BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, November 14, 2017

NEGERI PR - KELANTAN SERAMBI MEKAH (JILID 9)

Kelantan Tanam Eucalyptus, PAN Bising

KELIHATAN galak sangat beberapa pemuda parti oren menyindir kerajaan negeri yang kononnya sudah tidak berjuang untuk royalti minyak, tetapi giat menanam pokok kayu putih untuk minyak urut. 
Tahukah mereka mahupun Adun Salor sendiri yang Eucalyptus akan menjadikan Kelantan antara negeri pengeluar kayu khas untuk pembuatan papan lapis (plywood)? Projek ladang hutan jenis Eucalyptus ini akan menghasilkan 'peeling venir' atau lapisan kayu untuk dijadikan papan lapis dan minyak kayu tersebut yang banyak khasiatnya hanyalah satu produk sampingan. 
Bahkan, teruk sangatkah jika Kelantan mampu membekalkan bahan mentah untuk produk minyak urut dan minyak angin di negara ini? Adakah orang PAN jika terseliuh kaki, menyapu minyak diesel untuk mengurut? Ataupun jika anak kecil mereka kembung perut, mereka tidak menggunakan minyak Mestika, tetapi hanya menyapu minyak petrol ke tubuh anak mereka? 
Anak pokok 400,000 dan berapa luas diperlukan?
Dato' Husam juga merisaukan luas kawasan tanaman untuk 400,000 anak benih seperti dalam tulisan awalnya sebelum ini, yang menyandarkan kepada rencana Utusan Online mengenai tanaman Eucalyptus tulisan Ahmad Zuhaidi Yahya, bertarikh 8 Februari 2017, yang menyebut jumlah anak pokok untuk setiap hektar adalah 833 pokok. Ini pandangan penulis sahaja. Sedangkan amalan biasa untuk tanaman Eucalyptus bagi mendapatkan 'peeling venir' hanyalah 2m x 2m dengan kiraan 10000/2/2 akan membawa jumlah 2,500 pokok setiap hektar. Ia juga membawa maksud sekiranya 400,000 pokok "telah pun sampai" seperti dakwaan Dato', maka ia hanya akan mengambil ruang sebanyak 160 ha sahaja. 
Eucalyptus Tiada Kesan Buruk?
Lalu gempitalah alam maya Facebook dengan laungan 'pejuang alam sekitar jadian' Kelantan akan bahayanya pokok Eucalyptus ini. Katanya ia akan menyebabkan sungai, tasik, mata air di hulu akan mengering kesan daripada akar pokok ini yang akan menyerap air jauh ke dalam perut bumi.
Disandarkan pula kepada keputusan mahkamah di India yang telah mengharamkan pokok ini di sana. Padahal, dari segi taburan hujan antara India dan Malaysia pun sudah banyak berbeza. Apatah lagi jaringan sungai besar yang mengalir turun dari banyak jajaran gunung di Kelantan, Pahang dan Terengganu, yang tidak pernah kering sekalipun sebelum ini, dan ini amat jauh berbeza dengan India. Tahukah mereka bahawa Sungai Lebir dan Sungai Galas yang bertemu di Kuala Krai sehingga membentuk satu sungai baharu iaitu Sungai Kelantan sebenarnya adalah cantuman dan gabungan daripada puluhan sungai lain yang juga besar, jauh nun di hulu Kelantan?
Jadi, menakut-nakutkan rakyat dengan keringnya sungai dan tasik akibat tanaman eucalyptus amat melucukan sekali.
Dan sebetulnya, benarkah pokok ini menyerap air dengan kadar yang tinggi? Ya, ia adalah spesis pokok yang cepat membesar dan menggunakan air dengan cukup banyak, namun tidak akan menyebabkan kandungan air bawah tanah hutan asli terjejas. Apatah lagi di Malaysia yang mana taburan hujannya cukup tinggi. Bahkan jika dibandingkan dengan tanaman ladang hutan yang lain seperti Akasia dan Dalbergia Sissoo, pokok Eucalyptus lebih kurang menyerap air bawah tanah berbanding dua spesies tadi.
Sindir Kelantan keluarkan minyak kayu putih?
Ramai yang memperlekehkan usaha Kelantan bangunkan ladang hutan Eucalyptus. Katanya jual minyak urut.
Sebenarnya minyak kayu putih ini hanyalah bersifat 'by product' sahaja sedangkan hasil utama adalah untuk pembuatan papan lapis, 'chips' untuk penghasilan kertas, industri fiber, bahkan digunakan juga sebagai bahan utama untuk pintu, tingkap, lantai, perabot rumah dan bahan asas di kebun atau ladang.
Mengejutkan juga akan fakta bahawa negara China pada April 1989 sehingga Mac 1990, pernah mengeksport 171,000 meter padu 'chips' ke Oji Paper Cooperation di Jepun. Dan jumlah pengeluaran tahunan kayu Eucalyptus bagi negara komunis ini adalah sehingga 5 juta meter padu.
Dan mengejek penghasilan minyak kayu putih sebagai produk sampingan tanaman Eucalyptus adalah amat cetek sekali pandangannya. Pada saat China telah mengeluarkan 2,000 tan setahun minyak kayu putih ini dan menjadikan pendapatan hasil minyak ini senilai 20 peratus daripada jumlah keseluruhan tukaran asing negara China, kita baru mulai bertatih. Mereka sudah menjadi negara kedua pengusaha dan pengeluar kayu spesis ini selepas Brazil. 
China serius bangunkan Eucalyptus
Rombongan kerajaan Kelantan ke Nanning adalah satu tindakan yang tepat. China telah mengusahakan ladang hutan ini sejak awal 1900 dan kini terdapat 460,000 hektar tanaman Eucalyptus dengan jumlah pokoknya melebihi 1.5 billion batang. Sejak 1960, China membangunkan 10 ladang hutan Eucalyptus untuk memenuhi permintaan bidang pengangkutan keretapi negara mereka iaitu kayu pelapik landasan (railway sleepers). 
Manakala di Pulau Hainan, penanaman Eucalyptus meliputi 100,000 ha tanah yang mana 80 peratus daripadanya adalah untuk pembalakan dan selebihnya digunakan sebagai pokok perisai/penghadang daripada angin taufan. 
Dan, lebih mengujakan di sekitar daerah Sichuan, pokok ini ditanam sekitar kampung dan kawasan perumahan, sepanjang jalanraya dan terusan atau sungai sebagai pokok yang ada nilai industri dan juga sebagai pokok perhiasan landskap. 
Di selatan China pula, Eucalyptus digunakan secara meluas sebagai hutan perlindungan di sepanjang pesisiran pantai dan juga tebing tebing sungai besar. Banyak kajian menunjukkan pokok ini mampu menyerap kesan kemusnahan akibat taufan sehingga 80 peratus seperti berlaku di Guandong. Dan di sungai Nanliu dalam kawasan Guangxi, ia ditanam di sepanjang 84 km aliran tebing sungai lalu memberikan keselamatan kepada lebih 92,000 orang rakyat sekitar. 
Pihak berkuasa tempatan di Yunnan pula menjadikan pokok Eucalyptus ini sebagai tanaman yang boleh memperbaiki komposisi tanah. Ketumpatan tanah dapat diperbaiki dan aliran serta pergerakan selut dan pasir dapat dikawal dengan wujudnya tanaman ini. 
Semua ini menunjukkan bahawa tanaman Eucalyptus adalah satu produk yang bagus dan banyak yang boleh dipelajari oleh Kelantan di negara China. 
Dan kajian oleh Universiti Putra Malaysia sebelum daripada ini di dalam pembentangan bertajuk "Potential of The Eucalyptus Plantation in Malaysia" juga ada menyebut bahawa kerajaan seharusnya menyokong industri penanaman Eucalyptus kerana ia dijangka akan berkembang sebagai spesies utama dan penting di negara ini. 
Rujukan lanjut mengenai penanaman pokok ini dengan mengambil kira pengalaman oleh Research Institute of Tropical Forestry Chinese Academy of Forestry, Longdong, Guangzhou boleh dibaca di pautan berikut:
http://www.fao.org/docrep/005/AC772E/ac772e04.htm 
Kesimpulan
Pihak yang suka mengkritik kerajaan negeri perlu banyak membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum melemparkan tohmahan dan fitnah seperti sedia kala. Kalau dituduh kononnya kerajaan negeri hanya mahu 'memberi balak' semata mata kepada syarikat sekian dan sekian, tanpa dihadirkan bukti kukuh, ia hanya akan mengulangi sikap biasa sesetengah parti yang tiada idea untuk membangunkan ekonomi rakyat dan juga pembangunan negeri, akhirnya hanya pandai mengkritik. 
Mereka tidak sedar bahawa projek tanaman Eucalyptus ini adalah untuk menghijaukan lagi bumi Kelantan. Memulihkan kawasan hutan miskin dan terosot. 
Alhamdulillah seperti mana kata YAB Menteri Besar Kelantan, sehingga kini, Kelantan masih dilitupi kawasan berhutan seluas 53.7 peratus, yang mana 40 peratus darinya adalah Hutan Simpanan Kekal. Ini merupakan satu pencapaian yang dapat dibanggakan kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam aspek pemeliharaan, pengurusan dan pembangunan hutan secara profesional telah, sedang dan akan sentiasa teguh. 
Dan bercakap mengenai kelestarian hutan, keseimbangan ekologi, kebaikan untuk alam sekitar, dan lain lainnya, Kelantan yang saban tahun terlibat dengan musim hujan dan banjir, penanaman Eucalyptus seperti ini yang boleh tumbuh subur di kawasan cerun dan kawasan kurang subur, ia sudah pasti akan berfungsi menghalang hakisan, memperkukuh struktur tanah dan mengurangkan kelajuan air deras. Ini semua telah terbukti dengan kajian dan pengalaman di banyak tempat yang melaksanakan projek tanaman Eucalyptus. – HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD - 14-1-2018 



Kelantan Tanam Eucalyptus Tingkat Hasil Negeri
Posted on Saturday, January 13 @ 05:24:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37711



GUA MUSANG – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan projek perintis tanaman pokok balak jenis Eucalyptus sebagai sumber bekalan baharu dalam sektor perkayuan di negeri ini.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata pokok jenis itu ditanam bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu negara dapat mengekalkan kawasan hutan simpan kekal sebanyak 52 peratus.

“Untuk projek ini, kerajaan negeri memperuntukkan kawasan seluas 30 hektar di Hutan Simpan Beris, Lojing di sini, yang mampu ditanam dengan 2,500 batang pokok bagi setiap satu hektar kawasan.

Ia mampu dituai dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun dan pokok jenis berkenaan juga boleh mencapai saiz purata sekitar diameter 23 sentimeter dan tinggi 21 meter,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Petak Kajian Pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Beris, Lojing di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim.

Ahmad berkata setiap batang pokok berkenaan boleh dijual dengan harga RM150 sebatang sekali gus akan memberi hasil lumayan kepada kerajaan negeri yang bergantung hampir sepenuhnya terhadap aktiviti pembalakan.

“Kita jangkakan kerajaan negeri mampu mengutip hasil sebanyak RM300,000 bagi setiap hektar tanaman tersebut,” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 13-1-2018


Kelantan perkenal Projek Katil Wakaf

KERAJAAN Kelantan mencetus satu lagi transfomasi apabila melaksanakan Projek Wakaf Katil untuk membantu pesakit yang terlantar di rumah. 
Sebanyak 90 katil diwakafkan untuk kegunaan pesakit terlantar di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.
Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, di Kubang Kerian semalam.
Ustaz Ahmad berkata, katil wakaf itu diberikan kepada pesakit terlantar untuk digunakan bagi kemudahan mereka.
“Mereka boleh menggunakan katil sehingga mereka sembuh atau tidak perlu lagi menggunakannya,” kata beliau pada program berkenaan. 
Program itu diadakan sempena taklimat pelaksanaan program dan aktiviti seliaan Urusetia Pembangunan Wanita dan Kebajikan (UPWK) 2018. 
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD - 11-1-2018 






Exco lawat keluarga mangsa lemas

KERAJAAN Kelantan merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa lemas yang hilang sejak seminggu lalu. 
Mohd Alif Aiman, 12 dikatakan tergelincir ke dalam sungai ketika bermain di tepi Sungai Kelantan di bawah Jambatan Salor. 
Mayatnya ditemui penduduk di Kampung Raja, Tumpat kira-kira jam 7 malam semalam. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri begitu bersimpati terhadap tragedi yang dialami keluarga berkenaan. 
“Bagaimanapun ini semua ujian Allah. Kita berharap keluarga adik Alif tabah menghadapinya,” ujar beliau ketika menemui keluarga mangsa di Hospital Tumpat malam semalam. 
Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahiran arwah di Kampung Seberang, Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 11/1/2018






Sumber HD - 11-1-2018




PAS Kelantan sudah ada senarai calon

BIARPUN Pakatan Harapan (PH) sudah mengagihkan kerusi yang akan ditandingi di Kelantan, sebaliknya senarai nama calon PAS pula sudah diserah kepada Majlis Syura Ulama. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, senarai calon PAS di Kelantan sudah diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk tapisan.   
“Calon sudah ada. Kita ambil kira daripada kajian awal pilihan raya yang dilakukan sebelum ini.
“Cawangan-cawangan PAS di kawasan masing-masing mencalonkan tiga hingga lima nama calon bagi setiap kerusi yang akan ditandingi,” katanya ketika ditemui di sini. 
PH baru-baru ini mengumumkan lokasi yang akan ditandingi setiap parti dalam gabungan tersebut di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
PKR diumum akan bertanding di parlimen Tanah Merah dan Pasir Mas. Parti Amanah Negara (PAN) pula di Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok dan Rantau Panjang. 
Manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia pula di Pasir Puteh, Jeli, Gua Musang, Ketereh, Machang dan Tumpat.     
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, PAS sudah ada senarai nama calon dan bukan lagi hanya lokasi yang akan ditandingi. 
“Amalan di Kelantan 10 hingga 30 peratus akan ada muka baru. Itu amalan biasa. Kita ambil kira siapa yang boleh menang. 
“Kita ikut kehendak pengundi berminat dengan siapa. Kalau seseorang itu dikehendaki pengundi biar pun tidak memenuhi kriteria kita juga ambil kira,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD -11-1-2018 

Wisma Tok Guru: PAS akur keputusan mahkamah

PAS yakin Wisma Tok Guru di mukim Pendek, Salor akan menjadi milik PAS sepenuhnya selepas membeli lot yang menempatkan bangunan tersebut. 
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, wisma yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor diharap berpihak kepada PAS pada perbicaraan kes tersebut nanti. 
Katanya, PAS menghormati keputusan mahkamah yang membenarkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) menggunakan bangunan tersebut. 
“PAS tiada sebarang masalah dan akur dengan keputusan mahkamah. Kita berharap tidak berlaku provokasi. Dalam suasana sekarang sepatutnya semua pihak menghormati hak masing-masing,” katanya di Kota Bharu. 
Mahkamah Tinggi Kota Bharu Isnin lepas memutuskan kedua-dua pihak, PAN dan PAS boleh menggunakan Wisma Tok Guru di Pendek, Salor selagi tidak berlaku sebarang provokasi. 
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Dato' Ahmad Bache berharap pihak plaintif dan defendan perlu bertindak atas semangat muafakat yang tinggi agar tidak timbul perbalahan. 
Bagaimanapun hakim menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan bagi kedua-dua pihak melengkapkan dokumen berkaitan dengan saman pemula dan writ saman yang difaikan Mohd Yasin Yusoff, pemilik lot yang menempatkan Wisma Tok Guru. – HARAKAHDAILY 10/1/2018
Sumber HD -10-1-2018 






Projek belum siap punca bekalan air tiada

AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) belum menerima dokumen berkaitan bagi membolehkan syarikat berkenaan menyalurkan air ke kawasan perumahan kos rendah Bandar Utama Gua Musang. 
Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, pihaknya hanya boleh membuat pemasangan meter setelah  pemaju menyerahkan dokumen berkaitan. 
Katanya, pada Oktober lalu tukang paip berlesen yang menjadi sub-kontraktor projek terbabit telah berhubung dengan AKSB mengenai pemasangan bekalan air. 
“Namun AKSB tidak dapat meluluskan pemasangan meter memandangkan projek berkenaan belum siap sepenuhnya.
“Pada masa yang sama, borang serta dokumen yang diperlukan belum diserahkan kepada AKSB,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu. 
Media sebelum ini melaporkan penduduk di perumahan baru di Bandar Utama Gua Musang ketiadaan air biarpun kunci rumah diterima September lepas. – HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD- 9-1-2018 














Pembahagian kerusi PH untungkan DAP

PEMBAHAGIAN kerusi kalangan parti Pakatan Harapan (PH) semalam dilihat memberi keuntungan kepada DAP kerana parti itu mempunyai pengundi tegar dan kawasan tradisi. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, parti lain dalam PH terpaksa bertarung untuk mencari kemenangan. 
Katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak ada kerusi parlimen kecuali di Pagoh yang mana dimenang atas tiket BN pada pilihan raya umum lepas. 
“Begitu juga Parti Amanah Negara pun menang kerana PAS dan bertanding atas tiket PAS. Mereka kemungkinan besar sukar untuk mempertahankan kemenangan pada PRU ke-14. 
"Dan akhirnya akhirnya DAP juga yang dominan dengan penguasaan kerusi tradisi mereka," katanya selepas majlis penyampaian watikah Ahli Majlis Pihak Berkuasa tempatan (PTB) Kelantan 2018, di Kelantan Trade Centre Kota Bharu hari ini.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob. Hadir sama anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan. 
Pada konvensyen PH di Shah Alam semalam Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi parlimen. 
Manakala PKR tanding di 51 kerusi, DAP (35 kerusi) dan PAN (27 kerusi). 
Pada PRU lepas DAP menguasai 37 kerusi parlimen dan PKR (28). Jumlah kerusi yang akan ditandingi DAP berkurangan berbanding yang dipertahankan sekarang. – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD - 8-1-2018 








Mahkamah benar PAS, PAN guna Wisma Tok Guru

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini memutuskan kedua-dua pihak Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS boleh menggunakan bangunan Wisma PAS Salor dekat sini selagi tidak berlaku sebarang provokasi. 
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Dato' Ahmad Bache berharap pihak plaintif dan defendan perlu bertindak atas semangat muafakat yang tinggi agar tidak timbul perbalahan. 
Bagaimanapun hakim menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan bagi kedua-dua pihak melengkapkan dokumen berkaitan dengan saman pemula dan writ saman yang difaikan Yasin Yusoff, pemilik lot yang menempatkan Wisma Tok Guru.
Dengan keputusan itu mahkamah membenarkan perintah injunksi erinford yang dimita plaintif.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebelum ini menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Adun Salor, Dato' Husam Musa terhadap pemilik tanah terbabit.
Keputusan hari ini dibuat selepas megambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan yang merupakan Setiausaha Kerja PAS Kelatan, Yasin Yusoff melalui peguam masing-masing. – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Sumber HD -8-1-2018 

441 peneroka Felda dapat tanah di Kemahang

SERAMAI 441 peneroka Felda Kemahang 2 dan 3 masing-masing menerima surat hak milik tanah dari kerajaan negeri, dekat sini semalam.
Dari jumlah itu, seramai 436 penerima peneroka Felda Kemahang 3, selebihnya peneroka Felda Kemahang 2.
Setiap penerima masing-masing mendapat 10 ekar tanah kelapa sawit dan suku lot tapak rumah. 
Geran tersebut disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Kemahang 3, dekat sini. 
Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata, pemberian geran berkenaan sebagai menghargai kepada peneroka kerana telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu. 
Menurutnya, pemberian itu sebagai tanda terima kasih kerana telah memajukan ekonomi negeri.
Beliau berkat, kerajaan negeri berusaha  untuk menyelesaikan masalah rakyat termasuk berkaitan tanah sebagai satu amanah rakyat.
"Tahniah kepada semua penerima suratan hak milik dan terima kasih kepada semua terlibat berusaha mendapatkan geran ini," katanya.
Menurutnya, walaupun syarat baru kerajaan hanya tiga ekar tanah setiap penerima selain tapak rumah, namun sebagai menghargai mereka, setiap penerima mendapat 10 ekar. 
Katanya, 80 ribu lot tanah telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian untuk penerima setakat ini.
Turut berucap pada majlis itu, Adun Kemahang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, juga Adun Kemahang, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman. 
Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengarah PTG, Datuk Nazran Muhammad, Ketua Jajahan Kuala Krai, Norazman Abdul Ghani dan wakil-wakil Felda. – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Swumber HD - 8-1-2018 










Pelajar Maahad Perempuan terbaik SMU 2017

MAAHAD Muhammadi Perempuan terus mengekalkan kecemerlangan apabila pelajarnya, Sofea Hana Zafrullah muncul pelajar terbaik Sijil Menengah Ugama (SMU) 2017. 
Beliau mendapat keputusan 10 mumtaz. Pelajar terbaik Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) pula disandang Nurul Iman Raehamiizwan George dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. 
Beliau memperolehi 10 mumtaz pada peperiksaan itu di samping menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak tingkatan tiga.
Pelajar terbaik SMU kategori lelaki, Muhammad Hasif Hairuddin dari Maahad Muhammadi Lelaki juga memperoleh 10 mumtaz.
Seramai 2,408 daripada 6,223 calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 memperoleh pangkat mumtaz meningkat berbanding 2016. 
Pada 2016 seramai 2,358 calon yang mendapat pangkat mumtaz. Keputusan SMU 2017 meningkat kepada 91.27 peratus berbanding 91.24 peratus (2016). 
Sebanyak 27 sekolah agama Yik mencapai kelulusan 100 peratus. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD - 5-1-2018 






















Pada era Mahathir gas Kelantan di darat ke Songkhla

RAKYAT Kelantan dan Terengganu mempunyai nostalgia tersendiri semasa negara berada di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Bagi rakyat Kelantan gas yang dicari gali di perairan negeri tersebut didaratkan ke Songkhla di Thailand, lebih jauh berbanding dengan pantai Bachok. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, begitu juga rakyat Terengganu dinafikan hak ke atas royalti ketika di bawah pentadbiran PAS pada 1999. 
Bagaimanapun katanya, pemimpin terbabit masih lagi dicalonkan Pakatan Harapan sebagai perdana menteri mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
“PH dok bincang hendak lantik orang lama menjadi perdana menteri. Nampak macam tiada orang lain lagi yang layak menjadi pemimpin perdana menteri PH,” katanya pada ceramah di tapak pasar minggu Binjai di Kubang Kerian malam tadi. 
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kubang Kerian, Mumtaz Md Nawi, naib YDP, Mohd Asri Mat Daud dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah. 
Ramai penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut sehingga memenuhi ruang hadapan pentas dan sepanjang jalan menghala ke Jambatan Tok Kenali. 
Semalam Pakatan Harapan memberitahu akan mengumumkan calon perdana menteri selepas konvensyen nasional pada 7 Januari. 
Sedangkan dalam banyak kenyataan sebelum ini disebut Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD -5-1-2018 












Kelantan catat lebihan 2017 RM38 juta

KERAJAAN negeri dijangka mendapat lebihan (surplus) hasil sebanyak RM38.76 juta tahun lepas berbanding defisit sebanyak RM33.47 juta pada 2016. 
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, prestasi hasil dan perbelanjaan mengurus pada 2017 amat memberangsangkan. 
Katanya, perkembangan itu merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh 26 tahun.
”Sebelum ini pencapaian lebihan yang direkodkan sebelum ini RM44.03 juta pada tahun 1990, RM0.17 juta (1993), RM6.23 juta (1995) dan  RM13.13 juta (1999),” katanya. 
Sehubungan itu beliau mengucap tahniah kepada Perbendaharaan Negeri kerana berjaya mengurus kewangan dengan cekap. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-018 












Kehadiran Dr Mahathir punah pembangkang

KEHADIRAN Tun Dr Mahathir Mohamed dilihat boleh memecah-belahkan pakatan pembangkang dan bukannya mengukuhkan gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sejak kemuculan bekas Perdana Menteri itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pembangkang mulai menjadi kucar kacir. 
“Kemunculan Tun Mahathir tidak mengukuhkan gabungan pembangkang untuk menentang Umno dan BN. Banyak masalah berlaku dalam pembangkang sekarang sejak kemunculannya. 
“PKR dan Pakatan Harapan jadi kelam kabut tidak bersatu, kemunculannya hanya untuk merosakkan pembangkang, ini pandangan saya,” katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir terhadap PAS di Kota Bharu. 
Dalam kenyataan terbarunya Pengerusi PPBM terbabit menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Perbicaraan kes Wisma Tok Guru Ahad ini

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini menetapkan 7 Januari depan bagi pendengaran injunksi erinford yang difailkan Adun Salor, Datuk Husam Musa berhubung Wisma Tok Guru Dun Salor. 
Pada prosiding hari ini permohonan asal plaintif secara ex parte telah ditukar kepada pendengaran secara inter parte. 
Peguam defendan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, permohonan plaintif membuat perbicaraan ex parte tidak berjaya bahkan perbicaraan Ahad ini akan melibatkan kedua-dua belah pihak. 
“Hakim membuat keputusan itu setelah mendengar hujahan dikemukakan pasukan peguam Mohd Yasin Yusof,” katanya ketika ditemui di sini. 
Perbicaraan itu dikendalikan di hadapan hakim Datuk Ahmad Bache. 
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan injunksi dikemukakan Husam terhadap pemilikan tanah menempatkan Wisma Tok Guru di Mukim Pendek. 
Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 19 Januari ini. 
Hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor sebelum ini dijual pemiliknya kepada PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD- 4-1-2018 














Kelantan kaji akan saman Husam

KERAJAAN Kelantan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Datuk Husam Musa. 
Tindakan undang-undang yang bakal diambil itu berikutan kenyataan Husam yang dianggap sebagai fitnah berhubung pembatalan kontrak pembinaan Lebuh Raya Rakyat oleh kerajaan negeri dengan pemaju. 
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata pada masa yang sama tindakan undang-undang juga bakal dilakukan terhadap pihak yang mengeluarkan kertas pembatalan kontrak itu.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Husam yang mendakwa  kerajaan negeri telah menamatkan kontrak pembinaan lebuh raya itu dengan pemaju. 
Hanifa seterusnya berkata, Husam turut menunjukkan dokumen yang ditandatangani oleh menteri besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, pada program dialog yang dihadirinya baru-baru ini. 
Jelasnya, dokumen itu mengenai perjanjian penting antara kerajaan negeri dengan syarikat pemaju Lebuh Raya Rakyat.
Beliau turut melahirkan rasa kehairanan bagaimana dokumen penting itu boleh terlepas. 
"Kita juga sedang teliti jika dokumen itu disebarkan dengan apa cara sekalipun oleh syarikat atau pegawai untuk diambil tindakan.
“Ini  kerana mereka telah membocorkan maklumat," katanya. 
Pada masa yang sama Hanifa memaklumkan lebuh raya itu kini diteruskan oleh pemaju lain yang dilantik kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 3/1/2017
Sumber HD -3-1-2017















Lebuh Raya Rakyat: Kelantan nafi Husam

KERAJAAN Kelantan hari ini menafikan tuduhan parti pembangkang berhubung isu penamatan kontrak antara pemaju Lebuh Raya Rakyat.
Exco Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, tidak timbul penamatan kontrak pembinaan lebuh raya berkenaan, kerana ia dibubarkan atas persetujuan bersama. 
Katanya, kontrak antara pemaju iaitu Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan kerajaan negeri dibubarkan atas sebab-sebab tertentu.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa yang mendakwa  kerajaan negeri menamatkan kontrak pembinaan lebuh raya itu dengan pemaju. 
Pada masa yang sama Husam turut mendakwa kerajaan negeri kini sedang berdepan dengan satu tindakan undang-undang.
Husam berkata demikian  dalam satu forum yang diadakan di Kota Bharu, minggu lalu. 
Jelas Adun Pengkalan Pasir itu lagi, anak syarikat JKSB memaklumkan, pihak mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan itu atas tekanan tertentu. 
“Kita berunding, kita tidak tamatkan kontrak, malah kita buat persetujuan bersama,” ujarnya lagi.
Katanya, syarat persetujuan bersama itu melibatkan kerajaan negeri  perlu membayar kerja-kerja yang dilaksanakan dalam tempoh lapan bulan mengikut kontrak asal kepada mereka. 
"Kita telah tandatangan kontrak dengan JKSB pada  tahun 2015 dengan tempoh tertentu.
Tambahnya, tidak timbul isu  penamatan kontrak  sebagaimana yang didakwa. 
Beliau turut menafikan dakwaan kerajaan negeri disaman oleh syarikat terbabit. 
“Cukup-cukuplah memburukkan kerajaan negeri, sebagai bekas pimpinan PAS, bekas exco lagi.
“Amat tidak wajar mengeluarkan kenyataan berupa fitnah atau seumpamanya,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 3/1/2017
Sumber HD - 3-1-2018 



Amanat TGHH : Tun M Diharap Ingat Mati -- Mufti Kelantan
Posted on Tuesday, January 02 @ 18:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37546



KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berharap Tun Dr Mahathir Mohamad ingat pada kematian dan berdoa supaya hidupnya diakhirkan dengan kesudahan yang baik.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana beliau tidak mahu perkara sebaliknya berlaku, malah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercakap demi kepentingan politik semata-mata.

Mohamad Shukri turut bersetuju dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, bahawa Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri tidak merujuk kepada mufti apabila berlaku peristiwa Memali pada 1985.

"Masyarakat seharusnya memahami institusi mufti dalam bidang fatwa, jadi kita tidak boleh campur-aduk soal pengurusan, kehakiman dan kefatwaan.

"Mungkin masa dulu (insiden Memali) memerlukan tindakan pengurusan, bukannya fatwa. Jadi, individu yang berkuasa ketika itu perlu mengambil tindakan itu, bukan memerlukan kepada kefatwaan," katanya.

Beliau memberitahu media demikian selepas Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan PPBM, dilaporkan menegur mufti berikutan isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981.

Pengerusi PPBM berkenaan turut mendakwa, kegagalan mufti menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.



Sumber TKO - 2-1-2018
















RM7.5 juta bayaran khas kakitangan Kelantan

KERAJAAN Kelantan memperuntukkan sejumlah RM7.5 juta untuk melunaskan bayaran khas 2017 kepada semua kakitangannya.
Bayaran itu akan dibuat pada 5 Januari ini melibatkan sebanyak RM1,000 seorang. 
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, RM500 lagi akan dibayar sebelum Aidilfitri 2018.
Beliau berkata demikian pada majlis Amanat Khas Tahun Baru dan Perhimpunan Penjawat Awam di Kota Darulnaim, hari ini.
Sebelum ini Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat negeri selaras diumumkan kerajaan pusat. 
Mohd Faudzi juga berkata, sebagai sebuah negeri yang mengutamakan kebajikan, kerajaan negeri juga menerima pakai pekeliling Persekutuan mengenai bayaran khas. 
”Walaupun melibatkan peruntukan yang besar, namun kerajaan negeri tidak menolak pemberian insentif kewangan kepada penjawat awam. 
“Ini membuktikan kerajaan negeri bersimpati dengan penjawat awam yang perlu menanggung bebanan ekonomi yang tidak menentu sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/1/2018


































Sumber HD - 2-1-2018


















Exco lawat mangsa di tempat kejadian

ANGGOTA Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi turut melawat mangsa kemalangan jalan raya di lokasi kejadian selepas tragedi yang meragut dua nyawa itu berlaku. 
Pada kejadian itu, Fitri Aziz, 13 dan Hamdan Syakirin, 10 maut di tempat kejadian, manakala abangnya, Muhammad Hakimi Ramli, 25 kritikal. 
Difahamkan Hakimi yang baru pulang dari Mesir mengajak adik-adiknya membeli kelengkapan sekolah malam semalam. 
Bagaimanapun mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Chicha Kubang Kerian sebelum sempat membeli kelengkapan sekolah. 
Ketiga-tiga merupakan anak guru Maahad Muhammadi Perempuan, Ustazah Siti Mariam Yusof, 53. – HARAKAHDAILY 2/1/2017
Sumber HD - 2-1-2018 






































Kelantan Still Committed To Hudud

The Kelantan government is still committed to implement the Islamic penal code of hudud, its mentri besar Datuk Ahmad Yakob was quoted assuring voters in the state.

In a report by Sinar Harian, Ahmad claimed his administration has embarked on many efforts such as awareness campaigns, even towards non-Muslims.

“We have allocated RM1 million for preparation towards the implementation and we have never given up to do campaigns and so on, although it has not been implemented up until now.

“Whatever it is, we will continue our efforts, until we’re given the green light,” he reportedly said at Hududullah Day in Kota Baru yesterday, a regular event to promote hudud.

Ahmad, who is also the deputy spiritual leader of Islamist party PAS, was quoted saying the Hududullah Day event is a reminder to the public that “Allah’s laws” must be implemented despite facing challenges.

PAS is aiming to enforce the Kelantan Shariah Criminal Code II 1993 Enactment amended in 2015, its version of hudud, but may not do so until legal barriers are removed at the federal level.

It has sought to amend the Syariah Court Act (Criminal Jurisdiction) 1965 or Act 355, which currently only allows the Shariah courts to mete out punishments limited to RM3,000 fine, five years’ jail and six strokes of caning.

In July this year, Kelantan state legislative assembly had passed amendments to its Kelantan Syariah Criminal Procedure Enactment 2002, which among others will now allow Shariah offenders to be caned publicly.

Sumber BO - 30-12-2017





















Assabiqun elak veteran dipancing parti lain

SAYAP baru PAS, Assabiqun antara lain mendekatkan golongan veteran bersama gerak kerja parti itu secara berterusan. 
Melalui gerak kerja tersebut setidak tidaknya dapat menghalang ahli PAS yang sudah tidak aktif lagi terus istiqamah dengan perjuangan. 
Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Abdul Latif berkata, peranan badan itu antara lain dapat mengelak ahli yang veteran dipancing pihak lain. 
Katanya jangan kerana tidak ada lagi jawatan menyebabkan kita rasa terpinggir dan hina. 
"Mungkinlah ada perasaan rasa terpencil setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti. 
"Bagi orang muda yang menerajui parti sekarang jengok jengoklah golongan assabiqun bagi mendekatkan mereka dengan arus perjuangan," katanya pada pelancaran Assabiqun Negeri Kelantan di Putik hari ini 
Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Assabiqun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub dan wakil-wakil rakyat. 
Pada program itu anugerah disampaikan kepada tokoh assabiqun peringkat negeri dan kawasan bagi kategori muslimin dan muslimat 
Anugerah peringkat negeri diterima bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan bekas Bendahari Muslimat Negeri, Wan Fatimah Hussin. – HARAKAHDAILY 30/12/2017










































Sumber HD - 30-12-2017





















Usaha pelaksanaan KJS sejak 27 tahun

USAHA ke arah melaksana Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan dimulakan sejak 1993 apabila enakmen tersebut dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun). 
Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, usaha tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak 27 tahun lalu. 
Katanya, ia diteruskan lagi dengan menubuh Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan yang sebelum ini diletak di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik). 
Kata beliau langkah itu dilakukan dengan tujuan bagi menjamin kewibawaan, integriti dan ketelusan pentadbiran yang meliputi penguatkuasaan, pendakwaan serta kehakiman di Kelantan. 
“Kerajaan negeri juga mempersiapkan Kanun Jenayah Syariah dan sekarang menunggu lampu hijau dari kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa mutlak dari segi perundangan. 
"Alhamdulillah persediaan telah dilakukan, kita harap mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan untuk fasa pelaksanaan nanti," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Hududullah peringkat negeri di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Dato' Abdullah Ya'kob; anggota-anggota Exco, Dato' Nassuruddin Daud; Dato' Mohamed Fadzli Hassan dan Pengarah Jaheik, Dato' Che Mohd Rahim Jusoh. – HARAKAHDAILY 29/12/2017








































Sumber HD - 29-12-2017


14 pondok madrasah Muhammadiah terbakar, tiada kemalangan jiwa
Posted on Friday, December 29 @ 07:04:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37469


Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di Kota Bharu musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam itu, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

"Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan," katanya ketika dihubungi malam tadi

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira jam 9 malam.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.
- Bernama

Sumber TKO - 29-12-2017

Semangat ayah, dorong tuntut ilmu keusahawanan
























BAKAT kepimpinan pemuda kelahiran Kota Bharu Kelantan ini sudah terserlah sedari beliau di alam persekolahan. Dilantik sebagai Ketua Unit Dakwah semasa di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan bukan sekadar untuk memenuhi sijil penyertaan dalam ko-kurikulum tetapi lebih daripada itu ia menjadikan beliau seorang yang penyabar.

Manakan tidak, beliau  ditugaskan untuk mengejutkan rakan-rakan di asrama untuk solat subuh berjemaah di Masjid Tok Guru yang terletak berhampiran dengan sekolah tersebut.





Sumber HD - 29-12-2017























PRU 14: PAS tiada masalah agihan kerusi

PAS tidak menghadapi masalah pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi berbanding Pakatan Rakyat (PH) dan Barisan Nasional (BN). 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga kini pembahagian kerusi dalam Gagasan Sejahtera tidak berbangkit bahkan persediaan menghadapi PRU semakin mantap. 
Katanya, PAS sebagai penerajui Gagasan Sejahtera dalam blok ketiga selepas BN dan PH disertai empat parti dan 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO). 
"NGO termasuk yang menyokong Umno sebelum ini pun bergabung di bawah Gagasan Sejahtera menyokong PAS kerana mereka nampak parti-parti yang ada sekarang terpalit banyak masalah," katanya di sini semalam. 
Beliau ditemui selepas merasmikan penutup Karnival Keusahawanan dan Pertanian Desa anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh di perkarangan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-12-2017 

























Jambatan Salor - Pasir Mas dibuka dua minggu

JAMBATAN Salor - Pasir Mas akan dibuka selama dua minggu bermula esok bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu khususnya menjelang persekolahan. 
Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata jambatan berhampiran Bulatan Lemal itu bagaimanapun masih dalam pembinaan. 
Katanya, ia dibuka sementara bagi melancarkan laluan khususnya melibatkan pengguna yang berulang alik ke Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang. 
"Kerja-kerja perlaksanaan jambatan tersebut sudah di peringkat 60 peratus. 
"Bagaimanapun ia akan dihentikan buat sementara waktu," ujarnya. 
Hanifa berkata lagi, laluan sepanjang 270 meter itu akan dipantau pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR)  bagi mengawal keadaan.
Beliau seterusnya memberitahu, antara tujuan laluan tersebut dibuka adalah bersempena persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi.
Tambahnya, ia akan  memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tanpa perlu berdepan dengan masalah kesesakkan lalu lintas. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.
Tambah beliau, jambatan bernilai RM114 juta termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Lemal itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2019. 
“Jambatan tersebut yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu sepatutnya siap pada awal Januari tahun hadapan.
"Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/12/2017
Sumber HD - 20-12-2017 


























Tebing sungai di Chetok runtuh: Kerja menimbus sebulan

KERJA-kerja menimbus tebing tepi Sungai Kelantan di Chetok, Pasir Mas akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh sebulan bermula semalam. 
Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata usaha berkenaan perlu diteruskan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. 
Katanya, kerja menimbus tebing yang bermula semalam dilaksanakan Kada dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) sendiri.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini hari ini bagi mengulas kejadian tanah runtuh di tebing sungai itu semalam. 
"Semalam saya telah meninjau kawasan berkenaan. 
"Kita nasihatkan masyarakat sekitar kawasan itu supaya berhati-hati. 
Lebih 30 keluarga yang tinggal di sepanjang tebing sungai Kelantan di Chetok berada dalam keadaan bimbang apabila kediaman mereka diancam hakisan. 
Hakisan yang bermula sejak Jumaat lalu menyebabkan jarak rumah mereka dengan sungai menjadi semakin hampir terutama di kawasan Kampung Pasir Parit. 
Lebih memburukkan keadaan ialah hakisan itu menyebabkan hampir 15 meter kawasan tebing yang sebelum ini kukuh telah lenyap ditelan arus deras air sungai. 
Sehubungan itu beliau menasihatkan mereka yang terlibat supaya bersabar. 
"Insya-Allah kita berusaha mengambil langkah segera agar hakisan tidak berterusan," ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2017
Sumber HD- 20-12-2017 

Tiga penjuru: PAS Kelantan yakin masih mampu menang

PAS menyifatkan saingan sebenar parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah BN dan bukannya PAN. 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ini kerana parti serpihan PAS itu bukan cabaran memandangkan terdapat sebahagian penyokong mereka telah kembali ke pangkuan PAS. 
Malah beliau berkata, pihaknya yakin penyokong PAS  tetap setia dengan parti itu. 
"Pada masa yang sama kita berharap hampir 40 peratus pengundi atas pagar cenderung memilih calon kita pada pilihan raya nanti. 
“Kita yakin pengundi atas pagar akan memberi sokongan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan" ujarnya. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini hari ini. 
Che Abdullah turut yakin jika pertandingan tiga penjuru, kelebihan masih memihak pada parti Islam itu. 
Tambahnya, rakyat di negeri ini dilihat tiada keperluan untuk mengundi parti lain. 
Menurutnya, sebaliknya pengundi akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Kelantan. 
"Tidak ada sebab penyokong PAS ingin menjatuhkan kerajaan negeri apa lagi sebahagian pengikut pemimpin PAN sudah kembali semula kepada kita," ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2017




















































Sumber HD - 20-12-2017



























PAN makin lunak dengan Umno, serang PAS

PADA peringkat awal selepas ditubuh Parti Amanah Negara (PAN) menguar-uarkan mahu menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan misi pembangkang menjejaki Putrajaya. 
Namun apa yang berlaku sekarang PAN seperti tersalah arah apabila sering menghala peluru terhadap PAS terutamanya di Kelantan. Sebaliknya mereka juga menyepi terhadap Umno. 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, kenyataan pemimpin PAN mahu berdepan dengan Umno tidak kelihatan, sebaliknya mereka menjadikan PAS pula sebagai musuh. 
Katanya, sehingga sekarang tidak nampak gerak kerja parti itu bagi menumbangkan Umno di Kelantan.
“Sejauh mana mereka menjalankan gerak kerja mendaftar pengundi baharu dalam usaha untuk memastikan Umno dan BN terus gagal dalam pilihan raya di Kelantan,” katanya pada ceramah di Kampung Lundang, Dun Bunut Payong malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Adun Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Shaari Mat Yaman. 
PAN sebelum ini menjadikan kerajaan negeri sebagai sasaran dalam isu pembangunan Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat; isu sekatan laluan lori balak di Gua Musang dan Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD -19-12-2017 

Pelajar Krygystan khatam al-Quran di Maahad Tahfiz

PELAJAR dari Krygystan, Abdullah Abdyshukur mencatat sejarah apabila berjaya mengkhatam 30 juzuk al Quran di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong. 
Semalam beliau menerima sijil pada program khas Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) daripada Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob. 
Turut hadir pada program bersejarah itu bapanya, Dr Abdyshukur Ismailov bersama ibu dan adik-adiknya. Dr Abdyshukur seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Bishkek. 
Turut hadir anggota Exco, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan; Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof dan Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus. 
Abdullah sekarang belajar di tingkat empat di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong. Beliau mulai belajar di tingkatan satu di sekolah tersebut. 
Dr Abdyshukur melahir rasa bersyukur kerana anaknya berjaya mengkhatam al Quran. 
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dan Yik yang mendidik dan membimbing anak saya sehingga menjadi insan yang soleh dan berjaya menghafaz al-Quran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/12/2017
Sumber HD - 18-12-2017 





























Wisma Tok Guru Salor: Bicara saman pemula Husam 4 Jan































MAHKAMAH Tinggi Sivil di sini pada Ahad menetapkan 4 Januari tahun depan bagi menjalankan perbicaraan saman pemula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa. 
Langkah itu dilakukan bagi menuntut haknya ke atas bangunan PAS Dun Salor yang dibina selepas mendapat kebenaran daripada pemilik tanah sebelum dijual, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim. 
Timbalan Pendaftar, Wan Nor Aklima Wan Salleh menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu kedua-dua belah pihak menyediakan dokumen sebelum dikemukan pada 2 Januari tahun depan. 
Pihak plaintif yang diwakili oleh Hasif Azham Rizal, manakala defendan yang merupakan Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohd Yasin Yusoff pula diwakili oleh Nor Bahrom & Co. 
Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menolak permohonan injunksi dikemukan oleh Bekas Naib Presiden PAS itu terhadap pemilik tanah menempatkan bangunan yang dinamakan Wisma Tok Guru. 
Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache, selepas mengambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan Mohd Yasin Yusoff, melalui peguam masing-masing. – HARAKAHDAILY 17/12/2017
Sumber HD - 17-12-2017 




























































100 usahawan berpengaruh di Kelantan

KERAJAAN negeri bersama Dewan Usahawan Kelantan (Duke) akan mengumumkan 100 usahawan yang paling berpengaruh di negeri itu pada Februari depan. 
Presiden Duke, Zaki Zakaria berkata, inisiatif itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan. 
"Kita sangat menggalakkan anak muda agar menceburi bidang keusahawanan dengan sokongan yang ditunjukkan anggota Exco, Dato' Abdul Fattah Mahmood bagi menjayakan program tersebut di Kelantan. 
"Pada Februari depan kita akan mengumumkan 100 usahawan paling berpengaruh, bukan sahaja di Kelantan sahaja malah seluruh Malaysia," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Seminar Marketing Luar Biasa dan Anugerah Harapan Usahawan di Dewan Besar Duyong Perdana Resort, Kota Bharu, hari ini.
Pada majlis yang dianjurkan bersama Majalah Niaga, PKINK dan Air Kelantan Sdn Bhd itu, seramai 10 usahawan menerima Anugerah Harapan Usahawan disampaikan Abdul Fattah. – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD - 16-12-2017 































Jabatan Hutan banteras pembalakan haram

JABATAN Perhutanan Kelantan mengesan kira-kira 50 hingga 60 kilang papan haram yang masih beroperasi di negeri tersebut. 
Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim berkata, jumlah itu termasuk pegusaha kampung yang mencari pendapatan sampingan. 
“Sehingga kini sebanyak 30 kilang papan haram telah disita terutama kesalahan membeli kayu hasil daripada kegiatan pembalakan haram. 
“Kita memang komited membenteras gejala yang tidak diingini khususnya pembalakan haram,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Kelantan 2017 di Tanah Merah semalam. 
Hadir sama Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustafa dan Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustaffa. 
Sempena program itu seramai 100 orang mangsa banjir di Tanah Merah menerima cenderahati dari Majlis Daerah Tanah Merah. – HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017 

Media bantu dedah kesusahan rakyat

PERANAN media begitu penting dalam masyarakat khususnya melaporkan penderitaan dan kesusahan hidup rakyat.
Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Seri Tunku Norhayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bertitah, tanpa pendedahan media orang ramai tidak mengetahui nasib sesetengah masyarakat. 
Katanya, golongan korporat atau individu lain akan tampil membantu apabila adanya pendedahan media berkaitan kesusahan hidup mereka. 
"Dengan cara ini sama ada kerajaan negeri, syarikat tertentu atau orang ramai dapat membantu," titah baginda lagi.
Baginda bertitah demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 155 pelajar berupa pakaian, beg dan peralatan sekolah di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam. 
Turut hadir isteri Menteri Besar Kelantan Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, Ketua Kajajahan Tumpat, Rosnazli Amin. Sumbangan berkenaan ditaja Yayasan Noor Al Syakur dan Ranhill Water Service. - HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017 



































































Kota Bharu selamat untuk diduduki - PDRM

BANDAR Kota Bharu diakui sebagai bandar selamat untuk diduduki, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad. 
Beliau berkata, warga bandar tidak perlu risau untuk berurusan di bandar tersebut. 
“Statistik sehingga Disember tahun ini menunjukkan ia begitu terkawal," katanya pada pelancaran Larian Selamat anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) baru-baru ini. 
Lebih 1,000 warga bandar mengambil bahagian pada program berkenaan. 
Pelepasan larian peserta dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Ustaz Abdul Rahman Yunus. 
Turut hadir Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kelantan (AADK), Rohayu Ahmad. 
Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK. 
Din juga berkata, kejadian gejala negatif begitu terkawal di Bandar Kota Bharu, di mana statistik jenayah 2017 sebanyak 118 kes iaitu meningkat kepada 2.18 peratus banding tahun lalu. 
Katanya, dengan kekuatan 5,000 anggota PDRM di Kelantan pihaknya mampu menangani gejala yang tidak sihat. 
“Namun alhamdulillah setakat ini semuanya selamat, semoga Kelantan khususnya Kota Bharu menjadi tempat yang selamat untuk diduduki,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2017
Sumber HD - 12-12-2017 


































Pentadbiran PAS di Kelantan jadi contoh

UMAT Islam dan rakyat negara ini yang cintakan keadilan sewajarnya memberi undi kepada calon PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) 14 tidak lama lagi. 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, contoh yang berlaku di Kelantan sejak 27 tahun lalu menjadi bukti. 
Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama. 
“Dalam tempoh itu juga tiada pemimpin Kelantan yang dikait dengan penyelewengan dan rasuah,” katanya selepas penyampaian bantuan peralatan pertanian kepada petani dan usahawan di Tumpat semalam. 
Pada program itu seramai 75 petani, nelayan dan usahawan kecil menerima bantuan peralatan pertanian. 
Baru-baru ini Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilapor berharap rakyat Malaysia mengundi calon Umno dan BN pada PRU tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 11/12/2017




































































Sumber HD - 11-12-2017

Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh: PAN cuba jadi juara




































ISU peniaga enggan berpindah ke lokasi baru bukan perkara baru di Kelantan. Pengalaman serupa pernah berlaku di Pasar Borong Wakaf Jalan Hamzah.

Lokasi itu biar pun tidak selesa, malah berselut pada musim hujan, namun ada peniaga berdegil enggan berpindah ke pasar baharu di Wakaf Che Yeh.

Begitu juga peniaga di pasar sementara berhampiran Stesen Kereta Api di Pasir Mas juga enggan berpindah ke pasar baharu di Bandar Baru Tasik Raja.

Keadaan serupa juga berlaku terhadap peniaga di Pasar Lama MPKB Kota Bharu apabila merugut untuk dipindah ke Bazar Tok Guru

Sumber HD - 10-12-2017




































Mana janji Umno mahu bina tebatan banjir?

KERAJAAN Umno dan BN diminta menghentikan sikap dolak dalih pembinaan tebatan sungai di Kelantan. 
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, janji kerajaan BN untuk membinanya sejak RMK-9 hingga sekarang belum dilaksanakannya. 
Menurutnya, setiap tahun rakyat Kelantan khususnya Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat  berhadapan banjir yang teruk. 
Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan yang dijanjikan untuk membuat tebatan banjir di Kampung Jeram Perdah, semalam. 
“Tempat mereka tak naik air tetapi negeri Kelantan jadi mangsa akibat tebatan hanya dibuat sebelah pihak sahaja,” ujarnya. 
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat menilai semula  bagaimana permainan kerajaan Umno dan BN yang sebenar dalam isu ini. – HARAKAHDAILY 8/12/2017
Sumber HD - 8-12-2017





































Al-Quds: Perisytiharan Trump cabar dunia






































PRESIDEN Amerika, Donald Trump hanya untuk menunjukkan kehebatannya pada dunia sehingga berani mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. 
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Muhammad Awang, berkata pengisytiharan yang mencabar itu semata-mata ingin memperlihatkan keberaniannya pada mata dunia. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Adun Gual Periuk itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir di Kampung Tok Deh, dekat sini hari ini. 
Turut berucap pada majlis itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.
Lebih 200 orang menerima sumbangan yang digabungkan oleh dua pimpinan itu berupa keperluan harian.
Datuk Muhammad bagaimanapun menyeru umat Islam seluruh dunia bersatu bagi membuktikan kekuatan golongan muslim.
“Kita tentunya tidak redha dengan pengisytiharan itu kerana Baitul Maqdis hak kita, hak umat Islam seluruhnya yang wajib dipertahankan,”ujarnya. 
Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat sunat hajat untuk menyelamatkan Baitul Maqdis.
Katanya, ketika ini soal politik perlu diketepikan demi kepentingan Islam. – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD - 7-12-2017 

Mangsa Banjir Kelantan Sekarang Berkurang Kepada hanya 32 Orang
Posted on Thursday, December 07 @ 08:58:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37198



KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 32 orang setakat 8 malam ini, berbanding 62 orang pada 4 petang tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terbabit daripada lapan keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.


Pegawai JKM Jajahan Tumpat, Mohd Joharye Shafie berkata mangsa terbabit adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa.

Beliau berkata mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan fenomena ‘banjir termenung' iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain.

Mohd Joharye berkata mangsa terbabit dijangka dapat pulang ke rumah mereka esok, sekiranya cuaca terus baik.

- Bernama

Sumber TKO - 7-12-2017













































































Umno kalah di Kelantan kerana parti itu sendiri

PAS berjaya mempertahankan kerusinya di Kelantan sehingga 27 tahun kerana resipi perjuangan parti itu berlandaskan Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata kejatuhan Umno dan BN di Kelantan pada tahun 1990 bukan kerana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semata-mata. 
Tambah Amar, sebaliknya kerana parti itu sendiri yang semakin bermasaalah. 
Beliau berkata  demikian kepada media selepas mesyuarat exco hari ini sebagai mengulas kenyataan Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. 
Jazlan dua hari lalu mendedahkan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa punca kekalahan Umno dan BN sejak tahun 1990 hingga sekarang kerana Tun Dr Mahathir. 
Menurut Jazlan lagi, pengakuan veteran Umno itu (Tengku Razaleigh) dibuat dalam mesyuarat Umno negeri.
Mesyuarat itu  turut dihadiri presiden mereka Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu. 
Amar bagaimanapun berkata, kerana sikap Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ketika itu hanya sebagai resipi tambahan menyebabkan rakyat Kelantan menolak Umno dan BN. 
“Bukan sebab Tun Mahathir semata-mata yang menyebabkan Umno kalah, tetapi perjuangan parti itu dan BN  sendiri yang tidak diterima rakyat Kelantan. 
“Mahathir hanya menambahkan lagi ketidaksukaan orang kepada parti itu,”ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD - 6-12-2017

Kampung sepanjang Sg Golok masih tenggelam

SERAMAI 82 mangsa banjir daripada 21 keluarga tidak boleh pulang ke kediaman masing-masing gara-gara banjir termenung di Pengkalan Kubor, Tumpat. 
Mereka kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 dan Sekolah Kebangsaan Bunohan walau pun situasi banjir di Kelantan semakin surut. 
Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, banjir termenung merupakan masalah utama apabila tiba musim tengkujuh. 
Katanya, beberapa kampung yang terletak sepanjang Sungai Golok termasuk Kampung Bendang Pa'yong masih tenggelam kerana air lambat keluar walau pun kawasan lain surut. 
"Projek tebatan banjir Sungai Golok perlu dilaksanakan segera, selagi ia tidak dilaksanakan selagi itulah usaha mengatasi banjir termenung setiap tahun tidak akan berjaya. 
"Bahagian kita di Malaysia lebih rendah berbanding kawasan sebelah Thailand yang menyebabkan sering ditenggelami air banjir, ini merupakan masalah negara bukan negeri," katanya ketika ditemui selepas mengagihkan bantuan banjir di Pengkalan Kubor hari ini. – HARAKAHDAILY 5/12/2017



































































































Sumber HD - 5-12-2017









































Kelantan: Jumlah mangsa banjir turun mendadak

BILANGAN mangsa di Kelantan turun dengan mendadak hari ini apabila cuaca mulai cerah dengan sinar matahari memancar sejak pagi semalam. 
Sehingga jam 5 petang ini jumlah mangsa banjir di seluruh Kelantan seramai 5,697 orang berbanding 13,159 orang petang Jumaat lepas. 
Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my. sehingga jam 5 petang tadi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan semantara di Pasir Mas seramai 3,159 orang, Tumpat (2,514 orang) dan Pasir Puteh (24 orang). 
Manakala jajahan lain yang juga dilanda banjir minggu lepas tiada lagi mangsa yang berpindah iaitu di Gua Musang, Kota Bharu dan Tanah Merah. 
Orang ramai menarik nafas lega selepas sinar matahari mulai memancar selepas lebih seminggu suasana redup dan hujan sekali sekala lebat. 
Bagaimanapun wakil rakyat di kawasan yang masih terlibat dengan banjir bekerja keras menghantar bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 4/11/2017


















































































Sumber HD- 4-12-2017










































Perutusan Maulidur Rasul 1439 Menteri Besar Kelantan

ALLAH SWT berfirman: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya serta bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Hujurat:1] 
Kelahiran Rasulullah SAW ke muka bumi adalah sebagai suatu rahmat kepada seluruh alam. Baginda telah mengorbankan segala jiwa dan raga demi ummah. Menjadi kewajipan seluruh umat Islam mematuhi segala seruan baginda tanpa mencurigainya walau sekelumit cuma. 
Kecintaan terhadap baginda SAW hendaklah dipupuk daripada awal dan diterapkan sepanjang masa. Sesungguhnya ukuran keimanan umat Islam adalah bergantung sejauh mana mereka mengasihi dan berusaha melaksanakan sunnah baginda SAW dalam kehidupan. Kasih terhadap baginda hendaklah mengatasi kasih-sayang kita kepada manusia lain hatta diri sendiri. Hal ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis, Sayyidina Abdullah bin Hisyam R.A berkata: 
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ، وَاللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ. 
Maksudnya: “Kami bersama Nabi SAW lalu baginda memegang tangan Umar bin al-Khattab. Kemudian Umar berkata: Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi segala sesuatu selain diriku. Maka Nabi SAW pun menjawab: Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu. Lalu Umar berkata: Sungguh, sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku. Maka Nabi SAW bersabda: Sekarang (engkau benar) wahai Umar." [Riwayat Imam Bukhari] 
Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam, sentiasa berusaha melaksanakan tuntutan sunnah Nabi SAW dalam pentadbiran. Demikian itu, Kerajaan Negeri mengutamakan program-program keagamaan bagi menjana keutuhan aqidah dalam masyarakat. 
Usaha ke arah penegakan syariat sentiasa dipertingkatkan. Umpamanya Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri terus memperuntukkan RM1 juta bagi Prasarana Material Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah dan sebanyak RM1.25 juta untuk Jabatan Pendakwaan Syariah. 
Usaha-usaha ini adalah sebagai suatu kesungguhan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan seruan Allah dan Rasul walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Melaksanakan tuntutan syariat sekalipun menerima kejian adalah lebih baik daripada menerima pujian tanpa ada pelaksanaan Islam. 
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan usaha pelaksanaan syariah didahulukan melebihi segala agenda yang lain. Tegakkan syariat Islam dalam diri kita semua, insya-Allah ianya dipermudahkan untuk tertegak diatas muka bumi ini. 
"KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM"
"KEBERKATAN - KEMAKMURAN - KEBAJIKAN"
USTAZ DATO' BENTARA KANAN
Menteri Besar Kelantan 
12 Rabiul Awwal 1439 / 01 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 1/12/2017











Sumber HD - 1-12-2017 

Wakil rakyat kerja keras bantu mangsa banjir

SEHINGGA jam 2 petang tadi seramai 13,399 mangsa banjir dipindahkan di seluruh Kelantan, di mana jajahan Pasir Mas mencatat bilangan paling ramai. 
Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my. seramai 9,631 mangsa banjir dipindahkan di Pasir Mas yang turut meliputi Rantau Panjang. 
Kedua paling ramai Tumpat yang mencatat bilangan mangsa seramai 2,589 orang. Manakala di Pasir Puteh pula seramai 828 orang. 
Kehadiran banjir yang bertandang setiap akhir tahun menyebabkan wakil-wakil rakyat terpaksa bekerja keras bagi membantu mangsa banjir. 
Adun Meranti, Datuk Mohd Nassurudin Daud bersama petugas Majlis Tindakan Dun bekerja siang dan malam bagi memindahkan mangsa banjir yang terperangkap. 
Menjelang solat Jumaat tadi beliau melawat mangsa banjir di Kampung Bakong dan menunaikan solat di kampung tersebut. Beliau juga menyampaikan khutbah Jumaat. 
Beliau juga melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kampung Meranti, Lubuk Kawah dan Banggol Setol.
Manakala anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof bersama Adun Bukit Tuku, Abdul Rasul Mohamed meredah kebun getah untuk mengagihkan bantuan banjir di Kampung Banggol Jering. 
Katanya, laluan tersebut terpaksa dilalui memandangkan jalan biasa sudah terputus hubungan.
Di Gua Musang, Penyelia Parlimen kawasan berkenaan Ustaz Azman Ahmad turut melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. 
Beliau bersama Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Jeram Tekoh. 
Cuaca di Kota Bharu petang hujan sekali sekala lebat. Sinar matahari hampir seminggu tidak kelihatan. – HARAKAHDAILY 1/12/2017




































































































Sumber HD- 1-12-2017













































Muzium Pertanian bakal jadi tarikan baru Kelantan

SELARAS usaha Kelantan untuk muncul sebagai negeri jelapang makanan, sebuah Muzium Pertanian akan diwujudkan sebagai satu lagi produk pelancongan. 
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman berkata, muzium itu akan diubahsuai daripada bangunan Dato' Kaya Budi di Tumpat. 
Katanya, kos baik pulih sebanyak RM300,000 dilakukan secara berperingkat-peringkat. 
“Mungkin kos keseluruhan menghampiri RM1 juta bagi merealisasikan hasrat penubuhan Muzium Pertanian dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT),”  
katanya selepas merasmikan prapelancaran pameran Pendidikan Perdana mengenai kegemilangan 20 ciptaan saintis Islam bermula kurun ke lapan hingga 18 masihi di Muzium Negeri di Kota Bharu hari ini. 
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Datuk Ustaz Hassan Mohamood dan Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Mohamad Nazwan Ismail.– HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD- 30-11-2017 

Mangsa banjir Kelantan cecah 12,734 orang
Posted on Thursday, November 30 @ 07:00:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37065



KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencecah 12,734 orang setakat 9.00 malam ini berbanding 11,341 pada 5.00 petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 101 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 9 jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 8,004 orang daripada 3,317 keluarga yang dipindahkan ke 44 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,440 mangsa daripada 374 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS.

Sebanyak 8 PPS dibuka di Pasir Puteh membabitkan 819 mangsa daripada 244 keluarga manakala 777 mangsa daripada 230 keluarga ditempatkan di 16 PPS di Tanah Merah serta 684 mangsa daripada 219 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Tumpat.

Di Machang pula, seramai 375 mangsa daripada 112 keluarga dipindahkan ke 8 PPS, 313 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di 2 PPS di Bachok, 282 mangsa daripada 74 keluarga menghuni 6 PPS di Kuala Krai dan 40 mangsa daripada 9 keluarga dipindahkan ke satu PPS di Jeli.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas menurun kepada 10.55 meter pada 9.00 malam ini berbanding 10.66 meter pada 5 petang tadi. Paras bahaya ialah 9 meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula meningkat kepada 3.47 meter berbanding 3.42 meter pada tempoh sama (bahaya 2.50 meter).

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan hingga malam ini manakala hujan dilaporkan semakin reda di beberapa kawasan di negeri ini.

Sumber TKO - 30-11-2017














































Permohonan maaf Abdul Hakim kepada Siti Zailah

Assalamualaikum YB Zailah Mohd Yusof atau di kenali sebagai Kak Lah, Ahli Parlimen Rantau Panjang. 
Saya memohon kemaafan atas `posting' saya menyebabkan Kak Lah menerima tohmahan itu.
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan atau membuat cerita palsu. 
Dengan merujuk `posting' Kak Lah yang berbunyi;  "Belajar bawa lori...
Ziarah pusat perpindahan dengan lori..kerana air banjir dalam...tidak lepas harung dengan 4x4".
Saya menyangkakan bahawa Kak Lah bawa lori itu. 
Kak Lah ambil gambar itu untuk buat kenangan bersama lori milik keluarga sendiri sebenarnya. 
Sekali lagi saya memohon kemaafan atas khilaf saya itu.
Tidak boleh dinafikan bahawa Kak Lah adalah seorang wakil rakyat (Ahli Parlimen) yang banyak turun ke medan di saat banjir berlaku. 
Seperti tahun 2014 sendiri Kak Lah menjadi icon kepada parti politik lain untuk turun mengarung banjir.
Dengan ini, saya minta semua `posting' yang memburukkan Kak Lah dan memfitnah Kak Lah akibat dari `posting' saya ditarik balik dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
Sekali lagi saya memohon kemaafan atas `posting' saya itu.
Sekian
Abdul Hakim
29 November 2017
11 Rabiul Awal 1439H - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 
















































Kelantan ucap terima kasih kepada Pulau Pinang

KERAJAAN Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Pulau Pinang kerana mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu rakyat negeri itu yang terjejas dengan bencana tahunan itu. 
Kata-kata itu diluahkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili kerajaan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti di Dewan Teratai Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. 
"Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kerana membantu kita," katanya bagi mengulas mengenai peruntukan yang dibahagikan kepada RM50,000 kepada negeri dan RM50,000 kepada NGO di Kelantan. 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terdahulu mengumumkan peruntukan itu yang dilakukan bagi membantu rakyat Kelantan terjejas kerana banjir yang kini mencecah 11,108 mangsa daripada 3,936 keluarga. 
"Kita semua akan berdoa agar cuaca tidak akan menjadi lebih buruk dan sebagai negeri yang pernah dilanda bencana baru-baru ini, saya berharap rakyat Kelantan dapat bersabar. 
"Sebagai tanda simpati, kita akan menghulurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada kerajaan negeri dan NGO berwajib di Kelantan," katanya pada sidang media hari ini. - HARAKAHDAILY 29/11/2017
Sumber HD- 29-11-2017 

Jangan Ambil Sikap ‘Tunggu & Lihat’
Posted on Wednesday, November 29 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37048



PASIR PUTEH – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir untuk tidak mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ malah segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika hujan masih berlarutan.

Ahmad berkata sikap berkenaan tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka tetapi hanya akan menyukarkan pasukan penyelamat melakukan operasi menyelamat jika mangsa terperangkap dalam bencana tersebut terutama pada waktu malam.

“Mereka sepatutnya bersedia mematuhi arahan pihak berkuasa bagi membolehkan kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kita minta mereka yang terbabit bertindak drastik dan tidak menunggu waktu malam atau dalam suasana kritikal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Faudzi Che Mamat dan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Anis Hussein.

Beliau turut menjangkakan paras air sungai akan meningkat berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk ketika ini.

Katanya beliau berharap orang ramai tidak menjadikan musim banjir sebagai pesta dan sentiasa mengambil langkah berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. – BERNAMA

Sumber TKO - 29-11-2017




















































Mangsa banjir Kelantan naik kepada 5,016 orang
Posted on Wednesday, November 29 @ 07:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37044


Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,016 orang setakat 9 malam ini berbanding 3,033 orang pada 4 petang tadi.


Sebanyak 67 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di lapan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli, setakat malam ini.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,716 orang daripada 604 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,071 mangsa daripada 260 keluarga yang menghuni sembilan PPS.

Di Pasir Puteh, seramai 589 mangsa daripada 185 keluarga ditempatkan di enam PPS manakala seramai 540 mangsa daripada 166 keluarga dipindahkan ke lima PPS.

Sementara itu, di Tanah Merah, seramai 472 mangsa daripada 122 keluarga dipindahkan ke 14 PPS dan 345 mangsa daripada 95 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Jeli.

  Seramai 156 mangsa daripada 31 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Bachok manakala 127 mangsa daripada 29 keluarga menghuni enam PPS di Kuala Krai.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada 9 malam ini berbanding 10.33 meter pada pukul 3 petang tadi (paras bahaya 9 meter).

Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan di beberapa kawasan di Kelantan malam ini.

-Bernama

Sumber TKO - 29-11-2017



















































Dun Tendong bersiap pindah mangsa banjir

SEHINGGA jam 6 petang tadi, tiga buah Kampung terjejas akibat banjir di  Dun Tendong, Pasir Mas setakat iaitu Kampung Kolam, Kampung Banggol Naim dan Kampung Chat. 
Paras air dilaporkan semakin naik dan penduduk Kampung Kolam dan Kampung Chat paling awal terjejas. Setakat ini penempatan banjir masih belum dibuka dalam Dun Tendong 
Namun jika air naik berterusan penduduk dijangka akan berpindah ke pusat pemindahan SK Gelang Mas pada awal pagi esok. 
Dijangkakan seramai 105 keluarga dari Kampung Kolam dan 8 keluarga dari Kampung Chat dijangka akan berpindah. 
Pusat pemindahan, agensi terlibat dan pimpinan masyarakat setempat telah bersedia sepenuh untuk proses pemindahan mangsa banjir. 
Petang tadi beliau bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas telah mengadakan mesyuarat bersama untuk tindakan yang perlu dibuat. 
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang ingin menderma bagi membantu mangsa-mangsa banjir. 
“Sumbangan boleh dibuat melalui Pejabat Dun Tendong,” ujarnya. 
Sehubungan itu beliau menyeru seluruh masyarakat  berwaspada dengan sebarang kemungkinan situasi banjir. 
Katanya, bagi mereka yang tinggal  di kawasan yang mudah dinaiki air, dinasihatkan berhati-hati. Sentiasa patuhi arahan pihak berwajib jika dinasihatkan  berpindah. 
“Perhatikan pergerakan anak-anak khususnya yang kecil.

“Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita semua dijauhi dari perkara yang tidak diingini,” ujarnya.
Sumber HD-29-11-2017 





















































Penghulu, muslimat bantu mangsa banjir

DUN Limbongan menyediakan petugas terdiri daripada penghulu, muslimat dan Amilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kamil 1. 
Adunnya, Ustaz Mohd Nazlan Muhd Hasbulah, memberitahu, sukarelawan dari Dun Limbongan membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyediakan makanan di pusat pemindahan tersebut. 
“Sukarelawan Dun bertugas secara bergiliran tiga shift bagi membantu pihak berwajib ketika menyediakan juadah.
“Kami juga menyediakan alatan memasak di pusat pemindahan berkenaan,” ujarnya.
Adun Limbongan juga berberapa kali membuat lawatan ke pusat pemindahan berkenaan bagi memantau perkembangannya. 
Beliau juga berkata, setakat ini hanya sebuah sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun Limbongan. 
“Kami di Dun Limbongan dalam keadaaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan setakat ini hanya satu sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2017





Sumber HD - 29-11-2017 





















































Banjir: Kenyataan Menteri Besar Kelantan

MUSIBAH banjir adalah ujian Allah kepada kita semua bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.  
Semua pihak perlulah memastikan keselamatan keluarga masing-masing khasnya anak-anak kecil supaya tidak leka bermain air termasuklah memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak keselamatan jika berlaku apa jua kemalangan yang tidak diingini. 
Dalam situasi hujan yang masih tidak menentu dan air didapati naik dengan cepat dibeberapa lokasi, saya berharap kepada mereka yang tinggal dikawasan rendah hendaklah membuat persiapan berpindah seberapa segera sebelum menjelang waktu malam. 
Hal ini bagi memudahkan pihak yang berwajib mengendalikan urusan di pusat pemindahan selain keselamatan nyawa mestilah diutamakan. Seluruh rakyat juga boleh merujuk kepada info semasa banjir Kerajaan Negeri bagi membuat persediaan sewajarnya. Info tersebut boleh dilihat pada laman berikut: 
 http://ebanjir.kelantan.gov.my/p_pmrpt04.php
 Publicinfobanjir.water.gov.my 
Semua Jabatan Negeri dan Persekutuan hendaklah berada dalam keadaan siap sedia dan turun membantu mangsa-mangsa banjir disemua lokasi pemindahan. Saya turut menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri ini daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi. 
Semoga situasi banjir di negeri ini tidak berpanjangan dan mereka yang berada di pusat pemindahan dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat. 
YAB USTAZ DATO' BENTARA KANAN
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 09 Rabiul Awal 1439 / 28 November 2017 – HARAKAHDAILY 28/11/2019
Sumber HD- 28-11-2017 

Adun turun padang bantu mangsa banjir

SEJAK Jumaat lepas hujan sekali sekala lebat mulai melanda Kelantan. Cuaca mendung juga berlaku di hampir kesemua jajahan sehingga sekarang.\ 
Hebat lebat menyebabkan kawasan rendah mulai ditenggelami banjir air hujan. Antaranya jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah. 
Seramai 525 mangsa dipindahkan sehingga jam 10.35 pagi tadi dengan 143 keluarga mengikut laporan portal rasmi eBanjir Negeri Kelantan. 
Di Kota Bharu seramai 139 penduduk di Ketereh ditempatkan di Islamic Outreach ABIM Kok Lanas. Mangsa banjir tersebut daripada Taman SL Hutan, Kampung Ketereh dan Taman Mustafa Kok Lanas. 
Petugas Majlis Tindakan Dun Kok Lanas turut berkhidmat di pusat pemindahan tersebut termasuk menyediakan makanan. 
Di Melor seramai 13 penduduk penduduk yang tinggal di Belakang Pasar Melor turut dipindahkan ke Dewan Pasar Melor semalam. 
Di Kuala Krai pula seramai 15 mangsa banjir dari Kampung Mengkebang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Keroh dan Sekolah Menengah Chenulang.
Di Machang seramai enam penduduk yang melibatkan tiga keluarga dari Kampung Bakar, Kampung Baka dan Kampung Tandak dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa, Madrasah Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan Pangkal Merleret. 
Pasir Puteh sehingga kini paling ramai mangsa pemindahan banjir iaitu 244 penduduk yang melibatkan 76 keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil I, Sekolah Kebangsaa Wakaf Raja dan Sekolah Kebangsaan Changgai, Pasir Puteh.
Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat turut melawat mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut semalam. 
Di Tanah Merah seramai 74 mangsa banjir dipindahkan melibatkan Kampung Lubuk Agor, Kampung Manal 3 dan Kampung Padang Kijang. 
Manakala penduduk yang tinggal di kawasan pantai pula berdepan dengan angin kencang dan laut bergelora. 
Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar melawat penduduk yang tinggal di Pantai Pulau Kundur. Penduduk di situ berdepan ombak besar terutamanya pada malam sehingga memasuki rumah mereka. – HARAKAHDAILY 27/11/2017












Sumber HD - 27-11-2017 




























































Number Of Kelantan Flood Victims Rises To 317

KOTA BARU, Nov 27 — The number of flood victims evacuated to relief centres in the state rose to 317 people from 89 families as at 9.30pm, as compared to 157 victims from 36 families, about three hours earlier.

Continuous heavy rain since yesterday caused some low-lying areas at several districts in Kelantan to be flooded.

According to the Social Welfare Department via the Infobanjir application, in the Kota Baru district, 98 victims from 21 families were evacuated to two relief centres, namely the Islamic Outreach of the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Kok Lanas (77) and the Melor Market People’s Hall (21) here.

Meanwhile in Pasir Mas, 50 victims from 15 families were placed in Madrasah Haji Daud while in Tanah Merah, 17 victims from four families sought accommodation in Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Bukit Panau.

In Pasir Puteh, 152 victims from 49 families were sheltered at three relief centres, namely SK Kamil I (32 victims), SK Changgai (96) and SK Wakaf Raja (24).

According to the portal infobanjir.water.gov.my, Department of Irrigation and Drainage, water level in all major rivers are still at normal level except for Sungai Golok in Rantau Panjang which rose to 8.13 metres (danger level: nine metres) at 9pm compared to 7.76 metres in the evening. — Bernama

Beberapa Kawasan Rendah Di Kelantan Dilanda Banjir

KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) — Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa jajahan di Kelantan mula dilanda banjir.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 63 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kok Lanas di sini, setakat pukul 6.30 petang ini.

Sebuah lagi pusat pemindahan di sini iaitu Dewan Orang Ramai Pasar Melor menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga.

Sementara itu, di Pasir Mas, sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Madrasah Haji Daud menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga manakala di Tanah Merah, 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kelewek, Bukit Panau.

Tiga pusat pemindahan dibuka di Jajahan Pasir Puteh bagi menempatkan 47 mangsa daripada 11 keluarga iaitu sekolah Kebangsaan Kamil 1 (11 mangsa), Sekolah Kebangsaan Changgai (12 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja (24 mangsa).

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan paras air di kesemua sungai utama di negeri ini masih di paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang berada di paras berjaga-jaga iaitu 7.76 meter berbanding amaran 8.0 meter.

Seorang mangsa yang ditempatkan di Islamic Outreach ABIM, Baharuddin Husin, 68, dari Kampung Lubuk Besar, Ketereh di sini, berkata beliau berpindah kerana risau melihat paras air semakin meningkat sehingga mencecah paras pinggangnya di kawasan rumahnya.

Katanya, hujan yang tidak berhenti sejak semalam menyebabkan sekitar rumahnya yang terletak di kawasan rendah mudah ditenggelami air.

Beliau dan isterinya berpindah awal ke pusat pemindahan tersebut bagi mengelakkan kesulitan sekiranya menunggu berpindah saat akhir.

Tinjauan di pusat pemindahan berkenaan mendapati selain makanan dan minuman, penduduk terbabit diberi barangan keperluan asas seperti selimut dan bantal.

Setakat ini, tiada jalan-jalan utama yang ditutup kepada kenderaan.
— BERNAMA

Sumber BO - 27-11-2017





























































Islam hanya akan nampak apabila diamalkan






























































Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Islam hanya akan nampak apabila diamalkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Persidangan Dakwah Kebangsaan.

Program sehari itu diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC) hari ini.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr Yusof Noor.

Katanya, Islam perlu diamalkan untuk memperlihatkan kecantikannya, kenikmatan, keindahan serta keadilannya.

"Untuk itu saya menyu para pendakwah jangan sembunyikan keIslaman diri apabila berada dalam kalangan bukan muslim.

"Tindakan sedemikian menjadi punca dakwah tidak meluas kerana sikap kita sendiri.

"Islam yang indah terhadang kerana sikap kita sendiri yang tidak mahu menyebarkan kemurniannya," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam berfikir bersama untuk menyampaikan dakwah pada mereka.

Turut hadir pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Naib-Naib Yang Dipertua Perkim Pusat, pimpinan Perkim Kelantan. – HARAKAHDAILY 26/11/2017












Sumber HD- 26-11-2017 




























































Lantik ketua pembangkang Dun lebih wibawa

UMNO Kelantan dicadang melantik ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang lebih berwibawa pada masa hadapan. 
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ketua pembangkang hendaklah seorang ahli dewan yang tahu dan patuh kepada peraturan mesyuarat. 
Katanya, apa yang berlaku Rabu lepas Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah mahu mengambil bahagian berbahas ketika sesi penggulungan oleh kerajaan. 
“Sesi perbahasan Bajet sudah diperuntukan secukupnya dan 10 Adun mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
“Malah ketika ruang diberi selepas 10 Adun berucap tidak ada wakil rakyat yang bangun pada petang Selasa termasuk ketua pembangkang daripada BN,” katanya pada ceramah di perkarangan Pejabat PAS Kota Bharu di Berek 12 malam tadi. 
Pada program itu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan Bilik Operasi Pilihan Raya PAS Kota Bharu. 
Bendera besar PAS dinaikkan petugas Jabatan Amal biarpun dalam keadaan hujan agak lebat.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, timbalannya, Datuk Dr Ramli Mamat, Ketua Muslimat, Rohani Ibrahim dan Ketua Pemuda, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi. 
Semalam Pemuda UMNO Kelantan menyerah memorandum mendesak Speaker Dun Kelantan dan timbalannya meletak jawatan ekoran tidak memberi ruang Nozula yang juga Adun Paloh berucap.– HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD - 24-11-2017 





























































Kelantan bolehkan RUU 355 dibawa ke parlimen

UMAT Islam seharusnya bersyukur kerana Kelantan dimenangi PAS. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, kerana kemenangan itu Rang Undang-Undang RUU 355 telah berjaya dibentangkan di Parlimen oleh Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim, berkata kerana kemenangan kerajaan Kelantan itu membolehkan RUU 355 itu dibawa di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Isu-Isu Penerangan anjuran Urusetia Penerangan dan Hubungan Serantau kerajaan negeri Kelantan.

Majlis yang dihadiri pelbagai peringkat parti itu diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Katanya lagi, RUU itu telah berada di tangan Speaker Dewan.

"Sekurang-kurangnya kita (PAS) telah bentang undang-undang itu.

"Syukur kerajaan kita (Kelantan) masih ada, kalau tidak ada kerajaan, bagaimana undang-undang itu akan dibentangkan?"soalnya.

Menurutnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memintanya supaya berusaha laksanakan undang-undang Islam di Kelantan.

Katanya, almarhum berasa sedih sepanjang 25 tahun menjadi menteri besar namun undang-undang Allah tidak mampu di jalankan di bumi Allah sendiri.

"Kita mengharapkan umat Islam menyokong undang-undang itu khususnya dalam Parlimen tahun ini," ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD - 24-11-2017 


Lakonan air mata atau mahu pulang awal?
Posted on Thursday, November 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36941


Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan tindakan ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah yang menangis selepas dihalau pada sesi persidangan terakhir, hari ini. 


"Setelah tamat perbahasan oleh ADUN Kelaboran (Mohamad Zaki Ibrahim) tidak ada seorang ahli dewan bangun untuk membuat perbahasan termasuk Nozula (BN-Paloh).

"Bahkan sepanjang tempoh perbahasan bajet tidak pula kelihatan ADUN Paloh bangun untuk  meminta laluan sama ada sewaktu speaker mengendalikan persidangan ataupun saya," katanya.

Menurut beliau pada sesi perbahasan Bajet 2018 semalam, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan mengambil bahagian bermula dengan ADUN Melor, Gual Periok, Ayer Lanas, Selising, Gaal, Perupok, Tendong, Kok Lanas, Salor dan berakhir dengan ADUN Kelaboran.

"Seingat saya, Nozula ada bangun mencelah (tanpa kebenaran) sewaktu ADUN Tendong sedang berucap dan saya ada membuat teguran supaya tidak  mencelah kecuali dengan kebenaran speaker dan meminta supaya beliau mengambil bahagian dalam perbahasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan sidang DUN Kelantan kecoh selepas Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub mengarahkan Nozula keluar dewan kerana dianggap melanggar peraturan apabila menganggu sesi penggulungan selepas beberapa kali diberi amaran.

Susulan itu, Nozula mendakwa tindakan speaker menghalaunya sebagai tidak adil dan beliau berhak diberi peluang untuk berucap lebih lama atas kapasiti sebagai ketua pembangkang.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata ketika sidang DUN bersambung sekitar jam 11.30 pagi tadi, Abdullah menjemput pihak kerajaan negeri untuk membuat penggulungan.

Bagaimanapun katanya, Nozula tiba-tiba bangun untuk berucap dan Abdullah tidak membenarkan kerana sesi perbahasan sudah pun tamat.

"Setelah lebih tiga kali speaker minta ADUN Paloh duduk, tetapi dia berkeras tidak akan duduk yang akhirnya speaker terpaksa menggunakan Peraturan Dewan 51(2) iaitu “mengundurkan” Nozula daripada persidangan dewan.

"Sebelum itu Mohamad Zaki mencadangkan supaya dirujuk kepada Peraturan Dewan 47(1) iaitu hendaklah patuh kepada speaker dengan serta merta dan duduk dengan segera.

"Jadi tidak timbul soal speaker tidak memberi peluang kepada ADUN Paloh berucap, bahkan tuduhan beliau bahawa speaker tidak berlaku adil adalah tidak benar sama sekali kerana daripada sepuluh ahli dewan yang berbahas, empat daripadanya adalah ADUN pembangkang," katanya.
Tambah beliau, petang tadi ada satu lagi Rang Undang-Undang dibentangkan dan dewan masih mempunyai peluang dan dibenarkan untuk membuat perbahasan.

"Tetapi semua ADUN BN telah pun keluar bersama ADUN Paloh pagi tadi, ini bermakna mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan dan tiada seorang pun ADUN pembangkang berada dalam dewan.

"Siapa sebenarnya yang tidak adil? Dan siapa sebenarnya bekerja untuk rakyat?

"Atau ini adalah lakonan air mata ADUN Paloh untuk menghentam pihak kerajaan pada ceramah-ceramah selepas sidang DUN nanti atau memang sengaja kerana mahu pulang awal?" soal Abdul Latiff yang juga ADUN Mengkebang.

Sumber TKO - 23-11-2017




































































Bajet 2018 lulus tanpa sokongan pembangkang

SIDANG Dun Kelantan terakhir hari semalam meluluskan Belanjawan 2018 yang bertemakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam. 
Walaupun tanpa kehadiran pembangkang, namun belanjawan berkenaan berjaya diluluskan dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada penyokong kerajaan.
Cadangan kelulusan belanjawan  itu dibuat Menteri Besar, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, ia disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah. 
Seramai 10 orang anggota Dun mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan itu yang berakhir petang kelmarin termasuk Datuk Husam Musa (PAN-Salor). 
Sidang Dun Kelantan kali ini diwakili 31 Adun PAS, 11 BN manakala masing-masing satu PAN dan PKR. 
Seorang lagi Adun BN (Nenggiri), Mat Yussof Abd Ghani sebelum ini diisytiharkan bankrap baru-baru ini. 
Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan belanjawan defisit iaitu RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017. 
Isnin lalu Menteri Besar, membentangkan belanjawan defisit sejumlah RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017. – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD- 23-11-2017 







































































Pasar Siti Hajar: Adun PAN buat gempak

DAKWAAN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) kononnya tiada pemimpin kerajaan negeri turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar dianggap tidak berasas. 
Sedangkan sebelum ini majlis dialog diadakan bersama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika program pemukiman Menteri Besar di Pasir Puteh. 
Malah anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood beberapa kali meninjau pasar baharu tersebut di Pasir Puteh Sentral.
Abdul Fattah berkata, pemimpin kerajaan negeri sudah acap kali turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar.
Namun maklumat itu tidak pada Adun Salor, Datuk Husam Musa sehingga membuat tohmahan kononnya pemimpin kerajaan negeri tidak menangani isu terbabit. 
“Sekarang isu pemindahan peniaga dari pasar lama di Pasir Puteh sudah hampir selesai. Daripada 500 peniaga pasar lama seramai 380 peniaga bersetuju untuk pindah. 
“Dan sekarang seramai 304 peniaga sudah menjalankan perniagaan di pasar baharu. InsyaAllah kita akan mengadakan perasmian pasar itu awal tahun hadapan,” katanya di persidangan Dun semalam. 
Belum itu ketika mengambil bahagian membahas Bajet Kelantan 2017, Husam meminta pemimpin kerajaan negeri melawat pasar tersebut. – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD- 23-11-2017 

Kadar kemiskinan di negeri Kelantan
Posted on Wednesday, November 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36925



Info ini untuk kaki fitnah terdiri daripada UMNO, PAN dan geng HARAPAN.

Kadar kemiskinan di negeri jajahan Pas iaitu Kelantan. Walau federal tidak berapa membantu kerajaan negeri tapi dengan kos yg sedikit Pas kelantan masih mampu memerintah dengan baik. Terbaik Pas.

Kredit
Lebai ZamUsop PA 


Sumber TKO-22-11-2017









































































Ekonomi Kelantan turut disumbang wanita

WANITA Kelantan telah menyumbang 39.04 peratus kepada ekonomi negeri dalam sektor perkhidmatan. 
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah, berkata pencapaian itu hampir separuh KDNK negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan pada sidang Dun Kelantan. 
Jawapan berkenaan sebagai respon soalan yang dikemukakan Datuk Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) yang ingin tahu sejauhmana keberkesanan program pembangunan usahawan yang disediakan kerajaan untuk mereka. 
Beliau memberitahu, wanita Kelantan memang hebat. 
Katanya, keupayaan mereka dalam perniagaan sama ada sebagai pengusaha, usahawan dan lain-lain perniagaan membuatkan ekonomi Kelantan datangnya dari usaha mereka.
"Kerana kehebatan itu Presiden Kafa telah dimenangi seorang wanita dan ia sebagai yang pertama di Kelantan dan Malaysia. 
 "Begitu juga Datuk Seri Vida juga orang Kelantan yang telah berjaya dalam perniagaannya," ujarnya. 
 Katanya, mungkin ramai lagi Datuk Seri Vida di Kelantan, namun ia tidak begitu dikenali. 
Menjawab soalan, katanya kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) dan agensi di bawahnya telah membuat pelbagai kursus dan bengkel untuk masyarakat Kelantan. 
Katanya, kursus buat duit dari rumah, bengkel jahitan dan kemahiran pemprosesan diadakan untuk membantu golongan wanita dan belia maju sebagai usahawan. – HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD - 22-11-2017 












































































Lakonan air mata Adun Paloh hari terakhir sidang Dun













































































Setelah tamat perbahasan YB Kelaboran tidak ada seorang Ahli Dewan yang bangun untuk membuat perbahasan termasuk YB Paloh. 
Bahkan sepanjang tempoh perbahasan bajet tidak pula kelihatan YB Paloh bangun untuk meminta laluan samada sewaktu YB Dato' Speaker mengendalikan persidangan ataupun saya. 
Seingat saya, YB Paloh ada bangun mencelah (tanpa kebenaran) sewaktu YB Tendong sedang berucap dan saya ada membuat teguran supaya tidak boleh mencelah kecuali dengan kebenaran Speaker dan meminta supaya beliau mengambil bahagian dalam perbahasan. 
Sekitar jam 4.30 petang semalam YB Kelaboran menamatkan ucapan perbahasan beliau dan tidak seorang pun Ahli Dewan yang bangun. Bermakna ucapan YB Kelaboran adalah ucapan perbahasan bajet yang terakhir daripada Ahli Dewan. 
Pagi tadi selepas persidangan disambung sekitar jam 11.20 pagi, YB Dato' Speaker menjemput pihak Kerajaan/Exco untuk membuat penggulungan. 
Secara tiba-tiba YB Paloh bangun untuk berucap dan YB Dato' Speaker tidak membenarkan kerana sesi perbahasan sudah pun tamat. 
Setelah lebih tiga kali YB Dato' Speaker meminta YB Paloh duduk, tetapi dia berkeras tidak akan duduk yang akhirnya YB Dato' Speaker terpaksa menggunakan Peraturan Dewan 51(2) iaitu “mengundurkan” Paloh dari Persidangan Dewan. 
Walaupun sebelum itu YB Kelaboran telah mencadangkan supaya dirujuk kepada Peraturan Dewan 47(1) iaitu hendaklah patuh kepada Speaker dengan serta merta dan duduk dengan segera. 
Jadi tidak timbul YB Dato' Speaker tidak memberi peluang kepada YB Paloh berucap, bahkan tuduhan beliau Speaker tidak berlaku adil adalah tidak benar sama sekali kerana daripada sepuluh Ahli Dewan yang berbahas, empat adalah ADUN pembangkang.
Petang ini ada satu lagi Rang Undang-Undang akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Peruhanjaya Tanah. Ahli-ahli Dewan masih mempunyai peluang dan dibenarkan untuk membuat perbahasan, tetapi semua ADUN BN telah pun keluar bersama-sama dengan YB Paloh pagi tadi, ini bermakna mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan nanti kerana sehingga jam 3 petang ini tiada seorang pun ADUN pembangkang berada dalam dewan. Siapa sebenarnya yang tidak adil? Dan siapa sebenarnya bekerja untuk rakyat? 
Ataupun ini adalah lakonan air mata YB Paloh untuk menghentam pihak kerajaan pada ceramah- ceramah selepas sidang Dun nanti atau memang sengaja kerana mahu pulang awal? 
YB Abdul Latiff Abdul Rahman
Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Rabu, 3.00 pm,
3 Rabi'ul Awal 1439 / 22 November 2017 - HARAKAHDAILY 22/11/2017
























































































































































Sumber HD- 22-11-2017













































































Kelantan tetap akan utama peruntukan YIK

KERAJAAN Kelantan tidak akan mengurangkan peruntukkan bajet terhadap Yayasan Islam Kelantan (Yik) walaupun ada pihak yang tidak menyenanginya. 
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu akan menambah peruntukan mengikut jumlah yang tertentu mengikut kesesuaiannya pada masa-masa akan datang. 
Sehubungan itu, kerajaan negeri melahirkan rasa dukacita terhadap wakil BN yang mempertikaikan peruntukan untuk institusi itu. 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata sepatutnya Adun berkenaan menyokong tindakan itu. 
"Kerajaan Kelantan mengutamakan pendidikan Islam pada rakyatnya dan ia adalah tuntutan Islam yang amat wajar disokong. 
"Malangnya, ia dikritik kalau bukan Kelantan yang berbuat begitu, negeri mana yang akan melaksanakannya?" ujarnya lagi. 
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2018 dalam sidang Dun Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD-22-11-2017 















































































Banjir: Umno jangan jadikan modal politik

















































































Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menyedari tindakan tersebut dilakukan bagi mendapat sokongan masyarakat yang dilihat bertentangan dengan maksud sebenar. 
Menurutnya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengariskan asas kepada semua petugas yang paling penting ialah membantu pihak yang terlibat banjir. 
"Ini yang paling utama sekali, kita tidak turun membantu bukan untuk pancing undi tetapi kita turun dengan keikhlasan bagi membantu penduduk keluarga mereka yang sedang menghadapi banjir. 
"Walau bagaimanapun, kita mengambil kira serta langkah-langkah supaya mereka ini tidak menggunakan tempat-tempat ini untuk bermain politik, pilih bulu dan sebagainya, ambil tindakan sewajarnya," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diungkitkan oleh Adun Kelaboran (PAS), Zaki Ibrahim pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kali Ke-13 bagi tempoh penggal ke-5 di Kota Darulnaim di sini pagi tadi. 
Zaki berkata, campurtangan politik sering berlaku di Pusat Pemindahan Banjir kerana melibatkan Puteri dan Wanita Umno sebagai Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
Menurutnya, lebih teruk lagi, mereka lebih berminat untuk menguruskan bilik simpanan makanan semata-mata berbanding menjaga kebersihan, kebajikan, makanan dan minum mangsa pemindahan banjir. 
Terdahulu ketika menjawab soalan dari Tanjong Mas-PAS, Rohani Ibrahim yang meminta Menteri Besar menyatakan langkah bagi menghadapi banjir kata beliau beberapa langkah sudah dilaksanakan. 
Ia seperti melakukan pemuliharaan serta penyelenggaraan sungai bagi memastikan aliran air sungai tidak terhalang serta membaikpulih tebing sungai yang mengalami hakisan. 
Bagi merealisasikan Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Malaysia dan kerajaan negeri berkerjasama bagi melaksanakan program berkenaan dengan peruntukan melebihi RM1.9 juta. 
Kerajaan negeri juga telah mengenalpasti sebanyak 699 buat Pusat Pemindahan Banjir yang berupaya menampung lebih 200,000 mangsa banjir, manakala 14 daripadanya mampu menempatkan 2,000 dalam satu masa. – HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD- 22-11-2017 

















































































‘Orang mati’ pun kena GST

HEBATNYA kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila GST yang dilaksanakan sejak empat tahun lepas turut melibatkan urusan pengembumian jenazah. 
Rozi Muhamad (PAS-Tendong) berkata, keluarga si mati yang membeli kelengkapan jenazah juga terpaksa membayar GST. 
“Usahkan orang kaya yang masih hidup, orang mati pun dikenakan juga GST,” katanya ketika membahas ucapan bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini. 
Beliau juga mencadangkan kerajaan menganjur kursus kepada wakil rakyat pembangkang yang dianggap kurang faham mengenai GST. 
Sebelum itu Datuk Nozula Mat Dia (BN-Paloh) ketika bangun mencelah berkata, hanya orang kaya yang dikenakan GST. 
“Masih ada lagi wakil rakyat dalam Dun ini yang tidak faham apa maksud GST sehingga menyebut hanya orang kaya yang dikenakan GST,” katanya.
Nozula berkali-kali bangun bagi menegakkan pendiriannya biarpun menyimpang daripada maksud asal GST. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD - 21-11-2017 




















































































Exco Kelantan dihalang masuk sekolah JPN

BIARPUN diberi mandat oleh rakyat, namun anggota Exco di Kelantan tidak mendapat kerjasama untuk bertandang ke sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setakat ini beliau tidak mendapat kerjasama untuk datang ke sekolah di bawah JPN. 
“Setakat mana kerjaaan negeri boleh lakukan di bawah bidang kuasa Exco sahaja sedangkan mengawal dadah di bawah agensi Persekutuan. 
“Malah anggota Exco yang mempunyai jawatan dalam Pemadam pun tidak boleh masuk ke sekolah kementerian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) pada persidangan Dun hari ini. 
Zulkifli sebelum itu berkata masyarakat di luar Kelantan tidak tahu anggota Exco tidak boleh masuk ke sekolah di bawah JPN. 
Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim (PAS-Chetok) Dr Muhamed Fadzli berkata, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membuat saringan air kencing di 164 sekolah di bawah JPN melibatkan seramai 4,148 pelajar. 
Katanya, daripada jumlah itu 279 pelajar positif mencuba dadah dan 18 pelajar ditangkap polis kerana positif dadah. – HARAKAHDAILY 21/11/2017
Sumber HD- 21-11-2017 






















































































CSR lebih penting berbanding ECRL

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastuktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pembinaan jalan tersebut yang dikenali Central Spine Road (CSR) ditangguh dalam tempoh begitu lama. 
Katanya hanya pada 2012 baru ditender projek tersebut, sedangkan ia penting kepada rakyat Kelantan terutamanya pada musim perayaan. 
“Bagi saya CSR lebih penting berbanding Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bagi menyelesaikan masalah perhubungan rakyat. 
“Lagi pun CSR hanya melibatkan kira-kira RM4 bilion berbanding ECRL menelan kos sehingga RM50 bilion,” katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) pada persidangan Dun hari ini. 
Menurutnya juga projek tersebut begitu penting kepada rakyat Kelantan sehingga kerajaan negeri juga mengambil peranan membina sebahagian jalan raya tersebut sejauh 10 km di Machang. 
Katanya, projek tersebut bermula berhampiran UiTM Machang sehingga ke Berangan Mek Nab membabitkan kos sebanyak RM300 juta. 
“Sedangkan tanggungjawab tersebut di bawah kerajaan pusat,” katanya. 
Bagaimanapun kata beliau juga projek CSR antara Kuala Krai – Gua Musang belum lagi dikeluarkan tender oleh kerajaan pusat sehingga sekarang. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD - 20-11-2017 
























































































Campur tangan politik bantut tuntutan royalti

ISU tuntutan royalti petroleum lebih mudah selesai sekiranya tiada campur tangan politik terutamanya Umno Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. 
Beliau berkata, isu tuntutan royalti itu disifatkan ‘straight forward’ kalau tidak ada campur tangan politik. 
Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ia menjadi panjang terhadap tuntutan kerajaan negeri berdasar perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1975.
“Royalti petroleum adalah hak Kelantan. Sepatutnya kita mengambil semangat perlembagaan bagi menyelesaikan isu tersebut. 
“Kalau dapat royalti banyak kemudahan untuk rakyat dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi hubungan semakin meningkat antara negeri dan pusat sejak kebelakangan ini,” 
katanya menjawab soalan Azamin Mohd Nor (PAS-Kadok) pada persidangan Dun hari ini. 
Menurutnya juga banyak projek pembangunan yang sudah lama dilulus kerajaan belum lagi dilaksanakan di Kelantan termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 
Katanya, projek itu sudah lama diluluskan dan sepatutnya dilaksanakan tahun ini. Begitu juga projek tebatan banjir di Sungai Golok belum lagi dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD- 20-11-2017 


























































































Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas RM1,500

KERAJAAN Kelantan juga mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar secara berperingkat tahun depan. 
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, insentif tersebut sebagai penghargaan kepada penjawat awam di Kelantan. 
Ketika membentang Bajet 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim hari ini katanya, hasil negeri pada 2018 dijangka diperoleh sebanyak RM696.90 juta. 
Katanya ia meliputi hasil cukai sebanyak RM182.88 juta, hasil bukan cukai RM355.58 juta dan terimaan bukan hasil RM158.44 juta. 
"Jumlah itu menunjukkan peningkatan dalam hasil sebanyak RM59.92 juta atau 9.41 peratus berbanding anggaran hasil 2017 sebanyak RM636.98 juta," katanya. 
Menurutnya juga walaupun Bajet 2018 merupakan perbelanjaan defisit yang berjumlah RM41.74 juta berbanding 2017 (RM42.65 juta), namun jumlah itu menurun sebanyak RM0.91 juta berbanding tahun lalu. 
Belanjawan 2018 mengekalkan tema meneruskan kecemerlangan pengurusan ekonomi iaitu 'Kelantan Sejahtera Untuk Islam'. – HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD- 20-11-2017 




























































































Penarik beca diberi sara hidup RM1,200

 MENGAMBIL kira bebanan yang terpaksa ditanggung penduduk miskin ekoran kenaikan harga barang dan GST, kerajaan Kelantan memperkenalkan beberapa insentif kepada golongan tersebut. 
Antaranya bantuan sara hidup sebanyak RM1,200 setahun kepada penarik-penarik beca berdaftar. Ia akan dibayar dua kali tahun hadapan.
Selain itu mengecualikan cukai pintu premis-premis yang dikenakan cukai RM50 ke bawah.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pelajar-pelajar tingkatan satu daripada keluarga miskin yang mendaftar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) pula diberi bantuan pendidikan RM100. 
“Bayaran denda berkaitan premium tanah dan bayaran denda lewat bayar cukai tanah akan diberikan diskaun sebanyak 90 peratus.
“Penyambungan semula meter air secara percuma bagi pelanggan-pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang membuat sambungan semula,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2018 hari ini. 
Menurutnya diskaun berkaitan tanah dan sambungan semula percuma berkaitan air bagi tempoh bermula 1 hingga 31 Disember 2017. - HARAKAHDAILY 20/11/2017
Sumber HD - 20-11-2017 





























































































MB Pilihan Tok Nik Abdul Aziz Memang Tepat
Posted on Sunday, November 19 @ 18:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36850



Dulu Tok Guru Nik Abdul Aziz suka seseorang kemudian latih dia, tapi akhir hayatnya Tok Guru pilih sendiri Ustaz Ahmad Yaakob sebagai MB Kelantan ketepikan pilihan asalnya. Tok Guru minta budak dia berkenan tu bertanding di luar Kelantan kerana ada banyak perangai Tok Guru mula tak berkenan.




Gambar
Kredit
Zubir Abdullah

Sumber TKO - 19-11-2017






























































































Koperasi Rakyat Kelantan agih dividen 10 peratus

SEBANYAK RM494,532.90 dividen telah dikeluarkan oleh Koperasi Rakyat Kelantan Berhad.
Dividen itu diagihkan kepada 1,333 orang anggota koperasi kali ke-enam itu. 
Pengerusi koperasi berkenaan, Sabri Abdullah berkata, ahli koperasi memperoleh dividen sebanyak 10 peratus atas modal syer.
Katanya, pada masa yang sama 9 peratus atas pelaburan diberikan kepada anggota yang layak. 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 semalam. 
Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin. 
Sabri seterusnya berkata, antara punca pembayaran dividen paling tinggi sejak sejarah penubuhan koperasi itu kerana  keuntungan operasi Ar-Rahn. 
“Sehingga Julai 2017, dengan pelaburan sebanyak RM6.545 juta, keuntungan daripada kolaborasi di Ar-Rahn Rantau Panjang dan Machang begitu tinggi. 
“Dengan hasil berkenaan dividen kepada pelabur dapat ditingkatkan,” ujarnya. 
Beliau seterusnya memberitahu, motto koperasi ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ benar-benar menepati hasrat  dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat. 
Yang penting, tambahnya diharap anggota koperasi dapat meningkatkan modal syer dan pelaburan masing-masing.
“Pelaburan dari anggota koperasi akan mengembangkan lagi koperasi pada masa hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD - 19-11-2017 
































































































Muslimat PAS kelantan sokong hasrat Bibi

DEWAN Muslimat PAS Kelantan menyokong hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan mewajibkan skuad pasukan itu menutup aurat apabila berkasi di Liga Malaysia musim depan. 
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata perkara itu sewajarnya dilakukan kerana ia kehendak syariat. 
Menurutnya, semua tahu aurat lelaki adalah dari pusat sehingga bawah paras lutut.
Katanya, amat wajar sekiranya Kafa ingin mewajibkan pemainnya menutup aurat ketika beraksi. 
“Pada masa yang sama ia telah menjadi dasar kerajaan negeri sejak sekian lama sama ada lelaki atau wanita supaya menutup aurat ketika berada di tempat awam,” ujarnya.
Zailah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan semalam. 
Menurut Bibi, peraturan baru itu bagi menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan. 
Zailah seterusnya berkata, ia juga wajar dicontohi oleh atlet sukan di seluruh negara khususnya bola sepak supaya menutup aurat. 
“Tahniah Kak Lah ucapkan pada Presidennya Bibi Ramjani yang begitu perihatin terhadap situasi itu,” ujarnya. 
Beliau bagaimanapun berharap, semoga hasrat murni itu menjadi kenyataan agar aktiviti sukan atau kerja yang dibuat itu mendapat keberkatan.– HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD - 19-11-2017 

Alyah teruja pengalaman pelik di Kelantan

PENYANYI Datin Alyah tidak dapat menggambarkan bagaimana situasi sebenar program hiburan ‘tertutup’ wanita anjuran Pertubuhan Nisa’ Kelantan. 
Noor Hasliah Abu Hasan yang terkenal dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu mengakui tidak pernah menghadiri program nyanyian tertutup yang hanya dihadiri kaum hawa sahaja. 
Beliau yang bertindak sebagai Ketua Juri berkata demikian pada program Nisa’ Talent Time di Kelantan Trade Cantre (KTC), di sini semalam. 
Katanya, pada masa yang sama beliau turut terfikir, jika penonton, jurukamera dan penyanyinya hanya kaum wanita, bagaimana bahagian peralatan siaraya. 
“Bila saya berada di sini baru saya faham, semua yang mengendalikan program ini terdiri dari kaum wanita. 
“Bermula peserta nyanyian, petugas pentas, rakaman video, kamera dan penonton semuanya adalah kaum wanita,” ujarnya. 
Katanya, perkembangan itu begitu mengujakannya. 
“Saya akan menceritakan pengalaman ini di Kuala Lumpur,” ujarnya.
Datin Alyah adalah isteri kepada ahli muzik terkenal, Datuk Ramli MS. 
Seramai 35 orang peserta mencuba nasib bagaimanapun hanya 12 orang layak ke peringkat akhir, seorang daripadanya bermain piano. 
Pada pertandingan itu, hadiah wang tunai RM700 menjadi milik Afiqah Atikah Abdul Halim setelah mendapat tempat pertama. 
Tempat kedua dan ketiga dimenangi Nik Farah Aina Hariman dan Adeela Rahayu Roslan masing-masing memperolehi  RM500 dan RM200. 
Pada malamnya artis Nora Arifin dan Rosemaria Abdul Hamid memeriahkan acara Malam Kesenian Wanita Kelantan..– HARAKAHDAILY 19/11/2017
Sumber HD- 19-11-2017 

Wisma Tok Guru: 'Terbukti tuduhan Husam tak benar'
Posted on Saturday, November 18 @ 17:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36817


Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang menolak permohonan injunksi Datuk Husam Musa bagi menghalang PAS menggunakan tanah Wisma Tok Guru, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata segala tuduhan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu terbukti tidak benar.


Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau kini yakin rakyat tidak akan percaya lagi dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan negeri.


"Hampir semua tuduhannya setiap kali dalam ceramah yang menyerang kerajaan negeri, memang tidak betul," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

"Kini akhirnya jelas menunjukkan kita di pihak yang benar. Ini bukan serangan peribadi namun mahu menegakkan kebenaran," katanya lagi pada himpunan sempena meraikan kejayaan PAS mendapatkan kembali tanah di kawasan Wisma Tok Guru.

Perebutan bangunan itu antara AMANAH dan PAS Kelantan telah berlarutan dan menjadi panas terutama ketika sejumlah 150 ahli PAS 'menggempur' Wisma Tok Guru yang kini menjadi pejabat AMANAH Kelantan, 22 Oktober lalu.

Pada 16 November lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache juga membenarkan PAS mengadakan programnya di situ. Pada malam sama, PAS mengadakan solat hajat di sana.

Ketika ditanya tentang status bangunan wisma itu yang belum selesai, Nik Amar yang juga naib presiden PAS hanya berkata akan menunggu sesi pendengaran di mahkamah pada 4 Disember ini.
"Kita tunggu sahaja pada tarikh itu nanti. Kita adakan solat hajat serta majlis kesyukuran dan kita tidak kacau bangunan. Kita hormati prosedur mahkamah dan dalam usaha mendapat keadilan," katanya lagi seperti dipetik.

'Masih milik Husam''

Dalam pada itu, Biro Undang-undang AMANAH (KANUN) menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai kekalahan kecil bagi isu yang masih tidak selesai.

"Perbicaraan kes saman induk Husam hanya akan bermula 4 Disember ini. Sementara perbicaraan tuntutan harta pusaka waris Datuk Rosli Ibrahim (pemilik asal bangunan yang telah meninggal dunia) akan bermula 7 Januari," kata Timbalan Pengerusi KANUN Wan Anwar Wan Ibrahim.

Justeru, katanya lagi, bangunan tersebut masih milik Husam dan mana-mana pihak tidak boleh mencerobohinya sesuka-hati.


Pertikaian itu bermula selepas Wisma Tok Guru dibeli Setiausaha Kerja PAS Kelantan Mohd Yasin Yusoff. Husam pula mendakwa Rosli ketika hayatnya telah mengeluarkan surat atas nama isterinya menyatakan bangunan itu boleh digunakan AMANAH "sampai bila-bila".

Sumber TKO - 18-11-2017





































































































Tahniah Kafa, Bibi Ramjani

KOTA BHARU: Keputusan mewajibkan semua pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan menutup aurat dalam aksi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan merupakan satu anjakan paradigma dan boleh menjadi medium dakwah.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, cadangan tersebut selari dengan hasrat pernah diutarakan Kerajaan Negeri Kelantan dahulunya.
Menurutnya, langkah sangat baik itu akan membawa kesedaran dan kesan kepada masyarakat dalam mempraktikkan hidup bersyariat.
"Pemain bola sepak adalah ikon masyarakat, dengan cara ini ia boleh menyuntik kesedaran kepada masyarakat mengenai kewajipan menutup aurat walau dalam bersukan," ulas beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.
Ustaz Fadhli menyambut baik kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan yang menyatakan peraturan terbaru itu bagi menggalakkan pemain bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan.
Terdahulu Bibi Ramjani berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai, penaja jersi Kelantan musim depan, Al-Ikhsan akan bertanggungjawab menyediakan pakaian menutup aurat termasuk kepada pemain import.
“Ini salah satu pembaharuan pasukan dan saya fikir apabila tampil dengan imej patuh syariah selepas ini, ia jadi kebanggaan bukan sahaja pemain, tetapi negeri ini,” katanya.
Sebelum ini, Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam Urus Setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UBeS) FC yang beraksi Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi pasukan pertama di negara ini mempraktikkan dasar patuh syariah itu.
Bibi Ramjani berkata, selain skuad senior kempen Liga Super, peraturan itu tidak terkecuali diguna pakai pasukan Piala Belia, Piala Presiden, selain skuad futsal lelaki dan wanita Kelantan.
Bibi Ramjani turut mengumumkan, The Red Warriors mendapat tajaan syarikat pelancongan, Al-Quds Travel Sdn Bhd selepas Al-Ikhsan. - HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD- 18-11-2017 


Adakah Meminta Maaf Umum itu Memadam semua fitnah Salah Kiblat?
Posted on Saturday, November 18 @ 06:31:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36807



Gambar di atas adalah kesan daripada sebaran fitnah salah kiblat yang ditujukan untuk burukkkan PAS semasa program Solat Hajat Bangunan PAS Salor yang dapat semula kepada PAS setelah dirampas oleh AMANAH (PAN).

Tukang fitnah sudah meminta maaf.



Persoalan timbul meminta maaf macam itu adalahkah akan menghapus semua fitnah yang tersebar. Jawabnya tidak. Lihat posting di atas mereka masih menghina PAS kononnya bernafsu tanpa kira arah kiblat.

Banyak lagi fitnah-fitnah disebarkan oleh puak AMANAH (PAN) agaknya tertanggung tak dosa TUKANG FITNAH dan TUKANG SEBAR apabila mereka Insaf nanti? Mampu mereka nak memberitahu semua orang selama ini sebaran itu adalah fitnah??

OLEH ITU JANGAN SEBAR APA_APA JIKA ANDA TIDAK JELAS DALAM ISU BERKENAAN.


Politik-politik juga kita akan kembali kepada ALlah. Itu lebih utama.


Sumber TKO - 18-11-2017








































































































Datuk Asri tidak bawa ‘lari’ pejabat PAS

KETIKA Datuk Mohd Asri Muda keluar daripada PAS, tidak pula bangunan PAS Kelantan yang dibina hasil usahanya bertukar kepada parti baharu yang diasasnya. 
Ketika itu Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Agung PAS meletak jawatan pada muktamar yang diadakan 23 Oktober 1982 ekoran masalah dalaman yang berlaku.
Pada 1983 beliau membawa penyokong-penyokongnya menubuhkan parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). 
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassurudin Daud berkata, biarpun Datuk Asri meninggalkan PAS tidak pula dibawa bangunan PAS Kelantan yang ada sekarang bersama parti baharunya. 
“Datuk Asri semasa keluar daripada PAS tidak bawa lari bangunan pejabat PAS negeri yang dibina hasil usahanya,” katanya pada ceramah sempena solat hajat di Pusat Khidmat Dun Salor di Kampung Pendek malam tadi. 
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dan pimpinan utama PAS Kelantan.
Bagaimanapun katanya, sekarang ada bekas pemimpin yang keluar parti dibawa bersama bangunan yang dibina semasa bersama PAS. 
Sedangkan kata beliau semua wakil rakyat ada pejabat Pusat Khidmat masing-masing yang dibina hasil sumbangan orang ramai. 
“Saya pun ada pejabat pusat khidmat Dun. Orang bagi derma bagi membina pejabat itu atas nama PAS biarpun saya sebagai wakil rakyat. 
“Orang tidak akan beri derma atas nama Nassurudin. Mereka bagi derma kepada PAS dan bukan kepada wakil rakyat untuk bina pejabat,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/11/2017













Somber HD - 17-11-2017



















































































































































































































Mohd. Amar sifatkan Husam suka menipu
Posted on Friday, November 17 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36785



KOTA BHARU 17 Nov. - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan Datuk Husam Musa sebagai ‘penipu’ berikutan tuduhannya terhadap Kerajaan Pas Kelantan selama ini yang kebanyakkannya tidak benar sama sekali.

Ketika berucap di kawasan Husam sempena Himpunan dan Solat Hajat Perdana di Wisma Tok Guru, Salor di sini malam tadi, Mohd. Amar turut yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan oleh Naib Presiden PAN itu.

"Husam ini pelawok (penipu) setiap kali dalam ceramahnya yang menyerang kerajaan negeri, dia (Husam) menipu bukan sekali, tetapi sudah banyak kali.

"Individu beginikah kita hendak jadikan sebagai pemimpin. Dia tuduh kita terima duit UMNO RM90 juta, makan duit balak, seleweng tetapi tidak tunjuk bukti.

"Selama ini, saya tidak pernah sebut nama dia, hari ini sebab datang tempat dia (Salor) saya sebut," katanya di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir dalam himpunan sempena meraikan kejayaan Pas mendapatkan kembali tanah di kawasan Wisma Tok Guru itu.

Mengulas lanjut dalam sidang akhbar selepas himpunan itu, Mohd. Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, pada peringkat awal, pimpinan kerajaan negeri sememangnya mengambil sikap tidak menjawab serangan Husam.

Bagaimanapun, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dilihat terus melemparkan tuduhan demi tuduhan tidak berasas termasuk ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dengan mendakwa wakil rakyat telah dipaksa bersetuju dalam soal kenaikan gaji.

"Tuduhan Husam terhadap kerajaan boleh dikatakan semua tidak betul. Begitu juga dalam isu Kijang Kuari, dia tuduh kerajaan telah menjualnya namun hakikatnya perkara itu tidak benar," katanya.

Sumber TKO - 17-11-2017

Lebih 2,000 hadir Himpunan Kesyukuran PAS
Posted on Friday, November 17 @ 10:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36787



KOTA BHARU: Lebih 2,000 penyokong PAS hadir pada majlis Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana yang diadakan di pekarangan bangunan Wisma Tok Guru, Salor, di sini, malam ini.

Majlis itu diadakan bagi meraikan kejayaan PAS mendapatkan kembali tanah tapak Wisma Tok Guru yang menjadi pejabat Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa.

Orang ramai dilihat mula berkumpul sejak 6 petang untuk bersama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan hajat yang diimamkan adik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat.

Upacara menaikkan bendera besar PAS turut dilakukan diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sebagai simbolik lokasi yang digunakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu kembali menjadi milik PAS selepas berlaku pertikaian antara kedua-dua parti berkenaan sejak lebih dua tahun lalu.

Majlis turut diselit ucapan beberapa pemimpin PAS dalam keadaan aman dengan bantuan kawalan pasukan polis serta unit Jabatan Amal.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan seluruh barisan kepimpinan PAS negeri ini.

BH Online hari ini melaporkan Mahkamah Tinggi di sini, menolak permohonan injunksi dikemukakan Husam terhadap pemilik tanah yang menempatkan bangunan Wisma Tok Guru, Mohd Yasin Yusoff.

Sebelum ini, PAS menegaskan notis supaya Husam keluar dari premis berkenaan pada 12 November lalu selepas tanah yang asalnya milik bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan atas isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan dengan harga RM700,000.

Dalam pada itu, Nik Razi selepas mengimamkan solat itu sempat menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini agar menolak PAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Mereka (PAN) anak murid Tok Guru derhaka. Jangan bagi undi kepada mereka. Saya juga ingatkan jangan sesekali gunakan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk kepentingan politik," katanya.

Sumber TKO - 17-11-2017













































































































Bendera PAS kembali berkibar di Pusat Khidmat Dun Salor

TEPAT jam 9.20 malam tadi bendera gergasi PAS dinaikkan di perkarangan wisma pusat khidmat Dun Salor di Kampung Pendek malam ini. 
Upacara menaikkan bendera diiringi nyanyian lagu bendera PAS. 
Lokasi tempat berlangsung program  penuh sesak dengan orang ramai di segenap penjuru. 
Malah banyak kereta diparkir sehingga di atas Jambatan Salor - Tendong. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan sehingga lebih 1 kilometer dari Kampung Kota. 
Program bermula dengan solat Maghrib, kemudian diikuti solat hajat yang diimamkan oleh anggota jawatankuasa Dewan Ulama Pas Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. 
Yang Dipertua Pas Kubang Kubang Kerian, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, beliau terlalu gembira dapat datang semula ke bangunan milik PAS di Pendek, Salor. – HARAKAHDAILY 16/11/2017












































































































































































































































Sumber HD - 16-11-2017
















































































































Wisma Tok Guru: Mahkamah tolak injuksi Husam

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan injunksi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa bagi menghalang PAS menggunakan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor. 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache juga memutuskan untuk membenarkan PAS mengadakan program solat hajat di situ malam ini. 
Ahmad Bache berkata, defendan, Mohd Yassin Yusoff merupakan pemilik sah lot tanah tersebut selepas berlaku jual beli dan telah berlaku pindah milik secara sempurna. 
Oleh itu, hakim mengarahkan plaintif membenarkan defendan menggunakan lot tesebut untuk menganjurkan program solat hajat, yang telah mendapat permit daripada pihak polis. 
“Lagi pun berdasar kepada kenyataan akhbar Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim menyebut tidak menghalang premis terbabit digunakan untuk solat hajat.
“Tuan punya lot tersebut boleh masuk ke tempat milik mereka. Lagi pun program yang akan diadakan malam ini merupakan program keagamaan,” katanya.
Permohonan pemimpin PAN itu ditolak dengan kos RM7,000. 
Peguam Husam diketuai Zaidan Ali, manakala Mohd Yassin pula dibela pasukan peguam yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan. 
Sebelum ini, Husam mengemukakan permohonan injuksi bagi menghalang Wisma Pusat Khidmat Dun Salor digunakan sebelum status quo pemilikan bangunan itu diputuskan mahkamah berikutan saman pemula yang dibuat. 
Pemilik hartanah tersebut, Haripah Dollah sebelum ini menjual tanah tersebut sebanyak RM700,000 kepada PAS Kelantan, yang mana Mohd Yassin sebagai salah seorang pemegang amanah. 
Urusan pindah milik selesai 18 September lepas. Berikutan itu notis mengosongkan premis terbabit dihantar pada 12 Oktober lepas. 
Orang ramai termasuk penyokong PAS dan PAN memenuhi galeri awam mahkamah tersebut sejak jam 9 pagi. 
Sebelum itu Takiyuddin berhujah, Husam bukan penyewa premis terbabit dan hanya dibenarkan menduduki oleh pemilik asal hartanah terbabit. 
Katanya juga Akta Kanun Tanah Negara menterjemahkan siapa pemilik tanah tersebut.
Malam ini akan diadakan solat hajat di lot yang menempatkan pusat khidmat Dun Salor. Program bermula jam 6 petang. Solat hajat akan diimamkan anggota jawatankuasa Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber  HD - 16-11-2017 


















































































































Wisma Tok Guru: Tunggu keputusan hakim

MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini mengadakan perbicaraan terhadap permohonan injunksi Datuk Husam Musa susulan notis pengosongan premis oleh pemiliknya, Mohd Yasin Yusof sebagai defendan. 
Peguam yang mewakil defendan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada perbicaraan itu kedua-dua pihak bersetuju untuk menggunakan penghujahan secara bertulis kepada Hakim, Datuk Ahmad Bahce. 
Beliau berkata, keputusan injunksi tersebut perlu diberikan segera kerana PAS akan mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat di Perkarangan Wisma Tok Guru yang bermula selepas solat maghrib. 
"Esok kalau dia (hakim) ada apa-apa keraguan, esok dia minta kita bagi penjelasan, keputusan pastinya akan diberikan esok, pasal program ini malam esok jadi kalau tidak bagi esok ni dia akan menganggu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan permohonan perintah injunksi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa di Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini hari ini. 
Setiausaha Agung PAS Pusat itu berkata, hujah yang digunakan oleh PAS ialah tanah tiga lot yang menempatkan Wisma Tok Guru itu adalah kepunyaan Mohd Yasin Yusof yang merupakan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan.\ 
"Mengikut Kanun Tanah Negara, apabila orang itu ada hak milik kepada tanah ia dipanggil hak milik yang tidak boleh disangkal, jadi dia boleh buat apa sahaja atas tanah, dia ada geran ada nama diatas geran. 
"Kami juga berhujah, mengikut Kanun ini juga, apa sahaja yang berada di atas tanah dan di bawah tanah adalah milik dia, tetapi kes ini tidak boleh diputuskan lagi kerana plaintif turut mengemukakan permintaan," katanya. 
Datuk Husam Musa yang diwakili oleh peguam turut mengemukakan bantahan di Mahkamah untuk mendapatkan pampasan dengan dakwaan bahawa bangunan tersebut kepunyaannya atau beliau yang membina. – HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 




















































































































Solat hajat di Pusat Khidmat Dun Salor diteruskan

PROGRAM kesyukuran dan solat hajat  yang bakal berlangsung pada 16 November ini di Pusat Khidmat Dun Salor akan diadakan mengikut jadual.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah memberitahu, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang rusuhan. 
“Ini kerana anggota parti dan penyokong sejak asal lagi dilatih dalam suasana harmoni dan terkawal. 
“Mereka akan patuh pada arahan malah tidak ada program yang dianjurkan berlaku perkara yang tidak diingini,” ujarnya. 
Tambahnya, program fastaqim yang diadakan baru ini dihadiri dalam jumlah yang amat besar. 
Katanya, ia telah berjaya dianjurkan dengan cukup baik. 
Amar berkata, beliau difahamkan pihak PAN telah membuat injunsi di mahkamah baru-baru ini. 
“Kita akan menunggu keputusan di mahkamah,” ujarnya. 
Sebelum ini Pengerusi PAN, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya tidak akan mengosongkan bangunan tersebut walaupun PAS memberi peringatan agar ia perlu dikosongkan sebelum 16 November. 
Menurut Rahim, pihaknya tidak akan akur dengan arahan itu selagi tidak ada keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan. – HARAKAHDAILY 15/11/2017
Sumber HD - 15-11-2017 





















































































































Ramai tunggu detik solat hajat di Salor

RIBUAN penyokong PAS dijangka hadir pada majlis kesyukuran dan solat hajat di pusat khidmat Dun Salor malam Jumaat ini. 
Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, lokasi yang menempatkan pusat khidmat Dun terbabit dijangka sendat dengan kehadiran penduduk tempatan dan penyokong PAS. 

“Penyokong PAS terutamanya golongan veteran yang terbabit secara langsung dengan bangunan hadir bagi menyatakan kesyukuran mereka. 
“Duit ringgit dan keringat mereka sebelum ini membolehkan kita melihat bangunan pusat khidmat itu yang dipanggil Wisma Tok Guru seperti yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui di JKR 10 Kota Bharu petang tadi. 
Kelmarin Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, proses jual beli hartanah yang menempatkan Wisma Tok Guru selesai biar pun PAN membuat injuksi di mahkamah.
Lagi pun katanya, sepanjang notis pengosongan bangunan tersebut yang berakhir 12 November lepas, tiada pihak terbabit datang untuk berunding. 
"Tiada pihak yang datang untuk berjumpa kita untuk bincang atau memberitahu mahu menyewa. Kita kira mereka tidak berminat. 
“Oleh itu kita harap mereka bertindak profesional keluar daripada bangunan itu dengan bermaruah. 
"Mereka kena ada rasa malu kerana duduk di atas tanah orang," katanya. 
Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumbuh berkata, persiapan sedang dijalankan termasuk memasang pembesar suara di kawasan serta lorong sekitar bangunan berkenaan. 
Program solat hajat dan kesyukuran itu akan bermula selepas Maghrib diisi dengan kuliah agama, solat hajat, solat Isyak dan diakhiri ceramah pemimpin PAS Kelantan.
Manakala dalam perkembangan berkaitan PAN Dun Salor turut menganjurkan solat hajat di Wisma Tok Guru yang diimamkan Datuk Husam Musa malam tadi. 
Difahamkan solat itu dihadiri sebahagian besar pimpinan PAN dari seluruh Kelantan. – HARAKAHDAILY 14/11/2017


















Sumber HD - 14-11-2017 

No comments:

Post a Comment