Tentera Malaysia : 17,000 +- dan tiada kapal perang dan jet pejuang Tentera Indonesia : 320,000 +- ada kapal perang termasuk battle cruiser dan pesawat pejuang termasuk pesawat pengebom strategic Keputusan: Indonesia tewas dan berakhirnya pemerintahan SUKARNO
Malaysia Defence Review telah menambah 25 foto baru
17 jam ·
Semasa Konfrontasi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya mempunyai 12,000 anggota, manakala kekuatan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) adalah sekitar 320,000 anggota. Dari segi kekuatan tempur, Tentera Darat Malaysia (TDM) hanya memiliki 8 batalion infantri (RAMD), dua Rejimen Peninjau (Perisai), dua Skuadron Askar Jurutera dan satu Rejimen Meriam. Dengan penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia, kita mendapat tambahan dua lagi batalion infantri, iaitu Batalion 1 dan Batalion 2, Singapore Infantry Regiment (1 SIR dan 2 SIR). Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya memiliki pesawat latihan dan pesawat pengangkut, tanpa pesawat pejuang. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mempunyai 1,200 anggota mengoperasikan 11 buah kapal sahaja. ATM juga dibantu oleh batalion Pasukan Polis Hutan (PPH). Malaysia bagaimanapun bernasib baik dibantu oleh tentera British, Australia dan New Zealand.
Pasukan-pasukan Komanwel yang terlibat adalah:
1 RNZIR - Batalion 1, Royal New Zealand Infantry Regiment
Batalion-batalion Gurkha - 1/2 Gurkha, 2/6 Gurkha, 1/10 Gurkha, 2/10 Gurkha (contoh: 2/10 Gurkha bermaksud Batalion ke-2, Rejimen ke-10 Gurkha)
3 RAR - Batalion 3, Royal Australian Regiment
40 & 42 Commando Royal Marines
C Squadron, Queen's Royal Irish Hussars
B Company, King's Own Yorkshire Light Infantry (KOYLI)
45 Light Regiment, Royal Artillery
102 Field Battery, Royal Australian Artillery
845, 846 & 848 Squadron, Naval Air Squadron
pasukan SAS British, Australia dan New Zealand
pesawat pejuang dan pengebom Hawker Hunter, Canberra, CAC Sabre, pesawat pengangkut dan helikopter pasukan Komanwel
Pada mulanya Australia dan New Zealand agak keberatan untuk terlibat dengan menghantar pasukan tentera ke Malaysia kerana hendak menjaga hubungan baik dengan Indonesia, dan percaya British sendiri mampu menangani konflik tersebut sendirian. Walaupun terdapat beberapa permintaan yang dibuat oleh London sebelumnya, mereka hanya mula terlibat setelah Indonesia meluaskan kawasan operasi dari perbatasan Kalimantan ke Semenanjung dengan menggugurkan pasukan payung terjunnya di Pontian, Johor.
Berbanding dengan Malaysia, angkatan tentera Indonesia pada era 1960an merupakan salah satu pasukan yang moden dan terkuat di Asia Tenggara. Angkatan lautnya ketika itu mengoperasikan sebuah kapal kruiser KRI Irian (buatan Soviet kelas "Sverdlov") seberat lebih 16,000 tan dengan 1,330 pegawai dan anak kapal selain 12 buah kapal selam kelas KRI Pasopati (buatan Soviet kelas Whiskey). Angkatan udaranya pula memiliki jet pejuang tercanggih pada zaman itu dengan sejumlah 20 x MiG 21 Fishbed, 30 x MiG 15 Fagot, 49 x Mig 17 Fresco, 10 x MiG 19 Farmer, pesawat pengebom 26 x Tu 16 Badger A dan B, dan juga pesawat pengebom Il-28. Pesawat pengangkut adalah An 12B dan 41 buah helikopter Mi 4.
Antara sebab Konfrontasi dilancarkan keatas Malaysia:
Presiden Sukarno iri hati dengan kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu semenjak merdeka pada tahun 1957. Indonesia pula sering dilanda kekacauan politik, pemborosan, salah tadbir dan nilai rupiah yang menurun.
Partai Komunis Indonesia (PKI) bersungguh-sungguh untuk melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia kerana hendak mencapai objektif mereka sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi Sukarno dan Subandrio serta beberapa panglima dalam Angkatan Udara dan Laut, tetapi ditentang oleh Angkatan Darat. Semasa lawatan Subandrio ke China, Perdana Menteri China, Chou En Lai telah menjanjikan untuk menyumbangkan 100,000 laras rifel kepada Indonesia. Di atas perancangan PKI, senjata ini akan diberikan kepada satu sayap baru pasukan tentera yang dikenali sebagai Angkatan ke-5 terdiri dari para petani dan buruh. (TNI memiliki 4 cabang perkhidmatan - Angkatan Darat, Laut, Udara dan Kepolisian).
PKI beranggapan jika Jakarta dan Pulau Jawa dikuasai, keseluruhan Indonesia boleh dikuasai dengan mudah. Dengan itu PKI merancang Angkatan Darat digerakkan keluar dari Pulau Jawa. Sumatera dan Sulawesi digambar-gemburkan akan diserang oleh Malaysia. Atas keperluan keselamatan, Angkatan Darat perlu digerakkan ke sana.
Campurtangan politik Indonesia dalam politik Tanah Melayu bermula dari tahun 1945 lagi. Pemimpin Melayu berfahaman kiri di Malaya berhubung rapat dengan Indonesia dan digalakkan agar cenderung kepada polisi Indonesia dan konsep Indonesia Raya. Mereka bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan bagi Indonesia dan Tanah Melayu secara serentak pada 17 Ogos 1945 tetapi menemui kegagalan, sekaligus menghancurkan idea Indonesia Raya.
Pembentukan asal Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963 telah ditunda kepada 16 September 1963. Pada 17 September 1963, Republik Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Sukarno menyuarakan kekecewaan dan kemarahan dengan berkata "pemerintah Indonesia telah di kentuti" dalam satu rapat umum, kerana Tunku Abdul Rahman meneruskan pembentukan Malaysia, walaupun mereka baru berjumpa di Tokyo sebulan sebelumnya. Kemudian pada 1 Jun 1965, Republik Indonesia telah keluar dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB - United Nations) setelah tentangan supaya PBB tidak melantik Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan tidak dilayan oleh PBB.
Dwi Komando Rakyat (Dwikora) diumum secara rasmi oleh Sukarno pada 3 Mei 1964 dengan rancangan menubuhkan pasukan sukarelawan didalam kempen Ganyang Malaysia (Crush Malaysia), walaupun penyusupan para sukarelawan di Borneo telah berlaku lebih awal lagi dari tarikh tersebut. Pasukan-pasukan sukarelawan ini diketuai oleh anggota-anggota Korps Komando Operasi, Komando Pasukan Katak (Kopaska) dan juga melibatkan Resimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD).
Komando Siaga atau KOGA (dalam istilah Indonesia, komando adalah "command" iaitu pemerintah, bukan merujuk kepada komando pasukan khas) telah ditubuhkan, dengan Panglima Udara Omar Dhani telah dilantik menjadi Panglima KOGA yang akan mempersiapkan sukarelawan Ganyang Malaysia. Bagaimanapun, hanya lebih 1,000 sukarelawan dihantar ke Malaysia, tetapi berita yang digembar-gemburkan adalah seramai 8,000 anggota TNI dan 22 juta sukarelawan Fron Nasional Ganyang Malaysia telah dipersiapkan. Perlantikan ini agak pelik apabila ianya tidak diketuai oleh panglima dari Angkatan Darat memandangkan kebanyakan operasi melibatkan pergerakan di darat, dan menimbulkan rasa tidak puas hati bebrapa panglima dalam Angkatan Darat seperti Suharto.
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah pasukan yang terbesar penglibatannya dalam membendung ancaman dari pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan sukarelawan Ganyang Malaysia. Pada ketika itu RAMD telah mempunyai 8 batalion yang aktif, manakala Batalion ke-9 RAMD baru ditubuhkan pada 1 Sep 1965 dan hanya mencapai status operasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1966. Rejimen infantri yang kedua terbesar, Rejimen Renjer Diraja menerima penyerahan Batalion 1 dan Batalion 2 anggota Sarawak Rangers (yang diserapkan menjadi Renjer Malaysia) pada 4 Okt 1965 di Kem Syed Putra, Ipoh.
Ketika Konfrontasi berlangsung, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) hanya berkekuatan 8 batalion sahaja, dan Sarawak Rangers baru sahaja diserapkan kedalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dengan membentuk Batalion 1 & Batalion 2 Renjer Malaysia.
Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh setiap batalion RAMD semasa Konfrontasi 1963-1966.
1 RAMD yang berpangkalan di Taiping berada dibawah pimpinan Lt. Kol Abdul Jamil Ahmad telah digerakkan ke Sandakan, Sabah menggantikan 8 RAMD pada Julai 1964.
Markas Taktikal batalion ditempatkan di Kem Lapangan Terbang Sandakan.
Markas batalion bersama satu kompeni simpanan berada di Kem Kampung Jawa, Tawau.
Satu platun kompeni simpanan ditugaskan di perairan Pulau Indra Sabak.
Satu kompeni digerakkan ke Kinabatangan dengan satu platun mengawal keselamatan anggota pasukan Jurutera Australia yang sedang membina landasan kapal terbang.
Satu kompeni di Lahad Datu.
Satu kompeni di Pulau Sebatik dengan 2 buah helikopter ditumpangkan untuk kegunaan pasukan.
Selain beroperasi memburu anggota bersenjata Indonesia yang menyusup masuk, 1 RAMD juga bertanggungjawab menghapuskan kegiatan lanun di perairan sekitar Sandakan. Walaupun 1 RAMD giat menjalankan operasi, tiada pertempuran berlaku. Seorang anggota mati lemas di Segama.
Bagi mengelakkan rasa jemu dikalangan anggota 1 RAMD, lokasi gerakan yang baru dicari. Semasa tinjauan lokasi dibuat, helikopter Alouette telah terhempas di satu kem balak di Pegagau, sembilan batu dari Semporna dalam perjalanan ke Tawau. Helikopter Alouette dipandu oleh Lt. (U) Mohamed Ngah Said dan dinaiki oleh Brigadier Tengku Ahmad Tengku Besar Burhanuddin (Panglima Briged ke-5 Infantri) mengalami keretakan di tulang punggung, Lt. Kol Abdul Jamil (kecederaan ditulang belakang), Major Keith Milner (cedera parah dan meninggal dalam penerbangan ke hospital),
Batalion 1 RAMD mengakhiri tugasnya di Sabah pada Feb 1965 dan digantikan oleh 5 RAMD.
Batalion ke-2 RAMD yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan baru sahaja pulang ke Malaysia setelah berkhidmat di Congo sebagai pasukan pengaman antarabangsa di bawah misi United Nations (UN). Batalion 2 RAMD bertugas di Tawau selama 6 bulan menggantikan 3 RAMD, berada di bawah pimpinan Lt. Kol Mustaffa Abdullah.
Pergerakkan 2 RAMD ke Tawau selesai pada 15 Mei 1964 dan batalion menamatkan tugasnya di Tawau pada 21 Nov 1964 dengan digantikan oleh Batalion Pertama, Singapore Infantry Regiment (1 SIR).
Semasa di Tawau, batalion digerakkan di Pulau Sebatik, Bergosong, Cabang Tiga, Sungai Melayu dan Sungai Limau. Dalam satu kejadian, pasukan ini berjaya menyelamatkan lapan komando British apabila bot mereka mengalami kerosakan enjin dan hanyut ke perairan Indonesia.
Batalion ke-3 RAMD berpangkalan di Kem Kepala Batas, Alor Setar, Kedah dibawah perintah Lt. Kol. Othman Rani. Bagi menentang ancaman Konfrontasi, batalion ini ditugaskan ke Tawau pada November 1963. Kumpulan pendahuluan dari Kompeni B, diketuai oleh Mejar Mohd. Noor bin Malek meninggalkan Alor Setar menuju ke Kem Majidee, Johor Bahru pada 18 Nov 1963. Mereka kemudian menaiki kapal laut di Singapura, menuju ke Sabah.
Batalion 3 RAMD antara pasukan yang mempunyai rekod cemerlang dalam pertempuran. Pada tahun 1950, satu platun dari Kompeni D, 3 RAMD dengan kekuatan 25 anggota pernah bertempur dengan 250 pengganas komunis di Sungai Semur (link). Pada Konfrontasi ini, tragedi hitam telah terpahat dalam lipatan sejarah 3 RAMD apabila seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1, Kompeni A terkorban dan 18 lagi cedera didalam tragedi berdarah yang dikenali sebagai Peristiwa Kalabakan.
Tempat berlakunya peristiwa ini terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan, kira-kira 12 batu ke sempadan Kalimantan. Selain penempatan tentera, terdapat juga satu penempatan Pasukan Polis Hutan (PPH) dengan jarak kira-kira 300 meter antara satu sama lain. Pos PPH dengan kekuatan 15 anggota dipagari dengan dawai kawat berduri, manakala penempatan Platun 1, Kompeni A, 3 RAMD itu tanpa pagar. Kawasan penempatan ini kekurangan dari segi pertahanan kerana ketiadaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dibuat.
Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome yang memimpin Platun 1 sebenarnya adalah Pegawai Kenderaan Bermotor 3 RAMD, namun kerana batalion kekurangan ketua platun, beliau telah diarahkan oleh Pegawai Memerintah untuk mengetuai Platun 1. Beliau bersama-sama anggotanya sampai di Kalabakn pada 5 Dis 1963. Mejar Zainol Abidin Hj Yaacob, bersama satu seksyen dari Platun 10, Kompeni C, 3 RAMD kemudiannya ditumpangkan disitu, menjadikan kekuatan seramai 41 anggota, dan platun diketuai oleh Mejar Zainol.
Susunan penempatan adalah seperti berikut:
terdapat dua rumah atap yang menempatkan pegawai dan anggota platun sebuah bangunan pejabat diseberang jalan berhadapan dengan rumah-rumah atap tersebut tiga buah kubu pertahanan dengan setiap satu boleh memuatkan 3 anggota
Menurut laporan perisikan, seramai 130 anggota tentera Indonesia dari pelbagai unit telah bergerak menyusup masuk ke Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini melewati Tarakan dan menuju ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dari sebuah kedai kepunyaan peniaga Cina semasa berada di kawasan Serudong Laut.
Menurut Sarjan Ab. Aziz Meon beliau bersama 14 anggota diberi masa empat hari untuk melakukan rondaan di kawasan berhampiran dan melaporkan situasi kepada Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome. Pada jam 7.00 malam, 29 Disember 1963, mereka telah dipanggil pulang ke penempatan oleh ketua platun dengan dijemput oleh 2 buah Land Rover awam. Sarjan Abdul Aziz memberikan laporan lisan mengenai keadaan di Brantian kepada Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome sebaik tiba di kawasan penempatan pasukan, manakala anggota lain bersiap sedia untuk berehat dan tidur. Pada masa yang sama (kira-kira jam 8.45 malam) Mr. Rees, Pengurus Bombay Burma Timber Co. Ltd. datang bersama seorang lelaki bernama Sulaiman (datang bersenjata) menemui Mejar Zainol. Sarjan Abdul Aziz kemudian meninggalkan mereka dan diberitahu bahawa tidak ada "stand to" diadakan pada malam itu.
Dalam perjalanan menuju ke kediaman anggota, seorang pengawal telah menemui Sarjan Abdul Aziz dan memberitahu beliau melihat adanya pergerakan di dalam semak dibelakang rumah. Sebaik mendapat maklumat tersebut, Sarjan Abdul Aziz berkejar ke rumah dan mengambil senjata serta peluru. Pada masa yang sama beliau mengarahkan anggota membuat "stand to". Ketika mereka keluar dari rumah tersebut, anggota TNI telah mula melepaskan tembakan dan melemparkan grened ke arah mereka. Sarjan Abdul Aziz berjaya terjun ke dalam kubu bersama ketua platun dan dua anggota lagi. Mereka membalas tembakan dan juga melemparkan grened ke arah pasukan TNI. Pada masa yang sama Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome mengarahkan anggota mengambil perlindungan dan hanya melepaskan tembakan jika melihat anggota TNI.
Laungan ketua TNI "boneka Abdul Rahman, menyerahlah kamu" tidak dibalas dengan kata-kata. Sebaliknya masing-masing mencari sasaran dan melepaskan tembakan dengan SLR. Walaupun suasana itu menakutkan dan mengerikan, namun kami bertekad, biar putih tulang jangan putih mata, kata Pbt Mokhtar Hassan ketika ditemuramah pada tahun 2004.
Pegawai Waran 2 (PW 2) Awaluddin Kamoi menceritakan, lebih kurang jam 10 semasa pertempuran masih berlangsung, beliau nampak beberapa orang dihadapan rumah yang mereka diami, bertutur dalam loghat Indonesia. PW 2 Awaluddin melepaskan tembakan ke arah mereka tetapi dibalas dengan tembakan automatik sebelum menghilangkan diri.
Tembakan didapati datang dari pelbagai arah iaitu dari belakang kedua-dua rumah kediaman anggota, dari arah rumah Mejar Zainol, dari arah lapangan terbang dan balai polis. Mereka tidak dapat bergerak kerana menjadi sasaran tembakan dari pelbagai arah itu. Tembak menembak berhenti pada jam 11 malam. Mr. Rees bersama seorang lelaki menemui Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome sejurus pertempuran berhenti. Pada kira-kira pukul 3.30 pagi satu platun bantuan yang diketuai oleh Lt. Muda Wan Nordin Wan Mohammad tiba di penempatan Kalabakan. Anggota diarahkan mengumpulkan yang terkorban sambil memberikan rawatan kepada yang cedera. Setelah hari mulai cerah, mereka melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci. Lapan anggota termasuk ketua kompeni didapati telah terkorban, manakala 18 lagi tercedera.
Senarai peralatan yang didapati hilang adalah seperti berikut:
5 x rifel SLR, 11 x magazin, 6 x benet dan 12 alat pencuci senjata 1 x senjata SLR HB bersama 6 magazin dan alat pencuci 1 x machine-gun 9mm bersama 11 magazin dan alat pencuci 2,253 butir peluru 7.62mm, 355 butir peluru 9mm, 57 butir Grened dan lain-lain Pagi esoknya, Sulaiman yang datang ke penempatan telah ditahan oleh Lt. Muda Raja Shaharudin Raja Rome. Setelah dilakukan pemeriksaan terdapat 3 kelongsong peluru terselit dipinggangnya, laras senjatanya juga didapati berbau serta ada kesan baru digunakan. Dia kemudiannya diserahkan kepada Polis Kalabakan.
Menurut Pbt Mokhtar Hassan, ramai anggota TNI dari kalangan 130 yang menyerang itu terbunuh, tetapi telah dibawa lari semasa pasukan mereka berundur. Ada antara mayat mereka ditemui beberapa hari kemudian samada ditimbus secara ringkas atau terapung setelah dibuang kedalam sungai berdekatan.
Sebuah helikopter tiba pada jam 11.00 pagi bagi mengeluarkan anggota yang terkorban dan yang cedera ke Hospital Tawau. Jenazah kemudiannya diterbangkan ke Labuan dengan pesawat Dakota dan penduduk tempatan Labuan telah membantu memandikan dan menyempurnakan jenazah. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang Sungei Besi pada keesokkan harinya disambut oleh para menteri kabinet dan pegawai tinggi ATM.
Tindakan susulan:
Pada 12 Januari 1964 seramai 22 anggota TNI telah dibunuh dan bebrapa lagi ditangkap oleh pasukan 3 RAMD dan pasukan 1/10th Gurkha yang membuat operasi susulan.
Pada 27 Januari 1964, satu kumpulan ronda dari Kompeni B, 3 RAMD pimpinan Lt. Muda Ishar Sham menemui perkhemahan musuh dan berlaku pertempuran. Seorang anggota TNI terbunuh.
Pada 28 Januari 1964, Platun 6 yang dipimpin oleh Lt. Muda Abd. Aziz Shaari yang melakukan serang hendap di Merutai Estate berjaya membunuh 3 anggota TNI
sehingga 10 Februari 1964, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan dan 22 menyerah diri.
Senarai anggota 3 RAMD yang terkorban:
Mejar Zainol Abidin Hj Yaacob L/Kpl Abdullah Abdul Rahman Pbt Abdul Aziz Abdul Ghani Pbt Ismail Mansor Pbt Mohamad Zain Pbt Ismail Mat Pbt Yusof Sulong Pbt Shamsudin Yasin Senarai yang tercedera: PW2 Awaluddin Kamoi Sjn Abd Aziz Meon L/Kpl Osman Darus L/Kpl Isa Bujang Pbt Che Amat Che Leh Pbt Abdul Ghani Mohamad Pbt Shukri Suratman Pbt Mohamed Nafiah Yahaya Pbt Mohamad Nor Ahmad Pbt Yaacob Ngah Pbt Mohamad Arfah Almunir Pbt Ariffin Yusof Pbt Abdul Wahab Mat Pbt Yahya Yaacob Pbt Mat Sa'at Yaakob Pbt Ab. Karim Mat Johan Pbt Bidin Abu Pbt Mat Saad Othman
tetapi berdasarkan temuramah dengan para bekas sukarelawan, mereka mengatakan pasukan RAMD dibantu oleh tentera Inggeris, sedangkan TNI dengan kekuatan 130 orang cuma berhadapan dengan 41 anggota dari 3 RAMD.
Post Dari Blog Konflik & Militer
Sumber TKO - 27-11-2017
66 tahun melayar perjuangan: PAS terus melangkah gagahSumber HD- 24-11-2017 Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana Posted on Monday, November 20 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36875 |
Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang ke 30 untuk menggantikan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah. Baginda lebih senang dengan gelaran Sultan Iskandar Shah atau panggilan santai Sultan Iskando oleh ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sultan Perak yang ke 30 ini diputerakan pada 10 Mei 1876 di Kampung Kuala Keboi, Kampar.
Baginda adalah anakanda kepada Sultan Perak yang ke 28 iaitu Sultan Idris I yang pernah memerintah negeri Perak sejak tahun 1887 hingga tahun 1916.
Baginda Sultan Iskandar Shah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 30 pada Disember 1918 sehingga mangkat pada 14 Ogos 1938.
Almarhum baginda Sultan Iskandar Shah telah memerintah negeri Perak selama 20 tahun dengan jayanya dan baginda dimakamkan di makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Berbalik kepada kisah yang ingin diceritakan dalam artikel ini, ia adalah sebuah kisah yang amat jarang sekali dapat didengar dan anda bertuah kerana dapat membaca kisah ini dan baru anda tahu betapa hebatnya guru agama kepada Sultan Perak dan bukan calang-calang orangnya.
Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda Sultan Iskandar bersama cucu sulung baginda (Sultan Pahang sekarang)
Sebenarnya, Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) amat terkenal dengan kewarakan baginda dalam agama Islam. Baginda pernah bertitah kepada rakyat jelata di negeri Perak bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadirikan diri solat Jumaat tanpa sebab.
Baginda Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) juga sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak.
Lihat bertapa bagusnya seorang pemimpin agama negeri Perak.
Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana Ada satu cerita yang mana masanya berlaku dalam bulan Ramadan. Pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) telah menjemput ramai ulama terkenal dari seluruh negeri Perak untuk berbuka puasa di Istananya Bukit Chandan.
Maka, ramailah alim ulama pemikir agama yang datang untuk menerima undangan daripada Sultan Perak yang dihormati. Dalam keadaan gembira menunggu masa berbuka puasa sebelum maghrib tiba, makanan siap terus dihidangkan.
Ramai tetamu yang diundang rasa hairan kerana makanan siap dihidangkan terlalu awal namun mungkin ianya adalah persediaan biasa.
Akan tetapi apa yang berlaku pada waktu itu adalah Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) dikatakan telah mengarah semua yang hadir untuk mula menjamah makan walaupun lambat lagi azan maghrib nak berkumandang.
Ramai hadirin terkejut dengan titah daripada Sultan Perak tersebut. Ulama yang ada semuanya senyap seribu bahasa diam langsung tidak berani membantah.
Namun dengan tiba-tiba ada seorang guru agama baginda Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir terus bangun lalu berkata, "Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang".
Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir
Terus tergaman semua tetamu melihat guru agama tersebut berkata sedemikian kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam.
Yang sebenarnya, sememangnya niat Sultan Iskandar Shah pada waktu itu hanya untuk menguji pada ulama yang hadir. Baginda Sultan Iskandar Shah terus memuji keberanian beliau berani menegur Sultan dan baginda terus memarahi ulama-ulama lain yang membisu seribu bahasa.
Sultan Iskandar Shah mengeluh, "Nasib baiklah di negeri Perak ini masih ada orang yang berani menegur beta".
....
http://www.orangperak.com
Sumber TKO - 20-11-2017
Pulau Salang atau sekarang dikenali sebagai nama Phuket, Thailand sebenarnya mempunyai hubungan secara langsung dari segi sejarah dengan Kerajaan Kedah suatu waktu dahulu. Di ketika Kerajaan Kedah menjadi salah satu Kerajaan yang tunduk kepada kekuasaan Siam ianya menghantar ufti berbentuk bunga emas dan perak kepada Kerajaan Siam. Namun begitu Kerajaan Kedah bukanlah ditadbir secara langsung oleh Siam sebaliknya Kedah diurus oleh satu lagi Kerajaan lama iaitu Kerajaan Legor dibawah pemerintahan Nakhorn Sri Tammarat. Dikatakan pemerintahan Kerajaan Legor pula tidak menang tangan untuk menguruskan wilayah yang besar maka atas keizinan Siam juga maka Kedah dititipkan kepada Kerajaan Senggora iaitu Songkla sekarang untuk menguruskan Kedah. Atas pengaruh dan hubungan baik antara Senggora dengan seorang putera raja Kedah ini maka baginda mampu naik takhta sebagai Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang memerintah daripada tahun 1804 hingga 1843. Dalam pada itu sebenarnya jauh sebelum Sultan Ahmad Tajuddin menaiki takhta, wilayah Pulau Salang sebenarnya dimiliki oleh Kedah itu sendiri. Ianya berlaku ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa yang menaiki takhta pada tahun 1710 hingga 1718. Pada ketika itu Kedah telah awal-awal lagi menguasai keseluruhan batasan darat dan air antara Pulau Salang sehingga membentang ke Pulau Pinang. Di ketika inilah dikatakan rakyat Kedah begitu makmur sehingga mampu membuka lombong-lombong bijih timah serta memungut sarang burung dan juga mengumpul siput laut untuk menjadi sumber ekonomi mereka. \ Apabila Siam mula menunjukkan taringnya akhirnya Pulau Salang diambil oleh Kerajaan Siam secara langsung hanya kerana sumber galiannya yang berharga. Namun begitu rakyat Kedah dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ekonomi di gugusan pulau seperti di Ranong, Murgi, Takuapa, Salang, Terang, Teratau, Langkawi Langu, Pangnga dan Setol dengan syarat setiap penghasilan harus dibahagikan dengan Kerajaan Siam. Atas hal ini telah memungkinkan Kerajaan Burma atau Kerajaan Ava dibawah pemerintahan Raja Bodawphaya yang merupakan raja keenam dari Dinasti Alaungpaya Kerajaan Ava ingin menyekat penguasaan Siam keatas kerajaan Melayu di sekitarnya contohnya Kedah. Bagi Raja Bodawphaya hanya dengan mendapatkan Pulau Salang maka Kerajaan Ava akan berkuasa penuh atas perusahaan bijih timah serta mampu menyekat bekalan bahan letupan dan senjata yang dibekalkan dari Teluk Benggala untuk sampai ke Siam. Dengan cara ini, sudah tentu Siam akan bertambah lemah. Sekitar tahun 1785, atas titah daripada Raja Bodawphaya, panglima perangnya yang tersohor iaitu Atwinwun telah bertindak menyerang Pulau Salang. Percubaan serangan Ava ini beberapa kali Berjaya dipatahkan oleh Siam sehinggalah pada tahun 1810 akhirnya Ava Berjaya juga menduduki Pulau Salang. Pada ketika inilah hal pertama yang dilakukan Atwinwun adalah menghantar utusan kepada Sultan Ahmad Tajuddin agar bersama-sama Ava dan keluar daripada belenggu Siam. Di ketika itu juga Atwinwun meminta Kedah untuk tidak lagi menghantar bunga emas dan perak kepada Siam sebaliknya kepada Ava. Dan sebagai galang gantinya, Ava akan memberi perlindungan kepada Kedah daripada serangan Siam kelak. Namun begitu, Sultan Ahmad Tajuddin bukanlah seorang Sultan yang mementingkan dirinya sendiri lebih-lebih lagi sejak tahun 1808 lagi sebenarnya Sultan Ahmad Tajuddin telah memberikan seribu alasan untuk tidak turut serta di dalam perang Siam dengan Kerajaan Petani. Pada ketika itu dikatakan di sempadan Kedah sendiri terdapat beribu-ribu askar dari Senggora yang berkhemah di dalam proses untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Petani. Jadi sekiranya Sultan Ahmad Tajuddin membalas tawaran daripada Atwinwun ini sudah tentu, Kedah akan mendapat bala yang lebih besar. Maka perutusan dari Atwinwun itu dibalas oleh Sultan Ahmad Tajuddin dengan berhati-hati umpama menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan putus tepung jangan berselerakkan. Di dalam perutusan balas itu, Sultan Ahmad Tajuddin hanya memperkatakan tentang ucapan tahniah serta memuji-muji kekuatan Kerajaan Ava sahaja tanpa menyatakan persetujuan atas usulan daripada Atwinwun itu. Ini semua dilakukan untuk memastikan bahawa Siam tidak akan syak wasangka kepada Kedah. Tanpa Sultan Ahmad Tajuddin ketahui sejak dari awal lagi iaitu pada tahun 1808, Siam sebenarnya telah mulai mencurigai tindak tanduk pemerintah Kedah lebih-lebih lagi apabila Sultan Ahmad Tajuddin sama sekali tidak mahu menyertai angkatan perang Siam ke atas Petani. Oleh kerana itu apabila Ava berkuasa di Pulau Salang, Siam sudah mula berasa was-was kerana Siam khuatir, Kedah akan berpaling daripada mereka. Dan kerana itulah, Siam mengeluarkan titah perintah kepada Kedah untuk menghalau bala tentera Kerajaan Ava dibawah pimpinan Atwinwun daripada bumi Salang secepat mungkin. Oleh kerana Sultan Ahmad Tajuddin tiada pilihan untuk berdolak-dalih lagi dan tidak mahu Kedah terus dikatakan tidak setia pada Siam yang sudah tentu akan memberi nasib buruk kepada Kedah kelak maka baginda telah menghantar 100 buah perahu dengan seribu orang satria dari Kedah dibawah pimpinan Dato Laksamanya menyerang Salang pada tahun 1810 itu juga. Maka bertempurlah panglima dan kesatria dari Kerajaan Kedah dengan tentera Ava dibawah pimpinan Atwinwun yang juga panglima Ava yang tersohor namanya di dalam proses perluasan empayar Kerajaan Ava pada masa itu. Di dalam taktik strategi perang di Pulau Salang ini sudah tentu Sultan Ahmad Tajuddin dibawah pimpinan Dato Laksamananya mempunyai kelebihan kerana di Pulau Salang rata-ratanya diduduki oleh rakyat Kedah pada asalnya telah memberikan sumber informasi yang berguna. Dikala inilah rakyat Kedah di Pulau Salang telah menyalurkan segala pengetahuan mereka tentang Pulau Salang sehinggalah tentera Ava dibawah Atwinwun Berjaya dihalau keluar daripada Pulau Salang dengan sedikit sahaja jumlah korbannya di pihak Kedah. Dikatakan kerana tidak dapat lagi bertahan di Pulau Salang, Atwinwun dengan bala tentera Ava sendiri cabut lari di medan perang dengan meninggalkan peralatan perang mereka di Pulau Salang. Sejarah Perang Pulau Salang 1810 ini menyaksikan bagaimana sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kerajaan Kedah telah Berjaya mengusir tentera Ava sendirian walaupun tanpa bergabung dengan mana-mana kerajaan-kerajaan yang berpihak kepada Siam suatu waktu dahulu. Sebenarnya Kedah sendiri adalah satu kerajaan Melayu yang kuat yang sudah tentu mempunyai taktik peperangannya yang tersendiri yang boleh menggoyah kerajaan asing yang lain. Rujukan: 1. Mohammad Yusuf Hashim. Buku bertajuk: Syair Sultan Maulana 1812. Dicetak semula oleh Dato Wira Dr. Mohd Shariff bin Abu Samah . Penerbit: Universiti Malaya 2. Liaw Yock Fang. Buku bertajuk: A History Of Classical Malay Literature 3. A Malay Ballad From Kedah: The Naval Battle For Phuket http://britishlibrary.typepad.co.uk/asian-and-african/2014/02/malay-ballad-from-kedah-the-naval-battle-for-phuket.html Sumber TKO - 10-11-2017 Peristiwa usaha memujuk beberapa orang ADUN PAS kelantan untuk menyertai UMNO Posted on Sunday, November 05 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36455 |
Turn about turn yang dikenali satu Peristiwa usaha memujuk beberapa orang ADUN PAS kelantan untuk menyertai UMNO. Perkara ini berlaku setelah berlakunya pilihamraya kecil kawasan bachok utara pada April 1968.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang terlibat dengan peristiwa itu ialah Encik Saufi Idris, Ustz Abdullah bin Haji Yusof (Speaker), Ustz Abdul Rahman Salleh (exco negeri kelantan), Encik Omar bin Muhammd dan Encik Yusof bin Latiff.
Terdapat satu kejadian di mana mereka tersebut telah ditahan oleh polis dan kemudian di bawa ke Kuala Lumpur.
Mereka ditahan serta dipujuk dengan janji berbagai-bagai supaya kamu tinggalkan Pas dan menyertai UMNO. malah mereka diugut dengan berbagai-bagai ancaman termasuklah tahanan di bawah ISA dan sebagainya. Dalam beberapa minggu kemudian setelah mereka bersetuju untuk menerima tawaran tersebut segala kawalan dilonggarkan.. Dengan kesempatan itu, salah seorang tokoh Pas, Ustz Wan Sulaiman Ibrahim (Bekas Ketua Pas Pasir Puteh) telah dihubungi oleh mereka dan memberitahu mereka telah bersetuju untuk membuat pengisytiharan keluar dari Pas dan menyertai UMNO.
Beberapa hari sebelum sidang dun Kelantan bersidang, kelima-lima mereka telah dibawa balik ke Kelantan dengan kawalan yang ketat. Bahkan rumah kediaman mereka juga turut dikawal rapi.
Dipendekkan cerita sidang dun ketika itu ditangguhkan. Dan petang tersebut, tiga wakil rakyat daripada Pas telah membuat pengisytiharan di hadapan wakil televisyen dan akhbar sebenarnya mereka masih tetap ahli Pas dan tidak jadi menyertai UMNO. mereka ialah Ustz Abdul Rahman Salleh, Encik Omar bin Muhammad dan Encik Yusof Latif. manakala dua orang lagi iaitu Encik Abdullah Yusof (Speaker Dan) Dan Encik Saufi Idris masih tetap dalam UMNO.
Ambo cuba nak jelas kan sikit apa yang di tulis kan dalam post MSO (Sayuti Omar) mengenai ADUN PAS ada menerima suapan RM 30,000 tiap saorang dari UMNO. memang kelima mereka ada menerina wang itu tetapi 3 orang dari mereka ada lah untok menyelamat Kelantan dari jatoh ketangan UMNO.
Kredit
Hashim Omar
Mereka ditahan serta dipujuk dengan janji berbagai-bagai supaya kamu tinggalkan Pas dan menyertai UMNO. malah mereka diugut dengan berbagai-bagai ancaman termasuklah tahanan di bawah ISA dan sebagainya. Dalam beberapa minggu kemudian setelah mereka bersetuju untuk menerima tawaran tersebut segala kawalan dilonggarkan.. Dengan kesempatan itu, salah seorang tokoh Pas, Ustz Wan Sulaiman Ibrahim (Bekas Ketua Pas Pasir Puteh) telah dihubungi oleh mereka dan memberitahu mereka telah bersetuju untuk membuat pengisytiharan keluar dari Pas dan menyertai UMNO.
Beberapa hari sebelum sidang dun Kelantan bersidang, kelima-lima mereka telah dibawa balik ke Kelantan dengan kawalan yang ketat. Bahkan rumah kediaman mereka juga turut dikawal rapi.
Dipendekkan cerita sidang dun ketika itu ditangguhkan. Dan petang tersebut, tiga wakil rakyat daripada Pas telah membuat pengisytiharan di hadapan wakil televisyen dan akhbar sebenarnya mereka masih tetap ahli Pas dan tidak jadi menyertai UMNO. mereka ialah Ustz Abdul Rahman Salleh, Encik Omar bin Muhammad dan Encik Yusof Latif. manakala dua orang lagi iaitu Encik Abdullah Yusof (Speaker Dan) Dan Encik Saufi Idris masih tetap dalam UMNO.
Ambo cuba nak jelas kan sikit apa yang di tulis kan dalam post MSO (Sayuti Omar) mengenai ADUN PAS ada menerima suapan RM 30,000 tiap saorang dari UMNO. memang kelima mereka ada menerina wang itu tetapi 3 orang dari mereka ada lah untok menyelamat Kelantan dari jatoh ketangan UMNO.
Kredit
Hashim Omar
Sumber TKO - 5-11-2017
No comments:
Post a Comment