BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, November 23, 2017

YBHG USTAZ NASARUDIN HASSAN - KETUA PENERANGAN PAS PUSAT ( JILID 3)

Sesi 2017-2019

Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:

Pengerusi: YBHG Ustaz Haji Nasrudin Hassan

Timbalan Pengerusi 1: YB Dato' Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Sumber PP - 6-5-2017

Sesi 2015 - 2017

Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : Tn Hj Roslan Datuk Mohd Shahir
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ahmad Amzad Hashim

Sumber

PP - 23-6-2015/6-5-2017

4,000 Projek Mesra Rakyat dimansuhkan?



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak pihak kerajaan untuk menjelaskan butiran dan faktor lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat yang telah diluluskan bagi tahun 2018 dikatakan telah dimansuhkan.
Berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi sehingga Julai 2018, jumlah 4,000 Projek Mesra Rakyat tersebut merangkumi setiap parlimen di seluruh negara. Anggaran keseluruhan nilai projek tersebut berjumlah lebih RM100 juta.
Contohnya, di Negeri Sembilan sahaja, projek yang terlibat berjumlah lebih 500 buah projek. Johor pula mencatatkan paling banyak iaitu lebih 800 buah projek, manakala di Kedah pula sebanyak lebih 500 buah projek.
Kebanyakan projek berkenaan adalah projek di luar kawasan bandar dan ia adalah projek keperluan masyarakat setempat seperti masjid, dewan dan jalan raya.
Apa yang disuarakan oleh PAS ini selari dengan kebimbangan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia sebelum ini.
Tuntutan pembayaran projek berjumlah kira-kira RM8 juta masih belum dilunaskan disebabkan pemberhentian dana daripada pihak kerajaan.
Sekiranya jumlah ini tidak dibayar kepada pihak kontraktor Bumiputera ini, maka lebih kurang 400 syarikat kontraktor akan muflis. Bukan sekadar itu, kehidupan harian mereka turut terjejas.
PAS menuntut pihak Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini.
Perkara ini telah berlarutan terlalu lama sehingga menyebabkan pihak kontraktor yang telah menyiapkan kerja-kerja mereka tidak mendapat pembayaran yang sepatutnya.
Islam Memimpin
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Muharram 1440 | 1 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 1/10/2018

Sumber HD - 1-10-2018

Menuju pemerintahan diktator?



BERKATA menteri yang ada wilayah, “Sekiranya (pusat tahfiz) tidak berdaftar, kami tidak teragak-agak untuk menutupnya”. Demikianlah laporan beberapa media pada 25 September 2018. Kedengaran bagai titah seorang pemerintah diktator. Mungkin juga kerana baru beroleh kuasa.
Malangnya, pusat tahfiz jugalah yang sering menjadi sasaran. Sebelum ini, hanya bila berlaku kebakaran atau guru liwat murid, maka setiap kali itulah ada suara minta pusat tahfiz ditutup. Berbeza alasan kali ini, kerana tidak berdaftar, maka pusat tahfiz itu mesti ditutup dan ia dititah sendiri oleh menteri.
Tahukah anda, di Wilayah yang ada menteri ini juga:
- terdapat 1,086 pusat hiburan tidak berdaftar. (Ketua Penyelaras Benteras Aktiviti Haram Azman Mahmood pada 11 Nov 2017)
- mempunyai 3,000 premis perjudian online beroperasi di Lembah Kelang (Kementerian Wilayah Persekutuan - 29 Julai 2017)
- pusat pelacuran Jalan Petaling menawarkan ratusan pelacur warga asing. Rumah Merah @ Rumah Cinta 15 minit hanya 500 meter dari Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur. (Harian Metro 10 Julai 2018)
Cegah Yang Mungkar Bukan Cegah Yang Makruf.
Nasrudin Hassan Tantawi
Rabu, 16 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 26/9/2018

Sumber HD - 26-9-2018

Zakir Naik: Mujahid sangat tidak adil



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.

Tidak mustahil kenyataan Dr Mujahid yang menghina dan menganggap Dr Zakir Naik mencaci agama lain didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan tokoh tersebut sebelum ini.

Dr Mujahid harus malu dan melihat kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap Dr Zakir Naik. Dr. Mujahid pernah menganggap program Dr Zakir Naik adalah program perbahasan ilmiah.

Dr Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke Malaysia.

Jika Dr Mujahid tidak bersetuju dengan kaedah pendebatan yang dianjurkan, maka beliau boleh berbincang dari aspek teknikal. Jangan sentuh sensitiviti melampau sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap Dr Zakir Naik.

Sikap apologetik Dr Mujahid sangat naif sehingga membuat tuduhan melulu. Sikap tidak profesional tersebut telah menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain.

Berbeza dengan cara Dr Mujahid menangani isu LGBT. Beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi alternatif kepada golongan ini. Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik, beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut.

Demikian juga qbeliau boleh buat pertemuan dengan Dr. P. Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatan Dr. P. Ramasamy dengan pertububan pengganas LTTE.

Adakah sebenarnya Dr. Mujahid didorong atau berada dibawah kawalan dan cengkaman pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Dr Zakir Naik?

Islam Memimpin

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Muharram 1440 | 25 September 2018 – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018

Arak beracun vs pusat tahfiz



SETAHUN yang lalu, pada tanggal 14 September 2017, negara dikejutkan dengan tragedi ngeri kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 20 nyawa.

Ekoran peristiwa itu, pantas pihak yang berfikiran liberal mencadangkan supaya pusat tahfiz ditutup kerana mendakwa tahfiz tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pembangunan negara.

Hari ini 22 Sept 2018, Malaysia telah mencatat 31 orang maut dari seluruh negara sejak 18 September lalu akibat minum arak beracun yang mengandungi metanol. Anehnya golongan liberal membisu sejuta bahasa. Tidak kedengaran pula suara mereka menggesa agar kilang arak ditutup ekoran tragedi ini.

Manusia Selalu Zalimi Diri Sendiri

Nasrudin Hassan
Sabtu: 12 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 23/9/2018

Sumber HD - 23-9-2018

Peruntukan Kem. Pertahanan bermotif politik


PENGUMUMAN peruntukan segera Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM500,000 untuk membaiki kerosakan kuarters dan prasarana Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Port Dickson adalah dilihat bermotif politik.

Umum mengetahui PRK Parlimen Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober 2018, manakala pengundian awal dijadual pada 9 Oktober 2018. Jumlah pengundi dalam kalangan anggota tentera yang merangkumi pegawai dan ahli keluarga di Port Dickson berjumlah 4,532 orang (2018).

Berdasarkan trend semasa, peratusan keluar mengundi di tiga siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini terlalu rendah. Tidak dinafikan, salah satu faktor penurunan drastik adalah disebabkan oleh penolakan pengundi terhadap PH akibat daripada kegagalan melunaskan manifesto dan penggubalan polisi baru yang tidak menyebelahi rakyat.

Di Seri Setia, calon PAS turut memperoleh kemenangan daripada undian awal yang disumbangkan oleh pengundi polis dan tentera. Perubahan ini adalah signal positif terhadap PAS dan parti pembangkang.

Tindakan Menteri Pertahanan yang mengumumkan peruntukan tersebut juga bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR yang juga calon PRK PD kali ini.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu aset dan jentera kerajaan digunakan untuk pilihan raya. Ia bertujuan bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dengan adil.

Malah, beliau turut memberikan contoh sikap yang ditunjukkan oleh Menteri KPDNHEP yang menangguhkan program kementeriannya di PD untuk mengelakkan penyalahgunaan jentera kerajaan.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
13 Muharram 1440 | 23 September 2018 – HARAKAHDAILY 23/9/2018

Sumber HD - 23-9-2018

Langkah PD tidak perlu


 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8199-langkah-pd-tidak-perlu


TIMBALAN Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood telah nyatakan bahawa 1,403 petugas dilantik untuk kendali pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober kelak. Mempunyai 39 pusat mengundi dengan 171 saluran. Memerlukan peruntukan kos sebanyak RM3.6 juta.

Terdahulu pada 21 Mei 2018, YAB Perdana Menteri telah dedahkan kedudukan kewangan negara yang tenat. Ekoran hutang negara mencecah RM1 trilion. Justeru itu, kerajaan PH tubuhkan Tabung Harapan pada 2 Jun 2018 untuk kutip derma dari rakyat.

iAlangkah baiknya jika anggaran peruntukan RM3.6 juta itu ditabungkan ke Tabung Harapan dan PRK itu tidak perlu diadakan. Datuk Seri Anwar boleh tunggu PRU ke-15 untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-8.

Orang Gopoh Selalu Rugi.

Nasrudin Hassan Tantawi
Ahad: 13 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 23/9/2018

Sumber HD - 23-9-2018

PH tak jamin Islam, kita terpaksa 'back off'

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <









KUALA NERUS - Gerakan perubahan diambil Pas bersama mana-mana rakan ganding menetapkan Islam sentiasa diutamakan

Malah parti dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini tidak menoleh ke belakang lagi apabila rakan gandingnya yang dulu tidak dapat menjamin Islam di hadapan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hasan berkata kebersamaan itu pada awalnya memang untuk menggerakkan jentera perubahan namun mereka terpaksa berundur.

"Jadi awalnya kita memang bersama dengan mereka untuk menggerakkan jentera perubahan malah kita pernah bersama menyertai Bersih 1, Bersih 2 dan kita juga menyertai gabungan PR pada peringkat awal.

"Tapi apabila kita melihat aliran gerakan perubahan itu tidak jamin meletakkan Islam di hadapan maka kita terpaksa 'back off'," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Muktamar Pas ke-64 melabuhkan tirai, hari ini.

Katanya, hala tuju Pas dalam menuju ke PRU15 dapat disimpulkan dengan jelas selepas muktamar kali ini.

"Kesimpulannya ialah Islam memimpin (tema Muktamar Pas ke-64) dengan maksud Pas akan mencari rakan ganding untuk menghadapi PRU15 .

"Rakan ganding yang boleh menerima dasar dan prinsip perjuangan Islam Pas bawa. Sudah tentunya kita sedang bergerak untuk membawa perubahan," katanya.

Mengimbau gerakan perubahan dulu, Nasrudin berkata Abdul Hadi sendiri telah menegaskan perubahan itu tidak ada makna sekiranya tidak tahu di mana letaknya Islam.

"Memang dulu sudah ada gerakan perubahan tapi seperti mana yang presiden sebut, apa erti perubahan itu jika tidak tahu letak duduknya Islam itu dalam arus gerakan perubahan.

"Jadi apa yang kita nak jana sekarang ialah kita nak beri penekanan kepada masyarakat, perlunya membuat perubahan. Kalau dulu rakyat buat perubahan dengan tumbangkan Umno-BN, kini kita lihat PH juga tidak meletakkan satu kadar perubahan yang tepat dengan kehendak Islam," katanya.

Katanya, dengan mengangkat matlamat Islam memimpin, hala tuju Pas menuju pilihan raya akan datang adalah untuk memastikan gelombang itu adalah gelombang Islam.

Sumber MR - 17-9-2018









Politik dakwah PAS












POLITIK Dakwah adalah satu kriteria daripada tujuh kriteria Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibudayakan oleh PAS dalam gerak kerjanya.

Politik Dakwah menjadikan PAS bersikap terbuka kepada siapa jua pihak, individu dan parti yang mahu mendekati dan berkerjasama dengan PAS.

Sementara mereka yang menjadikan PAS sebagai musuh dan sering dijadikan sasaran fitnah, PAS sabar mendepani mereka dan tidak akan mengalah dalam menghadapi serangan mereka yang bertali arus.

Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Terengganu kali ini menyaksikan satu sejarah yang menggilap budaya politik dakwah PAS apabila PAS mengundang pemimpin Umno ke muktamarnya setelah sekian lama bermusuh di pentas politik negara.

Perkembangan terbaru ini adalah hikmah yang sangat besar kepada politik negara ekoran jatuhnya kerajaan Umno dan BN setelah mereka memerintah negara lebih 60 tahun lamanya.

Pendekatan terbaru PAS dengan konsep Ta'awun Siasi (kerjasama politik) bersama Umno dan merealisasikan politik dakwah dalam gerak kerja politiknya adalah berpaksi pada tuntutan Islam yang selama ini menjadi dasar PAS.

Sementelah Umno bersedia untuk bekerjasama dengan PAS, maka PAS membuka pintu kerjasama dan mengajak mereka berdiri atas prinsip Ta'awun A'la Birri wa Taqwa (kerjasama di atas kebajikan dan tunduk kepada Allah SWT)

Terdapat pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Terutama pihak dari komponen Pakatan Harapan (PH). Lalu mereka menyerang, memfitnah dan maki hamun kononnya PAS telah lari dari dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan Umno.

Persoalannya, PAS yang bekerjasama dengan Umno, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut? Bukankah mereka mahu mengalahkan PAS dan menawan Kelantan serta Terengganu? Jika kerjasama PAS dan Umno ini merugikan PAS, sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.

Mereka dilanda resah, justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan PAS. Sementelah PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti komponen mereka tidak stabil.

Ahli dan pimpinan PAS yang Istiqamah dan komited dengan amal Islami insya Allah tidak tergugat dengan segala propaganda dan politik laga yang dicetuskan oleh mereka.

Sebaliknya meneruskan perjuangan melandasi halatuju PAS yang jelas ke arah mencari mardhatillah, memugar kekuatan ummah, memperjuangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dan negara dengan Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 15/9/2018

Sumber HD - 15-9-2018

Mengapa Pinda Pertuduhan Terhadap Ahli Kongsi Gelap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoal tindakan Timbalan Pendakwa Raya meminda pertuduhan ke atas ahli kongsi gelap Geng 360 Kajang Devan kelmarin.
2. Berdasarkan maklumat, semua *ahli kongsi gelap tersebut termasuk seorang ahli politik berpangkat datuk telah didakwa oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada 6 Mac 2017.*
3. Pada awalnya, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
4. Pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka adalah menganggotai kumpulan jenayah terancang. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum selama 20 tahun.
5. Menurut bekas Ketua Polis Negara, *mereka didakwa terlibat dengan pelbagai jenayah serius. Rekod Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dengan beberapa kes pembunuhan, memiliki senjata api, peras ugut dan culik serta dadah.*
6. Jika kes-kes ini yang menyebabkan mereka ditahan dan didakwa, mengapa Timbalan Pendakwa Raya membuat pindaan pertuduhan daripada Akta SOSMA kepada hanya Akta Pertubuhan?
7. Mereka yang telah dibacakan pertuduhan telah mengaku salah kerana menganggotai pertubuhan menyalahi undang-undang sahaja.
8. Semua tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara selama setahun bermula dari tarikh ditangkap iaitu tahun lalu.
9. *Timbalan Pendakwa Raya mesti menjelaskan isu ini* kerana ia membabitkan soal keselamatan awam dan ketelusan pihak pendakwaan.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber BO - 9-9-2018











Menikus



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) terkilan dengan sikap Parti Amanah Negara (PAN) yang menikus untuk mempertahankan keindahan Undang-Undang Syari’ah apabila YAB PM menyatakan pendapat kabinet berhubung isu tersebut beberapa hari lalu.

PM mendakwa hukuman sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu dianggap satu hukuman yang melihatkan Islam sebagai agama yang suka menghukum dan bengis. Adakah PAN terikat dengan tanggungjawab kolektif sehingga terpaksa berdiam diri untuk menegur PM?

PAS juga melihat kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dikeluarkan semalam bercanggah dengan kenyataan awal beliau yang menyokong sepenuhnya pelaksanaan hukuman sebat yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu beberapa hari lalu.

Mengapa pula kenyataan beliau semalam mempertikaikan keputusan dan hukuman yang telah diputuskan? Adakah beliau telah ditekan oleh segelintir pihak dalam Pakatan Harapan untuk mengendurkan sokongan awal beliau dalam isu ini?

Tindakan beliau jelas memperlihatkan PAN terpaksa menikus jika terdapat isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam. Dalam isu ini, Menteri (Agama) harus mendukung kedaulatan undang-undang Syariah dan berusaha untuk menerangkan perbezaan prosedur dan tatacara hukuman antara mahkamah Syariah dan mahkamah sivil kepada umum.

Inilah ruang yang sesuai untuk menonjolkan keindahan Islam bukan menambah kekeliruan dengan logik akal yang tidak munasabah.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
27 Zulhijjah 1439 | 8 September 2018 – HARAKAHDAILY 8/9/2018

Sumber HD - 8-9-2018

Pertimbang semula pelantikan Presiden UIAM



PIHAK Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sewajarnya mempertimbangkan semula pelantikan Menteri Pendidikan sebagai Presiden UIAM yang baharu.

Terlebih wajar jawatan tersebut diberikan kepada ahli akademik yang berkredibiliti dan berpengalaman berbanding seorang ahli politik.

Permintaan ini juga selaras dengan aspirasi menteri sendiri yang mahukan universiti bebas daripada mereka yang mempunyai kepentingan politik kepartian.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan yang juga merupakan ahli parti politik PPBM turut mendesak semua penjawat awam lantikan politik dan mempunyai kecenderungan politik BN di universiti meletakkan jawatan.

Berasaskan aspirasi tersebut, beliau sewajarnya memberi laluan kepada individu lain yang lebih sesuai untuk menggalas jawatan tersebut.

Tambahan pula, seorang ahli akademik yang lebih layak perlu dilantik untuk memacu hala tuju universiti ke arah memartabatkan nilai ilmu di samping mengukuhkan autonomi dan kebebasan akademik.

PAS juga turut memberi perhatian terhadap isu pelantikan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.

Sebelum ini, Penasihat Khas Menteri Pendidikan telah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Kementerian Pendidikan harus menjelaskan apakah tatacara pelantikan orang yang berkepentingan politik kepartian di jawatan-jawatan penting bagi mengelakkan persepsi buruk dan konflik kepentingan.

Jika tidak, lebih wajar agar lantikan politik tersebut digugurkan dan digantikan dengan tokoh lain yang lebih sesuai.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Zulhijjah 1439 | 5 September 2018 – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018


Pengundi Cina, India tidak perlu bimbang



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru pengundi Cina dan India khususnya di Dun Seri Setia untuk memberi undi kepada calon Dr Halimah Ali.

Mereka tidak perlu bimbang dengan agenda PAS kerana Islam yang diperjuangkan adalah untuk kesejahteraan semua pihak.

Tiada sentimen rasis jika PAS menentang PH atau DAP kerana asas penentangan PAS adalah kerana ideologi yang diperjuangkan dan sikap yang ditunjukkan oleh mereka.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, PAS bertindak sebagai sebuah pembangkang yang konstruktif dengan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

PAS sama sekali tidak bersikap ekstremis dalam memperjuangkan agenda Islam sehingga menzalimi agama atau kaum lain.

Tawaran PAS yang terdapat dalam manifesto adalah kesejahteraan untuk semua pihak bukan terhad kepada orang Melayu semata-mata.

Ekoran daripada isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah Syariah di Terengganu, PAS ingin tekankan bahawa ini adalah sebahagian daripada kaedah tatacara hukuman yang dijalankan dalam Islam dan perundangan negara.

Kaedah tersebut jauh lebih baik daripada apa yang diamalkan dalam hukuman sivil malah ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pesalah dan juga rakyat.

Rakyat bukan Islam boleh menilai dengan adil malah PAS mengalu-alukan jika terdapat mana-mana pihak yang mahu mengadakan dialog tentang isu ini.

Begitu juga dalam isu pelaksanaan semula SST. Beban kos sara hidup dan barang-barang semakin naik. Semua rakyat yang berada dalam lingkungan B40 dan M40 tanpa mengira agama dan kaum terkena tempias dengan regim percukaian baru ini.

Oleh sebab itu, PAS mahu memperkenalkan sistem percukaian baru yang hanya memfokuskan kepada golongan super rich 1% hingga 3% dalam kalangan T20.

Kutipan cukai yang diperolehi daripada mereka akan diagihkan secara adil kepada rakyat berdasarkan keperluan sebenar.

Pengundi Cina dan India tidak perlu bimbang untuk mengundi PAS. Setakat hari ini, tidak ada lagi rakyat bukan Islam yang menetap di Kelantan dan Terengganu yang dipinggirkan disebabkan faktor agama atau kaum daripada kerajaan yang ditadbir oleh PAS.

Mengundi calon Dr Halimah Ali adalah sokongan kepada budaya politik matang dan sejahtera yang diagendakan oleh PAS. PAS yakin komitmen yang akan ditunjukkan oleh Dr Halimah Ali untuk membantu pengundi di Dun Seri Setia tanpa mengira agama dan kaum. Islam sejahtera untuk semua.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018

Cadangan mansuh undang-undang syariah tindakan melampau



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak kumpulan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang mendesak untuk memansuhkan undang-undang jenayah Syariah.

Tindakan tersebut keterlaluan dan sangat biadap sehingga dilihat mencabar kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan di negara ini.

Undang-undang Syariah jelas diperuntukkan di dalam Jadual 9 (Senarai II - Senarai Negeri) Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi hukum hakam Syarak, undang-undang diri dan keluarga bagi mereka yang menganut agama Islam.

Undang-undang Jenayah Syariah adalah hak eksklusif untuk orang Islam di setiap negeri. Cadangan untuk menyatukan undang-undang jenayah hanya di bawah satu Kanun Keseksaan di bawah jurisdiksi Persekutuan adalah tidak relevan.

Tambahan pula, Undang-undang Jenayah Syariah adalah berasaskan ruh sumber-sumber syarak walaupun ianya sangat terhad kepada hukuman maksimum enam kali sebatan, denda sehingga RM5,000 dan tiga tahun penjara sahaja.

Hukuman ini telah ditetapkan sejak tahun 1998 dan belum pernah dipertingkatkan sehingga kini.

Terdahulu, YB Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah kemukakan Private Member Bill untuk pinda Akta 355 bagi membolehkan memperkasakan Mahkamah Syariah dapat dilunaskan, tetapi belum berjaya.

Berdasarkan kes terbaru yang melibatkan dua orang wanita yang disabitkan kesalahan musahaqah di bawah Seksyen 30, Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu. PAS sangat menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak mahkamah.

Pihak JAG dan Majlis Peguam Negara seharusnya memahami prosedur hukuman yang dilakukan oleh institusi mahkamah Syariah bukannya melabelkan ia sebagai satu 
set perundangan yang zalim dan barbaric.

Mudah-mudahan pelaksanaan hukuman tersebut mengundang kesedaran dalam kalangan rakyat dan keinsafan buat pesalah. Selebihnya urusan ini diserahkan kepada Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Zulhijjah 1439 | 3 September 2018 – HARAKAHDAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018


Manfaatkan kepakaran, pengalaman Dr Halimah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru pengundi-pengundi pelbagai kaum di N.32 Seri Setia untuk mengundi calon berpengalaman PAS, Dr Halimah Ali.

Beliau yang mempunyai latar pendidikan yang cemerlang di samping keperibadian diri serta keluarga yang baik harus diberi peluang untuk berada di Dewan Undangan Negeri Selangor pada kali ini.

Keberadaan beliau di Dun sudah tentu boleh menyumbang ke arah politik bernilai tinggi kerana pengalaman selama 10 tahun sebagai Adun boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat menyuarakan isu-isu negeri dan tempatan dengan lebih efektif.

Selain itu, pengalaman beliau yang sangat berharga selama lebih 20 tahun sebagai doktor di hospital awam dan pengamal perubatan swasta membuktikan jiwanya yang lebih dekat dengan masyarakat.

Karier sebagai seorang doktor sudah tentu menajamkan keprihatinan beliau terhadap masyarakat. Beliau juga sering menawarkan diri sebagai aktivis sukarelawan bencana alam di Malaysia dan antarabangsa antaranya seperti di Lubnan, Kashmir, Yogyakarta dan Aceh. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa sikap empati beliau terhadap rakyat sukar untuk dipertikaikan.

Tambahan pula, khidmat bakti beliau sebagai mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008 hingga 2013 boleh menyumbang ke arah pembangunan polisi dan isu pendidikan negeri dengan lebih berkesan.

Hal ini bermakna, kecenderungan beliau dalam sektor kesihatan, kebajikan dan pendidikan boleh membantu rakyat pelbagai kaum di Seri Setia khususnya dan seluruh negeri Selangor amnya.

Pengundi di Seri Setia mempunyai peluang keemasan untuk menghantar calon PAS yang berintegriti dan berkompetensi demi kebaikan seluruh rakyat di negeri Selangor. Insya Allah.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Zulhijjah 1439 | 28 Ogos 2018 – 28/8/2018

Sumber HD - 8-8-2018

Semangat pembangkang di Balakong, Seri Setia


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7842-semangat-pembangkang-di-balakong-seri-setia


TIDAK dapat tidak, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu menatijahkan sesuatu yang telah dapat dijangkakan daripada awal.
Kemelut politik semakin berpanjangan. Keparahan sosial semakin menekan. Prestasi ekonomi semakin membimbangkan. Realiti ini diakui oleh semua pihak.
Seratus hari yang berlalu dalam pemerintahan Pakatan Harapan tidak nampak riak untuk memulihkan keadaan sebaliknya banyak perkara yang menambah keresahan umat Islam di Malaysia khususnya.
Ditakdirkan berlaku tiga pilihan raya kecil dalam tempoh seratus hari. Di PRK Sungai Kandis dan Seri Setia, PAS mengambil sikap berta’awun (bekerjasama) dengan Umno, tanpa sebarang perjanjian politik yang mengikat antara kedua-duanya.
Sementara di Dun Balakong yang mempunyai komposisi kaum majoriti Cina melebihi 60 peratus, PAS melihat tiada keperluan semasa untuk menempatkan calon di Dun berkenaan.
YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS menyatakan sokongan kepada MCA atas semangat pembangkang. Team pembangkang mesti diperkukuhkan untuk menghakis ego pemerintah yang dilihat membawa kemudharatan besar kepada agama, rakyat dan negara jika dibiarkan.
Sudah pasti keputusan yang dibuat ini berdasarkan pertimbangan politik semasa yang difahami daripada Fiqh Muwazanat (Feqah Timbangan Membuat Keputusan) dan Feqh Al Waqi’ (Feqah Realiti)
Kemenangan pembangkang dalam PRK ini, meskipun tidak merubah kerajaan negeri, tetapi mampu membentuk kekuatan dalam kalangan koalisi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
Kekuatan tersebut boleh dimanfaatkan sebagai institusi semak imbang dan menjadi pembangkang yang konstruktif.
Sememangnya lawan politik PAS mahu supaya PAS dan team pembangkang yang lain terus bercakaran dan bertelingkah, maka dalam masa yang sama mereka boleh mencedok untung berganda ganda lipatnya dan terus menang selesa dalam pilihan raya. Sementara pembangkang terus menggigit empat puntung jarinya.
~ kecerdikan politik PAS ini, setelah mengekalkan pemerintahannya di Kelantan dan mengambil alih kerajaan Terengganu serta menambah kerusi di Pahang dan meraih 18 kerusi di Parlimen akan terus menghantui Pakatan Harapan.

~ kini memperkukuhkan Unity Opposition (UO) dalam menghadapi beberapa siri PRK sementara menjelang PRU ke-15 akan datang membuatkan PH tidak senang duduk. – HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018


















Penggunaan fiqh muwazanat dalam membuat keputusan

http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/34-pimpinan/7788-penggunaan-fiqh-muwazanat-dalam-membuat-keputusan


MEMBUAT keputusan tidaklah semudah ungkapan atau arahan untuk mencapainya.
2. Terkadang proses kajian dan perbincangan untuk membuat keputusan hanya berakhir dengan kebuntuan apabila ia tidak berada di atas landasan atau manhaj membuat keputusan yang baik dan betul .
3. Terutama keputusan yang melibatkan soal strategi dan gerak kerja amal Islami dalam Gerakan Islam.
4. Tidak mudah kerana ia berhadapan dengan 1001 kemungkinan sementara harapan yang disandarkan dari keputusan tersebut sangat tinggi.
5. Justeru, kita mesti benar-benar menguasai manhaj dan mekanisme membuat keputusan agar kita mampu meminimumkan unsur kelemahan dan kekurangan dalam keputusan yang diambil, jauh sekali unsur kesilapan dan kesalahan dalam memuktamadkan sesuatu keputusan.
6. Saya melihat antara mekanisme yang perlu dikuasai oleh para amilin Gerakan Islam khasnya para pemimpin ialah Fiqh Muwazanah atau kefahaman yang jelas, benar dan tepat dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan.
PERANAN FEQH MUWAZANAH
7. Fiqh Muwazanah (Fiqh Pertimbangan) adalah satu makanisme yang sangat berkait rapat dengan Feqh al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) dalam kita mengambil sesuatu keputusan dan tindakan agar apa yang kita lakukan adalah suatu yang terbaik.
8. Secara garis kasarnya, Fiqh Muwazanah ialah:
a). Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemaslahatan dan manafaat dari berbagai-bagai kebaikan yang telah disyariatkan.
b). Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemudharatan, kerosakan dan kejahatan yang dilarang atau ditegah oleh Syariat.
c). Membuat pertimbangan antara maslahat (kepentingan) dan mudharat (kerosakan), antara kebaikan dan keburukan apabila dua perkara yang bertentangan ini bertemu antara satu sama lain.
PERTIMBANGAN (AT-TAWAZUN) ANTARA MASLAHAH
9. Kita akan dapati Maslahah (kepentingan/kebaikan) yang telah ditetapkan oleh syarak tidak berada dalam satu kategori sahaja bahkan ia terbahagi kepada beberapa kategori:
a. Dhoruriyat – ضروريات
~ Jika tidak memilikinya (dhoruriyat) nescaya kita tidak boleh menjalani kehidupan ini seperti agama, nyawa dan akal .
b. Haajiyat – حاجيات
~ Kita masih mampu hidup sekalipun tanpa memilikinya (haajiyat) tetapi kita akan mengalami kesukaran dan kesulitan hidup yang getir seperti rumah, kenderaan dan perkara seumpamanya.
c. Tahsiiniyat – تحسينيات
~ Suatu yang menambah keselesaan, kesenangan dan kemewahan dalam hidup kita dan ia juga sering disebut sebagai pelengkap (كماليات) seperti kenderaan kedua, rumah kedua, perabot tambahan dan lain-lain .
10. Keputusan yang kita hendak ambil ialah pastinya keputusan yang terbaik atau yang afdal dan yang aula.
11. Maka pertimbangannya secara prinsip umum ialah mendahulukan Dhoruriyat ke atas Haajiyat demikian juga Tahsiiniyat.
12. Begitu pula sewajarnya kita mendahulukan Haajiyat ke atas Tahsiiniyat dalam pertimbangan yang melibat perkara dalam dua kategori tersebut .
13. Dhoruriyat terbahagi kepada 5:
* Agama
* Jiwa
* Keturunan
* Aqal
* Harta
14. Sebahagian Ulama menambah perkara yang keenam dalam senarai Dhoruriyat ini iaitu Maruah (penghormatan).
15. Proses membuat keputusan ialah mengambil pertimbangan dengan teliti dan meletakkan agama sebagai perkara yang terpenting daripada senarai dhoruriyat dan ia mesti didahulukan berbanding Jiwa, keturunan, akal dan harta.
16. Pertimbangan teliti dan cermat ke arah menghasilkan keputusan yang baik dan wajar terhadap pelbagai maslahah tersebut ialah dengan menggunakan kaedah berikut: (rujuk lampiran)
a). Mendahulukan maslahah yang sudah pasti ke atas maslahah dalam jangkaan atau masih diragui kedudukannya.
b). Mendahulukan maslahah yang besar ke atas maslahah yang kecil.
c). Mendahulukan maslahah awam berbanding maslahah individu.
d). Mendahulukan maslahah yang banyak berbanding maslahah yang sedikit
e). Mendahulukan maslahah yang berterusan dan berkesinambungan berbanding maslahah yang sementara.
f). Mendahulukan maslahah inti dan prinsip yang fundamental berbanding maslahah yang bersifat luaran (cabang) dan tidak penting .
g). Mendahulukan maslahah (kepentingan) masa depan yang kuat, kukuh dan pasti berbanding maslahah (kepentingan) semasa yang lemah dan tidak pasti .
IKTIBAR DARI HUDAIBIAH
17. Sebagai contoh kita boleh melihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah bagaimana Nabi SAW telah mengutamakan maslahah prinsip dan masa depan berbanding maslahah yang bersifat cabang dan semasa.
18. Nabi SAW setuju memadam kalimah Bismillahirrahmanirrahim sebagaimana yang dituntut oleh Kafir Quraisy pada surat perjanjian lalu diganti dengan Bismikallahumma.
19. Demikian juga Nabi SAW setuju memadam nama Baginda Muhammad Rasulullah lalu diganti kepada Muhammad bin Abdullah.
20. Tindakan yang diambil oleh Nabi SAW adalah menafikan maslahah semasa yang bukan sahaja membuatkan Nabi SAW terpaksa menangguhkan umrah pada tahun itu (walau telah berihram) tetapi juga terpaksa berhadapan dengan bantahan daripada para sahabat yang merasakan bahawa mereka ditewaskan oleh kuffar Quraisy secara diplomatik.
21. Namun, Nabi melihat maslahah masa depan dengan mewujudkan perjanjian damai atau gencatan senjata dengan musuh yang membolehkan Islam bergerak dan berkembang pesat ketika era damai itu,
22. Akhirnya membawa kepada kemenangan besar bagi ummat Islam iaitu Fathul Makkah (pembukaan Kota Makkah)
PERTIMBANGAN (AT-TAWAZUN) ANTARA MUDHARAT
23. Mudharat (kerosakan) juga mempunyai beberapa tahap. Mudharat yang memusnahkan dhoruriyat seperti agama adalah tidak sama dengan mudharat yang membinasakan Haajiyat dan Tahsiiniyat seperti rumah dan perabot.
24. Demikianlah juga mudharat yang merosakkan harta dan jiwa tidak sama tahapnya dengan mudharat yang meruntuhkan agama dan akidah (walau dalam satu kategori iaitu dhoruriyat).
25. Justeru itu, para Fuqaha menetapkan beberapa kaedah feqh untuk menangani persoalan ini: (rujuk lampiran C)
a). Tiada mudharat (tidak boleh mencetuskan bahaya) dan tidak boleh membahayakan (diri sendiri atau pihak lain)
b). Suatu mudharat seboleh mungkin mestilah disingkirkan.
c). Suatu mudharat tidak boleh dihapuskan dengan mudharat yang serupa atau lebih.
d). Mudharat yang ringan jika dibanding dengan mudharat yang lebih berat mesti dipilih mudharat yang ringan dan boleh dilakukan.
e). Mudharat yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak mudharat yang lebih besar.
f). Mudharat yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak mudharat yang sifatnya lebih umum dan luas.
PERTIMBANGAN APABILA MASLAHAH DAN MUDHARAT BERTEMU
26. Apabila dalam satu perkara mempunyai maslahah dan mudharat secara serentak. Ada bahaya dan dalam masa yang sama ada manafaat.
27. Keadaan ini sangat-sangat memerlukan kita menimbangnya dengan teliti, tekun dan cermat sebelum membuat keputusan.
28. Situasi seperti ini menuntut kita mengambil keputusan berasaskan pertimbangan yang lebih berat dan lebih banyak dengan mengabaikan yang lebih ringan dan sedikit.
29. Contohnya arak. Kita terpaksa mengabaikan sedikit manafaat yang terkandung di dalamnya berbanding mudharat yang lebih besar dan banyak padanya. Firman Allah SWT:
يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما إثم كبير و منافع للناس و إثمهما أكبر من نفعهما
Mereka bertanya kepadamu Wahai Muhammad mengenai Khamar (arak) dan judi, katakanlah: pada keduanya ada dosa (kemudharatan) yang besar dan manafaat bagi manusia dan dosa (kemudharatan) pada keduanya lebih banyak dari manafaat keduanya.
(Surah al-Baqarah : ayat 219)
30. Sebaliknya jikalau dalam satu perkara itu terdapat manafaat yang banyak dan lebih besar maka perkara itu boleh dilakukan sementara kerosakan kecil yang ada padanya boleh diabaikan.
31. Antara kaedah penting dalam menangani perkara ini ialah: (rujuk Lampiran D)
a). Menolak mudharat (kerosakan) mestilah didahulukan ke atas pengambilan manafaat.
Kaedah ini disempurnakan oleh kaedah yang lain:
a). Kerosakan yang kecil dimaafkan untuk mendapatkan kemaslahatan yang lebih besar.
b). Kerosakan yang bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan/ berkesinambungan.
c). Kemaslahatan yang sudah pasti tidak boleh ditinggalkan hanya kerana ada kerosakan yang baru dijangka wujudnya.
PENUTUP
32. Sesungguhnya Fiqh Muwazanah ini mempunyai erti yang sangat besar dan penting, khususnya dalam masalah siasah syari’yah kerana ia merupakan landaan pembinaan ummah yang pemeringkatannya juga boleh dilihat sebagai Feqh al Aulawiyat.
33. Sewaktu kita membuat keputusan dalam menetapkan gerak kerja jamaah sebagai contoh, sering kali kita berdepan dengan dilema antara dua perkara yakni kedua-duanya dilihat baik atau paling baik seperti menentukan calon dalam pilihan raya.
34. Fiqh Muwazanah memainkan peranan besar dalam perkara ini. Tatkala sukar membuat keputusan, terkadang kita terpaksa mendahulukan perkara baik tanpa risiko berbanding perkara yang paling baik tetapi mempunyai risiko.
35. Begitu juga disaat berat kita buat keputusan, fiqh Muwazanah menetapkan cara kita membuat keputusan seperti kita terperangkap antara dua situasi
“kalau berjuang mungkin kita mati tetapi kalau tidak berjuang agama pula mungkin mati”
~ maka pertimbangannya ialah dibaca sekali dengan Fiqh Aulawiyat bahawa kita mesti mendahulukan agama berbanding Jiwa kita, lalu wajib kita kita turun berjuang walau risikonya mengorbankan nyawa.
LAMPIRAN A:
BAGAIMANA MENGENAL PASTI MASLAHAT DAN MUDHARAT
Nota: 1
Asasnya, kemaslahatan yang perlu dipelihara ialah kemaslahatan akhirat demikian juga kemaslahatan dunia menurut urutannya.
Bertolak dari nokhtah itu , kita boleh mengenal pasti kemaslahatan dan kemudharatan ini melalui:
a. Ketetapan Agama (Nas Naqli)
b. Fungsi Aqal Fikiran (Nas Aqli)
c. atau kedua-duanya sekali.
Pendapat Imam Izzudin Abdus Salam dalam kitabnya: Qawai’d al-Ahkam fi Masholih al-Anam seperti berikut:
“Kebanyakan kemaslahatan dunia dan kerosakannya dapat diketahui dengan akal sekali gus menjadi bahagian terbesar dari syariah kerana telah diketahui bahawa sebelum ajaran agama diturunkan, orang yang berakal telah mengetahui bahawa usaha mereka untuk mencapai suatu kebaikan dan menghindar terjadinya suatu kerosakan pada diri manusia menurut pandangannya suatu yang terpuji dan baik.”
Nota 2:
Mendahulukan sesuatu kemaslahatan yang diterima kuat (rajih) atas kemaslahatan yang tidak diterima (marjuh) juga merupakan suatu yang terpuji dan baik. Sementara penolakan terhadap kerosakan yang dianggap pasti berbanding penolakan ke atas perkara yang dianggap belum pasti juga merupakan suatu yang baik.
Nota 3:
Konsep asal yang diambil dalam membuat pertimbangan (tawazun):
“Tindakan yang menghasilkan kemaslahatan yang baik merupakan perbuatan yang paling mulia sedang perbuatan yang menghasilkan kerosakan merupakan amalan atau tindakan yang paling hina.”
Nota 4:
Kemaslahatan mempunyai tiga bahagian:
– Wajib
– Sunat
– Mubah (harus)
b. Kemudharatan mempunyai dua bahagian:
– Haram
– Makruh
LAMPIRAN B:
1. Mendahulukan maslahah yang sudah pasti ke atas maslahah dalam jangkaan atau masih diragui kedudukannya.
تُقدَّم المصلحة المتيقنة
على المصلحة المظنونة أو الموهومة.
2. Mendahulukan maslahah yang besar ke atas maslahah yang kecil.
وتُقدَّم المصلحة الكبيرة
على المصلحة الصغيرة
3. Mendahulukan maslahah awam berbanding maslahah individu.
وتُقدَّم مصلحة الجماعة
على مصلحة الفرد
4. Mendahulukan maslahah yang banyak berbanding maslahah yang sedikit.
وتُقدَّم مصلحة الكثرة
على مصلحة القِلَّة
5. Mendahulukan maslahah yang berterusan dan berkesinambungan berbanding maslahah yang sementara.
وتُقدَّم المصلحة الدائمة
على المصلحة العارضة أو المنقطعة
6. Mendahulukan maslahah inti dan prinsip yang fundamental berbanding maslahah yang bersifat luaran (cabang) dan tidak penting .
وتُقدَّم المصلحة الجوهرية والأساسية
على المصلحة الشكلية والهامشية
7. Mendahulukan maslahah (kepentingan) masa depan yang kuat, kukuh dan pasti berbanding maslahah (kepentingan) semasa yang lemah dan tidak pasti .
وتُقدَّم المصلحة المستقبلية القوية
على المصلحة الآنية الضعيفة
LAMPIRAN C:
8. Tiada mudharat (tidak boleh mencetuskan bahaya) dan tidak boleh membahayakan (diri sendiri atau pihak lain)
لا ضَرراً و لا ضرارَ
9. Suatu mudharat seboleh mungkin mestilah disingkirkan.
الضَّررُ يُزال بقدر الإمكان
10. Suatu mudharat tidak boleh dihapuskan dengan mudharat yang serupa atau lebih.
الضرر لا يزال بضرر مثله أو أكبر منه
11. Mudharat yang ringan jika dibanding dengan mudharat yang lebih berat mesti dipilih mudharat yang ringan dan boleh dilakukan.
يرتكب أخف الضررين و أهون الشرين
12. Mudharat yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak mudharat yang lebih besar.
يتحمل الضرر الأدنى
لدفع الضرر الأعلى
13. Mudharat yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak mudharat yang sifatnya lebih umum dan luas.
يتحمل الضرر الخاص
لدفع الضرر العام
LAMPIRAN D:
14. Menolak mudharat (kerosakan) mestilah didahulukan ke atas pengambilan manafaat.
درء المفاسد أولى
من جلب المصالح
15. Kerosakan yang kecil dimaafkan untuk mendapatkan kemaslahatan yang lebih besar.
المفسدة الصغيرة تغتفر
من أجل المصلحة الكبيرة
16. Kerosakan yang bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan/ berkesinambungan.
تغتفر المفسدة العارضة
من أجل المصلحة الدائمة
17. Kemaslahatan yang sudah pasti tidak boleh ditinggalkan hanya kerana ada kerosakan yang baru dijangka wujudnya
لا تترك مصلحة محققة
من أجل مفسدة متوهمة
Rujukan:
1. Syarah Al Qawaid Al Feqhiyah karya Asy Syeikh Ahmad bin Asy Syeikh Muhammad Az Zarqa’ (wafat 1938 M)
2. Qawaid Al Ahkam Fi Masolih al Anam karya Al Allamah Al Izz bin Abdul As Salam. (Wafat 660 H)
3. Mafhum Feqh Al Muwazanat wa Adillatihi Asy Syari’yyah karya Athoillah Faidhi (https://platform.almanhal.com)

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
02 Zulhijjah 1439 / 14 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018
















Menjelang 100 hari kerajaan PH






















“JANJI 10” yang digariskan dalam Buku Harapan untuk dilaksanakan selama 100 hari Ketajaan PH menunjukkan tiada hasil yang boleh dibanggakan. Bahkan, lebih banyak isu berbangkit terutamanya yang melibatkan kepentingan umat Islam yang juga gagal diuruskan dengan baik.

Apa yang ditunjukkan oleh PH sekadar retorik populis untuk menumbangkan BN sahaja. Oleh sebab itu, banyak janji  tidak mampu untuk dilaksanakan dan ianya cuba ditutup dengan manipulasi hutang negara.

Pertama, Dewan Rakyat telah luluskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Cukai Perkhidmatan 2018 serta memansuhkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada minggu lalu.

Namun, ia belum tentu boleh kurangkan kos sara hidup rakyat. Berdasarkan beberapa simulasi yang ditunjukkan dalam pelbagai kes seperti jualan harga kereta, pertukaran GST kepada SST 2.0 akan meningkatkan lagi kos harga jualan.

Malah, tempoh ‘tax holiday’ selama tiga bulan tidak mampu mengurangkan secara signifikan Indeks Persepsi Pengguna (CPI) terutama bulan pada bulan Jun yang lalu.

Kedua, harga minyak petrol RON 95 khususnya tidak diturunkan. Dikekalkan harga tanpa membuat pembaharuan baru dalam peruntukan subsidi petrol.

Kerajaan seharusnya pertimbangkan mekanisme untuk meringankan beban rakyat dengan mengambil kira pendapatan yang bakal dinikmati oleh kerajaan daripada perubahan harga minyak mentah dunia yang kini telah melonjak sekitar US$74 setong.

Rakyat terkilan janji manis yang ditaburkan untuk mengurangkan harga minyak tidak berlaku sehingga akhir tahun 2018.

Ketiga, tiada lagi hutang tidak wajar yang telah dihapuskan oleh Kerajaan, malah bantuan bulanan sara hidup para peneroka yang berjumlah RM1,000 masih belum dijelaskan sejak bulan Jun 2018.

Keempat, skim caruman KWSP untuk suri rumah hanya akan dimulakan pada 15 Ogos (RM40) bagi fasa pertama dan berkemungkinan akan mengambil tempoh yang agak lama bagi membolehkan potongan dua peratus daripada KWSP suami kerana ia mempunyai implikasi perundangan iaitu pindaan Akta KWSP 1991.  

Kelima, Kementerian Sumber Manusia telah mengakui  pihaknya belum bersedia untuk menyamaratakan gaji minimum seluruh negara, apatah lagi untuk meningkatkan kadarnya sehingga RM1,500 sebulan.

Keenam, bagi peminjam PTPTN, hanya pemansuhan senarai hitam sahaja telah dilakukan, tetapi ada cadangan pula daripada pihak kementerian untuk menyenaraikan peminjam yang gagal membuat bayaran semula ke dalam senarai bankrap.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah masih tetap dikehendaki untuk membayar semula pinjaman. 

Ketujuh, Kerajaan Persekutuan hanya menubuhkan Jawatankuasa 1MDB bukan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB. Setakat ini, bekas PM telah didakwa dengan kes yang berkaitan dengan SRC International.

Aset berkaitan 1MDB dan Jho Low seperti The Equanimity sangat meragukan kerana pertembungan keputusan kehakiman antara DOJ Amerika Syarikat dan mahkamah di Indonesia.

Bagi kes yang ditularkan mengenai Felda, Mara dan LTH, tiada lagi suruhanjaya siasatan ditubuhkan meskipun agensi berkenaan telah disusun semula di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Kelapan, Jawatankuasa Khas Kabinet menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) telah dibentuk pada akhir bulan Julai yang lalu.

Masih belum ada apa-apa perkembangan daripada jawatankuasa tersebut melainkan PH Sarawak telah menawarkan satu Perjanjian Tawaran Baharu yang masih di peringkat rundingan.

Selain itu, anggota jawatankuasa terutama daripada pembangkang masih belum diumumkan walaupun telah dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong bulan lalu. 

Kesembilan, isu kontroversi terbaru yang melibatkan pemberian RM500 sebagai pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar berkemungkinan tidak mungkin boleh dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Kesihatan pula memberi cadangan yang menambahkan beban kewangan rakyat iaitu akan memperkenalkan skim insurans kepada golongan B40 dengan bayaran yang difikirkan wajar. Ia nyata bercanggah dengan skim peduli sihat yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan. 

Terakhir, janji ke-10 iaitu melakukan kajian terperinci terhadap projek-projek mega yang berkaitan dengan negara-negara luar.

Setakat ini, antara projek mega yang difokuskan ialah projek ECRL dengan negara China dan projek HSR dengan negara Singapura. Kedua-dua projek tersebut belum mempunyai kata putus, malah kerajaan dilihat bakal menerima impak negatif sekiranya membatalkan projek berkenaan.

Secara keseluruhan, 10 janji yang ditawarkan tidak menunjukkan hasil dalam tempoh 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan. Semua janji tersebut masih belum mencapai objektif yang telah ditetapkan atau dijanjikan.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 Zulhijjah 1439 | 13 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 13/8/2018

Sumber HD - 13-8-2018


SST 2.0 Akan Mengulangi Kelemahan Lama






Oleh : Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat
Asasnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meletakkan premis tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan.
2. Kedua-dua jenis cukai kepenggunaan tidak menepati prinsip percukaian yang membebankan rakyat umum sebagai pengguna akhir sesuatu barang atau perkhidmatan. Campur tangan kerajaan dalam setiap urusniaga antara penjual dan pembeli melalui cukai akan meningkatkan harga dan seterusnya membebankan hidup rakyat.
3. Pengenalan semula SST dijangka akan mengulangi semula kelemahan dalam keberkesanan regim percukaian di Malaysia.
– Kelemahan pertama yang akan berlaku adalah percukaian berganda yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna seperti kenaan berganda cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekaligus.
– Kelemahan kedua ialah ketidaktelusan yang boleh dimanipulasi di peringkat pengilang kemudian akan dibebankan kepada rakyat.
– Kelemahan ketiga, SST 2.0 yang dikenakan kepada barang dan perkhidmatan bercukai dilihat lebih mahal berbanding GST.
4. Tindakan memperkenalkan semula SST 2.0 tidak akan menyelesaikan isu asas yang membelenggu rakyat. Selagimana kerajaan mengambil tindakan campur tangan dalam pasaran melalui cukai, maka rakyat terus akan terbeban.
5. Hal ini tidak menjadikan Pakatan Harapan berbeza dengan pemerintahan sebelumnya. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada SST dianggarkan sekitar RM 4 bilion sahaja.
6. Secara tidak langsung, jika tidak ada kehendak politik untuk menghapuskan pembaziran, rasuah dan menyusun prioriti perbelanjaan, tidak mustahil kerajaan akan membebankan rakyat dengan mekanisme lain seperti kenaikan cukai pendapatan dan korporat ataupun kenaikan cukai tidak langsung seperti cukai eksais dan duti import.
Sumber BO - 8-8-2018




















LGBT: Awas, naratif Stonewall!

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7682-lgbt-awas-naratif-stonewall


MENYAKSIKAN fenomena masakini yang memperlihatkan komuniti LGBT semakin berani meminta hak yang sama rata dan tidak mahu didiskriminasikan di negara ini, ia mula meresahkan masyarakat yang masih tebal pegangan agama dan adat budaya ketimuran ini.
PAS ingin mengingatkan tentang peristiwa Stonewall di Greenwich Village, New York sekitar tahun 1969. Kumpulan gay Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan sistem perundangan anti gay tetapi mereka tetap disokong oleh beberapa pertubuhan sivil termasuk parti politik.
Kemudian, mereka lebih berani mendedahkan identiti dalam kalangan masyarakat sehingga premis operasinya diserbu oleh pihak polis sehingga mencetuskan rusuhan pada bulan Jun 1969.
Beberapa bulan selepas kejadian, mereka agresif membentuk pertubuhan gay di AS dan dunia. Mereka sudah lebih terbuka berdepan masyarakat dengan mengedarkan bahan penerbitan promosi LGBT dan menganjurkan perarakan 'Gay Pride' di beberapa buah bandar utama AS.
Kini, sudah wujud monumen khas Stonewall di New York sejak tahun 2016. Apa yang diucapkan oleh Obama dalam majlis 'LGBT Pride Reception' pada 9 Jun 2016? "When all Americans are treated equal, we're all more free". Lihat, bagaimana naratif Stonewall yang bermula dari sebuah pekan kecil sehingga diiktiraf oleh negara!
Perlu diingat, nilai, budaya dan ruh peruntukan Perlembagaan Malaysia berbeza dengan demokrasi liberal barat. Tidak ada kebebasan mutlak tanpa pengawasan Syari'ah. Komuniti LGBT tidak harus meminta hak yang sama rata, tetapi berusahalah untuk kembali kepada fitrah insan yang sebenar.
Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Zulkaedah 1439 | 6 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 6/8/2018

Sumber HD - 6-8-2018




















Pelantikan Pengerusi Khazanah Nasional Tidak Relevan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempertikai pelantikan YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Khazanah Nasional sepertimana yang diumumkan Isnin lalu.

2. Pakatan Harapan harus melihat semula Janji 22 (Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan setaraf dengan piawaian antarabangsa) yang menyatakan dengan jelas bahawa *pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik.*

3. Pakatan Harapan (PH) juga harus sedar bahawa mereka juga yang *menentang pemusatan dan pembolotan kuasa Perdana Menteri sehingga boleh memanipulasi institusi penting negara.*

4. Disebabkan itu, PH mencadangkan jawatan PM dihadkan kepada dua penggal sahaja dan tidak membenarkan PM memegang jawatan lain terutamanya jawatan Menteri Kewangan. Sepertimana yang kita maklum, *Khazanah Nasional Berhad adalah syarikat di bawah pemilikan Menteri Kewangan Diperbadankan*.

5. Pelantikan PM sebagai Pengerusi Khazanah Nasional dilihat telah *mengkhianati prinsip urus tadbir yang digagaskan oleh PH sendiri* dan terbukti mereka tidak berbeza dengan Barisan Nasional (BN).

6. Kerajaan Persekutuan disaran untuk merujuk semula amalan praktis urus tadbir yang lebih telus sepertimana yang telah digariskan oleh *Organisation for Economic Co-operation Development* (OECD).

7. Rakyat tentunya tidak mahu wujud percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa antara PM dan Khazanah Nasional.

Sejahtera Bersama Islam_
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS

Sumber BO - 1-8-2018






















Targhib dan tarhib: Selamatkan golongan LGBT

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah menganjurkan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari 2018 di Kuala Terengganu, semalam. 
Program yang secara langsung menyentuh isu penularan kes LGBT dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pihak pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan. 
PAS mengharapkan agar seminar membentuk kefahaman seperti ini dapat diteruskan ke seluruh negara. 
Bagi mendepani penularan kes LGBT, dua konsep pendekatan yang perlu diambil perhatian sewajarnya iaitu pendekatan: 
i) targhib (memberi galakan ke arah kebaikan) dan
ii) tarhib (menimbulkan kegerunan terhadap dosa). 
Pendekatan targhib seperti yang diuar-uarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu iaitu dengan membantu mereka daripada aspek kaunseling, pendidikan dan menawarkan pekerjaan yang sesuai supaya mereka tidak lagi terjebak dalam industri dosa. 
Pendekatan tarhib pula adalah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan juga mencegah daripada terus berleluasa. 
Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah seperti perbuatan sumbang mahram, pelacuran, penzinaan, liwat, transgender dan perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh diteliti kadar hukumannya supaya ia selaras dengan tuntutan maqasid syariah. 
Tujuan utamanya bukan untuk menghukum semata-mata tapi ia juga adalah untuk mencegah. Paling penting penguatkuasaan undang-undang Syariah tersebut jika selari dengan garis panduan syarak, ia akan mengundang pencegahan dari Allah (nakalan min Allah). 
Sekarang, kes-kes LGBT bukan sahaja dilakukan dalam ruang peribadi, tetapi sudah mula menular dalam ruang awam. Di sosial media, penganjuran aktiviti terbuka, kempen malah sudah sampai ke peringkat mencabar perundangan seperti kes Muhammad Juzaili lawan Kerajaan Negeri Sembilan. 
Oleh kerana itu, isu-isu LGBT perlu ditangani dengan adil. Kombinasi unsur targhib dan tarhib mesti diseimbangkan. Tidak cukup dengan pendekatan targhib, tapi pendekatan tarhib yang lebih tegas juga mesti dikuatkuasakan. Agar gejala hidup songsang ini dapat dicegah daripada terus kronik. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 331-7-2018 























‘Blueprint’ tangani sosial yang parah

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengharapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya berganding bahu secara serius untuk mengemukakan satu blueprint bagi menyelesaikan sosial yang semakin parah berlaku dalam institusi keluarga. 
Tambahan lagi, KPWKM digalas oleh Timbalan Perdana Menteri, manakala KDN pula diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri. Kedua-duanya mempunyai keluasan pengalaman dan keprihatinan mengenai isu ini. 
Keparahan sosial yang dimaksudkan adalah merujuk kepada soalan jawab secara bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 19 Julai 2018. Soalan tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai bilangan kes rogol, sumbang mahram, pencabulan, liwat, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga dari tahun 2013 hingga yang terkini Mei 2018. 
Secara keseluruhannya, statistik yang dikemukakan oleh KDN menunjukkan penurunan sekitar kurang 10% (2016-2017) bagi setiap kesalahan kecuali kesalahan seks luar tabii dan sumbang mahram. 
Berdasarkan statistik itu juga, terdapat kebimbangan yang serius terhadap jumlah mangsa rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii yang berusia di bawah 18 tahun.
Pada tahun 2017, jumlah mangsa rogol di bawah umur 18 tahun ialah 1,257 daripada 1,582 orang. 
Jumlah mangsa sumbang mahram di bawah 18 tahun pula ialah 253 daripada 296 orang, manakala jumlah mangsa perbuatan seks luar tabii pula ialah 234 daripada 375 orang.
Selain itu, bagi kes keganasan rumah tangga, majoriti kes yang berlaku adalah terdiri daripada pasangan yang berumur 45 tahun ke bawah. 
Statistik-statistik ini jelas menunjukkan tindakan ampuh perlu diambil bagi memulihkan institusi keluarga khususnya daripada masalah keparahan sosial. Lebih menyedihkan, semua kesalahan yang telah dilaporkan menunjukkan kadar penglibatan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu. 
Blueprint yang dikemukakan harus mengambil banyak aspek seperti pendidikan untuk kesedaran dan nasihat, pencegahan kesalahan dan juga penguatkuasaan undang-undang syariah. 
PAS bersedia untuk turut membantu menangani kes-kes ini demi untuk menyelamatkan rakyat dan mensejahterakan Malaysia. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Zulkaedah 1439 | 25 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 25/7/2018
Sumber HD - 25-7-2018 
























SST: Pakatan Harapan tandus idea

KERAJAAN Pakatan Harapan harus rasa bersalah dan malu kerana gagal memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sepanjang 60 hari memerintah negara. 
Bermula dengan manipulasi hutang RM1 trilion, tidak mengurangkan kadar tol, tidak mengurangkan harga petrol, menaikkan tarif elektrik bukan domestik, melakukan u-turn pembayaran PTPTN, melakukan u-turn projek mega ECRL dan LRT3 dan yang terbaru memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10% dan 6%.
Apa beza Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional? PH tandus idea untuk membina semula ekonomi negara. 
Pakej kegagalan ini secara langsung telah membebankan rakyat kebanyakan khususnya golongan M40 dan B40. 
Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Jun 2018 telah menunjukkan peningkatan 0.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ini bermakna kenaikan tarif elektrik pada bulan Julai dan disusuli dengan SST pada bulan September akan terus melonjakkan bebanan hidup rakyat.\ 
Pakatan Harapan telah mengkhianati manifesto sendiri dan menipu majoriti rakyat Malaysia. 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) konsisten menolak SST 10% dan 6% serta GST 6% pada sebelum dan selepas PRU ke-14. PAS mempunyai tawaran lebih baik untuk diperkenalkan kepada rakyat. 
PAS bercadang untuk mengenakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham hanya sebanyak 2.5% sahaja. Itupun kedua-dua cadangan cukai ini tidak membebankan rakyat amnya yang terdiri dalam kalangan M40 dan B40 kerana ia bukan cukai kepenggunaan. 
Malah diunjurkan sekiranya kedua-dua cukai ini dilaksanakan, kerajaan boleh memperoleh sekitar RM40 hingga RM50 bilion setahun iaitu jumlah yang lebih tinggi daripada kutipan GST dan SST serta tidak meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada pendapatan hasil petroleum negara. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
5 Zulkaedah 1439 | 18 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 18/7/2018
Sumber HD - 18-7-2018 

























Bukan hanya nafi tapi perlu disiasat

TINDAKAN penafian Dr P. Ramasamy (DAP) tidak cukup. Sebaliknya pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk menyiasat penglibatannya dengan kumpulan pemisah Tamil Sri Lanka LTTE. 
Bukan hanya PAS, tapi sebanyak 700 pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi, semalam. 
Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas. 
PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan. Semalam, tiga perkara yang dikaitkan dengan beliau telah dikemukakan. 
Pertama, mengenai gambarnya dalam satu mesyuarat berkaitan LTTE. 
Kedua, gambarnya dengan En Vaiko di Pulau Pinang walaupun En Vaiko telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen. 
Ketiga, gambarnya dengan Adun Bagan Dalam yang memberi penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47). 
Justeru itu, PAS menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh. 
Isu ini sangat berat kerana beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, memegang portfolio penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti politik DAP. 
Kebimbangan itu berasas dan serahkan sahaja isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut. PAS juga mengucapkan terima kasih kepada individu dan kira-kira 700 wakil NGO yang bersolidariti dan telah membuat laporan polis semalam atas isu ini. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 Zulkaedah 1439 | 17 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 17/7/2018
Sumber HD - 17-7-2018 



























LGBT haram, takkan hanya dialog?

SAYA merujuk kepada wawancara Malaysiakini dengan Menteri Agama, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang disiarkan oleh portal tersebut yang bertarikh 6 Julai bertajuk, “LGBT Haram: tapi antara dia dan Allah, kata menteri”. 
Berdasarkan wawancara tersebut, satu titik persefahaman yang boleh dipersetujui dalam kenyataan beliau ialah LGBT merupakan satu amalan yang haram di sisi Islam malah perlakuannya sangat terkutuk berdasarkan kepada Al-Qur’an, Al-Hadith dan Al-Ijma’. 
Kini, Allah SWT telah memberikan peluang kepada mereka berada di tampuk pemerintahan. Antara tanggungjawab utama sebuah pemerintahan ialah melaksanakan al amru bil makruf (menguatkuasakan syariat) dan an nahyu a’nil munkar (membasmi kemaksiatan). 
Dialog adalah salah satu mekanisme yang baik untuk dijalankan, namun kuasa yang ada juga hendaklah digunakan untuk mencegah kemungkaran sama ada dengan melarang perbuatan tersebut, mengambil langkah pencegahan yang ketat, kempen basmi gaya hidup LGBT atau mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai satu peringatan yang tegas. 
Justeru, Isu LGBT bukanlah perkara yang baru berlaku dalam negara kita. Ia sudah bermula sejak tahun 1980-an sehingga pernah dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja Kali Ke-126. 
Amalan LGBT semakin terbuka dan berkembang malah pada tahun 2012 sudah dianjurkan majlis resepsi kahwin pasangan gay di Kuala Lumpur dan hari ini tanpa segan silu mereka menganjurkan majlis pre-wedding di Cameron Highland. 
Pada masa yang sama, golongan LGBT juga sudah berani memperjuangkan amalan ini dengan memfailkan permohonan untuk membuat semakan kehakiman terhadap Seksyen 66, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Rujuk kes Muhammad Juzaili bin Mohd Khamis dan lain-lain lawan Kerajaan Negeri Sembilan dan lain-lain).
Oleh sebab itu, menangani isu LGBT tidak memadai sekadar dialog. Dialog boleh diteruskan dan diurus oleh badan-badan Islam milik kerajaan mahupun bukan kerajaan sebagai satu usaha dakwah. 
Namun bagi pihak kerajaan yang berkuasa dan memerintah, manafaatkan kuasa yang telah diberikan dengan menguatkuasakan pencegahan kemungkaran di Malaysia sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT, lantaran LGBT bukan kemungkaran baru dan bukan juga baru berlaku di negara kita. 
Saya yakin salah satu ruangnya ialah seperti apa yang telah dirintis oleh PAS selama ini iaitu memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan enakmen jenayah Syariah melalui pindaan akta RUU 355. 
Tingkatkan hukuman supaya ia memberi pengajaran kepada rakyat dan mampu menimbulkan perasaan penyesalan terhadap pelaku mungkar. 
Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara perlu buktikan, dengan kuasa yang sudah ada di tangan, tindakan yang boleh dilakukan lebih luas dan tegas untuk mengangkat kemuliaan Islam dan memelihara sosial rakyat agar tidak terjebak dalam kancah mungkar. 
Takkan hanya dialog? 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Syawal 1439 | 6 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 




























Jangan gopoh ratifikasi Konvensyen HAM a'bangsa

SAYA merujuk kenyataan media pertama Menteri Luar Negeri YB Datuk Saifuddin Abdullah yang bertajuk, “Saifuddin pledges to push for ratification of six international human rights conventions” yang disiarkan oleh The Star bertarikh 2 Julai 2018. 
Salah satu dari konvensyen yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia adalah International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights. 
Difahamkan delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) telah berusaha menjadi pemerhati semasa sesi UPR Malaysia yang telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. 
Mereka telah melobi pihak Kerajaan untuk tidak meratifikasi syor-syor ICCPR khususnya kerana terdapat percanggahan peruntukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia. 
Malah, lebih kritikal lagi apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam syor ICCPR tersebut adalah selari dengan tuntutan kontroversi pihak Comango yang jelas boleh menghakis kedudukan Islam, di samping mengiktiraf kewujudan LGBT termasuk menzahirkan kewujudan Syiah di Malaysia. Hal ini akan membangkitkan sensitiviti umat Islam di Malaysia. 
PAS amat kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar Negeri dan ia juga adalah salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan. Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh Kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
20 Syawal 1439 | 4 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD = 4-7-2018 





























Kembalikan peranan asal LPN

CADANGAN untuk menamatkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam industri beras adalah satu langkah tepat dan selaras dengan tuntutan PAS sebelum ini. 
Tujuan asal penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sehingga menubuhkan Bernas pada tahun 1994 adalah untuk menguruskan simpanan stok negara secara sistematik, menstabilkan harga beras dan menjaga kebajikan para pesawah di samping memperoleh manfaat ekuiti daripada penswastaan tersebut. 
Namun akhirnya, Bernas telah didominasi oleh pihak korporat sepenuhnya pada tahun 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia dan menjadi institusi yang berorientasikan keuntungan semata-mata. 
Mana mungkin sebuah syarikat persendirian dipertanggungjawabkan untuk lebih mengutamakan kebajikan sosial pesawah berbanding mengaut keuntungan syarikat jutaan ringgit setiap tahun? Matlamat asal Bernas telah tersasar dan tidak ada institusi khas yang berwibawa untuk membela nasib mereka. 
Terlalu banyak isu yang meliputi industri padi dan beras di negara kita. PAS berharap agar tindakan menamatkan monopoli Bernas adalah langkah awal untuk memulihkan secara keseluruhan pelbagai masalah yang membelenggu setiap rantaian pembekalan dan permintaan beras di Malaysia. 
Kita tidak hanya berhadapan dengan masalah pengimport tunggal beras sahaja, tetapi juga isu subsidi dan kos input pesawah, masalah kewangan pengilang dan pemborong, kawalan mutu serta kegagalan memenuhi sasaran Tahap Sara Diri. 
Oleh yang demikian, penamatan monopoli Benas adalah aspek kecil yang perlu ditanggapi berbanding desakan solusi yang lebih menyeluruh. Ekoran itu, kementerian juga digesa untuk menilai semula salah satu pilihan yang dilihat lebih baik ketika ini iaitu mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai sebuah badan kawal selia yang lebih berkesan. 
Di samping itu, LPN juga harus diberi mandat yang lebih luas untuk memantau setiap rantaian bekalan dan permintaan dari jelapang padi hingga ke pinggan rakyat. 
PAS bersedia untuk bertemu dan berbincang bagi mencadangkan pelan yang konstruktif sementara pihak kementerian sedang membuka cadangan awam terhadap model baru pembekalan beras di Malaysia. 
Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi pandangan demi memastikan industri ini kekal ampuh seterusnya boleh meningkatkan tahap sekuriti beras pada tahap terjamin.
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Syawal 1439 | 28 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 28/6/2018
Sumber HD - 28-6-2018 






























Kleptokronisme!

HARI pertama dagangan di Bursa Malaysia pada 14 Mei 2018, saham-saham yang berkaitan kerajaan dan pemimpin politik menunjukkan pelbagai respons. Saham-saham seperti MyEG, George Kent dan MRCB menunjukkan kejatuhan yang teruk. 
Sebaliknya, saham-saham yang dimiliki dan berkaitan dengan ahli politik Pakatan Harapan, menunjukkan kenaikan yang mendadak seperti Opcom, Petron dan Thriven. Ini satu kebiasaan dalam pasaran modal yang dipacu oleh sentimen politik ekonomi. 
Namun, berbeza dengan tindakan selektif kerajaan dalam membuat keputusan terhadap projek-projek mega khususnya yang melibatkan infrastruktur rakyat seperti HSR, MRT3 dan ECRL. 
Dua projek yang diberikan kata muktamad untuk dibatalkan atau ditangguhkan adalah HSR dan MRT3. Manakala, projek ECRL walaupun terdapat desakan sejak tahun lalu untuk dibatalkan oleh Pakatan Harapan, ia tetap diteruskan sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan beberapa hari lalu. 
Projek ECRL yang mencecah RM66 bilion tetap diteruskan walaupun kerja-kerja awal hanya bermula kurang daripada 15 peratus. Sepatutnya, kerajaan perlu lakukan semakan mengapa sejumlah RM20 bilion telah dibayar kepada CCCC sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek berkenaan. 
Isu ini lebih menimbulkan kontroversi apabila keputusan meneruskan projek ECRL ditetapkan setelah 22 juta unit saham T7 Global Bhd telah dibeli oleh Tan Sri Vincent Tan pada 17 Mei yang lalu. 
Adakah ini yang dimaksudkan sebagai ‘insider trading’? 
Tan Sri Vincent Tan diketahui umum sebagai salah seorang kawan akrab kepada Tun Mahathir. Berlegar foto-foto beliau bersama Perdana Menteri dalam majlis-majlis keraian termasuk sebuah majlis sambutan hari lahir Tun Mahathir yang ke-90 pada tahun 2015 di Berjaya Times Square. 
Sebelum itu, kedua-duanya juga turut dikritik berhubung isu lesen judi yang dikatakan telah diberikan sejak tahun 2003 lagi. Hal ini bukan sesuatu yang asing malah menjadi rahsia umum. 
Sebelum itu, seorang lagi ahli korporat kontroversi yang dikaitkan dengan Tun Mahathir dan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Pek Khing yang muncul dua minggu selepas kemenangan Pakatan Harapan untuk membina projek Langkawi City bernilai RM30 bilion. 
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih arif akan hal ini terutamanya yang berkaitan dengan projek Empangan Bakun seperti mana laporan polis yang pernah dibuat olehnya pada tahun 1999. 
Walaupun Kerajaan Persekutuan dilihat amat cermat dalam menguruskan dasar fiskal dengan memainkan sentimen hutang negara berulang-ulang kali dan mengamalkan dasar penjimatan yang ketat, pada masa yang sama kerajaan juga mencipta ‘peluang baru’ dalam pasaran modal ketika pelabur-pelabur asing agresif menarik dana. 
Isunya ialah berkemungkinan berlaku ‘insider trading’. Pihak tertentu yang lebih awal mengetahui polisi kerajaan dan cepat mengaut keuntungan. 
Sekarang, siapa yang telah meraih laba? Selamat datang, kleptokronisme ! 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/6/2018
Sumber HD - 26-6-2018 































Jangan menghina

MENGHINA bukan akhlak Islam dan budaya orang timur. 
Meskipun timbul rasa tidak puas hati terhadap SPB YDPA Sultan Muhammad V, ia tidak boleh menjadi tiket untuk menghina dan mengecam. Sementelah SPB YDPA adalah sebuah institusi yang menjadi payung negara. 
Perbuatan menghina dan mengkritik secara keterlaluan itu bukan sahaja mencemar budaya ketimuran malah mencetus ketegangan dan mengganggu keharmonian masyarakat dalam negara ini. 
Kita bimbang, ia adalah tindakan terancang untuk meruntuhkan Institusi Raja-raja Melayu sekali gus bermaksud menghidupkan budaya anarkisme dan ekstrimisme sosialis dalam negara ini. 
Gerakan pelampau mesti ditangani secara serius oleh pemerintah dan diharapkan masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi pekerti tidak terjebak dalam gerakan pelampau ini. Sederhana dalam semua perkara. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Ramadhan 1439 / 07 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sumber HD - 7-6-2018 
































Peguam Negara: PAS bukan anti non-Muslim

KUALA LUMPUR: Bantahan tegas PAS terhadap cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bukan kerana sikap anti non-Muslim. 
“Saya lihat ada pihak cuba manipulasi bantahan majoriti umat Islam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menerusi laman Facebook. 
Jelasnya, PAS tidak persoal ilmu, kemahiran dan profesionalismenya sebagai peguam yang handal. 
Menurutnya, apa yang umat Islam bantah ialah cadangan pelantikan beliau ke platform Peguam Negara. 
“Bukan bermakna lawyer yang handal, sesuai mengisi post rasmi sebagai penasihat undang-undang YDPA (Yang di-Pertuan Aging) dan Kerajaan Malaysia,” katanya lagi.
Beliau berkata, Malaysia kini menghadapi banyak isu mengenai kedudukan dan wibawa syariat Islam dalam negara. 
Ini, ujarnya memerlukan Peguam Negara yang mampu memberi nasihat dengan tepat dan bertindak dengan bijak demi keutuhan Islam di Malaysia. 
“Apakah Kerajaan Malaysia telah ketandusan tokoh peguam muslim yang berkaliber tinggi untuk mengisi post Peguam Negara?”tanya beliau. – HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD = 4-6-2018 

































Peguam Negara: PAS sokong tindakan Agong

ISLAM adalah agama persekutuan. Pelantikan Peguam Negara mesti bertitik tolak dari situ. Mesti seseorang yang dilihat mampu mempertahankan Islam sebagai agama Negara.
Lebih-lebih lagi antara tugas utama Peguam Negara adalah menjadi penasihat undang-undang utama kepada kerajaan Malaysia. 
Sumpah YDP Agong adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di mana Baginda bersumpah “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam“. 
Maka Peguam Negara yang dicadang oleh kerajaan untuk dilantik oleh YDP Agong mestilah mampu untuk memelihara agama Islam bagi pihak Baginda YDP Agong. Agak janggal sekiranya Peguam Negara dilantik daripada yang bukan Islam atau mana-mana individu yang tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan berkesan. 
Pelantikan Peguam Negara juga mesti menepati kehendak majoriti penduduk negara yang beragama Islam. Sensitiviti umat Islam wajar dipelihara. Mestilah mengelak daripada melantik seorang Peguam Negara yang kecenderungan pemikirannya adalah bercanggah dengan Islam sebagai agama negara. 
Tindakan SPB YDP Agong menolak cadangan Tommy Thomas untuk dilantik sebagai Peguam Negara adalah disokong sepenuhnya oleh PAS dan ummat Islam serta mereka yang mengutamakan keharmonian dan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu jua harus bersama memberi sokongan yang padu. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Ramadhan 1439 / 03 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 3/6/2018
Sumber HD - 3-6-2018 


































Himpunan Badar al-Kubra, jom daftar ahli PAS

MEREALISASIKAN Ramadhan Al Mubarak sebagai “Bulan Jihad atau Bulan Perjuangan” maka PAS Pusat melalui Lajnah Penerangannya telah menganjurkan Himpunan Badar Al Kubra serentak di seluruh negara pada tanggal 1 Jun 2018 ini. (Beberapa negeri pada 3 Jun 2018) 
Himpunan tersebut bertemakan “Pengukuhan Perjuangan Islam di Malaysia”. Ianya dianjurkan untuk memugar semangat juang saf kepimpinan dan jentera parti serta turut terbuka kepada orang ramai untuk bersama dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.  
Pasca PRU14 tentu sahaja meninggalkan pelbagai persoalan dan pengalaman yang perlu diteliti serta diperhalusi oleh pihak PAS. Justeru Himpunan Badar Al Kubra ini pasti sahaja akan menjadi satu medan ahli dan orang ramai mendapatkan sudut pandang terkini dari kepimpinan PAS. 
Himpunan ini dianjurkan serentak di setiap negeri. Ahli PAS dan orang ramai boleh merujuk kepada promosi dan sebaran oleh PAS di peringkat negeri masing-masing. 
Bukan sahaja maklumat terkini, bahkan ia diperkaya dengan motivasi perjuangan sempena menghayati Peristiwa Badar Al Kubra, lantaran itu pihak PAS juga akan membuka Kaunter Pendaftaran Ahli PAS pada majlis himpunan tersebut. 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai lokasi dan aktiviti Himpunan Badar Al Kubra ini, anda boleh hubungi sekretariat Lajnah Penerangan PAS Pusat menerusi aplikasi WhatsApp ke talian : ‭019 354 0512‬ (Sdr Eidit) 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Ramadhan 1439 / 30 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 30/5/2018


































































Sumber HD - 30-5-2018



































Infaq fisabilillah

RAMADHAN adalah kesempatan terbaik untuk kita melipatgandakan amal kebajikan. Antaranya ialah infaq fisabilillah atau bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah SWT. 
Inilah amalan Nabi kita Muhammad SAW. Daripada Abdullah ibn Abbas Rhma katanya: 
كَانَ النَّبيُ صلَّى اللهُ عليه وسلمَ أَجْوَدَ النَّاس، وأَجْوَدَ ما يكونُ في رمضانَ، حِيْنَ يَلْقاهُ جِبريل، وكانَ جِبريلُ عليهِ السلام يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رمضانَ فَيُدارِسُهُ القرآن، فَلِرَسُول اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحَ اْلمُرْسَلَة 
Adalah Nabi saw orang yang paling dermawan dari kalangan manusia. Ia lebih dermawan di bulan Ramadhan detik Baginda saw bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Imam Bukhari) 
Siapa lagi qudwah dan uswah bagi pejuang Islam jika tidak Nabi kita Muhammad SAW. Terlalu banyak kelebihan infaq dan sedekah ini. Selain daripada ia memulangkan pahala kepada pelakunya, ia juga membina sebuah hubungan masyarakat yang baik dan harmonis. 
Malah aktiviti infaq fisabilillah ini juga memakmurkan aktiviti amal Islami yang digerakkan oleh Gerakan Islam dan pastinya ia sangat penting untuk menyemarakkan syiar Islam dan memartabatkan syariatnya. 
Usah ragu lagi pada kelebihan mengeluarkan infaq fisabilillah. Justeru ia suatu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Ada sedikit maka infaqlah sedikit. Ada banyak maka infaqlah sebanyak yang boleh. Firman Allah SWT: 
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 
Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai, kemudian setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Luas pengetahuanNya. (Surah Al Baqarah: 261) 
Nasrudin Hassan
Musolla Ar Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah
08 Ramadhan 1439 / 24 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 24/5/2018




































































Sumber HD - 24-5-2018





































Qiamulail

MEMPERJUANKAN Islam bukanlah suatu yang mudah dan ringan. Namun ia mesti dilunaskan oleh setiap kita yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah swt yang layak disembah. Kita perlukan kekuatan dalaman dan luaran untuk menggalas tanggungjawab perjuangan suci ini. 
Saban ketika, pejuang Islam akan dihadapkan halangan dan rintangan yang tidak sedikit. Ini adalah sunnatullah. Dihina, dicaci dan dimaki hamun menjadi rutin dalam diary harian seorang pejuang. Tambah pula di zaman siber ini. Dunia tanpa sempadan menjadikan ruang tekanan dan ancaman kepada pejuang semakin luas, lebar dan ganas. 
Antara kapsul yang membekalkan kekuatan utama untuk pejuang mendepani berat beban perjuangan ini ialah qiamulail iaitu bangun menghidupkan malam dengan amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah swt seperti solat, zikir, baca al Quran dan lainnya. Inilah yang telah dipertegaskan oleh Allah swt kepada Nabi saw. Firman Allah swt : 
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا 
Wahai orang yang sedang berselimut, Bangunlah menghidupkan malam kecuali sedikit (untuk isterehat). Iaitu separuh atau kurang sedikit dari separuh. Atau lebih sedikit daripadanya dan bacalah Al Quran dengan bacaan yang baik (tartil). Sesungguhnya kami akan turunkan ke atas mu wahyu yang mengandungi perintah yang berat. (Surah Al Muzammil: Ayat 1 – 5) 
Ramadhan memiliki suasana yang paling baik untuk kita bangun malam dan menghidupkannya dengan tahajjud, munajat dan bacaan ayat-ayat suci al Quran. Insya Allah, ia menjadi sumber kekuatan yang mantap dan jitu mendepani ujian getir perjuangan Islam ini. Malah Allah swt menjanjikan kedudukan terpuji bagi mereka yang melakukannya. Firman Allah swt: 
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا 
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al Isra': Ayat 79) 
Dari Abdullah bin Salam Rha bahawa Nabi SAW bersabda:
أيُّها النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَ أَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَ النَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ 
Wahai manusia, sebarluaskanlah ucapan salam, berilah makan dan solatlah pada waktu malam detik manusia sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat. (Riwayat Imam Tirmizi) 
Sebagai seorang pejuang, pasti sahaja detik seperti ini juga sangat diperlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan munajat mengadu hal mengenai perit getir perjuangan serta mengharapkan pertolongan dari Allah swt. setelah dihimpit pelbagai tekanan dan ancaman. 
Nasrudin Hassan
Musolla Ar Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Sumber HD - 23-5-2018 






































BN 2.0: Sasarkan Kelantan dan Terengganu

MULANYA saya turut teruja mengikuti ucapan sulung Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dibebaskan dengan pengampunan penuh dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semalam. 
Namun saya tersentak apabila mendengar komitmen lantang dari beliau untuk menawan Kelantan dan Terengganu pada pusingan akan datang. 
Setelah membilang satu persatu negeri yang berjaya ditawan oleh PH, kemudiannya dengan lagak Mr Arrogant, beliau menyebut Kelantan dan Terengganu akan ditawan kelak untuk menyempurnakan kepuasan dan keseronokan mereka. 
Bahasa mudahnya, PH mula mewarisi kerakusan Barisan Nasional untuk merampas Kelantan dan Terengganu dari tangan PAS. Meskipun PRU15 masih jauh dan PRU14 baru sahaja berakhir, PH kelihatan tidak sabar mempamerkan sikap dan kemahuan politik rakusnya. 
Awalnya saya tumpang gembira atas kemenangan PH yang berjaya menumpaskan BN. Justeru bukanlah mudah untuk menewaskan BN yang berkuasa sejak sekian lama. 
Tetapi semalam saya rasa tercabar. Malah saya percaya, anak-anak muda yang bekerja keras mempertahankan Kelantan dari dirampas oleh BN dan memenangi kembali negeri Terengganu, turut rasa dicabar oleh PH menerusi ucapan Dato’ Seri Anwar malam tadi.
Jika itu tekad mereka, maka kami tetap akan bangkit mempertahankan Kelantan dan Terengganu serta menyelamatkannya dari menjadi mangsa rakus BN 2.0 ini. 
Kita faham kenapa perlu kita berjuang untuk menjatuhkan BN meskipun kita berbeda ideologi perjuangan. Tetapi, kita juga perlu menyatakan sikap, bahawa tidak ada sebab kenapa kamu patut lawan kami dan menawan negeri yang kami tadbir secara telus, adil, berkebajikan dan mematuhi kehendak syariat. 
Format PRU15 kelak pasti berubah. Jika PH bernafsu besar untuk menawan Kelantan dan juga Terengganu kelak, maka PAS semestinya diletakkan dalam posisi siap dan sedia, bukan sahaja untuk mempertahankan Kelantan dan Terengganu tetapi turut merencana kemenangan PAS di negeri-negeri lain. 
Perjuangan menegakkan syariat Allah SWT makin mencabar. Memerlukan para pejuangnya terus bangkit dengan semangat juang berlipat ganda disamping bermuhasabah atas pelbagai kelemahan yang wajar diperbaiki. Jangan leka dan lengah, justeru musuh senantiasa rakus dan merancang. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
01 Ramadhan 1439 / 17 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 17/5/2018
Sumber HD - 17-5-2018 







































Pembangkang yang konstruktif

TENTU sahaja masih terlalu awal untuk menilai kedudukan kerajaan yang baru terbentuk ini. Adilnya, mereka perlukan masa bagi membuktikan segalanya. Namun terlebih dahulu ucapan tahniah atas kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 yang lalu. 
Pun begitu, rakyat yang terdiri daripada 5.6 juta pengundi Pakatan Harapan, 3.6 juta pengundi Barisan Nasional dan 2 juta pengundi Gagasan Sejahtera serta selebihnya yang tidak mengundi pasti akan memerhati dari dekat perkembangan kerajaan yang baru dibentuk ini. 
Harapan rakyat agar pemerintahan baru negara ini tidak mengulangi kelemahan dan kepincangan kerajaan BN yang lalu. Apatah lagi melakukan penyelewengan sepertimana yang berlaku sejak sekian lama dalam pemerintahan BN. Bukan sahaja merujuk penyelewengan pada zaman DS Najib tetapi juga sejak zaman pemerintahan Tun M seketika dulu. Agar ianya tidak berulang. 
Sementara PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif di parlimen mahupun di luar parlimen. PAS terus konsisten dengan pendekatan yang diambil sejak sekian lama. Menjadi penasihat yang betul kepada kerajaan. 
Perkara baik, tentu sahaja akan disokong. Sementara perkara yang salah dan bertentangan dengan syariat Islam, akan dibantah oleh PAS. 
Mudah-mudahan suara pembangkang lebih didengari dan lebih lebar peluang diberi tanpa sebarang diskriminasi berbanding zaman BN tempohari. Termasuklah peluang menggunakan media massa elektronik dan cetak bagi pihak pembangkang. 
Terlalu banyak amalan buruk yang bertentangan dengan semangat demokrasi malah bercanggah dengan syariat Islam dilakukan oleh kerajaan BN dan ianya berada dalam pengetahuan semua. Maka apa yang pentingnya ialah, ia sekali-kali tidak boleh diulang laku oleh kerajaan yang baru ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Sya’aban 1439 / 14 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 14/5/2018
Sumber HD - 14-5-2018 








































Barisan Nasional 2.0

PASCA PRU 14 sangat menjolok mata. Setelah hampir kebanyakan negeri sukar untuk membentuk kerajaan kerana tiada satu parti yang mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. 
Perak, Kedah, Johor, Sabah antara negeri yang telah bentuk kerajaan selepas menyaksikan drama lompat parti bagi memperolehi majoriti mudah. Sementara Pahang dan Perlis masih mempunyai beberapa episod untuk menamatkan adegan drama minggu ini. 
Sarawak meskipun telah terbentuk kerajaannya melalui PRN Sarawak tempoh hari, juga mempunyai sinetron tersendiri dalam menyertai arus dan cita rasa “kerajaan lompat” mutaakhir ini. 
Bahkan saya juga menjangkakan Kerajaan Pusat yang terbentuk hari ini dengan majoriti mudah akan turut menyaksikan adegan lagak ngeri dengan aksi lompat untuk mencari dua per tiga majoriti. 
Andai benar jangkaan saya, terutama berlaku acara lompat dalam guni beramai-ramai, dari Umno ke PPBM atau BN ke PH, maka ia hanya akan membentuk Barisan Nasional 2.0. Tiada apa yang baharu. 
Ada beberapa siri dan jenis lompatan yang boleh kita perhatikan. Ada lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah, lompat kijang, lompat dalam guni dan antara yang menarik ialah lompat setempat. Kita semua tahu effect semua jenis lompatan tersebut melalui pendidikan jasmani yang pernah kita lalui sejak zaman persekolahan. 
Seketika dulu, ramai pihak yang mengutuk dan mencela acara lompat parti. Sehingga ia dilihat sangat tidak bermaruah untuk disenaraikan dalam acara yang boleh dipertandingkan pada Peringkat Nasional apatah lagi Antarabangsa. 
Tapi kini acara lompat telah dipromosikan dengan begitu meluas. Para pengkritik yang lantang menolak acara lompat sebelum ini telah menjahit mulut untuk bungkam sejuta bahasa. Sebahagiannya merestui justeru ia memihak kepada mereka. 
Saya melihat bahana yang sedang menanti di hadapan sangat rencam dan tidak menentu apabila negara dan negeri dipimpin oleh parti pemerintah yang tiada prisip perjuangan dan pegangan ideologi yang mantap dan kukuh. 
Lompat parti adalah acara yang melacurkan maruah dan melagang pendirian. Tiada komitmen jauh sekali prinsip perjuangan. Hanya mempamerkan ketamakan dan nafsu ingin berkuasa tanpa hirau ideologi perjuangan. 
Jika teraju kerajaan dikendali oleh mereka yang tiada prinsip, tiada pegangan ideologi perjuangan yang mantap sebaliknya mudah silau dek harta dan kuasa, maka akibatnya akan dirasai bila tiba waktunya. 
Sejahtera Bersama Islam
Sekian. - HARAKAHDAILY 13/5/2018
Sumber HD - 13-5-2018 









































Jangan layan provokasi dan propaganda

MESKIPUN PRU14 telah berakhir. Fitnah dan provokasi terhadap PAS kelihatan tidak pernah berakhir. 
Justeru itu, ahli PAS dan para penyokongnya diharapkan tenang dan tidak melatah bila disakat oleh musuh, terutama berkait dengan perkembangan mutaakhir berhubung dengan situasi di Perak dan Kedah. 
PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada petang ini bagi membincangkan situasi tersebut. Segala pandangan, pertimbangan dan kemungkinan akan dinilai oleh pimpinan PAS dengan teliti dan cermat sebelum membuat keputusan. 
Prinsip Amal Islami yang dipegang oleh PAS dalam proses membuat keputusan adalah secara syura dan kemudiannya dimuktamadkan oleh Presiden sebagai ‘amir jamaah. 
Paksi tindakan PAS ialah meletakkan Islam mengatasi segala-galanya. Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh PAS telah menegaskan bahawa amalan politik PAS ialah Politik berteraskan Prinsip, bukan lagi politik lalang yang rebah ke kiri bila ditiup ke kiri dan liuk ke kanan bila dihembus ke kanan. 
PAS mengurus pertimbangan dalam menilai situasi dan menangani isu semasa adalah berteraskan amalan politik realiti yang menjulang kebenaran Islam. Bukan lagi politik persepsi dan emosi. 
Insya Allah, YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS atau Timbalannya akan membuat kenyataan rasmi parti setelah bermesyuarat dengan seluruh saf kepimpinan PAS kelak. 
Insya Allah. Islam menjadi keutamaan dalam apa jua pertimbangan dan keputusan. Justeru inilah subjek perjuangan PAS selama ini. Tenang dan bersabar, usah sahut propaganda pihak tertentu yang terus mensasarkan PAS supaya kita bercakar dan bercakap tanpa asas dan mengetahui betul duduk isu yang sebenar. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat_
25 Sya’aban 1439 / 11 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 11/5/2018

Sumber HD - 11-5-2018 

Jumaat, 11 Mei 2018


Kedudukan Perak & Kedah Jangan Layan Provokasi & Propaganda


1. Meskipun PRU 14 telah berakhir. Fitnah dan provokasi terhadap PAS kelihatan tidak pernah berakhir.

2. Justeru itu, ahli PAS dan para penyokongnya diharapkan tenang dan tidak melatah bila disakat oleh musuh, terutama berkait dengan perkembangan mutaakhir berhubung dengan situasi di Perak dan Kedah.

3. PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada petang ini bagi membincangkan situasi tersebut. Segala pandangan, pertimbangan dan kemungkinan akan dinilai oleh pimpinan PAS dengan teliti dan cermat sebelum membuat keputusan.

4. Prinsip Amal Islami yang dipegang oleh PAS dalam proses membuat keputusan adalah secara syura dan kemudiannya dimuktamadkan oleh Presiden sebagai Amir jamaah.

5. Paksi tindakan PAS ialah meletakkan Islam mengatasi segala-galanya. Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh PAS telah menegaskan bahawa amalan politik PAS ialah Politik berteraskan Prinsip, bukan lagi politik lalang yang rebah ke kiri bila ditiup ke kiri dan liuk ke kanan bila dihembus ke kanan.

6. PAS mengurus pertimbangan dalam menilai situasi dan menangani isu semasa adalah berteraskan amalan politik realiti yang menjulang kebenaran Islam. Bukan lagi politik persepsi dan emosi.

7. Insyaallah, YB Dato’ Seri  Tuan Guru Presiden PAS atau Timbalannya akan membuat kenyataan rasmi parti setelah bermesyuarat dengan seluruh saf kepimpinan PAS kelak.

8. Insyaallah. Islam menjadi keutamaan dalam apa jua pertimbangan dan keputusan. Justeru inilah subjek perjuangan PAS selama ini. Tenang dan bersabar, usah sahut propaganda pihak tertentu yang terus mensasarkan PAS supaya kita bercakar dan bercakap tanpa asas dan mengetahui betul duduk isu yang sebenar.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
Sumber MR - 11-5-2018











































Penghargaan buat petugas dan pengundi

SETINGGI-tinggi penghargaan kepada semua petugas, jentera dan pengundi yang membantu PAS khasnya di Parlimen Indera Mahkota. Jasa dan pengorbanan anda semua akan terus dihargai. 
Insya Allah, perjuangan Islam ini akan tetap diteruskan keputusan PRU14 ini penuh dengan hikmah dan pengajaran yang sangat bermanafaat buat PAS dan para pejuangnya. 
Alhamdulillah, PAS mampu bertahan di Kelantan dan kembali membentuk kerajaan di Terengganu. Bahkan masih mempunyai kekuatan tersendiri di Parlimen. 
Perjuangan Islam yang didukung oleh PAS ini tidak akan padam dan perlahan. Sebaliknya, ia terus akan dijana tanpa henti.
Sejahtera Bersama Islam

Sumber HD - 10-5-2018 












































Perang informasi media PRU14: Jauhi sikap jahil

1. ALLAH swt meletakkan tanda aras yang sangat tinggi berkaitan informasi dan berita. Ia menjadi tanggungjawab iman seseorang Muslim supaya tidak bertindak atas kejahilan atau termasuk golongan yang jahil. 
2. Jahil itu bukan sekadar jahil ilmu, tetapi ia lebih kepada sikap dan sifat seseorang yang meletakkan dirinya di situasi menjauhi kebenaran Islam. Ini kerana kejahilan itu sama ada pada ilmu pengetahuan, atau pada akidah pegangan dan pada akhlak serta moral. 
3. Kemungkinan sesuatu kumpulan manusia itu hebat pada ilmu dan teknologi, namun jahil pada akhlak dan akidah. Sebab itulah al Quran menceritakan kebanyakkan para nabi diutuskan kepada umatnya yang sudah memiliki ketamadunan ilmu yang tinggi tetapi masih jahil dari sudut akidah dan akhlak. 
4. Nabi Musa as, Nabi Saleh as dan Nabi Hud as diutuskan kepada bangsa firaun, Kaum Samud dan Kaum Ad yang memiliki ketinggian ilmu dan kecanggihan teknologi. Tetapi dianggap jahil pada sisi Allah kerana tidak beriman dan tidak berakhlak. 
5. Dalam al Quran kedapatan dua ayat yang menerangkan bagaimana terjadinya manusia menempatkan diri mereka dalam kejahilan. 
Pertama: Surah Al Maidah ayat 50, 
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُون ۚ وَمَنْ
أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum (sistem) jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah."
Kedua: Surah Al Hujurat ayat 6, 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." 
6. Kedua-dua ayat di atas adalah satu bentuk pedoman daripada Allah swt kepada orang beriman agar tidak meletakkan diri dalam keadaan yang disebut sebagai kejahilan. 
7. Ayat surah al Maidah disebut secara jelas menyatakan bahawa orang beriman tidak seharusnya menolak sistem daripada Allah dengan menerima selainnya. Manusia sebahagian besarnya mengakui keesaan dan kewujudan Allah sebagai pencipta alam, pentadbir, pemberi nikmat rezeki dan sebagainya. 
7. Akan tetapi ada di kalangan mereka tidak mahu menerima konsep ubudiyyah (kepatuhan) secara syumul kepada sistem Allah swt. Mereka menolak Islam dalam perundangan, menolak sistem pemerintahan Islam dan ekonomi Islam. 
8. Mereka lebih meredhoi sistem ciptaan manusia seperti sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme sempit serta pragmatisme daripada menerima petunjuk Allah swt dan Nabi saw.  
Dengan sebab itu, Allah meletakkan mereka sebagai golongan yang jahil. 
9. Ayat daripada surah al Hujurat pula, al Quran menggambarkan ada sebahagian manusia yang terkena virus jahiliyyah. Ini kerana sikap mereka yang tidak memiliki akhlak dalam melibatkan penerimaan dan penyebaran maklumat. 
10. Perkataan fasiq dalam ayat bermaksud orang yang tiada integriti dalam nilai dosa pahala pada tindakan sebaran dan penerimaan berita dan maklumat. Tidak kira sekalipun di kalangan mereka yang terpelajar, mahupun tidak sama ada pemimpin dan juga rakyat. 
11. Setiap maklumat yang diterima adalah berkewajiban diselidiki terlebih dahulu asal usul sumbernya, dan bukannya diterima bulat-bulat. Apatah lagi menyebarkannya pula tanpa usul periksa dan mengenal pasti kesahihahnnya. Sikap begini tidak seharusnya ada pada orang beriman, kerana itu dimulai ayat seruan itu dengan, " Wahai Orang Yang Beriman". 
12. Bagaimana menangani kelakuan dan sikap kejahilan ini?
Para ulama berdasarkan Al Quran, membahagikan umat yang jahil kepada 4 keadaan dan cara mengatasinya. 
13. Pertama: Jahil yang diberikan penerangan dan penjelasan agar mereka memahami dan menerimanya. 
Firman Allah dalam surah al A'araf ayat 199, 
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)." 
14. Kedua: Jahil yang perlu dihadapi mereka dengan jelas dan berprinsip.
Surah Az Zumar ayat 64, 
قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ) 
"Katakanlah, wahai Muhammad saw, apakah patut kamu menyuruh aku sembah selain daripada Allah (setelah jelas bukti KeEsaan-Nya) wahai orang yang jahil?"
15. Ketiga: Mohon perlindungan dengan Allah daripada sikap jahil mereka.
Firman Allah swt, surah al Baqarah ayat 67, 
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً ۖ قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ 
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." 
16. Keempat: Jahil yang dibiarkan mereka dan jangan dihiraukan sikap mereka dan tindakan mereka. Umat Islam teruskan kerja dan perjuangan.
Ayat surah al Furqan 63, 
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." 
17. Oleh itu, wahai umat Islam, jauhilah diri daripada sikap yang dicela oleh Allah swt sebagaimana dalam Al Quran. PRU 14, adalah medan memerlukan kita membentengi diri dengan nilai Iman dan Islam yang selama ini menghiasi diri kita. Jadikanlah ia sebagai penyelamat daripada kemurkaan Allah. 
Malaysia Sejahtera 
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
27 April 2018 bersamaan 11 Syaaban 1439 – HARAKAHDAILY 27/4/2018






















































































Sumber HD - 28-4-2018

PAS yang kian berbisa
Posted on Wednesday, April 18 @ 13:52:42 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39224



Serangan dan fitnah kepada PAS semakin liar. Sebahagiannya agak lucu dan tidak masuk akal.


Namun itulah realiti. BN menyasarkan PAS, manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) pun tumpang dua belah kaki untuk turut sama memudahkan kerja BN mendepani PAS serta Gagasan Sejahtera.
Mereka gagal menyembunyikan kebimbangan yang semakin menjerut walaupun kepada awam mereka sebarkan propaganda konon PAS kini menjadi parti picisan dan jauh terkebelakang berbanding parti-parti lain.

Akhirnya mereka terpaksa juga mengisytiharkan perang gerila terhadap PAS supaya kemaraan parti ini dapat disekat.

Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri. Bahawa ancaman besar bagi mereka bukan Umno dan BN tetapi PAS dan Gagasan Sejahtera. Justeru peratus serangan mereka yang terarah kepada PAS jauh lebih tinggi berbanding BN.

Mereka sangat takut kepada PAS yang sebelum ini mereka gelar sebagai parti “picisan”.

Mereka bagaikan buda-budak - demam takutkan hantu yang mereka sendiri reka dan kemudiannya percaya bahawa itu adalah hantu betul.

Semuanya poyo belaka
Realitinya PAS tidak mudah untuk diperkecilkan. Mereka pun tahu PAS mempunyai kekuatan asas yang sangat berpotensi untuk memenangi saingan tiga penjuru pada PRU ke-14 ini.

Berbekalkan jumlah ahli yang mencecah sejuta selain mempunyai 196 kawasan parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara, PAS bukan saja menjadi antara parti Melayu Islam yang terkuat di Nusantara, bahkan Asia.

Sebab itu sungguh lucu apabila mereka mempersoalkan - dari mana PAS mendapat duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan hasrat parti mengenainya.

Mereka mencongak, kira-kira RM34.4 juta diperlukan oleh PAS untuk bertanding 160 kerusi. Mereka buat-buat bertanya: dari mana PAS ambil duit?

Hasrat mereka adalah untuk mencetuskan kekeliruan, dan mereka mahu sahkan bahawa memang benar PAS mengambil duit Umno.

Sedihnya, mereka terpaksa mereka-reka fitnah. Nampak macam "real", tapi seperti kana anak muda sekarang - itu poyo belaka. Bukan sahaja mereka terus gagal membawa bukti atas dakwaan yang dibuat, kini masyarakat pun sudah penat dan letih untuk mempercayai cerita karut penglipur lara mereka.

Anak-anak muda bingkas menjawab: kalau dah ahli PAS ada sejuta, secara purata setiap orang perlu infaqkan (sedekahkan) RM35 sahaja, parti boleh mengumpul sebanyak RM35 juta.

Itu belum diambil kira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda.

Ada sugar daddy
Pada zaman dulu-dulu, PAS melancarkan derma guna kopiah dan tin Milo, kini kami melancarkan derma dengan “tin Milo maya”. Nombor akaun PAS dipaparkan pada segenap saluran media baru.
Entah berapa juta masuk setiap tahun daripada penyumbang maya. Kau apa kisah?

Kenapa tidak mereka persoalkan sahaja diri sendiri. Parti kecil setahun jagung, angin pasang besar nak bertanding banyak. Mana mereka dapat duit?

Tidak perlu pun saya sebut, semua orang tersenyum dan sudah boleh bayang wajah “sugar daddy” politik mereka.

Lebih kelakar, bagaimana dulunya mereka bermati-matian menuduh PAS terima duit daripada Umno sebanyak RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun mereka sendiri gagal mengemukakan bukti.

Kini mereka pula bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen sedang mengikut kiraan mereka, PAS perlukan sekurang-kurangnya RM34.4 juta.

Habis tu, bukankah kamu kata PAS ada RM90 juta? Kenapa bertanya lagi?

Ertinya, mereka sangat tahu bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka mencipta fitnah itu untuk menjatuhkan reputasi PAS.

Mereka tiada modal lain. Mereka tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali ini mereka tersandung lagi dek kedangkalan akal mereka.

NASRUDIN HASSAN
ketua penerangan PAS Pusat dan penyandang kerusi parlimen Temerloh.


Sumber TKO - 18-4-2018














































Serangan Dan Fitnah Semakin Liar

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Serangan dan fitnah kepada PAS semakin liar. Sebahagiannya agak lucu dan tidak masuk akal. Namun itulah realiti. BN sasarkan PAS, manakala PH pun tumpang dua belah kaki untuk turut sama memudahkan kerja BN mendepani PAS dan Gagasan Sejahtera.

2. Mereka gagal menyembunyikan kebimbangan yang semakin menjerut. Walaupun kepada awam mereka sebarkan propaganda konon PAS kini menjadi parti picisan dan jauh terkebelakang dari saingan politik parti-parti lain. Akhirnya mereka terpaksa juga mengisytiharkan perang gerila terhadap PAS, supaya kemaraan PAS dapat disekat.

3. Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri. Bahawa ancaman besar bagi mereka bukan UMNO dan BN tetapi PAS dan Gagasan Sejahtera. Justeru peratus serangan mereka terarah kepada PAS jauh lebih tinggi berbanding BN.

4. Mereka sangat takut kepada PAS yang sebelum ini mereka gelar sebagai parti “picisan”. Mereka bagaikan bebudak, demam takutkan hantu yang mereka sendiri reka dan kemudiannya percaya bahawa itu adalah hantu betul.

5. Realitinya PAS tidak mudah untuk diperkecilkan. Mereka pun tahu PAS mempunyai kekuatan asas yang sangat berpotensi untuk memenangi saingan 3 penjuru PRU ke 14 ini.

6. Berbekalkan jumlah ahli yang mencecah sejuta, pula mempunyai 196 kawasan parlimen dan 7063 cawangan di seluruh negara. PAS menjadi antara parti melayu Islam yang terkuat di nusantara bahkan Asia.

7. Sebab itu, sungguh lucu bila mereka persoalkan, dari mana PAS dapat duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen setelah Ybhg Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS mengisytiharkan hasrat PAS bertanding 160 kerusi.

8. Mereka mencongak, kira-kira RM34.4juta diperlukan oleh PAS untuk bertanding 160 kerusi. Mereka buat-buat tanya, mana PAS ambik duit ? Hasrat mereka untuk cetus kekeliruan dan mereka mahu sahkan bahawa benar PAS ambil duit UMNO.

9. Sedihnya, mereka terpaksa reka fitnah. Nampak macam real. Tapi anak muda sekarang kata , itu poyoo belaka. Bukan sahaja mereka terus gagal membawa bukti atas dakwaan mereka, kini masyarakat pun sudah penat dan letih untuk mempercayai cerita karut penglipur lara mereka.

10. Anak-anak muda bingkas menjawab, kalau dah ahli PAS ada sejuta. Secara purata setiap orang infaqkan RM35 sahaja. PAS dapat collection sebanyak RM35 juta. Belum dikira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda.

11. Zaman dulu-dulu, PAS lancar derma guna kupiah dan tin milo. Kini PAS lancar derma dengan “tin milo maya”. No akaun PAS, dipublishkan pada segenap channel media baru. Entah berapa juta masuk setiap tahun oleh penyumbang maya. Kau apa kisah ?

12. Kenapa tidak mereka persoalkan sahaja diri mereka sendiri. Parti kecil setahun jagung. Angin pasang besar nak bertanding banyak. Mana mereka dapat duit ? Tidak perlu pun saya sebut, semua orang tersenyum dan sudah boleh bayang wajah “sugar daddy” politik mereka.

13. Lebih kelakar, bagaimana dulunya mereka bermati-matian menuduh PAS terima duit dari UMNO RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun mereka sendiri gagal kemukakan bukti.

14. Tetapi kini, mereka pula bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen sedang mengikut kiraan mereka, sekurang-kurangnya PAS perlukan RM34.4 juta. Habis tu ? Bukan kah kamu kata PAS ada RM90 juta ? Kenapa bertanya lagi ?

15. Ertinya, mereka sangat tahu, bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka create fitnah itu untuk jatuhkan reputasi PAS. Mereka tiada modal lain. Mereka tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali ini mereka tersadung lagi, dek kedangkalan aqal mereka.

Sejahtera Bersama Islam
Sekian.

Sumber BO - 18-4-2018















































Kenapa tinggal Temerloh?

SEJURUS Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS mengisytiharkan calon PAS bagi P.082 Parlimen Indera Mahkota dan saya dinamakan sebagai calon tersebut, maka seperti biasa pro dan kontra mula berkumandang. 
Saya positif. Justeru saya bukanlah makhluk yang sempurna. Apa yang ada pada saya hanyalah kesungguhan dan kemahuan berjuang untuk mencari kesempurnaan hidup bersama penghayatan Islam. 
Paling popular, serangan peribadi yang dihala kepada saya ialah Tantawi lari dari Temerloh. Mencari tempat selamat! 
Sebelum ini telah berlegar khabar angin mengatakan saya akan lari ke Kelantan untuk mencari tempat selamat setelah Temerloh dikatakan tergugat. 
Terdapat beberapa perkara yang perlu saya jelaskan supaya insan yang punya pengamatan yang teliti serta sanubari yang tenang dapat memahami dengan baik dan tidak melemparkan tohmahan yang bukan-bukan. 
i) keputusan bertanding dalam PAS, bukan dibuat oleh calon. Sebaliknya proses mencadangkan calon ditentukan oleh kawasan, kemudian diangkat ke pihak Badan Perhubungan PAS Negeri dan seterusnya dimuktamadkan oleh PAS Pusat setelah kelayakannya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Ertinya, saya tidak berautoriti untuk menentukan tempat saya bertanding. 
ii) isu mahu lari ke Kelantan tidak berbangkit. Pertama kerana faktor - (i) dan kedua, ia langsung tidak berbangkit di peringkat PAS Kelantan dan Pusat justeru Kelantan telah memiliki set kepimpinan layak dan wibawa mereka yang telah dipersetujui. 
iii) mahu cari tempat selamat? PRU ke-14 pada pengamatan kami, setelah melihat senario pertandingan 3 penjuru atau lebih adalah memberi peluang terbuka kepada semua parti bertanding untuk menang. Lantaran itu, dalam misi memburu kemenangan, kami sasarkan lebih 130 kerusi dan semuanya untuk dimenangi. Maka pandangan kami, tiada istilah kerusi selamat atau kerusi bahaya. 
iv) meskipun saya diposisikan oleh parti untuk bertanding di Indera Mahkota, maka hikmahnya ialah saya kembali ke kawasan saya sendiri. Sementara Temerloh, insya Allah ada pengganti yang saya percaya lebih wibawa berbanding saya. Juga dari tokoh yang menetap dalam kawasan Temerloh itu sendiri. (Bakal diumumkan 19 April 2018 ini) 
Saya tidak menjangkakan Indera Mahkota lebih ‘selamat; berbanding Temerloh untuk saya meninggalkannya atas faktor ‘kerusi selamat’. Tambahan pula PAS bakal berdepan dengan tokoh-tokoh hebat dari parti saingan di Indera Mahkota. 
Bahkan ada yang mengkategorikan saya sebagai calon underdog di Indera Mahkota. Segalanya saya serah kepada Allah swt dalam menentukan natijah (keputusan) dari segala tindakan yang diambil. 
Temerloh diserahkan kepada calon yang lebih baik. Insya Allah beliau mampu menggalas tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan apabila PAS menampilkan calon pemastautin di bumi Temerloh sendiri. 
Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki. Sementara apa yang baik tentu sahaja akan diteruskan apabila PAS mengambil langkah positif dan tegas dengan meletak calon yang berwibawa, bukan sahaja di Temerloh tetapi juga di seluruh negara. 
Jika kamu berjuang menegakkan kebenaran bagai yang diajar oleh Allah swt. Nescaya Allah swt akan memberi pertolongan dan kemenangan kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu di atas kebenaran yang diperjuangkan. - HARAKAHDAILY 13/4/2018




























































































Sumber HD - 13-4-2018
















































IM Sejahtera

SAYA menjalankan tanggungjawab perjuangan Islam yang digalaskan kepada saya oleh parti, di mana pun posisi yang ditempatkan. 
Hari ini saya diposisikan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota bagi membawa cabaran PAS dalam PRU ke-14 bersama rakan-rakan yang lain. 
Pada tahun 2004 (PRU ke-11), pertama kali saya diamanahkan oleh PAS untuk bertanding ialah di Dun Bukit Ibam dalam Parlimen Rompin Pahang Darul Makmur. 
Tahun 2008 (PRU ke-12), saya sekali lagi diminta menggalas cabaran parti menyertai pilihan raya umum dan saya diumumkan bertanding di Parlimen Maran Pahang Darul Makmur. 
Sementara tahun 2013 (PRU ke-13), saya ditaklifkan pula oleh PAS supaya bertanding di Parlimen Temerloh Pahang Darul Makmur. 
Mendepani PRU ke-14 pada tahun 2018 ini, PAS menetapkan saya bertanding di Parlimen Indera Mahkota Pahang Darul Makmur. 
Sebagaimana sebelumnya, Saya akur dan mematuhi ketetapan jamaei. Malah secara peribadi, sebenarnya ia lebih mudah kerana saya sememangnya bermastautin dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota ini sejak hampir 15 tahun yang lalu sehingga sekarang. 
Saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jamaah. Namun ia bukan mengenai saya, tetapi ini adalah urusan perjuangan yang digerakkan secara kolektif. Saya hanya wakil yang dinamakan oleh parti. 
Realitinya, PAS lah dengan segala prinsip dan dasarnya, objektif dan matlamatnya, agenda dan halatujunya, gagasan dan wawasannya, manifesto dan tawarannya,yang turun “bertanding” dengan mewakilkan saf kepimpinan dan calon pilihannya menyertai saingan pilihan raya di pentas demokrasi negara. 
Justeru itu, saya, rakan-rakan seperjuangan dan pengundi amnya akan menyebut “Undilah PAS”, kerana ia bukan soal individu. Saya bukanlah siapa-siapa tanpa PAS yang menjadi wadah atau platform perjuangan saya dan rakan-rakan. 
IM Sejahtera 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
25 Rajab 1439 / 11 April 2018 – HARAKAHDAILY 11/4/2018






























































































Sumber HD - 11-4-2018

















































Tawaran keindahan Islam warnai Manifesto PAS

FIRMAN Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 19: 
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya." 
1.     Islam sebagai Ad Deen menurut Syed Qutb dan Abu A'la Maududi dalam kitab Manhaj Hidup Muslim meletakkan tafsiran kesempurnaan makna Islam sebagai ad-deen merangkumi 3 aspek. 
Pertama: Islam itu berkait rapat dengan kekuasaan dan pemerintahan.
Kedua: Islam itu bersifat kesyumulan 
Ketiga: Islam itu bermatlamatkan Akhirat yakni hari perhitungan. 
2.     Ketiga-tiga aspek ini hendaklah menjadi warna dan penghayatan Islam yang sebenar dalam memahami Islam dan juga penghayatan dalam konteks perlaksanaannya. 
3.     Sekiranya salah satu daripada tafsiran ad-deen ini tidak dihayati, bermakna Islam tidak lagi mampu diterjemahkan dalam erti kata sebenarnya malah menyimpang daripada Islam sebagai ad-deen yang dikehendakinya oleh Allah S.W.T. 
4.     PRU14 yang kini sedang rancak berjalan, menyaksikan parti-parti politik berlumba-lumba mengemukakan idealisme dan manifesto masing-masing bagi menambat hati para pengundi dan rakyat Malaysia. 
5.     Pelbagai tawaran dan idea diluahkan dan dihamparkan menerusi manifesto pada setiap segmen samada kepada golongan rakyat yang berusia, golongan belia, kanak-kanak, Melayu, Cina, India dna etnik-etnik lain. Segmen para petani, nelayan, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga. Pendek kata hampir semua segmen melibatkan rakyat mahupun pengundi terlibat dalam tawaran manifesto. 
6.     Parti-parti sama ada PAS (Gagasan), Umno BN dan Pakatan Harapan berusaha untuk menggambarkan dan menambatkan hati rakyat dan pengundi siapakah di antara mereka yang paling berupaya menawarkan dan membela kebajikan dan keadilan kepada rakyat. 
7.     Umno BN dengan tawaran manifesto berjumlah beratus muka surat di samping dengan pembentangan bajet 2018 yang lalu lebih daripada RM200 billion, gigih ingin menambat hati rakyat bahawa Umno BN amat mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan rakyat. 
8.     Pakatan pula tidak terkecuali, berpuluh muka surat Tawaran Manifesto PH yang dilancarkan turut bersaing untuk memperlihatkan diri mereka menjaga kebajikan dan membela kepentingan dan keadilan rakyat. 
9.     Justeru itu, Umno BN dan PH yang setiap daripada mereka telah menawarkan kebajikan dan pembelaan kepentingan rakyat, maka apakah yang membezakan mereka dengan PAS (Gagasan) yang turut mengemukakan manifesto dan tawaran pilihan raya? 
10.     Perbezaannya adalah Islam. Islam sebagai ad-deenlah yang ditawarkan oleh PAS (Gagasan) menerusi penterjemahan dan pentafsiran sempurna aspek Ad Deen yang tiada pada Umno BN dan PH. 
11.     PAS (Gagasan) bukan hanya menawarkan manifesto berkebajikan dan pembelaan kepentingan rakyat sepertimana yang ada pada Umno BN dan PH. PAS menawarkan dan ingin merealisasikan konsep ad-deen dalam manifestonya. 
12.     Tawaran dan kepentingan rakyat dalam manifesto PAS (Gagasan), diwarnai dengan keindahan Islam sebagai cara hidup, sebagai solusi dan sebagai sistem yang mendasari dan membentuk kerangka pemerintahan negara. 
13.     Sebagai contoh cukai Goods and Services Tax (GST), PAS sejak daripada awal cadangan GST sehingga perlaksanaannya jelas dan tegas menentang GST bukan hanya kerana ia membebankan rakyat serta menjadi punca inflasi atau selainnya, tetapi menentang GST disebabkan prinsip dan perlaksanaannya bercanggah dengan kaedah Islam. 
14.     Bukan bermakna PAS menentang sebarang bentuk cukai, tetapi PAS menentang sistem GST yang melanggari prinsip dan kaedah Islam. Ia sistem cukai berasaskan perbelanjaan dan zalim yang tidak mengira latar belakang pembayar cukai. 
15.     Sebab itu, PAS mengemukakan cadangan alternatif berasaskan sistem cukai yang selari dengan kaedah Islam yang dihayati menerusi kaedah zakat iaitu cukai atas orang kaya dan lebihan pendapatan bukannya ke atas semua rakyat. 
16.     Prinsip adil menurut aspek Islam diaplikasikan dalam cadangan cukai alternatif PAS, iaitu adil meletakkan sesuatu sesuai di tempatnya. Bukan adil itu sama rata apabila rakyat yang miskin turut dicekik darah mereka. Cukai yang adil dicadangkan PAS ialah cukai saham dan korporat. 
17.     Begitulah pula dengan beberapa tawaran PAS (Gagasan) seperti hak milik kenderaan enjin di bawah 1300 liter dengan tawaran pinjaman Qardul Hasan. Ia menjadikan sistem kewangan Islam yang suci daripada riba sebagai solusi dan penyelamat kepada golongan anak muda yang bebas daripada cengkaman kemurkaan Allah melalui kewangan. 
18.     Umno BN dengan tawaran manifestonya yang besar tetapi masih mengekali sistem nasionalisme dan pragmatisme yang mewarnai dan mencorakkan tawaran mereka.
19.     Pakatan Harapan pula, turut memiliki tawaran kebajikan dan kepentingan rakyat, namun bergelumang dengan sistem sekularisme, sosialisme dan kapitalisme. 
20.     Maka dengan itu, penulis ingin menyimpulkan bahawa sekiranya diteliti dan dihayati maka kita akan ketahui bahawasanya Pilihan Raya Umum Ke-14, bukan lagi pertembungan antara siapa yang lebih bela dan perjuangkan kebajikan rakyat atau tidak, begitulah pula bukannya pertembungan antara siapa yang adil atau zalim. 
21.     Akan tetapi ia adalah pertembungan antara mereka yang tidak mahu Islam dan tidak menghayati Islam dengan Islam yang dijadikan sebagai cara dan sistem kehidupan yang syumul. 
22.     PAS sahajalah parti yang mampu mewarnai dan menterjemahkan Islam sebagai ad-deen serta keindahannya yang syumul sebagai cara hidup, sistem pemerintahan dan solusi kepada permasalahan rakyat dan negara ini. 
Ditambah lagi bukti laporan di parlimen memperakui hanya pimpinan parti PAS sahaja bersih daripada sebarang dakwaan salah laku dan rasuah termasuk Kerajaan PAS Negeri Kelantan selama 28 tahun memerintah. 
23.     Ayuh seluruh rakyat dan pengundi, bersama dengan Islam yang indah ini dan Islam mampu mensejahterakan negara ini dengan petunjuk Ilahi. – HARAKAHDAILY 9/4/2018 
Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Sumber HD - 9-4-2018 


















































Tolak politik fitnah

SELURUH ahli PAS, penyokong dan semua pengundi digesa supaya jangan percaya kepada fitnah yang sedang galak dicetuskan oleh lawan politik PAS menjelang PRU ke-14 ini. 
Kita telah jangkakan fitnah begini akan terus dicipta untuk mencetus persepsi buruk kepada PAS sehingga ke hari pembuangan undi. 
Justeru itu, jangan sekali-kali terpedaya dengan taktik buruk dan jahat pihak lawan politik PAS yang melempar fitnah, persepsi dan prasangka tanpa asas serta bukti dalam usaha mereka menghakis kepercayaan ramai kepada PAS. 
Kesungguhan mereka mencipta aneka fitnah ini kerana kebimbangan melampau terhadap pengaruh PAS yang semakin meningkat. 
Terkini, PAS Pusat telah meluluskan permohonan ahli baru pada bulan ini sahaja adalah seramai 1,894 orang. Malah kita sangat yakin, sokongan terhadap perjuangan PAS akan terus meningkat setelah mereka muak dengan politik fitnah dan desprado pihak tertentu. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Rajab 1439 / 08 April 2018 – HARAKAHDAILY 8/4/2018
Sumber HD - 8-4-2018 



















































PAS sambut baik permohonan maaf Sinar Harian

LANGKAH akhbar Sinar Harian mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atas salah lapor pihak wartawannya dari kenyataan sebenar YB Tuan Guru Presiden PAS, sangat dihargai dan dihormati. 
2. Tidak dinafikan, betapa laporan yang salah itu telah menjadi fitnah kepada YB Tuan Guru Presiden PAS khasnya dan PAS itu sendiri secara amnya apabila berita itu ditulis sebagai “PAS berkecuali Isu 1MDB”. 
3. Realitinya YB Tuan Guru Presiden PAS adalah antara individu yang awal mendesak kerajaan supaya isu 1MDB ini ditangani dengan satu siasatan yang telus dan adil serta mengingatkan kerajaan mengenai kesan ke atas rakyat ekoran isu 1MDB ini. 
i - Bermula tanggal 9 Mei 2015, menerusi kenyataan media Presiden PAS, YB Tuan Guru telah mendesak supaya YAB Perdana Menteri memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen dan bentang hasil siasatan terperinci terhadap audit kewangan 1MDB, serta melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan gagal memberikan penjelasan. 
ii - Seterusnya di Kota Bharu tanggal 8 Julai 2015, YB Tuan Guru Presiden menegaskan supaya 1MDB tidak memperjudikan nasib rakyat. 
iii - Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 11) di Tangkak Johor pada 5 September 2015, YB Tuan Guru Presiden sekali lagi mengulas isu 1MDB dan akhirnya merumuskan bahawa pelaksanaan Islam sahaja yang akan mampu menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk isu 1MDB. 
4. Penegasan demi penegasan dari YB Tuan Guru Presiden PAS mengenai pelbagai isu negara termasuk 1MDB terus bergema. Antaranya semasa: 
a) Perasmian Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai Dungun pada 18 September 2015. 
b) Perbahasan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2015. 
c) Artikel beliau yang bertajuk Akibat Pisahkan Politik Daripada Agama pada tanggal 9 Mac 2016. 
d) Respons media beliau yang disiar oleh Sinar Harian dengan tajuk “PAS Tidak Terpengaruh Dedak UMNO” pada 13 Jun 2016. 
e) Termasuklah beberapa siri persoalan dan perbahasan YB Tuan Guru Presiden di Dewan Rakyat sepanjang tahun 2015-2018. 
5. Sehubungan dengan itu, PAS mengharapkan agar perkara salah lapor ini tidak lagi berulang di masa hadapan kerana ia bakal mengundang fitnah dan seterusnya menghilangkan rasa hormat serta kepercayaan awam kepada kewibawaan akhbar Sinar  Harian sebagai sebuah akhbar yang meletakkan tag linenya Telus dan Tulus. 
6. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam senantiasa bersikap terbuka dan mesra media. Pihak kami senantiasa ingin memperbaiki dan memperbaharui hubungan baik dengan semua pihak media selama mana media tersebut mematuhi etika kewartawanan yang tinggi dan akhlak pemberitaan yang baik.

7. Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan oleh PAS senantiasa berdiri di atas pendekatan hujah dan justifikasi. Justeru, tidak ada apa yang perlu disembunyikan. Cuma isunya, media mestilah juga berdiri di atas prinsip bebas dan telus. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
09 Rajab 1439 / 26 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 26/3/2018




































































































Sumber HD - 27-3-2018




















































Manifesto Gagasan Sejahtera: Jelas, teguh dan realistik

PAS bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sedar bahawa untuk melakukan pengislahan terhadap masalah yang sedia wujud dalam memacu kesejahteraan dan kemajuan negara adalah suatu cabaran yang besar. 
2. Masalah rasuah dan salah guna kuasa di segenap peringkat; ketidaksetaraan ekonomi antara negara dan rakyat serta bandar dan luar bandar; ketidakmapanan dasar dan sistem pendidikan; pertikaian terhadap hak agama dan kaum; ancaman terhadap keselamatan dan keamanan termasuk insiden jenayah dan gejala sosial, semuanya menjadi isu utama yang sentiasa mendapat perhatian dan desakan daripada orang awam agar ia diselesaikan.
3. Menghadapi masalah begini, Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Pengerusi GAGASAN dalam syarahan perdana yang beliau sampaikan pada 18 Mac 2018 di Hotel Astana Banquet Hall Cyberjaya telah menggariskan tiga (3) asas utama: 
(a) Menekankan aspek akidah dan akhlak dalam kehidupan seharian dan bernegara. 
(b) Menginsafi bahawa kemajmukan masyarakat yang berbilang agama dan kaum adalah suatu cabaran dan peluang bagi membentuk negara yang sejahtera. 
(c) Memberikan peranan utama kepada Islam dengan tafsirannya yang sebenar dan selari dengan perutukan perlembagaan bagi membina Malaysia Sejahtera. 
4. Pendirian politik yang ditegaskan oleh Pengerusi GAGASAN juga sangat menarik untuk diberikan perhatian sekaligus ia menjadi ciri yang unik kepada GAGASAN justeru menjadikan GAGASAN sebagai pilihan terbaik buat rakyat Malaysia terutamanya untuk keluar dari kemelut politik berpanjangan akibat budaya politik usang yang masih diamalkan oleh sebahagian parti politik. 
(a) Menghormati mandat rakyat kepada sesebuah parti politik untuk membentuk sebuah pemerintahan. 
(b) Menyertai pilihan raya sebagai kaedah sebenar membentuk kerajaan baru yang lebih baik. 
(c) (Sementara menjadi pembangkang) berperanan sebagai pembangkang yang berkesan dengan menegur kerajaan dan sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak ke arah yang lebih baik. 
(d) Mengelak campur tangan pihak asing,
(e) Menolak politik fitnah dan persepsi. 
5. Bertitik tolak daripada asas dan pendirian ini serta sembilan (9) teras yang diumumkan sebelum ini, GAGASAN telah melancarkan 20 Tawaran Utama pada malam tadi meliputi semua segmen rakyat Malaysia. 
6. Kesemua tawaran yang dikemukakan oleh GAGASAN ini adalah berpijak di atas paksi yang jelas, teguh dan realistik termasuk mengambilkira kemampuan GAGASAN untuk melaksanakannya dan keperluan rakyat terhadapnya; bukannya sekadar untuk mendapatkan populariti dan publisiti bagi meraih undi. 
7. PAS bersama GAGASAN komited untuk merealisasikan manifesto ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
01 Rajab 1439 / 19 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD - 19-3-2018 





















































Prinsip Islam melindungi hak orang bukan Islam

PAS mengakui akan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang ada di negara ini. Justeru itu, PAS menegaskan bahawa variasi masyarakat ini mesti dipelihara dan diolah menjadi sumber kekuatan bagi memacu kemajuan negara dalam pelbagai aspek. 
2. Amat tidak wajar sekali perbezaan yang lahir secara semulajadi ini diperalat dengan cara mencetuskan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama semata-mata untuk meraih kepentingan tertentu sehingga mengancam keamanan dan keselamatan negara. 
Sedang Allah swt. berfirman: 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 
Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu pada sisi Allah swt ialah insan yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui. (Al-Hujuraat : 13) 
3. Islam dengan syariatnya yang sejagat telah menggariskan hak terhadap orang bukan Islam yang mesti diberikan dan dilindungi oleh pemerintah Islam. Betapa pentingnya menjaga hak bukan Islam sehinggakan Rasulullah s.a.w. bersabda: 
مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
“Ketahuilah bahwa orang yang menzalimi bukan Islam sedang ia menjalin perjanjian dengan kerajaan Islam atau mengurangi haknya atau membebaninya di atas kemampuannya atau mengambil darinya sesuatu yang ia tidak relakan, maka aku adalah orang yang akan membelanya pada Hari Kiamat." (Riwayat Abu Daud)
4. Islam juga melarang orang bukan Islam dipaksa meninggalkan agamanya bagi menganut agama Islam. Orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menganut kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.
5. Orang bukan Islam juga berhak untuk menganggotai badan eksekutif dalam pemerintahan Islam terutamanya bagi mentadbir pelaksanaan sesuatu dasar dan juga penggubalan dasar-dasar yang melibatkan kepentingan orang awam secara umum.
6. Sama ada orang Islam atau bukan Islam, semuanya wajib bekerjasama menjaga keamanan dan keselamatan negara terutamanya daripada ancaman musuh negara.
7. Selain itu, cukai yang dikutip daripada orang bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam seperti jizyah adalah bagi menjamin orang bukan Islam mendapat hak perlindungan dan penjagaan yang sebaiknya terhadap nyawa, harta dan maruah mereka.
8. Sekiranya tidak berupaya menjamin perkara ini, pemerintah Islam wajib mengembalikan semula cukai yang telah dipungut itu kepada mereka.
9. Demikianlah betapa prinsip Islam memberikan perhatian yang sangat istimewa terhadap orang bukan Islam. PAS komited dan konsisten untuk memperjuangkan dan menterjemahkan prinsip-prinsip ini sehingga menjadi dasar penting negara. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 Jamadil Akhir 1439 / 14 Mac 2018
https://m.facebook.com/bayaanulmubin/ - HARAKAHDAILY 14/3/
Sumber HD - 14-3-2018 






















































Rekod Bersih Bukti PAS Sedia Jadi Kerajaan

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan semalam berkenaan jumlah kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM dari 2013 hingga 2017, adalah 71 antaranya melibat ahli politik Barisan Nasional (BN) manakala 21 lagi membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) adalah *sekaligus satu pengiktirafan kepada PAS.*'

2. Sepanjang tempoh tersebut, *belum ada pemimpin PAS yang disiasat oleh SPRM* atas tuduhan rasuah dan lebih daripada itu, sepanjang 28 tahun mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan, tiada seorang pun pemimpin PAS disabitkan atas kesalahan itu.

3. Demikianlah keistimewaan yang ada pada PAS kerana mumpunyai sumber manusia yang memiliki nilai kehambahan dan kepatuhan kepada Allah _(ubudiyyah)_, kebertanggungjawaban terhadap agama dan tugasan _(mas’uliyyah)_ serta kesungguhan dan kecekapan _(itqan)_ yang tinggi.

4. Sumber manusia yang memiliki tiga (3) nilai inilah adalah syarat utama bagi melahirkan tadbir urus yang baik bagi sesebuah kerajaan.

5. Malangnya pada hari ini, *sektor penjawat awam terus merekodkan kes rasuah dan salah guna kuasa*, terutamanya melibatkan pengurusan tertinggi yang mencatatkan peningkatan pada jumlah tangkapan sebanyak *71%* pada 2017.

6. BN dilihat sama ada *gagal memberikan jawatan kepada manusia yang betul atau sistem BN telah merosakkan manusia yang pada awalnya betul.*

7. PH pula yang kononnya menjulang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus juga tidak bebas daripada dikaitkan dengan kes rasuah. Berdasarkan rekod ini, *sukar sekali PH akan bebas rasuah sekiranya diberikan mandat pemerintahan nanti.* Oleh itu, dalam masalah ini, boleh dikatakan BN dan PH serupa walau tidak sama.

8. Justeru, *PAS yang sehingga kini masih bersih rekod SPRM, adalah bukti bahawa PAS layak* dan bersedia untuk memimpin kerajaan dengan tadbir urus yang baik sekaligus memacu negara ke arah *Malaysia Sejahtera.*

_Sejahtera Bersama Islam_

Sekian.
Nasruddin Hassan
Ketua Penerangan PAS

Sumber BO - 14-3-2018

BPMS VS Politik Akal Pendek
Posted on Tuesday, March 06 @ 10:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38524



Allah swt berfirman dalam surah Fussilat ayat 33-36,


وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ. وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ. وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya, 

"..Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.

Tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..."

1. Ayat diatas adalah merupakan ayat pendekatan dakwah yang dipraktiskan dalam lapangan politik. Disebutkan bahawa manusia sekalipun jahat yang bersifat syaitan boleh dilunakkan dengan berbaik kepadanya, kecuali syaitan di kalangan jin, Allah memerintahkan kita memohon perlindunganNya.

2. Budaya Politik Matang dan sejahtera  PAS sedang menangani cabaran politik akal pendek yang dipelopori oleh Pakatan Harapan.

3. Politik akal pendek ini bukan bertujuan untuk memurnikan  kecelaruan dan kecamukan suasana politik. Ia adalah budaya politik bebal dan kecewa tambahanlagi ia menjurus ke arah politik kebencian.

4. PAS sendiri berpengalaman selama 60 tahun di arena politik secara berani dan sabar sekalipun melalui siri demi siri penindasan dan kezaliman  di padang politik yang senget masih tetap mampu bertahan dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.

5. Sebut apa sahaja keburukan yang direkayasa untuk kepentingan politik bagi menghalang kemaraan PAS, semuanya telah PAS lalui. Dari halangan berceramah, pemimpin ditangkap, dibunuh, ahli dibelasah dan diboikot, pilihanraya yang tempang, dinafikan hak, dirampas hak, dan bermacam-macam bentuk lagi.

6. Namun PAS tidak langsung bebal dan kecewa malah  mengambil jalan singkat "shorcut" untuk mencapai matlamatnya.

7. PAS kekal menggunakan pendekatan kemuka hujah dan idea untuk melawan seteru politiknya. Fitnah, adu domba, provokasi kaum dan agama, politik persepsi jahat, dijauhi daripada sikap dan pendekatan PAS.

8. Politik masa kini memerlukan anjakan paradigma baru oleh para penggerak dan pengamalnya. Politik berprinsip, politik dakwah, menyeru maaruf dan mencegah mungkar, politik benar bukan persepsi, politik kepentingan rakyat diutamakan, politik damai, politik penyelesaian dan profesional adalah rupa bentuk politik yang didambakan dan wajib didokong.

9. Bukannya politik yang hanya mengejar kepentingan kuasa dan agenda parti semata-mata.

10. Tuduhan demi tuduhan ke atas PAS oleh pemimpin dan juak Pakatan Harapan adalah pelopor politik akal pendek ini.

11. Tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah contoh politik akal pendek yang paling ketara sekali sedang dimomokkan oleh Pemimpin dan juak PH.

12. Bagi mereka idea ini adalah paling mudah untuk dimanipulasikan dalam politik akal pendek supaya rakyat menolak PAS.

13. Jawapan mudah kepada tuduhan ini adalah pertanyaan, "kalau PAS nak gabung dengan Umno, kenapa PAS paling banyak kerusi bakal bertanding lawan Umno.?" Habis, siapakah kini yang sedang bersama Umno yang nak jatuhkan PAS di Kelantan.?

14. Sebelum daripada ini, pelbagai tuduhan yang lebih berat pernah dilontarkan terhadap PAS iaitu parti bersekongkol dengan pengganas, komunis, ajaran sesat dan bermacam-macam lagi, semuanya dihadapi PAS dengan sabar dan tenang. Lambat laun, kebenaran pasti muncul juga.

15. Tuduhan bahawa PAS tidak lagi lawan Umno merujuk isu 1MDB dan Pembentangan Belanjawan sebagai contoh adalah juga politik akal pendek sering dijuarai oleh PH untuk mendiskreditkan PAS.

16. Jawapannya ialah ini merupakan politik persepsi daripada politik akal pendek dimainkan oleh pemimpin dan juak PH dengan menggunakan media baru dan media proksi yang sengaja tidak memberitakan apa sahaja inisiatif PAS atau berusaha menyelewengkan berita sebenar PAS supaya ia dilihat begitu. Malah media proksi ini juga adalah proksi kepada pihak diluar negara yang turut menambah perisa bagi memburukkan PAS.

17. Laporan media proksi berat sebelah, tidak jujur dan tidak beretika menjadi sumber politik akal pendek dan disuap kepada rakyat untuk mensensasikan keburukan terhadap PAS. Politik yang adil,  adalah sewajarnya berita daripada media PAS turut dipetik supaya diperolehi penjelasan yang sebenar dan bukan menelan mentah-mentah apa sahaja berita.

18. Politik sewajibnya adalah ruang bagi penggerak dan pendokong politik untuk berlumba-lumba secara matang dan sihat untuk mengemukakan agenda dan tawaran terbaik daripada parti masing-masing kepada rakyat supaya rakyat memilih apa yang terbaik buat kepentingan mereka.

19. Politik bukannya ruang untuk menyuburkan penipuan, fitnah, provokasi dan adu domba yang semua ini akhirnya mengarah kepada ketidakstabilan dan kecelaruan.

20. Apa yang anehnya,politik akal pendek ini yang sedang dimomokkan oleh juak PH ini rupanya belajar balik daripada seorang mahaguru yang merupakan bekas pemimpin Umno yang hebat dalam sejarah penipuan politik pilihanraya, pakar kepincangan dalam pentadbiran, pengamal kronisme dan nepotisme politik tegar di negara ini. Eloklah, bagai pinang dibelah dua dalam PH itu berkumpul semuanya spesis yang sama daripada benih dan dna yang sama.

21. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita berpolitik sihat,  matang dan sejahtera. Kita adalah rakyat yang berpendidikan, bermaklumat yang sahih, berilmu dan bijak. Rakyat menuju ke arah negara maju adalah rakyat yang bermaklumat, membaca, menelaah,  mengkaji dan membuat keputusan yang waras dan bijak.

22. Jangan dibiarkan minda dan kepintaran kita yang merupakan anugerah Allah kepada kita dimanipulasi oleh pemimpin dan juak PH yang menjaja politik akal pendek ini.

23. Politik adalah manifestasi kepintaran akal dan kecerdasan minda yang sihat, tambahan lagi sekiranya ia berpandukan prinsip nilai Islam dan akhlak terpuji.

24. Politik juga adalah cerminan budaya dan cara hidup bangsa dan rakyat yang bertujuan untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang diimpikan.


Politik Matang dan Sejahtera adalah tawaran PAS kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : Muhammad Najhan bin Halim


----
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
6 Mac 2018.


Sumber TKO - 6-3-2018
























































Bantah SOP murtad!

KUALA  LUMPUR: PAS membantah keras cadangan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang telah mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda akta menyediakan suatu garis panduan atau SOP bagi kes-kes murtad.
Ini adalah susulan keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan di Kuching yang mengarahkan kes murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh tiga parti utama PH di Sarawak iaitu PAN, DAP dan PKR itu jelas suatu cadangan yang tidak masuk akal.
"Sepertimana yang saya pernah tegaskan beberapa hari lalu bahawa kes-kes murtad bukan isu kecil dan boleh dipermainkan," tegas beliau dalam satu kenyataan semalam.
Bahkan kata beliau sebarang pandangan dan rujukan mestilah melalui para agamawan dan mufti bagi memastikan autentikasi pendirian yang dikemukakan terhadap pandangan yang ada dalam Islam.
Namun jelasnya cadangan menyediakan garis panduan seperti yang dikemukakan oleh pemimpin PH Sarawak termasuk pemimpin PAN itu seolah-olah menggalakkan lagi pihak keluar daripada Islam. 
Tambahan pula, negara sudah mempunyai Mahkamah Syariah yang lebih kuat jurisdiksinya untuk mengadili kes-kes berkaitan umat Islam. 
Malah tegasnya PAS membawa usul RUU355 supaya fungsi dan kuasa Mahkamah Syariah diangkat dan dimartabatkan lebih tinggi lagi supaya dapat mengadili umat Islam. - HARAKAHDAILY 4/3/2018














































































































Sumber HD - 4-3-2018

























































Memperkenalkan Semula PPSMI Bukti Ph Tiada Gagasan Untuk Memerintah

Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir untuk memperkenalkan semula suatu dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas membuktikan PH tiada gagasan dalam memerintah negara.

2. PPSMI adalah suatu dasar pendidikan yang mencetuskan kontroversi ia telah dibantah oleh rakyat dari pelbagai latarbelakang. Tambahan pula, kelima-lima Sasterawan Negara sendiri termasuk ahli akademik terkemuka, Profesor Diraja Ungku Aziz juga menyatakan pendirian menolak perlaksanaan PPSMI ketika ia diperkenalkan suatu ketika dahulu.

3. Dasar yang diluluskan melalui suatu mesyuarat khas jemaah menteri pada 2002 dan kemudian mula dilaksana pada 2003 itu telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran pada Mac 2009 sebelum akhirnya diumumkan pemansuhannya oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

4. Ironinya, selepas pendebatan yang membawa kepada pemansuhannya, PH sewenang-wenangnya mahu memperkenalkannya semula. Pendirian tersebut jelas tiada justifikasi yang kukuh untuk dipertimbangkan.

5. Apakah pemimpin PH yang turut membantah dahulu kini bersama-sama dengan pendirian tersebut? Jelas sekali mereka tiada prinsip dalam berpolitik dan ini hanya merosakkan masa depan negara.

6. PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak dasar PPSMI begitu juga program “Dual Language Program” (DLP). Namun, ia tidak bererti PAS menolak kepentingan Bahasa Inggeris cuma memikirkan kaedah yang dibina iaitu melalui proses P&P subjek Sains dan Matematik akan memberikan kesan terhadap penguasaan dan minat para pelajar terhadap kedua-dua subjek teras berkenaan.

7. Sesuatu dasar seharusnya melalui proses yang cermat sebelum ia diformulasi kerana ia melibatkan kepentingan rakyat. PAS konsisten akan memastikan pendidikan kepada rakyat teramai diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin melalui pendidikan yang telus dan sistematik.
Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber BO - 1-3-2018


























































Kes Penderaan Pembantu Rumah : PAS Gesa Tindakan Yang Lebih Teliti

Isu penderaan pembantu rumah warga Indonesia (amah) sehingga menyebabkan kematian kembali menjadi perhatian mssyarakat susulan kes kematian Adelina Lisao, seorang amah dari Indonesia yang didakwa didera majikannya.

2. PAS meneliti perkembangan serta maklum balas yang telah berikan pelbagai pihak susulan kes berkenaan. Pelbagai perkara perlu diteliti sedalamnya sebelum kerajaan melaksanakan tindakan susulan berkenaan kes yang berlaku.

3. Isu penderaan tersebut tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak kerajaan. Namun, tindakan yang diambil juga harus dilihat dari pelbagai aspek supaya isu pengambilan amah ini dapat diselesaikan secara holistik.

4. Antara fokus penting adalah terhadap isu pemantauan kebajikan dan keselamatan pekerja asing yang bekerja di sini. Perkara ini memerlukan pemantauan terhadap profesionalisme kerja seorang amah terhadap majikannya, serta layanan yang diberikan majikan terhadap pekerjanya. Ia melibatkan hubungan dua hala di antara amah dan majikannya.

5. Isu ini selayaknya dilihat dari dua segi ;

Pertama, isu pengawalan kemasukan amah untuk bekerja di Malaysia termasuk aspek saringan kesihatan dan latihan profesionalisme, dan

Kedua, isu pemantauan terhadap kebajikan dan keselamatan mereka yang telah bekerja di Malaysia. Pendekatan pihak kerajaan perlu dilihat secara objektif, menyeluruh dan bersifat jangka panjang.

6. Walaupun secara keseluruhannya kes penderaan yang berlaku terhadap amah di negara ini masih rendah, namun, ia bukanlah alasan supaya kita menutup mata terhadap apa yang berlaku terhadap mangsa.

7. Malah, netizen juga wajar berperanan sebagai “pemerhati serius” dan bertindak secara proaktif supaya masalah penderaan amah dapat dielakkan pada masa hadapan.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber BO - 22-2-2018




























































PAS tidak menolak lantik bukan Islam dalam Kabinet

LONTARAN idea dan pemikiran yang dikemukakan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau pada sidang media bertarikh 4 Februari 2018 telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak seolah-olah mengenepikan posisi orang bukan Islam dalam pembentukan kabinet kerajaan kelak dan kononnya wujud sistem kasta dalam pentadbiran yang PAS tawarkan. 
Penafsiran sempit ini tampak sengaja digembar-gemburkan bagi menyemarakkan sentimen agama sekaligus membakar hangus idea dan mengalih maksud sebenar lontaran Presiden PAS tersebut.

Hasrat yang terkandung dalam idea beliau adalah merupakan pembahagian tugas dalam kabinet menteri yang digarap dari prinsip pemerintahan dalam Islam. 
Politik Islam telah menggariskan urustadbir negara kepada dua jabatan iaitu Jabatan Pembuat Polisi atau Policy Makers (yang disebut sebagai Wazarat Al-Tafwid) dan Jabatan Pelaksana (yang disebut sebagai Wazarat Al-Tanfiz).

Prinsip pemerintahan dalam Islam ini adalah bersifat adil dan saksama. Ia juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang turut membahagikan peranan Pembuat Polisi (Badan Legistatif) dan Pelaksana Polisi (Badan Eksekutif).
Ia diajar oleh Allah S.W.T: 
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak dan layak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Surah An Nisa’ : Ayat 58
Sangat tidak benar anggapan bahawa Presiden PAS menafikan hak bukan Islam, kerana dalam aturan badan eksekutif yang mengutamakan elemen kepakaran individu, ruang dan peluang kepada orang bukan Islam dibuka seluas-luasnya.

Islam mengurus kesaksamaan fitrah manusia, dengan syarat Islam berkuasa dan memerintah. Pada masa yang sama, Islam tetap memelihara hak beragama tanpa menyentuh dan menggugat perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing. Bahkan Islam memelihara keharmonian masyarakat majmuk yang wujud dalam sosio-masyarakat Malaysia. 
Islam tidak sekadar memberi hak kerakyatan kepada bukan Islam untuk dinikmati, malah mewajibkan berlaku adil terhadap semua rakyat yang dilindungi oleh undang-undang. 
Selanjutnya, mewujudkan suasana menghormati perbezaan agama dan menjaga keharmonian serta perpaduan berdasarkan natural kemanusiaan. Ini dinyatakan secara jelas dalam Perkara 3(1) dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jika diteliti wacana Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS, ia adalah gagasan idea yang menjulang prinsip keharmonian, kesaksamaan, keadilan dan pengurangan budaya politiking dalam negara. 
Ia bukanlah sesuatu yang baru, namun diberi suntikan yang lebih segar daripada idea Al-Farabi menerusi karya Al-Madinah Al-Fadhilah, Al-Ghazali menerusi Siyasah Al-Akhlak, Al-Mawardi menerusi Al-Ahkam Sultaniyyah dan lain-lain lagi.

PAS konsisten membawa lunas-lunas Islam dalam ruang pendekatan kontemporari walaupun masih wujud tohmahan yang bersifat simplistik terhadap tindakan-tindakan PAS tanpa memahami sebab sebenar ia dicadangkan dan sengaja diapi-apikan. 
Track record pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bukti paling ampuh sebagai model kerajaan berkredibiliti yang dibina oleh PAS. Hak bukan Islam utuh terpelihara. 
Manakala pengalaman menjadi kerajaan di Kedah penggal yang lalu, kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diperuntukkan khas untuk wakil rakyat bukan Islam.

PAS tegas dan komited menjaga kestabilan negara yang majmuk masyarakatnya. Malah, dalam masa yang sama PAS konsisten dengan prinsip Islam yang membawa rahmah bagi semua dan berteraskan keadilan sejagat. 
Hak bukan Islam tetap terpelihara apabila Islam dijadikan asas pentadbiran sebuah negara. 
Sejahtera Bersama Islam -HARAKAHDAILY 7/2/2018
Sumber HD - 7-2-2018 





























































Isu Dua Kabinet: Hayati Maksud Sebenar Cadangan Kerajaan Teknokrat

Pelbagai salah faham dan penyelewengan fakta dihamburkan terhadap PAS berkenaan cadangan untuk memperkenalkan Kerajaan Teknokrat di Malaysia.

2. Sebahagian pihak memberikan tafsiran sebagai “pembentukan kerajaan 2 kabinet” yang merupakan suatu bentuk tafsiran yang terlalu lemah, semberono dan tidak memahami maksud sebenar cadangan kerajaan teknokrat.

3. PAS tegas menolak segala bentuk sistem kasta mahupun kerajaan teokrasi apatah lagi kerajaan diktator dalam sistem pemerintahannya.

4. Malah, cadangan kerajaan teknokrat tidak memaksudkan begitu sebaliknya ia adalah langkah penyelesaian jangka panjang yang diketengahkan bagi mengembalikan semula makna serta tujuan sebenar demokrasi.

5. Cadangan kerajaan teknokrat di Malaysia bertujuan menggabungjalinkan kelompok-kelompok pakar dalam bidang masing-masing serta mereka yang dipilih melalui sistem pilihanraya untuk duduk semeja dan berbincang bagi membangunkan negara bersama-sama.

6. Kelompok pakar ini akan diposisi pada bahagian kumpulan utama jentera pelaksana dasar dan polisi kerajaan disamping bertanggungjawab mengendalikan urusan berdasarkan kepakaran yang mereka miliki.

7. Itu maksud sebenar yang disampaikan oleh Presiden PAS yang sengaja diputarbelit oleh pihak yang berkepentingan. Sampai bila harus perkara (fitnah dan penyelewengan fakta) ini akan terus berlaku di dalam negara?

8. Cadangan tersebut tidak sama sekali mewujudkan sistem kasta seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin parti politik yang hanya sekadar mengutamakan kepentingan politik berbanding menghasilkan kaedah terbaik sebagai jalan keluar terhadap krisis politik yang semakin buntu dan akhirnya merugikan rakyat.

9. Konsep kerajaan teknokrat mampu mengendurkan ketegangan parti-parti politik di Malaysia yang menyebabkan wujudnya suatu persaingan yang bukan di atas kepentingan rakyat tetapi lebih menjaga “periuk nasi” politik masing-masing.

10. Tambahan lagi, yang paling mustahak adalah ia juga turut memanfaatkan kepakaran yang dimiliki golongan pakar supaya turut serta memberikan sumbangan ilmu dan kepakaran masing-masing bagi membangunkan negara.

11. PAS mengharapkan agar cadangan kerajaan teknokrat ini dibahaskan secara ilmiah dan bukan di atas sentimen yang akhirnya merugikan rakyat.

Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 6-2-2018



























































'Unilateral Conversion': PAS gesa penyelesaian komprehensif

KEPUTUSAN yang dibuat Mahkamah Persekutuan terhadap kes Indira Gandhi a/p Mutho vs Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & 2ors semalam merupakan satu lagi episod pertembungan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di negara ini. 
Kes yang berkait dengan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) bukanlah sesuatu yang baharu. Akta ini juga sebenarnya telah mengalami suatu proses yang rumit sejak ia diluluskan pada 1976 yang mengambil masa selama 6 tahun sebelum digazetkan pada 1982. 
PAS mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai suatu badan yang berautoriti dan profesional dalam melaksanakan tugas kehakiman. Namun, PAS juga berpendirian isu ini memerlukan langkah penyelesaian jangka panjang yang lebih komprehensif demi mewujudkan keharmonian di antara dua institusi mahkamah di Malaysia. 
Ketika pindaan baru Akta 164 dibentangkan di Parlimen pada Ogos tahun lalu, PAS telah kemukakan pendirian supaya kerajaan mempertimbangkan suatu bentuk sulh atau mediasi / timbang tara bagi mewujudkan penyelesaian menang-menang yang lebih harmoni di antara kedua-dua belah pihak. 
Ini kerana kes-kes yang berlaku bukan sahaja boleh menyebabkan ketegangan agama, bahkan melibatkan kebajikan dan emosi kedua-dua belah keluarga khususnya anak-anak. Justeru, langkah ke arah pendamaian seharusnya diutamakan.
PAS juga membantah keras pendirian kerajaan untuk mencadangkan dikemukakan semula pindaan Seksyen 88A yang telah ditarik balik dalam pindaan sebelumnya. Selain bersifat berat sebelah, pindaan seksyen berkenaan hanya menambahkan ketegangan kepada isu yang sedia ada. 
Percubaan mengemukakan semula Seksyen 88A tersebut bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan malah menyemarakkan kemarahan ummat Islam. Justeru itu, kerajaan usah mencabar kesabaran ummat Islam dengan bermain sentimen dalam hal ini.
Inilah situasi yang telah kami duga sewaktu membantah Pindaan Akta 164 di Parlimen tempohari. Kebarangkalian Seksyen 88A kembali diangkat semakin nyata. Kerajaan dilihat terus menerus tunduk kepada pihak yang menentang Islam. Ini perkembangan yang sangat mendukacitakan bagi ummat Islam.
Seperkara lagi, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dibawah Kluster Pengharmonian Undang-Undang Sivil-Syariah perlu mengoptimumkan peranannya dalam menangani pertembungan dua institusi mahkamah yang juga berkait dengan Akta 164 supaya keharmonian di antara dua institusi ini dapat diwujudkan dalam jangka masa panjang. 
PAS mengharapkan kerajaan jangan bermain api di tepi loji minyak. Sebaliknya kerajaan mesti mengambil langkah yang proaktif dan tidak mengambil tindakan 'separuh masak' dalam menangani kerumitan isu yang sedang melanda ketika ini. 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
13 Jamadil Awwal 1439 | 30 Januari 2018
-HARAKAHDAILY

Sumber HD - 30-2-2018



























































Qard al-Hassan selesai isu pembiayaan perumahan

CADANGAN kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah perumahan perlu diteliti sebaiknya malah, PAS pernah menggesa supaya tabung pinjaman perumahan tanpa faedah di atas prinsip 'Qard Al-Hassan' dikemukakan oleh pihak kerajaan.
Perumahan, khususnya perumahan mampu milik kepada golongan M40 dan B40 adalah antara golongan yang tersepit dengan isu pemilikan tempat tinggal yang kini dilihat masih belum mampu milik. 
Sedang Ia merupakan keperluan paling asas kepada rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan polisi yang terbaik dan berpandukan prinsip syari'ah.
Tabung pinjaman perumahan tanpa faedah ini akan berfungsi meringankan beban para prospek pembeli rumah sekaligus menyediakan ruang kemudahan bagi mereka memiliki unit kediaman kelak. 
Walaupun ini bukanlah 'solely factor' terhadap isu lambakan perumahan hari ini, namun langkah yang lebih jitu dan strategik dalam menangani hal ini perlu digerakkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat.
Kita perlu memahami bahawa lebih separuh daripada 89.1 peratus hutang isi rumah kepada KDNK pada 2015 adalah disebabkan pembiayaan kepada perumahan dan harta tanah. Ia menjadi faktor terbesar yang perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. 
Selain berdepan masalah bekalan rumah yang berstatus 'mampu milik', masalah harga rumah yang tinggi dan tidak sepadan dengan kedudukan semasa gaji golongan sasar di samping ruang pembiayaan perumahan yang menekan menjadi faktor utama menyumbang kepada masalah perumahan di negara ini.
Justeru, PAS konsisten dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya turut mempertimbangkan langkah menyediakan tabung pembiayaan perumahan berkonsepkan 'Qard Al-Hassan' (tanpa faedah) sebagai salah satu langkah memudahkan pembeli memperoleh rumah kediaman.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 JamadilAwal 1439 | 28 January 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018
Sumber HD - 28-1-2018 




























































100K Munajat Dan Solidariti MyAqsa

Perjuangan ummat Islam Palestine tidak hanya terbatas di bumi Al Aqsa itu, tetapi turut menjadi kewajipan seluruh ummat Islam di dunia ini termasuk kita semua di Malaysia.

Festival MyAqsa yang akan berlangsung pada

Tarikh : 26 Jan – 28 Jan 2018
Hari : Jumaat – Ahad

Masa : 5.00 pm (Jumaat) – 6.00 pm (Ahad)
Tempat : Dataran Putra Putrajaya

Adalah salah satu dari program besar yang bertujuan untuk merencana tindakan dan memupuk kesedaran serta kebangkitan ummat Islam seluruh dunia memperjuangkan nasib Al Aqsa.

Festival MyAqsa mempunyai beberapa kompenan aktiviti yang menarik dan penting.

i) Ekspo MyAqsa : Ianya berlangsung sepanjang tempoh Festival MyAqsa iaitu bermula jam 05.00 pm pada 26 Jan 2018 (Jumaat) dan berakhir pada jam 06.00 pm pada 28 Jan 2018 (Ahad) di Dataran Putra Putrajaya.

ii) Persidangan Meja Bulat hampir 200 orang Ulamak dari seluruh dunia akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu Baitulmaqdis akan berlangsung daripada 27-28hb Januari di Hotel Pullman Putrajaya.

iii) Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummat Islam Memperjuangkan Isu Palestine. Ianya berlangsung pada 27 Jan 2018 (Sabtu) di Dataran Putra Putrajaya. Bermula jam 10.00 pagi hingga jam 11.55 malam. (Warna Tema Baju : PUTIH)

Insyaallah, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah diberi penghormatan untuk merasmikan Persidangan 100 Ulamak Antarabangsa di Hotel Pullman Putrajaya dan turut menghadiri serta menyampaikan Amanat Ummah pada malam Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah. (27 Jan 2018)

Sebahagian para alim ulamak yang hadir dari seluruh dunia akan turut menyampaikan ucapan mereka pada kemuncak Himpunan 100K Munajat dan Solidariti Ummah pada 27 Jan 2018 kelak. Insyaallah, anda boleh ikuti promosi lanjut dari pihak pengajur untuk mengetahui aturcara terperinci selepas ini.

Semua ummat Islam dan warga prihatin dikerah hadir untuk sama-sama kita bermunajat kepada Allah swt memohon kemenangan buat ummat Islam Palestine sekaligus kehancuran buat zionis Israel. Jua mendengar perkembangan terkini isu Palestine dari para alim ulamak Islam peringkat antarabangsa yang hadir bersama kita.

Jumpa anda di sana.

#FestivalMyAqsa
#SelamatkanAqsaku
Sejahtera Bersama Islam

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 20-1-2018



























































Calon Perdana Menteri, apa sikap PAS?

SEMUA maklum bahawa amalan demokrasi negara kita sejak awal, dimana Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan parti yang menang pilihanraya dan membentuk kerajaan memerintah. 
Bahasa mudahnya, sesiapa pun yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, mestilah terlebih dahulu memenangi pilihanraya dan parti yang diwakilinya membentuk kerajaan. 
Sementara prosesnya, PAS selaku sebuah parti Islam yang akur kepada prinsip-prinsip Rukun Negara, termasuk Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan. 
a.Maka soal pelantikan Perdana Menteri, sesiapa juga tidak lah wajar mendahului apatah lagi memperkecilkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong. 
b.Ini kerana Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melantik seorang Perdana Menteri.
c.Begitu juga Perkara 43 (2) (a) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik sebagai Perdana Menteri “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”. 
d.Adalah menjadi suatu ketidakwajaran memberikan kata dua kepada Yang di-Pertuan Agong untuk sama ada melantik si polan atau si polan lain menjadi Perdana Menteri.
Pada sudut yang lain pula, sistem pilihanraya negara kita tidak mengamalkan sistem Pilihanraya Presiden mahupun Pilihanraya Perdana Menteri. 
Sebaliknya yang bertanding dalam pilihanraya adalah parti-parti politik yang berdaftar dan parti tersebut mengemukakan calon masing-masing untuk dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. 
Justeru itu, fokus PAS adalah memenangi pilihanraya dengan membawa agenda perubahan secara menyeluruh. Bukan sahaja PAS berfikir mengenai siapa Perdana Menteri tetapi juga merencana bagaimana memulihkan sistem pentadbiran negara agar mematuhi kehendak Tuhan Pencipta Alam. 
PAS yang dijangka bertanding 130 kerusi ke atas dalam PRU 14 ini sedang menggerakkan kebangkitan Islam dan kesedaran rakyat ke arah membina Negara Sejahtera Bersama Islam. 
• Sehubungan dengan itu, PAS telah hasilkan Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera, Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta Manifesto PAS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 
PAS tidak ketinggalan dari tokoh-tokoh yang berkelayakan untuk menjawat anggota kabinet mahupun Perdana Menteri, namun ia bukan keutamaan masa ini untuk di namakan si polan bin si polan. 
Keutamaan dan perhatian serius yang diberikan oleh PAS saat ini ialah rencana untuk memenangi pilihanraya dan tokoh-tokoh PAS ini akan dikemukakan sebagai calon pilihanraya bersama manifesto yang akan diumumkan kelak. 
PAS juga telah kemukakan jauh lebih awal untuk menghargai kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh negara dalam pembentukan kerajaan apabila konsep Kerajaan Teknorat diutarakan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS sebelum ini. 
Tentu sahaja pemilihan Perdana Menteri yang akan disokong dan diangkat oleh PAS ialah tokoh yang memenuhi piawaian kepimpinan dalam Islam. Antaranya apa yang Allah sebut dalam ayat 26 Surah Al Qasas : 
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ 
“Sesungguh sebaik-baik orang yang mahu dibayar gaji untuk menjalankan tugas ialah yang mampu dan jujur”
• Qawiy (قوي) - Mampu 
Mampu dari sudut keupayaan fizikal, mental, ilmu dan spiritual. Justeru pemimpin mesti lebih baik dari orang yang dipimpin. Bukan hanya dari sudut keperluan duniawi tetapi juga tuntutan ukhrawi. 
~ kita pastinya menolak:
i- pemimpin yang menghina Islam
ii - pemimpin yang menolak sunnah
iii - pemimpin yang mempunyai skandal
iv - pemimpin yang melakukan rasuah
v - pemimpin yang tidak patuh Al Quran
vi - pemimpin yang anti hadith
vii - pemimpin yang amal Islam Liberal
viii - pemimpin yang mengkayakan anak-anaknya sahaja (amalan kronisme)
• Amin (أمين) - Jujur 
~ Melaksanakan tugas kepimpinan dengan penuh dedikasi. Membangunkan negara menjadi Baldatun Toiyyibah (sejahtera)dalam masa yang sama mendapatkan keampunan daripada Allah swt. dengan melaksana tuntutan syara’ dalam kepimpinan dan pentadbiran negara. Tidak menyalahguna kuasa dan menyeleweng dari tanggungjawab.
Allah swt sebut dalam Surah Saba’ ayat ke 15. 
بلدة طيبة و رب غفور 
“Negeri yang Sejahtera dan Tuhan Mengampuni.”
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Rabiul Akhir 1439 | 17 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 



























































Isu pengangguran: Cadangan PAS

STATISTIK daripada Jabatan Perangkaan Malaysia telah mencatatkan seramai 3.5 % daripada tenaga buruh di Malaysia tidak berkerja. 
13.1% daripada statsitik berikut adalah dari kalangan belia yang rata-ratanya adalah graduan. 
Angka tenaga buruh dari kalangan anak muda tersebut telah memberi satu justifikasi  bahawa kadar pengangguran di Malaysia kini berada di paras yang tinggi. 
Namun ironinya, baru-baru ini kita dikhabarkan menerusi ucapan Perdana Menteri yang mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia mengalami peningkatan iaitu dengan justifikasi KDNK meningkat sebanyak 5.4% pada hujung tahun 2017 berbanding 4.8% pada awal tahun 2017. 
Jadi, dengan perkembangan ekonomi yang dikatakan stabil, sepatutnya menatijahkan satu lapangan pekerjaan yang semakin baik. Namun realiti yang dihadapi rakyat khususnya graduan adalah rata-rata daripada mereka dibelenggu dengan masalah tidak mendapat pekerjaan. 
Selain itu, perkara lain yang merisaukan juga adalah mengenai kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Trend peratusan pengangguran semakin meningkat daripada 3.2% pada tahun 2015 kepada 3.5% pada tahun 2017. 
Menurut Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan 50,000 pembuangan pekerja dijangka berlaku pada 2018. Isu pembuangan pekerja  menjadikan krisis pengangguran ini semakin sukar. 
MUHASABAH PUNCA
Ramai yang mengulas mengenai isu pengangguran dan peluang pekerjaan ini dengan melihat daripada perspektif majikan iaitu dengan mengatakan bahawa majikan terpaksa menghadkan bilangan pekerja disebabkan terpaksa menanggung beban kos pengurusan antaranya GST, utiliti dan levi pekerja. 
Selain itu, tidak kurang juga yang menyatakan pandangan dengan melihat menerusi lensa pekerja dan graduan yang mengatakan bahawa persaingan yang wujud dalam dunia pekerjaan kini bukan sahaja saingan sesama graduan dan pekerja, tetapi wujudnya saingan baru buat mereka iaitu digitalisasi lebih-lebih lagi dunia kini hampir dengan Revolusi Indutsri. 
Hakikatnya, rakyat marhean yang menjadi mangsa kepada krisis yang berlaku. Dalam keadaan tekanan kos sara hidup yang tinggi, rakyat berhadapan dengan risiko pengangguran selain gaji yang tidak mencukupi. 
Apa yang boleh dirumuskan mengenai fenomena yang berlaku ini adalah hasil daripada corak ekonomi yang cenderung pada kapitalisme dalam praktis ekonomi di negara kita.
Perkembangan ekonomi yang lebih cenderung kepada keuntungan golongan pelabur sebenarnya membawa kepada kemuncupan pemilikan bagi masyarakat umum sekaligus menjadi pemerkosa terhadap kebajikan mereka. 
Seharusnya corak dan etika ekonomi perlu menurut seiring dengan nilai dan prinsip Islam. Sumber ekonomi yang kian terhad perlu diuruskan sebaiknya bagi menghadapi kemahuan manusia yang dinamik. 
Islam meletakkan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemaslahatan ekonomi. Polisi yang tidak popular kepada golongan korporat atau pelabur, terkadang perlu dilaksanakan demi kemaslahatan rakyat secara umum. 
Keperluan rakyat secara holistik termasuk peluang pekerjaan sebenarnya dapat terhasil dengan mengatur sumber dan maslahah rakyat dengan betul. 
Pekara ini bertepatan dengan konsep Politik Islam dan qawaid fiqhiyyah :
تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة
"Tindakan Seorang Pemimpin atas rakyat harus bertepatan dengan maslahah" 
LONTARAN PRESIDEN PAS
Dalam membahaskan isu pengangguran, sekurang-kurangnya tiga konsep utama telah dilontarkan oleh  Tuan Guru Presiden dalam artikel beliau yang bertajuk Peluang Pekerjaan Atasi Pengangguran. Antara perkara yang ditekankan adalah;
a.Kefahaman rakyat dan juga pimpinan terhadap konsep pendapatan melalui pembahagian rezeki menurut Islam 
b.Pembahagian kerja yang wajib disaksamakan
c.Melaksanakan keperluan yang wajib dimajukan tanpa melampau. 
KEPERLUAN YANG WAJIB DIMAJUKAN
Dalam konteks isu pengangguran, isu pokoknya adalah masalah kekurangan peluang pekerjaan. 
Selain daripada terlalu fokus kepada kegawatan ekonomi dan revolusi industri, apa yang perlu dilihat adalah adakah segala keperluan rakyat dari sudut survival seperti penyediaan makanan asasi pakaian, kenderaan dan sebagainya telah dikembangkan sebagai peluang pekerjaan kepada mereka? 
Saban tahun isu kekurangan sumber makanan berlaku, ini bermakna permintaan begitu banyak lebih dari pengeluaran. Persoalannya mengapa masih lagi tiada peluang pekerjaan? Adakah rakyat tidak mahu bekerja atau ruang belum benar-benar dikembangkan? 
Perkara ini sepatutnya membuat kita berfikir semula tentang acuan dan orientasi pendidikan hari ini, adakah pendidikan hari ini menghasilkan tenaga mengikut keperluan industri dan pelabur atau mengikut bidang dan aspek yang diperlukan oleh rakyat? 
Dalam data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2016, jumlah pelajar Kursus Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan di Universiti Awam adalah seramai 121,354 orang berbanding pelajar Kursus Pertanian dan Veterinar hanya 12,639 orang. 
Jumlah graduan jurutera jauh meninggalkan graduan pertanian, mereka ini dilahirkan untuk memenuhi kehendak pemain industri atau keperluan sektor-sektor penting? 
Tidak dinafikan, para pemain industri banyak menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat, namun kebergantungan kepada industri semata-mata tanpa perkiraaan yang tepat dan tanpa pemfokusan pada sektor-sektor penting, menjurus kepada krisis dan ketidak seimbangan yang berlaku hari ini. 
Hakikatnya pelabur-pelabur ini tidak mampu memberi peluang pekerjaan yang cukup. Akhirnya, graduan menganggur ramai, dalam keadaan keperluan asasi rakyat masih lagi belum mencukupi. 
Inilah yang dimaskudkan dengan penghasilan peluang pekerjaan berorentasikan keperluan rakyat. Secara asasinya manusia akan memerlukan beberapa perkara asas bagi kesejahteraan hidup. 
Kerajaan juga memerlukan “rezeki” bagi mentadbir rakyat dengan mengambil manfaat daripada hasil bumi. Justeru atas keperluan inilah dikembangkan ilmu dan bakat manusia bagi memenuhi keperluan-keperluan ini. 
Antara langkah awal yang boleh diambil adalah dengan perlaksanaan kajian stratergik terhadap keperluan rakyat yang boleh dikembangkan sebagai peluang pekerjaan buat rakyat. 
Dari sini pendidikan perlu diarah bagi memenuhi keperluan ini dengan suntikan motivasi bagi mencebur bidang-bidang seperti ini. 
Doktrin "mesti aliran sains" mesti dihapuskan, dan penerapan minat pelajar pada "kerja kampung" perlu dipertingkatkan untuk memaju industri asasi. 
Selain itu, pemusatan biasiswa dan geran kajian juga boleh difokuskan kepada aspek-aspek keperluan rakyat dalam mengembangkan industri yang tidak akan mati dek keperluan rakyat terhadapnya. 
KESTABILAN DALAM PEMBAHAGIAN KERJA
Realiti yang berlaku pada hari ini, banyak syarikat cenderung untuk mengupah buruh asing berbanding buruh tempatan. Kecenderungan ini adalah disebabkan dengan mengupah buruh asing dapat mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung menambah keuntungan. 
Dari satu sudut yang lain, ia sebenarnya menambahkan jumlah pengangguran yang akhirnya membawa impak yang negatif kepada ekonomi negara. Dengan memberi peluang kerja lebih kepada rakyat tempatan, pengaliran duit akan lebih banyak di dalam negara berbanding di luar negara, lantas ia membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Apa yang perlu difikirkan adalah satu permuafakatan di antara majikan dan juga pihak kerajaan perlu dicapai bagi menyelesaikan masalah ini. Ini kerana kondisi ekonomi negara dan rakyat juga bakal memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada para majikan. 
Antara cadangan yang boleh diutarakan kepada pihak majikan adalah mengurangkan jumlah buruh asing dan melebihkan rakyat tempatan dalam pemilihan pekerja.
Disamping itu, majikan perlu mengambil kira jumlah gaji yang bersesuaian dengan kos minimum sara hidup rakyat. Ini bagi menjamin produktiviti dan kestabilan pekerja jangka panjang. 
Dalam pada itu, kerajaan sebagai penentu dasar, perlu mengambil langkah-langkah yang efektif dan mendasar dalam isu melibatkan pihak majikan.
Beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan yang sebahagiannya telah dilaksanakan di negara lain adalah ; 
a.Levi pekerja asing boleh ditingkatkan dengan kadar yang tinggi dan menetapkan had ke atas tenaga pekerja asing oleh industri.
b.Penguatkuasaan perlu diperketatkan dengan menjalankan pemantauan berkala terhadap buruh asing dan mengenakan denda yang tinggi kepada syarikat yang melanggar peraturan.
c.Menetapkan kuota minimum pekerja tempatan dalam syarikat asing yang beroperasi di Malaysia. 
d.Menggalakkan dan memberikan insentif kepada pemodal/syarikat untuk mengembangkan industri keperluan asas yang tidak popular. 
Hayatilah Firman Allah SWT : 
Allah berfirman:
أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ الزخرف
“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan: Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.” [Surah Az-Zukhruf, Ayat 32] 
BUDAYA KRONISME DAN MONOPOLI
Kronisme dalam mengurus tadbir sumber negara juga perlu diminimakan. Kronism ini pada satu perspektif, dilihat baik kerana seolah memberikan kerja kepada syarikat yang dipercayai, akan tetapi ia sebenarnya memberi kesan negative yang besar pada negara.
Ia mampu menghalang syarikat lain yang mempunyai kredibiliti yang lebih baik untuk memperolehi keuntungan. 
Lebih memburukkan keadaan, ia boleh  menyebabkan berlakunya monopoli apabila satu syarikat memiliki hampir semua projek kerajaan.
Akhirnya mengakibatkan syarikat-syarikat lain tidak dapat bersaing dan terpaksa gulung tikar. Dalam masa yang sama, meminimakan persaingan dan pilihan yang lebih baik.
Sebab itu, perkara ini dilarang keras didalam Islam. Firman Allah SWT :
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." [Surah Al-Hashr, Ayat 7]
PENUTUP
Pelenturan semula konsep pendapatan menerusi pembahagian rezeki ini sebenarnya satu wacana baru dalam membina masyarakat kaya yang beriman. 
Anjuran yang diletakkan dalam konsep pembahagian pendapatan menerusi pembahagian rezeki ini adalah pengaturan tenaga dan kemampuan masyarakat dengan sebaiknya bagi pembangunan negara di samping melahirkan golongan manusia yang mengetahui cara menggunakan harta dan kewangan dengan sebaiknya sebagai sumber untuk menjalankan urusan seharian. 
Tindakan menafkahkan rezeki kepada golongan yang memerlukan juga perlu dibentuk dengan cara menyediakan pekerjaan dengan tujuan agar terbukanya sumber nafkah dan rezeki buat mereka. 
Justeru, jika sudut pandang berikut dibentuk dalam ranah budaya dan masyarakat di Malaysia secara praktis khususnya dalam lapangan ekonomi, sudah pasti masalah pengangguran boleh diuruskan dengan baik. – HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD - 17-1-2018 



























































Jadilah pejuang yang berani

MEDAN perjuangan Islam ini terlalu mencabar. Tribulasinya tidak sedikit. Halangannya getir, risikonya tinggi. 
Justeru, pejuang Islam mesti berani. Ia menjadi sifat wajib bagi seorang pejuang. Itulah sifat orang yang beriman terutama detik berdepan dengan pakatan musuh di medan perjuangan. 
Firman Allah SWT: 
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا 
Tatkala orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan telah benarlah janji Allah dan RasulNya", dan tidaklah bertambah (rasa takut/bimbang) kepada mereka melainkan bertambah iman dan penyerahan diri kepada Allah.
Surah Al Ahzaab : Ayat 22 
• Berani Menghadapi Musuh
Pejuang Islam tidak akan mengalah. Tidak akan undur kebelakang meninggalkan perjuangan walau setapak. Mereka tidak akan pernah rela perjuangan ini dibeli dengan mata dunia biar berjuta nilainya. 
Asal saja untuk menegakkan Islam ! Sang pejuang sedia mencagarkan seluruh kepentingan hidup dan mengorbankannya demi Islam. Mereka senantiasa siap mendepani siapa jua yang memusuhi Islam biarpun sebesar mana pakatan mereka.
Firman Allah SWT: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berdepan dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, semoga kamu mencapai kemenangan.
Surah Al Anfaal : 45 
• Berani Bersama Jamaah Islam
Perjuangan Islam sering berdepan dengan fitnah musuh. Memang perit bersama jamaah ini. Tapi kita tahu bahawa jamaah ini adalah salah satu wadah atau platform untuk memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. 
Kita kena berani untuk istiqamah bersama jamaah yang memperjuangkan Islam. Musuh melemparkan fitnah dan berusaha 1001 tipudaya adalah untuk melemahkan kita dan akhirnya bermaksud supaya kita meninggalkan jamaah ini. 
Sejujurnya, musuh panasaran apabila kita istiqamah dengan perjuangan Islam. Mereka akan “mengamuk” jika kita tidak hiraukan propaganda mereka. Lantaran itu, beranilah menghadapi  “ugutan” dan aneka provokasi musuh. Ia akan membuat musuh “demam kepialu” dan payah kebah. 
• Berani Berubah Sikap
Sudah tentu perjuangan suci dan mulia  ini digerakkan secara  strategik dan sistematika rencana yang teliti. Senantiasa menilai suasana dan mengkaji keberkesanan pendekatan. Maka, jamaah yang cemerlang ialah bijak menyesuaikan pendekatan dengan realiti semasa. 
Namun pejuang kena berani berubah sikap. Kita faham, tidak mudah untuk keluar dari “kebiasaan lama” meskipun mereka tahu, “bahawa untuk mencapai hasil dan keputusan yang berbeza maka perlu kepada pendekatan dan cara yang berbeza.” 
Namun tiada pilihan. Demi mencipta keputusan berbeza dari sebelumnya dan mengharapkan kejayaan yang lebih gemilang, pejuang kena berani berubah ! Jangan degil dengan sikap lama dan jangan ego dengan pendirian peribadi. Kita berjuang secara jamaei. 
Selama mana pendekatan dan tindakan itu berpaksikan prinsip Islam dan keputusan syura jamaah, maka pejuang mesti berani untuk berubah sikap dan berani mematuhi keputusan jamaei yang diputuskan. Ini adalah akhlak pejuang sementara pejuang yang berani pula mesti berakhlak. 
Qudwah (tauladan) pejuang Islam ialah Rasulullah SAW. Ternyata Baginda SAW adalah pemberani. 
Anas ibn Malik Rha pernah menyifatkan keperibadian Nabi saw dengan katanya: 
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ وَلَقَدْ فَزِعَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَقَهُمْ عَلَى فَرَسٍ وَقَالَ وَجَدْنَاهُ بَحْرًا 
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. Sungguh pernah terjadi gempa bumi menimpa penduduk Madinah dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam orang yang mendahului mereka (mencari sumber gempa) dengan menunggang kuda kemudian berkata: "Kami temui (gempa itu) hanyalah lautan". 
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim. – HARAKAHDAILY 16/1/2018
Sumber HD-16-1-2018



























































PAS sokong gesaan pinda Akta Kerja 1955

PAS menyokong gesaan terhadap pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi memastikan isu diskriminasi di tempat kerja dapat ditangani dengan baik. 
Ini berikutan susulan isu larangan pemakaian tudung di bahagian khidmat pelanggan oleh sebahagian hotel di Malaysia penghujung tahun lalu. 
Saya telah tegaskan bahawa perkara ini bukan sahaja tidak konsisten dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menggalakkan tiada diskriminasi dikalangan warganegara termasuk melibatkan agama, malah ia juga tidak mewajahkan Islam sebagai tunjang perlembagaan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Kita mempunyai Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) tetapi kedua-duanya masih belum cukup komprehensif untuk menangani pelbagai isu-isu diskriminasi di tempat kerja. 
Selain isu diskriminasi pemakaian tudung, isu melibatkan diskriminasi golongan wanita juga antara yang perlu diberi perhatian oleh pindaan tersebut. 
Namun, saya mengharapkan kerajaan dapat melakukan kajian terperinci sebelum mengemukakan sebarang cadangan penambahbaikan terhadap akta berkenaan. Ini kerana isu diskriminasi perlu dilihat dari pelbagai sudut pandang. 
Pindaan ini juga bertepatan pada masanya memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang akta berhubung isu anti diskriminasi selain Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). 
Beberapa negara lain telah memperkenalkan akta anti diskriminasi seperti di Jepun yang memperkenalkan 'Equal Employment Opportunity Act' dan Austria, 'Equality of Treatment Act'. 
Maka, Malaysia juga perlu bergerak ke arah trend yang sama bagi memastikan keharmonian di dalam kepelbagaian ini dapat dikekalkan bersama. – HARAKAHDAILY 15/1/2018
Symber - 115-1-2018 



























































Betulkan niat perjuangan

IKHLAS (niat yang betul dan tulus kerana Allah swt) adalah rahsia antara seorang pejuang dengan tuhannya. Ia juga adalah sumber utama untuk mendapatkan nusrah (pertolongan dan kemenangan) daripada Allah swt. 
Niat perjuangan yang betul merupakan akhlak pejuang. Malah ia berfungsi sebagai anti virus. Membunuh virus yang terhasil dari sifat mazmuumah (negatif) seperti: 
Riya’ (berjuang untuk diperlihatkan kepada awam bahawa ia rajin, berani dll)
Ujub (bangga diri dan rasa hebat kerana banyak menyumbang dan berkorban untuk jamaah) 
Hubbu Riyaasah (kemaruk jawatan atau kedudukan sehingga mendorong lobi-melobi, politik cantas, fitnah dll) 
Tanpa ikhlas atau niat yang betul dalam perjuangan ini, biarpun hebat pengaruh, publisiti yang berjaya dicapai, ia akan memulangkan mudharat besar kepada diri dan jamaah. Paling minima, hilang keberkatan dan kelazatan berjuang, selanjutnya ia mengheret jamaah dalam konflik dalaman dan kemuncaknya ialah Allah swt membatalkan jadual kemenangan. 
Ikhlas (niat perjuangan yang betul): 
• Nawaitu yang jelas. 
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ 
Dari Umar Al Khattab Rha : Aku telah mendengar Rasulullah saw berkata:
Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya ganjaran bagi setiap orang, bergantung kepada apa niatnya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya saw, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 
• Tidak bermain alasan. 
Firman Allah swt: 
لَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَن يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ 
Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. 
إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ 
Sesungguhnya mereka yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang yang hati mereka (sangat) ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (Surah At Taubah: Ayat 44 – 45) 
• Bersedia menerima arahan 
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ أَوْ كَرِهَ إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ 
Dari Abdullah ibnu Umar Rhma bahawa Rasulullah saw telah bersabda: 
Satu kewajipan atas seorang muslim mentaati (pemimpin) dalam perkara yang ia suka atau benci kecuali apabila ia diperintah melakukan maksiat. Maka apabila diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat Ibnu Majah) 
Niat perjuangan yang betul ialah apabila kita berjuang hanya kerana Allah swt. Demi mencari keredhaan Allah swt dan menegakkan Syariat Allah swt di bumi bertuah ini. Bukan kerana nama, pengaruh, jawatan dan projek. 
Hadis Rasulullah saw dari Abi Musa Al Asya’ri Rha: 
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه 
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw maka ia berkata : Seseorang berjuang untuk mendapatkan ghanimah, seseorang yang lain agar menjadi terkenal dan seseorang yang lain lagi untuk dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar-benar berjuang dijalan Allah swt ? Maka Nabi saw bersabda: "Siapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang disebut fii sabilillah". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 
Mencetak Pejuang Sufi & Haraki
Nasrudin Hassan
26 Rabiul Akhir 1439 | 14 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 14/1/2018
Sumber HD- 14-1-2018



























































Isu pengangguran: Cadangan PAS (Siri 01)

STATISTIK daripada Jabatan Perangkaan Malaysia telah mencatatkan seramai 3.5 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia tidak berkerja. 
Sementara 13.1 peratus daripada statsitik berikut adalah daripada kalangan belia yang rata-ratanya adalah graduan. 
Angka tenaga buruh daripada kalangan anak muda tersebut telah memberi satu justifikasi  bahawa kadar pengangguran di Malaysia kini berada pada paras yang tinggi.
Namun ironinya, baru-baru ini kita dikhabarkan menerusi ucapan Perdana Menteri yang mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia mengalami peningkatan iaitu dengan justifikasi KDNK meningkat sebanyak 5.4 peratus pada hujung tahun 2017 berbanding 4.8 peratus pada awal tahun 2017. 
Jadi, dengan perkembangan ekonomi yang dikatakan stabil, sepatutnya menatijahkan satu lapangan pekerjaan yang semakin baik. Namun realiti yang dihadapi rakyat khususnya graduan adalah rata-rata daripada mereka dibelenggu dengan masalah tidak mendapat pekerjaan. 
Selain itu, perkara lain yang merisaukan juga adalah mengenai kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Trend peratusan pengangguran semakin meningkat daripada 3.2 peratus pada tahun 2015 kepada 3.5 peratus pada tahun 2017. 
Menurut Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan 50,000 pembuangan pekerja dijangka berlaku pada 2018. Isu pembuangan pekerja menjadikan krisis pengangguran ini semakin sukar. – HARAKAHDAILY 13/1/2018
Sumber HD - 13-1-2018 



























































Faham dan hayati produk PAS

PAS melangkah ke gerbang jaya. Ke Arah Membina Negara Sejahtera. Sejahtera bersama Islam. Justeru itu, PAS telah hasilkan tiga Produk utama untuk menjayakan cita-cita Pembinaan Negara Sejahtera Bersama Islam. 
2. Semua rakyat dicadang supaya mendapatkan tiga produk PAS ini dengan melayari dan mengkajinya secara saksama untuk memahami : 
i - Pendekatan PAS,
ii - Hala Tuju PAS,
iii - Matlamat PAS dan
iv - Tujuan PAS Berjuang.
PRODUK 1 : Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
https://www.facebook.com/Budaya-Politik-Matang-Sejahtera-BPMS-1463434187086789/
PRODUK 2 : Dokumen Hijau
https://www.facebook.com/Dokumen-Hijau-DH-128174237854035/
PRODUK 3 : Wawasan Induk Negara Sejahtera.
https://m.facebook.com/wawasaninduk/
Insya-allah, anda boleh selalu mengunjungi pautan tiga produk PAS di atas. Pihak Lajnah Penerangan PAS Pusat akan mengemaskini dari semasa ke semasa serta menjawab persoalan munasabah yang berbangkit. – HARAKAHDAILY 12/1/2018

Sumber HD- 12-1-2018



























































PAS tetap bertanding di Temerloh

MENJELANG PRU14 ini, sekali lagi Temerloh menjadi kawasan panas. Pelbagai spekulasi negatif dan fitnah mula dilepaskan. Sementelah diberitakan bahawa PAN akan bertanding di Parlimen Temerloh. Menjadikan PRU kali ini pertembungan 3 penjuru. 
Serangan terhadap peribadi saya telah digerakaktifkan. Perang saraf mula rancak. 
Kononnya saya akan cari tempat selamat, tidak berani nak pertahankan Temerloh, nak bertanding di Kelantan. Tidak turun kawasan dan 1001 serangan mula dilancarkan.
Insyaallah, 10 kali ganda lagi mereka lancarkan serangan, ianya tidak akan menjejaskan semangat juang saya bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini insya-Allah. Malah ia membuatkan “metabolisme” perjuangan saya makin meningkat. 
Serangan saraf mereka nyata tidak berkualiti. Hanya mereka yang tidak memahami selok belok politik dan budaya berorganisasi sahaja boleh percaya bahawa saya akan mencari tempat selamat untuk bertanding. 
Saya adalah pekerja parti. Parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Di mana saya akan bertanding, itu bukan pilihan dan keputusan saya. Posisi saya diletak atur oleh parti. Hanya calon Bebas sahaja boleh sesuka hati nak bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara. Sebab mereka tiada parti yang mengurus lokasi mereka bertanding. 
Pada tahun 2004 (PRU11) saya bertanding di N.40 DUN Bukit Ibam dalam Parlimen Rompin. Tahun 2008 (PRU12) saya bertanding di P.086 Parlimen Maran. Tahun 2013 (PRU13) saya bertanding di P.088 Parlimen Temerloh. Semuanya diputuskan oleh parti dan saya hanya mematuhinya. 
Tahun 2018 (PRU14) ini, mereka tidak perlu kalut mengenai diri saya. Justeru saya buat kesekian kalinya akan terus mematuhi ketetapan parti (PAS). Jika parti putuskan saya kekal bertanding di Temerloh, maka di situlah saya. 
Malah jika parti putuskan saya tidak bertanding PRU kali ini, maka tidak bertandinglah saya. Saya hanya dengar dan taat arahan parti tanpa sedikitpun rasa ralat. PAS mempunyai ramai calon yang layak dan mampu. Bahkan jauh lebih baik daripada saya.
Namun PAS tetap akan bertanding di Parlimen Temerloh. Mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh PAS. Bukan saya yang menang tetapi parti. Petugas-petugas parti dari semua peringkat bersama-sama rakan parti komponen pada masa itu, bekerja keras untuk memenangkan PAS. 
PAS Kawasan Temerloh yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Tuan Haji Jusoh Darus, Tuan Haji Hasanudin Salim sebagai Timbalan YDP dan Tuan Haji Hassan Omar selaku Naib YDP dan seluruh AJK PAS Kawasan telah mempersiapkan tenaga dan jentera bagi mempertahankan kerusi tersebut. Saya ulangi, bahawa PAS akan bertanding dan berusaha mempertahankan kemenangannya di Temerloh. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
23 Rabiul Akhir 1439 | 11 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 11/1/2018
Sumber HD- 11-1-2018 




























































Tangani Pengangguran Belia

Meskipun isu pengangguran di Malaysia dikatakan masih berada di tahap terkawal tetapi ia telah menunjukkan beberapa petanda yang membimbangkan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang menjangkakan 50,000 pekerja bakal kehilangan pekerjaan disebabkan terjejasnya sektor pembuatan di negara ini.

2. Namun, disebalik isu tersebut, masalah pengangguran belia di negara ini juga tidak kurang pentingnya. Laporan khas oleh Bank Negara Malaysia pada 2016 bertajuk “Youth Unemployment in Malaysia: Developments and Policy Considerations” telah mengungkapkan permasalahan pengangguran belia sekaligus menggambarkan keseriusan isu tersebut perlu ditangani dengan strategik oleh kerajaan.

3. Secara keseluruhannya, peratusan pengangguran belia pada 2015 adalah 3.5 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar pengangguran keseluruhan negara ini dengan kumpulan umur 20-24 tahun, umur para graduan, mencatatkan jumlah tertinggi diikuti kumpulan umur 24-29 tahun.

4. Perdebatan yang hangat sudah pasti terarah kepada inovasi pendidikan tinggi negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM 2015-2025) yang menjadi tunjang memastikan kebolehpasaran para graduan di negara ini. Malaysia kini berada pada gelombang kedua pelan perancangan 10 tahun tersebut dengan beberapa perancangan antaranya memastikan penglibatan secara aktif kelompok industri dalam mencorak perubahan pendidikan di universiti supaya menepati kehendak para pemain industri.

5. Kita harap kerajaan menyediakan mekanisma pemantauan yang tersusun dan sistematik dalam proses merealisasi pelan pembangunan pendidikan supaya isu pengangguran belia terutamanya para graduan dapat ditangani secara efektif.

6. Ini ditambah lagi dengan pemakaian “Outcome Based Budgetting System” (OBBS) yang perlu diterjemah dalam perancangan pendidikan negara tersebut supaya pengukuran terhadap “delivery process” lebih objektif. Saya difahamkan PPPM 2015-2025 juga meletakkan perubahan daripada mengukur “output” kepada “outcome”, tetapi masih meninggalkan tanda tanya terhadap bagaimana mekanisma menyeluruh terhadapnya direncana.

7. Melihatkan kepada isu pengangguran belia yang semakin menjadi-jadi, kerajaan turut disaran memformulasi suatu polisi khusus menangani isu tersebut yang turut menjadi pelengkap (complement) kepada PPPM 2015-2025.

8. Cadangan ini supaya fokus terhadap isu pengangguran belia tidak dikesamping dalam kerajaan melakukan inovasi terhadap sistem pendidikan negara.

9. Namun, melakukan perancangan kedepan tanpa memuhasabah kelemahan sistem yang telah diaplikasi sebelumnya bukanlah kaedah yang tepat. Tidak dapat tidak, kelemahan sistem yang lalu telah menyebabkan wujudnya barah pengangguran khusus dikalangan belia, apatah lagi para graduan yang merupakan tonggak kepada pembangunan dan kemajuan negara.

10. Sewajarnya kelemahan lalu dibedah selumatnya, diperdebatkan dan diperbaiki sebelum perancangan untuk masa akan datang lebih sempurna.

Sejahtera Bersama Islam.
Sekian, terima kasih.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 8-1-2018



























































Mohon doa daripada semua

KITA semua telah dikejutkan dengan berita yang memerlukan setiap kita mendoakan mereka agar kembali sembuh dan diselamatkan oleh Allah swt dari sebarang perkara yang tidak diingini. 
Al Fadhil Ustaz Murtadha Yusuf, Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub, Al Fadhil Ustaz Hanbali Zulkifli dan ayahanda Ustaz Murtadha terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di KM 200.9 Jalan Taiping-Bukit Merah Perak pada kira-kira jam 7.30 petang kelmarin. 
Kini saya dimaklumkan bahawa keadaan Ustaz Murtadha agak serius dan kritikal, masih di ICU. Sementara Ustaz Wadi Anuar dalam keadaan stabil dan Ustaz Hanbali serta ayahanda Ustaz Murtadha sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Daerah Taiping. 
Saya mewakili rakan-rakan pimpinan dan ahli PAS turut mendoakan keselamatan dan keafiatan mereka. Semoga mereka kembali sembuh dan aktif semula menyampaikan dakwah serta membimbing ummah ke jalan yang diredhai oleh Allah swt. 
Semoga para asatizah kita yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan juga ahli keluarga mereka tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-20198



























































Penglibatan yang kukuh

PENGLIBATAN (Intima’) kita dengan Gerakan Islam seperti PAS ini ada dua kategori iaitu kategori rapuh dan kukuh. 
Penglibatan (Intima’) yang rapuh, longgar dan salah ini sekurang-kurangnya ada 4 jenis:
Intima’ Syakhsi (إنتماء شخصي) 
i) Menyertai PAS kerana ketokohan individu tertentu. Intima’ ini rapuh justeru tokoh tertentu boleh pergi dan datang. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan PAS, maka ia akan turut meninggalkan PAS.
ii) Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya tidak kukuh. Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi sebab kenapa ia menyertai PAS.
iii) Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra; 
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ 
“Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad saw maka sesungguhnya Muhammad saw telah mati dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah swt maka sesungguhnya Allah swt hidup dan tidak mati.” 
Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra meneruskan membaca ayat Allah swt: 
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ 
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu? Sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur.” (surah Aali-Imran: 144)
Intima’ Maslahi (إنتماء مصلحي) 
i) Menyertai PAS kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai.
ii) Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda mereka, maka mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan ‘B’ dan meninggalkan PAS.
iii) Ketahanan mereka berdasar sejauh mana atau selama mana mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.
Intima’ Irtijaali (إنتماء ارتجالي) 
i) Menyertai PAS secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai PAS. Bakanya adalah baka PAS. Ayah dan ibunya PAS serta persekitaran ia membesar juga PAS.
ii) Justeru itu ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai PAS selain dari menyedari bahawa ia telah PAS sejak awal.
iii) Pendirian mereka akan cepat goyang apabila PAS dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam PAS yang sedang bergoncang dilanda gelombang.
iv) Akhirnya ia lari meninggalkan PAS kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan. 
Intima’ A’fawi (إنتماء عفوي) 
i) Menyertai PAS berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS yang juga teruk dibelasah oleh musuh.

ii) Intima’ jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati PAS tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya.
iii) Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan PAS 
Penglibatan (Intima’) yang kukuh, benar, utuh dan mantap hanya satu iaitu Intima’ Aqidi (إنتماء عقيدي). 
i) Menyertai PAS berdasarkan tuntutan Aqidah al-Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah swt dan Kitab-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. 
ii) Menunaikan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah swt dengan harta dan jiwa raga. Firman Allah swt; 
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
“Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (surah al-Taubah: 44)
iii) Intima’ yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat. 
Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa terdapat A’rabi datang bertanya Nabi Muhammad saw: 
الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه؟
“Seorang pemuda (tokoh) yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah swt?”
Dalam riwayat yang lain: 
الرَّجُلِ يُقَاتِلُ شَجَاعَةً وَيُقَاتِلُ حِمْيَةً وَيُقَاتِلُ غَضْبًا، أَيُّ ذَلِكَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ 
“Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah swt?”
Lalu dijawab Rasulullah saw: 
مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ 
“Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah swt (fi Sabilillah).” (muttafaqun ‘alaihi) 
Mereka yang menyertai PAS dengan Intima’ yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kalimah (syariat) Allah swt kerana ujiannya terlalu getir khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati. 
Hanya mereka yang menyertai PAS kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Sama ada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Rabiul Akhir 1439 / 2 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 2/1/2018
Sumber HD - 2-1-2018 



























































Masih gelap di hujung terowong

TUN Mahathir terus mengekalkan rekod permusuhan dan mempertahankan fitnahnya terhadap PAS dan syuhada’ Memali. Kini beliau mengheret para mufti terhumban dalam kancah fitnah liar yang direkanya. 
Ucapan penggulungan beliau di Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM di Ideal Convention Center Shah Alam jelas mempamerkan beliau masih gagal menginsafi kesalahan besar yang telah beliau lakukan sejak menjawat kerusi Perdana Menteri selama 22 tahun. 
PAS JUAL AGAMA
Fitnah lapuk yang dikisar semula tanpa jemu ialah kononnya PAS menjual agama, memperalatkan agama demi kepentingan politik. Saya percaya, tidak akan ramai yang terpedaya dengan dakyah songsang Tun Dr Mahathir.
Dunia teknologi maklumat hari ini telah berjaya membekalkan maklumat jelas kepada masyarakat sekali gus menampakkan wajah sebenar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. 
Apakah perjuangan PAS untuk;
a) Memperkasakan Mahkamah Syariah
b) Mendaulatkan Syariat Islam
c) Mewujudkan nilai-nilai hidup Islam
d) Mempertahankan kesucian Islam
e) Pertahankan kemerdekaan negara
f) Menentang ISA, rasuah, judi, zina, riba
g) Menentang gaya hidup bebas, LGBT
h) Perjuangkan isu Rohingya, Palestine
i) Menentang pecah amanah, salah guna kuasa, penyelewengan
j) Perjuangkan hak rakyat mendepani isu kenaikan harga barang, kos sara hidup, percukaian GST, Royalti Petroleum dan sebagainya, 
(Sekadar menyenaraikan sebahagian kecil apa yang telah diperjuangkan oleh PAS)
Ini disifatkan sebagai menjual agama? 
Perlembagaan PAS jelas menyebut pada: 
a) Fasalnya yang ke 3, bahawa Dasar PAS ialah ISLAM.
b) Fasalnya yang ke 5 (a), tujuan PAS ditubuh adalah: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah." 
c) Fasalnya yang ke 6 (b), di bawah tajuk Usaha-usaha PAS ialah : “Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari‟at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan” 
Jika tindakan PAS bercanggah dengan perlembagaan atau undang-undang tubuhnya, maka sudah lama perjuangan PAS ini akan ditolak oleh rakyat dan diambil tindakan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau dibatalkan pendaftarannya seperti UMNO yang pernah diharamkan. 
TIDAK SOKONG PAS KAFIR
Tuduhan jahat ini memerlukan bukti. PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Malah tiada disebut pun dalam “Amanat Haji Hadi” bagai yang didakwa. Bahkan mereka yang mengamati “Amanat Haji Hadi” secara teliti dan saksama, nescaya memahami bahawa amanat itu tidak sekali-kali mendakwa siapa yang tidak sokong PAS sebagai kafir. 
Fitnah ini telah saya dengar sejak tahun 80-an lagi. Filem hitam putih yang cuba ditayang semula oleh Tun Dr Mahathir di pawagam 3D. 
KINI FITNAH MUFTI PULA
Tun Dr Mahathir cuba touch up fitnahnya dengan membabitkan mufti. Beliau cuba memperbodohkan mufti. Seperti mufti tiada ilmu dan keberanian sehingga konon tidak menangkis Amanat Haji Hadi. Beliau terlalu merendahkan keupayaan dan kedudukan para mufti. 
IBRAHIM LIBYA ANJUR PEMBERONTAKAN BERSENJATA
Asy Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya syahid di pekarangan rumahnya. Asy Syahid diserang bukan menyerang. Bagaimana mereka dianggap melancarkan pemberontakan bersenjata? Mereka bukan menyerang Bukit Aman? Tun Dr Mahathir bangkitkan 4 anggota polis terbunuh? Bagaimana dengan penduduk kampung yang diserang dan 14 dari mereka terbunuh? 
Jika mereka adalah pemberontak bersenjata, mengapa Al Marhum KDYM Sultan Abdul Halim Sultan Negeri Kedah berkenan menyiram air mawar di pusara para syuhada Memali dan menghadiahkan nisan untuk pusara mereka? 
Buat Tun Dr Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan.
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Rabiul Akhir 1439 / 31 December 2017 – HARAKAHDAILY 31/12/2017
Sumber HD - 31-12-2017 



























































Nafi Melayu sahaja sebagai anggota Kabinet

BERHUBUNG kenyataan oleh Presiden PAS dalam artikel beliau "Mengapa kalau Islam tidak boleh?" (rujuk: 
http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/4493-mengapa-kalau-islam-tidak-boleh) telah disalah lapor oleh beberapa agensi berita. 
PAS juga menafikan rumusan sebuah laporan berita bertajuk "PAS president: All-Malay cabinet members for Malaysia" (rujuk: 
https://www.nst.com.my/news/politics/2017/12/318094/pas-president-all-malay-cabinet-members-malaysia) yang disiarkan oleh portal New Straits Times (NST). 
Perenggan pertama laporan tersebut menyatakan "PAS has envisioned a Malaysian Cabinet line-up to consist only of Malays as they are the majority race, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said." 
Sedangkan, tiada satu pun ayat dan huraian yang dibuat oleh Presiden PAS dalam artikel beliau itu menyatakan bahawa semua anggota kabinet mestilah terdiri dari kalangan orang melayu muslim. 
Sebaliknya, PAS menegaskan kepentingan dan keperluan untuk orang Melayu-Islam menjadi teras (Perdana Menteri sebagai Wazirul Tafwid) dalam sistem politik dan struktur pentadbiran negara berdasarkan fiqh politik Islam. 
Bahkan, Presiden PAS turut mengakui dan mengiktiraf kedudukan dan peranan bukan Islam dalam sesebuah kerajaan. 
Di sini sangat jelas bahawa mesej penting yang dilontarkan oleh Presiden PAS ialah bahawa Islam sangat terbuka dalam menerima pelantikan bukan Islam sebagai menteri kabinet (Wizarah Tanfiz) berbanding dengan sistem parti politik moden yang hanya menerima dari kalangan idelogis mereka sahaja. 
Presiden PAS menjelaskan, "Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep."
Adapun kenyataan Presiden PAS yang menyebut, "Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh", bukanlah bermaksud semua ahli kabinet, tetapi merujuk kepada ahli kabinet bagi Wizarah Tafwidh untuk kementerian tertentu yang disyaratkan mesti beragama Islam menurut kaedah Fiqh Islam. 
Ia berdasarkan kaedah pembahagian kementerian yang dibuat dalam fiqh politik Islam kepada Wizarah al-Tafwidh dan Wizarah al-Tanfiz. Jika diteliti keseluruhan artikel Presiden PAS, perkara ini dapat difahami dengan mudah. 
Saya berharap agar tiada pihak yang sengaja cuba mencetus salah faham atau menyelewengkan pendirian dan sikap sebenar PAS berkenaan perkara ini kerana PAS sangat memahami realiti masyarakat majmuk di negara ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
07 Rabiul Akhir / 26 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD-26-12-2017 



























































Takziah atas pemergian Dr Shahnon Ahmad

SAYA bagi pihak PAS menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga dan saudara mara serta sahabat handai Allahyarham SN Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang telah kembali ke Rahmatillah awal pagi tadi di Hospital KPJ Kajang. 
Pemergian Al Marhum merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya dalam bidang kesusasteraan kerana beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik di negara ini. 
Al Marhum juga pernah menyumbang tenaga dan buah fikirnya kepada PAS dan juga pernah menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Sik pada tahun 1999 yang lalu. 
Semoga Allah mengampuni dan merahmati Al Marhum serta menghimpunkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
07 Rabiul Akhir 1439/ 26 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 26/12/2017

Sumber HD - 26-12-2017



























































Fitnah mutawatir

SENJATA paling murah dan mudah tapi sangat berkesan untuk membunuh karektor seseorang, terutama pada zaman digital hari ini ialah fitnah. 
Fitnah dikarya dengan penuh licik dan teliti sehingga sukar dibezakan antara fitnah dan kebenaran. Fakta separa masak diolah dengan cermat, susunan plot fitnahnya rapi sekira-kira boleh melepasi scanner kebenaran. 
Akhirnya masyarakat mati hidup percayakan fitnah tersebut. Meskipun penafian diulang siar, tiada siapa yang mahu peduli dan mempercayai penafian tersebut lantaran fitnah itu lebih meyakinkan malah bertaraf “mutawaatir”. 
Mendepani fitnah begini, tiada apa yang boleh kita lakukan kecuali banyak berserah kepada Allah SWT di samping ikhtiar memberi penjelasan kepada khalayak. 
Tentu sahaja, mereka yang derita sebagai mangsa fitnah kena banyak bersabar. Mohon pertolongan kepada Allah swt dengan sabar dan solat. Inilah yang diajar oleh Allah SWT: 
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ 
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat sedang sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang merendah diri kepada Allah SWT. (Surah Al Baqarah: 45) 
Fitnah ini lahir dari kebankrapan hujah dan isu. Juga hasil dari runtuhnya nilai akhlak dan peribadi. Pengamal fitnah ini mewarisi saka iblis yang liar dan buas. 
Mereka tidak boleh melihat Islam berkembang dengan pesat, pasti mereka akan meronta lalu merencana fitnah lantas menyebarkan ke seluruh pelosok dan penjuru ufuk melalui kecanggihan digital. Tujuan mereka hanya mahu halang perkembangan Islam.
Mereka yang merencana fitnah ini sebenarnya berdepan dengan ancaman azab dari Allah SWT. Sabda Nabi SAW: 
أما الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .
(رواه البخاري: رقم الحديث 7047 من حديث
سمرة من جندب رضي الله عنه) 
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia.” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A) 
Sasaran Budaya Politik Matang dan Sejahtera ialah menghapuskan politik fitnah. Meskipun sukar, ia antara tugasan wajib dan jihad Islami yang mesti digalas oleh para pejuang Islam dengan gigih dan tekun. Ranking fitnah yang paling tinggi ialah kesyirikan kepada Allah swt dalam ideologi dan pegangan hidup. 
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah ugama itu semata-mata milik Allah, jika mereka berhenti maka tiadalah permusuhan melainkan terhadap orang yang zalim. (Surah Al Baqarah: 193) 
Pengamal dan penyebar tegar fitnah ini tidak akan berjaya di dunia dan akhirat. Justeru itu, anggota jamaah Islam jangan sekali-kali pernah terjebak dalam kancah penyebaran fitnah, apatah lagi mencipta fitnah. Amalkan konsep tabayun sebelum sebar sebarang maklumat. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
06 Rabiul Akhir 1439 / 25 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 25/12/2017
Sumber HD - 25-12-2017 



























































Pendirian Interpol bukti Dr Zakir Naik tidak bersalah

PENDIRIAN Interpol menolak untuk mengeluarkan 'red-corner notice' terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuktikan beliau tidak bersalah sepertimana yang didakwa sesetengah pihak. 
Menurut laporan akhbar The Star bertajuk 'Interpol cancels red-corner notice on Zakir Naik' pada Ahad yang lalu menunjukkan bahawa pihak Interpol telah menolak permintaan 'the National Investigation Agency' (NIA) bagi mengeluarkan arahan notis merah terhadap Dr Zakir Naik. 
Tindakan NIA merujuk perkara tersebut kepada Interpol adalah bagi mengesahkan dakwaan mereka kononnya Dr Zakir Naik terlibat dengan aktiviti keganasan. Namun, jelas dakwaan mereka sama sekali meleset. 
PAS menegaskan bahawa Dr Zakir Naik bukanlah seorang pengganas tetapi hanya seorang pakar pembandingan agama yang telah mengislamkan ramai orang di seluruh dunia menggunakan kekuatan hujah beliau. Dakwaan yang dikeluarkan NIA kemudian disahut oleh sesetengah ahli politik di Malaysia kononnya beliau terlibat dengan aktiviti keganasan ternyata tidak benar. 
Ini hanyalah alasan bagi mereka yang tidak mampu menangkis hujah yang dikemukakan oleh beliau. Maka, bagi mereka cara 'kekerasan' adalah jalan terakhir bagi 'menutup mulut' pendakwah-pendakwah Islam. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat
30 Rabiul Awwal 1439 / 19 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 19/12/2017
Sumber HD - 19-12-2017 

Imams: Kerajaan jangan U-turn
Posted on Monday, December 18 @ 09:16:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37336



SHAH ALAM - Kerajaan diharap tidak melakukan pusingan U dengan melaksanakan semula Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).


Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pengumuman membatalkan Imams juga diharap bukan gimik politik bagi meleraikan bantahan ramai pihak.

"Malah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) wajar mempertimbangkan langkah yang lebih berobjektif dan tidak sewenang-wenangnya membebankan pihak lain dalam mendepani kemelut melanda," katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, sebarang langkah bagi membasmi kes-kes penipuan pakej umrah ketika ini adalah sangat wajar dilaksanakan dan disokong.

Bagaimanapun katanya, keputusan KPK memperkenalkan Imams sebelum ini masih kabur dan perlu dikaji semula.

"Kewujudan Imams bukan sahaja berkait dengan caj tambahan termasuk pembayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST), malah keperluan agensi one-stop centre seperti Imams seolah-olah menyebabkan berlaku pertindihan jawatan kuasa dalam mengurus serta mengawal selia pengurusan umrah di negara ini.

"Apatah lagi KPK telah memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU) serta penglibatan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang merangkumi 13 agensi utama termasuklah Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia (PDRM), syarikat penerbangan Malaysia, Matta dan Jawhar.

"Maka, mengoptimumkan peranan MKSU serta LKU dilihat sudah memadai menangani kes-kes penipuan tersebut," katanya.


Sumber TKO - 18-12-2017



























































Tindakan KPK batal IMAMS adalah wajar

SAYA telah bangkitkan dalam kenyataan media saya bertarikh 21 Oktober yang lalu yang menjelaskan bagaimana keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) memperkenalkan 'Integrated Manasik Monitoring System' (IMAMS) masih kabur dan perlu dikaji semula. 
Kewujudan IMAMS bukan sahaja berkait dengan caj tambahan termasuk pembayaran cukai GST, malah keperluan agensi 'one-stop centre' seperti IMAMS seolah-olah menyebabkan berlaku pertindihan jawatankuasa dalam mengurus serta mengawal selia pengurusan umrah di negara ini. 
Saya ingin tegaskan bahawa sebarang langkah bagi membasmi kes-kes penipuan pakej umrah ketika ini adalah sangat wajar dilaksanakan dan disokong. Cuma kedudukan IMAMS dalam 'big picture' tersebut masih kabur apatah lagi pihak KPK telah memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU) serta penglibatan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang merangkumi 13 agensi utama termasuklah Tabung Haji (TH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Penerbangan Malaysia, MATTA dan JAWHAR.
Maka, mengoptimumkan peranan MKSU serta LKU dilihat sudah memadai menangani kes-kes penipuan tersebut. Isu ini semakin kuat diperkatakan ramai pihak 
memandangkan caj tambahan yang turut melibatkan pembayaran GST serta kedudukan mereka yang bukan Islam yang terlibat dengan IMAMS yang mengurus tentang perihal umrah umat Islam. 
Persoalannya, mengapa pembayaran tersebut dikenakan sedangkan peraturan 6(1A) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 telah menjelaskan tentang Skim Takaful Umrah. Bagi saya, caj tambahan tersebut hanya menyusahkan orang ramai walaupun kementerian pernah menyebut bahawa caj tersebut sewajarnya ditanggung oleh pihak agensi. 
6Saya mengharapkan agar kerajaan terutamanya KPK tidak melakukan 'u-turn' untuk kembali melaksanakan sistem IMAMS tersebut kelak. Pengumuman membatalkan IMAMS diharap bukan gimik politik bagi meleraikan bantahan ramai pihak semata-mata. Malah, pihak KPK wajar mempertimbangkan langkah yang lebih berobjektif dan tidak sewenang-wenangnya membebankan pihak lain dalam mendepani kemelut yang melanda. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
27 Rabiul Awwal 1439 / 16 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD- 16-12-2017 



























































IMAMS: Kerajaan perlu peka, tidak tekan umat Islam tunai umrah

SAYA telah bangkitkan isu ini melalui Kenyataan Media Penerangan siri ke 157/28 bersamaan 30 Muharram 1439 / 21 Oktober 2017 yang lalu. 
Mutakhir ini menjadi kecoh pula bila disebar bagaimana urusan umrah muslim diurus selia oleh bukan Islam, pengumuman cas GST dan sebagainya. 
Saya mengharap satu jawapan dan tindakan yang tuntas daripada kerajaan dan bukan sekadar memberi alasan tetapi bertindak dengan suatu tindakan yang tidak merugikan umat Islam yang mahu menunaikan ibadah umrah. 
Berikut kenyataan yang telah saya kemukakan kepada awam bahkan saya telah bangkitkan isu ini di parlimen. 
SISTEM IMAMS MASIH KABUR 
1. Kami sedang memantau isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) mengenai kewujudan sistem IMAMS sebagai 'one-stop centre' kepada pengendali syarikat pakej umrah. 
2. Pertama, kerajaan dilihat masih gagal menjelaskan di mana kedudukan IMAMS dalam struktur melibatkan isu pemberian lesen khas umrah (LKU) mahupun melibatkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). 
3. Sukar untuk ditentukan dengan jelas apa fungsi yang dimainkan oleh IMAMS dalam 'big picture' pengendalian pakej umrah dengan pengenalan LKU. 
4. Sedang penubuhan MKSU pada Ogos 2014 itu sudah tepat dan komprehensif merangkumi 13 agensi utama termasuklah TH, KPDNKK, PDRM, Syarikat Penerbangan Malaysia, MATTA, JAWHAR dan sebagainya. 
5. Manakala pengenalan LKU pada Oktober lalu adalah langkah yang baik bagi mengelakkan peningkatan kes-kes penipuan umrah ini. Ia sudah memadai dan sesuai dengan Akta Industri Pelancongan 1992 juga Peraturan Industri Pelancongan 1992 (PPIP 1992). 
6. Jawapan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin pada 14 Ogos yang lalu ketika persidangan Dewan Negara juga menyentuh tentang MKSU dan LKU sahaja tanpa menyebut peranan IMAMS dalam menangani kes penipuan pakej umrah. Jadi, di mana sebenarnya kedudukan IMAMS? Itu jadi persoalan asas di sini. 
7. Rentetan daripada persoalan pertama tadi, isu mengenai insurans dan GST yang termasuk dalam pakej RM90.10 yang dikenakan pihak IMAMS itu suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku. 
8. Peraturan 6(1A) PPIP 1992 antara lain menyebut tentang Skim Takaful Umrah bagi jemaah ketika berhadapan dengan kes kecemasan, penyakit mahupun kematian. Malah, peraturan tersebut menyebut tentang tidak boleh menjual pakej tersebut kepada pengendali pelancongan lain. 
9. Adakah IMAMS termasuk dalam "pengendali pelancongan" yang lain? Maka, ia bertentangan dengan peraturan tadi. Tambahan pula, apakah tujuan caj tambahan RM90.10 itu dibayar sedangkan takaful para jemaah sudah dijamin? 
10. Ini merumitkan lagi kemelut yang melanda. Menyelesaikan suatu perkara dengan cara mengetatkan undang-undang atau peraturan seperti pemberian lesen yang lebih ketat dan sebagainya adalah satu tindakan yang sepatutnya, tetapi bukan sampai peraturan yang dicipta itu menyusahkan dan membebankan pihak lain. 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD - 16-12-2017 



























































Perlu ada ‘kehendak politik’ kurangkan kos sara hidup

PENINGKATAN kos sara hidup antara isu besar yang sering meniti di bibir rakyat pada hari ini. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tetapi dalam masa yang sama tidak bersepadan dengan gaji semasa membawa kepada suatu tekanan dan bebanan kepada rakyat dalam mendepani kehidupan seharian. 
Darsawarsa ini, kerajaan bukan sahaja bergelut mengurangkan kategori miskin di luar bandar, malah turut melibatkan kemiskinan bandar yang semakin tinggi dan perkembangan ini pula dilihat semakin membimbangkan. 
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan Program Pembasmi Kemiskinan Bandar bertujuan mengurangkan bebanan golongan miskin bandar. Pendekatan tersebut disusuli penyusunan kelompok miskin tegar, miskin dan mudah miskin. 
Jika mereka yang bergaji RM3,860 sebulan dan ke bawah termasuk dalam kategori miskin bandar, apatah lagi mereka yang memperoleh gaji yang lebih rendah. 
Meskipun kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup pada 2014, pula melihat kepada isu peningkatan kos sara hidup terutama golongan miskin bandar, maka pendekatan kerjasama dengan Jawatankuasa Fiskal merupakan langkah yang tepat kerana polisi-polisi fiskal negara banyak memainkan peranan dalam menangani isu tersebut. 
Namun, kewujudan jawatankuasa khas tersebut masih kurang memberikan apa-apa impak positif kepada rakyat. Pelaksanaan GST, subsidi harga minyak runcit dan sebagainya adalah antara teras yang menyumbang kepada perkembangan ini tetapi sering kali terlepas pandang oleh pihak kerajaan. 
Justeru, kerajaan sewajarnya melakukan pendekatan yang lebih berobjektif dalam mengatasi isu ini. Pelaksanaan 'Outcome Based Budgetting System' sepatutnya dijadikan suatu pendekatan yang lebih strategik mengkaji keberkesanan sesuatu program dan peruntukan yang dibelanjakan. 
Bukan lagi peruntukan yang besar tetapi tiada kawalan terhadap keberkesanannya  Ini juga perlu diteliti sebaiknya. 
Selain soal polisi atau program, ketepatan mengeluarkan data yang lebih realisitik juga penting untuk diperhatikan. Persoalan yang perlu kepada pemerhatian bersama ialah, adakah data inflasi yag digunapakai hari ini mencerminkan inflasi sebenar yang dirasai rakyat? Hubungan "cause and effect" ini turut memainkan peranan yang penting supaya polisi atau program dapat digerakkan secara tuntas. 
Maka, menangani isu kos sara hidup yang tinggi perlu digembleng sedalamnya oleh pihak kerajaan. Saya berpendirian, jika faktor-faktor teras yang menyumbang kepada kenaikan harga barang tidak ditangani, maka hasilnya sudah pasti tidak akan memuaskan dan tentu sahaja membebankan rakyat terbanyak. 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat.
23 Rabiul Awwal 1439 / 13 Disember 2017– HARAKAHDAILY 13/12/2017
Sumber HD- 13-12-2017 



























































Umat Islam mesti bangkit

PILIHAN raya umum kali ke-14 pasti sahaja semakin hampir. Debarannya kian terasa. Ia sememangnya menjadi detik yang dinanti saban 5 tahun sekali bagi rakyat melakukan perubahan secara total. 
Pilihan raya bukan sekadar aspek politik sehingga non partisan merasa cuak untuk membicarakannya. Sebaliknya pilihan raya memberi makna yang sangat besar kepada masa depan negara dan rakyat dari semua aspek termasuk sosial, ekonomi malah politik itu sendiri. 
Meskipun kita bercakap soal ekonomi seperti kenaikan harga minyak, peningkatan kos sara hidup, kadar hutang isi rumah yang tinggi, peluang pekerjaan yang sukar, isu harga hartanah, isu rumah hanya mampu tengok dan sebagainya, ia juga adalah manifestasi dari dasar dan polisi negara yang dibentuk melalui kuasa politik. 
Begitu juga isu sosial. Pergaulan bebas, zina yang berleluasa, judi bermaharajalela, buang bayi, dera, ragut, samun, pecah rumah, gelandangan dan sebagainya juga adalah menelur dari sebuah sistem politik yang tidak patuh syariah dan tekanan ekonomi yang meruncing. 
Tidak kurang juga masalah negara yang terhasil dari penyimpangan agama dan akal yang songsang. Diskriminasi terhadap pekerja wanita muslimah yang memakai tudung. Permintaan pilot agar penumpang berdoa di atas kapal terbang detik kecemasan juga dikecam. 
Cadangan supaya murid menunaikan solat berjamaah di sekolah sebelum pulang ke rumah juga diherdik. Bagaimanalah cadangan perlaksanaan syariat Islam dalam sistem pentadbiran negara? Melompat bergulinglah mereka memprotes perlaksanaan syariat.
Semua ini memberi isyarat jelas bahawa perubahan total mesti dilakukan. Pilihan raya umum kali ini adalah turning point untuk rakyat bertindak membuat perubahan melalui pemilihan pimpinan yang betul dan tepat. 
Perubahan mestilah kepada suatu yang lebih baik. Kita mahu berubah dari sistem yang korup kepada sistem yang telus. Dasar yang menindas kepada dasar yang adil. Tentunya Islam adalah solusi. Islam adalah pilihan. 
Menukar jahiliah lama kepada jahiliah baru tidak akan memberi erti dan nilai perubahan kepada negara dan rakyat. Sama lah menukar ranting dan dahan sahaja tidak akan memberi makna pertukaran jika pokok dan akar tunjangnya tidak ditukar. 
Islam adalah penyelesaian. Ini layaknya diakui oleh semua muslim. Soalnya bagaimana sikap pengundi? Khasnya yang beragama Islam. Mereka harus berani bertindak memberi peluang kepada pihak yang serius dan mahu melaksanakan manhaj pemerintahan dan pentadbiran Islam dalam negara ini. 
Umat Islam mesti bangkit buat perubahan. PAS menawarkan perlaksanaan syariat Islam dan manhajnya. Agar suara Islam makin subur dan hebat, tidak lagi berada di kelas kedua. – HARAKAHDAILY 10/12/2017
Sumber HD - 10-12-2017 

Rakyat Semakin Celik Pentingnya Pas Meneraju Perubahan
Posted on Tuesday, December 05 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37160



Kelmarin ada 3 perkara yg menarik dan merangsang minda saya berhubung politik negara yang dinamik sifatnya.

Pertama adalah laporan Malaysian Insider yang diketahui media kegemaran Pakatan Harapan bertajuk "Cheers For PAS Reflects Grassroot's Sentiment". Ia menceritakan suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR di seluruh negara memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan 'mild claps' atau tepukan ala kadar.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR.

Perkara kedua adalah semakin meningkatnya tentangan dan kritikan terbuka dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP sendiri dan masyakat cina terhadap kepimpinan tertinggi DAP yang diketuai oleh anak beranak Lim.

Kelmarin saya menerima beberapa foto menunjukkan sepanduk yang dipegang oleh sekumpulan rakyat dari kaum Cina yang saya percayai berlaku di Pulau Pinang. Sepanduk itu dengan keras meminta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang supaya pulang saja ke Melaka. Ini mungkin babak awal tentangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu. Dalam masa yg sama saya menerima foto sepanduk yg lain di insiden yg lain dipegang oleh sekumpulan kaum Cina yang mempertahankan ADUN DAP yang kini diberikan tekanan meletak jawatan hanya kerana melaksanakan amanahnya bersuara demi kepentingan pihak rakyat yang diwakilinya.

Ini konsisten dengan tamparan keras yang diberikan oleh bekas Pengerusi DAP Johor yang dengan lantang menyatakan perasaan kesal kerana membuka pintu kepada pemimpin DAP Pusat masuk ke Johor. Beliau menggelarkan pimpinan DAP Pusat sebagai "Soviet Madhouse" yang terjemahan literalnya Rumah Orang Gila Soviet. Soviet adalah sebuah negara komunis di era SovietUnion sebelum berlaku perpecahan yang mewujudkan negara-negara seperti Rusia, Ukraine dan lain-lain. Pengerusi DAP Kedah pernah menyebut perkara yang sama.

2 hari lepas, Dr. Bala Chandran, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat menalipon saya dengan nada yang amat ceria. "Tuan Hj, I'm on the way back from a programme in Kerteh. I have a great news for you!!!". Saya teruja dan tanya apa dia berita besar itu dan dia minta saya tunggu sebab nak ceritakan secara berdepan.

Dr. Bala hadir ke Surau Al Ikhlas Durian Burung di program pelancaran Persatuan Kepolisan Komuniti oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu dan bercerita kepada saya bahawa dia didatangi oleh seorang penyokong dan pendokong tegar DAP (beliau menyebut staunch supporter), yang tiba-tiba memberitahu Dr. Bala bahawa dia baru sedar setelah berfikir panjang bahawa untuk selamatkan Malaysia, tak boleh tanpa PAS. Mesti PAS yang berada di hadapan. Tanpa PAS takkan berjaya. Kalau ada PAS tapi PAS duduk belakang sebagai pak turut pun tak jadi juga. Mesti PAS dilihat berada di hadapan. Baru boleh berjaya dan dapat sokongan yang cukup untuk tumbangkan BN yang rosakkan negara!

Saya tanya Dr. Bala, yang berkata demikian, pendokong DAP dari kaum India kah? (sebab saya tahu ada gelombang besar penolakan kepimpinan keluarga Lim di kalangan ahli DAP dari kaum India).

Saya teruja bila dijawab tidak, orang berkenaan seorang DAP dari kaum Cina. Allahu Akbar!

Peristiwa ke tiga kelmarin saya dimaklumkan berlangsung satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor. Mungkin dibayangi berita-berita perkembangan dalam PKR dan DAP,  saya dilaporkan kesugulan, suasana hambar dan tidak ceria dan aura negatif yang mungkin ditanggapi oleh yang berada di sana membuat laporan dan liputan.

Bayangan tahap ketidakpastian halatuju semakin jelas. Tak apalah. Ini karakter golongan kecewa yang sudah berulang-ulang kisah sepertinya dalam lipatan sejarah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kelihatannya sedikitpun tidak terganggu dengan kenakalan para 'pembencinya'. Sekalipun ditohmah sudah hilang upaya kononnya kesan dari jatuh sakit yang lalu, fikiran murobbi ini sudah 'tidak sihat', ternyata buah buah pemikirannya semakin tajam, tepat dan semakin diminta oleh masyarakat antarabangsa. Bulan ini saja berucap untuk ratusan ribu pendokong gerakan Islam di Bangladesh, sekarang tetamu utama di Turki.

Saya yakin segala perencanaan Allah SWT yang sedang dizahirkan satu persatu adalah amat besar hikmahnya kepada kita semua.

ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber TKO - 5-12-2017



























































Keahlian PAS 2017 pecah rekod

BIARPUN diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di pentas politik tanah air. 
Fitnah musuh dan tohmahan mereka yang sakit hati dengan PAS saban ketika tidak menjadi kudis gatal kepada PAS. 
Cabaran didepani dengan sabar dan ancaman ditangani dengan tenang. PAS terus mengatur langkah dengan tabah untuk melebarkan risalah perjuangan dan meraih sokongan rakyat buat perjuangan Islam yang didukung. 
Realiti kedudukan PAS terkini berasaskan data keahlian: 
Tahun 2013: 14,544
Tahun 2014: 19,764
Tahun 2015: 41,431
Tahun 2016: 23,559
Tahun 2017: 41,813 
Keahlian PAS pada tahun ini mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu. 
Justeru, ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar. Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. Insya Allah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
15 Rabiul Awwal 1439 / 4 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 4/12/2017
Sumber HD - 4-122-2017 



























































Tegakkan Islam atas keruntuhan jahiliah








































































JAHILIYAH kian susut nilai. Ummat yang punya tamadun memahami bahawa budaya dan cara hidup jahiliyah merosakkan peradaban mereka. 
2. Jahiliyah dirujuk kepada pihak dan zaman yang berada di luar zon hidayah Allah swt. Jahiliyah ini wujud di zaman kuno dan masih belum ada noktah akhirnya di zaman moden ini. 
3. Kesan langsung dari pengaruh jahiliyyah ini ialah berleluasanya kemaksiatan sosial, kemungkaran politik, kefasadan ekonomi dan jenayah yang meruntuhkan nilai kemanusiaan. 
4. Justeru itu, negara dan rakyat mesti dimerdekakan sepenuhnya dari pengaruh dan cengkaman jahiliyyah moden hari ini. Menuju sebuah peradaban yang rakyatnya sejahtera dan negaranya makmur seperti Allah swt. sebut dalam surah Saba’ ayat 15: 
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَ رَبٌّ غَفُوْرٌ 
Negeri yang baik (sejahtera dan makmur) sementara Tuhan (Allah swt) mengampunkan. 
5. Tiada pilihan melainkan kembali kepada Islam serta berusaha untuk menegakkan sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam di bumi bertuah ini. Tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah. Bukan membina jahiliyyah baru di atas robohan jahiliyyah lama. 
6. Penegasan ini sangat penting supaya kita jelas bagaimana perubahan yang mahu kita gerakkan dan pihak mana atau parti mana yang mahu kita sokong dalam pilihan raya untuk mereka menang, lalu menjadi pemimpin dan membentuk kerajaan yang memerintah. 
7. Menentang jahiliyyah lama dengan begitu gigih, namun menjebakkan diri dalam usaha untuk menegakkan jahiliyyah yang baru adalah satu tindakan yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat. Bazir masa dan merugikan. Ibarat bebas dari mulut buaya, terperangkap pula dalam mulut harimau. 
8. Islam adalah penyelesaian kepada kemelut ekonomi, krisis politik dan jerebu sosial yang sedang dialami oleh negara. Malangnya rakyat belum memberi peluang kepada Islam untuk membuktikannya dalam sistem pemerintahan negara kita. 
9. Sebahagiannya kelihatan masih selesa bergelumang dengan jahiliyyah moden hari ini. Bukan sahaja mereka tidak mahu memberi peluang kepada Islam, bahkan mereka tidak peduli kesan atau implikasi jahiliyyah yang sedang merosakkan negara dan anak bangsa.
10. Pilihan raya Umum ke-14 ini menjadi peluang terbaik buat rakyat bangkit melakukan perubahan dengan memberi peluang kepada Islam mengurus tadbir negara secara adil dan baik serta memberi hak kepada yang berhak, termasuk memelihara hak dan menjaga kepentingan non-Muslim. 
Syeikh Ibrahim al-Laqqani menyebut dalam kitabnya “Jauhara at Tauhid” : 
وَوَاجِبٌ نَصْبُ اِمَـامِ عَدْلِ
بِالشَّرْعِ فَاعْلَمْ لاَ بِحُكْمِ الْعَقْلِ 
Memilih pemimpin yang adil itu satu kewajiban, kerana itu perintah Allah bukan perintah akal. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Rabiul Awwal 1439 / 4 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 4/12/2017
Sumber HD - 4-12-2017 



























































Penyatuan hanya dengan Islam

BERHADAPAN dengan cabaran semasa terhadap umat Islam khasnya dan negara amnya (merangkumi masalah dalaman mahupun ancaman luar) memerlukan penyatuan jitu umat Islam tanpa lengah. 
2. Aqal yang sihat pasti berjaya mengesan bahawa antara punca lemahnya ummat ini ialah kerana perpecahan dan pertelingkahan di kalangan mereka. 
Firman Allah swt: 
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 
Dan taatilah Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu bertelingkah; kelak kamu akan binasa dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. (Surah Al Anfaal: 46) 
3. Sementara musuh Islam pula tanpa mengira dari blok mana datangnya mereka, sangat mengharapkan umat Islam berpecah. Justeru atas perpecahan itulah mereka mampu membina kekuatan, menang dan menguasai umat Islam. 
4. Menggunakan strategi pecah dan perintah, musuh Islam mencetuskan pelbagai propaganda dan provokasi termasuk fitnah dan tohmahan terhadap perjuangan Islam. Kehendak mereka hanya satu iaitu umat Islam mesti berpecah dan lemah. 
5. PAS sebagai sebuah gerakan Islam pula berperanan sebagai duta penyelamat dan kasih sayang, selayaknya bertindak untuk menyatukan ummat ini. Mereka tidak boleh dibiarkan berpecah atas apa alasan sekalipun termasuklah perbedaan latar fahaman politik, mazhab dan manhaj pemikiran. 
6. Semestinya seruan penyatuan ini berpaksi kepada Islam. Justeru hanya Islam atau “Tali Allah” sahaja yang berupaya menambat dan mengikat hati-hati umat Islam supaya bersatu teguh dan utuh. Bukan wang ringgit, derajat dan pangkat, tetapi Islam.
Firman Allah swt: 
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu saling bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara, dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu mendapat petunjukNya. (Surah Aali Imran: 103) 
7. Sebagaimana musuh boleh bersatu meskipun mereka berbeza parti politik dan aliran pemikiran demi “menyerang” Islam dan ummatnya. Maka umat Islam mesti bertolak ansur dan korbankan kepentingan diri serta puak dengan kembali kepada paksi Islam yang benar. 
8. Mereka pastinya cuak lihat umat Islam bersatu. Mereka gelisah lihat umat Islam kembali berpaut erat pada Tali Allah. Mereka kepanasan lihat umat Islam mengurus perbedaan fahaman politik dan aliran pemikiran secara matang dan sejahtera.
9. Lantaran apa yang mereka mahu ialah umat Islam saling bercakaran, bergaduh tanpa sudah dan benci membenci antara satu sama lain. Perkara kecil diperbesarkan, yang mudah dipayahkan. Mereka gunakan pelbagai medium termasuk media dan cybertrooper milik mereka untuk mengadu domba. 
10. Aslim Taslam! “Terimalah Islam Nescaya Kamu Selamat” inilah intipati seruan perjuangan Rasulullah SAW. Pelajari dan Hayati Islam serta jalani kehidupan ini berdasarkan syariat dan sunnah Rasulullah SAW. Tinggalkan amalan jahiliyah dan elakkan daripada terjebak dalam kancah dosa dan noda. Nescaya kita semua selamat di dunia dan akhirat. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Rabiul Awwal 1439 / 3 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 3/12/2017
Sumber HD - 3-12-2017



























































Pertahankan MATIN

MAAHAD Tahfiz Al Quran Imam An Nawawi (MATIN) menjadi perhatian umum mutakhir ini ekoran daripada pendedahan beberapa agensi berita bahawa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) membuat report polis terhadap MATIN yang didakwa kononnya menghalang mereka menjalankan tugas. 
2. Saya mengenali rapat Al Fadhil Ust Yussaine bin Yahya selaku Mudir MATIN malah memahami serta merasai perjalanan awal penubuhan MATIN. Bermula dari kelas yang hanya beroperasi di bangunan rumah teres yang kecil sehinggalah ia berkembang indah dan tersergam seperti adanya pada hari ini. 
3. Tahniah dan sejuta kali tahniah atas lahirnya MATIN yang menjadi salah satu daripada pusat pengajian Islam yang sangat berjasa untuk mencetak ummah yang bertaqwa dan beramal soleh. sedang negara mendepani indek pencemaran aqidah dan akhlak yang parah. 
4. Namun inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pusat pengajian Islam di Malaysia. Termasuklah pusat pengajian Islam yang berdaftar di bawah Parti Islam Se Malaysia. Tekanan dan ancaman datang dari segenap arah. 
5. Semasa saya bertugas sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia beberapa tahun yang lalu, saya sendiri terpaksa berdepan dengan pihak kementerian, polis dan pelbagai agensi yang cuba untuk meng”haram”kan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kini berkembang pesat di seluruh negara bagi memenuhi keperluan mendidik anak bangsa dengan cara hidup Islam. 
6. Pelbagai fitnah dilemparkan kononnya pelajar PASTI diajar membenci pemimpin dan sebagainya. Beberapa kes PASTI telah diseret ke kamar perbicaraan di mahkamah. Alhamdulillah, sehingga kini PASTI terus bertahan dan dipertahankan oleh pencinta Islam di seluruh negara. 
7. Realitinya, saya sendiri tidak memahami kenapalah setengah pihak yang memiliki kuasa ini sangat cemburu dengan pertumbuhan pusat pengajian Islam. Sedangkan pertumbuhan pusat maksiat dan mungkar bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ternyata nasib pusat mungkar ini tidak seburuk nasib pusat pengajian Islam. 
8. Saya sangat yakin bahawa MATIN bukan kem yang melahirkan pengganas, bukan juga pusat yang menyebarkan ajaran sesat. Malah saya sendiri telah menyemak secara terperinci aktiviti, silibus, manhaj serta latar belakang dan pelan masa depan MATIN sewaktu saya mahu menempatkan salah seorang anak saya untuk menjadi penuntut ilmu di situ. Bahkan saya terus teruja dan berhasrat untuk menghantar beberapa lagi anak-anak saya ke MATIN setelah melihat perkembangannya. 
9. Kehadhiran JAIPs ke MATIN yang viral dan mencetus pelbagai sudut persepsi itu bukanlah baru kali pertama. Terdahulu sebelum ini telah beberapa kali pagawai JAIPs datang MATIN dan nyata pihak MATIN telah memberi kerjasama yang baik. Tetapi malang kali ini, kehadiran bukanlah disifatkan untuk membantu MATIN sebaliknya membawa 1001 prasangka yang negatif kepada MATIN. 
10. Kononnya MATIN bergerak tidak mengikut lunas undang-undang dan sebagainya. Inilah alasan yang selalu digunakan untuk pihak berkuasa ambush pusat-pusat pengajian Islam. Saya yakin dan percaya MATIN telah mengambil segala prosedur yang menepati undang-undang malah pelajar MATIN tidak diajar menentang undang-undang. 
11. Insya Allah, ummat Islam di Malaysia ini masih ada kewarasan serta kecintaan mereka terhadap Islam dan pastinya tidak akan membiarkan pusat-pusat pengajian Islam yang berkualiti seperti MATIN diserang, diharam dan ditutup oleh mana-mana pihak yang mengalami sindrom “pusatpengajianIslamophobia”. 
12. Saya tidak akan respons begini terhadap isu yang berlaku ini melainkan kerana saya faham isu yang berlaku, saya kenal siapa Ust Yussaine dan saya sebahagian daripada MATIN. 
13. Ustaz Yussaine dan rakan-rakan pengusaha MATIN sebetulnya Insyaallah tidak berseorangan. Justeru saya menyeru semua pencinta Islam agar marilah kita berdoa agar isu ini diselesaikan dengan baik dan MATIN tidak dimangsakan. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
4 Rabiul Awwal 1439 / 23 November 2017 – HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD - 23-11-2017 

No comments:

Post a Comment