedar bahawa masyarakat Palestin masih ditindas dan diperlakukan secara tidak adil.”
Ketika askar rejim Israel menculik delegasi Women’s to Gaza, bagaimana anda mengikis rasa takut apabila berhadapan dengan situasi tersebut? “Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan kepada Dia tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa agar dipelihara keselematan oleh-Nya. Sebelum pelayaran lagi kami sebenarnya sudah dipersiapkan dengan simulasi dan juga latihan non-violence, bahkan ketika di atas bot pun kami berlatih berulang kali tentang reaksi apa yang perlu dilakukan apabila ditangkap. Tunjuk tangan kosong, muka tidak ada mimik marah dan bercakap dengan penuh diplomasi. Sebaik sahaja kami ditangkap saya berbisik kepada diri sendiri supaya tenang dan terus tenang. Ketika kami ditunda masuk ke kawasan haram Israel, kami menangis melihat Gaza kerana ia begitu dekat dan kami tahu banyak keluarga, kawan-kawan, ibu-ibu kecil bersama anak menunggu kami bersama kad kesihatan mereka. Suasana Gaza yang kami lihat sangat malap, gelap gelita dengan hanya ada empat kerlipan lampu.”
Ketika berada di dalam tahanan Israel apakah yang mereka lakukan kepada seluruh delegasi misi Women’s Boat to Gaza? “Semasa di atas kapal mereka geledah seluruh kawasan habis-habisan, tujuannya hendak mencari kamera tersembunyi dan juga senjati. Kami sememangnya sudah bersedia awal-awal telah membuang pelbagai jenis alat teknologi dan juga pisau ke dalam laut. Setelah kami ditahan, setiap langkah diawasi dan dirakam, ini adalah taktik mereka untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mengasari wanita padahal mereka sebenarnya setiap hari mengganggu dan mengasari murabitat yang menjaga masjid Al-Aqsa, wanita-wanita dan kanak-kanak awam di Gaza. “
Penulis bertanya lagi, siapakah murabitat dan apakah peranan mereka di Masjid Al-Aqsa? Jawab beliau, “Untuk pengetahuan semua, murabitat adalah kelompok wanita yang bergilir-gilir duduk di Masjid Al-Aqsa supaya masjid tersebut tidak kosong. Memandangkan orang lelaki dewasa tidak dibenarkan ke sana jadi hanya merekalah harapan untuk memastikan bahawa masjid itu tidak kosong lantas memberi peluang kepada orang Israel untuk memasuki dan menguasainya. Mereka inilah golongan yang selalu dikasari oleh askar-askar rejim negara haram Israel.”
Mendengar kisah beliau membuatkan penulis berfikir seketika, apakah sumbangan diri ini yang sudah dihulurkan buat saudara kita disana, memang ia mengetuk pintu hati. Rasa sedih, kecewa dan marah menyelubungi diri, mengapa dan kenapa Palestin terus menerus di tawan? Sesungguhnya harga keamanan kini semakin mahal. Dalam rancak kami berbual, penulis bertanyakan kepada Dr. Fauziah mengenai sesetengah rakyat Malaysia yang memilih untuk memasuki Israel bagi melawat Masjid Al-Aqsa. Dengar-dengar aktiviti ini sebenarnya hanya mengundang kemajuan ekonomi Israel? Benarkah sebegitu?
“Soal ekonomi saya tidak boleh jawab, namun bagi saya apa yang terjadi hari ini adalah ramai yang mengambil kesempatan melawat Palestin dan Masjid Al-Aqsa ekoran perjanjian damai di antara Jordan dan Israel. Ini merupakan agenda normalisasi Zionis Israel untuk menunjukkan bahawa Masjid Al-Aqsa dan palestin berada dalam keadaan aman walhal ia tidak sebegitu. Hakikatnya kedua-dua tempat ini terus menerus dijajah! Kita perlu sedar bahawa ini adalah taktik licik israel, dalam dia sebenarnya mereka melumpuhkan semangat jihad umat Islam untuk menuntut kebebasan Al-Aqsa dan Palestin. Untuk pengetahuan semua, apa yang diperlukan oleh kedua-dua tempat ini adalah ia dibebaskan dan bukannya dilawati!” jawab beliau meluahkan pandangan peribadi mengenai hal ini.
CERITA TERKESAN
Pernahkah anda menitikkan air mata sepanjang menyertai misi kemanusiaan? “Kalau nak cakap soal kesedihan atau menyayat hati, saya bukanlah seorang yang senang menangis dan sangat penting untuk saya mempunyai mental yang kuat apabila menyertai misi kemanusian. Namun berbeza dengan misi kemanusiaan di Turki pada tahun 2014 yang mana saya membantu pelarian wanita dari negara Syiria yang sekian lama dipenjarakan di dalam penjara Bashar Al-Assad. Kisah dan juga trauma yang dialami oleh wanita-wanita ini membuatkan airmata saya jatuh, sedih! memang sangat menyayat hati. Wanita-wanita ini ditahan kerana suami mereka dituduh sebagai tentera pemberontak yang menentang Bashar Al-Assad.
Bayangkan sebelum mereka melarikan diri sepanjang dalam tahanan saban hari ada sahaja lelaki yang merogol mereka bukan setakat rogol malahan alat sulit mereka dirodok dengan kayu dan tikus dimasukkan ke dalamnya. Paling menyedihkan apabila mereka berjaya keluar dari penjara keluarga sendiri tidak dapat menerima keadaan diri mereka dan ada yang diceraikan seuami. Bayangkan betapa kejamnya penderaan yang dilakukan. Apabila sampai di Turki para doktor terpaksa membaiki kemaluan mereka. Ada seorang wanita yang saya bantu, langsung tidak boleh melihat lelaki, dia akan menangis dan meraung akibat kesan trauma. Wanita-wanita yang dahulunya menderita ini sekarang sudah bekerja dibawah Syirian Women Association dalam membantu orang lain yang memerlukan pula.”
*ARTIKEL INI DITERBITKAN DI DALAM NONA EDISI MAC 2017
Sumber :
http://www.nona.my/bukan-setakat-dirogol-bahkan-kemaluan-mereka-dirodok-dengan-kayu-dan-dimasukkan-tikus-dr-fauziah-mohd-hassan/
Sumber TKO - 29-12-2017
34 Sekolah Telah Dibangunkan Untuk Anak Pelarian Rohingya
34 buah sekolah telah untuk anak-anak Rohingya di kem-kem pelarian Cox Bazar, Bangladesh.
Pengarahnya Haji Sanusi Md. Nor berkata, selain itu PASRelief juga telah mendirikan masjid, mengagihkan peralatan, buku, alat tulis dan membiayai para guru.
“masjid enam buah, peruntukan untuk pendidikan bagi 34 buah sekolah termasuk bangunan, peralatan, buku-buku dan gaji guru,
“Lebih RM200,000 dibelanjakan melibatkan lebih 1,500 orang anak-anak pelarkan Rogingya,” jelasnya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah pertubuhan antarabangsa telah memberi amaran generasi Rohingya ‘akan hilang’, sekiranya lebih 500,000 orang kanak-kanak pelarian tidak mungkin menerima persekolahan pada tahun 2018.
Menurutnya, sejak menggerakkan kempen untuk membantu pelarian Rohingya, PAS telah menghantar lebih daripada RM 2 juta dalam bentuk makanan.
Selain itu beliau berkata, kemudahan asas seperti khemah sementara (shelter), telaha tiub dan dilik mandi wanit juga telah dibina.
“in shaa Allah kita akan meneruskan program membantu pelarian Rohingya ini secara berterusan kerana belum adapenyelesaian mantap oleh pemain antarabangsa,
“bermakna……tempoh masa warga Rohingya yang kini berlindung di sempada Banglaseh-Myanmar tidak pasti dan mungki akan memakan masa bertahun-tahun,” ujarnya.
Justeru itu, beliau merayu kepada semua warga yag prihati untuk terus menyumbang kepada PASRelief bagi meringkan kesukaran yang dialami oleh Rohingya yang tertindas.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief N0. Akaun Maybank 5640 7061 1352
Sumber BO - 26-12-2017
Gadai aset Felda: Suatu pengkhianatan kepada bangsa Melayu
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal aset penting iaitu empat lot tanah milik Felda di jalan Semarak di Kuala Lumpur berpindah tangan kepada syarikat swasta yang disifat sebagai transaksi yang mencurigakan.
Pendedahan kes tersebut hanya diketahui apabila media melaporkannya sedangkan ia berlaku pada 2015.
Teras tidak boleh menerima kenyataan dari pihak yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan bahawa kes ini hanya diketahui sekarang.
Selama dua tahun pemindahan milik tanah tersebut diketahui oleh pihak pengurusan, kenapa sekarang baru hendak disiasat dan tapak itu mahu dikaveat untuk dipulangkan semula kepada Felda.
Apakah pihak pengurusan sengaja mahu menyembunyi transaksi yang telah merugikan Felda ratusan juta ringgit ini?
Nampaknya Felda yang diletak secara langsung dibawah Pejabat Perdana Menteri masih gagal menjaga ketelusan dan kepentingan peneroka Felda.
Dari satu isu kepada satu isu, Felda kini telah mengalami kepincangan yang sangat mengecewakan.
Dari isu FGV sehingga isu aset yang dibeli di London, keyakinan rakyat bahawa Felda berada di bawah pengurusan yang cekap dan amanah kini sangat diragui.
Felda adalah aset bangsa Melayu terbesar. Jika ia disalahurus , maka tidak ada pengkhianatan yang lebih besar dari ini.
Dulu peneroka Felda LBJ terpesona dengan pampasan yang lumayan sehingga ramai yang menjual tanah kepada pemaju. Kini pihak pengurusan Felda sendiri yang melakukan hal yang sama, malah lebih buruk lagi. Nilai tanah Felda itu yang mencecah lebih RM1 bilion kini dipindah milik hanya dengan nilai RM270 juta sahaja.
Lebih buruk lagi, Pengerusi Felda sendiri menyatakan sehingga hari ini Felda tidak menerima sebarang pembayaran daripada pemindahan milik tapak tersebut.
Siapakah yang membuat keputusan tersebut? Siapakah pemilik syarikat Synergy Pormenade Sdn Bhd yang diberi kuasa penuh membangun tapak tanah tersebut?
Reaksi GWF dan Majlis Belia Felda yang melenting terhadap isu ini adalah wajar. Peneroka bukan sahaja rasa ditipu malah mereka rasa dikhianati.
Teras menegaskan jika aset Felda digadaikan dengan kecuaian sebegini, lambut laun aset Melayu akan akhirnya terhakis semuanya.
Kami mendesak rombakan dan status pengurusan Felda perlu disemak semula. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku sehingga ia sudah dilihat sebagai skandal. - HARAKAHDAILY 25/12/2017Sumber HD - 25-12-2017
Perkasa guru sebagai pendidik, bukan pengajar semata-mata
PERSATUAN Ulama’ Malaysia (PUM) meneliti perkembangan terbaru yang melibatkan guru dan merasa syukur apabila mahkamah melepaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan menyerang pelajar. Beliau terpaksa ke mahkamah apabila cuba mengambil tindakan ke atas pelajarnya yang dikatakan mempunyai masalah disipilin seperti menghidu gam dan sebagainya.
Melihat kepada senario ini, PUM merasakan bahawa sudah sampai masanya kerajaan memperkasakan kembali peranan guru di sekolah. Peranan guru tidak sepatutnya dihadkan kepada mengajar sahaja. Mereka mesti bertindak sebagai pendidik yang membentuk akhlak dan jatidiri pelajar untuk menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.
Kementerian Pendidikan disaran supaya dapat merancang tindakan sebaiknya agar guru diperkasakan sebagai pendidik, _muaddib_ dan _murabbi_ di sekolah. Ia bukanlah bermaksud memberikan kebebasan sepenuhnya, tetapi wujudkan satu mekanisma terbaik dengan peraturan yang memberikan izin kepada para guru bertindak mendidik para pelajar dengan akhlak murni, adab serta nilai sejagat.
Dalam hal ini, para guru dapat bertindak sebagai pengajar kepada matapelajaran yang diajar dan dalam masa yang sama sebagai pendidik kepada generasi muda. Ini penting kerana nilai-nilai murni tidak dapat diterapkan jika guru tidak boleh bertindak sebagai pendidik.
Mendidik juga adakalanya memerlukan guru memberikan peringatan yang sewajarnya supaya para pelajar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Konsep pendidikan di dalam Islam umpamanya, menuntut kepada pembinaan seluruh potensi yang ada pada manusia termasuk rohani, intelek, emosi dan jasmani dan yang berkaitan dengannya berasaskan al-Qur’an dan al-Hadith bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.
Pendidikan dari perspektif Islam memberi keutamaan kepada pembinaan manusia secara menyeluruh, harmoni dan bersepadu ke arah merealiasikan peranan insan dalam kehidupan seharian.
Dengan pemerkasaan ini, pastinya proses pendidikan itu dapat menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia sebagaimana kata Prof Al-Attas bahawa _“education is a process of instilling something into human being.”_
Maka penegasan harus diberikan bahawa peranan guru bukan sekadar mengajar dalam erti kata ta’alim, tetapi mereka sebenarnya boleh diperkasakan sebagai pendidik yang menitiskan proses ta’dib di dalam jiwa murid-muridnya.
DATO’ ABDUL HALIM ABDUL KADIRSumber HD- 20-12-2017
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
20 Disember 2017/ 2 Rabiulakhir 1439 – HARAKAHDAILY 20/12/2017
PERKASA gembira Interpol 'bersihkan' Zakir Naik Posted on Monday, December 18 @ 18:10:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37345 |
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyambut baik tindakan polis antarabangsa (Interpol) membatalkan notis arahan tangkap terhadap Dr Zakir Naik dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam data mengenai pendakwah antarabangsa itu daripada fail mereka.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan Interpol itu boleh membersihkan nama Dr Zakir daripada sebarang tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
“PERKASA bersyukur kepada Allah atas pelepasan yang diberikan kepada pendakwah tersohor antarabangsa itu oleh Interpol atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan seperti yang didakwa kerajaan India.
“PERKASA juga bersyukur kerana Interpol membatalkan Notis Merah terhadap Dr Zakir dan Interpol juga telah mengarahkan semua pihak memadamkan semua data berkaitan dakwaan palsu terhadap beliau," kata Ibrahim melalui kenyataannya hari ini.
Kelmarin portal berita Times Now melaporkan perkembangan itu berikutan pihak berkuasa India gagal mengekstradisi Dr Zakir yang kini berada di Malaysia.
Pada 8 November lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada New Delhi untuk membawa pulang Dr Zakir bagi didakwa atas tuduhan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sekiranya kerajaan India ada membuat permohonan itu berdasarkan Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA), Putrajaya akan memenuhi permintaan itu.
Bagaimanapun, katanya, Dr Zakir bukan rakyat Malaysia dan tidak menetap di negara sebaliknya hanya memiliki status penduduk tetap.
Ibrahim turut menegaskan Malaysia mengiktiraf sumbangan Dr Zakir kepada perkembangan Islam di negara ini dengan memberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 2013.
Sumber TKO - 18-12-2017

Guru perlu didedah pengurusan disiplin
KEMENTERIAN Pendidikan wajar menggubal kursus pengurusan disiplin dan hal ehwal murid kepada semua kursus pendidikan khusus bakal guru sebagai subjek major dan prasyarat kelayakan iktisas guru.
Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, guru tidak dilatih secara formal dan tiada kursus major pengurusan disiplin dan hal ehwal murid.
Katanya tiada kursus tersebut sepanjang pengajian perguruan sama ada di maktab atau di universiti.
“Kurikulum pengajian hanya sisipan pedagogi perilaku kawalan kelas sahaja dirumus tidak nencukupi mendepani masalah pelajar dewasa ini,” katanya di sini.
Oktober lepas seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap dihadap ke mahkamah atas tuduhan memukul seorang pelajar.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara, denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Bagaimanapun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit dilapor memberitahu guru tersebut terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membuli. – HARAKAHDAILY 18/12/2017Sumber HD- 18-12-2017
Hanya pernyataan tegas, tapi tiada aksi jelas
MAPIM berpendapat sementara mesyuarat tergempar OIC yang diadakan di Turki baru-baru ini sangat penting, kami maseh melihat ia terhenti hanya diperingkat pernyataan dan ungkapan. Pada hakikatnya, tidak ada rumusan aksi yang khusus dan konkrit dalam isu peralihan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Jeruselem yang diumumkan oleh Presiden Amrika Syarikat (AS) , Donald Trump.
Kenyataan yang paling kuat dan agak signifikan yang diistiharkan dalam mesyuarat tersebut hanyalah OIC menegaskan bahawa Jeruselem adalah ibu kota Palestin. Dan OIC juga meminta dunia mengiktiraf Jeruselem sebagai ibukota Palestin.
Persoalannya pengistiharan yang dikeluarkan itu tidak disertakan aksi konkrit yang khusus. Tidak ada penguatkuasaan yang jelas akan dilakukan, apakah tempuh masa bertindak yang akan diambil, bagaimana mekanisme perlaksanaan akan dilancarkan, siapa yang akan dimandatkan untuk bertindak. Semua persoalan ini nampaknya tidak dinyatakan dalam mesyuarat tergempar OIC itu. Bermakna keputusan konkrit maseh belum dirumuskan oleh sidang tersebut.
Ini tidak sepatutnya berlaku. Israel dan Amerika Syarikat tidak akan merubah keputusan mereka selagi mereka melihat pernyataan itu hanya berupa retorik semata-mata. Apatah lagi mereka tahu ada negara-negara Arab dan Islam yang tidak bersatu dalam menangani isu Jeruselem.
Dalam keadaan negara-negara Liga Arab berpecah dan negara anggota OIC juga lemah, AS dan Israel akan terus melaksanakan keputusan memindah ibukota Tel Aviv ke Jeruselem. Dan sekaligus menafikan hak rakyat Palestin.
Persoalan yang lebih berat ialah maseh terdapat beberapa negara OIC yang menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.
Hanya ada satu pilihan. Jika tidak ada tindakbalas positif dari AS dan Israel maka OIC perlu mendesak Majlis Keselamatan PBB campurtangan dan jika inipun tidak dipedulikan, maka suatu sidang khas perhimpunan ketua-ketua negara di PBB perlu diusulkan.
Kami sangat kecewa dengan sikap beberapa negara Arab yang jelas tidak menghormati mesyuarat tergempar OIC tersebut dengan hanya menghantar pegawai bawahan semata-mata untuk mewakil negara masing-masing. Arab Saudi, Mesir, UAE adalah antara negara Arab yang bersikap dingin kepada isu ini yang menghantar pegawai bawahan, bukan ketua negara.
Hakikatnya AS jelas berterusan bersikap pro Israel dan selama ini tidak pernah berkecuali dalam isu perundingan antara Palestin dan Israel. Kenyataan AS bahawa ia mahu penyelesaian dua negara (two state solution), sebenarnya adalah sandiwara semata-mata. Yang sebenarnya dimahukan AS ialah hanya kewujudan Israel sahaja dan tidak ada Palestin. Jadi kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam sidang OIC Itu bahawa beliau tidak lagi mahu menerima AS sebagai broker perundingan antara Palestin dan Israel adalah tidak releven.
AS sudah lama menyokong Jeruselem sebagai ibukota Israel. Hanya Presiden Donald Trump sahaja yang berani mengistiharkannya secara terbuka. Sekurang-kurangnya dengan pengistiharan Donald Trump itu, AS tidak mahu bersandiwara lagi.
Kami berpandangan bahawa sidang tergempar OIC itu sepatutnya mengistiharkan tindakan konkrit dan bukan hanya deklarasi semata-mata. Tidak cukup hanya dengan kecaman dan kutukan sahaja.
Malangnya kami mendapati negara negara dalam OIC tidak berani bertindak lebih dari hanya mengutuk semata-mata. Yang benar-benar bertindak ialah warga Palestin di lapangan yang kini berdepan dengan askar Israel setiap hari. Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan 9 orang yang telah syahid dan ratusan yang sudah tercedera.
Kami menyenaraikan tindakan berikut yang sepatutnya diambil oleh OIC:
1.Tindakan legal diambil untuk mendakwa Israel atas perlakuan jenayah di Mahkamah Jenayah Antarabangsa,
2. Memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Israel dan AS.Sumber HD - 17-12-2017
3. Mengistiharkan sanksi ekonomi dan perdagangan keatas Israel,
4. Menggantung semua pelaburan dengan AS,
5. Menghentikan semua kerjasama ketenteraan dengan AS,
6. Membatalkan semua pembelian senjata dari AS. – HARAKAHDAILY 17/12/2017
PUM sokong tarik balik guna IMAMS
PERSATUAN Ulama' Malaysia (PUM) mengalu-alukan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menarik balik penggunaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).
“Sewajarnya perlaksanaan sistem sebegini diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat terutama masyarakat Islam yang terlibat secara langsung dalam urusan umrah dan haji,” ujar Yang Dipertua PUM, Dato' al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, jangan ada sistem-sistem yang diperkenalkan yang menambah bebanan kepada mereka.
Beliau menambah, elakkan juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sistem yang dibuat.
“Apapun, syabas di atas keputusan menarik balik penggunaan sistem IMAMS ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Baitul Maqdis: NGO M'sia sertai solidariti mega di Turki
Sumber HD - 12-12-2017ISTANBUL, Turki: Delegasi NGO Islam Malaysia antara menyertai himpunan yang menegaskan bahawa Al-Quds adalah hak mutlak umat Islam dan mengutuk sekerasnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.Himpunan besar disertai ratusan ribu umat dan dianjurkan oleh Kesatuan NGO-NGO Turki yang bernaung bersama Parti Sa'adat itu telah berlangsung di pinggir Laut Marmara di Yenikapi Meydani, di sini kelmarin.Golongan muda mudi antara teramai hadir pada himpunan tersebut yang menyaksikan ucaptama disampaikan Presiden Parti Sa'adat, Dr Temel Karamollaoğlu dan bergemanya laungan kuat "Jahanam Amerika, Jahanam Zionis!".Malah, himpunan tersebut juga diwarnai dengan kibaran bendera kebangsaan Turki dan Palestin selain sepanduk-sepanduk yang menyatakan solidariti Turki untuk bersama seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi anbiya' itu serta membebaskan Baitul Maqdis.Delegasi NGO Islam Malaysia itu diwakili Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Kubra, Yayasan Afdlin Shauki serta para pimpinan dan sukarelawan masing-masing.Menurut Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, suasana perhimpunan yang sangat aman dan tertib itu membuktikan bahawa gabungan NGO Parti Sa'adat sangat tersusun dalam pengurusannya. - HARAKAHDAILY 12/12/2017
Rohingya; Bantuan PASRelief Siri Ketiga ke Arakan
Alhamdulillah, PASRelief berjaya merentasi sekatan polis dan pengganas buddha menyampaikan sumbangan bahan makanan kepada penduduk yang memilih untuk bertahan di kampung-kampung halaman mereka di wilayah Arakan.
Sejak 25 Ogos 2017, inilah bantuan pertama yang berjaya sampai kepada mereka yang terputus bekalan makanan sejak tarikh itu.
Selain sekatan di ‘check point’ tentera, pihak polis dan pelampau buddha mengarahkan kedai-kedai sekitar mereka ditutup dan mereka dilarang keluar membeli barang keperluan di luar.
PASRelief merayu sumbangan rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan kepada ratusan keluarga di beberapa daerah yang masih bertahan ataupun yang tidak berupaya melarikan diri ke negara jiran.
“PASRelief always in our heart”……”PASRelief always first relief for Rohingya” tulis mereka dengan tulisan di kertas putih dan plastik sebagai gambaran kelegaan mereka di atas sumbangan yang diterima.
Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 atau Akaun PASRelief 5640 7061 2333 di Maybank.
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief.
Sumber BO - 11-12-2017

We Will Not Remain Silent, Until Trump Recall Its Policy
The unilateral recognition of al quds as the capital of Israel by trump is a reckless and declarative act of war against the Islamic world. For trump knows that the issue of Palestine is not just a matter of the Palestinian nation itself, but it is a matter of Muslims all over the world and this issue will trigger the instability of the world.
For Muslims, the Palestine without al-Quds does not mean anything, therefore Al Quds is a fixed price.
Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY) called on all entities of the Islamic youth movement worldwide to advance to defend the Palestinian independence and resistance to the unilateral US recognition of Al Quds as the capital of Israel.
We also call upon the leaders of the Muslim lands to unite and an attitude on the issue of Palestine. Do not be afraid of the US, it’s time we get out of their hegemonic grip. The Muslim Ummah should be free, by unity we become strong. There is nothing to fear and worry about.
We will not remain silent, if Trump does not recall its policy it means the US is digging its own grave slowly.
Malay Version
Pengakuan secara sepihak Al Quds sebagai ibu kota Israel oleh Trump adalah tindakan gegabah dan bentuk deklarasi perang terhadap dunia Islam. Sebab Trump tahu bahwa persoalan palestina bukan sekedar persoalan bangsa Palestina sendiri, akan tetapi itu adalah persoalan umat Islam seluruh dunia. Dan persoalan ini akan memicu ketidakstabilan dunia.
Bagi ummat Islam, Palestina tanpa al quds tidak berarti apa-apa, oleh karenanya Al Quds adalah harga mati.
AFMY menyerukan kepada seluruh entitas pergerakan pemuda Islam seluruh dunia untuk terdepan melakukan pembelaan untuk kemerdekaan Palestina serta perlawanan terhadap pengakuan sepihak AS atas Al Quds sebagai ibu kota Israel.
Kami juga menyerukan kepada para pemimpin negeri-negeri muslim untuk bersatu dan satu sikap dalam persoalan palestina. Jangan takut dengan AS, sudah saatnya kita keluar dari cengkraman hegemoni mereka. Ummat Islam harus bebas merdeka, dengan bersatu kita menjadi kuat. Tidak ada yang perlu di takutkan dan di khawatirkan.
Kami tidak akan tinggal diam, jika trump tidak menarik kembali kebijakannya itu artinya AS sedang menggali kuburannya sendiri secara perlahan.
Iman Budiman
President AFMY
Sumber BO - 9-12-2017

Mapim lancar intifadhah Asean untuk Baitul Maqdis
MAPIM mengumumkan pelancaran gerakan Intifadhah Asean untuk isu Baitul Maqdis yang kini diistihar sebagai ibu kota Israel oleh Presiden AS, Donald Trump.
Seruan pemimpin ulama sedunia, Dr Yusuf Qardhawi agar Intifadhah ketiga dilancarkan perlu disambut oleh seluruh umat Islam.
Mapim mengambil pendirian bahawa selain kenyataan mengutuk dan mengecam keputusan Trump, ia tidak harus terhenti hanya kepada reaksi spontan. Suatu kebangkitan menyeluruh dan berkesinambungan melalui intifadhah serantau yang menjadi rantai intifadhah di bumi Palestin perlu digerakkan.
Kini Intifadhah di medan Baitul Maqdis dan di tebing Gaza sudah mengorbankan nyawa rakyat Palestin dan mencederakan ribuan lagi. Sokongan solidariti bersama mereka yang sedang berdepan langsung dengan regim Israel perlu dinyatakan secara berterusan dan diterjemahkan diseluruh pelusuk dunia.
Kami mengambil inisiatif bahawa Intifadhah Asean ini akan menjadi pembinaan gelombang penentangan secara berterusan terhadap AS dan Israel berkaitan isu pembebasan Palestin di rantau ini.
Sebagai agenda mengerakkan Intifadhah Asean ini, MAPIM akan mengembleng seluruh masjid dirantau Asean untuk bergabung dalam Alliansi Masjid Mempertahankan al-Aqsa (AMSA) sebagai sebuah platform bagi membangkitkan perlawanan ke atas agenda Zionis Yahudi yang memperalatkan Amerika Syarikat.
Intifadhah Asean ini bertujuan bagi menghidupkan isu Baitul Maqdis dirantau ini disetiap peringkat: kerajaan, masyarakat sivil, ulama, cendikiawan, ahli politik, gerakan pelajar, golongan professional, pemimpin akar umbi dan komuniti perdagangan.
Mesej utama Intifadhah ialah pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin serta mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Mapim yakin dengan intifadhah dari bawah yang disokong oleh pemerintah, isu Baitul Maqdis akan sentiasa segar dan aktif.
Antara manifestasi Intifadhah Asean yang Mapim akan terjemahkan ialah melancarkan Boikot ke atas Amerika Syarikat dan Israel serta menuntut agar segala pelaburan dipindahkeluar dari Amerika Syarikat.
Sementara itu semua ahli Parlimen Asean akan diminta bergabung dan menyatakan pendirian mereka terhadap isu Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Mapim akan mengambil inisiatif untuk menghubungi seluruh Ahli Parlimen Asean supaya mengadakan persidangan khas untuk isu yang berkenaan dan merumus serta melulus usul khas mengenai isu Jeruselem untuk diketengahkan kepada komuniti antarabangsa.
Intifadhah Asean juga akan mengembleng masyarakat untuk melancarkan pelbagai gerakan dan kempen anti kolonialisasi Amerika Syarikat dan pengYahudian Baitul Maqdis oleh Zionis melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan media perdana, untuk mendesak Trump membatalkan keputusannya. – HARAKAHDAILY 9/12/2017Sumber HD-8-12-2017
PAS Terengganu Sertai Misi Kemanusiaan
Pelarian Syria Di Turki
Alhamdulillah, buat kesekian kalinya PAS dapat memainkan peranan di pentas antarabangsa dengan
menghantar 10 orang wakil dalam misi kemanusiaan membantu pelarian Syria yang sedang
menderita akibat perang yang tiada penghujungnya dalam suasana musim sejuk sekarang ini
Kami difahamkan ada lebih kurang 60,000 mangsa pelarian Syria di bandar Hatay ini sahaja yang
sebahagiannya dibenarkan oleh kerajaan Turki untuk bekerja secara sambilan. Sementara di dalam
wilayah Syria ada dua juta orang pelarian Syria yang menjadi mangsa perang yang sangat lapar dan
kesejukan dan mengharapkan pertolongan dari masyarakat antarabangsa. Disinilah PAS turut sama
berperanan sebagai sebuah gerakan Islam di pentas antarabangsa.
Misi kali ini menurutnya mendapat kerjasama yang baik dari sebuah NGO terkenal dij Turki iaitu
CANSUYU yang mempunyai berpuluh cawangan di seluruh Turki. NGO ini bernaung di bawah
Parti Sa’adat yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
CANSUYU menjadikan kami sebagai tetamunya sepanjang misi ini dan menguruskan proses
pembelian, pembungkusan dan penghantaran barang-barang untuk mangsa pelarian. CANSUYU
juga terlibat mengadakan sekolah khusus untuk kanak-kanak dan remaja pelarian Syria yang terbiar.
Misi Kemanusiaan Pelarian Syria di Turki diketuai oleh Haji Mohd Adram Musa, Bendahari
PASRelief Malaysia. Turut sama wakil dari MAPIM dan Yayasan al-Kubra.
Sebanyak USD42,000 berjaya dikumpulkan oleh PASRelief, MAPIM, Yayasan al-Kubra dan Iman
Care hasil sumbangan orang ramai. Dengan duit inilah di antara lainnya kita telah membeli 1200
paket makanan dan 1,000 helai selimut untuk dibahagi-bahagikan kepada mangsa pelarian.
Oleh kerana pada hari pertama misi ada masalah teknikal, kami tidak sempat ke Kem Penempatan
Sementara pelarian Syria di Raihanli. Oleh itu pihak CANSUYU mengatur lawatan ke sekolah yang
dimaksudkan di sekitar bandar Hatay di mana beratus-beratus pelarian mendapat menfaat secara
percuma. Sedikit imbuhan diberi kepada tenaga pengajar hasil sumbangan orang ramai dan
sebahagian besar mereka adalah dari kalangan pelarian yang berpendidikan tinggi.
Haji Yahaya Ali
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu
Sumber BO - 8-12-2017

Secebis ilmu untuk anak Rohingya
Memang penulis akui untuk meninggalkan keluarga tersayang, kampung halaman dan komitmen tugas di tanah air di samping pelbagai cabaran lain bukanlah suatu pengorbanan kecil untuk dilakukan. Namun penulis reda dan pasrah serta berazam untuk melaluinya dengan tabah demi menjadi sebahagian daripada sukarelawan misi kali ini.
Keazaman tinggi terbit untuk menyaksikan sendiri penderitaan etnik Muslim Rohingya di kem pelarian di bumi Bangladesh.
Sumber HD - 8-12-2017
Baitul Maqdis dirobek
DUNIA telah dikejutkan dengan pengisytiharan Jerusalem atau Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Donald J Trump.
Pengisytiharan secara unilateral ini merupakan satu kebiadaban oleh Donald J Trump tanpa mengambil kira bahawa Baitul Maqdis telah menjadi tanah yang menjadi rebutan 3 agama berabad lama. Tanpa mengendahkan pandangan dari negara-negara lain serta membelakangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Donald J Trump telah menunjukkan lagi keangkuhan dan muka sebenar negara Amerika.
Apa yang sedang berlaku ini telah membuktikan apa yang telah diberitakan oleh Presiden PAS beberapa bulan lalu tentang proses pemetaan semula tanah-tanah umat Islam oleh negara barat yang diketuai oleh negara Amerika adalah terbukti benar.
Kelab PAS Ireland ingin menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap pengisytiharan ini.
Kami menggesa agar semua pemimpin negara umat Islam terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Abdul Razak agar segera menyatakan bantahan secara serius dan terbuka lantas memberikan tekanan kepada Donald J Trump untuk menarik semula pengisytiharan ini. Dato' Seri Najib perlu mengadakan sidang tergempar Parlimen dengan segera untuk membincangkan perkara yang sangat penting ini.
Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt agar menyatukan umat Islam seluruh dunia serta bangkit bagi mempertahankan tanah umat Islam dalam satu lagi episod tragis dalam dunia umat Islam.
Dr Tengku Nazri
Presiden Kelab PAS Ireland
Sumber HD- 8-12-2017
PASRelief sampaikan sumbangan kepada pelarian perang Syria
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) yang membawa Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria berjaya tiba di Antakiya-Hatay iaitu sempadan Turki - Syria untuk agihan sumbangan makanan dan selimut kepada pelarian perang di negara itu yang berhadapan cuaca ekstrem musim sejuk.Sumber HD - 7-12-2017
Delegasi diketuai Timbalan Pengarah PASRelief, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia serta disertai Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa dan dua Ahli Jawatankuasa PASRelief, Dr Rosni Adam dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman selain beberapa wakil dari NGO dan parti politik dari Malaysia.
Misi tersebut membawa 1,200 pek makanan dan 1,000 set selimut hasil sumbangan orang ramai melalui PASRelief, Yayasan Kubra, Yayasan Afdlin Shauki dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan dua kontena untuk diagihkan di kem-kem pelarian di mana usaha tersebut telah dibantu oleh NGO Cansuyu Turkey dan Parti Saadet yang menjadi pengurus lapangan dengan bantuan dan sokongan penuh.
Orang ramai masih berpeluang menyumbang untuk para pelarian perang Syria menerusi PASRelief yang akan mengadakan misi lanjutannya selepas ini dengan menyalurkan ke akaun Maybank 5640 7061 2333 atas nama PASRelief dan sebarang pertanyaan boleh hubungi +6012-596 9220 (Muhammad Sanusi) atau +6013-384 5555 (Mohd Adram).
Al-Quds: Masjid diseru anjur demo, khutbah khas
MAPIM seru seluruh masjid adakan demonstrasi seluruh negara isu pengambilalihan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi yang diisytihar oleh Presiden AS Donald Trump kelmarin.
Khutbah Jummat perlu dibaca khas untuk isu ini. Maruah umat sedang di cabar oleh AS dan Israel.
Ada negara Arab yang mengkhianati umat dengan bersekongkol dengan AS dan Israel.
Seluruh umat Islam dan pencinta kebenaran perlu bangkit segera menyatakan bantahan keras terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitul Maqdis.
Kesedaran mengenai kepentingan mempertahan al-Quds perlu dicetuskan di seluruh negara di semua peringkat.
Pengumuman Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel bermakna seluruh kota suci dan Masjid al-Aqsa sudah dikuasai mutlak oleh Zionis Yahudi.
Ini jenayah besar ke atas Umat Islam yang tidak boleh dikompromi.
Setiap imam di setiap masjid perlu memimpin kebangkitan pada Jumaat ini sebagai hari kemarahan umat seluruh negara.
Inilah masanya umat bersatu demi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.
Jangan ada khilaf politik mahupun perpecahan sektarian yang menghalang umat bersatu menentang Zionis dan membebaskan Masjid al-Aqsa dan al-Quds.
MOHD AZMI ABDUL HAMIDSumber HD - 7-12-2017
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
18 Rabiul Awal 1439/7 hb Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Kami bantah keras Jerusalem ibu negara Israel
KAMI membantah keras sebarang langkah pihak AS mahupun Israel untuk mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Tindakan yang ura-ura akan diisytihar oleh Presiden AS, Donald Trump, bakal meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat yang kini terus bergolak.
Laporan terkini, Trump telah menghubungi pemimpin Palestin Mahmoud Abbas bahawa AS akan memindahkan kedutaaan AS ke Jeruselem, adalah suatu proses ke arah mengisytiharkan ketetapan tersebut.
Jurucakap Rumah Putih, Hogan Gidley, telah mengesahkan Trump akan mengisytihar pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jeruselem.
Perlu diingat Baitul Maqdis telah melalui 50 tahun proses pengyahudian. Kini buat kali pertama Yahudi memasuki Kubah Sakhrah. Polis Israel telah menangkap 4 orang pengawal Masjid al-Aqsa dan juga peguam Syeikh Raed Salah.
Umat Islam akan bangkit menentang langkah itu kerana ia adalah antara isu utama yang dipertahankan oleh seluruh rakyat Palestin dan umat Islam. Bahawa tidak ada kompromi dalam hal Baitul Maqdis sebagai hak umat Islam Palestin.
Mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel berimplikasi bahawa Masjid al-Aqsa akan berada dibawah penguasaan Israel sepenuhnya.
Umat Islam Palestin dan di seluruh dunia sama sekali tidak akan menerima keputusan ini.
Isu Baitul Maqdis sudah lama menjadi isu paling sensitif kepada umat Islam. Walaupun Israel mengisytihar telah menguasai Jerusalem Timur pada 1967, ia tetap akan diperjuangkan oleh rakyat Palestin untuk membebaskannya dari pencerobohan Yahudi Zionis.
Presiden Perancis Emmanuel Macron sendiri menyatakan pendirian kepada Trump mengenai status Jerusalem perlu dibincangkan dalam perundingan antara Israel dan Palestin.
Kini Liga Arab dilaporkan telah mengadakan perbincangan khas Selasa kelmarin mengenai isu ini.
Ugutan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, bahawa kepimpinan Palestin akan memutuskan perhubungan dengan AS menunjukkan isu ini pasti akan berpanjangan.
AS jelas menjadi alat Israel untuk mencapai cita-citanya menguasai Masjid al-Aqsa.
Sehingga kini tidak ada sebarang kedutaan di Jeruselem kerana komuniti antarabangsa tidak mengiktiraf kuasa Israel ke atas kota tersebut.
Kongres AS pernah meluluskan undang-undang pada 1995 untuk memindahkan kedutaan selewatnya pada 1999 namun Presiden diberi kuasa melengahkan pemindahan itu setiap enam bulan berdasarkan keselamatan nasional.
Kami kesal beberapa negara Arab kini telah bersekongkol dengan AS dan Israel. Dalam hal ini sehingga kini tiada bantahan dari beberapa negara Arab Teluk terutama Arab Saudi dan UAE berkaitan dengan langkah AS ingin memindahkan kedutaaannya ke Jerusalem.
Majlis Keselamatan PBB dalam resolusi 478 pada tahun 1980 telah menetapkan semua misi diplomat yang ada di Jerusalem keluar dari kota suci itu. Ini bermakna ketetapan antarabangsa itu melarang sebarang pembukaan kedutaan negara di Jerusalem.
Kami dengan ini menyeru:
1.Kerajaan Malaysia segera menyatakan bantahan keras kepada kerajaan AS ke atas usaha memindah kedutaannya ke Jeruselem dan sekaligus mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
2.Negara-negara anggota OIC mengutuk dan membantah keras tindakan Presiden AS, Donald Trump, akan mengisytihar Jerusalem sebagai ibu negara Israel.
3.Kerajaan Malaysia mengesa OIC mengadakan persidangan tergempar untuk membincangkan tindakan provokatif AS dan Israel tersebut.
4.Semua negara Islam dan negara berdaulat yang lain bersatu menentang sebarang percubaan memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem.
5.Seluruh ulama dan organisasi Islam di seluruh dunia membangkitkan kesedaran rakyat di negara masing-masing demi menentang rancangan AS dan Zionis Yahudi menguasai Jerusalem dan Masjid al-Aqsa.
6.PBB mengguatkuasakan Resolusi 478 dan resolusi-resolusi lain yang berkaitan untuk menyekat pencerobohan Israel ke atas Jerusalem.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM
17 Rabiul Awal 1439 / 6 hb Disember 2017. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Antara senyuman dan tangisan Rohingya
Ketuanya, Ustazah Zarani Othman menceritakan penyertaan beliau bersama delegasi itu merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.
Penyertaannya menyaksikan pertautan di atas satu akidah Islam dan rasa kemanusiaan yang dapat menyatukan hati-hati manusia walaupun sebelum itu tidak pernah bertemu dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Sumber HD-30-11-2017
PASRelief bantu pelarian Syria hadapi musim sejuk
Sumber HD- 26-11-2017KUALA LUMPUR: Pelarian perang Syria dilihat bakal berdepan situasi kecemasan lebih buruk, khususnya ancaman survival menjelang musim sejuk yang bakal tiba di negara itu dan sekitarnya sehingga Mac depan.Bendahari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Mohd Adram Musa berkata, konflik yang telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa di Syria itu kini memasuki tahun keenam, di mana tidak menampakkan tanda-tanda pengakhiran."Lebih lima juta rakyatnya menjadi pelarian di negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan. Manakala, tujuh juta lagi menjadi pelarian dalam negara setelah kediaman dan kampung halaman mereka musnah akibat peperangan."Kini menimbulkan krisis kemanusiaan cukup besar, lebih-lebih lagi untuk menempuh musim sejuk tanpa kemudahan, tanpa pakaian sewajarnya dan mencukupi. Sekali gus akan menyebabkan ancaman nyawa," ujarnya.Bakal menghadapi situasi alam semulajadi boleh menyebabkan maut itu adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita yang merupakan kumpulan teramai dalam kalangan pelarian tersebut tanpa makanan, tempat perlindung dan pakaian asas.Sehubungan itu maklum Adram, PASRelief akan menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke Syria pada Disember ini untuk menyampaikan keperluan berupa makanan dan selimut bagi menghadapi cuaca ekstrem tersebut.Rayunya, orang ramai yang prihatin dan bersimpati kepada para saudara terlibat dengan krisis peperangan tersebut diharap dapat turut sama menjayakan misi menerusi sumbangan derma boleh disalurkan untuk tujuan itu.Semua sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 5640 7061 2333 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief dan maklumkan ke talian 012-596 9220 dengan nota 'Selimut' atau 'Makanan'. - HARAKAHDAILY 26/11/2017
Negara Arab diperalat oleh Yahudi
Sumber HD- 26-11-2017KAMI amat kesal dengan penyenaraian baru yang memasukkan Kesatuan Ulama Sedunia sebagai pengganas oleh empat negara Arab Teluk baru-baru ini.Ternyata konspirasi yang sekian lama telah dilakar oleh beberapa pemimpin Arab dengan kerjasama pergerakan Zionis Yahudi untuk menyenaraihitamkan pergerakkan Islam di rantau Asia Barat, kini semakin jelas.Hanya kerana pertubuhan itu diketuai oleh Dr Yusuf Qardhawi dan pertubuhan itu berpejabat di Qatar, dengan mudah ia dikategorikan sebagai pengganas.Apa yang jelas sejak 4 negara Arab itu iaitu Saudi Arab, Emirate, Mesir dan Bahrain telah bersepakat memutuskan hubungan dengan Qatar, mereka sebenarnya mensasarkan gerakan Islam Ikhwan Muslimin dan Hamas untuk dihapuskan.Pemimpin-pemimpin negara tersebut telah diperalatkan oleh Israel dan Amerika Syarikat untuk melaksanakan rancangan yang sudah sekian lama diatur demi memastikan agenda Israel untuk menguasai seluruh rantau Asia dapat direalisasikan.Sejarah sebelum ini telah lama merakamkan kerjasama negara imperialis British dengan Saudi untuk menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah, sehingga projek melahirkan Israel di bumi Palestin berjaya dilaksanakan.Sekarang Amerika Syarikat mengambil alih peranan British dengan menggunakan tekanan dan pengaruhnya ke atas negara-negara Arab untuk tunduk kepada agenda Israel.Dengan berselindung disebalik istilah 'Islam Moderat' kononnya untuk membasmi dakwaan wujudnya 'Islam teroris' itulah, negara-negara Arab tersebut telah melancarkan serangan ke atas gerakan Islam.Disebalik istilah 'Islam Moderat' jugalah mereka melancarkan serangan ke atas Yemen yang menyebabkan tercetusnya krisis kemanusiaan terbesar di dunia dan sanggup berbelanja mewah untuk membeli senjata ratusan bilion dolar dari Amerika Syarikat.Dengan mengharamkan pertubuhan dan gerakan Islam secara terpilih ini, mereka mengharapkan mendapat dokongan penuh dari Amerika Syarikat dan negara Barat.Padahal strategi imperialis Barat dari dahulu lagi telah memperalatkan pemimpin-pemimpin Arab sehingga berjaya melahirkan Israel.Kami ingin mengingatkan bahawa pemimpin-pemimpin negara Arab kini sudah hilang integriti, akibat keangkuhan mereka mengkhianat kepercayaan umat untuk mengembalikan maruah umat Islam.Temuramah Jeneral tentera Israel baru-baru ini dengan akhbar Arab jelas menyatakan bahawa Israel siap bekerjasama dengan Saudi untuk berkongsi maklumat perisikan bagi berdepan dengan 'musuh bersama'. Jelas persekongkolan dua negara ini akan terdedah dan umat Islam akan mulai mengenali sikap pemimpin-pemimpin negara Arab yang sebenar.Semakin rapat mereka mendampingi Israel dan Amerika Syarikat, semakin hilang kepercayaan umat Islam terhadap mereka. Pendekatan pemimpin-pemimpin Arab ini yang bergantung kuasa dan pengaruh mereka kepada petro-dolar akan pasti lenyap bila Israel dan Amerika Syarikat melihat mereka kehabisan dana.MOHD AZMI ABDUL HAMIDPresiden - HARAKAHDAILY 26/11/2017
MUIS perjelas konsep "Rahmatan lil 'alamin"
Sumber HD - 20-11-2017MAJLIS Ulama ISMA (MUIS) dengan kerjasama Biro Islamiyat ISMA telah menjayakan Simposium Siyasah Syar’iyyah 2017 bertajuk “Konsep Islam Rahmatan Lil `Alamin: Antara Kecelaruan Tafsiran Hermeneutika Liberal Dan Kefahaman Syarak” pada hari Sabtu, 18 November 2017, bertempat di Dewan Auditorium, Malaysia Genome Institute (MGI), Kajang, Selangor Darul Ehsan.Bertitik tolak daripada Simposium ini, MUIS telah menggariskan beberapa perkara sebagai resolusi seperti berikut:1. MUIS menginsafi bahawa sifat Rahmah yang dianjurkan oleh Islam merupakan prinsip yang bersifat universal (`alamiyyah) yang menaungi seluruh makhluk di dunia. Pembangunan konsep Rahmah ini adalah berteraskan Al-Quran, terutamanya ayat 107 daripada Surah Al-Anbiya’ yang bermaksud; “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Rahmatan lil `Alamin)”, serta hadis-hadis Rasulullah SAW yang banyak menjelaskan keluasan Rahmah yang dibawa Islam.2. MUIS menginsafi bahawa Al-Quran dan Al-Sunnah tidak boleh ditinggalkan semata-mata untuk memuaskan akal manusia. Segala perkara yang bersifat kekal (thawabit) yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-sunnah merupakan Rahmah kepada seluruh umat manusia meskipun dilihat bertentangan dengan akal oleh sebahagian manusia.3. MUIS menginsafi bahawa asas pegangan akidah umat Islam perlu lebih diperkukuhkan lagi bagi mengelak daripada terpengaruh dengan ancaman pemikiran liberal yang mencairkan identiti dan jati diri umat Islam. Pengukuhan akidah yang sejahtera dalam kalangan umat Islam mampu menjadikan Islam sebagai agama ikutan sekaligus memberi rahmah kepada seluruh manusia.4. MUIS menyedari bahawa pengaplikasian konsep “Rahmatan lil `Alamin” yang tidak didasari oleh Al-Quran dan Sunnah serta tafsiran hermeneutika liberal merupakan suatu ancaman pemikiran yang serius yang sedang melanda umat Islam di Malaysia hari ini.Berdasarkan perkara-perkara di atas, MUIS dengan tegas dan bersungguh-sungguh membuat seruan-seruan berikut:I. Segala usaha penyelewengan terhadap konsep “Rahmatan lil `Alamin”, termasuk juga sebarang tindakan mana-mana pertubuhan, gerakan atau parti politik yang tidak menguntungkan umat Islam apatah lagi melemahkan kuasa politik umat Islam, wajib ditolak dan ditegah oleh seluruh umat Islam, institusi-institusi Agama serta pihak-pihak berautoriti.II. Konsep Islam sebagai “Rahmatan lil `Alamin” hanya boleh direalisasikan sekiranya Syiar dan hukum Islam diangkat di tempat yang tertinggi dalam konteks sebuah negara. Oleh itu, sebarang pemakaian konsep Rahmah Islam perlulah dalam kerangka mengangkat Syi’ar Islam, berpandukan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan juga Qiyas.III. Hakikat Islam sebagai “Rahmatan lil `Alamin” akan dapat benar-benar dirasai apabila Syariat Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh oleh umat Islam yang kuat dan bebas melaksanakan kehendak Syariat tanpa sebarang rasa takut. Justeru, membangun ummah yang kuat adalah tuntutan teratas dalam mencapai hakikat sebenar “Rahmatan lil `Alamin”. Segala usaha yang boleh melemahkan umat Islam adalah bertentangan dengan konsep Islam sebagai “Rahmatan lil `Alamin”.IV. Semua Pendakwah dan Alim Ulama, NGO-NGO Islam, institusi-institusi Agama serta pihak-pihak berautoriti perlu memberikan sokongan penuh terhadap segala usaha yang menguntungkan Islam.Institusi-Institusi Agama yang mengangkat Syi’ar Islam di Malaysia perlu dipertahan dan dibangunkan lagi agar terus komited memberikan khidmat kepada seluruh umat Islam dengan lebih efektif.Majlis Ulama ISMA (MUIS)18 November 2017 - HARAKAHDAILY 20/11/2017
PPIM dedah taktik pencarum, sindiket berpakat tipu pengeluaran KWSP Posted on Sunday, November 19 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36846 |
PUTRAJAYA: Tidak memahami syarat pengeluaran, sukar mendapat pinjaman dan tertekan dengan kos sara hidup merupakan antara punca pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terjebak dan mudah tertipu dengan aktiviti penipuan pengeluaran simpanan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Keadaan itu menyaksikan pencarum sanggup berpakat dengan sindiket atau ejen yang sentiasa 'mempunyai maklumat' mereka yang berdepan masalah kewangan sehingga sanggup bekerjasama menipu KWSP dengan menyediakan dokumen palsu bagi merealisasikan hasrat memiliki 'sejumlah wang'.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendedahkan terdapat pencarum yang berpakat dengan syarikat perumahan dan ejen hartanah untuk menipu KWSP semata-mata bagi mendapatkan hak ke atas wang simpanan mereka walaupun menyedari ia adalah tindakan yang salah.
Dengan menyasarkan pekerja sektor swasta berumur antara 30 hingga 50 tahun, beliau berkata sindiket atau ejen berkenaan seolah-olah mempunyai data lengkap mereka yang terdesak sebelum menghampiri, berbincang seterusnya berpakat bagaimana untuk bertindak agar wang simpanan boleh dikeluarkan.
Berkongsi kisah mangsa sindiket pengeluaran wang caruman KWSP, Nadzim berkata ada di antara pengadu mengakui mengalami gangguan mental dan emosi selepas berurusan dengan sindiket tersebut kerana mereka bukan sahaja menipu, malah turut ditipu setelah wang simpanan berjaya dikeluarkan.
"Mereka katakan ia sebagai tipu keliling atau tipu 100 peratus iaitu sama-sama berpakat menipu KWSP dan selepas simpanan berjaya ditunaikan, mereka pula ditipu ejen sehingga tidak mendapat sesen pun daripada pengeluaran wang hasil keringat sendiri.
"Mereka akui pengeluaran bukan untuk tujuan membeli rumah atau hartanah seperti dinyatakan di dalam dokumen yang diserahkan kepada KWSP tetapi ia lebih kepada tekanan untuk memiliki wang segera, apatah lagi setelah termakan kata-kata manis sindiket bahawa wang itu milik mereka dan mereka berhak ke atasnya dalam apa cara sekalipun," katanya kepada Bernama.
Nadzim berkata sejak tiga tahun lepas sehingga kini, PPIM telah menerima kurang daripada 10 aduan berkenaan kes seumpama itu.
Beliau berkata walaupun masih rendah, pakatan penipuan secara bersama antara pencarum dengan sindiket, ejen atau pihak berkepentingan lain perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah kerana pencarum bukan sahaja perlu membayar fi atau wang perkhidmatan kepada pihak tersebut sehingga 10 ke 40 peratus daripada jumlah pengeluaran, tetapi lebih malang ada di antara mereka terpaksa 'bermandikan air mata' apabila ditipu oleh pihak yang diberikan kepercayaan.
"Kita nasihatkan pencarum agar menghargai nilai wang yang disimpan hasil daripada titik peluh mereka dengan tidak mudah mempercayai sindiket atau ejen yang menawarkan pertolongan mengeluarkan wang caruman dan lebih utama, pencarum perlu sedar KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga dan mengenakan sebarang bayaran dalam urusan pengeluaran wang simpanan tersebut," katanya.
Kes melibatkan pencarum yang menipu untuk mengeluarkan wang simpanan pekerja sehingga berani menggunakan sindiket tertentu bagi mengeluarkan wang simpanan mereka walau berdepan risiko tinggi termasuk caj sampingan ejen juga dipercayai terjadi akibat perancangan kewangan yang tidak efisien serta penggunaan kad kredit untuk melakukan pembelian tidak mustahak.
Anggota Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata tiada perancangan kewangan peribadi dan penggunaan kad kredit tanpa kawalan akan menyebabkan hutang seseorang individu bertambah lalu mendorong mereka meminjam daripada pihak yang sentiasa mengintai peluang menggunakan mereka.
Walaupun tidak menerima aduan secara rasmi, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), itu berkata pemerhatian pihaknya mendapati keadaan itu menyebabkan pencarum meminjam wang daripada sindiket tertentu untuk melunaskan hutang terdahulu yang tanpa disedari menjadikan mereka berhutang dengan sindiket tersebut.
Dalam situasi itu, sindiket akan mencadangkan supaya pemiutang mengeluarkan wang simpanan KWSP dan menawarkan bantuan menguruskannya dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi kepada mangsa bagi melunaskan hutang walau terpaksa menipu atau mengemukakan dokumen palsu kepada KWSP, katanya.
Beliau berkata modus operandi sama turut digunakan bagi menjerat pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya daripada kalangan keluarga berpendapatan sederhana untuk memujuk ibu bapa mengeluarkan wang caruman atas nama pengeluaran pendidikan, satu daripada pengeluaran yang dibenarkan dibuat oleh pencarum daripada Akaun 2 bagi tujuan membiayai pengajian mereka atau anak mereka di peringkat pengajian tinggi.
"Kami sedar pelajar amat mudah menjadi mangsa sebagaimana mudahnya mereka terjebak dengan sindiket penipuan berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) dan atas kebimbangan itu, kami di USIM sentiasa memberi penerangan tentang caruman KWSP dan prosedur pengeluaran serta kepentingannya kepada masa depan pencarum, khususnya kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan KWSP telah membuat laporan polis berhubung 312 kes penipuan pengeluaran KWSP yang membabitkan pencarum dan dua institusi pengajian tinggi swasta yang bersubahat dengan pencarum membuat penipuan pengeluaran simpanan KWSP dengan berselindung menawarkan kursus di institusi berkenaan.
Sementara itu, KWSP mengingatkan pencarum agar tidak terpedaya dan terpengaruh dengan muslihat sindiket yang mengambil kesempatan kemudahan pengeluaran Akaun 2 melalui iklan yang dikesan dilakukan secara aktif melalui media sosial, apatah lagi iklan perkhidmatan tersebut secara haram menggunakan logo KWSP untuk meyakinkan pencarum.
Selain mempunyai sistem yang sangat komprehensif untuk mengesan percubaan penipuan dokumen, KWSP juga tidak pernah melantik atau meluluskan perkhidmatan pihak ketiga dengan tujuan mempercepatkan permohonan pengeluaran, malah pencarum yang memenuhi kriteria pengeluaran boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP dan memohon pengeluaran tanpa perlu melalui ejen atau pihak ketiga.
Mengikut laporan akhbar, sebanyak 85 kes cubaan penipuan pengeluaran direkodkan KWSP pada 2015, diikuti 152 kes tahun lepas dan 63 kes setakat Jun tahun ini yang mana sindiket menggunakan iklan di media sosial, risalah dan iklan yang menjanjikan kelulusan mudah bagi pengeluaran wang daripada pencarum sebagai modus operandi.
Berdasarkan Akta KWSP 1991, pencarum yang didapati bersalah membabitkan dokumen palsu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 19-11-2017
Malang Rohingya, negara berjiran sokong Myanmar di PBB
PERISTIWA di depan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui, tetapi selama Islam digenggam, kejayaan mutlak akan menjadi milik umat Islam.
Setuasi semasa memang rumit dan kompleks. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan satu resolusi untuk dipatuhi, tetapi Myanmar tegas menolaknya. Ketua turus tentera Myanmar berselindung di sebalik alasan bodoh - Rohingya tidak boleh balik ke Arakan (Rakhine State) sehingga penduduk asal Myanmar menerima mereka. Siapakah penduduk asal Arakan kalau bukan orang Rohingya?
Presiden pertama Burma, Sao Shwe Thaik pernah menegaskan di awal pembentukan Burma yang merdeka bersama Arakan yang dimasukkan ke dalam negara itu - "Jika kita tidak mengakui orang-orang Rohingya adalah penduduk asal Burma, maka tidak ada satu kaum pun di negara ini berhak mengakui mereka adalah penduduk asal Burma".
Kenyataan ini kemudiannya 'dipadamkan' dari catatan sejarah, seiring dengan matlamat baru Regim Myanmar iaitu melaksanakan genocide terhadap muslim Rohingya.
Terkini, jiran-jiran musyrikin Myanmar - Viatnam, Kemboja, Laos dan Filipina turut menyertai China, Russia, Zimbabwe, Syiria dan Belarus menentang usul negara-negara OIC di persidangan Hak Asasi PBB, supaya Myanmar menghentikan operasi tentera ke atas etnik Muslim Rohingya. Usul itu juga adalah mengenai hak etnik Rohingya untuk pulang ke Arakan, hidup dengan aman dan kewarganegaraan mereka dikembalikan.
135 negara anggota menyokong, 26 lagi berkecuali. 10 negara yang menentang usul hak asasi ini sebahagiannya adalah jiran-jiran Myanmar.
Walaupun telah terbentang kekejaman dan kezaliman Myanmar terhadap Muslim Rohingya, tetap ada negara kuasa besar dunia, diikuti negara-negara jiran berpendirian menyebelahi Myanmar.
Isu besar sekarang adalah, negara-negara ini juga adalah anggota Asean. Apakah sebabnya mereka yang berjiran dengan Myanmar, tidak nampak kekejaman Myanmar dan penderitaan jutaan Muslim Rohingya? Apakah mereka juga telah dibutakan oleh China?
China diketahui membantai muslim di Xinjiang, dan tekanan demi tekanan dikenakan kepada Muslim China termasuk larangan beribadat.
Syria juga membantai rakyatnya pasca Arab Spring dengan alasan mereka sendiri, jutaan mati dan menjadi pelarian. Hampir saja krisis di Syiria mencetus perang dunia. Sehingga sekarang belum selesai, apinya masih menyala.
Apa pula alasan negara jiran Myanmar dalam Asean? Apakah sudah menjual diri kepada China?
Apakah mereka sedang mengharapkan manfaat projek mega dalam pelaburan besar China di Myanmar. Laluan paip minyak, laluan keretapi, perlombongan, deposit minyak dan gas yang besar dan yang terbaru, penemuan uranium di Arakan akan melimpahkan kemajuan kepada negara serantau? Ataupun mereka sebetulnya telah masuk ke poket China dengan projek-projek pembangunan berskala mega yang dibiayai oleh China juga.
Patutlah dalam sidang Asean di Manila tiga hari lalu isu Rohingya tidak dibangkitkan langsung.
Isu yang lebih besar sekarang ialah kita di Malaysia sedang berada dalam lingkungan negara-negara jiran yang menyebelahi kekejaman, menolak hak asasi manusia dalam isu Rohingya dan mempertahankan pembunuhan dan genocide ke atas umat Islam.
Jika demikian, apakah masa depan Muslim Rohingya, dan bagaimana pula Malaysia pada masa depan?
MUHAMMAD SANUSI MD NORSumber HD- 19-11-2017
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
PBB Perlu Lebih Agresif Tangani Isu Rohingya
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, penderitaan yang dialami oleh mereka, tidak boleh digambarkan dengan perkataan.
Katanya, bagaimana dahsyatnya pihak berkuasa Myammar telah menindas, menzalimi, mengusir dan juga membunuh masyarakat umat Islam Rohingya.
Justeru itu beliau mempersoalkan, mengapa kuasa-kuasa dunia mereka boleh mengambil tindakan segera dalam isu Korea Utara, tetapi sebaliknya dalam isu Rohingya.
“Mereka mengadakan sekatan ekonomi dan pada tahap yang paling maksimum……..sepatutnya isu Rohingya ini juga menjadi satu isu yang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia,
“Bukan sahaja diatas nama Islam tetapi atas nama kemanusiaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, selepas tiba dari Dhaka pada jam 1.00 pagi, pada Sabtu 18 November.
Haji Yahaya pulang selepas mengetuai Misi Kemanusiaan PASRelief Terengganu menyantuni warga pelarian Rohingya di kem-kem pelarian di Cox’ Bazar dari 13 hingga 17hb November.
Oleh itu, beliau menegaskan, Malaysia mesti mempunyai suatu peranan supaya ASEAN sebagai pertubuhan yang paling dekat dapat menekan Myanmar.
“Myammar menjadi salah seorang daripada anggota ASEAN (Malaysia ambil) supaya dapat memberikan satu tekanan supaya isu masyarakat umat Islam diselesaikan seberapa segera,
“walaupun saya baca dalam surat khabar di Bangladesh tadi, nampak ada satu nada yang sedikit lembut daripada pihak berkuasa Myammar untuk mempertimbangkan supaya mereka (Rohingya) kembali ke tanah air secara selektif
'
“tetapi dari segi tindakannya mesti disegerakan, sebab masalah yang mereka alami itu satu masalah yang tidak boleh ditangguhkan lagi tindakannya,” tegas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada, samada Malaysia ataupun di luar negara, mesti bertindak segera menghulurkan apa jua bantuan.
Sumber BO - 19-11-2017
PASRelief Terengganu Agih 85 Tan Makanan
KUALA LUMPUR – Pasukan PASRelief Terengganu telah berjaya mengagihkan 85 tan makanan kepada pelarian rohingya di dua kem Balukhali dan Thenkhali.
Ketuanya Haji Yahaya Ali, bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menyumbang.
“Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah yang mengizinkan dan memberkati perjalanan ini,
“Dan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan kita telah sampaikan sendiri kepada para pelarian,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang selepas tiba dari Dhaka pada jam 1.00 pagi, 18 November.
Menurutnya, bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.
Sehubungan itu, Pengarah Tabung Kemanusiaan Rohingya Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebahagian projek seperti agihan makanan, selimut dan pakaian sekolah untuk anak-anak Rohingya telah dilaksanakan dan sebahagian lain telah diserahkan duit kepada NGO tempatan iaitu Coperation Of Humanity Activities (CHA).
Katanya, Wakil CHA Selimullah Musted Ahmad bertanggongjawab meealisasikan semua projek tajaan PASRelief dan akan memantau serta memberikan laporan untuk semua perkembangan semua projek itu, sehingga siap, insyaAllah.
“Projek Projek yang dilaksanakan oleh Pasrelief Terengganu adalah seperti berikut Bantuan Makanan (Food Package) 5,000, Khemah Perlindungan (Shelter Home) 51 buah, TelagaTiub (Tubewell) 44 unit,
“Tandas dan Bilik Mandi Wanita (Toilet For Women) 20 unit, Selimut (Blanket) 500 keluarga, Pakaian (Clothes For Students) 333 unit, Sekolah (School) 10 unit termasuk peralatan buku teks, Masjid -3 buah dan Gaji Guru untuk 10 orang guru selama 7 bulan,” jelasnya.
Beliau berkata, semua projek yang bernilai RM500,000 itu telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu.
Sementara itu, Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor berkata, barangan makanan asas yang terdiri daripada beras 10 kilogram (kg), bawang dua kg, kacang dal dua kg, tepung dua kg, ubi kentang dua kg dan sebotol minyak masak.
“Terdapat sekumpulan besar pelarian Rohingya yang baru tiba dua hari lepas dalam keadaan keletihan dan kelaparan serta sangat- sangat menunggu bantuan makanan,
“Ada yang menangis mengadu nasib walaupun tahu bahasa yang dituturkan tidak difahami dan mereka cuba menyampaikan penderitaan yang dialami melalui luahan emosi,” katanya.
Menurutnya, suasana agak tegang ketika menanti agihan makanan ini apabila para ibu dan anak-kanak kecil sentiasa mengekori kami untuk mendapatkan makanan.
“Dan mereka juga menunggu untuk mendapatkan khemah bagi mendapatkan tempat perlindungan,
“Dengan bantuan tentera dan sukarelawan tempatan barulah agihan ini dapat dijalankan,” jelasnya
Tambahnya, beliau sempat bertemu dengan pelarian yang baharu tiba itu, seorang ibu muda baru tujuh hari melahirkan anak perempuan di tepi pantai, di sempadan Arakan dan Bangladesh, ketika sedang melarikan diri.
“Kemudian walapun dia baru bersalin tapi terpaksa meneruskan perjalanan ke Bangladesh dengan hanya berjalan kaki,” ujarnya.
Sumber HD - 118-11-2017

Projek Kemanusiaan Rohingya PASRelief Terengganu misi 13-18 Nov 2017
ALHAMDULILLAH, rombongan PASRelief Terengganu seramai 10 orang delegasi diketuai Tuan Haji Yahaya Ali bersama Pengerusi PASRelief Malaysia, Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya melaksanakan beberapa projek kemanusiaan untuk membantu umat Islam Rohingya.
Bantuan disampaikan sendiri kepada mereka di kem-kem seperti kem Balukhali, Kem Thengkhali, Kem Palungkhali, Kem Kuthupalong dan Kem Chakmakul.
Sebahagian projek seperti agihan makanan, selimut dan pakaian sekolah untuk anak-anak Rohingya telah dilaksanakan dan sebahagian lain telah diserahkan duit kepada NGO tempatan iaitu Coperation Of Humanity Activities (CHA).
Wakilnya, Selimullah Musted Ahmad bertanggungjawab merealisasikan semua projek tajaan PASRelief dan akan memantau serta memberikan laporan untuk semua perkembangan semua projek itu, sehingga siap, insya Allah.
Projek-Projek yang dilaksanakan oleh Pasrelief Terengganu adalah seperti berikut:
1. Bantuan Makanan (Food Package) – 5,000
2. Khemah Perlindungan (Shelter Home) – 51 buah
3. TelagaTiub (Tubewell) – 44 unit
4. Tandas dan Bilik Mandi Wanita (Toilet For Women) – 20 unit
5. Selimut (Blanket) – 500 keluarga
6. Pakaian (Clothes For Students) – 333 unit
7. Sekolah (School) – 10 unit termasuk peralatan buku teks
8. Masjid – 3 buah
9. Gaji Guru – 10 orang guru selama 7 bulan
Semua projek yang bernilai RM500,000 itu telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu.
Rombongan kami juga telah dibawa melihat sendiri projek ‘shelter home’, tubewell’, masjid yang telah dilaksanakan oleh PASRelief sebelum ini.
Insya Allah semua projek itu akan dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan ia siap bagi menampung keperluan pelarian Rohingya.
Kami akan laporkan kepada penderma sekalian akan perkembangannya insya Allah.
Jazakumullah Khairan Kathira kepada semua penyumbang.
Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengarah Tabung Kemanusiaan Rohingya
PASRelief Negeri Terengganu
Hazrat Shah Jalal International Airport,
Dhaka, Bangladesh.
17 November 2017
Catatan Hari Terakhir Misi Kemanusiaan
Oleh : Azizah Mahmood
COX’S BAZAR, Bangladesh – PASRelief Malaysia dalam Misi Kemanusiaannya kali ini yang akan berakhr pada 17 November, sehari lagi turun menyantuni pelarian mangsa penghapusan etnik Rohingya di Kem Chakmarkul, di sini.
Pelarian yang baru tiba hampir sebulan ini sedang berbaris untuk pemeriksaan kesihatan oleh sukarelawan medik Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Di satu sudut lain berbaris di sepanjang bendang padi dalam dua barisan panjang kaum wanita dan lelaki dengan raut wajah menunjukkan kepenatan, mungkin kerana mereka berbaris terlalu lama.
“melihat mereka ini berbaris untuk menunggu di panggil giliran saya terasa betapa peritnya mereka dalam menghadapi hari hari di sini walau bagaimanapun,
“di sini mereka tidak perlu bimbang dan takut dibunuh oleh junta Myammar kerana mereka sudahpun melepasi sempadan untuk menumpang di bumi Bangladesh,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Terengganu, Ustaz Arifin Deraman.
Belaiu yang mewakili PASRelief Terengganu sebagai relawan dalam misi kemanusiaan kali ini bersama PASRelief Malaysia yang di ketuai Oleh Haji Muhamad Sanusi Md Nor.
“marilah kita membantu mereka ini dengan menghulurkan seberapa banyak sumbangan kepada pasukan sukarelawan PASRelief Malaysia ini yang berterusan inshaa Allah, membantu pelarian ini,” ujar Sanusi.
Beberapa petugas yang lain, membantu mengagihkan pakej makanan kepada pelarian Rohingya dan memberi sedikit wang untuk membeli keperluan lain.
Hampir setiap sekuarelawan yang mekalsanakan tugas disini, pasti akan diekori anak-anak kecil yang mereka sambil menadah tangan memintan sesuatu, apa sahaja yang mereka boleh dapat.
Sehingga ada yang menangis menunjuk kearah perut mereka yang lapar.
“saya sangat terharu melihat mereka ini, masih kecil tapi sudah mengalami pengalaman yang perit paling sedih mereka begitu terabai,
“dengan pakaian kotor dan raut wajah yang kelaparan,”jelas seorang sukarelawan PASRelief, seorang rakyat Malaysia yang telah lama bermatautin di Abu Dhabi, Zulkifli Ahmad.
Sumber BO - 17-11-2017

PASRelief: Catatan Misi Ketujuh Kem Pelarian Rohingya
Sumber HD - 16-11-2017MISI kali ketujuh (13 - 17 November) ini disertai oleh lapan wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu diketuai oleh Tuan Haji Yahaya Ali, dua orang aktivis Kumpulan Media Indipenden (KAMI) iaitu Sazali dan Azizah, seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPM) Normala Sudirman, sukarelawan PASRelief dari Selangor, Azwan dan Kedah, Hafiz. Juga dari Kelantan yang mewakili Cakna Palestin, Abdul Shakur Shaarie, Abu Dhabi UAE, Zulqarnain dan Turki Mas'ud.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dhaka seterusnya ke Cox's Bazaar lancar tanpa halangan. Bekalan yang dibawa kali ini adalah yang terbesar dalam semua misi PASRelief sebelum ini. RM459,400 daripada PASRelief Terengganu, USD40,000 (RM168,000) daripada sukarelawan PASRelief Abu Dhabi UAE dan Turki, RM100,000 daripada Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief, RM23,000 daripada Cakna Palestin dan RM10,000 daripada Alimat Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.Jumlah keseluruhan sumbangan untuk program-program bantuan di kem-kem pelarian Muslim Rohingya pada kali ini ialah RM754,400.00. Alhamdulillah, hanya puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang melimpah rezeki buat saudara-mara kita di kem-kem pelarian di sini dengan usaha kecil pengurusan PASRelief. Namun berkat kegigihan sukarelawan PASRelief dan kemurahan hati penderma dari dalam dan luar negara, jumlah sebesar ini dapat dihimpunkan.Daripada dana ini, PASRelief menyampaikan sumbangan seperti berikut:1. 6,500 pakej bahan makanan untuk 6,500 keluarga, dengan berat keseluruhan 110.5 tan bernilai RM327,600.00.2. 101 buah khemah kediaman (shelter home) untuk 100 keluarga dengan nilai RM89,082.00. Penghuni khemah-khemah ini kebanyakannya dipilih daripada kalangan anak-anak yatim dan balu-balu akibat ayah dan suami mereka dibunuh oleh junta dan pengganas Buddha Myanmar.3. 60 telaga tiub (tubewell) sebagai bekalan air bersih yang mampu menampung keperluan 1,200 keluarga. Pembinaan telaga tiub bernilai kira-kira RM48,000. 40 telaga tiub sumbangan PASRelief Terengganu, 10 daripada Cakna Palestin dan 10 lagi daripada sukarelawan PASRelief luar negara.4. 19 sekolah (kelas pengajian) lagi dibina kali ini, disamping 15 sekolah yang disumbangkan pada misi bulan Oktober lalu. Ia menjadikan jumlah sekolah PASRelief dalam kem-kem pelarian berjumlah 31 sekolah yang boleh menampung murid seramai 1,000 hingga 1,240 pelajar. Daripada jumlah ini, 6 bangunan sekolah disumbangkan oleh Cakna Palestin dan 3 daripada sukarelawan PASRelief luar negara.Setiap kelas ini juga disediakan seorang guru graduan universiti tempatan yang dibekalkan oleh Al-Ittihad Tullab Al-Muslimin (ITM), sebuah pergerakan mahasiswa Rohingya.5. Dalam bidang pendidikan ini, PASRelief turut menyumbangkan dana pengurusan sekolah termasuk elaun guru-guru sebanyak RM101,930.00. Program jangka panjang ini memerlukan bantuan berterusan dari masa ke semasa.6. Misi kali ini turut menyumbangkan bilik mandi untuk kaum wanita sebanyak 21 unit bernilai RM27,300.007. Selimut dan pakaian untuk menghadapi musim sejuk turut disumbangkan oleh PASRelief bernilai RM21,000.008. Pembinaan masjid dan madrasah sebanyak 5 unit bernilai RM50,000.00 untuk solat berjemaah, pengajian Al-Quran dan pendidikan agama untuk kanak-kanak dan orang dewasa.9. Selain itu, baki daripada dana yang dibawa turut disumbangan secara tunai kepada pelarian dan sumbangan kepada beberapa madrasah di dalam dan di luar kem yang menyediakan pendidikan dan peluang pengajian kepada muslim rohingya.Berbanding jumlah keseluruhan pelarian sekitar 1.3 juta orang (65 peratus adalah kanak-kanak), jumlah sumbangan PASRelief kali ini di samping sumbangan sebelum ini masih jauh daripada keperluan. Dengan demikian, PASRelief masih menagih sumbangan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus membantu. Sumbangan boleh disampaikan melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa di akaun 5640 7061 1352 (Maybank).Misi kali ini akan berakhir pada 17 November dan peserta misi dijangka tiba ke tanah air pada awal pagi 18 November 2017.Semoga Allah S.W.T terus melimpahkan rahmat dan keberkatan di atas usaha dan sumbangan yang telah dan akan disampaikan pada masa depan. Semoga usaha membantu saudara Muslim Rohingya ini digolongkan sebagai amal soleh dan jihad fisabilillah, sebagai bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah S.W.T adalah sebaik-baik pemberi balasan.MUHAMMAD SANUSI MD NORPengarah PASReleif MalaysiaCox's Bazaar, Bangladesh16 November 2017 - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sahabat almarhum TGNA pelarian di Bangladesh
Sumber HD - 15-11-2017KUALA LUMPUR: Ulama Hadis, Maulana Safiuddin berasal dari Arakan, Myanmar merupakan antara pelarian yang sempat ditemui Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman di Bangladesh.Pertemuan secara kebetulan itu berlangsung semasa beliau bersama delegasinya ke negara tersebut menyampaikan sumbangan bantuan untuk pelarian Rohingya di tinggal di Kem Thankali, Cox's Bazar pada minggu lalu.Menurut beliau, ulama berketurunan Rohingya itu pernah belajar bersama mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Lakhnouw, India."Beliau memaklumkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah pelajar yang hebat dan pintar semasa belajar dengannya dahulu. Malah, beliau tahu bahawa Tuan Guru adalah pemimpin politik dan gerakan Islam yang masyhur di Malaysia."Kini beliau menghadapi kesulitan dalam perjuangan hidupnya kerana terpaksa lari dari bumi Arakan dengan meninggalkan madrasahnya. Mereka berdepan operasi pihak tentera dan ektremis Myanmar yang membunuh orang-orang Rohingya sejak Ogos lalu."Beliau juga mendoakan supaya dirinya dan penduduk Rohingya yang berlindung di Bangladesh pada waktu ini dapat kembali ke kampung halamannya meneruskan saki baki hidup di sana," ujar beliau.Turut bersama beliau ketika pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden MAPIM, Ustaz Zulkifli Ibrahim. - HARAKAHDAILY 15/11/2017
Hebatnya Jiwa Akidahmu, Bilazizah….
Oleh : Azizah Mahmood
Panas matahari menjadi saksi kami melangkah tengahari ini.
Sebuah perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan “gar” mahupun beca, KAMI susuri permatang padi menguning, nun di kejauhan sebuah rumah daripada tanah liat mengamit kehadiran tetamu dari Malaysia seramai lapan orang.
Kanak-kanak kecil berlari tanpa selipar tanpa seluar hanya baju lusuh melindungi dari terik matahari dengan suhu 33 darjah celcius.
Terpegun tatkala memasuk rumah kecil ini, di dalamnya 12 orang menyambut kami dalam keadaan berasak-asak dengan 10 remaja dengan dua orang ibu tua, eparuh abad menegur kami dalam loghat mereka.
Kami hampiri seorang remaja bertanya khabar dengan di terjemah oleh seorang pemuda yang menjadi pemandu pelancong kami, Muhammad Syahed.
“nama ku Bilazizah, umurku 17 tahun , aku datang kesini 2 bulan yang lalu menaiki bot kecil bersama keluarga dan 4 orang kakakku yang berumur 19, 20, 24 dan 25 tahun.
“Kami melarikan diri meninggalkan kampung kami kerana ramai di kalangan kami yang remaja di rogol oleh junta myammar,” ujar Bilazizah dengan raut wajah sedih dan pilu.
“kakakku mendesak aku dan keluarga menuju sempadan Myammar Bangladesh. Kami berangkat awal pagi menuju menyeberangi sungai Naf menuju Teknaf,
“Alhamdulillah kami sampai ke rumah saudara kami di kampung Putu palong Ukhia. Sebelum kami di tempatkan di Kem pelarian Balukhali,” tambah beliau.
“Kami bersyukur kerana mampu menjaga maruah diri kami dan akidah kami” penuh perasaan Bilazizah mengadu.
Kulit putihnya yang gebu tentunya menjadi igauan lelaki, raut wajah yang cantik dan manis, empat beradik pastinya akan menjadi intaian mata yang rakus dan kejam manusia yang bernafsu binatang.
Inilah sedikit kisah saudara seIslam kita Rohingya yang lari memasuki sempadan Bangladesh demi maruah dan akidah.
Tanpa sedar aku menitiskan airmata, hatu pecah dan dadaku sebak yang berisik,
hebatnya jiwa akidahmu wahai etnik Rohingya.
Semoga Allah permudah urusanmu dunia akhirat!
“Biarpun kita berlainan mazhab, kita menuju jannah yang satu,” antara kata Muhammad Syahed, juga anak kecil yang pernah menjadi pelarian tahun lalu.
Beliau yang juga sepupu kepada Bilazizah, banyak membantu urusan kami di misi kemanusiaan Pas Relief pada kali ini.

Kerajaan Malaysia Digesa Lebih Serius Tangani Isu Rohingya
Pengarah PASRelief Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerja-kerja kemanusiaan seperti melawat dan menyampaikan sumbangan serta janji mahu membina hospital, boleh dilaksanakan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO).
“kerajaan sepatutnya boleh berperanan dan bertindak lebih daripada apa yang telah dibuat, kalau nak buat hospital sahaja, pihak NGO pun boleh buat,
“tidak ada tindakan diplomatik atau langkah-langkah menghentikan pengambilan tenaga kerja dari Myanmar serta memutuskan hubungan dagang dengan Myanmar bagi meningkat tekanan kepada pemerintah Naypiydaw,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan 50 tan makanan kepada pelarian Rohingya di kem pelarian Balukhali pada Selasa, 14 November.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, yang kini sedang berada di sini bersama delegasi Misi Kemanusiaan Kelapan PASRelief, memberi ingatan agar pemimpin negara ‘tidak bermain wayang’ dalam isu Rohingya.
“mereka menzahirkan simpati kepada Rohingya tetapi pada masa yang lain mereka ‘berjabat tangan’ dengan pemimpin Myanmar,
“sebagai salah sebuah negara yang aktif dalam ASEAN khususnya dalam soal hak asasi manusia, namun tidak ada gesaan supaya Myanmar bertanggungjawab dan mengembalikan hak warganegara kepada Rohingya,” jelasnya.
Turut sama pada Misi kali ini ialah kepimpinan PASRelief Terengganu, diketua Pengerusinya Haji Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat YB Ariffin Deraman dan Setiasusaha PASRelief Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Sehubungan itu, Ariffin berkata, belum nampak usaha secara serius yang diambil oleh kerajaan Malaysia atau pun negeri Terengganu, bagi menyelesaikan isu tersebut.
“walaupun ada mereka (kerajaan) menghantar Misi bantuan tetapi bagi sebuah kerajaan yang besar, sepatutnnya mereka lebih ‘sentimental’ lagi dengan isu ini,
“sepatutnya kerajaan Malaysia tegas berbincang dengan Aung San Su Kyi kerana Myanmar sebahagian daripada ASEAN, (kerajaan) boleh memberi tekanan ekonomi dan lain-lain yang munasabah,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, rakyat tidak nampak apa-apa kesan daripada tindakan kerajaan Malaysia masakini.
“sehingga kini kita tidak nampak dengan jelas apa yang tindakan atau peranan yang diambil kerajaan, tindakan NGO adaah terhad ,
“sepatutnya kerajaan memberi tekanan yang kuat, sehingga akhirnya Myanmar akur dan mematuhi kehendak (masyarakat) antarabangsa…….untuk (dan) memastikan apa yang sedang berkalu ini tidak berulang,” ujarnya.
Sumber BO - 15-11-2017
Kesal Sidang Asean tidak sentuh isu Rohingya
Sumber HD - 14-11-2017MAPIM sangat kesal kenyataan Sidang Kemuncak Asean Ke-13 di Filipina baru-baru ini yang mengenepikan sama sekali isu penindasan terhadap etnik Rohingya di mana kini sedang berlaku di Myanmar.Mengikut laporan media, kenyataan didraf oleh tuan rumah persidangan tersebut iaitu Filipina tidak menyentuh mengenai penderitaan etnik Rohingya yang sedang disaksikan sehingga hari ini.Tidak ada disebut apa-apa mengenai lebih 600,000 pelarian Rohingya yang terbaru melarikan diri ke Bangladesh.Ini adalah suatu pernyataan sangat melanggar semangat keharmonian dan kestabilan di Asean. Malah ia mengkhianati kesepakatan melindungi hak manusia yang dicapai antara anggota pertubuhan tersebut sebelum ini.Apakah Asean kini sedang ditundukkan oleh kehendak Myanmar dalam suatu isu yang jelas sedang mendapat perhatian dunia? Malah Setiausaha Agung PBB, Guteres menggesa Myanmar menerima semula etnik Rohingya untuk pulang ke perkampungan mereka di wilayah Rakhine.Jika alasan yang diberi oleh Aung San Suu Kyi keganasan di Myanmar dianggap urusan dalam negara dan prinsip Asean adalah tidak campur tangan dalam urusan dalam negara, maka jelas Asean sudah tunduk kepada hipokrasi pemenang Keamanan Nobel itu.Pada 1999 ketika beliau berjuang menentang junta tentera Myanmar dan meminta dunia campur tangan atas nama hak manusia dan demokrasi, kini beliau menolak campur tangan luar untuk menghentikan kekejaman tentera Myanmar yang membunuh dan mengusir ratusan ribu etnik Rohingya.Soalnya jika Asean ditegakkan atas nama kesatuan dan kestabilan komuniti Asean, kenapa suatu operasi 'genosid' dan penghapusan etnik yang terang-terangan berlaku di Myanmar tidak mendapat perhatian dalam Sidang Kemuncak Asean Ke-13 tersebut?Kami sangat kecewa tidak ada seorangpun pemimpin anggota Asean dalam ucapan mereka yang menyentuh mengenai isu Rohingya.Adakah ini suatu kompromi untuk memastikan Myanmar tidak memboikot persidangan tersebut di atas penganiyaan ratusan nyawa Rohingya yang dizalimi oleh negara itu?Setiap pemimpin Asean sepatutnya peka dengan perhatian dunia yang kini memberi fokus kepada suatu operasi penghapusan etnik di Myanmar terbesar di dunia. Tidak mungkin ini boleh dianggap urusan dalaman Myanmar sehingga tidak boleh dikritik oleh masyarakat dunia amnya dan Asean khususnya.Asean kini boleh dianggap hanya badan yang mandul dan tidak boleh mempertahankan hak manusia dan membela hak etnik minoriti di rantau ini seperti yang disepakati sebelum ini.Kami mendesak supaya Asean menyatakan sikap tegas terhadap isu tentera Myanmar menindas etnik Rohingya dan bertindak sesuai dengan undang-undang antarabangsa terhadap hak minoriti.Jika ini tidak boleh ditunjukkan oleh Asean maka kewujudannya tidak ada erti kepada golongan minoriti dan ia bertukar menjadi sebuah forum retorik semata-mata dan hanya bertumpu kepada kepentingan golongan majoriti yang berkuasa.MOHD AZMI ABDUL HAMIDPresidenMajlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia14 November 2017 - HARAKAHDAILY 14/11/2017
Rohingya: RM500,000 diserah kepada NGO tempatan
SEBANYAK RM500,000 wang sumbangan yang telah dikumpulkan oleh PASRelief Terengganu telah diserahkan kepada wakil Coperation Of Humanity Activities (CHA) Selimullah Mustad Ahmed.
Beliau yang juga Pengarah Kewangan NGO tersebut mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada PASRelief Terengganu kerana menghimpunkan jumlah wang yang agak besar itu, bagi membantu umat Islam Rohingya.
“Bagi pihak CHA, gabungan beberapa NGO bagi membantu Rohingya, sangat berterima kasih kepada PASRelief kerana sumbangan tersebut.
“Insya-Allah kami akan laksanakan amanah yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang memberikan harapan kepada kami bagi memulihkan kehidupan mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut di sebuah hotel di sini hari ini.
Setiausaha PASRelief Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang menyerahkan wang tersebut kepada Selimullah berkata, beliau merasa cukup sukacita, apabila amanah yang dipikulnya, diserahkan kepada NGO anak-anak Rohingya itu.
“Saya sangat lega apabila dapat menyerahkan sendiri kepada mereka, orang paling tahu tentang selok belok kehidupan pelarian.
“Kerana mereka juga adalah anak-anak Rohingya yang telah berhijrah sejak 20 tahun yang lalu,” tegasnya.
Turut hadir ialah Pengarah PASRelief Malaysia Muhammad Sanusi Md Nor dan wakil dari NGO Cakna Palestin Shakur Saari dan PAS Relief Antarabangsa Zulikifli Ahmad.
Seramai 18 orang sukarelawan PASRelief termasuk dari Abu Dhabi dan Turki telah memulakan Misi Kemanusiaan Kali Kelapan selama lima hari bermula semalam 13 November.
Sanusi memaklumkan, mereka telah membuat tinjauan di kawasan titik menyeberang (crossing point) di bandar Teknaf pada petang Isnin 13 November.
Menurutnya, Teknaf dipisahkan hanya kira-kira satu kilometer dari Maungdaw, di negeri Arakan (Rakhine), Myanmar.
“Ia dipisahkan dengan sungai ini, Sungai Naf dan jarak ini adalah yang paling hampir kira-kira satu kilometer sahaja dari Maungdaw.
“Di sinilah sebelum ini menjadi pangkalan kepada pelarian yang menyeberang ke sini sama ada dengan perahu dan ada yang berenang,” jelas Sanusi. – HARAKAHDAILY 14/11/2017Sumber HD - 14-11-2017
PPIM desak boikot hotel larang pekerja bertudung Posted on Monday, November 13 @ 15:52:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36688 |
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu umat Islam menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot mana-mana hotel yang melaksanakan polisi larangan pekerja bertudung di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.
Malah, PPIM turut menyarankan supaya kerajaan tidak mengadakan sebarang majlis atau mengguna khidmat hotel-hotel berkenaan.
“Maka, selepas ini pelanggan sebagai pengguna tak perlu lagi menginap di hotel yang melaksana polisi sebegitu. Pengguna perlu bijak,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang dipetik oleh portal Ismaweb.net, hari ini.
Menurutnya, jika tindakan berkenaan secara serius dan konsisten dilakukan oleh pengguna serta kerajaan, maka ia secara tidak langsung memberi tekanan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menukar atau membatalkan polisi itu daripada terus dilaksana di Malaysia.
“Pengusaha hotel-hotel antarabangsa ini perlu tahu Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam, dan agama Islam sebagai agama persekutuan negara.
“Maka, polisi berkenaan sepatutnya tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan negara. Jika ia dilaksanakan di China atau Perancis, itu tak menjadi masalah kerana rakyatnya bukan majoriti beragama Islam.
“Pengusaha hotel sepatutnya menghormati hak dan kebebasan umat Islam di negara ini,” katanya.
Sebelum ini, MAH dilaporkan mempertahan tindakan operator hotel melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian kaunter depan (frontdesk).
Presiden MAH, Cheah Swee Hee mendakwa setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.
Sementara itu, bendahari MIC Datuk Seri S Vell Paari berkata kenyataan MAH itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi menjurus melampaui batas perkauman.
"Dia beritahu wanita Islam untuk cari pekerjaan di hotel lain jika mereka tidak mahu mematuhi larangan bertudung.
“Saya ingin ingatkan Cheah bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana-mana agama tidak boleh diterima,” katanya.
Menurut Vell Paari, sepanjang pengalamannya yang melawat luar negara, beliau melihat ramai wanita Islam yang bertudung di hotel lima bintang dan ini tidak mendatangkan sebarang masalah.
Katanya, jika MAH begitu prihatin dengan SOP hotel lima bintang antarabangsa, maka ia juga harus memastikan pekerja Malaysia dibayar upah "lima bintang" untuk menyelaraskan gaji sama seperti yang dibayar di London, New York dan sebagainya.
"Saya juga ingin mengingatkan persatuan bahawa hotel bertaraf lima ini juga beroperasi di Asia Barat tetapi tidak ada isu dengan wanita Islam memakai tudung di sana. Jadi mengapa ia harus menjadi isu di Malaysia? " soalnya.
Katanya, sama seperti isu bantahan orang ramai berhubung perkhidmatan dobi untuk pengguna Islam sahaja di Johor yang mengundang bidasan ramai, kini sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini menentang diskriminasi terang-terangan terhadap wanita Islam di Malaysia.
Vell Paari juga menggesa kerajaan medesak persatuan itu untuk mendedahkan hotel-hotel bertaraf lima bintang yang mengharamkan penggunaan tudung.

Retorik Umno-BN konon pertahan Islam
PARTI yang menerajui negara sekarang disaran menghentikan retorik politik kononnya mempertahan Islam sedangkan apa yang berlaku di bawah tidak begitu.
Yang Dipertua Persatuan Kasih Anak Yatim Malaysia, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Umno yang menguasai politik negara sejak merdeka sehingga sekarang seperti membiarkan pihak lain memperlekehkan Islam.
“Pemimpin ada kuasa tetapi lemah dalam diplomasi sehingga Islam dibiarkan diperlekeh Islam pihak lain,” katanya di Kota Bharu.
Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan kakitangan hotel mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung.
Menurut laporan itu larangan yang sama turut dikenakan terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan bagi melengkapkan latihan amali.Sumber HD - 13-11-2017
Dr Zulkeflee juga berkata, umat Islam semakin hilang sabar apabila ada pihak berterusan mencabar amalan agama Islam. - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Misi PASRelief bersama delegasi T'ganu ke Cox's Bazar
Sumber HD - 13-11-2017Diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor, kumpulan seramai 17 anggota itu kebanyakannya disertai petugas PASRelief Terengganu dipimpin Pengerusinya, Yahya Ali.Menurut Yahya, misi kali ini berfokus untuk menyampaikan sumbangan membina rumah bagi kediaman dan telaga tiub bagi bekalan air bersih, serta surau bagi tujuan ibadah.Katanya, misi itu juga mencerminkan bahawa PAS bukan semata-mata parti siyasah, tetapi juga penggerak agenda kemanusiaan dan kebajikan sejagat.Kumpulan tersebut akan berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka jam 2:30 pagi ini, sebelum ke Cox's Bazar dengan pesawat tempatan jam 9:30 pagi waktu tempatan Bangladesh, sebelum pulang ke Malaysia dan dijangka tiba di KLIA jam 1:30 pagi 18 November nantiPASRelief meningkatkan kekerapan menghantar petugasnya ke kem-kem pelarian sekitar sempadan Bangladesh - Myanmar sejak tragedi pembantaian 25 Ogos lalu.Sehingga kini agensi kemanusiaan antarabangsa menyatakan sekitar 600,000 umat Rohingya telah menjadi pelarian, selain dibunuh pelampau atau tentera Myanmar atau terbunuh semasa melarikan diri.Orang ramai yang prihatin boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa. - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Ameerah Terengganu sertai Misi Kemanusiaan PASRelief
Sumber HD - 12-11-2017Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, beliau bersama dengan pasukan PAS Relief Terengganu akan berangkat ke Kem Pelarian Rohingya di Balukhali, Cox Bazar, Bangladesh, pada malam ini.“Saya mewakili Ameerah Terengganu dan wanita muda PAS membawa suara anak muda yang cintakan kedamaian dan cakna kepada umat Islam serata dunia dengan memikul amanah yang besar untuk disampaikan kepada saudara kita di sana.“Dan terima kasih tidak terhingga kepada semua dermawan di atas segala sumbangan yang diberi serta doa tidak putus-putus yang begitu menyentuh jiwa,” katanya.Delegasi seramai 17 petugas diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor membawa misi bantuan kali ini bermula esok hingga 17 November. - HARAKAHDAILY 12/11/2017
Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan 2017 Posted on Sunday, November 12 @ 06:34:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36651 |
Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di adakah pada 11.11.17 di Dewan Laman Anggerik, Bandar Baru Bangi mendapat sambutan sangat baik dan menunjukkan anak muda diperantauan masih bersama PAS.
Sumber TKO - 12-11-2017
Pengundi luar mesti dahulukan kepentingan Islam
Demikian ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam program Himpunan Anak Terengganu di Bangi petang tadi anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kerjasama Perantau Terengganu.
Tuan Guru juga mengingatkan hadirin yang menjangkau lebih 800 orang itu tentang kurniaan Allah kepada Terengganu di mana Islam datang lebih awal dari tempat lain. Batu bersurat menjadi tanda penting. Terengganu juga paling akhir menerima campur tangan Inggeris pada tahun 1928.
Terengganu paling akhir didatangi oleh PAS tapi paling awal menang selepas PRU pertama. Pemimpin PAS mengharapkan Johor kerana hampir dengan Singapura dengan sebab suasana ketika itu tetapi tidak berlaku.
Tok Guru juga mengingatkan agar bukan sahaja PAS yang menguasai politik tetapi juga mampu menguasai pegawai yang bersedia menjalankan dasar dan polisi yang dibawa oleh kerajaan PAS. Tok Guru mengulas perkara ini dengan merujuk kes Kelantan dan Terengganu yang pernah dimenangi oleh PAS sebelum ini.
Timbalan Pesuruhjaya 2, PAS Terengganu, Dr Alias Razak, membentangkan 15 manifesto PAS secara umum dan dialog diadakan yang turut dijawab oleh Tok Guru.
Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Haji Husin Awang, bersama seluruh kepimpinan utama PAS negeri Terengganu dan pimpinan PAS dari 8 kawasan di Terengganu serta perantau.
Di sebelah paginya diadakan kejohanan Futsal Piala Presiden Perantau di kalangan anak-anak Terengganu di luar Terengganu. – HARAKAHDAILY 11/11/2017
PAS Terengganu sumbang lebih RM500,000 untuk Rohingya
MARANG: PASRelief Terengganu berjaya mengumpul sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Rohingya sebanyak RM535,107.75 dalam tempoh satu bulan kempennya.Pengarah PASRelief Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kejayaan PASRelief Terengganu mengumpul sumbangan melebihi setengah juta itu boleh dibanggakan.Ini katanya, sekali gus menjadikan Terengganu antara negeri tertinggi membuat kutipan bagi mangsa pelarian Rohingya di seluruh negara."PASRelief sebelum ini menerima kutipan sumbangan negeri Kelantan yang telah dibawa pada Misi Kemanusiaan Rohingya bulan Oktober lepas berjumlah RM120,000 dan sebelum itu PAS Kedah sebanyak RM110,000."Kali ini PAS Terengganu berjaya mengumpul RM535,107.75 dan PAS Perak menyumbang RM30,700 dan PAS Pulau Pinang RM25,000."Terengganu adalah negeri paling banyak menyumbang kepada PASRelief dan semua kutipan itu akan segera dihantar untuk mangsa-mangsa pelarian Rohingya, InsyaAllah," ujarnya kepada wakil media selepas Ceramah Perdana Malam Untukmu Rohingya di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini semalam.Pada majlis itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima sumbangan Tabung Rohingya dari PAS Kawasan seluruh negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.Menurut Muhammad Sanusi, jumlah keseluruhan kewangan yang telah dan sedang dikumpul melalui PASRelief dan disampaikan kepada pelarian mencecah lebih RM2 juta.Katanya, sumbangan itu datang dari orang ramai dan rakyat Malaysia yang prihatin serta kepercayaan umat Islam kepada PASRelief.Sehubungan itu, katanya keperluan mendesak pelarian Rohingya dalam situasi sekarang adalah makanan, tempat tinggal, bekalan air bersih, tandas dan bilik mandi wanita."Keperluan yang utama sekali dalam situasi pelarian Rohingya hari ini ialah makanan. Mereka lari sehelai sepinggang dan tidak sempat membawa bersama apa-apa bekalan."Sangat ramai yang kelaparan dan mereka sanggup berebut, pijak-memijak hanya untuk dapatkan bekalan makanan. Bahkan, ada mangsa-mangsa pelarian itu yang mati terpijak kerana berebut makanan."Khemah-khemah (Shelter Home) yang dibuat oleh PASRelief diberi keutamaannya kepada balu, ibu tunggal dan keluarga anak yatim. Balu-balu yang suaminya dibunuh oleh tentera di Myanmar dan mereka bawa lari bersama anak-anak," jelasnya.Menurutnya, sehingga bulan Oktober ini PASRelief telah bina 100 buah Shelter Home yang boleh didiami oleh 100 keluarga, hamir 100 Tubewell, 15 buah sekolah serta beberapa buah masjid.Katanya, pembinaan sekolah dan madrasah juga menjadi keutamaan PASRelief kerana 66 peratus dari pelarian Rohingya itu merupakan kanak-kanak."Kita (PASRelief) juga buat sekolah untuk anak-anak Rohingya kerana 66 peratus pelarian itu terdiri dari kanak-kanak. Sepatutnya mereka itu berada di alam persekolahan."Kita buat sekolah, kita pilih 15 orang guru daripada graduan dari International Islamic University of Chittagong. Kita buat kurikulum yang sesuai dengan orang Rohingya dan bukan kurikulum Bangladesh."Ini (kurikulum) penting supaya mereka ada semangat untuk balik semula ke Arakan, Myanmar. Sekarang ini kita ada 15 bilik darjah dan setiap satu bilik darjah boleh isi 40 pelajar dan bergilir sesi pagi dan petang," ujarnya.Selain itu, kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah bahawa keperluan mendesak bagi pelarian wanita adalah tandas dan bilik mandi."Tandas dan bilik mandi untuk wanita juga antara yang menjadi keperluan mendesak pada waktu ini dan ada (kaum ibu) yang tidak mandi satu bulan, dua bulan kerana tidak ada tempat mandi."Wanita Islam Rohingya ini sangat menjaga aurat mereka dan tidak mandi di tempat terbuka," ujarnya yang telah tujuh kali mengikuti misi PASRelief.Misi PASRelief yang pertama pada September, misi keduanya bulan Oktober lalu bersama dengan Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pahang, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ustaz Rosli Abdul Jabar, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh serta beberapa orang pimpinan PAS Pusat.Harakah dimaklumkan, operasi PASRelief itu bermula sejak bulan Februari 2017 dan telah tujuh kali masuk Bangladesh dan misi kelapan kali ini bersama Team Terengganu pada 12 hingga 17 November 2017 ini. - HARAKAHDAILY 10/11/2017
Diskriminasi agama: Wanita jangan takut buat aduan jika dilarang tutup aurat Posted on Wednesday, November 08 @ 19:42:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36550 |
Wanita yang berdepan diskriminasi agama perlu membuat aduan, kata Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Beliau berkata, aduan yang dibuat bukan untuk menyusahkan mereka, sebaliknya bagi menjaga agama dan kebajikan wanita itu sendiri.
“Mereka tidak perlu rasa takut kerana segala maklumat akan dirahsiakan,” katanya mengulas laporan Malaysian Employer Federation (MEF) menerima aduan pekerja hotel yang dilarang memakai tudung di tempat kerja, semalam.
Meluahkan rasa kesalnya, Dr Rafidah berkata, menutup aurat adalah satu tuntutan dalam agama Islam.
“Menghalang pekerja bertudung sangat melampaui batas dan tidak dapat diterima, apatah lagi tiada sebab kenapa tudung dianggap bermasalah dalam menjalankan tugasan hospitaliti di bidang perhotelan.
“Lebih-lebih lagi, keadaan ini berlaku di Malaysia, di mana Islam adalah agama Persekutuan. Syarikat swasta tidak terkecuali daripada memberi pekerja mereka hak dalam beragama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Hujah ini juga terpaksa untuk kes syarikat penerbangan negara, MAS dimana telah terdapat suara daripada pramugari mereka untuk dibenarkan memakai tudung.
“Pramugari bertudung telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik di musim haji, dalam penerbangan ke Makkah, maka hijab tidak sesekali menjadi faktor ketidakcekapan seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut Dr Rafidah berkata, dalam industri perhotelan, tidak mudah bagi seseorang wanita untuk mengadu kerana ia melibatkan gaji, elaun dan juga penempatan latihan industri sebagai pelatih.
“Bagi seorang pelajar, kita maklum bahawa mereka perlu menjalani latihan industri di akhir semester sebelum mereka boleh bergraduasi. Pelajar Muslimah kita tidak mempunyai banyak pilihan dan terperangkap dalam diskriminasi agama yang sistematik.
“Bagaimanapun saya menyeru wanita yang berhadapan dengan diskriminasi agama ini untuk tampil ke depan, buatlah aduan,” katanya.
Sumber TKO - 8-11-2017
RM30,000 Daripada Musimat Untuk Rohingya
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Terengganu berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya.
Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, kesemua duit sumbangan tersebut akan diserahkan kepada PAS Relief program ‘Malam Untukmu Rohingya’ pada 9 November nanti.
“Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah serta penghargaan jazakallahu khairan kathiro kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS semua Kawasan,
“Ameerah serta muslimat cawangan yang telah berusaha mengumpulkan sumbangan untuk Misi Kemanusian Rohingya ini,
“Setelah beberapa minggu siri kutipan diadakan, akhirnya mereka berjaya mengumpulkan lebih RM30,000,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan ringkas yang diadakan di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu pada Jumaat, 3 November.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan, 2 orang orang wakil muslimat akan bersama delegasi Misi Kemanusiaan PAS Relief Terengganu ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 12 hingga18 November depan.
Katanya, selain mengagihkan bantuan makanan, Misi tersebut merancang melaksanakan pelbagai projek, antaranya pembinaan sekolah, telaga tiub, pakaian dan selimut, pondok penginapan ‘Shelter Home’ dan bilik mandi wanita.
Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dan mohon mendoakan keselamatan perjalanan delegasi tersebut.
“Doakan permusafiran dan agar misi ini berjaya demi untuk membantu saudara Rohingya kita di sana. Ini antara sumbangan kita buat mereka yang menderita dan kesedihan ditimpa musibah dan kezaliman,
“Terima kasih kepada semua penyumbang yang menginfakkan sebahagian harta mereka. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan kalian dan saya doakan semoga dilimpahi rezeki yang berkat dan berlipatganda ke atas kita semua,” kata beliau.
Sumber BO - 6-11-2017

Yusuf Azmi digelar BABI kerana peruntukan RM500,000 Posted on Monday, November 06 @ 08:26:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36477 |
Gara-gara peruntukan RM500,000 yang diumumkan timbalan perdana menteri semalam, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi berkata beliau digelar dengan bahasa kesat oleh netizen di media sosial.
Menjelaskan mengenai perkara itu hari ini, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata persatuan pengguna tersebut mempunyai banyak biro dan wang berkenaan diperuntukkan sebenarnya untuk membantu golongan pengguna.
"Jadi yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami (hanya) jadi aktivis," katanya sambil menambah beliau sendiri tidak ada pada majlis pengumuman itu semalam.
Menyambut baik peruntukan berkenaan, Yusuf berkata beliau menghormati pemimpin negara tetapi menegaskan dirinya mempunyai peranan untuk menyuarakan masalah rakyat.
"Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kata, bila saya kritik, bila saya tegur tu adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan).
"Jadi yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami (hanya) jadi aktivis," katanya sambil menambah beliau sendiri tidak ada pada majlis pengumuman itu semalam.
Menyambut baik peruntukan berkenaan, Yusuf berkata beliau menghormati pemimpin negara tetapi menegaskan dirinya mempunyai peranan untuk menyuarakan masalah rakyat.
"Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kata, bila saya kritik, bila saya tegur tu adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan).
"Kadang-kadang kita lihat, ada cyber trooper yang tiba-tiba menghentam kami, organisasi yang kecil yang membawa brand 1Malaysia ini, mengatakan kami nak buat duit.
"Selama tujuh tahun saya kendalikan unit tindakan khas (PPIM), kat mana yang mengatakan kami buat duit. Kami memperjuangkan isu pengguna," katanya.
Yusuf berkata, disebabkan peruntukan itu semalam, beliau digelar dengan perkataan kesat termasuk dipanggil bab* oleh netizen.
"Saya ni kasihan saya tuan-tuan. Dalam Facebook sekarang ni semua cakap saya bab*," katanya.
'Tak akan ambil RM1 pun'
Berikrar tidak akan menyentuh wang berkenaan Yusuf berkata peruntukan itu bukan untuk dirinya sebaliknya membantu golongan pengguna yang teraniaya.
“Saya Insya Allah, saya janji saya saya tak ambil RM1 pun, Insya Allah, bukan sebab saya tak ambil sebab duit itu haram, tidak, tapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima.
“Mungkin yang patut terima adalah tuan-tuan,” kata Yusuf dalam video dimuat naik olehnya di Facebook.
Nama Yusuf mula mencuri perhatian selepas tindakannya dan aktivis PPIM lain menyerbu premis sebuah syarikat pajakan kenderaan beberapa bulan lalu.
Tindakan itu dikatakan diambil untuk membantu sejumlah individu mendapatkan semula kereta mereka daripada syarikat terbabit.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, Yusuf dan rakan-rakannya dilihat berdepan pekerja syarikat itu dan bertindak memecahkan mangga kunci pagar stor syarikat serta merobohkan pagar premis berkenaan.
\
Susulan itu, Yusuf dan seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang 24 Oktober lalu atas tuduhan menceroboh.
Semalam Zahid ketika berucap merasmikan penutup Forum Pengguna Ke-7 di Menara Felda, Kuala Lumpur mengumumkan peruntukan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.
Menganggap peruntukan itu sebagai fardu kifayah, Zahid berkata wang itu akan digunakan bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah pengguna yang berdepan dengan syarikat pinjaman tidak berlesen (Ah Long) dan membanteras perjudian haram.
Sumber TKO - 6-11-2017
Sumbangan kepada Rohingya di Arakan berjaya 'tembusi' sekatan
Sumber HD- 1-11-2017Usaha getir menerusi perhubungan yang diwujudkan Sukarelawan MAPIM dengan keluarga etnik Rohingya itu membolehkan penyaluran wang kecemasan bagi pembelian makanan untuk 105 keluarga di sana.Mereka dikesan masih terkepung oleh operasi ganas tentera dan ektremis Myanmar ke arah menghapuskan etnik, selain langsung tidak pernah menerima sebarang bantuan sejak konflik 25 Ogos lalu.Menurut Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, keluarga-keluarga Rohingya yang sedang terancam oleh kezaliman itu terpaksa pasrah kepada Allah untuk terus tinggal disana dan bertahan walaupun sebahagian besar telah lari menyelamatkan diri ke Bangladesh.Maklumnya, dari tarikh 25 Ogos itu hingga pada hari ini jumlah kebanjiran pelarian Rohingya ke Wilayah Cox's Bazar, Bangladesh sudah mencecah hampir 600,000 dan bersesak di kem-kem pelarian serta sekitar jalan pekan tersebut.Kebanyakan mereka difahamkannya, menyelamatkan diri lari menyeberangi sempadan menuju ke Bangladesh melalui jalan hutan dan sungai di mana menyaksikan tidak sedikit yang terkorban akibat lemas, kebuluran,penyakit dan sebagainya."Keadaan di dalam wilayah ini semakin terdesak dan keperluan asas hidup seperti makanan dan ubatan sangat terhad. Junta tentera Myanmar terus melakukan pembantaian kepada penduduk Rohingya termasuk membakar rumah-rumah."Mereka juga enggan membenarkan agensi atau NGO bantuan antarabangsa memasuki wilayah ini untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terkepung."Walaupun Sukarelawan MAPIM dari Malaysia tidak dapat memasuki wilayah ini , usaha perhubungan tempatan yang dibuat telah membolehkan bantuan sampai ke tempat paling kritikal," maklum beliau.Direkodkan oleh MAPIM, di Maungdaw terdapat seramai 70 keluarga di Quarter 5 dan 20 keluarga di Sheil Khali, manakala 15 keluarga lagi di Kampung Buthidong yang telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 itu.Wang tersebut keseluruhannya telah digunakan untuk membeli makanan dan ubatan kepada keluarga-keluarga tersebut.Orang ramai yang prihatin diseru untuk terus menyalurkan sumbangan ke Tabung Kecemasan Rohingya-MAPIM (55520 9522 4432 - Maybank) atau (020 2001 0072 272 - Bank Islam) atau (154 0018 8063 0425 - Al Rajhi Bank).Sebarang pertanyaan hubungi +60175606131 (Tarmizi) atau Mohd Shukri +60197585658. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Rohingya: Semakin hari, makin bertambah payahnya
Sumber HD - 1-11-22017Hari pertama menjejakkan kaki di kem, mata ini sudah menjadi saksi melihat segerombolan manusia dengan penuh kepayahan dan air mata berjaya tiba di bumi Bangladesh.Raut wajah mereka penuh kepenatan dan longlai tidak bermaya. Tubuh yang layu direbahkan, melepaskan segala lelah di tepi jalan, tanpa dipeduli lagi terik mentari yang memanah.Kerana mengharungi bukit bukau, sungai dan lembah untuk perjalanan tiga hari empat malam, sebelum sampai ke tempat permukiman sementara ini.Hampir tiada perkataan untuk digambarkan, betapa deritanya liku onak duri yang ditempuh. Diasak dan diekori junta tentera supaya berambus meninggalkan negeri.Hanya tangan mampu ditadah, mengharap belas simpati masyarakat yang lalu-lalang. Biarpun tiba sehelai sepinggang tanpa sebarang bekal, namun, selamat dari muncung senjata sudah cukup bermakna untuk mereka.Ada yang terbaring kepenatan terutama orang tua, wanita mengendong anak kecil dan kanak-kanak berjalan mundar-mandir mencari jajan.Majoriti masih terpingga-pingga, kebingungan seolahnya tidak percaya kaki mereka tiba di situ. Rupanya ada 'dunia luar' untuk berpijak aman dan bebas dari cengkaman kezaliman junta Myanmar serta pelampau Buddha.Walaupun belum mempunyai penempatan sementara untuk menumpang teduh, namun di wajah mereka terpancar sinar untuk hari muka.Jelas sekali, petang yang semakin merangkak kepada senja dan malam bakal mereka lalui, beratapkan bulan dan bintang serta berlantaikan tanah, cukuplah untuk mereka bertahan sehari dua.Ratusan ribu lagi hanya mampu berlindung di bawah rimbunan pokok di sebalik semak samun di dalam hutan berhampiran.Semenjak krisis memuncak Ogos lalu, pelarian kini mula beransur-ansur memenuhi beberapa kem yang hanya terletak beberapa kilometer di luar sempadan Myanmar.Keadaan di kem-kem pelarian cukup daif, sesak dengan manusia dan langsung tanpa keperluan asas terutamanya air bersih. Sukar lagi untuk menampung kemasukkan pelarian yang tidak putus-putus tiba.Antara pelarian yang sempat disantuni adalah seorang wanita muda dalam lingkungan 30-an. Asyik meriba anak kecilnya yang terlelap kelaparan.Fatima (gambar) ibu yang kurus kering, menangis tersedu-sedu kesedihan apabila diacah berbicara. Sempat menitipkan kisah si suami yang tewas dimuncung senapang askar rejim di kampung halaman.Rasa sebak sempit di dada usah dicerita, derita Fatima dan si anak hanya Allah yang Maha Mengetahui peritnya.Begitulah secebis pengalaman menginsafkan, menjejakkan kaki memasuki Kem Kutupalong, Balukhali dan Theinkali yang saban hari menerima ribuan etnik Rohingya dengan seribu satu kisah duka.Syabas juga kepada PASRelief yang bersungguh-sungguh mengumpul dana kewangan dari masyarakat Malaysia untuk membantu Muslim Rohingya yang menjadi kini bergelar pelarian di bumi Bangladesh.Insya-Allah, pada 12-17 November ini, PASRelief akan ke kem-kem pelarian yang menempatkan mangsa penghapusan etnik atau 'genocide' ini untuk sekali lagi menyerahkan sumbangan dari rakyat Malaysia.Sumbangan tuan puan boleh disalurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief (5640 7061 1352 - Maybank). - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Gandum Untuk Syria Posted on Monday, October 30 @ 09:21:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |
Assalamua'laikum wmbth..
sama2 membantu.. walaupun rm10 seorg.. insyaa Allah
Telekung Project
ALHAMDULILLAH, setakat ini dah dapat 42.3 tan gandum berbanding 100 tan yang diperlukan. Syukur pallet ke-21 dah penuh, now masuk pallet ke-22
THE UPDATE 47 / DAY 22
24/10/2017 @ 6.00 petang
24/10/2017 @ 6.00 petang
TARGET = 100 tan gandum = 100000 kg
NILAI = RM 1.50/kg gandum
NILAI = RM 1.50/kg gandum
JUMLAH DANA TERKUMPUL KINI = RM 63492.00
bersamaan dgn = 42328 kg (42.3 tan) berbanding 100000 kg (100 tan) yang diperlukan.
bersamaan dgn = 42328 kg (42.3 tan) berbanding 100000 kg (100 tan) yang diperlukan.
Peratusan gandum yang telah terkumpul;
(42328/100000 x 100) = 42.3 %
(42328/100000 x 100) = 42.3 %
Alhamdulillah, telah terkumpul lebih kurang 42328 kg (42.3 tan) gandum untuk misi winteraid4ukhwah3.0 tahun ini. Semoga tahun ini juga berjaya dikumpulkan dana untuk 100 tan gandum untuk saudara kita di kem pelarian di sempadan turki-syria.
Maklumat kempen boleh klik di link ini (POSTING INDUK KEMPEN);
https://www.facebook.com/TheTelekungProject/photos/a.188169797924584.46667.188147197926844/1623878004353749/?type=3&theater
https://www.facebook.com/TheTelekungProject/photos/a.188169797924584.46667.188147197926844/1623878004353749/?type=3&theater
atau admin copypaste untuk yg terus bertanya bagaimana nak menyumbang;
ANGGARAN DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH;
(pengiraan mengikut harga tepung gandum di Malaysia)
<3 100 tan = (100 tan x 1000 kg) = 100000 kg
<3 1 kg tepung = RM 1.50 (average harga tepung di malaysia)
Bermakna, anggaran dana diperlukan;
(RM 1.50 x 100000) = RM 150000 utk 100 tan tepung gandum.
Dana ini akan diserahkan kepada pihak NGO di turkey iaitu IHH untuk dimasukkan ke dalam tabung kilang roti syria.
Kepada yang sudi dan mahu menyumbang seikhlas hati boleh salurkan melalui;
🌺CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
🌺MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan WINTER AID FOR SYRIA 2017
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151
‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/…/winteraid4ukhwasyria…/index.html
https://fs30.formsite.com/…/winteraid4ukhwasyria…/index.html
Kempen ini akan dibuka sepanjang bulan Oktober ini untuk mengumpulkan dana utk 100 tan tepung gandum buat bekalan makanan utk pelarian-pelarian di syria. Namun, jika jumlah yang diperlukan telah pun mencukupi, admin akan segera menutup kempen ini segera kerana jumlah dana yang diperlukan hanyalah untuk 100 tan gandum. Walaubagaimana pun, admin sentiasa memerlukan sokongan sahabat semua utk share posting ini, agar lebih ramai sahabat-sahabat turut membantu dan sudi berkongsi sekurang-kurangnya RM 1.50 (1 kg tepung gandum) untuk mengalas perut saudara kita yang diuji ujian kesejukan.
💡💡💡NOTA: JANGAN SERAHKAN SUMBANGAN BERBENTUK TEPUNG KEPADA KAMI KERANA URUSAN PEMBELIAN TEPUNG AKAN DIURUSKAN DI TURKEY, BUKAN DI MALAYSIA.
Kepada yang mempunyai PAKAIAN WINTER yang hendak disumbangkan boleh hantarkan/poskan kepada;
THE TELEKUNG PROJECT
NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
0193597733 / 0197357151
NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
0193597733 / 0197357151
(sila whatsapp puan saodah 0193597733 dahulu sebelum penghantaran)
💡💡💡NOTA PENTING: KAMI HANYA MENERIMA PAKAIAN WINTER SAHAJA DAN TIDAK MENERIMA PAKAIAN LAIN SELAIN DARIPADA KELENGKAPAN WINTER. HARAP MAKLUM. PASTIKAN PAKAIAN YG DIBERIKAN DALAM KEADAAN BAIK DAN BERSIH.
SEKALI LAGI, Admin sangat memerlukan jasa sahabat semua untuk kongsikan kebaikan ini kepada seramai mungkin agar kempen ini berjaya seperti yang disasarkan dan mampu membantu saudara kita yang bukan hanya diuji peperangan malahan bakal diuji dengan kesejukan. RM 1.50 tidak akan membuatkan kita jatuh miskin, malahan ia mampu memberikan sebuah nilai kasih sayang tanpa sempadan. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan juga usaha membantu saudara kita yang memerlukan.
Salam Ukhwah
Azila Aziz
Azila Aziz
Sumber TKO - 30-10-2017
Tiada yang berubah, kata anak bekas aktivis Ops Lalang Posted on Sunday, October 29 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36281 |
KUALA LUMPUR: Tiga puluh tahun lalu, ketika kanak-kanak lain sedang belajar menyanyi di tadika, Tania Fernandez sudah terbiasa dengan ungkapan seperti “penahanan tanpa perbicaraan”.
Anak perempuan bekas aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez itu mengenang kembali pengalaman menjadi sebahagian kumpulan sokongan untuk membantu keluarga mangsa tangkapan Operasi Lalang ketika berumur 6 tahun.
Beliau masih mengingati kehangatan berada dalam kalangan mereka yang saling menghargai antara satu sama lain sebagai keluarga, ketika beliau bersama ibunya menyertai perhimpunan.
“Satu lagu yang terlekat di fikiran saya dan memberi banyak pengertian kepada saya sehingga hari ini ialah ‘We Shall Overcome’,” katanya pada majlis memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Tania berkata beliau mendapati hak asasi manusia dan kebebasan sivil di Malaysia hari ini seteruk zaman itu.
“Tiga puluh tahun kemudian tiada apa pun yang berubah,” katanya sambil menambah terpulang kepada generasi sekarang untuk membuat pendirian dan mengubah keadaan menjadi lebih baik.
“Kita tidak berada di barisan depan tetapi sekarang adalah masa untuk kita bertindak dan membuat perubahan.
“Kita semua mesti sedar pilihan raya tidak lama lagi dan sekarang adalah masa untuk kita mengubahnya.”
Operasi Lalang yang juga dikenali sebagai Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 menyaksikan 106 individu termasuk aktivis masyarakat, pemimpin NGO, ahli politik pembangkang, intelektual dan aktivis pelajar ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Antara tahanan ISA yang terkenal ialah Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden MCA Chan Kit Chee, Ketua Pemuda PAS Halim Arshat, Ahli Parlimen Umno Pasir Mas Ibrahim Ali dan Exco Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohamed Fahmi Ibrahim.
Selain Kua, yang menjawat jawatan ketua publisiti Jawatankuasa Hak Sivil pada masa itu, turut ditahan ialah Pengerusi Dong Jiao Zong (Persatuan Pendidikan Cina) Lim Fong Seng dan ahli Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Irene Xavier.
Sumber TKO - 29-10-2017
Rohingya terus dibela
Sumber HD - 29-10-2017Ianya dianjurkan atas dasar kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam demi membantu saudara seagama yang sedang ditindas.Program itu telah dirasmikan oleh Persuruhjaya PAS Perlis yang juga Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli dan berlangsung di Markas PAS Sungai Padang, di sini.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.Mohd Shukri dalam ucapan beliau, menyeru seluruh Ahli PAS khususnya di Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan kepada warga Rohingya bagi meringankan beban mereka.Beliau turut menjelaskan bahawa PAS sangat komited dalam membantu umat Islam Rohingya atas dasar persaudaraan Islam menerusi penyerahan sumbangan kemanusiaan yang dilaksanakan di sana.Program itu telah mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran penduduk sekitar. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
No comments:
Post a Comment