BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, November 17, 2017

PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK ( JILID 7)









PAS membawa politik solusi

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Timbalan Presiden PAS di Program Anda Tanya PAS Jawab di Perkarangan Pejabat Adun PAS Tanjung Lumpur, Sungai Isap, Kuantan pada 4 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

TIGA sebab pilih Gagasan Sejahtera
Sebenarnya kita sekarang ini dalam politik pilihan raya ke-14 ini ada satu anjakan besar dalam konteks politik Malaysia. Biasa politik negara kita hanya ada dua wajah. Satu wajah kerajaan parti pemerintah, yang kedua parti pembangkang. Dan oleh kerana kita sejak merdeka sampai hampir 60 tahun kita dididik dengan politik dua wajah ini menyebabkan ada orang menganggap kalau kita tidak bersama dengan Pakatan Harapan, maka kita bersama dengan kerajaan. Jadi saya nak tegaskan sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam politik Malaysia sekarang ini ialah satu senario yang dah berlaku lama di negara-negara maju.
Di mana parti politik tidak semesti hanya dua wajah. Tidak semesti bila tidak kerajaan, maka mesti pembangkang dalam satu group. Kalau kita tengok senario di Eropah, banyak negara, termasuk New Zealand, termasuklah apa yang berlaku di Turki sekali pun maknanya parti-parti politik ini tidak semesti dalam dua blok.

Pilihan raya ke-14 nanti kita akan menyaksikan Malaysia membuat satu anjakan dalam pendekatan politik yakni ada tiga blok. Satu blok parti pemerintah Umno Barisan Nasional. Yang kedua blok bersama dengan Pakatan Harapan depa ada dua tiga parti. Dan yang ketiga ialah blok Gagasan Sejahtera. Jadi saya nak tegaskan PAS bukan bersendirian dalam pilihan raya ke-14, kita dalam blok kita. Bahkan blok Gagasan Sejahtera ini blok yang bersama PAS ini jauh lagi besar berbanding dua blok yang ada.

Blok BN dan blok PH ini hanya parti politik. Tapi dalam blok Gagasan Sejahtera ini, kita melibatkan parti-parti politik, satu komponen, komponen kedua NGO hampir 300 NGO bersama-sama dengan kita. Sebab kita harus tengok ya, bagi menentu masa depan negara, tak akan hanya orang politik sahaja? Cukuplah dah 60 tahun orang politik menentukan hala tuju negara. Kita minta supaya pilihan raya ke-14 ini bukan hanya orang politik yang hanya ada hak. Termasuk juga NGO ada hak, tuan-tuan ada hak, individu juga ada hak, tokoh-tokoh korporat ada juga hak, pakar-pakar akademik juga ada hak.

Sumber HD - 7-3-2018


PAS di atas landasan utuh politik negara

AMPANG: PAS kini berada di atas landasan utuh untuk menerima mandat kuasa dan majoriti sebagaimana diakui oleh banyak penganalisis di mana mampu membentuk kerajaan atau menjadi ketua dalam kerajaan. 
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Ampang Kali Ke-34 di Auditorium MPAJ, Pandan Indah, di sini kelmarin. 
Menurutnya, kajian banyak pihak antara terbaharu juga dari Merdeka Centre, Singapore Post dan lain-lain menunjukkan sokongan kepada PAS meningkat kepada 45 peratus, sedang Umno merosot. 
Ketika sama ujarnya, Umno yang menjadi tunjang pemerintah ketika ini mengalami perpecahan teruk khususnya di beberapa negeri hingga membentuk PPBM, selain peralihan sokongan Melayu kepada PAS. 
Perkara itu jelas beliau, turut terlihat dengan petunjuk dari Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang hingga kini tidak berani mengisytihar tarikh PRU kerana belum mendapat formula terbaik untuk menang.
Hal sama juga katanya, berlaku kepada komponen PH yang adanya ketidakpuasan hati sesama mereka dan perpecahan kian membesar atas pelbagai isu dasar dan prinsip. 
Malah Ustaz Zawawi yang juga Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat menjelaskan, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera digagaskan PAS telah memberikan perkembangan sangat positif. 
Terangnya, ia bukan sahaja memberi ruang kepada PAS memberitahu dasar Islam dan cara mengatasi masalah negara, tetapi juga keyakinan para pegawai tinggi kerajaan bahawa PAS mampu selamatkan Malaysia. 
Begitu juga menurutnya, dua kali pembentangan RUU355 di Parlimen memberi kepercayaan kepada rakyat bahawa PAS benar-benar menjadi teraju dan harapan yang memastikan negara berada di landasan syariat. 
"Kesannya sangat besar, di kampung-kampung, JKKK yang Umno mula sedar pihak yang bawa Islam ialah PAS. Di Kelantan, berpusu-pusu ahli Umno masuk PAS. 
"Antaranya bekas penghulu-penghulu kampung di Pasir Putih setelah sedar Umno tidak serius bawa RUU355 mereka nyatakan sokongan kepada PAS walaupun dipecat dari jawatan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD - 6-3-2018 

Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!
Posted on Monday, March 05 @ 07:13:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38507



KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak bahawa agama Islam bukan seperti pakaian yang boleh dipakai dan dibuka bila mahu.

Menurut beliau, Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana mereka yang memeluk Islam tidak mudah untuk murtad selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Dalam Islam ada ikatan kalimah syahadah iaitu perjanjian dengan Allah S.W.T. Mereka yang murtad dianggap mungkir janji dan mengkhianati Allah S.W.T.

“Sebab itu Islam memberi penegasan yang kuat bahawa mereka yang memeluk Islam tidak akan semudah-mudahnya boleh murtad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas desakan Pakatan Harapan Sarawak supaya kerajaan membuat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela.

Desakan itu ditandatangani Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak, Fidzuan Zaidi.

Abdul Hadi dalam pada itu mengingatkan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid di United Kingdom sewaktu negara ini mahu mengecapi kemerdekaan.

Menurut beliau, parti perikatan terdiri daripada UMNO, PAS, MCA dan MIC mencapai kesepakatan meminta Suruhanjaya Reid meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya.

Kata beliau, atas faktor itu sewajarnya Islam sebagai agama Persekutuan dan dominan dalam negara ini terus diperkasakan, bukan cuba direndahkan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan.

Malah, katanya, banyak ayat yang menunjukkan Allah S.W.T sama sekali tidak mengizinkan ada agama lain mengatasi Islam.


Justeru, katanya, mana-mana umat Islam yang bersikap sebaliknya dan dipergunakan oleh musuh Islam memiliki sifat-sifat orang munafik dan beliau turut mengingatkan urusan Islam hanya boleh diuruskan oleh umat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 5-3-2018




Presiden PAS ulas PPSMI dan SOP murtad

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura, saya pernah jumpa dia. Adapun tulisan dia mengatakan bahawa Singapura gagal dalam memperkasakan rakyat dia melalui budaya Barat, Lee Kuan Yew. 
“Dan saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum beliau meninggal dunia, Lee Kuan Yew ini, bila rakan saya bercakap Bahasa Inggeris, dia bercakap Melayu. Lee Kuan Yew kata awak bercakap Inggeris ini awak kena fikir dulu kan? Bila bercakap Melayu tak payah fikir banyak. Dia tempelak dalam majlis itu. 
“Itu satu petanda yang kita kena faham bagaimana tokoh-tokoh politik yang besar meletakkan peranan bahasa dalam pendidikan. Kecuali tokoh politik yang gagal, yang gagal sahaja nak balik kepada zaman penjajahan. 
“Ibnu Khaldun mengatakan di antara bangsa yang hina ialah bangsa yang terpengaruh dengan penjajah yang menjajah mereka. Dipengaruhi bahasanya, budayanya, dan sehingga meninggalkan agamanya. 
“Adakah konsep yang nak dibawakan ini bertujuan untuk menghinakan bangsa dia sendiri dalam negara dia sendiri? Kita tidak mahu anak-anak kita jadi bahan ujian. Berapa penyata-penyata pendidikan pelajaran ini gagal? Kita ubah tetapi memakan masa beberapa generasi. 
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebetar tadi yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 4/3/2018
Sumber HD - 4-3-2018



Selamatkan Israel Atau Bahaya Iran?

Perang propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak, sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga, kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila-bila masa selepas dicetuskan peperangan secara proksi bagi merebut pengaruh, menguji senjata dan berniaga senjata masing-masing.

Penubuhan negara haram Israel oleh semua negara besar tersebut diketepikan bermula setelah bersama menjatuhkan Khilafah Uthmaniah yang memimpin negara Islam selepas Perang Dunia Pertama di awal abad yang lalu. Caranya sangat zalim, apabila merampas bumi Palestin dan menghalau penduduknya.

Negara yang ditubuhkan penjajah itu tidak mempunyai hak untuk memberi kepada kaum Yahudi yang tidak berhak memilikinya, sehingga mencetuskan ketegangan yang membara memakan masa panjang beberapa dekad, disambung beberapa generasi dan tidak mungkin dipadamkan.

Ada kalangan berpendapat bahawa penubuhan negara haram Israel itu bertujuan mengeluarkan bangsa Yahudi yang dikira menjadi ancaman khususnya ekonomi negara masing-masing, serta menangani campur tangan politik Yahudi sehingga mengacau urusan memilih pemimpin yang hanya dapat dipengaruhinya. Pada masa sama, semangat Yahudi Zionis yang bermimpikan empayar Yahudi yang berpusat di Palestin.

Terkini, kuasa besar Barat yang dipimpin oleh Amerika, adalah paling hadapan melindungi Israel dengan hujah menguar-uarkan bahaya pengaruh Syiah Iran yang dikatakan menular di Asia Barat, bukannya negara haram Israel yang diciptakan. Dikatakan Iran kini menjadi ancaman kepada negara jirannya, bahayanya selepas berlaku Revolusi Islam dan diubah namanya kepada Republik Islam Iran, dan melaksanakan konsep demokrasi pilihan raya yang bersyaratkan Islam mengikut mazhabnya yang dilakukan tajdid dan islah, serta mencapai kemajuan teknologi tinggi.

Mengapa Iran dianggap tidak bahaya di zaman Shah dahulu, walaupun berkonsepkan diktator monarki? Sehingga Iran ketika itu menjadi pengkalan Barat yang terpenting dalam era Perang Dingin, dibina segala kekuatannya yang menjadi benteng menghadapi ancaman Blok Timur, disamping itu juga menjadi pengkalan maksiat untuk memuaskan hawa nafsu dan bebas berfoya-foya seperti negara Barat, bagi memudahkan kalangan yang tidak berpeluang melancong ke negara Barat yang bebas segala-galanya.

Sebenarnya, negara berkuasa besar khususnya Barat menjadikan Asia Barat laksana jantung yang membekalkan darah dan nafasnya untuk menyambung talian hayat, kerana kekayaan sumber tenaga terpenting yang menghidupkan industri dan ekonomi yang menjana kekuatan politik dan ketenteraannya, sehingga diletakkan pengkalan-pengkalan tentera yang besar di kawasan itu, kerana tidak cukup kuat menjaga kepentingannya oleh negara haram Israel yang diadakan dengan segala kemudahan, termasuk kebebasan memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kepada negara lain.

Segala pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa mengancam negara jirannya sehingga boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya dan menafikan hak asasi manusia yang wajib diberikan kepada rakyat Palestin.

Semua tindakan ke atas Israel oleh majoriti masyarakat antarabangsa boleh dibatalkan dengan kuasa veto yang menjadi keistimewaan negara kuasa besar. Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk kecil dan lemah sahaja.

Mazhab Syiah dijadikan alasan. Negara Iran Syiah yang dahulunya berimamkan Shah Iran boleh diterima oleh Barat dan Negara Arab yang berada di bawah ketiaknya yang hangit itu sejak hampir satu abad, di kala itu hubungan negara Iran juga paling intim dengan negara haram Israel tersebut.

Tiba-tiba fatwanya berubah selepas rajanya bergelar Syahan Syah (Raja bagi segala raja-raja), gelaran yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W, berjaya digulingkan oleh rakyat yang dipimpin oleh para ulamanya dan menukar namanya kepada Republik Islam Iran, seterusnya membatalkan hubungannya dengan negara Israel dan mengisytiharkan Israel adalah negara haram yang wajib dihapuskan.

Disebabkan oleh mereka kini tidak boleh lagi berfoya-foya di Iran, tiba-tiba terus dianggap menjadi ancaman kepada negara serantau, walaupun Iran mengajak bersatu menentang Israel dan menghapuskannya.

Hujahnya kerana Iran itu Syiah walaupun di zaman Syah dahulu Syiah juga, sehingga diterima menjadi anggota OIC, rakyatnya mendapat kuota jamaah haji di antara paling besar jumlahnya, qarinya juga dijemput bermusabaqah Al-Quran dan para ulama Syiah Iran dilantik juga menjadi anggota Majma’ Fiqh Antarabangsa di bawah OIC.

Muhasabah politik dengan sedar dan insaf perlu dilakukan dengan seadil-adilnya oleh semua pihak di kalangan umat Islam.

Adakah para ulama dan mufti yang berada di bawah kerajaan masing-masing yang dikatakan sangat kuat pegangan sunninya tidak boleh membezakan betapa pengaruh politik Barat sedang membayangi kerajaan meraka, sehingga fatwa para ulama dan muftinya juga terheret oleh kenyataan politik pemimpin Barat yang diimamkan oleh kerajaan mereka?

Baca dan ingat!

Betapa Sultan Yusuf Salahudin Al-Ayyubi pernah menempa sejarah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis yang dijajah tentera salib hampir satu abad, setelah baginda berjaya mendekatkan diri secara ilmu dan damai dengan Kerajaan Abbasiyah Sunni yang lemah di Iraq dan Kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir yang fanatik Mazhab Syiah Ismailiyyah, di mana Syiahnya lebih melampau daripada Syiah Imamiyyah di Iran dan Universiti Al-Azhar diadakan bagi menyebarkan mazhab Syiah. Namun Baginda Sultan Salahuddin Al-Ayyubi meletakkan perbezaan mazhab adalah masalah dalaman umat Islam dan lebih utama mengadapi musuh yang menjajah Bait Al-Maqdis itu. Akhirnya berjaya dibebaskan, Mesir dan Al-Azhar berubah jadi Sunni.

Sila bandingkan di antara iktibar daripada Salahuddin Al-Ayubi dan pendekatannya sehingga berjaya membebaskan Al-Aqsa dengan nasihat Presiden Trump dan juak-juaknya yang menguar-uarkan bahawa Republik Islam Iran Syiah adalah ancaman kepada umat Islam Sunni, kerana fatwa Trump bahawa Iran Syiah itu mahu menjajah Sunni dan Israel pula adalah sahabat yang akrab, walaupun sudah diketahui kerjanya sedang merancang untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan merampas serta merobohkan rumah dan menghalau rakyat asal Palestin bagi penempatan kaum Yahudi yang didatangkan daripada seluruh pelosok dunia.

Presiden Donald Trump memberanikan diri mengiktiraf Bait Al-Maqdis adalah ibu negara haram Israel. Langkah yang ditentang oleh majoriti umat dunia melalui Sidang Khas PBB, sehingga banyak negara menjadi pak turut mengikut arus masyarakat antarabangsa, tetapi sebelah kakinya masih bersama Presiden yang mendukung Israel itu.

Perhatikan kacau bilau yang sedang menumpahkan darah di Asia Barat kini kerana pertembungan yang sudah berkecamuk dengan peperangan dan menggunakan senjata yang hendak diuji dan dibayar dengan duit Arab yang diletakkan harganya oleh Trump, bersyaratkan tanpa gangguan sedikit pun terhadap negara haram Israel dan pengkalan-pengkalan tentera negara Barat yang sebenarnya demi menjaga telaga minyak dan gas serta laluannya, dan menjamin keamanan negara haram Israel yang dijadikan hantu penunggu, bukannya menjaga Arab dan Mazhab Sunni. Negara Arab itu hanya dijadikan laksana lembu susu yang diperah susunya untuk tuannya yang lebih penting daripada anak lembu sendiri.

Mengapa semua pihak yang bersedia menentang Israel disenaraikan pengganas oleh Barat dan Israel?

Daripada yang besar bernegara seperti Iran sehinggalah yang kecil tidak bernegara seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah, termasuk individu seperti Dr Yusuf Al-Qardawi, Ismail Haniyyah, Hasan Nasrullah dan lain lain, tanpa mengira Sunni dan Syiah, termasuk juga negara sekular yang menyokongnya seperti Syria, Lubnan, Qatar, Yaman, Sudan, Turki dan lain-lain, sehingga dibantu untuk menghuru-harakannya dengan media, wang dan senjata yang diuji.

Adakah sebenarnya Iran dan Syiah menjadi ancaman atau kerana selamatkan Israel dan menjaga kepentingan Barat dan sekutunya, maka Islam semuanya tanpa pedulikan mazhab adalah musuh utama?

Mereka tidak pedulikan negara Arab yang merampas kuasa silih berganti tanpa demokrasi yang kononnya sangat diperjuangkan dan menjadi kebanggaannya. Semuanya mereka sokong konsepnya walaupun tidak ada tempat bagi konsep demokrasi, asalkan tidak bermusuh dengan Israel. Walaupun Sunninya yang bermazhab Kamal Atarturk, Kasim Ahmad dan Ayah Pin dianggap anggota umat Islam yang tidak merbahaya.

Adapun Presiden Muhammad Mursi yang menang melalui demokrasi pilihan raya mereka tidak iktiraf, biar digulingkan kerana dasar Islam dan bermusuh dengan Israel tanpa mengira mazhab Sunninya.

Para ulama terdahulu telah menulis dalam kitab yang dikarangnya berkenaan perbezaan mazhab Sunni, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Ada yang salah dan ada yang sesat, ada pendapat mazhabnya yang diterima ijtihadnya dan ada yang ditolak. Semuanya dianggap perkara dalaman umat yang boleh dikaji hujahnya, sehingga riwayat hadis dan ijtihad daripada ulama Sunni dan Syiah juga dimasukkan dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi semua kitab ini dilupakan kerana fatwa daripada ‘White House’ yang lebih muktabar kerana menjadi pergantungan tali hayat kursinya. Bukan ayat kursi yang menegakkan aqidah dan menghalau Syaitan, tetapi ayat kursi ciptaan yang berpegang kepada ungkapan bahawa percayakan syaitan yang dikenali adalah lebih baik daripada malaikat yang tidak dapat dilihat kerana berada di alam ghaib.

Terkini, syaitan besar sedang menukar buah catur melalui ISIS dan kumpulannya yang kalah, kepada kaum Kurdis yang dinyalakan api perkaumannya dengan dibekalkan senjata yang perlu bagi menyambung kekacauan yang menyelamatkan Israel bagi melagakan kaum Arab, Turki, Parsi dan Kurdis yang termasuk dalam lakaran peta barunya tanpa mengira Sunni dan Syiah yang mesti menjadi korbannya, namun negara haram Israel tetap diamankan. Seterusnya Asia Barat terus menjadi papan catur dan rakyatnya menjadi ayam sabung yang dilagakan.

Kenyataan Mantan Setiausaha Luar Amerika, John Kerry dalam forum di Munich bahawa beberapa pemimpin Arab dan Israel mendesak Amerika tidak menyerang Iran kerana menggunakan taktik buah catur yang diperalatkan lebih merehatkan Amerika dan Israel. Kita menunggu dan melihat, apakah langkah Trump yang lebih berani mendukung Israel?

Ingatlah amaran Rasulullah S.A.W bahawa Islam di Masjid Al Aqsa tidak boleh dihapuskan oleh mereka yang mengecewakannya:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ “. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: ” بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ. مسند أحمد ط الرسالة (36/ 657).

“Tetap masih ada kalangan umatku kumpulan yang bangkit menyerlah menyatakan Islam dengan gagah perkasa terhadap musuh mereka, tidak boleh memudaratkannya oleh penentang mereka, Cuma mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah datangnya kemenangan daripada Allah, mereka masih dalam keadaan begitu (tidak berganjak). Lalu mereka (para sahabat) bertanyakan: Dimanakah mereka itu? Sabdanya: Mereka berada di Bait Al-Maqdis dan di sekitar Bait Al-Maqdis” (Musnad Ahmad)

Ketika musuh Islam bersatu menentang kebangkitan Islam secara umum tanpa mengira mazhab betul atau salah dan ideologinya yang sesat atau tidak, tiba-tiba umat Islam dicetuskan dengan permusuhan dan diatur supaya sedia berperang, hanya sebab adanya titik perbezaan bangsa, mazhab, kepentingan harta dan takhta, termasuk perbezaan masyarakat majmuk berbagai agama yang tidak boleh dipaksakan, namun bersatu di atas kemanusiaan menentang penjajah yang zalim.

Fikir dan berfikirlah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Jamadil Akhir 1439 / 3 Mac 2018

Sumber BO - 3-3-2018






BN sukar pertahan majoriti PRU13

KOTA BHARU: Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan cabaran sengit bagi mempertahan majoriti mudah pada pilihan raya umum lepas.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dua PRU lepas BN menguasai kerajaan dengan simple majority.
Bagaimanapun katanya, situasi itu agak sukar dipertahankan bagi menghadapi PRU ke 14 tidak lama lagi.
"Banyak kajian politik yang memperlihat fenomena itu dengan rumusan mungkin tiada parti yang menang majoriti.
"Sebab itulah banyak pihak mengandaikan PRU ke 14 paling sengit dalam sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka," katanya pada ceramah Bangkit Pertahan di Flat Jalan Bayam malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden Ikatan, Datuk Seri Badri Ab Rahman, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Dr Ramli Mamat.
Badri pula berkata, PAS tidak keseorangan bagi menghadapi PRU 14 kerana Ikatan bersama Gagasan Sejahtera akan membantu mempertahankan Kelantan. - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD- 3-3-2018 








Solusi menuju Malaysia Sejahtera









(Teks transkrip dari Ucapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Wartawan Kadet HarakahDaily, AISHAH ADILAH ABD HALIM)

KEPADA seluruh rakyat masyarakat majmuk khususnya penganut Islam, perlu memahami. Kalangan bukan Islam pula perlu menyedari hakikat apa yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Islam adalah agama persekutuan seperti yang ditulis dalam perlembagaan.

Apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah untuk merealisasikan secara objektif daripada Islam itu dengan makna yang menyeluruh. Aspek politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Politik
Dalam aspek politik. Khusus bagi umat Islam, perlu menyedari bahawa hukum politik sebahagian daripada syariat Islam yang diamalkan sepanjang zaman sejak Nabi Adam, Nabi-nabi selepasnya dan berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Perjuangannya membawa Islam bukan sekadar untuk menyelamatkan individu. Termasuklah menyelamatkan negara supaya pemimpin-pemimpin negara menyedari bahawa tanggungjawab mereka adalah kewajipan agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Mengikut ruang yang luas yang diizin oleh Allah S.W.T dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia: Sempadan halal dan haram, mengatasi masalah-masalah kemungkaran, menegakkan kebajikan. Perkara asas. Maka dinaskan dalam kitab Allah sejak dahulu sehingga Nabi Muhammad S.A.W.

Adil adalah hukum yang wajib. Bukan sahaja menjadi sifat yang wajib bagi Allah S.W.T. Allah mewajibkan pemerintah melaksanakan keadilan terhadap rakyat seluruhnya sebagaimana Allah adil terhadap seluruh hamba-Nya sama ada yang Islam dan bukan Islam. Mesti dikaitkan urusan mengurus negara yang adil ini dengan adanya hisab di hadapan Allah S.W.T yang ada perhitungan dosa dan pahala.

PAS menerima konsep demokrasi. Hak rakyat untuk besuara, untuk menegur, untuk mengkritik, untuk memilih pemimpin. Dalam masa yang sama perlu disedari bahawa manusia adalah makhluk yang lemah. Dalam perkara ketetapan Allah S.W.T yang penuh dengan adil dan rahmat, manusia mesti menerima secara Iman dan Islam tanpa ada persoalan perhitungan lagi.

Inilah aspek politik yang kita mahu perkenalkan tanpa mengikat rakyat secara zalim. Dalam masa yang sama tanpa membebas lepas sehingga tersungkur dalam perkara yang tidak mampu difikirkan oleh mereka.

Sumber HD- 2-3-2018

Solusi menuju Malaysia Sejahtera

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
Bermula daripada pemimpin-pemimpin rakyat yang memerintah dengan adil adalah kebajikan. Sehinggalah melaksanakan undang-undang yang adil adalah kebajikan. Sehingga membahagi harta-harta negara kepada mereka yang perlu dan berhak adalah kebajikan. Termasuk khidmat-khidmat masyarakat adalah kebajikan.\ 
“Inilah penafsiran kebajikan di dalam pemerintahan Islam sehingga kebajikan menjadi tanggungjawab semua pihak di dalam negara. Dengan sebab itu, dapat pembangunan negara yang dibantu oleh rakyat bukan melibatkan kerajaan sahaja. Rakyat yang buat kemudahan asas untuk mereka bagi membantu kerajaan. Sangat menarik. Bukan kerajaan yang memikul bebanan. 
“Termasuk di antaranya rakyat yang mencari pahala untuk membuat kebajikan; mengadakan rumah-rumah wakaf, hotel-hotel percuma kepada musafir, rumah-rumah kediaman untuk mereka yang tidak berada secara menunaikan kebajikan. 
“Di sini mengurangkan kos kerajaan dalam mengurus negara bila rakyat menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan. Kita menyaksikan bagaimana umat Islam pernah memerintah negara awalnya di Semenanjung Arab; Makkah dan Madinah, yang tiada hasil, tiada sumber hasil bumi.\ 
“Dengan pengurusan berkebajikan ini, Islam telah berjaya memerintah negara yang besar dan luas. Bukan sahaja dapat menyeluruhkan keadilannya bahkan dapat mengembangkan kekayaannya di seluruh pelusuk negara. 
“Kerajaannya kaya, rakyatnya senang, sehingga bajet lebih daripada keperluan yang sebenar. Zakat ditambah lebih daripada lapan bahagian di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz. 
“Bantuan-bantuan persaraan bukan sahaja kepada pegawai-pegawai kerajaan, termasuklah rakyat biasa yang sudah tua, yang tak ada kerja, sama ada Islam dan bukan Islam disara hidup oleh kerajaan. 
“Hal yang semacam itu tak berlaku dalam negara lain. Hanya dalam sejarah Islam di zaman kecemerlangannya.  
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 2/3/2018


















Sumber HD- 2-3-2018

PAS boleh baiki kerosakan dengan kuasa pemerintahan

MARANG: Malaysia kaya dengan hasil bumi dan sumber alam tetapi rakyat menjadi susah kerana kesilapan pemerintahnya dalam mengurus tadbir negeri dan negara ini.
Hal yang sama turut dialami oleh negara jiran umat Islam yang ramai di Indonesia akibat dari salah urus mentadbir negerinya.
Justeru, kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa segala kepincangan itu hanya boleh dilakukan dengan mendapatkan kuasa memerintah.
"Kita sekarang menghadapi keadaan yang sangat menyusahkan kita, semakin hari semakin susah. Walupun ada hasil bumi, hasil laut. (Ini) Menandakan urusan ini banyak tak betul, banyak salah, banyak tak ikut Islam.  
"Tahun lepas saya ke Indonesia dan berjumpa dengan pemimpin parti politik di sana. Di Indonesia penduduk 250 juta dan orang Islam 80 peratus. Rakyatnya juga berada dalam keadaan yang susah. Laut dia (Indonesia) banyak ikan daripada kita (Malaysia) lagi. 
"Sebabnya, kerana salah urus, salah tadbir negeri. Kita biarkan kuasa kehidupan berniaga ini ditangan orang tengah. Mereka beli dengan orang ke laut dengan harga yang murah, dijual dengan harga yang mahal," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pengedaran (3P)  Hasil Laut dan Penyampaian Sumbangan Asas Bahan Unjang di MS Agratade, Kampung Pasir Putih, Merchang, di sini sebentar tadi. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
(Ikuti kupasan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2328 edisi Isnin nanti)
Sumber HD- 2-3-2018 























Mahathir Ketua Tidak Setuju Dengan Islam

MARANG – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed ialah diantara pemimpin yang menentang usaha PAS menyebarkan Islam di kalangan rakyat negara ini.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berjaya menyampaikan Islam di kalangan para pegawai kerajaan dan para mahasiswa.

Katanya ia menyebabkan pertembungan diantara mereka yang mahukan Islam dan yang tidak stuju dengan Islam.

”terang-terang saya sebut…….yang jadi ketua tak setuju dengan Islam (ialah) Dr. Mahathir……maka berlaku pertembungan dalam kerajaan (campuran) kerana ketegasan kita (PAS),

”dijatuhkan kerajaan Kelantan….termasuk dijatuhkan Tun Mustapha (Harun) di Sabah, dijatuhkan Abdul Rahman Ya’kub di Sarawak, ini (mereka adalah) pemimpin-pemimpin kerajaan negeri yang bersetuju kepada Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz Besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat pada Selasa 27 Februari.

Ahli Parlimen Marang itu berkata pada hari ini PAS mempunyai kekuatan mempunyai 196 kawasan daripada 222 parlimen dan mempunyai sejuta ahli di seluruh Malaysia.

Menurutnya, cara PAS berpolitik adalah mengikut sunnah dengan mengadakan ‘tahaluf siyasi’, persefahaman dengan parti-parti politik dan berjaya memenangi Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Walaupun DAP mengaku undang-undang Islam itu baik, namun kata beliau, parti itu tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariat Islam dan meminta PAS membatalkan hasrat PAS membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam.

”hasil dakwah PAS menjadikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan ramai para hakim serta beberapa wakil rakyat kerajaan menyokong cadangan PAS (mahu melaksanakan syariat),

”ini menakutkan DAP dan parti-parti bukan Islam, kerana apabila undang-undang Islam diamalkan, orang bukan Islam akan memilih hukum Islam,” jelasnya.

Juteru itu, beliau mengajak rakyat mempertahankan Islam dan umat Islam di negara ini dan jangan berpecah belah.

Katanya, PAS bersedia untuk menjalinkan hubungan politik ‘cerdik’ dengan mana-mana pihak yang mahu menyokong Islam.

”PAS meletakkan syarat untuk membolehkan Islam itu dilaksanakan, dengan sesiapa yang boleh terima syarat tersebut,

”dalam politik kita mesti pandai…….mesti cerdik, orang-orang Islam mesti menguasai politik, mesti menegakkan kerajaan yang kita mahukan,” tambah beliau.

Sumber BO - 2-3-2018












Islam yang memerintah













(Teks transkrip dari Ceramah perasmian Markaz Besar Dun Alur Limbat oleh Presiden PAS di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

ISLAM yang dibawa oleh pendakwah di negeri kita ini Islam yang sempurna, Islam yang memerintah negara, bukan sahaja Islam yang memerintah masjid. Adanya kerajaan-kerajaan Islam, di Melaka. Dan khusus bagi Negeri Terengganu, ada batu bersurat, contoh dia duduk di Bulatan Ladang. Di atas batu bersurat ini ditulis Undang-undang Islam. Menandakan bahawa ada kerajaan yang memerintah dengan Islam sehingga Islam menguasai Alam Melayu daripada Champa di Kemboja sehinggalah Filipina Kepulauan Indonesia bukan sahaja di tempat kita, itulah Wilayah Islam.

Kemudian penjajah datang mengambil kesempatan daripada kelemahan pemerintahan Islam yang berpusat di negara Arab dan di Turki. Mereka menakluk kawasan kita bermula dengan Portugis menakluk Melaka tahun 1511. Di mana orang-orang Islam menentang penjajah Portugis, mari Belanda, orang Islam lawan Belanda. Mari British, orang Islam lawan British sehingga melibatkan umat Islam di seluruh pulau Nusantara.

Kerana itulah di Tanah Melayu ini ada orang Jawa, ada orang Bugis, ada orang Banjar, ada orang Minang, ada macam-macam puak daripada Kepulauan Indonesia duduk di Tanah Melayu. Mereka mari ke sini bukan untuk tanam nyior, tanah negeri mereka luas. Bukan untuk ke laut, ikan di tempat mereka banyak lagi daripada tempat kita. Mereka mari di sini ialah untuk menentang penjajah.

Ramai yang mati syahid, bukan sahaja ulama, rakyat, termasuk Raja-raja mati syahid menentang penjajah. Sehinggalah penjajah bertapak di sini dan menguasai melalui perniagaan, Syarikat Hindia Belanda, Syarikat Hindia British.

Maka kumpulan Islam menubuhkan Parti Sarekat Islam tahun 1908 di Indonesia. Al-Marhum Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah ahli pelayaran. Mereka berlayar di Kepulauan Nusantara ini. Mereka terlibat di dalam Parti Sarekat Islam. Maka ditubuhkan cawangan Sarekat Islam di Terengganu, di Pahang, Perlis, Kedah. British mengharamkan Sarekat Islam kerana mereka kata ini ialah perjuangan politik untuk mendirikan semula kerajaan Islam. Diharamkan Sarekat Islam. Dalam tahun 40-an ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, diharamkan oleh British. Tahun 1951 ditubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu PAS. Tujuannya ialah untuk mengembalikan pemerintahan Islam.

Sumber HD - 28-2-2018

Islam yang memerintah

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:
Timbul ketegangan yang berakhir dengan PAS mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi membolehkan beberapa hukum Islam, bukan semua, dilaksanakan. Di antaranya hukuman sebat terhadap peminum arak, terhadap orang berzina yang belum kahwin. Beberapa kesalahan takzir, hukuman sebat untuk memperkenalkan hukuman sebat dalam Islam dengan hukuman sebat Undang-undang Sivil yang diamalkan oleh undang-undang manusia. 
“Di mana hukum Islam hukum yang hebat, hukum yang menggerunkan. Disebut sebat 20 kali, sebat 100 kali. Sebatannya tidak boleh memecahkan kulit, tidak boleh mencederakan. Untuk memalukan mereka yang buat salah, macam cikgu sebat anak murid, begitu sahaja. 
“Sebatan penjara, undang-undang manusia hari ini bila dia pukul, pecah kulit, tubik isi, menyeksakan walaupun bunyinya enam rotan, tiga rotan, sekali kena sebat macam nak mati. Ini bezanya. Kita nak perkenalkan ini sahaja. 
”Hasil daripada dakwah kita, dakwah yang kita buat menyebabkan ketua hakim negara, peguam negara dan banyak hakim-hakim menyokong, menyokong cadangan PAS ini. Sehingga beberapa wakil rakyat kerajaan juga menyokong pelaksanaan ini. 
“Ini menakutkan DAP dan parti-parti yang bukan Islam. Pasal apa dia takut? Kerana kalau diamalkan, orang bukan Islam akan pilih hukum Islam. Ini berlaku di Aceh. Di Aceh Indonesia diberi peluang untuk melaksanakan hukum Islam. 
“Di mana orang-orang Cina yang bukan Islam di Aceh, diberi pilih sama ada nak hukum Islam ke hukum manusia? Tiba-tiba orang bukan Islam pilih hukum Islam, ini yang dia takut. Takut orang bukan Islam ini tengok Islam ini. Itu dalam bab undang-undang jenayah.
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Perasmian Markaz Dun Alur Limbat beliau di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 28/2/2018
Sumber HD - 28-2-2018 


Pas amanah dalam menjalankan tanggungjawab bukan sekadar nama aje 'Amanah&#
Posted on Tuesday, February 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38417



ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis menegaskan parti itu dibarisi pemimpin yang amanah, bukan sekadar nama ‘amanah’.


Ucapannya itu disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 ahli dan penyokong pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah dan manifesto PRU14 Gagasan Sejahtera Kedah, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, malam semalam.

Abdul Hadi berkata, wakil rakyat Pas bukan mengimpikan kerusi empuk kerajaan tanpa menunaikan amanah dengan betul.

“Kita bukan nak perintah, duduk atas kerusi dengan tidak tunaikan amanah dengan betul. Kita mahu rakyat sertai PRU14 dan tunai amanah dengan memilih pemimpin yang benar-benar amanah.

Sebahagian ahli dan penyokong menyalakan pemetik api sebagai simbolik sebelum pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah.

Bukan namanya saja ‘amanah’,” katanya, yang dipercayai merujuk kepada parti serpihan Pas, Amanah.

Menurutnya, Pas memiliki ramai tokoh yang bijak memerintah negara sekiranya diberikan amanah sebagai kerajaan.

“Kita boleh tunjuk macam mana nak perintah negara dengan cara yang benar. ALLAH SWT kurniakan kita hasil mencukupi, sumber bumi, tanah subur. Bagaimana dengan adanya sumber begini pun, ada yang tak mampu perintah dengan betul. Di mana silapnya, ia mesti diperbetulkan,” katanya.

Abdul Hadi turut mengajak rakyat melakukan perubahan pada PRU14 dengan memilih parti yang benar-benar amanah menunaikan tanggungjawabnya.


  “Tak mustahil negara boleh berubah, yang penting kita mesti berubah kepada Islam yang diredai ALLAH SWT,” katanya.

Sumber : SInar Harian

Sumber TKO - 27-2-2018

Isu Kuok: PAS tak tuduh tanpa bukti
Posted on Tuesday, February 27 @ 00:09:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38408


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan PAS mengamalkan prinsip untuk tidak menjatuhkan hukuman secara melulu tanpa bukti berhubung dakwaan tokoh usahawan Robert Kuok bersekongkol dengan DAP menjatuhkan kerajaan.


"Kita berpegang pada prinsip Islam iaitu seseorang yang membuat dakwaan terhadap seseorang kena ada bukti. Bagi PAS selagi kita tidak melihat bukti dakwaan itu maknanya kita tak boleh menerima secara umum, begitulah," katanya.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, sama ada dakwaan Kuok memberi dana kepada DAP akan dapat mempengaruhi pengundi Melayu untuk tidak mengundi parti DAP bergantung kepada individu.

"Ia bergantung sejauh mana pengundi itu percaya berita ini. Kalau pengundi ramai yang percaya mungkin terjejas, tak kira  pengundi Melayu atau bukan Melayu.

"Bergantung kepada keadaan sama ada dakwaan ini dipercayai atau tidak oleh pengundi.
"Kalau pengundi macam kita (PAS) juga yang perlukan bukti, maka dia tidak akan terpengaruh," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada 'kempen anti-Kuok' yang kini dimainkan oleh sesetengah media akan memberi kesan terhadap pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas penyiaran tulisan Raja Petra di blog Malaysia Today 23 Februari lalu, Kuok terus diserang.
Dalam artikel yang ditulis Raja Petra, beliau menuduh ahli perniagaan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Robert Kuok bagaimanapun telah menafikan dakwaan Raja Petra itu melalui kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Jangan undi DAP, kata ISMA
Ketua Seketariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Aminuddin Yahya menasihatkan masyarakat supaya tidak memberi undi kepada DAP yang menurutnya bersekongkol dengan Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Aminuddin yang juga timbalan presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), walaupun artikel daripada blogger Raja Petra Kamaruddin belum dapat dipastikan kesahihannya, namun sekiranya benar, ia akan menjejaskan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

"Kalau betul (artikel itu) tak payahlah undi orang seperti itu atau yang bersekongkol dengan dia (Kuok). Jika (artikel itu) betul.

"(Perkara ini) buruk juga dari segi hubungan kaum, dari segi agama Islam dan sebagainya.

"Jadi bagi saya, kalau betul (Kuok bagi dana pada DAP untuk jatuhkan BN) ia tak bagus untuk bangsa Malaysia, untuk perhubungan kaum dan sebagainya."Saya rasa orang Melayu pun akan rasa terhiris hati, terguris dengan perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

Raja Petra sebelum ini turut mendakwa James Kuok - anak saudara Robert Kuok - menjadi orang tengah antara Kuok yang kini berpangkalan di Hong Kong.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh James dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Ekoran tulisan Raja Petra, Kuok dikecam oleh pemimpin Umno antaranya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengingatkannya agar tidak menjadi "kacang lupakan kulit".

Datuk Seri Nazri Aziz pula meminta jutawan itu tidak menjadi "pondan" dan mencabar Kuok supaya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberitahu bahawa Kuok tidak akan mencapai kejayaan seperti hari ini jika bukan kerana kerajaan.

Sumber TKO - 27-2-2018
















Pas akan amalkan konsep ta’awun
Posted on Monday, February 26 @ 14:26:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38400



SHAH ALAM -  Pas akan mengamalkan konsep ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf dalam menangani politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta’awun mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.

"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya," katanya.

Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta’awun lebih luas lapangannya daripada tahaluf.

Beliau berkata ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan  ta’awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).

"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara," katanya.

Sumber TKO - 26-2-2018


Beri Gagasan Sejahtera satu penggal
Posted on Monday, February 26 @ 14:23:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38399


PAS mahu rakyat membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang dengan memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera yang diterajuinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejak menceburi politik, matlmat parti itu adalah memperjuangkan Islam tetapi rakan sekutunya sebelum ini tidak setia dalam persefahaman tahaluf siyasi apabila mereka melanggar dasar dan matlamat mereka.

Katanya, PAS terus berkembang dengan kekuatan sendiri biarpun pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dan sama sekali tidak terkubur.

"Di atas Islam inilah PAS boleh hidup dan makin berkembang. Walaupun kalah pilihan raya, PAS tidak mati. PAS bukan macam parti lain, kalah pilihan raya, akhirnya mati.

"Kita tidak, kerana akar umbi kita ialah Islam dan terus mengamalkan sikap terbuka. PAS menjadi mangsa, ditenyeh, ditekan dan ditindas sehingga kita menghadapi cabaran luar dan cabaran dalaman," katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata demikian ketika pidatonya pada pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di Alor Setar, malam semalam.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, BERJASA, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Harapan Malaysia (PHM) setelah terkuburnya Pakatan Rakyat.

"Beri peluang pada Gagasan Sejahtera satu penggal, tengok apa kita buat. Kalau tak percaya, boleh tolak kita pada pilihan raya yang berikutnya.

“Kita bukan nak memerintah duduk atas kerusi dengan tidak menunaikan amanah secara betul.
"Kita mahu rakyat menyertai pilihan raya menunaikan amanah memilih pemimpin yang benar-benar amanah, bukan namanya sahaja amanah," katanya.

Abdul Hadi berkata, sebagai Blok Kuasa Ketiga yang ditubuhkan pada Mac 2016 itu, mereka akan bertanding di sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14 nanti dengan tujuan untuk memerintah negara atau setidak-tidaknya menjadi ‘king maker' atau parti penentu.

Jelasnya,'king maker' bermakna tiada parti politik yang mempunyai kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan melainkan bergantung kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Menerusi kedudukan itu, Abdul Hadi berkata, PAS selaku peneraju Gagasan Sejahtera akan meletakkan syarat-syarat pemerintahan yang mesti diikuti untuk bersama dalam sebuah kerajaan.
Apabila itu terjadi, katanya, PAS akan meletakkan syarat, iaitu Islam perlu menjadi asas pemerintahan negara.

Sumber TKO - 26-2-2018


















Konsep Ta’awun Siyasi

Firman Allah:

﴿ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ٢﴾ [المائدة: 2]

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2)

Allah telah memberi petunjuk kepada umat Islam sejak generasi pertama yang ditugaskan untuk menyelamatkan manusia seramai-ramainya bersama Islam.

Di antaranya melalui pendekatan Ta’awun (bertolong-menolong) dalam perkara yang baik dan taqwa (mentaati Allah), terus beristiqamah di atas dasar Islam dan matlamatnya dengan melaksanakan Islam dan menegakkannya.

Tidak bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan walaupun terhadap musuh yang menzaliminya, apatah lagi dalam kalangan umat Islam yang berbeza pendapat, berlainan pendekatan dan berlakunya salah faham, serta tenggelam dalam kejahilan.

Konsep ini juga dipanjangkan dalam hubungan masyarakat majmuk dalam satu negara walaupun berbeza agama bangsa sehingga berlakunya ketegangan. Selain itu, dilakukan juga dalam hubungan luar negara.
Pendekatan ini menghubungkan Islam dengan semua pihak bagi menyampaikan risalahnya ke seluruh alam. Petunjuk ini pernah berjaya menembusi hati bangsa arab padang pasir yang keras, degil dan sifat pemanasnya yang bernyala, cepat bermusuh dan berperang.

Hatinya laksana kerasnya batu dan tanah yang dibakar oleh kepanasan suhu cuaca dan kehidupannya yang kering kontang, tetapi Islam berjaya menyatukan umat yang beriman daripada kalangan bangsa arab, diikuti berbagai bangsa dan kaum di atas aqidah Islam atau menarik kalangan bukan Islam di atas persamaan konsep kemanusiaan yang masih tetap menjadi sifat yang matang mahukan kebaikan dan menolak kejahatan.

Objektifnya adalah memilih titik persamaan terlebih dahulu dan menangani perbezaan secara anjal (fleksibel), serta menolak perpecahan yang merugikan dengan sabar menghadapi cabaran, walaupun menunggu masa yang lama.

Rasulullah S.A.W meneguhkan perpaduan umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar yang terdiri daripada berbagai qabilah dan keluarga yang pernah berperang pada zaman jahiliah, akhirnya bersatu di bawah persaudaraan iman dan bendera Islam.

Seterusnya secara langsung menerima persamaan sifat yang baik di kalangan bukan Islam, sama ada di kalangan keluarganya ketika di Makkah dan kalangan bukan Islam yang menerima Piagam Madinah dan berhubung juga dengan Qabilah Arab di luar Makkah dan Madinah, walaupun mereka itu masih menganut agama syirik.

Rasulullah S.A.W menerima konsep Tahaluf (bekerjasama) dengan pihak lain dalam menentang kezaliman tanpa meninggalkan perkara prinsip aqidah Islam, sempadan syariat dan akhlaknya. Tahaluf diharamkan dan dibatalkan apabila tidak lagi menghormati perkara asas tersebut, melakukan perkara maksiat atau tindakan mencetuskan permusuhan dan mengundang apa sahaja keburukan.

Di Marhalah Makiyyah, Rasulullah S.A.W bersama keluarganya kalangan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Abu Talib yang belum menganut Islam. Manakala Marhalah Madaniyyah pula, Baginda S.A.W menerima kaum bukan Islam dalam kalangan ahli kitab yang dimasukkan dalam Piagam Madinah yang terkenal menjadi contoh kontrak sosial masyarakat majmuk dalam satu negara.

Seterusnya membuka ruang kepada Qabilah Khuza’ah dan lain lain yang berada di bloknya dalam perjanjian Hudaibiyyah dan mengiktiraf amal kebajikan Hatim Al-Toei pada masa jahiliah sehingga bertindak membebaskan qabilahnya yang belum Islam.

Kenyataan yang tegas meneruskan dakwah walaupun mereka tidak bersama lagi melindungi Rasulullah S.A.W ketika di Makkah. Bertindak membatalkan Suluh Hudaibiyah apabila Bani Bakar yang berada di blok musyrikin memerangi Khuzaah yang bernaung di bawah Negara Islam, sehingga menjadi sebab dilakukan Fathu Makkah.

Semua konsep hubungan dengan pihak lain seperti tahaluf, suluh, mujadalah, taawun dan lain-lain bertujuan untuk membuka pintu dakwah secara langsung atau tidak langsung kepada pihak lain, dengan syarat beristiqamah di atas aqidah dan menuju matlamat menyampaikan Islam kepada pihak lain, supaya melihat secara langsung ajaran Islam yang diamalkan membawa kebaikan kepada seluruh manusia dan menolak segala kemungkaran walaupun dilakukan oleh bangsa arab dan keluarganya.

Menangani Politik Semasa

Al-Quran dan pelaksanaannya oleh Rasulullah S.A.W adalah petunjuk di sepanjang zaman sehingga Hari Kiamat. Maka ahli PAS hendaklah berpegang teguh dan istiqamah kepada Perlembagaan PAS yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi dan menjadi asas paling mulia dalam perlembagaannya, dan hendaklah mentafsirkannya dalam amalan politik semasa dengan teguh dan istiqamah, tanpa hanyut atau sesat daripada dasar dan matlamat Islamnya.

Semua keputusan melaksanakan pendekatan berdamai dengan pihak lain seperti Tahaluf yang pernah dilakukan beberapa kali dalam senario perjalanan PAS dirancang oleh pimpinan pusat dan dilaksanakan setelah diputuskan oleh dahulunya Dewan Ulama dan terkini pula Majlis Syura Ulama.

Keputusan telah dibuat juga dengan membatalkan Tahaluf bersama Pakatan Rakyat oleh Majlis Syura Ulama berdasarkan hukum Syariat, lalu dilaksanakan oleh PAS Pusat. Kini diperkenalkan pula konsep Ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti Tahaluf.
BPMS dan Ta’awun

PAS memilih pendekatan Muwajahah Silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat kepada semua.

Sejarah merakamkan bahawa kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

Cara menjauhkan diri daripada masyarakat atau menghalau bukan pendekatan yang bijak bagi menarik manusia kepada Islam. Semua para Rasul A.S diperintahkan oleh Allah supaya berhadapan dengan manusia, walaupun terhadap yang paling keras seperti Firaun.

Mereka berucap dengan bahasa yang lembut dan menarik, bukan dengan bahasa dan cara yang keras dan tindakan meliarkan walaupun terhadap mereka yang tidak ada harapan untuk mendapat hidayah, kerana kewajipannya hanya menyampaikan, adapun penerimaannya dengan sebab mendapat hidayah adalah urusan Allah.

Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) ditunjukkan oleh firman Allah S.W.T:

﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ٣٣ وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ٣٤ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ٣٥ وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ٣٦﴾ [فصلت: 33-36]

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (33) Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara membalasnya melakukan yang paling baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (36)” (Surah Fussilat: 33-36)

Budaya bijaksana ini dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dalam semua keadaan, ketika berdamai dan berperang, khususnya ketika mencapai kemenangan dalam keadaan paling kuat, sehingga Islam diterima dengan mudah dan cepat tersebarnya ke seluruh pelosok dunia.

Pengaruh Islam menembusi ke dalam masyarakat musuh, sehingga kuasa besar dunia yang zalim jatuh dengan pertolongan Allah dan musuh yang tidak didukung oleh masyarakat bangsa dan agamanya sendiri, apabila melihat perbandingan di antara pemerintahan Islam yang adil dengan kerajaannya sendiri.

Selain itu, ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W ketika operasi Perang Khaibar terhadap kaum Yahudi yang paling memusuhi Islam bahawa kejayaan mengIslamkan seorang musuh lebih afdal daripada menghapuskannya.

لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم

“Demi sesungguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah (masuk Islam) lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya”

Kedatangan Islam di rantau ini juga secara damai, tidak seperti di tempat yang lain sehingga Islam juga berkembang di zaman penjajahan, walaupun penjajah itu membawa agenda menyebarkan agama Kristian yang dilindungi senjata dan harta kekayaan.

Hanya segelintir penduduk yang menganut agama penjajah, adapun yang telah Islam tetap bertahan walaupun dalam keadaan yang jahil agama, dikongkong kemiskinan dan buta huruf dan ramai terpengaruh dengan budaya barat tetapi tetap cintakan Islam.

Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan yang sudah Islam yang paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengIslamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya.

Pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, maka hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam yang boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan Ta’awun yang lebih luas lapangannya daripada Tahaluf.

Ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan yang diterima oleh semua pihak. Pelaksanaannya ialah ta’awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran). Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara.

Di antara perkara yang telah dilakukan adalah pendirian berkecuali (tidak membangkang dan tidak juga menyokong) oleh MP dan ADUN PAS terhadap Bajet dengan menjadi pembangkang yang tidak melulu, kerana di dalam Bajet itu ada perkara baik yang menjadi keperluan rakyat dan jentera kerajaan yang mengurus kehidupan secara umum dan menjaga keamanan dan keselamatan negara, namun kita tetap menentang dalam perkara kemungkaran seperti boros dan membazir dalam mengendalikan kewangan negara. Huraiannya ialah melalui penjelasan dalam perbahasan dewan.

Kejayaan awal membawa usul persendirian RUU 355 adalah hasil keterbukaan boleh berbincang, bukan sekadar berbahas dan berdebat sahaja.

Contohnya juga ialah penglibatan jentera parti membantu mangsa bencana seperti banjir dan sebagainya, menjadikan kita bersama dengan jentera kerajaan. Amalan seperti ini sepatutnya tidak dipersoalkan lagi, tetapi ketidak matangan berpolitik mencetuskan suara-suara negatif terhadap parti Islam ini dalam perkara yang tidak sepatutnya diragukan.

Selain itu, bersama dalam membela Palestin dan Aqsa walaupun ada perbezaan sikap terhadap penyelesaian dua negara Palestin. Kejayaannya kini negara Malaysia tidak mengiktiraf negara haram Israel seperti negara umat Islam yang lain. Contohnya juga dapat bersama membela umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman di tanah air sendiri.

Konsep Ta’awun mendekatkan PAS dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara Muwajahah Silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi. Walaupun masih ada banyak kelemahan dan salah laku dalam amalan demokrasi itu, tetapi hilangnya ketegangan dalam masyarakat telah memberi ruang yang lebih luas kepada PAS untuk bergerak lebih pantas yang wajib diatur dengan baik.

Khususnya kerjasama dalam perkara mempertahankan kedudukan Islam dan umat dalam arena politik negara adalah kewajipan yang wajib diketahui oleh setiap penganut Islam tanpa mengira kefahaman politik, termasuk orang Islam paling jahil. Ini adalah kewajipan umum yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.

Kedudukannya sama apabila negara diancam oleh musuh luar yang mahu menjajah semula. Oleh sebab itu, adalah haram bersama musuh itu dan wajib bersama menghadapinya dan mempertahankan agama dan negara walaupun kita tidak bersetuju dengan kerajaan yang ada.

Inilah sikap para ulama pada zaman awal Islam di era Amawiyyah dan Abasiayyah, walaupun mereka menanggung kezaliman kerajaan yang memerintah. Inilah pendekatan PAS ketika menuntut kemerdekaan, walaupun PAS menolak syarat-syarat kemerdekaan yang digariskan oleh penjajah sebelum mereka berundur.

PAS tidak bersama dengan komunis yang mengangkat senjata menentang penjajah dan menyokong ISA bagi menentang komunis itu. PAS juga tidak menerima syarat-syarat yang dibuat oleh penjajah.

PAS menentang tindakan yang lebih dikuasai oleh golongan kiri. Namun PAS tetap bersama merayakan kemerdekaan yang tidak sempurna dan menyertai Pilihan Raya Umum 1955, pra kemerdekaan, apabila PAS menjadi satu-satunya pembangkang yang berada dalam Majlis Mesyuarat sebelum merdeka dan terus menyertai pilihan raya selepas kemerdekaan kerana memilih pendekatan demokrasi walaupun menghadapi salah laku terhadapnya dalam masa pilihan raya dan dijatuhkan kerajaannya setelah menang di Kelantan dan Terengganu.

PAS bersedia menyertai Kerajaan Campuran selepas 13 Mei 1969 dan menubuhkan BN 1974 demi menyelamatkan negara dalam keadaan darurat, sehingga bersendirian selepasnya kerana perilaku zalim ke atas PAS, namun terus menjadi Harakah Islamiyyah yang semakin kuat walaupun di tempat tidak ada kerusi melalui pilihan raya.

Ketegasan PAS beristiqamah bersama Islam di masa pasang dan surut, di masa menang dan kalah pilihan raya, namun tetap tidak menyerah kalah dalam pejuangannya menegakkan Islam yang sempurna, laksana pokok yang bertambah subur kalau dicantas dan dipatahkan rantingnya.
Inilah firman Allah:

﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ٢٤ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ٢٥ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ٢٦ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ٢٧﴾ [إبراهيم: 24-27]

“Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad S.A.W) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26) Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. (27)” (Surah Ibrahim: 24-27)

Perhatikan kalangan yang tidak bersama PAS atau keluar PAS kerana menentang pendekatan yang telah diambil sejak dahulu, sama ada bertindak melompat ke dalam kerajaan yang dirasakan lebih selesa dan cepat mendatangkan hasil kebendaannya atau yang menubuhkan parti lain dan menjadikan PAS tempat persinggahannya sahaja kerana dianggap mustahil mendapat kemenangan bersama PAS.

Adapun PAS makin bertambah ahli, cawangan dan kawasannya sehingga berlipat kali ganda daripada yang gugur berciciran dalam perjalanannya menegakkan Islam sehingga kini, walaupun PAS menolong setiap orang yang dikeluarkan daripada lawannya.

Ini menandakan betapa istiqamah menjadi rahsia ketahanan PAS dan hubungannya dengan pihak lain tidak pernah merugikan. Mereka yang dapat meneruskan perjuangan bersama PAS hanya yang berwala’ dan taat kepada keputusan jemaah ini.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Jamadil Akhir 1439 / 25 Februari 2018



















Sumber BO - 25-2-2018

Tolak parti yang menggugat agama dan perpaduan

SEMUA pihak dan semua kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini menerima suasana harmoni sehingga kini yang perlu ditingkatkan, bukan melemahkannya. Inilah konsep positif yang ada dalam masyarakat Melayu beragama Islam, sehingga sejahil-jahil kampung Melayu boleh menerima kaum lain kalangan bukan Islam di tengah masyarakat Melayu. Walaupun hanya satu keluarga dan sebuah kedai runcit, bukan Melayu boleh hidup di tengah kampung padat Melayunya sejak zaman berzaman.  
Adapun yang menganut Islam pula dianggapnya masuk Melayu, kerana inilah kesan ajaran Islam yang ada dalam diri mereka, walaupun Islam itu adalah agama bukannya bangsa. Bukan Melayu dan bukan Islam pula sanggup bergaul dan bercakap Bahasa Melayu walaupun pelat tanpa nahunya tetapi tetap bermesra dan bersaudara. Sehingga ada yang berbudaya Melayu walaupun dikekalkan bangsa dan agamanya yang tidak Islam.
Ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, negeri paling tenang dan aman adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Negeri yang banyak pengajian Islam dan paling padat Melayunya. Ini menunjukkan sejahil-jahil mereka tetap memelihara adab yang diajarkan oleh Islam dan cara hidup bermasyarakat majmuk terhadap penganut agama lain. Al-Quran mendidik umat Islam bahawa manusia adalah keluarga besar walaupun berbagai agama dan bangsa. Semuanya daripada Adam dan Hawa. Firman Allah: 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ
أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ (١٣)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa) dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum supaya kamu bertaaruf (berkenal-kenalan dan saling berhajat antara satu dengan yang lain mengikut konsep bermasyarakat majmuk dan madani). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat: 13)  
Konsep hubungan kekeluargaan manusia diwujudkan bersama konsep dakwah Islam kepada seluruh alam, tanpa paksaan terhadap agama lain, dan mengekalkan bangsa dan budaya masing-masing yang sinonim dengan makna Islam itu sendiri ialah menyerah diri secara ikhlas kepada ajarannya.
Pendekatan cara paksaan adalah membatalkan keikhlasan dan menimbulkan ketegangan. Walaupun wajib berdakwah mengajak manusia semuanya kepada Islam, namun Islam konsisten mewajibkan adil dan memberi hak terhadap semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk dan masyarakat madani. 
Adalah menjadi hak yang wajib kepada penganut Islam yang menjadi masyarakat awal dan bersifat dominan dalam negara ini, menegaskan Islam menjadi agama negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama diberi hak yang adil kepada agama lain yang wajib diamalkan.  
Inilah keputusan yang saksama di awal kemerdekaan berasaskan persetujuan secara demokratik dalam Pilihan Raya Umum Pra Kemerdekaan pada tahun 1955 yang melibatkan Parti Perikatan (Umno, MCA, MIC) dan PAS satu-satunya parti pembangkang yang ada kerusi. Parti-parti yang lain belum lagi dilahirkan. PAS bersama berjuang kemerdekaan daripada penjajah, walaupun berbeza dari segi dasar dan konsep negara, serta berbeza dari segi beberapa pendekatan, namun sama-sama bersetuju menghalau penjajah. 
Ketegangan yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969 apabila adanya parti yang berlumba menjadi juara fanatik perkauman sehingga mencetuskan ketegangan. Kini ada parti yang ingin meneruskan lagi cara lama yang usang dan tidak patut diulang lagi. 
Mereka bertahan dengan pengundi bukan Islam tanpa menghormati sensitiviti umat Islam, cuba menghidupkan ketegangan agama dan kaum, namun tanpa berpegang kepada apa-apa agama, tetapi menjadikan Islam adalah sasarannya. Caranya tidak konsisten, sama ada ia beragama, berkaum atau tidak atau pragmatik oportunis.
Tindakan parti itu paling lantang dan ke hadapan menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam. 
Contohnya yang paling berani ialah supaya mengisytiharkan Malaysia adalah negara sekular, berani mencabar ajaran Islam yang sempurna dan menjadi penghalang tegas terhadap usaha PAS memperjuangkan negara Islam secara demokrasi. Cara tersebut menunjukkan langkahnya lantang menyekat perjalanan Islam sehingga kelantangannya terkini lebih daripada sebelumnya, apabila berani menyentuh Perlembagaan Persekutuan dalam perkara Islam, Raja Berperlembagaan, Hak Istimewa Bumiputera dan lain-lain. 
Pendekatannya memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bangsa serta bahasanya yang sudah menjadi tabii manusia. Cara politik parti itu boleh juga disebut sebagai konsep luar tabii yang mahu memaksa keadaan yang ada selama ini.
Penentangan terbuka terhadap RUU 355 juga adalah langkah yang nyata tidak menghormati hak penganut Islam yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya. Parti itu ingin menjadi juara memaksa kalangan bukan Islam supaya bersamanya.
Mereka juga mengambil kalangan penganut Islam yang sanggup menjadi topengnya atau yang bersedia diperalatkan. Namun mereka tetap tidak mampu menyorokkan wajahnya yang sebenar. Topeng juga tidak kukuh dan boleh terkoyak dan dirobekkan bila-bila masa.
Umat Islam tidak sepatutnya dipermainkan, sehingga sekadar dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi penganutnya tidak berhak beramal dengan seluruh ajaran Islam, sedangkan penganut agama lain berhak beramal dengan agama mereka.
Kedudukan konsep Raja Berperlembagaan yang dijadikan syiar ketua agama juga dipermain-mainkan. Walaupun ada kelemahan manusianya, tetapi bukan tempat untuk dipermain-mainkan, kerana sepatutnya diperkasakan dengan mengatasi kelemahan manusia, bukan mencari kelemahan untuk dijatuhkan dan merampas kuasanya yang ada. 
Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا أرَادَ اللهُ بِالأَمِيرِ خَيْراً، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صدقٍ، إنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإنْ ذَكَرَ أعَانَهُ، وَإِذَا أرَادَ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.
رواه أَبُو داود بإسنادٍ جيدٍ عَلَى شرط مسلم . رياض الصالحين (تحقيق الدكتور الفحل) (1/ (383.

Apabila Allah menghendaki kepada raja itu baik, nescaya dijadikan bersamanya menteri yang baik. Sekiranya dia terlupa, nescaya diperingatkannya. Sekiranya dia ingat, nescaya ditolongnya. Sekiranya Allah menghendaki kepada raja itu keburukan, nescaya dijadikan bersamanya menteri yang jahat. Sekiranya dia terlupa, nescaya tidak diperingatkan. Sekiranya dia ingat tidak ditolongnya pula
 Dalam masa yang sama, parti itu menyokong pesta arak, hiburan dan gaya hidup bebas yang ditentang oleh semua agama yang menjaga moral manusia. Walaupun agama itu syirik aqidahnya, tetapi tetap sama dari segi menerima akhlak yang mulia, seperti tidak meminum arak, tidak berjudi, melarang pergaulan bebas dan sebagainya. Sepatutnya titik persamaan ini sama-sama dihidupkan, tetapi sengaja dilemahkan semata-mata kerana kepentingan mendapat sokongan politik untuk mendapat kuasa, tanpa perhitungan baik dan buruk, aman dan huru-hara. 
Mereka juga menyatakan tidak senang terhadap beberapa perkara yang membela Melayu dan Bumiputera yang dipinggirkan sejak zaman penjajah dan masih terkebelakang selepas kemerdekaan, tanpa dinafikan pembelaan terhadap kaum lain yang bermasalah, namun Melayu dan Bumiputera paling ramai miskin. Sikap tidak senang ini juga boleh menghilangkan keharmonian masyarakat majmuk.
 Rakyat bukan Islam hendaklah menolak parti itu demi keselamatan semua. Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokongnya atau alatnya, termasuk menjadikannya rakan setia untuk perjuangan partinya apabila nyata sikapnya terhadap Islam, sehingga Allah memberi amaran yang keras dan menjadikannya sebahagian daripada sifat munafik. 
Firman Allah:
بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمً (١٣٨) ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا (١٣٩) وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِهَا وَيُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦٓ إِنَّكُمۡ إِذٗا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡكَٰفِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا (١٤٠ )

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir (yang bermusuh) itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139) Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahannam. (140)  
(an-Nisa’: 138-140)  
 Allah telah menurunkan wahyu al-Quran apabila seorang Sahabat bernama Hatib bin Abi Baltaah R.A, seorang ahli Badar yang mendapat tempat istimewa di sisi Allah kerana dia menyampaikan maklumat kepada musuh Islam semata-mata kerana ingin menjaga keluarganya di Makkah supaya tidak diganggu.  
 Allah berfirman: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ( ١)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah S.A.W dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul. 
(al-Mumtahanah: 1) 

Dalam surah ini juga, Allah menetapkan bahawa tidak menjadi salah mengadakan hubungan yang baik dan wajib berlaku adil kepada kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan penganutnya. Firman-Nya: 
لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ (٨

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
 (al-Mumtahanah: 8 ) 
 Hatib bin Abi Baltaah R.A terus bertaubat dengan ikhlas kerana Allah tanpa merasa marah atau berkecil hati terhadap teguran yang keras daripada Allah dan Rasulullah S.A.W. 
Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman dan mukjizat ilmu yang berterusan sehingga Hari Kiamat. Maka wajiblah kalangan yang bersekongkol dengan parti yang nyata menentang Islam dan bersekongkol bersamanya sehingga berani melakukan apa sahaja yang menghalang cita-cita Islam atau berbelit-belit di jalanan politiknya, supaya kembali ke pangkal jalan. 
Umat Islam boleh berbeza pendapat dalam perkara cabang, namun diharamkan berpecah dalam perkara dasar, menyentuh aqidahnya dan mengancam kedaulatan Islam. Kalangan bukan Islam pula wajib menolak rakan mereka yang tidak bermasyarakat madani dan majmuk yang mengancam keharmonian antara kaum dan agama.   
 “Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Jamadil Akhir 1439 / 24 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 24/2/2018
Sumber HD - 24-2-2018 



Hadi minta Cina bantu PAS selamatkan negara
Posted on Friday, February 23 @ 12:19:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38376


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu masyarakat Cina di negara ini supaya memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui Malaysia.



Berucap pada majlis jamuan sempena tahun baru Cina 2018 di Kuala Terengganu, semalam, beliau turut mendedahkan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, PAS berusaha untuk memerintah negara ini.
"Kita (PAS) cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah tetapi kita tidak kuasa yang lebih. Jika boleh, kita (PAS) hendak kuasai sampai ke kerajaan pusat.

"Dalam pilihan raya ini (PRU14), PAS akan bertanding 130 kerusi parlimen, kerana untuk memerintah negara kita (PAS) memerlukan 112 kerusi. Jika PAS boleh 112 kerusi parlimen, PAS boleh memerintah negara.

"Maka, kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS, bukan sahaja di Terengganu juga kita mahu peringkat Malaysia,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata, PAS perlu menjadi sebuah parti yang kuat dan gagah supaya mereka boleh menghalang orang yang hendak buat huru-hara dan kacau bilau di negara ini.

Menurutnya, PAS mahu selamatkan negara ini dengan memperkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) agar tidak berlaku peperangan dan pergaduhan.

“Politik kita boleh berbalah, berkelahi tetapi tidak boleh berperang dan tak boleh bergaduh. Beza pendapat boleh tetapi bergaduh tidak boleh dan kita (PAS) nak halang sebab-sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan itu.

"Islam sebenar mengajar pengikut-pengikutnya bagaimana kaum Cina, kaum India mereka boleh hidup di kampung-kampung Melayu. Boleh hidup berkedai satu keluarga Cina di kampung Melayu.

"Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan di Perlis. Ketika berlakunya huru-hara dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terengganu tidak ada 13 Mei, di Kelantan tiada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei.

"Tetapi, huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura bergaduh kaum. Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam, tak ada gaduh dan tak ada huru-hara," katanya.
Pada ucapannya itu, ahli parlimen Marang itu turut mengimbau kembali ketika pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 lalu.

"PAS pernah memerintah (Terengganu) tahun 1999 dan saya dilantik menjadi menteri besar ketika itu. Banyak benda yang kita buat antaranya kita (PAS) hapus cukai pintu rumah kediaman.

"Kita hapus cukai peniaga-peniaga kecil. Kita beri geran tanah kepada rakyat tidak kira kaum apa termasuk orang Cina, India, Melayu.

"Di sana ada Kampung Baru Cina Bukit Berangan (Tepoh), ada Kampung Batu Lima, Dungun dan ada Kampung Air Putih, Kemaman. Mereka (orang Cina) dikurung oleh British dahulu.

"Walaupun (negara) kita telah merdeka, kerajaan tidak beri mereka geran tanah sehinggalah kita memerintah, kita (PAS) beri geran tanah. Kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong," katanya.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, adalah hak semua manusia bagi menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan.

Sumber TKO - 23-2-2018






















Menjadi parti yang berkuasa dan selamatkan negara

SAYA tidak perlu cerita panjang. PAS pernah memerintah tahun 1999. Saya dilantik menjadi Menteri Besar masa itu, banyak benda yang kita buat. Di antaranya ialah kita hapuskan cukai pintu rumah kediaman. Rumah kediaman tempat duduk di kawasan bandar dihapuskan. 
Yang kena bayar cukai ialah hotel, rumah perniagaan sahaja. Walaupun kita tahu penduduk kawasan bandar banyak orang Cina, mereka lebih banyak merasai bagaimana kita hapuskan cukai pintu rumah kediaman. Kerana rumah kediaman adalah rukun hidup manusia, mesti ada rumah. Kita hapus cukai peniaga-peniaga kecik kita hapuskan. Kita beri geran tanah kepada rakyat tidak kira kaum apa termasuk orang Cina. 
Di sana ada Kampung Baru Cina di Bukit Berangan, Batu Lima Dungun, di Air Puteh Kemaman, mereka dikurung oleh British dulu di situ. Walaupun kita sudah merdeka, kerajaan tak beri geran tanah sehingga kita memerintah, kita beri geran tanah kepada mereka. Dan kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong, ini kerana hak pelajaran, hak pendidikan adalah hak semua manusia menggunakan bahasa dia. 
Barangkali tuan-tuan masih ingat bila kita buat banyak perkara ini, kerajaan pusat rampas minyak, rampas royalti minyak petroleum kerana nak cekik, nak halang kita buat benda-benda yang begini. Walaupun demikian kita boleh memerintah sehingga lima tahun. Caranya ialah kita naikkan cukai orang-orang kaya, cukai balak, cukai kilang, cukai orang kaya kita naik, cukai pintu terus kita tak kenakan. Ini cara pemerintahan kita. 
Islam mengajar kita kerana PAS ini parti Islam, walaupun kita berbeza agama, berbeza bangsa, manusia semua adalah satu keluarga. Manusia asal daripada Adam dan Hawa, ayah dan ibu yang satu. Kemudian jadi macam-macam bangsa, dan manusia tak boleh hidup bangsa masing-masing, puak masing-masing, mesti ada hubungan tolong menolong di antara satu sama lain. Ada bangsa yang bercucuk tanam, ada bangsa yang berniaga, ada bangsa jadi tukang besi, jadi kilang, macam-macam. Barulah kita boleh hasil pakaian, makanan, dan sebagainya. Walaupun kita berbeza dari segi ajaran agama, halal dan haram, tetapi hak hidup sebagai rakyat tidak ada beza, mesti dilayan dengan adil. Ini pemerintahan yang kita nak perkenalkan kepada rakyat. 
Kalau kita diberi kuasa lagi memerintah, banyak lagi benda yang kita akan buat, yang kita akan tunaikan. Dan Islam mengajar pengikut-pengikut dia hat ini orang Islam sungguh bukan Islam tak sungguh, bukan Islam pelawok, Islam yang sungguh-sungguh, di mana saudara kaum Cina, kaum India, merasai bagaimana mereka boleh hidup di kampung Melayu. Boleh berkedai di kampung Melayu, boleh hidup kedai satu keluarga orang Cina, di mana sahaja di tengah kampung Melayu, di Kelantan, di Terengganu, di Kedah, di Perlis.
Ketika berlakunya huru-hara kaum 13 Mei, Terengganu tak ada 13 Mei, Kelantan tak ada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei. Huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura, bergaduh kaum. Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam tak ada gaduh dan tak ada huru-hara. 
Hari ini PAS dalam memperkenalkan kepada rakyat cara politik baru, politik, Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Politik kita boleh berbalah, boleh berkelahi tapi tak boleh berperang, tak boleh bergaduh. Beza pendapat boleh, tetapi bergaduh tidak boleh. Kita nak halang segala sebab-sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan. Ini yang kita nak perkenalkan kepada rakyat.Kita cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah, tapi kita tak dapat kuasa yang lebih. Kalau boleh kita nak kuasai sampai kerajaan pusat. Dalam pilihan raya ini PAS akan bertanding 130 kerusi, PAS akan bertanding 130 kerusi. Kerana untuk memerintah negara, kita memerlukan 112 kerusi. 130 kerusi kita akan bertanding. Kalau menang 112, PAS boleh memimpin negara, ini benda yang kita nak akan buat, kita akan lakukan.  
Maka kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS pula, terus beri kerajaan kepada kita, bukan sahaja Terengganu, kita nak sampai ke peringkat Malaysia. Kita mahu menjadi parti yang kuat, parti yang gagah, yang boleh menghalang orang nak buat huru-hara dan nak buat kacau dalam negeri kita ini. 
(Transkrip oleh Pengarang HarakahDaily, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Presiden PAS dalam Jamuan sempena Tahun Baharu Cina 2018 bersama Presiden PAS pada petang tadi di hadapan pejabat penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu) - HARAKAHDAILY 22/2/2018
Sumber HD - 22-2-2018 


Presiden PAS pada majlis sambutan CNY di Bandar K. Terengganu
Posted on Thursday, February 22 @ 20:14:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38361



Presiden dlm majlis sambutan CNY di Bandar K. Terengganu. Kehadiran tak berkurangn dari sambutan tahun2 lepas. Pas dah 2 kali memerintah Terengganu. Masyarakat Tionghua dah tahu menilai Pas. - Ustaz Saiful









Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat


Sumber TKO - 22-2-2018



PAS sasar perintah 5 negeri
Posted on Thursday, February 22 @ 05:09:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38351


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan matlamat parti itu untuk menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Selain mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas kembali Terengganu, Perlis menjadi sasaran terbaru parti itu selain Selangor dan Kedah.

Ia berserta dengan sasaran menang 40 kerusi di peringkat Parlimen dalam matlamat parti itu untuk menjadi penentu kepada pihak yang ingin membentuk kerajaan.

"Kita usaha untuk mempertahankan Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terangganu, menang di Kedah, Perlis dan Selangor.

"Ini kita akan usahakan," katanya ketika berucap sempena majlis pelancaran markas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Marang, Terengganu, yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

"Jika kita mendapat kejayaan, insyaAllah kita tunjuk adilnya dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri wajibnya mereka balik kepada Islam," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

Untuk rekod, pada PRU ke-13, PAS yang ketika itu masih bersama Pakatan Rakyat hanya menang satu daripada 15 kerusi DUN di Perlis iaitu Sanglang.

Hadi telah menyuarakan hasrat untuk menang di Selangor ketika majlis pelancaran jentera PAS negeri pada 21 Januari lalu.

  PAS menang di Kelantan sejak 1990 manakala mentadbir Terengganu dan Kedah (bersama Pakatan Rakyat) selama satu penggal, masing-masing selepas menang pada PRU tahun 1999 dan 2008.

Meneruskan syariah
Dalam ucapan itu, Hadi juga menekankan misi merampas kembali Terengganu untuk meneruskan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang diluluskan ketika pentadbiran PAS pada tahun 2002.

"Apa yang kita buat (ketika itu), Umno tak berani nak hapus (dan) masih ada lagi sekarang. Tetapi ia tak boleh berjalan kalau kita tak menang.

"Kita kena menang dan boleh sambung balik (usaha melaksanakannya). Maka perjuangan kita dalam pilihan raya ini sangat besar maknanya," katanya lagi.

Pada PRU yang lalu, BN Terengganu memenangi 17 DUN iaitu kelebihan hanya tiga DUN, manakala PAS menang di 14 DUN dan PKR satu DUN.

Malah BN negeri itu juga mengalami pergolakan dalaman beberapa tahun lalu akibat pertembungan antara Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk seri Ahmad Said, yang menyaksikan DUN hampir dibubarkan.

Sumbe TKO - 22-2-2018
















































Mahathir 'pembangkang' agenda Islam

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“(Kata Allah) Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (dalam menghadapi diri kamu sendiri. Dan bersabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh-musuh kamu). Dan bertugaslah kamu (di mana sahaja kamu diletakkan). Dan bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut perintah-Nya dan meninggal larangan-Nya) supaya kamu mendapat kemenangan (di dunia dan kemenangan di hari akhirat).”
(ali-‘Imran: 200) 
Terlebih dulu kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memilih kita dengan petunjuk-Nya bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS yang ditubuhkan oleh ulama-ulama dan pemimpin Islam tahun 1951. Setelah diharamkan Hizbul Muslimin, diharamkan Sarekat Islam, diharamkan perjuangan Islam di zaman penjajah. 
Tujuan ditubuhkan PAS ialah untuk mengumpulkan umat Islam seramai-ramainya supaya memenangkan pemimpin-pemimpin yang ditugaskan untuk mendirikan kerajaan Islam. Kerana mendirikan kerajaan Islam ini satu kewajipan yang sangat besar yang tak boleh dipandang ringan. 
Besarnya kewajipan ini sehingga apabila wafatnya, matinya Nabi Muhammad S.A.W, setelah para sahabat menyembahyangkan jenazahnya, sembahyang masing-masing tidak ada imam, kerana tidak ada siapa yang layak jadi imam untuk sembahyang jenazah Nabi S.A.W. Sembahyang masing-masing, muslimin-muslimat, Muhajirin Ansar, keluarga Nabi, budak-budak yang boleh sembahyang. Kemudian ketika nak ditanamkan jenazahnya, hanya beberapa orang sahabat sahaja yang ada bagi menyelesaikan penanaman jasad Nabi S.A.W. Semua yang lain ramai-ramai berhimpun di Saqifah Bani Sa’idah. Hari ini jadi tempat cetak Quran di Madinah.
Mereka berhimpun di situ tujuannya untuk memilih siapakah yang akan jadi ketua kerajaan menyambung kerajaan Islam yang diajar oleh Nabi S.A.W mengikut al-Quranul Karim. Ada tiga calon. Keluarga Nabi mencalonkan Saidina Ali Bin Abi Talib K.W.J. Orang Madinah mencalonkan Sa’ad Bin Ubadah R.A. Kalangan Muhajirin sahabat-sahabat yang berhijrah yang lain mencalonkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A. Bila mereka mendengar Hadis Nabi S.A.W yang dibaca: 
الأئمة من قريش
“Pemimpin (hendaklah dipilih) daripada Quraisy” 
Quraisy ialah Kabilah Arab yang paling ramai sekali jumlahnya dan paling kuat. Lalu mereka semua bersetuju memilih Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A. Ini adalah Pilihan Raya Umum memilih siapa menjadi pemimpin negara. Menunjukkan betapa wajibnya perkara ini sehingga lebih besar daripada menanam jasad Nabi S.A.W.
Hari ini orang kita buat main-main dalam masalah mengundi pilihan raya ini kerana mereka tak tahu bahawa mendirikan kerajaan Islam adalah kewajipan yang besar di dalam ugama Islam. Pendakwah-pendakwah dan ulama-ulama yang bawa Islam ke Tanah Melayu bukan sekadar mengajar mengucap dua kalimah syahadah, bukan sekadar sembahyang, puasa, zakat, haji, mereka juga mendirikan kerajaan Islam. 
Di Negeri Terengganu ada batu bersurat. Batu bersurat ini ditulis di atasnya hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh kerajaan Terengganu di masa itu. Oleh kerana kita lama dijajah, banyak orang kita tak tahu dalam perkara ini, maka menjadi satu kesulitan, payah kepada PAS untuk mengajak orang Islam menyokong perjuangannya. 
Banyak orang Islam tenggelam di dalam kejahilan. Dalam pilihan raya tahun 1955 sebelum kita merdeka, pilihan raya yang pertama, PAS bertanding dalam lapan kerusi sahaja, lapan calon daripada 52 kerusi. Menang satu. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin di Kerian Laut Perak satu kerusi saja menang. 51 lagi daripada Umno, MCA dan MIC. Dengan satu kerusi yang kita menang ini PAS telah berjaya berdakwah melalui memorendum kepada Suruhanjaya Reid yang ditubuh oleh orang putih supaya meletakkan Islam adalah ugama kepada Tanah Melayu, ugama rasmi. 
Walaupun satu kerusi, kita telah berjaya meletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama persekutuan, dalam masa yang sama kita tidak ganggu penganut-penganut ugama lain. Inilah yang diajar oleh Quran yang diajar oleh Nabi S.A.W. Penganut-penganut ugama lain tunduk di bawah kerajaan Islam. Biar mereka tengok adil dan baiknya Islam ini. Lepas merdeka tahun 1959, pilihan raya. Negeri Terengganu negeri yang pertama menang, negeri yang pertama PAS menang ialah Terengganu. Lepas itu baru Kelantan. Pada masa itu pilihan raya dibuat peringkat negeri, tidak sekali gus. Start dengan Perlis, PAS tak menang, tak ada satu kerusi pun.
Kedah, PAS tak menang satu kerusi pun. Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, PAS tak menang satu kerusi pun. Sampai giliran Terengganu PAS menang 13 kerusi daripada 24 kerusi. Umno enam kerusi, MCA satu kerusi, Parti Negara empat kerusi. PAS 13 kerusi. Lepas itu barulah orang Kelantan naik semangat, Kelantan kita menang 28 daripada 30 kerusi. Oleh kerana kita menang sikit di Terengganu apabila wakil rakyat kita diculik, dibawa pelari, wakil rakyat kita ada yang kena beli. Tahun 1961, kerajaan PAS Terengganu jatuh melalui undi tidak percaya. Kita boleh bertahan di Kelantan. Kelantan kita ambil balik setelah jatuh tahun 1979.
Apabila tahun 1973 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei, berperang Melayu Cina di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, kerajaan mengisytiharkan darurat, isytihar darurat. Dalam keadaan darurat ini, PAS diajak menyertai kerajaan. Maka PAS buat Muktamar, Dewan Ulama kita bermesyuarat. Kita setuju masuk kerajaan dengan lapan syarat. Yang penting ialah tiga syarat, yang pertama kita tidak terikat dengan Parti Perikatan, kita parti yang tersendiri. Yang kedua diberi peluang untuk melaksanakan Islam dalam kerajaan. Yang ketiga PAS bebas berdakwah mengajar di Kementerian-kementerian, pejabat kerajaan, Universiti-universiti. Tiga syarat yang penting.
Akhirnya Tun Razak Perdana Menteri masa itu terima syarat itu. Dan kita masuk kerajaan. Masa kita masuk kerajaan, berlakulah kesedaran, kesedaran Islam di pejabat-pejabat kerajaan, Universiti-universiti. Pegawai-pegawai yang bertugas di zaman British banyak pencen lepas seorang-seorang pencen. Pelajar-pelajar Universiti yang baru lulus mengambil alih pentadbiran kerajaan menyebabkan pengaruh Islam masuk dalam jentera kerajaan. 
Di sini merisaukan kalangan-kalangan yang tak setuju dengan Islam. Antara yang tak setuju dengan Islam ini ialah Dr Mahathir, hidup lagi dia. Ini tak setuju kesedaran Islam. Berlaku pertembungan yang berakhir dengan diisytiharkan darurat di Kelantan. Dan PAS dipecat daripada Barisan Nasional kita bergerak sendiri, menang puak-puak yang tak setuju dilaksanakan Islam ini dalam Umno. Maka berlaku pertembungan yang dahsyat. Walau bagaimanapun kita sudah berjaya dalam tahun 1957, tahun 60-an, masa itu banyak suara-suara menghinakan Islam. Kalau memerintah dengan Islam banyak orang kudung tangan, kena kerat tangan. Memerintah dengan Islam tak cukup batu nak buat jalan raya. Memerintah dengan Islam tak cukup batu nak buat bangunan, menghina Islam kerana mereka jahil, mereka tak tahu. 
Bila kita masuk kerajaan 1974, 1973, 1974, kefahaman Islam mula ada dalam jentera kerajaan. Akhirnya suara-suara menghina Islam ini makin lama makin koho, makin lama makin senyap. Dan hari ini orang tak berani kalau dia nak bercakap politik suku ugama suku. Tak berani lagi nak hina hukum Islam, suara tidak kuat lagi. Tetapi cita-cita untuk melaksanakan Islam itu masih dihalang.
Kita memerlukan wakil rakyat yang ramai sama ada di Parlimen ataupun Dewan Negeri. Kita balik semula di Kelantan tahun 1990, kita perintah Kelantan. 1999 kita menang di Terengganu. Masa kita menang di Kelantan dan Terengganu, kita luluskan syariat Islam melalui Dewan Negeri. Tetapi mendapat tentangan daripada kerajaan pusat. 
Apabila Perdana Menteri tulis surat kepada al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz, sekiranya Kerajaan Kelantan melaksanakan syariat Islam kerajaan pusat akan bertindak. Terengganu dibawa ke mahkamah untuk halang melaksanakan syariat. Oleh kerana perjuangan kita bukan perjuangan Terengganu Kelantan sahaja, perjuangan kita seluruh Malaysia, bukan Terengganu Kelantan sahaja. Kita sebahagian daripada Malaysia. Maka kita mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia ini supaya kita mendapat kerusi yang sebanyak-banyaknya.
Dalam pilihan raya ini, di peringkat pusat, kita berusaha supaya kita bertanding 130 kerusi daripada 222 kerusi. Kalau kerusi kita lebih, kita boleh bentuk kerajaan. Kalau kerusi kita sekadar 40 kerusi, tidak ada parti yang boleh bentuk kerajaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan, DAP tak boleh bentuk kerajaan, siapa tak boleh bentuk kerajaan. Kalau kita dapat 40 kerusi, parti lain akan dapat kerusi-kerusi dia. 
40 kerusi ini sudah cukup bagi PAS untuk menekan parti-parti lain sama ada menerima Islam ataupun tidak. Bermakna kita ada kekuatan dengan 40 kerusi. Kita akan usaha dapat 40 kerusi di peringkat Parlimen. Dan kita usaha untuk mempertahankan Kelantan. Berusaha untuk menang lagi di Terengganu, menang di Kedah, menang di Perlis dan menang di Selangor. Ini kita akan usahakan. Kalau kita mendapat kejayaan, insyaa Allah kita tunjuk dulu apa dia adilnya Islam dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri bagaimana wajibnya mereka balik kepada Islam. Islam menyelamatkan mereka di dunia sehingga hari akhirat. 
Maka untuk kita menang di Terengganu, kerusi yang kita dah menang, Bukit Payong, kita dah menang mesti pertahankan, mesti menang juga. Termasuk kerusi yang menang tempat lain kena menang lagi. Dan tambah dua tiga empat kerusi lagi insyaa Allah kita boleh memerintah Negeri Terengganu sekali lagi. Kita jangan lupa masa kita memerintah tahun 1999, kita telah meluluskan undang-undang diri Negeri Terengganu. Hukum yang paling tinggi Quran, Hadis, Ijma Ulama, dan Qias. 
Di mana apa yang kita buat ini, Umno tak berani nak hapus, masih ada lagi sekarang. Cuma tak boleh nak berjalan kalau kita tak menang. Kena kita menang baru boleh berjalan, boleh kita sambung balik. Maka perjuangan kita dalam pilihan raya ini sangat besar maknanya, besar ertinya untuk mengembalikan semula Islam ini memerintah menyelamatkan kita dunia sehingga hari akhirat.
(Transkrip oleh Pengarang HarakahDaily, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Presiden PAS dalam Ceramah Perdana sempena Majlis Pelancaran Markas Besar Dun Bukit Payong pada 13 Februari 2018 di Perkarangan MDI, Titian Baru/Kedai Buloh, Marang)
Sumber HD - 21-2-2018 

























Politik Warisan Para Anbia

Sabda Rasulullah S.A.W:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ. قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ (صحيح البخاري 4/ 169)

“Kaum Bani Israel pada zaman dahulu pemimpin siasah (politik) mereka ialah para Anbia. Setiap nabi wafat digantikan nabi selepasnya. Tidak ada lagi nabi selepasku (Muhammad S.A.W). Namun adanya para khalifah (pemimpin di kalangan umatku). Jumlah mereka ramai. Mereka (para sahabat) bertanya: Maka apakah perintahmu kepada kami (yang wajib kami lakukan?) Sabdanya: Tunaikan yang pertama dilakukan bai’ah dan yang berikutnya. Berikan hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. (Sebenarnya) Allah akan menyoal mereka (di Hari Kiamat nanti) daripada apa sahaja kewajipan yang diwajibkan supaya mereka menunaikannya).” (Sahih Al-Bukhari)

Hadis ini menafsirkan bahawa kewajipan khalifah yang bermaksud siasah (politik) adalah satu daripada tujuan manusia diciptakan oleh Allah dan kewajipan itu dimaterikan dengan baiah. Ditegaskan dalam firman Allah S.W.T:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ [البقرة: 30]

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan melakukan kejahatan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.” (Surah Al-Baqarah: 30)

Inilah di antara peranan makhluk manusia dengan sifat fitrahnya boleh menunaikan kewajipan itu, kerana asal kejadiannya mempunyai jasad, roh, akal, bersendirian dan bermasyarakat. Ciri-ciri ini tidak ada pada makhluk lain, walaupun para malaikat yang paling mentaati Allah dan bersih daripada maksiat.

Apa yang dimaksudkan dengan khalifah itu adalah memimpin dan mentadbir iaitu daripada perkataan ‘siasah’ dalam Bahasa Arab dan maknanya ‘politik’ dalam bahasa yang lain. Mengikut istilah Islam, khalifah adalah siasah atau politik mentadbir urusan dunia dengan Islam.

Al-Quran memaparkan cerita benar, bahawa semua para rasul berdakwah dan berpolitik menghadapi rakyat dan kerajaan pada zaman masing-masing. Para rasul itu juga mengumpulkan pengikut bagi membentuk jamaahnya yang diikat dengan bai’ah kepada kumpulan yang berjuang bersamanya supaya rakyat menerima Islam dan meminta kerajaan memerintah dengan syariat Allah (Islam) di zaman masing-masing.

Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Musa A.S dan lain-lain berdakwah, mengumpul rakyat dan berdepan dengan para pemimpin di zamannya supaya beriman kepada Allah sahaja dan menolak syirik dalam ibadat serta beramal dengan syariat Allah dalam urusan kehidupannya.

Nabi Daud A.S menjadi khalifah dan Nabi Sulaiman A.S pula menjadi raja yang memerintah dengan beriman kepada Allah dan beramal dengan syariatnya.
Firman Allah S.W.T menceritakan kisah Nabi Isa A.S:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ [الصف: 14]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penolong agama Allah (Islam), laksana peristiwa apabila Isa bin Maryam berkata kepada Hawariyyin (para sahabatnya yang setia): “Siapakah yang bersedia menjadi penolongku dalam menegakkan agama Allah?” Berkatalah Hawariyyun: “Kamilah para penolong agama Allah”. Maka sebahagian daripada kalangan Bani Israel beriman dan sebahagiannya pula kufur (menentang). Lalu (akhirnya) kami memberi pertolongan kepada mereka yang beriman sehingga mereka mencapai kemenangan mengatasi musuh mereka”. (Surah As-Saff: 14)

Maka Rasulullah S.A.W, Nabi akhir zaman yang menerima Al-Quran secara wahyu melaksanakan dakwah bersama politik memerintah negara bermasyarakat madani dan majmuk, mengumpulkan para pengikut yang setia dengan ikatan perjanjian melakukan bai’ah dan melaksanakan Al-Quran itu bagi urusan politik dengan sempurna, serta melaksanakan hukum akal dan pengalaman yang diizinkan oleh Allah mengikut kemampuan manusia berdasarkan akidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan berkonsepkan ibadah.
Semuanya ada perhitungan dosa dan pahala, sehinggalah dinyatakan fadilatnya yang pertama di Hari Kiamat nanti, mengikut sabda Rasulullah S.A.W:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ: إمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله – عز وجل – وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إنِّي أخَافُ الله، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

“Tujuh jenis orang yang dipayungi Allah pada Hari (Kiamat) yang tidak ada tempat bernaung melainkan naungan Allah: 1) Pemimpin yang adil, 2) Pemuda yang hatinya bergantung ingatan kepada beribadah kepada Allah, 3) Orang yang hatinya sentiasa bergantung di Masjid, 4) Dua orang yang bersahabat dengan rasa kasih sayang yang ikhlas, kalau berjumpa kerana Allah dan berpisahnya juga kerana Allah, 5) Seorang yang diminta oleh perempuan cantik rupawan (supaya melakukan maksiat) lalu dia menolak dengan katanya: “Aku takutkan Allah”, 6) Seorang yang bersedekah secara sembunyi, di mana sifat pemurahnya laksana apa yang dihulur oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya dan 7) Orang yang berzikir (menyebut Allah dengan khusyu’) sehingga berlinangan air matanya” (Muttafaqun ‘Alaih)

Allah meletakkan politik memimpin negara di tempat pertama dan politik juga menjadi lapangan
melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar yang diletakkan senarainya dalam perkara pertama untuk mempertahankan jati diri umat Islam, sama ada berkuasa memerintah dan dapat melaksanakan syariat Allah yang Maha Adil atau tidak memerintah yang hanya sekadar menjadi penasihat kepada pemerintah supaya berlaku adil.
Firman Allah:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ [التوبة: 71]

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah: 71)

Allah juga menegaskan wajibnya diadakan kumpulan dalam kalangan orang-orang yang beriman yang melaksanakan kewajipan tersebut. Firman-Nya:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ [آل عمران: 104]

“Hendaklah ada di kalangan kamu satu ummah (jamaah) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam yang sempurna), menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan (yang sebenarnya).” (Surah Ali-Imran: 104)

Kemuncak bagi melaksanakan kewajipan tersebut adalah mewajibkan adanya negara yang diperintah oleh Islam yang dinamakan politik. Kewajipan ini termasuk dalam perjuangan para anbia A.S sama ada mengajak pemimpin negara di zamannya supaya menerima Islam atau rasul itu sendiri bersama para pengikutnya menukar kerajaan yang menjadikan Islam itu memerintah.

Umat Islam pada zaman kini yang menyambung urusan Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, hendaklah sedar bahawa betapa banyaknya hukum Islam yang disebut di dalam Al-Quran, Hadis Nabi S.A.W dan ijtihad para ulama khususnya yang berkait dengan kehidupan bermasyakat, dengan mensyaratkan wajib berpolitik dan ditegakkan negara yang mendaulatkan Islam itu sehingga berkuasa memerintah. Sama ada hukum yang telah dinaskan dan hukum Islam yang tidak ada nas, namun Islam wajib dijadikan dasar dan petunjuk.

Para ulama menegaskan kata-kata Khalifah Uthman bin Affan R.A:

إن الله يزع بالسلطان مالا يزع بالقرآن

“Sesungguhnya Allah menjadikan kuasa pemerintah (politik dapat menyelesaikan masalah manusia) apa yang tidak boleh diselesaikan melalui nas Al-Quran (yang dibaca sahaja)”

Hari ini terdapat kalangan manusia yang tidak ambil peduli. Mereka hanya sekadar mendengar perintah Al-Quran supaya melakukan kebaikan atau mencegah kemungkaran, sehinggalah mereka boleh ditundukkan dengan tindakan kerajaan yang memerintahnya. Selain itu juga, adanya perkara yang diserahkan kepada kebijaksanaan pemimpin kerajaan apabila tidak ada nas daripada Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.
Kewajipan menegakkan kerajaan yang beramal dengan syariat Allah menjadi ijma’ ulama para sahabat generasi awal umat dan tabi’en di sepanjang zaman. Kewajipan ini disebut dalam kitab-kitab tafsir, hadis dan feqah yang muktabar.

Adapun kata-kata yang menyatakan politik tidak ada dalam ajaran Islam, sebabnya dipengaruhi oleh ajaran sesat yang berasal daripada penyelewengan penjajah yang berlaku dalam agama Nasrani (Kristian), sebagaimana disebut dalam Injil Mark:

“Render to Caesar the things that are Caesar’s and to God the things that are God’s” (Huraiannya dalam Injil Mark 12; 13-17)

“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia) dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan”
Kata-kata ini bermakna Allah tidak ada ilmu dalam urusan dunia yang diciptanya dan manusia itu lebih tahu daripada Allah dalam masalah dunia seperti urusan politik.

Penjajah telah menyebarkan kefahaman ini ke dalam masyarakat Islam sehingga ramai yang terpengaruh, sama ada dalam kalangan masyarakat umum yang buta Al-Quran atau yang mempelajari Islam tetapi hanya sebahagian kecil untuk urusan ibadat dan keluarga sahaja. Tujuan penjajah ini supaya umat Islam menyerah diri kepada kerajaan mereka atau mendukung para pemimpin kalangan umat Islam yang terpengaruh dengannya.

Maka berlakulah apa yang telah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W:

لينقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تثبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة (المسند إمام أحمد بن حنبل)

“Demi sesungguhnya akan dirungkai ikatan ajaran Islam yang kukuh, satu demi satu. Setiap satu simpulan itu dirungkai, nescaya manusia berselerak dan terpaksa berpegang kepada simpulan yang masih ada berikutnya. Perkara pertama dirungkai ialah hukum hakam dan yang terakhir ialah solat” (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)

Para ulama dan cendekiawan Muslim di seluruh tanah air umat Islam menubuhkan jamaah atau parti Islam bagi menunaikan kewajipan menyatakan Islam yang sempurna dan menghidupkan ilmunya. Sama ada menentang penjajah di zaman mereka berkuasa menakluk umat Islam atau selepas kemerdekaan bagi menghadapi pihak yang berkuasa yang mewarisi ajaran penjajah itu.

Inilah tujuan ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1951 oleh para ulama dan ilmuan yang berpendidikan barat yang menyedari hakikat ini, setelah diharamkan kumpulan Islam sebelumnya oleh penjajah.

PAS ditubuhkan bagi menyambung perjuangan para anbia yang tidak tamat dengan kewafatan Rasulullah S.A.W, menunaikan kewajipan beramal dengan Islam semuanya, dan menyahut perintah Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ [البقرة: 208]

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah Al-Baqarah: 208)

Politik menegakkan negara yang mendaulatkan Islam adalah syarat wajib untuk dilaksanakan semua syariatnya bagi mencapai rahmat dan adil Allah.

Tidak beramal dengan Islam atau beramal dengan sebahagian sahaja seperti perkara yang berkait dengan diri masing-masing dalam urusan ibadat dan keluarga sahaja atau tidak mempedulikan hukum Islam dalam urusan bermasyarakat, politik, ekonomi dan lain-lain, adalah langkah syaitan yang telah dilihat keburukannya di dunia sebelum tiba Hari Akhirat.

Semua kalangan yang mahu mengheret PAS keluar daripada landasannya tersungkur dalam perjalanan. Hanya mereka yang terus beristiqamah sahaja bersama sehingga akhir hayatnya.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Jamadil Akhir 1439 / 19 Februari 2018

Sumber BO - 19-2-2018

Kerjasama bukan bergabung

PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditemuramah oleh wartawan Mingguan  Malaysia (MM), Zulkiflee Bakar bagi menjawab persoalan semasa dan menerangkan pendekatan PAS dalam PRU 14. Wawancara ini telah disiarkan dalam akhbar tersebut pada hari ini, 18 Februari 2018. 
MM: Apa khabar Dato’ Seri? Ramai yang memperkatakan mengenai tahap kesihatan Dato’ Seri. Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit keadaan Dato’ Seri sekarang?
PRESIDEN PAS: Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik dan sangat baik, namun masih dalam tempoh pemulihan dan pemerhatian doktor.  
MM: Apakah rasional atau alasan di sebalik keputusan PAS untuk bertanding di 130 kerusi?
PRESIDEN PAS: PAS membuat keputusan berdasarkan maklumat semasa daripada akar umbi di setiap Kawasan dan Cawangan kita di seluruh negara. Tujuan utama PAS menyertai pilihan raya adalah untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat selain mahukan kemenangan di dunia sebagai anugerah dan janji Allah. 
PAS menawarkan manifesto Malaysia yang sejahtera bersama tawaran penyelesaian, terpulang kepada rakyat untuk menentukan pemilihan mereka. Kita mengharapkan rakyat dapat memberikan sokongan sama ada kita memimpin kerajaan atau menjadi parti yang berpengaruh dapat memberi nasihat dan mempengaruhi kerajaan.
Oleh itu, jumlah kerusi yang ditandingi PAS sangat realistik dengan jumlah Kawasan yang kita ada sekarang sebanyak 196 Kawasan dari 222 kerusi parlimen dan 7,063 Cawangan, kita ada kekuatan jentera yang cukup dan calon berkaliber daripada pelbagai latarbelakang untuk bertanding PRU 14. 
MM: Ada yang berpandangan tindakan PAS untuk bertanding dengan kerusi sebanyak itu bagi membolehkan PAS menjadi parti yang ada kelebihan untuk tawar menawar jika memenangi banyak kerusi? 
PRESIDEN PAS: PAS bertanding untuk membuat perubahan dasar dan sistem kepada penyelesaian Islam. PAS masuk pilihan raya bukan sekadar untuk menang kerusi sahaja tapi kita mahu menang bersama Islam yang didukung. 
Sama ada PAS menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat, PAS berhasrat menjadikan Malaysia negara yang sejahtera dengan mengubah dasar negara dan urus tadbir sesuai dengan penuh berhikmah dan matang. 
Selain itu PAS sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menang paling kurang 40 kerusi. Dengan kemenangan itu PAS ada pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam.   
MM: Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menilai bahawa PAS tidak akan mampu mencapai kemenangan besar apabila bertanding bersendiri? Apa komen Dato’ Seri?
PRESIDEN PAS: PAS berpijak di atas kekuatan sendiri dan jentera sendiri bukan menumpang parti lain, maka tidak menjadi masalah PAS bersendirian. Kita mempunyai pengalaman yang panjang dalam senario politik dalam negara, pernah bersendirian, pernah bertahaluf dengan pihak lain. 
Kita ada pusat penyelidikan yang membuat kajian secara terperinci dan turun ke lapangan dengan menilai kerusi-kerusi yang kita yakin boleh menang. Kajian kita bukan sekadar duduk dalam bilik berhawa dingin di atas meja sahaja. Jentera kita bergerak membuat culaan kecenderungan pengundi. 
Namun kita tidak merasa selesa, bahkan kita minta jentera setiap negeri, kawasan dan cawangan tingkatkan lagi usaha dan gerak kerja supaya matlamat menang 40 kerusi berjaya dicapai. 
Dekati pengundi dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk menarik pengundi atas pagar dan golongan anak muda atau mereka yang fobia dengan kacau bilau politik khususnya pengundi Melayu Islam supaya mengundi PAS. 
Kita yakin dengan pendekatan ini kita berjaya mengurangkan ketegangan dan mudah mendekati pengundi. PAS dan Gagasan Sejahtera adalah pilihan terbaik dan alternatif kepada pengundi yang tidak suka kepada BN atau PH, untuk buat perubahan negara ke arah lebih baik.    
MM: Apabila PAS membuat keputusan tidak lagi bersekongkol dengan Pakatan Harapan, PAS dituduh mahu bekerjasama dengan Umno? Apa pandangan Dato’ Seri?
PRESIDEN PAS: PAS adalah parti yang dapat menilai baik dan buruk. Kita tidak menghukum semua tindakan kerajaan 100 peratus adalah salah dan kita tidak menjadi pembangkang yang membuta tuli. Kita tidak menganggap tindakan kerajaan semuanya betul, kita tidak menyokong juga secara membuta tuli. Maka PAS mengambil pendekatan konsep ta’awun, bekerjasama dalam perkara baik dan menentang dalam perkara yang tidak baik. 
Mereka yang tuduh PAS itu masih membawa cara politik kampung yang tidak matang. PAS sudah bergerak ke depan dan meninggalkan budaya politik kebudak-budakan seperti ini. Bila tidak bersama mereka dituduh bersama Umno. 
Politik Matang yang menjadi pendekatan PAS hari ini adalah politik yang meraikan suasana dan kehendak rakyat. Rakyat tidak minat melihat kecamukan politik yang oportunis, penting diri sendiri dan puak sendiri. PAS boleh duduk dengan sesiapa sahaja untuk berbincang demi kepentingan Islam dan rakyat. 
Kita utamakan kepentingan rakyat dan kita komited menawarkan khidmat kepada rakyat melalui program-program kebajikan yang digerakkan di semua peringkat. Rakyat mahu lihat parti yang bekerja bukan parti yang siang malam bercakaran untuk kepentingan politik sempit mereka.  
MM: Apa pandangan Dato’ Seri berhubung serangan demi serangan yang dilancarkan oleh PH ke atas PAS khususnya kepada peribadi Dato’ Seri sendiri sehingga Dato’ Seri dianggap pengkhianat manakala PAS pula dianggap sesat, kafir dan sebagainya?
PRESIDEN PAS: Kita anggap itu adalah asam garam politik dalam perjalanan yang mesti dihadapi, cabaran senang, susah, tuduhan dan fitnah. Yang penting kita konsisten, istiqamah dengan dasar dan matlamat perjuangan. 
Mereka sudah tidak ada modal untuk menyerang PAS kerana PAS satu-satunya parti yang tidak boleh ditundukkan oleh sesiapa pun. Baik semasa PAS bertahalluf atau bersendirian, PAS tidak mudah dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. 
Saya sudah jawab berulangkali dan kita minta dibuat siaran live supaya rakyat dapat menilai dengan adil. Tuduhan sesat dan kafir ini tuduhan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan gerakan Islam seluruh dunia, nampaknya mereka berkomplot sama atau ditipu. 
MM: Sejauhmanakah Dato’ Seri melihat kehadiran PAN boleh memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap PAS?
PRESIDEN PAS: PAS sudah berulang kali menghadapi serpihan-serpihan sejak tahun 60-an, Parti Imam, Parti Islah, 70-an Parti Berjasa, 80-an Parti Hamim, itu pecahan PAS, yang semuanya ditenggelamkan zaman. Dan sebahagian besar daripada mereka kembali semula kepada PAS. Sepatutnya mereka mengambil iktibar sejarah lama ini. Mungkin mereka ini orang baru, tidak tahu cerita lama.   
PAN wujud untuk memecahbelahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang. Kalau benar PAN mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun? 
PAN adalah ijtihad yang salah hasil dari campurtangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja.  
MM: Setakat ini bagaimana reaksi penyokong-penyokong PAS terhadap politik matang yang diamalkan oleh PAS termasuklah sedia berada sepentas dengan pemimpin-pemimpin Umno dalam memperjuangkan isu Islam sejagat seperti Rohingya dan Palestin?
PRESIDEN PAS: Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) adalah pendekatan yang mewujudkan suasana demokrasi yang sebenar dan tidak bercelaru. Kita boleh berbeza pendapat tapi jangan berpecah. Pendekatan yang ditajdidkan dan diperbaharui menjadi lebih tersusun dan menyeluruh bermula tahun 2015, khususnya mendepani situasi politik negara dan krisis antarabangsa hari ini. 
Melalui politik matang ini, kita menerapkan kepada ahli tentang konsep ta’awun iaitu PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja atas dasar kebaikan dan kebajikan bukan kejahatan dan keburukan. Kerjasama bukan bermaksud bergabung. PAS tidak perlu masuk Umno untuk kerjasama dalam isu Palestin, Rohingya dan RUU 355. 
Bahkan dengan DAP sekalipun kita boleh bekerjasama atas dasar kebaikan dengan syarat menghormati Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak masyarakat majmuk lain. Dan ahli PAS memahami dan menerima pendekatan yang kita bawa hari ini.    
MM: Isu Memali kembali diperkatakan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Dato’ Seri bertanggungjawab mengakibatkan peristiwa itu berlaku, adakah Dato’ Seri bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi tujuan tersebut?
PRESIDEN PAS: Ya, kita setuju ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Isu Memali kerana kita lihat ia dimainkan sejak sekian lama untuk kepentingan politik pihak tertentu sehingga menafikan hak keluarga mangsa Memali dan juga anggota polis. Jadi kita harap kerajaan sekarang boleh segerakan menubuhkan dan menyiasat isu ini dengan telus dan saya bersedia untuk hadir memberi keterangan.  
Saya juga sudah menulis beberapa buah buku tentang isu amanat dan isu kafir mengkafir. Buku saya sudah disiasat melalui Majlis Agama Islam peringkat negeri dan pusat, sehingga ini mereka menerima sebagai satu kajian ilmiah dan tidak menyentuh ketenteraman dan keamanan negara. 
Alhamdulillah kalangan yang mengambil pendekatan yang keras dalam PAS, semuanya keluar daripada PAS sama ada mereka menyertai Umno ataupun mereka mendiamkan diri. 
MM: Akhir sekali, apakah nasihat Dato’ Seri kepada semua kepemimpinan politik tanpa mengira parti dalam mereka membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum?
PRESIDEN PAS: Politik adalah salah satu daripada urusan agama. Jika ibadat ada batal dan sah, ekonomi ada halal dan haram, maka politik juga tidak lari adanya dosa dan pahala. 
Dosa politik tidak boleh dihapuskan dengan menunaikan umrah dan haji, masuk Kaabah dan ziarah maqam Nabi semata-mata tapi boleh dihapuskan dengan bertaubat dan memulihkan keadaan negara menjadi lebih baik, kerana politik ada kaitan dengan urusan manusia. 
Jika ada hak rakyat diambil secara salah, maka bertaubat dengan memulangkan kembali kepada rakyat. Jika ada dasar yang digubal secara batil dan merosakkan, maka dibetulkan dengan kembali kepada dasar Islam. 
Kata Saidina Umar:“Sesungguhnya kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan di dalam kebatilan”. 
Keduanya, semua parti politik ada tanggungjawab menjaga keharmonian negara. Islam sebagai agama persekutuan perlu dihormati, tidak boleh ada cubaan untuk merosakkannya. 
Hubungan antara kaum mesti dijaga dan tidak boleh mencetuskan ketegangan kaum. Sebab itu saya tegaskan dalam artikel sebelum ini bahawa Ketua Negara mesti dari Melayu Islam yang beriman dan budiman melaksanakan Islam keseluruhannya dengan adil untuk semua, kerana Melayu kaum yang paling majoriti dan berpengaruh.
Menteri kabinet dan exco kerajaan negeri boleh dilantik dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam mengikut kesesuaian bidang kuasa dan tugasan. 
Akhir sekali, kita harapkan pilihan raya akan datang adalah pilihan raya paling bersih dalam sejarah negara. Parti-parti diberi hak sama rata dari sudut media, tiada politik wang atau campurtangan kuasa asing. Serahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan dan pemimpin negara. 
Segala masalah negara diselesaikan secara harmoni dan adil di dalam negara. Kita ada badan kehakiman, peguam negara yang mesti dipisahkan dari kuasa eksekutif.  
Mudah-mudahan negara kita menjadi negara yang sejahtera, yang adil dan harmoni dengan kembali kepada Islam.
Sumber HD - 18-2-2018 


Kronologi Serangan Terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Posted on Sunday, February 18 @ 09:55:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38291



Setelah terbongkarnya group whatsapp cybertrooper yang mempropagandakan isu-isu menjatuhkan TGHH, kita boleh melihat orang-orang terdapat kumpulan tertentu yang konsisten daripada dulu bekerja mencalarkan imej Ayah Chik.

1) 2008 : UG
Berlaku selepas PRU12, sewaktu Pak Lah PM. Cadangan ini dikemukakan oleh Ayah Chik pertamanya dalam dialog PAS Pusat (JKPP). Kebanyakannya respon positif. DAP dan PKR sendiri menyokong.

UG sebenarnya adalah satu bentuk kerajaan tanpa pembangkang. Yang membuatkan JKPP, DAP dan PKR bersetuju kerana maslahahnya yang cukup besar, iaitu mampu membebaskan mahkamah, media dan badan-badan kerajaan daripada dikuasai oleh satu parti sahaja. Kita berkuasa heret menteri-menteri korup ke mahkamah tanpa boleh disekat. Praktis undang-undang dan demokrasi lebih realistik dibandingkan dengan sekarang.

Tetapi apabila dicadangkan kepada Pak Lah, UMNO bergolak antara setuju dan tidak. Kebanyakan yang punya rekod buruk tidak menerima kerana takut dihadap ke mahkamah. Lalu idea ini tergantung tanpa persetujuan.

Tiba-tiba sahaja beberapa kumpulan serentak mencipta isu bahawa PAS nak bergabung dengan UMNO. Ayah Chik jadi sasarannya. Sebahagian JKPP, pemimpin DAP dan PKR yang asalnya bersetuju tiba-tiba mengecam Ayah Chik, seolah-olah mengkhianati perjuangan pembangkang.
Mereka cipta persepsi bahawa UG ialah PAS masuk dalam BN dan lawan pembangkang. Itu silap bila UG mana ada pembangkang. DAP dan PKR akan duduk sekali dalam kerajaan.

2) 2009 : PERTEMBUNGAN TGNA - TGHH
TGNA sendiri telah diberikan gambaran yang silap terhadap maksud UG. Waktu tu Husam Musa sebagai exco kanan, dan penasihat TGNA ialah Anuar Bakri Haron. TGNA berasa marah dan memutuskan tidak akan bersama Barisan Nasional lagi buat kali kedua. Ianya untuk mencipta pertembungan antara TGNA dan Ayah Chik.

3) 2009: 10 BUDAK HITAM
10 Ahli Parlimen PAS membuat sidang media dan menurunkan tandatangan menyokong TGNA. Mereka diketuai Hatta Ramli. Turut terlibat ialah Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar, Dzulkefly Ahmad, Siti Zailah Yusof, Dr Mariah Mahmud, Dr Mohd Hayati Othman dan Mujahid Yusof Rawa. Kredibiliti Ayah Chik terus dicabar secara halus.

Namun selepas Ayah Chik berjumpa TGNA di Kelantan dan menerangkan sendiri UG, TGNA boleh menerima dan menyerahkan kebijaksanaan kepada Ayah Chik. Isu pertembungan selesai tetapi perkara ini terus dimainkan.

4) 2009 : PROJEK LANGGAR HADI
Aduka Teruna secara terbuka dalam blognya telah melancarkan misi Langgar Hadi; satu projek untuk memburukkan Ayah Chik supaya beliau jatuh dalam muktamar terdekat. Ianya turut dibantu beberapa bloggers yang lain dn memiliki dana khusus.

Namun projek ini juga gagal kerana sehingga pemilihan 2013, Presiden PAS tidak dicabar.

5) 2009 : KEJATUHAN PAS PERAK
Ianya berlaku hasil sabotaj BN membeli beberapa ADUN PKR sehingga kerajaan pimpinan DS Nizar jatuh. Sebelum itu Anwar terlebih dahulu menggunakan taktik beli ADUN sebegitu dalam projek 16 Septembernya. Tapi BN lebih licik menyebabkan bukan sahaja PKR kehilangan ADUN, TP PR seluruhnya kehilangan negeri.

Sebenarnya sebelum kejatuhan ini kepimpinan DS Nizar sudah banyak bercanggah dengan PAS negeri dan Pusat. Beberapa tindakannya turut mengundang rasa tidak puashati istana, termasuk isu-isu pembelaan melayu.

Walaupun pertukaran kerajaan tidak berlaku mengikut undang-undang, tetapi ia senyap begitu sahaja apabila sultan sendiri menyempurnakan majlis angkat sumpah Zambry. Kudeta di Perak langsung tidak dibantah istana. Kelemahan DS Nizar dalam mainan politik tanah melayu mengakibatkan kepimpinannya tidak mampu bertahun setahunpun.

Tetapi muncung meriam dihalakan pula pada Ayah Chik, kononnya kejatuhan Perak adalah berpunca dari pentadbirannya. Apa kaitan ADUN PKR dibeli dengan PAS? Presiden PAS terus diserang tanpa alasan munasabah.

6) 2012: KUASAI HARAKAH
Sebuah blog yang menjadi viral dikalangan penyokong PAS dengan nama Selamatkan Harakah mendedahkan pelbagai percaturan yang dilakukan sejak hampir 8 tahun lalu. Blog tersebut fokus kepada Zulkifli Sulong dan Rashidi Razak sebagai peroska utuama.

Ini menjawab persoalan Harakah yang dilihat semakin tidak memainkan peranan sebagai lidah rasmi PAS, tetapi lebih kepada lidah rasmi PR. Orang-orang yang ditonjolkan kebanyakannya dari kalangan 10 budak hitam, dan kebanyakan ustaz-ustaz, Pemuda dan Ulama digelapkan dari laporan. Turut terpalit adalah Tuan Guru Presiden sendiri apabila ketokohan pimpinan PR lain lebih ditonjolkan daripada beliau.

Ahli-ahli yang perasan perubahan ini mula merasa mual dan tidak lagi membaca harakah mengakibatkan prestasi jualan merudum dengan teruknya, dibandingkan dengan prestasi akhbar-akhbar lain.

7) 2012 : SABOTAJ KUMPULAN TAK SEHALUAN
Cara nak jatuhkan Presiden, jatuhkan dahulu orang sekelilingnya. Dengan menguasai posisi penting dalam harakah, kumpulan ini menonjolkan diri mereka dalam harakah, dalam masa yang sama melempar persepsi negatif di kalangan ahli. Orang pertama yang menjadi mangsa ialah Ustaz Hasan Shukri dengan membesarkan isu KOHILAL. 2009 mereka berjaya buat pertama kali menjadi majoriti.

Pemilihan 2011 pula menyaksikan PAS Pusat didominasi oleh mereka. Dengan penguasaan itu, mereka telah berjaya meletakkan polisi-polisi yang mengarut yang tidak selari dengan kehendak Islam. ditambah dengan kekuasaan PAS di 4 negeri, mereka turut mengganggu sehingga Exco Agama Selangor waktu itu, Dr Hasan Ali terkesan dan bertindak diluar jangkaan.

Dr Hasan Ali dijadikan mangsa seterusnya. Sikap melatah beliau tambah memudahkan rancangan. Selepas beliau, Ustaz Nasha pula mangsanya.

Selepas menjatuhkan beberapa nama yang tinggi, mereka terus menggantikan takhta tersebut menghampiri jawatan Presiden PAS. Ayah Chik dihimpit keseorangan di puncak.

8) 2013 : KEJATUHAN KEDAH
Akibat percakaran dalaman melibatkan Ir Phahrol Razi dan beberapa pimpinan lain, PAS gagal mempertahankan kemenangan di Kedah. Sebelum dari kejatuhan itu, pergolakan dalaman jelas kelihatan dengan isu-isu seperti KUIN dan penolakan jawatan TMB.

Isu ini kemudiannya dihalakan kepada Presiden, kononnya beliau gagal menghalang pergolakan sehingga PR kerugian sebuah kerajaan. Isu ini digunakan untuk mendesak Ayah Chik melepakan jawatan secara terhormat, kerana tidak ada calon sehingga kini yang dilihat mampu menyaingi jawatan Presiden PAS.

Kumpulan ini sengaja membutakan fakta bahawa PAS dibawah Ayah Chik telah berjaya mengekalkan kemenangan Kelantan, serta menambah kerusi di Selangor. Kemenangan Kedah dan Perak sebelum ini pun berlaku di bawah kepimpinannya.

9) 2013 : SAMAN 2J
Sosok ini terus diasak luar dan dalam, apabila kenyataan beliau mempertahankan kerusi-kerusi PAS diputar sehingga mengheret ke mahkamah. Masalah-masalah teknikal sengaja dicipta sehingga berlaku tuntutan JID sebanyak RM2 juta. Perkara ini diviralkan semaksimanya seolah-olah Shamsul telah menang kes akibat kecuaian pihak guaman Ayah Chik.

Namun disebabkan sokongan luar biasa terhadap Ayah Chik dan komplen yang dilontar kepada peguambela beliau, perkara ini terus dibetulkan dan akhirnya, Ayah Chik bebas dari tuduhan. Saman itu hanyalah fitnah semata-mata. Isu yang asalnya bertujuan menjatuhkan Ayah Chik bertukar menjadi isi yang menaikkan lagi pengaruh beliau dengan sokongan luar biasa ahli. Seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah Sarawak hadir ke Mahkamah Kuala Terengganu mengikuti siri-siri perbicaraan.

10) 2014 : KRISIS MB SELANGOR
Bermula dari Langkah Kajang, PKR menunjukkan belang apabila mencatur politik Malaysia tanpa mengambil kira permuafakatan dalam PR. Anwar ketika mengumumkan dirinya sebagai calon Kajang, secara jelas menyatakan beliau mungkin MB Selangor yang baru. Rakyat terpinga-pinga kehairanan kerana TSKI menjalankan amanah MB tanpa sebarang masalah.

Apabila TSKI difitnah, Ayah Chik berpendirian untuk membela beliau dan mengarahkan PAS menyokon kepimpinan beliau selagi tidak dibuktikan tuduhan terhadapnya. Ini mengakibatkan Ayah Chik dikritik hebat kerana tidak sependapat dengan DAP dan PKR. Namun Ayah Chik tetap berpegang dengan prinsip keadilan sehingga TSKI dipecat dari PKR.

Setelah akur kelayakan TSKI telah tiada akibat dipecat, Ayah Chik dituduh tidak mengikut mematuhi mesyiurat PR apabila tetap menghantar lebih dari satu nama kepada istana. Cubaan PR mengingkari tuntutan istana menyebabkan sultan bertitah murka kepada DAP dan PKR. Mujurlah Ayah Chik menyelamatkan maruah PR dengan tindakannya. Tetapi isu ini telah dipulas sehingga memburukkan Ulama Dunia itu.

11) 2014 : HUDUD
Setelah berpuluh kali perjumpaan diadakan dengan DAP dan PKR, dan mereka sudahpun bersetuju akan prinsip PAS dalam melaksanakan undang-undang Syariah, tiba-tiba penentangan terhadap hudud sekali lagi diviralkan. Kelantan diserang dengan berbagai peluru dan kesabaran Ayah Chik diuji. Mereka sengaja menimbulkan kemarahan ahli supaya Ayah Chik didesak untuk memutuskan hubungan tahaluf.

Dalam suasana sekarang, mana-mana pihak yang memutuskan ikatan PR akan dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat. Ayah Chik tetap menyatakan kebersamaan dengan PR dan mereka mati akal.

12) 2014 : JAWATAN TIMB KETUA ULAMA DUNIA
Setelah dilantik sebagai Timbalan Kepada Dr Yusof Al-Qardawi, kepercayaan rakyat Malaysia bertambah terhadap Ayah Chik berbanding Anwar yang sudah tercalar teruk imejnya dengan isu MB Selangor. Anwar terpaksa cover dengan menjemput beberapa tokoh-tokoh agamawan Islam untuk mengangkat kembali imejnya. Agamawan ini digunakan untuk mempertikaikan keabsahan Majlis Syura Ulama yang banyak membantu Ayah Chik dalam membuatkan keputusan parti setelah kebanyakan JKPP mencatur keputusan sewenang-wenangnya.

Isu perlantikan Timbalan Ulama dunia juga digunakan untum mendesak Ayah Chik berundur dari Presiden. Alasan mereka, kerja-kerja Presiden akan mengganggu peranannya di medan antarabangsa. Mereka tidak sedar, Ayah Chik sudah terlibat di peringkat antarabangsa sejak tahun 80an lagi.

13) 2014: KEHADIRAN MEETING
Lim Guan Eng tiba-tiba mempertikaikan kehadiran Ayah Chik dalam mesyuarat PR yang selama ini berjalan seperti biasa tanpa dengan kehadiran ketiga-tiga wakil. Namun semua itu mudah ditepis oleh Ayah Chik apabila mendedahkan, sejak PR ditubuhkan, Lim Guan Neg lebih banyak tidak hadir mesyuarat darinya, itupun kerana keuzuran beliau yang telah diketahui umum.

LGE terus menerima padah dari kenyataannya apabila rakan PR di Penang mendedahkan mesyuarat PR di negeri tersebut tidak pernah diadakan sejak beberapa tahun lalu. Dan kehadiran Ayah Chik ke Mesyuarat terakhir PR menutup isu yang sengaja direka ini.

15) 2015: HAWAII FIVE O
Pembongkaran kerja tidak bertanggungjawab Dr Hatta Ramli yang menggunakan jentera parti (pasukan gerak saraf) menjalankan kerja memburukkan presiden dan mencatur politik dalaman parti memberi jawapan bahawa segala isu yang timbul adalah rancangan pihak tertentu. Samada pasukan ini dilibatkan dari awal ataupun sejak isu Kajang, yang pasti pendedahan Ketua Pemuda Pahang, pUstaz Fadli Ibrahim itu menggambarkan sebuah perancangan grand design dibelakangnya.

 Ini hanyalah beberapa kronologi ringkas. Banyak lagi isu-isu yang diciptakan kumpulan ini yang sekiranya diperhati satu-persatu. Dan ini hanya bentuk sabotaj terhadap Ayah Chik, belum lagi diceritakan sabotaj terhadap PAS secara khusus yang bermula lebih awal dari kronologi ini.

Sumber TKO - 18-2-2018





























PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

Islam memandang kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan Masyarakat Madani. Setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat dan negara.

Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan asas yang kukuh berkaitan bangsa dan agama dengan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan penganut agama lain bebas mengamalkannya tanpa paksaan dalam Islam dan adil untuk semua.

Islam mengajar penganutnya supaya menunaikan amanah dan berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kedatangan Islam disambut oleh penduduk setempat kerana percaya hanya Islam adil untuk semua sehingga mereka sendiri tidak sanggup berada di bawah pemerintah yang zalim dari bangsa sendiri.

PAS yang berpegang dengan dasar Islam telah berjaya memerintah Kelantan (1959- 1979, 1990-kini), Terengganu (1959-1963, 1999-2004) dan Kedah (2008-2013) tanpa diskriminasi kaum, tidak dirobohkan rumah ibadat bukan Islam dan memberi bantuan secara adil kepada mereka sehingga berjaya mewujudkan keharmonian masyarakat walaupun bukan Islam hanya minoriti.
Allah menyatakan dalam Al-Quran:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ النساء.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dan rakyat negara ini. Marilah kita membina Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber BO - 16-2-2018





























Kerajaan teknokrat dan kisah Raja Zulqarnain

ALLAH S.W.T melakarkan di dalam al-Quran pelbagai kisah, prinsip dan hukum yang menjadi dasar kepada cetusan idea penubuhan Kerajaan Teknokrat cetusan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Konsep Kerajaan Teknokrat dibincangkan di dalam kitab kitab para ulamak antaranya Imam Mawardi di dalam Ahkam Sultaniah, yang menjelaskan tentang pembahagian bidang kuasa mengikut kepakaran masyarakat. 
Tulisan ringkas ini hanya ingin mengaitkan konsep ini dengan kisah Raja Iskandar Zulqarnain yang memanfaatkan tenaga kepakaran masyarakat masyarakat setempat di dalam mendirikan tembok keselamatan negara.
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah al-Kahfi: 
Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” 
Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.  
‘Bawalah kepadaku ketul-ketul besi' sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: ‘Tiuplah dengan alat-alat kamu’ sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: ‘Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.’” 
(a) Kepakaran yang Allah berikan kepada Raja Iskandar Zulqarnain ialah penggunaan bahan kimia. Kepakaran ini dimanfaatkan untuk membantu membina keselamatan negara.  
Beliau juga menolak sebarang pembayaran cukai yang ditawarkan kepadanya, dengan menggantikannya dengan tenaga kerja yang besar. 
(b) Berdasarkan ayat ini juga, masalah cukai boleh diselesaikan dengan menyuburkan kepakaran dan tenaga masyarakat setempat. 
Kepakaran orang orang tertentu dalam perniagaan seharusnya digunakan untuk membantu meningkatkan ekonomi negara, bahkan mereka tidak sepatutnya menjadi bebanan negara. 
(c) Sebagai seorang pimpinan, seharusnya memikirkan penyelesaian masalah rakyat dengan solusi yang tuntas.
Bukannya menyelesaikan ketirisan kewangan negara yang dilakukan oleh orang orang tertentu, dengan membebankan rakyat dengan pelbagai cukaian.- HARAKAHDAILY 15/2/2018
Sumber HD - 15-2-2018 




























































Perjuangan PAS Untuk Selamatkan Malaysia

OLeh : KAM

MARANG – Perjuangan politik PAS bukan sekadar untuk menang di negeri Terengganu dan Kelantan sahaja tetapi bagi menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata partinya mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini PAS berusaha untuk bertanding sebanyak 130 kerusi daripada 222 kerusi parlimen negara.

“Maka, kita (PAS) mengambil kira seluruh negeri yang ada di Malaysia, supaya kita mendapat kerusi dengan sebanyak-banyaknya.

“Dalam pilihan raya (PRU14) ini di peringkat pusat kita (PAS) berusaha supaya kita bertanding 130 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

“Jika kerusi kita lebih, kita (PAS) boleh membentuk kerajaan. Kalau kerusi kita sekadar 40 kerusi, tidak ada parti yang boleh membentuk kerajaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan. DAP tak boleh bentuk kerajaan, siapa pun tak boleh bentuk kerajaan.

“Kalau kita (PAS) 40 kerusi, parti lain akan dapat kerusi-kerusi dia. (Dengan) 40 kerusi ini sudah cukup bagi PAS untuk menekan parti-parti lain sama ada menerima Islam atau pun tidak. Bermakna kita (PAS) ada kekuatan dengan 40 kerusi itu,” tegasnya dihadapan ribuan hadirin.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana Sempena Majlis Pelancaran Markaz Besar PAS Dun Bukit Payung di Perkarangan Madrasah Darul Iman (MDI), Kampung Titian Baru, Bukit Payung, Marang, malam tadi.

Dato’ Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam bahawa mendirikan sebuah kerajaan Islam itu merupakan satu kewajipan.

“Hari ini orang kita buat main-main dalam masalah mengundi pilihan raya ini. Ini kerana, mereka tidak tahu bahawa mendirikan kerajaan Islam adalah kewajipan yang besar dalam Islam.

“Payah kepada PAS untuk mengajak orang penyokong perjuangannya. Oleh kerana, kita (Malaysia) lama dijajah banyak (ramai) orang Islam tenggelam dalam kejahilan,” ujarnya.

Justeru, kata Ahli Parlimen Marang, PAS berusaha bagi mempertahankan kerajaan Kelantan dan berusaha menang di beberapa negeri lain.

Menurutnya, jika PAS diberi mandat memerintah pada pilihan raya nanti parti itu akan menunjukkan keadilan Islam kepada orang bukan Islam.

“Kita berusaha untuk mempertahankan kerajaan PAS Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terengganu, menang di Kedah, menang di Perlis dan menang di Selangor. Ini kita akan usahakan.

“Jika kita mendapat kejayaan, Insya’Allah kita (PAS) tunjuk dulu apa dia adilnya Islam dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri,” jelasnya.

Maka, katanya perjuangan PAS dalam pilihan raya ini sangat besar makna bagi mengembalikan semula Islam memerintah dan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Sumber BO - 14-2-2018































Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-4)

































(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha (Siri Ke-4 Dunia Islam Masa Kini) oleh Presiden PAS di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada 11 Februari 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
Kesatuan umat Islam

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu mentaati satu golongan di kalangan ahli kitab, nescaya mereka akan pesongkan kamu setelah kamu beriman kamu menjadi orang-orang yang kafir (yang ingkar akan perintah Allah).”
(Ali-‘Imran: 100)

Hingga beberapa ayat selepasnya. Sebab nuzul, sebab turun ayat-ayat ini berkait dengan kedengkian orang-orang Yahudi Ahli Kitab terhadap kesatuan umat Islam yang dijalinkan oleh iman mereka, dipraktikkan oleh Nabi S.A.W bukan sahaja di antara Muhajirin dan Ansar, termasuk juga di kalangan Aus dan Khazraj dua kabilah besar yang tinggal di Madinah. Sebelum Islam, mereka berperang di antara satu sama lain. Islam telah berjaya menyatukan mereka.

Orang-orang Yahudi yang dibenarkan tinggal di Madinah dimasukkan dalam Sahifah Madinah ataupun piagam Madinah, kontrak sosial yang pertama yang dilakukan dalam dunia politik.

Islam menerima masyarakat majmuk, sebagai satu pendekatan mengadakan hubungan dengan pihak lain bagi menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Namun orang-orang Yahudi walaupun mereka tahu benarnya Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul, tetapi fanatik perkauman, fanatik agama Yahudi, yang ada dalam diri mereka menjadikan mereka penentang-penentang Islam. Yang disebut:
الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
“Golongan yang dimurkai oleh Allah S.W.T”
(al-Fatihah: 7)

Mereka merancang secara terbuka dan senyap-senyap untuk merosakkan umat Islam dan merosakkan agama Islam. Di zaman awal mereka melagakan di antara Aus dan Khazraj dengan membaca syair ataupun sajak-sajak yang membanggakan pahlawan masing-masing.
Bila semangat tinggi, menyebabkan masing-masing keras kaum masing-masinglah yang lebih kuat daripada yang lain. Akhirnya hampir mencetuskan pertempuran seperti berlaku di zaman jahiliyah.

Allah menurunkan ayat ini bila dibaca oleh Nabi s.a.w iman yang ada dalam hati mereka menginsafkan mereka, tak jadi berperang, mereka bersatu, bersaudara balik dengan kukuh dan kuat. Quran adalah mukjizat ilmu sehingga hari kiamat. Petunjuknya tidak habis dengan wafatnya Nabi S.A.W, berlangsung sehingga hari ini.

Sumber HD - 13-2-2018

eH: Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-4)

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata: 
"Dalam hal ini kita orang Islam mesti peka dan memahami betapa tanggungjawab kita untuk mempertahankan Islam yang diwajibkan oleh Allah S.W.T dan apa yang berlaku adalah senario yang diatur oleh Allah Taala yang menjadikan berlakunya pasang surut dalam kehidupan umat Islam. 
“Dan perlu disedari bahawa umat Islam jangan sekali-kali meninggalkan Islam sama ada di masa pasang ataupun surut, hanya Islam yang menyelamatkan kita sama ada Islam dalam keadaan kuat dalam keadaan yang lemah, Islam tetap menyelamatkan kita. Dan kita menyaksikan bagaimana setelah kejatuhan Uthmaniyah tanah air umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah mengikut sempadan negeri yang dilakar oleh mereka dan mengikut kaum. 
“Namun agama Islam tidak boleh dimatikan cahayanya. Ini dipelihara oleh Allah dan dijamin. Dan kita melihat sendiri bagaimana Islam terpelihara. Oleh kerana itu yakinlah kita bahawa Islam menyelamatkan kita daripada dunia sehingga hari akhirat. Kita mengharapkan umat Islam peka dalam masalah ini. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin dunia Islam juga sedar dalam menangani masalah ini walaupun mereka sudah lama meninggalkan Islam, tetapi kecintaan kepada Islam masih tetap ada dalam hati masing-masing.
“Tanggungjawab kita ialah menyatukan umat Islam, memelihara umat Islam, dan menjaga mereka dulu, ini yang pertama. Yang kedua usaha supaya mereka kembali kepada ajaran Islam pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Itu sahaja menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat. Dan akhirnya kita yakin dan percaya Islam akan kembali semula menguasai dunia kerana di sana banyak ayat-ayat dan Hadis-hadis yang menyatakan bahawa Islam akan menang, masa depan masih ada lagi kepada umat Islam.
“Apa yang berlaku hanyalah laksana anak yang hendak dilahirkan dari perut ibunya, menjadikan ibu mengeluarkan darah dalam kesakitan. Kesakitan yang melahirkan anak, kesakitan yang melahirkan semula kemenangan Islam. Yang kita yakin dijanji oleh Nabi S.A.W." 
Ikuti teks transkrip penuh dari Kuliah Dhuha (Dunia Islam Masa Kini Siri Ke-4) beliau di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada 11 Februari 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah).
Sumber HD -13-2-2018 


Abdul Hadi : Hakikatnya DAP Yang Berkuasa Di Sebalik Nama Tun Mahathir
Posted on Friday, February 09 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38164



KUALA LUMPUR – “Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir”

Demikian pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung struktur kepimpinan Pakatan Harapan ketika ini.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam satu wawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi turut meminta masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP.

Menurut beliau, DAP mengancam hubungan kaum di negara ini kerana bersifat rasis dan tidak menghormati hak orang Islam.

“Parti-parti Cina saling bersaing mendapatkan undi Cina. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam walaupun berulang kali diberi penjelasan.

“Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu menerangkan, Pakatan Harapan sibuk menyerang PAS kerana gagal menundukkan PAS.

Menurut beliau, Pakatan Harapan menyerang PAS kerana hanya PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Mahathir dan DAP.

“Kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi.

“Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-2-2018




































































Dua Kalimah Syahadah Menyelamatkan Seorang Hamba Dari Masuk Neraka

Dari Abdullah bin Amar ra.ada dua Abdullah bin umar dan Abdullah bin Amar, kedua-duanya sahabat nabi SAW termasuk dikalangan sahabat.

Abdullah bin Amar bin AS umar katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, sesungguhnya Allah telah memberi keistimewaan menyelamatkan seorang daripada umatku di tengah khalayak yang ramai pada hari kiamat.

Allah Ta’ala nabi menceritakan Allah Taala memberitahu bagaimana seorang kalangan umat aku diselamatkan pada hari kiamat.

Berlakulah dibentangkan amalannya dengan 99 gulung suratan amal. Tiap-tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang. Ada 99 kertas, tiap-tiap satu kertas tu sayup mata memandang.

Kemudian tuhan berfirman kepadanya adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada dalam suratan ini. Mu nak nafi ke benda yang ada ni. Ni amal yang jahat. Semua jahat belaka, 99 suratan amal tiap-tiap satu sayup mata memandang penuh dengan amal jahat tiada amal baik.

Tuhan tanya mung nak nafi lagi. Adakah penulis-penulisKu yang aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimimu. Adakah malaikat zalim terhadapmu. Malaikat catit tak betul. Tuhan kata, malaikat buat tak betul tulis tak betul.

Orang itu menjawab tidak wahai tuhanKu tidak betul ini amal saya sungguh jahat saya ni jahat sungguh.

Tuhan berfirman kepadanya kalau demikian maka adakah engkau mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk melepaskan diri. Tuhan tanya ada tak hujah mu boleh lepas diri. Dari amal jahat ini. Ada ke tidak.

Ia menjawab, tidak ada juga wahai tuhanku tiada memang semua amal jahat ini dia buat tuhan. Tidak ada hujah lagi.

Tuhan berfirman ia ada tuhan kata ada sebenarnya engkau mempunyai satu kebaikan yang tersimpan pada kami. Ada satu kebaikan yang ada padamu yang aku simpan tuhan kata dan sebenarnya engkau tidak menanggung sebarang kezaliman pada hari ini.

Engkau tidak akan dizalimi pada hari ini lalu dikeluarkan untuknya sehelai kertas kecil yang bertulis padanya ‘asy hadu ana ilahaillaallah wa asyhadu anna muhammadan abdu wa rasulullah’. Itu sahaja di atas dunia dia Islam dia mengaku tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah Muhammad adalah Rasulullah dan hambaNya. Itu sahaja yang ada pada dia.

Sembahyang tiada …puasa tiada…. haji tiada…. Penuh dengan amal yang jahat… maka tuhan berfirman kepadanya pergilah hadir melihat timbangan amalmu pergi bawa surat timbang amalmu.
Tuhan kata lalu ia berkata, Ya tuhanku apakah nilaian kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amal aku yang bergulung-gulung itu. Nak buat apa wahai tuhan… Nak buat macam mana wahai tuhan kertas kecil ini nak timbang tak jadi apa.

Dengan amal-amal yang jahat yang banyak saya buat itu wahai tuhan maka tuhan berfirman kepadanya walau bagaimanapun sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi tuhan kata… Engkau tidak akan dizalimi pada hari ini.

Nabi SAW bersabda kemudian suratan amal yang bergulung-gulung itu diletak pada sebelah daun neraca, diletakkan 99 amal tiap-tiap satu sayup mata memandang.

Pada sebelah daun neraca tadi dan kertas kecilnya diletakkan pada neraca yang sebelah lagi kalimah syahadah diucap diletak pada sebelah lagi lalu suratan amal buruk terangkat ringan dan kertas yang secebis berat itu menurun kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh menjadi berat berbanding apa yang mengandungi nama Allah.

Kerana sebab itu dia selamat Allah kerana sebab dua kalimah syahadah.

Disini kita disuruh supaya memelihara dua kalimah syahadah jangan buat perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah.

Banyak kalangan kita hanya belajar yang membatalkan sembahyang… yang membatalkan haji … yang membatalkan puasa. Hak itu kita jaga sangat. Tetapi yang membatalkan dua kalimah syahadah kebanyakan tidak belajar tidak tahu kala dan tak tahu apa.

Membatalkan dua kalimah syahadah ialah perkara yang membatalkan iman seseorang. Bila dia tidak percaya pada Allah Taala dan tak percaya pada mana-mana sifat Allah taala serta tidak percaya mana-mana ayat Allah Taala.

Firman Allah, hukum Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW sama ada hukum yang wajib yang sunat yang haram yang harus yang makruh, kalau dia tak percaya salah satu daripadanya maka batallah dua kalimah syahadahnya. Tak jadi apa.

Dua kalimah syahadah dia tak di terima pada hari kiamat dengan syarat dia buat perkara membatal dua kalimah syahadah itu dengan tahunya dengan pengetahuannya dengan mengertinya sahaja nak cabar islam… nak cabar Allah.. nak cabar nabi Muhamad SAW.

Ada pula orang yang jahil sungguh-sungguh dia jahil sungguh-sungguh dia bebal sungguh-sungguh dia bodoh sungguh-sungguh dia tak tahu dimaafkan oleh Allah SAW .

Kita menyaksikan bagaimana ada orang-orang yang kadang-kadang ia menghina hukum Islam .. dia mencela hukum Islam bila kita cakap mung kafir dia melenting marah dia.. marah dia menandakan kejahilan menandakan kebebalannya menandakan tak tahunya tapi ada orang ikut pandai aku lah nak jadi kafir. Dia jawab gitu. Aku memang nak jadi kafir.. macam mana pun aku tak percaya. Hak ini punoh.

Punoh ranah hak yang macam ini. hak tak punoh kerana kejahilan dan kebebalannya.

Orang yang masih ada imannya melakukan perkara yang membatalkan kerana jahilnya mungkin ada harapan diampun dan dimaafkan oleh Allah SWT.

Dua kalimah syahadah ini hendaklah dipelihara oleh tiap-tiap orang Islam. Kena jaga betul-betul jangan buat perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah samaada dengan ucapan dengan perbuatan ataupun dengan iktikad dalam hati.

Ucapan dan perbuatan orang boleh nampak kalau dia bercakap ataupun dia buat. Buat seperti menyembah berhala, menyembah salib menyembah makhluk yang lain daripada Allah itu perbuatan. Dia buat dia tahu maka batal dua kalimah syahadah.

Begitu juga kalau dia bercakap perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah hendaklah dibuktikan. Kalau negara-negara Islam maka di bawah hadapan hakim dan hakim kena siasat dia kata begitu kerana jahil atau kerana dia memang sungguh.

Kalau kena sungguh dijatuhkan hukuman murtad. Kalau kerana jahil suruh dia bertaubat pada Allah Taala balik ke pangkal jalan. Itu caranya keran dua kalimah syahadah ini sangat penting bagi seseorang pada hari kiamat kelak.

(Sedutan kuliah Presiden PAS, Jumaat 9 Februari, 2018

Sumber BO - 10-2-2018


Nik Aziz Kurang Senang Dengan Pakatan Masa Hidup
Posted on Friday, February 09 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38163



KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan hubungan PAS dengan pakatan pembangkang yang diketuai DAP menjadi teruk sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Beliau sebaliknya menjelaskan, sebelum Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia, Mursyidul Am PAS itu telah menghidu sikap DAP dan banyak kali berbincang mengenai perkara itu dengannya tanpa pengetahuan orang lain.

“Bahkan sikapnya (Nik Abdul Aziz) konsisten bahawa DAP dan Pakatan Rakyat ketika itu jangan melanggar sempadan sehingga mengacau prinsip perjuangan parti masing-masing.

“Sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz sendiri sudah menyatakan tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang makin terbuka menunjukkan perkara-perkara yang negatif terhadap hubungan agama dan kaum,” katanya dalam satu wawancara bersama sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata, selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz, DAP semakin lantang menentang perjuangan Islam PAS dengan bantuan beberapa pimpinan PAS untuk melakukan kekacauan keatas PAS.

Beliau menjelaskan, pimpinan PAS yang kini telah meninggalkan parti itu pada waktu itu menjadi broker kepada Pakatan Rakyat untuk memaksa PAS menurut cakap mereka.

“Tapi PAS ada prinsip dan PAS masih kekal hingga hari ini kerana Islam yang menjadi dasarnya di samping bersikap terbuka dan fleksibel dari sudut pendekatan.

“Kepimpinan PAS sekarang mewarisi perjuangan kepimpinan terdahulu khususnya Tuan Guru Nik Aziz yang meninggal di dalam PAS dan tidak pernah pun keluar PAS dan konsisten bercakap tentang Islam di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, beliau memohon rakyat bukan Islam tidak berasa bimbang dengan usaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355.

“Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi sahaja hilang kewarasan apabila mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak pindaan Akta 355 ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-2-2018

PAS dan masyarakat Cina

BERIKUT adalah temubual Tuan Guru Presiden PAS bersama wartawan China Press yang disiarkan pada 8 Februari 2018.  
China Press: Menjelang PRU 14, adakah pengundi Cina penting untuk PAS? ada sebarang strategi untuk meyakinkan masyarakat Cina? Apa persepsi salah dengan PAS?

Presiden PAS: Masyarakat Cina tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat majmuk. PAS menganggap wajib diberi perhatian dan PAS berpegang konsep Islam adalah adil untuk semua.  PAS membawa pendekatan ta’awun iaitu bekerjasama dalam perkara baik dan tidak bekerjasama dalam perkara keburukan. Kerjasama bukan bermakna bergabung. Bila PAS kerjasama dengan Umno seperti contoh dalam isu Palestin, Rohingya dan RUU 355, maka tidak bermakna PAS bergabung atau masuk Umno. Maka PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang dengan syarat menghormati Islam sebagai agama persekutuan, tidak menghalang atau menentang pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh, serta menghormati hubungan antara kaum dengan memberi hak mengikut perlembagaan, iaitu Islam adalah agama persekutuan, dalam masa yang sama hak kebebasan yang adil kepada agama lain dan penganutnya.

Terkini, PAS ada cabang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam kalangan bukan Islam, mereka akan menjadi calon PAS di kerusi-kerusi terpilih. PAS juga membentuk Gagasan Sejahtera, di dalamnya ada Parti Ikatan dan Parti Cinta Malaysia, dalamnya ada orang bukan Islam bekerjasama dengan PAS. Mereka bukan Islam tapi menghormati hak orang Islam dan agama-agama lain yang dijamin dalam perlembagaan. Ini berbeza dengan sikap DAP apabila PAS memutuskan hubungan kerjasama politik kerana DAP bersikap menghalang dan menentang usaha PAS untuk meninggikan Mahkamah Syariah dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam yang hanya diperuntukkan khusus untuk orang Islam sahaja. DAP dan rakan-rakannya mengambil satu sikap yang salah melanggar konsep perlembagaan kerana menyentuh hak-hak orang Islam yang tidak ada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

Dari sudut politik Islam dan sejarahnya, ketua negara hendaklah dilantik dari kaum majoriti yang berpengaruh, maka dalam konteks Malaysia adalah penganut Islam dan Bumiputera Melayu yang beriman dan budiman bermatlamatkan melaksanakan Islam secara menyeluruh yang adil untuk semua. Adapun Menteri Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilantik dari penganut Islam atau bukan Islam mengikut bidang kuasa tertentu yang dibenarkan.

Oleh demikian, PAS mengharapkan undi kaum Cina dan undi bukan Islam yang lain untuk mengundi PAS dan Gagasan Sejahtera dengan jaminan keadilan dan kemakmuran serta hak masyarakat majmuk tidak dipinggirkan sebagaimana PAS telah berjaya membuktikan melalui pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, Kerajaan Terengganu 1999-2004 dan Kerajaan Kedah 2008-2013 yang dinobatkan kerajaan paling bersih tanpa rasuah dan diskriminasi kaum. Ketika krisis perkauman 13 Mei 1969, negeri kubu PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak berlaku kerana pada waktu itu pimpinan PAS menjaga dan memberi jaminan keselamatan kepada orang bukan Islam.

China Press: Salah satu pandangan dari masyarakat Cina merasakan PAS akan bekerjasama dengan Umno, adakah persepsi ini tak betul?

Presiden PAS: Kita perlu membezakan di antara bekerjasama dengan Umno dan masuk Umno. Ini beza. Sepertimana saya sebutkan tadi, kerjasama PAS dengan Umno bukan bermaksud PAS masuk Umno. PAS boleh kerjasama dengan sesiapa sahaja di luar gabungan atau pakatan. Kerana PAS mengamalkan konsep ta’awun (kerjasama dalam perkara kebaikan dan kebajikan, bukan kerjasama dalam perkara buruk dan kejahatan). PAS sudah ada Gagasan Sejahtera dan PAS akan melawan BN termasuk Umno dan PH dalam PRU 14.

China Press: Adakah kerana DAP menyebabkan masyarakat Cina salah faham dengan PAS, dan rasa PAS merupakan satu parti yang agresif?
Presiden PAS: Masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP kerana mengancam hubungan kaum di negara ini. Banyak faktor yang mempengaruhi salah faham masyarakat Cina terhadap PAS terutamanya kefahaman tentang Islam itu sendiri.  
Pertama, parti-parti Cina saling bersaing untuk mendapatkan undi Cina sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan bersifat rasis, tidak menghormati hak orang Islam dan bukan Islam dalam masyarakat majmuk yang dijamin dalam perlembagaan. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam dan syariatnya walaupun sudah berulang kali diberi penjelasan. Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran.

Jika mereka mendakwa PAS memperjuangkan hudud (undang jenayah Islam) kerana politik, kita juga boleh mendakwa mereka menentang hudud juga kerana politik dan bersaing untuk meraih undi bukan Islam, sedangkan hakikatnya PAS memperjuangkannya kerana hudud adalah salah satu daripada ajaran Islam yang sejak sekian lama seawal penubuhan PAS hingga kini tidak berhenti bercakap soal ini dan PAS bersikap telus dan terbuka mengisytiharkannya kepada rakyat tanpa berselindung kerana menghormati semangat demokrasi yang diamalkan termasuk ketika PAS bersama DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR)

Saya bimbang jikalau ada NGO-NGO yang menyokong dan memberi dana kepada mereka. Saya pernah dijemput oleh sebuah NGO untuk memberi penerangan tentang RUU 355 tapi tidak dibenarkan sesi soal jawab dan dialog bersama saya dan masa juga disingkatkan. Kenapa begitu takut? PAS mengambil pendekatan terbuka dan bersedia berdialog dengan mana-mana parti, NGO atau individu daripada masyarakat Cina mahupun kaum lain.

Seterusnya saya lihat media juga mainkan peranan mencetuskan isu sampingan atau terpencil untuk dijadikan bahan menaikkan sentimen perkauman yang boleh diselesaikan dengan cara harmoni dan bijaksana. Oleh sebab itu, PAS menerima Malaysia sebuah masyarakat majmuk dengan meraikan kehadiran kaum Cina dan India yang dibawa penjajah, menunjukkan masyarakat Islam terbuka dan berlapang dada.
Namun saya ingatkan jangan diambil kesempatan atas kemurahan kami, sebaiknya kita hidup berkonsepkan masyarakat majmuk yang Madani, saling membantu untuk membangunkan negara yang aman dan sejahtera. Orang Melayu ada kepakarannya, orang Cina pun ada, orang India dan lain-lain kaum pun ada. Maka semua kaum saling bertukar dan berkongsi kepakaran kerana mustahil dapat hidup keseorangan.

China Press: Apakah pandangan terhadap Pakatan Harapan yang sekarang diketuai oleh bekas PM? Apakah perasan yang Tun M selalu serang PAS? Adakah kerana rasa PAS akan mengancam mereka?

Presiden PAS: Mereka serang kerana mereka gagal tundukkan PAS. Hanya PAS yang tidak terpengaruh dengan perangkap Tun Mahathir dan DAP yang mahu menghapuskan PAS di persada politik, kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi. Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering kali memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum yang tidak dibenarkan oleh Islam. Walaupun Pengerusi PH adalah Tun Mahathir tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir.

China Press: Selepas Tuan Guru Nik Aziz meninggal, memandangkan hubungan PAS dengan Pakatan Harapan semakin teruk? Kenapa?

Presiden PAS :Sebelum Tuan Guru Nik Aziz meninggal, beliau sudah menghidu sikap DAP dan banyak kali berbincang dengan saya yang tidak diketahui oleh orang ramai. Bahkan sikapnya konsisten bahawa DAP dan Pakatan Rakyat ketika itu jangan melanggari sempadan sehingga mengacau prinsip perjuangan parti masing-masing. Sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz sendiri sudah menyatakan tidak senang dengan sikap DAP dan Pakatan Rakyat yang makin terbuka menunjukkan perkara-perkara yang negatif terhadap hubungan agama dan kaum.

Selepas ketiadaan Tuan Guru, DAP semakin lantang dan mendapat sokongan bekas pimpinan PAS yang ketika berada dalam PAS sudah buat kacau dan menjadi broker kepada rakan Pakatan untuk memaksa PAS menurut cakap mereka. Tapi PAS ada prinsip dan PAS masih kekal hingga hari ini kerana Islam yang menjadi dasarnya, di samping bersikap terbuka dan fleksibel dari sudut pendekatan. Kepimpinan PAS sekarang mewarisi perjuangan kepimpinan terdahulu khususnya Tuan Guru Nik Aziz yang meninggal di dalam PAS dan beliau tidak pernah pun keluar PAS dan konsisten bercakap tentang Islam di Parlimen mewakili PAS walaupun keseorangan diri. Ahli PAS diajar pemimpin boleh datang dan pergi, tapi bahtera Islam yang diperjuangkan terus berlayar walaupun dilanda ombak besar.

China Press: Akhirnya, berkenaan Akta 355, macam mana nak yakinkan Akta tersebut tidak akan pengaruhi masyarakat bukan Islam?

Presiden PAS: Pertama, Perlembagaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa Akta 355 adalah untuk orang Islam sahaja dan tidak terpakai ke atas golongan bukan Islam sebagaimana dalam Akta asal yang diluluskan sejak tahun 1965. Sepanjang tempoh 53 tahun ini, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-negeri di bawah Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini.

Saya merasa harian mengapa masyarakat Cina boleh terpengaruh dengan Undang-undang Barat walaupun undang-undang itu mengalami kelemahan-kelemahan yang banyak seperti hukuman mati dan gantung yang lebih kejam daripada Qisas dan Hudud, hak pengampunan yang tidak ada pada keluarga dan mangsa kezaliman. Tetapi mereka tidak mahu mengkaji kebaikan yang ada dalam Undang-undang Islam.

Kedua, bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad setakat kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Malah Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas bukan Islam. Hatta jika berlaku persetubuhan antara Islam dan bukan Islam, hanya yang Islam sahaja yang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam tidak boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Bahkan dia juga tidak boleh dituduh di Mahkamah Sivil atas tuduhan membantu orang lain melakukan kesalahan.

Dalam kes yang lain pula, jika orang Islam merogol bukan Islam, siasatan dan pendakwaan bagi kes itu hanya boleh dilakukan oleh polis di bawah kesalahan Kanun Keseksaan. Dan Syariat Islam boleh menghukum orang Islam yang merogol orang bukan Islam dengan hukuman yang lebih adil dan keras daripada undang-undang sivil.

Ketiga, selain jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak bukan Islam, hukum Islam daripada nas al-Quran dan Hadis juga memberi jaminan hak perlindungan dan hak memilih tanpa paksaan kepada bukan Islam sebagaimana disebut dalam Al-Quran:
 فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ
[المائدة: 42]
Jika sekiranya orang bukan Islam datang kepada kamu, kamu boleh bawa mereka ke Mahkamah Islam dan kamu boleh biarkan mereka sendiri dengan mahkamah mereka 
(al-Maidah: 42)
Ia mengikut pilihan masyarakat bukan Islam itu sendiri. Maknanya bukan Perlembagaan Persekutuan sahaja tetapi al-Quran sendiri menyatakan demikian.

Keempat, pindaan Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri, membunuh dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan dan bidang kuasa Mahkamah Sivil. Jadi pindaan RUU 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam Enakmen Jenayah Negeri-Negeri.

Kelima, walaupun kewujudan masyarakat majmuk di negara kita adalah ciptaan penjajah bagi menjayakan agenda pecah dan perintah, namun al-Quran lebih mendahului petunjuk bermasyarakat majmuk dengan adil dan bersaudara di atas konsep kemanusiaan sejagat. Kita diwajibkan berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama. Dalam masa yang sama, Islam memerintah penganutnya supaya berdialog dengan cara terbaik.

Oleh hal yang demikian, kita memohon seluruh rakyat bukan beragama Islam tidak perlu berasa bimbang akan implikasi cadangan pindaan ini kerana tiada seorang warga bukan Islam yang akan disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah di bahawa Akta 355 ini.

Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi sahaja hilang kewarasan apabila mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak pindaan Akta 355 ini. - HARAKAHDAILY 8/2/2018
Sumber HD - 8-2-2018 

Hadi mengharap Khalid bersama PAS
Posted on Wednesday, February 07 @ 13:38:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38135


Tanpa berkias Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai tokoh yang sangat dihormati, berpengalaman dan mendapat sokongan penuh daripada PAS.


Katanya kesanggupan bekas menteri besar Selangor itu membantu PAS memang sangat dihargai.
"Kita (PAS) sangat menghormati Khalid kerana ketokohan beliau semasa menjadi menteri besar.
"Beliau seorang menteri besar yang bersih. Kita hormati ketokohan beliau dan kesanggupan beliau bersama membantu PAS disanjung tinggi," katanya.

Abdul Hadi ditemui Malaysiakini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur kelmarin.

Khalid adalah menteri besar pertama di Selangor yang bukan mewakili BN. Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai tokoh korporat dilantik ke jawatan itu apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Dewan Undagan Negeri Selangor pada 2008.

Asal bukan Azmin
Bagaimanapun berlaku gerakan menggantikan Khalid dengan PKR cuba menempatkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun cubaan itu gagal dan ketika krisis berlangsung PAS kemudian berpihak kepada Khalid. Sejak itu hubungan kedua-dua pihak menjadi semakin akrab.

Khalid kini menjadi wakil rakyat bebas - bagi kawasan DUN Pelabuhan Kelang dan parlimen Bandar Tun Razak - selepas dipecat PKR.
Dengan kedudukannya itu Khalid baru-baru ini menyatakan kesanggupannya membantu PAS. Pada masa sama untuk rekod bekas setiausaha agung PKR itu juga pernah mengikrarkan kesanggupan sama kepada Umno Selangor.

Pendirian yang dilihat bercanggah itu - kerana status PAS dan Umno yang berada pada sisi berbeza - mendorong Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali meminta Khalid menjelaskan siapa sebenarnya yang akan dibantu.

Menjawab kenyataan Azmin itu Khalid berkata beliau berhak untuk memberi sokongan kepada sesiapa saja yang dirasakan perlu, kecuali Azmin.

Kata Khalid wakil rakyat Bukit Antarabangsa itu "akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 bilion" dalam isu penyusunan semula industri air Selangor.

Cakap bebas, kerjasama masing-masing
Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menyatakan keterbukaan mereka menawarkan kerusi kepada Khalid walaupun sebelum menjadi anggota parti itu.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan exco kanan Selangor, Datuk Iskandar A Samad mendakwa media tersalah tafsir semasa memetik kenyataan Sallehen.

Kata Abdul Hadi PAS memang berharap Khalid dapat terus bersama parti berkenaan.
Semasa menjadi menteri besar kata Abdul Hadi exco PAS memberikan kerjasama serta sokongan yang penuh kepadanya.

Sementara itu ditanya mengenai pertemuan Abdul Khalid dengan Umno ebelum ini, anggota parlimen Marang itu berkata dalam sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap atau berhubung dengan sesiapa yang dimahukan.

"Dalam negara demokrasi kita boleh bercakap dengan semua orang.

"Bercakap boleh, berhubung boleh (tapi) masalah kerjasama itu hal yang lain dan terpulang kepada masing-masing.

"Tapi apa yang penting sekarang adalah beliau (Khalid) sanggup tolong PAS walaupun bukan ahli PAS," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya kemungkinan Khalid bertanding dalam PRU ke-14 atas tiket PAS, Abdul Hadi menyerahkan isu itu kepada PAS Selangor dan pusat.

"Itu terpulang kepada PAS nnegeri dan pusat, kita mengalu-alukan dan terpulang kepada penerimaan (Khalid).

"Kita harap insya-Allah beliau dapat bersama dengan kita, apatah lagi kita nak memperkenalkan kerajaan teknokrat dan itu sangat penting," katanya.

Sumber TKO - 7-2-2018






































Perbincangan 'Hadanah' (penjagaan anak)

MASALAH ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama sejak zaman dahulu, kerana negara Islam sangat berpengalaman mentadbir masyarakat majmuk. Secara khusus apabila berlakunya perceraian dan masalah hadanah (penjagaan) oleh ibu yang bukan Islam.
Para ulama Mazhab Syafie dan Hanbali dengan tegas mengamalkan konsep berkebajikan dengan mewajibkan pihak Islam hendaklah diberi hak menjaga anak kerana melihat pengawasan Islam terhadap kepentingan anak adalah menyeluruh. 
Bukan sahaja dalam aspek agama dan menyusu anak secara zahirnya, bahkan juga dalam aspek pemakanan yang halal kerana semua makanan yang haram adalah mendatangkan mudarat kepada jasad, roh dan akal kanak-kanak yang dijaga, tanpa menafikan naluri kesayangan ibu terhadap anak secara zahirnya, tetapi tidak ada kawalan terhadap pemakanan yang halal, kerana agama lain tidak mengharamkannya. Di samping itu, aspek akhlak yang berbeza dalam menilai baik dan buruk secara fitrah juga diberi perhatian. 
Islam juga memberi jaminan wajibnya ke atas anak menunaikan kewajipan terhadap ibu bapa yang tidak beragama Islam, walaupun anak itu tetap memilih agama Islam. Hukum ini dinyatakan oleh firman Allah: 
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ١٤ وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ١٥
[لقمان: 14-15]
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kesusahan demi kesusahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka (kedua ibu bapa yang tidak Islam itu) di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)”
(Surah Luqman: 14-15)
Mengikut pembacaan saya, ayat yang disebut secara nas seperti ini tidak ada dalam kitab suci agama yang lain daripada Islam. Oleh itu, tidak boleh ada kebimbangan oleh kalangan bukan Islam terputusnya hubungan keluarga dengan sebab menganut Islam.
Adapun Mazhab Hanafi dan Maliki mengizinkan ibu bukan Islam menjaga anak, tetapi dengan syarat jaminan yang sebenar dapat memelihara kesucian akhlak dan fitrah anaknya serta tidak juga memberi makanan yang haram seperti daging babi, meminum arak dan sebagainya. 
Pandangan ini berdasarkan kepada negara dan masyarakat yang dilaksanakan Islam sepenuhnya sehingga dapat mengawasi anak tersebut dengan menjaga sensitiviti bapa dan masyarakat yang menganut Islam. Masalahnya, adakah aspek ini dapat dijaga dalam masyarakat yang telah meletakkan Islam tidak ada pengawasannya yang sempurna?
Sepatutnya badan kehakiman yang membuat keputusan hendaklah mengambil kira kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, serta bidang kuasa negeri terhadap urusan agama Islam dan peranan Raja-raja yang menjadi Ketua Agama Islam yang menjadi komponen penting dalam negara kita dengan nasihat para Mufti atau Majlis Fatwa masing-masing. Pada masa yang sama, hendaklah menjaga batas hak agama lain yang mensyaratkan menjaga batas keharmonian masyarakat majmuk. 
Kerajaan juga hendaklah berani dan tegas terhadap kalangan yang lebih menjaga kepentingan politik perkauman dan fanatik agamanya untuk pilihan raya tanpa mengambil kira aspek yang lain, sehingga melampau apabila mencabar Ketua Polis Negara yang tidak bertanding dalam pilihan raya, tetapi menunaikan kewajipan menjaga keharmonian. Kalangan yang mencabar juga tanpa peduli kepada kebijaksanaan secara ilmu kemanusiaan dan undang-undang yang menghormati semua pihak.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 20 Jamadil Awal 1439 / 6 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 6/2/2018
Sumber HD - 6-2-2018 

Hadi: Islam tiada kasta, ulama tak suci seperti paderi
Posted on Tuesday, February 06 @ 14:40:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38126

hadi-awang
PETALING JAYA: PAS tidak berhasrat melaksanakan sistem kasta agama di negara ini kerana Islam melarang kasta yang menyaksikan golongan ulama tidak suci dan perlu bertaubat jika melakukan dosa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik portal rasmi PAS, Harakahdaily sebagai berkata, Islam sudah menghapuskan kasta, tidak seperti agama lain yang mengamalkan kasta dengan menganggap paderi suci.

Presiden PAS itu berkata, Islam menentang diktator dan teokrasi yang menjadikan agamawan sebagai pemimpin mutlak, tetapi agama itu mengawasi demokrasi.

“Demokrasi itu hak rakyat. Tapi rakyat jangan dibeli. Rakyat jangan dipengaruhi. Kalau majoriti rakyat yang jahil dipengaruhi, demokrasi dah jadi tak betul. Islam menguasai demokrasi,” katanya dipetik Harakahdaily.

Hadi turut menafikan beliau pernah mencadangkan penubuhan 2 Kabinet yang diasingkan kepada Islam dan bukan Islam, jika PAS berjaya menguasai Putrajaya.

Beliau berkata, apa yang dikatakannya ialah pembahagian tugas yang biasanya berlaku dalam kerajaan.

“Dua kabinet itu tak betul. Bukan 2 kabinet. Pembahagian tugas. Biasalah dalam kerajaan, ada menteri, timbalan menteri, perdana menteri, menteri tugas-tugas Khas.

“Ada menteri yang dia pantau kementerian-kementerian. Itu biasakan pembahagian? Bukan 2 kabinet, itu dia tak faham, tak faham ulasan saya, tak faham.”

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Kabinet yang dimaksudkannya terdiri daripada mereka yang mengamalkan ideologi negara dan sebaliknya.

“Dalam negara moden hanya mereka yang menganut idealogi negara sahaja boleh jadi menteri Kabinet. Kalau Demokrat, semua Demokrat. Republikan, semua Republikan. Barisan Nasional, semua Barisan Nasional.

“Kalau kita kerajaan teknokrat, orang kanan yang lain boleh jadi menteri, dia ada kepakaran.
“Itu kena faham. Bukan makna 2 (Kabinet), itu tak, ulasan itu tak kena.”

Ahad lalu, ada portal berita melaporkan Hadi mencadangkan penubuhan 2 Kabinet, iaitu pemimpin Islam berperanan membuat keputusan mengenai dasar negara, manakala bukan Islam pula bertanggungjawab melaksanakan dasar kerajaan.

Sumber TKO - 6-2-2018









































Hadi: Kritikan idea dwikabinet tak betul
Posted on Tuesday, February 06 @ 11:50:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38124


Presiden PAS menegaskan pihak yang mengkritik cadangan untuk membentuk kabinet berbeza bagi umat Islam dan bukan Islam disifatkan sebagai tidak faham apa yang cuba beliau perkatakan.


Malah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan mengenai kenyataannya berhubung pembentukan kabinet beberapa hari lalu adalah tidak betul.

Video - https://youtu.be/wkotvDEDqqc

Kata Abdul Hadi apa yang diimaksudkannya ialah pembahagian tugas yang biasa dilakukan oleh sesebuah kerajaan.

“Dua kabinet itu tak betul, bukan dua kabinet (tetapi) pembahagian tugas, dan biasalah dalam kerajaan ada perdana menteri, timbalan perdana, menteri tugas-tugas khas, menteri yang memantau kementerian, itu biasa pembahagian, bukan dua kabinet.

“Itu yang dia tak faham, tak faham ulasan saya,” kata Abdul Hadi dalam temu bual bersama Malaysiakini di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, semalam.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas laporan media sebelum ini mengenai kabinet ilham beliau.
The Malaysian Insight kelmarin melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata setiap kaum akan diberi peranan tersendiri dalam pentadbiran PAS jika parti itu berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Beliau dilaporkan berkata PAS bercita-cita menubuhkan dua kabinet berbeza dalam pentadbiran kerajaan.

“Jika PAS memerintah, ia akan terbahagi kepada dua – (satu), kabinet yang buat keputusan tentang dasar negara. Ini perlu terdiri daripada mereka yang memeluk ideologi dan kepercayaan nasional.
“Kabinet itu akan melantik kabinet eksekutif yang akan melaksanakan dasar dan ahlinya boleh terdiri daripada orang bukan Islam, dilantik berdasarkan kepakaran mereka,” Abdul Hadi dipetik sebagai berkata.

Teknokrat dari parlimen, swasta
Kumpulan kedua pula kata laporan itu adalah teknokrat yang akan melaksanakan dasar kerajaan, katanya lagi.

“Teknokrat ini boleh dari parlimen atau sektor swasta,” kata Abdul Hadi.

Anggota parlimen Marang itu mengatakan Islam masih membenarkan orang bukan Islam berada dalam kabinet walaupun Malaysia adalah negara majoriti orang Islam.

Abdul Hadi berucap demikian dalam program dialog bersama NGO India di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tegas Abdul Hadi lagi, perkara yang beliau nyatakan itu juga merupakan hasil tulisan dan kajian para ulama.

“Ulasan itu tidak kena, apa yang disebut itu ialah apa yang ditulis ulama-ulama dalam kitab-kitab Islam.
“Kitab-kitab yang ditulis oleh ulama Islam berkenaan pemerintahan negara yang diciplak oleh orang Itali, di mana orang Barat tidak mengenali demokrasi moden.

“Mereka tahu revolusi England, revolusi Perancis, revolusi Russia, nak ubah kerajaan (tapi) tak tahu pilihan raya sehingga mereka mengkaji sejarah Islam dan baru boleh buat pilihan raya.

“Sistem pemerintahan begitu juga, banyak Islam memberi sumbangan kepada Barat tetapi Barat tak berterima kasih kepada Islam dan mengelirukan orang, termasuklah mereka yang tulis berita ini dia tak baca, dia dengar saja dan sepatutnya dia kena kajilah,” katanya.

Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam menolak cadangan presiden PAS itu untuk membentuk kabinet berbeza untuk umat Islam dan bukan Islam.

Mereka berpendapat cadangan itu 'melanggar perlembagaan' dan bertentangan dengan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Sumber TKO - 6-2-2018


PAS tubuh dua kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam jika menang PRU14
Posted on Monday, February 05 @ 13:12:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38106



SHAH ALAM: Jika PAS berjaya membentuk kerajaan persekutuan, setiap kaum akan diberi peranan tersendiri dalam pentadbiran, demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor The Malaysian Insight.



Presiden PAS itu berkata demikian ketika berucap dalam program dialog bersama NGO India di Kepala Batas, Pulau Pinang, sambil menambah, PAS PAS bercita-cita untuk menubuhkan dua Kabinet berbeza dalam pentadbiran kerajaan.

“Jika PAS memerintah, ia akan terbahagi kepada dua, pertama, Kabinet yang buat keputusan tentang dasar negara. Ini perlu terdiri daripada mereka yang pelbagai ideologi dan kepercayaan.
“Kabinet itu akan melantik Kabinet Eksekutif yang akan melaksanakan dasar dan ahlinya boleh terdiri daripada orang bukan Islam, dilantik berdasarkan kepakaran mereka.

"Kumpulan kedua pula adalah teknokrat yang akan melaksanakan dasar kerajaan," kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi mengatakan Islam masih membenarkan orang bukan Islam berada dalam Kabinet walaupun Malaysia adalah negara majoriti Islam.

“Ini berbeza dengan demokrasi barat di mana jika Demokrat menang pilihan raya, Kabinet dan pegawai kerajaan hanyalah ahli Demokrat. Begitu juga dengan kerajaan parti Konservatif, Republikan atau Buruh.”

Dalam sesi soal jawab, Abdul Hadi mengatakan kaum India tidak akan dipinggirkan daripada Kabinet PAS.

“Orang India adalah kumpulan etnik terbesar selepas orang Cina. Jika kita perintah negara, ia perlu melibatkan kaum lain. Kerajaan tidak boleh terdiri daripada PAS sahaja.

“Ini sangat penting dalam eksekutif. Kita perlu menghormati kepakaran semua kaum," katanya menjawab soalan seorang hadirin yang bertanya sama ada terdapat peranan untuk orang India dalam Kabinet Persekutuan PAS.

Abdul Hadi turut ditanya mengenai sama ada PAS akan melaksanakan hudud. Bagaimanapun AHli Parlimen Marang itu tidak menjawabnya secara langsung sebaliknya hanya menerangkan manfaat daripada hukum jenayah syariah Islam itu.

“Jika ada hudud, ia akan mengikuti apa yang sudah tersedia dalam Perlembagaan Persekutuan atau enakmen negeri. Tetapi orang bukan Islam akan diberikan pilihan sama ada untuk berada bawah hudud atau undang-undang sivil,” kata Hadi.

Katanya lagi, peraturan hudud adalah adil saksama dan rakyat akan memilihnya berbanding undang-undang sivil jika mereka lebih memahaminya.

“Hudud tidak mahu menghukum. Ia mahu mendidik dengan cara mewujudkan ketakutan kepada orang sebelum mereka buat jenayah," katanya.

Sesi dialog itu dihadiri puluhan NGO masyarakat India dan disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook PAS Pulau Pinang.
-sh-


Sumber TKO - 5-2-2018


PAS tawar ramai muka baru kepada pengundi
Posted on Monday, February 05 @ 12:50:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38102


Presiden PAS berkata, parti itu telah memuktamadkan senarai calon yang akan diturunkan untuk bertanding pada plihan raya umum (PRU) ke-14.

Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang lagi, senarai calon yang dikemukakan oleh PAS negeri-negeri juga telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lalu.

Memetik kenyataan Abdul Hadi, Sinar Harian melaporkan anggota parlimen Marang itu membayangkan ada ramai muka baru diberi kepercayaan mewakili PAS nanti.

"Mungkin ramai muka baru sebab (calon) lama dah berusia," katanya.

Abdul Hadi menambah PAS juga akan menurunkan ramai calon wanita serta individu bukan Islam - sesuatu yang pernah dilakukan parti tersebut sebelum ini.

Tidak seperti dua PRU lalu PAS kali ini turun bersama kumpulan Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Parti Cinta Malaysia (PCM), dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA).

Bagaimanapun sebelum ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan jika ada calon dari parti komponen itu mahu bertanding mereka perlu menggunakan lambang PAS.

Pada masa sama pemilihan calon-calon baru itu juga dipercayai ada kaitan dengan kesan krisis dalaman PAS yang menyaksikan sebahagian daripada wakil rakyat mereka menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sementara itu Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan bertanding di 130 buah kerusi parlimen di seluruh negara.

Katanya, PAS akan meletakkan calon di kawasan yang akan ditandingi BN dan HARAPAN.
"Mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan BN dan Pakatan Harapan bertanding," katanya.

Mengenai Gagasan Sejahtera pula, Abdul Hadi memberitahu sehingga kini, PAS mengumpulkan puluhan pertubuhan bukan kerajaan selain IKATAN, BERJASA dan PCM.


Sumber TKO - 5-2-2018


Hadi: Calon PAS banyak muka baru, ada bukan Islam
Posted on Monday, February 05 @ 00:53:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38100



KEPALA BATAS, 4 Feb — PAS sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata senarai nama calon itu, yang dikemukakan PAS  negeri, telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas.
“Mungkin ramai (calon) muka baharu sebab (calon) lama dah berusia. Kami juga akan kemukakan ramai calon muda termasuk wanita dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, PAS memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen.
“...mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bertanding,” katanya.

Abdul Hadi berkata sehingga kini, PAS telah mengumpulkan puluhan badan bukan kerajaan dan tiga parti politik iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) di bawah Gagasan Sejahtera.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi PAS di Pulau Pinang, Abdul Hadi berkata pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan parti itu di kawasan-kawasan tertentu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof yang turut hadir pada program itu, berkata nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man tidak disenaraikan sebagai calon PAS Pulau Pinang pada PRU14.

“Kita merehatkan dia daripada bertanding dalam PRU14. Sudah menjadi amalan kepada kita mana-mana (nama calon) kita angkat kepada Majlis Syura Ulama itulah yang dipilih. Jadi, nama dia kita tak angkatlah sebab kita tak memilih dia untuk bertanding,” katanya semasa ditanya mengenai kedudukan Mohd Salleh dalam parti itu.

Bagaimanapun, katanya, wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang itu masih kekal sebagai anggota PAS.

Mohd Salleh ketika dihubungi berkata beliau akan terus bersama rakyat dan melaksanakan kebajikan mengikut kemampuannya. — Bernama

Sumber TKO - 5-2-2018

Muktamad! PAS tanding lebih 130 parlimen

KEPALA BATAS: PAS muktamad akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen dengan turut mengambil kira kewajaran serta kekuatan sebahagian besar kawasan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.
Malah, PAS akan menampilkan lebih ramai calon muka baru dan muda yang juga terdiri daripada calon bukan Islam dan wanita dari blok ketiga Gagasan Sejahtera, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan puluhan NGO.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata calon-calon tersebut telah mendapat kelulusan melalui Majlis Syura Ulamak pada tiga minggu lalu.
Ujarnya pada sidang media Program Dialog Presiden Bersama NGO India di Hotel Sri Malaysia di sini hari ini, PAS akan tetap bertanding di mana sahaja BN, Umno dan DAP bertanding.
"Kita telah membuat pernilaian sendiri dan sudah tentu kita melihat kelebihan kepada pihak kita sendiri," katanya menjawab soalan media mengenai kelebihan mana-mana parti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti. - HARAKAHDAILY 4/2/2018
(Ikuti banyak lagi perkara diperkatakan beliau sepanjang program di Pulau Pinang yang akan disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat depan)
Sumber HD - 4-2-2018 
















































Bukan angan-angan Mat Jenin

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut:
Kita tegas bersama dengan Islam. Kita bertanding dengan kerusi yang sebanyak-banyaknya. Ada orang kata ini angan-angan Mat Jenin. Saya baca juga cerita Mat Jenin masa sekolah Melayu dulu tahun 50-an 60-an, seorang yang memanjat pokok kelapa bergantung pada pelepah yang reput berangan-angan untuk jual buah kelapa jadi kaya, angan-angan. Tak sedar bergantung dengan pelepah yang kering, jatuh mati.
Kita bukan bergantung dengan pelepah yang kering, PAS bergantung dengan Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan yang kuat.
Hari ini kita mempunyai 195 Kawasan di seluruh negara. Daripada 222 kerusi Parlimen, PAS ada 195 Kawasan di seluruh negara. Kita hanya bertanding mungkin 140 kerusi, sekurang-kurang untuk menang 40 kerusi. Kalau boleh menang 100 kerusi, 140 kerusi. Orang kata mustahil, tak apa, kita letak 40 kerusi. Dengan 40 kerusi dalam perhitungan politik, kita menjadi King Maker. Menjadi kunci yang mempengaruhi pemerintahan negara dengan 40 kerusi. Tak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan. Bila PAS ada 40 kerusi orang lain mesti dengar cakap PAS, mesti dengar syarat-syarat PAS. Orang lain itu siapa? Tunggu pilihan raya. Sekarang kita tak mahu dengar.
Sekarang orang boleh cakap janji pilihan raya. Lepas pilihan raya kita akan dengar mereka terima tawaran kita ataupun tidak.
Nantikan teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Himpunan Perak Istiqamah (HIMMAH 12K), 3 Januari di  Padang Bandar Meru Raya, Ipoh yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 4/2/2018
Sumber HD - 4-2-2018 

















































PAS sokong mahkamah syariah bawah perlembagaan negeri
Posted on Sunday, February 04 @ 15:30:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38090



IPOH: PAS menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cadangan itu dilihat rasional memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia juga mampu mengangkat taraf mahkamah syariah setanding mahkamah sivil.

“Saya sokong cadangan mufti itu perlu dilaksanakan dan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa kerana mengikut Perlembagaan, Islam adalah agama persekutuan, dalam masa yang sama kebebasan agama lain turut dijamin.

“Mendirikan hukum syariat juga adalah menegakkan keadilan untuk semua. Sebab itu tak perlu bimbang tentang diskriminasi terhadap kaum lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wisma Purnama PAS Kawasan Gopeng hari ini.

Pada 1 Februari lalu, cadangan berhubung pindaan itu dikemukakan oleh Harussani susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama 3 anak guru tadika M Indira Ghandi kepada Islam oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Mufti Perak itu berkata peruntukan mahkamah syariah perlu diluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja.
“Pindaan itu berupaya mengangkat mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil. Mahkamah syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekali gus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan.

Sumber TKO - 4-2-2018

Pemilihan Calon bergantung strategi dan yang dipilih atau tidak bergantung ketentuan Allah
Posted on Sunday, February 04 @ 15:19:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38088


Salah seorang anggota Majlis Syura Ulama PAS hari ini dilapor memberi ingatan kepada wakil-wakil rakyat parti itu agak tidak melakukan sabotaj kepada parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Menurut Datuk Dr Johari Mat wakil rakyat PAS yang tidak terpilih semula untuk bertanding perlu berlapang dada dan menerima keputusan parti seadanya.

“Kita hendaklah menerima seadanya jika nama kita digugurkan dan tidak lagi diangkat untuk bertanding pada PRU14. Ini sudah ketentuan ALLAH SWT," katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.

Malah kata Johari individu baru yang dipilih sebagai calon nanti bukanlah orang lain, sebaliknya sahabat wakil-wakil rakyat itu sendiri dan bertanding untuk PAS.

Bekas anggota Dewan Negara itu berkata demikian bagi mengulas maklumat tular mengenai senarai nama calon yang kononnya bakal mewakili PAS dalam PRU ke-14 nanti.

Mandat parlimen ke-13 akan berakhir pada minggu ketiga Jun ini dan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Bagaimanapun sesetengah pihak menjangkakan PRU ke-14 akan diadakan pada Julai ini.

Cuma hangatkan keadaan
Untuk rekod amaran atau nasihat kepada wakil-wakil rakyat yang digugurkan sebelum ini biasanya dibuat oleh pemimpin Umno.

Lazimnya tokoh yang digantikan enggan bekerjasama dengan parti atau memberi sokongan kepada calon baru yang menggantikan mereka.

PAS mentadbir Kelantan sejak 1990 dengan mengetepikan BN melalui kerjasama dengan Parti Semangat 46.

Untuk PRU kali ini PAS memilih untuk bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia membentuk Gagasan Sejahtera. Selain BN mereka berdepan dengan cabaran Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Johari berkata PAS membuat pemilihan secara berjemaah dalam Majlis Syura Ulama .

Tokoh yang terpilih itu, kata Johari, sebenarnya adalah yang terbaik dan pada masa sama PAS tidak menganiaya mana-mana pihak.

Selain itu katanya, jika senarai nama calon yang tular sejak beberapa hari lalu itu benar, sangat tidak manis apabila "ahli keluarga PAS" sendiri membalas dendam terhadap parti terbabit.

Johari turut menyifatkan senarai yang tular itu hanyalah untuk menghangatkan suasana menjelangnya PRU ke-14, selain usaha mengucar-ngacirkan ketenangan PAS di Kelantan.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan PAS memang bercadang membawa beberapa tokoh luar untuk dijadikan calon di Kelantan pada PRU ke-14 nanti.

Antaranya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Kubang Kerian. Ia adalah salah satu kerusi yang dianggap paling selamat buat PAS selain Pengkalan Chepa.

Mengulas lanjut kemungkinan itu, Johari berkata perkara tersebut mungkin untuk mengukuhkan PAS di Kelantan.

Johari bagaimanapun menolak andaian PAS Kelantan ketandusan calon apabila dilihat berminat meletakkan individu luar bertanding di negeri ini.

Sumber TKO - 4-2-2018

Kempen Undi Rosak: Musuh Islam Dan Musuh Negara


Politik disebut dalam ilmu syariat dengan perkataan Khilafah, Siyasah, Imamah atau Mulk, semuanya perkataan sinonim dan menjadi sebahagian daripada Islam sebagai Al-Din yang sangat berbeza dengan takrif perkataan agama dalam bahasa yang lain, kerana Islam adalah petunjuk Allah yang sempurna kepada alam ciptaan-Nya termasuk makhluk manusia. Ini menjadikan Islam lebih luas daripada agama dan ideologi, dan ditegaskan bahawa politik menjadi sebahagian daripada tujuan manusia diciptakan.
Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ [البقرة: 30]

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.” (Surah Al-Baqarah: 30)

Khalifah itu ialah menegakkan Islam dan mentadbir urusan politik dengan Islam. Maka semua para Rasul A.S yang berdakwah menyatakan Islam yang sempurna, termasuk juga dalam urusan politik. Kesemua mereka memimpin umat supaya beribadah kepada Allah dan menghadapi ketua negara dan Al-Malaa (para pemimpin dan pemerintah) yang terpesong daripada petunjuk Allah.

Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah bagi menegakkan negara yang mendaulatkan Islam. Apabila berlaku kewafatan Baginda S.A.W setelah Al-Quran disempurnakan, maka para sahabat R.A dan pengikutnya yang setia berhimpun, sehingga sebahagian besarnya tidak menyertai upacara pengebumian Baginda S.A.W. Mereka mengemukakan tiga calon, akhirnya dipilih Saidina Abu Bakar R.A. iaitu calon paling layak yang berilmu dan berakhlak daripada Qabilah Quraisy, kaum yang mendominasi masyarakat majmuk pada zamannya.

Kehadiran mereka dalam perhimpunan memilih khalifah itu adalah pilihan raya umum yang kewajipannya sehingga lebih penting daripada pengebumian jasad Rasulullah S.A.W yang sangat mulia. Para ulama tafsir, hadis dan feqh menegaskan bahawa perkara ini menjadi wajib berdasarkan nas Al-Quran, Hadis Mutawatir, Ijma’ ulama, para sahabat dan tabien.

Pada awalnya ilmu politik Islam menjadi sebahagian daripada ilmu feqh, kemudiannya diasingkan dalam kitab dan pengajian yang khusus. Al-Mawardi, Abu Yaala dan Imam Al-Haramain mengarang kitab yang khusus. Imam Al-Ghazali meletakknya dalam bab aqidah. Adapun Sheikh Daud al-Fathani, pengarang kitab jawi meletakkan dalam Kitab Musolli.

Adapun teori yang memisahkan politik daripada agama berasal daripada ajaran yang sesat daripada ajaran Allah yang diamanahkan kepada para Rasul A.S. Fahaman yang salah ini disebut dalam kitab Injil yang telah dipesongkan. Di antaranya disebut:

“Render to Caesar the things that are Caesar’s and to God the things that are God’s” (Huraiannya dalam Injil Mark 12; 13-17)

(Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Tuhan apa yang wajib kamu berikan kepada Tuhan)

Mereka memisahkan hukum kenegaraan dan undang-undang yang ada di dalam Taurat yang diwajibkan juga beriman kepadanya, kerana Isa A.S diutuskan kepada Bani Israel yang telah berpegang kepada Kitab Taurat.

Kesesatan berlaku apabila sebahagian besar Bani Israel tidak beriman kepada kerasulan Nabi Isa A.S dan apabila ajaran Injil dibawa kepada umat lain dengan cara yang tidak sempurna. Firman Allah:

وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ٤٨ وَرَسُولًا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُمْ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنْفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ٤٩ [آل عمران: 48-49]

“Dan Allah akan mengajarnya (Isa A.S) ilmu Kitab, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (48) Dan (akan melantiknya (Isa A.S.) menjadi Rasul kepada Bani Israel, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya Aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu Aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian Aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) Dengan izin Allah; dan juga Aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan Aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan Aku juga boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman. (49)” (Surah Ali-Imran: 48-49)

Fahaman yang salah selepas ajaran Nabi Isa A.S dibawa pula oleh penjajah ke negara kita, supaya meninggalkan ajaran Islam yang wajib diimani dan ditegakkan syariatnya, dan membiarkan penjajah itu memerintah negara dengan cara mereka.

Para orientalis yang masuk ke dalam masyarakat Islam ditugaskan supaya membawa ajaran salah ini ke dalam masyarakat Islam. Di antaranya nama yang tersohor di rantau ini, Snouck Hurgronje (Orientalis asal Belanda), yang menegaskan usaha yang mesti dilakukan oleh penjajah barat terhadap Islam ialah menjauhkan penganutnya daripada Islam, secara khususnya ajaran politik. Tujuannya supaya membiarkan ajaran penjajah terus menakluk umat Islam.

Maka seruan ke arah memulau pilihan raya atau undi rosak adalah sebahagian daripada agendanya, supaya kuasa politik umat Islam dilemahkan atau diserahkan kepada pihak lain, sama ada memilih bukan Islam atau memberi peluang kepada pihak lain menguasai negara melalui pilihan raya. Ini berlaku apabila beranggapan politik tidak penting atau dikatakan sebagai amalan kotor yang mesti ditinggalkan oleh umat Islam.
Para ulama Islam yang muktabar termasuk Imam Al-Ghazali yang banyak menulis kitab Tasawuf yang dikira tidak peduli politik, tetapi menegaskan di dalam kitab Aqidah:

الدين أس والسلطان حارس، وما أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع (الاقتصاد في الاعتقاد)

“Al-Din (Islam) adalah asasnya, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawasnya. Apa yang tidak ada asasnya menjadi runtuh (binasa) dan apa yang tidak ada pengawas menjadi hilang” (Iqtisad Fi I’tiqad)

Ini menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan urusan politik adalah meruntuhkan agamanya dan menghilangkan kewibawaan umatnya serta meninggalkan syariat Allah. Walaupun alasannya kerana tidak bersetuju dengan amalan pilihan raya hari ini yang disalah fahamkan sehingga dikira tidak ada dalam urusan agama Islam. Inilah bahaya yang telah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W:

لينقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تثبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة (المسند إمام أحمد بن حنبل)

“Demi sesungguhnya akan dirungkai ikatan ajaran Islam yang kukuh, satu demi satu. Setiap satu simpulan itu dirungkai, nescaya manusia berselerak terpaksa berpegang kepada simpulan yang masih ada berikutnya. Pertama-tama dirungkai ialah hukum hakam dan yang terakhir ialah solat” (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)

Semua para Rasul A.S diperintah bertemu dengan pihak pemerintah pada zaman masing-masing walaupun tidak ada pilihan raya di zamannya, dengan bersikap positif terhadap kebaikan dan menentang kemungkaran secara berhadapan, bukannya pemulauan atau mengasingkan diri daripada masyarakat atau melarikan diri daripada kewajipan berpolitik.

Pilihan raya adalah alat bagi memilih pemimpin yang wajib dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadi sebahagian daripada syariat Islam, sama ada mewakilinya menjadi pemerintah secara langsung atau mewakili dalam kewajipan amar maaruf dan nahi mungkar yang menjadi teras kepada jati diri umat Islam dan manusia seluruhnya yang wajib dipimpin oleh umat Islam. Allah telah mewajibkan adanya kumpulan dalam kalangan umat Islam yang melaksanakannya. Firman Allah:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤ [آل عمران: 104]

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan Amar makruf dan Nahi Munkar (menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran: 104)

Allah telah melaknat kaum Bani Israel apabila tidak menunaikan kewajipan ini melalui firman-Nya:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٧٨ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ٧٩ [المائدة: 78-79]

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampau batas. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (79)” (Surah Al-Maidah: 78-79)

Dalam Feqah Muamalah Politik, Islam mendahulukan cara aman dan damai, menarik sebanyak mungkin dalam dakwah yang dilindungi oleh negara, dan membuktikan Islam itu adil terhadap semua, maka konsep demokrasi adalah paling tepat. Kebetulannya pula pembaharuan demokrasi barat adalah dipengaruhi oleh Feqah Politik Islam, hasil kajian para orientalis yang menciplak ajaran Islam, walaupun tidak sempurna.
Adapun kelemahan dan salah lakunya pula hendaklah dibetulkan, bukannya membatalkannya atau dipulaukan. Di mana tindakan pemulauan atau merosak kertas undi adalah menempah kepada keburukan yang lebih besar mudaratnya, apabila melakukan pilihan lebih besar mudaratnya kepada negara dan umat. Laksana kebodohan terhadap seorang yang memilih perjalanan meredah hutan rimba yang sukar dan berbahaya kerana tidak bersetuju dengan jalan raya yang tidak diturap dengan sempurna.
Para ulama Islam dalam huraian Maqasid Syariah menegaskan:

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Apa yang tidak didapati semuanya tidak boleh ditinggalkan semuanya”

Dan menegaskan kaedah:

ارتكاب أخف الضررين

“Mengambil kemudaratan yang lebih ringan di kalangan adanya dua yang memberi mudarat”

Memulau pilihan raya atau merosak undi bermakna jumud dan tidak bersedia membuat perubahan politik kepada yang lebih baik kalau memerintah atau berpeluang menjadi pembangkang yang menasihat yang menjadi jihad paling afdal kebajikannya kepada rakyat dan negara.

Memulau pilihan raya juga mendedahkan kepada pilihan yang merosakkan negara dan rakyat, sama ada secara bersendiri atau mengundang campur tangan asing yang menjajah semula.

Haram bagi umat Islam melaksanakan agenda memulau pilihan raya atau merosak undi kerana menarik diri daripada menjadi teras kepimpinan umat yang wajib demi menegakkan Islam dalam pemerintahan negara. Inilah ketetapan Allah:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ١١٠ [آل عمران: 110]

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang maaruf (baik dan berkebajikan) dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (salah, buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali-Imran: 110)

Kalangan umat Islam yang memulau pilihan raya atau merosak undi adalah menyerah kalah sehingga penentuan kuasa politik diserahkan kepada bukan Islam yang menjadi salah satu dosa paling besar. Perkara inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam di dalam negara atau di luar negara. Maka kalangan yang melaksanakan kempen memulau pilihan raya sama ada kerana bodoh dan jahilnya atau kesediaannya menjadi alat bagi memberi laluan mudah kepada musuh Islam dan musuh negara.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Jamadil Awal 1439 / 3 Februari 2018

Sumber BO - 3-2-2018

Ini Baru Geng Profesional Peguam Yang Nak Bantu PAS PRU14 Nanti
Posted on Saturday, February 03 @ 00:03:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38065



Mereka duk kata golongan profesional sudah keluar PAS,yang tinggal hanya lebai-lebai sahaja.

Pic: antara ratusan peguam bersama TGHH
#Up

Kredit
Syed HusinHadi 


Sumber TKO -3-2-2018






















































Tan Sri Khalid bersama PAS dan Gagasan akan pacu kemenangan

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) meyakini tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu PAS serta GAGASAN berkempen di Selangor memberi satu kekuatan besar ke arah pembentukan kerajaan baru Selangor pasca PRU 14. Kesungguhan beliau ditunjukkan semasa berceramah di Batang Kali, Hulu Selangor, pada 27 Januari 2018 yang baru lalu.
Ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor itu bertemakan "PAS Memimpin Pembentukan Kerajaan Baru Selangor Selepas PRU 14". Tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid di dalam ceramah tersebut, seumpama satu 'sepak mula' untuk satu gelombang besar-besaran membentuk kerajaan baru yang dipimpin oleh PAS bersama GAGASAN.
Tan Sri Khalid diakui sebagai faktor utama yang melonjakkan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 yang lalu. Selain daripada itu, beliau juga masih mempunyai sokongan dari kalangan ahli-ahli PKR termasuk juga DAP. Demikian juga dengan kakitangan-kakitangan awam yang berkhidmat di Selangor, begitu menghormati integriti dan efisiensi beliau. 
Di samping sokongan yang masih kuat dari kalangan penyokong-penyokong PR sebelum ini, Tan Sri Khalid juga begitu dihormati oleh Umno sehingga beliau turut dijemput oleh Umno Selangor dalam konvensyen mereka baru-baru ini. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, beliau diyakini boleh menarik sokongan majoriti rakyat Selangor ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru.
PPP juga percaya tekad yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid untuk membantu PAS dalam menghadapi PRU 14 ini akan menambah satu kekuatan baru untuk mencapai sasaran Presiden PAS di dalam ucapan beliau di FASTAQIM 2.4 di Shah Alam baru-baru ini. Diyakini siri ceramah yang dirintis oleh PAS Hulu Selangor ini akan disusuli oleh 21 lagi PAS kawasan-kawasan yang lain.
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
30 Januari 2018
13 Jamadilawal 1438
HARAKAHDAILY  31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 


Hadi: Umat Islam wajib pilih pemimpin
Posted on Monday, January 29 @ 12:40:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37972


PAS menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.

"Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks PAS Perlis di Kangar, semalam.

Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai kemungkinan berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada pihak menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, Abdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi.

"Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh... yang mudah menerima agenda Islam," katanya.

Sabtu lalu, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.

Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat.

- Bernama

Sumber TKO - 29-1-2018














































































































BPMS: Berdakwah bukan menuduh

Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33) وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35) (سورة فصلت: ٣٣-٣٥)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam! (Tegas beristiqamah tanpa sembunyi)” (33) Dan tidaklah sama (kesannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila Engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan (bertukar) menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar yang di kurniakan (daripada Allah kebahagiaan dunia dan akhirat). (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Surah Fussilat: 33-35)
Demikianlah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dan pengikut yang menyambung perjuangannya di sepanjang zaman. Berdakwah dan berpolitik secara matang dan sejahtera untuk menyelamatkan manusia bersama Islam seramai mungkin, walaupun terpaksa mengorbankan diri, laksana lilin yang bersedia membakar diri, demi memberi cahaya kepada semua. Bukan laksana monyet yang melompat dan bergayut mencari-mencari di pokok yang kelihatan lebat buahnya. Sepatutnya menjadi seperti pokok yang berbuah, bersedia menggugurkan buah yang masak kepada kanak-kanak nakal yang melontarkan batu dan kayu ke arahnya.
Maka Rasulullah S.A.W memaafkan orang yang memfitnah, orang yang cuba membunuhnya dan telah membunuh para sahabat dan keluarga kesayangannya. Sebabnya adalah fadilat menyelamatkan seseorang bersama Islam membawa kebaikan di dunia dan pahala yang berpanjangan sehingga ke Hari Akhirat.
Apabila mencapai kemenangan Fathu Makkah yang berada dalam keadaan paling kuat, Baginda S.A.W mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai, termasuk kepada kalangan yang disenaraikan kesalahan yang besar dan berat. Bukan seperti Revolusi Barat (Liberal Kapitalis) dan Timur (Komunis dan Sosialis) yang mengorbankan mangsa dendam yang jumlahnya sangat menggerunkan. Benarlah apa yang berlaku selepasnya, mereka yang bermusuh itu menjadi sahabat yang setia dan rela berjuang bersama menegakkan Islam.
Generasi awal PAS dapat menyaksikan kesusahan dan pengorbanan sejak perjuangan menentang penjajah sehingga pasca kemerdekaan dan selepasnya. PAS menyokong ISA kerana menentang komunis yang masih bermaharaja lela dan mengancam keselamatan negara. PAS menyertai kerajaan campuran dan penubuhan BN selepas Peristiwa 13 Mei 1969 kerana mengukuhkan kedudukan umat Islam. Namun selepasnya, PAS pula menjadi mangsa ISA, dirampas kerajaannya di Kelantan, Peristiwa Memali yang mengorbankan pengikut setianya, dicekik Kelantan selepas kemenangan 1990 supaya tidak bernafas, dirampas royalti Terengganu apabila PAS berjaya memerintah semula 1999 dan dinafikan juga hak Kelantan.
Namun, PAS telah berjaya menyelamatkan umat Islam yang jahil akidahnya sehingga dicetuskan isu kafir mengkafir oleh gejala menghina hukum Islam disebabkan kejahilan umat dan kelemahan para ulama, serta kerakusan pemimpin negara menghina Islam. PAS mengambil pendekatan dakwah bukannya menghukum yang menjadi lapangan para mufti dan qadi yang sangat malang dipenjarakan oleh undang-undang warisan penjajah yang belum dirungkai.
PAS mengambil pendekatan menyatakan batas-batas iman dan kufur sehingga berjaya menyedarkan umat dan melenyapkan suara menghina Islam di kalangan umat Islam sendiri. Kini hanya tinggal suara yang terpencil laksana harimau tua tidak bergigi yang melepak di hutan rimba, dan kalangan bukan Islam yang memberanikan diri tanpa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam yang telah bangkit semula bersama arus kesedarannya.
PAS terus memilih demokrasi yang sinonim dengan ajaran Islam, bukannya demokrasi yang menipu rakyat yang masih jahil dan bodoh politiknya. Kalaulah rakyat Amerika yang dikatakan paling maju dan bebas, boleh terbabas memilih Presiden yang samseng dan bodoh semata-mata kerana kaya hartanya dan penguasaan media oleh Zionis, sehingga nafsu memintas akalnya. Maka kewajipan kita menyelamatkan rakyat di sini supaya tidak memilih yang dikitar semula melalui filem lama yang ditayangkan, khususnya kepada Melayu yang mudah lupa. Apa yang dibimbangkan pengaruh media sosial tanpa sempadan yang boleh menjadi tentera upahan musuh Islam.
PAS wajib memperkenalkan budaya politik damai tanpa perpecahan rakyat, sama ada kalangan umat Islam yang berbeza pendekatan dan rakyat bukan Islam yang berbeza agama dan budaya.
PAS menegaskan Islam wajib memimpin dan memerintah atau mempengaruhi pemerintah dengan nasihat yang wajib menegakkan konsep adil terhadap semua dan memelihara hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
PAS mengambil pendekatan bertanding dalam pilihan raya tanpa berkelahi dan berpecah, melalui konsep ta’awun.
PAS mesti bertanding seberapa banyak kawasan kerana cita-cita memerintah negara, bukannya angan-angan Mat Jenin yang memanjat pokok yang berbuah sahaja walaupun bergayut di dahan yang rapuh sehingga membunuh diri sendiri, kerana budaya PAS bukan memanjat pokok yang berbuah, tetapi sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah apabila tiba masanya kalau dibajakan atau dicantas dahannya. PAS sabar berlalunya masa yang panjang, biar lambat asalkan selamat.
Al-Quran memaparkan kisah yang benar apabila Nabi Nuh A.S yang dikatakan mustahil mencapai kemenangan bersama segelintir pengikut dalam perjuangan yang terlalu panjang masanya, akhirnya mencapai kemenangan dengan izin Allah. Selain itu, dipaparkan juga kisah yang benar, apabila Nabi Musa dan Harun A.S yang dianggap mustahil dapat menjatuhkan Firaun yang kaya dan kuat, serta terlalu ramai bala tenteranya, namun Allah menenggelamkannya dengan mudah ke dalam laut.
Sejarah Islam memaparkan kaum Tartar yang paling ganas membakar dan membunuh Baghdad dan pusat kerajaan Islam Abbasiyah, akhirnya kalangan pemimpin kaum Tartar juga menganut Islam dan menegakkan Islam. Ini membuktikan Islam berjaya menempa sejarah luar biasa dapat mempengaruhi penjajahnya kerana berkat jati diri beristiqamah bersama Islam, walaupun kebiasaannya rakyat akan terpengaruh dengan penjajahnya. Firman Allah:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (آل عمران: ٢٦)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-Imran: 26)
Paling penting ialah terus beristiqamah bersama Islam, setia kepada baiah, taat kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam daripada nas yang nyata, sama ada bersetuju atau tidak apabila telah diputuskan. Inilah adab dan akhlak kita berjamaah yang ditunjuk oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah S.A.W.  Kalau tidak, maka sia-sia di dunia yang dicita-citakan dan celaka di Akhirat yang menjadi wawasan.
Politik Islam berkonsepkan budaya matang dan sejahtera, tidak sama dengan politik barat sehingga matlamat menghalalkan cara yang haram dan merosakkan dunianya dan tidak ada wawasan Akhirat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 12 Jamadil Awal 1439 / 29 Januari 2018
-HARAKAHDAILY 29/1/2018
Sumber HD-29-1-2018 
























































Isu Kerajaan Campuran

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) mengesahkan akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) dengan pendirian dan strategi sendiri bersama-sama Gagasan Sejahtera (GS) serta bersedia untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) atau kedua-duanya di mana-mana kawasan yang bakal ditandingi.
Sehubungan itu PAS menegaskan bahawa sebarang pandangan atau ulasan yang dibuat oleh mana-mana individu, sama ada dari luar mahupun dalam PAS, yang membawa maksud kononnya wujud atau akan wujud Kerajaan Campuran (UG) antara PAS dengan BN adalah bersifat peribadi dan hipotetikal semata-mata, tidak sama sekali mewakili pandangan atau pendirian PAS dan GS.
PAS juga mengesahkan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang perbincangan atau keputusan di mana-mana peringkat Parti untuk menubuhkan Kerajaan Campuran (UG) dengan BN ataupun PH dalam konteks PRU 14, sama ada sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Dalam pada itu, perlu juga ditegaskan bahawa PAS tetap mengekalkan amalan budayanya untuk membuat sesuatu keputusan penting termasuk isu kerjasama ataupun tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak secara demokratik dengan mendapat persetujuan ahli-ahli terlebih dahulu melalui satu Muktamar Khas sebelum ia disahkan oleh Majlis Syura Ulamak dari sudut kepatuhan Syarak.
Dalam menghadapi PRU 14, PAS berpandangan rakyat tidak seharusnya dihadkan dengan pilihan umpama ‘hitam dan putih’ antara BN dan PH sahaja tanpa mengira aspek benar atau tidak kedua-duanya, sebaliknya mereka perlu diberikan hak untuk membuat pilihan-pilihan lain termasuk PAS/GS tanpa perlu dipaksa atau ditakutkan tentangnya.
Terimakasih
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
Bertarikh: 28 Januari, 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018
















































































































Sumber HD - 28-1-2018

Politik antarabangsa: Perspektif TG Abdul Hadi Awang

"DALAM kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.” - Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Februari, 2012
Sejak dunia Islam berdepan dengan cabaran geopolitik dan pemikiran yang amat getir lebih lima tahun lalu, peranan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semakin nyata kelihatan dan dirasakan kepentingan dan keperluannya.
Kebangkitan rakyat secara besar-besaran di dunia Arab meliputi rantau Asia Barat dan Afrika Utara menimbulkan harapan dan sentimen sokongan dan kebersamaan yang kuat dalam kalangan umat Islam dan gerakan Islam khususnya.
Kebangkitan di Mesir pada 2011, yang membuka kemungkinan kepada gerakan Ikhwanul Muslimin muncul di tengah-tengah masyarakat dan menguasai tampuk pemerintahan melalui pilihan raya yang sebenar, mendorong gerakan-gerakan Islam memberikan sokongan sepenuhnya.
Prospek pemerintahan zalim Presiden Hosni Mubarak dan pemerintah-pemerintah autoritarian sekular yang lain di rantau Arab dijatuhkan dan digantikan dengan gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin telah mencetuskan kegembiraan dan harapan yang besar.
Walau bagaimanapun, selepas satu tempoh, kebangkitan yang dilihat sebagai untuk kepentingan rakyat itu mula memperlihatkan satu haluan yang berbeza, dan kepentingan rakyat bukan lagi menjadi satu matlamat utamanya.
Bermula saat itu, Tuan Guru Abdul Hadi telah memperlihatkan perspektifnya yang berbeza daripada kebanyakan pandangan dan pendapat berhubung apa yang disebut sebagai kebangkitan rakyat itu.
Hakikat bahawa kuasa-kuasa serantau dan kuasa besar yang berkepentingan telah memperlihatkan bagaimana agenda mereka mula dilaksanakan pada masa itu sukar untuk dikenal pasti oleh banyak pihak termasuk pemimpin gerakan Islam sendiri.
Permainan media menetapkan jalan cerita yang dipersembahkan kepada masyarakat dunia terutama ahli-ahli gerakan Islam telah mengaburi pandangan dan menyukarkan usaha penilaian yang rasional.
Kelemahan pemahaman umat tentang kesinambungan sejarah dunia Islam terutama di rantau Asia Barat telah menjerumuskan umat ke dalam perangkap yang disusun oleh musuh dan mereka yang bersubahat dengan mereka.
Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan pendirian agar umat Islam tidak terperangkap oleh percaturan musuh ini pada awal lagi, iaitu sekitar tahun 2012 semasa konflik di Syria masih di belum sampai pada tahap yang disaksikan pada hari ini, pada masa semua pihak terlibat masih boleh menilai semula pendirian masing-masing.
Sikap teliti dan waspada serta mengutamakan pencegahan terhadap perpecahan dan mengelak diambil kesempatan oleh musuh oleh Tuan Guru Abdul Hadi ini ialah sikap yang beliau ambil dalam menilai semua perkembangan politik dunia Islam, lama sebelum pergolakan yang dikenali sebagai Arab Spring bermula lima tahun lalu.
Tuan Guru telah berperanan dalam mendamaikan konflik antara kumpulan umat Islam di Yaman yang bermula pada 2009, dan mengajak penyatuan politik dalam kalangan parti-parti politik di Indonesia.
Dalam satu tulisan pada awal tahun 2012, Tuan Guru menulis, menegaskan agar umat Islam belajar dari sejarah keruntuhan kerajaan Uthmaniyah yang dibenarkan oleh umat Islam sendiri yang terpedaya oleh perancangan musuh, mengikut sentimen etnik dan kaum masing-masing hingga akhirnya pemerintah yang menaungi umat pada masa itu berakhir.
Lima tahun sebelum ulangtahun ke-100 kebangkitan Arab dan perjanjian rahsia Sykes-Picot 1916, Tuan Guru telah mula menyebarkan tentang pengajaran daripada perpecahan umat itu, yang menyaksikan umat dieksploit sentimen dan kepentingan masing-masing hingga berperang sesama sendiri, mengakibatkan perpecahan yang kemudian membawa kepada pelbagai kemelut lain.
Tanpa menafikan kelemahan pemerintah pada masa itu, tindakan menentang pemerintah Uthmaniyah sehingga meruntuhkan pemerintahan Islam itu akhirnya membuka kepada pelbagai akibat yang ditanggung hingga ke hari ini.
Akibat keruntuhan Daulah Uthmaniyah itu, perancangan musuh melalui Perjanjian Sykes-Picot yang membahagikan wilayah Islam kepada kuasa asing terlaksana.
Menurut Tuan Guru, dalam tulisan diterbitkan pada Februari 2012 itu: “Umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Uthmaniyah terhadap wilayahnya.
“Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu. Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lawrence (of Arabia) dan rakan-rakan Arab dibantu untuk menentang Turki Utmaniyah.
“Akhirnya kerajaan Uthmaniyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.
“Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes-Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya.
“Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut.
“Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.”
Sejarah hitam keruntuhan kerajaan Islam itu merupakan satu mesej yang sering diulang-ulang oleh Tuan Guru apabila menjelaskan tentang pergolakan yang berlaku di dunia Arab, menegaskan agar umat Islam belajar dari sejarah.
Beliau turut mengutamakan penyatuan antara umat Islam, dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan politik atau aliran dalam agama, demi kepentingan perpaduan dan kerjasama yang lebih utama bagi menghadapi cabaran dan gugatan daripada musuh.
Perspektif inilah yang menjadi antara tunjang utama sikap Tuan Guru Abdul Hadi dalam mendepani dan menangani isu umat Islam yang sedang mencabar seluruh dunia Islam pada masa kini.
Mesej penyatuan dan kepentingan mengambil iktibar dari sejarah sentiasa diberi penekanan oleh Tuan Guru, tanpa teralih perhatian oleh hal-hal yang ada kalanya ditimbulkan dan disebarkan untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Hal ini menampakkan perspektif jelas dan berbeza Tuan Guru, pada masa semangat untuk menjatuhkan pemerintah zalim dan menggantikannya dengan kumpulan Islam sedang memuncak dan sukar untuk menerima penjelasan selain daripada kepentingan untuk bersegera berjihad menjatuhkan pemerintah zalim itu.
Pada masa itu, sentimen perbezaan mazhab telah berleluasa dan diterima ramai, sehingga tercetus pertembungan perspektif yang ketara dalam kalangan gerakan Islam, dengan pembahagian jelas antara sekutu dan musuh.
Perspektif Tuan Guru Abdul Hadi ini akhirnya terbukti sebagai satu pandangan paling tepat dalam mengambil sikap terhadap peristiwa yang berlaku di dunia Arab, yang kini sedang dilanda perang saudara, perang proksi dan konflik sektarian yang belum kelihatan hujungnya.
Apa yang sedang berlaku inilah yang ingin dielakkan oleh mereka yang memahami pergolakan yang berlaku dengan lebih mendalam, yang bukan hanya memerhatikan apa yang terzahir melalui ucapan-ucapan pihak terlibat dan dibincangkan di media.
Selepas lebih enam tahun kebangkitan rakyat yang akhirnya membawa kepada satu konflik serantau yang rumit, sudut pandang Tuan Guru melibatkan mengambil iktibar dari sejarah, kewaspadaan terhadap perancangan musuh dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam telah terbukti sebagai perspektif paling tepat dalam melihat dan menangani perkembangan politik dunia Islam. - HARAKAHDAILY 27/1/2018
Sumber HD- 27-1-2018 



























































Kuliah Dhuha Jumaat Presiden PAS (26 Jan 2018)



























































(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha Jumaat oleh Presiden PAS mengupas kitab Tauhid dan Sirah di Masjid Rusila, Marang pada 26 Januari 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
BAHAGIAN PERTAMA
(Kitab Tauhid) Beriman Kepada Hari Akhirat
Umat Muhammad paling awal dihisab
Di hari yang dahsyat ini Allah S.W.T memberi kurnia kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya meskipun mereka umat yang akhir dilahirkan di dunia. Tetapi mereka diselesaikan hisab lebih dahulu dari umat-umat yang lain pada Hari Kiamat dan pertama-tama juga dimasukkan ke Syurga. Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam Hadis berikut: 
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، نحن الآخرون ونحن السابقون يوم القيامة، بيد أن كل أمة، أوتيت الكتاب من قبلنا، وأوتيناه من بعدهم، ثم هذا اليوم الذي كتبه الله علينا، هدانا الله له، والناس لنا فيه تبع، اليهود غدا والنصارى بعد غد
Ertinya:
“Dari Abi Hurairah R.A, katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Kami ialah umat yang akhir yakni dilahirkan dan umat yang didahulukan pada Hari Kiamat. Meskipun tiap-tiap umat dikurniakan kitab dahulu daripada kami, dan kami dikurniakan kemudian daripada mereka, kemudian hari ini yakni hari Jumaat yang telah ditentukan oleh Allah kepada kami. Dan Allah memberi petunjuk kepada kami baginya. Dan manusia yang lain mengikut di belakang iaitu (esok hari Sabtu) yakni Yahudi (besok hari Sabtu) dan Nasoro pula lusa (yakni hari Ahad).” 
(Muttafaqun Alaih)
Sumber HD - 26-1-2018






















































































































PAS bawa solusi setiap masalah rakyat dan negara

BANDAR TUN RAZAK: Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang digagaskan PAS merupakan solusi ke arah membina Malaysia lebih baik untuk rakyat.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menegaskan perkara itu dalam Sembang Teh Tarik anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Bandar Tun Razak di Taman Desa Cheras, di sini kelmarin.
Perkara tersebut diperjelaskan lagi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Kamaruzaman Mohamad bahawa budaya baru politik dibawa PAS itu adalah politik berteras prinsip dan bukannya kepentingan peribadi atau individu.
PAS tegasnya, bukan hanya pembangkang semata-mata tetapi membawa jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan dihadapi negara dan rakyat menurut kerangka syarak.
Oleh itu serunya, rakyat mesti memilih parti yang benar-benar memperjuangkan rakyat dan negara atau parti sekadar menawar janji manis populis untuk meraih undi dan berkepentingan politik peribadi semata-mata. - HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD- 23-1-2018 




























































Mengembalikan Islam memerintah dan mentadbir

إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah menukar kaum yang lain memerintah kamu."
(at-Taubah: 39) 
Mengapa saya menyebut firman Allah yang menyeru orang Islam supaya berjuang untuk menegakkan Islam? Walaupun Islam adalah agama adil untuk seluruh manusia, sama ada Islam dan bukan Islam, adil kepada semua bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain, kerana Islam hanya agama yang menyebut politik yang sempurna. 
Agama Yahudi politiknya perkauman Yahudi sahaja. Agama Kristian memisahkan politik daripada agama. Agama Hindu, Buddha dan lain-lain tidak memberi perhatian berkenaan dengan politik, idealogi-idealogi dan teori-teori politik dan ekonomi yang direka oleh ahli-ahli falsafah kalangan manusia, tidak peduli agama tanpa mengira halal dan haram. 
Hanya Islam merangkumi seluruh cara hidup manusia, memerintah adil untuk semua. Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam terlebih dahulu daripada orang-orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.
Malangnya di hari ini, ramai kalangan umat Islam anak-anak muda dan lain-lain menganggap mengundi dalam pilihan raya tidak penting, tidak mustahak, tak mahu daftar, tak mahu keluar mengundi, serupa sahaja parti mana-mana, parti apa-apa pun. Ini adalah satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam. Al-Quran menyebut, sejak Allah mencipta Nabi Adam A.S, Allah berfirman: 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ
"Dan ingatlah apabila tuhan berkata kepada para malaikat, Aku hendak ciptakan Adam makhluk manusia untuk menjadi khalifah."
(al-Baqarah: 30) 
Khalifah dalam bahasa Arab bukan khalifah dalam bahasa Melayu. Khalifah dalam bahasa Arab:
اقامة الدين وسياسة الدنيا به
"Menegakkan ajaran Islam yang adil dan mentadbir dunia dengan Islam itu."
Ini makna khilafah. Maka semua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.M.S tidak memisahkan dakwah dengan politik. Nabi Nuh A.S yang pertama berjuang bukan sahaja berdakwah, tetapi menghadapi Al-Malak. Al-Malak adalah pemimpin-pemimpin yang memerintah di zamannya. 
Ibrahim A.S yang dibangga oleh penganut semua agama, orang Islam menyebut Ibrahim, orang Yahudi menyebut Ibrahim, orang Kristian menyebut Abraham, orang Hindu menyebut Brahma mengikut kepercayaan masing-masing. 
Ibrahim bukan sahaja berdakwah kepada tuhan yang satu. Ibrahim menghadapi Raja Namrud yang memerintah Kerajaan Babylon, menunjukkan berpolitik untuk membetulkan negara. Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S memimpin Bani Israil menyelamatkan mereka, dalam masa yang sama menghadapi Firaun yang memerintah dengan zalim. 
Semua Nabi-Nabi, termasuk Nabi Muhammad S.A.W berdakwah bukan sekadar di masjid, bukan sekadar imam sembahyang, imam nikah kahwin, imam memimpin negara. Ditawarkan menjadi pemimpin negara di Makkah, ditawarkan harta benda dan pangkat yang paling tinggi harta yang banyak, ditolaknya kerana tidak mahu Islam itu memerintah dengan tadbir. 
Akhirnya berhijrah ke Madinah. Untuk apa berhijrah? Untuk tanam kelapa sawit? Untuk jadi nelayan? Untuk berniaga? Tidak! Hijrahnya untuk mendirikan negara yang memerintah masyarakat majmuk, orang Islam, orang Yahudi, orang Kristian dan orang Musyrikin. Allah telah membuktikan bagaimana Islam yang dimulakan di bumi yang kering: 
بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ
"Lembah yang tidak ada tanaman yang tidak ada air."
(Ibrahim: 37) 
Dibangun manusianya dengan akhlak yang mulia, iman yang betul, telah berjaya memimpin negara menguasai sebahagian besar muka bumi. Di Timurnya Alam Melayu, di Baratnya Afrika Barat, Sepanyol di Eropah, Asia Tengah termasuk Moscow ibu negara Rusia pada hari ini, sehingga Afrika Tengah, di zaman tidak ada kemudahan-kemudahan cepat, telefon, wireless, internet, handphone, kapal terbang, tidak ada. Islam boleh memerintah masyarakat majmuk, berbagai kaum, berbagai agama dan bangsa, memerintah dengan adil. 
Penjajah yang datang untuk menghapuskan Islam. Tujuannya dengki, kerana kalau Islam memerintah tidak boleh rasuah, tidak boleh maksiat, tidak boleh menipu, tidak boleh memperhambakan manusia, mengabdikan manusia. Penjajah Barat datang menjatuhkan Kerajaan Islam. 
Hari ini kita memperingati 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, bermulanya perjuangan nasionalisme Arab, As-Tsaurah Al-‘Arabiyah Al-Kubra, yang diisytiharkan 1916, menjatuhkan Uthmaniyah, setelah dijatuhkan Melaka 1511, campur tangan di India untuk menghalang kemaraan Islam, campur tangan di Afrika. 
Orang Islam dijatuh, ditumbang satu demi satu, tetapi umat Islam tidak tunduk kepada penjajah. Mereka menentang penjajah dengan keris yang pendek menghadapi senjata-senjata moden, mereka tidak tunduk. 
Lalu penjajah berbincang sesama mereka. Parlimen British di zaman Queen Victoria, Perdana Menterinya Gladstone bersidang. Gladstone berucap di Parlimen England, memegang kitab suci Al-Quranul Karim, menegaskan selagi mereka berpegang dengan buku ini Al-Quran, selagi ada sembahyang Jumaat, dinamakan sembahyang Jumaat, selagi ada Haji di Makkah, selama itulah Islam tidak boleh dihapuskan. 
Maka dirancang untuk melumpuhkan kefahaman umat Islam. Mereka mengetahui kelemahan umat dan kefahaman terhadap agama mereka, khususnya kefahaman politik, kefahaman memerintah negara. 
Snouck Hurgronje, Orientalis Belanda yang pernah mengaji pondok di Indonesia menegaskan bahawa tidak menjadi masalah kalau ulama-ulama Islam mengajar agama. Apa yang dianggap ancaman kepada Barat ialah doktrin politik memerintah negara. 
Hari ini kita mengalami orang Islam yang tidak ada negara yang memerintah dengan Islam. Kalau dulu negeri yang kering kontang, yang tak ada hasil, Islam telah berjaya meningkatkan keamanan negara, keadilan, dan kemakmuran ekonomi. Di zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, belanjawannya, ......, tak ada defisit, wang negaranya lebih sehingga orang-orang miskin dibantu, rakyat bukan sahaja pegawai kerajaan, termasuk rakyat biasa yang tua Islam dan bukan Islam mendapat pencen sara hidup. 
Ini Islam. Mengapa kita di hari ini di bumi yang subur, penuh dengan hasil bumi, hasil pertanian, hasil galian, tenaga kerja, menghadapi masalah kehidupan dan kebersihan? 
Mari kita kembali kepada Islam. Negeri Selangor perlu menjadi contoh. Kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam. Orang Islam yang memimpin dahulu. Biar orang Islam di depan, pilih calon-calon Islam, yang kena pilih yang menegakkan ajaran Islam itu. Ini mesti faham, bukan kita membelakangkan orang-orang yang bukan Islam, tidak. Kewajipan kita adil terhadap semua. Berdosa kita kalau tidak adil walaupun terhadap orang bukan Islam. 
Percayalah kita pernah memerintah Kelantan kali yang pertama 1959 hingga 1979. Ditumbangkan dengan darurat, mereka yang terlibat dengan darurat masih hidup lagi umur dia panjang. Tahun 1990 kita menang kembali, di Kelantan sehingga hari ini, dikepung ekonominya, pentadbirannya, menyanggah konsep federalisme, campur urusan kerajaan negeri, disempitkan kewangannya. 
Terengganu kita memerintah tahun 1959, 1961, ditumbankan. 1999 kita memerintah lagi, dirampas royalti petroleum, dirampas, melanggar perjanjian, tak ada undang-undang, mereka yang mencabul ini masih hidup lagi. Kewajipan kita hari ini ialah mengembalikan umat Islam yang sungguh-sungguh memerintah dan mentadbir. 
Selangor perlu menjadi model, menjadi contoh. Ingatlah betapa pentingnya urusan memerintah negara ini, sehingga ketika wafatnya Nabi S.A.W, urusan sembahyang jenazah kemudian dikebumikan, yang ada di masa kebumi beberapa orang Sahabat sahaja. Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman Bin Auf dan Sahabat-sahabat yang besar di kalangan Muhajirin dan Ansar tidak ada di kubur di masa mengebumikan, di mana? Mereka berhimpun di Tsaqifah Bani Sa’idah, tempat cetak Quran hari ini. 
Berhimpun untuk apa? Untuk memilih siapa yang ketua negara memerintah, siapa yang memimpin negara, sehingga ini dianggap lebih penting daripada mengebumikan jasad Nabi S.A.W. Hari ini kita menganggap mengundi tak penting, pilihan raya tak penting, pandang remeh temeh: 
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Kalau kamu tidak bangkit berjuang untuk menegakkan Islam ini, kamu orang Islam, tuhan seksa kamu dengan seksa yang pedih."
(at-Taubah: 39) 
Rasalah hari ini kenaikan harga barangan, masalah hidup, jenayah yang merebak, salah-laku, salah-urus, puncanya kerana meninggalkan Islam. Islam yang boleh. Oleh kerana itu pilih yang Islam ini dahulu, termasuk rakan-rakan yang bukan Islam, pilih Islam dan ada wakil orang bukan Islam, bukan tak ada wakil, tapi Islam memimpin. Ada exco yang bukan Islam, ada Menteri yang bukan Islam. Ada urusan-urusan orang bukan Islam terlibat sama, tetapi dasar dan polisi negara mesti Islam. Ini fleksibelnya Islam, keanjalan Islam. 
Di negara lain, kalau Komunis yang memerintah, mesti orang Komunis 100 peratus. Di Amerika kalau Republikan yang menang, semua Republikan pegawai kerajaan yang kanan sekali. Demokrat, semua demokrat. Di England Labour Party, semua Labour Party. Conservative, semua Conservative. Tapi kalau Islam memerintah, Islam adalah anjal, kerajaan orang Islam dan Kerajaan Teknokrat.Teknokrat memilih orang-orang yang pakar untuk memimpin mengendalikan kerajaan. Kita tak tahu menatang apa Teknokrat ini, tak diajar. Sabda Nabi S.A.W: 
خياركم في الجاهلية
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
"Mereka yang pilihan di masa jahiliyah. Di masa jahiliyah dia adalah orang yang bijak, orang yang terpilih, yang pandai."
خياركم في الاسلام
إذا فقهوا
"Menjadi pilihan juga bersama dengan Islam."
Ini adalah pendekatan politik yang diajar oleh Nabi S.A.W. 
Di Selangor letaknya ibu negara, letaknya pusat penjualan Malaysia, banyaknya pusat-pusat pengajian, mengapa orang Islam Selangor lemah sangat untuk memilih kekuatan Islam memimpin Negeri Selangor? 
Mesti pilih kekuatan Islam (di) negeri Selangor. Selangor pusat kepada Malaysia seluruhnya. Kelantan tidak cukup, Terengganu tidak cukup, Selangor tidak cukup, Kedah tidak cukup, sekurang-kurangnya Selangor mesti ke depan dalam pilihan raya ini. Firman Allah Taala: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang beriman, (orang-orang yang beriman, beriman kepada Islam.)...."
اصْبِرُوا
"Bersabarlah kamu menghadapi keadaan yang berlaku yang menekan diri kamu."
وَصَابِرُوا
"Dan bersabar untuk berjuang menegakkan Islam."
وَرَابِطُوا
"Dan bertugas di mana kamu ditugaskan."
(Ali-Imran: 200)
Yang jadi calon, yang angkat bendera, yang tampal poster, dia pembekalan, Muslimin-muslimat, pemuda:
وَرَابِطُوا
"Bertugas."
وَاتَّقُوا اللَّهَ
"Bertakwa kepada Allah."
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Supaya kamu mendapat kemenangan." 
Kemenangan Islam dengan pertolongan Allah, bukan digaris di atas meja, di atas kertas. Di atas kertas digaris juga, yang pentingnya pertolongan Allah S.W.T. Allah Taala menyebut:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
"Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan."
(al-Anfal: 60) 
Allah menyuruh kamu bersedia mengikut kemampuan kamu. Kemampuan dengan ikhlas, jangan sembunyikan kemampuan itu. Kalau kamu menyediakan kekuatan dengan kemampuan kamu. Walaupun musuh yang lebih kuat daripada kamu, lebih ramai daripada kamu, lebih kaya daripada kamu, dibantu dengan kemenangan, Allah memberi pertolongan kepada kamu. 
Ini janji Allah yang mesti kita yakin. Kita memilih _Muwajahah Silmiyah_, berdepan secara damai, walaupun hari ini saya angkat keris, keris tumpul, bukan keris tajam. Keris menandakan semangat. Islam mendahulukan perdamaian dengan hubungan antarabangsa, antara Islam dengan pihak lain, walaupun dengan musuh yang menyerang negara kita, musuh yang menyerang negara kita: 
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
"Jika mereka cenderung kepada peperangan, kemudian mereka minta damai, maka berdamai dan bertawakal kepada Allah."
(al-Anfal: 61) 
Itu kalau musuh yang menyerang, dia minta berdamai, terima damai. Allah memberi jaminan:
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ
"Kalau mereka hendak menipu kamu, cukup Allah menolong kamu."
(al-Anfal: 62) 
Kita hari ini bukan menghadapi musuh yang datang dari luar, kita menghadapi sahabat-sahabat dalam satu negara, orang-orang Melayu yang sama-sama beragama Islam, orang Cina, orang India yang dizalimi oleh penjajah dibawa ke sini, penjajah bawa mereka ke sini, dizalimi oleh penjajah. Nasib kita dijajah, kita asal di sini. 
Rakan-rakan kita kaum Cina dan India dibawa oleh penjajah untuk diperhambakan di sini juga. Islam boleh terima berbagai kaum, boleh terima masyarakat majmuk, boleh terima masyarakat majmuk. Allah menjanjikan: 
إِلَّا تَنْفِرُوا
"Kalau kamu tidak keluar menegakkan Islam."
(at-Taubah: 39)
يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
"Allah menyeksa kamu seksa yang pedih di dunia dan di akhirat."
(at-Taubah: 39)
وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
"Allah tukar kaum yang lain daripada kamu."
(at-Taubah: 39)
Tukar kaum yang lain ini, boleh dua.

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Muhammad: 38)
Allah jadikan kaum yang lain itu masuk Islam, kaum yang lain masuk Islam, bila orang Arab meninggalkan Islam, orang Turki masuk Islam, orang Kurdish masuk Islam, kaum lain masuk Islam, mereka mengambil alih memimpin dengan Islam. Itu satu. Yang kedua, kaum yang lain, yang menindas kamu lebih seksa daripada apa yang ada pada hari ini. Ini amaran Allah yang mesti kita faham. 
Jangan kita memilih politik yang tidak menentu, yang belum Islamnya, seksanya lebih buruk. Kita memilih damai, memilih pilihan raya. Pilihan raya adalah pendekatan yang paling matang, yang paling bijak menghadapi satu kaum pelbagai kaum dalam satu negara. 
Kita lihat negara Arab, dengan _Arab Spring_, memilih pendekatan kekerasan. Apa yang berlaku bukan menghadapi musuh, menghadapi Arab dengan Arab, bom masjid, bom pasar, bom hotel, bunuh sama sendiri, ratah sama sendiri, berlaku demikian, huru-hara. Ini Islam menyuruh kita memilih pendekatan damai, bukan kita menyerah kalah, kita tidak menyerah kalah. Tapi Islam membawa mesej untuk menyelamatkan manusia mendahulukan perdamaian. 
PAS yang ditubuhkan tahun 1951, adalah kesinambungan daripada perjuangan Islam sejak kejatuhan Melaka. Bila Melaka jatuh 1511, seluruh umat Islam Nusantara menentang penjajah. Orang Bugis datang dari Sulawesi, orang Minang datang dari Sumatera, orang Aceh datang dari Sumatera, orang Jawa datang dari Jawa, menyebabkan adanya etnik-etnik Bugis, Jawa, Banjar, macam-macam di Tanah Melayu ini. Mereka datang bukan untuk kebun kelapa, tanah lebih luas tempat mereka. Mereka datang untuk jadi nelayan? Bukan. Laut mereka lebih luas, banyak ikan. Mereka datang untuk membebaskan Melaka. Dinafikan dalam sejarahnya 
Mereka datang bukan untuk merompak dan menyamun seperti ucapan Orientalis Barat, terdapat kalangan Orientalis yang menamakan mereka ini perompak dan penyamun. Dan ada kalangan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan pemikiran Barat, yang berleluasa membaca buku-buku Barat. Perjuangan menentang penjajah melibatkan Sultan, melibatkan ulama, melibatkan rakyat. Mereka berjuang menentang penjajah.
Kita telah menerima kemerdekaan, walaupun secara damai dan putar belit British, tetapi kita telah berjaya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini penting. Islam agama Persekutuan, pegang ini. Islam agama Negeri Selangor, pegang ini. Orang Melayu menjadi pemimpin dengan Islamnya, pegang ini. Kita menolak konsep yang menolak Islam, menolak konsep Malaysian Malaysia yang mahu menghapuskan bangsa, mesti ditolak. 
Bangsa adalah ciptaan Allah S.W.T, bahasa ciptaan Allah S.W.T, dikekalkan bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, tak dibahasa penganut-penganut agama lain. Ditangani dengan adil, dengan sebaik-baiknya, Islam yang memimpin dan memerintah.
Ini pendekatan kita. Saya yakin dan percaya, semua yang hadir ini bersemangat, bersemangat datang, mereka merupakan sebahagian bukan seluruh rakyat negeri Selangor, sebahagian. Allah memilih saudara-saudara menjadi sebahagian:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu, sebahagian daripada seluruh orang Islam, (sebahagian kamu itu, satu kumpulan yang mengajak kepada Al-Khair, kepada Islam,) menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mereka itu mendapat kemenangan."
(Ali-Imran: 104)
Ini janji Allah. Yang sebahagian ini mesti bergerak, kerana pilihan raya penentuannya ialah majoriti, tak cukup dengan mereka yang hadir di sini, mesti bergerak di seluruh pelusuk negeri Selangor. Gerakkan keluarga, gerakkan sahabat kita yang Islam, yang bukan Islam. PAS memilih Islam memimpin negeri Selangor. Insya-Allah, dengan semangat ini kita bergerak. Sebagaimana semangat ini kita bekerja. Dengan pertolongan Allah diberi kemenangan, diberi kemenangan. 
Siapa memimpin? Allah mengajar kita, Quran diturunkan dengan ada sebab yang berlaku. Kita tidak boleh menentukan hukum sebelum ada sebab. Bila Nabi menawarkan kerajaan Islam pada kabilah-kabilah Arab, ada kabilah yang menolak kerana tidak percaya Islam boleh menang. Bani ‘Amir yang mensyaratkan bertanya Nabi S.A.W:
لمن الملك
"Kalau kamu menang, siapa yang memimpin? Siapa jadi ketua negara?"
Nabi jawab:
الملك لله يؤتيه من يشاء
"Itu kepunyaan Allah, diberi kepada siapa yang dikehendaki."
Ini jawapan Nabi S.A.W. Kita tak terikut orang yang belum apa sudah mencalonkan. Calon pilihan raya je, pilihan raya di Malaysia ini tak ada calon Presiden, tak ada calon Perdana Menteri. Calon wakil-wakil rakyat, itu sistem yang ada di Malaysia.
Malaysia bukan Amerika pilih calon Presiden. Malaysia bukan British, Malaysia adalah Malaysia. Ikut petunjuk Nabi S.A.W. Yakinlah dengan asas Islam ini kita selamat. Asas yang memerlukan keikhlasan. Kita tak tahu siapa yang ikhlas, Allah yang Maha Mengetahui siapa yang ikhlas. 
Bila tiba masanya Allah Taala buktikan siapa yang ikhlas. Kita tak nampak. Alhamdulillah Allah Taala menampakkan kepada kita yang bai’ah melanggar bai’ah yang tak percaya bersama dengan kita, yang oportunis tak bersama dengan kita.
Yang teras bersama dengan kita. Saudara adalah teras, teras ini perlu membina lagi kekuatan-kekuatan yang lain untuk menempah kemenangan. Ini sangat penting.  
(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Amanat Presiden PAS dalam Himpunan Fastaqim 2.4 Selangor pada 21 Januari 2018 di Komplek Sukan Seksyen 17, Shah Alam) - HARAKAHDAILY 22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 

Lebih Baik Bersama Malaikat Yang Tidak Dilihat


Pada zaman dahulu kala, ada seorang pemimpin yang bermadah daripada bahasa asing yang menjadi kebanggaannya menyebut, “adalah lebih baik bersama syaitan yang dikenali daripada bersama malaikat yang tidak dikenali”.

Kenyataan yang mengejutkan seseorang yang beriman, kerana kita disuruh beriman kepada malaikat makhluk yang baik dan mulia walaupun kita tidak pernah melihatnya dengan mata. Adapun syaitan itu telah ditetapkan sifat wajibnya, jahat dan menipu walaupun dia berupa manusia yang segak dan menarik.

Allah yang wajib bersifat Maha Benar dan Rahmat menyuruh kita beriman kepada adanya makhluk malaikat yang berada di alam ghaib, yang sangat suci peribadinya. Allah berfirman:

لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون (سورة التحريم: ٦)

“Para Malaikat itu tidak sekali-kali durhakakan Allah terhadap apa-apa sahaja yang diperintah kepada mereka supaya melakukannya dan mereka mesti melakukan apa sahaja yang diperintah (Allah) kepada mereka supaya dilaksanakan” (Surah At-Tahrim: 6)

Sebaliknya syaitan pula, Allah menyuruh hamba-Nya supaya memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya dalam surah yang terakhir daripada Kitab Suci Al-Quran dan setiap kali memulakan bacaan Al-Quran. Ia menunjukkan betapa bahayanya syaitan itu dalam kehidupan manusia, sehingga orang membaca Al-Quran boleh ditipunya, termasuk yang bersembahyang, apatah lagi yang buta Al-Quran atau kurang sembahyangnya dan lebih lagi kalau tidak sembahyang, kerana terus boleh dikerah bila-bila masa dan di mana sahaja menjadi khadam atau agennya.

Mungkin yang mengenali syaitan itu sudah bersahabat dengannya. Oleh kerana tidak pernah melihat malaikat, maka dirasakan syaitanlah yang lebih berjasa dan berbudi, atau dia juga berperangai menipu dan berputar belit seperti syaitan.

Adapun orang yang beriman sudah cukup percaya dengan pesanan Al-Quran dan nasihat Rasulullah S.A.W. Kalau dia pernah ditipu atau disesatkan oleh syaitan, maka dengan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Satu kisah menarik dalam kitab Tasawuf menceritakan pada zaman dahulu bagaimana seorang lebai yang kuat beragama ditipu oleh syaitan walaupun sembahyangnya tidak ditinggalkan. Apabila diketahuinya penduduk sebuah kampung memuja pokok yang disangka penunggu daripada syaitan yang berbudi kepada mereka sehingga menjadikan hasil pertaniannya subur, maka pokok itu menjadi tempat pemujaan. Maka si lebai yang kuat bersemangat agama itu mahu mencegah kemungkaran syirik memuja syaitan membawa kapak dengan niat ikhlas kerana Allah bersemangat menebang pokok yang dipuja.

Apabila tiba ditempatnya muncullah syaitan yang disangka menjadi penunggu itu menghalangnya. Maka bergelutlah dia dengan syaitan itu, kerana tujuannya kerana Allah, syaitan dapat dikalahkannya. Tiba-tiba syaitan yang pandai menipu itu merayu supaya dia dibebaskan dengan tawaran yang menarik, menjanjikan kepada pak lebai bahawa dia akan meletakkan duit di bawah tikar sembahyangnya setiap pagi. Dengan tawaran duit ini, maka pak lebai sedia membebaskan syaitan yang sudah dikenali dengan janjinya yang menarik itu.

Arkian kisah cerita berikutnya, pak lebai mendapati memang ada duit yang dijanjikan di bawah tikar sembahyangnya, maka terikat kasih kepada syaitan yang dikenali kerana duit itu.

Al-kisah setelah beberapa hari tiba-tiba duit tidak ada lagi. Maka marahlah pak lebai kerana syaitan sudah menipunya dan mungkir janji. Terus dipikul kapaknya dengan penuh semangat berhasrat untuk menebang pokok kerana marahnya kepada syaitan yang memungkiri janji tidak ada lagi duit yang diberikan, bukan lagi kerana mencegah kemungkaran yang akan dicatat oleh malaikat yang tidak dilihatnya akan amal pahala menentang syaitan itu. Apabila dia sampai, syaitan terus menghalang dan berlaku pergelutan yang sengit, tiba-tiba kali ini syaitan yang menang dan pak lebai menyerah kalah.

Demikianlah akibat percaya kepada syaitan yang dapat dilihat dan tidak percaya kepada malaikat yang tidak dapat dilihat.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Jamadil Awal 1439 / 22 Januari 2018

Sumber BO - 22-1-2018


Hadi sindir Mahathir dengan isu bahasa
Posted on Friday, January 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37812


Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam keras "pemimpin kita" yang pernah mengutamakan bahasa Inggeris dan mengabaikan bahasa Melayu di negara ini.


Tanpa menamakan "pemimpin kita itu" presiden PAS berkenaan berkata keinginan pihak terbabit mewajibkan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran kononnya dibuat untuk memajukan negara.

Lebih parah, katanya, pihak yang dimaksudkannya itu mahu menjemput tenaga pengajar asing dan menyediakan peruntukan kewangan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris ketika ia sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lebih bermanfaat kepada negara dan rakyat.

"Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB) telah membuat kajian bahawa negara yang meninggalkan bahasanya, gagal mencapai kemajuan yang pesat dan terus bergantung dengan pihak lain tanpa merdeka," katanya dalam kenyataan panjang lebar hari ini.

Abdul Hadi yang menjadi antara tokoh PAS cukup gemar menggunakan perumpamaan dan bidalan dalam ucapannya berkata generasi selepas merdeka mengambil langkah positif untuk memperkasakan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan.

Antara langkah diambil katanya ialah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain membuat perubahan terhadap institusi pendidikan di semua peringkat supaya bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu sehinggalah akhir 1970-an.
"Malangnya pada 1980-an dilakukan perubahan. Sekali pandang ke timur, sekali ke arah barat.
"Akhirnya dihanyutkan oleh ribut globalisasi berslogankan Orde Baru Dunia yang ditiupkan oleh Presiden Bush, iaitu bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa dunia.

"Kita ikut berenang bersama arus itu, sehingga bahasa Inggeris menjadi kebanggaan kita. Tulisan bahasa kebangsaan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi makin halus di papan tanda perniagaan dan jalan raya.

"Kita menyaksikan juga betapa para pemimpin kuasa besar berucap dengan bahasa kebangsaan masing-masing di persidangan antarabangsa yang terbesar atau kecil seperti PBB dan majlis rasmi bersama tetamu asing.

"Tinggallah pemimpin dunia ketiga, sama ada yang sedang membangun atau terus terduduk tanpa bangun meninggalkan bahasanya.
"Mereka sangat bangga berucap dengan bahasa penjajah masing-masing. Inilah kesan dan pengaruh penjajah yang masih menghantui pemikiran masing-masing," katanya lagi.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama kenyataan Abdul Hadi itu jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salahkan diri sendiri
Bekas perdana menteri berkenaan dikenali pernah mempromosikan Dasar Pandang Ke Timur pada 1982, selain kerajaannya memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003.

Bagaimanapun PPSMI kemudian dimansuhkan pada 2012 oleh menteri pendidikan ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perseteruan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir sudah berlangsung sejak beberapa dekad lalu dengan masing-masing membuat serangan politik dari semasa ke semasa.
Terkini persaingan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan PAS ketika kedua-dua pihak pembangkang berdepan cabaran pilihan raya umum (PRU) ke-14 nampak semakin sengit.

HARAPAN menggabungkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

BERSATU menggabungkan Dr Mahathir dan Muhyiddin yang dianggap boleh menyaingi pengaruh Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Pada ketika sama pengkritik mendakwa PAS menjalin kerjasama tersirat dengan Umno apabila kedua-dua pihak - terutama membabitkan Abdul Hadi dan Najib - dilihat semakin mesra.'

Bagaimanapun PAS menegaskan mereka beramal dengan budaya politik matang dan sejahtera.

Kata Abdul Hadi Wawasan 2020 - juga diperkenalkan Dr Mahathir - hanya tinggal dua tahun saja lagi umurnya namun kemajuan yang dicapai negara ini "masih bernyawa ikan".

Secara berkias anggota parlimen Marang itu menyarankan Dr Mahathir supaya bertaubat.

"Namun Allah sentiasa membuka pintu taubatnya laksana seluas muka bumi ini dari timur hingga ke barat, atau sepanjang umur manusia sejak umur baligh sehingga nyawa berada di kerongkong.
"Jangan salahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri," katanya.

Sumber TKO - 19-1-2018
































































Jati diri umat bersama bahasanya

FIRMAN Allah: 
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ إبراهيم 
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4) 
Beginilah Allah meletakkan acuan membina syakhsiah atau jati diri manusia dengan ilmu dan pendidikan melalui ilmu wahyu dengan bahasa ibunda masing-masing, maka beginilah juga Allah menetapkan kepada manusia menuntut ilmu duniawi melalui akal, pengalaman dan kajian.

Bahasa bagi sesuatu bangsa menjadi alat paling memudahkan mendapat ilmu secara lisan dan tulisan, serta mengembangkannya di kalangan bangsanya, bukan sahaja sekadar hubungan perbualan biasa di kalangan meraka sahaja. 
Islam di akhir zaman diwahyukan Kitab Suci Al-Quran menjadi mukjizat ilmu itu dengan Bahasa Arab yang dituturkan oleh Rasulullah S.A.W yang dilantik Allah dan generasi pertama yang diajak kepadanya dan menerima ilmunya. 
Wahyu pertama ialah firman Allah: 
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ ٥ العلق. 
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui Qalam (alat tulisan); (4) Yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu (jahil). (5)” (Surah Al-‘Alaq: 1-5) 
Al-Quran dibaca dan ditulis dengan Bahasa Arab yang tinggi dari segi ilmunya. Banyak perkataan tidak mampu mencapai maksud yang sebenar kalau diterjemah dengan hanya satu perkataan sahaja dalam bahasa lain seperti kalimah Allah, ibadat, jihad, zikir, tasbih dan lain-lain. Al-Quran juga menjadi mukjizat dasar dan konsep bagi semua ilmu termasuk ilmu duniawi yang menjadi petunjuk dan menentukan sempadannya untuk memberi manfaat dan menolak mudarat.

Umat Islam diperintah oleh Rasulullah S.A.W mengambil ilmu duniawi daripada berbagai bangsa yang bertamadun, sabdanya: 
الْكَلِمَةُ الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ حَيْثُمَا وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا سنن ابن ماجه 
“Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman. Maka di mana sahaja dia menemuinya maka dialah paling berhak mengambilnya” (Sunan Ibnu Majah)

Apabila umat Islam keluar daripada Semenanjung Tanah Arab, maka bukanlah semua ilmuan Islam mempelajari bahasa asing. Apa yang dilakukan adalah gerakan penterjemahan oleh kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam menterjemahkan ilmu daripada semua bangsa yang telah bertamadun itu ke dalam Bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi umat Islam, atau hanya beberapa orang penganut Islam yang mengetahui bahasa asing menterjemahkan ilmu itu mengikut bahasa penganut Islam. 
Langkahnya adalah meramaikan ilmuan berbagai lapangan di kalangan umat Islam dengan mudah dan cepat melalui Bahasa Arab atau bahasa masing-masing. Maka terciptalah Hadharah Islamiyah (Tamadun Islam) melalui ilmu duniawi berprinsip dan berkonsepkan Islam, bukannya Islam Hadhari yang mahu mengheret ajaran Islam bersama tamadun yang sesat itu. 
Eropah Kristian yang tertarik kepada Tamadun Islam mengutuskan beberapa orang sahaja dalam kalangan orientalis yang mempelajari Bahasa Arab, bukan semua mereka itu mempelajari Bahasa Arab. Lalu mereka mengambil ilmu duniawinya sahaja daripada umat Islam tanpa ilmu wahyu yang menjadi petunjuk. 
Kemudian mereka terjemahkan ilmu duniawi itu ke dalam bahasa masing-masing berkonsepkan sekularisma dalam masyarakatnya. Maka tercipta kemajuan sains dan teknologi yang pesat di kalangan mereka, sehingga mencetuskan Revolusi Industri yang menguatkan penjajahan dan berakhir dengan berbagai-bagai kemusnahan dan keruntuhan sehingga kini, kerana ilmunya tanpa hidayah. 
Kita menyaksikan Jerman dan Jepun yang kalah dalam Perang Dunia Kedua sehingga musnah segala bangunan dan industrinya, termasuk dikenakan syarat yang ketat oleh Negara Berikat yang menang, tiba-tiba bangkit semula dengan bahasa masing-masing. Begitu juga China yang menjadi kuasa besar sekarang meletakkan acuan pelajaran dan pendidikannya ke dalam bahasa kebangsaan, hanya beberapa orang yang terpilih mempelajari bahasa asing. Semua negara itu melahirkan ramai ilmuan di kalangan mereka tanpa banyak menghabiskan masa dan tenaga rakyatnya mempelajari bahasa asing.
Selain itu juga, sejarah tamadun Islam di Nusantara menggunakan Bahasa Melayu yang bertulisan huruf Arab bersama pengaruh Islam sehingga Bahasa Melayu menjadi bahasa yang terbesar di rantau ini. Malangnya dimusnahkan selepas kedatangan penjajah melalui sistem pendidikan dan pelajaran yang sengaja dicipta untuk melumpuhkan jati diri Islam. Pada masa yang sama, diambil langkah menghapuskan pengaruh Islam atau membaratkan penganut Islam, bukan sahaja budayanya, bahkan termasuk bahasanya sama ada dimusnahkan atau menjadi bahasa rojak yang bercelaru.
UNESCO telah membuat kajian bahawa negara yang meninggalkan bahasanya sendiri gagal mencapai kemajuan yang pesat dan terus bergantung dengan pihak lain tanpa merdeka.
Generasi awal negara selepas mencapai kemerdekaan telah mengambil langkah positif untuk kembali semula memperkasakan Bahasa Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), disamping melakukan perubahan terhadap institusi pendidikan di semua peringkat supaya Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu sehinggalah berakhir tahun 70-an.
Malangnya pada tahun 80-an dilakukan perubahan, sekali pandang ke Timur, sekali ke arah Barat, akhirnya dihanyutkan oleh ribut globalisasi berslogankan Order Baru Dunia yang ditiupkan oleh Presiden Bush iaitu Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa dunia.
Kita ikut berenang bersama arus itu, sehingga Bahasa Inggeris menjadi kebanggaan kita. Tulisan Bahasa Kebangsaan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi makin halus di papan tanda perniagaan dan jalan raya.
Kita menyaksikan juga betapa para pemimpin kuasa besar berucap dengan bahasa kebangsaan masing-masing di persidangan antarabangsa yang terbesar atau kecil seperti PBB dan majlis rasmi bersama tetamu asing. Tinggallah pemimpin dunia ketiga, sama ada yang sedang membangun atau terus terduduk tanpa bangun meninggalkan bahasanya, mereka sangat bangga berucap dengan bahasa penjajah masing-masing. Inilah kesan dan pengaruh penjajah yang masih menghantui pemikiran masing-masing.
Tanpa dinafikan perlunya mengetahui berbagai bahasa dunia itu dan penting untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya daripada bangsa lain, tetapi mengilmukan rakyat dan negara masing-masing hendaklah dengan bahasanya sendiri.
Rakyat akan mendapat ilmu dengan mudah sehingga tidak ada rakyat yang tertinggal atau terpinggir daripada pendidikan dan pelajaran termasuk yang kurang upaya. Menjadikan rakyat semuanya berperanan, bak kata orang tua:
“Yang gagah menumbuk padi, yang buta menghembus lesung dan yang tempang menghalau ayam”.
Jangan yang berpendidikan tinggi hanya segelintir, ada yang tidak pulang kerana tiada tempat di tanah air sendiri dan ada juga menjadi penganggur.
Walaupun masih ramai beranggapan bahawa peranan bahasa hanya kecil sahaja, tetapi perhatikan betapa peranannya yang dipandang sepi ini dapat mempengaruhi generasi kini yang lemah jati dirinya sedang dilanda badai media baru langit terbuka tanpa sempadan, menunjukkan angka peserta pusat serenti berlipat kali ganda daripada jumlah ke universiti, kerana kemampuan bahasa asingnya tidak mencapai ke tahap menguasai ilmu.
Lebih malang bagi Bahasa Kebangsaan kita, apabila konsep penswastaan dilaksanakan dengan meluas di lapangan institusi pendidikan yang menjadikan perniagaan adalah matlamat pendidikan, bukannya dakwah dan pembangunan insan. 
Ada yang sangat gembira dengan penubuhan universiti asing dan menggunakan bahasa asing serta kedatangan pelajar-pelajar asing kerana melihat banyak duit yang datang, bukannya melihat penyakit yang diundang sehingga duit itu terpaksa dihanguskan pula untuk mencegah dan mengubati kesan negatif yang lebih besar daripada positifnya. Demikianlah perangai manusia yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W: 
مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أوْقَدَ نَاراً فَجَعَلَ الجَنَادِبُ والفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا، وَأَنَا آخذٌ بحُجَزكُمْ عَنِ النَّارِ، وَأنْتُمْ تَفَلَّتونَ مِنْ يَدَيَّ )رواه مسلم(
.
“Bandingan hubungan aku dan kamu laksana seorang yang menyalakan api,

menyebabkan serangga belalang dan kelkatu menjatuhkan diri ke dalamnya, sedangkan aku mahu menghalangnya, sehingga aku memegang baju dan seluar kamu supaya jangan jatuh ke dalam api itu, sedangkan kamu merentap melepaskan diri daripadaku”

Allah menciptakan berbagai bangsa dan bahasa menjadi tanda kebesarannya. Firman Allah:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢ الروم 
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. 
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan” (Surah Ar-Rum: 22) 
Manusia tidak mungkin meminda ketetapan Allah, bahkan sepatutnya bersyukur dengan ketetapan Allah kepada diri masing-masing. Maka Islam tidak memaksa bangsa yang menganut Islam menukar bangsa, warna kulit dan bahasanya, sebagaimana tidak boleh memaksa bukan Islam menganut Islam sendiri. Bahkan ilmu agama Islam juga boleh dipelajari dengan bahasa masing-masing, namun bagi mendalaminya hanya yang terpilih mempelajari Bahasa Arab. 
Ibadat sembahyang yang diwajibkan bacaannya dengan Bahasa Arab, tetapi ilmu sembahyang dipelajari dengan bahasa masing-masing. Begitulah seorang yang mahu mengerjakan haji di Makkah tidak dipaksa mempelajari Bahasa Arab sebagai rukun dan syarat hajinya, termasuk yang buta huruf sah hajinya, menjadikan jamaah haji semakin ramai. Selain itu, para ulama mengesahkan status Islam seseorang dengan Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan terjemahan dalam bahasanya dan mereka yang tidak mampu langsung melafazkan bacaan solatnya dalam Bahasa Arab diizinkan juga dengan bahasanya. 
Bangsa bukan Arab yang mengambil alih kepimpinan Negara Islam yang besar, seperti Turki, Kurdis dan Mongol kekal dengan bahasa masing-masing dan menjadi bahasa rasmi negara bersama Bahasa Arab bagi mendalami ilmu syariat secara langsung daripada Al-Quran dan Sunnah. Namun tamadun duniawinya kekal dalam bahasa kebangsaan. 
Malangya ada pemimpin kita yang pernah berhasrat mewajibkan Bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran dan pendidikan kita kononnya untuk kemajuan negara. Lebih parah lagi apabila mahu menjemput tenaga pengajar asing dan menyediakan peruntukan kewangan yang sepatutnya boleh digunakan dalam perkara yang lebih bermanfaat kepada negara dan rakyat. 
Cukuplah Wawasan 2020 sudah tinggal dua tahun sahaja lagi umurnya, tetapi kemajuan kita masih bernyawa ikan yang ditangkap, bukannya ikan di air bebas. Namun Allah sentiasa membuka pintu taubatnya laksana seluas muka bumi ini daripada Timur hingga ke Barat atau sepanjang umur manusia daripada umur baligh sehingga nyawa berada di kerongkong. Jangan salahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri. 
Kata Khalifah Umar R.A.

الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل 
“Sesungguhnya kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan di dalam kebatilan” 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Jamadil Awal 1439 / 18 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD-18-1-2018 

































































Dr Mahathir, Najib bukan pilihan PAS

PAS tidak berminat memilih calon perdana menteri sama Tun Mahathir Mohamed atau Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan mereka mempunyai rekod dan masalah tersendiri. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, rakyat pun sudah mengetahui kenapa PAS tidak memilih kedua-dua pemimpin tersebut. 
"Bahkan kita sendiri mempunyai calon pilihan yang akan diputuskan parti selepas ini.
“Kita akan cadangkan calon perdana menteri yang lain, tetapi setakat ini, terlalu awal untuk kita beritahu," katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. 
Semalam calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak PAS menyatakan pendirian sama ada memilih beliau atau Najib sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 
“Kita nak tahu PAS nak bertanding siapa perdana menteri dia, calon Najib ke, calon saya ke, itu saya hendak tahu,” katanya. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, isu menamakan calon perdana menteri boleh diibaratkan seperti pasangan yang baru berkahwin. 
Katanya, isteri belum mengandung tetapi sudah sibuk untuk mencari nama untuk anak. - HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 




































































































































Dunia Islam masa kini (Siri 3)

Ahzab sepanjang zaman
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W) manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang beriman itu ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrikin. Dan kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W), orang yang paling dekat kasih sayangnya terhadap orang beriman ialah orang-orang Nasara Kristian, kerana ada kalangan mereka (paderi-paderi dan pendeta-pendeta rahib) yang menegaskan dan mereka tidak sombong dan tidak takabbur.
(al-Maidah: 82) 
Quran adalah petunjuk sehingga Hari Kiamat, mukjizat ilmu yang berterusan. Kita baca dalam Sirah Nabawiyyah, bagaimana orang-orang Yahudi ahli kitab yang mengetahui berkaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W, Rasul akhir zaman di dalam kitab mereka Taurah, Injil, diberitahu oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.S mereka, oleh ulama-ulama mereka. 
Sebahagian besar daripada mereka berkampung di Al-Madinah Al-Munawwarah kerana melihat tanda-tanda berlakunya Hijrah di situ. Bila datangnya Rasul itu, mereka kufur, mereka menentang. Mereka merancang menubuhkan bala tentera Ahzab untuk menyerang negara Islam. Merancang membunuh Nabi S.A.W dan meracunnya. 
Kewafatannya kesan dari racun itu. 
Di mana perancangan Ahzab ini berterusan sepanjang zaman. Mereka terlibat seperti dijelaskan dalam kuliah yang lalu, dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Setelah Theodor Herzl gagal merasuahkan Sultan Abdul Hamid Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir. Di kala Uthmaniyyah dalam keadaan yang sangat lemah, berlakunya kekacauan dalam kerajaan. Usaha nak dipulihkan gagal. 
Mereka menemui Sultan Abdul Hamid melalui Theodor Herzl, menawarkan berjuta-juta pound di masa itu, di zaman kerbau harga lima ringgit tahun 1900. Walaupun dalam keadaan yang terdesak, Sultan Abdul Hamid menolak dengan keras. Tidak akan menodai sejarah Islam yang telah ditegakkan oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah. 
Tetapi pemimpin-pemimpin Arab berjaya diperalatkan di atas semangat Nasionalisme, sehingga jatuhnya Uthmaniyyah, dilaksanakan Sykes-Picot, Perjanjian Balfour; Asia Barat dibahagi-bahagikan kepada pemimpin-pemimpin dan Raja-raja yang menyokong untuk menjatuhkan Uthmaniyyah. 
Isu baru isu Baitul Maqdis melibatkan Zionis disiar dalam media boleh dibaca. Berlakunya tawaran yang termahal di abad ini kepada pemimpin-pemimpin Palestin oleh kalangan negara Arab. Menawarkan beberapa billion dollar untuk menubuhkan negara baru di Sinai bagi orang-orang Palestin. Peruntukan yang lumayan, membuka bandar baru dengan menyerahkan Palestin dan Baitul Maqdis kepada negara haram Israel.
Alhamdulillah, tidak ada pemimpin Palestin yang berani menerima tawaran itu. 
Kumpulan-kumpulan Islam Hamas dan Tanzim Jihad menolak dengan keras. Bahkan berita yang mutakhir,  mereka memulaukan persidangan Palestin di Tebing Barat yang diadakan kelmarin dan hari ini. 
Disebalik rekayasa pertembungan
Perlu kita tahu bagaimana permainan politik yang sangat licik dan orang kita yang membaca kitab Fekah kena baca juga perkembangan politik. Sejak tahun 90-an lagi, beberapa pemimpin Amerika, khususnya yang mengepalai 'order' baru dunia, menguar-uarkan dalam media bahaya Syiah terhadap Sunni. Al Hilal Syiah, setelah berlakunya Revolusi Syiah di Iran, mereka mengatakan Iran akan mengembangkan pengaruh negara Parsi, membahayakan orang Arab. 
Bahkan isu ini tidak ada di zaman Shah. Di zaman Shah, dia bawah Amerika, pangkalan ke Amerika di Iran ada di masa itu, tak ada isu ini. Tetapi, selepas Revolusi Islam Syiah di Iran, ditimbulkan isu ini. Adakah isunya Sunni dan Syiah? Orang Islam mesti faham, orang Islam mesti faham. Betul kita Sunni, kita Ahli Sunnah, pertahan Ahli Sunnah wal Jamaah, tapi kena faham politik. 
Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang ditakluk selama satu abad, mengambil langkah berdamai dengan Kerajaan Fatimiyah Syiah di Mesir. 
Fatimiyah Syiah di Mesir, dia mendirikan Universiti Azhar. Azhar ini Universiti Syiah pada asalnya untuk mengembangkan pengaruh Syiah Fatimah Az-Zahra Al-Azhar. 
Kerajaan Fatimiyyah. 
Salahuddin Al-Ayyubi mengambil pendekatan damai. Beliau sebagai wakil tentera Ayyubiah naik atas mimbar di Mesir memuji khalifah Fatimiyyah. Menyebabkan orang marah, apa duduk puji Syiah? Beliau bersabar. Berakhir dengan selesai masalah dalaman, Mesir bertukar menjadi Sunni. Jami’ Azhar di Mesir, Ahli Sunnah sampai hari ini. Baitul Maqdis berjaya dibebaskan. Ini mesti faham. Adakah isu ini ataupun isu menyelamatkan Israel? 
Negara Arab yang sudah dibeli dengan kesenangan dan kemewahan tidak membangunkan teknologi mereka. Saya sebut minggu lepas, mereka kaya sahaja, tapi bodoh. Kaya, bodoh nak buat apa? Dia dalam Syiah yang cerdik, membangun teknologi, bahkan mereka mentajdidkan Fekah mereka, mereka buat pilihan raya. Dalam Fekah Syiah tak ada pilihan raya, dia pun boleh buat pilihan raya. 
Negeri Arab yang kuat Sunni ini pilihan raya ke tidak? Diktator. Presiden boleh dipecat, boleh dijatuhkan. Dibangunkan teknologi dan dibuat kajian Wilayatul Faqih yang banyak melakukan perubahan dan mencedok Fekah-fekah Sunni Ahkam Sultaniyah dan lain-lain. Tajdid dilakukan. Dan mereka membangunkan teknologi. 
Turki yang dijaga oleh Barat, jangan muncul lagi. Dalam diam-diam membangun Turki. 
Turki membangun. Walaupun Perlembagaan Turki mengharamkan penubuhan parti yang berunsurkan agama. Mana-mana parti politik yang membuka ruang untuk agama, diharamkan. Lepas satu, satu, sehingga parti AK memerintah pada hari ini menghidupkan demokrasi dan kebebasan. Demokrasi dan kebebasan bukan sahaja untuk Barat, tetapi juga untuk Islam. 
Arak tak boleh diharam, pelacur tak boleh diharam, sangat sulit. Pangkalan tentera Amerika tak boleh ditutup. Diplomatik dengan Israel tak boleh diputus. Kalau masjid jangan dikacau. Ceramah agama jangan dikacau. Kegiatan Islam jangan dikacau. Ini pendekatan yang dibuat oleh Turki dalam keadaan yang begitu rupa. 
Rampasan kuasa tentera Turki yang diatur gagal untuk menggulingkan Erdogan, gagal. Iran terlibat, Qatar terlibat dalam mempertahankan Kerajaan Turki, menunjukkan ada kerjasama di antara negara-negara ini. 
Namun tawaran baru yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja untuk menubuhkan negara baru Palestin. Termasuk menubuhkan blok baru, blok Arab kerana Israel untuk menghadapi bahaya Syiah, bukan blok Islam menghadapi bahaya Israel. Ini percaturan politik yang kita faham. 
Tawaran yang saya sebutkan tadi, tawaran yang dikemukakan kepada Almarhum Yasser Arafat ketika beliau masih hidup. Turki di bawah kerajaan Sekular yang tegar, menghantar Menteri Luarnya Ismail Cem, saya ingat nama dia. Berjumpa Yasser Arafat, menawarkan beberapa billion kepada Yasser Arafat untuk mendirikan negara baru Palestin, serah sahaja Baitul Maqdis kepada negara Israel. 
Arafat menjawab dengan senyum, Yasser Arafat kata saya bersetuju, saya bersetuju. Tetapi kamu balik ke Turki buat undi pilihan raya di Turki pungutan suara, tanya rakyat Turki setuju ke serah Baitul Maqdis kepada Israel? Satu jawapan yang bijak menyebabkan Ismail Cem keluar dalam hampa. Buat pilihan raya demokrasi, tanya orang Turki, orang Turki setuju ke tidak? 
Baitul Maqdis milik Islam
Baitul Maqdis adalah isu Islam, bukan isu Arab, isu Islam, isu agama. Walaupun mereka tololkan ini isu Palestin, isu Arab, isu nasionalisme, tidak, ini isu Islam. Islam yang berhak di Palestin. Kalau di atas nama kebangsaan, baik bagi dekat Yahudi. Yahudi sendiri tidak berhak terhadap Palestin. Mereka ke negeri Islam. 
Islamnya Palestin ini Allah menugaskan Ibrahim A.S supaya merasmikan Palestin setelah Nabi Ibrahim A.S dihalau daripada Babil, Babylon, berhijrah ke Palestin, ke Mesir. Balik ke Palestin dan mendirikan bumi Palestin, menghidupkan walaupun sudah ada penduduk di situ. Al Yabusiyun, dulu dari Yahudi lagi, dan Ibrahim memakmurkan Palestin. 
Di mana Ibrahim adalah bapa kepada penganut-penganut agama besar Yahudi, Kristian dan Islam, termasuk Musyrikin. Orang Musyrikin juga memuja Ibrahim. Dalam Hindu antara tuhan ialah Brahma. Brahma, mereka anggap sebagai tuhan, itu Ibrahim, setelah pengaruhnya masuk ke India. Yahudi memuja Ibrahim, Kristian menyebut Abraham, orang Islam juga memuja Ibrahim disebut dalamtasyahhud akhir. Allah menyatakan:\ 
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(Ali Imran: 67)
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ
Bahkan dalam ilmu qiraat, qiraat As-Syami (menyebut), "Maa kaa na Ibraham" 

يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا 
Ada bacaan ulama,"Maa kaa na Ibraham". Ada bacaan begitu daripada riwayat As-Syami. 
Ibrahim bukan Yahudi, bukan Nasrani, Ibrahim bukan Musyrikin, Ibrahim adalah seorang Islam. Dan Allah memerintah Bani Israil satu bangsa yang dilahirkan daripada Ibrahim A.S melalui anaknya Ishak dan cucunya Ya'kub, maka lahirlah Bani Israil. Ya'kub yang berhijrah ke Mesir, melahirkan bangsa Israil. Ismail yang berhijrah ke Makkah melahirkan bangsa Arab. Arab dengan Israel ini, dengan Yahudi sepupu. Sepupu, pupulah. Itu hal lain. Menunjukkan Islam agama asal. 
Setelah wujudnya bangsa Israil keturunan Ya'kub, setelah beribu-ribu tahun, mereka dipindah di Mesir, Allah memerintah Nabi Musa A.S berhijrah ke Palestin dengan Allah menunjukkan mukjizat kepada Bani Israil, mukjizat Musa. Menandakan ke-Rasulannya, ke-Nabiannya supaya Israil, orang-orang Yahudi mematuhi Nabi Musa A.S. Diberi kitab Taurah yang lengkap kerana mereka beriman, ditunjukkan mukjizat, Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di Laut Merah. 
Allah menyuruh mereka masuk ke Palestin, dengan syarat mereka mesti berjihad, berperang menentang kaum Jabbarin. Apa kata mereka?: 
اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
"Wahai Musa, pergi kamu dengan tuhan kamu, kami tak mahu pergi kami mahu duduk di sini sahaja."
(al-Maidah: 24)

Ini orang Yahudi, sehinggalah Allah mewafatkan Musa dan Harun A.S, disesatkan selama 40 tahun. Lahir generasi baru, Yusya’ bin Nun membebaskan Palestin. 
Ditegakkan kerajaan yang menjalankan Kitab Taurah. Di antaranya kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman A.S. Wakil Israel di Bangsa-Bangsa Bersatu, saya ikuti ucapan dia. Antara hujahnya ialah Nabi Daud yang mendirikan kerajaan di Baitul Maqdis. 
Siapa Nabi Daud? Nabi Daud yang beramal dengan Taurah, Nabi yang Islam, Sulaiman yang Islam, bukan Sulaiman yang kafir, yang meninggalkan Taurah. Di sini hikmat Allah menyebut kisah Bani Israil dalam al-Quranul Karim. Disebut dalam Quran kisah Nabi Yusuf, Nabi Ya'kub, Nabi Ibrahim, Nabi Daud dan Sulaiman disebut dalam Quran. Dan disebut hukum-hukum yang sama dalam Quran dan Taurah. Hukum Qisas dan Hudud yang jadi isu pada hari ini, disebut dalam Taurah, sama dengan Taurah. 
Bahkan kita penganut Islam dihalalkan memakan sembelihan orang Yahudi, halal dan haram dekat, menunjukkan persamaan agama. Tetapi kitab mereka dinasakhkan. Islam adalah agama Allah untuk manusia, bukan untuk orang Yahudi sahaja. Tapi mereka fanatik kaum, seolah-olah Islam ini untuk orang Yahudi. Nabi bangsa Yahudi, mereka nak ajar Allah Taala. Mereka dilaknat oleh Allah. 
فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ ۚ
"Mereka diwabakkan dengan kemurkaan."
(al-Baqarah: 90)
Kemurkaan di atas kemurkaan bertalu-talu, membunuh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul 
. Mereka tidak layak untuk mewarisi Palestin, dan Allah mengisytiharkan ‘Alamiyyah Muhammad S.A.W pada malam Israk dan Mikraj, sembahyang berjamaah di Baitul Maqdis. Nabi tak minta jadi imam, Nabi tak minta jadi imam. Sekarang ini jangankan imam, Perdana Menteri pun orang minta. Jibrail pegang tangan Nabi, Nabi jadi imam. 
Semua Nabi-Nabi sembahyang di belakang, sembahyang berjamaah, menandakan Islam adalah agama Nabi-Nabi A.S. Palestin adalah Islam. Baitul Maqdis adalah Islam. Mereka telah berjaya memperkecil dan mengecilkan isu Palestin, daripada isu Islam jadi isu Arab. Isu Palestin isu Baitul Maqdis. 
Kemudian isu Baitul Maqdis Timur dan Barat. Banyak pemimpin negara Islam dalam ucapannya menerima Baitul Maqdis Timur untuk orang Islam, Barat untuk Yahudi. Ada yang berucap macam ini. Mahdi dari Baitul Maqdis, kecilkan lagi pula. Sedangkan Baitul Maqdis adalah untuk orang Islam. Dan Islam tidak menghalang penganut agama-agama lain. 
Namun Allah Taala mengajar kita, mengajar umat Islam, bila meninggalkan Islam, maka umat Islam jadi hina, jadi lemah, mereka ditakluk. Dan Allah tidak mengizinkan agama Islam ini mati. Cahaya tak boleh dipadam. 
Perjuangan menentang Yahudi
Saya ulangi balik apa yang disebut apabila dilaksanakan Perjanjian Sykes-Picot. Yahudi berhijrah ke Palestin, berlaku protes di Baitul Maqdis. Pemimpinnya Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini, Mufti Palestin yang pernah dijemput di Tanah Melayu dalam Musabaqah Quran yang pertama tahun 1960, Mufti Palestin.

Amin Husaini diburu oleh pihak Berikat kerana dalam Perang Dunia, yang kedua beliau berpihak kepada Hitler kerana beliau berjumpa dengan Hitler, ada gambar, disiar dalam perjumpaan dengan Hitler. Hitler menjanjikan untuk menyerahkan Palestin balik ke orang Arab. Hitler kalah. Amin Husaini diburu, termasuk dalam senarai dikehendaki oleh pihak Berikat. 
Tapi alhamdulillah, negara Arab tak sanggup serah dia. Tinggal di Mesir, tinggal di Lubnan, menetap di Moscow, tapi Tunku (Abdul Rahman), Almarhum Tunku jemput dia datang Musabaqah Quran tahun 60, ada juga peranan Tunku datang ke sini Musabaqah Quran tahun 60, yang tua-tua masih ingat dia datang. 
Dia mengepalai gerakan menentang Yahudi di Palestin. Berlaku demonstrasi, bantahan melibatkan seluruh dunia Islam, bukan sahaja orang Arab, bahkan Presiden kita yang kedua Dr Burhanuddin dikatakan pernah ditahan di Baitul Maqdis kerana terlibat dalam demonstrasi itu, dalam tahun 40-an, Dr Burhanuddin. Orang PAS ini dah lama dah terlibat, sebelum merdeka lagi, sudah terlibat dalam perjuangan ini. 
Dan kita berjaya menggunakan pengaruh kita untuk menghalang Malaysia mengiktiraf Israel, sehingga hari ini alhamdulillah Malaysia tak iktiraf Israel walaupun negara Arab sendiri sudah iktiraf Israel. Bodoh-bodoh Malaysia pun tak iktiraf Israel, Pakistan tak iktiraf Israel, Indonesia tak iktiraf Israel kerana kekuatan rakyat, kekuatan rakyat. 
Apa yang menarik, yang mutakhir ini Datuk Bandar London, Sadiq Khan, bila Trumph nak pergi melawat London, dia membuat kenyataan, dibantah. Dia akan kerahkan London demonstrasi untuk menghalang Trumph melawat London, kerana menyerah Baitul Maqdis, pindah kedutaan Amerika di Baitul Maqdis. Tapi beberapa negara Arab sambut Trumph dengan karpet merah, ini. Orang Pakistan pula bersungguh. Orang Arab tak sungguh, bukan semua Arab sungguh. Rakyat Arab tidak. 
Dan kita perlu memahami bahawa Israel mempunyai agenda yang besar. Agenda Freemason dan Zionis untuk mengembalikan empayar Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, mencari Tabut. Tabut ialah peti mukjizat yang membawa Thalut dan Nabi Daud mengalahkan Jalut, disebut dalam Quran. Kalau ada Tabut ini, menang dalam peperangan. Mereka menggali keliling dan membuat terowong di bawah Masjid Aqsa untuk mencari Tabut bagi menakluk dunia. Pusatnya di Israel. 
Dan di sana terdapat kepercayaan di dalam beberapa mazhab Kristian. Dalam mazhab Katolik Protestan dan beberapa mazhab Ortodok, yang mempercayai perlunya gabungan Yahudi dan Kristian untuk menentang umat Islam bagi menubuhkan empayar dunia yang berpusat di Israel menunggu kelahiran Al-Masih, yang disebut dalam Hadis, Al-Masihu Dajjal, disebut oleh Nabi S.A.W, Al-Masihu Dajjal, akan lahir di akhir zaman menjadi tanda besar akhir zaman. Al-Masihu Dajjal daripada bangsa Yahudi yang menakluk dunia. 
Terdapat dalam kalangan Kristian Zionis bergabung dengan Yahudi, menunggu kelahiran Al-Masih untuk mendirikan negara agung Israel. Penglibatan Amerika dan sekutu-sekutunya ada kaitan dengan ini. Namun disebut dalam Hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, orang Islam akan mengalahkan Yahudi di akhir zaman. 
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود
ويختبئ اليهودي
وَرَاء الشَّجَرِ والْحَجَرِ
فقال الحجر يهودي وراء فاقتله
الا شجرة الغرقد
"Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga orang Islam menghapus, membunuh Yahudi. Sehingga orang-orang Yahudi berlindung di sebalik kayu dan batu. Kami yang batu memberitahu, "Wahai orang Islam, ini Yahudi di belakangku, sila datang hapuskan dia"." 

Ini Hadis dalam Shahih Bukhari.Dan di sana Hadis-hadis disebut dalam kitab Hadis. Nuzul Isa A.S, turunnya Nabi Isa A.S termasuk dalam tanda akhir zaman. Dan zahirnya Imam Mahdi termasuk dalam tanda akhir zaman. Jangan dipandang lekeh. Walaupun khilaf di antara ulama-ulama, antara Sunni dengan Syiah, khilaf tentang Imam Mahdi. 
Tunggu Imam Mahdi?
Syiah Imamiyah mengatakan Imam Mahdi sudah zahir sejak ribu tahun yang lalu, 
bersembunyi di Iraq dalam tanah, akan muncul di akhir zaman. Syiah Nakhawilah yang tinggal di Madinah, ramai di Madinah ada Syiah, peniaga di pasar, sebahagian berniaga pasar, sebahagiannya penjual daging di pasar. Yang kata Syiah kafir itu jangan beli daging dekat pasar Madinah itu, ada Syiah, dia jual daging. Jangan cepat sangat kata kafir-kafir ini. 
Mereka percaya Muhammad bin Hanafiyyah adalah Mahdi, bersembunyi di Gunung Radhwa, gunung yang di antara Makkah dan Madinah. Disebut oleh Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimah, kepercayaan Syiah Nakhawilah. Sunni mengatakan zahir macam manusia biasa di akhir zaman. Salah seorang pemimpin yang akan memimpin ummah untuk mengembalikan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman. 
Ada pula orang tak payah mengundilah, tak payah berjuang, tunggu Imam Mahdi datang. Ada pula macam itu. Ini tak betul. Kewajipan menegakkan Islam kewajipan di zaman masing-masing, kewajipan di mana orang Islam dia berada, wajib dia menegakkan Islam, bukan tunggu Imam Mahdi. Hadis zahirnya Imam Mahdi diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang Sahabat (R.A), menandakan Hadis mutawatir. Walaupun tak disebut dengan sarih dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Shahih Bukhari menyebut: 
كيف انتم إذا منكم ابن مريم وإمامكم منكم
"Bagaimana keadaan kamu bila Isa Ibnu Maryam turun dan pemimpin kamu kalangan kamu?" 

Itu dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Tak disebut dalam Sunan Arba’ah, dan kitab-kitab yang lain. Walaupun di sana ada Hadis maudhu’, hadis palsu, ada hadis-hadis dhaif, hadis hasan, dan ada hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, tak boleh dinafikan. Akan tiba masanya.
Tiba masanya turun Isa A.S, Kristian percaya, sebahagian mereka percaya Nabi Isa disalib, dibunuh. Sebahagian Kristian blok Ortodok mengatakan Isa akan turun di akhir zaman. Kristian pun khilaf. Yang peliknya, Kristian yang kata Yahudi bunuh Nabi Isa, sokong Yahudi pula. Ini.
الضَّالِّينَ
*_"Yang sesat."_*
(al-Fatihah: 7)
Ini salah. Dia percaya bahawa Nabi Isa ini dibunuh oleh Yahudi, lepas itu dia sokong Yahudi, yang bunuh tuhan dia. Apa agama macam ini? Agama 'Trinity', tiga dalam satu, satu dalam tiga, macam kopi. Kopi campur tiga kan? Ada. Ini kepercayaan dia.
Persaingan kuasa-kuasa
Namun Israel membina kekuatan, didedahkan sejak tahun 60-an, seorang penulis tentera Iraq, Almarhum Jeneral Mahmoud...., telah menulis dalam buku, tentang pergolakan di negara Arab. Israel telah membina teknologi nuklear sejak tahun 60-an, dibantu oleh Amerika, British dan Perancis. Di mana, pusat nuklear dia di Bi’r Al-Saba’ di Palestin.
Barat membenarkan Israel membina nuklear, termasuk senjata nuklear. Majalah Al-Mujtama’ dalam tahun 1990 mendedahkan kerjasama nuklear antara Israel dan India. Ujian nuklear Israel dilakukan di India, pendedahan.
Ini antara Yahudi dan Musyrikin, betul tuhan sebut dalam Quran. Mereka tercabar dengan Pakistan juga menjadi kuasa nuklear, dan tercabar hari ini Iran menjadi kuasa nuklear. Walaupun mereka membunuh teknologi nuklear di Iraq dan Libya, serangan terhadap Iraq, serangan terhadap Libya adalah untuk menghapuskan kuasa nuklear kepada dunia Islam.
Tak nafi bahawa Saddam ini zalim, Ghaddafi zalim, tetapi matlamat dia bukan sekadar dengan Ghaddafi, matlamat dia nak bunuh sebarang kekuatan umat Islam. Orang Islam mesti faham, ini.
Barat meminta supaya Professor Abdul Qadeer daripada Pakistan pakar Nuklear Pakistan yang sudah tua uzur sekarang, diserah kepada Amerika untuk ditahan di Amerika. Kalau ditahan pun dia tak boleh, dia sakit, uzur, perlu rawatan perubatan. Kami tak benar dia pergi kerana dia uzur, tak tahu uzur sungguh ke uzur syar’ielah.
Iran dan Turki sedang membangun, walaupun mengikut hukum syarak, hukum syarak, difatwakan oleh ulama bahawa haram menggunakan senjata nuklear. Tak boleh kerana dalam peperangan tak dibenarkan membunuh orang tua, membunuh kanak-kanak, membunuh paderi, membunuh peniaga, membunuh petani, membunuh orang awam, merosakkan kebun orang awam, tak dibenarkan oleh hukum Islam. Ini syariat Islam, mendahului undang-undang antarabangsa.
Tetapi membina kekuatan untuk menggerunkan musuh, diizinkan oleh syarak. Kita tak dibenarkan membalas dendam terhadap musuh macam dia buat kepada kita. Di sinilah menyebabkan Islam diterima oleh manusia di seluruh dunia kalau Islam ini menang. Ini sangat menakutkan mereka.
Apa yang penting, mereka menggunakan orang Islam untuk memukul orang Islam, melaga, mengadu dombakan orang Islam apabila mereka menganggap orang Islam sudah mula mara ke depan pada hari ini, munculnya negara baru Iran, munculnya Turki. 
Turki muncul ke depan. Kegagalan rampasan kuasa di Turki telah mengheret Turki bergabung dengan Iran dan Rusia menjadi gabungan baru antara Turki, Iran dan Rusia untuk menghadapi Barat diketuai oleh Amerika. Ini perubahan dalam blok dunia, yang kita tahu pada hari ini, ini diatur oleh Allah S.W.T. 
Rusia daripada Komunis kepada Ortodok, Kristian Ortodok. Ortodok ini lain dengan Protestan dan Katolik. Amerika menganggap Rusia adalah pencabarnya. Bila Rusia bergabung dengan Islam, sudah tentulah menjadi satu kekuatan yang baru yang mencabar Amerika. 
Dilakukan satu permainan politik yang mesti kita faham. Barangkali saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, jet pejuang Turki telah menembak Sukhoi Rusia. Saya boleh sebutkan dalam perjumpaan sikit-sikitlah. Jatuh kapal terbang Rusia. Tujuan untuk melagakan Rusia dengan Turki, dan Iran dengan Turki. Ini permainan politik. 
Yang berakhir dengan Turki menangkap juruterbang yang menembak Sukhoi, dan dibuat siasatan, rupanya juruterbang ini adalah yang bertugas di Itali, pangkalan tentera NATO di Turki yang ada kaitan dengan CIA. Ini yang berlaku. 
Motif selamatkan Israel
Yang terakhir ialah perdamaian antara pejuang-pejuang Syria, dengan Kerajaan Syria. Peperangan yang berlaku di Syria yang berlaku di Yaman, sebenarnya bukan masalah Syria dan Yaman, kita tahu ada masalahnya. Sebenarnya adalah gangguan untuk menyelamatkan Israel dan Baitul Maqdis pada Yahudi, ini permainan percaturan politik yang kita kena faham. Kerana Yaman, Syria, Sudan adalah pangkalan untuk membantu pejuang-pejuang Palestin, Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah daripada Syiah di Selatan Lubnan. Ini. 
Khususnya bila beberapa peperangan di Gaza, dan peperangan di Selatan Lubnan, membuktikan bahawa Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah mempunyai senjata-senjata yang tak boleh dipintas oleh roket-roket Amerika yang mempertahankan Israel. Ini menyebabkan mereka kacau. 
Ancaman yang besar kepada Israel pada hari ini ialah teknologi baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah yang boleh menyerang Israel apa yang disebut Kubah (Iron Dome). Yang diberi oleh Amerika dengan sistem pertahanan peluru perpandu yang boleh mengawal Israel; ditembusi oleh senjata-senjata baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah. 
Sudah tentulah ada negara luar yang membantu gerakan balas. Maka bagaimana untuk menyekat bantuan ini ialah menghancur negeri-negeri yang menjadi dianggap sebagai pangkalan, mengacau Yaman. Yaman adalah pintu masuk ke Laut Merah, mengacau Somalia pintu Laut Merah, mengacau Sudan pintu Laut Merah. Dan mengacau Syria bukan kerana Bashar Al-Assad itu zalim, tapi untuk menyelamatkan Israel. 
Ini mesti dibaca. Inilah pertembungan antarabangsa yang orang Islam kena faham, kena tahu. Sekarang ini zaman media baharu, yang tahu banyak bahasa lagi banyak maklumat. Tetapi semua maklumat itu hendaklah ditabayyun, hendaklah ditapis benar ataupun salah, dan dibuat andaian-andaian. Andaian-andaian dan membuat keputusan yang tepat, dan dikaji perkembangan yang berikutnya, di sana akan terdapat kebenaran. Bagaimana berlakunya percaturan politik untuk menyelamatkan Israel. Namun kita yakin dan percaya, semua perancangan itu tidak boleh menyekat agenda Allah S.W.T. 
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Mereka merancang, Allah Taala juga merancang, mereka merancang tipu daya, Allah Taala merancang untuk mengalahkan tipu daya mereka."
(Ali-Imran: 54) 
Terjadi Malhamah Kubra
Walaupun makar ini sering digunakan untuk perancangan tipu daya yang sulit waktu malam orang tak tahu, Allah Taala Maha Mengetahui. Allah Taala Maha Mengetahui. 
Namun di sana ada Hadis-hadis yang banyak, yang mengatakan bahawa, sebelum dihapuskan Israel itu, akan berlaku Malhamah Kubra. Malhamah Kubra ialah peperangan yang besar, barangkali perang dunia yang ketiga, wallahua’lam, yang keempat wallahua’lam, dalam ilmu Allah Taala. 
Peperangan yang besar, macam banjir besar. Bila banjir besar, maka muara sungai berubah, muka bumi berubah, begitulah juga peperangan yang besar, boleh mengubah peta dunia. Kita yakin peta dunia akan berubah setelah umat Islam jatuh dalam pusingan di abad yang lalu, akan naik di abad yang mendatang. 
Kalau sekiranya Baitul Maqdis yang ditakluk oleh tentera Salib selama 100 tahun, Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan selepas 100 tahun. Kita mengharapkan senario 100 tahun akan berulang bila Revolusi Arab diisytiharkan tahun 1917 yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, insya-Allah 2017 akan membawa satu tanda yang menentukan kemenangan kepada umat Islam. Bagaimana kita diwajibkan beramal, diwajibkan menjalankan kerja kita. Allah Taala menjanjikan: 
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ
"Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan."
(al-Anfal: 60)
Allah Taala suruh umat Islam menyediakan kekuatan.
مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Sekadar kemampuan kamu." 

Kewajipan persiap kemampuan
Kemampuan tak boleh disembunyikan, Allah Taala Maha Mengetahui. Kalau sembunyikan kemampuan, Allah Taala tidak menolong. Sekiranya umat Islam menyediakan kemampuan mengikut kemampuan yang ada pada mereka, walaupun kemampuan itu tidak sama dengan kekuatan yang ada pada musuh, Allah Taala memberi kemenangan kepada Islam. Kerana kemampuan yang ada pada umat Islam itu adalah kewajipan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. 
Setelah mereka menunaikan kewajipan itu, bagaimana untuk menampung kekuatan yang lebih kepada musuh? Kekuatan itu adalah pertolongan Allah S.W.T yang mengatasi kekuatan musuh. Itulah sunnah alam yang berlaku kepada perjuangan Islam di sepanjang zaman yang kita kena faham. Di sinilah Saidina Umar Ibnul Khattab R.A mengatakan kepada Sa’ad Bin Abi Waqas, Panglima Islam yang ditugaskan untuk menghadapi empayar Parsi.
"Wahai Sa’ad, aku pesankan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah."
Takwa adalah senjata yang paling penting bagi orang Islam kerana Allah Taala tidak menolong melainkan dengan sifat takwa yang ada pada kita. Sekiranya kita tidak ada sifat takwa, kita mengerjakan maksiat, tidak menunaikan perintah Allah, maka Allah tidak menolong kita kerana kekuatan kita tidak sama dengan lawan kita. Jumlah kita tak sama jumlah lawan kita.
Bila Allah Taala tidak menolong kita, maka musuh boleh mengalahkan kita. Jangan kamu cakap kata Saidina Umar, kita adalah orang yang baik dan orang yang benar, mesti ditolong oleh Allah. Allah telah menghukum Bani Israel, mereka adalah umat yang benar di masa itu. Bila mereka mengerjakan maksiat, mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.
Di sini pentingnya orang Islam menyediakan kekuatan mengikut kemampuan yang ada pada mereka dan ditambah dengan takwa yang lebih penting daripada itu. Ini sangat penting.
Walaupun banyak ayat-ayat Quran menyebut tentang peperangan, tetapi dalam muamalah terhadap manusia, sama ada dalam kontek individu, kontek jamaah, dalam kontek negara, Islam mendahulukan damai. Damai hendaklah didahulukan daripada tindakan yang keras kerana matlamat Islam menyelamatkan manusia seramai-ramai yang mungkin. Kejayaan kita menunjuk seorang kepada Islam, fadhilatnya sangat besar. Kejarlah untuk mendapat fadhilat ini. Berjaya menyelamatkan orang dengan Islam, ini sangat penting.
Memujuk orang datang kepada Islam, ini sangat penting. Ini risalah Nabi-Nabi yang wajib disambung oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi kerjanya sangat mencabar. Bukan sahaja Yahudi, Kristian, Musyrikin, termasuklah kalangan Munafik, dalam orang Islam sendiri, termasuklah di kalangan yang lemah iman yang menjadi halang perjalanan kepada pekerja-pekerja Islam. Ini penghalang-penghalang. Sekiranya kita tunaikan kerja dengan baik tersusun, semua halangan-halangan itu dibawa di atas, ia dengan izin Allah. 
Lonjakan isu Baitul Maqdis
Isu Baitul Maqdis yang menarik umat pada hari ini, alhamdulillah telah berjaya menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Bila dibuat sidang tergempar di Bangsa-bangsa Bersatu, setelah Majlis Keselamatan membuat sidang khas, divetokan oleh Amerika, dan diminta buat sidang Agung Bangsa-bangsa Bersatu kerana ada peruntukan dalam peraturan boleh buat dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun keputusan dia tak boleh dilaksanakan, tetapi menjadi satu lonjakan politik. 
Bila dibuat sidang Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari dua pertiga ahli Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menerima langkah Amerika untuk mengiktiraf Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel sepenuhnya. Ini kejayaan awal bagi umat Islam. Semua negara Islam, termasuk negara Islam yang paling lembik tak berani, semua ikut sama. Tak apalah, sekadar itulah. Menandakan mudah-mudahan ada sebesar zarah iman dalam diri dia boleh menyelamatkan dia, kita harapkan begitu. Perkara ini mesti ada dalam perhatian kita orang Islam di saat kita sembahyang, kita sibuk buat umrah, Nabi kata:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس
منا
"Barangsiapa yang tak ambil berat berkenaan dengan orang Islam, dia bukan daripada kalangan kita,"
Nabi kata. Kena ambil berat hal-hal orang Islam ini. Kita kena ambil berat, jangan kita pandang ringan. Termasuklah tak lama lagi kita akan pilihan raya. Masih ramai 
kalangan-kalangan kita ini menganggap pilihan raya ini tak penting, serupa sahaja siapa memerintah, sama sahaja, tak payah pilihan rayalah, sibuk duduk kelahi sesama sendiri, tak usah mengundi. Kita mesti faham bahawa mengundi ini adalah cara untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan adalah wajib, bukan sunat. 
Kerana mendirikan kerajaan yang wajiblah Nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah, kalau tak kerana mendirikan kerajaan itu wajib, maka Nabi tak berhijrah ke Madinah. Hijrah ini untuk mendirikan kerajaan di Madinah, ini wajibnya mendirikan kerajaan, kita kena sedar. 
Sehingga bila Nabi wafat, para Sahabat bermesyuarat di Tsaqifah Bani Saidah, sebahagian besar Sahabat tak hadir di kubur masa kebumikan Nabi. Mengikut adat orang kita bila orang tua mati, mesti ada di kubur, tapi masa Nabi dikebumikan, sebahagian besar Sahabat bermesyuarat, mesyuarat untuk apa? Untuk pilih siapa jadi ketua negara, ini pentingnya memilih kerajaan yang memerintah. 
Risiko tidak mengundi
Tiba-tiba terdapat kalangan orang Islam, tak penting, tak mustahak. Lebih malang lagi orang bukan Islam yang bekerja di Sarawak balik mengundi di Ipoh, balik sendiri dengan duit dia. Kita duduk dekat rumah mengundi tak pergi mengundi (bila) orang tak ambil dengan kereta, ini orang Islam punya akalan. 
Dengan sebab satu, gagal kita menegakkan Islam, kita terimalah tanggungjawab ini. Jangan pandang ringan. Semalam saya sebut dalam perjumpaan di Kelantan, saya sebut kepada orang Kelantan, sama juga dengan orang lain pun, sama tahun 2004, kita menang di Kelantan dengan satu kerusi majoriti, simple majority, simple satu kerusi sahaja. 
Menang satu kerusi dengan dua undi sahaja, dua undi, ini kerana cikgu-cikgu Kelantan daripada Sabah dan Sarawak balik, barangkali dalam dua itu ada orang yang balik daripada Sabah dan Sarawak dua orang. Kalau tak jadi dua orang ini balik, jatuh Kelantan itu. 
Jatuh Kelantan, maka perlaksanaan Islam yang kita buat habis di situ sahaja. Bukan kita kata orang lain tak Islam, tapi kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam daripada orang lain. Kita bersungguh-sungguh. Memang kita nak suruh semua laksanakan Islam belaka, berebutlah, berlumba nak tegak Islam, tapi sehingga kini kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam itu. Dan kita harap kita lebih bersungguh lagi. 
(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Kuliah Dhuha Siri Ke-3 "Dunia Islam Masa Kini" oleh Presiden PAS pada 14 Januari 2018 di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur) - HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD- 16-1-2018 



































































Konsep Islah Dan Taubat Bukan Kitar Semula

Perkataan kitar semula disebut dalam masyarakat umum kepada barangan yang dibuang, seperti tayar terpakai, botol, kampit yang dicampak dan sebagainya untuk diguna pakai semula, tidak sepatutnya digunakan kepada makhluk manusia yang mulia kejadiannya.

Adapun manusia yang berakal disebut penerusan amal yang soleh. Kalau bersalah disebut bertaubat dan ditebuskan dosanya dengan melakukan islah (perubahan) melalui amalan yang baik dan membayar kesalahannya dengan bersopan tanpa merosakkan pula.

Peranan manusia tidak boleh disamakan seperti menukar enjin, tayar kereta dan sebagainya dengan menggunakan barang yang baru atau dikitar semula. Perbezaannya manusia itu akan dihisab amalannya di dunia selepas meninggal dunia dan masuk ke alam akhirat, berbeza dengan barangan yang akhirnya hancur dibakar menjadi abu atau menjadi tanah.

Islam menunjukkan teladan para sahabat R.A yang dipecat oleh Rasulullah S.A.W seperti Saad bin Ubadah R.A ketika melanggar disiplin dalam Peristiwa Fathu Makkah yang dicatat sejarahnya, Khalid bin Al-Walid R.A yang diturunkan kedudukannya oleh Khalifah Umar R.A dengan digantikan orang yang lebih layak, namun mereka terus beramal menjadi petugas biasa dengan ikhlas menuntut keredaan Allah.

Kalangan yang dihukum kerana kesalahannya pula menebus dosa dengan berjuang lebih gigih dan ikhlas sehingga mengorbankan diri laksana lilin yang sanggup membakar diri ditempatnya tanpa menganggu orang lain.

Allah berfirman terhadap ulama ahli kitab yang berdosa menyembunyikan kebenaran, kemudiannya sedar dan insaf:

إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ وَأَصۡلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَتُوبُ عَلَيۡهِمۡ وَأَنَا ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٠ البقرة

“Kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan islah (perbaikan) dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu, Aku (Allah) menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Baqarah: 160)

Ayat ini menceritakan penjelasan mereka terhadap kesalahan dan melakukan islah kerana berdosa terhadap rakyat umum yang ditipu, dibeli atau dibuli.

Selanjutnya Allah berfirman menyatakan sifat orang yang bertaqwa kalau melakukan dosa:

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٣٥
 أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ ١٣٦ آل عمران
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)” (Surah Ali-Imran: 135-136)
Firman Allah:

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ ١١٤ هود

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” (Surah Hud: 114)

Sabda Rasulullah S.A.W.

اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن “رواه الترمذي وقال حديث حسن

“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan nescaya menghapuskan dosanya, dan berakhlak terhadap manusia” (Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan)
Rasulullah S.A.W telah menjelaskan pula pendekatan islah itu tanpa merosakkan umat seluruhnya, bahkan menyelamatkan dengan sabdanya:

مثل القائم في حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا علي ىسفينة فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسفلها، فكان الذين في أسفلها إذااستقوا من الماء مروا على من فوقهم، فقالوا: لو أنا خرقنا فينصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا. فإن تركوهم وما أرادوا هلكوا جميعا، وإن أخذوا على أيديهم نجوا ونجوا جميعا ” رواه البخاري ” رياض الصالحين لأبي زكريا الدمشقي .

“Bandingan kalangan yang menegakkan sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan kalangan yang melakukan kemungkaran laksana mereka diundi kedudukannya di atas sebuah bahtera (kapal). Ada yang dipilih berada di atas dan ada yang diletakkan di bawah. Apabila kalangan yang berada di bawah memerlukan air, melalui kalangan yang berada di atas. Lalu mereka berkata: Ambilah jalan mudah, kalau ditebuk sahaja kapal ini, tidak bersusah payah terhadap kalangan yang berada di atas. Kalaulah dibiarkan mereka melakukan kemahuannya nescaya semuanya binasa tenggelam. Kalaulah dicegahnya bertindak begitu selamatlah semuanya”. (Riwayat Bukhari)

Islam menunjukkan pendekatan menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai yang mungkin, bukannya menghapuskan. Pendekatan perubahan daripada kesalahan kepada pembetulan, ditukar yang jahat kepada yang baik, bukannya ditukar kepada yang jahat juga dan lebih parah sekiranya keadaan menjadi lebih buruk dan penyakitnya bertambah parah.

Orang yang berlumuran dengan kotoran dimandikan dan dipakaikan pakaian baru atau pakaian yang dibersihkan. Kalau pakaiannya kotor, dibasuhkan. Tiada makna juga kalau hanya menukar baju baru atau baju yang dibersihkan, tetapi dipakaikan kepada jasad yang tidak mahu mandi. Adapun bertaubat itu lebih mudah, pintunya sangat luas, masanya juga panjang selagi matahari belum muncul dari arah barat. Jangan tenggelam dalam angan-angan kosong.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Rabiul Akhir 1439 / 13 Januari 2018

Sumber BO - 13-1-2018





































































Menyumbang dalam pilihan raya untuk menangkan Islam

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ 
"Dan berbelanjalah kamu pada jalan agama Allah, dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."
(al-Baqarah: 195)
Sebab turunnya ayat yang saya baca itu apabila berlaku di zaman Nabi S.A.W, ada beberapa orang Sahabat (R.A) yang meninggalkan perjuangan kerana merasakan Islam sudah cukup berjaya, inilah masa untuk jaga kebun, jaga kedai, jaga binatang. Lalu Allah menurunkan ayat:
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
"Belanjalah kamu pada jalan Allah, jangan kamu campak diri kamu ke dalam kebinasaan."
(al-Baqarah: 195)
Allah Taala memberi amaran, supaya mereka jangan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam. Disuruh mereka menyumbang perkara yang mereka kasih iaitulah harta mereka untuk menolong Islam. 
Allah Taala menyebut acapkali dalam Quran, menyumbangkan harta lebih daripada menyumbangkan diri, kerana Allah Taala tahu manusia sayang ke harta lebih daripada diri. Dan Allah menjanjikan kepada yang menyumbang fi sabilillah, 700 kali ganda, berbeza dengan sumbangan-sumbangan yang lain. 
Kerana manusia mudah beri sedekah kepada peminta sedekah, mudah beri ke masjid, mudah beri bantuan kepada mereka yang dapat dilihat dengan mata. Tetapi menyumbang kepada perjuangan Islam ini, payah nak diberi, dengan sebab banyak bisikan-bisikan syaitan, gangguan-gangguan syaitan, mari macam-macam perasaan.
Dan hari ini pula timbul keraguan, adakah pilihan raya, pilihan raya ini ada dalam ugama Islam? Termasuk dalam ibadat ke? Memang tak sebut dalam Quran. Quran menyebut tentang haji, tuhan tak sebut naik kapal terbang, cari pitih untuk naik kapal terbang. Tuhan sebut masjid, tuhan tak sebut, kayu simen, besi dan sebagainya. 
Pilihan raya adalah alat untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan ini kewajipan yang besar, kewajipan yang Allah Taala isytihar kepada Malaikat bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. Tuhan lantik Adam jadi Khalifah, diisytihar kepada Malaikat.
Khalifah itu ialah politik memerintah negara. Pilihan raya salah satu daripadanya, walaupun pilihan raya tak disebut dalam kitab-kitab Feqah, tapi disebut dalam kitab Sirah, disebut dalam kitab Tafsir dan Hadis, apabila Nabi S.A.W wafat, Nabi tak tunjuk siapa dia ganti dia. Maka Sahabat pilih tiga calon, Abu Bakar, Saidina Ali, dan Sa’ad Bin Ubadah. Akhirnya Abu Bakar dilantik jadi khalifah. Itu adalah pilihan raya secara zaman dulu. 
Di mana amalan demokrasi yang diamalkan oleh orang Barat, orang Eropah tak tahu nak buat perubahan, macam mana nak pilih pemimpin negara. Pada asalnya demokrasi ini adalah dicipta oleh orang-orang Greek di Athen, democrasi, democratia, ataupun democratos.Dalam bahasa Greek democratus, bahasa Latin democratia, kuasa rakyat, kuasa orang ramai, itu makna demokrasi.
Orang ramai diberi hak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana orang ramai tidak faham, termasuk orang Islam tak faham bahawa mengundi memilih pemimpin, memilih kerajaan satu kewajipan yang besar. Banyak hukum-hukum syarak, hukum-hukum Allah Taala untuk mengurus orang Islam, kehidupan orang Islam, mesti ada kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan yang meninggikan hukum Islam, mesti diadakan, ini wajib bagi orang Islam. 
Dengan sebab itulah pada hari kiamat kelak, manusia akan dihimpun bukan sahaja dengan amalan dia, termasuk dengan pemimpin yang dipilih di atas dunia ini, dibawa pada hari kiamat kelak. Ini tanggungjawab pilihan raya yang kita kena sedar, yang kita kena faham.
Menyumbang untuk pilihan raya ini ialah untuk memenangkan Islam. Bagi Terengganu, kita usaha supaya boleh perintah balik negeri Terengganu kerana kita pernah memerintah dan kita telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu, hukum yang tertinggi ialah Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias, masih ada lagi. Tapaknya sudah ada, tapi nak tambah lagi tidak boleh kerana kita tidak ada kuasa pemerintahan. 
Tanggungjawab kita untuk mewujudkan kuasa pemerintahan ini, dalam masa yang sama kita perlu kuat kerajaan pusat. Kalau boleh menguasai Kerajaan Pusat. Kalau tak boleh kuasai Kerajaan Pusat, boleh mempengaruhi Kerajaan Pusat. 
Kalau kita boleh 40 kerusi di Parlimen, kerajaan tak boleh nak tubuh kerajaan melainkan dengan bergantung dengan 40 kerusi ini. Walaupun orang lain ada 100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak mampu nak dapat 112 kerusi. 100 boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu sahaja. 
Kalau kita ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat pergantungan siapa nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini, kita ada pengaruh, boleh minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan, jatuh siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik, kena faham dari segi politik, kedudukan politik.
Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti. Bila 40 kerusi ini kita boleh menentukan kerajaan. Ini dari segi politik, ini kena mengaji ilmu politik. Orang mengaji politik tahulah, yang tak mengaji politik tak tahu hal macam ini. Kalau tak tahu, ikut orang yang tahu. Ini kena faham. Jangan belajar dengan surat khabar, kena belajar dengan kitab, kena belajar dengan nas-nas yang dibincangkan oleh ulama kita. 
InsyaAllah hari ini kita akan lancarkan tabung derma untuk pilihan raya. Bagi Terengganu kita nak kerusi kita lebih banyak. Terengganu ini tempat majoriti orang Islam macam Kelantan, macam Kedah. Kerusi Terengganu, kerusi Kelantan, kerusi Kedah kena banyak, jadi asas kepada 40 kerusi ditambah oleh negeri-negeri yang lain. 
(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS ketika merasmikan Pelancaran Dana 1 Juta Ke Wisma Darul Iman, pada 12 Januari 2018 di Masjid Rusila, Marang) - HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD - 13-1-2018 

PAS nafi jual ibu pejabat di KL

TEMERLOH: PAS tidak akan menjual ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu baru-baru ini, demikian tegas Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Jelasnya, PAS tidak pernah berhasrat untuk menjual aset parti yang sangat tinggi nilainya itu, bahkan sedang meneliti cadangan untuk membeli aset baru berketinggian 12 tingkat bagi menampung keperluan parti buat masa akan datang. 
“Bangunan di Jalan Raja Laut itu sangat tinggi nilainya kerana lokasinya yang strategik di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Hanya PAS sahaja sebagai pemilik berstatus Bumiputera bagi hartanah yang berada di sekitar kawasan itu,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Jabatan Aset PAS Pusat. 
Terang beliau, isu tersebut hanyalah mainan bagi mengalih perhatian rakyat kepada pergerakan PAS yang sudah jauh ke hadapan dalam persedian menghadapi PRU akan datang dengan melontorkan isu bagi melemahkan jentera PAS. 
Beliau berucap dalam program Himpunan Pra Fastaqim 12K peringkat PAS Kawasan Temerloh di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Temerloh, di sini malam tadi. 
Dalam himpunan itu, beliau turut menegaskan agar jentera PAS sentiasa berwaspada dengan mainan media yang diterajui oleh pakatan musuh Islam di mana sentiasa mencari ruang bagi memburukkan dan melemahkan perjuangan Islam. - HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD - 12-1-2018 















































































































































SU Politik Kanan Kedutaan AS kunjungi Ustaz Idris

NAIB Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Politik Kanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Mr Drew Curiel bersama Pegawai Kanan Seranta Politik, RAvindran Manicham hari ini. 
Pertemuan selama hampir sejam ini bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara PAS dan wakil diplomat luar yang semakin berminat dengan pendekatan dan cara tadbir PAS. 
pelabagai persoalan dan kemusykilan diutarakan oleh wakil Kedutaan Amerika kepada UStaz Idris bagi mendapatkan penjelasan dan gambaran senario politik negara dan serantau di samping persediaan PAS bagi menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.
PAS yang dilihat sebagai alternatif kepada permasalahan yang timbul dalam kemelut politik hari ini mendapat banyak jemputan dan penerangan dalam menongkah alternatif bernegara nanti. 
Ustaz Idris yang berkongsi formula kejayaan PAS terutamanya di Kelantan dan prestasi Exco Kerajaan Selangor daripada PAS yang menjadikan masyarakat dan rakyat jitu akan kemampuan PAS untuk memerintah negara di samping Islam sebagai sandaran untuk semua kaum, bangsa dan agama. 
Turut bersama adalah Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Fellow Pusat Penyelidikan PAS yang berkongsi data dan teras Wawasan Induk Negara Sejahtera sebagai kaedah asas tawaran PAS nanti. – HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018 

Individu Terlibat Krisis Kehakiman Kini Pengampu
Posted on Tuesday, January 09 @ 21:47:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37669



KUALA LUMPUR - Peristiwa krisis kehakiman melibatkan Perdana Menteri pada tahun 80an, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi satu sejarah hitam buat negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, krisis itu seterusnya menyaksikan kerajaan telah melanggar perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan Kelantan.

“Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil (sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Abdul Hadi melahirkan rasa kesal mereka yang terkesan dengan peristiwa hitam itu termasuk golongan oportunis kini hanya tahu mengangguk kepala.

Kata beliau, golongan tersebut kini hanya menjadi pengampu dan syaitan bisu.

“Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya,” kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, PAS menolak budaya politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buah tanpa mempedulikan rakyat menjadi mangsa.

Kata beliau, PAS juga menolak politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatang.

“PAS berpolitik berwawasankan akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah S.W.T sebelum keredaan manusia,” katanya.

Sebuah portal berita pada 29 Julai lalu melaporkan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman tentang krisis berkenaan.

Menurut Abu Talib, krisis itu berlaku apabila satu pertemuan dalam kalangan hakim mahkamah agung dan mahkamah tinggi diadakan pada waktu itu.

Mereka memutuskan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu ada “serangan” badan eksekutif ke atas badan perundangan negara.

Pertemuan itu diadakan selepas Mahathir membentangkan pindaan perlembagaan di Parlimen untuk melucutkan “kuasa perundangan Persekutuan” daripada mahkamah.

Langkah tersebut menjadikan badan berkenaan hanya mempunyai kuasa berdasarkan apa yang diizinkan Parlimen yang ketika itu dikuasai kerajaan Mahathir.

Dalam surat yang ditulis sendiri oleh Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Hakim Negara itu menyatakan keluhan hakim-hakim terhadap tindakan badan eksekutif ke atas badan kehakiman negara.

“Baginda merujuk memorandum daripada Salleh kepada Perdana Menteri dengan titah tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan,” kata Abu Talib.

Kata beliau, kemudian sebuah tribunal ditubuhkan dan Salleh akhirnya dipecat atas alasan beliau terbabit dalam salah laku.

Mahathir mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang mahu Salleh disingkirkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-1-2018

Peranan parti dan diri di medan siyasah

KATA Saidina Uthman Ibn Affan R.A:
إن الله يزع بالسلطان
ما لا يزع بالقرآن
"Allah Taala mengizinkan sesuatu tindakan dibuat oleh pemerintah dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran."
Menegakkan kerajaan al-Quran
Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah meletakkan kita dalam kumpulan Islam, yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang ditubuhkan oleh ulama kita pada tahun 1951 setelah diharamkan Hizbul Muslimin, diharamkan Sarekat Islam, diharamkan kumpulan Islam oleh penjajah, sama ada Inggeris di Malaysia ataupun Belanda di Indonesia. 
Ramai kalangan kita orang Islam yang tidak tahu bahawa ulama dan pemimpin yang menubuhkan kumpulan Islam ini ialah untuk menghidupkan suatu kewajipan yang besar di dalam agama Islam. Kewajipan mengadakan kerajaan yang memerintah dengan Al-Quranul Karim yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. 
Kerana Nabi kita Muhammad S.A.W yang berjuang dalam masa 23 tahun, bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat, haji, mengucap, berzikir, bertasbih. Mengajar semua perkara daripada halal dan haram makan minum, membersihkan diri, kencing berak kita, sehinggalah nikah kahwin, bercerai, berbaik semula, muamalat, berjual beli, buka tanah, sampai kepada memerintah negara, mendirikan kerajaan.
Oleh kerana mendirikan kerajaan ini terpaksa berlawan dengan pihak yang berkuasa, yang memerintah di zaman Nabi dan bila-bila masa sahaja yang tidak mahu kepada Al-Quranul Karim, menyebabkan kerja ini sangat payah. Bukan sahaja payah nak ikut, payah nak faham. 
Padahal Nabi kita Muhammad S.A.W telah berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Nabi pergi ke Madinah bukan kerana nak pergi ke laut, Nabi nak tanam kelapa sawit, nak tanam getah, nak berniaga. Pergi ke Madinah kerana nak mendirikan kerajaan Islam.
Di sana ada orang Islam, ada orang kafir, orang kafir pun ada, orang Yahudi, orang Musyrikin Arab, Kristian, semuanya ada. Ada di antara mereka yang terima kerajaan Islam, ada di antara mereka yang menolak sehingga berperang dengan Nabi kita Muhammad S.A.W, akhirnya mencapai kemenangan. 
Dan Allah Taala menurunkan Quran sebanyak 30 juzuk yang sangat tebal kita baca sendiri. Dalam Quran ini semuanya ada, termasuklah undang-undang negara, undang-undang antarabangsa, ekonomi, politik, semua ada dalam Quran. Dan Nabi kita telah menyempurnakan ajaran Allah. Allah Taala menyempurnakan agama Islam.
Islam memerintah 1300 tahun
Lalu Allah mematikan Nabi kita Muhammad S.A.W, diwafatkan. Bila Nabi wafat, Nabi tidak menentukan siapa ganti dia. Maka para Sahabat R.A bermesyuarat. Sebaik sahaja lepas sembahyang jenazah Nabi, terus pergi mesyuarat. Hanya beberapa orang sahaja yang pergi ke kubur, Saidina Ali anak beranak, beberapa orang sahaja yang berada di kubur.
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Uthman, Abu Ubaidah, Sahabat-sahabat yang besar tak ada di kubur, kerana apa? Mesyuarat! Mesyuarat untuk pilih siapa yang ganti Nabi untuk memerintah negara. 
Ada tiga calon. Orang Madinah mencalonkan Sa’ad bin Ubadah. Anak beranak Nabi mencalonkan Saidina Ali K.W. Kalangan Quraisy Muhajirin mencalonkan Saidina Abu Bakar R.A.
Oleh kerana Nabi bersabda:
الأئمة من قريش
"Pemimpin daripada Quraisy."
Disebut hadis ini. Sahabat Nabi bila sebut Hadis, terima hadis. Quraisy ialah kaum yang ramai, yang paling ramai sekali, walaupun ada Ansar, ada macam-macam puak, Quraisy adalah paling ramai sekali, maka dipilih daripada Quraisy, Abu Bakar R.A. 
Islam memerintah selama 1300 tahun, 1300 tahun. Memerintah negara daripada atas Barat Afrika, sampai Sepanyol. Sampai Moscow di Rusia hari ini, dekat Xinjiang, sempadan China, termasuklah Tanah Melayu ke Indonesia, di bawah jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah, Kerajaan Islam yang paling akhir. Kerajaan Uthmaniyyah ini orang Turki. Pusatnya di Istanbul. 
Musuh cari jalan jatuhkan Islam
Musuh-musuh Islam daripada Yahudi, daripada Kristian, daripada Musyrikin, terus-menerus menyerang Islam, bukan sahaja menyerang dengan cakap, termasuklah menyerang dengan bala tentera. Mereka mencari jalan bagaimana nak menjatuhkan Islam. 
Barangkali kita belajar di sekolah, Marco Polo, Vasco Da Gama, macam-macam nama ini, mereka ini adalah pengembara-pengembara Barat yang menjajah dunia sehingga mereka menemui barisan belakang dunia Islam, iaitulah Alam Melayu, mereka tidak boleh menjatuhkan Turki. Mereka takluk negeri yang jauh-jauh dulu. 
Tahun 1511, Portugis berjaya menakluk Melaka. Jatuh Melaka, masa itu kapal terbang tak ada, telefon tak ada, wireless tak ada, Melaka kecil sahaja. Selepas Melaka ditakluk, mari Belanda, mari Belanda, mari Inggeris, mereka menakluk Alam Melayu, mereka menakluk negeri-negeri di Afrika sampai ke India. 
Dan ulama-ulama kita berjuang menentang penjajah bersama dengan Sultan. Ada Sultan yang berjuang menentang penjajah, antaranya ialah Tuan ..... daripada Sulawesi, ..... Sultan Diponegoro daripada Jogja Indonesia, Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal Abidin, ini antara Sultan yang menentang penjajah, yang melawan penjajah. 
Sehingga mereka berusaha untuk mengambil balik Melaka, ambil balik Melaka. Maka marilah orang-orang Jawa naik di Johor, orang Bugis daripada Sulawesi, orang Banjar daripada Kalimantan, orang Minangkabau daripada Sumatera, orang Aceh mari ke Tanah Melayu berjuang menentang penjajah. 
Sampai hari ini ada keturunan Jawa, keturunan Bugis, keturunan Banjar, di Johor ada, Negeri Sembilan ada, di Perak ada, Aceh banyak di Kedah. Mereka mari di sini bukan nak tanam getah, tanah tempat dia luas, bukan nak tanam nyior, nak ke laut ikan banyak tempat dia. Mereka mari kerana berjuang menentang penjajah. Ini tidak diajar di sekolah, tak ada dalam buku sekolah, tak diajar, kita tak tahu cerita ini.
Sehingga Sultan Aceh menghantar kapal pergi ke Turki di Istanbul, dibawa rempah untuk nak hadiah kepada Khalifah Uthmaniyah di Turki. Oleh kerana perjalanan dengan kapal layar jauh, habis pitih, jual rempah tengah jalan, tinggal seraut tangan je, seraut tangan tinggal rempah. Ini cerita, sehingga dibawa rempah seraut sembah ke Sultan Uthmaniyyah, sebagai hadiah. 
Turki menghantar kapal mari ke Aceh, hantar kapal perang, Turki ini kuat mari ke Aceh. Masa itu kapal layar lah, dia menghantar pakar-pakar untuk membuat bedil, meriam ke Aceh, sampai hari ini ada keturunan Turki di Aceh. 
Tetapi Turki pun kena serang, kena serang Rusia, kena serang itu. Oleh kerana perjalanan masa itu jauh, orang Islam terlalu ramai, akhirnya 100 tahun yang lalu, mereka telah berjaya, ringkas ceritanya menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah. 
Jatuh Kerajaan Uthmaniyyah ini melalui tipu daya, hasutan, dihasut Arab, biar orang Arablah jadi khalifah pula, jangan orang Turki, orang Arab layak jadi khalifah. 
Lawrence, Lawrence ini ialah salah seorang pegawai tinggi intelligent British membantu Ibnu Su’ud yang duduk di Najd, di Timur Arab Saudi hari ini, dan McMahon Gabenor British di Mesir membantu Syarif Husain Raja Makkah, Raja Makkah. Dicadangkan Raja Makkah ini jadi khalifah, suka nak jadi khalifah ini, Orang Putih sokong. 
Maka, Ibnu Su’ud menyerang Riyadh, ditubuhkan Kerajaan Saudi. Ketua-ketua Kabilah menyokong untuk menentang Turki. Syarif Husain mengisytiharkan perang ini di Makkah, start di Makkah. Dengan Makkah ini orang Islam naik semangatlah nak jatuhkan Turki, Orang Putih bagi senjata. Maka jatuhlah Turki. 
Lepas Turki jatuh, habis negeri Islam dijajah oleh penjajah, ditakluk, tidak ada lagi Kerajaan Islam. Dan ulama-ulama kita seluruh dunia bangkit untuk balik semula menubuhkan kumpulan Islam ini. 
Lalu ditubuhkan pertubuhan Islam di Pulau Penyengat Riau, kemudian Sarekat Islam di Indonesia, Haji Abdul Rahman Limbong tubuh cawangan dia di Terengganu ini, diharamkan oleh British. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British, sehingga tahun 1951 ditubuhkan PAS.
Oleh kerana Allah Taala jadikan tidak ada kerajaan yang kekal dalam dunia, kerajaan akan jatuh, tak kekal. Kerajaan Islam pun jatuh, kerajaan Firaun pun jatuh, Namrud pun jatuh, kerajaan Nabi Sulaiman pun tak selama-lama. Allah Taala jatuhkan kerajaan dengan berlakunya peperangan, perang dunia yang kedua antara Jepun, Jerman, Itali menentang British, Amerika, Perancis, Negeri-Negeri Eropah.
Oleh kerana Jepun dengan Jerman kuat, British Amerika puak-puak ini menggunakan anak-anak negeri, menggunakan anak-anak negeri jadi askar untuk lawan Jepun, untuk lawan Jerman, orang Arab lawan Jerman, lawan Jerman. Kita ini lawan Jepun, banyak jadi askar Melayu. Orang Putih puji kita, melelehlah orang Melayu ini berani sangat, dia duduk di belakang, kita duduk depan. Dia rebus kita macam ubi berlawan dengan Jepun, ramai mati ramai.
Orang Arab berlawan dengan Jerman, sehingga mereka yang mati dalam perang dunia itu banyak orang Islam, Orang Putih tak ramai mati, berlawan dengan Jepun. Orang Putih tukang sorak je, dia duduk di belakang, kena tipu dia. 
Melantik kerajaan adalah ujian
Mereka telah menjanjikan untuk memberi kemerdekaan selepas menang. Maka diberi kemerdekaan. Tetapi kemerdekaan itu, negaranya bukan negara Islam, negara mengikut cara mereka, diberi merdeka, Indonesia merdeka, kita merdeka, semuanya merdeka.
Pemerintahannya ialah mengikut cara yang Orang Putih tinggal, tak boleh cara Islam. Tetapi mereka membenarkan cara demokrasi, cara pilihan raya untuk pilih kerajaan. Maka ulama kita menubuhkan PAS. PAS ditubuhkan untuk masuk pilihan raya, untuk membolehkan kita mendirikan kerajaan. 
Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60 peratus, Cina 25 peratus je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60 peratus. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib.
Banyak orang kita ini masih lagi duduk ingat jadi Islam ini sembahyang dah, puasa dah, pitih banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam. 
Naik dengan cara pilihan raya, naik dengan cara pilihan raya. Bila kita tak terlibat dalam pilihan raya menyebabkan orang lain naik, hukum Islam tak berjalan, dosa tak? Mereka yang terlibat itu berdosalah, yang tak terlibat itu tak berdosa. Allah Taala tak tanya mengapa kita tak menang? Allah Taala tanya kita buat kerja ke tak? Allah Taala jadikan kerja Islam ini kerja yang payah.
Nabi Nuh A.S sampai 950 tahun baru menang. Nabi Musa A.S puluh-puluh tahun baru menang. Pasal apa Allah Taala buat begitu sedangkan Allah Taala Maha Berkuasa? Allah Taala:
كُنْ فَيَكُونُ
Tuhan kata "Jadi!", (maka) jadi selalu. Pasal apa Tuhan tak buat begitu? Sebab Tuhan letak manusia di atas muka bumi ini, Tuhan letak sementara, Tuhan nak uji manusia di atas muka bumi. Kehidupan yang sebenar selama-lama di hari akhirat. Allah Taala uji bukan sahaja sembahyang, bukan sahaja puasa, bukan sahaja haji, zakat, termasuklah uji melantik kerajaan yang memerintah, Allah Taala uji.
Dengan sebab itu pada hari kiamat, Tuhan panggil manusia bukan sahaja dengan sembahyang, bukan sahaja dengan puasa, bukan sahaja dengan haji. Tuhan panggil dengan ketua yang dipilih dia ikut di atas dunia ini. 
 إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
"Wahai tuhan kami, atas dunia dulu, kami ikut pemimpin-pemimpin kami, mereka lah yang telah menyesatkan kami."
(al-Ahzab: 67)
Menunjukkan ini semua akan dibawa pada hari akhirat.
Pentingnya mengundi
Apa yang membimbangkan kita, 60 peratus orang Islam di negeri kita ini, 40 peratus adalah orang muda, adalah orang muda. Sebahagiannya muslimat. Mereka merasakan tak penting, tak mahu mengundi, lak begitu sahaja. Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20 peratus je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu. Akhirnya kita tak mengundi, dia mengundi, dia pilih kerajaan. 
Maka jadilah apa yang kita rasa pada hari ini, harga barang naik, cukai naik, macam-macam, sedangkan Tuhan beri hasil negeri kita banyak, mengapa jadi begini? Sebab urus tak kena, tadbir tak kena, banyak orang tak ada kerja, tadbir tak kena. Sedangkan Tuhan jadikan manusia ini makin ramai makin nak kepada makanan banyak, rumah banyak, kerja banyak.
Bila kerja banyak, hasilnya banyak. Ini tak, manusia banyak, jadi kerja tak banyak, jadi begitu. Barang tak banyak menyebabkan naikkan harga barang. Ini kerana urus tadbir tak ikut cara Islam yang kita kena sedar dan kita kena faham.
Perubahan orang Islam-Melayu
Alhamdulillah, pada mula-mula tahun 50-an dulu, masa PAS mula-mula berjuang, banyak kalangan orang Melayu ini, duduk kata kalau memerintah Islam ini huru-hara, memerintah Islam ini hukum Hudud banyak orang kena kerat tangan, banyak orang kena rejam, tak cukup batu nak rejam orang, duduk kira itu je. 
Memanglah hukum Islam ada hat itu, tapi banyak lagi hukum-hukum Islam hat yang lain. Hukum-hukum itu nak menakutkan orang yang buat jahat, nak takutkan orang mencuri, nak jatuh hukum payah, tapi orang yang mencuri takut. Nak jatuh hukum kena saksinya, kena banyak keterangan dia, tapi menyebabkan orang gerun, ini undang-undang Islam. 
Puluh tahun nak bertemu kena kerat tangan payah, kerana nak jatuh hukum payah, tapi menyebabkan orang gerun. Perompak pun takut, ini menyebabkan gerun. Hukum Islam kena sebat 100 kali, 100 kali itu macam sebat macam cikgu sekolah je, tapi undang-undang manusia ini 6 kali, sekali sebat nak mati. Dengar 100 itu orang gerun. 
Setelah kita menerangkan, menyebabkan peringkat awal dulu banyak orang Islam orang Melayu ini menghina hukum Islam. Dia tak tahu color, menghina hukum Islam ini jadi kafir, jadi murtad, tapi dah kerana dia jahil, jahil tak jadi kafir kerana dia jahil. Kebanyakannya jahil, tak tahu dengan sebab kejahilan. 
Kalau dia tahu, tak boleh. Banyak yang jahil tak tahu color. Bila kita menerangkan batas-batas iman dan kufur, walaupun orang kita kena tangkap, orang kita kena macam-macam, Ustaz Ibrahim Libya kena bunuh di Memali, kita sabar, kita terus menerangkan apa dia hukum Islam.
Hari ini orang Umno pun senyap, tak bercakap dah, tak hina dah hukum Islam. Bahkan bila kita nak bawa Undang-undang 355 di Parlimen, sebahagian besar orang Umno dia sudah sokong, sudah sokong, tinggal belas-belas orang je yang tidak sokong daripada 88 orang. Tetapi tak cukup, undi tak cukup lagi, ini yang berlakunya.
Menandakan sudah berubah, perubahan sudah berlaku. Dengan sebab itu, kita kena ramai lagi calon-calon kita yang menang ramai lagi. Bagi negeri Terengganu, kita memerintah dua kali 1959 sekali, 1999 sekali. (Tahun) 1959, kita menang dulu daripada Kelantan, Terengganu negeri yang pertama menang. Dua tahun setengah je jatuh. 1999 kita memerintah pula, bila kita memerintah, kita dulu undang-undang Islam, hapus cukai pintu, bagi tanah sampai 60 ribu lot bagi tanah, sehingga hasil kita bertambah naik, bertambah. Menyebabkan Kerajaan Pusat takut kerana Terengganu lebih kuat daripada Kelantan, urus tadbir kita.
Kelantan banyak gangguan sangat. Terengganu mudah. Bila mudah, dia guling kita tahun 2004, menyebabkan mereka guna pitih, rampas minyak, macam-macam, padahal menyalahi peraturan, menyalahi peraturan, dia buat. Terengganu kita boleh menang, boleh kerana kita pernah menang dan jumlah orang Islam sangat besar, cuma nak jaga tipu dia, itu sahajalah yang kita kena buat. 
Pahala perjuangan 700 ganda
Malam ini kita rasmikan markaz kita, markaz ini adalah pusat kegiatan kita salah satu daripada kerja jamaah, kerja jamaah yang kita beri sumbangan. Dan kita kena sedar bahawa kerja jamaah ini kerja perjuangan Islam ini pahala dia sangat besar. Kalau derma dekat orang, sedekah, derma ke masjid, 10 kali ganda, derma kepada perjuangan, 700 kali ganda. 
Jaga malam, berzikir, menangis, dalam masa 24 jam. Kita duduk sekejap je dalam perjuangan, berlipat kali ganda kelebihannya. Pasal apa jadi begitu? Sebabnya perjuangan Islam ini orang tak berapa nampak, payah orang nak mari. Dengan sebab itulah Tuhan jadikan kelebihannya lebih besar daripada ibadat-ibadat yang lain kerana Kerajaan Islam ini jadi payung kepada semua amal-amal Islam yang lain. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS sempena Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Kampung Rhudua, Marang, Terengganu pada 8 Januari 2018) - HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD - 9-1-2018 










































































Islam mendahului konsep pembahagian kuasa

TUN Salleh Abas, tokoh besar peristiwa kehakiman negara pernah meminta saya mencari nas asal dalam Tafsir Ibnu Kathir yang dibacanya daripada terjemahan Bahasa Inggeris yang menegaskan peristiwa kehakiman yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawa Islam mendahului Eropah melaksanakan konsep pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara. 
Ya! Ini dilaporkan dalam riwayat Ibnu Kathir, Musnad Imam Ahmad, Sunan Abu Daud dan Al-Nasaie yang menceritakan peristiwa Rasulullah S.A.W bersetuju membeli seekor kuda daripada seorang A’arabi (badwi). Oleh kerana berlaku di celahnya perkara lain yang sengaja dilambatkan walaupun masih berada di tempat dan masa yang sama atau majlis yang sama, tiba-tiba si badwi itu mahu menjualnya kepada orang lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi. 
Meskipun berlakunya ketidaksopanan Badwi itu mengikut hukum agama dan adat yang sepatutnya diakui pembelian Rasulullah S.A.W, namun dalam perselisihan ini dilakukan perbicaraan kehakiman. Apabila diminta saksi, maka Khuzaimah R.A tampil menjadi saksi, akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah S.A.W. 
Di sini menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara, bahkan seorang Rasul yang telah dilantik oleh Allah S.W.T tidak menggunakan kesempatan kuasa dan kedudukannya, tetapi menyerahkan kepada kehakiman yang sebenar tanpa gangguan, lakonan atau ada dalang di sebalik tabirnya.

Konsep ini dilaksanakan oleh kerajaan Islam selepasnya seperti peristiwa Khalifah Saidina Ali K.W.H dihakimi kerana barangnya dicuri oleh seorang rakyat bukan Islam beragama Yahudi sehingga dibela Yahudi itu apabila ketua negara tidak boleh mengadakan saksi. Berlaku juga pada zaman Khilafah Uthmaniyyah apabila Sultan Muhammad Al-Fateh dihukum kerana ketelanjurannya terhadap seorang rakyat beragama Kristian. 
Pembahagian kuasa atau dalam Bahasa Arab disebut (الفصل بين السلطات) dan Bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam pengurusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (eksekutif), Perundangan (legislatif) dan Kehakiman. 
Ia bertujuan untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa atau fungsinya dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. 
Sebenarnya pihak Barat hanya mengenali demokrasi, sistem pilihan raya, pentadbiran dan kehakimannya daripada sejarah Greece Purba (Yunani) sebelum Masihi yang dilakukan pembaharuan selepasnya. 
Contoh awal konsep ini di Eropah adalah ditemui teorinya dalam karya-karya Aristotle. Pada tahun 1656, James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke dalam “The Second Treatise of Civil Government” pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya, "The Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”. 
Namun masih lagi dibayangi oleh kelemahan manusia tanpa hidayah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang ditinggalkan, menyebabkan masih dibayangi diktatorship dan ketuhanan syirik yang belum mampu menegakkan keadilan, ketelusan dan hak yang sebenarnya, termasuklah amalan pilihan raya yang bebas dan telus belum dikenali, kerana sebelum ini mereka menegakkan negara secara revolusi yang mencetuskan perang saudara di England, Perancis, Amerika dan lain-lain negara yang memakan korban raja-raja, pemimpin dan rakyat. Perubahan sebenar berlaku setelah para orientalis mengkaji sejarah Islam dan ilmunya yang ditulis oleh para ulama Islam. 
Kononnya dunia Barat sangat tegas memberi kuasa kepada Badan kehakiman, berdalilkan Skandal Watergate (1972-1974) yang memecat Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon bagi menunjukkan amalan ini. Namun konsepnya masih tidak istiqamah (konsisten) kerana tidak ada roh aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang ada perhitungan dosa dan pahala. 
Hari ini politik mereka boleh melantik Presiden yang bodoh disebabkan pengaruh politik wang. Media dan pengurusannya diganggu oleh pengaruh minoriti zionis yang menguasai ekonomi dan media yang memayungi apa sahaja tindakan di bawahnya, sehingga berlakunya pemecatan Peguam Negara dan lain-lain di Amerika. 
Peristiwa krisis kehakiman tahun 80-an di negara kita telah menjadi sejarah hitam, dan diikuti mata rantai selepasnya, sehingga berlaku peristiwa merempuh perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan kemudiannya Kelantan. Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil. 
Mutakhir ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dalam menitik hitam itu termasuk kelompok oportunis yang menjadi pengampu dan syaitan bisu, hanya mengangguk kepala tanpa mencegah kemungkaran. Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya.
Perjuangan PAS adalah meminta perubahan secara islah berprinsipkan Islam dan konsepnya yang sempurna, bukan sekadar menukar kerajaan seperti menukar baju daripada jasad yang masih tidak mandi untuk membersihkan diri dan jauh sama sekali berkonsepkan semata-mata menggulingkan kerajaan atau merampas kerusi sahaja tanpa menukar dasar, konsep dan pendekatan. 
Jangan kita mengambil contoh daripada ahli neraka yang saling mengutuk di antara satu sama lain setelah dihumban ke dalam neraka, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah: 
قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فَ‍َٔاتِهِمۡ عَذَابٗا ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ ٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ الأعراف
“Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda daripada (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (39)” (Surah Al-Aaraf: 38-39) 
Demikianlah Allah menceritakan peristiwa sebenar di Hari Akhirat yang mesti berlaku kerana janji Allah itu adalah benar. Iktibarnya supaya kita bertaubat di dunia dan melakukan perubahan yang bukan sahaja mendapat fadilatnya diampunkan dosa, bahkan diberi keberkatan dan perubahan yang membawa kepada kebaikan di dunia serta diberi pahala pula di Hari Akhirat nanti. 
Dalam sejarah Islam dicatatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz daripada Dinasti Umayyah telah melakukan perubahan islah tanpa menggulingkan kerajaannya. Begitu juga Sultan Ahmad bin Tolun di Mesir yang zalim berubah menjadi adil setelah dinasihatkan oleh Sayyidah Nafisah R.A, seorang ulama muslimat di zamannya tanpa digulingkan kerajaannya. Sejarah Sultan Qutuz daripada Dinasti Mamalik juga berubah dan berjaya. 
Sultan Salahudin Al-Ayyubi daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil pendekatan awal memuji Khalifah Fatimiyyah daripada kalangan Syiah kerana menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya berjaya melakukan perubahan dalaman umat secara damai tanpa berlakunya perpecahan dalaman negara dan umat, seterusnya menempa sejarah memimpin pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Salib setelah berjaya melakukan perubahan dalaman secara islah. 
Kesimpulannya bahawa tanpa pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara bukan sahaja merosakkan kehakiman, bahkan merosakkan urusan pentadbiran, politik, ekonomi, termasuk keselamatan, keamanan dan pertahanan negara. Kita mengalu-alukan perubahan dilakukan bila-bila masa sahaja sebelum pilihan raya, bukan sahaja menunggu di tengah pilihan raya dan selepasnya. 
Firman Allah: 
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد 
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11) 
PAS berpolitik berwawasan Akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah sebelum keredaan manusia. PAS menolak budaya politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatangnya dan jauh sekali daripada politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buahnya, tanpa peduli rakyat menjadi mangsanya. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 21 Rabiul Akhir 1439 / 9 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD- 9-1-2018 













































































Ustaz Hadi Maafkan Tun Dr Mahathir

Oleh : KAM

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedia memaafkan celaan melampau Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya yang dilabelkan sebagai ‘kafir’ kerana dilihat mesra dengan Umno.
Namun, katanya kesalahan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dengan Tuhan perlulah beliau bertaubat.

Ustaz Abdul Hadi turut menasihati Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu agar insaf diusia tuanya serta banyak membaca buku-buku tentang agama Islam.

“Dia (Mahathir) orang sudah tua, biar dia insaf sendirilah. Tapi melampaulah, kita ingat biar dia insaf sendiri, dia fikir-fikir malam, dia duduk seorang dan biar dia banyak membaca. Jangan baca buku perubatan sahaja, buku Islam pun dia kena baca.

“Dia macam orang terdesak, ‘rapat ke dinding’…dia tak boleh nak pergi doh dan dia rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasallah ‘pecah kepala’ sendiri.

“Saya biarkan dia (Tun) insaf sendiri dan mudah-mudahan dia insaf, antara saya dengan dia (Mahathir) itu saya maaf tetapi dia dengan Tuhan (Allah) dia kena bertaubat,” ujarnya.

Beliau menjawab persoalan wakil media selepas merasmikan Markas Besar PRU14 N20 Pengkalan Berangan di Perkarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Mukmin, Pengkalan Berangan, Marang, malam tadi.

Ketika ditanya serangan Tun Dr Mahathir terhadapnya berpunca dari ‘Amanat Haji Hadi’ di Banggol Peradong 1981, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan telah menjelaskan isu itu melalui tulisan bukunya.

Justeru, kata beliau tidak mahu menjelaskan lagi tetapi meminta pihak yang masih keliru itu merujuk kepada buku tulisannya yang telah dicetak berulang kali.

“Saya sudah tulis buku (penjelasan) dan telah dicetak beberapa kali. Saya tak mahu ulang baliklah, rujuk pada buku itu cukup,” tegasnya.

Sumber BO - 4-1-2018












































































Peluang pekerjaan atasi pengangguran

ISU pengangguran terus menghantui kehidupan manusia sepanjang zaman, termasuk di negara yang dikatakan paling maju, apatah lagi negara miskin atau sedang membangun. Perbezaannya banyak atau sedikit sahaja, namun sukar dihapuskan. 
Apabila Allah telah menetapkan dasar secara naluri dan pilihan di dalam Al-Quran, nyatalah bahawa kesilapannya adalah manusia sendiri. Walaupun mereka mendabik dada dan mengaku pandai, pakar, bijak, bertamadun dan maju jaya, namun terus berlakunya masalah tiada peluang pekerjaan, pengangguran dan kos sara hidup yang terhimpit.
Allah berfirman:
تَبَارَكَ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَٰلَمِينَ نَذِيرًا ١ ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيۡءٖ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِيرٗا ٢ الفرقان
“Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad S.A.W), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (1) Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (2)”
(Surah Al-Furqan: 1-2)
Allah telah mencipta manusia bernalurikan Masyarakat Madani tanpa bersendirian, mewajibkan bertaaruf dan berkhilafah. Ini bermaksud berhubungan, bertolong-menolong dan berurusan secara naluri, serta mentadbir kehidupan dunia dengan petunjuk-Nya, bersama kemampuan akal dan pengalaman yang berbeza berkonsepkan kemampuan secara bersendiri dan bersepadu dalam kehidupan bermasyarakat dengan sumber rezeki Allah yang mencukupi walaupun berbeza bahannya bagi kemudahan makanan, pakaian, kediaman, perhubungan, perhiasan dan lain-lain. Sekiranya bermasalah adalah kesilapan manusia sendiri. 
Ibnu Khaldun, Bapa Ilmu Sosiologi merumuskan bahawa sumber kehidupan yang menyumbang rezeki melalui pekerjaannya adalah Imarah (kepimpinan yang mengurus), Tijarah (perniagaan), Zira’ah (pertanian), Sina’ah (industri) dan tambahannya ialah Khidmah (perkhidmatan). Semuanya menjadi lapangan pekerjaan dan sumber rezeki yang diusahakan. 
Katanya juga bahawa sepatutnya semakin ramai penduduk, semakin banyak keperluan dan meningkatnya peluang pekerjaan dengan hasil yang bertambah banyak pula, seterusnya menjadikan negara itu makin kuat dan maju, makin pesat kemajuan ekonominya, bertambah peluang pekerjaan dan meningkatnya pula pendapatan. Pemerintah adalah pengurus dan pengawasnya, semua rakyat adalah jenteranya di tempat masing-masing. Ia sangat berbeza dengan teori ahli falsafah Barat yang menganggap perkembangan ini menjadi ancaman kepada rezeki dan kehidupan manusia.
Aspek naluri, jasad, roh dan akal manusia bersama kehidupan bermasyarakat Madani yang bertaaruf dapat mengurus rezeki Allah yang melimpah ruah daripada langit dan keluar daripada bumi. 
Firman Allah:
ياأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ٢١ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٢ البقرة
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (21) Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22)
(Surah Al-Baqarah: 21-22)
Ayat ini menunjukkan bahawa konsep ibadah itu mengikut takrif Islam, bukan takrif yang sempit, bahkan meluas kepada seluruh kehidupan manusia dan segala aspeknya kerana sifat manusia itu di bawah kerajaan Allah Pencipta dan hamba Allah yang mengurus alam, bukan rakyat dan warganegera kepada kerajaan di bumi yang dibahagikan mengikut negara masing-masing.
Firman Allah:
فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَٰمِ أَزۡوَٰجٗا يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ ١١ لَهُۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ١٢ الشورى
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifatNya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (11) Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (12)
(Surah As-Syura: 11-12)

Firman Allah:
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ الأعراف
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
(Surah Al-Aaraf: 96)
Keberkatan ialah mendatangkan faedah di dunia dan akhirat. Allah telah menurunkan rezeki sumber asli dan tenaga manusia yang mencukupi dan seimbang. 
Kekuatan jasmani dan rezeki rohnya pula ialah akal, ilmu dan hidayah Islam yang memandu kehidupan manusia dalam aspek akidah dan akhlak yang mengawal akal dan perasaan, serta kemampuan jasad secara individu dan bertaaruf secara bermasyarakat madani, serta akhlak bertimbang rasa, berkasih sayang yang menciptakan konsep bertolong-menolong (bertaawun), walaupun adanya kepelbagaian kemampuan, kemahiran dan hasil yang berbeza. 
Tanpa dinafikan ada manusia yang terbatas kemampuannya sehingga ada juga yang malas, bodoh dan jahat yang bermasalah. Ada negeri yang banyak hasilnya dan ada yang sedikit, ada pula yang banyak tenaga manusia dan ada yang sedikit, namun tidak boleh mempengaruhi kehidupan manusia umum yang dikawal oleh undang-undang dan sempadan kehidupan. 
Secara tabiinya sebagai contoh, manusia berhajat kepada pakaian, sekurang-kurangnya untuk menjaga jasad daripada alam sekeliling yang mendatangkan penyakit dan gangguan cuaca, kerana ketahanan kulitnya tidak seperti binatang yang tidak memerlukan pakaian dan tidak bermaruah tinggi. Lebih-lebih lagi manusia itu demi menjaga agama dan maruahnya yang mewajibkan menutup aurat, termasuk yang menjaga adab dan akhlaknya tanpa mengira agama dan bangsa, bahkan yang tidak ada agama dan tidak berakhlak semuanya mahukan pakaian. 
Justeru itu, apabila semua manusia berhajat kepada keperluan kain. Maka memerlukan pertanian, bidang pengurusan, tanah dan jentera untuk menanam kapas dan sebagainya untuk menghasilkan benang. Kemudiannya kain yang ditenun akan dijahit dan memerlukan jarum yang perlu adanya bidang perlombongan, perindustrian, perniagaan dan pengurusan untuk menghasilkannya. 
Begitulah juga keperluan makanan, kediaman, kenderaan dan sebagainya yang memerlukan berbagai sumber semula jadi dan ciptaan yang menghasilkan peluang pekerjaan dan tenaga kerjanya yang banyak, walaupun berlakunya kemajuan sains dan teknologi.
Allah berfirman:
أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ الزخرف
“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan: Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.”
(Surah Az-zukhruf: 32)
Di sini Allah menegaskan konsep pendapatan melalui pembahagian rezeki dan pembahagian kerja yang wajib disaksamakan. Makin ramai manusianya, makin banyak keperluan yang wajib dimajukan tanpa melampau. Sepatutnya makin banyak peluang pekerjaan bagi membanyakkan hasil, sepatutnya juga masalah pengangguran dapat di atasi termasuk yang tidak berupaya tidak tercicir dan terbiar.
Mengapa boleh berlaku masalah pengangguran dan tiadanya peluang pekerjaan? Puncanya ialah diri manusia sendiri yang tidak memenuhi hikmah tujuan mereka diciptakan. 
Dunia hanya mengenali pendekatan secara teori dan ideologi ciptaan manusia sendiri tanpa kembali kepada petunjuk Allah yang bernama Islam. Dalam pendekatan ekonomi, mereka hanya mengenali aliran kanan dan kiri, Liberal Kapitalisma, Sosialisma, Komunisma atau Pragmatisma. Islam pula dilupakan atau sengaja tidak dipandang kerana menganggapnya tidak penting atau dengki yang menyemarakkan Islamofobia.
Sejarah Islam memulakan agenda pembangunan manusia daripada Makkah yang kering kontang dan berhijrah ke Yathrib yang ditukar kepada nama Madinah yang disinonimkan dengan Islam sebagai Al-Din dan berjaya menangani Masyarakat Madani berbagai kaum dan agama, berbeza kemampuan, pendapatan dan pekerjaan. 
Modelnya bermula daripada bumi padang pasir yang tiada hasil dengan membangunkan jati diri manusia yang sempurna dengan jasad, roh dan akal beracuankan ilmu wahyu yang memberi hidayah kepada ilmu akal dan pengalaman. Akhirnya berjaya membetulkan tamadun kebendaan Rom, Parsi, Greece, Mesir, China dan India, bukan menghapuskan semuanya. 
Islam mencipta tamadun sejagat dinamakan Hadharah Islamiyyah dan memerintah Timur dan Barat di zaman keemasan Islam yang diamalkan secara menyeluruh, sehingga diterima oleh masyarakat majmuk berbagai agama, bangsa dan budaya serta mampu menyara rakyat semuanya.
Saya pernah mendengar temu bual RTM bersama YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid beberapa tahun lepas. Beliau menegaskan betapa nelayan di pantai dan penoreh getah di kawasan pedalaman keluar awal pagi, menunjukkan bahawa masyarakat yang miskin itu bukannya pemalas.
Hari ini kita menyaksikan anak muda yang berpendidikan tinggi, termasuk yang tidak tinggi pelajarannya tetapi tetap bertenaga muda susah mendapat peluang pekerjaan. Termasuk juga ada yang menganggur atau pendapatan yang tidak mampu menyara hidup di bumi yang banyak hasilnya dan ramai tenaga kerjanya, tetapi masih ramai yang menganggur dan yang telah bekerja pula ramai yang dibuang kerja atau dipotong pendapatannya. Mengapa kehidupan mereka terhimpit? 
Masalah ini menunjukkan ada perkara yang salah dengan pendekatan yang tidak betul atau dasar yang tersesat jalan. Sepatutnya pemandu yang mengambil alih silih berganti jangan meneruskan kesilapan pemandu terdahulu dan jangan meninggalkan yang betul, cuma membetulkan kesilapan, bertaubat kalau berdosa, bukan sekadar meminta maaf tanpa mengaku kesalahan dan kelemahan makhluk. 
Lakukan muhasabah secara menyeluruh. Percaya bahawa Islam daripada Allah adalah penyelesaiannya berkonsepkan sempurna dan holistik. Bukannya mengumpulkan kekayaan yang berpusing di sekitar keluarga dan kroni sahaja dengan tuduhan orang lain semuanya bodoh, dibiarkan sekadar negara maju walaupun rakyatnya miskin dan menganggur.
Firman Allah:
قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ١٠٨ يوسف
“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): "Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikut ajaranku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
(Surah Yusuf: 108)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Rabiul Akhir 1439 / 3 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 3/1/2018
Sumber HD - 3-1-2018













































































PAS tak perlu tunjuk ajar DAP

PAS tidak perlu tunjuk ajar DAP dalam menentukan hala tujunya. PAS mempunyai dasar yang jelas tanpa kompromi dengan pendekatan yang sesuai dengan keadaan masa dan ketika.
PAS komited dengan jalan demokrasi serta politik sihat dan konstruktif, menolak politik kombatif, melulu dan destruktif seperti diamalkan oleh DAP. 
Dalam menghadapi PRU 14, PAS bersedia menerima keputusan rakyat sama ada sebagai Pembangkang atau Kerajaan.
DAP boleh meneruskan dasar ‘chauvinistic’ dan sikap ‘pura-pura mesra-Islam’ yang tidak pernah berubah sebagai pendekatan dalam menghadapi PRU 14 nanti dan rakyat pasti boleh menilai sikap dan muslihat sebenar DAP yang memperalatkan siapa sahaja demi kuasa.
Saya menyeru Saudara Lim Guan Eng agar lebih prihatin dengan masalah dalaman DAP sendiri daripada cuba menghakimi PAS. Beliau patut sedar sepanjang penggal ini sahaja DAP telah kehilangan 8 MP/Adun, memecat seorang Adun dan bakal kehilangan beberapa lagi menjelang tamat penggal ini.
Saya yakin politik 'keanak-anakan' dan 'ala-gangster' DAP akan menyebabkan ia kehilangan bukan sahaja undi orang Melayu dan bukan-Cina, tetapi juga undi orang Cina. Pertelingkahan antara beberapa pimpinan DAP dengan pimpinan parti berteraskan kaum Cina yang lain adalah contoh klasik akan sikap itu.
Pemilihan CEC DAP November lalu adalah satu lagi bukti jelas akan situasi itu dengan kehadiran perwakilan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir. Sementara itu, undi yang diperolehi oleh para pemenang pula hanyalah lebih daripada separuh perwakilan dan ini menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan demokratik atau tidaknya.
Saya hanya ingin memetik kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Adun DAP Jawi, Tan Beng Huat, tentang Lim Kit Siang dan suasana dalaman DAP untuk tatapan Saudara Lim Guan Eng iaitu;
“Lim Kit Siang is a dictator bent on building a political dynasty. He does not tolerate dissent similar to Dr. Mahathir who is only interested in ensuring his son ascend to power. They are one and the same, interested only in building their family dynasty and fulfill their political thirst”.
Terima kasih.
TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS - HARAKAHDAILY 2/1/2018
























































































































































Sumber HD - 2-1-2018













































































Awas! Zionis di dalam

KETIKA umat Islam di seluruh dunia dikejutkan langkah drastik Israel dan Zionis menggunakan Presiden Amerika Syarikat yang terkini, mengisytiharkan Bait Al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel. Dia merasakan dirinya sangat berani tidak seperti orang lain. 
Tindakannya laksana menghempas batu besar ke dalam lubuk, sehingga menimbulkan segala hidupan di dalamnya, sama ada paling besar, paling kecil dan lemah semuanya menimbulkan diri, sehinggalah buaya dan ular berbisa paling berbahaya. 
Sudah tentu di dalam umat ini sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini, ada yang kuat imannya sehingga sangat maju ke hadapan, ada yang sederhana dan ada yang terkebelakang menzalimi diri sendiri dengan sebab kelemahannya dan ada juga yang menjadi duri dalam daging menyebabkan punca penyakit. Benarlah firman Allah: 
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ ٣٢ فاطر 
“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Fatir: 32) 
Allah memberi peringatan kepada kalangan yang paling lemah dan menjadi duri dalam daging sehingga membawa penyakit yang sangat membahayakan, firman-Nya: 
۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ ٥١ فَتَرَى ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ يُسَٰرِعُونَ فِيهِمۡ يَقُولُونَ نَخۡشَىٰٓ أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٞۚ فَعَسَى ٱللَّهُ أَن يَأۡتِيَ بِٱلۡفَتۡحِ أَوۡ أَمۡرٖ مِّنۡ عِندِهِۦ فَيُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَآ أَسَرُّواْ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ نَٰدِمِينَ ٥٢ المائدة 
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (52)” (Surah Al-Maidah: 51-52)
Gabungan Amerika Syarikat dan Israel adalah kenyataan firman Allah tersebut, betapa Donald Trump menjadi Presiden yang dipilih mutakhir ini menunjukkan terbukti kenyataan saya sebelum ini, bahawa yang paling rapat dan paling kuat sokongannya kepada negara haram Israel dimenangkan oleh pihak yang menguasai ekonomi, pengurusan dan media. Kesetiakawanan dibuktikan dengan beraninya mengisytiharkan Bait Al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel itu. Dia tidak peduli bantahan daripada seluruh dunia, meskipun hanya segelintir negara sahaja yang menyokongnya.
Hikmahnya, peristiwa yang berlaku telah menyatukan umat Islam dan manusia berperikemanusiaan, sehingga yang paling lemah kembali ke pangkal jalan dan masuk ke dalam saf menentang Israel. Pada masa sama, ia mendedahkan sekutu-sekutu Zionis walaupun bertopengkan jubah pakaian kebangsaan Arab, serban dan berkopiah putih di kalangan bangsa Arab dan berbahasa Al-Quran. Ada pula yang jasadnya paling dekat dengan Kaabah dan Maqam Rasulullah S.A.W dan paling dekat pula dengan medan perjuangan menentang Zionis itu, tetapi hatinya berpaut rapat dengan musuh Islam itu.

Langkahnya adalah menyelamatkan Israel bukannya membebaskan Masjid Al- Aqsa, tidak sedikitpun menyentuh hati mereka daripada apa yang dilakukan terhadap tanah suci ketiga Islam itu. 
Golongan ini melakukan apa sahaja bagi menangguhkan jihad menentang Israel dan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Mereka mengemukakan berbagai hujah dan melakukan beberapa pendekatan. Di antaranya ialah mengundurkan masalah Palestin ke belakang sedikit demi sedikit, daripada sifat Islamnya kepada Nasionalis Arab, seterusnya Jerusalem dipecah dua sehingga dilupakan Islamnya kerana katanya sudah cukup Makkah dan Madinah bagi umat Islam, serahkan sahaja Bait Al-Maqdis kepada Israel. 
Bermula daripada mewujudkan Perjanjian Camp David 1978 yang membawa pengiktirafan kepada negara haram Israel, diikuti dengan Persidangan Oslo 1993 dan kemudiannya Persidangan Madrid 1999 dengan penyelesaian dua negara, satu untuk kaum Yahudi dan satu untuk Arab Palestin, digula-gulakan kenyataan bersama cadangan supaya Israel berundur daripada kawasan yang ditawan ketika Perang Huzairan 1967 sehingga menawan seluruh Kota Suci Bait Al-Maqdis, kemudian dibelah dua, Bait Al-Maqdis Timur untuk Palestin dan Bait Al-Maqdis Barat untuk Israel. Israel mendiamkan diri, tetapi Arab terus dipujuk dan banyak negara yang menerimanya. 
Perkembangan mutakhir pula menunjukkan perbezaan sikap rakyat yang terbakar semangat Islamnya dengan pemimpin negaranya yang bersikap dingin dan melangkah sedikit demi sedikit ke belakang mengadakan hubungan sulit dengan Israel dan ada yang telah terbuka.
Ada negara yang lebih terang lagi bersuluh telah masuk ke dalam strategi pendekatan menyelamatkan Israel, di antaranya melakukan kekacauan dalam negeri tanah air sendiri sehingga menjejaskan perjuangan menghadapi negara haram itu. 
Sejak tahun 60-an Jordan dipilih untuk dikacau, apabila sebahagian besar gerakan Palestin dan pemimpinnya bertapak di sana, lalu dicetuskan kekacauan dalam negara yang lemah dan tidak bersumber kekayaan buminya sehingga terpaksa dikeluarkan para pemimpin dan gerakan perjuangan Palestin daripada Jordan, tanpa mengira Islam atau sekular, kanan atau kiri, semuanya berpindah ke Syria, Lubnan dan lain-lain.
Kekacauan terkini yang melanda Syria, Lubnan, Yaman, Mesir, Sudan dan lain-lain, diatur begitu rupa dengan mencetuskan kekacauan yang licik. Ada yang diadu dombakan kerana perbezaan agama dan ideologi, perbezaan Mazhab Sunni dan Syiah, berbeza etnik dan krisis sempadan, seterusnya di atas nama menentang kezaliman, menyokong demokrasi dan sebagainya sehingga mencetuskan Arab Spring yang tidak berbuah.
Sepatutnya menghadapi Israel terlebih dahulu, tetapi malangnya menghadapi kawan yang dianggap pengacau dahulu, sehingga berperang besar, membunuh sesama sendiri dan meruntuhkan rumah sendiri. Mereka tidak mengambil perumpamaan kebijaksanaan kumpulan anjing sekampung yang mengutamakan mangsa yang datang sehingga menyatukan mereka semua memburu mangsa itu, sehingga meninggalkan perkelahian sesama sendiri. Walaupun selepasnya mereka berkelahi semula kerana tomak dan haloba mengikut nafsu kebinatangannya. 
Demikianlah kadang-kadang Allah menyuruh manusia belajar daripada binatang. Firman-Nya: 
۞إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسۡتَحۡيِۦٓ أَن يَضۡرِبَ مَثَلٗا مَّا بَعُوضَةٗ فَمَا فَوۡقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرٗا وَيَهۡدِي بِهِۦ كَثِيرٗاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦ البقرة 
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.” (Surah Al-Baqarah: 26)
Adakah kalian tidak membaca atau melupakan laporan usaha untuk menubuhkan kumpulan Negara Islam Sunni bagi menentang bahaya Revolusi Islam Syiah Iran, bukannya menentang Israel? 
Paling terkini pula menyenaraikan kumpulan Islam Hamas, Tanzim Jihad (daripada Sunni) dan Hizbullah (daripada Syiah) adalah pengganas tanpa menyebut Israel, bahkan disebarkan maklumat menubuhkan kumpulan ala ISIS bagi menentang kumpulan Islam yang sudah bersatu ini.
Apabila Israel dan sekutunya menyokong langkah ini menandakan betapa wujudnya kumpulan Zionis di dalam dunia Islam yang menjadi khadam Israel dalam rumah umat Islam. Mereka dibekalkan dengan segala jenis senjata yang sentiasa diawasi supaya dihalakan kepada negara jiran yang dikira berbahaya bukannya Israel. 
Mengapa Islam dahulu boleh memerintah, boleh meneruskan dakwah dan tegak negaranya beberapa abad menghadapi serangan musuh yang bertali arus walaupun perbezaan agama rakyatnya, sudah ada berbagai bangsa dan perbezaan mazhab? Ini menunjukkan adanya perkara salah di kalangan umat yang wajib diperbetulkan. 
Tanda-tanda menunjukan fajar mula menyinsing. Cahaya Islam yang tidak boleh dipadamkan sekali-kali akan menyinar semula menyuluh dunia yang gelap. Hanya mereka yang dirasuk syaitan Zionis akan menghilang bersamanya. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Rabiul Akhir 1439 / 1 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 1/1/2018
Sumber HD 1-1-2018















































































Pelantikan Kabinet; Perbetulkan Kekeliruan

Oleh : KAM

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegur pihak yang keliru dengan ucapannya bahawa ‘Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh’ agar merujuk kepada mukadimah tulisan tersebut.

Beliau memberi contoh bagaimana politik barat termasuk politik komunis dan sekular yang juga akan melantik pemimpin di kalangan mereka sendiri.

“Merujuk kepada mukadimah ucapan saya sebut dalam politik barat termasuk politik komunis, sekular pun dia mesti lantik orang parti dia jadi Perdana Menteri. Bahkan, Menteri Kabinet pun orang parti dia semua.

“Jika Republikan menang semua (lantik) Republikan, itu di Amerika. Kita di Malaysia ikut sistem British. Kita kabinet sahaja (bertukar) pegawai tinggi kerajaan tidak campur. Di negara komunis, dia akan lantik semua orang parti komunis dalam kabinet dia (kerajaan),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil media selepas menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaatnya di Masjid Rusila, Marang, pada Jumaat 29 Disember.

Namun, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, Islam juga merupakan agama yang fleksibel serta boleh menerima pemimpin bukan Islam dalam pemerintahan negara mengikut syariat Islam.

“Ada pun kita Islam ini, kita kena bincang Islam sebagai negara (memerintah). Bukan soal sembahyang Jemaah di masjid saja. Dalam pemerintahan negara, pemerintahan Islam ini ulamak-ulamak kita telah tulis dalam kitab ratusan tahun lalu.

“Islam pernah menakluk (perintah) Parsi dan Rom hingga ke sempadan China. Semasa Islam memerintah dahulu, dalam soal kabinetnya, ketua negara mesti orang Islam. Dalam lantikan kabinet itu ada kabinat pembuat dasar.
“Cuma ‘fleksibel’ kita (Islam) boleh melantik orang bukan Islam menjadi menteri dalam tugasnya eksekutif dan bukannya legislatif. Eksekutif ini kepakaran dia, kemahiran dia tetapi tunduk dibawah dasar dan polisi Islam.
“Ini boleh pilih di kalangan orang bukan Islam. Jika peringkat negeri Excolah. Namun, Menteri Besarnya mesti orang Islam. Ini yang fleksibel yang ada pada kita dan tidak ada pada orang lain,” jelasnya.

Apa yang penting, kata Dato’ Seri Abdul Hadi bahawa mewujudkan keharmonian kaum di antara orang Islam dengan bukan Islam yang telah terbina lama.

Menurutnya, Islam sangat terbuka dalam menerima pelantikan bukan Islam sebagai menteri Kabinet berbanding sistem parti politik moden yang hanya menerima mereka yang sealiran idelogi sahaja.

“PAS sangat memahami realiti masyarakat majmuk di negara ini. Kita ini telah berjaya mewujudkan keharmonian antara orang Islam dan harmoni dengan orang bukan Islam.

“Para ulama’ Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan), bukan Wazir Al-Tafwid (membuat polisi dan dasar negara).

“Di sini adanya keanjalan dalam Sistem Politik Islam yang tidak fanatik kepartian seperti pendukung ideologi sekular,” ujarnya.

Sumber BO - 30-12-2017

PAS sedia hadapi PRU bila-bila masa

PAS kini berada dalam situasi bersiap-siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Katanya, sekarang hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Beliau berkata, bagi menghadapi PRU 14 PAS mempunyai dua strategi sama ada menguasai kerajaan atau mampu mempengaruhi kerajaan. 
“Bagi mencapai hasrat itu PAS bersama rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera yang disertai Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen. 
“Jumlah kerusi itu secara terperinci belum ditentu lagi tetapi mungkin PAS akan bertanding lebih banyak. 
“Jumlah 130 kerusi itu adalah dicampur rakan-rakan NGO yang ada hubungan dengan kita dalam Gagasan Sejahtera,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kulian Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini. 
Selain itu, katanya PAS juga akan memperkenalkan kerajaan teknokrat yang melibatkan golongan pakar profesional jika diberi mandat memerintah negara. – HARAKAHDAILY 29/12/2017
Sumber HD - 29-12-2017 

PM Sementara Ada Keraguan Dengan Perlembagaan Malaysia
Posted on Friday, December 29 @ 14:47:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37483


PAS menyifatkan tindakan PKR yang ingin melantik perdana menteri sementara jika memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukanlah amalan yang sihat dan tidak berperlembagaan.


Sebaliknya Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata proses pelantikan perdana menteri itu perlulah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Katanya, Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggotanya.

Selain itu Takiyuddin berkata proses itu perlu mengikut perkara 40 fasal 2 iaitu kuasa prerogatif Yang di Pertuan Agong dalam hal melibatkan pelantikan perdana menteri tanpa perlu mengikut nasihat mana-mana pihak.

“Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah bahawa selepas PRU14, Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang ahli parlimen Malaysia yang pada ‘hemat’ baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
“Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di parlimen,” katanya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada PRU14.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar pemimpin PKR enggan mengulas kerana difahamkan terdapat arahan "menutup mulut" berhubung isu berkenaan.

Sementara itu anggota parlimen Kota Bharu turut berkata sekiranya selepas PRU mana-mana parti yang bertanding gagal memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan, agong akan menggunakan kuasa tersebut untuk memilih parti majoriti atau minoriti untuk dilantik menjadi perdana menteri.

“Walau apapun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri ‘locum’ bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpinnya sebuah kerajaan stabil dan kuat,” katanya.

Sumber TKO - 29-12-2017




































































































































































Kerajaan teknokrat laksana WINS



















































































KETIKA rakyat bercelaru untuk memilih semula BN atau tidak pada PRU ke-14 nanti, Tun Mahathir, Pengerusi PH didakwa menawarkan diri menjadi Perdana Menteri semula selepas PRU ke-14 dengan disokong oleh 3 daripada 4 parti komponen PH kecuali PKR.

Pakatan Harapan yang dilihat sebagai saingan terdekat BN sendiri pun ‘masih kabur’  untuk membentuk sebuah kerajaan yang dinamik bila Dato’ Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat sebelum ini terpaksa merengkok dalam penjara akibat kesalahan jenayah yang dikenakan keatas beliau.

Sumber HD- 27-12-2017



















































































Islam tangani rasuah

Firman Allah: 
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُكَّامِ لِتَأۡكُلُواْ فَرِيقٗا مِّنۡ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١٨٨ البقرة 
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada kalangan yang mengendalikan hukuman (pemerintah, pentadbir, hakim dan sebagainya), supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (Surah Al-Baqarah: 188)
Hadis Rasulullah S.A.W. 
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم الرَّاشي والمُرْتَشيَ" رَوَاهُ أَبُو داوُدَ وَالتِّرْمذيُّ وَصَحّحَهُ 
“Rasulullah S.A.W telah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 
Al-Quran petunjuk sepanjang zaman telah menyebut sejak lima abad yang lalu, betapa penyakit rasuah berlaku dahulu kala di kalangan umat terdahulu dan berlaku sehingga kini. 
Rasuah termasuk dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah terhadap semua yang terlibat, yang memberi rasuah dan menerima rasuah. Laknat bermaksud tidak mendapat Rahmat Allah daripada dunia sehingga celaka dan neraka di akhirat kalau tidak bertaubat.

Wujudnya rasuah bersama syaitan yang merosakkan manusia dan kehidupannya dengan meniupkan perasaan ingin mendapatkan kesenangan semata-mata tanpa mempedulikan keburukan dan akibatnya yang menimpa diri dan masyarakat. 
Islam meletakkan hukum bukan sahaja dalam undang-undang negara yang merangkumi semua urusan pentadbiran, kehakiman, ekonomi dan lain lain, bahkan menjadi sebahagian daripada perkara yang tidak berpisah dengan agama Islam yang sempurna.
Allah mendedahkan penyakit ini berlaku di kalangan semua peringkat, daripada setinggi jawatan sehingga serendahnya, termasuk agamawan sejak zaman dahulu, pelakunya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. 
Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡأَحۡبَارِ وَٱلرُّهۡبَانِ لَيَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡبَٰطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۗ وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ التوبة 
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) daripada jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah At-Taubah: 34) 
Firman Allah lagi: 
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بَِٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ الأعراف 
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar daripada mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; 
maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176)” (Surah Al-Aaraf: 175-176) 
Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat secara langsung ketika memimpin negara supaya mengelakkan diri daripada rasuah. Contohnya apabila seorang sahabat R.A yang ditugaskan memungut hasil daripada salah satu wilayah Islam, secara ikhlas berkata: “Wahai Rasulullah! Ini adalah hasil pungutan yang telah ditugaskan dan ini pula diberi kepada saya”. 
Apabila keluar memberi ucapan kepada umum, Rasulullah S.A.W bersabda tanpa menyebut namanya: 
“Ada kalangan kamu yang ditugaskan, datang kepadaku memberitahu: “Bahawa ini hasil pungutan saya dan ini pula diberi kepada saya”. Adakah sekiranya dia berada di rumah ibunya dan ayahnya tanpa tugas atau jawatan itu akan diberi kepadanya?” Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya, harta seperti ini akan dibawa bersama, dipikulnya untuk dibicarakan pada Hari Kiamat nanti”. 
Ini menunjukkan hadiah luar biasa diberikan oleh kalangan tertentu yang ada kepentingan adalah bertujuan rasuah atau pendahuluan, ia sangat mempengaruhi seseorang yang berjawatan dalam apa-apa urusan. Apatah lagi yang terang dan nyata kerana mempengaruhi sesuatu keputusan yang menyebabkan penyelewengan atau tidak berlaku adil. 
Islam meletakkan bahawa jawatan seseorang itu ada perhitungan dosa dan pahala yang dikira pada Hari Kiamat nanti, yang menyebabkan seksa di dalam kuburnya di Alam Barzakh dan Padang Mahsyar, seterusnya dihumban ke dalam Neraka. Bukan sahaja tiada keberkatan yakni tidak mendatangkan kebaikan daripada hartanya kepada diri dan keluarga dalam kehidupan dunia. 
Rasuah tidak tertebus dosanya dengan ibadat seperti haji dan umrah dan lain-lain, kerana melibatkan hak rakyat umum. Besarnya dosa rasuah kerana merosakkan seluruh kehidupan manusia, kerana merosakkan pentadbiran, pengurusan, kehakiman, membawa kesan negatif dalam kegiatan politik, ekonomi sehinggalah alam sekitar dan lain-lain. Ini disebabkan rasuah mempengaruhi segala keputusan dan kelulusan. 
Saya disoal dalam ceramah di Universiti Nanyang beberapa tahun yang lalu. Kenapa tidak dimasukkan rasuah dalam kesalahan Hudud dan Qisas? 
Jawapannya: Hudud berkait dengan hak Allah, Qisas pula berkait dengan hak manusia, walaupun kesalahannya semuanya jenayah berat. Qisas dan Hudud boleh diletakkan sempadannya. Adapun rasuah melibatkan hak Allah dan hak manusia, kesalahannya pula ada kecil dan ada besar tanpa sempadan, berkait pula dengan sebab penerima rasuah, pemberi rasuah dan sebab kerajaan sendiri yang memberi tugas dan sara hidup dalam kemampuan dan kedudukan yang berbeza yang wajib dilihat. 
Maka Islam menetapkan hukuman Takzir yang luas dan anjal, daripada paling berat sehinggalah paling ringan mengikut penilaian yang adil oleh pihak yang berkenaan, sama ada kerajaan, badan kehakiman dan pihak penguatkuasaan, berkonsepkan hukuman Islam yang lebih bersifat mendidik masyarakat daripada menghukum semata-mata. 
Kejayaan Islam di zaman kegemilangannya berjaya kerana melaksanakan hukum Islam yang mengandungi aspek lahiriah dan ruhaniah yang dikawal oleh prinsip iman dan konsep taqwa, berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang hanya mengandungi aspek lahiriah sahaja. 
Seseorang yang dikawal oleh iman dan taqwanya tidak boleh mengatasi hukum Allah yang ditinggikan menjadi undang-undang negara, serta mereka percaya tidak terlepas daripada hukuman akhirat walaupun terlepas di dunia, kerana tidak boleh mengatasi undang-undang syariat walaupun pandai menipu. 
Seorang wanita penjual susu ditegur oleh anak perempuannya supaya jangan menipu apabila mahu meletakkan air ke dalam susu yang hendak dijual. Lalu ibunya terus membatalkan hasratnya apabila puteri yang solehah itu menyebut bahawa Allah Maha Mangetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar walaupun Saidina Umar tidak tahu. 
Khalifah Umar R.A yang mengintip perbualan di waktu malam tersebut meminang anak gadis itu untuk puteranya, di mana zuriat yang soleh ini melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal keadilannya. 
Islam mengambil kira syarat Islam, iman dan akhlak bagi jawatan-jawatan penting, bukan sekadar syarat ilmu dan pengalaman dalam bidangnya sahaja. Selain itu, diikat pula pula dengan baiah apabila dilantik di jawatan yang penting, tidak cukup sekadar menjadi seorang Muslim dengan mengucap dua Kalimah Syahadah bagi penganut Islam. 
Kehakimannya pula mengambil kira peranan kerajaan yang mencukupi, sifat pelaku dan cara tindakan pihak penguatkuasa yang beradab dengan rukun dan syaratnya tanpa sewenang-wenangnya. 
Adapun undang-undang ciptaan manusia tanpa iman, akhlak dan taqwa, boleh terlepas di dunia dan tidak percaya adanya hukuman di akhirat, serta ada kalangan yang meletakkan dirinya mengatasi undang-undang. 
Negara Komunis yang paling keras hukuman sehingga menghukum mati terhadap kesalahan rasuah tanpa mengambil kira kesalahan kerajaan dan berbagai pihak seperti majikan yang memberi gaji yang tidak mencukupi kos sara hidup diri dan keluarga. 
Kerajaan Liberal Kapitalis yang bergaji paling besar juga tidak mampu mengatasi penyakit rasuah, kerana manusia yang tidak puas dengan harta yang banyak, tetap bernafsu mengambil dengan apa jua cara. Undang-undangnya pula ciptaan manusia, hukum Allah hanya ibadat sahaja yang tidak boleh diangkat menjadi undang-undang negara. Maka terciptalah manusia yang berlagak berkuasa mengatasi undang-undang ciptaan kepala dan tangannya sendiri. 
Penyakit rasuah tidak mengira Islam dan bukan Islam, kerana semuanya dirasuk nafsu syaitan. Tetapi itulah pendekatan Islam yang disaksikan paling berkesan kerana gabungan jasad dan ruh. 
PAS yang berusaha menghayati Islam berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri yang diperintahnya khususnya Kelantan sehingga kini, kejatuhan kerajaannya bukan kerana rasuah. 
PAS sentiasa membuka pintu sepanjang masa kepada semua pihak kalau ada terpandang berlakunya dosa besar ini untuk disiasat dan diambil tindakan. 
PAS tidak melindungi dan mempertahankan sesiapa yang melakukan dosa ini dalam kerajaannya. 
PAS membentuk ahlinya dengan ilmu Islam dan tarbiyah. Semua calon dipertanggungjawabkan dengan ikatan baiah setia kepada perintah dalam semua perkara yang tidak bercanggah dengan Islam termasuk ijtihad jamaah dalam perkara yang tidak ada nas. Semua yang berpenyakit atau berhasrat melakukannya tidak boleh bersama. Ada yang keluar lebih awal dan ada yang dikeluarkan. 
PAS mengizinkan semua pihak untuk menyiasat kalau ada yang melakukan rasuah dalam kerajaannya mengikut cara yang adil tanpa fitnah semata-mata. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rabiul Akhir 1439 / 27 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 27/12/2016
Sumber HD - 27-12-2017 

NST mesti minta maaf

WALAUPUN Timbalan Presiden PAS dan Ketua Penerangan telah menafikan salah lapor berita NST terhadap kenyataan Presiden PAS yang telah menimbulkan kekeliruan daripada maksud yang sebenar sehingga diambil kesempatan oleh BN dan PH serta portal berita lain untuk menyerang Presiden. Namun NST tetap berdegil melaporkan kekeliruan sekali lagi dalam beritanya hari ini. Ia menunjukkan sikap prejudis akhbar tersebut terhadap Islam. 
NST perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan PAS menggesa NST dan wartawan Arfa Yunus memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rabiul Akhir 1439 / 27 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 27/12/2017


















Sumber HD - 27-12-2017 





















































































Mengapa kalau Islam tidak boleh?

BANYAK kalangan yang tidak faham, bahkan jahil bahawa bernegara dan berpolitik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam atau mereka sengaja mahu memusuhi Islam. Semuanya menuding jari terhadap PAS kerana beristiqamah menegaskan Islamnya. Alasannya bahawa Islam tidak relevan bersama masyarakat majmuk, tidak mampu berlaku adil terhadap bukan Islam, atau mereka mahu Islam ini tunduk di bawah hukum hawa nafsunya dengan meninggalkan hukum Allah. Mereka boleh menerima hakikat amalan negara sekular yang berbagai ideologi, memisahkan politik daripada agama, dan beragama tanpa politik. 
Apabila semua parti yang menegakkan ideologi masing-masing kalau memerintah negara, tidak memberi tempat dan kedudukan ketua kerajaan dan anggota kabinetnya kepada yang bukan parti mereka. Maka kalau parti Islam dikira salah, fanatik dan pelampau apabila menegaskan bahawa kepimpinan negara wajib bersyaratkan Islam. 
Di Amerika contohnya, apabila Parti Demokrat menang, Presiden adalah daripada partinya, maka anggota kabinet, ketua jabatan dan jawatan penting yang menyentuh dasar dan polisi negara mestilah daripada kalangan partinya juga, bukan daripada Parti Republikan. Begitulah juga sebaliknya kalau Republikan yang menang, kalangannya juga menjadi ketua kerajaan. Inilah amalan di semua Negara Eropah seperti England, Perancis dan lain-lain yang paling demokratik, menyerahkan kuasa kepada parti yang menang dalam pilihan raya. Begitu juga di Negara Komunis melantik penganut ideologinya memimpin negara, mereka tidak melantik bukan Komunis menjadi ketua negara dan anggota kabinet. 
Samalah juga apabila BN menang di Malaysia, maka dipilih kalangan parti terasnya, Umno Melayu Muslim menjadi ketua kerajaan pusat dan negeri, kabinet dan anggota exconya daripada Parti Komponen BN. Begitu juga apabila DAP menang terbanyak di Pulau Pinang, atau kalau menang di peringkat kerajaan pusat, mestilah berkonsepkan Malaysian Malaysia berteraskan sekularismanya. 
Namun sebaliknya PAS pula dituding dengan jari secara hentaman melulu akan menafikan hak penganut bukan Islam, perkauman dan lain-lain, tanpa mengkaji Fiqh Politik Islam secara ilmu daripada sumber ajaran Islam yang sahih, bukan daripada musuhnya kalangan Orientalis yang bersikap tidak adil dalam ilmunya. 
Islam itu lebih luas daripada takrif agama mengikut kefahaman Barat. Islam juga berbeza dengan ideologi atau teori ciptaan manusia yang memisahkannya daripada agama, kerana ajaran Islam itu merangkumi semua aspek kehidupan bermasyarakat termasuk juga urusan politik. 
Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh. Tetapi pada masa sama, Islam memberi hak yang lebih banyak kepada penganut bukan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan lain-lain urusan kehidupan, lebih daripada hak yang diberi oleh pendukung dan pejuang ideologi ciptaan manusia dan agama lain terhadap pihak yang berbeza dengan mereka. 
Islam mengurus secara lebih saksama dengan fitrah manusia, dengan syarat Islam sebenarnya berkuasa memerintah. Namun Islam juga tetap memelihara hak beragama lain tanpa menyentuh perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing dengan sempadan memelihara keharmonian masyarakat majmuk dan perikemanusiaannya. 
Islam bukan sahaja memberi hak kerakyatan kepada bukan Islam, bahkan mewajibkan adil terhadap semua dari segi hak rakyat yang dilindungi oleh undang-undang berteraskan aqidah dan juga hak kemanusiaan yang berkait dengan diri, keluarga, cara hidup berpolitik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain dengan kawalan sempadan (hudud) yang menghormati perbezaan agama dan menjaga keharmonian dan perpaduan kemanusiaan. 
Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat. 
Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan), bukan Wazir Al-Tafwid (membuat polisi dan dasar negara). Di sini adanya keanjalan dalam Sistem Politik Islam yang tidak fanatik kepartian seperti pendukung ideologi sekular. 
PAS yang menegaskan kedudukan Islam dalam perlembagaannya menerima kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggaknya, menerima juga kaum bukan Islam menjadi warganegara berkonsepkan saudara kemanusiaan, walaupun dibawa masuk oleh penjajah terdahulu. Namun PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan di dalam Perlembagan negara kita yang sudah merdeka. 
Al-Quran mengizinkan dua sistem pemerintahan sama ada Khilafah atau Malakiyyah (beraja), yang disebut juga Imamah atau Imarah, dengan wajib berkonsepkan adil terhadap semua manusia. Al-Quran mengisahkan Nabi Daud A.S adalah Khilafah dan Nabi Sulaiman A.S dan Zulqarnain pula adalah Raja. Syaratnya berlaku adil mengikut hukum Allah. 
Rasulullah S.A.W telah menunjukkan penafsiran dasar yang umum terhadap perlantikan ketua negara berteraskan Islam yang teguh dan menerima konsep dominasi kaum. Sabda Baginda S.A.W: 
الأئمة من قريش

“Imam (pemimpin atau ketua negara) hendaklah daripada Quraisy.” (Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Baihaqi) 
Ibnu Khaldun dan lain-lain menafsirkan mafhumnya dengan kaum yang menganut Islam berdominan. Maka kerajaan Islam tidak fanatik perkauman dalam menentukan ketua negara. Dalam sejarah, pernah Negara Islam dipimpin oleh bangsa Kurdis, Turki bukan daripada bangsa Arab apabila adanya kaum yang paling dominan menganut Islam lebih besar dan kuat pengaruhnya mengatasi bangsa Arab. 
Maka dalam konteks Malaysia, PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sahaja sekadar simbol, maka mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu yang beriman dan budiman melaksanakan Islam secara menyeluruh. 
Ini bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat yang boleh diatur perubahannya yang lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu. 
Apabila mengkaji Sirah Nabawiyyah menunjukkan Raja Habsyah bergelar Najasyi menerima Islam dan menjadi penganutnya, maka Rasulullah S.A.W mengekalkan takhtanya. Begitu juga kedudukan Raja Oman dan Raja Bahrain yang menganut Islam setelah menerima surat Rasulullah S.A.W, semuanya tidak dipecat atau dijatuhkan takhtanya. 
Al-Quran juga mengisahkan Rasul kalangan Bani Israel di zamannya melantik Talut menjadi raja, tanpa Rasul itu sendiri menjadi raja. Firman Allah S.W.T: 
وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧ البقرة 
“Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi Raja kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Talut memerintah kami padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi Raja kamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. 
"Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 247) 
Ayat ini menegaskan betapa Rasul yang membawa Islam tidak berjuang kerana mengejar jawatan tetapi berjuang untuk menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak, bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak. 
Maka PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal Perdana Menteri yang bakal menjadi bangkai sahaja. Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah S.A.W apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya. Lantas Baginda S.A.W bersabda:
“Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya.” 
Seterusnya Rasulullah S.A.W menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam yang diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah setelah memenuhi syarat-syarat yang diperintahnya. 
Begitulah PAS boleh menerima dan bersama sesiapa sahaja termasuk DAP yang menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan nizam (sistem) serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya juga. 
Masalahnya, apabila Islam diberi kemenangan dan pengaruhnya yang adil dan rahmatnya akan dilihat dan dirasai secara nyata, bukannya seperti ideologi lain yang terus diuji tanpa menemui penyelesaian terhadap masalah manusia sejagat. Maka Islam dapat menguasai hati manusia dengan rela tanpa paksaan, bukan sekadar memerintah negaranya sahaja. 
Persoalannya, mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan setelah menang? Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari alasan dan berbohong yang dicipta dan memutarbelitkan ajaran Islam sehingga dikelirukan. 
PAS tetap berterus-terang dan beristiqamah bersama Islam tanpa sembunyi dan berdolak-dalih semata-mata untuk meraih simpati sokongan daripada semua pihak, kerana kini bukan zamannya untuk menipu masyarakat yang tidak mahu kepada Islam secara nyata yang wajib dinyatakan hujahnya dengan penuh hikmah. 
Konsep PAS tidak memisahkan di antara dakwah dan politik supaya seramai-ramai manusia menerima Islam dengan ikrar dan keyakinan hatinya yang ikhlas, sehingga menganut Islam tanpa paksaan, atau tidak menganut Islam tetapi bersedia bernaung di bawah pemerintahan Islam yang lebih baik. Seterusnya menegakkan Islam menjadi pemerintah dan pemimpin secara terbuka. 
Islam adalah agama yang mampu berhujah dengan semua pihak kalau dibuka peluangnya dengan adil dan mahu mencari kebenaran dan penyelesaian. Biarkan kalangan yang menegakkan benang basah berbasah kuyup bersama kesesatannya. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabiul Akhir 1439 / 22 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 22/12/2017
Sumber HD - 22-12-2017


Pas dijangka tanding lebih 130 kerusi parlimen
Posted on Thursday, December 21 @ 07:24:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37388



MARANG - Pas bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14 pada kali ini.

Pendirian dinyatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika beliau melancarkan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Pas akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana Pas akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional atau Harapan.


“Pas dengan angkatannya sendiri. Bagi negeri Terengganu Pas akan bertanding semua kawasan, tidak ada calon parti lain bagi negeri Terengganu. Akan jadi begitu.

“Seluruh negara kita akan usaha, kali ini kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi parlimen. Akan diusahakan. Menang, kalah itu cerita lain,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang penting ialah setelah berazam, bertawakal kepada ALLAH, ahli-ahli Pas mesti patuh dan taat dalam perjuangan.

Beliau berkata, Pas bagaimanapun tidak boleh menang dengan kekuatan ahli, penyokong serta orang yang kuat Pas sahaja tetapi perlukan sokongan tambahan.

“Bagaimana kita hendak buat, (ia) memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi. Banyak ‘dia’ kata, fitnah pada kita (tetapi) kita kena jadi macam pohon kayu yang berbuah.

“Walaupun anak-anak yang nakal dan jahat melontar dengan kayu dan batu, pohon kayu itu membalas dengan buah-buah yang masak. Ini cara yang kita kena faham.

“Jangan orang baling dengan batu kita balas dengan batu juga. Sama-sama ‘benjol’. Tidak boleh menarik orang. Mesti dengan cara yang (boleh) menarik orang.

“Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” katanya.

Dalam masa sama katanya, Pas juga berjaya memerintah Terengganu dan memimpin negeri Kedah selama satu penggal dengan memimpin kerajaan yang bersih.

Sumber TKO - 21-12-2017

WINS: Tawaran untuk rakyat Malaysia

BANDAR TUN RAZAK: Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051) diasaskan PAS merupakan model pemerintahan Islam yang akan dilaksanakan bagi mengganti sistem pemerintahan pada hari ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marsuki berkata, sistem pemerintahan ciptaan manusia terbukti semakin rosak dan tidak menyelesaikan pelbagai masalah masa kini.
“Kita nak ubah dan bina semula negara dengan berpandukan sistem Islam yang memberikan kesejahteraan kepada negara secara menyeluruh,” ulas beliau pada Sembang Santai Teh Tarik di Alam Damai, Cheras semalam.
Terang beliau, masalah sosial dan jenayah di negara ini tidak pernah selesai, bahkan semakin teruk berpunca dari model sistem pemerintahan dan pentadbiran berasaskan akal dan ideologi manusia.
Menurutnya, untuk menghadapi 1001 masalah yang timbul pada hari ini adalah dengan keluar daripada sistem manusia ini dan kembali kepada sistem Allah dan manhaj Islam. 
"Aslim taslam. Terima Islam, kita akan sejahtera," ujarnya meyakinkan pendengar pada program anjuran Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak itu.
Jelasnya, usaha PAS bukan perjuangan yang sempit sekadar ingin menjadi Perdana Menteri atau menguasai Putrajaya, tetapi untuk meletakkan sistem Islam pada tempat paling tinggi.
Perkara itu terang beliau, disusun secara sistematik oleh PAS dalam dokumen yang dikenali sebagai WINS 2051 itu dan telah dilancar pada FASTAQIM 2.0 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri. - HARAKAHDAILY 20/12/2017
Sumber HD - 20-12-2017 

























































































Siapa berperanan menubuhkan Israel dan menyelamatkannya?

RASULULLAH S.A.W pernah berwasiat: 
لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض 
“Jangan kamu berpaling tadah (terhadap Islam) selepasku (wafat), nanti kamu memancung leher sesama kamu” (Hadis Sahih Al-Bukhari)\ 
Berpaling tadah terhadap Islam bermakna sama ada kufur aqidah meninggalkan Islam atau kufur nikmat setelah menganut Islam dengan meninggalkan hukum dan akhlaknya atau menjadi lalai setelah mendapat kekayaan yang melimpah ruah. 
Pada tanggal 11 Syaaban 1334 Hijriah bersamaan 10 Jun 1916 Masihi, Syarif Husin yang dianggap Raja Makkah dan Madinah memilih waktu subuh yang sangat berkat untuk menembak perisytiharan Revolusi Agung Bangsa Arab menentang Turki Uthmaniyyah. Ibnu Saud pula menjatuhkan Ibnu Rasyid demi menegakkan Mazhab Salafi Wahabinya.
Selepas kejatuhan Uthmaniyah dengan sebab kelemahannya, maka dilaksanakan Perjanjian Sykes-Picot yang membahagikan tanah air Islam di kalangan penjajah Barat dengan melantik semua yang menyokongnya memimpin negara yang dibentuk mengikut peta yang diciptakan dan acuan politik yang direka. Hasil bumi yang kaya-raya diambil sepuas-puasnya dan sekadar diberi harta kekayaan kepada negera-negara tersebut tanpa kemajuan sains dan teknologi, di samping meninggalkan syariat Islam sedikit demi sedikit. 
Dalam masa yang sama dilaksanakan Perjanjian Balfour oleh British terhadap bumi Palestin yang bukan miliknya untuk diserahkan kepada kumpulan Yahudi Zionis yang tidak berhak menerimanya. 
Kebangkitan rakyat di negeri Arab yang menentang penubuhan Israel 1948 dipadamkan oleh negara Arab sendiri dan semua pemimpin yang menentang Israel dihapuskan di negara masing-masing. Adapun negara-negara jiran Palestin berkiblatkan politik kepada kuasa besar yang menjadi tuan mereka, tidak lagi berkiblatkan ke arah Kaabah yang dipilih menjadi bermulanya Revolusi Arab yang diagungkan itu. 
Kini berlaku kebangkitan semula Islam, Palestin telah melahirkan kumpulan Islam yang berjuang menggantikan kumpulan Sekular yang bersemangat kebangsaan dengan sekadar mencukupi adanya negara Palestin yang meminta sedekah dan mengekalkan negara haram Israel itu. Adapun beberapa negara Islam lain telah mencapai kemajuan teknologi seperti Turki, Iran dan lain-lain. 
Filem lama Revolusi Arab yang memilih Makkah diulang tayang dengan perubahan semasa. Presiden Donald Trump yang dipilih menjadi ketua negara Barat paling besar memilih Arab Saudi yang menjadi penjaga dua Tanah Haram Makkah dan Madinah sebagai tuan rumah untuk menubuhkan gagasan baru di atas nama menentang keganasan.
Menentang keganasan itu dengan maksud kumpulan Islam tanpa mengira Sunni dan Syiah seperti Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah adalah pengganas tanpa melihat sedikit pun kepada Israel yang telah melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dan melakukan peristiwa Shabra dan Shatila yang sengaja ditutup ingatannya oleh media yang dikuasai mereka. 
Iran juga termasuk dalam senarai negara pengganas kerana berperanan membantu kewangan dan senjata kepada kumpulan Islam tersebut dan memajukan teknologinya sehingga dapat menandingi kuasa besar dunia. Mereka memberi tekanan kepada Iran sama ada secara langsung dengan menggunakan hukum haram memiliki sebarang kemajuan persenjataan, tetapi halal apa sahaja kepada negara yang bernama Israel dan negara-negara bukan Islam, atau secara tidak langsung dengan melakukan politik adu domba Mazhab Sunni dan Syiah di negara-negara yang menjadi pengkalan hadapan membantu perjuangan menentang Israel. 
Manakala Turki diatur rampasan kuasa tentera yang ditunggu kejayaannya oleh beberapa negara Arab yang menjadi pengkalan hadapan menyelamatkan Israel. Apabila rampasan kuasa itu gagal menjadikan Turki berpindah sedikit demi sedikit menjauhkan diri daripada negara yang bersekongkol menyelamatkan Israel. Selain itu, Qatar turut dibuli kerana berpihak kepada Turki dan Iran. 
Mereka juga menentang semua kumpulan yang paling damai yang tidak ada negara atau senjata seperti Persatuan Ulama Sedunia yang disenaraikan dalam kumpulan pengganas. Peliknya kumpulan yang dibekalkan senjata untuk mengacau mana-mana negara umat Islam dikira sebagai pejuang kebebasan, penentang kezaliman dan pendukung demokrasi, bahkan dalam masa yang sama mereka mendukung diktator yang berdamai dengan Israel. 
Tindakan drastik Trump mengiktiraf Baitul Maqdis kerana keyakinannya terhadap sikap beberapa negara Arab yang mengikut agendanya, namun tiba-tiba ia menjadi laksana batu besar yang dihumbam ke dalam lubuk yang tenang yang disangka tidak ada buaya. 
Langkah Turki memanggil sidang kemuncak tergempar negara-negara Islam mendedahkan buaya yang timbul walaupun resolusinya hanya sedikit anjakan dengan bahasa diplomatik yang tidak mengancam Israel sekerasnya yang patut, tetapi telah berjaya mendedahkan sikap beberapa negara terhadap Palestin, termasuk negara bukan Islam yang peka berkenaan peranan umat Islam yang tidak boleh dipandang kecil. Sepatutnya hal ini menginsafkan para pemimpin negara tertentu yang masih mabuk di bawah ketiak kuasa besar yang telah berbau sebusuk-busuknya dengan masih bersikap mengecewakan Bait Al-Maqdis. 
Kepada sesiapa yang percaya kepada janjii Allah menatap hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. 
لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين لعدوهم قاهرين لايضرهم من خالفهم الا ما أصابهم من لاواء حتى ياتيهم أمر الله وهمكذلك قالوا يا رسول الله وأين هم قال ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس (مسند أحمد بن حنبل) 
“Masih ada kalangan umatku kumpulan yang tegak bersama Islam, berani menzahirkan diri terhadap musuh dengan gagah perkasa tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa yang menentang atau mengecewakan mereka, mereka terus menerus sehingga datangnya keputusan Allah dalam keadaan mereka terus begitu. Lalu para sahabat bertanya: 
Siapakah mereka wahai Rasulullah? Dimanakah mereka?”. Sabdanya: “Mereka berada di Bait Al-Maqdis dan dikeliling Bait Al-Maqdis” (Musnad Ahmad bin Hanbal)
Isu Bait Al-Maqdis boleh menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa dan mazhab. Maka amat rugi kalangan yang masih berfikir fanatik mazhab dan kebangsaan. Di mana Allah telah menempa sejarah pembebasan Bait Al-Maqdis apabila ditakluk oleh musuh. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi daripada bangsa Kurdis telah memimpin tentera Islam mengalahkan tentera Salib. Sultan Zahir Qutuz daripada Mamalik berketurunan Turki mengalahkan kaum Tatar di bumi Palestin. Justeru itu, ditegaskan bahawa Palestin dan Bait Al-Maqdis adalah milik Islam yang mampu adil terhadap semua dan inilah janji Allah kepada Nabi Ibrahim dan Musa A.S. yang menjadi kebanggaan kaum Yahudi juga.

Firman Allah: 
۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّٰلِمِينَ ١٢٤ البقرة 
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Surah Al-Baqarah: 124) 
Firman Allah: 
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِي مِرۡيَةٖ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدٗى لِّبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٢٣ وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤ سجدة 
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil. (23) Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (24)” (Surah As-Sajadah: 23-24) 
Tegasnya bahawa kumpulan Zionis tidak layak di bumi Palestin kerana kezalimannya di luar daripada janji Allah kepada Nabi Ibrahim A.S dan mereka juga menentang kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa A.S serta perjuangan mereka bukannya menegakkan Kitab Allah tetapi menegakkan fanatik kebangsaan Yahudi. 
Isu Bait Al-Maqdis telah menemukan umat Islam bermazhab Sunni dan Syiah berbagai bangsa dan menyedarkan yang tenggelam dalam berbagai ideologi politiknya. Ia telah mengembalikan golongan paling sekular kepada Islam dan memasukkan yang paling Salafi kerana berimamkan Donald Trump. Isu ini juga mengubah blok baru dunia kepada yang berpihak kepada Zionis atau Anti Zionis, iaitu blok Islam dan Kristian Ortodok yang Anti Zionis dan blok Zionis Yahudi dan Kristian. Benarlah Firman Allah: 
۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة 
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani (Kristian). Yang demikian itu disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” (Surah Al-Maidah: 82) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Rabiul Awal 1439 / 18 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 18/12/2017
Sumber HD- 18-12-2017 




















































































































































































Kerjasama PAS-Umno sengaja dipolemik

PAS memperkenalkan konsep ‘taawun’ dengan semua pihak termasuk kerajaan untuk bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat. 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagimanapun berkata, kerjasama PAS-Umno sengaja dipolemik pihak tertentu. 
“Kita menjalin kerjasama dalam isu Rohingya, isu Palestin. Isu yang berkait dengan rakyat. 
“Biarpun ada isu bersamaan tetapi masih banyak ruang yang berbeza antara kita dengan kerajaan Pusat. Ini perlu dilihat dan perlu diselesaikan. 
“Kita perlu melihat bagaimana mereka sanggup melakukan perubahan. PAS tidak gopoh dalam perkara ini. Kita mengambil sikap yang tidak putus dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,” ujarnya di Rusila, semalam. 
Beliau juga berkata, kaji selidik yang dilakukan banyak pihak menunjukkan PAS mendapat sokongan positif dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
Katanya, kaji selidik dibuat itu menunjukkan PAS maju setapak lagi dengan sokongan rakyat. 
“Insya’Allah kita akan tingkatkan lagi sehingga pilihan raya. Saya menegaskan PAS akan bertanding sendirian pada pilihan raya tersebut. 
“Pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) menyebabkan PAS mengambil sikap tidak putus hubungan termasuk dengan kerajaan,” katanya. 
Menurutnya, keutamaan PAS memenangi pilihan raya bagi membolehkan orang Islam memimpin negara ini. 
Keduanya, kata beliau untuk melaksanakan agenda Islam secara berperingkat. – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD- 16-12-2017 



























































































Malanglah buat mereka yang tidak hadir Persidangan OIC

SIDANG Kemuncak OIC yang diadakan di Istanbul merupakan satu persidangan yang amat penting. Ia merupakan salah satu jalan kebaikan Islam di seluruh dunia untuk mengubah perhatian para pemimpin yang tidak mengambil peduli terhadap penjajahan Zionis ke atas Palestin. Begitu juga kehilangan kemuliaan mereka dan keberanian mereka, sebaliknya bersifat tegas terhadap orang mukmin dan lemah serta tunduk kepada orang-orang kafir. Mereka adalah kumpulan sekutu syaitan yang menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin mereka. 
Meskipun sidang kemuncak itu tidak mencapai tahap resolusi hingga kepada penentangan terhadap Perjanjian Balfour yang sudah dilupakan setelah munculnya isu Trump yang terbaharu. Isu Palestin yang besar yang melibatkan setiap inci tanah yang dijajah itu telah perkecilkan kepada isu penaklukan yang hanya terbatas kepada garis penjajahan pada tahun 1967 dan kemudiannya diperkecilkan lagi kepada isu Baitul Maqdis Timur. 
Semoga sidang kemuncak yang terkini ini sekurang-kurangnya dapat merapatkan barisan kesatuan umat Islam untuk menghadapi cabaran selepas munculnya tipu daya Zionisme dan rancangan mereka selepas ini. Ia juga salah satu cara yang akan menyelesaikan isu utama umat Islam, iaitu isu penjajahan setiap inci tanah Palestin dan akan membebaskannya sepertimana janji Allah SWT. 
Sesiapa yang menghadiri sidang kemuncak ini di dalam hati mereka adanya sekecil zarah kebanggaan terhadap Islam dan sebahagian daripada mereka lebih kuat daripadanya. Dan buruklah bagi mereka yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti. Hanya Allah yang lebih mengetahui. 
Masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia akan terus bersama-sama dengan saudara-saudara mereka di dunia Islam termasuklah yang bukan Islam juga turut menuntut agar Palestin dibebaskan dari belenggu Zionis. Mereka menyertai demonstrasi secara lisan dan pena, bahkan dengan perasaan selemah-lemah iman mereka. 
Maka, di manakah mereka yang tidak hadir di kalangan raja-raja, para pemerintah dan para ulama yang menyifatkan mereka sebagai 'Ulul Amri' di atas muka bumi Islam. Tidakkah mereka merasa malu kepada Perdana Menteri Venezuela dari wilayah jauh nun di sebelah Barat yang hadir sebagai penghormatan ke atas umat Islam? Malangnya masih ada sebahagian pemimpin dan raja-raja yang tidak hadir sebagai tanda penghormatan kepada Zionis dan yang dilahirkan daripada mereka. Malanglah bagi mereka yang tidak hadir! 
Kami dengan sepenuh keyakinan beriman kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W yang tidak bercakap dengan hawa nafsunya: 
"Sesungguhnya ahli Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya tidak akan terkesan sama sekali dengan sesiapa yang ingin melemahkan dan menghina mereka, dan tidak sedikit pun tindakan itu memudaratkan para pejuang (yang memperjuangkan kebebasan Palestin) sehinggalah datangnya janji kemenangan daripada Allah SWT." 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 26 Rabiul Awal 1439 / 15 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber HD - 15-12-2017 




























































































PAS Hopes Muslim Countries Adopt Proactive Resolution On Jerusalem

KUALA TERENGGANU, Dec 13 ― PAS hopes Malaysia and other Muslim countries will come to a proactive resolution at the Extraordinary Islamic Summit of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to be held in Turkey today.

Its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hoped the resolution to be adopted was not just a protest resolution but something more effective in view of far-reaching consequences with the United States (US) recognising Jerusalem as the capital of Israel.

“The Jews are not really strong but they influence western politics, especially the United States. Any American president who wants to win the election must support Israel but the previous presidents acted more like politicians and were aware (of the impact of the announcement) because the Islamic world has its followers.

“Even though they made a promise, they did not keep to it, they kept delaying the issue. But the current US President, Donald Trump is more of a businessman rather than a real politician so he acted drastically.

“We understand that many countries, not just the Muslim countries, have opposed the decision. Even the Americans are against it. Today, law practitioners are already finding ways on how Trump could be impeached and removed as president, like what happened to a former (US) president,” he said.
He was speaking to reporters here when asked to comment on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s presence to give a statement at the Extraordinary Islamic Summit at the Lutfi Kirdar Congress Centre in Turkey. ― Bernama

Sumber BO - 14-12-2017

Malaysia dirosak sekali lagi jika Tun M kembali jadi PM

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) melihat usaha Pakatan Harapan (PH) untuk memberi mandat kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, akan menjerumuskan negara kepada kerosakan yang lebih teruk. 
Kerosakan yang telah dibuat melalui dasar dan amalan semasa 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, sehingga hari ini masih membebankan rakyat. Pelbagai usaha pembetulan semula telah dilakukan di zaman pemerintahan dua Perdana Menteri selepas Dr Mahathir juga oleh kerajaan-kerajaan negeri yang pernah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum (PRU) tahun 2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan tersebut. 
Oleh sebab itu, usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sekali lagi adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang berfikiran waras. 
Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat. Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campurtangan terhadap Institusi Kehakiman dan Legislatif. 
Malah lebih daripada itu, beliau sebagai Perdana Menteri telah berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu pada tahun 1983 dan 1993. 
Beliau juga telah menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan faderalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum. Sekiranya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih ‘kuku besi’ dari sebelum ini.    
Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat. 
Akibat dari dasar dan amalan tersebut menyebabkan rakyat menanggung bebannya sehingga hari ini, seperti *kenaikan kos sara hidup, hutang isi rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar. * 
Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang semakin kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan. Dasar inilah yang telah menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang PTPTN dan lain-lain. 
Selain daripada dasar tersebut, terdapat beberapa lagi dasar dan amalan zaman pemerintahan Dr Mahathir yang membebankan rakyat seperti penggalakan pemilikan kenderaan peribadi, peminggiran sektor pertanian, penyuburan peranan orang tengah dan lain-lain lagi. 
Semasa pemerintahan Dr Mahathir juga, rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial. Salah satu perkembangan sosial yang tidak sihat semasa pemerintahan beliau ialah mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menentukan rupabentuk bangsa dan jatidiri rakyat Malaysia. 
Beliau telah memperkenalkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Metematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah secara langsung menghakis peranan Bahasa Kebangsaan dalam pendidikan. 
Di zaman Dr Mahathir juga, berlakunya liberalisasi Pendidikan tinggi sehingga Bahasa Kebangsaan semakin terpinggir di peringkat Pendidikan tinggi. Selain daripada itu, tidak dapat dilihat kejayaan-kejayaan Dr Mahathir semasa pemerintahannya dari segi pengukuhan perpaduan kaum, pembasmian penyalahgunaan dadah, pengurangan jenayah dan lain-lain. 
Berdasarkan sebab-sebab yang dipaparkan secara ringkas di atas, PPP berpendirian usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menang selepas PRU ke-14 ini akan menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik, ekonomi dan sosial. 
Tanpa niat untuk mencampuri urusan rumahtangga PH, PPP berpandangan PH sepatutnya mengemukakan calon Perdana Menteri yang dapat meneruskan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim. 
Mengembalikan Dr Mahathir ke tampuk pemerintahan negara bermakna agenda reformasi yang diperkenalkan sejak dua dekad yang lalu akan berkubur. Oleh sebab itu, PPP melihat langkah PH ini tidak menyumbang kepada agenda membaiki kerosakan negara yang akibat dari dasar dan amalan semasa zaman Dr Mahathir. 
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
14 Disember 2017/25 Rabiuawal 1439 – HARAKAHDAILY 14/12/2017
Sumber HD - 14-12-2017 






























































































Islam dan kos sara hidup

FIRMAN Allah: 
۞وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ٢٧ وَهُوَ ٱلَّذِي يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ٢٨ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ ٢٩ وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ ٣٠ الشورى. 
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.  
(28) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya). (29) Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu). (30)” (Surah As-Syura: 27-30) 
Tajuk kos sara hidup menjadi perbincangan hangat hari ini, khususnya apabila sangat membebankan kehidupan rakyat sehingga pendapatan tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup seharian. Kalaulah yang berpendapatan sederhana yang besar jumlahnya mengeluh, apatah lagi kalangan berpendapatan rendah yang sangat besar juga jumlahnya, penganggur dan golongan kurang upaya. Ia tidak mengira yang bergaji atau bekerja sendiri juga menghadapi bebanan yang sama. 
Lebih malang kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar. Semakin besar bandar yang dinaik taraf khususnya apabila disebut bandar raya, semakin berat bebanannya. Petani dan nelayan pula menghadapi peniaga dan penyangak yang juga membebankan kos sara hidup bagi mendapat keperluan yang bukan kerjanya. 
Tanpa mengira pelbagai sebab dan punca yang berlaku sehingga meningkatnya kadar inflasi yang melibatkan apa sahaja barangan, perkhidmatan, kejatuhan nilai mata wang, pengurusan, kuasa membeli dan lain-lain atau melibatkan kerajaan, kalangan rakyat dan penggiat ekonomi, semuanya wajib dilakukan muhasabah yang semestinya ditangani oleh semua pihak supaya melakukan islah dan perubahan. 
Banyak pihak telah mengulas dan melakukan analisis, serta mengemukakan pandangan yang lebih dipengaruhi oleh teori barat dalam aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang memisahkan semuanya daripada agama yang menegaskan kewajipan menghitung dosa dan pahala di sisi Allah dalam semua kegiatan manusia, seperti yang ditegaskan oleh ajaran Islam, bahawa semua urusan cara hidup ada kaitan dengan agama. 
Ayat-ayat Al-Quran yang disebut di atas menegaskan betapa kebijaksanaan Allah mentadbir manusia, bukan sekadar menurunkan hidayah-Nya yang dapat dibaca, bahkan manusia juga dikurniakan akal, pancaindera, ilmu dan kemampuan jasad serta rezeki yang cukup secara saksama dan adil. 
Sebenarnya manusialah melakukan kesalahan dalam urus tadbir kehidupan mereka, kerana menggunakan akal semata-mata tanpa moral yang luhur apabila meninggalkan hidayah Allah, khususnya sifat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan masyarakat, sifat tamak haloba mengejar keuntungan tanpa simpati terhadap pengguna, sifat bakhil terhadap orang lain, sanggup boros dan membazir dalam kalangan orang kaya kerana hidup bermewah-mewah tanpa peduli kesannya terhadap golongan miskin. 
Semuanya memberi kesan negatif kepada ekonomi berkeluarga dan bermasyarakat, khususnya apabila mengundang kos sara hidup yang tidak saksama dengan pendapatan.

Para ulama Islam yang tersohor seperti Ibnu Khaldun, Al-Syatibi dan lain-lain telah menghuraikan aspek tersebut, bukan sahaja untuk zamannya, bahkan meredah masa hadapan ke zaman kita, sehingga menangani masyarakat manusia seluruhnya dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi berlaku kesan yang negatif, apabila tanpa mengira perhitungan iman dan akhlak. Namun, Allah menangguhkan balasan akhirnya di Hari Akhirat dengan didahulukan fenomena hidup di dunia supaya sedar dan insaf. Allah berfirman: 
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم 
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum: 41) 
Para ulama telah membahagikan kehidupan manusia dengan pembahagian mengikut konsep Al-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat, Al-Tahsiniyyat dan Al-Tarafiyyat yang mencakupi aspek kehidupan manusia dan secara khusus juga sangat mempengaruhi aspek ekonomi dan cara kehidupannya dalam lapangan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Al-Dharuriyyat adalah perkara asas yang perlu dalam keperluan hidup seperti makanan asasi, pakaian dan rumah kediaman, iaitu sekadar dapat hidup walaupun tanpa kesenangan. Keperluan makanan sekadar mengisi perut untuk meneruskan kehidupan, pakaiannya pula sekadar menahan badan daripada udara dan cuaca yang menganggu kesihatan dan menjaga maruah dengan menutup aurat. Kediaman yang cukup bagi tempat menetap dan beristirehat untuk diri dan keluarga, walaupun tanpa punya kenderaan sendiri kerana sudah ada kemudahan pengangkutan kegunaan umum. 
Al-Hajiyyat adalah penambah baikan yang diperlukan bagi memberi keselesaan sekadar yang cukup, seperti keperluan perasa gula dan garam, manis dan pedas kepada makanan. Pakaian tambahan dan mengikut musim cuacanya, ada kemudahan bekalan air, elektrik dan ada kenderaan dan lain-lain sekadar yang dihajati. 
Al-Tahsiniyyat adalah penambah hiasan supaya lebih menarik dan menghiaskan dalam semua keperluan di atas, seperti memperbagaikan makanan, pakaian dan menghias rumah dan halamannya. 
Al-Tarafiyyat adalah kemewahan yang melampaui batas, seperti makanan dan pinggan mangkuk termahal yang diimport, kediaman istana dan mahligai yang besar dan lebih daripada satu, ada yang berpaip airkan emas, kenderaan paling mahal dan jumlah yang banyak melampau, sehinggalah mengimport pemain bola sepak dari luar negara dengan kos berjuta-juta dalam kegiatan sukan. Aspek ini kurang disebut kerana melibatkan segelintir golongan atasan yang berkuasa dan berpengaruh. 
Allah menunjukkan konsep kesederhanaan hidup dalam diri, keluarga dan negara dengan firman-Nya: 
وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا ٣٠ الإسراء 
“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil) dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (29) 
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (30)” Surah Al-Isra’: 29-30)

Apa yang menjadi masalah apabila manusia sendiri merungkai tertibnya, sehingga perkara Al-Hajiyyat dan Al-Tarafiyyat sudah diangkat menjadi Al-Dharuriyyat, menyebabkan golongan yang mengejar keuntungan yang besar banyak mengeluarkannya, dan mengurangkan pengeluaran Daruriyat sehingga terpaksa diimport dari luar negara, khususnya melibatkan makanan asasi. 
Di samping itu, sumber dalam negara sendiri pula di eksport ke luar negara dan tidak diurus dengan baik, kemudian mengimportnya semula dan dikebas dengan mengenakan cukai oleh kerajaan apabila menangani krisis kewangan, sehingga disalahlakukan oleh para peniaga kerana sifat tamak haloba. Daripada pihak yang pertama sehingga yang menjadi orang tengah memaksa penjual runcit menaikkan harga barang. 
Tanggungjawab memperbaiki sikap perangai manusia dan peranan politik yang mentadbir serta penggiat ekonomi sangat mempengaruhi pengeluaran dan pasaran.
Ibnu Khaldun pernah menyebut apabila pihak pemerintah dan kroni terlibat dalam banyak perniagaan akan merosakkan perjalanan ekonomi dan kehidupan rakyat, sehingga sekarang ada yang memiliki bot laut dalam dan pekerja asing yang mengacau nelayan miskin di pesisir pantai. 
Kerajaan boleh mengendalikan sumber Daruriyyat dalam perkara yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. 
الناس شركاء في ثلاثة: الماء والنار والكلأ 
“Manusia itu bersama dalam tiga keperluan asas: air, api dan rumput (padang ragut).”
Hadis ini disebut oleh para ulama Siyasah Syariyyah berkait dengan sebab, realiti dan situasi mengikut zaman. Zaman terkini sudah berubah kepada keperluan asas makanan, kediaman, pendidikan, kesihatan, perhubungan dan lain-lain. 
Ini menunjukkan bahawa teori penswastaan yang dipraktikkan oleh pemimpin sudah usang bagi meringankan bebanan kerajaan, apatah lagi dimonopoli oleh kroni politik yang boleh menjadi sebab yang mempengaruhi perkembangan negatif terhadap ekonomi seperti kadar inflasi yang meningkatkan harga barangan dan nilai matawang. Maka kerajaan sekarang perlu membuat kajian semula terhadap kesilapan yang lalu, kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan. 
Islam juga memasukkan aspek rohani dalam mengawal dan menangani kemampuan yang berbeza dalam masyarakat dengan mewujudkan masyarakat yang bertimbang rasa dan bertolong-menolong, berpandukan firman Allah: 
أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ وَلَوۡلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ لَّجَعَلۡنَا لِمَن يَكۡفُرُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ لِبُيُوتِهِمۡ سُقُفٗا مِّن فِضَّةٖ وَمَعَارِجَ عَلَيۡهَا يَظۡهَرُونَ ٣٣ وَلِبُيُوتِهِمۡ أَبۡوَٰبٗا وَسُرُرًا عَلَيۡهَا يَتَّكِ‍ُٔونَ ٣٤ وَزُخۡرُفٗاۚ وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٥ وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ ٣٦ الزخرف 
“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad S.A.W): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan Kami juga telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi daripada darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (32) Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), (33) Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga), (34) Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. (35). Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.dengan pendapatan). (36)” (Surah Az-Zukhruf: 32-36) 
Di antara perangai syaitan itu adalah membazir dalam penggunaan dan perbelanjaan yang boleh mempengaruhi pengeluaran yang tidak seimbang dengan pendapatan golongan sederhana dan rendah yang merupakan paling ramai jumlahnya dalam masyarakat. 
Rasulullah S.A.W. juga mengajar akhlak bersimpati dalam kalangan peniaga yang menjual dan pengguna yang membelinya: 
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى) صحيح البخاري(

“Allah mengurniakan rahmat kepada seorang yang bersikap mudah dan bertimbangrasa apabila menjual, membeli dan mengendalikan tuntutan” (Sahih Bukhari) 
Akhlak bertimbang rasa daripada semua pihak berkonsepkan persaudaraan kemanusiaan sangat penting kerana melahirkan simpati yang boleh mewujudkan kesimbangan yang adil di antara pendapatan, keperluan dan pengurusan. Seperti pendapatan, gaji dan upah yang mencukupi sara hidup dan kawalan terhadap kegiatan ekonomi seimbang seluruhnya. 
Pihak kerajaan hendaklah campur tangan apabila wujudnya masalah rakyat yang mengganggu kehidupan mereka mengikut nas hukum syariat atau Siyasah Syariayah atau Maqasid Syariah. 
Apabila berlakunya inflasi pada zaman Rasulullah S.A.W. dan ada permintaan supaya menghadkan harga barangan: 
غلا السعر على عهد النبي صلى الله عليه وسلم. فقالوا يا رسول الله! سعر لنا فقال (إن الله هو المسعرالقابض الباسط الرزاق، وإنى لارجو أن القى ربى وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم ولا مال). (روه الخمسة إلا النسائي وقال الترمذي هذا حديث حسن صحيح) 
“Telah berlaku kenaikan harga barangan pada zaman Rasulullah S.A.W, lalu mereka mengadu: Wahai Rasulullah! Tetapkan harga barangan. Sabda Rasulullah S.A.W: Allah yang menentukan rezeki, sama ada melimpah rezeki dan mengurangkannya. Dia Maha melimpah rezekinya. Aku mengharapkan bertemu Allah (di Akhirat nanti) tidak siapa yang menuntut terhadapku kerana menzalimi darah dan hartanya).” 
Para ulama menegaskan bahawa hadis ini tidak mahu menghadkan harga barangan kerana dalam keadaan masyarakat yang sangat berakhlak. Apabila berlakunya keadaan masyarakat yang tidak berakhlak, maka kerajaan sendiri hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana membetulkan keadaan berpandukan kaedah Siyasah Syariah berkonsepkan Maqasid Syariah dalam menentukan maslahah oleh kerajaan termasuk dalam perkara yang tidak dinaskan halal dan haramnya oleh Al-Quran dan Hadis: 
عن عثمانَ رضِيَ اللهُ عنه قال: إنَّ اللهَ يزعُ بالسلطانِ ما لا يزعُ بالقرآن 
“Sesungguhnya Allah mengizinkan tindakan oleh pihak yang berkuasa dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran” 
Juga berpandukan kaedah: 
تصرف الإمام منوط بالمصلحة 

“Tindakan imam terhadap rakyatnya harus dihubungkan dengan kemaslahatan.” 
Islam berbeza dengan teori Liberal Kapitalisma yang membebaskan kegiatan individu sehingga mengganggu kepentingan masyarakat umum. Islam juga berbeza dengan teori sosialisma dan Komunisma yang menganggu kebebasan individu, kononnya demi masyarakat umum. Islam berbeza dengan semua teori yang lahir daripada pragmatisma dan sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia. 
Islam tidak menghalang sesorang mengumpul kekayaan tetapi diwajibkan dengan cara yang halal dan bermoral luhur, namun diwajibkan juga menunaikan hak masyarakat dengan menunaikan zakat dan diwajibkan aktiviti-aktiviti lain yang mengambil harta, cara mengurus dan perbelanjaannya ada kaitan dengan akhlak serta perhitungan dosa dan pahala. 
Maka semua langkah yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar diharamkan. Bukan sahaja haram zat barangan, bahkan termasuk juga pengurusannya. Bukan sahaja diwajibkan reda meredai dalam muamalat urus niaga dan lain-lain, bahkan diharamkan juga monopoli yang menyusahkan masyarakat seperti juga diharamkan riba, menipu, rasuah dan semua perkara yang membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat umum. 
Imam Al Ghazali menegaskan: 
الدين أس والسلطان حارس وما أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع 
“Agama adalah asas dan pemerintah adalah pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya menjadi runtuh dan apa-apa yang tiada pengawasnya menjadi hilang atau terbiar.”
Ini menunjukkan bahawa menegakkan kebajikan dan mencegah kemungkaran bukan sahaja menjadi kewajipan individu, bahkan diwajibkan juga menegakkan kerajaan yang melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam semua kelakuan bermasyarakat termasuk gangguan kos sara hidup yang menjadi masalah bersama dan jangan hanya menjaga segelintir manusia demi kepentingan tertentu. Allah menegaskan dalam firman-Nya: 
كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر 
“Supaya harta (hasil negara) itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Hasyr: 7)

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Rabiul Awal 1439 / 12 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 12/12/2017
Sumber HD - 12-12-2017 
































































































PAS Dedah Agenda Lama Pakatan Pinggirkan Islam
Posted on Sunday, December 10 @ 08:35:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37237



PAS mendedahkan kenapa gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang diwujudkan pada 1 April 2008 bagi beri tentangan kepada Barisan Nasional (BN) berkubur selepas tujuh tahun wujud.

Walhal PR waktu itu dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang berhasrat merampas pemerintahan negara melalui pilihan raya umum 2008 dan 2013 tetapi gagal meraih sokongan majoriti rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR akhirnya berkubur pada tahun 2015 kerana parti dalam gabungan parti pembangkang itu hendak meminggirkan dan menggugurkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

"PR ditubuhkan dan akhirnya terkubur apabila hendak dipinggirkan cita-cita Islam dan wujudnya usaha mahu mengugurkannya kerana agenda politik mengatasi kepentingan Islam.

"PAS (ketika itu) juga menolak segala usaha meminggirkan kuasa umat Islam daripada persada politik Malaysia di atas konsep Malaysian Malaysia," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan media hari ini.

PR dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh mengurangkan sokongan bukan Islam.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) yang bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam baharu.

PH seterusnya berjaya memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai mereka untuk dipergunakan bagi menghasut orang Melayu supaya memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff pula pernah mendedahkan "Malaysian Malaysia" adalah kosep berakar umbi dalam parti sekular DAP sejak sekian lama.

Ia bermula daripada deklarasi oleh gabungan parti pembangkang dalam The Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965 sebelum republik pulau kecil itu berpisah daripada Malaysia.

Dalam Deklarasi MSC gabungan pembangkang di Singapura waktu itu tercatat kenyataan yang berbunyi "Malaysian Malaysia" sebuah negara dan negeri yang tidak dikenal pasti berdasarkan ketuanan dan kepentingan kaum tertentu.

Tegas Abdul Hadi, PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa terhadap pihak yang menerima Islam walaupun berbeza pendapat,m tetapi tidak akan bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan.

Justeru, katanya, PAS tetapi menyokong perkara yang bersifat kebajikan dan taqwa kepada Allah SWT walaupun ia dibawa pihak kerajaan dan perkara itu yang gagal difahami oleh mereka yang memisahkan politik daripada agama.

"PAS tetap mempertahankan ruang Islam yang masih dipelihara oleh Perlembagaan dengan tafsiran Islam sebagai agama persekutuan dan PAS menentang sesiapa sahaja yang mahu merungkaikannya," katanya.

Beliau turut membangkitkan kisah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dengan syarat menerima Islam sebagai Al-Din sehingga parti itu berjaya di Kelantan dan berusaha melaksanakan syariat.

"Bagaimanapun diberi amaran keras oleh Perdana Menteri di masa itu (Mahathir) sekiranya melaksanakan syariat Islam yang diusahakan dan akhirnya Parti Semangat 46 tiada lagi," katanya.
- Mynewshub.cc

Sumber TKO - 10-12-2017

PAS beristiqamah bersama Islam

PENUBUHAN Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah kesinambungan perjuangan menegakkan Islam yang memerintah, bukan Islam yang diperintah. Islam yang berkuasa, bukan Islam yang dipaksa. Inilah kesimpulan daripada persidangan para ulama dan pemikir Islam yang diadakan di Johor, selepasnya di Selangor dan berakhir dengan penubuhan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Seberang Perai pada tahun 1951. Dalam Undang-Undang Tubuh PAS menegaskan bahawa Islam adalah tertinggi. 
Seterusnya PAS meluaskan lapangannya ke medan politik negara sehingga hari ini dengan menghidupkan semula syariat Allah yang dilupakan dan menegaskan bahawa politik sebahagian daripada Islam. Walaupun tidak mudah PAS menghadapi kejahilan umat Islam yang tenggelam dalam pengaruh penjajah dan para ulama yang sangat lemah kedudukannya, dan para pemimpin yang dibentuk mengikut acuan penjajah. Rakyat pula tenggelam dalam kejahilan terhadap agama sendiri walaupun masih kasih dan setia kepada Islam tetapi memisahkan urusan duniawi daripada agamanya menyebabkan urusan kehidupan, tindak tanduk dan perilaku khususnya dalam aspek politik tidak dikaitkan dengan dosa dan pahala.
PAS adalah tali arus daripada gelombang kebangkitan Islam sebagai Al-Din yang tidak boleh dimatikan dengan kewafatan Rasulullah SAW. Cahaya Islam yang datang di rantau ini adalah yang sempurna, di Islamkan rakyat dan kerajaannya yang beramal dengan syariat, sehingga tidak boleh dipadamkan ilmunya dengan kejatuhan Melaka tahun 1511, diikuti dengan kedatangan penjajah berbagai bangsa daripada Eropah dengan semangat Perang Salib yang berusaha menghakiskan jati diri umat Islam, sehingga memberi gambaran yang buruk terhadap Islam.
Islam dibangkitkan semula dengan penubuhan kumpulan Islam yang silih berganti apabila penjajah mengharamkannya bertalu-talu. Kumpulan Islam di rantau ini melibatkan para ulama, raja-raja dan rakyat yang tidak berpisah. Perjalanannya menyumbangkan para syuhada dan siddiqin yang setia kepada Islam sehingga kini.
PAS menghidupkan semula hukum politik Islam yang dikuburkan oleh penjajah yang mahu mematikan kuasa Islam di seluruh dunia. Namun cahayanya gagal dimatikan, apabila ilmunya tetap hidup, serta ditubuhkan kumpulan Islam yang menghidupkan syariat politiknya di seluruh pelosok dunia Islam. 
PAS adalah mata rantai yang bersambung, walaupun khilafah (pemerintahan Islam) dijatuhkan oleh penjajah itu sejak hampir satu abad dan mereka berjaya memecahkan umat Islam dan tanah airnya yang dibahagi-bahagikan dalam kalangan mereka.
PAS tetap beristiqamah di atas dasar Islam dalam semua keadaan sama ada ketika pasang dan surut gelombang politik tanah air. PAS menegakkan Islam mengikut sekadar kemampuan kuasa yang ada apabila menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan tahun 1959-1978 dan 1990 sehinggqa kini dan Terengganu tahun 1959-1961 dan 1999-2004 dan memimpin Kerajaan Negeri Kedah tahun 2008-2013. PAS pernah menyertai kerajaan pusat tahun 1973-1978 dan pernah menjadi pembangkang yang paling sedikit kerusinya, namun terus membawa suara Islam di mana sahaja kerusinya di Parlimen dan DUN, termasuk dalam masyarakat yang tidak ada wakil rakyatnya. 
Kerjasama PAS dengan pihak lain tetap bersempadankan Islam. PAS terus tidak berganjak menegaskan Islam, yang tidak boleh ditinggalkan atau dipinggirkan oleh mana-mana pihak, walaupun dengan kuasa yang terhad di peringkat negeri dan bersabar bersama konsep negara federalisma yang dicabul. 
PAS menyertai Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (BN) dengan syarat yang tegas supaya tidak diganggu dasar Islam dan perjuangannya, serta diberikan peluang untuk berdakwah dan menerapkan Islam dalam jentera dan institusi kerajaan. Akhirnya PAS dikeluarkan daripada BN pada tahun 1979 apabila kumpulan sekular kuat menguasai Umno dan BN selepas ketiadaan Almarhum Tun Abdul Razak, menyebabkan disingkir beberapa pemimpin yang bersemangat agama di dalam Umno di Semenanjung seperti Tan Sri Jaafar Albar, Datuk Harun Idris dan disingkir pemimpin BN di Malaysia Timur seperti Tun Abdul Rahman Yaakub dan Tun Datu Mustafa serta diikuti PAS ditendang keluar. 
Selepasnya pula PAS menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dengan syarat menerima Islam sebagai Al-Din, sehingga berjaya di Kelantan dan berusaha melaksanakan syariat, lalu diberi amaran keras oleh Perdana Menteri di masa itu sekiranya melaksanakan syariat Islam yang diusahakan dan akhirnya Parti Semangat 46 tiada lagi. 
Kemudiannya PAS menyertai Barisan Alternatif (BA) dalam titik persamaan menentang penyelewengan dan salah laku tanpa gangguan terhadap Islam yang menjadi pegangan PAS, namun tetap tegas walaupun DAP keluar daripada BA kerana anti Islamnya. Seterusnya Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan dan akhirnya terkubur apabila hendak dipinggirkan cita-cita Islam dan wujudnya usaha mahu menggugurkannya kerana agenda politik mengatasi kepentingan Islam. 
PAS juga menolak segala usaha meminggirkan kuasa umat Islam daripada persada politik Malaysia di atas konsep Malaysian Malaysia, namun PAS tetap menerima hakikat masyarakat majmuk di Malaysia. PAS dengan tegas mendukung konsep Islam itu adil terhadap semua tanpa mengira perbezaan agama dan kaum yang berpandukan Al-Quran.
Firman Allah: 
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa’: 58-59) 
Inilah ayat-ayat yang mendukung konsep kuasa politik sebagai satu amanah terbesar dan mendukung negara adil terhadap semua bertonggakkan kepimpinan Islam Ulil Amri (kepimpinan ulama dan umara) serta tegak di atas aqidah dan rukun-rukun iman yang paling asas iaitu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. 
Inilah simpulan kukuh yang menjadi pegangan PAS, dipegang oleh pemimpin dan ahli yang setia dan diikat dengan baiah. Adapun yang tidak setia pasti dikeluarkan atau melompat keluar walaupun tiada siapa yang tahu keikhlasannya, namun Allah tetap melakukan penapisannya bagi menyelamatkan perjuangan Islam. Firman Allah: 
مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَ‍َٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٧٩ آل عمران 
“Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari kalangan RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar).” (Surah Ali-Imran: 179)
PAS melaksanakan usaha politiknya dengan kajian sendiri, mengerahkan tenaga, harta, jiwa raga dan pemikirannya bagi mendapatkan kemenangan dengan keyakinan kepada janji-janji Allah yang memberi kemenangan apabila memenuhi syarat-syaratnya dan boleh mengisi kemenangan dengan beristiqamah, bukan sekadar kemenangan sahaja. Mereka yang tidak yakin kepada kemenangan seperti ini pasti ditinggalkan oleh PAS atau meninggalkan perjuangannya.
PAS menghayati firman Allah: 
لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ ٤٢  التوبة
“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah atau baiah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” (Surah At-Taubah: 42)
Firman Allah: 
مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤ البقرة

“Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat).” (Surah Al-Baqarah: 214)
Firman Allah: 
هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢ الأحزاب 
“Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11) Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja. (12)” (Surah Al-Ahzab: 11-12) 
PAS tetap sabar menunggu dan melihat sesiapa sahaja dan bila-bila masa terhadap semua pihak yang boleh menerima Islam yang menjadi perjuangan PAS dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang boleh berbeza pendapat tetapi tidak berpecah, memilih konsep mesra dan damai serta bertaawun dalam perkara kebajikan dan taqwa dan tidak bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan, berpandukan Firman Allah: 
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة 
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah Al-Maidah: 2) 
Di atas konsep inilah, PAS menyokong walaupun dibawa oleh kerajaan apabila bersifat kebajikan dan taqwa. PAS menentang apabila adanya kemungkaran dan PAS berkecuali apabila bercampur di dalamnya tanpa dipisahkan. Inilah BPMS yang tidak boleh difahami oleh kalangan yang memisahkan politik daripada agama. 
PAS tetap berpandukan politik Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang beramal dengan Al-Quran apabila mengiktiraf kebaikan dan kebajikan daripada semua pihak termasuk daripada kalangan musuh yang paling jahiliah, begitulah juga menentang kemungkarannya walaupun daripada diri sendiri. 
PAS tetap mempertahankan ruang Islam yang masih dipelihara oleh Perlembagaan dengan tafsiran Islam sebagai agama persekutuan dan PAS menentang sesiapa sahaja yang mahu merungkaikannya dan menafsirkannya dalam lingkungan kefahaman warisan penjajah kerana kita sudah merdeka, tidak kira sama ada dalam kalangan Melayu yang sempit atau bukan Melayu. PAS adalah parti Islam yang berasaskan aqidah, bukannya semata-mata ideologi sekularisme, protesme dan oportunisme. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rabiul Awal 1439 / 9 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 9/12/2017
Sumber  HD-9-12-2017 



































































































Pengiktirafan Trump terhadap Al-Quds sebagai ibu negara Israel (Siri 2)

PENGUMUMAN Donald Trump terhadap Al-Quds sebagai ibu negara Israel merupakan suatu ujian ke atas orang-orang beriman. Namun sebaliknya, ia adalah ujian dan badai hebat bagi mereka yang lemah imannya, bahkan mereka akan tunduk menyerah. 
Sebelum ini, mereka mengamalkan politik neutral terhadap negara rejim tersebut, malahan ada yang mengikut jejak langkah rejim sedikit demi sedikit. Tindakan itu diibaratkan jika rejim memasuki lubang biawak dhab, mereka juga akan turut sama memasukinya. Hakikatnya, kita sendiri menyedari siapakah yang rela mengikut telunjuk negara haram itu. 
Kini sudah tiba masanya menghentikan tangan-tangan mereka yang tidak berperikemanusiaan, menzalimi anak-anak, para wanita dan fakir miskin di khemah-khemah daif. Mereka adalah golongan yang terpaksa berhadapan dengan rejim Zionis dan sekutunya. Bahkan kita melihat orang-orang yang mendiami istana-istana megah serta menara-menara pencakar langit tidak mampu menjadi pemimpin kepada ummah ini. 
Justeru, mereka membawa ummah menuju azab dunia, seterusnya menuju azab neraka di akhirat nanti. Pada waktu itu, tiada gunanya penyesalan orang-orang yang berkata: 
"Wahai Tuhan kami, kami mentaati pemimpin kami lantas mereka menyesatkan kami."
Telah tiba masanya untuk merobohkan tembok 'keamanan' yang dicanang-canangkan, nama yang dipergunakan untuk menundukkan dunia terhadap kezaliman antarabangsa sehingga meletakkan keturunan rejim Zionis di negara haram Israel. Tetapi kita hidup dalam kalangan pemimpin Zionis jadian yang menzahirkan kebencian mereka terhadap perjuangan kononnya atas nama mempertahankan Islam. Bahkan seluruh mazhab dalam agama Islam berlepas diri dari mereka. 
Mereka juga kononnya mahu menentang terorisme (keganasan) tetapi merekalah yang mencipta terorisme dan memberi bantuan kepada golongan pengganas dengan pelbagai senjata dan sokongan. 
Pengiktirafan ini hakikatnya pukulan hebat yang mampu mengejutkan mereka yang tenggelam dalam tidur lena, sekalipun dalam diri mereka hanya mempunyai iman sebesar zarah yang menyebabkan mereka berdiam diri. Itulah perang dalam diri umat Islam meletus sebelum perang bersenjata yang akan menzahirkan siapakah penyokong-penyokong musuh ini. 
Begitu juga, akan zahirlah sekolompok manusia yang berjuang demi kebenaran. Mereka tidak dikalahkan musuh dan pengkhianat sehingga Hari Kiamat. Mereka inilah penjaga-penjaga Baitul Maqdis dan disekitarnya. Bersama-sama mereka adalah saudara yang berganding bahu ibarat jasad yang satu dari Timur mahupun Barat, Utara dan juga Selatan. 
Orang-orang zalim akan mengetahui bahawa barisan hadapan kita bermula di Baitul Maqdis dan akan berakhir di Jakarta, Kuala Lumpur, Algeria dan Casablanca. Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Rabiul Awal 1439 / 8 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 8/12/2017
Sumber HD- 8-12-2017 






































































































PAS kecam Trump isytihar Baitul Maqdis ibu negara Israel

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang disifatkan mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds. 
Keberanian Trumph disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat. Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis. 
Sejarah tamadun dunia telah membenarkan hanya Islam sahaja yang berjaya mewujudkan keadilan kepada masyarakat majmuk dengan membenarkan penganut Kristian dan Yahudi untuk beribadat dengan bebas dan aman. Tiada harapan keamanan daripada Amerika dan Zionis yang bergelar ketua pengganas dunia dan pembunuh utama nyawa umat Islam. 
PAS mengajak kepada semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump ini.
Melalui kerajaan Malaysia, PAS mengharapkan Perdana Menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia. Baitul Maqdis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil. 
Justeru itu, PAS mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitul Maqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada 8 Disember 2017 serta menjemput NGO-NGO dan mahasiswa untuk turut hadir bersama. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Rabiul Awal 1439 / 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017


















Sumber HD - 7-12-2017 

RUU355 bukan masalah PAS lagi, Bola sekarang di kaki UMNO
Posted on Thursday, December 07 @ 08:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37197


PAS menganggap nasib rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 yang belum dibahaskan di parlimen sebagai bukan tanggungjawab pihaknya lagi.


Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan speaker Dewan Rakyat.

Mengibaratkan seperti bermain bola sepak menurut beliau, PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.

"Banyak orang pertikai, kata PAS kena tipu. Sebenarnya kita dah tendang bola ke kaki Umno, sepatutnya Umno kena tendang masuk gol.

"Jadi bukan masalah PAS lagi, sebab kita dah pass the ball," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini RUU355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usul persendirian.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.
Pada 17 Oktober lalu, PAS mendesak perbahasan RUU355 diberi ruang pada sidang parlimen kali ini, namun tidak mendapat perhatian speaker.

Terdahulu, RUU355 dilaporkan sudah berada dalam senarai ketujuh aturan mesyuarat, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga aturan keenam sahaja.

Tambah Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, tanggungjawab PAS untuk bawa RUU355 ke parlimen sudah selesai, selepas ia dibentangkan.

"Kita sudah bentang. Kalau main bola kita sudah pass (hantar) ke kaki Umno, sepatutnya Umno yang jaring gol," ujarnya.

Sumber TKO - 7-12-2017

Jumlah anggota meningkat bukti PAS tidak terpinggir
Posted on Tuesday, December 05 @ 23:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37175


Anggota PAS diingatkan berkenaan jumlah anggotanya pada tahun ini yang mencecah 41,813 - jumlah tertinggi dalam tempoh lima - merupakan bukti PAS tidak melarat malah semakin ke hadapan.


Naib presidennya, Idris Ahmad dalam mengingatkan perkara itu menyeru agar anggota PAS tidak peduli persepsi orang dan terus bekerja.

“Teruskan buat kerja, usah peduli apa fitnah dan persepsi orang yang benci pada perjuangan PAS. Emas yang tulen lagi dibakar dengan api yang kuat semakin terserlah ketulenannya,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Idris turut meningingatkan bahawa kekuatan PAS tidak terletak pada pemimpin tapi pada dasar yang diperjuangkan.

“PAS sentiasa evergreen. Pemimpin boleh datang dan pergi. Kekuatan PAS bukan kepada pemimpinnya, tetapi kepada dasar Islam yang diperjuangkan.

“Anggota PAS tidak ada apa-apa kepentingan, kalau ada yang khianat kepada perjuangan PAS, sedikit pun tidak melunturkan semangat anggota,” katanya yang dipercayai merujuk kepada pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang keluar PAS selepas Pakatan Rakyat berkubur pada 2015.
Jumlah anggota PAS pada 2015 sebanyak 41,431 yang kemudian menurun kepada 23,559 pada 2016 sebelum meningkat semula tahun ini.

Menurut Idris lagi, anggota PAS menyertai parti untuk memperjuangkan Islam dan mereka akan kekal dalam parti selagi PAS tidak meninggalkan agenda itu.

“Mereka (anggota PAS) tidak kisah kalau ada dalam kalangan pimpinan PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan pencen yang diterima. Mereka tidak pernah serik dan menyesal terhadap apa yang berlaku.

“Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah dan melarat malahan terus memacu ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata jumlah keanggotaan PAS yang meningkat membuktikan tohmahan PAS ditolak rakyat adalah tidak benar.

"Ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar.

"Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. InsyaAllah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan," katanya.

Sumber TKO - 5-12-2017


Presiden PAS Menyambut kunjungan ziarah Nuran Babadostu, Pengerusi Islamic Federation di Vienna, Austria (IFW)
Posted on Tuesday, December 05 @ 09:11:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37158



Dato’ Seri Tuan Guru Presiden menerima kunjungan ziarah Nuran Babadostu, Pengerusi Islamic Federation di Vienna, Austria (IFW) di Kuala Lumpur hari ini, bagi membincangkan misi kemanusiaan umat Islam. Turut hadir Ust Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS), Sdr. Abdul Malik Ab Razak (SU Akhbar Presiden PAS) dan Hj Zakaria (Muslim Care).




Sumber TKO - 5-12-2017


Laksana operasi cegah maksiat di PAU - Wan Asshima
Posted on Monday, December 04 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37150


Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.


Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.

"Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU," lapor Harakahdaily.

'Pasangan isteri dan suami orang'

Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.

"Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.

"Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik," Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.

"Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.

"Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur," tegasnya lapor Harakahdaily.

Dakwaan tawaran projek RM1.5bilion

Akhbar Sinar Harian pada 3 November 2017 pernah melaporkan berkenaan Wan Asshima masuk parti PAS.

Meskipun menerima tawaran projek Tanjung Agas bernilai RM1.5 bilion namun beliau tetap meninggalkan Umno, dakwa beliau dalam laporan itu.

"Saya jenis manusia yang kalau benda itu membabitkan rasuah, integriti dan sebagainya saya tak nak akan 'involved' dengan satu benda itu.

"Jadi saya tinggalkan projek tersebut, saya tinggalkan jawatan tersebut," katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata memilih Pas kerana sudah tertarik dengan parti itu sejak isu RUU355 diketengahkan lebih dua tahun lalu, lapor akhbar itu lagi.

Sumber TKO - 4-12-2017









































































































PRU 14: Jangan percaya kenyataan Zahid

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun hadapan. 
Bidasnya, individu yang lebih layak mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 adalah perdana menteri dan bukannya timbalan perdana menteri. 
"Saya rasa yang akan umumkan pilihan raya adalah perdana menteri bukan timbalan perdana menteri. Perdana menteri yang akan umumkan," tegasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/11/2017 
Laporan penuh menyusul dalam harakah cetak bilangan 2304
Sumber HD - 4-12-2017











































































































Gelaran Kumpulan Suci

INILAH bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti PAS, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya. Mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihan raya. 
Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh PAS (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulamak sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak. 
Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar PAS dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada PAS dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya.
Mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya, kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan. BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka.

Sebenarnya PAS hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini. Daripada gerakan BERSIH pada namanya dan PAS berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama. 
Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka. Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, Insya Allah.

Apabila mereka merasakan PAS menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan PAS menjadi kapak atau tukulnya, maka PAS tetap menjadi sasaran serangannya melalui lisan dan tulisan, khususnya media sosial di langit terbuka tanpa sempadan yang mudah dipergunakan dan ramai tentera upahannya, walaupun PAS bukan parti kerajaan pusat dan kata mereka PAS sudah lemah, namun dihentam juga habis-habisan.

Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak RM90 juta, yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS yang terus mara, Insya Allah. Kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian, tanpa mereka sedari betapa mereka buta Al-Quran yang lebih bahaya daripada buta huruf.

Bahasa Al-Quran menamakan perkataan kumpulan suci terhadap para Anbiya A.S.W. dan pengikutnya yang berbaiah dengan setia. Allah mengisahkan Nabi Lut A.S. dan pengikutnya yang menentang jahiliah aqidah dan keruntuhan akhlak melalui Firman-Nya:

وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٨٢ الأعراف 
“Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” (Surah Al-Aaraf: 82)
Firman Allah: 
۞فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوٓاْ ءَالَ لُوطٖ مِّن قَرۡيَتِكُمۡۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٞ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦ النمل 
“Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.” (Surah An-Naml: 56) 
Kami sangat gembira apabila mereka mengambil perkataan yang dipakai oleh kaum Lut yang terkenal dengan jenis keruntuhan akhlak, sama ada sengaja atau tidak yang terserah kepada Allah. 
Kalangan yang memahami Islam yang sebenar tidak meletakkan diri mereka suci, kerana mengetahui bahawa makhluk yang suci ialah para malaikat, para Rasul dan Anbiya A.S. 
Adapun yang lain termasuk para sahabat R.A, para ulama, para wali dan orang-orang yang beriman tidak boleh melepaskan diri daripada ujian maksiat dan dosa, lalu mereka sentiasa bermuhasabah, membetulkan aqidah, memperbaiki amalan mengikut syariat dan akhlak yang mulia. Mereka sentiasa melakukan muhasabah diri, bertaubat, mengikuti setiap dosa dengan istighfar dan menambahkan amal yang soleh dengan sentiasa beristiqamah. Bagi menguatkan istiqamah, diadakan bai’ah. 
Apabila seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah R.A bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan dengan Islam yang terang dan nyata sehingga tidak keliru dan tidak bertanya lagi orang lain, khususnya setelah ketiadaan Rasulullah S.A.W, maka Baginda bersabda: 
قل آمنت بالله ثم استقم

“Katakanlah aku beriman kepada Allah dan terus beristiqamah” (Hadis Sahih)
Terus bersama Islam, dengan beramal apa yang boleh diamalkan dan bercita-cita serta berjuang dengan apa yang tidak boleh diamalkan. Islam yang diambil secara yang sebenar daripada guru yang mursyid, walaupun menghadapi berbagai cabaran dan memakan masa yang panjang dan tidak diketahui penghujungnya.

Percayakan kepada janji Allah di dunia dan di akhirat. Kepercayaan kepada Allah ini tidak cukup dengan pengajian, usrah dan kata-kata, bahkan diikat lagi dengan bai’ah di hadapan Allah, bukannya di hadapan manusia yang menjadi pemimpin, berpandukan firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠  الفتح
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi baiah (pengakuan taat setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W. untuk berjuang menegakkan Islam), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).” (Surah Al-Fath: 10) 
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’ah (janji setianya), maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dibaiah (dijanjikannya) kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. 
Mereka yang berbaiah di hadapan Nabi Muhammad S.A.W ada yang mengerjakan maksiat dan dosa, bukannya suci. Lalu mereka bertaubat dan fadilat berbaiah itu diharapkan menghilangkan dosa dengan meneruskan amal yang soleh dan perjuangan. Menyerah kepada Allah dengan harapan disucikan mereka daripada dosa yang menjadi kepunyaan Allah. Ada yang menyelewang menganggap bai’ah hanya cakap manusia yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, maka hiduplah mereka dengan akibat di dunia sebelum menerima akibat di akhirat. 
Amalan bai’ah dilakukan oleh para sahabat, tabi’en dan generasi yang menyambung perjuangan Islam yang bertali arus sehingga kini. Mereka yang berbaiah itu sangat takut di hadapan Allah, hanya dibatalkan baiah apabila ternyata pemimpinnya menentang hukum Allah yang nyata nasnya daripada Allah dan Rasul, bukan kerana berlainan pendapat dan pendekatannya sahaja kerana konsep ketaatan kepada berjamaah adalah wajib dengan syarat-syaratnya. 
Mereka bersama Islam di sepanjang zaman tidaklah menganggap diri mereka suci murni daripada dosa dan maksiat kerana Allah berfirman: 
فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ٣٢ النجم 
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Najm: 32) 
Mungkin mereka itu terpengaruh dengan konsep para sami yang menentukan kesucian kepada manusia. Konsep yang asing daripada Islam.

Kumpulan Islam itu mengikat diri dengan baiah, apabila mereka merasa tidak cukup dengan sekadar bergantung kepada pengetahuan untuk meningkatkan ilmu dan mentarbiyah diri, setia kepada jamaahnya dan bertawadu’ mengadap Allah bagi mencari keredaannya sahaja, tanpa mengikat diri dengan baiah. Bukan tujuan bai’ah untuk mencari keredaan manusia termasuk menipu, jauh sekali mencari keredaan sesiapa sahaja termasuk yang tidak beriman dan bertujuan semata-mata meramaikan pengikut dan memancing undi kerana mahu menang pilihan raya sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W. 
من التمس رضا الله بسخط الناس رضي الله عنه وأرضاه الناس ومن التمس رضا الناس بسخط الله سخط الله عليه وأسخط عنه الناس 
“Sesiapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarahi manusia tetap mendapat reda Allah dan Allah jadikan manusia meredainya dan barangsiapa yang mencari keredaan manusia dengan menempah murka Allah, nescaya dimurkai Allah dan Allah jadikan manusia memarahinya pada akhirnya” (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Hibban) 
PAS tidak peduli sama ada menang atau kalah pilihan raya, walaupun hatinya sangat mahukan melihat kemenangan di dunia sebelum kemenangan di akhirat. Namun keyakinannya tetap kepada kemenangan adalah kurniaan Allah apabila memenuhi syarat mencapai keredaan dan hidayah-Nya kepada manusia yang meredai perjuangan Islam ini. 
Maka PAS mencari sesiapa yang menerima Islam dan menganutnya atau yang menerima pemerintahan Islam tanpa menganutnya, dengan cara terbuka bukannya bersembunyi tanpa kenyataan yang didegar dan dilihat. 
Kita mengharapkan kelebihan yang diberi kepada Nabi Lut A.S dan pengikutnya yang diperlikan dengan jenama kaum yang mendakwa dirinya suci. Maka alangkah gembiranya ahli PAS yang membaca cerita perjuangan Nabi Lut A.S bersama kaumnya yang beriman yang diberi nama oleh musuhnya dengan kaum yang menganggap diri mereka suci murni.

Golongan Al-Sabiqun yang awal menyertai PAS lebih yakin, apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar baiah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin, telah menerima akibat di dunia. Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Rabiul Awal 1439 / 2 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 2/12/2017
Sumber HD - 2-12-2017










































































































Perutusan Presiden PAS sempena Maulidur Rasul 1439

PERJALANAN hidup Nabi Muhammad S.A.W adalah qudwah dan contoh untuk umat Islam terutamanya pendekatan dakwah dan politik yang pernah diambil oleh Baginda S.A.W sama ada semasa Islam berada di dalam keadaan lemah atau berada di dalam keadaan kuat. Sirah Baginda bukanlah sekadar mengetahui peristiwa atau sejarah, bahkan tujuan sebenarnya ialah untuk memahami tasawwur Islam yang hakiki. 
Salah satu anggapan yang tidak betul apabila ada pihak yang mengatakan bahawa Islam dan gerakannya masa kini tidak mampu menghadapi golongan mustakbirin di dalam dan luar negara, kerana bilangan dan kekuatan musuh mengatasi mereka berlipat kali ganda. Apa yang kita hadapi sekarang itulah juga yang pernah dihadapi oleh Nabi S.A.W dan para sahabat. Kalau hari ini rangkaian musuh Islam diperingkat nasional, maka pakatan dan strategi yang sama telah mereka lakukan ke atas negara Islam pertama di Madinah pada zaman Nabi S.A.W.Rahsia kejayaan Rasulullah S.A.W dan zaman keemasan Islam adalah keteguhan berpegang pada dasar dan prinsip Islam. Ketika Rasulullah S.A.W didatangi Abu Talib yang membawa hasrat pembesar Makkah dengan ditawarkan kemewahan harta dan takhta bersyaratkan mengekalkan dasar dan sistem jahiliah, lantas Baginda S.A.W dengan tegas menyatakan: 
يا عم، والله لو وضعوا الشمسَ في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يُظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته. السيرة النبوية لابن هشام (1/ 372) 
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati sebelumnya (ketika masih dalam perjuangan), nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini.” (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam: 372/1) 
PAS ditubuhkan sebagai mata rantai perjuangan Islam telah meletakkan rujukan tertinggi dalam perjuangannya berpandukan Al-Quran, Sunnah Nabawi beserta Ijma’ dan Qias. Maka PAS membentuk Majlis Syura Ulamak untuk menjaga perjalanannya supaya berada benar-benar di atas landasan Islam dalam ijtihad politiknya. 
Inilah sumber kekuatan PAS untuk terus kekal relevan menghadapi onak duri dan lautan gelora yang masih kekal berada di pentas politik sejak penubuhannya sebelum merdeka di saat parti sezaman dengannya sudah hilang ditelan arus zaman. PAS tidak akan ditipu atau tertipu dengan pihak lawan yang cuba mengubah hala tuju perjuangannya selagi terus beristiqamah dengan Islam. 
Bersempena Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini, kita bukan sekadar menghayatinya seperti cerita-cerita yang disebut atau dinyanyikan pada hari jadi atau memuja umur atau pertabalan atau kewafatan dengan laungan semata-mata atau membentangkan slogan-slogan yang ditulis pada sepanduk-sepanduk, bahkan kita menghayati dan mengambil seluruh kehidupan Baginda S.A.W dalam semua urusan aqidah, syariat dan akhlak, berpandukan firman Allah S.W.T: 
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ [الحشر/7] 
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya, maka patuhilah larangan-Nya, sesungguhna Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)” (Surah al-Hasyr: 7) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Rabiul Awal 1439 / 1 Disember 2017
Sumber HD - 1-12-2017 










































































































Catatan Parlimen: Apabila yang keliru kian celaru

PARLIMEN bakal melabuhkan tirainya pada Khamis, 30 November 2017. Banyak pihak menjangkakan sidang ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14. 
Mandat PRU 13 yang digalas oleh kesemua 222 orang Ahli Parlimen akan tamat setelah hampir 5 tahun amanah diberikan oleh rakyat. 
Namun, ada juga Ahli Parlimen yang mengalami masalah kekeliruan identiti perjuangan sehingga menyebabkan mereka melompat keluar dari parti yang mereka wakili ketika menang dalam PRU 13 dulu. 
Sebelum bertanding, mereka melafazkan Baiah (Sumpah) berjanji setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan. 
Namun, apakan daya apabila sudah menang, bergelar YB, menikmati elaun puluhan ribu ringgit, sudah terlupa pula asal usul diri sendiri sambil mendabik dada seolah mereka menang atas kapasiti peribadi. Mereka sewenangnya menghina dan mengkeji parti yang menaikkan nama mereka menjadi calon untuk bertanding dulu. 
Adakah ini sifat seorang yang beramanah dan berintegriti? 
Apa yang lebih menyedihkan, mereka yang melompat parti ini bukan sahaja sudah lupa asal usul diri tetapi kian tersasar dari landasan perjuangan. Jikalau dahulu, merekalah jaguh berpidato dan wira mempertahankan hak umat Islam, kini apa sudah jadi.? 
Prinsip, dasar, dan jati diri perjuangan Islam sudah dileburkan hanya semata demi merebut kuasa ke mercu Putrajaya bersama Pakatan Harapan. 
Mereka mengeluarkan 1001 alasan dan dalih bagi menafikan hak ummat Islam untuk beramal dengan agama Islam. 
Ironinya, mereka boleh pula menjadi hero untuk mempertahankan golongan atheist, Muslim Liberal dan Kristian Evangelis. 
Pada minggu pertama sidang terakhir ini, DAP tidak perlu bersusah payah bersuara mengenai isu Pesta Arak kerana sudah ada jurubicara mereka yang menjalankan tugas tersebut iaitu para YB PAN. Gelagat YB Sepang dan Shah Alam yang bersungguh mempertahankan penganjuran Pesta Arak tidaklah terhenti di situ. 
Pada Khamis minggu lepas, ketika sesi soal jawab lisan Dewan kecoh apabila YB PAN Shah Alam menyatakan antara punca berlakunya masalah fahaman Atheist ini adalah kerana kesilapan Kerajaan lalu dikaitkan dengan hal 1 MDB. 
Pada asalnya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB PAN Kota Raja, "sejauh mana gejala ateis berkembang dalam negara ini dan langkah menyeluruh kerajaan bagi menyekat perkembangan kumpulan seperti ‘Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur’?" 
Datuk Dr. Asyraf Wajdi menjawab dengan menyatakan kerajaan menyedari dan berpandangan bahawa ideologi ini bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan perlu disekat daripada menyerang akidah umat Islam. 
Ideologi ini amat berbahaya dan bercanggah dengan Artikel 11 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa kebebasan agama itu bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama (freedom of religion is not freedom from religion). 
Jawapan Timbalan Menteri JPM ini disanggah pula oleh YB PAN Sepang yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk "A Muslim’s Defence of Atheists". 
Bukan itu sahaja, ketika perbahasan Bajet Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YB PAN Sepang dan Shah Alam berganding sekali lagi membela hak golongan atheist ini. 
Atas nama kebebasan hak asasi manusia, mereka mendakwa golongan Atheist ini dilindungi oleh Perlembagaan. 
Pemikiran yang terlalu mengagungkan kebebasan hak asasi manusia ini amatlah berbahaya kerana tidaklah mustahil suatu hari nanti kelompok LGBT pula menuntut hak mereka. Atas nama toleransi dan slogan 'Islam Rahmatan Lil Alamin' yang sering dicanang oleh mereka, adakah kita ummat Islam boleh percaya seperti fahaman pluralisme iaitu semua agama sama sahaja, tidak ada Ad Din yang benar-benar tulen di sisi Tuhan? 
YB PAN Sepang berpandangan Artikel 11 (1) mengenai Kebebasan Beragama itu turut menjamin hak golongan Atheist. 
Persoalan mudah yang patut ditanya kembali; 
a) Adakah pemikiran golongan Atheist yang tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan ini diiktiraf sebuah agama? 
b) Masalah yang berlaku sekarang, fahaman Atheist ini sedang disebar dan menular dalam kalangan remaja Melayu-Islam. 
Bukankah perbuatan cubaan memurtadkan orang Islam adalah salah di sisi undang-undang? 
Mungkin YB PAN Sepang terlupa Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut; 
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 
Semalam, ketika perbahasan Bajet Kementerian Dalam Negeri, YB PAN Parit Buntar pula bangkit membela DAP yang dikaitkan dengan tuduhan menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian dan gerakan evangelism. 
Punyalah ramai Ahli Parlimen DAP, tidak ada seorangkah daripada kalangan mereka sendiri mampu bangkit berbahas untuk menafikan tuduhan tersebut? 
Mereka hanya menjadi tukang sorak dan tukang sampuk di belakang ketika YB PAN ini gigih membela DAP yang dituduh. 
YB PAN Parit Buntar juga bersungguh membela tokoh Muslim Liberal, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa yang merupakan Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF). 
Pertubuhan inilah yang sering mengimport tokoh Muslim Liberal antarabangsa datang ke Malaysia seperti Mustafa Akyol dari Turki. 
Adakah mereka mahu ummat Islam di Malaysia mengikut acuan Islam seperti di Turki dan Tunisia? 
Adakah sama realiti dan konteks suasana Islam di sana hingga mahu dibawa ke sini? 
Mereka yang keliru ini sedang kian celaru. Mereka mahukan Islam tanpa Syariat. 
Mereka mahu menyembunyikan identiti Islam kerana ia dilihat menjadi penghalang kepada kemenangan Putrajaya. Atas sebab itu, mereka sering menjaja nama Maqasid Syariah yang dijadikan alasan dan dalih untuk tidak melaksanakan syariat. 
Semoga mereka yang sedang keliru lagi celaru ini tidak lagi dipilih oleh rakyat pada PRU 14 nanti kerana tidak ada jaminan mereka tidak akan melompat ke sana sini lagi. - HARAKAHDAILY 30/11/2017 
Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Sumber HD - 30-11-2017 














































































































PAS telah lama perjuang pramugari tutup aurat

ISU pemakaian tudung oleh pramugari yang beragama Islam sudah lama dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dalam persidangan Dewan Rakyat,  kata Ahli parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah  Mohd Yusuf. 
Katanya, PAS berbuat demikian supaya kerajaan mengubah polisinya bagi membolehkan anak kapal yang bergama Islam melaksanakan tugasnya dalam Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) atau syarikat lain seperti Air Asia, Malindo Air dan Firefly. 
"Kita sarankan kepada kerajaan supaya melaksanakan polisi menutup aurat bukan sahaja diwajib kepada syarikat penerbangan awam tetapi kepada sektor  swasta supaya pakaian seragam mereka menutup aurat sebagaimana disyariatkan oleh Islam," kata semasa menghubungi Harakah, hari ini. 
Katanya, ia selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.
Oleh itu, beliau berharap sebarang halangan termasuk akta dan sebagainya perlu dipinda. 
Beliau berkata, ia tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan  perintah Allah SWT seperti mana disebut dalam al-Quran supaya dipraktikkan dalam negara ini.
"Kita merdeka lebih daripada 60 tahun maka tidak ada alasan untuk berdolak-dalik dalam isu ini. 
"Sebelum ini pun ada syarikat penerbangan yang membolehkan juruterbang memakai pakaian yang menutup aurat. 
"Jadi tidak salah petugas atau pramugari di semua syarikat penerbangan negara ini melaksanakan pamakaian tudung dalam kapal terbang," katanya lagi. 
Begitu juga katanya, sebelum ini pramugari MAS menutup aurat  semasa membawa jemaah haji ke tanah suci. 
Tegasnya, kerajaan wajar meminda mana-mana akta yang menjadi halangan bagi mengarahkan sektor awam atau swasta bagi membolehkan kakitangan mereka  menutup aurat khususnya yang beragama Islam. 
Dalam persidangan rakyat, 22 November lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pramugari muslim yang bekerja dengan MAS perlu dibenarkan memakai tudung. – HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber HD- 28-11-2017 

















































































































Sirah Nabawiyyah dan berpolitik

BERSEMPENA dengan memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W pada bulan Rabiul Awal ini, umat Islam wajib mempelajari teladan dan contoh pelaksanaan Islam yang sempurna, sebahagiannya adalah aspek politik yang menjadi salah satu daripada peranan manusia diciptakan. Maka Allah menjadikan Rasulullah S.A.W adalah ikutan terbaik yang dipilih oleh Allah menjadi Rasul Akhir Zaman bagi sepanjang zaman dan dikuatkan dengan mukjizat ilmu daripada Al Quran. 
Peranan Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dan keadilannya pula terhadap semua, sehingga melangkah perbezaan agama, bangsa dan negara, termasuk wajib berlaku adil terhadap musuh, walaupun di saat kemuncak kemarahan dan kebencian, kerana menyahut seruan Allah S.W.T: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة 
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8) 
Perdamaian didahulukan walaupun terhadap musuh yang menceroboh supaya melihat Islam yang diamalkan secara langsung, bukannya teori sahaja atau cerita daripada golongan yang dengki terhadap Islam dan menganggapnya penghalang nafsu si zalim. Ini berpandukan firman Allah: 
وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ الأنفال 
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Anfal: 61) 
Pendekatan dakwah Nabi Muhammad S.A.W berusaha menyelamatkan manusia seramai-ramainya, dengan penuh kebijaksaan dan memilih cara terbaik tanpa paksaan. Walau apa jua halangan sekalipun, Baginda S.A.W terus beristiqamah dan tetap berpegang kepada Islam tanpa boleh dihanyutkan oleh pihak lawan yang paling zalim tanpa batas. 
Berkat kesabaran bersama ketegasan beristiqamah menjadikan cahaya Islam menembusi hati yang layak mendapat hidayah dan tidak boleh dikalahkan oleh musuh yang tidak layak mendapat hidayah kerana takabur dan kezalimannya. 
Perjuangan Islam terus mara ketika kuat dan lemah. Marhalah Makiyyah yang paling mencabar pada masa paling lemah kerana tiada negara yang menaunginya, yang ada hanyalah beriman kepada Allah bersama Islam dan percayakan janji Allah akan kemenangan dunia dan akhirat.
Apabila menghadapi halangan yang menekan dan menyekat perjalanannya, dakwah terus mara mengambil setiap kesempatan dan ruang, diizinkan berhubung dengan pihak yang masih tidak menerima Islam. 
Allah mengizinkan hubungan bernama Tahalluf (bersefahaman), Himayah (mendapat perlindungan), Taawun (bertolong-menolong) dan berbagai pendekatan kerjasama dengan pihak bukan Islam, yang ada titik persamaan dalam menghormati hak kemanusiaan dan bencikan kezaliman, walaupun masih tidak mahu menerima Islam. 
Rasulullah S.A.W tetap mengambil setiap ruang tersebut dan peluang untuk menyatakan Islam secara dakwah dan melaksanakan perkara yang boleh dilaksanakan walaupun dalam melakukan syiar ibadat sahaja dan menunjukkan akhlak yang mulia, meskipun belum lagi dapat menegakkan cara kehidupan sehingga berpolitik menegakkan negara. 
Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang awal itu tetap teguh juga menyatakan Islam yang sempurna termasuk yang dihalang pelaksanaannya dan yang paling dibenci oleh musuh. Apabila Abu Talib, bapa saudara yang paling disayangi, disegani dan dihormati menyampaikan tawaran daripada pemimpin Makkah, mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W ditabalkan menjadi raja dan dijanjikan harta kekayaan, tetapi syaratnya terus mengekalkan dasar, konsep dan sistem jahiliah dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Maka Rasulullah S.A.W menolak dan menjawab dengan tegas: 
يا عم، والله لو وضعوا الشمسَ في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يُظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته. السيرة النبوية لابن هشام) 1/ 372( 
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati sebelumnya (ketika masih dalam perjuangan), nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini.” (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam: 372/1) 
Begitu juga Rasulullah S.A.W. menolak permintaan untuk menubuhkan kabinet bayangan sebelum kemenangan yang ditawarkan oleh Bani Amir. Baginda Nabi S.A.W juga menolak Bani Syaiban yang percayakan kebenaran Islam tetapi mahu menunggu kemenangan yang dilihat secara kenyataan tanpa bersedia menghadapi cabaran yang besar dalam perjuangannya. 
Rasulullah S.A.W. hanyalah menerima golongan Ansar daripada Aus dan Khazraj yang berbaiah dan setia dengan baiahnya, sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah tentang mereka: 
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤ الأحزاب 
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24)” (Surah al-Ahzab: 23-24) 
Inilah teladan perjuangan Islam yang beristiqamah. Inilah juga contoh yang wajib diikuti oleh semua ahli PAS yang ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus di sepanjang zaman. Teguh bersama aqidah, dasar dan matlamat perjuangan, serta bijak menangani pendekatan dakwah dan menghadapi cabaran perubahan semasa dan situasi, serta realiti masyarakat yang menjadi tujuan dakwahnya.
Langkah menyembunyikan cita-cita Islam hanya dalam keadaan darurat bagi golongan lemah yang disebut sebagai rukhsah, berpandukan firman Allah: 
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٦ النحل 
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.” (Surah An-Nahl: 106) 
Adapun para pemimpin Harakah Islamiyah dan pengikutnya yang berada di medan perjuangan hendaklah memilih ketegasan menyatakan Islam secara terbuka walaupun akibatnya sangat mencabar, yang disebut azimah bagi menyontohi para Rasul Ulu Al-Azmi berpandukan firman Allah kepada Rasulullah S.A.W: 
فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٩٤ الحجر 
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.” (Surah Al-Hajr: 94) 
Firman Allah: 
لَتُبۡلَوُنَّ فِيٓ أَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ وَلَتَسۡمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُوٓاْ أَذٗى كَثِيرٗاۚ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ١٨٦ 
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Surah Ali-Imran: 186) 
Inilah petunjuk Al-Quran dan Sirah Nabawiyah dalam aspek aqidah, dasar dan matlamat. Adapun pendekatan dan strategi yang berkait dengan perkara ijtihad memerlukan kebijaksanaan dalam menghadapi perubahan dan perbezaan zaman, yang berlainan situasi dan realiti yang ditunjukkan oleh Sirah Nabawiyah yang sangat berkait dengan Asbab Nuzul dan berlakunya Hadis Rasulullah S.A.W. dalam perkara furu’. 
Semua para pemimpin dan ulama gerakan Islam di seluruh dunia adalah pelopor gerakan tajdid yang mengikut perkembangan dan perubahan zaman masing-masing dengan beristiqamah di atas dasar dan matlamat perjuangannya. 
Adapun tajdid adalah mengikut keadaan yang berubah. Apabila tamat tempoh pendekatannya kerana masyarakat berubah dan berlakunya perubahan situasi, realiti dan isu. Maka pendekatan mereka hendaklah dikaji semula dan dilakukan muhasabah, bukan semuanya dijadikan nas yang tidak boleh diubah seperti Al-Quran dan Hadis dalam perkara asas. Namun, mereka yang terdahulu tetap disanjung kerana telah menunaikan janji dan baiah masing-masing sehingga akhir hayat beristiqamah. 
Petunjuk yang kekal untuk diteladani ialah Sirah Nabawiyah dan mukjizat daripada petunjuk Al-Quran dalam perkara prinsip, konsep dan matlamat perjuangan. Maka hendaklah difahami di antara perkara asas yang disebut sebagai Thawabit iaitu perkara yang tetap teguh dan wajib beristiqamah di atasnya tanpa perubahan serta menjadi aqidah perjuangan dan wawasannya daripada dunia sehingga akhirat. 
Selain itu, hendaklah difahami juga perkara yang wajib berubah yang disebut Mutaghayyirat yang berhubung dengan strategi dan pendekatan menarik seramai mungkin pengikut bersama Islam, berpandukan pesanan Rasulullah S.A.W kepada menantunya Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H yang berkobar semangatnya dalam peperangan Khaibar untuk menghadapi kaum Yahudi, musuh yang paling zalim. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda: 
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَم. متفقٌ عَلَيْهِ 
“Demi Allah! Sesungguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah (menerima Islam) lebih baik daripada kamu mendapat kenderaan paling mahal harganya” 
Sikap terbuka Rasulullah S.A.W dalam menerima kebaikan dan akhlak mulia yang ada pada musuh, sembelihan kaum Yahudi itu dimakan dan kepercayaan kepada Taurat yang sebenar diiktiraf, namun tetap menolak kekufuran mereka dalam banyak perkara dalam kitab Allah seperti haramnya riba dan lain-lain. 
Inilah politik matang dan sejahtera yang sinonim dengan konsep demokrasi yang mengizinkan PAS bersuara dan bergerak secara terpilih di Parlimen dan DUN. Di lapangan pula, PAS bersama rakyat dengan cara menijinakkan bukan meliarkan, berhujah dengan menerang bukan menyerang secara melulu dan tidak memutuskan hubungan dengan semua pihak berasaskan konsep ta’awun mengikut petunjuk Allah dan Rasulullah S.A.W. 
وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ أَن صَدُّوكُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ أَن تَعۡتَدُواْۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة 
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2) 
Sabda Rasulullah S.A.W: 
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا) صحيح البخاري) 
“Tolong saudara mu yang berlaku zalim atau dizalimi” 
Pendekatannya ialah menyelamatkan si zalim supaya berhenti dan bertaubat dan selamatkan yang menjadi mangsa kezaliman dengan membela dan mempertahankan haknya. Mendahulukan kemaafan kepada yang bertaubat dan insaf, bukannya menghukum secara dendam. Inilah kunci yang membawa kejayaan ketika Fathu Makkah dengan berduyun-duyunnya datang menganut Islam. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Rabiul Awal 1439 / 28 November 2017 - HARAKAHDAILY 28/11/2017
Sumber  HD- 28-11-2017 


















































































































Amiruddin 'gentleman' berbanding Mahfuz - Nik Amar
Posted on Monday, November 27 @ 16:06:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37022


Keputusan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah untuk menyertai parti BERSATU menunjukkan beliau seorang 'gentleman', kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Malah, bagi timbalan menteri besar Kelantan itu, penyertaan Amiruddin dalam BERSATU adalah lebih baik untuk PAS.
"Pengumuman beliau menyertai BERSATU itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar).

  "Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah dilaporkan keluar daripada PAS dengan menyertai BERSATU.

Terdahulu, Amiruddin dilihat lebih cenderung terhadap parti serpihan PAS iaitu AMANAH, malah turut menyertai konvensyen tahunan parti itu, baru-baru ini.

Selain Amiruddin, difahamkan konvensyen itu turut dihadiri Mahfuz dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang kini masih kekal sebagai ahli PAS.

Sementara itu diminta mengulas lanjut tindakan Amiruddin itu, Mohd Amar berkata, penyertaan tersebut sama ada ke BERSATU, AMANAH atau DAP tidak ada bezanya bagi PAS.

"Sama saja beliau masuk BERSATU, AMANAH atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu," ujarnya.

Sumber TKO - 27-11-2017



















































































































Terrorist List; ‘Mason-International Zionist’ Network

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said he was not surprised with the inclusion of the International Union of Muslim Scholars (IUMS) — of which he is vice-president—into a terrorist list by Saudi Arabia and its allies.

Instead, Hadi rebuked the Anti-Terror Quartet, which also included Egypt, the United Arab Emirates and Bahrain, as failing to act independently amid its pursuit of relations with Israel and the so-called “Mason-International Zionist” network.

“These are the same countries that are pursuing neutralisation of relations with Israel and countries within the Mason-international Zionist network. Such political association is akin to a ship sailing astray in the vast ocean.

“They no longer have the will to act independently and righteously amidst their failure to learn from their own long history of tyranny and dark ages,” Ustaz Hadi said.

It is unclear what he meant by the “Mason-international Zionist network” but it may refer to the conspiracy theory involving an alleged secret coalition between the Jews and the Freemasons.

In December last year, PAS’ Datuk Khairuddin Aman Razali said the party believed that Muslim terrorists are funded by foreign powers, while the conflicts in the Middle East are allegedly perpetrated for the benefits of foreign powers and the Zionist regime.

In his statement today, Hadi accused the quartet of being driven by their belief and admiration for the “Zionist Jewish powers-at-be”, more than they trust God, Islam and their fellow Muslims.

“Their stance changes to the fit of their desires, becoming timid in front of the infidel but behaving harshly on the believers all the while glorifying their Zionist guests above their fellow brethren,” he said.

The Qatar-based IUMS is a group of Muslim scholars headed by Egyptian theologian Yusuf Al-Qardawi, whom Saudi has also accused of having links to terrorism.

The quartet has cut diplomatic ties with Qatar last June, and accused the latter of backing terrorist groups.
English daily The Star quoted the police today saying they are monitoring developments, but found no threat from Hadi’s involvement in IUMS.

Ustaz Hadi was appointed as one of the group’s vice-president in 2014, but has been chided by its president Yusuf last year after his visit to Iran, a key backer of Syrian president Bashar al-Assad’s regime amid violence in the strife-torn country.

Sumber BO - 26-11-2017

Senarai baru pengganas























































































































TINDAKAN negara-negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar serta mengeluarkan 'senarai baru pengganas' bukanlah perkara yang mengejutkan. Negara-negara tersebut turut menyenaraikan organisasi-organisasi Islam yang lain seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan Majlis Islami. Selain itu, beberapa orang tokoh yang terkenal dengan sikap sederhana mereka terhadap pemahaman Islam juga turut disenaraikan sebagai pengganas. 
Negara yang mengeluarkan senarai pengganas ini telah mengamalkan politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara-negara dalam rangkaian Mason - Zionis Antarabangsa. Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas. 
Mereka tidak mempunyai jatidiri untuk membuat keputusan secara bebas berpandukan nilai-nilai mulia walaupun sudah lama melalui zaman-zaman kegelapan dan penindasan yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka. 
Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya. Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan 'tetamu-tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat. 
Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya. Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam. 
Justeru, inilah sebagaimana difahami daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38) 
"Dan, jika kamu berpaling nescaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38) 
Allah juga membuat penegasan mengenai kuasa pemerintahan melalui firman-Nya dalam Surah Al-Imran: 
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Imran: 26) 
“Sejahtera Bersama Islam” 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017 – HARAKAHDAILY 25/11/2017
Sumber HD-25-11-2017 

Mendekati Cina bukan semestinya mendekati DAP
Posted on Thursday, November 23 @ 06:44:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36940



Apabila DAP khianati Islam dalam PAKATAN RAKYAT, PAS putus hubungan dengan DAP. Ramai membuat anggapan salah apabila PAS putus hubungan dengan DAP, Cina tak akan sokong PAS. 


Cina bukan DAP dan DAP bukan Cina. DAP adalah "super allergic terhadap anything Islamic" tak kira jika ada orang Islam di dalamnya maka orang Islam itu allergic dengan Islam sendiri.









Sumber TKO - 233-11-20117
























































































































Portal Malaysiakini: Bilakah mahu bersikap adil?

PADA tengah hari ini, Malaysiakini, menerbitkan berita bertajuk "Hanipa Sekolahkan 'Adik Berhingusnya' Dalam PAS". 
Wah, hebat kan tajuk berita ini...? 
Persoalan ini saya tujukan khas kepada sidang editor Malaysiakini. 
Mengapa portal ini sering bersikap berat sebelah dalam pemberitaan? 
Sehingga ke hari ini, Malaysiakini hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ketika pengundian. 
Di manakah senarai nama 26 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang juga tidak hadir pada malam itu? 
Adakah Malaysiakini takut hendak menyenaraikan nama tokoh besar PH yang tidak hadir;
1. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
2. Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
3. Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
5. Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
6. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) 
Portal Malaysiakini memang terkenal dalam kepakaran spin dan menipu sama sahaja seperti pemimpin Pakatan Harapan. 
Contohnya; lihat status FB Ahli Parlimen PKR, YB Fuziah dan Ustaz muda PKR yang bertuankan DAP, Wan Ji. 
Mereka menggunakan perkataan "Undian Tolak Kenaikan Harga Barang" dan "Undian Sokong Turunkan Harga Minyak". 
YB PAN Kuala Terengganu yang berdiri di tepi jalan menuju Parlimen pula memegang placard yang tertulis "Keputusan Undi Untuk Menentang Kenaikan Harga Minyak dan Barangan serta Kos Sara Hidup". 
Sebab itu saya sudah cadangkan Pakatan Harapan ditukar namanya kepada "Pakatan Penipu". 
Hal ini kerana sebenarnya Undian Belah Bahagian yang berlangsung pada malam Isnin itu adalah Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa. 
Mengapa disebar kepada orang awam undian itu berkenaan hal lain? 
Ia dibuat untuk menggambarkan dua Ahli Parlimen PAS yang berkecuali seolah-olah menyokong Kerajaan BN untuk kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup. 
Bukankah itu menipu namanya? – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD- 23-11-2017 


























































































































Islam dan perpaduan masyarakat majmuk

PARA pemikir dan ilmuan Barat meletakkan perpaduan di atas asas persamaan lahiriah sahaja iaitu dari sudut bangsa dan keturunan, persamaan kepercayaan agama yang dipisahkan daripada cara kehidupan, lingkungan sempadan tanah air dan wilayah, ideologi politik dan kepentingan ekonomi yang dipisahkan daripada agama. Maka, dipilih salah satu daripadanya atau dicampur yang terpilih sahaja dan ditubuhkan negara secara kesatuan, persekutuan atau diwujudkan pertubuhan di antara negara. 
Semuanya berakhir dengan kekhilafan yang mencetuskan pergeseran, pertembungan sehingga berpecah dan ada yang berperang. Bukan sahaja di antara negara, bahkan dalam satu negara, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dan satu ideologi, termasuk kesatuan di antara negara seperti Komanwel, Kesatuan Eropah (EU), Kumpulan Tujuh (G7), Kesatuan Negara Afrika, Kesatuan Negara Teluk, ASEAN dan lain-lain. Hal ini disebabkan apabila berlakunya perlumbaan kepentingan masing-masing sehingga mewujudkan pertembungan. 
Kenyataannya berlaku dalam sejarah semua benua, negara dan bangsa. Terkini dipaparkan tentang berita kemunculan kumpulan dan negara baru merdeka dalam negara yang telah wujud sekian lama sama ada yang diiktiraf atau tidak. Ada yang dihapuskan dengan tindakan undang-undang atau ketenteraan, dan bakinya retak menunggu belah. 
Islam yang berpandukan petunjuk Al-Quran menegaskan wujudnya kepelbagaian, perbezaan, perselisihan dan pertembungan adalah fitrah kejadian manusia. Manusia yang diciptakan di atas muka bumi bersama makhluk yang lain yang diurus tadbir oleh mereka menjadikannya sangat mencabar sehingga mencetuskan peperangan sesama manusia dan ada yang melampaui batas. Semuanya mengandungi hikmah yang mewajibkan manusia juga hendaklah berhikmah dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah Tuhan Pencipta Alam. 
Firman Allah: 
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠ الإسراء 
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (Manusia) dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’: 70) 
Islam yang sempurna ajarannya mencakupi naluri manusia yang berjasad, bersamanya roh, akal dan sifat hidup bersendiri, berkeluarga dan bermasyarakat. Manusia dijadikan kepelbagaian bangsa, kefahaman dan kemampuan dalam berbagai aspek, kerana kepelbagaian itu ada peranan masing-masing bagi memakmurkan bumi melalui pembahagian tugasan mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing, serta wajib bertolong-menolong secara bermasyarakat madani. 
Tidak mungkin manusia hidup secara individualistik sahaja, kerana semuanya memerlukan penggunaan dan perkhidmatan yang wajib dilakukan melalui penyelarasan yang saksama. Adalah mustahil manusia itu dapat menyempunakan kehidupan secara bersendirian tanpa hubungan di antara satu sama lain, kerana tidak ada manusia pandai dalam semua perkara dan tidak ada negaranya yang ada semua hasil keperluan. 
Islam menegaskan peranan manusia dan tujuan mereka diciptakan yang adanya ikatan hubungan dengan pencipta dan alam semesta. Perlu dihormati juga betapa penting hubungan ibadah dengan Tuhan Pencipta Alam, yang disebut Allah Yang Maha Esa bersifat kepujian semuanya dan Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan. 
Peranan manusia sebagai khalifah yang bermaksud mentadbir dan mengurus adalah untuk melaksanakan kewajipan menegakkan syariat Allah yang menjadi petunjuk dan dibenarkan menggunakan akal, tenaga dan pengalaman serta kajian pada diri masing-masing (individu) dan secara jama’ei (kolektif). Namun akal dan ilmu manusia sendiri tetap mempunyai kelemahan makhluk yang memerlukan petunjuk Tuhannya. 
Islam juga menegaskan perbezaan itu ada yang wajib diterima hakikatnya dan dipuji peranannya. Apa yang penting diolah dan diselaraskan dengan bijak secara bermasyarakat yang menjadi tabiat manusia yang wajib berhubungan di antara satu sama lain. Ada juga perbezaan yang dikeji apabila menimbulkan kerosakan pada diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling. 
Bagi melaksanakan perbezaan yang wajib di atas, perlu diselaraskan secara saksama dengan melaksanakan konsep perpaduan yang unggul supaya bersama dalam titik persamaan dan menjaga sempadan apabila adanya perbezaan. 
Perpaduan itu diwujudkan bukan sahaja atas faktor lahiriahnya tanpa peduli aspek rohani yang menjadi fitrah manusia. Maka Islam menegaskan dua aspek hubungan sesama manusia yang dijadikan asas pendekatan kepada perpaduan yang holistik.
Pertama: Hubungan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang disimpulkan daripada ajaran Islam yang menyeluruh kesempurnaannya mengikut peranan manusia yang tidak memisahkan aspek kehidupan berpolitik, ekonomi dan kemasyarakatan dan kedudukannya berada di dalam ajaran Islam yang merangkumi aqidah, syariat, akhlak dan semua sistem kehidupan manusia secara menyeluruh yang tidak terkongkong objektifnya di kalangan penganut Islam sahaja dan hanya terkurung dalam kelompok bangsa dan perbatasan negara sahaja, tetapi mewajibkan hubungan dengan pihak lain sama ada menunaikan kewajipan dakwah berkonsepkan tiada paksaan dan kewajipan kemanusiaan walaupun berbeza agama, bangsa dan kemampuannya. 
Kedua: Hubungan kemanusiaan yang berkeluarga besar walaupun berbagai bangsa, agama dan tahap kedudukan dan kemampuannya. Islam mewajibkan berlaku adil terhadap semua dan Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.  
Perkara tersebut ditegaskan secara huraiannya oleh Al-Quran. Firman Allah terhadap penganut Islam: 
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠ الحجرات 
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10) 
Firman Allah terhadap manusia: 
يأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13) 
Islam yang sempurna mewajibkan adanya negara Islam yang melaksanakan Islam yang sempurna dan berlaku adil terhadap semua apabila menunaikan amanah memerintah negara. Firman Allah: 
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ النساء. 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. 
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)
Firman Allah: 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة 
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8) 
Islam menegaskan bahawa perpecahan dan pertembungan juga adalah sifat kejadian manusia secara naluri kerana ada di kalangan mereka yang mengikut hawa nafsu dan memaksa pihak yang lain menerimanya secara paksaan. Sifat itu wajib dihalang dan ditentang bagi menyelamatkan semua, maka Allah menyatakan hikmah-Nya: 
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١ البقرة 
“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” (Surah Al-Baqarah: 251) 
Firman Allah menegaskan bahawa keharmonian hanya dapat diwujudkan apabila kepimpinan negara di bawah pemerintahan Islam yang berdaulat: 
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ الحج 
“Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja dan tempat-tempat sembahyang, dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (40) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (41)” (Surah Al-Hajj: 40-41) 
Kedudukan yang sebenar dibuktikan dalam sejarah keemasan apabila Islam dilaksanakan dengan sempurna dalam negara paling besar berkuasa telah melaksanakan syariat Islam yang adil terhadap semua dalam lingkungan sempadan negara yang luas di Timur dan Barat merangkumi Benua Asia, Utara Afrika dan Selatan Eropah yang bermasyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya dalam tempoh beberapa abad. 
Jangan diambil daripada penulisan Orientalis Barat yang menutup kejahatan mereka yang menentang Islam kerana hasad dengki yang salah, sehingga melakukan konsep kolonialisma dan imperialisma serta perluasan penjajahan Barat yang menakluk secara paksaan, perhambaan dan merompak hasil negara yang dijajah. Pendekatannya sangat berbeza dengan kedatangan Islam yang menjadi penyelamat bersama konsep adil dan rahmat. 
Kedatangan penjajah Barat ditentang oleh semua penduduk dunia. Malangnya mereka melabelkan pula perjuangan menentang penjajahan yang zalim itu dengan jenama pemberontak, lanun, penderhaka dan sebutan yang jelik. 
Pada zaman mutakhir ini ketika memuncaknya pertembungan kuasa Barat dan mencetuskan perang Korea dan kemaraan Komunis di beberapa negara Eropah pada tahun lima puluhan abad yang lalu, maka beberapa tokoh politik Barat memberi amaran bahawa di sana ada lagi yang lebih bahaya daripada Komunis ialah Islam. Jangan diberi peluang kepada Islam berkuasa memerintah, kerana Islam bukan sahaja menakluk tanah air, bahkan menakluk hati manusia. Bukan kerana zalimnya, tetapi kerana adilnya.
Malangnya masih terdapat kalangan yang berjenama penganut Islam tetapi terikut-ikut menggunakan istilah lanun yang dipopularkan oleh para orientalis terhadap bangsa Islam yang menentang penjajah, termasuk kenyataan mereka menyebut bahawa PAS yang menegakkan Islam lebih bahaya daripada Komunis. Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang melupai kenyataan ini. 
Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabiul Awal 1439 / 22 November 2017 - HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD-22-11-2017 

Catatan Parlimen: PH Kalah, PAS Dipersalah
Posted on Wednesday, November 22 @ 03:08:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36914



1. Semenjak malam tadi, kecoh di alam maya berkenaan berita Kerajaan hampir kalah dalam undian Bajet 2018 dengan keputusan 52 yang menyokong, 51 menolak, dan 2 berkecuali.

Oleh kerana Pakatan Harapan kalah dengan majoriti 1 undi sahaja, maka mereka dengan semudahnya menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan.



2. Terdapat beberapa kekeliruan dan penipuan fakta yang perlu diperjelaskan di sini;
a) Adakah undian malam tadi adalah berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol.?

Jawapannya: TIDAK.

Undian malam tadi adalah berkenaan meluluskan Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018.

b) Apakah isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan malam tadi.?

Bajet yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;

- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi
c) Mengapa ada ahli Parlimen PAS berkecuali dan ada yang menolak ketika pengundian semalam.?

Ketika undian belah bahagi peringkat Dasar Bajet 2018 berlangsung pada 13 November 2017, sudah ada keputusan secara kolektif lebih awal untuk Ahli Parlimen PAS Berkecuali atas sebab yang sudah diperjelaskan sebelum ini.

Namun, undian belah bahagi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian) seperti yang berlaku semalam adalah perkara di luar jangka yang berlaku secara mengejut (on the spot) tanpa sempat para Ahli Parlimen PAS mengadakan mesyuarat precouncil bagi membuat keputusan secara kolektif.

3. Apa yang berlaku di dewan malam tadi telah menzahirkan hikmah besar di sebaliknya iaitu hasrat PAS untuk menjadi King Maker bukanlah omong kosong.

Senario ini terbukti apabila walaupun hanya dengan 2 orang sahaja Ahli Parlimen PAS Berkecuali, ia menjadi penentu keputusan samada Kerajaan berjaya meluluskan Bajet atau PH berjaya dalam operasi serang hendap undian belah bahagi tersebut.
4. Adakah salah PAS Berkecuali.?

Ia adalah pendirian konsisten PAS yang telah dizahirkan semasa pengundian Bajet bagi tahun 2016 dan 2017 lagi.

Hal ini kerana PAS berpandangan terdapat unsur yang bermanfaat untuk rakyat seperti subsidi dan ada juga elemen negatif seperti GST yang menyusahkan rakyat.

Maka, PAS memilih untuk berkecuali iaitu tidak menyokong sepenuhnya dan menolak sepenuhnya Bajet tersebut.

5. Hakikatnya, PH telah gagal dalam pengundian malam tadi. Namun, PAS pula yang dipersalah sebagai punca kekalahan mereka. Adakah ini adil.?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih 20 orang Ahli Parlimen PH tidak hadir semasa pengundian berlangsung.

Portal Malaysiakini pro PH hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir sedangkan mereka tidak pula melaporkan siapa Ahli Parlimen PH yang tidak hadir.

Oleh kerana mereka malu untuk mendedahkan nama tersebut, eloklah saya bantu menyenaraikan sebahagian tokoh besar PH yang tidak hadir iaitu;

a) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
b) Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
c) Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
d) Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
e) Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
f) Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

Senarai nama ini panjang lagi, cuma sebaiknya juak PH bertanyalah kepada pemimpin mereka yang tidak hadir ini.?

Adakah mereka ponteng dewan.? Adakah mereka berkecuali.?

Bukankah ketidakhadiran mereka ini adalah punca utama kegagalan PH dalam operasi serang hendap pengundian semalam.?

6. Kepada pemimpin dan penyokong PH, berhentilah membuat fitnah dan mengkambing hitamkan PAS demi menutup kegagalan strategi mereka sendiri.

Kononnya, undian semalam untuk kenaikan kos sara hidup dan harga barang sedangkan sebenarnya, undian tersebut adalah untuk meluluskan Bajet Kementerian KPDNKK beroperasi.
7. Adakah PH benar-benar serius untuk menolak Bajet.?

Atau sebenarnya mereka hanya bersandiwara menipu rakyat.?

Untuk makluman, terdapat sebanyak 25 Kementerian di bawah Kerajaan Pusat.

Apabila Bajet sudah diluluskan di peringkat Dasar, ia kini berada di peringkat Jawatankuasa iaitu perbahasan menjurus kepada pecahan terperinci mengikut butiran kepala pembangunan setiap Kementerian.

Perbahasan peringkat Jawatankuasa sudah bermula pada Selasa, 14 November 2017.
Mengapa PH tidak pula meminta undian belah-bahagi setiap kali bajet Kementerian selesai dibahaskan.?

Contohnya, semalam terdapat 3 Bajet Kementerian dibahaskan iaitu
a) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c) Kementerian Kerja Raya

PH hanya meminta undian belah bahagi ketika Bajet KPDNKK sahaja. Jelas, mereka hanya main-main sahaja sebenarnya.

8. Pemimpin PH saban hari mengecam, memperli dan memfitnah PAS. Tetapi, anehnya ketika pengundian semalam tanpa segan silu pula mereka merayu kepada PAS untuk mengundi menjayakan misi mereka.

Hipokrit bukan.?

PAS mereka tak mahu, tetapi undi Ahli Parlimen PAS mereka mahu.
Oh, mungkin mereka baru tersedar bahawa undian PAS bernilai emas rupanya.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
21 November 2017

Sumber TKO - 22-11-2017































































































































Hubungan intim Arab dan Israel

BEBERAPA media Arab mendedahkan hubungan terbuka dan sulit secara intim di antara Arab dan Israel. Dikatakan tujuannya ialah keselamatan serantau Asia Barat. Namun fikirkan hujahnya, adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel? 
Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel. Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas. Marilah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum membuat keputusan. 
Kumpulan Syiah sudah wujud sejak zaman awal Islam, kerana kekhilafan berhubung masalah pelantikan khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. 
Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, pelantikan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali K.W.H diterima secara sepakat oleh para ulama muktabar daripada semua mazhab, sehingga bersatu mempertahankan Islam, menegakkannya dan menyebarkan dakwah ke seluruh pelosok dunia. 
Namun dihangatkan semula pada zaman Umawiyah dan Abbasiyah apabila platform Ahli Sunnah diambil oleh para khalifah, khususnya yang berlaku zalim. Pertelingkahan politik berkenaan calon khalifah yang semuanya sudah meninggal dunia dinyalakan semula pada zaman mutakhir. 
Ahli Al-Bait menjadi sasaran buruan pemerintah tanpa mengira Sunni, Syiah atau Khawarij semata-mata kerana pengaruhnya dikira ancaman kepada khalifah yang ada. Para ulama pula ada yang beristiqamah dan ada yang hanyut. Namun semua ulama dan ketua madrasah mazhab khususnya Ahli Sunnah tidak menyokong khalifah yang zalim dan bersama Ahli Al-Bait, padahal mereka bukan Syiah. Semuanya melaknat peristiwa pembunuhan Saidina Husain R.A, cucu Baginda Nabi S.A.W. 
Ada kalangan yang dizalimi sehingga dibunuh seperti Abdullah bin Al-Zubair, dan dalam kalangan para sahabat dan kalangan Tabi’ein seperti Said bin Jubair dan lain-lain. Ada yang dipenjarakan seperti Imam Abu Hanifah. Di sana ramai kalangan ulama ahli Al-Bait bersama dengan ulama Ahlu Sunnah turut menjadi sasaran pemerintah pada zamannya seperti Imam Jaafar Al-Sodiq. Ada juga kalangan ulama mujtahid yang selepasnya seperti pengikut Said bin Jubair dan lain-lain yang dibunuh oleh khalifah yang zalim, tiba-tiba pengikutnya disenaraikan kumpulan Khawarij oleh kerajaan pada zamannya dengan sebab kepentingan politik, bukan hukum syariat.

Walaupun mazhab politik dalam Islam ini akhirnya mempengaruhi pengajian aqidah, feqah dan tasawuf sehingga berkhilaf pula di dalamnya, serta ada yang melahirkan banyak perkara bid’ah yang wujud daripada semua mazhab. Namun, para ulama mengumpulkan semua mazhab di dalam kitab-kitab yang dikarang supaya dikaji mana yang kuat hujahnya dan mana yang ditolak berpandukan sumber hukum Islam yang sahih berpandukan Al-Quran dan Sunnah, serta kaedah sumber kajian yang lain secara ijtihad yang adil. Peranan ini adalah tugas para ulama semua mazhab yang boleh dilakukan dengan mudah tanpa campur tangan kerajaan yang tidak istiqamah (konsisten). 
Semuanya adalah perkara rumahtangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini. Langkah awal OIC yang menubuhkan kumpulan pemikir daripada kalangan para ulama muktabar sangat baik dengan syarat jangan diganggu oleh pengaruh politik negara yang tidak sihat. 
Sila kembali kepada sejarah penjajahan Barat yang menggunakan Syarif Husain sebagai Raja Hijaz (termasuk Makkah dan Madinah) supaya mengisytiharkan Revolusi Agung Arab di Tanah Suci ini pada tahun 1916, yang sepatutnya tidak berulang lagi kerana membawa celaka yang panjang ke atas umat Islam. 
Kedatangan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan susulannya menubuhkan kumpulan negara Arab dan Islam, serta dilakukan perubahan struktur kerajaan Arab Saudi terkini dan disertakan pula penglibatan Israel secara terbuka yang mendukung gagasan untuk menghadapi bahaya yang dikatakan Syiah dan Iran, hendaklah difikirkan dengan bijak secara bebas dan ikhlas, khususnya hari ini dipalu gendang perang selepas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri membuat kenyataan peletakan jawatannya. Persoalannya, mengapa di Riyadh bukannya di Beirut?   
Al-Quran mengajar umat Islam supaya sentiasa bersama Kitab Allah ini dan Rasul yang diutuskan bersamanya. Al-Quran mengesahkan walaupun Nabi Musa A.S dan Harun A.S daripada bangsa Yahudi tetapi Allah melantik mereka menjadi Rasul bersama Kitab Allah bernama Taurat. Maka Allah memerintahkan supaya beriman kepada kitab Taurat dan Rasul-Nya walaupun daripada bangsa Yahudi dan menolak Firaun Mesir yang kafir laknat walaupun kelahiran Mesir di bumi Al-Azhar yang menjadi pusat ilmu Islam kini kerana Firaun menolak Rasul dan Islam.   
Begitulah Allah mewajibkan beriman kepada Al-Quran dan Rasulullah S.A.W bukan kerana bangsa Arab dan Bumi Makkah yang suci dan Batu Kaabahnya. Allah menolak Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka menolak Al-Quran dan Rasulullah S.A.W. walaupun kelahiran di Makkah dan daripada keluarga Ahli Al-Bait. 
Kini Israel ditubuhkan bagi menegakkan negara Haram Israel yang merupakan agenda Yahudi Zionis ke arah menakluk dunia di atas nama keagungan bangsa Yahudi, bukan kitab Taurat daripada Allah dan Islam yang sebenar. Berbeza dengan negara yang dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. yang dibanggakan oleh bangsa Yahudi kini, sedangkan mereka bukannya menegakkan Islam warisan Nabi Sulaiman A.S, sepertimana dinyatakan dalam perutusannya yang disebut di dalam Al-Quran: 
إِنَّهُۥ مِن سُلَيۡمَٰنَ وَإِنَّهُۥبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ٣٠ أَلَّا تَعۡلُواْ عَلَيَّ وَأۡتُونِي مُسۡلِمِينَ ٣١ النمل
“Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (30) Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan Islam (menyerah diri, beriman dan mematuhi ajaran agama Allah) (31)” (Surah AN-Naml: 30-31) 
Adakah bunga Perang Dunia Ketiga dinyalakan di Makkah sepertimana perisytiharan Revolusi Arab pada tahun 1916 oleh Syarif Husain di Makkah yang mencetuskan Perang Dunia Pertama yang telah meranapkan kuasa Islam? 
Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? Atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam? 
Saya tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka. Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh. Barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut. 
Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah. 
Saya mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan kepadanya bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan Negara Teluk. Malah Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel. 
Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam. Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh. Sedangkan negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni. Adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya.     \ 
Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah? Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya. 
Allah juga mendedahkan bahawa kumpulan Yahudilah yang mencetuskan api peperangan dunia dan Allah tidak mengizinkannya marak sehingga kemuncak. Firman Allah: 
وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَكَفَّرۡنَا عَنۡهُمۡ سَيِّ‍َٔاتِهِمۡ وَلَأَدۡخَلۡنَٰهُمۡ جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ٦٥ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ أَقَامُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِم مِّن رَّبِّهِمۡ لَأَكَلُواْ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۚ مِّنۡهُمۡ أُمَّةٞ مُّقۡتَصِدَةٞۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ سَآءَ مَا يَعۡمَلُونَ ٦٦ المائدة 
“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. (64) Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (65) Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah) dalam Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya. (66)” (Surah Al-Maidah: 64-66) 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Rabiul Awal 1439 / 21 November 2017 - HARAKAHDAILY 21/11/2017   
Sumber HD = 21-11-22017 
































































































































Bencana Yang Ditempah, Di Asia Barat

Sabda Rasulullah S.A.W.

ويل للعرب من شر قد اقترب

“Kemusnahan menimpa bangsa Arab, disebabkan kejahatan yang telah mendekati mereka” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita sedang menyaksikan betapa benarnya sabda Rasulullah S.A.W. yang menjadi tanda kerasulannya, menyebut perkara yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi dapat dilihat pada zaman kita yang paling mutakhir. Ini disebut perkara ilmu Allah yang diberitahu kepadanya.

Mimpi Rasulullah S.A.W adalah benar dan sebahagian daripada wahyu. Hadis ini menceritkan ketika Baginda S.A.W berada di rumah Ummul Mukminin Zainab binti Jahsyin R.A, lalu beliau bertanyakan bagi meminta penjelasan:

قيل : أنهلِك وفينا الصالحون ؟ قال : نعم، إذا كثُر الخبثُ

“Adakah kita boleh ditimpa bencana (sebegitu) padahal dikalangan kita ada ramai orang-orang yang soleh?” Sabda Rasulullah S.A.W: “Ya! apabila banyaknya kejahatan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Al-Marhum Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Mantan Mufti Arab Saudi apabila ditanya dan diminta penjelasan berkenaan hadis ini telah menegaskan:

“Kebenarannya berlaku apabila tersebarnya kemungkaran di kalangan bangsa Arab dan tidak ada lagi yang mencegah kemungkaran, laksana Bani Israel yang dilaknat Allah”, sebagaimana diceritakan dalam firman-Nya:

لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ ٧٩ المائدة

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam (A.S). Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampau. (78) Mereka sentiasa tidak mencegah kemungkaran (berlarang-larangan sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (maksiat dan melampau), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” (79) (Surah Al-Maidah: 78-79)

Kemungkaran adalah menempah kemusnahan apabila tidah dicegah. Paling besar ialah meninggalkan Islam sedikit demi sedikit kerana kelemahan iman dan terpengaruh dengan budaya bukan Islam, serta berwala’ (bersahabat setia) dengan musuh Islam.

Perkara ini telah juga ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W. apabila berlakunya bencana pembunuhan atau peperangan melalui sabda Baginda yang berwasiat ketika menunaikan Haji Wada’ (selamat tinggal):

لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض

“Jangan kamu menyeleweng dengan menjadi kufur selepas aku (tidak ada lagi, apabila wafat meninggal dunia) sehingga kamu memancung leher sesama sendiri (berperang)” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kini berlakunya kemungkaran tersebut yang mengundang kemusnahan, apabila melakukan maksiat di dalam negeri dan ketika melancong di luar negeri. Berpecah dan berkelahi tanpa batas sehingga bermusuh dan menjemput musuh luar, kerana mahu mengalahkan pihak yang dianggap musuh walaupun saudara seagama, menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perkelahian yang mencetuskan perang saudara dalam negara yang telah dibentuk mengikut kamahuan penjajah dahulu dan juga berperang terhadap jiran tetangga seagama dan sebangsa.

Kewajipan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dipandang kecil dan dikatakan mengganggu kemajuan. Maka para ulama yang berani mencegah kemungkaran secara nasihat meringkuk ditahan dalam penjara,
bersembunyi dan terpaksa berhijrah ke luar negara. Hanya yang bertahmid dan bertasbih memuji kerajaan sahaja diberi lesen, walaupun salah dan sesat.

Inilah yang sedang dilakukan sekarang, sehingga mencetuskan peperangan dan pembunuhan sesama sendiri. Senjata yang dibeli ditujukan kepada kawan bukannya musuh, sehingga ditinggalkan Israel, musuh yang sebenar yang merompak Tanah Suci.

Bangsa Arab yang paling hampir dengan Israel, meninggalkan kewajipan membebaskan Palestin setelah mengecewakannya, kerana sibuk berperang dalam negara sendiri dan negara jiran, dengan alasan yang tidak berpijak di atas Islam yang sebenar daripada Al-Quran dan Hadis yang dibaca dalam Bahasa Kebangsaan mereka. Sebaliknya yang berjihad menentang Zionis seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah dianggap pula sebagai pengganas dan pelampau agama.

Ini disebabkan oleh kehakisan aqidah apabila menganut berbagai ideologi dan berwalikan musuh Islam serta tidak bersyukur atas nikmat kekayaan yang dikurniakan oleh Allah, sehingga tidak dimanfaatkan sebanyak-banyaknya kepada Islam dan umatnya, tetapi dibinasakan harta kerana membeli senjata untuk membunuh sesama sendiri, berbelanja secara membazir dan bermewah dan lebih malang lagi ada yang berfoya demi memuaskan nafsu semata-mata.

Sepatutnya mereka sedar kesilapan yang berlalu telah menjadi bencana awal yang tidak patut diulang lagi. Mereka tidak mengambil iktibar daripada zaman perjanjian di antara Syarif Husain (Raja Hijaz) dan Henry McMahon (wakil British), kerjasama di antara Malik Abdul Aziz (Raja Saudi) dan Lawrence serta rakan-rakannya daripada barat. Begitu juga di antara Shah Iran yang menjadi wakil penjajah dan Kamal Ataturk yang mengambil sekularisma dan menolak Islam kerana kononnya boleh memajukan Turki. Semuanya adalah permainan pihak barat yang sudah berlalu dan menjadi cerita lama yang sangat mengecewakan.

Akibatnya ialah kejatuhan Khilafah dan dirampasnya Palestin untuk ditubuhkan negara haram Israel. Umat Islam dan Arab dipecahkan mengikut bangsa dan mazhab, serta dibahagi-bahagikan negaranya. Kemudian hilangnya maruah negara kerana politik, ekonomi dan pendidikan berkiblatkan kepada musuh yang menghina mereka.

Hari ini berlaku pertembungan yang panas apabila mencetuskan peperangan di antara Arab dan Arab yang berlainan agama, mazhab dan ideologi, di antara Arab dan Kurdis dan di antara negara Arab, Turki dan Iran yang seagama dan berjiran.

Sepatutnya era baru terkini sudah merdeka daripada barat, maka hendaklah ditukar pengisiannya dengan memecahkan tembok perkauman dan mazhab yang memecahkan belahkan mereka dahulu dan menghancurkan belenggunya. Sepatutnya negara umat Islam khususnya negara Arab bertaut kembali kepada asal Islam yang selamat dan sejahtera, membina jati diri umat berteraskan Islam dan perpaduan umat yang satu, walaupun banyak bangsa dan mazhabnya.

OIC yang telah ditubuhkan telah mengadakan resolusi dan melaksanakan pendekatan mengeratkan semula hubungan di kalangan negara umat Islam. Namun diletakkan dibelakang kerana berkiblatkan politik dan ekonomi kepada bukan Islam. Kaabah hanya untuk sembahyang dan haji sahaja.

Selain itu, Bank Pembangunan Islam (IDB) telah ditubuhkan, tetapi mata wangnya masih bergantung kepada negara barat yang pernah menjajah dan menyamun harta. Malangnya juga masih terus melimpahkan pelaburannya di negara barat dan tidak yakin kepada sesama Islam dan Arab, bahkan tidak juga membantu saudara seagama Islam yang menderita, menjadi pelarian dan menghadapi bencana dalam negeri sendiri.
Majmak Fiqh dibawah OIC juga telah ditubuhkan yang mengiktiraf 8 mazhab sebagai mazhab Islam, supaya diadakan program susulan dan muzakarah secara ilmu di kalangan ulama berbagai mazhab secara dalaman dan melakukan tashih. Tetapi mereka lebih mendengar kenyataan Presiden Bush, Condoleezza Rice, Henry Kissinger dan lain-lain supaya melawan di antara Sunni dan Syiah. Selepas itu, muncul para ulama yang menyokong dengan fatwa takfir secara mudah tanpa huraian ilmu yang mendalam kajiannya dan tidak mengambil kira mereka yang tenggelam dalam kejahilan, dan tidak sedar permainan musuh Islam dibelakangnya.

Tanpa dinafikan ada kalangan yang sesat dalam kalangan mazhab Syiah dan Khawarij seperti juga ada yang sesat di kalangan Sunni seperti Ayah Pin dalam masyarakat Ahli Sunnah di Malaysia, Kasim Ahmad dan rakan-rakannya yang menolak Hadis dan buta Al-Quran, yang juga muncul di negara-negara lain dan mazhab yang lain.


Hanya ahli ilmu yang dapat menjernihkan secara dalaman, bukannya mendengar nasihat daripada musuh Islam, atau dibiarkan si jahil murakab memerintah negara yang diikuti oleh para ulama pengampu yang menjilat kesenangan laksana anjing kelaparan.

Sekarang telah menunjukkan keadaan yang lebih parah dengan membunuh dan membakar hangus rumah sendiri, tetapi matahari belum lagi naik daripada arah barat, nyawa belum sampai ke kerongkong dan pintu taubat masih terbuka luas. Maka ubahlah dengan kesedaran dengan membuat pembetulan.

Sepatutnya hubungan di kalangan negara Arab dan Islam, serta negara jiran hendaklah diutamakan dan didahulukan, bukannya Israel dan pengkalan tentera asing yang sangat dipelihara. Sepatutnya krisis dalaman diselesaikan oleh OIC dengan semangat Islam dan kejiranan, jangan dijemput campur tangan asing yang menjadi hakim monyet yang membuat keputusan memasukan barang yang menjadi rebutan ke dalam mulut si hakim monyet itu, sehingga yang menuduh dan dituduh tidak mendapat apa-apa.

Percayalah bahawa kembali ke pangkal jalan yang benar bersama Islam adalah lebih baik daripada berterusan bersama kebatilan yang merosakkan diri sendiri. Bangsa Arab akan selamat dan boleh memimpin apabila bersama Islam. Sekiranya meninggalkan Islam, maka bangsa Arab walaupun sebangsa dengan nabi akan juga menjadi hina.

Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A menegaskan kepada bangsa Arab yang telah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis dan mengalahkan dua kuasa besar dunia Rom dan Parsi, berkata:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام , فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله


“Kita menjadi umat yang dimuliakan Allah bersama Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan atau kehaibatan dengan yang lain daripada apa yang pernah dikurniakan Allah, nescaya kita dihina Allah”

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Safar 1439 / 17 November 2017

Sumber BO - 17-11-2017

No comments:

Post a Comment