BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, October 18, 2017

PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) : JILID 3












































































 Suka Sungguh Pimpinan Parti 

AMANAH (IKRAM) bersama 

dengan perempuan

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu 
"MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh b
erborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan 
tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan 
berita) daripada blog ini secara berkala. >> 
Masuk < <

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid 
Yusuf berkata perkara berkenaan diluahkan Nisha Ayub 
yang mewakili golongan transgender pada pertemuan 
berlangsung di pejabat menteri berkenaan di Putrajaya 
hari ini.

Mujahid berkata pertemuan dijalankan susulan isu 
penurunan gambar Nisha yang dipamerkan pada 
Festival George Town di Pulau Pinang itu juga 
 membuka ruang bagi pihaknya mendekati golongan 
berkenaan.

Ok saya juga setuju dengan apa yang Dr Mujahid 
orang kuat IKRAM seperti Nik Omar berkata.

Tapi Apa pentingnya kena bersalam?
Tak boleh ke tak bersalam?

Nisha Ayud tu perempuan bukan transgender atau lelaki.
 Bila ayahnya mati emak dia masuk Islam ketika dia 
umur 6 tahun.


Artis Yana Shamsuddin boleh tolak salam dengan artis 
luar negara. Tak jadi masalah pun. Ini sikit-sikit nak 
bersama. Daripada Mat Sabu, Dr Maszlee, Nizar 
Jamaludin, Hanipa, dll

Tak bersalam tak boleh Mudarat sangat.
Ini ahli IKRAM kena jawab dan faham supaya orang
 tak pandang serong kepada PERTUBUHAN IKRAM.


Bukan salam aje peluk pun boleh asal dapat undi bukan 
Islam. Rosak puak IKRAM ni. Atas masjid bukan main 
warak tapi pada realiti nafsu lebih daripada agama dan 
akal.





MR : Sudah sampai masa ahli IKRAM keluar 
pertubuhan merosakkan ini masuk PAS atau ISMA dan 
HALUAN....

Sumber MR - 13-8-2018

Dr. Mujahid takut jadi 

macam Dr. Idris nama 

tersenarai tapi tak ada.. 

baik sebut awal

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu 
"MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak 
apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini
secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/dr-mujahid-



Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof 
Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang 
disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai 
kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir 
Mohamad.

Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan 
namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau 
dalam parti dan pengalaman dalam arena politik 
negara.

"Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa 
jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk 
berkhidmat kepada negara," katanya kepada 
pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah 
Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun
 Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini.

Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya 
mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa 
portfolio penting termasuk menteri luar yang masih 
kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti 
apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.

“…Soalan ini hanya akan terjawab apabila
pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri,"
 katanya yang menafikan beliau bakal dilantik
menjadi Menteri Luar.

Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai
kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16
Julai ini.

Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota
jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk
mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas
sambutan Aidilfitri.

Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat
sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku
Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri),
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri
Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu
(Menteri Pertahanan).

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata
pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada
30 kementerian.  - Bernama


MR : Takut nama tercicir macam Dr Idris, Mujahid 
mula gelabah terus war-war kan nama dia ada 
dalam list. Sekarang bukan dalam PKR aje berebut 
jawatan dalam Amanah pun sama juga. Bila lihat 
jawatan hilang 'agama'.


 
............oo000oo...........
Sumber  MR - 20-6-2018

Memang ada 

peningkatan kemasukan 

ahli parti Amanah tapi 

tak perlu berbohong 

pasal angka

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh 
diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/memang-




Presiden AMANAH Mohamad Sabu atau lebih 
dikenali sebagai Mat Sabu hari ini berkata 
keanggotaan parti itu kini sudah mencecah angka 
100,000 ahli dan terus meningkat.

Katanya lagi "Ramai mahu menyertai AMANAH 
termasuk ahli parti politik lain… kalau ahli biasa 
kami akan terus terima tetapi kalau pemimpin parti, 
kita perlu berbincang dahulu sebelum menerima 
keanggotaan."

Ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 
di kediamannya di Taman Guar Petai di Tasek 
Gelugor hari ini Mat Sabu membuat kenyataan 
berkenaan.

Keanggotaan parti AMANAH sebelum PRU-14 
adalah 29,000 orang. Tiba-tiba Mat sabu kata sudah
 mencecah 100,000. Kalau nak berbohong tu 
berpada-padalah, Takkan meningkat hampir 400%.

Kalau PAS boleh memberikan angka ahli setiap 
negeri, takkan parti AMANAH yang sekarang dah 
ada 3 kementerian masih takut nak nyatakan 
keahliaannya? Nanti dapat lagi kementerian lain. 
Malulah masih takut nak dedah bilangan ahli 
macam pertubuhan komunis aje yang 
menyembunyikan keahlian.

Saya percaya parti AMANAH akan menerima ramai 
ahli terutama daripada ahli UMNO yang tak boleh 
bersama PAS. Saya juga percaya parti AMANAH 
akan menjadi parti yang makin liberal dan menjauhi 
Islam dalam penghayatan parti mereka. Parti 
AMANAH tak akan beza dengan parti PKR dan 
DAP masing-masing memperjuangan Sosialis 
"bercelup Islam".

ABBAS MOHD NOOR

Sumber MR - 17-6-2018

Parti Amanah makin 

kemaruk dengan kuasa

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh 
diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|






Berita Kosmo menuiarkan Pengerusi Parti Amanah 
Negara (Amanah) Kedah, Dr. Ismail Salleh berkata, 
kenyataan pemimpin Pas yang menjangkakan
berlaku PRN  di negeri ini menyerlahkan sikap
sebenar parti itu yang tidak memahami mesej rakyat
dan tamak kerana inginkan kuasa dengan cara tidak
betul.

1) Saya masih tak dapat hadam pernyataan "PAS 
gila kuasa" di Kedah. Gila kuasa kat mana pulak ni? 
Kemelut kerajaan 50% PH Kedah belum ada 
penyelesaian. Bila PAS kata kerusi kerajaan dan 
pembangkang seri 18-18, ada pemimpin PH kata 
"Sapa kata seri... PH 18, PAS 15, BN 3 seri tang 
mana?"

2) PAS dah tawarkan konsep kerajaan perpaduan 
PH-PAS-BN. Tapi PH pula tak nak sebab dah 
kemaruk sangat nak full power di Kedah walaupun 
50% sahaja kekuatan. PH tolak mentah-mentah idea 
PAS. Rasa malu dengan negeri-negeri PH yang lain 
ka kalau buat kerajaan perpaduan?

3) Sebab ada PH ada 18 kerusi, PAS ada 15 kerusi 
itu laa yang buatkan PAS rileks je nak jadi 
pembangkang. PH nak jadi kerajaan penuh. Angkat 
sumpah, dan terus lantik exco - tanpa ambil kira 
kuasa hanya ada 50%. Bentuk kerajaan tanpa kaji. 
Tipikal PH, langgar dulu baru kaji?

4) Disebabkan PH dah angkat sumpah MB dan exco 
semua, PAS kata oklah. Teruskan lah, PAS sedia jadi 
pembangkang, dah PH taknak kongsi kuasa melalui 
kerajaan perpaduan.

5) Tiba-tiba kecoh pulak pasal perlantikan speaker. 
Atas congak PAS dan BN berada di blok 
pembangkang, keadaan 18-18 akan jadi PH 17 dan 
PAS/BN 18 apabila speaker dilantik daripada
 kalangan wakil rakyat PH. Kalau PH yakin 3 wakil 
BN takkan memihak kepada PAS, apa nak kalut 
sampai tuduh PAS gila kuasa?

6) PAS dah offer penyelesaian - lantik 1 Adun PAS 
atau BN sebagai speaker. Maka kerusi kerajaan PH 
akan kekal 18, dan blok pembangkang PAS/BN 
tinggal 17. So, kerajaan akan dapat majoriti dalam 
setiap undian dalam dewan jika tak ada wakil 
ponteng. Sekali lagi tiba-tiba PH mengamok, kata 
PAS gila kuasa pasal mintak kerusi speaker.

7) Saya tak dapat hadam lagi PAS gila kuasa kat 
mana. PAS offer nak pegang kerusi Speaker salah, 
PAS nak jadi pembangkang sepenuhnya pun salah. 
Yang tak salah ni PH. Yang tak gila kuasa pun PH. 
Tak payah kacau PAS lah kalau macam tu. Cer pujuk 
BN yang 3 orang tu lah pulak.

8 ) Saya lebih prefer bubar saja DUN jika dah 
mangkaq sangat tak reti bertolak ansur cari 
penyelesaian. Buat PRN. Biar PAS kalah terus, kan 
senang kerja PH. Kata kuat... lawan saja lah. Saya 
pernah sembang dengan seorang dua Adun PAS 
mengenai PRN, depa kata "kalau berlaku PRN, kita 
lawan saja, kalah pun takpa kita tak kalut".

Bwahahahaha....

Sekian

Dr Tanaka MustafaP/s: Saya cadangkan PH hasut 
wakil-wakil BN supaya lompat masuk PH. Hasut 
kata kalau berlaku PRN, depa BN akan kalah semua. 
Bwahahahaha...

Sumber MR - 13-6-2018

Perogol dalam Islam 

akan lepas sebab tak 

ada 4 saksi, parti 

Amanah jadi “Pasu 

Bunga” lagi

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|\








Kalau baca sendiri quran dalam Bahasa Inggeris boleh jadi alim mujtahid, memang berat. Ayat mana tak tahu yang Tun M kata perogol dalam Islam akan lepas sebab tak ada 4 saksi. Ini dah 
mahakarut.

Yang perlu 4 saksi dalam kes zina manakala kes rogol 
termasuk jenayah yg boleh pakai saksi-saksi kurang 
daripada 4 orang dan bukti-bukti.

Beza kes zina dan rogol dari banyak sudut. Antara 
ketaranya ialah pendakwa dalam kes zina ialah pihak 
ke tiga yang tiada berkepentingan. Manakala kes 
rogol pula pendakwa ialah mangsa zina paksa yang 
ada kepentingan hak dalam dakwaannya.

Antara beza ketara pulak kes rogol dalam 
undang-undang Islam dan konvensional ialah, 
mangsa akan dapat pampasan Diyyat Al Budh'i 
(البضعي) manakala dalam kes konvensional pula 
mangsa tak dapat apa-apa melainkan malu. Nak 
dapat pampasan kena buat tuntutan berasingan.

Jadi ayat sebetulnya ialah jika mangsa yang pakai 
undang-undang Islam maka mereka akan dapat 
pampasan secara automatik manakala dalam 
konvensional mangsa belum tentu dapat pampasan.

Dalam kes rogol di Kedah yang pernah saya tulis 
satu masa dahulu, pesalah ditangkap dipenjara dan 
kerajaan (baca duit kita semua) yang digunakan 
tanggung dia dalam penjara. Mangsa 2 beradik 
bawah umur pula hanya mendapat malu tanpa 
mendapat apa2 pampasan sekalipun pesalah sudah 
diputuskan bersalah.

Jika dalam islam, pesalah akan dipotong kaki dan 
tangan bersilang dan duit kerajaan tak habis sebab 
mereka tak perlu dipenjarakan. Yang lebih baik ialah 
mangsa akan dapat pampasan yang dikenali sebagai 
دية البضعي.

Jadi, penasihat agama dalam PH kena tolong bacakan 
Hadis juga kepada Tun M  sebab hukun hakam ni 
bukan Quran sahaja. Wallahaklam jika penasihat2 
PH ni hanya sibuk buka hadis hentam PAS sahaja.

Wallahuaklam.

Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156655736744883&id=87363369882

Sumber MR - 13-6-2018

Sejarah rakam 

pengkhianatan Parti 

Amanah Negara








HANIPA Maidin, Pengerusi Biro Undang-undang 
Parti Amanah Negara menyokong pencalonan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Kebanyakan respon penggerak Amanah di media 
sosial juga menunjukkan mereka menyokong 
pencalonan ini.


Semuanya atas hujah kononnya Kafir berintegriti vs 
Muslim Korup (semuanya perihal isu pengurusan 
khususnya 1MDB, tanpa ada hujahan kepentingan 
umat secara umum). Bagaikan tiada
muslim yang pada pandangan mereka berwibawa.

Sekaligus bertentangan dengan semangat Kedaulatan 
Islam yang ditonjolkan oleh Raja-Raja Melayu dan 
majoriti umat Islam Malaysia.

Pendirian Tommy Thomas :[1] Sultan Tiada Kuasahttp://www.malaysia-today.net/…/sultan-does-
not-have-the-p…/

[2] Malaysia bukan negara Islamhttp://www.malaysianbar.org.my/index2.php…

[3] Mempertikai keputusan Mahkamah dalam kes 
kalimah Allah
https://www.malaymail.com/…/the-allah-decision-is-
wrong-in-…

[4] Tak guna tukar undang-undang selagi belum menangihttp://www.freemalaysiatoday.com/…
/lawyer-useless-to-amend…/

Amanah bersama PH menyokong pencalonan 
Tommy sekaligus membuktikan Amanah-PH 
memegang pendirian yang sama seperti Tommy 
dalam kedudukan Islam dan Melayu dalam negara. 
Mereka juga mempunyai interpretasi perlembagaan 
yang sama. Liberal dan Sekular.

Sesungguhnya parti ini bukan lah dari kalangan kita 
dan mereka tidak mewakili kaum muslimin dalam
 sebarang urusan. Pengkhianatan mereka secara 
berterusan terhadap kedudukan umat Islam dan 
kedaulatan Islam amatlah mendukacitakan.

Rujukan :
https://www.malaysiakini.com/news/428021

Muslim Abdullah ZaikKetua Biro Penerangan dan 
Kajian Pemuda Isma

Sumber MR - 4-6-2018

Setelah dilabel “Pasu 

Bunga” baru parti 

Amanah bersuara pasal 

JAKIM









Dah seminggu isu JAKIM menjadi bualan 
masyarakat apabila ada ura-ura kerajaan Harapan 
ingin bubar institusi agama ini.

Sebelum PRU, sudah pun timbul suara-suara lantang 
kelompok Islam Liberal seperti Siti Kasim yang 
mendesak JAKIM dimansuhkan kononnya atas 
sebab kewujudannya tidak berperlembagaan.

Perdana Menteri mengumumkan kewujudan JAKIM 
sedang dikaji semula, sama ada akan dikekalkan atau 
diteliti semula cara pelaksanaannya.

Katanya lagi, "Islam tidak sepatutnya digambarkan 
sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbang rasa,
 kerana itu bukan ajaran Islam sebenar."

Kedudukan JAKIM sekarang sedang dinilai oleh 
kumpulan ulamak yang dilantik oleh Kerajaan PH.

Beberapa persoalan timbul adakah kedudukan Islam 
sebagai agama persekutuan sepertimana yang disebut 
dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia itu 
bermaksud Religion mengikut tafsiran sekularisme 
Barat atau Ad Din yang sempurna sistem kehidupan
 mengikut acuan Islam.?

Adakah Kerajaan PH menyamaratakan kedudukan 
agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat negara 
ini dengan agama-agama lain.?

Adakah Kerajaan PH mahu menjadikan Islam 
sekadar simbolik urusan rasmi seperti bacaan doa 
dan sambut perayaan sahaja.?

Malangnya, sepanjang perdebatan isu JAKIM parti 
AMANAH yang kononnya parti Islam Progresif 
diam membisu. Apakah masih tunggu signal 
daripada DAP untuk bersuara pasal Islam?

Ada komen Dr. Mujahid Yusof Rawa, itu pun 
sekadar komen umum yang tak ada pendirian tegas 
soal kedudukan agamanya. Maybe nak ambil hati 
DAP juga.

Dulu parti AMANAH suka melabel orang yang 
diam tak berfungsi sebagai PASU BUNGA. 
Rupanya sekarang label ini terpaliti di muka sendiri. 
Rata-rata facebooker, netizen media sosial 
memanggil parti AMANAH sebagai PASU 
BUNGA. Malah ada juga mengatakan ulama 
di AMANAH sekadar ulama terompah sahaja.

Hari ini setelah terkesan dengan teguran itu, 
Hasanuddin Mohd Yunus Naib presiden Parti 
Amanah Negara merangkap anggota parlimen 
Hulu Langat membuat kenyataan mengakui peranan 
JAKIM 20 tahun di Malaysia bagi membantu syiar 
Islam.

Parti AMANAH juga menerima hakikat bahawa 
Jakim menjadi badan rujukan umat Islam di Malaysia 
dalam hal pelaksanaan dan penyelarasan 
aktiviti-aktiviti keislaman yang rasmi bagi kerajaan 
 pusat.

Baru parti AMANAH sedar bahawa Jakim 
diharapkan menjadi badan perancang dan penyelaras 
hal ehwal kemajuan Islam di peringkat kebangsaan 
yang meliputi aspek penyeragaman undang-undang 
dan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam, hukum 
syarak, pendidikan serta memastikan dasar dan 
perancangan pembangunan negara berkaitan agama 
berjalan dengan lancar.

Kini parti AMANAH tahu Jakim juga 
dipertanggungjawab untuk memperkukuhkan 
kedudukan umat Islam serta penghayatan Dinul 
Islam melalui fungsinya menyelaras dan memberi 
cadangan terhadap aktiviti-aktiviti keislaman yang 
dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi memastikan
 tiada pertentangan antara kepentingan negara 
dengan Islam.

Tapi maaf Hasanuddin dan semua ahli parti 
AMANAH anda dah lewat. Lagi pun kenyataan 
awak setelah melihat partisen bantahan melebihi 50k.

Adakah kenyataan parti AMANAH ini sekadar 
mencari populariti hanya tuhan yang tahu. Tapi 
hakikatnya parti AMANAH sangat ketinggal dengan 
cita rasa umat Islam di Malaysia. Parti AMANAH 
sudah mendekati liberalisme.

Sumber MR - 3-6-2018

Isu JAKIM kini parti 

AMANAH menjadi 

“pasu bunga”










Seorang penulis Omar Mohamad menulis, Ketika 
Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya seorang 
wartawan tentang pendirian kerajaan Pakatan 
Harapan (HARAPAN) terhadap kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau kelihatan 
sedikit keliru.

Ia berlaku pada Pada 14 Mei lalu. Lantas perdana 
menteri menjawab, kedudukan institusi yang penting 
itu bergantung kepada laporan yang diterima kerajaan.


Jakim pernah menjadi sasaran segelintir masyarakat 
yang tidak senang dengan pendirian badan itu terhadap isu-isu fiqh tertentu sehingga menimbulkan polemik.

Juga isu berkaitan penerbitan buku tertentu yang 
disifatkan tidak sesuai diedarkan di negara ini.

Lebih drastik, muncul suara-suara nakal yang 
melontarkan idea agresif bahawa negara ini tidak 
perlu kepada badan seperti Jakim. Bagi mereka 
 urusan agama tidak boleh dikawal oleh pemerintah.

Begitulah lebih kurang justifikasi yang digunakan 
walaupun ia amat longgar dan mudah dipatahkan.

Menghukum Jakim hanya berdasarkan polemik yang 
pernah berlaku adalah amat naif. Selain itu, apakah 
alasan-alasan lain yang wajar mendorong idea drastik begitu?

Kemungkinan besar kelompok pembantah tidak tahu-menahu apakah peranan Jakim dalam membantu 
kemajuan Islam dan umat Islam di negara ini, 
 termasuk menyelaraskan pentadbiran urusan agama 
antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Juga penyaluran peruntukan kewangan dari kerajaan 
pusat.

Perlu pengalaman luas


Berbalik kepada insiden yang berlaku ketika sidang 
media yang saya nyatakan tadi.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah sudah ada ura-ura 
begitu di kalangan pimpinan HARAPAN?

Apakah HARAPAN mempunyai pendirian tertentu 
 terhadap Jakim dan institusi-institusi agama Islam 
yang lain - seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 
dan lain-lain?

Saya menanti reaksi rasmi lanjut kerajaan HARAPAN tentang perkara ini. Terdapat 13 agensi berkaitan 
Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Parti AMANAH mengganggap JAKIN dipolitikkan 
sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari 
telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja 
Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Dr 
Mujahid dalam tulisannya mengiyakan apa yang Dr Mahathir nak buat atasa dasar kononnya jika JAKIM dihapuskan ini dapat mengembalikan fungsi 
Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah 
 tunggak utama untuk memulakan reform atau Islah.

Yang lain diam membisu. Seolah-olah tiada pimpinan 
Islam dalam parti AMANAH. Tak berani komen 
kerana ditakuti nampak menentang Mahathir. 
menentang Mahathir bermakna peluang menjadi 
menteri yang berbaki makin tipis. Demi periuk nasi, 
mereka sanggup jadi PASU BUNGA.

Dulu menyerang orang lain kononnya pasu bunga,
 tapi kini pimpinan AMANAH ibarat pasul bunga 
dalam isu Islam dan JAKIM.

Sumber MR - 3-6-2018

Selasa, 29 Mei 2018


Amanah gagal tarik pengundi Melayu luar bandar


Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengalahkan PAS 
di kubu kuat parti Islam itu dalam pilihan raya umum 
9 Mei lalu menunjukkan aliran politik Islam Amanah 
gagal menarik pengundi Melayu luar bandar, kata 
seorang pensyarah sains politik.

Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid, pensyarah di 
Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu FMT, 
beliau percaya sukar bagi Amanah menembusi 
kawasan majoriti Melayu kerana mesejnya tidak 
menepati konteks di mana Islam dianggap agama 
orang Melayu semata-mata.

Beliau berkata, agenda Amanah ialah 
mempersembahkan Islam seperti yang digambarkan 
al-Quran – “rahmat kepada manusia”.

“Namun, selagi kemelayuan dan Islam terikat satu 
sama lain, Amanah perlu mencari cara lain untuk menembusi kawasan orang Melayu.”

Beliau mengakui Amanah lebih kuat daripada PAS 
di kawasan penduduk berbilang kaum dan kelas 
pertengahan Melayu, tetapi beliau mempersoalkan 
jika ia menepati peranan sebenarnya sebagai sebuah 
parti komponen PH.

Untuk kekal relevan sebagai sebuah parti politik 
Islam di Malaysia, katanya, Amanah tiada pilihan 
kecuali memperluaskan pengaruhnya ke kawasan 
orang Melayu di luar bandar.

“Di negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, 
Terengganu dan Kedah, PAS lebih berjaya 
berbanding semua parti komponen PH.

“Amanah tiada tarikan di kawasan dikuasai orang 
Melayu.”

Sumber MR - 29-5-2018

Selasa, 29 Mei 2018


AMANAH gesa batal projek ECRL


Pemuda AMANAH menggesa kerajaan Malaysia membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 billion.

"Pemuda AMANAH menggesa kerajaan Malaysia
 juga membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur
 (ECRL) yang bernilai RM55 billion.

"Projek ini jauh lebih kritikal daripada projek HSR 
kerana bukan sahaja kosnya yang terlalu tinggi, tetapi 
juga ia melibatkan pinjaman daripada kuasa besar 
China.

"Beban pinjaman ini akan ditanggung oleh rakyat 
terutama anak muda dan generasi yang akan datang,
" kata ketua pemudanya Faiz Fadzil dalam suatu 
kenyataan hari ini yang turut mengalu-alukan 
pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir 
Mohamad membatalkan projek mega HSR.

Faiz mendakwa projek mega ini melebihi anggaran 
kos asalnya dan mendesak siasatan rapi berhubung 
dakwaan dana projek ini dilencongkan untuk 
membayar hutang 1MDB.

"Projek mega ini didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 billion.

"Pemuda AMANAH memandang serius dakwaan 
sebelum ini bahawa lebihan kos projek ini akan dilencongkan bagi tujuan tertentu termasuk \
membayar hutang 1MDB.

"Justeru, Pemuda AMANAH juga mendesak siasatan 
rapi diambil kerajaan bagi menyiasat kebenaran 
dakwaan ini agar siasatan skandal 1MDB dilakukan sehingga ke akar umbi," katanya lagi.

Pada 24 Mei 2018 lalu, pakar ekonomi Prof Jomo 
Kwame Sundaram, yang juga salah seorang ahli 
Majlis Penasihat Kerajaan berkata projek ECRL 
bukan pelaburan dari China, tetapi merupakan 
pinjaman yang amat besar dari bank eksport-import 
China.

“Sebagai contoh, projek Laluan Rel Pantai Timur 
(ECRL) yang bernilai RM67 billion (US$17 bilion) 
tidak berdaya maju dari segi ekonomi dan kos yang melangkaui bajet bagi projek besar seumpama itu 
adalah satu norma antarabangsa.

“Projek tersebut diberikan oleh kerajaan sebelum ini 
kepada sebuah syarikat China tanpa sebarang 
persaingan, apatah lagi proses yang telus, dengan 
pelbagai keistimewaan khusus termasuk pengecualian 
cukai.

BACA: Chin Tong saran laluan berbeza ECRL

“Pada 9 Mei, rakyat Malaysia telah menunjukkan 
dengan jelas pendirian mereka menolak FDI tidak bertanggungjawab dan hutang yang meragukan yang 
boleh membebankan dan meruntuhkan ekonomi, 
namun tentangan terhadap projek tersebut bukan 
bermakna bantahan keseluruhan terhadap pelaburan 
dari China,” katanya.

Manakala itu, sebelum PRU14, Dr Mahathir berkata 
jika HARAPAN pilihan raya, kerajaan akan 
merundingkan semula projek ECRL berkenaan.

Antara lain katanya kerajaan akan cuba 
mengehadkan projek terbabit kepada jarak tertentu 
dan akan melengkapkannya jika ia benar-benar 
mendapat permintaan tinggi.

Sumber MR - 29-5-2018

Sabtu, 26 Mei 2018


Penasihat parti AMANAH dimana dalam 

isu sentuh wanita?


Di mana Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul 
Ghani Shamsuddin dalam isu Mat Sabu bersalam 
dengan wanita bukan mahram/ Takkan nak sebar 
gambar 'photoshoper' Dr. Yusof Qardawi bersalam 
dengan wanita sebagai hujah kononnya membenarkan 
boleh bersalam dengan bukan mahram?

Pernah ada zaman Nabi, sabahat atau alim ulama yang membenarkannya? Yang menunjukkan hujah 
kononnnya Dr. Yusof Qardawi adalah palsu dan 
merupakan 'superimpose' sahaja. Siapa nak tanggung 
dosa yang edar dan berhujah dengan perkara ini.



Apa pendirian parti AMANAH dalam isu ini? Adakah 
benar parti AMANAH parti Islam PROGRESIF. Atau memang parti AMANAH sebenarnya parti ISLAM LIBERAL?



Jika ulama dalam parti AMANAH membisu. Dr 
Mohd Asri pun membisu. Dr Rozeimi membisu. Dr Zaharuddin Abdul Rahman pun diam. Siapa nak 
ditanya? Sedangkan hukum sentuhan ini dengan 
dalil yang jelas.

Dalam hadis Aisyah RA, diriwayatkan oleh Imam 
Al-Bukhari dan Muslim,
قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.

“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka.  Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”
 Tolonglah Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani 
jangan kami anggap tuan sebagai tukang baca doa 
sahaja dalam parti AMANAH.



Pengundi Selangor
PH

Sumber MR - 26-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Di negeri sendiri ditolak, di negeri lain pun orang tak mahu



Nik Omar Nik Abdul Aziz anak kedua Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini tidak dibenarkan oleh 
emaknya untuk mengambil tempat kuliah ayah di 
Kelantan. Dia terbuang. Orang Kelantan tak mahu 
campur tangan dan anggap itu urusan peribadi 
keluarga mereka.

Memang menjadi luka yang sangat mendalam bagi penduduk Kelantan terutamanya yang sayang kepada 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas perbuatan anaknya 
itu mengkhianati pejuangan ayahnya sekian lama menegakkan Islam di Kelantan. Apatkah lagi Nik 
Omar bersama Harapan (AMANAH/IKRAM) cuba meruntuhkan kerajaan PAS Kelantan suatu perbuatan 
yang tak boleh diterima oleh masyarakat cintakan 
Islam.

Nik Omar dibawa oleh AMANAH dan dijadualkan 
memberi kuliah sempena Ramadan di dua lokasi di 
 Johor hari ini, iaitu di Masjid Jamek Bandar Baru 
UDA di Johor Bahru selepas solat Zohor, dan tazkirah 
di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar selepas solat 
Terawih.

Tapi malangnya di Johor pun Nik Omar tidak 
dikehendaki.

Difahamkan exco agama menerima sepucuk surat 
yang dikeluarkan Pejabat Mufti Negeri Johor, hari ini 
tidak membenarkan dia memberi kuliah di negeri 
Johor.

Susulan itu, sesi kuliah diganti dengan ucapan oleh 
Exco Agama Johor, Aminulhuda Hassan, manakala 
Nik Omar hanya diberikan ruang untuk mengetuai 
bacaan doa.

Surat berkenaan jelas memberikan peringatan iaitu dipohonkan kemaafan kerana jabatan ini tidak dapat menyokong dan meluluskan permohonan kebenaran berceramah di Masjid Sungai Abong, Muar oleh 
Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nampaknya parti AMANAH kena cari bangunan persendirian bagi memenuhi hanjatnya nak 
pergunakan Nik Omar.

Sumber MR - 24-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018



Sebelum PRU-14 dijulang bakal MB Kini 

hanya lantik exco sahaja


Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan antara 10 yang mengangkat 
sumpah jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat 
(Exco) Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin 
Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Lima daripada Exco yang dilantik adalah daripada 
DAP iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan; Wong May Ing (Pantai Remis); Yong Choo Kiong (Tronoh); Dr Abdul Aziz Bari 
(Tebing Tinggi) dan Lee Chuan How (Pasir Pinji).

Sementara itu, selain Muhammad Nizar yang 
merupakan ADUN Sungai Rapat, dua lagi Exco yang mewakili AMANAH adalah Asmuni Awi (Manjoi) 
dan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong).

Dua lagi Exco adalah dari PKR iaitu Tan Kar Hing (Simpang Pulai) dan Abdul Yunus Jamhari (Kuala 
Kurau).

Portfolio exco akan dimaklumkan

Bagaimanapun, portfolio semua exco berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi 29 kerusi 
DUN, namun berjaya membentuk kerajaan negeri 
selepas mendapat majoriti mudah 31 kerusi setelah 
dua ADUN Barisan Nasional (BN) menyokong 
HARAPAN.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang merupakan ADUN Chenderiang mengangkat sumpah jawatan 
sebagai menteri besar Perak ke-12 pada 12 Mei lepas.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menewaskan 
calon BN, Chong Shin Heng dan Nordin Hassan 
daripada PAS dengan majoriti 39 undi.

-  Bernama

Sumber MR - 19-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018



Cukuplah Nik Omar Mengaibkan 

keluarga Di Media, Islam Tak Ajar


Saya terbaca isu Nik Omar anak kedua Tuan Guru \
Nik Abdul Aziz di media, terutamanya di portal Malaysiakini. Sudah 10 hari PRU-14 berlalu 
sepatutnya isu perbalahan keluarga dihentikan 
sebaik-baik dihulurkan salam kemaafan. Sekarang 
masa untuk bina negara. Harapan dah dapat 
beberapa negeri serta Negara. Bina negara seperti 
mana manifesto kerana itu kehendak rakyat.

Jatuhnya kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) 
kerana rakyat sudah muak dengan politik wang, kronisma, nepotisme termasuk juga kleptokrasi. Di Kelantan dan Terengganu rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Harapan (PH); 
malah ada ramai calon Harapan (PH) yang hilang 
wang 'deposit'. Rakyat nak manifesto PAS iaitu 
Islam sebagai cara hidup. Rakyat nak hudud dan memperkasakan RUU 355 iaiu memperkasakan 
undang-undang syariah bagi menjamin 
keseleamatan rakyat sebagaimana janji Allah.

Hormatilah kehendak rakyat. Kerajaan Pusat baru memikirkan kehendak rakyat. Tamatlah polimik ini. Hentilah kerja bodoh memburuk dan membuat 
fitnah serta menyebar perkara-perkara yang Islam \larang.

Kalau betul Nik Omar Nik Abdul Aziz tokoh 
mewarisi ayahnya, hentilah buat kerja yang 
ayahnya tak ajar mendedahkan keaiban keluarga 
di media. Bukan ayahnya tak ajar malah Islam melarangnya sama sekali.

Kenapa tak ambil berkat dan kehebatan bulan 
Ramadan untuk menyambung silaturrahim?

Sumber  MR - 18-5-2018

Isu Memali: Mengapa Pemimpin PAN Membisu?
Posted on Sunday, May 06 @ 17:31:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39585



KUALA LUMPUR - Mengapa bekas pemimpin PAS yang kini bersama gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan membisu seribu bahasa apabila Tun Dr. 

Mahathir Mohamad menghina 14 penduduk 
kampung Memali, Baling, Kedah yang terkorban 
pada tahun 1985 sebagai mati katak?
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul
Zaman Yusoff berkata, bekas pemimpin PAS yang menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk
bersama Pakatan Harapan kelihatan sangat bacul
untuk memprotes kenyataan terbaru Mahathir
 mengenai peristiwa Memali.

“Bukan setakat Datuk Seri Abdul Hadi (Presiden PAS), malah Almarhum Yusof Rawa, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dan Almarhum Datuk
 Fadzil Noor sendiri sangat tegas dan konsisten 

sekali mempertahankan amanat ini di samping menafikan ia adalah satu bentuk pengkafiran terhadap UMNO.

“Begitu bacul sekali (PAN) untuk 
mempertahankan pendirian dan perjuangan
bapa mereka sedangkan mereka pada masa 

yang sama tidak segan silu melaungkan kepada 
dunia kononnya merekalah penerus sebenar
legasi bapa mereka,”
katanya dalam satu
kenyataan di Facebook hari ini.

Mahathir dalam satu ceramah kelmarin mengejek
dan menghina umat Islam yang mati dalam
peristiwa Memali bukan mati syahid, sebaliknya
mati katak dan ucapan beliau itu mendapat sorakan
dan tepukan gemuruh penyokong Pakatan Harapan.

Kamarul berkata, Penasihat Umum PAN, Ustaz
Ahmad Awang yang pernah memberi hujah
mengapa 14 pejuang itu mati syahid dalam satu
Mesyuarat Khas Majlis Fatwa Kebangsaan kini
seolah-olah bersetuju dengan pandangan Mahathir tersebut.


“Perkara sama turut dinyatakan oleh pemimpin 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr. 
Maszlee Malik, yang menulis pada 1 Januari
 2013 bahawa beliau “tidak nampak ada isu mengkafirkan UMNO dalam Amanat Haji 

Hadi”,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 6-5-2018


Fitnah itu tidur, Allah melaknat orang yang Membangkitkannya. Dulu Fitnah Audio Nik
Abdul, Kini AMANAH terkena balasannya...

Posted on Thursday, May 03 @ 22:08:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39534



Seorang lelaki mendakwa dirinya anggota AMANAH hari ini menuduh salah seorang pemimpin parti itu 

berkelakuan sumbang tetapi tidak memberikan 
 apa-apa bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Rizal Abu Bakar, yang mendakwa daripada 

AMANAH Kuala Kedah mengadakan sidang 
akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini 
berjanji untuk mendedahkan "skandal video seks 
terbaru" yang melibatkan seorang pemimpin parti
 itu.

Pada majlis itu, beliau menunjukkan tiga gambar 

tangkap layar perbualan WhatsApp bersaiz kadbod 
saiz A3, yang kononnya memaparkan perbualan 
antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Beberapa mesej termasuk imej seorang wanita 

dengan wajahnya tertutup. Beliau juga memainkan 
dua rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki
 dan seorang wanita.

Dia mendakwa kedua-dua mesej WhatsApp dan 

klip audio itu menunjukkan pemimpin parti dan 
wanita tersebut terlibat dalam hubungan sulit.

Dia juga menjelaskan lembaran kadbod A3 

ditinggalkan di cermin depan keretanya dalam 
sampul surat dan dia tidak tahu siapa yang meninggalkannya di sana.

Rizal kemudian mencabar pemimpin parti itu untuk bertindak balas terhadap dakwaannya dalam masa 

36 jam atau dia akan mendedahkan "video" sebagai
 bukti.

"Saya menggesanya untuk memberikan penjelasan, 

untuk mengatakan sama ada apa yang saya 
dedahkan itu benar atau tidak.

"Saya berikan tempoh untuk dia memberikan 

jawapan dalam masa 36 jam ... atau tidak, kita 
akan bertemu di sini lagi dalam masa 36 jam dan 
 saya akan menunjukkan video," katanya pada 
sidang media itu.

Pimpinan PAS membuat pesanan kepada ahli-

ahlinya seluruh negara untuk tidak membuat 
sebarang sebaran mengenai perkara ini. Biarlah 
ALlah menentukan supaya mereka yang terkena 
fitnah ini memahami betapa dasyatnya fitnah.

Sebab itu Allah melaknat orang yang 

membangkitkan fitnah.

Fitnah buka cara PAS.


Elak perkara ini, berikan peringatan mereka 

supaya memilih cara Islam.
XOXO - Fitnah bukan cara untuk meraih undi....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 3-5-2018



Nik Omar Persenda Ayahnya, Kononnya Dia
Mimpi Ayahnya Pakai T-Shirt Belakangnya
Ada Gambar Mahathir

Posted on Thursday, May 03 @ 21:43:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39533



Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini 

mempersendakan mimpi presiden PAS yang 
 dikatakan melihat Allahyarham ayahnya, Datuk 
Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan 
tempang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi dewan 

undangan negeri (DUN) Chempaka itu mengulas 
mimpi berkenaan dengan bercerita tentang mimpi 
 seseorang yang juga mendakwa berjumpa 
Allahyarham ayahnya dalam tidur.

Dalam nada berseloroh, Nik Omar berkata 

kemungkinan sekarang semua sedang dalam 
musim mimpi.

"Ambo nak jawab ringkas, ada ore hantar (cerita) 

viral kata ada ore tu kata dia mimpi tok guru juga.

"Dah musim mimpi kan? Musim malaikat turun. 

InsyaAllah malaikat turun sokmo," katanya 
memulakan cerita yang mengundang gelak ketawa 
kira-kira 100 pengundi yang hadir dalam program HARAPAN di Shah Alam.

Menceritakan secara lanjut, Nik Omar berkata, 

individu berkenaan melihat Nik Aziz sedang 
berjalan memakai baju T.

"Dalam mimpi tu juga, Nik Omar mempersendakan Ayahnya dengan berkata ada jumpa tok guru, tengok 

tok guru tu, relax je dia jalan. Pakai baju t-shirt je.

"Cumo yg dia pelik, belakang tu ada gambar 

Mahathir!" kata Nik Omar sambil ketawa.

Bagaimanapun, Nik Omar dipercayai merujuk Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah 

yang sebelum ini menceritakan mimpi Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang yang melihat Nik Aziz hanya mempunyai sebelah kaki.

Mohd Amar mentafsir mimpi berkenaan sebagai 

petanda bahawa Nik Omar akan menyertai 
HARAPAN dan bertanding dalam PRU.
XOXO - Mahathir pernah berkata Tok Guru Nik 
Abdul Aziz menyesatkan umat Islam, tapi anaknya 
 boleh persendakan ayahnya sendiri kononnya ada 
gambar Mahathir.. Patutlah ibunya marah sangat...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKOb- 3-5-2018


Mat Sabu tak kisah selepas ahli Amanah pamer perbualan seksi
Posted on Thursday, May 03 @ 18:48:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39532



KUALA LUMPUR: Tiga ahli Amanah dari Kedah 

hari ini menuduh Presiden Mohamad Sabu terlibat 
dengan hubungan luar nikah, memberi tempoh masa 
36 jam kepada ahli politik veteran itu untuk 
menjelaskan kandungan satu perbualan kurang 
sopan dan 2 rakaman audio.
Jurucakap mereka, Rizal Bakar berkata, beliau
menerima rakaman audio dan tangkap layar
perbualan WhatsApp itu kira-kira seminggu lalu,
di mana ia ditinggalkan di cermin depan keretanya.

“Saya mahu dia jawab benar atau tidak. Apa sahaja jawapannya, kami akan buat satu lagi sidang media
dalam tempoh masa 36 jam,” katanya kepada
pemberita.

Perbualan WhatsApp itu didakwa berlaku pada
Julai tahun lepas.

Dalam satu reaksi segera, Mohamad tidak terkejut
dengan dakwaan itu.

“Ini berlaku setiap pilihan raya umum. Mereka akan
sentiasa ada sesuatu yang menentang saya. Tetapi ia
tidak menghentikan azam saya untuk mendesak
perubahan kerajaan,” katanya.

Mengatakan Mohamad Sabu idolanya, Rizal berkata
dia tidak menuduh Mat Sabu terlibat dalam skandal
seks, cuma mahu dia menjawab perkara ini.

Rizal juga enggan menjawab sama ada dia sudah
bersemuka dengan idolanya itu tentang bahan itu.

Rizal mengelak soalan media tentang identiti wanita
dalam perbualan WhatsApp itu, cuma berkata dia
akan menghubungi pemberita dan berjanji akan
memberikan rakaman audio kepada mereka.

Sementara itu, Mohamad berkata dia akan merujuk
perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Dia juga tidak mengenali 3 individu yang
menganjurkan sidang media itu.
'
“Mungkin saya dalam kalangan penarik orang ramai
di perhimpunan Pakatan Harapan, jadi musuh saya
tak boleh tahan,” katanya.

Sumber TKO - 30-5-2018

Ini kira apa? Uturn ke? atau Berbelit?
Posted on Tuesday, May 01 @ 11:10:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39489



Pening dah...

Kredit
TranungKite Online
 


Sumber TKO - 1-5-2018


Ceramah calon PAN/PH Parlimen Kuala
Terengganu Semalam - Agaknya Ni Gelombang
Melayu Mahathir

Posted on Monday, April 30 @ 22:44:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39483


Nasib baik ada isterinya datang mendengar. ..
Logiknya kalau macam ini punya kehadiran tak
perlu pun guna pembesar suara.

Betul atau Tidak???








Kredit
Hanisya Abdul Hamid


Sumber TKO - 30-4-2018



Amanah Kecewa Dengan Prestasi PKR
Posted on Monday, April 30 @ 07:08:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39461



AIDCNews -28/04/18 –Parti Amanah Negara 

meluahkan kekecewaan dengan prestasi PKR 
berdasarkan penamaan calon wakil rakyat parti 
Keadilan itu hari ini.
Sentimen kekecewaan Amanah itu diluahkan oleh
wartawan pro-Amanah, Malaysia Dateline, Arif
Atan.

“PKR mengecewakan.

“Apa masalah PKR ni sampai terlepas Dun Rantau?
PH kena betul-betul siasat. Dah kena beli? Parti 20
tahun tapi calon tak bersedia macam PKR ni parti
baru 20 hari wujud.

“Dahlah tamak kerusi sampai ketepikan AMANAH
dan PPBM. Di Shah Alam, satu kerusi Dun pun tak
beri kepada PPBM. AMANAH jangan cakaplah.
Memang PKR fikir dia sorang saja bagus. Semangat
berkawan apa macam tu.

“Parlimen Batu pula, kalau bagi pada AMANAH
dah selesai, tiada masalah siap boleh sumbang
kemenangan lagi pada Pakatan Harapan”luahnya
 dalam Facebook.

Tambahnya, PKR hanya ghairah untuk merebut
jumlah hantar calon PRU, namun tiada jentera akar
umbi untuk bekerja khususnya memasang bendera.

“PKR galak pekik nak ke Putrajaya tapi kerusi bolot
sorang, lepas tu satu-satu buat hal bagi kemenangan
percuma kepada BN.

“Bendera jangan cakaplah. Tak usaha sungguh-
sungguh nak melawan BN-Pas. Memanglah politik
baharu tak perlu banyak pasang bendera, tapi kalau
jalan utama, simpang lampu trafik pun tiada satu pun
bendera PKR, apa cerita? Dah seronok dalam zon
selesa sangat ke?'

“Dari Bukit Beruntung ke Kampung Baru, KL
semalam iaitu Parlimen Hulu Selangor – Gombak –
Titiwangsa, bendera PKR hidup segan mati tak mahu
 dengan permukaan jalan macam kena bom berlekuk
berlubang di sana membahayakan nyawa penunggang motosikal.

“Apa cerita geng kartel yang menguasai PKR ni?
Mahu sabotaj PH?, “katanya lagi


Sumber TKO - 30-4-2018



Khalid: Maaf Warisan, anda berkeras
Posted on Monday, April 30 @ 07:06:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39460



SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid 

Samad mengesahkan kepimpinan parti memberi 
kebenaran kepada parti itu menentang calon Parti 
Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu 
pakatan pembangkang di Sabah.
Amanah meletakkan calon di Parlimen Batu Sapi dan
kerusi DUN Merotai.

Khalid memberitahu FMT dalam satu ceramah
semalam, keputusan itu dibuat kerana kegagalan
mencapai konsensus.

“Kami minta maaf kepada kawan-kawan di Sabah
tetapi selepas rundingan yang panjang mereka tetap
berkeras dan tidak bersedia memberi kepada kami
walaupun satu kerusi sedangkan ahli kami bekerja
keras di sana sejak Amanah ditubuhkan 2 tahun lepas,
” kata Khalid.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap
dalam ceramah sama mengucapkan terima kasih
partinya kepada Warisan atas kerja yang dilakukan
di negeri itu, dan mengatakan Sabah bakal menjadi
pangkalan kuasa BN yang pertama tumbang di Borneo.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) juga akan
menang di Kedah, Negeri Sembilan dan mengekalkan
kuasa di Pulau Pinang serta Selangor dan menggesa
ahli parti terus bekerja kuat.

Media sebelum itu melaporkan Pengerusi Amanah
Sabah, Hamzah Abdullah berkata pemimpin parti itu
 membuat keputusan dalam pertemuan yang diadakan
di Kuala Lumpur Rabu lepas.

Empat calon bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi,
iaitu Hamzah Abdullah (Amanah), Liew Vui Keong
 (Warisan), Linda Tsen Thau Lin (BN) dan Norsah
Bongsu (PAS).

Tujuh calon bertanding di kerusi DUN Merotai, iaitu
Ahmad Dullah (PAS), Lim Ting Khai (BN-LDP),
Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon (Parti
Harapan Rakyat), Abrani Akum (Amanah), Sarifudin
Hata (Warisan), Azizul Tandek (Parti Kebangsaan
Sabah) dan Mohd Nasir Sumadi (Usno).

Penyandang kerusi, timbalan menteri negeri Pang
Yuk Ming digugurkan daripada senarai calon LDP
untuk pilihan raya kali ini.

Sumber TKO - 30-4-2018



Pemimpin tertinggi AMANAH setuju lawan
WARISAN di Sabah

Posted on Sunday, April 29 @ 10:27:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39447



Kepimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) mengesahkan keputusan untuk menentang Parti Warisan 

Sabah (WARISAN) di kerusi Batu Sapi dan Merotai 
di negeri itu.
Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah berkata persetujuan dicapai semasa mesyuarat yang diadakan
di kalangan kepimpinan tertinggi parti itu pada Rabu
di Kuala Lumpur.

"Kami buat keputusan sebulat suara bahawa AMANAH
harus bertanding dalam keadaan untuk memberikan penghormatan kepada (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)
sebagai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Kami memberi surat kepada Mahathir bahawa
AMANAH hanya akan bertanding di Batu Sapi dan
Merotai.

"Salinan surat itu dikemukakan kepada Presiden
(WARISAN) Mohd Shafie Apdal, yang diserahkan
semalam menerusi pemimpin pemuda AMANAH
Sabah dengan harapan dapat memikirkan semula
calon WARISAN," katanya kepada Malaysiakini.

Keputusan itu, katanya, telah dibincangkan dengan
panjang lebar untuk "memastikan semua orang harus
diberi bahagian yang sama di Sabah".

Pada majlis pengumuman calon WARISAN semalam,
Shafie mengumumkan Liew Vui Keong sebagai calon
parti itu di Batu Sapi dan Sarifuddin Hata sebagai calon
untuk kerusi Merotai.

Hamzah hari ini, menghantar borang pencalonannya
bagi Batu Sapi dan akan menghadapi Liew dalam
pertarungan empat penjuru, manakala Arbaani Akum
 dari AMANAH akan berdepan enam calon lain di
Merotai.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub
mengesahkan parti itu memaklumkan kepada Mahathir
mengenai keputusan untuk bertanding di kerusi
tersebut.

"AMANAH tak langgar sefahaman dalam HARAPAN. HARAPAN bersetuju AMANAH ambil dua parlimen,
dua DUN.

"Setelah cuba berunding, tak ada kata sepakat pihak
WARISAN, jadi kita putuskan satu parlimen, satu
DUN untuk tunjukkan tahap toleransi kita," katanya.

'Tak boleh salahkan WARISAN'
Walaupun memutuskan untuk tidak bertanding di
Kalabakan dan Bugaya, Salahuddin berkata WARISAN
tidak bersetuju untuk membenarkan AMANAH
 bertanding di Batu Sapi dan Merotai.

"Jadi saya fikir bagi masa depan AMANAH di Sabah,
wajar AMANAH bertanding satu kerusi DUN, satu
kerusi parlimen.

"Kita melalui semua proses, tak adalah nak suka-suka
bertanding, jadi stubborn boy untuk (tetap) nak
bertanding juga













"Kita mintak satu saja, sampai satu tahap, bertanding
atas nama WARISAN untuk Hamzah pun dia tak nak.
Kita pun tak bolehlah nak salahkan WARISAN, sebab
WARISAN tak ada dalam HARAPAN," katanya.

Salahuddin juga menyatakan keyakinan terhadap
Hamzah dan menegaskan pemimpin berkenaan
dikenali di Sabah.

Bahkan Hamzah katanya hanya tewas kira-kira 3,000
undi berbanding calon BN ketika bertanding di bawah
tiket PAS pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata beliau telah
menghubungi wakil presiden WARISAN, Darell
Leiking pada 7 April untuk mengadakan rundingan.

"Saya berjaya hubunginya melalui telefon, dia hantar
SMS kepada saya dan kata akan menghubungi saya
kemudian. Saya masih simpan mesej itu. Saya tunggu
 selama dua minggu, dia tidak pernah menghubungi
saya."

Hamzah juga berkata beliau tidak menyesal untuk
bertanding di kerusi Batu Sapi.

"Saya beri pilihan kepada rakyat, jika mereka letakkan
calon tempatan di Batu Sapi, kami akan tarik balik
(pencalonan) tetapi siapa Liew?" soalnya.

Hamzah, awal bulan ini mengesahkan AMANAH tidak
 pernah menjadi sebahagian daripada perbincangan
antara WARISAN, DAP dan PKR.


Naib Presiden WARISAN Junz Wong, bagaimanapun,
berkata parti itu hanya berminat untuk bekerjasama
dengan parti-parti yang berkaitan di negeri itu.

Sumber TKO - 29-4-2018


Bonda restu tanding? Nik Omar enggan ulas
Posted on Saturday, April 28 @ 20:07:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39437



PENGKALAN CHEPA: Sebaik secara rasmi menjadi 

calon Pakatan Harapan di DUN Chempaka, Nik Omar 
Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaan untuk 
 berkhidmat kepada rakyat.
“Insya-Allah apabila kita bersedia menjadi calon kita
bersedia untuk menerima tanggungjawab. Kita berikrar
 untuk memberi khidmat yang terbaik asasnya, kepada
rakyat di DUN kita dan rakyat Kelantan,” katanya
ketika ditemui selepas penamaan Calon hari ini.

Penampilan anak kedua kepada pemimpin besar PAS,
Datuk Nik Abdul Aziz, selaku calon Pakatan Harapan
suatu kejutan buat penyokong PAS dan PH sendiri,
selepas beliau menafikan “khabar angin” sebelum ini.

Nik Omar memberitahu pemberita bahawa beliau
sebenarnya masih ahli parti Islam itu.

“Saya masih ahli PAS, sebagai calon Pakatan Harapan,
” katanya.

Pengamal media dan pemerhati politik berwaspada
sebaik sahaja Nik Omar tampil diiringi pimpinan
 Pakatan Harapan tempatan dan para penyokong ke
pusat penamaan calon pagi tadi.

Sebelum ini, Nik Omar berkata dia tidak mendapat
keizinan ibunya untuk bertanding atas tiket lawan,
 kerana tidak mahu bertembung dengan adiknya,
Muhamad Abduh, yang bertanding di Parlimen
Bachok.

DUN Chempaka merupakan kerusi bapa mereka dan
terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Ditanya apakah beliau sudah mendapat keizinan
ibunya, Datin Sabariah Tuan Ishak, Nik Omar sekadar
berkata: “InsyaAllah”.

Ketika Nik Omar diarak bersama bendera PKR, ibunya
 dan penyokong PAS mengiringi Nik Abduh di Bachok.

Nik Omar bakal berdepan penyandang, Ahmad Fathan
Mahmood dari PAS dan calon BN, Mohamad Fareez
Nor Amran.

Di peringkat Parlimen, calon PAS, Ahmad Marzuk
Shaary akan berdepan calon BN, Zaluzi Sulaiman dan
calon PH, Mohamad Ibrahim.

Di DUN Kijang pula, calon PAS Dr Izani Hussin akan
berdepan calon BN, Wan Shahrul Azwan Abd Aziz
dan calon PH, Nik Azmi Nik Osman.

Di DUN Panchor, calo PAS, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah akan berdepan calon BN, Zarina Eusope dan
calon PH, Zulhazmi Hassan.

Sumber TKO - 28-4-2018


Raja Bahri Ni Mabuk Pil Kuda ke?
Posted on Thursday, April 26 @ 21:35:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39400



Hari ini Malaysiakini menyiarkan Pakatan Harapan 

(HARAPAN) Terengganu mendakwa Umno-BN sengaja
memberi laluan mudah kepada calon PAS di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada pilihan raya
umum akan datang pada 9 Mei depan.

Pengerusi HARAPAN negeri, Datuk Raja Kamarul 

Bahrin Raja Ahmad berkata Umno-BN secara jelas tidak menurunkan lawan yang sepatutnya untuk berdepan 
dengan anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul 
Hadi di DUN tersebut.

“Saya agak hairan juga kenapa BN meletakkan calon 

yang agak kurang dikenali di kalangan orang ramai 
kerana mereka tahu akan menghadapi pertandingan 
dengan anak Hadi sendiri.

“Saya rasa ia seolah-olah Umno mahu memberi laluan 

mudah.

“Kenapa tidak ada tentangan hebat untuk Umno bagi 

berdepan dengan anak presiden sendiri,” 

katanya dalam sidang media selepas Majlis 

 Pengisytiharaan Calon HARAPAN Terengganu bagi 
PRU14 di Kuala Terengganu, hari ini.

Sumber TKO - 26-4-2018


Kenapa lebai kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmadmabuk pil kuda. Kalau tak pun mungkin sasau kerana termakan sumpah ba'iah sendiri.

Kasar tapi maaf terpaksa untuk nak bagi pendokong HARAPAN biar menggunakan akal untuk mengeluarkan kenyataan.

Kerusi N16 Batu buruk di tandingi 3 penjuru iaitu;

HARAPAN : Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (AMANAH/PAN)
BN : Zamri Awang Hitam (UMNO)
GAGASAN SEJAHTERA : Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS)

Guna akal untuk faham..
Raja Bahri kata UMNO sengaja letak calon lemah di Batu Burok untuk menangkan calon PAS iaitu anak Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu Ketua Pemuda PAS Pusat.

Kalau UMNO letak calon lemah.
Sepatutnya Raja Bahrin suka kerana dia boleh kalahkan UMNO pasal dia nak jatuhkan UMNO.

Melainkan..
Raja Bahrin rasa HARAPAN memang tak ada harapan untuk menang.
Atau Raja Bahrin (Baca parti AMANAH) sedih kerana dia sekadar TONGKAT UMNO untuk bantu UMNO tak tercapai hasrat kerana UMNO letak calon lemah.

Hai penyokong HARAPAN jadi manusia bodoh
Kembali kepada ISLAM
Sokong PAS pada PRU ini
Lihat bagaimana PAS laksanakan pemerintahan mengikut Islam



Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan
Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz (flashback)

Posted on Monday, April 23 @ 20:25:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39331



Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan 

PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah dan 
bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sedang Islam 
ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.

Sebelum ini mereka buat petikan Nik Abdul Nik Abdul 

Aziz dengan kata-kata dan tarikh petikan itu diucapkan 
sedang perkara itu adalah berbohong semata-mata. Malah 
salah seorang ahli panel NUNJI PARTI PAN (AMANAH) juga penyebar maklumat palsu tersebut. Dia dalam kuliah 
selalu cakap jangan buat fitnah tapi selepas kuliah dia 
yang sebar fitnah. Ilmu yang yang diajar tidak lagi 
boleh meresapi bukan di kalangan pendengar tetapi 
pada dirinya sendiri. Betullah kata-kata HATI YANG 
MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUP HATI-HATI 
MATI YANG LAIN.


Saya telah menulis sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Dulu kita pernah dengar hadis palsu dikalangan pengikut 

mazhab. Nak tunjukkan mazhabnya baik mereka reka 
hadis palsu. Akal kita macam tak percaya orang warak 
dalam sesuatu mazhab sanggup reka hadis semata-mata 
 nak tunjukkan mazhabnya betul dan mazhab orang lain 
salah.

Kalau kata-kata nabi boleh dipalsukan.
Apalah sangat dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul 

Aziz.

Mereka tahu pembaca di media sosial buka buat kaji 

selidik maklumat itu betul atau salah.

Saya kebetulan suka menyimpan petikan keseluruhan 

rakaman muktamar PAS (sukar juga nak dapatkan 
rakaman keseluruhan, tapi kini mudahlah kerana ada 
siaran live).


# saya malas nak upload kerana ada banyak versi 
ucapan termasuk temubual dengan wartawa

Saya mendengar ucapan TGNA sepanjang Muktamar
2008.

TGNA ada menyebut PAS perlu perkemaskan 

PAKATAN RAKYAT kerana PR lebih peting daripada 5 
negeri yang diperolehi. (Pakatan Rakyat terbentuk 
 selepas PRU 2008 sebelum itu pembangkang PAS, 
DAP dan PKR hanya bekerjasama sahaja - ramai salah 
anggap bahawa PRU 2008 adalah PRU PAS bersama 
PR)

TGNA juga menyebut kalau nak berbaik dengan UMNO 

hanya untuk MURBALAH sahaja dan sebaik-baiknya 
mendekati UMNO untuk "mampus"kan. TGNA 
 memberikan ibarat sepohon pokok yang besar jika 
semua dahannya dipotong pasti pokok itu akan mati.

JIKA ANDA JUMPA PETIKAN APA-APA 

DARIPADA PARTI PAN (IKRAM) DAN PAKATAN 
 HARAPAN ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana 
MEREKA INI "kalis neraka" walaupun solat tapi suka 
sebar FITNAH. Mereka tak rasa berdosa pun.

Kalau Ahli PANEL NUNJI boleh sebar fitnah, yang

lain apa lagi!



Sumber TKO - 23-4-2018


Berang dengan WARISAN, AMANAH Sabah tetap
bertanding

Posted on Monday, April 23 @ 13:29:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39315&mode=
thread&order=0&thold=0



Walaupun Presiden Parti WARISAN Sabah, Datuk Seri 

Shafie Apdal meminta AMANAH jangan bertanding di 
Sabah pada pilihan raya umum akan datang, pengerusi 
AMANAH negeri itu, Hamzah Abdullah tetap dengan 
keputusannya bahawa partinya akan bertanding di 
sekurang-kurangnya dua kerusi.
"Hari ini kita akan bertemu presiden parti kita dan kita
akan membuat satu keputusan yang kita akan bertanding
juga. Kita akan bertanding di kerusi yang telah
diputuskan oleh Pakatan Harapan.

"Apa pun keadaannya, kita akan bertanding melawan
sesiapa yang akan bertanding di Batu Sapi dan Kalabakan. Kita bukan lawan HARAPAN, kita akan lawan WARISAN
kerana kita tidak ada pakatan dengan WARISAN," kata
 Hamzah kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau bimbang akan dituduh
memecah undi, Hamzah berkata yang menyebabkan
perpecahan adalah Shafie sendiri yang didakwanya
bersikap "tamak".

"Shafie adalah penyebab utama perpecahan dalam
HARAPAN dan (Pengerusi HARAPAN Sabah)
Christina (Liew) telah gagal untuk jalankan kebajikan
 dan kepentingan HARAPAN Sabah," kata Hamzah,
yang menuduh Liew mengadakan pertemuan rahsia
dengan Shafie berhubung rundingan kerusi.

Hamzah seterusnya membidas Shafie yang didakwanya
sebagai seorang pemimpin yang "angkuh dan dan biadap"
selepas Shafie berkata beliau telah berunding dengan
pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan
 Presiden AMANAH Mohamad Sabu supaya BERSATU
dan AMANAH tidak bertanding (di negeri itu).

"Belum lagi memerintah pun dia sudah buat satu
keputusan yangt tidak pentingkan rakan dia.

"Anda bercakap tentang Perjanjian Malaysia, mengenai
perkongsian sama rata namun dengan rakan komponen
sudah buat zalim."

Diminta mengulas mengenai kenyataan oleh Shafie
(gambar), Mohamad semalam menegaskan rundingan
mengenai perkara itu masih berterusan.

"Itulah pandangannya dan kami menghormati pandangan
itu. Kami akan terus berbincang.

"Keputusan muktamad boleh dicapai dalam masa
terdekat, Insya-Allah," kata Mohamad, yang lebih
dikenali sebagai Mat Sabu, semasa sidang akhbar
 di pejabat Selangor AMANAH di Shah Alam.

Mengenai kenyataan Shafie bahawa pemimpin
BERSATU dan AMANAH Sabah boleh diberi jawatan
senator, Hamzah mempersoalkan betapa yakin Shafie
 dapat merampas negeri itu dari BN.

"Dengan cara dia mengetuai pakatan itu - Shafie sangat
angkuh, berkelakuan seperti 'big brother' dalam
HARAPAN, menetapkan terma kepada AMANAH,
sama ada AMANAH patut bertanding atau tidak.


"Kami telah berada di sini sejak tahun 2013. Dia ketika
itu dalam Umno, masih masih menjadi menteri
(manakala) kita mempunyai pengalaman bersama
dengan rakyat sebagai pemimpin pembangkang. Kami
tahu hati nurani rakyat, apa yang mereka mahu."

Sumber TKO - 23-4-2018


Mat Sabu sah bertanding di Kota Raja Singkir
Dr Mariah

Posted on Sunday, April 22 @ 17:24:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39289



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad 

Sabu sah akan bertanding di parlimen Kota Raja, 
Selangor.
Perkara itu diumumkan oleh pengerusi AMANAH negeri 
Izham Hashim dalam acara di ibu pejabat parti serpihan 
PAS itu di Shah Alam hari ini.

Kerusi itu sekarang disandang oleh Ketua Wanita 
AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud, yang akan 
berpindah kawasan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) 
Seri Serdang.

Pengumuman itu dibuat selepas protes pemimpin akar 
umbi Kota Raja Jaafar Samsudin berjaya diselesaikan 
dengan baik selepas pertemuan empat mata dengan 
Mohamad.

AMANAH akan bertanding di lima parlimen dan 10 
DUN di Selangor.

Sebelum dr Mariah mengalahkan Datuk S Murugesan 
(BN) dengan majoriti 29 395.

AMANAH (PAN) meletakkan Mat Sabur, Presidennya 
di kawasan Selamat. Adakah nasib Mat Sabu timbul?? 
Sebelum ini PAS telah memberikan beberapa kawasan 
selamat kepada Mat Sabut tapi nasibnya malang dia 
sentiasa kalah termasuk kalah disebabkan calon bebas 
Tok Mum.

Sumber TKO - 22-4-2018



AMANAH Perak mungkin saman Zuhdi, 
MUNGKIN belum lagi.. Ni Kira Modal Politik 
Untuk Tipu Penyokong
Posted on Sunday, April 22 @ 14:24:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39286



Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Zuhdi Marzuki 

mungkin disaman jika gagal membuktikan dakwaannya 
yang mengaitkan AMANAH Perak dengan sumbangan 
daripada ahli perniagaan terkenal.
Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh berkata parti
itu tidak menerima sumbangan daripada ahli perniagaan
yang disebut Zuhdi itu, atau mana-mana pihak lain.

"AMANAH Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
Zuhdi kononnya kami menerima wang atau sumbangan
sebanyak RM500,000, RM5 juta mahupun RM50 juta
daripada mana-mana pihak," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

Penjelasan itu dibuat ekoran dakwaan Zuhdi terhadap
AMANAH semalam.

Zuhdi yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS
mendakwa PAS ialah parti politik paling berintegriti
dalam usaha mendapatkan dana membiayai kempen
pilihan raya berbanding pihak lain.

Katanya PAS memperoleh wang melalui pendanaan
awam (crowdfunding) dan ia tidak terikat dengan
apa-apa kepentingan daripada penyumbang.

"Kemasukan sumbangan dana ke akaun umum PAS
adalah telus dan boleh disemak oleh khalayak umum,"
katanya.

Tolak anugerah dedak
Kenyataan itu dibuat sehari selepas dia dilaporkan
mengaku PAS menerima dana bernilai RM2.5 juta
daripada individu dan wang berkenaan tidak
mempunyai kaitan dengan Umno.

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial
individu terbabit dikatakan pegawai khas seorang
pemimpin kanan Umno di peringkat pusat.

Zuhdi seterusnya mendakwa AMANAH Perak - serta
DAP - mendapat sumbangan daripada seorang ahli
perniagaan yang menyerahkan dana kepada kedua-dua
parti terbabit - masing-masing bernilai RM500,000 dan
RM50 juta.

"Apa motif tauke ini memberi sumbangan kepada
AMANAH Perak?" katanya.

Salman (gambar) berkata dakwaan dibuat Zuhdi itu t
idak berasas serta berniat jahat.

Katanya tidak seperti PAS, AMANAH ialah sebuah
parti politik yang sama sekali berbeza.

“AMANAH Perak dengan tegas menolak segala
bentuk amalan politik wang dan politik 'dedak'
seperti apa yang melanda PAS ketika ini,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Salman berkata kenyataan Zuhdi itu
sengaja direka bagi menutup aib yang sedang ditanggung
oleh PAS.

“Kami berpandangan, kenyataan itu dibuat dengan niat
jahat untuk memburuk-burukkan nama baik AMANAH
secara keseluruhannya bagi mengaut keuntungan politik
murahan melalui fitnah jahat yang tidak berasas.

“Ini kerana beliau beberapa hari lalu telah membuat
pengakuan tentang penerimaan dana sebanyak RM 2.5
Juta seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden
AMANAH, Datuk Mahfuz Omar,” katanya.

Tambah Salman, fitnah tersebut dilakukan kerana PAS
sangat terkesan dengan pengakuan Zuhdi selepas ia dilihat bertentangan dengan penafian pimpinan parti itu sebelum
 ini.

Justeru, AMANAH Perak mendesak agar Zuhdi
mengemukakan bukti berhubung dakwaan dibuatnya itu.

“Sekiranya gagal, kami tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Sumber TKO - 22-4-2018


AMANAH tak dapat kerusi, bidas WARISAN secara
berdepan

Posted on Sunday, April 22 @ 11:30:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39283



Tiada gunanya berjuang tentang kesaksamaan di bawah 

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika AMANAH Sabah 
tidak dilayan sama rata, kata pengerusi negeri parti itu, 
Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan yang disasarkan 
 kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan 
Harapan (HARAPAN).
Beliau berucap mengkritik hal berkenaan tanpa
berselindung di hadapan Presiden WARISAN Datuk Seri
Shafie Apdal dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew
serta pengerusi DAP negeri itu, Stephen Wong.

Hamzah secara terbuka menyatakan kekecewaannya
kerana AMANAH tidak diperuntukkan kerusi bertanding
di Sabah di bawah kerjasama HARAPAN dan WARISAN.

"Kalau rakan sama rata takkan lah AMANAH tak dapat
kerusi langsung. Takkan tak dapat dua kerusi. Semua
kena dapat.

"Kalau AMANAH langsung tak diberikan. Anda
mempermain-mainkan Perjanjian Malaysia 1963
 (MA63), anda tidak mengamalkan MA63," kata
 Hamzah pada majlis pelancaran manifesto HARAPAN
peringkat negeri Sabah.

Beliau menegaskan walaupun HARAPAN tidak akan
bertempur dengan WARISAN dalam pilihan raya umum,
AMANAH Sabah akan memegang keputusan rundingan
dalaman HARAPAN yang awal bahawa parti itu akan
bertanding di dua parlimen dan dua kerusi DUN.

"Kita cuma harap tiada pertembungan HARAPAN
dengan WARISAN," katanya lagi.

Dalam ucapannya lagi yang kelihatan seolah menyindir
Presiden WARISAN, Hamzah berkata pengundi akan
kecewa jika memilih pemimpin bekas menteri yang punya
wang.

Beliau turut bertegas pemimpin AMANAH akan tetap
berjuang melawan Umno.

Shafie merupakan bekas menteri pembangunan luar
bandar dan wilayah dan naib presiden Umno.

Beliau menubuhkan WARISAN selepas keluar Umno
pada 2016, setahun selepas digugurkan daripada kabinet.

Dalam ucapan beliau kemudian, Shafie berkata beliau
telah berunding dengan Presiden AMANAH Mohamad
Sabu, serta Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir
Mohamad, supaya kedua-dua parti itu tidak bertanding
di Sabah.


Sebagai pertukaran, Shafie berkata pemimpin Bersatu
atau Amanah boleh dilantik sebagai senator atau pegawai
kerajaan negeri Sabah.

Dumber TKO - 33-3-2017


UMNO Taja Kempen Pilihanraya Mahfuz RM60k 
Di Pokok Sena
Posted on Sunday, April 22 @ 10:41:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39279&mode=thread&order=0&thold=0



Selepas beberapa siri serang Mahfuz Omar yang mendakwa PAS terima duit Umno, muncul suara-suara dari utara yang menceritakan kepada saya bagaimana Mahfuzlah  yang sebenarnya yang menerima duit Umno. Mahfuz menyerang PAS menggunakan ucapan Dr Zuhdi Marzuki bahawa PAS memang ada menerima derma. Namun bila diamati video ucapan Dr. Zuhdi tersebut, ternyata Mahfuz secara zalim membuat fitnah mengaitkannya dengan Umno.

Sedangkan dalam Ucapan itu Dr. Zuhdi langsung tidak ada menyebut yang PAS menerima derma dari Umno. Transkrip ucapan Dr. zuhdi secara jelas menyatakan:

"Bekas pimpinan PAS sendiri kata kita dapat 1.5 juta, 1 juta dalam bank. Ini adalah merupakan derma, derma dari individu, bukan Umno. bukan dari Pejabat Umno. Sebab itu kita ucap terima kasih pada orang yang derma itu. terima kasih. Lepas nie kalau ada yang mahu derma 5 juta Alhamdulillah"

Tapi Mahfuz menokok tambah dengan cuba mengaitkan derma tersebut dengan derma 2.6 Bilion yang Najib terima ke dalam akaun peribadinya. Ini dua perkara berbeza sama sekali. PAS terima derma dan masuk dalam akaun parti. Najib terima derma masuk akaun sendiri.

Ketika Mahfuz dalam PAS pun, memang banyak derma yang diterima dari individu kalangan ahli dan penyokong PAS. Tanyalahlah Dr. Hatta Ramli mantan bendahari PAS, berapa banyak derma masuk ketika PAS ingin beli bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Berapa banyak derma PAS terima ketika musim pilihanraya dari individu yang menyokong PAS. Dari semasa ke semasa PAS membuat iklan derma dan sumbangan hingga dicop sebagai 'parti tin milo'. Terpulang pada penderma nak derma berapa, yang penting masuk dalam akaun parti.


Saya nak tanya Mahfuz, sementelah mendengar berita dari rakan-rakan diutara, saya antara percaya atau tidak. Saya ingin meminta beliau mengesahkan bahawa benarkah ada pemimpin Umno yang menaja dana kempen beliau di Pokok Sena pada PRU 2008 dan 2013 bernilai RM60 ribu? Dan semasa perkahwinan anak perempuan beliau pada 2016, benarkah ada pemimpin Umno sekali lagi menaja sebanyak RM40 ribu? Duit-duit ini dibayar kepada akaun peribadi beliau tanpa dilaporkan pada parti. Untuk apa pemimpin-pemimpin Umno itu memberikan sumbangan peribadi kepada beliau? Miskin sangat ke beliau sehingga perlu mengemis duit Umno macam tu?

Saya hanya bertanya untuk mencari jawapan supaya saya tidak dikelirukan antara fitnah dan fakta. Jika ianya fitnah, semoga Allah beri hukuman yang setimpal pada orang yang fitnah beliau. Jika benar, tapi Mahfuz masih berbohong, biarlah Allah tentukan nasib beliau selepas ini.

Kemesraan Mahfuz bersama Zahid Hamidi dan paling akrab Nazri Aziz menimbulkan banyak polemik. Majlis buka puasa khas bersama Nazri dan Salahuddin di Saloma Bistro, kemudian Nazri melawat beliau dirumah secara tiba-tiba. Menimblukan banyak persoalan tentang hubungan mereka. Walaupun dalam masa yang sama Mahfuz menyerang Presiden PAS yang difitnahkan sebagai mesra Umno. Orang kata, cakap tak serupa bikin. Kurap sendiri terdedah tapi sibuk garu belakang orang lain.

Herman Samsudeen
Kg. Bharu
21 April 2018

XOXO - Macam nak Mahfuz nak berbelit, resit dan penyataan bank semuanya ada dan kini UMNO boleh killer Mahfuz... hebat Strategi UMNO memperbodohkan Mahfuz...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 22-4-2018


Mana Presiden AMANAH, Kenapa diam diri mana maruah kamu?
Posted on Thursday, April 19 @ 22:50:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39256



Mana Presiden AMANAH, Kenapa diam diri mana maruah diri kamu? Hai penyokong AMANAH mana maruah diri kamu bila orang tuduh dan aibkan Presiden kamu tak menjawab atau saman si Razali.

Kredit
TranungKite Online 


Sumber TKO - 19-4-2018


Sekali lagi Husam Musa buat helah bila tersempit..
Posted on Thursday, April 19 @ 16:56:48 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39250



Husam ni cakap semasa ceramah sedap dan hebat tapi bila orang hantar saman dia tutup pintu. Pesan kepada anaknya (ni buka yang pil kuda) jangan ambil surat saman. Terpaksa saman diiklankan diakhbar.

Sekarang kata PAS lulus balak selepas pembuburan. P{olis belum lagi panggil dia dah u-turn.

Kredit
Abdullah Othman


Sumber TKO - 19-4-2018


Tidak dicalonkan bukan punca keluar Amanah, kata Jaafar
Posted on Thursday, April 19 @ 15:06:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39249



SHAH ALAM: Bekas pengarah pilihan raya Amanah Selangor Jaafar Samsuddin berkata tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukanlah faktor yang mendorong beliau keluar daripada parti itu.

Jaafar berkata sebab utama beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara ahli parti serta beberapa alasan peribadi.

“Kalau suara sebagai ahli mahupun yang berjawatan penting dalam parti langsung tidak dihiraukan kepimpinan, apa gunanya lagi berada dalam parti,” kata Jaafar.

Beliau semalam dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya itu kepada Amanah negeri dan nasional sebelum memutuskan untuk turut keluar daripada parti berkenaan.

Jaafar yang keluar daripada PAS dan menyertai Amanah pada 2016, turut menegaskan kurangnya sikap saling menghormati, tidak mendengar pendapat sesama sendiri termasuk daripada akar umbi dan kecelaruan arah tuju perjuangan Amanah, antara faktor penarikan dirinya daripada terus menerajui jentera serta menganggotai parti berkenaan.

“Saya diberi jawatan penting untuk menghadapi pilihan raya, tetapi suara dan pendapat saya tidak didengari dan dihormati kepimpinan serta ahli parti, saya rasa tidak berguna lagilah saya memegang jawatan itu. Malah suara saya sebagai ahli parti juga tidak dihiraukan.

“Saya memegang amanah (jawatan) yang diberikan dan melaksanakannya menggunakan segala pengalaman yang saya ada, tetapi ada pula yang datang mendabik dada mempertikai kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, beliau juga amat kesal dengan Amanah kerana pada saat-saat akhir menjelang PRU14, keadaan dalaman parti masih kucar-kacir apabila ramai dalam kalangan ahli sedang cuba “menunjuk pandai”.

Katanya, gelaran “kolot” dan ketinggalan zaman yang dilemparkan kepada beliau selaku pengarah pilihan raya dilihat menjejaskan imejnya sedangkan gerak kerja yang diatur bagi menghadapi perang PRU14 bukan sekadar menjadi tukang sorak.

“Dalam pilihan raya, kita kena cepat, cekap, sebab itu saya guna pengalaman saya bagi penerangan serta bukti-buktinya. Kita bukan nak buat politik lebih kurang, namun ramai yang nak tunjuk pandai…ini harus segera diperbetulkan,” katanya.

Mengakui tidak berdendam dengan Amanah walaupun melepaskan jawatan penting dalam dalam parti itu, Jaafar berkata beliau tidak merancang untuk menyertai parti politik lain sungguhpun ada pihak datang berjumpa dengannya.

Katanya, setakat ini, beliau memilih untuk berehat daripada dunia politik dan menghabiskan masa bersama keluarga namun jika ada pihak memerlukan pendapat, beliau sedia memberi sumbangan.

Sumber TKO - 19-4-2018



Pengarah pilihan raya AMANAH S'gor keluar parti
Posted on Wednesday, April 18 @ 22:33:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=
article&sid=39233



Hanya 10 hari sebelum hari penamaan calon pilihan raya

 umum (PRU) ke-14, pengarah biro pilihan raya 
AMANAH Selangor dan Ketua Bahagian Kota Raja 
 Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan dan keluar parti 
berkuatkuasa serta-merta.
Timbalah Ketua Bahagian AMANAH Kota Raja, Dr Siti
Mariah Ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.


"Betul, saya pun baru baca di Malaysia Dateline. Saya cuba hubungi beliau tapi tak dapat.

"Komunikasi dalaman kita sudah dimaklumkan melalui whatsapp. Tapi saya belum melihat surat itu," katanya.

Awal hari ini, portal berita AMANAH Malaysia Dateline melaporkan peletakan jawatan Jaafar yang menjelaskan beliau perlu menumpukan kepada hal keluarganya.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak rasa suaranya didengar dan usahanya tidak dihargai oleh pemimpin AMANAH pusat dan negeri.

“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.

“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.

“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” katanya.

Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihan raya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015. Beliau kemudian meninggalkan PAS pada 2016 untuk menyertai AMANAH.

Sebelum itu, Jaafar pernah menjadi ahli Umno dan Semangat 46 serta pernah berkerja di bawah bekas menteri besar Selangir Datuk Seri Harun Idris
Jaafar bagaimanaun menafikan beliau kecewa tidak dicalonkan di kerusi parlimen Kota Raja dan kerusi DUN Meru.

“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih," katanya.

Siti Mariah berpendapat, Jaafar meletakkan jawatan kerana tidak tercalon di Kota Roja.

"Ini keputusan parti yang kita mesti terima. Ini lumrah dalam politik dan kita mesti bersedia," katanya.

Spekulasi sebelum ini mengatakan Jaafar tidak bersetuju presiden parti itu Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon Kota Raja.

Siti Mariah menafikan perkara ini dan berkata Jaafar sedia maklum perkara itu.
"Mustahil Jaafar tidak tahu, beliau berada dalam kepimpinan negeri dan langkah ini sudah dibincangkan untuk beberapa lama," katanya.

Sumber TKO - 18-4-2018


Cerita lucu hari ini
Posted on Monday, April 16 @ 13:58:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39185



Selepas Sarawak Report mahu batalkan saman kt Tuan Guru, Husam dh mula kata dia x ckp pn PAS terima 90 joter kohkohkoh.

Kredit
Diana Farrel


Sumber TKO - 16-4-2018



Mat Sabu Kena Saman Razali Abdul Rahman Demi Maruah Diri dan maruah parti AMANAH (PAN)
Posted on Monday, April 16 @ 06:50:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39172



Lebai terbaca artikel di laman Tranungkite mengenai pendedahan Razali Abdul Rahman
merupakan bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng. Juga Pegawai Tugas-tugas Khas LGE. Dia juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong.

Pendedahan panjang pembaca boleh baca di sini.

lebai ambil apa yang ditulis oleh Razali Abdul Rahman mengenai pimpinan parti Amanah (Pan) sekarang. Bagaimana sikap beliau dengan Islam.

Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.

"Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?."

"Abang, ini isu agama bang."

"Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi." Dia kata.

"Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik."

"Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?"

"Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu."

Saya kata dia, "Isu agama."

"Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?".

Sampai tahap tu dia kata kat saya.

"Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik."

Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. "Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik."

"Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang?. Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu."

RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja.

Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.

Tapi dia kata, "Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup."

Saya tanya kat dia, "Apa dia?."

"Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu."

Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, "Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?"

"Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa."

Pemimpin Pas, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).

Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.

Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.

So, matlamat menghalalkan cara. janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.
Daripada petikan di atas, Razali membuat tuduhan kepada Mohamad Sabu;

1. Seorang yang hipokrit dengan Islam. Dia bermuka-muka dengan agama dihadapan orang ramai.
2. Mohamad Sabu juga menyokong agenda kritianisasi DAP
3. Mohamad Sabu seorang perasuah
4. Mohamad Sabu mengamal politik menghalalkan cara.


 Jika Mohamad Sabu tidak saman Razali Abdul Rahman apa implikasinya?


Semenjak dalam PAS lagi Mat Sabu dikatakan dibayar RM30k sebulan (ada lagi pimpinan PAS lain juga dibayar seperti Mujahid dan beberapa orang lagi) oleh Lim Guan Eng. Dengan duit ini Mat Sabu berkempen untuk menjatuhkan kepimpinan ulama.

Perkara ini menjadi benar apabila pendedahan TS Khalid Ibrahim dalam pertemuan dengan PAS Selangor beberapa hari lalu.


Video - https://youtu.be/4xIvAVTn8Rk


Ini juga membenarkan semula cerita bilik 121 Mohamad Sabu dengan isteri kawannya Normah sehingga penceraian berlaku. Jika kita percaya audio Nik Mohd Abdul tentu sekali kita boleh percaya audio Mohamad Sabu dengan Normah yang ditangkap.(Audio berkenaan ada tapi lebai atas perinsip Islam tidak sebar seperti perangai parti Islam PAN buat)



Jika tidak disaman si Razali Abdul Rahman tersebut, juga membawa implikasi Mohamad Sabu suka berpoya-poya dengan perempuan.

Mana nak letak muka parti AMANAH (Pan)??


Maka benarlah tuduhan bahawa AMANAH adalah macai/barua DAP


Tak berani membantah DAP


Sekadar memudahkan DAP menjalankan aktiviti "kristian evangelis"

Lagi pun AMANAH (PAN) suka sangat minta PAS saman jika ada sesuatu tuduhan. Ha sekarang kena atas batang hidung engkau. Apa engkau saman tak?

Tak saman?
Sah AMANAH (PAN) barua DAP untuk agenda kristian evangelis. Solat 'tunggak tunggik' tapi bodoh berpolitik terutama mereka yang berada dalam Ikram kononnya nak hijack Amanah.


Sumber TKO - 16-4-2018


Rosmah menabung beli cincin, Mahathir menabung buka kedai roti, Husam menabung untuk bangunan Salor (Flashback)
Posted on Sunday, April 15 @ 13:00:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39157



Tun  Mahathir dalam blogsnya menulis "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau."

Dulu heboh pasal Rosmah menambung untuk membeli cincin. Kemudian beberapa hari lalu Tun Mahathir mendedah dia menambung duit gajinya selama 29 tahun untuk dia membuka kedai roti THE LEAF.

Beberapa hari lalu Husam Musa yang mempunyai kuasa 10 dalam ceramah berkata bangunan PAS Salor yang dirampasnya itu adalah hak miliknya kerana dia beli dengan duitnya sendiri bukan duit pungutan derma ahli-ahli PAS.

Terfikir sahaja mungkin Husam Menambung semenjak kecil lagi untuk menyimpang duit, kalau tak takkan dia kayo!!

Dulu dia beri duit RM4 juta kepada Kicdeffela untuk 'setup' TV PAS.

Dia juga memberikan wang untuk pencetakkan Harakah untuk menambah muka bila pihak Harakah tidak mendapat kelulusan baget daripada Pengerusi Harakah Cikgu Pa. Duit itu jumlah yang besar juga.

Saya hanya sebut dua tiga perkara untuk permulaan artikel ini. Sudah cukup anda tahu KAYOnya Husam ini.

Semuanya itu duit menambung!

Susulan kenyataan Husam berkenaan duitnya buat bangunan PAS Salor, Gabungan Anak Muda Sayang Kelantan (GASAK) bertanya kepada kroni-kroni Husam Musa syarikat siapakah yg beralamat

CERIA AKTIF TRADING
No.51, Kg Baru Pahi
18000 Kuala Krai Kelantan.

Katanya syarikat itu mendapat Kelulusan TLC di Hutan Simpan Kekal Sg Durian Seluas 400 hektar (1000 Ekar) No Fail PHN.KN 200 /1 /905(39)

GASAK mendakwa syarikat tersebut telah memberi kepada Husam Musa hampir RM1.5 juta.

Adakah 400K itu pecahan daripada duit balak?

Hanya Husam Kuasa 10 dan Kroninya yang boleh menjawab.

Saya menanti jawapan dengan penuh khusyuk...


Sumber TKO - 15-4-2018



Sejak Bila Puak PAN dah percaya dengan sebaran fitnah UMNO?
Posted on Sunday, April 15 @ 17:26:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39161




Orang tua-tua ada memberi nasihat; orang yang terdesak akan membuat apa sahaja. Jilat balik ludah buat orang politik tu perkara biasa. Dulu ramai pemimpin PAN semasa berada dalam PAS membenci UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang suka menyebar fitnah dan pembohongan.

Tapi semenjak Tun Mahathir, sebelum in dikenali bapa penyamun oleh Haji Mohamad Sabu menjadi rakan sekutu untuk menjatuhkan PAS di Kelantan, apa yang UMNO buat sebelum ini bukan lagi kesalahan.

Cybertropper PAN yang dikendalikan oleh ARIF telah meng'halal'kan fitnah. Malah fitnah-fitnah UMNO yang tersebar sebelum ini digali semula untuk menyerang PAS.

PAS bukan ISLAM
PAS Parti Ajaran Sesat
Undi PAS Masuk Syurga
PAS Mengkafirkan Orang Islam
PAS Mneyeleweng

Itu dulu UMNO yang kata dan sebar
Sekarang Cybertropper PAN pula yang sebar.
Ambil peranan UMNO. UMNO boleh goyang kaki tak perlu serang PAS kerana dah ada balaci yang tolong serang PAS. Logiklah UMNO hanya serang DAP. Kesepakatan UMNO-PAN ini kena tanya Wan Rahim kuasa 10.

BENCI UMNO tapi perangai macam UMNO.
Bila terdesak PAN sanggup jual agama sendiri.


Sumber TKO - 15-4-2018

Anak Nik Aziz nafi sertai Amanah, tanding DUN Chempaka
Posted on Sunday, April 15 @ 17:36:08 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39162



PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi tumpuan selepas beliau dikatakan bakal menyertai Amanah dan bertanding DUN Chempaka, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil menafikan “khabar angin” itu.

Nik Omar berkata beliau masih lagi ahli PAS dan tiada rancangan untuk bertanding di kerusi ayahnya atas tiket PKR.

“Setakat ini tidak akan menyertai Amanah dan bertanding,” katanya.

Nama Nik Omar disebut-sebut apabila Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya sedang berunding dengan anak kedua Nik Aziz itu membawanya masuk parti.

Wan Rahim berkata Nik Omar mungkin akan dicalonkan di DUN Chempaka jika rundingan berhasil.

Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata Nik Omar belum disahkan secara rasmi akan bertanding sebagai wakil Amanah.

Adiknya, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS menafikan Nik Omar akan menyertai parti serpihan PAS itu.

“Tiada rundingan, keluarga kami menafikannya. Ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan,” katanya.


Note: AMANAH kuat pembohong. Selepas apa pula di dibohongi oleh puak PAN?? Yang kena kencing pengikut HARAPAN. Dosa lagi boleh. Akhirat lagi nak jawab macam mana? 


Sumber TKO - 15-4-2018


Dikhianati PAN, 4,000 Ahli PPBM Alor Mengkudu Keluar Parti
Posted on Saturday, April 14 @ 23:42:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39139



Makin hampir PRU14, Pakatan hanya tinggal 'harapan untuk berpakat' selepas pelbagai isu dalaman semakin terbongkar, baik dari soal calon dan kerusi. Terbaru, 4,000 ahli PPBM dari 15 pusat daerah mengundi di DUN Alor Mengkudu umum keluar parti selepas kecewa dengan pengumuman Mat Sabu yang menamakan Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolazi Mohd Zawawi sebagai calon kawasan itu.

Mereka mendakwa kerusi DUN Alor Mengkudu adalah milik PPBM, tetapi hairan bagaimana boleh diberi kepada calon PAN yang tidak dikenali langsung. Malah perkara ini bertentangan dengan agihan kerusi yang Pakatan persetujui selama ini. Jelaslah, pimpinan atasan buat keputusan syok sendiri tanpa ambil kira suara akar umbi.

Isu kerusi di Selangor pun sampai ke hari ini masih tak selesai. Puak Pakatan nampaknya main tarik tali demi kepentingan parti-parti mereka sendiri. Kalau isu kerusi pun gagal selesai, ada hati nak jadi kerajaan pusat? Ibarat kata pepatah, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong puak-puak ni.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 


Sumber TKO - 14-4-2018


Mat Sabu: Pencalonan Nik Omar belum disahkan
Posted on Saturday, April 14 @ 21:25:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39133



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu hari ini ditanya mengenai spekulasi bahawa Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di kerusi DUN Chempaka di Kelantan mewakili parti itu.

Mohamad berkata beliau mendengar khabar mengenai kesediaan anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu itu untuk bertanding tetapi belum disahkan secara rasmi.

"Setakat ini saya dengar daripada Kelantan begitu rupa tetapi belum lagi disahkan secara rasmi.

"Tetapi dengar khabar memang begitu. Dia bersedia.

"Kalau betul sah dia akan bertanding, Chempakalah tempat," katanya kepada pemberita di Subang hari ini.

Awal pagi ini, sumber dari AMANAH Kelantan berkata Nik Omar secara peribadi telah mengesahkan niat untuk bertanding di kerusi Chempaka tetapi mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan ibunya.


Note: Mat Sabu tahu dah perangai Wan Rahim kaki pelowok, dulu kata 10 Adun PAS akan masuk AMANAH. Jadi Mat Sabu releks aje layan Husam geng pelowok. 


Sumber TKO - 14-4-2018


Hanipa Maidin Ni Kalau Harta Kerajaan, Boleh Di Kategorikan Sebagai “Harta Lupus Tanggal Lerai” (Falshback)
Posted on Saturday, April 14 @ 17:24:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39121




Selepas subuh tadi dapat masej daripada kenalan wartawan. Masej berbunyi "haji, tolong ulas kenyataan hanipa". Lebai malas nak ulas pasal Hanipa Maidin berkenaan PARTI SUCI. Hanipa dengan Khalid Samad sama aje perangai suka melabel, tapi bila bercakap dia akan kata PAS dan ahli-ahli PAS suka label orang lain.

Lebai ada video macam mana Khalid Samad, Hanipa Maidin dan geng AMANAH (PAN/IKRAM) sekarang menyalahkan Pro Ulama dengan label-label yang wujud dalam PAS seperti PERASIT, JEBON, PASMA, SEKULAR dan lain-lain. Tapi bila lebai kaji dan meneliti menggunakan akal logik lebai dapati label-melebel dalam PAS adalah ciptaan geng yang cuba nak kuasai PAS.

Mereka ini adalah kumpulan yang cuba meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulamak sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia. Sebab apa?? Sebab mereka menganggap dirinya sangat bijak dalam berpolitik.

Mereka ini juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada PAS dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakang meraka. 


Mereka sebar kononnya geng ulama menang kerana cai. Mereka tutup cai mereka... Orang PAS semua tahu, memang ada pengguna intenet bodoh tertipu. Mereka yang terima bodoh berita internet memang tak faham isu cai ini.

Mereka juga sembunyi bangaimana Mereka tubuh cawangan dan kawasan-kawasan di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan untuk menambahkan perwakilan. Malah Husam Musa dan beberapa orang lagi menambur duit semasa perasmian mesyuarat agong kawasan, sama perangai macam UMNO. Siapa nak debat isu ini?? Nanti lebai akan namakan kawasan-kawasan yang dapat duit berkenaan. Termasuk kawasan yang tersiar dalam berita 17 orang AJK letak jawatan!! (Itu klu pertama...)

Teringat tulisan sabahat pena, Nordin bin Ali.

Sebagai pengguna internet dan mencebur diri dalam alam maya kita tahu sebenarnya ulama dulunya buta IT, malah laman-laman ulama PAS Pusat, atau negeri atau kawasan semuanya bersawan. Kalau ada pun sekadar upload khutbah terkini sahaja. Jadi ulama bukanlah mereka yang menyerang di internet.
Ulama telah diserang secara terancang oleh mereka yang ingin menguasai PAS untuk membuat perancangan semi kepentingan kumpulan mereka. Mereka ini merasai ulama adalah penghalang kerana wujud "SYARIE atau TAK SYARIE' dalam sebarang program yang akan dibuat. Oleh itu mereka mengambil jalan menyerang ulama.
Kalau kita study PAS dulu-dulu, kertas kerja akan lulus sekiranya Ustaz Harun, ABC, Cik Gu PA, Wan Mutalib atau TGHH setuju, sehingga wujud lebel geng Terengganu. Sebab itu mereka yang merancang untuk menguasai AJK PAS Pusat cuba mengurang pengaruh PAS Terengganu.
Kita juga masih ingat bangaimana Ustaz Nakhie membaling kertas kerja dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kerena kertas kerja mendapat tentanga ramai pimpinan PAS Terengganu.
Mereka rasa sukar untuk membuat sesuatu perkara dalam PAS kerana ulama sangat teliti dalam semua program PAS. Seperti baru-baru ini, Khalid Samad rasmi program dengan wanita seksi. Kan kalau ada ulama dalam PAS, Khalid jadi tak bebas nak BERDAWAH??
Serangan UG sebagai contoh, walaupun dinafikan oleh Presiden sendiri tetapi dengan menggunakan media sosial mereka membuat seolah-olah perkara ini BENAR. Serangan secara terancang kononnya nak masuk UMNO akhirnya membunuh kumpulan penyokong ulama sedangkan itu hanya sekadar perbezaan pendekatan dalam PAS. Kenapa kita zalim hanya berbeza pendapat kita bunuh ulama dengan FITNAH sedangkan kita tahu DAGING ULAMA BERACUN. (cuba faham maksud ini)
Khalid Samad, Hanipa Maidin dan lain-lain geng  selalu bercakap kita kena rai perbezaan tapi dalam masa yang sama yang berbeza pandangan diserang, dituduh kononya nak masuk UMNO dll sehingga semua rakyat marhen mendapat maklumat yang tak benar dan mereka yang berbeza pandangan menjadi mangsa dalam politik PAS sendiri.
Contoh terbaik dengan Hassan Ali kononnya Hassan Ali nak masuk UMNO. Setelah Hassan Ali dipecat adakah Hassan Ali masuk UMNO?. Saya pun tak setuju dengan pandangan Hassan Ali dalam konsep gabungan tapi Islam mengajar saya bukan membuat fitnah kepada Hassan Ali seperti yang dilakukan oleh Khalid Samad, Hanipa Maidin dll.

Sama juga kita serang presiden PAS kononnya dia giler kuasa nak bergabung dengan UMNO kerana nak jawatan. Heeii tahu tak kamu 33 tahun Presdien PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu menjadi MP. Tak payah semak kekayaan lain, rumah dia lebih buruk daripada rumah Khalid Samad atau Hanipa Maidin and the geng yang baru jadi MP. Dia tak ada duit ke Khalid? Hanipa??

Sekarang sudah jelas Khalid Samad, Hanipa Maidin dan kumpulan yang nak menguasai PAS  yang melabel mereka yang tak sependapat dengan dia dengan nama baru "GENG JUHALA" apakah ini bertepatan dengan kata-katanya dalam ucapan di Farum semasa berhujah dengan Dr Zuhdi?

Lebai balas masej "hang kan wartawan, hang patut balum!"

Pasal Hanipa Maidin ni, kesian...
dia ni sebenarnya HARTA LUPUS TANGGAL LERAI.
Selepas ini banyak lagi nilai-nilai Islam akan lerai pada dirinya dek kerana nafsu melebihi akal.
Mulut celuparnya bukan hari ini semasa dalam Pemuda PAS lagi...
Ada video macam mana dia maki Pemuda PAS yang berucap tak sependapat dengannya pada muktamar pemuda.. (nanti kalau lebai ada masa free lebai keluarkan video berkenaan)

Penguam PAS??
Penguam PELAHAK DUIT
Sesama dalam PAS lagi dia ni pelahak.
Lebai dapat cerita bagaimana si HANIPA mulut celupar ini PELAHAK duit Ahmad Lutfi Othman yang diketagorikan mangsa UMNO. Harakah dan Lutfi kena saman. Hanipa pelahak mulut celupar ini jadi peguam bela. Dia dah ambil duit dengan Harakah dia pelahak pula duit Ahmad Lutfi ribuan ringgit juga. Kesian Lutfi....

Hai geng AMANAH (PAN/IKRAM) daripada engkau orang bantu Lutfi baik engkau orang bagi terus duit kepada Hanipa Maidin.


Berkenaan parti suci.
Sebenarnya AMANAH (PAN/IKRAM)lah parti suci.
Malas nak ulas baca sendiri petikan ceramah Salahudin Ayub di Terengganu beberapa hari lalu.


Sumber TKO - 14-4-2018


AMANAH (PAN/IKRAM) buat-buat tak tahu siapa bocor rahsia! (Falshback)
Posted on Saturday, April 14 @ 17:22:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39120



Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menyelar pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertindak sebagai 'sumber' dan mendedahkan kepada media mengenai cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri bagi gabungan itu

Mohd Anuar berkata, pemimpin yang berkenaan tidak wajar melangkaui pemimpin atasan dengan memberi kenyataan apatah lagi melibatkan perkara penting dan besar.
"Tak ada lagi (pemberitahuan mengenai cadangan). Jadi saya tak tahu apa tujuan orang-orang ini pergi kepada media sedangkan belum ada keputusan muktamad. Susahlah. Ini semua nak bagi bergaduh saja.
"Belum dibawa ke Majlis Presiden pun lagi, malah belum dibawa ke peringkat parti masing-masing lagi. Tak berani saya komen," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata beliau sendiri enggan mendahului Presidennya, Mohamad Sabu, meskipun dirinya turut menghadiri pemukiman pemimpin kanan HARAPAN selama dua hari di Putrajaya, majlis di mana cadangan itu dibuat.
Beliau berpendapat, cadangan itu perlu dibawa ke Majlis Presiden HARAPAN terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan keempat-empat parti komponen.
3 Disember 2017 lalu Malaysiakini menyiarkan cadangan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalan kini didakwa hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAN/IKRAM marah siapa bocor maklumat?
Ada peribahasa mengatakan Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.

Untuk itu saya bawa petikan tulisan sahabat pena saya Nordin Ali.

SAYA cuba untuk mendapat gambar mesyuarat AJK PAS Pusat kali Pertama. Saya terokai hampir semua facebook AJK PAS Pusat yang baru dilantik.

Malah saya juga cuba terokai facebook wartawan Harakah yang masih berkhidmat saya gagal menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang dan jika ada pembaca tolong sendkan kepada emel saya. (gambar di atas adalah mesyuarat sesi lalu)

Itu baru gambar bukan maklumat.

Saya cuba dapatkan maklumat apa yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kali ini, saya juga gagal. Hanya sekadar apa yang disebut oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim dalam sidang media. Mungkin juga saya terlepas pandang.

Kalau dulu belum lagi habis mesyuarat AJK PAS Pusat, isi kandungan mesyuarat telah tersebar luas di media sosial.

Esoknya kalau kita layari blog atau facebook AJK PAS Pusat kita akan dapatkan maklumat mesyuarat secara detail dari A sampai Z.

Saya masih ingat lagi kawan saya yang bekerja di akhbar menyebut, "Pimpinan PKR berbalah dan berbeza pandangan juga. Azmin - Wan Azizah mana boleh bertemu. Tapi kita tak nampak perbalahan mereka di media. Dalam PAS kita nampak macam tak berbalah, tapi jika kita buka facebook atau blog pimpinan kita tak payah siasat, kita boleh dapat maklumat A sampai Z perbalahan yang berlaku".

Bila saya sebut macam ini, saya akan dapat komen daripada Anonymous yang saya tak ada data, maklumat saya tak benar. Untuk itu saya nama 3 wartawan harakah yang suka bocor maklumat mesyuarat iaitu Zul Sulong, Tarmizi Mohd Jam dan Wan Nordin.

Dulu pernah berlaku AJK PAS Pusat hendak mesyuarat di JK10 Kelantan. Tak sempat mesyuarat lagi The Malaysian Insider (akhbar yang ambil peranan Utusan/UMNO menyerang PAS) telah menyiar berita kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak lagi dilantik menjadi Musyidur Am PAS dan kononnya TGHH nak jatuhkan TGNA.

Ya wartawan harakah menggunakan maklumat parti untuk menyerang kepimpinan PAS.

Ada satu mesyuarat, Presiden PAS minta semua AJK PAS Pusat meletakkan gajet dan smartphone dalam bekas dan setiap orang AJK tidak dibenarkan bawa telefon dalam mesyuarat. Nak bukti lagi??

Mesyuarat ini adalah untuk menentukan calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu sehingga Presiden sendiri umum baru orang tahu siapa calon, pasal AJK PAS Pusat telah ditutup mulutnya.

Dalam usrah kita diajar tentang kerahsian parti, hatta kepada isteri pun tak boleh beritahu, tapi malangnya AJK PAS Pusat sebelum ini tak pernah amal apa yang diwar warkan dalam usrah dan tamrin.

Apa yang saya harap, AJK PAS Pusat kali ini menjalankan amanah dengan jujur, jika tidak Insya-Allah saya akan tulis di blog untuk menegur trak kira siapa. Semoga Allah berikan saya kekuatan atas tujuan ini.
Bocor maklumat penting dalam PAS telah berlaku semenjak 2004 lagi. Bukan bocor sahaja, mereka membuat persepsi dalam satu-satu isu untuk menjatuhkan, menolak dan membelakangi perkara yang tidak dipersetujui.

Siapa dan bagaimana?

Pertama lebai nak sentuh mengenai USRAH BARBICAN. Usrah Barbican ini diperkenalkan oleh seorang penulis mengguna nama BatuApi @ FireStone.



Beberapa orang blogger berjumpa makan nasi arab dan minum barbican sambil mengatur hala tuju PAS. Caranya dengan menulis. Seorang menulis kemudian beberapa orang blogger akan sokong untuk menunjukkan rata-rata idea ini benar dan diterima ramai.

Caranya simple, macam kita berada dalam suatu mesyuarat... seorang memberikan cadangan misalnya mengatakan saya tak setuju si anu ini jadi ketua. Kemudia seorang lagi sampuk ya saya pun tak setuju kerana bla..bla bla.. Maka perlu lagi seorang lagi kata yang betul saya pun lihat begitu... Cukup 3 orang akhirnya kalau dalam mesyuarat itu ada 17 AJK semua yang lain terdiam... terpengaruh.. Itu contoh aje.

Siapa di belakang blogger-blogger ini?
Mari kita siasat.


Mahfuz tak tahu pandu kereta, tapi ada 2 kereta mewah. Satu di KL. Bila dia sampai KL ada 'geng usrah barbican' tolong ambil dia. Biasalah selepas ambil mereka akan ber'usrah' di kedai kopi untuk menentu hala tuju PAS.

Salahudin Ayub macam tu juga. Dia pergi ceramah naik bas aje. Dia juga dikatakan tak tahu pandu kereta. Lebai tak pasti, rasanya ya. Tapi dia ni ada kereta mewah juga. Malah ada rumah di Taman Melewar. Macam Mahfuz dia juga ada 'usrah barbican'. Tapi Salahudin cerdik sedikit dia makan kiri kanan.

Husam Musa dia tak macam 2 rakannya. Dia kurang main-main di warung. Usrahnya biasa di cafe hotel. Ini kena tanya Wan Jo kenapa??

PR mereka hebat berbanding dengan geng ulama dalam PAS yang biasa datang tak jumpa pekerja bawahan PAS. Tak rai geng HARAKAH makan-makan. Itulah berita mereka kurang dalam akhbar PAS.

Pernah lebai minum di warung hadapan pejabat lama PAS, di hadapan kedai buku gedung gua... turun Cikgu Pa. Ada beberapa orang pekerja harakah, mereka berkata tu kedekut, ada pencen timbalan menteri haram kami tak dibelanjanya.


Task Force 13

Ketuanya ialah Kickdefella dan ahli mereka ialah Penarik Beca, Tulang Besi kemudian diaktifkan oleh zainulfaqar dan wan ji serta Topeng Perak. (ada 13 orang semuanya). Mereka boleh kemaskini laman antara satu sama lain. Misalnya Tulang Besi boleh kemaskini laman Topeng Rakyat (Prinsip Rakyat) begitu sebaliknya.

Mereka ini juga antara yang menentukan hala tuju PAS.
Malang bagi parti PAS parti Islam tapi yang menentukan hala tujunya ialah si Kickdefella aktivis UMNO.

Kita siasat siapa dibelakang Task Force 13 ini.

Sebelum ini lebai mendedahkan Husam Musa membelanjakan RM4 juta untuk projek Kickdefella. Dari mana Husam dapat duit?? Itu kena tanya Topeng Perak, mungkin dia boleh bantu anda.

 
Masih kita ingat, penyebaran maklumat POST-MORTEM PRU 2004 Kelantan yang dibocorkan oleh Kickdefella?? Anda boleh baca di sini.

Bagaimana post-mortem yang sulit itu berada di tangan Kickdefella?? Husam Musa sepatutnya menjawab.

Ini baru pendedahan kecil daripada banyak onar yang telah dilakukan oleh PENGKHIANAT dalam PARTI PAS. Dulu beberapa orang blogger cuba dedahkan tapi orang masih tak faham, tapi sekarang makin hari makin orang faham. Kebenaran makin terserlah. Baru orang tahu yang pergi biar mereka pergi mampus!!

Allah telah membuat peringatan:
“Janganlah kamu terpengaruh dengan golongan pengkhianat tersebut yang selalu bersumpah dan hina sikap dan amalannya, lagi yang selalu mencela dan menyebarkan fitnah untuk perpecahan (umat) menolak segala kebajikan (dan kemajuan orang), mereka yang melampau dan menentang (ajaran agama) dan melakukan dosa.” Surah al-Qalam ayat 10-12

Rasulullah s.a.w. bersabda
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai” 

Lebai tertarik dengan doa Ustaz Harun Taib. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan Al Marhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.

Antara doa Al Marhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ

“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.

Apa yang berlaku selepas itu bertepatan dengan Firman Allah s.w.t.
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)

“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”

Dah panjang lebai huraikan.
Berbalik kepada parti ISLAM BARU AMANAH (PAN/IKRAM)
Baru mereka nak buka mata siapa bocor maklumat.

Sebelum Mohd Anuar Tahir tanya siapa bocor maklumat, sepatutnya dia kena toleh kiri kanan dahulu...



Sumber TKO - 14-4-2018


Semenjak “Cium” Tangan Mahathir kini Khalid Samad Mudah Lupa (Flashback)
Posted on Saturday, April 14 @ 17:19:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39119



Selepas PPBM menyatakan hasrat mengadakan kontrak menghalang calonnya daripada melompat parti, Amanah berkata ia juga sedia mempertimbangkan jaminan seumpama itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata ia boleh dilakukan dalam bentuk sumpah bai’ah, sambil menambah perjanjian demikian jauh berbeza dengan bai’ah yang dibuat wakil rakyat PAS.

“Bai’ah sebagaimana janji, mungkin akan ada. Tetapi tidaklah sampai ke tahap talak seperti mana yang diamalkan oleh PAS itu dan kalau ada pun bai’ah, ianya melibatkan kita sesama kita dan kita dengan Tuhan,” katanya, dipercayai merujuk kontrak kontroversi PAS mengikat wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Baru berkawan dengan bekas ketua penyamun, Khalid Samad sudah lupa segala-gala. Dia bercakap pun berbelit-belit macam "mamak bendahara" yang banyak kali menafikan apa yang berlaku 22 tahun dulu adalah kesalahannya.

Kisah Baiah Talak 3 Dalam PAS





Mari kita mencari sumber fakta, jangan terlalu bodoh dengan maklumat palsu daripada "macai" Harapan yang selalu memutar belitkan fakta dan kebenaran.

Dulu semasa heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Setiausaha agung PAS masa itu Datuk Mustafa Ali telah membuat satu kenyataan berkenaan baiah ini pada November 2009.

Kata Cikgu Pa, baiah calon PAS dalam pilihan raya umum tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti.

Cikgu Pa berkata baiah tersebut diguna pakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi)

Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.
Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut. (Iaitu menambah talak 3 isteri)
Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

 Dalam menengakkan apa dia buat itu betul mengikut apa yang dia fikir, Khalid Samad menulis satu artikel pada 16 November 2009 bertajuk "Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup". Di bawah ini sebahagian petikan artikel berkenaan.

Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.

Perubahan Sikap Kelantan.


Ada yang berhujah kononnya Tok Guru Nik Aziz tak bersetuju berkenaan takliq talak isteri 3 macam ini dikatakan takliq talak 3 isteri itu cadangan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Ini yang penting yang perlu tahu dan memahami isu semasa dan perubahan keadaan yang membuatkan pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri berubah..

Sebelum kenyataan SUA Cikgu Pa, Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan bahawa talak 3 tak ada dalam PAS. Ini boleh di dapati daripada akhbar Bernama pada 10 November 2009. (sila rujuk di sini)

Nik Aziz Nafi Wujud Bai'ah Dalam Pas

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.


"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.


"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.


Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.


Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.


Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.


Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai'ah itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.


Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.


"Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai'ah," katanya.


Ditanya mengenai wujudnya bai'ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Khalid Samad mempertahankan hujah kenapa dia tambah talak 3 yang tak diminta oleh PAS dalam bai'ahnya. Anda boleh baca artikel Khalid Samad 16 November 2009 bertajuk Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup
Khalid Samad mengakhir tulisannya "Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini."

Sebelum ini ramai orang serang Khalid berkenaan talak 3 isteri dan Khalid Samad menjawab dalam twitternya bahawa dia tak masuk talak 3 dalam bai'ahnya pada PRU-13 baru-baru ini. Saya setuju dengan kenyataan dia. Khalid Samad terselamat daripada talak tapi masih ada janji dengan Allah.

Pimpinan PAS secara khusus tak berapa setuju dengan tambahan talak 3 isteri dimasukkan dalam bai'ah. Yang ini Khalid sendiri akur dan menulis dalam blognya.

Tiba-tiba di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta ditambahkan talak 3 isteri dalam bai'ah. Kedudukan Kelantan agak tergugat sebelum itu hanya 1 kerusi sahaja.

Pertukaran pendangan  Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah disebabkan faktor dan keadaan. Tapi negeri lain tidak ada bai'ah talak 3 melainkan Kelantan sahaja.

Sesetengah pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar atau sengaja memutar belit maklumat ini dengan berniat jahat telah menyerang kepimpinan ulama dalam PAS atas isu baiah sedangkan hanya Kelantan sahaja yang amal atas kehendak TGNA.

Wujud perbahasan pada masa itu dan akhirnya bersadarkan pendapat Iman Hanafi Kelantan atas permintaan Tok Guru Nik Aziz menambah takliq talak 3 isteri dengan harapan tiada yang lompat parti.

Rupa-rupanya sebelum meninggal dunia Tok Guru Nik Abdul Aziz seolah-olah macam tahu ada ADUN dan MP yang cuba mengkhianati perjuangan PAS dengan menubuh parti baru. Mereka cuba melemahkan PAS dan memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menawan Kelantan.

Hebat Tok Guru daripada tak setuju dengan baiah akhirnya beliau pula menjadi tukang cadang!!
Orang yang buta maklumat sahaja mudah bersama AMANAH dan HARAPAN kemudian membuat fitnah kepada pemimpin PAS sedangkan yang sebenarnya mereka tersesat daripada perjuangan sebenar akibat daripada ditipu oleh pimpinan mrekan.


Sumber TKO - 14-4-2018



Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor
Posted on Saturday, April 14 @ 11:41:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39116



Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.

Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).

Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar... balahlah dalam "kelabu".



Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.

Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.

Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.


Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.

Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.

Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!

Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".

Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!

Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.


Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor 010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.

Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.

Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.

Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.

Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.

Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.


Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?

PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.

Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.

Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.

Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.



Sumber TKO - 14-4-2018


Nik Omar Nik Aziz Bakal Calon Amanah??
Posted on Friday, April 13 @ 06:56:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39105












Nik Omar, anak sulung kepada TG Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan akan bertanding PRU ini atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) cuma belum dipastikan sama ada kerusi parlimen atau DUN.

Menurut laporan Malay Mail Online, yang memetik satu sumber Amanah Kelantan berkata “100 peratus” Nik Omar akan mewakili parti itu.
“Kita yakin Nik Omar tidak akan menghampakan rakyat Kelantan,” kata sumber kepada ProjekMMO.

Nik Omar, abang sulung Nik Abduh, pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka, bagaimanapun dikatakan bukan ahli Amanah atau PAS.

Nik Omar ditawarkan untuk bertanding di parlimen Pengkalan Chepa atau tiga kerusi bawahnya, Panchor, Chempaka atau Kijang.

Menurut sumber itu lagi, ketika ini halangan utama Nik Omar adalah keluarganya, khususnya ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang dikatakan belum memberi restu kepadanya.


“Dulu Nik Aziz tidak membenarkan anaknya menyertai politik kecuali Nik Abduh. Sekarang tok guru sudah tidak ada,” katanya lagi.

Sumber TKO - 13-4-2018


Kerana Kerusi DUN untuk Bertanding Saari Sungip Jilat Ludah Sokong Mahathir
Posted on Thursday, April 12 @ 14:48:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39097



Kepimpinan terbaru Otai Reformis 1998 hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan selepas bekas pengerusi gerakan itu, Saari Sungib dan setiausahanya Abdul Razak Ismail meninggalkan gerakan itu Julai tahun lalu selepas membantah penyertaan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi barunya, Khairul Anuar Othman berkata sokongan terhadap Dr Mahathir diberikan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menerima penyertaan bekas perdana menteri itu bersama gabungan pembangkang.

“Sebenarnya otai reformis menyokong kemasukan Tun Mahathir dalam HARAPAN sebab otai bersama pimpinan dalam HARAPAN yang mana saudara (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sendiri sokong Dr Mahathir dalam HARAPAN.

“Jadi atas dasar Anwar sebagai mentor otai reformis yang memulakan reformasi maka atas dasar itu kami menyokong Dr Mahathir dalam HARAPAN,” katanya dalam sidang media di sebuah warung di Kuala Lumpur.

Julai tahun lalu Saari dan Abdul Razak meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir Mohamad bersama HARAPAN.

Kekosongan jawatan pengerusi Otai reformis kemudiannya diisi oleh Khairul manakala Akhi Nosa Iskandar pula dilantik sebagai setiausaha.

Gerakan reformasi ditubuhkan selepas Dr Mahathir memecat timbalannya, Anwar pada September 1998.

Saari Sungip walaupun nampak macam letak jawatan tetapi sebenarnya Saari meletak jawatan kerana "konflik kepentingan" memandangkan AMANAH menyokong kepimpinan Mahathir. Saari Sungib yang juga adalah ADUN Hulu Kelang dan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor yang mana antara AMANAH yang lantang menyokong Mahathir berbanding AMANAH Johor walaupun Salahuddin ada di sana.

Saari bukan "konflik kepentingan" tetapi "jilat ludah"

XOXO - 20 Tahun akhir semua terdedah, terlodeh maka Allah dedahkan perjuangan Islam tempelan macam IRC/IKRAM yang tidak jitu kepada Islam sebenar akhirnya runtuh bersama matlamat kebendaan...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 122-4-2018



Mula Ada Tanda Retak.. Tak Lama Terbelah..
Posted on Thursday, April 12 @ 14:12:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39096



Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.

“Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

“Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.

“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas faktor utama kepada HARAPAN mengambil masa yang lama bagi memutuskan agihan kerusi di negeri itu.

Tarikh PRU 14 telah ditetapkan pada 9 Mei depan, namun rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan mereka difahamkan masih belum selesai.

XOXO - Dulu engkau buat lari kerusi PAS, sekarang belum memang PKR nak larikan kerusi engkau...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/



Sumber TKO - 12-4-2018

Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz
Posted on Wednesday, April 11 @ 21:06:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39082



Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah dan bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan cara sedang Islam ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.

Sebelum ini mereka buat petikan Nik Abdul Nik Abdul Aziz dengan kata-kata dan tarikh petikan itu diucapkan sedang perkara itu adalah berbohong semata-mata. Malah salah seorang ahli panel NUNJI PARTI PAN (AMANAH) juga penyebar maklumat palsu tersebut. Dia dalam kuliah selalu cakap jangan buat fitnah tapi selepas kuliah dia yang sebar fitnah. Ilmu yang yang diajar tidak lagi boleh meresapi bukan di kalangan pendengar tetapi pada dirinya sendiri. Betullah kata-kata HATI YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUP HATI-HATI MATI YANG LAIN.



Saya telah menulis sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Dulu kita pernah dengar hadis palsu dikalangan pengikut mazhab. Nak tunjukkan mazhabnya baik mereka reka hadis palsu. Akal kita macam tak percaya orang warak dalam sesuatu mazhab sanggup reka hadis semata-mata nak tunjukkan mazhabnya betul dan mazhab orang lain salah.

Kalau kata-kata nabi boleh dipalsukan.
Apalah sangat dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Mereka tahu pembaca di media sosial buka buat kaji selidik maklumat itu betul atau salah.

Saya kebetulan suka menyimpan petikan keseluruhan rakaman muktamar PAS (sukar juga nak dapatkan rakaman keseluruhan, tapi kini mudahlah kerana ada siaran live).



# saya malas nak upload kerana ada banyak versi ucapan termasuk temubual dengan wartawa

Saya mendengar ucapan TGNA sepanjang Muktamar 2008.

TGNA ada menyebut PAS perlu perkemaskan PAKATAN RAKYAT kerana PR lebih peting daripada 5 negeri yang diperolehi. (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU 2008 sebelum itu pembangkang PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sahaja - ramai salah anggap bahawa PRU 2008 adalah PRU PAS bersama PR)

TGNA juga menyebut kalau nak berbaik dengan UMNO hanya untuk MURBALAH sahaja dan sebaik-baiknya mendekati UMNO untuk "mampus"kan. TGNA memberikan ibarat sepohon pokok yang besar jika semua dahannya dipotong pasti pokok itu akan mati.

JIKA ANDA JUMPA PETIKAN APA-APA DARIPADA PARTI PAN (IKRAM) DAN PAKATAN HARAPAN ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana MEREKA INI "kalis neraka" walaupun solat tapi suka sebar FITNAH. Mereka tak rasa berdosa pun.

Kalau Ahli PANEL NUNJI boleh sebar fitnah, yang lain apa lagi!


Sumber TKO - 11-4-2018



Parti AMANAH Tempelak PKR dalam isu Calon Paya Jaras
Posted on Tuesday, April 10 @ 15:07:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39065



Mengambil maklum perhimpunan Perlancaran Jentera PKR yg bertempat di Paya Jaras malam tadi, saya mewakili 327227 ahli akar umbi Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi Kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini menyatakan keberangan kami dengan tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga merangkap MB Selangor (sehingga semalam) untuk #kekalkhairuddin yang baru melompat dari PAS ke partinya malam tadi.

Ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan tidak setiakawan oleh PKR kerana sebelum ini telah pun disepakati dalam perbincangan peringkat negeri bahawa DUN Paya Jaras ini diperuntukkan untuk parti kami dan bukannya untuk PKR.

Barang harus diingat parti kami mempunyai bilangan ahli akar umbi terbesar di kawasan ini berbanding PKR. Kami telah giat menarik ahli-ahli PAS yang mengundi Khairuddin yang menyebabkan beliau menang dalam PRU yang lalu sehingga PAS lumpuh di kawasan ini.

Kami juga telah mempunyai calon yang lebih layak untuk bertanding di kawasan yang telah giat berkempen di merata ceruk dalam DUN Paya Jaras sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Justeru tindakan untuk mengekalkan Khairuddin yang baru melompat itu kami anggap sebagai satu tindakan mensabotaj parti kami oleh PKR.

Berapa banyak lagi harus parti kami berkorban untuk mengikut telunjuk PKR? Disuruh menerima ‘bapak perompak negara’ sebagai ketua menggantikan DSAI dalam Pakatan, kami terima.

Disuruh menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini, kami juga terima. Kini kerusi yang sudah pun dijanjikan kepada kami, yang telah kami berusaha bersungguh-sungguh menawannya pula mahu diserah kepada si pelompat yang hanya melompat setelah tidak dicalonkan lagi oleh parti lamanya.

Jika ini bukan tindakan pengkhianatan oleh PKR, apa lagi mahu disebut?

Justeru kami ahli akar umbi Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini bertegas dan menolak dengan keras kempen Kekal Khairuddin.

Kami juga mendesak agar PKR tidak meletakkan sebarang calon di parlimen ini atau berdepan tindakan sabotaj dari 327227 ahli akar umbi parti kami di sini.
Sekian, harap maklum

Dr. Ustaz Mohd Habib Al intani
Yang Di Pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta
Kawasan Parlimen Sungai Buloh


Sumber TKO -10-4-2018


Husam Tanding Di Kota Bahru Untuk Jatuhkan Takiyuddin
Posted on Monday, April 09 @ 21:55:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39044



PETALING JAYA: Husam Musa besar kemungkinan akan mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Kota Baru dalam pilihan raya akan datang untuk berhadapan dengan calon parti lamanya, Datuk Takiyuddin Hassan, kata sumber Amanah.

Seperti banyak kerusi lain di Kelantan, Kota Bharu akan turut menyaksikan pertandingan 3 penjuru, termasuk calon dari Barisan Nasional (BN).

Kehadiran Husam di kerusi ini bakal menjadi tumpuan kerana ramai penganalisis politik melihat itu bukan kawasan AMANAH (PAN) tetapi mungkin juga tujuan meletak Husam bagi mengalah Takiyuddin yang sebelum ini mendapat majoriti 15,000 ++ undi. Tujuan Husam dikatakan akan membantu BN mengambil Parlimen Kota Bahru bukan untuk MANAH menang memandangkan AMANAH di situ pun mempunyai cawangan tak lebih daripada 24 yang kira-kira 60% daripada kedudukan sebenar.

Dengan kedudukan 3 Dun sahaja AMANAH memounyai kekuatan iaitu Tanjong MAS 110 ahli, Kota Lama 89 ahli dan Bunut Payung 33 ahli. PAN memang tiada niat lain melainkan nak singkirkan SU Agong PAS daripada berada di Parlimen biar dapat kepada UMNO.

Pada 2013, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS, mengalahkan calon BN, Mohamad Fatmi Salleh untuk memenangi kerusi Kota Bharu dengan majoriti 15,970 undi.

Beliau juga merupakan ahli dewan undangan negeri dan exco kerajaan pada zaman pemerintahan Nik Aziz dari 1990 hingga 2015.


Kedua-dua Husam dan Takiyuddin aktif semasa menuntut di Universiti Malaya pada awal 1980-an sebelum menyertai PAS.

Sumber TKO - 9-4-2018


Punya Gelabah Mahfuz 1.5 juta jadi 2.5 juta pulak dah!!
Posted on Monday, April 09 @ 06:27:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=
article&sid=39030



3 Pimpinan PAS Terengganu dituduh terima duit UMNO. Samada 

Mahfuz ni bodoh (mungkin juga pasal tahap akademik SPM 
sahaja) atau giler. Kalau dia kata 3 pimpinan PAS Selangor terima 
duit UMNO ada juga logiknya.


PAS jika bertanding diTerengganu lawannya UMNO. Jika
Bersatu/HARAPAN masuk ini akan menguntungkan PAS kerana
HARAPAN tarik ahli UMNO.

PAS bertanding di Selangor, Jika HARAPAN bertanding ini
menguntungkan UMNO kerana undi HARAPAN dan PAS
berpecah.

HABIS MAHFUZ BODOH INGAT UMNO NAK BAGI
SENJATA SURUH LAWAN DIA??

Orang tak ada akal boleh percaya apa Mahfuz fitnah.

Nak fitnah pun biarlah cerdik sikit..



Dia cakap nak suruh PAS curiga yang bekerja Pejabat Agung PAS. Tahu dia siapa yang berada pejabat agung PAS??

Logiklah siki puak-puak PAN kalau nak main fitnah pun. Orang PAN keluar PAS bukan keluar Islam, Tapi keluar PAS tidak jadi halal FITNAH.

FB
Lebai Anuar Hairela

Sumber TKO - 9-4-2018


Fitnah modal ahli politik tidak takut neraka
Posted on Sunday, April 08 @ 16:57:54 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39019



FITNAH akan menjadi modal dan senjata pilihan raya ahli politik yang tidak ada perkiraan dosa dan pahala.

Oleh kerana itu, PAS menyokong penuh Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat baru-baru ini. Sebaliknya yang menentang adalah mereka yang berpotensi menjadikan fitnah senjata pilihan raya.

Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mendengar pelbagai lagi berita palsu dan fitnah disebarkan sepanjang tempoh PRU ke-14.

Allah Taala mengajar kita kaedah berhadapan dengan berita fitnah:

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12)
“Alangkah baik tatkala kamu mendengar berita fitnah itu, orang-orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik terhadap diri mereka dan mereka menyatakan inilah fitnah rekaan yang sangat nyata.” (Surah an-Nur ayat 12)

Sumber TKO - 8-4-2018

Hujah Mahfuz kebudak-budakan
Posted on Sunday, April 08 @ 16:55:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39018

PAS menyifatkan Naib Presiden PAN, Dato' Mahfuz Omar yang mendakwa PAS menerima RM1.5 juta daripada Umno sebagai hujah kebudak-budakan di mana dibuat tanpa merujuk kepada fakta sahih.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hujah itu tidak perlu dilayan kerana mustahil PAS menerima duit daripada Umno sedang parti Islam itu berpendirian menentang Umno.

Jelas beliau, PAS melawan Umno di kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh parti tersebut berbanding DAP pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Rakyat fikir sendiri, kita nak lawan Umno, Umno bagi kita duit suruh lawan dia? Saya rasa itu satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan.

"PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno? Cerdik ke hujahnya?," kata beliau pada sidang media selepas forum Town Hall Mega, bertajuk Kerajaan Teknokrat: Penyelesaian Terbaik Untuk Rakyat dan Negara, di sini semalam.

Memaklumkan perkembangan berkaitan, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengambil kesempatan menerangkan kes saman beliau terhadap laporan fitnah oleh Sarawak Report.

Media itu dalam siaran portalnya telah mendakwa beliau menerima sejumlah wang yakni sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

"Insha Allah kita akan menang dan sudah ada orang tengah pujuk kita untuk tarik balik (saman)," katanya pada program anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu di Hotel De Palma, di sini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan mencabar bekas Ahli Parlimen Pokok Sena supaya membuat laporan terhadap Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah sekiranya dakwaan beliau itu betul-betul ada unsur rasuah.

"Kalau dia rasa itu ada unsur rasuah, please lodge the report. Bukan kita nak menafikan, dia kena buktikan," katanya.

Baru-baru ini Mahfuz dalam ceramahnya di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah mendakwa tiga pemimpin PAS Terengganu iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Bendahari dan Setiausaha PAS telah menerima sejumlah RM1.5 juta daripada Umno yang dimasukkan ke akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah.

Hadir sama pada malam tersebut, bekas Menteri Selangor, Dato' Seri Khalid Ibrahim, pimpinan Ikatan dan Berjasa


Sumber TKO - 8-4-2018


Mahfuz Sekarang Naib Presiden AMANAH memang ada banyak rekod fitnah...
Posted on Sunday, April 08 @ 11:40:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39014



Saya kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.

Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Saya juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin.

Mahfuz bukan lagi PAS, dia hanya belum istihar dia keluar PAS kerana dia masih terikat dengan bai'ah talak isteri dengan talak 3. Dia harap PAS akan pecat dia. Tapi sampai sekarang PAS tak pecat. Itu dia tak seronok.

Ada puak-puak PAN/IKRAM tanya saya kenapa PAS tak pecat sahaja si Mahfuz ini yang sudah nyata membelakangi PAS. Saya jawab kenapa Nabi tak hukum Abdullah Ubai? Sama juga keadaan yang berlaku berkenaan Mahfuz, yang mana maslahah ini memerlukkan kita tidak bertindak mengikut apa yang tersedia ada. Itu namanya politik, tidak asing asing dalam Islam.

Terbaru Mahfuz mengambil pendekatan Husam Musa. Dia cuba fitnah dan memburukan Presiden PAS walaupun dia tahu fitnah akan memakan dirinya sehingga semua keberkatan pada diri dan keluarganya akan hilang. Maruah tergadai dia akan tersasau sebagai pernah disebut Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada mereka yang lari daripada Jamaah akan tidak siuman.



Lihat apa yang terjadi kepada Husam Musa sudah cukup untuk pengajaran kepada kita.


Ini kononnya surat perjanjian Presiden PAS makan duit RM10 juta. Saya tak tahu macam mana Mahfuz boleh jadi bodoh dalam isu ini atau sengaja bodoh diri supaya kena tata tertib dengan harapan dipecat seperti Husam Musa.


Surat ini mula disebar oleh dua orang blogger kurang akal iaitu Cikgu Hussyen dengan Zulkifly Harun, Greenboc.

Pertama, dia tak faham perbezaan aku janji dengan perjanjian. Aku Janji sebelah pihak manakala perjanjian dalam konteks kontrak 2 pihak.

Kedua, Pejabat Presiden di Taman Melewar. Mana ada Pejabat Presiden. Kenapa engkau tak baca perlembagaan sebelum engkau fitnah. Pejabat Agung PAS Pusat dimana Presiden mempunyai kuasa melantik SU, Bendahari dan Ketua Penerangan. Termasuk juga SU Kerja,

Ketiga, apalah bangang sangat Mahfuz dan puak kaki fitnah. Pejabat PAS Pusat bertukar ke Jalan Raja Laut sebelum 2013. Engkau tahu tak bangunan PAS, 8 juta tu pernah terbakar pada 2010. Makna sebelum 2010 dia orang tak guna dah Taman Melewar. Ni aku tunjukkan engkau gambar sebahagian bangunan itu terbakar.














Engkau tanya Dr Hatta (yang langgar bai'ah talak 3, pasal dia Bendahari masa tu) bagaimana kes bangunan Taman Melewar terbiar dan elektrik pun dipotong kerana tak bayar bil.  Ni gambar bangunan Taman Melewar yang rosak sempat aku ambil gambar Januari 2008.











Keempat, Kenapa harta Kelantan Tok Guru Nik Aziz tak terlibat? Maksud engkau tukang fitnah Presiden boleh kontrol Kelantan tanpa Tok Guru Nik Aziz? Nak fitnah pun biarlah logik.

Kelima, nama Zuraidin bin Abdullah tidak dapat dikesan? Cuba engkau berikan detail sikit, bila dia kerja di Pejabat Presiden PAS? Tahun bila?

Keenam, tiada akaun mana-mana bank atas nama Pejabat Presiden PAS. Tolong bagi bank mana si TUKANG FITNAH?

Ketujuh, sila tunjukkan transasi pembayaran wang yang berlaku. Kalau akaun bank tak ada mana ada transasi.

Banyak lagi kalau saya nak tanya, tapi malas dah.

Kelakar puak PAN dan IKRAM jaja fitnah. Mereka ni bukan jenis tak solat, tapi mereka tak ambil cakna tentang amaran Allah kepada mereka yang menjadi bengrap di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
 
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)


Setahu saya Wan Azlan Wan Jaafar adalah kawan baik Husam Musa. Dia tahu apa disebelik surat dan gambar fitnah Presiden PAS berkenaan lombong tersebut. Semoga Allah laknat dan bencanakan kepada mereka yang membuat jahat, menyebar dan membantu dalam penyebaran fitnah ini di dunia ini sebagai pengajaran kepada orang-orang beriman untuk menjauhkan daripada perbuatan keji dan hina ini.


Sumber TKO - 8-4-2018


Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen
Posted on Saturday, April 07 @ 17:42:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38999



Kempen PRU ke-14 akan datang bakal menyaksikan "pertembungan dua biru" antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata hanya parti yang bertanding dibenarkan menaikkan bendera ketika tempoh kempen.

Semalam, HARAPAN mengesahkan calon daripada semua empat parti komponennya akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.

"Jika mereka (calon) bertanding atas nama PKR, maka (bendera) PKR (sahaja boleh digunakan)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata bidang kuasa SPR berhubung salah laku pilihan raya - termasuk menurunkan bendera atau bahan kempen yang tidak sesuai - hanya bermula selepas hari penamaan calon.

"Sebaik saja kita tahu siapa calon dan parti mana yang bertanding (di suatu kawasan), barulah kita mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang tidak bertanding di kawasan itu," katanya lagi.

Sementara semua calon BN menggunakan logo dacing dalam setiap pilihan raya, percubaan HARAPAN untuk mendaftar sebagai gabungan rasmi telah ditolak.

Ditambah pula dengan pembubaran sementara terhadap BERSATU, Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan semua calon daripada gabungan itu akan menggunakan logo biru muda PKR pada PRU ke-14 nanti.

Sumber TKO - 7-4-2018

Selamat Tinggal Parti AMANAH (PAN) Selamat Tinggal Oren
Posted on Saturday, April 07 @ 14:18:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38998



“Saya arahkan semua bendera parti-parti lain diturunkan secara peringkat demi peringkat… gantikan dengan logo PKR,” kata Husam dalam ceramahnya di Kutan, Kota Bharu malam tadi.

Husam juga mengarahkan semua jentera parti PH memberitahu semua penyokong agar mengundi calon PH yang berlogokan PKR dalam PRU 14 ini.

“Kita telah berjaya atasi taktik kotor Najib apabila kita setuju guna logo PKR,” kata Husam merujuk kepada pembubaran parti Bersatu oleh Pendaftar Pertubuhan.

Bagi Husam, kejayaan penggunaan logo ini ini adalah satu bukti penyatuan dan disiplin PH.

“Ini bukti kita bersatu dan disiplin dan layak ambil alih Malaysia dan urus Malaysia sebaik-baiknya,” kata Husam.

Itu kata dalam ceramah
Tapi kata-kata semasa makan sebelum ceramah
"Habislah kita, mana nak letk maruah diri berhadapan dengan PAS dan ahli sendiri"...


XOXO - 
Tak sampai 2 tahu rupanya PAN berkubur, betullah kata-kata seorang tokoh politik tanah air melalui pengalaman parti pengkhianat tak hidup lebih 2 tahun...


Sumber TKO - 7-4-2018


Nak Bodek Mahathir Mat Sabu Bohong Rakyat Dengan Fakta Putarbelit
Posted on Saturday, April 07 @ 13:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38997



Malaysiakini hari ini menyiarkan Mat Sabu beremosi ekoran tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)​ membubar sementara Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehari sebelum Najib membuat pengumuman mengenai pembubaran parlimen.

Mengimbau kembali zaman pemerintahan mantan perdana menteri ketika itu, Mat Sabu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membenarkan musuh politiknya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. (ini fakta bohong)

Semangat 46, sebuah parti politik serpihan Umno, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988 selepas kekalahan beliau menentang Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno.

"Hey Najib...Tun Dr Mahathir Mohamad luluskan parti 46, luluskan parti Keadilan (PKR) untuk lawan secara demokrasi, ini kamu haramkan parti BERSATU. (Mahathir lulus PKR fakta bohong juga)

"... kamu ingat dengan itu kamu boleh menang pilihanraya akan datang?", soal Mat Sabu di hadapan hadirin yang membanjiri kawasan padang awam di situ.

"Pribumi ni parti Melayu. Kamu haramkan parti Melayu. Cis!" bentak Mat Sabu dalam ucapannya itu.

SAMPAI BILA POLITIK BOHONG MACAM MAHATHIR PERLU UNTUK RAKYAT?
MANA ISLAM KAMU DAN PARTI AMANAH ISLAM PROGRESIF SEPERTI DIGEMBAR GEMBUR PENULIS LUTFI?

BOHONG BUKAN CARA ISLAM!!!

Fakta Untuk Parti Semangat 46


Bila UMNO diharamkan (Sengaja diharamkan oleh Mahathir yang ada kuasa untuk menahan pengharaman) maka Mahathir daftar parti baru dengan mudah sekali kerana dia memang "mastermind" dalam pengharaman UMNO pada 15 Februari 1988. UMNO (Baru) ini dengan mudah diterima sebagai komponen BN yang ke-13 kemudian Mahathir jadi pengerusi BN semula.

Kuli cuba hidupkan UMNO 46 tetapi gagal kerana Mahathir guna kuasanya untuk "membeli" hakim dan parlimen.
 Yang tubuh Semangat 46 ialah Osman bin Akhir bukan Kuli dan Geng.

Usaha untuk tubuh UMNO 46 dihalang oleh Mahathir dan gengnya RoS pada masa itu (yang sekarang jadi musuhnya sekarang berkat doa Ustaz Fahdhil... kan kena atas kepala sendiri baru engkau Mahathir rasa jahat engkau dulu.. tapi tak apa Mat Sabu sayang Mahathir sanggup jadi tukang masak)

Fakta Untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Untuk makluman pembaca Tun Mahathir mengunnakan ":rakan komponen BN", Ros untuk sekat pendaftran parti Keadilan Rakyat. Kenapa Mat Sabu Bohong. Nak jilat Mahathir pun tak payah bohong, rakyat sekarang tak boleh.

Adakah Mat Sabu dah ikut perangai UMNO bohong untuk dapat sokongan?


Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) atau Muslim CommunityUnion of Malaysia adalah parti politik Islam yang kecil yang ditubuhkan pada 1990 berpengkalan di Terengganu oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus bekas Persuruhjaya PAS Terengganu, Juga pernah menjadi Bendari PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. (Gambar diatas adalah lawatan Presiden PAS Abdul hadi Awang ketika dia sakit dulu sebelum meninggal)

Parti IKATAN ditubuh oleh Abdul Wahab sel;epas dia keluar HAMIM. Dia beri parti ini kepada PKR kerana PKR tak boleh daftar disekar oleh TUN MAHATHIR MOHAMAD dan RAKANnya RoS.

Abdul Wahab beri atas pujukan PAS termasuk Ustaz Fahdil.


 BILA TINGGAL ISLAM
BOHONG JADI MAINAN MULUT
KATA LAWAN UMNO TAPI PERANGAI DAH MACAM UMNO

XOXO - Parti AMANAH tak ada jati diri, aku hairan macam mana Lutfi penulis harakah boleh kata parti Islam. Dimana akal Lutfi dalam hal ini?..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 7-4-2018


Salahuddin Tak Nak Jadi MB Johor, Jika HARAPAN Menang Di Johor
Posted on Friday, April 06 @ 20:32:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38978



Walaupun dinamakan sebagai calon menteri besar oleh Pakatan Rakyat jika gabungan pembangkang menang di Johor pada pilihan raya umum ke-13, namun Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memegang jawatan itu jika Pakatan Harapan menawan negeri itu pada pilihan raya kali ini.

Ini kerana, katanya, beliau lebih suka berkhidmat di peringkat kerajaan persekutuan sekiranya gabungan pembangkang menawan Putrajaya.

Kenyataan Salahuddin ini membenarkan ura-ura DAP akan meminta jawatan MB Johor jika strategi calonnya menjadi.

Pengalaman di Perak memberikan iktibar supaya DAP ada calon Melayu yang boleh memang untuk dijadikan MB Boneka mereka.

Pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, telah mengumumkan di dalam Konvensyen DAP Johor pada 11 Oktober 2015 lagi bahawa DAP perlu melengkapkan diri sebagai bakal pewaris Kerajaan Johor.


Jika dilihat kepada senarai nama kesemua 13 calon DUN DAP di Johor yang kesemuanya mencapai kemenangan di dalam PRU 13, maka akan didapati bahawa kesemuanya adalah bukan Melayu bukan Islam, dan tidak ada seorang pun adalah Melayu Islam.

12 daripada 13 ADUN DAP Johor ini adalah berbangsa Cina, iaitu ADUN N2 Jementah, Tan Chen Choon; ADUN N6 Bekok, Lim Eng Guan; ADUN N10 Tangkak, Ee Chin Li; ADUN N12 Bentayan, Chua Wee Beng; ADUN N19 Yong Peng, Chew Peck Choo; ADUN N23 Penggaram, Gan Peck Cheng; ADUN N28 Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN N42 Johor Jaya, Liow Cai Tung; ADUN N45 Stulang, Chen Kah Eng; ADUN N46 Pengkalan Rinting, Cheo Yee How; ADUN N48 Skudai, Boo Cheng Hau; ADUN N52 Senai, Wong Shu Qi; dan ADUN N55 Pekan Nenas, Yeo Tung Siong. 1 daripada 13 ADUN DAP Johor ini pula adalah berbangsa India, iaitu ADUN N30 Paloh, Shanker A/L Rengganathan.

Bila Salahuddin membuat kenyataan ini ini bermakna AMANAH telah merestui PERJANJIAN SULIT ANTARA DAP-AMANAH berkenaan dengan bantuan jentera dan kewangan dengan syarakat AMANAH kena sokong semua ketetapan DAP dalam HARAPAN.

Agaknya berani AMANAH membantah?
Kita tunggu apa kata pimpinan AMANAH yang tak kena cucuk hidung dalam AMANAH buat kenyataan. Takkan tak setuju diam aje!!

XOXO - Betullah kata Presiden PAS, AMANAH sekadar pengkhianat Gerakan Islam dan "barua" DAP..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 6-4-2018


Leman “BENGANG” Kena Cantas oleh AMANAH (PAN) Kedah
Posted on Thursday, April 05 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38961



AIDCNews -4/04/18 –Dalam satu poster yang disiarkan di Facebook Ketua Amanah Sik, Sulaiman Ibrahim memaparkan kemarahan AJK Amanah Sik terhadap ‘calon basuh kaki’ yang diputuskan bertanding di parlimen berkenaan.

Difahamkan ‘Calon basuh kaki’ yang dimaksudkan itu adalah ‘calon payung terjun’ yang diputuskan Amanah Kedah dan pusat bagi menggantikan Sulaiman di Parlimen Sik.

“Nak jaga calon kroni atau calon kepentingan rakyat ?…Menolak calon ‘BASUH KAKI’ yang diputuskan oleh kepimpinan Amanah Kedah dan Nasional,” kenyataan poster itu dipetik.

Selaku Ketua Amanah Sik, Sulaiman yang turut dikenali sebagai Leman Raja Lawak akan mengadakan sidang media khas pada esok (Khamis), jam 2 petang di pejabat operasi Amanah Sik.

“Seluruh Ahli Jawatankuasa dan jentera termasuk BPR , Pemuda , ARiF , AWAN dan Wanita Muda Amanah Sik malam ini telah memutuskan untuk membuat satu ‘Press confrence’ di pejabat Amanah Sik jam 2.00 petang..

“Sekarang saya dalam persiapan untuk bertolak dari Terengganu balik ke kawasan Sik dengan segera,”kata Leman dalam Facebook.



XOXO - Mat Sabu Vs Dr Siti Kamariah, Leman Vs Siapa?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-4-2018


Team Mat Sabu Singkir Dr. Siti Mariah di Kota Raja
Posted on Thursday, April 05 @ 03:08:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38954



PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Mohamad Sabu mungkin membuat penampilan sulung sebagai calon Lembah Klang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam cubaan presiden Amanah (PAN) itu kembali ke Parlimen lebih sedekad lalu.

Sumber dalam Amanah, parti yang beliau bantu tubuhkan pada 2015, berkata Mat Sabu mungkin bertanding di Kota Raja, Selangor, kerusi yang dimenangi PAS melalui calonnya pada PRU13, Siti Mariah Mahmud.

Kali terakhir Mat Sabu dipilih sebagai ahli Parlimen ialah 1999, apabila beliau memenangi kerusi Kuala Kedah pada PRU yang menyaksikan prestasi pilihan raya terbaik PAS dan Umno kehilangan sokongan Melayu, susulan pemecatan dramatik Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun sebelum itu.

Beliau kehilangan kerusi itu kepada Barisan Nasional pada 2004, dan gagal kembali ke Parlimen pada 2008.

Beberapa bulan kemudian, Mat Sabu kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, yang dilihat sebagai cubaan PAS untuk memperkukuhkan kedudukan parti itu di Parlimen.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu turut tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang pada 2013.

Beliau membuat penampilan sulung dengan bertanding menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1982 dan Anwar di Permatang Pauh pada PRU berikutnya.

Pada 1990, beliau mengalahkan orang kuat Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Nilam Puri. Beliau meneruskan kemenangan pada PRU 1995 dan 1999.

Siti Mariah ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan Mat Sabu bertanding di Kota Raja.

Katanya, beliau sedia bertanding di mana sahaja seperti yang diputuskan parti.

Beliau pertama kali memenangi kerusi Kota Raja pada 2008 dengan memperoleh banyak undi India, dengan orang Melayu kurang separuh daripada jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu.

Sentimen pro-pembangkang dalam masyarakat India, beberapa bulan selepas perhimpunan Hindraf pada 2007, dikatakan memainkan peranan besar dalam kemenangan PAS di Kota Raja pada 2008.

XOXO - Calon PAN ramai kerusi dapat hanya 27 sahaja. Ada beberapa orang terpaksa masuk Bersatu seperti Maslee. Kita lihat perebutan kerusi melibat perebutan puak dalam PAN. Ikram mastermind semua ini....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-4-2018


Hanipa Maidin Langgar Garisan Sempadan
Posted on Tuesday, April 03 @ 02:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38927



Jika kita melihat dan meneliti siaran langsung perbahasan Parlimen petang semalam, Hanipa Maidin dalam satu pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Baling, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan :

“Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu. Sebab saya tak tuhan, maka tuhan jadikan kamu.”

Ungkapan ini memberikan makna seperti Hanipa Maidin lebih bijak daripada tuhan yang telah menciptakan seseorang itu yang dikatanya menyusahkan orang.

Kenyataan melampau ini sudah melanggar garis sempadan atas akibat terlalu taksubnya dengan politik kepartian meskipun telah diberikan teguran yang baik dari rakan-rakan parti komponen yang lain namun beliau tetap menunjukkan singkap bongkak dan enggan mendengar nasihat. Bahkan lebih teruk lagi beliau terus mempertikaikan isu peribadi orang lain tanpa ada sikap rendah diri untuk mendengar nasihat yang jelas ada kebenaranya. Apa sahaja teguran yang sampai kepada beliau, beliau terus membalas dengan cercaan dan herdikan yang merendahkan semua orang dan tiada siapa yang layak untuk menegurnya.

Ungkapan "kalau saya Tuhan" bukanlah satu pekara yang ringgan, main-main dan gurauan. Ia sudah melibatkan hal akidah secara tidak langsung. Mana mungkin manusia boleh menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.

Apa yang lebih menarik untuk kita mengenali sosok tubuh ini, cerita semalam bukan cerita baru siapa sebenarnya diri beliau.

Beliau sebelum ini Hanipa pernah mempertahankan golongan Atheist dengan mencadangkan agar ateisme diiktiraf sebagai agama.

Beliau juga pernah mempertahankan Syiah dengan menyelar JAKIM agar fatwa tentang kesesatan Syiah dikaji semula.

Beliau juga pernah juga Hanipa memuji Al-Khomeini di dalam satu akhbar.

Beliau suka membuat bising dan kacau di parlimen untuk mempertahankan isu-isu yang tidak patut dipertahankannya.

Cukuplah sekadar itu sahaja cerita beliau untuk kita mengambil pengajaran betapa pentingnya untuk kita mengundi Calon Muslim Berwibawa.

Calon Muslim Berwibawa itu mesti memenuhi dua ciri-ciri yang disebut di dalam al-Quran iaitu cekap dan amanah. Ciri-ciri yang digariskan ini penting untuk memastikan ahli Parlimen yang telah kita berikan mandat bukan mampu untuk menjaga urusan hal ehwal masyarakat dengan baik bahkan dalam masa yang sama dia teguh memperjuangkan syiar agama Islam dengan rasa penuh izzah.

Sebagai kesimpulan, Hanipa Maidin menang dengan majoriti 1,104 di Parlimen Sepang pada PRU13. Seramai 36,774 penduduk Sepang telah memberikan mandat kepada beliau sebelum ini pada PRU13.

Apabila tibanya PRU14 ini , marilah kita mengangkat calon Muslim Berwibawa untuk menjadi ahli Parlimen Sepang bagi mengantikan beliau.

Undi anda adalah amanah yang cukup besar.

#UndilahCalonMuslimBerwibawa


Sumber TKO - 3-4-2018
Hanipa Akhirnya Terima Nasihat Supaya Bertaubat
Posted on Monday, April 02 @ 17:54:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38912



KUALA LUMPUR: Selepas berdegil enggan menarik balik kenyataan kontroversi menyentuh isu ketuhanan, Ahli Parlimen PAN (Parti Amanah Negara) Sepang Hanipa Maidin akhirnya menerima nasihat supaya bertaubat.

Hanipa sebelum ini mempertahankan kenyataannya “kalau saya tuhan” di Dewan Rakyat, namun Penasihat Umum PAN Ahmad Awang dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Hanipa itu tidak sepatutnya dilafazkan dan perlu bertaubat.

“Namun kami tidak sempat berbicara. InsyaAllah saya tiada masalah untuk akur dengan saranannya jika ia mampu meredakan keresahan pihak tertentu,” Hanipa dipetik berkata hari ini.

Terdahulu, Ahmad menasihati supaya Hanipa memohon keampunan dan bertaubat susulan kenyataannya semasa pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Jelas Ahmad, setelah meneliti rakaman video dan hansard Parlimen berhubung perkara itu, kedua-dua Azeez dan Hanipa terlibat melafazkan perkataan mengumpamakan makhluk dengan tuhan.

“Oleh yang demikian, sebagai sahabat dan saudara dalam Islam, saya dengan ikhlas menasihati kedua-dua anggota parlimen berkenaan supaya bersegera memohon keampunan kepada Allah dan berinabah (bertaubat) kepadaNya,” katanya.

Dalam pertelingkahan di Parlimen itu, Azeez menegur Hanipa yang menurutnya berlagak seperti tuhan kerana mengatakan Pakatan Harapan akan menang pada dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Hanipa membalasnya dengan berkata: “Kalau saya tuhan – nasib baik saya bukan tuhan – kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan.”

Ungkapan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin PAS dan juga Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


- MalaysiaGazette

Sumber TKO - 2-4-2018

Setelah membisu Penasihat Agama AMANAH kini bersuara
Posted on Sunday, April 01 @ 22:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38901



Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang berkata, kedua-dua ungkapan "kamu ini tuhankah" dan "kalau saya tuhan" adalah termasuk sebagai lafaz tasybih (perumpamaan) yang diharamkan untuk dilafazkan.

Kesan daripada melafazkan perkataan itu, katanya, boleh menjejaskan akidah tauhid orang yang melafazkannya.

"Setelah mentelaah pendapat serta fatwa para ulama mutabar (salaf dan khalaf), didapati mereka sepakat memfatwakan bahawa mengucapkan lafaz yang mentasybihkan atau memperumpamakan makhluk dengan Tuhan samada pada zatNya atau perbuatanNya atau sifat dan namaNya, hukumnya adalah haram dan dilarang keras mengucapkannya sama ada secara terang ataupun sindiran," katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas  ungkapan yang digunakan oleh Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin dalam pertikaman lidah di parlimen 29 Mac lalu.

Jelas Ahmad, setelah meneliti rakaman video dan hansard Parlimen berhubung perkara itu, kedua-dua Azeez dan Hanipa terlibat melafazkan perkataan mengumpamakan makhluk dengan tuhan.

"Oleh yang demikian, sebagai sahabat dan saudara dalam Islam, saya dengan ikhlas menasihati kedua-dua anggota parlimen berkenaan supaya bersegera memohon keampunan kepada Allah dan berinabah (bertaubat) kepadaNya," katanya.

Menurut Ahmad lagi, apabila seseorang telah melafazkannya dengan sengaja atau terlanjur maka ia tidak terbatal dengan hanya menarik balik apa yang telah dilafazkan.

Ini kerana, jelasnya, perlanggaran ke atas hukum larangan adalah perlanggaran ke atas hak Allah, maka orang yang melafazkannya perlu memohon keampunan daripada Allah.

Ahmad turut mengingatkan agar pihak-pihak lain berhenti membuat kenyataan yang akan hanya menambah kesalahan.

"Nasihat ini semata-mata kerana menunaikan kewajipan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bahawa "agama itu nasihat".

"Isu ini tidak perlu diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik apatah lagi untuk mengalihkan topik perbahasan yang sebenar bagi melindungi kezaliman kerajaan kleptokrasi yang berterusan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu dan menindas rakyat.

"Sehubungan dengan ini, sukalah saya menasihati semua pihak agar berlaku adil jika hendak mengulas isu ini dengan menegur kedua-dua ahli parlimen berkenaan. Bukan dengan hanya menujukan sasaran teguran kepada anggota parlimen Sepang semata-mata," katanya.

Pada sesi parlimen yang membahaskan membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar, Hanipa bertikam lidah dengan Azeez dengan mendakwa bekas pemimpin PAS itu berlagak seperti tuhan kerana menjangkakan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memenangi pilihan raya umum (PRU).

Hanipa membalas dengan berkata: "Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan - kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan."

Ungkapan yang digunakan dalam pertikaman lidah itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri sebelum ini turut berkata, ungkapan yang digunakan dalam pertikaman lidah itu dikhuatiri merendahkan penciptaan dan menafikan hikmah ciptaan tuhan.

Sumber TKO - 1-4-2018


Ahli Parlimen Amanah Sepang Ancam Saman Golongan Agama
Posted on Sunday, April 01 @ 10:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38894



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Mohamed Hanipa Maidin mengancam mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap golongan agama yang menyeru beliau supaya bertaubat.

Beliau yang juga pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa golongan agama itu lagi berbahaya daripada golongan jahil kerana meminta beliau bertaubat disebabkan membuat kenyataan “kalau aku Tuhan..” di Dewan Rakyat.

“Untuk golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil , saya tidak teragak agak untuk menyaman anda!!!

“Saya anggap mereka lagi berbahaya dari golongan jahil. Kenapa? Sebab mereka, bagi saya, ada ilmu tapi malangnya tak guna ilmu dengan betul. Maaflah jika saya kasar sikit,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Antara yang memberi nasihat supaya beliau bertaubat termasuk Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang dilihat umum cenderung menyebelahi Pakatan Harapan malah turut meminta beliau berbuat demikian.

Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu berkata: “Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah..geli”

Beliau berkata demikian apabila dinasihatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya tidak bersikap bongkak dan takbur kerana ia dilarang Islam.

Hanipa tanpa menghiraukan nasihat itu seterusnya berkata: “Kalau saya Tuhan. Saya tak jadikan kamu. Dah lama saya hapuskan”

Kenyataan Hanifa itu mendapat perhatian wakil rakyat PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang bangun menegurnya.

Mohd. Khairuddin menjelaskan kenyataan Hanifa kalau beliau Tuhan itu boleh merosakkan akidah seseorang umat Islam.

Hanipa menyindir Mohd. Khairuddin yang juga ahli majlis dewan ulama PAS sebagai penunggang agama.
Perang mulut antara wakil rakyat Pakatan Harapan dan PAS mengenai akidah Islam berlarutan selama beberapa minit

Mohamed Hanipa dalam kenyataan hari ini namun mempertahankan tindakan beliau mengeluarkan kenyataan “kalau aku Tuhan”

Beliau mendakwa berkata demikian kerana seorang wakil rakyat BN menyindirnya “kamu ni Tuhankah?”

Sindirian itu dibuat kerana Mohamed Hanipa membayangkan Pakatan Harapan akan menang dalam PRU14 dalam ucapannya.

“Saya juga menyambung selepas ayat “kalau itu” dengan ayat “Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan”

“Saya tak akan tarik balik kenyataan saya,” katanya lagi.

Mohamed Hanipa mendabik dada beliau pernah mempelajari syariah dan ” adabul qada’ fi al-Islam” serta “turuq al-ithbat” malah seorang pengamal undang-undang selama 23 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 1-4-2018


Akhirnya Husam Akui Belum Cukup Yakin Itu Suara Nik Abduh
Posted on Friday, March 30 @ 22:09:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38874



Berbulan-bulan kecoh pasal klip suara yang kononnya mirip suara Nik Abduh, akhirnya semalam baru Husam akui yang mereka baru hantar klip itu ke makmal untuk dikaji kesahihannya. Secara tak langsung tindakan beliau itu juga sebagai bukti perakuan yang beliau sendiri belum cukup yakin kepada klip suara yang disebar sebelum ini adalah suara Nik Abduh.

Selama ini beliau menyebarkan tanpa pengesahan mana-mana pakar professional dalam bidang pengecaman suara atau forensic analysis of speech recordings. Sepatutnya beliau pergi hantar ke makmal City University tu dulu untuk Allen Hirson kaji sebelum beliau menyebarkan.

Sebaran beliau sebelum ini jelas berniat jahat, tidak beretika kerana bukan sahaja gagal mendapat pengesahan mana-mana pakar, tapi Husam sendiri tidak yakin untuk membuat laporan kepada Polis atau SPRM mengenai rakaman itu untuk dijadikan bukti.

Sebaran sebelum ini hanya berdasar dendam dan persepsi yang sengaja dibina untuk memburukkan imej Nik Abduh menjelang PRU14 dan juga imej PAS yang difitnah menerima 90 juta dari Umno.

Husam hingga kini juga masih gagal menunjukkan bukti transaksi 90 juta itu wujud. Sekadar menjual rakaman suara dengan menempelkan nama Nik Abduh, siapa-siapa pun boleh.

Kita tunggu Husam dimalukan oleh Allen Hirson pula.
 Dan selagi Allen belum keluarkan laporannya, Nik Abduh jelas belum boleh dikaitkan dengan klip itu kerana suara itu boleh jadi suara sesiapa sahaja termasuk Husam.

Kita tunggu apa lagi wayang fitnah yang Husam ingin mainkan sementara tunggu laporan itu keluar.

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
30 Mac 2018


XOXO - Husam ni pasal auta semut boleh jadi gajah...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 30-3-2018


Mana Penasihat Agama PAN 2 Orang Ni? Atau sekadar tukang baca doa aje ke?
Posted on Friday, March 30 @ 18:35:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38873



Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata “kalau saya tuhan” ketika bertikam lidah dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Rakyat semalam tidak dapat dinasihat, tak nak bertaubat walaupun dinasihat oleh Mufti Perlis.

Jadi sesiapa ternampak 2 orang penasihat agama PAN tolong tarik dan beritahu dia tugas dia sebagai penasihat bukan tukang baca doa.




Tukang tampal poster pun bukan.

TOLONGLAH NASIHAT HANIPA TU DEMI ISLAM!!
JADI LAH TAMPAL POSTER BAGI ORANG LAIN BUAT!!

XOXO - Susah kalau parti Islam (Kalau ikut sebuat buku oleh penulis terkenal) pada kulitnya yang dihiasi warnai-warni wartawan dan penulis dengan sedikit imbuhan...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 30-3-2018


Ucapan 'kalau saya tuhan' sangat bahaya pada akidah
Posted on Friday, March 30 @ 10:52:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38865



Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa ungkapan "jika saya tuhan" tanpa diikuti ungkapan yang menunjukkan keagungan tuhan, dikhuatiri akan merendahkan penciptaan dan menafikan hikmah ciptaannya.

Menulis di Facebooknya, Mohd Asri juga berkata ungkapan berkenaan sangat bahaya kepada akidah orang yang mengucapkannya sekiranya berada dalam keadaan sedar.

Katanya lagi, orang yang bercakap mengenai perkara itu perlulah bertaubat kerana ungkapan berkenaan dilihat seakan apa yang dilakukan tuhan selama ini tidak tepat atau salah.

"Seorang Muslim hendaklah berhati-hati dalam ungkapannya yang berkaitan ketuhanan. Tidak boleh seseorang muslim berkata 'jika awak tuhan' atau 'jika saya tuhan' melainkan diikuti dengan ungkapan yang menunjukkan keagungan tuhan.

"Namun, jika dia mengungkap 'jika saya tuhan saya akan lakukan begini...' atau 'jika saya tuhan, saya tidak akan lakukan begitu atau begitu...', maka itu secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan tuhan dan menafikan hikmah ciptaannya.

"Seakan apa yang tuhan lakukan tidak tepat ataupun salah ataupun di sana ada cara yang lebih baik.

"Ini sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat dari ucapan itu," katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan Mohd Asri itu dipercayai merujuk kepada ucapan Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin di Parlimen semalam.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Dewan Rakyat menjadi panas ekoran pertikaman lidah antara Hanipa dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) bersama Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus).

Ungkapan 'kalau saya tuhan' itu timbul selepas Abdul Azeez menegur Hanipa dengan mendakwa bekas pemimpin PAS itu berlagak seperti tuhan kerana boleh menjangkakan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memenangi pilihan raya umum ke-14.

Hanipa kemudian menjelaskan bahawa beliau bukan tuhan dan kalau beliau adalah tuhan, Abdul Azeez tidak akan diciptakan.

"Kalau saya tuhan, nasib baik saya bukan tuhan, kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Tapi sebab saya tak (bukan) tuhan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar.

Kenyataan Hanipa itu mendorong Khairuddin bangkit untuk menasihati Hanipa kerana ia membabitkan isu agama.

Bagaimanapun Hanipa enggan memberi laluan lanjut kepada Khairuddin untuk mencelah dan menegaskan beliau menggunakan ungkapan "kalau" dalam ucapannya.

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata, sebarang kerosakan di dunia ini adalah disebabkan tangan manusia dan bukan kerana kesilapan tuhan yang mencipta.

"Tuhan mempunyai hikmat atas segala penciptaannya. Dia juga akan mengadili segala kejadian dan peristiwa di dunia. Kerosakan dunia ini disebabkan tangan manusia bukan kerana kesilapan ciptaan tuhan.

"Kita beriman segala yang tuhan ciptakan ada rahsia zahir dan batin dan Allah maha mengetahui segala yang zahir dan yang batin," ujar Mohd Asri lagi.

Sumber TKO - 30-3-2018


Aktivis Felda Mazlan Aliman dibebaskan
Posted on Saturday, March 24 @ 17:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38767



PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang direman sejak Khamis lalu, dibebaskan 12 tengah hari tadi, kata peguamnya.

Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, Mazlan dibebaskan lewat sejam berbanding jangkaan 11 pagi yang diumumkan beliau semalam kerana ada prosedur yang perlu diikuti.

“Baru dimaklumkan yang Mazlan Aliman dibebaskan di Balai Polis Jinjang,” katanya kepada FMT sebentar tadi.
Pada 22 Mac lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meluluskan perintah reman 5 hari ke atas Mazlan sehingga esok.

Wan Anwar berkata, aktivis itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Polis menahan Mazlan Rabu lalu, selepas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan polis terhadapnya Isnin lalu.

Ia selepas ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwa Rosmah terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon menelan berjuta ringgit oleh Felda, tetapi gagal dilaksanakan.

Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, di mana 5 pegawai kanan Felda ditahan pada 24 Januari 2017 kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

Mazlan dalam sebuah program ceramah bulan ini mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM, projek penternakan ikan itu mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya untuk kesalahan memfitnah.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sumber TKO - 24-3-2018


PAN Hampir Mereput, Ulamanya Kembali Kepada PAS
Posted on Friday, March 23 @ 08:05:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38743



PH di Kelantan khususnya PAN terus menerima tamparan apabila malam tadi, seorang ulama yang disanjungi oleh puak2 PAN iaitu Baba Zul kembali menyertai PAS secara rasmi...

Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Timbalan Presiden dalam majlis ceramah Bangkit Pertahan Kelantan di Bachok pada malam ini...

Baba Zul atau Tuan Guru Haji Zulkarnain Harun memang amat dikenali di Kelantan sebagai seorang guru pondok yang disegani....ole

h kerana sebelum ini banyak maklumat yang disampaikan kepada beliau adalah maklumat yang salah menyebabkan beliau mengambil keputusan menyokong HUSAM dan PAN...

Tapi dengan izin Allah, berkat doa ahli-ahli dan penyokong PAS...beliau akhirnya dapat melihat sendiri dan menilai sendiri manakah intan dan manakah kaca...justeru ini menunjukkan bahawa pan sudah mula mereput hasil fitnah dan adu domba yang depa jaja selama ini...

Insya Allah fenomena ini akan bertiup ke seluruh negara dan tidak mustahil ramai lagi yang akan kembali memperkuatkan PAS bagi menghadapi musuh utama perjuangan PAS iaitu umno be end serta pakatan haprak yang masih belum putus-putus menyerang PAS dari segenap sudut...

Tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di Bachok dan seluruh negara amnya...

alfaqir ilallah ppk5 Rejab 1439H


XOXO - Puak HARAPAN kalau mereka menggunakan akal dengan betul dan mendapatkan maklumat yang benar mereka akan dapat menilai siapa yang benar...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 23-3-2018


AMANAH Kelantan nafi halang pengundi luar pulang
Posted on Friday, March 23 @ 06:46:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38738



Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan menafikan cubaan menghalang pengundi luar daripada pulang mengundi seperti didakwa PAS.

Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, beliau sendiri tidak pasti apa motif tuduhan tersebut.
"Itu tidak betul, sedangkan kita sudah banyak kali mengadakan program bersama perantauan," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa AMANAH cuba mensabotaj PAS dengan menghalang pengundi luar pulang mengundi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, perkara itu bagaimanapun tidak berlaku selagi PAS berada di negeri itu.
"Memang ada (cubaan sabotaj PAS) oleh AMANAH kerana ini matlamat sebenar mereka untuk bertanding di Kelantan.
"Mereka cuba menarik pengundi luar dengan berkempen supaya mereka tidak pulang ke Kelantan untuk mengundi," katanya seperti dipetik BH Online.

Sementara itu Wan Abd Rahim menegaskan pihaknya sentiasa melakukan inisiatif untuk mengajak perantau pulang mengundi.
Malah pada 30 Mac ini katanya, AMANAH akan mengadakan program terakhir di Kuala Lumpur bersama golongan tersebut.
"Sebab kita juga kesan pengundi luar ini bersama kita untuk sama-sama melakukan perubahan," katanya.


Note: Sebelum ini pun ada Nafi tentang UG AMANAH-UMNO Untuk Jatuhkan PAS dan Nak saman termasuk Tranungkite. Sampai hari ini tak ada pun... cakap politik bohong (pelawo) mainan mulut.

Sumber TKO - 23-3-2018


Orang PAN ajak orang PAS keluar parti?
Posted on Friday, March 23 @ 06:43:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38737




Mengapa? Kerana bekerjasama dengan umno/BN tidak serasi dan bercanggah dengan pendapat yang pegang  bekas mursyidul Pas Al Marhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kalau begitu halnya, PAN kena  keluar pakatan harapan, kerana  ianya tidak serasi dan bercanggah dengan pendapat Imam Hassan al- Banna yang menolak fikrah tahaluf siyasi dengan parti kafir.

Imam Hassan al–Banna  tokoh islam yang dikagumi oleh Mohammad Sabu presiden yang mengatakan tahaluf siyasi harus.Harus, kalau Pan lebih kuat berbanding DAP.


Sesungguhnya Syed Qutb yang juga dikagumi Mohamad Sabu mengikut langkah Imam Hassan al –Banna dalam fikrah pemisahan mutlak (al-mufasalah)

Kalau Syed Qutb tokoh Islam yang buklan calang calang itu boleh ikut Imam Hassan al-Banna mengapa Mohammad Sabu boleh menerima tahaluf siyasi dengan DAP yang sah dan sahih anti Anti Melayu dan islam itu.

Al Marhum Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan pendapat waktu  Pas bersama dengan pakatan rakyat, berdasarkan pengakuan orang china dan orang orang DAP mahu Islam.

Pendapat al marhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik sudah tidak boleh pakai lagi selepas DAP cerai PAS dengan alasan PAS degil hendak laksanakan hudud juga.

Sesiap pun termasuk ahli akar umbi Pas merasa tertipu dengan dakwaan orang orang china dan orang DAP yang mereka juga mahukan Islam, sebaliknya menentang bulat bulat agenda Islam Pas selepas Datuk Nik Abdul meninggal dunia.

Hanya kumpulan Mohammad Sabu yang  tak boleh bersabar lari daripada PAS sahaja yang mungkin masih bersetuju, kerana sudah banyak termakan dedak DAP.

Cuba bayangkan , Rasulullah SAW didatangi 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang sedia berperang dengan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud. Tetapi ditolak oleh Rasulullah SAW dengan alasan Baginda tidak mahu meminta bantuan orang orang musyrik.

Sekarang   DAP yang datang  ajak orang Islam untuk membantu PAN menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan.

Bukan setakat itu sahaja, malah DAP melalui pakatan harapan  mahu mengalahkan calon calon pas yang bertanding seluruh pelusuk tanahair.

Fikir fikirlah sebelum terjerumus dalam kancah kemusnahan akidah dek mengahalalkan cara yang membimbangkan masa depan Islam di Malaysia ini.

Mustahil Mohammad Sabu presidean Pan tidak kenal Imam Hassan al-Banna dan Syed Qutb, sedangkan kedua dua tokoh Ikhwan Muslimin itu adalah idolanya

Kesimpulannya, orang orang Pan harus mendesak para pemimpin parti supaya keluar daripada pakatan harapan untuk menyelamatkan  bangsa Melayu, agama Islam dan Negara  daripada ancaman fahaman yahudi, kominis dan Islam libralisme.

Sumber TKO - 23-3-2018


Mazlan Aliman ditahan berkaitan video di FB
Posted on Thursday, March 22 @ 12:31:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38734



Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dikatakan telah ditahan oleh polis pada awal pagi ini.

'Saya ditahan polis di rumah jam 1.35 malam ni. Dibawa ke IPD Kulai," kata Mazlan, yang juga anggota Majlis Tertinggi AMANAH, dalam satu catatan ringkas di Facebook.

Isterinya menambah dalam satu komen bahawa polis memberitahu mereka dia ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).

Malaysiakini  sedang berusaha menghubungi ketua polis daerah Kulai (OCPD) serta isteri Mazlan mengenai perkara ini.

Pada hari Isnin, laporan polis dibuat terhadap video YouTube di mana Mazlan didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkata dakwaan sedemikian menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Rosmah di kalangan warga maya.

Beliau juga berkata ia telah merosakkan reputasi dan integriti anak guamnya.

Katanya, selepas berbincang dengan anak guamnya itu, dia telah diarahkan untuk membuat laporan polis mengenai video itu.

Sumber TKO - 22-3-2018

Silap besar PAN (2): Terlalu fokus kuasa, tak iktiraf ulama

KATA Jamzuri Ardani: “Saya adalah salah seorang perwakilan Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008 yang memeterai resolusi mengukuhkan penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Tidak pernah ada sesiapa yang membentangkan berkenaan enam syarat penyertaan PAS ke dalam PR seperti yang disebut oleh Dr Kamarul semasa Muktamar tersebut.” 
Kata Jamzuri Ardani lagi: “Semakan saya dengan beberapa AJK PAS Pusat yang memegang jawatan dalam tempoh tersebut juga mendapati ia tidak pernah dibincang, dibentangkan dan diperakui dalam mana-mana mesyuarat JK PAS Pusat dalam tempoh itu.” 
Tambah beliau: “Saya harap Dr Kamarul dapat membuktikan saya salah dengan menyebut di dalam mesyuarat JK PAS Pusat mana dan di dalam Muktamar PAS tahun berapa kertas kerja berkenaan enam syarat itu dibentangkan dan diperakui sebagai syarat PAS menyertai Pakatan Rakyat”. 
Kata saya pula, inilah satu lagi silap besar pemimpin Parti PAN, iaitu terlalu fokus pada kuasa dan tak iktiraf kedudukan ulama’. 
Sebab terlalu fokus pada kuasa inilah maka yang Jamzuri Ardani ingat mengenai Resolusi Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008 hanyalah mengenai “mengukuhkan penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat”, tetapi beliau sengaja buat tidak ingat bahawa tiga pecahan awal resolusi itu adalah: 
-     Menyokong pendirian PAS yang mahu PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalinkan hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat. 
-     Mendesak kepimpinan PAS berusaha mempastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan. 
-     Mendesak kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kepimpinan Pakatan Rakyat. 
Walau beliau tahu atau tidak mengenai kewujudan kertas kerja Majlis Syura Ulama’, “Tahaluf Siasi: 
Garis Panduan Dari Perspektif Islam”, yang menyenaraikan enam perkara yang menjadi syarat kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekalipun, kesemua tiga pecahan awal resolusi ini sudah menjelaskan pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat. 
Istilah-istilah “mempertahankan dasar Islam”, “mempastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati” dan “memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kepimpinan Pakatan Rakyat” adalah sama dari segi intipatinya dengan syarat utama kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang digariskan di dalam kertas kerja ini, iaitu “tahaluf (kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam”. 
Sebab tak iktiraf kedudukan ulama’ inilah maka Jamzuri Ardani tak habis-habis duk pertikai mengenai kertas kerja yang dibuat dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama’ ini sedangkan majlis ini diberi kuasa luas oleh Perlembagaan PAS untuk “mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”. 
Sebab terlalu fokus pada kuasa dan tak iktiraf kedudukan ulama’ inilah maka Parti PAN tidak ada peruntukan yang memartabatkan golongan ulama’ di dalam Perlembagaannya. Sebaliknya, apa yang ada di dalam Perlembagaan Parti PAN hanyalah Majlis Penasihat Pakar yang tak bergigi, yang setakat beri cadangan sahajalah tarafnya. - HARAKAHDAILY 21/3/2018
Sumber HD - 21-3-2018 


Kerjasama PAN dengan DAP, dakwah ke dakyah?
Posted on Wednesday, March 21 @ 11:03:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38726




Baru baru ini presiden PAN Mohamad Sabu berkata  tahaluf siyasi dengan parti kafir harus.

Ada ulamak mengatakan harus dan ada ulamak mengatakan haram.bermakna ada dua pendapat yang harus diambil kira.
Harus hukumnya jika bertujuan untuk berdakwah Dan haram hukumnya jika bertujuan berdakyah.


Jika ditanya apakah tujuan PAN bertahaluf siyasi dengan DAP sudah barang tentu diberi jawapan kami semata mata untuk berdakwah.Ya ke?

Jawapan itu memang sedap di mulut sahaja, sedangkan sakit dihati. Mengapa? Kerana DAP menganjurkan pesta  arak dan PAN tidak membantah.

Tidak membantah, atau membisu dan mendiamkan diri bererti PAN menyokong pesta arak yang dianjurkan oleh DAP.

Jawpan itu tersasar jauh daripada erti atu pengertian sebenar konsepsi dakwah dan ia lebih menjurus  dengan pegertian dakyah.
Hukum meminta bantuan dan membantu orang Islam atau parti milik orang Islam memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Mengapa? Kerana ia adalah asal hubungan antara sesama Islam, sama ada dalam bentuk individu, parti atau Negara berpandukan kepada kerjasama atas asas kebaikan dan takwa (ta’awun ala birri wa al takwa)

Yang menjadi persoalan sekarang ialah hukum seorang muslim meminta bantuan kafir atau membantu kafir dan minta bantuan parti kafir dan membantu parti kafir.

Sekarang ini PAN meminta bantuan parti kafir (DAP) dan membantu parti kafir (DAP) supaya menang PRU 14.

Minta bantuan dengan kafir seperti meminta bantuan Negara kafir, parti kafir (DAP) dan kumpulan kumpulan bukan Islam (kafir NGO) tidak diharuskan.

Namun demkian harus meminta bantuan individu kafir sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanah seseorang.

Sepertimana  Saidina Abu Bakar Al Siddif meminta dan memberi upah kepada Abdullah Uraiqit seorang musyrik  Mekah memanandu perjalanan Rasulullah SAW  ke Madinah,
Ini adalah dalil yang jelas.

Dalil yang tidak diharuskan bekerjasama dengan parti dan kumpulan kumplan kafir ialah hadis hadis sahih

Dalam sahih muslim ada menceritakan tentamg seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah SAW dalam peperangan Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam. Lelaki tersebut menafikan keislamannya. Nabi minta dia balik dan bersabda bahawa Baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.

Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya. Baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang orang musyrik untuk memerangi orang orang musyrik yang lain.’

Sekarang ini PAN bekerjasama dengan DAP bukan sahaja untuk menang pilihanraya umum dan menatkluki Putrajaya, akan tetapi untuk memerangai PAS parti Islam se Malaysia .

Bermakna mempunyai dua tujuan. Pertama untuk memenang PRU 14 yang tiada kaitan langsung dengan konsepsi dakwah dan ia lebih kepada berdakyah


Kedua, memerangi individu Islam yang tidak menyertai parti PAN, terutama sekali memerangi parti Pas, termasuk bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan pada PRU 14 ini.

Sumber TKO - 21-3-2018


Silap Besar Parti Amanah : Biarkan DAP Dictate Mereka
Posted on Wednesday, March 21 @ 08:08:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38724



Kata Jamzuri Ardani, pemimpin Parti Amanah lebih mengenali dan memahami pemikiran politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz berbanding saya dan pimpinan PAS hari ini.

Sebab itulah, kata beliau, pemimpin Parti Amanah berupaya “menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz dengan menampilkan pengisian yang sangat bersifat 'insightful' terhadap legasi pemikiran politik peninggalan Almarhum” dan “PAS sampai sekarang masih tidak berupaya menandingi keupayaan Parti Amanah dalam aspek ini”.



Kata saya pula, mungkin sebab pemimpin Parti Amanah lebih mengenali dan memahami pemikiran politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz berbanding saya dan pimpinan PAS hari inilah maka mereka tidak menjemput saya dan pimpinan PAS hari ini tetapi menjemput pemimpin DAP, Liew Chin Tong, untuk mensyarahkan kepada mereka mengenainya.

Pelik sungguh pemimpin Parti Amanah ini, jika benar mereka lebih mengenali dan memahami pemikiran politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz, sepatutnya merekalah yang mensyarahkan kepada pemimpin DAP mengenainya, bukan pemimpin DAP yang mensyarahkan kepada mereka apa yang mereka mahu dari pemikiran politik Almarhum.

Apa yang boleh diharapkan dari kefahaman pemimpin DAP seperti Liew Chin Tong ke atas pemikiran politik Almarhum selain menyatakan kononnya Almarhum mengamalkan “pragmatisme”, “Islam bukan hanya label tetapi idea yang dapat dipraktikkan”, “isu hudud telah banyak membuang masa kita” dan “kita perlu kembali kepada perjuangan asal”.

Inilah silap besar pemimpin Parti Amanah, iaitu membiarkan DAP mendictate apa yang mereka mahu dari mereka, bukan mereka yang mendictate apa yang mereka mahu dari DAP, sedangkan sepatutnya, jika mereka benar-benar ikhlas dengan Almarhum, merekalah yang sepatutnya mensyarahkan kepada DAP mengenai pemikiran politik sebenar Almarhum.


😂😂😂
Hawau

Sumber TKO - 21-3-2018


PAS Lebih Jahat Berbanding Zionis Laknatullah Kata Parti AMANAH (PAN)
Posted on Monday, March 12 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38605



KOTA BHARU - Pakatan Harapan Kelantan daripada Parti Amanah Negara (PAN) hari ini menyamakan PAS dengan Zionis Yahudi.

Laman Facebook rasmi PAN Kelantan malah mendakwa PAS kini jauh lebih jahat daripada Zionis Yahudi sendiri yang amat dilaknat oleh Allah SWT.

“Kerajaan PAS Kelantan mahu roboh Pasar Besar Pasir Puteh. Terima kasih PAS Kelantan kerana sudah jadi lebih jahat daripada Zionis Yahudi laknatullah,” kata laman Facebook itu.

Laman Facebook rasmi PAN Kelantan turut memuat naik rakaman video memaparkan aksi kekecohan di Pasar Besar Pasir Puteh baru-baru ini.

Beberapa individu dipercayai peniaga di pasar tersebut bertindak balas dengan menghalang jentera berat yang mahu merobohkan premis berkenaan.

Bagaimanapun media melaporkan kekecohan dapat dikawal pihak polis dalam masa 30 minit sebelum kerja perobohan diteruskan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Yang Dipertua MDPP, Mohd Anis Hussein sebelum ini memberi tempoh kepada kumpulan peniaga tersebut berpindah ke pasar baharu bermula semalam sehingga Ahad depan.

Peniaga namun enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar sebelum menerima keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman yang dibuat mereka pada Ogos lepas.

Pada 27 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah pun membenarkan permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan saman oleh peniaga terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 12-3-2018


Bila Husam Nak Saman Ni?
Posted on Friday, March 09 @ 08:33:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38545



Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan (Harapan), Husam Musa mengakui beliau turut memiliki audio tular yang dikaitkan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Sepatutnya dia samanlah. Dia tidak boleh ugut sahaja... Kalau ustaz Nik Abduh nak saman, mahu dakwa mana-mana pihak, itu amat dialu-alukan. Itu langkah yang sepatutnya diambil oleh seorang pemimpin bermaruah.

Cerita dulu

Datuk Husam Musa hari ini menafikan dakwaan pernah menerima dana pilihan raya daripada Kumpulan Genting dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog, Zaharin Mohd Yasin. 


Video - https://youtu.be/GMVX5jI8e5g



Menyifatkan dakwaan Zaharin sebagai usaha mencalar imej dan maruahnya, Husam memberi jaminan beliau bukan seperti parti lamanya, PAS, dan akan mengambil tindakan saman selepas 7 hari daripada tarikh sidang media hari ini.

7 Hari daripada tarikh 17 April 2017. Hari 2018 dah. Itu cakap hebat semasa ceramah. Tukang dengar ceramah takbir hebat Huse!! Tapi semuanya bodoh dan bohong sahaja. PAN boleh bohong yang tak boleh hanya PAS sahaja.

XOXO - Kalau pengikut parti PAN ni ada akal fikiran dan membuat kajian mereka akan sedar bahawa selama ini mereka diberikan maklumat yang palsu dan fitnah sahaja kepada parti lama mereka PAS...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 9-3-2018


Mahfuz Masuk PAN senyap- senyap.. Muka Tak malu Nak Jadi Calon PAN Pokok Sena
Posted on Wednesday, March 07 @ 17:44:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38535



Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah didakwa menolak nama Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber mendakwa penolakan sebulat suara itu dibuat dalam satu mesyuarat AMANAH Bahagian Pokok Sena, baru-baru ini.

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen pakatan harapan (PH), Pokok Sena adalah kawasan yang bakal ditandingi oleh AMANAH.

Sehingga kini, Mahfuz adalah calon bebas susulan tiada kenyataan rasmi daripada beliau berhubung penyertaannya dalam mana-mana parti PH.

Menurut sumber, sekiranya Mahfuz berdegil untuk bertanding pada PRU akan datang bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, AMANAH tetap membantah tindakan itu.

"Apa yang rakan saya dari AMANAH beritahu, dia (Mahfuz) sudah isi borang AMANAH dalam senyap.

"Mahfuz tak ikhlas. Itu yang AMANAH kata. Kalau dia ikhlas (sertai AMANAH), dia sudah umum hari itu lagi.

"Sebab itu, dalam mesyuarat AMANAH Bahagian Pokok Sena semua menolak dia. Cuma dua tiga sahaja yang sokong dia," katanya kepada wartawan NSTP, hari ini.

Mahfuz mewakili Parlimen Pokok Sena sejak 1999 atas tiket PAS. Pada 2004, beliau pernah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dan kembali memenangi semula kawasan itu pada PRU berikutnya.

Mahfuz menyertai PAS sejak 34 tahun lalu tetapi pada 31 Disember 2017, beliau mengumumkan keluar daripada PAS.

Bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi "penghubung" antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

XOXO - Orang yang langgar baiah dengan Allah sudah pasti akan dilaknat. Hanya masa sahaja akan menunjukkan tiada sesiapa boleh bermain sumpah laknat dengan Allah s.w.t.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber tTKO - 7-3-2018


Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri
Posted on Tuesday, March 06 @ 16:11:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38530



PEMIMPIN Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa semakin teruk merosakkan dirinya sendiri melalui isu demi isu yang ditimbulkan sendiri.

Kenyataan terbaru beliau mendakwa mengundi PAN dan Pakatan Harapan (PH) boleh mendapat pahala manakala mengundi parti bulan (PAS) hukumnya haram.

“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam dipetik media.

Apa yang paling menonjol di sini ialah sikap mahu menghukum dalam proses politik, menetapkan halal atau haram mengundi parti-parti tertentu.

Husam yang selama ini dikenali sebagai tokoh dari golongan profesional yang kononnya bersikap progresif dalam PAS akhirnya menunjukkan wajah tersembunyinya yang mahu menghukum dengan hukum agama dalam menarik sokongan untuk partinya.

Sebelum ini, sebagai orang kepercayaan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam bersetuju sekiranya dikatakan dapat pahala undi PAS, partinya sendiri yang memerintah negeri Kelantan.

Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, tentu sebelum ini Husam tidak menolak kalau dikatakan dapat pahala undi PAS.

Kali ini dalam Parti Amanah Negara (PAN), Husam mengeluarkan “fatwa” haram undi PAS dan dapat pahala undi PAN.

Kenyataan kontroversi terbaru Husam ini terus menerima kecaman dari pemimpin-pemimpin PAN sendiri.

Pemimpin pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan mengkritik kenyataan Husam itu di laman Facebook beliau.


Seorang lagi pemimpin PAN, Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani juga menolak kenyataan Husam yang mengeluarkan hukum agama itu.

Pemimpin-pemimpin PAN berbalas-balas komen sesama sendiri di laman Facebook Nik Abdul Razak yang dikenali lantang mengkritik pemimpin partinya sendiri.
Sebelum ini, Nik Abdul Razak mengkritik Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi yang mewajarkan tindakan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memanggil PAS dengan gelaran “PIGS” (PAS, Ikatan, Gagasan Sejahtera).

Perbalahan terbaru dalam PAN ini bukan sahaja menunjukkan perbezaan ketara dalam parti itu, tetapi juga menjadi satu kayu ukur penerimaan terhadap Husam yang kebelakangan ini terlibat dalam beberapa kenyataan dan aksi memalukan.

Tahun lepas, Husam dalam satu rakaman video mengiklankan “sumbu jimat minyak” yang menyebabkan beliau ditertawakan oleh netizen dan dikecam hebat oleh komuniti sains tempatan.

Baru-baru ini, Husam muncul lagi dalam rakaman video, kali ini bercerita tentang sejenis rumput yang suka dimakan oleh lembu.

Dalam rakaman itu, beliau sendiri telah cuba merasa rumput tersebut, mencetuskan aksi lucu yang sekali lagi mengundang ejekan ramai.

Aksi dan kenyataan beliau yang serba tidak menjadi kebelakangan ini telah mencetuskan penentangan secara senyap dan terbuka terhadapnya.

Ada yang tidak bersetuju sejak awal kemasukan Husam ke dalam PAN, yang boleh menggugat pemimpin tertentu daripada naik kerana imej Husam sebagai pemimpin yang agak kuat.

Kesilapan-kesilapan beliau akhirnya dijadikan alasan untuk menolak bekas pemimpin berpengaruh PAS ini.

Husam kini telah menjadi liabiliti kepada PAN dan PH hasil kesilapan-kesilapannya yang merosakkan imej beliau dan parti yang beliau wakili.

Husam sekarang bukan lagi Husam yang dahulu, yang dilihat sebagai pemimpin harapan masa depan, profesional dan progresif tetapi sebagai politikus terdesak yang sudah semakin tumpul dan hilang sentuhan.

Semasa masih menjadi exco Kelantan, beliau dilihat sebagai bakal menteri besar di negeri, dan di peringkat pusat dalam PAS, disebut-sebut boleh melonjak lebih tinggi sehingga mampu mencapai timbalan presiden.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Husam bakal menempuh jalan yang lebih sukar dalam mencari kerusi untuk ditandingi, membina kekuatan dan jentera untuk berkempen dan memegang peranan sebagai pemimpin dalam PAN. – Mynewshub.cc/H

Sumber TKO - 6-3-2018



Husam kata Nik Abduh tak faham hukum fekah
Posted on Monday, March 05 @ 15:40:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38514


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa membidas sindiran anggota parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan menyifatkan pemimpin PAS itu tidak faham hukum fekah.


Ia susulan kenyataan Husam berhubung isu 'hukum haram' mengundi PAS seperti dilaporkan Malaysiakini, semalam.

ADUN Salor itu berkata, sesuatu hukum dalam Islam boleh berubah mengikut keadaan dan perkara itu pernah ditegaskan bekas mursyidul am PAS, Allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nampaknya Nik Abduh tak berapa faham masalah fekah, tahun 1974 apabila PAS bergabung dengan Umno, tok guru Nik Abdul Aziz ketika itu ketua dewan ulama PAS.
"Beliau panggil mesyuarat dan dewan ulama PAS pusat menfatwakan dan beri pandangan dari segi hukum syarak, bukan hukum tauhid. "Keputusan PAS menyertai BN hukumya harus ketika itu, kemudian PAS ditendang daripada BN dan orang tanya apa hukum jika PAS menyertai BN selepas ditentang. Tok Guru kata hukumnya haram," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh dalam satu tulisan di Facebook tanpa merujuk sebarang nama secara khusus tetapi jelas menyindir kenyataan Husam yang dibuat ketika berceramah di Kuala Krai, 3 Mac lalu.

"Bila dia keluar PAS, dia kata berdosa pangkah PAS. Dia ingat pahala ini ikuti dia ke mana saja dia pergi. Kesianlah juga kepada orang lain," kata Nik Mohamad Abduh.

Harus dan kemudiannya haram
Mengulas lanjut, Husam berkata, Nik Abdul Aziz pernah ditanya mengapa dulu PAS menyertai Umno hukumnya harus dan kemudiannya haram.

"Tok Guru jawab hukum itu boleh berubah dengan berubahnya keadaan. Hukum bukan berjalan sekali dengan parti, hukum berjalan mengikut keadaan waktu itu.

"Walaupun PAS dan BN masih sama tetapi keadaannya berbeza, masa itu PAS ada pengalaman sertai BN hukumnya harus, kemudian ada pengalaman ditendang dan (kalau) nak masuk sekali lagi hukumnya haram," katanya.
Menurut beliau, masalah dalam isu itu sepatutnya mengikut hukum syarak dan yang berlaku kepada PAS iaitu kekeliruan kerana mengambil pendekatan akidah.

  "PAS dikatakan satu-satunya parti Islam yang sah, sesiapa yang keluar daripada PAS seperti keluar daripada Islam. Maka menolak PAS, mengundi selain daripada PAS menjadi kafir, munafik dan murtad.
"Itu pendekatan akidah, yang saya bincangkan ini pendekatan syarak iaitu hukum fekah, bukan pendekatan akidah," kata Husam.

Syarak tak terikat dengan parti
Tambah bekas naib presiden PAS itu, pendekatan syarak tidak terikat dengan parti, tidak terikat dengan siapa duduk di mana.

"Tetapi pada hari ini, dengan isu negara yang kita hadapi dan penyelewengan yang memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan rakyat Malaysia dan kedaulatan negara, maka sebarang kerjasama dengan BN secara langsung atau tidak langsung adalah haram.

"Oleh kerana AMANAH dan Pakatan Harapan (HARAPAN) berada dalam fasa besar-besaran untuk membersihkan negara kita melakukan reformasi, maka mengundi AMANAH dan HARAPAN adalah berpahala. Untuk masa depan, mungkin hukumnya berbeza pula," katanya.
Bagaimanapun kata Husam, masalah penentuan hukum fekah ini tertakluk kepada perbincangan dan perbahasan.

  "Tidak semestinya pandangan saya ini mutlak dan tidak semestinya pandangan PAS lebih betul.

"PAS masuk kampung keluar kampung beritahu kepada rakyat kalau mengundi selain daripada PAS membawa kepada murtad, kafir dan berdosa. Saya nak pecahkan minda (pegangan) itu, supaya orang PAS berfikir semula.

"Jadi kalau Nik Abduh sedia berbahas dan berdialog saya tiada masalah dan perkara ini patut diketengahkan kepada masyarakat sekarang," katanya.

Sumber TKO 5-3-2018


Husam Kata Haram undi PAS, pahala undi HARAPAN
Posted on Sunday, March 04 @ 15:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38500


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa hari ini mengeluarkan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


"Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan.
"Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah," katanya ketika berceramah di Kuala Krai, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengenai menerimaan wang oleh pimpinan PAS daripada Umno.

Selain itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan itu turut menyentuh isu rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.
Husam turut mendakwa kapal bernilai RM1 bilion itu dibeli menggunakan wang melalui hutang 1MDB yang kini menjadi beban rakyat Malaysia.

  "Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS.

"PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam.

 Ambo pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.

"Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi HARAPAN. Ambo nak duduk situ.

"Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum," katanya yang turut menuntut perdana menteri meletakkan jawatan.

Tambah beliau, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno boleh dirujuk melalui rakaman ucapan Nik Abduh.

"Adik kakak boleh dengar sendiri, suara siapa rakaman itu?

"Kalau ambo, suara itu suara Nik Abduh. Dalam rakaman ini dia kata ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terima duit daripada Umno, dia terima duit daripada Umno, memang bekerjasama dengan Umno," ujarnya.

SumberTKO - 4-3-2018



Kenapa Husam Panik?
Posted on Saturday, March 03 @ 23:35:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38492


Hampa nampak!!..

'
Mula2 dia cabar sruh nafi..bila dah nafi,sruh saman plakk...memang sah 'sewel' ataupun trlbih orberdos 'pill horses' manusia nii...



Kredit
Lebai Anuar Hairela

Sumber TKO - 3-3-2018


Ni Dah Saman Ke Belum?
Posted on Saturday, March 03 @ 22:13:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38487


Jangan sembang nak mencabar orang lain saman, kamu sendiri pun tak ader pun nak saman..  Kes saman baru ni pun terketar-ketar masa jawab soalan peguam..


Kredit
Wan

Sumber TKO - 3-3-2018



PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS kata Ahmad Awang
Posted on Friday, March 02 @ 16:18:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38469


KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) yang mewarisi kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan parti Islam PAS!


Penasihat PAN, Ustaz Ahmad Awang berkata, malah PAN yang memperjuangkan Islam yang sesuai dan benar di negara ini.

Menurutnya, PAN juga meneruskan tahaluf siyasi dengan sesiapa sahaja demi menumbangkan kerajaan termasuk DAP.

“Kami (PAN) sebenarnya hari ini meneruskan pendekatan, cara dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

“Walaupun mereka (PAS) marah kami guna nama Tok Guru Nik Aziz, itu tak jadi soal kerana orang (rakyat) tahu dan faham,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

PAN ditubuhkan oleh kumpulan pro- Pakatan Rakyat yang tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pada tahun 2015.

Mereka gagal mempertahankan jawatan dan menubuhkan PAN dengan sokongan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR)

PAN kononnya parti Islam baru bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat terbubar.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS kerana enggan berkompromi dalam isu-isu akidah Islam.

Rentetan itu, PAS turut mengumumkan pembatalan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR kerana mengancam kepentingan Islam.

Ahmad dalam pada itu membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyatakan haram umat Islam mengundi DAP.

‘Abdul Hadi dulu masa tahaluf siyasi kata wajib undi DAP, sekarang terbalik haram undi DAP.

“Adakah itu bermaksud amanah (Abdul Hadi) boleh dijual beli?,” katanya. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 2-3-2018


AMANAH (Pan) masih belum dapat kerusi di KL
Posted on Wednesday, February 28 @ 14:50:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38438


Selepas dua bulan rundingan, Parti Amanah Negara (AMANAH) masih belum berjaya mendapat kerusi di Wilayah Persekutuah.


Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad memberitahu, setakat ini pihaknya masih lagi melakukan rundingan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen.

"Masih berunding (antara parti komponen Pakatan Harapan). Ini soal pertukaran kerusi sahaja.

“Bukan nak putuskan kerusi siapa, jadi tak ada tarikh akhir," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan AMANAH akan berunding bagi memastikan mereka bertanding satu kerusi di Kuala Lumpur pada pilihan raya umum ke-14.

Bagi memastikan kelangsungan parti serpihan PAS itu di ibu kota, mereka malah menawarkan menukar kerusi sedia ada di negeri lain untuk mendapatkan peluang bertanding di Wilayah.

Selain itu, ditanya mengenai desas-desus Khalid tidak akan mempertahankan Parlimen Shah Alam dan kerusi itu akan diberi pada parti lain, beliau menafikannya.

"Insya-Allah (kekal bertanding di Shah Alam). Kerusi Shah Alam ini masih milik AMANAH," katanya.

Ditanya lagi mengenai dakwaan sama ada AMANAH berhasrat untuk bertanding di Parlimen Putrajaya, Khalid berkata perkara itu juga belum lagi mendapat kata putus.

"Kita ada sebut berminat (dengan kerusi Parlimen Putrajaya), jadi tunggulah macam mana.

"Tak tau nak kata, benda ini tak putus lagi jadi tak perlu nak cakap lagilah, tak pasti lagi," ujarnya lagi.

Difahamkan HARAPAN memperuntukkan kerusi Putrajaya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber TKO - 28-2-2018


Secara Tak Sengaja Husam Kata HARAPAN dan AMANAH (PAN) akan kalah di Kelantan
Posted on Saturday, February 24 @ 15:01:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38383



Keyakinan PAS untuk menang di 120 kerusi parlimen dilihat tergugat apabila pimpinan tertinggi parti itu mahu bertanding di kerusi selamat, kata Husam Musa.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan itu berkata, ia susulan hasrat Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan akan bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Bila Tun Ibrahim nak bertanding di Kelantan, adakah dia tidak yakin boleh menang di Pahang? Bermakna di Pahang tak boleh menang," Katanya ketika berceramah di Majlis Pelancaran Jentera HARAPAN Pengkalan Chepa, Kota Bharu, malam tadi.

Sementara itu, Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, kehadiran Tuan Ibrahim untuk bertanding di Kelantan disifatkan sebagai 'mencari tempat selamat'.

"Dia terpaksa cari tempat air tohor (selamat). Di Pahang (PAS) tak yakin boleh menang, terpaksa hantar orang bertanding di kelantan.

Bila Husam sebut bahawa Kelantan adalah tempat selamat bagi PAS ini bermakna tidak selamat bagi HARAPAN (termasuk PAN) dan UMNO.

Rupanya Husam sendiri sedar kekuatan PAS Kelantan, tapi nak tunjuk ego tak nak mengaku akhir kerana ghairah nak kutuk PAS tersalah cakap PAS Selamat di Kelantan.

XOXO - Manusia kalau banyak sangat cakap akhir tersasul dan boleh mendedahkan diri sendiri..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 24-2-2018


Dr Mahathir di bawah PH tak boleh lakukan sesuka hati, kata Amanah
Posted on Thursday, February 22 @ 14:23:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38355



KUALA LUMPUR: Amanah hari ini memberi jaminan kepada pengkritik bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu memadamkan obor pembaharuan walaupun jika beliau mahu, kerana pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH) akan memerhatikannya.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata Dr Mahathir bukan lagi orang yang sama yang pernah memegang kuasa sebagai perdana menteri, oleh itu tidak perlu takut jika beliau memimpin negara sekali lagi.

“Kenapa seseorang perlu melepaskan kemarahan terhadap seorang lelaki, apabila orang-orang seperti Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, yang semuanya pernah dipenjarakan secara tidak adil oleh kerajaan sebelum ini, sebulat suara bersetuju mengetepikan penderitaan peribadi mereka demi negara dan keselamatannya?” soal ahli Parlimen Shah Alam itu dalam kiriman blog.

“Lagipun, sistem korupsi sejak tahun 1980-an berlaku ketika Dr Mahathir menerajui negara. Sekiranya Dr Mahathir mahu menjadikan Malaysia bebas korupsi, tidakkah dia diberi peluang, mungkin yang terakhir?”

Khalid memberikan beberapa sebab mengapa Dr Mahathir tidak dapat melakukan sewenang-wenang jika dia menjadi perdana menteri.

Menurutnya, pakatan pembangkang tidak naif seperti dahulu, dan pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH bukanlah suatu kurniaan tanpa tanggungjawab.

“Untuk membentuk kerajaan baharu, Dr Mahathir kini mempelajari ikatan politik baharu. Boleh tahan untuk seorang lelaki berusia 92 tahun.”

Beliau berkata pada mesyuarat dan sesi PH, semua orang diberi peluang bercakap dan Dr Mahathir mendengar dengan teliti, dengan proses membuat keputusan yang dibuat dengan persetujuan bersama.

“Apa-apa pun, PH penuh semangat dalam memberi dan mengambil, salah satunya bertujuan melambangkan rakyat Malaysia yang sebenar atau bersederhana dalam bekerja.”

Beliau berkata walaupun parti Dr Mahathir, PPBM, mungkin mempunyai peluang untuk bersaing dalam 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR berada rapat di belakang dengan 51, manakala DAP dan Amanah masing-masing mempunyai 35 dan 27 kerusi.

“Dr Mahathir tidak boleh ‘bermain’ atau mempergunakan pakatan untuk kepentingannya sahaja.

“Untuk berkuasa, dia memerlukan persetujuan rakan kongsi yang lain, yang mana perwakilannya hampir sama antara satu sama lain. Untuk melaksanakan dasar dan membuat keputusan, apabila berkuasa, dia memerlukan persetujuan orang lain.

“Ini bukan Barisan Nasional (BN) tetapi PH, satu baka personaliti yang sangat berbeza.”

Khalid berkata satu lagi sebab mengapa Dr Mahathir tidak bebas berbuat sesuka hati adalah kehadiran 56 ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah.

“Dia tidak lagi dapat melakukan apa yang dia suka. Beliau tidak boleh mencuba sebarang usaha persekutuan tanpa persetujuan kedua-dua negeri ini, terutama apabila sentimen tempatan berpegang teguh pada imaginasi dan kepercayaan diri sebagai pribumi di Borneo.”

Beliau menambah pengampunan dan semangat bertolak ansur adalah penting kepada sistem politik pelbagai etnik, kerana apa sahaja yang kurang akan menghancurkan keseluruhan struktur.


“Dalam amalan ini Amanah dan selanjutnya PH, menganggap penting untuk mempunyai kepimpinan Dr Mahathir.

Sumber TKO - 22-2-2018


Hari Ini Kata PAS Terengganu Tak Tahu Urus Rakyat Pasal tu Kalah... Dulu kata Pe
Posted on Tuesday, February 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38322



Baru-baru ini Husam Musa dalam ceramahnya mencerca Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagaimana nak tadbir Kerajaan Malaysia, urus Terengganu pun tak sampai sepenggal. Katanya Hadi tak tahu urus rakyat Terengganu pasal itu rakyat tolak mereka dan tak mustahil rakyat Kelantan juga tolak PAS dan sokong AMANAH.


Husam sekarang mudah lupa. 18 Julai 2011 dialah yang mengecam SPR kerana manipulasi pengundi Terengganu sehingga Terengganu dapat dikuasai oleh UMNO semula. Sebagai contoh Dr. Syed Azman semasa PRU 1999 mendapat majoriti 14,448 undi tapi bila PRU 2004 kalah 1,933 undi.

Semasa itu Husam Musa mengecam Pengerusi SPR ketika itu kerana menjadi "mastermind" telah membuat konspirasi jahat dengan kerajaan Tun Mahathir Mohamad. Pengerusi SPR ketika itu kalau bukannya Naib Presiden PPBM Tan Sri Rashid Abd Rahman.


Husam Musa, Naib Presiden AMANAH (PAN) yang juga Bendahari HARAPAN kini "cium dan jilat" tangan Naib Presiden BERSATU Tan Sri Rashid Abd Rahman kononnya dia seorang yang hebat. SPR sekarang menipu dulu TIDAK.

Jangan buat xoxo tergelak udahlah...

XOXO - Husam jika nak berbohong berpada-pada jangan sampai orang akan lihat tiada kebaikan pada dirinya. Hilang hormat. Kenapa dulu begitu tertib dan beradab semasa bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz, tapi kini makin sasau dan kurang ajar. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 20-2-2018

Apakah bila jadi ahli parti AMANAH (PAN) kena jadi kaki fitnah?
Posted on Tuesday, February 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38321



Baru-baru ini tersebar fitnah kononnya Ustaz Khalil Abdul Hadi tidak menghormati Ustaz Azhar Idrus ketika pertemuan Presiden PAS dengan Ustaz Abd Somad (pendakwah terkenal dari Riau, Indonesia).

Mereka kata Khalil tak hormati Ustaz Azhar sehingga Ustaz Azhar pendakwah terkenal hanya duduk dibawah lantai sedangkan mereka anak beranak duduk atas kerusi.

Gambar asal di 'crop' untuk menjayakan agenda jahat mereka ini.


 xoxo nak komen sikit

1. Ini rumah Ustaz Azhar. Dia bagi tetamu duduk atas kerusi dan dia duduk di bawah. Itu biasalah wahai puak-puak PAN.

2. Bukan Ustaz Azhar sahaja duduk di bawah. Yang pergi 'crop' gambar tu buat apa. Nak cari pahala ke?

xoxo setuju ada yang kata bila jadi ahli parti AMANAH mesti bodoh, dan mesti jadi KHADAM untuk buat kerja jahat.

XOXO - Fitnah bukan cara untuk memenangi sesautu pilihanraya. Kerana itu Islam tak ajar menipu dengan membuat fitnah walaupun kepada musuh. Kenapa apabila berpisah dengan PAS seolah-olah Islam dalam diri sudah tidak ada?

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 20-2-2018


Sumpah Jadi Abu, Cerita Lawak Husam Terkini
Posted on Tuesday, February 20 @ 07:15:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38320



Ramai berpendapat makin hari Husam Musa makin melalut dan banyak kenyataannya sangat lawak dan cerita-cerita sudah menjadi penghibur untuk rakyat Kelantan yang mana rakyat Kelantan suka menghabiskan masa malamnya mendengar ceramah sebagai satu budaya sosial mereka seperti masyarakat bandar yang 'lalai' dengan pusat hiburan.

xoxo bawa satu kenyataan lawak baru untuk pembaca. Baca dan berfikir dengan akal waras.

HUSAM DAKWA ADA BUKTI RAKAMAN PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO

Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.

Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.



“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya"

“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik

Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.

Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.

“Pas sudah ambil duit Umno"


“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.

Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.

“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno"


“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan"


“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.


Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.


“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar"


“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN)"


“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katanya.


XOXO - Manusia dilarang sema sekali mempermainkan nama Allah untuk menegakkan sesuatu, melainkan bersungguh-sunguh untukNya. Sumpah baiah ada kesan sangat buruk jika kita melanggarinya. Husam Musa ambil resiko ini kerana 'dendam' dalam perjuangan. Apa kesudahannya hanya Allah yang tahu. Kita manusia hanya melihat apa yang Allah tunjukkan sebagai pengajaran untuk orang lain, sumpah baiah bukan mainan politik semata-mata tapi kesungguhan dalam berjihad menegakkan agama Allah. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 20-2-2018


Parti AMANAH bela Namewee
Posted on Monday, February 19 @ 22:07:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38318


Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin mempersoalkan siasatan polis terhadap video terbaru penyanyi rap kontroversi Namewee yang berjudul 'Like a dog' itu.


"Bila IGP sendiri kata polis dan SKMM sedang siasat Namewee, saya terasa macam ada benda pelik.

"Jenayah apa pulak si Namewee ni telah lakukan?" Soal Anggota Parlimen Sepang itu.

Hanipa menyoal jika salakan anjing Malaysia dalam video itu yang mengundang kertas siasatan dibuka kepada Namewee.

"Adakah beliau salah sebab dalam video itu, anjing Malaysia dikatakan menyalak berbunyi 'mari mari wang wang'.
Beliau berkata anak muda sepatutnya dibenarkan berkreatif.

"Janganlah ganggu dan sekat bakat mereka. Jika ada silap cukuplah nasihati mereka.

"Respect sikit lah their freedom of expression. Depa bukan lanun wang rakyat pun," kata beliau dalam suatu hantaran di Facebook..

Hanipa berkata beliau tidak melihat video itu sebagai menghina Islam.

"Anyway, saya tak nampak beliau hina Islam pun dalam video tu. Bagi saya, lebih hina guna wang dari badan yang terbabit dengan skandal lepas tu taja orang pergi haji.

"Islam suruh tegakkan keadilan hatta pada perkara yang paling susah- kepada orang yang kita tak suka," katanya lagi.
Semalam, media tempatan melaporkan pihak polis sedang menyiasat penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee berkaitan video klip bertemakan Tahun Baru Cina dengan judul 'Like A Dog'.

The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun (gambar) berkata kertas siasatan telah dibuka terhadap Namewee dan pihak polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas salah guna kemudahan atas talian," Fuzi dipetik sebagai berkata demikian pagi ini selepas melancarkan konvoi motosikal bagi kempen kesedaran Tabung Amanah Warisan Polis.

Video itu menampilkan Namewee bernyanyi bahawa setiap anjing dari negara yang berbeza menyalak dengan cara yang berlainan.
Lirik itu menceritakan anjing Amerika menyalak dengan bunyi 'woof woof' dan salakan anjing Indonesia berbunyi 'bow bow'.

Manakala lirik itu menyebut anjing Malaysia menyalak 'mari mari wang wang'.
Namewee ditemani penari latar bertopengkan anjing yang menari yang berbaur lucah dan menaburkan wang mengikut rentak muzik.

Dalam suatu hantaran video di YouTube, Namewee menafikan menghina Islam dan berkata video muzik itu hanya untuk tujuan berhibur serta tiada sebarang niat untuk tidak menghormati sebarang agama atau kaum.

Namee juga berkata video muzik itu dirakam di kaki lima jalan utama di Putrajaya dan bukan di dalam kawasan mana-mana masjid sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Sumber TKO - 19-2-2018


Tidak Tahan Dengan Asakan Pembongkaran Korupsi Mereka Alih Isu Dengan Serangan Fitnah
Posted on Monday, February 19 @ 19:25:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38316



1. Sehari dua ini tersebar dengan luas di media sosial berita fitnah ke atas saya dan keluarga konon isteri saya ditahan SPRM kerana menyogok atau membeli ahli parti bunga raya. Sangat menjengkelkan fitnah ini disebar secara terancang malah ada yang sanggup membeli iklan di media sosial untuk menyebar luaskan posting fitnah mereka.

2. Fitnah ini disebar oleh mereka yang sangat dikenali sebagai pendokong malah ada kalangan bergelar kepimpinan Pakatan Harapan. Setelah meneliti dan mencari punca fitnah ini ia dimulakan oleh mereka yang sangat rapat dengan pimpinan PH dan merupakan kelompok yang menjadi cybertrooper berbayar oleh PH. Tidak pelik kerana dikalangan mereka ini buangan umno yang tidak mendapat bayaran lagi menjadi cybertrooper Umno dikutip dan mendapat upah di Pakatan Harapan.
3. Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah saya atau isteri atau mana – mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih lagi membeli ahli parti bunga raya. Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan PH namun semuanya bisu. Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ PH iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang ?

4. Kepada Azizah saya ingin bertanya kamu tahu isu fitnah tersebar ini kamu diam dan hanya nikmati, adakah fitnah hanya perlu bersuara atau dijawab jika kamu, suami atau keluarga kamu terlibat sahaja ? Kepada Mohd Sabu dan rakan – rakan Amanah, kamu melawan hadi kononya atas prinsip kebenaran tetapi apabila kamu nak tunjuk kesetiaan membela kawan yang korup kamu turunkan pasukan fitnah siber untuk menyerang dan mengalih isu.

5. Antara pemula fitnah ialah Mohamad Yahaya dimana dia juga pimpinan AMANAH peringkat pertengahan dan dia juga pernah ditugaskan membuat laporan polis membela Mohd Sabu pada 11 Sept 2017 kerana Mohd Sabu dituduh ada kaitan ISIS dan DAESH. Antarayang terlibat ialah pasukan bekas cybertrooper Umno yang kini diupah PKR. Selain itu ada beberapa page fb dan no telefon digunakan untuk menyebarkan fitnah.

a. Facebook atas nama
i. Kamarul Anuar Mohameddi
ii. Lina atau namanya Shalina Shamsuddin (0199993825)
iii. Mohamad Yahaya boleh dikesan dengan laporan polis

PANDANINDAH/016065/17
iv. Abu bakar alMuari
v. Azizan Abdul Shukor (group FB Pakatan Harapan)
vi. Kelab Che Det
vii. Srikandi Malaya
viii. Najib Hassan
ix. Mohd Ajit Hussin
x. Mahathir The Legend
xi. Aimi Jarr
xii. Mazrul Hisham
xiii. Lina Ina
xiv. Nor Badariah
xv. Muhamad Nur Ismail

b. No whats app
i. Ariffin iskandar – 012 3303529 (whats app group PH Pakatan Harapan)
ii. 012610 5045(Diskusi Rakyat)
iii. 013331 4707
iv. 019 576 7779 (Lid Ahmad)
v. Norezam Mazalan (whats app group HARAPAN & Group ANAK JOHOR)
vi. Norezam Mazalan (whats app Group HARAPAN P145 – BAKRI) 011 2763 4277
vii. Iman Ali 013 292 0001 (sembang Politik)
viii. Ramadhan 016 754 4010
ix. 012 601 5787 (whats app group HAK RAKYAT)
x. 016 772 1340 (MBB POLITICS OF HOPE)
xi. 016 332 5266 (MBB politics of hope)
xii. 017 474 9093 (KELAB PENYOKONG AMANAH)
xiii. Ruby 010 235 5871 (AMANAH)

Dan semuanya hampir 100 penama yang maklumat butiran nama juga ada antaranya no kad pengenalan saya hantar dalam laporan saya, ia hanya sebahagian dari lebih 500 yang terkumpul. Malah ada juga yang berstatus pimpinan pusat parti PH.

Tidak ada alasan untuk PDRM mahupun SKMM untuk tidak bertindak. Pemimpin tertinggi PH wajib respon, ini merupakan taktik rasmi PH dan patutlah takut sangat kea rah kewujudan undang – undang mengekang fitnah.

Saya juga menuntut SPRM sendiri yang terkait dengan fitnah ini untuk membuat penjelasan. Jika mereka lakukan ini untuk menghentikan saya , ternyata mereka kecewa. Saya berjanji sama sekali tidak akan berhenti membongkar penyelewengan rasuah korupsi tanpa mengira siapa pelakunya.


BADRUL HISHAM SHAHARIN



Sumber TKO - 19-2-2018


PAS masih digeruni di Parit Buntar
Posted on Monday, February 19 @ 12:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38311



PARIT BUNTAR: Datuk Mujahid Yusof Rawa mengakui parti lama beliau masih digeruni di Parit Buntar, kerusi yang dimenanginya di bawah tiket PAS dalam 2 pilihan raya umum sebelum ini.

Kerusi Parlimen dengan lebih 50,000 pengundi ini merupakan kubu kuat pembangkang sejak awal lagi.

Pada 2013, Mujahid menewaskan calon Umno Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin dengan majoriti 8,476 undi. Ia merupakan kali kedua Mujahid menang dengan majoriti selesa.

Kini, Mujahid merupakan sebahagian daripada Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas muktamar 2015.

Mujahid bagaimanapun mengakui pengaruh parti lamanya masih kuat.
Hampir 2/3 daripada pengundi di sini ialah Melayu, selebihnya komuniti Cina, dengan peratusan kecil bangsa India.

PAS sudah bertapak di sini sejak awal penubuhannya, dan memenangi kerusi persekutuannya yang pertama di kawasan ini pada pilihan raya umum 1955.

Tetapi Mujahid yakin Amanah yang berusia 2 tahun itu masih mempunyai peluang, walaupun di sebalik sentimen berzaman yang menyebelahi PAS.

Bercakap kepada FMT, wakil rakyat 2 penggal itu berkata pengundi Melayu di sini mempunyai kepelbagaian.

Perkembangan akhir-akhir ini hanya menambahkan kepelbagaian di kalangan pengundi Melayu itu, katanya.

Ini bermakna, PAS perlu berhati-hati memilih calonnya di Parit Buntar, kerana ia bakal menentukan corak pengundian di kalangan orang Melayu.

“Calon itu haruslah seseorang yang kuat dan berpengaruh,” kata anak kepada bekas diplomat dan mursyidul am PAS, Yusof Rawa, yang dihormati kawan dan lawan.

Sentimen Cina di kawasan ini sangat kuat menolak kerajaan sekarang, katanya.

“Mereka merungut tentang kos sara hidup yang tinggi, GST dan isu-isu harian. Sentimennya ialah mereka sangat ingin menukar kerajaan sekarang.

“Kebanyakan orang Cina yang kamu temui di sini akan beritahu kamu, kebimbangan mereka tentang isu yang melanda negara.”

Lain halnya dengan masyarakat Melayu, kata Mujahid, yang menurutnya memendam sentimen politik mereka membuatkannya lebih sukar menilai perasaan mereka.

“Ini tidak bermakna mereka menyokong kerajaan. Ini cuma bererti mereka mungkin menyimpan kemarahan mereka dan akan mendedahkannya pada hari pengundian,” katanya yakin.

Mujahid berkata di sinilah peranan PPBM, sebagai sebuah parti berteraskan Melayu, menjadi penting.

“Secara bersendirian, bukan mudah untuk mendapatkan sokongan orang Melayu selepas PAS meninggalkan gabungan pembangkang (Pakatan Rakyat),” katanya merujuk gabungan longgar 3 parti yang menyertai pilihan raya 2013 dulu.

Mujahid mengakui ada di kalangan Melayu yang tidak berasa selesa dengan perjuangan PH yang lebih menampilkan kepelbagaian budaya.


“Dengan personaliti besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan PPBM boleh menembusi ke kawasan-kawasan Melayu untuk meraih undi.”

Sumber TKO - 19-2-2018


Hebat Mohamad Sabu
Posted on Sunday, February 18 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38297




Memang Mohammad Sabu seorang tokoh politik yang hebat. Hebat sungguh. Sungguh hebat.

Mengapa tidak? Bayangkan ketiga tiga tokoh daripada parti Islam Semlaysia (PAS) yang selama ini sangat dikagumi dan disanjungi itu dipertikaikan.

Dengan kata lain Mohammad Sabu ketika berceramah di Kelantan baru baru ini mempertikaikan ketokohan bekas presiden Pas ustaz Fadzil Mohd Nor.


Bukan setakat itu sahaja beliau mempertikaikan ketokohan bekas mursyidul Am PasTok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini beliau cuba memburuk buruk nama baik Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di khlayak ramai menerusi siri ceramahnya.

Hari ini beliau berkata "Sekarang saya menjadi Presiden Parti AMANAH. Saya tidaklah sehebat Ustaz Fadzil Mohd Noor, tidak langsung sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga tidak sehebat Tok Guru Haji Hadi. Saya hanyalah pemimpin kecil, memimpin sebuah parti.

Kata beliau lagi,Sebarang keputusan kami ambil secara perundingan, secara perbincangan. Kerana dalam AMANAH tak ada pemimpin yang boleh dictate, yang boleh mengatakan "ini", "buat ini", "jangan buat itu". Kerana kita cuba selesaikan dalam bentuk musyawarah dan keputusan terbaik kita ambil. Sebab itulah saya tidaklah menjadi ketua setahap pemimpin-pemimpin yang saya sebut tadi."

Bermakna belaiu buat keputusan secara rundingan dan ketiga tiga tokoh dua orang bekas pemimpin pas buat keputusan secara peribadi yang dinyatakan buat ini dan jangan buat itu.

Sesungguhnya dari segi agama Islam keputusan yang yang terbaik dibuat secara rundingan (syura) dan amat buruk jika setiap keputusan dibuat mengikut hawa nafsu (peribadi).

Yang pelik lagi aneh Tun Drm Mahathir Mohammad yang di tuduh diktatur dan maha firaun serta zalim dikagum dan sanjungi semula.

Pada hal Tun Dr Mahathir yang dikatakan sudah berubah oleh Anwar Ibrahim masih itu tak nampak tanda tanda yang dia sudah berubah.

Ini menunjukkan dia (Tun DR Mahathir) dikatakan oleh Dr Badrul Amin sudah bertaubat, akan tetapi kelihatan masih belum bertaubat lagi.

Kalau Tun Dr Mahathir sudah bertaubat mana mungkin masih mempersenda sendakan Islam dengan isu jika babi disembelih sebut nama Allah.

Kesimpulannya, bahawa Tun Dr Mahathir yang bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang jelas dan nyatakan menentang syariat Allah itu lebih baik berbanding Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sumber TKO - 18-2-2018 


Penulis Picisan PAN Ketandusan Modal Politik
Posted on Sunday, February 18 @ 10:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38292



Nampaknya penulis picisan pan yang seorang ini mempunyai sikap yang sama dengan penghulu jin kuasa 10; gagal mengambil ibrah daripada stroke yang Allah s.w.t berikan kepada mereka sebelum ini. Penulis ini masih belum dapat move-on daripada menghimpit PAS demi mencari sedikit ruang dalam dunia penganalisis politik, meskipun seringkalinya analisis dan tulisannya hanya layak dibakul sampahkan dan tiada sebarang nilai tambah kepada mana-mana pihak. Mencari makan dengan cara jijik, akan bersihkah darah daging yang terhasil nantinya?

Terbaru, penulis picisan bernama MSO ini muncul dengan tulisan berita berkenaan seorang bekas wakil rakyat PAS Kelantan dikatakan menganiaya anak isteri walhal, kesnya baru nak dibawa masuk ke mahkamah syariah pada minggu hadapan. Lebih lajak dari laju si tua ini menjatuhkan hukum.

Wahai MSO dan sekalian pejuang LGBT dan atheist dalam PH khususnya PAN, itu urusan rumah tangga orang,  tak perlu kalian nak ambil tahu. Jika hal rumahtangga orang yang kalian begitu kisahkan,  bagaimana pula dengan orang yang meliwat tapi  masih mahu kalian angkat sebagai pemimpin?

Dan jika beliau difitnah, di mana pula pertimbangan akal kalian untuk mengangkat orang yang telah memfitnah seseorang yang baik melakukan zina dan meliwat sebagai pemimpin? Kalian sewajarnya tahu bahawa  orang yang menuduh perbuatan liwat mahupun zina terhadap orang yang baik, maka penyaksian mereka tidak akan diterima selama²nya. Bukan kami yang kata, tapi Allah swt yang bagitahu begitu. Adakah hal ini tidak penting bagi kalian? Apa yang Allah swt dah gariskan, kalian kesampingkan begitu sahaja kah?

Kenapa kalian begitu sibuk nak masuk campur hal rumah tangga orang? Itu hal rumahtangga orang lain,  tak perlu nak lebih sudu dari kuah, biarkan mereka selesaikan sendiri.

Hanya kerana dia seorang bekas ADUN PAS maka kalian nak gunakan sebagai modal politik ke?

Utk MSO dan sekalian pejuang LGBT, atheist dan penyokong pesta arak, drpd kalian dok sibukkan hal rumahtangga BEKAS WAKIL RAKYAT PAS....lebih baik MSO dan sekalian pandap jaga hal rumahtangga WAKIL RAKYAT PAN tu.....kang ada pulak anak yang kena tangkap jual heroin pulak kang......sblm ni pil kuda saja. Itupun satu tanggungjawab seorang bapa juga tu. Bukan nafkah sahaja tanggungjawab seorang bapa ni.

Teringat pula satu kes kecurian di sebuah masjid di Kg Laut yang dikatakan melibatkan seorang anak pimpinan PAN Kelantan juga tu, adakah sebab si bapa gagal tunaikan nafkah pada si anak juga hingga si anak terpaksa mencuri?

Muhasabah sebelum rebah.

Tinta Marhaen
Kredit : Drs Amin
17 Feb 2018


Sumber TKO - 18-2-2018

Mohamad Sabu menuduh Tok Guru Nik Abdul Aziz pemimpin diktator???
Posted on Saturday, February 17 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38287


Apakah Mohamad Sabu menuduh ATGNA , AUFN dan TGHA sebagai pemimpin diktator???

Inilah yang diucapkan oleh Mohamad Sabu di dalam ucapan beliau pada majlis Ceramah Pakatan Harapan Kelantan di Pengkalan Chepa malam tadi, 16 Februari 2018, bila mana beliau menyebut:

"Sekarang saya menjadi Presiden Parti AMANAH. Saya tidaklah sehebat Ustaz Fadzil Mohd Noor, tidak langsung sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga tidak sehebat Tok Guru Haji Hadi. Saya hanyalah pemimpin kecil, memimpin sebuah parti.

Sebarang keputusan kami ambil secara perundingan, secara perbincangan. Kerana dalam AMANAH tak ada pemimpin yang boleh dictate, yang boleh mengatakan "ini", "buat ini", "jangan tak buat itu". Kerana kita cuba selesaikan dalam bentuk musyawarah dan keputusan terbaik kita ambil. Sebab itulah saya tidaklah menjadi ketua setahap pemimpin-pemimpin yang saya sebut tadi."
TENKIU
#UP

FB
Hanisya Abdul Hamid

Sumber TKO - 17-2-2018


Ketua Pemuda PAN WP Akui Beberapa Orang Pemimpin Amanah Layak Dikutuk
Posted on Wednesday, February 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38227

Di dalam keghairahan beliau untuk mempertahankan AMANAH dan menyerang PAS di dalam isu panggilan PAS dengan gelaran PIGS oleh pemimpin AMANAH tertentu, Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, yang sebelum itu menyelar keras Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, kerana mewajarkan tindakan ini di atas alasan bahawa pemimpin PAS juga memanggil AMANAH dengan gelaran PAN, menulis pula begini:

“Ya, beberapa orang pemimpin AMANAH tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk).”


(“Yes, a few of AMANAH's leaders are undisciplined and fail to live up to its slogan of Rahmatan Lil 'Alameen (hence deserve to be condemned).)”



Bagaimanapun, kata beliau, “di atas perkiraan sama, PAS secara keseluruhannya busuk hingga ke umbi” (“by the same measure, PAS as a whole are rotten to the core”) kerana “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan AMANAH”.

Soal “PAS pula seluruhnya dari Presiden ke ahli bawah, semuanya mem-PAN-kan AMANAH” adalah satu soal lain yang boleh dihujahkan kewajarannya, bagaimanapun pujian perlu diberikan kepada Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan ini kerana berani mengakui:

(1) AMANAH memenangi “Perlumbaan siapa lebih bangang” kerana “membabi-babikan satu pihak hanya kerana mereka meng-kuali-kan kita”.

(2) Beberapa orang pemimpin AMANAH tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk).

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah pemimpin tertinggi AMANAH akan menyokong atau menegur Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan dalam isu ini.

Jika benar beberapa orang pemimpin AMANAH tidak berdisiplin dan gagal untuk memenuhi tuntutan slogan Rahmatan Lil 'Alameen (dan layak untuk dikutuk), maka sudah tentulah akan ada tindakan atau teguran ke atas “beberapa orang pemimpin AMANAH” ini.

Jika tiada sebarang tindakan atau teguran yang diambil ke atas “beberapa orang pemimpin AMANAH” ini maka ia boleh membawa makna bahawa suara Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan tidak laku di dalam AMANAH dan hanyalah suara di pinggiran.

FB
Dr. Kamarul Yusoff

Sumber TKO - 14-2-2018


Portal Pro-Amanah Padam Artikel Label PAS Digelar PIGS
Posted on Wednesday, February 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38224



AIDCNews -13/02/18 -Portal pro-Amanah, Malaysia Dateline hari ini memadamkan artikel bertajuk “Penyokong tidak perlu kecil hati Pas dipanggil PIGS” tanpa menyatakan sebarang sebab.

Namun carian di webcache artikel itu disiarkan jam 7 petang semalam dengan memetik kenyataan Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurut Zolkharnain gelaran itu memang wujud yang merujuk berkenaan gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang membentuk Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2016 .

“Jadi, orang Pas tak perlulah kecil hati sangat apabila disebut PIGS untuk merujuk kepada Pas – Ikatan – Gagasan Sejahtera. Lagipun gabungan PIGS memang wujud pun.

“Kalau kalimat itu bermaksud babi-babi sekali pun, binatang itu juga makhluk Tuhan. Ia cuma haram dimakan, tapi tak haram disebut dan dipegang,” katanya.



Sumber TKO - 14-2-2018


Tidak bayar royati Petroleum, Husam pertahan Tun Mahathir
Posted on Sunday, February 11 @ 01:52:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38184



BACHOK - Di sebalik kecaman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mendiskriminasikan Kelantan termasuk tidak membayar hasil royalti minyak, pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) kini menafikan bekas perdana menteri itu individu yang bertanggungjawab meminggirkan negeri ini.

Semasa berucap di ceramah di Pejabat Amanah Bachok disini , Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa menjelaskan Tun Mahathir bukan pemimpin yang menolak tuntutan royalti minyak Kelantan, kerana beliau  tidak lagi menjadi perdana menteri ketika pengeluaran minyak dilakukan pada 2004.

"Ada pemimpin Pas kata Tun Mahathir tidak mahu bayar, orang itu tidak semak, (Tun) Mahathir berhenti 2002, minyak kita keluar 2004, macam mana (Tun) Mahathir nak sekat, minyak pun tak keluar lagi, itu sudah fitnah, jelas mereka yang membuat dakwaan tidak membuat semakan," katanya.

Pemimpin Pas Kelantan sebelum ini antara yang lantang mendakwa Tun Mahathir mengamalkan diskriminasi termasuk tidak menyalurkan projek yang sepatutnya kepada rakyat Kelantan.

Bekas exco kerajaan Kelantan yang  bertanggungjawab menuntut royalti  itu turut mendakwa, Tun Mahathir juga bukan sahaja menolak hab petroleum di Pantai Senok di Bachok sebaliknya, mendakwa bekas pemimpin nombor satu negara itu telah bersetuju dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membangunkan projek itu.

"Saya nak betulkan, Tun Mahathir tidak pernah diskriminasi Kelantan, yang jadi  'raja' ketika itu,  Tan Sri Annuar Musa, bukan (Tun) Mahathir, buktinya (Tun) Mahathir pernah setuju dengan Tok Guru Nik Aziz nak bawa pusat petroleum di Senok... sehigga terbina satu kilang, ketika itu lantik KUB Malaysia Bhd (KUB) dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), bagaimanapun tahun 1997-1998 ekonomi kita jatuh dan (projek) tak jadi," katanya.

Husam berkata, melalui Harapan, pihaknya mahu memastikan idea menjadikan Bachok khususnya Pantai Senok sebagai hab petroleum diteruskan sekiranya mampu memerintah negara selepas PRU14 nanti.

Malah, katanya, secara peribadi, Husam telah bercakap dengan Tun Mahathir dan bekas perdana menteri itu berjanji royalti akan dikembalikan kepada Kelantan.
"Kita boleh semak balik, Bachok masih sesuai pusat pelaburan minyak dan gas sekaligus membawa kemajuan kepada orang kampung, lebih lebih lagi (Tun) Mahathir ada pengalaman, kita akan semak akaun Petronas dan betulkan yang mana salah bayar.

"Ketika ini siapa boleh perjuangan isu royalti, menteri besar (Datuk) Ahmad Yakob tak bersuara pun, wang ehsan yang dapat pun disalurkan kepada (agensi)  persekutuan, kalau Umno menang juga mereka tak bayar royalti," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan beliau bersikap adil kepada Kelantan dengan menyalurkan peruntukan dan pelbagai projek tidak sepertimana di bawah pemerintahan Tun Mahathir.


  Malah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu kenyataan mengakui pentadbiran Najib dikatakan lebih baik berbanding zaman Tun Mahathir.

Sumber TKO - 11-2-2018

Datuk Ibrahim Ali Dedahkan Cita-Cita Husam Musa Menjadi Menteri Besar
Posted on Saturday, February 10 @ 20:25:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38181



Menarik juga membaca pendedahan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, di dalam buku beliau bertajuk “Perjuangan Tanpa Noktah” mengenai pelbagai 

isu politik tanah air.


Salah satu perkara yang Datuk Ibrahim Ali dedahkan ialah mengenai kisah beliau dipelawa oleh Wan Rahim Wan Abdullah untuk bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas dalam PRU 2008.

Kata Datuk Ibrahim Ali, bagi tujuan itu, Wan Rahim meminta beliau berjumpa dengan Husam Musa yang bertanya Datuk Ibrahim Ali sama ada beliau mahu menyertai PAS atau tidak.

Kata Datuk Ibrahim Ali lagi, jawapan beliau kepada Husam Musa ialah, kalau menyertai PAS, beliau mahu bertanding di kerusi DUN Tendong, tetapi ini tidak dipersetujui oleh Husam Musa.





Dakwa Datuk Ibrahim Ali, beliau percaya Husam Musa tidak mahu beliau bertanding di atas tiket PAS di DUN Tendong kerana Husam Musa tahu beliau cukup rapat dengan Sultan Ismail Petra.

Tulis Datuk Ibrahim Ali: “Beliau (Husam Musa) tentunya bimbang jika saya (Datuk Ibrahim Ali) bertanding DUN, ia akan menyekat cita-citanya (Husam Musa) untuk menjadi Menteri Besar Kelantan”.

Kalaulah benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali ini, maka rupa-rupanya sejak dari PRU 2008 lagi Husam Musa sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Apa pun, ketiga-tiga penama dalam kisah ini, iaitu Datuk Ibrahim Ali, Husam Musa dan Wan Rahim, telah ditarik darjah kebesaran mereka yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Muhammad V.

Darjah Kebesaran DJMK Datuk Ibrahim Ali selamat ditarik balik pada 13 Oktober 2010 manakala Darjah Kebesaran DJMK Husam Musa dan Wan Rahim pula selamat ditarik balik pada 6 Februari 2018.

Facebook
Kamarul Yusoff

Sumber TKO - 10-2-2018



Pasal Psiko (belawok kata re Kelete) lebih daripada yang lain
Posted on Saturday, February 10 @ 20:15:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38180



Kata Haji Husam: “Saya dulu mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno, sekarang nampak PAS nak bertanding sendiri, jadi apakah yang saya katakan dulu salah? Insya Allah, kalau Parlimen dibubarkan, saya yakin akan ada rakaman pengakuan seorang pemimpin PAS dalam sebuah pertemuan sulit bahawa PAS secara senyap telah bekerjasama dengan Umno dan telah menerima wang daripada Umno, termasuk bagi Pilihan Raya Sarawak yang lepas.

PAS telah menerima wang daripada Umno, ini ada rakamannya yang saya kira akan tersiar apabila tiba masanya.”



Ugutan Haji Husam ini mengingatkan saya kepada perkara sama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berlaku bila Tun Dr Mahathir mengumumkan, pada 21 September 1990, bahawa beliau memiliki satu pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh, di dalam satu perjumpaan para pemimpin S46 di kediaman Tengku Razaleigh di Kuala Lumpur, yang menyebut rancangan Tengku Razaleigh untuk 'membunuh' PAS, di samping menghidupkan kembali Umno asal, setelah pakatan pembangkang memenangi PRU8.

Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai ke sudah pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh ini gagal untuk didedahkan oleh Tun Dr Mahathir walaupun setelah beliau dicabar untuk berbuat demikian oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Presiden PAS waktu itu, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, dan oleh Tengku Razaleigh sendiri.

Kredit
Bur Lock Lee

Sumber TKO - 10-2-2018

Husam, Wan Rahim ditarik pingat oleh istana Kelantan
Posted on Wednesday, February 07 @ 13:32:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38133



Dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan kini tidak lagi bergelar Datuk.



Mereka ialah Pengerusi AMANAH Kelantan yang juga bekas speaker dewan undangan negeri (DUN), Wan Abd Rahim Wan Abdullah, dan anggota DUN Salor, Husam Musa.


Husam juga naib presiden AMANAH yang dilantik.
Dalam kenyataannya hari ini Husam memberitahu pingat berkenaan diserahkan semula selaras dengan surat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

Melalui surat itu katanya mereka dimaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang telah dianugerahkan kepada mereka sebelum ini.
Penarikan balik itu, kata Husam, berkuat kuasa pada 6 Februari 2018.

"Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V," katanya.

Untuk rekod Husam dan Wan Abd Rahim adalah antara bekas pemimpin kanan Kelantan semasa bersama PAS suatu ketika dulu.

Kini cuma cikgu
Selain menjadi speaker DUN Kelantan Wan Abd Rahim juga pernah diberi kepercayaan sebagai pengarah pilihan raya PAS.

Husam pula pernah dilantik sebagai exco kanan semasa kerajaan negeri itu ditadbir Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara persamaan yang ada pada mereka ialah, kedua-duanya pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas mursyidul am PAS itu.

Krisis dalaman PAS membawa kedua-dua mereka terkeluar daripada parti itu, dengan Husam dipecat atas alasan dia melanggar perlembagaan parti.
Pemecatan Husam itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, pada 6 Mei 2016.
Mereka kemudian menyertai AMANAH.

Sementara itu semakan di akaun Facebook Wan Abd Rahim mendapati beliau memuat naik status ringkas kira-kira tengah malam tadi.

Tanpa memberi butiran lanjut bekas ADUN Tanjung Mas dan anggota parlimen Kota Bharu itu sekadar menulis namanya yang dikenali ramai sebelum ini: Cikgu Wan Rahim.

Semakan Malaysiakini terhadap laman sesawang Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, Husam dianugerahkan darjah kebesaran DJMK pada 2006.
Ketika itu dia masih menjadi exco Kelantan.

Wan Abd Rahim pula menerima pingat kebesaran itu dua tahun lebih awal, iaitu semasa masih berkhidmat sebagai speaker DUN Kelantan.

Sama ada Husam atau Wan Abd Rahim, kedua-duanya tidak menerima sebarang pingat kebesaran lain dari mana-mana negeri atau peringkat persekutuan.

Sumber TKO - 7-2-2018


AMANAH: Azmin macam 'badut', tak layak jadi MB
Posted on Saturday, February 03 @ 07:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38068


Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.


Beliau malah menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi menteri besar dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.

"Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mendakwa AMANAH sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku pengerusi HARAPAN Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.

"Nak jadi pengerusi HARAPAN Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan (fit) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

"Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong," katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa AMANAH berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah. Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?" Kata Azmin.

Mesyuarat bukan runding kerusi
Izham berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen HARAPAN.

Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan BERSATU.
"Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya," katanya lagi.

Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Beliau juga berkata, HARAPAN Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, dengan kali terakhir yang dipengerusikan Azmin adalah pada Oktober lalu.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR juga berkata sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudahpun diputuskan.

Namun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua nampaknya tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

"Saya tak tahu yang 80 peratus kerusi sudah dirunding kerana kami tidak pernah ditanya tentangnya," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber TKO - 3-2-2018


Kesian Husam Musa Makin Hari Makin Tak Sihat Cakap Pun Makin Merapu...
Posted on Friday, February 02 @ 14:58:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38059



Parti Amanah Negara (PAN) tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan kerana ia akan jatuh dengan sendiri, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa dalam berita Malaysiakini akhbar pro-pembangkang yang selalu menyerang PAS

Apabila wartawan tanya berkenaan ada hubungan UMNO-AMANAH (PAN) dalam menjatuhkan PAS Kelantan, Husam berdalih dan cuba lari daripada menjawab ya atau tidak.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa wujud kerjasama antara Umno dan AMANAH untuk menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu.


"Saya nak jawab Nik Amar yang kata AMANAH nak jatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.

"Saya sudah beratus kali sebut, PAS Kelantan ini kita tidak payah jatuhkan kerana ia akan jatuh dengan sendiri..dengan masalah air yang tak selesai, masalah pembangunan dia nak perlahankan.

"Kalau kerajaan PAS jatuh, itu sudah natural, bila rakyat tolak dan bukan sekali ini kerajaan PAS Kelantan (pernah) jatuh," katanya lapor Sinar Harian ketika berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya Harapan Tanah Merah, malam tadi.


Sampai akhir Husam tak menjawab soalan kerjasama UMNO dengan AMANAH untuk jatuhkan PAS Kelantan. Yang dijawab PAS Kelantan akan jatuh sendiri.

Bila ditanya tak perlu susuah payah menjatuhkan PAS Kelantan, kenapa Husam pagi ceramah di Warung kopi, Tengah hari di Balaisah, Petang di padang bola dan malam pula ceramah umum menyerang PAS. Tidak itu suatu usaha sangat gigih nak jatuhkan kerajaan PAS Kelantan yang diasaskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz? Tiap-tiap hari termasuk hari Jumaat?

Husam tak menjawab...
Membisu dan 'koner leper' isu lain...


XOXO - Jika ahli PAN ada akal dan meneliti setiap isu apa yang Husam bawa di Negeri Kelantan, sama seperti Mahathir kutuk Najib sedangkan dia pada masa berkuasa tak buat pun. Itu sebiji macam Husam musa dia jadi exco berpuluh tahun apa dia buat??

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 2-2-2018

Amanah (pan) Bawa Islam Ala Tunisia?
Posted on Friday, February 02 @ 08:29:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38055



Pulau Pinang: Jika PAS kalah dan Amanah dapat memenangi pilihan raya kelak, Malaysia akan dapat merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran.

Begitu pandangan yang dikongsikan oleh Wong Chin Huat, Ketua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute pada satu forum yang dianjurkan badan itu sendiri, pada 25hb Januari lepas. Tidak pasti apa yang dimaksudkan sebagai Islam ala Saudi atau ala Iran.

"If this time PAS did not survive and Amanah survive better. That basically say PAS survival is a big question? This does not mean that Islam gonna fade out from Malaysian politic but it's a different kind of Islam. It's a different kind of political Islam. It's not your Saudi or Iranian style but Tunisian style, its one that is going to be much more inclusive and so on."
Komen beliau dibuat ketika cuba menyakinkan hadirin bahawa jika Amanah menang Pilihan Raya Umum ke-14 kelak, Islam yang akan berkembang di Malaysia adalah Islam yang lebih inklusif ala Tunisia.

Kumpulan liberalis suka ‘mendewakan' Rached Ghannouchi dan suka menggunakan Tunisia sebagai jawapan kepada negara Islam ideal kerana memilih sebuah Perlembagaan sekular.

Namun pada Ogos lepas Rached Ghannouchi memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebenar yang perlu dicontohi dan dipelajari oleh negara-negara Islam lain termasuk Tunisia.

Sumber https://www.menara.my

Sumber TKO - 2-2-2018


Akhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?
Posted on Thursday, February 01 @ 23:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38042



Benarkah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang yang angkuh? Perangai buruk ini dikatakan telah dan akan mengakibatkan banyak pihak yang hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap beliau dan mungkin juga partinya, PAS.

Setakat ini, ada sekurang-kurangnya seorang ahli politik yang amat peka sikap angkuh Hadi ini. Beliau ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Abdul Khalid Samad yang meramalkan rasa hormat umum terhadap Hadi akan terus merosot, kecuali beliau berubah. 
"Mungkin pihak luar yang tidak pernah berada dalam barisan kepemimpinan bersama Abdul Hadi tidak tahu perangainya. Sikap Abdul Hadi dari dulu memang begitu (memperlekehkan orang),” katanya.
Khalid mendakwa ciri jatidiri Hadi itu selama ini tidak diketahui umum kerana ia dilindungi ramai pemimpin PAS, terutama mereka yang kini sudah berhijrah ke parti Amanah.
"Jika sebelum ini, bekas pemimpin PAS yang kini berada dalam Amanah banyak membantu mengawal sikap Abdul Hadi yang angkuh dan ekstrim.
"Tanpa kami, sikapnya yang sebenar semakin terserlah. Dia suka memperlekehkan parti lain, angkuh dan sombong, itulah sifat sebenar Abdul Hadi," katanya.
Khalid mendakwa, Abdul Hadi sering melabelkan pihak lain dengan pelbagai gelaran kerana berasa hanya dirinya hebat serta mengikut ajaran Islam, manakala orang lain sebaliknya.
Jika demikian kedudukannya bermakna PAS, nampaknya akan berhadapan keadaan politik suram. Apabila pemimpin parti tidak dihormati maka lesulah masa depan parti berkenaan.
Hadi, 70 tahun, menjadi presiden PAS sejak 2002 menggantikan Datuk Fadhil Nor yang pulang ke rahmatullah. Beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Hadi lulusan Universiti Islam Madinah (1969 – 1973) dan kemudian Universiti Al Azhar. Beliau adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradawi.
Apabila tamat pengajian di Timur Tengah, Hadi menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dilantik menjadi Yang Dipertua pergerakan itu di Selangor pada 1977.
Beliau menyertai PAS dan bertanding dalam pilihanraya 1978 dan menang di Marang, Terengganu. Namanya harum dalam PAS dan dilantik  Timbalan Presiden pada 1989.
Sepanjang memimpin PAS, Hadi dikelilingi ulama. Jika beliau angkuh, sudah tentu sukar diangkat menjadi Timbalan Presiden dalam 11 tahun menganggotai PAS. 
Pada 2002 Hadi menjadi Presiden PAS yang digandingi ulama-ulama besar seperti Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  dan almarhum Datuk Dr Harun Din. Jika benar dakwaan Khalid Samad sudah tentu Hadi tidak lulus saringan moral kedua-dua mereka.
Sebagai perbandingan, seharusnya diingat bahawa Abdul Khalid bukanlah seorang ahli politik yang gemilang rekodnya. Lulusan bidang kejuruteraan itu menyertai PAS pada 1983 dan menjadi ahli Dewan Harian dari 1987-1993. 
Dalam PRU 1986, Khalid tewas kepada calon BN di Kuala Krai. Sementara dalam PRU 1999, Khalid  dikalahkan calon UMNO di Parlimen Arau, Perlis. Sementara dalam PRU 2004 beliau dikalahkan calon UMNO di Shah Alam.
Bagaimanapun apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP, baru Khalid berjaya menangalahkan calon UMNO di Shah Alam pada 2008 dan mengulanginya pada PRU 2013.
Pada 1987, Khalid ditahan selama 9 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang.
Bagaimanapun Khalid adalah ahli politik ‘gempaq’ kerana rajin memanfaatkan isu-isu kontroversi demi bertahan dalam politik. Meremehkan wibawa Hadi adalah salah satu contohnya.
Apabila kumpulan profesional dalam PAS tewas dalam Muktamar PAS tiga tahun lalu, Khalid dan pemimpin seumpamanya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti Amanah. Sejak itu, pusar kempen mereka ialah menyebarkan kelemahan pimpinan Abdul Hadi.
Ketika Hadi terus mengutamakan kerja dakwah dalam berpolitik dengan berpandukan konsep ‘matang dan sejahtera’, Amanah dan Khalid terus menyebarkan dakyah bahawa Hadi berperangai buruk dan angkuh. 
Konsep matang dan sejahtera Hadi termasuklah kesediaan bekerjasama dengan mana-mana pihak (termasuk UMNO) yang memperjuangkan kepentingan Islam dan umatnya, baik di dalam dan luar negara.
Sudah tentu di segi akhlak muslim, kelakuan Khalid ini sukar diterima. Namun rekod Khalid memang bersifat provokatif dan keras. Khalid pernah dihukum tidak layak berceramah agama di Selangor oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 
Pada 8 September 2011, MAIS menolak rayuan Khalid untuk ditauliahkan berceramah agama di masjid dan surau di Selangor. Ini termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah selaras dengan perkenan Sultan Selangor.
Pada 6 September 2011, Khalid melanggar peraturan permit apabila memberi ceramah di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. 
Pada 15 Julai 2014, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadap Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif  Mais dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik. 
Baginda memberi amaran supaya beliau lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan namun Khalid membicarakan isu kuasa Sultan dan peranan Mais di dalam menasihati Sultan mengenai agama Islam.
Pada 26 Ogos 2014, Khalid Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif MAIS dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun 2014. 
Pada 21 Ogos 2014, Khalid Samad menyatakan bahawa sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan. 
Isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam mencetuskan kemarahan orang Islam di Malaysia. Namun, sentimen ini diperlekeh oleh Khalid yang menyatakan orang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimah Allah dan ajaran Islam.
Khalid mendakwa penganjuran Majlis selawat ketika program”Cinta Allah dan Rasul” di seluruh negara oleh kerajaan adalah retorik semata-mata.
Katanya, Kerajaan hanya “berlakon” menjalankan program keIslaman demi kepentingan politik. 
Khalid dilihat mahu mempertahankan DAP apabila Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam yang menentang usaha memartabat Islam adalah kafir harbi. 
Khalid mengkritik Mufti berkenaan dan  mahu beliau disiasat kerana menghasut.
Khalid adalah Pengarah Komunikasi Amanah. Soalnya, adakah tindak tanduknya direstui Amanah? Jika demikian, maka akan lebih murunglah nasib parti itu kerana bergantung pada propagandis ‘kurang matang’ seperti Khalid.
 

ZAINAL SALEH
ANTARAPOS

Sumber TKO - 1-2-2018


Jeming (PAN) sedia rempuh PAS Kelantan dengan bantuan UMNO...Tak percaya? Tanyalah Wan Rahim
Posted on Wednesday, January 31 @ 22:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38015



Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hassan (sepupu Husam Musa), sedia menyahut cabaran untuk mendepani Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurutnya, jika itu arahan dan hasrat kepimpinan parti, dia menerima tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka.

Sebelum ini Husam Musa berkata dalam program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi berkata "Saya beritahu rakan-rakan dalam AMANAH, mula-mula saya masuk AMANAH, tumpuan kita bukan kerusi marginal, tugas kita adalah mencari kemenangan di kerusi kubu kuat PAS"

Tambah Husam lagi, kawasan kubu PAS yang akan dirempuh ialah "Antaranya DUN Demit, Pasir Tumbuh, Pasir Pekan, Meranti, dan Panchor,"


Februari 2017 lalu beberapa portal dan blog, termasuk laman Tranungkite.net  menyiarkan bahawa Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan sedang berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU 14 menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan demi pendedahan dibuat termasuk menamakan beberapa Ketua Bahagian UMNO yang terlibat dalam usaha "UG" ini. Hari-hari serang PAS-UMNO nak UG tiba-tiba terdedah rupanya PAN/IKRAM terbabit nak UG dengan UMNO bagi menjatuhkan PAS termasuk merempuh kubu kuat PAS Kelantan di Pasir Tumbuh, Meranti dan Demit.




Beberapa siri pertemuan antara pimpinan PAN/IKRAM dengan UMNO Kelantan didedahkan. Ekoran daripada itu untuk menutup pendedahan ini PAN Kelantan membuat report polis dan ingin menyaman laman Tranungkite.Net.





Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah (gambar di atas dia buat report polis) berkata pihaknya akan membuat laporan polis pagi ini (22 Februari 2017) behubung tuduhan liar itu.

“Saya menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

“Tiada sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi (21 Februari 2017).






Malah dia membuat penafian dalam semua media AMANAH (PAN/IKRAM). Ikut firasat lebai ini sahaja nak tutup "kemaluan" aje.

Boleh percaya ke??

Politik sekarang; banyak perkara tak boleh dipercayai. Report polis, saman, malah akuan sumpah pun tak boleh dipercayai boleh dibuat-buat untuk menunjukkan kononnya benar.

Dulu PAN kata PAS mesti saman "Sarawak Report" dalam kes terima duit RM90 juta untuk membukti bahawa PAS benar. Bila pendedahan UG antara AMANAH (PAN) Kelantan dengan UMNO Kelantan, PAN kata mereka nak saman laman Tranungkite.Net.

Hari ini 12 Disember 2017 dan 10 bulan sudah berlalu, belum ada saman daripada Husam Musa bersama Wan Rahim atas isu ini kepada laman TranungKite.Net.

Artikel pendedahan berkenaan masih boleh dilayari di laman Tranungkite.Net.

Nak kata Husam Musa dan Wan Rahim tak tahu di mana laman Tranungkite.Net beroperasi agak musykil kerana laman TranungKite.Net satu-satu laman semenjak zaman reformasi lagi (1999) mendedahkan pejabat operasinya, malah terdapat nombor telefon sekali. Pada masa itu laman-laman menyembunyikan indentiti tetapi TranungKite.Net mendedahkan mereka berada di Dungun, Terengganu dengan alamat lengkap. Takkan Husam dan Wan Rahim tak jumpa.

Kalau Tranungkite (TKO) sembunyikan pejabatnya lebai percayai jin Husam boleh membongkarnya...

Tranungkite.Net tidak memadamkan artikel pendedahan UG PAN dengan UMNO sehingga hari ini (anda boleh layari). Ini menunjukkan mereka ada bukti yang sahih tentang UG berkenaan.




Dah 10 bulan, janji tak lebih sebulan. Bila nak saman. Kalau tak saman ini bermakna memang sah wujud UG parti Islam baru PAN dengan UMNO untuk menjatuhkan PAS di Kelantan pada PRU-14 nanti.

Mengikut sifir PAN kalau tak saman bermakna pendedahan itu benar.
Mana nak letak muka engkau Husam dan Wan Rahim cakap bergegar-gegar kononnya PAS-UMNO nak UG tiba-tiba senyap-senyap engkau buat UG dengan UMNO.

Pengikut PAS termasuk puak IKRAM pun jadi 'bodoh' sama....



Note: Artikel ini dikeluarkan semula kerana dengar cerita Wan Rahim (Pan Kelantan) bersandiwara nak saman Mohd Amar pasal AMANAH UG Dengan UMNO. Sebelum ini berlakon dengan sidang akhbar nak saman TKO sampai hari ini belum ada yang jumpa kami di TKO. Amanah kalau tak tipu tak dipanggil PAN. Membodohkan pengikut aje - WM


Sumber TKO - 31-1-2018



Semenjak “Cium” Tangan Mahathir kini Khalid Samad Mudah Lupa
Posted on Friday, January 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37919&mode=thread&order=0&thold=0



Selepas PPBM menyatakan hasrat mengadakan kontrak menghalang calonnya daripada melompat parti, Amanah berkata ia juga sedia mempertimbangkan jaminan seumpama itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata ia boleh dilakukan dalam bentuk sumpah bai’ah, sambil menambah perjanjian demikian jauh berbeza dengan bai’ah yang dibuat wakil rakyat PAS.

“Bai’ah sebagaimana janji, mungkin akan ada. Tetapi tidaklah sampai ke tahap talak seperti mana yang diamalkan oleh PAS itu dan kalau ada pun bai’ah, ianya melibatkan kita sesama kita dan kita dengan Tuhan,” katanya, dipercayai merujuk kontrak kontroversi PAS mengikat wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Baru berkawan dengan bekas ketua penyamun, Khalid Samad sudah lupa segala-gala. Dia bercakap pun berbelit-belit macam "mamak bendahara" yang banyak kali menafikan apa yang berlaku 22 tahun dulu adalah kesalahannya.

Kisah Baiah Talak 3 Dalam PAS


Mari kita mencari sumber fakta, jangan terlalu bodoh dengan maklumat palsu daripada "macai" Harapan yang selalu memutar belitkan fakta dan kebenaran.

Dulu semasa heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Setiausaha agung PAS masa itu Datuk Mustafa Ali telah membuat satu kenyataan berkenaan baiah ini pada November 2009.

Kata Cikgu Pa, baiah calon PAS dalam pilihan raya umum tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti.

Cikgu Pa berkata baiah tersebut diguna pakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi)

Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.
Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut. (Iaitu menambah talak 3 isteri)
Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

 Dalam menengakkan apa dia buat itu betul mengikut apa yang dia fikir, Khalid Samad menulis satu artikel pada 16 November 2009 bertajuk "Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup". Di bawah ini sebahagian petikan artikel berkenaan.

Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.
Perubahan Sikap Kelantan.

Ada yang berhujah kononnya Tok Guru Nik Aziz tak bersetuju berkenaan takliq talak isteri 3 macam ini dikatakan takliq talak 3 isteri itu cadangan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Ini yang penting yang perlu tahu dan memahami isu semasa dan perubahan keadaan yang membuatkan pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri berubah..

Sebelum kenyataan SUA Cikgu Pa, Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan bahawa talak 3 tak ada dalam PAS. Ini boleh di dapati daripada akhbar Bernama pada 10 November 2009. (sila rujuk di sini)

Nik Aziz Nafi Wujud Bai'ah Dalam Pas

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.


"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.


"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.


Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.


Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.


Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.


Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai'ah itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.


Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.


"Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai'ah," katanya.


Ditanya mengenai wujudnya bai'ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.
Khalid Samad mempertahankan hujah kenapa dia tambah talak 3 yang tak diminta oleh PAS dalam bai'ahnya. Anda boleh baca artikel Khalid Samad 16 November 2009 bertajuk Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup
Khalid Samad mengakhir tulisannya "Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini."

Sebelum ini ramai orang serang Khalid berkenaan talak 3 isteri dan Khalid Samad menjawab dalam twitternya bahawa dia tak masuk talak 3 dalam bai'ahnya pada PRU-13 baru-baru ini. Saya setuju dengan kenyataan dia. Khalid Samad terselamat daripada talak tapi masih ada janji dengan Allah.

Pimpinan PAS secara khusus tak berapa setuju dengan tambahan talak 3 isteri dimasukkan dalam bai'ah. Yang ini Khalid sendiri akur dan menulis dalam blognya.


Tiba-tiba di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta ditambahkan talak 3 isteri dalam bai'ah. Kedudukan Kelantan agak tergugat sebelum itu hanya 1 kerusi sahaja.

Pertukaran pendangan  Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah disebabkan faktor dan keadaan. Tapi negeri lain tidak ada bai'ah talak 3 melainkan Kelantan sahaja.

Sesetengah pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar atau sengaja memutar belit maklumat ini dengan berniat jahat telah menyerang kepimpinan ulama dalam PAS atas isu baiah sedangkan hanya Kelantan sahaja yang amal atas kehendak TGNA.

Wujud perbahasan pada masa itu dan akhirnya bersadarkan pendapat Iman Hanafi Kelantan atas permintaan Tok Guru Nik Aziz menambah takliq talak 3 isteri dengan harapan tiada yang lompat parti.

Rupa-rupanya sebelum meninggal dunia Tok Guru Nik Abdul Aziz seolah-olah macam tahu ada ADUN dan MP yang cuba mengkhianati perjuangan PAS dengan menubuh parti baru. Mereka cuba melemahkan PAS dan memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menawan Kelantan.

Hebat Tok Guru daripada tak setuju dengan baiah akhirnya beliau pula menjadi tukang cadang!!


Orang yang buta maklumat sahaja mudah bersama AMANAH dan HARAPAN kemudian membuat fitnah kepada pemimpin PAS sedangkan yang sebenarnya mereka tersesat daripada perjuangan sebenar akibat daripada ditipu oleh pimpinan mrekan.


Sumber TKO - 26-1-2018



“Abdul Hadi Pemimpin Angkuh” kata Khalid Samad
Posted on Thursday, January 25 @ 19:53:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37903



Seorang bekas pemimpin PAS mengingatkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuang sifat angkuh jika ingin terus dihormati.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang keluar PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) berkata, Abdul Hadi perlu berhenti memperlekehkan pihak lain, terutama bekas ahli PAS.

“Mungkin pihak luar yang tidak pernah berada dalam barisan kepemimpinan bersama Abdul Hadi tidak tahu perangainya. Sikap Abdul Hadi dari dulu memang begitu (memperlekehkan orang).

“Jika sebelum ini, bekas pemimpin PAS yang kini berada dalam PAN banyak membantu mengawal sikap Abdul Hadi yang angkuh dan ekstrem.

“Tanpa kami, sikapnya yang sebenar semakin terserlah. Dia suka memperlekehkan parti lain, angkuh dan sombong, itulah sifat sebenar Abdul Hadi,” katanya kepada BH Online, hari ini.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi PAN berkata, bukan sesuatu yang menghairankan jika Abdul Hadi sering melabelkan pihak lain dengan pelbagai gelaran kerana berasakan hanya dirinya hebat serta mengikut ajaran Islam, manakala orang lain sebaliknya.

Ahad lalu, Abdul Hadi ketika merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor berkata, parti itu berhasrat membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau menyifatkan Selangor antara negeri utama untuk PAS menang besar pada PRU-14, sekali gus menafikan kemenangan PAN yang dianggap Abdul Hadi sebagai parti ‘nyamuk’.-BH

Sumber TKO - 25-1-2018


AMANAH Berkrisis, Mat Sabu Tak Tahu Ke Mana
Posted on Thursday, January 25 @ 17:39:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37901



Parti Amanah Negara (AMANAH) sering melaung-laungkan keyakinan untuk merampas hampir semua kerusi yang ditandingi Parti Islam SeMalaysia (PAS). AMANAH dilihat lebih berminat untuk mematikan langkah PAS dan mempunyai misi peribadi yang harus dilunaskan. Parti ini sering hadir dengan slogan lunak yang menawarkan alternatif kepada PAS di dalam membawa budaya politik Islam. AMANAH menampilkan dirinya sebagai Islam progresif dengan mempamerkan keterbukaan.

Namun di sebalik segala cita-cita besar yang ditampilkan, parti ini jelas masih ketinggalan jauh berbanding PAS apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dari sudut pengalaman dan kepimpinan. Walaupun kita melihat ramai bekas pemimpin utama PAS kini bersama-sama AMANAH, namun kekuatan akar umbi dan pengukuhan gerak kerja di peringkat bawahan masih merupakan satu kelemahan nyata kepada AMANAH. Malah parti ini jelas tidak mempunyai barisan kepimpinan yang benar-benar berwibawa yang boleh mengawal gerakan parti secara besar-besaran.

Lihat bagaimana selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi di seluruh Semenanjung dan apabila AMANAH dilihat mendapat bilangan kerusi paling sedikit, sudah timbul kegoncangan apabila beberapa pemimpin AMANAH di peringkat negeri menzahirkan rasa tidak puas hati secara terang-terangan di media. AMANAH Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan dilihat paling lantang menyuarakan rasa tidak senang dengan kepimpinan mereka yang dianggap gagal mempertahan maruah dan kepentingan parti.

Ini satu contoh bagaimana barisan kepimpinan AMANAH sebenarnya tidak langsung mampu mengawal organisasi dengan baik sehingga ada dalam kalangan pemimpin negeri secara mudah membuat kenyataan di media memburukkan parti dan barisan kepimpinan sendiri. Rasa kepatuhan dan memahami keputusan tidak ditangani dengan baik dan cara AMANAH ini hanya akan mengundang padah kepada masa depan parti berkenaan sendiri.

AMANAH kini dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu. Beliau semasa di dalam PAS sentiasa mendapat dokongan dan kedudukan istimewa, sehingga mampu meraih jawatan Timbalan Presiden. Namun begitu, disebabkan rasa yakin diri yang berlebihan beliau beranggapan mampu mencabar jawatan Presiden PAS dan melihatkan bagaimana beliau tersungkur kemudian merajuk dan membentuk AMANAH.

Sebenarnya jika diteliti dengan baik, Mat Sabu bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar boleh membawa perubahan kepada sesebuah parti politik, kerana sebelum ini PAS beberapa kali mengalihkan beliau ke beberapa kerusi yang dilihat sebagai mampu menang. Mat Sabu diletakkan di kedudukan terbaik untuk PAS. Ini melihatkan bagaimana PAS mahu memastikan beliau terus relevan.

Namun apa yang terjadi dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini membuktikan bagaimana rakyat sebenarnya sudah menanggap Mat Sabu sudah tidak relevan lagi.

Mat Sabu mengalami kekalahan secara hatrik dalam pilihan raya bermula pada tahun 2004 sehingga tahun 2013. Apa yang pelik semua kerusi yang ditandingi beliau ialah kerusi selamat, namun jelas rakyat tidak memandang parti, sebaliknya melihat Mat Sabu bukanlah pilihan sesuai untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang berwibawa. Pada pilihan raya umum 2004 Mat Sabu tewas kepada calon BN, Hashim Jahaya di Parlimen Kuala Kedah. Kemudian pada tahun 2008 dalam misi menawan Terengganu, Mat Sabu telah dialihkan ke Parlimen Kuala Terengganu dan sekali lagi beliau tewas di sana. Pada tahun 2013, PAS menghadiahkan Mat Sabu kerusi keramat parti berkenaan, Pendang. Namun rakyat sekali lagi menggunakan kuasa untuk menolak Mat Sabu.

Inilah nasib seorang Presiden parti yang bernama AMANAH dan pada pilihan raya umum kali ini sekali lagi Mat Sabu akan bertanding dan ternyata parti yang dipimpinnya kini akan meletakkan beliau bertanding di tempat yang selamat. Mat Sabu dikatakan bakal ke Selangor dan sedang mengintai-intai peluang untuk bertanding di Kota Raja atau Shah Alam. Namun di mana-mana pun beliau bertanding, badi kekalahan masih terus mengekori dan Mat Sabu memerlukan lebih daripada keajaiban untuk mencapai kemenangan.

by Tareeq

Sumber TKO - 25-1-2018


Pengerusi AMANAH (Pan) Johor gagal galas tugas
Posted on Tuesday, January 23 @ 17:42:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37879


Selepas selesai pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekali lagi mendominasi agihan kerusi DUN Johor.


Ia melibatkan pengagihan kerusi BERSATU sebanyak 18 kerusi, DAP 14, PKR 12 dan Parti Amanah Negara (AMANAH) 12.

Tumpuan pastinya akan terarah sekali lagi kepada AMANAH.

Kepimpinan AMANAH Johor secara terang telah memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana tidak berpuas hati dengan jumlah dua kerusi parlimen untuk mereka di Johor.


Bagaimanapun, kepimpinan AMANAH di peringkat Pusat telah berjanji kepada seluruh ahli parti AMANAH Johor bahawa kekecewaan tersebut bakal terubat dengan peruntukan kerusi yang lebih besar di peringkat DUN Johor.

  Malangnya, sehingga selesai proses pembahagian kerusi di peringkat DUN, AMANAH masih lagi kekal sebagai parti yang paling tercorot dalam pengagihan kerusi tersebut.

Kerusi milik DAP jauh lebih besar berbanding kerusi mereka.

Jika dilihat, AMANAH Johor yang dipimpin oleh Aminolhuda Hassan telah gagal. Mereka gagal menonjolkan kepada HARAPAN bahawa parti tersebut mampu menjadi parti yang boleh diyakini dan menyumbang kepada kemenangan HARAPAN.

Tambah parah, pengagihan tersebut menggambarkan bahawa usaha AMANAH menjadi parti paling lantang menentang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pelbagai isu langsung tidak dihargai.

Tamparan pada imej AMANAH
Keputusan kerusi DUN tersebut memberi tamparan kepada imej AMANAH kepada lawan utama iaitu PAS.

PAS ketika dalam Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu telah memperolehi kerusi yang besar dengan 7 kerusi Parlimen serta 31 kerusi DUN di Johor.


Malah hasil pemerhatian kami, akibat daripada jumlah peruntukan kerusi yang sedikit, kebanyakan calon AMANAH yang bertanding atas tiket PAS dahulu besar kemungkinan tidak dapat menjadi calon pada PRU14 akibat hilang kerusi kepada parti konsensus yang lain.

  Sebagai contoh, Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat telah melakukan gerak kerja dan turun padang bagi kawasan Puteri Wangsa. Kini beliau sudah dilihat tidak lagi aktif bekerja kerana kerusi tersebut telah diberikan kepada BERSATU.

Begitu juga kerusi di Bukit Permai yang sinonim kepada Mazlan Aliman yang kini dimiliki oleh BERSATU.

Jika dilihat keadaan ini sudah tentu kerana kegagalan kepimpinan Aminolhuda dan kepimpinan AMANAH Johor yang gagal meyakinkan HARAPAN bahawa AMANAH mampu menggalas tugas besar di Johor.

Sumber TKO - 23-1-2018

Mereka dilihat lemah dan hanya menuruti segala keputusan tanpa membawa suara akar umbi AMANAH Johor. Situasi pasti berbeza jika kerusi Parit Yaani dan Nusajaya milik Aminolhuda serta Salahudin Ayub diambil oleh BERSATU. Pasti mereka akan lantang bersuara membantah..
Kesimpulannya, keputusan tersebut pastinya telah mengecewakan ramai ahli AMANAH Johor. Mereka inilah yang telah bertungkus lumus dan berkorban segalanya demi AMANAH.
Tetapi tindakan tidak bertanggungjawab kepimpinan AMANAH Johor dalam membela parti tersebut jelas satu kegagalan.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor


Pan oh Pan
Posted on Sunday, January 21 @ 19:02:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37852

"

Penulis rasa sangat pelik dengan orang Pan, lebih lebih lagi dia mendakwa yang dia lebih islam daripada Islam Pas.



Kalau Pan lebih Islam daripada Pas mana mungkin dia tak suka apabila penulis kata musuh Islam adalah Islam juga, akan tetapi Islam yang munafik.

Mereka marah dengan penulis dan berkata tak ada faedah mengatakan musuh umat Islam ialah umat Islam juga, tetapi yang munafik.


Pelik juga, kerana marah dengan penulis yang berkata demikian. Pada hal itu adalah suatu yang reality dan realistic.



Mengapa mereka marah.Mungkin kata kata penulis itu sudah terkena atas kepala mereka.

Mustahil islamnya lebih Islam daripada Islam Pas jadi munafik. Sangat tidak munsabah mereka yang islamnya lebih baik berbanding dengan Islam yang lain boleh jadi munafik.

Zaman Rasulullah SAW memerintah Madinah ada dua musuh. Pertama orang orang Yahudi. Untuk selamatkan kerajaan Islam mahu tidak mahu kena bunuh ketuanya.

Kedua, orang orang munafik.Rasulullah SAW mengarah membunuh ketuanya Ka’ab bin Asyraf dan Abdulllah Bin Ubay dibiar hidup.

Demikian juga dengan Pan dibiar hidup miskipun sangat bahaya kepada misi dan visi Pas untuk mendaulatkan syariat Allah.

Mereka bukan setakat marah dengan penulis, malah tergamak mengatakan Presiden Pas ulamak Su’.

Mungkin sudah terpengaruh dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bakal perdana menteri Malaysia selepas PRU 14 nanti.

Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Kafir.

Tuduhan itu semacam masuk akal, kerana Pas sudah bekerjsama dengan umno yang dituduh kafir sebelum ini.

Apa apa pun demikian perangai orang orang politik yang tidak beriman dan bertakwa.

Kalau mereka beriman dan takwa mana mungkin berlaku tuduh menuduh satu sama lain.

Kita tahu tuduh menuduh itu adalah modal untuk naik dan berkuasa.Pada hal islam melarang keras akan perbuatan tersebut.


Akan tetapi kita yang mengaku Beragama Islam berperangai macam umat Para nabi sebelum ini yang ingkar dengan perintah dan dakwah untuk mentauhidkan Allah.

Sumber TKO - 21-1-2018


Parti Amanah (Pan) Ugut ahli yang nak boikot dan rosakkan kertas undi dengan akta seksyen 123b Kanun Keseksaan
Posted on Friday, January 19 @ 09:45:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37810



Alhamdulillah, selepas memberi kejutan minda kepada anak-anak muda di kalangan para pengundi negara; saya mendapat banyak respon.

Pada hari ini, saya kira saya perlu rumuskan 6 perkara atau prinsip penting berikut:

1. Mensia-siakan kuasa memilih pemimpin dalam sistem demokrasi adalah sangat merugikan. Melaksanakan tanggungjawab mengundi adalah tanda kebertanggungjawaban kita.

2. Jikapun kita tidak berpuas hati dengan dasar mana-mana parti politik, sikap terpuji adalah dengan menegur, bertanya dan bersikap ambil tahu. Inilah tanda prihatin dan peduli seorang anak muda kepada negara.

3. Merosakkan kertas undi mungkin pilihan bagi anda, tetapi ia bermakna menyerahkan urusan penentuan pemimpin negara kepada 'nasib' sedang rakyat yang susah dan terbiar menanti-nanti pemilihan pemimpin yang berwibawa.

4. Dalam apa keadaan pun, anak muda Malaysia perlu membuat keputusan daripada opsyen-opsyen yang ada, paling tidak merekalah yang menjadi opsyen ketiga.

5. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, sesiapa yang terlibat dalam aktiviti yang membahayakan/merosakkan demokrasi adalah terlibat dalam jenayah yang boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara. Apakah kempen merosakkan undi termasuk dalam definisi 124B Kanun Keseksaan tersebut?

6. Sebarang campur tangan penguatkuasa undang-undang seperti PDRM dalam kebebasan untuk berkempen agar orang tidak keluar mengundi atau merosakkan kertas undi, adalah pilihan terakhir sekiranya terjadi sesuatu yang benar-benar boleh mengancam negara.

TERIMA KASIH & TAHNIAH DARIPADA SAYA

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua anak muda dan saya tidak rasa malu untuk memohon kemaafan kepada mereka, jika ada yang rasa tercabar malah tersinggung dengan posting saya sebelum ini.

Sekurang-kurangnya anak-anak muda menyemak kembali kompas masing-masing dan mereka sama sekali tidak akan merosakkan kuasa memilih atau mensia-siakannya dengan cara yang tidak menguntungkan negara.

Saya yakin anak muda Malaysia adalah agen perubahan yang sanggup terlibat dalam pembangunan semula negara ini dan tidak akan meninggalkan medan perjuangan ini.

Kami sentiasa bersedia untuk duduk bersama anda berbincang, memahami aspirasi Generasi Y dan Z, malahan berhujjah dalam apa jua isu demi kepentingan masa hadapan anda, anak-anak kami jua.

Tahniah dan Tahniah sekali lagi. Saya berbangga dengan ketegasan anda semua, wahai anak-anak muda yang saya sayangi

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara


XOXO - Biasalah Hasunuddin orang yang mengkhianati perjuangan Islam akan dikhianati oleh rakan dan ahli sendiri.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 18-1-2018


Khalid Samad Bengang & Marah kerana Ezam nak bertanding di Kawasan Amanah (Pan)
Posted on Friday, January 19 @ 09:20:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37807



Datuk Ezam Mohd Noor dilihat seolah-olah tersalah tempat untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam usahanya melawan rasuah.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Pengerusi NGO Hisbah Malaysia itu perlu melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau mengintai kerusi lain yang tidak diisi oleh calon Pakatan Harapan (HARAPAN) jika benar-benar mahu membanteras rasuah.

“Kalau dia nak lawan rasuah, nak lawan bapa kleptokrat itu mungkin berkesan (lawan Najib). Dia tak patut bertemu dengan PKR, BERSATU atau bertemu di suatu tempat di mana tidak ada calon HARAPAN.

“Macam bagi saya di Shah Alam agak peliklah kalau dia kata (lawan rasuah) itu agenda dia. Bila dia buat begitu, akan ada ramai yang pertikai perkara itu, apa pun itu hak dia.

“Dia pun datang solo bukan nama mana-mana parti,” katanya kepada Malaysiakini.



Terdahulu Khalid ditanya mengenai tindakan Ezam (gambar, kiri) yang ingin bertanding di Shah Alam sebagai langkah bermatlamat menciptakan kesedaran melawan rasuah di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Ezam yang pernah dua kali keluar Umno, keluar PKR sekali dan Parti NewGen juga sekali itu akan bertanding sebagai calon bebas. Ezam mengetuai Hisbah Malaysia, sebuah NGO antirasuah.

Khalid turut berkata, jika Ezam benar-benar mahu melawan rasuah seharusnya membantu calon HARAPAN memandangkan dalam manifesto gabungan itu ingin melawan rasuah.

“Walaupun dia kata begitu (Ezam kata nak lawan rasuah), penglibatan dia hanya dilihat sebagai usaha pecahbelahkan undi pihak yang membangkang lawan BN,” katanya.

Khalid bagaimanapun berkata, beliau tetap akan bertanding di Shah Alam meskipun terdapat beberapa penjuru kerana mendapat mandat daripada parti.



Malah Khalid dalam nada berseloroh turut siap menerima jika Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu bertanding di kawasannya itu.

Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAH(PAN)  berkata beliau menyerahkan kepada pengundi Shah Alam untuk menilai prestasinya sepanjang dua penggal menjadi anggota parlimen di kawasan itu.

“Saya serah pada warga Shah Alam untuk menilai, sama ada saya telah memainkan peranan saya sebagai ahli parlimen, mewakili AMANAH (PAN) dengan cara berkesan di dalam parlimen.

“Kalau warga Shah Alam ingat saya tak tunai tanggungjawab, mereka berhak pilih lain, bagi saya saya terus di situ sepertimana diarahkan parti untuk bertahan di Shah Alam.

“Saya tetap di situ walau Ezam, Azmin di situ. Kalau Azmin nak bertanding di situ, maka jadi lima penjurulah. Bagi saya, saya akan bertanding dalam tiket AMANAH (PAN) dan anggota Majlis HARAPAN,” katanya.

XOXO - Makin hari makin Tuhan tunjuk kepada rakyat pengkhianat gerakan Islam akhirnya dikhianati oleh rakan-rakan mereka. Itulah ragam dunia, orang jahat tak akan selamat.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 19-1-2018



Kalu dah sasau tu sasaulah jugak!
Posted on Thursday, January 18 @ 14:44:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37797



Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Sebenarnya apa masalahnya kalau PAS nak UG dengan Umno? Ada undang undang melarang ker? Atau ada apa sebenarnya? Sehingga sibuk sekali gerombolang PH sehingga semacam menugaskan satu team macai mereka untuk terus menghentam PAS kerana nak UG dengan Umno.Sehingga masih ada lagi macai PH terus mabuk dengan dedak, terus mabuk lagi mempengaruhi pengundi dengan cara mengutuk PAS  dan entah sampai bila dia orang mahu faham bahawa semua dari kita berada dalam sistem demokrasi, masing masing tidak terikat dengan mana mana pihak dan masing masing berhak menentukan siapa kawan dan siapa lawan masing masing.Tak faham ker sasau?

Sebab itu masih ada yang gatal tangan menyibuk pasal UG PAS Umno dengan hujah hujah bangang dan memihak kepada sebelah pihak serta dalam situasi melampau masih ada yang melemparkan fitnah bongok pada isu isu yang dahpun kantoi.

Kata orang kalau dah sasau tu sasaulah juga.Ini barangkali itu yang dilakukan oleh PH kerana sudah terdesak nakkan kemenangan sehingga sanggup buat kerja sasau dengan membuat kesimpulan bawah sesiapa yang berbaik dengan Umno dianggap pengkianat dan perlu digempur dengan fitnah dan hujah bangang.

Umno didakwa menjadi perosak negara dalam semua keadaan, rigid dan selamanyan perosak negara.Najib didakwa penyamun yang merosakkan negara di mana selepas PRU nanti dia akan terbang ke Kazahtan meninggalkan semua masalah kepada PH.Bongok kepada siapa yang percaya sama bongok dengan yang mendakwa PAS makan dedak Umno.Sebabnya masalah negara tidak terjadi dalam masa tak sampai 10 tahun selepas Najib jadi PM, tetapi sudah tertunggak sejak Mahathir lagi.Maknanya masalah yang bakal dipikul oleh PH(kalau menanglah) adalah masalah yang sudah lama dialami negara bukan hanya terjadi di zaman Najib sahaja.

Bijaklah PH pilih Mader jadi PM sebab masalah yang bakal dihadapi nanti adalah berpunca dari dia, bukan dari Najib bukan dari Umno.Umno tak bersalah, tapi orang yang mengendalikan Umno itu salah, siapa sudah tentu Mahathir lah paling bersalah ke atas apa yang berlaku kepada Umno sekarang.Maknanya kalau nak marah kepada Umno tak munasabah buat baik kepada Mahathir. bukankah itu kerja orang sasau?

Sudahlah gitu, cara meluahkan perasan sasau mereka juga tiru Umno.Kenapalah taktik yang dimulakan Mahathir untuk Umno gunakan ketika merancang merampas kembali Terengganu pula yang digunapakai oleh PH untuk meracau! Bukan kah pelik tu, kata nak lawan Umno, benci Umno sehingga PAS pun turut dibenci kerana nak UG dengan Umno tapi ikut cara Umno pulak dalam meluahkan perasaan sasau!

Kata rakyat Malaysia dah cerdik tapi mereka cuba juga nak perbodohkan rakyat yang cerdik dan apabila ada yang cuba bertanya balik taktik licik mereka maka dikatakan pula makan dedak,hampeh kenapa sibuk pasal makan dedak! apakah anda sekelian tak makan dedak, entah entah andalah si pemakan dedak tegar tapi nak tipu orang cerdik pulak! dasar sasau!

Cara mereka menekankan Umno merosakan negara juga double standard.Di satu pihak mereka menuduh Umno merosakkan negara dan di satu pihak lagi mereke mengangkat belas pemimpin yang membawa Umno untuk merosakkan negara sebagai pemimpin mereka.Yang peliknya mereka cuba menipu rakyat dengan mengatakan Najib yang merosakkan negara padahal tak sampai 2 penggal lagi Najib memerintah.Apa tidakkah mereka fikir Najib sebenarnya mewarisi kerajaan yang sudah rosak teruk dan menjadi pemikul biawak hidup yang ditinggalkan Mahathir.Atau dengan kata lain Najib terpaksa membasuh berak Mahathir tetapi dalam masa yang sama turut berak, itu kesilapan Najib yang berpunca dari ajaran Mahathir juga.

Bukan kah ini satu tindakan yang pelik dan sasau? Nak tuding jari kepada orang tu tengok dulu rumahtangga sendiri.Apa nak diheboh pasal UG PAS Umno, tak ada kena mengenapun dengan PH.Nak burukkan PAS tengok dulu diri sendiri, kalau diri sendirpun penuh dengan tahi Mahathir dan kuncu kuncunya, jangan ingat PAS tidak boleh melondehkannya kalau sibuk nak londehkan hal PAS nak UG dengan Umno.

Kalau nak anggap Umno tu penyamun, jangan ingat semua orang anggap seperti itu sehingga kalau PAS tidak anggap Umno tu penyamun nak terus serang PAS dan PAS tak boleh serang balas, sasau betul....

Dah bagi tahu tapi tak nak dengar juga tapi sentiasa gatal tangan nak kutuk PAS, itulah PH yang sasau, macai PH yang sasau..................


Tapi nak bagi tahu sekali lagi, PAS tak anggap Umno itu penyamun, tetapi orang yang mengedalikan Umno tu penyamun, Najib penyamun tapi Kepala kepada semua penyamun ialah Mahathir.Kalau pun PH tak anggap Mahathhir penyamun tapi hormat lah sikit pendirian PAS.Walaupun macai PH tak mahu dengar, tapi jangan gatal tangan ya!

Sumber TKO - 18-1-2018


Marah betul naib presiden PAN, Ust Hasanudin dengan kempen #Undirosak
Posted on Wednesday, January 17 @ 17:34:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37773



Marah betul naib presiden PAN, Ust Hasanudin dengan kempen #Undirosak. Dia desak supaya polis mengambil tindakan terhadap mereka yang menjalankan kempen tersebut.

Undi rosak bukan satu kesalahan. Ia juga adalah hak pengundi untuk tidak setuju dengan semua calon. Malah undi rosak juga direkodkan. (Lihat jadual)
Kenapa takut benar PAN dengan kempen undi rosak ni, yang saya fikir bukan pun suara majoriti? Rupa2nya PAN pernah kalah dengan undi rosak pada pilihanraya negeri sarawak di dun Beting Maro.




Undi Rosak "menang" 104 undi
Manakala PAN dapat 103 undi sekaligus hilang deposit.
Tentulah PAN malu dengan DAP jika pada PRU14 nanti undi rosak lagi tinggi dari undi yang diperoleh. Kah kah kah

FB


Muhamad Harris Nasril 

Sumber TKO - 17-1-2018



AMANAH Kelantan mahu Kuala Krai, sedia serah Bachok
Posted on Tuesday, January 16 @ 16:43:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37755


Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan mahu mempertahankan kerusi parlimen Kuala Krai dan bersedia menyerahkan parlimen Bachok kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


Pengerusi AMANAH negeri Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pembahagian kerusi parlimen di Kelantan sudah selesai dan partinya memilih Kuala Krai sebagai pilihan kelima daripada lima kerusi yang diperuntukkan.
"Kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah buat keputusan dan AMANAH akan bertanding di Kuala Krai, manakala Bachok diserahkan kepada BERSATU," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, pada Konvensyen HARAPAN minggu lalu AMANAH Kelantan dilaporkan akan bertanding di lima kerusi parlimen Kelantan.
Namun, hanya empat kerusi diputuskan awal pada konvensyen tersebut iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pasir Mas dan Kubang Kerian.

Sebagai rekod, Kuala Krai kini disandang oleh AMANAH menerusi Dr Hatta Ramli yang memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu melalui tiket PAS.

Justeru, keputusan AMANAH untuk meletakkan calonnya di Kuala Krai dilihat sebagai cubaan bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Sementara itu, Wan Abd Rahim berkata, pihaknya kini memberi tumpuan dengan gerak kerja di peringkat parlimen termasuk parlimen yang tidak ditandingi AMANAH.

  "Kini kita fokus untuk menguatkan jentera parti di peringkat parlimen dengan penubuhan 14 AMANAH bahagian seluruh negeri serta peringkat cawangan " jelasnya.

Sumber TKO - 16-1-2018



Puak PAN @ Harapan Baca Berita Ini, Mesti Sasau kalau tak pun Sawan
Posted on Friday, January 12 @ 09:11:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37698



KEPALA BATAS - UMNO Bahagian Kepala Batas menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin hari ini menyampaikan sumbangan awal kepada PAS Kepala Batas selepas markas di Kampung Paya Keladi Hujung di sini rosak teruk dilanda ribut.

Roslan berkata, beliau diarahkan oleh Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican untuk segera membantu dan meninjau kerosakan yang di alami markas itu yang turut dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, lapor akhbar UM.

“Datuk Seri Reezal pun mahu saya segera bantu pusat ini bagi mengelakkan pembelajaran mereka terganggu sekiranya perlu berpindah ke lokasi lain,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Yang Dipertua Pas Kepala Batas Bukhori Ghazali di sini hari ini.

Selain Pasti itu, sebanyak 20 buah rumah turut terjejas akibat ribut yang bermula pukul 6.45 petang itu.

......

HARAP PUAK PARTI PAN BESARKAN GAMBAR TERSEBUT BOLEH TIPU RAKYAT PAS DAN UMNO SUDAH BER"UG" - TAKKAN NAK TUNJUK GAMBAR HADI DENGAN NAJIB BERBAJU PINK AJE!!

Sumber TKO - 12-1-2018


Mampukah AMANAH (PAN) Bertanding Di Terengganu?
Posted on Thursday, January 11 @ 17:47:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37688



PAN berceramah di Pasar mlm Bukit Tunggal Terengganu. Patutlah PAN ni tak diberi kerusi. Kalau di Pasar MAlam pun tak ada orang nak layan.

Kredit
Zubir Abdullah 


Sumber TKO - 11-1-2018


Semalam hari duka kami, kata AMANAH Wilayah
Posted on Tuesday, January 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37662


Parti Amanah Negara (AMANAH) bahagian Titiwangsa kecewa dengan keputusan Konvensyen Pakatan Harapan yang tidak memperuntukkan sebarang kerusi untuk parti itu bertanding di Kuala Lumpur pada pilihan raya umum akan datang.


Lebih mengecewakan, kata sumber yang enggan namanya disiarkan, AMANAH Titiwangsa telah melakukan pelbagai gerak kerja di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Justeru, beliau berharap agar pihak AMANAH pusat dapat mengadakan perbincangan dan mendesak pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar memberi sekurang-kurangnya satu kerusi kepada AMANAH di Kuala Lumpur, khususnya di parlimen Titiwangsa.

Ini kerana, menurutnya, pembahagian kerusi HARAPAN dibuat berdasarkan kedudukan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 yang mana sebelum ini PAS bertanding di kerusi Putrajaya dan Titiwangsa.

  "Kita lebih kepada rasa kecewa apabila tiada langsung kerusi AMANAH di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) kerana gerak kerja telah dilakukan sejak AMANAH Titiwangsa ini ditubuhkan lagi.
"Ideanya seperti pilihan raya umum ke-13, bertanding di Putrajaya dan Titiwangsa.

"Tetapi di Putrajaya kita dah bagi pada (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) BERSATU atas semangat setia kawan.

"Jadi sekurang-kurangnya kita (AMANAH) dapat satu kerusi pun cukup iaitu di Titiwangsa," kata sumber yang adalah pimpinan AMANAH Titiwangsa kepada Malaysiakini.

Hari duka AMANAH
Sebelum ini PAS bertanding di Titiwangsa dan Putrajaya. Bagaimanapun parti itu kalah di kedua-dua kerusi berkenaan kepada BN dengan majoriti 866 undi (Titiwangsa) dan 5,541 undi (Putrajaya).

Selain itu, katanya, walaupun menghormati keputusan pimpinan HARAPAN nasional berhubung pembahagian kerusi, namun beliau berharap agar pintu rundingan masih dibuka dan laluan diberikan kepada AMANAH demi keadilan dan semangat setia kawan.

"Kita sedia dan terima dengan sebarang kebarangkalian.

"Cuma kita minta agar keadilan dapat dilakukan dan jaga semangat setia kawan dalam HARAPAN Wilayah Persekutuan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Pemuda AMANAH Kuala Lumpur pula menyifatkan semalam sebagai “hari duka” mereka.

  Ini susulan kegagalan parti itu mendapat sebarang daripada 12 kerusi parlimen di Kuala Lumpur yang diumumkan semalam.

“Pilihan raya dan penyertaan di dalamnya merupakan tujuan sebuah parti politik ditubuhkan.

“Ia merupakan raison d'etre kepada kewujudannya.
\
“Kerana itu, keputusan agihan kerusi ini akan memberikan satu impak besar kepada survival AMANAH di Wilayah Persekutuan,” kata Ketua Pemuda AMANAH Kuala Lumpur Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan dalam kenyataannya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407957#iVLuP5GqcWfwfTh9.99

Sumber TKO - 9-1-2018


Calon AMANAH (PAN) bertanding di kawasan DAP, guna logo 'roket'
Posted on Tuesday, January 09 @ 10:10:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37660


Seorang calon Parti Amanah Negara (AMANAH) mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada DAP iaitu Ayer Hitam, dengan menggunakan logo 'roket'.


Kerusi Parlimen yang terletak di Johor itu merupakan kawasan penting memandangkan penyandangnya ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketika dihubungi Malaysiakini berhubung spekulasi itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkannya dan berkata ia dibuat atas dasar kompromi.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub pula enggan mengulas panjang ketika diminta mengulas tentang perkara itu.

"Saya tidak dapat mengesahkannya malam ini (semalam)," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Salahuddin terlibat dalam proses rundingan kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Rafizi mendedahkan bahawa berdasarkan cadangan awal, DAP sedia untuk menukarkan dua kerusi parlimen kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan kerusi Parlimen Segamat yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Segamat merupakan kerusi tradisi DAP sehinggalah PRU lalu, apabila parti itu menukarkannya dengan Parlimen Gelang Patah, yang berjaya dimenangi tokoh veteran Lim Kit Siang.

Namun, PKR sudah pun melepaskan beberapa kerusi kepada BERSATU, justeru giliran AMANAH pula untuk membuat kompromi.

"PKR akan menjadi pihak yang paling rugi (jika menyerahkan Segamat) sebab kita tidak dapat apa-apa," kata Rafizi.

Kemudian DAP tampil untuk menyelesaikan persoalan itu, melalui kerusi Parlimen Ayer Hitam.

Pada mulanya, AMANAH menuntut sebahagian besar kerusi Parlimen yang ditandingi PAS - termasuk Ayer Hitam - pada PRU lalu.

Sebagai kompromi, AMANAH melepaskan Ayer Hitam tetapi masih boleh bertanding di sana menggunakan logo DAP.

Sebagai pertukarannya, DAP melepaskan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada BERSATU.

Pada PRU ke-13, Wee Ka Siong menewaskan calon PAS, Hu Pang Chow dengan majoriti 7,310 undi. Hu kini merupakan anggota AMANAH.

Di Tanjung Piai pula, Datuk Wee Jeck Seng daripada BN menewaskan calon DAP, Mahdzir Ibrahim dengan majoriti 5,457 undi.

DAP turut menyerahkan Parlimen Batu Gajah kepada BERSATU.

DAP bertanding di 36 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU lalu. Pada PRU ke-14, parti itu akan bertanding di 35 kerusi Parlimen.

Konvensyen HARAPAN Ahad lalu mengumumkan BERSATU akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi.

Rundingan bagi kerusi di Sabah dan Sarawak serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pula masih berjalan.

Sumber TKO - 9-1-2018


Amanah (PAN) Merayu Bincang semula pembahagian kerusi
Posted on Tuesday, January 09 @ 10:06:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37659



SHAH ALAM - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mencadangkan platform Pakatan Harapan (Harapan) digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam Amanah mengenainya.

Salahuddin berkata, dua perkara akan dibawa ke meja rundingan iaitu mengatur semula kerusi yang dirasakan boleh menjadi faktor kemenangan dan berbincang mengenai kerusi negeri.

“Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi.

“Jalan penyelesaian kepada situasi sekarang adalah melalui Harapan iaitu kita atur balik kerusi yang kita rasa boleh berbincang tentang faktor kemenangan dan masih ada kerusi-kerusi negeri masih dalam proses rundingan. Masih ada jalan keluar dan dapat kita selesaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Amanah Johor dilaporkan memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor.

Manakala, Pengarah Pilihanraya Amanah, Dr Hatta Ramli didakwa meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa, namun dinafikan beliau.

Amanah Kuala Lumpur juga menyifatkan kelmarin sebagai hari duka kerana tidak mendapat 12 parlimen di Kuala Lumpur.

Salahuddin berkata, beliau menghormati pendirian Amanah Johor dan sesetengah individu yang rasa kecewa dalam soal pembahagian kerusi.

“Itu hak mereka dan kekecewaan mereka kerana Amanah ditubuhkan di Johor tetapi hanya dua kerusi diperuntukkan kepada Amanah.

“Biar mereka lahirkan rasa ketidakpuasan hati, namun tindakan mereka untuk tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan tidak akan membawa kepada timbul usaha meruntuhkan Harapan yang telah dibina selama ini.

"Kita akan berusaha mencari jalan-jalan perbincangan dalam Harapan,” katanya.
Jelasnya, ketidakpuasan hati tersebut masih berada dalam kerangka demokrasi dan tidak akan menjurus kepada perpecahan dalam Amanah.

“Saya rasa, kita perlu ambil pendekatan positif kerana mereka hanya suarakan pandangan agar didengari.

"Pimpinan peringkat nasional akan ambil daya usaha supaya perkara itu dapat dibincangkan secara harmoni atas semangat dalam Harapan,” katanya.

Sumber TKO - 9-1-2018


Hanya Amanah berkorban untuk PH, kata Amanah Johor
Posted on Tuesday, January 09 @ 00:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37654



PETALING JAYA: Amanah Johor menafikan dakwaan tindakan memboikot konvensyen Pakatan Harapan semalam kerana rasa terhina dengan peruntukan kerusi kepada mereka berbanding DAP dan PPBM.

Pengerusi Aminolhuda Hassan berkata boikot berujuan memberikan mesej jelas kepada kepimpinan Amanah pusat dan Pakatan Harapan bahawa Amanah Johor mempunyai pendirian tersendiri dalam isu tertentu.

Aminolhuda berkata mesej boikot itu ialah pembahagian kerusi perlu menegakkan konsep keadilan dan kesamarataan, tetapi nampaknya tidak berlaku.

“Kita korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen di sana.

“Dr Hatta Ramli meletakkan jawatan sebagai pengerusi Amanah Kuala Lumpur kerana mengambil tanggungjawab atas kegagalannya memperoleh walaupun 1 kerusi.

“Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada Amanah hanya kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripda julah kerusi yang akan ditandingi MCA.

“Akhirnya Amanah hanya bertanding 2 kerusi di Johor. Pulai dan kerusi suram, Parit Sulong,” katanya.

Sebelum ini, Aminolhuda dilaporkan berkata Amanah Johor kecewa kerana PH menolak permintaan untuk bertanding 5 kerusi Parlimen di negeri itu, lalu memutuskan untuk memboikot konvensyen PH.

Aminolhuda berkata Amanah hanya dibenarkan bertanding 2 kerusi iaitu Parit Sulong dan Pulai.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).

Aminolhuda berkata seolah-olah hanya Amanah yang sanggup berkorban untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.

“Kita antara yang ke depan membentuk Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Kita juga menjadi tunggak PH di Johor, bahkan isytihar Johor negeri barisan depan Amanah.

“Akhirnya kita korbankan hasrat kita dengan Johor jadi negeri barisan depan PPBM dan cadangan awal PH menamakan Salahuddin Ayub (naib presiden Amanah) sebagai pengerusi PH negeri diberi kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin (presiden PPBM),” katanya.

Beliau menambah pengorbanan itu dilakukan demi solidariti dan perpaduan gabungan pembangkang di Johor dan peringkat nasional.

Sumber TKO - 9-1-2018


Mampukah calon Amanah (PAN) mendapatkan 35% undi Pos?
Posted on Monday, January 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37653



Parlimen Lumut ni ada tiga DUN. Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Ada 88,000 pengundi kat Parlimen ini dan dari jumlah itu, 12000 adalah pengundi pos.

Sejak 1999, PKR tak pernah menang disebabkan undi Pos yang banyak ni.
Sejak 2011, aku selalu ke Manjung pasal isu Teluk Rubiah dan dalam masa yang sama, main politik. Wakaka.


  Ketua Cabang PKR masa tu ialah Shanmugam. Derebar teksi. PKR Lumut pulak berpecah pada dua. Geng Sitiawan dengan geng Pangkor. Ketua Cabang nak jadi calon, geng Pangkor pun nak juga. Tapi dua-dua aku tengok tak boleh cari makan la.

Untuk menang, perlu ada calon yang boleh mendapatkan undi Pos dari TLDM. Masa tu ternampak Laksamana Imran. Tapi dia orang Pas. Pegang kawasan Ketua Penerangan pulak tu. Nak tarik orang Pas jadi calon PKR bukan senang. Kalau takat aku yang nak pi pujuk, tak jalan la.

Pegawai khas Imran masa tu ialah Al Hud Zainal, dan dia aktif dalam KUASA. Sebelum PRU13, aku dapat pergi kerumah Hi Imran untuk mendapatkan pandanganya. Dia kata boleh dapat 50% undi Navy.

Bagi aku, dapat 30% cukup dah.
Selepas tu, aku tak masuk campur dah. Semua Anwar punya kerja. Apa yang Anwar janjikan kat Imran (berkupiah) aku pun tak tau. Yang aku tau, Imran masuk PKR dan jadi calon Lumut. Orang Pas sedikit kecewa tapi tak tunjuk. Aku tak tolong Imran masa mengundi sebaliknya tolong Pas di DUN Pasir Panjang.

Orang Pas bukan suka kat aku. Jadi, aku kena menyorok. Manjung Mari jadi barua Pas menjadi penghubung team aku dan Otai Manjung dengan Pas Lumut. Wakaka.
We are professional.

So, Imran menang. Dan dia cuba menggunakan kedudukan dia dalam PKR Perak. Dapat la jadi Tindakan Pengerusi negeri.

Dalam PKR, kena masuk team la. Sama ada team Azmin atau Rafizi. Imran cuba main kayu tiga. Azmin dia sokong, Rafizi pun dia sokong. Dalam masa itu, dia cuba membincangkan sokongan dalam PKR Perak. Orang baru nak naik cepat alamat kena cantas la.

Sejak 2008, DAP jadi taiko di Perak. Imran nak bertanding pun kena dapat restu Ngeh dan Nga. DAP setuju Imran jadi calon, tapi bukan atas tiket Pas.

Tahun 2013, Imran menang dengan undi DAP. Di Pangkor, dia kalah dengan 1166 undi. Kat Pasir Panjang, dia kalah dengan 262 undi tapi menang di Sitiawan dengan 10, 366 undi majoriti. Undi pos yang diperolehi oleh Imran ialah 35%.

Kali ni dapat kat Amanah. Masa Imran menang, orang tak kisah sangat sebab PKR ni parti berbilang kaum.

Macam mana kalau Amanah menang dengan trend yang sama? Kalah dikawasan Melayu dan menang dikawasan Cina?

Dan mampukah calon Amanah mendapatkan 35% undi Pos?

FB
Mat Saman Kati


Parlimen Lumut Dapat Kat Amanah (PAN)??
Posted on Monday, January 08 @ 18:59:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37647



Masa PSM umum kerusi yang nak ditandingi dulu, orang Amanah la yang ramai bising dalam wall aku kata PSM hanya memecahkan undi Pakatan. Mungkin friendlist aku ramai sangat orang Amanah..bersangka baik saja la. Mungkin tak mencerminkan keseluruhan orang Amanah.

Bila dah keluar senarai kerusi Parlimen untuk PH, Amanah dapat empat kerusi Parlimen di Perak.

Parit Buntar, Bukit Gantang, Parit dan Lumut.


  Dikeempat-empat kawasan ini, PSM tak tanding pun. Tapi penyokong PSM ramai. Depa nak sokong sapa la nanti? Nak sokong BN, tentu tidak. Nak sokong Amanah, depa dah anggap musuh yg nak memecahkan PH!! Susah jugak politik ni.

Dalam keempat-empat kerusi Amanah, tak ada yang pelik. Member aku, Anizam Ahmed rasa pelik sebab kerusi Lumut yang dimenangi PKR pun terlepas kat Amanah! Kak Aisah Lamsah pun terkejut macam mana kerusi menang pun boleh bagi kat orang!

Kerusi Lumut adalah ihsan DAP kepada Amanah. Amanah jangan seronok sangat. Menang pun kena kutuk... kalah jangan cakap la.
FB
Mat Saman Kati

Sumber TKO - 8-1-2018


Mat Sabu & Khalid Samad "JUAL" RM100 juta untuk dana PRU-14 bagi kerusi di Johor, Perak dan Selangor kepada Bersatu?
Posted on Monday, January 08 @ 00:08:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37635




SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji sikap “murah hati” Amanah (PAN) sebagai punca Pakatan Harapan (PH) boleh mencapai kata sepakat dalam rundingan pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Amanah (PAN) ni nak kata baru ke tak, nak kata lama pun tak. Dulu dia menjelma dalam PRU13, dia menjelma dengan nama lain. Sekarang dia jadi nama lain.

“Dia tuntut tempat lama payah nak bagi, tapi mereka murah hati, akhirnya yang jayakan agihan kerusi kalangan 4 parti ialah Amanah (PAN),” katanya disambut sorakan gemuruh hadirin dengan laungan “Amanah (PAN)”.


Pengerusi PH itu berkata demikian semasa berucap di Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM mengakui berdepan masalah dalam pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia kerana semua parti tidak berpuas hati.

“Saya yakin parti-parti PH tak ada satu pun yang puas hati. Sudah tentu parti saya tak puas hati, kita berharap dapat banyak…akhirnya kita dapatlah sikit.”

Bekas perdana menteri itu berkata, kerusi PPBM lebih banyak daripada parti lain kerana mereka mahu memanfaatkan ramai pemimpinnya yang berpengalaman dalam mentadbir negeri dan negara.
Katanya, beliau sedia berunding dengan parti lain yang membantah keputusan pembahagian kerusi itu.

Katanya, PKR selaku parti tertua dalam PH juga tidak mendapat semua kerusi yang diminta mereka.
“Walaupun DAP mudah sikit, dia tak banyak soal, dia nak pergi ke kawasan dia boleh menang, dia tak minta banyak.

“Kita beri kawasan kepada DAP, walaupun saya yakin kalau boleh dapat lagi banyak, DAP lagi seronok.”

Mengikut sumber sebelum pembahagian kerusi ini BERSATU telah menawarkan dana sejumlah RM100 juta bagi kerusi di Perak, Johor, Selangor dan beberapa negeri lain. Mahathir tahu AMANAH (PAN) tidak mempunyai kewangan cukup untuk bertanding. Semasa pilihanraya kecil dulu AMANAH (PAN) bendera pun tak boleh sediakan melainkan dengan bantuan DAP dan PKR.

Jadi maksud MURAH HATI Mahathir cukup mendalam....

GS - Kita harap Dr Hatta Ramli dan Aminolhuda Hassanboleh jelaskan isu ini kepada ahli-ahli PAN agar ahli-ahli PAN tahu cerita sebenar. Begitu juga dengan Mat Sabu dan Khalid Samad.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/



Sumber TKO - 8-1-2018

Pakatan Suci kini mula retak, tunggu nak terbelah... dengar cerita Hatta Ramli “Frust Tunggeng” letak jawatan
Posted on Sunday, January 07 @ 21:28:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37630



KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.

Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.

Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.

"Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.

"Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.

Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.

Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35).

GS - Tun Mahathir sebenarnya lebih suka Bersatu sahaja yang mewakili Melayu Bumiputra, DAP mewakili Cina dan India. PKR dan Amanah (PAN) sebenarnya tak perlu jika boleh diserap aje dalam DAP atau PKR (itu pun hormat kedudukan Anwar). Jadi tak hairan Amanah (PAN) akan disingkirkan secara halus dalam Pakatan Suci nanti.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 8-1-2018


Episod Perang dalam HARAPAN telah bermula... Mari kita tonton
Posted on Sunday, January 07 @ 13:48:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37625



Parti Amanah Negara (AMANAH) menerusi sayap pemudanya memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar tidak menjadi pengkhianat kepada gabungan parti pembangkang itu.

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana kepimpinan parti itu harus menyatakan taat setia dan mematuhi ketetapan pemimpin tertinggi HARAPAN.

“Keputusan-keputusan yang kita capai dalam Majlis Presiden, cuma terdengar di hujung terowong ada di kalangan pimpinan kita yang tidak akur, yang patah dan boleh dikatakan tidak taat atau pun mematuhi setiap keputusan yang telah diputuskan.

“Sebab itu Pemuda HARAPAN nak bagi amaran kepada pimpinan, jangan kamu jadi pengkhianat kepada HARAPAN.

“Sebab kita mahu kita sebagai anggota parti akur dan laksanakan apa yang ditetapkan oleh pemimpin kita,” kata Sany dalam ucapan di Konvensyen Pemuda HARAPAN di Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Kata Sany yang juga timbalan Ketua Pemuda HARAPAN ketaatan setiap anggota parti sangat dituntut kerana HARAPAN perlu berdepan dengan Umno-BN.

“Jangan khianat, sebab kita nak bertaruh dengan Umno-BN. Banyak kerja yang kita kena lakukan,” kata Sany.

Selain itu, Sany menegaskan bahawa Pemuda HARAPAN menolak keras kerjasama dengan PAS.

“Di hujung terowong juga kedengaran ada pimpinan yang menyatakan yang kami akan terus berbincang dengan PAS.

“Saya nak tanya Pemuda malam ini adakah kita akan benarkan pimpinan-pimpinan ini mengadakan kerjasama dengan PAS?

“Kalau tak setuju tolong bangun,” kata Sany disambut sorakan gemuruh 400 perwakilan Pemuda HARAPAN dengan laungan hidup rakyat, tumbang BN'.

GS - PAN ni pengkhianat parti PAS kini dia pula minta orang lain jangan khianat Pakatan. Boleh percaya ke nasihat daripada pengkhianat.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 7-1-2018


Tak puas hati agihan kerusi, AMANAH (PAN) Johor boikot konvensyen
Posted on Sunday, January 07 @ 13:32:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37624


Parti Amanah Negara (PAN) Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini, kerana dikatakan tidak berpuash hati dengan pembahagian kerusi di negeri itu.


"Kami minta lima kerusi parlimen, tetapi dapat dua (kerusi) sahaja - Parit Sulong dan Pulai.

"Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin AMANAH Johor tak datang," kata Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan kepada Malaysiakini.

Terdapat 26 kerusi Parlimen di Johor. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, DAP menang di empat kerusi parlimen dan PKR pula satu.

Satu kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada masa ini adalah Pagoh, yang dimenangi Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih bersama Umno.

Pada PRU itu, bekas pemimpin PAS (kini timbalan presiden AMANAH) Salahuddin Ayub bertanding di Pulai. Kerusi itu dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno) dengan majoriti 3,226 undi.

Parlimen Parit Sulong pula dimenangi Datuk Noraini Ahmad (Umno) dengan majoriti 11,753 undi, menewaskan Khairuddin Abdul Rahim (PAS).

AMANAH Perak juga
Segelintir pemimpin AMANAH Perak juga merasa tidak berpuas hati berkenaan perkara sama.

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi menyertai boikot tersebut.
"Saya sendiri tak datang kerana (isu) pembahagian kerusi, tetapi yang lain (dari AMANAH Perak) datang," katanya ketika dihubungi.

Sumber TKO - 7-1-2018



Macai AMANAH (PAN), Dr Mazlan ali buat kajian kononnya Abdul Hadi kalah Dun Rhu Redang pada PRU-14 nanti jika tak bersama HARAPAN
Posted on Friday, January 05 @ 09:57:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37592



PERANCANGAN yang dibuat oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) boleh menyebabkan beliau kehilangan kerusi Parlimen dan negerinya di Terengganu, dedah satu kajian.

Kajian itu mendapati, tindakan Hadi untuk membawa PAS bertanding tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bakal membawa bencana kepada partinya.

Penganalisis dari Pusat Kajian Universiti Teknologi Malaysia (VCE UTM) Dr Mazlan Ali dalam satu taklimatnya di Kuala Terengganu berkata bukan sekadar Parlimen Marang, Hadi juga boleh kehilangan kerusi DUN Rhu Rendang yang dimenanginya pada PRU13 jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti.

Mazlan berkata PAS juga bakal kalah di tiga lagi kerusi Parlimen dalam pertandingan tiga penjuru.

Kajian itu menjangka, PAS hanya akan menang dua kerusi di Terengganu dalam PRU14 iaitu Paka dan Sura yang terletak dalam Parlimen Dungun jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

Jika ini berlaku, tragedi 2004 akan berulang apabila PAS kehilangan Terengganu yang dimenanginya dalam PRU 1999, manakala Hadi sendiri kalah di Marang.

Hadi kalah di tangan calon BN, Abdul Rahman Bakar pada PRU 2004 namun menang kembali dalam PRU 2008 dan 2013 apabila PAS bergabung dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Semua kerusi PAS di Marang juga akan jatuh ke tangan Umno jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS," kata Mazlan pada majlis Analisis Politik Semasa PRU14 anjuran exco kerajaan negeri Terengganu Mohd Jidin Shafie, 31 Disember lepas.

Turut hadir ialah Adun Bandar daripada PKR, Azan Ismail dan Pengarah Komunikasi Amanah Terengganu Zubir Mohamad.

Mazlan berkata antara faktor yang diambil kira dalam kajian ini ialah berlaku pertambahan luar biasa pengundi baharu di Terengganu, kadar pengurangan pengaruh PAS antara 20-35% dan pengurangan pengaruh Umno antara 3-10% di negeri itu.

Mazlan memberikan empat sebab utama kenapa beliau meletakkan kadar pengurangan pengaruh PAS yang besar itu.

Sebab utama adalah berdasarkan perpecahan yang dialami PAS, sehingga menyebabkan akar umbinya menubuhkan Amanah (PAN).

Yang kedua pula pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dalam PRU 2013 lari ke PH.

"Sebab yang ketiga hala tuju PAS yang kurang jelas menyebabkan pengundi atas pagar tidak melihat PAS sebagai alternatif menggantikan BN, sebaliknya mereka melihat PH sebagai satu-satunya parti yang boleh menyaingi BN," kata Mazlan.

Persepsi umum bahawa PAS kini berbaik-baik atau ingin kerjasama dengan Umno juga menyebabkan sebahagian akar umbinya tidak selesa dan mungkin sama ada membuat undi protes atau mengundi PH, katanya.

Beliau berkata selepas berpecah pada 2015, PAS kehilangan ramai pengundinya dari kelompok yang menyokong pembangkang utama, bukan Melayu dan pengundi yang mengundi kerana ilmu terutama golongan pertengahan Melayu dan pengundi muda.

Hadi kini saling serang menyerang dengan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mendakwa Hadi kini memihak kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Kajian Mazlan dan rakan-rakannya juga mendapati, PH berpeluang di tiga kerusi DUN iaitu Wakaf Mempelan, Bandar dan Ladang yang terletak di Parlimen Kuala Terengganu, apabila hanya kalah tipis di kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru.

"Namun simulasi ini dibuat tanpa mengambil kira faktor calon, isu dan perkembangan politik selepas September 2017, iaitu ketika kajian dibuat," kata Mazlan yang banyak membuat kajian bagi pihak Majlis Profesor Negara (MPN) untuk Najib.

Katanya, walaupun mendapat ancaman dari Bersatu, Umno tidak berapa terkesan kerana parti itu mempunyai struktur politik Melayu luar bandar yang masih kukuh bersamanya.

"Ini disebabkan Umno ada keupayaan mengawal pengundi ‘subjek’ dan pengundi ‘parokial’ yang menjadi pengundi utama luar bandar melalui jentera kerajaan, media dan wang," katanya.

Mazlan berkata andaian ini dipandu oleh empat kajian yang dilakukan oleh VCE (Pusat Kajian UTM) sejak 2015 yang diketuainya di Terengganu.

Kajian menggunakan kaedah “kuantitatif” berbentuk “inferensi” dengan mengambil sampel yang dipilih secara rawak daripada populasi setiap kawasan Parlimen di negeri itu.

Di samping itu, kaedah kualitatif juga digunakan dengan cara temu bual dan pemerhatian secara ikut serta.

Pada PRU13, PAS menang empat kerusi Parlimen di Terengganu iaitu Marang, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta 14 kerusi DUN.

Di Parlimen Marang, selain kerusi Parlimen, Hadi juga menang DUN Rhu Rendang manakala calon PAS lain menang di Bukit Payong dan Alor Limbat tetapi kalah kepada BN di Pengkalan Berangan pada PRU13.

Hadi tiga minggu lalu menegaskan sekali lagi PAS akan bertanding sebanyak mungkin kerusi pada PRU14 kerana parti Islam itu akan bersama Gagasan Sejahtera, dan bukannya bekerjasama dengan BN atau PH.

Katanya, PAS mahu bertanding lebih 130 kerusi Parlimen.

"Bagi Terengganu kita akan bertanding di semua kawasan. Insya-Allah, menang atau kalah itu cerita lain.

“Apa yang penting setelah kita berazam, bertawakal kepada Allah, ahli mesti patuh dan taat, " kata Hadi dalam satu majlis di Marang pada pertengahan bulan lepas.



GS - UTM ada unit kajian untuk kejuruteraan tetapi tak ada unit kajian untuk sosial politik. Dr. Mazlan ni bidang apa? Tapi oleh kerana dia ni macai AMANAH (PAN) dia sanggup buat kajian macam Rafizi bagi nak tipu rakyat dan nak sedapkan tokeynya. Ini dipanggil kajian persepsi dan manipulasi anak beranak kajian tipu. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-1-2018

Tak ada isu tak ada publisiti diri, kini Husam tunggu Kerajaan PAS Kelantan Saman dia atas pendedahan fail sulit semasa dia jadi exco dulu
Posted on Friday, January 05 @ 09:32:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37589



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa menegaskan beliau bersedia menanti tindakan saman daripada pihak kerajaan negeri Kelantan susulan pendedahan beliau mengenai isu Lebuh Raya Rakyat.

Menurut Husam, kenyataan Exco Infrastruktur, Utiliti dan teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad mengenai penamatan kontrak Lebuh Raya Rakyat itu juga memberi 'harga' terhadap apa yang diperkatakannya.

"Saya gembira adanya tindak balas daripada kerajaan negeri semalam, sekurang-kurangnya atas satu isu yang saya bangkitkan pada hujung tahun 2017.

"Walaupun lambat,itu tidak menjadi masalah besar asalkan ada respon, walaupun dalam isu yang lain yang dibangkitkan sama tidak dijelaskan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan exco kerajaan negeri Kelantan itu tampil menjawab dakwaan Husam yang juga ADUN Salor itu berhubung isu penamatkan kontrak pemaju Lebuh Raya Rakyat.

Tekanan tertentu


Menurutnya, kerajaan negeri dimaklumkan oleh anak syarikat JKSB bahawa mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut atas tekanan tertentu.

"(Pemaju) ialah anak syarikat kerajaan persekutuan. Kita berunding, kita tidak tamatkan dan kita buat mutual agreement (persetujuan bersama).

"Ini bermakna mereka rela serah dan kita setuju penyerahan itu. Tapi (bukan dengan) terma penamatan kontrak, sebaliknya persetujuan kedua-dua pihak dengan syarat-syarat tertentu," katanya.

Terdahulu, Husam yang juga anggota Dewan undangan negeri (ADUN) Salor mendedahkan kerajaan negeri menamatkan kontrak bersama dengan syarikat berkenaan dan berdepan dengan satu tindakan saman.

Pendedahan Husam itu dibuat dalam satu forum yang diadakan di Kota Bharu, minggu lalu.

Respon kerajaan lambat, terbatas


Susulan kemungkinan berdepan saman oleh kerajaan negeri yang mendakwa beliau menfitnah, Husam berkata, pendedahannya adalah benar dan kerajaan Kelantan cemas dengannya.

"Kerana itu, respon kerajaan Kelantan sangat lambat, terbatas dan lebih berunsur ugutan dari penjelasan," ujarnya.

Husam turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sering berselindung dengan 'dokumen sulit' setiap kali sesuatu perkara dibangkitkannya.

"Sekali lagi, kali ini exco Kerajaan Kelantan mengancam mengambil tindakan kerana dokumen yang saya paparkan pada malam 28hb itu adalah 'dokumen penting'.

"Apakah bezanya dalam etika berkerajaan antara Kerajaan Islam PAS dengan kerajaan BN yang dikatakan sekular?

Selindung, sulit dan rahsia


"Kenapa PAS tidak sanggup bersikap telus dalam masalah kemaslahatan negeri dan rakyat dan lebih suka berlindung di belakang 'sulit' dan 'rahsia'?" Soalnya.

Tambah bekas naib presiden PAS itu, fakta dikemukakan beliau berdasarkan dokumen tertentu dan kerana itu kerajaan negeri, demi melindungi sesuatu yang tidak baik, terpaksa secara terbuka mengugut untuk mengambil tindakan terhadapnya atau pihak yang membocorkan dokumen itu.

"Sama ada rakyat Kelantan boleh menerima atau tidak tindakan PAS merahsiakan sesuatu yang buruk dari rakyat, terpulang kepada rakyat Kelantan tentukan dalam PRU nanti.

"Jika fakta saya salah, apa perlunya ugutan untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang memberikan dokumen kepada saya? katanya.

GS - Bila kita jadi pemimpin kita kena tahu mana satu fail sulit dan fail umum untuk pendedahan awam. Itu prosedur biasa bagi mengelak perkara sulit dimanipulasi pihak tertentu. Tapi Husam bodoh dalam perkara ini, tak hairan fail sulit post mortem PAS Kelantan boleh terdedah ditangan Kicdefella. Itu hebat Husam jadi pujaan HARAPAN.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-1-2018



Mahathir main angin Mat Sabu
Posted on Friday, January 05 @ 07:21:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37586



Bukan selalu seseorang pemimpin politik dapat mengajak bekas Perdana Menteri makan di rumahnya. Tetapi  bagi Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Mohamat Sabu atau lebih glamor dipanggil Mat Sabu, beliau berjaya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad ke rumah beliau di Shah Alam.


Meski musuh politiknya untuk sekian lama ketika Mat Sabu masih bersama-sama Pas, kini beliau dengan Pengerusi Bersatu itu dalam perahu perjuangan yang sama.

Mat Sabu memasak sendiri lauk-pauk yang dihidangkan, antaranya kambing goreng, nampla, gulai ayam nasi daging kambing, salad, dan ikan pekasam serta air asam.

Justeru, tidak hairanlah Tun Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali puas hati dengan masakannya.

“Beliau senyum sepanjang masa sampai balik,” demikian komen Mat Sabu mengenai reaksi Tun Mahathir berhubung hasil masakannya.

Bukan itu sahaja selepas itu sahaja Mahathir dalam banyak ceramahnya menyebut bahawa sepatutnya dia lantik Mat Sabu Menjadi PM.


Gembiralah Mat Sabu dan pimpinan AMANAH (PAN) atas kenyataan Mahathir ini sehingga kini Mahathir yang dulunya MAHAFIRAUM 22 tahun lalu sudah menjadi Manusia Suci yang perlu diangkat menjadi pemimpin untuk melewan dan menjatuhkan Najib.

GS - Tapi yang hairan walaupun banyak kali Mahathir sebut Mat Sabu ni layak jadi PM tetepi bila majlis mesyuarat HARAPAN tak pernah dengar nama Mat Sabu, malah cadangan nama Mat Sabu pun tak ada.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-1-2018


Azmin tanding Shah Alam? Bincang dulu, kata Khalid
Posted on Thursday, January 04 @ 17:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37575



SHAH ALAM, 4 Jan — PKR perlu berbincang dengan Amanah jika menteri besar Selangor mahu bertanding kerusi Parlimen Shah Alam.


Penyandang Khalid Samad berkata Datuk Seri Azmin Ali perlu kekal di parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), lapor Sinar Harian.

“Saya rasa Azmin takkan lari dari kerusi Gombak, kerana sokongan pada sejak (beliau) menjadi menteri besar,” kata pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah).
“Saya rasa Azmin boleh menang Gombak. Tak parlu cari kerusi lain”.

Beliau mengulas desas desus Azmin akan bertanding di situ berikutan nama timbalan presiden PKR itu dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor.

“[Saya] bertanding atau tidak, itu nombor dua. Tetapi yang diputuskan ialah kerusi Shah Alam adalah kerusi Amanah,” kata Khalid.

“Kalau nak tukar pun, kena bincang bersama.”

Sumber TKO - 4-1-2018


Akhirnya tercabut juga duri dalam daging, buruk dan bernanah
Posted on Sunday, December 31 @ 16:06:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37515



Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengumumkan beliau keluar daripada PAS berkuat kuasa tengah malam ini.

"Hari ini saya akan hantar surat kepada Setiausaha Agung PAS (Datuk) Takiyuddin Hasan.
"Berdasarkan perlembagaan PAS 15(2) maka ini saya zahir pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 1.59 malam 31/12/201.

"Kenapa saya tak buat pada 12am? Kerana 1 minit untuk tarik nafas untuk langkahi 2018," katanya berseloroh dalam sidang akhbar.

Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung di Facebook Amanah negeri Kedah.

Turut sama mengambil keputusan keluar daripada PAS ialah isteri dan anak-anaknya, kata Mahfuz.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

"Biar saya ambil ketenangan untuk ambil keputusan terbaik untuk rakyat dan negara," katanya ketika ditanya mengenai jemputan daripada parti lain.

Mahfuz sebelum ini merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Pada Oktober, PAS Kedah menggugurkan Mahfuz daripada senarai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

GS - Akhirnya gugur dengan sendiri. Terima kasih atas sumbangan kepada Pas sebelumini. Harap bersama dengan BERSATU tapi lambat, janji jawatan mungkin dah tak ada..... kata orang with or without u, nothing different kerana PAS tetapistiqamah dengan Islam menjadi pengangan lama ini.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 31-12-2017



Kalau ikut Husam dah lama kerajaan Kelantan Bangkrap!
Posted on Sunday, December 31 @ 11:25:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37512



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Husam oh Husam, dari seorang dah jadi kuasa 10. Dari satu dah juga jadi lebih 10 dakwaan mengarut marutnya tentang kerajaan Kelantan.Dari kes rasuah, salah laku, exco kebas pitih pergi melancung sekarang timbul pula cerita dongeng pasal agensi kerajaan Kelantan disaman dan penyelesaian luar mahkamah yang melibatkan juta juta ringgit.

Yang bestnya, Husam hanya membuat dakwaan berdasarkan ayat "saya difahamkan".Siapa yang fahamkan dia tak tahulah pulak.Entah entah orang Gila dari hutan mana yang beri kefahaman kepadanya untuk menuduh dan mencabar kerajaan Kelantan menjawab tuduhannya.

Dah jadi kerja Husam nampaknya menuduh dan dia mahu pula kerajaan Kelantan menjadi penjawab tuduhan.Liciknya atau gila orang macam ni?

Entah entah nanti kerajaan Kelantan tak ada kerja lain jawab tuduhan Husam saja.Husam ajak kerajaan Kelantan buang masa ke apa?

Dahlah tu Husam sebagai ADUN ada banyak peluang untuk mengemukan soalan di DUN tetapi nampaknya Husam lebih seronok mengadakan majlis penglipur lara dan bercerita di situ.

Husam oh Husam dahlah awak tu tak ada kerja lain, ajak pulak kerajaan supaya tak buat kerja.Kalau diikutkan cerita saman dan kehilangan duit kerajaan Kelantan yang diceritakan Husam, kerajaan Kelantan dahpun bangkrap.

Kalau pasal rasuah pulak, yang kena dakwa ialah KM Penang tapi yang dituduh betimbun timbun Exco Kelantan, Macam mana tu Husam?

Sumber TKO - 31-12-2017


Jeming (PAN) sedia rempuh PAS Kelantan dengan bantuan UMNO...Tak percaya? Tanyalah Wan Rahim
Posted on Tuesday, December 12 @ 17:29:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37283



Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hassan (sepupu Husam Musa), sedia menyahut cabaran untuk mendepani Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurutnya, jika itu arahan dan hasrat kepimpinan parti, dia menerima tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka.

Sebelum ini Husam Musa berkata dalam program Hard Talk sempena Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pakatan Harapan Kelantan di Bangi berkata "Saya beritahu rakan-rakan dalam AMANAH, mula-mula saya masuk AMANAH, tumpuan kita bukan kerusi marginal, tugas kita adalah mencari kemenangan di kerusi kubu kuat PAS"

Tambah Husam lagi, kawasan kubu PAS yang akan dirempuh ialah "Antaranya DUN Demit, Pasir Tumbuh, Pasir Pekan, Meranti, dan Panchor,"


Februari 2017 lalu beberapa portal dan blog, termasuk laman Tranungkite.net  menyiarkan bahawa Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan sedang berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU 14 menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan demi pendedahan dibuat termasuk menamakan beberapa Ketua Bahagian UMNO yang terlibat dalam usaha "UG" ini. Hari-hari serang PAS-UMNO nak UG tiba-tiba terdedah rupanya PAN/IKRAM terbabit nak UG dengan UMNO bagi menjatuhkan PAS termasuk merempuh kubu kuat PAS Kelantan di Pasir Tumbuh, Meranti dan Demit.


Beberapa siri pertemuan antara pimpinan PAN/IKRAM dengan UMNO Kelantan didedahkan. Ekoran daripada itu untuk menutup pendedahan ini PAN Kelantan membuat report polis dan ingin menyaman laman Tranungkite.Net.


Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah (gambar di atas dia buat report polis) berkata pihaknya akan membuat laporan polis pagi ini (22 Februari 2017) behubung tuduhan liar itu.

“Saya menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

“Tiada sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi (21 Februari 2017).


Malah dia membuat penafian dalam semua media AMANAH (PAN/IKRAM). Ikut firasat lebai ini sahaja nak tutup "kemaluan" aje.

Boleh percaya ke??

Politik sekarang; banyak perkara tak boleh dipercayai. Report polis, saman, malah akuan sumpah pun tak boleh dipercayai boleh dibuat-buat untuk menunjukkan kononnya benar.

Dulu PAN kata PAS mesti saman "Sarawak Report" dalam kes terima duit RM90 juta untuk membukti bahawa PAS benar. Bila pendedahan UG antara AMANAH (PAN) Kelantan dengan UMNO Kelantan, PAN kata mereka nak saman laman Tranungkite.Net.

Hari ini 12 Disember 2017 dan 10 bulan sudah berlalu, belum ada saman daripada Husam Musa bersama Wan Rahim atas isu ini kepada laman TranungKite.Net.

Artikel pendedahan berkenaan masih boleh dilayari di laman Tranungkite.Net.

Nak kata Husam Musa dan Wan Rahim tak tahu di mana laman Tranungkite.Net beroperasi agak musykil kerana laman TranungKite.Net satu-satu laman semenjak zaman reformasi lagi (1999) mendedahkan pejabat operasinya, malah terdapat nombor telefon sekali. Pada masa itu laman-laman menyembunyikan indentiti tetapi TranungKite.Net mendedahkan mereka berada di Dungun, Terengganu dengan alamat lengkap. Takkan Husam dan Wan Rahim tak jumpa.

Kalau Tranungkite (TKO) sembunyikan pejabatnya lebai percayai jin Husam boleh membongkarnya...

Tranungkite.Net tidak memadamkan artikel pendedahan UG PAN dengan UMNO sehingga hari ini (anda boleh layari). Ini menunjukkan mereka ada bukti yang sahih tentang UG berkenaan.


Dah 10 bulan, janji tak lebih sebulan. Bila nak saman. Kalau tak saman ini bermakna memang sah wujud UG parti Islam baru PAN dengan UMNO untuk menjatuhkan PAS di Kelantan pada PRU-14 nanti.

Mengikut sifir PAN kalau tak saman bermakna pendedahan itu benar.
Mana nak letak muka engkau Husam dan Wan Rahim cakap bergegar-gegar kononnya PAS-UMNO nak UG tiba-tiba senyap-senyap engkau buat UG dengan UMNO.

Pengikut PAS termasuk puak IKRAM pun jadi 'bodoh' sama....


Sumber TKO - 12-12-2017



Jeming sedia 'rempuh' Mohd Amar di DUN Panchor
Posted on Tuesday, December 12 @ 06:42:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37270


Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, sedia menyahut cabaran untuk mendepani Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.


Menurutnya, jika itu arahan dan hasrat kepimpinan parti, dia menerima tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka.

"Jika AMANAH Kelantan dan kawasan bersetuju dengan cadangan ini, saya akan menumpukan perhatian di Dewan Undangan Negeri Panchor bagi memenangkan AMANAH Kelantan.

"Saya akan berkerja untuk menang dan saya yakin peluang tetap ada," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, Hazmi atau lebih dikenali sebagai Jeming dicadangkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa, sebagai calon di Panchor tersebut.

Sebagai rekod, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempertahankan kerusi tersebut sejak 2004.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan dengan majoriti 5,036.

Panchor terletak di bawah kawasan parlimen Pengkalan Chepa yang memang menjadi kubu kuat PAS.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata, Hazmi mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh menggunakan pengaruh ayahnya yang aktif dalam PAS sebelum ini.
"Ayah Jeming ialah bekas setiausaha PAS Pengkalan Chepa, bekas pegawai khas kepada tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) cuma beliau belum isytihar masuk AMANAH.

"Tetapi kalau Jeming jadi calon HARAPAN di Panchor, saya yakin ayahnya boleh menggunakan pengaruh beliau di Panchor," katanya.

Sementara itu, Hazmi berkata, dia yakin - seperti Husam - bahawa Mohd Amar boleh dikalahkan dengan kerjasama semua pihak dan dengan izin Allah.

"Cadangan Datuk Husam ini satu penghargaan kepada anak muda, itulah bukti bahawa AMANAH sebuah parti yang meraikan perjuangan orang muda.

"Saya juga menanti respon Mohd Amar, adakah beliau akan meramalkan keputusan PRU14 di Panchor dengan mengatakan saya akan kalah dan hilang deposit seperti pernah diucapnya sebelum ini," jelasnya yang juga bekas aktivis PAS Kelantan.

Sumber TKO - 12-12-2017

Kalau dengar Husam sembang, keretapi boleh terbang
Posted on Monday, December 11 @ 07:09:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37255



Kalau dengar Husam sembang, keretapi boleh terbang, Dato' Nik Amar boleh balik awal lawan Jeming Hassan. Power sungguh "kuasa kuda" dia.....

Petikan Kata Husam BersamaTun Mahathir Semalam

  • Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menyatakan keyakinan mereka mampu menang di kubu kuat PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
  • Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor yang disandang Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, menurutnya, PAS boleh tewas jika berdepan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.
  • "DUN Panchor ini sesetengah orang kata, kita (AMANAH) tak ada harapan, Datuk Mohd Amar adalah tokoh paling kuat dalam dunia.
  • "Tetapi kalau saudara Jeming (Hazmi) dicalonkan bertanding di Panchor, saya yakin beliau boleh kalahkan Mohd Amar," katanya dalam sesi program Hard Talk dan Majlis Kutipan Dana AMANAH Kelantan PRU14 di Bangi, Selangor, malam tadi.
Kredit

Sumber TKO - 11-12-2017


Adakah PAN ditubuhkan kerana ALLAH?
Posted on Monday, December 11 @ 06:49:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37252



Assalamualaikum,,,  Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Ekoran kehilangan panglima perang PAN yang meninggalkan Ahmad Awang terkontang kontang dalam lautan penyokong PAS ketika demo Baitulmaqdis, timbul persoalan apakah sebenarnya matlamat penubuhan PAN sehingga ahlinya sendiri yang berada ditengah tenggah demo bersama Ahmad Awang macam kera sumbang mengeluh dalam satu surat terbuka.Surat terbuka yang mendedahkan tembelang panglima perang PAN yang pula diberitakan tidak bersama pendemo tetapi menampakkan diri di kedutaan Amerika terpisah dari arus bantahan mega dalam demo yang mana PAS menyediakan pentas bergerak untuk semua pihak menyatakan luahan isi hati masing masing.

PAN tidak dapat meluahkan isi hati mereka kerana menurut ahlinya yang hadir di demo itu, mereka terlalu sedikit dan terpencil seperti kera sumbang dan tidak berupaya meminta giliran berucap di pentas PAS.

Lantaran itu, apabila kembali kepada era zaman menubuhan PAN, Mat Sabu ketika itu pernah menyatakan PAN akan mengikuti Islam yang syumul kerana PAS sudah tidak releven lagi sebagai parti Islam.Di mana syumulnya panduan PAN? Kalau dulu ketika perhimpunan solidariti untk Rohinya, PAN tidak hadir kerana mendakwa ianya di politikan oleh PAS dan Umno dengan kehadiran TGHH dan Najib di pentas yang sama, apakah ini kesyumulan Islam yang menjadi ikutan PAN?

Kali ini ketika Umat Islam sejagat diancam oleh Trump dengan mahu menjadikan bandar Baitulmaqdis yang menempatkan masjid ketiga suci, masjidil Aqsa sebagai ibu negeri Israel, dan ketika umat Islam sejagat bangkit membantah, di mana PAN?

Apakah dengan menunjukkan muka di kedutaan Amerika sudah dikira memadai dan sudah meletakkan Islam yang syumul sebagai panduan mereka? Kalau diperhatikan surat terbuka ahlinya, satu arahan sudah dikeluarkan kepada ahli ahlinya untuk hadir di demo tersebut, tetapi panglima perang mereka tidak menampakkan muka.Apa kah dengan hadir di kedutaan itu memadai mengatakan mereka hadir?

Timbul pula soal keikhlasan dalam tindakan mereka.Dari itu kalau ada yang mendakwa ahli yang menulis surat terbuka itu tidak perlu mengeluh kerana tindakan mereka hadir di demo itu kerana ALLAH, mengapa nak diambil kira sedikit atau ramai maka mereka juga perlu menyoal kenapa panglima perang mereka muncul di tempat lain?

Apa yang boleh diperhatikan, Ahmad Awang mungkin sudah diperangkap oleh panglima perang PAN dan akan terus terperangkap selagi dia kekal jadi penasihat PAN.PAN juga bukanlah sebuah parti Islam yang berpandukan Islam yang syumul sebaliknya perkembangan demi perkembangan yang berlaku dari awal penubuhannya sehingga sekarang menunjukkan PAN adalah sebuah parti Islam liberal dan petunjuk mereka bukanlah Islam yang syumul tetapi DAP.

PAN ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang sahaja, bukan untuk menggantikan PAS sebagai jemaah dan parti Islam.Jadi PAN jangan perasan mereka parti Islam yang berjuang untuk Islam yang syumul dan perlu mengakui bahawa penubuhannya bukan kerana ALLAH tetapi kerana DAP!

Sumber TKO - 11-12-2017



Jeming boleh menang di kubu kuat PAS kata Husam Musa
Posted on Monday, December 11 @ 06:45:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37251


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menyatakan keyakinan mereka mampu menang di kubu kuat PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.


Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor yang disandang Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, menurutnya, PAS boleh tewas jika berdepan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.

"DUN Panchor ini sesetengah orang kata, kita (AMANAH) tak ada harapan, Datuk Mohd Amar adalah tokoh paling kuat dalam dunia.

"Tetapi kalau saudara Jeming (Hazmi) dicalonkan bertanding di Panchor, saya yakin beliau boleh kalahkan Mohd Amar," katanya dalam sesi program Hard Talk dan Majlis Kutipan Dana AMANAH Kelantan PRU14 di Bangi, Selangor, malam tadi.

Sebagai rekod, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempertahankan kerusi tersebut sejak 2004. Pada PRU lalu, beliau menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan dengan majoriti 5,036.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata, Hazmi yang dikenalai sebagai Jeming mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh menggunaka pengaruh ayahnya yang aktif dalam PAS sebelum ini.

"Ayah saudara Jeming adalah bekas setiausaha PAS kawasan Pengkalan Chepa, bekas pegawai khas kepada tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), cikgu Hassan belum isytihar masuk AMANAH.

"Tetapi kalau Jeming jadi calon HARAPAN di Panchor, saya yakin cikgu Hassan boleh menggunakan pengaruh beliau di Panchor," katanya.

Sementara itu, Husam berkata AMANAH Kelantan khususnya akan memberi fokus kepada kerusi-kerusi yang menjadi kubu kuat PAS.

"Saya beritahu rakan-rakan dalam AMANAH, mula-mula saya masuk AMANAH, tumpuan kita bukan kerusi marginal, tugas kita adalah mencari kemenangan di kerusi kubu kuat PAS.

"Antaranya DUN Demit, Pasir Tumbuh, Pasir Pekan, Meranti, dan Panchor," ujarnya.

Sumber TKO - 11-12-2017



Surat terbuka Penyokong AMANAH (PAN/IKRAM)
Posted on Friday, December 08 @ 17:57:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37218



Semalam mendapat mesej dalam group Amanah, SU meminta ahli² Amanah turun berdemo di hadapan kedutaan U.S

Saya terpaksa megambil cuti mengejut memandangkan ini adalah suatu manifestasi besar penentangan terhadap Zionis Israel dan Donald Trump U.S. Saya bersama seorang kawan bergerak ke kedutaan, dan di tengah² ribuan penyokong parti Pas, kami bertemu Y. Bhg Ustaz Ahmad Awang yang ditemani dua orang berumur 40an berpakaian awam (India Muslim). Kami berkumpul bersama sehingga berjumlah hampir 20 orang.

Saya zahirkan perasaan malu utk mengeluarkan bendera Amanah di tengah belasan ribu penyokong Pas, sebetulnya saya silap memakai baju Amanah. Kami hanya berada sekelompok memekakkan telinga kerana pentas bergerak (Hilux) Pas berada dekat dengan kami.

Saya amat kesal dengan sikap pimpinan terutamanya Tn Hj Anuar Tahir yang sebelumnya menulis memo arahan berdemo, padahal batang hidung beliau langsung tidak kelihatan. Saya juga amat kesal panglima perang demo seperti Tn Hj Presiden, Dr Hatta, Yb Khalid dan semua pimpinan tidak langsung cakna dengan program yang diarahkan.

Bilangan kami yang amat sedikit, tidak memungkinkan kami berani meminta ruang berucap di pentas bergerak Pas atau umno, sedangkan semua Ngo dan wakil mahasiswa diberi peluang berucap. Apa yang mampu kami lakukan ialah mengadakan FB Live Ustaz berlatar belakangkan penyokong Pas. Suatu waktu port kami dihimpit oleh kumpulan Ngo Perkasa. Kumpulan kami terburai apabila Perkasa membakar patung Donald Trump, dan polis datang menyuraikan kekecohan tersebut.

Akhir kalam, kami amat kesal dengan sikap lepas tangan pimpinan dan membiarkan Ustaz Ahmad Awang keseorangan. Maaflah untuk masa hadapan, malu ini masih menempek muka, apatah lagi lensa kamera yang dihala kepada kami seperti sinis mentertawakan kumpulan kami yang amat kecil.

Ahmad Mazlan
Cheras Baru
8/12/2017



Sumber TKO - 8-12-2017

Ada arahan tp ini saja yg hadir...??
Posted on Friday, December 08 @ 17:17:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37216



Parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM) telah membuat arahan agar semua ahlinya turun untuk protes Isreal di Kedutaan Amerika. Agaknya berapa orang yang hadir?










Sama ramai dengan polis...










AMANAH (PAN/IKRAM) patut malu kepada DHPP




Kredit
Kamarul Syazrin


Sumber TKO - 8-12-2017




Oii Engkau Main Banjir Ya, Ingat Hadir Mahkamah
Posted on Tuesday, December 05 @ 23:09:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37174



Bicara Saman Pemula kes Wisma Tok Guru yang dijadualkan untuk dijalankan hari ini di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu telah ditangguhkan ke 17/12/2017.

Penangguhan ini adalah kerana pihak peguam yang mewakili Dato’ Husam Musa baru sahaja menerima Affidavit Jawapan bagi Saman Pemula Dato’ Husam Musa terhadap proksi Pas, Mohd Yasin bin Yusoff pada hari khamis lepas.

Menurut berita peguam Husam memerlukan masa bagi mengemukakan jawapan balas afidavit Mohd Yasin itu dengan alasan baru balik daripada Mekah.

Ini adalah normal.

Yang tak normalnya ialah Husam Musa mengambil kesempatan untuk melambatkan bagi memastikan mereka kononnya dapat menggunakan bangunan itu sehingga PRU14.

BUKTI??







Pada pukul 11.20 malam,  17 Oktober 2017 Husam Musa berkata 
Jadi notis tu ambo sendiri, secara rasmi tidak terima lagi. Kalau terima notis, ambo akan failkan ke makhamah. Sementara makhamah selesaikan, Amanah akan gunakan bangunan tu sampai bila-bila. Kalau makhamah lambat selesai, selepas pru 2018,2019 Amanah akan guna bangunan tu sampai bila-bila.
Jadi Husam Musa guna strategi ini untuk memastikan dia dapat guna Pejabat Utama AMANAH (PAN/IKRAM) Kelantan. Malu markaz utama kena tawan belum bertanding. Macam mana nak tawan Kelantan daripada PAS??

Husam kata lagi


Jadi sebelum dia boleh hambat kita, kita kena cara dulu .Cara setahun ka, cara 10 tahun ka , selagi cara tak selesai Amanah akan gunakan bangunan tersebut. INI PENEGASAN AMBO.

Husam Musa guna teknik kotor dah lama. Lebai ada menulis sebelum ini anda boleh baca di sini.

Politik itu pada asalanya tidak kotor. Hari ini, terutama menjelang PRU-14 kita melihat aksi politik makin menyimpan daripada asalnya. Islam diketepikan, skularisme menyusut masuk, maka timbul MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Sejarah Politik Dunia barat moden makin menjadi rujukan, politik Islam yang diajar Rasulullah s.a.w. kian dilupakan. Nama Niccolo Machiavelli tentu tak terlepas menjadi rujukan golongan profesional yang masuk terjah dalam dunia politik. Politik dan pemikiran serta praktikal politik kotor semacam menjadi kewajipan demi untuk mencapai kememangan.



Melalui buah pemikiran termasyur yang berjudul "The Prince" menjadi kitab rujukan golongan ini  dengan slogan "Politik itu Bebas Nilai" dan agama itu diketepikan.Bagi Nicco, politik tidak boleh dikaitkan dengan etika atau moralisme. Yang penting darinya adalah bagaimana seorang (calon) mampu mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan. Maka di sini mulai STRATEGI POLITIK KOTOR menjadi agenda "kewajipan" untuk digunakan tanpa batas AGAMA.

Husam belajar semua ini dan dipratikkan. Ajaran Tok Guru Nik Aziz dia ketepikan.



Husam memikirkan cara baru. Cara baru ialah menyambung LIDAH SYAITAN, mengikut politik "Niccolo Machiavelli" dan mengenepitkan ajaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.









MATLAMAT MENGHALAKAN CARA, iaitu dengan membuat fitnah kepada PAS berkenaan dengan duit RM90 juta masuk dalam akuan PAS melalui Affin Bank.
Bukan itu sahaja Husam Musa mengepikan ajaran Islam bahawa orang yang membuat tuduhan mesti mengemukan bukti atas tuduhannya. Bagi Husam itu tidak penting asalakan dia boleh LANYAK PAS dan geng ULAMA dalam PAS.



Husam lebih suka cara politik barat, yang kena tuduh terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyaman orang membuat tuduhan. Bukan sahaja wang, malah orang kena tuduhan terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah.

Jika orang yang dituduh tidak menyaman, maka ini peluang dan modal untuk Husam Musa akan jaja diceramah-ceramahnya bahawa yang kena tuduh ini sebenarnya bersalah. Imej politik PAS akan menjadi makin tercalar. Dari segi politik Husam Musa akan berjaya dan politik kotor ini menepikan akan adanya hari Akhirat yang pasti setiap apa yang kita lakukan pasti Allah s.w.t. akan menghitungnya.

Ada yang berkata takkan Husam nak buat perkara seperti ini.

Saya berkata bai'ah talak isteri pun Husam langgar. Baiah dengan Allah pun Husam sanggup langgar apakan perkara tuduhan kecil seperti ini bagi Husam. Biasalah manusia apabila dendam menghantui diri akal menjadi sempit, pemikiran menjadi tidak waras dan nafsu menguasa segala-galanya.








Husam Musa juga tahu proses mahkamah memakan masa yang lama. Jika PAS sama Husam Musa masih sempat mengatakan ini benar-benar berlaku dalam ceramah-ceramahnya. Jadi sempatlah isu ini digunakan untuk PRU-14 nanti.

Perkara ini sudah sebut pada ceramah 6 Februari 2017 lalu bahawa bukti akan ditunjukkan pada PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN.

Selepas PRU-14 Husam Musa akan minta penyelesaian diluar mahkamah. Dia hanya mungkin membayar paling banyak RM30 ribu untuk penyelesaian diluar mahkamah kepada PAS. Berbaloilah dengan RM30k boleh LANYAK PAS dan imej PAS tercalar teruk.









Husam pernah menggunakan cara politik kotor ini kepada UMNO iaitu dengan membuat tuduhan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Dato' Pa memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ketika hampir PRU-13 lalu.

Dewan Ulama PAS Kelantan membantah cara ini tetapi Husam Musa berdegil dan meneruskan cara politiknya dan mengatakan dia akan tanggungjawab. Husam Musa mengenepikan arahan Dewan Ulama dan mengikut cara politik Pakatan Rakyat.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013.

Sinar Harian 5 April 2013 telah menyiarkan berita penafian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dakwaan Husam Musa kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri Kelantan. (sila rujuk di sini)

Sehubungan itu, Dato' Pa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

Husam tidak berbuat demikian kerana ini adalah strategi politik kotornya, kononnya nak selamatkan Kelantan dan membantah cara Ulama PAS bekerja yang dikatakan politik kuno yang berstratgi. Kononnya jujur dan ikhlas tak akan berjaya dalam dunia hari ini. Ini pemikiran sesat Husam Musa.

15 April 2016 Sinar Harian sekali lagi menyiarkan berita "Saman Tok Pa terhadap Husam selesai" (sila rujuk di sini)


Saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua Umno bahagian di negeri itu selesai.
Keputusan itu dicapai selepas kedua- dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Husam membacakan pernyataan kekesalannya dan bersalaman dengan Mustafa selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin sebentar tadi.

TIGA TAHUN isu ini bermain di Mahkamah. barulah Mahkamah boleh membersihkan nama Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Saya bukan nak membela UMNO tetapi saya bercakap diatas KEBENARAN, diatas fakta dan hujah. Inilah Husam Musa yang anda tidak kenali. Semasa dalam PAS dibuat perkara yang tak betul, apatah lagi bila diluar PAS bersama parti AMANAH (PAN/IKRAM).










Husam Musa ini jika bercaramah bercakap pasal agama, macam-macam nas dan hadis mengalahkan ulama silam, tetapi hatinya buruk, busuk dan perangainya sangat JAHAT. Suka berdendam. Tanya Sayuti Omar penulis upahan, kalau tak percaya. Sayuti masih hidup. Kalau tak jumpa engkau cari Zulaimi Kazim tokey Kopi Janda (dulu) tukang sponsor MSO sekarang ini. MSO akan cerita bagaimana Husam buat kepada dia semasa mereka kawan baik dulu sehingga Sayuti menulis SI BAJU PETAK.

Dia hendak menggunakan cara yang sama untuk PERKENA PAS.

Orang yang bodoh sahaja boleh percaya kerana orang bodoh tidak mempunyai maklumat yang benar dan Allah gelapkan hatinya supaya dia jahil dengan maklumat yang tidak benar, Nauzubuillah semoga Allah jauhkan kita daripada POLITIK KOTOR HUSAM BIN MUSA.

Kita memang nak Putrajaya. Kita memang nak jatuhkan UMNO. Tetapi kita ada ISLAM. Islam mengajar kita cara berpolitik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Kini

Husam Musa nak guna tektik yang sama kepada PAS. Dia ingat dia cerdik. Dia tak lihat cerdiknya PAS. Dia kata PAS tak boleh guna bangunan tersebut sehingga mahkamah putuskan.

ok PAS tak guna bangunan itu.
PAS pula kata, AMANAH (PAN/IKRAM) jangan guna tanah PAS termasuk pijak!!

AGAK-AGAKnya HUSAM dan parti ISLAM BARU PAN/IKRAM akan GUNA JINnya tak dalam kes ini??


Sumber TKO --5-12-2017

PAN yang takut dengan bayang bayang....
Posted on Tuesday, December 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37168



Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

PAN dalam setiap kesempatan  yang ada pasti akan terus menyepinkan fobianya tentang kerjasama PAS dan Umno.Apa tidaknya kini PAN mengambil kesempatan untuk mengandaikan adanya kerjasama antara PAS dan Umno dengan hadirnya TSKI ke perhimpunan agung Umno.Kononnyya TSKI menjadi duta untuk menyatukan PAS dan Umno. Tidak mustahil bekas bendahari agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi pemudah cara kerjasama PAS dan Umno kata Ir Izham Hashim, Pengerusi AMANAH PAN Selangor

Kenapa PAN begitu takut dengan kerjasama PAS Umno ini? Apakah perlu mereka membuat kenyataan seperti kenyataan Pengerusi PAN Selangor?Pada saya tak perlu sebab apa yang akan dilakukan oleh PAS dan Umno adalah strategi politik mereka di mana semua tahu PAN adalah musuh politik kepada PAS dan Umno, jadi apa saja yang musuh politiknya lakukan samada bergabung atau tidak bukan urusan PAN yang hanya perlu memiliki strategi politik mereka sendiri untuk melawan sama ada PAS atau Umno.

TSKI pula ialah agen bebas selepas PKR menyinkirkannya.Jadi tak siapa boleh halang dia untuk pergi ke mana saja dia suka.Dia hadir di perhimpunan Fastaqim PAS dan hadir di PAU Umno dan dia dikhabarkan ingin  berbaik baik dengan PAS dan Umno.Maka itu hak dia yang tidak dipengaruhi atau mempengaruhi sesiapa pun.Kenapa pula PAN yang gelabah tak tentu pasal?

Rasanya PAN lebih takut dengan bayang bayang, apa saja yang terjadi akan membentuk bayang bayang ajal yang menggerunkan bagi PAN dan mulalah mereka membuat andaian serta dengan merapu rapu meneruskan fitnah yang sudahpun kantoi.Dedak 90 juta kini dinaikan kepada 200 juta kerana kegerunan mereka kepada bayang bayang.

Tidak ada satupun yang pasti.Apa saja yang disebut atau dilakukan PAN baik oleh pemimpinnya atau pencacainya semuanya bagai bayang bayang juga, tak ada yang pasti.Pencacai mereka contohnya mendakwa PAS dikencing oleh Umno pada ketika ada pemimpin mereka pula mengandaikan ada agent penyatuan PAS Umno yang sedang bekerja.Ada pencacai mereka terus menyepinkan dedak antara 90 juta ke 200 juta diterima oleh ulamak walaupun mereka tahu benar bagaimana editor SR berbelit belit mahu mempertahankan fitnah asalnya dalam kes saman PAS terhadap SR.Ambiga yang dinamakan sebagai sumberpun tak berani nak mengesahkan tapi pencacai PAN berani sesudah pemimpin jin kuasa 10 mereka Husam mendakwa sudah mendapat bukti tentang dedak itu malah dakwanya jumlahnya lebih banyak.Tetapi peliknya kenapa editor SR tidak sertakan bukti yang ada pada Husam dalam kes samannya?


Awal awal lagi dah kantoi dan yang nampak cuma bayang bayang ajal untuk pencacai dan pemimpin PAN.

Sumber TKO - 5-12-2017



Mujahid Cuba Dedah Punggung Najib, Tapi...Malangnya Punggung Mujahid Sendiri Berkurap!
Posted on Tuesday, December 05 @ 08:25:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37156



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak digesa menegur rakannya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah mengongsikan video anti-Islam di laman Twitternya.

"Sekurang-kurangnya PM kita perlu tegur. Apalah guna jumpa Trump tapi tak guna hubungan baik untuk tegur Islamofobia Trump," kata Naib Presiden AMANAH (PAN/IKRAM) Datuk Mujahid Yusof Rawa kepada Malaysiakini.

Komen pendek aje daripada lebai..


Mujahid Rawa ni kan banyak kali buat perjumpaan dengan kumpulan G25 dan Sister In Islam. Tak ada hati ke Mujahid nak ulas pasal Datin Noor Azimah tak setuju dengan pelajar sekolah sebelum balik ke rumah kena solat zohor berjamaah? Datin Noor Azimah, chaiman PAGE yang juga ahli G25.

Satu lagi.
Takkan Mujahid Rawa tak nak tegur Hanipa Maidin pasal Atheis itu agama?

Lebai respek juga kepada Dr Mariah dia buat teguran. Takkan Mujahid Rawa nampak kurap Najib aje.. Kurap sendiri macam mana?

Bila lebai menulis pasal ini, jangan engkau orang kata lebai sudah sokong Najib.
Najib dan Mujahid Rawa sama aje, Guna Islam untuk kepentingan politik.

UMNO dan AMANAH (PAN/IKRAM) ini semuanya perosak bangsa dan agama.


Sumber TKO - 5-122-2017



Ketua Amanah (PAN/IKRAM) Sik Kini Jadi Broker Kahwin Secara Ghaib
Posted on Sunday, December 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37123&mode=thread&order=0&thold=0



Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik, Sulaiman Ibrahim mendakwa pekerjaan terbaharu beliau kini adalah sebagai broker perkahwinan secara ghaib.

Dalam satu kenyataan, Sulaiman berkata beliau boleh membantu kepada lelaki yang berhasrat untuk berkahwin lebih daripada satu isteri dengan kos bayaran sebanyak RM500.00 sahaja.

Sulaiman berkata kos RM500.00 itu bagaimanapun boleh dirunding yang tertakluk terma-terma syarat tertentu.
Berikut kenyataan penuh Sulaiman :

Assalamualaikum
Sesiapa yang nak kawen cara Ghaib untuk penambahan isteri kedua dan ketiga boleh pm saya.Harga RM500 boleh runding.

Syarat
1.Majlis selepas 12.00 malam
2.Isteri boleh berjumpa pada jam 12 malam sehingga 4.30 pagi sahaja setiap hari.

3.Kenduri hanyalah dibenarkan masak lauk ayam jantan putih dan pulut.
4.Tak boleh ada keturunan.
●Tak perlu isi borang
●Tak perlu naik turun tangga pejabat agama
●Saksi dan wali diuruskan cara ghaib


- Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 3-12-207




AMANAH (PAN/IKRAM) ini memang kaki PANipu betul
Posted on Wednesday, November 29 @ 07:37:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37046



Menipu pun tak cerdik .. yang lain air paras lutut tetapi Ketua Pemuda PAN Kelantan punya nak berlakun redah air sampai paras pinggang konon.

Dia lupa tayar pacuan empat roda sebelah pun setakat 1/4 tayar ditenggelami air.

Tipu dengan PAN tidak boleh dipisahkan .. seperti kentut dengan taik.
TENKIU

Kredit
Hanisya Abdul Hamid


.....
Gambar sebenar diperolehi


Sumber TKO - 29-11-2017




Ikut jejak Amiruddin tinggal PAS? Mahfuz elak ulas
Posted on Monday, November 27 @ 20:08:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37028


KUALA LUMPUR, 27 Nov — Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas akan mengikuti jejak Datuk Amiruddin Hamzah yang meninggalkan PAS semalam.


Ahli parlimen Pokok Sena diminta mengulas tindakan wakil rakyat Anak Bukit yang tiba-tiba menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Tidak timbul isu saya tidak akan keluar PAS atau tidak,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian, berhubung keuputusan bekas exco kerajaan Kedah itu.

“Ini signal [isyarat] untuk ahli PAS lain bahawa tidak ada masalah untuk mereka menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun masih bersama PAS.”

Naib presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan menyifatkan tindakan Amiruddin itu sebagai “gentleman”, atau berani, berbanding Mahfuz.

“Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakkan parti,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Disisihkan susulan sikap tidak lagi sehaluan dengan PAS, Mahfuz juga tidak mahu isu bai’ah dijadikan alat menakutkan akar umbi yang menyokong PH.

“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada PAS dan bagi saya isu ini telah berlalu,” katanya.

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan terkejut kerana Amiruddin “mudah berbincang dan tiada masalah dalam parti”.

Bai’ah wakil-wakil rakyat PAS, yang menyebabkan mereka jatuh talak tiga, sering menghalang mereka meninggalkan parti.

Namun ia tidak menghalang sejumlah daripada mereka menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) atau menyertai parti dalam PH.

Sumber TKO - 27-11-2017

Makin dekat PRU14 makin banyak kenyataan yang pelik
Posted on Sunday, November 26 @ 17:38:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36997



Baca boleh akhbar AMANAH (PAN) tapi jangan gelak.

Kredit
Muhamad Ismail 


Sumber TKO - 26-11-2017



AMANAH (PAN) sedia duduk berbincang dengan Umno
Posted on Sunday, November 26 @ 14:00:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36994


Pemimpin pembangkang Melayu Johor bersedia untuk mengetepikan perbezaan antara mereka dan Umno, dan duduk bersama untuk membincangkan isu-isu mengenai kepentingan orang Melayu.


Ini adalah selaras dengan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mereka berbuat sedemikian dengan berlapang dada.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shaharuddin Md Salleh; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, semuanya menyatakan kesediaan mereka untuk duduk bersama bagi mengadakan perbincangan itu.

"Kami tiada masalah, kami sedia sahut saranan Tuanku Sultan," kata Abdullah ketika ditanya sama ada beliau bersedia duduk bersama Umno dan parti serpihan PAS, AMANAH.
Begitu juga dengan Shaharuddin yang berkata BERSATU sedia berbincang dengan semua parti, NGO dan kumpulan berkepentingan lain.

Bagi Salahuddin, perbincangan seperti itu akan membuka peluang kepada para pemimpin untuk membincangkan isu-isu negara tanpa dipengaruhi oleh politik.

"Kita banyak kali cuba bersama bincang isu negara tetapi kadang-kadang jadi isu politik yang melampau. Itu satu budaya yang tidak patut kita amalkan," kata pemimpin AMANAH itu.
Bagi Hassan, yang terbuka terhadap perbincangan seumpama itu, percaya ia bukan sekadar isu perpaduan orang Melayu sahaja.

"Negara kita berbilang kaum. Maknanya bukan isu perpaduan Melayu sahaja. Tetapi perpaduan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Dalam satu kenyataan sempena hari keputeraan baginda ke-59, Sultan Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada masa ini dan menasihati semua pemimpin Melayu untuk bersama berbincang masalah bangsa dengan cara bermuafakat dan berlapang dada.

Baginda bertitah sebagai raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam maka baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

Sumber TKO - 26-11-2017




Berbalah Hujah Antara Perindu PAS (baca Giler Talak) dengan Budak Hingusan
Posted on Thursday, November 23 @ 10:09:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36945



Warkah daripada Budak Berhingus kepada Abang YB Sepang
1. Terima kasih banyak kepada Abang YB yang begitu bersungguh untuk responbalas terhadap apa yang saya dedahkan berkenaan sandiwara Pakatan Harapan berkenaan undi belah bahagian.

Tidaklah saya sangka penulisan seorang budak pejabat atau sekadar "budak berhingus" seperti saya ini mendapat perhatian luar biasa Abang YB.

2. Abang YB memperlekeh saya dengan menggunakan perumpamaan pepatah melayu "bapa borek anak rintik", untuk menggambarkan saya mengikut jejak langkah pemimpin PAS.
Ya, semestinya saya berhasrat menjadi pewaris perjuangan PAS bukannya DAP apatah lagi PAN.

Selagimana PAS berada di landasan perjuangan menegakkan Islam, insyaAllah saya tetap teguh bersama bahtera ini walau pelbagai ujian datang melanda.

3. Adakalanya saya kasihan melihat Abang YB kerana kelihatan seperti dihinggapi penyakit 'gila talak'. Abang YB sudah pun keluar daripada PAS dan menubuhkan PAN setelah kalah dalam pemilihan tahun 2015.

Sekarang sudah tahun 2017, posting FB Abang YB pada setiap hari bagaikan orang meroyan, tidak sah kalau tidak menghina dan mengutuk PAS, 'parti suci' yang Abang YB gelar.
Bahkan, nama FB Page Abang YB pun masih menggunakan nama PAS. Abang YB masih rindukan PAS ke.?

4. Izinkan saya budak berhingus ini menasihati Abang YB agar tidak lupa akan hakikat bahawa Abang YB dapat bergelar Yang Berhormat dan menikmati elaun bulanan Ahli Parlimen yang berjumlah RM 25,000 itu adalah hasil daripada kemenangan kerusi yang ditandingi atas nama Parti Islam Se Malaysia (PAS), parti yang Abang YB hina dan keji sepanjang hari.

Abang YB juga mungkin sudah terlupa teks Baiah janji setia ketika menjadi calon PAS pada PRU 13 dulu;

" Wallahi , Wabillahi , Watallahi , bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Semoga kita semua ingat asal usul diri kita dan sedar akan tiba masanya kita akan pulang bertemu kembali menghadap Allah Yang Maha Esa.

Wassalam.
Daripada,
'Budak Berhingus Pejabat Parti Suci'

Sumber TKO - 23-11-2017

Makin hari makin kalot dan tak tentu arah kelihatan AMANAH (PAN) ni
Posted on Thursday, November 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36944



Kata Pengerusi Kelantannya Cikgu Wan Rahim beliau masih berharap agar MB Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob dapat berkerjasama dengan partinya agar dapat terbentuk kerajaan campuran PAS dan PAN bagi mengelakkan BN ambil-alih Kelantan.

PAN bagi PAS adalah sebuah parti yang dibarisi oleh bekas pimpinan PAS yang telah mencuri kerusi-kerusi PAS dan mengkhianati perjuangan PAS.

Jangankan Datuk Mat, kami yang di ceruk kampung dan gunung pun tidak sanggup mahu berkerjasama dengan kelompok yang tidak jujur dan khianat ini.

Ahli-ahli PAS dan rakyat Kelamtan yang ikhlas dan istiqamah insyallah akan berkorban dan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kerajaan Serambi Mekah ini.

Biarlah tangan dan hati kami bersih dari ternoda oleh tangan-tangan merela yang sesungguhnya punya agenda jahat mahu meruntuhkan PAS dan perjuangan Islam ini.
Nak jadi ular silakan nak jadi belut silakan jangan separuh ular separuh belut.

ROSLAN SMS
FB

Sumber TKO - 23-11-2017




Husam boikot sidang DUN Kelantan, solidariti Adun Umno dihalau
Posted on Wednesday, November 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36938



Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa hari ini menyatakan solidariti bersama Datuk Nozula Mat Diah, selepas Adun Barisan Nasional (BN) itu diusir keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Ia selepas Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub cuba menghalang Nozula, yang juga ketua pembangkang negeri, daripada membahaskan Bajet 2018 dibentangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Isnin lepas, dengan alasan sudah sampai masa untuk sesi penggulungan.

“Sidang DUN Kelantan ditamat awal untuk persiapan kiamat petang ini?” sindir Husam yang juga Adun Salor.

“Apa salahnya YB Paloh dibenarkan berucap, paling lama setengah jam. Sidang ditarik sampai petang, lalu ditangguhkan? Penat sangatkah Speaker dengan tambahan setengah jam lagi masa bersidang?”


Husam berkata DUN Kelantan yang dikuasai PAS itu selalu “terkejar-kejar untuk bersurai”.
“Apa yang menyebabkan kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?” tanya beliau.

Husam membandingkan tempoh masa pendek diperuntukkan DUN Kelantan membincangkan bajet dengan DUN Pahang yang bersidang sehingga 7 hari.

“Mengapa Kelantan mesti hanya 2 hari? Dari 3 hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari 3 hari. Saya yakin sidang akan ditangguhkan tengah hari ini. Petang tak ada lagi sidang.”

Sambil menyatakan solidariti bersama pembangkang negeri, Husam berkata akan turut memboikot penggulungan perbahasan oleh kerajaan.

Selepas Nozula ditemani keluar dewan, 4 Adun BN, Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Datuk Ramzi Ab Rahman (Dabong), Ab Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising) turut bertindak keluar sebagai tanda solidariti.

Sumber TKO - 22-11-2017


Bukan cara berfikir bodoh tetapi Hanipa Maidin sendiri yang jadi peguam bodoh!
Posted on Wednesday, November 22 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36933



Assalamualaikum
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Respon kepada dakwaan Hanipa Maidin mnegenai perjumpaan Shamsul Iskandar dengan MP parti suci(PAS)  untuk mengundi menyokong PH dalam undian baget tetapi kecewa kerana masih terdapat dua orang yang berkecuali saya lebih mirip untuk mengambil kesimpulan bahawa Hanipa Maidin pelawok (lebong).Sebabnya sudahpun dijelaskan Syed Ahmad Fadhli, pegawai lajnah hal ehwal parlimen PAS bahawa pengundian yang dijalankan adalah pengundian peringkat jawatankuasa yang berlaku diluar jangkaan di mana tak sempat untuk PAS mengambil pendirian kolektif seperti pengundian di peringkat dasar yang sudah diketahui PAS berkecuali.Mana mungkin kalau pengundian dijalankan di luar jangkaan, seseorang boleh berunding dengan yang lain untuk  menarik sokongan!

Sehubungan dengan itu juga saya semakin percaya dan yakin, Hanipa Maidin yang saya pernah kenal sebagai seorang peguam yang dididik dengan ajaran Islam dan berjuang untuk memartabatkan undang undang Islam seperti ditunjukkannya ketika membela 2 orang pemuda yang ditembak di Batu Buruk Kuala Terengganu dulu sudah berubah ke arah liberal.

Dalam melalui perubahan dari laluan kepada kebenaran Islam kepada laluan liberal, Hanipa Maidin juga menampakkan satu persatu kebodohan dirinya sehingga Lebai Hassan Omar menulis Hanipa sebagai peguam tetapi cara berfikirnya bodoh.Pada saya tahap perubahan yang dilalui Hanipa Maidin yang menyebabkan pemiikirannya jadi bodoh sebab tidak ada satupun fahaman liberal yang cerdik.Lihat saja Siti Kassim, bagaimana bodohnya dia sehingga tidak sedar boleh melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukkan oleh mana mana orang yang waras.Begitu juga Hanipa Maidin yang sudah mula melakukan perkara perkara yang tidak waras yang akhirnya membawa dia ke satu tahap kebodohan yang melampau.

Panggilannya parti suci kepada PAS sudahpun menunjukkan ketidakwarasannya.Saya pernah menulis pasal suci ketika memberi respon kepada Din Ayub dan untuk Hanipa Maidin juga, saya berpendirian dengan pendirian yang sama.Menggunakan perkataan suci kepada PAS pada saya  menunjukkan satu tahap ketidakwarasan penggunanya dan ketidakwarasan ini pula berpunca dari kebodohan yang dibina dalam diri mereka yang cuba mengikut ideologi liberal.

Kesimpulannya, sesiapa yang nak ikut liberal ialah orang orang yang bodoh termasuk Hanipa Maidin.Terlebih istimewa ialah Hanipa Maidin bermula sebagai seorang yang berjuang untuk memartabatkan undang undang  Islam sesuai ilmu yang dimilikinya berubah untuk menjadi seorang liberal yang tidak lagi percaya kepada keadilan undang undang Islam.

Pada saya, ini menjadikan Hanipa terlebih bodoh dari orang orang liberal dari awal seperti Siti Kasiim.Kepada Lebai Hassan pula, bukan cara berfikirnya bodoh tetapi Hanipa Maidin sendiri jadi peguam yang bodoh.......

Sumber TKO -22-11-20117



Amanah (PAN) Baling bergolak, krisis berebut jawatan
Posted on Tuesday, November 21 @ 23:11:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36913



BALING - Amanah Baling bergolak apabila separuh ahli dan kepimpinan utama termasuk ketuanya keluar parti selepas berlaku krisis perebutan jawatan.

Difahamkan, antara jawatan dikosongkan pimpinan sebelum ini ialah ketua, ketua wanita dan setiausaha.
Salah seorang bekas pimpinan Amanah, Rosli Hassan berkata, keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai itu bagi menyedarkan sebahagian pimpinan lain yang disifatkan 'tidak telus'.
"Sejak Amanah Baling ditubuhkan pada 2016, pengurusan berjalan lancar. Ramai daripada ahli Pas ketika itu keluar menyertai Amanah.

"Tetapi apabila berlaku perebutan bagi tiga jawatan tertinggi, ia menyebabkan berlaku perpecahan menjadi dua kumpulan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya,  krisis bermula apabila bekas ahli Umno diterima masuk ke dalam parti biarpun individu berkenaan dipercayai menyebabkan perpecahan dalam Bersatu Baling.

"Daripada Umno individu itu masuk ke dalam Bersatu, selepas berjaya meretakkan pimpinan Bersatu Baling beliau beralih menyertai Amanah.

"Keputusan itu diterima sebahagian lain dan sebahagian lagi menentang," katanya. - sh 

Sumber TKO - 21-11-2017




Patutlah pemikiran ahli-ahli parti Islam baru AMANAH (PAN), termasuk HARAPAN lemah
Posted on Tuesday, November 21 @ 21:14:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36908


Ada status facebook Lebai Habib Al Intani telah menjadikan isu Pil Kuda sebagai joke. Tapi malangnya joke ini telah dipercayai oleh ahli-ahli parti Islam baru AMANAH (PAN) serta HARAPAN.





Lagi malang ada Harumanis buat kenyataan yang sama 'bodoh'. Polis sibuk tangkap pengedar pil kuda.Penyangak 1MDB terlepas - Mahfuz

Habis nak biarkan sahaja pengedar pil kuda. Kerja polis tak kira siapa, itu tanggungjawab. Jika Pembangkang jatuhkan UMNO/BN takkan nak had kan kerja tangkap p[engedar pil kuda.

Itu sebab ahli PAN dan HARAPAN tak faham bahasa MANTIK.
Misalnya Tok Guru Haji Hadi sebutanjing menyalak bukit. Mereka semua menjadi giler serang Tok Guru Haji ABdul Hadi.

Bahasa Tok Guru Hadi dan Tok Guru Nik Aziz adalah bahasa dalet yang kena faham betul-betul.


Kredit
Lebai Anuar Hairela

Sumber TKO - 21-11-2017

AMANAH (PAN) desak SPRM siasat pembelaan Clare
Posted on Tuesday, November 21 @ 17:48:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36902


Pemuda AMANAH hari ini mengemukakan memorandum kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya menggesa suruhanjaya itu meneliti dakwaan yang terkandung dalam pembelaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.


“Memo ini diserahkan kepada SPRM atas dasar kepentingan umum bagi menggesa dan mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan segera, menyeluruh, bebas dan adil ke atas dakwaan Clare dalam pembelaan tersebut,” kata timbalan ketua sayap itu, Faiz Fadzil kepada Malaysiakini.

Rewcastle-Brown memfailkan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London pada 11 Oktober lalu berhubung saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap sebuah artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Dalam memorandumnya, Faiz berkata editor Sarawak Report itu mendakwa bahawa sebahagian daripada jumlah wang itu melibatkan dana 1MDB.

  "Memandangkan dakwaan itu membabitkan puluhan juta yang diberikan demi kepentingan politik perdana menteri dan Umno untuk memecah-belahkan pembangkang (Pakatan Rakyat), terdapat kesimpulan rasional berhubung jenayah rasuah, penggelapan dana awam, pecah amanah dan pengubahan wang haram (telah dilakukan)," katanya.

PAS menafikan dakwaan itu manakala penyokong Najib menuduh Sarawak Report berkomplot dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri dengan tuduhan palsu.

Sumber TKO - 21-11-2017



Anak Husam ditangkap: Amanah (PAN) serahkan kepada pihak berkuasa
Posted on Tuesday, November 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36894



KUALA LUMPUR: Amanah menyerahkan sepenuhya kepada pihak berkuasa dan mahkamah dalam menentukan nasib anak Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang ditangkap polis Ahad lalu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata Amanah masih menunggu laporan penuh dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

“Kita tidak ada masalah dan kita serahkan pada pengadilan. Kita harap ianya diselesaikan dengan cara baik.

“Jika nak bawa ke mahkamah, kita akan melalui perundangan yang paling baik,” katanya kepada FMT selepas hadir di majlis peringatan tokoh veteran DAP, mendiang Lau Dak Kee, di ibu pejabat DAP.

Ahad lalu, anak Husam, Ahmad Syafi dilaporkan ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata suspek berusia 29 tahun ditahan di depan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, Ahad lalu.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dengan suspek sebelum dia ditahan.
Ahmad Syafi dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya.


Husam, yang juga Adun Salor, berkata beliau hanya mendapat tahu anaknya ditahan polis melalui jirannya.

Sumber TKO - 21-11-2017


Besarnya kuasa mu ya ALLAH!
Posted on Monday, November 20 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36877


Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Saya bukan nak mengutuk Husam atas penangkapan anaknya dan tidak juga bermaksud mahu menghina mereka mereka yang keluar PAS tetapi sekadar ingin meluahkan rasa keinsafan dan rendah hati terhadap kebesaran kuasa ALLAH menyelamatkan jemaah Islamiah dari fitnah yang besar.Bayangkan kalau hari ini Husam masih lagi ADUN PAS, apa akan jadi kepada PAS setelah berita penangkapan ini tersebar?

Husam sebelum disingkir dari PAS telah melakukan banyak provokasi yang diantaranya boleh dikira melampau terhadap PAS.Dengan provokasi melampaunya akhirnya dia dipecat dari PAS dan selepas itu provokasi Husam bersambung setelah dia diterima masuk dalam PAN.Ketika provokasi termasuk provokasi di Pasir Putih melibatkan pasar Siti Hajar masih berjalan, tiba tiba Husam tersentak dan seluruh dunia politik tanahair juga tersentak dengan berita penangkapan anaknya, anak yang sepatutnya memiliki reputasi anak yang soleh dari pemimpin didikan TGNA.

Keadaan sepatutnya begitu, sebab seorang yang terbabit dengan dadah pil kuda bukan terbabit satu malam, ianya boleh difahami sudahpun berlarutan lama sebelum tertangkapnya dia yang membawa maksud mungkin penglibatan anaknya dengan pil kuda sudah lama kecuali penangkapan ini adalah satu perangkap musuh musuh politiknya untuk menjatuhkannya.

Kita tidak boleh membuat kesimpulan lagi kerana kesnya masih dalam siasatan polis, dan saya tidak bermaksud mahu menyimpulkan apa apa tetapi ingin mengajak pembaca semua merenung tentang apakah yang akan berlaku seandainya Husam masih ahli PAS dan masih ADUN PAS?

Apakah PAS tidak akan diserang kerana memilik ADUN yang ada anak yang terbabit dengan Pil Kuda? Apa akan diprovokasikan oleh macai macai parti musuh  terhadap PAS.Rasanya PAS akan menerima satu tamparan yang cukup hebat hasil dari peristiwa ini.

Barangkali inilah hikmah kepada pemecatan Husam dari PAS.PAS diselamatkan ALLAH dari tercemar dan dengan itu juga ianya menjadi satu ujian besar setelah ujian musibah banjir di Penang.Ujian kepada ahli PAS agar tidak cepat melatah menyerang parti lawan atau Husam sendiri akibat musibah yang menimpa keluarganya.

Kalau ahli PAS dapat menahan diri dari mengutuk Husam atau partinya kerana musibah ini maka insyallah, PAS sudah matang dan akan dapat membezakan dirinya dengan parti lawan yang diketahui masih lagi galak memainkan sentimen politik provokasi dalam setiap kesempatan yang mereka miliki.

Sekaligus ianya menjadi bukti nyata akan kebesaran kuasa ALLAH dalam merencanakan setiap sesuatu lantaran sewajarnya menginsafi bahawa dalam setiap perkataan dan perbuatan kita jangan sesekali kita celupar mulut atau terlajak menganggap bahawa kita berkuasa atas segalanya.Sentiasa mengingatkan diri ini akan had kita sebagai manusia.

Musibah ALLAH datang dalam berbagai bentuk,begitu juga rahmat dan hikmahnya......

Sumber TKO - 20-11-2017


Kenyataan Husam Musa Berkenaan Penahanan Pemuda Dengan Pil Kuda 200 biji
Posted on Sunday, November 19 @ 19:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36852

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI
Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui Whatsap.


Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.


Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat jika diizinkan polis serta mendapat kedudukan sebenar isu ini dari pihak polis.

YB Dato Husam Musa
19 November 2017/30 Safar 1439

....
Sumber FB

Sumber TKO- 19-11-2017



Politik provokasi tak akan ke mana!
Posted on Sunday, November 19 @ 11:18:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36837



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Sejak tertubuhnya PAN, penyebaran provokasi menjadi jadi.PAN yang mengepalai penyebaran ini diikuti rapat dengan sekutu mereka dalam PH, DAP dan PKR serta badan badan seperti SR yang menjadi lidah biawak mereka.Lahirnya pemimpin pemimpin politik provokasi yang diketuai oleh Husam Musa dan Rafizi Ramli dengan berbagai bagai provokasi murahan tertumpu kepada serangan politik yang dikaburi oleh fitnah kepada PAS dan disaluti dengan serangan membangkang kepada BN/Umno.Provokasi yang paling banyak diulang ulang ialah provokasi PAS mahu UG dengan UMNO dengan fitnah fitnah jahat kononnya PAS menerima dedak dari Umno.

Ternyata satu per satu provokasi murahan ini kantoi.Paling banyak kantoi ialah provokasi yang dibuat oleh Husam.Tuduhannya kepada presiden PAS, tuduhannya kepada kerajaan Kelantan dan apa saja dakwaan kebudak budaknya paling banyak kantoi tetapi dia tidak pernah serik untuk membuat provokasi.Dalam isu saman TGHH kepada SR mengenai fitnah 90 juta itupun Husam masih lagi nak provoke, dakwanya dia ada bukti pemimpin PAS menerima lebih dari 90 juta dari Umno walaupun dalam writ pembelaan SR, tidak ada satupun dokumen atau bukti yang dinyatakan mengenai fitnah itu.Itulah hebatnyya Husam kaki provoke nombor satu negara.

Begitu juga lain lain pemimpin PAN dan PH, ramai dari kalangan mereka muncul sebagai kaki provoke yang  kantoi.Sallehudin Ayub umpamanya, terbaru  nak provoke PAS kononnya PAS ialah parti yang suka melebel orang lain hanya kerana kata kata TGHH dalam PH ada penyangak yang menyebabkan PAS tidak boleh bersama.Dia juga mencabar PAS untuk bertanding semua kerusi demi membuktikan PAS parti suci.Parti Suci dan suka melebel ialah cubaan Sallehudin Ayub untuk provoke PAS, dia bukan mahu mengemukan bukti bahawa kata kata TGHH itu tidak benar atau mahu menafikan adanya penyangak dalam PH.Itu kerja pemimpin politik PAN yang kemudiannya diikuti oleh DAP dan PKR juga.

Begitu juga cybertrooper PH turut juga memainkan sentimen provokasi seperti dalam isu PAS berkecuali dalam perbahasan bajet, diprovokenya PAS tidak berfungsi kerana tidak berpihak.

Begitu juga dalam kes Wisma Tok Guru, PAS didakwa sengaja mahu mengusir Husam dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM700 ribu.Katanya PAS sama jahat  dengan Yahudi mengusir Palastin.Tapi bengongnya cybertrooper ini ialah kerana membuat perbandingan tidak bertempat, Yahudi jahat kerana mengusir Palastin dari tanah air mereka sendiri, tapi PAS pula tidak mengusir Husam tetapi mahu mengambil balik hak yang dicuri oeh Husam.Mana ada sama? Orang kampung yang tak pernah sekolah pun boleh faham!

Tak cukup dengan itu, ada pula seorang pemerhati politik yang mirip kepada menyokong PH mendakwa PAS berbalah merebut bangunan bukan nak jatuhkan Najib.Ini semua provokasi politik untuk menaikan imej dan sokongan kepada PH tetapi malangnya semua provokasi yang terlalu murah sebegini sudah tidak berkesan seperti di zaman Umno dipimpin oleh Mahathir dulu.kalau zaman itu Umno berjaya menarik sokongan dengan provokasi politik murahan dek kerana penguasaan multi media mereka, tetapi sekarang maklumat tiba dengan cukup cepat dan tepat sehingga sebarang pembohongan cepat disedari.

PH mahu menggunakan kaedah politik Umno yang sebenarnya sudah lapuk, provokasi bukan senjata lagi untuk memenangi hati rakyat sebaliknya kematangan politik dan tindakan yang benar itu lebih disukai rakyat hari ini,Sudah lapuk taktik menziarahi lawan politik yang sakit di hospital untuk memenangi hati orang kampung yang sudah ada kampung tanpa wiyer, sebaliknya menziarahi kerana BPMS itu lebih disenangi rakyat.


Oleh itu saya menyimpulkan politik provokasi yang cuba dibudayakan oleh PH tidak ke mana sebaliknya menambah kebencian rakyat kepada mereka dan akhirnya mereka sendiri yang bakal menerima kesan buruknya.

Sumber TKO - 19-11-2017

Mahathir Penentang Sebenar Hukum Hudud - Dr. Dzulkefly
Posted on Saturday, November 18 @ 23:35:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36826

Video 1 - https://youtu.be/lSMkvmYLC34

Dr. Dzulkefly memikirkan bahawa Tum Mahathir ada niat jahat terhadap pariti PAS dan beliau menganggap Tunadalah penentang sebenar hudud.

Video 2 - https://youtu.be/iZwqpRNGiJk

Kredit
rakyatnews msia


Sumber TKO - 18-11-2017


Salahuddin Ayub berkata dia dan Dato' Husam tidak releven lagi masa akan datang (sekarang)
Posted on Saturday, November 18 @ 23:29:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36825

Video - https://youtu.be/cw0K0cDDiaU

Forum: Survival PAS Dalam Arena Politik Malaysia 02/10/2013. Salahuddin berkata dia, Husam dan rakan lain tidak releven lagi 5 tahun akan datang. Sekarang 2017 memang betul dia tidak diperlukan untuk PAS terus bergerak kehadapan.

Kredit
mediarakyat

Sumber TKO - 18-11-2017



Akhirnya Mujahid Yusof Rawa Akui PAS Tak Akan Bersama UMNO
Posted on Saturday, November 18 @ 23:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36824

Video - https://youtu.be/aAqyPnMJc3k


Mujahid Rawa Akui PAS tiada apa2 Niat Utk UG Bersama UMNO

Itu Dulu, tapi bila dah dapat dedak DAP melalui GLC di PP. Cakap dia dah lain. Itu pemimpin lidah bercabang.

Kredit
Walaun United

Sumber TKO - 18-11-2017

Husam musa orang baik?
Posted on Saturday, November 18 @ 17:15:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36813



Telingar penulis masih dengar perkataan yang berbunyi: “Husam Musa orang baik”.perkataan itu keluar daripada mulut mulut orang Pas, bukan keluar daripada mulut mulut orang Pan.

Pendek kata lidah orang pas masih duduk dalam perut Hasum Musa yang buat jahat dengan pemimpin dan kerajaaan Kelantan kini bahawa mereka yakin Husam bukan orang jahat dia orang baik.

Tidak lama dahulu, Mat Sabu disebut sebut orang Pas sendiri, bukan orang Pan bahawa (dia)  Mat Sabu orang yang sangat berjasa kepada Pas dan minta kembali semula pada Pas.

Mereka yang sayangkan Husam Musa dan Mat Sabu bukan sahaja ahli akar umbi pas, malah Haji Subky Latif pernah sebut mereka orang baik dan berjasa, sayang mereka salah langkah.

Pada hal, Datuk Dr Harun Din bekas timbalan mursyidul Pas pernah berkata, awas musuh dalam selimut dalam pas, gunting dalam lipatan dalam pas dan api dalam sekam dalam Pas suatu masa dahulu.

Hari ini masih ramai orang pas yang yakin bahawa Husam Musa orang baik miskipun telah dipecat keahliannya

Dalam minggu ini, Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan Datuk Husam Musa sebagai ‘penipu’ kerana banyak tuduhannya terhadap Kerajaan PAS Kelantan selama ini adalah tidak benar.

Dalam pada ituu,Nik Mohd. Amar yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan  Naib Presiden PAN itu.

Husam Musa telah disifatkan sebagai seorang yang pelawok (penipu) kerana setiap kali dalam ceramahnya  menyerang kerajaan negeri itu bohong belaka. Tidak ada kebenarannya,
Sehubungan itu,  kata Nik Amar (dia) Husam Musa yang berusaha memburuk buruk kerajaan Kelantan yang pernah menjawat jawatan EXCO ini  menipu. bukan sekali, tetapi sudah banyak kali.

Kata Nik Amar lagi“Individu beginikah kita hendak jadikan sebagai pemimpin. Dia tuduh kita terima duit UMNO RM90 juta, makan duit balak, seleweng tetapi tidak tunjuk bukti.

Yang paliknya masih ramai lagi orang Pas yang percaya dan yakin Husam Musa orang Baik dan Mat Sabu orang berjasa.

Kita tak nafi Husam Musa orang baik, akan tetapi baiknya itu ada maknanya. Kalau tidak mana mungkin duduk dalam pas buat angkara yang bukan bukan terhadap Pas dan presidennya.

 Demikian juga Mat Sabu. Tidak dinafikan beliau orang berjasa kepada pas suatu masa dahulu, akan tetapi berjasa beliau juga ada maknnya.Kalau tidak mana mungkin bila kalah dalam merebut jawatan timbalan Pas dia lari dan tubuh parti lain.
  
Sumber TKO - 18-11-2017


AMANAH (PAN) Fitnah PAS, UMNO Fitnah PAS Akhirnya kantoi
Posted on Saturday, November 18 @ 06:54:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36811



Penyiaran video dalam Laman web Terengganu Today tentang fitnah kepada Bekas Pesurujaya PAS Terengganu Ustaz Saitiful Bahri Mamat.

Kredit
Aswadi Mohamad


Sumber TKO - 18-11-2017



Amanah (PAN) Tawar Kerusi Untuk Mahfuz Dan Syed Azman Jika Sertai Pakatan Harapan
Posted on Friday, November 17 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36798



SHAH ALAM: Amanah bersedia menawarkan tempat kepada dua pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir, pihaknya bersedia berbuat demikian kepada mana-mana calon yang layak mewakili PH termasuk Mahfuz dan Syed Azman.


"Ya, kita bersedia menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja tidak semestinya mereka.
"Orang yang akan kita kemukakan ramai sekali dan orang yang ada kelayakan dalam Pakatan Harapan ini terlalu ramai," katanya kepada Antarapos.

Namun tegas beliau, disebabkan senarai nama calon yang banyak tiada jaminan seseorang calon itu dipilij mewakili PH pada PRU14 nanti.

"Jadi tiada satu pun nama yang boleh diberi jaminan akan mendapat tempat.

"Bagaimanapun oleh kerana mereka orang politik yang sudah lama, saya rasa ruang bagi mereka itu sentiasa ada kalau mereka menyertai Pakatan Harapan," katanya.

Sebelum ini Mahfuz serta Syed Azman yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena dan ADUN Batu Burok menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada PRU14.

Keputusan mengubah haluan politik dibuat mereka secara rasional berdasarkan kepada kemampuan gabungan parti dalam PH untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada PRU14.

Malah Mahfuz turut mengesahkan akan menolak sekiranya PAS menawarkan beliau untuk bertanding di mana-mana kerusi pada PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Jelas Mohd Anuar lagi, langkah menyenaraikan calon bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dimuktamadkan.

"Saya tidak boleh menjawab lagi sebab belum berbincang soal calon lagi, kita hanya berbincang tentang pembahagian kerusi Parlimen dan DUN.

"Bila sampai sampai masanya kita akan berbincang orang-orang yang akan mengisinya, saya rasa masa itu kita boleh jawab," katanya.

Sehubungan itu, katanya, calon yang berkelayakan untuk mewakili PH akan diketahai selepas perbincangan diadakan tidak lama lagi.

"Kalau nak kata tiada tempat untuk mereka sama sekali saya tidak ada kelayakan untuk menjawabnya.

"Nak mengatakan bahawa memang kita sedia tempat untuk mereka juga saya tidak layak mengulasnya," katanya.

- Antarapos

SumberTKO- 17-11-2017

Amanah, Islam?
Posted on Thursday, November 16 @ 14:29:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36764



Memang Amanah itu Islam. Sahabat sahabat Nabi SAW adalah orang yang sangat amanah.Maka amanah itu sifat para para  nabi dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wataala.

Persoalan yang timbul sekarang ini parti amanah yang dibeli oleh geng yang kalah dalam muktamar Pas tidak lama dahulu dan terajui Mat Sabu itu dikatakan parti Islam baru.

Penulis boleh setuju bahawa parti Amanah yang ada niat untuk tumbangkan kerajaaan pas Kelantan pada PRU 14 nanti juga parti Islam.

Mengapa tidak? Kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Maka parti Amanah juga adalah parti Islam, kerana presidennya Mat Sabu dan Timbalannya Datuk Husam Musa beragama Islam.



Cuma mereka bukan puak Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man timbalannya.



Mereka mengucap, mereka solat lima waktu sehari selamam, mereka puasa bulan ramadhan, mereka mengeluarkan zakat apabila cukup kaurnya  dan mereka tunai haji di Mekah.



Hari ini orang tinggal solat dengan sengaja pun tak jadi kafir, sedangkan Rasulullah sebut barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir.Tapi ulamak memutuskan mereka belum jadi kafir, kerana mereka tak kata solat tak wajib.



Mat Sabu dan Husam Musan, rasa penulis tak inggal solat lima waktu. Oleh itu mereka masih Islam dan partinya adalah parti Islam.Cuma Islam mereka tak sama dengan Islam anutan PAS.



Fahaman mereka berbeza satu sama lain. Mat Sabu dan Husam Musa masih boleh taat dengan DAP miskipun DAP sebuah parti yang sangat benci dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.



Mungkin taat dengan orang kafir belum boleh dihukum sebagai kafir. Bermakna mereka masih Islam. Islam banyak puak.Puak liberal adalah puak yang sangat popular sejak akhir akhir ini di Malaysia.



Mengapa tidak? Mereka boleh minum arak, mereka boleh makan riba mereka boleh makan rasuah, mereka boleh buat apa sahaja, hatta lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan pun boleh. Bukan sekata boleh malah semua itu adalah halal.



Inilah isu yang diperjuangkan oleh para pemimpin parti Keadilan rakyat, para pemimpin BERSATU dan termasuk para pemimpin Amanah yang memang tidak amanah dengan perintah larangan Allah subhanahu wataala dan larangan Rasulullah SAW.



Sumber TKO - 16-11-2017

Dua 'gunung' buat AMANAH (PAN) Terengganu
Posted on Thursday, November 16 @ 09:14:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36756


Tugas berat menanti Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu apabila parti yang masih baru itu diberi tugas mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Berdasarkan keputusan dicapai Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu pada Jumaat lalu AMANAH diberikan kerusi berkenaan, selain kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Kerusi DUN itu turut disandang Abdul Hadi.

Ketua Penerangan HARAPAN Terengganu Hambali Abdul Latiff memberitahu Malaysiakini kerusi parlimen Setiu dan Hulu Terengganu pula diserahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya BERSATU menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya empat kerusi parlimen dan 10 DUN.
"Ketika ini empat kerusi parlimen sedang dirundingkan kerana berlaku pertindihan tuntutan," katanya (gambar).

  Kerusi yang dimaksudkan itu ialah Besut (BERSATU dan AMANAH), Kuala Nerus (PKR dan AMANAH), Dungun (PKR-AMANAH) dan Kemaman (PKR dan BERSATU).

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN. Daripada jumlah itu 17 dimiliki BN, 14 PAS dan satu PKR.

Untuk kawasan parlimen pula secara keseluruhan ada lapan di Terengganu. Umno menguasai Besut, Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu. PAS pula - selain Marang - memenangi Kuala Nerus dan Dungun pada PRU ke-13 lalu.

Kerusi Kuala Terengganu pula dikuasai AMANAH melalui Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Menurut Hambali rundingan pembahagian kerusi akan diteruskan dengan semangat setia kawan.

Pertahan kerusi tradisi
Dijangkakan ada satu atau dua pusingan rundingan dilakukan sebelum pembahagian kerusi itu dimuktamadkan.

Marang dianggap kubu presiden PAS namun mengikut keputusan PRU lalu ia bukanlah kerusi yang benar-benar selamat.

Abdul Hadi bertanding di Marang sejak PRU ketujuh (1986) dan pernah tewas dua kali kepada calon BN, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar.

Kerusi yang paling selamat untuk PAS ialah Rhu Rendang yang diwakili Abdul Hadi sejak 1986.

Dalam keadaan semasa tidak dapat dipastikan peluang untuk AMANAH merampas kerusi Abdul Hadi itu kerana pertandingan tiga penjuru hampir pasti berlaku - kecuali BN enggan meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan.

Difahamkan sebelum ini AMANAH enggan meletakkan calonnya sebagai wakil HARAPAN di Marang dan Rhu Rendang sebaliknya cuba mendapatkan kerusi lain.

Sementara itu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, menganggap keputusan mesyuarat Jumaat lalu sebagai "sangat sesuai" dengan semangat perkongsian HARAPAN.

"AMANAH sudah mempunyai dua kerusi parlimen untuk ditandingi para PRU ke-14, iaitu Kuala Terengganu dan Marang," katanya.

Mengulas pertindihan kerusi, Azan berkata PKR berharap mendapat sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dengan dua daripadanya ialah "kerusi tradisi" mereka sejak PRU ke-10 lalu.


Note: PAS Terengganu berusaha menawan semula Terengganu drp UMNO. Tiba-tiba Parti PAN nak jatuhkan PAS. PAN dah jadi tongkat UMNO atas dasar dendam politik. - AO

Sumber TKO - 16-11-2017


Makin Hari makin celaru pegangan agama AMANAH (PAN)
Posted on Thursday, November 16 @ 07:09:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36753



Makin hari makin celaru sikap pimpinan PAN. Yang ini minta ketepikan pandangan agama. Si Husam pula tahu pasal pusaka tapi ego punya pasal sanggup polimik hak milik orang lain.

Semuanya sudah menunjukkan kesan daripada sumpah setia kepada Allah dilanggari.

Kredit
Saiful Niza

Sumber TKO - 16-11-2017

AMANAH (PAN) tiada kepentingan pada Wisma Tok Guru - Wan Abd Rahim
Posted on Thursday, November 16 @ 07:02:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36752



Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Wisma Tok Guru di Salor, Kota Bharu.

Pengerusinya, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata pertelingkahan hak milik bangunan tersebut hanya membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dan PAS.

“AMANAH Kelantan tidak mempunyai kepentingan dalam isu Wisma Tok Guru, kita hanya menumpang di sini untuk mempunyai program.

“Husam sudah memfailkan injunksi kes ini di Mahkamah Tinggi dan kita menunggu perbicaraan dan keputusan pihak mahkamah nanti macam mana,” katanya pada sidang media di Wisma Tok Guru di Kota Bharu, hari ini.

Rahim yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu menegaskan, AMANAH Kelantan mempunyai pejabatnya sendiri.

“AMANAH Kelantan didaftarkan menggunakan alamat di rumah saya dan kita mempunyai pejabat sendiri.

“Wisma Tok Guru adalah pejabat Husam sebagai ADUN Salor yang diwarisi sejak zaman bekas ADUN Salor, allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim,” katanya.

Isu premis yang kini menjadi markas AMANAH Kelantan itu timbul selepas PAS mendakwa membeli tanah milik isteri bekas Ahmad Rosli, September lalu.

PAS kemudiannya menghantar notis sebulan supaya AMANAH Kelantan mengosongkan bangunan tersebut selewat-lewatnya pada 16 November ini.

Malah, PAS Kelantan sebelum ini merancang untuk mengadakan himpunan dan solat hajat kesyukuran selepas berjaya membeli semula tanah tersebut dengan nilai RM700, 000 melalui seorang anggotanya.

Sementara itu, Wan Abd Rahim berkata, pihaknya berharap keputusan daripada mahkamah akan diketahui sebelum 16 November ini.

“Semua pihak bukan sahaja kita, malah PAS juga perlu akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti,” jelasnya yang enggan mengulas lanjut atas nasihat peguam.
Sumber : MalaysiaKini


Note: Habis yang Hussan bawa Mahkamah tu tiada kepentingan? Atau kepentingan dan ego Hussan sendiri ke? Dendam tak boleh jadi MB membuat seseorang hilang pertimbangan dan ketepikan agama - AO 


Sumber TKO - 16-11-2017



Amanah (PAN) Gesa Pas bertanding semua kerusi parlimen
Posted on Wednesday, November 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36737



SHAH ALAM - Pas dicadangkan bertanding di semua kerusi parlimen kerana parti itu dipimpin dan disertai oleh mereka yang suci.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub berkata, sebagai parti yang bagus, sudah pasti rakyat akan memilih Pas untuk mentadbir negara ini dan menolak parti salah serta disertai penyangak.

“Letak semua calon di semua kerusi. Buktikan Pas ada pemimpin suci yang akan dipilih oleh rakyat mentadbir Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Pas ini suka melabel pihak lain dengan pelbagai nama dan mendabik dada mengatakan hanya parti mereka sahaja terbaik, parti mereka suci, dan parti yang disertai oleh manusia-manusia terpilih sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh memberi harapan kepada Harapan yang menjadi pendakwa atau mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman.

Abdul Hadi mendakwa, ini kerana di dalam Harapan ada pemimpin penyangak yang dahulu  bersengkongkol kepada punca masalah negara.

Mengulas perkara tersebut, Salahuddin menyindir Abdul Hadi dengan mengatakan Pas dan ahlinya bukan pendosa, sebaliknya orang lain selalunya salah.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi yang kata orang lain penyangak dan berdosa.

Tapi saya ingin ulangi, sila buktikan anda itu pilihan rakyat kerana kebaikan yang ada pada anda.


  “Satu lagi, sila yakinkan rakyat juga bahawa parti lain itu terdiri daripada penyangak. Nyatakan siapa dan berikan bukti kepada umum,” katanya.

Sumber TKO - 15-11-2017


Parlimen bukan jamban
Posted on Tuesday, November 14 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36722


Pertama kali saya memasuki parlimen ialah sewaktu belajar di New Zealand. Bangunan Beehive 
di kota raya Wellington itu memang unik kerana reka bentuknya seperti sarang labah.


Pada masa sama, saya mengikuti perkembangan politik New Zealand yang kebetulan mengadakan
pilihan raya umum (PRU) ke-41 sewaktu saya berada di tahun pertama universiti. Pilihan raya
 baru-baru ini ialah yang ke-52.

Sebagai anak muda saya agak teruja dengan sistem dan perjalanan demokrasi sebuah negara sekular
dan kafir (untuk para lebai) itu. Kebebasan bersuara, media dan membuat pilihan secara terbuka
di semua peringkat memberikan pengalaman penting kepada saya untuk melihat amalan demokrasi
secara lebih matang.

Untuk peringkat pemilihan calon, pihak yang berminat perlu menghantar butiran peribadi
masing-masing dan parti mengadakan proses saringan sebelum mereka dipilih oleh anggota parti.

Berbeza dengan pemilihan calon untuk parti di negara kita, terutama parti pemerintah, yang
menggunakan lobi dan juga bomoh sebagai strategi.

Perbahasan untuk merangka perundangan di parlimen melibatkan anggota yang dipilih oleh rakyat
meletakkan demokrasi pada landasan yang sihat dan subur.

Hujah secara berhemah
Secara kebetulan saya bersama seorang lagi menumpang di sebuah rumah pegawai Jabatan Pelajar
Malaysia (MSD) yang terletak bersebelahan dengan kediaman perdana menteri New Zealand ketika
itu, mendiang Sir Robert Muldoon.

Kediaman perdana menteri itu sama saja dengan rakyat biasa. Ia tanpa pengawal dan pintu pagar
sentiasa terbuka.

Muldoon - yang mengetuai Parti Nasional - ialah seorang politikus popular kerana wataknya.
Dikatakan beliau membuat keputusan untuk mengadakan PRU ke-41 itu secara kilat dalam
keadaan mabuk.

Ketika itu juga, pemimpin Parti Buruh, mendiang David Lange - yang masih muda dan sedang
melonjak naik namanya - menjadi perhatian. Beliau mempunyai aura dan karisma yang turut
membuatkan saya tertarik.

Perdebatan di antara kedua pemimpin ini saya ikuti kerana memang cukup hebat. Mereka berhujah
sebagai politikus yang mahu dipilih secara adil dan saksama.
Soalan-soalan yang dikemukakan tiada saringan dan patah mematah hujah berlangsung secara berhemah.

Lange muncul menjadi perdana menteri termuda New Zealand pada abad lalu dan beliau berani berdepan dengan AS terutama dalam isu mengharamkan senjata nuklear.

Krisis berlaku di antara kedua negara dan saya sama berdemonstrasi menyokong gerakan antinuklear.

Itu semua pengalaman yang mengajar tentang demokrasi negara maju dan masih segar dalam ingatan.

Saya juga mengikuti PRU ke-52 New Zealand bulan lepas, terutamanya kerana pemimpin Parti Buruh ialah graduan lepasan universiti lama saya, serta seorang wanita muda berusia 37 tahun.

Saya memgikuti perdebatan antara perdana menteri yang lalu dengan ketua pembangkang untuk mengukur sejauh mana perbedaan tahun-tahun 80-an dengan era sekarang.

Nampaknya keterbukaan dalam demokrasi mereka masih saja sama sedangkan ia terus menjadi sesuatu yang mitos untuk negara kita.

Ia adalah demokrasi tahap 1980-an yang tidak memajukan minda, malah demokrasi kita seakan-akan terus ke belakang.

Dewan yang mulia kosong
Sewaktu pertama kali menjejak kaki ke Parlimen Malaysia sebagai pelawat - dan mengikuti sidang yang diadakan - sambil melihat gelagat para ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya dapat menilai sejauh mana demokrasi negara kita.

Apa lagi perjalanan demokrasi secara umumnya terbatas dan sekadar sebuah sandiwara di bawah kerajaan yang sudah enam dekad memerintah.

Pilihan raya kita memang tidak telus, tidak terbuka dan tidak Islamik kerana semua komponen yang menjadi alatnya terletak di bawah parti yang memerintah.

Apabila soalan-soalan berkenaan 1MDB, saman sivil Jabatan Kehakiman AS dan derma RM2.6 bilion ditolak speaker, ia menjelaskan standard demokrasi yang kita banggakan.

Apakah sebutan "dewan yang mulia" hanya sebuah komponen mengesahkan apa sahaja tindakan parti dan politikus yang memerintah?
Begitulah persepsi dari luar negara, apatah lagi apabila perbahasan mengenai bajet 2018 melihatkan dewan yang mulia itu kosong. Tiada wakil rakyat daripada parti pemerintah hadir.
Paling memalukan, menjijikkan dan memualkan apabila presiden parti pemerintah yang juga perdana menteri hanya hadir selama lapan minit untuk menjawab soalan mudah, dan kemudian lesap ke luar negara.

Inilah taraf parlimen kita, seakan sebuah jamban untuk perdana menteri membuang air.
Mungkin dia lebih lama dalam jamban berbanding di parlimen selain ketika upacara pembukaan dan pembentangan bajet sebagai menteri kewangan.

Melihat rakaman pertengkaran yang selalunya diganggu dengan ejekan dan anggota parlimen parti pemerintah menggambarkan mereka itu tidak lebih daripada badut dalam sarkas.

Hujah-hujah bodoh tanpa isi, bertempik dan menjerit seakan-akan perangai samseng menjadikan dewan yang mulia itu tidak lebih daripada sarkas.

Kita sebagai rakyat yang memilih dan membayar gaji, elaun, kemudahan serta pencen para "wakil rakyat" terutama yang bertaraf menteri, sepatutnya boleh sahaja berkata: Kau ingat parlimen, dewan yang mulia itu sekadar jamban kepala bapak kau?

Cukuplah kita mempunyai para anggota parlimen yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negara selain mereka cuma setia membuta tuli kepada kepimpinan kleptokrat dan meruntuhkan sistem demokrasi secara sistematik.

Pada mereka, parlimen hanyalah jamban untuk membuang segala politik bertaraf tahi semata-mata!

MOHD FUDZAIL MOHD NOR

Sumber TKO - 14-11-2017


Notis dah tamat, keluarlah Husam - Jangan buat keras Kepala dan Bodoh Sombong
Posted on Tuesday, November 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36702


Notis pengosongan Wisma Tok Guru di Pendek, Kota Bharu daripada PAS kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa berakhir semalam.

Perkara itu disahkan Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Tidak ada mana-mana pihak yang bertemu tuan tanah sebelum ini yang datang untuk berbincang sekiranya mahu minta lanjutkan tempoh notis.
"Tarikh notis sebulan sudah berakhir semalam. Kita anggap mereka sudah tidak berminat dan kita minta mereka keluar secara bermaruah," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

PAS bagaimanapun dalam sidang media sebelum ini memberi tempoh sehingga sebelum 16 November untuk Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mengosongkan bangunan itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi PAS Kelantan kenapa mereka meminta Husam mengosongkan bangunan itu sebelum 16 November tetapi dalam notis pengosongan dinyatakan empat hari lebih awal.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan AMANAH Kelantan menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap premis tersebut dan pertelingkahan hak milik bangunan tersebut hanya membabitkan Husam dan PAS.

Mengulas perkembangan itu, Che Abdullah menyifatkan kenyataan Wan Abd Rahim sebagai positif.

"Baguslah kalau dia keluarkan kenyataan macam itu," katanya ringkas.

5,000 akan hadir acara pertama

Sementara itu, Che Abdulah berkata PAS kini bersedia mengadakan program pertama pada 16 November ini dengan mengadakan majlis kesyukuran di Wisma Tok Guru.
"Kita menyediakan makanan untuk 5,000 orang kehadiran pada majlis tersebut dan kita tidak meletakkan jumlah sasaran tertentu," katanya.

Sumber TKO - 14-11-2017


Amanah (PAN) yakin rampas 13 kerusi PAS di Selangor
Posted on Thursday, November 09 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36559



PETALING JAYA: Amanah (PAN) yakn dapat merampas 13 kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata kebanyakan kerusi yang dimenangi PAS itu adalah hasil sokongan pengundi dari pelbagai kaum, terutama masyarakat Cina dan India.

“PAS menang di Selangor atas sokongan pengundi bukan Melayu. Bila PAS khianati dan kembali kepompong ke-Melayu-an dan Islamnya, jadi tugas Amanah untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS.

“Kalau 3 penjuru di 15 DUN itu berlaku, insyaallah 13 daripadanya dimenangi Amanah. PAS akan dapat undi tercorot. Contohnya boleh dilihat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar,” katanya dalam wawancara “Terus Terang” anjuran Invoke Malaysia.

Pada 8 November lalu, PAS Selangor mengintai sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN di negeri itu termasuk di kawasan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi, berkata PAS Selangor juga bersedia menghadapi pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

DAP sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 8 kerusi manakala Amanah semua kerusi yang ditandingi PAS di Selangor.

Mengulas lanjut, Husam berkata Amanah juga tidak menumpukan kepada negeri di pantai timur Malaysia Barat sahaja. Beliau berkata sekiranya Amanah mampu memenangi banyak kerusi di Selangor atau di negeri lain, Amanah akan menjadi parti masa depan dan PAS pula sukar untuk betulkan kesilapan mereka.

“Amanah akan jadi parti masa depan dan lebih baik daripada PAS,” katanya.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.


DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

Sumber TKO - 9-11-2017


Post-post yang mencintai Kapir..
Posted on Sunday, November 05 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36456



Kalau pengikut UMNO sanggup cium tangan pimpinan mereka kerana bodek. Ada penganut parti Islam baru, AMANAH (PAN) yang sanggup buat kenyataan semata-mata meraih undi bukan Islam pada PRU-14.



Mereka ini tidak ada maruah diri, malah mengadai nilai Islam mereka yang pernah tersemat dalam diri semasa berada dalam Parti Islam sebelum ini.

Hilang jati diri kerana sesuap nasi..


Ini akibat termakan baiah yang dia sendiri yang cipta dalam parti Islam lama dulu. Kalau tak percaya baca di sini. Kalau Allah nak hina seseorang itu di dunia akan dihina kerana mulut dan percakapan mereka sendiri.

BACA DI SINI untuk pembuktian.. 


Sumber TKO - 5-11-2017



Larangan Terhadap Ustaz Haslin Perlu Justifikasi
Posted on Thursday, November 02 @ 18:27:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36369



KUALA ROMPIN - Larangan berceramah ke atas Ustaz Haslin Baharim di negeri Johor disifatkan agak ganjil kerana penceramah selebriti itu tidak dikenali sebagai seorang yang radikal atau lantang menyebut tentang isu perkauman atau isu-isu agama yang boleh memecahbelahkan masyarakat.


Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, namun begitu beliau tetap menghormati larangan yang turut dikenakan ke atas Ismail Menk itu kerana agama merupakan bidang kuasa negeri yang diperintah raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, beliau berpandangan tindakan itu sepatutnya perlu disertakan dengan justifikasi, sebab atau contoh dalam bentuk rakaman atau apa sahaja bahan yang menunjukkan beliau terlibat dengan masalah atau isu berkenaan hingga tidak boleh diberikan tempat berceramah di Johor.

"Selama ini kita kenali Ustaz Haslin ini tidaklah radikal atau lantang dalam isu sensitif di negara ini yang boleh dianggap memercikkan api permusuhan dalam masyarakat.

"Saya yakin umum setuju selama ini ceramah yang beliau sampaikan berkisar tentang soal keluarga, soal rumah tangga dan soal pendidikan anak-anak," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian melaporkan Johor melarang Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Menk dari menyampaikan ceramah di negeri berkenaan berdasarkan laporan Ismaweb.

Arahan itu adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Dalam pada itu, Mohd Fadzli turut menzahirkan persoalan mengapa ada video rakaman penceramah atau ustaz melalui aplikasi tertentu yang terlibat dengan permusuhan masyarakat, fitnah atau adu domba yang boleh memecahbelahkan masyarakat namun Ustaz Haslin sahaja diambil tindakan.
Beliau berkata, sepatutnya golongan sedemikian perlu diambil tindakan, bukan Ustaz Haslin di samping berharap isu berkenaan ditangani dengan baik dan lebih sensitif.

Katanya, ia supaya semua pihak dapat melihat dengan lebih jelas serta faham tentang tindakan yang dibuat kepada penceramah atau ustaz yang dilarang berceramah atau tauliahnya ditarik balik.

"Ini bukan kenyataan mempertikaikan keputusan institusi raja atau institusi agama negeri tetapi lebih kepada memohon penjelasan atau justifikasi supaya rakyat faham.

"Sekiranya ada unsur tidak wajar kepada mana-mana golongan agama ini maka larangan ini boleh diperluaskan dan kalau larangan ini tidak wujud maka ia perlu ditarik balik," katanya.

Beliau yang juga pengamal undang-undang turut menegaskan bahawa bidang agama perlu diperjelaskan kerana elemen paling penting adalah mendidik masyarakat tentang agama yang sebenarnya.


- Sinar Online

Sumber TKO - 2-11-2017



Yang Tak Perlu Bertaubat Husam
Posted on Thursday, October 26 @ 17:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36188



Hari ini gua ada baca Malaysiakini, itu Husam Musa yang ada kuasa 10, juga ada jin oii boleh bantu dia dapat rahsia kata bukan Dr M sahaja, Hadi juga perlu bertaubat. Lu mesti tak percaya punya. Husam 10x kata antara kesalahan Abdul Hadi terhadap umat Islam di Malaysia, adalah 'amanatnya' pada 1981. Husam kata lagi oooi Abdul Hadi, Presiden PAS antara punca perpecahan umat Islam ketika itu.

Husam ada kata Abdul Hadi  "Berdosa dengan rakyat Malaysia, umat Islam sebab dia fatwakan Perlembagaan Persekutuan sebagai sekular, warisan penjajah."

Husam kata Hadi berdosa semasa berceramah di majlis pelancaran jentera pilihan raya umum (PRU) ke-14 Parlimen Kubang Kerian di Wisma Tok Guru, Kota Bharu, tempat yang tak lama lagi akan menjadi kenangan pahit untuk parti Amanah (PAN) Kelantan kerana akan menjadi milik PAS buat selama-lamanya.

Gua ingat Husam sudah jadi macam Madey, dia lupa diri dia sendiri. Mahathir dia lupa apa dia buat 22 tahun dan rasa dia suci kutuk Najis nak mampus sedang Najib tu anak didik dia. Husam pula gua rasa dia lupa semasa AMANAT HADI tu dia adalah pembodek Hadi bombor satu. Dia lupa dia berucap di Muktamar nak jadikan Abdul Hadi Perdana Menteri Malaysia.


Dulu kalau suruh lap tangga rumah Hadi nescaya si Husam ni akan lap. Tapi bila cita-cita nak jadi MB Kelantan terhalang dia jadi makin melalak.


Gua rasa yang patut bertaubat adalah Husam.

Pemburu Anjing: Orang beli tanak 700K engkau pertikai datang mana duit, yang engkau cakap engkau buat bangunan 400K duit poket engkau. Mana datang duit tu?


Sumberr TKO - 26-10-2017

Khalid Samad, Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti – CEO IKSIM
Posted on Wednesday, October 25 @ 17:16:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36155



Putrajaya, 24 Okt 2017 - "Pukul 1 tengahari tadi, surat yang Khalid Samad canangkan ke seluruh dunia sejak tiga minggu lepas, dah sampai ke pejabat saya. Saya dah faks dan emailkan jawapan balas melalui peguam jam 5 petang tadi. Kami tidak perlu mengambil masa berminggu-minggu dan teragak-agak seperti dia bermain persepsi media. 4 jam sudah cukup untuk menjawab surat tuntutan dia. Beritahu dia (Khalid Samad), kita jumpa sahaja di mahkamah." Dato' Prof Mahamad Naser bin Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), semasa dihubungi pihak Menara.my.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad membuat sidang akhbar pada 17 Oktober 2017, menuntut CEO IKSIM tersebut membayar kepadanya RM 1 juta dan membuat permohonan maaf yang diterbitkan di dalam akhbar-akhbar utama.

Khalid Samad dalam kenyataannya sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti berikut. "Runding dengan saya daripada nak hadapi mahkamah dan dimalukan dalam mahkamah kerana tuduhan dia buat dalam masjid jelas satu pembohongan atau fitnah,"

Ketika diajukan soalan oleh wartawan Menara.my, apakah benar dakwaan Khalid Samad bahawa kenyataan yang dikeluarkan CEO IKSIM di forum JAIS di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam itu merupakan satu fitnah dan dikatakan berpolitik dalam mesjid, Prof Dato' Naser menjawab, "Fitnah apa? Berderet fakta!

Kalau pun dia kemaruk sangat nakkan RM 1 juta dan permohonan maaf, establish your facts di mahkamah, tak perlu auta dengan menggunakan media backed by yahudi. Puak-puak dia yang salahguna program JAIS untuk cuci bangkai gajah mereka.

Saya hanya perjelaskan hukuman bagi kesalahan doktrin palsu yang terlalu rendah sekarang adalah kerana kita masih gagal meminda Akta 355. Memang orang politik termasuk dari Shah Alam yang menjadi penghalang, Itu fakta. Adakah hanya kerana malu atau takut menerima cercaan umat Islam, maka saya pula yang difitnah sebagai bercakap politik dalam masjid."

"Merekalah sebenarnya yang mempolitikkan program JAIS itu untuk menutup kesalahan yang dilakukan ahli-ahli Parlimen mereka. Cepat benar mereka belajar politik auta dari rakan-rakan mereka. Orang kaki auta macam ni kita kena ajar mereka berpolitik secara Islam dan jangan mempolitikkan Islam.


Mereka menggunakan politik untuk menghalang Akta 355 yang merupakan satu-satunya constitutional way untuk naikkan kadar bidangkuasa hukuman mahkamah syariah. Nothing politic bila saya nyatakan kita masih gagal kerana ada political objection by them. I think, JAIS yang menjadi penganjur dan menjemput saya untuk present my paper pun perlu faham tentang hakikat ini dan jangan terjebak dengan politik auta puak-puak ni."

Sumber TKO - 25-10-2017




Wisma Tok Guru: Undang-undang berpihak pada AMANAH, kata KANUN
Posted on Wednesday, October 25 @ 06:48:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36148


Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius tindakan Pemuda PAS yang membuat provokasi melampau di perkarangan Wisma Tok Guru di Salor, Kelantan.


Tindakan Pemuda PAS berkumpul beramai-ramai dengan diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari untuk memasang bendera PAS di perkarangan Wisma Tok Guru adalah tindakan samseng dan tidak mencerminkan doktrin atau prinsip matang dan sejahtera.

Pemuda PAS seharusnya mendukung prinsip kedaulatan undang-undang. Berdasarkan prinsip ekuiti, AMANAH Kelantan telah menduduki tanah tersebut dengan kebenaran tuan punya asal, malah telah mendapat kebenaran bertulis daripada penama tanah dan tuan punya asal tanah tersebut.

KANUN percaya AMANAH Kelantan mampu mempertahankan Wisma Tok Guru itu berdasarkan prinsip ekuiti yang diamalkan di Malaysia.

Soal kenapa Datuk Husam Musa tidak memulakan saman ke atas pemilik tanah baru tidak berbangkit kerana pada asasnya prinsip ekuiti digunakan sebagai perisai (a shield not a sword).

Bagaimanakah peguam PAS yang ramai daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi (JUHAM) PAS gagal menasihati Ketua Pemuda PAS Kelantan tersebut untuk tidak membelakangkan proses perundangan.

KANUN menyatakan bahawa AMANAH Kelantan bukanlah menduduki Wisma Tok Guru seperti setinggan. Bahkan jika ia setinggan sekalipun, tuan punya tidak berhak untuk menghalaunya melainkan dengan mendapat perintah Mahkamah terlebih dahulu.

Inikan pula kedudukan AMANAH Kelantan yang telah menduduki tanah itu dengan kebenaran pemilik asal.

KANUN juga hairan adakah wujud mana-mana peguam yang menasihati PAS tentang tatacara dan prosedur pembelian sesuatu tanah?

Lazimnya, bagi pembelian setinggi RM700,000, ia akan diperincikan dalam satu perjanjian jual beli. Perjanjian jual beli itu pula akan memperincikan kaedah pembayaran dan kaedah penyerahan kosong sesuatu hartanah.

Penyerahan kosong hartanah pula akan bergantung kepada keadaan semasa hartanah itu sama ada didiami oleh penyewa atau orang yang diberikan kebenaran.

Jika pembeli mendapati hartanah itu didiami oleh orang lain, maka sebelum baki wang pembelian dibayar sepenuhnya penjual perlu memastikan tanah itu benar-benar kosong dan tiada isu-isu yang masih tergantung di mahkamah.

Dalam hal ini KANUN difahamkan bahawa terdapat pertindihan tuntutan oleh waris-waris terhadap tanah tersebut.

Oleh itu, jika perjanjian jual beli benar-benar wujud maka KANUN mencabar Pemuda PAS untuk mendedahkan butiran perjanjian itu bagi semua pihak mendapat ketepatan maklumat.

KANUN juga was-was yang pemilik tanah baru itu memegang tanah sebagai amanah kepada PAS kerana tidak mendapati sebarang catatan ‘pemegang amanah’ di atas geran hakmilik tanah tersebut.

WAN ANWAR WAN IBRAHIM
Timbalan pengerusi KANUN merangkap naib ketua Pemuda AMANAH Nasional.


Sumber TKO - 25-10-2017


Masa depan Amanah
Posted on Tuesday, October 24 @ 19:01:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36139



Ahad lalu, Amanah mengadakan konvensyen nasional tahunan keduanya di Alor Setar. Tahun lalu, ia diadakan di Shah Alam. Dijangka inilah konvensyen terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mungkin diadakan pada tahun depan.

Terdapat tanda-tanda berlakunya kejenuhan berpolitik. Tidak ada pengumuman atau kejutan baharu. Mana tidaknya, baru seminggu lalu, lebih kurang pemimpin yang sama berhimpun di Petaling Jaya dalam hentian akhir rangkaian jelajah kempen “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi”.

Apa yang hendak dicakapkan sudah dicakapkan. Sekarang, apa yang diperlukan adalah undi rakyat.
Sementara aktivis Amanah sendiri pula sudah bergerak sejak 2 tahun ia ditubuhkan. Sebelum itu, mereka juga sibuk bekerja untuk PAS dan Pakatan Rakyat.

Tentu banyak aktivis mengharapkan pilihan raya umum diadakan segera untuk meraih hasil kempen mereka selama ini. Mungkin juga menangguh-nangguhkan pilihan raya ini adalah taktik Barisan Nasional (BN) untuk memenatkan aktivis Pakatan Harapan (PH) supaya habis segala peluru dan dayanya.

PRU ke-14 ini akan menentukan kedudukan Amanah dalam politik negara. Sama ada ia akan mengikut jejak parti serpihan dahulu yang hilang ditelan zaman, atau dapat bertahan dan melakar wajah baharu politik negara.

Walaupun konvensyen ini tidak menggemparkan dan menarik perhatian besar rakyat negara ini tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri, lebih baik daripada majlis yang sama tahun lalu.

Ini kerana, bersamanya terdapat Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun lalu, PH belum distrukturkan semula dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi. Kali ini ia lebih jelas, padu dan berfokus dengan Amanah mempunyai peranan penting sebagai parti yang mewakili politik Islam.

Kedah negeri Amanah

Satu lagi perkara yang istimewa terhadap konvensyen ini ialah ia diadakan di Kedah, sebuah negeri yang dianggap sebagai salah satu pangkalan PH. Ini kerana bukan saja Kedah adalah negeri Dr Mahathir, dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai bekas menteri besarnya, tetapi ia juga negeri Amanah.

Aktivis Amanah Kedah yang pada satu masa merupakan ahli PAS adalah antara mereka yang memenangi dan memimpin Kedah dari tahun 2008 hingga 2013. Di Kedah inilah juga bibit-bibit asas Amanah muncul dalam bentuk kumpulan yang kritikal terhadap pucuk pemimpin PAS apabila berlaku krisis mempertikaikan menteri besar Pakatan Rakyat, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Golongan inilah yang mula menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mempertahankan Pakatan Rakyat ketika mana PAS mahu meruntuhkannya melalui perselisihannya dengan DAP. Penyokong PasMa yang merupakan ahli PAS umumnya kemudian menyertai Amanah.

PAS yang tidak pernah memenangi Kedah hanya mampu mencapainya pada tahun 2008 kerana antara lain ia bekerjasama dengan DAP dan disokong oleh PKR. Inilah sering diingatkan oleh golongan progresif PAS dan PasMa kepada pucuk pimpinan parti itu, tetapi ia tidak diendahkan.
Kalau dalam Pakatan Rakyat dahulu, PAS merupakan parti utama dan dapat menerajui negeri itu, tetapi Amanah tidak akan dapat kedudukan seumpama itu. Ini kerana PPBM yang akan menjadi parti utama.

Pada perkiraan awal ketika ditubuhkan pada tahun 2015, Amanah melihat dirinya sebagai pengganti PAS dalam PH. Maknanya ia akan bertanding di kawasan yang PAS tanding dahulu ketika dalam Pakatan Rakyat.

Maka kalau dahulu, PAS diperuntukkan kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis, tetapi kedudukan itu tidak boleh diwarisi oleh Amanah. Malah di Selangor, yang sepatutnya kerajaan Pakatan Rakyat diubah menjadi kerajaan PH pun tidak berlaku.

Ini kerana harapan supaya separuh daripada PAS menyertai Amanah tidak menjadi kenyataan. Ia tinggal harapan dengan Amanah menjadi lebih kecil.

Ditambah lagi dengan kehadiran PPBM, Amanah tidak boleh mewarisi PAS dengan begitu saja. Ia harus menerima PPBM dan perkara ini menjadi ketara di Kedah.

Mungkin Amanah boleh mengharapkan Perlis, negeri Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir. Perlis juga mempunyai seorang mufti yang dilihat sebagai seorang ulama “progresif”.

Amanah sememangnya tidak mempunyai harapan di Terengganu, negeri Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana beliau pernah menjadi menteri besarnya. Amanah mempunyai harapan di Kelantan tetapi untuk memenanginya, ia akan mengalami pertarungan sengit dalam pilihan raya negeri.

Dengan pertandingan 3 penjuru, BN juga mengharapkan kejayaan di atas perpecahan PAS.
Amanah ada peluang menerajui Johor. Tetapi jika negeri itu jatuh ke PH, parti utama yang menerajui negeri itu mungkin adalah PPBM.

Johor adalah negeri presiden PPBM yang pernah menjadi menteri besar negeri itu. Kedudukan Johor adalah seperti Kedah bagi Amanah.

Tetapi PPBM adalah seperti Amanah yang mana PRU ke-14 ini akan menentukan sama ada ia dapat kekal lama dalam politik Malaysia.

Imej serpihan Amanah
Dalam sejarah Semenanjung Malaysia, parti serpihan sukar bertapak. Namun begitu, ada juga yang dapat bertahan lama.

PAS, Gerakan dan PKR adalah contoh parti serpihan yang bertahan lama. PAS adalah parti serpihan Umno walaupun penyertaan aktivis Hizbul Muslimin dan pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) mengubah fahamannya.

Gerakan merupakan parti pecahan MCA. Tetapi penyertaan bekas aktivis Parti Buruh mengubah perwatakannya.

Begitu juga dengan PKR. Ketika awal penubuhannya, Parti Keadilan Nasional menampung banyak aktivis yang bukan Umno. Dengan gabungan bersama Parti Rakyat Malaysia, PKR muncul sebagai parti berbeza daripada Umno.

Tentunya antara persoalan yang timbul ialah sama ada Amanah akan dapat mengadakan Konvensyen Nasional Ketiga tahun depan, iaitu selepas pilihan raya, iaitu sekiranya ia gagal bertapak di mana-mana kawasan.

Andaikata ia gagal, adakah ahli-ahlinya akan menyertai PAS semula? Jika pembubaran berlaku, adakah sebahagiannya akan menyertai PKR.

Ini kerana ada pihak menyatakan bahawa dasar PKR dan Amanah tidak berbeza. Malah semasa penubuhannya, ada tokoh penyokong pembangkang menyatakan tidakkah wajar golongan progresif PAS menyertai saja PKR dan tidak perlu menubuhkan parti baharu.

Tokoh yang menguruskan pendaftaran Keadilan dahulu adalah orang yang sama dengan orang yang menguruskan pendaftaran Amanah iaitu Anuar Tahir. Malah dikatakan dasar asal PKR adalah apa yang ada pada Amanah pada hari ini.

Tetapi Amanah adalah parti pecahan yang berbeza daripada yang lain. Seringkali parti pecahan ditubuhkan atas dorongan seorang tokoh popular seperti PPBM dengan Dr Mahathir, PKR dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Semangat 46 dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Berjasa dengan Datuk Muhamed Nasir dan Hamim dengan Datuk Asri Muda.

Namun Amanah ditubuhkan bukan kerana ketokohan presidennya, Mohamad Sabu atau penasihatnya, Ahmad Awang. Ia ditubuhkan atas kesepakatan bersama golongan progresif yang melihat kepimpinan PAS menjejaskan jalur perjuangan Islam.

Bukan pada tokoh
Oleh kerana ia tidak berorientasikan pada seorang tokoh, maka pendokongnya lebih ditarik pada fahamannya, iaitu politik Islam progresif. Slogannya ialah “Rahmatan Lil Alamin”, Rahmat Islam untuk sekelian alam. Istilah progresif ini sebenarnya tidak perlu. Tetapi ia digunakan bagi membezakannya daripada PAS.

Asalnya pun, Amanah hendak mendaftarkan dirinya sebagai Parti Progresif Islam. Nama Islam itu yang dipercayai menjadikannya ditolak. Tetapi progresif ini tidak bermaksud sederhana atau moderat seperti yang dipegang oleh kumpulan liberal Malaysia, G25. Ataupun konsep wasatiyyah yang dipegang oleh Umno.

Progresif Islam ini adalah pemikiran politik Islam pasca-Islamisme. Iaitu fahaman yang mengambil kira pengalaman yang dilalui oleh gerakan Islam sejak berlakunya Revolusi Islam Iran, pemerintahan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Turki serta pergolakan Arab Spring yang menubuhkan pemerintahan Islam demokratik di Tunisia dan Ikhwanul Muslimin di Mesir untuk beberapa ketika.

Maka Amanah mempunyai peranan bersejarah bagi mendorong terwujudnya negara Islam yang moden dan progresif selaras dengan kehendak Islam, iaitu bersifat inklusif, kepelbagaian, demokratik dan ramah.

Ia merupakan parti yang boleh menghalang negara daripada terjerumus kepada ekstremisme, reaksioner, konservatif, parokial, asabiah kelompok dan sekular terbalik.

Zin Mahmud 

Sumber TKO - 24-10-2017


Mat Sabu tak percaya janji manis PAS tapi percaya gila dengan janji LGE!
Posted on Monday, October 23 @ 11:17:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36096



Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,  Mat Sabu buat lawak gila ke apa? Tapi dia terlupa nak bagi tahu satu benda iaitu dia percaya gila dengan janji LGE, sebab tu dia bersusah payah membangunkan PAN untuk jadi khadam LGE dan DAP.Itu yang Mat Sabu tak beritahu.....

Ilusi halus dan tidak sehala dengan apa yang berlaku, Mata Sabu mendakwa dia dipujuk oleh pemimpin PAS untuk kembali kepada PAS tetapi tidak pula dinyatakan siapa pemimpin yang memujuknya.Agak agak siapa pemimpin itu ya? setakat saya menulis ni, saya masih tidak dapat mengagak mana mana pemimpin yang dimaksudkan oleh Mat Sabu.Nak kata Mahfuz Omar, dia dah tak  jadi pemimpin PAS lagi malah statusnya sama dengan Mat Sabu, pemimpin yang direject dari PAS.Jadi apa kejadahnya pemimpin yang direject pujuk Mat Sabu supaya kembali? Tak munasabah!

Mat Sabu juga mendakwa dia dah tak percaya dengan janji manis PAS, apa janji manis PAS tu? Apakah selama Mat Sabu dalam PAS ada janji manis  yang diberi kepadanya? Patutlah selama ini Mat Sabu berlagak sebagai budak nakal dalam PAS, rupa rupanya ada janji manis yang diberi kepadanya.

Mat Sabu kelihatan mahu memberitahu semua betapa besar dan hebatnya dia sekarang sejak jadi presiden PAN, tidak sepertimana dirinya semasa jadi timbalan presiden PAS.Barangkali pada setiap ceramah dan perhimpunan yang dianjur dan disertai Mat Sabu sejak jadi presiden PAN ini lebih dasyat dari ketika dia jadi timbalan presiden PAS, Agaknya lah sehingga ada  ‘Padang Mat Sabu’ di Seksyen 27,” Shah Alam.Itu dakwa Mat Sabu, betul atau salah, orang Shah Alam boleh mengesahkannya serta menyatakan siapa yang menamakan padang  itu dengan namanya.

Apa yang tersirat ialah kecintaan Mat Sabu kepada PAS masih lagi kuat.Dulu dia kata PAS rindu padanya, kini dia dakwa ada pemimpin PAS cuba pujuknya kembali kepada PAS, tetapi kalau kita cuba fahamkan maksudnya secara terbalik, mungkin maknanya juga terbalik, bukan PAS rindu pada Mat Sabu tapi Mat Sabu yang rindu pada PAS, bukan pemimpin PAS yang pujuk Mat Sabu tapi dia memujuk dirinya sendiri untuk kembali pada PAS dan janji manis yang dia tak percaya merupakan janji manisnya sendiri bukan janji manis PAS, sebab selama ini tiada seorang  pemimpinpun yang dikenalpasti menyertai PAS kerana sesuatu janji manis yang dibuat oleh mana mana pemimpin PAS.

Yang tersirat juga suatu yang ditunjukkan dengan perbuatan Mat Sabu dan lain lain pemimpin PAN sebagai respon kepada perilaku pemimpin DAP terutamanya LGE.Apa saja LGE kata dan  buat, Mat Sabu dan pemimpin PAN akan sokong malah dalam setengah kes tampil menjadi benteng mempertahankan LGE dan DAP.Apa maknanya semuanya ini? Apakah Mat Sabu dan PAN dijanjikan sesuatu oleh LGE dan DAP dan janji ini pula menjadi terlalu manis sehingga dipercayai sampai ke usus PAN.

Janji manis LGE dan DAP yang dipercayai Mat Sabu dan janji manis PAS dari ilusi Mat Sabu tidak lagi dipercayainya.Satu lagi hal yang menarik untuk direnung bersama ialah situasi hubungan antara Mat Sabu dan Mahfuz Omar.Saya teringat ketika Mat Sabu jadi calon PAS untuk Kuala Terengganu, antara sebab yang diberitahu kepada saya kenapa Mat Sabu dihantar bertanding ke Kuala Terengganu bukan di Kedah ialah kerana Tok Guru mahu meredakan perbalahnya dengan Mahfuz Omar.Diberitahu kepada saya bahawa di Kedah, kedua duanya macam kucing dengan anjing dan untuk meredakan keadaanlah Tok Guru menariknya ke Kuala Terengganu.Bermakna hubungan antara kedua duanya bukanlah baik sangat dan barangkali juga menjadi sebab kenapa Mahfuz seperti berat kaki untuk melangkah kepada PAN.Tapi tu cuma ilusi saya, boleh jadi betul, boleh jadi salah!

Sumber TKO - 23-10-207


Janji manismu takkan ku percaya lagi, kata Mat Sabu kepada PAS
Posted on Monday, October 23 @ 07:24:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36091



ALOR SETAR: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini mendedahkan ada pemimpin PAS Pusat cuba memujuk beliau kembali kepada PAS.

Menurut Mohamad, pemimpin PAS itu selalu “menghentamnya” di luar namun berlaku sebaliknya ketika bersemuka.

“Di lapangan terbang, dari jauh dia duduk meja lain (dia datang) duduk dengan saya. Dia kata ‘Bang Mat, kembalilah…’, saya kata ‘janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya disambut tawa para perwakilan di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini.

Mohamad semasa ucapan penangguhan mesyuarat berkata “orang-orang PAS” sebenarnya masih menghargai persahabatan mereka dan ada dalam kalangan mereka memberikan dorongan kepadanya untuk meneruskan “perjuangan”.


Mohamad mengingatkan para perwakilan bahawa Amanah kini semakin dikenali dan diiktiraf orang ramai.

“Berapa tahun kita berceramah kalau tak banyak sikit, kita terlibat dalam kutip derma, beri sumbangan. Kalau kita lihat di Shah Alam ada ‘Padang Mat Sabu’ di Seksyen 27,” katanya.

Mohamad, dam beberapa ahli veteran PAS yang tewas dalam pemilihan parti 2015 mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan sebuah parti yang bersekutu dengan PKR dan DAP dalam gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Jawatan tertinggi PAS yang pernah disandang Mohamad sejak menyertai parti itu pada 1981 ialah timbalan presiden.

Sumber TKO - 23-20-20117



Pembahagian Kerusi Parlimen Kelantan Hampir Selesai kata Husam Musa
Posted on Sunday, October 22 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36088




KOTA BHARU – Pembahagian kerusi parlimen Pakatan Harapan (Harapan) di negeri ini hampir selesai sementara penyusunan kerusi peringkat Dun dikatakan bermula minggu ini, kata Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.

Dengan semangat permuafakatan yang terjalin di antara parti komponen Harapan, Amanah dan parti-parti lain yang bertanding di bawah pakatan ini tidak akan berdepan masalah untuk penyusunan kerusi tersebut.'


"Fokus utama sekarang adalah untuk capai kemenangan. Pembahagian kerusi tersebut adalah selain diasaskan capai kemenangan tetapi untuk mewujudkan penyertaan semua parti-parti yang berkaitan.
"Bagi Harapan, kita mempunyai anggota daripada pelbagai kaum dalam majlis Pakatan Harapan Kelantan, termasuklah Orang Asli.

"Selain itu kita juga ada Cina, Siam dan India sebagai mewujudkan kerjasama dan keharmonian antara kaum di negeri ini, sekali gus memupuk persepakatan tanpa mengira kaum.

"Dengan penyertaan Orang Asli ini, kami harap masalah dan kepentingan semua pihak akan diambil kira dalam dasar-dasar negeri Kelantan nanti sekiranya Harapan menang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tidak timbul parti mana yang akan mendapat kerusi lebih atau kurang, namun yang ditekankan ialah semuanya mestilah bergerak atas satu nama dan logo yang sama iaitu Pakatan Harapan.

Bekas kepimpinan tertinggi Pas itu juga memberitahu, semua calon yang akan bertanding juga mewakili Harapan itu sendiri, bukan parti yang dianggotai mereka.

"Dengan cara ini kita boleh memupuk kerjasama yang lebih kuat dan erat. Fokus utama ialah memenangi sebanyak mungkin kerusi parlimen untuk bentuk kerajaan Malaysia yang baru untuk ganti BN nanti.

"Harapan akan bertanding di semua kerusi dan sasarannya ialah yang mana rakyat rasa cukup, kalau mereka mahu semua kerusi menang pun boleh. Harapan juga perlukan kemenangan untuk hapuskan cukai GST," katanya.

"Baru-baru ini Pakatan Harapan Malaysia bermesyuarat, kita antara lainnya membincangkan tentang polisi pakatan jika menang dan belanjawan alternatif pakatan. Apakah pendapatan baru dan jumlah pendapatan itu sama ada cukup atau tidak untuk jadi sumber pendapatan negara. Alhamdulillah, melalui unjuran yang kita buat, kita masih cukup lagi walaupun GST dihapuskan.

"Belanjawan alternatif ini akan dibentangkan sebelum pembentangan bajet rasmi negara. Melihat kepada angka-angka belanjawan alternatif ini, kita boleh meyakinkan rakyat walaupun GST dihapuskan, negara masih kuat dan masih boleh berkembang baik," katanya.

Mengulas mengenai hasrat DAP untuk bertanding di sini, beliau memberitahu, semua parti boleh melahirkan hasrat masing-masing, namun keputusan akan dibuat permuafakatan parti-parti peringkat negeri dan muktamadnya oleh majlis presiden di peringkat pusat.


-Sinar Harian

Sumber TKO - 22-10-2017



Ada 'godfather' bukan hinaan tapi pujian, Khalid Samad Berdalih
Posted on Sunday, October 22 @ 11:57:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36081


Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata kenyataannya bahawa Zamihan Mat Zin mempunyai godfather adalah satu pujian dan tidak menghina.


Katanya, beliau bimbang sekiranya Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wah Jamaah (Aswaja) itu tersalah tafsir maksud 'godfather' sebenar yang menurut Khalid, merujuk kepada “pelindung”.
“Dia tak faham istilah godfather itu. Mungkin dia ingat 'God' adalah tuhan dan 'father' itu paderi. Tapi godfather ini seorang yang menyokong dan melindungi. Ia satu benda bagus, dan hebat.

“Ini bermakna ada orang lindungi dia sampai dia pergi mana-mana pun tak boleh sentuh. Ia satu pujian,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar semalam.

Khalid berkata demikian selepas Zamihan mengancam untuk menyaman Khalid berhubung tuduhan beliau mungkin dilindungi godfather.

Khalid bagaimanapun berkata beliau bersedia berhadapan dengan saman itu sekiranya Zamihan meneruskan niatnya dan akan mengemukakan bukti kepada pihak mahkamah.

“Kalau dia nak bukti kenapa saya kata ada godfather saya akan tunjuk bukti. Dia kata mufti bodoh tapi tak diambil tindakan, maknanya ada yang lindungi dia.

"Jadi saya kena bawa bukti ke mahkamah dan tunjuk kenapa dia ada godfather,” katanya.
Pada 17 Okt lalu Malaysiakini melaporkan Khalid sebagai berkata ada kemungkinan Zamihan dilindungi godfather - istilah yang selalunya dikaitkan dengan pihak yang berpengaruh.

Malah kata Khalid, godfather terbabit cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyelamatkan penceramah terbabit susulan ucapan kontroversinya di sebuah masjid di Selangor baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang itu, ini... tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun boleh.

Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” katanya.
Nama Zamihan menjadi perhatian ramai ekoran kelantangannya menyampaikan pandangan semasa memberikan ceramah atau kuliah.

Baru-baru ini dia ditahan reman dua hari oleh polis di bawah Akta Hasutan ekoran kritikannya ke atas Sultan Ibrahim yang mengarahkan dobi mesra muslim di Muar, Johor menukar polisi

perniagaannya yang mencetuskan kontroversi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini telah mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membatalkan tauliah yang diberi kepada Zamihan.

Sumber TKO - 22-10-2017

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI - Pemuda PAN yang gilakan ideologi!
Posted on Thursday, October 19 @ 21:34:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36032



Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,  Lagi bukti nyata, terang dan bersuluh, PAN nak bawa negara kepada liberalisma! Tulisan terbaru Muhammad Syafiq Azmi, Pemuda PAN mengenai idoelogi Kassim Ahmad menjelaskan bukti tersebut.Apabila seorang yang beragama Islam cenderung kepada ideologi ideologi tertentu, yang dapat difahami ialah dia seorang yang terdidik dalam pendidikan moden yang menekankan kepada penghujahan logik dan justifikasi  akal manusia semata mata.Ideologi Kasim Ahmad juga tidak terlepas dari konsep pendidikan moden yang digarap terus dari ilmu ilmu yahudi dan nasrani.

Ilmu Islam tidak begitu, ideologi tidak terpakai sama sekali dalam apa jua bentukpun.Ijtihad berbeza dengan ideologi dalam erti ijtihad itu disandarkan kepada kajian dan bukti yang digarap terus dari Quran dan Hadis, bukan pendapat akal semata mata.Sedangkan ideologi adalah pemikiran manusia yang tidak ada sandaran langsung kepada kajian kajian Quran dan Hadis, yang ada cuma andaian andaian akal manusia sahaja yang diterima dan diikuti sebagai bukti Quran dan Hadis.

Tiada kajian kepada Quran dan Hadis pula bermakna tidak ada kaedah kaedah mengkaji yang digunakan, yang ada hanyalah andaian akal mereka memata yang diterima sebagai benar.Inilah intipati kepada ideologi Kasim Ahmad yang dibukukan dan didakwa sebagai ikutan sebenar ugama.Yang sahnya dari segi ilmiah menurut ilmu imu Islam, ideologi ini ialah ideologi yang menolak Hadis  dan tidak boleh digunapakai untuk berugama.

Ideologi pemikiran manusia yang perlu ditolak jauh oleh orang Islam kini cuba dipromosikan semula oleh  Pemuda PAN menerusi tulisan terbaru Syed Syafiq Azmi yang menyebut antara lain, akan lahir lebih ramai kassim Ahmad yang telah meninggalkan khazanan ideologinya kepada dunia.Sekaligus membuktikan PAN adalah sebuah pertubuhan liberal yang menyandarkan pegangan mereka kepada ideologi manusia bukan petunjuk ugama yang telah lama ada.Pegangan mereka kini disandarkan kepada ilmuan ilmuan moden yang berpaksikan kepada hujah logik dan justikiasi akal semata mata yang banyak memberi hujah dan bukti menerusi andaian akal yang tidak ada sandaran betul salahnya,tapi pada mereka itu betul, itulah dasar liberal yang amat bahaya kepada ugama.

Liberal sudah menjadi pegangan PAN, percaya atau tidak, kerana liberallah mereka bermati matian mempertahankan hak minoriti bukan Islam yang pada mereka dinafikan hak sehingga hak untuk mencampuri urusan ugama Islampun mereka benarkan.Semuanya kerana liberal, Khalid Samad dengan suara liberalnya, Dr. Mujahid dengan suara liberalnya,  Faiz Fadhil dengan suara liberalnya, Salehhudin Ayubpun sudah mula bercakap gaya liberalnya. Siapa lagi pemimpin PAN yang tidak menunjukkan gaya liberalnya? Hanifa Maidin, Dr. Zul? Dr.Mohd Hatta? atau Muhamad Awang atau lain lain pemimpin termasuk Husam dan beberapa pemimpin PAN yang masih ada dalam PAS?

Percaya atau tidak kesemua mereka sedang mempertahankan kumpulan manoriti bukan Islam dengan nama hak sehingga campur tangan kumpulan ini dalam ugama Islam turut dibenarkan.Itulah pergerakan liberal yang semakin jelas berlaku dalam PAN sambil terus menggunakan Islam sebagai planformnya untuk terus bergerak.

Inilah pertubuhan yang sama bahayanya dengan pertubuhan liberal lain seperti SIS, LGBT dan seumpamanya.

Sumber TKO - 19-10-2017



Mat Sabu bebas tuduhan fitnah isu Bukit Kepong
Posted on Thursday, October 19 @ 19:53:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36027



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua pertuduhan memfitnah berhubung kenyataannya mengenai insiden Bukit Kepong pada 1950.

Tiga panel hakim dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad adalah cacat.

“Mahkamah Tinggi dan hakim perbicaraan tidak tersalah arah untuk menyimpulkan bahawa pihak pendakwaan tidak cukup membuktikan kes prima facie,” katanya.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah 3 anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.

Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berhujah pertuduhan itu tidak cacat kerana kesalahan dinyatakan dalam pertuduhan.

Sebaliknya peguam mewakili Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhujah, dengan menyatakan inti pati kesalahan anak guamnya, tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mat Sabu berkata beliau amat lega dengan keputusan itu selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan.

Sumber TKO - 19-10-2017








































































































































































































Pemilik jual premis menempatkan pejabat PAN

PEMINDAHAN milik hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor berlaku selepas pemiliknya menjual lot terbabit kepada pihak lain. 
Difahamkan penjualan dibuat bagi menyelesaikan urusan tuntutan pusaka dan perkara lain yang berkaitan. 
Oleh itu tidak timbul dakwaan Adun Salor, Datuk Husam Musa dihalau keluar daripada bangunan tersebut memandangkan pemimpin PAN itu bukan pemilik hartanah terbabit.
Sumber PAS Kelantan memberitahu isteri arwah Rosli Ibrahim, Hanipah Dollah ada memaklum kepada seorang anggota keluarganya bagi menjual tanah tersebut. 
Ekoran itu katanya, PAS negeri dimaklumkan mengenai hasrat pemiliknya menjual hartanah terbabit dan persetujuan dibuat dengan dijual pada harga RM700,000. 
“Urusan pindah milik diselesaikan 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluar pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkan premis dalam tempoh sebulan. 
“Notis pengosongan beberapa kali dihantar namun tiada sesiapa di premis berkenaan. Ini menyebabkan notis pengosongan ditampal di pagar pada Khamis lepas,” katanya di Kota Bharu. 
Ekoran arahan pengosongan tersebut, Adun PAN Salor dilapor akan mencabar arahan mengosongkan bangunan itu yang dinamakan Wisma Tok Guru. 
Husam memberitahu beliau akan memfailkan kes berkenaan di mahkamah selepas menerima notis. 
Sumber terbabit juga memberitahu urusan penukaran nama pemilik dibuat di rumah Hanifah memandangkan beliau masih dalam endah selepas kematian suaminya. 
“Adalah tidak berbangkit ada konspirasi terhadap jual beli hartanah tersebut kerana ia sah dari sudut undang-undang,” ujarnya. 
Menurutnya juga pemilik baru hartanah tersebut akan mendapat perintah mahkamah selepas berakhir notis pengosongan bangunan itu dalam tempoh 30 hari selepas notis dihantar. - HARAKAHDAILY 19/10/2017 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD - 19-10-2017 


Zamihan ancam saman Khalid
Posted on Thursday, October 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36017


Selepas dituduh mungkin dilindungi "godfather", Zamihan Mat Zin mencabar Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, membuktikan dakwaan berkenaan.


Kata presiden Persatuan Ahli Sunnah Wah Jamaah (Aswaja) itu Khalid mesti menunjukkan bukti bahawa penceramah terbabit memang dilindungi "godfather" sesuai dengan kaedah fikah Islam.

"Jika Khalid gagal berbuat demikian, ini bermakna beliau salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang suka berbohong, malah gemar memfitnah individu yang berbeza fahaman agama dengan beliau," kata Zamihan dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Okt lalu Malaysiakini melaporkan Khalid sebagai berkata ada kemungkinan Zamihan dilindungi "godfather" - merujuk kepada pihak yang berpengaruh dalam negara.

Malah kata Khalid "godfather" terbabit cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyelamatkan penceramah terbabit susulan ucapan kontroversinya di sebuah masjid di Selangor baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang itu, ini... tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun boleh.

  “Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” katanya.

Nama Zamihan memang menjadi perhatian ramai ekoran kelantangannya menyampaikan pandangan semasa memberikan ceramah atau kuliah.

Jangan tuduh melulu

Baru-baru ini dia ditahan reman dua hari oleh polis mengikut Akta Hasutan ekoran kenyataannya mengenai kedai dobi "mesra Muslim" serta Sultan Ibrahim.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga kemudian mengambil tindakan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor membatalkan tauliah yang diberi kepada Zamihan.

Menurut kenyataan baginda yang dibuat melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, tindakan itu dibuat melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan bersifat rasis, kurang beradap dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

  “Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di masjid diraja, yang mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Zamihan kemudian menyatakan akur kepada keputusan berkenaan dan meminta maaf kepada Sultan Selangor.

Menurut Zamihan, Khalid turut dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan berkenaan yang disifatkannya "jelas berniat jahat dan cuba merosakkan imej" beliau.

Jika gagal, kata Zamihan, dia akan meminta peguamnya untuk mangambil tindakan undang-undang terhadap Khalid.

Kata Zamihan Khalid bukan saja cuba memburukkan imejnya malah dilihat suka mengambil kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik khususnya pembangkang.

Selain jalan mahkamah Zamihan juga menyatakan kesanggupannya untuk bersemuka dengan halid bagi mencari "kebenaran" dalam isu berkenaan.

"Wacana berkenaan boleh diadakan dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat di mana-mana saja lokasi yang beliau tetapkan.

"Sebagai seorang pemimpin beliau harus cermat dan tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti," katanya.

Sumber TKO - 19-10-2017

Hanipa Maidin Nak Perli PAS Akhirnya “TERLUDAH” Muka Sendiri
Posted on Thursday, October 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36016



Ada seorang peguam PAS yang keluar parti, masih menggunakan status peguam PAS dengan menambah perkataan dulu (itu pun setelah banyak kali kena perli netizan). Lebai tak pasti apakah dia ini masih sayang kepada PAS atau tidak. Macam orang tersilap talak isteri 3, akan sentiasa ingat isteri walaupun memang tak akan bersama lagi. Fenomena itu dikatakan GILA TALAK. Tapi kalau berpolitik, langgar sumpah setia dalam perjuangan Islam, tersilap membuat keputusan keluar daripada perjuangan Islam dan tubuh parti baru semata-mata nak mendapat sedikit habuan kekuasaan dunia dipanggil GILA BA'IAH (termakan sumpah ba'iah).


Lebai ingat setelah baik daripada sakit dan ujian Allah akan insaf serta menjaga tutur kata dan bicara. Tapi Hanipa Maidin tidak. Malah bahasa pertuturannya lebih biadap. Islam yang selama ini menjadi perjuangan telah makin luntur dalam dirinya.

Semasa mengulas Himpunan Kleptokrasi dia cuba perli PAS dengan menulis pada facebooknya, "Mungkin tak dengar ucapan bersulam dengan ayat-ayat suci. Mungkin tak lihat tin-tin milo beredar atas nama infaq fil sabilillah."

Hanipa Maidin ni peguam. Peguam memang bercakap atas fakta, melainkan peguam yang hilang upaya berfikiran secara kritis dan ditambah dengan nafsu dendam akan bercakap berdasar emosi tanpa melihat dan meneliti.

 
Hanipa Maidin ini, sedar atau tidak apa yang ditulis pada status facebooknya adalah menghina PAKATAN HARAPAN itu sendiri. Sedarkah si Hanipa ini bahawa PAKATAN HARAPAN jaja tin (walaupun bukan tin milo) serata tempat walaupun tanpa ada yang menghulur?? Bukan sahaja dipadang, ditapak perhimpunan, malah diperkir pun mereka menadah minta belas insan??


Sedarkah si Hanipa ini, posting difacebooknya menghina presidennya sendiri si Mat Sabu?? Mat Sabu dalam ceramah petang itu berkata "...saya untuk mengumum dan memberitahu pengutip derma sedang bergerak sekarang ini..." 

"....lihat pentas kita, lihat alat siaraya ini, kita berbelanja ratusan ribu ringgit. Siapa yang akan membayar harga ini semua? Siapa? Tuan-tuan semualah..."

Rintisan minta belas ehsan, ditulis dalam blog-blog UMNO sebagai klepek duit perserta himpunan. Tak malu ke?

Hanipa Maidin sebenarnya ingin meludah kepada PAS tapi malangnya TERLUDAH PADA MUKA SENDIRI. Itu akibat menulis tanpa fakta dan ilmu. Lain kali lihat dulu baru tulis. Kan malu boleh.

Hanipa Maidin tak payah serang PAS, fokus kepada UMNO musuh sebenar. Kalau nak guna perkataan peguam PAS, ingat bahawa semenjak tertubuh PAS sehingga sekarang musuh PAS adalah UMNO bukan rakan pembangkang. Kalau tak faham perkara kecil sebegini baik buat status "Peguam PAS - dulu."


Lebai rasa Hanipa Maidin sepatut berusaha meningkat dirinya dengan kekuatan maklumat dan fakta. Sebagai peguam, kita harus ada jati diri. Lihat bagaimana Karpal Singh walaupun atas kerusi roda dia ada semagat dan jati diri yang tinggi. Dia sanggup berkata langkah mayatnya kalau nak buat Islam. Dia mempertahankan 'kekapirannya'. Tidak seperti pemimpin AMANAH (PAN) yang jual agama dan hilang jati diri Islam kerana apa, kerana tak dipilih sebagai pemimpin.

Ingat tu Hanipa Maidin, lebai minta ikut semangat dan jati diri Karpal Singh bukan ikut terlunjuk DAP sehingga membawa ideologi pemikiran DAP dalam AMANAH (PAN) seperti 'Malaysian Malaysian'. Tak percaya, dengarlah ucapan si Mujahid Rawa. Nanti kalau ada kesempatan lebai akan menulis.




Sumber TKO - 19-10-2017


Semakin ramai Kassim Ahmad akan lahir kata Pemuda AMANAH (PAN)
Posted on Wednesday, October 18 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36009



Dengan fikiran waras dan emosi yang stabil serta bahagia, penulis sengaja memilih tajuk yang kontroversi kerana penulis mahu membiar seluruh jiwa Melayu muslim memberontak lalu marah dan membaca tulisan ini.

Ini adalah kerana bagi penulis, menulis itu tidak enteng tetapi membaca itu tersangatlah mudah untuk dibuat. Tinggal lagi jika digaul dengan emosi tercabar maka ia mungkin mampu menggamit minat yang akan membaca.

Apatah lagi bila mana ada yang menulis perihal sosok bernama Kassim Ahmad. Dilahirkan tanggal 9 September 1933, beliau yang lebih dikenali dengan sapaan Pak Kassim kembali menemui pencipta-Nya pada Oktober 2017.

Sebelum ini apabila disingkap nama Pak Kassim, pastinya beliau digambarkan dengan bayangan yang cukup hina dalam lingkup massa Melayu muslim di Malaysia. Maklumlah, Melayu di Malaysia yang ada hari ini tidak mudah menerima kerencaman pandangan serta pertanyaan kritis terhadap “Islam” dan “Melayu”.

Kejijikan masyarakat terhadap Pak Kassim adalah akibat dari “ideologi” yang dibawa oleh beliau yang mendapat layanan seperti sampah masyarakat dari bani Melayu khususnya bukan di atas kefahaman tetapi ikut-ikutan.

Ideologi selalunya lahir akibat konflik dari dua atau lebih kepercayaan. Maka Pak Kassim bukan sahaja dihambur dengan label seorang yang anti-hadis, malah dia turut “disepakati” selaku seorang yang sesat, murtad dan kafir.

Dalam saat kesibukan warga muslim Melayu menyahkan apa yang disebut melalui kalam Tuhan tentang keenakan mereka memfatwakan seseorang itu sesat tanpa mereka terlebih dahulu menegakkan hujah melalui ayat dibawah:

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)” (Surah al-Israk: 15).

Nafsu dan dendam itu terawal dulu mengambil posisi sebelum dilampiaskan pelbagai tuduhan kepada Pak Kassim, dan ia menjadi iktikad kepada masyarakat Melayu muslim yang lebih suka menadah dari mencari dan mengkaji.

Cuma dalam kegalakan orang agama yang diangkat dengan pelbagai gelaran “suci” kononya, sikap menyerang Pak Kassim bukan sahaja selepas terputus nyawa dan jasad beliau, malah sehingga dikebumikan mereka ini masih asyik membantai Pak Kassim dan pemikirannya cukuplah menjengkelkan.

Sebenarnya masyarakat hanya mula memberi perhatian kepada pemilik nama Kassim Ahmad ini semula bermula sekitar tahun 1986 dan muncul sekali lagi ketika Pak Kassim ditahan oleh JAWI dan didakwa di mahkamah pada tahun 2015.

Namun pada Ogos 2017 yang lalu beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah. Dan diketika selang dua waktu ini beliau hanya dikenali dengan pemberat sebagai seorang yang anti-hadis.

Masyarakat lupa yang beliau dilahirkan pada tahun 1933. Bani Melayu muslim lupa siapa Kassim Ahmad sebelum tahun 1986 yang menjadi tahun di mana nama beliau dipijak dek kerana naskah Hadis: Satu Penilaian Semula yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pak Kassim adalah seorang pemikir, orang politik, sasterawan, pejuang tanah air yang pernah ditahan di bawah undang-undang tahanan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) pada tahun 1976 selama lima tahun yang berakhir pada tahun 1981.

Itulah yang berlaku dalam dunia Melayu muslim di Malaysia semenjak sekian lama dan ia seumpama sumpah yang ditinggal oleh penjajah yang menduduki negeri-negeri Melayu ketika dulu. Melawan atau memohon penilaian semula setiap perkara seharusnya tidak boleh berlaku.

Feudalisme yang menebal seperti yang penulis pernah karangkan sebelum ini menyebabkan Melayu muslim itu selesa dengan status quo peninggalan nenek moyang terdahulu. Bila dipersoal pasti akan ditutup mulut dan disumbat telinga dengan hujah ia berdosa jika dipersoal.

Kassim Ahmad ketika usia mudanya adalah seorang pemikir yang berani dan dinamik di samping didorong dengan keyakinan atas kajiannya. Kekesalan dan kecewanya kelompok seperti beliau adalah kerana kegagalan autoriti agama negeri atau negara untuk menunjuk jalan
keluar sekaligus menjawab persoalan yang diutarakan.

Penulis memuji inisiatif beberapa figur agama seperti Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Maulana Fakhrurrazi berkaitan Pak Kassim. Ada yang bertemu dan ada yang adil dalam memberi komentar kepada Pak Kassim. Sekalipun mereka menganggap hujah Pak Kassim tidaklah sehebat mana, mereka layak kerana mereka telah berhadapan dengan Pak Kassim.

Ia berbanding dengan pendekatan seseorang yang memonopoli diri beliau selaku kepala kepada ASWAJA, pendekatan beliau berhadapan dengan Pak Kassim tidak langsung membawa metodologi untuk memujuk apabila dia menjatuh hukum bahawasanya Pak Kassim itu seorang yang murtad.

Maka sekali lagi masyarakat mungkin sedikit leka dengan pendekatan gelojoh dan sembrono seperti figur yang penulis maksudkan dalam perenggan sebelumnya yang ditenggelamkan dengan gelaran anti-hadis kepada Kassim Ahmad.

Akhirnya lahirlah golongan yang bukan saja anti hadis, malah ia memuntahkan lagi mereka-mereka yang boleh dirujuk kelompok yang “merajuk dengan Tuhan”.

Ini memberi makna bahawa manusia itu perlu diurus dan diberi penerangan sebaiknya. Bukan menjatuhkan hukum seperti mana yang dilalui Kassim Ahmad di penghujung hidupnya. Apakah kita lupa kepada ayat 15 surah Al-Israk?

Jika masyarakat kita takut untuk berfikir secara kritis dan mempersoal secara kritikal, maka kita pasti akan menyesal dan bermain dengan persepsi diri sendiri yang akhirnya merasakan satu golongan yang disebut masuk ke dalam syurga kelak adalah dari kelompok “aku”.

Ramai yang tertanam dalam lubuk sanubari mereka Pak Kassim itu berada dalam kebanyakan golongan yang bakal menuju ke neraka. Bagi mereka orang tua bertubuh kecil itu sesat kerana membuat tafsiran sendiri terhadap al-Quran.

Namun yang punya kesarjanaan dalam agama ini penulis mempunyai tanggapan mereka ini sedang “koma” kerana mereka juga menafsir tulisan dan metafora Kassim Ahmad itu secara literal tanpa berhadapan dan berhujah dengan beliau.

Kini ia sudah berlalu. Walau Kassim Ahmad telah menuju jalan pulang. Jasadnya boleh diurus hilang dari lensa mata manusia. Tetapi ideologinya akan terus membiak dan melata.

Justeru bila mana ada antara kita yang membawa pandangan dan pemikiran yang merenjat massa itu wujud, jangan kita arah mereka diam menggunakan institusi agama.

Sediakan mereka pentas bicara, bincang selumatnya agar ada satu kesepakatan untuk kita membina masyarakat yang intelektual dan bertamadun serta berani.


Perubahan perlukan keberanian. Moga Pak Kassim tenang di negeri abadi.

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI

Sumber TKO - 18-10-2017

Khalid Samad tuntut CEO Iksim mohon maaf, pampasan RM1 juta
Posted on Wednesday, October 18 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36000



SHAH ALAM: Khalid Abdul Samad berkata pihaknya mengeluarkan notis tuntutan 7 hari kepada Datuk Prof Mahamad Naser Disa, dengan mendakwa Mahamad menuduh beliau menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Khalid berkata tuduhan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) itu sebagai fitnah. Naser dikatakan membuat tuduhan itu dalam pembentangan kertas kerja di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada 28 September lalu.

Khalid menuntut Naser membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam akhbar perdana dan membayar pampasan RM1 juta atau berdepan tindakan undang-undang.

“Saya nak bagi tahu dia, kalau dia mengharapkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama dia untuk hadapi saman daripada saya atau dia mengharapkan exco agama (Datuk Ahmad Yunus Hairi) untuk bela dia berdasarkan surat Jais hantar, saya minta maaf dia tak akan dapat perlindungan daripada Jais.


“Saya juga yakin tidak juga daripada exco agama (Selangor). Saya nasihatkan dia, tak payah bawa ke mahkamah, terima surat yang kita beri ini.

“Runding dengan saya daripada nak hadapi mahkamah dan dimalukan dalam mahkamah kerana tuduhan dia buat dalam masjid jelas satu pembohongan atau fitnah,” katanya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata tuduhan itu boleh dianggap fitnah kerana RUU355 belum dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata dakwaan seperti itu antara strategi yang digunakan Umno dan BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Tujuan untuk burukkan Pakatan Harapan atau parti anggota kononnya kita anti Islam,” kata Khalid.

“Dia bawa isu RUU355 sedangkan kita tengok RUU355 PAS pun tak nak bawa. Yang tunda perbahasan pun PAS kerana nak bertanding 130 kerusi lepas tu nak undi orang bukan Melayu.

“Ini corak politik yang tidak amanah dan tidak telus,” katanya.

Sumber TKO - 18-10-2017



Khalid Samad Tuduh Zamihan dilindungi oleh GODFATHER
Posted on Wednesday, October 18 @ 06:56:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35990



Khalid Samad banyak kali berkata, politik label ini kononnya PAS yang cetus, tapi jika
anda perhati atau buat telitian banyak istilah keluar dalam politik hari ini sebenar
adalah cetusan daripada mulut Khalid Samad sendiri.

Anggota parlimen Shah Alam mendakwa presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin mungkin dilindungi oleh seorang ‘godfather’.


Khalid Samad mendakwa godfather itu cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan 
Iskandar bagi menyelamatkan Zamihan susulan ucapan kontroversinya baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang 
itu, ini... tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun boleh.

Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” 
katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Shah 
Alam hari ini.

Beliau juga ditanya sama ada beliau maksudnya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam 
Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk 
Seri Jamil Khir.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkannya dan menjawab “wartawan perlu 
menyiasatnya”.

Sabtu lalu Othman dan Jamil dilapor berkata pihaknya akan memohon mengadap Sultan 
Ibrahim, berikutan titah baginda berhubung Jakim.

Sinar Harian melaporkan Sultan Ibrahim bertitah Jakim tidak perlu memberi pandangan 
agama kepada Johor kerana soal itu bawah bidang kuasa negeri.

Baginda juga menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) agar tidak lagi 
berurusan dengan badan itu.
Sementara itu, wartawan juga membangkitkan kes hampir sama membabitkan Khalid 
yang pernah didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.

Bagaimanapun, kata Khalid, kes beliau berbeza kerana beliau tidak langsung menghina 
sultan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zamihan berkaitan dakwaan itu.

Sumber TKO - 18-10-2017

No comments:

Post a Comment