BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, November 2, 2017

DHPP - DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (JILID 2)

SESI 2017-2019:

Penasihat DHPP:
Penasihat 1: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Penasihat 2: YB Dato' Takiyuddin Hassan


a
Bekas Naib Pengerusi DAP Raub jadi calon PAS
Posted on Tuesday, April 24 @ 17:13:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39351



Bekas Naib Pengerusi DAP Raub Chin Choy Hee yang mengesahkan keluar daripada DAP dua hari lepas, dinamakan sebagai calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras pada pilihan raya umum kali ini.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar selepas Chin mengesahkan keanggotaannya dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini.

Chin mengesahkan beliau telah keluar daripada DAP pada dua hari lalu, selepas menyertai parti itu sejak 2007.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kerusi DUN yang ditandingi PAS di Pahang menjadi 41 dengan DUN Triang menjadi satu-satunya kerusi DUN yang tidak ditandingi parti itu.

Pada 19 April lalu, Rosli juga mengumumkan PAS akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di Pahang.


DAP pula telah mengesahkan Chow Yu Hui akan mempertahankan DUN Tras pada pilihan raya kali ini manakala calon BN masih belum diputuskan.

-Bernama

Sumber TKO - 24-4-2018

Pemimpin Yang Bersih Buat Saya Jatuh Cinta Kepada Pas
Posted on Friday, April 06 @ 22:20:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38983



Kelebihan PAS berbanding parti-parti lain adalah pemimpinnya tidak makan rasuah. Inilah yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan PAS dan bersama dalan PAS.

Seluruh rakyat Malaysia sama ada melayu, orang india atau orang cina perlu sama-sama menyedari bahawa hanya PAS parti terbaik untuk membina Malaysia yang lebih baik.

Undi PAS. Sama-sama kita bina Malaysia Yang Sejahtera.

S Kumaresan
Penyelaras DUN
Pasir Bedamar

Sumber TKO - 6-4-2018



DHPP tanding lima parlimen, 18 Dun
Posted on Saturday, March 10 @ 18:09:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38569



SHAH ALAM - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) diberi ruang lebih besar oleh Pas apabila bakal bertanding di lima parlimen dan 18 Dun pada PRU14.

Ketua Penerangannya, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan berkata, senarai akhir nama calon telah dikemukakan pihaknya, namun penempatan calon DHPP belum diputuskan buat masa ini.

Menurutnya, bagi menyahut cabaran lebih besar daripada parti, pihaknya bersedia mengetengahkan calon berwibawa yang mampu memberi kemenangan kepada Pas, sekali gus membantu mengukuhkan kedudukan parti dalam politik negara.


“Ahli DHPP ada keyakinan untuk jadi calon, sebab kita sudah lama dalam Pas dan kita tahu selok belok (politik). Ini adalah permulaan penting,” katanya ketika menjadi panel jemputan di FB LIVE Sinar Harian bertajuk ‘Gagalkah DHPP tarik pengundi bukan Melayu selepas putus kerjasama Pas-DAP’ di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, isu penempatan calon DHPP bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin dalam mengatur strategi politik untuk memastikan kemenangan diperoleh semua calon.

Menurutnya, apa yang jelas, Pas tidak mengehadkan tumpuan DHPP di kerusi majoriti bukan Islam atau Melayu, sebaliknya calon parti itu juga akan ditempatkan di kawasan majoriti Melayu.

“Keadaan itu menzahirkan Pas berbeza dengan parti lain apabila isu perkauman cuba dielakkan, sebaliknya cuba mewujudkan kepelbagaian minda bahawa seseorang pemimpin, tidak kira bangsa harus menjaga kepentingan semua.

“Itu penting, sebab kita terbelenggu dengan isu perkauman sejak 50 tahun lalu, di mana India kena jaga orang India, begitu juga orang Melayu. Konsep itu perlu dibiarkan berlalu sebab perkauman adalah doktrin palsu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14, Bala Chandran menyerahkan kepada kepimpinan Pas.

“Bagi kita, DHPP masih dalam konteks belajar. Jika itu kehendak kepimpinan Pas dan mereka berpendapat saya layak dan saya patut buat keputusan untuk terima atau tidak, berdasarkan kewibawaan serta kelayakan saya.

“Kalau saya rasa saya boleh, saya teruskan. Kalau saya dicalonkan, saya tengok di mana ataupun bolehkah saya betul-betul menjadi calon wibawa,” katanya.

Tegasnya, pihaknya bagaimanapun memberi tumpuan utama sebagai salah satu sayap Pas dan bukannya mengejar kerusi.

“Saya percaya, kerusi yang akan ditentukan bergantung kepada kebijaksanaan strategi politik oleh kepimpinan, bagi memastikan calon DHPP mampu membawa kemenangan untuk memastikan kekuatan padu pada PRU14.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak sebarang perubahan kerusi khususnya, termasuk jumlah kerusi yang dipertandingkan DHPP boleh berubah pada saat-saat akhir.

“Mungkin ada perubahan (jumlah kerusi pada saat-saat akhir) tetapi setakat ini DHPP tanding di lima parlimen dan 18 Dun,” katanya.

Sumber TKO - 10-3-2018



PPSMI gagal kenapa buat semula? - DHPP

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu membuka mata bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah parti yang tidak boleh diharapkan selepas blok pembangkang itu berhasrat memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika PH memegang tampuk pemerintahan negara pada PRU ke 14 nanti.
Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, PPSMI telah gagal sebelum ini dan menyebabkan kerugian kepada pendidikan negara.
"Rakyat kena faham secara jelas, kita tak mahu lagi pisang berbuah dua kali, kita sendiri dah tahu gagal tapi kita nak buat lagi. Saya cadangkan kepada PH ini untuk berusaha memikirkan idea dan keperluan lain untuk rakyat khususnya pendidikan di negara ini.
"Jika diambil 'orang lama' jadi ketua, memanglah dia akan kitar semula idea dia yang sebelum ini yang nyata telah gagal untuk digunakan semula padahal terlalu banyak kesannya kepada pendidikan murid-murid di sekolah.
"Mereka memang tak ada isu lain, cukuplah dan hentikan mengitar semula isu yang telah lapuk dan tidak berguna dan tolonglah bawa sesuatu yang baru kepada rakyat," katanya.
Tambah beliau lagi mengundi PH seperti mengundi Umno kerana PPSMI yang telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memporak-perandakan kesatuan di dalam Umno-BN kerana tidak bersetuju dengan dasar pendidikan dibawa beliau pada masa itu.
Sumber HD - 4-3-2018 






DHPP N9 eratkan hubungan kaum Tionghua Rembau

REMBAU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan dan PAS Kawasan Rembau telah mengadakan edaran buah limau di empat Dun dalam Parlimen itu sejak 12 Februari lalu dan berakhir semalam.
Program tersebut bertujuan mengerat hubungan dan menyantuni kaum Tionghua bersempena Tahun Baharu Cina yang tinggal dalam Dun Kota, Paroi, Rantau dan Chembong.
Antara pimpinan terlibat adalah Ketua DHPP Negeri Sembilan, Yau Con Seng; Yang Dipertua PAS Rembau, Mohamad Hassan Tamby dan Ketua Muslimat PAS Rembau, Masita Mohamed Ali.
Turut serta Ketua Urusan Ulamak PAS Rembau, Ustaz Nazri Yusof dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Kota, Ishak Omar melibatkan ziarah di Taman Tunku Jaafar, Pekan Senawang, Kampung Ulu Rantau dan sekitarnya.
Selain buah limau, rombongan tersebut turut mengedarkan kad ucapan, sementara kepada peniaga kaum Tionghua turut diberikan apron khas. - HARAKAHDAILY 16/2/2018
Sumber HD - 16-2-2018 


Dialog Presiden Pas bersama NGO India
Posted on Sunday, February 04 @ 16:22:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38092



Dialog Presiden Pas bersama NGO India di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas. Siapa kata Non Muslim anti PAS????





Kredit
Hanisya Abdul Hamid 


Sumber TKO 4-2-2018






DHPP jadi jambatan PAS dengan warga Tionghua

KUALA TERENGGANU: PAS meneruskan agendanya mendekati rakyat tanpa mengira kaum dan agama, meski pun dilabel dengan pelbagai persepsi negatif bagi menjauhkan masyarakat bukan Islam dari parti itu. 
Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kematian di kalangan warga masyarakat Cina, pemimpin PAS turut menziarahi ahli keluarga si mati itu tanpa rasa prejudis. 
Peranan itu cukup baik dimainkan oleh Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menjadi jambatan antara PAS dengan masyarakat non-Muslim di negeri ini. 
Ketua DHPP Kawasan Kuala Terengganu, Jefri Chua berkata, sejak mutakhir ini penerimaan masyarakat Tionghua terhadap PAS semakin baik. 
Jika sebelum ini menurutnya, warga Tionghua dan pengundi Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar amat jauh dengan PAS, kini semakin dekat.-HARAKAHDAILY 30/1/2018 
( Ikuti penjelasan beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini nanti )














Sumber HD - 30-1-2018










Bukti Rakyat Tidak Termakan Hasutan

KUALA TERENGGANU – Pendaftaran keahlian PAS yang tinggi setiap bulan menggambarkan persepsi negatif disebarkan pihak tertentu terhadap PAS sejak akhir-akhir ini tidak sesekali menggugat keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr B Chandran berkata, bilangan pengundi yang berminat berjuang bersama-sama Pas semakin meningkat sejak beberapa bekas pemimpin dan ahli Pas keluar dari parti itu dan menyertai Amanah.

Walaupun persepsi buruk terhadap PAS disebarkan untuk menghakis keyakinan bukan sahaja dalam kalangan orang awam malah terhadap ahli PAS sendiri, namun kemasukan anggota baharu sangat memberangsangkan.

“Kita percaya ada perkembangan dan sokongan positif untuk Pas berdasarkan kemasukan ahli baharu.

“Selalunya kita menerima 800 hingga 1,000 penyertaan keahlian yang baharu tetapi lepas beberapa bekas pemimpin keluar Pas, kita menerima kemasukan ahli sekitar 2,000 hingga 3,000 dan ada juga yang mencecah 4,000 orang sebulan.

“Berdasarkan pencapaian tersebut membuktikan bahawa fakta itu memang ada dan kita mendapat sokongan yang banyak,” katanya.

B Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu sedar bahawa PAS berdepan cabaran memastikan pengundi tidak terpedaya dengan persepsi ditimbulkan parti lawan yang memburuk-burukkan PAS bagi tujuan mempengaruhi pengundi dan menarik ahli Pas keluar daripada parti itu.
Beliau yakin, ia bertujuan memastikan ahli-ahli PAS tertarik dengan perjuangan mereka sekaligus menggunakan cara tidak sepatutnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

“Walaupun dihentam, kita tidak mahu bergaduh. Mana-mana yang hendak dengar itu hak dia. Apa yang dia (Pakatan Harapan) cakap, kita tidak peduli dan apa yang dia lontarkan, kita lawan balik dengan fakta,” katanya.

Mengulas mengenai Pakatan Harapan (Harapan) khususnya Amanah, beliau tertanya-tanya berhubung kemampuan parti itu dalam mendapatkan sokongan khususnya sasaran 100,000 ahli sebagaimana disasarkan dua tahun lalu.

“Walaupun dia kata 100,000 ahli tetapi (mereka yang biasa kelihatan) itu juga yang kita nampak,” katanya.

Beliau tidak menolak, keadaan itu juga menyebabkan Harapan bersetuju untuk membawa masuk Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan Pakatan Harapanbagi mendapatkan lebih ramai sokongan.

Katanya, samada Harapan atau Mahathir, kedua-dua sebenarnya tiada pilihan selain bergabung – Sinar Harian

Sumber BO - 29-1-2018











DHPP Yakin PAS Terengganu Pilihan Rakyat










Setiausaha DHPP Terengganu, Harish Chand (dua dari kanan) dan ahli baharu DHPP Terengganu, Teng Boon Seng. (palimg kanan)
KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu berkeyakinan bahawa PAS Terengganu menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya umum kali ke-a4 akan datang.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan berkata berdasarkan perkembangan politik semasa di negeri ini PAS boleh memenangi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, kepimpinan Umno-BN yang memerintah sekarang telah hilang kepercayaan majoriti rakyat di seluruh negara.

Manakala, katanya pembangkang Pakatan Harapan yang bakal bersaing tiga penjuru dengan PAS dan BN juga dalam situasi bercelaru.

“Kami (DHPP) cukup yakin, PAS boleh kembali memerintah dan menang PRU14 ini. Seluruh negara rakyat sudah tidak percayakan Umno-BN dan ramai yang sedang menyertai PAS dan DHPP.

“Pakatan Harapan pula dalam keadaan bercelaru dan tidak konsisten setelah mereka pilih Tun Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU14 nanti,” ujarnya.


Beliau berkata demikian karika ditemui selepas membuat kunjungan hormat, bersua denan Penolong Setiausaha, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, pada Ahad 22 Januari.

Dr B.Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu mendakwa ramai di kalangan warga Tionghua di negeri ini menyokong PAS secara senyap demi kepentingan tertentu.

Menurutnya, penyertaan orang bukan Islam bersama DHPP Terengganu ada tetapi mereka tidak berani menonjol diri.

Justeru, katanya peranan DHPP adalah sebagai penghubung antara orang bukan Islam dengan PAS sekaligus boleh membuka mata masyarakat Melayu.

“Apa yang lebih penting di Terengganu ini, masyarakat dan pengundi Melayu kena sedar diri dan menyokong PAS kerana mereka majoriti.

“Pengundi Melayu mesti memilih PAS pada PRU14 ini dan menolak kerajaan Umno-BN termasuk parti pengacau Pakatan Harapan di Terengganu,” tegasnya.

Pada PRU14 ini, PAS Terengganu akan bertanding di 32 buah Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan kawasan Parlimen serta berhadapan dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Hadir sama pertemuan itu, Setiausaha DHPP Terengganu, Harish Chand dan ahli baharu DHPP Terengganu, Teng Boon Seng.

Sumber BO - 20-1-2018


Lebih baik menteri Islam yang adil kata bukan Islam
Posted on Saturday, January 20 @ 09:38:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37829



KUALA TERENGGANU – “Lebih baik seorang menteri Islam yang adil daripada menteri India dari MIC yang pentingkan diri sendiri.” demikian kata Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Dr B Chandran.

B Chandran berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan musuh Pas yang sering mencanang isu ‘Kabinet Melayu’ bagi mempengaruhi kaum India menjauhkan diri dari parti itu.
Beliau tidak menolak isu tersebut dijadikan modal bagi memburukkan Pas dan menunjukkan seolah-olah Pas parti perkauman.


“Pemimpin Pas tidak pernah cakap begitu tetapi dia cakap pemimpin Islam (perlu menerajui negara) dalam masa sama banyak tempat bukan Islam diberi dalam konteks pengurusan dan kepakaran.

“Kita mahukan menteri Islam yang adil pada semua kaum. Kita tidak dipengaruhi oleh perkauman tetapi kita dipengaruhi oleh keadilan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau memberitahu bahawa kebanyakan pengundi India sudah mula bersungut mengenai menteri dari MIC yang mementingkan diri sendiri dan kurang memberi perhatian terhadap kaum tersebut khususnya di kawasan estet yang turut memperlihatkan masih ramai tidak mempunyai tempat tinggal.

Bagaimanapun keadaan itu membawa perkembangan positif kepada Pas apabila kebanyakan mereka mula menaruh kepercayaan kepada parti yang memperjuangkan Islam itu.

“Ia bukan isu Melayu tetapi yang kena pimpin ialah pemimpin Islam, dalam masa sama menjaga kepentingan dan keadilan. Jadi dalam konteks ini mereka (musuh Pas) cuba putar belit tapi ramai orang yang tahu pasal Pas dan tahu ini bukan isu yang patut kita besarkan,” katanya.

Dalam masa sama katanya, dengan penyertaan 156 orang kaum India di beberapa estet di Kedah yang menyertai DHPP baru-baru ini, beliau menyifatkan mereka semakin selesa dengan Pas.

Beliau yang juga Pengerusi DHPP Terengganu berkata, sokongan pengundi India juga mampu memberi kemenangan kepada Pas walaupun golongan tersebut adalah minoriti di negara ini.

“Katakan 20 peratus sokongan terhadap Pas datang daripada ahli Umno dan 25 peratus India, maka kita ada peluang untuk menang sekalipun melibatkan pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Sumber TKO - 20-1-2018



Penyerahan Borang Permohonan menyertai DHPP Kota Raja
Posted on Thursday, January 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37789



Petang yang penuh bermakna. Tanpa suatu majlis rasmi mahupun acara warna warni. Sekumpulan penjaja India di bandar Klang telah menyerahkan borang Permohonan menyertai DHPP.







Borang telah diterima oleh Tn Hj Mohamed Diah Baharun selaku YDP PAS Kota Raja merangkap Penyelaras PKM Parlimen Kota Raja sambil disaksikan oleh En Ramalinggam Ketua DHPP Seri Sarawak Andalas Klang.


Para penjaja ini sebelum ini adalah mereka yang telah menerima notis perpindahan dan penutupan operasi niaga oleh MPK bertarikh 13. 12. 2017.
 
PAS Kota Raja dan DHPP telah mengambil tanggungjawab memperjuangkan nasib penjaja ini dan membawa isu berkenaan ke pihak MPK dan pejabat EXCO Selangor yang berkaitan.

Alhamdulillah melalui perbincangan bersama MPK pada 11 Januari 2018 yang diwakili oleh Mr Mohan selaku Penolong Pengarah Bah Perlesenan MPK para penjaja telah:

1. Dibenarkan meneruskan perniagaan di lokasi sama dengan syarat mengutamakan kebersihan
2. Peniaga akan dilesenkan secara sah. Sebelum ini para penjaja hanya dilesenkan secara sementara walaupun telah 40 tahun berniaga.
3. Peniaga diminta mengemukakan surat rayuan kepada MPK untuk terus kekal berniaga di lokasi sekarang.

PAS KotaRaja sentiasa istiqomah dlm rangka memperjuangkan kebajikan penduduk KotaRaja tanpa mengira kaum.. Masa dan keadaan. Sila hubungi

Ust Mohd Yusof Abdullah 014 7293560 Atau Ramalinggam 016 2904566

Sumber TKO - 18-1-2018

Program Penerangan, dalam forum "Merdeka 60 Tahun Kemana Halatuju"
Posted on Thursday, January 18 @ 02:17:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37785



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Sdr Ir Oon Eng Hock selaku Ketua Penerangan DHPP 
 Kawasan Kota Raja, yang terlibat bersama dalam satu Program Penerangan, dalam forum 
"Merdeka 60 Tahun Kemana Halatuju", yang antara lain ahli panel ialah Ybhg Ustaz Wan Wahidi 
selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka. Anjuran Pemuda DHPP Melaka.



Kredit
Pas Kawasan Kota Raja 


Sumber TKO - 18-1-2018


DHPP Kuala Langat DUN 53 MORIB menyerahkan 37 borang keahlian baru
Posted on Saturday, January 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37729



DHPP Kuala Langat *DUN 53 MORIB* menyerahkan 37 borang keahlian baru menunjukkan satu perkembangan sihat sokongan bukan Islam kepada PAS.











Kredit
Harakah Mandarin Online 哈拉卡中文网
 


Sumber TKO - 13-1-2018





PAS ajar Surianarayanan dosa, pahala















ADA getar dalam tutur kata lelaki ini kerana cuba menahan sebak apabila berbicara mengenai layanan pimpinan PAS terhadap beliau. Beliau amat terharu kerana sikap yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin PAS terhadap beliau tidak pernah dirasainya sewaktu bersama Barisan Nasional (BN).

Berkongsi momen-momen yang tidak dapat dilupakannya dan  turut menjadi memori indah sepanjang perjalanan karier politiknya, Surianarayanan A/L Sannasy Naidu menyifatkan sikap yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin PAS itulah yang sewajarnya dimiliki mereka yang bergelar pemimpin.

Sumber HD- 8-1-2018



Sokongan DHPP kepada PAS sangat menguja
Posted on Tuesday, December 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37364



Terbaekkklahhhh.... DHPP kan adooo bersama PAS dengan memberi komitmen yg cukup hebat .













Kredit
Sh Zain 


Sumber TKO - 19-12-2017


Tolak BN @ UMNO
Posted on Monday, December 11 @ 17:34:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37269



Gambar ini akan menjawab betul ke PAS sekarang tak ada sokongan bukan Islam?


Sumber TKO - 11-12-2017





Ahli DHPP ikuti asas kefahaman Islam

















JULUNG kali seramai 12 anggota kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah berjaya menamatkan Sijil Asas Kefahaman Islam di Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM).

Kuliah yang bermula pada Januari dan tamat pada November diakhiri dengan program Dialog ILHAM-DHPP bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 November lalu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), dekat sini.

Sumber HD - 19-11-2017





Rahsia usrah di sebalik kejayaan kejayaan PAS






















Orang tercengang setiap kali bencana seperti di Pulau Pinang, PAS boleh mengorganisasikan ribuan sukarelawan yang membawa aset masing-masing, kenderaan ringan dan berat, jentolak, waterjet, genset, dapur secara percuma. Bantuan makanan yang mencurah curah. 
Semua percuma. Bukan ada 'peruntukan khas bencana' oleh kerajaan. 
Semua terbina daripada proses pendidikan, tarbiyah, pembentukan jati diri yang panjang prosesnya melalui usrah, tamrin, mukhayyam, juga melalui pendidikan formal sejak kecil di PASTI, sekolah sekolah DAR, Madrasah. 
Bayangkan jika PAS yang memimpin negara. Menukar seluruh sikap rakyat yang penuh ciri individualistik, nafsi nafsi kepada satu 'bangsa Malaysia' yang terbina atas jati diri yang dipimpin oleh Islam. Yang menjadikan kita semua bagaikan satu keluarga yang saling menjaga, melindungi antara satu sama lain. Saling mendorong setiap ahli supaya maju dan berjaya. 
Tak mengapa jika kita berbeza bangsa dan agama serta taraf kehidupan. Islam menganjurkan kesejahteraan dan kebajikan untuk semua. 
Kerana sifat keluarga, usrah, mahukan setiap ahlinya berjaya, bukan sahaja di dunia, tetapi sejahtera perjalanannya sehingga ke akhirat. 
Kita berusaha, hidayah bukan kuasa kita. Ia anugerah Allah Yang Maha Kuasa.
Itulah kebahagiaan kita berkeluarga. Keluarga besar Malaysia. – HARAKAHDAILY 14/11/2017




































Sumber HD- 14-11-2017 


DHPP Memainkan Peranan Yang Sangat Aktif Untuk Merealisasikan BPMS Cetusan Presiden PAS
Posted on Thursday, November 09 @ 22:01:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36582



Tahniah n Syabas kepada Yougan Mahalingam (Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak) bersama ahli2 DHPP turun ke Penang bagi membantu mangsa2 banjir .... semua kaum dalam pas turut turun membantu !


Pas for all












Lagi kisah sumbangan kepada mangsa banjir. Tapi kali ini sumbangan itu datang dari Ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas(DHPP) plak..Mereka pun tidak melepaskan peluang untuk turun bersama membantu mangsa banjir di Pulau Pinang ini dan Inilah bezanya PAS dengan parti yang lain..

Agihan makanan kepada mangsa Banjir Di Pulau Pinang...

Anjuran Ketua Pemuda DHPP

Negeri Perak En.Yougan Mahalingam Dan Setiausaha DHPP Negeri Perak En.Appalasamy Jetakiah Dengan kerjasama En.Asokan Perumal Setiausaha Dhpp Pusat..

Kredit
Pemuda Plm


Sumber TKO - 10-11-2017





Laporan polis isu gangguan seksual kepada pelajar

“Berdasarkan rakaman perbualan tersebut didapati bahawa dia bukan sekadar melakukan gangguan seksual malah juga telah mengadakan hubungan seksual dengan beberapa pelajar sekolah menggunakan kedudukannya,” 
Lelaki tersebut dikatakan seorang guru dan menggunakan kedudukannya terhadap seorang wanita dan anaknya. 
Justeru, Ustaz Datuk Idris Ahmad, Naib Presiden Parti Islam  Se-Malaysia (PAS), Ketua DHPP Pusat N. Balasubramaniam JP Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP), Ketua DHPP Negeri dan AJK DHPP membuat laporan polis terhadap individu ini membuat lapoan polis di IPD Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, tengah hari ini. 
Pelaku sebegini perlu dihadapkan muka pengadilan dan perlu dijatuhkan hukuman berat supaya kesalahan yang jijik sebegini tidak berulang. 
Sekretariat DHPP Pusat juga memohon rakan-rakan Parti lain, NGO dan individu-individu supaya membuat laporan polis dan membawa plaku ke muka pengadilan. – HARAKAHDAILY 2/11/2017


































Sumber HD - 2-11-2017


No comments:

Post a Comment