Persoalan satu, mengapa puak Mat Sabu tubuh Parti PAN? Kedua, mengapa ada orang Pas benci dengan Haji Hadi Awang.Akan tetapi tidak benci dengan PAS.
Untuk menjawab soalan satu, kita kena ingat bahawa Pas adalah organesasi politik Islam (parti Islam se Malaysia)
Kebanyakan antara kita sudah tahu, akan tetapi, ada yang buat buat tahu dan buat buat tak tahu.mereka faham dengan kefahaman mereka sendiri.
Atas sebab itulah mereka (puak Mat Sabu) apabila kalah dalam merebut jawatan parti dalam muktamar Agung lantas ambil tindakan tubuh parti Baru yang dominasi kononnya parti Islam juga.
Kita boleh terima PAN juga parti Islam, akan tetapi Parti Pan bukan macam parti Islam Pas.Pan adalah parti Islam lebral yang boleh apa sahaja.
Dari segi perlembagaannya sudah tentu berbeza satu sama lain. Maka Pan duduk dalam pakatan harapan yang jelas berfungsi menghina Islam.
Pada penulis, peranannya bersesuaian dengan tindakan benci dengan presiden Pas ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lebih lebih lagi segala tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin Pan jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Islam mengharamkan kita berkerjasama dengan parti yang berfungsi menghina dan menentang Islam.
Pan terus menerus memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi dengan parti DAP yang mahu jadikan Negara ini sebagai Negara kristian apabila dia berkuasa nanti.(rujuk ucapan Razali Abdul Rahman bekas pengarah strategic melayu DAP)
Puak puak Mat Sabu faham ini, akan tetapi mereka buat buat tak faham dek gilakan kuasa dan niat jahat untuk hancurkan Pas sepertiman cita cita Tun Dr Mahathir sepanjang jadi perdana menteri dahulu.
Atas sebab itu, Tun Dr Mahathir yang pernah dilabelkan Sebagai Maha Firaun oleh Mat Sabu boleh bersama sama puak puak ini.
Mengapa? Mengapa tidak? Kerana Mat Sabu dan puak puaknya telah melaksanakan kesinambungan Tun Dr Mahathir untuk menghancurkan Pas yang masih berpresidenkan Haji Hadi Awang.
Disini dapatlah kita buat kesimpulan Mat Sabu bukan sahaja bencikan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, malah mereka juga benci dengan parti Islam semalaysia.
Kebencian itu bukan setelah dia kalah dalam merbut jawatan timbalan presiden, Malah sejak masuk jadi ahli Pas lagi.
Contohnya, kebanyakan ceramahnya dan puak puaknya yang berceramah atas pentas pas berunsur fitnah demi fitnah yang bercanggah dengan ajaran islam.
Islam melarang kita melabelkan seseorang dengan lebal yang tidak disukai seseorang.
Mat Sabu dengan senang hati melabelkan Tun Dr Mahathir sebagai Maha Firaun. Dan ramai lagi para pemimpin umno yang telah dilabelkan oleh Mat Sabu dengan label yang buruk buruk yang membuat nama baik Pas terjejas.
Terima kasih Datuk Mahfuz Omar, kerana keluar Pas dan perjuangkan agenda kamu dan niat asal puak kamu.
Sumber TKO - 1-1-2018
Assalamualaikum,,,
Saya pernah menyebut sejak kemunculan parti kuali dan pencacai mereka, satu demi satu kaedah mencacai pencacai Umno yang dah pupus diambil mereka untuk mencacai kepada PAS menyebabkan terasa semacam masih ujud pencacai Umno seperti di era Mykmut dan papagomo.Peliknya pencacai kuali ini sebetulnya bukan berasal dari Mykmut tetapi mereka tetap meniru gaya pencacai Umno.Satu perkara yang tak dapat mereka lepaskan ialah percubaan pencacai Umno memperkenalkan PAS sebagai PIS.
Asalnya perkataan PIS direka oleh pencacai Umno kerana menurut mereka Parti Islam Malaysia mestilah singkatan PIS bukan PAS.Itulah sebenarnya mulanya perkataan PIS diviralkan bertujuan mahu menunjukkan ahli PAS tidak tahu membuat singkatan kepada parti mereka.PIS bukanlah bertujuan menghina sebenarnya tetapi lebih kepada kebodohan pencacai Umno itu sendiri yang tidak tahu sejarah penubuhan PAS.Tetapi pencacai kuali mengambil perkataan PIS untuk menghina tanpa mereka sedari bahawa PIS sebenarnya tidak pernah ujud dan sebarang percubaan mereka nak merendah rendahkan PAS dengan perkataan PIS adalah sia sia dan hanya menunjukkan kebebalan mereka sahaja tak kira betapa hebatnya mereka tunjukkan.
Seperti kalau mereka cuba tunjukkan hutang kerajaan Kelantan kepada kerajaan persekutuan itu besar sedangkan Penang tidak mempunyai hutang, ianya tidak akan membuktikan PAS lebih lemah dari DAP atau PH sebab hutang G 2 G bukanlah perkara besar dan tidak sesekali boleh menunjukkan Kerajaan Kelantan tidak mempunyai cukup duit untuk memerintah.Lainlah kalau mereka boleh membuktikan ramai rakyat Kelantan kebulur, tidak bersekolah, terbiar dan melata serta boleh membuktikan Penang sejak kurang 10 tahun di bawah DAP sudah mempunyai rakyat jelata yang hidup mewah, di rumah rumah sebesar rumah KMnya, tiada lagi rumah rumah kampung melayu yang tidak tersusun dan sistem peengurusan banjirnya termaju sehingga apabila berlaku hujat lebat, air tidak lagi tersumbat di kampung kampung terbiar tetapi dialirkan terus dan tersusun ke laut.Juga kenapa mereka tak membandingkan Kelantan yang diperintah oleh PAS dari tahun 1990 tidak mempunyai satupun rekod tangkapan rasuah berbanding Penang yang tiada hutang itu sudahpun ada satu melibatkan KMnya kurang dari 10 tahun DAP memerintah? Tidak mempunyai hutang sepatutnya diikuti dengan pembangunan yang selangkah ke depan dari negeri lain.Tiada sebarang kelemahan atau musibah akibat pembangunan dan seumpamanya.Apakah semuanya ini ada di Penang?
Makna kata hutang kerajaan bukanlah hujah yang boleh dijadikan bukti kelemahan sesebuah kerajaan. Itulah kekebalan pencacai kuali yang nyata.Mereka turut mempersoalkan kenapa kita marah mereka menggunakan PIS sedangkan kita sendiri merujuk mereka sebagai kuali.Inilah kebebalan mereka seterusnya, sebenarnya tiada siapa marah kepada mereka untuk menggunakan PIS, sebab PIS sendiri tidak wujud tetapi kita kesian kepada mereka yang ada telinga kuali dan muka kuali yang tak mahu mendengar fakta tetapi terus bebal dan degil seperti anak anak kecil.Itu sebabnya kita panggil mereka kuali, antara sebabnya dan lebih penting kuali itu ada sedang PIS tak ada.Kalau mereka merujuk kepada MP PIS, mana ada MP PIS? Tapi kuali merupakan gelaran dengan menggunakan benda yang ujud, kuali bila bila masa boleh dibeli di kedai.
Tujuan saya menulis kali ini sebenarnya mahu mengulas mengenai satu lagi kebebalan kuali yang nyata iaitu dakwaan mereka kenapa PAS tak saman semua tuduhan palsu yang dilemparkan.Dulu mereka menari nari meminta PAS saman SR kerana fitnah dedak 90 juta dengan mendakwa kalau tak saman maknanya tuduhan itu betul.Bila PAS sudah mengemukan saman, lain pulak cerita kuali.Tetap menyanyikan lagu dedak 90 juta.Kini giliran Husam pulak, dakwaan macai kuali sepatutnya PAS sudah boleh membuat Husam bangkrap dengan menyamannya dan kalau tak saman faham faham sendirilah samaada dakwaan Husam itu betul atau salah.
Mudahnya penyelesaian yang digunakan pakai oleh orang bebal yang tak pernah mahu mendengar fakta yang dibentangkan tetapi hanya dengan kaedah saman saja boleh membuktikan tuduhan itu benar atau salah.
Orang orang ini sama dengan Mahathir yang baru menuduh PAS mendakwa seseaiapa yang tak menyertai partinya sebagai kafir, menuduh penduduk Memali membunuh 4 anggota polis dan menuduh Mufti tak buat kerja sedangkan semua tuduhan ini tidak pernah disertai dengan bukti bukti yang nyata berbanding kes Video Linggam yang sudah disahkan oleh RCI ada bukti kukuh untuk mendakwa 6 jahaman yang diketuai Mahathir, tapi macai kuali macam biasa tak akan mendengar pembentangan fakta ini.
Sumber TKO - 1-1-2018
Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu - Aziz Bari
Posted on Sunday, December 31 @ 16:10:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37516 |
Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam tidak membersihkan kesalahan yang berlaku di masa lalu dalam pentadbirannya, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.
"Hanya kerana Mahathir, selaku bekas perdana menteri, telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku semasa pentadbirannya, tidak bermakna ia telah membersihkan semua kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun itu," kata Aziz dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menambah bahawa permohonan maaf juga tidak melindungi sesiapa daripada bertanggungjawab terhadap isu penyalahgunaan kuasa.
"Sekiranya terdapat isu-isu penyalahgunaan kuasa - misalnya dalam hal penahanan di bawah ISA - atau salah laku jenayah, ini harus dibawa kepada para mangsa dan pelaku harus bertanggungjawab atas atas kapasiti pribadi.
"Mereka tidak boleh berlindung atau menggunakan permohonan maaf itu sebagai perisai untuk melindungi mereka daripada tanggungjawab," katanya.
Mahathir dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung BERSATU yang pertama semalam memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.
Beberapa jam kemudian di sidang akhbar selepas perhimpunan itu, Mahathir berkata permohonan maaf adalah sebahagian daripada adat dalam budaya Melayu.
'Najib juga bersalah'
Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga harus bertanggungjawab atas kesilapan semasa pentadbiran pendahulunya.
"Najib sebagai sebahagian daripada kabinet Mahathir pada masa itu juga perlu dipersalahkan. Najib tidak boleh memanfaatkan isu-isu ini untuk kelebihan politiknya," katanya.
Sumber TKO - 31-12-2017
Nurul dah Maaf agaknya apa kata otai reformasi? 20 tahun sebelum ini apa cerita?
Posted on Sunday, December 31 @ 14:36:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37514 |
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk sebarang kesilapan yang dilakukan bekas perdana menteri itu selama menjadi perdana menteri.
Langkah seterusnya katanya adalah memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi “diktator terakhir”.
“Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia,” katanya melalui akaun Facebook malam tadi.
Terdahulu, Dr Mahathir membuat permohonan maaf itu dalam ucapan pembukaannya di perhimpunan agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang pertama di Shah Alam hari ini.
Beberapa jam selepas sidang media perhimpunan itu tamat, apabila ditanya alasan beliau memohon maaf, Dr Mahathir berkata permohonan maafnya merupakan “adat orang Melayu”.
Nurul Izzah berkata permohonan maaf Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.
“Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepada-Nya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman,” tambahnya.
Anggota parlimen Lembah Pantai itu juga berkata reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator.
Pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka bakal menjadi salah pilihan raya paling sengit dalam sejarah Malaysia, dengan Umno berdepan pakatan pembangkang yang dipimpin Dr Mahathir, yang merupakan bekas presiden dan tokoh parti itu sendiri.
BN yang kalah undi popular dalam PRU lepas dijangka akan cuba membuktikan kekuatan mereka dengan cuba memenangi dua per tiga majoriti yang dinafikan oleh pembangkang sejak dua penggal berturut-turut.
Penggal Parlimen akan berakhir pada 26 Jun 2018 yang bererti PRU ke-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh itu.
GS - Apakah tuduhan liwat kepada Anwar oleh Mahathir adalah benar berlaku? Jika tidak kenapa begitu mudah melupakan perjuangan 20 tahun. Lupa kepada PKR ditubuhkan. Lupa berapa orang sensara akibat memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahi. Tapi semuanya adalah POLITIK KUASA. Demi kuasa semua itu taka da apa-apa nilai.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 31-12-2017
DAP putus hubungan dengan PAS selepas persaraan ATGNA?
Posted on Sunday, December 31 @ 11:24:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37511 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Saya tertarik dengan kenyataan LGE yang menyebut DAP memutuskan hubungan dengan PAS selepas persaraan ATGNA kerana di sana terserlah satu kenyataan yang menjadi salah satu alasan kenapa PH yang didominasikan oleh DAP dan PAN dijadikan kuda tunggangannya memusuhi PAS demi untuk menyembunyikan agenda sebenar PH ia itu mahu merampas kuasa dari BN dan tidak mahu PAS menjadi penghalang.Antara propagandanya ialah menggunakan nama ATGNA yang kebetulan bersara sebelum terkuburnya PR.
Husam Musa dan lain lain pemimpin jebon PAN sering kali menggunakan nama ATGNA bagi menunjukkan betapa TGHH tidak boleh dipercayai, bila bila masa boleh buat u turn kepada Umno.Ini propaganda PAN yang boleh didengari sampai hari ini.Menariknya LGE juga menggunakannya, membuktikan propaganda nama ATGNA sebenarnya sudah dirangka untuk digunakan bersama oleh PH.
Apa jua hujah yang nak disampaikan oleh PH bagi menunjukkan justifikasi mereka tidak bersama PAS mesti menggunakan nama ATGNA.Liciknyya DAP bersama PAN seolah olah mahu memberitahu semua bahawa ATGNA adalah orang yang menyatukan PR tetapi TGHH pula orang yang mempunyai kepentingan diri yang mengambil kesempatan dari persaraan ATGNA untuk menimbulkan perbalahan dengan PR.
Di mana benarnya hujah longgar ini? pertamanya kenyataan LGE itu membuktikkan DAPlah yang bertanggungjawab memusnahkan PR seperti yang dinyatakan oleh Dr.Kamarul kerana DAP yang memutuskan hubungan bukan PAS seperti didakwa sebelum ini.Keduanya punca perpecahan semua sudah tahu bermula dengan Kajang Move, siapa yang memulakan Kajang Move, bukan DAP tetapi PKR.Nah punca perpecahan dimulakan oleh PKR tetapi yang paling melatah dengan tindakan TGHH dan PAS ialah DAP! kenapa?
Adat berkawan, kalau kawan bergaduh, sepatutnya DAP jadi orang tengah mendamaikan kawan yang bergaduh, ini tidak DAP yang sepatutnya berkecuali lebih sudu dari kuah! Begitu juga geng jebon yang tewas muktamar turur sama dengan DAP mahu melenyapkan PAS.Inikah Pakatan?
Ternayata sebenarnya DAP mempunyai agenda tersembunyi kalau tidak kenapa DAP yang lebih lebih pada masalah yangg dimulakan oleh Rapiji Ramli? Bukan setakat itu, DAP mengambil kesempatan menghentam PAS apabila kerajaan Kelantan mahu mewartakan undang undang Islam di Kelantan padahal perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu yang diperbalahkan kalau masih mahu berpakat.
DAP sebenarnya mengkantoi diri mereka sendiri di mana tak semena mena mengaku merekalah yang memutuskan hubungan bukan PAS.Dan merekalah yang kuat dan lantang menentang RUU 355 dengan menjadikan kuda tunggangannya PAN sebagai perisai.
Kembali kepada persaraan ATGNA, apakah benar TGHH mengambil peluang ini untuk membuat u turn dan bersatu dengan Umno? Apakah benar TGHH sebelum ini tidak berani kerana dihalang oleh ATGNA?
Ingatkan kita apa kata ATGNA pasal Umno? kata kata Tok Guru bahawa kalau Umno mahu Islam maka kita pakat bubar PAS, masuk Umno? Apakah tidak ada ruang boleh digunakan oleh TGHH untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Umno itu zalim.Sebab Umno adalah kerajaan tak mungkin boleh kita abaikan fakta bahawa Umno walaupun zalim masih menguasai pemerintahan dan apakah tidak wajar kalau TGHH mengubah pendekatan untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara perkara kepentingan rakyat dan sejagat?
Kenapa macam bebal saja PH dan macai macainya bertegas Umno itu zalim dan tidak boleh bersama orang yang zalim.Kenapa tidak mahu berpijak di bumi yang nyata.Siapa sebenarnya bebal? Kita bekerjasama dengan Umno bukan bermakna kita nak berkogsi kuasa dengannya.
Tetapi kembali kepada kata kata ATGNA, Umno tidak boleh diabaikan begitu saja.Perlu ada pemantauan kalau kalau Umno sudah mahu berubah.TGHH mengulanginya baru baru ini dengan katanya kalau Umno mahu laksanakan Islam maka PAS akan sokong,cuma perlu difahami sebetul betulnya dengan pemimpin yang ada sekarang Umno tak mampu laksanakan Islam.Najib bukan boleh disandarkan akan kembali kepada Islam, begitu pemimpin yang ada dalam barisan kepimpinannya.Tetapi Umno boleh kembali kepada Islam kalau seluruh barisan kepimpinannya ditukar kepada orang orang yang faham Islam dan sehingga itu, TGHH dan PAS sentiasa memantau Umno bermakna dakwaan Umno tak boleh didekati atau bekerjasama dengannya adalah dakwaan yang bebal atau dakwaan yang mempengaruhi demi mencapai agenda tertentu.Itu yang dilakukan oleh PH hari ini di mana kita boleh lihat kenyataan yang longgar, menipu dan seumpamanya baik dari pemimpinnya atau dari macainya.
Seperkara lagi yang sering tidak disebut oleh PAN atau DAP atau PH ialah mengenai sokongan ATGNA kepada TGHH ketika TGHH mengatakan bantahannya kepada cadangan melantik DSWA sebagai MB Selangor.Sokongan yang diinyatakan secara terbuka ini dibuat sesudah ATGNA bersara dan tiada keraguan lagi kalau PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana sikap kurang ajar DAP dulu, ATGNA akan sokong juga. Tetapi seperti yang dinyatakan LGE, DAP yang memutuskan hubungan dengan PAS tanpa sedikitpun ras hormatnya kepada ATGNA sesudah beliau bersara.
Mungkin selepas ini satu persatu propaganda PH akan kantoi!
Sumber TKO - 31-12-2017
Untuk Perkena “Mufti” Malaysiakini Sanggup guna Azwan yang “tak sihat”
Posted on Saturday, December 30 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37506 |
Selebriti sensasi dan kontroversi, Azwan Ali, memang terkenal dengan mulutnya yang tidak teragak-agak melafazkan kata-kata pedas berbisa.
Disebabkan kelantangannya itu juga Azwan didatangi beberapa pihak untuk memberikan nasihat kepadanya agar menjaga adab sebagai seorang Muslim.
Bagaimanapun, mendedahkan perkara itu, Azwan sebaliknya membalas dengan mesej lebih tajam, termasuk kepada seorang mufti.
"Nak panggil mufti pula nasihatkan aku, kesian. Saya belum depress (tertekan), boleh periksa mental saya, saya OK. Kau yang sakit," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Azwan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Dia dilahirkan dan menetap di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang Selangor.
Anggota keluarganya memang dikenali ramai. Selain Azwan turut menjadi tokoh umum ialah abangnya Datuk Seri Azmin Ali yang kini menjadi menteri besar Selangor, serta Umi Hafilda dan Arpah Ali (pakar motivasi).
Berbanding dengan yang lain Azwan lebih dulu dikenali ramai kerana pembabitannya dalam dunia hiburan sebagai hos program TV.
Kata Azwan dia selalu ditegur oleh mufti yang didakwanya memberi label kepadanya dengan istilah Islam.
"Helo mufti, boleh tak kau memperbetulkan 1,001 permasalahan orang Islam di Malaysia daripada kau sibuk nak tegur Azwan Ali?
"Bak kata lagu siapa tu... (Alif Syukri) abang nak tegur, abang nak tegur... Jadi, tak payah tegurlah buang masa saja," tegas Azwan sambil menyanyikan lagu nyanyian Datuk Seri Alif Syukri bersama Nur Sajat, Abang Nak Tegur yang menjadi tular ketika ini.
Bangun dan ambil iktibar
Bagaimanapun di sebalik kemarahannya itu Azwan berkata dia sudah maafkan mufti terbabit. "Saya maafkan mufti itu," tegas Azwan.
Mengulas mengenai keluarga besarnya Azwan beliau mengakui ia telah lama hancur. Mengakui sedih dengan apa yang berlaku Azwan mahu ia dijadikan iktibar oleh semua pihak.
"Satu persoalan yang tepat, dan saya tidak akan menyaman Malaysiakini atau sesiapa saja yang menjurus kepada kenyatan itu, bahawa keluarga Azmin Ali, Azwan Ali atau sesiapa sahaja anak arwah Haji Ali ini, berantakkan ke tahap maksimum.
"Allah SWT dah menduga, menguji keluarga arwah Haji Ali dan arwah Mak Tom (ibu Azwan) dan satu dunia bercerita tentang keluarga kami.
"Tetapi inilah musibah yang berlaku kepada keluarga saya, yang harus dikutip sebagai iktibar. "Kepada keluarga-keluarga Melayu di luar sana saya menyeru untuk bangun dan kutip iktibar ini. Bagaimana jika suatu hari nanti ia berlaku kepada keluarga tuan puan?" katanya.
Namun, kata Azwan hubungannya dengan Ummi Hafilda masih baik meskipun mengakui beliau tidak sekapal dengan adik perempuannya itu.
"Ummi ini sebenarnya sangat vokal. Vokal dia mengatasi saya sebenarnya cuma saya harus nyatakan yang saya belum lagi ke tahap untuk menidakkan Ummi sebagai darah daging.
"Dia tetap adik, cuma ada perangai-perangai dia yang membuatkan kami agak sukar sekapal. Saya rasa saya boleh terima Ummi Hafilda sebagai adik sebab apa jadi pun itu adalah dia," katanya. Menyentuh hubungannya dengan keluarga Azmin, Azwan melahirkan sedikit kekesalan dengan apa yang berlaku.
"Saya dulu banyak berhubung dengan isteri dia (Azmin) yang saya panggil Kak Shida tetapi atas beberapa perkara semasa yang saya dah sembur dia pun membuatkan hubungan kami agak renggang. "Tapi saya bukan hipokrit kerana apa yang saya sembur itu mengenai hal keluarga, tak ada kena mengena dengan pemerintahan Azmin dan biarlah hanya saya, dia dan Allah saja yang tahu," kata Azwan.
Namun, dari sudut kecil hati Azwan beliau mengagumi kakak iparnya Datin Seri Shamsida Taharin. "Azmin, Azmin tapi Shamsidar ini satu bagusnya, dia menghormati saya. Jadi, sebagai kakak ipar saya tetap menghormati dia dan biarlah Shamsida dengan dunia dia, kalau dia boleh terima saya begitu jugalah saya. Sama juga dengan anak-anak dia," kata Azwan.
GS - Jika ada isu untuk perkenakan Mufti maka Malaysiakini akan jadi berita utama. Kalau tak ada berita, mereka akan buat berita. Tujuan tidak lain nak burukkan Islam dengan pergunakan Mufti.
https://gagasansejahtera.blogspot.my
Sumber TKO - 30-12-2017
"Hameno samun barang besau2... pan baru samun kocik2 jo... akn dtg x tau lagi
KAMI PENYAMUN
(Siul)
Hoi!
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak, mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun
Lalala...
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa mau lawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun
Sing by Aziz Sattar and S.Shamsuddin
Sumber TKO - 30-12-2017
Lagi lama HAMENO memerintah... lagi JAHANAM ini negara
Posted on Saturday, December 30 @ 12:25:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37495 |
"ADA SESIAPA NAK NAFIKAN ?
Berbangga dengan pembayaran kedua yang dibuat kepada IPIC?
Hasilnya tergadailah dua bidang tanah di Pulau Pinang dan Selangor kepada China.
Media tempatan pejam mata. Tapi diluar negara bocor juga.
Rakyat disorok dari mengetahui kes gadaian atau penjualan ini.
Satu hari 1Malaysia digadainya.
Sumber TKO - 30-12-2017
Budaya macai dimulai Umno dan diteruskan oleh PH
Posted on Friday, December 29 @ 06:58:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37468 |
Assalamualaikum,,, Saya masih ingat dengan sejelas jelasnya bagaimana politik pilihanraya bertukar dengan dasyatnya pada tahun 2004.Pada tahun inilah pada ketika yahoo chat mula mendapat sambutan di kalangan rakyat bermulanya apa yang sekarang dikenali sebagai pencacai dari kumpulan cybertrooper yang ditubuhkan Umno untuk melakukan serangan saikoloji terhadap PAS yang ketika itu masih menjadi pemerintah di Terengganu.
Maka bermulalah satu budaya baru yang dikenali sebagai mencacai dan dipelupori oleh pencacai pencacai Umno yang pula diselia erat oleh pasukan perang saraf pilihanraya mereka.Walaubagaimanapun sejak akhir akhir ini kumpulan pencacai Umno sudah mula hilang,cybertrooper Umno mula menghilangkan diri tetapi diganti oleh cybertrooper atau pencacai dari parti parti PH yang secara kasarnya kelihatan banyak meniru kaedah mencacai pencacai Umno yang sudah pupus.
Pencacai Umno pada tahun 2004 banyak menggunakan hujah dan bahasa yang menghina dan mengejek, serta banyak fitnah dan cerita rekaan tentang PAS yang buruk buruk dan hari ini pencacai PH terutama dari pasukan pencacai parti kuali banyak menciplak kaedah dan cara pencacai Umno yang sudahpun pupus.
Nampaknya budaya mencacai yang sepatutnya sudah mati dengan pupusnya macai macai Umno sedang diteruskan oleh PH.Macai mereka yang sekarang sedang menguasai persada cyber negara dengan mencacai seperti macai Umno.Banyak istilah dan bahasa macai Umno diambil dan digunakan oleh macai PH untuk mencacai.Tetapi ada satu perkara yang menarik tentang budaya ini ai itu, ketika macai Umno mencacai tujuan mereka hanyalah untuk melemahkan semangat pejuang PAS dan untuk menutupi kelemahan mereka, Umno juga membawa masuk hantu hantu pilihanraya yang kemudiannya dijadikan bukti bahawa macai mereka berjaya menarik undi untuk Umno,Padahal hantu yang mengundi.
Di sinilah menariknya tentang macai PH yang berkeliaran seperti macai Umno, Apakah PH juga ada hantu yang akan melindungi macai mereka? Apakah hantu hantu PH ini akan memenangkan mereka pada PRU 14 nanti?
Malah kalau diperhatikan dulu Umno menggunakan propaganda ahli PAS masuk Umno setiap kali menjelang pilihanraya hanyalah untuk melemahkan semangat juang PAS semata sementara untuk mengundi mereka sudahpun ada hantu yang melindungi taktik saikologi mereka yang sebenarnya tidak berkesan pun! Hari ini PH meniru pula propaganda yang sama, ahli PAS masuk PH pula tanpa diketahui samaada mereka ada hantu atau tidak.
Pendek kata, peniruan taktik Umno oleh PH tidak menyeluruh, kononnya nak lemahkan PAS dengan serangan macai dan propaganda sedangkan Umno sudahpun tahu taktik ini tidak berkesan tanpa pertolongan hantu.Rasanya PH pun tahu taktik ini tidak berkesan tapi kenapa mereka buat juga?
Apakah kerana dedak yang lumayan?
Sumber TKO - 29-12-2017
Penyamum Vs Perompak, Rakyat Terseksa
Posted on Wednesday, December 27 @ 23:19:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37467 |
Najib mahu hapus legasi Mahathir antaranya membina bangunan Exchange 106 yang akan lebih tinggi dari KLCC dimilik oleh pelabur asing dari Indonesia. Begitu juga bangunan PNB 118 yang akan jauh lebih tinggi dari Exchange 106 dan KLCC juga sedang rancak dibangunkan. Bangunan ini yang akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan di ASEAN ialah 100% milik Malaysia melalui PNB.
Pada 24 November 1990, Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenarkan Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) untuk membina empangan di Sungei Linggiu.
Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.
Di bawah perjanjian ini, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.
Siapa sebenarnya yang jual negara kata orang Najib. Siapa yang sudah gadaikan tanah negara yang sebesar 216 kilometer persegi kepada negara asing, tambah mereka untuk memburuk Tun Mahathir.
Jika anda pembaca yang prihatin tentu anda tahu bahawa pertelingkahan antara Tun Mahathir dan Najib adalah soal berebut harta dan khazanah rakyat. Mereka berlumba untuk membuat sesuatu kebaikan tapi sebenarnya dalam tersembunyi mereka adalah "Perompak Wang Rakyat" demi kepentinga politi mereka.
Bila ditanya soal Najib cuba hapuskan legasi Tun Mahathir, Tun berkata "Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan."
Editor http://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 27-12-2017
Antara Mahathir dan Anwar
Posted on Wednesday, December 27 @ 16:10:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37455 |
Pada penulis, Anwar masih ada pengaruh miskipun duduk dalam penjara berbanding Mahathir yang duduk diluar berteriak sana sini.
Tun Dr.Mahathir bukan tak ada pengaruh, akan tetapi mengaruhnya kecil berbanding pengaruh Anwar.
Contoh, Tun Dr Mahathir pernah bertanding bahaaian Umno Kubang Pasu Kedah untuk jadi perwakilan perhimpunan umno selepas lepas jawatan perdana menteri, kalah ditangan bukan seorang tokoh kepimpinan.
Anwar selepas bebas dari edah seseorang banduan bertanding PRU di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Menang bergaya.
Rakyat masih beri kepercayaaan kepada Anwar untuk menjadi pemimpin Negara, manakala Mahathir tidak diberi kepercayaan oleh ahli umno Kubang Pasu untuk jadi perwakilan perhimpunan agung partinya sendiri di PWTC Kuala Lumpur selepas letak jawatan.
Entah apa akan jadi dengan Mahathir jika dia bertanding di parlimen Langkawi pada PRU 14 nanti.
Kalau di parlimen Langkawi susah nak menang, Apatah lagi di lain lain parlimen di Malaysia ini.Parlimen manakah yang wajar Tun Dr Mahathir bertanding.Sudah tentu palimen yang ada potensi boleh menang.
Kalau di tempat sendiri orang tak beri kepercayaaan sudah tentu ditempat lain menjadi lebih rumit dan sukar.Bukan macam Lim Kit Siang, mana mana parlimen pun dia boleh menang. Orang china lain berbanding orang Melayu.
Sejarah telah menentu orang Melayu mudah jadi tali barut sesiapa pun menakala China tidak demikian. Mereka tetap taatsetia dengan bangsanya sendiri.Bukan macam orang Melayu, boleh apa sahaja.
Sebab itu, penulis cadang agar Tun Mahathir bertanding di parlimen Pekan Pahang. Nampaj nya Tun Mahathir membisu. Najib nampaknya tak kisah.
Jika Tun Mahahthir bersetuju baru kena buku dengan ruas. Najib lawan Mahathir.Gajah lawan gajah , baru wajar. Tak kan Tak makan cekak.
Macam mana nak jadi perdana menteri semula kalau diri sendiri tak boleh menang pada PRU 14 nanti.
Memang Tun Mahathir ada cam untuk jadi perdana menteri kalau dia menang pada PRU 14 nanti, kerana Dap dah nak gugur senarai nama Anwar sebagai bakal calon perdana menteri.
Tun Dr Mahathir jika tak menang pilihanraya sudah tentu namanya juga akan disingkirkan. Yang pasti Lim Kit Siang dan Guan Eng lah yang akan jadi perdana menteri berbanding Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.
Maka tak ada camlah orang Melayu dalam pakatan harapan nak jadi perdana menteri selepas parti itu memang pada PRU 14 ini.
Oleh itu, pakatan Harapan yang dikatakan akan menang dan memerintah Malaysia akan buat apa sahaja agenda politiknya termasuk mengugurkan undang undang Islam dan Port Dickson akan di beri kepada yahudi, tanda terimakasih dan janji yang tersurat dan tersirat.
Sumber TKO - 27-12-2017
Suka tak suka kena terima hakikatnya
Posted on Monday, December 25 @ 13:47:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37438 |
sesungguhnya belum ada rakyat jelata yang lupa dengan peristewa 13 Mei 1969 yang China di Malaysia telah buat percubaan pertama untuk memerintah Negara milik orang Melayu ini.
Percubaan pertama kali yang dikatakan berpusat diluar Negara itu telah gagal kerana china belum cukup kuat powernya.
Melayu masih kekal berkuasa menerusi umno/BN sehingga ke hari ini miskipun banyak berlaku skandal demi skandal, termasuk jenayah kolar putih yang membuat kedudukan harta Negara perpindah tangan kepada orang China.
Apa yang ada pada orang Melayu. Ada yang kaya raya, tetapi kayaraya dengan hutang keliling pinggang dan disamping semua pemimpin kerajaan jadi bilioner dan pengkhianat bangsa, Negara dan agama.
Kali ini orang China akan melaksanakan langkah kedua untuk memerintah Negara satu Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak menerusi pilihanraya dan dibantu orang Parti bersatu yang di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir.
Tun Mahathir memang tidak suka apabila disebut sebagai tokoh utamamembantu China DAP untuk menguasakan Negara ini , kerana beliau terpksa berbuat demikian atas sebab perdana menteri yang dia restu itu tidak selari dengan kehendaknya.
Antara lain Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan tokoh yang masih ada pengaruh membantu DAP untuk menguasai Negara satu Malaysia.
Kedua dua tokoh ini Nampak dengan jelas sangat suka Negara ini diserah kepada orang China, kerana kerajaan China di Singapura lebih baik berbanding kerajaan Malaysia yang diperintah Umno/BN.
Akan tetapi kita juga jangan lupa segala usaha Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kebelakangan ini suatu kesenambungan perdana menteri terdahulu semacam sangat suka menyerah Negara ini kepada orang China .
Contoh yang boleh dipercayai sudah banyak harta Negara dijual kepada syarikat milik orang China dari Negara China melalui kerjasama syarikat milik orang Dhina di Malaysia yang rata rata punya power yang kuat dan besar.
Suka tak suka kita kena terima hakikatnya berdasar apa apa yang tersurat dan tersirat jalan sukar sebelum ini dan jadi sudah mudah jalannya, mudah untuk memerintah dan menjadi perdana menteri di Malaysia ini.
Bayangkan, 60 peratus tanah Negara sudah jadi milik orang China dan 90 peratus ekonomi berada ditangan orang China. Pendek kata harta Negara sudah ada pada tangan orang China dek kerakusan para pemimpin melayu yang ikut hawa nafsu .
Mereka, masing masing duduk kumpul harta peribadi sehingga ini dikatakan setiap menteri ada harta RM 300 juta setiap orang. Itu menteri bagaimana pula perdana menteri dan bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan kroni kroninya..
Sumber TKO - 25-12-2017
Semakin jelas, PRU 14 bakal menemukan PAS dan PH!
Posted on Monday, December 25 @ 13:45:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37437 |
Assalamualaikum,,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Kerja kerja pelapor mukthakir ini menunjukkan satu trend, ia itu kemorosotan PAS dan peningkatan kekuatan parti parti PH menerusi penhijrahan ahli PAS kepada parti parti PH.Ada beberapa lapuran yang sudah diterbitkan.Ada pasal ahli PAS masuk PPBM, ada yang masuk PAN kuali dan dan juga ADUN PAS yang dikatakan lompat ke PKR kerana tawaran PKR lebih tinggi dari parti lain.Ada juga lapuran yang menyebut akar umbi PAS mendesak PAS untuk menyertai PH dan kata Ustaz Idris Ahmad, sebentar lagi akan ada laporan yang mendakwa akar umbi akan desak dibubarkan PAS.
Pokok persoalannya, apakah semua lapuran yang dibuat ini benar? Kalau benar, bermakna PAS sudah lumpuh dan tidak mampu lagi bertanding dalam PRU 14.Tetapi sekadar renungan, TGHH baru mengumumkan PAS akan bertanding lebih dari 130 kerusi parlimen dan kalau parlimen PAS sudah mengesahkan sekurang kurangnya 130 kerusi, kiralah sendiri berapa kerusi dewan undangan negeri yang akan ditandingi oleh PAS?
Begitu juga mengenainya lompat parti, kenapa tunggu sehingga hujung penggal baru nak lompat? Kenapa tak ada tawaran yang dibuat lebih awal, kenapa nak tunggu hujung penggal? Lagipun sudah terbukti dalam sejarah lompat parti, ADUN dan MP PAS tidak pernah terpengaruh oleh mana mana tawaran dari parti lain untuk melompat.Kes lompat parti yang terjadi sebelum ini bukan kerana tawaran kebendaan tetapi kerana yang melompat itu sudah jemu dengan perjuangan Islam dan memilih untuk berada bersama sama puak liberal, bermakna kalau ADUN yang disebut itu mahu melompat, sudah lama mereka melompat bersama sama katak katak liberal dulu.Kenapa perlu tunggu sampai akhir penggal?
Kita percaya ADUN yang disebut akan melompat itu bukan ADUN yang gilakan dunia tetapi pejuang Islam yang istiqamah dan 100% pasti tidak akan melompat keluar ke lapangan liberal.PAS tetap dipercayai sebagai Jemaah Islam yang istiqamah membawa wadah perjuangan Islam yang tulen.PAS tetap utuh dan kukuh serta sudah bersedia berdepan dengan sesiapa saja dalam PRU 14.PAS tidak loghat untuk mencipta propaganda untuk melemahkan lawan mereka sebaliknya sudahpun memulakan usaha menemui pengundi untuk membentangkan agendanya.PAS tidak perlu kepada propaganda untuk menyertai PRU 14 kerana PAS tetap yakin dengan kekuasaan ALLAH, yakin yang bakal memenangkannya ialah ALLAH.Begitu juga kalau PAS tewas, itu juga ketentuan ALLAH.Bukan propanganda yang menjadi penyebabnya.
Kalau PAS tak perlukan propaganda siapa yang memerlukannya?
Melihat situasi dan elemen elemen dalam berita yang disebarkan, nampaknya yang memerlukannya ialah PH.Sebab elemen berita yang mengatakan ahli PAS lompat kepada PH menunjukkan PH lah yang berkepentingan dalam kejadian lompat ini.PH mungkin sudah tidak mampu menambah ahli dari kalangan pengundi atas pagar dan dari kumpulan ahli ahli Umno/BN maka PH berharap dapat menambah ahli dari kalangan ahli PAS.
Sambil PAS terus kukuh dan teguh pada ketika berita berita lompat parti yang disebarkan, maka amat pasti berita yang disebarkan itu hanyalah satu bentuk propaganda yang bepihak kepada PH yang sekaligus membuktikan bahawa lawan PAS dalam PRU 14 nanti ialah PH bukannya BN.Propaganda itu juga menjelaskan satu perkara, PH lebih bimbang akan kalah kepada PAS daripada kalah kepada BN.
Yang peliknya, tidak ada sebaran mengenai agenda sebenar PH diedarkan selain dari retorik selamatkan negara dari lanun.Apa yang nak diselamatkan pula cuma wang rakyat yang dibazirkan oleh Najib/Umno.Yang lain tak ada pula disebutkan terutamanya Islam malah sebaliknya PH kelihatan mesra dengan puak puak LGBT dan Liberal seperti mahu memberikan hak kepada puak puak ini.
Jadi kalau PH tidak ada agenda menyelamatkan umat Islam dari LGBT dan liberal, bagaimana mungkin PH boleh menggunakan propaganda lompat parti sebagai senjata meraih undi dari pengundi pengundi Islam yang sudahpun dibentangkan apa yang PAS akan buat kalau menang PRU 14?
Sumber TKO - 25-12-2017
Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan
Posted on Sunday, December 24 @ 14:02:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37419 |
Sabtu lalu, bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor dengan perisytiharan beliau akan bersama berkempen untuk Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
Tetapi Khalid tidak atau belum menyertai semula Umno.
Dalam tugas ini, Khalid akan bersama bekas menteri besar Selangor yang terdahulu, Tan Sri Muhamad Muhd Taib (1986-1997), Tan Sri Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Datuk Seri Khir Toyo (2000-2008) bagi menentang Datuk Seri Azmin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Bagaimanapun, dalam majlis itu tidak diisytiharkan siapakah yang bakal menjadi menteri besar Selangor jika BN menang.
Buat masa ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar.
Beberapa bulan lalu, Khalid menghadiri acara besar anjuran PAS di Terengganu. Sebelum acara itu, dispekulasi beliau akan menyertai PAS. Tetapi ternyata spekulasi itu meleset.
Setelah tidak bersama dengan PKR, Khalid masih tidak berparti. Namun adalah jelas, beliau mesra dengan PAS. Kini dengan kehadiran Khalid dalam acara Umno itu, beliau juga mesra Umno. Ini menunjukkan beliau mesra dengan kedua-dua PAS dan Umno.
Maka ia juga selaras dengan suasana baharu politik iaitu PAS dan Umno adalah saling mesra. Khalid adalah menteri besar Selangor pertama yang bukan daripada Umno. Tetapi beliau juga bekas ahli Umno. Selain itu, beliau juga bekas ahli PKR, seperti juga Mat Taib (yang juga bekas ahli PAS).
Mat Taib meninggalkan Umno dan menyertai PAS semasa kempen pilihan raya umum ke-13. Ketika itu, PAS masih anggota Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Apabila berlaku krisis dalaman PAS yang menghasilkan 2 pihak pada 2015, beliau kelihatan lebih hampir dengan Gerakan Harapan Baru yang akhirnya menubuhkan Amanah.
Tetapi apabila Amanah ditubuhkan, Mat Taib tidak menyertai parti baharu itu, sebaliknya beliau menyertai PKR, bersama Datuk Kamaruddin Jaffar.
Tetapi ketika Mat Taib menjadi MB, jawatan tertingginya ialah naib presiden Umno dan beliau merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun begitu, apabila berlaku krisis dalaman Umno yang menyaksikan pemecatan Anwar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, Mat Taib tetap bersama Umno.
Sebaliknya, Khalid yang menyertai PKR dan menjadi calon pilihan raya parti itu. Walaupun pada mulanya kalah dalam kedua-dua pilihan raya itu, beliau menang dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya umum tahun 2008 yang membolehkan beliau menjadi MB di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Bukan orang Mahathir atau orang Anwar
Sebelum menyertai politik, Khalid adalah tokoh korporat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mencapai kecemerlangannya ketika pemerintahan Dr Mahathir. Beliau dikenali sebagai tokoh Melayu yang artikulat dalam pembicaraannya, dengan rancangannya di radio yang mana ulasan beliau mengenai isu ekonomi adalah popular di kalangan pendengar Melayu yang baru celik mengenai dunia kewangan dan pelaburan.
Khalid menjadi sosok contoh dalam pandangan dunia Melayu Baharu ketika Malaysia berada di bawah gandingan Mahathir-Anwar. Namun begitu Khalid tidak dikenali sebagai “orang Mahathir” atau “orang Anwar” ketika itu.
Maka ketika beliau menceburkan diri dalam politik Umno, iaitu dari peringkat bahagian, beliau gagal meraih sokongan di peringkat itu. Maknanya dalam Umno, beliau tidak diberikan tempat baik di peringkat pusat, mahupun di peringkat negeri, malah di bahagian, walaupun nama beliau adalah harum bukan saja di kalangan orang Melayu, tetapi juga masyarakat Malaysia.
Sebaliknya, Dr Mahathir memilih Abu Hassan Omar menggantikan Mat Taib yang terpalit skandal wang tunai berlebihan di Australia.
Dalam pelantikan Abu Hassan itu, pilihan raya kecil DUN terpaksa diadakan bagi memberi kerusi negeri untuk beliau.
Begitu juga apabila Dr Mahathir memilih Khir Toyo sebagai MB menggantikan Abu Hassan yang juga diturunkan atas sebab skandal.
Ketika pemilihan Khir itu, antara pemimpin Umno dan menteri kanan yang amat rapat dengan Dr Mahathir ialah Tun Daim Zainuddin.
Umno dan Selangor
Rekod Umno Selangor yang begitu rupa menjadikan pihak pembangkang bertambah popular. Tetapi sejak sebelum merdeka, Umno adalah popular di kalangan orang Melayu Selangor dengan sumbangannya terhadap kedudukan ekonomi Bumiputera. Tetapi ia tidak popular di kalangan orang Cina terutama mereka yang berasal dari golongan pekerja lombong.
Semasa Darurat, terdapat banyak kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) di negeri itu.
Maka sejak merdeka, pembangkang utama adalah dari kalangan Cina sementara orang Melayu adalah jitu dalam sokongan kepada Umno. Lebih-lebih lagi Umno Selangor dipimpin oleh tokoh Melayu iaitu Datuk Harun Idris yang dilihat mampu untuk bukan saja menjadi MB tetapi juga perdana menteri.
Walaupun terdapat kehadiran pembangkang Melayu di Selangor dalam bentuk Parti Rakyat Malaya (PRM) dan PAS, mereka tidak menjejaskan kekuatan Umno dan Perikatan. Sebelum 1969, parti pembangkang utama ialah Front Sosialis Rakyat Malaya yang dianggotai oleh Parti Buruh Malaya (PBM), PRM dan Parti Konvensyen Kebangsaan (NCP).
NCP terdiri daripada bekas ahli Umno yang diketuai Aziz Ishak, bekas menteri pertanian era Tunku Abdul Rahman. Mereka bergerak di Selangor.
Dalam pilihan raya 1969, Front Sosialis sudah terbubar kerana pendaftaran PBM terbatal. Akibatnya, bekas ahli PBM berpecah. Sebahagiannya menyertai PRM. Yang lain pula menyertai Parti Gerakan dan DAP yang baru ditubuhkan.
Keputusan pilihan raya umum 1969 adalah mengejutkan. Gerakan dan DAP menang banyak kerusi hingga hampir dapat menubuhkan kerajaan negeri. Tetapi kemudiannya pembangkang berpecah dengan Gerakan serta PAS menyertai BN.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan yang mengurangkan kawasan majoriti Cina di Selangor.
Dalam Umno, cabaran Harun Idris terhadap kepimpinan, pada mulanya terhadap Tun Razak Hussein, dan kemudiannya kepada Tun Hussein Onn, dapat dipatahkan apabila MB itu disabit kesalahan rasuah dan dipenjarakan.
Apabila berlaku krisis Umno pada 1988, Harun menyertai Semangat 46 yang mengadakan pakatan dengan DAP melalui Gagasan Rakyat, dan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah.
Tetapi dalam pilihan raya 1990, walaupun DAP dapat meraih undi, parti pembangkang Melayu tidak mendapat sokongan. Begitu juga dalam pilihan raya 1999. walaupun kelihatan PKR dan PAS mula bertapak dengan kemenangan beberapa kawasan tetapi kerajaan BN Selangor tidak terjejas.
Atas rekod inilah, menjelang pilihan raya umum tahun 2008, Khir Toyo boleh menyatakan bahawa BN boleh menang semua kawasan DUN negeri itu.
Kebangkitan Khalid
Dari sejak sebelum pilihan raya lagi, pembangkang seperti Barisan Alternatif dan DAP telah menaikkan nama Khalid sebagai bakal Menteri Besar jika mereka menang.
Ketika itu, Barisan Alternatif terdiri daripada PKR dan PAS. Sementara DAP yang sudah keluar daripada Barisan Alternatif tetap menjadi sekutu mereka. PSM pula bertanding atas tiket PKR di Selangor.
Maka apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan, Khalid dengan mudah disokong untuk menjadi MB. Walaupun pada detik-detik kemenangan itu terdapat usaha untuk menghalang beliau daripada memegang jawatan itu.
Ini kerana ada sekumpulan pemimpin PAS dan Umno berusaha di saat akhir untuk membentuk kerajaan Melayu di Selangor. Usaha mereka gagal kerana umumnya orang PAS mahukan kerajaan Pakatan Rakyat. Undi yang diperoleh calon PAS adalah juga datangnya dari penyokong DAP, PKR, PSM dan lain-lain pihak pembangkang yang menolak kerajaan negeri Umno dan BN.
Kejatuhan Khalid
Selepas pilihan raya 2013, PAS dan PKR bergolak. Anwar melakukan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan dirinya bagi jawatan Menteri Besar. Tetapi Anwar dipenjarakan sebelum pilihan raya kecil diadakan.
Maka Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dirancang untuk dijadikan MB. Walaupun beliau menang, Khalid enggan turun untuk bagi ruang kepada ketuanya. DAP dan PKR menyokong Dr Wan Azizah, tetapi PAS mahukan Khalid menjadi MB.
Inilah bermulanya keretakan Pakatan Rakyat. Tetapi Khalid akhirnya gagal kerana ada ADUN PAS enggan menyokong beliau
Namun, Dr Wan Azizah juga gagal menjadi MB. Pilihan calon PKR kedua iaitu Azmin yang berjaya enyandang jawatan itu.
Kini Khalid bersama dengan BN dan PAS untuk menghalang Pakatan Harapan daripada berkuasa. Walaupun banyak rakyat Selangor dipercayai masih kuat menyokong pembangkang, undi mereka akan berpecah apabila berlaku pertandingan 3 penjuru.
Melihat rekod Pakatan Rakyat itu, ada kalangan penyokong pembangkang pasti kecewa dengan gelagat pemimpin PKR dan PAS termasuk Khalid.
Pada masa sama, pihak pembangkang mempunyai pendokong baharu iaitu dari PPBM yang kini menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
ZIN MAHMUD
Sumber TKO - 24-12-2017
Pembongkaran isu Wang Kelian, Felda ‘kebetulan’ terancang?
Posted on Sunday, December 24 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37423 |
Minggu lalu, musim tengkujuh di Malaysia tidak dapat menurunkan suhu politik negara apabila terbongkarnya dimensi baru di dalam skandal pembunuhan beramai-ramai di Wang Kelian pada 2015 dan juga Felda yang kehilangan tapak ibunya di Jalan Semarak.
Lebih menarik ialah kedua-dua isu ini dibongkar akhbar pro-kerajaan, iaitu New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH) secara bergilir-gilir pada 20 Disember dan 21 Disember lalu.
Wang Kelian merupakan sebuah bandar di Perlis. Ia berada dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran bandar Satun di Thailand.
Wang Kelian pernah menjadi isu sensasi ekoran terbongkar penemuan kubur-kubur manusia dan kem pemerdagangan manusia melibatkan 139 mayat terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak oleh polis di lokasi itu.
Selepas menyiasat isu Wang Kelian selama 2 tahun, NST mendedahkan polis sebenarnya mengetahui kem pemerdagangan manusia itu sejak 19 Januari 2015, bukannya 25 Mei 2015 ketika polis mengumumkan mereka menemui 28 kem sementara pemerdagangan manusia yang dipenuhi rangka manusia di Wang Kelian.
Laporan itu turut mendedahkan kem tersebut masih beroperasi ketika ditemui polis dan bukannya dikosongkan 3 minggu sebelum ditemui sepertimana yang didakwa polis sebelum ini.
Pendek kata, di dalam laporan tersebut, NST mempertikaikan mengapa polis membiarkan kes tersebut terbiar sejurus ditemui pada Januari tanpa sebarang tindakan selama hampir setengah tahun lamanya.
Bukan itu sahaja, hasil siasatan NST juga mendakwa wujudnya cubaan menutup kes berprofil tinggi berkenaan, termasuk mengubah fakta kes. NST juga mendakwa polis mengeluarkan arahan agar kem-kem berkenaan dimusnahkan sebelum siasatan forensik dijalankan.
NST juga menimbulkan beberapa persoalan menarik. Antaranya, kenapa penemuan kem itu dirahsiakan? Siapa yang memberikan arahan agar dimusnahkan dan dibersihkan lokasi kejadian?
Sehari selepas negara digemparkan dengan pendedahan Wang Kelian, Berita Harian tampil mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Menurut sumber BH, perkara itu terjadi setelah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Dan semua ini berlaku di zaman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik pengerusi Felda oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isa dilantik menjadi pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
Pendedahan ini terus memberikan tekanan terhadap BN dan memaksa Pengerusi Felda baru, Tan Sri Shahrir Samad membuat sidang media tergempar untuk menjawab isu berkenaan.
Di dalam jawapannya, Shahrir berkata, beliau sudah mengetahui isu ini sejak akhir Januari dan mengambil beberapa langkah untuk cuba mendapatkan kembali hak milik tanah tersebut kepada Felda. Namun, sehingga kini belum berhasil.
Malah, menurut Shahrir, laporan polis sudah dibuat. Cuma yang peliknya, ia hanya dibuat pada Disember, selepas 11 bulan isu ini diketahui Shahrir.
Apakah Shahrir ada memaklumkan perkara ini kepada PM apabila beliau mengetahui isu ini? Persoalan ini ditanya kerana ramai yang mempersoalkan mengapakah PM baru mengarahkan siasatan ke atas Felda, sekiranya perkara ini sudah diketahui Shahrir sebegitu lama? Ataupun ada unsur percubaan untuk menyelesaikan perkara ini di belakang takbir tanpa pengetahuan umum?
Terdapat banyak persamaan dalam kes pendedahan Wang Kelian dan Felda.
Pertama, kedua-dua skandal ini kini di bawah tanggungjawab polis.
Kedua, kedua-dua skandal ini terletup di waktu yang sebegitu hampir dengan pilihan raya, dan akhbar yang membongkar kedua-dua isu ini pula ialah akhbar pro-kerajaan. Mengapa kedua akhbar ini sebegitu berani di saat begitu getir bagi BN menjelang pilihan raya umum ke-14?
Ketiga, kedua-dua isu ini merugikan Umno-BN dan memberi kelebihan kepada pembangkang, sama ada PAS mahupun Pakatan Harapan.
Di dalam politik, tiada asap tanpa api dan tiada perkara yang bersifat kebetulan. Semuanya terancang. Pendedahan skandal Wang Kelian “kebetulan” memberikan tekanan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri dalam negeri yang bertanggungjawab terhadap polis.
Pendedahan kehilangan tanah Felda pula “kebetulan” memberikan tekanan kepada PM selaku orang yang melantik Isa. Apakah ini bukan “kebetulan” yang dirancang?
Kedua-dua isu ini bakal menjadi hangat pada PRU14, terutamanya isu kehilangan tanah Felda di mana ia dijangka menjadi sehangat isu NFC (National Feedlot Corporation) pada PRU13 dulu.
TIMMY SAY
....http://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 24-122-2017
Assalamualaikum,,,, Selawat dan Salam ke atas junjungan.....
Nampaknya tradisi ahli PAS keluar parti berterusan setiap kali menjelang PRU.Kes keluar parti ini sudah menjadi satu porpangada murahan yang menjadi amalan tetap Umno tetapi kali ini nampaknya yang meneruskan tradisi Umno ialah parti serpihannya,PPBM apabila mengumumkan 97 ahli PAS Kubang Pasu keluar parti dan menyertai PPBM.Nampaknya, PPBM pun berminat dengan ahli PAS bukan Umno!
Bayangkan kalau ahli PAS yang diburu oleh parti yang ditubuhkan untuk mengambil alih tempat Umno bagaimana ianya mampu mengkuburkan Umno? Nampaknya bukan Umno yang mahu dihapuskan tetapi PAS.Itu yang tersirat dari kisah penglipurlara yang baru didendangkan oleh PPBM yang mewakili PH, PH sebenarnya lebih takut kepada PAS berbanding Umno sedangkan mereka mahu mengambilalih tempat Umno untuk memerintah.
Ataupun PH mula sedar akan kehadiran PAS yang boleh menghalang mereka mencapai cita citanya?PAS lebih dulu perlu dimatikan sebelum Umno.Tetapi tanpa sedar mereka juga memberi peluang yang baik kepada Umno untuk terus bertahan.Sebabnya kesibukan PH mematikan PAS akan memberi ruang kepada Umno untuk terus hidup, maka akhirnya cita cita PH untuk mengambil alih pemerintahan akan hancur.
Situasi begini hanya menguntungkan Umno, itupun kalau berita ini benar.PAS Kubang Pasu menafikan 97 orang yang menyerahkan borang keahlian PPBM kepada Mukhris itu ahlinya sebaliknya mendedahkan mereka semua adalah ahli PAN kuali Kubang Pasu, ahli PAS masih dan tetap istiqamah dengan jemaah.
Penafian PAS ini menunjukkan samaada PPBM sebenarnya mencuri ahli kuali bukan PAS atau mengadakan satu lakonan lawak dengan kerjasama kuali.Kalau kemungkinan kedua ini benar, maka jelaslah ianya merupakan taktik PH untuk mendapatkan sokongan pengundi.Cuma bagaimana agaknya PH boleh meraih sokongan pengundi Umno dengan berita seperti ini?
Apakah dengan mensasarkan kepada ahli PAS, PH fikir akan mampu mengalihkan sokongan kepada Umno? Apakah mereka tidak fikir agenda sebenar yang hendak dibuat selepas menang PRU itu lebih baik untuk meraih sokongan? Sebab itu tak ada lagi kedengaran agenda pentabdiran yang kukuh dari PH, yang ada hanyalah retorik selamatkan negara sambil banyak dakwaan dakwaan yang tidak dibuktikan dilemparkan baik kepada Umno dan PAS serta peliknya PAS yang lebih banyak diserang seolah olah PASlah yang pegang kuasa memerintah.
Agenda sebenar PH tak pernah kedengaran.PRU sudah semakin hampir.pertandingan 3 penjuru semakin kelihatan dan gerakkerja PH juga semakin terserlah, menyerang PAS untuk menang PRU
Sumber TKO - 24-12-2017
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
2017 semakin hampir melabuhkan tirainya dan 2018 bakal tiba sejurus selepas DAP evangelis menyambut krismasnya dan dengan itu juga menandakan PRU 14 akan tiba tidak berapa lama lagi.Persiapan untuk PRU 14 sudahpun bermula, kempen kempen untuk memenangkan parti Islam sudahpun berjalan.Lujnah penerangan semakin giat menemui pengundi untuk membentangkan agenda parti yang di dalamnya terkandung senarai penuh berkaitan perundangan,ekonomi,urus tadbir, pendidikan dan semua urasan hidup yang mahu digubah untuk mengikut petunjuk Addin yang benar.
Maka itulah makna PRU 14 kepada umat Islam yang masih sayangkan ugamanya, yang sayangkan Nabinya dan sayangkan generasi zuriat keturunan anak anaknya.Umat Islam perlu menyumbang kepada kempen PRU 14 untuk kemenangan Islam, bukan hanya kemenanagan PAS dan tidak perlu takut dengan kempen saikologi yang digunakan oleh musuh politik.
Kalau musuh masih ada yang gunakan taktik macai atau cybertrooper yang beperanan untuk membuat provokasi maka ianya tetap perlu dihadapi.Kalau tahun tahun lalu, kita sibuk dengan cacai dari pencacai Umno tapi kali ini cacai itu pula datang dari kem PH, terutamanya dari parti kuali yang tak ada kerja lain selain mahu melemahkan PAS tanpa apa apa nilai tambah kepada peningkatan hidup umat Islam.
Hakikat macai kuali nampaknya semakin menjadi kenyataan apabila boleh dikesan peningkatan aktiviti cacai mereka di FB, Whatsapp group dan juga di TKO sendiri serta di banyak tempat siber lagi.
Hebat manapun serangan mereka, kiita tak perlu takut, sebaliknya perlu meningkatkan ketahanan diri tetapi kalau diperhatikan kebanyakan cacai macai kuali ini samaada berbentuk fitnah yang akan kantoi sendiri atau peniruan dari macai Umno yang sudah pupus dan sudahpun dijawab lama dulu.Oleh itu rasanya tak banyak yang perlu dirisaukan pasal macai kuali ini, lagipun kuali dan PH dipercayai tidak mempunyai hantu, hanya jin khayalan Husam sahaja yang sebenarnya tidak akan mampu melakukan cover up untuk macai mereka tidak seperti hantu hantu Umno yang sering menjadi cover up kepada macai mereka dahulu.
La tahzan,,,
Sumber TKO - 24-12-2017
PAS ceramah kutuk Kuali?
Posted on Friday, December 22 @ 21:53:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37405 |
Assalamualaikum Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....
Agak lama saya tak melihat group whatsapp dan ketika meninjaunya semalam saya tersenyum sendiri melhat gelagat macai macai kuali yang berkeliaran dalam group.Ada posting yang menyebut ahli kuali adalah anak didik AUFN dan ATGNA sedangkan ahli PAS hanyalah waluan TGHH dari azali.Hebatnya ahli kuali yang mahu macai kuali tunjukkan kepada umum sehingga ada satu posting yang membandingkan antara kerajaan PAS Kelantan dan DAP Penang.PAS yang sudah memerintah Kelantan sejak 1990 dikatakan tidak pandai memerintah tak seperti DAP yang baru nak masuk penggal kedua memerintah sudah menunjukkan kehebatan memerintah.Di bawah posting itu tertulis nama seorang Ustaz(lupa namanya).
Dakwa posting tersebut PAS hari hari mengadakan ceramah di Kelantan padahal mereka memerintah dan dalam setiap ceramah itu pula mengutuk kuali seperti tak ada kerja lain selain mengutuk kuali berbeza dengan Penang yang DAP tak pernah buat ceramahpun tetapi sentiasa ada kemudahan untuk rakyat diperkenalkan.
Sekali pandang nampak macam betul dakwaan ustaz kuali ini, tetapi apabila dihalusi rupa rupanya sekadar indah khabar dari rupa dalam usaha untuk menipu rakyat memberi sokongan kepadanya.Tak ada apa yang istimewa dengan DAP Penang kecuali menggunakan dana rakyat untuk mengkaburi rakyat terutama orang Islam sedangkan sebenarnya DAP tetap dengan agenda mereka, evangelis! Ustaz ini menonjolkan umpan dunia untuk memuji DAP di Penang dan mengumpan pula dengan perangai kuali yang mengada ngada di Kelantan untuk memancing PAS menerusi respon mereka yang nampak seperti ceramah politik di negeri yang mereka kuasai.Dari situ dia cuba menunjukkan PAS hanya pandai berceramah tetapi tak pandai memeritah.
Kuali di Kelantan sejak awal awal penubuhannya lagi sibuk dengan fitnahnya kepada kerajaan negeri dn sibuk untuk memburuk burukkan kerajaan negari.Perkara ini tidak diberitahu oleh ustaz itu dalam postingnya.Sehingga tidak kering gusi Husam kuasa 10 membuat fitnah demi fitnah dan sebagai langkah membetulkan fitnah itu, PAS mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis penerangan kepada rakyat.Inilah yang dikatakan ceramah politik di negeri yang dikuasainya sendiri dan penjelasan yang PAS berikan kepada fitnah kuali itu pula dikatakan mengutuk kuali.
Punca kepada kutukan PAS itu datang dari kuali, tetapi kemudian macainya ambil sebagai satu bentuk keburukan PAS.Inilah yang semacam dilupakan oleh ustaz macai kuali itu, sikap kebudak budakan yang tidak terlebih dahulu mengkaji punca kejadian serta mengandaikan semua orang yang baca cacainya itu akan percaya kepadanya.
Sambil itu, kalau PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990 tidak pernah terbabit dengan sebarang kes salahguna kuasa tak seperti di Penang, DAP baru nak masuk 2 penggal memerintah sudah ada satu kes salahguna kuasa yang sedang dibicarakan, bagaimana boleh ustaz itu mendakwa kerajaan Penang lebih baik? tak masuk lagi kes banjir baru baru ini yang menyebabkan KMnya terpaksa menelan semula air liurnya dalam tuduhan kerajaan kelantan tak pandai urus negeri ketika banjir di Kelantan dulu.Siapa mahu percaya kata kata yang tidak boleh dibuktikan dengan kejadian sebenar?
Agak lucu memikirkan cara macai kuali gunakan untuk meraih sokongan pengundi.Apa mereka fikir dengan mengadakan plot cerita seperti penglipurlara seperti itu yang longgar dan tak berfakta, orang ramai akan menyokong parti kuali mereka? Lucu kerana kaedah yang mirip kepada kaedah saikologi ini digunakan oleh parti parti politik sekular dan liberal untuk melemahkkan lawan mereka, sama seperti digunakan oleh Umno hasil idea mahathir dulu melalui cybertrooper atau macai mereka hanya untuk melemahkan semangat ahli PAS, itu saja!
Kualipun nak lemahkan semangat ahli PAS dengan kaedah yang sama? Apa Kuali ada hantu seperti Umno untuk menang PRU? Atau kuali hanyya melakukannya hanya dengan tujuan mendapatkan sokongan pengundi?
Berpijak di bumi nyata, lujnah penerangan PAS sudahpun mengerakkan usaha menemui pengundi bagi menjelaskan agenda PAS pada ketika kuali terus menerus dengan lawak mereka mendakwa presiden PAS kaki ponteng dewan, dikuasai oleh Najib dan ada juga yang masih menyebut tidak boleh dipercayai, bila bila masa boleh bergabung dengan Najib.kesian kuali hidup dengan angan angan sedangkan orang sudahpun bersiap untuk naik ke bulan.
Setakat hari ini, belum kedengaran lagi apakah agenda sebenar kuali! yang ada hanya sembang sembang bahawa parti Islam itu furu, boleh ada lebih satu parti tapi kuali tidak menunjukkan sedikitpun unsur unsur Islamnya cuma boleh didengari di mulut sahaja, mereka boleh bersengkongkol dengan pemimpin yang tidak benarkan isterinya tutup aurat, boleh bersengkongkol dengan pemimpin pati bukan Islam yang anti Islam dan melawan usaha memartabatkan perundangan Islam.
Parti Islam itu benar furu, tapi jemaah Islam bagaimana?
Sumber TKO - 22-12-2017
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammad yang ada cita cita untuk jadi perdana menteri semula telah menyatakan yang dia akan bertanding di perlimen Langkawi.
Penulis menyatakan, mengapa mesti bertanding di parlimen Langkawi Pengerusi.
Kalau hendak jadi perdana menteri semula tempat yang terbaik bagi Tun pada PRU 14 ini, tidak lain dan tidak bukan di Parlimen Pekan Pahang.Tun Mahathir Mohammad lawan Datuk Seri Najib Razak
Jika di Parlimen Pekan munasabah juga dan sangat tidak munasabah jika ambil keputusan bertanding di Langkawi miskipun Tun sebagai pengerusi parti Bersatu bahagian pulau Lan itu.
Sebelum penulis buat ulasan, sudah tentu anda tahu jawapannya mengapa Tun Mahathir sudah ubah keputusan dulu kepada keputusan baru bahawa yang dia tidak bertanding mana parlimen pada PRU 14 ini.
Barang kali dia sendiri bukan Pakatan Harapan, hasil dari kajian demi kajian yang dirinya (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak yakin boleh menang miskipun bertanding di parlimen Langkawi.
Sebab itu dia sendiri berkata yang dia akan melupakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Sebab musababnya antara lain desas-desus yang bertebaran di pulau lagenda itu, meskipun Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Langkawi, namun jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sana dikatakan sedang menghadapi masalah.
Mudah faham, bahawa terdapat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM di Bahagian Langkawi yang tidak berpuas hati dengan persediaan parti itu menghadapi PRU khususnya berhubung penyusunan jentera pilihan raya.
Mahathir pula dikatakan amat jarang dan boleh dikatakan hampir tidak pernah mempengerusikan mesyuarat parti di Bahagian berkenaan meskipun beliau adalah Ketua Bahagian PPBM di Langkawi.
Dikatakan ekoran ketidakhadiran Mahathir, difahamkan bahawa boleh dikatakan hampir semua mesyuarat parti di Bahagian itu terpaksa dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagiannya, Shukor Bahari.
Jika inilah puncanya, sudah tentu Tun Mahathir tidak ada harapan untuk menang jika bertanding di Pulaunya itu.Bukan setakat tak boleh menang malah mungkin boleh hilang wang pertaruhan.
Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga telah menyatakan yang dia setakat hari ini kemungkinan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi yang dimenangi PRU 13 dahulu.
Jika benar cerita itu, sah bukan ayahandanya sahaja yang tak yakin boleh menang, malah anakandanya juga turut tidak yakin boleh menang bertanding mempertahankan kerusi yang dimenanginya.
Punca sebenar, tidak lain dan tidak bukan ialah pasal tak ada jentera pilihanraya parti Bersatu yang punya cita cita nak tumbang umno/BN pada PRU 14 nanti.
Sumber TKO - 21-12-2017
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas junjungan.......
Perjalanan untuk berjuang pada PRU 14 sudah bermula.Amanat Hadi yang sering dilaungkan oleh parti lawan, mula mula Umno dan kini oleh Kuali dan parti bunga PH sedang meresapi seluruh warga PAS baik ahli mendaftar atau penyokong yang menjadi pengikut kuat jemaah tanpa mendaftar ahli parti.Amanat Hadi akan jadi bekalan perjuangan tetapi bukan perjuangan Memali seperti didakwa Mahathir tetapi perjuangan untuk menang PRU 14 untuk Islam.Dari itu sudah tiba masanya setiap ahli baik yang mendaftar sebagai ahli parti atau yang hanya mendaftar sebagai ahli Jemaah Islam secara lisan sahaja turun berjuang untuk PAS dan untuk Jemaah Islam.Pendeknya sesiapa yang mahu berada dalam Jemaah Islam yang syumul perlu menggerakkan sesuatu untuk berkempen.
TGHH baru mengatakan “Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” sejurus mengumumkan PAS akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen pada PRU 14, bermakna gendang perang sudah dipukul dan perlu disahut oleh semua ahli dan penyokong.
Berkempen untuk memperluasan maklumat mengenai apa yang TGHH sebut agenda ekonomi, pendidikan, pentadbiran yang bebas rasuah dan sekaligus membuktikan apa saja yang didakwa oleh parti lawan terutamanya pati kuali dan bunga serta roket termasuk juga oleh beberapa pemimpin lawak dari parti mata tidak benar sama sekali.
Parti parti ini pernah mendakwa PAS tidak berminat menang PRU dan mendakwa PAS terima rasuah serta mahu bergabung dengan Umno.Semua yang disebut oleh TGHH sudah jelas kepada kita betapa tidak benarnya dakwaan kosong mereka.Inilah yang perlu kita semua bawa ke tengah masyarakat agar mereka faham kedudukan sebenarnya.Tugas kita menyampaikan maklumat yang betul agar pengundi tidak lagi tersalah pilih seperti sebelumnya yang mengakibatkan rakyat merana.
Rakyat juga perlu disedarkan agar tidak lagi memberi sokongan atau undi kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan rakyat merana.Mana mungkin menyokong orang tersebut yang mendakwa mahu menolong rakyat sedangkan lebih 20 tahun dia memebawa kesengsaraan kepada rakyat! Rakyat harus sedar dan menjadi tugas kita semua menyedarkan rakyat.
Rakyat juga perlu disedarkan tentang peri pentingnya RUU 355 diluluskan,Untuk itu rakyat perlu dikempen untuk memilih MP yang bakal menyokong RUU 355 di Parlimen dan untuk memastikan MP yang menyokong RUU 355 sudah tentu rakyat yang menjadi pengundi perlu disedarkan untuk memberi undi kepada PAS.Kini PAS akan menawarkan lebih 130 calon yang bermakna PAS juga boleh mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara sendiri, belum masuk sokongan dari parti parti gabungan kecilnya dalam GS.Bermakna PAS sebenarnya serius dalam PRU 14.Dakwaan PAS tidak berminat menang akan kelaut dengan sendirinya.Kalau ada lagi yang mahu mendakwa, ianya hanyalah lawak yang boleh dibuktikan secara terus kepada rakyat.Sudah tentu rakyat boleh menilai kualiti lawaknya.
Tulisan rengkas saya ini bukanlah tulisan ilmiah tetapi ianya tetap praktikal untuk menjadi motivasi kecil kepada semua ahli dan penyokong untuk turut sama berkempen demi kemenanagan PAS dan bila saya sebut berkempen ianya juga termasuk memanjatkan doa kepada ALLAH setiap kali selepas solat paling kurang.Ingat kita hamba hamba ALLAH tidak akan terlebih dari apa yang sudah ditentukan ALLAH untuk kita dan untuk itu kita perlu memasukkan doa harian ke dalam silibus kempen kita dan kempen ini sudahpun bermula.
Ayuh ahli dan penyokong PAS, mulakan kempen sekarang!
Sumber TKO - 21-12-2017
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Sejak tahun 2004, apabila tiba waktu hampir pilihanraya, maka berkeliaranlah jin jin macai Umno ke mana mana.Tetapi tahun ini macai Umno hilang masih tidak kedengaran suara mencacai mereka sebabnya sudah pupus tetapi dunia mencacai tidak akan terhenti di sini.Ada pengganti macai Umno yang dah pupus, dibina oleh pakar strategi PH yang memilih kaedah mencacai sama seperti Umno untuk berkempen dan meraih undi.Mencacai sudah menjadi kerja harian sejak lama dulu tetapi kerjanya akan bertambah bila tiba pilihanraya, itu untuk Umno sedangkan untuk PH, ainya bermula sejak tertubuhnya PH, terutama oleh PAN yang ada ramai pakar strategi, memilih kaedah yang sama dengan kaedah cybertrooper Umno malah dalam setengah hal, memilih kandungan mencacai yang sama dengan Umno seperti provokasi PIS, PAS bukan ugama, PAS parti politik dan sebagainya lagi.
PAN dan PH memilih berkempen dengan macai yang pula meniru kebanyakan cara macai Umno jadi kita akan terus berdepan dengan macai seperti macai Umno seperti kita hadapi sejak 2004.Kesinambungan politik mencacai akan dihadapi.
Dengan tarikh PRU 14 semakin hampir, maka bersedialah berdepan dengan macai macai PH ini yang sebahagian besarnya akan diisi oleh macai kuali yang akan melakukan kerja menyepin seperti kerja macai Umno, mereka mereka fitnah untuk disebarkan dan memprovoke PAS dengan berbagai bagai gelaran.
Semakin rancak kerja kerja mencacai ini akan menandakan PRU 14 sudahpun semakin hampir.Bagi jentera PAS. persiapan semakin rancak juga, bukan berdepan dengan macai macai PH sahaja, tetapi berdepan terus dengan pengundi sebab kita semua tahu untuk menang PRU perlukan undi yang besar, jadi petunjuk kepada sambutan kempan adalah perlu untuk meningkatkan semangat moral petugas dan ahli walaupun ada macai PH kata sambutan kempen bukan petunjuk kepada sokongan.Umno sudah terbukti tak punya sambutan dalam kempen tetapi menang juga 2/3 PRU yang lalu kerana mereka ada hantu.Tak tahulah kalau PH juga ada hantu atau mungkin jin pengikut Husam yang akan memberi undi kepada mereka, sebab itu PH boleh bergantung kepada macai semata mata seperti Umno buat dulu.
Macai kuali juga cuba memainkan isu presiden ponteng dewan sebagai bahan kempen.Seolah olah hadir di dewan itu wajib dan penting, tak pula disebut macai kuali ini macam man pula DSWA dan LKS yang sering dikesan ponteng dewan.Semua pasal presiden PAS yang diambil perhatiannya.Seperti tak ada orang lain dah!
Presiden saja yang jadi MP dan perlu penuh kedatangannya.
Tapi tak apa pengundi tidak ambil pot pun pasal jadual kedatangan presiden, ada benda lain yang lebih penting.RUU 355 yang ditangguh perlu diberi perhatian dalam PRU 14 nanti.Kempen perlu djuruskan untuk memilih MP Islam yang akan menyokong RUU 355 di parlimen menggantukan MP sekarang yang ramai bukan sahaja tidak menyokong malah memerli PAS kerana tidak mampu membawanya ke perbahasan parlimen, seolah olah RUU 355 itu hak PAS sahaja.
Memang PH mendakwa RUU 355 itu hak PAS.Pada peringkat awal dulu ada pemimpin PH terutamanya pemimpin kuali yang curi kerusi PAS mendakwa, RUU 355 ialah jalan untuk UG antara PAS dan Umno serta dakwa mereka akan jadi isu kempen kedua dua parti itu.Tetapi apa yang berlaku sekarang, RUU 355 nampak akan jadi bahan kempen PAS sahaja bukan Umno, jadi bagaimana?
RUU 355 memberi satu ruang yang besar untuk PAS berkempen pada PRU 14, biarpun kuali mendakwa ianya hanyalah sekatan sementara, tetapi bolehkah kuali berkempen menjelaskan kepada pengundi bagaimana RUU 355 yang hanya mahu memulihkan kuasa mahkamah syariah itu jadi sekatan sementara.Sama samalah kita tunggu dan nilaikannya kalau ada, tetapi setakat ini sesudah banyak forum RUU 355 diadakan, belum ada satupun kedengaran pasal sekatan sementara, yang kita dengar hanyalah laungan Siti Kasim yang mendakwa undang undang Islam itu zalim.Siti Kassim jelas melawan undang undang Islam bukan RUU 355.Itu yang menarik ditunggu pada PRU 14.Kita akan lihat siapa yang sokong dan siapa yang menetang RUU 355 dan bagaimana penerimaan pengundi Islam!
PAS atau Kuali?
Sumber TKO - 19-12-2017
BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kewujudan sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), kononnya tanpa pengetahuan Kabinet suatu yang tidak masuk akal, kata Bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain.
Beliau berkata, mana mungkin syarikat yang menguruskan hal ehwal berkaitan ibadat orang Islam tidak berada dalam pengetahuan Kabinet.
“Ini bukan syarikat kutip sampah. Takkan syarikat yang mengurus hal ibadat yang sangat sensitif ini boleh dirancang dan dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kelulusan pihak tertinggi dalam kerajaan?
“Sangat tidak masuk akal syarikat yang menguruskan sistem IMAMS boleh diwujudkan tanpa pengetahuan Kabinet.
“Kecuali Kabinet berfungsi sebagai kabinet dapur. Bisu. Apa saja yang hendak disumbat, diam saja,” katanya menulis di Facebook beliau, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa tidak dimaklumkan IMAMS dikendalikan syarikat luar atau swasta.
Katanya, sistem tersebut ada dibawa ketika mesyuarat Kabinet, tetapi tidak ada taklimat terperinci yang diberikan.
Terdahulu, Ismaweb mendedahkan, sistem IMAMS diperkenalkan di mana setiap jemaah perlu membayar RM90.10 setahun dalam bentuk prabayar. RM5.10 daripada jumlah itu dikenakan sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ku Seman berkata, isu yang dibangkitkan adalah syarikat ini memonopoli.
Dalam kes ini katanya, untuk menunaikan umrah pengguna tidak ada pilihan.
“Tidak ada risiko kecuali orang Islam Malaysia boikot pergi umrah.
“Hari ini semua pihak sepatutnya tahu dan mesti tahu telah cuci tangan, tak tau tak tau tak tau. Si kambing hitam hulurlah leher untuk disembelih,” katanya.
Sumber TKO - 18-12-2017
Selangkah untuk orang Islam jadi kafir
Posted on Monday, December 18 @ 15:22:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37340 |
Kalau dahulu memang orang Yahudi sangat takut dengan orang Islam. Akan tetapi sekarang ini orang Islam pula yang takut dengan Yahudi.
Mengapa? Semua orang Islam boleh beri jawapan yang tepat dan betul. Realistik dan boleh dinafikan. Tidak lain dan tidak bukan, bahasa orang islam dahulu kuat iman. manakala orang Islam sekarang lemah iman.
Inilah punca orang Yahudi tidak takut dengan orang Islam dan orang Islam takut dengan orang Yahudi membuat Bandar milik orang Islam di palestin satu jadi kepada yahudi.<
Dahulu, Haifa merupakan bandar yang terbesar di Utara Palestin milik orang palestin sudah lama dikuasai regime Israel.
Haifa bandar yang ketiga terbesar di negara ini,
Ingat, Dahulu dahulu, orang Yahudi memang takut dengan orang Islam, sekarang ini orang Islam takut dengan orang Yahudi. atas sebab itulah, Trump isytihar Baitul Maqdis ibu negara Israel sebagai selangkah untuk paksa orang Islam kepada agama mereka.
Atas sebab lemah imanlah orang Islam sudah jadi macam yahudi dan ikut agama mereka. Lihat sahaja apa yang dilakukan pemimpin orang Islam seluruh dunia menerusi pertubuhan OIC yang bersidang secara luar biasa di Turki.
Mereka hanya mampu menyuarakan bantahan melalui demontrasi seluruh pelusuk Negara orang Islam. Tidak lebih daripada itu, miskipun pihak HAMAS sudah buat kenyataan akan ada intipadah untuk mengempur yahudi di Isael.
Kita percaya hamas boleh berbuat demikian,akan tetapi akan akan ada pemimpin orang islam yang lemah iman dari Negara Islam terutama sekali Arab Saudi yang tidak setuju dengan alas an tindakan seumpama itu berbahaya.
Mereka takut tanpa rujuk Allah Quran ayat 20 dari surah Al Khafi yang maksudnya; “ sesungguhnya kalaulah mereka mengetahui hal kamu. Tentulah mereka akan rejam. Dengan membunuh kamu atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka ( secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu (orang Islam) tidak sekali kali akan berjaya selama lamanya.
Sejak 1948 Yahudi telah membunuh orang Islam di palestin sejumlah 2 juta orang lebih sehingga hari ini hari hari umat Islam dipalestin dijadi mangsa pembunuhan, miskipun betapa ramai umat islam yang ikut agama yahudi dan jadi macam yahudi.
Oleh itu, perisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel oleh trump tempoh hari ini adalah usaha selangkah lagi untuk orang Islam seluruh dunia jadi kafir. Wahai pemimpin Negara Negara orang Islam, jangan sekali sekali buat helah itu dan ini untuk bertindak membebaskannya.
Sumber TKO - 18-12-2017
RUU 355 jadi igauan...
Posted on Monday, December 18 @ 09:18:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37337 |
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Ekoran tulisan saya mengenai kemungkinan RUU 355 akan menjadi bahan kempen PRU 14 berikut ianya masih tertangguh di parlimen pada ketika terlalu hampir dengan PRU 14 timbul pula rasa mengelabah dari salah seorang macai kuali dan menuduh saya senak.Saya mengemukakan pandangan berdasarkan kepada perkembangan semasa dan hasil dari pemerhatian saya dalam beberapa gorup cybertrooper PAS yang banyak sekali membincangkan kedudukan RUU 355 di parlimen ketika ini.Ianya bukan andaian senak dan berpihak, tetapi satu analisa kemugkinan kepada apa yang akan berlaku di PRU 14.PAS komited untuk melihat RUU 355 diluluskan di parlimen tetapi dalam masa yang sama sokongan kepada yk355 dari MP Islam masih minoriti kerana sebahagian besar MP Islam di parlimen sekarang tidak menoykong RUU 355.
Macai kuali itu pula berputar putar ketika memberi hujah.Pandangan saya haya tertumpu kepada kemungkinan RUU 355 menjadi bahan kempen PRU 14 PAS disanggah dengan hujah meraba raba sehingga mungkin juga terdedah kenapa kuali menentang RUU 355.Kata macai itu RUU 355 tidak memberi tumpuan untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan menurunkan kos sara hidup rakyat.Perjuangan PAS hanya tertumpu kepada kanun jenayah, cuma yang kelakarnya macai kuali ini yang merasakan dirinya cerdik melakukan satu perkara yang paling bodoh dalam dunia mencacainya kerana menggunakan kalimah PIS untuk merujuk kepada PAS.Saya kata bodoh dan tidak gentleman langsung ini kerana PIS adalah ciptaan pencacai Umno yang sudah lama pupus.Barangkali macai kuali inii tidak mengetahui sejarah kalimah PIS itu di cipta dan diviralkan oleh pencacai Umno.Sudah lama kita dalam PAS menjawab kenapa PIS itu bukan PAS malah ianya tidak wujud dan sudah lama juga pencacai Umno tidak menggunakannya lagi tetapi tiba tiba bila kuali mengujudkan pasukan macai mereka, mereka ambil balik apa yang dibuang oleh pencacai Umno untuk provoke ahli PAS, bukankah itu kelakar?
Macai kuali ini cuba menunjukkan dia mewakil kuali seluruhnyatu dia adalah orang cerdik tetapi definasi cerdiknya tidak menurut Islam sebagaimana dijelaskan oleh Baginda Nabi dalam hadis yang bermaksud "ORANG YANG CERDIK IALAH ORANG SENTIASA MENGINGATKAN MATI DAN ORANG YANG KURANG CERDIK IALAH ORANG ORANG YANG HANYA MENGHARAPKAN KEPADA TUHANNYA SAHAJA( dalam erti berbuat sesuatu hanya berharap kepada kelulusan Tuhannya saja padahal perbuatannya tidak langsung menurut panduan yang diberikan Tuhannya)"
Ini yang dilakukan oleh macai kuali itu apabila berkata RUU 355 tidak membantu menyelesaikan masalah ekononi. pada dia, masalah ekonomi hanya boleh diselelsaikan dengan cara yang difikirkan betul oleh otak senaknya saja, tiada kaitan langsung dengan usaha untuk cuba sedaya upaya untuk melaksanakan perintah ALLAH.Itu yang dikata berharap kepada Tuhannya dan kata Baginda Nabi, orang orang macam ini "KURANG CERDIK", kerana kurang cerdik itulah timbulnyya tuduhan senak kepada orang yang mahu menyampaikan kebenaran Islam kepada umat.Cantik!
Macai ada menyebut pasal pendidikan tetapi nampaknya dia sendiri tidak terdidik dengan pendidikan Islam sebenar, pendidikan yang ditekannya masih pendidikan ala yahudi malah dia sendiri tidak menyedari akan janji ALLAH ia itu sekiranya rakyat sesuatu negeri itu bertaqwa, nescaya ALLAH akan menambah rezeki negeri tersebut.Ada beberapa ayat Quran seperti ayat seribu dinar,surah Al Talaq, ayat dari surah Ibrahim dan ayat dari surah Syaba' menjelaskan kepada kita semua betapa perlunya kita semua terlebih dahulu memenuhi keperluan taqwa sebelum memikirkan pasal ekonomi dan taraf hidup rakyat kerana ekonomi dan taraf hiudp akan datang sendiri tanpa perlu difikirkan lagi.Inilah kelemahan yang jelas ditunjukkan oleh macai kuali walaupun dia menuduh orang senak tetapi dia sendiri sebenarnya senak!
Taqwa hanya boleh dicapai sekiranya sesebuah negeri itu melaksanakan seluruh perintah ALLAH dalam berhukum, bermakna PAS tidak sahaja menumpukan kepada kanun jenayah sahaja tetapi mendahulukan kanun yang masih tidak terlaksana, itu sahaja.Kalau ada dakwaan yang mengatakan PAS hanya menumpukan kepada perkara yang tidak penting, cek dulu keutamaan yang diberikan oleh PAS dan oleh pihak pihak yang menentangnya, siapa yang lebih betul dalam perjuangan sebagaimana dipandukan oleh Islam.
Kalau macai kuali itu memberi keutamaan kepada perkara perkara dunia yang tidak berkait dengan taqwa, maka jangan berlawak kononya orang lain senak, tetapi kita dalam sistem demokrasi maka lawanlah dengan hujah yang bersesuaian.Kalau saya kata RUU 355 akan menjadi bahan kempen PAS, maka hujahlah apakah bahan kempen kuali bukan terus mengutuk pandangan orang seolah olah RUU 355 tidak boleh dijadikan bahan kempen.
RUU 355 ditentang oleh Kuali mungkin kerana alasan RUU 355 itu hanya sekatan sementara seperti didedahkan oleh macai kuali itu.Sekatan sementara macam mana tak tahu! dan lebih teruk macai kuali itu mengelabah habis dengan hujah kejayaan PAS untuk menangguhkan perbahasan parlimen sehingga boleh memberikan cadangan mengarut untuk menghumbankan parti ke logi IWK, lawak!
Kenapa dia mengelabah sebegitu sesudah dia yang paling banyak didengar mengutuk PAS kerana gagal membawa RUU 355 dibahaskan di parlimen dan tidak langusng menyentuh fakta bahawa kerana RUU 355 tidak dibahas maka RUU 355 akan terus hidup di parlimen sedangkan kalau sudahpun dibahaskan mungkin RUU 355 sudahpun berkubur dan usaha PAS sudahpun berakhir.PRU 14 adalah peluang besar untuk PAS mencari MP Islam yang mencukupi untuk meluluskan RUU 355 sesudah MP yang ada sekarang sudah dicuri oleh kuali.
Itu saja kecerdikan kuali mencuri hak orang!
Sumber TKO - 18-12-2017
Hanya seorang sahaja yang boleh mengajar Trump
Posted on Saturday, December 16 @ 18:49:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37322 |
SEJAK menduduki rumah Putih, Donald Trump tidak habis-habis membuat onar dan menyakitkan hati banyak orang di seluruh dunia, terutamanya umat Islam.
Terkini, Presiden Amerika Syarikat itu sengaja mencabar – agaknya untuk menguji dan mengacah – umat Islam dengan kenyataannya mengenai Baitulmaqdis.
Seperti yang diketahui dunia, pada 6 Disember, Trump mengumumkan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Mudah betul si Trump membuat arahan! Langsung tidak menghormati PBB, tidak akur pada undang-undang antarabangsa. Dan, tidak prihatin terhadap perasaan umat Islam.
Dia ingat dia besar sangat ke?
*PEMIMPIN dunia, termasuk yang bukan Islam, mengutuk Trump. Protes dan tunjuk perasaan diadakan di sana-sini. Ada yang membakar gambar Trump, ada yang memijak wajah Presiden AS itu.
Tetapi orang bongkak, riak, keras hati, kepala batu seperti Trump – sesetengah orang menyebutnya ‘Trumpah’ – tidak ambil peduli pun terhadap kutukan dan sumpahan dunia.
Kita boleh bakar gambar dia, boleh pijak, boleh ludah, hatta kalau marah sangat boleh kencing pun atas gambar dia.
Tetapi si Trumpah tidak makan saman, tidak makan sumpah. Dia hanya tersenyum dengan senyuman yang jelik itu, sambil berkata: “Ada aku kisah!”
*DI tempat kita kemarahan terhadap Trump terus membara. Almaklumlah sentimen kita terhadap Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sentiasa tinggi.
Selama ini pun kita sentiasa melihat, membaca dan mendengar berita mengenai masjid dan kota suci itu sentiasa dikawal ketat oleh tentera Yahudi. Umat Islam hendak solat di situ pun ditakut-takutkan dengan mesingan.
Kurang ajar dan berani sungguh puak Zionis mengawal ketat umat Islam yang hendak mengimarahkan Masjid Al-Aqsa. Kini dengan deklarasi Trump, makin naik kepala dan kurang ajarlah si Zionis itu.
Sebab itu orang kita pun mengadakan perarakan sebagai protes terhadap Amerika Syarikat. Kita patut melakukan lebih dari sekadar tunjuk perasaan.
Kerajaan mungkin tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan AS. Almaklumlah, hubungan dengan negara besar itu telah terjalin sejak sekian lama.
Tambahan pula, seperti yang diketahui umum, hubungan Najib-Trump nampak semakin intim...
*BIARLAH hubungan G2G – kerajaan dengan kerajaan dikekalkan. Lagi pun sehebat-hebat dan sebusuk-busuk Trump dia tidak akan lama di situ.
Lebih-lebih pun dua penggal, lepas itu dia kena halau dari Rumah Putih. Kalau nasib dia tidak baik, mungkin tidak bertahan dua penggal, dia disingkirkan dari kerusi presiden.
Tetapi ada Trump atau tiada Trump, seluruh rakyat khasnya orang Islam, boleh secara bersendiri bertindak untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Tidak perlu bawa mesingan atau bom, kita boleh mengajar Trump dengan memboikot barangan dan perkhidmatan AS. Tolak jenama AS, walaupun tiada gambar Trump.
Baik ayam goreng, burger, kopi, buah, sayur, kasut, baju, pewangi, kenderaan – apa sahaja yang asal AS – kita ketepikan. Ada banyak lagi produk termasuk buatan tempatan, yang sama baik dengan keluaran negara Trump.
Mulakan boikot makanan, minuman dan buah Trump sekarang!
*PERTUBUHAN Negara-Negara Islam @ OIC menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.
Deklarasi Istanbul yang dicapai hasil Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC menegaskan, apa juga cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kota suci milik Palestin itu.
Mudah-mudahan Deklarasi Istanbul dapat mewujudkan kesedaran dan perpaduan sebenar ummah dalam menghadapi kesombongan Trump.
Dalam pada itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Masjid Al-Aqsa terus dikekalkan kesuciannya. Doakan juga agar semua masjid dan surau kita di seluruh negara penuh dengan jemaah setiap waktu.
Apabila masjid dan surau kita penuh, barulah orang lain hormat pada kita.
*AKHIR kalam, masih mengenai Trump. Fikir punya fikir, pada hemat saya hanya ada seorang anak Melayu yang boleh mengajar kebiadaban dan kesombongan Presiden Amerika Syarikat itu.
Anak Melayu yang seorang itu tak lain tak bukan, Datuk Jamal Yunos.
Pemimpin Umno itu telah beberapa kali ditangkap polis kerana tindakan-tindakan berani melawan ketidakadilan dan pelbagai bentuk maksiat.
Semua orang tahu beliau pernah membawa tukul gergasi memecahkan peralatan judi kerana tidak setuju dengan perjudian yang berleluasa di Selangor.
Terkini, beliau ditahan polis selama dua hari kerana membuat kenyataan akan memecahkan kepala Zaid Ibrahim dengan tukul, sekiranya bekas menteri itu enggan memohon maaf terhadap Sultan Selangor.
Saya bukan minta Jamal bawa tukul gergasi berjumpa Trump. Cukup sekadar beliau memakai tuala mandi sambil membawa berus gigi, dan menunggu di hadapan Rumah Putih di AS.
Betul, wa caya Jamal!
TOK PERAK
Sumber TKO - 16-12-2017
Acuan Gabungan Politik Malaysia Terbentuk Di Hadapan Kedutaan Amerika
Posted on Friday, December 15 @ 21:28:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37309 |
JUMAAT bersejarah 8 Disember 2017 hampir seluruh wakil-wakil politik berarak dan berkumpul di hadapan bangunan kedutaan Amerika Jalan Tun Razak bagi menyatakan sikap solidariti rakyat Malaysia kepada Palastin.
Ribuan berkumpul untuk sampaikan mesej kepada Presiden Amerika Donald Trump kerana mencetuskan polimik baru Asia Barat. Percubaan pengiktifaran Baitulmaqdis sebagai ibu negara syaitan dunia Israel.
Di sini menampakkan umat Islam Malaysia boleh bersama dalam beberapa perkara. Selama ini ramai rakyat Malaysia kabur mengenai apa yang sering PAS sebut. Blok ketiga dalam menghadapi PRU14. PAS sudah jenamakan Gagasan Sejahtera. PAS bersama beberapa parti dan ratusan Ngo bersedia ke arah Politik Blok ketiga.
Perhimpunan selepas jumaat itu menjadi skrin gambaran blok ketiga. Hampir semua parti politik turun kecuali DAP. Sikap DAP sememang hampir sama dengan Israel. Bahkan tidak kasar jika DAP membudayakan sikap Israel di Malaysia.
Jika parti pemerintah umno boleh turun walaupun hanya diwakili pemudanya, ini sudah cukup memberi isyarat, rakyat Malaysia atau umat Islam Malaysia boleh duduk bersekali dalam menghadapi ancaman kepada Umat Islam. Ini DAP kena sedar.
Tidak mustahil PRU14 semua Parti Islam, NGO-NGO Islam akan merencanakan satu Gagasan Baharu membentuk Blok Kerajaan menanti. Blok Islam akan menumpukan memberi isyarat kepada DAP agar jangan terlalu celupar dan sombong bila berbicara tentang Islam.
Blok Islam juga akan bergabung bagi memastikan DAP tidak dapat capai impian memerintah Malaysia, bahkan akan menjadi pembangkang di Pulau Pinang selepas PRU14.
Tiada lagi andaian PAS akan bergabung dengan UMNO, tetapi akan terlahir Blok Islam akan bersatu hati, bergabung membentuk satu penyatuan ummah di Malaysia. Ini jelas Himpunan semalam memberi gambaran semua parti Islam, Ngo Islam dan pendokong-pendokong bukan Islam yang cintakan kesejahteraan bersama Islam boleh bersolidari bersama.
Benar dan tepat ungkapan Tuan Guru Presiden PAS, 'ISLAM MESTI MEMIMPIN' ayuh.... kadang kala penyatuan tidak hadir dengan rundingan bertahun-tahun, tetapi hanya hadir diatas kebersamaan Kematangan, Kesejahteraan demi kelangsungan Keharmonian kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Sekian Catatan Noja Kuala Lumpur
Sumber TKO - 15-12-2017
Takkan Pulang Pingat Aje, Harta Anak Beranak Tu Macam Mana?
Posted on Tuesday, December 12 @ 12:36:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37281 |
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.
Hari ini, sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan pingat kebesaran daripada pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata pihak istana menerima pemulangan itu "tanpa halangan".
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan," katanya.
Maka ramailah yang puji tindakan Tun Mahathir. Antara berkata Tun Mahathir nak tunjuk kepada si baju kuning bahawa pingat-pingat itu semuanya tak bernilai.Tun Mahathir bekerja keras memajukan negara ini sedang mereka jadi tukang isytihar hari raya dan bagi serta jual pingat sahaja. Kemudian nak tunjuk bijak kepada seorang negarawan katanya lagi.
Pingat yang membawa gelar Tun tak nak pulang balik ke?? Baru kita boleh panggil Encik Mahathir... terkenang Encik Ghaffar Baba. Bijak juga Mahathir ni!
Pengikut Tun Mahathir berkata lagi. Tun Mahathir juga telah menolak hadiah tanah di Putrajaya sewaktu beliau melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada kerajaan hadiah yang diterima termasuk 24 buah kereta. Kata mereka Tun Mahathir berkata “Saya tidak perlu kekayaan kewangan,”
Kata mereka Tun Mahathir berkata "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank."
Lebai setuju, pasal itu bila beberapa pegawainya nak ditukar. Tun Mahathir sedih. Tun Mahathir rupanya sedih juga bila DEDAKnya cuba diusik oleh NAJIB.
Lebai terfikir pula....
Ini baru penglibatan dalam syarikat bukan menunjukkan kekayaan sebenar. Hebat dia ni mesti dia pelajar cemerlang mempunyai kehebatan dan bakat yang hebat kerana ayahnya seorang yang sangat hebat.
Ini pun sama.
Ini anak bapak. Hebat juga.
Ini pun sama. Lebai tak senaraikan syarikat untuk 3 orang anak-anak Tun Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir.
Kenapa agaknya?? Kerana masa ini taring Mahathir sudah mula goyang. Najib pula gigit kaki Mahathir. Anak-anak yang muda tak sempat nak jadi BIJAK, BERWAWASAN DAN HEBAT macam ayahnya.
Engkau orang percaya tak lebai kata bahawa perang MAHATHIR-NAJIB adalah perang antara PENYAMUN dan PEROMPAK? Perang nak selamatkan kroni masing-masing agak HARTA ROMPAKAN yang DISAMUN daripada RAKYAT selamat!!
An-Nisā':32 - Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sumber TKO - 122-12-2017
Zaman Mahathir & Anwar 31.5 Billion Wang Negara Lesap, Zaman Najib 42 Billion Lesap.. Apa Engkau Orang Faham?
Posted on Tuesday, December 12 @ 07:56:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37274 |
Dua hari lalui TMI ada menyiarkan kenyataan Tun Mahathir (baca Ketua Penyamum) dalam Program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi, bahawa negara Malaysia kerugian kira-kira $39.6 billion akibat daripada usaha untuk membeli dollar US bagi meningkatkan nilai ringgit Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2015.
TMI menyiarakan;
DR Mahathir Mohamad said Malaysia has lost far more money from the ringgit’s fall in value than the forex losses suffered by Bank Negara Malaysia (BNM) almost 30 years ago.
The country’s longest-serving prime minister and now opposition leader said BNM’s reserves dipped US$39.6 billion from 2013 to 2015 under the stewardship of Prime Minister Najib Razak.
Pendedahan ini adalah ekoran daripada pendedahan Najib Razak (baca Ketua Perompak) melalui pendedahan laporan RCI skandal Forex. Pada sidang pertamanya 21 Ogos lalu, bekas kakitangan bank pusat itu Abdul Aziz Abdul Manaf memberitahu panel yang BNM kerugian RM31.516 bilion dari 1991 hingga 1994.
Itu baru 2 perkara yang besar, belum masuk lagi perkara-perkara yang kecil melibatkan penyelewenggan wang negara oleh mereka yang pernah bersama UMNO yang kini telah menjadi SUCI apabila berada dalam HARAPAN.
Rakyat tiada pilihan dalam PRU-14 nanti melainkan mesti mengambil alternatif ISLAM sebagai penyelesaiannya. Kerana itu janji ALlah bila Islam memerintah sudah pasti rakyat selamat.
PAS mengambil penderian tidak bersama HARAPAN demi menyelamatkan ISLAM.
Jangan anda mudah tertipu kerana perbalahan mereka adalah perbalahan antara Ketua Penyamum dengan Ketua Perompak...
Sumber TKO - 12-12-2017
Inilah Wajah Pakatan Yang Ingin Bina Semula Negara
Posted on Friday, December 08 @ 07:37:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37208 |
Apa bahananya Zaid Ibrahim, peguam terompah kayu DAP? Mewajibkan pelajar solat berjamaah kerja bodoh katanya. Sultan Selangor, simbol ketuanan Melayu/Islam pula diperlinya. Kalau boleh habis sultan hendak disanggahnya. Maklumlah, sultanlah benteng perkasa menghalang cita-cita Malaysian Malaysia DAP. Puas hatilah DAP dapat Melayu untuk lawan Sultannya.
Sedar tak sedar, kebelakangan ini rakyat rasa negara makin berkecamuk. BN mengkecamukkan ekonomi rakyat. Pakatan Harapan (PH) pula mengkecamukkan politik dan kesejahteraan masyarakat majmuk. Rakyat tersepit antara desakan kos sara hidup bikinan BN dengan kemabukan PH berpolitik.
Dengan tertubuhnya PH pada 22 September 2015, tingkah-laku pemimpin mereka nanar sekali. Kadang-kadang kelihatan obses, kadang-kadang kelihatan mabuk. Kadang-kadang kelihatan kurang ajar dan kadang-kadang kelihatan disampuk.
Dengan 72 kerusi Parlimen, angan-angan PH untuk menang PRU14 pun semakin tinggi. Maka tidaklah pelik mereka mencatur siapa PM siapa menteri. Mat Jenin yang kuat berangan-angan pun tidak gila untuk bertindak burung terbang dipipiskan lada.
Di pentas ceramah, Mahathir mengotori kepahlawanan Bugis dengan gelaran lanun. Betullah titah sultan, boleh terbakar satu negara dibuatnya. Apa ke hal, Wan Azizah sudi menjadi timbalan kepada manusia yang pernah menganiaya keluarganya. Agaknya atas alasan, luka kecil saja, seperti kata suaminya.
Apa pula kata Hanifa Maidin, kangkung PAS yang terbuang layu? Ateis ditafsir sebagai sebagai satu agama. Jadi mudah fahamnya, atas dasar kebebasan beragama, bolehlah sesiapa nak jadi ateis. Malah ateis nak bergerak macam LGBT pun tak ada masalah. NGO Ateislah pulak nantinya.
Era PH nak bina semula negara inilah keluar manusia semacam Siti Kassim. Habis senatero dunia dengan teori sesat tuhan tercipta dari getaran. Hinggakan JAWI pun mahu dimusuhinya. Kalau PH memerintah, apalah agaknya terjadi pada JAKIM, JAWI dan institusi agama?
Misi kristian evangelis apa pula taktiknya. Senyap sementara mengatur misi seterusnya. Menumpang krisis perpecahan umat Islam dengan sekularisme , liberalisme dan pluralismenya. Percayalah, gerakan evangelis terus bergerak dalam lalai kita.
LGBT pula tanpa silunya berjuang menyongsong sesat. Mengiktiraf apa yang Allah laknat. Pendek kata, yang mana lawan dan bertentangan dengan Islam yang itulah diangkat oleh musuh Islam. Nisha Ayub, dengan Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 oleh Amerika Syarikat. Siti Kasim pula dengan Anugerah Lelaki Tahun 2017 oleh AugustMan. Besarlah harapan untuk terus mendapat anugerah tambahan bila terbinanya semula negara.
Banyak lagilah agaknya agenda bina semula negara. Mabuk dijadikan pesta-pestaan. Promosi dan iklan jangan dihalang. Nanti mengamuk pula Khalid Samad dengan syarah sialnya. Husam Musa bila dah jadi menteri bolehlah rampas semula mana-mana bangunan yang dibeli oleh jinnya. Rafizi pun kelemasan dalam balang invokenya.
Sakit pedih rakyat dek pengurusan ekonomi negara yang cacamarba belum terubat. Ketirisan dan rasuah mengundang pelaksanaan GST dan pelbagai peningkatan kos yang ditanggung rakyat. Rentetannya, berlaku peningkatan kes jenayah, ragut, rompak dan bunuh. Rakyat sepatutnya menyumpah seranah kerajaan BN. Tetapi tuah BN disihir ke zon selamat dek kelibat manusia yang konon nak bina semula negara. Kerajaan BN yang korup tertutup nista seketika.
#UP
#NekadMempertahankanIslam
#MAMPUCentre
Sumber TKO - 8-12-2017
Zaid Ibrahim : tipikal produk pendidikan liberal......
Posted on Wednesday, December 06 @ 18:45:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37192 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Zaid Ibrahim menyerlahkan kepada kita semua satu contoh produk pendidikan liberal yang terbaik.Kini dia mengkritik arahan solat sebelum pulang sekolah oleh Pengarah pendidikan Pahang kerana katanya ritual ugama tidak harus dicampur adukan dengan pendidikan.Seolah olah pendidikan itu tidak boleh dicampurkan dengan ugama.Pertamanya Zaid Ibrahim menjadi contoh terbaik seorang yang berfahaman liberal yang beranggapan ugama itu hanya ritual bukan carahidup.Keduanya Zaid Ibrahim percaya untuk membentuk jatidiri insan, pendidikan haruslah mengasingkan pengisian ugama dari silibusnya.Kata Zaid " Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,”.
Itu saja yang perlu ada dalam pendidikan bagi Zaid, seorang pemikir liberal negara.Aspek aspek keugamaan perlu dijauhkan kerana ugama itu hanya ritual yang hanya dianggap suci ketika ritual itu dijalankan sahaja.Kalau solat, solat itu suci ketika solat sahaja, selepas selesai ianya tidak ada kena mengena dengan kehidupan dan tidak perlu diberi penekanan.
Inilah tipikal pemikiran liberal yang sudah sebati dalam diri Zaid yang sebenarnya dibina menerusi pendidikan yang diperolehinya.Semuanya tentang kehidupan yang mesti ditabdirkan dengan otak manusia, tidak boleh diikat dengan ugama.Ugama hanyalah ritual semata mata yang dianggap suci hanya ketika ritual itu berjalan, tidak sebelum dan selepasnya.
Dengan kata kata lain. Zaid dan pemikir liberal yang lain beranggapan solat itu sama dengan ritual ugama ugama lain.Solat bagi Zaid tidak ada pengaruh dalam kehidupan, apa jua pengajaran yang datang dari Rasullulah mengenai ugama tidak ada diyakini Zaid dan lain lain pemikiir liberal boleh membentuk jatidiri dan modal insan yang kukuh sihat untuk menguruskan kehidupan tetapi bagi mereka, pemikir seperti merekalah yang bijak menguruskan kehidupan.
Saya percaya dan yakin sepenuhnya bahawa seandainya pemikir pemikir seperti Zaid ini menguasai kehidupan rakyat hari ini, nescaya Islam akan runtuh.Oleh itu saya juga percaya dan yakin bahawa selagi umat Isam teguh dalam satu jemaah Islamiah seperti disuruh oleh Baginga Nabi, pemikir pemikir liberal seperti Zaid tidak akan mampu menembusi akal fikiran umat Islam yang sentiasa terkawal dengan petunjuk ugama.
Dari itu, sewajarnyalah umat Islam hari ini sedar dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan kehidupan mereka.Sebetulnya sistem pendidikan yang dijalankan dalam negara hari ini merupakan platform yang subur untuk memperbanyak golongan liberal dalam kalangan umat Islam.Arahan solat sebelum pulang sekolah bukanlah jaminan untuk menghapuskan golongan liberal kerana silibus dan matapelajaran yang diajarkan di sekolah semuanya ada unsur liberal.Yang perlu ialah mengubah keseluruhan sistem pendidikan dari sistem mengajar erti kejujuran,intergriti dan kerja keras kepada sistem yang mengajar para pelajar untuk menjadi insan atau hamba ALLAH yang patut, mendengar dan mentaati.Silibus pendidikan perlu diubah daripada silibus untuk menjadi orang berilmu untuk mencari kekayaan dunia semata mata kepada silibus yang mendidik jiwa kehambaan yang kerdil.
Maka di situ terserlah pertembungan pemikir liberal dan petunjuk ugama di mana pendidikan liberal dan pendidikan berasaskan petunjuk ugama akan sentiasa bertentangan.Kita hanya mampu menghentikan kelahiran produk produk liberal dengan menghentikan sistem pendidikan liberal yang dijalankan di negara kita sekarang.Tiada pilihan lain yang juga bermakna selain dari perjuangan untuk memartabatkan undang undang Islam, tugas kita sebagai pejuang ugama juga turut melibatkan perjuangan untuk menukar sistem pendidikan negara.
Sumber TKO - 6-12-2017
Minggu ini media akan tertumpu kepada Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71. Sudah pasti liputan kali ini akan lebih meluas memandangkan persidangan berkenaan dikatakan sebagai persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Tidak mengapa. Ini musimnya dan ini kebiasaannya. Tidak ada apa yang pelik. Jika Umno tidak mengambil kesempatan penuh daripada persidangan tersebut untuk memalu gendang perang PRU, maka itu yang pelik.
Justeru, nantikan mantera Umno seperti biasa. Nantikan penegasan daripada pucuk pimpinannya akan perjuangan parti itu untuk membela nasib Melayu, bumiputera dan Islam.
Nantikan laungan bergema bahawa parti itulah satu-satunya parti yang membawa kemerdekaan dan memimpin bangsa serta negara ke arah kejayaan.
Dengarlah nanti pelbagai ulangan inisiatif transformasi yang telah dilaksanakan dan angka-angka hebat lagi gah yang membuktikan Umno BN telah berjaya memartabatkan bangsa, agama dan negara.
Dan sudah semestinya nantikan juga kesemarakan semangat dan azam supaya setiap anggota dan jentera parti membina kesatuan menghadapi PRU-14 dalam nada mood kemenangan atau winning mentality. Seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam blognya, “…UMNO adalah parti yang cintakan negaranya, yang sanggup berkorban hingga ke titisan darah terakhir demi Malaysia…”
Terlalu meleleh
Di samping itu, persidangan Umno tidak akan meriah tanpa serangan dan sindiran. Meskipun nada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agak lembut menjelang persidangan dengan pesanan supaya jangan menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan jangan lupakan kepentingan bangsa lain namun senjata serangan dan sindiran lazimnya wajib digunakan dalam majlis Umno yang dikatakan menjadi tumpuan umum.
Apakah ini akan menyebabkan serangan dan sindiran persidangan Umno lebih lembut? Saya fikir tidak kerana beberapa sebab.
Pertama, kerana pengaruh dan faktor Tun Mahathir dalam mengesani PRU ke-14 tidak boleh dinafikan. Justeru, nantikan serangan terhadap “orang itu” seperti yang selalu digelar oleh Datuk Seri Najib ke atas Tun Mahathir. Dalam ucapan dasar Datuk Seri Najib tahun lalu, beliau menyifatkan Tun Mahathir sebagai menderhaka kepada Umno, bangsa dan tanah air, malah memiliki tanda-tanda sifat kemunafikan.
Rumusan dan syor oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (Forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an sudah tentu juga akan digunakan sebagai modal.
Walaupun siasatan polis belum bermula namun kaitan antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan agak terlalu “meleleh” untuk dilepaskan begitu sahaja oleh Najib.
Masa pembentangan laporan RCI itu pada hari terakhir Parlimen (tanpa tempoh perbahasan yang munasabah) dan beberapa hari sebelum persidangan Umno agak mencurigakan.
Kedua, kerana sentimen bangsa dan agama kepada orang Melayu agak mendalam maka serangan ke atas DAP kononnya sebagai pengkhianat negara dan penghakis kuasa melayu, bumiputera dan Islam akan terus diapi-apikan, sambil DAP dipotretkan sebagai parti tunjang kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Tahun lalu, Datuk Seri Najib melagakan antara keindukan kerajaan pimpinan Umno dan keindukan kerajaan pimpinan DAP dalam pemilihan oleh rakyat untuk PRU ke-14.
Beliau memberi gambaran sekiranya negara jatuh ke tangan DAP, pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini, termasuk Institusi-institusi bumiputera antaranya PNB, MARA, Felda, Risda, Felcra dan TERAJU akan pupus dan lenyap.
Harapan rapuh
Ketiga, kerana sentimen agama juga kuat di kalangan orang Melayu maka serangan akan dibuat ke atas pembangkang sebagai penyebar pelbagai fitnah dan tohmahan yang merosakkan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang ditekan oleh parti pemerintah.
Parti pembangkang akan dituduh pengancam keamanan dan perpaduan melalui penyebaran berita palsu dan politik kebencian.
Dalam pada itu, parti PAS tidak akan diserang. PAS akan tetap dianggap sebagai parti sahabat walaupun hubungan antara PAS dan Umno masih samar selain usul persendirian RUU355 tertangguh hingga sekarang.
Dalam ucapan tahun lalu, Datuk Seri Najib meminta supaya isu RUU355 tidak dipolitikkan kerana ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan. (Baca: Orang lain tidak boleh politikkan tetapi Umno BN boleh).
Keempat, saya percaya serangan dan sindiran persidangan Umno tidak akan lembut kerana kekuatan HARAPAN boleh menggagalkan kemenangan BN dalam PRU-14.
Serangan bahawa HARAPAN rapuh dengan kepimpinan tidak menentu selain masalah pendaftaran sudah barang pasti akan dilakukan. Masalah dalaman kepimpinan Umno dan dakwaan rasuah ke atas pimpinan dan anggota Umno tidak akan disentuh.
Kelima, antara sebab yang paling utama mengapa serangan Umno akan lebih keras ialah kerana Najib dan Umno mahu menutup skandal 1MDB dan kepincangan tadbir urus ekonomi. Lantang dan keras ke atas pembangkang tapi pendamkan pekung sendiri. “Kejayaan” lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat akan dizahirkan sebagai bukti semuanya terkawal.
Tahun lalu, Najib hanya menyentuh perkataan 1MDB sekali sahaja dalam ucapannya. Itu pun katanya, sebahagian besar isu sudah dijawab dengan jelas. Menurutnya, adalah lebih mustahak untuk beliau tumpu kepada memajukan ekonomi dan pembangunan negara.
Dengan kata lain, skandal 1MDB yang bernilai puluhan bilion ringgit itu tidak penting kepada beliau.
Persoalannya ialah apakah modal dan skrip yang sama ini akan berulang? Pada pendapat saya, kemungkinan besar ia akan berulang. Jika berulang, ia akan umpama rekod buruk dan tiada yang menarik.
Ucapan berbeza
Saya tidak mahu mendahului penilaian oleh rakyat tetapi saya percaya rakyat sudah lebih memahami bahawa masalah yang dihadapi negara dan rakyat bukannya datang dari pembangkang atau mereka yang keluar parti, letak jawatan atau dipecat.
Siapa yang bertanggungjawab dengan skandal 1MDB jika tidak penasihatnya? Siapa yang tambah hutang negara dan beban rakyat untuk tutup hutang dan ‘jual negara’ kepada China?
Rakyat juga lebih mengetahui bahawa masalah dengan institusi bumiputera bukannya berpunca daripada DAP atau pembangkang tetapi dengan tadbir urus oleh Umno BN sendiri.
Siapa yang samseng burukkan nama Melayu? Siapa yang potong biasiswa dan pinjaman pelajar? Adakah Melayu hancur di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang Umno tidak perintah?
Jika Umno pejuang Islam dan wasatiyah, siapa yang songlap dana 1MDB masuk akaun peribadi? Siapa yang porak peranda kefahaman tentang syariah bila tidak ambil tanggungjawab penjelasan awal tentang RUU 355? Siapa yang membiarkan budaya ganas, samseng dan zalim menular?
Jika Umno pejuang rakyat dan negara, siapa yang guna cukai GST yang bebankan rakyat? Siapa yang potong subsidi barangan termasuk minyak petrol, elektrik, tol, beras, gula dan minyak masak? Siapa yang bawa masuk ramai pekerja asing dan tutup peluang pekerjaan buat rakyat?
Oleh itu, apakah kita akan melihat ucapan yang berbeza kali ini daripada Najib?
Menurut laporan Bernama pada 3 Disember lalu, peringkat akar umbi Umno lebih tertarik untuk mendengar bagaimana Najib menangani naratif negatif tentang beliau dan pentadbirannya berhubung isu-isu seperti 1MDB, GST, kedaulatan Malaysia dalam hubungan pelaburan asing serta dakwaan salah urus ekonomi negara ini.
Pembaca yakinkah Najib akan menjawabnya? Saya yakin tidak. Menjawab dengan terus-terang tentang isu 1MDB contohnya, seolah-olah seperti membunuh diri. Itu bukan mantera beliau untuk menyelamatkan dirinya dan Umno BN daripada kekalahan dalam PRU-14.
Syed Ibrahim Syed Noh Ketua Penerangan PKR.
Sumber TKO - 6-12-2017
Khalid Samad Marah TMI
Posted on Tuesday, December 05 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37167 |
Menurut laporan sebuan portal berita majlis permukiman pimpinan tertinggi PH telah bersetuju mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai PM dan Dato Seri Dr Wan Azizah pula TPM jika PH menang dlm PRU akan datang.
Ramai yang memandang lucu kombinasi ini. Bagaimana keputusan rahsia seperti ini boleh bocor?
Hari ini dengan pantas ayam tambatan PH melompat masuk gelanggang. Khalid Samad mewakili Pan menafikan laporan ini!
Kata Khalid yang dibincangkan cuma strategi untuk menghadapi PRU ke 14.
Tambah Khalid laporan itu yang memetik sumber tertentu adalah " palsu".
Ini lagi lucu. Khalid menyerang portal TMI yang selama ini merupakan portal PH "friendly" terutama Pan.
Dan lebih lucu Khalid mendesak TMI menamakan sumbernya, kegagalan berbuat demikian akan dianggap satu ancaman buat PH.
Pengarah Komunikasi Pan rupanya tidal mesra kebebasan media. Mengapa perlu desak TMI dedahkan sumbernya? Itu hak mereka dan merupakan sebahagian dari amalan kebebasan media.
Jika rasa difitnah atau ditipu, saman bukannya ancam secara terbuka begini.
Belum berkuasa dah berani mendesak sebegini bayangkan kalau dapat kuasa, apalah nasib kebebasan media nanti.
Kalau bukan Tun Dr M siapa pula agaknya calon PM mereka?
Ada harapan Bang Mat tak atau dah di "reserve" pada Kit Siang?
TMI jangan pandai-pandai. Tunggu Pengarah Komunikasi Pan umum baru sah.
Lucu-lucu.
ROSLAN SMS
Sumber TKO - 5-12-2017
Mahathir dan RCI.....
Posted on Tuesday, December 05 @ 13:46:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37164 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,,,
Mahathir nampak melenting dengan saranan RCI kes kerugian bank negara yang mencadangkan dia dan DSAI disiasat atas kerugian yang dialami.Mahathir mendakwa RCI tidak melapurkan keterangan penuhnya dalam lapuran yang dikeluarkan dan menuntut RCI berbuat demikian di mana kegagalan berbuat demikian, dia akan menyaman RCI.Demikianlah gentlemannya Mahathir dengan apa yang terjadi.
Bercakap pasal RCI, ingat tak lagi pasal RCI kes video Linggam? Linggam yang kata nampak macam saya, suara macam saya tapi bukan saya? Kenapa Mahathir tak pernah sebut nak menyaman RCI video Linggam yang mencadangkan 6 jahanam didakwa kerana ada kes ke atas mereka?
Video Linggam melibatkan kes drama liwat DSAI dan diputuskan ada konpirasi oleh 6 jahaman yang diketuai Mahathir.Mengapa penemuan RCI video Linggam dilupakan sampai sekarang?
PKR pun tak pernah mengungkitkannya sedangkan tuduhan Hanzalah pula mahu dibicarakan secara Qazaf.PKR nampak bersungguh sungguh membawa kes Qazaf dengan disokong kuat oleh PAN, tetapi kenapa PKR dan PAN tidak mahu mengungkitkan kembali RCI video Linggam yang memutuskan ada kes terhadap 6 jahanam yang dikepalai Mahathir?
Mugkin Johari Abdul dan Khalid Samad ada jawaban untuk ini.RCI kerugian bank negara cuma menyarankan Mahathir dan DSAI disiasat atas kerugian bank negara sahaja sedangkan RCI vidoe Linggam memutuskan 6 jahaman boleh didakwa di mahkamah. Apa cerita PKR?
Sumber TKO - 5-12-2017
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertindak keterlaluan apabila bercakap mengenai pertumpahan darah. Menurut presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu jika isu sama dimainkan oleh orang lain, sudah tentu mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.
"Tuan-tuan fikir... kalau Hindraf kata orang Hindu (kena) bangun shed blood (tumpahkan darah), MCA kata shed blood, DAP kata shed blood, (tapi) semua tak cakap.
"Yang cakap ini, ketua negara (Najib)," katanya dipercayai merujuk kepada hantaran terkini perdana menteri di blognya.
Dalam kemas kini itu Najib memberi pandangan menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-71 yang akan bermula secara rasmi dengan persidangan sayap parti pada malam esok.
Kata presiden Umno itu kesemua kejayaan negara ini tercipta hasil perjuangan Umno atau lebih tepat lagi hasil kesanggupan, hasil titisan darah dan keringat, hasil kesetiaan dan wala' tidak berbelah bahagi kesemua anggotanya.
"Kerana Umno adalah parti yang bertunjangkan kepentingan rakyat, memperjuangkan nasib rakyat. Umno adalah parti yang cintakan negaranya, yang sanggup berkorban hingga ke titisan darah terakhir demi Malaysia. Umno adalah parti rakyat, hak dan milik ahli-ahlinya, bukan parti milik mana-mana individu," kata Najib.
Lebai nak komen sedikit sahaja pasal Muhyiddin ini. Muhyiddin ini sebenar lebih kurang Tun Mahathir juga, bila keluar UMNO seolah-olah dia suci bersih dan hebat memperjuangkan nasib rakyat.
Muhyiddin dipetik berkata pada 5 Julai 2014 dalam akhbar Utusan Malaysia tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.
Menurut Muhyiddin, ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.
"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin semasa menghadiri majlis berbuka di Johor 4 Julai 2014.
Sepanjang lebai ingat tidak pernah ada pemimpin tertinggi negara sebelum ini yang secara terbuka memberi ancaman 13 Mei seperti Muhyiddin buat.
Beberapa insiden provokasi sebelum ini yang dilakukan kumpulan pendesak Melayu yang juga penyokong kuat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan, malah seakan-akan mendapat restu daripada pemerintah atas kenyataan Muhyiddin tersebut.
Hari ini apabila Muhyiddin, sama seperti tun Mahathir tidak lagi berada dalam UMNO seolah-olah dia sangat suci dan bersih. Dia akan menyalahkan orang lain sedangkan itulah PERANGAINYA SEMASA UMNO.
Kalau dah UMNO memang UMNO juga... Hanya berlainan kulit dan warna aje.
Rakyat tiada pilihan lain melainkan dalam PRU-14 nanti pilih perjuangan Islam. Itu jalan paling selamat.
Sumber TIKO - 4-12-2017
15 peratus rakyat abai makan untuk bertahan sampai hujung bulan
Posted on Monday, December 04 @ 07:16:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37132 |
SEJUMLAH 15 peratus rakyat Malaysia terpaksa mengabaikan makan untuk bertahan sampai ke hujung bulan lapor thesundaily memetik hasil dapatan sebuah kajian yang dibuat.
Menurut tinjauan itu, yang dijalankan oleh Merdeka Centre bermula pada 4 November hingga 14 November terhadap 1,203 pengundi-pengundi berdaftar, mereka mendapati jumlah rakyat Malaysia yang mengeluh tentang masalah ekonomi semakin meningkat.
Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, situasi itu "sangat membimbangkan" terutama terhadap golongan B40 (golongan 40% ke bawah yang berpendapatan rendah).
Beliau menegaskan, golongan Ini langsung tidak mempunyai simpanan pada setiap hujung bulan, manakala simpanan bagi golongan M40 (golongan 40% pertengahan) adalah sangat minimum.
"Golongan B40 mempunyai purata pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 sementara kos sara hidup minimum di kawasan bandar adalah sebanyak RM2,530. Secara asasnya mereka langsung tidak ada peluang untuk menyimpan, selain wang KWSP,"
"Malah dilaporkan pada tahun 2013, seramai 69 peratus pencarum mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka, sementara 54 peratus mempunyai simpanan kurang daripada RM20,000. Bolehkah anda bayangkan kumpulan ini nak bersara pun tak mampu," katanya kepada The Sun pada hari Khamis.
Barjoyai menyifatkan sebuah "krisis" sedang memuncak tinggi terhadap golongan B40 dan M40 sambil menambah bahawa peningkatan gaji tahunan tidak sepadan dengan peningkatan kos hidup.
"Mereka tidak akan mampu bertahan untuk hidup dalam 10 tahun. Jadi kita perlu memastikan setiap keluarga mempunyai sumber-sumber pendapatan lain selain pekerjaan," katanya.
Kajian Merdeka Centre yang diterbitkan pada 24 November lalu, sebuah kajian susulan daripada kajian yang telah dibuat pada bulan Januari lalu mendapati:
1. 11 peratus rakyat terpaksa menggadai barang milik mereka untuk memenuhi keperluan perbelanjaan, 1 peratus lebih tinggi berbanding bulan Januari.
2. 29 peratus rakyat tidak mempunyai simpanan minimum RM500 untuk keperluan kecemasan berbanding 33 peratus pada bulan januari.
3. 64% rakyat merasa tertekan memikirkan masa depan, berbanding 68% pada bulan Januari.
4. 40% rakyat terpaksa menangguhkan atau tidak mampu membayar bil utiliti bulanan, seperti elektrik dan telefon, angka diperolehi sama dengan bulan Januari.
5. 20% rakyat terpaksa membuat hutang-hutang baru (sama ada membuat pinjaman peribadi atau menerusi kad kredit) berlaku peningkatan 2% berbanding bulan Januari.
6. 15% mengalami konflik baru dengan keluarga, peningkatan dua peratus berbanding bulan Januari.
Responsen dipilih secara rawak menggunakan keadah sampel berdasarkan etnik, jantina dan umur, daripada kesemua 222 wilayah parlimen, dengan perkadaran berdasarkan populasi bagi setiap daerah parlimen.
Mengulas hasil tinjauan tersebut, seorang lagi pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, rakyat marhaen adalah golongan paling menderita disebabkan kerajaan terlalu asyik dengan pertumbuhan ekonomi dan bermain politik.
"Persoalan sebenar yang kita patut tanya ialah, Siapa yang mendapat untung dari pertumbuhan (ekonomi) ini? Bisnes-bisnes besar dan pelabur asing. Tapi rakyat di bawah berbeza ceritanya," katanya seperti yang dipetik oleh The Sun.
Kata Navaratnam lagi, keseluruhan sistem ekonomi mesti disemak dan dikaji semula, supaya model-model ekonomi baru dapat diperkenalkan untuk menangani isu tersebut.
Sumber TKO - 4-12-2017
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Sejarah telah terukir, lahirnya sebuah parti yang berimejkan Islam tetapi liberal hasil dari usahasama DAP dengan segelintir bekas ahli parti Islam, PAS yang bernama PAN(gan).Tidak dapat dinafikan lagi PAN sudah bergerak terlalu jauh ke depan untuk menjadi sebuah parti liberal dan pemimpinnya yang dulu begitu bersungguh sungguh mahu menegakkan sebuah daulah Islamiah kini juga sudah bertukar kepada ideologi liberal sedikit demi sedikit.Contah terbaik ialah Hanipa Maidin yang satu ketika dulu pernah menjadi peguam PAS yang pula bermati matian berjuang untuk melihat perundangan Islam dilaksanakan dalam negara kini sudah mula mengubah presepsinya kepada liberal sehingga sanggup melebelkan PAS dengan gelaran parti suci.
Saya telah mengulas panjang lebar mengenai lebel parti suci dan saya tidak mahu mengulanginya, cukup sekadar menyatakan lebel ini seringkali digunapakai oleh seseorang yang liberal yang menggangap ugama itu suatu ritual suci sahaja, tidak lebih dari itu.Ugama bagi mereka yang liberal bukan satu carahidup, tiada undang undang dan tiada perintah atau larangan yang perlu diikuti.Inilah evolusi yang berlaku kepada Hanipa Maidin, dari seorang pejuang untuk perundangan Islam kepada pejuang liberal yang mahu carahidup ditentukan oleh akal manusia semata.
Kita juga boleh lihat evolusi yang berlaku kepada ramai lagi pemimpin PAN seperti Khalid Samad yang pernah menulis tentang Tariq Bin Ziad untuk baiah yang dibuatnya dan kemudian memutuskan jamuan briani kambing untuk melepaskan baiahnya.Ini merupakan permulaan evolusi kepada liberal Khalid Samad yang kemudian tampil dengan gagahnya membela Hannah Yeoh dan Evangelisnya serta pesta arak yang menurutnya perlu sebagai tanda menghormati kebebasan sejagat yang menjadi inti perjuangan liberal.Malah menurut Khalid dan ramai lagi pemimpin PAN inilah sebenarnya Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi menerusi konsep Rahmatanlillalamin.Mudahnya Islam bagi mereka.
Begitu jugalah dengan pemimpin PAN yang lain seperti Dr, Mujahid, Sallehuddin Ayub, Dr, Zul, Dr.Hatta, Dr. Mariah dan lainnya termasuk presidennya Mat Sabu semuanya melalui proses evolusi ke arah liberal.Yang mengkagumkan kita semua ialah bagaimana DAP sebagai sebuah parti yang memusuhi Islam sejak dulu akhirnya berjaya mempengaruhiya sekumpulan ahli PAS yang asalnya Erdogan ataupun kumpulan pentaksub DSAI dalam PAS untuk keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru untuk mengantikan PAS dalam PR.Asalnya inilah tujuan penubuhan PAN, untuk mengambil alih fungsi PAS dalam PR dan kemudiannya PAN dievolusikan untuk mengikut kemahuan DAP, menjadi liberal dan menyokong apa saja agenda liberal yang dimahukan DAP.
Kagumnya dengan kemampuan DAP ini ialah kerana sebelum PR tertubuh DAP ialah musuh politik PAS, percubaan untuk bergabung dengannya dalam BA telah gagal tetapi gabungan berjaya diadakan dalam PR dengan dasar bersetuju untuk tidak bersetuju yang kemudiannya dikianati dengan rancangan Kajang Move Rapiji Ramli.Walaupun kajang Move yang membawa kepada tidak berkenannya TGHH dan PAS kepada rancangan menukarkan MB Selangor kepada DWSA dimulakan oleh PKR, tetapi yang mengutuk TGHH dan PAS ialah DAP.
Akhirnya kumpulan Erdogan yang kemudiannya dikenali juga sebagai jebon keluar PAS sesudah gagal menguasai PAS.Menariknya sebelum adanya PR.
kesemua jebon ini ialah ahli PAS yang sama sama tidak boleh bekerjasama dengan DAP, atau dengan kata lain mereka seperti ahli PAS yang lain adalah musuh DAP tetapi sesudah adanya PR dan adanya geng Erdogan, tiba tiba mereka jadi rapat dengan DAP, bukan saja rapat tetapi sudah mula mengikut telunjuk DAP yang mahukan mereka jadi liberal.
Akibatnya, kita sedang menyaksikan satu transfomasi dari pejuang Islam kepada pejuang liberal di kalangan pemimpin PAN.
Itu menakjubkan.....
Sumber TKO - 3-12-2017
“Tidak timbul soal sama ada Amanah (PAN/IKRAM) menolak atau menyokong ateisme ini. Samalah juga kita beri kebebasan beragama kepada agama Kristian bukan bermakna kita menyokong perkara itu, jangan disalah fahamkan,” kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang.
Ahmad Awang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persoalan apakah secara rasminya Parti Amanah Negara (PAN) menyokong atau menolak ateisme kerana pendirian YB Dr Mariah Mahmud dan YB Hanipa Maidin nampaknya bertentangan antara satu sama lain berkenaan isu ateisme yang hangat diperkatakan baru-baru ini di Parlimen.
“Misalnya saya katakan Islam menyokong kebebasan bersuara hatta orang ateis pun, ini bukan bererti saya orang ateis, tetapi saya hanya menyokong pendirian dan pandangan Islam yang benar,” katanya.
“Isu ini merupakan isu ilmiah. Jika mereka tidak faham maka akan timbul salah faham menuduh saya menyokong ateis pula.” Katanya lagi.
Isu Imiah perlu perbahasan ilmiah... ok
Islam adalah agama yang adil, iktiraf kebersamaan dan Malaysia menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi raikan kepelbagaian agama. Rukun Negara pula ada menyatakan perkara pertama kepercayaan kepada TUHAN.
Permasalahan yang timbul ialah kumpulan ateis menyebarkan fahaman mereka menerusi media sosial khususnya Facebook untuk mempengaruhi masyarakat di Malaysia.
Oleh kerana Ahmad Awang dan parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM) mahu perbahasan ilmiah dan mereka berkata kumpulan ateis ini kononnya tidak bertentangan dengan mana-mana dasar dan hak kebebesan bersuara. Walkaupun tak berhujah atas agama, kumpulan ateis ini telah menyalahi Rukan Negara.
Yang pelik bin ajaib ada dikalangan parti Islam baru AMANAH (PAN/IKRAM) ini mahu mengiktiraf ateis ini sebagai AGAMA!
Hanipa Maidin dalam fecebooknya menulis "Ada pihak pihak tertentu yang marah dgn saya bila saya tafsirkan " atheism" sebagai religion dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan kerana bagi saya " religion" berkait rapat dengan suatu kepercayaan dalaman (an inner belief or conscience )."
Yang ini Ahmad Awang tak tahu nak nasihat... Walaupun dia penasihat.
Lebai lebih suka jawatan Ahmad Awang ini ditukar daripada Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN) kepada PEMBELA BUTA TULI PARTI ISLAM BARU AMANAH (PAN/IKRAM). Kalau lebai cadang sebagai PENASIHAT TUKANG PASANG BENDERA, nampak jahat sangat lebai. Kenapa lebai kata demikian..
Sebab.. Ahmad Awang akan bela apa yang puak parti AMANAH (PAN/IKRAM) buat tak kira betul atau salah. Dia bukan nak nasihat pimpinan PAN ke jalan yang lurus.
Satu perkara yang masih membeleggu Ahmad Awang ialah PENJAJIAN PANGKOR II. Apa dia nak jawab apabila dia menolak Islam sebagai perundangan tertinggi bila bekerjasama dengan DAP?
'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Ahmad Awang semasa itu adalah Pesuruhjaya PAS Perak yang telah menjadi dalang usaha menepikan Islam.
Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah:
1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.
3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.
Agaknya apa Ahmad Awang nak jawap kepada Allah s.w.t. yang dia setuju perjanjian tersebut?? Nak ikut nabi macam perjanjian Hudabiyyah??
Puak IKRAM boleh tolong jawab. Lebai tunggu ni!
Sumber TKO - 3-12-2017
Penulis tidak tahu mengapa masih ada orang pas yang percaya dengan kata kata para pemimpin pembangkang, sedangkan presidean Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa pas berada dipihak yang benar.
Bermakna tuduhan pas makan dedak umno oleh para pemimpin pembangkang adalah tidak benar. Ia adalah fitnah untuk memjejaskan nama baik parti Islam semalaysia itu.
Akan tetapi sangat malang dan menghairankan masih ada orang Pas yang percaya dengan tuduhan fitnah yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang hendak rosakan prestasi parti Pas yang diterajui ulamak itu.
Masih ramai yang percaya ada pemimpin yang sudah makan desak umno sejumlah RM 90 juta yang kini sudah di tambah jumlahnya kepada RM 200 juta pulak.
Dahulu, dedak yang diberi oleh umno itu di masukkan ke dalam akauan Datuk Nasharuddin Mat Islam bekas timbalan presiden.
Kini, antara pemimpin Pas yang makan dedak umno itu disebut oleh Rafizi Ramli orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah Datok Kahiruddin At Takiri, ahli Parlimen Kuala Nerus Terengganu Darul Iman.
Istilah dedak, dedak padi makanan yang diberi kepada itik itik peliharaan.Kita difahamkan Itik pada asalnya memang bising belum dapat dedak, apabila dapat dedak jadi senyap dan diam.
Senyap dan diam ini telah disinonimkan kepada Presiden pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang disifatkan selepas makan dedak sudah tidak berkokok lagi.
Presiden Pas dikatakan membisu dengan Isu sekandal 1MDB, sedangkan sah banyak salahlaku yang dilakukan oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sepanjang menjadi perdana menteri.
Sehubungan itu timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan rela di pecah keahliannya, kerana sangat tidak setuju dengan salahlaku yang dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Tun Dr Mahathir Mohammad sanggup keluar umno semata mata atas sebab tidak berkenaan dengan salahlaku perdana menteri restunya itu.
Persoalan yang timbul, mengapa presiden Pas boleh senyap dan membisu dengan salah laku yang dilakukan oleh Mohd Najib Razak dan rakan rakan seperjuangan dalam umno yang pernah disebut oleh KU LI suatu masa dahulu bahawa umno pengkhianat bangsa, agama dan Negara.
Atas sebab ini masih ramai orang pas yang percaya dengan para pemimpin pembangkang yang pas juga sudah makan dedak. Sebab itu pendekatan politik Pas bertukar haluan dari berkokok dan tak berkokok lagi.
Penulis tak lupa bahawa ramai pemimpin Pas jadi sesat ketika berada dalam pakatan rakyat (bersama sama DAP).Oleh itu, tidak munasabah ada lagi yang sesat, sedangkan yang sesat dahulu itu sudah cabut lari dan tubuh parti baru.
Sumber TKO - 1-12-2017
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,,
Awal awal lagi Azmin sudah tekan brek! Kes tangkapan anak saudaranya baru saja terjadi, tetapi Azmin sudah bercakap pasal konspirasi politik terhadap kerajaan negeri dengan hujah sudah ada bolgger Umno membangkitkan isu tersebut sebelum tangkapan dibuat.Yang tidak disebut Azmin ialah samada anak saudaranya terlibat atau tidak dalam sindikit mencuri pasir yang dilapurkan melibatkan kerugian kepada kerajaan.Perkara penting dan utama tidak disentuh tetapi Azmin menegaskan tidak patut politik dilibatkan dalam siasatan yang dijalankan.Agak longgar kenyataan Azmin ini kerana tanpa sebarang bukti berkaitan kes kecurian pasir tersebut, SPRM tidak boleh bertindak samada politik atau tidak kecuali bukti yang diada adakan.
Persoalan di sini bolehkah kes kecurian pasir yang boleh dilihat dengan jelas berlaku setiap hari oleh orang ramai diadakan bukti secara politik untuk mengenakan kerajaan negeri? Kalau kes liwat DSAI mungkin ada bukti yang di ada adakan secara politik, tetapi kes kecurian yang boleh dilihat dengan mata kasar, agak mustahil.Azmin sepatutnya menyatakan aktiviti mellombong pasir oleh anak saudaranya itu bukan satu aktiviti mencuri tetapi dijailankan secara sah.Itu lebih adil kalau nak tuduh ada konpirasi politik terhadap kerajaan negeri sebab pihak pihak yang berpakat untuk menjatuhkan kerajaan negeri tiada asas untuk melakukannya.
Tetapi kalau aktiviti mencuri pasir itu sudah dijalankan bertahun lamanya oleh anak saudaranya tanpa ada apa apa tindakan oleh Azmin dan kerajaan PKR Selangor, sewajarnya tangkapan ini bakal membawa bencana besar kepada kerajaan negeri samaada ianya dibuat oleh konpirasi politik atau tidak.Sebenarnya tidak boleh dielakkan akan adanya satu konspirasi untuk memburuk burukkan kerajaan negeri kerana SPRM sendiri bertindak kerana ada lapuran dibuat.Siapa yang buat lapuran?mungkin ada parti politik terlibat dan ianya suatu yang normal kalau dilakukan oleh Umno sebagai pembangkang di Selangor.Sama seperti banyak lapuran yang dibuat oleh PH di peringkat persekutuan maka lapuran oleh Umno di Selangor adalah normal dan tidak patut dijadikan alasan konspirasi politik.Begitu juga kalau blogger Umno memainkan isu tersebut yang tiada bezanya bloger PH yang sering kali memainkan isu penylewengan di peringkat persekutuan seperti 1MBD yang masih dimainkan sehingga hari ini.Tiada bezanya.
Oleh itu Azmin seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan konspirasi politik terhadap kerajaan negeri kerana kes ini melibatkan bukti yang jelas dan tidak dapat dilindungi.Kalau kerajaan negeri terperangkap sekalipun, tak usah cari u turn untuk menyalahkan pihak lain.Atau tunggu dulu hasil siasatan SPRM.
Sumber TKO - 1-12-2017
Mendepani hari esok bermula hari sebelumnya. Jika sebelum ini, Reformasi atau satu bentuk solidariti terhadap Anwar Ibrahim memang untuk membela Anwar terhadap pemecatanya dari kabinet Mahathir pada 1998.
Selepas Anwar dilebamkan matanya oleh Ketua Polis Negara waktu itu, penentang kezaliman Mahathir bertambah kuat. Pas berperanan penting membenarkan ahlinya bersama-sama kumpulan reformasi ini. Semua dari pentas sehingga petugas Pas boleh dipakaisama oleh Keadilan sebelum diberi nama PKR yang mempunyai lambang mata sebagai panji mereka.
Mahathir dikenali diktaktor dan Maha Zalim kerana pelakuanya terhadap politik Anwar. Bukan sahaja kisah kelakian pelik Anwar didedah untuk tatapan umum seluruh dunia, Anwar dipukul dengan kejam pun Mahathir membuat kenyataan Anwar gila, Anwar pukul diri sendiri.
Anwar melalui tempoh pengaiban yang panjang, jarang orang politik mampu hadapinya. Bukan seorang Mahathir dedahkan mangsa liwat Anwar. Bukan dikalangan pemuda jambu sahaja, malahan yang peringkat orang berumur pun Mahathir kaitkan dengan seks songsang Anwar.
Nama-nama yang dikaitkan dengan amalan songsang Anwar ini seperti Azizan Abu Bakar, Sukma (adik angkat Anwar ), Dr Munawar dan siri liwat seterusnya Saiful Bukhari serta terbaharu pendedahan seorang ahli Parlimen bahawa anak buahnya pernah diliwat oleh Anwar.
Ini semua angkara kezaliman Mahathir dan disambung Najib sekarang ini. Tun Abdullah yang dilihat kaki tidur, yang menyambung atau mengambil tugasan Perdana Menteri dari Mahathir memberi ruang atau sedikit kemaafan kepada Anwar dizamannya. Ini menimbulkan kemarahan kepada Mahathir sehingga Pak Lah tidak lama tidur dikerusi Perdana Menteri. Pak Lah dikejutkan dan dibuang.
Kini Mahathir sudah menjadi Ketua kepada Pakatan Harapan PH, satu blok pembangkang yang dianggotai DAP, PKR , PAN dan PPBM. Mahathir memang hebat dalam menundukkan pemimpin lain. Dalam usia 90an dia masih berselera berpolitik. Dasarnya terpaksa diterima DAP. Antaranya pengunaan satu nama dan logo dalam blok pembangkang.
Mahathir berjaya menguasai atau menundukan penyokong tegar Anwar, bukan sahaja Anwar, Isteri Anwar, Nenek wan Azizah serta anak-anaknya, Mahathir dah kontrol, ya... mana suara lantang anak perempuan Anwar, YB Nurul Izzah? Seorang ahli Parlimen sudah tenggelam senyap entah ke mana.
Terbaharu Anwar dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Najid dan Zahid sudah berselfie dengan pesakit banduan Anwar Ibrahim ini. Yang memberi seribu makna dari mantik politik tanah air. Najib berjaya cetuskan wibawa, berjiwa tinggi dan seorang pemimpin hebat di kalangan saki baki penyokong tegar Anwar.
Jika penubuhan PKR susulan dari keadilan untuk Anwar dan melawan kezaliman Mahathir sudah menjadi semacam sejarah yang panjang dan dikesampingkan, Maha Zalim Mahathir sudah jadi ketua mereka pula sekarang ini, PRU terdekat memberi gambaran segalanya mungkin.
Oleh kerana PKR datangnya dari susun jalur UMNO, PPBM juga pecahan UMNO dan kita tahu kepala Mahathir memang mahukan orang melayu tidak banyak parti, tidak mustahil PRU kali ini tanpa PKR.
PKR hanya kuat di atas beberapa faktor terutamanya pada Ahli Parlimen dan Adun yang ada, itu pun menang zaman Pakatan Rakyat bersama-sama Pas PRU13. Tiada bukti sehingga kini PKR mampu menang di mana-mana kerusi tanpa bantuan dari Pas, hakta Pematang Pauh sekalipun.
Apa yang bermain dalam kepala otak Mahathir dia perlu perkukuhkan cengkaman. PPBM mesti jadi Parti Melayu yang kukuh. Kebetulan Anwar sudah tidak mampu menguasai PKR inilah masa Mahathir akan memainkan peranan agar PKR yang dipimpin Wan Azizah dibubarkan dan diserap masuk kedalam PPBM dengan perbagai cara yang paling lembut dan lunak.
Dia akan jadikan Pakatan Harapan sama dan sebiji macam Barisan Nasional. Menariknya kali ini Pakatan Harapan bersekali dengan DAP yang Mahathir sendiri amat benci dengan puak ini. Oleh kerana Mahathir ini licik dan dia berpura-pura mesra dengan DAP, hakikatnya Mahathir sedang merancang Cina MCA menguasai DAP. Ahli-ahli MCA sudah lama berpindah kepada DAP, tinggal lagi pemimpinnya sahaja. Mahathir tidak boleh sembunyikan dia anti cina DAP.
Ini yang sedang diusahakan. Pengalaman dan hubungan baik Mahathir dengan mereka cuba dihidupkan semula. Jika berjaya PPBM akan ganti UMNO, MCA dibawa perlahan-lahan ganti DAP. Mahathir mahu hanya parti teras mewakili kaum. Tidak perlu banyak seperti sekarang.
Ada pun PAN, parti pemimpin kecewa dari golongan yang tewas dalam Pas dan sekarang menjadi balaci atau khadam DAP untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka, tidak memberi apa-apa kesan kepada Mahathir. Sama ada mereka akur untuk bernaung di bawah PPBM atau terus menjadi ahli DAP. PAN bagi Mahathir sampah di angin lalu, ada atau sebaliknya tidak memberi apa-apa.
Jika semua perangcangan Mahathir ini berlaku secara unjuran pahatanya, Mahathir yakin dia boleh kembali memerintah dengan kod 22+1 selepas PRU nanti. Umum rakyat tahu Mahathir hanya marahkan Najib, bukan Umno. Jika BN dapat dihalang majoriti mudah 113 kerusi Parlimen tidak Mustahil Mahathir akan buat tawaran kerusi-kerusi BN akan bersama kerusi PH untuk menubuhkan Kerajaan.
Jika sebahagian perangcangan Mahathir menyerap masuk pemimpin MCA ke dalam kantung DAP ini lebih mudah. Maka mungkin benar PKR akan dimatikan sebelum PRU nanti. DAP akan ikut tanpa banyak songhe kerana mereka sudah lama impikan untuk bersama memerintah negara.
Dalam erti kata lain tidak mustahil Mahathir akan berlaku pergabungan PH dan BN untuk pembentukan Kerajaan Malaysia selepas PRU14 nanti. Apa pun halangan besarnya masih ada dan tidak semudah itu selagi Najib masih punyai kuasa pemerintah. Ini sahaja halangan kepada Mahathir. Najib! bukan UMNO atau BN. Jadi Mahathir masih nak selamatkan UMNO dan BN sambil itu boleh membunuh PKR dan DAP.
Sekian, sekadar catatan Noja Dalam perjalanan ke Sungai Berua Hulu Terenggganu.
Sumber TKO - 30-11-2017
Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada pihak berkepentingan atau sesiapa sahaja yang disebut di dalam catatan ini. Ini lah gambaran saya perolehi sepanjang turun ke lapangan berbual, berdiskrusi dan sembang santai terbuka atau tertutup khasnya di kalangan mereka di tanah rancangan Felda, Felcra dan pendalaman.
Mereka rata-rata ingin melihat PAS sebagai altenatif kepada mereka untuk menganti UMNO sebagai parti teras orang melayu dalam piliharaya akan datang, namunpun begitu apa beberapa perkara yang seolah membatasi keinginan mereka ini.
Kesukaran mereka memahami apa sebenarnya Pendekatan Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan PAS. Ramai tukang sarah Pas atau penceramah Pas menerangkan 7 teras utama BPMS tetapi penerangan yang dibaca dari pamplet yang dibekalkan langsung tidak membantu golongan orang kampung memahaminya.
Tiada lagi Penceramah PAS yang bergelar jaguh atau ayam tambatan yang boleh mengegarkan pentas ceramah Pas. Mereka kata walaupun media sosial menjadi rujukan popular dikalangan mereka, sentuhan ceramah besar dari tokoh-tokoh PAS masih ditagih kerana pendekatan tradisional ini terus menyentuh hati mereka. Bila isu dihangatkan oleh penceramah yang mereka jelira, ianya menambahkan lagi keyakinan dan boleh di jadikan modal mereka untuk berbahas dengan orang lain nanti.
Tiada video-video pendek rakaman dari kalangan Ahli Parlimen Pas yang sedang berbahas isu rakyat di Parlimen. Jika ada pun perkongsian link penuh ucapan atau perbahasan. Mereka tidak suka menonton dari perkongsian link. Mereka gemar seperti mana sedutan Video pendek seperti ( saya ambil penuh) mereka memberi contoh Ahli Parlimen dari Amanah dan PKR. Mereka kata Pas amat sedikit video mereka berdurasi.
Ahli-ahli Parlimen Pas juga gagal memberi perhatian isu rakyat ( saya tulis juga walaupun saya tidak setuju) Mereka kata hanya blok pembangkang lain yang aktif. Walaupun mereka kurang atau tidak menyokong parti itu, tetapi bila isu rakyat mereka suka dengar dan tonton dan mereka jadikan bahan tularan.
Mereka tidak nampak bayangan pemimpin yang bakal menerajui Terengganu ( isu Terengganu) mereka sebut nama itu MB, mereka sebut nama ni Exco sambil menunjukan memek muka kurang yakin atau persoalan. Senang cerita mereka tidak nampak bayangannya.
Mereka kata 15 ADUN yang ada sekarang gagal menyengat isu-isu rakyat. Tidak nampak menjadi jaguh parti yang boleh memberi nilai tambah keyakinan kepada mereka untuk orang kata teruja sama untuk menukar parti yang memerintah sekarang. Mereka sebut hanya seorang dua tu ada la. Begitu juga dengan pimpinan pusat sesi ini. Isu rakyat bagai dibiarkan berlalu. Isu umat Islam pula diberi penumpuan terutama isu rohingya dan Asia Barat. ( Mungkin maklumat aktiviti Adun-Adun Pas tidak sampai kepada mereka)
Bagi warga Nelayan pula mereka seakan masih menaruh kebergantungan hidup mereka kepada kerajaan persekutuan, mereka kurang yakin dengan pihak pembangkang boleh menawarkan sesuatu kehidupan yang lebih baik jika mereka merubah kerajaan yang sedia ada.
Walaupun saya hanya sempat mencatatkan hanya beberapa perkara pada pandangan dan persoalan yang mereka timbulkan, waktu yang berbaki sekitar 100 hari ini cukup untuk parti pembangkang terutama dari blok Gagasan Sejahtera menginjak golongan ini agar membawa mereka kepada anjakan paradigma secara menyeluruh.
Menyakinkan mereka ini adalah cabaran paling sukar seperti juga pelan pemasaran sesuatu produk. Walaupun produk yang baik dan terbukti berkesan tetapi penyudahnya pegawai pemasaran gagal menarah keyakinan dihati pelangggan produk yang baik tidak ke mana.
Begitu juga dalam masa 100 hari ini, walaupun rakyat sangat tertekan dengan kehidupan seharian, peluang perkerjaan hilang, barangan harian mahal membedil, jenayah berleluasa, persaingan berat sebelah dengan warga asing dalam mencari nafkah menyara keluarga, semua ini belum tentu memberi keterujaan untuk mereka membuat perubahan.
Isu besar negara hari ini, Tabung Haji, 1MDB, Felda, Petronas, GST, Proton, pencerobohan sempadan, rasuah
kalangan Menteri dan anak beranaknya, rasuah di kalangan penjawat awam dan bermacam bagai lagi keserabutan isu yang mereka kena hadapi juga tidak memberi natijah perubahan kepada mereka kerana mereka mendakwa pemimpin parti seronok-seronok di atas, kita di bawah terus terabai masa depan.
Walaupun pahit kita kena telan, mereka juga keliru dengan blok-blok pembangkang yang berpecah. Keintiman pemimpin kerajaan gelak sakan bersama pemimpin pembangkang bagai menjadi antibody jahat melawan kebatilan.
Pakatan Harapan perlu lunyaikan Gagasan Sejahtera untuk menagih undi, mereka kata berebut dan tarik menarik sokongan dikalangan sesama sendiri. Begitu juga sebaliknya. Kesepakatan dalam pembangkang mereka inginkan dalam masa 100 hari ini. Perkara ini tidak mustahil berlaku. Ini pandangan mereka.
Barisan Nasional pula dilihat mengambil peluang melaga-lagakan blok pembangkang untuk memastikan blok ini terus berkelahi, bila serangan mereka dihala sesama mereka, UMNO boleh menumpukan gerakerja lain seperti memindah pengundi secara menyeluruh
Kerajaan Barisan Nasional melengahkan gerakerja pembangkang dengan persempanan baru, semua ini menjadikan bebebanan kepada pembangkang bertambah-tambah. Di kawasan BN kalah tipis boleh lihat pertambahan pengundi. Kem-kem Polis dan tentera diwujudkan. Semua ini memberi kelemahan golongan ini untuk membuat perubahan menukar kerajaan.
Kesimpulanya semua Parti pembangkang perlu mengubah cara kempen secara drastik dan berkesan. Keyakinan penyelesaian isu rakyat yang sangat tertekan perlu diterjemahkan. Janji-janji manis atau sedap yang tidak hipokrit perlu dijaja. Tokoh atau calon-calon perlu dijelmakan, bukan terus berteka-teki dengan alasan strategi.
Kena berlapang dada menerima herdikan rakyat, menampakan kita berjiwa besar, tidak perlu hantar orang ini, atau orang itu untuk menegur,tadah cadangan dan pandangan golongan ini. Jadikan mereka pakar rujuk cadangan, jangan terlalu bawa cadangan parti, kajian parti kerana mereka melihat pakar-pakar parti tidak pernah mengharungi kehidupan dilapangan....
Jika parti-parti berlapang dada, anjakan paradigma dibuat , 100 hari sudah cukup memberi harapan kepada golongan ini, golongan hanya penyokong parti, golongan yang benci dengan kerajaan hari ini dan golongan penjawat awam yang sedang memerhati....
Sekian Catatan Noja Sungai Dungun 29 November 2017
Sumber TKO - 30-11-2017
Patutlah semenjak akhir-akhir ini kerja Saifudin Nasution menyerang PAS. Hari-hari dia kutuk PAS. Rupanya DAP beri dia ini dedak (memijam istilah Tun Mahathir). Saifudin Nasution ini adalah "pemakan dedak tegar". Semua jenis dedak dia makan DEDAK UMNO, Kemudian DEDAK PAS (Dalam PAS pun ada juga pemberi dedak tapi semuanya dah jadi PAN... ini lebai cerita kemudian), DEDAK PKR dan terakhir DEDAK DAP
Lebai pernah menulis sebelum ini, Saifudin Nasution ini pernah menjadi ahli PAS, bukan sekali malah dua kali. Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan. Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.
Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang. (Dia terpaksa mendaftar semula sebagai ahli PAS kerana keahlian PAS pertamanya gugur setelah dia masuk UMNO)
Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan termasuk memperkukuhkan diri Husam di Kelantan bagi melobi menjadi MB selepas TG Nik Abdul Aziz. Husam semasa dia menjadi exco Kelantan dia banyak duit.
Dia boleh beli "kidefella" pengerak UMNO. Bayangkan RM4 juta dibayar untuk Kicdefella?? Untuk baiki imej PAS Kelantan? atau untuk memperkukuhkan diri Husam? Pembaca boleh membuat analisis. Lebai dah malas nak berhujah mengenai perkara ini.
Dia boleh cetak harakah untuk edisi Kelantan. Sambil cerita tentang Kelantan banyak cerita untuk menaikkan dia... ini semua lobi nak ganti MB. Tak percayai lebai. Boleh tanya Zul Solong, atau tanya Taufik. Atau anda boleh nya Lutfi Othman. Ketiga-tiga ni semuanya dah bekerja dengan AMANAH (PAN). Itu tak masuk lagi sponser meja terbuka makam malam Harakah melibat puluhan ribu ringgit.
Berapa orang dia sponser termasuk pembedehan Ahmad Lutfi yang melibatkan RM20K seorang. Dan banyak lagi kalau lebai tulis disini tentu artikel ini berubah menjadi novel...
Begitulah banyaknya duit Husam Musa semasa dia Exco Kelantan. Lebai tak tahu mungkin Husam Musa ini atuknya kaya atau dia menambung semenjak azali lagi melalui jin peliharannya.
Jadi jangan hairan bangunan PAS Salor Husam kata dia buat menggunakan duitnya sendiri. Tak ada satu sen pun duit derma. Anda mesti percaya jangan tak percaya!
Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Ini pun menyalahi TAHALUF SIYASI. PKR banyak kali "lenyek" PAS, tapi Presiden PAS Abdul Hadi pada masa itu masih berlembut.
Dulu Majlis Syura Ulama PAS tak benarkan Zulkifly Nordin jadi calon. PKR membelakangi tahaluf juga jadikan Zulkifly Nordin calon parti PKR. Apa jadi kepada Zul Nordin, bekas peguam Anwar? Tapi Abdul Hadi Presiden PAS masih bersabar dengan PKR termasuk DAP kedua-duanya suka "BULI" PAS semasa PAS dalam PAKATAN RAKYAT.
Semasa dalam PAS dulu (Ahli PAS pertama, menggunakan IC lama) Saifuddin bisnis tapi gagal, jumpa Anwar Ibrahim (UMNO). Anwar bagi DEDAK iaitu jawatan pensyarah U dan bergiat dengan Pemuda UMNO.
Duit tunai Saifudin Nusation sehingga 30 September 2017 ialah RM345K tersimpan dalam bank. Nilai rumah pasaran semasa 1.4juta. Kenderaan 383K. Tak banyakkan!
Gaji Saifudin Nasution yang tercatat ialah RM17K
Jadi kalau Saifudin pakai kereta mewah pun tak apa pasal gaji dia besar. Yang tak boleh pakai kereta mewah ialah Presiden PAS. Pakai aje mesti terima DEDAK DARIPADA NAJIB. Itulah bodohnya pemikiran geng HARAPAN (PAN/IKRAN). Dia tak tahu berapa lama Presiden PAS menjadi MP?? Dia ingat baru tahun ini. Presiden PAS ni MP dah lebih 30 tahun...
Ini anggaran kasar pendapat Presiden PAS iaitu sekitar RM90K sebulan. Apa nak hairan kalau Presiden PAS ada kereta mewah!
Tapi oleh kerana hati busuk, jahat dan bernafsu ada geng HARAPAN buat fitnah kepada Presiden PAS. Mereka ini Islam tapi Islam di masjid dan surau aje... tak ada penghayatan Islam dalam diri kerana DENDAN POLITIK. Ini termasuk penulis cikgu Hussyen.
Zaman dulu sekitar tahun 80an. Abdul Hadi Awang ini pakai kereta mewah dah. UMNO yang jaja fitnah. Tapi sekarang tugas UMNO telah diambil alih oleh geng AMANAH (PAN/IKRAN). UMNO goyang kaki. Ini bukan memberi tongkat kepada UMNO... kata mereka. Mereka peluk cium Najib pun tak apa... maksum!
Walaupun gaji 90K tapi rumah ABdul Hadi seperti orang kampung biasa (Orang kampun pun sekarang rumah batu). Ini mereka tak boleh nak nafi. Hanya ada blogger jahat ambil gambar Abdul Hadi sambut tetamu di hotel. Mereka manipulasi. Ini jenis manusia kalau dah busuk, mereka akan buat perkara busuk... dah jahat itu darah dagingnya. Apa lebai boleh kata LEBIH JAHAT DARIPADA UMNO. UMNO tu sudahlah jahat tapi mereka ini HARAPAN (PAN/IKRAM) lebih jahat daripada UMNO.
Berbalik kepada Saifudin Nasution
Dia ni beli beberapa buah kereta sebelum dapat DEDAK DAP RM12,000.00 Jadi dengan gaji yang kecil bagaimana Saifuddin membayarnya?? Itu pun dengan gajinya sekarang adalah RM17.7 K dia belanja RM12.3K.
Pening lebai fikir?? Mungkin dia spesis Husam juga gaji kecil tapi duit banyak!!
Sumber TKO- 30-11-2017
Ketua Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata dia menunggu masa bagi parti PAS untuk memecat dia. Dikenali sebagai seorang liberal dan progresif, Wan Saiful hari ini mengaku beliau menyertai PAS sejak 1997 sebagai ahli seumur hidup walaupun tidak bersependapat dengan parti Islam konservatif itu.
"Semua orang pernah buat silap kan? Saya bergurau. Tapi saya mula terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai ahli seumur hidup pada 1997.
"Lambat laun mereka akan pecat saya juga," kata beliau menjawab soalan selepas membentangkan kertas beliau di Persidangan Antarabangsa Transisi Demokratik Dunia Islam ke-5 di Kuala Lumpur semalam.
Sikit sahaja lebai nak ulas pasal Wan Saiful Wan Jan ini.
Pertama dia kata dia ahli seumur hidup. Ini menunjukkan Wan Saiful dah ketinggalan. Memang dulu ada ahli seumur hidup dengan bayaran RM100 + RM2 pendaftaran. Tapi sekarang dikenali sebagai ahli "PAS Sepanjang Hayat". Maybe Wan Saiful masih terkenang dengan PAS.
Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia terpecat dari PAS secara sendirinya kerana menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007.
Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?? Perlembanggan Malaysia pun Wan Saiful bahas dan tentang. Misalnya dia antara yang lantang menyerang Perkara 153 dalam perlembangaan. Dia nak mansuh perkara 153 ini.
ARTIKEL 153: memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu
Wan Saiful membela Sister in islam walaupun dia tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.
Lebai rasa Wan Saiful ini tak ada lam kamus PAS. Lebih baik PAS pecat Mahfuz Omar daripada pecat Wan Saiful yang sudah lama terpecat daripada.
Hanya lebai rasa Wan Saiful Wan Jan perasan bahawa dia masih ahli PAS... Kesian.
Sumber TKO - 30-11-2017
PAS sudah lari dari syariah Islam?
Posted on Thursday, November 30 @ 12:25:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37069 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Bukan main riuh lagi pasal PAS yang sudah tidak ikut syariah sehingga segerombolang ahlinya meninggalkan parti untuk menyertai parti yang ikut syariat dan menganjurkan Islam Rahmatanlillalamin(baca Islam liberal).Tetapi betul kah PAS sudah tak ikut syariat dan benarkan mereka yang lari terjun ke parti lain itu ikut syariat? di mana justifikasinya?
Untuk melihat betul atau tidak, apa kata kita lihat dulu standard yang digunakan untuk memutuskan PAS sudah tidak ikut syariat.Dari pemerhatian saya kepada hujah hujah dan bukti bukti yang dikemukan terutama oleh cybertrooper PH, keputusan PAS tidak ikut syariat dibuat kerana PAS sudah tidak lagi melawan Umno sebaliknya sudah berbaik dengan Umno sehingga menerima dedak Umno malah tuduhan yang masih merapu meraban mengenai PAS terima RM 90 juta dedak Umno masih dialunkan oleh penjilat PH walaupun dalam pembelaan saman PAS terhadap SR, berputar putar sekali hujah yang diberi tanpa sebarang bukti, itupun masih lagi penjilat PH mahu mengalunkannya sehingga angka RM90 juta sudah berubah menjadi RM200 juta.Tuduhan awal yang masih belum boleh dibukti, dibawakan pulak angka baru yang lebih tinggi.
Jadi inilah kesimpulannya, PAS sudah tak ikut syariat sebab PAS tak lagi lawan Umno dan kerana itu juga PAS boleh dibelasah dengan apa jua cara dan cara yang mereka gunakan tetap mengikut syariat dan menurut konsep Rahmantanlillalamin.Itu yang dikatakan PAS tidak ikut syariat dan kerana itu juga lah mana mana ahli yang berbaiah sebelum ini boleh melanggar baiahnya sebab PAS bukan lagi parti Islam sebaliknya mana mana ahli yang langgar baiah itu kini sudah berada bersama parti Rahmatanlillalamin.
Demikan antara rumusan yang saya perolehi hasil pemerhatian saya kepada sebaran cybertrooper PH di mana perkara yang paling pokoknya tuduhan mereka PAS sudah tidak lawan Umno tetapi sudah berbaik dengan Umno sampai terima dedak.Inilah yang dispin oleh cybertrooper PH dari masa ke masa tanpa mahu menghiraukan dan memerhatikan apa sebenarnya yang berlaku hasil pendekatan BPMS yang diperkenalkan PAS.Pada mereka bukan BPMS tetapi PAS mahu Ug dengan Umno.
Apa pun rumusan PAS sudah tak ikut syariat semata mata kerana PAS sudah tidak lawan Umno sebenarnya rumusan yang tidak matang dan tidak langsung berpandu kepada petunjuk Islam sebaliknya berpandukan petunjuk Islam liberal yang datang dari kedangkalan akal manusia.Apa tidak dangkalnya, sudahlah rumusan itu tidak benar sama sekali, tetapi hakikat bahawa PAS masih dan tetap lawan BN pasti akan terbukti pada PRU 14 nanti.Di sana PH akan dapati, PAS bersama blok GSnya akan menyertai PRU sambil akan bertanding menentang BN dan PH.makna kata, dakwaan PH bahawa PAS sudah berbaik dan Ug dengan BN dengan sendirinya terbukti palsu.Bukan itu pemikiran yang dangkal?
Lebih dangkal, apabila gerombolang yang mendakwa PAS sudah tidak ikut syariat dan mahu mengembangkan konsep Rahmatanlillalamin melalui masa sedang berubah ke arah liberal.Apa tidaknya sudah bersiri siri suara liberal yang keluar dari mulut mereka mereka yang mendakwa membawa konsep Rahmatanlillalamin ini dan terbaru seorang peguam bekas peguam PAS sudah diangkat sebagai pejuang aties, sudah meninggalkan pejuangannya mahu menegakkan perundangan Islam sebaliknya bertukar kepada perjuangan menegakkan perundangan Islam liberal!
Sumber TKO - 30-11-2017
Sesungguhnya sememangnya banyak perkara yang tidak kena dengan umat Islam sejak sekian lama. Bukan hari ini ada yang tidak kena dengan umat Islam. Malah Ia bermula selepas kewafatan Nabi Mohammad Saw lagi.
Sebaik sahajaselepas kewafatan Nabi SAW umat Islam tak mahu bayar zakat. Pada hal zakat itu antara salah satu rukun Islam yang lima dan wajib di patuhi serta menunaikanya tanpa berbelah bahagi.
Jika zakat ditiadakan, maka cacatlah rukun Islam yang lima itu sepertimana yang telah disyariatkan Allah subhunahu wataala bahawa inilah Islam yang syumul yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Untuk mempertahankan zakat, Saidina Abu Bakar As sidek telah mengistihar perang terhadap mereka yang tidak mahu membayar zakat dan menghukum mereka adalah kafir. Inilah ketegasan seorang khalifat pertama Islam .
Selepas kewafatan Nabi SAW umat Islam sahabat sahabat Nabi SAW ramai yang tidak mahu bayar zakat yang wajib ditunaikan itu, sedangkan zakat itu wajib. mahu tidak mahu mesti dipertahankan.
Kini 83 peratus (kajiselidik1) umat Islam tidak solat lima waktu sehari semalam. 85 peratus (kajiselidik2) umat Islam tidak solat lima waktu sehari semalam. 72 peratus (kajiselidik3) umat Islam tidak solat lima waktu sehari semalam.
Ketiga tiga kajiselidik ini dibuat terhadap umat Islam di Malaysia. Walaupun ia dibuat terhadap umat Islam di Malaysia, tapi ia boleh digunapakai kepada seluruh umat seluruh dunia.
Kaji selidik ini selari dengan apa yang tak kena dengan umat Islam sepertimana yang berlaku keatas umat Islam di bumi ambiya, termasuk umat Islam Palestin yang masih tidak kembali kepada ajaran Islam, iaitu betapa ramainya yang meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.
Pada hal solat itu tiang agama yang mahu tidak mahu wajib ditunaikan dalam apa keadaan sekalipun. Dalam perang solat tetap ditunaikan sepertimana yang diajar oleh Rasullah SAW.
Saidina Abu Bakar RA menghukum mereka yang tak bayar zakat sebagai kafir. para ulamak berselisih pendapat mengenao tinggal solat dengan sengaja, miskipun hadis Rasulullah mengatakan kafir.
Sesetengah ulamak, Ada yang mengatakan barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka jadi kafir sepertimana maksud Hadis barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka kafir.
Akan tetapi ada ulamak yang mengatakan mereka belum jadi kafir, kerana mereka tidak mengatakan solat itu tidak wajib. Kecuali mereka mengatakan solat itu tidak wajib maka kafirlah mereka itu.
Barangkali pendapat kedua inilah punca 83 peratus umat Islam di Malaysia tidak solat lima waktu sehari semalam. Pada hal Rasulullah SAW telah menyatakan tinggal solat dengan sengaja kafir.
Sama dengan apa yang telah hukumkan kepada umat Islam dan sahabat sahabat nabi yang engkar tak mahu bayar zakat. Barangsiapa yang tak bayar zakat kafir. Ini pendapat Saidina Abu Bakar.
Bayangkan hadis Rasulullah SAW, adalah wahyu Allah subhanahu wataala yang jelas dan nyatakan bahawa barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja, kafir. Kalau tak bayar zakat kafir, sudah pasti tinggal solat lima waktu sehari semalam dengan sengaja juga kafir.
Sesungguhnya Umat Islam sangat takut jadi kafir.Mereka tidak akan bertindak dengan sebab musabah yang boleh mereka jadi kafir. Oleh kerana ada pendapat bahawa tidak solat mereka masih Islam dan tak jadi kafir, maka 83 peratus umatr Islam tidak solat lima waktu sehari semalam.
Apakah yang berlaku keatas umat Islam di Palestin.Mereka sehingga hari ini masih ditimpa malapetaka pembunuhan oleh Yahudi. Demikian juga umat Islam Iraq, Syria dan Myianmar. Pendek kata umat Islam seluruh dunia telah,sedang dan akan menjadi mangsa pembunuhan untuk menghapuskannya diseluruh pelusuk dunia.
Syed Qutub pernah berkata kepada umat Islam di Palestin, selagi kamu tidak kembali kepada islam selagi itulah kamu tidak boleh menang. Kata kata keramat ini sebagai bukti bahawa perjuangan umat Islam untuk membebas Negara dari cengkaman yahudi sejak tahun 1948 lagi jadi realitistik
Persoalannya, macam mana Alllah hendak tolong bebaskan Negara mereka dari cengkaman yahudi, sedangkan 80 peratus yang berjunag siang malam itu tidak solat lima waktu sehari semalam yang sah mereka telah meruntuhkan tiang agama Islam
Pendek kata umat Islam palestin dan seluruh dunia berperangai lebih kurang sama dengan kafir. Ikut yahudi dan jadi macam yahudi. Ini gelagat umat Islam yang hari hari telah menjadi mangsa pembunuhan.
Apatah lagi dengan umat Islam di Malaysia yang belum diancam dengan pembunuhan orang kafir. Mereka masih relak, masih mengaku aku beriman dan aku umat Islam dan hamba Allah, Macam mana kamu boleh jadi islam dan beriman sedangkan tidak solat lima waktu sehari semalam itu sebagai perbezaan antara kafir dengan Islam.
Sumber TKO - 30-11-2017
Menang dengan bergaya, atau menipu sampai berjaya. Kalah dengan mulia, pendam seribu duka. Semuanya berlaku di atas qudrat dan iradat Allah SWT. Perhitungan dan formula Allah tak tercapai oleh akal manusia. Usah ditanya mengapa ditakdirkan Allah begitu begini. Ikhtiar diberikan kepada makhluk, tadbir urusan Sang Khaliq, Teruskan ikhtiar, kemenangan hakiki terletak di negeri abadi. Hanya bersama Allah ia boleh dikecapi.
Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.
Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah, menegakkan hukum-hukum Allah. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah.
Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah. Apabila Allah memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya. Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut. Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah!
Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.
Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam. Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai." [At-Taubah: 25]
Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah kerana Allah. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut apabila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.
Bersyukurlah, apabila Allah terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH!
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". [An-Nasr: 1-3]
Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.
Wallahua'lam.
... http://wabillahagro.blogspot.my
Sumber TKO - 30-11-2017
Lompat parti untuk melemahkan PAS?
Posted on Tuesday, November 28 @ 17:38:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37038 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Breaking news! Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN anak bukit sertai PPBM, lagi sensasi ialah berita Amiruddin tidak jadi menyertai PAN sekalipun telah berabad lamanya dia menukar kalernya kepada oren dan menjadi mempelam manis dalam PAS.Kenapa? Mungkin ketika ini PH dan cyebertroopernya sedang manari mari meraikan kemasukan Amiruddin ke dalam PPBM dan mungkin sedang merangka strategi untuk menembak PAS dengan pistol airnya, kononnya nak melemahkan PAS.
PAS akan jadi parti celaru kerana masih ada ADUNnya yang suka lompat parti, akan jadi lemah dengan lompatan ini.Satu tamparan kepada PAS.Malah sudah kedengaran suara mendakwa ADUN ini ketika PRU dulu melakukan baiah kerana merasakan PAS masih lagi mengikut syariat Islam dan sekarang tidak lagi kerana enggan menentang BN seolah olah syariat Islam itu menentang BN.Fatwa PH yang masih digunapakai sampai ke hari ini.
Makanya itulah yang difahami oleh ADUN Anak Bukit dan lain lain ahli yang melaompat keluar PAS, sebab PAS dah tak ikut syariat Islam kerana enggan melawan BN, maka mereka melompat keluar kepada parti yang masih mahu mengikut syariat Islam.Persoalannya PPBM parti yang ikut syariat Islam ke? Mungkin ikut standard yang dibuat oleh cybertroopoer PH, PPBM dan lain lain parti dalam PH termasuk DAP ialah parti yang ikut syariat Islam kerana PH menentang BN.
Mudahnyya Islam bagi cybertrooper PH, sehingga apa yang tak ikut apa yang mereka kata dan nak dianggap melangar syariat Islam dan sesiapa yang berbaiah dengan lafaz janji yang mereka buat sendiri dan mengikut lunas lunas yang ditetapkan oleh syariat Islam boleh bila bila masa saja melanggar baiahnya apabila memutuskan PAS sudah berbaik dengan BN.Tindakan mereka ini sudah dihalalkan kerana PAS sudah berbaik dengan BN.Itu saja formula yang digunapakai oleh cybertrooper PH sambil memekakkan telinga dan membutakan mata kepada peristiwa peristiwa semasa yang jelas menunjukkan penglibatan PAS dengan kerjasama dengan BN hanyalah untuk kepentingan rakyat semata mata sedang dalam aspek prinsipnya PAS tetap menentang BN kerana BN berpegang kepada ideologi sekular yang ditentang PAS sama seperti ideologi liberal yang dibawa PH turut ditentang oleh PAS.
Makna kata PAS tetap berpegang dengan syariat Islam, yang lari dari syariat Islam ialah geng geng yang melompat dari PAS termasuk ADUN Anak Bukit yang sebetulnya sudahpun melompat keluar sejak dari penubuhan PAN lagi, tetapi mengambil keputusan untuk menjadi mempelam manis dalam PAS.Menentang atau berbaik dengan BN bukan ukuran mengikut syariat Islam tetapi mematuhi atau menentang perintah ALLAH itu yang menjadi ukuran sebenarnya.
Walaupun kuat mana geng cybertrooper PH cuba menyebarkan berita palsu mengenai kesan lompat parti ADUN Anak Bukit ini, PAS akan tetap teguh dengan ahli ahli dan penyokong ugama ALLAH yang bukan sahaja bekerja untuk parti, mengundi untuk parti dan berkempen untuk parti tetapi juga sentiasa menadah tangan kepada ALLAH pohon agar dimenangkan perjuangan menegakkan syiar dan syariat ALLAH di atas bumi ALLAH ini.
Kalau PH atau mana mana orang rasa lompat parti akan melemahkan PAS, ingat satu benda dengan jelas:
ALLAH MAHA BERKUASA,,,,,,,
Sumber TKO - 28-11-2017
YB Anak Bukit tidak jatuh murtad kerana keluar PAS tidak bermakna keluar islam..kerana PAS BUKAN AGAMA..tapi YB tu akan menjawab di depan Allah Rabbul Jalil kerana mengkhianati baiah dan sumpah atas nama Allah yg dia sendiri lafazkan tanpa paksaan sewaktu nak jadi calon pru dulu.. - Lebai Habib Al Intani
Lagipun baiah TALAQ 3 Isteri pun adalah perbuatan sendiri oleh Khalid Samad dan diikuti beberapa orang kononnya nak tunjuk mereka lebih PAS daripada PAS.
Kalau tak percaya bacalah bagaimana Khalid Samad pertahankan baiah talaq 3.
(BACA DI SINI - BUKTI UNTUK YANG BERAKAL SAHAJA)
Sumber TKO - 27-11-2017
Dr Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping
Posted on Monday, November 27 @ 09:21:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37015 |
Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bermasalah, namun beliau masih merupakan alat DAP untuk menguasai undi Melayu, kata penganalisis politik, Prof Hoo Ke Ping.
Menurutnya, Dr Mahathir adalah satu liabiliti kepada pengundi Cina berikutan dakwaan beliau terlibat dalam skandal pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an, dan sikap berdiam dirinya terhadap pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwujudkan oleh Dong Jiao Zong.
“Dr Mahathir sangat bertanggungjawab. Lim Kit Siang, sebagai contoh, tidak pernah dilihat bersama dengan Dr Mahathir selama lebih dari dua minggu sehingga forum (Rabu lalu). Isu-isu yang berkaitan dengan forex dan kontroversi UEC telah menghancurkan kepercayaan mereka (DAP) kepadanya.
“Ahli-ahli DAP sentiasa waspada terhadap Dr Mahathir, yang pendirian anti-Cina agak menonjol apabila beliau berjawatan perdana menteri. Beliau (Dr Mahathir) adalah alat yang digunakan untuk menguasai undi Melayu, tetapi pada masa ini, Dr Mahathir menimbulkan masalah, “katanya kepada News Straits Times hari ini.
Forum yang dimaksudkan itu adalah forum “What Say Youth Town Hall – Conversation with Tun Mahathir and Lim Kit Siang”, di MBPJ Comunity Library, Petaling Jaya, pada 21 Nov.
Naib Presiden PKR, Tian Chua melahirkan rasa kesal terhadap jawapan Dr Mahathir ketika ditanya tentang peranannya dalam penyingkiran Anwar dari kabinet dan UMNO pada September 1998 akibat salah laku seksual luar tabie.
Dr Mahathir dilaporkan cuba mengelak pertanyaan itu, dengan menjawab bahawa penangkapan Anwar adalah keputusan polis dan penyingkirannya daripada UMNO adalah satu konsensus parti, walaupun beliau telah merestui penyingkiran Anwar sejak awal lagi.
“Dakwaan seksual terhadap Anwar (dalam forum Rabu lalu) adalah satu contoh pembunuhan watak (yang dilakukan Mahathir terhadap Anwar).
“Adalah malang bahawa Dr Mahathir, dalam satu forum pada 21 Nov, secara tidak sengaja terperangkap dalam wacana apabila diminta memberi komen mengenai tuduhan yang menakutkan (seks luar tabie) yang dibuat terhadap Anwar pada tahun 1998.
“Sebagai pemimpin PKR, saya menyesal dengan cara dia (Mahathir) memilih jawapan,”kata Tian Chua.
...
AIDCNews
Sumber TKO - 27-11-22017
Menanti kesudahan isu pekerja hotel bertudung
Posted on Sunday, November 26 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36995 |
Tidak semena-mena isu wanita bertudung tidak boleh bekerja di bahagian front office di hotel-hotel banyak bintang dan terkemuka di Malaysia menjadi tumpuan sepanjang dua tiga minggu ini. Wanita bertudung hanya boleh bekerja di bahagian lain, bukan di bahagian yang berurusan dengan tetamu atau pelanggan hotel seperti kaunter depan atau perkhidmatan pelanggan. Hanya yang tidak bertudung sahaja boleh bertugas di bahagian hadapan.
Amalan ini mendapat bantahan keras daripada semua pihak, rakyat biasa, persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja hinggalah ke peringkat menteri terlibat. Masing-masing sepakat menyifatkan tindakan ini sebagai satu diskriminasi melampau dan mencabuli hak seorang pekerja apatah lagi berlaku dalam sebuah negara yang agama rasmi adalah Islam. Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bagaimanapun mempertahankan polisi tersebut dengan menegaskan itu adalah satu prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh hotel-hotel di seluruh dunia. Menurut persatuan itu tidak timbul soal diskriminasi atau Islamofobia.
Dalam reaksi segera, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan paling keras dengan menyifatkan pihak yang mengamalkan polisi tersebut sebagai ‘kurang ajar,’ tidak bertanggungjawab dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Nazri juga menganggap polisi tersebut tidak wujud, rekaan semata-mata dan sengaja diada-adakan. Prosedur operasi standard yang konon diguna pakai oleh hotel-hotel antarabangsa itu jelas mencabuli kebebasan beragama di negara ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar juga senada malah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen mana-mana hotel di negara ini yang melaksanakan polisi sedemikian. Prosedur operasi standard yang diguna pakai oleh hotel-hotel terlibat itu jelas bertentangan dengan undang-undang. Hotel yang mempertahankan polisi sedemikian kata Noh, tidak layak beroperasi di negara ini.
Menariknya selepas tercetus isu ini, ramai mangsa tampil ke hadapan berkongsi pengalaman masing-masing kepada dasar tersebut. Daripada apa yang diceritakan perkara ini terbukti berlaku. Walaupun sebahagian mangsa pernah mengadu kepada kesatuan sekerja, tidak banyak yang dapat membantu. Pengakhirannya, mangsa mengalah dan tewas, berhenti kerja atau enggan memohon kerja di hotel-hotel sedemikian.
Walaupun MAH mendakwa peraturan sedemikian adalah satu polisi standard, itu bukan bermakna syarat tersebut tidak boleh diubah sementelah lagi itu peraturan buatan manusia. Polisi yang dirangka hendaklah mengambil kira keadaan sosial masyarakat setempat terutama yang berkaitan dengan adat, budaya dan agama. Larangan memakai tudung bagi pekerja barisan hadapan hotel mungkin sesuai di negara lain tetapi tidak kena jika dikuatkuasakan di Malaysia yang majoriti penduduk adalah beragama Islam.
Sektor-sektor pekerjaan lain termasuk di syarikat-syarikat multinasional pun tidak mengenakan syarat seumpama itu. Malah ada hotel-hotel bertaraf antarabangsa lain dengan senang hati menempatkan kakitangan bertudung bertugas di barisan hadapan.
Dengan kesedaran menutup aurat termasuk memakai tudung menjadi trend sebahagian besar umat Islam di negara ini sehingga merancakkan industri penjualan tudung, peraturan sedemikian walaupun mengikut standard antarabangsa sudah kelihatan lapuk.
Yang membezakan satu hotel dengan hotel yang lain, bukan yang terpacak di depan kaunter itu bertudung atau free hair, kulit cerah atau hitam manis, lawa atau so-so sahaja, seksi atau sopan, manja atau menggoda tetapi kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tidak ada cacat atau cela jika yang berdiri dan berurusan dengan tetamu hotel di kaunter hadapan itu petugas bertudung litup selagi dia mampu memberikan khidmat terbaik, memuaskan hati dan menggembirakan hati setiap pelanggan. Perkhidmatan bertaraf tip-top sudah tentu memberi kesan besar kepada perniagaan.
Justeru cadangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk meneliti satu akta baharu bagi membolehkan tindakan diambil ke atas sebarang bentuk diskriminasi dalam industri perhotelan sangat tepat malah perlu disegerakan. Akta sedia ada tiada peruntukan untuk dikenakan tindakan terhadap individu yang melakukan perbuatan sedemikian.
Cadangan ini perlu dipercepatkan apatah lagi pendedahan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) bahawa terdapat 12 hotel bertaraf antarabangsa serta lima dan enam bintang di kawasan Lembah Klang yang mengamalkan polisi larangan bertudung terhadap pekerja wanita. Majlis tersebut membuat kajian selama tiga bulan bagi mengesan kesahihan polisi sedemikian berikutan aduan mangsa iaitu pekerja hotel terlibat.
Mujurlah ada pendedahan, kalau tidak sampai sekarang masyarakat tidak tahu diskriminasi ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Isu ini mesti perlu ada pengakhiran, tidak boleh berlalu begitu sahaja. Janganlah selepas reda ‘ho-ha ho-ha dan gegak-gempita’ ini, segala-galanya dilupakan.
Sumber TKO -26-11-2017
TUN Dr Mahathir sudah dikatakan begitu. Namun ramai yang masih mahu menaruh kepercayaan pada beliau.
DAP malah terlalu yakin yang Tun kononnya boleh membawa undi Melayu bagi menjamin kemenangan mereka menguasai Putrajaya dalam PRU ke-14 ini.
Begitulah politik matlamat menghalalkan cara. Walau mereka tahu Tun ini jenis "political animal" yang sangat berbahaya dan berbisa namun demi mencapai cita-cita politik masing-masing mereka julang dan usung juga.
Kedurjanaan politik Tun yang paling besar semasa PM selain Tragedi Berdarah di Memali dan Kes Tun Salleh Abas (yang kategori mega) adalah kezaliman terhadap Dato’ Seri Anwar dan keluarga.
Tun pecat Anwar dari jawatan TPM dan kemudiannya Timbalan Presiden Umno atas alasan Anwar mengamalkan seks songsang dan kemudiannya Anwar didakwa dan akhirnya didapati bersalah dan dipenjara kerananya.
Lenyap karier cemerlang Anwar lantaran tindakan Tun.
Tun ketika itu bukan sekadar mahu menyingkirkan Anwar malah membunuh terus politik Anwar.
Tiadalah aib dan cela paling besar selain PM sendiri terbit dan mendakwa Anwar berperilaku homoseksual dan menggunakan tangannya melepaskan nafsu terhadap seorang lelaki lain terpapar di kaca TV ketika itu.
Peristiwa ini tidak dapat dan tidak boleh dilupakan rakyat.
Ramai menyangka Tun kini sudah berubah. Mungkin beliau insaf dan sedar akan kesilapan lampaunya kerana itu DAP dan PKR sanggup menobatkannya sebagai ketua mereka.
Tetapi Tun tetap Tun.
Terbukti dalam satu majlis forum Rabu baru ini sikap sebenarnya.
Dalam forum dihadiri anak-anak muda itu Tun ditanya berkenaan kes pemecatan Anwar dahulu.
Ramai menyangka Tun akan mengaku kesalahan dan kesilapannya tetapi itu bukan Tun.
Tun menyebut dakwaan pihak polis terhadap Anwar, Tun sebut surat dari Umi Hafilda. Juga beliau sebut laporan terperinci pihak polis berkenaan aktiviti seksual Anwar yang diberikan padanya.
Beliau juga sebut berjumpa semua pihak yang terlibat. Kemudian beliau sebut polis yang memutuskan untuk mendakwa Anwar dan berkenaan jawatannya Umno yang memutuskan untuk memecat Anwar.
Sikit pun Tun tidak sebut beliau silap.
Ringkasnya Anwar dipecat, diseret ke mahkamah dan kemudiannya dihumban ke penjara dan hilang semua jawatan lantaran angkara polis dan Umno, bukan PM dan Presiden Umno.
Boleh percaya?
Bermakna semua yang membantah, protes dan gerakan reformasi dulu silap belaka dan sia-sia tindakan mereka. Bukan Mahathir yang perlu undur dan dipersalahkan tetapi polis dan Umno.
Selamat mengenali kelicikan dan tipu daya Mahathir yang orang PAS sudah terlalu masak dan maklum.
Undur Mahathir undur. – HARAKAHDAILY 25/11/2017
Sumber HD-25-11-2017
Dalam umat Islam di Malaysia bersatu hati mempertahankan hak kaum wanita Muslim berpakaian menutup aurat di bidang perhotelan dalam negara DAP tiba-tiba muncul dengan idea baru yang makin mengeruh dan merumitkan suasana.
Dalam Dewan Undangan Negeri Sabah semalam ketika Menteri Pelancongan Sabah menggulung perbahasan berkaitan perbelanjaan kementeriannya ADUN DAP Sri Tanjong bangkit mencadangkan agar kerajaan negeri membuka sebuah kasino atau pusat perjudian di bangunan Sabah International Convention Centre atau SICC yang bakal siap sebagai satu usaha menarik pelancong.
Kenapa kasino?
Gemar sungguh DAP mencadangkan perkara-perkara maksiat dan bertentangan dengan Islam seumpama ini. Sebelumnya mereka mencadangkan Pesta Arak di Selangor dan kini kasino pula di Kota Kinabalu.
Mujur menteri berkenaan menolak cadangan dangkal wakil DAP itu.
Bayangkan kalau DAP punya kuasa mutlak di Putrajaya?
Fikir-fikirkanlah.
ROSLAN SMS
Sumber TKO - 24-11-2017
Pertandingan 3 Penjuru Memerlukan Melayu Berfikir Lebih Panjang.
Posted on Friday, November 24 @ 01:15:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36958 |
Selepas PRU13, parti Melayulah paling banyak pecahnya. Dari PAS lahir PAN. Dari UMNO lahir PPBM dan WARISAN. Ketika wujudnya Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya Melayu berada dalam dua blok sahaja, iaitu blok kerajaan/BN dan blok pembangkang/PR. Melayu lebih mudah membuat keputusan sama ada untuk bersama BN atau melihat perubahan melalui PR. Untuk PRU14 yang bakal tiba, ke mana dan bagaimana nasib Melayu yang bertongkat kata ‘tak akan Melayu hilang di dunia’?
Dalam menghadapi PRU14, Melayu perlu berfikir lebih panjang dan mendalam. Pilihannya sama ada mengekalkan kebobrokan BN yang sedia ada, memperjudikan nasib kepada dasar baru yang ditentukan oleh DAP atau memilih untuk sejahtera bersama Islam. Seperti kata Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin, pilihlah antara kerajaan hidayah atau kerajaan jibayah.
Kerajaan jibayah adalah kerajaan yang mementingkan urusan dunia yang bercorak material sahaja. Manakala kerajaan hidayah adalah kerajaan yang selari dengan doa selepas solat yang bermaksud, “Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami daripada api neraka.”
Dua parti teras terbesar Melayu, UMNO dan PAS masing-masing dengan nisabah sokongan 51:39. Manakala 10 bahagian lagi berada bersama PH. Bagaimana pola sokongan Melayu untuk PRU14 nanti? Di atas kertas, dijangkakan antara 10 - 15% pengundi Melayu UMNO akan beralih kepada PAS atas beberapa faktor. Antaranya, kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Najib, kos sara hidup dan imej PAS dengan BPMS serta lerainya persepsi ‘PAS tunggangan DAP’.
Manakala 10 - 15% pula akan bersama PPBM/PH dan WARISAN. Bermakna UMNO dijangka kehilangan undi Melayu sebanyak 20 - 30%. Ini amat mengancam survival UMNO/BN. Inilah justifikasi penganalisis politik yang menjangkakan tiada pemenang mutlak dalam PRU14 nanti. Lantas PAS menyuarakan kondisinya sebagai kingmaker.
Persoalannya, bersediakah Melayu mencub nasib berpayung di bawah PH yang didominasi parti chauvanis DAP? Kini pun Melayu boleh lihat bagaimana sikap DAP terhadap Melayu dan Islam. Sebagai indikatornya, tiada seorang Melayu pun diterima untuk mengisi CEC DAP. Manakala sikapnya terhadap Islam sudah terjawab apabila Lim Kit Siang sampai hari ini tidak berani mengotakan janjinya untuk menyaman TGHH yang secara terang-terang menghujahkan DAP anti-Islam.
Apa agaknya akan terjadi pada kuasa Melayu dan institusi Islam seperti JAKIM , mahkamah syariah dan sebagainya? Kena fikir juga tentang agenda kristianisasi dan Islam liberal yang bernajis dalam kotak fikir Melayu PH. Melayu kena berfikir masak-masak sebelum nasi menjadi bubur. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Di penjuru lain, sanggupkah Melayu terus kekal dalam kemelut ekonomi yang ditanggung rakyat dan negara? Sanggupkah Melayu melihat rasuah berleluasa, ketirisan dalam pengurusan pembangunan dan pemimpin yang korup? Sanggupkah Melayu membiarkan ‘9 dragon’ mencatur ekonomi haram dan kuasa? Sanggupkah Melayu membiarkan gejala dadah, zina, buang bayi dan pelbagai jenayah dalam kalangan anak bangsa yang merosakkan segala?
Manakala di satu penjuru lagi, Melayu yang akan menentukan sama ada PAS/GS menjadi pemenang mutlak atau sebagai kingmaker. PAS ada track record pemerintahan di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dinilai. Setidak-tidaknya carilah hujah yang cukup tuntas untuk menafikan PAS-lah yang mengangkat daulat Islam sepanjang pemerintahannya.
#UP
#NekadBersamaIslam
#MAMPUCentre
Sumber TKO - 24-11-2017
BN cuba tutup mulut Pas?
Posted on Thursday, November 23 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36950 |
Sejak akhir akhir ini boleh dikatakan Pas tidak lagi menghentam kerajaan pusat yang diterajui Datuk Seri Mohd najib Razak.
Tidak dinafikan pas masih tidak boleh mebisu seribu bahasa terhadap silap langkah yang dilakukan oleh para pemimpin dan menghentam umno/BN.
Barangkali sejak kebelakangan ini sudah banyak bantuan diberi oleh kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan yang dikatakan kerajaan miskin rakyat kaya itu.
Ada yang berkata itulah puncanya pas tidak lagi menghentam kerajaan Pusat, seolah olah umno sudah berjaya menutup mulut mulut para pemimpin pas termasuk menutup mulut presidennya.
Sesungguhnya presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dituduh bersyubhat dengan Najib Razak yang banyak merompak wang rakyat.
Presiden Pas dikatakan membisu kerana mahu bekerjsama dengan umno dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Rupa rupanya semua yang dilemparkan itu tidak benar belaka apabila motif Barisan Nasional memberi bantuan kepada kerajaan Kelantan terbongkar juga akhirnya.
Motif sebenar pemberian bantuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menutup mulut para pemimpin pas agar tidak lagi menghentam kerajaan Pusat.
Perkara ini telah disuarakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohammad, bahawa Barisan Nasional (BN) negeri kesal dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang berterusan menghemtam Kerajaan Pusat meskipun pelbagai bantuan dan pembangunan telah disalurkan.
Pengerusi BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Pusat sentiasa dipersalahkan dan menjadi mainan sindiran wakil rakyat mereka.
Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan di Kelantan selain menyalurkan bantuan, namun kerajaan negeri tidak pernah bersyukur.
“Pelbagai isu dibangkitkan termasuk kelewatan projek yang diluluskan seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dan Hospital Bachok selain Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
“Bagaimanapun, kita terima kritikan dan Kerajaan Pusat akan sentiasa membantu Kelantan demi kebaikan rakyat.
Kata Datuk Mustapa lagi, Memang kita dukacita dan merasakan seolah-olah tidak adil kerana kerajaan negeri dan Pusat sudah berbaik-baik,
Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembinaan ECRL mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat termasuk bakal menarik pelabur ke kawasan Pantai Timur.
Katanya, kesan daripada pembinaan projek tersebut turut memberi kelebihan kepada Kelantan khususnya untuk menarik pelabur dan kemudahan perhubungan kepada rakyat.
“Jangan kata projek ini tidak penting atau tidak perlu didahulukan, kerana apa yang dilakukan Kerajaan Pusat sudah dikaji terlebih dahulu,” katanya.
Pada penulis, pas tetap bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaaan BN kerana banyak membntu kerajaan Kelantan. Akan tetapi banyak lagi perkara yang buruk diperlakukan oleh BN terhadap kerajaan Kelantan berbanding bantuan yang diberikan.
Oleh itu, mereka tidak boleh berdiam diri, malah kena ambil sikap hentam dan terus menghentam. Lebih lebih perjuangan pas tidak sama dengan perjungan UMNO/BN. Pas utamakan kepentingan rakyat manakala umno/BN utamakan kepentingan peribadi pemimpin.
Seperkara lagi, para pemimpin pas Kelantan tidak boleh ditutup mulut mereka kerana apa yang diperlakukan oleh kerajaan BN itu tidak ikhlas, malah bermotifkan rasuah sepertimana rasa kesal yang disuarakan Datuk seri Mustafa Mohammah itu.
Mereka ingat apabila sudah diberi bantuan BN pusat tidak dihentam lagi. Rupa rupanya pas macam biasa juga masih menghentam habis habisan kerana mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat jelata bukan kepentingan diri sendiri.
Inilah punca Pas enggan hendak bekerjasama dengan umno kerana prisip perjuangan antara kedua parti sangat berbeza.BN beri bantuan untuk tutup mulut Pas tanpa menyedari semua itu adalah rasuah belaka
Sumber TKO -23-11-2017
Baru terperasan tulisan seorang penyokong DAP bernama Izmil Amri dalam portal berita Roket Kini dan portal berita Malaysia Kini pada 13 November 2017 bertajuk “‘DAP parti Cina’ itu cerita tahun 2012” dan “'DAP parti Cina? Kita boleh ketawa sambil tepuk dahi'”.
Agak melucukan bila Izmil Amri memperkenalkan diri dalam tulisannya sebagai seorang yang “berasal dari Pulau Pinang dan sering gagal dalam banyak hal”, tetapi bila membaca tulisannya ini maka amat boleh difahamilah mengapa beliau “sering gagal dalam banyak hal””.
Seperti tertera dalam tajuknya, tulisan Izmil Amri memperkatakan bahawa “‘DAP parti Cina’ itu cerita tahun 2012” yang tidak relevan selepas 2012, tetapi tanpa beliau sedari, pemimpin Melayu DAP yang beliau petik, Dr Ariffin Omar, pun berbeza pandangan dengannya.
Ini kerana Dr Ariffin Omar, Senator DAP yang Izmil Amri kagumi, masih lagi menulis selepas 2012, lebih tepat lagi pada 12 Mei 2013, bahawa imej DAP masih imej sebuah parti Cina dan bahawa bilangan orang-orang Melayu dalam DAP masih menyedihkan.
Dr Ariffin Omar malah mengakui bahawa beliau sangat ragu DAP boleh dapatkan sokongan luar bandar dalam PRU 14 kerana usaha-usaha untuk mendapatkan ahli-ahli Melayu adalah tugas sukar sedangkan untuk masuk ke luar bandar ahli-ahli Melayu diperlukan.
Jadi jelaslah bahawa Izmil Amri, seperti kegagalan-kegagalannya sebelum ini, gagal teruk di dalam menghujahkan “‘DAP parti Cina’ itu cerita tahun 2012” kerana kenyataan Dr Ariffin Omar ini dibuat selepas 2012, malah kenyataan ini juga masih lagi benar sekarang.
Kita ikuti kenyataan penuh Senator DAP, Dr Ariffin Omar, mengenai DAP ini:
“Saya telah sebutkan berkali-kali bahawa harapan tunggal untuk merebut kuasa dari BN adalah mendapatkan sokongan luar bandar. Jika kamu melihat latar belakang DAP dari segi sejarah, ia asasnya adalah sebuah parti bandar terutamanya dengan sokongan orang Cina. Bagaimanapun, ia telah iltizamkan dirinya kepada satu platform berbilang-bangsa mendakwa bahawa ia mewakili (atau hendak mewakili) seluruh rakyat Malaysia. Buat masa sekarang ia masih dilihat sebagai sebuah terutamanya parti orang Cina. Sudah tentu usaha-usaha telah dibuat untuk mendapatkan ahli-ahli Melayu. Tetapi ini adalah satu tugas sukar. Sekarang ini ada ahli-ahli Melayu dalam DAP dengan sesetengahnya bertanding dalam pilihan raya dan menang atas tiket DAP. Saya tidak nafikan ini.
Tetapi bilangan orang-orang Melayu dalam parti masih menyedihkan dan ini sama sekali tidak membantu imej DAP. Dalam pilihan raya umum lalu, tidak dinafikan DAP mendapat sokongan Melayu bandar tetapi imejnya masih imej sebuah parti Cina sebab kita masih belum membuat satu cubaan serius untuk menarik ahli-ahli Melayu ke dalam parti. Untuk masuk ke dalam kawasan-kawasan luar bandar, kamu perlukan sokongan Melayu dan memiliki lebih ramai ahli-ahli Melayu akan membolehkan ini berlaku... Jujurnya kita hanya ada 4 tahun sebelum pilihan raya yang seterusnya dan saya sangat ragu sama ada kita boleh melakukannya. Tetapi kamu tidak boleh kata, apa sahaja boleh berlaku dalam politik.”
(Kenyataan asal Dr Ariffin Omar: “I have mentioned time and again that the only hope of wresting power from the BN is obtaining rural support. If you look at the historical background of the DAP, it is basically an urban party mainly with Chinese support. However, it has committed itself to a multi-racial platform claiming that it represents (or want to) represent all Malaysians. For the moment it is still perceive as a mainly Chinese party. Of course efforts have been made to get Malay members. But this is an uphill task. There are now Malay members in the DAP some of whom stood for elections and won on the DAP ticket. I do not deny this. But still the number of Malays in the party is pitiful and this does not help the DAP's image at all. In the recent election, undeniably the DAP obtained Malay urban support but still its image is that of a Chinese party because we have yet to make a serious attempt to woo Malay members into the party. To move into the rural areas, you need Malay support and having more Malay members would make all that difference... Frankly we have only 4 years before the next round of election and I really doubt whether we can pull it off. But then you never can say, anything can happen in politics.”)
Dr Kamarul Yusoff FB
Sumber TKO - 23-11-2017
Rafizi, Jangan Buat Cadangan “BODOH” Lagi...
Posted on Wednesday, November 22 @ 22:00:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36939 |
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menetapkan harga siling RON95 dan diesel kepada RM2.30 seliter.
Rafizi berkata, beliau kesal dengan pengumuman kementerian kewangan untuk hanya memperkenalkan subsidi sekiranya harga runcit bahan api itu melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
"Maka, setiap kali harga RON95 jatuh di bawah paras RM2.50 seliter walaupun minggu-minggu lain kekal di atas RM2.50, itu akan 'reset' perkiraan tiga bulan berturut-turut dan membolehkan Najib menyimpan lebihan pendapatan tanpa memulangkan satu sen pun subsidi minyak," kata Rafizi dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Rafizi ni kalau kita lihat dan dengar celotehnya, kita akan kata dia ni 'genius', tapi kalau kita teliti dan buat kajian dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan olehnya kita akan dapati dia tidak lebih daripada sekadar "ting kosong", bunyi aje lebih tapi tak ada isi.
Paling mudah untuk mengasahkan kenyataan lebai ini, lihat sahaja projek "LANGKAH KAJANG". Dia jual air mata akhirnya PAKATAN RAKYAT jahanam, PKR pecah dua, kini macam kapal "titanic" tunggu masa untuk tenggelam.
Lebai ada mengkritik tentang kajian-kajiannya. Anda boleh baca di sini, di sini, di sini dan di sini.(cukuplah).Dalam HARAPAN ada beberapa orang lagi macam Rafizi. Contoh terbaik untuk masa ini adalah Husam Musa. Kalau dengar cakap dia anda akan lupa... lupa segalanya. Hebatnya Husam dia ada kuasa 10.
https://youtu.be/uue2izbqQcQ
Baru-baru ini dia promosi alat jimat minyak boleh tahan sehingga 15 tahun dan membuat pembakaran 100%. Lebai tak na komen pasal Husam Musa buat kali ini sebab dia masih berduka cita...
Tapi kali ini lebai hanya nak ulas pendek pasal harga petrol aje. Geng minyak Husam, si Rafizi.
2 Januari 2015 lalu Rafizi mengessa kerajaan persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali.
Rafizi berkata rakyat akan dapat menikmati harga petrol yang jauh lebih rendah (misalnya harga RON95 bagi minggu ini menurutnya sepatutnya hanya RM1.87 seliter mengikut pelarasan mingguan seperti dicadangkan).Katanya, rakyat tidak perlu membayar “cukai tersembunyi” yang terlalu tinggi seperti yang berlaku sekarang.
“Apabila harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih tinggi dari harga pasaran sebenar yang ditetapkan oleh formula, setiap sen lebihan itu dikutip oleh Kerajaan Persekutuan sebagai cukai,” kata Rafizi.
Engkau orang tahulah NAJIB bila ada projek boleh masuk poket dan cekik darah rakyat dia terus laksana cadangan Rafizi Ramli.
Apa terjadi...
Dulu harga minyak naik setiap bulan, sekarang harga minyak naik setiap minggu. Itulah jasa idea bernas si RAFIZI RAMLI, pakar strategik HARAPAN.
Sumber TKO - 23-11-2017
Siapa untung bila Cina fasih BM?
Posted on Wednesday, November 22 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36929 |
Berhentilah beranggapan bahawa Bahasa Melayu tiada nilai komersial
SIAPA yang untung atau memperoleh manfaat jika orang Cina menguasai dan fasih bahasa Melayu (BM)? Sayakah yang selalu mengingatkan dan disalahkan atau siapa? Sudah tentu orang Cina. Saya hanya menzahirkan nasihat sahaja untuk kebaikan mereka.
Kenapa setiap kali saya menjelaskan realiti BM mereka berasaskan fakta, saya juga yang dimangsakan? Akhbar dan laman sosial mereka sering memutarbelit artikel saya sedangkan niat saya baik?
Saya salah apa? Saya bercakap perkara benar, bukan menipu atau melakukan jenayah. Apakah kita tidak boleh ditegur langsung atas perkara yang sepatutnya ditegur. Saya bercakap pasal pembinaan negara bangsa, bukan membina empayar.
Apa guna empayar kekayaan dan perniagaan tinggi melangit, jika kita miskin dalam pembinaan negara bangsa? Apabila ditanya wartawan satu soalan dalam BM, terus bercakap dalam bahasa lain.
Bandingkan dengan jutawan Cina di Indonesia. Sehingga saya tidak boleh kenal, sama ada dia orang Cina atau orang Indonesia, walaupun sangat jelas dia seorang Cina. Cuba lihat Basuki Thahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok kerana Cinanya iaitu, bekas gabenor Jakarta.
Kenapa beliau sangat disukai oleh orang Indonesia meskipun berketurunan Cina? MCA dan ultra kiasu tolong jawab!
Jika Cina menguasai dan fasih BM, pasti mereka disukai ramai dan pasti rezeki mereka datang mencurah-curah. Psikologi manusia memang begitu bila ada bukan Melayu fasih BM, mereka akan mudah didekati, malah akan dipuji.
Akan keluar kata-kata "pandai sungguh saudara berbahasa Melayu". Sama seperti orang Melayu pandai berbahasa Cina, sudah tentu mudah didekati dan akan dipuji, "bagusnya kau pandai berbahasa Cina". Ini realiti dan lumrah.
Saya masih teringat ketika zaman kanak-kanak, apabila kami orang Cina berjumpa dan berbual dalam BM, maka akan ditegur oleh Cina yang lain, "tengok sesama Cina cakap Melayu, tak lama lagi masuk Melayu lah dia". Dalam maksud, kepada orang Cina jika sesama mereka bercakap BM, itu suatu perkara yang ganjil dan seolah-olah ‘tidak dibenarkan'.
Sama seperti jika orang Melayu bertemu Melayu, bercakap bahasa Cina sesama mereka, akan berbunyilah kata-kata, "bila dia masuk Cina". Saya pernah mendengar dan terserempak dengan insiden, sesama Cina Muslim berbual dalam bahasa Cina di masjid, tiba-tiba datang seorang Melayu menegur dengan kata-kata "tidak boleh cakap Cina di masjid". Maknanya, dalam masjid hanya boleh bercakap dalam BM dan Arab sahaja.
Salah faham ini perlu diperbetulkan. Saya tidak boleh bayangkan jika ada masjid di negara ini menyampaikan khutbah dalam bahasa Cina seperti Masjid India berkhutbah dalam bahasa Tamil, mungkin menjadi lebih ganjil. Sebab khutbah dalam bahasa Tamil, boleh dikatakan biasa juga kita dengar, tetapi khutbah dalam bahasa Cina, agak jarang kedengaran kecuali di China.
Begitulah ceteknya kita melihat dan menilai sesuatu perkara berkaitan bahasa, sedangkan menguasai bahasa adalah suatu kredit atau kelebihan.
Justeru, kita perlu rasional apabila saya menegur. Saya menyeru pemimpin Cina, terutama mereka yang suka mensensasikan berita mengenai tulisan saya, marilah kita berdialog dan berdebat, mengenai kepentingan menguasai BM sebagai bahasa perpaduan dalam sebuah negara yang meletakkan kepentingan BM sebagai bahasa negara.
Amat tidak beretika mereka mensensasikan tulisan saya supaya masyarakat membenci saya. Mari kita bersama tegakkan pembinaan negara bangsa dan menyahut harapan pemimpin negara, terutama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa mengingatkan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perpaduan sentiasa terjalin demi kestabilan dan pembangunan negara bangsa tercinta.
Jika orang Cina menguasai BM, banyak manfaat akan diperoleh, antaranya adalah:
Pertama, mereka akan dapat menguasai BM dan tambahan satu lagi bahasa untuk mereka. Mereka lebih mendahului saranan agama Islam yang mahukan kita menguasai banyak bahasa. Ia memberikan banyak kekuatan daripada kelemahan.
Pergilah bertanya kepada orang Cina yang menguasai BM, apakah keuntungan yang mereka peroleh bila fasih BM? Jika mendiang Lee Kuan Yew masih hidup, juga boleh bertanya kepada anaknya yang menjadi Perdana Menteri Singapura sekarang, apa kelebihan bila fasih BM dan pada masa sama boleh membaca tulisan jawi?
Sesungguhnya orang yang paling beruntung bukanlah orang Melayu, tetapi orang bukan Melayu (Cina atau India) yang hidup dalam negara majoriti Melayu. Jika mereka dapat menguasai BM, paling kurang mereka akan menguasai tiga bahasa, BM, bahasa Inggeris, bahasa ibunda, bahasa dialek mereka, dan bahasa-bahasa lain yang dipelajari.
Orang Melayu hanya dapat menguasai dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, itupun mujur.
Kedua, mereka akan menjadi orang yang mudah didekati dan lebih ‘dipercayai'.
Memahami psiki orang Melayu, selalunya mereka amat selesa dengan orang sebegini. Sebab itu, Cina di Kelantan dan Terengganu, kehidupan mereka dengan orang Melayu seperti adik-beradik. Bukan macam masyarakat bandar di sini, penuh dengan prejudis dan prasangka. Depan nampak baik, belakang menikam.
Pergilah bertanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak, kenapa perpaduan mereka sangat mantap atau mereka telah mendahului gagasan 1Malaysia? Jawapannya sangat mudah, perpaduan terjalin melalui bahasa, selain toleransi yang lama tersemat. BM adalah medium terbaik mereka. Bayangkan, setiap Bumiputera di sana meminta sekolah mereka sendiri berasaskan etnik?
Bagaimana keadaan Sabah dan Sarawak hari ini? Beruntunglah wahai saudara secinaku di sana, walaupun sangat minoriti berbanding dengan majoriti Bumiputera di sana, mereka masih tidak ada sekolah berasaskan etnik, sedangkan orang Cina ada.
Toleransi apakah ini, jika bukan datang daripada hati yang ikhlas. Sepatutnya, kita tidak layak membina sekolah di sana, sebab kita datang berhijrah, mereka adalah tuan rumah. Namun, inilah realitinya.
Ketiga, bisnes mereka akan menjadi bertambah maju kerana orang Melayu akan menjadi lebih selesa untuk datang ke kedai mereka. Misalnya, kedai adik-beradik saya sentiasa menjadi perhatian orang Melayu, kerana orang Melayu amat selesa dengan adik-beradik saya. Sebabnya, fasih BM.
Begitu juga ketika arwah ibu bapa saya berniaga di kampung Melayu, memang orang Melayu suka dengan kami. Kedai kami sentiasa menjadi perhatian dan kunjungan orang Melayu. Mereka sanggup meninggalkan kedai saudara sebangsa yang turut sama berniaga bisnes kedai runcit.
Tidak perlulah saya bercerita, bagaimana orang Melayu yang berhutang tetapi tidak mahu bayar, mencuri barang kedai kami dan banyak lagi perbuatan yang tidak manis untuk diceritakan di sini. Pendek kata, apabila kita menguasai sesuatu bahasa yang bukan bahasa kita, maka kita akan disenangi.
Sama seperti penyanyi Shila Amzah, apabila beliau berkebolehan menyanyi dalam bahasa Cina, beliau disukai, mudah didekati dan dapat melebarkan sayap hingga ke China. Maknanya, menguasai bahasa mendatang keuntungan bukan kerugian.
Saya tidak fikir Shila Amzah boleh menjadi terkenal di sini hanya berkebolehan menyanyi dalam bahasa Cina. Beliau begitu selesa diterima di China, kerana seorang gadis bertudung berkeupayaan menguasai bahasa Cina. Sudah pasti Cina di China begitu selesa.
Keempat, BM bahasa yang sangat mudah dikuasai. Tidak hairanlah jika pekerja asing seperti Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Nepal, sangat mudah menguasai BM. Kenapa kepada rakyat bukan Melayu di negara sendiri berasa begitu payah dan mensia-siakannya.
Terkini, ketika mengikuti Seminar Konfucius anjuran Kedutaan China di Malaysia, berlangsung di UniSZA, pembentangnya dari China, bersekali membawa penterjemahnya iaitu Cina daripada China yang menguasai BM dengan baik untuk menterjemahkan kata-katanya. BM penterjemahnya sangat fasih. Kenapa Cina di China boleh menguasai BM dengan fasih, Cina di sini amat sukar? Justeru, bersangka baiklah terhadap BM.
Apabila Kementerian Pendidikan menghantar guru BM dan BI yang tidak ada kredit Mandarin, jangan dihalang atau ditentang mereka. Biarkan mereka terus mengajar, janji mereka profesional dan pakar dalam bidang. Marva Collins pernah berkata, the good teacher makes the poor student good and the good student superior. Proses pencinaan yang keterlaluan perlu dicairkan sedikit.
Tidak mengapalah ‘kurang pandai' sedikit dalam bahasa ibunda. Anak saya semuanya boleh berbahasa Cina kerana mereka semua datang daripada SJKC, saya melihat itu suatu kredit untuk mereka. Tetapi saya mesti memastikan mereka pandai dalam BM. Sebab, kami anak Malaysia. Kesannya, anak saya mudah didekati dan dimesrai oleh orang Melayu dan Cina.
Kesimpulan, saranan saya datang daripada hati bukan untuk menyakiti. Apa yang saya dapat jika terus menyakiti hati Cina melain permusuhan dan kebencian. Ini tidak baik untuk pembangunan negara bangsa, Malaysiaku tercinta. Lebih-lebih ia tidak memberikan imej yang baik terhadap dakwah.
Tidakkah mereka dapat melihat, tujuan di sebalik setiap artikel yang dituliskan. Siapakah yang untung jika orang Cina fasih berbahasa Melayu? Sayakah yang untung atau siapa? Kenapa tidak disambil sesuatu yang positif setiap kali saya melontarkan idea dan menukilkan kata?
Saya mohon, berhentilah dengan beranggapan bahawa BM tidak ada nilai komersial. BM adalah bahasa negara, bahasa perpaduan untuk kita semua.
Saya juga amat mengharapkan GLC kerajaan seperti TM Points, CIMB dan GLC lain, mendahului mendaulatkan BM bermula sekarang. Sedih sekali mengikuti Perhimpunan Agung MCA selama dua hari baru-baru ini, tidak ada pun pemimpin dan perwakilan mereka membangkitkan akan pentingnya orang Cina menguasai BM seperti yang disaran oleh oleh Sultan Perak, PM dan TPM.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Sumber TKO - 22-11-2017
Hanipa Ni Peguam, Tapi Cara Berfikir “Bodoh”
Posted on Wednesday, November 22 @ 07:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36917 |
Hanipa Maidin berkata, anggota Parlimen (PKR-Bukit Katil) Shamsul Iskandar telah bertemu dengan anggota parlimen PAS sebelum pengundian untuk menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa.
Hanipa Maidin berkata lagi, pertemuan tersebut bagi mendapatkan jaminan mereka mengundi bersama anggota Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menolak bajet tersebut.
“Anggota Parlimen Bukit Katil (PKR) sebenarnya yang paling kecewa semalam. Beliau beritahu kami (PAN) yang beliau telah berjumpa MP parti suci (PAS - Mereka label PAS dengan pelbagai istilah tak apa.. halal) sebelum undi dan dapatkan jaminan mereka untuk mengundi bersama HARAPAN.
“Tiba-tiba undi MP 'parti suci' tak solid (kukuh). Masih ada dua MP yang berkecuali,” kata Hanipa di Facebooknya semalam.
Lebai tak pasti samada semasa membuat kenyataan ini Hanipa Maidin ada mengguna "PIL KUDA" atau tidak. Kenapa lebai kata demikian?
Kalau betullah Shamsul Iskandar jumpa anggota parlimen PAS dan minta sokongan bagi UNDIAN BELAH BAHAGI, kenapa Shamsul Iskandar tak jumpa Wan Azizah bos partinya sendiri serta 25 lagi anggota parlimen HARAPAN untuk JANGAN PONTENG SEMASA PENGUDIAN nanti. Itupun kalau betul dan memang mereka merancang untuk membuat UNDIAN BELAH BAHAGI??
Betul ke ada perjumpaan?
Kenapa 26 anggota parlimen HARAPAN macam tak tahu aje?? Rileknya aje ponteng!!
Hanipa Maidin cuba nak kelentong dan cuba nak membuat 'tahik' kepada PAS.
Memang kerja parti Islam baru AMANAH (PAN) hidup atas MENIPU. Ahli-ahlinya ditipu kononnya PAS nak berUG dengan UMNO. Mereka percaya ulama PAS dapat duit nak berUG dengan UMNO. Hakikatnya semua itu adalah fitnah kerana nak rebut jawatan dalam PAS sahaja. Bila kalah buat onar burukan PAS. Mereka berdendam atas kekalahan yang dialami.
Kalau Hanipa Maidin ini cerdik adalah lebih baik dia mempersoalkan kemana perginya 26 anggota lain yang tak hadir semasa undian belah bahagi.
Hanipa Maidin dan parti Islam baru AMANAH (PAN) lebih suka melihat aib PAS daripada menoleh aib PAKATAN HARAPAN sendiri.
Mereka cuba mengalih isu ini dengan membuat fitnah dan menyalahkan PAS dalam kekalahan 1 undi dalam pengundian belah bahagi. Cybertropper mereka menjalankan 'pswar' untuk merosakkan imej dua pimpinan PAS. Akhbar sokongan mereka turut serta.
Malaysia Dateline yang diketuai oleh Zul Solong dan Taufik (Ahmad Lutfi sudah macam menghilang diri) cuba mengalih isu ini dengan menyalahkan PAS. Mereka sudah berperangai macam wartawan dan penulis UMNO. Hilang etika dan jati diri kewartawan dek kerana habuan meterial dan nafsu.
Sepatutnya MalaysiaDateline menyiarkan berita seperti ini.
Politik murahan menyebabkan Zul Sulong dan Taufik menjadi celaru dalam membela kebenaran. Islam amalan sebelum ini sudah luntur dalam diri mereka. Mereka lebih utama fitnah daripada menyiarkan kebenaran. Saling tak tumpuh macam UMNO yang mereka tentang selama ini.
Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, lebai nak berpesan kepada Hanipa Maidin...
ENGKAU TU PEGUAM, NAK MENIPU PUN JANGAN BODOH SANGAT..
Sumber TKO - 22-11-2017
Cepat masa berlari, sedar-sedar dah takder dah padang permainan sewaktu kecil-kecil dahulu. Semuanya dah jadi bangunan batu yang tinggi dan juga rumah-rumah batu yang naik sana sini. Bayangkan kawasan perumahan rumah pangsa kos rendah yang kelihatan tidak sihat untuk tumbesaran anak-anak kita . Kawasan yang kotor dan padang permainan yang tidak terurus menjadikan anak-anak kita ‘pening’ dengan permasalahan sekitarnya.. Nak tahu kisah kami dulu2 tak?
Sewaktu kita dikampong dulu, walaupun tiada set permainan seperti ditaman-taman sekarang, kita masih bijak untuk mencipta ruang permainan kita sendiri. Bayangkan dengan hanya tiang2 dibawah rumah ibubapa kita, anak2 mampu mencipta permainan yang menyeronokkan buat mereka dan kawan2 mereka sekampong.
Siapa tidak kenal permainan ACI SOROK, BALING SELIPAR, BALING TIN, BATU SEREMBAN, CARI CUCU, CONGKAK, DAM, DAM KAPIT, GALAH PANJANG, GASING, GULI, JALA ITEK, JAN JAN JALA, KONDA KONDI, LAGA BIJI GETAH, LOMPAT GETAH, SEPAK BULU AYAM, SEPAK RAGA, SOROK SOROK, SUSUN SELIPAR, TARIK UPIH, TENG TENG, WAU, JEBAK BURUNG, SENAPANG KAYU, REBUT TIANG, POLIS SENTRI dan pelbagai jenis permainan yang sudah lupus ditelan zaman.
Kesemua permainan diatas itu dicipta oleh anak-anak itu sendiri dengan pelbagai undang-undang yang mereka cipta untuk mencapai kemenangan dan untuk mengetahui siapa yang mengalami kekalahan. Kesemua jenis permainan itu tidak perlu di download dari apps store ataupun playstore yang memerlukan gajet yang mahal untuk mendownloadnya.
Dengan menggunakan alam sekeliling , mereka mampu mencipta suatu permainan yang menyihatkan dari segi fizikal dan juga mental. Bayangkan bagaimana anak-anak ini mengeksploitasikan selipar mereka untuk menghasilkan permainan baling selipar. Bagaimana mereka tetapkan undang2 agar permainan ini menjadi seronok dimainkan dan pihak yang bertanding sudi menerima kekalahan dengan mengguna pakai undang2 mereka itu.
Batu seremban pula menjadi kesukaan anak-anak perempuan kita dikampong sana. Bagaimana anak2 perempuan tahu apa permainan yang sesuai dengan tahap mereka dan jantina mereka. Dengan hanya menggunakan batu dijalanan yang ada didepan rumah mereka, satu permainan tradisional tercipta tanpa kita sedari. Permainan yang penuh adab sopan sesuai dengan tahap kewanitaan itu menjadi suatu permainan yang asyik untuk dimainkan bersama kawan-kawan sekampong.
Begitu juga dengan congkak,galah panjang dan sebagainya tercipta hasil dari kreativiti anak-anak itu memanipulasikan alam sekeliling. Kerena itulah, kita boleh lihat perbezaan fizikal anak-anak di kampong berbanding anak2 kita dibandar. Tahap survival anak-anak kampong itu lebih tinggi berbanding anak2 dibandar. Walaupun kelihatan gelap kulit anak2 kampong ini, tapi hati mereka cerah dalam melihat dunia mereka sendiri.
Cuma terbayang bagaimana mereka mencipta permainan sepak bulu ayam ni. Kalau ikut dari segi logic, berterabur ayam-ayam ini lari takut dicabut bulu2 ekor mereka. Walaupun begitu, permainan ini pernah menjadi ‘trending’ disekolah2 rendah dahulu ketika waktu rehat. Bukan senang untuk menghasilkan satu bulu ayam yang lengkap kerana ia terhasil dari gabungan getah tayar, paku dan juga bulu ayam itu sendiri. Mungkin boleh dilihat cara PEMBUATANNYA DISINI.
Kita sebagai insane-insan lama, mungkin boleh perkenalkan kembali permainan2 menyihatkan ini pada anak2 kita semula. Permainan tradisi ini banyak mengajar cara berinteraksi dengan kawan2 dan juga berinteraksi dengan pihak lawan. Disinilah skill komunikasi anak2 akan dibentuk berbanding hanya menghadap smartphone tanpa sepatah suara yang keluar dari mulut mereka.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit ilham buat kita berkongsi zaman kecil kita kepada anak2 kita hari ini. Permainan di smart phone walaupun boleh bermainan dengan ramai orang melalui network game nya, tetapi anak2 itu tidak kenal siapa rakan sepermainannya. Akan tetapi permainan tradisi ini, network mereka ramai dan mereka saling kenal mengenali sesame mereka dan mereka membesar bersama-sama hingga keakhirnya.
Wallahuaklam
Md daud yusri fie
Sumber TKO - 21-11-2017
PAS dalam setiap Muktamarnya jawatan no. 1 dan 2 tiada pertandingan melainkan setelah wujud PASMA (kemudian GHB dan kini parti Islam baru AMANAH (PAN)) yang cuba merampas kepimpinan ulama dalam PAS. Setelah mereka yang kalah dalam pemilihan keluar tubuh parti Islam baru PAN, PAS telah kembalikan syura dalam pemilihan. UMNO dikatakan nak ikut PAS... Nak UG kata geng atau kumpulan kalah dalam pilihan muktamar PAS beberapa tahun lalu.
DUA jawatan tertinggi dalam UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden dicadangkan untuk tidak dipertandingkan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut tahun hadapan.
Perkara tersebut diusulkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang seterusnya berkata, menerusi cara itu fokus untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh dipertingkatkan.
Ini terutama dalam kalangan bukan Melayu selain dapat mengelakkan sesetengah pihak untuk cuba melaga-lagakan dua pemimpin tertinggi parti terbesar umat Melayu Islam di dunia itu.
Hishamuddin berkata, kebimbangan terbesarnya ialah BN akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tanpa sokongan pengundi bukan Melayu.
“Perkara paling penting untuk kita ialah jentera dan kepimpinan UMNO di semua peringkat memfokuskan kepada PRU ke-14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.
“Jika ia bermakna dua jawatan tertinggi kekal untuk tidak dipertandingkan kerana usul dikemukakan di peringkat bahagian, maka saya secara terbuka akan tampil menyokongnya.
“Ia (juga) menghalang orang daripada cuba melaga-lagakan Zahid dengan saya, Zahid dan perdana menteri atau saya terhadap perdana menteri,” katanya dipetik portal mStar.
Ogos lalu, UMNO bahagian Masjid Tanah meluluskan usul mencadangkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal memegang dua jawatan tertinggi itu.
Ahmad Zahid dilantik Majlis Tertinggi UMNO untuk menjalankan tugas timbalan presiden selepas parti itu menggantung sebelum memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari 2016.
Bagaimanapun, menteri pertahanan itu berkata, cadangan berkenaan tidak akan dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebagai usul.
“Saya sudah jelaskan kepada speaker yang kita tidak akan menyentuh pemilihan UMNO akan datang kerana sekarang terlalu dekat dengan PRU.”
Hishammuddin berkata, ia penting untuk BN mendapat sokongan semua kaum dan menggesa pengundi mempertimbangkannya.
“Jika kita memenangi PRU akan datang, saya mahu mempunyai undi bukan Melayu yang munasabah kerana kita semua pemegang amanah di Malaysia.
“Kebimbangan terbesar saya bukan Barisan kalah dalam pilihan raya umum, tetapi menang tanpa sokongan bukan Melayu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 21-11-2017
Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok Kerajaan BN sebanyak 51 – 52 undi, dengan 2 MP PAS mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada 2 MP PAS yang mengundi berkecuali iaitu YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah Mohd. Yusoff yang menjadi punca kekalahan pengundian tersebut.
Dalam jumlah 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 daripada undi datang daripada MP PAS termasuk 1 daripada MP PAS yang tidak PAS, Mahfuz Omar. 5 MP PAS yang menyokong PH dalam pemgundian tersebut kemungkinan ada alasan mereka sendiri untuk menyokong manakala 2 MP PAS yang berkecuali sudah semestinya sama sikap mereka ketika berkecuali dalam pengundian Budget 2018 tempohari.
Sebelum PH berteriak sakan menyalahkan orang lain termasuk MP PAS yang berkecuali mahupun yang tidak hadir, mari kita lihat permasalah sebenar yang berlaku di kalangan MP PH sendiri iaitu ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.
Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan ( PH ) = 71 orang. PKR = 28 orang DAP = 36 orang PAN = 6 orang PPBM = 1 orang (Jumlah ini tidak termasuk MP PSM & Warisan )
Jumlah undi ketika undi belah bahagi = 51 undi 5 undi dari MP PAS + 1 MP PAS yang tidak PAS ( Mahfuz Omar ) = 6 undi 51 – 6 = 45 undi MP PH. Jumlah MP PH = 71 orang 71 MP PH ( Keseluruhan MP PH ) – 45 MP PH ( hadir mengundi ) = 26 undi tiada *Bermakna 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.*
*26 MP PH tidak hadir sidang parlimen, bukan 2 & juga bukan 6, 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.* Satu jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir sidang parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet perbekalan Kementerian di jalankan ? Sepatutnya mereka yang hadir mengundi untuk menyokong blok mereka iaitu blok PH namun mereka tidak hadir, tidakkah itu khianat kepada blok mereka sendiri & juga pengundi mereka ?
Disebabkan blok PH kalah berpunca dari MP mereka sendiri yang kaki ponteng, mereka mahu menuding jari pula kepada 2 MP PAS penyebab punca kekalahan. *Mengapa mereka tidak menyalahkan MP mereka sendiri yang kaki ponteng sidang Parlimen atau ada sindrom ketakutan untuk menyalahkan MP mereka yang tidak hadir di sebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak tercalon dalam PRU akan datang jika menyalahkan mereka ?*
Jika ini sikap mereka, sebenarnya merekalah yang khianat kepada rakyat dengan ponteng sidang Parlimen terutamanya semasa pengundian. *Inikah contoh MP yang akan bermati-matian berjuang untuk rakyat ?* Nampaknya lebih kelabu dari asap. Cuma patut di tanya, siapa 26 MP PH yang tidak hadir semasa pengundian semalam & sebenarnya perkara ini memang sudah lama berlaku, cuma malas hendak buka mulut & aib orang.
*Ingat, persoal siapa 26 MP PH yang tidak hadir semalam. Bukan 2 MP malah bukan 6, 26 MP PH ponteng sidang parlimen semalam.*
Cukup memualkan serta memalukan !!
Syaiful Hizam.
Sumber TKO - 21-11-20117
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....
Siti Kassim nak tunjuk dirinya hebat, pegangan songsangnya hebat dan dia boleh berbuat apa saja untuk mempertahankan pegangan liberal songsangnya.Itulah sebabnya kita menyaksikan dia dengan angkuhnya memberi amaran untuk menyaman Menteri Ugama kerana dakwanya membuat kenyataan berbaur fitnah
terhadapnya.Bagi Siti Kasim dia tidak melawan Islam, kenyataan dan perbuatan liberalnya selama ini tidak bertentangan dengan Islam dan lebih hebat Siti Kassim berbangga dengan mahkamah yang dianggapnya mempunyai kuasa tertinggi sehingga boleh mengatasi kuasa ALLAH.
Semua perkara bagi Siti kassim boleh diselesaikan di mahkamah yang berkuasa, semua perkara yang tidak selari dengan pegangannya dianggap fitnah yang mesti dibawa ke mahkamah.Apa Siti Kassim ingat semua yang dikatakan dan dilakukannya selama ini boleh membuktikan dia tidak menentang Islam?
Kita semua tahu mahkamah perlukan bukti, jadi Siti Kassim perlu juga ada bukti sebelum dia membawa apa apa kes ke mahkamah.Mentari Ugama menyatakan Siti kassim disiasat kerana menghina Islam, kenyataan Mentari Ugama inii berdasarkan apa yang Siti Kassim kata dan buat dan itu jugalah yang disiasat.Tapi Siti Kassim dakwa dia tidak kata dan buat apa apa perkara melawan Islam, sebab tu dia mahu saman Menteri Ugama.
Nak jadi liberal tapi terlebih liberal kerana sudah tidak lagi berpijak kepada logik yang sering digunakan oleh liberal.Mana logiknya ugutan saman tersebut sedangkan Menteri Ugama menyatakan sesuatu berdasarkan apa yang sedang berjalan dibawah kendaliannya dan apa yang sedang berjalan itu ialah siasatan terhadap Siti Kassim.Mana ada kenyataan berbaur fitnah? Logiknya Siti Kassim tidak seharusnya mengambil kenyataan Mentari Ugama itu sebagai kenyataan peribadinya dan secara tidak langsung boleh dirumuskan Siti Kassim tak ada kes untuk membawa kes fitnah ini ke mahkamah malah tidak ada fitnahpun.Siti Kassim sudah melampaui batas logik yang sekaligus menyerlahkan kebodohannya sendiri.
Nak jadi liberallah sangat tapi semakin hari semakin hampeh....
Sumber TKO - 21-11-2017
BANGI, 30 Safar 1439H, Ahad - Golongan liberal telah menyalahguna dan menyelewengkan istilah-istilah Islam seperti ‘Rahmatan Lil Alamin'.
Penyelewengan ini dilakukan bagi mengubah wajah Islam sebenar dan membenarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Tokoh Islam Indonesia, Prof Dr Anis Malik Thoha berkata, konsep ‘Rahmatan Lil Alamin' adalah istilah Al-Quran dan benar tetapi diinginkan daripadanya kebatilan. Justeru, ia perlu dijaga daripada terus disalahguna.
"Umat Islam perlu mengawal istilah-istilah seperti ‘Rahmatan Lil Alamin, Wasatiyyah, Adil, Benar dan lain-lain. "Kita perlu memiliki tahap kewaspadaan yang tinggi, banyak membaca dan mengkaji, dan simposium seperti ini perlu diteruskan sebagai pencerahan dan mengelakkan kecelaruan," katanya di Simposium Siasah Syar'iyyah anjuran Majlis Ulama Isma (MUIS) di sini hari ini. Pengarah CASIS UTM, Prof Madya Dr Khalif Muammar pula berkata, golongan liberal mahu mengubah perkara tetap (thawabit) dalam agama dengan membawa kekeliruan dalam konsep ‘Rahmatan Lil Alamin'.
"Jika kita ubah kefahaman konsep ini, kita telah mengubah agama seperti Yahudi dan Nasrani mengubah agama mereka," katanya. Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, adalah menjadi peranan kita semua untuk memberi kefahaman betul kepada masyarakat mengenai konsep ‘Rahmatan Lil Alamin'.
"Kekeliruan dalam konsep ini telah dimulakan oleh golongan liberal dengan membawa kefahaman dalam kerangka mereka, ertinya semua perkara perlu diberi kebebasan atas nama Islam Rahmatan Lil Alamin. "Sedangkan ia perlu difahami dalam konteks yang betul mengikut Al-Quran sendiri.
Sumber TKO - 19-11-2017
Musim menyambut PRU, maaf zahir batin
Posted on Sunday, November 19 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36838 |
Foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital menjadi tular di media sosial sebagaimana lawatan Najib ke IJN selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjalani pembedahan.
Sudah pasti Najib dan Zahid sudah membuat perhitungan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan untuk menziarahi Anwar di hospital sebegitu dekat dengan pilihan raya umum ke 14.
Ziarah Najib dan Zahid kali ini menimbulkan satu perasaan yang mendamaikan seolah-olah seperti suasana di Hari Raya. Dua pihak yang bertelagah berdamai menghulurkan salam maaf zahir dan batin.
Kepada mereka yang tidak mengikuti politik secara dekat, foto Najib dan Zahid melawat Anwar bersama pasangan mereka akan dilihat sebagai sesuatu yang damai dan “sweet”.
Foto itu turut memberikan gambaran di minda rakyat bahawa suhu permusuhan di antara mereka sudah menurun. Mereka hanyalah saingan di medan politik, dan bukannya musuh.
Mereka di Pakatan Harapan yang sebelum ini menyelar ungkapan “UG” ketika Najib melawat Hadi, kini terkedu lidah untuk menghuraikan ziarah Najib dan Zahid ini.
PAS yang sedang hebat mempromosikan “Budaya Politik Matang dan Sejahtera” kini memberitahu para penyokong Pakatan Harapan (PH) bahawa ziarah Najib dan Zahid ke Anwar adalah contoh budaya matang yang mereka maksudkan selama ini.
Seperti mana PAS yang sudah bertegas mereka tetap akan melawan Umno di PRU ke-14, PH juga tetap melawan BN meskipun Najib dan Zahid menziarahi Anwar. Segalanya seri.
Cuma ziarah Najib dan Zahid mungkin menimbulkan satu teori konspirasi di dalam Umno-BN.
Antara persoalan yang pasti timbul ialah, apakah perlunya Zahid melawat Anwar sehari selepas Najib selaku PM melawat Anwar? Bukankah itu sudah berlebihan penghormatan yang diberikan kepada Anwar?
Apakah ada persaingan antara Najib dan Zahid di sebalik takbir meskipun kedua-dua pimpinan saling memuji antara satu sama lain di depan media?
Suhu politik
Memandangkan ziarah Najib dan Zahid ke atas Anwar menimbulkan aura yang sebegitu positif bagi politik negara, apakah Najib dan Zahid akan menimbangkan ziarah ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pula selaku bekas PM yang sudah melepasi umur 90 tahun?
Lawatan muhibah ini pasti akan menarik perhatian rakyat yang kini keletihan politik.
Pertama, ini boleh menurunkan suhu politik negara. Kedua, ini boleh mengubah cara berpolitik hari ini yang berdasarkan cacian, makian, sindiran dan fitnah sekiranya pendamaian ini menjadi tular di kalangan rakyat. Usahlah kita nafi bahawa berita politik hari ini didominasi cacian antara Dr Mahathir dan Najib.
Ziarah Najib ke atas Dr Mahathir tidak akan dapat menghentikan azamnya untuk menjatuhkan beliau.
Akan tetapi, ziarah ini mungkin dapat mengubah persaingan tersebut daripada politik dendam kepada persaingan siapa yang lebih berjiwa besar sebagai pimpinan negara. Persaingan sebegini adalah lebih baik untuk negara berbanding dengan apa yang ada hari ini.
Diharap budaya saling bermaafan menjelang pilihan raya ini dapat dikekalkan supaya rakyat dan para ahli politik dapat memberi fokus kepada isu-isu yang lebih penting sebagai modal untuk memancing undi daripada mengharapkan undi melalui politik kebencian semata-mata.
TIMMY SAY
Sumber TKO- 19-11-2017
Assalamualaikum,,,
Saya baru terbaca tulisan Dr.Tanaka Mustafa berkaitan Najib yang kelihatan mesra melawat DSAI di hospital.Pada saya tulisan tersebut bias dan tidak berpijak di bumi nyata.Saya berkata demikian sebab Dr. Tanaka mahu menyalahkan PAS sebagai pembangkang yang berbalah sesama pembangkang lain.Dr.Tanaka mengabaikan fakta bahawa buat masa sekarang politik negara terbahagi kepada 3 blog di mana di pihak pembangkang ianya terbahagi 2 ia itu PH dan GS. Jadi mengatakan pembangkang berbalah sesama sendiri termasuk berebut bangunan yang merosakkan imej pembangkang adalah terlalu longgar dan tidak berfakta.
Dr.Tanaka melihat isu bangunan PAS yang dicuri dan dibawa lari oleh PAN sebagai isu berebut bangunan.Untuk mengetahuan Dr.Tanaka, ini bukan berebut tetapi mengambil semula hak yang dicuri dan isu ini tidak ada kena mengena dengan lawatan Najib ke hospital itu.Walaupun Dr. Tanaka melihat kelicikan Najib untuk mengambil hati orang kampung, Dr. Tanaka tidak boleh mendesak PAS agar tidak berbalah dengan PH kerana terdapat soal prinsip di situ.
Prinsip lah yang menyebabkan pembangkang terbahagi dua jadi prinsip jugalah yang boleh menyatukan pembangkang.Dr Tanaka seharusnya lebih bijak dan faham tentang persoalan ini tetapi sebaliknya Dr.Tanaka lebih memberi tumpuan kepada kelicikan Najib bagi mendesak PAS kembali bersatu dengan PH.Itu yang saya boleh faham dengan gaya menulisan Dr.Tanaka tentang lawatan Najib ini.
Saya fikir Dr.Tanaka tersilap besar ketika mengatakan orang orang non partisan meluat dengan gelagat pembangkang berbalah sesama sendiri dan ini boleh memberi kelebihan kepada Najib yang licik mengambil hati orang kampung.Satu gambaran yang diberikan oleh Dr.Tanaka bagaimana orang kampung boleh diperlembukan oleh Najib dan bagaimana mudahnya orang orang non partisan jadi lembu.Apakah orang non partisan hari ini sedang memerhatikan apa yang berlaku dalam dunia politik negara mengganggap berlaku berbalahan di antara pembangkang?Kalau itulah yang diperhatikan mereka maka amat mudahlah mereka bertukar jadi lembu kerana sebenarnya apa yang sedang berlaku di antara pembangkang bukannya berbalah tetapi provokasi dan fitnah melampau oleh PH terhadap PAS,Oleh itu kalau mereka melihat ini sebagai perbalahan dan meluat dengan semua pembangkang jelaslah orang non partisan tidak ada prinsip, malas menggunakan akal fikiran dan akhirnya jadi lembu politik Najib sahaja.Saya fikir ulasan Dr.Tanaka bias dan longgar sebab saya tak fikir orang orang non partisan sebodoh itu untuk menilai apa yang sebenarnya berlaku.Malah menyimpulkan ada perbalahan di kalangan pembangkang sendiri tidak matang, apakah Dr. Tanaka tidak matang sehingg sanggup merumuskan sesuatu yang longgar begitu?
Satu lagi hal yang tidak ditekankan oleh Dr Tanaka ialah layanan yang diberikan oleh DSAI dan DSWA kepada Najib ketika lawatan itu.Bukankah gambar yang diviralkan menunjukkan DSAI dan DSWA menyambut baik kedatangan Najib ke katilnya? Apa ke jadahnya DSAI dan DSWA boleh menyambut kedatangan Najib dengan begitu mesra sedangkan semua tahu Najiblah orang yang meyumbat DSAI ke penjara dengan tuduhan yang tidak ada manusia yang ingatkan mati akan lakukan? Kalau gambar yang diviralkan itu bakal memenangkan Najib di kalangan orang kampung,kenapa DSAI dan DSWA sebagai presiden PKR sedia menerima kedatangan Najib sebegitu rupa? Dr. Tanaka sedikitpun tidak mengulas mengenai perkara ini sedangkan dia petah mengatakan perbalahan(saya percaya di rujuk kepada PAS sebagai penyebab) di antara pembangkang akan menyebabkan Najib menang?
Kenapa tak salahkan DSAI dan DSWA sebagai punca kelebihan dimiliki oleh Najib?
Sumber TKO - 18-11-2017
Mulianya Najib Ziarah 'Banduan' (?)
Posted on Friday, November 17 @ 22:09:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36806 |
1) Ramai duk share gambar ni. Saya pun nak terjebak juga lah.
2) Ini adalah salah satu masterpiece work yang Najib buat untuk PRU14. Najib bekerja untuk PRU14 setiap hari. Pembangkang pula asyik merosakkan imej sendiri.
3) Visit TGHH, PH akan bedil PAS.
Visit Anwar, of course PAS akan balas serangan, bedil balik PH.
Taktikal ini boleh mengurangkan kos kempen pilihanraya BN.
4) Najib hanya perlu bawak modal senyum saja ziarah lawan-lawannya. Orang kampung lebih teruja dengan senyuman Najib berbanding pembongkaran dan cemuhan pembangkang ke atasnya.
5) Pembangkang lebih kepada syok sendiri. Berasa serangan ke atas Najib dah hebat, umpama dah kompom Najib akan tumbang dengan serangan tersebut. Pembangkang mengabaikan sentimen orang kampung. Najib aims sentimen orang kampung. Pembangkang masih tidak mahu belajar.
6) Najib memang genius. Kalau tak genius, dah lama laa kena tangkap. Bwahahaha...
7) Dan salah satu adengan rosak imej sesama sendiri, berebut bangunan. Yes, parti dan penyokong masing-masing rasa seperti berjuang pertahan hak. Tapi orang non-partisan meluat tengok. Perlu ada tindakan susulan untuk baiki imej.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
Sumber TKO - 17-11-2017
Rapatkan Saf, perkukuhkan Iman....
Posted on Friday, November 17 @ 15:23:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36796 |
"
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Apa lagi yang boleh dikatakan? Suasana muktakhir hari ini menjelaskan kepada semua umat Islam yang sayangkan ugamanya, sayang Nabinya untuk perlu terus merapatkan saf dan memperkukuhkan Iman demi berdepan dengan serangan liberal yang semakin menjadi jadi serta dalam usaha untuk menidakkan kejayaan liberal menguasai pemerintahan negara.
Liberal yang sudah dikenalpasti diterajui dan diketuai oleh PH, gabungan parti politik pembangkang yang gigih berusaha merampas pemerintahan negara yang sekular oleh BN.Tiada keraguan tentang itu malah muktakhir ini, semakin terserlah ahli ahli politik PH dari parti parti yang berbeza menyuarakan hujah liberal mereka untuk diamalkan oleh rakyat negara.Ada seorang yang bernama Syed Saddiq dari parti Bersatu menyarankan remaja remaja yang nak berzina menggunakan kondom dan seorang bekas laywer parti Islam yang sekarang dalam parti PAN, Hanipa Maidin pula menyarankan agar mengenepikan pandangan ugama demi memberi perlindungan kepada pasangan bersekedudukan tanpa nikah.
Inilah suara suara liberal yang kedengaran dari PH yang menambahkan lagi koleksi liberal sebelum ini yang pernah kedengaran.Kita sudah lali dengan LGBT, sudah lali dengan hubungan tanpa ikatan nikah dan lain lain cadangan meliberalkan kehidupan rakyat Malaysia.Kita akan memiliki kehidupan sebegini sekiranya PH menang PRU dan sudah tentu sebagai umat Islam yang masih teguh dengan nilai nilai ugama, kita tidak mahu PH menang sebab di situ letaknya bahaya besar yang bakal melanda umat.
Jadi, apa pilihan yang kita ada? Rapatkan saf dalam erti memperkukuhkan persaudaraan Islam dikalangan kita serta mempertingkatkan keimanan dalam erti mengimarahkan lagi majlis majlis ilmu yang ada di sekeliling kita, insyaallah pertolongan ALLAH bakal datang.....
Sumber TKO - 17-11-2017
Assalamaulaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Ada juga manusia spesis melayu yang berugama Islam mahu lenyapkan satu satunya jemaah Islam yang syumul, PAS? Spesis melayu yang ada doktor pala sampah, Dr Ariffin Omar yang sudah terlalu kenyang disuap dengan pemikiran dangkal liberal DAP dengan begitu bodoh sombong boleh mengatakan orang lain yang tidak menyokong liberal tidak menggunakan akal ketika mengeluarkan kenyataan, apa dia ingat dia guna akal sangat ker bila berkata mahu melenyapkan PAS untuk menyelamatkan Malaysia? Inilah spesis cerdik tak boleh ditumpang dan bodoh tak boleh diajar!
PAS ialah sebuah parti politik berdaftar yang sah dan layak bertanding dalam pilihanraya.Apabila PAS bertanding, akan ada undi yang akan diberikan
padanya.Pengalaman selama lebih 50 tahun membuktikan PAS adalah parti yang semakin diterima pengundi.Dari situasi hampir mati hasil kerja kerja Umno PAS berkembang untuk tampil dalam dunia politik Malaysia dengan teguh dan matang hasil dari petunjuk petunjuk ugama yang diikutinya.Dalam kedudukan PAS sebagai parti politik Islam dan umat Islam yang teguh dan matang, ada juga manusia bengong yang ada ijazah doktor pala sampah muncul untuk melenyapkan PAS untuk selamakan Malaysia.Nak selamat dari apa?
Yang jelas sebenarnya bukan nak selamatkan Malaysia, tetapi nak lenyapkan Islam di bumi Malaysia kerana tanpa PAS akan mudahlah kerja kerja liberal dikembangkan dan tanpa PAS, Islam tidak ada pembela, mudah bagi puak liberal untuk menjalankan jarum jarum liberalnya.Itu yang tersirat dari kenyataan mahu lenyapkan PAS untuk selamatkan Malaysia.Apakah Doktor pala Sampah ini berfikir sebelum bercakap?
PAS juga selain parti politik ialah jemaah Islamiah yang diasaskan dengan petunjuk petunjuk agama serta selari dengan seruan Baginda Nabi agar umat Islam berada dalam jemaah di akhir zaman demi menjaga agama dari terus dipijak.Apa doktor pala sampah ini tidak pernah belajar tentang pesan Baginda Nabi itu sebaliknya mungkin belajar dari pemuka pemuka liberal yang mahukan ugama dilenyapkan.Itulah sebabnya barangkali dia mahu lenyapkan PAS sebab melenyapkan PAS juga bermaksud melenyapkan Islam yang kononnya boleh meyelamatkan Malaysia.
Usah tertipu dengan doktor pala sampah yang bercakap dengan berfikir menerusi kepala lutut, tidak berpijak di bumi nyata dan mahukan kemenangan kepada liberal.Selamatkan Malaysia yang sebetulnya ialah dengan memilih PAS bukan melenyapkan PAS kerana PAS membawa bersamanya penyelesaian kepada semua permasalahan negara yang sedang dihadapi.Penyelesaian yang ditawarkan oleh Islam dan PAS merupakan satu satunya parti politik yang ada Islam sebagai penyelesaian.
Lenyapkan PAS untuk selamatkan Malaysia, satu lagi tag line dalam siri lawak gila PH......
Sumber TKO - 17-11-2017
Lebai kadang kala rasa pelik juga cara berfikir pendokong PAKATAN HARAPAN dikalangan parti Islam baru AMANAH (PAN) khusus mereka yang menyertai gerakan IKRAM yang bersungguh-sungguh membantu mengerakkan parti Islam baru ini.
Yang peliknya mereka; terutama yang berkecimpung dalam cybertropper menyanjung kehebatan DAP dalam isu pembelaan pemakaian pekerja hotel.
Lebai dapat masej daripada mereka. Kata mereka PAS pandai bising lihat DAP mampu buat. Hebatkan DAP??
Mereka berkata, DAP menawarkan bantuan guaman kepada pekerja-pekerja hotel yang terjejas dengan polisi larangan bertudung, khususnya di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.
Katanya lagi (Geng IKRAM) DAP menyifatkan larangan itu, sebagai diskriminasi dan tidak berperlembagaan, tambahhnya Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang menghalang penggunaan tudung dalam industri perhotelan.
Mereka menambah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita beragama Islam yang ditugaskan di perkhidmatan pelanggan daripada memakai tudung. Presiden MAH Pulau Pinang, Khoo Boo Lim berkata Guan Eng sendiri telah menghubungi beliau bagi menyatakan bantahan yang secara khususnya merujuk kepada kenyataan Presiden MAH, Samuel Cheah Swee Hee berhubung isu itu.
Logik berfikir, mari lebai ajar berfikir.. DAP bantu isu tudung mereka lihat hebat, tenggelam DAP bantah HUDUD dan RUU355 yang nak memperkasakan undang-undang Islam untuk orang Islam sendiri yang tak ada kaitan dengan bukan Islam. Itu MEREKA BUTA dan akal mereka BEKU nak berfikir secara logik.
Tak hairanlah UMNO boleh tipu rakyat dengan menjual Islam sebagaimana DAP jual Islam kepada penganut parti Islam baru AMANAH (PAN) termasuk IKRAM.
Dulu UMNO jual agama Islam di kampung dengan mengatakan, siapa yang bina MASJID?? UMNO mendaulatkan Islam dengan bina masjid. Negeri kuat PAS, misalnya di Terengganu UMNO jaja mereka bina lebih daripada 60 masjid. PAS Terengganu bina berapa masjid semasa mereka memerintah?? Orang kampung tertipu sebagai sekarang ini pendokong HARAPAN tertipu dengan Islamnya DAP.
UMNO dan DAP sama sahaja.
Ada orang tanya kenapa lebai hentam IKRAM. Kan IKRAM tu gerakan Islam yang banyak buat kebaikan??
Engkau orang nak tahu?? IKRAM makan dedak DAP. Puak-puak IKRAM selalu kutuk kononnya PAS makan dedak UMNO tapi biasalah orang yang jahat dia akan tuding kepada orang lain agak jahatnya tersembunyi.
Nanti ada yang tanya bukti?? Lebai lama dah menulis. Sila baca artikel sebelum ini (Klik)
Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?
Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.
Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.
Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.
Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)
Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.
Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?
Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.
Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.
Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!
Sumber TKO - 17-11-2017
Pemuka PAN, Hanifa Maideen mngesyorkan pandangan agama diketepikan demi memberi perlindungan kepada pasangan berkesedudukan. Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq pula menyarankan seks selamat diajar demi elak kemengandungan. Sebelumnya, Pengarah Strategik PAN, Dzulkifli Ahmad berkata Sisters in Islam yang difatwakan sesat, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama dalam proses perundangan Islam.
Ancaman kepada Islam mutakhir ini adalah indoktrinasi Islam Liberal. Ia mungkin datang dalam wajah LGBT, SIS malah mungkin dalam wajah pemuka PAN yang bertopengkan rahmatan lil alamin itu. Wadah mereka konon hak asasi dan tuntutan kontemporari.
Siapapun mereka, umat kini dan generasi seterusnya terdedah kepada ancaman akidah dan amali yang menyesatkan. Sedangkan UMNO yang diberi kuasa oleh orang Melayu/Islam kerjanya hanya menangguk di air yang keruh.
Tongkang pecah yu yang kenyang. Perangai UMNO macam yu. Kerajaan UMNO bukan tak tahu bahayanya fahaman Islam liberal. Walhal majoriti ahli UMNO juga menolak fahaman sesat ini. Tetapi apa tindakan pemimpin UMNO sebagai peneraju kerajaan?
Bukan caranya untuk UMNO tolak dengan suara sedangkan di tangan mereka ada kuasa. Persoalannya, kenapa kuasa itu tidak digunakan? Apa yang kerajaan UMNO buat terhadap kenyataan-kenyataan, aktiviti-aktiviti dan dakyah puak sesat lagi menyesatkan itu? Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkannya sebagai sesat sejak tahun 2006 lagi.
UMNO hanya membiarkan PAS berpencak keseorangan melawan gerakan Islam liberal. UMNO bertepuk tangan melihat PAS banyak musuh kerana mempertahankan Islam. UMNO suka jika Melayu yang sokong Pakatan Harapan makin jauh dari PAS.
UMNO makin selesa jika non-muslim juga berkerat rotan berpatah arang dengan PAS.
Bagi UMNO, PAS yang ramai musuh adalah advantage bagi mereka. Bijak kepala hotak pemimpin UMNO.
Sebenarnya UMNO yang sekular adalah advantage bagi gerakan Islam liberal. Semuanya merosakkan Islam. Justeru, umat ini mesti meninggalkan UMNO demi keselamatan akidah generasi. Bukan nilainya akidah yang suci tergadai dek keuntungan duniawi yang sedikit. Ayuhlah bersama PAS secara total, sebelum musuh bersultan di hati beraja di mata.
#UP
#NekadBersamaIslam
Sumber TKO - 1-11-2017
Apa kena dengan Din Ayub?
Posted on Thursday, November 16 @ 14:32:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36765 |
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Salehuddin Ayub atau Din Ayub jelas sudah menukar penampilan dirinya sejak jadi Timbalan Mat Sabu dalam PAN.Ketika dia jadi ketua pemuda PAS dan Naib Presiden PAS, penampilannya cukup sopan dan apa saja kritikan beliau kepada pemimpin politik dari parti lawan semuanya berlapik dan tidak pernah meletakkan dirinya dalam kumpulan ahli politik yang suka maki hamun seperti Mat Sabu.Tetapi sejak jadi Timblan Mat Sabu nampaknya perangai Mat Sabu sudah mula meresapinya.
Din Ayub yang serdehana dan peramah ketika berada dalam PAS dulu, kini sudah tidak lagi malah semakin menunjukkan sikap over acting terutama dalam membalas kenyataan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS.Semasa dalam PAS, Din Ayub antara yang sentiasa menafikan tohmahan lawan tentang reputasi PAS yang suka melebelkan orang tetapi sekarang dia sendiri yang membuat tuduhan itu.Apa PAS sudah berubah atau Din Ayub yang berubah?
Untuk melihatnya perlu difahami apa yang didakwa Din Ayub bahawa PAS sentiasa merasakan diri mereka suci, apa maksud suci di sini? Din Ayub seharusnya faham pegangan agama PAS tidak pernah berubah dan kalau pegangan inilah yang dianggap suci maka Din Ayub harus juga faham, PAS sememangnya suci sejak Din Ayub berada dalam PAS lagi.Apa yang nak dihairankan?
Hanya kerana TGHH mengatakan ada penyangak dalam PH, Din Ayub nampak melenting dan mula menuduh TGHH dan PAS sebagai parti yang suka melebal orang dan menganggap diri mereka suci.Din Ayub kalau mahu berpijak di bumi yang nyata, perlu menimbang semua perkara secara adil bukan berpihak.Kalau ada tanda tanda ada penyangak maka terima sajalah, bukan mempertahankannya dengan meminta PAS buat itu dan ini,Begitu juga kalau tak ada tanda penganyak, tunjukkan saja kepada TGHH agar beliau tahu kesilapannya.Tapi secara adil dan jujur, apakah benar tiada tanda penyangak dalam PH? Saya serahkan kepada semua pembaca menilainya.
Begitu juga tuduhan Din Ayub tentang PAS suka melebel yang pernah dinafikan olehnya ketika berada dalam PAS dulu, cukup jelas tuduhan itu tidak adil.Kalau dulu Din Ayub menafikan dalam penampilan yang jujur dan adil, tetapi sekarang Din Ayub menuduh dalam penampilannya yang senget sebelah.Senget kerana dia semacam menafikan kerja kerja provokasi yang partinya lakukan terhadap PAS, sikap pemimpin partinya yang sering menyalahkan PAS dalam banyak isu yang langsung tiada kaitan, dan penglibatan pemimpin pemimpin partinya dalam membuat tuduhan dan fitnah kepada PAS di mana banyak tuduhan dan fitnah kantoi.Malah isu yang sedang berjalan sekarang mengenai saman TGHH kepada SR, boleh ada lagi pemimpin parti Din Ayub yang mendakwa sudah meneliti bukti bukti dan kononnya lebih 90 juta yang diterima PAS serta dalam masa yang sama cuba memutar belit untuk terus menghuni bangunan yang bukan milik partinya.
Inilah penampilan senget Din Ayub ketika menuduh PAS suka melebel dan mengganggap diri mereka suci.Din Ayub juga agak terlajak ketika meminta PAS bertanding di semua kerusi parlimen dan biarkan rakyat pilih parti suci.Apa yang Din Ayub nak tunjukkan di sini? Perkataan suci itu sendiri menampakkan makna yang tidak jelas. Apa suci itu bermakna seperti makna makna yang terdapat dalam ugama ugama seperti hindu, budhha dan seumpamanya atau suci menurut pengertian Islam?
Di mana suci akan membawa maksud menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.Kalau inilah maksud suci itu bermakna bukan sahaja rakyat malah Din Ayub sendirpun patut pilih PAS.
Sumber TKO -16-11-2017
Lawak lagi!!!!!!!!!
Posted on Thursday, November 16 @ 06:37:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36749 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
Lawak politik PH berterusan, kali ini mahu menunjukkan mereka juga bela Islam.Siap dengan tawaran guaman lagi.Seolah olah PAS sebagai parti Islam tidak prihatin dengan permasalahan orang Islam yang ditimbulkan oleh liberal.Lalu PH menerusi DAP yang sudah diketahui evangelis dan liberal itu tampil menawarkan bantuan guaman kepada pekerja hotel wanita Islam yang dilarang bertudung.
Cantik sungguh muka liberal PH yang sebelum ini bagai tak rak nak mampus bangkang RUU 355.Yang sebelum ini beria ia menyokong penganjuran pertunjukan peluk anjing oleh orang Islam, yang beria ia menganjurkan upacara makam setalam antara gadis sunti Islam dengan pemuda ajnabi kafirun, yang beria ia dan melompat lompat mahu menganjurkan pesta arak secara terbuka tiba tiba menunjukkan keprihatinan kepada larangan bertudung oleh hotel geng liberal mereka.Lawak apa pulak ni?
Bodohlah sesiapa yang cepat percaya dan menyokong DAP kerana tawaran guaman itu.Tiada apa yang perlu disokongpun sebab apa yang DAP buat cuma satu lawak yang hanya perlu ditertawakan sahaja.DAP semakin gemar membuat orang ketawa.
DAP sejak adanya Karpal Singh lagi sudah menunjukkan kalernya yang anti Islam dan akan terus kekal sebegitu kini dan selamanya.Tak ada apa yang perlu diherankan dengan tawaran tersebut.Kalau tawaran diterima oleh gadis gadis yang dilarang bertudung itu maka ianya merupakan satu bonus kepada mereka dan kalau selepas kes dapat diselesaikan di mahkamah, tidak ada sebab bagi gadis gadis terbabit dan pengundi pengundi Islam memangkah PH dalam pilihannraya.Tawaran menyelesaikan kes laranga di mahkamah tidak akan sesekali menjadikan DAP dan PH sebuah parti yang menjaga Islam kerana perkara penting dalam Islam tetap mereka tentang, tak percaya tengok saja sikap mereka kepada RUU 355.
Bagi orang Islam, lawak yang bertujuan memancing semacam ni perlu difahami dan ditangani dengan betul sebab tersilap langkah, DAP dan liberal yang untung, Islam akan dipijak.Kepada pengampu pengampu PH pulak,menyalahkan PAS kerana tidak bertindak membela gadis gadis adalah lawak tambahan buat mereka.Apa saja tindakan lawak dari parti pujaan mereka pasti akan diikuti dengan lawak menyalahkan PAS dalam semua keadaan, seolah olah tugas PAS hanya menawarkan bantuan kepada semua orang Islam yang ditindas.
Kita orang Islam yang terlibat pula perlu faham bahawa bukan semua isu mesti diselesaikan di mahkamah sehingga memerlukan peguam.Dalam kes kes sebegini, seorang Islam dengan jati diri yang kuat akan melupakan majikan sebegini dan akan terus yakin bahawa rezeki itu pemberian ALLAH.
Lantaran itu apa penting sangat bantuan guaman yang ditawar oleh DAP sehingga pengampunya boleh berkata DAP prihatin dengan Islam dan menuduh PAS tidak prihatin?
Sebenarnya semuanya itu adalah lawak politik dari PH yang sedang berusaha memancing undi untuk PRU 14.Tak perlu dihiraukan sangat tetapi boleh tertawa kalau mahu...........
Sumber TKO - 16-11-2017
PETALING JAYA: Pegawai khas perdana menteri Datuk Rizal Mansor cukup menghormati sikap berkecuali PAS ketika pengundian Bajet 2018 di Dewan Rakyat 13 November lalu, yang menyaksikan belanjawan nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu diluluskan dengan 107 undi.
Ini kerana PAS menyedari belanjawan Barisan Nasional memberi kebaikan, maka penolakan bererti menolak manfaat disalurkan kepada rakyat.
“Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam Bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat.
“Tolak belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam dan tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara,” kata Rizal dalam kenyataan hari ini.
Rizal menambah beliau memahami PAS dan pembangkang lain memainkan peranan sebagai blok semak dan imbang dalam system berparlimen, namun beliau memuji sikap PAS kerana tidak menolak kebaikan dalam belanjawan Najib hanya semata-mata mahu membangkang.
“Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut ‘bangkang dari longkang’,” kata Rizal.
“Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?
“Kita faham pembangkang mahu menang PRU14 tetapi janganlah dikorbankan segala manfaat yang bakal diraih oleh rakyat semata-mata untuk berlagak hero atau berlakon seperti jaguh,” tambahnya.
Bajet Malaysia 2018 atau Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin dengan undian 107 menyokong berbanding 59 undi menolak dan 11 berkecuali, daripada 222 Ahli Parlimen.
Pada hari itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi ke Twitter untuk berterima kasih kepada PAS kerana belanjawan Najib dapat diluluskan.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad dalam tulisan di beberapa portal media berkata PAS ada sikap tersendiri kerana parti itu menyokong “perbelanjaan bermanfaat” seperti mendirikan sekolah, hospital, BR1M, biasiswa, bantuan kepada petani dan nelayan.
Dalam masa yang sama, Idris berkata PAS membantah 1MDB, masalah Felda, GST, tol, ketirisan, projek yang tidak sampai ke sasaran, diskriminasi dan kronisme.
“Semua Ahli Parlimen PAS membantah dan memberi cadangan sewaktu membahas bajet. Cuma PAS berkecuali ketika mengundi. Apa masalahnya?” soal Idris.
“Jikalau Ahli Parlimen PAS menolak bajet, tiba-tiba sewaktu bahas kita minta kerajaan berikan projek sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi, bukankah itu satu kepelikan? Tolak tetapi minta projek?” tambahnya.
Sumber TKO - 15-11-2017
Pemuka PAN tak nak kucup ke pipi DAP? Almaklumlah prihatinnya DAP terhadap Islam. Siap nak tawarkan khidmat guaman bagi pekerja bahagian kaunter hadapan hotel yang dilarang bertudung. Timbalan Pengerusinya menganggap itu satu diskriminasi dan tidak berpelembagaan. Gobind Singh Deo berkata, tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang menghalang penggunaan tudung dalam industri perhotelan.
“Ini bertentangan dengan hak perlembagaan seseorang untuk mengamalkan agamanya. Ia juga sangat tidak sensitif terhadap kepercayaan agama seseorang wanita Islam, yang patut kita hormati dan tegakkan,” katanya kepada media. Ewah-ewah.
Melompat-lompatlah penyokong PAN mendakwa-dakwi konon DAP bukan anti-Islam. Dengan hujah ini, PAN akan kata tak perlu takut untuk undi PH kerana DAP akan jaga hak umat Islam. Begitulah siul ular, anak kerbun pun dapat ditelan.
PAN macam lupa sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah kolonialisme. Kafir Quraisy tak kisah kalau Nabi Muhammad s.a.w. sekadar nak solat dan beribadah. Begitu juga penjajah British tak ganggu umat Islam nak solat, bermuamalat dan munakahat mengikut cara Islam. Yang kafir Quraisy halang dan tentang adalah apabila Rasulullah s.a.w. mahu melaksanakan Islam yang syumul melalui kuasa politik. Demikian juga agenda penjajah British yang membawa ajaran baru ‘agama suku politik suku’.
DAP tak akan memusuhi Islam yang diperjuangkan oleh PAS kalau PAS sekadar ajak orang solat, tutup aurat dan jauhi maksiat. Tetapi apabila PAS ingin mendaulatkan Islam dengan kuasa, di situlah DAP menampakkan kehaprakkannya.
DAP kononnya membela hak muslimah untuk tertudung. Tapi apabila PAS perjuangkan hudud dan ingin memperkasakan mahkamah syariah melalui RUU355, DAP mula kehisteriaan. Andai jujur DAP kata tiada halangan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam kes tudung tadi, apakah DAP tak sedar bahawa hudud dan RUU355 itu juga hak umat Islam mengamalkan ajaran agama mereka?
Suatu ketika di awal pembentukan Pakatan Rakyat, DAP boleh terima agenda Islam PAS. Alih-alih apabila keluar hantu jerangkung yang bernama PasMa dan GHB, DAP sudah mula pandai dan berani mempertikaikan hak umat Islam. Apalagi kini apabila PAN asyik kedepan dalam mempertahankan setiap tindakan DAP, makin beranilah mereka. Pemuka PAN dan Wan Ji siap menggunakan hujah-hujah agama demi mempertahankan DAP. Sebagai contohnya, kita telah sama-sama saksikan bagaimana mereka mempertahankan Oktoberfest?
Justeru, penulis mengingatkan DAP agar tidak terus bermain opera. Usahlah bersolek dengan bedak setebal tiga inci, wajah sebenar yang berjerawat dan berkurap tak akan dapat disembunyi. Hanya pentaksub DAP sahaja sedia mengucup pipi berbedak setebal 3 inci itu.
Sumber TKO - 15-11-2017
Rupa-rupanya fitnah RM90 juta yang dikaitkan dengan pemimpin PAS itu tidak habis di mulut Husam. Selama ini kita hanya tahu bagaimana musuh-musuh PAS termasuk Sarawak Report menuduh TGHH/PAS menerima dedak RM90 juta daripada PM Najib. Malam tadi Ustaz Wan Hassan, MP Dungun mendedahkan bagaimana jahat dan dahsyatnya PAN/PH bermain politik.
Justeru melalui tulisan kali ini, saya benar-benar menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong PAN/PH agar kembalilah ke jalan yang benar. Hentilah politik fitnah yang membawa diri ke jurang neraka. Apalah sangat bahagian yang kalian dapat di dunia politik berbanding seksa yang pedih di alam sana.
Mengikut cerita Ustaz Wan Hassan, dua kali sampai ke telingnya dakwaan yang mengatakan beliau telah kaya sekarang. Sekali melalui kawan ustaz sendiri dan sekali lagi melalui seorang tionghua. Kononyna, ustaz telah ada Mercedes berharga RM500K dan sebuah banglo di KL juga bernilai RM500K. Aset bernilai RM1J itu dikatakan agihan daripada jumlah RM90J yang diterima oleh TGHH/PAS tadi. Subhanallah.
Akhirnya apabila ustaz minta bukti dari mana berita fitnah itu, terdedahlah gambar sebuah Mercedes dan sebuah banglo yang terpapar dalam facebook. Dua keping gambar itulah dimainkan oleh puak-puak PAN/PH sebagai bukti MP Dungun turut terima habuan daripada jumlah RM90 juta itu. Itulah yang disebarkan dalam facebook dan disambung dari mulut ke mulut sekitar Dungun.
Sebelum sampai ke telinga ustaz, bolehkah pembaca agak sebanyak manakah dosa fitnah tersebar di kampung-kampung dan alam maya? Dahsyatnya mereka bermain politik. Rupa-rupanya gambar rumah dan Mercedes yang jadi bahan fitnah itu adalah kepunyaan abang ipar ustaz. Geleng kepala ustaz. Tak ada masa ustaz nak layan fitnah jahat itu. Berani buat beranilah tanggug di hadapan Allah.
Bijak tindakan ustaz. Ustaz tak gunakan media sosial untuk bersihkan namanya. Ustaz tak perlu jelaskan apa-apa kepada orang ramai. Ustaz biarkan begitu saja. Kalau dilayan, makin menggila pula. Apa yang Ustaz Wan Hassan nak sampaikan ialah dahsyatnya puak PAN/PH berpolitik. Seolah-olah mereka ini tidak pernah tahu tentang dosa fitnah dari quran atau hadis. Entah-entah modus operandi yang sama digunakan oleh PAN/PH di tempat-tempat lain. Na’zubillah.
#UP
#NekadBersamaIslam
Sumber TKO - 14-11-2017
Isu Rohingya: Bob Geldof akan pulangkan anugerah tanda protes terhadap Suu Kyi
Posted on Monday, November 13 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36694&mode=thread&order=0&thold=0
|
PENYANYI dan penggubah lagu Ireland, Bob Geldof akan memulangkan anugerah "Freedom of the City of Dublin" sebagai tanda protes kepada tindakan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi terhadap etnik minoriti Rohingya.
Suu Kyi turut sama menang anugerah berkenaan sebelum ini.
Kata Geldof, beliau berasa malu untuk berkongsi anugerah dengan individu yang enggan bersuara dan mengambil sebarang tindakan bagi menyekat keganasan ke atas kaum Rohingya.
Geldof, ahli muzik dan pengasas Live Aid menambah anugerah itu akan dipulangkan lewat petang ini kepada Dewan Perbandaran Dublin.
Sumber TKO - 13-11-22017
Jangan Main - Main Dengan Putera Mahkota Arab Saudi
Posted on Monday, November 13 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36687 |
1. Dahsyat sekali perkembangan terkini politik Timur Tengah disebabkan seorang individu.
Kemaraan terkini percaturan Putera Mohammad Bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi sebenarnya perlu dibaca menerusi pelbagai sudut pandangan.
2. Strategi beliau wajib difahami di tiga peringkat: politik dalaman Arab Saudi; politik serantau Timur Tengah; dan juga politik imbangan kuasa-kuasa besar dunia melibatkan Amerika Syarikat, Rusia, dan China.
3. Dalam sekelip mata, habis kesemua Putera pencabar Mahkota Arab Saudi ditangkap. Betapa strategiknya perancangan Mohammad Bin Salman yang juga merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi ini boleh diperhatikan dari segi posisi yang disasarkan. Tiga individu penting yang memegang kunci ketenteraan dan keselamatan Arab Saudi iaitu Putera Mohammed Bin Nayef, Putera Miteb Bin Abdullah, serta Ketua Komander Tentera Laut Arab Saudi Abdullah al-Sultan telah diketepikan.
4. Individu yang memegang kunci ekonomi turut diketepikan seperti Putera Alwaleed Talal dan Menteri Ekonomi Adel Fakeih. Percaturan sebegini meletakkan beliau sebagai pusat kuasa yang perlu digeruni dan ditaati sepenuhnya di Arab Saudi yang diperkukuhkan dengan ‘rally-round-the-flag effect’ menerusi naratif ancaman Iran.
5. Strategi beliau di peringkat rantau Timur Tengah pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Hancur binasa bumi Yaman. Qatar ditekan dengan hebat. Perdana Menteri Lubnan ditekan hingga letak jawatan. Aset ketenteraan Amerika Syarikat dibeli besar-besaran. Pakatan Tentera ala-NATO Arab cuba diwujudkan. Iran menjadi sasaran untuk dimusnahkan atas sebab peluasan pengaruh Tehran bersama Houthi di Yaman, di Lubnan, Syria, dan Iraq.
6. Kesemua langkah ini meletakkan Riyadh sebagai peneraju utama politik Timur Tengah, dan bukan lagi semata-mata berdiam diri melihat kuasa lain seperti Turki di bawah kepimpinan Erdogan yang selama ini dilihat lebih banyak terkehadapan.
7. Tiada siapa mampu nafikan percaturan Mohammad Bin Salman dalam sektor geo-ekonomi juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan percaturan geo-politik beliau. Antaranya seperti keberanian mengisytiharkan sebahagian saham syarikat minyak gergasi Saudi Aramco bakal dibuka untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO). Kebergantungan ekonomi Arab Saudi ke atas petroleum cuba dikurangkan melalui Visi 2030 yang beliau terajui.
8. Ramai yang menyatakan risiko sekiranya dasar dan politik Arab Saudi terus tidak stabil, ekonominya juga akan turut menerima kesan buruk antaranya seperti kebimbangan para pelabur. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya semakin jelas berlaku iaitu pengukuhan kuasa Mohammad Bin Salman bakal menjadikan kerajaan monarki Arab Saudi berada dalam keadaan yang kukuh dan terpusat.
9. Arab Saudi sering dilabel sebagai ‘proksi’ Amerika Syarikat kerana mementingkan keuntungan pelaburan petroleumnya dalam mata wang Dollar Amerika serta memesatkan pembelian aset persenjataan dengan Washington. Terkini pembelian aset persenjataan bernilai melebihi USD 100 bilion sewaktu lawatan Presiden Donald Trump sewaktu Riyadh Summit baru-baru ini.
10. Walau bagaimanapun, sekiranya diamati secara lebih terperinci dan lebih mendalam, Putera Mohammad Bin Salman turut mencaturkan imbangan kuasa ketenteraan dengan dua pesaing utama Amerika Syarikat, iaitu Rusia dan China. Sewaktu lawatan Raja Salman ke Moscow pada Oktober 2017, Arab Saudi bukan sahaja bersetuju untuk membeli sistem pertahanan udara buatan Rusia yang terkemuka S-400, bahkan juga menandatangani persetujuan pemindahan teknologi ketenteraan Rusia ke Arab Saudi dalam pakej keseluruhan yang dianggarkan berjumlah USD 3 bilion.
11. Malah dengan gergasi Asia iaitu China pula, Arab Saudi di bawah Mohammad Bin Salman baru sahaja menandatangani pembelian aset persenjataan bernilai sebesar USD 70 bilion apabila Timbalan Perdana Menteri China Zhang Gaoli melawat Arab Saudi selama tiga hari dari 23 Ogos ke 25 Ogos 2017 baru-baru ini. Percaturan kuasa ketenteraan Arab Saudi antara Amerika, Rusia, dan China ini menunjukkan ada perancangan strategik yang sedang diatur untuk jangka masa panjang oleh Mohammad Bin Salman yang perlu diikuti rapat.
Abdul Muein AbadPensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sumber TKO - 13-11-2017
"
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....
LKS yang mula hanyut dek banjir yang melanda Penang, berkokok lagi.Ingatkan dah beku dalam banjir tapi rupa rupanya masih lagi seperti dulu, fobia dengan ketakutan PAS ug Umno.Kali ini berkokok dia dalam nada kokokan ayam betina yang mahu bertelur.Walaupun dalam kongress pemilihan partinya dia masih boleh berkokok pasal PAS nak ug Umno dengan nada sedikit ketakutan apabila dia mendakwa PAS akan bersekutu dengan Umno untuk melawan PH dalam PRU 14.Katanya PAS berubah wajah setelah tidak menyertai PH.
LKS juga kelihatan gentar dengan apa yang sebenarnya tidak berlaku.Dia masih gentar dengan kemungkinan PAS ug Umno atau bergabung dengan Umno untuk lawan PH dalam PRU 14 sekaligus fobia dengan bayang bayangnya sendiri apabila menuduh Umno ligat memutarkan isu perkauman dan sentimen agama untuk meraih undi melayu.LKS boleh melupakan bagaimana DAP menganjurkan beberapa siri meliberalkan Islam dalam negara dan seolah mahu rakyat terutamanya melayu Islam lupa mengenainya.
Sorrylah Uncle Lim, Siapa boleh lupa pasal adegan peluk anjing, adegan makan setalam dan adengan pesta arak secara terbuka yang pernah dianjurkan dan disokong oleh DAP.Ini bukan sentimen ugama atau perkauman uncle Lim, tetapi menonjolkan wajah sebenar DAP yang mahukan melayu Islam menjadi liberal.
Uncle Lim tak usah mengelabah pasal PAS ug Umno, sebab PAS yang sebenarnya masih berwajah sama, cuma tidak lagi boleh bertahaluf siyasi dengan DAP atau parti liberal dalam PH.Ini bukan kerana PAS berubah wajah tetapi DAP dan parti parti liberal lain dalam PH tidak mampu memberikan rasa hormat kepada wajah PAS, kerana itu PAS mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan untuk Islam tanpa parti parti liberal di pihak pembangkang, itu saja Uncle Lim, bukan kerana PAS berubah wajah.
PAS masih sama seperti ketika memutuskan hubungan dengan DAP kali pertama dulu dalam BA,atas sebab yang sama cuma bezanya, kali ini DAP sudah ada sokongan dari parti melayu yang liberal sedangkan ketika era BA dulu, DAP masih bersendiri.Tapi PAS tetap sama jadi jangan cuba memutar belitkan perkara ini.
Kalau untuk menentang PH dalam PRU, tidak mustahil PAS bekerjasama dengan Umno tetapi kalau untuk ug dengannya Uncle Lim boleh lupakannya sebab seperti PH yang liberal, Umno pula adek kepada liberal ia itu sekular, yang juga ditolak untuk berkongsi kuasa oleh PAS.
Oleh itu bersekutu dengan Umno dalam PRU tidak akan membawa makna akan berkongsi kuasa dengannya, tak perlulah Uncle Lim fobia dengannya.Kalau LGE mendakwa PH boleh kalahkan BN dalam PRU 14 nanti,maka silakan tiada apa yang boleh menghalang PH kalau memang PH mendapat undi dari rakyat.Tetapi mengambil pengalaman PRU 12 tahun 2008,rasanya tidak bijak kerana situasi tahun 2008 tidak sama dengan situasi terkini.
Hari ini pilihan adalah antara liberal, sekular dan Islam berbeza tahun 2008 pilihan hanya antara sekular dan gabungan liberal yang terkawal dengan Islam yang bertoleransi dengan liberal yang menyebabkan rakyat ketika itu terpaksa mengorbankan beberapa perkara untuk menyatakan sokongan mereka.Tetapi kali ini pilihan cukup jelas, maka tiada lagi isu perkauman dan sentimen ugama akan mempengaruhi keputusan undi rakyat tetapi pilihan antara sekular, liberal dan Islam bakal menentukannya termasuk juga di kalangan pengundi bukan Islam.
Di kalangan bukan Islam juga akan ada yang memilih Islam, dan di kalangan orang Islam pula ada yang bakal memilih sekular, ada yang memilih liberal dan ada yang akan memilih Islam.Oleh itu keputusan majoriti saja yang akan menentukan siapakah yang akan jadi kerajaan.
Nasihat untuk Unlce Lim dan DAP, kalau nak berkempen untuk PRU 14, kempenlah untuk liberal sesuai dengan hala tuju DAP.Tak usah nak buruk burukkan PAS dengan fobia ug yang sudah lapuk dan basi....
Sumber TKO - 13-11-2017
Pergolakan Politik Di Tanah Arab Saudi – Israel Ambil Manfaat
Posted on Sunday, November 12 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36659 |
KUALA LUMPUR: Israel adalah pihak yang mendapat manfaat paling besar dengan pergolakan politik di tanah Arab Saudi yang sedang berlaku kini, kata Pakar Geostrategi Malaysia, Azmi Hassan.
Menurutnya, kalau dilihat pergeseran Arab Saudi dengan Lubnan ataupun dengan Qatar mahupun Yemen, satu faktor sahaja, iaitu satu negara sahaja yang boleh dituju kepada mereka yang mendapat manfaatnya iaitu Israel.
"Jadi dalam hal ini sukar untuk menafikan Israel tidak terlibat secara di sebalik tabir." "Jika tanya saya negara mana yang paling mendapat untung, saya tolak ke tepi Amerika Syarikat kerana ia sebagai negara kuasa besar, tetapi yang paling mendapat untung adalah Israel," tegas beliau lagi.
Beliau berkata, walaupun perkara berhubung penahanan dan pembunuhan kerabat-kerabat Diraja itu adalah berkaitan dengan rasuah tetapi kita tidak boleh menolak perkara ini juga ada kaitan dengan politik dalaman Arab Saudi itu sendiri. Azmi Hassan turut menyatakan bahawa, perkara paling membimbangkan ini bukan sahaja ia ada kena-mengena dengan pergeseran politik dalaman ataupun mengukuhkan kuasa politik dalaman tetapi ada juga kena-mengena dengan politik di luar ataupun politik serantau.
"Jadi itu ditimbangkan bahawa walaupun perkara ini difikirkan sebagai perkara dalaman tetapi ia ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di sebelah luar Arab Saudi." Beliau tidak menafikan perkara ini adalah satu pengulangan insiden sepertimana yang dilakukan oleh Saddam Hussein ketika mula berkuasa di Iraq.
Menurutnya, bukan sahaja dikatakan apa yang berlaku kepada Saddam Hussein ataupun Muammar Gaddafi itu sendiri tetapi memang sejarah politik Arab Saudi itu dikatakan begitu hebat sekali. Ujar beliau lagi, "Sebab itu apabila berlaku pergolakan di Arab Saudi, sejarah Arab Saudi ataupun keluarga Al-Saud itu sendiri diungkit kembali tetapi memang benar apa yang berlaku terhadap Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi itu memang jelas ada campur tangan kuasa luar."
"Tetapi di sini, yang berlaku di Arab Saudi pada ketika ini, walaupun tidak nampak dikatakan ada kuasa luar tetapi secara tersiratnya memang ada dorongan daripada kuasa-kuasa besar terutama sekali."
Azmi Hassan juga berpendapat bahawa, sudah tentu kejadian di Arab Saudi ini didalangi oleh pengaruh kuasa-kuasa Barat kerana kita tahu bahawa seteru utama Arab Saudi itu sendiri sebelah rantau Timur Tengah itu adalah Iran dan ada beberapa negara kuasa besar dikatakan mahu melemahkan kuasa kepimpinan Iran.
"Jadi kalau kita lihat apa yang berlaku di Arab Saudi ini boleh dikatakan Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri meletak jawatan itu ada kena mengena dengan Iran sebenarnya, ataupun Yemen dikatakan telah melancarkan peluru berpandu ke Riyadh baru dua tiga hari lepas juga ada kena-mengena dan belakangnya adalah Iran."
"Jadi di sini tidak dapat ditolak bahawa pergolakan Arab Saudi dan juga pergolakan Arab Saudi dan Qatar itu ada kena mengena dengan di belakangnya adalah kuasa besar kerana faktor pertamanya adalah Iran. Jadi sukar untuk kita menolak tiada campur tangan kuasa asing dalam hal ini."
Menurutnya lagi, terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas Malaysia kerana Kuala Lumpur mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Riyadh dan bersama-sama dengan 34 negara Islam dikatakan untuk menangani keganasan. "Jadi setiap perkara yang berlaku di Timur Tengah terutama sekali di Arab Saudi itu akan membabitkan sama kita di Kuala Lumpur."
Menurut beliau, "Bukan sahaja dari segi ekonominya tetapi dari segi geopolitiknya, sebagai contoh yang paling nyata pergeseran antara Arab Saudi dan Qatar, Kuala Lumpur berbaik dengan kedua-duanya, baik dengan Doha juga baik dengan Riyadh, jadi kita tersepit di tengah-tengah."
Katanya, "Walaupun Timur Tengah itu jauh daripada kita, apa yang berlaku di sana sudah pasti akan memberi kesan kepada kita juga." Beliau berpendapat, sudah tentu insiden ini boleh menggugat hubungan antara negara-negara Islam dengan Arab Saudi mengenai insiden yang dikatakan politik dalaman Arab Saudi, dengan apa yang berlaku di Lubnan, pergeseran Arab Saudi dengan Yemen dan pergeseran dengan Iran.
Menurut Azmi Hassan, kesemua ini dianggarkan majoriti rakyatnya adalah umat Islam, jadi bukan semua memihak 100 peratus kepada Arab Saudi, ada yang berpihak kepada Iran, ada yang berpihak kepada Yemen ataupun ada yang berpihak kepada Qatar jadi ini membuatkan suatu suasana yang tidak selesa termasuk juga kita di Malaysia.
"Kita mahu berbaik dengan semua pihak tetapi apa yang berlaku ini memaksa sesebuah negara Islam itu memilih sama ada Arab Saudi ataupun kepada pihak yang lain." "Jadi, yang pasti, apa yang berlaku ini merugikan negara Islam sebenarnya sebab mereka bergeseran antara satu sama lain."
Ujar beliau, kesan "ugutan" Arab Saudi ke atas Lubnan baru-baru ini, benar-benar mengganggu perdagangan serantau. Menurutnya lagi, apabila Arab Saudi mengugut Lubnan sebenarnya secara tersiratnya dia mengugut Iran iaitu dikatakan penyokong kuat Hezbollah di Lubnan jadi kalau terbabit pergeseran antara Arab Saudi dan Iran secara terus menerus dan secara langsung ia akan melibatkan perdagangan antarabangsa kerana Iran seperti yang kita tahu pengawal Selat Hormuz dan Selat Hormuz itu dikatakan laluan ketiga paling sibuk selepas Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.
Azmi Hassan berkata, "Sudah pasti apabila berlaku kekacauan di Selat Hormuz, perdagangan antarabangsa akan melibatkan semua negara yang dikatakan akan mencetus satu gangguan kepada dunia dan global secara keseluruhannya, dan yang paling bertepuk tangan dengan manfaat yang diperolehi sudah tentu Israel."
Sumber TKO - 12-11-2017
Zaman mula berubah dan perubahan itu semakin mencengkam jiwa masyarakat kita dibandar-bandar besar sebegini. Menurut sejarah, ketika kegemilangan zaman melaka dahulu, semua peniaga dibumi malaya dahulu dikuasai oleh orang-orang tempatan.
Melaka menjadi empayar ekonomi yang gah dengan pedagang-pedagang dari bumi china dan india serta arab datang berdagang dibumi melaka ini. Orang-orang melayu terkenal sebagai pedagang yang hebat dan dikenali diseluruh pelusuk dunia. Hari demi hari ramai pedagang-pedagang mula membanjiri selat melaka yang sibuk itu..
Setelah perniagaan semakin rancak, guna tenaga yang ramai amat diperlukan ketika itu. Maka british mengimport ramai pekerja2 dari negara china dan india untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di lombong2 bijih timah dan juga perladangan.
Setelah berapa lama mereka disini, kaum-kaum pendatang mula berniaga untuk kelangsungan hidup mereka disini. Bermula dengan bekerja di sini, kini mereka mula menguasai bidang perniagaan baik yang kecil mahupun yang besar. Kitaran pekerjaan mula berubah. Dahulu kita menjadi majikan buat pendatang2 itu, kini bertukar yang anak2 kita pula bekerja dengan mereka.
Setelah itu, kadar kerancakkan perniagaan dinegara kita semakin melonjak. Keperluan tenaga kerja tidak dapat ditamppong oleh penduduk tempatan lagi. Usaha membawa pekerja2 asing dari luar terpaksa dilakukan lagi. Bangla,mymmar,vietnam,filipina dan indonesi serta india dipanggil datang membantu kepesatan ekonomi negara kita ini.
Setelah beberapa lama, kelihatan anak2 kita mula bekerja pula dengan pendatang2 generasi terbaru ini. Ada sahabat saya terpaksa bekerja dengan bangla sebagai pemandu disebabkan mendapat tawaran yang menarik dari pendatang tersebut. Mereka mula menguasai ekonomi kita dengan berniaga kecil-kecilan dimerata tempat.
Kedai acheh sudah menjadi sinonim masyarakat kita akan kedai runcit yang diusahakan mereka. Kedai gunting rambut juga dikuasai mereka. Pakistan terkenal dengan pakaian dan karpet, bangla dengan kedai membaiki petiais , vietnam dan mymar restoran makanan mereka.
Yang lebih tragis pula, warga negara afrika juga mula rancak berniaga disini. dengan restoran makanan afrika dan juga kedai salon yang kebanyakkannya untuk pasaran warga negara mereka disini.
Dalam masa 10 tahun akan datang, anak2 melayu, cina dan india akan bermajikan kepada usahawan2 dari negara2 tersebut. Mereka bukan sahaja pandai berniaga, malah mampu mengalahkan peniaga2 tempatan yang selama ini terpaksa bersaing dengan mereka dipasaran.
Baru-bari ini, ada sahabat saya ingin meletakkan produk hasilannya dikedai-kedai dengan konsep 'consignment'. Dari 15 kedai yang dia terjah untuk mendapatkan kebenaran meletakkan barangnya , 14 kedai adalah milik warga acheh. Dari 14 kedai tersebut, 10 kedai setuju untuk menjualkan produk beliau itu.
Kita kini terpaksa meminta jasa baik warga asing untuk berniaga bersama mereka. Kata putus bukan lagi pada kita tapi pada mereka usahawan yang amat kaya dibumi malaysia ini. Ada sebuah kedai runcit di kawasan padang jawa kelang sana, sehari jualannya tak lari dari rm15k untuk satu kedai.
Disini saya ingin berkongsi bagaimana sahabat itu menerjah dari satu kedai kesatu kedai dikawasan damansara damai hanya untuk memasarkan produknya. Dari situlah kami tahu tiada sebuah kedai runcit pun milik orang kita berniaga disana.
Mungkin usahawan tempatan boleh memikirkan hala tuju anak2 kita dalam menceburi dunia keusahawanan agar hasil kekayaan negara tidak dibolot oleh warga asing yang ramai disini.
Kemana hendak kubawa generasi kita suatu hari nanti.
wallahuaklam
Sumber TKO - 12-11-2017
"Apalah sangat SUPERCOMP berbanding KEPALA NYAMUK... SUBHANALLAH
Pada 22 Februari 2008 yang lalu, Jerman berjaya membina komputer terpantas untuk aplikasi awam di dunia. Komputer terpantas saiz gergasi ini, pertama kali dipaparkan di bandar Jülich, Jerman. Komputer ini akan digunakan untuk menyokong penyelidikan ilmiah di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain untuk dikembangkan dalam pelbagai bidang seperti bidang astronomi, tenaga, industri farmasi dan bidang lain.
Komputer ini akan menjadi yang terpantas di antara 500 komputer untuk tujuan awam di dunia. Sebelum komputer ini dibina terdapat sebuah lagi komputer pantas yang digunakan untuk aplikasi tentera di pusat tenaga nuklear Amerika di bahagian California.
Komputer "Eugenh", superkomputer bukan komputer peribadi yang didalamnya dipasang 65 ribu pemprosesan yang dipasang dalam enam belas tempat dan setiap kotak mempunyai saiz yang sama seperti cip elektronik yang diperlukan untuk telefon biasa. Pelawat perlu memakai peranti anti bunyi di telinga sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dalam hal ini, Dr Neubert Atej ketua jabatan aplikasi berkata enam belas kotak mengandungi pemprosesan memerlukan elektrik dengan kapasiti 30 Kw.
Semasa bekerja, komputer ini memerlukan suhu persekitaran 16 darjah. Kelajuan komputer hampir menyamai kelajuan 20 ribu PC biasa yang dihidupak bersama, iakni boleh melakukan pengiraan sebanyak 223 bilion hanya dalam satu saat dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sebelumnya oleh Atej. Kira-kira 200 pasukan penyelidik dari Jerman dan Eropah bergantung pada sokongan komputer ini dalam melakukan pengiraan yang relevan untuk kajian mereka. Dalam hal ini, ada jawatankuasa yang menentukan projek mana saja yang akan diberikan keutamaan untuk memanfaatkan sokongan dari super komputer.
Hal ini berlaku kerana simulasi biasanya dilakukan dengan format chart pelbagai bentuk, seperti grafik yang telah menjadi tiang utama dari ilmu setelah teori dan aplikasi. Begitu juga membangunkan ubat baru memerlukan banyak percubaan untuk mengetahui kesan dari bahan-bahan yang terkandung. Melalui penggunaan komputer, para saintis boleh melayari kesan umum dan menjimatkan masa yang dihabiskan dalam melakukan banyak percubaan di makmal serta menjimatkan wang. Dalam bidang astronomi, komputer memainkan peranan yang lebih besar sejak percubaan makmal dinilai sebagai cara yang lebih keras dan lebih kompleks.
Mungkin sebahagian dari kita menganggap jika komputer yang ditemui masa kini merupakan kemajuan di bidang ilmu dan teknologi yang amat canggih. Tapi jika kita bercakap dengan keimanan, kita akan membandingkan komputer ini dengan serangga kecil seperti nyamuk. Perlu diketahui, nyamuk pasti melampaui peranti komputer. Di otak nyamuk, ada beratus ribu sel dan di setiap sel ada sebuah komputer yang sangat kompleks.
Super komputer ini tentunya memerlukan bangunan yang sempurna dan pasukan jurutera serta penyelidik yang hebat. Begitu juga dengan daya dan kekuatan istimewa, pendingin, peranti pengurangan bunyi, dan sistem kawalan. Jika super komputer hanya mempunyai 65000 pemprosesan sedangkan otak seekor lebah dan serangga lain mempunyai hampir satu juta pemprosesan.
Ini adalah kepala nyamuk. Reka bentuk ini diciptakan Allah swt dengan sempurna dilengkapi mata majmuk yang mempunyai beribu-ribu lensa. Sehingga nyamuk dapat melihat dan mencari jalan dengan mudah ketika terbang. Tanpa reka bentuk sempurna ini nyamuk tidak dapat hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Para saintis bingung dan bertanya-tanya dari mana reka bentuk yang indah ini datang. Jawapannya sangat jelas, Allah swt. tentunya sesuai dengan firman dalam Al-Qur'an:
"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (QS. Az-Zumar: 62).
Otak manusia mempunyai lebih dari satu juta sel saraf yang berfungsi dengan kecekapan tinggi dan dalam koordinasi yang tidak ada bandingannya. Jika kita merenungkan makhluk di bumi ini, kita akan mendapati bahawa otak mereka berfungsi lebih cekap daripada super komputer baru yang ada ketika ini. Semua fakta ini dapat membuktikan kekuasaan Allah,
"Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. "(QS. Luqman: 11).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Sumber TKO - 11-11-2017
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Ucapan selamat datang ditujukan kepada Datuk Yeop Adlan Che Rose sempena kemasukannya dalam DAP. parti yang mengetuai team lawak gila PH.Awal awal lagi Datuk Yeop Adlan Che Rose sudah melawak dan menjadi trade mark kemasukannya dalam DAP.Ustaz Idris Jusah menyifatkan alasan DAP bela melayu yang dikemukakannya sebagai kelakar, bermaksud dia buat lawak gila sesuai dengan kemasukannya dalam DAP parti lawak no 1 negara.
Hakikatnya amat mudah difahami, DAP bukan membela melayu tetapi mengheret melayu yang beragama Islam mengikut telunjuk liberalnya sahaja.Melayu yang sudah menyertai DAP adalah melayu yang sudah lentok dengan dunia yang penuh keseronokan dan menyokong liberal yang dibawa DAP.Bukan sahaja melayu yang masuk DAP tetapi melayu yang berada dalam parti gabungan DAP dalam PH juga sudah membawa perjuangan ke arah meliberalkan melayu Islam.
Itu hakikatnya, DAP tidak bela melayu,cuma sekadar menjadikan melayu liberal dan inilah yang tersirat dalam dakwaan Datuk Yeop Adlan Che Rose bahawa DAP membela melayu.Bukan membela seperti Umno bela melayu dan bukan juga seperti PAS membela melayu.Umno bela melayu dalam erti menjaga melayu agar sentiasa sekular dan PAS pula bela melayu dalam erti membawa melayu kepada penghayatan Islam yang syumul tetapi DAP bela melayu dalam erti menjadikan melayu liberal, bapa pada sekular.
Di sinilah lawaknya Datuk Yeop Adlan Che Rose kerana memutarkan hakikat sebenar peranan dan usaha DAP untuk menyusupi kehidupan melayu.Nak jadikan melayu liberal itu dikatakan bela melayu! punch line yang ketara dalam lawak Datuk Yeop Adlan Che Rose.
Selepas ini, Datuk Yeop Adlan Che Rose boleh menyambung lawaknya dengan berkata melayu mesti sokong DAP untuk pesta arak kerana DAP bela melayu.Melayu perlu sokong DAP untuk Malaysia Malaysian sebab semua manusia itu sama rata, melayu perlu sokong DAP untuk kebebasan mutlak,LGBT juga perlu diberi hak dan seumpamanya.Itulah peranan DAP membela melayu!
Ada kelibat seorang melayu dari parti gabungan DAP dalam PH, bernama Husam jin kuasa 10 yang kedengaran membuat lawak terbaru mengenai saman TGHH kepada SR dengan katanya dia meneliti semua bukti penerimaan 90 juta oleh PAS dari Umno dan mendapati lebih dari jumlah itu yang PAS terima.Dia buat lawak tanpa pentas saja, sebab kalau benar dia punyai bukti, kenapa tidak diserahkan atau didedahkan atau diviralkan seperti banyak lawak lawaknya yang kantoi.Husam hanya bersembunyi disebalik perbicaraan saman TGHH yang belum selesai untuk melawak, nanti bila selesai, bukti bukti yang dia ada akan bertukar bentuk pula.Ini berdasar dari pengalaman yang lepas.
Begitu juga bukti kebenaran yang dia terima dari tuan tanah untuk terus menduduki Wisma Tok Guru di Salor, tunggulah tempoh notisnya tamat nanti, ceritanya mungkin bertukar pula..Lawak King Husam.
Sumber TKO - 11-11-2017
Mungkinkah PAKATAN @ "Pak Atan" ini menjadi PROKSI NWO-New World Order atau benar2 ditubuhkan untuk melindungi UMMAH yang semakin diratah rakus. Atau sekadar melindungi gerakan Pak Wahab???
Bagaimana dengan ROHINGYA?
Bagaimana dengan SRI LANKA?
Bagaimana dengan KAHSMIR?
Bagaimana dengan ASSAM?
Bagaimana dengan SELATAN THAI?
ISLAMIC MILITARY ALLIANCE
Pakatan ketenteraan ini asalnya 34 negara anggota dan kemudian bertambah kepada 37 negara pada hujung tahun lepas. Pada 6 Januari 2017, Bekas Chief of Army Staff, General (Retd.) Raheel Sharif telah di lantik menjadi Komander pertama IMA.
Objektif penubuhan IMA ialah untuk melindungi negara2 Islam dari ancaman keganasan dari mana2 kumpulan pengganas dan negara yang menaja keganasan.
IMA berikrar akan beroperasi di seluruh dunia tanpa melanggar ketetapan PBB dan OIC demi memerangi keganasan.
Buat masa ini kesemua anggota IMA terdiri dari negara Islam yang majoriti Sunni dan mengenepikan negara yang majority Syiah seperti Iraq, Syria dan Iran.
Namun Oman, sebuah negara yang bersahabat dengan Iran dan berfahaman Ibadi turut menyertai IMA.
MMP pernah tulis mengenai pakatan ini tahun lepas. Jika betul kesemua anggota pakatan ini bergabung dianggarkan Kekuatan Pakatan Ketenteraan Islam
4.1 Juta Tentera kekuatan Frontline
5.22 Juta Tentera Kekuatan Simpanan
2540 Pesawat Tempur/Pejuang
461 Helikopter Penyerang
44285 Kenderaan penggempur
20488 unit kereta perisai/kebal
(Variations of tanks)
Semasa di tubuhkan pakatan ini belum memiliki nama rasmi. Namun pada tahun ini secara rasminya dikenali sebagai The Islamic Military Alliance (IMA), officially the Islamic Military Alliance to Fight Terrorism (IMAFT).
Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai negara islam yang memiliki rangkaian perisikan yang terbaik dan paling tersusun diantara negara2 lain dalam pakatan itu. Di gabungkan dengan sokongan pasukan khas yang sangat terlatih dan kehadiran Malaysia dalam pakatan ini merupakan sesuatu yang sangat penting pada Arab Saudi.
Seperti yang MMP tulis sebelum ini sebenarnya sebelum penubuhan IMA sudah ada satu ketumbukan gabungan tentera Arab yang dikenali sebagai JAF atau Joint Arab Force. Tapi semuanya pak arab sahaja. Dan JAF ini lah yang mula2 memasuki Yaman untuk membantu presiden Yaman yang di gulingkan oleh Houti. Pendek kan cerita kempen JAF ni kelaut. Kebanyakan video yang korang nampak selalu tu kebanyakkan nya semasa kempen JAF.
Mesir telah nyatakan kebimbangan bahawa IAC akan menjadi pencabar kepada JAF.
Kewujudan yang boleh dikatakan dalam tempoh yang singkat membayangkan pakatan ini tidak memiliki momentum, mekanisma operasi yang licin atau pun sebarang rupa kerangka asas yang menjadikan sebuah pakatan ketenteraan yang kuat. Namun negara2 dibawah IMA telah memulakan perancangan bagi melicinkan interoperabiliti antara Negara bagi menguatkan pakatan ini.
Pada ketika awal2 kewujudannya sesetengah negara ahli bagaikan terkejut dan menyatakan tidak menyediakan elemen kombat sebaliknya berkongsi maklumat perisikan dan sebagainya.
Apapun Pakatan Tentera Islam ialah suatu berita baik sebenarnya. Ia merupakan permulaan yang betul. MMP berharap pakatan ni boleh melindungi kepentingan Islam di masa depan.
Soalan maut yang selalu di tanya.
MENGAPA MALAYSIA JOIN IMA?
Kerana Ummah yang bersatu itu kuat. Kerana dah lama takde orang berani nak buat pakatan ketenteraan Islam.
MMP
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa banyak kakitangannya yang lama berkhidmat dengannya telah ditukarkan oleh kerajaan persekutuan. Beliau berkata antara mereka yang baru-baru ini digantikan adalah pengawal peribadi, pengiring dan pembantu rumah.
Tun Mahathir tidak boleh berdalih dalam soal peruntukan 21 orang kakitangan yang dibayar oleh kerajaan (maknanya rakyat tanggung) untuk dia. Untung Mahathir, dah dapat duit pencen serta elaun dan 21 orang pegawai lagi membantunya.
Jabatan Perdana Menteri (PMD) dalam satu kenyataan hari semalam berkata, bahawa kerajaan masih memperuntukkan 21 kakitangan kepada Mahathir. Menurut JPM, pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).
Kita juga tak lupa bagaimana pertukaran pembantu rumah (juga tukang masak) Tun Mahathir dimanipulasi bagi kepentingan politik sehingga fakta sebenar dikaburi. Kita marah kerana kita difahamkan mereka memecat.Kita tak suka Najib tetapi kita juga tak suka cara Mahathir membawa pemikiran pembangkang dengan nilai politik murahan tanpa asas politik sejahtera seperti diajar oleh agama kita.
Sebelum ini kita juga dimomok dengan isu kononnya khidmat pengiring trafik Tun Mahathir ditarik balik. Sebaran mengatakan kini khidmat bodyguard Tun Mahathir juga ditarik dan khidmat kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya juga ditamatkan. Inilah gambaran diwar-warkankan kepada kita.
Sebaran gambar Mahathir menangis kerana 2 pegawai peribadinya dipecat telah menjadi viral. Kononnya Mahathir tidak pernah menangis melainkan semasa dia hendak letak jawatan pada perhimpunan UMNO dulu. Kesedihan Tun Mahathir ini membuatkan orang ramai marah kepada Najib dan UMNO.
Beberapa kemudian Khairy Jamaluddin mendedahkan gambar itu adalah gambar 2 tahun lalu dan kenyataan itu palsu. Tiada pemecatan pagawai UTK untuk bekas Perdana Menteri. Rupanya gambar yang tersebar adalah hasil ciptaan saraf UMNO untuk memperkenakan parti BERSATU dan saraf ini berjaya kerana cybertropper dan blogger PAKATAN HARAPAN turut menyebar luas gambar tersebut.
Kali ini Tun Mahathir dan HARAPAN terkena. UMNO/BN mula menyerang. Mereka mendedahkan bahawa 21 kakitangan untuk bekas PM tidak pernah dilucutkan. Mahathir tersempit dan mula menjawab isu ini sebagaimana dia menangkis dalam isu BUGIS.
UMNO/BN guna strategi mencari kelemahan kerana UMNO tahu mereka sukar berhadapan dengan Tun Mahathir yang licik politiknya. Takkan pembaca tak sedar bagaimana Mahathir mencairkan Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu yang suatu masa dulu cukup lantang menyerang Mahathir. Jadi mereka cari kelemahan Mahathir untuk diserang.
Semalam Mahathir menjawab lagi serangan dengan mengatakan kerajaan menukar pegawainya dan sekatan keatasnya. Katanya “Saya jadi canselor universiti swasta. Universiti itu diarah supaya hentikan saya jadi canselor. Ini tentu kerja kerajaan." Rupanya Mahathir lupa apa yang Najib buat kepada dia adalah hasil didikannya bagaimana dia membuat jahat kepada pimpinan pembangkang terutamanya kepada PAS. Bagaimana pimpinan dan penyokong PAS ditukar jika mereka pengawai kerajaan, Kalau mereka ada syarikat syarikatnya disekat kontrak dan sebagainya.
Hai.. dia baru kena tukar ganti sahaja pegawai dan mula merasa sakit... Tahukah betapa sakitnya rakyat akibat kejahatan Tun Mahathir selama 22 tahun kerana ada rakyat tidak menyokong UMNO/BN?? Tahukah Mahathir berapa ramai pegawai kerajaan berpisah dengan anak isteri kerana bodohnya pemikiran orang UMNO yang tak boleh terima ada parti lain seperti PAS di Malaysia??
Akhirnya doa almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor betul-betul telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dia telah dikhianat oleh Najib anak didiknya sendiri. Sehingga akhir hayat Najib akan menghantui kehidupan Tun Mahathir Mohamad bapa permodenan kita....
Sumber TKO - 101-11-2017
Lima hari selepas Pulau Pinang dilanda banjir yang disifatkan antara terburuk dalam sejarah, Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkanpelancaran "Pulau Pinang Bangkit" dengan peruntukan RM100 juta untuk membina semula negeri itu, serta bantuan RM500 kepada 100,000 isi rumah yang terkesan dengan musibah yang menimpa.
"Pulau Pinang Bangkit" adalah projek menaikan semula imej DAP yang terjejas teruk akibat siri banjir kilat yang berulang-ulang sepenjang tahun ini.
Lebai tak nak komen apa tentang pemberian tersebut, tapi sekadar nak tanya tentang pemberian RM400 secara “one-off” kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian akibat kerosakan bangunan dan kenderaan ekoran banjir pada 15 September 2017 lalu telah sempurna ke?
Walaupun bayaran itu bukan “precedent”seharusnya diselesaikan sebelum janji baru RM500 untuk 100k isi rumah.
Jangan nak kejar publisiti dan menaikan imej DAP, kebajikan pendudukan yang menjadi mangsa terabai.
Sumber TKO - 10-11-2017
"
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....
Komentar ini bukan komentar macai tahap longkang, juga bukan komentar kerana dedak bulanan tetapi komentar berasaskan apa yang sebenarnya terjadi, komentar berasaskan fakta bukan auta.Harap semua faham dan semuga dapat menghadamkannya demi masa depan yang sejahtera dan dberkati ALLAH.Komentar dari peristiwa politik dan musibah yang dialami oleh negara ini pula bertujuan agar kita semua dapat belajar dengan ihklas untuk membentuk negara yang lebih maju di masa depan.
Budaya poitik matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenal dan diamalkan PAS tanpa perlu susah payah akhirnya terbukti betul dan berkesan hanya dengan datangnya musibah banjir di Penang.PH awalnya bermati matian menolak budaya ini sebaliknya terus menerus menuduh PAS mahu Ug dengan Umno dengan menggunakan budaya ini.PH terus menuduh PAS bersubahat dengan Umno yang zalim untuk mengekal dan berkongis kuasa dengan Umno.Sejak awal lagi kita boleh dengar PH terus menerus memainkan tuduhan ug sehingga mereka menjadikan PAS sebagi musuh politik yang lebih bahaya dari Umno.
Itu sebelum tibanya musibah banjir besar di Penang.Semasa banjir di kelantan tahun 2014 dulu, pemimpin PH dengan angkuh membuat tuduhan yang melampau kepada PAS serta pemimpin agung mereka LGE dengan begitu sombong masuk ke Kelantan membawa bantuan 1.5 juta ringgit melalui pntu belakang kerana mahu berpolitik serta ingin mengambil kesempatan musibah banjir untuk kononnya menjatuhan PAS di Kelantan.LKS juga bermain silap mata semasa banjir di Kelantan ini dengan harapan politik banjirnya akan berkesan untuk menjatuhkan PAS.
Tapi kinii giliran DAP pula terdedah dengan politik banjir tetapi PAS tetap memilih untuk meneruskan BPMS di negeri yang diperintah oleh musuh jadian mereka.Pada PAS tiada musuh yang ada cumalah rakyat jelata yang perlu pertolongan.BPMS ternyata berkesan di Penang, bukan sahaja bersama Umno dan Najib malah ianya berkesan di negari LGE dan DAP juga.PAS tak rugi apa apa tetapi DAP dan PH yang nampaknya kena menjilat ludah mereka sendiri.Sebabnya secara tidak langsung mereka mengakui BPMS sebenarnya perlu.
Perlu bila berlakunya banjir di negeri yang mereka tadbir.Tiada lagi lanun, perompak dan zalimnya Umno tetapi Umno perlu dirayu untuk menyelamatkan Penang dari kletopkrasi, oh silap dari banjir.Sebab itu LGE sanggup menalipon Zahid Hamidi pada pukul 3 pagi dan sanggup pula menghamparkan permaidani merah menyambut Najib,sebab Najib bukan lanun Bugis tetapi PM Malaysia.
Bukan kah itu BPMS yang PH tentang dulu? Tak kan kerana banjir baru nak BPMS ? Di mana asas tuduhan PAS nak ug dengan Umno padahal PAS cuma mengamalkan BPMS selama ini? Atau adakah DAP dah nak ug dengan Umno sebab banjir?
Ingat, PAS sudah menyatakan lawan mereka tetap Umno semasa PRU nanti.Tetapi PH kalau mahu terus meneruskan agenda liberal mereka maka PAS juga bersedia menghadapi mereka.Maka sewajarnyalah PH membuat pilihan sekarang samaada nak terus jadi liberal atau mahu meletakkan rasa hormat kepada PAS dan Islam di tempatnya untuk sama sama lawan Umno atau mahu bertanding 3 penjuru.Pilihan di tangan PH, bukanya terus mengharapkan PAS hancur dengan cara provokasi murahan dan macai tahap longkang mereka.
Samada ingin melihat BPMS diteruskan selepas banjir ini atau mahu kembali menyalak lagu ug selepas banjir dan menanti musibah seterusnya untuk kembali kepada BPMS.Terserah, tetapi harus diingat rakyat Malaysia bukannya bodoh nak sokong benda benda bodoh........
Sumber TKO - 10-11-2017
Tulisan Amin Iskandar di Malaysian Insight memberitakan bekas diplomat Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, dilaporkan menyertai DAP kerana menyakini pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang, selepas bersama PAS sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Langat pada 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.
Berita ini disebar luas oleh akhbar PAKATAN HARAPAN seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dll yang sekarang ini menjadikan PAS sebagai musuh politik mereka selain UMNO/BN kerana PAS bertegas dengan perjuangan Islam sebagai landasan dan tidak bersama dengan PH kerana PH menjadikan Islam liberal sebagai pegangan perjuangan mereka.
Amin Iskandar menyiarkan gambar Datuk Yeop Adlan Che Rose menjadi tukang poster kempen pilihan untuk YB Teo Nie Ching.
Untuk makluman pembaca Teo Nie Ching ini bertanding P102 Serdang Selangor pada tahun 2008 dan P163 Kulai Johor 2013. Kedua-duanya dia menang dan menjadi MP.
Yeop Adlan ni berada di Selangor dan Amin Iskandar pun berlegar di Selangor. Gambar "Kuli Poster" itu adalah diambil pada PRU 2008.
Apa yang pembaca boleh faham??
Tak faham??
Yeop Adlan ni bapak dia orang Perak dan orang kuat DAP. Bertanding di Alor Pongsu PRU 1974.
Yeop Adlan ni merupakan bekas duta Malaysia ke Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika. Makna penyokong kerajaanlah.
Bila Anwar kena singkir, dia masih dalam kerajaan. Hanya selepas dia tak bekerja sebagai Duta dia menyeratai pembangkang. Terlibat dengan PRU 2004 sebagai calon PAS di Hulu Langat tetapi kalah.
P101 Hulu Langat pada PRU-1999 ditandingi oleh PKR dan kalah. PAS ambil kawasan ini pada PRU 2004 dan Yeop Adlan bertanding tapi kalah. Nak bertanding atas tiket PAS mesti jadi ahli PAS. Ini syarat Majlis Syura Ulama PAS. Jadi Yeop Adlan menyertai PAS.
PRU-2008 PAS tukar calon, Yeop Adlan diganti dengan Dr. Che Rosli Bin Che Mat, pakar nuklear dan Dr. Che Rosli menang pada PRU berkenaan dan seturusnya menang juga pada PRU 2013.
Bila tak dicalonkan pada 2008, Datuk Yeop Adlan Che Rose telah jadi TUKANG POSTER DAP untuk calon Teo Nie Ching P102 Serdang Selangor.
Lebai tak pasti dia merajuk atau tidak. Itu kena tanya dia sendiri. Dia tak pernah memohon keluar daripada PAS tapi terlibat dengan Parti Keadilan selepas itu boleh kata sepenuh masa, disebut seolah-olah dipijamkan...
Alah macam Saifudin Nasution juga ada 2 keahlian PAS Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan. Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.
Tapi Saifuddin Nasution adalah kaki hentam PAS sekarang ni kan??. Dulu dia kaki hentam Anwar, bila perniagaan gagal tak ada duit jumpa Anwar dapat jadi pensyarah U dan kemudian terlibat dengan Pemuda UMNO. Itu politik tak ada prinsip dan perjuangan hakiki.... (Jangan kata tak ada perjuangan, kerana mereka ini berjuang lebih hebat daripada kita... tapi berjuang demi matlamat duniawi)
Datuk Yeop Adlan Che Rose sebenarnya tak ada apa-apa dalam kamus PAS selepas dia menjadi TUKANG GANTUNG POSTER DAP tapi cerita basi ini dikitar semula oleh Amin Iskandar kawan baik Zul Sulong antara orang-orang yang mereka cipta persepsi buruk untuk PAS.
Sumber TKO - 10-11-22017
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Loke Siew Fook semalam telah mengeluarkan beberapa gambar yang menunjukkan dia walaupun pimpinan tertinggi DAP turun padang bersama rakyat membantu mangsa banjir.
Dalam sebaran tersebut dibuat caption "In Penang to give moral support to our Unit Tindak team members on their mission to clean up a flat in Paya Terubong today.In DAP, we practice leadership by example. We must do what we expect our members to do."
DAP sekarang bekerja keras untuk membaiki imej mereka setelah tercalar teruk akibat banjir kilat melanda Pulau Pinang. Apatah lagi mulut celupar Lim Guan Eng semasa Kelantan mengalami banjir dulu kini menjadi viral yang memakan diri Lim Guan Eng dan DAP. Pulau Pinang banjir teruk hanya hujan 15 jam berbanding Kelantan yang mengalami banjir setelah hujan tak berhenti-henti selama 5 hari.
Kenapa lebai kata tindakan bodoh DAP?? Bukan lebai nak menghina SU Politik Lim Guan Eng! Lagi pun sekarang mana boleh menghina DAP sudah pasti Parti Islam Baru, AMANAH (PAN) akan membela.
Jika diperhati betul-betul gambar di atas yang diwar-warkan oleh DAP ini, kita akan dapat beberapa maklumat tersembunyi yang pimpinan DAP tak terfikir.
Gambar atas sekali si Loke Siew Fook sahaja bekerja membersih, beberapa orang belakang sedang rilek seolah-olah tak ada apa yang penting.
Gambar lain menceritakan kerja bersih ini sebenarnya hanya perlu seorang seorang sahaja dan memberikan erti banjir hanya kena pada seorang yang lain ataupun penghuni rumah lain tak perlu membersih...
..atau mungkin untuk satu taman atau flat ini hanya si Loke Siew Fook seorang sahaja sudah cukup untuk membersihkannya kerana dia juga ada kuasa 10 macam Husam Musa!!
Kita tak boleh marahkan Loke Siew Fook atas posting bodoh berkenaan, kerana dia pun belajar daripada Lim Kit Siang semasa banjir di Kelantan.
Ini baru betul-betul kerja membersih selepas banjir yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal Malaysia.
Sumber TKO - 10-11-2017
Parti Generasi Baru (NewGen) sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN), kali ini dengan janji untuk meningkatkan undi masyarakat India sebanyak 15 peratus kepada pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Presidennya, Rajaretinam Armuggan berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan dengan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Katanya, parti itu telah membuat analisis menyeluruh bagaimana peralihan undi masyarakat India akan memberi impak pada PRU akan datang.
Persoalannya...
Agaknya HARAPAN nak terima ke parti yang hampir di 'hijack' oleh Ezam Mohd Noor dan Khairuddin Abu Hassan ini?
April 2017 lalu mereka berdua ini telah merampas Parti Generasi Baru ini untuk ditukarkan kepada Parti Bebas Rasuah (PBR). Tapi usaha ini tidak berjaya.
Kedua Parti kecil ni ada duit RM500 juta ke, untuk membeli jiwa pimpinan PKR, DAP dan PAN sebagaimana dibuat oleh parti BERSATU?
Bagaimana nasib dengan PSM yang begitu aktif memerangi UMNO/BN untuk bersama PAKATAN HARAPAN patut dipelajari oleh Rajaretinam Armuggan.
Kenapa PAKATAN HARAPAN ketepikan parti PSM sehingga parti ini merajuk dan kini bersikap dingin dengan PAKATAN HARAPAN.
Kita masih ingat lagi bagaimana Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan yang menaruh harapan kepada PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta PAN akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN dahulu.
Kata Arutchelvan, “Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius,”
Akhirnya PSM merajuk dan bersendirian. Kini PSM bukan lagi bersama dengan PH malah dah menyerang HARAPAN dan tidak mustahil akan berlaku pertandingan tiga penjuru dikawasan PSM kuat.
Cuba fikir kalau betul HARAPAN mahu menetang UMNO/BN atas dasar memerangi rasuah dan penyelewengan PSM adalah gabungan terbaik. Tapi mereka ketepikan PSM kerana;
1. HARAPAN pun sebenarnya menyeleweng juga dan jika ada PSM mereka tak akan tenang....
2. Parti kecil mana ada duit?? Sebenarnya mereka tak mahu PSM menjadi beban kepada HARAPAN. Tapi sikap mereka berlainan dengan PAS. Biar PAS berkali-kali menolak, mereka masih menghantar orang untuk berunding dengan pelbagai formula gabungan untuk menarik PAS dalam kerjasama dengan HARAPAN. Kenapa?? Kerana kalau ada PAS, HARAPAN boleh ada 'HARAPAN" untuk menang PRU-14 nanti. Selain itu mereka boleh jadikan PAS sebagai tangga untuk dipijak macam mereka buat pada PAKATAN RAKYAT sebelum ini.
BERSATU walaupun musuh dengan semua parti HARAPAN kerana kejahatan Mahathir sebelum ini tapi semuanya boleh dimaafkan. Kenapa?? Kerana janji bantuan 500 juta untuk PRU-14 nanti. Dedak ini halal bagi HARAPAN. Dedak Najib sahaja HARAM...
Mata lebam, tahanan ISA, dll semua kezaliman Mahathir sudah jadi halal untuk jatuhkan Najib berserta duit akujanji 500 juta!
Untuk ini ahli-ahli dan penyokong HARAPAN diberikan kata hikmat iaitu.... DEMI UNTUK PERJUANGAN RAKYAT KAMI RELA LUPA SENGKETA LAMA!! KAMI SANGGUP KETEPIKAN MASALAH PERIBADI DEMI PERJUANGAN RAKYAT... Kan hebat tu!
Betul kata Najib yang selalu diulang-ulang oleh Mahathir "CASH IS KING" Cash is King pun Najib belajar dengan Mahathir... Kita aje bodoh buat tak faham
Sumber TKO - 10-11-2017
Bekas Duta Tinggalkan PAS Kerana Politik Bolasepak
Posted on Thursday, November 09 @ 22:58:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36583 |
"
“Macam pasukan bola sepak. Kalau dulu pasukan bola Malaysia masyhur, siapa kapten ? Soh Chin Aun. Tak ada apa-apa, Abdullah Nordin boleh bermain di sebelah Chin Aun, Santokh Singh bermain di belakang beliau,” demikian analogi yang digunakan oleh bekas calon PAS, Yeop Adlan.
Beliau yang juga bekas diplomat Malaysia pernah bertanding mewakili PAS di parlimen Hulu Langat pada PRU11. Analogi yang digunakannya terbabas benar daripada kaedah dan matlamat politik dalam Islam. Jadi timbul tanda tanya apakah tujuan manusia seperti Yeop Adlan ini melibatan diri dalam politik? Pangkat? Kedudukan? Material?
Politik Islam bukan politik bolasepak. Dalam bolasepak, tujuannya adalah nak dapatkan gol, nak dapat piala. Segala strategi digerakkan ke arah tujuan itu. Tak kiralah siapa yang skor dan siapa yang mengawal gawangnya. Tak kiralah apa warna kulitnya. Tak kira pemain tempatan atau import. Asalkan dapat gol. Asalkan dapat piala. Itulah objektifnya.
Selalu juga berlaku, pemain dan jurulatih pasukan juara beralih angin kepada pasukan lain jika kena dengan tawaran kontraknya. Jelasnya, politik bolasepak adalah gol, piala dan material.
Kalau itulah justifikasi Yeop Adlan dan manusia sealiran dengannya, maka tidak peliklah mereka meninggalkan PAS. PAS tidak berjaya mendapat gol yang banyak untuk mengikat Yeop. PAS tak pernah mendakap piala untuk meyakinkan Yeop. Maka PAS tak dapat beri apa-apa material untuk memuaskan hati Yeop.
Yeop melihat politik dari kacamata material semata-mata. Sebab itu Yeop boleh teruja dengan DAP. Konon DAP boleh memajukan negeri dan negara. Konon ketrampilan DAP boleh menurunkan hutang daripada RM680 juta tinggal RM66 juta. Anehnya Yeop tidak pula teruja dengan Kelantan, sebuah negeri miskin yang dinafikan royalti tetapi mampu mensejahterakan rakyat. Pembangunan dan ekonomi rakyat Kelantan berada jauh lebih baik daripada beberapa buah negeri BN yang ditatang bagai minyak yang penuh.
Tak sangka fikiran sekular Yeop masih kuat meskipun pernah bersama PAS. Kalau nak beranak, ikutlah kata bidan. Kalau nak selamat, ikutlah kata ulama. Sayang, Yeop tak minat itu semua. Yeop tak terbuka untuk melihat politik dari panduan Islam. Al-Quran dan al-hadis banyak memberi panduan. Islam mengajar cara memilih pemimpin dan objektif berpolitik . Manakala sirah-sirah Nabi s.a.w. cukup lengkap untuk dijadikan panduan berpolitik.
Sayang, Yeop tinggalkan ulama menuju dakapan si kafir yang memusuhi ulama. Yeop tinggalkan parti yang dasarnya Islam, rujukannya al-Quran dan al-hadis menuju parti yang hanya bertopeng khalifah Umar Abdul Aziz. Biar betul Yeop.
Saya tidak percaya Yeop begitu dangkal dengan politik Islam. Kalau Yeop berpolitik dengan tujuan mencari gol, piala dan material, patutlah Yeop dan PAS tak kekal bersama. Sayang, Yeop dah berumur 74 tahun. Muhammad Taib, 72 tahun. Mahathir sudah 92 tahun. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Nasihatku, janganlah dipilih lorong yang gelap untuk menuju kubur yang zulmat.
Sumber TKO - 10-11-2017
Minggu lepas penulis ada dengar kata kata yang keluar dari mulut salah seorang veteran Pas Kuala Nerus.
Kata kata itu berbunyi begini: “ ada benarnya Datuk Husam Musa” yang difahamkan bahawa para pemimpin Amanah benar, sebab itu mereka keluar pas dan tubuh parti lain.
Sebelum ini, ada juga penulis dengar akan kata kata yang berbunyi: “Ada benarnya Mat Sabu.”
Sejauh mana benarnya Mat sabu sama sama lah kita lihat apa yang berlaku senario politik tanah air pada PRU 14 nanti.
Sebab itu mereka Berjaya menubuhkan parti lain dan berhasrat untuk tumbangkan kerajaan Pas Kelantan dan rampas kerusi milik Pas di Selangor.
Pada hemat penulis ini adalah mainan Mereka yang masih ada dalam pas antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman yang diumumkan hadir dalam konvensyen parti Islam baru itu.
Kebanyakan yakin bahawa Amanah adalah parti Islam baru yang akan mengganti parti Pas yang dikatakan sudah lari dari perjuangan asal yang di pimpin oleh ulama yang tidak professional.
Sebelum ini pun sudah ada yang berkata Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah Kelantan.
Kerusi manakah. Katanya kerusi yang dimiliki MB Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang di milik timbalan MB Datuk Nik Amar Nik Abdullah.Manakala lain lain kerusi tumbang belaka dan jadi hak milik pakatan harapan.
Parti Islam baru (Amanah) dikatakan akan bertanding sebanyak 32 kerusi selebihnya akan diberi kepada PKR, Bersatu dan DAP.
Datuk HUsam Musa dikatakan sangat yakin Pas akan tumbang dek goyanganya pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah tanpa menyedari jika benar berlaku tanding tiga penjuru BN yang akan menang.
Sumber TKO - 9-11-2017
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
MB Kelantan memberittahu kita semua kenapa Kelantan tidak perlu menukar kerajaan.MB Kelantan tidak memberitahu secara terus tetapi menerusi responnya kepada banjir yang sedang melanda Penang.MB Kelantan tidak sedikitpun mengambil peluang memulangkan paku buah keras kepada LGE yang satu ketika dulu cukup cukup menghina beliau, malah beliau sedikitpun tidak menunjukkan dendamnya terhadap keceluparan mulut LGE serta beberapa pemimpin PH yang ada di Kelantan.Sebaliknya jawaban beliau kepada musibah banjir Penang jelas memberitahu kita semua khususnya rakyat Kelantan, kenapa PH yang beria ia nak rampas kerajaan Kelantan tidak harus dijadikan kerajaan.
Hujah yang pertama ialah sebab PH liberal! Rakyat Kelantan ialah rakyat serambi Mekah, yang membawa maksud rakyat yang cukup teguh pengangan ugamanya.PH datang untuk mengubah pegangan ini, dengan jelas sudah dibuktikan oleh Husam yang ke sana ke mari untuk membuat tuduhan demi tuduhan yang tidak ada asas sedikitpun malah banyak tuduhannya kantoi begitu saja.Ini adalah ciri liberal yang dibawa Husam, sebab liberallah mengizinkan berpolitik menghalalkan cara yang ditolak secara total oleh rakyat serambi Mekah.
MB Kelantan dengan jelas pula menunjukkan akhlak dan ciri ciri seorang pemimpin yang berilmu dan beramal serta tawaduk.Beliau tidak mengutuk sesiapapun walaupun beliau teruk dikutuk semasa Kelantan ditimpa banjir dulu, Di mana nak dicari pemiimpin berkualiti sebegini? Andainya rakyat Kelantan menolak kepimpinannya dan menerima seorang yang memiliki akhlak seperti Husam Jin kuasa 10, alamat rugilah negeri Kelantan.
Rakyat Kelantan cuma perlu bertanya dir sendiri, pemimpin mana yang hendak mereka jadikan pemimpin mereka? Kalau dulu ramai pihak termasuk Husam dan lain lain pemimpin PH menerima dan memuji kepimpinan TGNA, MB Kelantan sudah menonjolkan ciri ciri menyerupai TGNA dan barang diingat MB sekarang dipilih oleh TGNA sebagai penggantinya.
Sumber TKO - 9-11-2017
Lawak politik PH di kala banjir teh tarik Penang!
Posted on Thursday, November 09 @ 10:26:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36562 |
Assalamualaikum,,,,
PH makin rancak buat lawak sama derasnya air banjir yang melanda Penang.Makin bantuan dimiinta dan dihantar ke Penang, pelawak pelawak politik PH terutama dari PAN dan PKR makin rancak melawak, walaupun suara pemimpin utama mereka dari DAP nampaknya makin tenggelam dihanyut air banjir teh tarik Penang.Bersama sama air banjir yang mengalir deras, timbul juga cerita lawak dari MP PH yang mengadu qazaf DSAI di JAWI serta timbul juga cerita penglipurlara Husam Jin kuasa 10 tentang keyakinan PAN menang 13 kerusi dari PAS.Sebelum itu PH berarak sabagai tanda solidariti 1000 hari DSAI dipenjara, berarak sederas air banjir di Penang.Itu antara lawak yang PH buat sempena banjir teh tarik di Penang.
PH tetap dengan lawak politiknya walaupun rakyat berdepan musibah.PH tak berminat nak kerahkan semua tenaga yang ada untuk membantu, cukuplah dengan LGE yang mendapat bantuan dari lanun Bugis untuk menangani banjir sambil pemimpin PH lain boleh melawak.
Sesudah lawak selamatkan negara dari kletopkrasi yang gagal, tiba tiba musibah melanda sebuah negara yang diperintah oleh PH, musibah yang agak serius dan membawa kerosakan yang agak teruk kalau tak lebih teruk mungkin sama teruk dengan Kelantan di akhir tahn 2014 dulu.Musibah ini melenyapkan terus suara celupar pemimpin PH dari DAP, LGE dan LKS di mana kedua duanya tidak lagi berpeluang untuk melawak dan sekaligus LGE menelan air liur orennya sendiri apabila lawaknya tentang PAS tidak pandai mengurus Kelantan ketika berdepan banjir dulu kini terpalit kepadanya.Bukan itu saja lawak mengenai kerajaan persekutuan penyamun dan melanun serta zalim yang tidak boleh dijadikan kawan dan tidak boleh meminta apa apa pertolongan kini terpaksa dilupakan dulu.LGE hampir menangis ketika menalipon Zahid Hamidi pohon bantuan meyelamatkan Penang dan kemudian kelihatan berpeluk dengan Zahid sebelum meninjau keadaan banjir.LGE kemudiiannya melupakan lawak penyamun dan melanunnya untuk menyambut Najib dan akhirnya mendapat 1.5 juta ringgit dari ketua lanun untuk membantu Penang.
Ego dan angkuh seorang pemimpin PH hanya dilenyapkan dengan musibah banjir.Kelakar memikirkannya tetapi bagi pemimpin PH yang lain, ego mereka tatap berjalan seperti biasa.Lawak mesti diteruskan, kalau tidak PH mungkin akan berkubur.Bukan nak bina pasukan penyelamat yang mantap dan kuat, tetapi pemimpin seperti Husam Jin kuasa 10 yang ada cukup kuasa untuk membantu mangsa banjir di Penang sepertimana dia lakukan di Kelantan dulu,tetapi terus melawak dengan hujah PAN akan menang 13 kerusi di Selangor dan PAS akan dapat undi tercorot seperti PRK Sungai Besar.
Itu lawak Husam, Khalid dan Hanipa pun turut melawak, menerusi komen kelakarnya tentang qazaf dan Hudud dalam kes tuduhan Husni terhadap DSAI.Begitu juga DSWA turut didapati melawak untuk melawat mangsa banjir menerusi menjengok keluar tingkap kenderaannya sahaja.Tapi LKS tenggelam bersama banjir nampaknya, tiada apa apa suara yang kedengaran.Mungkin bantuan 1.5 juta ringgit dari kepala lanun itu sudah mendiamkan LKS.Entah macam manalah nak selamatkan negara kalau macam ni!
Tapi awas, suara mereka ini mungkin tenggeam semasa banjir, tapi selepas banjir nanti belum tentu, mana tahu kalau mereka akan kembali seperti asal buat lawak lagi, menyambung lawak PAS nak ug dengan Umno, PAS bersengkongkol dengan lanun walupun dia baru terima 1.5 juta ringgit dari lanun sebab katanya duit itu bukan untuk mereka tetapi untuk rakyat.Mana tahu....
Sekarangpun ada penjilat penjilat PH yang liberal yang memutarbelitkan kenyataan.Bila ada yang menulis atau memberi komen tentang kecelurapan mulut LGE dan pemimpin PH menuduh kerajaan Kelantan tidak ujud, tidak pandai mentadbir negeri semasa banjir d Kelantan dulu, adalah penjilat PH yang bongok memutar belit dengan katanya di Kelantan, Penang dan Selangor pun beri bantuan dan ada menghantar pasukan bantuan walaupun ada yang dihalang.Ngok penjilat PH yang liberal ni, orang komen pasal keceluparan mulut dan tuduhan yang dilemparkan pemimpin PH bukannya pasal bantuan yang diberi walaupun kalau nak disoalpun boleh sebab LGE masuk Kelantan dulu bukan ikut pintu depan tapi pintu belakang.
Lawak oh lawak...........
Sumber TKO - 9-11-2017
Aneh. Penasihat DAP Lim Kit Siang langsung tidak memberi sebarang komen terhadap banjir besar yang melanda Pulau Pinang ditadbir anaknya, Lim Guan Eng, tetapi masih sempat memberi perhatian memperingati pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari ke 1,000, kelmarin.
Hadir sebagai tanda solidariti kepada isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail lewat malam 6 November, Kit Siang bersama pemimpin Pakatan Harapan lain kemudiannya berarak dari bangunan parlimen ke Dataran Merdeka.
Kerap kali juga mengulangi skrip 'Anwar tahanan politik', Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain lebih gemar berpolitik dikala rakyat di utara masih berjuang menyelamatkan diri dan mencari tempat berlindung akibat bah besar dan hujan lebat yang tidak berhenti.
Bagi panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Dr Norvandri Hasan Basri, 'kebisuan' pemimpin utama DAP ini amat janggal sekali.
Katanya, berbanding tragedi banjir yang melanda Kelantan sebelum ini, Ahli Parlimen Gelang Patah ini antara terlantang menyalahkan kerajaan PAS Kelantan disamping menghasut rakyat Kelantan untuk tidak lagi percaya kepada kerajaan negeri.
"Sebelum ini, Lim Kit Siang DAP telah menggariskan 4 sebab mengapa rakyat Kelantan akan bangkit menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dalam PRU14. Beliau berkata, sebab pertama adalah kerana kegagalan kerajaan PAS Kelantan menangani masalah banjir di negeri itu termasuk yang terbesar pada tahun 2014.
"Ironinya, apabila kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng gagal untuk menangani banjir di Pulau Pinang, Kit Siang diam membisu zip mulut seperti orang bodoh.
"Itu hipokrit namanya dan ludah hijau terpalik balik ke muka veteran DAP itu. Memalukan," kata Dr Norvandri dipetik kenyataan disiarkan KLXpress.
Menjawab tuduhan kononnya Barisan Nasional (BN) tidak pernah membantu Pulau Pinang menyelesaikan masalah banjir negeri, Dr Norvandri menyatakan bahawa jutaan ringgit telah dibelanjakan menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), RMK-10 dan RMK-11 bagi tujuan berkenaan.
Ujarnya, RM1,493,500,000 (RM1.49 bilion) juta dibelanjakan bagi pembaikan sistem saliran bandar di Pulau Pinang pada RMK-9, diikuti RM404 juta pada RMK-10 dan RM150 juta setakat ini bagi RMK-11 yang berakhir tahun 2020.
RM150 juta itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi lawatannya ke Pulau Pinang, semalam dan menyatakan hasrat untuk menambah lagi peruntukan bagi tujuan pencegahan banjir.
Dr Norvandri dalam pada itu menggesa agar Guan Eng selaku Ketua Menteri berhenti bersikap bongkak dan mula menjadikan tragedi melanda Pulau Pinang sebagai pengajaran dalam meluluskan sebarang pembangunan pada masa akan datang.
"Persoalannya, dengan pelbagai pendedahan yang telah diutarakan sebelum ini, apakah kita boleh percaya dengan mereka yang meluluskan projek-projek tersebut iaitu kerajaan DAP itu sendiri? Apakah selepas banjir besar ini, Lim Guan Eng dan DAP akan kembali kepada perangai bongkak, sombong dan cakap besar beliau?
"Memang benar bahawa ketika ini rakyat Pulau Pinang sedang menghadapi malapetaka dan kita semua patut membantu, tidak kira agama dan perbezaan politik. Tetapi sikap puak pembangkang yang hipokrit dan cakap besar terutamanya DAP yang menyebabkan kita perlu berhati-hati," nasihatnya.
- mD
Sumber TKO - 8-11-2017
Hudud untuk DSAI saja?
Posted on Wednesday, November 08 @ 17:37:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36547 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
MP PH buat lawak lagi! Kali ini melibatkan dakwaan bawah imuniti Husni Hanzalah di Parlimen tentang DSAI meliwat.Mereka boleh melawak pada ketika sahabat sanjungan mereka di Penang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.Apa punya solidariti macam ni?Mengutamakan isu yang boleh ditangani kemudian daripada keutamaan menyelamat.Lagi pula isu yang dibawa mereka bukan saja melibatkan Husni tetapi turut melibatkan Mahathir yang telah lama menuduh DSAI meliwat dan sampai sekarang masih belum menarik balik tuduhannya.Nampak benar PH sudah kehilangan arah hala perjuangan mereka.
Dua orang pembodek tegar dalam PH, Khalid Samad dan Hanipa Maidin nampaknya semakin melondehkan diri mereka kepada kecelaruan perjuangannya.Dalam isu Husni mereka mengakui undang undang Islam sebagai terbaik tetapi pengakuannya hanya satu lawak king sahaja.Ada ker patut Hudud dalam bentuk qazaf hanya terpakai kepada tuduhan kepada DSAI sahaja? Lain lain kes macam mana? Bodohnya minda dua orang ni, kalau hanya menekankan Hudud hanya kepada DSAI sahaja.Apatah lagi mereka berdegar degar menentang RUU 355 seolah olah Hudud tidak boleh dilaksanakan.Bukan kah lawak perkara tu?
RUU 355 tu apa? nak laksanakan Hududlah bahlol! Jadi kenapa tuduhan kepada DSAI sahaja yang mahu dibicarakan bawah Hudud? Lain lain jenayah bagaimana.Apa yang pelik dengan dua orang ni ialah fakta bahawa Hudud masih belum dikuatkuasakan, bagaimana mungkin kesalahan Hudud boleh dibicarakan?Khalid Samad siap menyatakan qazaf itu di bawah Hudud dan hukumannya 80 rotan.Pandai pulak Khalid Samad menyebutnya tetapi yang tak disebutnya ialah tiada mahkamah yang diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tersebut.RUU 355 bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah syariat untuk menjatuhkan hukum tersebut, jadi yang dia paling kuat membangkang RUU 355 apa pasal?
Lagipun kalau RUU 355 lulus, hanya Kelantan sahaja yang boleh melaksanakan Hudud, itupun tidak lengkap, sementara Selangor dan Wilayah Persekutuan serta lain lain negeri kecuali Terengganu tidak boleh sebab belum dikanunkan Hudud dalam negeri tersebut.Tak kan benda ni pun Khalid tak faham! kalau tak faham maknanya bodoh painlah dia.Jadi apa perlunya dibawa tuduhan qazaf ke JAWI? Ini kerja buang masa atau kerja mencari isu bodoh lagi pula aduan qazaf pernah dibuat oleh DSAI terhadap Saiful dulu, tiada apa kesan pun.
Qazaf cuma permainan DSAI sahaja dan kini dilanjutkan oleh MP PH.Lagipun Hanifa Maidin kan lawyer yang tahu bagaimana proses undang undang berjalan.Tapi sebab lawak punya hal, dia buat bodoh tak boleh diajarkan juga.Lebih parah apabila dia mencabar PAS menyatakan pendirian.PAS pun nak diheret sama dalam isu dalaman PH, apa ker hal?
Bukan main rakcak lagi dia sembang pasal Hudud dan peranan PAS nak laksanakan Hudud tetapi bagi dia Hudud tu hanya laku kepada DSAI sahaja. Dan qazaf sahaja, yang lain lain bukan Hudud sedangkan perjuangan PAS mahu melaksanakan semua yang terkandung dalam undang undang jenayah Islam termasuk Hudud,Qisas dan Takzil.Juga mahu memperbaiki lagi undang undang Islam lain seperti Faraid, Munaqahak dan muamalah.Bukan hanya qazaf untuk DSAI sahaja.
Inilah peliknya Hanipa Maidin seorang peguam yang boleh melakukan hal bodoh sedemikian.Turut juga seorang MP PH yang bukan Islam kalau tak silap mahukan JAWI mengeluarkan satu pedoman dalam isu tuduhan Husni ini.Amat longgar desakan MP ini kerana pedoman yang diminta itu sudahpun ada dalam perundangan Islam malah telah dinyatakan oleh Khalid Samad dalam hal kesalahan qazaf.Dia seolah mahu JAWI mengesahkan bahawa tuduhan Husni tu bohong tetapi dia seolah lupa tiada persedur perbicaraan yang boleh membicarakan aduan ini seperti yang dikehendaki oleh Khalid dan Hanifa.RUU 355 belum lulus dana mahkamah syariat belum ada kuasa menghukum 80 rotan kepada Husni kalaupun didapati bersalah.
Meminta JAWI mengesahkan Husni bohong adalah satu yang kebudak budakkan dan mahu mengheret JAWI supaya berpolitik seperti mereka PH berpolitik.Atas dasar apa JAWI boleh mengeluarkan pengesahan? Kalau aduan Qazaf ini mahu dibicarakan, maka perbicaraan akan dijalankan di mahkamah syariat bukan JAWI, maknanya tiada pengesahan atau pedoman boleh dikeluarkan oleh JAWI selain memutuskan MP PH ini patut pergi ke Penang untuk kerja kerja menyelamat.Tambahan pula Dr,Azman dari pusat khidmat sudah meminta bantuan untuk kerja kerja pembersihan selepas banjir surut.Apa kata Khalid Samad, Hanipa Maidin dan lain lain MP PH yang sibuk pasal tuduhan Husni tu turut serta dalam pasukan pembersihan itu!
Sumber TKO - 8-11-2017
"
Assalamualaikum,,,
Episod banjir di Penang cukup menarik! Menarik kerana Penang adalah negeri yang ditadbir oleh PH yang diterajui oleh DAP yang selama ini berjuang untuk menentang penyamun yang zalim serta kletoprasi.Menarik kerana sesudah beberapa siri roadshow PH untuk menyelamatkan negara, tiba tiba untuk selamatkan Penang dari musibah banjir, LGE sebagai meneraju utama kempen selamatkan Malaysia melawan lanun berlutut di depan lanun untuk memohon bantuan.Sehingga terpaksa melupakan sebentar kawan kawannya dalam PH untuk menyambut ketibaan lanun Bugis dengan karpet merah semata mata mahukan bantuan menyelamatkan hamba rakyatnya.
LGE semacam ditinggalkan bersendirian oleh rakan rakannya dari PH.Di mana Rapiji, di mana Mat Sabu, di mana Mahathir,di mana Muhyiddin, di mana semua pemimpin PH? Seakan parti parti PH tidak wujud.Semuanya tiada, yang ada untuk menolong LGE hanyalah gerombolang lanun yang zalim.Inilah peliknya, barua LGE seperti Hanipa Maidin dan Khalid Samad bermati matian menuduh PAS mahu bersubahat dengan lanun yang zalim seperti diam menyorok dalam kain bini.
PAS dikutuk kerana menerima bantuan kerajaan persekutuan yang didakwa zalim oleh PH, Semasa banjir di Kelantan kononnya ada sebuah yayasan pro PH yang tampil membantu rakyat kerana tidak mahu rakyat menerima bantuan lanun.Tapi di Penang kenapa LGE tidak minta saja bantuan yayasan yang sama? Kenapa lanun juga dicari?
LGE semasa banjir besar di Kelantan mendakwa kerajaan Kelantan tidak wujud, tetapi di Penang sewaktu bermulanya banjirnya lagi, dilapurkan semua Exco dan Adun kerajaan Penang menyorot di pesta arak, seorangpun tidak nampak muka untuk turun mengurus dan menyelia suasana,LGE sendiri turut dilapurkan hanya muncul sebelum subuh untuk menalipon Zahid Hamidi minta bantuan.Kenapa Zahid Hamidi si lanun juga yang dihubungi? Kenapa tidak Tun Mahathir, kenapa bukan Mat Sabu? atau Muhydin Yasin atau DSWA atau lain lain pemimpin PH yang selama ini riuh rendah menjadi barua DAP, lanun juga dicarinya sedangkan dia mahu menyelamatkan Malaysia dari lanun.Nak selamatkan Penangpun minta bantuan lanun.Macam mana?
Suasana semasa menunjukkan ketidakwujudan kerajaan Penang.Hadirnya Najib ke Penang cepat cepat disambut LGE dengan karlet merah, tiada lagi serangan lanun atau pemimpin zalim, kerana apa? Amat mudah difahami. LGE takut Najib enggan memberi bantuan, kalau biarkan Najib sendirian datang melawat.Pandai LGE bodek Najib, lagipun LGE sendiri pernah hadir ke Kelantan melalui pintu belakang, memberi bantuan banjir kepada Husam bukan MB atau wakil kerajaan Kelantan.LGE turut bimbang kalau Najib melakukan hal yang sama seperti itu, sebab itu cepat cepat dia sambut Najib dengan alasan G2G, tidak seperti di Kelantan di mana dia enggan mengiktiraf G2G.Cantik LGE!
DSWA seperti diviralkan hanya datang melawat sambil menjengok keluar dari tingkap kereta, gambaran melepaskan batuk di tangga sahaja.Dengan erti tidak kedengaran dia tampil dengan sumbangan yang berkesan kepada mangsa banjir.Sementara Mahathir dilapurkan tidak dapat dikesan dan Mat Sabu pula entah di mana.Pendek kata tiada kedengaran ada kesepakatan dalam PH dalam menangani banjir yang berlaku sekarang.Yang kedengaran hanya LGE ditinggalkan sendirian menjilat ludahnya kembali kerana perlukan bantuan segera sekalipun terpaksa mendapatkannya dari lanun.
LGE semacam hilang ingatan bahawa Penang adalah sebuuah kerajaan yang cekap, ada banyak duit dan kemudahan tetapi di mana duit dan kemudah itu sekarang? Exconya juga entah di mana, langsung tak ada idea untuk bertindak, pendek kata seperti Penang sekarang ini tiada kerajaan, kata kata LGE terhadap kerajaan Kelantan dulu kini terpalit kepadanya.
Ambik kau LGE, itu baru musibah banjir yang ALLAH bagi, sudah mengelabah tak tentu hala dan sekaligus mendedahkan kempen melawan lanun yang zalim PH hanyalah tin kosong!
Sumber TKO - 8-11-2017
Hilang Sudah Cakap Besar DAP PP? Goyang Menunggu Rebah?
Posted on Tuesday, November 07 @ 02:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36505 |
HILANG sudah cakap besar tentang lebihan wang dalam akaun Kerajaan Negeri. Hilang sudah cakap besar kononnya dengan naiknya pemerintahan DAP di Pulau Pinang, masalah banjir di Pulau Pinang akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Hilang sudah cakap besar, pentadbiran Pulau Pinang lebih jujur, telus dan lebih baik untuk rakyat.
Untuk mengurangkan jumlahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berani mengambil statistik 2013 sehingga 2018 sahaja. Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dalam jawapan kepada soalan lisan pada Sidang DUN Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Yang Ke-13, mengesahkan sejumlah 119 kejadian banjir kilat telah melanda Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun.
Seperti biasa, Kerajaan DAP memberi alasan, punca sebenar kejadian banjir kilat di kawasan pulau itu adalah disebabkan jumlah taburan hujan yang tinggi dalam tempoh sehari (menyamai sebulan) dan air pasang tinggi merupakan antara faktor penyumbang kepada kejadian tersebut. Taufan Doksari juga dipersalahkan.
Kerana faktor-faktor tersebut, sungai dan sistem saliran di taman dan kampung sedia ada tidak dapat menampung jumlah kadar air aliran permukaan hujan lebat. Kata Kon Yeow, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan panas di seluruh negeri itu. ( RUJUK SINI)
Selepas pelbagai pendedahan dan jangkaan banjir besar akan melanda Pulau Pinang ekoran pembersihan puncak bukit dan penarahan lereng bukit selain pembangunan tak terkawa, semalam banjir besar melanda Pulau Pinang lagi. Untuk tempoh 24 jam, Lim Guan Eng dan semua kepimpinan negeri hilang ghaib seolah-olah mereka tidak wujud di dunia ini. Manakala pegawai-pegawai penerangan Ketua Menteri seperti Zaidi Ahmad, masih lagi berdendang tentang 1MDB tanpa sedikit pun bercakap atau menyentuh tentang banjir yang mengancam Pulau Pinang.
Awal subuh, Lim Guan Eng akhirnya muncul dengan wajah sedih dan memaklumkan tentang ‘kejayaannya’ menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia kerana paras banjir telah meningkat kepada 10 sehingga 12 kaki ‘melepasi’ bumbung rumah.
Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana bongkaknya Lim Guan Eng mengecam Kerajaan Negeri Kelantan kerana banjir besar pada penghujung tahun 2014 yang berpunca dari Hulu Kelantan. Walhal kawasan berkenaan juga menempatkan projek pembalakan yang dikonsensikan kepada syarikat dua bersepupu Nga-Ngeh yang juga merupakan pemimpin utama DAP Perak.
Konon kata Guan Eng, banjir itu berlaku kerana kelemahan pentadbiran Kelantan. Kononnya kerana ketirisan dan kegagalan pengurusan kewangan Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah tidak wujud ketika banjir. ( RUJUK SINI).
Sekarang, apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, berbalik kepada dirinya!
Malu nak berterus-terang yang dia minta bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia awal-awal bagitahu yang dia meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Banjir di negeri-negeri di Malaysia, bukanlah perkara asing. Kadar taburan hujan di negara ini memang tinggi. Tetapi apabila seorang Ketua Menteri bercakap besar, memperlekehkan Menteri Besar dan pentadbiran negeri lain yang dilanda banjir seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang, membuatkan ramai yang memulangkan paku buah keras kepada Guan Eng walaupun pada masa yang sama, bantuan digerakkan untuk rakyat dan penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir.
......
http://semberono.com
Sumber TKO - 7-11-2017
Makin kesian PAN!, nak jadi barua DAP sangat!
Posted on Tuesday, November 07 @ 11:33:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36517 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Itulah jihad PAN, menentang pemimpin yang zalim.PAS yang didakwa mereka bersubahat dengan pemimpin zalim bukan berjihad tetapi menerima dedak dari pemimpin yang zalim.Berpelukan dengan pemimpin zalim tidak boleh, bersama dengan pemimpin zalim dalam membantu Islam Rohinya juga zalim, bersama dalam satu pentas anjuran NGO untuk penyatuan melayu juga tidak boleh, meneriman bantuan kerajaan zalim oleh kerajaan PAS ketika musibah banjir juga tidak boleh, kalau PAS buat juga semua itu, bermakna PAS nak berug dengan Umno, parti penyamun yang dipimpin oleh pemimpin zalim.PAN melawan parti zalim itu dan tidak pernah mahu bersama samanya.
Tetapi sayang seribu kali sayang, DAP sebagai sekutu kuat PAN sudah tidak mahu berpegang dengan itjihad sesat PAN ini apabila Penang dilanda musibah banjir besar.DAP menerusi kalifah ala Umar Abd. Aziznya mula mula sekali menalipon seorang pemimpin zalim dari Umno untuk memohon bantuan.Kemudiannya, berpelukan dengannya sebelum melawat mangsa banjir.
Bukankah itu pemimpin zalim yang berpelukan dengan LGE? Apa bezanya dia dengan Najib yang berpelukan dengan TGHH? Kalau TGHH dikatakan nak berug dengan Umno kerana pelukan Najib itu, kenapa DAP tidak pula dituduh mahu berug dengan Umno? mana PAN?
Nak katakan LGE berdepan dengan kes kecemasan, apa beza pula TGHH ketika bersama Najib? Apakah nasib yang menimpa saudara Rohinya kita itu bukan kecemasan? Apakah pertemuan yang dirancang oleh NGO untuk menyatuan melayu juga bukan kecemasan? Cuba PAN senaraikan di mana hadirnya TGHH bersama Najib atau dengan lain lain pemimpin zalim Umno lain tanpa adanya kepentingan dan maslahat umat? Maknanya tiada bezapun antara LGE berpeluk dengan Zahid Hamidi dengan TGHH berpeluk dengan Najib.Kalau TGHH dituduh bersubahat dengan pemimpin zalim, maka LGE pun sama, cuma bezanya kali ini PAN memilih untuk menyorok!
Di mana Hanifa Maidin? di mana Khalid Samad? di mana Husam Musa? setakat ini tak nampak seorangpun yang menampilkan diri menyumbang kepada mangsa banjir di Penang dan Kedah.Yang nampak ialah jentera PAS yang sudahpun bergerak dan bekerja membantu mangsa.Begitu juga yang ketara ialah sumbangan seorang bilal sebuah surau yang menunjukkan kemanusiaan sejagatnya dengan membenarkan sekumpulan orang bukan Islam menumpang di suraunya.Bilal ini orang mana? orang PAN atau PAS?, yang pasti beliau adalah seorang Islam yang benar benar menghayati ajaran murni Islam, bukan Islam liberal yang PAN anjurkan.
Kita boleh nampak hikmah banjir yang melanda Penang menerusi peristiwa ini.Dan siapa tahu ada di kalangan mereka yang diberi tumpang itu mendapat hidayah ALLAH untuk menerima syahadah, Besarnya kuasa mu ya ALLAH!
Namum PAN mungkin terhijab dari melihat hikmah ini kerana sebelum ini mereka cukup bebal untuk mengakui bahawa pegangan mereka terlalu salah, jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya.Apa yang mereka ikut ialah apa yang diajarkan oleh DAP, A kata DAP, maka A kata PAN, B kata DAP B kata PAN. perangai barua yang mungkin akan memakan diri sendiri.
Itu baru musibah banjir yang ALLAH hantar, bukan musibah yang besar lagipun, DAP dahpun gelabah jilat air liur sendiri, hilang sudah sembang besar, bukan negeri taliban konon sebaliknya dengan muka tak malu LGE berpelukan dengan Zahid sesudah dia hampir menangis mohon pertolongan dari orang yang zalim.
PAN pula nak kata apa? makin kesian! atau Khalid Samad nak terus bercakap pasal orang bukan Islam minum arak? dan Hanifa Maidin pasal penghinaan terhadap Islam itu sebenarnya kritik yang perlu diambil secara positif oleh orang Islam!
Sumber TKO - 7-11-2017
PAS bertelur bukan berkokok saja saja.....
Posted on Monday, November 06 @ 08:20:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36476 |
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Tak silap Nik Amar ada berkata TGNA pilih yang boleh bertelur dan sesudah dikutuk sedemikian rupa oleh KM Penang sebagai seorang MB yang tak pandai menguruskan negeri, MB Kelantan memilih untuk bertelur pada ketika ramai rakyat berdepan musibah di sebuah negeri yang berketua mentarikan seorang yang hanya pandai berkokok berderai derai ekor bergelumbang taik.
Nilai kemanusian dan persaudaraan Islam lebih utama untuk MB Kelantan mengumumkan bantuan segara RM 50 ribu untuk rakyat Penang yang sedang dilanda musibah.Sukarelawan turut digesa menghulurkan bantuan tenaga di kala rakyat sedang bergelut dengan kesukaran ujian ALLAH ini.Ujian itu bukan saja kepada yang ditimpa musibah tetapi untuk mereka yang berada di luar kawasan musibah,Inillah semangat yang ditunjukkan oleh MB, bukan memulangkan paku buah keras kepada kesombongan KM Penang dan tidak juga mengambil peluang menghentam PAN yang begitu galak memperbudakan MB dulu dan kini.
Tiada langsung ayat atau perkataan yang ditujukan kepada PAN. Itulah MB yang Nik Amar kata boleh bertelur, Beliau buktikan kepada kita semua.Malah ciri ciri kepimpinannya cukup terserlah walaupun beliau pernah dihina oleh LGE dan PAN sebagai MB yang tak pandai buat kerja.
Begitu juga sebagai sebuah jemaah yang besar dan berpegang sepenuhnya dengan tali Islam, PAS turut tampil menawarkan bantuan dengan satu usaha bersepadu melibatkan seluruh ahli di seluruh negara.Jemaah PAS sentiasa insaf dan sedar bahawa musibah seperti yang berlaku di Penang ini boleh berlaku di mana mana.Tidak timbul soal pandai atau tidak mengurus negeri, kalau itu ketentuan ALLAH maka itulah yang akan berlaku.Tiada keperluan untuk kita jadi sombong semata mata kerana musibah seperti sombongnya PAN ketika himpunan msutaqim didatangi oleh petir kononnya himpunan itu tidak diredhai ALLAH walhal sebenarnya petir itu ditujukan kepada syaitan.
Lihatlah dunia siapa sebenarnya yang tunduk akur kepada kekuasaan ALLAH? Dan untuk PAN secara khusus, di mana jentera bantuan dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Penang? Sehingga kini belum kedengaran lagi tawaran bantuan dari PAN, tidak seperti rancaknya PAN menyebarkan berita palsu atau fitnah kepada PAS.PAS yang tampil mendahului sedangkan PAN masih diam kelu membisu terduduk kerana pesta arak.Begitu juga MB Kelantan lebih awal mengumumkan bantuan dari negeri negeri lain, siapa yang lebih prihatin dengan musibah?
Sumber TKO - 6-11-2017
1. Hari ini, Dato' Ambiga Sreenevasan bersuara setelah berhari-hari menerima tekanan daripada pelbagai pihak berkenaan dakwaan bahawa dia adalah sumber tuduhan 90 Juta yang diterbitkan dalam cereka fitnah oleh Clare Rewcastle Brown dalam web Sarawak Report.
2. Dalam kenyataan media 2 mukasurat tersebut, Ambiga memilih untuk tidak mengesahkan mahu menafikan apa yang telah tertulis dalam dokumen 55 mukasurat pembelaan dan tuntutan balas Defence oleh Clare. Dia memberi alasan kes ini sedang berjalan di Mahkamah United Kingdom.
Dia berkata hanya di mahkamah sana segala dokumen dan maklumat akan didedahkan. Dia mempertikaikan tekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadapnya seolah mini perbicaraan berlangsung di Malaysia.
Dia mendakwa sebarang intimidasi dan gangguan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kaitan langsung dengan Tuan Guru Presiden PAS yang boleh menyebabkan tindakan "contempt of the UK Court".
Pada perenggan akhir, Ambiga berkata terdapat 36 perenggan dalam dokumen "defence and counterclaim" Claire yang sepatutnya menjadi fokus kerana ianya mengandungi tuduhan yang serius.
3. Bagi sesiapa yang membaca kenyataan penuh Ambiga, secara tersiratnya sememangnya bolehlah kita fahami dia seolah mengakui menjadi sumber cereka fitnah 90 Juta itu. Cuma, Ambiga berselidung di sebalik alasan "I have refrained from comment for now, in view of the pending proceedings in the UK court."
4. Ambiga begitu berang apabila menerima tekanan dan perhatian media secara luar-biasa akibat dinamakan dalam dokumen pembelaan Clare.
Namun, pada masa yang sama persoalan berikut patut kita suarakan;
a) Adakah Tuan Guru Presiden PAS, sekalian pemimpin dan penyokong PAS tidak menerima tempias daripada cereka fitnah 90 juta ini.?
Ia menjadi bahan serangan yang dijaja siang-malam oleh para pemimpin, juak dan cybertooper Pakatan Harapan untuk memburukkan imej PAS di mata masyarakat awam.
b) Siapa pula sumber yang memberikan maklumat kepada Ambiga kerana dalam dokumen pembelaan Clare menyebut "Ambiga had told the Defendant that her sources, who she said were reliable, had estimated the amount that had been paid was around RM90 million"."
Siapakah pula 'reliable sources' yang menjadi penyampai cereka fitnah kepada Ambiga.?
Adakah Makhluk Jin Kuasa 10 dari Kelantan menjadi sumber berita kepada Ambiga.?
c) Mengapa Ambiga tidak menasihati berkenaan "contempt of the UK Court" kepada sekalian pemimpin dan juak PH yang menyerang PAS dengan menggunakan modal fitnah 90 juta.?
Jikalau Ambiga baru sekarang terasa mini perbicaraan terhadapnya, tahukah Ambiga bahawa sekalian pemimpin dan juak PH sudah pun berlagak menjadi Hakim memutuskan fitnah 90 Juta itu adalah tuduhan yang benar seawal cereka tersebut disiarkan Sarawak Report pada 06 Ogos 2016.?
d) Di manakah bukti tuduhan RM 90 juta dibayar oleh PM Najib kepada PAS.?
Sepertimana sidang media kontroversi Rafizi berkenaan isu ini, sehingga sekarang tidak ada pun mana-mana pihak tampil mendedahkan bukti transaksi kewangan, aliran money trail daripada mana dan ke akaun mana wang tersebut masuk.?
5. Ambiga janganlah jadi pengecut seperti membaling batu, sembunyi tangan. Bukankah dia terkenal sebagai peguam yang berani, lantang ketika memimpin BERSIH dulu.?
Janganlah bersikap hipokrit.
Dia enggan memberi penjelasan berkenaan 2 perenggan yang mengaitkan namanya, namun pada masa sama dia sendiri turut menggesa agar fokus tumpuan diberikan kepada 34 perenggan yang lain.?
Oh, apabila yang berkait dengan dirinya, dia berselindung atas alasan "contempt of the UK Court".
Bagi perenggan yang menuduh PAS bermacam-macam, tidak pula dikatakan "contempt of the UK Court".
Hipokrit lagi pengecut bukan.?
6) Ada pihak sebelum ini begitu lantang mencabar PAS untuk menyaman Sarawak Report bagi membuktikan tuduhan itu palsu.
Kemudian, apabila PAS memulakan proses saman , pihak yang sama pula memperlekeh dengan mengatakan tindakan saman itu berlagak pandai, sia-sia dan ibarat menggali kubur sendiri.
Jelas, mereka ini sememangnya berniat jahat terhadap PAS kerana bukannya mahu mencari kebenaran tetapi mahu menyebar kebencian dan kepalsuan.
Nota Tambahan:
- Bagi sesiapa yang berpeluang membaca dokumen 55 mukasurat "Defence and Counterclaim" Claire, pasti akan tersenyum riang dan gelihati.
- Maaf, saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut terhadap dokumen tersebut, bak kata Ambiga "contempt of the UK Court". hehe
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 02 November 2017
Sumber TKO - 6-11-2017
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas junjungan.....
Semasa Kelantan berdepan banjir besar dulu, bukan main Husam dan geng geng PAN(masa tu PASMA) tunjuk hero sambil menuding jari kepada MB dan kerajaan Kelantan yang didakwa mereka tidak pandai mengurus dan berpakat dengan Umno kerana menerima bantuan kerajaan persekutuan.
LGE juga bukan main rancaknya mengata kerajaan Kelantan yang hanya bijak mengelak rasuah tetapi langsung tak pandai mengurus sehingga dilanda banjir besar.Kejadian banjir di Kelantan cuma berlaku sekali dalam puluhan tahun dah dikatakan kerajaan Kelantan tak pandai mengurus negeri dan terpaksa menerima bantun Persekutuan.Tapi sekarang, Penang pula dilanda banjir bukan sekali tapi berkali kali dalam masa setahun, bukan itu saja ianya turut disertai dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku bersiri siri sehingga kemuncaknya menyebabkan 11 orang terbunuh.Pandai sangatlah LGE mengurus negeri?
Sepanjang kejadian banjir itu pula tidak kedengaran kehebatan PAN membantu Penang dan LGE seperti mereka buat di Kelantan dulu.Begitu juga perkhabaran didengari bagaimana LGE merayu kerajaan Persekutuan membantu negerinya, kenapa pulak? Kalau di Kelantan PAS dikatakan nak berug dengan Umno hanya kerana kerjasama G2G dalam menghadapi Banjir, bagaimana pula di Penang? DAP nak UG dengan Umno kerana G2G ni?
PAN cuma mampu membisu dan membenarkan apa saja yang LGE dan DAP
buat.Sekalipun terbukti LGE celupar mulutnya,PAN tetap puji LGE.Hari ini diberitakan LGE hampir menangis menalipon Zahid Hamidi mohon bantuan, PAN buat derk juga, mereka lebih galak menyebarkan berita PAS terima dedak 90 juta walaupun SR sedang mengelabah nak lawan saman, cerita itu jugalah PAN canangkan, LGE tak perlu bising bising, nanti sore miss.....
Benda yang terangpun boleh diputar belit oeh PAN, parti Islam ker ni? Asyik menyebelahi LGE dan DAP yang evangelis masih mahu mengaku parti Islam.Tak rasa nak marahpun apa jua yang LGE Buat tetapi kalau TGHH yang buat pasti kemarahannya membuak buak.Parti Islam apa jenis ni, lawan orang Islam tetapi tetap pekat menyokong evangelis Kristian!
Sumber TKO - 5-11-2017
Kelantan Banjir, Tanah Runtuh Di Penang... Kini Banjir Kilat Pula
Posted on Sunday, November 05 @ 10:08:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36449 |
Kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang menyaksikan 11 orang terkorban, dan beberapa orang cedera adalah tragedi terkini daripada kecuaian manusia.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata siasatan penuh berkaitan insiden tanah runtuh di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah akan dijalankan selepas kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selesai dijalankan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau terkejut melihat banyak nyawa hilang dan berjanji untuk mencari punca kejadian.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif juga akan melakukan pemeriksaan segera ke atas semua tapak pembinaan untuk mengelakkan insiden tersebut daripada berulang. Diberitakan ada 12 lagi tapak pembinaan seperti itu di Pulau Pinang yang diluluskan tanpa melihat aspek keselamatan oleh kerajaan DAP.
Pembinaan di Paya Terubong juga menunggu masa sahaja untuk menjadi musibah jika tiada pengawasan yang jitu. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan telah membuat pendedahan perkara ini. Datuk Huan ni bukan Islam, dia ni Cina tapi dia tak setuju dengan bukan Islam dan Cina DAP yang nampak baik pada umum tapi 'tersembunyi' kejahatannya dan memang antara golongan anti-Islam.
Tapi malangnya di Pulau Pinang tak ada parti Islam baru AMANAH (PAN) nak buat pendedahan penyelewengan ini. Mereka hanya mampu bekerja di Kelantan. Ini tidak lain kerana ramai pimpinan parti Islam baru ini di sumbat dedak dalam mulut mereka(pinjam ayat Tun Mahathir). Mohamad Sabu, Dr Mujahid dan beberapa orang lain diberi jawatan dalam GLC dengan pendapatan RM15,000 ++ sebulan. Takkan mereka nak tinggal duit. Memang duit tak penting tapi duit ini mengisi perut mereka kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu daripada DAP sendiri telah keluar parti dengan memberi alasan antaranya tak setuju dengan Mahathir dan kepimpinan Lim Guan Eng.
Tapi yang peliknya parti Islam PAN memuji dan memuja DAP dan menutup mata, serta akal fikirannya atas korupsi dan nepotisme yang dilakukan oleh DAP dalam pentadbiran di Pulau Pinang. Puak PAN dan IKRAM ini hanya menentang kleptokrasi sahaja kerana mereka sudah menjadikan Tun Mahathir sebagai "pentunjuk" dalam perjalanan perjuangan parti Islam baru ini.
Hari ini (5 November 2017) tersebar video Lim Guan Eng hampir menitis air mata telah menghubungi DS Zahid Hamidi jam 3.00 pagi minta bantuan banjir kilat yang baru terjadi di Pulau Pinang semalam. Katanya keadaan sangat genting, air naik 10 - 12 kaki. Bekalan elektrik di pusat bantuan juga tiada. Minta bantuan tentera.
Lim Guan Eng sudah lupa (ini penyakit Mahathir)bagaimana celuparnya mulut dia menghina PAS dan kerajaan PAS Kelantan kerana banjir besar belaku di Kelantan. Kononnya PAS tak pandai tadbir. Sekarang macam mana? Puak PAN dulu sama celupar dengan DAP?? Macam mana??
Bukan sekali Lim Guan Eng merayu kepada kerajaan Pusat BN (UMNOlah). November 2016 pun dia merayu tapi masa itu belum lagi menitis air mata.
Pulau Pinang mungkin menjadi pusat perlancungan air seperti Venice... (jangan marah)
Sumber TKO - 5-11-2017
Ini bukan "hearsay"
Posted on Sunday, November 05 @ 05:34:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36441 |
Ini dilaporkan di muka dua ruangan Star Biz akhbar The Star pagi ini. Perenggan pertama: Tan Sri Mokhzani Mahathir anak Tun Dr Mahathir yang melabur dalam sektor O&G atau minyak dan gas 15 tahun lampau kini sedang menjual kepentingannya.
Perenggan empat: jika beliau berjaya menjual 10.1% pegangannya dalam Sapura Energy Berhad pada harga diskaun antara RM1.42 ke RM1.49 seunit maka beliau dijangka memperolehi antata RM859.1 ke RM901.5 juta.
Beliau menjual kepentingannya itu kerana tidak lagi yakin pada sektor O&G.
Perenggan sepuluh: Pada Febuari 2014 empat bulan sebelum mula jatuhnya harga minyak mentah dunia Mokhzani telah menjual 190.3 juta sahamnya dalam Sapura Kenchana pada harga RM4.30 seunit dengan pulangan RM820 juta.
Jual Sapura Energy dijangka perolehi sekurang-kurangnya RM 859.1 juta.
Jual Sapura Kenchana 3 tahun lepas memperolehi RM820 juta.
Syabas tokoh korporat berjaya.
Ikut rekod 15 tahun lepas iaitu 2002 kebetulan Perdana Menteri ketika itu ayahanda Mokhzani.
Kebetulan bukan "hearsay".
ROSLAN SMS
Sumber TKO - 5-11-2017
Skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) lebih besar daripada skandal yang menyelubungi 1MDB kerana ia memberi kesan kepada lebih banyak orang, kata ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
"Terdapat kecenderungan semua orang dalam pembangkang memberi tumpuan kepada 1MDB, tetapi ada lebih banyak perkara tak masuk akal dan bukan hanya 1MDB sahaja.
"Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah FGV," kata Jomo dalam forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14" di Bangsar hari ini.
Beliau menegaskan bahawa peneroka Felda mengambil bahagian dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar dunia dengan FGV pada pertengahan 2012, tetapi kini harga saham berkenaan kurang daripada 40 peratus daripada nilai asal.
Ini katanya, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'merasuah' peneroka antara lain dengan menghapuskan hutang penanaman semula sebanyak RM5,000.
"Ini menggariskan betapa sensitifnya isu itu," katanya.
Beliau menegaskan terdapat skandal lain di Malaysia selain 1MDB dan FGV, termasuk isu Gatco di Negeri Sembilan.
Sementara itu Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad yang turut menjadi ahli panel menafikan bahawa pembangkang hanya memberi tumpuan kepada 1MDB.
Dzulkefly berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) juga memberi tumpuan kepada kos sara hidup, GST, skandal Mara dan banyak lagi, termasuk FGV.
Ketika FGV pertama kali disenaraikan, harga sahamnya ialah RM4.55 sesaham. Ia kini disenaraikan pada RM1.83 sesaham.
FGV juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun lalu selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad direhatkan, dan Ketua Pegawai Kewangannya, Ahmad Tifli Mohd Talha bersama dua anggota pengurusan kanan lain digantung.
Pembangkang 'tidak cekap'
Sementara itu, Jomo berkata BN mungkin memperkukuhkan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya perkara-perkara itu kekal seperti sekarang.
"Bukan sebab BN, Umno atau perdana menteri sangat kuat. Sebaliknya keadaan pembangkang yang tak cekap," katanya.
Katanya, pertandingan tiga penjuru akan membuka jalan kepada BN memperolehi majoriti dua pertiga dengan memberikan mandat besar kepada pemerintah untuk memperbaharui undang-undang sesuai dengan kepentingannya.
"Pembangkang kerana tidak dapat bersatu akan memberikan kerajaan ini, yang boleh dikatakan kerajaan paling korup yang pernah kita alami dalam hidup saya, mandat yang lebih kuat.
"Inilah malangnya, dystopia yang kita hadapi (pada masa akan datang)," kata Jomo.
Sumber TKO - 4-11-2017
Isu terima 90 juta, cabar saman SR,lepas tu merepek meraban....
Posted on Saturday, November 04 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36431 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Pada ketika SR mengeluarkan artikal medakwa PAS dan TGHH menerima 90 juta ringgit, bukan main menari mari lagi puak gerabak kaki fitnah mencabar TGHH dan PAS menyaman SR dengan katanya dakwaan itu akan jadi benar kalau PAS tak saman.Sambil itu dicanangkan di seluruh antero dunia bahawa PAS menerima dana dari Umno untuk menjadi penyelamat Umno yang sudah tenat.Dicanangkan bahawa PAS menyediakan talian hayat untuk Umno kerana dedak 90 juta yang diterima itu.Tapi apabila saman dibuat, lain pulak ceritanya.
Tak ada lagi pasal PAS atau TGHH terima 90 juta, yang ada ialah cerita pengarang SR bahawa TGHH berpakat dengan Najib untuk menyamannya, TGHH dan Najib mempengaruhi mahkamah untuk mengenakan SR.
Juga didendangkan pula sumber fitnah itu datang dari Ambiga dan artikal yang ditulis SR itu tidak menjejaskan TGHH atau PAS sebaliknya bertujuan untuk menjatuhkan Najib dan menentang ketidakadilannya.Pusing sana dan pusing sini tapi belum kedengaran bukti atau dokumen yang boleh membuktikan dakwaan 90 juta itu benar.
Di mana puak gerabak yang mencabar dulu? di mana mereka yang mencanang ke sana ke mari TGHH dan PAS terima dedak dari Najib? semuanya diam menyembunyikan diri di sebalik jari!
Itulah bahananya, kalau fitnah hanya boleh dibukti tidak benar dengan saman, maka apabila TGHH dan PAS mengemukakan saman, maka semuanya terbukti tidak benar.Sebelum saman dibuat, bolehlah malaun malaun kaki fitnah menari nari menuduh TGHH dan PAS terima dedak, lepas saman dibuat, baru biarkan pengarang SR terkapai kapai keseorangan merepek meraban entah apa apa.
Kaki fitnah akan terus jadi kaki fitnah walaubagaimanapun.Kantoi satu isu, dicari isu lain pula.Kini mereka tak akan mainkan isu dedak ini kerana SR sedang berusaha membersihkan diri mereka dengan hujah merepeknya tetapi mereka tetap ligat cari isu lain yang boleh difitnahnya lagi.
Sama samalah kita tunggu.Tapi bagus juga kalau fitnah RAPIJI tentang isu yang sama turut dibawa ke mahkamah sebab mungkin kita boleh lihat berapa banyak lagi kaki kaki fitnah ini akan merepak meraban!
Sumber TKO - 4-11-2017
Ada 'perbicaraan mini' pula di Malaysia Ambiga Mengelak Isu
Posted on Thursday, November 02 @ 21:19:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36373 |
Datuk S Ambiga mendakwa terdapat cubaan menganiayanya berikutan kes beliau dinamakan sebagai sumber dalam tulisan kontroversi Sarawak Report berkaitan dakwaan PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri.
Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata serangan terhadapnya daripada PAS, penyokong, sekutu dan media berdasarkan kandungan dua perenggan daripada penyataan pembelaan editor Sarawak Report Rewcastle-Brown amat janggal dan jarang berlaku.
“(Mereka) mahu menjalankan perbicaraan mini atau pendakwaan di Malaysia berdasarkan dua perenggan daripada pembelaan yang menyebut nama saya.
“Dalam tempoh beberapa hari ini, saya terima serangan bertalu-talu daripada menteri, anggota parti dan sekutu yang sealiran dengan pihak penuntut (Datuk Seri Hadi Awang).
“Media kerajaan semalam berikan saya liputan tiga muka surat, termasuk muka depan, yang menuntut saya menjelaskan perkara sebenar. Saya malah masuk berita TV#,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hadi telah memfailkan saman fitnah di United Kingdom (UK) terhadap Rewcastle-Brow yang berpangkalan di London.
Ambiga berkata, oleh kerana Hadi memulakan prosiding itu di UK, sebarang permohonan maklumat mesti dibuat melalui mahkamah negara itu.
Perbicaraan juga, katanya, jika berlaku akan diadakan di negara itu, bukan Malaysia.
Sumber TKO - 2-11-22017
"
Oktober 1990, isu tengkolok Kadazan berlambang salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah menjahanamkan potensi Angkatan Perpaduan Ummah ( APU) dan Gagasan Rakyat untuk menumbangkan BN dalam PRU8.
Media tradisional pro-BN ketika itu mengeksploitasi betul-betul isu tengkolok itu dengan fitnah seolah-olah Tengku Razaleigh cenderung menyokong Kristian demi matlamat politiknya. Siang dan malam selama 4 hari sebelum rakyat turun membuang undi, sentimen ummah diolah begitu rupa agar tidak menggadaikan nasib bangsa ke tangan Presiden Semangat 46 itu.
Demikian sejarah satu episod fitnah dilakarkan dalam politik matlamat menghalalkan cara.
Tiada kena-mengena pun Kristian dengan cita-cita politik APU ketika itu. Malah Tengku Razaleigh sendiri tidak menyedari kedapatan lambang salib pada tengkolok yang dipakaikan ke kepalanya dalam satu majlis kempen di Sarawak ketika itu. Tetapi fitnah tetap mudah meresap dan menguasai hati budi pengundi.
Sejarah Oktober 1990 ingin dimainkan lagi kini. Umpama kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Kali ini TGHH/PAS dijadikan mangsa oleh petualang. Pelakunya bukan lagi media pro-BN. Sebaliknya, mereka yang ala-ala professional, manis berpidato tetapi hatinya syaitan.
Apabila PAS tidak lagi bersama PH, episod baru mula direncana. Dendam dan kebencian dikarang walaupun tidak setebal 90 mukasurat. Forum dan ceramah menjadi pentas; api fitnah sahaja dicucuh, hajatnya besar biar melarat. Maka berdondang sayanglah Rafizi, Husam, Saifuddin dan Lim Guan Eng. Kononnya TGHH/PAS menerima sumbangan wang 1MDB sebanyak RM90 juta daripada PM Najib.
Maka berjuta-juta mulut celaka turut menjaja. Yang pakai sedondon dah bermain mata. Pahit rasanya apabila ulama jadi mangsa fitnah, maki dan nista. Penyebarnya dari peringkat profesional hingga tok peraih di desa ketika sedang mengira untung labanya.
Hari ini, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bagai pelahap tercekik tulang . Husam dan Rafizi pula bagai menyorok di balik lalang sehelai; selepas melempar batu disembunyikan tangan. Durjana. Sepatutnya di saat inilah segala bukti kukuh yang didakwa dibekalkan ke mahkamah London. Tup-tup watak Ambiga pula dijadikan antagonis. Sandiwara apakah dimainkan si politikus najis.
Kesimpulannya, fitnah adalah butir tahi dari usus yang bersarang iri hati, khianat dan dengki. Rakyat berjuta berkerumun memakan daging busuk saudara sendiri. Kerana politik yang tak seberapa harganya, neraka ditempah tiada pedulinya. Ibarat mengalungkan intan ke leher anjing. Harapnya tidak berterusan berperangai anjing.
Firman Allah s.w.t. melalui Surah al-Baqarah, ayat 217 bermaksud: “…fitnah itu besar (dahsyat) daripada melakukan pembunuhan…”
Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah.
Sumber TKO - 2-11-2017
Mahathir patut tarik balik serangannya ke Memali!
Posted on Wednesday, November 01 @ 14:28:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36357 |
"
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan......
Mahathir bukan saja nyanyuk tapi mula mengarut. Suruh TGHH tarik balik amanat Hadi kerana didakwa menyebabkan perpecahan orang melayu sedangkan apa yang berlaku lebih kepada perpecahan Islam dan sekular serta sebenarnya berlaku perpecahan dalam umat Islam kepada Umno dan PAS kerana masih ramai orang Islam yang kebetulan melayu yang mencintai sekular, yang mahu memisahkan pengurusan dunia dari ugama.Itu praktikal yang terjadi tetapi Mahathir mahu TGHH tarik balik amanatnya sekaligus memberi kelegaan kepada Umno bukan Mahathir dan Bersatu.Sebabnya sudah berlaku perpecahan dalam masyarakat sekular melayu apabila sebahagiannya meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu., sebelum itu sebahagiannya menyertai PKR jadi apa ke jadahnya menuding jari kepada TGHH atas perpecahan melayu sekular ini?
Ingat melayu tidak berpecah kerana amanat Hadi tetapi perpecahan berlaku dalam masyarakat Islam melayu kerana ada sebahagian besar darinya masih sayang kepada sekular.Maknanya kalau bercakap pasal mahu bersatu maka semuanya kena kembali kepada petunjuk Islam yang syumul.
Itu hakikatnya malah sekarang masih terjadi perpecahan dalam kalangan orang Islam apabila sebahagian kecil keluar dari PAS menubuhkan PAN kerana kumpulan yang keluar ini sudah tidak percaya kepada petunjuk Islam yang syumul tetapi sudah terpikat dengan liberal yang diketuai oleh evangelis DAP.Maka sekali lagi kalau mahu bersatu perlu kembali keseluruhannya kepada tali ALLAH yang masih dipegang kuat oleh orang Islam yang bersama PAS.
Untuk apa Mahathir mahu TGHH tarik balik amanat Hadi? Bukankah amanat itu khusus ditujukan kepada Umno dan perpecahan yang didakwa berlaku Mahathir itu berkait rapat dengan perpecahan orang melayu kepada PAS dan Umno, tiada kena mengena dengan Bersatu Mahathir.Serta kalau TGHH tarik balik amanat Hadi, yang mendapat keuntungan tu siapa? Umno atau Bersatu?
Pokoknya Mahathir yang patut lebih dulu bubarkan Bersatunya dan kembali bergabung dengan Umno kalau betul Mahathir prihatin pasal bersatu tetapi menuding jari kepada TGHH sebagai penyebab perpecahan jelas menunjukkan Mahathir ada agenda lain sebab bukan TGHH yang jadi penyebab.Pun begitu kalau Mahathir mahu TGHH tarik balik amanat Hadi yang sebenarnya merupakan ucapan TGHH dalam satu ceramah poitik di Banggol Pradong,Mahathir terlebih dahulu perlu mengaku kekejamannya menyerang Memali sehingga membawa kematian kepada Ustaz Ibrahim Libya dan meminta maaf serta menarik balik serangannya ke atas Memali dan menghidupkan kembai Ustaz Ibrahim Libya.Atau mungkin menarik balik operasi Lalangnya yang menyebabkan ramai yang tidak berdosa terpenjara.
Semuanya tidak diambil kira oleh Mahathir, asal saja dia ada ruang untuk menyalahkan TGHH dan PAS dia tetap melakukannya, tinggal lagi kita yang menyaksikan kebobrokan Mahathir itu tidak perlu percaya kepadanya.Untuk orang yang percaya pula, jelasnya Mahathir sudah berjaya menjadikan mereka orang orang yang bodoh!
Sumber TKO - 1-11-2017
Senjata empuk liberal : perlekeh lebai......
Posted on Wednesday, November 01 @ 12:39:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36350 |
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke Atas Junjungan....
Segala galanya guna otak, olah semua perkara untuk menunjukkan kebaikan dan kehebatan liberal walaupun dengan adunan kemanusian yang buruk, perlekehkan semua pihak yang tidak memihak kepada liberal dan yang paling fokus targetnya ialah orang ugama atau lebai.Jadikan lebai seorang yang tidak berpendidikan seperti liberal yang serba tahu dan sera betul, Lebai perlu ditunjukkan sebagai orang kurang akal tidak seperti liberal yang berakal.Itulah senjata empuk puak liberal untuk menyerang orang ugama yang menjadi penghalang utama untuk mereka mencapai objektif mereka, menjadikan negara sebuah negara liberal dengan anutan Islam yang liberal juga.
Orang liberal mengganggap mereka hebat, betul dan serba tahu dalam meguruskan dunia walaupun tak seorangpun dari mereka tampil untuk menguruskan jenazah Kassim Ahmad sebaliknya yang muncul ialah seorang paderi kristian yang mendakwa Kassim Ahmad itu kawannya dan sedia untuk menguruskan jenazahnya.Mana dia kepandaian liberal untuk menguruskan jenazah?
Bagi orang liberal, lebai tidak tahu mengurus sebaliknya hanya tahu membantah, lebai hanya pandai pakai kain pelikat, tak pandai pakai kot seperti mereka dan sekaligus kalau ada sesuatu isu sama ada isu yang liberal atau isu ugama, lebai akan sentiasa dipersalahkan kerana pada anggapan liberal, lebailah punca segalanya.
Tapi itu hanya serangan mencacai, tiada apa apa faktapun.Pada liberal fakta hanyalah andaian akal mereka semata bukan sesuatu yang benar benar berlaku.Lebai yang menjadi panggilan melayu kepada seorang yang berilmu dan beramal dengan Islam tidak diiktiraf oleh liberal walaupun ilmu dan amal lebai itu sebenarnya berteraskan petunjuk Islam bukan berteraskan petunjuk akal liberal semata mata.
Tapi lebai tetap salah, mereka saja yang betul, berhukum bagi mereka hanya peru kepada hukuman akal mereka semata mata bukan hukum yang datang dalam Islam.Kalau lebai membantah kerana hukum dan petunjuk yang dibawa oleh Islam, ianya tetap salah, yang betul cuma mereka.
Hari ini liberal sudah menembusi politik tanah air di mana berlaku pertembungan antara parti liberal dengan parti Islam yang digelar liberal parti lebai.Siapa saja yang menyokong parti lebai walaupun dengan hujah dan fakta yang nyata dikatakan liberal mencacai untuk parti Islam tetapi kalau mereka datang dengan provokasi murahan tanpa hujah dan fakta pun dikatakan betul, bukan mencacai.
Inilah ciri ciri liberal yang sedang berterbangan di sekeliling kita, mereka mencacai tetapi tidak mengaku mencacai dan di kalangan pemimpin mereka pula terdapat topeng topeng liberal yang perlu disedari oleh semua umat Islam iaitu Jihad menentang pemerintah yang zalim dan rahmatan lil alamin.
Lebai pula dijadikan senjata empuk untuk menyerang dan mencacai bagi melemahkan semangat umat Islam.Tapi tak apa, mereka akan sentiasa lupa fakta terbesar kehidupan seorang manusia, ia itu akan sentiasa datang pertolongan ALLAH bagi yang benar! dan akan sentiasa ada balasan ALLAH bagi yang bathil...........liberal itu bathil!
Sumber TKO - 1-10-2017
Adakah Bajet 2018 cukup manis untuk menang PRU14?
Posted on Tuesday, October 31 @ 10:49:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36321 |
Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu di Dewan Rakyat jelas dilihat hanya 'gula-gula' terutama kepada penjawat awam dan orang kampung menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini adalah kerana Najib tahu bahawa sokongan daripada golongan ini sudah berkurangan dan tindakan terdesak dilakukan dengan mengumumkan pelbagai inisiatif demi mengekalkan kuasa.
Antaranya, menteri kewangan itu telah mengumumkan bayaran khas 'one-off' sebanyak RM1500 kepada semua penjawat awam, ketua kampung, tok batin, imam, bilal, guru KAFA, guru takmir , tok siak juga pesara kerajaan.
Namun, adakah 'gula-gula' itu sudah begitu manis untuk memangkah Barisan Nasional pada PRU14?
Rakyat, terutama mereka yang disenaraikan untuk mendapat bayaran khas ini jangan tertipu kerana semua janji bayaran khas yang diumumkan oleh Najib tersebut, bukan semuanya diperuntukkan di dalam belanjawan 2018.
Lebih malang lagi, Najib hanya mengumumkan sahaja tanpa belum mengira kos sebenar. Jadi, adakah kita boleh yakin Najib akan laksanakan janji beliau?
Saya yakin, rakyat Malaysia tidak mudah untuk terpedaya dengan 'pemanis' yang diberikan dalam 'Ibu segala bajet' kerana saya percaya mereka masih lagi rasa terbeban dengan kos hidup yang masih tinggi selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih dikekalkan.
Najib turut cuba mengambil hati rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengumumkan peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak lebih RM 6.8 bilion bagi kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di sana.
Ia termasuk membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustri (IBS), projek Lebuhraya Pan-Borneo, infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar, projek pembangunan jalan luar bandar, projek bekalan elektrik dan air bersih, serta lain-lain lagi.
Semua peruntukan untuk projek-projek yang disalurkan itu merupakan masalah utama di Sabah dan Sarawak tetapi rakyat di sana masih belum dapat diyakinkan lagi kerana sejak bertahun lamanya, kerajaan Umno BN telah menjanjikan perkara sama namun sehingga hari ini rakyat Sabah dan Sarawak masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Sebagai contoh, terdapat banyak lagi kampung seperti kampung Selaping, Kota Marudu, Sabah yang masih hidup dalam keadaan daif tiada jalan raya apabila anak-anak kecil terpaksa menggadai nyawa menggunakan jambatan usang yang diperbuat daripada kayu dan yang berlubang untuk ke sekolah. Jalan raya pun tidak mampu untuk diberikan sejak dahulu, bagaimana pula dengan lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2000 km yang kononnya setanding lebuh raya negara maju?
Perkara ini sangat menyedihkan dan setiap kali belanjawan mereka ternanti-nanti dan mengharapkan ada perubahan dan sinar kesenangan. Namun sehingga sekarang mereka masih hidup dalam kesengsaraan.
Tidak perlu untuk kerajaan Umno BN berjanji tinggi melangit kalau tidak boleh melaksanakannya. Jangan beri mereka ini janji-janji kosong yang tidak dapat ditunaikan.
Saya percaya segala janji-janji manis yang diberikan ini akan menjadi hamis selepas pilihanraya.
Saya ingin tegaskan di sini, tidak kira berapa banyak peruntukan yang diberikan dan dijanjikan kepada rakyat, apa yang penting mestilah ditunaikan.
Saya juga ingin mengesa pihak kerajaan telus dalam pembelanjaan dan sentiasa memantau setiap pembelanjaan yang diperuntukan dalam bajet 2018 ini, agar ia tidak berlaku ketirisan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini.
SAIFUL IZHAM RAMLI
mantan Senator dan Pengarah Strategi PKR Kedah.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/400127#oX1KQmmQ7XRsszBX.99
Sumber TKO - 31-10-2017
Kita tunggu siapa yang kena!
Posted on Tuesday, October 31 @ 10:44:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36319 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-
Brown mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memfailkan saman fitnah terhadapnya. beliau berkata saman tersebut bertujuan untuk mencemarkan namanya, Sarawak Report dan "kempen absah" laman itu untuk menyingkirkan Najib dan menegakkan keadilan.Beliau juga berkata kenyataannya yang menjadi pertikaian itu tidak
ditujukan secara langsung kepada Hadi atau mana-mana individu secara peribadi.
Lagi pening bila Clare turut dilapurkan berkata sumber fitnahnya dari Ambiga dan pening lagi
bila dia mendakwa TGHH atau agennya turut menyiarkan artikal yang berniat memfitnah dan menyerangnya secara perkauman.
Apakah semuanya ini Clare? Adakah perlu anda membabitkan nama TGHH dan PAS dalam usaha meyingkirkan Najib dan menegakkan keadilan? Dan apa perlunya anda mengaitkan Najib dalam saman TGHH terhadap kamu? Anda juga cuba melibatkan perkauman dalam kes fitnah yang anda mulai ini.Kemudian anda menyatakan kenyataan TGHH dan PAS menerima 90 juta itu tidak ditujukan secara langsung kepada TGHH atau mana mana individu.Nampak benar belitan pada pembelaan yang anda buat.
Anda menyatakan artikal yang disiarkan TGHH atau agennya menjejaskan kamu tetapi kamu cuba berkata artikal yang anda tulis itu tidak menjejaskan mana mana pihak, siapa mahu percaya?
Ambiga pula dikaitkan dengan fitnah yang anda buat dan disebarkan secara meluas oleh geng liberal anda di Malaysia. Apa pula tujuan anda? Mahu mengatakan sumber fitnah anda itu datang dari geng liberal?
Belitlah banyak banyak, mana tahu nama Rapiji atau Husam jin kuasa 10 akan timbul.Kita tunggu sapa yang kena.....
Sumber TKO - 30-10-2017
Tokoh veteran dan pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang baru-baru ini memberikan bayangan suasana politik selepas PRU ke 14 dari perspektif beliau.
Samada ianya suatu bacaan politik yang jujur, tepat dan realisitik atau sekadar satu permainan yang cuba melonjakkan DAP sebagai sebuah parti keramat yang bakal dipeluk dan didokong semua rakyat Melayu, Cina dan India bolehlah diperbahaskan.
Apa pun dalam suasana politik yang tidak menentu dewasa ini, ditambah keadaan ekonomi yang kelam dengan pelbagai skandal, ketempangan dan kepincangan pentadbiran, ternyata seorang pemain politik seumpama Kit Siang pasti bijak memanipulasi keadaan untuk menjuruskan rakyat agar yakin padanya dan akhirnya memberikan laba besar pada beliau dan partinya.
Berjayakah usaha beliau mencorak sentimen rakyat sehingga condong ke arah nafsu dan agenda politiknya atau akhirnya beliau akan kecundang, bersara menggigit jari, hanya rakyat yang dapat menentukan.
Kit Siang dengan penuh yakin melontarkan formula 10 dan 5 yang menurut beliau akan meletakkan Pakatan Harapan menguasai tiga negeri baru iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Johor selain mempertahankan kemenangan di Pulau Pinang dan Selangor dengan lebih besar dan selesa.
Formula inilah juga menurut beliau akan meletakkan PH sebagai kerajaan baru Persekutuan, menumbangkan BN apabila PH nanti menang 113 kerusi Parlimen sedangkan BN 109.
Menurut beliau formula ini bukan hanya akan menggagalkan Umno BN di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri berkenaan malah PAS dakwa beliau, melalui formula ini juga akan sekadar mampu meraih 10 peratus undi Melayu dan merupakan satu-satu parti yang bakal kalah paling teruk.
Apa dia formula 10 dan 5 itu?
Formula berkenaan menurut Kit Siang adalah peratusan kecenderungan sokongan dari BN ke PH iaitu 10 peratus pengundi Melayu kali ini akan berpindah lari memihak ke PH dan PH akan mengaut tambahan 5 peratus lagi undi bukan Melayu yang pada PRU lalu memang telah condong pada mereka.
Dengan lonjakkan pertambahan 10 peratus undi Melayu dan 5 peratus bukan Melayu ini, PH sudah berkuasa di peringkat Persekutuan dan sebahagian besar negeri-negeri dan sudah pasti Kit Siang nanti akan berkuasa mencaturkan agendanya, bila BN dan PAS sudah dilemah dan dimatikan.
Ini bermakna Kit Siang mengakui dalam PRU ke 14 nanti akan berlaku satu gelombang besar yang diberi nama “Tsunami Melayu” cumanya beliau dengan licik cuba membayang dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa gelombang itu nanti kononnya akan berpihak ke parti dan kumpulannya.
10 peratus undi protes Melayu dalam PRU ke 14 nanti bakal merobohkan kerajaan persekutuan yang ada dan melenyapkan PAS.
Bagi saya terbitnya ramalan Kit Siang ini, samada berasas atau sekadar propaganda politik, adalah merupakan sesuatu yang sangat baik dan harus diambil kira sebagai pengajaran dan iktibar oleh semua rakyat Malaysia khususnya umat Melayu dan Islam.
Betapa sesunggunya kedudukan nasib dan masa depan politik Melayu Islam dalam rencam demokrasi berpilihanraya di Malaysia hari ini sangat rapuh dan boleh sahaja sendeng dan rebah kiranya kita tidak berhati-hati dan mudah terpengaruh serta terpesona dengan agenda politik yang sejujurnya bakal menghakis kuasa dan dominasi politik Melayu Islam di tanahair.
Jika PH dan Kit Siang dapat merangkul formula 10 dan 5 ini, PH akan menang 113 kerusi dan berkuasa di peringkat Persekutuan. Ketika itu DAP sudah pasti menang sekurang-kurangnya 50 dari 113 kerusi Parlimen yang disebut Kit Siang itu dengan selebihnya barangkali dimenangi PKR, Bersatu, Pan yang tidak semestinya semua diwakili wakil Melayu Islam.
Maka jadilah DAP parti paling dominan di Putrajaya, juga dominan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor, dapatkah kita bayangkan keadaan itu jika dibiarkan berlaku?
DAP hari ini memusuhi dan sangat membenci PAS lantaran perjuangannya untuk menobat dan memartabatkan Islam di tanahair. DAP mahukan Malaysia yang adil dan seimbang buat semua, “Malaysian Malaysia” suatu slogan yang pernah dihidupkan oleh PAP dahulu sebelum Singapura keluar dari Malaysia. Ini bermakna segalanya nanti akan ditentukan oleh kriteria meritokrasi, tiada lagi atau mungkin mengecutlah hak istimewa yang dipertahankan selama ini.
Apalah nasib umat Melayu Islam yang merupakan penduduk majoriti dalam negara, kebajikan, amalan, anutan dan adat istiadat serta budaya kita bagaimana dalam regim baru yang pro liberalisma itu?
Benar dalam keadaan yang kalut dan tidak menentu hari ini kita wajib bangkit membawa dan membuat perubahan. Malaysia yang aman dan makmur ini jangan dibairkan diursukan oleh mereka yang punya agenda peribadi, tidak jujur dan kotor.
Apa yang perlu adalah perubahan sistem. Malaysia yang bertuah ini perlu dipulihkan dan tiada satu sistem yang menjanjikan kesudahan yang bermakna dan meyakinkan, dengan kesejahteraan dan keadilan buat semua kecuali kita kembali dan mengangkat sistem Islam yang dijamin oleh Allah dan Rasul Nya. Bukannya ganti kleptokrat dengan kleptokrat lain.
Formula 10 dan 5 Kit Siang jika dibenarkan berlaku hanya akan mencetuskan peralihan yang membawa ketegangan dan menggugat kestabilan. Ia makin menimbulkan lebih banyak keraguan dan ketidakpuasan hati yang hanya merugikan semua dan mengancam kestabilan yang ada.
Kerana itu PAS boleh bersetuju bahawa PRU ke 14 nanti akan mencetuskan Tsunami Melayu, kerana sesungguhya bangsa Melayu yang majoriti itulah yang paling banyak terkesan dan menderita hasil dari suasana politik dan ekonomi semasa.
Namun demikian PAS yakin orang Melayu dalam keadaan sedemikian tidak akan “membakar kelambu”, sebaliknya akan tunduk dan akur serta bakal lebih terpengaruh dengan akidah dan pegangan agama masing-masing. Aset paling besar pada setiap individu Melayu Islam rata-rata adalah akidah dan kepercayaan mereka. Lantas tsunami yang akan tercetus adalah “Tsunami Islam”.
PAS bangkit menyedarkan kelompok majoriti ini bahawa nasib dan masadepan umat Melayu malah seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya adalah sesungguhnya terjamin kiranya mereka dipandu oleh Islam, bukannya agenda peribadi atau nafsu politik mana-mana individu dan kelompok tambah-tambah lagi rencana DAP.
Malaysia yang aman dan makmur ini akan lebih sejahtera dan kekal stabil kiranya yang diberi amanah memimpin rakyat dan negara dengan taat dan tunduk pada Allah swt bukannya sesama manusia apalagi pada mereka yang mahu mencabar dan merobah panduan sebenar Islam.
Ini masanya untuk merobah sistem ke arah kebaikan bukannya mencuba-cuba dan menguji sesuatu yang hanya akan merugikan nasib dan masa depan ummah. roslansms@gmail.com
Sumber TKO - 30-10-2017
DAP perguna Mahathir capai impian ke Putrajaya
MELETAKKAN seseorang yang sarat dengan masalah dan rekod lampau yang penuh pincang sebagai pemimpin dan ketua pasti akan mengakibatkan sesuatu badan atau kumpulan itu turut dilihat bermasalah. Malah prospek untuk si bermasalah tadi mempalitkan pula kepincangan beliau kepada badan atau kumpulan berkenaan serta orang kebanyakan di sekeliling sangatlah besar.
Mungkin bagi Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, menaikkan Tun Dr Mahathir Mohamad meneraju Pakatan Harapan dalam keadaan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih meringkuk dalam penjara adalah langkah yang bijak walaupun Mahathir punya banyak masalah lampau.
Anwar sudah hilang pengaruhnya kerana terlalu lama dalam penjara dan perjuangannya sudah bukan relevan lagi. DAP terlalu percaya bahawa pada waktu ini Mahathir punya pengaruh besar, malah jauh mengatasi pengaruh Anwar yang dilupakan.
DAP terus optimis mereka akan terus mengawal dan menguasai undi bukan Melayu.
Sumber HD - 31-10-2017
Sudah hampir empat tahun lamanya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, menyatakan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi kerana mendakwa beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah.
Apa sudah jadi dengan kenyataan ini? Sudahkah tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi? Kalau tidak, berdasarkan logik sesetengah pihak, apakah ini bermakna Mohamad Sabu memang pengikut Syiah?
Isu Syiah: KDN Fitnah, Saya Akan Saman Zahid & Abdul Rahim – Mat Sabu
Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa dia seorang pengikut ajaran Syiah.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi kerana didakwa mengemukakan ‘bukti’ yang memfitnahnya.
“Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Mat Sabu berkata beliau yakin bukti yang didedahkan KDN pada Khamis adalah satu fitnah yang cuba menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau sebagai pemimpin nombor dua PAS.
“Kita yakin sidang media pendedahan bukti yang mendakwa saya pengamal ajaran syiah itu dibuat lanjutan daripada kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulunggan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Kenyataan beliau memang tidak bertanggungjawab. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu kes membanteras jenayah seperti, ‘tembak dulu, baru siasat’,” katanya.
Mat Sabu menegaskan kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara ini.
Pada Khamis, Abdul Rahim dalam satu sidang media mendedahkan beberapa bukti yang mengaitkan Mat Sabu sebagai seorang pengikut ajaran Syiah.
Antara lain, beliau mendakwa Mat Sabu sering membaca ‘Selawat’ mengikut ajaran Syiah serta menyatakan rasa kagumnya terhadap kepimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang merupakan ikon mazhab tersebut.
Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ahmad Zahid mendakwa pemimpin nombor dua PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.
Abdul Rahim juga berkata Mat Sabu semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Disember 2008.
Bukan itu sahaja, Abdul Rahim mendakwa Mat Sabu secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Beliau turut mendakwa seorang tokoh agama juga pernah menjelaskan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat pemimpin PAS itu menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya dan amalan tersebut cukup sinonim dengan kumpulan Syiah.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/12/13/isu-syiah-kdn-fitnah-saya-akan-saman-zahid–abdul-rahim–mat-sabu/
Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sumber TKO - 30-10-2017
Rakyat mesti insaf dengan cara fikir balik tujuan mengundi. Lima tahun sekali, kita diberi peluang dalam PRU untuk menggunakan hak sebagai seorang warganegara. Ketika itulah kita berpeluang memilih pemimpin dan kerajaan.
Kita bukan peniaga buluh kasap; hilang hujung, pangkal lesap. Sebenarnya tinggi harapan kita.
Kita harap nanti kerajaan yang baik mampu menyuburkan ekonomi kita. Kita harap peluang kerja bertambah, negara semakin maju dengan segala kemudahan yang canggih, alam kekal lestari dan hidup semakin sejahtera di samping keluarga yang harmoni.
Mengimbau pasca PRU13 hingga kini, kita dan negara dijelagai oleh pelbagai kemelut. Dari sudut ekonomi, GST dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan amat memeritkan. Satu ketika kita carut kerajaan kerana tidak tahan lagi dengan peningkatan kos sara hidup. Tetapi sihir BR1M, menjadikan kita terlupa banyak mana poket kita dibocorkan.
Manakala jenayah, makin kerap menjengah kampung dan pekan. Dadah menjadi barah
masyarakat meruntuhkan ketenangan hidup. Kerana dadah, berlaku ragut, curi, rompak hingga bunuh ibu sendiri. Nenek tua di kampung tidak betah lagi berseorangan. Cucu sendiri boleh meletakkan pisau di tengkuk meminta wang.
Di mercu kuasa sana, wang berbilion disonglap oleh pemimpin yang pernah kita menangkan
dengan undi. Mereka membahagikan projek berjuta kepada kroni. Komisyen dikaut tak habis makan hingga tujuh generasi. Anak-anak mereka melaram dengan Porsche bergilir Audi.
Peniaga kecil cari rezeki di pinggir jalan. Dimaki diherdik. Akhirnya dirobohkan gerai oleh PBT. Rupa-rupaya nun di sana, naga-naga menimbun laba di bilik persundalan, kelab malam dan
di meja judi. Siapa pun tak berani usik. Apalagi nak dijentik. Diumpan siapa yang dinamakan menteri dan pihak keselamatan. Berbilion ringgit mereka kaut secara haram. Lemah sendi
rakyat jatuh terduduk. Binggung dikhabarkan rantai besi dimakan bubuk.
Rakyat sudah mangli dengan berita jenayah. Tapi tak pula menyangka penyangaknya ‘Datuk dan Tan Sri’. Ramailah Cina mana dapat pingat serupa beli. Kayalah hidup berdagang begini. Hanya marhaen merempat merintih nasib sendiri. Inilah bahana tak tahu nilainya undi. Asal boleh angkat bendera biru keris telanjang, sudah rasa hebat dapat berjuang.
Malanglah undi rakyat dibalas sedemikian rupa. Mahathir dengan Najib umpama periuk mengumpat belanga. Sarat dengan penyelewengan dan dasar menindas rakyat. Namun, mudah benar urat geli rakyat kembali normal. Setelah disuap janji bajet yang dijampi madu seribu bunga.
Sumber TKO - 30-10-2017
Satu lagi topeng liberal :Rahmatan lil alamin...
Posted on Monday, October 30 @ 14:05:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36300 |
Assalamualikum,,,,
Selawt dan Salam ke atas junjungan,,,,,
Apa ke benda rahmatan lil alamin?, Apa kebenda rahmatan lil alamin kalau pesta arak cuma di samakan dengan minum teh dan mahu umat Islam seluruhnya bersetuju serta apa ker benda rahmatan lil alamin kalau penyokong PAS dipujuk untuk sokong PH? Apa ke benda rahmatan lil alamin kalau semua agenda DAP evangelis mahu dipersetujui? Di mana rahmatan lil alami kalau orang Islam yang peluk anjing dipuji dan yang makan setalam dengan ajnabi kafirun dikatakan sunnah nabi? Ajaran siapa ni?
Ajaran liberal! itu yang saya nampak dari penggunaan ungkapan rahmatan lil alamin oleh sekumpulan orang yang berkumpul bersama evangelis yang liberal yang berselindung pula dalam parti politik yang menggunakan alasan melawan pemerintahan yang zalim.
Jihad, melawan pemerintah yang zalim dan kalimah rahmatal lil alamin digarap dan disampaikan sebagai keyword dalam menyampaikan ajaran liberal kepada masyarakat Islam.Tiada lagi penekanan kepada feqah. tauhid dan akidah yang kukuh dalam mengajar jihad, cukup dengan hujah menentang pemerintah yang zalim dan cukup dengan mendakwa rahmatan lil alamin dalam perkara perkara yang memerlukan kompromi umat Islam kepada apa jua agenda liberal evangelis.Apa jua bantahan dianggap tidak spoting, negatif dan tidak terbuka, umat Islam cuba dipesongkan dari petunjuk sebenar Islam dengan hujah perlu berkompromi dengan bukan Islam sesuai dengan rahmatan lil alamin.Sebarang bantahan dianggap tidak sesuai dengan kehendak rahmatan lil alamin dan puak yang membantah itu dilebel sebagai orang ugama yang menganggap diri mereka suci.Tetapi mereka ini agak kebodohan sedikit kerana mengabaikan fakta bahawa orang ugama yang mereka dakwa mengganggap diri mereka suci itu membantah dengan petunjuk ugama bukan membantah dengan kepala otak sendiri.
Mereka yang sebenarnya menggunakan kepala otak yang bongok tetapi tidak sedar bahawa orang sedang memerhatikanya.Mendefinasikan semula rahmatan lil alamin untuk diselarikan dengan kehendak liberal merupakan satu yang bongok dan janggal.Rahmatan lil alamin sudah lama dihurai dan dirakamkan oleh para ulamak muktabar sejak lama dulu, tetapi mereka terus jadi bebal mahu mendefinasikan semula makna rahmatan lil alamin.
Bukannya mahu merujuk kepada mana mana ulamak yang sudah menghuraikan makna rahmatan lil alamin tetapi mereka menghuraikan sendiri dalam keadaan yang jahil ilmu ugama.
Inikah kumpulan yang mahu kita pilih sebagai pemimpin masa depan kita? Alamat melingkuplah umat kalau mereka dipilih!
Awas topeng liberal yang sedang berterbangan di sekeliling kita....
Sumber TKO - 30-10-2017
Kalau Singapura Serang Malaysia, Kita Akan Lumpuh Dalam Waktu 6 Jam?
Posted on Sunday, October 29 @ 06:12:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36265 |
"Boleh ke Singapura lumpuhkan Malaysia secara ofensif ketenteraan dalam masa enam ke sepuluh jam?
Ya dan tidak.Ya.
Singapura bisa berbuat demikian jika sekiranya mereka memulakan serangan dahulu dan secara mengejut. Seperti mana Israel menyagat Mesir secara pra emptif satu masa dahulu ketika perang Arab Israel. Jika serangan tersebut dibuat tanpa amaran maka ya. Ia juga akan berlaku jika Singapura ditabdir pemimpin gila – segila Soekarno yanh mentadbir Indonesia dahulu.
Pastinya, mereka akan menggunakan sepenuhnya kuasa udara untuk melaksanakan serangan udara keatas pangkalan2 tentera, pangkalan udara dan lapangan terbang, pelabuhan, loji penapisan minyak dan gas, dan stesen janakuasa serta jambatan dan jaringan jalan darat serta rel serta rangkaian komunikasi.
Ini adalah fasilitas utama yang akan dibedil terlebih dahulu melalui serangan udara, peluru berpandu jarak jauh atau dengan menggunakan artileri roket jarak jauh. Kelumpuhan berlaku bilamana serangan sedemikian dibuat dimana sasaran penting sebegini cukup untuk menidakkan bekalan elektrik, bahan api dan bekalan makanan serta ubatan bukan sahaja untuk rakyat malah pasukan tentera kita sendiri akan sukar untuk diaturgerak dan melaksana gerakan balas.
Keunggulan kuasa udara Singapura tidak boleh dipandang enteng dan dipandang rendah. Negara kota tersebut dilengkapi sejumlah lebih 50 pesawat tempur dan pesawat pejuang berserta pesawat sokongan lain seperti pesawat penangki , pesawat kawalan dan perintah dan pesawat kawalan dan amaran awal udara yang menjadi antara aset tunjang penguasaan udara yang unggul.
Tidak hairanlah ia menjadikan Singapura angkatan udara paling moden dan paling berkuasa dirantau sebelah sini. Itu tidak termasuk pesawat yang ditempatkan di luar negara sepeeti Thailand dan Taiwan.
Ya Singapura menempatkan pecahan skuadron udara mereka diluar negara dan ia bukan rahsia malah dibuat secara terang terangan atas dasar latihan bersama – memenuhi kekangan yang dihadapi Singapura dari segi keluasan tanah yang ada.
Walaubagaimanapun lumpuh ini bermaksud bukanlah Malaysia kita kalah sepenuhnya dan hilang wilayah cumanya keupayaan ketenteraan konvensional dan kelengkapan dan fasilitas sokongan logistik dan perekonomian seperti stesen janakuasa, rel dan lebuhraya serta pelabuhan dan lapangan terbang sahaja yang dilumpuhkan dan dimusnahkan. Ini akan berlaku dalam enam jam pertama.
Fasa kedua selepas serangan udara memerlukan penguasaan wilayah darat sebagai zon penampan konflik. Ini memerlukan masa lebih dari 10 jam dan barangkali ia boleh berlanjutan sehingga berdekad lamanya. Dan walaupun lumpuh, pasukan bersenjata kita masih mampu memberikan tentangan hebat keatas penceroboh.
Itu jawapan bagi ya.
Jawapan Tidak.
Tetapi serangan mengejut sedemikian agak sukar untuk berlaku pada masa dan ketika kedua dua angkatan bersenjata Malaysia dan Singapura saling bekerjasama untuk mengelakkan konflik dan salah faham tindakan ketenteraan. Kerana itu adanya Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (Five Powers Defence Arrangement) untuk mengelakkan keadaan sedemikian.
Realitinya jika dahulu pasti Malaysia bakal lumpuh dalam masa enam ke sepuluh jam pertama melalui serangan mengejut dan pra emptif kerana angkatan bersenjata Malaysia masih dalam proses perubahan dari doktrin melawan insurgensi kepada konvensional, tetapi kini Singapura tidak lagi memiliki kelebihan sedemikian disebabkan adanya keupayaan serang balas konvensional yang setara dari Malaysia. Tindakbalas kita juga setara dalam enam jam pertama.
Jika Malaysia lumpuh dalam masa enam jam, Singapura akan turut sama mengalami keadaan yang sama dalam enam jam tersebut pada masa sekarang. Apa saja serangan yang dibuat terhadap kita akan dibalas serentak dari pihak kita. Pelabuhan dengan pelabuhan. Kapal dengan kapal. Stesen janakuasa dengan stesen janakuasa. Lapangan terbang dengan lapangan terbang.
Lantas ia akan menjadi konflik yang memperlihatkan siapa yang mampu bertahan lebih lama dengan keadaan perekonomi yang sudah lumpuh. Siapa mampu meneruskan perang dalam kelumpuhan tersebut.
Walaupun angkatan udara kita tidak unggul dari segi jumlah tetapi ia cukup untuk menggerunkan musuh. Keupayaan angkatan udara kita cukup untuk mewujudkan pariti penguasaan udara walaupun tidak mencapai superioriti.
Walaupun pada waktu konflik tersebut pasukan konvensional kita lumpuh tetapi pasukan kita yang bertempur secara asimetrikal dan insurgensi samada dalam zon konflik atau di Singapura sendiri adalah masih utuh dan sejarah konflik global telah membuktikan kuasa pertempuran insurgensi dan tidak simetri ini paling sukar dan paling getir untuk diatasi walaupun dengan kecanggihan persenjataan dan penguasaan udara sepenuhnya.
Apa pula kuasa insurgensi dan tidak simetri ini datang dari kelompok asal tentera dan pasukan khusus yang masih aktif dan masih mampu melawan.
Dari enam jam ia boleh melarat sehingga puluhan tahun.
Perang antara Malaysia dan Singapura sebenarnya adalah momokan yang dimain pemimpin terdahulu kedua-dua negara. Masing2 menjadikan tetangga sebagai boogeyman untuk meraih sokongan nasional dari kalangan rakyat.
Untuk kedua dua negara saling menjerumus ke kancah perang konvensional adalah sangat merugikan kerana kedua dua negara mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Melainkan kedua dua pihak sudah gila maka ya konflik akan tercetus tetapi selagi ada pemimpin yang rasional dan masing-masing boleh bawa perbezaan dan perselisihan ke meja rundingan maka agak sukar untuk kita terjerumus kedalam konflik bersenjata. Kalau perang pun, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
Ibaratnya kekuatan militer dan diplomasi kedua negara ini adalah bagaikan :
Singapura adalah seperti pedang “rapier” – ringan dan lincah serta pantas tetapi mudah lentur dan bisa patah kalau tidak kena gaya.
Manakala Malaysia adalah seperti pedang “broadsword” – lebih berat dan sukar dikendali malah tidak lincah, tetapi ia lebih kuat dan lebih tahan asakan.
thepatriots
Sumber TKO - 29-10-2017
Fitrah politik memang tertakluk pada musim dan pasang surut. Namun bagi kebanyakan parti
politik yang berjaya, perancangan yang teliti serta idealisme yang jelas adalah amat membantu.
Kira-kira dua minggu lalu, PAS menggerakkan Fastaqim 2.0 untuk mempamerkan kejituan hala
tuju politiknya dan keutuhan perpaduan dalam parti itu. Ia mendakwa 250,000 ahli dan penyokongnya menyertai perhimpunannya di Tok Jembal, Terengganu.
Turut ambil bahagian ialah Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia yang berkerabat dengan PAS dalam blok politik ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.
Sungguhpun begitu, ada ahli PAS sendiri yang mengingatkan kepimpinan PAS bahawa bilangan hadirin yang besar itu tidak semestinya boleh diterjemahkan pungutan undi yang besar dalam pilihanraya umum.
"Saya tidak pernah terpukau dengan kehadiran himpunan ramai sebab daripada dulu himpunan
PAS memang ramai tetapi jumlah undi yang diperolehi PAS tidak mencukupi untuk menang
dengan jumlah kerusi yang lebih besar.
"Sebab itu saya tidak nampak ada satu gelombang sebenar melainkan gelombang itu tidak pergi
jauh kepada gelombang rakyat menyokong PAS atau mendokong Gagasan Sejahtera," kata Datuk Mahfuz Omar.
Bekas Naib Presiden PAS itu menganggap perhimpunan itu satu proses menentukan kekuatan
sahaja tetapi hakikat serta realiti dalam pilihan raya ia berbeza.
Demikian pengalaman PAS dalam aktiviti menghimpunkan penyokong bagi mempamerkan
kekuatan politiknya.
Bagaimanapun rumusan yang sama tidaklah boleh dibuat terhadap Perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan (PH) di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Yang pasti kemuncak kempen politik PH berhubung isu kleptokrasi itu hanya mampu menghimpun lapan ribu hingga 14,000 peserta. Yang disasarkan ialah 100,000 orang.
Namun PH mendakwa kehadiran sebenarnya 25,000 orang. Apa pun perangkaan ini tidak penting kerana perhimpunan berkenaan masih dianggap haram kerana tidak mendapat keizinan polis
Berjayakah kempen anti-kleptokrasi?
Ini mungkin mendedahkan beberapa pemimpin PH dikenakan tindakan undang-undang menurut
Akta Perhimpunan Aman. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,
Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.
Persoalannya kini ialah, adakah kempen menyedarkan rakyat akan bahaya kleptokrasi yang dimulakan sejak pertengahan tahun ini sudah mencapai matlamat yang ditentukan kepimpinan Pakatan Harapan?
“Istilah kleptokrasi ini baru sahaja diketahui rakyat Malaysia lebih setahun lalu tetapi ia telah menyedarkan rakyat.
“Ini kerana jika sistem ini diteruskan di negara ini, ia amat berbahaya dan dengan adanya
kesedaran ini, rakyat akan mula membanteras sistem ini daripada merebak,” kata ahli Majlis Pimpinan PPBM, Datuk A Kadir Jasin.
Adakah ini bermakna kempen yang digerakkan di peringkat negeri-negeri sudah berjaya sehingga ramai yang menyokong perjuangan PH berasa tidak perlu menyertai himpunan kemuncak di
Petaling Jaya itu?
Atau, adakah PH kurang teliti memilih tarikh sehingga ia bertembung dengan siaran langsung Liga Bolasepak Inggeris yang membabitkan perlawanan Liverpool menentang Manchester United
hingga tidak ramai penyokong hadir himpunan itu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, cuba menudung rekod kecil kehadiran pada himpunan itu
kerana kebanyakan peserta tidak begitu berminat menyertai himpunan santai berhawa karnival itu. Beliau berkata, mereka lebih ghairah jika ada perarakan.
PH gagal sebagai penganjur
Di sini jelas perbezaan pengalaman politik PAS berbanding PH. Walaupun ada empat parti mendokong PH, mungkin cuma PKR sahaja yang mempunyai pengalaman ‘mengumpan’ rakyat keluar meramaikan aktiviti politiknya.
DAP walaupun sudah lima dekad usianya masih tidak biasa menganjurkan perhimpunan raksasa sehinggalah ia bekerjasama dengan PKR dan PAS pada PRU 2008 dan 2013 sementara Amanah
dan PPBM adalah terlalu mentah menganjurkan perhimpunan politik besar-besaran.
Sebab itulah, meskipun tidak berapa setuju dengan karenah politik PAS , Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mahu partinya, PKR, jangan putus kerjasama dengan PAS.
Keberkesanan jentera PAS menganjurkan perhimpunan politik sukar dinafikan. Malah di peringkat akar umbi, imej DAP yang sebelum ini dikenali parti dominan Cina, berubah kerana berjaya
“dijual” oleh PAS sebagai “boleh dipercayai bersama Pakatan Rakyat”.
Kini gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM, nampak jelas tidak berkesan untuk menyaingi
apatah lagi mengatasi PAS dalam perang persepsi siapa lebih gah dalam arena politik.
Keadaan ini membayangkan bahawa di peringkat akar umbi keempat-empat parti berkenaan masih belum ada persefahaman dan kerjasama tulen menumbangkan UMNO-BN dan mentadbir negara
ini.
Ia juga menyelitkan keberangkalian bahawa bukan sahaja persefahaman di kalangan mereka tipis tetapi tahap kecurigaan terhadap satu sama lain pun masih tinggi.
Mungkin benar pandangan bahawa persefahaman dalam PH terhad di kalangan kepimpinan DAP, PKR, Amanah dan PPBM sahaja. Justeru masih kedengaran rungutan dalam DAP tidak
mempercayai ideologi politik Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Sekretariat Himpunan berkenaan, Mohamad Sabu bagaimanapun berpuas hati dengan angka kehadiran peserta himpunan yang diketuainya itu.
Beliau berkata himpunan kleptokrasi bukannya berhasrat untuk melawan dengan mana-mana parti lain kecuali Umno-Barisan Nasional (BN).
Apa pun alasan PH, adalah jelas bahawa rakyat amnya masih belum mahu percaya sepenuhnya
PH dan kempen kleptokrasi umumnya masih “kabur” di mata rakyat.
Strategi “menjual” reputasi Dr Mahathir, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah Wan Ismail, nampaknya semakin merosot sambutannya kerana topik yang mereka ketengahkan adalah isu-isu yang sama
dan tiada “penawar politik baru” yang mereka tawarkan.
Berbanding persediaan PAS dan UMNO-BN menghadapi RU 14, nampaknya PH kini menghadapi musim surut. Ia perlukan fokus dan teras politik lebih ikhlas dan bukan melanjutkan kempen menyemarakkan benci pada kerajaan. Rakyat mungkin sudah muak.
ABDUL RAHMAN MALIK ANTARAPOS
Sumber TKO - 28-10-2017
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memang wajar melakukan sujud syukurnya
kerana PAS jelas tidak mahu mencalonkannya bertanding dalam pilihan raya umum ke-14
(PRU14) kelak.
"Saya sujud syukur kerana tidak dicalonkan sebagai calon PAS pada pilihan raya akan datang. Malah, sebaliknya kalau dicalonkan pun pasti saya akan menolak.
"Bila dah diberitahu saya tidak dicalonkan maka saya sujud syukur yang teramat sangat kerana
saya tidak mahu dilihat menjadi calon yang akhirnya mengkhianati negara dan rakyat.
“Saya tidak mahu menjadi calon yang mewakili PAS yang tidak dilihat (bersungguh) untuk mengambil alih negara," katanya.
Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah yang mengesahkan PAS
tidak akan mencalonkannya lagi mewakili parti
itu dalam PRU akan datang.
Malah beliau memberi peringatan kepada Mahfuz supaya keluar PAS berikutan tindak tanduknya
yang cenderung menyokong Pakatan Harapan
(PH) yang diketuai DAP.
Mohd Amar berkata, selain Mahfuz, mana-mana pemimpin PAS lain yang secara terbuka
menentang parti turut tidak akan dicalonkan dalam PRU14.
“Saya beritahu terus terang, Mahfuz tidak akan bertanding lagi. Mereka yang menentang PAS
tidak akan dicalonkan lagi. Itu pendirian kita. Kita akan ganti dengan calon yang lebih baik menggantikannya (Mahfuz) di Pokok Sena,” katanya.
Mahfuz ajak ahli PAS menjadi sepertinya
Sabtu lalu Mahfuz bersama tiga lagi ADUN PAS iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Nasir Mustapa (Kubang Rotan) dan Dr Syed Azman Syed Nawawi (Batu Burok)
menghadiri Konvensyen Nasional 2017 Amanah di Alor Setar, Kedah.
Penyertaan mereka dilihat sebagai satu “provokasi” terhadap pemimpin dan penyokong PAS yang menganggap parti Amanah sebagai “seteru politik” PAS kerana secara terbuka mengisytiharkan mahu “mahu menggantikan PAS” dalam persada politik Malaysia.
Malah Mahfuz menjelaskan bahawa tindakan mereka yang “kurang wala” pada pemikiran dan halatuju kepimpinan PAS itu, adalah untuk menggalakkan ahli-ahli PAS “tidak perlu keluar PAS bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH)”.
Yang menjadi persoalannya, jika keempat-empat wakil rakyat yang memenangi kerusi mereka
dalam PRU ke 13 lalu melalui tiket PAS kini berasa sudah mendapat “petunjuk” bahawa PAS
bukan parti sesuai untuk mereka, mengapa masih perlu bernaung dalam PAS?
Mereka ingkar pada halatuju PAS dan sebaliknya meraikan seteru politik PAS seraya menghasut
pula ahli PAS supaya menyokong PH. Sudah tentu ini satu kepetualangan perjuangan yang nyata.
Adakah tindakan mereka di Alor Setar Sabtu lalu sebenarnya cabaran terhadap kepimpinan PAS dengan memperli apakah tindakan yang PAS boleh ambil terhadap mereka?
Mahfuz dan rakan tidak gerun dosa pahala?
Selain jtu gelagat mereka juga mencerminkan niat menghina kepimpinan PAS seolah-olah mahu mempersendakan ideologi politik matang dan sejahtera PAS! Jika mereka jujur dan bermaruah,
lebih elok isytihar diri keluar PAS.
Jika ini bukan melambangkan insan-insan yang kurang prinsip perjuangan, apakah namanya? Mereka menikam PAS dari belakang bak musuh dalam selimut.
Jika benar mereka pejuang Islam, sepatutnya mereka gerun rezeki dan kedudukan sebagai wakil rakyat PAS yang mereka nikmati sejak Mei 2013, adalah garis dosa bagi mereka.
PAS tidak makan “umpan provokasi” wakil-wakil rakyat yang tidak bersyukur ini. Sebab itu PAS segera mengisytiharkan “musuh-musuh” ini tidak akan dipilih sebagai calon PAS lagi.
Maka timbul persoalan: Jika ada parti lain
dari PH, tidak kira PKR, Amanah atau DAP ingin mencalonkan Mahfuz dan kawan-kawannya itu bertanding PRU 14, bersediakah mereka menerimanya?
Jawapan ini perlu diumumkan segera seperti keterbukaan PAS mengumumkan mereka
tidak mungkin menjadi calon parti itu lagi.
Sejak parti Amanah ditubuhkan dua tahun
lalu, keempat-empat “pemberontak” ini menyorok dalam saf PAS. Tiba masanya mereka mempamerkan kelelakian masing-masing.
Justeru, tidak hairanlah mereka ini dicap sebagai “pengkhianat”. Menurut pemimpin-pemimpin Amanah parti mereka memang ditubuhkan untuk menggantikan PAS, maka hipokritlah Mahfuz
dan kawan-kawannya masih berteduh dan mencari nafkah dari menjadi “wakil rakyat PAS” tetapi bergerak ‘untuk mengkuburkan’ PAS.
Munculnya Mahfuz dan kawan-kawannya di konvensyen Amanah 2017 adalah bak menyertai
pesta kurang bergemerlapan. Selepas dua tahun ditubuhkan Amanah masih payah berdikari dan bergantung pada pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mahathir untuk melambai sokongan.
Gelagat pemimpin-pemimpin Amanah juga kurang berhasil menarik sokongan kerana masih bergelumang dalam retorik politik tanpa inisiatif membentangkan syor bagaimana mahu mendaulatkan Islam dan memelihara kepentingan Melayu.
Mereka hanya mengekori omong PKR dan PPBM yang memang masih merengek terlepas peluang mahu berkuasa. PKR masih jengkel kehilangan pemimpin agung mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.
Walhal yang memulakan kezaliman ke atas Anwar ialah orang yang kini ghairah mahu menumbangkan perdana menteri yang amat dicemburuinya “kerana tidak mahu akur pada hemah dan kebijaksanaannya memerintah negara”.
Mahfuz dan kawan-kawan “perisiknya” tidak perlu berpura lagi. Mereka bukan sayang pada PAS malah mendedaki diri dengan kesumat mahu menghancurkan PAS. Rakyat memerhati.
Pilihan mereka ialah di antara PAS yang zuhud mahu Islam mekar di bumi ini dan bukan mahu
terus mencari nama dan kuasa berbanding Mahfuz dan rakan komplotnya yang hanya mahu
berkuasa di negara ini.
ZAINAL SALLEH ANTARAPOS
Sumber TKO - 28-10-2017
Sejarawan kecewa kerajaan menganaktirikan bidang sastera
Posted on Saturday, October 28 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36254 |
KUALA LUMPUR: Tan Sri Prof Khoo Kay Kim mengkritik kerajaan terlalu menekankan penyelidikan sains sehingga menganaktirikan bidang sastera menyebabkan generasi muda tidak tahu sejarah negara sendiri.
Beliau kecewa dengan peruntukan RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pembentangan Bajet 2018 yang disifatkannya tidak bermakna, jika ia tidak diagihkan secara adil.
“Peruntukan bagi tujuan penyelidikan mereka banyak beri kepada sains sahaja berbanding sastera. Ini bagi saya tidak adil, setiap universiti memberi keutamaan kepada sains, jadi masyarakat muda sekarang tidak tahu tentang sejarah negara sendiri.
“Kami dalam bidang sastera dan budaya, tidak dapat menentukan sama ada kami akan diberi layanan yang betul.
“Setakat ini, tidak ada layanan yang baik kepada kami bagi tujuan penyelidikan, bila kami hantar permohonan untuk sokongan ditolak,” katanya kepada FMT sambil menambah peruntukan berat sebelah tidak akan membantu meningkatkan kualiti universiti di persada antarabangsa.
Beliau berkata, tindakan menganaktirikan bidang sastera juga menyebabkan hasil penulisan pensyarah tempatan tidak lagi menjadi rujukan sarjana asing.
“Dulu kami dalam bidang sastera selalu bersaing dengan sarjana asing. Sekarang, mereka tidak lagi bersaing dengan sarjana asing sebab penulisan yang kita ada dan diterbitkan, penting hanya di negara sendiri.
“Dulu, tulisan kami selalu diberi perhatian oleh sarjana luar negara,” katanya.
Hari ini, Datuk Seri Najib Razak menerusi pengumuman Bajet 2018 mengumumkan RM400 juta akan diperuntukkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan IPTA, termasuk untuk meningkatkan kedudukan universiti tempatan di persada antarabangsa.
“(Kerajaan beri) RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA berbanding RM235 juta yang diperuntukkan dalam bajet lalu, termasuk satu peruntukan khas kepada Universiti Malaya (UM) untuk mencapai status 100 universiti terbaik di dunia dalam masa terdekat.”
Perdana menteri turut mengumumkan peruntukan RM90 juta menerusi program MyBrain melibatkan 10,600 pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).
Mengulas lanjut, Khoo membidas kebanyakan universiti tempatan terlalu menekankan kedudukan universiti di peringkat antarabangsa berbanding kualiti.
“Sekarang, mereka terlalu menganggap ranking begitu penting. Tidak macam dulu sebab kita lebih memberi perhatian kepada kualiti, sekarang semua bergantung kepada misalnya lebih ramai penuntut asing dan pensyarah asing, lebih banyak markah untuk universiti itu,” katanya.
Belkiau berkata, kebanyakan pensyarah berpengalaman disingkirkan dan diganti tenaga pengajar muda yang kurang pengalaman, sekaligus menjarakkan lagi kualiti universiti tempatan.
“Para akademik yang sudah tua, tapi banyak pengalaman dikeluarkan daripada universiti. Sekarang yang tinggal hanya orang muda yang tidak begitu banyak pengalaman.”
Jun lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, universiti
penyelidikan (RU) Malaysia melakar sejarah apabila tersenarai dalam kalangan 300 universiti terbaik dunia, berdasarkan senarai dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2017-2018.
Ia terdiri daripada UM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Katanya, pencapaian itu meletakkan semua universiti itu dalam kelompok 1% teratas dunia daripada 26,000 universiti di seluruh dunia.
Sumber TKO - 28-10-2017
Asalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan....
“Adakah PAS akan menjadi pembonceng belanjawan Najib Razak pada esok hari memandangkan kini ramai pimpinan utama PAS begitu rapat dengan perdana menteri?" Soal Lim Lip Eng Ahli parlimen Segambut pemimpin DAP yang bengong!Sebelum itu dia berkata “Bukanlah kita mahu merendah-rendahkan kemampuan
dan sumber PAS untuk merangka belanjawan negara,” Otak masuk air tak boleh nak bezakan langsung antara bajet dengan rapat dengan Perdana Menteri.Ingat dah boleh keluarkan bajet tu
teror sangat ker?
Lim Lip Eng juga bertanya apakah tugas PAS cuma membentangkan RUU 355 saja tanpa perlu
ambil tahu benda lain.Soalan kanak kanak bawah umur yang patut dijawab oleh kanak kanak
bawah umur juga.Hairannya kenapa masih ada ahli poitik berugama Islam boleh bersengkongkol dengan manusia macam lebah tak ada sengat ni?
Kamu bertanya, ni kanak kanak bawah umur nak jawab, ya betul tugas PAS hanya bentang RUU
355 saja, biarkan lain lain hal dibuat oleh Umno atau PH sebab semua yang lain tu boleh dan
mudah dibuat oleh Umno dan PH, tetapi RUU 355 yang melibatkan undang undang Islam hanya
PAS sahaja Yang boleh buat, Umno tak boleh dan PH lagilah tak boleh! Tambahan pula kita dalam PAS yakin benar tetapi kamu tak akan yakin sebab kamu bukan Islam, Melaksanakan dulu undang undang Islam merupakan kerja terpenting, lain lain kerja akan datang sendiridengan pertolongan ALLAH kalau undang undang Islam dibuat dulu.Bermakna bajet hanyalah soal remeh temeh
sahaja yang bakal datang sendiri dengan izin ALLAH.Apa kamu tahu?
Tapi kamu buat mulut longkang juga, gunakan bajet yang kamu buat itu untuk menempelak PAS
pada tempat yang salah.Kenapa kamu terus menuduh PAS nak berbaik dengan Umno dengan
hujah PAS rapat dengan Perdana Menteri.Kamu orang politik, mustahil kamu tak pernah baik
dengan mana mana pemimpin kerajaan.Apakah kalau kamu baik dengan pemimpin kerajaan itu bermakna kamu akan menerima apa apa habuan dari kerajaan? Bodoh kamu dalam usaha nak tunjukkan kamu buat kerja baik tapi sebenarnya tak baik, kamu nak tunjukkan pula PAS buat
kerja tak baik?
Apakah kamu ni robot? tak ada perasan dan pertimbangan akal? Tak reti nak hormat pendirian
orang lain? Kamu kata kamu kuat tetapi dalam masa yang sama kamu tunjukkan kebodohan kamu dengan menempelak PAS dalam situasi mengada ngada.
Bodohnya kamu tak boleh diajar lagi.
Sumber TKO - 27-10-2017
Aktivis terkemuka, Marina Mahathir, hari ini mempertahankan hak orang bukan Islam untuk bercakap mengenai isu yang berhubung dengan Islam, memandangkan peranan agama itu dalam lingkungan awam.
“Jika Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam, yang akan menjejaskan semua orang, maka semua orang termasuk bukan Islam berhak mempersoalkannya,” kata Marina
di wacana anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).
Agak apa kata orang IKRAM dalam AMANAH (PAN) apabila pakatan harapan emmerintah??
Sumber TKO - 27-10-2017
Isu Hapus Perkataan Islam : Adakah Presiden Amanah Mahu Lawan Majlis Raja-Raja – Dr Kamarul
Posted on Thursday, October 26 @ 16:14:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36187 |
Kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam ucapan penggulungan beliau pada Konvensyen Nasional AMANAH
di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober lalu bahawa “semua label-label seperti ini (“perubatan Islam”, “hospital Islam” dan sebagainya) mesti kita ubah sedikit demi sedikit” sebenarnya membawa implikasi besar kepada hala tuju AMANAH.
Tercatat dalam rekod sejarah
betapa, hasil dari ucapan dasar Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-54 pada 11, 12 dan 13 Mei 2000 yang menghentam dengan kuat PAS maka timbullah cadangan supaya perkataan “Islam” diharam dari digunakan di dalam nama parti-parti politik
di dalam Perhimpunan Agung UMNO ini dengan Tun Dr Mahathir sendiri turut kemudiannya bersetuju dengan desakan ini.
Bagi menghadapi isu ini, PAS telah menubuhkan “Panel Menangani Usaha Penghapusan Nama Islam” yang dipengerusikan oleh Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang, yang kemudiannya melaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 15 Disember
2000 bahawa “secara keseluruhannya para mufti, termasuklah Mufti-Mufti Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, memiliki pendirian yang
selari dengan PAS” dalam isu penghapusan nama Islam ini.
Bagaimanapun, berlawanan dengan kehendak Tun Dr Mahathir ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 pada 22 Mac 2001, yang bertindak di atas perakuan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada 15 Februari 2001, telah memutuskan bahawa tiada halangan untuk perkataan
Islam digunakan oleh mana-mana pertubuhan di negara ini asal sahaja penggunaan perkataan
Islam ini dibuat dengan berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan.
Bila Mohamad Sabu selaku Presiden AMANAH mengumumkan bahawa AMANAH akan menghapuskan sedikit demi sedikit perkataan Islam ini, apakah beliau telah mendapat persetujuan Ustaz Ahmad Awang selaku Penasihat Umum AMANAH sebelum berbuat demikian kerana Ustaz Ahmad Awang diketahui mengetuai penentangan ke atas usaha penghapusan perkataan Islam ini sewaktu ia dibuat oleh Tun Dr Mahathir dahulu?
Bila Mohamad Sabu selaku Presiden AMANAH mengumumkan bahawa AMANAH akan menghapuskan sedikit demi sedikit perkataan Islam ini, apakah beliau tidak sedar mengenai keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-188 yang membenarkan penggunaan
perkataan Islam ini ataupun apakah beliau sedar mengenainya tetapi beliau tetap berkeras dengan hasrat ini hanya semata-mata untuk mencapai kepentingan politik AMANAH?
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sumber TKO - 26-10-2017
Mahalnya Undi Cina DAP
Posted on Thursday, October 26 @ 06:42:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36170 |
Kerana mahalnya undi Cina DAP, G18 sanggup lawan Presiden sendiri. Akhirnya lari membawa hati. Laknat bai’ah tidak peduli. Tertubuhlah PAN, mercutanda sebuah pengkhianatan.
Kerana mahalnya undi Cina DAP, PKR sanggup berpatah haluan. Rela bersama DAP dalam Pakatan. Lim Guan Eng dijadikan majikan. Lepaslah sikit menanggung beban. Gaji dan dedak ‘dragon’ dah sediakan. Andai Saifuddin dan Wan Ji belum cukup berkesan. Dedak masih berlebihan untuk Rafizi patuk kemudian.'
Kerana mahalnya undi Cina DAP, BERSATU remehkan bangsa sendiri. Veto dipegang oleh si pelupa. Malaysian Malaysia menjadi suci. Muhyiddin Yassin tak terkata apa. Segala idealisma rosak belaka. Berpatah balik akhir sudahnya. Mat Taib tersenyum menanti masanya.
Kerana mahalnya undi Cina DAP, Lim Guan Eng terpalit rasuah, dikatakan dikhianati. Tambak laut mengancam kehidupan, flora dan fauna, di mana teguran? Bukit ditarah, banjir lumpur menjadi-jadi, 11 nyawa digalang ganti. Dragon DAP dikritik tidak sekali.
Cina sendiri sudah marah-marah. Banjir lumpur masuk ke rumah. Meniaga kasi tutup. Itu pemimpin manyak tailingong. Bukit manyak luntuh wo, bangunan itu mahu lingkup. Aiya, belapa kali mahu banjir lo. Melayu PAKATAN saja yang tak sedar diri. Menggapai Putrajaya itulah ilusi. Siang menjadi angan-angan, bila malam menjadi mimpi.
Demikianlah Melayu hilang haluan. Pabila Quran dan hadis tidak dijadikan rujukan. Berjuang ikut, rasa, nafsu dan kebendaan. Firman berikut jadikanlah pegangannya.
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar." (QS. Al-Shaff: 10-12)
Sumber TKO - 26-10-2017
Apa lagi PAS nak jawab?
Posted on Wednesday, October 25 @ 20:27:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36163 |
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwam Ekonomi (Ideas) menyatakan Pas
perlu beri jawapan tuntas terhadap jemputan Umno.Apa lagi yang PAS nak jawab? Apa pula
jemputan Umno? Yang nampak Umno cuma berangan angan agar PAS bergabung dengan mereka,
jadi apa pentingnya menjawab kepada angan angan Umno ini? CEO Ideas ini juga merujuk kepada kenyataan Cik Gu Pa yang kononnya dibuat kerana melihat keadaan tidak pasti di kalangan rakyat bahawan kerana tidak pasti dengan pendirian PAS.Apa punya bangang pendapat sebegini!
Tiada yang tak pasti dengan pendirian PAS.yang ada sekarang ialah angan angan Umno supaya PAS bergabung dengan mereka dan gembar gempur PH terutama PAN bahawa PAS sedang
mempertahankan Najib kerana nak UG dengannya.
Kenyataan Cik Gu Pa pula tidak sedikitpun celaru dan lari dari prinsip politik matang dan sejahtera
PAS yang hanya menekan kepada kerjasama bukan politik untuk kebaikan rakyat.PH dan Umo serta seorang CEO buat buat tak faham tu kenapa?
Mengada ngada pula minta PAS jawab kepada pelawaan Umno.Mana ada pelawaan cuma
angan angan Umno saja, kenapa perlu PAS layan? Lagipun sudah lama PAS jawab tentang persoalan UG yang ditimbulkan dan baru baru ini MSU mengulanginya.kenapa tak jelas lagi?
Kalau tak jelas suka saya ulangi rangkuman jawaban PAS itu, ia itu PAS tidak akan mengadakan
apa apa kerjasama politik untuk berkongsi kuasa dengan sekular ia itu Umno dan liberal ia itu PH, sebaliknya PAS sedang membina blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera(GS) yang
diharapkan akan bersedia menjelang PRU 14 nanti.Jadi sesiapa yang nak bersama PAS, bagi yang belum, bersedialah menerima kehadiran GS.
Sumber TKO - 25-10-2017
Assalamualaikum,,,
Heboh pasal Pemuda PAS tak berakhlak merempuh wisma Tok Guru.Kononnya wisma tu hak PAN kerana Husam dah diberi kebenaran bertulis oleh pemilik asal tanah untuk menggunakannya sampai bila bila.Tapi Husam dan peguam PAN ingat ahli PAS tak tahu beza antara tanah dan bangunan yang dituntut itu.Tapi mana dokumen kebenaran itu? kenapa tak diviralkan sebaliknya Husam berbelit belit kata mahu fail saman kat mahkamah untuk cabar notis pengusirannya tapi sampai hari ini mana samannya? Husam nak tunjuk hero bila menegaskan PAN akan terus menduduki bangunan yang dicatkan oren itu sampai keputusan mahkamah keluar.Tapi Husam dan gengnya gagal menyebut siapa yang membiayai pembinaan bangunan tersebut, PAN ker atau ahli PAS?
Kalau bangunan itu dibina dengan hasil sumbangan ahli ahli PAS(sebenarnya tak ada kalau kalau lagi, memang sah hasil sumbangan ahli dan penyokong PAS), kenapa PAN dan Husam serta penjilatnya
buat muka tak malu terus menduduki malah mengubah cat bangunan dari hijau kepada oren?
Husam tak berani nak sebut pasal pembiayaan pembinaan sebaliknya mereka cerita bahawa dia mendapat kebenaran bertulis untuk menggunakan tanah itu sampai bila bila oleh pemilik asal dan mempertikaikan jual beli tanah tersebut dengan berbagai bagai ulasan dan alasan.Di sini nampak
benar Husam dan PAN klentong dengan cuba menunjukkan sahnya kebenaran bertulis tersebut
kerana jual beli tidak sah.Tapi Husam dan PAN terlupa bahawa kebenaran bertulis untuk
menggunakan tanah bukan bangunan itu tidak kuat kalau ada pun sebab bangunan itu bukan milik
tuan tanah tetapi dibina dengan dana sumbangan ahli PAS.Apakah peguam PAN tidak sedar perkara
ini, mana mungkin tuan tanah memberi kebenaran menggunakan bangunan, kalau hanya
menggunakan tanah itu oklah, boleh diterima.Bermakna Husam dan PAN boleh guna tanah tetapi
tetap kena keluar dari bangunan itu.Husam atau PAN atau penjiatnya yang tak malu mahu mendakwa bahawa bangunan itu bukan milik penderma PAS sebaliknya milik penuh ahli PAN? Silakan, peguam peguam PAN yang rancak mempertahankan Husam dan PAN dengan hujah, kebenaran bertulis dan
jual beli yang tidak jelas itu boleh bawa hujah bangunan itu milik siapa?
Nafikan ia milik PAS! kita nak lihat hujah dan bukti mengatakan bangunan itu dibina setalah PAN ditubuhkan dan dengan menggunakan dana sumbangan ahli PAN.
Husam dan PAN terus memanupulasikan isu tanah tetapi tidak sedikitpun menyentuh hak bangunan, sedangkan sekarang PAN bukan duduk di atas tanah tersebut tetapi dalam bangunan.
Muka tak malu Husam ditunjukkan ketika mengutuk pemuda PAS yang memasang bendera diluar
tanah tersebut.Berbagai bagai dakwaan kononya pemuda PAS tidak berakhlak kerana provokasi melampau, mujur ahli PAN tidak melayan provokasi tersebut serta dakwaan pemuda PAS tidak tahu undang undang dan berbagai lagi.'
Peguam PAN siap bertanya tidak adakah peguam PAS yang menasihatkan PAS dalam soal tuntutan
ini, tetapi tidak pula bertanya kenapa tiada peguam PAN yang menunjukkan beza antara tanah dan bangunan yang dituntut itu?
Inilah wajah wajah muka tak malu mendakwa sesuatu yang tidak munasabah serta menberikan
hujah berjela jela tanpa ada point apa apapun.....
Sumber TKO - 25-10-2017
SHAH ALAM: PAS bersedia bekerjasama dengan Umno, namun ia hanya akan berlaku dalam konteks ‘sebelum’ dan ‘selepas’ pilihan raya.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan kerjasama yang dimaksudkan itu adalah melibatkan perihal seperti pemerkasaan syariah Islam, isu kemanusiaan Rohingya selain bersama dalam menyekat kemaraan DAP dalam politik negara.
Sementara itu dalam konteks menghadapi pilihan raya, jelas Mohd Zuhdi, PAS tetap akan bersama blok ketiga Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebagaimana yang ditegaskan parti berteraskan Islam itu sebelum ini.
"Kita (bekerjasama) bukan hanya untuk hadapi pilihan raya tetapi juga semua aspek-aspek yang dengan kepentingan Islam dan juga kepentingan orang Melayu. PAS kita bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuklah Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan. Itu dalam konteks sebelum pilihan raya dan juga selepas.
"Mesti ada usaha yang dilakukan untuk halang DAP daripada dominan dalam politik Malaysia. Jadi ini melibatkan bukan hanya Umno dan PAS bahkan seluruh orang Melayu dan pengundi Islam mestilah menyedari kepentingan perkara ini dan bahaya DAP ini.
"Kita punya pendirian dalam konteks menghadapi pilihan raya akan datang ini sebagaimana yang telah kita maklumkan. PAS akan hadapi pilihanraya ini dengan Gagasan Sejahtera (GAGASAN).. Itu memang sudah disepakati oleh pimpinan PAS bahawa kita akan masuk pilihan raya ini dengan gabungan baru GAGASAN," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Dalam pada itu, Zuhdi juga berkata kerjasama bersama Umno selaku parti pemerintah haruslah melangkaui batas kepartian khususnya ke arah pemerkasaan Islam dalam pentadbiran negara.
"Kerjasama PAS dengan Umno bukan satu keperluan. Bukan satu keperluan pada pilihan raya ini tetapi kerjasama antara PAS-Umno mestilah melampaui batas kepartian. Bukan hanya persoalan politik tetapi juga persoalan yang lain iaitu ke arah untuk memperkasakan Islam dalam pemerintahan Malaysia.
“Juga untuk memastikan bahawa sendi-sendi perlembagaan yang berkaitan dengan Islam, Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu mesti dipertahankan," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang menyarankan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyambut cadangan rundingan yang pernah disuarakan Umno sebelum ini.
Mustafa dalam kenyataan dilaporkan sebagai berkata, saranan itu wajar disambut oleh PAS demi kepentingan negara ini.
Namun ujar Mustafa, PAS tidak semestinya perlu menyertai Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan Umno.
Pandangan Mustafa itu disuarakannya sebagai maklum balas kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.
Annuat baru-baru ini berkata kedua-dua parti itu perlu “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.
Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang
Melayu dan Islam.
Malah Annuar juga memaklumkan, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan parti dalam mengadakan rundingan pakatan pilihan raya dengan PAS.
Walaubagaimanapun, PAS terus konsisten dengan pendiriannya iaitu bersama GAGASAN yang terdiri daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dalam perjuangannya menghadapi PRU14.
Himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakan di Terengganu pada awal bulan lalu turut menyaksikan Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan sokongannya, dalam usaha memantapkan lagi blok ketiga yang ditunjangi PAS itu.
-shu-
Sumber: http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WobZpnaA
Sumber TKO - 24-10-2017
Kita sedar bahawa situasi sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, kita tidak wajar
menilai hari ini berpandu situasi lampau. Peristiwa lampau hanya sesuai untuk dijadikan panduan.
Kita takut untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO kerana tidak mahu disengat dua kali
dalam satu lubang. Tetapi kita boleh pula percaya kepada DAP yang pernah meninggalkan
Barisan Alternatif. Kita bersungguh pula menubuhkan Pakatan Rakyat. Kenapa kita layan sesama muslim lebih keras daripada sikap kita terhadap DAP?
Kita berkata lagi, kita berkerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam. Apakah berkerjasama dengan UMNO sebelum dan selepas PRU seperti pandangan Dr Mohd Zuhdi Marzuki, AJK PAS Pusat,tidak dalam agenda menguntungkan Islam? Apakah pandangan beliau tidak bertolak dari kekuatan hujah dan ilmu sedangkan beliau diamanahkan untuk mengetuai Pusat Penyelidikan PAS?
Berkerjasama bukan bermaksud masuk BN. Salahkah berkerjasama antara blok dengan blok;GS
dengan BN? Kerjasama ini mungkin tidak sesuai untuk semua negeri. Mungkin. Tetapi di Pulau
Pinang, Selangor dan Johor sebagai contohnya, kerjasama itu boleh dirundingkan dan diperhalusi.
Penulis yakin DAP yang tegar memusuhi Islam dapat ditumbangkan di Pulau Pinang. Kalau tidak
pun, PAS akan ada suara di Dewan Undangan Negeri (DUN). Sekurang-kurangnya suara Islam
makin kuat di kubu musuh Islam itu. Apakah kita yakin, suara kita akan bertambah di Pulau
Pinang tanpa kerjasama dengan UMNO/BN? Bukankah kerjasama ini akan menguntungkan Islam
di Pulau Pinang?
Di Selangor, adakah kita yakin dapat merampas Darul Ehsan dalam keadaan kita kehilangan banyak sokongan bukan Islam? Mana yang lebih baik untuk kepentingan Islam; PAS menjadi kerajaan atau
PAS sebagai pembangkang? Mudah untuk difikirkan, bukan?
Begitu juga di negeri-negeri lain, seandainya suara PAS boleh masuk ke DUN-DUN dengan adanya pakatan percaturan kerusi dengan UMNO/BN, apakah ia tidak membawa kepada kepentingan Islam?
Sebenarnya kita takut orang di bawah tidak memahami tindakan PAS kerana kita merasakan media
kini sama dengan zaman Tengku Razaleigh memakai tengkolok.
Masa semakin suntuk. Apa salahnya pandangan Cikgu Mustafa Ali diperhalusi. Kenapa ambil jalan kutuk-mengutuk sama sendiri. Kita pernah kehilangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ustaz Hassan
Ali kerana kegagalan kita mengurus pandangan yang berbeza.
Akhirnya, apa salahnya untuk kita dengar apa yang dimahukan oleh UMNO? Kalau merugikan
Islam, senang saja kita membuat keputusan. Asalkan pertemuan kali ini diketahui ahli. Bukan
menyorok kerana takut pada bayang-bayang sendiri.
Sumber TKO - 24-10-2017
Mohamad Sabu yang lebih DAP daripada
DAP
DALAM wawancara beliau dengan akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun bertajuk “Run-Up to (“Menjelang PRU 14”), Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menyebut bahawa sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Kenyataan penuh Liew Chin Tong tersebut adalah berbunyi: “You could say non-Malay support for the opposition has stagnated or softened. In 2008, non-Malay support for the opposition was probably about 65% to 70% across the board. In places like Penang, it was a bit higher. In 2013, the support of non-Malays for the opposition, especially in Chinese constituencies, went up to 85%, in places like Penang 90%. But we are not at that level now. We are probably at 65%.”
Alih-alih Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, menyebut di dalam ucapan penggulungan beliau pada Konvensyen Nasional AMANAH di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober lalu bahawa “bagi kita orang Tionghua kajian mana-mana pihak pun insya Allah 80% akan mengundi Pakatan Harapan”.
Macam mana Mohamad Sabu boleh menyatakan dengan yakinnya bahawa 80% pengundi Cina menyokong Pakatan Harapan bila pemimpin tinggi DAP seperti Liew Chin Tong sendiri pun menyebut sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Harapan hanyalah berada pada tahap 65% sahaja?
Tidakkah kenyataan Mohamad Sabu ini menunjukkan bahawa beliau lebih DAP dari DAP sendiri? Dan tidakkah kenyataan seumpama yang dibuat oleh Mohamad Sabu ini meletakkan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan seperti AMANAH sendiri dalam keadaan sukar untuk berhadapan dengan DAP di samping akan menaikkan lagi lemak para pemimpin DAP?
Sudahlah begitu, disebut pula oleh Mohamad Sabu di dalam ucapan penggulungan beliau itu mengenai hasrat AMANAH untuk menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit.
Petikan ucapan Mohamad Sabu yang berkenaan adalah berbunyi seperti berikut: “Label ini dia pergi sampai ke peringkat-peringkat yang kalau kita tidak sekat ianya merebak dan merbahaya. Misalnya, “ini perubatan Islam”... Kemudian disebut pula “ini hospital Islam”, maka hospital lain itu seolah-olah hospital bukan Islam. Semua label-label seperti ini mesti kita ubah sedikit demi sedikit supaya orang melihat bahawa Islam itu bukan dalam bentuk form tetapi dalam bentuk nilai yang dipersembahkan”.
Sudah tentu ucapan Mohamad Sabu yang mahu menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit ini akan lebih memualkan lagi pengundi Islam terhadap AMANAH.
Memang betullah Mohamad Sabu ini lebih DAP dari DAP sendiri. – HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Mat Sabu kata tak percaya lagi kepada janji manis PAS, Mat Sabu juga dakwa PAS rindukan dirinya.Tetapi tak terdengarpun di mana mana PAS melepaskan "kerinduan kepadanya".Ilusi Mat Sabu jer kot!Sambil berilusi itu Mat Sabu sempat juga merayu kepada PAS supaya membenarkan penyokonnya sokong PH! Wow....
Mat Sabu tanya PAS di pihak mana, adakah di pihak kerajaan atau pembangkang? Kalau kerajaan UG sajalah dengan Umno atau sertai BN dan kalau di pihak pembangkang, PAS kena bersama PH.Tetapi kalau tak mahu bersama PH, benarkan saja penyokongnya menyokong PH.
Mat Sabu sudah semakin hilang pertimbangan agaknya.Kegelisahnya sejak menjadi presiden PAN semakin ketara.Mat Sabu yang banyak pengalaman dengan penyokong PAS dan tahu benar perangai penyokong PAS yang majoriti.Mat Sabu tahu benar penyokong PAS majoritinya ialah penyokong Tegar, boleh sokong siapa saja yang jadi pemimpin mereka di mana saja tetapi dengan sekelip mata boleh menentang pemimpin yang sama yang keluar parti.
Seperti Mat Sabu, bukan saja mempunyai ramai penyokong dan pengikut semasa dia dalam PAS malah siap ada body guard percuma lagi yang sanggup mengikut Mat Sabu ke mana mana tanpa sebarang bayaran.Tapi apabila Mat Sabu keluar PAS untuk jadi presiden PAN, di mana penyokong dan pengikutnya tadi? ramai yang lari dan dalam keadaan ramai yang lari ini, Mat Sabu boleh rayu PAS supaya membenarkan penyokongnya sokong PH! Kelakar gila....
PAS memang pembangkang, malah telah jadi pembangkang sejak lebih 50 tahun dulu.Mata Sabu yang baru saja menubuhkan PAN dan baru saja bersama PH boleh bertanya PAS samada di pihak kerajaan atau pembangkang.Mat Sabu seolah mahu menegaskan kalau pembangkang mesti bersama PH.Pembangkang tak boleh berada di luar PH.Kesian Mat Sabu kerana enggan menerima hakikat bahawa pembangkang tak semestinya bersama PH.Mat Sabu kalau boleh mahukan penyokong PAS yang sebenarnya sudah menolak PH ke longkang terjun sama ke longkang untuk menyokong PH.
Peliknya Mat Sabu rayu PAS bukan penyokong PAS.Kenapa? Mungkin dia agak kalau PAS yang arahkan penyokongnya sokong PH penyokongnya akan ikut.Politik jenis apa Mat Sabu nak anjurkan ini? Kalau politik demokrasi, dia tak akan bertegas sebegitu, dia akan menghormati kebebasan bersuara sesiapa saja, tapi kalau bertegas pembangkang mesti bersama PH, mana demokrasinya?
Apa apapun, meminta penyokong PAS untuk menyokong PH suatu yang aneh dan janggal.mana mungkin dalam semua kita berparti, tiba tiba ada antara kita yang jadi ahli PAS tetapi bila mengundi undi PH? bukan itu aneh dan janggal?
Mat Sabu mendapat idea dari Mahfuz Omar barangkali.... tapi idea ke laut Cina Selatan!
Sumber TKO - 24-10-2017
SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwam Ekonomi (Ideas) menyatakan Pas perlu beri jawapan tuntas terhadap jemputan Umno.
Wan Saiful Wan Jan berkata, Mustafa merupakan orang lama dalam pas dan pernah menjadi
pemimpin kanan parti.
"Apabila beliau membuat kenyataan sebegitu, sudah pasti ada sebabnya.
“Saya rasa sebab utama ialah beliau berasakan ahli biasa semakin keliru dengan sikap sebenar Pas terhadap Umno.
"Sekejap kata musuh, sekejap kata kawan. Bila pilihan raya, sikap sesebuah parti mesti jelas,”
katanya.
Tegasnya, jika Pas mahu Umno menang dalam PRU14, maka perlu ada perbincangan jelas dengan
BN.
“Begitu jika Pas mahu Umno kalah, mereka mesti ada perbincangan jelas dengan Harapan.
"Dalam suasana sekarang, ambil sikap duduk di tengah hanya menyebabkan wujud tuduhan liar
bahawa Pas ini hipokrit, tidak tentu haluan dan sebagainya. Semua ini boleh dihentikan jika
pendirian ada tuntas,” katanya.
Sumber TKO - 24-10-2017
Perlu ambil serius gesaan wujudkan kerjasama
Posted on Tuesday, October 24 @ 10:55:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36120&mode=thread&order=0&thold=0 |
SHAH ALAM - Kenyataan veteran Pas, Datuk Mustafa Ali berkaitan mewujudkan kerjasama
parti tersebut dengan Umno perlu diambil serius kerana ia melibatkan politik orang Melayu yang
juga majoriti di negara ini.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat, apa diperkatakan Mustafa membuktikan berlaku perubahan pemikiran
dalam kalangan pemimpin Pas dan ahlinya agar polemik orang Islam perlu dihentikan.
“Kita lihat sebagai veteran Pas yang juga pernah menjadi pemimpin kanan Pas, Mustafa mengambil pendekatan memperkatakan tentang kerjasama dengan Umno demi kebaikan orang Islam.
"Mungkin dia melihat dalam politik mutakhir ini, wujud agenda pihak tertentu untuk memanipulasi orang Islam.
“Saya berpandangan, Mustafa cuba menghantar mesej kepada Pakatan Harapan agar tidak menjadikan orang Islam sebagai bahan polemik mereka demi kelangsungan politik,” katanya, semalam.
Jelasnya, gesaan Mustafa agar Pas menyambut cadangan daripada Umno untuk duduk bersama mencari titik persamaan demi kepentingan Islam memberi petanda bakal berlaku gegaran daripada orang Melayu.
“Pengalaman Pas ketika dalam PR cukup menyatakan motif utama pakatan pembangkang. Dalam hal ini, wabak yang cuba dibawa Harapan cuba dihentikan oleh Pas.
“Pas hari ini dilihat sebagai pembangkang kepada Harapan dan salah satu sebab kenapa mereka tidak menyertainya adalah kerana mengetahui bahaya bakal menanti umat Islam di negara ini. Ini boleh kita katakan sebagai politik realiti Pas yang cuba untuk melawan politik fantasi Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau menyatakan, pendekatan Umno yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini berbeza berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menyebabkan pemimpin Pas lebih terbuka.
Sumber TKO - 24-10-2017
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,
Heboh pulak pasal statament Cik Gu Pa dalam Sinar Harian! Hairannya yang dihebohkan itu tunggang terbalik macam yo yo pulak.Sebelum himpunan Fastaqim, diviralkan menerusi
dakwaan Husam Jin kuasa 10 kononnya Cik
Gu Pa menemui Tok Guru untuk membantah rancangan untuk bergabung dengan Umno
tetapi statment Cik Gu Pa dalam Sinar Harian terbaru ini pula digemburkan pula Cik Gu Pa sokong penyatuan PAS Umno.Mana satu betul ni?
Saya agak pihak pihak yang melompat terkinja kinja macam yo yo ini berdepan dengan masalah membaca dan memahami maksud statment Cik Gu Pa tersebut sama dengan masalah Husam Jin
kuasa 10 ketika mendakwa Cik Gu Pa membantah rancangan gabungan PAS Umno itu.Sebabnya
ketika mendengar beberapa patah dari kenyataan Cik Gu Pa yang dibacakan oleh kawan, saya
sudah dapat faham maksud Cik Gu Pa tanpa perlu melompat terkinja kinja membantahnya.
Tak perlulah saya sebutkan apa maksud Cik Gu Pa dalam statment itu sebab semua boleh baca
sendiri dalam akhbar Sinar Harian itu.Apa yang saya nak tekankan di sini tidak ada apa apa seperti didakwa oleh puak yo yo malah secara terang dakwaan mereka menkantoikan diri sendiri saja.Dua dakwaan yang berlawanan ke atas Cikgu Pa membuktikan puak puak yo yo ini tidak profesional
dalam berbohong.Boleh ketawa kalau nak ketawa melihat gelagat mereka.
Cik Gu Pa awalnya didawa menentang UG tetapi kemudiannya diviralkan pula menyokong UG
oleh orang yang sama.Tak ker kantoi tu? Belumpun apa apa dah kantoi, tetapi macam biasalah
mereka tak pernah serik, nanti kalau ada apa apa statment yang menyebut kerjasama PAS dan
Umno, cepatlah mereka melatah dengan ratib UGnya, hu,hu,hu.......
MSU juga keluarkan statment, tiada UG antara PAS dan Umno, kenapa yang ni tak nak viralkan
Sumber TKO - 24-10-2017
Maaf cakap, kerana ada sebahagian umat Islam yang marah marah mengatakan kafir itu musuh Islam.Hujah mereka, kalau mereka musuh Islam macam mana mereka suka kepada Islam dan masuk Islam.
Ada juga yang kata Yahudi dan Kristian ahli kitab. sembelihan mereka boleh makan. lelaki Islam boleh berkahwin dengan anak anak perempuan mereka.
Ahli kitab Talmud (Yahudi) dan ahli kitab Bable (kristian).Pada hal ahlu kitab yang dinyatakan Allah, ialah mereka yang memakai kitab Taurat yang diturun kepada Nabi Musa AS dan kitab Injil yang diturunkan kepadan Nabi Isa AS.
Ahli Kitab sebenarnya tidak mendurhakai Allah dan Rasul Rasul dan haram membunuh sesama manusia Mereka tidak memusuhi Allah dan nabi Muhammad SAW, malah mereka menjadi
penyelamat kepada nabi nabi, termasuk Nabi Muhammad SAW di Syam ketika ikut bapa
saudaranya.
Tidak dinafikan memang ada sebahagian kafir yang suka kepada islam akan tetapi peratusnya terlalu kecil berbanding yang tak suka kepada Islam.Hujahnya, tujuh ratus keluarga yang dihalau keluar oleh Nabi SAW dari Madinah, hanya satu kelurga sahaja yang masuk Islam.
Kafir yang suka kepada Islam ialah kafir zimmi di Madinah dan bukan kafir musyrik di Mekah
yang kita kenal pasti sebagai kafir harbi yang mana telah dinyatakan dalam Al Quran.
Bukan isu itu yang hendak penulis bicarakan dalam tulisan kali ini. Akan tetapi satu isu yang tidak pernah difikirkan oleh umat islam bahawa ia adalah suatu agenda besar Yahudi.
Salah seorang ustaz yang apabila ditanya berapa orang anak sekarang ini, lantas dijawab hanya
empat orang sahaja.
Timbul tandatanya penulis mengapa hanya empat orang sahaja sedangkan Islam mahu umatnya
ramai anak dalam satu satu keluarga.
Sesungguhya Nabi Mohammad SAW amat suka dan gembira dengan keluarga yang punya ramai bilangan anak anak.
Apabila ditanya mengapa hanya empat anak sahaja, lantas dijawab yang berbunyi: Nak buat macam mana itu sahaja yang boleh.
Apakah ia sudah ditakdir hanya mempunyai empat orang sahaja. Kalau sudah ditakdir, mana
mungkin ada manusia yang melawan takdir Allah.
Tandatanya masih bermain di fikir penulis bahawa ini pasti kelahiran kelahiran meerusi penbedahan yang menjadi kegemaran para doktor bedah di Hospital milik kerajaan di Malaysia.
Sebab itu isteri ustaz tadi tidak boleh melahirkan anak lagi kerana telah dihadkan hanya empat orang sahaja dapat dilahirkan secara penbedahan, kerana kebanyakan isteri dinasihat ikat peranakan agar tidak boleh hamil lagi.
Mengapa isteri melahirkan anak menerusi penbedahan secara tak normal, sedangkan mereka mempunyai faraj sebagai jalan untuk melahirkan anak secara normal.
Inilah isu yang hendak penulis kemukakan dan difikirkan mengapa boleh berlaku demikian. Pasti ada suatu agenda untuk menghadkan kelahiran umat Islam diaras muka bumi Allah ini.
Hujahnya, Yahudi semamangnya tidak suka dengan kanak kanak lelaki dan perempuan.
Sesungguhnya hari hari mereka membunuh kanak kanak Islam di Palestin. Malah disamping orang dewasa, kanak kanak lelaki dan perempuan dijadikan masngsa paling kejam dan zalim.
Oleh itu, hujah ramai ibu umat Islam melahirkan anak menerusi penbedahan adalah suatu agenda yahudi yang tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin Umat Islam sedunia, termasuk di Malaysia dahulu dan kini.
Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa rancangan keluarga yang diterima pakai oleh Negara kita juga suatu agenda yahudi supaya menghadkan kelahiran kanak kanak umat islam.
Yahudi Berjaya menghadkan kelahiran umat islam di atas muka Allah menerusi perancang keluarga
dan pembedahan yang cukup popular sekarang ini.
Pendek kata kebanyakan ibu muda yang hamil memilih melahirkan anak menerusi penbedahan atas nasihat doktor, sedangkan itu bermakna melawan takdir Allah yang telah ditetapkan masa dan ketika seorang bayi keluar dari perut ibunya.
Macam juga mati, tidak boleh dilambatkan dan tidak boleh dicepatkan, kerana Allah telah tetap
nyawa mereka di cabut. Akan tetapi mereka boleh cabut nyawa mereka sendiri dicepatkan
kematiannya.
Demikian juga yang berkaitan dengan kelahiran bayi. Mereka boleh usaha untuk dicepatkan kelahirannya apabila ibu ibu yang hamil dan cukup bulannya sedang bertarung dengan maut
dilahirkan secara penbedahan.
Inilah cara mudah dan disukai oleh kebanyakan ibu ibu muda yang hamil dan suami suami yang
kesian melihat kesakitan yang ditanggung semasa hendak melahirkan, lantas bersetuju dan
menurunkan tanda tangan untuk dibedah tanpa menyedari itu adalah agenda yahudi untuk
menghadkan kelahiran umat Islam diatas muka bumi Allah.
Sumber TKO - 23-10-2017
Anuar Musa mungkin ada niat tertentu apabila mencadangkan UMNO bekerjasama dengan PAS. Hatinya murni sekiranya cadangan itu ikhlas bertujuan menjaga kepentingan Melayu dan Islam yang kelihatan terancam semenjak DAP berdurjana. Namun, banyak orang berpandangan cadangan itu bertujuan menimbulkan prejudis berterusan rakyat terhadap PAS.
Namun, penulis yakin pandangan Cikgu Pa datang daripada hati yang ikhlas. Kita belum
mendengar secara terperinci penjelasan daripada beliau. Justeru, tidak patut kita menolaknya
sebelum menghadam isi daripada kerangka ideanya; apalagi untuk melabelnya dengan gelaran yang terkeluar dari adab Islam.
Tiada pemimpin yang terus istiqamah dengan PAS sanggup melontar idea yang mencari nahas itu.
Apa tidaknya, sejak PAS didakwa berUG dengan UMNO, pemimpin dan ahli PAS bagai termakan ‘reverse psychology’ yang dimainkan oleh PAN/PH. Jangan ada bibit-bibit kerjasama PAS-UMNO nanti PH kata, “kan aku dah kata”. Memang PAN dan PH tidak sanggup melihat PAS-UMNO berkerjasama dalam menghadapi PRU14. Pulau Pinang boleh jatuh dibuatnya. Manakala PAN berkubur tak bernisan.
Kita tak perlu pro atau kontra, apatah lagi memperlekeh pandangan veteran PAS ini. Macam mana boleh pro atau kontra dalam keadaan idea,prosedur dan hujah Cikgu Pa belum dijelaskan. Siapa
pula kita untuk pro atau kontra. Hal besar ini perlu dibincangkan secara dalaman di peringkat kepimpinan.
Silap Cikgu Pa ialah menyatakannya secara terbuka. Apabila jadi begini, jadi masalah pula kepada parti untuk menjelaskannya. Sekali lagi jamaah ini diuji dengan akhlak perbezaan pendapat. Yang rasional akan menyelamatkan. Yang emosinal merosakkan.
Akhirnya, ingin aku dengar sesuatu yang terbuka dan berani: “PAS sedia mendengar penjelasan
Cikgu Pa.”
Sumber TKO - 23-10-2017
1. Di Malaysia, doktor perubatan khususnya keluaran daripada Universiti Malaya sangat dihormati baik di dalam negara mahu pun di luar negara. Manakala para pensyarah perubatan di IPTA yang lain seperti di UKM, USM, UPM dan sebagainya jika keluaran dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya sangat dikagumi dan diyakini. Itulah UM, ianya berkaitan kualiti dan establishment.
2. Namu begitu, keadaan sudah berubah, IPTA lain pun semakin memperbaiki kualiti mereka khususnya UPM yang telah mengatasi UKM dan USM dalam beberapa disipilin, estabhlishments
dan ranking universiti dunia setahun dua ini.
3. Saya mahu berbicara mengenai minda doktor ortodoks dan doktor transformasi. Jika anda perhatikan, seseorang doktor perubatan mempunyai management yang berbeza-beza apatah lagi
jika berasal dari universiti yang berbeza-beza. Barangkali ada doktor mahu seseorang pesakit itu
diselamatkan dengan kadar segera sekiranya banyak implikasi dan simptoms menunjukkan
prosedur perlu dimuktamadkan. Malangnya, elemen secondary, backround history kadang
dipandang sebelah mata kerana yang penting kepada mereka pesakit dapat diselamatkan. Ianya kelihatan machivelli, tetapi benarkah?.
4. Ada yang taksub dengan teori perubatan tahun 1940an dan pasca Perang Dunia Kedua.
Singapura dengan Malaya, atau Singapura dengan Malaysia mempunyai backround yang berbeza
dari aspek politik, agama dan kepercayaan.
5. Hari ini pula, doktor Islam yang benar-benar Islamik dalam filosofi dan teori, mereka masih mengamalkan perubatan moden tetapi tidak meninggalkan kepercayaan Islam mereka ketika melakukan procedur. Mereka menutup aurat, memulakan dengan Bismillah, bercakap benar,
bertindak benar dan masih memberi laluan kepada perubatan Islam sebagai suatu alternatif.
Mereka ini nampaknya sedang mengambil tempat.
6. Islamisasi moden di Malaysia bermula pada awal 1970an dan berkembang pesat pada awal
1980an. Ianya bukan dimulakan oleh doktor ortodoks. Sebenarnya, ABIM adalah pelopornya. Manakala Kerajaan Saudi penyumbang dana yang utama kepada ABIM ketika itu. Bukanlah
perkara baharu Kerajaan Di Raja Saudi memberi dana kepada pemimpin-pemimpin NGO dan pemimpin-pemimpin negara-negara Islam seperti Malaysia.
7. Dengan keadaan geopolitik dunia dan serantau berubah setiap hari, maka beberapa management perubatan lama tidak lagi sesuai untuk digunakan. Jika dahulu rakyat Malaysia hanya kira-kira 15
juta orang tetapi kini mencecah 31 juta orang tidak termasuk warga asing. Jika dahulu media
dikawal 100% tetapi kini new media dan internet tidak ada sesiapa boleh kawal 100% hatta oleh NASA, CIA, FBI, MIA, PIA apatah lagi SKMM.
8. Rakyat semakin celik. Sebab itulah doktor ortodoks era Perang Dunia Kedua yang tidak menyambung ilmu mereka ke peringkat pakar, sub specialty atau PhD akan mempunyai pemikiran yang ortodoks dan takut kepada transformasi apabila mereka berpindah ke sektor lain. Dalam pada
itu, rakyat tidak boleh dihalang untuk transform kerana sumber manusia, geopolitics dan sumber semulajadi turut berubah, ilmu berkembang setiap hari. Malangnya ada orang masih mahu gunakan teori ortodoks.
9. Oleh yang demikian, rakyat perlu berada di atas landasan transformasi ke hadapan. Bukan ke belakang. Rakyat Malaysia berada di mana-mana sekarang di Harvard Medical School, Washington University of Medicine, Queen Mary University of UK dan sebagainya dan sangat kurang di
Medical College, Singapura. Pada hari ini, universiti-universiti perubatan di Singapura tidaklah
jauh beza dengan UM, UKM, USM dan UPM.
10. Beberapa hospital baharu dijangka siap setahun dua ini antaranya Pusat Perubatan UPM,
Hospital Cyberjaya dan beberapa lagi hospital baharu dalam Bajet 2018. Manakala pembesaran hospital sedia ada seperti Hospital Tawau sedang berjalan dengan status menjadi hospital pakar
dalam beberapa disiplin.
11. Kesimpulannya, kita mahu transformasi atau ortodoks ?. Setiap doktor mempunyai
management yang berbeza ketika menjalankan procedur ke atas pesakit. Setiap pemimpin
mempunyai management yang juga berbeza ketika berhadapan perubahan-perubahan terkini di
dalam negara. Management 30 tahun dahulu tidak mungkin sesuai lagi digunakan sekarang ini
dan pada masa hadapan.
12. Dahulu ramai orang boleh terpedaya oleh media tradisional dan ortodoks, kerana ianya
dikawal oleh mereka yang berfikiran ortodoks. Sejarah kewartawanan Malaysia membuktikan
hanya Tan Sri A. Samad Ismail sahaja tokoh wartawan yang berani dan bebas di Malaysia. Rakyat berminda transformasi bercakap tentang masa hadapan, manakala mereka yang ortodoks masih bercakap hal perkauman dan kesukuan.
Al-Azharri Siddiq
Sumber TKO - 22-10-2017
GEORGE TOWN: Ketika negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut tiga nyawa
pekerja dan 11 lain yang belum diketahui
nasib mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri
DAP, Teh Yee Cheu berkata, masih ada 10
projek pembangunan yang sedang dijalankan.
Namun, rayuannya untuk menyelamatkan
kawasan bukit di negeri itu sering diabaikan.
Artikel Berkaitan: Tragedi Tanah Runtuh: Sebelas Lagi Mangsa Masih Dicari
Sebahagian projek akan dibina berhampiran lereng bukit dan lebih banyak lagi pembinaan di
sepanjang pantai sedang dirancang.
Kata Yee Cheu, beberapa projek yang dicadangkan tersebut adalah antara 50 hingga 60 tingkat.
"Saya menentang setiap pembinaan itu. Saya selalu menggunakan kata-kata 'saya membantah
sekeras-kerasnya' dan beberapa ahli majlis bandaraya mentertawakan saya lalu berkata
'menyokong sepenuhya'.
"Tengoklah sekarang apa yang dah jadi," katanya kepada
The Star.
Beliau menujukan kenyataan tersebut kepada pusat sehenti Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) yang bertanggungjawab meluluskan pelan pembangunan hartanah di pulau itu.
Yee Cheu yang bergegas ke lokasi kejadian tanah runtuh sejurus kejadian yang berlaku sekitar
pukul 8.30 pagi Sabtu itu tidak berselindung tentang perasaan kesalnya terhadap projek-projek pembangunan di kawasan itu.'
"Tidak semua permohonan pembangunan itu sudah mendapat kelulusan.
"Tetapi selepas pilihan raya umum, saya menjangkakan kelulusan akan meningkat," katanya.
Tanjung Bungah merupakan antara kawasan perumahan di pulau itu yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
Sumber TKO - 22-10-2017
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,, Cuba teliti apa Mahfuz kata " Saya nak beri mesej kepada ahli PAS yang mereka tak perlu keluar PAS menyertai parti-parti HARAPAN, tapi yang penting mereka sokong HARAPAN," katanya kepada Malaysiakini".Gambaran kecelaruan pemikiran Mahfuz Omar seolah olah orang kehilangan prinsip atau pegangan,Ada ker patut tak perlu keluar PAS untuk sokong HARAPAN (PH)! Kalau macam tu ada pula ahli yang akan kata tak perlu keluar PAS untuk sokong Umno. Mahfuz ingat PAS tu apa?.Orang yang ada prinsip sekalipun prinsip liberal atau sekular tak akan selesa selamanya dalam PAS sebab PAS adalah jemaah Islam yang sentiasa dipandu arah oleh petunjuk Islam.Mahfuz pula ingat PAS tu cuma parti politik yang tidak berprinsip selain mencari kuasa, pirahhhhhhhhhh.........
Cuba jelas sikit prinsip kamu Mahfuz, biar orang tahu ke arah mana kamu, bukan berselindung di sebalik kenyataan PAKATAN cenderung kepada perubahan politik sebab kamu sudah lama dalam PAS, mana mungkin kamu lupa batapa PAS sudah lama mahu mengubah politik sekular dalam
negara sehingga dihina begitu teruk oleh parti Umno pimpinan Mahathir satu ketika dulu.Mahfuz
tahu benar bahawa kecenderungan mengubah politik oleh PH berasaskan politik liberal, mustahil Mahfuz tidak tahu, tinggal lagi Mahfuz enggan mengaku sebab itu dia masih berpaut kepada dahan jemaah Islam sambil mencari peluang untuk mempromosikan idea liberal ke dalam jemaah.Cubaan yang awal awal kantoi, sebab Mahfuz salah plantform.
Sebaliknya tindakan Mahfuz ini hanya menjadikan dia seorang yang tidak berprinsip,TIdak
munasabah langsung dia berkata sedemikian rupa untuk menunjukkan hala tuju perjuangannya.
Mahfuz berkata bukan soal jadi calon tujuannya tetapi menyokong Harapan untuk perubahan
politik tetapi kata kata ini amat janggal sebab kalau nak sokong perubahan adalah lebih baik
baginya istiqamah dengan PAS.PAS sudah lama berjuang untuk perubahan dalam erti kata islah
kepada carahidup Islam bukannya perubahan liberal yang diperjuangkan oleh PH.Nampak
dangkal bagi seorang yang bersama jemaah dalam satu jangka masa yang lama tetapi masih
gagal menghadam matlamat jemaah yang disertainya.
Mahfuz oh Mahfuz, ke mana kamu nak bawa diri?
Sumber TKO - 22-10-2017
Assalamualaikum,,, Mahathir pernah kata melayu mudah lupa tapi hari ini dia sendiri yang terlalu mudah lupa dan jadi celupar mulut tanpa pertimbangan bila berkata kata.Dia lupa keturunannya yang diungkit oleh Zahid Hamidi lalu celupar menuduh Najib keturunan lanun Bugis, dia lupa yang dia berugama Islam lalu dengan celupar tanpa ilmu bertanya apakah status seseorang itu kafir kalau berada di luar PAS? Keceluparan berterusan apabila mendakwa kafir mengkafir ini kerja PAS dan sesuatu yang serious.Kenapa Mahathir kisah pasal kafir mengkafir? tapi tak mahu ambil tahu petunjuk yang ada dalam agama mengenai hukum kafir mengkafir ini dan urusan menentukan status kafir itu siapa yang pegang.Mana authoriti yang diberi oleh ugama untuk memutuskan sesseorang itu kafir berdasar perbuatannya bukan partinya.Samaada Mahathir sudah nyanyuk atau terlalu mudah lupa apa yang pernah dipelajarinya dulu.
Mahathir menulis soalan panjang kepada Timbalan presiden PAS TITM mengenai kedudukan
seorang di luar PAS samada kafir atau tidak seolah olah mahu mempersendakan PAS yang secara rambang dituduh Mahathir sebagai suka mengkafirkan orang orang yang tidak berada dalam PAS.Inilah bengongnya Mahathir yang dilondehkan sendiri olehnya.Seorang yang berilmu ugama sudah pasti tak akan buat kerja Mahathir ini dan seorang yang berpendidikan dan berfikiran waras juga tak akan cepat membuat tuduhan itu tanpa bukti dan keterangan yang jelas, tapi Mahathir
tanpa apa apa bukti dan keterangan mengenai perlakuan pemimpin PAS yang dikatakan suka mengkafirkan orang boleh bertanya soalan soalan bengong macam tu? Lupakan Mahathir bahawa PAS hanyalah sebuah jemaah Islam yang begerak atas petunjuk ugama bukan seperti Mahathir
yang lebih gemar mengikut hati dan otak dangkalnya semata mata.
kalau Mahathir lupa, suka saya sebut di sini bahawa tugas mengkafirkan orang itu bukan tugas PAS, tetapi tugas kerajaan dan mesti bersesuaian dengan perbuatannya bukan kerana dia berada di luar PAS.Jangan jadi ngoklah Mahathir walaupun dalam usaha mencari pengaruh dan usah mudah lupa seperti itu.
Mahathir juga secara tak malu terus menjangkakan PAS akan bersama Umno tanpa pertimbangan yang rasional.Apakah kerana PAS tidak mahu bersama PH, PAS didakwa akan bersama Umno.
Bodoh benar sesiapa yang beranggapan begitu kerana secara tegas dan jelas PAS sudah
menyatakan mereka tak akan bersama sekular seperti mana mereka menolak liberal.Menolak PH
ialah menolak liberal dan menolak sekular ialah menolak Umno.Tak faham faham lagi? Atau
sebab terlalu mudah lupa?
Begitu juga menjatuhkan Najib bukan matlamat PAS seperti matlamat Mahathir dan PH.PAS sudah tegaskan sejak dari zaman dulu lagi, yang perlu dijatuhkan ialah Umno bukannya Najib sama
seperti ketika Mahathir jadi PM dulu, perjuangan PAS ialah untuk menjatuhkan Umno bukan Mahathir.Seorang yang berfikiran waras tidak akan cepat menuduh TGHH mempertahankan Najib semata mata bekerjasama menerusi prinsip budaya politik matang dan sejahtera untuk kebaikan rakyat.Tapi Mahathir terus memperbodohkan dirinya bersama sekelompok pencinta liberal PH
untuk terus menuduh TGHH memihak kepada Najib.Bodoh tak boleh diajar nampaknya puak ni!
Mahathir dah semakin terserlah amat mudah lupa.....
Sumber TKO - 22-10-2017
Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan.... Nak kata tak reti, semuanya terpelajar dan pandai, nak kata bengong, bukan juga sebab semuanya terpelajar dan pandai
tetapi hakikatnya itu yang berlaku, ramai
pulak tu,Mula mula geng PH terutama PAN menari nari sambil bercerita
PAS nak UG dengan Umno sehingga Husam jin 10pun masih berpenglipurlara mengenai
pertemuan pemimpin PAS di Pangkor semata mata nak bincang pasal UG dengan Umno. Anuar Musa bermanis muka dan mengada ngada mempelawa PAS menerima Umno serta diberitakan ada veteran Umno membuat pelawaan yang sama.Kemudian Datuk Sayuti Mukhtar,Felo Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa),Kementerian Komunikasi dan Multimedia menulis secara santai mengatakan
PAS tidak kisah dengan PH dan mula bersetuju dengan Kerajaan dalam hal hal untuk kebaikan rakyat.Manis sungguh mulut Datuk Sayuti ni..........
Tapi ada suatu yang semacam tidak diendahkan oleh orang orang ini,
kenyataan yang sudah berkali kali diungkapkan bahawa PAS tidak akan
sesekali bergabung dengan Umno untuk membentuk kuasa atau tiada kerjasama politik antara PAS dan Umno.Tetapi nampaknya Umno tak peduli dengan kenyataan ini dan sebaliknya terus bermanis mulut mempelawa PAS untuk bergabung.Anuar Musa mendahului pelawaan itu dan kini diikuti
dengan tulisan memuji PAS dari Felo Jabatan Hal Ehwal Khas dengan
harapan PAS akan termakan pujian itu dan menerima Umno untuk
bergabung.
Kenyataannya PAS dan Umno tak mungkin bersatu sebab haluannya berbeza, mana mungkin nak bersatu dengan parti sekular seperti Umno yang pernah dicuba PAS dulu dan mana mungkin Umno akan berubah kalau bersatu kerana Umno sudah lama terbiasa dengan amalan sekular isi perut
sendiri dan melepaskan diri apabila tersepit.
Nampaknya Umno sudah mula memasang angan angan untuk mengajak PAS bergabung.Politik sejahtera yang diamalkan PAS sekarang mahu disalah ertikan sebagai langkah PAS mahu
berkongsi kuasa dengan Umno.Teruskan lah angan angan itu wahai Umno dan pada PH jangan jadikan diri anda bodoh apabila mengambil angan angan Umno ini sebagai tindakan dari PAS
sebab nanti rakyat akan sedar betapa bodohnya anda sebab rakyat Malaysia tidak bodoh walaupun ada sebahagiannya sanggup diperbodohkan.....
Sumber TKO - 20-10-2017
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.
“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.
Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.
PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.
Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.
“Orang Melayu bersama PAS,” katanya. “Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah
Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti dapat undi Melayu dan kita lihat
Bersatu (PPBM) dan Amanah tidak dapat menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma
PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman.”
Sumber TKO - 20-10-2017
Masih ada pewaris Karpal Singh rupanya....
Posted on Thursday, October 19 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36030 |
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,
Siapa dia Sarajun Hoda Hassan? pewaris kepada Karpal Singh ker? tapi nampak namanya macam bukan! Nama Sarajun Hoda Hassan ada bau Islam sedangkan Karpal Singh sudah diketahui seorang Singh yang kuat anti Islamnya.Sarajun Hoda
Hassan baru mengulangi apa yang Karpal Singh laungkan dulu, Langkah mayatnya dulu sebelum
nak tubuhkan negara Islam.Kecintaannya kepada sekular begitu mendalam sehingga jelas nampak halanya untuk membina liberalisasi dalam negara, kecintaan yang sealiran dengan Karpal Singh yang tidak berkesempatan untuk membina liberasasi sepertimana kesempatan yang diperolehi oleh Sarajun Hoda Hassan yang pernah menjadi orang
kuat Bersih yang disokong oleh LGBT.
Apakah Sarajun Hoda Hassan yang memiliki nama Islam ini pewaris kepada Karpal Singh? Mahu menghidupkan semula apa yang pernah dimulakan oleh Karpal Singh pada ketika umat Islam dalam negara semakin jitu dan padu bergerak ke arah sistem hidup Islam yang sebenarnya.Apakah
Sarajun Hoda Hassan yang memiliki nama Islam tidak sedar dengan apa yang sebenarnya berlaku?
Kenapa Sarajun Hoda Hassan yang memiliki nama Islam begitu teruja dengan negara sekular?
Sehingga dia mahu jadi hero menongkah arus kebangkitan Islam yang semakin kuat? Apa hebatnya sekular? adakah kerana sekular boleh membuka jalan kearah liberalisasi yang dikehendaki oleh golongan yang dianggotai Sajarun Hoda Hassan?
Sehingga dia sanggup menghidupkan semula laungan langkah mayat kami dulu seperti pernah
dibuat Karpal Singh yang sudah lama pergi.Apa Sarajun Hoda Hassan ingat dia boleh jadi hero
geng liberalnya dengan melaungkan perkataan itu? Jangan perasanlah, dia cuma menjadikan
\dirinya sebagai pewaris Karpal Singh saja, cuba lihat apa yang berlaku kepada Karpal Singh?
mahu jadi hero dengan cabaran dangkal itu, akhirnya kemana dia sekarang? Sarajun Hoda Hassan juga akan ke sana kalau tak sekarang satu masa akan datang tetapi perjuangan untuk kembali
kepada sistem hidup yang diatur Islam akan berterusan.
Buktinya lihat apa yang pernah mahu dihalang oleh Karpal Singh, karpal Singh yang mati tetapi perjungan Islam terus hidup!
Sarajun Hoda Hassan, kalau anda seorang Islam, kembalilah kepada Tuhan anda, tak kemana perjuangan liberal anda yang sia sia itu, Kassim Hamad pun mati!
Sumber TKO - 19-10-2017
Sebelum diadakan Himpunan Kleptokrasi Pengarah Mobilisasi Himpunan, Mohamad Sabu yakin mereka akan mencapai matlamat 100,000 peserta. Keyakinan ini disokong oleh Pengarah Teknikal Himpunan, Muhammad Faiz Fadzil (anak Ustaz Fadzil) yang yakin mereka boleh gerakan
penyokong parti AMANAH (PAN) untuk ke himpunan berkenaan.
Setelah diadakan himpunan orang tak datang. Yang datang pun yang tua-tua. Penganjur tidak mahu malu, umum sendiri pada akhir himpunan bahawa jumlah kehadiran peserta adalah 25,000 orang. Malaysiakini agar 8,000 orang. Tranungkite (TKO) kata hanya 5,000 orang manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pula kata 4,000 orang.
Tak kira berapa orang yang hadir himpunan itu GAGAL dan MEMALUKAN. Mat Sabu beri
pelbagai alasan, mula-mula kata sebab ada bola. Kemudian anak muda tak suka himpunan macam
tu, suka bentuk jalanan. Ceramah terakhir kata kerana padang basah.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya menyebut dia melihat padang yang hijau.
Maknanya padang tak diusik oleh orang. Yang ini lebai ada terima posting ta'asub Pakatan
Harapan buat perbandingan padang bersih dengan himpunan Fastaqim 2.0 yang terpaksa guna
lori sampah. Tak bersih macam mana padang, tak ada orang datang pijak.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akui himpunan anti-kleptokrasi bertemakan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan tidak berjaya. "Apa yang merisaukan ialah perhimpunan tersebut diadakan di Petaling Jaya, iaitu kawasan yang padat dengan penduduk Cina, tetapi
jumlah mereka yang hadir tidaklah begitu menggalakkan," kata Tony seperti dipetik dalam
Nanyang Siang Pau.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pribumi BERSATU Malaysia semalam juga banyak salah menyalah antara satu lain dalam perkara ini.
Kenapa tidak, himpunan Kleptokrasi telah memberi IMFAK SANGAT NEGETIF kepada
PAKATAN HARAPAN.
Wakil BERSATU (PPBM) Selangor, Samat Sharif pula menuding jari kepada PKR sebagai
punca HIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA Tolak Kleptokrasi gagal mencapai matlamat
yang ditetapkan.
BERATU menuduh PKR tidak bersungguh untuk menjayakan himpun an tersebut. Malah dilihat
dari kurangnya penyokong mereka yang hadir. Malah, bendera parti tersebut juga tidak banyak
dilihat dalam himpunan tersebut, seterusnya tidak menarik minat penyokong mereka untuk
datang.
Lokasi himpunan yang terletak dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang diwakili PKR,
sepatutnya tidak ada masalah untuk mengumpul ratusan ribu penyokong seperti yang disasarkan
pada awalnya.
Malah ada pimpinan PKR juga tidak hadir termasuk Rafizi. Azmin Ali datang sekejap sahaja.
Jika ambil 'Statistik PRU-13 " untuk menjadi ukuran kehadiran sokongan rakyat sepatutnya
kehadiran sangat memberangsangkan.
Undi Pakatan Harapan(dulu Pakatan Rakyat dengan wujudnya sokongan PAS) bagi 5 kawasan Parlimen Petaling Jaya)
P106 PETALING JAYA UTARA Jumlah Pengundi: 85,401 Chew Hoong Ling (BN) - 12,735 Pua Kiam Wee (DAP) - 54,407 MAJORITI: 41,672
P105 PETALING JAYA SELATAN Jumlah Pengundi: 79,558 Sheah Kok Fah (BN) - 21,846 Hee Loy Sian (PKR) - 41,062 Ibrahim Bin Khatib (Bebas) - 1,447 MAJORITI: 19,216
P107 SUBANG Jumlah Pengundi: 128,543 Pakas Rao A/L Applanaidoo (BN) - 39,549 Sivarasa A/L K. Rasiah (PKR) - 66,268 Edros Bin Abdullah (Bebas) - 218 (HD) Nazaruddin Bin Mohamed Ferdoos (Bebas) - 460 (HD) MAJORITI: 26,719
P108 SHAH ALAM Jumlah Pengundi: 99,957 Datuk Zulkifli Bin Noordin (BN) - 38,070 Khalid Bin Abd Samad (PAS) - 49,009 MAJORITI: 10,939
P100 PANDAN Jumlah Pengundi: 83,857 Lim Chin Yee (BN) - 21,454 Mohd Rafizi Bin Ramli (PKR) - 48,183 Tan Yew Leng (Bebas) - 2,415 MAJORITI: 26,729
Kalau didasarkan kepada angka yang diperolehi pada PRU-13 yang lalu, perkara yang
mengaibkan ini tidak berlaku melainkan PKR MEMANG SEBOTAJ TUN MAHATHIR
Keadaan ini telah mencemarkan imej Pengerusi BERSATU (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad yang pertama kali menganjurkan himpunan besar seperti ini. Seterusnya menimbulkan persoalan adakah dendam lama PKR terhadap Tun Mahathir masih ada sehingga sehingga menyumbang kepada keadaan seperti ini kata wakil BERSATU.
Bukan rahsa masih ada pihak dalam PKR yang tidak berpuas hati atas tindakan Tun memecat
Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Samat Sharif bagaimanapun tidak mengiyakan hanya meminta semua pihak menunggu post mortem yang bakal dijalankan penganjur untuk mencari punca
sebenar kenapa himpunan ini gagal menarik orang ramai. Banyak yang sudah dilakukan dari
segi promosi dan sebagainya tapi masih gagal menarik ratusan ribu rakyat seperti yang
dijangkakan.
Adakah ketiadaan PAS menjadi sebab kuat kepada himpunan selepas PAS keluar daripada
Pakatan HAMBAR juga menjadi makin BENAR.
Sumber TKO - 18-10-2017
Mahathir oh Mahathir!
Posted on Wednesday, October 18 @ 14:49:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36001 |
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Saya baru sebut bagaimana Mahathir suka sangat menggelarkan orang dengan berbagai gelaran
dan ketika itu saya tak perasan yang Mahathir turut menggelak Najib berasal dari keturunan lanun
Bugis yang pada saya merupakan check mate
kepada dirinya sendiri.Itulah bahananya suka
sangat menggelak itu dan ini kepada orang orang yang tak sebulu dengannya.
Mahathir pernah kata macam macam dengan mulut celuparnya.Dan Mahathir lupa fakta ketika mengeluarkan kata kata itu.Kalau Najib berasal dari lanun Bugis bermakna ayahnya Tun Razak
juga dari keturunan lanun Bugis.Lupakah Mahathir Tun Razaklah yang membawanya kembali ke laluan kuasa apabila menerimanya semula ke dalam Umno sesudah ditendang keluar oleh Tengku Abdul Rahman? Jadi kenapa celupar sangat marahkan Najib?
Tindakan Mahathir ini juga mengundang respon dari orang orang Bugis dan tidak bagus bagi Mahathir dan PH.Ketika PH perlukan sokongan dan undi yang banyak untuk menewaskan Umno,
tiba tiba ketika himpunan mengajak rakyat menentang kleptokrasi Mahathir boleh terlanjur
menghina bangsa Bugis dengan hinaan yang setaraf dengan hinaannya dulu ketika menuduh PAS sebagai pengganas.Check mate untuk Mahathir, boleh lupa terus sokongan masyarakat Bugis.....
Mahathir sejurus sebelum ini turut dihina oleh Zahid Hamidi apabila mempersoalkan keturunannya yang sebenarnya menunjukkan tidak ada sedikitpun darah melayu dalam dirinya, yang ada hanyalah muka kutty berasal dari India dan mengikut perkhabarannya dikacukan pula dengan Turki, jadi Mahathir bukanlah melayu dan itulah menjadi intipati Cacaian Zahid Hamidi yang juga tidak
digemari dan akibatnya terbongkar status Zahid Hamidi sendiri yang diceritakan datang ke
Malaysia ketika umur 12 tahun bersama bapanya dari Indonesia dan tidak mempunyai surat
beranak dan IC Malaysia.Zahid Hamidi disahkan sebagai PATI yang kemudiannya berjaya
mendapat kerakyatan dan akhirnya jadi TPM.
Itu cerita Zahid Hamidi yang terbongkar kerana angkuhnya mahu menghina Mahathir tetapi
Mahathir tidak belajar dari kisah Zahid Hamidi ini ketika celupar menghina Najib secara
peribadi dan akibatnya Mahathir dan PH terpaksa tanggung.
Mahathir oh Mahathir......
Sumber TKO - 18-10-2017
Husam Ni ‘Bodoh’ Agama Walaupun Anak Didik Tok Guru Nik Abdul Aziz
Posted on Wednesday, October 18 @ 09:50:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35997 |
Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menjadi kecoh apabila menerima notis supaya mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor yang menjadi pejabat naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa dan juga markaz Besar AMANAH (PAN) Kelantan.
Pemilik asal tanah ini adalah Pn Minah binti Musa telah didaftarkan pada tahun 1960 dan tanah ini menjadi Hak Miliknya pada tahun 1961.
Kemudian berlaku pindah milik kepada pemilik kedua menggunakan nama Pn Haripah binti Dollah (Orang panggil Saripah) pada tahun 1993. Puan Haripah ini adalah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Rosli ini adalah bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan 2008 - 2011.
Dia ni dulu UMNO, bekas setiausaha Umno Kelantan, selepas tu Semangat 46 dan banyak kali bertanding tapi kalah.
Tahun 1990 PAS menang di Kelantan dengan gabungan Semagat 46 sapu bersih semua DUN. Masa sebelum ini Rosli bertanding calon UMNO di Parlimen dan Dun Salor tapi kalah.
Wujud kesefahaman untuk membuat pejabat PAS di situ, selepas PAS menguasai Kelantan. Atas persetujuan itu maka PAS memunggut derma (BUKAN DUIT HUSAM) membina pejabat PAS DUN Salor yang kini telah dicuri dan ditukar cat oren oleh Husam and 'the geng' setelah manipulasi teknikal atau hak milik tanah.
Setelah Dato Rosli meninggal pada 27 Julai 2017 lalu, isteri Dato Rosli menjual tanah itu kepada Mohd Yassin bin Yusof bekerja sebagai SUK Kerja Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan.
Mohd Yassin bin Yusof telah menghantar notis kepada parti AMANAH (PAN) dan Husam Musa supaya mengosongkan bangunan itu dalam masa satu bulan (30 hari).
11.20 malam semalam (17 Oktober 2017) tersebar surat penjelasan Husam Musa berkenaan isu ini yang diwakilkan atas nama Rojie Semail. Kenapa Husam tak guna nama sendiri, lebai tak pasti. Mungkin juga Husam nak perkenakan si Rojie kerana surat itu nampak sangat bodoh dalam beberapa perkara dan isu termasuk agama.
Satu, Semasa nak mencuri bangunan itu Husam Musa menjadi hero, ceramah sana sini kata bangunan itu dia punya dan mengatakan bangunan DUN itu menggunakan duitnya RM40K (macam mana dia dapat duit ini lebai tak nak pertikaikan sebagaimana si Husam mempertikaikan bagaimana Mohd Yassin ada duit untuk membeli tanah itu).
Tapi apabila mendapat surat untuk keluar daripada bangunan tersebut, Husam berdalih kenapa hantar surat notis kepada dia. Husam tak mengaku dia punya bangunan itu. Dulu beriya-iya kata dia bina bangunan itu menggunakan duit dianya RM40K. Rupanya Husam sama dengan Tun Mahathir mudah lupa apa yang dia buat jahat kepada orang lain. Yang dia ingat dia adalah manusia suci dan sempurna. Orang lain semuanya jahat, tamak, bodoh dan selalu membuat salah.
Kedua, Husam membuat tuduhan kepada Timbalan DO, Jajahan Tanah Kota Bharu Tuan Ibrahim Tuan Bakri kononnya bersubahat serta berkonspirasi dalam penjualan tanah tersebut. Ini lebai tak boleh komen pasal lebai tak ada maklumat yang jelas. Apabila Lebai mendapat maklumat yang sahih barulah lebai menulis nanti.
Ketiga, Pertikai wang Mohd Yassin itu datang daripada mana? Sehingga Husam menyemak gaji dan sebagainya. Ugut nak buat report kepada SPRM dll.
Husam Musa setelah menjadi oren, telah lupa bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa isu membuat wakaf bangunan dan tanah kepada PAS menggunakan nama individu atas beberapa maslahah. Individu yang diguna nama kadang kala bukan orang yang berada (kaya). Husam Musa lupa apa yang Tok Guru buat kerana nafsunya kini mengatasi akal.
Keempat, Husam Musa sendiri mengatakan bahawa pada Ogos 2016 Dato' Rosli mengeluarkan surat atas nama isterinya membenarkan dia menggunakan bangunan dan tanah itu sampai bila-bila.
Mari lebai tunjuk dimana bodohnya Husam Musa dalam perkara ini. Dato Rosli keluar surat atas nama isterinya. Surat ini mengikut kata Husam Musa, dia ada simpan.
ATAS NAMA ISTERI, maknanya wahai Husam Musa dan ahli-ahli parti AMANAH (PAN) termasuk IKRAM isteri Dato Rosli HARIPAH BINTI DOLLAH yang beri kuasa untuk Husam bin Musa menggunakannya.
Tapi Hari ini, Dato' Rosli dah meninggal. Tanah itu dah dijual. Jual ni maknya dah bertukar hak milik. Surat Husam simpan tu laku tak agaknya?? Anda jawab sendiri.
Kelima, Jika sampai notis tersebut dia (Husam Musa) nak failkan ke Mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan menuntut tanah itu adalah milik bersama. Yang ini lebai tergelak, bukan lebai nak hina si Husam Musa tu. Tapi tak tahan kena nampak 'bodoh' sangat.
Apabila kita memberi orang guna tanah kita, maka tanah itu jadi hak milik bersama. Adakah tanah itu jadi milik bersama..?? Ini pelik. Ada pembaca ahli parti AMANAH (PAN) dan IKRAM boleh tolong jawab. Dalam agama kita dalam bab apa. Ada ke hadis-hadis mengesahkannya. Adakah Tok Guru Nik Aziz ada sebut perkara ini?
Mungkin Husam Musa lupa ceramah Dato Rosli dalam isu ini. Dia mengatakan Husam adalah pejuang rakyat, maka 'hambo' beri guna tanah itu sampai bila-bila (masa itu dia lupa dia akan meninggal dunia... begitu juga kita yang berhujah ini lupa bila kita mati Allah pasti akan menyoalkan kita atas apa yang kita buat dan kita tulis..) Dato' Rosli berkata "takkan ambo nak ambil RM400 sebulan atas sewa". Agaknya kenapa Dato' Rosli sebut pasal sewa? Ini anda juga anda kena jawab
Keenam, Pembicaraan harta pusaka keluarga Dato' Rosli akan diadakan pada 23 Oktober 2017 nanti. Husam Musa manipulasi isu pembicaraan pembahagian harta pusaka ini kononnya nak bicara harta tanah lot PT1039 sahaja. Husam ini ingat harta Dato Rosli yang itu aje. Banyak lagi harta Dato' Rosli yang di atas nama diri Dato' Rosli. Oleh kerana isteri Dato' Rosli tak ada anak, maka perlu ada perbicaraan harta pusaka. Jangan kelirukan rakyat atas isu ini kerana nak tegakkan benang basah.
Husam nak sebiji macam Tun Mahathir, dia bapak penyamum bila berceramah orang lain penyamum dia HERO untuk membenteras kleptokasi (penyamumlah itu.. ni main istilah nak bodoh orang aje).
Tanah itu Dato Rosli dah kata dalam ceramah milik isterinya. Lebai pun dah tunjuk geran milik di atas. Nak kata Husam tertidur semasa ceramah itu tak manasabah. TANAH TU BUKAN TANAH PUSAKA, nak faraid buat apa?? Jangan bodoh sangat dengan agama kita. Melainkan ada orang cucuk keluarga Dato' Rosli buat tuntutan supaya menjadi masalah dan isu dalam hal tanah ini.
Semenjak berumur ni, lebai tak boleh menulis panjang-panjang... letih. Lagi pun tak sarapan lagi. Agaknya bila bangunan itu nak tukar warna hijau semula. Warna Islam dan perjuangan Islam sejati bukan atas perjuangan diri dan nafsu semata-mata.
Sumber TKO - 18-10-2017
Jumlah kehadiran di perhimpunan antikleptokrasi anjuran PH semalam telah menghentikan
pelbagai ilusi, terutamanya kepada kemampuan PPBM dan Amanah untuk menggantikan peranan
PAS dalam Pakatan Rakyat.
Himpunan yang diadakan di Petaling Jaya, di tengah kawasan bandar, yang sepatutnya menjadi
kubu kuat kepada PH tidak mendatangkan hasil yang dijangkakan berbanding himpunan Fastaqim
yang diadakan PAS 2 minggu lalu di Kuala Terengganu.
Jika dibandingkan daripada sudut lokasi, lokasi Fastaqim jauh terpencil tanpa sebarang
pengangkutan awam manakala lokasi perhimpunan antikleptokrasi dapat dihadiri dengan mudah melalui LRT. Bukan itu sahaja, lokasi fastaqim diadakan di negeri Terengganu yang diperintah
Umno manakala lokasi perhimpunan antikleptokrasi diadakan di Selangor yang dipimpin pembangkang.
Akan tetapi, bukan sahaja Fastaqim dapat mengumpulkan lebih ramai hadirin tapi ia juga berjaya mengumpulkan ramai kumpulan B40 berbanding perhimpunan antikleptokrasi. Kehadiran
anak-anak muda juga jauh lebih ramai di Fastaqim berbanding perhimpunan antikleptokrasi.
Dengan jumlah kehadiran semalam di sebalik pelbagai ceramah antikleptokrasi yang diadakan
berbulan lamanya dan juga jumlah program yang disediakan pada perhimpunan tersebut, PH
sudah boleh berhenti berilusi mengenai kekuatan yang ada pada PPBM mahupun Amanah.
‘Kekuatan sebenar kedua-dua parti itu’ sudahpun terlondeh di perhimpunan semalam. Kedua-dua
parti kini boleh diibaratkan seperti ‘bubble’, yang cantik hanya di permukaan.
Sebenarnya dari awal lagi, cadangan untuk mengadakan perhimpunan ini adalah 1 kesilapan
strategi.
Kesilapan pertama datangnya daripada keyakinan yang berlebihan mengenai kemampuan PPBM
dan Amanah untuk mengerahkan orang ramai untuk berhimpun.
PH juga sebegitu yakin bahawa isu 1MDB dan strategi menyemarakan kebencian terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah cukup untuk membawa orang ramai untuk menyokongnya.
Bukan itu sahaja, PH juga sebegitu yakin dengan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen untuk pihak mereka. Dr Mahathir mungkin dapat membawa beberapa orang bekas
Umno untuk bersamanya, tapi mereka terlupa kehadiran Dr Mahathir juga akan menghalau
sekumpulan besar penyokong asal pembangkang.
PH juga terlalu berkeyakinan bahawa dengan adanya PPBM dan Amanah boleh menjadi alternatif
di dalam dunia politik Melayu telah didominasi sebegitu lama oleh persaingan antara Umno dan
PAS.
Dua tahun lalu, DAP dan PKR merasakan Amanah yang dianggotai oleh bekas para pimpinan PAS
pasti akan dapat menggantikan tempat PAS. Ilusi itu berakhir di pilihan raya kecil Sungai Besar
dan Kuala Kangsar. Sejak tertubuhnya PPBM, DAP dan PKR merasakan gabungan Amanah dan
PPBM sudah pasti dapat menyaingi kehilangan PAS. Ilusi itu berakhir semalam di perhimpunan antikleptokrasi.
Persoalannya sekarang apakah PH masih mahu terus berilusi bahawa mereka akan menang di
dalam pertandingan 3 penjuru, termasuk di Selangor? Apapun PAS dan DAP akan terus hidup walaupun apa terjadi di PRU14.
Tapi bolehkah Amanah dan PPBM, malah PKR terus hidup selepas PRU14?
TIMMY SAY
Sumber TKO - 18-10-2017
Himpunan Padang Timur dan fenomena kleptokrasi
Posted on Tuesday, October 17 @ 23:55:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35986 |
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr
Mahathir Mohamad menjadi pemidato utama
dalam himpunan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya
Sabtu lalu.
Melihat perhimpunan ini, dapat dirasakan ia
disertai lebih oleh para penyokong tegar dan
aktivis PH, bukannya orang ramai dari
kalangan pengundi biasa. Maka perhimpunan
itu adalah penegasan semangat dan solidariti penyokong PH.
Ia tidak seperti perhimpunan Bersih yang menyaksikan kehadiran orang ramai dari kalangan
pengundi biasa. Kalau semasa perhimpunan Bersih, mereka mengenakan pakaian baju kuning, di perhimpunan ini, mereka memakai baju merah. Tidakkah semasa perhimpunan Bersih dahulu,
merah ini adalah warna baju pihak yang menentang Bersih?
Kehadiran PPBM mewarnai PH. Pengaruh parti itu juga menyebabkan warna rasmi PH ialah
merah, iaitu warna PPBM. Sebagai parti serpihan Umno, parti itu mengekalkan warna merah.
Bagaimanapun, di kalangan parti PH yang turut mempunyai warna merah pada bendera mereka
ialah PKR dan DAP.
Pada generasi yang menentang Dr Mahathir, baik dari kalangan penyokong DAP, PKR dan Parti
Amanah yang dahulunya PAS, tentulah ia mengambil masa dan perasaan untuk menerima kepimpinannya.
Bersama Dr Mahathir di pentas ialah pemimpin utama PH termasuk presidennya, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. Semua pemimpin itu
juga mewakili parti masing-masing iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Yang tentunya tidak
dapat hadir ialah Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin amat penting
bagi PH tetapi bukan anggota Majlis Presiden iaitu Lim Kit Siang, turut hadir.
Tetapi PH masih belum dapat didaftarkan. Maka secara rasmi, mereka berada di situ menurut
jawatan parti masing-masing. Dr Mahathir ialah pengerusi PPBM, Dr Wan Azizah presiden PKR,
Guan Eng setiausaha agung DAP, Mohamad Sabu ialah presiden Amanah dan Kit Siang ialah
ketua Parlimen DAP.
Pada hakikatnya, bagaimanapun, 3 pemimpin paling utama tanpa mengira jawatan mereka ialah
Anwar, Dr Mahathir dan Kit Siang. Dalam perhimpunan itu, Dr Mahathir menjadi pemimpin
paling utama kerana beliau memegang jawatan tertinggi dalam PH dan dapat hadir dalam acara
itu.
Kehadiran beliau sebagai pemimpin utama pihak pembangkang adalah kerana kesungguhan beliau
untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN). Rasional penubuhan PPBM ialah melawan kleptokrasi yang dikaitkan dengan isu 1MDB dan kerajaan BN.
1MDB kemuncak kleptokrasi
Tetapi kleptokrasi itu adalah lebih daripada soal 1MDB. Walaupun perkataan itu mula diambil
daripada ucapan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tetapi konsep itu menggambarkan
suatu budaya yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Umno.
Apa yang berlaku pada 1MDB adalah hanya dianggap sebagai satu kemuncak budaya kleptokrasi
itu. Apa yang dimaksudkan dengan budaya kleptokrasi adalah bukan saja korupsi tetapi juga penyelewengan dan ketirisan. Mungkin ia tidak melanggar undang-undang, serta mematuhi
peraturan pentadbiran tetapi dari segi moral dan nilai amanah wang rakyat, ia tidak dapat
diterima.
Ia berbentuk penggunaan dana awam yang diperuntukkan untuk sesuatu projek, sementara yang memperoleh manfaatnya adalah syarikat berkaitan dengan ahli-ahli politik BN. Atau sekurang-kurangnya dana ini disalurkan kepada parti BN untuk aktiviti politik mereka, tetapi buat waktu
yang sama, ia juga memenuhi kepentingan peribadi.
Fenomena ini boleh dikatakan berkembang melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang pada
mulanya berjalan dengan jujur tetapi setelah berdekad-dekad berlaku, maka pelbagai kisah negatif
mula kedengaran.
Walaupun tidak ada kajian khusus terhadap fenomena ini, namun ia seolah-olah sudah menjadi
rahsia umum yang diketahui oleh orang ramai. Keadaan ini menyebabkan kelunturan keyakinan
di kalangan orang ramai.
Dr Terence Gomez, ahli akademik Universiti Malaya, banyak membuat kajian terhadap hubungan syarikat di Malaysia yang berkait dengan parti politik BN sejak DEB. Ia jadi satu bidang khusus dalam ekonomi politik Malaysia.
PPBM selaku parti yang anggotanya adalah bekas Umno, dengan pengerusinya adalah bekas presiden Umno dan presidennya adalah bekas timbalan presiden Umno, tentu lebih mengetahui dan faham dengan fenomena ini, lebih daripada parti lain dalam PH seperti DAP dan Amanah.
Bagi aktivis PKR yang pernah menjadi ahli Umno, mereka juga mungkin lebih faham tentang
perkara ini.
Tetapi bagi orang ramai, termasuk penjawat awam dan wartawan, ia hanya menjadi kisah yang
hanya dibicarakan di depan teh tarik. Kecuali mereka yang berdepan dan mengalami sendiri
fenomena ini.
Kalaulah isu 1MDB tidak timbul, maka soal kleptokrasi pun tidak ada. Jika itu berlaku tentunya
PPBM tidak ditubuhkan. Andainya keadaan itu berlaku, maka PH kekal dianggotai 3 parti saja
iaitu PKR, DAP dan Amanah.
Jika keadaan itu yang berlaku, pemimpin utama masih Anwar tetapi yang perlu tampil ke depan
seperti dalam perhimpunan itu ialah Dr Wan Azizah. Tanpa isu 1MDB, slogan perhimpunan itu
tidaklah menjadi “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi”. Mungkin perhatian PH adalah terhadap kesusahan hidup seharian rakyat. Mungkin slogannya menjadi “Sayangi Malaysia, Hapus GST”
atau isu-isu lain berkaitan dengan kebajikan rakyat.
Begitu juga, andai kata PAS masih bersama dengan PKR dan DAP, maka Pakatan Rakyat terus
wujud dengan Amanah tidaklah ditubuhkan. Kewujudan Amanah adalah semata-mata kerana
menolak perbalahan PAS dengan DAP yang membawa kepada kemusnahan Pakatan Rakyat.
Andai kata Pakatan Rakyat masih wujud tentulah di atas pentas, pemimpin yang berdiri di atas
pentas itu ialah Dr Wan Azizah, Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS.
Kit Siang tetap akan ada. Tetapi perjuangan Pakatan Rakyat adalah “Reformasi”. Begitu jugalah perjuangan PH sebelum kemasukan PPBM.
Gagasan Reformasi ini adalah lebih luas daripada menentang korupsi, kolusi dan nepotisme. Parti Keadilan Nasional bukan hanya mahu memperjuangkan keadilan untuk Anwar. Apa yang
dimaksudkan dengan keadilan itu bukan saja keadilan awam tetapi juga keadilan politik dan
keadilan sosial. Sementara Reformasi pula adalah usaha pembaharuan dalam masyarakat, iaitu
dalam pelbagai bidang, bukan saja politik, ekonomi dan sosial, malahan budaya. Gagasan
Reformasi ini belum dapat benar-benar difahami oleh masyarakat.
Apa yang difahami oleh masyarakat, ia hanya berupa bentuk persaingan personaliti politik antara
Anwar dan Dr Mahathir. Kini apabila Dr Mahathir dan Anwar adalah sepakatan, maka persaingan mereka adalah dengan Datuk Seri Najib Razak.
Masyarakat lebih mudah memahami persaingan personaliti politik daripada kandungan perjuangan seperti idealisme, ideologi dan etika. Untuk memahami apakah itu demokrasi dan kleptokrasi, ia memerlukan pencernaan intelektual.
Tetapi umumnya, warganegara tahap purata (average citizens) hanya mengikut dendangan emosi
politik menurut rentak propaganda media, khususnya pada masa ini, ialah media sosial.
Zin Mahmod
Sumber TKO - 17-10-2017
Tinjauan ORIENTAL DAILY Umpama Telur Rebus Separuh Masak
Posted on Tuesday, October 17 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35981 |
Benarkah pengundi Cina rela rosakkan undi daripada memilih PAS? Mengikut tinjauan Oriental Daily (OD) , 70.97 peratus daripada 14 602 responden sanggup melakukan undi protes tersebut. Hanya 13.29 peratus sahaja sedia mengundi PAS. Apakah motif akhbar berbahasa Cina membuat tinjauan itu dan disiar pula oleh Malaysiakini yang tegar mencaruti PAS?
Seperti Invoke Rafizi, amat diragui keabsahannya. Oriental Daily dengan Malaysiakini saling lengkapi-melengkapi membina persepsi buruk masyarakat Cina terhadap PAS. Fakta dan datanya nanar dicemar eksploitasi. Masing-masing ada tendensi untuk mencubit PAS; tak dapat tanduk telinga dipulas.
OD terlupa pula untuk meninjau peluang DAP untuk mendapat undi Melayu. Apakah bilik perang DAP telah menasihati OD agar tidak berbuat demikian? Ataupun OD ada tendensi untuk menyelamatkan moral DAP? Justeru, berwibawakah tinjauan umpama telur separuh masak yang jelas diadun dengan sentimen itu?
Pada dimensi berbeza,kajian OD itu sebenarnya membantu PAS menyusun strategi. Kata orang; terung buah tergantung, lobak buah terlindung. Yang terlindung itu mengkhabarkan PAS perlu mendekati pengundi Cina di lapangan. Caknai nasib mereka, bantu mereka yang menderita dilanda musibah, santuni mereka secara bersemuka. Di kalangan mereka juga ada MOSWAY. Biarlah mereka tak terpikat dek penjelasan. Asalkan kedegilan gugur dek indahnya kemanusiaan.
Model Wan Hassan Mohd Ramli, MP Dungun patut dikongsi. ADUN Chukai, YB Hanafiah Mat sudah berjaya meneladaninya. Apakah intipati kekuatan sehingga pengundi Cina malu alah kepada mereka? Orang Dungun, orang Chukai tentu tahu bagaimana dua tokoh ini berpartisipasi dengan masyarakat Cina. Namun, jangan lupa membawa imej PAS melebihi wibawa peribadi. Agar mereka tertawan dengan kecaknaan PAS bukan lagi malu alah pada individu.
Sumber TKO - 18-10-2017
Talibanisasi
Posted on Tuesday, October 17 @ 15:48:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35974 |
FWD: ISLAMIC UNITED
Masih inget perkataan jendral amerika yg ada di foto ini?
Jenderal (R) Wesley Clark : Barang siapa yang menyangka kita (Amerika) DATANG ke Afghanistan sebagai balasan atas kejadian 11 September, maka sangat jelas kekeliruannya.
Kita (amerika) DATANG karena persoalan yang disebut Islam. Kita (amerika) tidak menginginkan islam menjadi undang-undang yang kaum muslimin bebas menentukan mana yang disebut Islam mana yang tidak. Kitalah yang menentukan apa yang disebut Islam untuk mereka.
==========
Jelas sekali jika amerika sangat takut dengan thaliban yg menerapkan syariat islam di afganistan,,,
Apakah perang melawan terorsime "WAR ON TEROR" yg dipimpin amerika itu adalah perang salib abad ini?
Presiden George W. Bush sendiri secara terang-terangan, dalam jumpa pers lima hari pasca serangan 11 September, tepatnya Ahad, 16/11/2001 M (28/6/1422 H) menegaskan," This Crusade, this war on terrorism, is going to take a long time." (Perang salib ini, perang melawan terorisme ini, akan memakan waktu yang lama, BBC 16/9/2001 M).
Setelah tragedi 11 September, Bush memberikan pidato selama 34 menit di hadapan Konggres. Dalam pidato yang diselingi oleh 29 kali aplaus anggota konggres tersebut, Bush berbicara tentang peperangan melawan terorisme. Sebenarnya, ia berbicara tentang perang melawan Islam, karena saat itu ia berbicara tentang syariat Islam yang diterapkan oleh Thaliban
Ucapan yang senada, juga telah diucapkan oleh mantan PM Inggris Margaret Tatcher dan PM Italia Silvio Berlusconi, beberapa hari setelah tragedi 11 September. Mereka berbicara tentang agama Islam, bukan tentang teroris. Ungkapan Berlusconi adalah," Islam menolak pluralisme, mengajak kepada rasisme dan mendorong terorisme." Jika menurut mereka Islam mendorong terorisme, dan perang salib ini dilancarkan untuk memerangi terorisme, maka hasilnya adalah sama ! Perang melawan terorisme = perang melawan Islam !
Istilah-istilah yang dipergunakan oleh Bush dan sekutu-sekutunya dalam perang ini adalah istilah-istilah Taurat (perjanjian lama), seperti istilah "perang melawan kejahatan", "kekuatan kebajikan melawan kekuatan kejahatan", "peperangan orang-orang baik melawan orang-orang jahat", dan istilah-istilah serupa.
Para jurnalis AS dan Barat juga menyebutkan bahwa perang ini adalah perang melawan Islam. Di antaranya, wartawan David Silburn menulis dengan judul " Perang ini bukan melawan Terorisme, melainkan melawan Islam." Majalah National Report menulis judul " Inilah Perang, Mari Menyerbu Mereka di negerinya". Dalam artikel tersebut, ditulis :"Bangsa kita telah diserang oleh sekelompok ekstrimis kriminil, kita harus menyerbu mereka di negeri mereka, membunuh pemimpin-pemimpin mereka dan memaksa mereka memeluk agama Masehi (nashrani)."
Harian New York Times edisi 7/10/2001 M memuat headline sepanjang enam halaman, dengan tajuk " Ini adalah perang agama." Judul cover harian tersebut adalah " Siapa mengatakan ini bukan perang agama?". Penulis artikel ini, Andrew Sulivan, menulis dalam artikelnya bahwa perang kali ini adalah perang agama. Artikel-artikel serupa begitu bertebaran di berbagai media massa Barat.
Banyak pejabat pemerintahan AS meyakini akan terjadinya perang internasional yang mereka kenal dengan nama "Armagedon". Yaitu peperangan antara kekuatan kebaikan (Nasrani) melawan kekuatan kejahatan (Islam). Di antara yang paling bersemangat membicarakan Armagedon adalah mentri pertahanan saat ini, Donald Rumshfeld
====
AS menyatakan tujuan perang ini adalah membasmi terorisme sampai ke akar-akarnya. Mereka juga menyatakan, target-target yang telah mereka bidik adalah gerakan teroris.
Pertanyaannya,,,kenapa mereka tidak menyentuh sedikitpun gerakan-gerakan teroris non Islam, seperti :
Tentara Merah Jepang : Paganis.
Tentara Republik Irlandia Utara (IRA) : Katolik.
Tentara Pembebasan Kuba : Komunis.
Ekstrimis Sayap Kiri Masehi AS : Protestan.
Sindikat-sindikat Narkotika di Amerika Latin.
Gang-gang Mafia : Eropa.
Dan kelompok teroris lainnya ????
Jawabannya jelas, karena gerakan-gerakan teroris ini bukan gerakan Islam.
====
AS menyebutkan gerakan-gerakan Islam yang melawan penjajah asing seperti mujahidin Kashmir yang melawan penjajah Hindu, mujahidin Filiphina yang melawan rezim Nasrani Filiphina, dan mujahidin Palestina yang melawan penjajah zionis. Pertanyaannya, jika perlawanan lokal kepada pemerintah adalah terorisme, kenapa AS membiarkan :
- Gerilyawan Macan Tamil Srilangka : paganis.
- Pasukan Pembebasan Rakyat Sudan Selatan (SPLA): Kristen.
- Tentara Republik Irlandia di Inggris : Kristen.
- dan lain-lain ????
Jawabannya jelas, gerakan-gerakan ini bukan gerakan Islam.
=====
Graham Flord, seorang penasehat politik senior di Institut Rant Washington, dan wakil ketua dewan intelijen nasional di CIA dalam artikelnya yang berjudul "Krisis dalam Hubungan AS-Arab Saudi", tanggal 9/11/1422 H, menulis," Untuk pertama kalinya, media massa AS menyerang Wahabi sebagai sebuah gerakan keagamaan anti toleransi dan sumber gerakan-gerakan jihad di dunia. Sebagian pengamat menilai, ideologi Arab Saudi melahirkan banyak orang seperti osama Bin Laden."
Mentri Luar Negeri Perancis, Moshe Vido, saat menerima kunjungan konfirmasi anggota parlemen Perancis sehubungan perang yang meletus di Marakisy, Maroko, mengatakan," Ini adalah perang antara bulan sabit dan salib."
Peterson Smith dalam bukunya "Kehidupan Kebangsaan Al-Masih" menulis : Perang-perang salib terdahulu telah gagal, namun sebuah peristiwa penting terjadi setelah itu, yaitu ketika Inggris mengirim pasukan salib kedelapan, dan pasukan ini meraih kemenangan. Serangan jendral Allenby ke kota Al-Quds selama Perang Dunia Pertama, merupakan perang salib kedelapan, dan terakhir." Koran-koran Inggris menampilkan foto jendral Edmunt Allenby, lengkap dengan statemennya yang mendunia "Kini, Perang Salib Baru Telah Usai". Sikap Allenby ini juga menjadi cerminan sikap pemerintahan Inggris, karena koran-koran Inggris juga menulis "Mentri Luar Negeri Inggris, Lewit George, menyambut hangat jendral Allenby di Parlemen Inggris, atas keberhasilannya meraih kemenangan dalam perang salib yang terakhir, yang disebut oleh Lewit George sebagai perang salib kedelapan."
Pasukan Perancis juga menganggap perang dunia I sebagai perang salib. Setelah mengalahkan pasukan Islam di luar kota Damaskus, komandan pasukan Perancis Jendral Joffre segera mendatangi makam Shalahudien Al-Ayubi di Masjid Jami' Al-Umawi. Diinjaknya makam Shalahudien, sembari mengejek,"Lihatlah ! Ini kami sudah datang, hai Shalahudin !"
sumberCIW
Sumber TKO - 17-10-2017
Assalamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,, Wan Asshima Kamaruddin, bekas puteri Umno menyifatkan DAP sebagai penyebar agenda liberal yang mengakibatkan runtuhnya akidah dan tersebarnya budaya songsang dalam kehidupan umat Islam menerusi katanya "Saya rela lepaskan dan rela buang segalanya termasuk pangkat kerana saya yakin perjuangan ini kerana Allah. Kita lihat pada musuh kita yang satu, DAP yang mana boleh kita kongsikan pengalaman kita" melihat sendiri bagaimana runtuhnya akidah dan budaya songsang yang mana mereka telah liberal.
Seorang yang pernah bersama parti sekular mula nampak keburukan yang disebabkan oleh sebuah parti liberal, sebuah parti politik yang berjuang untuk Malaysia Malaysian yang pernah ditolenransi oleh PAS, jemaah Islam dengan harapan mereka akan menghormati Islam dan tidak akan menentang segala usaha untuk memartabatkan Islam yang tidak akan menjejaskan apa apa untuk mereka.
Itu dia asalnya tahaluf siyasi PAS dengan DAP yang bersandar kepada prinsip boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan biarkan perbezaan antara keduanya diKIVkan dulu.Tetapi hingga satu titik, segalanya terbongkar juga, DAP terserlah liberalnya mencakupi seluruh aspek kehidupan.Segala perkara bagi mereka mesti diliberalkan termasuk ahli ahli PAS yang terpengaruh dengan agenda liberal mereka lalu hari ini sedia menjadi khadam mereka.
Ugama atau lebih tepat Islam perlu diliberalkan.Ulamak besar DAP LKS dan LGE rancak mengajarkan ilmu liberal dan cepat dihadam oleh setengah orang Islam yang didahului oleh bekas pemimpin PAS.Nama nama seperti Khalid Samad dan Dr. Mujahid terkedepan dalam menyokong agenda liberal DAP.
Puteri Umno yang sekular dalam erti memisahkan pengurusan dunia dengan ugama turut menyedari agenda liberal DAP yang mengakibatkan sedikit sebanyak runtuhnya akidah dan kalau dibiarkan akan terus meruntuhkan akidah. Lantaran itu, akidah perlu dipertahankan bersama syariat, mempertahankan akidah tanpa mahu mengambil tahu pasal syariat adalah bahaya bagi umat Islam terutama dengan kebangkitan puak liberal yang diketuai oleh orang orang bukan Islam dan bersama mereka terdapat beberapa muka orang Islam yang bodoh dan sanggup diperbodohkan.
Bagus kalau lebih ramai lagi golongan sekular yang sedar akan keujudan liberal yang jauh lebih bahaya kepada Islam dari sekular.Bagus bagi mereka untuk berhjrah bersama sama PAS sebagai sebuah wadah jemaah dan halaqah Islamiah, bagus kerana inilah satu satunya cara untuk kita bersama menghalang agenda liberal dari terus meruntuhkan akidah.Kita sudah kenal pasti golongan yang mahu meliberalkan kehidupan Islam kita dan kita sudah kenal pasti orang orang Islam yang bodoh dan diperbodohkan oleh penganjur liberal, jadi kita harap lebih ramai orang Islam dari kumpulan sekular sedar dan berhijrah.
Ingatlah kempen PGU, PAS ganti UMNO adalah kempen dakwah untuk menjadikan Islam sebagai ganti mutlak kepada sekular.PGU juga bermakna tiada gabungan atau UG atau kerjasama politik untuk membentuk kuasa antara PAS dan UMNO, yang ada adalah orang Islam yang masih bersama UMNO diseru meninggalkan UMNO dan menyertai PAS sebagai sebuah jemaah Islam, kita perlu jemaah yang kuat dan bersatu untuk membentuk benteng kepada liberal yang hendak dibawa DAP.
Ya, benar DAP liberal.....
Sumber TKO - 17-10-2017
Respons terhadap laporan berita Malaysiakini
ALHAMDULILLAH 'ala kulli hal. Laporan MalaysiaKini dan beberapa agensi berita adalah dirujuk.
Kenyataan di Facebook saya yang berkaitan ditulis bagi menentang rasisme dan kenyataan perkauman yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi. Fokusnya di situ.
Tun M menyebut secara jelas dalam ucapannya di Himpunan Anti-Kleptokrasi:
"Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."
Saya menulis sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Bugis. Cuba bayangkan jika perkataan 'Bugis' dalam ucapan Tun M tersebut ditukar menjadi 'Cina', pasti gegak gempita DAP dan sekutunya.
Saya tidak membenci Tun M, saya juga tidak mempertahankan DS Najib, saya cuma tidak bersetuju dengan kenyataan perkauman yang dikeluarkan oleh Tun M sebagaimana saya juga tidak setuju dengan DS Zahid yang pernah menyentuh asal usul kaum Tun M.
Saya ada menyebut Akta Hasutan dalam tulisan FB tersebut. Sebagaimana kita sedia maklum, Akta Hasutan digunakan banyak kali semasa zaman Tun M secara salah untuk menghukum musuh politik yang tidak sealiran dengan pemerintah, maka kita membantahnya.
Saya mengambil maklum tentang Usul Memansuhkan Akta Hasutan yang diluluskan Muktamar PAS pada tahun 2014. Ya, kita setuju ia dihapuskan dan diganti dengan akta yang lebih harmoni dan sesuai pada masa kini. Sekurang-kurangnya ia perlu dipinda dan ditambah baik supaya tidak disalahgunakan oleh pihak pemerintah dan pihak berkuasa.
Semua pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian bernegara wajar diadili dan dihukum secara benar dengan undang-undang sedia ada dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Kenyataan "sila balik Kerala", "sila balik Negara Besar China", "sila balik India", "sila balik Bugis" dan lain-lain semua kita tidak persetujui tanpa double standard. Say No To kleptocracy! Say No To Racism!
Wallahu a'lam bissawab.
FB: Muhtar Suhaili As-Sarawaki.
Sumber HD- 17-10-2017
Behind Enemy Line (True Story)
Posted on Tuesday, October 17 @ 07:00:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35956 |
Assalamu’alaikum w.b.t
Saya bawakan kisah Tun Mamat (samaran) seorang anggota GGK . Kisah benar yang di ubah suai
supaya tidak ada ke terbukaan. Kisah berlaku di masa perang Bosnia tahun 94 dan 95. Semoga
menjadi teladan dan renungan generasi muda.
Filtration 1
"Koperal.. Ada rokok?" Tanya Tun Mamat.
"Ada tuan". Jawab koperal sambil menghulurkan rokok.
Tun mamat menyalakan sebatang rokok dan menghembus asap tadi.
"Macam ada masalah je tuan?" Tanya Koperal yang memerhati.
"Kau ingat kampung?" Tun mamat bertanya.
"Mesti la ingat tuan. Anak isteri kat sana. Saya tinggalkan anak usia 3 tahun, Tuan".
Dan mereka terus berbual. Sehinggalah Koperal menangkap pandang kedatangan pegawai Uncle
Sam.
"Tuan.. Lihat tu". Sambil menunjukkan pegawai Uncle Sam yang datang ke Base.
Tun mamat membuang puntung rokoknya sambil berkata.. "Tentu ada hal nak minta tolong kita"
“Jonny.. Ke mari” lantas Tun Mamat menepuk tangan dan melambai Anjingnya.
Tak lama kemudian datang seorang MP dan memberi tabik hormat.
“Assalamualaikum tuan. Tuan di minta ke bilik operasi sekarang”
Arahan siapa? Sampai MP yang panggil? Fikir Tun Mamat.
“Maaf tuan, saya di arahkan oleh kolonel Hashim(samaran) untuk menjemput tuan.”
"Dah main jemput jemput pula, goreng pisang tak ada?" Seloroh Tun mamat.
"Baik, nanti saya datang". Sambung Tun mamat.
“Maaf tuan, saya di arahkan membawa tuan kesana.” kata MP.
Tun Mamat menurut. Mereka berjalan ke bilik operasi.
Setibanya ke bilik operasi. Kolonel telah memperkenalkan kepada Leftenan kolonel Uncle Sam.
"This is one of our best man, Tun Mamat". Lalu penerangan di sampaikan.
“We hope your team can provide us Quick Reaction Force (QRF) ” Ujar Lt Co Uncle Sam.
"Ye mangkuk kau.." Tun mamat bersuara.
"Pordon Sir?" Pintas Lt Co.
"Yes of course". Tun mamat membalas.
"Oh, great. Proximity on 2300 hour. On operation eagle".
Maka selesai taklimat bersama dengan Uncle sam.
Tun mamat lantas mengarahkan Skuadronnya berkumpul untuk modul operasi. Supaya anggotanya
bersiap sedia dengan segala kelengkapan. Pihak Uncle Sam juga ada membekalkan peralatan untuk
di gunakan semasa operasi.
“Tuan.. Mana seal Team mereka yang kata hebat sangat” sempat lagi koperal bertanya.
“Seal ni setahu saya anjing laut. Maka dekat laut je boleh lah. Kena darat, kekeringan idea mereka.
” salah seorang pendekar menjawab sambil memasuki peluru dalam magazine.
“Mereka itu perasan je hebat macam cerita lakonan Hollywood". Bidas Tun Mamat sambil
menunjukkan gaya Rambo menembak menggunakan GPMG.
Mereka semua ketawa melihat gimik Tun mamat. Ada-ada je.
"Mereka ada bagi satu device dan operation manual. Untuk kita guna. Saya akan cuba belajar apa kegunaan dan keistimewaannya" Tun mamat berkata.
“Benda apa itu tuan.” pendekar bertanya sambil membelek peranti yang telah di berikan oleh
tentera dari Uncle Sam.
“Alat ini mampu memudahkan kerja kita. Tetapi saya harus memahami dan mahir gunakan. Dalam
gelap pun kena tahu suis ini untuk apa.” ujar Tun mamat.
“Nampaknya misi kita ini makin mencabar. Anggaplah sebagai perhargaan buat kita" sambung Tun Mamat.
"Semua anggota jumpa saya di surau maghrib nanti. Tiada pengecualian. Kita ada tazkirah.”
Tun mamat menyambung kata.
Tun mamat mempunyai pengetahuan agama yang baik. Pandai berinteraksi walaupun muda. Dia
mampu memberi pemahaman yang baik. Setelah selesai Isya’. Mereka menjamu selera di mes.
Menjelang 2200 jam mereka telah berkumpul untuk sesi taklimat Eagle Operation.
"Operasi akan di jalankan sejam dari sekarang".
Filtration 2
Sesi penerangan disampaikan oleh CO (commanding officer). Segala kelengkapan telahpun disiapkan. Beza tugasan pada kali ini adalah untuk membantu meringankan beban tentera Uncle Sam. Mungkin
ramai yang tertanya-tanya kenapa kita yang ditugaskan? Sebelum ini banyak desas-desus mengatakan tentera mereka hebat. Apakah mereka takut untuk keluarkan aset mereka. Apatah lagi apabila
mendapat modus operandi yang mencabar.
Itulah persoalan yang bermain dalam minda pendekar. Yang jelas, pendekar sebenarnya adalah jauh
lebih hebat daripada mereka. Kerana ada TUGASAN YANG TIDAK MAMPU MEREKA LAKSANAKAN. Selepas mendengar apa yang Lt Colonel Uncle Sam katakan, semua pendekar
rasa kembang hidung. Namun misi ini memerlukan pendekar memasuki jauh ke kawasan musuh.
Tentu tentera Uncle Sam kagum dengan keupayaan pendekar.
Pendekar bukan sahaja menjadi Quick Reaction Force (QRF) untuk Uncle Sam. Malah tentera Nato
juga memerlukan khidmat pendekar. Seringkali pendekar diuji kemampuannya untuk menjadi sebuah pasukan khas yang disegani.
Dalam misi kali ini, pendekar harus memasuki kawasan musuh bertujuan menyelamatkan juruterbang pesawat Uncle Sam yang ditembak jatuh..
Tepat pada jam yang di janjikan. Langkah disusun diiringi doa dan salam dengan niat akan memberi
salam semula. Tun Mamat dan pendekar merempuh kepekatan malam. Mereka sememangnya terlatih untuk berjalan jauh (berlari). Bayangkan jika anda berlari berkilometer dengan rakan karib, yang
mana anda tidur sebantal dan makan sepinggan.
Apa yang akan anda fikir sewaktu itu?
Adakah kematian yang anda fikirkan?
Jika anda fikirkan tentang hal yang buruk akan berlaku, jelas ia tidak membantu.
Apa yang Tun Mamat dan semua pendekar fikirkan adalah kejayaan.
Mereka hanya fikirkan mereka berjaya.
Sampai ke sebatang sungai, Tun Mamat mengarahkan mencari kayu atau apa pun yang mampu
buatkan ia terapung. Tun Mamat mendapatkan sebatang kayu untuk berpaut. Google dan snorkel
yang ada digunakan. Hari hampir siang. Mereka akan dikesan jika terlalu terdedah. Lalu mereka
hanyut perlahan-lahan bersama batang kayu.
Dalam tazkirah Tun Mamat sebelumnya, sebenarnya ada meminta pendekar berpuasa. Mereka tidak
boleh makan seperti biasa kerana berada di dalam air. Pun begitu, pendekar memang telah diajar bagaimana untuk makan dan minum di dalam air. Perkara wajib bagi setiap pendekar agar tahu. Tun Mamat sendiri mengakui pernah bersama dalam latihan mereka. Selama 5 hari dan 5 malam berada
di Laut Cina Selatan, berenang ke Pantai Mersing. Mereka sememangnya telah sedia dilatih begitu. Bagaimana mereka makan dan minum... (TolongJanganTanya).
Apabila menjelang Maghrib, mega-mega merah telahpun kelihatan di langit. Dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim, Tun Mamat meneguk air sungai untuk berbuka puasa. Mereka masih
berada di dalam sungai lagi. Apabila hari telah pun gelap, mereka mula keluar dari dalam air. Tun
Mamat mengarahkan untuk melihat perimeter. Setelah memastikan perimeter selamat, mereka membersihkan diri untuk beribadat sambil dikawal. Setelah selesai, mereka makan sambil
bergilir-gilir mengawal.
Tun Mamat membuka peta. Mencari kedudukan terakhir pesawat. Tun Mamat mengunakan alat yang diberikan. Jika dilihat dari luarannya, alat terbabit kelihatan seperti sebuah iPhone yang besar. Atau
bateri yang besar . Dengan fungsi GPS serta infrared night vision, ia mampu mengesan haba. Ia perlu disambung ke suatu alat(kamera). Memang mengujakan pendekar pada masa tersebut. Canggih tu.
Kedudukan pesawat akhirnya berjaya dikesan dan dikenal pasti. Pendekar sedar, tentu unit SOF
tentera zalim akan mencari juruterbang terbabit untuk dijadikan tebusan. Berkemungkinan
pertempuran adalah hal yang tidak dapat dielakkan.
Juruterbang ditembak jatuh menggunakan sistem SAM yang dipasang sekitar gunung. Pesawat
digunakan untuk mengebom kawasan strategik. Contohnya lokasi minyak dan lojistik musuh, kerana
ia mampu melengahkan pergerakan mereka. Dari segi peralatan memang berpihak kepada Tun
Mamat. Tambahan pula, Tun Mamat membawa bersama Jonny, anjing peliharaannya. Haiwan yang
dilatih untuk mengesan. Alatan yang dibekalkan memang banyak membantu. Tetapi kedudukannya
harus pegun. Bukan sesuatu yang bergerak. Gambar tidak kelihatan jika objek bergerak. Jauh berbeza dengan night vision yang diguna pakai sekarang.
Tun Mamat mengarahkan supaya peralatan disimpan. Silencer digunakan untuk minimize bunyi
tembakan. Sebenarnya masih lagi kedengaran bunyi tembakan bagi yang mampu memahami
daripada mana dan bagaimana rifel tadi berfungsi. Satu klik dan satu klik. Sambil anak mata
menjeling kiri dan kanan. Tepat memandang sasaran. Mata tidak berkelip saat picu dicekah.
Melihat mangsa atau menjadi mangsa. Pada saat ini, anda tak fikir peluh jantan keluar. Bukan waktu
untuk merasa bergigil atau terketar. Selangkah demi selangkah pendekar melangkah. Tun Mamat
memberi isyarat tangan.
Posisi diambil untuk kedudukan menunggu daripada alat terbabit. Setelah meneliti keadaan cerun
dan berbukit, Tun Mamat pasti mereka akan melalui kawasan terbabit. Spotted! 9 orang SOF tentera
zalim dan 3 ekor anjing pengesan. Macam mana boleh tahu mereka SOF?
Tun Mamat menerangkan daripada formasi turutan ganjil dan… (TJT). Sesuatu team apabila
berjalan tanpa unit sokongan, mereka adalah pasukan elit. Oleh kerana berdepan dengan pasukan
elit, mereka juga dapat mengesan kehadiran Tun Mamat. Buku bertemu ruas. Seni peperangan
pasukan bertandang dan tuan rumah yang menjaga tanah air mereka. Tentu sekali bersemangat
untuk mempertahankan negara mereka.
Satu peluru, satu musuh.
Filtration 3
Bismillahirrohmanirrohim
كل نفس ذائقة الموت
Kullu nafsin zaa iqotul maut
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Dalam kedinginan dan kepekatan malam, mata liar mencari sasaran. Sambil menunggu pelarian. Sebelumnya Tun Mamat telah mengarahkan supaya Sniper tinggal di belakang. Buka alat tadi untuk pemerhatian.
Dengan alat terbabit, amat mudah untuk mengesan objek pada waktu malam. Tun Mamat
mengarahkan supaya pendekar memakai dog tag di belakang. Supaya plat berkilau nampak di
belakang. Biasanya dog tag mempunyai 2 plate oval. Bagi memudahkan Sniper mengesan dari
jauh.
Anak Batu Pahat jika dada tak berisi dia tidak keluar rumah. Tun Mamat bukan kecil anak.
Dalam masa menunggu Tun Mamat sempat membaca 7 fatihah dan 7 kursi. Mereka berada di posisi menunggu. Tidak lama kemudian suasana sunyi dipecahkan dengan suara orang berlari. Tun Mamat mengeluarkan isyarat bunyi burung. Maka pendekar yang lain tahu ianya sebuah isyarat.
Bunyi orang berlari semakin kuat. Dan ada terperasan kelibat seorang melintas. Tun Mamat
membentes kaki orang tersebut serta menguncinya. Tun Mamat menekap mulut orang itu seraya
berkata..
"We are from Malaysia trying to help you out".
"Are you clear?"
Tun Mamat membuka mulut orang itu. Sebelum itu Tun Mamat menarik dog tag tanpa
pengetahuannya.
Dia berkata..
"Yes, clear".
"Take this and hide behind". Sambil Tun mamat menyerahkan SIG (assault rifle) nya.
Masih menunggu beberapa ketika. Mereka terdengar bunyi anjing. Apabila agak berdekatan, Tun
mamat mengarahkan anjing yang dibiar kelaparan tadi berlari untuk mendapatkan makanan .
Sambil membaling seketul daging seberapa jauh.
GO Jonny..
Sepantas kilat anjing yang dibiarkan kelaparan tadi berlari. Kejar untuk mendapatkan makanan.
Tujuan Tun Mamat membawa anjing adalah untuk tugasan mengesan dan mengalihkan perhatian.
Suara gonggongan makin kuat. Semua anjing tentera zalim kejar ke arah Jonny. Apabila anjing
tentera zalim melihat Jonny sedang makan. Anjing itu terus gonggong. Jonny lari kan diri sambil
dikejar oleh anjing2 tentera zalim.
Tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan. Tun Mamat sebenarnya tidak menyedari bahawa
kawasan lapang di sebelah ada periuk api. Tanpa menyangka keadaan Tun Mamat sedar nasib Jonny
serta 3 ekor anjing tadi.
"Glupi pas (anjing bodoh) svi su mrtvi (mati semua) nastaviti da trazi (teruskan mencari)"
Salah seorang dari mereka bersuara.
Dalam ketika mereka ketiadaan anjing. Maka adalah satu kelebihan bagi Tun Mamat. Seorang demi seorang tentera zalim melepasi Tun Mamat.
Bunyi tembakan dari weapon silencer.
Supp, supp, supp. 9 das tembakan untuk 9 orang. Seorang demi seorang tentera zalim rebah.
Mereka keluar dari tempat persembunyian. Untuk memastikan mereka benar benar mati dan
mengenal pasti dengan unit mana mereka berdepan.
Tun Mamat bersuara.. Allah Hu Akhbar.., ini hanya Arkan’s Tiger. The Serb Volunteer Guard (SVG)
Unit gempur mereka. Kita bermasalah ni. Unit khas belum keluar.. “ ujar Tun mamat.
Unit Sniper yang berada di belakang menjejak 5 orang . Namun kerana masalah jauh mereka tidak
dapat berhubung dengan yang lain. Unit telekomunikasi berada di belakang.
Ini kerana Sniper dapat mengesan dari alat yang di bekalkan. Kamera night vision mengesan
pergerakan 5 anggota.
Tanpa Tun mamat mengetahui keadaan di belakang mereka. Tun mamat segera meminta mereka
beredar. Dengan tidak menyedari keadaan. Mereka terdengar bunyi tembakan dari arah belakang.
Ahh… . Salah seorang pendekar menjerit. Menahan kesakitan di tembak. Seorang pendekar rebah.
"Tuan saya terkena tembakan".
Tun Mamat menjawab. “ Dah mati belum? Kalau belum KAU BANGUN DAN BERJALAN".
Dengan nada menjerit. Tun Mamat memang terkenal seorang yang tegas. Sambil itu mereka
membalas tembakan double tap 3 kali. Isyarat yang sangat di kenali.
Sniper tidak dapat menjalankan tugas kerana keadaan hutan yang gelap. Sukar untuk membidik
sasaran pada ketika itu.
Tun Mamat mengarahkan tentera Uncle Sam supaya memapah seorang Pendekar yang tercedera
ke tempat Sniper.
Maka Tun Mamat hanya tinggal berlima untuk berdepan dengan setuasi. Tun Mamat masih tidak
tahu berapa ramai tentera zalim. Tun Mamat nekad biasa tidak lebih 18 orang.
Jika ini pengakhirannya maka, mereka akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Dalam pada itu, sniper tetap bertahan di kedudukannya. Menunggu clear shot untuk melepaskan
tembakan.
Terdengar suara dari belakang pokok dengan nada menjerit. “ Comrades “ pust boy kak muzhchina.
Tun Mamat mendengar.. Ini nada Rusia. Dan terdengar lagi.. Comrades let fight like a man.
Show your self and rise your weapon” Tun Mamat mencelah.
Mereka datang dengan tangan serta senjata di atas. Memang sah 5 Spetsnaz komando Russia. Dengan nama jolokkan Frogmen. Main Intelligence Directorate.(MID).
Respect mereka kerana datang dengan angkat tangan. Inginkan hand to hand combat. Jelas
terpampang lambang seekor helang berkepala dua serta crown.
Bertembungan 5 dan 5. Seorang dari mereka berkata. “ Who incharge here".
"Leftenan Tun Mamat". (ganti nama) Tun mamat berkata.
"Let have a deal. I will fight you.
You loose and you all dead". (broken english)
"If you win. My comrades will set you free".
"Have a deal" tanya mereka.
Tanpa berfikir panjang Tun Mamat menjawab.
"I accept your challenge".
Buat pengetahuan kalian, badan mereka memang sado. Besar jangan cerita. Tun Mamat sendiri
terpaksa mendongak untuk melihat.
Kalau sekali pandang kalau hidup. Tun Mamat pasti makan bubur selama 2 minggu dengan straw.
Tun Mamat terkenal dengan buah sendengnya. Anak buah uda Hamid lah katakan. Maka mula pesta
di antara mereka.
Spetsnaz memulakan tumbuk. Tun Mamat langkah L ke kiri seperti pergerakan catur kuda. Tangan
kanan menahan tumbukan dan tangan kiri Jep ke rusuk kiri. 3 liang pukulan sendeng. Tiada apa yang berlaku. Spetsnaz side kick kaki kiri. Tun Mamat tarik L kaki kanan. Dan front kick kaki kiri ke celah kelengkang. Dupp. Kedengaran. Celaka! Rupanya pakai Ball Guard. Bila berdepan dengan orang yang besar dari kita. Biasakan rapat dengan dia. Ini bagi mengelakkan full swing lawan. Yang pasti
terlentang kalau terkena. Saling membalas tumbukan dan sepakan. Tun Mamat hanya tumpukan
pada sendi lutut dan tangan. Supaya dia jatuh dan tak bergerak.
Bubppp! Tun Mamat terkena side kick di perut. Terpelanting ke belakang hampir 2 meter. Spetsnaz mengangkat tangan tanda berjaya. Dalam menahan senak serta mengawal nafas Tun Mamat cuba bertenang. Sambil itu membaca Bismillahirrohmanirrohim
Kaaf jari kelingkeng di genggam Ha jari manis di genggam Ya jari hantu di genggam Ain jari
telunjuk di genggam dan Sod ibu jari tangan kanan di genggam.
Begitu juga sebelah kiri. Ha Mim Ain Sin Kaf bermula dari jari kelingkeng ke ibu jari.
Dan pasak diri satu kalimah.
Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.
Maka terus berlawan menumbuk menepis. Sehingga Tun Mamat dapat peluang kedudukan buah
Mersing 13 (untuk wanita /lelaki biasanya 12 buah)
Hak kununallah sertampa Jibril min Kullu nafsin zaa iqotul maut. Terus tumbukan ke dagu spetsnaz.
Maka tersembuh lah nafasnya. Dia hampir tumbang dengan menggeleng kan kepala. Kesilapan dia mengeluarkan bayonet. Lalu di hunus ke Tun Mamat. Terkena tangan kiri Tun Mamat. Dengan
sepantas kilat Tun Mamat mengeluarkan dagger komandonyanya dan menikam tepat ke arah leher.
Darah panas spetsnaz memancut keluar. Terus rebah di situ.
Spetsnaz yang lain tercegat diam. Tun Mamat mengarahkan pendekar mengangkat senjata dan
jangan tinggalkan saksi. Pendekar mengikut arahan lalu menembak mati kesemuanya. Akibat dari pergelutan itu Tun mamat pecah dagu, gigi geraham patah 2 batang dan luka dicium bayonet
spetsnaz di tangan kiri.
Tun Mamat agak melayan masa tu. Dan kepenatan amat sangat apabila bertempur hampir setengah
jam. Memang meletihkan.
Kalau boleh lidah di gulung. Nak gulung lidah itu. Tanda tercungap.
Mereka mula beredar dari situ. Lalu Tun Mamat mencampakkan rantai leher tentera Uncle Sam
di tempat kejadian. Berkumpul di tempat Sniper. Tun Mamat mengarahkan mengawal perimeter.
Dia antara pendekar keluarkan first aid. Untuk mengeluarkan peluru yang terbenam di kaki. Setelah
selesai balut luka. Giliran Tun Mamat dijahit mentah-mentah (tanpa bius) di tangan kiri nya. Tun
Mamat hanya diam apabila jarum bengkok menembusi tangan nya. Setelah selesai semuanya
mereka meneruskan perjalanan.
Kali ini mereka tidak dapat lari lagi seperti mula. Oleh kerana ada anggota yang tercedera. Maka perjalanan harus diteruskan. Hari hampir subuh. Apabila telah agak jauh dari tempat kejadian, Tun
Mamat melihat kawasan sekitar.
Tun Mamat bersuara, "Koperal, kita berteduh di sini. Gali lubang untuk tidur".
Mereka mengali lubang seperti dikehendaki. Sebelum itu Tun Mamat mengarahkan memasang clay dibeberapa lokasi. (TJT)
Oleh kerana mereka belum berehat. Kesempatan ini di ambil untuk berehat. Berbekalkan clay yang
di pasang. Mereka dapat rehat kesemuanya. Menjelang pagi mereka telah berada dalam tapak persembunyian. Mereka hanya perlu menunggu hingga malam hari untuk bergerak.
Yang di tugaskan berjaga telah keluar mengendap dan memantau kawasan sekeliling. Setelah
dipastikan selamat, barulah dibangunkan yang lain. Seorang demi seorang keluar seperti hantu
kubur keluar dari tanah. Tun Mamat mengarahkan supaya mengalas perut sambil ada yang menjaga kawasan. Tun Mamat mengunakan debu tanah untuk bertayamum. Setelah selesai beribadat, Tun
mamat membaca 7 fatihah dan 7 kursi serta ayat 9. Tun Mamat mengarahkan pendekar yang lain
berbuat demikian.
Tun Mamat terus berjumpa dengan tentera Uncle Sam dan berkata.
"What ever you see or you don't see, keep calm and just go. Are you clear?"
Jawab nya. "Yes sir, I do".
Jawab Tun Mamat dan bertanya pendekar yang cedera. “ ok good. Bagaimana kaki kau.? Boleh
gerak lagi.? Tak matikan.?”
Jawab pendekar yang cedera..
"Memang tak mati tuan. Tapi saya tiada apa, yang hilang" sambil tersenyum menunjukkan gigi.
Tun Mamat hanya tersenyum. Lalu Tun mamat menjawab..
"Rasa macam nak pitam. Gelap kejap aku. Masa terkena tumbukan dia. "
Yang lain pun ketawa.
Mereka berdoa dan terus meneruskan perjalanan. Oleh kerana mereka berjalan mereka harus terus
berjalan tanpa henti.
Dalam masa berjalan Tun Mamat melihat tentera Uncle Sam menoleh kiri dan kanan serta belakang.
Kerap menoleh.
Tun Mamat bersuara. "Keep moving"
Tentera Uncle Sam kerap menoleh lagi. Kerana mencari pendekar yang tidak kelihatan. Tun Mamat menepuk bahunya.
"Keep moving".
Dia tersentak dengan terpandang Tun Mamat yang tiba tiba kelihatan. Wajahnya kelihatan pucat menakutkan setelah kelihatan Tun mamat.
Tiba dilokasi yang telah ditetapkan, mereka segera menghubungi Base. Dalam masa tak sampai 15
minit, 2 buah jet pejuang Uncle Sam meredah kesunyian subuh. Tidak sampai 10 minit kedengaran
bunyi helikopter. Isyarat diberikan di tapak mendarat. Lalu mereka semua menaiki 2 buah helikopter
dan diiringi dengan helikopter tempur Uncle Sam.
Alhamdulillah, kesemuanya terselamat. Mereka yang cedera telah mendapatkan rawatan. Misi
pendekar berjaya setelah 4 hari jauh di pedalaman kawasan musuh.
Selepas juruterbang dari Uncle Sam itu di selamatkan. Dia ada menceritakan tentang kehebatan
pendekar. Yang jelas semasa dia di iringi pulang sebelum menaik helikopter. Dia tidak nampak
seorang pun pendekar yang mengiringi dia. Kerana itu dia kerap menoleh.
sumberrejimengerakkhaspageggk
Sumber TKO - 17-10-2017
Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan
militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.
Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS
daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.
Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua
lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.
Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah
malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan
tentera AS dengan selamat.
Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa
atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di
Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.
Memetik sumber dari sebuah laman UtusanOnline yang bertarikh 3 hribulan Oktober 2007, Leftenan
Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.
Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion
Malaysia di Somalia.
“Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima
arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera
pengaman dari Pakistan.
“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16
kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.
Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar
bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.
Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah
lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.
Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC
Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.
“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan
seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.
“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung
keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.
Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa
trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.
“Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel.
Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi
menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari
pelabuhan tersebut.
Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh
helikopter AS.
“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap
kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat
duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.
“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada
tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.
“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai
bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.
Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM
dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama
trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16
buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.
Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu
check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki
‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.
Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang
ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat
tersebut.
Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang
mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.
“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM – konvoi pertama dan kami
kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.
“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya
termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah
bangunan, Hotel Olimpic.
Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.
“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.
“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang
terpahat pada diri setiap anggota.
“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian
belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,”
katanya.
Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak
kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang
berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.
“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala
73 yang lain cedera.
“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul
7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.
Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta
perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di
persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.
Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan
tentera AS yang terperangkap.
Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara,
Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi
menyelamat sekumpulan tentera AS.
Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata,
beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.
“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya
dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama
telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan
di kawasan selamat,” katanya.
Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja
kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.
Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya
tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena
pada mata pemandu kereta perisai.
“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat
seperti diarahkan,” katanya.
Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari
mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.
“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam
sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam
setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.
“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah
mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal
dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.
“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM,
perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang
bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.
“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka
semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.
Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal
Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.
Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai
dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.
Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd.
Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua
lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.
Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan
Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.
Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh
dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan
melalui filem Black Hawk Down.
Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui
layar perak.
sumberblogmazeer
Sumber TKO - 17-10-2017
Akan ada kah 3 penjuru?
Posted on Monday, October 16 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35946
|
Assamualaikum, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, akan ada kah 3 penjuru? Satu soalan yang bagus untuk membangunkan minda walaupun ada pihak pihak dalam PH masih tetap mahu menafikan.Berpijak di bumi yang nyata dan menganalisa fakta fakta logik yang berlaku sekarang ini sepatutnya menjadi akuan kepada orang orang yang progresif dan positif, bukan terus menerus menafikan fakta dan mengolah semula menjadi fitnah yang nyata.
Fakta yang terjadi sekarang menunjukkan kehadiran PH semakin dipinggir rakyat.Perhimpunan dan road show yang PH jalankan semakin hari semakin merudum sambutannya yang boleh dilihat dengan nyata dan jelas.Jadi kenapa masih PH berangan angan untuk menggantikan kerajaan korup BN sekarang ini kerana rakyat nampak macam semakin meluat dengan PH dan semakin menerima PAS sebagai parti yang bakal melawan BN dalam PRU 14 nanti.Oleh itu apakah akan ada pertandingan 3 penjuru dan dakwaan bahawa PAS hanya menjadi pengacau kepada cita cita PH untuk menang pilihan raya itu munasabah sebab fakta yang nampak sekarang yang bakal menjadi pengacau ialah PH, pengacau undi kepada PAS bukan sebaliknya.
Mat Sabu bercadang untuk menganjurkan himpunan jalanan menjelang piliharaya kerana baginya orang muda lebih gemar kepada demo jalanan daripada duduk mendengar ceramah.Satu pendapat yang agak janggal kerana baru saja himpunan Fastaqaim PAS yang diadakan di tepi pantai Tok Jembal tanpa kemudahan asas yang cukup mendapati kehadiran anak muda yang melimpah limpah dengan motor motor yang berbagai jenis.Anak muda di himpunan Fastaqim membuktikan mereka bukan kaki rempit yang sukakan demo jalanan sebagaimana didakwa Mat Sabu.
Sebaliknya demo jalanan yang dirancang Mat Sabu mungkin menjadi nisan kepada kubur PH. Satu nisan untuk PH sudahpun terbentuk di perhimpunan kleptokrasi baru lalu.Bukti kehadiran menunjukkan trend menolak PH di kalangan rakyat.Bukan sahaja PH, malah parti parti gabungannya juga menerima batu nisan masing masing.PKR yang pernah gah ketika bersama PAS kelihatan beransur ansur menjadi tenat di negeri mereka sendiri.Berita yang disebarkan sendiri oleh PKR bahawa mereka lupa membawa tiang bendera menyebabkan bendera PKR tidak dapat dikibarkan di perhimpunan kleptokrasi menjadi tanda awal kesakitan yang dialami PKR dan menjelang PRU 14 mungkin PKR akan lumpuh sepenuhnya.
Begitu juga PAN, yang lebih cakap dari gerak.Jin Husam semakin menjadi jadi membawa berita palsu satu persatu sehingga rakyat yang tidak berpelajaran sendiripun dengan senangnya faham apa yang cuba Jin Husam lakukan.Natijahnya boleh dilihat dengan jelas di perhimpunan auta kleptrokrasi tempoh hari.
Sudah jelaspun klentong demi klentong yang dibuat PH.Rakyat Malayisia bukan bodoh, walaupun masih ada segelintir yang membiarkan diri mereka diperbodohkan PH tetapi bilangan mereka semakin hari semakin berkurang.Buktinya, lihat saja pada kehadiran pada perhimpuan Bersih anjuran PH dan lihat bagaimana trend kehadiran semakin menurun sehingga perhiimpunan kleptokrasi tempoh hari.Begitu juga pada setiap ceramah road show mereka, siapa yang datang dengar? ramai jin yang halimunan dari manusia!
Trend ini boleh berterusan kalau PH menganjurkan pula demo jalanan nanti.Demo itu boleh menjadi nisan yang kedua kepada PH dan sekaligus menghilangkan tanda tanda pertandingan 3 penjuru di PRU 14 nanti.
Sama samalah kita semua tunggu jawabannya............
Sumber TKO - 16-10-2017
Seronok juga melihat usaha sesetengah pihak memberikan naratif “kejayaan” Himpunan Anti Kleptokrasi di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi dari segi sambutan peserta.
Pada pengamatan saya, walaupun penganjur sendiri mengumumkan pada akhir himpunan bahawa jumlah kehadiran peserta adalah 25,000 orang, himpunan ini adalah satu kegagalan.
Ini kerana acara ini bukan acara biasa tetapi “acara raksasa” yang merupakan kemuncak semua himpunan 1MDB di seluruh negara bermula di Kepala Batas sejak 6 Julai lagi.
Apatah lagi sebelumnya Pengarah Mobilisasi dan Pengarah Teknikal Himpunan, Mohamad Sabu dan Muhammad Faiz Fadzil, yakin mereka akan mencapai matlamat 100,000 peserta.
Jumlah diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pula ialah 4,000 orang manakala portal berita Malaysia Kini pula meletakkan kemuncaknya pada 8,000 orang.
Mohamad Sabu sendiri dalam ucapan beliau malam tadi secara tersirat mengakui bahawa kehadiran peserta adalah tidak memuaskan dengan Padang Timur MBPJ tidak penuh.
Kata Mohamad Sabu: “Padang itu kita tahu ada sedikit basah tuan-tuan lebih rela duduk di luar, bahkan ada yang sewa hotel duduk dalam hotel, mendengar daripada sini”.
Agak kelakar bunyinya memberikan alasan “padang basah” sebagai punca padang tidak penuh sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berucap mengenai tiada hujan.
Lebih kelakar lagi bila disebutkan mengenai peserta himpunan yang datang dari jauh tetapi lebih selesa memilih untuk mendengar ucapan para pemimpin dari dalam hotel.
Sebegini lembikkah para penyokong Pakatan Harapan di dalam menegakkan perjuangan mereka sehingga sudah mengaku kalah walau hanya dengan “padang basah”?
Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad berbunyi “saya dapati bahawa ternampak padang hijau di belakang sana” adalah juga pengakuan bahawa Padang Timur MBPJ tidak penuh.
Begitu juga pengakuan Mohamad Sabu bila himpunan berakhir bahawa “golongan muda lebih berminat dengan demonstrasi jalanan berbanding mendengar ceramah dan ucapan”.
Seperti pernah disebut, himpunan ini sekadar mampu memobilisasikan rakyat yang sudah sedia membenci kerajaan, bukan pengundi baru, untuk meluahkan kemarahan mereka sahaja.
Tumpuan himpunan ini juga pelik kerana kajian INVOKE Malaysia sendiri mendapati bahawa pengundi lima kali lebih risau mengenai kos sara hidup berbanding isu 1MDB.
Tumpuan seharusnya diberi kepada tawaran-tawaran dasar substantif yang boleh menarik pengundi, khususnya Melayu, berbanding berterusan memainkan sentimen kemarahan.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sumber TKO - 16-10-2017
"Pertempuran Epik Yang Tidak Didendangkan Kepada Dunia
JIKA ada individu di kalangan rakyat Malaysia yang berani mendabik dada bahawasanya konfrantasi Indonesia-Malaysia hanya satu perang mulut sahaja tanpa pertumpahan darah adalah antara mereka yang paling dangkal sejarah. Ditambahlagi, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang gah berselindung di sebalik nama-nama besar NGO yang cuba memperkotak-katikkan jasa Veteran Perang Komanwel juga antara mereka yang paling jelek kerana tidak tahu menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka demi keberadaan sebuah negara yang baru dibentuk iaitu Malaysia, 54 tahun dahulu.
Ya, mungkin kita sekarang hidup senang dengan mampu bermain “tembak-tembak” dengan applikasi telefon mudahalih sahaja tetapi ketahuilah di awal berdirinya satu negara bergelar Malaysia sekarang kita jangan pernah lupa bahawa nun jauh di perbatasan Malaysia/Indonesia khususnya di Sarawak mahupun Sabah, rentetan perang-perang sebenar banyak berlaku namun tidak begitu didendangkan buat pengetahuan dunia.
Mengimbau sejarah rentetan perang-perang “Ganyang Malaysia” yang berlangsung dari tahun 1964-1966, terselit satu sejarah perang yang amat luar biasa iaitu lokasinya adalah di Plaman Mapu iaitu satu perkampungan kecil yang terletak kira-kira 1800 meter antara perbatasan Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan. Pertempuran di Plaman Mapu ini menyaksikan tentera Negara Komanwel iaitu unit tentera British yang dikenali sebagai “6 Platoon, B Company, 2nd Battalion The Parachute Regiment”. Satu unit platun seramai 36 orang melawan satu unit kompeni tentera elit komando Indonesia KOPASSUS yang mana jumlah keanggotaannya 400 orang, begitulah epiknya satu pertempuran yang pernah berlaku pada tanggal 27 April 1965.
Kesemuanya bermula menjelang cuti Krismas dan tahun baru iaitu 31 Disember 1964, apabila satu unit platun tentera British yang menerima panggilan tugas untuk dihantar ke Malaysia bagi menyertai Operasi Claret yang merupakan satu operasi ketenteraan Malaysia dan Negara-negara Komanwel. Diceritakan keanggotaan Unit Platun 6 ini adalah daripada tentera-tentera British yang masih muda belia belaka. Bagi memastikan mereka faham akan segala selok belok hutan di Borneo, unit platun ini telah dihantar untuk menjalani latihan intensif selama enam minggu di Kota Tinggi Jungle Warfare School, Kota Tinggi, Johor. Pada awal Mac 1965 baharulah unit platun ini dipindahkan ke wilayah Sarawak iaitu dengan bertemankan beberapa orang Sarawak Border Scouts untuk menjaga perbatasan Sarawak/Indonesia pada waktu itu.
Dek kerana keadaan mukabumi Plaman Mapu yang berbukit bukau maka mereka telah membina “base camp” di satu kawasan lembah bukit. Seperti kebiasaan untuk sebarang operasi ketenteraan di Borneo, sentiasa ada kerjasama antara tentera dengan masyarakat tempatan. Dikatakan melalui beberapa orang Sarawak Border Scouts yang juga pakar penjejak di hutan serta mampu berkomunikasi dengan baik mengikut dialek masyarkat tempatan, maka satu mesyuarat telah berjaya diadakan diantara tuai-tuai rumah di sekitar Plaman Mapu dengan mereka. Dari sinilah informasi mengenai aktiviti-aktiviti tentera Indonesia yang sudah bergerak di luar sempadan boleh diketahui dengan mudah.
Menjelang beberapa hari sebelum pertempuran berlangsung adalah difahamkan bahawa cuaca tidak begitu baik. Di dalam kebasahan serta kesejukan, unit platun 6 tetap setia dengan tugasan mereka membuat rondaan di sekitar perbatasan dan adakalanya memaksa mereka turut melangkaui sempadan sehingga ke wilayah Kalimantan bagi memastikan tiada pencerobohan dilakukan. Namun begitu walau begitu ketat rondaan mereka, sempadan Sarawak tetap mampu diceroboh oleh tentera Indonesia lebih-lebih lagi di waktu malam.
Akibat daripada hujan lebat dan suasana malam yang gelap, unit sentri Platun 6 tidak menyedari bahawa mereka sentiasa diperhatikan dari jauh oleh KOPASSUS. Segala aktiviti dan rutin malah juga kekuatan mereka telah diamati dengan sebaik mungkin oleh KOPASSUS sehingga memungkin mereka telah mengatur satu strategi serangan yang teratur untuk memerangi unit Platun 6 yang berkubu di Plaman Mapu.
Tanggal 27 April 1965 iaitu kira-kira jam 4.00 pagi walau di dalam suasana masih gelap dan hujan, seorang tentera yang bertugas di kawalan sentri iaitu Prebet George Avere berdasarkan nalurinya serta kepekaan telinganya telah berjaya mengamati bunyi derap kaki musuh yang sedang mengatur kedudukan formasi serangan betul-betul di kawasan “base camp” mereka. Kerana tidak mahu mengambil risiko, beliau telah memaklumkan hal tersebut dengan membuat komunikasi radio terus kepada Ketua Komandernya namun akibat daripada bunyi bising hujan dan sebagainya hubungan itu tidak diendahkan.
Hendak dijadikan cerita, kira-kira jam 5.05 pagi iaitu pada masa itu Prebet Avere baru sahaja menyerahkan tugasan sentri kepada anggota seterusnya iaitu Prebet John Kelly dikala itulah tanpa mampu dicongak oleh mereka serangan bermula dengan peluru bertali arus berserta mortar daripada sekeliling perimeter base camp mereka. Dikala itu kesemua unit platun seramai 36 orang yang mana tidak bertugas masih lagi nyenyak tidur dibuai kesejukan malam telah bangun dan mengapai apa sahaja senjata yang mereka ada.
Di dalam serangan hendap ini ada yang hanya berseluar pendek tanpa pakaian dan sebagainya merangkak dan berlari di dalam gelap mencari perlindungan dan cuba berbalas tembakan. Di dalam suasana dihujani peluru dan mortar musuh inilah seorang anggota tentera iaitu Prebet Harry Smith telah terkena tembakan musuh di kepala dan mati serta merta. Manakala Prebet Kelly bersama-sama Prebet Avere yang menjadi sentri berkubu di kawasan mereka telah diserang langsung dengan senjata RPG 7. Disinilah Prebet Kelly dikatakan mengalami kecederaan parah manakala Prebet Avere turut menerima nasib yang sama. Biar cedera mereka masih lagi berpegang pada senjata yang ada, berbalas tembakan sementara menunggu rakan-rakan yang lain bersedia di kawasan masing-masing.
CSM William yang merupakan ketua unit platun pula bergerak merangkak-rangkak sehingga sampai ke khemah operasi. Taklimat singkat dari Kapten Fleming tentang kedudukan mereka telah memungkinkan beliau mengambil tindakan nekad untuk cuba mengatur strategi. Bersama-sama dengan empat anggota platunnya, mereka merangkak dengan penuh senyap menghampiri perimeter tentera indonesia yang berselindung di sebalik atas bukit.
Lima orang melawan 30 ke 40 orang tentera Indonesia itulah yang terjadi dengan bersandarkan kepada sub mesingan yang ada, mereka menembak musuh dari jarak dekat. Manakala unit platun yang lain juga diatur menjadi grup-grup kecil antara lima ke enam orang cuba merapati himpunan tentera Indonesia yang sudahpun mengelilingi perimeter kawasan “base camp” pada ketika itu. Taktik ini biar strategi menempah maut tetapi itulah sahaja yang mampu digunakan kerana mereka sebenarnya diserang hendap dengan musuh mengelilingi mereka di semua arah. Strategi ini berjaya mengusir pihak musuh untuk berundur sehingga jauh ke dalam hutan yang berdekatan.
Keadaan kembali reda buat seketika tetapi unit platun 6 tidak leka kerana mereka tahu sebarang kemungkinan untuk tentera Indonesia kembali menyerang itu tetap ada. Dan sememangnya telahan itu benar kerana kali ini tentera Indonesia kembali dengan serangan yang lebih berat menggunakan segala senjata berat mereka. Namun pada ketika ini juga anggota platun 6 sudahpun bersedia di kubu-kubu yang mereka bina berserta dengan senjata berat mereka. Tiada belas kasihan, tembakan peluru dari mesingan serta mortar, GMPG dan sebagainya digunakan sebaik mungkin sehingga memaksa tentera Indonesia berundur jauh ke dalam hutan semula.
Bukan itu sahaja, CSM William sudahpun menyediakan separuh daripada anggotanya yang tidak cedera mengejar tentera Indonesia dan menembak mereka yang cuba melepaskan diri. Taktik ini berjaya mengekang kemaraan tentera Indonesia sehingga mereka kembali semula ke wilayah mereka iaitu kem mereka di sebelah sempadan Indonesia.
Di dalam serangan ini menyaksikan 13 orang anggota platun 6 yang cedera parah manakala dua orang lagi iaitu Lans Koperal Ian McKellar dan Prebet Harry Smith terkorban. Kedua-dua jenazah tentera Komanwel ini diterbangkan ke Singapura dan disemadikan di Kranji Cemetery, Singapura beberapa hari kemudian. Malah CSM William turut tercedera terkena tembakan di bahagian mata sehingga beliau menerima kecacatan kekal hanya mampu melihat dengan menggunakan satu mata sahaja sepanjang hayatnya.
Bila keadaan sudah reda dan hari sudah siang, barulah kesemua unit platun 6 yang tidak cedera melakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan “base camp” mereka. Ketika rondaan itulah mereka menjumpai mayat-mayat tentera Indonesia yang mati bergelimpangan di seluruh kawasan mereka akibat daripada serangan mortar dan RPG dari pihak mereka. Difahamkan waima unit platun 6 hanya 36 orang sahaja namun mereka berjaya membunuh hampir 150 orang tentera Indonesia manakala yang lain berjaya meloloskan diri.
Begitulah cerita satu pertempuran penuh epik yang sebenarnya jika difikirkan mana mungkin jumlah yang kecil iaitu satu unit platun mampu bertahan dari satu serangan hendap satu unit kompeni. Bukan unit kompeni yang biasa-biasa sebaliknya anggota komando yang dilatih khusus. Namun semangat serta rasa tanggungjawab mereka bagi memastikan Negara Malaysia tidak sewenang-wenangnya dibolosi maka mereka tentangi juga sehingga ke titisan yang terakhir.
Inilah antara jasa-jasa Veteran Perang Komanwel yang mewarnai dunia pembentukan sebuah negara baru bergelar Malaysia, 54 tahun dahulu. Saban tahun untuk mantan veteran perang dari Unit Platun 6 akan kembali ke Sarawak khususnya di Plaman Mapu serta bersua dengan masyarakat setempat membuat kerja-kerja sosial mereka disamping mengenang peristiwa pertempuran Plaman Mapu pada tanggal 27 April 1965 suatu waktu dahulu.
Jasa mereka sememangnya tidak mampu kita balas dengan wang ringgit sekalipun. Mereka bukan rakyat Malaysia dan bumi Malaysia cukup asing bagi mereka namun mereka setia disamping kita semua kerana ingin melihat Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh empat entiti iaitu Malaya, Singapura (keluar 1965), Sarawak dan North Borneo (Sabah) kekal merdeka dan bebas selamanya dari cengkaman anasir luar waima Indonesia, jiran tetangga kita sekalipun.
Pada mana-mana individu rakyat Malaysia yang mengatakan pertumpahan darah itu tidak ada sewaktu pembentukan Persekutuan Malaysia dan juga yang mempersoalkan mengapa dan kenapa Veteran Perang Komanwel itu diberikan pelbagai anugerah di Malaysia serta mengatakan mereka suku sakat penjajah, hadam dan telan cerita perang ini. Fahami dan resapi segala sejarah sebenar perang “Ganyang Malaysia” kerana perang ini berlaku sewaktu MALAYSIA sudah ditubuhkan iaitu selepas 16 September 1963. BUKAN SENANG MEMBINA SEBUAH NEGARA!!!
Lest We Forget!
-HB-
Rujukan:
Sumber TKO - 16-10-2017
Selepas banyak pihak mendakwa 'Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Sabtu lalu sebagai gagal, Naib Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Salahuddin Ayub tampil membidas kenyataan tersebut.
Salahuddin berkata, perhimpunan itu berjaya mengumpulkan masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.
“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul (sepanjang perhimpunan).
“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut mereka sahaja,” kata Salahuddin dipetik Sinar Harian.
Sebaliknya, Salahuddin berkata himpunan Antikleptokrasi telah berjaya menghimpunkan ramai golongan muda yang menyokong perjuangan pakatan pembangkang itu.
“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan 100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,” kata Salahuddin.
Himpunan Antikleptokrasi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan 25,000 yang hadir menyertainya, namun Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000.
Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.
Pada masa sama, Salahuddin membidas kenyataan mengatakan mereka hipokrit apabila berjanji kepada rakyat.
Sebaliknya semua janji itu adalah sebahagian daripada manisfesto pilihan raya.
“Kami tidak pernah kata nak buang separuh penjawat awam. Apa yang Pakatan Harapan hendak lakukan, adalah mengoptimumkan peranan penjawat awam dan menghapuskan pertindihan tanggungjawab.
“Contohnya, apa perlu SPAD bila sudah ada JPJ. Kenapa perlu tubuh Teraju sedangkan sudah ada Mara.
"Apa perlunya 1MDB bila ada Khazanah. Ini yang kita hendak lakukan (kurangkan birokrasi dalam kerajaan),” kata Salahuddin.
Sumber TKO - 16-10-2017
Himpunan PH ‘berjaya’ himpun pemimpin pencen, sindir pegawai Najib
Posted on Monday, October 16 @ 07:49:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35934
|
No comments:
Post a Comment