BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, October 17, 2017

LUAR NEGARA - PELBAGAI NEGARA DAN BERITA (JILID 3)


UK Guna Kanak-kanak Sebagai Perisik

LONDON: Kanak-kanak digunakan sebagai perisik dalam misi rahsia terhadap pengganas, kumpulan gangster dan pengedar dadah oleh polis Britain dan beberapa agensi risikan negara itu, menurut laporan media.

Menurut laporan laman berita Channel NewsAsia (CNA), hari ini, ada kanak-kanak terbabit berusia di bawah 16 tahun.

Laporan itu timbul selepas jawatan kuasa pemantauan kedua Dewan Tinggi (House of Lords) Parlimen Britain menimbulkan persoalan terhadap penggunaan ‘sumber risikan manusia remaja’.

Difahamkan, kerajaan Britain mencadangkan untuk meningkatkan jumlah masa individu bawah 18 tahun boleh berkhidmat dalam operasi daripada sebulan, ketika ini kepada empat bulan.

Amalan itu mencetuskan kritikan. Bekas menteri Brexit, David Davis menyifatkan penggunaan remaja sebagai perisik tidak bermoral dan setiausaha hal ehwal dalam negeri bayangan, Diane Abbott menggesa ia dihentikan serta-merta, lapor the Guardian.

Downing Street, ketika mempertahankan amalan itu berkata, remaja amat jarang digunakan sebagai sumber risikan manusia dan hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Amalan menggunakan remaja bawah 18 tahun membantu membendung masalah kumpulan gangster dan pengedaran dadah, lapor BBC memetik pejabat hal ehwal dalam negeri.

“Sumber risikan remaja (CHIS) amat jarang digunakan dan hanya digunakan apabila diperlukan.

Penggunaan mereka bersesuaian dan hanya apabila tiada jalan lain untuk mendapat maklumat diperlukan.
“Ia penting untuk mendakwa penjenayah atau suspek keganasan,” kata pejabat dalam negeri. – Agensi/ CNA

Sumber BO - 23-7-2018


Bekas PM Israel ; Netanyahu Membahayakan Projek Zionis

Bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak (gambar) telah ‘melepaskan tembakan’ terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menggambarkannya sebagai ancaman terhadap penubuhan negara Zionis di Israel.

Menurut akhbar Israel Yediot Ahronot pada hari Rabu, alam ceramah yang diadakan di Tel Aviv pada hari Selasa, Barak menyifatkan kerajaan Israel sebagai “kerajaan nasionalis gelap”.

“Keputusan tunggal yang tidak dapat dielakkan dari tujuan ini adalah ‘kejatuhan’ Israel kepada negara dengan majoriti Muslim [dengan] kekerasan dalaman dan perselisihan dalaman, dan yang bukan Yahudi, Zionis, atau demokratik,” katanya.

Barak berhujah keengganan Netanyahu untuk menerima penyelesaian dua negara itu akan menghalang kemungkinan perpisahan dari Palestin.

Pemerintahan itu, katanya, sibuk “membina Israel terhadap satu sama lain dan menyemai benih kebencian orang asing, penduduk yang lemah, dan minoriti”.

Barak, 75, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari tahun 1999 hingga 2001.

Pada bulan Disember, Barak, dalam sebuah penerbitan New York Times, berkata bahawa kerajaan Netanyahu membahayakan seluruh projek Zionis kerana ia semakin dekat dengan penggabungan Tebing Barat, “menghalang sebarang pemisahan tetap dari Palestin.”

Perbincangan damai yang ditaja oleh AS di antara rakyat Palestin dan Israel ‘runtuh’ pada tahun 2014 atas keengganannya untuk menghentikan pembinaan penempatan di wilayah yang diduduki.

Sumber BO - 18-7-2018


Patung ‘Trump Baby’ Terbang Di luar Parlimen British

LONDON: Penentang Donald Trump melancarkan peluru enam meter yang menggambarkan presiden Amerika Syarikat, apabila patung bayi berwajah Trump di terbangkan, di luar Parlimen Britain pada hari Jumaat (13 Julai).

Trump, yang tiba di Britain pada hari Khamis, memberitahu akhbar Sun bahawa protes yang dirancang terhadapnya di London dan bandar-bandar British lain membuatnya merasa tidak dikehendakki.

Oleh itu beliau akan mengelak memasukki bandar-bandar besar terbabit.

“Saya rasa apabila mereka memberikan isyarat membuatkan saya berasa tidak diingini, tidak ada alasan untuk saya pergi ke London,” kata Trump kepada akhbar itu.

“Saya pernah suka London sebagai sebuah bandar, saya tidak lama lagi, tetapi apabila mereka membuat anda berasa tidak diingini, mengapa saya tinggal di sana?” tambahnya

Sumber BO - 13-7-2018

Ribuan Bantah Dasar Imigresen AS

Beribu-ribu penunjuk perasaan menentang dasar imigrasi AS, berarak di seluruh negara itu untuk membantah pemisahan keluarga di bawah agenda keras Presiden Donald Trump.

Di New York, mereka berhimpun di taman ‘Lafayette Square’, berhadapan Rumah Putih, dalam suasana sedih dan benci, sebelum berarak ke arah ‘Capitol’.

“Kami tidak percaya kepada persempadan, kami tidak percaya pada tembok pemisah,” kata seorang peserta Sebastian Medina-Tayac, dari Piscataway Indian Nation.

Beliau mengangkat sepanduk bertulis dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol sejak permulaan perhimpunan dengan kata-kata”Keluarga Dimiliki Bersama, pada hari Sabtu 30 Jun.

Pembesar suara menyiarkan suara percakapan kanak-kanak yang berpisah dari saudara-mara mereka, sebagaiman seorang ibu Brazil yang diarahkan untuk dipisahkan dari anaknya sendiri.

“Saya terlepas sembilan bulan dalam hidupnya dan tidak sepatutnya berlaku,” kata wanita itu, Jocelyn yang kesahnya bermula sebelum amalan pemisahan keluarga semakin meningkat pada bulan Mei lalu.

“Malu! Malu!” orang ramai berteriak, bertindak balas pada cuaca panas dengan suhu melebihi 90 ° F (33 ° C).

Namun laungan mereka tidak di dengari oleh ‘sang Presiden’ kerana Trump sedang bercutu dan menghabiskan masa di kelab golf nasional di Bedminster, New Jersey.

Di sana, para penunjuk perasaan berkumpul di laluan kereta apinya, kebanyakan mereka dengan slogan menentang dasar imigresen negara.

“Pencari suaka bukanlah penjenayah,” kata sakah seorang dari mereka.

Bermula pada awal Mei, dalam usaha untuk mengurangkan aliran puluhan ribu pendatang ke sempadan selatan AS setiap bulan, Trump memerintahkan penangkapan orang dewasa menyeberangi sempadan secara haram, termasuk mereka yang memohon suaka.

Ramai daripada mereka yang cuba menyeberangi sempadan AS-Mexico adalah golongan miskin, melarikan diri keganasan ‘geng’ dan malapetaka lain di Amerika Tengah.

Akibat dari tindakan keras Trump itu, kanak-kanak tercerai-berai terpisah dari keluarga mereka dan, menurut gambar-gambar yang disiarkan secara meluas, telah mencetuskan kemarahan domestik dan global.

Trump kemudian menandatangani perintah yang mengakhiri pemisahan keluarga tetapi peguam-peguam imigresen mengatakan proses menyatukan kanak-kanak dan ibu bapa mereka akan mengambil masa yang panjang .

Kira-kira 2,000 kanak-kanak masih terpisah daripada ibu bapa mereka, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada hujung minggu lalu.

Sumber BO - 1-7-2018

Lima maut insiden tembakan di pejabat akhbar

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/lima-maut-insiden-tembakan-di-pejabat.html





ANNAPOLIS: Sekurang-kurangnya lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette, yang berpangkalan di sini, semalam.

Menurut polis, seorang lelaki kulit putih bersenjata senapang atau senapang patah sudah ditahan untuk siasatan.

Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.

Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David menceritakan menerusi Twitter mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.
"Tiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja lalu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya," kata Davis.

Pemangku ketua polis daerah Anne Arundel, Bill Krampf berkata, setakat ini, lima mangsa dilaporkan maut.

Sementara jurucakap polis, Leftenan Ryan Frashure, berkata tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.

Eksekutif daerah Anne Arundel, Steve Schuh pula berkata, suspek tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dan setakat ini pihak berkuasa masih gagal mengesahkan identitinya.

Dalam pada itu, Krampf berkata, pihak polis berjaya menemui dan menghapuskan bahan letupan yang dipercayai dipasang suspek pada bangunan setinggi empat tingkat terbabit.

Pada masa sama, 170 kakitangan yang berada di dalam bangunan itu berjaya dibawa keluar dengan selamat. - Agensi

Sumbr MR - 29-6-2018


Jong-un Bawa Tandas Peribadi Ketika Jumpa Trump

LightBlog


Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jong-un-bawa-tandas-peribadi-ketika.html






INI mungkin pelik bagi anda. Tetapi, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un membawa bersamanya tandas peribadi ke mana-mana beliau pergi waima jika berkunjung ke luar negara.

Mungkin aneh tetapi itu jugalah yang dibawa bersama ke Singapura ketika menghadiri sidang julung kali bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hotel Capella, Sentosa kelmarin.

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan, Chosunilbo yang melaporkan bahawa selain kereta limosin beliau, Jong-un tiba di negara itu dengan tandas peribadinya yang diangkut pesawat Boeing 747 milik Air China.



Menurut Lee Yun-Keol, seorang bekas pegawai di Unit Pengawal Keselamatan, itu sudah menjadi antara barangan yang perlu dibawa bersamanya apabila ke luar negara, lapor Washington Post pula.

Apakah sebabnya? Pemerintah Korea Utara sebenarnya mahu melindungi ketulan najisnya daripada cuba dicuri oleh pihak musuh yang berniat jahat dan dengki dengan negara komunis itu!

“Najis pemimpin ini sebetulnya mengandungi banyak maklumat penting tentang status kesihatan dirinya, lantas ia tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja dalam sistem kumbahan awam,” jelas Yun-keol.

Malah, agensi berita DailyNK melaporkan bahawa terdapat sebuah tandas khas mudah alih yang dibawa bersama dalam mana-mana konvoi Jong-un apabila beliau ulang-alik di sekitar negaranya sendiri.

“Ada beberapa kenderaan dalam konvoi itu agar orang ramai tidak dapat kesan kereta Jong-un dan juga terdapat sebuah kereta yang angkut tandas peribadinya,” menurut sumber kepada DailyNK. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 ......



 Ini adalah lawak daripada FreakingNews.com

Sumber MR - 13-6-2018

Media Israel tuduh Imam yang syahid pakar dron
Posted on Sunday, April 22 @ 19:01:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39298



Media Israel menuduh Fadi al-Batsh yang ditembak semalam sebagai pakar yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dron Hamas.

Al-Batsh merupakan pensyarah universiti pengkhususan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dan telah tinggal selama lapan tahun di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang imam di sebuah masjid tempatan.

Beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Malaya pada tahun 2015 dan merupakan pensyarah senior di British Malaysian Institute. Kajian yang dilakukan berkaitan penukar kuasa, kualiti tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

Pihak tertinggi Hamas menuduh pembunuhan Al-Batsh dilakukan oleh agensi risikan Mossad.
Pada kejadian Sabtu lalu, pensyarah berusia 34 tahun ditembak oleh dua orang penjenayah bermotorsikal yang melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan ketika beliau dalan perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

Rakaman cctv menunjukkan pembunuh telah menunggu selama 20 minit sebelum kejadian.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kerajaan akan menyiasat kemungkinan penglibatan agen asing dalam pembunuhan tersebut.

Sumber TKO -22-4-2018 





























Peluuru berpandu yang dilancarkan AS kepada lapangan tentera Syria 7 April tahun 2017
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada Rusia agar bersedia untuk berdepan dengan AS, di medan Syria.

“Rusia berjanji untuk menembak mana-mana dan semua peluru berpandu yang ditembak ke Syria. Bersiaplah Rusia, kerana mereka akan datang, baik dan baru dan ‘pintar!'” Kata Trump di Twitter pada Rabu, semalam.
“Anda tidak sepatutnya menjadi rakan kongsi dengan ‘Pembunuh Gas’ (Syria) yang membunuh rakyatnya dan menikmatinya!” katanya, merujuk kepada Bashar al-Assad.

Dalam tweet kedua, Trump berkata, “hubungan AS dengan Rusia lebih buruk sekarang daripada yang pernah terjadi, dan termasuk Perang Dingin, tidak ada alasan untuk ini, Rusia memerlukan kita untuk membantu ekonomi mereka, sesuatu yang akan sangat mudah dilakukan dan kita memerlukan semua negara untuk bekerjasama. Hentikan perlumbaan senjata?”

Pada hari Isnin, Presiden Amerika itu berikrar mengambil tindakan dalam masa dua hari berikutan serangan yang disyakki menggunkan senjata kimia di Douma Syria.

Beliau berkata, orang ramai akan “mungkin” dimaklumkan mengenai apa-apa tindakan balas “selepas fakta itu.”
Trump berkata sesiapa yang bertanggungjawab terhadap serangan itu, termasuk Rusia, akan “membayar harga,” dan beliau telah membatalkan perjalanan yang dirancang ke Amerika Latin untuk mengawasi respon AS.
“Sekiranya Rusia, jika ia adalah Syria, jika ia Iran, jika semuanya itu bersama-sama, kita akan memikirkannya.” jelas Trump.

Sumber BO - 12-4-2018


Ejen saraf ditinggal depan pintu rumah bekas perisik Rusia: polis UK
Posted on Thursday, March 29 @ 14:38:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38854



Bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya diracun dengan toksin saraf yang ditinggalkan di pintu depan rumah mereka di England, kata polis anti-keganasan British pada hari Rabu.

Selepas insiden itu, Britain menyalahkan Presiden Rusia, Vladimir Putin atas cubaan pembunuhan itu dan negara Barat telah mengusir sekitar 130 diplomat Rusia.

Rusia menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu dan mengatakan ia mengesyaki perkhidmatan badan rahsia British menggunakan ejen saraf Novichok, yang dibangunkan oleh tentera Soviet, untuk memerangkap Rusia dan mencetuskan histeria anti-Rusia.

"Kami percaya Skripals pertama kali kepada ejen saraf dari pintu depan ruah mereka," kata Dean Haydon, penyelaras kanan polis anti-keganasan Britain.

"Pakar mengenal pasti ejen saraf betkepekatan tertinggi agen saraf, sehingga kini, di pintu depan alamat tersebut," kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.

Skripal dan anak perempuannya berusia 33 tahun, Yulia, berada dalam keadaan kritikal sejak ditemui tidak sedarkan diri di bangku umum di bandar Salisbury pada 4 Mac.
Seorang hakim British berkata mereka mungkin mengalami kerosakan otak yang kekal.

Percubaan membunuh Skripal, seorang bekas kolonel berusia 66 tahun dalam perisikan tentera Rusia yang mengkhianati berpuluh-puluh ejen Rusia kepada pengintip MI6 Britain, telah menjejaskan hubungan Moscow dengan Barat ke tahap paling rendah selepas Perang Dingin.

Selepas Britain mengusir 23 orang diplomat Rusia, ia berkata ada perisik bekerja di bawah perlindungan diplomatik, Rusia pula bertindak balas dengan mengusir 23 diplomat British. Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain, termasuk kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah dan Nato, mengusir lebih dari 100 diplomat.

- Reuters
Sumber TKO - 29-3-2018

Krisis Diplomatik; 14 Negara EU Usir Dipomat Rusia











23 Diplomat Rusia yang diusir meninggalkan kedutaan di London pada 20 Mac
Empat belas negara Kesatuan Eropah (EU) telah mengambil keputusan untuk mengusir diplomat Rusia.
Presiden Majlis Eropah Donald Tusk berkata, keputusan itu dibuat pada Jumaat lalu semasa mesyuarat pemimpin EU.
Terdahulu pada hari Isnin,  Poland , Latvia dan Lithuania  menarik balik duta mereka dari Moscow.
Agensi berita Rusia RIA Novosti melaporkan, alasan tindakan mereka tidak diketahui.

Brussels juga sudah menarik balik Markus Ederer, ketua Delegasi Kesatuan Eropah di Rusia, untuk sebarang perundingan.

Langkah itu ekoran tindakan London mengusir 23 diplomat Rusia dan kemudiannya, Moscow membalas dengan langkah yang sama.

Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov, memberitahu media Rusia tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi dari Amerika Syarikat mengenai pengusiran diplomat Rusia dan Moscow bersedia untuk bertindak balas dengan baik.

“Sudah tentu, dalam mana-mana kes [pengusiran], jelas bahawa pokok timbal balik akan digunakan,” katanya.
Ketegangan dalam hubungan UK-Russia meningkat selepas Perdana Menteri UK Theresa May menuduh Rusia meracun bekas agen berganda Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia dengan bahan saraf.

Pada 4 Mac, Skripal dan anak perempuannya ditemui tidak sedarkan diri di bangku, berhampiran pusat membeli-belah di bandar Salisbury, 120 km barat daya London.

Mereka berdua masih dalam keadaan kritikal di Hospital Discrict Salisbury.

Skripal adalah bekas pegawai perisikan tentera Rusia yang dituduh mengintip untuk UK.

Beliau dipenjarakan pada tahun 2006 dan kemudiannya ‘ditukar tahanan’ dengan rakyat Rusia yang dituduh melakukan pengintipan di Amerika Syarikat.

Pada 19 Mac, wakil-wakil Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW)  mengumpul sampel dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam seminggu.

Menurut penganalisis dan wartawan Rusia Konstantin Eggert, jika hasil penyelidikan OPCW menunjukkan ada hubungan dengan Rusia, krisis diplomatik akan bertambah buruk.

Sumber BO - 26-3-2018


Askar tembak jatuh MH17 mati bunuh diri
Posted on Tuesday, March 20 @ 10:07:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38716



Tentera yang dianggap Ukraine sebagai wira perang atas pembabitannya dalam puluhan perang - dan dituduh menembak pesawat udara MH17 - mmembunuh diri di rumahnya semalam.

Menurut polis sepucuk pistol turut ditemui berhampiran mayat Kapten Vladyslav Voloshyn itu.

BBC yang memetik laporan media Ukraine berkata Voloshyn membunuh diri di rumahnya di Mykolaiv yang terletak berhampiran Laut Hitam.

Semasa hidupnya Voloshyn melaksanakan 33 misi menggunakan jet tempur Su-25 bagi menyerang pemberontak yang disokong Rusia di timur Ukraine.

Bagaimanapun Voloshyn menafikan dia bertanggungjawab menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu berkecai di udara sebelum terhempas dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu.

Dia juga menganggap tudingan Moscow ke arahnya atas tragedi menimpa pesawat MAS berkenaan sebagai satu penipuan.

Voloshyn, 29, sudah meninggalkan pasukan tentera dan diberi tanggungjawab menguuruskan sebuah lapangan terbang di Mykolaiv.

Media tempatan melaporkan Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan. Bagaimanapun punca kemurungan itu tidak dinyatakan.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Ketika kejadian keluarga Voloshyn dilaporkan berada di rumah berkenaan. Mereka mengejarkan Voloshyn ke hospital tetapi disahkan dia kemudian disahkan sudah mati.

Pesawat udara MH17 itu ditembak ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Sumber TKO - 10-3-2018


Usaha Dakwa Suu Kyi Di Australia Gagal
Posted on Monday, March 19 @ 12:01:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38713



SYDNEY - Tindakan undang-undang terhadap pemimpin umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, di Australia atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan di negaranya gagal kerana beliau mempunyai imuniti.

Sekumpulan lima peguam Australia memfailkan permohonan persendirian di Mahkamah Majistret Melbourne mahu mendakwa Suu Kyi berhubung layanan ke atas minoriti Islam Rohingya.

Ia sempena kedatangan pemenang Nobel Keamanan itu ke sidang kemuncak khas pemimpin Asia Tenggara di Sydney.

Peguam Negara Australia, Christian Porter, berkata Suu Kyi tidak boleh didakwa di Australia, ditangkap atau ditahan.

“Aung San Suu Kyi mempunyai imuniti. Menurut undang-undang antarabangsa, ketua negara, ketua kerajaan dan Menteri Luar mempunyai imuniti daripada prosiding jenayah di luar negara dan didakwa,” katanya.

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak pihak berkuasa Myanmar melancarkan kekejaman enam bulan lalu yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Salah seorang peguam berkenaan, Alison Battison, memberitahu akhbar Sydney Morning Herald bahawa keputusan Porter masih boleh dirayu. – AFP/BH Online

Sumber TKO - 19-3-2018


Selain T-Shirt Kelabu, Ini Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Mark Zuckerberg
Posted on Wednesday, March 14 @ 22:11:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38637




PADA Mei 2012, lapan tahun setelah penubuhannya, Facebook mula disenaraikan di Bursa Saham New York.


Pada waktu itu juga, ia menjadi penyenaraian saham perdana (IPO) bidang teknologi yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah.

Setiap tahun setelah penyenaraian itu, pengasasnya, Mark Zuckerberg memperoleh kekayaan bersih berjumlah AS$9 bilion (RM35 bilion).



-foto Facebook
Statusnya sebagai antara usahawan teknologi terkaya di dunia tidak menghalang bekas penuntut Harvard itu untuk menjalani hidup serba sederhanana bersama isterinya, Priscilla Chan dan dua anak perempuannya.

Seperti mana-mana individu lain yang bekerja di Lembah Silicon, Zuckerberg juga ada uniform tersendiri.
Dia gemar berpakaian kasual, memakai t-shirt kelabu sahaja tetapi direka oleh jenama mewah dan dilaporkan harganya jauh lebih mahal daripada apa yang dilihat.

Dia juga gemar memandu kereta biasa. Sebelum ini, dia dirakam sedang memandu kereta Acura TSX, sebuah Volkswagen hatcback dan Honda Fit, yang mana setiap kereta itu bernilai $30,000 (RM117,135) dan ke bawah.

Namun, ada satu perkara dia tidak kisah berbelanja lebih iaitu hartanah.

Pada Mei 2011, dia membeli rumah berkeluasan 5,000 kaki persegi yang bernilai AS$7 juta (RM27 juta) yang terletak di Palo Alto.

Pada tahun berikutnya, Zuckerberg membeli hartanah di sekeliling rumahnya, berbelanja lebih AS$30 juta (RM117 juta) untuk empat lagi rumah dengan perancangan untuk pengubahsuaian semula.

Dia turut memiliki sebuah rumah townhouse di Mission District, San Fransisco.

Dia membeli rumah seluas 5,500 kaki persegi itu pada 2013 sebelum membuat keputusan untuk membelanjakan lebih AS$1 juta (RM3.9 juta) untuk pengubahsuaian semula dapur dan pembinaan rumah hijau.

-foto Trulia
Pada 2014 pula, jutawan itu membelanjakan AS$100 juta (RM390 juta) untuk membeli dua hartanah di kepulauan Kauai, di ladang Kahu'aina yang pernah menjadi tempat penanaman tebu seluas 357 hektar, serta hartanah di Pantai Pila'a seluas 393 hektar termasuklah sebuah pantai pasir putih.

Ujar pengasas Facebook itu, dia dan isterinya membeli tanah itu kerana mahu mengekalkan keindahan alam semula jadi di kawasan itu.

Walaupun dia kelihatan seperti jarang melancong, dia sebenarnya membelanjakan hampir AS$5 juta (RM19.5 juta) bagi kos pengangkutan dan keselamatan ketika melancong pada 2015.

Kos itu dikatakan lebih meningkat apabila jutawan itu mengembara di Amerika sewaktu musim panas pada 2017.

Ia merupakan impian peribadinya untuk melawat setiap negeri di Amerika pada setiap tahun.

-foto Facebook
Sewaktu lawatan itu, Zuckerberg menghadiri makan malam bersama sebuah keluarga di Ohio, bertemu pekerja di kilang Ford, dan melawat pegawai tentera baharu.

Dia turut berkongsi gambar lawatan tersebut di laman Facebook.
Walaupun percutiannya kelihatan mewah, dia sebenarnya lebih gemar memberi wang berbanding membelanjakannya untuk diri sendiri.

Malah, dia menyertai Bill Gates dan Warren Buffet bersama lebih 100 lagi jutawan lain dalam program Giving Pledge yang berjanji untuk mendermakan separuh dari kekayaan mereka.

Zuckerberg juga merancang untuk menjual 99 peratus pegangan sahamnya di Facebook sepanjang hidupnya.

-foto Tumblr
Dia yang mempunyai kawalan penuh terhadap masa depan Facebook turut merancang untuk mempercepatkan penjualan saham itu bagi mencari dana untuk The Chan Zuckerberg Initiative.

Katanya pada September 2017, dia merancang untuk menjual 35 ke 75 juta pegangan saham dalam tempoh lapan bulan yang mana ia berjumlah antara AS$6 billion (RM23.4 bilion) AS$12 bilion (RM46.8 bilion).

Sebahagian hasil keuntungan itu akan disalurkan ke Chan Zuckerberg Initative, satu organisasi kebajikan yang dikelola oleh isterinya dalam fokus untuk meningkatkan pendidikan, merawat penyakit, menyatukan masyarakat dan membina komuniti yang lebih kuat.

Pada tahun 2016, mereka melabur AS$3 billion (RM11.7 bilion) untuk organisasi itu dalam penyelidikan untuk pencari penawar pelbagai jenis penyakit. -Business Insider

Sumber TKO - 14-3-2018


Stephen Hawking meninggal dunia
Posted on Wednesday, March 14 @ 14:16:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38630



Pakar fizik teoretikal Britain, Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 75 tahun, kata jurucakap keluarganya hari ini.

"Kami amat sedih kerana bapa tersayang meninggal dunia hari ini.

"Beliau adalah saintis hebat dan lelaki luar biasa yang usaha dan legasinya akan terus hidup," kata anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Press Association Britain.

Sumber TKO - 14-3-2018












Trump Pecat SU Negara Tillerson

Presiden AS Donald Trump telah memecat Rex Tillerson sebagai setiausaha negara kerana perbezaan pendapat dan menggantikannya dengan Pengarah CIA, Mike Pompeo.

“Mike Pompeo, pengarah CIA, akan menjadi setiausaha negara kita yang baru. Dia akan melakukan pekerjaan yang hebat,” kata Trump pada hari Selasa. “Terima kasih kepada Rex Tillerson untuk perkhidmatannya!” Trump menambah.

Menurut Washington Post, Trump meminta Tillerson meninggalkan jawatan itu Jumaat lalu.

Tillerson membatalkan perjalanannya ke Afrika pada hari Isnin dan kembali ke Washington, DC yang menimbulkan persoalan mengenai masa depannya di Jabatan Negara.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Trump mengatakan bahawa “banyak telah dicapai selama 14 bulan yang lalu” dengan Tillerson sebagai diplomat tertinggi AS.

Trump juga berkata di Twitter bahawa Timbalan Pengarah CIA Gina Hapsel akan menggantikan Pompeo sebagai ketua agensi itu. Dia menambah bahawa dia adalah “wanita pertama yang dipilih”.

Sumber BO - 13-3-2018 






























Menyerang dan Menjajah Iraq; AS Tidak Akan Meminta Maaf
















Tentera AS ketika melalui gerbang Baghdad, semasa menyerang Iraq
Setelah lima belas tahun, selepas pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, keasn dan akibat perang yang berterusan terus diperdebatkan.

Menurut agensi pelarian PBB , lebih daripada empat juta orang telah dipindahkan, menjadi pelarian.
Tidak ada angka yang diterima secara meluas, satu jumlah yang pasti tentang kematian orang awam, tetapi anggaran yang dibuat, dari dari ratusan ribu ke jutaan orang.

“Adakah kita suka melakukan sesuatu (sekali lagi), tentu saja,” kata mantan Brigadier Jeneral AS Mark Kimmitt, yang menjawat pangkat sebagai wakil pengarah operasi dan jurubicara ketua tentera di Iraq dari tahun 2003 hingga 2004.
Walaupun Kimmitt menerima hakikat Amerika Syarikat ‘melakukan telah beberapa perkara yang salah’ di Iraq, tetapi beliau menegaskan tentera negaranya tidak meminta maaf kepada sesiapa.

Tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat pada permulaan perang terus membawa kesan yang tidak menggembirakan, termasuk tuduhan bahawa pusat tahanan Amerika Syarikat seperti kem Bucca menjadi alasan pembiakan bagi kumpulan bersenjata di Iraq.
Serangan dan penjajahan Amerika juga telah membantu meletakkan asas bagi pembentukan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) juga dikenali sebagai ISIS.

“Saya bimbang pada masa (akan datang) bahawa penahanan besar-besaran terhadap tentera yang percaya (Iraq menjadi) ancaman keselamatan akan kembali menghantui kita,” kata Kimmitt.

“Saya memberitahu itu kepada rakan-rakan saya dan saya memberitahu itu kepada atasan saya.”  tegasnya.
Semasa beliau bersetuju dengan Perang Iraq mungkin telah mengilhami kumpulan ganas, Kimmitt menegaskan ISIL tidak diwujudkan di Iraq.

Kimmitt berkhidmat di Iraq pada masa ’pembunuhan beramai-ramai’ dilakukan oleh tentera AS di Iraq.

Apabila ditanya mengenai berpuluh-puluh orang awam yang tidak bersenjata tekah terbunuh di tempat-tempat seperti Fallujah, Haditha, Mahmoudiya dan Balad, Kimmitt menafikan sebarang dakwaan bahawa orang awam sengaja dibunuh oleh tentera Amerika.

“Saya tidak mencadangkan seketika bahawa perang memang kadang-kadang membunuh orang awam yang tidak bersalah, itulah harga perang,” katanya.

“Sebagai seorang askar, apa yang anda lakukan adalah cuba meminimumkannya pada semua kos. Tetapi sesiapa yang percaya bahawa kerosakan tidak berlaku dalam perang (mereka sebenarnya) hidup di syurga bodoh.” jelasnya.

Sumber BO - 10-3-2018

Penemuan Tangan Dipotong Cetus Pelbagai Persoalan
Posted on Friday, March 09 @ 10:29:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38547



PENEMUAN 52 tangan yang telah dipotong di bandar Khabarovsk di Siberia, berhampiran sempadan China telah mengejutkan ramai selain mencetuskan banyak persoalan. Kesemua tangan itu ditemui di dalam satu beg oleh penduduk tempatan.

Ia dilitupi dengan salji di Sungai Amur dan dipercayai telah dihanyutkan ke bandar berkenaan.

Kawasan penemuan tangan-tangan itu merupakan lokasi popular untuk memancing namun setakat ini penduduk tidak menemui apa-apa yang mencurigakan kecuali persoalan kenapa tangan-tangan itu dipotong.

Cap jari pula hanya ditemui pada satu tangan. Salah satu teori ialah tangan-tangan berkenaan dipotong kerana mencuri.

Manakala teori lain ia kemungkinan tangan milik simati di hospital tetapi sehingga kini penemuan tangan-tangan berkenaan masih menjadi misteri.

Apa yang dibimbangkan ialah tangan-tangan tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan mencuri organ badan dan tangan itu dipotong bagi mengelakkan mayat dikenalpasti.

“Ia adalah pemandangan yang menjijikan,” kata polis.

Media tempatan melaporkan terdapat pembalut perubatan ditemui pada tangan-tangan tersebut. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 9-3-2018

Rusia luaskan kuasa di Asia Barat dan Afrika

SEJAK tercetus kebangkitan di rantau Asia Barat dan Afrika Utara pada penghujung 2010 dan ekoran percaturan geopolitik yang berlaku, Rusia telah muncul sebagai kuasa yang berjaya membina hubungan baharu dengan negara-negara serantau, dan pada masa sama merapat dan mengukuhkan lagi hubungan dengan sekutu lama Syria dan Iran. 
Kebelakangan ini, walaupun masih kekal sebagai kuasa utama di Asia Barat, Amerika Syarikat mula menyaksikan kemerosotan kuasa dan pengaruhnya, apabila pakatan Rusia, Turki, Syria, dan Iran - bersama aktor bukan negara disokong Iran - mula merapatkan hubungan dan bertindak bertentangan dengan kepentingan Washington.

Dua sekutu penting AS, paling utama Turki, dan juga Qatar, telah bergerak semakin jauh bersama satu kerjasama dan persefahaman dengan Rusia, disebabkan kepentingan nasional masing-masing tergugat oleh perkembangan serantau yang semakin kritikal, melibatkan konflik Syria, dan kepungan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, dan Bahrain bagi Qatar.

Perkembangan terkini, termasuk akibat tindakan politik di Washington yang dihalakan kepada Presiden Donald Trump, berpotensi membantu dan menyumbang kepada tindakan Moscow untuk terus mengukuhkan kuasa dan pengaruhnya di Asia Barat dan kawasan sekitarnya.

Mesir
Selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, hubungan Washington-Kaherah terus berubah walaupun pada masa kini hubungan AS dengan Presiden Abdel Fatah al-Sisi berada pada tahap yang baik, sebahagiannya berkait dengan hubungan baik Sisi dengan Israel, Emiriyah Arab Bersatu, dan Arab Saudi. Walau bagaimanapun, Moscow kini mencapai satu tahap hubungan baik yang baharu bersama Sisi, yang mengharapkan kerjasama dan bantuan Rusia, selain AS. Rusia kini lebih bersedia menghulur bantuan kepada Mesir, dan pada masa sama kerjasama dalam bidang ketenteraan ditingkatkan, memberikan Rusia satu sekutu yang pantainya meliputi timur Mediterranean dan Laut Merah.

Sudan
Sudan yang baru mendapat sedikit kebebasan daripada peminggiran yang dikenakan oleh AS kelihatan mengharapkan kerjasama yang luas dengan Rusia, daripada makanan dan pertanian hingga kepada pertahanan dan diplomasi, ekoran tekanan yang dihadapinya daripada AS. Walaupun sebahagian sekatan telah dihentikan, Khartoum tidak bebas sepenuhnya dan Presiden Omar al-Bashir masih berdepan tindakan mahkamah antarabangsa berhubung dakwaan jenayah perang. Tepat pada masa Rusia meluaskan kerjasama di rantau ini, Sudan menawarkan peluang ini, dan kini satu pangkalan tentera Rusia di Laut Merah mula dipertimbangkan. Pada masa sama, Sudan menjadi pengimport utama gandum Rusia, dan menjalin kerjasama pembangunan ketenteraan. 


Syria-Iran
Bermula 2015, Rusia memulakan operasi ketenteraan di Syria, melindungi pemerintahan Bashar al-Assad yang cuba dijatuhkan oleh Turki, negara-negara Arab dan proksi, dan kuasa-kuasa Barat. Rusia memulakan satu tindakan yang menandakan kesediaannya bertindak sebagai sebuah kuasa global melalui tindakan ini, pada masa sama melindungi kepentingannya melibatkan sebuah sekutu Arab dan pangkalan tentera laut di timur Mediterranean. Bersama Iran, sebuah lagi sekutu Syria, Rusia menegaskan yang Syria ialah di bawah kawalannya dengan lebih tegas. Rusia hampir sepenuhnya menguasai Syria ekoran kelemahan kerajaan Syria yang telah berperang dan kehilangan wilayah selama lima tahun pada masa Rusia campur tangan. -HARAKAHDAILY 22/2/2018


































Sumber HD - 22-2-2018


Calon Datuk Bandar Islam Pertama Dakwa Terima Ugutan Bunuh
Posted on Saturday, February 17 @ 08:07:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38275



WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT: Calon wanita yang bakal bertanding untuk jawatan Datuk Bandar Rochester, di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) didakwa menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Regina Mustafa berkata, ugutan untuk membunuhnya dilakukan oleh Gerakan Militia, awal minggu ini.


"Saya tidak tahu sama mereka berada berhampiran atau di seluruh negara. Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan saya. Setiap ancaman mesti diambil secara serius. Tiada sesiapa yang harus merasa terancam apabila mahu berkhidmat kepada komuniti mereka," katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sebagai tindak balas kepada ugutan tersebut, Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

"Kami menggesa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang negeri dan persekutuan untuk menyiasat ancaman keganasan menyasarkan ahli komuniti minoriti yang ingin mengambil bahagian dalam proses politik di negara kita," kata pengarah esekutif Cair, Jaylani Hussein.

- Sinar Harian/al Jazeera

Sumber TKO - 17-2-2018

Larangan perjalanan Trump mendiskriminasi orang Islam kata Mahkamah
Posted on Friday, February 16 @ 15:25:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38267



WASHINGTON: Mahkamah rayuan persekutuan di Amerika Syarikat (AS) semalam memutuskan larangan perjalanan yang disasarkan kepada 6 negara majoriti Islam melanggar Perlembagaan AS kerana mendiskriminasi atas dasar agama.

Keputusan mahkamah tersebut menjadi satu lagi halangan undang-undang bagi Trump melaksanakan dasar larangan perjalanan itu.

Dengan undian 9 lawan 4, Mahkamah Rayuan Sirkit 4 di Richmond, Virginia itu, menjadi mahkamah rayuan persekutuan ke-2 membuat keputusan menentang larangan itu, kerana mendapati berat sebelah terhadap orang Islam menjadi asas dasar itu.

Mahkamah Agung AS membenarkan larangan itu yang dicadangkan Trump pada perisytiharan presiden pada September walaupun litigasi mencabar dasar itu berterusan dibuat.

Keputusan itu dibuat lebih mendalam berbanding keputusan sebelum ini oleh Mahkamah Rayuan Sirkit 9 di San Francisco, yang mendapati larangan itu melanggar undang-undang imigresen persekutuan tetapi tidak menyebut sama ada larangan itu juga melanggar perlembagaan negara.

Mahkamah Agung sudah mengatakan pihaknya akan mengambil kira kedua-dua isu dalam memutuskan keesahan larangan itu dalam beberapa bulan akan datang.

Para hakim akan bersidang pada April bagi mendengar penghujahan terhadap larangan itu dan mengeluarkan keputusan sebelum akhir Jun.

“Sambil memeriksa kenyataan rasmi Presiden Trump dan pegawai eksekutif cawangan lain, berserta perisytiharan itu sendiri, kami menyimpulkan perisytiharan itu tidak berperlembagaan kerana berbaur kebencian terhadap Islam,” tulis Hakim Mahkamah Sirkit 4 Roger Gregory dalam keputusannya.

Pencabar larangan perjalanan itu “menawarkan bukti yang tidak dapat dipertikaikan berkenaan berat sebelah iaitu kata-kata Presiden Trump sendiri,” tulis Gregory sambil menyebut tentang “komen dan status Twitter menghina oleh Trump terhadap orang Islam.”

Sebagai calon, Trump menjanjikan “halangan kemasukan orang Islam ke AS secara menyeluruh”. Mahkamah juga menyebut tentang perlakuan Trump berkongsi video anti-Islam oleh ahli politik haluan kanan Britain di Twitter pada November lalu.

Dasar Trump itu adalah versi ke-3 larangan yang dikeluarkannya sejak menjadi presiden pada Januari 2017. Dasar itu menghalang kemasukan kebanyakan mereka dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman ke AS. Trump berkata dasar itu diperlukan bagi melindungi AS daripada keganasan oleh militan Islam.

Jurucakap Jabatan Kehakiman AS Kerri Kupec berkata keputusan Sirkit 4 “tidak mengubah status quo dan pihaknya mahu penyelesaian akhir terhadap isu-isu itu oleh Mahkamah Agung.”

“Tiada apa lebih penting buat presiden dan peguam negara (Jeff Sessions) daripada keselamatan semua rakyat Amerika,” tambah Kupec.

“Perintah presiden yang sah dari segi undang-undang tetap menjadi kritikal dalam mencapai matlamat itu.”

Hakim Paul Niemeyer berkata mahkamah harus menghormati presiden dalam hal keselamatan negara. Beliau juga mengkritik majoriti mahkamah itu, mengatakan rakan-rakannya mengguna pakai “keputusan undang-undang baru yang membolehkan penggunaan kenyataan sepanjang kempen untuk menyusun semula tindakan-tindakan rasmi presiden yang kemudian.”

Keputusan pada Khamis itu mempertahankan keputusan oleh hakim mahkamah daerah di Maryland dalam satu kes yang dibawa oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) yang mewakili kumpulan sokongan termasuklah Projek Bantuan Pelarian Antarabangsa.

“Cubaan ke-3 oleh Presiden Trump untuk merendah-rendahkan dan mendiskriminasi orang Islam menerusi larangan imigresen sekali lagi gagal di mahkamah. Ia bukan perkara mengejutkan,”kata peguam ACLU, Cecillia Wang.

Sumber TKO - 16-2-2018


Zuma letak jawatan sebagai presiden Afrika Selatan
Posted on Thursday, February 15 @ 15:47:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38252



JOHANNESBURG: Jacob Zuma, 75, akhirnya tunduk kepada tekanan dan meletak jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

“ANC tidak sepatutnya berpecah-belah kerana saya. Oleh itu, saya memutuskan untuk meletak jawatan,” umum Zuma ketika berucap kepada rakyat.

Pemimpin dilanda masalah itu berkata walaupun tidak bersetuju dengan keputusan Kongres Nasional Afrika (ANC) untuk memecatnya, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden republik tersebut.

Peletakan jawatan Zuma susulan kekacauan selama 2 minggu dalam parti pemerintah selepas beliau enggan berundur apabila diminta berbuat demikian oleh pemimpin tertinggi ANC.

Mesyuarat jawatankuasa eksekutif kebangsaan ANC pada Isnin memutuskan untuk memecat Zuma sebagai presiden dan memberi tempoh kepada beliau sehingga Rabu untuk mengundurkan diri daripada jawatan tertinggi itu.

Pada Rabu, Zuma berkata beliau tidak diberi peluang memberi penjelasan tentang kesalahannya dan mendakwa menjadi mangsa kepimpinan ANC.

Peletakan jawatan Zuma menyaksikan Timbalan Presiden Cyril Ramaphosa dilantik sebagai Pemangku Presiden Afrika Selatan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan pada Khamis atau Jumaat.

Sumber TKO - 15-2-2018





















Bomoh Ditahan Buat 700 Wanita ‘Hamil’
Posted on Friday, February 02 @ 23:57:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38063



SEORANG bomoh dari Guinea, sebuah negara di Afrika Barat, N'na Fanta Camara akhirnya dapat ditangkap polis kerana berjaya ‘menghamilkan' lebih 700 wanita.

Sebenarnya, wanita-wanita tersebut tidak mengandung, sebaliknya diberi makan sejenis tumbuhan aneh dan ubat-ubatan yang menyebabkan perut mereka membengkak untuk jangka masa yang panjang.

Wanita yang terdesak untuk hamil akan mendapatkan bantuan Camara dan membayar kos yang tinggi untuk ramuan herba yang dikatakan penyembuh untuk membantu mereka mendapat anak.

Dia akan menyuruh pelanggannya minum campuran tumbuhan tersebut yang menyebabkan mereka muntah dan cirit-birit, tetapi memberi jaminan bahawa ia adalah sebahagian daripada proses untuk hamil.

Dia meminta mereka tidak pergi ke hospital untuk merawat gejala itu, tetapi boleh berjumpa dengan Etienne Balamou, seorang juruteknik makmal yang membuka klinik rahsia di Conakry, yang polis percaya adalah rakannya.

Pada masa yang sama, ‘ubat’ tersebut akan menjadikan sesetengah perut wanita buncit secara kekal, menyebabkan mereka menganggap telah berlaku kehamilan.

Ada yang melaporkan mengandung selama 12 hingga 16 bulan. Polis percaya Camara bertanggungjawab menipu lebih 700 wanita, mengenakan mereka bayaran AS$33 untuk setiap lawatan.

Bayaran itu mungkin nampak sederhana, tetapi di Guinea, purata gaji bulanan hanyalah sekitar AS$48. Selain menipu, Camara juga menyebabkan masalah hubungan suami-isteri yang serius.

Polis Kolonel Moussa Tiégboro, yang mengetuai siasatan dalam kes ini, memberitahu wartawan bahawa lebih daripada 150 wanita yang datang bertemu Camara yakin bahawa mereka mengandung.

47 daripada mereka membuat imbasan ultrasound dan mereka semua terkejut mendapat tahu tiada bayi dalam perut mereka.

“Suami kepada wanita-wanita ini tidak sabar untuk menimang anak dan ini boleh memecahbelahkan keluarga,” kata Tiégboro.

“Sudah setahun kami berjumpa dengan wanita ini,” kata salah seorang mangsa Camara kepada BBC.

“Semasa lawatan pertama kami, dia memberikan kami ubat daun dan herba yang membuatkan kami muntah.

“Dia memberi jaminan bahawa ia satu petunjuk yang bagus untuk kami. Jika ubat-ubatannya terus dimakan, perut akan mula membesar.

“Tidak lama kemudian, kami berjumpa dengannya sekali lagi, dia buat pemeriksaan dengan hanya menyentuh perut dan mengesahkan kehamilan.”

Pihak berkuasa Guinea percaya bahawa Camara bertanggungjawab menipu lebih 700 wanita berumur 17 hingga 45 tahun dengan membuatkan mereka berfikir mereka sedang mengandung.

Bomoh itu menafikan tuduhan ini. Dia mendakwa bahawa dia hanya membantu dan Tuhan akhirnya bertanggungjawab untuk menentukan kehamilan seorang wanita.

“Saya bekerja keras untuk membantu merealisasikan impian mereka tetapi selebihnya Tuhan yang tentukan,” kata Camara kepada wartawan di Conakry.”

Walaupun menafikannya, mahkamah dijangka mendakwa Camara dengan tuduhan membahayakan nyawa orang ramai. – mStar Online

Sumber TKO - 2-2-2018



Lokasi Pangkalan Tentera Rahsia Amerika Syarikat Dibongkar Oleh Aplikasi Kesihatan Strava
Posted on Monday, January 29 @ 19:10:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37975



Strava merupakan sebuah aplikasi kesihatan dimana orang ramai boleh memuat-naik dan berkongsi maklumat senaman mereka dengan sesiapa sahaja. Ini merupakan sesuatu yang sangat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki senaman mereka untuk menjadi lebih sihat.

Aplikasi Strava ini digunakan oleh pelbagai pihak, termasuklah askar Amerika Syarikat yang ditempatkan di markas-markas rahsia di selurruh dunia. Baru-baru ini, Strava dilihat mengeluarkan sebuah peta data dimana tiga trillion mata GPS para pengguna mereka diperlihatkan pada bulan November 2017.

Masalah disini ialah apabila pihak tentera Amerika Syarikat melihat peta data ini, dan mendapat tahu bahawa terdapat askar-askar mereka yang menggunakan aplikasi Strava ini, dan memuat naik peta larian mereka ke pelayan awanan untuk dikongsi bersama orang ramai.

Peta data tersebut bukan sahaja memperlihatkan peta larian askar-askar tersebut, tetapi juga memberikan gambaran umum beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat yang sepatutnya dirahsiakan.

Untuk Amerika Syarikat, ini adalah sesuatu yang cukup merbahaya kerana lokasi-lokasi rahsia ini berada di kawasan-kawasan dimana konflik-konflik yang cukup serius dan merbahaya sedang berlaku, dan keselamatan askar-askar tersebut boleh terjejas kerana lokasi-lokasi tersebut terbongkar.

Buat masa ini, pihak syarikat Strava masih belum menyatakan apa-apa mengenai menurunkan segelintir data-data yang dimuat-naik ini untuk keselamatan askar-askar tersebut.


Sumber Rujukan: The Guardian



Sumber TKO - 29-1-2018

Ribuan Bantah Sempena Ulang Tahun Pertama Trump


Beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mengambil bahagian dalam perarakan wanita di seluruh negara itu, pada ulang tahun Donald Trump menjadi Presiden.

Di bawah nama Kuasa untuk pilihan raya, perhimpunan pada hari Sabtu telah dialu-alukan sebagai permulaan era baru dalam aktivisme politik wanita.

Penganjur berharap untuk menggalakkan lebih ramai wanita untuk terlibat dalam politik di peringkat tempatan dan kebangsaan, serta serta bantahan terhadap dasar Presiden AS.

Al-Jazeera melaporkan bahawa, apa yang anda lihat pada tempoh satu tahun presiden Trump adalah rasa tidak puas hati yang semakin meningkat terhadap kedudukan wanita.

Matlamat bagi kebanyakan penunjuk perasaan adalah untuk mendapatkan hak wanita, terutama wanita ‘kulit berwarna’, untuk terlibat dalam politik.

Ia bukan hanya mendaftar untuk mengundi, tetapi juga aktif dalam politik samada untuk lembaga sekolah sehingga Kongres Amerika.

Beribu-ribu orang juga menghadiri perarakan di Cleveland; Richmond, Virginia; Philadelphia; New York; Austin, Texas dan di tempat-tempat lain.

Perhimpunan itu adalah tindak balas kepada kenyataan Trump telah dibuat sebelum pengisytiharan beliau menjadi presiden yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap hak-hak wanita, diskriminasi dan menyakitkan hati.

“Saya di sini kerana saya membesarkan dua anak-anak lelaki dan saya mahu mereka menjadi feminis dan saya mahu mereka memahami,

“bahawa ini adalah penting dan ia bernilai dengan berdiri dan bercakap apabila ia betul”, penunjuk perasaan memberitahu Al Jazeera.

Peserta tidak hanya memberi tumpuan kepada penyertaan wanita dalam politik, tetapi juga memberi tumpuan kepada isu-isu seperti gangguan seksual, jurang gaji jantina dan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan.

“Semua masalah-masalah ini, termasuk isu-isu yang lebih besar seperti isu-isu alam sekitar, perkauman, seksisme, ketaksuban agama…. semua isu-isu ini telah bercakap tentang semasa perhimpunan hari ini,” tambahnya.
Bantahan pada Sabtu ini juga bertepatan dengan hari kerajaan AS ‘ditutup’ selepas ahli-ahli Kongres gagal mencapai persetujuan mengenai isu imigresen dan perbelanjaan kerajaan.

Lebih protes terhadap kerajaan Trump dijangka berlangsung pada Ahad dimana berjuta-juta orang akan berkumpul di bandar raya, di seluruh Amerika Syarikat.

Sumber BO - 21-1-2018


Bulu Mata Membeku? Ini Kampung Paling Sejuk Di Dunia!
Posted on Friday, January 19 @ 15:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37819



Beberapa hari lalu, negara kita dilanda paras suhu yang agak rendah iaitu antara 21 hingga 22 darjah celsius.

Suhu sejuk ini agak jarang dinikmati penduduk Malaysia kerana lebih banyak terdedah dengan suhu panas dan cuaca yang tidak menentu.

Maka dengan itu ramai jugalah netizen di media sosial yang memuat status mengatakan mereka seakan berada di London atau Tokyo, Jepun.

Tidak kurang juga ada yang menyunting gambar kampung halaman dilanda salji seperti di Batu Pahat, Johor dan Ipoh Perak.

Perasaan teruja ini boleh dianggap normal kerana negara kita memang jarang menerima suhu mencecah 21 darjah Celsius.

Namun, tahukah anda suhu yang dicapai ketika ini tidak sesejuk mana kerana terdapat sebuah perkampungan di Russia mencecah suhu hingga -50 darjah celsius!

BULU MATA PUN BOLEH BEKU
 

Lembu pun dah kesejukan.
Lembu pun dah kesejukan.

Kawasan tersebut digelar sebagai Kampung Siberia dan terletak di daerah terpencil di Oymyakon.

Apa yang menarik perhatian, kampung ini juga dinobatkan sebagai kampung tersejuk di dunia dengan kadar purata pada Januari ini adalah -50 darjah celsius.

Malah, beberapa laporan media antarabangsa menyatakan keadaan cuaca ini boleh menyebabkan bulu mata penduduk membeku apabila berada di luar rumah dalam tempoh singkat.

Menurut stesen kaji cuaca negara berkenaan, kampung berkenaan mencatatkan -59 darjah Celsius, namun penduduk setempat mendakwa bacaan dicatatkan mereka adalah -67 darjah Celsius.

MASIH MENGGUNAKAN TANDAS LUAR
 

Walaupun kesejukan, penduduk masih gembira tinggal di perkampungan ini.
Walaupun kesejukan, penduduk masih gembira tinggal di perkampungan ini.

Mungkin nampak mengagumkan tetapi apabila termometer digital yang dipasang pada tahun lalu mengalami kerosakan, ia dianggap mimpi ngeri oleh penduduk di sana.

Difahamkan kampung berkenaan dihuni hampir 500 penduduk dan kedudukannya terletak sekitar 750 meter di atas paras laut.

Dari segi budaya kampung berkenaan, kebanyakan rumah masih mempunyai tandas luar dan penduduk kebanyakannya masih membakar arang dan kayu untuk memanaskan suhu rumah. 


Sumber TKO - 19-1-2018



Terusan tertua dan paling cantik di bandar Paris dibersihkan buat pertama kali selepas 2001
Posted on Wednesday, January 17 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37783



Terusan Saint-Martin adalah salah satu daripada laluan air tertua dan paling indah di bandar Paris. Terusan tersebut mempunyai sejarah yang sangat kaya. Pembinaannya telah diperintahkan oleh Napoleon pada tahun 1802 dan siap dibina pada tahun 1825.



Ia direka untuk mengalirkan air segar ke setiap pelusuk bandar tambahan pula jumlah penduduk semakin pesat berkembang di bandar itu. Ia juga merupakan jalan untuk aktiviti perdagangan dan pembiayaan terusan itu diperoleh melalui cukai jualan arak.
Kredit: Wikimedia

Setiap sepuluh atau lima belas tahun, pihak berkuasa Paris akan mengarahkan untuk kerja-kerja pembersihan terusan itu, tetapi kali terakhir terusan itu dibersihkan ialah pada tahun 2001. Akhirnya pada penghujung tahun 2015, pihak berkuasa memutuskan untuk mengeringkan dan membersihkan semula terusan itu.

Disebabkan terusan itu sudah tidak dikosongkan sejak tahun 2001, terdapat banyak sampah di dalam air dan ia kelihatan tidak selamat. Ramai pekerja yang terlibat dalam proses pembersihan yang bermula pada Januari 2016 dan berakhir pada awal April 2016. Proses pembersihan yang memakan masa selama 3 bulan itu menelan kos sebanyak RM40juta.

Mari lihat apa yang telah mereka temui sepanjang proses pembersihan itu dan pasti anda tidak percaya dengan apa yang ditemui!

Untuk memulakan proses pengeringan, empangan diturunkan ke dalam terusan
Ramai penduduk singgah di terusan itu untuk melihat proses pembersihan yang sedang dijalankan
Sebelum terusan dikeringkan sepenuhnya, para pekerja menyelamatkan dan memindahkan ikan-ikan yang terdapat di dalam terusan tersebut



Sebanyak 4500 kilogram ikan berjaya diselamat dan dipindahkan dalam proses pembersihan itu

Setelah pekerja selesai menangkap ikan, mereka mengeringkan terusan sehingga paras air berada pada 20 inci. Beginilah keadaan terusan selepas dikeringkan
Lihatlah longgokan sampah itu. Dahsyatnya! Sesiapa pun tidak menyangka di dalam terusan yang dianggap cantik itu sebenarnya terdapat banyak sampah
Sisa botol-botol arak dan tin minuman terdapat di dasar terusan. Mungkin sikap penduduk atau pelancong asing yang menganggap membuang sampah di dalam terusan itu bukanlah masalah besar. Diharapkan penduduk Malaysia khususnya berhenti membuang sampah di dalam tasik. Jika tidak, anda juga akan melihat kejadian seperti ini di tempat anda.
Terdapat motosikal juga di dalam terusan ini sebenarnya


Sampah yang paling banyak ditemui ialah basikal. Tidak diketahui apakah alasan penduduk di Paris membuang basikal di dalam terusan ini

Kanak-kanak ini melihat deretan bangkai basikal. Mungkin dia menyedari tindakan membuang basikal ke dalam terusan akan merosakkan nama baik negaranya
“Siapalah yang sanggup membuang basikal antik ini” kata warga emas itu
Telefon bimbit juga ditemui. Mungkin seseorang telah mencampakkannya ketika bertengkar dengan si pemanggil?
Radio antik
Kamera antik
Beg beli-belah, kerusi dan … dasar katil?
Sebuah beg pakaian ditemui. Pasti anda juga tertanya-tanya apakah isi kandungannya bukan?
Mangkuk tandas juga dibuang di dalam terusan. Apa sudah jadi dengan penduduk di sana?
Kerusi pejabat dan troli membeli-belah juga ditemui
Mungkin ada penduduk tempatan yang pada mulanya berasa hairan atau tidak setuju dengan keputusan pihak berkuasa untuk membersihkan terusan itu.

Hal ini kerana terusan itu terletak berhampiran dengan kelab malam yang terkenal. Pada mereka mungkin proses pembersihan itu akan memberi kesan kepada tanggapan pelancong asing namun setelah melihat sendiri apa yang terdapat di dasar terusan itu, masing-masing setuju dengan tindakan pihak berkuasa.

Celia Blauel adalah ahli politik yang bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Apabila projek pembersihan selesai, dia memberitahu rakyat Paris untuk menunjukkan penghormatan mereka kepada terusan tersebut dan menjaga persekitaran bandar.

Beliau juga mengatakan bahawa terusan itu sangat bersih sekarang, tidak lama lagi mungkin pihak berkuasa akan membenarkan orang awam berenang di dalamnya.
Kredit: Scooplify

Sumber TKO - 18-1-2018


Pukul Anak Sampai Mati Kerana Hilangkan Telefon
Posted on Saturday, January 13 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37714



WANITA ini lebih sayangkan telefon bimbitnya daripada anak sendiri dan disebabkan si anak telah menghilangkan telefon berkenaan, dia telah memukul anak lelakinya itu hingga meninggal dunia.

Anaknya, Ming Ming, yang berusia sembilan tahun telah diikat di kerusi dan dipukul dengan kayu selama lima jam.

Mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di seluruh badannya termasuk muka dan kepala.

Siasatan menerusi CCTV memperlihatkan kanak-kanak itu merayau di merata tempat di kawasan kejiranan Huang Qiao, China, iaitu kawasan di mana dia menetap di situ bersama ibunya.

Pada pukul 3 petang pula dia dilihat merayau di kawasan taman untuk mencari telefon itu dan sejam selepas itu, dia bertanyakan kepada pengawal keselamatan di kawasan terbabit, Qian,

“Ming Ming kehilangan telefonnya ketika bermain salji. Telefon itu tidak mempunyai sim kad jadi sukar untuk menemuinya apatah lagi ia dilitupi dengan salji,’’ kata Qian.

Menurut laporan Jiangsu News, ibu Ming Ming, Chen menjadi berang apabila mengetahui telefon itu hilang lalu mengikat anaknya di kerusi dan memukulnya dengan kayu mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.

Chen menyatakan dia tidak memukul anaknya berterusan selama lima jam sebaliknya hanya memukulnya lima kali sahaja. Dia juga hanya memberikan anaknya sedikit air.

Wanita itu kemudiannya membawa anaknya ke bilik tidur dan sekitar pukul 5 pagi, dia mendapati Ming Ming terbaring di atas lantai.

Apabila paramedik tiba, Ming Ming sudah tidak bernyawa.


Chen ditangkap dan dia dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-1-2018


Bekas Ketua Yakuza Akhirnya Ditangkap
Posted on Friday, January 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37709



SELEPAS 15 tahun melarikan diri, akhirnya ketua gangster Yakuza, Shigeharu Shira yang melarikan diri dari Jepun dan menetap di Thailand berjaya ditangkap selepas gambarnya yang dirakamkan oleh seorang pelancong tersebar.

Polis mengenalpasti Shira menerusi tatunya yang sama dengan tatu anggota kumpulan jenayah Yakuza yang lain serta jarinya yang kudung.

Jari berkenaan kudung selepas ditetak sebagai hukuman kerana melanggar peraturan kumpulan terbabit.

Shira yang kini berusia 74 tahun hidup dengan bersembunyi bersama isterinya yang berketurunan Thailand. Gambarnya dirakamkan oleh pelancong ketika sedang bermain catur di sebuah taman di Loburi, awal bulan ini.

Gambar terbabit telah menarik perhatian pegawai polis yang memburunya lalu mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand. Shira akhirnya ditangkap.

Dia melarikan diri dari Jepun pada 2003 selepas didakwa membunuh penolongnya dan terlibat dalam beberapa pergaduhan berdarah melibatkan kumpulan samseng. Dia tiba di Thailand pada 2005.

Sepanjang tempoh tersebut dia menetap di hotel dan rumah rakannya untuk mengelak daripada dikesan polis namun selepas kehabisan wang, dia dan isterinya terpaksa tinggal di taman terbabit.


Menurut polis, Shira akan didakwa dengan kesalahan imigresen kerana menetap di Thailand secara haram dan selepas itu barulah dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa di Jepun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 12-1-2018


Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Dek Kemarau 4 Tahun
Posted on Wednesday, January 03 @ 06:54:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37557


TEL AVIV – Ketika Laut Galilee di sempadan Jordan-Israel semakin susut lebih empat tahun lalu, negara haram Zionis itu kini berdepan ancaman kemarau terburuk dalam sejarah modennya.


Ini memaksa Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel memimpin sembahyang khas sambil berdoa memohon hujan turun, bersama-sama dengan sejumlah pemimpin Yahudi di Tembok Ratapan Baitulmaqdis bersebelahan Masjid Al-Aqsa.

Menurut laporan media antarabangsa, langkah tradisional berkenaan terpaksa dilakukan demi meminta bantuan tuhan menurunkan air hujan dari langit dan mengakhiri masalah kekeringan paling kritikal melanda negara itu.

Bencana kemarau sebenarnya sudah melanda Israel sejak tahun 2013 dan menyebabkan negara itu kekurangan bekalan air mentah terutama dari Laut Galilee seluas 167 kilometer persegi yang menjadi sumber utama air tawar.

Turut digelar Kinnereth dalam bahasa Hebrew atau Tiberia dalam bahasa Arab, tasik itu amat dipercayai umat Islam sebagai antara tanda kiamat jika paras turun sehingga kering menyaksikan kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj.

Justeru pelbagai cara terpaksa dilakukan Israel demi memastikan tidak berlaku kerana ia bakal disusuli penurunan Nabi Isa AS dari langit dan kemunculan Imam Mahdi sebelum beberapa tanda akhir menjelang bumi dihancurkan.

Ini termasuk memajukan loji penyahmasinan air dari Laut Mediterranean, penanaman pokok makanan di ladang pertanian yang tidak memerlukan banyak air dan kitar semula kumbahan jutaan penduduk negara Zionis tersebut.

Dalam pada itu, Ariel turut melaksanakan dasar pengagihan ke beberapa daerah yang paling parah kekurangan air, tetapi malangnya segala langkah tersebut masih lagi tidak banyak mengubah keadaan bahkan menjadi lebih parah.

Justeru Ariel, secara kebetulan merupakan penganut ajaran Yahudi Ortodoks, memilih jalan berdoa kepada tuhan sebagai ikhtiar penyelesaian, sekali gus menggemparkan rakyat Israel sendiri khasnya yang berfikiran agak liberal.

“Kami secara signifikan menjimatkan air dan melakukan banyak penyelidikan mengenai cara pembekalan berhemah pada tanaman yang berbeza. Namun, doa turut memberi pengaruh tersendiri,” ulas Ariel dipetik Times of Israel.

Langkah unik Ariel itu bagaimanapun mencetuskan kritikan apabila pelbagai pihak menyatakan seorang menteri Kabinet seharusnya menangani krisis kemarau dengan lebih banyak bertindak proaktif dan bukan sekadar berdoa.

Akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth dalam rencana pengarang berkata, “Doa bukan sesuatu yang buruk, tetapi menteri juga harus memiliki kemampuan perancangan untuk mempengaruhi masalah lebih teruk ketika ini.”


 Justeru tabloid berbahasa Hebrew diterbitkan sejak 1939 itu menyarankan Israel bersama komuniti global terlibat aktif dalam isu perubahan iklim sejagat berbanding ribuan berdoa di tembok suci.  - Kedahnews.com

Sumber TKO - 3-1-2018


























































Trump Tidak Dialu-alukan Datang Ke London

Sambil menyifatkan London sebagai bandar ‘toleransi, penerimaan dan kepelbagaian’, Datuk Bandar London Sadiq Khan bagaimanapun berkata, Presiden Donald Trump adalah tidak dialu-alukan.
Kenyataan bertulis Khan dibuat selepas Persidangan Bandar Raya itu bertanya kepadanya bagaimana,m pihak berkuasa di bandar membuat persediaan untuk lawatan negara rasmi Trump.

“Sebagai Datuk Bandar, saya sentiasa akan bersuara untuk melindungi kepentingan dan keselamatan London. Sebelum ini saya telah menggesa Theresa Mei untuk membatalkan lawatan negara Presiden Trump,
“Selepas kejadian terbaru, di mana Presiden Trump menggunakan Twitter untuk menggalakkan, Kumpulan pelampau yang jahat yang wujud semata-mata untuk menyemai perpecahan dan kebencian di negara kita, ia adalah jelas bahawa mana-mana lawatan rasmi di sini tidak akan dialu-alukan,” katanya.






























Sadiq Khan
Walaupun masih dalam senarai Perdana Menteri Theresa May, Trump dijangka mebuat lawatan rasmi ke Britain untuk mengadakan perbincangan pada bulan Februari.

 
Pada bulan lepas Trump telah menghantar tiga video anti-Islam diambil daripada suapan Twitter daripada ahli kumpulan sayap kanan Britain, menyebabkan kemarahan di UK dan membawa kepada bantahan ahli-ahli politik dan menentang sebarang lawatan beliau.

Perdana Menteri May, menfifatkan mesej yang dihantar semula Trump sebagai “salah”.

Bagaimana pun, Trump enggan untuk membatalkan lawatannya walaupun menerima kritikan meluas, termasuk oleh pihak Datuk Bandar London.

Sadiq Khan berkata, Trump telah mempromosikan ssesuatu yang jahat, menyemai perpecahan dan kebencian di Britain.

Beliau menegaskan bahawa, orang British termasuk dirinya sendiri, suka kedua-dua Amerika dan rakyat Amerika tetapi komen Trump baru-baru ini, bercanggah dengan pendirian Britain pada isu perkauman dan kebencian.

Trump juga dijangka menghadiri pembukaan kedutaan AS yang baharu di Battersea, barat daya London, tetapi tiada tarikh telah ditetapkan.

Sumber BO- 29-12-2017


Wakil Rakyat Isreal Takut selepas hina warga Palestin
Posted on Wednesday, December 27 @ 22:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37466



BAITULMAQDIS: Parlimen Israel memutuskan untuk memberikan pasukan kawalan keselamatan kepada seorang wakil rakyat kontroversi selepas videonya menghina penduduk Palestin menjadi viral.

Tokoh parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Oren Hazan, bertindak demikian kelmarin selepas menaiki bas penduduk Palestin yang dibenarkan meninggalkan Semenanjung Gaza bagi melawat anggota keluarga mereka yang ditahan dalam penjara Israel.

"Anggota keluarga kamu sepatutnya ditanam," katanya dalam rakaman itu, menuntut penumpang mengutuk 'tindakan ganas' terhadap Israel.

"Anak kamu anjing," katanya kepada seorang wanita.

Hazan menggunakan tindakan itu bagi mengkritik dasar Israel memberi permit untuk lawatan seumpama itu ketika Hamas didakwa menahan tiga penduduk awam dan mayat dua anggota tentera Israel.

Seorang wanita dirakamkan menjawab: "Bercakap dengan Hamas untuk melawat anak kamu, bukan kami."

Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial Palestin dan Israel, dan mendapat reaksi daripada jurucakap sayap bersenjata Hamas.

"Daripada menghantar si bodoh melakukan tindakan tidak matang ini, cuba selesaikan isu ini dengan berani dan tidak mengancam wanita," kata Abu Obeida dalam kenyataan kepada pihak berkuasa Israel. - AFP

Sumber TKO - 27-12-2017

Trump, AS Ugut Negara Yang Menentangnya

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengancam untuk memotong bantuan kepada negara-negara yang mengundi, menyokong draf resolusi PBB mengutuk keputusan AS untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel .

Trump berkata di Rumah Putih pada hari Rabu Amerika Syarikat akan ‘mengawasi mereka’ yang mengundi di Perhimpunan Agung.

“Mereka mengambil beratus-ratus juta dolar dan malah berbilion-bilion dolar, dan kemudian mereka mengundi menentang kami.

“Nah, kita sedang mengawasi undi mereka. Biarkan mereka mengundi menentang kami. Kami akan jimat banyak. Kami tidak peduli,” agensi berita Reuters memetik Trump sebagai berkata.

Perhimpunan Agung PBB akan mengadakan sesi tergempar pada hari Khamis untuk mengundi terhadap keputusan AS yang kontroversi kontroversi.

Usul itu dijangka mudah diluluskan badan dunia PBB yang dianggotai 193 negara, tetapi ia akan menjadi tidak terikat.

Komen Trump itu dibuat selepas Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley menghantar surat ancaman kepada negara anggota PBB, menggesa mereka untuk mengundi menentang usul itu.

Haley juga menulis di Twitter, “Amerika Syarikat akan mengambil nama” negara-negara yang mengundi memihak kepada resolusi.

Sehubungan itu, Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki, pada hari Rabu menuduh AS mengancam negara-negara anggota Perhimpunan Agung PBB terlebih dahulu undi.

Malki berkata. pegawai Amerika telah melakukan kesilapan lagi apabila mereka telah mengedarkan surat cuba untuk mengancam negara, dan mengancam keputusan ‘berdaulat’ negara mereka.

“Ini adalah benar-benar takrif baru perintah dunia dalam politik dan ia seolah-olah bahawa pentadbiran Amerika……. meletakkan setem mereka pada realiti politik baru yang akan ditolak oleh banyak negara,” kata Malki.

Trump telah mengisytiharkan pada 6 Disember’ Jerusalem sebagai ibu Israel dan mengumumkan niat untuk memindahkan kedutaannya ke bandar itu.

Langkah tersebut telah segera mengundang perbalahan dan bantahan berskala besar serta kutukan daripada pemimpin-pemimpin di seluruh dunia, terhadap AS

Pada hari Selasa, AS juga telah meggunakan kuasa veto keatas resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa negara-negara untuk tidak mewujudkan misi diplomatik dan memindahkan kedutaan masing-masing ke Jerusalem.

Resolusi yang telah mendapat undi 14 negara menyokong telah terhalang apabila AS menggunakan veto mengatasi majoriti.

Sumber BO - 21-12-2017

































Tips Penting Kembara Kota Paris
Posted on Wednesday, December 13 @ 07:29:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37286




Kita sudah sedia maklum yang Paris ini merupakan kotaraya yang popular di dunia. Ada orang gelarkan kota ini ‘Kota Cinta’. Kalau ke Perancis, kalau tidak ke Eiffel Tower, Paris, memang tidak sah. Mengalir di Kota Paris ialah Sungai Seine, sungai sepanjang 777 kilometer yang merupakan laluan air komersial yang ternama di kota ini.



Paris terkenal dengan muzium-muzium dan mercu tanda seni bina. Musee du Louvre ataupun Muzium Lourve adalah muzium seni yang antara paling banyak dilawati di dunia. Tempat-tempat bersejarah di sepanjang Sungai Seine diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Antara tempat-tempat yang terkenal termasuk the Cathedral of Notre Dame de Paris, The Gothic Royal Chapel of Sainte-Chapelle, Menara Eiffel, Grand Palais, Petit Palais, Arc de Triomphe dan Basilika Sacré-Coeur di bukit Montmartre.


Kota Paris ini memang kita tahu padat dengan pelancong. Jadi kena banyak bersabar sikit dengan kerenah manusia yang berbagai-bagai. Jadi di sini saya ingin kongsikan tips untuk memudahkan anda nanti.


Komunikasi – Orang Perancis ini sangat cintakan bahasa mereka iaitu bahasa French. Mereka akan memilih untuk berbicara dengan orang lain menggunakan bahasa ini walaupun dengan pelancong. Jadi jangan terkejut jika mereka tidak melayan anda jika anda berbahasa Inggeris. Mereka tahu bahasa Inggeris tetapi memilih untuk tidak menggunakannya. Ayat -ayat asas French seperti ‘Bonjour’ (Hello), ‘Merci’ (Terima kasih), ‘Oui’ (Yes), ‘Excusez-moi’ (Excuse me), ‘Parlez-vous anglais?’ (Bolehkah anda berbahasa Inggeris?) mungkin memadai untuk membolehkan mereka menolong anda jika diperlukan.


Penyeluk saku –  Ya penyeluk saku memang ramai di Paris dan mereka tertumpu di kawasan-kawasan yang sesak dan ramai orang terutamanya di stesen-stesen metro. Selalunya mereka akan bergerak berkumpulan dan mensasarkan pelancong macam kita. Jadi berhati-hati. Pastikan barangan berharga di letakkan di tempat yang selamat. Mereka bukan target duit dan barang berharga sahaja, mereka sasarkan pasport kita juga. Pasport kita laku tau, sebab antara pasport paling laku di dunia. Masa kami di sana dulu alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku sebab pihak polis dan keselamatan Paris telah mengetatkan kawalan keselamatan di stesen-stesen metro utama dan juga kawasan yang ramai pelancong. Tetapi malang tak berbau. Beringat sebelum kena.


Penjenayah-penjenayah atau scammers – Mereka sasarkan kita, para pelancong. Paris ini adalah antara kota yang paling banyak dilawati di dunia untuk sekian lama. Dan negara ini mudah dikunjungi oleh para pelancong terutamanya dari Eropah kerana kebebasan mereka bergerak dalam zon Euro ini. Namun begitu kesempatan ini juga diambil mereka untuk mencari rezeki, biarpun secara haram. Penyangak-penyangak ini akan guna pelbagai cara untuk mendapatkan duit dan barang berharga anda. Banyak sebenarnya kaedah mereka ini, antaranya bagi bunga secara tiba-tiba, lepas tu bila kita ambik depa mintak duit. Ada juga cara depa mintak tandatangan, lepas tu bila kita tandatangan, depa minta duit. Yang pasti mereka akan cuba buat kita panik, tertekan, dan dalam masa yang sama mereka akan curi barang kita. Ada yang tanya kita pandai English ke tak, lepas tu mintak duit. Kita kena hati-hati lah ok. Mereka sasarkn pelancong macam kita dan mereka bergerak secara berkumpulan selalunya. Sekali lagi, HATI-HATI. 


Tandas di Paris – Kat Paris, tandas tidak menggunakan air, guna tisu sahaja. Jadi bawa botol air. Nanti boleh digunakan untuk berwuduk juga.


RATP – RATP ini merupakan aplikasi (apps) yang penting untuk anda gunakan di sini. Ia adalah aplikasi untuk sistem transit di Paris, termasuk bas, metro, dan RER. Ada versi lite yang percuma yang bagi kami sudah cukup untuk kembara kami di sini. Dengan aplikasi ini, anda bukan sahaja dapat mencari peta, tetapi juga merancang perjalanan, mengetahui bila bas seterusnya akan datang, mengenalpasti stesen yang berdekatan anda, stesen yang berada di bawah pengubahsuaian/ditutup, maklumat lalu lintas (termasuk tunjuk perasan dan demonstrasi), dan jadual waktu. Apps ini amat membantu kami di sini. Anda cuma perlu masukkan destinasi anda dan apps ini akan menyenaraikan pilihan cara dan pilihan hentian metro untuk anda ke destinasi pilihan. Jika anda tidak pasti stesen Metro mana berada berhampiran, anda hanya perlu semak melalui apps ini. Mudah kan? Namun, sudah tentu anda memerlukan internet untuk menggunakan apps ini. RATP boleh diinstall melalui Google Play atau Apps Store.


Papan Coklat – Saya tak tahu nak bagi nama apa tapi kalau anda berada di stesen metro ataupun di tempat-tempat pengangkutan awam, akan ada signboard warna coklat tertulis nama lokasi pelancongan / tempat-tempat menarik. Maksudnya, jika anda berhenti di stesen metro tertentu, akan ada signboard ni menandakan lokasi yang tertulis itu adalah lokasi yang terdekat dengan stesen metro tersebut. Sebagai contoh, Bir-Hakaem adalah stesen metro yang dekat dengan Eiffel Tower, jadi apabila anda berhenti di stesen ini, akan ada papan coklat menandakan anda sudah sampai dekat Eiffel Tower. Cuma ikut anak panah dan anda akan sampai ke destinasi.



 Papan tanda coklat Eiffel Tower di stesen metro Bir-Hakaem




Kedai Cenderahati – Anda boleh beli cenderahati dengan harga yang berpatutan di Montmartre, berhampiran dengan Sacre-Coeur.


Penjual-penjual jalanan – Selalunya di tempat-tempat popular seperti Eiffel Tower atau Sacre-Coeur, ada penjual-penjual cenderhati jalanan yang menjual key chain atau replika Eiffel Tower atau cenderahati lain dengan harga yang amat murah. Anda boleh dapat 10 key chain dengan harga yang amat murah. Amat murah berbanding jika anda beli di kedai-kedai cenderahati biasa. Tapi anda kena berhati-hati berurus niaga dengan mereka ini kerana penjual-penjual ini kebanyakkannya berniaga secara haram dan anda boleh ditangkap polis semasa sedang berurus niaga.


Waktu Masuk Muzium Percuma – Ada beberapa muzium di Paris ini anda boleh masuk tanpa dikenakan sebarang bayaran. Antaranya Musee du Louvre, Musee De Orsay dan beberapa muzium lagi. Dengan syarat, anda datang pada hari Ahad pertama setiap bulan dalam bulan Oktober hingga Mac setiap tahun.


Kad diskaun di La Vallee Village – Anda boleh minta kad diskaun 10% di Welcome Centre. Kad diskaun ini tidak memerlukan pembelian minimum. Misalnya jika anda beli beg €60, anda guna kad diskaun ini, anda dapat beli beg dengan harga €54. Namun begitu, anda tidak akan dapat tax refund jika menggunakan kad ini.
Macaroon Murah – Harga macaroon di Ladurée adalah agak mahal. Jadi pilihan lain anda boleh cuba adalah McDonald’s di Paris kerana restoren makanan segera ini juga ada menjual macroon dengan harga yang murah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut panduan melancong ke Paris terutama dari segi pengangkutan, penginapan, makan minum dan tempat-tempat menarik, boleh layari blog saya di: http://aizennasa.com/kembara-kota-paris-kota-cinta-perancis/

Penulis: Aizen Nasa

Sumber TKO - 13-12-2017

Wanita Tuntut Siasatan Serangan Seksual Trump


Tiga wanita yang menuduh Donald Trump telah melakukan serangan seksual dan menggesa Kongres untuk melancarkan siasatan bebas tindakan terhadap Presiden Amerika Syarikat.

Samantha Holvey, Rachel Crooks dan Jessica Leeds pertama kali membuat pada tahun lepas, memperincikan keadaan berasingan di mana mereka berkata Trump secara paksa mencium dan meraba mereka, sebelum beliau menjadi presiden.

“Ini bukan isu partisan. Ini adalah bagaimana wanita dilayan setiap hari,” kata Holvey, bekas peserta ratu cantik Miss USA, pada sidang akhbar di New York pagi Isnin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pentadbiran Trump hari yang sama, bagaimana pun telah menafikan dakwaan wanita terbabit.

“Tuntutan palsu, sama sekali dipertikaikan dalam kebanyakan kes dengan keterangan saksi, ditangani dengan panjang lebar semasa kempen tahun lepas,

“dan rakyat Amerika menyuarakan pertimbangan mereka dengan memberikan kemenangan muktamad,” menurut kenyataan White House yang dipetik The Washington Post.

Bercakap kepada pemberita pada hari yang sama, Setiausaha Akhbar White House Sarah Sanders berkata Presiden telah menafikan semua dakwaan itu.

“Ini berlaku lama sebelum beliau dipilih sebagai Presiden dan rakyat negara ini, pada pilihan raya penentu, Presiden Trump disokong,” kata Sanders.

Tetapi gesaan wanita untuk siasatan rasmi ke atas tindakan Trump turut dibangkitkan anggota Senat parti Demokrat yang telah menekan agar Trump untuk meletakkan jawatan atas dakwaan serangan seksual.

“Kita mempunyai seorang presiden yang mengakui pada pita rakaman bahawa dia menyerang wanita.

“Saya berharap bahawa dia (Trump) memberi perhatian kepada apa yang berlaku dan berfikir tentang meletakkan jawatan,” kata Bernie Sanders menulis di Twitter Khamis lepas.

Sekurang-kurangnya 16 wanita telah tampil menuduh Trump melakukan salah laku seksual sejak dia mula-mula melancarkan kempen untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, menurut penganjur sidang akhbar semalam.

Holvey adalah peserta dalam pertandingan ratu cantik ‘Miss USA’ apabila beliau mengatakan Trump memasuki kawasan belakang semasa keeadaan wanita sedang bersiap untuk memakai baju.

Katanya kepada CNN pada bulan Oktober 2016, Trump secara peribadi memeriksa setiap peserta secara individu dan beliau melangkah di hadapan setiap gadis dan melihat tubuh mereka dari kepala ke kaki.'

Manakala Crooks bekerja sebagai penyambut tetamu di Menara Trump apabila dia mengatakan bahawa Trump secara paksa mencium mulutnya.'

“Saya rasa tiada apa yang saya boleh lakukan,” kata Crooks pada Isnin mengenai kejadian itu.

Leeds, sementara itu berkata, beliau duduk di sebelah Trump di atas kapal terbang pada tahun 1970 apabila dia secara paksa telah diraba oleh Trump hingga mencecah sehingga ke ‘skirt’nya.
Bagaimana Leeds berkata dia berjaya melarikan dari Trump dan kemudian berpindah ke bahagian belakang pesawat, di mana dia menunggu untuk semua penumpang lain untuk turun, sebelum dia boleh bergerak.

“Itu adalah kali terakhir saya memakai ‘skirt’,” kata Leeds pada sidang akhbar itu.
Beliau berkata kemenangan presiden Trump November lalu benar-benar memusnahkan hidup beliau.

Sumber BO - 12-12-2017

Trump isytihar darurat di California, kebakaran terburuk 80 tahun
Posted on Saturday, December 09 @ 18:56:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37234



GLOBAL 9 DIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terpaksa mengisytiharkan darurat di California, ekoran kebakaran merebak ke beberapa gunung di sekitar Los Angeles.

Menurut White House, perisytiharan itu dibuat bagi memudah kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan susulan keadaan kecemasan akibat kebakaran hutan bermula awal bulan ini.
'
Ia juga bagi mengagihkan dana kecemasan kerajaan ke tempat yang dilanda bencana, termasuk Los Angeles, Riverside, San Diego, dan daerah Ventura.

NEWSWEEK melaporkan empat kebakaran terus marak di selatan California pada hari Khamis, dengan amaran yang berkuatkuasa pada hari Sabtu.

Kebakaran merebak ke arah Los Angeles, dan awal minggu ini, menjadikannya ke pantai Pasifik dengan asap-asap yang kelihatan dari satelit NASA.

Sebelum ini dilaporkan hampir 200,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran hutan di selatan California yang semakin buruk.

Agensi Berita Antarabangsa BBC NEWS melaporkan, kira-kira 5,000 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran di empat hutan yang telah memusnahkan ratusan kediaman di selatan negeri ini.

Jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat apabila kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di utara San Diego.






Sumber TKO - 9-12-2017


AS kuatkuasa sekatan perjalanan ke atas 6 negara Islam, Korea Utara
Posted on Saturday, December 09 @ 11:36:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37229


Amerika Syarikat pada hari Jumaat melaksanakan sepenuhnya sekatan perjalanan terhadap enam negara majoriti Islam, Korea Utara dan Venezuela, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.


Sekatan itu diumumkan dalam pengisytiharan yang ditandatangani Presiden Donald Trump pada bulan September tetapi berdepan cabaran perundangan. Mahkamah Agung AS memutuskan pada hari Isnin untuk membenarkan perintah itu dikuatkuasakan sementara prosiding undang-undang diteruskan.

"Jabatan mula melaksanakan perisytiharan penuh pada pembukaan waku perniagaan (waktu setempat) di kedutaan AS dan konsulat di luar negara hari ini, Jumaat, 8 Disember 2017," kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.

Keselamatan negara adalah keutamaan dalam operasi visa Amerika Syarikat, katanya, dan kedutaan dan konsulat akan melaksanakan sepenuhnya pengisytiharan itu untuk "melindungi rakyat Amerika."

"Semua negara berkongsi tanggungjawab untuk mencegah serangan pengganas, jenayah transnasional, dan penipuan imigresen," katanya.

Lapan negara, termasuk Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria, dan Yemen, dituduh gagal mematuhi syarat AS yang digubal untuk memastikan pengunjung tidak menimbulkan ancaman keselamatan nasional.

Perintah itu mengarahkan supaya ditingkatkan keupayaan saringan di pejabat misi diplomatik AS.

Sekatan itu boleh ditarik balik jika negara-negara yang disasarkan itu bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memastikan keselamatan rakyat Amerika, demikian menurut Jabatan Negara.
Sekatan perjalanan terhadap Korea Utara adalah simbolik, kerana rejim komunis itu mengenakan kawalan ketat terhadap perjalanan rakyatnya dan sedikit yang dirasakan datang ke AS.

Ketegangan antara Washington dan Pyongyang telah meningkat selama beberapa bulan berhubung ujian rejim senjata nuklear dan peluru berpandu balistik yang disasarkan ke tanah besar AS. [Baca berita penuh]
- Bernama

Sumber TKO - 9-12-2017



Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis
Posted on Thursday, December 07 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37204



KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

"Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa," kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.

Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

"Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

"Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan," kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sumber TKO - 7-12-2017


12 Tahun Jadi Pencuri TV Hotel
Posted on Tuesday, December 05 @ 16:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37166
PEMILIK hotel dinasihatkan berhati-hati kerana tidak semua tetamu yang berpakaian kemas dan nampak baik itu betul-betul baik orangnya!


Seorang lelaki India telah 'membuktikannya' apabila dia berjaya mencuri lebih dari 120 set TV hotel dalam masa empat bulan.

Vasudev Nanaiah, 37, ditangkap bulan lalu dan didakwa dengan 21 tuduhan mencuri selepas menimbulkan kekacauan dalam kalangan hotel-hotel bajet di selatan India dengan mencuri sejumlah set TV dari bilik yang ditempahnya.

Pencuri TV itu akan menempah bilik melalui telefon dan sentiasa membuat sedikit bayaran pendahuluan, memaklumkan kepada kakitangan bahawa dia akan tinggal di situ selama beberapa hari, untuk mengelakkan kecurigaan.

Nanaiah biasanya tiba dengan bagasi besar dan sekiranya peti TV itu lebih besar berbanding bagasi yang dibawanya, dia sanggup keluar dan membeli bagasi baharu.

Menurut polis, pencuri terbabit akan mengelirukan kakitangan hotel dengan berjalan mundar-mandir di hotel bersama bagasinya sambil memberi pelbagai alasan, tetapi mereka tidak pernah mengesyaki bahawa dia akan keluar dan tidak akan kembali lagi ke hotel tersebut.

Nanaiah disifatkan sebagai individu yang 'tidak pernah menimbulkan kecurigaan' oleh kakitangan hotel yang menggambarkannya sebagai orang yang baik.

Menariknya, tetamu hotel licik itu mula-mula ditahan pada Oktober tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Lelaki itu tidak membuang masa dan meneruskan aktivitinya dalam masa beberapa hari selepas dilepaskan.

Malangnya, dia telah diawasi polis yang menumpaskannya kegiatannya bulan lalu ketika dia cuba menjual semula beberapa set TV.

"Kami menahannya awal bulan ini ketika dia cuba menjual set TV ke penjaga kedai yang memaklumkan kepada pihak polis," kata polis Bangalore, sambil menambah bahawa kira-kira 20 set TV telah ditemui.

Siasatan itu juga mendedahkan bahawa Nanaiah telah mencuri kira-kira 100 buah TV dari hotel-hotel di negara-negara jiran Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.

Nanaiah memberitahu polis bahawa caranya itu lebih rendah risiko dan mudah.

Mencuri 120 set TV hotel hanya dalam empat bulan kedengaran agak luar biasa, tetapi bagi Nanaiah ia hanyalah pencapaian terbaru dalam kerjaya jenayah yang telah lama dilakukan.

Nanaiah mengaku telah mencuri TV hotel selama lebih dari 12 tahun dan sumber-sumber polis Bangalore percaya dia mungkin telah mencuri dan menjual lebih 1,000 buah TV sepanjang tempoh itu.

Sumber TKO - 5-12-2017







































Puluhan Ribu Rakyat Israel Bantah Netanyahu

Kira-kira 20,000 rakyat negara haram Israel telah menunjukkan perasaan di Tel Aviv pada hari Sabtu, menentang rasuah kerajaan dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang kini sedang dalam siasatan jenayah berhubung isu penyalahgunaan jawatan.

Demonstrasi itu adalah yang terbesar dalam protes anti-rasuah mingguan tercetus oleh dakwaan rasuah terhadap Netanyahu, tetapi beliau menafikannya.

Pemimpin empat penggal rejim itu disyaki terlibat dalam dua kes, melibatkan menerima hadiah daripada ahli perniagaan yang kaya dan yang kedua melibatkan rundingan perjanjian dengan pemilik akhbar untuk liputan yang lebih baik sebagai balasan menarik sekatan pada setiap hari saingan.

Bantahan pada Sabtu itu didorong oleh draf undang-undang dijangka disahkan oleh Parlimen minggu depan, yang akan menghalang polis daripada menerbitkan dapatan mereka dalam dua penyiasatan Netanyahu.
Pengkritik berkata draf undang-undang adalah satu percubaan yang terang-terangan untuk melindungi Netanyahu dan membiarkan orang ramai tidak mendapat meaklumat tentang penyiasatannya.

Penyokong undang-undang itu berkata ia bertujuan untuk melindungi hak-hak suspek.

Netanyahu berkata, beliau tidak mempunyai kepentingan dalam mempromosikan perundangan peribadi tetapi dia tidak mengarahkan dua penajanya, kepercayaan rapat dalam parti Likud, untuk menarik balik rang undang-undang itu.

Netanyahu menyifatkan dirinya sebagai mangsa buruan politik dan berkata tentang kes terhadap beliau: “tidak akan ada apa-apa kerana tada apa-apa”

Jika dikenakan hukuman, beliau akan berada di bawah tekanan berat untuk meletakkan jawatan atau boleh mengadakan pilihan raya untuk menguji sama ada dia masih mempunyai mandat.

Sumber BO -3-12-2017


Pesalah Perang Bosnia Minum Racun
Posted on Thursday, November 30 @ 07:04:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37067



ZAGREB: Komander pasukan perang Bosnia Croatia, Slobodan Praljak maut selepas meminum racun, sejurus selepas hakim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menolak rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara 20 tahun, susulan jenayah perang ke atas masyarakat Islam Bosnia.

Stesen televisyen tempatan Croatia melaporkan, sumber yang rapat dengan Praljak memberitahu bahawa beliau meninggal dunia di hospital The Hague.


Kejadian itu berlaku pada saat-saat terakhir ketika hukuman dijatuhkan.

Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1993 akan berhenti operasi bulan depan, sebaik sahaja mandat diberikan tamat tempoh.
-Sinar Harian/Reuters

Sumber TKO - 30-11-2017


Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah
Posted on Monday, November 27 @ 16:23:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37023



GIZZERIA (Itali) - Polis Itali menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.

Bagaimanapun, sejak kematian jagaannya itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu.

Mangsa dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa.
Suspek turut memaksa anak lelaki berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa.

Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus sebelum melawat rumah mereka.

Gambar yang didedahkan polis di media sosial menunjukkan keadaan bilik bawah tanah tempat mangsa dikurung yang dipenuhi sampah, kotak buruk selain makanan luput tarikh serta roti berkulat.

Selain itu, tempat tidur mangsa juga hanya dibuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat membuang air.

Mangsa diseksa setiap hari dengan ditumbuk selain luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun langsung tidak diberikan sebarang rawatan.

“Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual,” kata polis. – Agensi/myMetro Online

Sumber TKO - 27-11-2017

Syarikat rokok di AS terpaksa iklan AS$1 juta sejam mengaku berbohong
Posted on Monday, November 27 @ 09:02:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37013
PETALING JAYA: Bermula semalam, syarikat gergasi rokok di Amerika Syarikat mula mengambil ruang iklan muka surat penuh di akhbar harian sehingga Mac depan untuk membuat pengakuan yang merokok boleh menyebabkan maut, selepas arahan mahkamah.
Pada masa sama, syarikat rokok juga dipaksa membayar iklan televisyen yang akan dipaparkan setiap malam pada waktu puncak selama setahun.

Ia merupakan keputusan Mahkamah Persekutuan AS selepas kes yang sudah berusia 19 tahun yang dibawa Jabatan Kehakiman (DoJ).

Syarikat rokok Altria, RJ Reynolds, Lorrillard dan Philip Morris dijangka membelanjakan beratus juta dolar untuk mengiklan di 50 akhbar tempatan.

Kos mengiklan itu boleh mencecah AS$1 juta sejam atau AS$8.2 bilion setahun, dan akan turut dipaparkan di kedai runcit dan pusat hiburan dewasa.

Pada 2006, sebuah mahkamah mendapati syarikat tersebut tidak jujur dan menipu rakyat AS. Selepas proses litigasi yang berjalan selama 10 tahun, persetujuan dicapai mengenai bentuk dan format kenyataan pembetulan yang perlu dikeluarkan syarikat rokok.

Antara kenyataan yang akan diiklankan ialah:

“Lebih ramai terkorban setiap tahun akibat merokok daripada dibunuhm AIDS, bunuh diri, dadah, kemalangan dan alkohol.”

“Apabila anda merokok, nikotin mengubah otak anda — sebab itu susah untuk berhenti merokok.”

Bagaimanapun, undang-undang tidak menghendaki syarikat rokok antarabangsa itu membuat kenyataan itu di luar AS.

Sumber TKO - 27-11-2017



Mugabe akhirnya letak jawatan
Posted on Wednesday, November 22 @ 11:21:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36926



HARARE - ZIMBABWE . Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletak jawatan, sekaligus mengakhiri era pemerintahannya sejak negara itu merdeka, lapor agensi berita China Xinhua.

"Saya, Robert Gabriel Mugabe, berdasarkan Seksyen 96 subseksyen 1 Perlembagaan Zimbabwe, dengan ini secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Presiden Zimbabwe dengan serta-merta," kata Mugabe dalam surat peletakan jawatannya.

Katanya, "keputusan untuk meletak jawatan adalah secara sukarela kerana prihatin dengan kebajikan rakyat Zimbabwe dan keinginan untuk memastikan peralihan kuasa yang lancar, aman dan tidak ganas".


Peletakan jawatan Mugabe, 93, diumumkan pada Selasa oleh Speaker Parlimen, Jacob Mudenda semasa sidang Parlimen yang membahaskan prosiding pemecatan beliau.

Mudenda, kemudian mengumumkan penggantungan perbahasan dan akan segera menjalankan proses undang-undang untuk melantik presiden negara yang baharu, selewat-lewatnya pada Rabu. - Bernama

Sumber TKO - 22-11-2017


Mugabe enggan berundur, kejutkan rakyat
Posted on Monday, November 20 @ 08:41:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36863


HARARE 20 Nov. - Presiden Robert Mugabe mengejutkan rakyat Zimbabwee semalam, apabila tidak menyatakan tentang peletakan jawatannya dalam satu ucapan televisyen sekali gus menafikan keputusan partinya, ZANU-PF yang terlebih dahulu memecat beliau dan ratusan ribu penunjuk perasaan yang meraikan kejatuhan pemimpin itu.
Menurut dua orang sumber dan seorabg pegawai kanan kerajaan, Mugabe akan mengumumkan peletakan jawatannya kepada umum selepas parti beliau memecat presiden itu.
Bagaimanapun, dalam ucapan yang disiarkan dari pejabat Dewan Negara, Mugabe yang duduk bersama barisan jeneral mengakui kritikan daripada ZANU-PF, tentera dan rakyat namun beliau langsung tidak menyebut tentang kedudukannya dalam kerajaan. - REUTERS

Sumber TKO - 20-11-2017


Siapa Jack the Ripper terbongkar
Posted on Sunday, November 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36844



Identiti pembunuh bersiri kejam misteri London, England yang digelar sebagai Jack the Ripper akhirnya terbongkar selepas 129 tahun.

Lebih menarik, lelaki itu turut dikatakan individu sama dengan pembunuh kejam terkenal Amerika Syarikat, H H Holmes atau nama sebenarnya Herman Webster Mudgett.


Pendedahan itu dilakukan cicit Holmes, Jeff Mudgett selepas menemui diari peribadi pembunuh terbabit diikuti siasatan serta kajian terperinci.

Penjelasan terhadap penemuan besar itu turut dikongsi dalam siri dokumentari American Ripper yang boleh disaksikan di saluran History setiap Rabu jam 9.55 malam.

Mudgett dalam temu bual eksklusif bersama Harian Metro baru-baru ini menegaskan kes itu dianggap sudah selesai berdasarkan beberapa bukti kukuh yang menunjukkan Holmes dan Jack the Ripper adalah individu sama.

“Saya menggunakan kepakaran dan pengalaman sebagai peguam untuk mengenal pasti tulisan tangan diari Holmes serta surat daripada pembunuh kejam di London.

“Selain itu, saya turut bekerjasama dengan pakar dan siasatan menunjukkan penulisan berkenaan adalah sama. Ini salah satu fakta yang menunjukkan moyang saya adalah Jack the Ripper,”
katanya.

Biarpun kejadian pembunuhan bersiri berlaku di dua negara berbeza lebih satu abad lalu, Mudgett berkata, syarikat perkapalan masih menyimpan rekod penumpangnya sehingga sekarang.

“Rekod terbabit menunjukkan Holmes pernah berlayar ke London dan saya percaya dia menulis surat misteri itu ketika di sana,” katanya.

Kesungguhan Mugdett melakukan siasatan terhadap Holmes menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli keluarganya, tidak kurang juga reaksi negatif daripada orang sekeliling.

“Pada mulanya, keluarga menjadi marah dan kecewa berikutan saya sanggup berhenti sebagai peguam demi menyelesaikan kes ini.

“Pada masa sama, kes itu turut menjejaskan kehidupan mereka, namun, selepas siasatan berjalan lancar, keluarga mula memberi sokongan,” katanya.

MUDGETT menimbulkan rasa kurang senang ahli keluarganya.

Mudgett berkata, dia mula mengetahui asal usul moyangnya dan latar belakang gelap Holmes ketika usia 13 tahun.

“Memang saya terkejut besar apabila mendapati siapa sebenar moyang. Tak sangka dia membunuh dan menyeksa mangsanya tanpa belas kasihan.

“Orang menganggap kejahatan Holmes diwarisi kepada keturunannya. Bagi saya, perkara seperti itu adalah mengarut.

“Saya sedar siasatan ini menerima kecaman ramai namun, orang ramai harus menerima hakikat kes Jack the Ripper dan Holmes sudah selesai,” katanya.

Menurut Mudgett, siasatan terbabit turut menarik minat sebuah produksi untuk menghasilkan filem

Devil in the White City yang menampilkan pelakon Leonardo Di Caprio sebagai Holmes.

“Saya teruja untuk melihat hasil karya itu dan berharap filem berkenaan dapat membekalkan maklumat mencukupi kepada penonton dan bukannya kisah tahyul mengenai Jack the Ripper,” katanya.

Untuk pengetahuan pembaca, Holmes dalam perbicaraannya mengakui membunuh 27 individu dalam hotel miliknya di Chicago. Namun, bukti menunjukkan sembilan individu dibunuh dan beberapa mangsa Holmes didapati masih hidup.

Siri pembunuhan dilakukan Holmes bermula pada 1891 selama empat tahun sebelum dia diberkas pihak berkuasa selepas membunuh rakan baiknya, Pitezel pada 1984.

Ajaibnya, Holmes yang juga penipu hebat tidak pernah melakukan sebarang kecederaan terhadap tiga isterinya.

Bagi Jack the Ripper pula, siri pembuhunan kejam berlaku di daerah Whitechapel, London pada 1888 dan membabitkan pelacur.

Mangsa ditemui dengan kesan kelar pada leher, tikaman di perut dan organ dicabut.

Bagaimanapun, identiti pembunuh tidak pernah ditemui dan hanya surat dipercayai daripada pembunuh dihantar kepada media.


Sumber TKO - 19-11-2017

Presiden Zimbabwe Dikenakan Tahanan Rumah
Posted on Thursday, November 16 @ 14:34:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36766



HARARE- ZIMBABWE: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe kini berada dalam keadaan selamat setelah diletakkan di bawah tahanan rumah selepas pergolakan yang berlaku, lapor Independant.UK.

Tentera Zimbabwe menjelaskan rampasan kuasa yang berlaku menyasarkan penjenayah yang berada di 'sekitar' Mugabe.


Pihak mereka turut mengetatkan kawalan di bangunan kerajaan dan meronda di ibu kota setelah pergolakan berlaku hingga menyebabkan rampasan kuasa tentera dan menawan sebuah stesen nasional.

Walaupun tindakan tersebut mencetuskan spekulasi rampasan kuasa, namun penyokong tentera memujinya sebagai ' tindakan yang betul tanpa darah'.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 16-11-2017


Jeneral ‘Penghapusan Etnik’ Rohingya Digantikan
Posted on Tuesday, November 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36709



YANGON: Myanmar menggantikan jeneral tentera yang mengetuai operasi penghapusan etnik di negeri Rakhine, Maung Maung Soe, menurut pegawai media tentera hari ini.

Sehingga kini, Myanmar tidak mendedahkan sebab utama Maung Soe dipindahkan daripada jawatannya sebagai ketua Petugas Barat di Rakhine.

“Saya tidak tahu mengapa dia dipindahkan. Dia tidak ditukarkan ke jawatan lain, dia kini diletakkan dalam simpanan,” kata Jeneral Aye Lwinhe kepada Reuters.
- REUTERS

Sumber TKO -14-11-2017



Jangan panggil kami Korea Utara
Posted on Monday, November 13 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36672



MEDIA Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara diberi ‘pengajaran’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.

Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media di Stadium i-mobile di sini hari ini.


Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.

Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Malaysia akan bertemu Korea Utara sekali lagi jam 7 malam esok (8 malam waktu tempatan) di stadium yang sama, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lepas.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan Mac lepas tetapi ditunda hingga kini kerana hubungan diplomatik antara dua negara berikutan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada Februari lepas.

Perlawanan itu juga menjadi mangsa kepada keadaan yang semakin buruk di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.- Bernama

Sumber TKO - 122-11-2017


Trump Bengang Dipanggil "Tua"
Posted on Sunday, November 12 @ 18:32:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36665




HANOI: Walaupun tidak berpuas hati kerana Kim Jong Un  memanggilnya "tua", Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau bagaimanapun tidak akan memanggil pemimpin Korea Utara itu "pendek dan gemuk".


Trump meluahkan pandangannya itu menerusi tweet pada Ahad ketika menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di resort tepi pantai Da Nang, Vietnam.

"Kenapa Kim Jong-un memalukan saya dengan memanggil saya 'tua', sedangkan saya tidak akan memanggilnya 'pendek dan gemuk'. Saya cuba untuk menjadi kawannya, mungkin ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti!"

Hubungan Trump dan Jong un dipenuhi dengan pelbagai kata-kata ancaman dan penghinaan susulan program peluru berpandu nuklear Korea Utara.

Setakat ini, Pyongyang telah melaksanakan ujian nuklear ke enam pada 3 September lalu.

Sumber TKO - 12-11-2017




























































Myanmar Hukum Penjara Petugas Media Singapura Dan Malaysia


Sebuah mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara dua bulan keatas dua anggota media yang bertugas untuk penyiar Turki, bersama-sama dengan jurubahasa dan pemandu mereka.

selama dua bulan pada hari Jumaat (Nov 11) untuk melanggar undang-undang pesawat dengan penggambaran dengan berdengung.

Jurukamera Lau Hon Meng dari Singapura dan wartawan Mok Choy Lin dari Malaysia, telah ditahan pada 27 Oktober telah didapati bersalah, melanggar undang-undang melakukan penggambaran pesawat ‘drone’.

Rakyat Myanmar yang menjadi jurubahasa Aung Naing Soe, dan pemandu mereka Hla Tin, turut menjalai hukuman sama.

Mereka semua bekerja untuk sebuah filem dokumentari bagi TRT World, anak syarikat Televisyen Corporation dan radio Turki berbahasa Inggeris.

Keempat-empanya ditahan kerana cuba untuk menerbangkan drone berdengung berhampiran Parlimen di ibu negara, Naypyidaw.

Walaupun tiada diantara mereka adalah warga Turki, kes itu dipercayai mempunyai kaitan hubungan diplomatik yang tegang berikutan Presiden Tayyip Erdogan menuduh tentera Myanmar melakukan ‘penghapusan etnik’ terhadap minoriti Rohingya Islam.

Polis pada mulanya memulakan siasatan sama ada mereka telah melanggar peraturan impot-ekspot yang membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara,.

Namun hakim telah memperkenalkan caj melanggar Akta Pesawat 1934 Burma, yang membawa maksimum hukuman tiga bulan.

Kedua-dua jurukamera dan wartawan mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
“pelanggan kami mengakui bahawa mereka melakukan jenayah itu dengan harapan mereka hanya akan dikenakan denda,

“jadi ia mengejutkan kami apabila hakim menjatuhkan hukuman dua bulan,” kata peguam bela Khin Maung Zaw.

Peguam itu berkata, beliau akan mengemukakan rayuan untuk pengurangan hukuman kepada denda sahaja.

Sebelum ‘prosiding’ bermula pada hari Jumaat, Mok telah memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon maaf atas segala keterlanjuran tidak menghormati undang-undang Myanmar, tetapi mengadu bahawa proses undang-undang telah kurang telus.

“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kami tidak dibenarkan untuk bercakap dengan keluarga kami,” katanya.

“Dan kaedah-kaedah dan prosedur tidak dijelaskan kepada kami. Kami telah diminta untuk menandatangani kenyataan yang benar-benar di Burma yang kita tidak dapat memahami.” katanya.

Sumber BO - 11-11-2017


Pereka: Jualan burkini lonjak 10 kali ganda sejak larangan Perancis
Posted on Thursday, November 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36564



KUALA LUMPUR: Wanita yang mencipta burkini berkata, jualannya mencatat peningkatan 10 kali ganda sejak Perancis melarang pemakaian baju renang menutup aurat itu dan fesyen rekaannya membuka lembaran baru untuk wanita Islam bersukan.

Pereka fesyen, Aheda Zanetti berkata, ribuan wanita di Eropah – kebanyakannya bukan Islam membeli burkini ciptaannya untuk menutup aurat ketika ke pantai, manakala wanita Islam pula memakai burkini untuk bersukan secara bebas.

“Orang di Perancis (yang melarang burkini) sudah membantu perniagaan saya dan wanita yang fikir mereka tidak boleh membeli baju renang seperti ini,” kata pereka kelahiran Lubnan yang menetap di Australia lebih 40 tahun.

Zanetti berkata, ciptaannya berjaya menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai sukan kerana ia memberi mereka keyakinan untuk bersukan secara sederhana, sejajar tuntutan agama.
“Semuanya mengenai hak wanita dan pilihan,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Burkini – singkatan bahasa bagi burqa dan bikini ialah baju renang longgar dan menutup aurat, kecuali muka, tangan dan kaki.

Berpuluh bandar di Perancis menguatkuasakan larangan itu sejak Ogos 2016 dengan alasan burkini melanggar undang-undang sekularisme negara berkenaan.

Sebuah mahkamah bagaimanapun menggantung larangan itu dengan berkata, burkini tidak membawa sebarang ancaman kepada ketenteraman awam.

Larangan itu dikuatkuasakan susulan satu siri serangan maut oleh pengganas di Perancis, tetapi ia turut menimbulkan persoalan mengenai tempat yang mempunyai populasi ramai umat Islam dan Arab dalam masyarakatnya.

Ramai ahli politik konservatif dan sayap kanan menyokong larangan itu, tetapi ia mendapat tentangan aktivis kebebasan awam, wanita dan Islam. Perpecahan itu diburukkan lagi dengan rakaman polis menguatkuasakan larangan itu ke atas wanita yang sedang bersantai di pantai dipenuhi pengunjung di Nice.

Zanetti, seorang bekas pendandan rambut, mencipta baju renang itu pada 2004 bagi membolehkan wanita Islam menyertai aktiviti air dan sukan lain dengan menutup aurat mereka.

Beliau berkata, jualannya melonjak daripada purata 200 helai sebulan kepada 2,000 helai sejak larangan itu dikuatkuasakan, dengan kebanyakan tempahan datang dari Eropah.

Katanya, 40% tempahan daripada orang bukan Islam, sama ada bekas penghidap kanser, ibu yang prihatin dengan bentuk badan mereka dan wanita yang mehu melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Pasaran Islam

Zanetti yang ciptaannya turut meliputi tudung olahraga dikenali sebagai “hijood”, bukan sekadar pereka fesyen yang bersaing untuk merebut peluang dalam pasaran pakaian Islam menguntungkan.
Nike menjadi jenama pakaian sukan pertama yang memasuki pasaran itu dengan pelancaran tudung untuk atlet wanita Islam, Mac lalu.

Jenama pakaian wanita berpangkalan di London, Aab dan rantaian pakaian Jepun, Uniqlo turut membuat rekaan untuk pasaran sederhana itu.

DKNY, Mango, Tommy Hilfiger dan Zara juga mempunyai koleksi “Ramadan”, manakala Dolce & Gabbana mereka satu siri tudung.

Ulama Islam konservatif menganggap sukan untuk wanita Islam sebagai kurang sopan, tetapi Zanetti berkata, persaingan itu memberi keyakinan wanita Islam boleh menikmati lebih banyak kebebasan.

“Mereka tidak akan melakukannya jika tidak yakin pasaran ini perlu berkembang – dan ia sedang berkembang.

“Wanita Islam mengambil bahagian dalam sukan semakin ramai,” katanya dalam kunjungan ke Malaysia baru-baru ini untuk sebuah pameran mengenai wanita Islam.

Zanetti memuji pembaharuan di Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, dengan membenarkan wanita menyertai acara sukan mulai 2018 dan melantik ketua sukan wanita pertama di negara itu.

Penyertaan wanita dalam sukan menjadi isu di Arab Saudi, di mana wanita tidak boleh bersenam dengan lelaki dan tiada kemudahan sukan awam untuk wanita.

“Itu satu permulaan, itu hebat … pintu sedang dibuka.”

“Ada wanita di luar sana yang membina keyakinan, mempertahankan hak mereka. Masih ada ramai wanita yang perlu melakukannya, tetapi sekurang-kurangnya pintu sudah dibuka sekarang.”

Sumber TKO - 9-11-22017


Pemimpin AS hanya peduli jika penyerang bernama Mohammad, kata pengacara
Posted on Thursday, November 09 @ 05:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36555
PETALING JAYA: Seorang pengacara TV di Amerika Syarikat (AS) menyelar sikap berat sebelah ahli politik negaranya dalam menangani isu serangan dan keganasan.

Pengacara “Morning Joe”, Joe Scarborough mendakwa ahli politik AS hanya tangkas memberi respon jika serangan dikaitkan dengan Islam.

“Jika lelaki bernama Mohammad yang menyerang gereja itu semalam, oh Tuhanku. Oh Tuhanku. Pagi ini, Washington akan gempar.

“Tetapi apa yang kita dengar daripada mereka ialah ‘mari kita berdoa. Saya rasa sangat teruk’,” katanya memetik laporan portal Stepfeed.

Beliau mendakwa walaupun terdapat banyak siri tembakan di AS yang kerap dilakukan warga kulit putih, kebanyakan ahli politik AS tepis masalah itu.

Tetapi, apabila serangan dilakukan individu yang dikaitkan dengan pengganas Islam, ahli politik segera mengutuk dan menggesa tindakan drastik, katanya.

Ahad lalu, seorang lelaki kulit putih, Devin Patrick Kelley melepaskan tembakan rambang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas yang mengorbankan 26 orang dan 20 lagi cedera.

Gabenor Texas Greg Abbott berkata, serangan itu paling dahsyat dalam sejarah Texas dan difahamkan kebanyakan mangsa terbunuh berusia antara 5 hingga 72 tahun.

Manakala pada 31 Oktober lalu, seorang pemandu trak keturunan Uzbekistan, Sayfullo Saipov, membunuh 8 orang dan mencederakan lebih sedozen lagi apabila dia memandu memasuki laluan basikal di bandar raya New York.

Pihak berkuasa menganggap serangan itu serangan pengganas IS.

Scarborough kecewa dengan sikap berat sebelah terang-terangan itu, terutamanya apabila Presiden AS Donald Trump garang di Twitter selepas serangan Saipov.

Walaupun angka kematian dalam serangan Saipov jauh lebih rendah berbanding serangan Kelley, Trump lebih tenang dan mengaitkan serangan Devin kepada masalah kesihatan mental.

Sumber TKO - 9-11-2017

Presiden Korea Selatan Sambut Trump Di Pangkalan Tentera AS
Posted on Wednesday, November 08 @ 06:37:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36536



SEOUL -- Presiden Korea Selatan Moon Jae-in telah mengadakan lawatan mengejut ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di sini, untuk menyambut ketibaan Presiden Donald Trump secara peribadi pada Selasa, satu langkah yang menonjolkan ikatan kedua-dua negara selama lebih 60 tahun, lapor agensi berita Yonhap.

Lawatan mengejut itu dilakukan selepas Trump memulakan lawatan rasmi dua hari ke Korea Selatan di Kem Humphreys di Pyeongtaek, 70 kilometer di selatan Seoul, setelah tiba di Pangkalan Udara Osan.


"Lawatan Presiden Trump ke Kem Humphreys adalah atas undangan kami," kata seorang pegawai dari pejabat presiden di Cheong Wa Dae.

Trump dijadual mendengar satu taklimat keselamatan sebelum menghoskan makan tengah hari untuk anggota perkhidmatan bersenjata Korea Selatan dan AS di pangkalan itu.

Pegawai itu berkata Moon akan mengiringi rakan sejawatnya dari AS itu sepanjang lawatan beliau ke pangkalan tentera berkenaan.

Mereka akan mengadakan sidang kemuncak dua hala yang ketiga selepas itu di Cheong Wa Dae.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 8-11-2017

Kemerdekaan Catalonia: Pilihan raya atau perang
Posted on Tuesday, November 07 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36526



MASYARAKAT Catalonia dambakan kemerdekaan sejak 2014 dan ketika itu, sebuah referendum menunjukkan 92 peratus dari 2.3 juta pengundi mahukannya berubah menjadi sebuah negara.


Sebanyak 80 peratus dari jumlah pengundi juga mahu Catalonia menjadi sebuah negara berdaulat.
Pada 1 Oktober 2017, satu referendum kemerdekaan diadakan menggunakan proses undi kontroversi.

Referendum tersebut diisytiharkan haram pada 6 September lalu dan digantung oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol kerana melanggar Perlembagaan Sepanyol.

Suruhanjaya Eropah juga setuju refendum berkenaan adalah haram. Refendum 1 Oktober tersebut bertanyakan soalan mudah.

"Adakah anda mahu Catalonia menjadi sebuah negara berdaulat dalam bentuk republik?"
Lebih 2 juta mahu merdeka

Seramai 2,020,000 (91.96 peratus) pengundi mengundi untuk merdeka dari pegangan Sepanyol.
Bekas Presiden Catalonia, Carles Puigdemont mengatakan kemerdekaan akan diisytiharkan apabila jumlah undi terakhir ditentukan.

Sambil itu, Raja Sepanyol, Raja Felipe mengecam referendum yang 'memecah-belah, menghancurkan harmoni' tersebut.

Pada 5 Oktober, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menggantung sesi parlimen Catalonia bertarikh 9 Oktober.

Puigdemont menandatangani pengisytiharan kemerdekaan pada 10 Oktober dan pada 22 Oktober, rakyat Catalonia berdemostrasi besar-besaran menentang cadangan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy untuk mewujudkan kerajaan pusat.

Pada 27 Oktober, Parlimen Catalonia mengundi untuk mengumumkan kemerdekaan namun tiga parti pembangkang menentang dan memboikot pengundian tersebut.

Tidak lama selepas Catalonia merdeka, senat dari Sepanyol mengaktifkan Artikel 155 dari Perlembagaan Sepanyol dan Mariano membubarkan Suruhanjaya Esekutif Catalonia, Parlimen Catalonia dan menetapkan tarikh 21 Disember 2017 untuk pilihan raya mengejut.
Pilihan raya atau perang

Kali terakhir pemimpin Catalan mengumumkan kemerdekaan, setengah juta rakyat Catalonia dibunuh dengan kejam oleh Jeneral Francisco Franco.

Pemimpin facis tersebut menceroboh dan menaklukI Catalonia pada 1938 selepas wujud revolusi sosialis dari Barcelona.

Franco melarang penggunaan bahasa Catalan dan penyebaran budaya dan melucutkan semua kuasa dari kerajaan Catalonia.

Perkara sama masih berisiko berlaku di Catalonia, hari ini.

Pengaktifan Artikel 155 menyebabkan semua kuasa pemimpin Catalonia terlucut dan pemimpin seperti Puigdemont boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun kerana jenayah memberontak menentang perlembagaan.

Foto sumber Getty Images

Walaupun penyokong Puigdemont sanggup membuat perisai manusia untuk melarang penahannya, risiko rakyat Catalonia yang mahukan kemerdekaan dikasari Pengawal Keamanan (Civil Guard) Sepanyol adalah tinggi.

Jika ia terjadi, ia akan menjadi satu tragedi brutal dan berdarah.

Catalonia, bertenang

Mariano mengumumkan perkara tersebut dari Twitternya selepas Parlimen Catalonia mengundi kemerdekaan.

"Saya minta semua rakyat Sepanyol untuk terus bertenang," kata Mariano.

Ketika itu, menteri-menteri dan rakyat Catalonia sudah pasti sedang berdiri, bersorak, bertepuk tangan dan menyanyikan lagu kebangsaan Catalonia.

Hari ini, Puigdemont dan lima bekas menteri Catalonia dibebaskan dengan syarat, selepas ditahan dan dibicarakan di Belgium.

Mereka sebelum ini melarikan diri ke Belgium dan dikemukakan waran tangkap seluruh Eropah selepas ia dikeluarkan oleh seorang hakim di Sepanyol.

Puigdemont tidak mahu kembali jika beliau tidak dijanjikan perbicaraan yang adil.


Lima menteri tersebut pula berhadapan dakwaan memberontak, menghasut dan menyalah gunakan dana awam.

Mereka adalah  Meritxell Serret (bekas menteri pertanian), Antoni Comín (bekas menteri kesihatan), Lluís Puig (bekas menteri kebudayaan), dan Clara Ponsatí (bekas menteri pendidikan).

Parti Puigdemont, PDeCAT mengatakan beliau menyerah diri sebelum ini untuk menunjukkan 'beliau bersedia untuk diadili seadilnya, dan ia mungkin terjadi di Belgium dan bukan di Sepanyol'.
Catalonia telah diperintah menggunakan sistem kerajaan pusat sejak minggu lalu.

Ahad lepas, lebih banyak protes dijalankan di bandar-bandar di Catalonia untuk menentang penahanan Puigdemont dan menteri-menteri.

Rakyat Catalonia hanya mampu berdoa dan berharap hasil siasatan ke atas Puigdemont dan 'rakan-rakannya' menyebelahi mereka.


  Selanjutnya, pilihan raya 21 Disember akan menentukan nasib Catalonia, sekali lagi.

Sumber TKO - 7-11-2017



































































Bapa Ditahan Selepas Merogol Anaknya Selama 20 Tahun Sehingga melahirkan 8 orang
Posted on Monday, November 06 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36500



SEORANG bapa dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menjadikan anak kandungnya sebagai hamba seks selama 20 tahun dan mempunyai lapan anak hasil perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Domingo Bulacio, 56, dituduh merogol anak perempuannya berulang kali selama dua dekad.

Ujian DNA membuktikan bahawa Bulacio bertanggungjawab terhadap lapan kehamilan anak perempuannya. Bulacio akhirnya ditangkap selepas wanita itu membawa anak bongsunya berjumpa doktor.

Doktor bertanyakan tentang bapa kandung budak lelaki itu dan dia telah memberitahu perkara sebenar.

Bulacio ditahan pada Januari 2016 selepas melarikan diri daripada polis dan menjadi buruan selama 45 hari. Dia ditemui bersembunyi sejauh 30 batu dari kampung halamannya di sebuah rumah saudara di Loreto, Santiago del Estero, utara Argentina tengah.

Selepas menjalani ujian DNA, Bulacio dituduh melakukan jenayah seks dan kini dibicarakan. Menurut laporan tempatan, mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya yang didera secara fizikal oleh Bulacio.

Enam daripada lapan kanak-kanak itu tinggal di sekolah asrama Eva Peron di Santiago del Estero, media tempatan melaporkan.

Tidak ada maklumat lanjut tentang ibu mereka yang namanya tidak didedahkan. Kes itu ditangguhkan sehingga minggu depan. -metroUK 


Sumber TKO - 6-11-2017





































































Bola sepak antara globalisasi dan asabiyah primitif

KATA sejarawan dan intelektual Ian Buruma, stadium bola sepak ialah satu medan yang masih boleh, dengan had tertentu, membenarkan sentimen perkauman dan pelbagai emosi primitif dizahirkan. Berdasarkan pengalaman Eropah, menurut pemerhatiannya, bola sepak boleh menjadi medan untuk merasai emosi peperangan, tanpa perlu mati atau cedera yang teruk.
Perlawanan antara musuh tradisi mempunyai emosi kesan daripada peperangan, seperti halnya perlawanan antara Jerman dengan Belanda dan Inggeris lawan Jerman, yang berpuluh tahun selepas peperangan sebenar berakhir, peminat-peminat fanatik boleh hadir ke stadium dengan pakaian bertema perang, membangkitkan emosi yang membuak-buak. 
Perlawanan antara Inggeris dengan Jerman misalnya, biasa terkait dengan sentimen nasionalisme yang mencetuskan ingatan pada Perang Dunia ke-2, menunjukkan sejarah perang di Eropah tetapi juga memberi gambaran persaingan antara kedua-kedua kuasa ekonomi dan politik Eropah itu. 
Pertandingan besar seperti Euro, Piala Dunia dan malah Liga Juara-Juara memperlihatkan sentimen nasionalisme yang kuat, dengan masing-masing kelab dilihat mewakili - sama ada benar atau hanya khayalan - maruah negara dan kelab masing-masing. 
Dalam dunia bola sepak, kapitalisme telah mengatasi semua yang lain, tetapi nasionalisme bola sepak masih menjadi sesuatu yang menjadi penggerak jutaan atau ratusan ribu manusia untuk mengesahkan dan mengukuhkan identiti, nasionalisme dan lain-lain sentimen dan kepentingan. 
Kapitalisme menentukan yang kelab kini berada di kedudukan tertinggi dari segi kekayaan pasukan bola sepak, hingga mampu membeli pemain berharga ratusan juta, dan hanya ditewaskan oleh pasukan negara dalam nasionalisme. 
Di Eropah kini, liga-liga utama dihidupkan dan dimeriahkan oleh dana dari Asia Barat dan juga Asia Tenggara dan Timur. Negara-negara seperti Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu menjadikan kelab-kelab ternama di liga Inggeris, Sepanyol, dan Perancis sebagai pelaburan dan "papan iklan" mereka. 
Pembelian kelab Paris Saint-Germain dan pemain Brazil Neymar Jr oleh kuasa ekonomi Qatar menjelaskan realiti baharu bola sepak, iaitu kapitalisme dan globalisasi ialah penggerak utama aktiviti ini. 
Dalam hal ini, sokongan diberikan pada kelab dan juga pemain, walaupun kuasa sebenar terletak pada Qatar. Seorang penyokong kelab Barcelona itu pula, dalam perlawanan Piala Dunia, mungkin menyokong Brazil, atau Argentina, atau Sepanyol. 
Apabila menyokong sebuah pasukan bola sepak, biasanya seseorang itu menunjukkan sentimen kepuakan atau kenegerian terhadap negeri kelahirannya, walaupun globalisasi telah menentukan yang pasukan bola sepak negeri perlu wujud sebagai sebuah kelab yang kehidupannya memerlukan jenama sukan global popular, jurulatih luar negara, dan pemain-pemain antarabangsa. 
Hal ini mudah disaksikan, misalnya apabila peminat-peminat bola sepak mengulas - malah memberikan cadangan terperinci berdasarkan rekod pemain dan keperluan kelab, walaupun hanya di kedai kopi bersama peminat lain - pemain mana yang perlu dibeli oleh kelab Eropah kesayangannya, menunjukkan penerimaannya terhadap globalisasi dalam dunia bola sepak, tetapi mengecam dan mengejek pasukan negeri lawannya yang mengambil pemain dari luar negeri. 
Dalam satu kes pada 2014, sebuah akhbar Iran mengedit memadamkan logo Azerbaijan, The Land of Fire daripada jersi pasukan bola sepak Atletico Madrid, berpunca daripada sentimen politik terhadap Azerbaijan, negara jiran yang bersekutu dengan Israel. 
Sokongan berdasarkan sentimen asabiyah mendorong pelbagai bentuk pernyataan untuk menegaskan identiti dan nasionalisme ini termasuk dalam bentuk yang kasar dan primitif seperti yang mudah disaksikan di Facebook. Suasana meriah dan panas sesuatu pertandingan biasa meningkatkan sentimen asabiyah primitif yang menjangkiti sesiapa sahaja termasuk yang lebih liberal dan kosmopolitan. 
Apa yang berlaku selama ini, sentimen bola sepak ini cenderung memberi kesan kepada kehidupan di luar stadium yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan sentimen tersebut, sehingga menimbulkan suasana asabiyah kenegerian yang menjejaskan kehidupan bermasyarakat. 
Daripada pelbagai medan aktiviti manusia termasuk politik kepartian, bola sepak dapat menjadi satu sumber sentimen kepuakan yang agak luar biasa kesannya, melibatkan kenyataan-kenyataan keras dan bermacam lagi bentuk penegasan sentimen yang negatif. 
Dalam kehidupan hari ini, bola sepak masih menjadi satu - dan mungkin satu-satunya - aktiviti yang terus membenarkan dan meraikan asabiyah dan emosi serta tingkah laku primitif yang hampir tidak wujud di medan-medan lain kehidupan manusia masa kini. – HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD - 4-11-2017 

Sukan Jadi ‘Platform’ Menentang Dasar Tidak Seimbang




Sukan menjadi satu saluran dan ‘platform’ untuk bersuara dan menentang dasar-dasar tidak seimbang terhadap Islam di Amerika Syarikat (AS).

Atlet acara pedang, Ibtihaj Muhammad , 31, mula terkenal semasa Sukan Olimpik Rio kerana beliau memakai hijab dan memenangi pingat gangsa untuk Pasukan AS.

Wanita Islam dari Maplewood New Jersey, berkata beliau bekerja keras dalam skan yang diminatinya itu untuk mengikis serta memerangi mereka ‘stereotaip’ tentang Islam dan Afrika Amerika serta para wanita.

Namun begitu, beliau kesal kerana telah ditahan telah ditahan oleh kastam AS kerana dia adalah seorang Muslim.
Kejadian itu berlaku sebelum Presiden Trump larangan perjalanan dikuatkuasakan.

“Saya tidak tahu mengapa. Saya tidak boleh memberitahu anda mengapa ia berlaku kepada saya, tetapi saya tahu bahawa saya Muslim.

Saya mempunyai satu nama Arab,” katanya dipetik agensi Independent, pada Februari lalu.
“Dan walaupun saya mewakili pasukan Amerika Syarikat dan saya mempunyai perkakasan Olimpik, ia tidak mengubah cara anda (mereka) melihat dan bagaimana orang melihat anda.

“Malangnya, saya tahu bahawa orang bercakap tentang (perkara) ini mempunyai banyak kaitan dengan tujuh negara khususnya (yang disekat masuk ke AS), Dan saya termasuk dalam bahawa sebagai seorang wanita Islam yang memakai tudung.” Jelasnya.

Beliau menyatakan pembangkang terhadap dasar-dasar Presiden AS, Donald Trump dan tidak merasa selamat di negaraitu kerana retorik anti Islam.

Menurutnya, sentimen itu menjadi lebih kuat apabila Trump mengambil alih jawatan, dengan sekatan perjalanan baharu secara meluas.
Menurutnya, Allahyarham Muhammad Ali, bekas juara tinju dunia menjadi ilham kepada beliau untuk melawan ketidakadilan dan perkauman di AS.

Justeru beliau berazam, untuk menuruti jejak langkah Muhammad Ali yang kini menjadi ‘legenda’.

“Saya tidak nampak mengapa tidak……..mengapa tidak menggunakan platform anda untuk mengubah keadaan kita untuk membantu menjadikan dunia kita tempat yang lebih baik?” ujar beliau.

Sumber BO - 3-11-2017

Lapan Maut, 11 Cedera Dirempuh Van Pikap
Posted on Wednesday, November 01 @ 12:56:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36353



NEW YORK: Lapan maut, manakala sebelas lagi cedera selepas dirempuh sebuah van pikap di laluan basikal di Manhattan petang Selasa.


Pemandu van tersebut berusia 29 tahun dikenali sebagai Sayfullo Habibullaevic Saipov memandu ke arah laluan basikal di Houston Street pada pukul 3.05 petang Selasa dan melanggar orang awam yang berada di situ sebelum merempuh sebuah bas sekolah di Chambers Street.

Dua kanak-kanak dan dua remaja yang berada dalam bas sekolah tersebut dilaporkan cedera dan kini berada di hospital bersama tujuh mangsa yang lain.

Manakala pihak polis memberitahu beberapa orang yang cuba menyelamatkan diri kemungkinan turut tercedera.


Suspek cuba melarikan diri.

Suspek ditembak oleh polis di bahagian perut ketika cuba melarikan diri.

Dia kini dalam dirawat dan berada dalam kawalan pihak polis.

Menurut laporan, Saipov berasal dari Uzbekistan dan berimigrasi ke Amerika Syarikat pada tahun 2010.

Mengikut alamat pada kad identitinya, Saipov tinggal di Tampa, Florida.
Menurut laporan orang awam, dia bekerja sebagai pemandu trak dan sebelum ini tinggal di Ohio dan New Jersey.

Dia juga dilaporkan mempunyai dua syarikat perniagaan berdaftar di Ihio, Ohio:Sayf Motors Inc yang didaftar di Hamilton Country pada Mei 2011.

Dan satu beralamat di kediamannnya di Cincinnati, Bright Auto LLC yang didaftar di Cuyahoga Falls dari tahun 2013.

Dia juga dilaporkan mempunyain rekod jenayah berkaitann dengan kesalahan jalan raya di Missouri dan Pennsylvania.-DailyMail

Sumber TKO -1-11-2017

Israel sedia berperang dengan Iran
Posted on Saturday, October 28 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36259



TOKYO: Israel sedia mengambil tindakan ketenteraan untuk memastikan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear, kata Menteri Perisikannya, Yisrael Katz, semalam di Jepun.

Katz berada di Jepun bagi meminta sokongan kepada tindakan keras Presiden Donald Trump ke atas Tehran.

Pada 31 Oktober lalu, Trump berkata beliau tidak menjamin Iran mematuhi perjanjian membatalkan program nuklearnya, yang ditandatangani bekas Presiden Barack Obama, membuka ruang selama 60 hari bagi Kongres untuk bertindak mengenakan semula sekatan.

"Jika usaha antarabangsa yang kini diketuai Trump tidak membantu menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear, Israel sendiri yang mengambil tindakan ketenteraan.

"Ada perubahan yang boleh dibuat pada perjanjian untuk memastikan Iran tidak akan dapat memiliki senjata nuklear," kata Katz dalam temubual di Tokyo.

Israel mengambil tindakan sehala pada masa lalu tanpa persetujuan sekutu utamanya, Amerika Syarikat, termasuk serangan udara ke atas lokasi disyaki reaktor nuklear di Syria pada 2007 dan Iraq pada 1981.

Serangan ke atas Iran, bagaimanapun, adalah risiko dengan potensi mencetuskan serangan balas dan mengganggu pasaran kewangan.

Namun, ancaman serangan Israel itu mengumpulkan sokongan di AS bagi mengetatkan perjanjian nuklear tetapi ia juga boleh mengundang bahaya dengan menggalakkan puak konservatif di Iran dan meluaskan perbalahan antara Washington dan sekutu Eropah. - REUTERS

Sumber TKO - 28-10-2017


Wanita Dibiar Dirogol Di Jalan Yang Sibuk - Alasan Kenapa Perlu Hudud
Posted on Thursday, October 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36183





SEORANG wanita dirogol di tepi jalan yang sibuk pada waktu siang di barat India pada Ahad lalu.

Kejadian yang dirakamkan itu menyaksikan beberapa pejalan kaki melalui jalan tersebut tidak tampil untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Mangsa diserang dan dirogol oleh seorang tukang cuci berusia 23 tahun dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Wanita tersebut dilaporkan meninggalkan keluarganya yang tinggal di pinggir bandar dua hari sebelum itu, selepas bergaduh dengan suaminya.


Suspek perogol, Ganji Siva didakwa merogolnya di tepi jalan.

"Ketika kejadian, mangsa sangat lemah kerana tidak makan selama beberapa jam dan tidur di kaki lima di bawah pokok.

"Siva yang dalam keadaan mabuk kemudian melakukan serangan seksual," kata inspektor polis bandar Visakhapatnam IV, K Suresh kepada Hindustan Times.

"Bagaimanapun pejalan kaki tidak menghalang perbuatannya malah mangsa terlalu lemah untuk melawan, apatah lagi untuk menjerit," tambahnya.

Beberapa orang awam mula merakamkan kejadian itu, dan salah satu video yang dirakamkan dari seberang jalan dibawa kepada polis.

Suspek bagaimanapun telah beredar sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian.

Berdasarkan keterangan saksi dan bukti video, Siva dikenal pasti dan ditahan.

Video wanita dirogol itu tular di media sosial membangkitkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak diselamatkan daripada dirogol. - Mail Online

Sumber TKO - 26-10-2017


Bapa Ditahan Selepas 20 Tahun Rogol Anak
Posted on Thursday, October 26 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36181




SEORANG bapa dibicarakan di mahkamah kerana didakwa menjadikan anak kandungnya sebagai hamba seks selama 20 tahun dan mempunyai lapan anak hasil perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.


Domingo Bulacio, 56, dituduh merogol anak perempuannya berulang kali selama dua dekad.
Ujian DNA membuktikan bahawa Bulacio bertanggungjawab terhadap lapan kehamilan anak perempuannya.

Bulacio akhirnya ditangkap selepas wanita itu membawa anak bongsunya berjumpa doktor.
Doktor bertanyakan tentang bapa kandung budak lelaki itu dan dia telah memberitahu perkara sebenar.

Bulacio ditahan pada Januari 2016 selepas melarikan diri daripada polis dan menjadi buruan selama 45 hari.

Dia ditemui bersembunyi sejauh 30 batu dari kampung halamannya di sebuah rumah saudara di Loreto, Santiago del Estero, utara Argentina tengah.

Selepas menjalani ujian DNA, Bulacio dituduh melakukan jenayah seks dan kini dibicarakan.
Menurut laporan tempatan, mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya yang didera secara fizikal oleh Bulacio.

Enam daripada lapan kanak-kanak itu tinggal di sekolah asrama Eva Peron di Santiago del Estero, media tempatan melaporkan.

Tidak ada maklumat lanjut tentang ibu mereka yang namanya tidak didedahkan.
Kes itu ditangguhkan sehingga minggu depan. -metroUK

Sumber TKO - 26-10-2017


Maafkan Anak Saya - Jutawan Ukraine
Posted on Thursday, October 26 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36180




JUTAWAN Ukraine yang juga bapa kepada seorang remaja perempuan yang menyebabkan kematian lima individu dan enam yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan anaknya tempoh hari memohon maaf kepada keluarga mangsa.


Kereta Lexus berwarna hitam yang dipandu Alyona Zaitseva merempuh orang ramai ketika dia melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di bandar Kharkiv, Ukraine.

Gadis berusia 20 tahun itu dipenjarakan selepas kemalangan itu sementara menunggu siasatan dijalankan.

Ikat jaminnya ditolak menyebabkan bapanya, Vasily Zaitsev, 61, mengeluarkan rayuan penuh emosi mewakili pihak keluarganya.


Vasily dan Tatiana merayu kepada semua keluarga mangsa supaya memaafkan anaknya.

"Insiden menyayat hati itu telah mengorbankan nyawa ramai orang. Kata-kata tidak dapat menggambarkan keganasan dan kesedihan untuk mangsa yang maut dan cedera.

"Saya dan isteri merayu kepada keluarga mangsa supaya memaafkan anak saya," katanya.

Vasily dan isterinya, Tatiana, 40, turut menawarkan wang tunai berjumlah 1.1 juta pound sterling untuk membantu mangsa yang cedera sebagai tanda anak perempuannya bersalah menyebabkan kemalangan itu.

"Kami akan melakukan apa saja untuk keluarga mangsa. Kami juga menyediakan bantuan kewangan. Ia memang dahsyat dan tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan anda apabila kehilangan orang tersayang," katanya.



Sumber TKO - 26-10-2017



Israel didakwa bersubahat hapuskan etnik Myammar
Posted on Wednesday, October 25 @ 17:07:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36154



LONDON – Kumpulan hak asasi manusia merancang mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Israel minggu depan bagi mendesak Tel Aviv menghentikan serta-merta penjualan senjata kepada rejim Myanmar.

Sudah diketahui umum bahawa rejim Zionis mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara yang bertindak kejam termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

Setakat ini, hakim dan ahli politik Israel menolak desakan kumpulan hak asasi manusia bagi menghentikan penjualan senjata kepada rejim Aung San Suu Kyi, yang dituduh melakukan pembersihan etnik, penderaan dan rogol terhadap etnik minoriti muslim Rohingya.

Rekod awam menunjukkan bahawa rejim Israel menjual senjata kepada Myanmar, tatkala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh junta tentera negara itu melakukan pembersihan etnik.

Senjata yang dijual kepada rejim Myanmar, termasuk lebih 100 kereta kebal, senjata api berat dan bot yang digunakan polis sempadan negara itu, kata kumpulan hak asasi manusia.

Syarikat senjata seperti Tar Ideal juga terbabit dalam memberi latihan kepada pasukan khas Myanmar, yang memasuki perkampungan di Rakhine – negeri dengan majoriti penduduknya adalah muslim Rohingya.

Kumpulan hak asasi manusia juga mendakwa Israel seolah-olah menunjukkan bahawa banyak tawaran menjual senjata gagal kepada Rwanda ketika pembunuhan beramai-ramai pada 2004 yang menyebabkan lebih sejuta orang awam terbunuh.

Rejim Israel juga dituduh melanggar dasar Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dengan membekalkan senjata kepada militan di Sudan Selatan, di mana perang saudara tercetus yang menyebabkan 300,000 terbunuh sejak lewat 2013.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, banyak negara Barat menjual senjata, tetapi yang uniknya mengenai Israel ialah di mana saja ada jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, negara itu akan turut sama terbabit, kata peguam hak asasi manusia, Eitay Mack.

Beliau berkata, Tel Aviv juga menjalankan operasi sulit membekalkan senjata ketika perang di Balkan, Chile, Argentina, Sri Lanka, haiti, El Salvador dan Nicaragua

“Syarikat menjual senjata, dan pegawai yang meluluskannya secara diam-diam perlu dipertanggungjawabkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 25-10-2017


50 kanak-kanak Britain mahu tukar jantina?
Posted on Tuesday, October 24 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36135



LONDON 23 Okt. – Sekurang-ku­rangnya 50 orang kanak-kanak di Britain mendapatkan perkhidmatan klinik pengubahsuaian jantina dalam tempoh seminggu selepas percaya mereka berada di tubuh badan yang salah semasa dilahirkan.

Mirror Online melaporkan, peningkatan kadar penerimaan jantina itu amat membimbangkan selepas kanak-kanak seawal umur empat tahun sudah mahu menukar jantina mereka.

Kanak-kanak yang berusia 11 tahun atau lebih mungkin diberikan rawatan hormon yang kuat bagi mengelak mereka daripada melalui tempoh baligh.

Sebaik sahaja mereka mencapai usia matang, kanak-kanak itu boleh menentukan sama ada mereka mahu meneruskan de­ngan pengubahsuaian jantina.

Jika mereka mahu menukar jantina, kanak-kanak perempuan akan diberikan testosteron manakala lelaki diberikan estrogen bagi mempercepatkan proses penukaran.

Pakar disforia gender dari Universiti Oxford, Profesor Ashley Grossman menegaskan rawatan yang menghalang tempoh baligh tidak berbahaya dan memberi kanak-kanak lebih masa untuk membuat keputusan penting tentang masa depan ma­sing-masing.
'
Jelasnya, kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah kecelaruan jantina dan tidak gembira dengan gender mereka namun tempoh akil baligh merupakan tempoh yang mengelirukan dan ada di antara golongan itu jelas terperangkap di tubuh badan yang salah.

“Kami telah menggunakan rawatan ini kepada kanak-kanak memulakan tempoh baligh lebih awal seawal tujuh tahun dan keadaan ini amat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, angka kanak-kanak yang mengunjungi klinik pakar bagi perkhidmatan pembangunan Identiti Jantina Bri­tain di London meningkatkan kepada 24 peratus kepada 1,302 orang dalam tempoh enam bulan lalu.


Daripada jumlah itu, dua daripadanya berusia empat tahun, lima tahun (empat orang) dan enam tahun (17 orang).

Sumber TKO - 24-10-2017


8 Buah Negara Kesatuan Eropah Hantar Surat Membantah Tindakan Rejim Israel
Posted on Sunday, October 22 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36087



TEBING BARAT: 8 buah negara dari Kesatuan Eropah telah menghantar surat bantahan kepada Israel menuntut ganti rugi sebanyak €30,000 (RM149,700.52). Tuntutan tersebut dibuat atas sebab rampasan dan perobohan infrastruktur yang dibina oleh negara-negara tersebut di Kawasan C, Tebing Barat yang tertakluk di bawah kawalan penuh Israel.

8 buah negara yang terbabit adalah Belgium, Perancis, Sepanyol, Sweden, Luxemborg, Itali, Ireland dan Denmark. Negara-negara tersebut merupakan negara ahli Konsortium Perlindungan Tebing Barat, badan bantuan Kawasan C.

Menurut Haaretz, surat pertama seumpama itu akan diserahkan kepada Menteri Kanan Kementerian Luar Negara Israel dalam masa beberapa hari lagi. Dalam surat tersebut, 8 buah negara tersebut menegaskan bahawa jika Israel tidak mengembalikan semula kelengkapan yang dirampas, mereka akan menuntut ganti rugi.

Perbuatan meroboh dan merampas kelengkapan asasi kemanusiaan, termasuk infrastruktur sekolah dan campur tangan dalam pemberian bantuan hak asasi bertentangan dengan tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa yang menyebabkan rakyat Palestin menderita.

Selain itu, negara-negara tersebut juga membantah tindakan Israel yang merampas panel solar yang dipasang untuk komuniti Bedouin. Mereka juga menyelar tindakan rejim itu merobohkan bangunan mudah alih yang dijadikan sebagai bilik-bilik darjah oleh komuniti tersebut.

Surat bantahan ini merupakan langkah pencegahan kedua yang diambil oleh negara-negara tersebut. Sebelum ini, para diplomat dari 8 buah negara tersebut telah datang berjumpa Ketua Kementerian Luar Negara, Rodica Radian-Gordon untuk membantah tindakan Israel terhadap komuniti Bedouin di Kawasan C.

Rejim Zionis itu dikatakan merobohkan dan merampas peralatan untuk komuniti Bedouin dengan tujuan untuk menghalau komuniti tersebut dan membina penempatan baharu Yahudi.

.............
https://www.menara.my


Sumber TKO -22-10-2017



Polis Tahan 124 Orang Kerana Bunuh ‘Pontianak'
Posted on Sunday, October 22 @ 12:44:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36082



BLANTYRE - MALAWI. Pihak berkuasa Malawi menahan 124 individu selepas terbabit dalam kejadian merusuh dan membunuh dua lelaki yang didakwa ‘pontianak’.

Memetik laporan portal antarabangsa, kedua mangsa didakwa cuba mengambil darah manusia untuk upacara ilmu hitam.

Menurut jurucakap polis, Ramsy Mushani, seorang mangsa dibakar manakala seorang lagi direjam dengan batu hingga mati oleh orang ramai.

“Penduduk bertindak demikian kerana mengesyaki dua lelaki itu menghisap darah,” katanya.
Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan sudah sembilan individu dibunuh kerana didakwa sebagai pontianak.

Difahamkan, penduduk di wilayah selatan negara itu menjadi panik dan mula memburu pontianak selepas khabar angin pontianak mengganas tersebar sejak bulan lalu.

Mereka dikatakan terlalu percaya dengan perkara tahyul dan ilmu hitam. Keadaan itu memaksa polis melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam.

Ketegangan yang berlaku menyebabkan PBB mengeluarkan kakitangannya untuk program bantuan makanan dan perladangan dari beberapa kawasan sebagai langkah keselamatan.

Menurut PBB, khabar angin mengenai pontianak itu berasal dari Mozambique sebelum merebak ke Malawi yang berjiran, terutama di daerah Mulanje dan Phalombe.

Isu pontianak itu juga mendapat perhatian Presiden Peter Mutharika yang minggu lalu, berjanji siasatan dilakukan terhadap pembunuhan dan khabar angin pontianak.


-Sinar Harian

Sumber TKO - 22-10-2017



Isreal is hiding that its F-35 warplane hit by Syrian S-200
Posted on Thursday, October 19 @ 21:33:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36031

"Foto Malaysia Military Power.

IDF serang tapak anti-aircraft battery milik Syrian Air Defense Forces. IDF kata bateri tersebut telah melancarkan missile tetapi tidak mengenai pesawat mereka IDF kata SAM site tersebut musnah SAA sah kan SAM mereka rosak akibat serangan udara SAA lapor satu missile S-200 mengenai pesawat Israel dan memaksa mereka berundur Berberapa jam kemudian media Israel lapor sebuah pesawat F-35 rosak dilanggar burung Turut dilaporkan pesawat tersebut tidak lagi beroperasi akibat perlanggaran burung

-------
It looks that the Israeli “demonstration of power” during the recent visit of Russian Defense Minister Sergey Shoigu has turned into a total failure.
On October 16, Shoigu arrived Israel for meetings with Israeli Defense Minister Avigdor Lieberman and Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu. The sides were reportedly set to discuss the situation in the region, including Syria, the fight against terrorism as well as military and technical cooperation.
At the same day, the Israeli Defense Forces (IDF) claimed that its warplanes targeted an anti-aircraft battery of the Syrian Air Defense Forces that had launched a missile at Israeli aircraft flying over Lebanon.
The IDF added that the Syrian missile didn’t hit any Israeli aircraft.
“The army targeted the battery with four bombs and, according to the IDF, the battery was damaged to the extent it was no longer operational. The army said the battery targeted was the same that fired at Israeli jets last March, prompting Israel make use of its Arrow anti-missile system for the first time,” the Israeli newspaper Haaretz reported on the issue.
The Syrian military confirmed the Israeli strikes and said that they caused “material damage.”
It’s interesting to note that, according to the Syrian Defense Ministry statement, Israeli warplanes violated Syria’s airspace on the border with Lebanon in Baalbek area. The incident took place at 8:51 am local time.
Could the Israeli Air Force intentionally provoke the reaction from the Syrian military in order to justify the strike on the Syrian air defense battery?
Furthermore, some pro-Israeli experts and media activists clearly linked the incident with the visit of the Russian defense minister to Tel Aviv saying that it was a nice demonstration of power to the Russian-Iranian-Syrian alliance.
However, something went wrong.
According to the available information, the Syrian Defense Forces used a S-200 missile against the Israeli warplane. This Soviet-made missile is the most advanced long range anti-aircraft system opearated by the Syrian military. Even in this case, it’s old-fashioned in terms of the modern warfare.
Despite this, the Syrian Defense Ministry said in its statement that government forces responded to the violation of the airspace and “directly hit one of the jets, forcing [Israeli aircraft] to retreat.” This statement contradicts to the Israeli claim that “no hit” was confirmed.
Few hours after the missile incident with Syria, the Israeli media reported that the Israeli Air Force’s F-35 stealth multirole fighter went unserviceable as a result of an alleged bird collision during a training flight.
The incident allegedly took place “two weeks ago” but was publicly reported only on October 16. However, Israeli sources were not able to show a photo of the F-35 warplane after the “bird collision”.
Furthermore, it is not clear if the F-35 can become operational again because its stealth coating was damaged. Thus, according to the Israeli version, the warplane reportedly became no longer operational after the bird collision despite the fact that the F-35 earlier passed the bird strike certification with great results (official info here). The F-35 is the world’s most expensive warplane. The price of developing the F-35 is now about $406.5 billion.
Israel is actively buying the world’s self-proclaimed most advanced fighter paying about $100 million for each plane.
So what did really hit the F-35?





Foto Malaysia Military Power.
MMP
Sumber TKO - 19-10-2017



Menteri kanan Jerman syor cuti umum perayaan Islam, Ditolak Serta Merta
Posted on Wednesday, October 18 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35987



Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere diselar ahli partinya pada Ahad
selepas dia mencadangkan kerajaan mengiktiraf cuti umum untuk rakyat beragama
Islam di negara itu.

The Washington Post melaporkan Maiziere mencadangkan cuti umum itu kepada
kerajaan pimpinan Canselor Angela Merkel.

“Terdapat ramai orang Islam, kenapa kita tidak boleh perkenalkan cuti umum untuk
 orang Islam?” katanya.

Maiziere bercakap pada sebuah majlis anjuran Christian DemocraticUnion (CDU)
yang dipimpin Merkel.

Kira-kira 4.5 juta dari 80 juta penduduk Jerman adalah beragama Islam, dan beberapa
wilayah memperkenalkan cuti umum perayaan agama, di mana 9 cuti umum dikaitkan
dengan perayaan Kristian.

Bagaimanapun, Pengerusi CDU wilayah Lower Saxony, Bernd Althusmann menolak
cadangan Maiziere serta merta, berkemungkinan bimbang kesan negatif terhadap
keputusan pilihan raya di wilayah itu.

“Secara umumnya, saya fikir perbincangan mengenai cuti umum agama tidak sesuai
dikemukakan semasa kempen pilihan raya.

“Pemberian cuti adalah tradisi lama di Jerman. Saya tidak nampak keperluan untuk
membuat perubahan pada struktur yang sudah ditetapkan,” katanya.

Sesetengah ahli parti konservatif Jerman itu bimbang dengan cadangan Maiziere.

Mereka berpendapat ia mungkin menjejaskan parti itu dengan menjadikannya lebih
berhaluan kiri walaupun ia tidak cukup meyakinkan pengundi mengundi mereka, selain
menjauhkan pengundi konservatif haluan kanan.



Sumber TKO - 18-10-2017


Wartawan penyiasatan terkenal Malta diletupkan
Posted on Tuesday, October 17 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35980



VALLETTA 17 Okt. - Wartawan penyiasatan popular Malta, Daphne Caruana Galizia
maut selepas diletupkan dalam kereta beliau yang telah dipasang dengan bom oleh
individu tidak dikenali sebentar tadi.

Galizia, 53, yang terkenal kerana lantang dalam penulisan beliau mengkritik pemimpin 
politik negara ini dipercayai mungkin dibunuh kerana pendedahan yang dilakukan 
olehnya melalui sebuah blog milik wartawan itu.

Agensi tempatan melaporkan, sejam sebelum letupan itu, Galizia telah memuat naik 
sebuah status yang berbunyi; ‘terlalu ramai penyangak di luar sana dan mereka sudah 
semakin terdesak,’.

Galizia kemudian dipercayai telah menaiki keretanya dari rumah di utara Malta 
sebelum kenderaan itu meletup secara tiba-tiba dan melayang ke sebuah padang 
berdekatan lokasi tersebut.

Perdana Menteri Malta, Joseph Musca yang juga pernah menjadi mangsa penulisan 
Galizia turut mengutuk insiden itu dan berikrar untuk menjalankan siasatan secara 

telus bagi mengenalpasti dalang disebalik pembunuh kejam itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment