BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, October 25, 2017

ISLAM Q N A (JILID 4)




















Poligami Lebih Indah Apabila Dikemudi Dengan Betul


Gambar hiasan
Oleh : NurQaisara
‘Poligami’ akan jadi lebih indah apabila dikemudi dengan cara yang betul dalam sesebuah kekeluargaan yang bahagia.
Sebagai ketua keluarga sudah menjadi tanggungjawab suami untuk bijak mendidik isteri apatah lagi bagi lelaki yang berpoligami.
Begitu juga dengan isteri selalu diingatkan supaya bersangka baik dan saling bantu membantu serta menghormati sesama sendiri.
Yang paling utama dalam sebuah keluarga sentiasa menjaga maruah dan nama baik suami.
Bagi suami pula mesti memastikan selalu solat bersama isteri- isteri termasuk menghadiri kelas agama bersama-sama mereka.
Dan yang paling penting untuk suami membimbing isteri-isteri supaya reda dan tenang serta jalani hidup bahagia.
Selain itu juga, faktor komunikasi dengan isteri- isteri juga penting untuk merapatkan silaturahim.
Apa yang pasti dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Ini diperkuatkan lagi oleh ayat Surah an-Nisa 129 yang menyatakan “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) Apabila al-Quran menegaskan dengan jelas mengenai keadilan terhadap wanita dan layanan yang adil terhadap para isteri, ia juga mengakui betapa mustahilnya memenuhi syarat ini. Dengan menekankan keperluan bagi layanan yang adil dan saksama untuk kesemua isteri, ayat 4:3 tidak boleh dilihat sebagai menggalakkan poligami.
Agama Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin dua, atau tiga atau empat apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu.
Walau bagaimanapun Islam menetapkan si suami berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya.
Seorang yang telah berpengalaman 20 tahun menjalankan hidup berpoligami berkata bahawa dalam menghadapi isu poligami ini, hendaklah seseorang itu berani untuk meneruskan kehidupannya.
Dan jangan lemah dan dan patah semangat dalam mengahdapi apa jua cabaran yang mendatang.
Dugaan dan ujian datang dari segenap sudut, apabila seseorang berpoligami bukan sekadar suka-suka tetapi ada tujuan iaitu untuk berjuang menegakkan agama Allah SWT.
Namun pelbagai tuduhan yang biasa dilemparkan bagi mereka yang tidak bersetuju dengan poligami walaupun ia adalah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.
Ada antaranya yang berkata, perempuan yang berplogami, bernikah kerana ingin menumpang kasih dan kebahagian orang lain, dengan meruntuhkan ruahtangga yang telah dibina oleh isteri pertama.
Oleh kerana perasaan cemburu, mereka berebut ‘batang tubuh’ si suami, sedangkan jasad yang diberikan oleh Allah ruh itu, bila-bila masa akan dijemput ilahi, dan menjadi reput.
Sesungguhnya mereka yang ikhlas untuk berpologami perlu meletakkan cinta kepada Allah adalah kekal abadi, cinta yang hakiki, dan ingat hidup didunia adalah sementara untuk merebut peluang yang Allah berikan selama bernafas diatas muka bumi ini, untuk beribadah dan meangabdikan diri kepada Allah.
Jsteru soal keadilan yang ditekankan untuk mereka yang berpoligami adalah perkara yang boleh dilaksanakan, dengan kerjasama para isteri.
Keadilan yang diwajibkan keatas suami sebenarnya bukanlah bergantung kepada lelaki ataupun suami semata-mata.
Adil ini mestilah ditampung oleh perasaan dan kasih sayang dan pengorbanan para isteri bagi mengekalkan suasan harmoni dalam rumahtabgga.
Misalnya, soal ‘keadilan’ bagi melaksana jadual giliran diantara isteri, Rasulullah SAW sendiri pernah diminta oleh isteri yang lebih tua iaitu Ummnu salamah memberikan laluan kepada Rasulullah supaya pergi sahaja kepada isteri yang lebih muda kerana beliau sudah tua.
Ini menunjukkan bahawa keadilan itu boleh dibantu oleh para isteri.
Jadi, tidak perlu menjadikan ia sebagai isu dalam melayari bahtera rumah tangga yang aman dan sejahtera, kerana pangkat harta dan kedudukan juga tidak kekal selamanya.
Ia juga pernah melibatkan isteri-isteri nabi, sehingga Nabi SAW ditegur oleh Allah dalam surah At-Tahrim berkait rapat dengan persoalan keadilan dan terhadap para isteri.
Sumber BO - 17-8-2018

Kenyataan Mujahid berbaur fitnah, kata Iksim

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


PETALING JAYA: Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) mendakwa kenyataan Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa tentang dapatan audit dalaman ke atas badan pemikir itu bersifat 
fitnah.

Iksim dalam kenyataan berkata dakwaan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di Parlimen hari 
ini berdasarkan dapatan pasukan audit dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang “separuh masak”.

“Menteri membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan ‘exit conference’,” kata Iksim.

“Exit conference” ialah mesyuarat bertujuan menyampaikan keputusan audit kepada pihak pengurusan dan mendapatkan komen mengenai penemuan dan syor yang dicadangkan sebelum 
draf laporan audit dikeluarkan.

Iksim berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pasukan audit dalam terbabit dan 
masih menunggu “exit conference” yang ditangguhkan 3 kali oleh MAIWP.

Terdahulu, Putrajaya menyekat semua dana dan aktiviti Iksim serta merta, selepas audit mendapati wujud penyalahgunaan kuasa dan pengurusan dana yang tidak telus.

Mujahid berkata RM7.4 juta daripada RM7.6 juta yang diterima daripada MAIWP tidak 
direkodkan dan tiada bukti di mana ia dibelanjakan, untuk apa yang dibelanjakan, dan berapa 
jumlah dibelanjakan.

“RM7.4 juta dana yang dibangkitkan menteri berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh Iksim,” kata badan pemikir 
itu.

“Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan 
itu sebagai kesilapan.”

Iksim memaklumkan mereka bukan anak syarikat MAIWP, tertakluk bawah Akta Syarikat, dan diaudit bersih sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah.

Badan pemikir itu mengingatkan kenyataan dan dakwaan oleh Mujahid itu tidak diberikan 
imuniti kerana ia dibuat di luar Dewan Rakyat.

“Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang,” 
katanya.

Iksim ialah sebuah institut yang bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (
Jakim) dan penubuhannya diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), Jakim, 
MAIWP dan Majlis Agama Islam Negeri.

Iksim diperbadankan pada 9 Disember 2014 dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu untuk menegakkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

MR : Fitnah kini dah biasa bagi parti AMANAH, apa nak hairannya.... 

Sumber MR - 7-8-2018

Yang Allah tak suka, mudah sangat mereka lulus

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/yang-allah-tak-suka-mudah-sangat-mereka.html

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaikkan had umur minimum untuk wanita Islam dan pasangannya bernikah dari usia minimum 16 kepada 18 tahun.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peraturan tersebut dibuat setelah perbincangan diadakan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 19 hingga 20 Julai lalu.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung isu perkahwinan antara lelaki berusia 41 tahun dan kanak-kanak berusia 11 tahun baru-baru ini di Selatan Thailand, pihak MAIS telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak.

“Pihak MAIS, JAKESS, JAIS dan wakil jabatan Kerajaan termasuk pakar perubatan, universiti, dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu untuk berbincang mengenai isu tersebut secara mendalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohammed Khusrin berkata, hasil perbincangan tersebut semua pihak bersetuju untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan had umur minimum bagi perkahwinan di bawah umur bagi lelaki dan wanita Islam.

Katanya, cadangan kepada pindaan Enakmen tersebut akan dibawa kepada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secepat mungkin.

MR : Konsep wali dan tanggungjawab wali serta syarat sah wali telah menjawab perseolan kahwin usia muda, tapi kenapa ada yang membuta tuli dalam hal ini?....

Sumber MR - 1-8-2018

Lagi Budak Bawah Umur Kahwin

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/lagi-budak-bawah-umur-kahwin.html


TAKBAI (Selatan Thailand) – Isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan budak 11 tahun warga Thai bulan lalu baru saja reda, kini timbul satu lagi perkahwinan budak bawah umur.

Walaupun kes terbaru antara budak perempuan 13 tahun dengan pemuda berusia 19 tahun itu juga menggunakan khidmat kadi dari Thailand, berita perkahwinan mereka tidak tersebar dalam media sosial seperti kes terdahulu kerana pasangan terbabit warga Malaysia.

Menurut kadi yang menikahkan mereka Ibrahim Husin, 67, majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid di Kampung Pulau Nibong, dekat sini, pada 20 Jun lalu, dua hari selepas pasangan kontroversi pertama kahwin di Pekan Sungai Golok.

“Budak perempuan berusia 13 tahun itu dan pasangannya datang menemui saya bersama dua saksi dan seorang wali yang juga bapa saudara pengantin.

“Bapa saudara itu memaklumkan kepada saya bahawa gadis itu yang berasal dari Kelantan dan pemuda itu dari Terengganu ingin berkahwin dan beliau adalah wali mereka.

“Selepas saya meneliti segala dokumen berkaitan yang diserahkan kepada saya, saya bersetuju mengahwinkan mereka di Masjid Al-Uluwiah di sini, pada 20 Jun lalu,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ibrahim berkata beliau telah memaklumkan kepada pasangan itu bahawa perkahwinan mereka akan didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat dan mereka juga perlu mendaftar perkahwinan dengan pihak berkuasa agama di Malaysia.

“Bagi saya, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan betul. Mereka ingin berkahwin dan berdasarkan syariah, mereka boleh kahwin asalkan mereka ada wali sama ada bapa pengantin perempuan, adik lelaki atau saudara terdekatnya dan perempuan itu mestilah akil baligh,” kata pesara guru yang berpengalaman lebih 20 tahun menjadi kadi.

Bapa kepada empat anak itu berkata, perkahwinan membabitkan pasangan muda dan bawah umur dari Malaysia bukanlah kali pertama beliau lakukan.

“Sebelum ini, saya pernah mengahwinkan beberapa pasangan dari Malaysia termasuk budak berusia 12 tahun dan bawah 16 tahun tetapi perkahwinan mereka semuanya sah dari segi agama.

“Situasi begini biasa bagi saya dan penduduk Muslim lain di sini,” katanya.

Ibrahim berkata, terdapat 10 kadi di Jajahan Takbai yang dibenarkan Majlis Agama Islam Narathiwat untuk mengahwinkan pasangan termasuk mereka dari Malaysia.

“Saya percaya kes lelaki rakyat Malaysia berkahwin dengan budak 11 tahun warga Thai baru-baru ini tidak akan menghalang rakyat dari Malaysia untuk berkahwin di Selatan Thailand,” katanya.

Berkenaan kes peraih getah berusia 41 tahun yang mengahwini budak Thai itu, Ibrahim berkata, berita perkahwinan mereka tidak mengejutkan penduduk di sini.

“Seperti di Malaysia, berita itu tersebar dengan cepat di Thailand melalui media sosial terutama Facebook tetapi akhirnya berita itu senyap dengan sendirinya selepas kami dimaklumkan kes mereka telah selesai,” katanya.

Berita perkahwinan peraih getah itu dengan budak warga Thai jadi bualan hangat baru-baru ini, selepas isteri kedua lelaki itu memuat naik gambar perkahwinan suaminya dengan budak itu di Facebook.

Berikutan itu, peraih getah terbabit didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang dan dikenakan denda sebanyak RM1,800 kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Budak 11 tahun itu juga dipanggil oleh Majlis Agama Islam Narathiwat untuk diambil keterangan.

Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu. – Harian Metro


MR : Perkahwinan adalah untuk erat persaudaraan, membantu keluarga, mengembangkan syiar dan agama.. Jika itu memenuhi sebenar sudah terlaksana tanggung jawab perkahwinan.. Umur bukan ukuran....

Sumber MR - 23-7-2018

Ganjaran datang awal waktu ke masjid bagi Solat Jumaat

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/ganjaran-datang-awal-waktu-ke-masjid.html




Imam Syafie, juga beberapa ulama lain berpendapat, sunat pergi ke masjid sejak daripada waktu terbit fajar lagi. Imam Malik pula berpendapat bahawa waktunya ialah sekira-kira sejam sebelum matahari tergelincir.
Rasulullah SAW bersabda: “Ketika datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk  mencatat nama siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis)
.
Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” Maka berdoalah para malaikat; “Ya, Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.”
.
Baginda SAW telah meletakkan garis panduan yang harus diikuti bagi menghadiri Solat Jumaat. Diantaranya adalah membersih, mengemas dan merapikan diri dengan sebaik-baiknya mandi dan menyucikan diri agar jemaah lain tidak terganggu oleh bau badan atau pakaian yang tidak menyenangkan. Hal ini untuk memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya.

Datanglah awal ke masjid dengan penuh ketenangan, tidak tergopoh-gapah bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


MR : Ramai orang yang pergi Haji pergi solat Jumaat pukul 9.00 pagi di Mekah tapi bila balik ke Malaysia, nak azam baru nak mandi.... 

Sumber MR - 20-7-2018

Islam bukan sekadar ‘rahmah’

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/islam-bukan-sekadar-rahmah.html




Islam adalah sistem yang syumul merangkumi semua lapangan kehidupan; ia adalah daulah dan watan, pemerintah dan ummah, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, sosial dan perundangan atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan aset atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau askar dan fikrah sebagaimana ia akidah yang benar dan ibadah yang sahih semuanya sama kedudukan kepentinganya.

Huraian ini menunjukkan Islam adalah sistem yang bersifat mutlak dan bersepadu.

Islam bukan bersifat tempelan atau menjadi satu juzuk daripada sistem yang lain. Kita tidak boleh hanya mengambil satu perkataan sahaja untuk menggambarkan sistem Islam yang menyeluruh.

Sebagai contoh kalau kita ambil perkataan ‘rahmah’ kemudian kita tampal pada sistem ‘sosialis liberal demokratik’ ia tidak menjadikan sistem itu Islam. Bahkan ‘rahmah’ itu juga tidak boleh mewakili Islam.

Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia


MR : Islam adalah aqidah dan kaedah.. kaedah bermakna bila kita nak basuh najis ada kaedahnya apatah lagi berpolitik....

Sumber MR - 17-7-2018

Syiah Jadi Mazhab Islam Di Malaysia?

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/syiah-jadi-mazhab-islam-di-malaysia.html





PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah apabila wakil mereka turut dijemput memberikan pandangan.

Wakil yang menyampaikan pendirian yang menyebelahi Syiah ialah Dr. Mohd Faizal Musa, pensyarah dan pengarang yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani telah banyak kali terpalit dengan kontroversi dikaitkan dengan Syiah, yang didakwahkan melalui karya-karyanya.

Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, antaranya Sebongkah Batu Di Kuala Berang terbitan PTS dan Perempuan Nan Bercinta terbitan ITBM.


Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan.

Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia.

Menurut Faisal Tehrani, masyarakat Syiah didiskriminasi di Malaysia dan dilayan secara tidak adil oleh kerajaan.

Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa sekarang beliau diberikan peluang untuk menyampaikan pandangan membela Syiah?

Satu lagi soalan tidak kurang penting ialah kenapa kerajaan baru mahu melayan orang seperti ini?

Adakah ini menandakan keterbukaan baru yang akhirnya membolehkan Syiah diterima sebagai salah satu mazhab Islam di Malaysia?

Ini tidak mustahil kerana pandangan diutarakan Faisal Tehrani ini menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menghukum Syiah sesat.

Kerajaan baru juga sibuk mempertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan mempertikaikan pihak berkuasa agama.

Sesuai dengan slogan yang mereka canang, “Islam untuk semua” dan “tidak ada paksaan dalam agama,” nampaknya tidak jauh lagi untuk Syiah diberi pengikitrafan.

Mereka pun sudah lama menyarakan agar Malaysia lebih terbuka dengan kepelbagaian dalam agama termasuk Syiah.

Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan percaya dengan kebebasan beragama dan ini termasuk memberi kebebasan kepada Syiah.

Banyak pihak sudah mula bimbang dengan kemunculan Syiah dalam kerajaan baru PH yang baru memerintah.


Mohamad Sabu sebelum ini pernah kecoh dengan dakwaan yang beliau menganut fahaman Syiah.

Beliau kerap ke Iran dan sering menyebut nama-nama pemimpin Iran dan Hizbullah di Lubnan dan memuji mereka.

Rakan beliau dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka juga didakwa pengikut Syiah.

Maka jelaslah, kalau benar, ini bermakna Syiah sudah memegang Kementerian Pertahanan Malaysia dan menjadi ketua di sebuah negeri.

Sudah tentu mereka lebih mudah melebarkan pengaruh dan menyebar fahaman mereka secara perlahan dan berperingkat.

Maka langkah menemui dan menyampaikan pandangan kepada Majlis Penasihat Negara itu satu peluang yang mereka telah berjaya manfaatkan.

Halangan-halangan awal telah mereka lepasi, dan semakin mudahlah mereka mahu jadikan Syiah sebagai satu mazhab Islam yang diterima di Malaysia. – Mynewshub.tv


MR : Bukan semua mazhab syiah itu sesat, walaupun ada pimpinan Amanah dikatakan bermazhab syiah, saya rasa yang pentingnya pimpinan Amanah jangan 'jual agama' kepada bukan Islam demi nak rais sokongan bukan Islam. Prinsip Islam mesti ditegakkan. Jangan jadi "Pasu Bunga" dalam Pakatan Harapan, aguk aje walaupun merugikan umat Islam.... 

Sumber MR - 1-7-2018

Isu budak 11 tahun kahwin jadi fitnah macai Pakatan Harapan 


LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/isu-budak-11-tahun-kahwin-jadi-fitnah.html






Kerajaan Pakatan Harapan hari ini dibina di atas fitnah. Banyak perkara adalah persepsi sahaja dan paling teruk ada dikalangan mereka dibayar gaji untuk membuat kerja fitnah. Dengan bayaran RM4000 sebulan sebuah notebook dan satu handphone ramai dikalangan facebooker ini sanggup menjual agama sendiri.

Semua isu akan dijadikan isu bagi tujuan melemahkan pengaruh. Jika mereka dibayar gaji untuk melemahkan PAS, maka semua isu akan dikaitkan dengan PAS seperti yang dilakukan oleh
Wan Mohd Yusof adalah facebooker yang menghadapi masalah rumahtangga, isteri sendiri pun tak menutup aurat jadi tak hairanlah bagi dirinya dosa dan pahala pun tiada dalam kepala.

Malang bagi PAKATAN HARAPAN sanggup bayar duit untuk perosak agama seperti Wan Mohd Aman

SUARA HATI


MR : Sepatutnya PH memilih cybertropper yang beriman dan ada agama.... 

Sumber MR - 1-7-2018

Tiada guna perkahwinan ini diteruskan' - Isteri pertama dan kedua 


LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/tiada-guna-perkahwinan-ini-diteruskan.html







Semalam kecoh di media sosial seorang lelaki dewasa berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, mengundang persoalan netizen apakah perkahwinan itu dibolehkan atau sebaliknya?



Difahamkan, gambar lelaki berusia 41 tahun itu bersalaman dengan pasangan barunya itu dimuat naik oleh isteri keduanya, Effa atau nama sebenar Siti Nor Azila Zulkifle di Facebooknya dengan kapsyen,

"Selamat pengantin baru suamiku. Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun."

Berkata kepada mStar Online, Effa menceritakan pada awalnya, suaminya menafikan dakwaan berkahwin buat kali ketiga, apabila Effa menunjukkan dan mempersoalkan kesahihan gambar berkenaan. Malah katanya, gambar itu telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar oleh madu saya. Dia kata, sekarang semua gambar boleh edit.

"Lepas itu saya cakap, tak ada edit kalau dah gambar macam ni. Kalau betul (dah) kahwin, kena cakap dah kahwin. Tak boleh main-main. Selepas itu barulah dia kata, betullah dia sudah berkahwin," katanya.

Menurut Effa, dia tidak terkejut dengan perkahwinan ketiga suaminya itu kerana sebelum ini, dia pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi.

"Suami pun pernah kata, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan budak. Jadi, saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama. Namun, saya tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia, saya boleh terima.

"Saya sendiri pernah mahu meminang seorang wanita untuk suami, tetapi dia menolak. Yang membuatkan saya marah sebab dia berkahwin dengan kawan sepermainan anak saya.

"Isteri baharunya itu adalah kawan kepada anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama, memandangkan ibunya kerja sebagai tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu," katanya yang menetap di Gua Musang, Kelantan.

Effa juga mendakwa, suaminya telah bernikah dengan kanak-kanak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lalu dan kanak-kanak berkenaan merupakan warganegara Thailand.

Menjelaskan tindakannya memuat naik gambar suaminya bersalaman dengan isteri ketiga, Effa tidak berniat mahu mengaibkan suaminya, sebaliknya dia hanya mahu suaminya yang bekerja sebagai tauke getah itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Dia kata dia berkahwin kerana mengikut sunnah Nabi, tetapi adakah dia mengikut sunnah Nabi yang lain? Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi Rm50 hingga RM100 seminggu. Anda rasa cukup ke nak menanggung empat orang anak? Tapi bagi dia, jumlah wang itu dah banyak," katanya yang terpaksa berniaga secara online untuk menanggung keperluan keluarganya.

"Saya terpaksa berniaga. Kalau tidak, macam mana nak beli susu, pampers dan keperluan yang lain-lain? Suami hanya sediakan rumah dan kereta sahaja.

"Saya cakap pada suami, saya tak nak bekerja, saya sudah penat, penat segalanya," katanya.

Ekoran tindakan suaminya itu, Effa berhasrat menuntut cerai dari lelaki itu kerana mendaiwa dia sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak pernah berubah.

"Saya nekad, tiada guna perkahwinan ini diteruskan. Saya akan pergi ke pejabat agama esok. Lagipun suami pernah kata kalau tak boleh terima perempuan tersebut (isteri ketiga), jalan terbaik adalah berpisah. Jadi, saya dan isteri pertama kata kami sanggup bercerai kalau dia nak lepaskan," katanya.

Usaha Effa untuk menghubungi suaminya bagi menyelesaikan perkara itu menemui kegagalan apabila lelaki terbabit tidak menjawab panggilannya. Effa turut menyatakan dia sudah tidak bertemu dengan suaminya itu selama empat hari.

"Saya sudah tidak jumpa suami empat hari. Saya call dia tak angkat, panggilan mak saya pun dia tak angkat. Mesej saya pun dia tak balas," katanya.


MR : Tiada isteri yang suka dimadukan, tapi heboh dimedia sosial bukan caranya.... 

Sumber MR - 1-7-2018

Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/isu-kahwin-budak-11-tahun-jaheaik-belum.html








KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) belum menerima laporan atau aduan berkaitan isu seorang lelaki berumur 41 tahun mengahwini budak perempuan berusia 11 tahun.

Pengarah JAHEAIK Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata setakat ini, maklumat yang tular di media sosial itu menyatakan lelaki berkenaan berkahwin di negara jiran.

Bagaimanapun, katanya, JAHEAIK akan menjalankan siasatan kerana perkahwinan rakyat negara ini di negara jiran perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah dan ibu bapa kerana pasangan perempuan masih di bawah umur.

"Walaupun perkahwinan itu berlangsung di negara jiran, pihak lelaki dan wanita perlu memohon kebenaran mahkamah.



"Undang-undang negara ini hanya membenarkan wanita berusia 18 tahun ke atas untuk berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah Syariah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, jika mendapat kebenaran Mahkamah Syariah, wanita yang berusia 18 tahun ke bawah boleh berkahwin kerana undang-undang Islam membenarkan mereka berkahwin.

Che Mohd Rahim berkata perkahwinan membabitkan perempuan bawah umur juga perlu berwalikan bapa dan mendapat kebenaran ibu bapa selain perkahwinan itu tidak boleh berwali hakim sebagai tanda ibu bapa bersetuju dengan perkahwinan khususnya melibatkan kanak-kanak.

"Bagi lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan perempuan bawah umur, dia dinasihatkan supaya memohon kebenaran mahkamah dan perkahwinan itu berlangsung di negara ini bagi mengelakkan mereka didenda.

"Jika mereka berkahwin di negara jiran dan mahu mendaftar perkahwinan di negara ini, Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan denda sebanyak RM1,000," katanya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki didakwa melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya tular di media sosial.

Lelaki itu, yang dikatakan berasal dari Gua Musang, didakwa melangsungkan perkahwinan di negara jiran dengan ditemani ibu bapa budak perempuan itu yang dikatakan warga negara jiran.

-- BERNAMA


MR : Dengan membayar denda RM1000 kerana kahwin di negara jiran sebenarnya bukan perkara yang sukar bagi mereka yang mampu berkahwin lebih....

Sumber MR - 1-7-2018

Jangan fanatik mazhab, Zamihan sokong seruan mufti

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jangan-fanatik-mazhab-zamihan-sokong.html













PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin menyokong seruan mufti Pulau Pinang menyeru orang Islam bersikap lebih terbuka dalam mengambil pandangan daripada mazhab-mazhab bukan Shafie.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) ini berkata rakyat Malaysia, yang secara rasminya mengikut mazhab Shafie, tidak boleh fanatik pada satu-satu mazhab.

“Keterbukaan dalam menerima kepelbagaian pandangan ulama menunjukkan Islam bersifat wasatiyah dan terangkum,” katanya.

Beliau mengalakkan orang ramai menerima pandangan, pendapat, teguran dan nasihat untuk menambahbaik dan memantapkan pelaksanaan Islam, “lebih-lebih sistem penyampaian yang melibatkan orang Islam dengan orang Islam atau urusan melibatkan orang Islam dan bukan Islam.”

Terdahulu, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini berkata Islam perlu memberi penyelesaian kepada banyak isu kemanusiaan dan ada kalanya mazhab lain mempunyai penyelesaiannya.

Terdapat 4 mazhab fiqah dalam aliran Sunnah Wal Jamaah, iaitu Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Zamihan berkata pendirian mufti dalam soal hukum-hakam ini adalah “realistik”.

“Kepelbagaian pendapat dalam mazhab Shafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki memberi keluasan dalam ruangan ijtihad memahami fiqah dan mempraktik tentang fiqah sendiri,” katanya.

Beliau bagaimanapun merasakan perbezaan pendapat itu perlu diurus dan diamalkan secara tertib, beradab dan jelas.

“Masyarakat perlu jelas dengan dalil, bukti, fakta supaya masyarakat yakin dengan apa yang disampaikan oleh mufti,” katanya.

“Bukan kata pagi kita ambil Shafie, tengah hari kita ambil Hanbali, petang ambil Maliki campur jadi ‘rojak pasembur’.

“(Tetapi) Kita kata kita ambil Shafie dalam bab zakat contohnya, kemudian pandangan Hanafi dalam bab jual beli contohnya, dan setiap pandangan itu perlu dimuktamadkan mufti dan dijadikan landasan kukuh untuk fatwa.”

Sumber MR - 28-6-2018

Nabi larang lelaki ikat rambut ketika solat

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/nabi-larang-lelaki-ikat-rambut-ketika.html













Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma, bahawasanya beliau melihat Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat ke belakang. Segera Ibnu Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya. Selesai solat beliau mendatangi Ibnu Abbas dan berkata, “Ada apa gerangan dengan rambutku?” Ibnu Abbas berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, ‘Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat’,” (HR Muslim, no. 492).

Ibnu Abbas mengabarkan dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sabda beliau:

“Kita diperintah untuk sujud di atas tujuh tulang dan kita tidak boleh menahan pakaian dan rambut (ketika sedang mengerjakan solat).” (HR. Al-Bukhari no. 810, 815, 816 dan Muslim no. 490, 1095).

Dalam lafaz yang lain disebutkan:

“Dan kami tidak boleh menggabungkan/mengumpulkan pakaian dan rambut.” (HR. Al-Bukhari no. 812 dan Muslim no. 1098).

Makna لاَ نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعْرَ disebutkan dalam An-Nihayah adalah menggabungkan dan mengumpulkannya agar tidak tersebar.

Maksud lainnya melipat atau menggulung hujung pakaian samada hujung lengan baju atau kain atau seluar atau seumpama dengannya.

Namun kalaupun seseorang melakukannya TIDAKLAH MEROSKKAN SOLATNYA.

Di antara hikmah larangan tersebut adalah bila seseorang mengangkat pakaian dan rambutnya kerana tidak ingin bersentuhan dengan tanah, ia menyerupai orang yang sombong.” (Fathul Bari, 2/383)

Al-Imam An-Nawawi juga mengatakan, “Ulama sepakat tentang larangan seseorang bersolat dalam keadaan pakaiannya disingsingkan/diangkat, lengan bajunya disingsingkan atau semisalnya, rambutnya diikat atau rambutnya dimasukkan di bawah serban atau selainnya.

Semua ini terlarang dengan kesepakatan ulama, dan hukumnya karahah tanzih (makruh, tidak sampai haram).

Bila seseorang solat dalam keadaan demikian, maka sungguh ia telah berbuat jelek dalam solatnya, namun SOLATNYA TETAP SAH.

Kemudian jumhur berpendapat larangan tersebut berlaku mutlak bagi orang yang solat, baik ia sengaja melakukannya karena hendak mengerjakan solat ataupun keadaannya memang demikian sebelum ia mengerjakan solat.” (Al-Minhaj, 4/430, 431, 432).

Ulama bersepakat bahawa barangsiapa yang melakukan hal ini TIDAKLAH MEMBATALKAN SOLAT sehingga perlu mengulanginya kembali. Ijma’ dinukilkan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab di Fathul Bari (6/52).

Al-’Iraqi rahimahullahu berkata, “Hukum ini khusus bagi laki-laki, tidak bagi wanita. Kerana rambut mereka (para wanita) adalah AURAT, wajib ditutup di dalam solat. JIka wanita melepaskan ikatan rambutnya boleh jadi rambutnya terurai dan sukar untuk menutupinya hingga membatalkan solatnya.

Dan juga, akan menyukarkan bila wanita harus melepaskan rambutnya tatkala setiap kali hendak solat. Nabi sallallahu alaihi wa sallam sendiri telah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk tidak melepaskan ikatan rambut mereka ketika mandi wajib, padahal (hal ini) sangat perlu untuk membasahi seluruh rambut mereka di saat mandi tersebut.” (Nailul Authar 2/440)

Namun jika rambut tidak terlalu panjang dan yakin tidak akan terbuka auratnya, maka hukum berbalik pada hadits di atas iaitu tidak mengikat rambut. 


........


Tambahan untuk lipat seluar. Dilema bagi mereka yang seluar labih sehingga buku lali. Jika lipat dia ditengah bersama dengan hadis ikat rambut tapi jika dilabuh jadi bertentang hadis labuh drp buku lali. Jadi apa pilihannya?  




MR : Ramai yang tak tahu, semoga maklumat dan pengetahuan ini membantu kita memahami agama dengan lebih baik....


Sumber MR - 23-6-2018

Miskin Yang Benar

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/miskin-yang-benar.html














عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ وَلَكِنْ الْمِسْكِينُ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَلَا يُفْطَنُ بِهِ فَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ وَلَا يَقُومُ فَيَسْأَلُ النَّاسَ
Dari Abu Hurairah RA  bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang dikatakan miskin itu orang yang berkeliling meminta-minta kepada manusia satu dua suap makanan atau sebiji dua kurma. Akan tetapi yang dikatakan miskin adalah orang yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya dan tidak diketahui halnya lalu ia diberi  sedekah, ia tidak mahu meminta–minta  sedekah kepada orang. (HR Bukhari No: 1385) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:


1.  Kemiskinan bukan suatu penghinaan, kerana rezeki itu kurniaan Allah yang diberi dengan kadar yang tidak sama antara makhluk. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kesemuanya mengandungi hikmah di sisi Allah sebagai ujian kepada manusia. Namun bukan bermakna kita tidak perlu bekerja dan berusaha.

2.  Orang yang berjalan menemui orang ramai kerana meminta sedekah dengan mengharapkan sesuap dua makanan namun tidak mahu berusaha dengan tenaga yang ada bagi mendapatkan pekerjaan dan rezeki untuk keperluan hidup, belum dianggap miskin. Mereka ini pemalas dan bukan Muslim yang mulia.

3.  Meminta sesuap dua makanan atau sebiji dua korma bermaksud mencari keperluan rezeki dengan cara meminta sedekah atau mengemis dengan tidak mahu berusaha dan bekerja (jalan mudah dengan mengemis sebagai profesion), mereka ini bukan sebenar-benar miskin.

4.  Orang yang tidak mendapat sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya (benar-benar miskin), tetapi ia tidak mahu melahirkan kemiskinannya  dengan meminta-minta hingga orang menganggap ia tidak memerlukan sebarang pertolongan. Ia memiliki sifat mulia diri dan tidak mahu menghina diri dengan mengemis atau meminta-minta, dia berusaha bekerja mendapatkannya. Inilah orang yang benar-benar miskin. Firman Allah:

لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبٗا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعۡرِفُهُم بِسِيمَٰهُمۡ لَا يَسۡ‍َٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلۡحَافٗاۗ
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) di jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya (untuk berniaga, berusaha dan sebagainya) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana mereka memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak (al-Baqarah: 273)

5.  Semulia-mulia orang yang miskin ialah mereka yang tidak mahu meminta-minta malah berusaha bekerja sedaya upaya dan apa jua pekerjaan yang halal walaupun pendapatan tidak mencukupi. Namun untuk meminta-minta, jauh sekali. Mereka inilah yang paling layak diberi zakat dan dibantu.

Kemiskinan bukan alasan untuk meminta-minta, kerana meminta dan mengemis itu adalah pekerjaan yang hina. Berusaha dan bekerjalah kerana ia adalah pekerjaan mulia.

Sumber MR - 18-6-2018

Silaturahmi

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/silaturahmi.html















Silaturrahmi (shilah [a]r-rahim) secara bahasa berasal dari kata shilah dan ar-rahim.

Secara bahasa, shilah ertinya hubungan; dan ar-rahimu, bentuk jamaknya al-arhâm, ertinya rahim dan kerabat.

Kata arhâm di dalam al-Quran dinyatakan sebanyak tujuh kali dengan makna rahim dan lima kali dengan makna kerabat.

Dengan demikian silaturrahmi secara bahasa adalah hubungan yang muncul kerana rahim atau hubungan kekerabatan yang bertalian melalui rahim.

Silaturrahmi boleh juga disebut shilatu dzawi al-qurbâ (hubungan dengan orang yang memiliki ikatan kekerabatan)

Abu Ayub al-Anshari menuturkan, seorang lelaki bertanya kepada Nabi, “Ya Rasulullah saw., beritahu aku perbuatan yang dapat memasukkan aku ke syurga.”

تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ وَتُؤَتِيْ الزَّكَاةَ وَتَصِلُ الرَّحِمَ

“Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan Dia dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturrahmi “ (HR al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i dan Ahmad).

Dalam riwayat Abu Ayyub di atas, silaturrahmi termasuk amalan yang boleh mengantarkan pelakunya ke syurga

Semua itu merupakan qarinah bahawa perintah silaturrahmi itu bersifat tegas sehingga hukumnya adalah wajib.

Hanya saja, syariah mengharamkan khalwat dengan kerabat yang bukan mahram, tidak boleh memandang kepada selain wajah dan kedua telapak tangan selain mahram.

Adapun memutuskan silaturrahmi adalah dosa. Rasulullah saw. bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ

"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahmi". (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadis diatas bermakna larangan. Qarinah tidak masuk syurga menunjukkan larangan yang bersifat tegas. Oleh itu, memutuskan silaturrahmi hukumnya adalah haram.

Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebutkan silaturrahmi adalah berbuat baik kepada kerabat sesuai keadaan orang yang menyambung dan yang disambung; boleh dengan harta, dengan bantuan, dengan berkunjung, mengucap salam dan sebagainya.

Jadi, silaturrahmi itu boleh dilakukan dengan berbagai macam cara dan sarana.  Di antaranya berkunjung dalam berbagai kesempatan, memperhatikan keadaan mereka, membantu mereka, memberi hadiah dalam berbagai kesempatan, membela kerabat dan anak-anak mereka, memaafkan berbagai kesalahan atau kekhilafan, memenuhi keperluan mereka, dan sebagainya.

Ustaz Yahya Abdurrahman

Sumber MR - 16-6-2018

Bersalaman & Ditusuk Besi

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|


















Hari raya semakin hampir, pastinya kita bersalaman antara saudara-mara pakcik makcik, sepupu-sepapat dan sebagainya.

Mari kita lihat, apakah dibolehkan bersalaman saling lawan jenis (lelaki-perempuan bukan mahram). Oleh itu sebelum bersalaman, kenalilah siapa bukan mahram kita.

Insya'allah bagi sesiapa yg telah mula berhenti dari bersalaman lawan jenis, berdoalah di Ramadhan ini agar Allah bantu kita, jaga kita dari bersalaman lawan jenis di pejabat. Ini dikeranakan ancamannya yg sangat berat saudaraku.

Tolaklah dengan baik bila sesiapa yg bukan mahram hulurkan tangan. SENYUMAN dan menunjukkan signal kita tidak boleh bersalaman sudah cukup membantu mereka faham. Semoga Allah karuniakan pahala atas dakwah yg baik kalian kepada mereka.

Dalil-dalil yang melarang berjabat tangan dengan bukan mahram.

TELADANI RASULULLAH DALAM HAL BERSALAMAN

‘Urwah bin Az Zubair berkata bahwa ‘Aisyah –istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam– berkata,

كَانَتِ الْمُؤْمِنَاتُ إِذَا هَاجَرْنَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُمْتَحَنَّ بِقَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ (يَا أَيُّهَا النَّبِىُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لاَ يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلاَ يَسْرِقْنَ وَلاَ يَزْنِينَ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ. قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.

“Jika wanita mukminah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka diuji dengan firman Allah Ta’ala (yang artinya), “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina ….”

(QS. Al Mumtahanah: 12)

‘Aisyah pun berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia berarti telah diuji.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian bisa pergi karena aku sudah membaiat kalian”.

Namun -demi Allah- beliau sama sekali TIDAK PERNAH MENYENTUH TANGAN seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau.

‘Aisyah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau TIDAKLAH PERNAH MENYENTUH tangan mereka. Ketika baiat, beliau hanya membaiat melalui ucapan dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian.”
(HR. Muslim no. 1866).

ANCAMAN BERSALAMAN LAWAN JENIS
Dari Ma’qil bin Yasar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“DITUSUKNYA kepala seseorang dengan pasak dari BESI, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”

(HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211)

Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Hadits ini sudah menunjukkan kerasnya ancaman perbuatan tersebut.

Hanya Allah yang memberi taufik.

Sumber MR - 15-6-2018

10 amalan sunat/sunnah Rasulullah berkaitan hari Raya Aidilfitri

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/10-amalan-sunatsunnah-rasulullah.html

















Assalamualaikum. Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita bersama-sama.

1. Bertakbir

Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.


2. Lafaz ucapan selamat atau saling mendoa antara satu sama lain

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”Doa yang digalakkan adalah:


“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.

3. Meneruskan Qiamullail

Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri. Niat mandi, “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.

Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:
niat mandi sunat hari raya

Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.


5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.”
(Riwayat Bukhari)

6. Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa.
“Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya”
Hadis Riwayat Al-Hakim


7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat aidilfitri


Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari)
Kaifiat atau cara menunaikan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat.
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah taala”

Pada rakaat pertama, Imam akan mengangkat takbiratul-ihram.
Disusuli tujuh takbir selepasnya.
Antara selang takbir itu, baca tasbih.
Tasbih-Solat-Sunat-Hari-Raya
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa.
Seterusnya imam akan berdiri dan mengangkat lima kali takbir.
Pada selang takbir itu, baca tasbih yang sama.
Selesai solat, dengar khutbah hari raya.


9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri dan Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim


Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

Banyakkan senyuman. Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam.

Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w,
“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Sekian artikel 10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidlfitri daripada saya. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan Ramadhan kita.



Sumber MR - 15-6-2018

Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya



















Hari raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah di sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bulan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa.

Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T. menerusi ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Hari raya Aidilfitri sekiranya disambut dengan adab-adab yang telah digariskan oleh syara’, sudah tentu ia bukan sahaja mendatangkan kegembiraan dan keseronokan, malahan perayaan tersebut akan diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Justeru, kita hendaklah menjadikan hari raya sebagai suatu perayaan ibadat yang penuh dengan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Dewasa ini, masyarakat Malaysia menyambut hari raya dengan penuh meriah dan menyeronokkan. Pada pagi raya, masyarakat Islam di negara kita berbondong-bondong pergi menziarahi kubur sanak saudara setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya.

Sesuatu yang perlu dibincangkan ialah apakah ziarah kubur pada hari raya merupakan amalan yang baik di dalam Islam atau sebaliknya? Dan apakah amalan-amalan tersebut dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah?

Ziarah Kubur
Pada asasnya, menziarahi kubur itu merupakan sesuatu yang baik dan digalakkan di dalam Islam. Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad s.a.w melarang orang Islam menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kebimbangan timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan.

Akan tetapi kemudiannya, Nabi s.a.w membenarkan umat Islam menziarahinya. Justeru, tidak menjadi khilaf dalam kalangan ahli ilmu tentang keharusan bagi lelaki untuk menziarahi kubur, manakala bagi wanita pula, terdapat perselisihan pendapat tentang keharusan dan kewajaran mereka menziarahi kubur.

Wanita Menziarhi Kubur

Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’.

Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat."

Bila Afdhal Ziarah Kubur?

Ziarah kubur afdhal dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu, Isnin dan Khamis. Sunat menziarahinya serta berdoa dalam keadaan berdiri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika menziarahi Perkuburan Baqi’.

Disunatkan juga ketika menziarahi kubur membaca surah Yasin. Sunat juga dibaca ayat-ayat al-Quran yang lain seperti al-Fatihah, ayat Kursi, surah al-Takathur, surah al-Ikhlas dan sebagainya. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah Zuhailiy, jilid 2, halaman 540).

Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada ‘keinginan ‘, maka hukumnya sama seperti lelaki.

Ulama’ aliran mazhab Syafie menyatakan bahawa sunat memperbanyakkan ziarah kubur terutamanya menziarahi kubur orang soleh dan baik, dan hendaklah berdiri di hadapan kubur seumpama berdiri di hadapan orang yang hidup. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, jilid 2, halaman 541-542).
Jelasnya, ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi laranganNya. Namun, persoalannya ialah bagaimana pula dengan menziarahi kubur pada hari raya?.

Sekiranya dilihat secara umumnya, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Begitu juga, masyarakat Islam tidak wajar mengkhususkan pada hari-hari tertentu sahaja seumpama hari raya untuk menziarahi kubur.

Sebaliknya menziarahi kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan pada umat Islam itu sendiri. Apa yang penting daripada ziarah kubur ialah dapat mengingati kematian dan hari akhirat.

Ziarah Kubur Hari Raya

Sehubungan dengan itu, apakah menziarahi kubur pada hari raya dapat mendatangkan kesan yang positif kepada umat Islam iaitu dapat mengingati kematian dan hari akhirat? Sekiranya jawapannya adalah ‘Ya’, maka amalan yang seumpama ini bolehlah diteruskan. Akan tetapi, sekiranya jawapan bagi persoalan ini adalah ‘Tidak’, maka ia perlu diselidiki dan diteliti. Apatah lagi, pada kebiasaannya, selepas menunaikan solat hari raya, masyarakat Islam secara beramai-ramai pergi ke kubur dan telah berlaku seolah-olah satu temasya perayaan di tanah perkuburan dengan pakaian yang berwarna-warni, hiruk-pikuk gelak ketawa setelah berjumpa sahabat handai dan sebagainya yang menafikan ingatan kepada kematian dan hari akhirat.

Tambah menyedihkan lagi ialah apabila berlakunya percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di tanah perkuburan!.

Amat malang apabila sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat bertukar menjadi maksiat. Oleh yang demikian, amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai.

Masyarakat Islam juga harus sedar bahawa tidak ada suruhan khusus dalam Islam untuk menziarahi kubur pada pagi hari raya. Justeru, mereka hendaklah mencari waktu yang sesuai untuk menziarahinya agar sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat tidak bertukar menjadi maksiat.

Sekiranya pada pagi hari raya, terdapat ‘pesta’ di tanah perkuburan, maka sewajarnya kita mencari waktu-waktu lain untuk menziarahinya. Tidak semestinya menziarahi tanah perkuburan boleh dilakukan hanya pada pagi hari raya yang pertama sahaja, sebaliknya menziarahi kubur boleh dilakukan pada petang hari raya pertama, atau pada hari raya yang kedua, ketiga, keempat atau pada hari-hari lain yang difikirkan sesuai yang dapat mendatangkan keinsafan dalam diri.

Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)

MR : Ziarah kubur pada hari raya pertama adalah adat orang Melayu sahaja. Jika adat ini masih mampu memberi kebaikan dan tidak mengalakkan perkara tidak baik tidak menjadi salah untuk diamalkan.

Sumber MR - 10-6-2018

Bersalaman Lelaki Perempuan 'Not A Big Deal' kata Dr Maza




















Ada seseorang dari Johor berbual tadi. Dia kata: "Kami di Johor boleh bersalaman lelaki dengan perempuan bukan muhrim (perkataan sepatutnya mahram). Kami berpegang kepada Mazhab Shafie. Hanya geng wahabi sahaja yang tidak benarkan ".

Saya beritahu dia bahawa dalam Mazhab jumhur (majoriti) khususnya Mazhab Shafie hukumnya haram. Boleh rujuk kitab-kitab Mazhab Shafie. Namun di sana ada pendapat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang dikaitkan dengan Imam Ahmad bin Hanbal, membolehkannya. Secara umumnya, kelonggaran dalam hal ini diambil asasnya dari Mazhab Hanafi dengan syarat-syarat tertentu.


Saya secara peribadi sejak belasan tahun yang lepas telah menyatakan perkara bersalaman lelaki dengan perempuan bukan mahram atas keperluan dan syarat tertentu adalah khilaf. Dr Yusuf al-Qaradawi antara yang lantang menyatakan keharusan hal ini secara bersyarat. Saya secara peribadi juga bersalaman jika ada keperluan dengan syarat-syaratnya. Demikian ketika saya berada di UK, juga di Malaysia bila keadaan memerlukan. Ertinya saya sama sekali bukan wahabi!

Saya beritahu kawan dari Johor, itu bukan 'big deal' dalam fekah dan ia masih boleh disenaraikan dalam masalah khilafiyah. Alhamdulillah, orang Johor juga mengamalkan pendapat di luar dari Mazhab Shafie.

Perlis dah lama pegang banyak pendapat Mazhab Hanafi termasuk mewajibkan zakat harum manis. Dalam Mazhab Shafie tidak wajib, hanya padi dan makanan asasi yang lain. Namun, apabila taukeh harum manis lebih kaya dari petani padi, maka pendapat Mazhab Hanafi kita pilih kerana ia lebih kukuh dan praktikal.

Tidak mengapa menerima pelbagai pendapat mazhab jika ada alasan dalilnya, dengan syarat jangan tuduh orang yang tidak mengamalkan Mazhab Shafie sepenuhnya itu wahabi!". Peace!


Saya sangat hairan bagaiman Ahli Majlis Syura IKRAM, Dr Maszlee Malik boleh bersalam dengan wanita bukan mahram?

Maka marilah kita bersama dengan wanita dan lelaki. Saya pun nak salam juga dengan bini atau anak perempuan Dr Mohd Asri (MAZA) maybe hari ni...







Semua pimpinan PAS yang keluar pasrti tubuh parti AMANAH adalah dikalangan mereka yang mengamalkan Islam liberal. Jangan hairan mereka boleh setongkol dengan golongan menentang hudud dan pengamal Islam secara menyeluruh.



Ini lagi hebat boleh peluk, bukan bersalam sahaja. Agaknya apa hujah Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA), Dr Rozaime Ramli (ROR), Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dan Dr Danial Zainal Abidin untuk mermbenarkan perbuatan peluk ni?





Pasal itu Presiden AMANAH kononnya parti Islam Progresif kata penulis buku yang pernah menjadi editor di Harakahdaily boleh ber'mesra' dengan wanita atas kepentingan umum yang membenar sentuhan bukan mahram.

ABBAS MOHD NOOR

Sumber MR - 9-6-2018

Filem yang menghina nabi Muhammad diizin tayang di youtube





















Filem anti-Islam yang bertajuk Innocence of Muslims telah diberikan kebenaran untuk ditayangkan semula melalui laman sosial Youtube. Filem yang mengandungi kandungan menghina Nabi Muhammad SAW sebelum ini diharamkan pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh rayuan yang dibuat oleh pembuat filem yang berhujah dengan undang-undang hak cipta, mahkamah akhirnya membenarkan filem itu berjalan semula.


Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat yang membatalkan larangan pemutaran filem hanya mengarahkan Google dan Youtube untuk menyensor bahagian kontroversial yang boleh menimbulkan kekacauan, bukan hanya di Amerika tetapi di peringkat antarabangsa.


"Kami berharap filem ini ditapis, berdasarkan teori yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam hak cipta," kata Hakim Hakim M Margaret McKeown, yang dipetik oleh BBC, Rabu (5/20).


Pihak Google juga mengakui gembira dengan keputusan mahkamah yang memberi kebenaran untuk filem kontroversial ini. Google menganggap keputusan mahkamah tahun lepas yang mengharamkan filem itu adalah pelanggaran undang-undang hak cipta.


"Kami gembira dengan keputusan terbaru ini, Kami telah lama percaya bahawa penguasa terdahulu telah menyalahi undang-undang hak cipta," kata seorang jurucakap Google.


Bagaimanapun, ia tidak semestinya meletupkan pelakon Cindy Lee Garcia yang mengambil bahagian dalam filem Innocence of Muslims. Kerana sejak filem itu dikeluarkan setahun yang lalu, Cindy mendakwa mendapat banyak keganasan dan ancaman kerana dianggap telah menghina umat Islam.

Cindy menyifatkan dirinya ditipu oleh pembuat filem Nakoula, Basseley Nakoula. Kerana Cindy tidak tahu bahawa filem itu membintangi filem anti-Islam yang menerima banyak reaksi negatif dari dunia antarabangsa.


Nakoula Basseley Nakoula adalah keturunan Mesir-Amerika. Dalam filem Kesucian Islam, beliau menggambarkan tokoh Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh pedofil, pembunuh dan seksual gay. Mahkamah tinggi Amerika Syarikat pada tahun lalu mengharamkan penyaringan filem ini kerana ia akan menimbulkan emosi melampau di Timur Tengah.


Salah satu daripada hasil pemotretan filem ini tahun lalu adalah serangan oleh Duta AS ke Libya. Kerana masyarakat Muslim tempatan tidak senang dengan penghinaan melalui penyiaran filem Kesucian umat Islam.

Sumber MR - 6-6-2018

Dr Maza baru sedar menipu pengundi itu haram






















Setiap satu perkara yang dijanjikan dalam manifesto parti politik wajib ditunaikan kerana kegagalan dalam melaksanakannya disifatkan sebagai satu penipuan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menyenaraikan pelbagai janji manis dan popular bagi meraih undi sedangkan sedar mereka tidak mampu melakukannya menyebabkan perbuatan tersebut haram.

“Penipuan sering berlaku dalam musim pilihan raya. Antaranya mempamerkan manifesto bohong yang pihak meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.

“Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah,” katanya menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Kerajaan pusat yang ditunjangi Pakatan Harapan mengakui sukar menunaikan Janji 100 Hari Pakatan Harapan yang menjadi manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum lalu dengan alasan kedudukan kewangan negara kini dalam keadaan buruk.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Pakatan Harapan membawa beban yang amat besar kerana membuat pelbagai janji kepada rakyat supaya kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia daripada sebelumnya.

Katanya, janji tersebut dibuat berasaskan pengetahuan yang tidak mencukupi kerana tidak tahu setakat mana kerosakan yang berlaku dan mendapati bahawa walaupun sudah berbuat janji dalam jangka masa 100 hari, mereka akan tunaikan 10 perkara tetapi tidak terlaksana.

Sementara itu, Mohd. Asri turut menguatkan hujah tersebut dengan dua hadis Nabi Muhammad.

“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum Muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka.

“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya,” kongsi beliau kepada pengikutnya di media sosial.

Hadis tersebut dipetik daripada Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban serta Riwayat Abu Daud. - UM

MR : Pelik bagi seorang Mufti yang sebelum ini dengan jelas berkempen untuk Harapan dan bersetuju dengan manifesto Harapan menolak idea mudarat besar dan mudarat kecil akhirnya cuba mengelak diri atas janji-janji sebelum PRU. Malah Mufti ini dengan jelas menyokong bekas ketua penyamun dengan menutup mata atas kesalahan ekonomi dan agama pemimpin tersebut.

Hairan seorang Mufti tidak memahami janji palsu dengan janji benar. Tidak memahami persepsi dengan kebenaran. Tidak boleh menguasai 'aqidah' sesuatu pertubuhan.

Sumber MR - 6-6-2018





















Waspada 7 Ciri Pemimpin Gerakan Akhir Zaman























Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletakkan pedang pada umatku, ia tidak akan mengangkatnya sampai hari kiamat.” (HR Abu daud dan Ibnu Majah)

سنن ابن ماجه ٤٠٢٦: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?” beliau menjawab: “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum.” (Sunan Ibnu Majah)

Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda , “ Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji-janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini ?” Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari. Abdullah bin Amr bertanya,” Lalu , dengan apa engkau menyuruhku?” Beliau menjawab, “Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum “ (HR Abu Daud dan Nasa’i)

Dari Hudzaifah bin al Yaman ra bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikan akan datang kejahatan?” Beliau menjawab, “ Ya, banyak penyeru yang mengajak ke pintu jahanam, maka, barangsiapa yang mengijabahnya (mengikutinya), mereka akan dilemparkan ke dalamnya.” Aku bertanya,”Sifatkanlah mereka itu kepada kita.” Beliau SAW berkata,”Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita,” Aku berkata,”Lalu, kau suruh apa ketika aku melihatnya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Lazimilah (berpeganglah) pada jamaah muslimun dan imam mereka.” Aku berkata,” Jika tidak ada jamaah dan Imam?” Rasulullah ﷺ menjawab,” Jauhilah semua kelompok itumeskipun akar pohon melilitmu hingga maut menjemputmu, dan engkau tetap seperti itu.” (HR Muslim)

Dari Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,” Wahai Abu Dzar, bagaimana kamu jika berada dalam kekacauan?” Lalu beliau SAW menyilangkan  jari jarinya. Abu Dzar berkata, “ Apa yang akan engkau perintahkan kepadaku, ya Rasulullah?” beliau menjawab,”Bersabarlah ! bersabarlah ! manusia akan berpura pura dengan akhlak dan perbuatan mereka.” (HR Hakim dan Baihaqi)

Terdapat banyak hadith-hadith yang memperingatkan umat Islam tentang munculnya pemimpin-pemimpin dan gerakan-gerakan yang menyesatkan umat Islam. Menjadi kewajipan  kita untuk meneliti ciri-ciri pemimpin dan gerakan yang dibawanya supaya kita tidak terjebak didalam gerakan tersebut hingga merosakan amalan kita.

1. Para pemimpin sesat:

 Dari Aus yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»

“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban). Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kalian menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kalian mengingkari mereka dengan hati, agar amal kalian tidak sia-sia.”

2. Para pemimpin bodoh:

 Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah ﷺ berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:
«أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ »

“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad). Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahwa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah ﷺ . Yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam.

3. Para pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.

 Dari Ubadah bin Shamit berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk menaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah)

4. Para penguasa yang memerintah dengan mengancam kehidupan dan mata pencaharian.

 Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudianmereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

5. Para pemimpin yang mengangkat pembantu orang-orang jahat, dan mengakhirkan shalat(mengabaikan syariah).

 Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»

“Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalianjangan menjadi pemungut cukai, pegawai kanan, dan polis.” (HR. Thabrani).

Ada riwayat lain seperti hadith di atas dengan matan yang sedikit berbeza:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا

Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah mereka berdua berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

Akan datang atas kalian pemerintah yang rapat dengan seburuk-buruk manusia dan melewat-lewatkan solat (sehingga terkeluar) daripada waktunya. Maka barangsiapa antara kalian yang menemui keadaan ini janganlah menjadi pegawai kanan, jangan polis, jangan pemungut cukai dan jangan (pula menjadi) bendahari." Ibn Hibban dalam Sahih-nya (4586).

 6. Para pemimpin diktator (kejam).


 Rasulullah ﷺ bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»

“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar). Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.

 Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»

“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak kalian tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani).

7. Para penguasa zindik (pura-pura iman).

 Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»

“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”)
(HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).

Sumber MR - 3-6-2018

Rabu, 30 Mei 2018


Kisah Sang Khalifah Ingin Mengambil Harta Rakyat


Analogi kisah masa kini..

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja.

Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).


Sumber MR - 30-5-2018

Rabu, 30 Mei 2018


Kasihi Ulama


Sehari dua ini hati saya kurang selesa dan merasa hiba tatkala ulama’ dilihat dalam sudut pandang seolah-olah bertentangan antara satu sama lain. Natijahnya terdapat pelbagai pecahan puak yang masing-masing memperakukan kebenaran serta menganggap yang lain daripadanya kurang tepat.


Alangkah sedihnya hati ini dan hibanya bilamana tohmahan dan wasangka yang tidak baik ditujukan kepada mana-mana ulama' yang sebenar. Mereka adalah warathatul anbiya'. Ingatlah pesanan Ibn Asakir Rahimahullah mafhumnya: "Takutlah kamu kepada daging ulama' kerana ia beracun." [Lihat Tabyin Kazib al-Muftari, hlm. 29-30]

Tanpa dinafikan ulama' bukan maksum tetapi mereka mempunyai banyak kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah. Kita boleh menasihati ulama' tatkala mereka terkhilaf dalam sesuatu pendapat dengan penuh hikmah dan adab. Marilah sama-sama kita menghormati ulama', mengasihi dan memuliakannya.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Sumber MR - 30-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Kisah para anbiya' bukan kisah nostalgia



Itulah yang terlintas apabila mendengar bacaan imam pada malam-malam Ramadhan mengenai silsilah perjuangan para anbiya'.

Silsilah yang berkesinambungan, mempunyai plot-plot yang berbeza, watak yang berbeza, namun temanya tetap sama. Tema risalah, perjuangan menegakkan tauhid, bukan semata-mata permasalahan sosial dan ekonomi semasa, sebaliknya mengembalikan manusia kepada Tuhannya, agar beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.

Al-Quran tidak akan menceritakan kita satu perkara yang hanya menjadi halwa telinga dan berlalu begitu sahaja. Ia adalah panduan, petunjuk, pedoman, dari awal-awal ia turun hingga akhir zaman.

Sepertimana ia dijadikan sebagai 'penghibur' (tasliyah) dan pengubat buat Nabi SAW dan para sahabat RA, ia juga sebagai satu manual utama bagi mereka dalam mengharungi kehidupan sehari-harian dalam perjalanan menegakkan risalah yang panjang ini.

Kisah-kisah para anbiya' yang dihimpunkan dalam Al-Quran adalah sebaik-baik kisah. Ia diterjemahkan dan dikisahkan kepada manusia dalam bentuk yang pelbagai.

Ada yang berbentuk kisah detail sejak nabi AS kecil hingga ke besar (seperti kisah Musa AS bermula daripada ketika baginda AS bayi, bagaimana beliau berkahwin, mendapat wahyu di bukit Tursina, hinggalah tenggelamnya Firaun, dan hinggalah kisah menyayat hati bagaimana Musa AS ditolak mentah-mentah oleh kaumnya sendiri untuk memasuki Baitul Maqdis kerana sifat mereka yang malas & pengecut (surah Al-Maidah). Diriwayatkan bahawa Nabi Musa AS wafat ketika Bani Israel sesat di padang pasir kerana tidak dapat memasuki bumi Palestin (sesat).

Ada yang berbentuk kisah bagaimana nabi AS mula-mula mendapat wahyu, seperti kisah Nabi Ibrahim AS, yang bermula dengan dialog baginda dengan ayahnya (ada riwayat mengatakan itu pakciknya), kemudian kisah baginda melihat bintang, bulan dan matahari untuk membuktikan kewujudan Tuhan, diteruskan pula dengan kisah baginda AS berhujjah dengan kaumnya hingga dibakar, dan diusir daripada kaumnya sendiri. Di tengah-tengah surah pula tiba-tiba dibawa pula kisah malaikat yang memberi khabar gembira bahawa Nabi Ibrahim akan mendapat anak daripada isterinya yang mandul dan telah tua (anaknya itu adalah Nabi Ishak daripada isterinya Siti Sarah).

Ada pula kisah yang agak sentimental bagaimana para anbiya' yang diuji oleh Allah SWT dengan ujian-ujian hidup, bagaimana mereka berinteraksi dengan masalah kehidupan, dan menyandarkan segala daya dan upaya kepada Tuhan, lalu Tuhan menjawab dengan cara-Nya tersendiri, seperti kisah Nabi Zakariya, dan Nabi Ayyub.

Ada juga kisah yang detail yang menggambarkan ruhaniyat seorang nabi yang cukup tinggi tawakkalnya dan kewarakannya, dalam menghadapi fitnah wanita dan segala ujian yang berlaku dalam hidupnya, seperti kisah Nabi Yusuf AS hingga dikhususkan satu surah untuk menceritakan secara detailnya kisah tersebut.

Tetapi kebanyakannya adalah kisah umum para anbiya', dimulakan dengan wahyu, kemudian seruan berdakwah dengan hujjah yang jelas, lalu penentangan kaumnya, dibawakan pula mukjizat sebagai bukti kebenaran risalah, lalu ditentang dan akhirnya kaumnya itu dibinasakan. Ini adalah yang terjadi pada kebanyakan kisah para anbiya' di dalam Al-Quran, seperti kisah Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Syuaib, Nabi Lut, Nabi Ilyas, dan selain mereka.

Apa yang saya cuba bawakan adalah, para anbiya' AS adalah manusia seperti kita. Mereka adalah manusia yang berkahwin, beranak pinak, ditimpa masalah-masalah kehidupan, dan juga mempunyai perasaan seperti manusia biasa.

Mereka dipilih oleh Allah SWT agar menjadi contoh dan panduan kepada manusia, bagaimana sepatutnya mereka hidup, bagaimana sepatutnya mereka berinteraksi, dan bagaimana sepatutnya mereka perjuangkan, walau apa jua yang berlaku.

Walau apa jua yang berlaku, mereka tidak berpaling daripada melakukan kewajipan menjunjung risalah, dan melengkapkan kitaran kehidupan ini dengan sandaran tauhid dan perjuangan. Setiap yang kita lalui dalam hidup ini, semuanya pernah dilalui oleh para anbiya' sebelum ini. Kisah-kisah mereka disimpan kekal sebagai panduan (Dan Kami tinggalkan/kekalkan kisahnya itu hinggalah ke golongan yang terakhir - surah As-Saaffaat)

Itulah cermin yang sepatutnya kita guna, dalam melakukan muhasabah dan refleksi kita pada hari-hari Ramadhan yang semakin hari semakin cepat ia berlalu.

Ya, kita mungkin tidak dapat jadi seperti mereka kerana mereka adalah sebaik-baik manusia. Paling kurang kita cuba renungi diri kita, dan cuba latari kehidupan kita dengan rangka kehidupan mereka. Kelak mana tahu, mudah-mudahan kita dihimpunkan bersama para anbiya' di akhirat sana.

"Sesungguhnya seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya" - Hadis Nabi SAW

Masih belum terlambat, untuk kita mengisi kriteria sebaik-baik umat.

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan secara penuh keimanan dan pengharapan ganjaran, akan diampunkan dosanya yang telah lalu" - Hadis Nabi SAW


Ustaz Syamil Esa
Wallahua'lam.

Sumber MR - 24-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018


Dr Asri faham tak tentang larangan arak dalam Islam?


Saya terbaca kenyataan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) menumpukan kepada dosa awam berbanding dosa peribadi.

Asri menjelaskan dosa peribadi sebagai dosa yang memberi mudarat pada diri sendiri selagi mana ia tidak mengancam pihak lain seperti zina, minum arak dan berjudi. “Dalam ertikata lain, ia dosa atau pun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya”.

“Malangnya, apabila kita gagal membezakannya, maka golongan kuat agama heboh jika ada tokoh yang berkhalwat tetapi membisu apabila ada isu rasuah dan penyalahgunaan harta awam berleluasa. Isu-isu aib peribadi diangkat dan diberikan pelbagai ulasan agama, sementara isu jenayah awam pula golongan agamawan ramai yang mendiamkan. Ini adalah tanda kesongsongan kita dalam memahami jenis-jenis dosa,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemerintah hendaklah mengelak daripada mengangkat kes “aib peribadi” yang dibawa ke mahkamah, seperti diriwayatkan di dalam hadis.

Fahaman Dr Asri Saling Tak Tumpah Sama Dengan Fahaman Siti Kasim


Bulan lalu saya juga terbaca kenyataan Peguam kontroversi Siti Kasim sekali bertindak lantang mengkritik usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuba memperbetulkan perwatakan songsang dalam masyarakat untuk mentarbiah dari amalan tersebut berlelusa.

Bercakap kepada pemberita, aktivis hak asasi manusia itu berkata, orientasi seks seseorang individu itu merupakan hak peribadi dan ianya antara individu terbabit dan Tuhan.

"Saya tak faham orang (JAKIM) ini.

"Mereka patut simpan kepercayaan agama dan moral kepada diri mereka sendiri dan tutup mulut. Kalau komuniti lesbian, gay, biseksual dan trasgender ini salah, biar Tuhan hukum mereka,"
kata Siti Kasim dipetik media berkenaan.

Bila saya teliti secara mendalam sebenarnya kenyataan dua orang ini menghampiri sama dan jika saya cuba memahami maksud "dosa awam, bukan dosa peribadi" yang cuba diketengahkan oleh Dr Asri sebenarnya tak ada beza fahaman Dr Asri (MAZA) dengan Siti Kasim, dua-dua mereka tidak mahu JAKIM mengambil peduli tentang dosa peribadi dan hendaklah memberikan fokus kepada DOSA AWAM.

Hanya berbeza Dr Asri ialah Mufti dan dikatakan ahli hadis manakala Siti Kasim dikatakan pula sebagai Liberal dan ada kata sesat menghampiri keluar Islam dengan kenyataan "Tuhan Getaran".

Orang kata Dr Asri suka kritik PAS. Saya tak kisah kerana PAS bukan semesti betul dalam semua perkara. Yang saya kisahnya  ialah Dr. Asri ini yang rasa dia sahaja betul orang lain semuanya salah dan tak betul.

Zina, minum arak dan berjudi adalah dosa peribadi. Berzina jika kita nak bertaubat tak perlu kita minta maaf dengan pasangan zina kita, hanya cukup kita minta maaf dengan Allah s.w.t. sahaja.

Dr Asri tahu tak berzina ni dalam Al Quran ada sebut kena ada 4 saksi yang melihat seperti "celak masuk dalam bekasnya". Kalau nak 4 saksi sangat susah dan boleh menghampiri 'sifar'.

Habis kenapa nak 4 saksi?

Dalam hal ini saya setuju sedikit dengan hujah Dr Asri bahawa bukan kerja kita selongkar rumah untuk cari orang berzina dengan bawa 4 atau lebih orang untuk jadi saksi. Itu pun susah juga kalau penzina itu buat dalam selimut tak boleh lihat 'hulu celak'.

Makna tuhan tak nak orang berzina ditepi jalan. Semua orang boleh lihat. Jika berlaku macam itu bukan lagi orang tapi binatang.

Amar Maaruf Nahi Mungkar

Oleh kerana Dr Asri dikatakan orang sebagai ahli hadis. Saya nak bawa satu hadis iaitu;

“Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”

Jika dilihat di dalam konteks ayat ini, ianya menunjukkan tahap-tahap dalam mengubah kemungkaran. Bermaksud apabila seseorang itu melihat kemungkaran maka perlulah dia mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan (jika dia memiliki kekuasaan dan kekuatan), jika tidak mampu maka hendaklah dia ubah dengan lisannya (iaitu dengan memberi teguran atau nasihat), kemudian barulah dengan hati (yakni membencinya di dalam hati).

Hadis ini sebenar ada kaitan dengan al Quran iaitu;

Allah berfirman, Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imran : 104)

Agak-agak Dr Asri faham tak hadis dan al Quran di atas? Siapa ada kuasa dan siapa bertanggungjawab untuk cegah. Tak ada dihuraikan mesti cegah dosa umum dan abaikan sikit dosa peribadi.

Dosa Peribadi Boleh Bawa Mudarat

Saya pernah mendengar kuliah Dr Asri berkenaan seorang alim ditipu syaitan yang beribadat tak makan dan minum akhirnya menceritakan tentang rahsia 'bertaubat setelah melakukan dosa' dan meminta si alim ini memilih untuk meminum arak atau berzina atau membunuh untuk merasai nikmat bertaubat selepas itu. Lalu si alim ini memilih minum arak.

Minum arak macam dosa kecil (sebenarnya antara dosa besar), dosa peribadi aje...

Zina terlibat dengan orang dan bunuh sudah tentu.
Bila si alim ini pilih arak akhir dia melakukan semua sekali dosa lain.

Dr Asri faham tak cerita ini?

Sumber MR - 22-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Teguran Buat Mufti Perlis Kita Tidak Boleh Menzalimi Pas


1- Saya diberikan  video rakaman kenyataan Dr Mohd Asri Bin  Zainul Abidin dalam Astro Awani semalam berkaitan Parti Islam Semalaysia PAS.

Saya akui saya lah manusia yang paling banyak mengkritik Dr Asri (MAZA) sebelum ini kemudian saya berhenti seketika kerana sudah jarang kenyataan salah yang diterbitkan oleh DrMAZA tersebar pada umum termasuk kurang diberi peluang 'live' di wacana TV membincangkan isu semasa semasa akhir kerajaan BN.

Saya rasa isu lama sudah tidak dibangkitkan lagi dan kita perlu memandang lebih kehadapan dalam mencorak masyarakat Islam yang lebih adil dan amanah.

2- Saya memohon maaf jika tulisan ini menganggu emosi dan diri Dr Maza dan pembaca lain. Jauhkan dari makian dan kutukan yang tidak melambangkan kita sebagai muslim sejati. Ambil ia sebagai wadah kesatuan umat Islam dan pentadbiran negara yang lebih baik dalam menerima pandangan orang lain yang relevan.

3- Kita menegur mana-mana parti seperti PAS bukanlah berniat memburukkan parti tersebut tetapi cuba membetulkan apa yang dilihat tidak benar dalam masa yang sama Allah melarang kita menzalimi orang lain. Jangan kata apa yang mereka tak kata. Jangan tuduh apa yang mereka tidak buat.

4- Kata DrMAZA :
“ Kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu itu adalah dari kesinambungan program PAS itu sendiri yang ada PASTInya ada sekolahnya yang keluar dari sekolah-sekolah ini PAS telah memberi gambaran kepada mereka mesti menegakkan Islam dalam kerajaan yang SEBENARNYA mereka sendiri iaitu PAS tidak dapat memberi definisi apakah Islam yang hendak ditegakkan itu”.

Teguran saya:
Apa yang didakwa oleh Dr MAZA ini adalah TIDAK BENAR. Kita mengkritik PAS namun usah kita menyatakan perkara yang tidak benar kepada mereka. Dakwaan DrMAZA bahawa PAS tidak dapat memberi maksud Islam yang mahu ditegakkan dalam Kerajaan merupakan satu fitnah yang jelas. Maaf saya katakan ia fitnah.

Ini kerana PAS mempunyai penjelasan yang agak rapi tentang Kerajaan Islam yang hendak ditegakkan oleh mereka mengikut acuan yang mereka fikirkan benar.

Ya. Mengikut pemahaman mereka dan definisi mereka. Cara mereka dan strategik mereka. Lihat saja pada manifesto PAS jelas wujud maksud Islam yang cuba ditegakkan. Walaupun sebahagian daripada kita tidak mempersetujuinya itu tidak mengapa kerana fahaman berbeza-beza.

Namun untuk menyatakan PAS tidak memberi definisi kerajaan Islam yang mahu ditegakkan itu tidak benar dan pihak PAS perlu menyatakan bantahan ini.

5- Kata Dr MAZA lagi:
“PAS telah membawa isu lain dalam soal kerajaan Islam ini dan soal RASUAH tidak dianggap besar oleh PAS tetapi isu kemestian ulama memimpin kena berserban boleh membaca ayat Quran sikit hadir majlis ada para ustaz majlis ilmu itu diangkat oleh PAS seolah ia penengakkan Islam”.
Kritikan saya:
Dakwaan Dr MAZA ini juga adalah satu fitnah keatas pihak lain yang ramai dan besar bilangan mereka. PAS sangat menolak rasuah sejak awal penubuhannya sehingga sekarang. Saya bukanlah aktivis PAS bahkan saya banyak mengkritik Presiden PAS namun saya pernah hidup dalam lingkungan mereka jelas PAS sangat menolak rasuah. Bahkan antara pemimpin pelbagai parti yang disiasat isu rasuah PAS mendapat rangking yang terbaik sebagai zero rasuah. Jika adapun yang diperkatakan maka ia perlu pembuktian yang jelas.

Sangat malang dakwaan Dr MAZA bahawa PAS tidak memandang isu Rasuah ini sebagai isu besar sedangkan kempen PRU 14 baru ini bagi PAS adalah mereka menolak rasuah dan bangga dengan kebenaran tiada rekod rasuah dari SPRM.

Ya kemungkinan akan wujud siasatan kepada ahli tertinggi PAS berkaitan rasuah 1MDB namun untuk mengatakan PAS tidak menolak rasuah adalah TIDAK BENAR.

Seandai pun jika ada sebahagian pemimpin PAS kelak terbabit dengan siasatan SPRM maka ia tidak boleh dikatakan PAS memandang isu rasuah ini isu kecil.

Nasihat dan teguran saya kepada semua. Kita boleh kritik sesapa sahaja manusia yang tidak maksum dan mana-mana pihak. Namun jangan menyatakan perkara yang tidak benar tentang pihak lain dihadapan umum.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 8 (maksud):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Oleh: Ustaz Abu Syafiq
0192713781

www.facebook.com/AbuSyafiq1

Sumber MR - 21-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Antara tanda & peristiwa akhir zaman


Seorang sahabat datang bertanyakan kepada Rasulullah SAW, bilakah akan terjadi kiamat? Rasulullah SAW yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah tidak menjawab, sebaliknya Baginda meneruskan ceramahnya.

Apabila selesai, Rasulullah SAW berkata, siapakah yang bertanya tadi dan sahabat itu menjawab: "Saya wahai Rasulullah." Lalu Baginda SAW bertanyakan sahabat berkenaan, apa yang sudah engkau siapkan untuk hari kiamat.


- Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.

- Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak.

- Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi. Berlumba-lumba membina bangunan tinggi;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”;- (Riwayat Ibn Majah).

Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)

Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).

Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu ‘Adi).

Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;- Daripada Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad).

Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang2 bukan Islam yang menggunakan hujjah2 dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.

Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)

Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: ” Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa “;- (Riwayat Ahmad).

Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat Thabrani).

Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran;- Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran.).

Ulat-ulat Qurra’;- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah dari mereka;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )

Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba” ;- (Riwayat Ibnu Asakir).

Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).

Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya “;- (Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).

Menyalahgunakan Takdir;- Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata’ Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’

- Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi.

- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia.

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;- Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim).

Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).

Penyakit Umat-umat Dahulu;- Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).

Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;- Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.”Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” “Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanya lah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanya lah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)

- Lahirnya para Dajjal ( tukang dusta ) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang didewa-dewakan)

- Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama akan menegakkan agama Islam.

Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat Muslim).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad, 20/349].

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.””;- [Musnad Ahmad, 2/457].

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba selagi belum muncul 30 dajjal, semua berbohong mengenai Allah dan RasulNya.””;- [Musnad Ahmad, 2/450].

Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu.”

Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu – mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”;- (Riwayat Muslim).

Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam;- Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud)

Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki;- Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak;- Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;- Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”;- (Riwayat Thabrani).

Ulama Tidak Dipedulikan;- Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”;- (Riwayat Ahmad).

- Ilmu agama dicabut ( banyaknya A’lim Ulama’ yang meninggal dunia ).

Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah;- Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”;- (Riwayat Ibnu Majah).

Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].

Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn Malik r.a. berkata, “Ditanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Nabi s.a.w. bersabda: “Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di kalangan kamu.””;- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015), 2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].

Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”;- (Riwayat Thabrani).

Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka.” Imron berkata: “Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga kali (generasi)?” Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk di antara mereka” ;- (Riwayat Muslim).

Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Kelak akan datang atas umatku; suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) “;- (Riwayat Hakim).

Orang yang rosak akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].

Golongan Anti Hadith;- Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.”;- (Riwayat Abu Daud)

Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).

Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat);- (Riwayat Bukhari dan Nasae’i).

Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Iman Yang Semakin Lemah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan” ;- (Riwayat Muslim).

Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan terjadi suatu fitnah, yang keadaan mukmin sedang petang harinya menjadi kafir, kecuali orang yang Allah dihidupkan dengan ilmu yang manfaat” ;- (Riwayat Ahmad dan Thabrani).

Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah, maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;- (Riwayat Thabrani).

Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang;- (Riwayat Thabrani).

Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat. Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani).

Dari Ummi Salmah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti akan ada penguasa; Kamu sekalian mengenalnya, tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas; barangsiapa yang mengingkarinya dia akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya;- (Riwayat Muslim dan abu Daud).

Umat Islam akan tertimpa penyakit orang kafir;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan umat)” – (Riwayat Hakim).

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat Bukhari).

Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram” – (Riwayat An Nasa’i).

- Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.

-) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.

Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- Sabda Rasulullah s.a.w: “Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan” – (Riwayat Thabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?” Rasulullah menjawab: “Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji.” Mereka bertanya lagi: “Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?” Rasulullah menjawab: “Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Abi Dunia).

Ditimpa tanah runtuh dan berbagai bala bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” – [al-Haithami, Kitab al-Fitan].

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”;- (Riwayat Muslim).

- Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia.

Daripada Abdillah ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mendekati hari kiamat kelak, hanya akan diberikan salam kepada orang-orang tertentu. Juga akan marak kegiatan perdagangan, sehingga isteri-isteri pun ikut terlibat membantu suaminya dalam berdagang. Dan juga akan terjadi pemutusan hubungan persaudaraan” – (Riwayat Ahmad).

Perdagangan, perniagaan, terputusnya persaudaraan, saksi palsu, tersebar luasnya tulisan-tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.” – [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].

Bahaya Kemewahan;- Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”;- (Riwayat Tirmidzi).

Penyelewengan, Maksiat dan Penghindarannya;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia, suatu masa, yang mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat (antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah, maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari perbuatan itu.” Baginda ditanya: “Ya, rasulullah! Ke tempat mana kita akan lari menghindar?” Baginda menjawab: “Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada sunnah Nabi-Nya”;- (Riwayat Ad Dailami).

Orang sudah tidak mempedulikan halal dan haram – “Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram”;- (Riwayat Nasae’i).

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)”;- (Riwayat Nasae’i).

Maraknya Rasuah;- Mu’az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: “Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya”;- (Riwayat Tabrani).

Maraknya praktik riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;- (Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).

- Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50 berbanding seorang lelaki.

- Banyak terjadi gempa bumi.

Keluarnya Sumber kekayaan dan perang di Timur Tengah (Iraq).

Munculnya Galian-galian Bumi;- Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”;- (Riwayat Baihaqi).

Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)

Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian mereka berkata: “Kembalilah kepada kami esok.” Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).

Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: “Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).

- Zaman sudah dekat-mendekati.

Masa berlalu bagaikan kobaran api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

- Banyak terjadi perkara fitnah-memfitnah.

Fitnah bagaikan malam yang gelap-gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).

- Banyaknya haraj, yakni bunuh-membunuh (Pembunuhan bermaharajalela dalam masyarakat kesan dari jahiliyah moden).

Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud ‘harj’ (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan;- (Riwayat Muslim).

- Banyaknya harta bagi setiap orang, sehingga menjadi bingung untuk membelanjakannya.

- Ramai orang yang bermegahan dalam gedung-gedung besar dan banyaknya pasar.

Rasulullah bersabda : “Kiamat hampir saja akan berdiri apabila sudah banyak perbuatan bohong, masa (waktu) akan terasa cepat dan pasar-pasar akan berdekatan (kerana saling banyaknya)” (sahih Ibnu Hibban).

Binatang buas dan benda-benda padat berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatang-binatang buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya sesudahnya;- (Riwayat Tirmidzi)

Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api;- (Riwayat Tirmidzi)

Punca Kebinasaan Seseorang;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)”. Nabi s.a.w. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”;- (Riwayat Baihaqi)

Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

Tanda-tanda akhir / besar kiamat (alamat kubra)


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. Hadith Riwayat Muslim

Keterangan hadith di atas

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1 – Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir dan menyebabkan kepala mereka menjadi hitam seperti kepala kambing yang disalai atas bara api.

2 – Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dia akan keluarl dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Bani Israel.

Nabi s.a.w. bersabda: “Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.”;- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]

3 – Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Ianya juga sebagai bukti besar Islam bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan Kristian dan Yahudi.

Turunnya Nabi Isa dari langit;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: ” Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:” Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.

Isa a.s. mencari Dajjal;- Daripada Urwah bin Mas’ud Ats Tsaqafi berkata, “Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: “Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun…” Selanjutnya baginda bersabda: “Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).

Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin) memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata: “Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi, bunuhlah!”;- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! “, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”;- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi Isa a.s kemudiannya akan wafat di madinah.


4 – Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: ”Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya.

Zainab bin Jahsy bertanya: “Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya,! Jika telah banyak kejahatan.”;- Riwayat Muttafaq Alaihi.

Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: ”Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari” - Hadith riwayat Muttafaq Alaihi

Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s.

Rasulullah s.a.w bersabda:- ”Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi)” - Hadith Riwayat Ibnu Majjah.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-”Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: “Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air.” Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:- “Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya”;- Hadith Riwayat Muslim.

5 – Binatang yang dipanggil ‘Dabbah’ akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.w.t. Ia muncul di waktu dhuha dan akan berbicara kepada setiap manusia.

Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan “Hai orang mukmin!” dan yang lain mengucapkan “Hai orang kafir!”;- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: “Dari siapakah engkau membeli binatang ini?” Jawabnya: “Dari orang yang dicap hidungnya.”;- (Riwayat Ahmad)

Dabbah ini juga akan menjadi guru kepada manusia kerana waktu itu manusia sudah tidak mendengar dan mempercayai firman2 Allah dan juga alim ulamak. Lihatlah betapa manusia waktu itu sudah buntu dan akhirnya Allah utuskan binatang untuk menjadi guru manusia. Diumpamakan seperti kisah Habil dan Habil, yang mana Allah utuskan burung gagak untuk memberi pelajaran tentang cara-cara menanam mayat manusia.

6 – Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat. Maka pada saat itu Allah S.w.t. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Bermakna PINTU TAUBAT sudah tertutup. Ini kerana IMAN adalah KEYAKINAN, sedangkan apabila matahari sudah keluar dari barat itu bermakna sudah SAH akan kiamat. Maka iman di ketika itu hanyalah IMAN dalam terpaksa, maka IMAN sebegitu tidak lagi diterima oleh Allah S.w.t, na’uzubillah.

Contohnya sama seperti Firaun yang mengakui Allah itu Tuhan apabila nyawanya sudah sampai tenggorok iaitu ketika ajalnya sudah hampir (sakaratul maut) ketika dia tenggelam dalam laut Merah ketika mengejar Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel. Maka IMAN ketika itu sudah tidak diterima lagi kerana dia telah SAH akan mati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana “…tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu.” ;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].

Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib / Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).

Begitulah sistem alam ini akan menjadi tidak seimbang dan semakin kacau-bilau apabila hampir kepada kebinasaannya, sama lah seperti manusia yang menghampiri saat2 kematiannya, akan berlaku lah ketidak-seimbangan dan kacau bilau dalam sistem tubuhnya.

7 – Gempa bumi di Timur.

8 – Gempa bumi di Barat.

9 – Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10 – Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkakala, tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Beberapa kejadian lain

- Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).

Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).

Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:- “Ka’bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar “Dzus-Suwaiqatain” (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka’bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”;- (H. Riwayat Imam Ahmad).

Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat)


Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ”Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)”- Hadith Riwayat Ibnu Majah.

Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata, “Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kefasihan boleh memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/268].

Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : “Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan dan fulan telah kena panah.”” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman kecuali khemah-khemah.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].

Sabda Rasulullah s.a.w;- “Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan.”- (H.Riwayat Ibnu Hibban).

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi Zul-Khalasah.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].

*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan disucikan (khallasa). Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali menyembah berhala sehingga wanita mereka menyembah dan mengelilinginya dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka.

Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- “Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang”;- (H.Riwayat Ahmad).

“Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang.
Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya,
dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.
Adapun orang yang melampaui batas,
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan, bilakah terjadinya
Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktunya)?
Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya).
Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)
Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.” Surah An Naazi’aat : Ayat 34 – 46

Rujukan :

1 – AlQuran
2 – Ceramah Tanda Besar Kiamat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
3 – http://www.geocities.com/saifullah_islam77/dekatnya_kiamat.html
4 – 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman – Abu Ali al Banjari An Nadwi

Sumber MR - 19-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


38 Kesilapan Umum Ketika Mengerjakan Solat


Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat.
Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka.

Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI

Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM

"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUDKetika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD

Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT

Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT

Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT

Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA

Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR

Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM

Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM

Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT

Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA

Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH

Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID

Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT

Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.

Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL

Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!

Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!

Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN

Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN

Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat

33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT

Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA


[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.

[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.

[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

Bab penutup:

Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Sumber MR - 18-5-2018


Kisah Bertaubat Daripada Dosa Fitnah
Posted on Wednesday, May 02 @ 16:16:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39512



Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seorang ulama..., lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf...

Lalu ulama itu berkata... "dengan syarat. Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam".

"Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis". Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu...tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya hingga sampai di masjid...dia berjumpa dengan ulama tersebut. 


"Wahai habib...aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja....bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?"

Ulama itu berkata..."nanti bila kamu balik...kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok". Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang...ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya.

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan...saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku telah buang. Semua telah di terbangkan angin entah ke mana".

Lalu habib itu berkata.... "BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya...ia tersebar dan  terus tersebar...".

"Aku maafkan kamu. Bertaubatlah...lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.
Nah.... itulah dosa yang jaariah....dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa".

Pada si pelaku... USAHALAH... temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.

Wallahua’lam...


Sumber TKO - 2-5-2018



“Kalau Saya Tuhan”: Satu Kenyataan Bodoh,Syirik,Wajib Bertaubat Kerana Merosakkan Akidah
Posted on Tuesday, April 03 @ 22:30:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38940



Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani Bin Haji Zakaria ketika mengulas kenyataan “kalau saya Tuhan” yang dipertuturkan oleh seorang Ahli Parlimen yang tular sebelum ini berkata sesiapa saja yang bercakap beliau boleh menjadi Tuhan adalah orang yang bodoh kerana mana boleh seseorang manusia berfikir menjadi Tuhan, sedangkan mereka adalah manusia ciptaan Tuhan.

Menurut SS Mufti Perak lagi, manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang tidak mungkin boleh diangkat menjadi Tuhan. Maka dengan itu tidak terdapat istilah “kalau” untuk seorang manusia menjadi Tuhan.

“Makna itu sesuatu yang orang cakap “orang yang bodoh”, dia mana boleh kalaukan menjadi Tuhan. Tuhan tidak akan ada sama dengan manusia ini, tidak boleh jadi “kalau” dia tu, dia makhluk Allah, Tuhan jadikan dia, macam mana dia hendak naik ke atas sampai jadi Tuhan?” SS Mufti Perak turut menegaskan bahawa individu yang melontarkan ucapan sebegitu tidak layak menjadi pemimpin.

“Ini satu ucapan yang bodoh, itu sahaja boleh jadi pertimbangan bahawa orang yang bodoh macam ini tidak boleh dilantik menjadi pemimpin kerana bodoh.”

Memetik sumber dalama berkata, SS Mufti juga menggesa Ahli Parlimen itu untuk bertaubat kerana ucapannya itu adalah sesuatu yang berbentuk syirik dan mewajibkannya bertaubat.

“Kenyataan itu merosakkan aqidah, maknanya dia sudah menyamakan taraf Tuhan dengan dia, dia pun boleh jadi Tuhan. Maknanya Allah itu dilantik menjadi Tuhan, kalau tidak dia pun boleh, begitulah maknanya.”

Justeru, perbuatan itu adalah perbuatan syirik kepada Allah S.W.T seperti yang dikatakan SS Mufti dan wajib bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah bagi sesiapa yang menyamakan dirinya dengan tuhan.


Sumber TKO - 3-4-2018
































PRU14: Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan

QALAM Mufti 3: Surat Terbuka kepada Pemimpin Politik dan Masyarakat
Mukadimah
Mutakhir ini, telah sampai ke meja kami pelbagai pertanyaan melalui media baru isu-isu berkaitan politik. Ini termasuklah berkenaan beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh politik. Tidak perlu kami nyatakan siapa dan apa yang dinyatakan. Cukuplah ianya dapat difahami dan menjadi nasihat buat semua pemimpin politik dan anggota masyarakat. 
Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang makin terasa ini jelas bahangnya di media sosial apabila penyokong kem masing-masing tidak henti-henti berbalas idea dan hujah sehinggalah terbawa-bawa kepada fitnah dan buruk sangka. Bahang PRU 14 juga sedikit mencuit emosi beberapa pemimpin politik dari media sosial hingga ke Parlimen. Dari kedai kopi hingga ke pentas ceramah, pelbagai bentuk nada hujahan boleh kita amati. Sayangnya, dari kritikan membina kepada kem lawan, sudah ada yang sampai mengeluarkan kata-kata nista dan keras yang sedikit pun tidak melambangkan akhlak seorang Muslim. 
Ada yang bertanya kepada kami, “Tidak adakah surat terbuka kepada pemimpin politik? Takkan hanya artis?” Kami beranggapan mungkin penyoal tidak tahu yang sekitar empat tahun lepas, kami pernah mengeluarkan sebuah buku berjudul Pemimpin Yang Adil: Rahmat Kepada Rakyat.  \ 
Sebagai pelengkap kepada buku berkenaan, kami merasa amat perlu untuk mengemukakan surat terbuka kepada para pemimpin politik, pimpinan parti begitu juga kepada masyarakat umum. Tujuannya semata-mata untuk sama-sama kita muhasabah kembali sikap dan tindakan kita agar ia benar-benar selari dengan nilai agama dan insani sehingga apa yang kita hasratkan benar-benar bersih dan tepat dari sebarang bentuk tindakan yang menyeleweng. 
Nasihat ini adalah tulus daripada hati kepada seluruh pemimpin politik dan masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. 
Nasihat Kami
Wahai pemimpin politik dan masyarakat, antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang Muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah S.W.T dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat tunduk kepada kebijaksanaannya. Betapa pentingnya persoalan kepemimpinan ini sehingga Nabi S.A.W bersabda: 
إِذَا كَانَ ثَلاَثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ
Maksudnya: “Jika ada tiga orang dalam permusafiran, hendaknya mereka mengangkat salah seorang di antara mereka menjadi pemimpin.”
(Riwayat Abu Daud, no 2609) 
Dalam sistem demokrasi, hak bersuara adalah dibenarkan akan tetapi akhlak dan adab perlulah dijunjung. Mengakhlakkan diri dengan peribadi yang unggul lagi luhur adalah satu perjuangan yang amat tinggi nilainya. Apakan tidak, kerana kepimpinan menjadi contoh dan suri teladan terbaik kepada anak buah masing-masing sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun: 
الناس على دين ملوكهم
Maksudnya: “Orang ramai mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka.”\ 
Mengikut bidalan ini, ia adalah menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Justeru, dengan baiknya, pemimpin yang menjadi suri teladan, maka sudah barang tentu akan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan orang bawahannya. 
Ketahuilah, kalian begitu juga diri ini akan dipersoalkan tanggungjawab ini di akhirat kelak. Maka, berkatalah yang baik-baik. Firman Allah S.W.T: 
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Maksudnya: “…katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..”  
(al-Baqarah: 83) 
Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim berkata:
“Maksudnya ucapkanlah kepada mereka dengan ucapan yang baik dan sikap yang lembut. Termasuk dalam hal itu adalah amar makruf dan nahi munkar (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran). Sebagaimana dikatakan oleh Imam al-Hasan al-Basri mengenai firman-Nya ini: “Termasuk ucapan yang baik adalah menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan munkar, bersabar, suka memberi maaf, serta berkata kepada manusia dengan ucapan yang baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT tadi. Iaitu setiap akhlak baik yang diredai oleh Allah SWT.” 
Cakap hanya yang benar dan baik. Jika tidak, lebih baik diam. Nabi S.A.W bersabda: 
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6475 dan Muslim, no. 47) 
Umar al-Khattab R.A berkata:
“Siapa yang banyak kalamnya, maka banyak tergelincir dalam tutur katanya. Dan siapa yang banyak ketergelincirannya, maka banyaklah dosa. Dan siapa yang banyak dosanya neraka lebih utama baginya.” 
Zaman kini, boleh jadi yang benar dan baik itu tidak “laris” di mata manusia dan dipandang remeh. Namun, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang baik dan membawa panji kebenaran. 
Wahai pemimpin politik dan masyarakat Muslim, jauhi daripada melabel-labelkan dan menggelar dengan gelaran yang tidak baik. Firman Allah SWT:
وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ
Maksudnya: “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...”
(al-Hujurat: 11) 
Syeikh al-Maraghi menyatakan: Qatadah dan juga Ikrimah meriwayatkan daripada Abu Jubairah Ibn al-Dahhak yang berkata: Ayat ini turun mengenai Bani Salamah.” Ibn Jarir pula telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas dengan maksud: “Seorang lelaki telah melakukan amalan buruk kemudian dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Maka Allah S.W.T telah melarang orang itu dicela dan perbuatannya yang telah lalu.” 
Apa yang diucapkan oleh seseorang pemimpin, itulah yang menjadi ikutan kepada penyokong masing-masing. Jika baiklah ucapannya, maka baiklah yang dituturkan oleh penyokongnya. Jika sebaliknya, itulah yang menjadi ‘modal’ bagi penyokongnya untuk melemparkan kata-kata nista kepada lawan. 
Jauhi daripada menghina dan mencaci serta melaknat sesama sendiri. Rasulullah S.A.W bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Maksudnya: “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.”
(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no 312; Al-Tirmizi, no 1977) 
Ingatlah, boleh jadi orang yang kita hina itu jauh lebih mulia dan baik daripada kita. Benarlah firman Allah S.W.T: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;” (al-Hujurat: 11) 
Syeikh al-Maraghi berkata:
“Ini kerana kadang-kadang orang yang dihina lebih baik di sisi Allah daripada orang yang menghina sebagaimana yang disebut di dalam hadis.” 
Orang yang dicaci, dihina, difitnah dan dilaknat itu, belum tentu lebih hina daripada yang menyumpah seranah. Apatah lagi jika kedua-duanya masih berpayung di bawah kalimah syahadah yang sama. 
Masyarakat telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anda, maka jauhilah daripada berbohong. Sabda Rasulullah S.A.W: 
يُطْبَعُ الْمُؤْمِنُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ الْخِيَانَةَ وَالْكَذِبَ
Maksudnya: “Orang yang beriman boleh jadi melakukan pelbagai kesalahan kecuali sifat khianat dan dusta.”   
(Riwayat Imam Ahmad (22170), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (21349) dan Syu’ab al-Iman (2809)) 
Ini kerana, kedua-dua sifat ini adalah amat hina di dalam Islam yang sewajarnya kita menjarakkan dan menjauhinya dalam kamus kehidupan kita. Jika yang disampaikan itu satu penipuan, ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Jika balasan-Nya ditangguhkan di dunia, ketahuilah bahawasanya tiada lagi penangguhan di alam sana. Mahkamah-Nya adalah yang seadil-adilnya dalam menjatuhkan hukuman. 
Elakkan percakapan atau ucapan yang boleh dipertikaikan atau membawa kesamaran. Ini kerana ia membuka ruang kepada ramai orang dan pihak sama ada mengiyakannya atau menentang. Ucapan seperti ini tidak akan menambah kebaikan bahkan boleh mengeruhkan suasana kehidupan. Ini berdasarkan satu kaedah 
اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan. 
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar R.A,
مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ 
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah. 
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah dan salahfaham, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 
Duhai jiwa yang bakal kembali kepada-Nya, memelihara lidah antara yang penting dalam kehidupan ini. Masakan tidak, Rasulullah S.A.W bersabda kepada Muaz bin Jabal R.A: 
أَلَا أُخْبِرُك بِمَلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ فقُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: كُفَّ عَلَيْك هَذَا. قُلْت: يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْك أُمُّك وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ عَلَى وُجُوهِهِمْ -أَوْ قَالَ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ- إلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟!" 
Maksudnya: “Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kepadamu anak kunci kepada semua perkara tersebut?” Aku menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah” Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: “Kamu mesti menjaga ini!” Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah! Adakah kita akan dibalas (dipersoalkan) dengan apa yang kita pertuturkan?” Baginda menjawab: “Celakalah kamu! Tidak ada yang menghumbankan manusia ke dalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat yang lain disebutkan di atas hidung mereka – melainkan hasil tuaian ini adalah ada lidah mereka?” 
(Riwayat al-Tirmizi, no. 2619) 
Antara mutiara kata Salafussoleh adalah: Ibnu Mas’ud pernah bersumpah dengan nama Allah, lalu mengatakan, “Di muka bumi ini, tidak ada sesuatu yang lebih sesuai menerima lamanya penjara daripada lidah!”. Begitu juga diriwayatkan, bahawa Ibnu Mas’ud berkata, “Jauhilah fudhulul kalam (pembicaraan yang melebihi keperluan). Cukup bagi seseorang berbicara, menyampaikan sesuai keperluannya.” 
Jika perlu berdebat, maka berdebatlah dengan sebaik-baiknya. Allah SWT berfirman: 
وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ
Maksudnya: “dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya.”
(al-Nahl: 125) 
Dalam perdebatan, nilai intelektual dan ketepatan maklumat serta hujah yang benar lagi sahih dengan dalil naqli dan mantiq aqli perlu dijunjung. 
Ketika mengupaskan tentang iklim kehidupan intelektual di Andalusia, Prof. Dr. Wan Mohd Nor menulis: “Ramai di antara kita sentiasa berbangga dengan pencapaian agung umat Islam terdahulu, sama ada di Andalusia atau di tempat-tempat lain, tetapi tidak begitu ramai yang mahu meninjau secara ilmiah akan iklim dan faktor-faktor yang memungkinkan terlahirnya hasil yang sedemikian agung. 
Jika kita ingin membangunkan sesebuah masyarakat, bangsa dan tamadun yang agung, kita harus jugalah cuba memahami iklim dan mengenal pasti faktor-faktor tersebut, dan berusaha mencipta sebaik mungkin iklim dan faktor-faktor yang serupa, setelah mengambil kira perbezaan tempat dan zaman.” Hal yang sama juga kami nukilkan dalam buku Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun  Ghafur: Negara Sejahtera Rahmat Untuk Semua. 
Setiap detik seorang wakil rakyat di Parlimen dan Dun, adalah satu amanah daripada-Nya, begitu juga harapan daripada rakyat yang mengundinya. Berdebatlah untuk manfaat rakyat dengan fakta dan hujah yang lengkap, persediaan yang rapi dan tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada. Ini kerana, itulah antara yang akan dipersembahkan di hadapan-Nya nanti. 
Inilah Pesanan
Akhir kalam, kami katakan marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan merapatkan saf dan membina negara dengan akhlak yang mulia dan keperibadian yang unggul. Jika ini kita dapat pertahankan, negara kita akan tetap harmoni dan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa apa pun kita dan agama apa pun kita, jika kita warga Malaysia dan tanah air kita adalah bumi bertuah ini, makanya menumpahkan kasih sayang dan taat setia kepada tanah watan adalah wajib untuk kita pertahankannya selama mana nyawa dikandung badan. 
Kami nukilkan kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah daripada buku Sirah wa Manaqib 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz karya Ibn Al-Jauzi, antara lain katanya: 
“Fiqh yang terbesar ialah bersifat dengan cukup dengan apa yang ada (qana’ah) dan menahan daripada menyakiti manusia.”
Dengan mengamati dua sifat tersebut iaitu qana’ah dan menahan daripada menyakiti hati manusia, sudah pasti ianya membawa kelebihan kepada seseorang dalam melayari bahtera kehidupan kerana kedua-duanya akan terselamat daripada sifat mazmumah dan disakiti oleh manusia. Marilah sama-sama kita menginsafi diri sebagai umat Islam dan juga rakyat Malaysia yang menjunjung nilai dan budi yang luhur sebagai jati diri kita untuk kekal gah di persada antarabangsa. Benarlah kata pujangga terkemuka, Almarhum Ahmad Syauqi: 
وإنِّما الأُمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ *** فَإنْ هُمُ ذَهَبَتْ أَخلاقُهُمْ ؛ ذَهَبُوا
“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.” 
Inilah pesanan yang ingin kami sampaikan daripada hati kami yang tulus kepada para pemimpin politk dan seluruh lapisan masyarakat. Pemimpin politik tanpa mengira warna dan logo tetap adalah sahabat-sahabat yang amat kami kasihi. Atas dasar kasih sayang inilah, nasihat dan ingatan disampaikan sempena PRU 14 ini. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf jika bahasa yang dikemukakan terkasar dan tidak sesuai. Semoga Malaysia akan terus aman, damai dan sejahtera di bawah lembayung rahmat-Nya atas kepimpinan negara yang diredhai-Nya. 
Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan - HARAKAHDAILY 1/4/2018






























































Sumber HD- 1-4-2018


Berniaga ketika solat jumaat: Ujian atau musibah?
Posted on Saturday, March 10 @ 18:13:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38571

"

Berniaga dengan 'free traffik' yang terbaik adalah ketika waktu tengahari pada hari jumaat. Ini adalah masa yang paling 'win' untuk meraih pendapatan yang banyak ketika itu. banyak masjid terutama dilembah kelang dipenuhi dengan peniaga2 jalanan ini yang asyik meniaga terutama ketika hampirnya waktu solat. Apabila azan pertama solat jumaat dikumandangkan, maka disini kita boleh pantau yang mana gerai yang Allah benci dan yang mana gerai yang sayangkan Allah....

Antara tip2 kita boleh lihat bagaimana Allah uji iman dia itu adalah kita tengok berapa ramai pelanggan datang selepas azan berkumandang pada gerai dia. Jika makin ramai yang datang ketika itu maka, itulah ujian berat buatnya kerana membesarkan pelanggan berbanding Allah.

 "Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)


wallahuaklam
md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com


Sumber TKO - 10-3-2018

































Sunat tanam tali pusat bayi
Posted on Monday, March 05 @ 05:54:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38504



SHAH ALAM - Sunat menanam tali pusat bayi baru dilahirkan sama seperti hukum kuku, rambut dan darah (darah bekam) sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia, demikian kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dalam ruangan Al-Kahfi, Laman Web Mufti Wilayah  Persekutuan.

Tali pusat dianggap sebagai sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir.

"Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:

Makruh hukumnya simpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.

"Harus jika bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, talasemia dan seumpamanya," jelasnya kepada Sinar Harian.

Haram hukumnya jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.

Menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat kita, menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu.

"Ada sebahagian masyarakat kita menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
"Sebahagian pula menyimpan kerana percaya, ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan," katanya.

 Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi sebagai kenangan.

Beliau mendapatkan pandangan Imam Al-Syirazi dalam Al-Muhazzab menyebut: 'Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan cemarkan kehormatan mayat itu dan mudaratkan manusia disebabkan bau busuknya.

Pengebumian di kawasan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW kebumikan sahabat yang meninggal di Baqi', dan ramai yang menziarahi akan mendoakannya.

"Kami ambil pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut hadis Nabi SAW mengebumikan jenazah di Baqi' itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan orang Islam. Rujuk Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab (5/282).

"Ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349), Imam Muhammad Al-Syarbini Al-Khatib RHM berkata: "Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga bungkus tangan dan seumpamanya dengan kain," jelasnya.


  Kata beliau, kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: "Al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota  (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya."

Sumber TKO - 5-3-2018


Mufti Wilayah Persekutuan beri 3 nasihat kepada Neelofa
Posted on Wednesday, February 28 @ 08:30:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38429



KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan memberi Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, tiga nasihat berikutan tindakannya melancarkan koleksi tudung terbarunya, BeLofa di Zouk, malam kelmarin.

Muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perkara pertama adalah tanyalah ulama sebelum bertindak; kedua, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan ketiga, carilah rezeki diberkati ALLAH SWT.


Menurutnya, di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan, selain bimbang tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan, asalkan bertudung.

"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasil keberkatan.

"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah sebenarnya membebaskan wanita dari penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan bersyariat," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, pada hari ini sebenarnya sangat sukar bertudung sambil memelihara perilaku dan adab kesopanan, sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.

"Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi hendak kita cari di dunia ini?," katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak membesarkan isu itu sehingga memalukan, mengaibkan dan memberi fitnah.

"Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

"Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya.

 Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai 'wanita besi' dan 'gergasi' dalam perniagaan dan kerjaya," katanya.

Sumber TKO - 28-2-2018

Surat Terbuka Kepada Hajah Neelofa


Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber BO - 27-2-2018


Wajib Mengaplikasikan Islam Di Dalam Diri, Masyarakat Dan Negara
Posted on Monday, February 19 @ 11:50:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38308



Di Malaysia sekarang dapat dilihat dan di dengar dengan jelas golongan yg mengaku Islam, tidak yakin dengan Parti Islam dan tidak juga mempunyai keyakinan dengan pentadbiran atau hidup dengan cara Islam.

Bahkan ramai yg mempersoalkan Kelantan di bawah pemerintahan PAS  dilihat gagal?

*"Bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan".*

Islam bukan saja khas untuk individu saja bahkan Islam untuk seluruh alam dan Islam adalah berjamaah dan Islam itu berjamaah dan bermasyarakat.
*Hidup nya Islam pada hati, jiwa jasad seseorang, dengan hidupnya Islam dari dalam diri, baru lah lahir jamaah dan masyarakat Islam.*

Dari sini dpt difahami bahawa Islam itu bermula dengan diri sendiri dengan keimanan dan kepatuhan diri  barulah lahir keluarga Islam, bersambung pula dengan wujudnya jiran Islam, baru pula lahir masyarakat Islam dan berkesinambungan pula dengan kerajaan dan negara Islam.

Dengan "membalutkan" diri dengan Islam sepenuhnya, baru lah kedaulatan Islam itu dapat dilihat dengan jelas sekali.

Ini bermakna jika seseorang itu memahami Islam dan diaplikasikan islam di dalam diri nya, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam. Kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam.

Setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah.

*Sejarah di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan,* hal ini menunjukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya".

Maka, perlulah difahami, akan wujud negara Islam di Malaysia sepenuhnya. Sekiranya semua umat Islam mewujudkan kefahaman diri tentang Islam, kita tidak sepatutnya bertelagah. Perkara inilah yg membawa kepada kehancuran umat Islam. Tidak sepatutnya kita mencaci, memperlekeh menghina sama ada kepada pemimpin atau golongan yg dilihat berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan diri sendiri tidak memahami perjalanan Islam sebenar.

Marilah kita berfikir sedalam dalamnya mengenai perkara ini.
Kita perlu menebus maruah bangsa dan agama dengan mengwujudkan sebuah negara Islam sepenuhnya.

Wallahua'lam.

(atom)
19 FEB 2018

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM


Sumber TKO - 19-2-2018

Haram Umat Islam Menyerupai Agama Lain
Posted on Sunday, February 18 @ 10:34:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38293



SHAH ALAM: Tindakan umat Islam yang melakukan perbuatan menyerupai agama lain bukan sahaja ditegah bahkan hukumnya haram.

Pendakwah, Datuk Hassan Mahmood berkata, Islam melarang umatnya menyerupai agama lain dan budaya mereka, terutama melibatkan unsur kepercayaan.


"Benda ini berkaitan akidah, jadi kita tidak boleh melakukan sesuatu mengenai kepercayaan agama lain. Sebab apa? Sabda Nabi, barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.

"Tetapi kalau hal-hal sosial dan kemasyarakatan boleh. Contohnya, mereka jemput kita makan, itu semua boleh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respons selepas tular video seorang wanita bertudung dipercayai berada di tokong Buddha.

Dalam video berkenaan, wanita itu dilihat sedang mencampak bongkah dan kemudian menggoncang bilah buluh yang dipercayai salah satu amalan biasa dalam menilik nasib.

Mengikut kepercayaan masyarakat Buddha, ia disebut juga 'kau cim', yang mudah ditemui di kebanyakan tokong.

Meskipun disebarkan tanpa diketahui lokasi berlaku sama ada dalam atau luar negara, tindakan itu mengundang kritikan dalam kalangan netizen.
-Sinar Harian

Sumber TKO - 18-2-2018


Hukum Memakan Tupai
Posted on Saturday, February 17 @ 22:56:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38286



Ulama berselisih pendapat tentang hukum makan tupai. Jumhur (mayoritas) ulama berpendapat bahwa makan tupai hukumnya halal. Sementara sebagian ulama berpendapat haramnya tupai, karena hewan ini mengigit dengan taringnya. Pendapat kedua ini merupakan pendapat Madzhab Hanafi dan sebagian ulama Syafi’iyah dan Hanabilah. Sementara Malikiyah berpendapat makruh. Pendapat yang lebih kuat adalah boleh, sebagaimana yang ditegaskan Imam An-Nawawi dalam al-Majmu’, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni, Khalil dalam at-Taudhih, dan Al-Mardawi dalam al-Inshaf.

Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119) Maksudnya “dziinaab” yakni binatang bertaring atau berkuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi.

Dalilnya adalah prinsip dasar hukum syariah Islam, bahawa “al-ashlu fi al-asy-yaa` al-ibaahah maa lam yarid dalil al-tahriim” (Hukum asal benda adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkan). Imam Asy-Syaukani menjelaskan kaedah tersebut pada bahagian akhir bab tentang makanan, buruan dan sembelihan dengan mengatakan,”Berbagai ayat dan hadis yang disebut pada awal bab ini menunjukkan bahawa hukum asal benda adalah halal (al-ashlu al-hill).

Sebilangan besar ulama’ menghukum dan memfatwakan tupai sebagai binatang yang halal dimakan. Oleh itu, memakan daging tupai itu adalah halal dan tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tupai bukanlah binatang buas yang bertaring mahupun binatang yang hidup daripada dua alam seperti katak dan buaya.

Dalam soal jawab ini, jelaslah bahawa tiada dalil yang mengharamkannya samada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, hukumnya kembali kepada hukum mubah, yakni harus untuk dimakan.

FB
Abu Redzuan

Sumber TKO - 17-2-2018


Kafir warga Malaysia, kafir zimmi?
Posted on Thursday, February 15 @ 14:07:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38247




Datuk Dr Danial Zainal Abidin terkejut dengan fatwa Mufti Pahang mengatakan DAP kafir harbi dan berani mengatakan warga Malaysia adalah kafir zimmi.
Pelik juga. Mengapa tidak. Kafir DAP adalah kafir yang menentang Islam. Macam mana boleh kita kata kafir yang menentang Islam itu Kafir zimmi.



Patut pun Dr Danial kata Yahudi boleh buat kawan.macam mana boleh buat kawan mereka  yang membunuh 2.5 juta orang Islam pelastin.

Atas alasan orang DAP ada kad pengenal  (warga Negara) maka dia bukan kafir harbi, mereka kafir zimmi.

Kafir zimmi adalah kafir yang patuh dengan pemerintah Islam dan setuju undang undang Allah dilaksanakan  oleh Nabi Mohammad SAW di Madinah.

Bahkan Sehingga Rasulullah SAW menegaskan barang siapa menentang kafir zimmi maka mereka menentangnya.

Jadi macam mana orang kafir DAP yang menentang dan tidak bertuju undang undang Islam dilaksanakan di Malaysia serta jauh sekali untuk mematuhi misi dan visi Malaysia ini layak jadi kafir zimmi.

Atas asbab ada kad pengenalan sebagaiwarga Negara Malaysia memang tidak boleh pakai, kerana perlembagaan Negara bukan kaedah  untuk menentukan mereka  sah  kafir zimmi dan kafir harbi.

Yang boleh menentukan seseorang itu sama ada ia kafir zimmi atau harbi ialah  undang undang Islam yang terlaksana di sesebuah Negara orang Islam. Mereka  kena taat kepada peminpin yang memerintah Negara  dalam suatu perjanjian sepertimana dibuat oleh Rasulullah SAW di Madinah

Perlembagaan yang bukan Islam tidak boleh dijadikan hujjah yang orang orang kafir  itu, dia seorang zimmi, sedangkan mereka masih ada agenda  untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara bukan Islam.

DAP telah menegaskan jika dia memerintah Negara ini agama rasminya adalah agama kristian bukan lagi agama islam agama rasmi Negara pada hari ini.Sila rujuk ucapan (Razali Abdul Rahman bekas pengawai strategic DAP)

Oleh itu penulis,kecewa  dan tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Danial Zainal Abidin bahawa orang orang kafir di Negara ini,termasuk orang kafir DAP adalah kafir zimmi.

Mengapa tidak? Kerana fatwa yang dibuat itu terpengaruh dengan fahaman  Islam liberal yang sudah bermaharajalela di seluruh dunia kini.

Mana zimminya, kalau sudah ada agenda untuk jadikan Negara ini Negara kristian.Zimmi bermakna bersetuju dan tidak akan menentang kerajaan Islam yang diperintah orang Islam, 

Saya juga  kecewa dengan Ulasan kafir harbi halal darah dan boleh rampas segala harta miliknya. Memang dalam Al Quran termaktub demikian.  Dia kata bila jumpa kafir harbi wajib bunuh dapat pahala nampaknya terlalu ekstrem.

Sangat melampau, kerana ia bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah.Tak dinafikan Rasulullah Arah membunuh Ka’ab Asraf ketua  Yahudi di Madinah

Penulis berani mengatakan ulasan itu adalah satu ulasan ikut hawa nafsu. Bila halal darah, boleh ke kita bunuh sebarangan tanpa melihat waq’ dan feleksibalnya Islam.Sedangkan di Malaysia ada undang undang sivil yang memang bersalah berbuat demikian.

Rasulullah SAW tidak pernah bertindak demikian ketika berhadepan dengan kafir muyrik di Mekah  miskipun dalam al Quran kafir harbi halal darahnya, kecuali dalam peperangan boleh membunuh. Itu pun membunuh atas nama Allah bukan kerana dendam dan yang lain.

Datuk Dr Danial Zainal Abidin seorang pendakwah yang  bersifat agak melampau mengulas tentang fatwa Mufti Pahang  bahawa  orang orang kafir  DAP kafir Harbi dan mengatakan DAP adalah kafir zimmi, termasuk Lim Guan Eng,dia adalah kafir zimmi.Dia warga Malaysia.Hujjah Dr Danial.


Sumber TKO - 15-2-2018 


Haram rosakkan undi: Mufti
Posted on Wednesday, February 14 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38237


PUTRAJAYA - Haram hukumnya apabila mana-mana individu atau pihak tertentu merosakkan undi pada PRU14.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, haram hukumnya apabila individu yang layak mengundi tetapi tidak berbuat demikian dan tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

“Berdasarkan kepada kepentingan pelantikan pemerintah, haram merosakkan undi. Ini kerana pemerintah umpama paksi dalam satu bulatan. Dia yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan melalui kepimpinannya.

“Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmonian keadaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah.

Beliau berkata, jika tiada pemerintah yang berkemampuan dan berwibawa menduduki jawatan tersebut, sudah tentu segala hukum-hakam akan terus tergantung tanpa dapat dilaksanakan.

“Umat Islam pula akan sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau yang mahu menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam.

“Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman sesat berselindung di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat, dan usaha memadam ketidakstabilan ini hanya mampu dilakukan oleh seorang pemerintah Islam yang adil,” katanya.

Zulkifli berkata, seorang pemerintah dapat menggariskan jalan yang betul kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya tidak terpesong ke jalan lain.

“Namun, ketika pemerintah ini tidak wujud, para pendukung pelbagai fahaman sudah tentu akan berusaha menjadikan umat Islam berada dalam kebingungan tanpa sebarang penyelesaian.

“Akhirnya umat Islam akan berpecah kepada beberapa puak dan kelompok yang saling bercakaran. Mereka akan hancur disebabkan pertelagahan dan perpecahan itu,” katanya.


  Menurutnya, atas dasar itu, rakyat yang layak mengundi perlu mendaftarkan diri dan mengundi pada PRU14 serta melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams yang lima itu iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Sumber TKO - 14-2-2018


Penyokong undi rosak: Mufti WP perlu dengar, bukan hukum rakyat
Posted on Tuesday, February 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38204


PETALING JAYA: Seorang aktivis yang menyokong kempen merosakkan undi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membidas mufti Wilayah Persekutuan menggunakan agama untuk menghukum atau menghalang pengundi menyertai gerakan itu.

Maryam Lee berkata, agamawan seperti Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri sepatutnya mencari punca rakyat memilih untuk berbuat demikian.

“Agamawan menggunakan hujah agama untuk memberi keabsahan kepada kekuasaan yang bobrok itu bukan perkara langka. Hari ini peranan agamawan Melayu masih sama, diam seribu bahasa pada kebobrokan pemimpin, tapi mudah menunggang agama untuk mendiamkan rakyat.

“Agamawan seharusnya bantu rakyat ajukan kekecewaan mereka kepada pemimpin, bukan menjadi tukang pemberi legitimasi kepada pemimpin yang terang-terangan mencuri daripada rakyat, menganiaya rakyat,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zulkifli yang berkata, haram untuk pengundi menyokong kempen memboikot atau sengaja merosakkan undi pada PRU14, serta tidak mendaftar sebagai pengundi.

“Kami cenderung menyatakan haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi,” tulisnya di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan gerakan memboikot atau sengaja merosakkan undi pada PRU14 tersebar di laman media sosial dengan hashtag #UndiRosak, #SpoiltVote dan #ProtesPRU.

Kempen itu yang menjadi subjek perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini, dikritik pemimpin daripada parti pemerintah dan pembangkang, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pemimpin Umno di sebalik kempen itu.

Kempen itu muncul sebagai tanda protes terhadap BN dan PH, selepas Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri gabungan 4 parti pembangkang itu pada 7 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Maryam mendakwa mufti Wilayah Persekutuan menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan jawatannya, bukan berkhidmat kepada rakyat.

“Tuan mufti memetik Ibn Khaldun, tapi tidak menghayati kritikan Ibn Khaldun kepada para pendamping pemimpin yang sering berjawatan tinggi.

“Mereka sering mengekalkan jarak antara pemimpin dan rakyat supaya mereka kekal berpengaruh kepada para pemimpin.

“Dalam erti kata lain, para pendamping kekuasaan (termasuk agamawan) menggunakan jawatan mereka bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, tapi untuk mengekalkan kekuasaan dan jawatan mereka sendiri,” dakwanya.

Pada 3 Februari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, haram bagi orang Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosakkan undi.

Katanya, tindakan itu bermakna jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik, selain menarik diri daripada tanggungjawab menentukan nasib serta hala tuju masyarakat.

“Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar.

“Perkara inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam di dalam negara atau di luar negara. Maka kalangan yang melaksanakan kempen memulau pilihan raya sama ada kerana bodoh dan jahilnya atau kesediaannya menjadi alat bagi memberi laluan mudah kepada musuh Islam dan musuh negara,” katanya.

Sumber TKO - 13-2-2018


Al-Raheeq al-Makhtum (13)
Posted on Friday, February 09 @ 09:01:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38154



PELBAGAI CARA MENENTANG DAKWAH RASULULLAH

Setelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu pun yang boleh memaling atau melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir lagi dan mencari jalan untuk mencegah dakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan, mendusta dan mempersendanya. Semuanya ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan semangat mereka. Mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai tuduhan yang nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah sebagai orang gila.


Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya. diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau adalah orang gila". (al-Hijr: 6)

Mereka melabelkan Baginda sebagai sihir dan dusta.

Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendm. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. (Shaad: 4)

Mereka mengawasi Baginda dan memerhati Rasul dengan pandangan penuh kebencian dan rasa penuh jijik.

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenamya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh gila ". (al-Qalam: 51)

Apabila Baginda duduk dilingkungi golongan lemah "al-Mustadh'afm", Quraisy mempersenda-sendakannya dengan berkata; "Itulah dia sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah ke atasnya"Maka Allah menjawab untuk RasulNya:

"Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur? (al-An'aam: 53)
Hal mereka ini sama seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita:

Sesungguhnya orang-orang yang derhdka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!" Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu".
(al-Muthaffifiin: 29-33)

2. Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu, mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi

Rasulullah itu sendiri, menyibar luas semua dakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai memiki'r mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al-Quran yang ianya sebagai dongeng rekaan orang kuno.

Dan mereka berkata lagi: "Al-Qur'an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu. dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafamya)". (al-Furqaan: 5)

Dan mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa ang tidak mempunyai sebarang keistimewaan apa pun.

Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya). (al-Furqaan: 7)

Contoh kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali disebutkan di dalam al-Quran.
3. Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana al-Nadr bin al-Haris telah menyaran kepada Quraisy dengan katanya: Wahaikalian Quraisy, demi Allah sebenarnya kamu ini telah ditimpa dukacita hingga hari ini kamu belum mampu mengatasinya, Muhammad (s.a.w) ini pada permulaannya seorang kanak-kanak muda, di antara kamu, yang kamu meredhai dengannya, bercakap benar, sangat beramanah, sehingga apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya "pelipis" beruban dan beliau membawa kepada kamu sesuatu yang telah dikemukakan itu, lalu kamu kata: Dia seorang ahli sihir. Demi Allah dia bukan ahli sihir, kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerja dan pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami, demi Allah dia bukan sami, kerana semua kita pernah malah biasa dengan sami dan ungkapan-ungkapan sami melalui gurindam mereka, kemudian kamu kata dia adalah penyair, demi Allah dia bukan penyair kerana kita sudah biasa mendengar syair dengan jenis-jenisnya sama ada rajaz atau hazaj, setelah itu kamu kata yang ianya gila, demi Allah, beliau tidak gila kerana kita juga pernah berhadapan dengan orang gila, cakapnya itu bukan rapuan si gila atau sasaunya, wahai kalian Quraisy, uruslah persoalan yang kamu sedang hadapi ini, demi Allah kamu sudah ditimpa bala yang berat.

Setelah itu al-Nadhr pergi ke al-Hirah, di sana beliau mempelajari perbualan raja-raja Parsi, perbualan Rustam dan Aspandiar, bila beliau pulang dan mendapati Muhammad sedang mengadakan majlis zikirullah dan peringatan penyiksaan di akhirat, al-Nadhr pun bertindak membuat majlis yang sama dengan katanya: Demi Allah sesungguhnya perbualan Muhammad itu taklah sehebat perbicaraanku, dengan itu beliau pun menselokakan hikayat raja-raja Parsi, Rustam dan Aspandiar. Di akhiri dengan bidasan katanya: Dengan apakah yang kamu katakan Muhammad itu lebih baik dari bicara ku.

Terdapat riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa al-Nadhr telah membeli beberapa abdi perempuan, kerana apabila beliau mengetahui di sana terdapat seorang lelaki yang tertarik dengan Rasulullah maka beliau mengirim salah seorang hamba perempuannya tadi untuk mempersonakannya dengan minuman keras dan makanan-makanan yang dibekalkan, buat menghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian, hingga dengan itu kecenderungannya kepada Islam terhakis dan pupus dari hati nalurinya. Mengenai hal ini Allah telah menurun ayat-ayatNya:
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah.. (Luqman: 6)

Melalui tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam dengan Jahiliah di suatu persimpangan, di mana pihak musyrikin akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaan mereka dengan syarat Rasulullah akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu). (al-Qalam: 9)

Terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa pihak musyrikin telah mengemukakan kepada Rasulullah tawaran iaitu supaya Baginda menyembah tuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akan menyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Dalam satu riwayat lain oleh Abd bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihak Quraisy telah menawarkan Rasulullah permintaan mereka dengan katanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala kami sebagai tuhan, maka kami akan menyembah tuhan kamu.

Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telah dipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin Abd al-Uzza, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-'Aas bin Wail al-Sahmi, mereka berempat ini, kiranya di antara tokoh-tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum mereka, kemudian kata mereka: Wahai Muhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami menyembah apa yang kamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itu bererti kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kau sembah itu ada kebaikan melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat habuan dari kebaikan itu dan sekiranya yang kami sembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yang kamu sembah itu maka kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami, dengan itu turunlah ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak dkan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku ". (al-Kafiruun: 1-6)

Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegas terhadap tawaran mereka yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yang berbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapa percubaan satu demi satu.

...bersambung

Sumber TKO - 9-2-2018



Berhenti Katakan Tudung Kepala Perintah Tuhan — Nik Elin Nik Rashid Penyokong Kuat HARAPAN
Posted on Friday, February 02 @ 08:18:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38053



Kota Bharu: Berhenti berkata tudung ialah perintah dari Tuhan, tegas Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid.

Beliau yang juga pengasas Kelab Warisan Wibawa juga menyenaraikan pelbagai kebaikan apabila tidak memakai tudung yang dinikmatinya disamping mendakwa bahawa hukum ‘awrat’ bagi wanita adalah hanya di bahagian sulit sahaja, tidak sepertimana yang difahami oleh orang ramai.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Elin berkata, “Apabila kamu baca Quran surah 24:30 dan 31, kamu faham mesej itu dengan jelas.”

“Kita disuruh untuk menjaga furuj atau kemaluan atau kesucian kita dan untuk menutupi ketelanjangan kita. Jadi saya tidak faham mengapa mereka menyuruh saya untuk menutup rambut atau kepala saya?”

“Di mana logik Tuhan? Gunakan logik kamu.”

“Tuhan beritahu banyak mesej dan kita boleh nilai asbab al nuzul atau sebab disebalik penurunan wahyu. Tetapi tidak ada keperluan atau perintah untuk kaum wanita supaya ‘warped up’.”

“Jadi berhenti dari mengatakan tudung kepala ialah perintah Tuhan.”

“Zaman dulu tak ada pun orang tutup kepala dan tutup lingkup. Zaman dulu nak mandi sungai buka baju tepi sungai. Tak ada tandas pun dalam rumah. Nak berak pun di luar sahaja,” tegas beliau.

Wanita yang pernah mendakwa golongan wanita Melayu didiskriminasi kerana tidak boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki ketika bersolat jemaah itu menyenaraikan beberapa kelebihan yang dinikmatinya kerana tidak bertudung, termasuklah dari aspek gaya dan kos.

Nik Elin berkata, “Tudung harganya ada sampai beribu ringgit. Tak mampu nak beli tudung. Tak pakai tudung maknya saya tak perlu fikir nak match dengan warna baju atau busana saya.”

“Tak pakai tudung maknanya rambut tak busuk oleh peluh. Syampu sekali semingu okay. Tak pakai tudung makna kurang beli syampu sebab rambut tak hapak.”

“Tak pakai tudung makna nya rambut bebas digayakan sebagaimana nak. Pendengaran saya juga lebih jelas,” jelasnya lagi.

Meskipun beliau berpendapat ‘awrat’ wanita hanyalah di kemaluannya sahaja, namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah berpakaian secara sopan.

Nik Elin berkata, “Awrat hanyalah kemaluan sahaja. Apa yang bukan ‘azzahara’.”
“’Pakaian’ dan ‘Awrat’ bukan sama.”

“Sebagai Muslim kita patut berpakaian secara sopan,” jelas beliau. – Menara.my

Sumber TKO - 2-2-2018


Al-Raheeq al-Makhtum (12)
Posted on Thursday, February 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38033&mode=thread&order=0&thold=0



PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB
Ibnu Ishak meriwayatkan; tokoh-tokoh pemuka Quraisy bergerak menemui Abu Talib dan mereka bersuara: Wahai Abu Talib, sebenarnya anak saudaramu itu telah mencela tuhan-tuhan kita, memperbodohkan agama pegangan kita, memperkecilkan pemikiran kita dan mendakwa datuk nenek kita dalam kesesatan. Di sini kami menuntut samada kamu berhentikannya dari kata-katanya itu, atau berikan kami laluan untuk kami buat perhitungan dengannya. Kamu pun sama dengan kami juga, tidak mempersetujuinya, ayuh kita bersama-sama menghalangnya. D sini Abu Talib menjawab kepada mereka dengan kata-kata yang lunak dan jawapannya pun bermuslihat, dengan itu mereka semua pulang, sedang Rasulullah kekal dengan usahanya itu mengembang agama Allah dan menyeru kepadanya.

MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG UNTUK MENCEGAH JEMAAH HAJI DARI MENDENGAR SERUAN RASULULLAH


Di dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru yang merunsingkan Quraisy kerana musim haji pun sudah tidak berapa bulan lagi, sedang dakwah secara terang-terangan mula mengorak langkahnya. Rombongan haji tidak lama lagi akan tiba, mereka harus ada satu kata-kata sakti mengenai diri Muhammad (s.a.w) yang mampu menghalang dakwahnya daripada mempengaruhijiwa bangsa Arab. Dengan itu mereka berkumpul bersama al-Walid Ibn al-Munghirah, membentuk kata-kata sakti itu, maka kata al-Walid: Kamu harus bersatu danjangan ada di antara kamu yang berselisih atau mendusta antara satu sama lain, atau ada yang menolak pendapat orang lain, maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang kemukakan. Lalu mereka menyebut: Kita katakan dia seseorang sami, jawab al-Walid: Demi Allah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. Kata mereka: Jadi kita "katakan dia gila", kata al-Walid: Dia tidak gila, kan semua kita pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukan repekan, "dia seorang penyair" kata al-Walid:

Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita kenalijenis-jenis syair, sama ada yang berbentuk raj 07. atau hazajnya., kata-katanya itu bukan syair, maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan, beliau tukang sihir. Kata al-Walid: Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali sihir itu, kata-katanya itu bukan mentera ataujampi sihir, maka kata mereka: Kalau semuanya ini tidak maka apa yang hendak kita kata: Maka al-Walid pun berkata :

"Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai sepohon pokok bawahannya sangatsubur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamu semua itu karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorang ahli sihir kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalah sihir yang boleh memecah belahkan di antara seseordng dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri atau dengan seluruh keluarganya, oleh itu hindarlah din kamu darinya "

Sesetengah riwayat mengatakan bahawa al-Walid setelah menolak semua bentuk cadangan pemuka-pemuka Quraisy tadi, beliau telah dipinta, dengan kata mereka:

Cuba kamu tunjukkan kepada kami satu pendapat yang kemas dan tidak boleh diperbodohkan, jawab al-Walid kepada mereka: Berilah kepada aku tempoh untuk ku berfikir. Dengan itu al-Walid pun cuba berfikir dan berfikir, akhirnya beliau kemukakan pendapat tadi.
Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam surah al-Muddasir sebanyak tujuh ayat:
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran.
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
(Al-Muddaththir 18-25)

Setelah majlis permesyuaratan bersetuju untuk menerima pakai cadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang haji di musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumat yangjahat itu, malah kesemua mereka menerima peringatan dari pemuka-pemuka Quraisy.

Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana apabila Rasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediaman mereka, ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwah mereka ke agamanya, Abu Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahu kepada mereka: Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta mendusta.

Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji, mereka menyebarkan kisahnya di seluruh pelusuk bumi Arab.

----bersambung

Sumber TKO - 1-2-2018


“Tatu Tetap Haram Walaupun Sementara” – Dai’ Wan
Posted on Thursday, February 01 @ 15:57:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38031



SEKARANG seperti sudah menjadi ‘trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar mengenakan lakaran tatu pada anggota badan.

Senario yang dilihat memberi risiko negatif terhadap remaja itu telah menarik perhatian pendakwah muda, Dai Wan untuk tampil menjelaskan mengenai hukum berbuat demikian.

Wan atau nama sebenarnya, Wan Dazrin Wan Din berkata tindakan melakar tatu di mana-mana bahagian anggota badan adalah haram di sini Islam meskipun ia hanyalah tatu sementara.

Jelasnya lagi, perbuatan itu adalah sekeras-kerasnya dilarang oleh Allah SWT sebagaimana termaktub dalam firman Nabi Muhammad SAW:

“Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

“Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu yang bersifat kekal sebab perbuatan itu dilaknat Allah.

“Kita dianggap telah ubah ciptaan Allah kerana tatu original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,” kata bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim kedua itu dipetik Mstar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai trend anak muda termasuk artis tanah air yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara, Dai Wan berkata hal itu tidak salah untuk golongan wanita.

Ini kerana ia dianggap sebagai hiasan namun menjadi satu kesalahan buat kaum Adam pula.

“Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang seakan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

“Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

“Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke-157 ‘Hukum lelaki memakai inai’.

“Beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu tidak dibenarkan,” ujar bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Kewangan Islam itu.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Video - https://youtu.be/Nnmywv9cmsE

...


Sumber TKO - 1-2-208


Al-Raheeq al-Makhtum (11)
Posted on Thursday, February 01 @ 06:51:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38019



MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAH

Suara seruan Rasul di bukit al-Safa itu masih lagi bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalah turuimya ayat Allah: "Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpaling tadahlah dari kaum musyrikin "
(al-Hijr: 94)


Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit pun. Baginda mendedahkan kekosongan fungsinya dengan contoh-contoh sebagai pendekatan. Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja yang sia-sia dan sesat semata-mata. Seluruh Makkah menjadi berang dan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat, tuduhan itu dianggap melulu bak halilintar berdentum di celah mendung langit, menggegar suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangun serentak untuk menyekat satu revolusi yang muncul dengan tiba-tiba, mereka curiga ianya akan melenyap dan meranapkan budaya hidup yang mereka warisi selama ini.

Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pasti bahawa "beriman" itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari Allah. Beriman dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat bererti penyerahan total dan pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai sebarang pilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Ini juga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka ke atas bangsa Arab atas nama agama.

Kerana mereka enggan melaksanakan kehendak Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang mereka sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua perilaku yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka enggan untuk menerima risalah Muhammad (s.a.w), untuk kebaikan dan kemuliaan, tetapi sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatan seperti firman Allah:

"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa yang akan datang".
(al-Qiyaamah: 5)

Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukan berhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yang merupakan contoh ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yang sempurna, selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti Muhammad s.a.w ini disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa mereka. Apakah yang akan mereka lakukan? Mereka sebenarnya kebingungan dan memanglah wajar mereka kebingungan.

Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya, didapati tiada jalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, mereka akan meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anak saudaranya itu, dari meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan tuntutan mereka itu, mereka akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang faedah atau sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan dan merendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini. Sebaik sahaja mereka dapat idea ini terns mereka berhadapan dengan Abu Talib.

...bersambung

Sumber TKO - 1-2-2018

Kronologi gerhana bulan penuh

7:48 malam :Perhatikan kemunculan bayang-bayang gelap umbra yang muncul di sisi bawah Bulan. Mulakan cerapan 5 minit sebelum waktu rasmi. Bilakah kali pertama mata anda dapat melihatnya? Ketika ia tamat sekitar 11:11 malam, bilakah kali terakhir ia dapat dilihat?
7:48 - 8:51 malam : Perhatikan pergerakan bayang-bayang umbra merentasi permukaan Bulan sedikit demi sedikit. Sama juga ketika dalam fasa keluar bayang-bayang umbra, dari jam 10:07 - 11:11 malam.
Bermula sekitar 8:20 hingga 8:51 malam. Perhatikan warna kemerahan yang muncul pada bahagian gelap umbra. Bilakah ia boleh dilihat dengan mata kasar? Menerusi kamera, seawal bilakah ia sudah boleh dirakam? Ketika fasa bayang-bayang umbra keluar, bilakah kali terakhir anda dapat lihat warna ini? 
Tips  astrofoto .Panjangkan  waktu  dedahan  dan  biarkan  bahagian  cerah  Bulan  ‘overexpose’
Fasa gerhana penuh 8:51  hingga  10:07  malam.  Cuba perhatikan warna turquoise (biru kehijauan) pada sisi Bulan yang lebih cerah. Adakah ia mudah dilihat dengan mata? Atau perlukan teleskop? Kamera? 
Tips astrofoto: Pastikan  tiada  bahagian  Bulan  yang  ‘overexpose’  ketika  merakam  warna  ini.
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan warna kemerahan Bulan. Adakah ia merah pekat atau merah terang? Adakah masih dapat lihat ciri-ciri di permukaan Bulan pada ketika ini?
Fasa gerhana penuh 8:51 hingga 10:07 malam. Perhatikan kawasan langit sekitar Bulan. Bandingkan jumlah bintang yang dapat dilihat sebelum gerhana, ketika gerhana dan selepas ia tamat. Adakah bilangan bintang semakin banyak kelihatan? Jika ya, kenapa? Bincangkan!
Tips astrofoto: Cuba rakamkan bintang-bintang berhampiran bulan ketika ia dalam fasa gerhana penuh dengan panjangkan waktu dedahan.
31 Januari 2018
Sumber: Falak Online
Sumber HD - 31-1-2018 


Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)
Posted on Wednesday, January 31 @ 05:58:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38003




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.


Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

.

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.
.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
Doa Khutbah Gerhana
.
B.  Cara Solat Sunat Khusuf
 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.
1.  Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:
وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة


Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.
.
2.  Cara Kedua Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.
C.  Khutbah Solat Gerhana Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.



 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
https://shafiqolbu.wordpress.com/
XOXO - Zaman kita kecil dulu, jarang sangat berlaku gerhana, setahun tu sekali pun payah. Kini sangat kerap berlaku gerhana. Maknanya bumi, matahari dan bulan beredar dalam landasan yang tak seimbang..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 31-1-2018


Al-Raheeq al-Makhtum (10)
Posted on Tuesday, January 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38001



DI BUKIT AL-SAFA

Setelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukit al-Safa dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah. Di sana Rasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam al-Bukhari meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan katanya:

"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "


Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu.

Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud:


''Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".

Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari cerita ini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan kepada keluargamuyang terdekat. "

Maka Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kata Baginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Ka'ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.

Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yang terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua. Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasan inzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.

...bersambung

Sumber TKO - 30-1-2018


Al-Raheeq al-Makhtum (9)
Posted on Tuesday, January 30 @ 06:11:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37981



TAHAP KEDUA

DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN
Arahan awal menggerakkan dakwah:
Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud:
"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "


Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara', diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara terurai ini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awal-awal lagi mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.


Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut, penghuni al-Aikah - selain dari Firaun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustai Rasulullah dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yang baik sedang menunggu mereka.

SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT
Tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik sahaja turun ayat mengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba 'ah keluar agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah menjemput mereka dan berkata:
'
Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya laku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada I'ihan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata: Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih Iagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu. Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan.

...bersambung

Sumber TKO - 29-1-2018


Inilah 5 “Benda” Yang Berasal Dari Syurga Berada di Bumi
Posted on Monday, January 29 @ 06:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37968



Dekat Bumi sendiri pun sebenarnya banyak lagi rahsia alam yang terjawab oleh manusia. Antaranya bagaimana langit boleh ada tanpa tiang yang menyokongnya. Dan apa yang admin nak sampaikan hari ni pula adalah berkenaan 5 “benda” di Bumi yang berasal dari Syurga. Jom baca dan kongsikan.

SIFAT SYURGA
Syurga menjadi tempat terindah yang ingin dituju setiap manusia. Di dalamnya ada kenikmatan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya. Manusia berlumba untuk boleh ditempatkan disana dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Memang, syurga saat ini masih menjadi misteri Illahi. Namun Nabi Muhammad SAW menggambarkan bagaimana indahnya tempat ini. Ada istana yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya, bidadari yang cantiknya tiada tara, buah-buahan yang boleh dipetik bila-bila saja, sungai, serta batuan indah lainnya.

Tapi tahukah anda bahawa ternyata ada benda-benda dari syurga yang keberadaannya sampai ke bumi kita? Apa saja kelima benda tersebut? Berikut ulasannya.

1. HAJAR ASWAD
Hajar Aswad sangat dikenali bagi umat Islam. Batu hitam yang berada di salah satu sisi Kabbah ini dipercaya berasal dari syurga. Berdasarkan hadis, Hajar Aswad dibawa oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membina Kabbah.

Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).

Rasulullah SAW bersabda “Hajar Aswad turun dari syurga, batu tersebut begitu putih, lebih putih dari pada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. (H.R. Tirmidzi 877).

“Hajar aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.” (HR. Ahmad 1: 307)

2. KAYU GAHARU
Kayu Gaharu juga dipercaya menjadi salah satu hal yang berasal dari syurga. Ia banyak di hutan di Malaysia, Indonesia dan Kemboja. Kayu ini memecahkan rekod sebagai kayu termahal di dunia. Kayu gaharu yang mengandung gupal boleh berharga hingga puluhan ribu ringgit sekilo. Produk olahan dari kayu gaharu, berupa dupa, gelang, kalung dan tasbih gaharu.

Pohon dan kayu gaharu menjadi mahal lantaran mengandung resin akan berbau harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik atau ubat-ubatan. Kayu gaharu menjadi salah satu komodi eksport di Indonesia.

Dari Abu Hurairah radliyalahu ‘anh, bahwa Rosulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda : “Golongan penghuni surga yang pertama kali masuk surga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhori).

3. BATU MAQAM NABI IBRAHIM
Batu ini terletak disisi Kabbah. Dahulunya menjadi pemijak Nabi Ibrahim ketika membangun Kabbah. Ketika nabi ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah pada tempat yang tinggi dari Kaabah maka nabi hanya cukup berdiri diatas batu maqam tersebut, sehingga batu tersebut megangkat nabi ke atas, dan ketika selesai maka ia turun pula dengan sendirinya ke bawah hingga mendekati Nabi Ismail yang berada di bawah untuk mengambil batu-batuan bangunan.

Pada batu tersebut masih tampak bekas kedua telapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun Allah telah memadamkan cahayanya karana seandainya cahaya tersebut masih ada, digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka akan menerangi seluruh bagian yang ada di antara u***** timur dan u***** barat.

Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari surga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian niscaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.

4. DAUN TIN
Saat Nabi Adam as memakan buah khuldi, maka seketika itu pula terlepaslah pakaian Nabi Adam tanpa sehelai benang pun di tubuh beliau, kemudian nabi adam pun mengambil dedaunan yang ada di syurga untuk menutupi tubuhnya karena malu, namun dedaunan tersebut malah menjauh dari beliau, tapi ada satu dedaunan yang merasa sedih kepada nabi Adam iaitu daun-daun pohon Tin, karana daun Tin tidak sanggup melihat kondisi nabi adam pada saat itu. Inilah daun-daunan yang sangat berjasa bagi Nabi Adam sehingga daun Tin ini Allah berikan kelebihan padanya berupa buah yang manis tanpa berbiji.

5. CINCIN NABI SULAIMAN
Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi diantara sisinya tertulis kata :

Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” Artinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”

Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” Artinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .

Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” Ertinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.

Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, syatan dan awan; di mana angin sebagai kenderaannya, Manusia dan Jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya, dan para Malaikat sebagai utusannya.
Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. sebagaimana firman Allah Swt :

“Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugrahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35)

Sumber dari IslamItuIndah

Sumber TKO - 29-1-2018


Awas Jangan Sampai Hatimu dipalingkan daripada Al-Quran
Posted on Friday, January 26 @ 07:13:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37912



Demi Allah, sesungguhnya aku lebih perlu kepada nasihat ini berbanding saudara sekalian. Aku memohon kepada Allah agar menolong kita semua untuk mampu menerapkannya.



Demi Allah, aku malu kepada Allah untuk mengirimkannya, kerana sedar akan keadaan diriku.

Akan tetapi, aku pecaya bahawa antum semua lebih baik dariku.

Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman:
يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ

"Dipalingkan dari padanya orang yang dipalingkan." (Adz-Dzariyat: 9) Maksudnya, akan dipalingkan dari Al-Qur'an orang yang dipalingkan oleh Allah sebagai hukuman terhadapnya disebabkan dosa-dosanya dan keberpalingannya dari Allah Subahanahu wa Ta'ala.

Saudaraku, siapa yang belum memulai hafalan Al-Qur'an, hendaklah segera memulainya.

Siapa yang telah menghafalnya, tetapi mengabaikan muraja'ahnya, maka susullah! Siapa yang belum memiliki wirid berupa tilawah Al-Qur'an harian, hendaklah ia bersungguh-sungguh untuk mengupayakan! Bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu! Kerana sesungguhnya menghafal seluruh Al-Qur'an, atau sebagian yang ringan darinya, teliti menghafalnya serta membacanya sepanjang siang dan malam, mempunyai kelazatan yang membuatmu lupa akan penatnya bersusah payah (saat menghafal).

Larilah dari hiruk-pikuk kesibukanmu! Ambillah kesempatan dari beberapa minit waktumu! Bangunlah dari tidurmu! Semoga engkau dapat menyusul rombongan orang-orang bertaubat dan merasakan kelazatan ahli ibadah. Bersujud dan bertaqarrublah!

Buatlah untuk dirimu wirid harian berupa tilawah Al-Qur'an. Jangan pernah engkau tinggalkan walau bagaimanapun. Buatlah pula untuk dirimu zikir terus-menerus: setiap hari.

Bertasbihlah. Beristighfarlah. Bertahlillah (ucapkan: Laa Ilaaha illallaah). Bershalawatlah kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Berdoalah: memohon kebaikan untuk dirimu, kedua orang tuamu, serta untuk orang yang engkau cintai maupun yang tidak engkau cintai.

Jadilah engkau orang yang menyebabkan sedarnya sekian banyak orang. Di antara bentuk keberkatan Al-Quran adalah bahawa Allah memberi keberkatan pada akal para pembaca dan penghafalnya.

Dalam riwayat disebutkan bahawa Abdul Malik bin Umair mengatakan: "Manusia yang paling terjaga akalnya adalah para penghafal Al-Qur'an."

Dalam riwayat lain disebutkan: "Manusia yang paling jernih pikirannya adalah para penghafal Al-Qur'an." Imam Al-Qurthubi berkata: "Barangsiapa yang hafal Al-Qur'an, maka ia akan merasakan kenikmatan pada akalnya meski telah mencapai umur 100 tahun."

Sebuah penelitian ilmiah menyimpulkan bahawa sesungguhnya menghafal Al-Qur'an dan membacanya dapat menguatkan daya ingat. Imam Ibrahim Al-Maqdisi pernah memberikan wasiat kepada muridnya, Abbas bin Abdud-Dayim rahimahumullah: "Perbanyaklah membaca Al-Qur'an.

Jangan pernah meninggalkannya. Kerana sesungguhnya akan dimudahkan bagimu urusanmu sebanyak bacaan yang engkau baca." Ibnu As-Shalah berkata: "Disebutkan bahawa para malaikat tidak diberi keutamaan membaca Al-Qur'an.

Maka dari itu mereka ingin sekali mendengarkannya dari manusia!" Maka membaca Al-Quran adalah suatu kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan manusia. Abu Az-Zinad berkata: "Aku pernah keluar pada waktu sahur ke masjid Nabawi. Dan tidaklah aku melewati satu rumah pun kecuali di dalamnya ada yang membaca Al-Qur'an."

Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) berkata: "Aku tidaklah melihat sesuatu yang dapat memberi gizi kepada akal dan jiwa, menjaga tubuh serta mendatangkan lebih banyak kebahagiaan melebihi kegiatan memandang terus-menerus kepada Kitabullah Subahanahu wa Ta'ala."

Ikatlah dirimu dengan Al-Qur'an, niscaya engkau mendapatkan keberkatan. Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman di dalam Al-Qur'an: "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkahan."

Sebagian mufassir berkata: "Kami sibuk dengan Al-Qur'an, maka kami dicurahi banyak keberkatan dan kebaikan di dunia." Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar Engkau ikat hati kami dengan hafalan Al-Qur'an.

Agar Engkau anugerahkan kepada kami razeki berupa membaca dan mentadabburi Al-Qur'an sebagaimana yang Engkau ridhai, serta anugerah berupa pengamalan Al-Qur'an.

Jangan sampai engkau lalaikan wirid (bacaan Al-Qur'an) harianmu. Demi Allah, ia adalah sumber keberkatan dalam hidupmu jika engkau mengikhlaskan niat kerana Allah.

sumber (Ustadz Salafuddin Abu Sayyid)


Sumber TKO - 26-1-2018

Ketika dua sahabat veteren berbual...
Posted on Tuesday, January 09 @ 09:56:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Dua hari lepas ketika berjogging saya terhampir dengan dua orang sahabat veteran yang turut berjogging.Saya terdengar perbualannya dengan terang dan jelas.Seorang ialah penyokong Mahathir yang sudah lama diketahui yang merupakan seorang cikgu pencen yang saya kenal, sambil seorang lagi tidak saya kenali, dipercayai juga seorang pesara.Cikgu pencen itulah yang diketahui sebagai bekas ahli Umno yang sudah berpaling kepada Bersatu kerana sokongan pekatnya kepada Mahathir tetapi sahabatnya pesara yang tidak saya kenali itu merupakan penyokong atau ahli PAS berdasarkan cara dia berbual.Menariknya ada beberapa perkara yang saya sedari dari perbualan mereka.

Bermula dengan kisah saman TGHH ke atas SR di mana menurut cikgu pencen itu tidak munasabah difailkan oleh TGHH, katanya SR tidak menyebuut TGHH yang menerima 90 juta itu tetapi kenapa TGHH yang saman SR? Ini yang membuat saya terkejut, sejak bila pula SR tidak menuduh TGHH menerima 90 juta?.Tetapi pesara penyokong.ahli PAS itu bijak menjawab malah saya sendiripun tak terfikir.Katanya SR tuduh PAS terima 90 juta dan TGHH sebagai Presiden PASlah yang patut saman.

Jawaban yang diterima baik oleh cikgu pencen itu sambil berkata dia melihat dalam U tube yang melapurkan kisah saman tersebut.Baru saya tahu rupanya ada flip flop dalam kisah saman dan fitnah SR ini.Sebelum ini saya diberitahu oleh seorang kenalan berbangsa cina bahawa ada lapuran dalam U tube mengatakan TGHH dan Najib sudah mempengaruhi mahkamah untuk mengenakan SR dalam kes yang sama.

Mainan siapa kah ini? Ketika mula mula membuat tuduhan dulu bukan main riuh cabar TGHH dan PAS saman SR tetapi bila saman dah difail, lain pulak ceritanya.

Kembali kepada perbualan dua sahabat itu tadi, saya memanjatkan rasa respek saya kepada pesara penyokong/ahli PAS itu kerana berjaya menjinakan cikgu pencen itu di mana saya beberapa kali cuba menjelaskan kedudukan politik sekarang tetapi dia setiap kali engggan mendengar penjelasan saya sambil sentiasa meningggikan suara setiap kali saya cuba memberitahu yang Mahathir tidak boleh dipakai lagi dan PAS tidak pernah mahu Ug dengan Umno.Tetapi perasa penyokong/ahli PAS tersebut berjaya menjelaskan dengan sejelas jelasnya tentang pembohongan berita mengenai Ug PAS Umno.

Katanya sudah berkali kali dijelaskan tentang itu dan tentang BPMS tetapi geng ini tetap degil(kuali) terus menuduh PAS mahu Ug  dengan Umno.Katanya lagi PAS sudah buat keputusan untuk bertanding lawan Umno pada PRU 14 nanti, jadi kenapa masih ada yang bebal? Tidak akan berlaku Ug yang disibukkan itu.

Yang menariknya cikgu pencen itu mula mahu mendengar penjelasan yang gagal saya buat dan semuga selepas ini akan berlaku banyak lagi perbualan yang menjurus kepada kedudukan semasa politik negara agar Islam mampu mentabdir.Kita tahu di luar sana masih ramai orang Islam yang terpengaruh dengan Islam suku politik suku dan antara yang terpengaruh ini terdiri dari penjawat awam yang dibrainwash oleh Biru Tata Negara yang membentuk penyokong Umno sejak di zaman Mahathir.Kumpulan inilah yang sekarang ramai yang pencen seperti cikgu pencen itu yang masih perlu kita sedarkan kepada Amanat Hadi dan kembali kepada Islam sepenuhnya.

Sumber TKO - 9-1-2018


Antara Ulama & Ullamak
Posted on Thursday, January 04 @ 11:59:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37567


Mana yang kufra SUKA?
Mana yang kufra HANTAM?
Buka mata, pasang telinga... lihatlah dengan mata hati melainkan dah buta.

Foto Counter Insurgency Warfare Ciw Anti Communism Socialism Terrorism.

Sumber TKO - 4-1-2017



























































Tafsiran surah Al kafirun mengikut Keadaan Semasa
Posted on Monday, January 01 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37535



Surah Al Kafirun di turunkan di Mekah oleh Allah sebagai tindakbalas atau jawapan kepada cadangan kaum kuffar Mekah yang mencadangkan kepada Rasulullah SAW...bahwa cara yang terbaik untuk menjaga hati dan ketenteraman dalam masyarakat "majmuk" ialah dengan membuat perjanjian seperti berikut...

" Pada tahun ini kami semua (puak kafirin) bersetuju menyembah Tuhan Muhammad SAW (Allah) ...dan tahun berikutnya kamu pula (kaum muslimin) menyembah tuhan yang aku sembah (berhala) .

Cadangan tersebut telah di kemukakan oleh para pembesar puak kuffar kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.....sebagai kaedah untuk meredakan keadaan semasa yang tegang kononnya....

Seperti biasa Nabi tidak akan menjawap selagi tidak turun wahyu dari Allah...Maka turunlah Jibrail menyampaikan Ayat-ayat yang termaktup dalam surah Al Kafirun tersebut...Aku tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Surah tersebut....sebaliknya aku nak menyampaikan amanat Ustaz tersebut tentang sebab-sebab Surah tersebut di turunkan dalam konteks keadaan semasa ia di turunkan dan kaitannya dengan keadaan kita hari ini....

Ustaz tersebut menambah bahwa sekarang ini dalam masyarakat kita ..khasnya orang yg mengaku org Islam samada sedar ataupun tak sedar telah dan sedang menghadapi keadaan semasa turunnya Surah Al Kafirun tersebut....

Hari ini terdapat org Islam khasnya di negara kita...yang mengaku Islam...tetapi secara tidak sedar bersetuju dengan cadangan pihak kuffar agar gilir menggilir menyembah tuhan-tuhan mereka...walaupun tidak secara terang atau nyata....Logiknya memang ada....

Orang Islam takut untuk melaksanakan perundangan Islam kerana takutkan orang bukan Islam (penyembah berhala) ....Jadi hakikatnya bukan Allah yang golongan ini takut..sebaliknya penyembah berhala yang mereka takut dengan alasan seperti menjaga hati dalam masyarakat majmuk....

Hari ini ada orang Islam takut-takut untuk bercakap mengenai Islam kepada masyarakat Islam demi untuk menjaga ketenteraman awam kononnya.....isu tiga org ratu cantik, ASN dan ASB, isu murtad dan sebagainya..bla...bla..bla....Ramai orang Islam memilih pemimpin dari kalangan orang yang menyembah berhala....

Rasa-rasanya apa alasan yang wajar kita berikan di hadapan Allah kelak bila di tanya mengapa engkau memilih pemimpin (wakil rakyat/menteri) dari kalangan orang yang menentang Allah dan rasulnya????...

Yakinkah kita bahwa Allah akan terima alasan kita yang antara lain...1)Demokrasi atau 2) Masyarakat majmuk atau 3)Jaga hati ..atau 4) Jaga ketenteraman awam 5) Ikut keadaan semasa atau 6) Kejahilan 7) Takde siapa yang bagi tahu ??? atau ???..

Fikir-fikirkanlah....




(SaKai)

--- main --- 
Sumber TKO - 1-1-2018



























































Pergaulan bebas lelaki perempuan perancangan orientalis




























































SOALAN: Ada pihak yang mengatakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat kita sekarang berpunca dari sistem persekolahan di negara kita yang rosak sehingga condong kepada unsur kebaratan, sehingga lelaki dan perempuan boleh berkenalan dengan bebas di sekolah-sekolah ketika di peringkat remaja lagi. Bagaimana pandangan Ustaz dalam hal ini?

Jawapan: Ini juga satu masalah besar yang kita memang sudah tidak boleh hendak bendung. Masalah yang kita tidak perasan bahawa ini adalah masalah. Kita ingat tiada masalah, tetapi yang sebenarnya ini adalah satu masalah, iaitu berkenalan antara lelaki dengan perempuan.
Dalam hal ini, terdapat 3 jenis perkenalan. Ini pula tertakluk kepada tiga peringkat umur. Yang pertama, sebelum daripada zaman sepatutnya berkahwin iaitu masa remaja. Kedua, zaman yang sepatutnya berkahwin. Ketiga, zaman selepas daripada bertunang. Orang perempuan pula ada 3 keadaan. Pertama, masa dia sudah bertunang. Kedua, masa belum bertunang. Ketiga, masa dia masih budak-budak remaja lagi

Sumber HD - 1-1-2018

Ada yang tidak mahu syafaat Nabi pada hari kiamat?





























































SEBENARNYA tidak seorangpun dalam kalangan manusia yang layak untuk bercakap tentang isu syafaat Nabi Muhammad pada hari kiamat. Kerana keistimewaan itu hanyalah dimiliki oleh baginda s.a.w. yang menjadi individu tumpuan di Padang Mahsyar pada hari di mana semua manusia sedang berhimpun di hadapan ‘Mahkamah Allah SWT”.

Walau bagaimanapun kita hanya bercakap persoalan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang layak menerimanya dan yang layak untuk dipandang oleh baginda dengan pandangan kasih sayangnya. Kerana bukan semua manusia pada hari kiamata akan dipandang mulia, malah ada yang tersingkir daripada menerima syafaat baginda itu.

Sumber HD - 26-12-2017


Gadis "Peluk" Kpop Hadiri Majlis Berkabung Joghyun?
Posted on Monday, December 25 @ 22:23:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37449



KEMATIAN vokalis kumpulan K-Pop popular Shinee, Jonghyun akibat bunuh diri nampaknya memberikan impak kepada peminat tegar artis K-Pop di negara ini.

Jumaat lalu, satu majlis memperingati kematian mendiang Kim Jong Hyun yang dihadiri seramai 100 peminat telah diadakan di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek.

Namun, yang menjadi perhatian ketika itu ialah remaja-remaja Muslim yang menangis teresak-esak meratapi pemergian penyanyi tersebut.

Fenomena K-pop sememangnya menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi ketaksubab para peminatnya di seluruh dunia, sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk ‘mendekati’ artis kegemaran mereka itu.

Selain menunggu artis pujaan mereka berjam-jam di lapangan terbang sewaktu baru tiba ke Malaysia ataupun beratur panjang di lokasi persembahan, ada juga peminat yang sanggup ‘menggadai’ maruah dengan membenarkan tubuh mereka dipeluk oleh artis K-pop!

Ingat lagi isu remaja perempuan yang dipeluk artis Korea semasa kumpulan B1A4 membuat konsert di Malaysia dua tahun lalu?

Khabarnya, remaja tersebut turut serta dalam majlis meratapi Jonghyun di Masjid Jamek itu!

Namun, para netizen dilihat tidak terkejut langsung dengan kehadiran remaja berkenaan di dalam majlis itu.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan remaja Islam yang turut terlibat dengan dengan aktiviti berkabung itu.

“Dah macam kurang didikan agama saja. Aku tak adalah pandai sangat bab agama ini, tapi tak adalah sampai nak mengikut agama lain pergi meratapi kematian yang bukan Islam,” tulis Tok Bomoh.

Hanafe pula berkata “K-Pop mati pun engkau hendak nangis bagai, bukannya dia mati ikut ajaran Islam. Saudara kita dekat Palestin yang kena seksa sampai mati syahid itu tak nak pula sedih.”


Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan perbuatan peminat-peminat yang berkumpul sebagai penghormatan buat Jong-hyun adalah bertentangan dengan Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah.

“Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya dipetik Astro Awani.

18 November lalu, Kim Jong Hyun disahkan meninggal dunia akibat kemurungan yang sekaligus bertindak membunuh diri.

Ekoran itu, peminat-peminat K-Pop Malaysia dilihat berkumpul sambil membawa bunga, lilin, belon serta potret penyanyi 27 tahun itu sebagai memperingati Jonghyun. - Kedahnews.com

Sumber TKO - 25-12-2017





























































































































Batasan perkenalan lelaki dan perempuan































































SOALAN: Bolehkah Ustaz jelaskan tentang hukum berkenalan antara lelaki dan perempuan dan
batasannya dalam Islam.

Jawapan: Sudah habis alam sekolah, ia dipanggil hendak bernikahlah pula.

Orang perempuan
umur 15 tahun eloklah bernikah. Ia umur tahun terakhir haid. Biasa orang perempuan Melayu
haid umur 13 tahun. Ada yang berumur 12 tahun. Lazimnya berumur 11 hingga 13 tahun. Kalau
di Sweden lewat sedikit. Perempuan di Sweden berumur 15 atau 14 tahun baru datang haid
sebab mereka berada di negeri sejuk. Kita di negeri panas. Jadi yang terbaik umur 15 tahun.
15 tahun molek bernikah.

Sumber HD - 25-12-2017

Apakah ada ajaran politik dalam AlQuran dan Sunnah?
Posted on Monday, December 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37433


*(Pertama)* kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah;



*_”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”._*
(Surah an-Nahl, ayat 89).

Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.



*(Kedua)* Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.



*(Ketiga)* Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, Baginda saw tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti Baginda saw sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.



*APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK LAIN, AGAMA LAIN”?*



Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular.



Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya.



Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.



*ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?*



Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah.



Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat;



*(pertama)* dilakukan kerana Allah,
*(kedua)* mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah).



Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.



*BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?*



Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik.

*(Pertama)* Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah.



*(Kedua)* Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.



*(Ketiga)* Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.



*(Keempat)* Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.



*(Kelima)* Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.



*APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?*



Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut.



Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam.



Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;



*_“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”._*


(Shad; 26)



*KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?*



Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;



*_”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”._*
(al-A’raf; 96)



*APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?*

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;



*_“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”._*
(al-An’am; 6)


Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

*KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?*

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.

Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan mungkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir).
Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

*BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?*

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

*_“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”._*
(al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)
Wallahu a'lam

....
http://wabillahagro.blogspot.my

Sumber TKO - 25-12-2017

Sampai bila mahu asyik 'naik haji'...

































































DULU ketika bersekolah menengah (tahun 1970-an) saya dan rakan-rakan terpegun dengan karakter seorang pelajar - dia mengumumkan cita-citanya menjadi perdana menteri - dan dia menunjukkan kesungguhannya itu dengan mempamerkan daya kepimpinan seperti menyertai pasukan bahas sekolah dan menjadi kapten permainan sukan. Lantas dia mendapat jolokan Si......PM sampailah sekarang!

Sahabat ini menjadikan PM kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idola. Gambar Tun Razak, seorang murid tua yang bagaikan sireh pulang ke gagang ke sekolah kami pada tahun 1974 dengan menaiki beca sering menjadi perhatiannya - ya nanti dia juga akan pulang ke alma mater mengulangi kisah Tun Razak sebagai seorang perdana menteri!

Sumber HD - 24-12-2017


Ikat Rambut Ketika Solat Bagi Lelaki
Posted on Wednesday, December 20 @ 13:08:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37382



Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma, bahawasanya beliau melihat Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat ke belakang. Segera Ibnu Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya. Selesai solat beliau mendatangi Ibnu Abbas dan berkata, “Ada apa gerangan dengan rambutku?” Ibnu Abbas berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, ‘Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat’,” (HR Muslim, no. 492).


Ibnu Abbas mengabarkan dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sabda beliau:

“Kita diperintah untuk sujud di atas tujuh tulang dan kita tidak boleh menahan pakaian dan rambut (ketika sedang mengerjakan solat).” (HR. Al-Bukhari no. 810, 815, 816 dan Muslim no. 490, 1095).

Dalam lafaz yang lain disebutkan:

“Dan kami tidak boleh menggabungkan/mengumpulkan pakaian dan rambut.” (HR. Al-Bukhari no. 812 dan Muslim no. 1098).

Makna لاَ نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعْرَ disebutkan dalam An-Nihayah adalah menggabungkan dan mengumpulkannya agar tidak tersebar.

Maksud lainnya melipat atau menggulung hujung pakaian samada hujung lengan baju atau kain atau seluar atau seumpama dengannya.

Namun kalaupun seseorang melakukannya TIDAKLAH MEROSKKAN SOLATNYA.

Di antara hikmah larangan tersebut adalah bila seseorang mengangkat pakaian dan rambutnya kerana tidak ingin bersentuhan dengan tanah, ia menyerupai orang yang sombong.” (Fathul Bari, 2/383)

Al-Imam An-Nawawi juga mengatakan, “Ulama sepakat tentang larangan seseorang bersolat dalam keadaan pakaiannya disingsingkan/diangkat, lengan bajunya disingsingkan atau semisalnya, rambutnya diikat atau rambutnya dimasukkan di bawah serban atau selainnya.

Semua ini terlarang dengan kesepakatan ulama, dan hukumnya karahah tanzih (makruh, tidak sampai haram).

Bila seseorang solat dalam keadaan demikian, maka sungguh ia telah berbuat jelek dalam solatnya, namun SOLATNYA TETAP SAH.

Kemudian jumhur berpendapat larangan tersebut berlaku mutlak bagi orang yang solat, baik ia sengaja melakukannya karena hendak mengerjakan solat ataupun keadaannya memang demikian sebelum ia mengerjakan solat.” (Al-Minhaj, 4/430, 431, 432).

Ulama bersepakat bahawa barangsiapa yang melakukan hal ini TIDAKLAH MEMBATALKAN SOLAT sehingga perlu mengulanginya kembali. Ijma’ dinukilkan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rajab di Fathul Bari (6/52).

Al-’Iraqi rahimahullahu berkata, “Hukum ini khusus bagi laki-laki, tidak bagi wanita. Kerana rambut mereka (para wanita) adalah AURAT, wajib ditutup di dalam solat. JIka wanita melepaskan ikatan rambutnya boleh jadi rambutnya terurai dan sukar untuk menutupinya hingga membatalkan solatnya.

Dan juga, akan menyukarkan bila wanita harus melepaskan rambutnya tatkala setiap kali hendak solat. Nabi sallallahu alaihi wa sallam sendiri telah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk tidak melepaskan ikatan rambut mereka ketika mandi wajib, padahal (hal ini) sangat perlu untuk membasahi seluruh rambut mereka di saat mandi tersebut.” (Nailul Authar 2/440)

Namun jika rambut tidak terlalu panjang dan yakin tidak akan terbuka auratnya, maka hukum berbalik pada hadits di atas iaitu tidak mengikat rambut.

Video 1 - http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37382

Vidwo 2 - http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37382


Video - 3 - https://youtu.be/iu7Q9F70L90

Video - 4 https://youtu.be/iu7Q9F70L90



Tambahan untuk lipat seluar. Dilema bagi mereka yang seluar labih sehingga buku lali. Jika lipat dia ditengah bersama dengan hadis ikat rambut tapi jika dilabuh jadi bertentang hadis labuh drp buku lali. Jadi apa pilihannya?




Sumber TKO- 20-12-2017



Hindraf digesa gugur tuduhan terhadap Zakir Naik
Posted on Monday, December 18 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37349



SHAH ALAM - Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan kumpulannya diminta menarik balik serta mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kumpulan itu perlu berbuat demikian kerana Interpol sudah pun menolak permohonan India untuk mengeluarkan Notis Merah ke atas Zakir Naik.

"Hindraf dan kumpulannya harus menarik balik serta mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap Zakir Naik demi menjernihkan hubungan antara kaum dan agama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, India telah menfailkan senarai tuduhan terhadap Zakir Naik yang juga pengasas Islamic Research Foundation dan Harmony Media Limited.

Kerajaan India mendakwa, beliau mempengaruhi belia melakukan aktiviti keganasan dan ucapan yang berbaur kebencian.

Bagaimanapun pada 16 Disember lalu, Interpol dilaporkan membatalkan pengeluaran Notis Merah terhadap Dr. Zakir Naik dan mengarahkan semua pihak menghapuskan dakwaan palsu terhadap Zakir Naik.

"Kami bersyukur kepada ALLAH atas pelepasan yang diberikan kepada pendakwah tersohor antarabangsa Zakir Naik oleh Interpol atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan seperti yang didakwa oleh kerajaan India.

"Kami terpaksa melantik peguam dan mengorbankan masa dan tenaga untuk menangkis tuduhan banyak pihak terhadap Zakir Naik," katanya lagi.

Notis Merah adalah permintaan bagi mana-mana negara untuk menjejak dan menangkap mana-mana individu untuk diekstradisi.

Ia dikeluarkan oleh Interpol berdasarkan permintaan sesebuah negara atau tribunal antarabangsa.

Bagaimanapun, ia bukan waran tangkap antarabangsa dan penggunaan Notis Merah hanya membawa maksud seseorang itu disyaki terlibat dengan jenayah dan tidak dihukum serta dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan.


  "TIndakan Interpol itu sebagai amat tepat pada masanya kerana ini boleh membersihkan nama Zakir Naik daripada sebarang tuduhan yang melulu, prasangka, prejudis dan fitnah," katanya lagi.

Sumber TKO - 18-12-2017


Ratu England keturunan Nabi Muhammad. Ingatlah Abu Lahab Pak Saudara Nabi
Posted on Monday, December 18 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37344



PETALING JAYA: Salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka dunia, Burke’s Peerage, mendedahkan bagaimana ratu England, Ratu Elizabeth, adalah keturunan Nabi Muhammad, menurut portal Step Feed yang melaporkan berita dunia Arab.

Kajian yang diterbitkan pada 1986 oleh Burke’s Peerage itu berkata Elizabeth yang kimo berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad yang ke-43.

“Ianya tidak diketahui ramai warga Britain yang ratu mereka berketurunan Muhammad. Bagaimanapun, semua pemimpin Islam bangga dengan fakta ini,” kata bekas pengarah penerbitan yayasan itu, Harold Brooks-Baker.

Menurut Step Feed, bekas pengarah penerbitan itu juga menjelaskan bagaimana pertalian darah antara kerabat raja Britain dan Nabi Muhammad terjadi dalam terbitan kajian itu.

“Kerabat raja Britain berketurunan Nabi Muhammad melalui raja-raja Arab dari Seville yang dahulunya pernah memerintah Sepanyol. Menerusi perkahwinan, pertalian darah itu dibawa kepada raja-raja Eropah di Portugal dan Castile dan menerusi mereka, pertalian itu sampai kepada Raja Edward Ke-4 pada kurun ke-15 di England,” katanya.

Abu Al-Qasim Muhammad bin Abbad dari Kerajaan Khalifah Umaiyah yang juga keturunan Nabi Muhammad, adalah pemerintah Islam pertama di Kota Seville, Sepanyol sehinggalah kematiannya pada 1042. Beliau membentuk dinasti Abbasiyah yang bertahan dari 1023 sehingga 1091.

Cucu lelaki Al-Qasim, Muhammad Al-Mu’tamid, memerintah Kordoba di Sepanyol pada 1071 dan diturunkan takhta pada 1091 oleh Almoravid dari Maghribi.

Menurut Harold, Selepas kejatuhan dinasti itu, anak perempuan Al-Qasim, Zaida, mengahwini Raja Alfonso Ke-6 iaitu raja Sepanyol yang memerintah Leon dan Castile. Zaida kemudiannya bertukar menjadi penganut Roman Katolik.

Tambahnya, 2 kurun kemudian, Maria de Padilla yang berketurunan King Alfonso Ke-6 dan Zaida, menimang 4 orang anak dengan Raja Peter dari Castile, yang mana 2 daripada anaknya berkahwin dengan anak-anak lelaki Raja Edward Ke-3 dari England.

Isteri Sir Edmund dari Langley yang juga Adipati Pertama York, Isabella dari Castile, melahirkan Richard dari Conisburgh yang menjadi Earl di Cambridge.


Richard kemudiannya mempunyai anak yang menjadi adipati di York, Richard Plantagenet yang meninggal dunia pada usia 49 tahun. Beliau adalah bapa kepada raja England yang memerintah dari 1547 sehingga 1553 iaitu Raja Edward Ke-4, jelas Harold dalam terbitan kajian itu.

Sumber TKO - 18-12-2017









































































































































Terima Islam seadanya bukan dalam keadaan terdesak





































































WALAUPUN terdapat ungkapan Melayu yang sangat masyhur ‘Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain’ mungkin ada kebenarannya, kerana jika terdapat sejuta manusia di muka bumi ini, maka sudah tentu keinginan atau kecenderungan mereka juga berbagai-bagai, ia tidak sama antara satu sama lain, dari sudut pemakanan sahaja ia kelihatan berbeza, ada yang suka pedas, ada yang suka manis, tidak kurang juga yang suka masam-masam manis.

Begitulah adat resam hidup di dunia ini, yang bernama atau berjenama Islam pun terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, keturunan, budaya yang berbeza, ada Cina, Melayu, Arab, India, Kadazan dan lain-lain, ini menunjukkan betapa hebat Allah SWT dalam mencipta segenap rumpun bangsa dan bahasa yang berlainan yang boleh hidup bawah satu negara.

Sumber HD - 17-12-2017





































































Ingati Allah dalam semua keadaan, bukan setakat dalam solat!






































































FIRMAN Allah SWT mengenai anjuran berzikir kepada-Nya (mengingati-Nya) yang bermaksud : "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk dan diwaktu berbaring." (Surah An-Nisa ayat 103).

Tujuan solat difardukan oleh Allah SWT ialah untuk mengingat-Nya. Ayat tersebut mengingatkan agar ingatan kepada Allah SWT yang dibina melalui solat, dikehendaki berterusan dalam kehidupan sentiasa membataskan diri dengan hukum dan peraturan Allah SWT.

Sumber HD - 17-12-2017

Rumahku syurgaku

SEBAHAGIAN masalah hidup ialah serabut atau tidak tenteram. Peringkat awal “serabut kepala” dan boleh jadi lebih parah bila sampai ke tahap “serabut perut”. 
Kata orang serabut kepala boleh tampal “koyok”, tapi kalau serabut tu dah sampai ke perut, maka sesiapa yang alami masalah begini memang sukar. Bahkan nak tidur malam pun payah lelap. Hilang ceria, selalu marah-marah dan membebel tidak tentu pasal. Semua orang disalahkan. 
Sensitif dan mudah emosional. Perkara kecil selalu dibesar-besarkan. Air muka tidak manis. Membengis kebanyakkan waktu. Bahasa lidahnya hilang kelunakan dan keindahan kata-kata. Cakapnya sinis dan “menyekit” perasaan orang. Panas baran. 
Akhirnya masalah serabut ini boleh jadi makin parah. Boleh jadi hypertension atau boleh juga jadi kemurungan. Pendek kata, sebahagian besar kebahagian dan kedamaian hidup diragut oleh masalah serabut. 
Mengatasinya, saya lihat ada dua faktor penting yang boleh kita beri perhatian.
Pertama : Cara hidup soleh (peribadi) 
Kedua : Bina rumahtangga bahagia 
Cara hidup soleh ini melalui pembentukan peribadi. Bermula dengan melahirkan spiritual yang murni kemudian meluruskan  akhlak. 
a) Mudahnya, pemurnian spiritual melalui aqidah yang betul dan amalan yang benar. Jangan sekali-kali tinggalkan amalan fadhu seperti solat, puasa dan lain-lain, lalu sempurnakan dengan amalan sunat seperti baca Al Quran, wirid zikir dan solat malam (qiamulail). 
b) Luruskan akhlak dan hiaskan diri dengan attitude atau sikap yang positif, berbahasa pada lidah dan anggota dengan tertib dan cermat. 
Sementara faktor penting yang boleh membekalkan “vaksin ketenangan”  kepada hidup kita ialah ahli keluarga. Memiliki pasangan hidup dan anak-anak yang soleh dan solehah. 
a) bentuk sebuah keluarga bahagia dengan kasih sayang tanpa curang, percaya tanpa curiga dan kemesraan tanpa telingkah.
b) letakkan keluarga adalah segalanya. Ahli keluargalah anggota meeting untuk bincang sesuatu yang dihadapi. Mereka juga anggota team work kita untuk hadapi apa jua cabaran. Pendek kata “Keluarga didahulukan Kerjaya diutamakan.”
Insya-Allah, jika kita dapat miliki 2 faktor ini iaitu pembentukan peribadi yang soleh dan pembinaan rumahtangga yang bahagia, maka kita bebas “serabut”. 
Kesannya, kita akan ceria dan manis wajah. Segak pada paras dan luhur pada pekerti. Fikiran jadi positif dan bahasa lidah menjadi indah. Tentu sahaja kita bahagia dan orang pun gembira berinteraksi dengan kita. 
Kesan luar yang boleh dirasai ialah tahap konfiden menghadapi cabaran hidup, kerjaya dapat diurus dengan cemerlang, perjuangan boleh dilangsungkan dengan yakin dan lebih karismatik dalam enggagement dengan pihak lain. Malah kepimpinannya juga, menyerlahkan wibawa dan energy yang mantap. – HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017 


Siapa cakap pasal syurga dan neraka?
Posted on Tuesday, December 12 @ 22:31:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37284



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,

Firma Allah dalam surah al Balad ayat 10 yang bermaksud " Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan(jalan kebaikan untuk diikuti dan jalan kejahatan untuk dijauhi)" atau dengan kata lain jalan yang ditunjukkan itu sudah jelas, jalan ke syurga untuk diikut dan jalan ke neraka untuk dijauhi.Barang siapa yang memilih sebaliknya, fikirkanlah sendiri tetapi yang pasti tiada  jalan ketiga atau jalan yang bercampur aduk antara syurga dan neraka.

Juga tiada jalan penentuan ke syurga dan neraka adalah milik ALLAH kerana ALLAH sudahpun menjelaskan dalam ayat di atas serta beberapa ayat maghfirah dan taubatan nasuha yang lain dan Baginda Nabi diutuskan untuk menunjukkan jalan jalan tersebut, semuanya sudahpun jelas sejak 1400 tahun yang lalu.Jadi kenapa masih ada yang mahu persoalkan pasal syurga dan neraka?

Apa yang berlaku hari ini dan apa yang dilakukan oleh pihak pihak yang memperkenalkan diri mereka sebagai penyelamat umat itu sebenarnya diperhatikan samaada mereka benar benar penyelamat atau penyesat.Perkara ini penting buat kita dan generasi anak anak kita agar kita tidak tersesat jalan atau tersilap menyokong pihak pihak yang salah.

Apabila seseorang mengulas perbuatan dan tindakan sesuatu pihak yang tidak selari dengan apa yang mereka dakwa, itu bukan bermakna yang mengulas dan menyokongnya ahli syurga dan tidak bermaksud pihak yang diulas itu ahli neraka, sebab samada syurga atau neraka tertaklut kepada jalan yang mereka pilih serta tertakluk kepada magfirah ALLAH, jadi tidak ada seorangpun dari kita boleh memberi kata putus samada seseorang itu ke syurga atau neraka.

Tetapi kalau ada juga seseorang yang celupar mulut mengeluarkan kata kata ke syurga dan neraka semata mata kerana mengulas tindakan dan perbuatan pihak pihak tertentu dalam isu isu tertentu semata mata mahu mempertahankan tindakan dan perbuatan pihak tersebut, kita letakkan orang ini di mana?

Mereka bukan menafikan tindakan dan perbuatan pihak tersebut sebaliknya menggunakan ayat syurga dan neraka kepada pengulas dan lebih dasyat mereka turut menggunakan fitnah yang sudah kantoi sebagai bukti ulasan yang diberikan itu tidak betul.Tiada langsung fakta atau hujah yang menafikan ulasan mengenai tindakan terbabit.

Oleh tu suka saya nasihatkan semua agar tampil dengan bijak dan berani dalam mempertahankan kebenaran, bukan mempertahankan pihak pihak tertentu tanpa hujah dan fakta, tetapi dengan ayat ayat provokasi, fitnah dan melalut.Kalau orang tidak mempersoalkan tentang syurga dan neraka, kenapa kita nak mengada ada membangkitkannya?


Sumber TKO - 13-12-2017















































































































































Bukan orang jahil sahaja, yang berilmu juga akan sesat









































































MUNGKIN umum dalam kalangan manusia, sama ada yang bijak mahupun dungu, muslim atau yang bukan muslim, berpendapat bahawa sesuatu perjalanan hidup terutama dalam aktiviti harian tidak akan tercapai, jika seseorang individu itu jahil apatah lagi tidak memiliki ilmu yang boleh menjadikannya meraih kedudukan selesa dalam hidup ini.

Memang tidak boleh disangkal oleh sesiapapun, kerana itu adalah hukum dunia, yang bijak pandai berada pada posisi yang cukup selesa terutama dalam menjawat sesuatu jawatan. Tetapi sebenarnya kelulusan atau sijil kelayakan seseorang bukanlah segala-galanya, kerana bagi Islam, jika seorang individu itu bijak dalam ilmunya, tetapi tidak beramal atau dengan lain perkataan, ilmunya tidak menjadikannya seorang yang mendekatkan diri kepada Tuhannya, maka dia tidak boleh dikatakan seorang yang bijak.

Sumber HD - 13-12-2017

Tawanan: Boleh dihukum mati atau sebaliknya










































































MENURUT jumhur ulama hukum ini masih tetap berlaku terhadap para tawanan, dan ada imam boleh memilih sehubungan dengan para tawanan itu. Jika dia menghendaki untuk menjatuhkan hukuman mati seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW terhadap para tawanan perang Bani Quraizah, maka ia boleh melakukannya.

Jika dia memilih tebusan, maka ia boleh menerimanya seperti yang dilakukan terhadap tawanan Perang Badar. Ia boleh pula melakukan 'barter' (pertukaran tawanan perang) untuk membebaskan kaum muslim yang tertawan oleh musuh, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap seorang wanita dan anak perempuannya, yang kedua-duanya hasil tangkapan Salamah Ibnul Akwa'.

Sumber HD - 122-12-2017










































































Nabi Ibrahim ikon semangat cekal dan sabar











































































SESUNGGUNYA selawat ialah memohon rahmat yang begitu banyak dimiliki oleh Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan tidak Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Surah al-Anbiya ayat 107).

Nabi SAW menjadi punca rahmat kepada semesta alam, kemudian orang beriman diajar supaya mohon agar perbanyakkan lagi rahmat kepada Nabi SAW Tidak memadakah rahmat yang ada pada Rasulullah SAW itu?. Justeru tiada manusia yang merasa cukup bahkan jika ditanya Nabi SAW sendiri pun tidak merasa cukup dengan rahmat yang Allah SWT kurniakan.

Sumber HD- 11-12-2017

Bekerja juga merupakan ibadat kepada Allah













































































SOALAN: Ada orang kata, "bekerja juga merupakan ibadat kepada Allah." Boleh Ustaz jelaskan pengertian bekerja kerana Allah itu.

Jawapan: Apa-apa pun, kita sudah beritahu seperti yang kita sebut dalam perjanjian kita ketika permulaan selepas takbir, "Inna solati wanusuki wamahya ya wamamati lillah hirobbil alamin", sesungguhnya sembahyangku, segala ibadahku, hidupku dan matiku, "lillah", kerana Allah

Robbil alamin. Segala-galanya kerana Allah subha nahu wataala. Makan kerana Allah, tidak makan pun kerana Allah. Bekerja kerana Allah baharulah kerja kita jadi ibadat.

Sumber HD - 10-12-2017


Al-Raheeq al-Makhtum (8)
Posted on Sunday, December 10 @ 09:01:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37240



SOLAT

Perintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat, Muqatil bin Sulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardukan solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah:
"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan di waktu pagi".
(al-Mu'min: 55)



Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah sebelum Isra' bersembahyang, demikianjuga para sahabat Baginda, cuma yang diikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelum kefardhuan solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu?

Ada pendapat mengatakan yang difardhukan itu ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin Usamah katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w) dipermulaan penurunan wahyu, Baginda telah didatangi Jibril (a.s), beliau mengajar Baginda cara berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, maka dibasuh kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya, juga hadith yang diriwayat dari al-Bara' bin al 'Azib dan Ibnu Abbas, dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:

"am adalah dipermulaan fardhu solat"
Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat Baginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka, di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah dan Saidina Ali sedarig bersembahyang lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh mereka beristiqamah dengannya.

MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY.
Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.

Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwah Rasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.

Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kini Rasulullah diminta supaya mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta mengecam berhala-berhala mereka.


....bersambung

Sumber TKO - 10-12-2017


Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa! Mesti anda amalkan seawal pagi
Posted on Saturday, December 09 @ 14:20:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37232



Cara Mengerjakan Sholat Dhuha – Sholat Dhuha merupakan Shalat Sunnah yg dikerjakan minimal dua Raka’at dan bisa dikerjakan maksimal 12 Raka’at yg masing – masing dua Raka’atnya diakhiri dg satu salam. Kemudian Waktu Sholat Dhuha sendiri bisa dikerjakan saat matahari sedang terbit atau tepatnya sekitar pukul 07.00 pagi sampai masuk waktu shalat Zhuhur lebih tepatnya kurang dari jam 12.00 siang sehingga jika anda ingin mengerjakan Sholat Dhuha ini ada baiknya sekitar jam 08.,00 – 10,00 pagi.

Keutamaan Sholat Dhuha sendiri ialah untuk memperlancarkan, melapangkan dan mempermudahkan suatu rezeki anda, Menghapus dosa – dosa anda, mendapatkan pahala sholat sunnah dan masih banyak lagi. Tetapi Manfaat Sholat Dhuha yg paling besar ialah untuk mempermudahkan Rezeki anda karena menurut sabda Nabi Muhammad Saw yg berbunyi, ” Sholat Dhuha dapat mendatangkan suatu rezeki dan menolak kekafiran, dan tidak ada yg akan memelihara Sholat Dhuha melainkan orang2 yg bertaubat ”.

Adapun Cara Mengerjakan Sholat Dhuha sendiri dilakukan seperti mengerjakan Sholat pada umumnya yg diawali dg membaca Niat Shalat, Membaca Surat Al Fatihah dan Suratan, Ruku, Itidal, Sujud dan Salam sehingga anda pasti sudah memahami Cara Mengerjakan Sholat Sunah Dhuha ini. Hanya saja saya akan memberikan beberapa Bacaan Suratan yg bisa anda baca di dlm Shalat Dhuha yg lengkap dg niat serta terjemahan seperti dibawah ini



Cara Mengerjakan Sholat Dhuha Terlengkap

Niat Sholat Dhuha Terlengkap



Terjemahan Niat Sholat Dhuha diatas, ” Ushalli Sunnatadl Dluhaa Rak’ataini lillaahi Ta’aalaa, Allahu Akbar ”. Kemudian Artian dlm Bahasa Indonesia, ”’ Aku Niat Shalat Dhuha Dua Raka’at karena Alloh Ta’ala, Alloh Maha Besar ”’. Kemudian setelah membaca Niat Shalat Dhuha, dilanjutkan membaca Suratan Al Fatihah.




Untuk Raka’at pertama setelah anda membaca Surat Al Fatihah, kemudian dilanjutkan dg membaca Surat Asy Syamsu (Wasy Syamsi Wadluhaaha). Ingat Suratan Asy Syamsu dibawah ini dibacakan di Raka’at Pertama setelah membaca Surat Al Fatihah


Setelah itu Ruku, Itidal, Sujud dan kembali berdiri untuk Raka’at kedua, didlm Sholat Dhuha Raka’at kedua ini anda tinggal membaca Bacaan Surat Adl-Dluha (Wadl Dluhaa Wal Laili) setelah anda membaca Surat Al Fatihah
.


Bacaan Surat Adl – Dluha diatas dibaca setelah Surat Al Fatihah di Raka’at kedua, kemudian Ruku, Itidal, Sujud dan Salam. Setelah anda mengerjakan Sholat Dhuha ini tinggal duduk dan membaca Dzikir secara Khusyu.

Doa Setelah Sholat Dhuha Terlengkap

Setelah mengerjakan Sholat Dhuha anda tinggal duduk dg khusyu dan konsentrasi dlm membaca Bacaan Doa Dzikir seperti Istighfar 100 kali, Sholawat Nabi 32 kali, Bacaan Tasbih dan Tahmid yg bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Alloh. Setelah itu anda bisa dilanjut dg membaca Doa Setelah Sholat Dhuha seperti dibawah ini.




jika anda susah dlm menghafalkan Bacaan Doa Setelah Sholat Dhuha diatas maka anda bisa membaca Bacaan Doa Sholat Dhuha dg bahasa anda sendiri atau dg Bahasa Indonesia karena didalam Islam tidak menyulitkan para hambanya dlm melakukan berbagai hal dan Alloh Swt juga Maha Pintar dan Maha Pemurah sehingga Alloh Swt pasti dpt mengerti dan mendengar bacaan Doa Sholat Dhuha anda.

Mungkin sudah cukup penjesalan Cara Sholat Dhuha yang bisa saya jelaskan kpd anda semua para pengunjung yg beriman dan semoga tulisan yg sederhana ini bisa berguna dan bermanfaat bagii anda karena tujuan kami dlm menulis artikel ini tak lain hanya ditujukan untuk anda semua.


Sumber TKO - 9-12-2017


Antara hamba Allah dan hamba setan
Posted on Saturday, December 09 @ 11:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37227



Baru baru ini kata kata yang berbunyi: semua makhlok adalah hamba Allah ini mengetuk pintu hati penulis.



Mengapa tidak? Kerana makhlok terbahagi kepada dua. non muslim (kafir) dan muslim (islam).

Oleh itu, mustahil makhlok yang kafir juga hamba Allah. Macam mana mereka jadi hamba Allah, sedangkan mereka benci dengan Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam


Ertinya, mereka tidak sekali kali suka dengan Allah subhanahu wataala dan Nabi Mohammad shallallahu alaihi wasallam adalah hamba setan setan.



Atas sebab itulah ianya menarik hati penulis untuk membicarakan isu ini dalam satu tulisan ringan agar tidak mudah menerima bahawa semua makhlok hamba Allah Subhanahu Wataala

Mereka yang benci dengan Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pasti bukan hamba Allah. Mereka adalah hamba setan, termasuk umat Islam tak solat lima waktu sehari semalam.

Mengapa tidak? Kerana setan adalah musuh Allah Subhanahu Wataala dan para para nabi dan musuh ketat kepada semua muslim yang beriman.

Sejak kebelakangan ini sudah ada puak yang cuba mengatakan semua makhlok diatas bumi ini adalah hamba Allah Subhanahu Wataala

Macam mana mereka jadi hamba Allah sedangkan mereka musuh Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Hamba Allah, mereka sayangi Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan patuh dengan perintah yang diturunkan kepada para para nabi.

Iaitu, meninggalkan apa apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala melalui Rasulullah dan melakukan apa apa suruhan Allah dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Demikian hamba Allah. Apabila mereka lakukan apa apa larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah Subhanahu Wataala mereka adalah hamda setan dan bukan hamba Allah.
Walaupun hari ini sudah ada puak yang mendakwa orang kristian yang tidak minum arak, tidak berzina, tidak makan babi, banyak melakukan derma dan tolak trinity tuhan adalah muslim.
Macam mana mereka boleh jadi muslim sedangkan mereka memilih agama lain, bukan agama Islam.

Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima mereka yang memilih agama selain daripada agama islam.

Mereka berhak mendakwa yang mereka juga muslim. Wajarkah mereka jadi muslim sedangkan agama yang mereka anuti itu (kristian) bukan agama Allah.

Apakah wajar mereka ini muslim dan hamba Allah. Pada mereka kafir dan hamba kepada setan musuh yang nyatakan kepada Allah subhanahu wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Tak masuk akal musuh Allah subhanahu wataala dan musuh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam juga sebagai hamba Allah, sedangkan terang terangan mereka adalah hamba setan yang jadi musuh Allah Subhanahu Wataala sampai bila bila jika tidak masuk Islam.


Sumber TKO -9-12-2017 
















































































Rumah besar tiang sebatang, dalam kubur terbaring seorang (9)
















































































RUMAH kecil tiang seribu, rumah besar tiang sebatang, semasa kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang. Pada usia senja sekarang ini teringat saya akan pantun atau ungkapan orang bijaksana ini.

Perkataan 'bijaksana' itu pun membayangkan betapa ke depannya orang Melayu yang bahasanya sekarang ini diperkotak-katikkan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak layak menjadi bahasa pengantar di sekolah lantas mereka mahu mengembalikan penggunaan bahasa Inggeris.

Perhatikanlah bahawa orang Melayu tidak hanya bercakap mengenai 'bijaksini' tetapi 'bijaksana' bagi membayangkan betapa prihatinnya mereka terhadap nasib mereka di akhirat nanti. Ini juga bermakna bahasa Melayu amat berkait rapat dengan Islam; hakikatnya Islamlah yang telah mengukuhkan bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca alam di sebelah sini atau di nusantara ini.

Sumber HD - 9-12-2017
















































































Tanda-tanda Kiamat
Posted on Friday, December 08 @ 17:03:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37214

"Penaklukan Baitulmaqdis... adakah AL QASSAM akan berdiam diri???
Foto Malaysia Military Power.

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?
Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?
Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba.

Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel. Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit2 khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit2 Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel.

Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

sumber MMP
Sumber TKO - 8-12-2017

















































































Kelahiran Nabi Muhammad diiringi rahmat Allah SWT


















































































SESUNGGUHNYA kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka.

Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka.

Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.

Sumber HD - 6-12-2017

Mukmin hakiki sentiasa dahulukan orang lain


















































































ISLAM amat menggalakkan agar hidup sentiasa bersahabat. Apabila berkawan ada tanggungjawab terhadap harta benda, iaitu harta benda kita terhadap sahabat dan begitu juga sebaliknya. Taraf persahabatan itu mempunyai tiga keadaan; yang paling rendah ialah kawan kita umpama budak suruhan di bawah jagaan kita, apabila tidak selesai urusan kita baharu diserahkan kepada mereka.

Kedua sahabat itu setaraf dengan kita, iaitu kita rela harta dikongsi bersama, sebaliknya dia pun demikian juga. Ketiga peringkat yang tinggi iaitu "iitsar"  mengutamakan orang lain, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud : "...Dan mereka mengutamakan (orang orang muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun diri mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung." (Surah Al-Hasyar sebahagian ayat 9).

Sumber HD - 6-12-2017

Rumah besar tiang sebatang, dalam kubur terbaring seorang...


















































































RUMAH kecil tiang seribu, rumah besar tiang sebatang, semasa kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang... pada usia senja sekarang ini teringat saya akan pantun atau ungkapan orang bijaksana ini.

Perkataan 'bijaksana' itu pun membayangkan betapa ke depannya orang Melayu yang bahasanya sekarang ini diperkotak-katikkan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak layak menjadi pengantar di sekolah lantas mereka mahu menggembalikan sekolah aliran Inggeris.

Perhatikanlah bahawa orang Melayu tidak hanya bercakap mengenai 'bijaksini' tetapi 'bijaksana' bagi membayangkan betapa prihatinnya mereka terhadap nasib mereka di akhirat nanti. Ini juga bermakna bahasa Melayu amat berkait rapat dengan Islam; hakikatnya Islamlah yang telah mengukuhkan bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca alam sebelah sini (Nusantara).

Sumber HD - 6-12-2017

Al-Raheeq al-Makhtum (7)
Posted on Monday, December 04 @ 08:08:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37137



SELEPAS KERASULAN

Kemunculan dakwah Rasulullah S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itu dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan dakwah nabi secara rahsia, sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa yang panjang dan penuh berhati-hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYA

Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada dua peringkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain:

1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.
2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap.
Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.
Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:
1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.
2 .Tahap iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat tarikh kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.
3. Tahap ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari penghujung tahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah.

Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di tempatnya nanti.




TAHAP PERTAMA
JIHAD MELALUI DAKWAH
Tiga tahun berdakwah secara rahsia.
Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota Makkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati dan ketabahan yang tidak boleh digugat oleh dugaan dan bencana.

Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang boleh membangkitkan kemarahan mereka.

GENERASI PERTAMA
Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Mereka inilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah sebagai individu yang mengutamakan kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai generasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yang terawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawahjagaan Rasulullah, kawannya yang terdekat Abu Bakr al-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah memperkenalkan dakwahnya.

Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif, beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu pengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-Umawi, al-Zubair bin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang adalah generasi peneroka dan terawal menganut Islam.
Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat, Abdullah bin Mas'ud al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka sebagai golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut: Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.

Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia, Rasulullah terus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepada mereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masih lagi dalam bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepas terturunnya awalan surah al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di masa-masa ini merupakan ayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya indah dan kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerja pencemaran diri dengan noda-noda dunia.

Mengambarkan keindahan syurga dan keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala, membimbing manusia mukmin dalam satu suasana yang berbeza dari suasana masyarakat manusia di ketika itu.

Sumber TKO - 4-12-2017


5 Salam Yang Tidak Wajib Dijawab
Posted on Monday, December 04 @ 07:58:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37135



Hukum memberi salam adalah sunat manakala orang yang menjawab salam hukumnya wajib. Namun begitu ada juga salam yang diberikan oleh golongan tertentu yang tidak wajib dijawab. 5 golongan berikut adalah :


1- Salam yang diucapkan oleh Imam selepas selepas solat.
salam yang diucapkan oleh imam selepas solat tidak wajib dijawab. Ini kerana solat yang diucapkan itu adalah sebagai tanda berakhir solat seseorang itu, tetapi jika dijawab salam itu tidaklah menjadi salah atau berdosa.

2- Salam yang diberikan oleh orang kafir .
Pertikaian tentang salam yang diberikan orang kafir perlukah kita menjawab salam orang kafir ini. Adalah tidak perlu kita menjawab salam yang diucapkan oleh orang kafir tetapi jika kita hendak menjawab salam orang kafir ini tidaklah salah tetapi sekadar menghormati salam itu sendiri. Memang tidak dinafikan zaman sekarang orang kafir pun sudah bijak dan mahu memberikan salam kepada orang islam. Cara untuk menjawab salam orang kafir ini, anda boleh klik sini.

3- Salam yang diucapkan oleh seseorang apabila ia mendahulukan kata-katanya terlebih dahulu sebelum memberi salam. 
Salam yang diucapkan oleh orang diatas ini adalah golongan yang memberikan ucapan di majlis tertentu. Ada ramai penceramah yang bercakap dulu kemudian memberikan salam kemudian. Amalan ini adalah salah.

4- Salam yang diucapkan bertujuan untuk mempermain-mainkan salam.
Kategori orang yang memberikan salam dengan bertujuan mempermain-mainkan salam ialah salam yang diucapkan oleh golongan mahram kepada suatu golongan mahram yang lain. Contohnya salam yang diucapkan oleh lelaki kepada perempuan atau wanita yang ingin diusik atau ditegurnya. Maka dalam keadaan atau situasi ini wanita yang mendengar salam itu, tidaklah wajib menjawab salam lelaki tersebut. Ini kerana jika salam yang diberikan itu jika dijawab ditakuti akan menimbulkan fitnah. Tetapi jika ingin dijawab juga boleh dijawab di dalam hati sahaja tanpa perlu didengari oleh lelaki tersebut.

5. Salam ketika dalam tandas

Makhruh memberi salam kepada orang yang berada di dalam tandas kerana salam merupakan satu dari nama Allah (Asma'ul Husna).
Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas. Sumber: Fatwa Negeri Selangor


Sumber TKO - 4-12-2017







































































































































































Mata kapak tidak boleh tebang kamu

SESUNGGUHNYA mata kapak tidak boleh menebang kamu selama kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak. 
Demikian tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman facebook beliau semalam sempena Maulidur Rasul 1439 Hijrah, sebagaimana di bawah. 
Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada guru kami, Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti katanya: “Di sebuah taman,terdapat pelbagai pohon kayu, ada yang besar dan ada yang kecil. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba, pada suatu hari, jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam ketakutan. Ini kerana sudah pasti mereka semua akan ditebang. Akhirnya, mereka bertemu dengan pohon yang paling tua dan mengadu akan hal tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman itu berkata: ‘Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak.” 
Itulah mesej yang jelas betapa perlunya kesatuan ummah ditegakkan terutamanya kesatuan hati atau rabitah al-qulub. 
Semoga Maulidurrasul ini menyatukan hati-hati kita dalam usaha ibadah yang pelbagai bagi meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya
Sumber HD -2-12-2017

Bolehkah solat hormat tanpa wuduk?






















































































Soalan: Bolehkah kita tidak berwuduk untuk ikut imam solat jemaah sekiranya kita tidak sempat.
Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Ini fesyen (cara) baharu nampaknya. Kalau ambil wuduk, dia takut tidak sempat sembahyang berjemaah, maka tidak payah wuduk. Sebab takut tidak sempat ikut sembahyang berjemaah, tidak payah ambil wuduk.

Sumber HD- 1-12-2017

Doa untuk selamat dan keselamatan milik mutlak Allah






















































































KITA sering dengar dan biasa dijemput untuk hadir dalam satu majlis ‘Doa Selamat’, secara peribadi, penulis pernah menjawat sebagai pengerusi surau di tempat kediaman sendiri, suatu tempat yang memang ‘fresh’ dengan penduduk pada akhir 2000, iaitu tempat baharu yang belum ramai penghuni, namun dari masa ke semasa bertambah penghuni yang berpindah dari tempat lama yang disewa atau rumah yang lebih selesa dan lapang.

Biasalah ramai yang baharu pindah, masing-masing mencari kesempatan untuk menjemput ahli jamaah surau untuk datang ke rumah membacakan ‘Doa Selamat’, namun penulis mengambil kesempatan untuk memberi tazkirah ringkas berhubung dengan faktor selamat dan keselamatan, penulis mengingatkan para jamaah dan tuan rumah bahawa jika benar-benar mahu selamat maka rajin-rajinlah datang ke surau untuk bersolat jamaah dan menghadiri sesi kuliah agama percuma.

Sumber HD - 1-12-2017












































































































































































Tanpa nasihat ulama, manusia tidak punyai perasaan malu























































































HASAN al-Basri r.a. merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. yang dikurniai Allah SWT ilmu menta'bir mimpi. Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan prinsip; bahawa 'Ar-Ru’ya juz-un minan Nubuwwah' (mimpi - satu juzuk dari kenabian(. Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Ru’ya Sodiqah,' inilah yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi disebut 'ahlam' dan juga 'adhghatsu ahlam', keduanya ditolak oleh Islam.
Apabila Allah SWT hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w. bagi menyampaikan sesuatu berbentuk wahyu.  Namun setelah Nabi s.a.w. wafat, tiada lagi wahyu yang hendak dibawa oleh malaikat Jibril. Dengan kasih sayang Allah SWT yang mengurniakan kebaikan kepada manusia, maka disampaikan perkara itu melalui mimpi yang benar.

Sumber HD - 30-11-2017























































































Hukum terbalik tangan ketika berdoa
























































































Jawapan: Hukum al-Quran di dalam CD atau dalam hand phone atau dalam komputer tidak sama dengan mushaf. Masa buka dalam komputer atau dalam lap top, jika kita ada junub atau tidak ada air sembahyang, haram kita sentuh dekat ayat itu. Tapi bila kita tutup, kita keluarkan 'aplication'nya dan sudah tiada lagi ayat al-Quran di situ, sebaliknya keluar window lain pula, maka tidak haram kita sentuh di situ. Ia tidak sama macam al-Quran. Ia hilang. Masa terbit ayat al-Quran itu kita tidak boleh hendak langkah hand phone kita sebab ada tulisan ayat surah al-Baqarah dan sebagainya di depannya itu. Jadi ketika itu, kita tidak boleh langkah hand phone kita. Haram hukumnya jika kita langkah hand phone kita ketika itu. Apabila ayat al-Quran itu sudah hilang, sudah keluar window lain, makruh sahaja hukumnya jika kita langkah hand phone kita ketika itu, kata ulama. Ia macam itulah.

Sumber HD- 26-11-2017

Muslim disaran bertaubat, berdoa seperti Anbiya’


























































































IMAM al-Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para Nabi Alaihimussalam, ialah berdoa seperti berikut (bermaksud) : "Ya Allah ya Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu dari sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu ku lakukan semula. Aku minta ampun dari semua yang telah ku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak ku laksanakan.

"Aku bertaubat dari dosa waktu aku ibadat  untuk-Mu, tetapi tiba tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain dari-Mu. "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk meingkari suruhan-Mu.

Sumber HD - 26-11-2017


Hebat-hebatnya Sahabatku
Posted on Saturday, November 25 @ 18:00:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36978


 
Kata orang iman tak dapat diwarisi. Silap tu akhi. Apabila si ayah menitiskan ilmu keimanan 
kepada anak-anak, maka anak yang berhajat akan mewarisinya. Anak yang berhajat tadi akan mewarisi ilmu. Dengan ilmu itu, in sha Allah terbina iman di hatinya. Apakah iman yang terkandung dalam tiga kes berikut juga dapat diwarisi? Terpulang kepada pembaca. 


1. Sahabatku, orang kampung yang berkebun berkata apabila mendengar kesalanku kerana hampir sesikat daripada setandan pisangnya dimakan haiwan, “Alhamdulillah, syukur kerana Allah 
telah menjamin pahala untuk hambanya yang redha tanamannya dimakan haiwan.”

Sambil menikmati pisang yang segar, aku bertanya lagi tentang ubi kayu yang hijau merimbun dedaunnya,”babi tak masuk kacau ke?”

Sekali lagi aku disekolahkannya, “Burung, tupai dan babi semuanya sama. Allah tak kata 
kalau bagi burung makan dapat pahala, kalau bagi babi makan tak dapat pahala.” Masya Allah. Tersentap imanku. Ini agaknya berfikir di luar kotak yang terhebat.

2. Aku jarang-jarang solat subuh berjamaah di masjid. Hati rasa nak bangun pukul 5.00 pagi tapi 
tak bangun pun walaupun selalu juga pasang alarm timer. Suatu hari ketika berpeluang 
bersembang dengan sahabatku seorang kaki masjid, aku dapat mewarisi satu ilmu darinya.

Dia kongsi iman dengan katanya, “saya dulu juga susah solat subuh berjamaah sehinggalah 
sahabat saya mengajar saya. Katanya, “kalau kita biasa tidur 5 jam, maka tidurlah jangan 
lebih daripada pukul 12.00 malam. Semasa solat Maghrib dan Isyak berdoalah agar Allah pilih kita untuk mengisi saf-saf solat subuh di masjid esok pagi.” Terbaik perkongsian ini.

3. Betapa banyak Allah selamatkan kita daripada musibah. Pernah kita tahu? Kata seorang ustaz yang menjadi sahabatku, “kita tak pernah tahu kerana musibah yang tersurat tidak berlaku. Dalam ilmu Allah, entah berapa banyak musibah dalam bentuk kemalangan, kecederaan, sakit, kebakaran dan seumpamanya. Tetapi dengan berkat doa kita, musibah itu Allah 
angkat dari kita. Ada kita tahu?

Allah hargai sujud kita. Allah hargai doa kita. Allah hargai istighfar kita. Lalu Allah selamatkan 
kita daripada musibah yang asalnya tertulis dalam suratan kita. Ada kita tahu? Maha Pengasihnya Allah. Mana ada kita bersyukur kepada Allah kerana Allah tak beritahu pun kepada kita bahawa 
Dia sudah banyak kali selamatkan kita. Tahu Allah selamatkan baru nak bersyukur? Berapa 
banyak nikmat Allah yang kita tidak tahu. Jadi tak adalah ‘alhamdulillah’?

Hebatnya Bersahabat.
#UP
#NekadBersamaIslam
#MAMPUCentre

Sumber TKO - 25-11-2017





























































































Hukum memuji secara berlebihan

JAUHI dan elakkanlah pujian yang dusta serta boleh menyebabkan fitnah berlaku kepada diri orang yang dipuji dan sifat ‘ujub berlaku pada dirinya. 
Demikian jawapan dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi ruangan Al-Kafili Al-Fatawi yang ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli berhubung Hukum memuji secara berlebihan yang diterbitkan semalam. 
Berikut ialah soalan dan jawapan penuh. 
Soalan: 
Apakah hukum memuji seseorang secara berlebihan ? 
Jawapan: 
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. 
Secara asasnya, hukum asal memuji seseorang adalah harus dengan syarat pujian itu pada perkara yang benar dan bukannya dusta. Demikian juga pujian tersebut hendaklah dalam keadaan yang tidak mendatangkan fitnah kepada orang yang dipuji serta tidak menyebabkan insan tersebut berasa ‘ujub dan bermegah diri. Hal ini adalah berdasarkan ucapan-ucapan para Rasul kepada Rasulullah S.A.W semasa peristiwa mi’raj baginda ke sidrat al-muntaha: 
مَرْحَبًا بِالأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ 
Maksudnya: Selamat datang kepada saudara yang soleh dan juga Nabi yang soleh.
Riwayat al-Bukhari (3393) 
Daripada hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyatakan bahawa: 
وَفِيهِ جَوَازُ مَدْحِ الْإِنْسَانِ فِي وَجْهِهِ إِذَا أُمِنَ عَلَيْهِ الْإِعْجَابُ وَغَيْرُهُ مِنْ أَسْبَابِ الْفِتْنَةِ 
Maksudnya: Dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang pada wajahnya, sekiranya terasa aman dia dari perasaan ‘ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah. Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (2/357). 
Kenyataan Imam al-Nawawi di atas dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: 
وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ مِرَارًا إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا صَاحِبَهُ لاَ مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ فُلاَنًا وَاللَّهُ حَسِيبُهُ وَلاَ أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا 
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. 
Riwayat Muslim (3000) 
Fekah yang ditunjukkan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini adalah, beliau meletakkan tajuk bab ini sebagai: Bab larangan memuji, sekiranya ia berlaku secara berlebihan serta ditakuti berlakunya fitnah ke atas diri orang yang dipuji. 
Larangan memuji secara berlebihan ini terdapat padanya beberapa hikmah. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan bahawa terdapat enam kerosakan yang akan masuk ke dalam pujian terhadap seseorang. Empat keburukan itu kepada orang yang memuji, manakala dua lagi kepada orang yang dipuji. Kami ringkaskan keenam-enam kerosakan itu dengan sedikit olahan seperti berikut: 
Keburukan Kepada Orang Yang Memuji 
Pertama: Seseorang yang memuji itu boleh menyebabkan dia melampau dalam melontarkan pujian, lalu ia akan berakhir dengan pembohongan. Ini biasanya berlaku dalam pujian kepada pemerintah ataupun kepada seseorang terhadap sesuatu yang dia tidak miliki. 
Kedua: Pujian juga kadangkala boleh membawa kepada sifat riya’ dengan cara dia menzahirkan kecintaan kepada orang yang dipuji, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Maka jadilah dia sebagai seorang yang riya’ lagi munafik. 
Ketiga: Pujian juga boleh berlaku dalam keadaan pemuji tidak mengenalpasti keadaan sebenar orang yang dipuji. Terutamanya pada sifat-sifat yang mutlak seperti warak, zuhud, bertakwa, dan seumpamanya kerana kesemuanya ini tidaklah boleh dilihat melalui mata kepala. 
Keempat: Melalui pujian juga boleh menyebabkan orang yang zalim dan fasiq berasa gembira tatkala dipuji. Sedangkan hal ini tidak boleh kerana keduanya ini sekiranya dipuji sudah pastilah akan kekal berterusan dalam kefasikan dan kezaliman mereka. 
Keburukan Kepada Orang Yang Dipuji 
Pertama: Melalui pujian, boleh menyebabkan seseorang itu berasa takbur dan ‘ujub terhadap diri sendiri. Yang mana kedua sifat ini boleh menghancurkan diri seseorang. 
Kedua: Seseorang yang dipuji, akan merasa gembira dan merasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang sudah ada pada dirinya. Maka sesiapa yang merasa kagum dengan diri sendiri, akan berkuranglah kesungguhannya dalam beramal. Ini kerana, orang yang bersungguh dalam amalan ini adalah mereka yang merasakan diri mereka penuh kekurangan. 
Namun, perlu juga dijelaskan di sini bahawa Imam al-Ghazali apabila menyebutkan beberapa perkara di atas ini beliau berkata: 
أمَّا إِذَا سَلِمَ المَدْح مِنْ هَذهِ الآفَات فِي حَقِّ المَادِحِ وَالمَمْدُوحِ لَمْ يَكُنْ بِهِ بَأسٌ ، بَلْ رُبَّمَا كَانَ مَنْدُوبًا إِلَيهِ 
Maksudnya: Adapun sesekiranya seseorang itu berasa selamat daripada beberapa keburukan di atas ini, sama ada pada yang memuji atau dipuji, maka tidak ada masalah pada pujian bahkan boleh jadi ia dituntut untuk melakukannya. Lihat Ihya’ Ulum al-Din, al-Ghazali (3/233). 
Kesimpulan 
Akhir kalam, kami berpandangan bahawa hukum asal memuji itu adalah harus. Ini kerana, boleh jadi pujian seseorang itu berlaku kerana dia melihat orang yang dipuji adalah dari kalangan orang soleh yang banyak melakukan amal ibadah, maka hal ini disifatkan sebagai ‘aajil busyhra mu’min’ (berita gembira segera buat orang beriman). Namun, jauhi dan elakkanlah pujian yang dusta serta boleh menyebabkan fitnah berlaku kepada diri orang yang dipuji dan sifat ‘ujub berlaku pada dirinya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Sumber HD - 25-11-2017



Penghinaan Islam Makin Menjadi-jadi
Posted on Friday, November 24 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36959



Penghinaan terhadap Islam dengan mengambil mudah kepada syiar Islam makin menjadi-jadi di negara kita kerana sikap orang Islam sendiri yang suka berselisih sesama sendiri.

Kredit
Lebai ZamUsop PA 


Sumber TKO - 24-11-2017


Hukum lelaki memakai baju warna merah, Oren
Posted on Tuesday, November 21 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36911



Seperti yang sedia maklum, ramai di antara kita yang agak terkejut dengan hadis ini. Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah baca malah tidak pernah tahu akan sebuah hadis mengenai warna baju yang dilarang dipakai oleh lelaki. Warna yang dilarang dipakai oleh lelaki mengikut hadis adalah seperti warna Saffron, kuning kunyit dan warna merah.

Berikutan itu, satu soalan telah diajukan kepada pakar hadis iaitu Dr Rozaimi Ramle (LINK). Antara soalannya adalah seperti berikut.
Soalan
Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk lelaki.
Warna:
1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
3. Merah (HR Sunan Nasaie 5185)

Dr Rozaimi menjawab:
Waalaikumussalam.
Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Saya memilih pandangan berikut:

1. Merah memang dilarang jika merah sahaja tanpa campur warna lain. Kalau campur tak dilarang.

2. Kuning dan oren dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau warna tu bukan dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang. Larangan ni khas untuk lelaki sahaja
Penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan memakai baju merah bagi lelaki
Menurut Dr Rozaimi berkaitan baju merah ulamak ada pelbagai pendapat yakni ada khilaf ulamak. Ada ulamak berpendapat hukumnya harus seperti mazhab Syafie dan sebahagian ulamak Hambali berkata harus pakai merah kerana ada dalam hadis Bukhari Nabi Muhammad SAW pernah memakai baju, selendang dan kain yang ada warna merah yakni bukan merah penuh tapi cuma garisan merah. Manakala ada sebahagian ulamak berkata haram kerana ada hadis riwayat Nasaie mengatakan tak boleh memakai baju merah.
Jadi Dr Rozaimi berpendapat selagi mana merah tu tak penuh yakni merah yang juga bercampur dengan warna lain maka ianya dibolehkan. Contoh seperti jersi pasukan bolasepak Liverpool. Menurutnya larangan ini sebenarnya terkait dengan zaman, kerana pada zaman itu, mereka yang pakai baju merah adalah wanita. Jadi bila pakai baju merah ada unsur tasyabbuh (menyerupai orang lain dalam suatu perkara) dengan orang perempuan iaitu seperti warna merah jambu yang dipakai orang lelaki pada zaman sekarang.
Kesimpulannya Dr Rozaimi menjelaskan hadis ini ada khilaf ulamak, ada ulamak yang membenarkan, ada ulamak yang kata haram, ada ulamak yang kata makruh, ada ulamak yang berpendapat selagi mana merah tidak penuh tidak mengapa dan ada ulamak yang kata ianya terikat dengan zaman maksudnya pada zaman itu lelaki memakai baju warna merah menyerupai perempuan jadi lelaki tidak dibenarkan memakainya.

 Dr Rozaimi memilih pendapat yang menyerupai perempuan. Yakni pada hari ini ada orang pakai baju merah penuh tidak mengapa tetapi nak lebih selamat campurkanlah sedikit dengan warna lain maksudnya ada warna hijau sedikit atau ada garisan warna lain.

Sumber TKO - 21-11-2017

Maafkan lelaki yang membunuh anak kita suatu yang sukar, Itulah Indah Islam (bersama video)
Posted on Tuesday, November 21 @ 09:15:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36887



Dua minggu lalu, seorang ayah menunjukkan erti kasih sayang yang sebenar apabila dia memaafkan seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam pembunuhan anaknya, di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

Video - https://youtu.be/w_xJSyk9PBY

Trey Alexander Relford, 24, berdepan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin Jitmoud, 22, yang menjadi mangsa rompakan sebelum ditikam ketika menjalankan tugasnya sebagai penghantar piza pada malam April 19, 2015, di Lexington, Kentucky.
Tetapi ayah Salahuddin, Abdul-Munim Sombat Jitmoud, 66, mengejutkan semua yang hadir di mahkamah pada 7 November, malah hakim juga tidak dapat menahan air mata, apabila dia memaafkan Relford.

“Sifat pemaaf adalah sedekah paling agung dalam Islam,” Abdul-Munim dilaporkan akhbar Washington Post sebagai berkata.

Abdul-Munim kemudian memeluk Relford, yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya.

Air mata mengalir apabila anggota kedua-dua keluarga turut sama merapatkan diri dalam satu dakapan besar.

Klip video episod yang menyentuh perasaan itu menjadi viral dan dilaporkan secara meluas di seluruh dunia.

Bercakap kepada FMT, Abdul-Munim berkata beliau tidak pernah mengenali Relford atau ibu bapanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan memaafkan Relford dan mengharapkan pemuda itu tidak dijatuhkan hukuman mati, sebaliknya menjalani penjara 31 tahun.

“Kami tidak sanggup memikirkan Relford menjalani hukuman mati di kerusi elektrik,” kata Abdul-Munim, bekas pengetua sekolah yang pernah menguruskan 7 buah sekolah Islam di Amerika Syarikat selama lebih 3 dekad.

Abdul-Munim berkata beliau diberitahu supaya tidak memandang wajah Relford ketika perbicaraan.
Tetapi pengalamannya sebagai guru menyebabkan nasihat itu sukar dituruti, katanya.

“Saya melanggar semua protokol di mahkamah,” katanya.
Keluarga Jitmoud.
Keluarga Jitmoud.
Mereka yang hadir di mahkamah ketika itu bukan sahaja tersentuh dengan sifat pemaaf Abdul-Munim, tetapi juga tersentuh apabila dia menawarkan sehelai tisu kepada Relford bagi but also by his gesture of offering him paper napkins to mengelap air matanya.

“Apabila dia menangis, saya memberikannya tisu apabila melihat dia mengelap air matanya menggunakan kolar baju penjara,” katanya.

Ketika memeluknya, Abdul-Munim berkata dia dapat merasakan Relford betul-betul insaf dan menyesali perbuatannya.

Abdul-Munim membisikkan kata-kata nasihatnya.

“Saya memberitahunya supaya berkawan dengan orang yang baik apabila bebas nanti.”

Tuhan Maha Penyayang
Abdul-Munim berkata beliau percaya dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang seperti disebut berulang kali dalam Al-Quran, dan inilah yang menggerakkannya untuk memberikan peluang kedua kepada Relford.

“Al-Quran berfirman, sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, dia umpama menyelamatkan seluruh manusia,” katanya memetik ayat 32 dalam Surah Al-Ma’idah.

Abdul-Munim berkata sepotong ayat dalam Surah Al-Tawbah memberikannya ketenangan: “Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.
Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal” (ayat 51).'
Satu lagi ayat Al-Quran yang menjadi inspirasinya ialah di dalam Surah Al-Zumar: “Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.”

Empat tahun lalu, Abdul-Munim kehilangan isterinya, Jamilah Kolocotronis, yang meninggal dunia akibat leukaemia.
Salahuddin bersama ibu bapanya.
Salahuddin bersama ibu bapanya.
Jamilah sempat mengarang beberapa novel mengenai cabaran yang mendepani umat Islam di Amerika terutama mereka yang baru memeluk agama itu.

Salahuddin bekerja sebagai penghantar piza bagi menampung pengajiannya di sebuah sekolah seni, Stage Right Acting (SRA). Dia juga ketika itu sedang berusaha memfilemkan karya arwah ibunya.

Bagi mengingati kematian Salahuddin, SRA menerbitkan sebuah video yang menyifatkannya seorang yang kreatif.

Sumber TKO - 21-11-2017


Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah
Posted on Monday, November 20 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36879



Soalan;
Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut.

Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.


Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]
Wallahu a’lam.

Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah
Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah
Tak salah isteri terlalu berdikari tetapi biar berpada dan jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab!

Ya, fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati bila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.

Berbalik kepada soal fitrah, Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar.

Perkara ini, menyebabkan suami mudah terasa tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud situasi wanita lain yang mengharapkan kebergantungan kepadanya iaitu orang ketiga. Lebih mengelirukan dan lebih berisiko negatif dalam perhubungan suami isteri.

Jadi sekali pun wanita boleh buat sendiri semua benda, lelaki sebenarnya patut melayani isteri seperti ini…
Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah

Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah
1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.

2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.

3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.

4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.

5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.

6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.

*gambar sekadar hiasans umber foto: google Sumber: Ustaz Ahmad Adnan | Nadia

7. Aktifkan amalan-amalan yang diketuai oleh kita sebagai suami, umpamanya solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya dengan kita yang mengimamkannya..

Sumber TKO - 20-11-2017

Dengan 3 Amalan Ini, Dosa Zina Kita Di Masa Lalu Akan “Diampuni”…
Posted on Monday, November 20 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36876



Setiap umat muslim sudah mengetahui bahwa perbuatan zina merupakan perbuatan yang termasuk kedalam kategori dosa besar. Allah SWT melarang manusia untuk mendakati zina (apalagi melakukannya). Perbuatan ini akan menyeret manusia kedalam jurang kesesatan.

Seseorang yang melakukan zina akan hina di hadapan Allah SWT dan juga akan hina di mata orang lain. Alangkah baiknya jangan pernah mendekati zina, apalagi sampai melakukannya.
Tidak bisa dipungkiri, sudah sering kita melihat para remaja maupun dewasa sudah dicecoki kehidupan yang modern seperti kebarat-baratan. Zinapun sudah merambat anak usia SMP, SMA hingga kuliah. Kehidupan yang bebas, tidak ada pengawasan orang tua atau didikan yang baik dari orang tua, mereka melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Sudah banyak umat muslim terjerumus kedalam perbuatan ini. Bahkan mereka tidak malu lagi melakukannya di depan orang banyak.

Lantas apakah benar bahwasanya Allah SWT akan mengampuni dosa zina ?

Firman Allah SWT yang artinya: “Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.

Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar: 53-54).

Ayat diatas menjelaskan Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa semuanya. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanyalah kepada Allah tempat kita berserah diri, memohon ampunan atas dosa-dosa yang kita lakukan baik yang sengaja, tidak sengaja, sebesar debu hingga dosa seluas lautan.

Setiap manusia sudah berkewajiban untuk memohon ampunan dan bertaubat kepada Allah SWT.

Jangan setengah atau main-main dalam memohon ampunan kepada Allah, lakukanlah dengan kesungguhan hati serta keikhlasan hati. Berikut 3 syarat yang harus dipenuhi setiap muslim, Insya Allah dosa zina akan diampuni, amin. Berikut ulasannya :

1. Taubat
Firman Allah SWT yang artinya :“Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?” (QS. At Taubah: 104).

Sudah kewajiban untuk taubat memohon ampunan kepada Allah jika berbuat dosa. Dari arti ayat diatas Allah menerima taubat hamba-hamba-Nya. Taubatlah dengan sungguh-sungguh dalam hatim dan akan menjauhi perbuatan zina. Orang yang bertaubat tidak akan lagi mengulangi dosa (maksiat) perbuatan zina. Tidak pernah lagi mendekati perbuatan tersebut. Taubatlah dengan taubat Nasuha. Allah akan membukakan pintu maaf bagi setiap hamba yang bersungguh-sungguh kepada-Nya.

2. Menyesal
Firman Allah SWT yang artinya : “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110).

Selain berhenti untuk melakukan dan mendekati perbuatan zina (maksiat lainnya). Seorang hamba yang ingin dosanya terhapus dan dimaafkan oleh Allah SWT, memiliki rasa penyesalan dalam hati atas perbuatan zina tersebut. Karena sangat menyesal, pastinya tidak akan pernah mengulanginya lagi di masa yang akan datang. Dan selalu memohon ampunan dan rahmat dari Allah SWT.

3. Tidak melakukan kemaksiatan lagi
Firman Allah SWT yang artinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.” (QS. An Nisa’: 145-146).

Sudah kewajiban bagi setiap orang yang bersungguh-sungguh memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT tidak lagi akan mengulangi perbuatan zina (maksiat) yang dilakukannya. Dan senantiasa selalu membenteng diri dari perbuatan-perbuatan maksiat dengan memohon perlindungan dari Allah SWT.

Sahabat renungan Islam, Allah SWT begitu sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dan menerima taubat hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. Bersegeralah bertaubat, Jangan menunda-nunda untuk bertaubat dan jangan pernah berputus asa. Firman Allah SWT yang artinya : “Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar: 53-54).

Dengan kesungguhan hati, penyesalan yang mendalam serta ikhlas bertaubat dan memohon ampunan kepada Allah SWT. Insya Allah akan diampuni. Amin

SUMBER

Sumber TKO - 20-11-22017

WARKAH BUAT SAHABAT: Penghinaan Bukanlah Peluru Perjuangan
Posted on Monday, November 20 @ 08:05:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36860




Apabila saya menasihatkan agar isu anak Husam tidak dijadikan serangan politik, ada yang tak bersetuju. Tak sampai dua jam, keluar kenyataan AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim yang senada dengan saya, lalu ditularkan. Demikianlah nilai lisan marhaen berbanding lisan pemimpin. Persoalannya, adakah kita masih keliru yang mana dikatakan peluru?


Husam menerima musibah dalam keluarganya. Anaknya ditangkap bersama 200 biji pil kuda. Malu dan remuk rasanya hati Husam menerima khabar berita. Kalau itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa Husam, biarlah dia dengan Allah. Memang Husam banyak menyakitkan kita dengan fitnah yang seolah tak bernokhtah. Tetapi bukan caranya kita menghina dia yang sedang menanggung musibah.

Mentertawakan manusia yang sedang menanggung musibah walaupun dia musuh kita bukanlah ajaran agama kita. Apalagi diserang dengan sindiran dan nista. Kenapa kita tak sedarkan Husam dengan dosa-dosanya dengan adab dan budaya politik matang dan sejahtera. Ingat, batu yang keras hanya dapat dilembutkan dengan air. Dan air juga lawan untuk api yang marak.

Semua kita tahu syaitan dihalau dari syurga kerana sikap takaburnya. Dakwanya dia lebih mulia kerana dicipta dari api sedangkan Adam dari tanah. Tetapi ramai dalam kalangan kita tidak ambil pelajaran bahawa dalam takabur itulah terkandung unsur menghina. Syaitan memandang Adam hina kerana dicipta dari tanah yang busuk.

Justeru, dalam serangan yang dikatakan peluru itu, apa sebenarnya nawaitu kita? Melepaskan sakit hati kepada Husam? Melunaskan dendam? Melemahkan politik Husam? Persoalannya, yang ditangkap bersama pil kuda itu Husamkah? 

Kita pula bagaimana? Anak-anak yang kita harap jadi permata, adakah berjurus belaka seacuan dengan didikan kita? Anak-anak ulama dan asatizah molek-molek belaka bila besarnya? Apa jaminan Allah tidak kenakan musibah kepada kita musibah yang sama kerana dosa-dosa kita.  Kalau kita tak mampu menjawabnya, buat apa musibah yang menimpa keluarga Husam kita jadikan peluru untuk melepaskan nafsu amarah?

Banyak lagi peluru lain yang boleh digunakan untuk menembak Husam. Sehari dua ini pun tak tertahan rasanya Husam hendak menepis peluru lantaran fitnah ciptaannya dan isu lain yang membelitnya. Janganlah dicurah cuka pada luka keluarganya. Kalau ia bercanggah dengan redha Allah, buat apa kita lepas tembakan? Sebenarnya kita telah mengangkat keaiban keluarga 

Husam. Apa kaitan keluarga Husam dengan objektif perjuangan kita?
#UP
#NekadBersamaIslam 

Sumber TKO-20-11-2017

Ini Nafkah yang Sepatutnya Suami bagi Setiap Bulan
Posted on Monday, November 20 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36859



Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
Diri sendiri
Isteri
Anak
Bapa
Ibu
Cucu
Datuk
Saudara
Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Sumber TKO - 20-11-2017








































































































Tanda-tanda Munculnya Al Mahdi
Posted on Sunday, November 19 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36851



Lepas tamat fasa ke 3 pemerintahan umat islam (Mulkan Adhudhan ) pemerintahan secara menggigit , warisan, atau Monarki hampir 95 Tahun kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah 1922 Jika kalendar Hijrah hampir 98 Tahun Hijrah. Maka umat islam telah bermula memasuki pada fasa ke 4 iaitu Mulkan Jabbriyyan pemerintahan secara Zalim dan tidak adil. Pemerintahan ini boleh dikatakan bermula pada tahun 1922 sehingga kini dan mengikuti pendapat para ulamak ahul sunaah wal jamaah antaranya tanda - tanda kiamat kecil paling banyak keluar adalah pada fasa ke 4 ini.

Dalam Hadith yang lain juga antara berlaku peperangan di Jazirah Arab utama di Hijaz ( arab saudi ) berdasarkan kepada Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah Rahmatullah.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Yusuf daripada Abdurazaq daripada Sufyan at- Tsauri daripada khalid bin Al- Khadza daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar Rahabi daripada Sayyidina Ats-Tsauban r.a berkata ,

" Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda, maksudnya , " Akan berebutan 3 orang khalifah kesemuanya anak- anak seorang Khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang di perebutkannya itu. Kemudian muncullah bendera - bendera hitam dari arah Timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara belum pernah dilakukan suatu kaum. ' Kemudian Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda, " Apabila kamu melihatnya, maka berbaiatlah berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang kau tempuh harus dengan cara merangkak diatas Salji. Kerana dia adalah Khalifaatullah ( Al - Mahdi ) yang mendapatkan petunjuk " ( Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah No 4084) .

Hadith ini menunjukkan bahawa Khalifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam mungkin kepada Dinasti al- Saud Dar'iyyah kerana mereka telah berjaya kuasa telah kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah di Hijaz selepas kemunduran tentera bani Uthmaniyyah di Hijaz lepas Syarif Hussein bin Ali pemegang amanah kota mekah dan madinah Al-Munawarah bersekutu dengan tentera British menghalau tentera bani Uthmaniyyah sebelum Sultan Abdul Aziz Ibn Al Saud di angkat sebagai raja Hijaz yang baru selepas Syarif Hussein bin Ali menjadi raja buat sementara waktu sahaja.

Apa hujahnya :-

Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud memiliki sebuah keluarga yang amat besar mempunyai anak- anak yang ramai dan mempunyai isteri - isteri yang ramai .

Antaranya yang pernah menjadi Raja Saudi hasil keturunannya iaitu :-

1. Raja Saud
2. Raja Fasial
3. Raja khalid
4. Raja Fahd
5. Raja Abdullah
6. Raja Salman
--------------------------------------------------------------------
Antara anak - anak yang lain :

Putera Muhammad
Putera Nasser
Putera Saad
Putera Mansour
Putera Turki
Putera Talal
Putera Nawwaf
Putera Muhammad Nayef
Putera Mutaib
Putera Muqrin dan ramai lagi .
Kita hari ini sedang melihat dimana zaman pemerintahan raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud sedang alami masalah dalaman dan perubahan Politik dan ekonomi, sosial sebagainya. Selepas raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud melantik anak Baginda sebagai Mahkota Mohamed bin Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud membuat saudara mara keturunan Saud menggigit jari dan perasaan tidak puas hati telah berlaku. Inilah yang berlaku sekarang di tambahan dengan ancaman golongan Syiah wallahu A'lam.

Dalam Hadith Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda "Umat aku setiap 100 tahun Allah Taa'la akan pembaharu dalam urusan agama ( Mujaddid ) ."

Dalam Ahul sunaah wal jamaah para ulamak Sepakat mentakwil Hadith ini mengatakan bahawa Imam Al - Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah cucu cicit Baginda Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam termasuk dalam kategori ( Mujaddid ) dan Imam al - Mahdi akan meninggikan agama ini melalui penguasaannya sebagaimana dijelaskan dalam Hadith. Ibnu Khaldun mengatakan :" Ketahuilah Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyatakan pada akhir zaman seorang lelaki dari pada ahil - Bait yang akan menguatkan agama dan menegakkan keadilan.

Hadith yang lain diriwayatkan oleh imam Abu Dawud Hadith daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a berkatanya Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda :

" Tidak terjadi hari kiamat sehingga keruntuhan Masjidil Al-Aqsa, Kehancuran kota Yathrib ( Madinah ) , peperangan besar ( Malhamah al- Kubra ') , pembukaan Kota Constantinople dan zahirnya Dajjal ".

( Hadith direkodkan oleh imam Abu Dawud ).

Hadith - Hadith tentang imam al- Mahdi adalah bertaraf Hadith Mutawatir kerana ia diriwayatkan oleh para sahabat seramai 33 orang para Sahabat .

Dalam sebuah Hadith daripada Dzar bin Abdullah daripada Nabi Shollalllahu Alaihi Wasallam

Bersabda bermaksud :

" Sekiranya dunia tinggal sehari sahaja ( sebelum kiamat) , nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya sesorang lelaki daripada keturunanku atau daripada kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku .Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman ( sebelum itu )."

Hadith diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dan At-Tirmidzi ).
Kredit : Muhammad Azzuddin Othman

#AkhirZaman
#WeNeedKhilafah

Sumber TKO - 19-11-2017









































































































Teladani urus tadbir negara cara Umar al-Khattab











































































































Pelaksanaan pentadbiran negara yang diilhamkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. tidak terhenti setelah kewafatan baginda, tetapi ia diteruskan oleh para khulafa’ Rasyidin seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar Bin al-Khattab, Saidina Othman Bin ‘Affan dan Saidina Ali Bin Abi Talib.

Sumber HD- 18-11-2017











































































































Golongan dayus semakin berleluasa mutakhir ini












































































































ISLAM tidak sama sekali tidak mengharam atau menghalang manusia untuk berhibur, kerana ia adalah keperluan bagi menenangkan jiwa atau fikiran yang berserabut dengan tugasan harian atau bagi meredakan tekanan akibat terlalu banyak menunaikan tanggungjawab pada diri dan keluarga.
Suami ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak dan sebaliknya isteri juga ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak, perkara yang boleh menghilangkan seketika tentang kepayahan melaksanakan tanggungjawab masing-masing ialah berhibur, begitulah setiap insan di dunia ini akan mengalami keadaan yang serupa.

Sumber HD- 18-11-2017

Nabi SAW minta pandangan sahabat isu tawanan Badr













































































































MAKA Umar berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah, pancunglah leher mereka." Nabi s.a.w. berpaling darinya. Kemudian Nabi s.a.w. kembali bersabda kepada orang-orang seperti sabdanya yang pertama. Maka berdirilah Abu Bakar As-Siddiq r.a., lalu berkata, "Wahai Rasulullah, kami berpendapat sebaiknya engkau memberi maaf mereka dan menerima tebusan dari mereka."

Maka lenyaplah rasa gusar yang tadinya mencengkam wajah Rasulullah s.a.w., dan baginda s.a.w. memberi maaf mereka serta menerima tebusan mereka. Ketika itu juga turunlah Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu semua ditimpa siksaan yang besar kerana tebusan yang kalian ambil. (Surah Al-Anfal: 68).

Sumber HD- 18-11-2017

Hukum meniru dalam peperiksaan















































































































SEMOGA Allah memberikan kita kekuatan untuk menghapuskan budaya meniru dan menipu dalam peperiksaan agar keberkatan hidup dapat dicapai dan dihindar daripada segala fitnah dan kacau bilau Hari Kiamat.

Demikian jawapan dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi ruangan Al-Kafili Al-Fatawi yang ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor diterbitkan pada 16 November 2017
Berikut ialah jawapan penuh.

Sumber HD - 18-11-2017


Al-Raheeq al-Makhtum (5)
Posted on Friday, November 17 @ 10:11:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36788



SEMASA KERASULAN

Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan. Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah.


DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH

Dl GUA HIRA

Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).

Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila' dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi.

Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah.

JIBRIL TURUN MEMBAWA WAHYU
Usia empat puluh tahun merupakan puncak kematangan jiwa manusia. Ada pendapat yang mengatakan bahawa semua rasul diutus pada usia ini. Demikian pula Muhammad s.a.w. Saat usianya genap empat puluh tahun, tanda-tanda kenabian itu mulai jelas. Di antaranya, berbatuan di Mekah menghantarkan salam kepada beliau.

Beliau juga mengalami ru'yah shddiqah (mimpi hakiki). Mimpi ini tampak begitu nyata, sejelas terangnya waktu fajar. Hal itu berlangsung hingga enam bulan sementara masa kenabian beliau adalah 23 tahun. Maka mimpi ini menjadi salah satu dari 46 tanda nubuwah. Ketika bulan Ramadhan tiba pada tahun ketiga masa pengasingan Muhammad di Gua Hira, Allah melimpahkan rahmat-Nya ke seluruh penduduk bumi. Allah memuliakannya dengan mengangkatnya sebagai nabi. Malaikat Jibrail diturunkan- Nya dengan membawa beberapa ayat al-Quran.132

Setelah mencermati petunjuk dan berbagai bukti, saya bisa pastikan bahawa hari turunnya adalah hari Senin, malam 21 Ramadhan, bertepatan dengan tanggal.

10 Ogos 610 M. Menurut catatan sejarah, usia Muhammad saat itu berdasarkan kalender Qamariah adalah 40 tahun 6 bulan 12 hari. Adapun berdasarkan kalender Masihi adalah 39 tahun 3 bulan 20 hari.
Mari kita semak penuturan Aisyah tentang peristiwa ini. Sebuah peristiwa yang menjadi titik awal kenabian, yang di kemudian hari mampu mengungkai tirai gelap kekufuran dan kesesatan, hingga mampu mengubah jalan hidup manusia dan membelokkan sejarah. Aisyah menuturkan, "Turunnya wahyu kepada Rasulullah diawali dengan ru'yah shadiqah (mimpi hakiki) dalam tidur. Beliau bermimpi dengan mimpi yang sangat jelas, sejelas terangnya waktu fajar. Kemudian beliau mulai suka mengasingkan diri. Beliau biasa mengasingkan diri di Gua Hira. Beliau ber-tahaimuts (beribadah) di dalamnya beberapa malam lalu pulang kepada keiuarganya karena harus berbekal untuk tinggal di sana. Kemudian beliau pulang kepada Khadijah lalu membawa bekal untuk keperluan yang sama hingga turunlah wahyu itu saat beliau sedang berada di Gua Hira. Malaikat datang dan berkata, 'Bacalah!' Beliau menjawab, 'Aku tidak bisa membaca'."
Rasulullah mengisahkan, "Malaikat Jibrail memegangku dan mendekapku sampai aku merasa begitu payah, lalu dia melepaskanku. Ia berkata lagi, 'Bacalah!' Aku menjawab, 'Aku tidak bisa membaca.'
Malaikat Jibrail memegangku dan mendekapku untuk kedua kalinya hingga aku merasa begitu payah, kemudian melepaskan aku. Ia berkata kembali, 'Bacalah!' Aku menjawab, Aku tidak bisa membaca.'
Malaikat Jibrail memegangku dan mendekapku untuk ketiga kalinya hingga aku merasa begitu payah, kemudian dia melepaskan aku. Kini ia membaca, 'Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya'(QS. Al-Alaq: 1-5)

Muhammad s.a.w. pulang membawa wahyu itu dengan ketakutan. Beliau mencari Khadijah binti Khuwailid dan berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!"

Khadijah menyelimutinya sampai reda rasa takutnya. Lalu Muhammad bertanya tak mengerti, "Apa yang terjadi padaku?" Beliau menceritakan semuanya kepada isteri tercintanya. "Aku betul-betul khawatir akan keselamatan diriku," ujar beliau menutup cerita.

Khadijah menenangkannya, "Sekali-kali tidak. Allah tidak akan menghina kamu selama-lamanya. Engkau orang yang suka menyambung silaturahim, memikul beban orang yang susah, memberi piutang kepada yang papa, memuliakan tamu, dan membela kebenaran."134

Khadijah mengajak Muhammad menemui Waraqah ibn Naufal ibn Asad ibn Abdil Uzza. Sepupu Khadijah ini adalah penganut Nasrani yang taat pada masa jahiliah. Dia mampu menulis kitab dalam bahasa Ibrani, bahkan menulis Injil dalam bahasa Ibrani dengan bagus. Orangnya sudah tua lagi buta.

Khadijah berkata kepadanya, "Oh sepupuku, dengarkanlah cerita anak saudaramu ini!"
Waraqah pun bertanya, "Anak saudaraku, apa yang kaulihat?"

Maka berceritalah Muhammad tentang apa saja yang telah beliau lihat. Waraqah kemudian mengomentari, "Ini adalah Namus yang pernah turun kepada Musa a.s. Ah, andai saja aku masih muda saat itu nanti. Andai saja aku masih hidup ketika engkau diusir oleh kaummu."

Spontan Muhammad bertanya, "Apakah kaumku akan mengusirku?"

Waraqah menjawab, "Ya. Tidaklah seseorang membawa seperti yang kau bawa, kecuali pasti akan dimusuhi. Andai aku masih hidup saat engkau diutus, aku akan menolongmu dengan sungguh-sungguh."

Namun, sampai Waraqah meninggal, tidak ada wahyu yang turun.135

...bersambung

Sumber TKO - 17-11-2017

















































































































Faraid: Faktor pengaruhi masalah urus kewangan, harta Muslim

Pendahuluan
Pelaksanaan wasiat si arwah dan pengagihan harta pusaka merupakan perkara penting dalam masyarakat Muslim. Setiap harta yang tertentu boleh membawa kepada isu permasalahan besar dalam pengurusan kewangan dan harta Islam. Hal ini merujuk kepada kes faraid yang sering terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu penangguhan dan kegagalan pengagihan harta pusaka si arwah, diskriminasi antara ahli keluarga, pengabaian wasiat si arwah, pertikaian antara pewaris dan ketiadaan dokumen mahupun bukti bagi proses pengagihan harta pusaka si arwah.

Dalam kes sebenar yang berlaku, isu utama bermula apabila sebuah keluarga besar berebut untuk memperoleh pemilikan harta pusaka si arwah. Bagaimanapun, antara ahli keluarga tersebut, kebanyakan mereka tidak langsung mengetahui sejauh mana perhubungan keluarga sesama mereka dan langkah prosedur pengagihan harta pusaka yang berlaku. Bagaimanapun, pengagihan harta pusaka tetap berjalan dan menimbulkan lebih banyak isu berkait dengan isu utama iaitu terdapat sekatan dalam proses berpunca daripada isu kekeliruan salasilah keluarga. Akhirnya, proses pengagihan harta pusaka tersebut ditangguhkan dan diabaikan tidak terurus. Beberapa faktor umum ditemui mempengaruhi isu permasalahan yang berlaku dalam pengagihan kewangan dan harta Muslim. 
Faktor yang menjejaskan pengagihan kewangan Muslim 
1. Cetek pengetahuan dan kesedaran tentang pengagihan harta pusaka Islam 
Berdasarkan hukum Islam, Muslim perlu mematuhi sistem faraid mengikut kadar yang telah ditentukan bagi setiap pewaris dalam pengagihan harta pusaka Islam berpandukan sumber Al-Quran dan As-Sunnah setelah diselesaikan segala urusan pengebumian, hutang si arwah, pelaksanaan wasiat dan harta sepencarian. Pengagihan harta pusaka si arwah juga perlu merujuk kepada status pewaris dan hubungannya dengan si arwah (Harun). Pengetahuan am dalam pengagihan harta pusaka ini perlu difahami oleh masyarakat Muslim sebelum menguruskan kewangan yang ditinggalkan si arwah seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran Surah al-Nisa, ayat 7, 11, 12 dan 176.
2. Maklumat kewangan si arwah kurang jelas semasa hidupnya 
Dalam kes faraid masyarakat Muslim, keadaan ini sering terjadi khususnya apabila si arwah membeli polisi insurans atau saham semasa hidupnya. Keadaan ini boleh membawa kepada permasalahan besar dalam proses tuntutan insurans seperti maklumat penama kurang jelas jika si arwah tidak memaklumkan ahli keluarganya mengenai insurans yang dibeli ketika hidupnya. Selain itu, hal ini boleh membawa kepada ketidakadilan dan pengagihan harta pusaka mungkin tidak dapat diakses oleh pewaris sebenar. 
Oleh hal sedemikian, si arwah memainkan peranan penting semasa hidupnya untuk memastikan ahli keluarga yang dipercayainya maklum secara jelas mengenai maklumat harta peninggalannya. Dalam hal ini, ahli keluarga juga bertanggungjawab untuk mengingatkan si arwah semasa hidupnya supaya memaklumkan atau melantik orang yang dipercayainya untuk mengurus harta peninggalannya.
3. Hubungan dingin antara ahli keluarga 
Dalam sesebuah institusi keluarga, hubungan yang retak dalam kalangan ahli keluarga selalu terjadi sama ada atas kerelaan dan pilihan sendiri atau sebaliknya. Sebagai contoh, ahli keluarga tidak cakna berita sesama ahli keluarga. Hal ini boleh membawa kepada kejanggalan apabila ahli keluarga bertemu pada masa akan datang bagi menyelesaikan isu kewangan si arwah. Keadaan ini juga melibatkan isu permasalahan isteri cerai mati atau hidup terutamanya bagi suami atau si arwah yang berkahwin melebihi seorang. Proses pengagihan harta pusaka si arwah boleh menjadi sukar diurus disebabkan maklumat yang tidak diketahui seperti tempat tinggal terkini pewaris atau cara menghubungi mereka. Maka, dalam konteks hubungan kekeluargaan ini, ibubapa sepatutnya menjadi contoh teladan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga supaya anak-anak akan mudah terikut untuk bersama-sama cakna dan memperkukuhkan lagi institusi keluarga. 
4. Peranan orang awam dalam kes kematian berkumpulan
Kebiasaannya, kemalangan besar seperti kemalangan di jalan raya yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga sering kali terjadi sama ada di kawasan awam atau berbahaya. Apabila kemalangan berlaku, bukan sahaja pihak bertanggungjawab bahkan orang awam yang berada berdekatan kawasan kemalangan juga memainkan peranan penting dalam mengenal pasti mangsa dalam kalangan ahli keluarga yang masih hidup walaupun tidak sampai satu jam bertahan.
Hal ini kerana situasi tersebut boleh memberi kesan kepada pengagihan harta pusaka dalam sistem faraid di mana situasi tersebut diambil kira untuk mengetahui pewaris yang berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan si arwah. Sebagai contoh, sekiranya mangsa kemalangan terdiri daripada datuk, bapa dan seorang anak, datuk telah meninggal terlebih dahulu sebelum bapa, pewaris bagi harta pusaka peninggalan datuk tersebut akan meningkat jika wujud pewaris di bawah susur galur salasilah keluarga sebelah bapa. Kes sedemikian juga boleh membawa kepada penyalahgunaan harta anak yatim dalam pengagihan harta pusaka si arwah jika penentuan masa kematian bagi mangsa kemalangan tidak dapat dikenal pasti (Hassan).
Sesungguhnya, faktor-faktor yang telah disebutkan di atas jelas memberi kesan besar dalam pengurusan kewangan dan harta Muslim. Oleh itu, Islam sering mengajar umatnya terutama bagi setiap individu, orang awam, masyarakat Muslim dan pihak bertanggungjawab supaya bersama-sama menangani isu permasalahan yang berlaku dengan menyelesaikan proses pengagihan harta pusaka si arwah secepat yang mungkin. Hal ini perlu dilakukan bersama demi pengurusan kewangan dan harta yang lebih baik untuk generasi masa hadapan (Hasliza binti Talib). 
Penulis ialah mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia.
RUJUKAN:
Harun, T. H. (n.d.). Isu-isu Pembahagian Harta Pusaka Orang Islam dalam Konteks Perundangan Malaysia. 6-10.
Hasliza binti Talib, N. b. (n.d.). Isu-isu Tuntutan Harta Pusaka: Satu Sorotan Literatur. 8-9.
Hassan, S. N. (n.d.). Isu-isu dan Permasalahan dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam di Malaysia. Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).
Sumber HD - 16-11-2017 



















































































































Bersiap dengan bekalan untuk ‘hari esok’





















































































































PERSOALAN mengenai nasib seseorang di alam akhirat, sama ada dia beriman atau tidak, akan ditentukan ketika manusia berada di dunia lagi, iaitu dalam erti kata sejauhmana dia bertindak melakukan segala titah perintah Allah SWT atau meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

Mereka yang melakukan kebaikan dalam ruang lingkup amal-amal yang diperintahkan oleh Allah, sudah tentu akan dikira sebagai amalan yang diganjari dengan pahala daripada Allah SWT dan sekali gus peluang untuk memasuki syurga adalah cerah, tetapi sebaliknya bagi yang melakukan amal yang jelas menentang perintah Allah, mereka juga berpotensi akan dimasukkan dalam neraka Allah yang menjanjikan pelbagai seksaan azab yang mengerikan.

Sumber HD- 16-11-2017

Al-Raheeq al-Makhtum (4)
Posted on Monday, November 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36676



BERTEMU PENDETA BUHAIRA
Setelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.

Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya.


Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, dan jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.

PEPERANGAN AL-FUJJAR
Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakan bahawa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.

PERJANJIAN AL-FUDUL
Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara.


Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah turut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.

Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah yang biasanya dimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh al-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan.

Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul al-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji al-fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui al-A'as bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya, setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.

HIDUP PENUH KEPERITAN

Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).

Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan.

Sebaik sahaja perkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dan kebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpa berlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikan Baginda untuk memberi kongsian lebih lumayan dari yang ,biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke sana beliau telah menghantar budak suruhannya mengiringi Rasulullah, tawaran itu telah diterima oleh Rasulullah dengan baik. Baginda pun keluar ke sana bersama Maisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.

PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)
Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya.
Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar.
Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.
PEMBINAAN SEMULA KAABAH DAN PERMASALAHAN AL-TAHKIM
Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.
Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu. Disebabkan oleh kejadian pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya. Demi menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain.
Mereka takut merobohnya, namun al-Walid bin al-Mughirah al-Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana mereka membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilah bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yang dipertanggungjawab kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaan seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunan selesai disiapkan ke peringkat "Hajar al-Aswad", sekali lagi mereka berselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untuk mengangkat dan meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutan hingga ke malam keempat atau kelima, hampir-hampir membawa kepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di bumi haram itu, hinggalah Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumi mengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerima penyelesaian dari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid, melalui pintu besar dan beliaulah orang yang akan menjadi hakim, dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu, dengan kehendak Allah, Rasulullahlah orang yang pertama memasuki masjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun al-Amin, kami semua bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.
Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun menceritakan peristiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya "Hajar al-Aswad" di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.

Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksa menangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enam hasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "al-Hutaim" buat sementara dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki ke dalamnya, kecuali yang berhajat, setelah bangunan mencecah lima belas hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabila selesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter, panjang sudut di mana terletaknya Hajar al-Aswad dan yang setentang dengannya lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian aras letaknya Hajar al-Aswad dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhan lima puluh meter (1.50 meter) manakala lawang pintu setinggi dua betas meter, samalah dengan pintu berukuran dua belas meter ianya dilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya perpuluhan dua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter, tembok berkenaan dikenali sebagai al-Shazarwan yang merupakan dasar asal al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.

SEJARAH RINGKAS SEBELUM KEBANGKITAN
Diri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran. Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.
Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awal-awal lagi Baginda memang membencikan penyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala. Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang bersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza.



Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah dengan inayah jagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn al-Athir "Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya.

Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.

Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.

Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai:

"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".
....bersambung

Sumber TKO - 13-11-2017






















































































































Kekuatan umat Islam mampu hadapi musuh dua kali ganda
























































































































TAFSIR: Surah Al- Anfal Ayat 66: Imam al-Bukhari meriwayatkan melalui hadis Ibnu Mubarak hal yang semisal (yang sama).

Sa'id Ibnu Mansur mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Amir Ibnu Dinar, dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna ayat ini, bahawa pada mulanya Allah mengharuskan mereka (kaum muslim) tidak boleh lari dalam menghadapi musuh yang jumlahnya 10 kali ganda; 20 orang dari mereka tidak boleh lari kerana menghadap 200 orang musuh.

Sumber HD - 12-11-2017
























































































































Adab bermajlis: Dilarang menunjuk-nunjuk dan bermegah


























































































































ANDAINYA seseorang itu berhasrat menjadi anggota masyarakat yang dihormati, hendaklah berusaha dengan cermat dan berhemat untuk menghindari tingkah laku yang tidak sopan dan tidak disenangi. Satu dari perangai yang tidak disenangi; ialah berbangga dengan kehebatan pakaian yang dipakainya, dengan sering menatap dan merenungnya.

Perbuatan tersebut dalam majlis seolah-olah sedang memperaga pakaian, sedangkan majlis itu perlukan perhatian serius. Sering memandang pakaian sendiri selain tidak menyenangkan mereka yang semajlis, juga menyebabkan dia hilang tumpuan kepada majlis tersebut. Dengan itu dirinya dianggap tidak menghormati majlis tesebut.

Sumber HD - 12-11-2017

Al-Raheeq al-Makhtum (3)
Posted on Sunday, November 12 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36658



KELAHIRAN RASULULLAH DAN EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM PENGUTUSAN BAGINDA

Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.

Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: "Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam". 


Periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah.
Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Ia diriwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad al-Ghazali.

Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama "Muhammad" sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad (s.a.w) telah berkhatan ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi.

Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya benama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.


DIPERSADA BANI SA'AD
Mengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahawa usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pendalaman, sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat di bandar, di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi, untuk itu Abdul Mutalib telah berusaha mencari penyusu-penyusu untuk Rasulullah, dengan itu beliau menyerahkan Muhammad kepada Bani Sa'ad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya dikenali sebagai al-Harith bin Abd al-Qira bergelar Abu Kabsyah dari Qabilah yang sama.

Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Sa'ad adalah Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti al-Harith (iaitu al-Syaima', gelarannya lebih di kenali, beliaulah yang mengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Baginda juga).

Bapa saudara Rasulullah Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernah menyusu di Bani Sa'd bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudara sepenyusuan dengan Rasulullah dari dua orang ibu; Thuwaibah dan Halimah al-Sa'diah, kerana ibu susuan Hamzah di suatu hari telah memberi susuannya kepada Rasulullah. Semasa Baginda bersama Halimah, beliau telah menyaksikan banyak keberkatan-keberkatan Rasulullah.
Ibn Ishaq telah menyebut: Halimah telah berkata yang ianya telah keluar dari kampung bersama suaminya dan disertai oleh anak kecil yang masih menyusu, beliau keluar bersama-sama wanita-wanita Bani Sa'd, dalam rangka mencari anak-anak susuan dengan katanya: Ini berlaku di tahun kedua di mana kami tidak memiliki apa-apa pun katanya lagi: Aku telah keluar dengan menunggangi kaldai betina "Qamra" panggilannya, bersama kami unta-unta, demi Allah unta kami itu tidak mengeluar susu setitik pun. Malah pada masanya kami tidak dapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang malam lantaran kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kami tidak dapat memberi makanan, namun demikian kami masih tetap mengharapkan hujan, daku keluar dengan kaldai betinaku itu, hingga pecah-pecah dan berdarah kaki kerana muatan berat, seluruh yang bermusafir itu terasa berat, lemah dan kekurusan, akhirnya sampai juga kami di Kota Makkah mencari anak-anak susuan, setiap dari kami telah diajukan Rasulullah untuk penyusuannya maka setiap orang pula menolaknya iaitu apabila diceritakan tentang keyatimannya, kerana setiap kami sebagai ibu susu mengharapkan budi baik dari si bapa, setiap kami menyebut-menyebut yatim!!

Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiap kami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang bersama denganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali ku seorang sahaja bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepada suamiku: Demi Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-sama dengan teman-temanku yang lain tanpa membawa bersamaku seorang bayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si yatim tadi.

Jawab suamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allah jua akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergi ambil si yatim itu, yang mendesak ku mengambilnya, kerana tidak ada yang lain untuk ku ambil, katanya, setelah ku dukung ke tunggangan ku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuh susu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas, saudaranya pun menyusu juga hingga puas dan tertidur, sebelum ini kami tidak pernah tidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta kami, dan didapati uncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya lalu diminumnya dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puas dan kenyang, malam itu kami dapat tidur dengan nyenyak, Halimah berkata: Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi harl: Demi Allah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatan mula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allah sesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi:
Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah Makkah, aku menunggangi kaldai betina ku itu, di atasnya juga ku membawa Rasulullah, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanan kiranya tidak dapat disaingi oleh kaldai-kaldai mereka yang lain, hinggakan teman-teman ku yang lain, tertanya-tanya dan berkata: Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? perlahanlah sedikit, tidakkah tunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada mereka: Bahkan demi Allah yang itu itulah: jawab mereka: Demi Allah, ianya ada keistimewaan, kata Halimah:

Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami iaitu persada Bani Sa'd, ku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontang dari bumi Bani Sa'd, namun setelah kami pulang dari mengambil bayi susuan kami itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perut kekenyangan, uncang-susu dipenuh susu, kami memerahnya dan meminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak menghasilkan setitik susu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka dengan berkata: Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yang selalu puteri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambing mereka tetap kelaparan tidak mengeluar walau setitik susu pun, sedangkan ternakan kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu.


Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan kurnia dari Allah hingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun tinggal susu, Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, sebelum sampai usia dua tahun Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah: Setelah beberapa masa kami bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya, walau macam mana pun kami tetap prihatin agar Baginda terus tinggal bersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya, untuk itu kami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata kepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamaku hingga meningkat tampan, pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masih lagi kami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulang bersama kami.

Demikianlah halnya Rasulullah kembali tinggal kepangkuan Bani Sa'ad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, di mana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullah telah didatangi Jibril (a.s), di ketika Baginda sedang bermain-main dengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannya lalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpal darah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitan bersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talam emas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannya dan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakala anak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan, dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila mereka menemuinya semula didapati Baginda kepucatan.

KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG
Halimah al-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama "al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.

KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHAN
Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain.
Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain. Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.

Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.

KE PANGKUAN BAPA SAUDARA YANG MENGASIHANI

Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.

...bersambung

Sumber TKO - 12-11-2017



























































































































Beri kerakyatan pada Dr Zakir, jangan tunduk pada DAP

BERITA berkenaan perkembangan melibatkan tokoh dakwah antarabangsa Dr Zakir Naik terus membimbangkan kita. 
Pencapaian dan sumbangan tokoh kelahiran India ini telah kita akui dan iktiraf dipelbagai peringkat sehingga negara menganugerahkannya Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013. 
Berita kita dengar kononnya India mahu mengeluarkan perintah ekstradiksi meminta Malaysia menghantar pulang Dr Zakir kononnya atas tuduhan terlibat dalam kegiatan pengganas. 
Kerajaan Malaysia wajar mempunyai sikap tegas demi maruah Islam memberi perlindungan dan mempertahankan tokoh kesayangan ummah ini. 
Takkanlah kerana tekanan dua tiga tokoh politik tempatan seperti Dr Ramasamy dari DAP yang jelas memusuhi gerakan dakwah Islam kita perlu tunduk dan memulangkan Dr Zakir ke India. 
Khabarnya India telah pun membatalkan paspot antarabangsa beliau lantas wajarlah Malaysia menimbang memberikan kerakyatan penuh kepada Dr Zakir agar negara ini dan dunia terus dapat memanfaatkan kepakarannya demi Islam dan ummah.
Mohon kerajaan Malaysia menimbangkan. Jangan tunduk pada musuh Islam. – HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD- 12-11-2017 


Musuh Islam Yang Paling Utama
Posted on Sunday, November 12 @ 00:53:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36644

"ADAKAH ZIONIS DAN KONCO2NYA???



Dr Zakir Naik, pimpinan Peace TV, mungkin adalah salah satu penceramah televisyen yang paling popular. Dia menarik salah satu kerumunan terbesar di kawasan dan di Dubai. Penonton Dr Naik sering menyaksikan contoh langsung orang-orang yang memeluk Islam. Terlepas dari popularitinya, dia juga dikritik untuk sikapnya yang tidak seperti seorang cendekiawan dan untuk komen-komen beliau mengenai keganasan dan agama Kristian.


Hampir 25% daripada pendengar dalam ceramah-ceramah Dr Naik adalah non-Muslim. Bagaimana dia berinteraksi dengan mereka menurutnya itu bergantung pada bagaimana media merakam Islam, iaitu bagaimana negara-negara non-Muslim memandang Islam. "Apabila saya bercakap dengan non-Muslim, saya membuat mereka merasa selesa untuk boleh mengkritik dan menyerang Islam, kemudian saya tanyakan pada mereka dulu, 'fikir apa yang salah dengan Islam?'"

Kemudian mereka akan memberikan tiga hingga empat soalan. Dan menurut pengalaman Dr Naik dalam berdakwah selama 15 tahun, para non-Muslim itu rata-rata memberikan 20 pertanyaan yang paling umum.

Soalan nombor satu adalah mengenai jihad, konsep yang paling disalah faham. Kedua adalah mengenai kaum Muslim sebagai fundamentalis, ektrimis, dan bahawa Islam disebarkan dengan pedang.

Dr Naik rutin menyebut agama Kristian dalam ceramahnya. Bagi Dr Naik, ancaman terbesar bagi Islam adalah media, yang boleh menukar hitam menjadi putih, orang jahat menjadi pahlawan. Namun, jika dibandingkan antara Kristian dan sekularisme, ancaman terbesar justru berasal dari sekularisme. "Tetapi orang Kristian beza dari agama Kristian. Kebanyakan orang Kristian tidak mempraktikkan ajaran agamanya, dengan begitu sekularisme menjadi ancaman yang lebih besar."

Kaum sekularis, menurut Dr Naik, berusaha meyakinkan kaum Muslim bahawa kehidupan berdasarkan sunnah Rasul mungkin tidak akan sesuai untuk masa sekarang, bahawa cara hidup yang Islami, seperti tudung, tidak tepat.

"Sekulerisme tengah merebak, tapi begitu juga dengan Islam."
Menurut Dr Naik, di banyak bahagian dunia, ketika tidak ada ancaman luaran maka akan ada ancaman dalaman. Sudah menjadi kodrat alam bahawa manusia akan melupakan perbezaan mereka ketika dihadapkan pada musuh besar bersama. Kerana itu perlu diadakan perdamaian antar aliran dengan merujuk pada sumber-sumber yang sahih, iaitu Al-Quran dan Hadis.

Konflik sektarian sangat ketara. Setiap pihak mempunyai kumpulan sendiri dan masing-masing ingin kelompoknya bertambah besar. Konflik itu adalah tentang kuasa dan populariti.

Dr Naik mengatakan bahawa kadang-kadang ancaman luaran diperlukan bagi kaum Muslim untuk bersatu di bawah satu sepanduk, jika mereka bersatu maka ancaman eksternalnya tidak akan berpengaruh. Alasan mengapa ancaman luaran menjadi ketara adalah kerana kaum Muslim tidak bersatu.

Ceramah Dr Naik lebih mengutamakan seni debat dan meyakinkan daripada subjek perbincangan. Dia beralasan itu kerana Allah meminta hamba-Nya untuk berdebat dan berbincang dengan orang-orang.

Dr Naik pernah bercakap di hadapan satu juta orang di Kerala, India. Jumlah hadirin terbesar yang pernah dia hadapi. Di Mumbai, ceramahnya selalu didatangi oleh 200-300,000 orang. Dan di luar India boleh mencapai 10-50,000.
"Bulan Ramadhan kemarin, hadirin saya di Emiriah Arab mencapai 30,000 orang. Itu adalah kumpul-kumpul terbesar di UAE. Belum pernah ada acara yang berjaya mendatangkan bahkan separuh daripada jumlah itu," ujar Dr Naik.
Dr Naik sering dikritik tidak memenuhi kriteria sebagai seorang cendekiawan Islam. "Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya adalah cendekiawan. Orang-orang yang mengatakan itu. Sedangkan untuk kriteria, yang kita perlukan hanyalah menjadi seorang Muslim. Tuhan memerintahkan kita untuk berdakwah walaupun hanya satu kata. Masalahnya adalah saya belum pernah menempuh pendidikan agama. Saya adalah lulusan perubatan perubatan. Tapi kami mempunyai 25 orang di dalam organisasi kami yang lulus dari institusi-institusi Islam yang berprestij.


Sumber TKO - 12-11-2017

Al-Raheeq al-Makhtum (2)
Posted on Saturday, November 11 @ 07:26:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36620



RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan Semenanjung 'Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa 'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.


Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa 'Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamaddun mereka.

Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah 'Arab sebelum Islam: Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India.
Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.

Empayar Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dari garis-garis yang bersifat kemanusiaan. Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahras-tani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluan demikian.

Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. la bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.

Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dari negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India di permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemeroosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.

Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata-mata.
Tamaddun ini tidak mengambil contoh-contoh ma'nawi dan akhlak yang sempuma sebagai landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dari satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati, maka tamaddun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik kecelakaan dan huru-hara.

Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arah kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.

Semenanjung 'Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pemah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitamya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.


Tabi'at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu "bahan yang mentah" yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan rnereka seorang manusia semulajadi yang bersih rnempunyai kemahuan yang kuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji yang rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya.
Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri dengan tujuan mempertahankan kehormatan.

Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Qur'an:
Yang bermaksud;

لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَبۡتَغُواْ فَضۡلٗا مِّن رَّبِّكُمۡۚ فَإِذَآ أَفَضۡتُم مِّنۡ عَرَفَٰتٖ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ عِندَ ٱلۡمَشۡعَرِ ٱلۡحَرَامِۖ وَٱذۡكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمۡ وَإِن كُنتُم مِّن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ ١٩٨

198. Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat. (Al-Baqarah Ayat 198)

Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atas mereka.

Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.
Di samping semuanya ini, Semenanjung 'Arab di segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa-bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.

Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa 'Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba mendapatkan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya."

Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa 'Arab dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung 'Arab itu dan bangsa 'Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan-jalan ke arah penyebaran obor seruan da'wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-se-tengah golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini ta'sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamaddun.
Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi, kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.

Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da'wah Islamiyyah di mana-mana bahagian di Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya da'wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung 'Arab. Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata'alah Pencipta 'alam semesta. Namun hikmah Allah memilih Semenanjung 'Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yang buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.

Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat Rasulullah diutuskan di mana di dalamnya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum pernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.

Di antara hikmat Ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungi sejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan buruk terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yang bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi. Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu dari siri tamaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas dengan perundangan yang lengkap. Hikmah-hikmah Ilahi ini telahpun diterangkan dengan tegas danjelasnya dalam Al-Qur'an:

هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٢ 

Yang bermaksud:

"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka (untuk) menyampaikan kepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka daripada syirik dan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalam kesesatan yang amat sangat. " (Al-Jumu'ah 62 : 2)

Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitu juga bangsa yang akan timbul Rasul di ka-langannya juga satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syari'at Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang beranika corak.



Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata'ala telah menjadikan Baitui Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama.

Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya' iaitu Sayyidina Ibrahim 'Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu| agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir .

2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung 'Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab da'wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah-tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran da'wah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini temyati sekali bila kita mengkaji semula perjalanan da'wah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa al-Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.

3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa 'Arab itu sebagai media da'wah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakapan atau kalam Allah 'Azza wa jalla untuk disampaikan kepada kita.

Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu perbandingan dengan bahasa 'Arab maka dengan jelas kita dapati yang bahasa 'Arab mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada.

Sumber TKO - 11-11-2017 


Grade Tiang Agama
Posted on Saturday, November 11 @ 07:03:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36619

"Solat itu mencegah tuan punya badan dari melakukan kemungkaran, akan tetapi mengapakah kemungkaran itu masih tetap berlaku???


Peringkat-peringkat sembahyang atau grade dalam solat, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. 


Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. 

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Ta'ala. 

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik. 

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini. 

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin. 

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini. 

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. 

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah ) 

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. 

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh menrungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. 

"Solat itu ibu pada segala ibadah." 

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com

Sumber TKO - 11-11-2017

Zakir Naik lantik peguamcara teliti proses ekstradisi kerajaan India
Posted on Saturday, November 11 @ 06:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36614


Penceramah agama Zakir Naik yang disiasat kerajaan India atas dakwaan jenayah melantik sebuah firma guaman bagi meneliti proses ekstradisi yang akan dijalankan terhadapnya.

Datuk Shaharudin Ali mewakili Azam Aziz Shaharudinali & Co dalam satu kenyataan hari ini merujuk perkara itu susulan pelbagai laporan berita berkenaan penceramah kontroversi itu.

“Saya merujuk kepada pelbagai laporan berita berkenaan proses ekstradisi yang akan dilakukan kerajaan India bagi memastikan kehadiran Dr Zakir Naik untuk menjawab tuduhan dakwaan jenayah terhadapnya di India.

“Dr Zakir Naik telah mengarahkan firma saya Azam Aziz Shaharudinali & Co meniliti perkara ini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaharudin, pihaknya juga telah memaklumkan ketua polis negara dan Jabatan Peguam Negara agar sebarang dokumen ekstradisi dan/atau waran tangkap antarabangsa yang merujuk kepada Zakir perlu juga diserahkan kepada mereka selaku peguambela.

Zakir meninggalkan India pada 2016 selepas didakwa terbabit dengan kegiatan serangan pengganas di Dhaka selain pengubahan wang haram.

Kerajaan India sebelum telah membatalkan pasport Zakir setelah beiau berulang kali mengabaikan permintaan untuk hadir ke Badan Penyiasatan Kebangsaan India (NIA).

Zakir dikatakan turut diharamkan oleh negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom, tetapi dialu-alukan oleh banyak negara Islam termasuk Malaysia yang memberikannya taraf penduduk tetap.

Meskipun mengakui bahawa Zakir berada dalam pemerhatian pihak berkuasa tempatan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata Zakir tidak mempromosi keganasan.

Menurut Zahid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mendapati sebarang unsur menggalakkan keganasan dalam ucapan Zakir dan dakwaan pembabitan Zakir adalah persepsi kerajaan India.

Sumber TKO - 10-11-2017


Al-Raheeq al-Makhtum (1)
Posted on Thursday, November 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36561


PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.


Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya.




Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

"Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu". (Al-Ahzab 33 :21)

Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur'an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur'an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam' dalam Islam atau tatasusilanya.

Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

2. Membolehkan para pendidik penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu 'alaihi Wasallam) berda'wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasalam menghidangkan kepada kita sejarnbak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru uniat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri, seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (Radiyallahu 'anhum ajma'in). Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:

Pertama: Kitabullah (AI-Qur'an)

Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam al-Qur'an melalui salah satu aliran berikut:

Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab .Juga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.

Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar.

Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubung kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pendedahan Al-Qur'an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur'an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya' yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.

Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith-hadith).

Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksud-kan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta' oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.

Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat-nya kerana beberapa sebab:

a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari'at Islam maka hadith-hadith yang menceritakan tentang penghidupan RasuluL-lah berselerak dan berkecamuk dalam maudu'-maudu' fiqah.

b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.

Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Perihal riwayat hidup Muhamrnad RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dari mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-peristiwa dalam sejarahnya itu.

Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin 'Othman (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarbabil bin Sa'd (wafat. 123H) dan Ibnu "Syibab Al Zuhri (wafat,124H).

Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yang tercerai, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabari manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dari tulisan Wahb bin Manbah (110H).

Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa'ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.

Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah Sallalahu 'alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan. Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:

"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah daripada Kitab "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah Ibnu Hisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut- sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dala'il Al Nu-buwwah" dan "Tanda-tanda Kenabian". Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya "Zad Al Ma'ad".



Sumber TKO - 9-11-2017


































































































































Isu Zakir Naik: Semuanya ikut prosedur rasmi

PENDAKWAH Antarabangsa Dr Zakir Naik telah mendapat kad pengenalan tetap atau permit masuk negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya yang juga Menteri Dalam Negeri, pemberian tersebut dilakukan secara teratur dengan mengikut prosedur setelah subjek memiliki permit masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.
"Ertinya Jabatan Imigresen memberikan permit masuk dan Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kad pengenalan permastautin tetap," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini
Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa memantau aktiviti  Zakir di mana sekalipun beliau berada.
Katanya, kerajaan akan mengambil tindakan sekiranya beliau didapati terlibat dengan aktiviti keganasan atau perkara yang menyalahi undang-undang.
"Setakat ini beliau tidak terlibat dalan kedua-dua ketegori itu," jelasnya. – HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-1-20117 

Amalkan Baca Al-Mathurat Pagi & Petang, Ganjarannya Tak Disangka
Posted on Monday, November 06 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36497


Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai suami isteri menjadi kewajipan suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama, selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sebagai senjata untuk miliki rumah tangga bahagia.


Suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah elok menjadikan wirid dan doa Al-Mathurat ini sebagai amalan di waktu pagi dan petang. Bahkan banyak ganjaran untuk rumah tangga yang anda berdua boleh peroleh dengan mengamalkan Al-Mathurat. Pasti selepas anda sudah mengetahui ganjarannya, anda akan rasa sayang untuk meninggalkannya walaupun satu doa.

Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Diredhai Allah SWT.
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.

Amalan Suami Isteri

Jika anda berada di sebelah suami yang sedang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali sehingga habis sebagaimana yang terkandung dalam buku Al Mathurat.

Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti terutamanya ketika membaca sebelah pagi atau petang. Ada beberapa bahagian ayat perlu diubah mengikut masa membacanya. (boleh rujuk buku Al Mathurat)

Sebaiknya, bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana ingin cepat, kita mengelak daripada membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini sahaja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.

Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, selain mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.

Agar hidup yang baharu dibina diberkati dan dilindungi, cuba ikhtiar dengan pendekatan Islam. Nescaya kehidupan sebagai suami dan isteri akan mendapat rahmat juga keberkatan daripada Allah SWT.


Doa Akhir 

“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du‘at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

* Ketika membaca doa ini, niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa menyebut namanya.

Pengertian Al-Mathurat

1. Al-Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih. Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperoleh daripada amalan doa dan wirid ini.

2. Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

3. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

4. Bagi seorang Muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Di kala pagi dan petang, dia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal daripada Nabi SAW).

5. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Mathurat, anda akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al-Mathurat. Begitulah kekuatan doa dan wirid dalam Al-Mathurat yang dianggap senjata orang mukmin.



Sumber TKO - 6-11-2017



Mati itu pasti, bersediakah kita?
Posted on Monday, November 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36482



APAKAH matlamat hidup anda di dunia? Selepas anda mati, apakah nasib perjalanan hidup anda di alam seterusnya? Bagaimana caranya untuk anda berjaya di dunia dan di alam akhirat?

Tanya tiga soalan ini kepada diri anda berkali-kali setiap hari. Ingat, kehidupan di dunia hanya sementara. Destinasi sebenar anda ialah negeri akhirat yang kekal abadi. Persoalannya, bagaimana untuk memastikan minda dan tindakan anda sentiasa ingat mati dan termotivasi untuk berusaha bersedia menghadapinya?


1. Kenang kenalan yang telah meninggal dunia. Cuba anda ingat kembali cara hidup mereka, umur ketika mereka meninggal dunia, faktor kematian dan nasib anak isteri/suami serta ahli keluarga yang ditinggalkan. Ziarahi, berinteraksi dan santuni ahli keluarga dan sanak saudara yang telah ditinggalkan. Dengan cara ini, anda akan dapat menghayati erti sebuah pemergian dan melakukan refleksi terhadap diri sendiri. Contohnya soalan-soalan yang akan bertandang ke dalam pemikiran anda:

a. "Sudah bersediakah aku untuk menghadapi mati pada bila-bila masa dari sekarang?"
b. "Apakah persediaan amal peribadi dan amal ahli keluarga yang perlu aku bina dari sekarang sebelum meninggalkan mereka semua?"

c. "Apakah nilai dan kenangan yang aku mahu tinggalkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan setelah aku pergi nanti?"

2. Melawat jenazah. Ini termasuk dalam salah satu hak seorang Muslim terhadap Muslim lain seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam. Jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, jika ia mengundangmu maka penuhilah undangannya, jika ia meminta nasihat kepadamu maka berilah ia nasihat, jika ia bersin dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' maka doakanlah ia dengan ‘Yarhamukallah', jika ia sakit maka jenguklah dan jika ia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya."
(Hadith riwayat Muslim)

Melihat sendiri proses memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, mengiringi jenazah ke pusara dan mengkebumikannya sudah tentulah memberikan pengalaman yang amat berimpak tinggi terhadap hakikat kematian dan nilai kehidupan di dunia yang fana ini. Ia merupakan tazkirah yang hidup kerana menggunakan setiap panca indera manusia seperti mata (melihat jenazah dan suasana pengurusan jenazah), telinga (mendengar tangisan ahli keluarga dan talkin yang dibacakan imam), lidah (mengucapkan doa, ucapan takziah dan zikir sepanjang proses pengurusan jenazah) dan hidung (bau kapur barus dan aroma tanah kubur).

3. Menziarahi kubur. Bagi memastikan momentum dan keinsafan mengenai kematian kekal, anda perlu kerap menziarahi kubur. Kerana bukan setiap masa ada rakan atau saudara terdekat anda yang meninggal dunia, tapi akan sentiasa ada tanah perkuburan yang berdekatan untuk anda singgahi bagi mendapatkan tazkirah kematian yang sebenar secara berkala dan konsisten. Inilah amalan yang juga sering dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sepanjang hayat Baginda. Selain berfikir dan memuhasabah diri, kita juga digalakkan untuk membacakan doa yang bermaksud:

"Semoga keselamatan tercurah kepada kalian, wahai penghuni kubur, daripada (golongan) orang beriman dan orang Islam. Semoga Allah s.w.t merahmati orang yang mendahului kami dan orang yang datang kemudian. Kami insya-Allah akan menyusul kalian, saya meminta keselamatan untuk kami dan kalian."

4. Sering bersendirian. Beruzlah dalam keadaan sunyi dan gelap terutama pada dua pertiga malam adalah cara paling efektif untuk merasai sendiri suasana dalam kubur. Bilakah peluang terbaik untuk anda mendapatkan peluang ini? Ya, tidak lain dan tidak bukan ketika anda bangun di tengah malam untuk bertahajud.

Qiamullail selain mampu membina kekuatan jiwa yang luar biasa juga mampu mengingatkan anda terhadap keadaan sebenar di dalam kubur. Memintalah dan menangislah semahu-mahunya di atas tikar sejadah ketika nyawa masih di kandung badan, kerana di dalam kubur nanti tiada siapa yang dapat membantu kecuali amalan.

5. Menghafal dan menghayati ayat Al-Quran berkaitan kematian. Terlalu banyak ayat Al-Quran yang menyentuh perihal kematian, alam kubur, hari kiamat, padang mahsyar, titian sirat, syurga dan neraka. Cuma persoalannya adakah anda melazimi pembacaan Al-Quran dan cuba memahami serta menghayati makna setiap ayat yang dibaca? Terlebih baik jika anda dapat menghafal beberapa potong keratan ayat Al-Quran yang berkenaan untuk dijadikan peringatan diri. Baca dan hayati ia, ketika mula terdetik di hati untuk melakukan maksiat. Sampaikan dan sebarkan ia, moga mampu mengubah dan mempengaruhi hati-hati dari jalan syaitan yang sesat.

6. Melazimi doa-doa berkaitan mati. Doa itu senjata bagi orang Mukmin. Ungkapkannya selepas solat fardu, solat sunat, ketika melakukan iktikaf di masjid, sebelum berbuka puasa, ketika sedang berqiamullail bahkan pada setiap masa yang tersisa. Sebaik-baik doa ialah yang diambil daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Contohnya:

"Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa neraka." (Hadith riwayat Bukhari dan Ahmad)

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Masih Dajjal." (Muttafaq ‘alaih)
"Ya Allah, Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan rahmati aku. Sesungguhnya Engkau Zat Maha Pengampun lagi Penyayang." (Muttafaq ‘Alaih)

7. Muhasabah Diri. Walaupun diletakkan pada susunan terakhir, bukanlah bermakna muhasabah diri kurang impaknya bagi anda untuk mengingati mati, bahkan metod ini boleh jadi antara yang paling berkesan kerana ia mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Biasanya ia dilakukan sebelum tidur dengan menyoal diri sendiri mengenai makna dan matlamat hidup, dosa-dosa yang telah dilakukan, perancangan masa depan dan lain-lain. Saya dapati antara cara yang paling berkesan ialah dengan membayangkan setiap hari yang kita lalui merupakan hari terakhir kita hidup di atas muka bumi ini. Sanggupkah kita terus bermaksiat serta melakukan pelbagai jenis kemungkaran lagi?

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang waktunya, tidak dapat mereka lewatkan walau sesaat, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."
(Al-A'raaf:34)

Persoalannya, bersediakah kita?

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Sumber TKO - 6-11-2017



Daurah Kitab: Dunia Bukan Syurga Siri 4
Posted on Sunday, November 05 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36445

Video - https://youtu.be/fVreL6w6xlc

[Siri #4] Daurah Kitab: Dunia Bukan Syurga | Dato Dr Abd Basit Abd Rahman

📌 Surau Darussalam, Paka 📆 4 November 2017 ( Sabtu ) ⌚ 7.30 Petang

Kredit
Dakwah Unlimited


Sumber TKO - 5-11-2017


Kelebihan Masjid Quba’
Posted on Saturday, November 04 @ 11:50:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36418


 Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu. Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya.


Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah al-Taubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah menyebut adanya orang yang suka membersihkan diri mereka yang bersolat disitu. Bersih disini bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk dalam golongan itu semasa kita bertandang ke Masjid Quba’.

لا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)

Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.

Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

Dan Rasulullah SAW suka mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu dan Rasulullah SAW bersolat Dhuha dalamnya. Jadi selain kita Solat Tahiyatul Masjid kita juga digalakkan melakukan sekali Solat Dhuha semasa dibawa oleh pihak travel.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا. وَكَانَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَفْعَلُهُ.

Ertinya: Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan.
Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu.
[HR Bukhari]

Sumber TKO - 4-11-2017


Hadis: Allah tidak melihat rupa dan harta kalian
Posted on Saturday, November 04 @ 06:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36410




 Teks Hadis:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ)). رواه مسلم

Artinya: Dari Abu Hurairah  ia berkata, Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbutan kalian.” (HR. Muslim)

Kosakata:

يَنْظُرmelihat:
صُوَرِكُمْ Rupa-rupa kalian:
قُلُوبِكُمْHati-hati kalian:
أَمْوَالِكُمْ Harta-harta kalian:

 Syarah Ringkas:

Dalam hadits ini Rasulullah  ingin memberikan standar penilaian kemuliaan seorang hamba di sisi Allah , sekaligus meluruskan pandangan sebagian manusia yang salah dalam penilaian tersebut. Kemuliaan seseorang di pandangan Allah  bukan hanya dilihat dari sisi lahirnya saja seperti rupa yang cantik atau tampan, harta yang belimpah, keturunan yang baik dan seterusnya, akan tetapi Allah  hanya melihat amal hati seperti keikhlasan, rasa khauf, ketundukan dan juga amal anggota badan seperti shalat, puasa, dan lain-lain.

Berapa banyak dari manusia yang memiliki banyak harta, mempunyai kecantikan dan ketampanan rupa dan menduduki jabatan yang tinggi, akan tetapi hatinya kosong dari ketakwaan dan keikhlasan serta tidak memiliki amal sholeh. Dan sebaliknya, berapa banyak dari manusia yang miskin papa, hidup seadanya, rupa tidak bisa diandalkan, tapi ia di sisi Allah mempunyai nilai dan posisi yang tinggi lagi mulia. Allah  berfirman “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.” (QS. Al-Hujarat: 13)

Oleh karena itu, kekayaan, rupa yang menarik dan kedudukan yang tinggi tidak akan bermanfaat sedikitpun bagi seseorang di akhirat nanti, jika ia tidak melaksanakan ketaatan kepada Allah  dan meninggalkan kemaksiatan kepada-Nya. Dan diantara amalan hati yang paling agung adalah keikhlasan kepada Allah  dalam beramal.

Faidah dan Hukum:

  1. Rupa dan harta bukan standar kemuliaan seorang hamba di sisi Allah  .
  2. Pentingnya amalan hati dalam pandangan Allah  seperti ikhlas, rasa takut, tawakkal dan anggota badan.
  3. Banyak dari manusia yang kaya dan cantik rupa, tapi ia di sisi Allah orang yang hina dan banyak dari manusia yang miskin papa, tapi ia di sisi Allah orang mulia.

Sumber TKO - 4-11-20117



30 Fadhilah Shalawat Yang Luar Biasa
Posted on Saturday, November 04 @ 06:44:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36409


 30 Fadhilah Shalawat Yang Luar Biasa - Shalawat, bagi seorang muslim tentu tidak asing lagi. Sebab jika rutin mengerjakan sholat, maka setiap hari dia sudah tentu membaca shalawat. Shalawat meski terdengar sangat mudah, namun ternyata tidak banyak yang mengucapkan atau bahkan menjadikannya amalan sehari-hari. Padahal Allah sendiri bershalawat atas Nabi.

Mungkin anda perlu tahu 30 fadhilah shalawat di bawah ini agar anda lebih bersemangat untuk bershalawat.
1 ) Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang bershalawat keatasku sekali , niscaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali lipat - ( HR Muslim . )

2 ) Allah akan hapus dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan shalat fardhu .

3 ) Jodoh ditentukan oleh Allah . Amalkan selawat 100 kali sehari , insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh apakah pria @ wanita .

4 ) Setiap penyakit ada penawarnya . Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum . Insya Allah , perut yang sakit atau memulas akan sembuh .

5 ) Siapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap setelah sholat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan pikiran dalam menghadapi masalah apapun .

6 ) Amalkan membaca shalawat sebanyak 1000 kali sehari , insya Allah akan dikaruniai kebijaksanaan pemikiran . Selain itu berusahalah untuk menjelajahi berbagai ilmu .

7 ) Siapapun yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari , dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain .

8 ) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan , barangsiapa yang bershalawat walau sekali pada malam Jumat , saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi .

9 ) Siapa yang bershalawat 41 kali sehari , Insya Allah akan terhindar dari sifat tercela seperti hasad dengki , dan sebagainya dalm dirinya .

10 ) Siapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumat , Insya Allah akan beroleh kebahagiaan baik di dunia maupun di akhirat .

11 ) Amalkan shalawat 11 kali tiap kali selesai shalat fardu karena Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain .

12 ) Bershalawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan , di samping memperoleh ketenangan pikiran .
 13 ) Siapa yang bershalawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkahan dalam apapun dengan syarat ia berusaha mencari keridhoan .

14 ) Praktek bershalawat sebanyak mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah , lebih - lebih lagi pada saat kita menghadapi kesulitan hidup .

15 ) Menurut Syibab Ahmad , siapa bershalawat 3 kali setiap selesai shalat Subuh , Maghrib & Isyak , Allah akan menghindarkannya dari bencana .

16 ) Siapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari , Allah akan memeliharanya dari setiap ancaman musuh dan bahaya fitnah .

17 ) Praktek bershalawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa , dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapatkan ampunan dari-Nya.

18 ) Menurut As - Shawi , siapa yang membaca selawat secara rutin , akan terpelihara hatinya dari gangguan serta tipu daya setan yang melalaikan .

19 ) Membaca shalawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keridhaan serta dijauhkan diri dari mendapat kemurkaan Allah .

20 ) Siapa yang membaca shalawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumat berturut2 , ia bakal mendapat syafaat ( pertolongan ) dari beliau .

21 ) Menurut Al - Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari .

22 ) Ada riwayat yang menyatakan bahwa praktek berselawat 80 kali tiap setelah shalat Ashar pada hari Jumat , InsyaAllah akan dihapus dosa2 kecil seseorang .

23 ) Siapa yang sering berlatih bershalawat pada setiap hari , Allah akan membukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka - sangka baginya .

24 ) Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir , termasuk berselawat sesering mungkin karena Allah itu Maha Penyayang .

25 ) Ulama berpendapat , siapa yang mengamalkan selawat saban hari tak peduli berapa hitungannya , insya Allah dihindarkan dari taun dan wabah penyakit berbahaya yang lain .

26 ) Membaca shalawat 1000 kali setelah sholat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan kecemasan , rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya .

27 ) Menurut para ulama , siapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik , maka bershalawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai shalat Maghrib .

28 ) Para Ulama berpendapat , Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan selalu bershalawat 40 hingga 100 kali setiap hari , diikuti dengan usaha yang berkelanjutan .

29 ) Sabda Nabi SAW : Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumat , maka ia akan datang pada hari kiamat dengan kondisi bercahaya - HR Abu Naim .



30 ) Sabda Nabii SAW : Barangsiapa bershalawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu sore tiap hari , ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sumber TKO - 4-11-2017



Larangan ceramah, ‘ustaz Bollywood’ mohon mengadap
Posted on Thursday, November 02 @ 21:17:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36372



KUALA LUMPUR,  2 Nov ― Penceramah bebas Haslin Baharin mohon mengadap sultan Johor berikutan larangan terhadapnya.


'Ustaz Bollyowod' itu sedia memberi penjelasan selain berminat mengetahui kandungan ceramahnya yang dipertikai, lapor Harian Metro.

Terkejut dakwaan "membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum", beliau sedia bertemu pihak Istana dalam masa terdekat.

"[...] Saya yakin dengan sifat keterbukaan dan berjiwa rakyat Tuanku, saya dibenarkan datang mengahadap untuk bersemuka," katanya.

Beliau, turut dilarang di Singapura, juga bercadang bertemu Majlis Agama Islam Johor dan exco agama Abdul Mutalip Abd Rahim.

Beliau juga tidak tahu ceramah yang mana dikatakan menjadi isu perpecahan kaum di Singapura dan Johor.

"Mungkin ada perkara yang saya sebut dalam ceramah itu salah, saya sedia berjumpa pihak berkaitan atau menghadap Tuanku untuk minta ampun," katanya.

Haslin juga menunggu perbincangan dengan kerajaan Singapura tetapi belum ada maklum balas.


Sumber TKO - 2-11-2017

Kenikmatan penghuni neraka masuk ke syurga
Posted on Thursday, November 02 @ 18:07:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36362

"Selepas diazab adakah orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka?


Jawapannya tidak dan sesiapa yang mempunyai di dalam hatinya sebesar biji sawi keimanannya maka dia tidak akan kekal di dalam neraka, malah dia akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya telah kita pelajari dan semuanya menunjukkan bahawa orang yang membuat dosa besar jika tidak bertaubat, kemudian Allah menghendaki dia diazab di dalam neraka, maka azabnya adalah untuk beberapa ketika.


Kemudian apabila telah dibersihkan maka dia akan dikeluarkan dan dikembalikan semula ke dalam syurga. Ini kerana adanya keimanan di dalam hatinya yang tidak boleh mengekalkannya di dalam neraka seperti satu hadith yang berkenaan dengan orang terakhir yang akan keluar daripada neraka ataupun dikeluarkan daripada neraka. Apabila dikeluarkan dia sudah hangus dan diletakkan disebelah sungai kehidupan kemudian dia akan hidup semula.

Abu Said Khudri bahawa Nabi saw. bersabda,

"Penghuni syurga akan masuk syurga dan penghuni neraka akan masuk neraka. Kemudian Allah Taala berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka siapa saja yang di dalam hatinya ada keimanan sekali pun seberat biji sawi.' Orang-orang itu lalu keluar dari neraka dan tubuhnya sudah hitam hangus. Mereka lalu dimasukkan ke dalam sungai kehidupan (memberikan semangat hidup kembali), lalu tumbuhlah orang-orang tersebut sebagai tumbuhnya benih di samping tanah yang terkena air bah (banjir). Tidakkah engkau mengetahui bahawa benih itu akan keluar kekuning-kuningan dan berseri-seri. "(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasai)

Orang yang terakhir keluar dari neraka dan masuk ke dalam syurga

Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda,

"Orang yang terakhir masuk syurga adalah seorang lelaki. Ia kadang-kadang berjalan dan kadang-kadang merangkak, bahkan kadang-kadang masih dijilat-jilat juga oleh api. Setelah ia dapat melalui tempat api itu, ia pun menoleh ke belakang dan berkata, 'Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan diriku daripadamu. Sungguh saya telah dikurniakan oleh Allah Taala suatu pemberian yang belum pernah diberikan oleh-Nya kepada seseorang pun baik dari golongan orang-orang dahulu (awalin) atau pun orang-orang belakangan (akhirin).

Kemudian ditampakkan padanya sebatang pokok, lalu ia berkata, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan dapat pula minum airnya. 'Allah berfirman,' Hai anak Adam (manusia)! Barangkali kalau sudah Kuberikan padamu permintaanmu itu, apakah kiranya engkau tidak meminta lagi yang lain? '

Orang itu menjawab, 'Ya Tuhanku! Aku tidak akan meminta yang lain lagi. '

Orang itu disuruh berjanji tidak akan meminta yang lain lagi dan setelah itu Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut tidak sabar lagi mendapatkan keinginannya. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum pula airnya. Selanjutnya ditampakkan sebatang pokok yang lain padanya dan yang lebih bagus dari yang pertama.

Orang itu berkata, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta yang lain pada-Mu. '

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji tidak akan meminta yang lainnya kepada-Ku? Barangkali kalau sudah Kuberikan permintaanmu ini, engkau akan meminta lagi yang lain pula? '

Orang itu berjanji sekali lagi untuk tidak meminta yang lain. Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut agaknya tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya itu. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum airnya. Setelah itu ditampakkan pula di muka orang tadi sebatang pokok yang terletak di dekat pintu gerbang syurga yang keadaannya lebih bagus dari kedua pohon yang sebelumnya.

Orang itu berkata pula, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku dari pohon ini, supaya aku bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta pada-Mu yang lain lagi. '

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji pada-Ku tidak akan meminta yang lain. '

Orang tadi menjawab, 'Benar, ya Tuhanku sekarang saya tidak meminta lagi yang lain.' Oleh Allah diterima permohonannya, sebab dilihatnya ia sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya. Orang itu didekatkan pada pohon tersebut. Demi ia sudah didekatkan pada pohon yang terletak di dekat pintu syurga itu, lalu terdengar olehnya suara riuh rendah dari penghuni syurga.

Kemudian ia pun berkata lagi, 'Ya Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam syurga.'

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Kurnia apakah yang kiranya dapat memuaskan hatimu, sehingga engkau tidak meminta-minta lagi? Apakah kiranya engkau puas, sekiranya engkau Kuberi kenikmatan sebesar kadar dunia dan sebuah lagi yang seperti itu? '

Orang itu berkata, 'Ya Tuhanku! Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam? '

Ibnu Masud (yang menceritakan hadis ini) lalu ketawa. Setelah itu ia berkata, 'Mengapa kamu semua (kawan-kawannya yang mendengarkan) tidak menanyakan kepadaku, apa sebab aku ketawa?' Orang-orang yang mendengar lalu bertanya, 'Mengapa engkau tertawa?' Ia menjawab, 'Begitulah Rasulullah saw. juga ketawa sewaktu menceritakan ini, lalu beliau ditanya, apakah sebab beliau tertawa. '

Beliau menjawab, 'Saya tertawa kerana Tuhan seru sekalian alam ketawa ketika orang yang meminta dimasukkan syurga itu berkata,' Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam. '

Seterusnya Allah lalu berfirman, 'Aku tidak memperolok-olokkan engkau, tetapi memang Aku ini Maha Kuasa atas segala yang Aku kehendaki.' "(Riwayat oleh Muslim)

Motivasi buat orang beriman

Zahir daripada hadith-hadith menunjukkan jika orang yang beriman ini yang masuk neraka dahulu maka dia tidaklah sesuci orang-orang yang mendahului ataupun yang terawal masuk syurga. Jika kita lihat daripada aspek itu untuk motivasi bagus kita melihat bahagian tersebut. Maksudnya untuk memotivasikan orang contohnya kita lihat ada orang bersemangat ataupun pertengahan seperti tidak cuai ataupun dia cuai tetapi masih ada harap untuk kita berikan semangat, jadi kita beritahu padanya bahawa usahalah sungguh-sungguh supaya kita boleh masuk syurga seawal mungkin dan bukannya selepas dibersihkan di dalam neraka .

Tetapi sekiranya kita berjumpa dengan orang yang hampir-hampir berputus asa. Dia mempunyai harapan sedikit dan hendak masuk ke syurga tetapi amalannya yang dia lihat terlalu banyak amalan jahatnya lalu dia hampir-hampir berputus asa dan dia datang kepada kita lalu menyatakan, 'ustaz saya hendak masuk syurga tetapi saya tidak layak kerana terlalu banyak dosa saya. Saya tidak sempat lagi untuk memperbaiki semula kesilapan saya. '

Jadi disini kita boleh gunakan hadith tadi iaitu hadith yang orang terakhir masuk syurga. Tetapi persoalan adakah dia boleh naik ke darjat yang lebih tinggi 'wallahualam'. Zahirnya jika masuk lewat itu akan duduk berjauhan dengan Nabi.

Sumber dari halaqah.net













































































































































Muslim hari ini perlu ‘Pembangunan Insan’ semula?

KEWUJUDAN bangsa insan (manusiawi) di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah Allah SWT dengan melakukan segenap titah perintah-Nya dan meninggalkan segenap larangan-Nya dengan membawa segenap manusia tanpa mengira latar belakang pendidikan dan kefahaman politiknya malah hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya.














































































































































Dalam erti kata lain, Allah SWT mahukan dari hamba-hambaNya agar wujud aspek pembinaan insan dengan segala bentuk kebaikan yang berlangsung di muka bumi ini yang juga menjadi matlamat turunnya agama Islam melalui para Anbiya’ bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Islam yang menjadi agama pegangan ummah hingga ke hari ini yang membawa ribuan maksud untuk mencapai keamanan dan keselamatan, berpaksikan kepada tiga persoalan besar yang dikemukakan Islam kepada kita, iaitu; dari mana kita datang, apakah matlamat Allah jadikan kita sebagai manusia dan di manakah kita akan dikembalikan?

Sumber HD - 1-11-2017











































































































































Renungi persoalan Munkar Nakir dalam alam barzakh (3)

MALAH bagi mukmin yang sejati, mukmin yang taat menjalankan setiap perintah Tuhan, mukmin yang ketika di dunia mengerjakan amal-amal soleh serta amal- amal yang akan dinilai Tuhan sebagai amal yang layak diberi ganjaran pahala, ketika kedua Munkar dan Nakir datang bertanyakan diri, mereka akan berkata-kata dengan suara yang lemah lembut walaupun rupanya begitu hebat dan gagah tadi.












































































































































Walau pun rupa mereka begitu mengerikan, tetapi kerana mereka bersuara dengan lemah lembut, sedikit pun tidak mendatangkan gentar dan khuatir kepada mayat mukmin yang soleh tadi. Bila kedua Munkar dan Nakir bertanya kepada mayat mukmin yang soleh tadi, setiap soalannya dapat dijawab. Semua persoalan yang di- kemukakan seperti yang kita dengar melalui pembacaan talqin seperti, “Siapa Tuhan kamu?” “Siapa penghulu kamu?” “Apa agama kamu?” “Siapa imam kamu?” dan sebagainya, semua itu dapat mereka jawab dengan lancar dan dengan lidah yang fasih. Inilah yang berlaku kepada orang mukmin yang sejati.

Sumber HD - 31-10-2017











































































































































Solat tetapi masih tidak mampu cegah perkara keji?

KADANG-kadang sesekali datang persoalan di benak kita, mengapa ramai orang yang melakukan solat, tetapi masih terlibat dalam maksiat dan sebagainya? 

Dan mungkin juga ada yang bertanya, kalau begitu tak perlu melakukan solat, kerana orang yang bersolat juga tidak baik tingkah lakunya, sama seperti wanita yang berhijab (bertudung kepala), kalau setakat solat, lepas solat masih tidak berakhlak mulia, lagi baik jangan solat? Inilah fenomena yang berlaku, bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang biasa, tetapi keluar dari mulut wanita-wanita berstatus tinggi dalam masyarakat.












































































































































Persoalannya di sini, adakah kerana pelaksanaannya tidak menepati peraturan beramal seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w ataupun melakukan solat tetapi pada masa yang sama jahil tentang hukum-hakam agama, kedua-dua kemungkinan itu memang boleh berlaku, apapun faktor kejahilan agama menjadi sandaran kepada keceluparan yang meniti atas bibir-bibir mereka.

Sumber HD- 31-10-2017



Zamihan terima PhD dari UKM
Posted on Monday, October 30 @ 14:13:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36303



PETALING JAYA: Penceramah kontroversi yang mengkritik Sultan Johor berhubung isu dobi “mesra Muslim”, Zamihan Mat Zin dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Jumaat lalu.

Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu memuat naik 4 gambar beliau dalam upacara konvokesyen ke Facebooknya, semalam.

“Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT…akhirnya selesai konvokesyen ijazah Phd, Akidah dan Pemikiran Islam, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM, Bangi.

“Walaupun ditohmah dan dibantah oleh segelintir golongan Wahhabiol dan terpaksa menunggu hampir 2 tahun setelah viva akhirnya takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia. Nantikan keluaran buku terbaru Ust Dr. Zamihan (bertajuk) Wahhabi Bukan Salafi, Doktrin Fahaman
Wahhabi, Unsur Wahhabi Takfiri dan Jalan Menuju Allah SWT,” tulisnya di laman media sosial itu.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, sebelum dibebaskan pada 14 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau diselar Sultan Johor sebagai “tin kosong” serta “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”

Ia selepas tindakan Zamihan mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai isu kedai dobi “mesra Islam” di Muar dan mempersoalkan kebersihan bukan Islam menerusi rakaman ceramahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, awal bulan lalu.

Pada 16 Oktober lalu, Sultan Selangor mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
menarik balik tauliah mengajar Zamihan kerana ceramah agamanya mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

Keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah MAIS, yang menapis penceramah agama di Selangor turut dibatalkan.


Sumber TKO - 30-10-2017











































































































































Benarkah agamamu sempit jika anda komited kepada Islam?


TERDAPAT sesetengah pendapat orang awam dalam kalangan orang Islam dalam negara kita menyebut, bahawa apabila  seorang muslim yang komited atau berpegang teguh kepada ajaran agamanya, maka banyak perkara tidak diizin untuk dilakukan kerana ia bertentangan dengan hukum-hukum Islam sebenar.












































































































































Benarkah tanggapan orang awam sebegitu, atau pun kerana mereka tidak boleh melakukan tuntutan ajaran agama, maka dikatakan apa-apa sahaja asalkan dalam meloloskan diri daripadanya, ada juga yang mengatakan bahawa golongan yang berpegang kepada ajaran Islam mudah menjadi golong ekstrimis

Sumber HD - 28-10-2017 











































































































































Tiada siapa mampu jinakkan hati manusia melainkan Allah


Tafsir Surah Al- Anfal Ayat 63 (Bahagian 2)
























































































































































KEMUDIAN Ibnu Mas'ud r.a. mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang saling menyenangi kerana Allah. Menurut riwayat lain ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang saling menyukai kerana Allah. Demikianlah menurut riwayat Imam Nasai dan Imam Hakim di dalam kitab Mustadraknya. Lalu Imam Hakim mengatakan bahawa atsar ini sahih.

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma'mar, dari Ibnu Towus  dari ayahnya dari Ibnu Abbas yang mengatakan "Sesungguhnya silaturrahmi itu dapat terputuskan, dan nikmat itu dapat teringkari; dan sesungguhnya Allah itu apabila mendekatkan (melunakkan) di antara hati orang-orang yang tadinya bermusuhan, maka tidak  ada sesuatu pun yang dapat menggoyahkannya."

Sumber HD - 28-10-2017


Batal atau Tidak Wudhu Sentuh Suami Isteri?
Posted on Saturday, October 28 @ 09:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36247



Adakah batal wudhu bila bersentuhan antara suami isteri. Ada yang berpendapat batal wudhu dan ada yang tidak batal dengan mengambil kira pendapat mazhab lain daripada syafie. Mari kita lihat secara lebih detail.

Dalam masalah ini para ulama berbeza pendapat (khilaf).

1. Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termasukk suami dan isteri) membatalkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

Dalilnya mazhab syafie antaranya:

i- Ayat al-Quran:

أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء

Maksudnya: “Atau kamu menyentuh wanita.” – maka kamu perlu mengambil wudhu.

Antara asas permasalahan ini ialah perbezaan pendapat dalam kalangan ulama terhadap hukum batal wuduk apabila berlakunya persentuhan kulit antara lelaki dan wanita tanpa alas. Hal ini berikutan wujudnya perbezaan pandangan dalam cara istinbat, yakni cara penetapan hukum bagi lafaz (βϤϟ ) dalam nas-nas yang berkaitan dengan isu batal wuduk (Anisah Ab. Gani, 2008:270-272). Salah satu antara contohnya ialah  firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ 4:43:

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar), kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang suci, iaitu sapukanlah ke mukamu dan kedua tangan kamu.

Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam mentafsirkan lafaz ((المس)/bersentuh ).
Secara umumnya, bagi pandangan yang mentafsirkan lafaz (المس) sebagai persentuhan biasa, beberapa pandangan yang masyhur antaranya; pertama batal wuduk secara mutlak, kedua batal wuduk jika diiringi syahwat dan ketiga batal jika sengaja. Bagi pandangan yang mengkhususkan lafaz (المس) pada persetubuhan, maka tidak batal wuduk melalui persentuhan secara mutlak (Anisah Ab.Gani, 2008:270-272).

Pendapat syafie mengambil pendekatan yang lebih teliti berdasarkan Al Quran kerana beberapa hadis yang bersentuhan antara Nabi dan Aisyah dikira boleh dipersoalkan adakah bersentuh berlapik atau tidak? Ustaz Azhar Idrus ada mengulas perkara ini.

Video - https://youtu.be/usDx5_-9jis



Berdasarkan pendapat al-Shafici, persentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram tanpa alas membatalkan wuduk secara mutlak, iaitu sama ada sentuhan tersebut disertai syahwat atau tidak. Bahkan, pendapat ini juga merupakan  pendapat azhar ulama al-Shaficiyyah (al-Shafici, 1993:63; al-Nawawi, 2000:86).

Terdapat alternatif mazhab syafie (qawl muqabil al-azhar yang lebih longgar) untuk berpegang dengan pendapat muqabil al-azhar iaitu batal yang menyentuh dan tidak batal orang yang kena sentuh (al-Shafici, 1993:63; al-Nawawi, 2000:86; al-Qalyubi, 1997:47; alSharbini, t.t:167). Perkara ini pernah digunakan oleh pihak Tabung Haji ketika tawaf suatu masa dahulu.

Terdapat qawl marjuh dalam mazhab al-Shafie berpendapat yang mengatakan batal wuduk jika berlaku sentuhan dengan syahwat, tidak batal dengan sentuhan mutlak. Pandangan ini juga bertepatan dengan pandangan al-Shawkani (1998:187189) yang menyatakan tidak batal wuduk akibat persentuhan tanpa syahwat antara lelaki dan wanita berdasarkan perbahasan dalil-dalil.

Pandangan ini merupakan pandangan pertengahan selain mengambil kira hadis-hadis berkaitan isu ini. Pandangan ini juga disokong oleh al-Zuhayli (2004:435), bahkan terdapat pandangan yang lebih longgar seperti pandangan Ibnu Taymiyyah (1991:236-237), Ibn Bazz (t.t:135), al-Qaradawi (t.t:183) dan beberapa orang lagi ulama lain yang menghukumkan tidak batal wuduk secara mutlak.Ini yang digunakan oleh Tabung Haji untuk menyelesaikan isu Tawaf jamaah Haji yang diguna pakai sehingga hari ini.

Jika anda berpegang dengan Mazhab Syafie ada boleh pilih 3 altenatif diatas tanpa perlu ambil pandangan mazhab lain kerana perbahasan tentang ayat Quran surat Al Nisa 43 dan habis-hadis Nabi berkenaan sentuhan Aisyah.

2. Berpandangan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu samaada sentuh dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pandangan dalam mazhab Hanafi R.H.

Dalil mazhab kedua antaranya:

i. Hukum asal orang yang berwudhu adalah kekal wudhunya selama-mana tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wudhunya. Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan wudhu. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam ertikata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu terdapat hadith yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wudhu, dan hadith-hadith ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jima’ atau bersetubuh. Hadith-hadith tersebut ialah:

ii. Daripada ‘Aisyah r.a:

“Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

iii. Daripada ‘Aisyah juga:

“Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah R.A. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Para ulama dari mazhab al-Syafie mengemukan jawapan terhadap hadith ini. Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitulah mereka berpendapat barangkali sentuhan yang berlaku antara Nabi S.A.W. dan ‘Aisyah itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, sehingga al-Syaukani berkata: “Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan zahir (dalil).”

(Syafie mengambil jalan lebih selamat terus merujuk kepada Al Quran apabila hadis tentang sentuhan itu meragukan samada berlapik atau tidak - WMTKO)

3. Berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu jika tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu. Ini adalah mazhab Malik dan Hambali.
Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada dalam masaalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: “Atau apabila kamu menyentuh wanita (kamu perlu berwudhu)” kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wudhu dengan hanya bersentuhan antara lalaki dan wanita, dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi dan ‘Aisyah, dan baginda tidak memperbaharui wudhu.

Sebahagian ulama, terutama yang berpendapat tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita berpendapat, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama mazhab Malik dan Hambali ini benar jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit. Akan tetapi terdapat penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jima’ atau bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini sepert yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas R.A. dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn ‘Abbas ini didahulukan berbanding penafsiran lain, kerana Nabi S.A.W. pernah berdoa kepada Ibn ‘Abbas dengan doa baginda yang berbunyi:

Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn ‘Abbas) dalam hal-ehwal agama dan ajarkanlah dia tafsir (al-Quran).” (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik al-Tohawiah)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh (المس) dengan maksud jima’ atau bersetubuh, antaranya firman Allah S.W.T.:

“Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka.” (al-Baqarah : 236)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

“Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu.” (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah berfirman dengan menggunakan kalimah menyentuh dengan maksud bersetubuh:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mut’ah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul dalam persoalan ini adalah pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah ‘Aziz Abdillah bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

(Ada juga berpendapat daripada Ayat 43 Surah An Nisa yang bersentuh itu jikabermaksud bersetubuh, adakah dengan ambil wuduk boleh selesai.. beza dengan mandi wajib - WMTKO)

Pendapat Dr. Maza yang banyak mempengaruhi orang ramai dalam soal ini. Termasuk juga Dr Rozaimi.

Video - https://youtu.be/Hcv7mCa85BE



“Kalau seseorang itu rasa sentuh batal mengikut mazhab Syafie batal lah. Saya bukan menolak mazhab Syafie, saya mempunyai pandangan yang mungkin berbeza.” - Dr Maza

Video - https://youtu.be/bBXGeLRu3YY



Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pernah menjawab isu ini. Lihat penjelasan beliau di bawah.


Ringkasnya: Sebenarnya para ulama tidak sependapat dalam isu ini. Dengan menghormati kesemua ijtihad mereka, saya memilih pendapat bahawa tidak batal wuduk jika bersentuhan kulit tanpa alas itu terjadi tanpa syahwat.

HURAIAN: Perbezaan pendapat antara ulama ini sebenarnya berpunca daripada perbezaan cara istinbat (kaedah mengeluarkan hukum) mereka dalam memahami firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Atau kamu telah menyentuh perempuan.” (Surah al-Nisa’: 43)Di sini dibawakan beberapa pendapat ulama:

Pendapat Pertama: Batal Jika dengan Syahwat
Mazhab Maliki, pendapat imam Ahmad yang masyhur dan salah satu pendapat imam Abu Hanifah menyatakan bahawa persentuhan kulit antara lelaki dan wanita tanpa alas adalah membatalkan wuduk sekiranya disertai dengan syahwat. Jika tidak disertai dengan syahwat,maka tidak batal.
1.Antara hujah mereka: Perkataan jawi yang terdapat dalam ayat tersebut bermaksud bersentuhan atau berasmara tanpa jimak.

2.Hadis yang menceritakan bahawa Aisyah berbaring dalam keadaan merentangi dihadapan Rasulullah yang sedang solat. Kemudian Rasulullah menyentuh kaki Aisyah sebagai isyarat agar beliau mengalihkannya. (Riwayat alBukharidan Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk.

3.Hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah mengucup sesetengah isterinya dan terus melakukan solat tanpa mengambil wuduk. (Riwayat Abu Daud danal-Nasa’i) Sekali lagi hadis ini menunjukkan bahawa persentuhan tidak beralas tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk.

Pendapat Kedua: Batal Secara Mutlak
Mazhab Syafi‘i dan satu pendapat dalam mazhab Imam Ahmad menyatakan bahawa persentuhan antara lelaki dan wanita tanpa alas membatalkan wuduk secara mutlak sekiranya kedua-dua pihak sudah baligh dan ajnabi (kedua-duanya boleh berkahwin). Maksud mutlak di sini adalah tanpa mengambil kira unsur sama ada persentuhan itu sengaja atau tidak atau dengan syahwat atau tidak.
Antara hujah mereka:

1.      Ayat al-Quran di atas tidak membezakan antara syahwat atau tidak, sengaja atau tersalah. Adapun menyentuh yang mahram atau kanak-kanak tidak mengapa kerana terdapat dalil yang mengecualikannya antaranya hadis riwayat Abu Qatadah yang menyatakan bahawa Baginda mendukung Umamah cucu Baginda semasa solat. Hadis ini menunjukkan bahawa tidak batal wuduk dengan menyentuh kanak-kanak dan mahram.

2.      Sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah mengarahkan seorang lelaki yang terbabit mengambil wuduk. Baginda tidak meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada persentuhan itu dengan syahwat atau tidak. Ini menunjukkan bahawa persentuhan mutlak sama ada dengan syahwat atau tidak membatalkan wuduk.

3.      Hadis yang menunjukkan bahawa Baginda mengucup isterinya kemudian terus solat tanpa mengambil wuduk semula ialah hadis daif dan mursal.

Pendapat Ketiga: Batal Jika Sengaja
Mazhab Zahiri berpendapat bahawa wuduk akan terbatal jika persentuhan itu disengajakan sama ada dengan syahwat atau tidak. Hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak ada dosa keatasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) ialah apa yang disengajakan oleh hatimu.” (Surah al-Ahzab: 5) Ayat ini umum menunjukkan bahawa apa sahaja yang dilakukan dengan sengaja adalah diambil kira, termasuklah persentuhan sengaja antara lelaki dan perempuan dalam kes wuduk.

Pendapat Keempat: Tidak Batal Langsung
Imam Muhammad bin Hasanal-Syaibani dan satu pendapat lain daripada Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa persentuhan lelaki dan perempuan secara mutlak tidak membatalkan wuduk. Wuduk hanya terbatal dengan melakukan jimak.

TAMBAHAN: Untuk pengetahuan umum, dalam mazhab Syafi‘i sendiri pun ada pendapat yang menyatakan bahawa wuduk hanya terbatal jika berlaku persentuhan yang disertai syahwat. Namun pendapat ini dianggap lemah dalam mazhab Syafi‘i.

Pendapat Paling Tepat dengan Maqasid Syariah
Para ulama sepakat bahawa maslahat manusia menjadi salah satu maqasid syariah atau matlamat syariat dalam penetapan satu-satu hukum. Justeru pendapat pertama iaitu wuduk hanya terbatal jika persentuhan itu berserta syahwat merupakan pendapat yang paling dekat dengan maqasid syariah.

Pendapat ini dapat memelihara maslahat dan mencegah kesulitan daripada jemaah haji. Di sini saya ingin menegaskan bahawa isu ini sudah dibahaskan oleh ulama dengan panjang lebar sejak dahulu lagi. Pihak Tabung Haji dalam satu Muzakarah Haji telah memutuskan bahawa sekiranya seseorang itu berada di dalam Masjidi lharam atau semasa melakukan tawaf pada musim haji, maka tidak batal wuduknya jika berlaku persentuhan tersebut kerana darurat dan sukar untuk memelihara wuduknya.

Note: Kami cuba membawa perbahasan isu dengan lebih adil dan memahami setiap pendapat. - AO


Sumber TKO - 28-10-2017











































































































































Hukum suami isteri bercumbu di media sosial


PERBUATAN suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Demikian penjelasan yang dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi ruangan Al-Kafili Al-Fatawi sebagai jawapan kepada pertanyaan 'Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka' pada 23 Oktober lalu sebagaimana di bawah. 
Al-KAFILI AL-FATAWI
Al-KAFI #664: GAMBAR SUAMI ISTERI BERCUMBU DI MEDIA SOSIAL
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad Al-
Diterbitkan: 23 Oktober 2017 
Soalan: Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka? 
Jawapan:
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa. 
Walau bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW: 
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ 
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” 

(Riwayat Muslim, no. 35) 
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.” 
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345) 
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini. Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita. 
Kami tutup dengan sebuah sabda Nabi SAW:  
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ 
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” 

(Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Sumber HD- 27-10-2017 











































































































































Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus

1. SIFAT CEMBURU UNTUK LELAKI




















































































































































\Soalan: Bagaimana pandangan Ustaz tentang seorang isteri yang cemburu berlebih-lebihan terhadap suaminya. Adakah wajar seorang isteri bersikap sedemikian?   

Jawapan: Cemburu ini sifat laki-laki, bukan sifat perempuan. Semalam dalam satu segman dalam televisyen mereka ada buat tentang perasaan cemburu. Yang diinterview oleh mereka adalah isteri-isteri orang. Itu salah. 

Mereka bertanya kepada isteri-isteri itu sama ada mereka ada perasaan cemburu atau tidak kepada suami mereka. Mereka bertanya, macam mana perasaan itu datang dan macam mana mereka mengatasinya dan sebagainya. Yang itu salah. Yang sebenarnya cemburu sifat lelaki, bukan sifat isteri. Suaminya kena cemburu kalau isterinya bercakap melalui telefon dengan orang lain. Suami kena cemburu kalau isterinya naik keluar kereta dengan orang laki-laki lain. Suaminya kena cemburu kalau isterinya ada mesej dengan orang laki-laki lain. Yang itu baharu tepat.

Sumber HD - 26-10-2017

Ustaz Hatta Amat Bersabar Hadapi Karenah Isteri Anuti Fahaman Liberalis
Posted on Wednesday, October 25 @ 17:02:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36153



Seorang rakan Mohd Hatta Saadon suami kepada Asiah Abd Jalil mengakui suami itu seorang yang amat penyabar dalam melayan karenah isterinya yang mula menganut ideologi liberalisme.

Rakannya, Fais Al-Hajari berkata selain Asiah cuba memburuk-buruknya suaminya, motif Asiah mendedahkan urusan rumah tangga ke pengetahuan umum itu bertujuan untuk mencemar imej PAS, parti yang disertai suaminya itu.

Sy sebenarnya sgt malas utk komen bab rumahtangga org. Serius.
Namun bila sy dihadapkan dgn kisah tuntutan cerai “muslimah liberal” Malaysia, Asiah Jalil dan melihat kesialan Asiah cuba memburukkan suaminya dan Pas menerusi tindakan ini, sy terpaksa juga berikan komentar sedikit.|


Dan walaupun tidak baik bg sy utk riding atas masalah org lain, sy katakan di sini jika demikianlah kesudahannya, sy yakin bercerai itu adalah lebih baik buat sahabat sy Ustaz Hatta. 
Semua dalam Pas dan luar Pas sgt mengetahui betapa Ustaz Hatta ialah seorg yg amat penyabar. Beliau sabar tatkala kerenah isterinya yg menyokong liberal dan mempertikaikan beberapa perkara dalam Islam kononnya atas nama “perjuangan feminisme” semakin menjadi². Sy sgt yakin, Ustaz Hatta sudah sampai tahap terlepas drpd tanggungjawab menegur isterinya dan sy yakin juga, Ustaz Hatta dah buat segala yg termampu mengikut syarak utk membetulkan isterinya. 
Perlu sy ingatkan di sini akan tatacara seorg suami membetulkan isterinya agar tidak lagi melakukan kemaksiatan (sila fahami dulu maksud maksiat sebelum nak spin) – 
1) menegur dan menasihati, secara lembut dan kemudiannya secara keras jika masih berdegil.
2) jika x jalan nasihat, pisahkan tempat tidur dulu utk beberapa ketika.
3) jika x jalan juga, suami BERHAK PUKUL ISTERI utk mendidik
4) jika semua dah x jalan, maka suami berhak ulang balik semua step tu dan harapkan isteri berubah, atau ceraikan sahaja.
Jujur sy kata, sy tidak sepenyabar Ustaz Hatta. Jika isteri sy ini seumpama anak Jalil ini, dah lama sy campakkan dari balkoni bilik sy di tingkat tiga straight ke jalan tar di bawah. Kalau x mati pun, biar patah riuk. Serius! 
Ramai yg terus ambil peluang hentam Pas dan Ustaz Hatta hanya kerana “that is what Asiah said”. Masalahnya, ada yg ambil peduli penafian Ustaz Hatta? Sudah tentu tidak. Geng² liberalis terlaknat ini pastinya menunggu masa utk mendapatkan bahan bagi menghentam gerakan Islam dan memandangkan mereka ini mmg tiada iman, apalah sgt mereka peduli jika ianya fitnah sekalipun? 
Dysfunctional marriage konon. Anak berderet tu, dysfunctional kejadahnya? Sy harap sgt Ustaz Hatta dpt hak penjagaan anak² beliau sepenuhnya. Sy tidak mahu sorg pun anak² beliau mengikut jejak langkah ibunya. 
Buat Ustaz Hatta, doa kami bersama² anda. Sy x mahu tag anda kerana sy tahu tentunya ramai org dah tag anda dan jika sy sendiri jd anda, sy akan serabut jika ramai yg bertanyakan soalan yg sama. Semoga Allah memuliakan anda. 
Buat Asiah – sy xleh tag dia sbb ia dah blok sy bila sy kantoikan hujah bodoh dia memfitnah para sahabat Nabi r.a Abu Khuzaifah dan anak angkatnya Salim berhubung kes “Salim jd anak susuan isteri Abu Khuzaifah” – anda sangat tidak layak menggunakan nama Asiah iaitu ibunda angkat Nabi Musa yg mulia. Anda selayaknya guna nama “Wali’ah” iaitu nama isteri Nabi Nuh menurut beberapa riwayat. 

Isteri Nabi Nuh antara lain mengadu domba dan memfitnah suaminya sendiri sebagai gila. Mmg anda selayaknya dipadankan seperti isteri Nabi Nuh itu, dan semoga tempat anda ialah bersamanya di Jahannam jika anda tidak bertaubat dan memohon keampunan kpd suami anda. 
Fais Al-Hajari
Jadi suami bukan mudah, namun dimudahkan dgn hadirnya isteri² yg solehah

Sumber TKO - 25-10-2017

No comments:

Post a Comment