BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, November 19, 2017

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 10)

Ruling Against Women In 

Sexual Act Final



KUALA TERENGGANU: The Syariah High Court ruling over two women who attempted 
to commit sexual acts in a car here is final, a state exco in charge of syariah 
implementation said.
“No one has the right to interfere in the court judgment, not even politicians,” 
Satiful Bahri Mamat said when contacted.
Last Sunday, the Syariah High Court here fined the women RM3,300 each and 
ordered them to be caned six times after they pleaded guilty to the crime under 
Section 30 of the Terengganu Syariah Criminal Offences (Takzir) Enactment for 
committing musahaqah (sexual relations between women).
This was read together with Section 59 of the same enactment for attempting to 
commit the act.The sentence will be carried out on Aug 28.
The sentence drew the ire of many human rights groups, including Human Rights 
Com­mission of Malaysia (Suhakam).
In a statement on Wednesday, Suhakam described the punishment as humiliating 
and demeaning.
It was also reported that Amnesty International Malaysia described the caning as 
amounting to torture and called for the government to repeal laws that impose 
punishment against marginalised communities. – thestar.
Sumber BO - 17-8-2018


Mengorak Langkah 100 Hari 

Kerajaan Terengganu




Kalau dilihat secara baca sepintas lalu, memang tak ada perkataan pertanian yang 
ditulis dalam manifesto PRU 14 PAS Terengganu.
Tapi kita perlu baca dan faham apa yang tersirat bagaimana Portfolio Pertanian, 
Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa berperanan untuk mengisi kemenangan 
ini serta bergandingan bersama Portfolio lain dalam melaksanakan manifesto.
3 sasaran utama yang melibatkan Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan 
Pembangunan Desa ialah:
1. Bekalan air percuma 20 meter padu kepada penduduk miskin.
Data yang menyatakan bahawa 100% penduduk Negeri Terengganu telah menikmati 
bekalan air bersih sebenarnya tak tepat. Masih ramai lagi penduduk desa atau luar 
bandar yang menggunakan air telaga atau boring air. Sebahagian besar mereka 
adalah rakyat miskin. Data Profil Kampung yang sedang dikemaskini perlu tepat 
dan mengambarkan situasi sebenar rakyat barulah pelan pembangunan boleh 
dirancang dengan baik. Janji untuk memberikan bekalan air percuma tak akan 
bermakna apa-apa bagi penduduk miskin yang belum menikmati kemudahan bekalan air. Di sinilah peranan Portfolio Pembangunan Desa mengambil tugas bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyelesaikan isu bekalan air luar bandar.
2. Menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun.
Kita menyedari bahawa Terengganu bukanlah sebuah negeri industri sebagai. 
Persaingan untuk mengisi ruang di sektor industri di negeri ini agak tinggi. 
Terengganu masih lagi sebuah negeri pertanian.
Kita masih ada kira-kira 12 ribu hektar tanah kosong yang terbiar di seluruh negeri. 
Ramai orang muda belia Terengganu yang tak ada kerja. Pelbagai kemudahan kursus, 
khidmat nasihat teknikal serta kemudahan pembiayaan dan bantuan termasuklah 
kemudahan pasaran disediakan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi seperti Jabatan 
Pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga 
Perindustrian Nenas.
Saya menyedari bahawa belia kita tak dapat maklumat dan tak diberitahu tentang 
peluang yang boleh diceburi dalam bidang pertanian dan asas tani. Kerana itu saya 
telah mengambil langkah dalam siri program jelajah turun padang untuk bertemu 
dan berdialog secara langsung bersama rakyat di peringkat yang paling bawah 
bersama Jabatan dan Agensi berkenaan.
Batu Buruk, Kerteh, Bukit Payong dan Jabi antara lokasi yang telah diadakan 
program dialog bersama rakyat. Ghairah rakyat untuk mengetahui tentang 
peluang-peluang pertanian untuk mereka ceburi sangat baik sehinggakan program 
di Jabi turut dihadiri oleh petani dari Kuala Terengganu.
Kita perlu membangun dengan cara kita sendiri. Pertanian ialah suatu perniagaan 
dan sumber rezeki rakyat disamping menjamin ‘food security’.
Matlamat awal saya, di bawah Program Sumber Rezeki Baru (SRB) paling minima 
setiap DUN mesti melaksanakan satu projek pertanian berkelompok untuk golongan 
belia. Orang muda belia mesti mencurahkan tenaga yang ada. Kerajaan Negeri 
membantu mana yang perlu.
3. Mengembalikan tanah rakyat yang dirampas dan membuka permohonan tanah 
baru.
Tanah yang dirampas selepas 2004 adalah RTB Tapak Rumah dan RTB Pertanian. 
Begitu juga permohonan tanah baru majoritinya adalah tanah tapak rumah dan 
pertanian.
Tanah pertanian perlu diusahakan dan ditanam dengan tanaman. Tak di namakan 
tanah pertanian jika hanya tumbuh semak dan lalang. Apa halangan yang 
menghalang dan apa masalah yang timbul sehingga rakyat tak dapat bertani 
adalah kerja kerajaan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Kerana itulah 
pendekatan turun padang berjumpa masyarakat petani sangat perlu supaya kita 
boleh dengar sendiri suara hati mereka. Rakyat segan nak datang jumpa Pengarah
 Pertanian Negeri dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang. Exco Pertanian telah 
bawa Pengarah turun jumpa rakyat. Satu halangan birokrasi telah berjaya diatasi.
Halangan diatasi, peluang diberi dan bantuan disediakan maka rakyat boleh bekerja 
dan perlu bekerja. Saya yakin daripada 20 ribu peluang pekerjaan yang disasarkan 
dalam masa 4 tahun, sektor pertanian mampu menyumbang sebahagian besar 
peluang.
Industri padi di Terengganu dengan kawasan IADA KETARA di Besut sebagai pemain 
utama meliputi kawasan seluas kira-kira 5 ribu hektar melibatkan kira-kira 4 ribu 
orang petani.
Rancangan KETARA Fasa 2 dengan perluasan kira-kira 5 ribu hektar lagi kawasan 
penanaman padi di Besut dan Setiu di bawah KETARA telah diajukan oleh Jabatan 
Pertanian Negeri kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dari jumlah 
pengembangan keluasan tanaman padi ini, beberapa ribu lagi peluang pekerjaan 
mampu disediakan.
Infrastruktur pertanian dan asas tani di Negeri Terengganu yang dibina 
menggunakan ratusan juta wang saya telah kenal pasti rakyat banyak yang terbiar 
dan kosong. Projek Kelapa Matag Kubang Puyu, Projek Kambing Lembah Kaprima, 
beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), ladang ternakan ayam, bebiri 
dan lembu tiada tanaman dan ternakan.
Saya telah mengarahkan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
untuk menyediakan Kertas Pelan Pemulihan projek-projek yang terbiar untuk 
dimanfaatkan kembali.
Tentunya bila pemulihan ini berjaya, ia boleh menyediakan peluang pekerjaan 
kepada beberapa ratus orang rakyat lagi.
Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembagunan Desa Negeri Terengganu.
17 Ogos 2018
Sumber BO - 17-8-2018




Rawatan Percuma Pesakit 

Kelas Ketiga Tahun Depan





KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri dijangka akan melaksanakan satu lagi 
manifesto iaitu caj rawatan percuma bagi pesakit kelas ketiga di semua hospital 
kerajaan bermula 2019.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam 
Sekitar, Dr Alias Razak berkata, pihaknya kini sedang berunding bersama pihak 
hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menunaikan manifesto itu.
“Kita dah bawa perkara ini di peringkat kementerian dan kini kita sedang mengenal 
pasti kadar bayaran yang akan dikenakan dan jumlah ditanggung kerajaan.
“Kaedah pembayaran tidak sukar, namun kita perlu kenal pasti dari segi kadar yang 
dikenakan oleh pihak hospital kepada pesakit dari wad ini,” katanya kepada 
pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Hospital Sultanah Nur Zahirah 
(HSNZ) di sini, hari ini.
Menurut Alias, beliau menjangkakan jumlah maksimum sebanyak RM5 juta 
diperuntukkan bagi menampung kos rawatan pesakit kelas itu dalam tempoh setahun.
“Di seluruh Terengganu terdapat 1,400 katil bagi pesakit wad kelas ketiga dan kita telah semak bil sebelum ini di mana kos rawatan sekitar RM4 juta setahun, jadi tiada masalah untuk tampung bayaran itu.
“Bagaimanapun, peruntukan itu akan dimasukkan ke dalam bajet 2019 yang akan 
diumumkan November ini. Tahun ini kita dah tiada peruntukan, mungkin tahun 
depan baru kita boleh laksanakan caj percuma ini,” katanya.
Caj rawatan percuma pesakit kelas ketiga adalah antara lima manifesto awal yang 
diumumkan Pas Terengganu sebelum ini.
Empat lagi manifesto ialah memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun 
memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman, membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal, peruntukan RM300 untuk belia mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama percuma 
setiap Dun di seluruh negeri. – Sinar Harian
Sumber BO - 17-8-2018



Markas Induk PRU14 Dun Chukai dilancar

KEMAMAN: Markas Induk PAS Dun Chukai telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Pemuda PAS Negeri
Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dalam satu majlis di Simpang Tiga Gong Limau, Chukai, di sini 
kelmarin.
Markas tersebut akan dijadikan bilik gerakanndan operasi PRU14 yang bakal diadakan pada 
bila-bila masa sekali gus membawa isyarat siap siaga PAS Dun Chukai mempertahankan 
kemenangan.
Perasmian itu diadakan juga serentak dengan pelancaran UPU Gong Limau dan Majlis Jamuan 
Rakyat yang dihadiri oleh masyarakat pengundi daripada Dun tersebut.
Ustaz Kamaruzaman dalam ucapannya menegaskan PAS sebagai pilihan terbaik untuk rakyat 
yang komited memperjuangkan Islam dan terzahir dengan bukti selaku parti integriti dan 
berkeupayaan.
Manakala Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid dalam ucapannya 
menutur nasihat agar pengundi membuat pilihan parti yang benar-benar akan melaksanakan 
tanggungjawab kepada rakyat dan perintah Allah.
Sementara Adun Chukai, Hanafiah Mat menegaskan pendirian bahawa PAS akan tetap 
menentang BN pada PRU14 serta menyenaraikan sekian banyak masalah telah dibebankan 
BN terhadap negeri dan negara. - HARAKAHDAILY 20/1/2018












Sumber HD- 20-1-2018








PAS Buka Potensi Kerjaya Masa Hadapan












Oleh : Najmiah Kasim

KUALA NERUS – Selain daripada memantapkan jentera pilihan raya, PAS membuka potensi diri
ahli dan penyokongnya bagi menerokai peluang kerjaya pada masa hadapan.

Pengarah Program Bengkel ‘Photoshop’ Kuala Nerus, Ahmad Faizol Bin Mohd Yusof berkata,
dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi dan media, semua di hujung jari.

“Tidak ketinggalan khursus ini yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang bijak IT,” menurut
beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala
Nerus, yang diadakan di Kompleks Tarbiyah.(KOMTAQ) pada Jumaat, 19 Januari 2018.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, YM Raja Arizal Bin Raja Ariff
berkata, bengkel tersebut adalah sangat penting bagi petugas di kangan orang muda.

“Bengkel ini memang perlu diadakan dikalangan kita, untuk kita mencari pelapis yang mahir
di dalam bidang IT, ini kerana kekurangan (generasi) penyambung dalam medan media sosial ini.

“pentingnya anak muda menguasai media kerana ingin menyebarkan maklumat-maklumat yang betul
kepada masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan pentutup Bengkel itu.

Seramai lebih 20 orang, wakil-wakil dari semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam
parlimen Kuala Nerus menyertai Program bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sumber BO - 20-1-2018
















Menangkis Serangan ‘Musuh’ Dengan 

Teknologi













Oleh : Afini Yahaya

MARANG – PAS Marang tidak boleh ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi mempromosikan
parti itu, sekaligus menangkis serangan musuh yang datang dari pelbagai arah.

Setiausaha PAS Kawasan Marang, Mohammad Daik Abu Bakar berkata, sesuatu berita disampaikan
terlalu cepat dan pantas pada masa ini.

Oleh itu, menurut beliau, penyampaian dan kekuatan benteng pertahanan PAS mestilah bergerak
seiring dan selari dengan situasi semasa.

“Tambahan pula, media berperanan penting dalam PAS untuk memberi penerangan dan penjelasan
tentang sesuatu isu,













“Petugas harus menjiwai peranan pemberita untuk menyampaikan berita yang baik dan telus”,
katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Penulisan Berita, Pengurusan Video dan ‘Live
Facebook’ yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Marang pada Jumaat, 19 Januari 2018.

Justeru beliau berharap para peserta dapat mengambil peluang mempelajari ilmu penulisan dan
menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

“Manfaatkanlah platform yang ada untuk terus memberi sumbangan kepada PAS dalam pelbagai
sudut,” ujarnya.

Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Marang tersebut telah dihadiri oleh 20 orang lebih dalam
kalangan petugas setiap DUN di kawasan Marang.

Sumber BO - 20-1-2018









Muslimat Kuala Nerus Yakin Kekalkan 

Kemenangan













Oleh : Zainun M.

KUALA NERUS – Para petugas Muslimat PAS Kawasan ini yakin akan mengekalkan kemenangan
di peringkat parlimen dan berusaha menambah kemenangan pada kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Seberang Takir.

Ketuanya, Hajah Jamilah Jusuh mengesa agar muslimat melipatgandakan komitmen kepada
kerja-kerja pilihan raya, sebagaimana yang diarahkan oleh para pempinan.

“Muslimat semua adalah amilin yang wajib membantu beban tugas yang diamanahkan, jadilah
(pembantu kerja pilihan raya),

“sebagaimana golongan ‘Hawariyun’ yang setia membantu (perjuangan) nabi Isa A.S,” ujarnya
ketika berucap pada program Kursus Tenaga Kempen PAS pada Rabu, 17 Januari

Seramai lebih 200 orang tenaga Muslimat telah hadir pada program yang diadakan di Pusat Khidmat
DUN Teluk Pasu itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata,
muslimat yang menjadi juru kempen, perlu ada dan mengamalkan sikap jati diri.













Menurutnya, sebagai pendakwah, Muslimat perlu berhemah dan berlemah lembut serta
menyampaikan risalah Islam dengan penuh dengan kasih sayang.

“bila berdepan dengan masyarakat (mesti) hindari dari berperang kata…….kehadiran kita bukan
untuk menyerang tetapi untuk menerang,

“untuk mengajak mereka bersama dengan kita untuk sama-sama kita, memenangkan Islam dibumi
Allah ini,” tegas beliau.

Justeru itu, menurut beliau, Muslimat metilah membuktikan ‘kekuatan’ dengan bekerja
berungguh-sungguh bagi mempertahankan kemenangan PAS pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Kekuatan tidak berguna sekiranya tanpa pengorbanan……lebih-lebih lagi pilihan raya umum kali
ini, muslimat sangat perlu memantapkan perjuangan,

“kerana PAS kembali bersendiri dalam menghadapi parti lawan,” jelas beliau.

Apa yang paling penting, kata beliau, janganlah hanya bergantung pada usaha manusia sahaja, tetapi
pergantungan dan mengharap dari Allah adalah sebaik-baik jalan untuk mencapai kemenangan.

Sumber BO - 19-1-2018

Tanah Umno Digadai, Kerajaan BN Rampas 

Tanah Sekolah Agama Rakyat

















DUNGUN – Tanah yang diberikan kepada Umno digadai kepada bukan Melayu, sebaliknya tanah
yang diberi kepada rakyat untuk mendirikan sekolah agama dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN).

Kerajaan Terengganu Umno-BN dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh telah tergamak merampas
tanah yang telah diluluskan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ianya diluluskan
di zaman pemerintahan PAS dahulu dibawah Program Sekolah Rendan Islam Bersepadu, anjuran
kerajaan negeri Terengganu kepada pihak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB).

Namun malangnya kata beliau, apabila berkuasa kembali pada tahun 2004, kerajaan Umno
membatalkan program Sekolah Rendah Islam Bersepadu dan mengambil sebahagian tanah itu.












Menurutnya, tanah yang dirampas dari sekolah tersebut telah diserahkan kepada lima orang
pemimpin Umno tempatan.

“Antaranya (mereka yang rampas ialah) Ketua Umno Cawangan, Ketua Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKKK), Setiausaha JKKK,

“Sebahagian tanah di depan (sekolah) ini, lebih kurang satu ekar sudah diambil dari pihak sekolah,”
jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kawasan tanah seluas lima lot tersebut hadapan SRIDB,
Paka, pada Rabu 17 Januari.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, tanah
hak rakyat itu telah diberikan sebagai tapak rumah bagi kediaman pemimpin Umno terbabit.

“Sedangkan sekolah ini masih memerlukan pembangunan untuk dikembangkan sebagai memenuhi
keperluan masyarakat setempat,” ujarnya.












Akibat ‘rampasan’ tanah itu, SRIDB terpaksa menangguhkan rancangan pembangunannya membina
pusat pedidikan dan asrama untuk anak yatim.

Selain itu, tapak SRIDB yang telah mengecil, memberi kesulitan kepada ibu bapa sewaktu
menghantar dan mengambil pelajar yan kini, mencecah 600 orang.

Justeru beliau berharap, agar rakyat membuat perubahan dan mengembalikan pemerintahan kerajaan
PAS ke Wisma Darul Iman.

“(sekiranya PAS menag) kita akan ambil balik untuk pendidikan Islam rakyat dan untuk generasi kita
akan datang,

“Jadi kalau tidak, ini akan menimbulkan banyak permasalahan bagi pembangunan dan perkembangan
sekolah ni,” tegasnya.

Sumber BO - 19-1-2018



UMNO Terengganu habis Duit Dengan radio Manis FM
Posted on Thursday, January 18 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37793

Selongkar

Kita dop tahu apa untungnya Kerajaan pimpinn Umno Trg mbeli radio Manis FM. Kos pbelian 

mlibatkn Rm10juta. Kerajaan tpaksa guna duit utk kos operasi & kos modal tanpa pulangn keuntungan. Sedangkan sudah sedia ada rangkaian radio di Terengganu utk myalurkan maklumat kerajaan kpd rakyat. Tv, radio, akhbar, media baru dll. Entahlah!!!

Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat 


Sumber TKO - 18-1-2018












Orang Melayu Kampung 

Tanjung Terus Jadi 

‘Penduduk Kelas Ketiga’












Oleh : Suhaimi Taib

Kampung Melayu di sekitar muara Sungai Terengganu dijangka akan tinggal nama kerana mengejar
arus pembangunan.

Kampung Tanjung Kuala Terengganu umpamanya, kini hanya tinggal namanya sahaja bila penduduk
Melayu di situ, diarah berpindah ke kawasan lain kerana projek pembangunan sedang giat dijalankan
di kawasan berkenaan.

Belum pasti siapa akan monopoli kependudukan di kawasan tersebut selepas projek berkenaan siap
nanti.

Biasanya ia dikuasai oleh syarikat-syarikat besar milikan bukan Melayu dan orang kaya bukan
Melayu kerana orang Melayu tidak berkeupayaan untuk miliki tanah dan bangunan mewah yang ada
di situ.

Apa lagi orang Melayu, penghuni asal di situ yang kebanyakan menduduki tanah kerajaan, ada yang
berpuluh-puluh tahun lamanya.

Ada juga tanah milikan persendirian, yang sudah pasti mereka memperolehi bayaran lumayan jika
status tanah ditukar syarat dari tanah kampung kepada bangunan sebelum projek mega muara sungai
Terengganu dilaksanakan menelan belanja berbilion ringgit.

Penulis pernah ditunjukkan tanah bernilai lebih RM1 juta di kawasan sekitar kampung itu, dengan
 ukuran tidak sampai setengah ekar sebelum projek itu dimulakan.

Tetapi tanah seumpama itu, tidak banyak. Yang banyaknya adalah tanah kerajaan, bererti penduduk
di situ menghuni atau menduduki tanah kerajaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Ini bererti orang Melayu di kampung Tanjung kebanyakannya tidak mempunyai tanah milikan sendiri
sama ada secara ‘Free Hold’ atau ‘Leas Hold’.

Mereka mungkin ingin memiliki tanah sendiri di kawasan itu tetapi mereka tidak berkemampuan
kerana kebanyakan mereka terdiri dari golongan miskin dan sederhana.
Penulis percaya kerajaan tidak akan mengizinkan penduduk di situ memiliki tanah kerajaan kerana
kerajaan negeri Terengganu mempunyai plan pembangunan tersendiri di kawasan muara sungai itu
sejak sekian lama, hanya tunggu masa untuk dilaksanakan.

Sekarang kerajaan Terengganu merealisasikan perancangannya di muara sungai dengan pelbagai
projek yang sedang dilaksanakan.

Penduduk asal di situ terpaksa berpindah ke kawasan lain, mereka menjadi mangsa pembangunan
sedangkan Umno mengakui ia adalah sebuah parti membela nasib orang Melayu.

Dalam isu ini, apa Umno boleh buat untuk membela nasib orang Melayu? Tidak dinafikan mereka
ditawarkan untuk menghuni beberapa rumah flat yang didirikan kerajaan tidak jauh dari kawasan
berkenaan.

Selama lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu, Umno hanya boleh jadikan
penduduk Kampung Tanjung, kekal bertaraf penduduk Kelas Ketiga, tidak berubah dari dahulu
sehingga sekarang.

Mereka tidak berkembang menjadi penduduk Kelas Pertama berkeupayaan membangun kampung
halaman mereka sendiri atau menjadi pemacu pembangunan bersama perancangan pembangunan
kerajaan.

Mereka menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak, kampung tergadai. Inilah hakikat usaha Umno
selama ini. Rakyat setempat tidak mendapat manfaat yang banyak dari perancangan pembangunan
kerajaan.

Persoalan yang timbul kenapa kerajaan Terengganu boleh mengekalkan keaslian kampung Cina yang
bersebelahan dengan kampung Tanjung?

Jika alasan penduduk kampung Cina memiliki bangunan yang mengikut syarat yang dikehendaki
oleh kerajaan dan undang-undang, maka kampung itu dikekalkan sebagai satu warisan sejarah di
samping satu destinasi pelancungan di Kuala Terengganu, dari segi warisan dan pelancungan orang
Melayu di Kampung Tanjung dan Ladang, kaya dengan budaya perusahaan Melayu, seperti Keris,
Tembaga, Songket dan Batek, tetapi perusahaan ini tidak dipelihara dengan baik oleh Kerajaan negeri
 itu.

Akhirnya perusahaan yang boleh menarik pelancung di bandar Kuala Terengganu itu hilang begitu
sahaja.

Sepatutnya Kerajaan Terengganu memelihara dan menggalakkan perusahaan tersebut dilakukan
penduduk di situ dengan pelbagai cara, bukan menghapuskannya.

Kampung Cina dikekalkan tetapi kampung Melayu di sekitarnya hanya tinggal nama sahaja. Ertinya
Umno hanya cakap kosong sahaja untuk membantu orang Melayu di kampung Tanjung dan
sekitarnya, hakikatnya, orang Melayu terus terpinggir dan terus menjadi rakyat Kelas Ketiga di
bandar Kuala Terengganu.

Sumber BO - 18-1-2018












YDP PAS Kuala Nerus Dirawat Di Hospital














KUALA NERUS – Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Nerus, Cikgu M. Shukrimun
Shamsuddin sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh kerana serangan ‘angin
ahmar’ (stroke).

Timbalan Pesuruhjaya II negeri Terengganu, Dr. Alias B. Razak berkata, keadaan beliau sekarang
stabil dan beransur pulih dengan ubat bius telah dikurangkan sukatannya.

“Beliau dikejarkan ke Hospital dan terkini dimasukan ke Wad Kenanga 12, Katil 19, Tingkat 7,
Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang,” jelasnya.

Menurutnya, Cikgu M. Shukrimun diserang sakit tersebut ketika dalam perjalanan menghadiri
program parti, anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Beliau yang juga Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian dalam
kenyataan ringkas pada Rabu, 17 Januari.

Beliau berkata, Cikgu M.Shukrimen juga sudah memberi respons terhadap suara yang memanggilnya.


“In sya Allah beliau akan segera sembuh tanpa sebarang komplikasi,” tambah beliau, yang juga
memohon orang ramai berdoa agar beliau cepat sembuh.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hasim
turut memohon kepada semua umat Islam khususnya kawan-kawan beliau agar berdoa supaya Cikgu
M. Shukrimun sembuh.

“doakan kesembuhan guru saya Cikgu Shukrimun (Bendahari PAS Terengganu) dan isterinya
isterinya yg kedua-duanya diuji sakit,” ujar beliau, menurut catatan laman sosialnya.

Sumber BO - 17-1-2018












Isu Babi Berkeliaran Jangan Dipandang Remeh













http://buletinonline.net/v7/index.php/isu-babi-berkeliaran-jangan-dipandang-remeh/
Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Babi hutan atau ‘khinzir yang berkeliaran di kawasan kampung tidak
bolah dipandang ‘enteng’ oleh pihak berkuasa dan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut
berkata,

 ia akan membawa mudarat sekiranya tidak diambil tindakan.

“isu babi ini jangan di remehkan kerana binatang ini membawa mudarat pada penduduk
kampung

“apatah lagi di dalam DUN Wakaf Mempelam ini (yang) majoritinya adalah Melayu Islam,
” ujarnya.




















Beliau yang membawa isu tersebut ke dalam Persidangan DUN bulan lalu berkata demikian ketika
ditemui di rumahnya semalam, Isnin 15 Januari.

Menurutnya, semakin banyak aduan yang diterima daripada orang kampung yang melihat kelibat
babi tersebut di waktu siang hari, berhampiran rumah mereka.

“saya sendiri dah pernah buat laporan bila di belakang rumah saya terdapat semak di mana terdapat
beberapa ekor babi yang agak besar,

“dan kehadiran babi ini menakutkan orang orang kampung sekitar yang selalu berjalan kaki keluar
ke jalan raya,” jelasnya.













Oleh itu beliau menggesa kerajaan negeri melalui agensi seperti PERHILITAN dan Rela, agar
mengambil tindakan segera bagi membendung perkara tersebut.

“pernah beberapa bulan lalu agensi kerajaan PERHILITAN bersama Rela, turun memburu babi babi
ini tetapi setakat mana keberhasilan mengekang kehadiran binatang ini , wallahu’alam,

“saya amat berharap supaya agensi yang berkaitan dapat lebih kerap turun untuk memantau isu babi
ini kerana jelas semakin membiak ke merata kampung,” katanya.

Antara kampung bintang tesebut sering berkeliaran kata beliau ialah. di sekitar Wakaf Che Kapor,
Paloh, Seberang Baroh dan beberapa lokasi lain.














Seorang wanita Rogayah Jusoh dari Kampung Paloh berkata, perkara tersebut sudah dimaklumi oleh
semua warga ‘kariah’ itu.

“masalah babi masuk kampung dah lama diketahui tetapi tiada tindakan yang sewajarnya di ambil
oleh pihak berwajib menyebabkan spesis ini makin membiak dan menganggu ketenteraman orang
ramai,

“di sekitar Surau Kuning kampung ini selalu ternampak beberapa ekor babi berkeliaran dan
menyebabkan kaum wanita yang nak datang ke surau takut di serang,

“kerana babi ini agak besar dan berkumpulan,” katanya.




















Sehubungan itu, Timbalan Pengarah DUN Wakaf Mempelam, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata,
isu babi yang semakin berkeliaran adalah kerana sikap tidak prihatin agensi berkaitan.

“isu babi berkeliaran bukan isu baru tetapi sudah lama ditimbulkan tetapi sikap ‘acuh tidak acuh’
agensi berkaitan yang menanganinya,

“sekali sekala diambil tindakan……kemudian tidak di susuli lagi menyebabkan babi ini membiak
dengan cepat dan mengancam orang kampung, seolah-oleh ia tidak takut lagi kepada orang ramai,”
 ujarnya.

Katanya, beberapa hari lepas, sebuah kereta jenis Perodua Alza telah terlanggar seekor babi di jalan
Pulau Musang.

“nasib baik tidak melibatkan kecederaan parah pada pemandu kereta…….saya amat berharap isu ini
ditangani sebaiknya.

“kerana ianya bukan isu yang remeh sebagaimana di perkatakan oleh seorang ADUN Barisan
Nasional dalam Persidangan DUN baru baru ini,” kata beliau kesal.






































Sumber BO - 17-1-2018
















Hysteria Caused Student To Fall From 1st 

Floor Of School Block












KUALA BERANG: A Form Five student who fell from the 1st floor of a building at her school here
yesterday is believed to have been suffering from hysteria.

Hulu Terengganu police chief DSP Mohd Adli Mat Daud said the senior assistant of the school
lodged a police report on the incident at 7.20am.

“According to our investigations, the student had just enrolled in the school on Jan 3. Before that
she was enrolled at a school in Kuala Terengganu. Her younger sibling aged 16 was entrusted with
looking after her.

“The student has been brought to the Hulu Terengganu Hospital for further checks but we have yet
to receive an update on her status,” he said in a statement.

The medical report on her injuries was also not yet available as the girl was still awaiting an X-ray.

The girl’s father, who did not want to be identified, said she had been suffering from depression since
 she was 15, and had once been sent to a madrasah in Hulu Terengganu for rehabilitation purposes.

“There were no witnesses when she fell … we also don’t know whether she collapsed at the railing
or fell down from the first floor. We are awaiting the report from experts.

“She only suffered facial injuries which were not serious … now when I ask her about the incident,
she can’t remember anything … but God willing if everything is alright, she can come home
tomorrow,” he said. — Bernama

Sumber BO - 17-1-2018
















Segerakan Pembinaan Hospital Baharu 

Kemaman













Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kerajaan disaran mempercepatkan proses pembinaan hospital baharu di Kemaman
untuk mengatasi kesesakan pesakit di hospital sedia ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Haji Hanafiah Mat berkata, adalah malang untuk
rakyat daerah itu, diabaikan daripada menikmati kemudahan kesihatan yang lebih selesa.

Katanya, sejak sekian hospital lama di bandar Cukai, tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit
yang semakin bertambah saban waktu.

“Kalau kita pergi hospital, orang masuk tak dan (belum sempat) sembuh (molek), doktor suruh keluar,
demam dok kebah molek lagi,

“doktor suruh keluar, pasal apa? orang menunggu nak masuk, ramai lagi,” jelasnya.

Beliau yang ditemui di kediamanya di sini semalam, juga menjelaskan Kementerian Kesihatan
pernah meluluskan peruntukan tambahan untuk pembinaan bangunan baharu dengan 100 katil
di hospital sedia ada.

“Sepatutnya Kemaman yang menjana kuasa ekonomi sekian lama, pesat dengan pekerja pelbagai
bidang industri serta penduduk yang ramai diberi tumpuan oleh pihak kerajaan soal keperluan
sebuah hospital,











“Kesihatan adalah nadi dalam kehidupan kita, yang sepatutnya menitik beratkan kepada rakyat…….
bila nok gi hospital, hospital penuh, nasib dan keperluan tidak terbela di sini,” tegas beliau.

Menurutnya, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, sebaliknya tidak berminat untuk
menaiktaraf hospital lama.

Bahkan, kata Hanafiah, Ahmad Said mencadangkan tapak baru dekat kampung beliau, menyebabkan
peruntukan tersebut tidak jadi sisalurkan.

“saya pernah tegur beliau, ambilah dahulu (peruntujan itu) walaupun berhajat mencari lokasi baru,”
tambah Hamafiah.

Juteru, menjelang pilihan raya kali ini, Hanafia yang juga Penolong Setiausaha PAS Terenggan
berkata, ada ura-ura majlis pecah tanah hospital baru akan diadakan.

“saya juga mendapat maklumat, pada 3 Februari depan, akan ada majlis pecah tanah hospital baharu
Kemaman di Kijal, projek yang asalnya berjumlah RM500 juta dikurangkan kepada RM423 juta
sahaja,

“Apa pun kita bersyukur jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu membina hospital untuk kemudahan
rakyat dan tidak sekadar retorik setiap kali menjelang pilihan raya” ujar beliau lagi.

Sumber BO - 16-1-2018































RM10 Juta Habis, Pasar Borong Bukit Payong 

Tak Tahu Kemana
















MARANG – Sebanyak RM10 juta telah habis, dibelanjakan kerajaan untuk penyediaan tapak, namun cadangan pembinaan pasar borong negeri Terengganu di Bukit Payong belum nampak kelihatan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan Umno Terengganu sebelum ini mendakwa, peruntukan sebanyak RM50 juta helah diagihkan untuk menyiapkanya.

“kerajaan berkali-kali melalui Exconya pernah menyatakan kerajaan memperuntukkan RM50 juta…….tapi sehingga hari ini hampir kepada pilihan raya (umum kali ke-14),
“pasar ini belum dapat dibina dan disiapkan,” ujarnya, ketika meninjau kawasan tersebut, yang terletak di tepi susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di Batu Sembilan, di sini, pada Ahad 14 Januari.












Beliau menjagka ‘janji kerajaan’ Barisan Nasional (BN) itu tidak akan dapat ditunaikan kerana
menurutnya, lokasi tersebut sudah tidak sesuai lagi.

“suasana dan keadaan tidak sesuai lagi……di tepi LPT, tidak ada laluan jalan keluar masuk untuk
pengangkutan (lori) barangan pasar,” jelasnya.

Katanya, tapak tersebut lebih sesuai untuk dibangunkan pusat pendidikan, sekolah atau madrasah
untuk rakyat.













Selain itu menurutnya, jumlah peruntukan yang dinyatakan kerajaan sudah tidak relevan lagi
dibandingkan dengan kos projek-projek pembangunan masa kini.

“jumlah (itu) sudah tentu merupakan jumlah yang sedikit, kalau nak dibandingkan kerajaan telah
 menghabiskan duit di Taman Ilmu yang terbengkalai,

“Zon Bebas Cukai yang besar perbelanjaannya termasuk (pembangunan) Bandar Baru Kijal yag kini
tidak bermaya, mini zoo perbelanjaan yang begiru besar,

“peruntukan RM50 juta itu adalah jumlah yang sedikit untuk menyiapkan pembinaan pasar borong
ini,” tegasnya.











Justeru itu beliau menjak rakyat negeri ini menilai prestasi kerajaan BN yang sering berjanji tetapi
memungkirinya.

“inilah keadaan tanah ini yang terbiar….bertahun-tahun lamanya dan rakyat boleh menilai kerajaan
 Barisan Nasional (yang) setiap kali berjanji,

“datang janji….datang janji (janji demi janji) sehingga kini mereka belum menunaikan janji mereka,”
 kata beliau

Sumber BO - 16-1-2018
















GE14; PAS Can Make A Difference






























PAS's dinner and dialogue with chinese community at Wakaf Tapai, Marang Terengganu
Political and economic affairs analyst Prof Hoo Ke Ping said, PAS can make several changes in GE14
specifically, among Chinese voter.

In a Chinese-majority seat with a sizeable number of Malay voters, Prof Hoo pointed out, it is a PAS
candidate rather than an independent who is likely to make a difference.

“In Chinese seats where the fight is between MCA or Gerakan and Pakatan, it is a PAS candidate who
 can draw away a chunk of the Malay votes, not an independent,” he said.

Universiti Malaysia Sarawak’s Assoc Prof Dr Jeniri Amir also believes that independents will not be
a big factor in GE14.

“The fight in GE14 is going to be between Barisan, Pakatan and PAS and independents are only
going to be irritants,” he said.

He said the presence of independents will make GE14 livelier but they should not harbour any hopes
of making a mark in the coming polls.

“Voters are more aware and will want to vote for candidates representing a party that can actually
form a government,” said Dr Jeniri. – source thestaronline

Sumber BO - 15-1-2018
















Pertandingan Mengail Bukit Jejulung Meriah













oleh : ammufarouq

Kemeriahan program pertandingan mengail yang diadakan pada Jumaat lalu di parit Kampung Barat
sangat dirasakan.

Kehadiran masyarakat setempat dari segenap lapisan umur menambahkan kehangatan pertandingan
yang dianjurkan oleh UPU Bukit Jejulung.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada masyarakat setempat samada kanak-kanak hingga
orang dewasa, lelaki dan wanita.
















Lebih 100 orang peserta masuk bertanding bagi bersaing untuk merebut 15 hadiah kemenangan, dari
tempat pertama hingga tempat ke lima belas.

Selain itu, diadakan pertandingan ‘meneka biji betik’ juga diadakan sebagai acara tambahan kepada
pengunjung dan juga cabutan nombor bertuah

Tempat pertama pertandingan dimenangi oleh sdr Wan Abdul Aziz bin Wan Muda dengan nilai
hadiah RM120 beserta hamper















Dalam ucapan penutup pertandingan tersebut, Pengarah MTD Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman
Sulong menyeru agar masyarakat untuk hidup secara harmoni memupuk kehidupan bermasyarakat.

Beliau juga berharap agar masyarakat lebih peka dengan keadaan yang sedang berlaku dan berusaha
untuk memperbaiki keadaan dengan memberi sokongan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) agar
hidup lebih terbela dengan Islam.

Sumber BO - 15-1-2018

Janji Velodrom PRU13, Masih Gagal Dibina
















DUNGUN – Mini Velodrom Rakyat yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum (PRU) kali ke-13 lalu, masih belum menampakkan sebarang pembinaan, walaupun sesi
Dewan akan tamat tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun berkata, majlis pecah
tanah telah diadakan pada Disember 2010, dengan Menteri Belia Dan Sukan ketika itu Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek, merasmikannya.

“dan disaksikan oleh ADUN Rantau Abang ketika itu, Datuk Haji Za’abar bin Dato’ Mohd Adib,
dicadangkan oleh kerajaan negeri ketika itu……..peruntukan pembinaan velodrom ini bernilai RM35
juta,” terang beliau.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan tapak cadangan membina velodrom tersebut di
Kampung Balai Besar, di sini pada Ahad,14 Januari.













Ketua Penerangan PAS Dungun itu berkata, sebanyak RM1.5 juta daripada peruntukan tersebut telah
dibelanjakan untuk menambak kawasan yang seluas lapan hektar itu.

“Duit telah keluar RM1.5 juta tetapi tidak ada apa-apa pembangunan, ini satu pemborosan, (kerana)
setiap belanja yang digunakan oleh kerajaan negeri,

“mestilh memberi manfaat kepada projek (tersebut)n dan juga kepada rakyat keseluruhanya,” tegas
beliau.

Beliau kesal, walaupun sama parti yang memerintah di negeri dan pusat, telah berlaku ‘perbalahan’
berhubung pembinaan itu pada April 2011.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu, seolah-olah telah dipermainkan oleh kerajaan pusat, yang
menyebabkan ia terus tergendala sehingga kini.












“berlaku pertelingkahan antara Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerajaan negeri, di mana
kerajaan pusat menjangkakan kos pembinaan bernilai RM3.5 juta sahaja,

“pihak kementerian mencadangkan ianya dibina sebagai mini velodrom sahaja yang bertujuan
melatih dan memberi latihan kepada bakat-bakat baru sukan ini,

“Dalam sidang DUN lepas, Exco Belia dan Sukan berjanji untuk membina velodrom ini dengan
memohon peruntukan sebanyak RM10 juta daripada pusat,” jelas beliau.

Namun begitu, menurut Cikgu Alias, rakyat tertunggu-tunggu velodrome itu, khususnya anak-anak
muda yang meminati sukan lumba basikal

Sumber BO - 15-1-2018
















PAS Teluk Pasu Bina Kekuatan Mental, Fizikal 

Hadapi PRU14
















KUALA NERUS – Warga PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu membina
kekuatan mental, fizikal dan rohani dalam membuat persiapan menghadapi pihan raya umum kali
ke-14 (PRU14).

ADUN Kawasan itu, YB Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Program 1000 Langkah Bersama YB dan
Isteri di Teluk Pasu dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan ukuhwah din antara warga DUN
tersebut.












“program) dapat kita jayakan dengan sempurna pada pagi ini…..alhamdulillah, dan ini merupakan
program yang kedua selepas kali pertama yang kita adakan sebelum ini di Taman Desa Putra,

“kita akan teruskan lagi sekurang kuranya dua kali lagi……iaitu di di Buluh Gading sempena
Program Karnival Dakwah Kuala Nerus dan yang (kali) ke tiga di Kesum sempena Program Wanita
Dun pada 9 Mac (depan),” ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas menamatkan acara berjalan kaki lebih kilometer, yang bermula dan
berakhir di masjd Banggol Peradong, di ini pada Sabtu 13 Januari.












Beliau sangat sukacita kerana, program itu sambutan sngat menggalakkan dengan lebih 200 orang
menyertainya.

Dengan itu, beliau yakin ahli dan para petugas PAS, khususnya penyokong-penyokong Parti Islam
Semalaysia (PAS) di seluruh negeri ini sudah bersedia menghadapi PRU14 yang akan datang.

Sumber BO - 14-1-2018































Conflicting Findings By Perhilitan Over Claims 

Of Abuse At Kemaman Zoo






































Anak gajah yang dirantai kakinya. Lihat laporan Haiwan Zoo Bukit Takal Menghidap 
‘Sakit Mental’ dibawah
Contradicting discoveries were made by the Peninsular Malaysia Wildlife and National Parks
Department (Perhilitan) that launched investigations into claims of abuse on animals at the Kemaman
Zoo in Terengganu.

Perhilitan director general Datuk Abdul Kadir Abu Hashim said in response to allegations made by
non governmental organisations and social media reports about the abuse, a team from the state
Perhilitan was dispatched to investigate the zoo which comes under the purview of the Kemaman
Municipal Council.

Among the findings by the Perhilitan team, there were no death of bears or gibbons as claimed, Kadir
said and pointed out, a tapir had died but it was due to heart failure and not abuse.

On allegations the animals were kept in cages, Kadir said those were animals that are under medical
treatment.

“On allegations of a baby elephant being chained, the inquiry has found that it was an adult in healthy
 and normal condition. It is placed in its former cage due to restoration process for the new cage.
The chaining of the elephant is to prevent it from wandering off from its enclosure and avoid it from
bringing harm to the staff and visitors.

“As for a tiger placed in a small cage in the night stall, the size of the cage is in accordance to the
rules and regulations,” he said in a statement.

“Perhilitan is serious when it comes to the welfare of wildlife here and will not compromise with any
zoos that do not adhere to guidelines. Firm action will be taken to those who failed to abide by the
rules,” Kadir said.

He added that Perhilitan values support and suggestions by the public and non-governmental
organisation in their efforts raise awareness on the welfare of the wildlife.

Kadir advised the public to call Perhilitan on reports of wildlife abuse at its hotline 1-800-88-5151 or
email at www.wildlife.gov.my.

The Kemaman Municipal Council had also refuted claims on the abuse of the animals at the zoon.

Berita berkait;

Haiwan Zoo Bukit Takal Menghidap ‘Sakit Mental’

Sumber BO - 14-1-2018












80% Tapak HIKAM Siap










Oleh : Najmiah Kasim

Semalam telah diadakan gotong- royong besar-besaran sempena Himpunan Anak Muda Marang
 (HIKAM) di DUN Pengkalang Berangan, yang giat dijalankan oleh Dewan Pemuda Kawasan
Marang, bagi melicinkan tapak program.

Pengarah program Ziyad Zakaria berkata Pemuda PAS Marang telah membuat kerahan bagi kjerja
persiapan HIKAM tersebut.

“untuk sama-sama turun untuk membersihkan tempat tersebut, kehadiran jentera dari jabatan amal,
dan masyarakat sekitar turut kelihatan melancarkan gerak kerja pembersihan,












“sukarelawan lebih kurang 40 orang dari pelbagai peringkat umur, mereka saling membantu diantara
mereka. Walaupun pagi ini cuaca agak kurang baik iaitu hujan yang lebat, tetapi ia tidak mematahkan
semangat sahabat-sahabat,” katanya

Antara tugasan tugasan yang dibuat, menurut Ziyad ialah, memotong rumput, tambun kawasan yang
bertakung, membuat saluran air, baik pulih tandas dan boreng air.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Kawasan Marang berkata, ini anggaran 80% kondisi tapak
sudah siap diratakan dan telah sedia untuk dipasang kanopi serta dibangunkan pentas utama.












Tambah beliau, program yang bakal tiba masih berbaki 17 hari lagi dan kerja-kerja menceriakan
tapak serta memulihkan persekitaran gigih dilakukan, dan sentiasa di buat dari masa ke semasa untuk
 keselesaan para pengunjung.

“kita harap program ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan segalanya serta mendapat keredhaan
dari yang Tuhan yang Esa,” tambah beliau

Sumber BO - 14-1-2018

Isu lapuk masih jadi pujaan hati Umno

FITNAH kembali digerakkan oleh Umno. Kerana mahu menang PRU, maka mereka sanggup 
menggali semula fitnah lama. Ulangan yang dikatakan konon sebagai siri penganiayaan PAS 
yang kini kembali ke udara oleh setiap lapisan ahli Umno, tidak terkecuali Menteri Besar 
Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Seharusnya isu fitnah lapuk ini 
diserahkan kepada gurka-gurka pejuang siber Umno sahaja, tetapi mengejutkan saya kerana\ 
MB seperti kehabisan modal, terpaksa turun ke aras paling bawah, bergelumang fitnah 
bersama-sama askar Umno.  
Sangat hairan kerana MB dilihat seperti tidak mengetahui bahawa tiada seorangpun pegawai 
dari kerajaan negeri pimpinan PAS ketika pelajar-pelajar tadika itu dihalau. 
Bagaimanakah mereka boleh masuk membawa keluar kerusi atau apa-apa alatan dalam balai 
raya sedangkan dakwa mereka tadika dikunci? Dari manakah datangnya kerusi itu?  
Dan Umno juga harus menyaman dakwaan Pengerusi Bersatu, Dato’ Razali Idris yang juga 
bekas Ketua Pemuda Umno Marang ketika kejadian, bahawa dialah yang menjadi ‘master 
mind’ lakonan itu. Cerita Dato’ Razali, Umno merancang membeli kunci dan rantai, merantai 
pintu pagar balai raya dan menyebarkan gambar kepada umum bagi memfitnah PAS sebagai 
kerajaan yang zalim, membalas dendam, sehinggakan pelajar tadika juga menjadi mangsa 
mainan politik PAS. Maaf Dato’ Seri MB, fitnah Dato’ tidak terjual kali ini.  
Berkaitan anak exco PAS menerima wang zakat juga adalah fitnah kepada agama. Fitnah dari 
kejahilan Umno yang tidak tahu hukum. Fahaman Umno, zakat dikira sebagai hak kepada\ 
orang miskin sahaja. Malang bagi orang Islam jika diberikan agama untuk mereka pegang 
kerana apa sahaja kehendak mereka, agama akan diubahsuai supaya kena dengan hasrat 
mereka.  
Sedangkan zakat itu ada lapan golongan yang layak, tidak tertakluk kepada orang miskin 
sahaja, malah orang kaya seperti yang baru masuk Islam, orang kaya yang terputus bekalan 
mereka di tengah perjalanan, orang kaya yang sedang berjuang fi sabilillah, adalah antara 
yang termasuk di dalam lapan asnaf yang dibenarkan Allah. Tetapi apa cerita berkenaan anak 
Exco yang mendapat biasiswa pendidikan suatu ketika dahulu? Kenapa didiamkan? Bukankah 
exco ada banyak duit dan duit biasiswa itu duit rakyat?  
Saya tidak dapat memastikan tuduhan berkenaan kerajaan negeri pimpinan PAS ketika 
1999-2004 telah membatalkan bantuan yang diterima kepada orang Umno ini satu lawak 
ataupun sememangnya kejahilan MB dalam memahami isu. Saya merasa kasihan kepada 
beliau kerana mungkin beliau terlalu terdesak untuk mendapatkan kembali kerusi MB ataupun 
beliau terlalui naĆÆf sehinggakan dipermain-mainkan oleh pegawai beliau dalam isu ini. 
PAS telah mengadakan senarai pemutihan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 
( JKM) kerana tidak sedikit jumlah penerimanya adalah mereka yang sudah tidak layak, tetapi 
masih disenaraikan. Mungkin mereka itu ahli-ahli Umno seperti dakwaan MB? MB terlupa 
untuk memasukkan sedikit maklumat yang sangat penting iaitu masih terlalu ramai ketika itu 
penerima yang layak tetapi diketepikan semata-mata mereka adalah penyokong PAS. Tidak 
perlu kita mengimbau kembali ke tahun 1999 itu kerana sehingga sekarang, amalan itu masih 
berlaku terutamanya elaun imam dan bilal yang dianggap penyokong PAS, masih disekat. 
Saya rasa cukuplah sekadar tulisan ringan ini bagi memudahkan rakyat faham dan hadam apa 
isu sebenarnya. Saya cukup hairan kerana pada zaman serba canggih ini, isu-isu lapuk ini masih 
menjadi pujaan hati Umno, bukan ahli biasa-biasa, sampai ke tahap MB pun sama. Saya 
mengambil kesempatan ini bagi rakyat Terengganu sama-sama melihat ke hadapan daripada 
melayan karenah golongan yang bakal jatuh insyaAllah pada PRU ini. Harapan tidak boleh 
diharap dengan menjanjikan Tun Mahathir sebagai PM setelah bertahun-tahun kerosakan 
sistem negara yang beliau lakukan. Umno pula sedang galak membaham segala benda. Hanya 
PAS insya Allah kekal dengan Islam yang menyelamatkan manusia. Undilah PAS demi 
kesejahteraan anak cucu kita.  
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
25 Rabiulakhir 1439/14 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD - 14-1-2018 
















PRU14; Wakaf Mempelam Sudah Bersedia












Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam
telah bersiap sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negerinya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, 10 daripada 12 Unit
Peti Undi (UPU) telah pun digerakkan sepenuhnya.

“kita (PAS) telah bersedia walaupun Perdana Menteri kita tidak beritahu tarikh sebenar saperti mana
juga pilihan raya terdahulu kita tetap bersedia,













“dan telah pun melancarkan semua markas pilihanraya dalam (kecuali) hanya tinggal dua lagi masih
belum dilancarkan dan insyaAllah akan dirasmikan dalam waktu terdekat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Markas UPU Kuala Bekah pada 11 hb
Januari 2018.

Menurutnya, ia bukan hanya ‘satu gimik’ semata-mata bahkan ahli dan penyokong PAS pasti bersiap
siaga untuk mempertahankan kemenangan seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri
Terengganu..

Majlis ini yang di hadiri oleh 100 petugas itu turut dihadiri oleh Naib Yang DiPertua PAS kawasan
Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.












Sehubungan itu, Amzad seluruh rakyat negeri ini untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN)
kerana bukan sahaja fitnah dan tohmah yang dilemparkan, bahkan banyak melakukan salah serta
pembaziran.

“dia tuduh PAS macam-macam sedangkan kerajaan Umno-BN terus menzalimi dan tidak bersifat
belas ihsan kepada rakyat,

“dengan mengambil tanah penempatan di kampung kampung tradisi orang Melayu untuk pembinaan
‘KT Bypass’ dengan bayaran pampasan yang tidak memadai bagi mereka ini,

“semua tindakan ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa slogan ‘kononnya’ membela rakyat
tidak layak bagi kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri
Ahmad Razif,” ujar Haji Amzad.

Sumber BO - 13-1-2018
















KT-Bypass ; Bantahan Terhadap Pampasan 

Tanah Tidak Dilayan?
















Oleh : Suhaimi Taib

Projek ByPass Kuala Terengganu (KT By-pass) menjadi liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional
(BN) Terengganu kerana tiada perundingan konkrit antara pihak kerajaan dengan pemilik tanah yang
tidak berpuashati dengan pampasan tanah.

Sepatutnya Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Razif
Abdul Rahman bersedia mendengar rungutan pemilik tanah dan menilai semula pampasan yang
diberikan atas ihsan kerajaan negeri itu agar keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dapat diserlahkan.

KT-Bypass Kuala Terengganu sudah dimulakan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia sejak bulan
Julai 2016 dan ia melibatkan pembinaan laluan sepanjang 5.875 km., bermula dari persimpangan Tok
Molor, Jalan Tok Adis (T12) hingga ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota
Bharu – Kuala Terengganu.

Untuk melengkapkan laluan baru ini, turut akan dibina empat jambatan, dua Vehicular Box Culvert
(VBC), ataupun laluan bawah, menaik taraf persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku
kepada jenis bertingkat, sistem perparitan, pembentungan, lampu jalan, lampu isyarat dan
kelangkapan jalan lain.

Secara keseluruhannya, projek ini memakan belanja sebanyak RM321 juta, dan daripada jumlah itu,
termasuk RM167 juta adalah merupakan kos kontrak manakala RM154 juta pula adalah untuk kos
pengambilan tanah.

Berkenaan soal pengambilan tanah ini, ia melibatkan 293 lot.

Dalam tinjauan penulis mengenai isu ini, kerajaan Terengganu melahirkan sikap ‘double standard’nya
ketika mana lesen untuk premis perniagaan diluluskan ke atas pemilik tanah yang statusnya tanah
pertanian.












Ketika itu, status tanah dan bangunan di atas tanah terlibat tidak diambilkira untuk diberi kelulusan
 bagi menjalankan perniagaan kerana dipercayai atas faktor keuntungan dan perolehan hasil untuk
pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Dalam ertikata lain, kelulusan premis perniagaan diberikan walaupun tidak mengikut peraturan yang
sepatutnya.

Bila pihak pemilik tanah tidak puashati dengan pampasan, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
dirujuk untuk menentukan antara lain kadar sesuai pampasan tanah berkenaan.

Peruntukan untuk pampasan telah ditentukan dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, jika ada
bantahan ia perlu dibawa ke mahkamah.

Atau Kerajaan Negeri perlu mencadangkan peruntukan tambahan selepas mendengar rayuan dari
pemilik tanah.

Persoalannya, seolah-olah tiada perundingan lagi antara pemilik tanah dengan pihak kerajaan negeri
dalam isu ini.

Pemilik tanah mendakwa mereka telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan
pengambilan balik tanah untuk projek tersebut.

Mereka dimaklumkan oleh pihak berkenaan, bahawa tidak ada masalah untuk menilai semula
pampasan tanah tersebut sekiranya ada ‘lampu hijau’ dari Kerajaan Terengganu.

Persoalannya sekarang, apakah Kerajaan Terengganu telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan
Persekutuan untuk membuat penilaian semula pampasan tanah bagi segilintir penduduk yang terlibat.















Menurut pegawai undang-undang sebuah jabatan kerajaan yang enggan namanya disebut menyatakan
bahawa bayaran pampasan yang dinilai semula tidak melebihi 10 peratus dari nilaian asal pampasan
tanah berkenaan.

Satu persoalan lagi, penulis melihat, semacam sengaja tanah di situ dihalang ditukar syarat sebelum
projek bypass itu dilaksanakan.

Ini kerana ada pemilik tanah berkenaan membuat permohonan tukar syarat dari tanah kampung atau
pertanian kepada bangunan tetapi permohonan itu tidak ada jawapan, sama ada diluluskan atau tidak.

Bererti ada pemilik tanah berusaha menukar status tanah kepada selayaknya untuk premis perniagaan
tetapi permohonan itu tidak diluluskan.

Mungkin Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup untuk
menampung keperluan penilaian semula tuntutan pemilik tanah terbabit, namun pemilik tanah
menghadapi masalah akibat pampasan yang diterima tidak berbaloi.

Mereka tidak lagi berupaya menjalankan perniagaan seperti sebelum ini akibat pampasan itu.

Persoalannya lagi, ada tanah lain yang berstatus pertanian di sekitar Kuala Terengganu, dibayar
mahal oleh individu atau syarikat tertentu tetapi berlaku sebaliknya ketika tanah diambil balik untuk
projek kerajaan.

Rakyat setuju dengan pembangunan kerajaan yang mendatangkan faedah kepada mereka tetapi
kerajaan tidak memberi layanan yang baik kepada pemilik tanah yang terkilan dengan pampasan
tanah dibayar murah.

Sepatutnya rundingan dan budi bicara direalisasikan dalam penyelesaian isu ini agar keadilan dan
rasa kebersamaan dapat dirasai oleh semua pihak.

Sumber BO - 13-1-22018

Denyut Nadi Rakyat Mahu Jatuhkan Umno











KUALA TERENGGANU – Denyut nadi rakyat hari ini, mahu menjatuhkan Umno, memandangkan
pelbagai keburukan, kezaliman dan ‘mesra kapitalis’ yang sangat menindas, yang dilakukan parti
pemerintah itu.

Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, alternatifnya
kepada rakyat ialah, mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang.

“Hanya PAS harapan rakyat…..hanya parti PAS, alternatif (bagi) mereka (rakyat) bukanlah Pakatan
Harapan, (kerana) Pakatan Harapan (PH), ni parti berebut tulang,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Markas Besar Pemuda DUN Batu Buruk
pada Rabu 10 Januari, di sini.

Mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu itu juga menjelaskan, PAS mempunyai rekod
‘track record’ yang bersih walaupun berbagai fitnah telah dilemparkan.

Katanya, mereka bukanlah parti hendak membela rakyat, tetapi sekadar sekadar retorik dan omongan
kosong.













“Sebab itu kita boleh dengar hari ni Mahathir beritahu dalam ucapannya seolah-olah tol akan
dikekalkan, tol molek doh,”'

“Walaupun dalam pilihan raya yang nak mari ni banyak cakap-cakap (PH) yang mengatakan kita
kelompok yang terasing,” katanya.

Bahkan tambah beliau, mereka membuat banyak ‘onar’ dengan kajian meragukan yang menyatakan,
PAS tidak akan menang sebarang kerusi dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14) nanti.

Menurutnya, ia adalah cubaan untuk melemahkan semangat juang PAS dan ‘tohmahan’ yang
memberi ‘signal’ salah kepada pengundi.

“Ini satu cara bohong untuk mereka menipu rakyat, sebab itu kita jangan termakan benda ini “, kata
beliau mengingatkan hadirin.

Justeru itu, kata beliau, pendekatan yang terbaik serta bijaksana dengan menggunakan Bahasa ‘rakyat’
perlu diamalkan oleh semua petugas, ahli dan penyokong PAS.

“Kita ingin mengulangi sejarah 1999………bukan hanya menang 15 kerusi, bahkan 16, 17, 18,19
kerusi……..InsyaAllah,

“(PAS) akan menang lebih kerusi, tidak kurang sekali-kali,” ujar beliau dengan penuh yakin.

Sumber BO - 13-1-2018















WWF-Malaysia Urges Terengganu Govt To 

Rethink Forest Reserve Degazettement To 

TDM













World Wildlife Fund (WWF) Malaysia is against the Terengganu state government’s decision to
convert 4,515 hectares of forest reserve to government land, which was subsequently granted to
TDM Bhd for its domestic oil palm plantation expansion plan.

“We strongly urge the Terengganu State Government to reconsider its decision in the degazettement
of these forest reserves, and explore other more sustainable options to develop Terengganu,”
WWF-Malaysia said in a statement yesterday.

The organisation further noted that the degazettement of forest reserves is not in support of one of the
UN’s Sustainable Development Goals (SDGs) pledge, which is to halt deforestation by 2020.

“WWF-Malaysia strongly opposes this conversion of forest reserve land, as the conversion of primary
 or secondary forests to oil palm plantations which is tantamount to large-scale deforestation, leads
to a significant loss of biodiversity, multiple direct and indirect socio-economic impacts, and
disruption of delicate ecosystems,” the statement explained.

In a filing with Bursa Malaysia last Wednesday (Jan 3), TDM said it had accepted the Terengganu
state government’s offer of the land and will pay RM250 per hectare per year to a trust fund for
wildlife conservation and conflict management.

TDM will also prepare a report of environmental regulations to the Department of Environment and
to the Terengganu state.

“The state had agreed to convert the land from forest reserves to government land and that the state
will replace the affected areas with other lands as forest reserves,” TDM added.

However, WWF-Malaysia pointed out that TDM is a member of the Roundtable on Sustainable Palm
Oil (RSPO), and that one of RSPO’s main mission is to minimise tropical deforestation.

“In view of this, expanding oil palm plantations on degazetted forest reserves would not be an
economically-sound decision, as it would most likely lead to a decrease or cessation of demand for
palm oil and its derivatives from major industry players who have made a No-Deforestation pledge,
” the organisation added.- TheEdge

Sumber BO - 12-1-2018















PRU 14: Mana-mana parti sukar menang 

majoriti

PADA pilihan raya kali ini kemungkinan 
mana-mana parti tidak mampu menubuh kerajaan 
secara bersendirian sekiranya tidak mendapat 
112 kerusi. 
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul 
Hadi Awang berkata, jumlah minima kerusi bagi 
mana-mana parti menubuhkan kerajaan 
di peringkat persekutuan ialah 112 kerusi. 
Katanya ketika itu parti yang gagal membentuk majoriti mudah terpaksa mendapat bantuan 
parti lain. 
“Jika PAS boleh mendapat 40 kerusi parlimen. Parti lain yang tidak boleh nak tubuh melainkan 
akan bergantung kepada 40 kerusi ini. 
“Walau pun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 
112 kerusi. 
“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak 
tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam, 
” katanya pada majlis Pelancaran Dana RM1 Juta ke Wisma Darul Iman di Masjid Rusila, 
Marang hari ini. 
Kempen Dana 1 Juta ke Wisma Darul Iman bermula 12 Januari hingga 23 Februari 2018 
sebagai persiapan PAS Terengganu menghadapi PRU 14. 
PAS mensasar bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan Parlimen. – 
HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018















BPMS Sudah Lama Diamalkan ADUN PAS 

Terengganu












Oleh : Suhaimi Taib

Kembali menjeguk perkembangan politik Terengganu, sehingga kini Umno tidak banyak menyerang
PAS negeri itu, tidak seperti zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi menteri besar sekitar tahun
1980-an. mungkin kerana ketika itu tidak ada pendekatan strategik bagi melihat keperluan
mempraktikkan politik matang dan sejahtera secara terancang di peringkat PAS Pusat.

Bagaimanapun amalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dilaksanakan secara
‘senyap-senyap’ melalui Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di kalangan pengundi
 mereka sebagaimana dijelaskan oleh Haji Mohd. Abdul Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam
ketika diwawancarakan HarapTV baru-baru ini.

Menurut ADUN itu, amalan berkenaan menjadi gerakerja berterusan mereka dengan mendekati
pengundi tanpa mengira kefahaman politik mereka.

Apabila menang pilihanraya, ADUN menjadi wakil rakyat bukan sahaja kepada pengundi yang
memilih beliau dalam sesuatu pilihanraya atau sebaliknya.

Mereka bertanggungjawab kepada semua pengundi dan penduduk di kawasan dimenangi mereka.

ADUN itu secara terbuka mendekati mereka dan merasai sendiri susah senang kehidupan mereka
dengan cara menemui mereka di mana sahaja mereka berada.

Termasuk, menziarahi penduduk di hospital, menziarahi keluarga yang kematian ahlinya, berusaha
mengatasi masalah kebajikan dan keperluan sosial penduduk setempat.

Mereka bersuara di setiap kali persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN) dalam apa-apa
kesempatan bangun berucap menurut ketetapan dan peraturan dewan berkenaan.

Kebajikan itu berkait dengan kepentingan orang ramai termasuk, parit dan saliran, jalan kampung,
 lampu jalan dan sebagainya.

Di DUN Batu Burok sebagai contoh, pernah ADUNnya, Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib Embong,
 mencadangkan kepada DUN Terengganu, supaya membina perparitan sepanjang tidak kurang dari
tiga kilometer merentasi beberapa buah kampung di Chendering, bagi tujuan mengatasi masalah banjir
yang sering berlaku di situ.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Tan Sri Wan Mokhtar ketika meluluskan projek berkenaan
dan dilaksanakan jayanya sehingga masalah banjir hampir di atasi sepenuhnya.

Cuma disebabkan pembangunan yang tidak seimbang pernah berlaku banjir kecil di Kampung Binjai
berhampiran sempadan Daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Ini berlaku apabila pembangunan baharu di kampung tersebut telah menyebabkan takungan air hujan
ketika tengkujuh di kawasan lembah berhampiran.

Struktur tambunan tanah bangunan baharu yang lebih tinggi, menyebabkan banjir itu terjadi.
 Akibatnya beberapa keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan di pusat pemindahan banjir
di Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.

Kerajaan perlu bertindak lebih awal supaya perancangan pembangunan yang dibuat tidak membawa
akibat buruk terhadap penduduk setempat seperti yang berlaku di kampung berkenaan.

Sumber BO - 11-1-2018 















Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang
Bertukar Milik

HULU TERENGGANU – Dua buah bukit yang pernah menjadi ‘mercu tanda’ kerana terletak
tengah-tengah Bandar Kuala Berang, telah ‘hilang’ dari muka bumi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika mempersoalkan
perkara tersebut berkata, ia bukan sahaja telah diratakan, bahkan sebahagian ‘tanah rizab’ Melayu itu
telah bertukar tangan.






















“Saya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku di bandar Kuala Berang iaitu di pusat Bandar Kuala
Berang……di mana asalnya ada dua buah bukit di tengah- tengahnya yang menjadi mercu tanda,

“satu dipanggil Bukit DO (District Officer) atau tempat kediaman Pegawai Daerah Hulu Terengganu,
dan sebelah jalan ialah bukit yang dipanggil jepun satu tempat rekreasi yang tidak ada apa-apa
bangunan di atasnya,” ujar beliau.

Namun begitu, katanya, selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan dari
PAS pada tahun 2004, pimpinan parti tersebut ‘menyelongkar khazanah’ tanah kerajaan untuk
kepentingan mereka.
























“Jadi diantara tanah-tanah yang telah diambil oleh pimpinan Umno-BN ialah satu kawasan tanah iaitu
di Bukit Jepun itu,

“Permohonan telah dibuat kerajaan dan diluluskan kepada beberapa individu untuk mendapat hak
milik,” kata beliau.

Katanya, setelah berjaya mendapat hak milik bukit itu, ia bukan sahaja ‘digondolkan’ dan tanahnya
diangkut dan dijual sehinggalah bukit ini hilang daripada pandangan mata.















Menurutnya, beliau dimaklumkan, tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan
bagi sebuah syarikat perniagaan.

“kita mendapat maklumat satu projek besar didirikan di atas tapak bukit itu dan kita telah buat carian
di pejabat tanah,

“kita dapati tanah ini telah diberikan kepada satu syarikat iaitu syarikat Zon Ria Malaysia Sendirian
Berhad (yang kini) telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot,” jelasnya.

Ia sangat mengejutkan, kata beliau, kerana carian rasmi menurut Seksyen 5 Kamun Tanah Negara
mendapati, tanah yang berharga itu telah dipindah milik oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) Hulu Terengganu .

“tanah di dalam bandar Kuala Berang ini adalah tanah rizab melayu, hak milik melayu tetapi tanah ini
telah ditukar hak milik kepada bukan rizab melayu.

“Dan syarikat ini telah memiliki tanah ini dan kita dapati tanah ini telah dipecahkan (dengan) Umno
Hulu Terengganu mendapat 9 lot dan syarikat Zon Ria mendapat 8 lot,” jelasnya lagi

Justeru, Beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Terengganu mempersoalkan, siapakah pemilik Zon
Ria yang kini menjadi pemilik sebahagian tanah itu?

“ini yang menjadi persoalan yang kita rasa sangat dukacita……setelah kita buat carian di (Pejabat)
Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kita dapati Zon Ria ini dimiliki oleh tiga individu,

“Yang pertama Choi Ah Teuw, yang kedua Choi Loo See dan yang ketiga Oi Sho Boi……ketiga
orang ini bukan rakyat Terengganu (dan) jauh sekali penduduk Hulu Terengganu atau Kuala Berang
dan bukan orang Islam dan juga bukan orang melayu,” tegasnya.















Katanya, mereka berasal daripada Taman Seri Pinang, Buttrworth, Pulau Pinang, pemilik syarikat
tersebut yang kini juga pemilik bangunan dan tanah diatas tapak ’Bukit Jepun’ itu.

Oleh itu, beliau sebagai penduduk tempatan, merasa sangat dukacita kerana kawasan yang sangat
stategik di pusat bandar tiba-tiba telah tergadai ke tangan orang bukan Islam dan bukan Melayu.

“Kita bimbang ada unsur-unsur yang tidak baik telah berlaku sehingga tanah yang begitu strategik
telah terlepas kepada orang tidak sepatutnya,

“Kita minta perkara ini dapat dikaji dan jika ada penyalah gunaan kuasa, satu tindakan yang
sewajarnya perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib,” ujar beliau

Sumber BO - 11-1-2018















PAS Tidak Bimbang Hadapi ‘Senario’ 

Pertandingan PRU14













KUALA NERUS – PAS tidak bimbang dengan sebarang senario jumlah kerusi yang akan disainginya
dalam pilihan raya umum kali Ke-14 (PRU14) akan adatang.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan
pertandingan beberapa penjuru adalah perkara biasa dalam amalan negara demokrasi.

“Dalam konteks negara demokrasi sesiapa sahaja dan parti mana pun boleh bertanding. Apa yang
penting kita (PAS) membuat kerja kita. Sebagai Ahli Parlimen bagi kita yang penting kita telah
membuat kerja dari awal sejak sebelum jadi Ahli Parlimen dan sampai bila-bila.

“Siapa yang nak masuk (bertanding) kita (PAS) alu-alukan dan tidak menjadi satu kerisauan kepada
kita. Kita serah kerja kita dan hasilnya Allah SWT akan tentukan, Insya’Allah,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ziarah dan Santuni Rakyat di Unit Peti Undi
(UPU) Gong Kijang, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, kelmarin.













Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian sebagai reaksinya kepada keputusan Konvensyen
Pakatan Harapan (PH) 2018 yang menjelaskan akan bakal berlaku banyak pertandingan tiga penjuru
antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan PH.

Menurutnya, medan pilihan raya pula menjadi waktu bagi menilai kerja-kerja wakil rakyat parti
sepanjang tempoh lima tahun itu.

“PAS sentiasa bersiap sedia bila-bila masa dan PAS ini buat kerja tidak bermusim. Hari ini
kebetulannya dekat dengan pilihan raya. Tetapi, adakah apa yang kita buat ini kerana hampir nak
pilihan raya, kita kata tidak.

“Program seumpama ini seperti ziarah orang miskin, orang sakit yang kita buat setiap minggu. Ini
program berkala sejak hampir lima tahun lalu.

“Jadi tidak ada kaitan dengan pilihan raya tetapi apabila tiba musim pilihan raya, kita (PAS) akan
lipat gandakan usaha kerja itu.















“Insya’Allah, bagi kita (PAS) sentiasa bersedia dan jika ditakdirkan esok pilihan raya pun tak apa. Ini
kerana, bagi kita pilihan raya hanyalah ‘stop’ untuk kita menilai kerja kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau memberi gambaran hujah bagaimana gerak kerja parti di peringkat Dewan
Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir.

“Dun Seberang Takir ini sebagai contoh. Kita (parti) tidak menang pun Dun (Seberang Takir) tetapi
wakil kita (PAS) Ustaz Zakaria Dagang terus buat kerja tanpa henti, tanpa mengira sama ada beliau
itu seorang wakil rakyat atau pun sebaliknya.

“Itu (sifat peduli) sebagai tanggungjawab kita (PAS) sebagai pimpinan masyarakat. Hari ini kita
mensasarkan UPU Gong Kijang untuk ziarah. Harap ini menjadi budaya masyarakat kita,” ujarnya
yang turun ‘padang’ bersama isteri.

Mengikut pengagihan kerusi PH pada PRU14 ini Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding di 27
kerusi parlimen seluruh negara termasuk tiga di Terengganu iaitu Parlimen Kuala Nerus, Kuala
Terengganu dan Marang.

Sumber BO - 11-1-2018















Selamatkan Diri Daripada ‘Kebodohan Politik’ 

Berganda

S











Suhu politik negara kita sekarang ini sedang menaik, seiring dengan tempoh PRU yang semakin
mendekat. Mengambil maklum bahawa perlunya kesedaran dikalangan rakyat dipertingkatkan, suka
 saya mengajak tuan-puan untuk membaca secebis cerita tauladan yang mungkin akan memberikan
sedikit pengajaran kepada mereka yang mahu berfikir. Kisahnya begini…..

Di sebuah kampung, tinggal seorang peruncit tua yang mempunyai beberapa orang pekerja. Kedai
runcitnya agak kecil, tetapi yang menariknya, ia mempunyai banyak barangan keperluan. Strategi
jualannya adalah bagi membantu orang kampung untuk mendapatkan bekalan. Manakala keuntungan
yang diambil cukup bagi membayar kos dan sedikit keuntungan yang sederhana. Pendek kata, dia
tidak mengejar kekayaan yang melampau.

Strategi peruncit tua ini ditentang oleh beberapa pekerja-pekerjanya dan juga saudara mara yang
terdekat. Ini bagi mereka, seharusnya keuntungan dilipatkan bagi menjamin kehidupan yang lebih
selesa di masa depan, tanpa mengira masalah orang kampung yang memerlukan bekalan. Mereka
mahu berhenti kerja, tetapi kerana di situ juga kurang terdapat peluang kerja, maka hasrat untuk
berhenti dari kedai itu ditangguhkan.

Hasrat yang sudah lama terpendam itu akhirnya berjaya dilaksanakan apabila datang seorang kaya
yang dikira sangat berjaya di dalam perniagaan, datang ke kampung itu, mengajak orang ramai
menyertai perniagaan hyper marketnya. Dengan syarat mereka mestilah mengeluarkan wang belanja
kepada orang kaya itu sebagai kononnya modal perniagaan mereka. Peluang yang terbuka ini
digenggam seeratnya oleh para perkerja kedai runcit itu.

Maka berbondong-bondonglah mereka meletakkan jawatan sebagai pekerja kedai itu dan mengikut
 orang kaya yang menjanjikan kejayaan dan kekayaan dalam perniagaan baru mereka, sambil mulut
mereka terkumat-kamit menghina tuan kedai runcit itu sebagai orang tua yang tidak tahu berniaga,
bodoh, tak fikir untung, tiada wawasan dan sebagainya. Berhabis harta mereka mengeluarkan modal
 kepada orang kaya itu.

Yang tinggal ialah pekerja yang masih dedikasi, mempercayai perniagaan bukanlah hanya keuntungan
 sahaja, tetapi lebih utama tanggungjawab sosial yang wajib dilaksanakan. Apatah lagi keadaan
penduduk kampung yang daif itu. Teruslah mereka bersama peruncit tua itu menjalankan perniagaan
mereka seperti biasa. Dan tidaklah terjejas tugasan mereka kerana tidaklah sehebat mana mereka yang
berhenti kerja itu walaupun mengaku pandai banyak hal. Akhirnya kedai runcit kecil itu semakin
mendapat sambutan setelah orang kampung tidak mampu membeli di hyper market itu kerana
harganya sentiasa berubah-rubah dan dengan promosi palsu yang membingungkan mereka kerana
pengurusan yang tidak betul.

Setelah setahun, kedai runcit yang kecil itu menerima kemasukan untung sebanyak lebih RM40 ribu
setahun, satu jumlah yang sangat besar bagi kedai runcit walaupun sudah meminimakan untung dan
walaupun puas difitnah oleh bekas pekerjanya dan juga orang kaya itu. Ini adalah kerana kepercayaan
orang kampung. Dan sebaliknya, projek hyper market yang menjanjikan keuntungan dan kekayaan
tidak dimaklumkan berapakah jualannya kerana kerugian sentiasa.

Bekas pekerja kedai runcit itu yang dahulunya berjanji akan membekalkan sebanyak 130 jenis
 barangan yang sama asli dengan kedai runcit itu kepada orang kampung, hanya mampu
membekalkan 27 jenis barangan tiruan sahaja. Itupun dengan ihsan oleh orang kaya itu. Manakala
barangan lain diambil oleh orang lain. Walaupun tidak berpuashati, tetapi sebagai kuli, mereka tidak mampu melawan. Apalagi dengan modal mereka masih bersama orang tua yang kaya itu. Mereka mendiamkan diri sahaja.

Setelah lama dan masih kerugian, maka sedikit demi sedikit kisah orang kaya itu tersebar.
Rupa-rupanya orang kaya tua itu adalah seorang bekas penipu di kampung itu juga yang kini kembali
 aktif menipu. Namun begitu, dia masih meneruskan penipuannya dengan memberi jaminan yang dia
sudah bertaubat dan menjanjikan keuntungan yang lebih jika dia dikekalkan sebagai pengurus
perniagaan itu. Mereka mempercayai orang tua itu dan diadakan majlis melantik orang tua penipu itu
sebagai pengurus besar mereka sekali lagi. Orang kaya penipu itupun menangis kegembiraan diatas
kepercayaan orang ramai itu.

Begitulah secebis kisah rekaan yang mungkin boleh dijadikan teladan kepada rakyat bagi menilai
pasukan manakah yang patut diberikan kepercayaan bagi menerajui rakyat. Cara scammer perniagaan
atau politik menjalankan tipu daya mereka amatlah mudah dikesan. Orang yang mudah terpedaya
 ialah orang yang tamak dan gila harta sehinggakan menjadi seperti orang bodoh.

Bodoh ditipu ‘scammer’ perniagaan biasanya sekali sahaja atas seorang penipu kerana dia tahu orang
ramai akan mengenali dia jika sekali lagi menipu. Tetapi bodoh orang politik yang tamak boleh jadi
berganda kerana walaupun muka, tubuh dan otak yang sama oleh si penipu, mereka tetap menerima
penipu yang sama itu berulang kali kerana janji kuasa. Selamatkan diri anda daripada menjadi mangsa
kebodohan berganda.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
22 Rabiulakhir 1439/10 Januari 2018

Sumber BO - 10-1-2018















14 Buah Rumah Bantuan Kepada Rakyat Paka










DUNGUN – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka atau lebih dikenali sebagai
‘Markaz Ehsan’ telah membina 14 buah rumah bantuan penuh ‘Baiti Jannati’ dan membaik pulih
puluhan yang lain.

Mantan Pengerusinya Haji Abdul Hamid Ismail berkata, organisasi tersebut yang telah ditubuhkan
semenjak sebelum PAS memerintah negeri Terengganu.

Sejak itu, kata beliau, ia telah melaksanakan peranannya menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka.

“Masa Perasmian Pusat Khidmat (itu) oleh Tuan Guru Abdul Hadi beliau namakan (ia) Markaz
Ehsan, peranannya melaksanakan aktiviti kemasyarakatan,













“Buat rumah ‘Baiti Jannati’ kepada keluarga miskin yang tiada rumah atau (baiki) rumah (yang)
sudah rosak teruk, lebih 14 buah kita dah buat (sejak) sebelum PRU13 hingga sekarang,” ujarnya
ketika dihubungi semalam.

Selain itu, kata beliau, pusat tersebut juga megagihkan bantuan kepada fakir miskin setiap bulan dan
pada Jumaat lepas.

Katanya, setiap bulan Ramadan dan sebelum Aidilfitri menjelang, Markaz Ehsan juga memberi
sumbangan beras dan Wang tunai sebanyak RM100 setiap orang kepada golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, Penasihat Markaz Ehsam YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Umno yang
memerintah sekarang tidak memberikan dan menafikan peruntukan untuk wakil-wakil rakyat PAS.















Namun begitu, kata beliau, selaku parti yang bertanggungjawab PAS terus membantu rakyat yang
telah memilihnya pada pilihan raya umum yang lalu.

“Walaupun kita tahu ketika Umno memerintah sekarang, peruntukan untuk para YB atau pun DUN
yang dimenangi oleh pembangkang dinafikan hak untuk mendapat peruntukan bagi membantu
rakyat,

“walaupun mereka dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang sah,

“ianya tidak memberi menjadikan alasan kepada ahli yang berhormat, ADUN dan kepemimpin PAS
yang menghargai tanda (sokongan) kita mengucap terima kasih kepada rakyat yang memberi
kepercayaan dan sokongan mengundi PAS pada pilihan raya yang lalu,” jelasnya.

Beliau berkata, PAS tetap membantu masyarakat dan rakyat yang memerlukan semampu yang boleh.












Timbalan Pesuruhjaya 1 Terengganu itu menegaskan, PAS akan daapat meningkat kebajikan kepada
rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

“antaranya dalam manifesto kita menjanjikan untuk menyediakan satu rumah kediaman yang
merupakan satu kewajipan ataupun keperluan asas yang perlu disediakan oleh kerajaan,

“(sekarang ini) walaupun kita masih belum memerintah tapi kita berusaha untuk cuba memenuhi
keperluan dan juga permintaan rakyat,

“nntuk DUN Paka kita sendiri sebenarnya banyak permintaan daripada kalangan golongan yang
amat memerlukan untuk medapat penempatan ataupun tempat tinggal,” katanya

Sumber BO - 9-1-2018














Terengganu Floods: 948 People Still Remain In 

Shelters


























KEMAMAN, 3 Jan -- Seorang penduduk bermotosikal meredah banjir di hadapan rumahnya 
di Kampung Batu 14 Air Putih Kemaman hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA 
TERELIHARA
There are still 948 people from 207 families in shelters in Kemaman as 8am today, according to
Terengganu Civil Defence Force chief Lt Col Che Adam A Rahman.

Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok is sheltering 843 people from 189 families while Surau Pulau
Tempurung, 105 people from 18 families.

The school had to cancel classes because it had to serve as a flood relief centre.

All the evacuees are expected to return to their homes today as the floods in the district have fully
subsided. ― Bernama

Sumber BO - 8-1-2018



























Jangan Biarkan Kerajaan ‘Tuli’ Terus 

Memerintah













DUNGUN – Rakyat diminta supaya tidak membiarkan kerajaan yang disifatkan sebagai ‘ tuli’ terus
memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14) nanti.

Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, sepatutnya kerajaan mendengar
suara dan keinginan rakyat.

“Kita bangkit GST haram, tak boleh kutip dikalangan orang miskin, dia tak dengar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Markas Besar DUN Rantau Abang
pada Jumaat, 5hb Januari, di Kampung Balai Besar, di sini.














Malah katanya, kerajaan Barisan Nasional tidak mengendahkan saranan PAS agar waktu-waktu
tertentu, contohnya ketika sesi persekolahan akan dibuka ataupun musim perayaan atau di kedai-
kedai rakyat yang miskin berbelanja seperti Kedai RM2 dikecualikan GST.

Justeru itu, Yang DiPertua PAS Dungun itu mengajak rakyat ‘membuang’ kerajaan yang ada
sekarang.

Ustaz Wan Hassan turut kesal kerana peruntukan kerajaan sebanyak RM6 juta setahun kepada ahli
Parlimen pembangkang dinafikan.

“Saya kata kalau boleh ke (pada) saya RM6 juta, sedapnya, kita ada empat DUN, kita boleh bagi
RM1.5 juta ke satu DUN……..RM 100,000 sebulan tetapi,

“ke mana peruntukan itu, kitapun tak tau ke mana?,” soal beliau.














Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun, memuji
kerajaan Sarawak yang prihatin kepada rakyat negeri tersebut.

“Sekarang ini, beberapa ramai pegawai Petronas (bekerja di Sarawak) yang balik ke negeri masing-
masing, kerana kerja-kerja tersebut hendak diberikan kepada pekerja tempatan,” ujar beliau.

Malangnya, kata beliau, orang-orang muda di Terengganu terpaksa bersaing dengan pekerja luar
untuk mendapatkan pekerjaan.

“Sengsara sekarang ini…….anak-anak muda tiada peluang pekerjaan yang tetap, walaupun negeri
Terengganu,

“dekat sahaja Dungun ni….. Kerteh, anak-anak muda (oleh) lihat, siapa yang dibei peluang bekerja,”
ujar Ketua Penerangan PAS Dungun itu.

Sumber BO - 8-1-2018













Umno ‘Jual Maruah’ Pindah Milik Tanah 

Rizab Kepada Bukan Melayu

DUNGUN – Sudahlah tanah pegangan melayu atau tanah rizab Melayu terlalu sedikit di Tereggganu,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) pula ‘menjual maruah’ dengan menukar milik tanah
yang diberikan kerajaan.

Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tanah di lokasi Kampung Cacar
dan Tebing Tembah Mukim Kuala Paka, kini menjadi milik orang Cina setelah Umno cawangan
terbabit menyerahkan kepada bukan Melayu itu.

“Apa yang ingin kami paparkan disini adalah salah satu daripada tanah yang di rizabkan untuk orang
Melayu ataupun yang disebut tanah kurang daripada dua ekar yang telah dipohon,

“dan diberi serta diserahkan kepada Umno Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ((Umno)
cawangan Tebing Tembah yang kemudian,

“akhirnya sudah dipindah milikkan dan sekarang telah bertukar tangan kepada bukan bumiputera,
” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Khamis 4 Januari, bagi mengulas tindakan pemimpin
Umno yang menuduh PAS adalah ‘penghianat’, sedangkan ia adalah sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno juga meluluskan pindaan kepada Seksyen 9
Enakmen Tanah Rizab Melayu Terengganu dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Mei
tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata, tidak benar dakwaan ADUN Bandar Azan
Ismail bahawa PAS tidak membantah pindaan yang memberi kuasa kepada Umno menukar status
tanah rizab atau pegangan orang Melayu.

“Ini daripada apa yang kita pernah bantah dan pernah kita sebutkan, ungkitkan dalam sidang DUN
Dewan Undangan Negeri Terengganu yang telah memberi kelulusan kepada Umno atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu,

“untuk mendapat ditukar nama rizab orang melayu ataupun di Terengganu orang panggil tanah
pegangan orang melayu untuk ditukar nama kepada Umno,” tegas Ustaz Satiful.


Katanya, Umno mengambil kesempatan dengan pindaan tersebut dan terbukti tanah pegangan orang
Melayu, kini bertukar milik tangan kepada bukan bumiputera.

Katanya, daripada carian rasmi menurut syeksen 385 Kanun Tanah Negara menujukkan bukti
bahawa tanah yang asal merupakan milik Pertubuhan Melayu Umno cawangan Tebing tembah yang
sudah ditukar nama menjadi bukan milik bumiputera lagi.

“Ini salah satu daripada contoh pengkhianatanlah Umno terhadap tanah rizab (atau) pegangan
Melayu di Terengganu,

“dan ini bukan kes yang pertama tapi ini yang jelas di hadapan mata kita bagaimana yang sepatutnya
tidak diberikan ataupun ditukarkan (milik) kepada selain daripada Melayu,” jelas beliau.

Justeru itu beliau berharap, rakyat negeri ini sedar akan tindakan Umno yang ‘menggadai’ maruah
orang Melayu itu.

“Dan taraf pegangan pajakan selama 60 tahun dan kita harap supaya rakyat sedar dan celik mata
perkara ini,

“Umno bukan sebuah parti yang kita boleh harapkan untuk membela hak orang melayu dan
menggambarkan Umno sendiri khianat kepada tanah pegangan Melayu,” tambah beliau.

Sumber BO - 7-1-2018

PAS DUN Kemasik Santuni Masyarakat 

Nelayan Di Musim Tengkujuh

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Rasa keprihatinan yang tinggi terhadap nasib nelayan yang terkesan apabila tiba
musim tengkujuh, PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, tidak ketinggalan menyantuni
golongan tersebut setiap tahun.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat berkata demikian di Pantai Kuala Kertih di sini, selepas
menyerahkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 32 nelayan pesisir pantai yang tidak dapat
turun mencari rezeki kerana keadaan laut bergelora sejak seminggu lalu.

“Musim tengkujuh kebanyakan nelayan ini tidak dapat turun ke laut, menyebabkan mereka terputus
sumber pendapatan seketika.

“Sumbangan kepada para nelayan ini, walaupun tidak seberapa namun kita harapkan dapat membantu
meringankan beban setelah mereka banyak berbelanja untuk persekolahan anak-anak di awal tahun.

“Ternyata mereka sangat seronok menerima kunjungan pada pagi ini, nelayan ini adalah
sahabat-sahabat kita, seronok bila dapat berjumpa, bergurau senda sambil bertanyakan khabar,” ujar
Amri selepas Majlis ringkas tersbut semalam, di sini pada Jumaat 5 Januari.

Selain itu katanya, program sebegini akan terus diadakan untuk memupuk semangat persaudaraan
dan kerjasama yang tinggi antara masyarakat nelayan dan pimpinan PAS DUN Kemasik.

Amri juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Lujnah Kebajikan PAS DUN
Kemasik dan Lujnah Kebajikan Unit Peti Undi (UPU) PAS Pekan Kertih yang tekun mengambil
inisiatif dengan rasa penuh tanggungjawab cuba mengatasi kesukaran masyarakat nelayan ini.
“Mengambil cakna kebajikan rakyat khususnya nelayan, akan menjadi agenda utama PAS DUN Kemasik dalam meraih sokongan undi dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang ini,” tegas Amri lagi.

Sumber BO - 6-1-2018








































Pembalakan Punca Banjir Hulu Dungun

DUNGUN – Sistem pengambilan balak yang tidak terkawal dan berlebihan, didakwa sebagai punca
banjir yang kerap berlaku di Hulu Dungun setiap kali musim tengkujuh.

Menurut seorang penduduk tempatan, Tengku Mohd Zulkarnain bin Tengku Man, 51, hal ini berlaku
semenjak mulanya penebangan balak berlaku dipersekitaran tersebut sekitar tahun tahu 80-an.

“Sepatutnya sistem penerbangan balak (di) setiap ada cerun mesti kena tinggal rezab, walau air ada
ataupun takde air musim panas,

“baru hakisan itu tak turun ke sungai besar,” terang beliau yang melibatkan diri selama lebih 20 tahun
di dalam kerja-kerja pembalakan.



Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Shukur, Bukit Besi pada Rabu, 3 Januari, ketika
kerja-kerja gotong royong pembersihan masjid kampung tersebut, yang terjejas kerana banjir.

Sehubungan itu, bekas kelindan jengkaut itu menegaskan, akibat system yang tidak teratur itu,
menyebabkan sungai menjadi semakin cetek.

“Contoh tahun ini hakisan sungai itu…….dia (lumpur) tutup sekaki tahun depan dia (jadi) naik juga
sekaki air,

“(sungai) ini keadaan begitulah,” ujar beliau yang pernah menjadi penebang balak dan juga pemandu
jentolak di kawasan pembalakan terbabit


Katanya, walaupun pihak berkuasa mengetahui perkara sebenarnya, namun kerajaan negeri tetapi
tidak mengambil endah tentang masalah itu.

Disamping itu, beliau turut mendakwa wujudnya gejala penyelewengan dan unsur rasuah diantara
‘tauke’ balak dan juru ukur sempadan.

“Betul permohonan kita (di) buat (dan diluluskan) 500 ekar tapi apabila buat (ukur) sempadan dia
akan diperbesarkan (luaskan), kayu itu jadi lebih,

“Kawasan (pembalakan) 500 ekar kayu sampai boleh 5,000, 6,000, 7,000, 8,000 tan! Ambik mana
kayu tu?”, soalnya lagi.

Sumber BO - 5-1-2018















































































HIKAM 2.0; Jemput Hadir Beramai-ramai!

InsyaAllah pada 1 hingga 3hb Febuari 2018 Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) akan
menganjurkan himpunan anak muda marang (HIKAM 2.0) bertempat di kampung Padang Mengkuang, Pengkalan Berangan, Marang adalah bertujuan untuk mengumpulkan seluruh anak muda, muslimin muslimat tidak kira usia. Walaupun di “highlight”kan anak muda, tetapi
gambaran akhir-akhir ini golongan muda menjadi barisan hadapan di dalam setiap program-program
yang di anjurkan oleh PAS khasnya, ia merupakan petanda masa depan Islam sangat cerah.

Antara tujuan lain ialah untuk mengajar masyarakat bahawa himpunan ini “model” mengikut cara
islam, sedia di ketahui bahawa agama sesekali tidak menghalang umatnya berhimpun, apatah lagi
berhibur selagi tidak menjangkau batas-batas yang di gariskan oleh agama Islam. Kita selalu menitik
beratkan soal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, solat lima waktu dan hiburan yang
membawa kepada mengingati Allah dan keagunganNya.

Kita juga membuka ruang sepenuhnya kepada masyarakat untuk bersama dengan Kepimpinan
tertinggi PAS dan mendengar infomasi tepat dari pucuk teratas. Sedia di ketahui media arus perdana
yang dimiliki kerajaan hari ini sekian lama tidak akan memberi ruang kepada pimpinan untuk
bercakap atau menjawab sebarang isu. Pernahkah program besar PAS mendapat liputan langsung
dalam TV? Mereka hanya beri ruang ketika pemimpin PAS meninggal dunia sahaja, atau ucapan
sekerat bertujuan mengelirukan rakyat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Almarhum Ustaz
Fadhil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan lain-lain, mereka hanya di iktiraf selepas kematian.

Himpunan ini umpama meledakkan sesuatu supaya berlaku gelombang terbesar untuk menghadapi
PRU -14 nanti, PAS hari ni menghadapi cabarang yang sangat hebat dari segenap penjuru, kita di ajar
terus berjuang tidak kira kalah atau menang yang penting kita terus istiqomah di atas landasan yang
betul, tidak sesekali terpengaruh dengan percaturan orang-orang tertentu. Dan hanya percaya bahawa
Islam sahaja yang boleh memimpin hidup ini.

kerajaan hari ini telah terbukti gagal memimpin, lihat sahaja statistik jenayah dan kerosakan dalam
negara kita, hampir semua aspek rosak dengan ketirisan, rasuah, pembuangan anak, pembunuhan,
rompakan, pendidikan, ringgit menjunam, percukaian melampau. Boleh dikatakan tersangat ‘gila’
masyarakat hari ini, kerana sentiasa memberi mandat setiap PRU kepada UMNO dan BN mentadbir,
sedangkan telah terbukti di hadapan mata bahawa mereka gagal mengurus negara ini.!
Bermacam pengisian di hidangkan kepada pengunjung HIKAM 2.0 kali ini, yang pasti ia sarat dengan info dan taujihad yang padu dari pimpinan, kita akan mendengar amanat dari Ustaz Idris Ahmad (Ajk Pas pusat), Ustaz Fadhli Shaari (KP Negeri Kelantan), Hj Yahya Ali dan Ustaz Sulaiman Sulong pada malam pembukaan.
Kami cuba pelbagaikan bentuk pengisian, antaranya kuliah haraki yang akan di sampaikan oleh Ustaz Syeikh Hanafi, Ustaz Muzani dan YB Ustaz Ariffin Deraman selepas maghrib. Ada juga dalam bentuk santai petang chit chat Ustaz Azhar Idrus bersama Tuan Guru Presiden. Saudara Yusuf Azmi dan Ustaz Abdul Halim dalam slot semboyang satu malaysia pada hari berikutnya Gegar HIKAM bersama Ustaz Haslin Bollywood dan Ali XPDC pada jumaat malam dan Malam Ambang Kemenangan bersama Ustaz Dusuki Abdul Ghani, Soutul Amal dan Nizam LAKSMANA pada malam kemuncak.

Tidak lupa konvoi anak muda, sukan, pertandingan memanah, silat, motor show, cabutan bertuah,
pelancaran Alternatif Band Club Marang, dan pesembahan anak-anak pasti menanti anda.

Seterusnya Himpunan Anak Muda Marang, Kita akan mendengar taujihat dan amanat dari Ustaz
Khalil Abdul Hadi dan YB Ustaz Mohd Noor Hamzah pada jam 3.00 petang sabtu.

Ayuh! seluruh pemuda, muslimin dan muslimat kita menghadirkan diri dalam himpunan bersejarah
 ini. Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak mengunjungi gerai-gerai jualan yang hampir 300
gerai pelbagai ragam terhidang. Semoga ukhuwwah dan tali persaudaraan dikalangan kita terpelihara,
seterusnya bersama – sama membina Daulah Islamiyyah yang mendapat keampunan dari Allah yang
maha pengampun. Amin

Jazakallahukhairan Khathira.

Ziyad Zakaria
Pengarah HIKAM 2.0
Naib Ketua DPPKM

Sumber BO - 5-1-2018








































Beri PAS mandat laksana Islam

IMPIAN orang Melayu termasuk penyokong 
Umno hendak tengok Islam boleh dilaksanakan 
dalam pentadbiran kerajaan hanya boleh dicapai 
dengan memberi mandat kepada PAS. 
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi 
Awang berkata, PAS tidak berdepan dengan banyak halangan bagi mencapai matlamat tersebut 
berbanding Umno.
“Oleh kerana itu beri peluang kepada kami mentadbir Kelantan, Terengganu, Kedah dan 
Selangor. Sekiranya mendapat peluang lagi di Terengganu Islam dapat dilaksanakan,” katanya 
pada Pelancaran Markas Besar PRU 14 Pengkalan Berangan di perkarangan Pasti Al-Mukmin, 
malam semalam. 
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Yang Dipertua PAS 
(YDP) Marang, Yahaya Ali, Ketua Muslimat PAS Marang, Ustazah Zarani Othman, Ketua  
Pemuda, Ustaz Yusof Abdul Hadi dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan 
Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.
Sempena pelancaran Markas Besar PAS Dun Pengkalan Berangan, sejumlah RM37,209.40 dan 
sebentuk cincin emas disumbangkan orang ramai. – HARAKAHDAILY 5/1/2018
Sumber HD - 5-1-2018 

Sekilas Pelancaran Markas Besar N20


Oleh : Badar

Majlis Pelancaran Markas Besar N20 PAS Pengkalan Berangan bagi PRU 14 telah sempurna
dilakukan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertempat di perkarangan Markas
Upu Pengkalan Berangan pada Rabu 3 Januari 2018 jam 9.30 malam.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah MTD Ustaz Sulaiman Sulong yang
mengharapkan agar semua anggota dan penggerak parti untuk memusatkan tenaga dan upaya bagi
mencapai kemenangan dalam PRU 14 yang bakal berlangsung dalam masa yang hampir.

Beliau juga menyeru dan mengajak kepada penyokong Barisan Nasional untuk bersikap telus dan
tulus bagi membantu PAS memartabatkan Islam disamping membantu untuk menyelamatkan negara
dan negeri yang sedang menghadapi krisis dan penyelewangan serta kegawatan yang sangat ketara.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Tuan Guru dengan motto Ubah N20
Pengkalan Sejahtera.

Tuan Guru yang sebelum itu menyampaikan ucapan dengan mengharapkan agar PAS DUN Pengkalan
Berangan mampu menang dan seterusnya memberi kemenangan kepada PAS Negeri Terengganu
dalam membentuk dan membina kerajaan baru yang lebih dinamik dan Islamik

Majlis diserikan dengan ucapan dua orang tokoh kepimpinan PAS iaitu Yang DiPertua PAS Marang
Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II, YB Dr Haji Alias Razak.

Lebih RM30,000 telah diterima oleh Tuan Guru dari penyumbang bagi mengisi tabung dana PRU14
PAS Pengkalan Berangan

Kehadiran penyokong dan pendokong PAS dari seluruh DUN mengambarkan komitmen mereka bagi
meruntuhkan kebobrokan politik yang sangat menjelekkan dan memastikan setiap warga masyarakat
terbela dengan keadilan Islam dan generasi akan datang akan terbela.
























































Sumber BO - 5-1-2017























































PAS Mahu Masyarakat Hidup Dengan 

Harmoni

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berharap agar masyarakat di
kampung-kampung yang jauh ke pedalaman dapat bersama dengan parti itu, hidup dalam suasana
masyarakat yang harmoni.

Pengerusi Majlijs Tindakan DUN tersebut, Haji Ghazali Sulaiman berkata, hubungan persaudaraan
dan ziarah menziarahi adalah sangat penting.

“Harapan saya agar kita dapat membentuk hubungan PAS Kawasan Dungun, DUN Bukit Besi dan
juga penduduk Kampung Syukur yang lebih harmoni dimasa akan datang,

“Jadi kita jemput belaka orang kampung untuk bersama-sama makan disamping mengeratkan
ukhuwah dikalangan penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketuka ditemui selepas Program Gotong Royong membersihkan masjid dan
persekitaran Kampung Shukur di sini, pada Rabu 3 Januari.

Menurutnya, seramai 40 orang petugas Jabatan Amal, Ameerah dan Pemuda yang datang dari bandar
Dungun dan Bukit Besi bersama-sama menjayakan aktiviti pasca banjir yang melanda kampung itu,
dua hari sebelumnya.

“Hari ini aktiviti cuci masjid, sebelah bawah tu………yang kedua cuci dewan makan (masjid) lepas ni
kita gi ziarah sekitar Kampung Shukur,

“ada orang sakit dua, tiga orang…..kita ada muslimat, Ameerah, Pemuda dan juga Unit Amal, lebih
kurang 40 orang yang datang daripada Dungun dan DUN Bukit Besi,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, PAS juga melaksana program ‘Dapur Rakyat’, memasak makanan dan
menghantar kepada penduduk yang terjejas akibat musibah tersebut.

“bajetnya dalam 200 orang dengan menu yang sederhana……jadi kita jemput belaka orang kampung
untuk bersama-sama makan,

“disamping mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk Kampung Shukur,” tambah beliau.


Sumber BO - 5-1-2018















































































































Number Of Flood Evacuees Drops Slightly In 

Terengganu

KUALA TERENGGANU – The situation in the flood-hit areas of Terengganu saw a slight decrease
in the number of evacuees on the third day today, with 333 people from 110 families as at 8am
compared to 343 (114 families) last night.

According to the Info Banjir portal, two more relief centres had been opened in the Kemaman and
Dungun districts, bringing the total to seven.

Dungun is the hardest hit, with 256 people from 93 families in three centres, while in Kemaman,
there are 77 people from 17 families in four centres.

Terengganu director of education Shafruddin Ali Hussin said two schools were closed today due to
the floods, namely, SK Pasir Raja in Dungun with 63 students and 17 teachers, and SK Pasir Gajah
in Kemaman with 213 students and 23 teachers.

Terengganu Civil Defence Force director Lt Col Che Adam A Rahman said the drizzle and, at times,
heavy rain in almost all parts of Terengganu was expected to continue until tomorrow — Bernama

Sumber BO - 5-1-2018
























































Khidmat M'sia Kemaman siap sedia hadapi 

banjir

KEMAMAN: Khidmat Malaysia Kemaman kini 
berada dalam keadaan siap sedia menghadapi 
sebarang kemungkinan dan sentiasa memantau 
perkembangan semasa paras air yang 
menyebabkan banjir di daerah tersebut.
Pengerusinya, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, tinjauan pihaknya mendapati berlaku 
peningkatan paras air di beberapa lokasi, manakala terdapat juga penempatan dilanda banjir 
kini air telah surut.
Menurut beliau, pihaknya akan membuat beberapa tindakan susulan berikutan air mulai surut 
terutama di Air Putih, Jalan Paman, Seberang Tayor dan Mak Lagam berikutan cuaca sedikit 
panas setelah hujan selama empat hari sebelumnya.
Sementara dalam perkembangan semasa jam 11:45 malam tadi, paras air didapati naik terutama 
di kawasan Bukit Mentok berikutan fenomena air pasang berukuran 3.6 meter di mana boleh 
menyebabkan kawasan rendah sekitarnya dilanda banjir.
Ikut serta dalam tinjauan itu adalah Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz 
Nik Muhammad Nasri Nik Malek dan Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Ramlan 
Mahmood. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

























































Ameerah santuni pengundi di Felda Jerangau

DUNGUN: Ameerah Dun Bukit Besi telah 
mengadakan program ziarah dan sumbangan 
dalam usaha menyantuni para pengundi di Felda 
Jerangau, di sini semalam.
Program tersebut menjadi sebahagian daripada 
pelbagai usaha mendekati pengundi dalam hasrat 
merealisasikan kemenangan PAS di Terengganu 
pada PRU14 nanti.
Pada ziarah diadakan itu, rombongan PAS turut berkesempatan mendengar pelbagai 
permasalahan diutarakan penduduk, selain menyelami isu-isu asas dihadapi mereka.
Ameerah Bukit Besi turut menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur dalam hasrat 
meredakan sedikit tekanan penduduk yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi kini.
Sementara itu menurut Setiausaha PAS UPU Felda Jerangau, Mohd Suhaimi Zangi, menerusi 
program seumpama itu diharap berlaku anjakan paradigma pengundi dalam mencetuskan 
perubahan pada PRU nanti. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Khutbah Jumaat 5hb Januari 2018; 

Permusuhan Orang-orang Yahudi



Sumber BO - 4-1-2018























































































































Ribut 30 Saat, 63 Rumah Rosak

Oleh : M.Faizal Nahwan Abdullah

KEMAMAN – Sebanyak 63 buah rumah penduduk di Taman Fikri Fasa Satu, rosak akibat ribut yang
melanda kawasan tersebut hanya selama 30 saat sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat yang masih dalam keadaan ‘uzur’,
 segera ‘turun padang’ bagi melihat sendiri kesukaran yang menimpa rakyat.

Beliau berharap, penduduk yang menerima ujian dari Allah itu bersabar dan berjanji akan berusaha
membantu mereka terjejas.

bencana itu berkata, penduduk memaklumkan sejak tinggal disitu melebihi 25 tahun, inilah kali
pertama taman perumahan mereka dilanda ribut.

“Saya berdoa mangsa-mangsa ribut agar tabah dengan ujian yang melanda disamping itu kita turut
menyampaikan sedikit sumbangan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para
mangsa yang terlibat.

“Dengan sumbangan ini, diharap para mangsa mengetahui bahawa kami juga merasai kesusahan
mereka dan kita berdoa agar mereka diberi ketenangan oleh Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama Yang DiPetuan PAS Kemamam
Ustaz Alias Abdul Hamid pada Selasa 2 Januari.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, angin kencang tersebut turut melanda Kolej Kemahiran Tinggi
Mara yang menyebab sebuah binaan runtuh.

Justeru itu, beliau memohon agar pihak berkuasa membaik pulih segera semua kerosakan akibat
ribut itu.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Ustaz Nik Muhammad Nasri,
Ketua Dewan Pemuda Ustaz Ramlan Haji Mahmood, dan Ketua Penerangan Ustaz Hazri Jusoh
serta Ketua Dewan Muslimat Kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat.

Sumber BO - 4-1-2018



























































Banjir; Khidmat Malaysia Kemaman Aktifkan 

‘Mode Standby’

KEMAMAN- Hujan lebat yang melanda daerah ini sejak 72 jam lalu menyebabkan banyak kawasan
rendah mula dinaiki air dan beberapa jalan laluan utama ditutup kepada kenderaan kecil.

Pengarah Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata semua sukarelawan telah
berada dalam keadaan bersiap siaga dan ‘mode standby’ juga telah diaktifkan sebagai persediaan
menghadapi banjir.

“Khidmat Malaysia Kemaman terlatih dan berpengalaman menghadapi banjir dan kita mengguna
pakai SOP sedia ada yang pernah diiktiraf pengendalian suatu ketika dahulu.

“Arahan kepada semua unit agar bersiap sedia dan memantau segala keperluan agar dapat digunapakai
bila-bila masa jika berlaku sebarang bencana dan banjir.

“Kita telah mengarahkan unit 4×4, unit boat dan unit komunikasi agar lebih memberi penumpuan
penuh ke lokasi-lokasi kritikal jika sekiranya berlaku banjir.” ujur beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui membuat tinjuan keadaan banjir di Jambatan Teladas,
Kampung Air Putih yang di sini pada Rabu 3 Februari.

Ramlan juga menambah unit prasarana dan peralatan jua telah diurus selia dengan baik dengan
kelengkapan-kelengkapan begi operasi menyelamat dan sebagainya.

“Begitu jua kekuatan unit amal dan sukarelawan pemuda telah di kerah untuk bersiap siaga untuk
turun membantu.” kata beliau lagi.

Menurutnya, lapan batang jalan di Daerah Kemaman tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan akibat
banjir yang melanda beberapa kawasan daerah tersebut bermula semalam.

“Di Jambatan Teladas Kampung Air Putih ditutup untuk semua kenderaan tak kira samada kenderaan
berat atau ringan,

“Bagi kenderaan yang menggunakan Jalan Kampung Tempurung ke Pasir Minal ditutup pada semua
kerana di tenggelami banjir setinggi dua meter, jarak 200 meter,” katanya

Menurutnya, Jalan Batu 10 ditutup pada kenderaan ringan kerana air naik sehingga 0.5 meter, jarak
10 meter dan Jalan sungai Pinang juga ditutup pada kenderaan kecil kerana air naik sehingga 0.5,
jarak 30 meter.

“Selain itu, Jalan Pasir Gajahke Kampung Laut paras air naik sehingga 0.5meter, jarak 25m dan
ditutup untuk kenderaan kecil dan ringan,

“Manakala bagi kenderaan ringan yang melalui jalan Kampung Paman ke LPT2 juga ditutup kerana
air naik sehingga 0.4 meter, jarak 20 meter,”ujar beliau.


Sumber BO - 3-1-2018




























































Tetapkan Garis Panduan Pusat Pemindahan 

Banjir ‘Mesra Ibadah’

DUNGUN – PAS menggesa kerajaan agar meletakkan garis panduan yang wajib diikuti bagi
pengendali pusat-pusat pemindahan mangsa banjir, supaya lebih mesra wanita dan mesra ibadah.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman
berkata, walaupun digambarkan ada usaha diambil pihak berkuasa sebelum ini, namun ia masih tidak
dilaksanakan, terutama di kawasan pedalaman.

“prasarana (pusat pemindahan bajir) kurang mesra wanita…..kurang mesra ibadah……patut diubah
sikit,

“saya dah beritahu kepada Penghulu Mukim, minta tolong sampaikan kepada pihak yang berkuasa,
yang berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Kampung
Shukur dan Pasir Raja pada Selasa, 2 Januari, 2018.

Menurutnya, ia bersesuaian untuk disampaikan kepada pihak berkuasa terutamanya kerajaan pusat

kerana beliau dimaklumkan, seorang Menteri akan hadir menziarahi kampung dilanda musibah itu.

Sehubungan itu, Haji Ghazali menasihatkan masyarakat kampung terbabit agar jangan lupa dari
‘mengingati Allah’ dan melaksanakan ibadah walau dalam keadaan sukar sekalipun.

“Allah menguji kita dengan ujian dilanda banjir……memang susah dan payah, tapi kita jangan lupa,
ia merupakan peringatan kepada kita supaya tidak lupa kepadaNya,

“laksanakan ibadah, tunaikan solat, walaupun dalam keadaan kita ditimpa musibah, dan sentiasa
berdoa,” jelasnya.

Hujan lebat yang turun ‘ambang’ tahun baharu 2018 di kawasan Hulu telah menyebabkan air sungai
Dungun melimpah, melebihi paras bahaya.

Kedua-dua kampung, Shukur dan Kampung Pasir Raja yang terletak kira-kira 130 kilometer daripada
Kuala Terengganu dibanjiri air saban tahun.

Walaupun kedua-dua lokaliti itu merupakan ‘kubu kuat’ Umno dan Barisan Nasional (BN), namun
tidak ada usaha yang serius diambil pemerintah untuk mengelakkan kejadian banjir terus berlaku.

“belum Nampak tindakan yang berkesan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir yang sudah
berterusan puluhan tahun di sini,” tambah beliau.

Sumber BO - 3-1-2018

Malaysia Baharu Di Bawah PAS

Oleh : Suhaimi Taib

PAS perlu menjadi ‘Leader’ atau ‘King Maker’ kepimpinan negara bagi melihat berlaku perubahan
sebenar dan arah tuju yang jelas pada dasar dan pentadbiran Malaysia.

Ia juga bagi membolehkan segala kepincangan dan salahurus negara diperbaiki menurut landasan
yang betul, bukan sebaliknya.

Parti-parti lain, tidak mempunyai dasar yang jelas untuk memacu negara ke arah kemajuan dan
keadilan yang sebenar.

Mereka hanya boleh menjadi rakan kerjasama membantu PAS membentuk negara Malaysia Baharu
yang lebih berketerampilan dalam semua aspek.

Semua ini boleh diputuskan selepas kejayaan PAS menjadi ‘King Maker’ di peringkat Pusat, selepas
pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Rakyat perlu faham persoalan ini dan memberi undi kepada calon PAS di mana-mana kawasan
Parlimen yang dipertandingkan.

Sementara itu, saya masih pertaruhkan kedudukan PAS dengan BN di Terengganu, di kedudukan
50-50.

Namun peluang untuk PAS memerintah semula adalah cerah berdasarkan banyak faktor.

Pertama: Pengundi muda majoriti celik isu.

Kedua: Perebutan kepimpinan Umno Terengganu masih berterusan, akan berlaku ‘caj keting’ dalam
pilihan raya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Ketiga: Tekanan hidup akibat GST dan kenaikan harga barang makin terasa di kalangan rakyat.

Keempat: Pengaruh Pakatan Harapan (PH) terpinggir tidak akan mengubah pola kecenderongan
rakyat memilih PAS sebagai parti pemerintah.

Kelima: BN tidak ada idea baharu untuk merubah kecenderungan rakyat mengekalkan parti itu terus
memerintah Terengganu.

Keenam: Kelantan masih utuh dan maju bersama PAS walaupun pendapatan tahunan negeri amat
jauh kekurangannya berbanding Terengganu.

Sumber BO - 3-1-2018 






























































Ekonomi Bagus? Rakyat Hidup Dalam 

Keperitan

HULU TERENGGANU – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) mendakwa ekonomi bagus
dan stabil pada hari ini tetapi hakikatnya rakyat ‘perit’ dalam kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Haji Hishamuddin Abd Karim berkata,
ratusan orang setiap kali agihan bantuan persekolahan rakyat negeri Terengganu memenuhi dewan
sivik.

“Kalaulah rakyat Terengganu senang belake tak perlu dah kita bagi (beri) bantuan tetapi sebab apa
kita bagi juga… sebab rakyat kita susah,

“Setiap kali kita turun dan tanya kepada rakyat bagaimana keadaan ekonomi pada hari ini… Ada beza
dok leni (sekarang) dengan dulu,

“Masing- masing daripada kalangan rakyat akan beritahu susah leni ustaz…tetapi pemimpin Umno,
dia tiada ‘sensivity’ ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Solidariti Palestin dan Ambang 2018 di Pasar
Manir, Ahad, 31 Disember.

Menurutnya, pihak kerajaan tidak turun ke peringkat akar umbi dan tidak bersama dengan rakyat
untuk tahu perkembangan tentang rakyat. Mereka padan mabuk terima data yang di keluarkan oleh
kerajaan yang mereka perintah sendiri.

Malangnya negeri Terengganu adalah negeri yang tak mampu untuk memberikan peluang pekerjaan
yang banyak.

“Sebab itu kita (PAS) nak beritahu pada rakyat pelaburan pada tahun 2017 hanya ada tiga pelaburan
sahaja yang membabitkan jumlah sebanyak 55 juta.Bila kita beritahu ini pada rakyat dengan
pelaburan seperti ini, macam mana nak keluarkan rakyat daripada pengangguran kepada alam
pekerjaan,

“Saya yakin orang muda yang duduk di Terengganu ini sekiranya mereka menerima bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M), mereka suka hati tetapi mereka lebih suka hati kalau dapat pekerjaan
 yang stabil dan bagus,

“Tapi malangnya negeri kita ini suka bagi ‘one off’ tapi tidak mampu untuk cipta peluang pekerjaan.

“Pada tahun 2017 ada 13 projek ‘low hanging fruit’ yang menawarkan pekerjaan mencecah 80 ribu
pekerjaan tapi malangnya takdop apa satu,”ujarnya kesal.

Tambah Hishamuddin lagi, PAS bertanya tentang perindustrian Teluk Kalong dan kerajaan menjawab
bagus dan mendakwa ia rancak dengan kesemua 319 lot, 99% telah di beri milik.

“Kita tanya semula daripada 319 lot ini berapa yang aktif dan tidak aktif. Kerajaan pusing tak jawab
sampai ke sudah. Jawab benda lain.

“Dia ingat kita tak tahu berapa yang aktif dan berapa yang tidak aktif. Bila kita kata malap ertinya
kita siasat… Kita tengok berapa yang aktif dan tidak aktif,

“Yang tidak aktif 60%. Sebab itu kita kata malap tetapi dia tidak jawab kerana mereka tahu kalau
menjawab benda ini kena atas batang kepala mereka sendiri,”kata beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan Umno BN kalau bahagian buat ‘lawa’ boleh serah padanya tetapi bahagian
untuk buat pengisian kepentingan rakyat memang tiada.

“Sebab itu kita harap orang muda beri perhatian dan peluang kepada parti PAS untuk memerintah
dalam pilihan raya umum (PRU) ke14 nanti,

“Oleh kerana itu kita kena buat perubahan serah balik negeri Terengganu kepada PAS untuk
memerintah kembali,”tegas beliau.

Sumber BO - 2-1-2018






























































































































Mangsa ribut Taman Fikri disantuni PAS 

Kemaman

KEMAMAN: Hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan 63 rumah mengalami 
kerosakan struktur bumbung akibat ditimpa ribut dalam kejadian di Taman Fikri, di sini hari ini.
Sehubungan itu kepimpinan PAS Kawasan Kemaman dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai 
telah turun meninjau keadaan dan menemui mangsa di perumahan tersebut.
Menurut Adun Chukai, Hanafiah Mat, kebanyakan rumah didapati tercabut atau jatuh kepingan 
atapnya di mana kejadian tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun dahulu.
Beliau berharap semua mangsa tabah menghadapi ujian itu dan berdoa mereka mendapat 
ganjaran sebaiknya daripada Allah S.W.T.
Pihak PAS telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai dan barangan makanan bagi 
meringankan beban mangsa serta sedang meneliti bantuan lanjut.
Hadir sama Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid; Ketua Pemuda PAS 
Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ketua Muslimat PAS Kemaman, Ustazah Fainah Mat. 
HARAKAHDAILY 2/1/2017
Sumber HD - 2-1-2018 
































































2018: Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera 

bersama PAS

MENGIMBAU kembali suasana negara 
khususnya hal berkaitan Negeri Terengganu, 
membuatkan saya merasa sedikit runsing. 
Melihat kepada keadaan ekonomi yang dikatakan 
semakin baik, tetapi rakyat semakin merintih. 
Terngiang-ngiang laungan yang kononnya 
meratapi kepedihan, kesengsaraan rakyat yang bergema secara berjemaah di PWTC bulan lalu, 

yang kemudiannya menjadi laungan 
“Gajah Putih”, sama seperti projek-projek 
yang mereka 
lakukan. Retorik di dalam dewan, tidak 
terlaksana di luar dewan. 
Alhamdulillah, PAS sehingga kini menjadi 
semakin matang, semakin diminati rakyat walau dengan gangguan, usikan nakal dan kebencian 
yang tidak ke mana oleh musuh. Lebih 40,000 
yang memohon menjadi ahli pada 2017, isyarat jelas, laluan yang dipilih PAS, dipercayai, 
diyakini dan disukai rakyat. Hanya Umno yang memimpin BN serta DAP yang mengepalai 
PH sahaja yang tidak keruan, terpaksa membohongi diri dan rakyat dengan ceritera dan 
sinetron wayang palsu mereka terhadap PAS. 
Berkata PM, Datuk Seri Najib Razak, PAS adalah pembangkang yang baik berbanding sekutu 
pembangkang yang lain. Rasanya tidak perlu diwar-warkan itu, tiada perkara baharu kerana 
PAS sememangnya sentiasa menjadi pembangkang yang menegur, menentang, serta 
memberikan contoh kepada lawan mereka. Jika BN tidak mengambil cakna perkara agama, 
PAS menunjuki jalannya. Jika PH merasa senang dengan Mahathir, PAS menjauhi dan 
mengelak tipu daya orang yang banyak merosakkan negara dengan ‘fatwa-fatwa’ karutnya. 
Sehingga kini masih belum dia mengaku kesalahannya. 
Namun hamburan pujian yang dilemparkan kepada PAS, ibarat mencurah air ke daun keladi, 
kerana sehingga kini walaupun rakyat telah memilih wakil mereka yang sah, BN tetap 
menafikan hak sebenar wakil rakyat pembangkang. Antara tanda cakap yang tidak serupa 
bikin lagi oleh BN ialah masih gagal menyediakan platform yang seadil-adilnya kepada semua 
parti yang bertembung di dalam PRU. BN masih mengambil kesempatan menggunakan segala 
kemudahan kerajaan bagi kemenangan mereka. 
Tidak terhenti setakat itu sahaja, BN juga menekan, mengugut kakitangan yang menyokong 
pembangkang. Sedangkan ada jaminan persekutuan yang rakyat Malaysia bebas memilih parti 
mana yang mereka sokong sebagai tanda negara ini negara demokrasi. Di manakah kematangan 
BN dalam hal ini bagi rakyat mengadili mereka? Kematangan PH pula, bakal menghabiskan 
waktu kita sahaja untuk membincangkannya. Lupakanlah. 
Jelas dan tuntas, PAS sebagaimana diakui semua kawan dan lawan, sedang menerajui politik 
matang yang bisa membawa kemakmuran bagi negara. PAS menegur dengan berhemah, marah 
beradab, melawan bersebab, menunjuk bertempat, gagah mengharungi 2017 dengan jayanya 
walaupun dengan ketiadaan sebahagian mereka yang merasa kononnya PAS akan rebah tanpa 
“kepandaian” mereka. PAS menyandarkan segalanya kepada Allah setelah berusaha. Kemudian 
apabila sudah diputuskan mengikut kehendak Allah dan rasul, kami akan istiqamah sebagaimana yang diperintahkan. Ramuan kejayaan kami ialah kami meminggirkan perkara remeh dan bekerja keras atas hal yang pokok dan dasar Islam. 
2018 telah membuka tirainya. Pastinya PRU lah agenda utama seluruh rakyat Malaysia. Kita 
sudah nampak dan ketahui parti manakah yang akan mara ke depan. Dengan janji PAS dan 
Gagasan Sejahtera untuk bertanding sebanyak yang mungkin kerusi, insya Allah 130 kerusi 
parlimen, maka semestinya PAS menjadi pilihan rakyat setelah mereka menyaksikan 
kematangan parti-parti lain, hanyalah kosmetik yang akan pudar dan cair apabila matahari terik. 
Insya Allah PAS akan terus kekal dengan Islam. Semoga Allah melindungi PAS dan menjadikan 
PAS sebagai pemandu rakyat Malaysia ke jalan yang diredhai Allah. 
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PS Terengganu
14 Rabiulakhir 1439 / 2 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018 

Sungai Dungun Melebihi Paras Bahaya


































































Air sungai dilaporkan membanjiri Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, lewat malam semalan
KUALA TERENGGANU – Air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah melebihi paras bahaya,
manakala Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih telah melebihi paras amaran.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Dungun
meningkat kepada 37.75 meter pada jam 6.45 petang melebih tahap bahaya sebanyak 37.50 meter.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman
mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Mungkin pagi (hari ini Selasa) cuba masuk (ka kawasan tersebut) ……..Beras dan petrol kita hntar
minggu lepas doh……..sebagai stok pangkalan hadapan,” jelasnya

































































Keadaan air sungai yang melimpah di kampung Shukur, semalam
Manakala Sungai Kemaman, disukat pada kedalaman 13.29 meter, yang melebihi paras amaran,
sebanyak 13.25 meter.

Beberapa sungai-sungai lain juga menunjukkan kenaikan paras air, ntaranya Sungai Besut di
Kampung La, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu, sungai Tebak di Jambatan Tebak dan
Sungai Berang di Kampung Menerong.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang
dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan dan Kota Tinggi, Johor sehingga
esok.

Sumber BO - 2-1-2018

































































Tahun Baharu Disambut Dengan Runtuhan 

Terbaru

Sebuah pembinaan yang baru dibina tidak sampai dua tahun, laluan pejalan kaki berbumbung,
bermula dari Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sehingga ke Pasar Besar
Kedai Payang, telah runtuh sebahagiannya.

Runtuhan tersebut di Jalan Kampung Daik, menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada orang awam
bermula semalam, setelah satu per empat daripadanya runtuh pada pukul 6 pagi 1 Januari, tahun baru
2018.

Sewaktu mengumumkannya sebagaimana dilaporkan media pada 8 Mac 2015, Menteri Besar, Datuk
Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi projek itu.

Ia mengembalikan dan menguatkan persepsi orang orang ramai terhadap negeri Terengganu, yang
digelar sebagai ‘Darul Runtuh’.

Ketua Pemuda PAS DUN Bandar, Khairudin Muhamad berkata, runtuhan berlaku lagi dalam keadaan
yng berlaku diluar jangkaan.

“Disaat saya hadir ke tempat kejadian jam 10.45 pagi, beberapa orang kakitangan MBKT telah berada
di sana untuk memeriksa keadaan runtuhan dan menghalang orang awam masuk ke kawasan tersebut,

“Sebab runtuhan…….katanya akibat angin kuat……tapi bagi saya, ada masalah teknikal yang lain,
ini andaian saya,” ujarnya.

Beliau berpendapat, ada beberapa faktor, yang mungkin menyebabkan berlakunya runtuhan terbaharu,
pada tahun baru itu.

“penggunaan besi ‘hollow’ yang nipis…….kekuda yang agak luas, kekuda atap yang agak berat dan
 kekuatan angin,” ujarnya mencongak.

Sementara itu, seorang ‘netizen’ Asmawi Mukhtar berkata beliau jarang melihat kejadian runtuhan
berlaku yang melibatkan keadaan besi patah sebagaimana yang terjadi pada laluan pejalan kaki itu.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
 mengucapkan takziah ‘Innalillah Wainna ilaihii raajiuunnn’ ketika mengulas perkara tersebut.

“Awal tahun 2018 bermula dengan runtuh dah di Bandaraya KT……pakat ambik iktibar dehh……..,
” tulis beliau dalam laman sosialnya.

Menurutnya, kejadian runtuh itu mengingatkan beliau terhadap seorang Exco kerajaan negeri yang
menjawab sambil lewa apabila diajukan persoalan tentang masalah bangunan dan binaan yang runtuh
dan rosak di negeri ini.

“Ambe teringat seorang bekas Exco Kerajaan UMNO Terengganu jawab dalam Dun Terengganu
sewaktu Adun PAS bangkit tentang isu runtuh yang banyak berlaku di Terengganu beberapa tahun
lepas,

“Kata Exco berkenaan koho banyak runtuh lagi bagus sebab akan ada projek baiki pulop……..Dok
dang mmikir ambee taraf Exco ccakap ggituu…….,” kata beliau.

Sejak 10 tahun yang lalu, puluhan bangunan dan binaan yang telah runtuh dan rosak di negeri
Terengganu, yang menyebabkan Darul Iman digelar sebagai ‘Darul Runtuh’

Bacaan berkait;

Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008

Sumber BO - 2-1-2018


































































PAS Akan Perintah Terengganu, ‘Bukan 

Omong Kosong’

HULU TERENGGANU – PAS akan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan memerintah
Terengganu

Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, ia bukan
‘omong kosong’ atau ‘cakap besar’ pemimpin.

Katanya, ia berdasarkan kebobrokan Umno dengan pelbagai skandal samada di peringkat nasional
ataupun tempatan.

“Masa kita menang 15 kerusi, GST tak dok lagi. Dok kang (tidak mungkin) ada GST, koho (makin)
kuat orang pakoh Umno,” tegasnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Majlis Solidariti Palestin dan Ambang 2018, di Pasar
Manir, di sini pada 31 Ahad Disember.

Oleh itu, beliau mengajak semua anak-anak muda, yang merupakan 60 peratus pengundi pada PRU14
memberi sokongan kepada PAS.

“Sepatutnya dengan banyak skandal yang berlaku ini, Umno nak buka markaspun tak boleh sekali ni,
kerana tak dok orang muda nak sokong dia doh,” jelas beliau dihadapan ribuan anak muda yang hadir.

Sehubungan itu, Sheikh Hanafi berkata, program tersebut yang dianjurkan Pemuda PAS adalah untuk
menunjukkan, sekirannya PAS memerintah aktiviti rutin termasuk hiburan akan tetap diteruskan.

Dengan memberikan alternatif kepada rakyat, menurutnya, akan memberikan impak positif dan
memberi makna kepada kehidupan ini.

“Mungkin orang muda ingat, bila PAS memerintah, semua kena pakai serban belaka, tidak……!nak
kena pakai jubah belaka,

“siapa nyanyi kena tangkap, nak kena ngaji sokmo, ini bukan dia (bukan matlamat PAS),” ujar
beliau,

Mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu itu menambah, PAS adalah sebuah parti
‘marhaen’ yang bergerak dengan nadi rakyat dengan kesedaran, mencintai Islam, keadilan, bencikan
rasuah dan kebobrokan.

“Mereka memberi sekadar yang mereka mampu, wang ringgitnya, tulang empat keratnya, ideanya,
tenaganya, masanya,

“ini berlaku sejak hari pertama PAS ditubuhkan yang sama-sama bersemangat untuk menjatuhkan
Umno”, tambah beliau dengan penuh berkobar-kobar.

Sesungghnya kata beliau lagi, anak-anak muda harus berbangga menjadi penyokong serta pendokong
PAS yang berkuasa hampir 30 tahun di Kelantan dan pernah memerintahkan Kedah dan Terengganu.

Namun katanya, tiada seorangpun pimpinan yang didakwa rasuah.

Sumber BO - 1-1-2018




































































































































Industrial Pollution Ravaging Sg Chalok’s 

Once Vibrant Ecosystem

SETIU: Sungai Chalok in Penarik used to be a national hotspot for shrimp (udang galah) anglers, as it
allowed them to snag as many as five kilogrammes of the crustaceans within less than half a day.

But four years ago, the shrimp started to disappear and today, anglers would be lucky to capture three
shrimps after a day’s-worth of fishing. Even the popular baung catfish and ‘udang gantung’ (small
shrimp) are now missing from fish traps.

Local riverine fishermen, meanwhile, used to earn as much as RM200 a day during the regular season,
and close to RM500 a day during the shrimp season from November to February. But many have
abandoned shrimps fishing, and have opted to venture out to sea to catch commercial marine fish.

The problem began when one of the country’s largest shrimp farms, run by Blue Archipelago Sdn
Bhd, started discharging sea water contaminated with chemicals into Sungai Chalok, which affected
the ecosystem, especially the shrimps which are sensitive to pollution.

Stopa Sulong, 66, said shrimps are a barometer of the health of a river system.

“If the farm had discharged uncontaminated sea water, the shrimps would have survived, because
the river (naturally experiences) sea water incursions many times in a year.

“But because the discharge is contaminated with chemicals, the shrimps are now gone,” said Stopa,
a shrimp fisherman who is lamenting his loss of income due to the pollution.

Mohd Bukhari Yusof, 45, said he stopped fishing for shrimps three years ago after his catch started
to dwindle, and decided to spend more time catching fish at sea.

“The river is dead. I see no hope of the shrimp making a comeback unless the government puts a
stop to the dumping of contaminated seawater into Sungai Chalok,” said Bukhari, who, since a
teenager, spent most of his time catching and selling shrimp.

Saiful Bahri Salleh, 37, said the shrimp farm should build a processing plant to remove all the
chemicals from the sea water before discharging it in the river.

“Usually, in August and September, the river water turns green. It is a sign of dead micro-organisms
which are food for the shrimps. I hope something is done protect the river from further degradation,”
he added.

When alerted to the problem, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman said the relevant
agencies are now monitoring the situation following numerous complaints from riverine fishermen in
Penarik.

“I am waiting for a full report from the Department of Environment (DoE). At the same time, I want
the villagers to lodge reports directly to the DoE and other agencies such as the Fisheries Department,
for them to conduct investigations,” he added. – NST

***Read all about Blue Archipelago from us

Sumber BO - 31-12-2017



































































Isu ‘Babi’ Yang Dipersenda ADUN BN, Kini 

Menjadi Ancaman




































































ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, wakil BN-Umno antara yang mempersendakan soalan 
berkenaan 'babi' yang dibawa oleh ADUN Wakaf Mempelam
KUALA TERENGGANU – Isu babi berkeliaran di kawasan kampung, yang menjadi sindiran dan
persendaan sebahagian wakil rakyat penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), kini menjadi
ancaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, kes
‘Japanese Encephalitis’ (JE) yang kini mula menular di dalam negeri Terengganu.

Katanya, ia tersebar melalui nyamuk ‘Culex’ dibawa melalui babi, yang persoalannya dikemukakan
oleh ADUN Wakaf Mempelam pada Persidangan DUN pada 11 hingga 14hb Disember lalu.

“Tempohari dalam Persidangan DUN, YB Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, ada mengemukakan
soalan berkenaan dengan masalah kehadiran ‘babi’ dalam kawasan beliau,

“soalan ini menjadi bahan sindiran sebahagian wakil rakyat penyokong kerajaan bagi menggambarkan
soalan itu tidak perlu untuk di bawa dalam Dewan Undangan Negeri……kononnya, isu babi tidak
penting,” ujarnya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata demikian dalam kenyataan yang
disiarkan melalui laman sosialnya, pada Sabtu 30 Disember.

Beliau berkeyakinan, perkara yang dibawa oleh wakil rakyat PAS yang berpengalaman itu, amat
penting dan sangat tahu keperluan yang perlu diutamakan untuk perhatian pihak kerajaan.

Sehubungan itu, satu surat dilampirkan beliau menyatakan, siasatan lapangan ekoran kes penyakit ‘
zoonotik’ tersebut oleh pihak Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, ada kaitan dengan kehadiran ‘khinzir’
di kampung Mengabang Telipot.

Justeru itu, beliau menggesa agar penularan wabak itu perlu dimaklumkan kerajaan secara terus
kepada rakyat.

“agar kebersamaan antara pihak berkuasa dan rakyat dapat menanggani isu ini secara bersama (dan ia)
perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan.

“Kes ini memberi gambaran, kehadiran babi mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk,”
tegas beliau.

Beliau turut berpesan agar penduduk DUN Tepoh khususnya ‘orang Mengabang Telipot’ agar
berwaspada.
Berita berkait sebelum ini;

Penyakit JE; Kerajaan Perlu Bertindak Segera!
Babi Hutan Berkeliaran

Sumber BO - 31-12-2017




































































Jemaah Bantah Tindakan Pemaju Tutup 

Laluan Ke Masjid




































































Notis penutupan laluan ditampal di dinding pembinaan, pada laluan masuk dari Jalan Besar 
Kuala Berang
HULU TERENGGANU – Jemaah masjid Sultan Mahmud di sini, membantah sekeras-kerasnya
tindakan pemaju menutup laluan masuk daripada Jalan Besar Kuala Berang.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Membantah Pembinaan Hotel itu, Haji Muhyidin Abdul Rashid
berkata, kontraktor meletakkan bahan binaan di jalan tersebut.

Tegas beliau, tindakan itu bercanggah dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini.

“Pihak berkuasa kerajaan Terengganu berjanji sebelum ini pembinaan hotel di kawasan masjid
terbabit tidak akan menggangu ahli jemaah masjid untuk solat samada solat fardhu mahupun solat
Jumaat,

“Tapi malangnya sejak dua minggu yang lepas, pihak jemaah telah di maklumkan bahawa jalan
utama daripada jalan besar masjid akan di tutup dan hanya dibuka pada hari jumaat waktu
sembahyang jumaat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dtemui, mengulas mengenai pembinaan hotel di dalam kawasan
Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang, pada Khamis, 28 Disember.

Menurutnya, daripada tinjauan yang dilakukan mendapati, apa yang dijanjikan itu hanyalah cakap
kosong dan ‘janji dicapati’ sahaja.

Jelasnya, jalan tersebut telah di tutup semua sekali dan menyusahkan orang ramai untuk beribadah
di masjid itu.

“Bahkan hari ini sebahagian jemaah masjid telah berpindah ke masjid lain dan menjejaskan bilangan
jemaah masjid pada hari kemuncak dan juga waktu biasa,

“ini maknanya kita menghalang orang Islam untuk memakmurkan masjid sedangkan tujuan
pembinaan masjid adalah untuk kita memudahkan jemaah sembahyang di masjid,” kata beliau.



































































Sebahagian pagar masjid turut dimusnahkan……
Sehubungan itu, Haji Muhyiddin mendakwa, tiada lagi tetamu atau pun bas rombongan luar yang
berhenti di masjid itu.

Walaupun sekarang ini, kata beliau, adalah masa cuti sekolah begitu pelancong yang pergi ke Tasik
Kenyir serta rombongan perkahwinan yang sebelum ini, singgah untuk ‘berjemaah’

“Tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini. Ini (jelas) tindakan menghalang walaupun tidak secara
langsung tetapi telah menjejaskan keramaian (pengunjung) ataupun kehadiran ahli jemaah ke masjid,”
ujarnya kesal.

Sumber BO - 29-12-2017

Penyaki JE; Kerajaan Perlu Bertindak Segera!






































































Gambar fail - Khinzir berkeliaran di Taman Perumahan Permint Perdana Seberang Takir pada 
2010
KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu digesa bertindak proaktif bagi menyelesaikan isu
penyakit ‘Japanese Encephalitis’ (JE).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr M Khairuddin Aman Razali berkata, penyakit ‘zoonotik’ yang
dibawa oleh ‘khinzir’ dan di sebarkan melalui nyamuk ‘culex’ adalah satu penyakit yang membawa
risiko nyawa masyarakat.

“Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dalam isu…… ini perlu diambil
perhatian oleh semua pihak termasuk penduduk tempatan dan jawatan kuasa kampung (JKKK) serta
kerajaan negeri Terengganu,

“Bagi pihak masyarakat pula perlu bekerjasama gotong-royong membersihkan kawasan semak yang
menjadi pusat pembiakan khinzir,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Dialog dan ‘BBQ’ Pemuda
Padang Air, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes JE dan aduan kehadiran khinzir di
Kampung Mengabang Telipot.

Menurutnya, surat yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara Negeri Terengganu bertarikh pada 5 Disember 2017.

Ia meminta agar Jabatan tersebut mengambil tindakan segera menangkap binatang tersebut kerana
penyakit yang di bawa olehnya dan jangkitan virus berkenaan, dipercayai daripada lokaliti tersebut.

“Siasatan mendapati kehadiran khinzir yang menceroboh dan memasuki kawasan rumah mereka,

“Dan ianya bukan hanya melibatkan kampung Mengabang Telipot tetapi juga di penempatan serta
kediaman orang kampung di seluruh parlimen Kuala Nerus,” tegas beliau.
Pautan; Babi Hutan Berkeliaran




































































Majlis Dialog dan ‘BBQ’ Pemuda Padang Air, di sini semalam.


Sumber BO - 28-12-2017





































































‘Kad Sejahtera’ Setiap Keluarga, Jika PAS 

Memerintah Terengganu

BESUT – PAS akan mengedarkan ‘Kad Sejahtera’ bertujuan untuk membantu rakyat negeri
Terengganu yang berpendapatan rendah, sekiranya diberi kepercayaan memerintah negeri ini selepas
 pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Hussain Awang berkata, Kad yang bernilai RM500 itu akan
diberi kepada setiap keluarga yang layak dan ini laku tempoh sahnya dalam masa satu tahun.

“Kad Sejahtera laku dimana-mana klinik swasta samada bawa ayah bawa mak bawa nak gie minta
ubat demam, batuk ataupun sebagainya,

“Kepada klinik yang mana diluluskan oleh kerajaan. Bila dia sudah sampai ke klinik, doktor periksa
dia dan ambil ubat, pihak klinik kata, pakcik kena bayar RM 40, dia hulur kad Sejahtera itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa yang diadakan di
Kampung Pulau Panjang, Jerteh, pada Selasa 26 Disember.

Menurutnya, apabila diberi kad itu sebagai bayaran rawatan kesihatan, maka jumlah wang dalam kad
itu akan dipotong mengikut jumlah caj yang dikenakan pihak klinik.

“Jika sakit pula pada minggu depan, pergi lagi ke klinik yang diakui oleh kerajaan, kena pula bayaran
rawatan RM60, bayaran di potong dari Kad Sejahtera, maka baki tinggal lagi RM 400.

“habis RM500 dalam kad tu (dibelanjakan), kena bayar sendirilah ……..tunggu tahun depan pula.
Kita akan bagi Kad Sejahtera yang baru harganya RM500 juga. Itu bantuan yang akan kita beri
kepada rakyat,” tegas beliau.

Justeru, PAS berharap agar rakyat beralih kepada suatu perubahan yang mana sudah tentu menuju
ke arah pengurusan dan pentadbiran yang telus dan amanah serta bersandarkan kepada syariat Allah
SWT.

“Cukuplah 60 tahun lebih Umno memerintah dan kita (rakyat) telah di pulas dan dipermain-mainkan
oleh pemimpin kerajaan yang sedia ada,” tambah beliau.

Sumber BO - 28-12-2017












































































































































Jawapan RORA kepada PAS Marang dijawab

Mukadimah
Setelah menerima beberapa permintaan daripada 
kawan-kawan yang meminta saya menjawab 
sekali lagi jawapan balas yang diberi oleh Dr 
Rozaimi Ramli (RORA) terhadap tulisan saya, 
saya agak keberatan.
Ini kerana rasanya tiada keperluan untuk terus menjawab dan menjawab lagi tulisan Dr Rozaimi 
yang mengkritik tulisan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi secara tidak mengikut 
norma-norma perbincangan akademik. Iaitu dengan menukilkan pendapat Tuan Guru Abdul 
Hadi berdasarkan kesimpulan yang tidak dimaksudkan oleh penulisnya.
Akhirnya, saya akur menunaikan permintaan kawan-kawan dengan hati yang berat. 
Mudah-mudahan ada sedikit manfaat.
Tajuk kritikan RORA yang tidak mewakili maksud penulis
Dr Rozaimi hanya memusatkan kritikan beliau kepada perenggan ini. 
"Maka PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal Perdana 
Menteri yang bakal menjadi bangkai sahaja. Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah S.A.W 
apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa 
ketua negaranya. Lantas Baginda S.A.W bersabda:_ _“Itu urusan Allah yang menentukan 
dengan kehendak-Nya”
Berdasarkan kepada perenggan ini, Dr Rozaimi merumuskan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi 
berpendapat tak beradab dan haram menamakan Perdana Menteri (PM) dengan berdalilkan 
kisah ketua kabilah Bani Amir tersebut.
Selanjutnya, Dr Rozaimi mengerahkan seluruh fokus kritikannya kepada tajuk yang direkanya 
sendiri, iaitu "Apakah hukum menamakan PM sebelum PRU?".
Iaitu bukan tajuk yang hendak dibahaskan dengan terperinci oleh penulis asal. 
Artikel panjang yang menerangkan tentang bagaimana mengolah sistem politik Islam dalam 
rangka sistem demokrasi berpilihanraya di Malaysia mengikut pandangan penulis, langsung 
tidak diambil kira dalam memahami perenggan tersebut.
Itulah yang dimaksudkan dengan kritikan yang "entah apa-apa".
Menjawab jawapan RORA berdasarkan petikan tulisan beliau
1. "Saya telah pun membaca respon terbaru yang disiarkan dalam Harakahdaily berkaitan 
teguran saya kepada kenyataan tidak tepat TGHH."
Ulasan:
RORA menyifatkan kritikan beliau sebelum ini suatu 'teguran kenyataan tidak tepat Tuan Guru 
Abdul Hadi'. Walhal ia bukanlah bukanlah 'teguran' tetapi menghentam secara hentam keromo.
2. "Saya hairan dengan PAS hari ini. Wacana, perbahasan ilmiah dan teguran dianggap 
sebagai kebencian. Saya nasihatkan supaya penulis elokkan sangkaan beliau. Jangan 
ketaksuban menguasai diri sehinggakan nasihat dan teguran dianggap sebagai suatu yang 
dodasari dengan kebencian."
Ulasan:
Tidak nampak di mana perbahasan ilmiahnya dalam artikel kritikan Dr Rozaimi. Yang 
nampaknya ia jelas sekali bukan perbincangan ilmiah. Ia hanyalah seperti artikel jalanan yang 
memetik bahagian tertentu artikel dan mengkritiknya mengikut selera pengkritik 
semahu-mahunya.
Tak kiralah, sama ada itu maksud sebenar penulis asal atau tidak.
Dr Rozaimi juga meminta saya mengelokkan sangkaan saya kepada beliau, sedangkan beliau 
sendiri begitu berburuk sangka dengan apa beliau sebut sebagai "PAS hari ini".
3. "Penulis tidak membawa apa-apa perkara baru. Dan tidak menjawab pun soalan yang 
saya kemukakan. Artikel beliau bukanlah menjawab saya, tetapi lebih kepada 
memperlekehkan saya tanpa berikan input ilmiah."
Ulasan:
Ya, saya tidak membawa apa-apa perkara baru dan menisbahkannya kepada Dr Rozaimi secara 
tidak adil seperti yang beliau buat kepada artikel Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi. Saya cuma ' 
menegur' kritikan beliau yang jauh terpesong daripada norma kritikan ilmiah. Mungkin beliau 
terlalu taksub hendak mengkritik Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan PAS.
Selain itu, perenggan ini juga amat menarik kerana Dr Rozaimi menegaskan beliau tidak suka 
'diperlekeh'. Tetapi yang ajaibnya beliau sangat suka 'memperlekehkan' orang lain.
4. "Mengapa saya katakan begitu? Ia kerana beberapa sebab:
- kisah Bani Amir itu sanadnya terputus. Adakah ia boleh dijadikan hujah? Jika boleh, ia 
tidak boleh dijadikan alasan larangan menamakan calon pemimpin. Sebaliknya ia bercerita 
tentang meminta jawatan. Saya tidak faham mengapa riwayat tentang meminta jawatan 
dipesongkan sehingga dijadikan hujah mengatakan perbuatan tidak menamakan calon 
PM selari dengan adab Islam.
- Abu Bakar pernah mencalonkan nama Umar sebagai khalifah selepas beliau. Adakah ia 
bercanggah dengan adab Islam?
- jika meminta jawatan tidak dibenarkan secara mutlak maka kenapa PAS masih bertanding 
pilihanraya?
- jika mencalonkan nama PM itu bercanggah dengan adab Islam, bagaimana dengan 
kenyataan Wakil Dewan Ulama PAS dahulu yang mencalonkan TGHH sebagai PM. 
Adakah mereka biadap?
- jika dikatakan yang menyalahi adab Islam itu ialah menamakan calon PM yang tidak 
layak, adakah semua calon PAS tidak layak jadi PM sehingga jika PAS calonkan nama 
PM maka ia menyalahi adab Islam?"
Ulasan: 
Semua perbahasan dalil-dalil ini dibuat oleh Dr Rozaimi atas sangkaan meleset beliau bahawa 
Tuan Guru Abdul Hadi berpendapat haram hukumnya menamakan calon PM, tidak beradab 
dan biadap berbuat begitu.
Walhal, bukan itu yang dikatakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam artikelnya. 
Bahkan Tuan Guru Abdul Hadi tidak menulis mengenai 'Hukum meminta jawatan dalam 
kerajaan termasuk jawatan PM' atau 'Hukum menamakan calon PM sebelum memenangi 
sesuatu pilihanraya'.
Jadi Dr Rozaimi berdebat seorang diri. Beliau membayangkan beliau sedang berdebat dengan 
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Walhal, beliau sendiri menjadikan kisah ketua Kabilah 
Bani Amir sebagai dalil 'mengharamkan perbuatan menamakan calon PM'. Dan beliau sendiri 
yang membantah dalil itu.
Kemudian beliau perkuatkan pendapat beliau dalam perdebatan seorang diri itu dengan 
persoalan-persoalan yang panjang berdasarkan kepada dalil-dalil lain yang mengharuskan 
perbuatan menamakan calon PM itu.
Berdebat seorang diri, memang kitalah yang menang.
5. Semua soalan ini tidak dijawab sebaliknya penulis hanya menulis panjang tanpa fokus 
pada titik perbahasan. Beliau hanya fokus kepada perkara yang tidak menjadi titik 
perbahasan. Penulis sebaliknya fokus kepada isu yang saya tidak bantah. Iaitu isu PM perlu 
melaksanakan tanggungjawab.
Ulasan:
Pelik sekali Dr Rozaimi memarahi saya kerana tidak fokus kepada titik perbahasan beliau. 
Walhal beliau sewenang-wenangnya mengkritik artikel Tuan Guru Haji Abdul Hadi tanpa 
peduli kepada titik perbahasan.
6. "Penulis sebaliknya fokus kepada isu yang saya tidak bantah. Iaitu isu PM perlu 
melaksanakan tanggungjawab."
Ulasan:
Saya bukan fokus kepada isu yang Dr Rozaimi tidak bantah. Saya hanya hendak menarik 
beliau supaya kembali fokus kepada artikel.
7. "Namun analisis mendalam diperlukan untuk menilai alasan penulis ini iaitu sejauh 
mana perlakuan tidak mencalonkan nama PM dapat menjamin bahawa PM akan 
melaksanakan tugasnya menurut Islam? Apa hubungkait kedua isu ini? Bukankah dengan 
mencalonkan nama PM lebih menjamin pengetahuan pengundi bahawa calon ysng mereka 
akan pilih dipercayai akan menunaikan tanggungjawab Islamnya? Sangat ajaib alasan ini. 
Bahkan dangkal."
Ulasan:
Ya, persoalannya sejauh mana seorang PM itu akan melaksanakan tugasnya mengikut Islam. 
Itulah yang ditegaskan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam tulisannya. Agenda politik 
Islam mesti didaulatkan. Bukan setakat tukar PM semata-mata. Tetapi menukar PM dan barisan 
kabinetnya yang berkemampuan melaksanakan hasrat yang besar itu.
Tentang menamakan calon PM oleh PH, PAS tidak bantah. Tidak mengatakan haram dan 
berdosa. Tetapi PAS melihat ia kurang sesuai. Kerana kerja mengalahkan BN dalam Pilihan 
Raya bukanlah tugas mudah. Komponen PH mana yang paling mendapat banyak kerusi pun 
masih belum dapat dipastikan lagi.
Apatah lagi, calon PM yang PH namakan itu tidak mempunyai rekod yang baik dalam 
mendaulatkan syariat di negara kita. Bahkan calon itu tidak mendapat sokongan daripada 
sebahagian komponen PH sendiri.
Inilah persoalannya tentang calon PM. Bukan setakat menentukan hukum harus mencalonkan 
bakal PM daripada segi hujjah dan dalil semata-mata seperti yang dibuat oleh Dr Rozaimi. 
Bahkan kita mestilah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menganalisa nama calon PM 
tersebut mengikut neraca politik Islam berdasarkan realiti sebenar dalam politik negara.
8. "Nampaknya penulis tidak membaca dengan betul apa yang saya tulis. Saya nyatakan 
sedari awal bahawa jika Abdul Hadi kata ijtihad beliau tidak mahu letakkan calon PM 
kerana ia tidak menguntungkan PAS, saya tidak ada langsung masalah dengan kenyataan 
ini. Ia jelas menunjukkan ijithad. Apa yang saya bantah ialah apabila dikata tidak 
mencalonkan nama PM itu selari dengan adab Islam itu yang saya rasakan ia perlu 
diperbetulkan dan ditegur. Ada beza antara keduanya."
Ulasan:
Dr Rozaimi sangat geram kerana merasakan saya tidak membaca artikel beliau mengikut 
kehendak dan maksud beliau. Tetapi itulah yang Dr Rozaimi lakukan kepada artikel Dato' 
Seri Tuan Guru Abdul Hadi.
Jika ia adalah perbezaan ijtihad seperti dakwaan Dr Rozaimi, sepatutnya Dr Rozaimi berlapang 
dada menerima perbezaan ijtihad. (Sebenarnya hanya ijtihad Dr Rozaimi yang ditulis, sebab 
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak mengemukakan pendapat beliau tentang hukum 
syarak bagi masalah ini.)
Biasalah dalam khilaf di kalangan para mujtahidin. Satu pihak berpendapat harus, satu pihak 
berpendapat haram atau makruh. Tentulah pihak yang mengharamkan atau memakruhkan itu 
akan memberikan hujjah mereka yang keras dan kurang menyenangkan pihak yang 
mengharuskan.
Apa perlunya Dr Rozaimi menyalahkan 'ijtihad' pihak lain sedangkan beliau sendiri bersetuju 
bahawa dibolehkan berkhilaf dalam perkara ijtihad.
Kata Dr Rozaimi, silap Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengatakan tidak ada adab. 
Tidak ada adab ini apa hukumnya? Adakala haram, adakala makruh, adakala harus. Ia bukan 
bermakna haram semata-mata. Renungkanlah.
6. "- saya katakan saya bukan wakil PH. Saya juga tidak masuk campur masalah mereka.
- jika pencalonan nama PM adalah masalah besar PH, apa kaitannya dengan PAS? Adakah 
PAS sedang tunduk kepada PH dalam percaturan politiknya? Jika PAS menamakan calon 
PM nya apa kaitannya dengan PH?
- jika pencalonan PM itu masalah PH, adakah semestinya ia bercanggah dengan adab 
Islam?"
Ulasan:
Tulisan Dr Rozaimi di sini jelas sekali menunjukkan beliau tak faham apa-apa tentang politik 
Malaysia.
Kata Dr Rozaimi, beliau tidak campur urusan PH. Bahkan beliau sangat hairan kenapa PAS 
mengkritik tindakan PH dalam menamakan calon PM. Apa kaitan PAS dengan PH?
Bukankah begitu naif persoalan beliau. Setiap parti politik memanglah sentiasa mengambil 
perhatian terhadap tindakan dan perkembangan parti politik lain. Termasuk memberikan 
kritikan, cadangan ataupun kadang-kadang sokongan kepada parti politik lain dalam isu-isu 
yang menyentuh polisi negara dan kebajikan rakyat.
Parti politik yang hanya memberi perhatian kepada partinya sahaja dan tidak menghiraukan 
kewujudan parti-parti lain tidak wujud dalam sistem demokrasi. Dalam negara yang 
mengamalkan sistem satu parti sahaja yang tidak berfikir tentang parti politik lain.
Penutup
Dr Rozaimi akhirnya menulis, "Jenuh saya memikirkan apa kaitan PH dan PAS. Maaf, sel-sel 
otak tidak dapat berhubung untuk fahami huraian ini. Ia seperti perbuatan orang terdesak 
untuk membela tokoh sendiri walau sebenarnya tidak ada hujah kukuh."
Oh... Rupa-rupanya sel-sel otak Dr Rozaimi Ramli masih belum dapat berhubung. Barulah 
saya faham kenapa beliau begitu naif dalam memahami artikel Presiden PAS itu.
ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Kawasan Marang
27 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 28/12/2017
Sumber HD - 28-12-2017 







































































Markas PAS Ganti Bilik Gerakan Umno-BN








































































Pemuda PAS bergotong royong membersihkan markaz baharu mereka
KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu berjaya ‘melupuskan’ sebuah premis yang
selama ini menjadi bilik gerakan Umno dan Barisan Nasional (BN), ditukar menjadi markas pilihan
raya PAS.

Yang DiPertuanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, gelombang kebangkitan dan penolakan
rakyat kepada Umno begitu ketara.

“Kesempitan kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi serta cukai GST yang membebankan
rakyat menjadikan rakyat menolak umno BN,

“(kini) orang Umno sendiri sudah hilang kepercayaan pada kepada Umno-BN,” tegasnya ketika
dihubungi.







































































Lupus…..bilik gerakan Umno-BN kini menjadi markas UPU Gong Tok Nasek
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejayaan PAS Cawangan Gong Tok Nasek membangunkan
markas tersebut yang terletak di Kampung Gong Parit, Gong Tok Nasek, Jalan Panji Alam, di sini.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Burok, Ustaz
Mohd Soud Said mengucapkan syukur atas kejayaan tersebut.

“Dulu orang sewa situ, satu kedai makan dan sebuah lagi orang duduk……..yang belah orang duduk
tu setiap kali PRU akan jadi bilik gerakan BN,

“sekarang kita akan jadikan (premis itu) markaz Unit Peti Undi (UPU) Gong Tok Nasek dan
sebelahnya sebagai Markaz Induk Pemuda DUN Batu Burok,” jelas beliau.

Sumber BO - 27-12-2017

Kenapa Peruntukan PERMATA Lebih RM74 

juta?

DUNGUN – Peruntukan yang besar untuk Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga RM74 juta lebih didalam pembentangan Bajet
2018 amat menghairankan.

Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mempertikaikan peruntukan yang besar
itu, berbanding hanya RM36,336,000 juta untuk projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East-
Coast Economic Region (ECER).

“ECER dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), melibatkan tiga wilayah, Kelantan, Terengganu dan
Pahang, kita anggarkan tiga juta orang (penduduk),

“berapa peruntukan yang kita dapat RM36,336,000 bagi tiga juta penduduk, ramai mana pelajar
PERMATA ni? “ soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika, berucap di Majlis Bantuan Awal Persekolahan 2018 anjuran Pusat
Khidmat ADUN Rantau Abang di Pak Sabah di sini pada Sabtu, 23 Disember.

Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata, dalam pembentangan tersebut juga Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan, terdapat tiga peruntukan untuk PERMATA,.

“peruntukan biasa RM54,301,000, peruntukan dasar baru RM8,190,100 dan juga ‘one-off’
(pemberian sekali) RM12,700, 000 yang semuanya berjumlah sebanyak RM74 juta lebih,

“Inilah nabi bersabda, bila kamu serah kepada wanita, perut bumi (mati) lebih baik daripada belakang
bumi (hidup),” tambah beliau.

Menurutnya, amat malang keadaan yang menimpa rakyat yang dibebankan dengan GST (good
services tax) dimana setiap kali membeli perlu membayar cukai itu

“Pemimpin-pemimpin kena penyakit jugak gst, golf, shopping, travel,”

“Saya kena marah bila sebut perkataan ni dalam Parlimen, main golf, shopping, beli belah makin
angin dengan duit negara, kena marah, tetapi ini hakikat,” ujar beliau.

Di majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun
menyentuh tanah di DUN Rantau Abang yang banyak dan luas, tetapi tidak beri hak milik kepada
anak tempatan.

Justeru itu beliau berharap rakyat membuat perubahan.

“Sebab kita tidak boleh berharap kepada penguasa-penguasa kampung yang sekarang ini menindas
masyarakat yang selayaknya”, jelas beliau yang juga Pengarah DUN Rantau Abang itu.

Sumbangan tahunan kali keenam itu telah membantu seramai 500 orang anak-anak yatim dan miskin.
Mereka telah menerima ‘baucer’ pakaian dan kasut sekolah bernilai RM100 setiap seorang yang
merupakan hasil derma orangramai.

Sumber BO - 27-12-2017













































































































































Wakil rakyat PAS bantu pengusaha bot

SERAMAI 18 pengusaha bot penambang menerima sumbangan wang tunai serta barangan

keperluan harian daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. 
Beliau berkata, tanggungjawab membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik bukan 
sahaja terletak di bahu kerajaan, sebaliknya masyarakat perlu memain peranan. 
“Saya selalu sebut bantuan yang diberi kepada orang susah bukan sahaja tugas kerajaan tetapi 
juga masyarakat. Ini kerana Islam mengajar kita konsep zakat dan sedekah. 
“Kita hendak membina masyarakat yang prihatin kepada rakan sendiri, jiran sendiri 
sebagaimana dituntut oleh agama,” katanya pada Program Cakna Mesra Bersama Pengusaha 
Bot Penambang di Jeti Penambang, Kampung Seberang Takir, baru-baru ini. 
Pada program tersebut pengusaha bot terbabit menerima barangan keperluan harian termasuk 
beras, gula, bihun dan minyak masak. – HARAKAHDAILY 27/12/2017

Sumber HD- 27-12-2017 







































































120 Pelajar Miskin Dibantu

http://buletinonline.net/v7/index.php/120-pelajar-miskin-dibantu/

Oleh : KAM

KUALA NERUS – Masa berbaki sesi persekolahan baharu 2018 yang tinggal beberapa hari lagi,
seramai 120 pelajar diraikan oleh PAS Kawasan Kuala Nerus dengan membeli-belah peralatan dan
pakaian sekolah.

Ahli Parlimennya, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata program membeli peralatan dan
pakaian persekolahan baharu menjadi aktiviti tahunan PAS Kuala Nerus.

Katanya, tahun baharu ini seramai 120 orang pelajar dari kalangan keluarga fakir miskin, ibu tunggal
diberikan keutamaan.

Menurutnya, setiap pelajar yang terpilih itu diberi peruntukan RM100 seorang bagi membeli pakaian
dan peralatan persekolahan sesi baharu 2018.

“Ini program tahunan sejak saya menjadi Ahli Parlimen tahun 2013 lagi. Kita (PAS) mensasarkan
lebih dari 100 orang dan kali ini 120 orang pelajar menerima sumbangan membeli pakaian dan
peralatan persekolahan.

“Mereka itu terdiri dari anak-anak fakir miskin dan ibu tunggal (anak yatim) dengan peruntukan
seorang RM100. Kita harap dengan sedikit sumbangan ini boleh meringankan bebanan ibubapa.

“Dalam keadaan sekarang ini harga barang mahal, cukai GST dan sebagainya cukup memeritkan
kepada ahli keluarga terutama yang mempunyai anak ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan 120 pelajar dalam program Back To School Beli belah
Peralatan Sekolah 100 Anak Miskin, PAS Kawasan Kuala Nerus di Pasaraya Sabasun Hypermarket,
Gong Badak, Kuala Nerus pada Sabtu 23 Disember.

Namun, kata Dr Mohd Khairuddin sebagai Ahli Parlimen bukan kerajaan PAS tidak mampu untuk
memberi banyak tetapi sekurang-kurangnya sebagai satu tanda ingatan kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut mengingatkan umat Islam agar
mengambil sikap prihatin terhadap jiran tetangga yang susah.

Sumber BO - 26-12-2017

MTD Bukit Tunggal Agih 125 Baucer 

Persekolahan

Oleh : KAM

KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Tunggal mahu pastikan
tidak ada pelajar yang tercicir ke sekolah kerana tiada kelengkapan persekolahan di peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata pendidikan sangat
penting bagi mendapatkan ilmu pengetahuan serta boleh mengurus diri.

Justeru, katanya setiap pelajar wajib mendapatkan pendidikan melalui sistem persekolahan yang
disediakan di peringkat rendah dan menengah.

Menurutnya, jika aspek peralatan dan pakaian persekolahan tidak selesai akan mengganggu
pembelajaran pelajar terbabit.

“Pendidikan sangat penting untuk dapatkan ilmu. Maka, setiap pelajar itu wajib dihantar untuk
mendapat pendidikan.

“Apabila orang miskin, mungkin pakaiannya tidak sempurna, lusuh dan lama. Pelajar terbabit juga
akan rasa rendah diri dengan perasaan malu. Itu akan mengganggu fokus mereka untuk belajar dalam
kelas dengan baik.

“Contohnya, semua orang pakaian baharu tiba-tiba dia (pelajar) yang dari keluarga miskin guna
pakaian lama, koyak dan kotor. Sudah tentu pelajar itu akan rasa hina diri dan tidak dapat tumpu
kepada pelajarannya,” jelas Dr Alias.

Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Baucer Persekolahan Dun Bukit Tunggal, di
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Tunggal, Kampung Serdang, Bukit Tunggal, pada Ahad 24
Disember.

Sebolehnya, kata Dr Alias mahu pastikan tidak ada pelajar-pelajar di Dun Bukit Tunggal ini yang
ke sekolah dalam keadaan pakaian yang tidak sempurna.

Menurut beliau, pastikan pelajar tersebut dapat belajar dengan baik dan fokus kepada
pembelajarannya di kelas.

“Setakat ini, kita (PAS) pakat berkongsi dengan orang ramai bagi menyediakan sejumlah peruntukan
 itu.

“Kami dari wakil rakyat pembangkang (PAS) tidak pernah diberikan peruntukan khas oleh kerajaan
negeri,” ujarnya kepada 250 hadirin.

Pada majlis itu, seramai 125 orang pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah menerima
sumbangan bernilai RM100 seorang bagi membeli peralatan dan pakaian persekolahan baharu sesi
2018.

Sumber BO - 26-12-2017


Majlis Belia Felda Terengganu buat laporan polis kes pindah hak milik tanah Felda di Jalan
Semarak

Posted on Monday, December 25 @ 21:54:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37448



Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu semalam membuat laporan polis berhubung isu pindah hak 

milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Setiausaha Agungnya Mohd Syahrizal Md Yusof berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis
menyiasat dan membawa dalang yang terbabit dalam skandal itu ke muka pengadilan.

Saya harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin, katanya kepada pemberita selepas membuat
 laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini semalam.

Anggota media turut difahamkan laporan serupa juga dibuat oleh Suara Generasi Kedua Felda.

Dua hari lepas, media mendedahkan Felda kehilangan hak milik ke atas tanahnya yang bernilai
RM270 juta di Jalan Semarak di ibu negara menerusi transaksi mencurigakan pada 2015.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata Felda membuat laporan polis
 berhubung kes itu pada 12 Disember lalu dan kelmarin polis dilaporkan telah menubuhkan satu
pasukan khas pada 13 Disember untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Selain itu, polis turut dilaporkan berkata akan memanggil bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa 
Abdul Samad untuk membantu siasatan. – Bernama

Sumber TKO- 25-12-2017


Beruang matahari maut dirempuh motosikal di LPT2
Posted on Monday, December 25 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37442

Berita

DUNGUN - Seekor beruang matahari jantan dewasa yang dianggarkan seberat 100 kilogram maut 

dirempuh sebuah motosikal selepas haiwan terbabit dikatakan tiba-tiba memasuki Lebuhraya Pantai 
Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kuala Dungun di sini semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.50 petang di Kilometer 347.5 LPT2 tersebut turut
menyebabkan penunggang motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Ahmad Hafizuddin Zulkifli,
29, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, sewaktu kejadian,
Ahmad Hafizuddin yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke Kuala
Terengganu dari Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor beruang yang dikatakan berasal dari Hutan
Simpan Rasau berhampiran tiba-tiba menyeberang LPT2.

“Pada masa sama, mangsa sedang menunggang motosikal di laluan kiri lebuh raya tersebut.

“Mangsa gagal mengelak lalu merempuh beruang terbabit sebelum motosikalnya tercampak ke tepi 
jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. 

Sumberr TKO - 25-12-2017













































































































































‘Kubu PAS’ Siap Sedia Pertahan Kemenangan

MARANG – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rhu Rendang yang dianggap sebagai
‘kubu PAS’ sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sekali us
mempertahankan kemenangan.

Pusuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, beliau yakin kekuatan PAS tidak
dapat ditandingi UMNO, berdasarkan kedudukan semasa.

“kita laluan ke Wisma Darul Iman nampak selesa, dengan kekuatan ‘aura’ Presiden PAS (Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang) yang bukan dianggap wakil rakyat DUN ini sahaja,

“tetapi seorang negarawan yang terkenal seluruh negara malahan kekuatan jentera parti tidak dapat
ditandingi lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan program Lawatan Kerja ke Dun Rhu
Rendang pada Ahad, 24 Disember.

Hadir sama, YB Ustaz Arifin Deraman Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu selau Naib
Yang DiPertua PAS Marang.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap ahli dan penyokong PAS menyandarkan keyakinan
kepada Allah, walaupun merasa ‘kuat pengaruh’ di kalangan masyarakat.

Menurutnya, Allah yang Maha Berkuasa, mampu berbuat apa sahaja.

Sementara itu, Timbalan Pengarah MTD Ru Rendang Suhairi Daud mengucapkan ribuan terima kasih
dan akan berusaha keras untuk mempertahankan kemenagan ini.

Katanya, semangat, gerak kerja dan kesatuan telah dapat dibuktikan sepanjang lawatan tersebut dan
memberi keyakinan bahawa PAS Rhu Rendang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada
bila-bila masa.

Sumber BO - 25-12-2017







































































Jangan Permainkan Rakyat!

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi peringatan supaya tidak mempermain dan mempersendakan rakyat yang dhaif dengan mengugut dan menyekat bantuan yang sepatutnya mereka terima.

Walaupun pemimpin parti itu mendakwa ia berlaku adi kepada semua pihak, namun realitinya dalam masyarakat adah berbeza.
Ini kerana, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, pihak kerajaan yang ada hari ini hanya mengutamakan ahli dan penyokong Umno-BN sahaja.

“Dia tengok warna pulak, warna gini, gini, warna ni, gini,” katanya ketika berucap merasmikan Unit Armalah (Ibu Tunggal PAS) DUN Rantau Abang di Dewan PASTI Gong Pasir di sini, pada Selasa 21 Disember.

Malah tambah Cikgu Alias lagi, peruntukan untuk ADUN PAS juga yang bernilai jutaan ringgit telah dinafikan, bahkan Umno melantik calong-calong yang kalah dan pemimpin mereka untuk menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Sedangkan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum kali ke-13 lalu, dikesampingkan.
“Ini suatu pengkhianatan, rakyat pilih, dia pilih sape, rakyat pilih si A dengan harapan si A boleh membantu sebahagian masalah yang berlaku” ,
“Tapi apa yang berlaku di tempat kita, Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, kami diberi mandat oleh masyarakat dalam PRU 13, kami tidak diberi apa-apa peruntukan,” jelas Ketua Penerangan PAS Dungun itu, dengan nada kecewa.

Walau bagaimanapun, terang beliau lagi, PAS memilih golongan masyarakat yang kurang berkemampuan dan miskin, yang berkelayakan untuk diberi bantuan, dengan sumbangan daripada orang ramai.

“Tapi yang lain-lain, orang lain, saya tak mahu kata……..tetapi ketara berlaku banyak kebocoran, “ kata beliau sinis.
Akibatnya kata Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang itu, kerajaan telah berhutang hampir RM800 billion.
“Maknanya atas kita ni, tanggung hutang belaka, kita dok berhutang, kerajaan yang berhutang, kalau dia berhutang untuk memberi kebajikan kepada masyarakat, Alhamdulillah, tetapi tak sampai kepada rakyat, “ tegasnya.

Sumber BO - 25-12-2017







































































Gerak Kerja Tersusun Akan Hasilkan 

Kemenangan

DUNGUN – PAS yakin dengan gerak kerja yang dirancang daripada pelan tindakan yang disusun
oleh Jabatan Pilihan Raya negeri Terengganu akan menghasilkan kemenangan.

Pengarah program ‘Countdown 100 Hari’ Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14) YB Cikgu Alias
Harun berkata, panduan yang disediakan oleh PAS negeri diolah di peringkat kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) sehingga ke Unit Peti Undi (UPU).

“Saya yakin insya Allah dengan gerak kerja yang dirancang dalam perancangan pelan tindakan ini
yang dikemukan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu sebagai panduan,

“dan akan diolah di peringkat dun-dun untuk diturunkan di UPU-UPU untuk merangka dan
merancang serta melaksanakan gerak kerja dengan baik.

“dengan penggemblengan tenaga dengan tersusun in shaa Allah PAS dapat memerintah negeri
Terengganu selepas pilihan raya ke-14,” ujarnya.

ADUN Rantau Abang itu berkata demikian ketika mengulas kejayaan program terbabit yang telah
diadakan pada 16 Disember, di Rusila minggu lalu.

Katanya, program tempoh kiraan 100 hari menjelang PRU14 yang telah dirasmikan Presiden PAS
YB Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dihadiri oleh 3000 peserta daripada seluruh
negeri.

Beliau berkata, merupakan satu petanda kebangkitan ahli dan penyokong PAS di semua peringkat,
untuk mengambil peranan dalam menggerakkan jentera.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar maklumat yang disampaikan pada program tersebut
disampaikan kepada parapengundu sasaran.

“Yang pertama ialah Manifesto PAS Terengganu yang merupakan tawaran sekiranya PAS di beri
mandat untuk memerintah dan yang kedua berkaitan dengan Wawasan Induk Gagsan Sejahtera (
WINS) dan yang ketiga adalah Dokumen Hijau,
\
“saya selaku pengarah program ini mengharapkan seluruh pimimpin dan pendokong PAS yang hadir
pada hari tersebut dapat memahami ketiga-tiga pengisian supaya dapat memberi penerangan dan
sebagai bahan kempen kepada pengundi sasar,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, kata beliau, Jabatan Pilihan raya PAS Terengganu telah pun merangka
empat fasa tindakan untuk dilaksanakan di semua peringkat.

Peringkat yang pertama, katanya, adalah peringkat pra-pembubaran bermula daripada 16 disember
sehingga akhir Januari.

“Fasa kedua Februari ialah bermula (selepas) pembubaran Parlimen dan Fasa ketiga dalam bulan
Mac dijangka akan berlaku penamaan calon

“dan Fasa keempat (pada) akhir Mac (sebelum) hari pengundian,” tambah beliau.

Sumber BO - 24-12-2017

PAS Titian Rawa Sahut Seruan Presiden

MARANG – Seruan Presiden PAS bagi mengemaskinikan jentera pilihanraya di cawangan-cawangan
bagi persiapan 100 hari menjelang Pilihanraya Umum 14, disambut penuh bersemangat oleh PAS
Cawangan Titian Rawa.

Dengan kapasiti seramai lebih 200 orang ahli PAS yang aktif, PAS Cawangan Titian Rawa adalah
cawangan pertama yang merasmikan markas PRU 14 di Dun Bukit Payong.

Ketua Cawangan, Jusoh Botok 62, berkata lebih dua ratus orang yang hadir dalam majlis perasmian
itu bermula dari petang hingga ke malam.








































































Ketua Cawangan, Jusoh Botok bersama ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah
“Alhamdulillah, kita mempunyai ahli yang ramai bagi menyokong perjuangan PAS dan dengan itu,
kami mendirikan markas kami lebih awal bagi menyahut seruan Presiden untuk bersedia awal.

Ahli-ahli kita di sini, jika bermesyuarat tahunan, tidak kurang 80 orang yang akan hadir.

InsyaAllah kita akan mengekalkan sumbangan undi bagi kemenangan PAS di Bukit Payong dalam
PRU 14 nanti,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Perasmian maskas telah disempurnakan oleh wakil rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor
Hamzah di mana ianya terletak di perakarangan rumah salah seorang ahli cawangan itu.

Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Mohd Nor berkata, beliau merasa gembira atas semangat yang
ditunjukkan oleh ahli cawangan, bersesuaian dengan jumlah keahlian teramai itu.

Beliau juga meminta ahli-ahli mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dalam masa
berkempen bagi merayu undi nanti, selaras dengan kehendak parti.


Sumber BO - 24-12-2017







































































PAS Sedia Ganti Umno Jadi Kerajaan, Jaga 

Kebajikan Rakyat

DUNGUN – PAS sentiasa bersedia menggantikan Umno untuk menjaga kebajikan semua rakyat
negeri Terengganu.

Bahkan, walaupun dalam keadaan dinafikan peruntukan kerajaan negeri, PAS sentiasa melaksanakan
program kebajikan membantu golongan yang memerlukan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dungun Hajah Rugayah Mahmood berkata, masih ramai
penduduk yang miskin memerlukan perhatian kerajaan.

“Tetapi malangnya kerajaan lepas tangan…..peruntukan kewangan kepada wakil rakyat tidak
diberikan oleh kerajaan Umno Terengganu,

“walaupun PAS adalah parti yang menang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau
Abang,” ujar beliau yang juga isteri kepada ADUN Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun.

Beliau berkatademikian ketika berucap mengagihkan bantuan pada Majlis Kembali Ke Sekolah di
Pusat Tarbiyyah dan Kelas KAFA (PUSTAKA) di Taman Permint Indah di sini pada pada Khamis,
21 Disember.

Jelasnya, PAS tidak pernah berputus asa untuk membantu dan meringankan beban yang dtanggung
oleh rakyat kesan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

“Menerusi Lajnah Kebajikan PAS sentiasa bertungkus lumus berusaha dan sentiasa bersedia mencari
dana,

“agar rakyat tanpa mengira warna politik, kita bantu, sekadar mampu,” ujar beliau.

Sebelum itu, pada sebelah paginya, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS
Negeri Terengganu yang diketuai oleh Hajah Tuan Roslina Tuan Sulaiman ‘turun padang’ ke DUN
Rantau Abang.

Rombogan tersebut, menurut Rugayah, telah menziarahi lima buah rumah di kampung Balai Besar.
“Ada ahli rombongan yang mengalir air mata melihat betapa dhaifnya kehidupan mereka (di
kampung itu),

“(sedangkan kawasan) itu tak jauh daripada bandar Dungun, (itu) belum lagi kita bawa ke kampung
Delong, Serdang atau Padang Pulut,“ jelas Rugayah.

Seramai 60 orang yang terdiri daripada ibu-ibu muda dari seluruh kawasan Dungun telah menerima
sumbangan berupa peralatan sekolah serta sekampit beras pada majlis tersebut.

Sumbangan yang dibiayai oleh PAS dari sumbangan orang ramai, menerusi Ameerah Kawasan
Dungun untuk membantu anak-anak mereka, meneruskan sesi persekolahan 2018.

Sumber BO - 23-12-2017













































































































































Umno-BN Tidak Ada Modal

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak ada modal untuk menyerang
PAS sehingga ‘mengitar semula’ isu-isu lapuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata
kebanyakan perkara yang berlaku dahulu, adalah reka cipta.

“Kita agak kecewa sebenarnya bukan kerana kami (wakil rakyat PAS) menjadi mangsa……. dalam
politik serangan pihak musuh adalah suatu perkara yang normal,

“Tapi BN menggunakan (sidang) dewan untuk mencela pemerintahan PAS pada tahun 1999 – 2004
sehingga menayangkan beberapa cebisan filem yang telah dibuat oleh mereka sendiri kononnya
untuk membuktikan PAS gagal,” ujarnya.

Beliau ketika ditemubual di studio Harap TV, pada Rabu, 20 Disember, di sini menambah, ia adalah
sesuatu yang memalukan bagi sebuah parti yang kini menjadi pemerintah.

Bahkan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri itu menyifatkan, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman tidak bersifat ‘lelaki’.

Katanya, kalau betul beliau seorang ‘anak jantan’ sepatutnya membuka ruang kepada PAS untuk
bersoal jawab.

“Sebab ia adalah tuduhan terhadap PAS. Sepatutnya berilah peluang untuk kami (untuk) bertanya
tetapi malangnya ‘speaker’ menggunakan kuasa sepenuhnya untuk menghalang kami mengemukakan
soalan dan mencelah pun tidak boleh,

“Jadi kami juga tidak mahu terlalu menunjukkan sikap biadap dalam dewan (kerana ia) adalah tempat
yang perlu kita hormati,

“Sebab itu walaupun kita berusaha untuk bangun dan berusaha untuk mencelah tapi nampaknya tidak
diberi ruang langsung untuk kita menjawab balik,” tegas beliau.

Namun beliau berkata, segala tusuhan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN tidak melemahkan dan
PAS akan menjawab semua isu tersebut.

“Insya Allah PAS tidak akan terjejas dan fokus untuk bergerak ke depan bagi melangkah secara lebih
bergaya dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang,

“Dan saya yakin rakyat akan menimbang perkara ini secara matang dan melihat apa yang dilakukan
oleh PAS sebelum ini,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat memberikan kayakinan penuh kepada pemimpin PAS hari ini
untuk melakukan perubahan yang lebih baik bagi negeri Terengganu.

Menurutnya, kekuatan sebenar sesuatu parti berada pada maklumat dan bukan pada duit atau pada
apa-apa skim bantuan.

“Sekiranya mempunyai dan memiliki maklumat, kita akan menjadi rakyat yang tidak mudah dipijak
dan menjadi pengguna yang bijak,

“Itulah yang kita nak lahirkan dengan maklumat. Sebab itulah PAS fokus kepada anak muda hari ini
dengan turun ke gelanggang anak muda dengan membawa mesej maklumat,” katanya lagi.

PAS bukan sahaja mendekati masyarakat dalam aspek termasuk sukan dan permotoran serta muzik
hiburan tetapi mendampingi rakyat dengan ilmu dan maklumat.

“kita yakin pedoman yang cukup baik untuk membawa rakyat adalah dengan akhirat dengan
penghitungan yang akan diakhiri dengan hari akhir kita iaitu hari akhirat,” kata beliau.

Sumber BO - 22-12-2017







































































ADUN Chukai Akan Terus Berjuang








































































Haji Hanafiah ketika dikunjumgi oleh ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
KUALA TERENGGANU – Perjuangan memastikan rakyat Kemaman dan negeri Terengganu terbela,
akan diteruskan bagi memastikan anak-anak muda yang baru melepasi alam pendidikan, mendapat
pekerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau terus mengikuti
perkembangan rakyat dan politik secara dekat, walaupun sudah 12 hari hari beliau ‘berehat’ di wad
sebuah hospital swasta di Kuantan.

“setelah menjalani pembedahan untuk memasukan tiub bagi tujuan dialisis, dan proses dialisis 3 hari
dijalankan selama tiga hari dijalankan,

“hari ini kesihatan saya bertambah baik dengan bacaan darah ‘cretinine’, ‘urea’ turun mendadak dan
‘hemoglobin’ sudah meningkat,” ujarnya.








































































Ceria menerima kunjungan Pemuda PAS DUN Chukai
Beliau yang dihubungi semalam berkata, in shaa Allah, esok atau lusa akan dibenarkan keluar.
Sehubungann itu, beliau keasl kerana katanya, tindakan kerajaan memulihkan masalah Kawasan
Perindustrian Telok Kalong yang ‘malap’ sejak dua tahun kebelakangan ini, amat perlahan.

Bahkan, beliau mempertahankan pendiriannya, ada pekerja asing yang diambil, sedangkan ramai
rakyat tempatan yang hilang pekerjaan.

“Masaalah pekerja asing yang dijemput kerja oleh pihak Eastern Steel tidak dipedulikan…..,

“pelabuhan Kemaman yang terbaik sepatut dapat beroperasi semaksima, seperti pelabuhan Kuantan
(tetapi) dipersiakan,” tegas beliau.

Sumber BO - 22-12-2017

Pilihan Kepada Pengundi PRU14; GST Boleh 

Dihapuskan!

PAS menawarkan kepada rakyat Dokumen Hijau sebagai jalan penyelesaian sekaligus boleh
menghapuskan GST, Cukai Barang dan Perkhidmatan yang ‘menghantui’ dan menghimpit rakyat.

Dakwaan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa ia adalah cukai terbaik dalah
kenyataan yang tidak benar sama sekali.

Bahkan para Menteri termasuk Dato’ Seri Najib Razak menyembunyikan satu fakta dan tindakan,
sekiranya dilaksanakan, bukan sahaja menamatkan cukai GST yang menekan rakyat itu.

PAS mendedahkan dan bersedia untuk melaksanakan agenda ekonomi yang lebih baik, dengan
golongan bawah dan pertengahan tidak lagi terbeban dengan cukai ‘khianat’ itu.

Apa tidaknya, GST adalah cukai yang dikenakan ‘sama rata’ sehingga anak-anak belum lahir juga
terpaksa ditanggung akibat cukai itu, ketika bakal ibu bapanya membuat persediaan menyambut
kehadirannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Zaharuddin Mohamad berkata Dokumen Hijau PAS
boleh menyelesaikan masalah ekonomi semasa termasuk cukai GST.

Menurutnya, PAS konsisten mengatakan GST itu haram kerana bercanggah dengan hukum Islam
sejak awal kerajaan memperkenalkan cukai tersebut.

“Dasar dan prinsip kita (PAS) mengenai GST adalah konsisten mengatakan GST bercanggah
dengan hukum dan haram. Alasan paling jelas ialah kerana cukai itu dikutip daripada orang miskin.

“Orang kaya yang terdiri dari ‘supplier’ dan tauke-tauke mereka tidak dikenakan GST. Sedangkan,
dalam Islam cukai dikutip dari orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin. Tetapi, dalam
negara kita cukai dikutip dari orang miskin yang digunapakai oleh orang kaya. Kita (PAS) boleh
selesai isu GST dengan Dokumen Hijau.

“Dalam Dokumen Hijau kita (PAS) konsisten kata hukumnya haram. Bermakna, jika kita perintah
Malaysia, kita akan hapus GST. Tapi, alternatifnya kita tidak akan kembali pada sistem yang Tun Dr
Mahathir buat sama ada SST, Duti Import, Levi dan sebagainya,” kata Ustaz Zaharuddin.

Ketika membentangkan Dokumen Hijau “Cadangan PAS Sebagai Penyelesaian Perlaksanaan Cukai
GST” sempena Countdown 100 Hari PRU14, di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, beliau yakin GST
 memang boleh dimansuhkan.

Ia boleh dihapuskan apabila kerajaan mengenakan cukai kepada orang kaya seperti cukaisimpanan
korporat dan cukai saham, menggantikan GST.

Keseluruhan saham yang diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kini mencecah RM1.8
 trilion dan simpanan korporat sebanyak RM566 bilion.

Jumlah tersebut telah meningkat, pada dua tahun lepas semasa kajian dibaut, ia berjumlah RM1.6
trilion.

Siapa pemilik saham-saham ini?

Mereka adalah golongan atasan yang sepatutnya menyumbang kepada masyarakat sebaliknya,
menghimpun kekayaan kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada hari ini tidak mengenakan
sebarang cukai kepada pemilikan saham

Sedang para pemilik tanah dan aset lain, walaupun sedikit dikenakan cukai.

“Simpan korporat dalam Islam dikenakan cukai tapi hari ini tidak dikenakan cukai. Keseluruhan
simpan RM1.6 trilion, korporat sebanyak RM566 bilion,” Zaharuddin.

Menurutnya, dalam Dokumen Hijau jika dikenakan cukai ke atas dua benda ini (Korporat dan
Saham) kerajaan akan dapat RM51.5 bilion.

Ini bermakna, kata beliau, masih ada berbaki sebanyak RM12.5 bilion dan lebih banyak dari
pendapatan GST.

GST bukan satu keperluan dalam Islam tetapi dapat hasil RM39 bilion, jadi untuk apa dikenakan
GST?

Pendapatan hasil dari GST berjumlah RM39 bilion dibayar oleh 99 peratus rakyat yang dikenakan
sebanyak kadar cukai enam peratus.

Sedangkan, 2.5 peratus setahun cukai yang sepatutnya dikenakan ke atas ‘share trading’
(cukai saham) ‘corporat saving’ hanya dimilik oleh satu peratus rakyat negara ini.

“Satu peratus rakyat bayar 2.5 peratus setahun dan jumlah cukainya RM51.5 bilion tetapi enam
peratus GST yang bayarnya oleh rakyat sebanyak 99 peratus itu jumlah cukainya baharu RM39
bilion,” ujarnya ketika mebuat perbandingan itu.

Justeru, katanya jika rakyat mahu bebas dari bebanan GST serta mahu memulihkan ekonomi negara
sokonglah PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurutnya, masalah itu tidak akan selesai jika rakyat masih terus memberi sokongan kepada Umno
dan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

“Jika rakyat mahu terus bayar enam peratus GST sokong Umno-BN, rakyat satu peratus tak kena
bayar. Kalau rasa hendak bayar (cukai) banyak dengan kita tak sedar, sokong Mahathir (Pakatan
Harapan) hutang lagi banyak tapi rakyat satu peratus tetap tak kena bayar.

“Tapi, jika nak hapuskan enam peratus (GST) ke atas semua rakyat miskin terutamanya, nak
bebaskan dari berhutang cukai dan nak tampung perbelanjaan negara dengan dikenakan cukai
ke atas orang kaya satu peratus. Maka, sokonglah PAS,” jelasnya.

Sekiranya cukai 2.5% dikuatkuasakan kepada jumlah saham yang diperniagakan sekarang sebanyak
RM1.8 Trilion, negara akan beroleh pendapatan lebih kurang RM51 bilion, lebih daripada cukup
untuk menampung bajet sesuatu tahun.

Yang paling penting, rakyat akan bebas daripada GST!

Sumber BO - 20-12-2017













































































































































Pengundi Melayu Beralih Arah

Oleh KAM

MARANG – PAS mendakwa satu kajian yang dibuat oleh sebuah badan firma bebas antarabangsa
bahawa sokongan pengundi Melayu Islam kini tidak lagi kepada parti Umno dan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata hasil kajian oleh firma antarabangsa
mengenai sokongan pengundi Melayu Islam yang beralih arah tidak lagi menyokong Umno-BN
mengejutkan.

Katanya, pendedahan itu bukan dibuat oleh pengkaji politik yang pro-Pakatan Harapan, Parti
KeADILan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (PAN) tetapi didedahkan oleh Profesor Jomo
dalam satu pertemuan dengan PAS.

“Cuma baru-baru ini ada kajian-kajian dibuat oleh firma antarabangsa yang didedahkan oleh Profesor
Dr Jomo Kwame Sundraram bahawa sekarang ini pengundi-pengundi Melayu Islam lari daripada
Umno-BN.

“Pengundi Melayu Islam yang beralih sokongan itu mereka akan memilih sama ada PAS atau
Pakatan Harapan jika tidak lagi menyokong Umno-BN,” ujarnya ketika menyampaikan
pembentangan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sempena Countdown 100 Hari PRU14
di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang, pada Sabtu 16 Disember.

Justeru, katanya kajian itu disedari oleh kumpulan Pakatan Harapan yang sengaja mempersepsikan
bahawa PAS akan bersama dengan Umno-BN menjelang PRU14.

Menurutnya, PAS akan bertanding sendirian pada PRU14 bersama dengan Gagasan Sejahtera
menghadapi Umno-Bn dan Pakatan Harapan.

“Ada orang keliru PAS hanya bertanding 40 kerusi. Itu Terengganu tanding 40 kerusi Dewan
Undangan negeri (Dun) dengan Parlimen.

“Kita (PAS) akan bertanding lebih daripada ‘simple’ majoriti di Parlimen. Simple majoriti 112
kerusi tetapi kita tanding lebih lagi dari itu. (kerusi) Yang lain mungkin akan ditandingi oleh
NGO-NGO, Parti Ikatan bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Jemaah Islam Se-Malaysia (Berjasa) dan
lain-lain.

“Maknanya, kita (PAS) bertanding lebih daripada sebelum ini. Tahun 2013 (PRU13) kita (PAS)
bertanding 75 kerusi dan sekarang ini (PRU14) kita akan tanding lebih dari 112 kerusi Parlimen.
Jumlahnya, kita belum tentukan, mungkin 130 kerusi Parlimen,” jelasnya dihadapan hampir 3,000
petugas parti.

Sumber BO - 20-12-2017


Pelancaran Countdown 100 Hari PRU14 di Dewan Tok Guru Rusila, Terengganu
Posted on Tuesday, December 19 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37358



Pelancaran Countdown 100 Hari PRU14 di Dewan Tok Guru Rusila, Terengganu.. Taklimat Wawasan 
Induk Negara Sejahtera (WINS) PAS Pusat, Dokumen Hijau, Manifesto PAS Terengganu buat rakyat '
untuk PRU14.. Pimpinan semua peringkat sudah bersedia membawa mesej ini hingga semua 
peringkat masyarakat.















Sumber TKO - 19-12-2017

100 Hari Menjelang PRU14; PAS KT Tingkat 

Kerja Kebajikan Dan Kemasyarakat

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu menyahut seruan ‘Countdown’ 100
hari menjelang pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) dengan meningkatkan program-program
kebajikan dan kemasyarakatan.

Yang DiPertuanya Ustaz Wan Sukairi Wann Abdullah berkata, kesukaran dan kesusahan akan terus
dikongsi melalui program-program yang telah dilaksanakan dan sedang diatur oleh Pusat Khidmat
Parlimen PAS.

“Dengan kos sara hidup yang tinggi dan jumlah tanggungan yang ramai tentu amat menyukarkan
ketua keluarga…….Kita memahami isu ini dan PAS akan cuba sedaya upaya berkongsi masalah
rakyat marhaen ini,

“kerana itu PAS menawarkan manifesto yang mesra rakyat dan tentunya mahukan yang terbaik untuk
keselesaan golongan berpendapatan rendah dan semua ini hanya dapat menjadi kenyataan jika PAS
memerintah Terengganu selepas PRU14 nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program agihan bantuan awal persekolahan ‘Back To
School’ di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu pada Ahad, 17 Disember.

Sehubungan itu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kuala Terengganu Haji Salleh
Abdullah berikrar untuk meneruskan kerja-kerja yang telah berlangsung selama ini.

“kita sedaya upaya mencari dana dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setaip masa
apatah lagi saat hampir dengan PRU14,

“kita mampu meningkatkan khidmat kita kepada masyarakat dan in shaa Allah akan terus beri
mandat,” ujarnya.

Seramai 80 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun daripada kalangan miskin dan
anak-anak yatim telah menerima sumbangan barangan keperluan bagi persiapan menghadapi sesi
sekolah 2018.

Sumber BO - 18-12-2107













































































































































Kerajaan Guna Istilah Syariah, Tapi Tak Mahu 

Laksakannya

Ayat yang pertama untuk kita sama sama bermuhasabah, yang disebut tentang firman Allah dalam
surah Nahl, ayat 90 bermaksud Allah Taala menyuruh kamu berlaku adil dan melakukan ihsan
memberi kepada kaum kerabat dan juga mencegah daripada melakukan fasad dan kemungkaran dan
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil peringatan.

Alhamdulillah, dengan ayat ini paling kurang memandu kita melakukan keadilan dan ihsan. Dalam
masa yang sama cuba untuk megelakperkara-perkara mungkar. Fasad perkara keji kerana ia akan
membocorkan apa-apa pelaburan yang kita lakukan di dunia bukan hanya kebendaan tetapi juga
melibatkan spiritual dan sebagainya.

Kita boleh mengambil peringatan, beberapa siri kejatuhan empayar kerajaan umat Islam di seluruh
dunia, kita masih ingat bagaimana kejatuhan kerajaan hamrat yang pernah memimpin negara
Sepanyol dan Portugal (selama) 700 tahun bagaimana di sebelah Asia Tenggara ini, kejatuhan
kerajaan Islam di China khususnya di zaman Dinasti Ming dan Yuan, abad ke 13 hingga abad ke 16
umat islam memerintah China hingga 30 tahun.

Dalam pada yang sama, sebelah kiri kerajaan Monggol jatuh pada abad ke 15 selepas pada itu
kejatuhan Melaka 1511 juga abad ke 15 dan akibatnya jatuh kerajaan kerajaan kecil seperti kerajaan
Ayuthia, kerajaan Arakan dan juga kerajaan Patani, hari ini kita melihat bagaimana umat islam
Rohingnya tanpa ada kerajaan membelanya walaupun dulunya dia pernah memerintah 300 tahun
di bumi Arakan sebagai sebuah kerajaan Islam sudah hilang dan ulamak telah mengesan kenapa yang
menyebabkan kerajaan islam dibiar begitu sahaja.

Apa yang berlaku selepas kejatuhan kerajaan Muluk, apabila pihak kerajaan antaranya adalah
mengabaikan kepentingan rakyat mengenakan cukai yang tinggi, membebankan rakyat akhirnya
rakyat sudah tidak mempeduli dan mempertahankan kerajaan yang ada. Juga golongan akademik
yang dipinggirkan apabila pihak kerajaan mementingkan nyanyian nyayian, artis artis sibuk dengan
perkara yang berpoya-poya yang menyebabkan dahulunya kerajaan Baghdad yang adanya
baitulhikmah sehingga satu juta kitab ketika itu, yang memberi keutamaan kepada ahli ahli akademik,
pakar pakar dan sebagainya yang telah menaik dan memartabatkan empayar islam dengan penemuan
sains dan teknolongi akhirnya tumbang dengan ada teknologi.

Antaranya ialah juga kerana mengabaikan dasar dasar dan prinsip islam itu sendiri. Sekali lagi kita
peringatkan apa yang dikata oleh Syaidina Omar al-Khattab, kami diberi kemuliaan oleh Allah
kerana Islam, dulu masyarakat jahiliah minum arak pakai tempayan, bunuh anak hidup hidup, tetapi
Allah Ta’ala angkat mereka kerana Islam dan barangsiapa yang mencari selain Islam, dia akan dihina
oleh Allah apatah lagi Allah berfirman “barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, Islam,
al-Quran dia akan hidup hina di atas muka bumi”

Oleh itu, kayu ukur bukan hanya kebendaan. Bahkan kita tengok hari hari kematian mereka kembali
kea lam barzah mereka tidak membawa harta benda. Apa yang penting, ialah amanah dan tugas yang
kita beban pikul ini akan kita selesai tanggungjawab ini sebelum kita kembali kepada Allah. Saya
rasa akan datang perkembangan bukan hanya hasrat, keinginan pelaksanaan islam itu lebih tinggi.
Kalau dahulu saya tengok peringkat awal saya sekolah dulu, ustazah pun mengajar agama, pergi
mengajar masih lagi pakai jilbab (tudung) ikan karing. Tapi hari ini, alhamdulillah.

Kalau dulu orang yang berpurdah dianggap sebagai ‘hantu kum kum’……Hajjah Che Daud pembaca
berita balik dari mekah diberhentikan baca berita kerana pakai tudung. Sekarang, alhamdulillah artis
bertudung bahkan ‘maknyah’ bertudung. Ini merupakan perubahan, ia pergi kepada pendididkan.
Saya ingat zaman saya dulu, ustaz saya sendiri masa saya di dungun sekolah arab kalau ikut jalan
Islam, ‘takdok’ batu nak buat jalan raya. Busuk habis Dungun kerana orang kerat tangan. Hari ini
orang tidak berkata menghina syariat islam itu sendiri. Berkaitan dengan RUU355 mendapat sokongan dan hasrat semua rakyat dan masyarakat ingin melihat betapa ianya dapat dilaksanakan memberi ruang kepada mahkamah syariah untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kerajaan BN di peringkat persekutuan untuk melaksanakannya.
Apa yang disebut dalam buku bajet ini, yang disebut oleh MB, tentang ‘Maqasidussyariah’ saya memang bersetuju apa yang disebut ini, tetapi persoalan realiti hakikat sebenarnya, yang meletakkan lima aspek asas dalam Maqasidussyariah memelihara nyawa, agama, akal, keturunan dan harta. Ini dikatakan matlamat syariah, persoalan timbul hasrat kita untuk mencapai maqasidussyariah tanpa syariah, kita rasa cukup tak perlu lagi syariah untuk mencapai ini.

Kalau kita tengok peraturan Islam, nak selamatkan agama ada (hukum) rRddah, nak selamat nyawa ada (hukum) bab Qisas, nak selamatkan akal ada (hukum) bab minum arak, keturunan ada (hukum) bab zina. Harta ada bab (hukum) mencuri dan sebagainya. Itulah maqahidussyariah, tetapi kita menggunakan istilah syariah tetapi kita tidak mahu melaksanakan syariah.

Termasuk dalam bajet ini pun saya tengok masih tidaka da apa apa pendedahan kea rah melaksanakan
syariah sejak tahun 2002. Dan kita tengok apa yang dibentangkan melibatkankan GDP yang disebut
oleh dalam bajet ini, tahun lepas, 3.1% tahun 2017 3.8% kalau tengok data yang sedia ada
kemungkinan ada maklumat lain lah, Terengganu merupakan 3.1% itu tercorot bawah Terengganu,
iaitu Pahang dan Sarawak. Dan GDP bagi Malaysia 4.2% ada 8 negeri lebih pada itu termasuk
negeri negeri pembangkang lain. Kelantan, pulau pinang dan Selangor. Sedangkn Kelantan kita tahu
bajet yang dibentangkan 505 juta, 600 juta macam itu sahaja. Kita tiap tahun main billion sokmo.
Tapi kita, KDNK kita masih lagi terkebawah. Kalau kita tengok dari segi pendapatan perkapita iaitu
negeri Terengganu 2015 Rm26,329. 2016, RM27298. Di Malaysia, RM38887. Jadi, kalau kita tengok
pengumuman dulu wawasan 2020, negara yang maju. Dan pihak bank dunia meletakkan standart
piawai minima dia lebih kurang RM43674 setahun dalam 10,000 lagi untuk peringkat negara dan
untuk Terengganu 20,000 nak sampai. Kemningkinan tak sampai kerana kita anjak TN50. 2050.
4.7% bawah pada kita Sabah yang lain itu atas kita semua.

Data ini dikeluarkan oleh ‘Department of Statistic’ 2016, tahun 2017 kita tak habis lagi. Kalau ada
data baru, MB bagi penjelasan. Yang dulu 2016, lepas kita Sabah yang lain atas kita belaka. Kadar
penggaguran Terengganu. Persoalan saya ada masalah sikit, yang dibentangkan oleh MB dengan
pendapatan isi rumah purata yang disebut oleh bajet ini 2017, RM6411 dan 2016 RM5776 data ini
ambil mana? Sebab maklumat yang kita ada pendapatan perkapita isi rumah 2016 peringkat paling
tinggi sekali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM3000 je. Antaranya Terengganu 2015,
RM1105. 2016, RM1472. No3 lepas Terengganu, perlis Kelantan. Ada macam kontra sikit data ini.
Data mana yang betul, data dalam ini ke? Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistic.

Saya ingin menyentuh tentang pelancongan, banyak bajet RM80 juta, Cuma satu saya nak sebut
antaranya pelancongan ini kena mesra dengan pelancong. Saya tak nampak kawasan lain, kawasan
Dungun contohnya, ada projek cengal besar jadi kita pasang ‘gate’ situ, orang 4×4 nak masuk kita
caj RM250 satu kenderaan, setiap orang dalam itu caj RM20. Kita sebenarnya nak menggalakkan
orang hadir kalau caj RM10 itu boleh tahan, RM250, kalau gi 10 RM2500. Saya rasa tidak
munasabah kos yang terlalu tinggi dikenakan. Yang menyebabkan orang mari di Terengganu, sekali
mari ‘tobak’ lalu lah. Saya rasa jabatan perhutanan kena cek balik supaya buang ‘gate’ ke, apa ke.
Kita bagi galakkan bukan buat jalan raya. I

su masjid dan solat jumaat, 13 saya tengok 7 yang dah lulus. Saya tengok sinar lain tengok kawasan
dun saya. Saya tengok tujuh diberi kelulusan mana ye? Ada 13, ada lagi 6. Yang mana? Saya
dimaklumkan kita lantik UniSZA buat kajian. Cadangan UniSZA apa untuk menyelesaikan masalah
ini. Di Felda Kerteh 3 dan Kerteh 2 boleh nampak sebelah menyebelah, tapi mereka dapat kelulusan.
Kita tengok masjid Sura lama lagi, bangunan lebih besar. Yang dibuat baru masjid Sura baru,
kemudian nak haramkan masjid Sura lama, kawasan saya Tebing Tembboh masjid lama lebih
besar masjid baru yang ada kecil sahaja, orang pun tak ramai mana, tapi kita nak haramkan kelulusan
 masjid lama, cakap jabatan agama gi umum, saya gi masa nak umum, tak umum juga.

Perkara seperti ini kita harap dapat penjelasan. Juga melibatkan isu tanah, saya nak tanya pihak
kerajaan ini, sikap kerajaan dengan surat yang dikeluarkan oleh PTG masa itu MB dia Dato’ Seri
 Idris Jusoh, yang membatalkan semua perkhidmatan jurukur. Melibatkan RTB dan sebagainya
adakah surat ini bila kelulusan nak bagi tanah balik kepada rakyat surat ini ditarik balik. Maknanya,
semua yang melibatkan kejra-kerja jurukur ini boleh berjalan semula sebab ini banyak melibatkan
puluhan ribu juga zaman PAS memerintah dulu tapi dibatalkan dan tidak diluluskan sampai hari ini
dan saya nak sentuh tentang NGV dia suruh kita sebut supaya kerajaan Terengganu memperbanyakkan stesen-stesen minyak yang melibatkan NGV sebab dia lebih murah, lebih mesra alam dan banyakkan teksi teksi dan sebagainya lebih menjimatkan. Terengganu ada em sahaja
berbanding negeri negeri lain dan stesen minyak kita ada 11 buah di Terengganu berbanding
keseluruhan NGV ada 200 buah, kita terlalu sedikit kita mengharapkan kerajaan lebih proaktif
banyak lagi NGV ini mengikut daerah dan pihak kerajaan boleh bagi subsidi untuk menukar balang
(gas) dia bagi memberi kemudahan khususnya rakyat melibatkan kos yang lebih rendah. insyaAllah
kita gilir tempat tahun depan.

***Ucapan perbahasan Bajet 2018, ADUN Paka YB Satiful Bahri Mamat

Sumber BO - 18-12-2017

PAS Jangka PRU Pada Bulan Mac Tahun 

Depan

Oleh : KAM

MARANG – PAS Terengganu menjangka Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kemungkinan boleh
berlaku pada penghujung bulan Mac 2018 sekaligus menepati ‘Countdown 100 Hari PRU14’.'

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata ‘Countdown’, iaitu tempoh kiraan
100 hari yang dilancarkan ini akan berakhir pada Tarikh 26 Mac

Oleh itu, sekiranya bertepatan dengan masa tersebut, PAS berada dalam keadaan politik paling
selesa pilihan raya kali ini, berbanding parti-parti lain.

“Ini adalah Nujum Politik dan bukannya Nujum Pak Belalang. Nujum Politik boleh dibuat oleh
sesiapa sahaja. Apa yang pasti pilihan raya (PRU14) tetap akan berlaku bila sampai masa.

“Bermula hari ini 16 Disember 2017 hingga 26 Mac 2018, cukup 100 hari yang kita (PAS) namakan
countdown.

Pilihan raya kali ini kita (PAS) berada dalam iklim politik yang paling selesa kepada PAS. Kita
sekarang sedang buat kerja untuk menuju kemenangan, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Countdown 100 Hari PRU14’,
di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS mengingatkan ahli parti tentang sejarah silam PAS.

Kata Dato’ Husain, pada pilihan raya tahun 1969 lalu PAS gagal memerintah Terengganu hanya
kerana kekurangan dua kerusi yang sepatutnya boleh dimenangi.

“Pilihan raya 1969, DUN Terengganu ada 24 ketika itu. Kita (PAS) menang 11 kerusi, Umno dan
Perikatan menang 13 kerusi. Dua kerusi yang patut menang gagal iaitu Besut dan Setiu.

“Sejarah yang sama berlaku lagi pada PRU13 lalu. Kita kurang dua kerusi lagi, Besut dan Setiu juga
gagal untuk sumbang sebarang kerusi. Kita (PAS) tidak mahu sejarah hitam itu berulang,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya persiapan PAS Terengganu kali ini lebih tersusun dan terarah dengan
prasarana bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Countdown 100 Hari itu hasil dari lawatan beliau ke DUN-DUN sejak diamanahkan
menerajui Pesuruhjaya PAS Terengganu.

“Saya telah lawati 28 Dun dan ada empat Dun lagi yang belum selesai iaitu Dun Batu Burok dan
Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu manakala Dun Rhu Rendang dan Alor Limbat di Marang.

“Semua yang saya lawati itu telah hampir cukup dengan prasarana untuk kita (PAS) hadapi pilihan
raya.

“Hari ini, kita (PAS) panggil semua (jentera) cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) untuk
dengan ‘amanat’ dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” jelasnya.

Pada program itu, para peserta didedahkan dengan pembentangan Wawasan Induk Negara Sejahtera
(WINS) oleh Dr Zuhdi Marzuki dan pembentangan Dokumen Hijau oleh Ustaz Zaharuddin Muhamad.

Manakala, pembentangan 15 Tawaran Awal Manifesto PRU14 PAS Terengganu disempurnakan oleh
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Terengganu, Dr Alias Razak dan PAS Kawasan Setiu dianugerahkan
pemenang pendaftaran keahlian baharu PAS teramai 2017

Sumber BO - 17-12-2017







































































PAS Kemasik Sumbang Bantuan Awal 

Persekolahan

Oleh: Wan Ibrahim Wan Mamat

KEMAMAN – PAS Kemasik memberikan sumbangan barangan keperluan awal persekolahan
menjadi Kemasik bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Abd Hamid berkata, program tahunan ‘Back 2 School’
 itu, adalah bagi mengurankan beban kepada 62 orang pelajar bagi menghadapi sesi persekolahan
2018.

“Rakyat dihimpit dengan bebanan ekonomi yang sangat parah. Ibu bapa terutamanya yang
mempunyai anak yang ramai dibelenggu masalah kewangan tiap-tiap kali datang musim
persekolahan baru,

Kita PAS cuba sedaya upaya membantu mereka yang memerlukan,” jelasnya ketika berucap pada
Majlis yang diadakan Pusat Khidmat di sini, semalam.

Beliau yang juga Penasihat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik mengycapkan
 terima kasih atas sumbangan orang ramai bagi menjayakan program tersebut.

“Dana dikumpulkan dari sumbangan orang ramai dan ahli jawatankuasa PAS DUN Kemasik,
Alhamdulillah, kami menyampaikannya dan membantu sekadar yang termampu,” ujarnya.

Majlis yang dihadiri hampir 200 orang itu adalah anjuran bersama Muslimat, Pemuda dan Ameerah
DUN Kemasik.

Sehubungan itu, Ketua Pemudanya Haji Zaidi Salleh berkata PAS juga turut menyalurkan bantuan
kepada ibu tunggal dan fakir miskin.

“Selain program persekolahan, PAS Dun Kemasik juga sentiasa memberi bantuan penduduk yang
uzur, ibu tunggal dan fakir miskin,

“Alhamdulillah atas sokongan orang ramai kami dapat membantu dan hari ini kami berkesempatan
bersama sebahagian anak-anak sekolah DUN,” katanya.

Sumber BO - 17-12-2017







































































Umno, perompak berlagak ehsan

SAYA ingin mengajak saudara-saudari sekalian 
untuk mengimbau kembali sejarah hitam rakyat 
dan kerajaan Terengganu. Antara perkara yang 
melanggar undang-undang negara yang 
dilakukan oleh Umno ialah: 
1. Umno jelas menafikan Kerajaan Terengganu pilihan rakyat 1999-2004: 
Parti PAS yang dipilih secara sah iaitu melalui undang-undang negara yang diwartakan oleh 
Umno sendiri di parlimen melalui PRU ke-10. Secara mudahnya, parti yang mempunyai lebih 
kerusi dalam Dun berbanding lawan, adalah parti yang berhak membentuk kerajaan dan 
mendapat semua kemudahan kerajaan seperti yang termaktub di dalam perundangan negara. 
Selang beberapa bulan selepas kekalahan mereka di Terengganu, mereka mengadakan 
Perhimpunan Agung Umno. Dan, masih diingati empunya badan yang mencadangkan kepada 
Presiden Umno di dalam perhimpunan itu, agar menarik royalti petroleum kepada kerajaan 
Terengganu yang sah ketika itu bagi mengganggu kerajaan negeri. Bayangkan, undang-undang 
negara, boleh diubah dalam perhimpunan agung mereka. Jelas perhimpunan itu adalah 
perhimpunan pengkhianatan kepada orang Terengganu yang majoritinya Melayu Islam. 
Mereka memberi alasan bahawa kerajaan negeri tiada hak. Sedangkan apabila dikemukakan 
saman terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat, tidak pernah pula mahkamah menolak saman 
tersebut menggunakan alasan kerajaan negeri tiada hak. 
2. Umno cipta undang-undang langgar kedaulatan Terengganu 
Bukti lain bahawa Umno merampas hak Kerajaan Terengganu ketika itu ialah, tidak berapa 
lama dahulu, Umno secara tergesa-gesa mewartakan pula Akta Laut 750 atas alasan darurat 
sudah lama berakhir. Tetapi yang jelas, ialah bagi merampas hak kepunyaan negeri-negeri 
ke atas segala hasil mashul yang berada tiga batu nautika di luar pantai negeri masing-masing. 
Jika benar royalti tidak perlu diberikan, atas alasan apa akta ini dipinda? Dan kemudian mereka 
menggunakan alasan akta baru ini pula bagi meyakinkan rakyat? Usul PAS untuk 
membincangkan isu ini di Dun, ditolak oleh Umno. 
Khianat mereka belum terhenti. Bagi membuktikan kebenaran ini, Telaga Minyak Bertam telah 
menjadi saksi hidup yang masih boleh dilihat. Dengan pengesahan oleh syarikat yang  
melakukan kerja carigali bahawa Bertam terletak di dalam perairan Terengganu, ianya secara 
rasmi diserahkan oleh Perdana Menteri kepada Pahang. Soalan-soalan kami wakil 
pembangkang di dalam Dun untuk mengetahui status Bertam, tidak diberikan jawapan yang 
pasti. Di manakah lagi soalan berkenaan maruah negeri ini harus ditanya? Pengkhianatan oleh 
Umno menggadaikan secara bacul telaga minyak Bertam yang dianggarkan hasilnya sebanyak 
RM100 juta setahun jelas sekali. 
3. Umno mengakui mereka perompak ehsan 
Akhirnya, Umno mengakui mereka adalah perompak yang bukan sahaja merompak wang 
rakyat dari kerajaan yang sah, tetapi mereka juga cuba berbudi bahasa dengan memberikan 
wang rompakan itu secara ehsan kepada rakyat. Kini mereka bangun dengan suara yang 
lantang, mengalih perhatian rakyat dengan menuding jari kepada PAS. Malangnya rakyat tetap 
tahu bahawa Umno yang menghapus hak Terengganu mendapat lima peratus royalti. 
Ketika Sarawak mendapat semakin banyak manafaat daripada royalti mereka, Umno 
Terengganu memilih sebaliknya. PAS tetap tegas mengatakan Umno pengkhianat rakyat 
Terengganu dengan menggadaikan royalti petroleum hak milik rakyat hasil daripada 
kebodohan (ini disebut oleh PM ketika itu, Tun Mahathir), kejahatan dan khianat pemimpin 
Umno di perhimpunan agung mereka. Ingatlah sekalian rakyat Terengganu, Umnolah punca 
Terengganu kehilangan maruah. Kepada Allah tempat kita mengadu. Wallahua’lam.  
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
27 Rabiulawwal 1439/16 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD - 16-12-2017 







































































Bajet Terengganu 2018; Bajet Untuk PRU, 

Tidak Menggambarkan Keadaan Sebenar

KUALA TERENGGANU – Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Dato’
Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah bajet pilihan raya umum (PRU) akan datang yang tidak
menggambarkan keadaan sebenar, apa yang berlaku.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, ia hanya menceritakan
tentang kejayaan yang tidak benar.

Menurutnya, hanya ‘propaganda’ yang cuba menggambarkan pemerintahan Umno dan BN situasi
dalam keadaan yang baik, sebaliknya data yang dipetik Razif bertentangan dengan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Perangkaan Negera (Department Of Statistic).

“kita tengok pembentangan bajet ia tidak dapat dinafikan (oleh pemimpij Umno sendiri) merupakan
bajet menghadapi pilihan raya,


“derdasarkan statistik (data dan maklumat) banyak yang di sebut merupakan (hanya) ‘success story’
yang di ambil (dan) dipetik daripada sumber-sumber untuk menggambarkan Terengganu kita ini
berada dalam ‘trek’ rekod yang baik,

“Tapi hakikatnya data-data yang dikeluarkan oleh ‘Department of Statistic’ Malaysia (2016) sendiri
menggambarkan…….antaranya adalah GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar – KDNK) kita,

“Kita negeri Terengganu (sebenarnya) masih lagi negeri yang tercorot selepas daripada Pahang,
Sarawak (dan) Terengganu nombor tiga dengan nilai 3.2% berbanding dengan kerajaan bernilai
4.2%,” tegasnya.

ADUN Paka itu berkata demikian ketika ditemui di Wisma Darul Iman, pada Khamis 14 Disember,
hari terakhir persidangan.

Bahkan kata beliau, rakyat Terengganu sepatutnya rasa malu dengan negeri Kelantan, yang bentang
bajet sebanyak RM696.9 juta sedangkan jumlah penduduknya adalah 1.8 juta orang dan keluasan
negeri dan daerahnya lebih besar.

“tapi GDP dia 4.8% mengatasi kadar peringkat kebangsaan dan menyamai negeri Selangor, Selangor
 4.8%. Kita masih lagi tercorot di nombor tiga terakhir,” jelas beliau.

Selain itu, kata beliau, kadar pengangguran di negeri Terengganu adalah berada pada nombor dua
tercorot selepas pada Sabah.

Katanya, kadar penggangguran kita yang terlalu tinggi termasuk juga golongan siswazah yang
mempunyai kelulusan, tidak ada peluang pekerjaan.

Oleh itu, beliau mempersoalkan sebenarnya ke manakah Bajet Terengganu tahun ini sebanyak hampir
RM2 bilion tahun ini dan RM2.1 bilion tahun lalu serta hampir RM10 bilion pada penggal ini,
dibelanjakan?

“Jadi sebenarnya bajet kita (hampir) RM 2 bilion (tahun ini), RM2.1 bilion (tahun) sebelum pada
ini…….ke mana sebenarnya arah pengaliran wang tersebut?

“Yang kita tengok kadang-kadang (ia) habis (dibelanjakan) kepada projek-projek yang tidak
menjana, (membawa pulangan kembali) kepada rakyat,

“Contonya isu yang melibatkan (pembangunan) di Kenyir dan kita rasa semua banyak kewangan
yang dialirkan ini tak sampai kepada golongan sasar,” kata beliau.

Justeru beliau kesal kerana katanya, sehingga akhir persidangan dan penggal Dewan Undangan
Negeri kali ini, masih banyak persoalan tentang ketelusan yang tidak terjawab.

Katanya, soalan-soalan yang diutarakan masih banyak lagi yang tidak diberi jawapan pihak kerajaan.

“Bila kadang-kadang (ada) banyak jawapan-jawapan yang mungkin kalau orang tak tahu, (dijawap)
sebagai data yang mengaburi (pandangan) sahaja dari kalangan masyarakat.

“Contohnya melibatkan pinjaman (pelajaran)…..sebenarnya tidak ada pinjaman Yayasan
(Terengganu) baharu. Ada dimaklumkan 13 orang (dapat) tapi dalam jawapan (yang diberi
seramai) 600, 400, 300 orang (dapat pinjaman),

“sebenarnya itu merupakan pelajar-pelajar yang ditaja sebelum daripada ini yang belum habis lagi
peringkat pengajian,

“tapi pelajar-pelajar baru sudah tidak ditaja oleh pihak Yayasan Terengganu,” jelas beliau lagi.
Sedangkan, tambah beliau, memberikan pinjaman pendidikan kepada para pelajar merupakan aset
penting kepada rakyat Terengganu, untuk masa depan Terengganu dengan lahirnya siswazah
bependidikan yang tinggi dan berkemahiran dalam semua bidang.

Sumber BO - 16-12-2017







































































Pembekal ‘Amphicoach’ Syarikat Baharu 

Ditubuhkan

Ramai yang ragu-ragu adakah Islam boleh menang ataupun tidak?. Sedangkan bilangan kita sangat
sedikit dibandingkan dengan bilangan pihak musuh mencecah bilangan yang ramai.

Dikala itulah nabi SAW perkukuhkan keyakinan, kita akan mampu untuk mara mencapai kemenangan
sehingga para sahabat pada waktu tersebut muncul perasaan yakin, perasaan tenteram. Maka Allah
SWT menurunkan ayat contoh tauladan yang ada pada nabi SAW.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua… Tepoh berusaha untuk mengambil bahagian dalam
membahaskan Enakmen Perbekalan 2018 bagi kerajaan negeri Terengganu dengan memberikan
penekanan terhadap kebertanggungjawaban semua pihak bagi melahirkan negeri Terengganu Darul
Iman yang benar-benar berjaya.

Sebab itu kita sangat memerlukan ahli politik yang berdaya khidmat ataupun dengan izin ‘service
oriented’. Bukannya ahli politik yang berdaya manipulasi. Apakah perbezaan diantara dua ahli
politik ini?.

Ahli politik yang berdaya khidmat, mereka akan berusaha gigih bagi memastikan kepentingan rakyat
dipelihara dengan baik dan bukannya manipulasi dengan kuasa yang ada. Dengan apa yang dimiliki
untuk kita membina kekayaan sendiri ataupun untuk membina kemewahan sendiri.

Selain daripada ahli politik negara dan negeri yang berjaya, yang sihat sangat memerlukan kepada
golongan usahawan. Tetapi usahawan yang kita perlukan adalah usahawan yang berdaya ‘explorasi’.
Bukannya usahawan yang berdaya ‘ekploitasi’.

Apa beza diantara usahawan ‘explorasi’ dan usahawan ‘ekploitasi’? usahawan explorasi adalah
usahawan yang kreatif.memanfaatkan rung yang ada untuk menciptakan kemenangan. Berusaha
secara jujur dan amanah didalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli perniagaan
samada digelar sebagai usahawan ataupun digelar sebagai ’bisnesmen’.

Tetapi malang bagi negeri ataupun negara, kalau kita memiliki usahawan yang berdaya ‘ekploitasi’.
Memanfaatkan hubungan ‘networking’ bersama dengan ahli politik. Menabur rasuah.
Menyalahgunakan kesempatan yang ada sehingga menyebabkan berlaku kerencatan didalam
membawa pembangunan yang baik untuk negeri ataupun negara.

Tidak terhenti setakat ahli politik dan tidak terhenti setakat usahawan. Kita memerlukan kepada
rakyat yang bergelar sebagai pengguna yang bijak. ‘smart consumer’ ataupun kita perlu menghalang
rakyat yang menjadi pengguna yang mudah untuk dimanipulasi ataupun yang mudah untuk dipijak.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….

Saya memulakan pendahuluan untuk perbahasan ini bagi memberikan gambaran. Bukan untuk
menyindir bukan untuk menuduh tetapi untuk mengambil semangat kebersamaan samada kita
bergelar sebagai ahli politik ataupun pentadbir.

Kita mesti ada kebertanggungjawaban seperti ini supaya kita mencontohi nabi SAW dalam gaya
berpolitik. Didalam kita membawa mesej pentadbiran. Didalam kita menguruskan amanah mestilah
mengambil semangat yang ditinggalkan oleh nabi SAW.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….

Berbalik kepada bajet 2018, setahun dua ini kita seringkali dipegunkan dengan pelbagai istilah
memukau yang dibawa sepanjang ucapan bajet.

Sebagai contoh, pada point yang ke 89, 13 projek ‘Low Hanging Fruits’ (Pokok buah-buahan rendah
yang mudah dipetik) telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar.

13 projek ini menggunakan istilah ‘Low Hanging Fruits’ sama seperti didalam bajet 2018.
‘Task point’ yang digunakan juga adalah ‘ Low Hanging Fruits’.

Apa yang saya ingin tegaskan Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua … sekadar tiga contoh
daripada 13 projek yang dinyatakan.

1. Sektor Bioteknologi.

– Projek makanan ternakan Hidbrid di Setiu. Pelaburan swasta bernilai RM 27 juta. Mewujudkan
peluang pekerjaan 895.

2. Sektor Pembuatan.

– Projek Aviation, Maintenance, Repair and Overhaul (MRO). Pelaburan swasta bernilai RM 229 juta.
Membuka peluang untuk 600 peluang pekerjaan.

3. Membangunkan Hub Kargo Udara Serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pelaburan
swasta bernilai RM 165 juta. Peluang pekerjaan 895.

Tidak perlu saya membilang kesemua 13 ‘Low Hanging Fruits’ ini. Cukuplah tiga contoh ini. Ia
tidak dilihat sebagai ‘Low Hanging fruits’ seperti yang dinyatakan didalam buku ucapan bajet 2017
apatah lagi didalam ucapan bajet 2018.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …

Jumlah pelaburan yang diperolehi sepanjang tahun 2017 hanyalah tiga pelaburan sahaja. Yang
membawa jumlah pelaburan tempatan sebanyak RM 20 juta kemudian jumlah pelaburan asing
RM 35 juta. Yang membawa jumlah keseluruhan hanya RM 55 juta.

Ertinya ‘Low Hanging Fruits’ ini tidak berlaku. Macamana untuk mudah dicapai? Bagaimana untuk
mudah digapai?. Dalam keadaan 13 perkara yang disenaraikan ini, dilihat tidak memberi kesan yang
besar kepada rakyat negeri Terengganu.

Kita boleh melihat kalau dibuat ringkasan ‘Low Hanging Fruits’ 2017, jumlah pelaburan yang bakal
diterima adalah RM 8 .6 billion. Jumlah peluang pekerjaan yang bakal di perolehi adalah 11,523
tetapi

apa jadi dengan ‘Low Hanging Fruits’ yang telah ditawarkan didalam bajet 2017?.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …

Bercakap soal kecekapan. Tentu sekali kajian kes bas Amphicoach menarik perhatian banyak pihak.
Antara perkara yang dewan boleh memberikan perhatian, yang pertama syarikat pembekal iaitu Alam
Perkasa Teknologi Sdn Bhd yang telah berjaya mendapat tawaran kerja membekalkan Amphicoach
untuk kerajaan negeri Terengganu.

Semakan yang kami buat syarikat ini telah ditubuhkan pada 27 Mac 2014. Idea untuk membawa
Amphicoach adalah pada akhir 2013.

Syarikat yang baru ditubuhkan yang tidak pernah diketahui prestasi kerja membekalkan bas ataupun
kenderaan, bagaimanakah jawatankuasa tender boleh meluluskan (syarikat) Alam Perkasa Teknologi
Sdn Bhd untuk mendapat peluang membekalkan Amphicoach dengan harga RM3.3 juta.

Apatah lagi didalam semakan kita, ‘Nature Of Business’ (jenis perniagaan) yang telah dibawa oleh
Alam Perkasa Teknologi Sdn Bhd, Land and water bus provider to the Terengganu State Government
(Pembekal bas kegunaan darat dan air untuk Kerajaan Negeri Terengganu), itulah sahaja bidang tugas
yang telah dia ada.

Tidak diketahui pengalaman lampau. Tidak diketahui prestasi sehingga menyebabkan kita bersetuju
untuk ‘terminate’ (tamatkan).

Daripada sudut perancangan yang komprehensif sebagai petunjuk rancangan untuk memiliki
Amphicoach yang mempunyai satu pelan perancangan yang kukuh.

Dewan menyaksikan Amphicoach ini akan digunakan di Tasik Kenyir. Ertinya justifikasi yang
digunakan untuk membeli Amphicoach Tasik Kenyir. Merancakkan pembangunan pelancongan
supaya Amphicoach menjadi daya tarikan untuk pelancong berkunjung ke Tasik Kenyir.

Tapi kita lihat apa yang berlaku. Daripada sudut perancangan yang tidak komprehensif inilah yang
menyebabkan kita telah mengubah daripada Tasik Kenyir sampai ke Taman Tamadun Islam (TTI).

Kita tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Tetapi
yang kita mempersoalkan justifikasi dahulu.

Kita seperti tidak ada satu pelan jangka masa yang panjang yang cukup konfrehensif yang cukup
baik untuk kita laksanakan tanggungjawab bagi membangunkan pelancongan di Tasik Kenyir dan
seumpamanya sepertimana yang telah dicadangkan.

Oleh kerana itulah projek dibuka baru walaupun telah siap, Alhamdulillah untuk membina Peluncur
Serbaguna bagi kenderaan Amphicoach di Taman Tamadun Islam.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….

Sedikit persoalan berkenaaan dengan Pusat Bebas Cukai Tasik Kenyir. Ogos 2018 dikatakan akan
dimulakan operasi secara rasmi. Perbelanjaan ratusan juta ini amat perlu di bangkitkan oleh Dewan
secara berterusan.

Ia … kita pernah mengemukakan soalan. Kita pernah membicarakan soal ini tetapi kerana
perbelanjaannya yang sangat besar maka kita perlu untuk timbulkan balik supaya kita dapat
memberikan perhatian dengan semangat ‘value for money’ yang telah kita keluarkan untuk
membangunkan Tasik Kenyir.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….

Dua eleman penting pembangunan Tasik kenyir iaitu Pusat Bebas Cukai. Di Pulau Bayas dan juga
di elemen insfrakturtur sokongan yang berada di Pengkalan Gawi juga Pulau Poh.

Kedua-dua projek ini saya yakin dia telah mencecah malah melebihi RM 500 JUTA. Secara jujur
saya ingin dapatkan sekali lagi penjelasan pihak kerajaan negeri Terengganu terhadap Pusat Bebas
Cukai di Pulau Bayas.

Adakah lokasi tersebut yang dimaksudkan oleh pihak kerajaan untuk beroperasi pada Ogos 2018?
Saya ulang balik. Adakah Pusat Pembangunan Bebas Cukai di Pulau Bayas adalah tempat yang
dimaksudkan untuk beroperasi pada bulan Ogos 2018 atau ada tempat yang lain dicadangkan seperti
di Pulau Poh dengan adanya bentuk-bentuk baru kanopi yang telah dibina.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan soalan-soalan saya yang telah ditolak. Berhubung dengan
syarikat tempatan yang mendapat kontrak serta manfaat secara langsung dari pembangunan projek
kerajaan negeri.

Sekadar ingin tahu kerana soalan tersebut telah pun ditolak. Mungkin pihak kerajaan negeri sudi
untuk memberikan penjelasan semasa penggulungan.

Berapakah bilangan syarikat kontraktor perunding yang ditubuh atau dialih operasi kerana kekangan
mendapat projek kerajaan negeri menyebabkan pemain industri ini perlu berhijrah untuk
mempertahankan bisnes?

Yang kedua … apakah langkah mendatang yang diambil perhatian agar industri pemain tempatan
lebih diberi keutamaan berbanding syarikat luar seperti yang di buat oleh Serawak yang hadkan
penglibatan orang luar hanya kepada skop bidang khusus yang tertentu sahaja.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua ….

Sebagai penutup apa perkembangan yang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk mengambil sikap
yang serius bagi menyelamatkan pantai Terengganu yang berada dibawah ancaman disepanjang
jajaran Pantai Mengabang Telipot, Pengkalan Maras dan Mengabang Telong. Isu ini seringkali telah
dikeluarkan.

Dan saya juga telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, berkenaan
dengan projek RM 90 juta diluluskan oleh pihak ‘federal’ (kerajaan Pusat) dan pada minggu ini akan
di ‘award’kan ( dianugerahkan) kepada kontraktor yang berkenaan.

Cuma saya ingin mempersoalkan beberapa perkara untuk dijadikan perhatian Dewan. Yang pertama
mengapa ketika waktu teduh ataupun bukan ombak yang mengganas , pada waktu tersebut kita
membiarkan projek ini tanpa kita melakukan baikpulih yang sebaiknya.

Yang kedua. Kenapa pada waktu baikpulih secara ‘emergency’ ini batu-batu yang dibekalkan pada
waktu tersebut merupakan batu-batu yang sangat kecil yang bukan saiz untuk mempertahankan
pantai.

Yang ketiga. Saya mengharapkan supaya kita jangan terus untuk menjadikan pantai ini dengan
batuan yang besar sepanjang jajaran dipantai Terengganu tetapi berusahalah untuk mengambil
formula Pantai Batu Burok, Pantai Teluk ketapang supaya pasir secara semulajadi boleh untuk
dibawa ke pantai yang indah satu ketika dahulu.

Yang Berhormat Dato Yang Di Pertua …

Saya menghormati atas permintaan untuk saya menamatkan ucapan maka saya berhenti setakat ini.
Mudah-mudahan pihak kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap perkara yang telah saya sebut
dan nyatakan sebentar tadi.

Terima kasih … Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

*** Ucapan Perbahasan Bajet 2018, ADUN Tepoh UB Ustaz Hishamuddin Abd Karim








































































Sumber BO - 16-12-2017







































































Ahmad Said Terus Kritik Kerajaan

KUALA TERENGGANU – Walau pun masih berstatus ADUN Umno dan Barisan Nasional, ADUN
Kijal Dato’ Seri Ahmad Said, terus lantang mengkritik kerajaan tentang perlaksanaan beberapa projek
yang belum atau lambat dilaksanakan.

Beliau yang meminta maaf dan mengucap selamat, kerana menurutnya kali ini adalah yang terakhir
buat beliau berada dalam persidangan DUN, sebagaimana ‘ura-ura’ dari khabar yang belegar, beliau
tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Antara yang utama disebut beliau adalah, peruntukan yang telah diluluskan pada zana akhirnya
sebagai Menteri Besar, untuk membina terusan di kawasan perindustrian Teluk Kalong, bernilai
RM20 juta.

Menurutnya, beliau merujuk kepada Unit Perancag Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawapan mereka
adalah kerana, ia bukan satu keperluan buat masa ini.

Namun Ahmad menegaskan ia adalah bagi kemudahan mengangkut barangan ke kawasan industri
terbabit dan bagi mengawal banjir bagi kawasan Hulu Chukai.

Selain itu, beliau ‘berleber’ panjang lebar tentang projek Pulau Bebas Cukai, yang katanya, tahap
pembangunannya amat perlahan.

Beliau menggesa kerajaan dibawah pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman segera menyiapkan

pembinaan pulau tersebut bagi mengelakkan, ia menjadi sebuah monumen ‘gajah putih’

“saya pergi bulan Oktober lepas tanya sebab apa……dia (kontraktor) kata pembayaran lambat,”
ujarnya ketika berucap membahaskan Bajet 2018 pada Rabu 13 Disember.

Sehubungan itu, beliau turut mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menamatkan pembelian
‘amphiocoach’ dan mahu menyaman pembekal bas dua alam alam tersebut.

Katanya, beliau telah berjumpa dengan ‘kontraktor’ tersebut apabila mendapat tahu Razif mahu
mengambil tindakan mahkamah.

“saya tanya dia….dia kata lambat terima pembayaran dan terpaksa gunakan ‘pitih’ sendiri sebanyak
RM180,000 untuk membuat bayaran terakhir,

“dia kata sekarang ini amphicoach dalam kapal dan dalam perjalanan……..jadi kalau sampai nanti
macamana?,” kata beliau.

Sumber BO - 15-12-2017







































































Dulu E-Book, Kemudian I-Class….Sekarang 

V-Class Pula?

Saya nak bahas dua tiga perkara walaupun perkara tu nampak kecil. Yang pertama saya nak sebut,
dalam bulan ni dua kali saya pergi ke hospital besar kerana menziarahi pesakit. Satu sahaja lif yang
boleh digunakan menyebabkan saya sendiri dari tingkat bawah sampai tingkat tujuh jalan kaki. Jadi
saya nak nasihat kepada kerajaan jaga nama baik. Kata nak menang tadi. Dah habis penggal dah ni.
Jadi benda-benda kecil, walaupun nampak kecil tapi ada sungutan yang tak baik.

Yang kedua adalah isu berkenaan muara sungai yang juga rakan-rakan kita telah sebut. Cuma saya
nak fokus yang pertama muara sungai Merchang. Dalam sidang dewan belanjawan yang lalu, saya
timbul isu muara sungai merchang yang dijawab oleh Yang Berhormat Exco, yang berkenaan
peruntukan daripada pusat RM43 juta telah diberikan dalam perancangan Malaysia yang kesebelas.
Persoalannya sekarang ni musim tengkujuh, perkara ini belum diselesaikan. Mohon jawapan pada
pihak exco. Pada kami kita mengharapkan supaya banteng pemecah ombak di muara sungai
merchang ini diselesaikan dengan segera. Walaupun ada usaha di pihak kerajaan untu mengorek
dengan jentolak yang berkenaan tetapi sebenarnya tidak selesai masalah, isu di muara sungai
Merchang.

Dalam DUN saya, ini yang seterusnya berkenaan dengan muara sungai Ibai. Dulu kampung
Pengkalan Setar, mereka banyak bot dan ada bot besar yangmasuk memlalui muara sungai kuala ibai
dan mereka bersungut menyatakan bahawa dulu ikan laut sampai ke tempat mereka dan juga ketam,
udang daripada laut dan mereka mudah cari di Pengkalan Setar, tapi sekarang ini perkara itu tinggal
sejarah. Kerana isu muara sungai di kuala ibai menyebabkan bt-bot tidak boleh memasuki
sehinggalah, mereka banyak menjual bot mereka. Kemudian ada sungutan daripada penduduk di rhu
muda, keraa banteng penahan ombak hanya dibuat di Rusila, mengapa tidak diteruskan. Jadi mereka
minta kami sentuh dalam dewan yang mulia ni mohon sebagaimana supaya masalah yang sama
sebagaimana yang berlaku di kampung Rusila.

Saya ingin membangkitkan isu yang ditimbulkan dalam ucapan bajet 2018 berkenaan dengan ICT.
Dalam perkara ‘touch point’ yang ke tiga puluh lima program V-class, virtual class dengan izin akan
dilaksanakan dengan manfaat seramai 55,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara
negeri Terengganu dan peruntukan yang pada saya, oleh kerana kita tak jelas sebenarnya apa virtual
class atau v-class. Kalau kita terjemah, dengan erti kata kelas maya dan kita sudah ada kelas maya
yang perintisnya dibuat di Sekolah Kebangsaan Paya Punga, Cuma saya ingin mendapat penjelasan
daripada exco iaitulah daripada kerajaan, sebenarnya sebab kelas maya yang ada ni saya tengok, kalau
tengok pada ayat satu tujuh lapan ni, program v-class, dulu ada i-class, kemudian kelas maya. Soalan
saya adalah v-class atau kelas maya ini adalah benda yang sama dan kalau perkara yang berlainan
bagi saya tidak praktikal dan saya pun tak dengar dah kelas maya ni sekarang ini samada apa
sebenarrnya masalah yang berlaku.

Saya saya nak bawa bali, pada 28 Febuari 2015, Pengerusi Jawatan Kuasa Pendidikan Sains Dan
Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas menyatakan projek i-class dijalankan di tujuh belas buah sekolah.
Sekarang ini sebenarnya ada berapa dah? Dan dalam masa 2 tahun, ni tahun 2015, sudah dua tahun
yang lalu. Dalam 10 tahun, 400 buah sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan i-class. Jadi
ini kita mohon jawapan dari pihak kerajaan. Jadi dulu, saya bukan nak bangkit isu e-book tapi selepas
10 tahun barulah secara komprehensif dijalankan kajian, pemberian ebook ni, kajian oleh Idaman
Institut Darul Iman dan juga UniSZA diketuai oleh Prof. Dr Ibrahim Mamat, jadi saya juga
mencadangkan juga supaya sebelum diadakan vclass, iclass, sebelum ditingkatkan ini, supaya
membuat kajian yang mendalam dan diperbaik mana-mana yang telah berjalan, supaya dibuat dengan
secara yang lebih baik.

Kita tak mahu dibuat program yang lain yang kadang-kadang merugikan duit rakyat negeri
Terengganu. Kemudian merujuk kepada touch point yang keenam skim dana usahawan, RM2 juta,
jadi dia ada peruntukan pinjaman online business SPOB. Jadi 2 juta ni skim dana usahawan
keseluruhan,berapa sebenarnya yang diperuntukkan skimpinjaman online business. Kemudian,
baru-baru ini kerajaan, perdana menteri sendiri, telah mengadakan kerjasama pelancaran AliBaba.com
di Malaysia. Sebagai contoh dala parlimen, timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industry,
Dato’ Ahmad Maslan berkata di parlimen, zon perdagangan bebas digital DFTZ, memberi peluang
kepada PKS, menceburi perniagaan dalam talian untuk meningkatkan eksport mereka ke pasaran
global dengan mengguna pakai kelebihan Alibaba sebagai syarikat E-Dagang gergasi antarabangsa
yang mempunyai 440 juta pengguna di 190 buah negara. FTZ dijangka akan menggandakan jumlah
eksport PKS tempatan menjelang 2025 kepada RM155 bilion.

Setersusnya touch poin yang ke 23 pembangunan ekonomi digital sekarang ni kita tengok usaha yang
dibuat di ladang tok pelam, jadi soalan saya KUP, dulu pernah dikatakan untuk dijadikan Low Yat
Terengganu, sekarang ni apa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan kerana Mara digital KL pun ‘
hidup segan mati tak mahu’. Dan saya ada buat rujukan terhadap bangunan-bangunan terbengkalai
yang banyak, bangunan yang ada. Strawberry Park, Kuaters kediaman agensi kerajaan Pengkalan
Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Bangunan perniagaan ada satu warna kuning di pekan ajil
di bawah Majlis Daerah Hulu Teregganu, Bangunan Perniagaan Pemint, Ladang, di sekitar Chiken
Cottage, Nampak kosong je. Kompleks Paya Bunga, Sutera Semai, ada guard je. Saya pergi tengok
ada guard je, kosong. Dan juga soalan saya sekarang ni stadium Gong Badak sekarang ni guna ke tak?
Sebab saya orang Alor Limbat, jarang pergi sana, jadi kita tak tahu.

Kemudian saya nak menyentuh isu berkenaan dengan, untuk kebaikan rakyat juga, saya minta masa
sikit lagi. Seterusnya Madrasah Moden Maidam di Mengabang Telipot. Antaranya ada orang susah,
yang terpaksa membayar RM150 sebulan, pada kita murah tapi pada mereka sangat mahal, dan
kemudahan infrastruktur pun katanya ada masalah, Cuma diorang tidak jelas di bawah MAIDAM
atau di bawah pejabat agama. Kalau bawah maidam rasanya taka da masalah untuk memberikan
bantuan kepada ibu bapa yang susah. Kemudian yang seterusnya isu dalam DUN saya Masjid Kubang
Durian. Pengambilan tanah telah pun dibuat. Cuma telah makan masa banyak tahun bila masjid ini
akan dilaksanakan.

Dan akhir sekali saya nak sebut tentang kesesakan. Apabila LPT dia ‘exit’ sebelah Pasir Tinggi ke
pengadang baru, ia menjadi jalan yang agak sibuk. Apakah perancangan kerajaan untuk samada
membesarkan jalan, kerana di sana banyak berlaku kemalangan apabila banyak exit dari sebelah
Pasir Tinggi tu, banyak kerajaan yang lalu berbanding dengan keadaan biasa. Dan akhirnya, berkait
dengan jalan tersebut, ada satu jalan dari Kepong ke Sungai Rengas yang dibuat. Tapi kebelakangan
ini agak macam diberhentikan. Sebenarnya bila akn dibuat, atau disiapkan jalan ini, dan berapakah
kos sebenar projek pembinaan jalan tersebut.

*** Ucapan Perbahasan Bajet 2018, ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman

Sumber BO - 15-12-2017

Usahawan eksploitasi mudah terjebak rasuah

NEGARA ini mempunyai ramai usahawan yang 
mempunyai hubungan rapat dengan orang politik 
sehingga mudah terdedah kepada elemen rasuah. 
Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim 
berkata, ada dalam kalangan usahawan terbabit 
yang tidak dapat dinafikan terlibat dengan rasuah bagi mendapat sesuatu projek. 
Manakala katanya pemimpin politik pula menyalahgunakan kuasa sehingga berlaku kerencatan 
dalam pembangunan dalam menyalur projek kepada kroni. 
“Sebab itulah kita memerlukan golongan usahawan yang berdaya eksplorasi dan bukannya 
berminat dengan eksploitasi projek semata-mata. 
“Usahawan eksplorasi lebih kreatif memanfaatkan segala ruang yang ada untuk mencipta 
kejayaan. 
‘Mereka berusaha secara jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai 
seorang ahli perniagaan. 
“Sebaliknya usahawan yang berdaya ekploitasi mendapat projek melalui saluran politik,” 
katanya ketika membahas Bajet 2018 pada persidangan Dun di Wisma Darul Iman. – 
HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017







































































Terengganu bentang bajet pilihan raya

PAS menyifatkan Bajet 2018 yang dibentang 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad 
Razif Abdul Rahman baru-baru ini sebagai bajet 
pilihan raya. 
Adun Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, 
bajet yang dibentang berjumlah RM1.996 bilion 
masih mencatat defisit sebanyak 10 peratus atau RM181 juta. 
Katanya, bajet yang begitu besar itu dilihat orang ramai sebagai persiapan untuk menghadapi 
pilihan raya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. 
“Ini kerana banyak isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan mengurus projek yang 
dilaksana sebelum ini. 
“Banyak prokek terbengkalai dan akhirnya tidak dapat dimanfaatkan rakyat biarpun banyak 
peruntukan dihabiskan,” katanya pada persidangan Dun semalam. – 
HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017 







































































Agar Harta Negara Itu Tidak Berlegar 

Di Kalangan Orang-Orang Yang Kaya Sahaja 

Di Kalangan Kamu

Yang berhormat Dato’ yang dipertua……..ayat yang sama-sama kita fahami itu adalah ayat yang
menyebut jelas tentang dasar kepada ekonomi negara berterakan panduan Islam yang dibawa oleh
Nabi kita junjungan Muhammad SAW, dan dasar ekonomi inilah yang membawa masyarakat Arab
yang dahulunya ketinggalan sehingga akhirnya dapat menakluk dua pertiga daripada dunia ini.

Ia kerana mereka melaksanakan asas yang telah ditetapkan, yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT .
Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat dan negara kita mendapat kesan yang sama kerana sistem
yang diamalkan di negara kita masih lagi tidak menepati anjuran yang dianjurkan oleh Allah SWT.
Umum mengetahui bahawa ekonomi kita sangat membimbangkan walaupun ada mereka yang
berhujah mempertahankan keadaan ekonomi sekarang dengan hujah-hujah mereka.

Walaupun keadaan ini tidak dapat dinafikan, keadaan ekonomi yang teruk, keadaan kuasa beli yang
tidak ada. Kadang tidak semua benda yang memerlukan indicator yang berfakta.  Okay saya sebut.
Laporan-laporan yang kita perolehi daripada peniaga-peniaga tempatan, kita tidak lah sediakan fakta
…….Saya kata, dengan keadaan kita turun ke bawah, dengar keluhan peniaga-peniaga, bukan sorang
dua, rakyat tau belaka dah.

Kalau ada fakta kena ikut, fakta yang bertulis, fakta dalam al-Quran ramai je tak ikut, biasa je. Dok
pelik pun. Ada fakta-fakta dalam al-quran yang tidak digunapakai dalam kerajaan. Saya sebut fakta
tadi ayat pada awal tadi. Makna kata pengambilan dan penggunaan GST ini adalah sesuatu yang
tidak tepat dengan pensyariatan Islam.

Yang berhormat YDP……….bila kita menyebut tentang ekonomi, masing-masing mempertahankan
hujah masing-masing, ianya sesuatu yang normal dalam politik. Tetapi rakyat mengetahui keadaan
yag sebenar. Walaupun fakta-fakta yang dibentangkan mungkin berpihak kepada pihak kerajaan.
Tetapi kedaan reality dan semasa yang dirasai oleh semua peringkat berbeza dengan fakta-fakta yang
ada yang dibentangkan kepada kita.

Kita melihat, setiap lapisan ahli masyarakat dalam negeri Terengganu mendapat sentuhan daripada
kerajaan negeri dalam bajet pada kali ini. Ini adalah satu kehebatan, ekonomi yang ada pada
masyarakat. Rakyat telah kaya, rakyat telah berduit, tetapi kerajaan dengan segala murah hati
memberi bantuan yang pelbagai kepada mereka.

Inilah kerajaan contoh, terima kasih kerajaan. Isu-isu yang saya ingin ketengahkan, dengan keadaan
masa yang tidak mengizinkan ini saya ada mempersoalkan kos pengurusan taman pertanian sekayu.
Yang bilamana kerajaan memperkenalkan ‘Beautiful Terengganu Visit 2017’, ramai yag bertanya
tentang status taman pertanian sekayu yang bila tinjauan dibuat, kita dapati, pagar-pagar ditukar
baharu dihadapan tetapi bila masuk kedalam melihat keadaan yang sangat menyedihkan.

Dengan kolam yang tersedia tidak mempunyai air, dengan kebun-kebun, yang dipenuhi semak
samun, dan inilah yang kita sebut di dalam tema yang selalu kita sebut di peringkat pembangkang,
“lok koho punoh”, kerana makin ia dibiarkan makin teruk keadaan negeri Terengganu. Apabila saya
bertanya tentang, YB Telemong, dalam senda gurau kita sesame ahli-ahli berhormat, bila nak siap
lebuh raya Kuala Jeneris, dia kata cara apa hok dok siap lagi.

Apakah ia selari dengan perkembangan tasik Kenyir, perkembangan ataupun suntikan kewangan
ke atas pembangunan tasik kenyir ? yang ianya satu benda yang saya lihat janji pada tahun 2013, 31
Januari 2013, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mempersiapkan lebuhraya ini yang
beranggaran panjangnya lebih kurang 24 kilometer, tetapi sampai sekarang tidak bergerak. Lepastu
juga, berkenaan dengan isu perlombongan yang dijalankan di bukit nenas ini, diantara aduan yang
sampai kepada kita, aduan daripada penduduk tempatan, yang meminta supaya kita sampaikan kepada
kerajaan negeri, bagaimana timing operation dengan izin, waktu berjalannya operasi tidak berlaku
dengan timing yang betul.

Tengah malam buat juga. Ini mengganggu kedaan masyarakat sekeliling dan ianya sesuatu yang
perlu diambil, memainkan peranan di pihak kerajaan. Begitu juga, saya dengar dengan tekun, apa
yang dibentangkan oleh Jabi tadi dalam keadaan permohonan perumahan yang kira-kira hampir
100,000 permohonan, 98,722 kalau tak silap saya. Dan ianya hanya mendapat, rendah atau kurang
daripada 10 peratus daripada permohonan tersebut, menggambarkan masih kurang kecaknaan bagi
pihak kerajaan dalam menangani isu ini.

Inilah keadaan yang dialami negeri kita, dengan belanjawan yang begitu banyak, hampir dua billion,
yang rakyat rasai, ianya sesuatu yang sangat sedikit, kalau kita tengok yang diperuntukkan
RM400,000 kita dengar macam banyak dah tapi untuk 40,000 ribu pelajar, sepuluh ringgit sorang,
kerajaan kata RM400,000 tu banyak dah, dah kalau 40,000 pelajar, dah kerajaan kata ok dah, kerajaan
kata budak-budak banyakduit dah, budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak.

Terimasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan sedikit sebanyak isu-isu yang
berkaitan walaupun ada beberapa perkara yang tidak sempat saya sebut lagi. Tetapi ingatlah bahawa
Allah SWT sebut di dalam Surah Al-An’am ayat yang keenam. Bahawa kuasa mutlak itu adalah
 milik Allah SWT, dan ianya akan diberikan kepada mereka yang diizinkan oleh Allah SWT, dan
ianya akan bertukar tangan dengan sebab kezaliman-kezaliman yang dilakukan.

***Ucapan Perbahasan Bajet 2018, Persidangan Dewan Undangan Negeri oleh ADUN Manir YB 
Hilmu  Harun pada 12 Disember, 2017

Sumber BO - 15-12-2017

Kembalikan Kegemilangan Rantau Abang

KUALA TERENGGANU – Kerajaan digesa mengembalikan kegemilangan Rantau Abang yang
suatu ketika dulu menjadi tumpuan pelancongan kerana memiliki alam semulajadi yang cantik.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun kesal kerana tiada
perancangan pembangunan daripada kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali pusat
pelancongan utama yang sangat popular di negeri ini, pada tahun 70-an dan 80-an.

“Sedangkan telah saya kemukakan pada sidang yang lepas, paya pesisir pantai sepanjang 7km di
Rantau Abang ini,

“bermula jambatan Jambu Bongkok hingga ke Kampung Rantau Abang sepanjang tujuh kilometer,
payanya cantik, pantainya cantik,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Bajet 2018 pada Persidangan Dewan
Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Selasa 12 Disember.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu juga mengharapkan, dengan merancakkan kembali sektor
pelancongan di kawasan terbabit, ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.

Selain itu, Cikgu Alias juga menyentuh tentang kegagalan pihak kontraktor, Permis Construction
Sdn. Bhd. menyiapkan projek saliran di Kampung Gong Pasir yang sepatutnya jangka siap pada
bulan Oktober lalu.

Beliau turut ingin tahu, apakah tindakan kerajaan dan denda yang ditetapkan dan dikenakan kepada
kontraktor tersebut.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang merayu, supaya kerajaan meluaskan
laluan air yang terlalu kecil yang terletak di jalan simpang masuk ke Tok Kah khususnya, Jalan Alur
Rekam.

“Dimana kalau hujan, dua jam sahaja, beberapa buah rumah di persimpangan Tok Kah ini akan
dinaiki air,

“menyebabkan salah satu kawasan tersebut melibatkan kedai makan, mereka akan mengalami
beberapa hari, “ jelasnya.

Sedangkan, tambah beliau, ia dianggarkan tidak menelan kos yang banyak, namun tindakan segera
yang perlu diambil oleh kerajaan Umno dan BN, supaya masyarakat yang senantiasa mengalami
masaalah banjir ini dapat hidup dengan selesa.









































































Sumber BO - 15-12-2017







































































Cadangan PAS, Naikkan Elaun Imam Bilal 

Dipersetujui

KUALA TERENGGANU – Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan cadangan PAS bagi menaikkan
elaun imam dan bilal di negeri Terengganu setelah mendapati masalah kekurangan pengisian jawatan
ini sangat ketara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bhri Mamat yang bangun mengemukakan
soalan tambahan kepada soalan asal beliau sendiri, mencadangkan agar kerajaan mengkaji perkata
tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib
menyatakan persetujuan persetujuan secara lisan dalam jawapannya pada sesi soal jawab Persidangan
Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Saya setuju dengan kenyataan wakil Paka yang mengatakan gaji yang ditawarkan kepada imam ini
agak rendah berbanding dengan jawatan-jawatan lain.

“Yang menyebabkan jumlah golongan yang layak, yang ada berkelulusan, tidak berminat untuk
meneruskan perjawatan sebagai imam dan bilal.

“Saya ada perbincangan dengan beberapa pegawai yang mengurus bahagian perjawatan yang ada
juga menimbulkan masalah tentang gaji imam dan bilal untuk masjid kerajaan ini, perlu dikaji
semula supaya menarik minat mereka.

“Yang ini insyaAllah pihak kerajaan akan buat kajian, jika kita dapati kesesuaiannya, insyaAllah satu
skim baru akan dipertimbangkan,” ujar beliau di Wisma Darul Imanpada Selasa 13 Disember.

Wakil Paka yang mengemukakan soalan asal yang berbunyi sila nyatakan bilangan penjawat imam
 dan bilal yang belum diisi mengikut pecahan daerah di masjid-masjid di negeri Terengganu.

Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal yang belum diiisi berikutan beberapa masalah seperti calon
tidak menepati kriteria dan calon sesuai tetapi tidak mahu ke masjid yang jauh dari tempat tinggal
mereka.

Daerah Hulu Terengganu adalah kawasan paling banyak kekosongan iaitu 83 jawatan imam dan 73
bilal.

Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 itu turut memberi teguran kepada kerajaan agar
tidak lagi menyekat elaun-elaun imam-imam dan bilal-bilal yang dianggap kerajaan sebagai pro-
pembangkang.


Teguran itu disambut positif oleh Ghazali dan berjanji akan melihat kembali senarai nama imam dan
bilal yang masih belum mendapat elaun mereka.

Sumber BO - 14-12-2017







































































Muara Sungai Dungun Cetek; Apa Hasil Kajian

dan Tindakan Kerajaan?

Dato’ Yang dipertua………saya juga ingin menyebut bahawa, kita ini kita semua adalah merupakan
para pengurus kepada sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada seluruh rakyat peringkat
negeri.

Maka wajar dan sedia bagi kita sama-sama tegur menegur saling menasihati antara kita kerana itu
juga merupakan perintah Allah, berilah peringatan kerana peringatan itu membawa manfaat faedah
kepada kita orang orang mukmin.

Jadi, saya mewakili DUN Sura dan juga merupakan barisan pembangkang kita nak membangkang
bukanlah membangkang membabi buta membangkang semua perkara yang dirancang oleh pihak
kerajaan tetapi dalam masa yang sama kita juga ingin memberikan teguran, pandangan, nasihat untuk
kebaikan kita bersama.

Sebab itulah ingatan Iman Ghazali dalam kitab Ihyamuddin yang mengatakan kawan yang baik itu
ialah kawan yang bersedia untuk memberi nasihat bukan kawan yang hanya selalu mengampu
ataupun tidak berani untuk menegur kesilapan rakan.

Maka sebab itu dalam dewan yang mulia ini marilah kita bersedia untuk memberikan pandangan
dan menerima teguran walaupun teguran teguran itu mungkin tidak selesa bagi kita. Tetapi ambillah
nasihat dari teguran itu untuk kita melihat adakah teguran yang diberikan itu adalah benar ataupun
sebaliknya.

Dato’ Yang dipertua……..saya pada petang ini juga ingin menyatakan beberapa perkara yang berkait
dengan belanjawan yang telah dibentangkan yang saya kira tiga fokus berhubungkait dengan
peningkatan kos sara hidup.

Ini semua dirasai khususnya golongan yang berpendapatan rendah, masyarakat luar bandar, orang
kampung sangat merasai akan peningkatan kos sara hidup ini yang kita sering bagi rakyat sering
menghadapi masalah daripada peningkatan ini dan juga akibat daripada dasar yang telah dirangka
oleh pihak kerajaan terutama sekali kerajaan pusat kerajaan negeri terpaksa menerima antaranya
pelaksanaan GST yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira yang susah ataupun
yang senang.

Seterusnya, kenaikan harga minya petroleum setiap minggu juga merupakan bebanan kepada rakyat
yang selama ini kita tidak merasai kenaikan yang begitu cepat mungkin setahun sekali, dua tahun
sekali, sejak mutaakhir ini kita lihat seminggu sekali kata orang kalau sepuluh kali naik tiga kali saja
turun.

Jadi, ini gambaran gambaran yang menyebabkan kehidupan rakyat makin terasa keselesaan semakin
tergugat apatah lagi dengan kejatuhan nilat mata wang kita dengan peningkatan perbelanjaan isi
rumah hutang isi rumah makin meningkat dan juga di kalangan remaj remaja kita yang lepasan
universiti terpaksa menanggung hutang PTPTN yang memakan masa sepuluh hingga lima belas
tahun untuk menyelesaikan hutang.

Maka itu di antara bebanan bebanan yang akan meningkatkan lagi kos sara hidup kepada rakyat kita,
maka sebab itu perkara ini perlu diberikan perhatian terutama sekali kepada pihak barisan kerajaan
mungkin di peringkat nasional peringkat pusat kerana kita di peringkat pusat mewakili ahli parlimen
PAS sentiasa mengadakan perkara ini supaya kerajaan dapat memberikan perhatian.

Yang keduanya, saya ingin menyebut bahawa perkara yang penting juga ialah peluang peluang
pekerjaan walaupun dalam sidang kita selalu disebut dengan berbagai bagai projek pelaburan 28
projek yang akan dilaksanakan tetapi bilamana kita berada di dalam masyarakat kita akan bersua
dengan golongan golongan yang terpaksa dibuang daripada pekerjaan terpaksa diberhentikan kerja
dan kita lihat dalam sidang yang pihak kerajaan telah menyatakan bahawa kita telah menyediakan
20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Itu suatu angka yang agak selesa bagi kita untuk kita sediakan kemudahan peluang pekerjaan kepada
rakyat tetapi dalam masa yang sama kita melihat akibat daripada kelembapan ekonomi yang berlaku
dalam negeri dan negara kita beberapa industri yang diwujudkan kadang kadang tidak mampu untuk
menyediakan peluang pekerjaan antaranya berlaku kilang kilang terpaksa ditutup dan tanah tanah
banyak syarikat yang terpaksa menutup operasi mereka.

Kalau di Dungun sebagai contoh Bukit Besi yang merupakan satu aset kepada negeri kita tapi apa
yang jadi kepada perlombongan biji besi di Bukit Besi dan begitu juga di Rantau Abang yang baru
ini ditemui silika hingga hari ini kita masih belum mendengar perkembangan untuk menyediakan
peluang peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam industri silika dan saya juga sebut dalam
sidang yang lalu dan pihak kerajaan juga telah mengadakan industri batu tujuh yang berpuluh
puluh syarikat yang akan melabur di situ tapi sehingga kini dalam mesyuarat yang lepas hanya
beberapa buah syarikat saja beroperasi dan kita juga gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan
kepada masyarakat di sekitar Dungun.

Yang mutaakhir ini, ECER taman herba yang diwujudkan di Pasir Raja dengan kos yang melebihi
60 juta tetapi apa yang kita terima maklumat bahawa mereka hanya penduduk tempatan hanya
sekitar 20 orang sahaja yang memperolehi peluang pekerjaan dalam industri taman herba. Jadi,
inilah perkara inilah yang membelenggu kehidupan masyarakat kita hari ni yang perlu kita sama
sama mengambil langkah bagi mengatasi dan seterusnya saya juga ingin menyebut berhubungkait
dengan perkara yang sangat penting bagi rakyat adalah perumahan.

Yang ini memanglah merupakan isu yang selalu disebut oleh wakil wakil rakyat sama ada bagi pihak
kerajaan dan juga pembangkang dimana dalam sidang yang lalu dalam Bajet 2017 yang lalu, kerajaan
telah menyatakan bahawa enam Projek Prima berjumlah 3,098 unit telah diluluskan projek SPN
dan projek perumahan anggota kerajaan 1Malaysia sebanyak 1,233 diluluskan. Jadi, sehingga kini
saya ingin tahu berapakah daripada jumlah tersebut telah disiapkan dan diagihkan kepada rakyat Dan
berhubungkait dengan perumahan juga apa yang saya lihat di Dungun khususnya projek projek
perumahan yang telah diagih itu yang telah dibuat sebelum 2013 sebelum pilihanraya projek
perumahan di Bukit Tebuk, Batu Tujuh

Saya mengharapkan supaya projek perumahan ini dapat ditambah disegerakan kerana rakyat sangat
sangat memelurkan . Seterusnya, projek yang saya ingin sentuh ialah projek pelancongan yang juga
disebut dalam sidang yang lalu di persisiran Sungai Dungun. Saya tidak melihat sehingga hari ini
perkembangan dan peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan untuk memajukan persisiran
Sungai Dungun dan seterusnya muara Sungai Dungun yang cetek juga saya timbulkan dalam
persoalan sidang yang lalu bahawa kerajaan telah menyatakan bahawa di akhir Disember 2010 telah
selesai dibuat kajian untuk mendalami muara Sungai Dungun.

Jadi sehingga kini kita tidak tahu apakah hasil kajian tersebut dan dalam Oktober 2011 sehingga
Oktober 2013 kerajaan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak 6.85 juta untuk mendalami muara
sungai tetapi apa yang kita lihat hari ini muara sungai tetap berulang menjadi cetek dan yang saya
dukacita ialah berlaku satu tragedi kemalangan pada 2 Ogos 2017 yang menyebabkan empat
kematian, satu jumpa tiga hilang sampai sekarang tidak jumpa lagi bot nelayan tidak boleh masuk
ke muara sungai terpaksa berlabuh diluar persisiran luar muara dan awak awak terpaksa naik cuba
dan akibat itu mereka jatuh dan maut.

Jadi, saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya kali ini dapat difikirkan bukan sahaja di Dungun
malahan di luar sungai sungai lain pun perkara yang sama dan yang akhir sekali Dato’ Yang dipertua
saya ingin menyentuh ialah berhubungkait dengan masalah sosial di kalangan remaja kita dimana
untuklaporan pada 8 haribulan Oktober 2017 suatu tangkapan yang telah dibuat oleh penguatkuasa
Jabatan Agama di Pulau Redang yang melibatkan 23 orang remaja kita 13 lelaki 10 perempuan.

Jadi, ini suatu gejala yang boleh merosakkan sedangkan kita buat industri pelancongan adalah untuk
menarik orang ramai dan membawa hasil kepada negeri tetapi dalm masa yang sama berlakunya
perkara perkara maksiat yang boleh merosakkan imej negeri cantik budaya menarik. Jadi, sebab
itulah saya berharap pada pihak kerajaan kepada pihak penguatkuasa supaya dapat meningkatkan
lagi usaha membanteras kerja kerja maksiat ini kerana di taman taman rekreasi di pusat pusat
seperti pelancongan, pulau-pulau. Ini merupakan tempat-tempat bagi remaja untuk berseronok dan
melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sewajarnya.

Maka sebab itulah Dato’ Yang dipertua………saya merasakan kali ini jangan dipandang enteng
jangan dipandang remeh kerana kegiatan maksiat inilah yang mengundang bala bencana dan
kemurkaan daripada Allah.

***Ucapan perbahasan bajet 2018 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. oleh ADUN 
Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik pada 12 Disember 2017









































































Sumber BO- 14-12-2017

Tiada Susur Keluar; Masalah Jambatan Pulau 

Sekati

KUALA TERENGGANU – Ketiadaan jalan susur keluar Jambatan Pulau Sekati telah menimbulkan
kesukaran dan kesulitan kepada para pengguna jalan baharu itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, penduduk
terbabit ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan berkenaan perkara tersebut.

“Penduduk di sebelah kiri mengalami kesukaran kerana mereka terpaksa pusing ‘roundabout’
(bulatan) Losong dan mengambil jarak lebih kurang empat kilometer untuk pusing dan turun balik
ke jalan utama menghala ke Buluh Gading,

“Sedangkan penempatan mereka kediaman mereka tak sampai pun satu kilometer daripada jalan
utama yang ada,

“Oleh kerana tidak ada susur untuk mereka keluar dan mengambil jalan utama tadi mereka terpaksa
pusing jauh, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Bajet 2018 Persidangan Dewan Undangan Negeri
di Wisma Darul Iman, pada Selasa 13 Disember.

Beliau mempersoalkan, apakah perkara yang berlaku yang menimbulkan masalah itu disedari dari
peringkat awal projek dan mengapa pihak kerajaan tidak mengambil kira soal kepentingan penduduk.

“Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk
mengkaji dan membuat anggaran kos bagi tujuan pembinaan jalan susur keluar ke Teluk Pasu bagi
mengatasi masalah tersebut,

“Dan kami ingin mendapatkan kepastian status terkini kajian tersebut berapakah anggaran kos yang
terlibat dan bilakah projek ini dijangka akan bermula,”soal beliau.

Justeru itu, beliau mengharapkan segala rancangan yang telah diumumkan oleh pihak Menteri Besar
melalui pembentangan bajet agar sampai ke sasaran sepatutnya.

“sampai kepada sasaran dalam keadaan yang telus tanpa berlaku apa-apa ketirisan ataupun kebocoran
supaya semuanya dapat mengambil manfaat,

“sekiranya mereka ini benar-benar berkelayakan untuk mendapat bantuan tersebut,” tambah beliau.

Sumber BO - 114-12-2017

Exco BN persenda rakyat

WAKIL kerajaan A. Latiff Awang dilihat 
mempersendakan rakyat dengan mempermain- 
mainkan isu kenaikan harga barang yang sangat 
dirasai oleh seluruh rakyat, bukan sahaja di 
Terengganu, malah di seluruh negara. 
Gurauan yang dianggap tidak kena pada 
tempatnya apabila beliau mengatakan 
peniaga-peniaga suka harga barang naik, 
sedangkan yang dibincangkan ialah bagaimana mahu membantu rakyat terbanyak, telah 
menimbulkan ketidak puasan hati Adun PAS. 
Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah kesal dengan sikap acuh tak acuh yang 
dizahirkan oleh wakil kerajaan itu. 
“Ini satu sikap yang mencerminkan Umno sememangnya tidak kisah dengan kenaikan harga 
barang, walaupun yang merana ialah rakyat jelata. 
Laungan mahu membantu rakyat hanyalah retorik sahaja.
Kita sibuk membincangkan bagaimana mahu menurunkan harga, bagaimana mahu membantu 
rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan sukar sebegini, dia memilih untuk bergurau 
demikian. 
Bagaimana peniaga gembira dengan kenaikan harga barang? Sedangkan mereka juga terpaksa 
membeli dengan harga yang tinggi? Bagaimana mereka gembira apabila pelanggan kurang 
membeli? Ini adalah satu jenaka yang malang bagi rakyat Terengganu. 
Kita juga boleh lihat dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu, ahli-ahli Umno sendiripun 
mengeluh kesah dengan kenaikan harga barang ini, Umno atau PAS, semua kena. 
Seharusnya rakyat sedar dan menolak Umno di dalam PRU nanti kerana sikap yang tidak 
bertanggungjawab wakil kerajaan ini,” ujar beliau kesal. 
Terdahulu wakil Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) telah memberikan beberapa 
fakta kenaikan harga barang di Malaysia kepada dewan di bawah pemerintahan Umno-BN dan 
turut disebut oleh Tuanku Sultan Terengganu pada Mac 2017. 
Beliau yang membahaskan Bajet 2018 yang dibentangkan pada 11 November lalu, kemudian 
diganggu oleh wakil kerajaan, A. Latiff Awang. 
“Saya nak mencelah sikit pasal kos sara hidup meningkat ni, saya tanya tok peraih ikan 
(orang tengah) dia suka ikan mahal, saya tanya penjual sayur, dia suka sayur mahal,” kata 
A. Latiff. 
Marah dengan gurauan yang dilihat mempersendakan golongan miskin itu, wakil-wakil PAS 
segera meminta Yang DiPertua Dewan mengarahkan A. Latiff supaya duduk. – 
HARAKAHDAILY 14/12/2017
Sumber HD - 14-12-2017 








































































Kerajaan Sewajarnya Meluluskan Pendaftaran
Sekolah Agama Rakyat

Saya mengambil berkat membaca ayat yang disebut dalam ucapan bajet YB Dato’ Seri. Yang Allah
Taal sebut maksudnya “Sesungguhnya memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang
kamu dari perkara-perkara keji, mungkar, zalim, melampau batas. Allah memberi nasihat kepada kamu
 moga-moga kamu mengambil peringatan”.

Dalam ayat ini Allah Ta’ala mengatakan tiga suruhan tiga larangan. Suruhan yang pertama,
menegakkan keadilan, kedua, ihsan dan ketiga, membantu kaum kerabat dan sebangsa.
Yang kedua Allah Ta’ala melarang kita melakukan tiga perkara yaitu keji, mungkar dan kezaliman.
Semua perkara-perkara ini diajar oleh Allah, hanya saya nak fokus pasa 1 perkara yang disebut, yaitu
ihsan.

“Allah Taal menyebut dalam AlQuran surah Assajdah ayat 7.

Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų£Ų­Ų³Ł† ŁƒŁ„ Ų“ŁŠŲ” Ų®Ł„Ł‚Ł‡ bermaksud dialah yang melakukan ihsan kepada semua
perkara yang dia ciptakan.

Ų§Ł† Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁƒŲŖŲØ Ų§Ł„Ų§Ų”Ų­Ų³Ų§Ł† Ų¹Ł„Ł‰ ŁƒŁ„ Ų“ŁŠŲ”

“Sesungguhnya Allah Taala mencatatkan ihsan dalam semua perkara.
Menunjukkan bahawa kalimah ihsan ini memberi pengertian yang sangat besar bukan sahaja rasa
kebertanggunjawaban tetapi ketelitian dan kesyumulan yakni lengkap merangkumi seluruj aspek
dalam hidul kita. Dan asas ihsan yang disebut oleh nabi SAW, malaikat Jibril datang tanya nabi
“Ł…Ų§ Ł‡Łˆ Ų§Ł„Ų§Ų”Ų­Ų³Ų§Ł†” apa itu ihsan? kata nabi, Ų§Ł„Ų§Ų”Ų­Ų³Ų§Ł† Ų§Ł† ŲŖŲ¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁƒŲ§Ł†Ł‡ ŲŖŲ±Ų§Ł‡، ŁŲ§Ų”Ł† Ł„Ł… 

\ŲŖŁƒŁ† ŲŖŲ±Ų§Ł‡ ŁŲ§Ų”Ł†Ł‡ ŁŠŲ±Ų§Łƒ.

Al-ihsan itu ialah kamu menjadi hamba Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika kamu tidak
dapat melihatnya, maka kamu sebenarnya hendak mengabdikan diri kepadanya dengan sesungguhnya
ihsan memberi makna yang besar dalam kehidulan termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran,
sehingga Allah Taal menyebut dalam 10 ayat bagi mengatakan betapa kasihannya Allah Taala kepada
Orang-orang yang melakukan ihsan, dan melakukan kerja@kerja selaras dengan tuntutan konsep
ihsan yang ada.

Berdasarkan kepada konsep inilah saya merasakan bahawa saya nak menyebut lima perkara atau
enam perkara dalam masa yang singkat ini agar kita juga ambil perhatian untuk kebaikan rakyat dan
anak-anak kita.

Satu, saya melihat didalam buku bajet yang dikemukakan atas P02 butiran projek 16908 untuk IQT-
Institusi Quran Terengganu, hanya ‘token’ 10 dalam erti kata lain ada perutukan, kemungkinan tetapi
saya tidak boleh melihat berapakah perutukan yang kerajaan sediakan bagi membangunkan IQT,
lebih-lebih lagi saya dalam membelek-belek semua tulisan yang dikemukan ini atau pun catatan yang
disediakan dalam bajet 2018 ini.

Bagaimana kerajaan telah mewar-war kan satu perkara yang sangat baik iaitu Kolej QA Terengganu,
yang sepatutnya diberikan komitmen yang besar dalam menjayakan KQT ini, agar ianya jangan
digabungkan kerana IQT kemungkinan tahabnya berbeza dengan KQT, kalaulah kerajaan boleh
memperutukan 100 juta untuk pembinaan asrama sukan, sudah tentu kerajaan juga sebaikanya
memberikan perutukan yang segera dan sewajarnya untuk membina kampus khusus kepada KQT ini
agar mereka dapat membina agar mereka hidup dan memperkasakan pengurusan mereka dengan teliti
dan lebih tersusun.

Kemungkinan kerajaan ada menguruskan dan memperutukan tetapi saya hanya mahu maklum
berapakah kemungkinan untuk perutukan KQT, ini dan apakah keadaan KQT ini dalam mengurus
Kolej yang baru diwujudkan ini.

Kedua, saya melihat dan saya mengalukan bagaimana kerajaan mengambil cakna khususnya dibawah
Maidan atau pejabat agama, sekolah agama rakyat, pondok-pondok, Tahfiz-tahfiz yang adakah
kerajaan memiliki SOP ataupun ‘Standard Operating Procedure’. SOP yang sewajarnya ditetapkan
oleh kerajaan dan meluluskan apa-apa permohonan untuk pendaftar dibawah pejabat agama atau
MAIDAM, sekolah-sekolah agama rakyat ini. memang sekolah agama rakyat ini memberikan saham
yang besar dalam membina anak-anak kita dalam melahirkan mereka yang memahami agama dan
generasi yang baik dan soleh.

Memang sewajarnya kerajaan perlu melonggarkan syarat-syaratnya dan ruang kebebasan kepada
pondok-pondok, sekolah agama rakyat dan tahfiz-tahfiz individu ataupun swasta yang dibina ini
kerana mereka kemungkinan memiliki metodologi pengajian yang berbagai-bagai mengikut keadaan
dan keperluan mereka masing-masing tetapi saya melihat kerajaan tidak seolah-olah memiliki SOP
yang kemas dalam menentukan pendaftaran sekolah-sekolah ini contoh saya dimaklumkan

kemungkinan kerajaan lebih tepat pemaklumannya Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin
di Dungun sudah bertahun-tahun membuat permohonan berdaftar dibawah pejabat agama, ada yang
mengatakan bahawa pendaftarannya atau permohonannya hampir tiga tahun atau empat tahun
sehingga hari ini.

Permohonannnya belum lagi diluluskan dan belum lagi mendapat maklumat yang lengkap samada
tidak diterima ataupun diterima, oleh itu saya harapkan kerajaan memberikan SOP yang jelas tentang
pendaftaran tahfiz-tahfiz yang ada diwaktu yang sama diperluaskan dan dilonggarkan kerana mereka
kemungkinan memiliki metodologi yang berbeza-beza dalam mengurus sekolah masing-masing.

Ketiga, mengenai Taman Ilmu yang telah dibina sejak daripada 2009 sekarang 2017 hampir lapan
tahun taman ilmu ini, sekolah-sekolah terbengkalai, terbiar atau gunalah bahasa yang lebih lunak
sudah tentu pihak kerajaan juga memperakui dalam jawapan-jawapan pagi tadi bahawa disana ada
masalah dalam mengurus atau masalah dalam menjayakan taman ini hanya saya memberikan satu
cadangan agar rakyat tidak tertanya-tanya apakah masalah utama dia adakah kerana syarikat Posti-C
berhad ini tidak memberikan kerjasama atau syarikat ini tidak memiliki keupayaan. Adakah masa
kerajaan memilih kerajaan ini, syarikat kerajaan ini memberikan janji-janji manis sehingga hampir
beberapa tahun gagal dalam memenuhi tuntutan dalam membangun taman ilmu ini.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa khas dan disediakan kertas putih
agar laporan lengkap kenapa taman-taman ilmu ini tergendala atau terbiar sehingga 2017 ini. Dengan
 harapan keadaan ini tidak berulang dan rakyat boleh menilai dan rakyat boleh mengetahui
permasalahan-permasalahan yang ada.

Kelima, mengenai Top IT dimana masa depan Top IT laporan ketua audit negara 2016 telah
menyatakan tentang Top It ini, sudah tentu tugas, tugas aktiviti-aktiviti ini sedang berjalan atau
hampir tidak. Apakah sumbangan-sumbangannya terhadap kerajaan negeri ataupun Yayasan
Pembangunan Keluarga oleh Top IT. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan
cadangan-cadangan dan komen-komen masalah yang disebutkan oleh laporan ketua audit negara
2016 ini, agar Top It terus berjalan dengan baik dan memberikan saham-saham yang besar kepada
masyarakat.

Yang terakhirnya, Dato’ Yang Dipertua kerana masa yang amat singkat saya melihat dalam bajet
Terengganu 2018 dan juga, saya pernah membaca dalam bajet 2016 diatas P02 tidak silap saya yaitu
nombor kodnya 01754 sistem saliran Padang Lebang, Marang sejak 2016, kerajaan negara kerana
peruntukan projeknya 1 Juta 2016. Demikian juga 01930 projek saliran Sungai Buaya dan Sungai
Seluang, Marang 4.2 Juta saya mahu perkembangan semenjak daripada 2016 kerajaan telah
memperuntukkan 1 Juta 2016, juga 1 Juta kali ini 2018 juga memperuntukkan 1 Juta adakah kerajaan
telah membelanjakannya ataupun masih lagi mengulang anggaran itu dalam keadaan projek belum
terlaksana.

Keadaan nak menuju ke Terengganu agar melalui jalan utama Kuala Berang Bukit Payong dan
disitulah berlakunya banjir yang orang tahu di Alur Lit atau Padang Lebang yang perlu diselesaikan
kalau peruntukan sudah wujud saya rasa peruntukan ini perlu disegerkan perlaksanaannya untuk
memberikan keselesaan khususnya kepada penduduk-penduduk setempat disitu dan seluruh rakyat
yang melalui laluan.

Hanya yang terakhir saya juga nak sebut kerana rakyat saya baru mesej tentang satu permintaan
agar saya sebut didalam dewan ini mengenai bantuan tayar kepada pemandu teksi kereta sewa, dia
kata ada 30 orang tapi saya tidak pasti tuan-tuan boleh tahu dan kerajaan boleh jawab apa yang saya
sebut ini, bahawa beliau sebut tentang namanya iaitu Encik Roslan daripada Bukit Payong Atas Tol,
Encik Roslan bin Encik Ros pemberian bantuan tayar percuma kepada pemandu teksi sempena ucapan
 bajet 2017 sepatutnya bantuan ini diberikan kepadanya pada 25 September tapi dia kata ada 30 orang
 tertinggal dan saya mengharapkan agar permohonan beliau dan beberapa orang rakannya perlu
diambil tindakan segera diatas bantuan yang dijanjikan tetapi hakikat yang sebenarnya kerajaan tahu
moga-moga apa yang beliau sebut ini memberikan kecaknaan oleh pihak kerajaan dan saya rasa
cukuplah sekadar itu pada waktu yang singkat.

***Ucapan Perbahasan Bajet 2018 ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Persidangan 
Dewan Undangan Negeri Terengganu, pada 12 Disember, 2017

Sumber BO - 13-12-2017













































































































































Ahli PAS perlu tumpu empat perkara

“SAYA nak ulang balik, walaupun saya rasa dah 
ramai orang yang tahu bahawa PAS Terengganu 
akan bertanding di semua lapan kerusi parlimen 
dan 32 kerusi Dun di negeri Terengganu,” ujar 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain 
Awang. 
Beliau menyatakan perkara itu dalam program Lawatan Kerja Pesuruhjaya ke Dun Bukit 
Payong malam tadi di Dewan Madrasah Darul Iman, Bukit Payong, Marang. 
Laungan takbir bergema sejurus beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 ahli PAS 
di Dun Bukit Payong yang hadir bagi mendengar amanat dan berdailog dengan beliau. 
Sambil memuji kehadiran ahli PAS dari Bukit Payong, beliau memberitahu, inilah kehadiran 
yang teramai yang beliau lihat setelah membuat lawatan ke 28 buah Dun, di samping kehadiran 
lelaki adalah lebih ramai berbanding wanita. 
Paling menggembirakan beliau ialah persiapan bilik-bilik gerakan di Dun Bukit Payong juga 
dianggap antara yang terbaik di kalangan Dun-Dun yang menang. 
Turut hadir ialah Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, wakil Jabatan Pilihan raya 
Negeri Terengganu (JPNT), Ustaz Sood Said dan Ketua Jabatan Pilihan raya Dun (JPRD), 
Haris Malek. 
Ustaz Husain juga mengimbau kembali senario yang berlaku di itu sekitar tahun 1969 di mana 
PAS Terengganu ketika itu kalah disebabkan Besut gagal menyumbang kerusi yang sepatutnya 
PAS menang. 
Kedudukan ketika itu menjadi 11 kerusi PAS dan 13 Perikatan, hampir sama senario dengan 
sekarang, di mana pembangkang kalah dua kerusi dan ianya juga kerana tiada sebarang kerusi 
dari Besut dan Setiu. 
Oleh itu, beliau berharap agar PAS tidak menerima kekalahan yang serupa bagi kali ketiga pada 
PRU1 nanti dan berusaha untuk Besut menyumbang kerusi kepada PAS Terengganu 
di samping mengekalkan kerusi yang ada. 
Bekas Speaker Dun Terengganu itu juga mengingatkan ahli-ahli agar menumpukan 
empat perkara yang disarankan di dalam al-Quran bagi melaksanakan tugas di samping 
memperolehi kebaikan daripada Allah. 
“Mesti bersabar dalam menempuh segala ujian, menasihati antara satu sama lain, ribath, 
iaitu menjaga kubu sendiri dengan bersungguh-sungguh dan yang terakhir mesti berusaha 
menjadi orang yang bertaqwa,” ujarnya. 
Menyentuh tentang kritikan-kritikan bahawa beliau dilihat agak tua berbanding Pesuruhjaya 
PAS yang lain, Ustaz Husain menerangkan ianya adalah kerana arahan pimpinan dan 
tanggungjawab terhadap jemaah dan agama. 
“Jika sekiranya PAS ini NGO, sudah lama saya bersara dari memegang jawatan-jawatan ini. T 
etapi oleh kerana arahan pimpinan dan PAS ini adalah parti yang membawa agenda Islam, 
maka saya tetap memikul tanggungjawab ini. 
“Hati saya ini masih muda sama seperti Pemuda dan Ameerah untuk mencapai kemenangan,” 
kata beliau sambil disambut gelak ketawa para hadirin. – HARAKAHDAILY 13/12/2017






Sumber HD - 13-12-2017


Janji Atasi Masalah Hakisan Menjelang 2018.. Sedangkan 2017 Berbaki Beberapa Minggu
Sahaja Lagi

Posted on Wednesday, December 13 @ 07:27:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37285



MB Razif terus tabur janji untuk selesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk sekitar 
kawasan Mengabang Telipot.

"..Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) akan berusaha mengatasi
masalah hakisan di negeri ini, khususnya di kawasan Mengabang Telipot.

Dengan bantuan daripada JPS, saya yakin permasalahan ini akan dapat diatasi menjelang tahun 2018
dan insyaAllah perkara ini tidak akan berulang lagi..."


Dengan hanya berbaki beberapa minggu lagi menjelang 2018, janji yg dinyatakan pada 2 Disember
itu seolah-olah dilihat sekadar untuk menampung sementara hakisan yang berlaku dan bukannya tidak
berulang lagi seperti yang dijanjikan.

Gambar-gambar terbaru yang diambil pada 10 Disember ini ternyata tiada lagi tindakan drastik
diambil bagi membuktikan masalah ini tidak akan berulang kembali.

Jika hanya sekadar mengulang semula projek terdahulu, permasalahan ini pastinya berulang kembali
dan hakisan terus berlaku jika kaedah tambakan masih tidak berubah seperti sebelum ini.






Sudah menjadi cakap-cakap penduduk Terengganu seolah-olah projek tambakan pantai di Terengganu
ini menjadi sumber duit kopi tahunan puak tertentu setiap kali peruntukan diluluskan oleh kerajaan BN Terengganu ini.

Duit rakyat dileburkan untuk projek yang berulang-ulang dan bukannya untuk selesaikan segera
dengan kaedah yang lebih berkesan.

JANGAN MANGSAKAN DUIT RAKYAT LAGII...

Kredit
Lok Koho Punoh
#lokkohopunoh

Sumber TKO - 13-12-2017

Rakyat Perlu Hukum Pemimpin Yang Tidak 

Bertimbangrasa!

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Dalam isu pengambilan tanah milik rakyat untuk Projek KT BYPASS, Dato’ Seri Hj Ahmad Razif
Bin Abdul Rahman ingat dia Menteri Besar Pulau Pinang atau Singapura barangkali.

Dengan rakyat sesama agama dan bangsapun tak mahu jumpa, sikit sikit mahu lawan di mahkamah.
Sebagai anak jati Terengganu, dia patut insaf ahli keluarga dia, saudara mara dia, kawan kawan dia,
ahli-ahli umno sendiri pun, cuba kelih (lihat dan tinjau) sikit rumah yg selama ini diduduki.

Pakat bawa keluar geran tanah masing masing. Berapa peratus sangat orang melayu, rakyat
Terengganu yang rumah dan kedai ala kampung tepi jalan mereka betul betul dibina ikut syarat,
hantar pelan kelulusan MBKT?

Kalau kawasan DUN Menteri Besar sendiri, Seberang Takir, berapa sangat rumah yang betul- betul
tanahnya syarat bangunan.

Lainlah kalau rumah projek perumahan, atau rumah banglo besar ala orang kaya yang dibina atas
tanah tanah yang sudah dipecah lot dan ditukar syarat bangunan.

Rumah rumah yang dimiliki dan jadi kediaman orang kebanyakan di Terengganu sekarang khususnya
yang sudah lama berpuluh tahun milik orang melayu memang banyak yang dibina sesama anak
beranak di atas tanah milik bersama geran besar yang tidak dipecah lot dan tidak ditukar syarat.

Tak payah pergi jauhlah. Tengok jiran jiran kita sendiri, ‘warih waroh’ kita.

Orang orang UMNO sendiri pun. Sama saja macam orang orang PAS. Mewarisi tanah dan rumah
dari datuk nenek sejak turun temurun.

Menteri Besar Terengganu patutnya punya empati untuk menghayati rasa kerugian dan ketidak adilan
yang dirasai oleh mangsa pengambilan tanah.

Empati dan berjiwa memahami inilah asas kepimpinan Menteri Besar di mana mana negeri pun yg
menentukan sama ada dalam sanubari batang tubuh pemimpin berkenaan menjiwai kehidupan rakyat
atau tidak.

Kerana empati inilah Menteri-menteri Besar Terengganu yang terdahulu, dan juga kebanyakan
Menteri Besar di seluruh Malaysia termasuk dari UMNO pun, tidak adalah sampai menolak mentah
mentah hasrat dan harapan rakyat yang menjadi mangsa pengambilan tanah untuk berjumpa.

‘Berat Nanang’ sangat jika ambil mudah dengan sikit….sikit “Kita lawan di Mahkamah”.







































































Jawatankuasa Bertindak Projek KT-Bypass cuba menemui MB Terengganu untuk 
menyerahkan memorandum di Wisma Darul Iman, pada Selasa 12 Disember, 2017
Pengambilan tanah yang pernah berlaku sebelum ini bukan luar biasa kerajaan diarah mengambilkira
semua bangunan sampai reban ayam dan kandang lembu kambingpun ditaksir, diberi pampasan atau
saguhati, tak kiralah nama apapun.

Penduduk tak pedulipun istilah apa duit yang nak dibayar. Pampasan, Saguhati, Ehsan. Ikut
pandailah. ‘Asal boleh pitih’ macam mantan MB Terengganu sebelum ini, DS Ahmad Said sebut
dalam soal wang petroleum milik Terengganu.

Hatta berapa batang pokok, pokok buah yang ada hasil, semua dikira.
Dulu dulu begitulah.

Kalau nak kira undang undang , undang undang yang sama juga.

Ia soal jiwa timbangrasa yg ada pada pemimpin.

Kalau nak ikut sikap Menteri Besar sekarang, parahlah rakyat akan menanggung di masa akan
datang.

Nak ikut undang undang dan peraturan semua pakai “see you in court”, berapa ribu peniaga yg
menggunaan tanah “bangunan” bagi pemilik pemilik rumah dan bangunannya?

Bahkan tidak. Banyak kampung melayu yg akan dilalui. Banyak rumah akan terlibat.

Adakah merekapun tidak akan dibayar pampasan bangunan atas alasan yang sama dengan kes
pengambilan tanah untuk projek KT BYPASS yang kini penduduk kampung hampir mengamuk oleh
sikap MB ini?

Sekali lagi untuk projek ECRL nanti, adakah MB yg ada sekarang akan berkata “Kalau tak puas hati
kita lawanlah di Mahkamah”!

Mati lah rakyat kalau macam ni…….

Rakyat perlu hukum kepimpinan yang tidak bertimbangrasa seperti ini!

Sumber BO - 13-12-2017







































































Hakisan; Mengapa Kerja Tidak Dilaksanakan 

‘Musim Teduh’?








































































Pantai Mengabang Telipot Oktober 2016
KUALA NERUS – Kesan daripada tambakan laut bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang
Sultan Mahmud telah menyebabkan hakisan merebak sehingga ke pantai Pantai Tanjung Gelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tepoh, YB. Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata
walaupun usaha telah diambil mengatasi masalah tersebut, namun ia masih belum meninggalkan
kesan yang ketara.

Beliau hairan, mengapa pihak kontraktor yang dilantik kerajaan tidak melaksanakan kerja-kerja
pemlihan pantai itu diluar musim tengkujuh.

“Suka saya memberikan sedikit pandangan, mengapa tidak memulakan kerja dalam waktu teduh, “








































































Gambar terkini hakisan pantai Tanjung Gelam
“dalam bahasa nelayan, teduh adalah bukan musim tengkujuh, pada waktu tersebut kita gerakkan
gerak kerja yang bersungguh-sungguh bagi memastikan hakisan ini dapat diatasi dengan baik, “ kata
beliau.

Beliau juga menegur pemaju dan kontraktor yang hanya menggunakan ketulan batu yang kecil untuk
diletakkan di dalam kawasan tersebut tidak seperti di tempat-tempat yang lain.

Anak jati Kampung Mengabang Telipot itu berkata, setiap hari beliau membuat pemerhatian dan
pengawasan terhadap kerja-kerja yang dilakukan.

Oleh itu. beliau melahirkan rasa terkilan kerana menurutnya sikap Kementerian Kementerian
Sumber Asli Dan Alam Sekitar yang mewakili kerajaan persekutuan, termasuk kerajaan negeri
tidak mengambil sikap yang serius untuk menangani isu tersebut.

“Saya perlu tegaskan sekali lagi, kita rakyat yang berada di pesisir pantai ini, menerima ianya
fenomena alam, “ katanya ketika ditemui di pantai itu pada Isnin 11 Disember.

Kata beliau, walaupun telah lama hakisan dialami oleh penduduk di kawasan itu tetapi tidak
‘seganas’ yang berlaku sejak tiga, empat tahun mutakhir ini.

Mengimbas kronologi kejadian hakisan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata,
ia mula berlaku di pantai Tok Jembal dan kemudian merebak ke pantai Universiti Malaysia
Terengganu (UMT)

“setelah diselesaikan pantai Tok Jembal……merebak ke pantai UMT, ia terus merebak ke pantai
yang berjiran iaitu pantai Tanjung Gelam dan terus merebak ke Kampung Tengah,

“pada waktu (permulaan) tersebut pantai Kampung Kolam tidak terjejas sangat (tapi sekarang) kita
bercakap sekitar dua atau tiga tahun, jarak pantai yang kehilangan begitu jauh pantai kita ini,” luah
beliau dengan nada kesal.

Justeru itu, beliau melahirkan rasa kesyukuran dengan khabar gembira daripada Menteri Besar
Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang memaklumkan, bajet sebanyak RM90 juta
telah diluluskan.

Namun beliau berharap, ianya bukan hanya janji manis semata-mata, malahan peruntukan itu
hendaklah digerakkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh.

“difahamkan ‘award’ projek tersebut akan dilakukan minggu ini…….Jadi saya berharap ada
perkembangan yang cukup dan akan mencetuskan satu perubahan yang menarik,

“untuk melihat penduduk yang berada di sekitar ini lebih tenang dan pengunjung-pengunjung tetap
pantai ini akan merasai ketenangan,

“menikmati pantai yang indah dan merasa gerun dengan ancaman-ancaman yang berlaku,“ jelas
penuh harapan.

Sumber BO - 12-12-2017







































































Bajet Besar 2018 Tidak Selesaikan Masalah 

Rakyat

KUALA TERENGGANU – Bajet besar 2018 berjumlah RM 1.99 bilion tidak dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi rakyat Negeri Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya ii Negeri Terengganu , YB Dr Haji Alias Razak berkata, bajet pada kali ini
hampir sama dengan bajet tahun lalu tidak dapat membantu secara ‘holistik’ masalah kemiskinan
rakyat dan kenaikan harga barang.

“Dalam pengurusan dan pentadbiran serta pelaksanaan kerajaan negeri Terengganu menggunakan
cara yang sama seperti sebelum ini,

“Jikalau peruntukan diberi besar dengan pengurusan menggunakan cara yang sama dan orang yang
sama menguruskannya, ia tetap tidak mengambil kesan ekonomi kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2018 Persidangan Dewan
undangan Negeri di Wisma Darul Iman, pada Isnin, 11 November.

Menurutnya, rakyat janganlah mengharap satu perubahan walaupun bajet yang besar dengan ‘retorik’
yang begitu hebat, dapat dirasakan, namun hasilnya tidak kemana juga.

“Kalau kita dengar dari segi bajet dari halwa telinga sedaplah dengar tapi pelaksanaannya saya rasa
tidak berubah seperti sebelum ini,

“Inilah ‘team’ yang mengurus negeri Terengganu. Masih banyak kebocoran di dalam negeri dan tidak
ada keutamaan serta yang perlu diutamakan tidak diutamakan,

“Yang tidak utama di beri keutamakan akhirnya objektif pada bajet itu sendiri tidak tercapai,”ujarnya
dalam kebimbangan.

Beliau menambah, apabila disebut soal kos sara hidup dan harga barang semua golongan akan kena,
tidak kira Umno, PAS atau tidak berparti.

“Persoalan kita ialah bagaimana kerajaan merangka perancangan untuk mengurangkan harga barang.
Dengan keadaan sekarang bajet yang diberikan, saya tidak nampak sesuatu program ke arah untuk
mengurangkan kos sara hidup,

“Cuma yang dibuat hanya untuk meningkatkan sedikit ataupun pemberian insentif untuk penyelesaian
jangka masa pendek,

“Kerajaan beri RM 1500 dia tambah beberapa duit belanja, tapi nampak seronok dia beri……. jadi
tak menyelesaikan juga untuk jangka panjang,”kata beliau.

Kata beliau lagi, kerajaan perlu fikir bagaimana supaya ada satu sistem kawalan harga di peringkat
nasional, peringkat kementerian ataupun peringkat negeri dengan menubuhkan satu jawatankuasa

khas.

Katanya, ia boleh memastikan harga barang dan barangan yang masuk dalam negeri Terengganu
dengan harga yang terkawal.

“Dengan peruntukan duit ‘one off’ saya belum kira lagi berapa jumlahnya. Mungkin setengah billion
yang nak diberi itu,

“Percuma…..percuma…..percuma….tetapi sekiranya bahagian itu digunakan untuk mengawal harga
barang adalah satu sistem kawalan yang baik dan satu badan kerajaan boleh ditubuhkan,” tambah
ADUN Bukit Tunggal itu.

Selain itu, beliau berkata, segi tempahan barang boleh dibuat secara pukal dan kita boleh
mengagihkan kepada para peniaga dengan harga yang rendah.

Katanya, tempahan boleh dibuat terus dari tempat pengeluarannya yang merupakan salah satu cara
yang boleh mengurangkan harga barang.

“Begitu juga satu bantuan yang tinggi kepada para petani kita, satu insentif yang besar contohnya
negara Jepun,

“Bantuan daripada kerajaan sehingga subsidi 90% hingga 100% memastikan keluaran barang harga
rendah,”kata beliau.

Sebaliknya, kata beliau, bajet yang dibentang adalah semua hanya cubaan BN untuk menang pilihan
raya umum (PRU) yang akan datang.

Sumber BO - 13-12-2017













































































































































RM40 juta wang rakyat hangus di Taman Ilmu

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Terengganu 
disifatkan tidak berupaya menangani isu 
pembaziran projek Taman Ilmu, di Tembila, 
Besut yang melibat kos RM40 juta. 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, 
Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latiff 
Awang cuba mengelak menjawab jumlah sebenar 
pampasan dibayar kepada POSC TI Sdn Bhd. 
Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan berbangga menjelaskan 
kepada Dun kejayaan mencari pelanggan baharu di Taman Ilmu, Besut. 
Katanya, beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) berminat menduduki sebahagian bangunan 
itu dengan syarat dibaiki kerosakan bangunan berkenaan. 
“Persoalan yang perlu diketahui penyewa hanya membayar kembali wang yang mereka 
keluarkan bagi urusan penyelenggaraan, bukan hasil baharu kepada Taman Ilmu.
“Pendapatan RM1 juta setahun untuk selama 10 tahun. Jadi Unisza mengeluarkan dahulu 
perbelanjaan untuk membaik pulih dan imbal balik yang diperolehi Unisza ialah sewaan 
percuma. 
“Hakikatnya kerajaan negeri yang menanggung kerana kita akan susut hasil sewaan,” katanya 
selepas persidangan Dun Terengganu hari ini. – HARAKAHDAILY 13/12/2017
Sumber HD - 13-12-2017 







































































Amphicoach; Rakyat Rugi Hampir RM3 juta

KUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan kegagalan dan kecuaian kerajaan dalam pembelian
bas dua alam ‘Amphicoach yang mungkin akan mengakibatkan kerugian kepada rakyat Terengganu
hampir RM3 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Haji Ariffin Deraman hairan, dan
mempersoalkan mengapakah perlu proses pemerolehan kenderaan itu menggunakan khidmat
kontraktor sebagai orang tengah.

Menurutnya, maklumat yang beliau perolehi, rancangan asal ialah membeli terus dari syarikat
terbabit yang beroperasi di Republik Malta, Eropah.

“Saya ada berbincang dengan bekas Menteri Besar, yang juga ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said,
(dan) beliau juga hairan macamana adanya orang tengah,







































































ADUN Alor Limbat, YB Ariffin Deraman
“yang menjadi perantara pembelian yang menyebabkan harga bas ini jauh lebih mahal,” kata beliau.
Katanya, PAS telah bertegas sejak dari awal tidak bersetuju dengan pembelian bas itu yang dilihat
sebagai satu pembaziran, kerana faktor alam sekeliling dan kos penyelenggaraan.

Beliau yang ditemui selepas pembentangan Bajet 2018 Persidangan Dewan Undangan Negeri pada
Isnin 11 Disember, di Wisma Darul Iman, turut memaklumkan bahawa kos pembelian telah
meningkat kepada RM3.1 juta.

Tegasnya, ia adalah satu jumlah wang rakyat yang besar, untuk dipertaruhkan.

“Amphicoach telah dicadangkan pada (tahun) 2013 lagi dan dibeli sekitar 2014 dan dijangka tiba
2015 dan sekarang ini 2016,

“(dan sekarang) 2017 berakhir dah, masuk 2018, sampai sekarang, belum sampai lagi,” ujarnya
kesal.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika menjawa soalan yang beliau
kemukakan menjelaskan bahawa kerajaan telah membayar sejumlah RM2.745 juta kepada Alam
Perkasa Teknologi Sdn Bhd (APTSB).

Namun menurut Razif, sehingga kini kenderaan tersebut masih belum diterima.

Beliau yang tidak menjelaskan dengan lebih lanjut siapakah pemilik syarikat APTSB itu,
memberitahu persidangan bahawa, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap syarikat terbabit pada 16 November.

Ia adalah terlewat daripada janji beliau sebelum ini iaitu pada 5 November.

Soalan lisan asal berkaitan turut dikemukakan oleh wakil kerajaan dari DUN Air Putih, Wan Abdul
Hakim Tan Sri Wan Mohktar (BN).

Ariffin juga mengemukakan soalan yang hamper sama tetapi menambah, siapakah kontraktor terbabit
dan berapakah kos yang telah dibayar oleh keranaan negeri Terengganu.

Beliau yang kemudiannya bangun, bagi mengemukakan soalan tambahan lain, tetapi tidak dibenarkan
oleh Speaker DUN, Dato’ Zubir Embong atas alasan kesuntukan masa.

Sidang DUN Terengganu bagi pembentangan Bajet 2018 dijadualkan berlangsung bermula Isnin 11
Disember sehingga Khamis 14 Disember 2018.

Isu berkaitan kegagalan kontraktor untuk membeli kenderaan ‘kontroversi’ yang dilantik oleh
kerajaan bagi membekalkan Ampicoach, menghangatkan sidang DUN Terengganu yang terakhir
penggal ini, yang bermula semalam.

Sumber BO - 12-12-2017







































































Selenggara Perparitan Lebih Awal, Elak Banjir

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) melalui Jabatan Parit dan
Saliran (JPS) sepatutnya mengambil tindakan menyelenggara saliran dan perparitan, bermula bulan
Oktober setiap tahun, bagi mengelakkan banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB Cikgu Haji Alias Harun berkata,
kerja-kerja membersihkan longkang dan parit yang besar ini perlu dibuat secara berjadual,
bukannya bermusim.

“Apabila musim banjir pihak Jabatan JPS baru mula membersih kawasan dan longkang yang
terutama sekali ditumbuhi oleh pokok-pokok kiambang,

“dan apabila air bertakung lama yang menyebabkan arus yang membawa pokok kiambang itu
ke saliran akan tersumbat di jambatan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai banjir yang
melanda beberapa kawasan dalam DUN terbabit

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu,
pada Ahad, 10 Disember.

Menurutnya, banjir yang berlaku sebenarnya adalah air bertangkung dan longkang tidak dapat
menampung aliran air.

Katanya, hujan yang turun sekitar dua hingga tiga jam sahaja, air mudah bertakung kerana saliran
yang tidak diselenggarakan dengan betul.

Ia menyebabkan, kata beliau, rumah penduduk yang dinaiki air dan terpaksa berpindah ke
pusat-pusat perpindahan.

“Di seberang 34 keluarga berpindah ke Seberang pintasan di Dewan Sivik yang berjumlah 115
orang.

“dan di Bembam tiga keluarga lebih kurang dalam sembilan orang dan di Tok Kah empat keluarga berjumlah 18 orang serta di Batu Tiong tiga keluarga seramai lapan orang. Jumlahnya adalah 155 orang,”ujar beliau.

Namun begiti beliau bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku dan mangsa banjir
hanya menginap dua malam di pusat perpindahan.

Sumber BO - 11-12-2017

Muslimat Desak Tindakan Lebih Agresif Daripada Kerajaan Malaysia

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS mendesak kerajaan Malaysia supaya bertindak
lebih agresif terhadap kebiadapan Amerika Syarikat yang mengistiharkan Baitulmaqdis sebagai
ibunegara Israel.

Ahli Jawatankuasa Muslimat Malaysia, Hajah Zarani Othman kesal dengan kenyataan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi ‘facebook’nya, yang hanya berkata, beliau ‘sangat
membantah sekeras-kerasnya pengistiharan ini’ terhadap jenayah yang dilakukan Donald Trump itu.

“Tetapi itu bukan yang kita nak dari sebuah kerajaan Malaysia……. kita nak bantahan itu dibuat
dengan menghantar surat ke Rumah Putih dengan memanggil duta Amerika Syarikat yang berada
di Kuala Lumpur,

“dan beritahu kepada mereka, bahawa kita dan seluruh umat Islam membantah sekeras-kerasnya apa
yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat yang mengistiharkan Baitulmaqdis ibunegara Israel,”
tegasnya.

Ketua Muslimat PAS Terengganu itu demikian ketika berucap merasmikan Majlis ‘Hi-Tea’
Selamatkan Ummah di sebuah restoran di sini pada Jumaat 8 Disember.

Menurut Zarani, di dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) Kali Ke-14 semakin hampir,
orangramai perlu menilai kesungguhan para pemimpin Islam seluruh dunia termasuklah negara kita
hari ini.

Katanya, rakyat mahu melihat kesungguhan dalam memperjuangkan isu umat Islam dan Palestin
yang telah memakan masa terlalu lama, semenjak 1948 lagi.

“Kita telah merdeka selama 60 tahun, tetapi RUU 355 masih tidak dibawa untuk dibahaskan
di sidang Dewan Rakyat, kita tunggu bulan September, kita tunggu baru- baru ni,

“tetapi masih lagi tertunggak, ” ujar beliau dengan nada kesal.

Tambahnya, walaupun pemimpin kerajaan yang menerajui Malaysia, kebanyakannya adalah
orang-orang Melayu Islam, tetapi tidak menampakkan usaha, ingin meletakkan Islam ditempat yang
lebih tinggi.

Justeru itu beliau mengajak khalayak yang hadir untuk bersatu menegakkan syariat Allah di atas
mukabumi ini dan memilih pemimpin yang bertakwa.

Ketua Muslimat Marang itu juga, memuji keberanian artis-artis yang berani meluah isihati mereka berkenaan suasana masyarakat yang berlaku hari ini.

Katanya, mereka mendedahkan isu keruntuhan sosial, isu harga barang naik, kos sara hidup tinggi
dan lain-lain, walaupun menjadi bahan ejekan sesetengah pemimpin dan Puteri Umno.

“Kita mahu mengerakkan seluruh masyarakat bukan semata-mata artis, bukan semata-mata muslimat,
kita nak badan-badan NGO, InsyaAllah bangun dan juga bangkit untuk meng’highligt’kan isu-isu
di dalam masyarakat,”

“supaya masyarakat yang dah sedar semakin sedar dan dengan kesedaran yang ada untuk bertindak
secara positif di dalam PRU 14 yang sebenarnya semakin hampir dengan kita,” jelas beliau lagi.

Sumber BO - 11-12-2017







































































PAS Yakin Akan Memerintah Selepas PRU14

KUALA NERUS – PAS Terengganu yakin, dengan sokongan anak-anak muda di negeri Terengganu,
parti tu akan memenangi pilihan raya umum kali-14 (PRU14) dan memerintah negeri Terengganu.
Sehubungan itu, PAS akan mengadakan program detik pelancaran (countdown) dalam tempoh 100
hari bagi membuat persiapan terakhir menghadapi PRU14.

Pengarah Himpunan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ YB Cikgu Alias Harun berkata, program tersebut
akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi membekallan
maklumat dan dasar-dasar PAS kepada semua petugas.

“program ini akan membentangkan 15 Manifesto Awal PAS Terengganu, penerangan berkenaan
dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan Pelan Tindakan PAS
Terengganu (PINTAS) apabila diberi mandat mentadbir negeri,

“objektifnya adalah untuk memnbekalkan maklumat kepada semua pemimpin, penyokong dan
pendokong semua peringkat sehingga ke cawangan-cawangan (PAS) di seluruh negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di KOMTAQ dekat sini pada Rabu 6 Disember.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata, segala maklumat yang
disampaikan pada program tersebut akan menjadi bahan kempen PAS menjelang detik PRU14.

Justeru itu, kata beliau, program yang akan diadakan di masjid Rusila Marang pada Sabtu 16
Disember akan menyaksikan momentum dan kebangkitan anak-anak muda selepas l ledakan pada
program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal.

“Insya’Allah, kita jangka dapat mengumpul jentera pilihan raya kita sekitar 5 ,000 orang meski pun
dalam suasana musim tengkujuh ini,” tegas beliau.

Sumber BO - 9-12-2017

YB Dun Sura Dungun, Terengganu - Misi Bantuan
Posted on Thursday, December 07 @ 02:04:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37195



YB berkunjung ziarah ke Kg Tanah Lot, menyantuni dan bertanya khabar warga yang keuzuran sambil menyampaikan sumbangan barangan dapur. Turut mengiringi, sebahagian Ajk Cawangan Tanah Lot.





































Sumber TKO - 7-12-2017








































































Kerajaan Gagal Manfaatkan Sumber








































































Kemudahan rekreasi ti Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu yang terbiar dan rosak
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu gagal memanfaatkan sumber pelancongan sedia ada sebaliknya membazirkan wang rakyat dengan membina pelbagai monumen dan projek ‘gajah putih’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat menyifatkan, tindakan membiarkan Taman Pertaniah Sekayu dalam suasana Tahun Melawat Terengganu, adalah amat mendukacitakan.

Beliau berkata, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kempen ‘Visit Beautiful Terengganu
2017’.

“amat menyedihkan……..sumber alam anugerah tuhan yang di abaikan dan tidak diberikn peruntukan sewajarnya. Tak berpadanan dengan kempen melawat negeri Terengganu,

“ia bukan ‘Visit Beautiful Terengganu……..Dah jadi punah ranah Terengganu,” ujarnya kesal.
Beliau berkata demkian ketika mengulas sikap kerajaan negeri yang mengabaikan banyak lokasi pelancongan termasuk Taman Pertanian itu, yang pernah menjadi tumpuan pada suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, pembinaan dan projek yang membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat Terengganu
masih belum memberikan hasil kepada kerajaan.

“mana bas dua ‘amphicoah’? Kompleks Bebas Cukai Pulau Bayas? Ratusa juta ringgit pelaburan
yang belum tentu membawa pulangan,

“bahkan masjid kristal dan Taman Tamadun Islam kini menjadi ‘liabiliti’ dengan baik pulih sahaja
menelab belanja RM1 juta,” jelasnya.

Sumber BO - 7-12-2017







































































Jentera PAS Sentiasa Sedia Bantu Mangsa 

Banjir

Oleh : Norhayati Ripin

KUALA NERUS – Seluruh jentera PAS sentiasa bersedia untuk membantu semua pihak untuk
menghadapi bencana banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz haji Hishamuddin Abd Karim berkata, PAS
sedaya upaya bersama dengan seluruh tenaganya yang telah disusun bersiap sedia untuk menghadapi musibah banjir.

“Pihak agensi kerajaan seperti jabatan Bomba dan Penyelamat dan JPAM serta pihak tentera
memainkan peranan turut sama mengangkut mangsa banjir dan memberi kerjasama yang baik untuk membantu seluruh penduduk yang terkesan dengan banjir,

“Petugas kita (PAS) telah  berjaya membuka satu bilik gerakan untuk memusatkan seluruh aduan
daripada penduduk untuk  dibantu sebilangan daripada kalangan mangsa banjir pada kali ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau mangsa banjir di Taman Desa Tanjung damai, Gong Badak,
Sabtu, 2 Disember.

Menurutnya, semua petugas bergerak secara konsisten sejak beberapa hari yang lalu dan meninjau
lokasi yang dijangkakan akan dilanda musibah itu, antaranya Taman Desa Tanjung Damai.

“PAS yakin setelah pusat pemindahan dibuka, seluruh bekalan makanan dan seumpamanya akan
di pusatkan disana untuk membantu mangsa banjir,

“dan sedikit makanan untuk tengahari (telah) diagihkan kepada penduduk yang terperangkap dalam kawasan terbabit,”ujar beliau.

Beliau menambah, walaupun sudah sedia berdepan dengan musibah pada kali ini, beliau yakin
kejadian banjir yang melanda adalah daripada Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran manusia menghadapinya.

“Trend Taman Desa Tanjung Damai ini merupakan satu tempat yang pada asalnya sebelum
perumahan tempat takungan air yang agak besar,

“Kemudian setelah dibina perumahan penduduk telah melalui beberapa siri banjir besar. Sebelum ini
banjir yang agak besar dan menyeluruh telah berlaku  pada tahun 2014,

“Sebelum daripada ini penduduknya tidak ramai seperti hari ini dan agak kelam kabut dari sudut
pengurusan yang akan dihadapi  oleh pihak berwajib agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM),” ujar beliau.

Justeru, beliau berharap agar seluruh penduduk menjaga anak masing-masing dengan baik dan
memastikan kebersihan diutamakan kerana menurutnya, kanak-kanak dilihat sentiasa seronok
bermain dengan air.

“Dan (saya) berharap mereka menjaga dengan baik kesihatan dan penularan wabak-wabak yang
tidak sepatutnya sepanjang musim banjir ini,” pesan beliau.

Sumber BO - 6-12-2017













































































































































Wadah Lahirkan Generasi Berakhlak

Oleh: M.Faizal Nahwan Abdullah
Foto: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN – Kem Anak Bestari 2017 yang telah berlangsung bakal menjadi wadah bagi melahirkan generasi berakhlak mulia lagi terpuji.

Pengarah Program Kem Anak Bestari, Ahmad Ekhsan Razali berbesar hati dengan kepercayaan para ibu bapa yang sudi menghantarkan anak-anak mereka ke kem ini.

“Saya mengharapkan para peserta yang datang dengan tangan kosong dan tidak pulang dengan tangan kosong,

“saya mengalu-akukan para ibu bapa dapat menghantar lagi anak-anak masing ke kem tahun hadapan agar dapat melahirkan generasi yang hebat,” ulas beliau.

Kem Anak Bestari 2017 telah diadakan di Surau Kampung Jaya, Chukai Kemaman. Bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertarikh 2 Disember.

Sambutan para peserta amat mengalakkan dengan kehadiran seramai 173 orang dari sekitar Kemaman yang dianjurkan Pemuda PAS Dun Chukai (PPDC) dan Lujnah Waja.

Sehubungan itu, peserta anak soleh terbaik telah dimenangi oleh Muhammad Aminul Hakim Mohd Nakhaie manakala peserta anak solehah pula dimenangi oleh Nurul Hayati Mohd Mukhsin.

Perasmian penutup dan penyampaian sijil dihadiri oleh ADUN Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.

Sumber BO - 4-12-2017







































































Terengganu’s Coastal Residents Told To Brace 

For Monsoonal Tidal Waves

KUALA NERUS – Coastal residents of Terengganu have been advised to be on alert for monsoonal
tidal waves that are expected to lash their villages in the coming days.

Terengganu Civil Defence Force director Lt Col Che Adam Abdul Rahman said that the adverse
weather currently experienced by the state is expected to continue, and he advised the public to stay
away from beaches.

He called on parents to closely monitor their children’s movements during the school holidays, as
many would be tempted to play at beaches.

“The tidal waves are very treacherous and can pose a danger at any time. Some of the waves from
this north-easterly monsoon can reach up to 1.79 metres.

“The winds will also be very strong and can blow off roof tops,” he said.

Adam added that the tidal waves could spill over to coastal roads and cautioned motorists to be on
 their guard.

“On our part, we have dispatched our mobile units to patrol coastal areas, in tandem with other
enforcement agencies, and will send out alerts when necessary.

“The last thing we want is to see untoward incidents involving the loss of lives,” he said after visiting Tangjung Gelam in Mengabang Telipot, which is facing coastal erosion.

The state government has directed the Drainage and Irrigation Department to take immediate action at Tanjung Gelam to prevent a catastrophe.

Meanwhile, the Malaysian Meteorological Department has issued a Category Two warning of strong
north-easterly winds of 50-60 km per hour and rough seas with waves reaching 4.5 metres off
Condore, Reef North and Layang-Layang island in the South China Sea.

The department’s website stated that the situation, expected to last until Tuesday, is dangerous for all vessels, including recreational boats, fishing boats and ferries.

A Category One warning of winds of up to 40-50km per hour and waves of 3.5 metres high has been
issued for Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan (Sabah) and Palawan (the southern Philippines)
during the same period.

Thunderstorms are also expected off Koh Samui in south Thailand, Condore and Reef North on
Sunday night.

The affected regions cover Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Labuan and Sabah. – NST

Sumber BO - 4-12-2017







































































Ahli Parlimen Marang Lawat Pusat 

Pemindahan Banjir



MARANG – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkesempatan menziarahi mangsa banjir kawasan Marang di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kbangsaan Marang, Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing dan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh di sini, semalam.

Beliau yang ditemui berkata: “Saya dilaporkan Marang antara kawasan yang mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi di Terengganu yang melibatkan 410 orang atau 112 keluarga. Bantuan sedang digerakkan untuk dihantar kepada mereka”,

“Kita mendoakan ujian yang datang ini semakin mendekatkan diri kepada Allah yang menguasai sekalian alam. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal, agensi kerajaan dan NGO yang pantas bekerjasama membantu mereka” tambah Ustaz Abdul Hadi.

Lawatan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir itu mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap tempat. Abdul Hadi disambut ceria oleh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan JKM yang bertugas.

Mereka juga memberikan kerjasama yang baik ketika sesi lawatan berlangsung.

Selain itu, turut menyambut kunjungan MP Marang ialah Penghulu Mukim Pulau Kerengga; Ibrahim Adam, Pengarah MTD Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong dan Penghulu Mukim Merchang Adnan Ahmad.

Sebelum beredar meninggalkan Pusat Pemindahan Mangsa Banjir, Presiden PAS itu menyarankan kepada penduduk setempat agar mematuhi arahan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan mereka pada musim banjir ini.

Hadir mengiringi Abdul Hadi dalam lawatan semalam, iaitu Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang; Muhammad Yusuf Abdul Hadi, Pengarah Khidmat Malaysia Marang Abdul Rahim Embong dan beberapa orang AJK PAS Ru Rendang.

Sumber BO - 3-12-20117







































































Kemaman bakal luput dari peta ekonomi negara?

KEMAMAN: Kerajaan Negeri Terengganu perlu mengambil langkah segera menyelamatkan kilang-kilang industri berasaskan minyak dan gas supaya peluang pekerjaan penduduk tempatan yang bergantung harap mencari rezeki dengannya terjamin.
Adun Chukai, Hanafiah Mat menyuarakan gesaan itu ketika mengadakan tinjauannya di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Kawasan Perindustrian Telok Kalong berhampiran Pelabuhan Kemaman, di sini semalam.
Menurutnya, keadaan KSB sekarang sudah sangat berbeza berbanding dua dekad lalu di mana kini begitu sepi tanpa aktiviti, sedangkan sebelum ini difahamkan lebih 5,000 pekerja bertugas di situ setiap hari.
"Banyak 'company oil and gas' yang beroperasi mengurangkan kakitangan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan. Nampaknya hari ini KSB bukan lagi lubuk kepada masyarakat sekitar mencari rezeki," ujarnya meluah kekesalan.
Katanya, tidak mustahil nasib Sungai Lembing yang pernah menjadi kuasa ekonomi satu ketika dahulu bakal berjangkit juga ke Kemaman sekiranya tiada usaha menangani dilaksanakan pihak terbabit.
KSB merupakan pangkalan bekalan petroleum terbesar di Semenanjung Malaysia melibatkan operasi semua mengeluar minyak seperti Petronas Carigali, ExxonMobil, Repsol, Sapura E & P, IPC, HESS dan lain-lain, serta lebih 200 syarikat perkhidmatan sokongan di mana turut mempunyai kemudahan di situ. - HARAKAHDAILY 3/12/2017
Sumber HD - 3-12-2017 

Fitnah Umno bukti tawaran manifesto PAS benar

KUALA TERENGGANU: Tawaran Manifesto PAS untuk setiap anak Terengganu mendapat hak  memiliki rumah ataupun tanah tapak tempat tinggal, bukan hanya janji khayalan semata-mata.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS pernah meluluskan 60 hingga 70 ribu lot tanah pada zaman pemerintahannya termasuklah salah satu adalah blok V di Ketengah Jaya yang melibatkan 1154 lot.
Oleh itu menurutnya, fitnah Umno-BN ke atas beliau adalah bukti bahawa PAS melaksanakan amanah, memberi tanah kepada rakyat.
“Isu berkenaan saman fitnah tuduhan terhadap saya sebenarnya adalah rentetan daripada pemerintahan PAS pada tahun 1999 di mana pihak Kerajaan PAS telah melancarkan satu program untuk memberi tanah kepada rakyat Terengganu sebagaimana janji dalam manifestonya (pada PRU10).
“Ianya terbengkalai ataupun terhenti tidak lain tidak bukan kerana rasa dengki pihak kerajaan (Umno-BN) melihat perkembangan ini dan supaya benda ini tidak ada seolah-olah (tidak) berlaku apa yang dilakukan oleh PAS kepada anak-anak negeri Terengganu,” jelasnya.
Menurut beliau, ini merupakan satu-satunya projek yang menjadi contoh iaitu melibatkan tanah di bawah Akta GSA (Group Settlement Act) kawasan yang melibatkan Felda untuk dikeluarkan dan dibahagikan kepada rakyat.
“Beberapa proses yang telah dilalui oleh pihak kerajaan (PAS) mahupun melibatkan (pelantikan) juru ukur swasta, meratakan tanah, tanam batu (sempadan) sudah ambil nama (peserta) dan juga cabut (nombor) lot hanya tinggal tunjuk lot (tanah) sahaja.
“Tetapi ketika itu Kerajaan PAS tidak mempunyai usia yang panjang. Pada tahun 2004, Kerajaan PAS sudah hilang kuasa apabila Menteri Besar baharu (ketika itu) telah mengeluarkan surat pada 7 April 2004.
“Iaitu pelaksanaan rancang tanah kelompok RTB yang menggunakan juru ukur khidmat swasta ke semua dibatalkan,” ujarnya.
Tambahnya, permohonan tersebut diluluskan pada tahun 2003 bersama dengan PT (nombor) sebanyak 1151 lot dan perkara ini telah dimasukkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. 
Katanya, sebagaimana diketahui banyak proses yang melibatkan kepada Exco dan sehinggalah mendapat kelulusan pada tahun 9 Februari 2004.
“Pejabat Dungun telah meluluskan projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di kawasan pembangunan (Blok) V Bandar Ketengah Jaya (dan) para peserta telah dipilih untuk diberi satu lot tapak tanah dan diadakan majlis undi lot pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka, Ketengah Jaya.
“Perkara-perkara seperti ini bukan mainan politik tapi merupakan ada kelulusan dan walaupun bukan keseluruhan yang melibatkan seribu lebih hanya lebih kurang 500 untuk permohonan projek yang pertama. Jadi apabila diluluskan dan pihak kerajaan telah buat undi lot sebagainya.
“Dan mereka adalah yang terlibat bukan hanya orang awam masyarakat kampung biasa tetapi terlibat juga untuk generasi kedua Felda,” kata Ustaz Satiful.
Kata beliau, pihak kerajaan pimpinan Umno-BN selepas itu telah menghentikan pembahagian lot tanah sedangkan pihak Kerajaan PAS berusaha ketika itu sehingga proses-proses yang dilakukan di pejabat tanah daerah.
Justeru, sehinggalah beberapa tahun selepas daripada itu timbulnya isu fitnah yang mengatakan bahawa beliau telah ‘merembat’ duit peneroka Felda.
Katanya, ia diterbitkan oleh laman sesawang ‘Terengganu Today’ bersama dengan tuduhan fitnah bahawa calon PAS Dun Paka ‘rembat’ duit peneroka Felda RM1.4 juta dan tuduhan ‘lebai PAS’ tipu dan ‘makan’ duit peneroka.
“Beberapa individu munculkan diri termasuk Ketua Cawangan Umno dan Ketua Pemuda Umno yang membuat 'report' polis yang mengatakan kononnya saya ‘rembat’ duit peneroka.
“Jadi apa yang berlaku apabila keluar individu seperti ini, maka saya telah mengambil tindakan untuk saman pihak tersebut yang telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka membuat tuduhan fitnah seolah-olah saya mengambil duit tersebut.
“Pihak polis melakukan siasatan serta memanggil kami dan alhamdulillah tidak ada apa-apa berlaku sebagamana yang  mereka tuduhkan. Sebab setiap peserta yang diberi (tanah) itu mereka membuat pembayaran sebagaimana bayaran tersebut, mereka buat bayaran untuk bersih kawasan, juru ukur bayaran LMS, bayaran guaman dan sebagainya (kepada pihak peguam),” tegas beliau.
Kata Ustaz Satiful lagi, mereka mengaku itu merupakan fitnah dan silap mereka serta membuat pengakuan dan menarik balik segala tuduhan berlaku.
“Ini secara langsung telah membersihkan nama saya sendiri dan pihak PAS pada ketika itu, seolah-olah menggunakan kesempatan untuk kepentingan peribadi mengambil duit daripada kalangan peneroka.
“Pihak Kerajaan Umno-BN cuba untuk menutup kebaikan dan usaha baik Kerajaan PAS pada ketika itu memberi tanah khususnya kepada anak-anak muda generasi kedua Felda yang sebelum ini hanya dipanggil (dan di) ‘gula-gula’kan sahaja,” kata Ustaz Satiful lagi. - HARAKAHDAILY 4/12/2017

Sumber HD - 4-12-2017

Kuarters Guru Terbiar; Kerajaan BN Diminta 

Beri Penjelasan

MARANG – Kerajaan Barisan Nasional (BN) diminta menjelaskan, mengapa dua blok empat timgkat kuarters guru tidak diduduki, terbiar dan menjadi sarang aktiviti tidak sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor berkata, ia adalah satu pembaziran yang nyata oleh kerajaan.

“saya difahamkan, kuarters ini telah terbiar sejak beberapa tahun yang lalu, ia sangat menyedihkan kerana bangunannya masih elok tetapi tidak diselenggara oleh kerajaan,

“saya anggarkan tidak kurang RM4 juta wang rakyat digunakan untuk membina dan membangunkan kuarters ini……yang nyata ia kini menjadi sarang aktiviti negatif termasuk penagihan dadah,” ujarnya.

Beliau bekata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan tersebut yang terletak di belakang Sekoah Rendah Kedai Buluh dekat sini pada Rabu 27 November.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak yang bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri dan Menteri Pelajaran agar menjelaskan kepada rakyat, mengapa ia berlaku demikian.

“saya pohon Exco di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman atau beliau sendiri yang pernah menjawat jawatan itu membuat penjelasan,

“ramai rakyat yang masih tidak memiliki tanah dan rumah sedangkan kuarters ini terbiar begitu sahaja,” kata beliau.

Beliau menyelar sikap kerajaan yang sering melaksanakan sesuatu projek tanpa mengambil kira kepentingan sebenar dan keperluannya untuk rakyat.
Katanya, dua blok bangunan tersebut adalah satu bukti bahawa banyak projek pembangunan yang dibina adalah kerana kepentingan pihak tertentu dan bukannya untuk memajukan masyarakat.

“banyak lagi cantoh pembangunan pendidikan yang tidak diteliti contohnya Sekolah Menengah Alor Limbat yang akhirnya terpaksa dirobohkan kerana tanah mendap,
“lihat Taman Ilmu di Besut yang telah membelanjakan ratusan juta ringgit tetapi menjadi semak samun tanpa hala tuju yang jelas,” tambahnya.

Sumber BO - 1-12-2017

Sejid Ganu 2017 tok pepijat
Posted on Thursday, November 30 @ 12:41:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37074

Video - https://youtu.be/oTM1PlMs6RM

Pemandangan atas Kuala Terengganu - Masjid

Kredit
tokpepijatKU"

30-11-2017







































































Cerong Lanjut, Kuala Terengganu Not Spared 

Flood Woes








































































The Jalan Cerong Lanjut housing area being flooded with knee-high waters
KUALA TERENGGANU: The east coast peninsula state’s city centre was not spared by the north-easterly monsoon floods.

The affluent Jalan Cerong Lanjut housing area saw flood waters rising to knee-length level, causing damage to furniture and household items of rows of terrace houses.

Long-time resident Yap Chuan Bin said that clogged monsoon drains near the Batas Baru car park added to their woes.
“There seems to be a bottleneck at the area as the gush of rainwater from the opposite Bukit Pak Apil, Bukit RTM and Bukit Panorama has restricted flow.”

“Similarly affected by floods are Jalan Kemajuan, where Tenaga Nasional Berhad is situated, Taman Permint Harmoni apartments and Wisma Ali Long,” said Yap, who is also secretary of the Terengganu Chinese Peranakan Association.
He believed that garbage disposed off indiscriminately was also to be blamed.

The Jalan Cerong Lanjut village community, safety and welfare committee is in talks with the Kuala Terengganu City Council and the Drainage and Irrigation Department to find a solution.

“We have raised this flooding matter with the council and other relevant agencies in the past to redesign the drainage and water retention system.

“Additionally, we also highlighted the fact that there exists a muddy water pond underneath the Batu Baru car park which poses a health hazard and mosquito breeding zone.

“This has led to numerous dengue cases in our area,” said Yap. – NST

Sumber BO - 30-11-2017













































































































































Kerjasama Khidmat Malaysia dan Bomba siap 

hadapi banjir

KEMAMAN: Khidmat Malaysia kini dalam keadaan siap sedia untuk berhadapan dengan kemungkinan musibah banjir berdasarkan perkembangan cuaca semasa.
Sehubungan itu satu pertemuan muhibbah antara Bomba dan Khidmat Malaysia diadakan dalam membincangkan penyelarasan kerja-kerja bantuan di Balai Bomba Kemaman, di sini semalam.
Timbalan Penguasa Bomba Zon Dua Terengganu, Mohd Amin Zakaria yang mewakili pihak Bomba berkata, sebanyak 78 pusat pemindahan telah ditetapkan oleh kerajaan untuk kawasan Kemaman di mana Chukai sahaja terdapat 15 pusat pemindahan banjir.
“Apabila berlakunya banjir, minta sokongan untuk melapor di Pusat kawalan bomba (PKB) atau Polis,” katanya.
Timbalan Ketua Unit Prasarana dan Peralatan Khidmat Malaysia Kemaman, Johan Ismail berkata, dari segi pengangkutan pihaknya mempunyai 20 bot, 100 kenderaan 4x4 dan lori.
"Untuk Komunikasi, 10 pusat perhubungan telah kita mulakan operasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan antaranya Air Putih, Seberang Tayor, Pasir Gajah dan Pasir Minal," tambahnya.
Pengerusi Khidmat Malaysia Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata kerjasama dan penyelarasan gerak kerja antara Bomba dan Khidmat Malaysia penting bagi melancarkan bantuan kepada mangsa banjir. - HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 30-11-2017 







































































Sedia pemilihan penagih dadah secara holistik

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Umno-BN seolah-olah berlepas tangan dan tiada usaha yang khusus untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, demikian tempelak Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
"Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan hampir 10,000 orang terlibat dalam penagihan dadah di negeri ini (Terengganu). Statistik menunjukkan 2,664 penagih didaftarkan untuk pengawasan AADK di negeri ini.
"Namun berdasarkan penilaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya terdapat seorang penagih berdaftar, ada empat penagih dibelakang mereka yang tidak berdaftar," ujarnya.
Menurutnya, PAS berjanji akan menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik jika diberi mandat dan memerintah negeri itu selepas PRU akan datang.
"PAS mahu mewujudkan sebuah masyarakat dan negeri yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam Islam. Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah, dadah dan segala jenisnya adalah haram pada sudut syara dan undang-undang.
"Oleh itu, PAS akan menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ini. Penyelesaiannya bukan sahaja dengan undang-undang dan penguatkuasaan tetapi pendidikan dan ketakwaan," jelasnya.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan kejayaan Islam mendidik dan mengubah insan di zaman jahiliyah yang ketagih arak sehingga sanggup meninggalkan barang larang itu.
Beliau yakin, Islam datang dengan penyelesaian terhadap permasalahan arak ketika itu boleh dipratikkan bagi mengatasi penagihan dadah masa kini.
Katanya, jumlah tertinggi bilangan penagih yang ditangkap adalah golongan belia yang terlibat dalam jenayah itu dalam tempoh tiga tahun.
"(Seramai) 107 orang ditahan pada 2014, 2015 (166) dan 2016 (378) adalah remaja dan belia dewasa dan AADK telah mengenal pasti sebanyak 2,000 sekolah di seluruh negara berada di kawasan berisiko kegiatan penagihan dadah.
"Jumlah murid yang dikenalpasti terlibat mencuba dadah bagi tempoh Januari sehingga Julai 2017 ialah 0.03 peratus daripada 4.7 juta orang pelajar," jelasnya. - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 

Program Tahfiz Muda isi masa cuti

KEMAMAN: Pusat Tarbiyah Islam Binjai (PUTIB) mengambil inisiatif menganjurkan program Tahfiz Muda khusus sempena cuti sekolah agar para peelajar didedahkan dengan kegiatan berfaedah dan mengelakkan mereka terjebak aktiviti tidak bermanfaat.
“Cuti sekolah adalah waktu yang paling sesuai dimanfaatkan dengan program-program pembentukan kerohanian, akhlak dan pelaksanaan ibadah yang mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T.
“Program selama dua hari satu malam akan berlangsung mulai esok, 1 dan 2 Disember, terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 
10 hingga 15 tahun.
“Sedikit bayaran dikenakan, RM60 untuk seorang dan jika dua orang atau lebih hanya RM50, tawaran menyertai program ini masih terbuka, hubungi saya di talian 019 9314919 jika berminat,” kata Pengarah Tahfiz Muda, Nik Ismail Ali.
Beliau memberitahu, pasangan guru tahfiz dua beranak dari Medan, Indonesia iaitu Ustaz Abu Hasan Al Hafiz dan Ustazah Nadiatul Husna Abu Hasan Al Hafizah akan bertindak sebagai pembimbing intensif program.
Menurutnya, amat rugi cuti sekolah tersebut tidak dimanfaatkan dan anak-anak menghabiskannya dengan bermain sahaja.
“Sekurangnya dengan adanya program sebegini, kita dapat mengisi masa terluang anak-anak remaja dari mereka terlibat gejala yang tidak sihat di luar sana dan pada masa sama memberikan pengisian rohani kepada mereka,” kata Nik Ismail lagi. - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 







































































Amphicoach: Kerajaan Terengganu dilihat cuai

AMARAN Kerajaan Negeri Terengganu kepada pembekal bas amfibia secara kata dua pada 11 November 2017 lalu menimbulkan banyak persoalan yang sewajarnya diteliti secara jujur. Kata dua dilontarkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan membangkitkan isu teknikal itu amat perlu. Namun, menghala ke meja perundangan walaupun dilihat wajar, tetapi jelas terlambat selain menunjukkan kecuaian ketara di pihak kerajaan. Ironinya, permasalahan berlaku kini membenarkan kemusykilan pernah kami utarakan dahulu.
Kelemahan nyata pihak kerajaan negeri apabila garis panduan oleh pihak Kementerian Kewangan berkaitan Kaedah Perolehan Kerajaan yang menetapkan bahawa kontrak perbekalan perlu termaktub dengan elemen sebagaimana diperincikan, seolah-olah telah diabaikan. Antaranya, Apakah aset yang ingin dibeli?; Menetapkan spesifikasi aset yang dimaksudkan; Sokongan perkhidmatan selepas jualan; Jaminan pengeluar; Tempoh penghantaran dan Manfaat pemindahan teknologi (technology transfer) yang diperolehi melalui pembelian aset berkaitan.
Kami juga pernah beberapa kali menyuarakan kewajaran pembeliannya dahulu, namun sebaliknya pihak Kerajaan Negeri Terengganu bermegah mendabik dada sebagai pemilik ke-13 di dunia yang mempunyai kenderaan Amphicoach. Munasabah terhadap perkara ini telah dinyatakan sejak cetusan untuk membeli bas amfibia ini dimulakan pada penghujung tahun 2013 lagi. Namun, usaha pembelian bas ini dimulakan juga pada tahun 2014, seterusnya dijangka berjaya menerima pada 30 Ogos 2015.
Malangnya, didakwa berlaku masalah sistem hidraulik dan menyebabkan penghantarannya tertangguh. Dari semakan dibuat, telah empat kali penangguhan kerja ini (EOT) berlaku iaitu pada 7 Disember 2015, 2 Mei dan 26 November 2016 serta Januari 2017. Semakan lanjut kami lakukan turut menemui banyak keraguan yang menuntut penjelasan telus daripada pihak Kerajaan Negeri Terengganu. Kerana ia sangat berkait dengan perancangan di masa lalu dan kesan akibat ditanggung kini.
Berdasar rujukan, kontraktor yang telah berjaya memperolehi projek membekalkan bas amfibia ini merupakan sebuah syarikat baharu iaitu ditubuhkan pada 27 Mac 2014. Bermakna ia ditubuhkan selepas cetusan idea pembelian bas ini dibawa pada penghujung tahun 2013 oleh pihak kerajaan. Malah, berdasar rekod urus niaga, syarikat ini juga ditubuhkan semata-mata untuk membekalkan bas amfibia kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Kontraktor pembekal ini adalah Alam Perkasa Technology Sdn.Bhd.
Semakan kepada penyata kewangan tahunan syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd direkodkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula mendapati bahawa syarikat berkenaan telah menerima sebanyak RM2,295,000 pada tahun kewangan 2015. Penyata itu sangat dipercayai sebagai sebahagian imbuhan terhadap khidmat pembekalan tersebut dan tiada pendapatan yang dicatatkan pada tahun 2016. Walhal, deposit yang dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu hanyalah 50 peratus dari jumlah harga sebuah amfibia.
Di sinilah menuntut Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan kepada rakyat jumlah yang telah dibayar kepada pihak syarikat pembekal tersebut. Tetapi lebih malang apabila Kerajaan Negeri Terengganu dilihat tidak memiliki satu perancangan yang komprehensif untuk memanfaatkan penggunaan bas amphibia ini. Pada peringkat awal, ia dilihat akan digunakan untuk merancakkan pelancongan di Tasik Kenyir. Namun yang berlaku ialah pihak Kerajaan Negeri Terengganu menyerahkan bas ini kepada pihak Pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI).
Malah, ia sepatutnya di bawah seliaan TTI berikutan pembinaan Peluncur Serbaguna Untuk Amphicoach di TTI dengan harga RM487,000.  Pembinanya adalah kontraktor Double Z KT Resources yang ditubuhkan pada 1 Februari 2014. Selain itu, Amphicoach turut dirancang untuk dimanfaatkan bagi tujuan khidmat ketika bencana banjir. Dalam masa sama, TTI River Cruise juga sepatutnya perlu diberikan sokongan. Pun begitu, hakikat yang terjadi adalah ia hanya tersadai di dermaga TTI tanpa pemasaran agresif pihak berwajib.
Sehubungan itu, kami menggesa pihak Kerajaan Negeri Terengganu tampil memberi keterangan tanpa selindung terhadap seluruh keraguan berkait urus niaga dan perkhidmatan ini. Kerana wujud unsur-unsur salah urus tadbir, kecuaian, kegagalan bahkan penyelewengan terancang. Sewajarnya, pihak kerajaan bertindak secara profesional dan efisyen dalam urusan pentadbiran termasuk berbelanja secara berhemah dalam urusan kewangan. Namun kini umpama ‘Nasi sudah menjadi bubur’.
USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
30 November 2017 | 11 Rabiul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD- 30-11-2017 







































































Tiada Halangan Hubungan Antara PAS Dengan

Masyarakat Cina

Oleh : ‘Afini Yahaya

MARANG – Tiada ada apa yang boleh menghalang hubungan antara PAS dengan orang Cina walaupun berbeda dari segi kaum dan agama.

Secara fitrah katanya semua manusia mengharapkan kehidupan yang baik, aman damai dan boleh mencari makan dengan senang.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, Islam menegaskan dalam al-Quran, Allah menjadikan berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra di antara satu sama lain

Katanya, rekod cemerlang dasar pemerintahan PAS terhadap kaum Tionghua ketika menjadi kerajaan pada tahun 1999 hingga 2004.

“Di antara yang sempat dilakukan oleh kerajaan pada waktu itu untuk masyarakat tionghua termasuk memberi hak milik tanah kepada penduduk Cina yang telah lama bermastautin di Bukit Berangan, Kuala Nerus,

“menyediakan tanah perkuburan kepada penduduk Cina di Wakaf Tapai, meluluskan tanah tempat pembakaran mayat di Cukai, Kemaman,

“mengecualikan cukai pintu gerbang dan mengekalkan nama kampung Cina dari jalan bandar dan memberi bantuan termasuk komputer kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina,” jelasnya.

Selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Tiong Hua di Wakaf Tapai pada Selasa 28 November.

Turut hadir dalam majlis makan malam tersebut termasuk Cikgu Lau Chin Chua, pegawai khas pejabat YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohamad Ibrahim (Ustaz Mat Cina)Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah MTD Pengkalan Berangan.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik cadangan dari peserta dialog pada majlis tersebut supaya risalah berkait dengan RUU 355 ditulis dalam bahasa Mandarin dan diedarkan kepada mereka.

Beliau turut menasihatkan hadirin supaya berhati-hati dengan maklumat yang bertebaran dalam media sosial, ada di antaranya tidak tepat dan berupa fitnah.

“Masyarakat Cina terdidik dan terpelajar dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia.
“Oleh itu mereka seharusnya bijak menilai maklumat-maklumat yang disebarkan termasuk dalam isu RUU 355 dan merujuk kepada sumber-sumber yang berautoriti,” tambah beliau.

Haji Yahaya juga menzahirkan rasa sukacita beliau, dapat makan bersama ‘keluarga Tionghua’ Wakafa Tapai.
“Setelah sekian lama menunggu, saya cukup seronok dapat hadir majlis makan malam dengan lebih kurang 50 orang masyarakat tionghua di sebuah restoren di Wakaf Tapai yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Pengkalan Berangan,” kata beliau

Sumber HD - 30-11-2017

Lapan Tahun Menunggu Tanpa Khabar Berita


Oleh : M. Hailmey

KUALA NERUS – “Setiap kali musim tengkujuh menjengah, kami pasti tak lena tidur memikirkan air yang melimpah masuk kedalam rumah,”

Demikian rungutan penghuni tujuh buah rumah di Kampung Bukit Tok Beng apabila hujan lebat turun membasah bumi.

Seorang penduduk yang terlibat, Azmi Abu Bakar menceritakan, lebih kurang lapan tahun penduduk meminta bantuan longkang, namun tidak dipedulikan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak berwajib dengan pelbagai alasan.

“JKKK pernah berjanji akan menyelesaikan masalah ini tetapi sampai sekarang tiada jalan penyelesaian.
“Saya harap masalah kami ni dapat diselesaikan pihak berwajib secepat mungkin,” ujar beliau kesal, ketika diziarahi oleh Jawatankuasa PAS Seberang Takir pada Selas 28 November.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Haji Zakaria Dagang menyeru kepada pihak berkuasa JKKK bertindak segera.
Apatah lagi, katanya, wakil rakyat DUN tersebut sendiri ialah juga Menteri Besar (MB) Terengganu, yang sepatutnya dapat mengatasi masalah berkenaan, yang sangat ‘kecil’ berbanding projek mega jambatan ‘Drawbridge’ dan ‘Flyover’.

“kalau nak banding dengan projek mega lain, masalah ni ‘kecik peh’……takkan MB yang juga ADUN Seberang Takir tak boleh nak selesai,” tegasnya.
Beliau yang turut sama dalam ziarah itu, menghulurkan bantuan segera kepada penduduk tersebut bagi meringankan sedikit beban kehidupan.
Katanya, pihak PAS MTD Seberang Takir sangat bersimpati dengan nasib penduduk yang menjadi mangsa akibat penambakan tanah bagi projek-projek rumah di sekitarnya.

Sumber BO - 30-11-2017







































































TAJAK Senjata Jabi


SETIU – TAJAK adalah singkatan ‘Team Adventure Jabi Kita’ pada bahasanya, bererti senjata tajam digunakan petani, akan menjadi senjata kepada PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.
Penubuhan TAJAK dengan motto ‘Istiqamah, Riadhah, Kebajikan’ tepat pada masanya, pada musim tengkujuh ini.

Ia bermatlamatkan untuk menghimpunkan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari seluruh DUN tersebut di bawah satu payung kelab kembara lasak.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi Dr Azman Ibrahim berkata, Islam adalah agama yang meraikan minat serta hobi manusia.

“Malah Islam adalah agama yang sangat menggalakkan ummatnya bergerak aktif dalam apa jua penglibatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat ramai.

“Peranan Islam ialah menyediakan garis panduan agar setiap apa yang dilakukan tidak tersasar dari landasan kebenaran,” jelasnya.

Beliau uang juga Ahli Jawatankasa Kerja PAS Pusat berkata demikian ketika merasmikan penubukan kelab tersebut pada Isnin 27 November.

Katanya, TAJAK menjadi satu alat baharu di medan dakwah yang boleh dimanfaatkan untuk berbakti dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan.

“Sebagai perintis seramai 25 orang pemilik kenderaan pacuan empat roda 4×4 telah berdaftar menjadi ahli TAJAK,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi Penaja TAJAK, Mohd Rosdi Ibrahim berkata, kelab rekreasi tersebut akan membuka keahliannya kepada semua pihak yang berminat.

“keahlian TAJAK dibuka kepada semua anak Jabi yang memiliki 4×4 tanpa mengira sempadan politik. Ini adalah kelab rekreasi kembara untuk semua,” kata beliau.

Sumber BO - 29-11-2017







































































RM10 juta tabung pinjaman usahawan

KUALA NERUS: Golongan muda dan para usahawan tempatan tidak akan dipinggirkan jika, PAS Terengganu diberi mandat memerintah negeri pada PRU14 ini. 
Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Terengganu akan lebih berdaya maju jika dapat melahirkan Usahawan Eksplorasi yang berdaya saing, kreatif dan cekap menghidu peluang.
Justeru, katanya tawaran awal Manifesto PAS Terengganu itu tidak akan meminggirkan golongan usahawan tersebut.
"Manifesto PAS untuk PRU14 ini kita amat menitik beratkan soal kebangkitan usahawan-usahawan yang berdaya saing ini. 
"Manifesto awal tawaran PAS, kita bersedia memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi Tabung Pinjaman Usahawan dan ini dilihat mampu memperkukuhkan platform bisnes rakyat untuk dilonjakkan," ujarnya.
Menurut Ustaz Hishamuddin, konsep pinjaman tanpa faedah itu perlu diperluaskan agar rakyat memperolehi manfaat untuk membina kejayaan dalam perniagaannya. - HARAKAHDAILY 29/11/2017
Sumber HD- 29-11-2017 



Ganu Kite 2017
Posted on Wednesday, November 29 @ 07:21:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37045

Video - https://youtu.be/gIx6P1f_zzk

Bandar Kuala Terengganu di sisi atas.

Kredit
TokPepijat"


Sumber TKO - 29-11-2017







































































Two Die, Over 2,000 Evacuated As Terengganu Floodwaters Rise

Floods in the east coast of Peninsular Malaysia have claimed the lives of a boy and youth in Terengganu.

Khalid Al-Walid Juzaiman, 12, was found drowned after he was said to have slipped into an irrigation canal in Kampung Tok Hakim, Bukit Payung at 1.30pm yesterday.

Meanwhile, 17-year-old Zulfaiz Zukarmi, a student from SMK Bukit Payong, Hulu Besut was found drowned after he fell into Sungai Besut about 5pm.

The number of flood evacuees at 49 temporary relief centres in the state rose to 2,019 as at 10pm, compared to 1,748 at 4pm.

Besut recorded a sharp increase in the number of victims with 449 people being sheltered at nine relief centres, Hulu Terengganu (782 victims, 18 centres), Setiu (365 victims, eight centres), Marang (71 victims, one centre), Dungun (159 victims, four centres), Nerus (126 victims, two centres) and Kuala Terengganu (67 victims, two centres).
In Kelantan, the number of flood victims rose as 5,016 people moved to 67 relief centres, as at 9pm today compared to 3,033 victims as at 4pm.

According to the Social Welfare Department’s “Infobanjir” application, Pasir Mas had the most number of flood victims with 1,716 people at 22 evacuation centres, followed by Kota Baru (1,071 people, nine centres), Pasir Puteh (1,129 people, 11 centres), Tanah Merah (472 people, 14 centres) and Jeli (345 people, three centres). ― Bernama

Sumber BO - 29-11-2017







































































‘Countdown’ 100 Hari PRU14

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan melancarkan satu program khas sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pada 16 Disember depan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata program itu dinamakan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ PAS Terengganu.

Katanya, Countdown 100 hari PRU14 itu diadakan lanjutan dari ledakan kebangkitan rakyat dan jentera PAS dalam program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus baru-baru ini.

“PAS Terengganu melihat bahawa kebangkitan dan momentum dalam masyarakat hari ini mesti diteruskan.

“Jentera PAS mesti ‘dibarakan’ semangat mereka untuk bekerja bagi mendekati seluruh pengundi dan melaksanakan agenda-agenda jentera pilihan raya. Jangkaan kita pembubarkan Parlimen akan berlaku pada bulan Mac 2018, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Terengganu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.
Menurutnya, sempena program itu tiga perkara besar yang menjadi agenda parti akan diperjelaskan kepada seluruh jentera PAS disemua peringkat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung menjelaskan tiga perkara itu pertama, mengenai tawaran awal 15 perkara Manifesto PAS Terengganu untuk dibawa kepada rakyat.
Ini penting, katanya agar rakyat dapat melihat bahawa tawaran PAS itu merupakan satu janji besar yang tidak mampu dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kedua, WINS dan Ketiga, Dokumen Hijau mengenai Gagasan PAS dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara, supaya seluruh jentera PAS faham mengenai tiga perkara itu untuk disampaikan kepada rakyat dan pengundi dalam tempoh 100 hari itu.

“Kita (PAS) harap dalam tempoh itu, semua perkara itu dapat difahami dan dapat mengubah minda rakyat serta sikap pengundi untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya.
Sehubungan itu, kata Ustaz Mohd Nor, seluruh jentera parti dan bilik gerakan akan disempurnakan sebelum PRU14 dalam masa 100 hari itu.

“Bagi hendak menggambarkan bahawa ‘semboyang’ pilihan raya telah berbunyi, seluruh bilik gerakan dan tugas-tugas mesti disempurnakan bagi menghadapi pilihan raya itu.

“Insya’Allah, kita jangka dapat mengumpul jentera pilihan raya kita meski pun dalam suasana musim tengkujuh ini, sekitar 5,000 orang.

“Selepas bulan Disember ini, kita akan turun mendekati para pengundi dan menyuburkan segala gerak kerja di markaz-markaz kita (PAS). Kita akan susun program berterusan hingga pembubaran parlimen,” tegasnya.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah serta wakil-wakil Lajnah Penerangan PAS Kawasan masing-masing.

Sumber BO - 29-11-2017







































































Mangsa Banjir Terus Meningkat









































































Haji Yahaya Ali bersama Ustaz Sulaiman meninjau rumah dibadai ribut di Kampung Mercang
KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Terengganu menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2398 orang berbanding 1,173 pada tengah HARI semalam.

Laman sesawang rasmi banjir Terengganu etindakan.terengganu.gov.my mencatatkan 61 buah pusat pemindahan telah dibuka di seluruh daerah.

Di Marang, PAS kawasan tersebut menziarahi mangsa ribut di kampung Mercang dan penduduk yang terlibat banjir di Kampung Kubu Pengkalan Berangan.








































































Laluan T112 dari Pengkalan Berangan ke Kampung Kubu dilimpahi air banjir dan ditutup kepada semua kenderaan
Yang Dipertuanya Haji Yahaya Ali bersama Pangarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong terpaksa mengambil jalan Pulau Kerengga kerana laluan T112 tidak dapat dilalui.

Sebanyak 11 buah rumah penduduk Mercang telah rosak samada ditimpa pokok tumbang dan atap berterbangan dibadai angin kencang.

Dalam pada itu, seorang kanak kanak berusia 12 tahun Kalid Al Wyalid Juzaiman, ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air yang melimpahi jalan di Sungai Kampung Tok Hakim, Padang Midin.








































































YB Alor Limbat Ariffin Deraman turut membantu pihak Bomba mengeluarkan mayat Khalid yang lemas di sungai Tok Hakim, Kampung Padang Midin
Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, mayat mangsa telah ditemui pada jam 1 tengah hari.

Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusof Abdul Hadi yang ditemui dilokasi megucapkan syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

“Alhamdulillah mangsa telah ditemui di kawasan dekat dengan pokok sekitar ini dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Unit Amal serta orang kampung,








































































Ustaz Yusof (berkopiah) bersama bapa arwah Khalid, Juzaiman, di lokasi dimana mangsa ditemui
“kami mewakili PAS kawasan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa……mudah-mudahan Allah SWT memberi ganjaran kepada ahli keluarga dan sabar menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Bapa mangsa Juzaiman berkata, anaknya yang lemas itu tidak pernah ‘bermain air’ sebelum ini.
“Yang lemas umur 12 tahun……..kesemua tiga orang (dan) sorang tu duk kat air, mangsa tak pernah main air sebab jauh dari air,

“(ini) tahun pertama duk sini, mangsa biasa tak ada apaapa perubahan sebelum kejadian) dan seorang yang mudah dengar kata,” katanya.








































































Dr Azman menziarahi rumah terlibat banjir di kawasan DUN Jabi
Sementara itu di Setiu, Pengarah MTD Jabi Dr. Azman Ibrahim berkata, hujan lebat yang turun mencurah-curah mengakibatkan beberapa kawasan termasuk DUN terbabit dinaiki air.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia menasihatkan penduduk kampung terutamanya yang berhampiran sungai, agar berjaga-jaga dan mengambil langkah sewajarnya.

“PAS Jabi mengambil langkah segera menyantuni mangsa banjir dengan agihan sumbangan disekitar kampung Padang Lengkuas, Tok Dor dan Bukit Jeruk,

“Penduduk di kawasan berisiko dinasihati terus berwaspada berhadapan dengan kemungkinan yang tak dijangka melihat kepada hujan yang masih berterusan lebat,” jelasnya.

Sumber BO - 29-11-2017













































































































































Banjir; Pihak Berwajib Gagal Tangani Isu Kecil

Oleh : Azizah Mahmood

Terengganu adalah negeri pantai timur yang mana bila hujung tahun maka akan berlaku taburan hujan dan angin monsun yang boleh menyebabkan banjir besar.

Suasana hujan yang lebat selalunya menyebabkan limpahan air sungai bagi tempat tempat yang berada berhampiran sungai dan mengakibatkan banjir. Manakala bagi mereka yang jauh dari sungai sistem perparitan dan saliran seperti longkang dan tali air perlu di selenggara ďengan baik sepanjang tahun .

Keadaan ini tidak berlaku di beberapa tempat di Kuala Terengganu kerana beberapa tinjauan mendapati saliran yang tidak berupa saliran tetapi seakan padang rumput.

Keadaan ini menyebabkan aliran air hujan tersumbat dan tidak menuju ke longkang besar maka berlaku limpahan.

Kegagalan mengurus selia sistem perparitan ini menjadikan banyak kampung kampung di genangi air dan jalan jalan juga di naiki air dan merbahaya kepada kenderaan kecil seperti motosikal dan kereta.
Seorang penduduk kampung yang mengalami masalah ini Safie Abas berkata” selalu sangat bila hujan je sehari dua tak berhenti air penuh atas jalan sebab air parit tidak boleh keluar kerana parit tersumbat dan limpah atas jalan.”

Seorang pemuda yang di temui yang mahu di panggil Halim berkata ” dulu hujan hujan boleh juga tahan pukat sebab parit bersih doh masuk musim hujan, tahun ni macam padang bola tukar kalu tengok parit dengan padang ” keluh beliau yang memegang ” sauk” untuk sauk udang.

Kegagalan pihak berwajib menangani isu-isu kecil sebegini menjadikan ianya satu musibah terutama bila tiba musim hujan

Sumber BO - 29-11-2017


































































































































Dun Jabi antara kawasan dinaiki air

HUJAN lebat yang turun mencurah-curah mengakibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu mula dinaiki air termasuk Dun Jabi. Demikian dinyatakan Dr Azman Ibrahim dalam facebook beliau. 
Turut dipaparkan beberapa keping gambar kawasan yang dinaiki air dan beliau bersama unit jabatan amal membantu mangsa banjir. 
“PAS Jabi mengambil langkah segera menyantuni mangsa banjir dengan agihan sumbangan disekitar kampung Padang Lengkuas, Tok Dor dan Bukit Jeruk,” tulis beliau.
Beliau turut menasihati penduduk di kawasan berisiko agar terus berwaspada berhadapan dengan kemungkinan yang tidak dijangka melihat kepada hujan yang masih berterusan lebat. – HARAKAHDAILY 28/11/2017
























































































































































































































































































Sumber HD - 2811-2017




































































































































PAS tawar air percuma kepada rakyat miskin

DUNGUN: Tawaran air percuma yang menjadi Akujanji PAS sebagaimana terkandung dalam 15 perkara tawaran awal Manifesto PAS Terengganu sempena PRU14 boleh meringankan beban rakyat miskin serta golongan memerlukannya.
Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, Terengganu mempunyai sumber air yang banyak terutama Tasik Kenyir di mana boleh dimanfaatkan bagi membantu golongan tersebut.
"Memang PAS ini berjuang untuk rakyat. Air merupakan perkara asas kepada manusia. Jadi, kita (PAS) bercadang dan berhasrat apabila menang pilihan raya nanti, kita akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu khas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. 
"Ini akan meringankan beban sebilangan rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Ini bukan sekadar omong-omong (cakap) kosong tetapi akan dilaksanakan mengikut janji manifesto PAS. 
"Terengganu mempunyai sumber air yang banyak di Tasik kenyir. Jadi, kenapa tidak kita menggunakan anugerah Allah ini untuk kita salurkan kepada orang-orang yang miskin dan memerlukannya?" ujarnya ketika ditemui Harakah selepas Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup UPU Padang Pulut, Kampung Burung Baru, Dungun semalam. - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017






































































































































Pelajar Aliran Agama Dianaktirikan

Oleh : ‘Afini Yahaya

MARANG – Sejarah mencatatkan penindasan demi penindasan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negeri Terengganu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya kepada pelajar aliran agama.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Husain Awang berkata, pernah suatu ketika sistem sekolah agama negeri Terengganu yang melayakkan pelajarnya menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dihentikan.

Katanya, pada tahun 1968 oleh pejabat agama dengan arahan daripada kerajaan yang memerintah Umno-Perikatan pada waktu itu membuat tohmahan, kononnya pelajar sistem pendidikan agama dan Islam, tidak mempunyai nilai ekonomi.

Bahkan katanya, mereka ‘memgadu domba’ dan berkata, mereka payah dapat kerja, nilai gajinya hanya disamakan dengan lepasan SRP atau SPM sekalipun lulusan daripada Al-Azhar.

“Kerana dipengaruhi oleh kefahaman dan semangat sekular yang menilai pendidikan atau ilmu bukan lagi dari dosa pahala atau keberkatan dari Allah,

“tetapi dinilai hanyalah dengan kerja, jawatan, pangkat dan gaji semata-mata. Umno mengubah sukatan dan sistem pelajaran di sekolah agama negeri Terengganu,

“Sehingga hampir lima hingga enam tahun, Terengganu tidak dapat menghantar pelajarnya ke Universiti Al Azhar.,

“Itulah pengkhianatan dan pencabulan yang dilakukan oleh Umno Perikatan pada waktu itu dan selepas itu barulah dipulihkan semula dan dibahagikan kepada tiga aliran”, ujarnya.

Beliau yang ditemui ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Satu Dekad Madrasah Darul Iman (MDI) pada Jumaat 24 November.

Mantan ‘Speaker’ Dewan Undangan Negeri Terengganu itu berkata, sejarah hitam pendidikan kembali berulang apabila jatuhnya kerajaan PAS pada 2004.

Menurutnya, Umno-BN yang dipimpin oleh Idris Jusoh menukar KUSZA yang menjadi hak milik kerajaan Terengganu dan diserahkan kepada kerajaan pusat.

“KUSZA ini dulunya menjadi institusi pendidikan Islam yang dimiliki oleh kerajaan dan rakyat negeri, dengan kuota 75% hingga 80% pelajarnya diambil daripada anak negeri Terengganu,

“manakala hanya 20% hingga 25% sahaja diambil daripada luar negeri Terengganu, tetapi sekarang digadaikan kepada kerajaan pusat dan dijadikan sebagai university,

“Sedangkan kerajaan negeri mempunyai kewangan yang cukup hampir RM2 bilion pada ketika itu untuk menanggung beban pengurusan, pembangunan dan pendidikan di negeri Terengganu”, kata beliau.

Oleh itu, PAS memberi tawaran sebagai janji kepada rakyat Terengganu dalam PRU14, untuk mewujudkan semula institut pengajian tinggi Islam milik kerajaan negeri.

Majlis berlangsung di Pekarangan Madrasah Darul Iman dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman.

Ustaz Husain Awang yang juga Ahli Majlis Syura Ulama juga menambah, di antara 10 buah sekolah yang dikawal selia oleh Dewan Ulama’ dan dipayungi oleh PAS Terengganu.

Katanya, MDI yang diasaskan oleh PAS Kawasan Marang adalah merupakan sekolah yang paling cemerlang dari sudut fizikal, pengurusan dan pencapaian akademik setakat ini.

“Kami bagi pihak kepimpinan PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah MDI, PAS Marang, ibu bapa dan seluruh masyarakat setempat dan masyarakat Terengganu umumnya,

“yang telah sama-sama memikul tanggungjawab mengukuhkan kedudukan sekolah ini sehingga sampai ke tahap yang kita banggakan,” tambah beliau.

Sumber BO - 2-11-2017







































































































































AG’s Report: Terengganu Sports Council Should Call For Open Tenders

KUALA TERENGGANU – The Auditor General’s Report took to task the Terengganu Sports Council for not following proper procedures in its purchases and claims.

The report, released in Parliament in Kuala Lumpur earlier today, said the council did not call for open tenders involving 145 purchases of equipment and accessories worth RM5.68 million between 2014 and last year.

Instead, the council made direct negotiations and acquisitions from quotations.

The report also discovered that the council made the purchases via the various sports associations, and sought claims for coaches, team managers or sports managers.

It also found that sports associations had made 59 purchases worth RM1.70 million and 25 claims worth RM258,894, during the period.

“These did not comply with the procedures laid out for purchases and claims, which had improper records and supporting documents. Some of the equipment and accessories were also delivered late by the suppliers,” it stated.

The report recommended that future purchases follow acquisition procedures, that the equipment and tools are delivered on time, and used accordingly.

There should also be transparency in the purchases made with proper records kept, as per the integrity pact.

The report said the handling of the procurements was not satisfactory as a price negotiation committee was not established to enable proper negotiation with the suppliers for reasonable and optimal pricing of equipment and tools.

On the performance by state-owned Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd, the report found that the company made profits before tax of RM7.32 million and RM13.58 million in 2015 and last year, respectively.

This accounted for a reduced loss from RM61.70 million in 2014 to RM42.01 million for last year.
“However, there were several incompetent management and administration practices. This led to three out of the 12 treatment plants not conforming to approved designs; management of non-revenue water did not meet its target; water revenue arrears increased from RM19.57 million in 2014 to RM20.24 million for last year; and the composition of the board of directors were improper.” – NST

Sumber BO - 28-11-2017

Tiga perkara besar jadi agenda PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan melancarkan satu program khas sebagai persiapan parti itu menghadapi PRU14 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang pada 16 Disember depan.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah memaklumkan, program itu dinamakan Countdown 100 Hari PRU14 PAS Terengganu.
Katanya, Countdown 100 hari PRU14 itu diadakan lanjutan dari ledakan kebangkitan rakyat dan jentera PAS dalam program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus baru-baru ini. 
"PAS Terengganu melihat bahawa kebangkitan dan momentum dalam masyarakat hari ini mesti diteruskan. Jentera PAS mesti dibarakan semangat mereka untuk bekerja bagi mendekati seluruh pengundi dan melaksanakan agenda-agenda jentera pilihan raya. 
"Jangkaan kita pembubarkan Parlimen akan berlaku pada bulan Mac 2018, insya-Allah," ujarnya selepas Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Terengganu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini, 28 November lalu.
Menurutnya, sempena program itu tiga perkara besar yang menjadi agenda parti akan diperjelaskan kepada seluruh jentera PAS di semua peringkat.
Sehubungan itu, kata Ustaz Mohd Nor, seluruh jentera parti dan bilik gerakan akan disempurnakan sebelum PRU14 dalam masa 100 hari itu.
Bagi hendak menggambarkan bahawa semboyan pilihan raya telah berbunyi, seluruh bilik gerakan dan tugas-tugas mesti disempurnakan bagi menghadapi pilihan raya itu. 
"Insya-Allah, kita jangka dapat mengumpul jentera pilihan raya kita meski pun dalam suasana musim tengkujuh ini, sekitar 5,000 orang. 
"Selepas bulan Disember ini, kita akan turun mendekati para pengundi dan menyuburkan segala gerak kerja di markaz-markaz kita (PAS). Kita akan susun program berterusan hingga pembubaran parlimen," tegasnya. - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD - 28-11-2017 












































































































































Menjengah Duka ‘Sang Nelayan’ Di Musim Tengkujuh

Oleh : SMN

Musim tengkujuh gelombang kedua, mula melanda negeri Terengganu sejak Khamis lalu, membawa kisah duka ‘sang nelayan’ yang tidak dapat meneruskan usaha untuk ‘mencari makan’.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda bandar raya ini pada Ahad, telah menyebabkan pokok-pokok besar di Jalan Kemajuan tumbang dan meranapkan sebahagian besar khemah perniagaan Karnival Batu Burok.

Pada ketika itu, Abdul Ghani Mamat, 68, ditemui berada di pangkalan ‘sek-sek ke lautnya’, duduk di atas timbunan pukat lama.

Sambil merenung kocakan air muara dan mendengar siulan kencang badai yang melanda, beliau berkata, kena tengok kepada keadaan angin, barulah boleh turun mencari rezeki semula.

“biasanya angin (tengkujuh) macam ni…..seminggu baru ‘linang’ semula, baru boleh turun ‘ke laut’ balik…..biasa gitu,

“sementara tu, makan apa ‘hak’ adalah,” ujar beliau yang sudah lebih 30 tahun mencari rezeki dengan menangkap ikan.

Menurutnya, lebih kurang 100 orang nelayan bot ‘fiber’ dan dua buah bot laut dalam yang melabuhkan perahu mereka di pangkalan hujung tanjung, Seberang Takir itu.

Kebanyakan mereka yang menjadikan kawasan itu sebagai ‘port’ tempat lepak, membaiki pukat dan lain-lain penyelenggaraan alatan menangkap ikan, agak bebas dan tidak bergantung kepada ‘bantuan kerajaan’.

ada sebahagiannya dapat, yang lain tak dapat (bantuan)……kena daftar dengan (Jabatan) Perikanan, kalau ‘lesen’ mati tak boleh bantuan, nak hidup semula tak mudah juga,

“tak apalah…..kita bergantung rezeki dari Allah, bukan dari Umno,” tegasnya.

Katanya, rata-rata bot yang digunakan oleh nelayan di situ, adalah dibeli sendiri atau disewa dari nelayan lain yang sudah tidak ‘turun ke laut’.

Tidak ada bantuan yang diterima untuk membaiki bot, sebagaimana yang diterima oleh pemilik ‘bot penambang’ yang ‘disogok’ bantuan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“sebab itu orang gelar, Razif ni MB Seberang Takir…….beri RM30,000 seorang kepada bot penambang……..siapa mereka?

“semua orang sini, orang Seberang Takir je yang dapat, nelayan tak dapat…..tak ada bantuan bot,” kata beliau.

Beliau turut bersungut, katanya, kalau mereka pergi ke laut melalui bawah jambatan ‘Drawbridge’ yang sedang dibina itu, kena berhati-hati.

Laluan itu, bukan lagi muara sungai, tapi katanya, ia hanya sebuah ‘longkang’ besar berikuran 40 meter lebar.

“laluan tu dah sempit……..kalau berselisih dua bot bahaya, air situ sangat deras, waktu (cuaca) macam ni memang tak berani nak lalu situ,

“waktu tenang pun kena jaga-jaga sebab tu bukan kuala lagi tu…..dia dah jadi longkang besar, ada kayu-kayu pulak situ, silap-silap bot boleh tenggelam,” kata beliau.

Beliau turut melahirkan rasa hairan, bagaimana kerajaa Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu boleh meluluskan pembinaan jambatan yang dianggap ‘pelik’ itu.

Sambil menyifatkan ia adalah suatu pembaziran wang rakyat, jambatan angkut itu belaiu akui menyusahkan ribuan golongan nelayan yang menjadikan muara sungai Terengganu itu sebagai pintu keluar masuk.

Sejurus sebelum ribut melanda, dari kejauhan kelihatan kelibat perahu-perahu layar kecil berpusing-pusing dalam ‘basin’ Pulau Duyong, berhampiran ‘Duyong Marina and Resort’.

Kawasan tersebut, pernah tumpuan peminat sukan air itu, kerana penganjuran Piala Monsun beberapa tahun lalu.

Piala Monsun adalah merupakan pusingan akhir ‘World Match Racing Tour (WMRT)’ telah diadakan di Pulau Duyong, Terengganu sejak 2005 sebelum beralih kepada Danga Bay di Johor tahun 2015.

Semasa pelancarannya, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,ia memacu aktiviti ekonomi bagi perniagaan setempat di Terengganu semasa musim tengkujuh.

Ia juga didakwa memberi peluang pekerjaan kepada para nelayan yang tidak dapat turun ke laut menangkap ikan semasa tengkujuh.
Namun kesemua dakwaan itu, disangkal oleh Abdul Ghani Mamat, yang menegaskan, beliau berada di situ, di pangakalan itu, sejak bermula Pala Monsun dan sehinggalah kini, kejohanan tersebut tidak lagi berlangsung.

“mana ada nelayan dapat faedah dari Piala Monsun……saya jadi nelayan masa tu, sekarang saya masih jadi nelayan dan tak ada nelayan yang kaya sebab ‘Monsoon Cup’,

“yang untung orang lain….orang asing, orang luar yang datang, orang Terengganu tak dapat apa,” jelas beliau.

Ia di sokong oleh dapatan satu kajian yang dibuat oleh Nurul Azhani Mohd Azmin; Kajian Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Pelancongan Sukan: Monsoon Cup, Pulau Duyung.

Kajian itu menyatakan, jumlah penduduk tempatan yang bekerja di Kelab Teluk Warisan (sekarang ‘Duyong Marina and Resort’) tidak mencecah 10 orang.

“Penduduk Pulau Duyung yang bekerja di Kelab Teluk Warisan adalah tidak lebih dari 10 orang. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai tukang sapu dan tukang kebun,” kata responden 10, yang merupakan Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Kelematan Kampung Pulau Duyong

Dapatan itu menambah lagi, peluang pekerjaan, terdapat seramai 20 orang pekerja sementara yang diambil dari kalangan penduduk tempatan.

Pekerja sementara ini diambil hanya ketika berlangsungnya acara Monsoon Cup dan pihak pengurusan Kelab Teluk Warisan kurang mengambil pekerja tempatan sebagai pekerja kerana mereka memerlukan pekerja yang berpengalaman.

Analisis ini adalah berdasarkan kenyataan daripada responden 15 kajian yang merupakan seoranh Pdnolong Pengurus Jualan, Heritage Bay Club,

“Kami bukan tidak mahu mengambil pekerja dari kalangan penduduk tempatan tetapi kami memerlukan pekerja yang boleh independent dan boleh bekerja lebih masa. Kita tidak mempunyai lebih masa untuk melatih mereka. Selalunya kami ramai ambil pekerja sementara daripada UITM, Dungun” menurut kajian itu.

Sumber BO - 28-11-2017












































































































































Khidmat Malaysia Terengganu Dalam Keadaan Siap Siaga

Khidmat Malaysia Terengganu dalam keadaan siap siaga untuk berhadapan dengan kemungkinan musibah banjir merujuk kepada keadaan cuaca semasa di seluruh negeri Terengganu.

Beberapa langkah segera telah diambil:

1. Jawatan Kuasa Khidmat Malaysia Kawasan telah disusun sebagaimana yang digariskan dalam SOP Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia.
2. Bilik Gerakan Banjir Kawasan juga telah diletakkan dalam mood standby untuk diaktifkan pada bila-bila masa.
3. Penyenaraian kampung-kampung berisiko dilanda banjir.
4. Senarai pusat pemindahan samada yang berdaftar atau yang tak berdaftar
5. Senarai aset untuk digunakan dalam operasi menyelamat dan menyantuni mangsa banjir.
6. Peralatan komunikasi radio amatur
7. Tempat untuk dapat bekalan segera bahan-bahan makanan dan keperluan harian.













































































































































Jambatan Teladas petang dan malam ini
Sebarang makluman dan info boleh hubungi Pengarah Operasi Banjir Khidmat Malaysia Kawasan-kawasan:
Kemaman – Ust Ramlan 0199389884
Dungun – YB Cikgu Wan Hapandi 0139803995
Marang – Ust Sidek 0199201704
Hulu Terengganu – Mat Safari 01140353555
Kuala Terengganu – Ust Salleh 0189106228
Kuala Nerus – Tuan Syed Ibrahim 0139809877
Setiu – Yunus Sulaiman 0199115167
Besut – Abdul Rahim 0179753238

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat
28 November 2017

Sumber HD- 28-11-2017














































































































































Isu ECRL akan panaskan Sidang Dun Terengganu

PROJEK Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dijangka akan menjadi topik hangat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Bajet Terengganu 2018 yang akan berlangsung pada Isnin 11 Disember sehingga Khamis 14 Disember akan datang.
Antara yang bakal dituntut rakyat adalah, janji Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menggantikan tanah-tanah yang terlibat dalam pembangunan Projek ECRL.
Pada 4 Ogos 2017, sempena Majlis Pelancaran Skim Khas RTB Tapak Rumah 2017 di Wisma Darul Iman, Razif berkata, mesyuarat Exco sudah bersetuju dengan perkara itu.
Ia membayangkan, Razif akan terus menjadi ‘MB Najib’ bukan ‘MB rakyat’ kerana umumnya mengetahui bahawa ia adalah projek ‘mega’ Perdana Menteri.
Kos Pembinaan Terlalu Mahal
Projek menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan dianggarkan sejauh 600 kilometer.
Kos pembinaan ECRL adalah dijangka RM55 bilion, jika dibahagikan kepada 600km, kos setiap kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.
Secara perbandingan, ia melebihi kos pembinaan jalan keretapi paling mahal sebelum ini iaitu ‘YiChang-Wanzhou Railway’ berharga RM36 juta sekilometer dan 'Qinghai-Tibet Railway' yang hanya berharga RM17 juta per kilometer.
Maka dengan itu, ECRL adalah 250 peratus dan 540 peratus lebih mahal daripada projek yang 'paling mahal' di China yang dibina di Malaysia, hampir keseluruhannya dengan teknologi negara ‘komunis’ itu.
Rakyat Tanggung Kos
Pembayar cukai Malaysia iaitu rakyat Malaysia, sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh Putrajaya untuk membayar sebuah syarikat China bagi pembinaan ECRL.
Pakar ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dalam ulasannya berkata, pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL.
Dalam makna lain, ‘rakyat digadai’ untuk memenuhi hasrat seorang Perdana Menteri ‘dihujung tanduk’ yang sedang dihukum kerana ketidakteluasan dalam pentadbirannya.
“ECRL akan dibiaya oleh Exim Bank milik China, dengan Kerajaan Malaysia iaitu pembayar cukai sebagai penjamin. Jadi, risiko dan liabiliti akan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia,” tulisnya dalam satu komen di sebuah portal.
Tanah Rakyat Diambil Kerajaan
Hampir 4,000 lot tanah rakyat akan menjadi ‘korban’ projek ECRL yang belum pasti membawa kembalian faedah kepada orang ramai.
Di daerah Besut sebanyak 613 lot, Setiu 280, Kuala Nerus 925, Kuala Terengganu 435, Marang 1024, Dungun 275 dan Kemaman sebanyak 343 lot.
Rekod Kerajaan Umno-BN Terengganu, amat buruk dalam kira bicara mereka dengan rakyat dalam soal tanah.
Projek Jambatan dan Jalan dari Bukit Guntong ke Jeram Tokong adalah bukti bahawa Umno tidak ada belas kasihan terhadap rakyatnya sendiri.
Kes pengambilan semula tanah bagi jalan raya pantai di kampung Pasir Putih, Dungun juga memakan masa bertahun untuk diselesaikan, kerana kerajaan negeri ‘kedekut’ dengan rakyat.
Untuk memberi sedikit pampasan bagi membiayai perpindahan kerajaan sangat ‘lokek’.
Tetapi mahu membina kawasan bebas cukai di dalam hutan dalam Tasik Kenyir, membesarkan Zoo dan membangunkan Pulau Poh yang tiada ‘faedah secara langsung’ kepada rakyat, begitu muda sekali kerajaan meluluskan ratusan juta ringgit.
Kes pemindahan penduduk sekitar Seberang Baroh dan Jalan Kelantan dalam DUN Wakaf Mempelam, masih belum selesai, sedangkan pembinaan telah dibuat.
Tidak banyak yang diminta oleh orang ramai terbabit dalam pembinaan jalan ‘KT By-Pass’ tetapi pemimpin kerajaan tidak mahu mendengar.
Mereka hanya mahu bayaran saguhati yang setimpal, untuk biaya pindah dan kos bagi mencari tanah baharu, bagi memulakan kembali perniagaan mereka yang premisnya akan dirobohkan.
Hutan Musnah
Selain manusia yang menjadi mangsa kepada pembinaan ECRL, haiwan juga terancam, kerana beberapa habitat mereka dalam hutan sedia ada sepanjang jajaran, akan turut musnah.
Sembilan kawasan hutan yang terlibat adalah;
i. Pak Kancil
ii. Mercang
iii. Bukit Terendak
iv. Jambu Bongkok
v. Bukit Bauk
vi. Kuala Paka
vii. Rasau Kertih
viii. Bukit Palus
ix. Kuala Kemaman
Sumber HD- 27-11-2017 

















































































































































PAN tiada cawangan di Chukai

KEHADIRAN parti serpihan baharu yang akan memeriahkan Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi dialu-alukan, kata Adun Chukai, Hanafiah Mat. 
Katanya, pertandingan tiga penjuru atau lebih tidak akan menjejaskan PAS.
“Lagi pun di Dun Chukai Parti Amanah Negara (PAN) tidak ada cawangan yang boleh menjadi jentera kempen parti itu. 
“Jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kita alu-alukan. 
“Kita yakin sebahagian ahli Umno akan memberi undi kepada parti serpihan Umno. Undi PAS pula tidak akan terusik seperti PRU lepas biarpun ada kelibat PAN,” katanya ketika ditemui pada program Khatan Perdana PAS Dun Chukai, di Surau Haji Muda, Geliga Kecil. - HARAKAHDAILY 27/11/2017
Sumber HD - 27-11-2017 




















































































































































Berkhatan; Medan Bakti Kepada Masyarakat




















































































































































YB Haji Hanafiah menyembur air yang dibekalkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada anak-anak yang akan berkhatan
Oleh : Mohd Faizal Nahwan Abdullah

KEMAMAN – Program berkhatan beramai-ramai yang dilaksanakan adalah merupakan salah satu medan bakti, khidmat pada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, program sebegini amat bermanfaat kepada warga yang tinggal di kawasan kejiranannya.

“Program berkhatan ini sudah menjangkau usia lima tahun pelaksanaannya dan mendapat sambutan yang amat meriah sekali oleh masyarakat sekitar,

“tanpa sokongan pihak yang menyumbang, bomba, doktor dan persilat, program berkhatan ini tidak akan semeriah begini,



















































































































































Anak-amak yang bakal memasuki ‘alam dewasa’ di arak dengan lori ‘treler’
“kita juga menyediakan jamuan rakyat bagi makan tengahari dan sambutan amat meriah sekali dengan lauk pauk habis dinikmati oleh para tetamu yang hadir,” jelas beliau.

Beliau berkatata demikian ketika hadir bersama Program Berkhatan kali Kelima di Surau Haji Muda, Geliga, di sini pada pagi Sabtu 25 November.

Seramai 67 orang peserta mendaftarkan diri bagi majlis berkhatan yang turut ditemani oleh ibu bapa masing-masing.

Sumber BO - 27-11-2017




















































































































































Bajet 2018 Tiada Penumpuan Aspek Kerohanian

DUNGUN – Kecemerlangan sesuatu umat lahir daripada paksi yang paling utama pada diri manusia yang dapat memenuhi keperluan kepada hidup mereka.

Namun, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kesal, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal memberi tumpuan kepada aspek kerohanian.

“Dalam bajet 2018, sekolah agama rakyat tidak dapat peruntukan, sedangkan melahirkan manusia itu mudah tetapi susah melahirkan kemanusiaan,

“bagaimana manusia yang kita (akan) bentuk bukan sesuatu yang mudah….persoalan apabila melibatkan agama ianya sangat sulit dan susah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika beruacap pada Majlis Anugerah Kcemerlangan UPSRI Madrasah Dar Terengganu, di Dewan Darul Bayan pada Sabtu 25 November.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan memberi penekanan dalam soal rohani kerana ia adalah penting kepada kejayaan negara yang mahu dicapai.

“Ia sepatutnya diberi penekanan khusus. Inilah yang saya sebut tentang pentingnya untuk kita lihat kejayaan yang kita capai,” tegas beliau.

Oleh itu, PAS mewujudkan sekolah-sekolah agama sendiri tanpa bantuan kerajaan kerana ia merupakan matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan ini.

Katanya, ‘pakej’ kepada orang Islam itu adalah memperjuagkan Islam, bukan mengambil sebahagian Islam dan menolak yang lain.

“Kita mahu lahirkan umat yang ini…..yang lahir dengan manusia yang yakin dengan agama. Generasi yang mengiyakan Islam sebagai agama mereka,

“yakin dengan kecukupan nikmat (Allah)…… generasi yang yakin (kepada) agama Islam, jasad dan roh. Agama Islam bagi kehidupan dan kematian,” jelasnya.

Beliau berkata, tidak sayugia kepada orang Islam dan manusia yang dijadikan oleh Allah tidak redha dengan Islam yang perjuangkan PAS.

“Kita ambil Islam, secara automatiknya kita ada pakejnya. Kita ambil Islam, pakejnya perjuangan Islam. Sahabat nabi, mereka anggup disakiti dan diseksa dan dipulau kerana mereka memahami Islam itu.

“Kita sanggup (menjadi) seperti mana sahabat nabi). Kita yakin dengan keredhaan Allah. Kita meneruskan usaha yang sedikit dan menjadi besar bila mendapat keredhaan Allah,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua warga pendidik Islam dan tenaga kerja Madrasah Dar Terengganu agar meneruskan kecemerlangan yang ada untuk menjadi contoh dan sebagai pemimpin ‘ummah’ akan datang.

Sumber BO - 26-11-2017






















































































































































11 Madrasah Dar Pada 2018

























































































































































Ustaz Hazha Rajab, Mudir Darul Taqwa menerima anugerah sekolah terbaik UPSRI seluruh negeri Terengganu
DUNGUN – Sebanyak 11 buah Sekolah Rendah Islam (Madrasah Dar) yang bernaung di bawah Dewan Ulama PAS Terengganu akan memulakan sesi persekolahan 2018.

Pengarah Jawatankuasa Panitia Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman (Gambar bawah) berkata, ia bertambah dari Sembilan buah daripada jumlah Madrasah Dar yang telah beroperasi sejak tahun 1987.

“tahun ni (2017) kita ada sembilan buah (Madrasah Dar), tahun 2018 kita ada 11 buah…..asalnya dulu (bermula dengan) Madrasah Darul Taqwa Batu Enam,

“jadi berkembang…..ini perkembangan kita, selain daripada kita mengambil peperiksaan (UPSRI) bersama, kita melaksanakan program kesenian dan sukan bersama,

“pengurusan buku teks, kursus guru, kebajikan dibawah Jabatan Tarbiyah dan Lujnah Persekolahan Dewan Ulama PAS Terengganu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan itu yang diadakan di Dewan Utama Darul Bayan di sini, pada Sabtu 25 November.

Mudir Madrasah Darul Bayan itu menambah, Badan Perhubungan PAS Terengganu mensasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memiliki sekolah rendah Islamnya sendiri.

“satu DUN satu sekolah Dar dan alhamdulillah, perkembangan mutakhir ini sentiasa ada pertambahan sekolah baharu…..dua tahun lepas Darul Falah (Tepoh) dan Darul Furqan (Jerteh) dan tahun (hadapan ini),

“Darul Ulum Chendering dan Darul Rahman di Kertih dan pada tahun 2019, inshaaAllah Darul Abrar di Setiu,” ujarnya.

Seramai 40 orang pelajar yang berjaya memperolehi pencapaian cemerlang 10A (14 ), 11A (07), 12A (07) dan 12 orang 13A, diraikan pada Majlis tersebut.























































































































































Ahmad Amir Muzakkir bin Sazali yang mendapat 13A dalam UPSRI menerima Anugerah Tuan Guru Haji Harun Taib
Adik Muhammad Khairul Amin bin Mohd menerima Anugerah Tuan Guru Haji Awang Nasruddin bin Abu Bakar (Tokoh Kepimpinan Pelajar Banin) dan Adik Najwa Salwa mendapat Ustazah Aisyah bt Awang (Tokoh Kepimpinan Banat).

Manakala pelajar terbaik mendapat keseluruhan, Ahmad Amir Muzakkir bin Sazali yang mendapat 13A dalam UPSRI menerima Anugerah menerima Anugerah Tuan Guru Haji Harun Taib dan Madrasah Darul Taqwa Batu Enam mendapat anugerah sekolah paling cemerlang.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Dato’ Dr. Mahfuz Mohamad itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly dan Ahli Jawatankasa Dewan Ulama PAS Terengganu Nik Muhammad Nasri Nik Malek.
























































































































































Sumber BO - 25-11-2017


























































































































































Tengku Sulaiman Loses Bid To Reinstate Suit Claiming To Be Heir To Terengganu Throne

The Federal Court today dismissed an application by the first grandson of Tengku Ali Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman for leave to appeal against a High Court decision which struck out the suit seeking a declaration that he was the rightful heir to the Terengganu throne.

Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim, 60, had applied for the leave in an attempt to reinstate the lawsuit, which was struck out by the High Court on Dec 21 last year.

A three-member panel chaired by Chief Justice Tun Md Raus Sharif held that the law relating to succession was well established and the issue was also not justiciable.

He also said from the facts of the case, the principle of res judicata (a matter that has been adjudicated by a court and cannot be relitigated) applied in this case.

Justice Raus ordered Tengku Sulaiman to pay costs of RM15,000 to Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Isa @ Ghazali Endut, Tengku Ibrahim Tengku Hussain, Syed Omar Abdul Kadir Al-Idrus and Shaikh Harun Shaikh Ismail, who are the members of the Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, and another RM15,000 in costs to the Terengganu state government.

The other judges on the panel were Federal Court judges Tan Sri Hasan Lah and Tan Sri Ramly Ali.

Tengku Sulaiman had appealed against the High Court’s decision at the Court of Appeal, which on July 31 this year dismissed the appeal and upheld the decision made by the High Court on Dec 12 last year.

In his statement of claim, Tengku Sulaiman said on Sept 26, 1942, Tengku Ali was installed as the Sultan of Terengganu following the death of his father, Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III.

He said Tengku Ali was subsequently removed from the throne on Nov 5, 1945 by the Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu (now known as Dewan Pangkuan Diraja Terengganu) and Tengku Ali’s uncle, Tengku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, was appointed as Sultan of Terengganu.

According to the statement of claim, Tengku Ali’s eldest son, Tengku Abdul Halim Tengku Ali, who was then 11-years-old, was supposed to replace his father as Sultan of Terengganu.

Tengku Sulaiman claimed that being the eldest grandson of Tengku Ali, he had the right to the Terengganu throne.

In today’s proceedings, Tengku Sulaiman’s lawyer, T Mura Raju, sought leave to appeal on 14 questions of law for determination by the Federal Court.

Lawyer Tan Sri Cecil Abraham, representing the respondents, however submitted that the law on the issue of succession was settled as the issue had already been decided by the court in a previous suit brought by Tengku Ali. — Bernama

Sumber BO - 25-11-2017



























































































































































Musuh bacul, gerun pasukan Penerangan PAS Terengganu

SAYA ingin menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu berkenaan satu laporan berita palsu yang sengaja disiarkan musuh perjuangan Islam PAS melalui satu portal yang seakan-akan menyamai portal rasmi PAS Terengganu. 
Laporan palsu yang mengaitkan PAS dengan istana Terengganu itu, cuba memperbodohkan pembaca dengan berita yang tidak ketahuan punca ditambah lagi dengan penggunaan ‘template’ yang sama dengan ‘template’ portal rasmi PAS Terengganu bagi tujuan mengelirukan pembaca. Carian menunjukkan server portal jadian ini berpangkalan di California, US. 
Dengan tarikh PRU yang semakin mendekat, ada golongan yang ketakutan dengan kekuatan pasukan Penerangan PAS Terengganu, menunjukkan keberkesanan tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan Penerangan PAS Terengganu yang bekerja siang malam tanpa diupah itu. 
Ada jiwa yang terkesan, ada hati yang berdebar, ada makhluk yang kebimbangan dan ada kumpulan yang membenci kemaraan PAS Terengganu menuju ke Wisma Darul Iman bagi mengemudi kerajaan Terengganu dengan ikatan al-Quran dan sunnah. 
Tidak ada orang yang akan meniru gaya P.Ramlee sekiranya beliau tidak terkenal. Tiada orang yang berangan untuk menjadi seperti Ronaldo jika dia seorang kaki bangku. Lionel Messi tidak akan dicemburui lawan jika dia hanya pembancuh minuman. 
Oleh itu, BuletinOnline terbitan Lajnah Penerangan PAS Terengganu adalah pasukan terbaik yang dicemburui, ingin dikalahkan dengan apa cara mahupun cara jahat oleh semua musuh mereka. Saya mengucapkan syabas kepada BO atas kecemerlangan ini. 
Namun begitu, kita mengecam dan mengutuk taktik bacul dari pihak lawan ini. Pengacau tidak akan dibiarkan tenang beradu setelah menabur onar. Penipu tidak seharusnya berada di dalam lapangan ini. 
Maka dengan itu, insya Allah PAS Terengganu mengkaji dengan serius untuk mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat, bagi mereka dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Kepada semua pembaca BO, diharap sentiasa memeriksa berita dan alamat web BO yang betul iaitu http://buletinonline.net/v7/index.php
Wallahua’lam 
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
5 Rabiulawwal 1439/24 November 2017 – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD - 24-11-2017 




























































































































































Politik Murahan ‘Merekayasa’ Laman BO Palsu

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu terkejut dengan berita palsu yang tersebar melalui web palsu yang sama seperti buletinonline.net, di alam maya seolah ia adalah berita yang ditulis oleh wartawan buletinonline.net Laman Berita Rasmi PAS Terengganu.

2. PAS negeri Terengganu mengutuk cara politik murahan ini yang merekayasa (merekacipta) satu laman sesawang https://buletinonlines.com/

3. PAS Terengganu dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita dari laman rekaan tersebut terutamanya berita yang berbunyi ‘PAS Dapat Sokongan Sultan Terengganu Untuk Kembali Memerintah’ dan seluruh kandungannya yang menciplak seluruh isi kandungan www.buletinonline.net

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Terengganu
09.24 malam, 23 November, 2017

Sumber BO - 23-11-2017







































































Penduduk Bimbang Keselamatan Anak-anak

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – Penduduk di Kampung Kubang Buyong, Chabang Tiga, Kuala Terengganu bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka kerana pagar penghadang parit yang rosak tidak diperbaiki.

Parit besar yang asalnya adalah anak Sungai Nilam dibawah seliaan Jabatan Peparitan dan Saliran (JPS) di sepanjang jalan Kubang Buyong mengundang ‘petaka’.

Penduduk mengadu, mereka risau, terutamanya apabila masuk musim tengkujuh kerana air hujan akan memenuhi ‘longkang’ besar itu.

Seorang seorang daripada mereka, Haji Mansor Ismail, 70, mendakwa pagar kerosakan pagar pengadang parit itu berlaku sejak dua tahun lalu.

Katanya, kerosakan itu mungkin akibat berkarat dan tercabut serta perlu diberi perhatian pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab.

“Kami (penduduk) tidak mahu melihat setelah berlaku kemalangan jiwa baharu pihak berkuasa tergesa-gesa memperbaikinya.

“Kami mahu pihak yang bertanggungjawab sama ada JPS atau Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) data mengambil tindakan proaktif dengan aduan ini,” ujarnya ketika ditemui di lokasi tersebut.

Menurutnya, isu mengenai pagar pengadang itu telah beberapa kali dilaporkan oleh media arus perdana tetapi masih tiada tindakan.

Rakannya, Syed Mustaffa Tuan Pengeran, 60, merayu pihak berkuasa tempatan segera mengambil langkah memperbaiki dengan segera.

Ini kerana, katanya pernah berlaku kemalangan kecil ada pengguna yang terjatuh tetapi bernasib baik kerana air cetek.

“Ketika musim hujan (tengkujuh) setiap tiap tahun air akan memenuhi parit besar ini kerana asalnya anak Sungai Nilam sebelum dijadikan sebuah parit yang besar.

“Bayangkan jika air memenuhi parit itu dan tidak ada pagar pengadang, sudah tentu membahayakan keselamatan kanak-kanak dan pelajar sekolah,” jelasnya di lokasi tersebut.

Beliau mengandaikan jika berlakunya kemalangan jiwa atau pilihan raya dalam masa terdekat ini sudah pasti masalah itu akan disegerakan pihak kerajaan negeri.

Kawasan itu terletak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar yang diwakili oleh Parti KeaDILan Rakyat (PKR), Azan Ismail setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Toh Chin Yaw pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, lalu.









































































Sumber BO - 23-11-2017







































































Umno Jadikan Rakyat ‘Lapar’

Oleh : KAM

KUALA NERUS – Umno Terengganu berjaya mewujudkan rakyatnya dan pengundi pilihan raya yang ‘lapar’ bagi mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata mentaliti rakyat Terengganu berbeza dengan pengundi di Kelantan.

Kata beliau, di negeri ini masih ramai di kalangan rakyat dan pengundinya yang diistilahkan ‘lapar’ meski pun mereka banyak duit.

“Rakyat Terengganu ini berbeza mentalitinya dengan rakyat Kelantan. Rakyat Terengganu masih ‘lapar’ ramai lagi.

“Inilah berjayanya kerajaan Umno-BN Terengganu mewujudkan rakyat Terengganu yang ‘lapar’, walaupun duit banyak tetapi lapar.

“Jadi kita (PAS) kena ada kekuatan kewangan untuk tarik seberapa ramai pengundi muda supaya bersama dengan PAS,” ujarnya ketika menjawab persoalan Program Chit Chat Anak MUda Dun Bukit Tunggal, di Kedai Awi Nasi Dagang, Pekan Batu Enam, pada Rabu 22 November.

Oleh itu, beliau menggariskan empat perkara asas kepada anak muda bagi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

“Pertama, anak muda kita (PAS) kena ada kekuatan dan keyakinan serta kebergantungan kepada Allah SWT. Kedua, anak muda kita kena ada keberanian dan setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) kita mahu ada 313 orang Pemuda Istiqamah.

“Ketiga, anak muda mesti ada ilmu. Sekarang ini ‘peperangan’ (pilihan raya) sudah berbeza. Alam maya banyak memainkan peranan dan anak-anak muda boleh nilai mana yang boleh dipercayai dan mana yang fitnah.

“Kita (PAS) kena beri hujah dan fakta yang tepat supaya anak-anak muda di alam maya boleh ikut kita, Insya’Allah.

“Keempat, kena ada sumber kewangan dan pilihan raya sinonim dengan kewangan. Sebab itu, dua Dun yang kita (PAS) tidak menang dan memungkinkan kita menang masa PRU13 lalu kerana faktor utama adalah kewangan,” jelasnya kepada hampir 100 hadirin.

Sumber BO - 23-11-2017







































































Masalah Penagihan Dadah; Kerajaan Negeri Berlepas Tangan!

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh UMNO seolah-olah berlepas tangan dan tiada usaha yang khusus untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, masalah penagihan ‘najis’ itu ketika ini sangat membimbangkan.

“Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan hampir 10,000 orang terlibat dalam penagihan dadah di negeri ini…..statistik menunjukkan 2,664 penagih didaftarkan untuk pengawasan AADK di negeri ini,

“namun berdasarkan penilaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya terdapat seorang penagih berdaftar, ada empat penagih di belakang mereka yang tidak berdaftar,” jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata demikian dalam Wawancara Khas Ulasan Manifesto Ke-10 PAS Terengganu, di Studio Harap TV pada Rabu 22 November.

Katanya, PAS berjanji akan Menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik, sekiranya diberi mandate dan memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang.

“PAS mahu mewujudkan sebuah masyarakat dan negeri yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam Islam. Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah, dadah dan segala jenisnya adalah haram pada sudut syara’ dan undang-undang,

“Oleh itu, PAS akan menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada permasaalahan ini. Penyelesaiannya bukan sahaja dengan undang-undang dan penguatkuasaan tetapi pendidikan dan ketakwaan,” jelas beliau.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan kejayaan Islam mendidik dan mengubah insan di zaman jahiliyah yang ketagih arak, sehingga sanggup meninggalkannya.

Beliau yakin, Islam datang dengan penyelesaian terhadap permasaalahan arak ketika itu, boleh dipratikkan bagi mentatasi penagihan dadah masakini.

Ustaz Mohd Nor menzahirkan kebimbangan, kerana katanya, bilangan penagih yang ditangkap golongan belia antara yang tertinggi terlibat dalam jenayah tersebut dalam tempoh tiga tahun.
“107 orang pada ditahan pada 2014, 166 (2015) dan 378 2016) berbanding remaja dan dewasa dan) AADK telah mengenal pasti sebanyak 2,000 sekolah di seluruh Negara berada di kawasan berisiko kegiatan penagihan dadah.
“Jumlah murid yang dikenalpasti terlibat mencuba dadah bagi tempoh sehingga julai 2017 ialah 0.03 peratus daripada 4.7 juta orang pelajar,” jelas beliau lagi.

Justeru itu, beliau memohon agar rakyat memberi ruang kepada PAS bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama itu.

“beri ruang kepada kami untuk menyelesaikan dengan kaedah Islam, usaha mesti dibuat secara bersungguh tetapi tawaran ini tidak mampu dilaksanakan melainkan seluruh pengundi ememberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah selepas PRU akan datang,” kata beliau.

Sumber BO - 22-11-2017













































































































































Allah Bersumpah Al-Quran Itu Benar

Oleh : Norzalina Ab Rahman

KUALA TERENGGANU – Allah telah bersumpah dengan al-Quran bagi menyatakan bahawa kitab suci itu adalah wahyu dari Allah dan bukan rekaan Nabi Muhahammad.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi bin Wan Abdullah berkata bahkan al-Quran berperanan untuk menyatakan risalah kerasulan Muhammad.

“Di dalam surah ini diterangkan kepada kita tentang pendirian yang teguh dan kuat seorang lelaki yang bernama Habib an-Najjar yang telah menasihatkan kaumnya supaya beriman kepada Allah SWT dan mengikut rasul-rasulNya,

“Apa yang berlaku, kaumnya yang kafir itu telah membunuh beliau dengan memijaknya beramai-ramai, sehingga beliau syahid demi menegakkan agama dan ajaran Allah SWT,” jelasnya.

Wan Sukairi berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah pada Program ‘Madrasah Naqibat’ di Markaz Tarbiyah Kuala Terengganu pada Selasa 21 November.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kisah tersebut menjadi pengajaran penting buat hadirin sekelian, untuk menjalankan kerja-kerja dakwah Islamiah, tentang balasan nikmat yang bakal diterima hasil perjuangan yang benar.
Seramai 120 orang pesrta menyertai program tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Terengganu.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Lajnah Tarbiyah Muslimat Terenggany, To’ Puan Hajah Zaitun bt Salleh.

Madrasah Naqibat bertujuan memberi kefahaman bahawa surah Yaasin bukan sekadar menjadi bahan bacaan pada setiap malam Jumaat bahkan ia sepatutnya menjadi pedoman dan ikutan dalam kehidupan seseorang muslim.

Sumber BO - 22-11-2017







































































Masalah Negara Kerana Umno Tidak Cekap Mentadbir

Oleh : Mohd Khairuddin Ahmad

KEMAMAN – Pelbagai permasalahan yang dihadapi negara pada hari ini adalah berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran Umno.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undang Negeri (MTD) Kemasik, Amri Mamat berkata Umno Terengganu telah mengkhianti rakyat dengan menafikan hak royalti petroleum dan gas.
“Indeks rasuah yang amat kritikal berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran Umno, marilah bersama PAS,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis BBQ, anjuran anjuran Pemuda PAS Cawangan Kampung Baru Kemasik pada Ahad 19 November.

Program tersebut meriah dengan sambutan hampir 100 orang anak muda yang bersama dan diserikan dengan lagu-lagu ketuhanan oleh ‘Aeroplane Band’.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD 1 Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, kos sara hidup tinggi semakin menghimpit segenap masyarakat.
“anak muda perlu peka dan ambil peduli…….pentingnya mendaftar sebagai pengundi dan memberikan harapan kepada PAS Terengganu dalam PRU14 nanti,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru anak-anak muda memahami manifesto pilihan raya umum kali ke-14 yang ditawarkan oleh PAS Terengganu.

Menurutnya, banyak faedah yang akan diperolehi oleh golongan muda sekiranya PASdiberi mandate dan memerintah negeri Terengganu selepas PRU14 akan datang.

Sumber BO - 21-11-2017







































































Misi Kemanusiaan untuk Mu Rohingya; “Antara Senyuman dan Tangisan”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama PASRelief Terengganu yang diketuai oleh Pengerusinya Tuan Haji Yahaya Ali dan Tuan Haji Mohd Sanusi Mohd Nor, Pengarah PASRelief Malaysia di dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dari 13 sehingga 17 November 2017.

Sebuah pengalaman yang cukup berharga menyaksikan pertautan di atas satu aqidah Islam dan rasa kemanusiaan yang dapat menyatukan hati-hati manusia walaupun tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenal malahan bahasa dan budaya yang jauh berbeza di antara satu sama lain Dan benarlah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al- Anfal ayat 63 yang bermaksud; “Dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman)….” Terima kasih kepada negara Bangladesh dan semua negara-negara yang membantu saudara-saudara Rohingya!!!

Lebih kurang pukul 3.00 pagi, 13 November 2017, kami, anggota rombongan PASRelief Malaysia melangkahkan kaki masuk ke dalam pesawat Bangladesh, BIMAN Airline dan sebelum berlepas, juruterbang membacakan doa naik pesawat dan ada juruterbang yang bertakbir Allahu Akbar sebanyak tiga kali sebelum doa dibaca sebelum memulakan penerbangan samada semasa perjalanan kami pergi dan balik dari Malaysia ke Dhaka, Dhaka ke Cox’s Bazar… saya berasa amat bersyukur dan gembira yang tidak terkira….. alangkah bahagianya kalau ianya dapat dipraktikkan di dalam pesawat Malaysia kita.
Sampai kami di lapangan terbang Dhaka, sempat solat subuh berjamaah di ruangan kosong yang ada sebelum menaiki pesawat ke Cox’s Bazar. Sambil menunggu, sempat juga berkenalan dengan seorang ibu dan 2 orang puterinya yang sedang menunggu kepulangan suami. Alhamdulillah, di tengah2 kepadatan penduduk seramai 164 juta orang dan miskin… wanita Islam Bangladesh masih mempertahankan pakaian muslimah, bertudung dan ramai yang berpurdah.

Alhamdulillah… untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya kali ini PASRelief Terengganu dengan sumbangan sebanyak RM 500, 000 daripada rakyat Malaysia khasnya rakyat Terengganu termasuk muslimat telah berusaha menyediakan dan membina beberapa projek untuk kemudahan saudara2 Rohingya kita. Sebahagiannya diserahkan kepada NGO tempatan, Coperation of Humanity Activities (CHA) melalui wakilnya Selimullah Musted Ahmad untuk melaksanakan projek-projek yang dicadangkan; pakej makanan untuk 5000 keluarga, 51 buah khemah kediaman, 10 unit Sekolah beserta buku-buku teks, 44 buah telaga tiub, tempat mandi wanita sebanyak 20 unit, 3 buah masjid, pakaian, selimut dan gaji untuk 10 orang guru selama 7 bulan.

13 November, kami sampai di Cox’ Bazar terus ke tempat penginapan dan pada sebelah petangnya bermulalah misi kami… dengan menaiki dua buah van menuju ke sebuah tempat di hujung sempadan antara Bangladesh dan Arakan, Myanmar yang dipisahkan dengan sungai Naf. Tempat yang menjadi tumpuan pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh untuk menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing… dikabarkan ada yang datang dengan berenang menyelamatkan diri dan ada yang berjalan kaki berhari-hari lamanya menaiki dan menuruni bukit dan menyeberangi sungai dengan menggunakan rakit untuk sampai ke kem-kem pelarian di Cox’s Bazar.
Hari-hari berikutnya, 14 dan 15 November berpagi-pagi dari pukul 8 pagi, kami keluar menuju kem-kem di Balukhali, Chakmarkul, Thengkhali, Palongkhali, Khutupalong untuk membahagi-bahagikan pakej makanan, selimut serta pakaian sekolah dan duit untuk saudara dan saudari serta anak-anak Rohingya kita dengan pertolongan daripada pihak berkuasa Bangladesh yang menguruskan mereka di kem-kem tersebut. Sememangnya bantuan dan bekalan yang dibawa tidak mencukupi untuk semua tetapi inilah kadar yang termampu….

Kami berjumpa, bersalaman dan bertanya khabar dengan pertolongan jurubahasa yang sentiasa bersama-sama kami, Osman dan Shahid…kebanyakan yang kami temui adalah pendatang atau pelarian yang baru sampai yang sedang beratur menunggu giliran untuk ditempatkan di dalam kem-kem yang ada…

Ada yang sudah menunggu sehari, dua atau tiga hari, ada yang makan dan ramai yang belum… dengan ibubapa yang telah tua, ramai wanita atau muslimat yang mengandung tanpa kehadiran suami kerana ada yang dibunuh dan ada yang masih di Arakan dan anak-anak yang masih kecil tanpa ibu dan ayah… saya sempat juga mendukung bayi yang baru lahir. Sedih memikirkan nasib mereka tetapi rasa kagum dengan setengah-setengah wanita-wanita, muslimat Rohingya yang masih lagi dapat menjaga maruah dan aurat mereka.
Duit-duit yang kami bawa hanya boleh diberi secara sembunyi-sembunyi kerana terlalu ramai yang meminta tidak kira tua, muda atau kanak-kanak…pegang saja poket pasti kita akan diekori dan dikerumuni… tiada rasa segan dan silu lagi apabila hidup terumbang-ambing, tiada tempat dan haluan untuk dituju, dibunuh , dibakar, rumah-rumah dibakar dan dirampas, wanita-wanita diperkosa dan dihalau daripada negeri sendiri. Hampir 66% daripada penghuni kem-kem ini terdiri daripada kanak-kanak yang tidak pernah mengenal erti sekolah apatah lagi peluang untuk belajar, menulis dan membaca kerana mereka dinafikan hak dan kerakyatan mereka di tanah kelahiran mereka sendiri, Arakan oleh regim Myanmar yang zalim dan penuh kebencian terhadap bangsa Rohingya. Hanya semata-mata kerana etnik Rohingya beragama Islam.

Betapa sedih dan hibanya melihat penderitaan saudara-saudara Rohingya. Tetapi bagi sesiapa yang berhadapan dengan mereka, kami yang ada dihadapan mereka perlu tabahkan hati …. senyum dalam sedih, tawa dalam tangis… hanya Allah yang tahu.

Pada 16 November, hari terakhir kami di sini seperti biasa bertolak pukul 8.00 pagi ke kem penempatan di Balukhali sebuah kem yang terbesar dan kebanyakan saudara-saudara Rohingya kita telah lama berada di sini, kami melawat sekolah-sekolah, tubewell, masjid atau musolla, rumah kediaman yang dibina berdindingkan plastik hitam dan buluh yang telah siap dibina oleh PASRelief Malaysia semasa kunjungan misi baru-baru ini.

Dengan menaiki bukit, turun bukit, kami sampai untuk satu program Perasmian Masjid PASRelief Malaysia dan sungguh teruja bila kami disambut dengan saudara-saudara Rohingya kita yang beratur dengan bunga mangga Rohingya untuk diberikan kepada kami semua, ahli rombongan PASRelief. Program dimulakan dengan ucapan perasmian yang penuh semangat oleh Pengarah PASRelief Malaysia, Haji Sanusi dan disudahi dengan muslimin solat berjamaah.

Bagi muslimat, kami berkesempatan bersalam-salaman dengan muslimat Rohingya yang sama-sama menunggu ketibaan rombongan PASRelief dan sempat masuk ke dalam khemah perlindungan muslimat sebelah masjid PASRelief yang penuh padat dengan muslimat Rohingya tetapi hanya sebentar saja. Allahu… khemah hampir-hampir mahu runtuh bila ramai lagi muslimat diluar yang ingin masuk ke dalam dan ada yang masuk ikut bawah dinding-dinding plastik.
Bagi saya ianya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Perjalanan diteruskan di hari terakhir kami di kem Balukhali untuk melihat sekolah yang dibina hasil sumbangan PASRelief Malaysia. Boleh tahan jugak menaiki dan menuruni bukit dengan jarak yang agak jauh… Alhamdulillah bagi kami yang umur hampir senja walaupun kepenatan berjaya juga kami sampai di puncak bukit dengan diapit oleh kanak-kanak Rohingya, yang sedia ada untuk berbakti kepada ibu-ibu muslimat mereka. Sampai dan masuk ke dalam sekolah PASRelief, kanak-kanak sedang menunggu untuk belajar disamping untuk menerima sedikit sumbangan pakaian yang kami bawa. Yang sangat mengembirakan saya, mereka begitu bersemangat dan tekun untuk belajar dan boleh membaca surah-surah dalam Al-Quran dengan fasih dan lancar.
Semangat dan kesungguhan mereka menjadikan saya dan kawan-kawan yang lain bersemangat untuk menghabiskan tugas dan lawatan kami sehingga dua hari kami berada di kem ini tidak berasa lapar, hanya berbekalkan air minuman sehinggalah sampai waktu petang untuk kami berangkat pulang dari kem pelarian ke tempat penginapan kami yang mengambil masa selama satu jam lebih, biasanya sampai sudah masuk maghrib.

Selamat tinggal saudara-saudaraku Rohingya! Doa kami sentiasa untuk mu…. semoga tabah, sabar dan diberi keimanan yang tinggi dalam menempuhi segala ujian. Semoga Allah mengembalikan tanahair kamu!

Dan kepada sahabatku serta rakyat Malaysia yang disayangi! Kita patut bersyukur dan berbangga kerana kita masih lagi mempunyai tanahair dan rumah serta keluarga di negara Malaysia yang kita cintai. Jagalah ianya dan teruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai!

(Catatan Ketua DMPNT,Hajah Zarani Othman)

Sumber BO - 21-11-2017







































































Peminat Seni Perlu Hiburan Menurut Perspektif Islam

Oleh : Rusni Hassan

MARANG – Hiburan menurut perspektif Islam perlu diketengahkan dan diberi contoh yang baik kepada peminat seni.

Pengarah program Tautan Mahabah Kesenian, Puan Raihani Ibrahim berkata, tujuannya agar masyarakat tahu adanya alternatif hiburan yang tidak melampau dah dibenarkan oleh syara.

“Objektif utama program ini adalah untuk mendekati golongan penghibur, pemuzik dan pengiat seni.

“Agar faham bahawa Islam tidak melarang umatnya untuk bergiat dalam bidang seni, berkarya hatta mendengar muzik sekali pun asalkan tahu batas sempadan mengikut syariat islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai program tersebut yang diadakan di Angulia Beach Resort, Marang, 18 November, disini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Ngo We Care Marang berharap program seperti ini wajar diteruskan dengan diberi penjenamaan semula atas nama Ngo agar pendekatannya lebih meluas lagi sasarannya.


Apatah lagi katanya, PAS Pusat telah pun menubuhkan satu badan Ngo yang diberi nama LESTARI untuk melebarkan sayap dakwah dalam bentuk kesenian dan hiburan agar golongan ini tertarik dengan uslub dakwah yang PAS terapkan hari ini.

“Lajnah kesenian perlu memikul rasa tanggungjawab agar golongan yang meminati seni ini tidak rasa terpinggir.

“Dan ini dapat menyangkal tomahan dan persepsi golongan tertentu bahawa PAS satu parti yang kolot & ketinggalan zaman serta tidak menyediakan platform kepada golongan tersebut untuk berhibur,” jelas Raihani lagi.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil daripada Lajnah Dakwah Dan Kesenian Muslimat Malaysia Puan Zainab Bacok, Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Ahli Jawatankuasanya To’ Puan Zaiton Salleh serta Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian Puan Khairiah Mokti.

Sumber BO - 20-11-2017







































































Isu ECRL Akan Panaskan Sidang DUN









































































ECRL melebihi kos pembinaan jalan keretapi paling mahal sebelum ini iaitu ‘YiChang-Wanzhou railway’ berharga RM36 juta sekilometer
Oleh : SMN

Projek Projek Landasan Keretapi Pantai Timur ECRL dijangka akan menjadi tppik hangat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Bajet 2018 yang akan berlangsung pada Isnin 11hb Disember, sehingga Khamis 14hb, akan datang.

Antara yang bakal dituntut rakyat adalah, janji Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menggantikan tanah-tanah yang terlibat dalam pembangunan Projek ECRL.

Pada 4 Ogos 2017, sempena Majlis Pelancaran Skim Khas RTB Tapak Rumah 2017 di Wisma Darul Iman Razif berkata, mesyuarat Exco sudah bersetuju dengan perkara itu.

Ia membayangkan, Razif akan terus menjadi ‘MB Najib’ bukan ‘MB rakyat’ kerana umumnya mengetahui bahawa ia adalah projek ‘mega’ Perdana Menteri.

Kos Pembinaan Terlalu Mahal
Projek menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan dianggarkan sejauh 600 kilometer.

Kos pembinaan ECRL adalah dijangka RM55 bilion, jika dibahagikan kepada 600km, kos setiap kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Secara perbandingan, ia melebihi kos pembinaan jalan keretapi paling mahal sebelum ini iaitu ‘YiChang-Wanzhou railway’ berharga RM36 juta sekilometer, dan Qinghai-Tibet railway yang hanya berharga RM17 juta per kilometer.

Maka dengan itu, ECRL adalah 250% dan 540% lebih mahal daripada projek yang “paling mahal di China” yang dibina di Malaysia, hampir keseluruhannya dengan teknologi negara ‘komunis’ itu.

Rakyat Tanggung Kos
Pembayar cukai Malaysia iaitu rakyat Malaysia, sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh Putrajaya untuk membayar sebuah syarikat China bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pakar ekonomi terkemuka Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dalam ulasannya berkata, pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL.

Dalam manakna lain, ‘rakyat digadai’ untukmmnehui hasrat seorang Perdana Menteri ‘dihujung tanduk’ yang sedang dihukum kerana ketidakteluasan dalam pentadbirannya.

“ECRL akan dibiaya oleh Exim Bank milik China, dengan kerajaan Malaysia iaitu pembayar cukai sebagai penjamin. Jadi, risiko dan liabiliti akan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia,” tulisnya dalam satu komen di sebuah portal.

Tanah Rakyat Diambil Kerajaan
Hampir 4,000 lot tanah rakyat akan menjadi ‘korban’ projek ECRL yang belum pasti membawa kembalian faedah kepada orang ramai.

Di daerah Besut sebanyak 613 lot, Setiu 280, Kuala Nerus 925, Kuala Terengganu 435, Marang 1024, Dungun 275 dan Kemaman sebanyak 343 lot.

Rekod kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, amat buruk dalam kira bicara mereka dengan rakyat dalam soal tanah.

Projek Jambatan dan Jalan dari Bukit Guntong ke Jeram Tokong adalah bukti bahawa Umno tidak ada belas kasihan terhadap rakyatnya sendiri.

Kes pengambilan semula tanah bagi jalan raya pantai di kampung Pasir Putih, Dungun juga memakan masa bertahun untuk diselesaikan, kerana kerajaan negeri ‘kedekut’ dengan rakyat.

Untuk memberi seditit pampasan bagi membiayai perpindahan kerajaan sangat ‘lokek’.

Tetapi mahu membina kawasan bebas cukai didalam hutan dalam Tasik Kenyir, membesarkan Zoo dan membangunkan Pulau Poh yang tiada ‘faedah secara langsung’ kepada rakyat, begitu muda sekali krajaan meluluskan ratusan juta ringgit.

Kes pemindahan penduduk sekitar Seberang Baroh dan Jalan Kelantan dalam DUN Wakaf Mempelam, nashi belum selesai, sedangkan pembinaan telah dibuat.

Tidak banyak yang diminta oleh orang ramai terbabit dalam pembinaan jalan ‘KT By-Pass’ tetapi pemimpin kerajaan tidak mahu mendengar.

Mereka hanya mahu bayaran saguhati yang setimpal, untuk biaya pindah dan kos bagi mencari tanah baharu, bagi memulakan kembali perniagaan mereka yang premisnya akan dirobohkan.

Hutan Musnah
Selain manusia yang menjadi mangsa kepada pembinaan ECRL, haiwan juga terancam, kerana beberapa habitat mereka dalam hutan sediada sepanjang jajaran, akan turut musnah.
Sembilan kawasan hutan yang terlibat adalah;

i. Pak Kancil
ii. Mercang
iii. Bukit Terendak
iv. Jambu Bongkok
v. Bukit Bauk
vi. Kuala Paka
vii. Rasau Kertih
viii. Bukit Palus
ix. Kuala Kemaman

Sumber BO - 20-11-2017

SRIDAR Kertih Mulakan Pengambilan Pertama

Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Sekolah Rendah Islam Darul Rahman (SRIDAR) Kertih akan memulakan sesi persekolahan pertama pada tahun hadapan dan pengambilan pelajar tahun satu dan dua sedang dilakukan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRIDAR Kertih, Ustaz Muhammad Mahadi Nawi ketika ditemui di sini berkata, 12 pelajar telah mendaftar dan menyelesaikan bayaran yuran masing-masing.

“Kebiasaan ibu bapa akan mula mendaftar pada saat-saat akhir iaitu sebelum sesi persekolahan bermula, InsyaAllah bukan masalah besar rasanya untuk membuka dua kelas.

“Kita akan cuba mulakan dengan 20 pelajar untuk tahun pertama ini, guru pun telah kita ambil, sudah bayar gaji pun.








































































Pembinaan SRIDAR Kertih rancak berjalan dijangkan siap menjelang sesi baru persekolahan 2018
“Bayaran kita ambil setiap bulan sekitar RM230 sahaja, siap dengan makan dua kali sehari, masuk pagi dan balik dalam pukul 2:30 atau 3:00 petang.

“Kompleks sekolah bernilai hampir RM3 juta hasil sumbangan orang ramai sedang dibangunkan secara berperingkat, sebahagian bangunan bersedia untuk digunakan untuk sesi persekolahan nanti,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, sukatan pelajaran akademik adalah sama dengan sekolah kerajaan dan tambahan kurikulum ‘diniah’ meliputi pelajaran Bahasa Arab, Al Quran, Fekah, Tauhid dan lain-lain.

Katanya, pendaftaran pelajar boleh dibuat sekarang dengan menghubungi pihak sekolah di talian 09-8165117.

SRIDAR Kertih bernaung di bawah kelolaan Dewan Urusan Ulama PAS Negeri Terengganu dan menjadikan sekolah rendah Islam ke 11 dan paling bongsu di negeri ini.

Sumber BO - 20-11-20117







































































Futsal Eratkan Silaturahim

Oleh : Mohd Faizal Nahwan AbdullahFoto : Ahmad Ezani Razali.

KEMAMAN – Penganjuran aktiviti sukan Futsal menjadi wadah yang baik bagi mengeratkan silaturahim terutama kepada golongan muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, hubungan sesama Islam terutama anak muda menjadi lebih utuh melalui sukan tersebut.

“Dengan penganjuran kejohanan futsal ini, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama Islam khususnya anak muda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap pada majlis Perasmian Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Berhormat Chukai (YBC) di Sports PC Jakar 2, Chukai, Kemaman, 18 November.

Oleh itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin, para penyokong dan penyumbang hadiah untuk kejohanan itu yang telah dianjurkan oleh Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai (PPDC), Ustaz Osamarizal Omar menyeru kepada semua peserta agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan Haji Hanafiah selaku wakil rakyat bagi DUN Chukai.

“Tujuannya adalah bagi mewujudkan satu ‘engagement’ yang terbaik antara pemuda dengan wakil rakyat untuk meneruskan lagi agenda-agenda Islam,

“di samping ianya bagi memastikan Islam berada pada tahap yang tinggi,” tegasnya.

Sehubungan itu, Ketua Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda Chukai, Mohammad Ridwan Zakaria berkata, sambutan bagi kejohanan futsal yang julung kali diadakan ini amat mengalakan.

“Pendaftaran pasukan yang bertanding pada hari ini sebanyak 32 pasukan dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 80 bagi satu pasukan,

“Kejohanan ini adalah kejohanan Futsal yang pertama kali diadakan oleh Pemuda PAS (DUN) Chukai. Saya terharu dengan sambutan para hadirin termasuk para penyokong pasukan sekitar 250 orang,” jelasnya.

Selain itu, pihaknya turut menawarkan hadiah lumayan disamping Piala Kejohanan, pingat dan wang tunai sebanyak RM 1000 menjadi habuan untuk tempat pertama.








































































Gambar – Juara, Habiel 66 UDFF (B). hadiah wang tunai RM1000 Piala YBC dan pingat.
Bagi tempat kedua, pingat dan wang tunai sebanyak RM 700 dan tempat ketiga pula, wang tunai RM 400 serta pingat manakala wang tunai RM 200 dan pingat pada tempat keempat.

Penjaring terbanyak kejohanan dimenangi oleh Syafiq Hussein daripada pasukan RT FC dan pemain terbaik kejohanan dimenangi oleh Abdul Aziz Hussein daripada pasukan Habiel 66 UDFF (A).

Manakala, keputusan rasmi bagi tempat keempat telah jatuh kepada Pasukan NR FC (A) dan tempat ketiga dimenangi oleh RT FC.

Johan bagi kejohanan kali ini dimenangi oleh pasukan Habiel 66 UDFF FC (B) manakala naib johan jatuh kepada pasukan Habiel 66 UDFF FC (A).

Hadir sama pada kejohanan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Haji Mahmood dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.

Sumber BO - 19-11-2017

No comments:

Post a Comment