BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, August 22, 2014

INSTUTUSI PENDIDIKAN PAS : KUIZM / ATM /DAR/MAD"U

KUIZM tawar KPAPI kepada 

masyarakat awam

GOMBAK: Masyarakat awam dipelawa 
mengikuti Kursus Persijilan Asas 
Pengajian Islam (KPAPI) di Kolej 
Universiti Islam Zulkifli Muhammad 
(KUIZM), Taman Melewar, di sini.
Kursus yang menawarkan pengajian 
ilmu-ilmu asas Agama dan Bahasa Arab itu telah dibuka pengambilannya bagi 
Sesi Oktober 2018.
Institusi pengajian tinggi swasta milik PAS yang diasaskan oleh Dewan Ulamak 
PAS Pusat ini sejak ditubuhkan telah menawarkan Pengajian Islam peringkat 
diploma dan kini diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi Marsuki.
Mutakhir ini, KUIZM turut menawarkan kursus persijilan berkaitan dan KPAPI 
ini amat sesuai disertai oleh mereka para pesara, warga pekerja atau mereka yang '
kekurangan masa.
Malah, pengajian ilmu asas agama dan Bahasa Arab ini juga sesuai untuk para pelajar 
universiti yang bukan daripada aliran Pengajian Islam bagi menambah pengetahuan.
Sesi pengkuliahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi 
sehingga jam 12.30 tengahari dan akan berlangsung selama 2 semester pengajian.
Orang awam yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan 
borang di Pejabat KUIZM dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 
010-3565616. - HARAKAHDAILY 18/9/2018

Sumber HD - 18-9-2018

MoU KUIZM luaskan usaha pendidikan tinggi Islam

GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 12 sekolah yang akan menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian di institusi tersebut.
Menerusi usaha tersebut, KUIZM bakal menjadi hub-pendidikan kepada sekolah menengah agama dan tahfiz al-Quran dengan membuka peluang kepada para pelajarnya menyambung pengajian di institusi pengajian milik PAS itu.
"Inilah yang kami hasratkan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab pendidikan, di mana pihak KUIZM menyediakan peluang kepaa ibu bapa untuk anak mereka melanjutkan pengajian di sini.
"Mereka sejak awal lagi memilih menyekolahkan anak-anak di aliran agama dan mahu meneruskan ke pusat pengajian tinggi di mana KUIZM salah satunya.
"KUIZM disamping meneruskan agenda Pendidikan Islam, ia turut meneroka kursus berorientasikan keperluan industri bersifat kontemporari," ujar Pengarah Pusat Pengajian Umum KUIZM, Salbiah Abd Wahab.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut yang diadakan bersama Majlis Hi-Tea Dana Pendidikan KUIZM sempena Majlis Konvokesyen KUIZM di Taman Melewar, di sini baru-baru ini.
Demikian itu, sekolah yang menandatangani MoU bersama KUIZM akan bertindak sebagai 'Sekolah Perantara' yang telah tersedia peluang kepada pelajarnya melanjutkan pengajian tinggi peringkat Diploma dan lebih tinggi.
Pada majlis tersebut juga hadirin berpeluang mendengar penerangan lakaran 'Education Path' yang disampaikan Rektor KUIZM, Dr Mohd Zuhdi Marsuki secara ilmiah, namun santai.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Subky Abdul Latif dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 21/8/2018

Sumber HD - 21-8-2018

KUIZM buka pengambilan Sesi Ogos 2018

GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar akan mengadakan pengambilan pelajar bagi pengajian sesi Ogos 2018.
Peluang tersebut terbuka kepada seluruh pelajar lepasan SPM, SMA, SMU, 4 Thanawi, lepasan tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma.
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu juga turut menawarkan Kursus Persediaan Ke IPT Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi sesiapa yang berminat.
KUIZM merupakan IPTS milik PAS yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan. 
Kini KUIZM diketuai dan diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi Marsuki serta didukung oleh ramai tenaga pengajar berpengalaman.
Antara program pengajian yang ditawarkan KUIZM adalah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, Diploma Dakwah dan Komunikasi serta kursus-kursus bahasa.
Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM yang dibuka setiap hari bekerja.
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 'hotline' KUIZM di nombor 010-3565616 di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2018. -HARAKAHDAILY 22/6/2018
Sumber HD - 22-6-2018 

Mad’u Bakal Lahirkan Generasi Muslim Berilmu Dan Bertanggungjawab

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – Madrasah Darul Ulum (Mad’u) akan melahirkan generasi muslim yang berilmu, beramal soleh, ‎berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Setiusaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata, sekolah rendah Islam yang kedua dalam kawasan Parlimen tersebut, akan dibuka pada sesi persekolahan 2018.
Katanya ia adalah inisiatif PAS bersama masyarakat dan orang ramai.

“Selain berusaha memenuhi matlamat Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu agar setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan satu DAR (sekolah rendah) disamping memenuhi permintaan ibubapa yang berminat tetapi berada dilokasi yang berjauhan,

“Maka Mad’u ditubuhkan dengan harapan dapat melahirkan lulusan yang menguasai ilmu pengetahuan umum dan agama seterusnya beramal dengannya agar menjadi pemimpin pada masa depan yang memahami ajaran dan nilai Islam sebagai cara hidup,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat tapak Himpunan Fastaqim 2.0, di Pantai Tok Jembal, Sabtu, 9 September, di sini.

Menurutnya, walaupun Madrasah Darul Salam sudah ada, namun ia tidak dapat menampung permintaan disebabkan bangunan yang sedia ada hanya mampu menampung seramai 400 pelajar sahaja.

Oleh itu, beliau bersyukur kerana ada pihak yang cintakan pendidikan Islam menawarkan tapak untuk merelisasikan pembangunan Mad’u.

“Sekitar dua bulan lepas, PAS Cawangan Chendering Raja telah menawarkan kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu untuk mengunakan bangunan itu bagi mewujudkan sekolah rendah Islam,

“Dan PAS Kawasan Kuala Terengganu telah bermesyuarat pada 27 Ogos yang lalu dan membuat keputusan menerima tawaran tersebut,

“in shaa Allah ia akan memulakan sesi pengajian pada awal tahun 2018,” kata beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Burok.

Beliau menambah, bangunan yang terletak di Kampung Raja Baram, Chendering itu, sudah 80 % siap.
Justeru katanya, ia bakal dijadikan pusat pendidikan bersepadu ilmu agama dan dunia, selain dapat mengembang dan mengamalkan nilai-nilai akhlak mulia yang sesuai dengan ajaran Islam dalam kehidupan.

“Besar harapan kita untuk membangunkan potensi pelajar sehingga mampu berketrampilan dan kreatif dalam menghadapi tuntutan zaman selain meningkatkan disiplin dan rasa bertanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat mahupun keluarga,” tegasnya.
Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Kuala Terengganu merayu dan mengalu-alukan sumbangan kewangan atau barangan daripada seluruh muslimin dan muslimat bagi menyiapkan kompleks tersebut.
“S
umbangan boleh dibuat melalui wakil kami atau terus ‘bank in’ ke akaun BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) atas nama; PUSAT TARBIYAH QARYAH CHENDERING RAJA : 11550-41-00001377-7

“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan, semoga ianya menjadi bekalan jariah kita di sana,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan, kata beliau, boleh diajukan kepada Bendahari Mad’u Ustaz Ahmad Kamal Ali di talian 013-9239445 atau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tuan Ngah Tuan Ahmad di talian 013-9556044.

Sumber BO - 10-9-2017

KUIZM tawar peluang istimewa

KOLEJ Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak dengan ini membuka peluang kepada anda semua untuk menyambung pengajian peringkat diploma pengambilan sesi Ogos 2017.
KUIZM TAWAR PELUANG ISTIMEWA UNTUK LEPASAN TAHFIZ, PONDOK, SPM & SMU UNTUK SAMBUNG DIPLOMA 
Anda telah dapat keputusan SPM / STPM? Atau anda memiliki sijil akademik seperti SMA / SMU / 4 Thanawi / STAM? Atau mungkin anda pemegang Sijil Syahadah Tahfiz 30 Juzuk / lepasan pondok? 
Tidak tahu di mana nak sambung belajar peringkat Diploma yang berkualiti dengan yuran yang berpatutan? 
Atau anda menanti panggilan untuk menyambung pengajian dari mana-mana IPT & mencari kursus persediaan untuk mengukuhkan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris?
Jangan risau!! 
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak dengan ini membuka peluang kepada anda semua untuk menyambung pengajian peringkat diploma pengambilan sesi Ogos 2017 dan Kursus Persediaan Ke IPT (Bahasa Arab & Bahasa Inggeris). 
Tarikh Tutup: 24 Julai 2017
Tarikh Pendaftaran Masuk: 1 Ogos 2017 (Selasa)
KUIZM menawarkan pengajian seperti berikut: 
1. DIPLOMA MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM
2. DIPLOMA DAKWAH & KOMUNIKASI
3. Kursus Persediaan Ke IPT (Pengukuhan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris) / Pra Diploma 
NAK DAFTAR SEGERA? 
Whatsapp "DAFTAR KUIZM" ke --> www.wasap.my/60124275616
Atau klik link berikut : www.kuizm.org/diploma
KENAPA ANDA PERLU SAMBUNG DI KUIZM?? 
1) Kecemerlangan Akademik
 Anda akan dihidangkan dengan sistem pembelajaran yang syumul merangkumi pengajian teori dan praktikal menggabungkan manhaj turath dan kontemporari. 
2) Pembentukan Syakhsiah & Jati Diri
Anda akan menjalani proses pembinaan jati diri, akhlak dan syakhsiah. Oleh itu, disiplin dan komitmen anda dalam setiap aktiviti dan program akan diberi perhatian dan dinilai untuk memastikan objektif membina insan kamil tercapai. 
3) Penerapan Tarbiah & Nilai Kepimpinan
Semua pelajar KUIZM diwajibkan mengikuti program tarbiah seperti usrah mingguan, ijtimak thalabah, tamrin, kem jati diri dan kepimpinan. 
4) Kemahiran Tambahan Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Anda akan dapat menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum dijalankan untuk memberi nilai tambah istimewa kepada pelajar KUIZM seperti kelab IT, Seni Khat, Seni Silat, Perubatan Islam, Jabatan Amal dan banyak lagi. 
5) Bimbingan Berterusan Daripada Profesional Industri 
Anda juga diberi ruang sebagai pelajar KUIZM untuk terus ke medan untuk menerima nasihat dan bimbingan daripada profesional sama ada bidang Muamalat & Kewangan Islam juga bidang Dakwah & Komunikasi. 
6) Peluang Melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda 
Para graduan Diploma KUIZM berpeluang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda sama ada di TAZKIA University College of Islamic Economic Indonesia (Program 3 + 2) atau di Universiti Islam Negeri Raden Fatah, Palembang (Program 3 + 2). Selepas itu, mereka juga berpeluang menyambung MA & PhD di IPT dalam & luar negara. 
INFRASTRUKTUR KUIZM 
Bilik kuliah yang selesa & kondusif
Dewan Utama
Asrama Lelaki & Perempuan
Perpustakaan
Surau
Kafeteria
Dataran Ilmu KUIZM
Bilik Kegiatan Pelajar
APA KATA IBU/BAPA GRADUAN & PELAJAR KUIZM? 
:: Jom saksikan video temuramah Ibu/bapa yang telah membuat keputusan menghantar anak mereka di KUIZM. 
(1) Bersama A-Fadhilah Ustazah Norhafizah Musa (Pendakwah/Personaliti TV) yang telah menghantar anak beliau di KUIZM pada pengambilan pelajar sesi Ogos 2016 lalu. Kini anak beliau berada di semester 2 pengajian Diploma Dakwah & Komunikasi dan sedang menghadapi peperiksaan bersama para pelajar lain. 
Sila klik link ini : www.youtube.com/watch?v=k2OrF2N5IfI 
(2) Bersama Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik (Mudir Pondok An-Nur/Pendakwah). Anak beliau Saudari Mukminatul Hasanah, telah menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Dakwah & Komunikasi KUIZM dan kini sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UIN Raden Fatah, Palembang. 
Sila klik link ini : https://www.youtube.com/watch?v=HdY8B12J3hs&feature=youtu.be 
(3) Bersama Al-Fadhil Ustaz Zakaria Nasirudin (Pengasas Kaedah Haraki : Belajar Al-Quran 7 Jam). Anak beliau Saudari Hananul Mardiah, telah menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Muamalat & Kewangan Islam KUIZM dan kini sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Sekolah Tiggi Ekonomi Islam TAZKIA, Bogor, Jakarta, Indonesia. 
Sila klik link ini : www.youtube.com/watch?v=YmmtZ6OJ7AM 
(4) Bersama Ketua Jabatan Muamalat & Kewangan Islam KUIZM, Ustaz Azhar Yahya yang juga turut mempunyai anak iaitu saudara Ashraf Rifaie yang sedang dalam pengajian di semester 3 di KUIZM. 
Sila klik link ini : www.youtube.com/watch?v=whUAf7pi8q0 
TESTIMONI ALUMNI KUIZM 
1. Mohamad Helmi Bin Ismail, Graduan Diploma Muamalat & Kewangan Islam KUIZM 2013, Graduan Ijazah Sarjana Muda UIN Raden Fatah, Palembang. Kini bertugas sebagai Assistant Manager, Finance & Business Operation Division di syarikat Creztinno Technophiles Sdn Bhd. 
“Sistem pendidikan KUIZM menggabungkan teori & praktikal ekonomi Islam serta mempunyai suasana yang baik dalam membentuk peribadi muslim sejati. Sungguh KUIZM merupakan tempat yang amat baik untuk membina generasi masa depan negara.” 
2. Mohd Fikri B Sarzali, Graduan Diploma Dakwah & Komunikasi KUIZM 2014. Sekarang bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak.
"KUIZM memberikan saya kefahaman dakwah dan teknik komunikasi yang baik melalui pendekatan dan penyampaian para pensyarah. KUIZM membuatkan saya sedar betapa pentingnya Islam perlu disampaikan kepada masyarakat.” 
3. Nurul Asyikin bt Md Azli, Graduan Cemerlang Diploma Dakwah & Komunikasi KUIZM 2015. Telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UIN Raden fatah, Palembang. 
“Bukan hanya sekadar akademik yang ditekankan di KUIZM, malah saya dididik menjadi insan yang berilmu dan belajar bagaimana cara yang terbaik untuk mengaplikasikan ilmu tersebut.” 
4. Nur Hannani Binti Ahmad, Graduan Diploma Muamalat & Kewangan Islam KUIZM 2014. Sekarang bertugas sebagai SUK Pasti Negeri Melaka. 
"Sekarang adalah zaman perkembangan ekonomi Islam yang amat pesat. Di KUIZM, dengan pengalaman dan keikhlasan para pensyarah ditambah dengan kesungguhan para mahasiswa, pastinya akan menghasilkan para ilmuwan ekonomi Islam yang berkualiti pada masa akan datang.” 
5. Fadhil Bin Ramli, Graduan Diploma Dakwah & Komunikasi KUIZM 2014. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di KUIZM dan menjadi imam di Masjid Saad Abi Waqas.
"Di KUIZM bukan hanya diajar teori Dakwah dan Komunikasi di dalam bilik kuliah, malah bimbingan berterusan juga diberikan oleh badan-badan dakwah profesional kepada para mahasiswa”. 
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON??
(1) Mohon secara online di www.kuizm.net/daftar
(2) Dapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM.
NAK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT :
Sila klik link berikut : www.kuizm.org/diploma
TEL : 012-4275616 (Hotline), 03-61865616 (Pejabat)
FAKS :03-61857790 
EMEL : info@kuizm.org
WEB : www.kuizm.org
NAK DAFTAR SEGERA?
Whatsapp "DAFTAR KUIZM" ke --> www.wasap.my/60124275616
Atau klik link berikut : www.kuizm.org/diploma
"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"

Sumber HD - 19-7-2017

Sekolah Rendah Islam (Dar) berwibawa

SEKOLAH Rendah Islam (Dar) di bawah selian Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang wujud sejak lebih 20 tahun lalu terbukti berwibawa. 
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, ia telah diiktiraf oleh  semua golongan masyarakat. 
“Di kalangan ahli-ahli kita memberi sanjungan dan penghormatan yang begitu tinggi kepada sekolah Dar ini baik dari sudut pengisian atau pun dari sudut bagaimana pendidikan dan tarbiah, pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di peringkat sekolah. 
“Ini juga dari sudut membina dan membentuk syakhsiyyah anak-anak. Ini telah diperakui di peringkat dalaman dan luaran,” ujarnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Hari Guru Madrasah Dar Negeri Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, kelmarin. (Foto: Madrasah Dar At-Taqwa Batu Enam
Namun katanya, pihak lawan PAS terutama pendukung kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sering kali menggembar-gemburkan perkara yang negatif. 
“Cuma pihak kerajaan (Barisan Nasional) atau pihak yang menjadi lawan kita tidak mencari sesuatu yang baik-baik dan sebaliknya dicari sesuatu yang tidak baik, yang negatif untuk diwar-warkan, itu (negatif) yang digembar-gemburkan. Dia mencari dari sudut kelemahan dan kekurangan yang berlaku. 
“Kita akui kelemahan dan kekurangan kita dalam menguruskan institusi pendidikan ini dari sudut dana dan kewangannya untuk mengurus. Imbuhan (gaji) guru-guru mungkin tidak setimpal dengan tugas dan pengorbanan mereka,” jelasnya lagi.
Sumber HD - 6-7-2017 

Sekolah tahfiz unik ajar bahasa Mandarin
Posted on Monday, June 05 @ 08:58:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35272

Oleh Diyana Ibrahim
BAGI orang biasa, ia kelihatan seperti mana-mana sekolah swasta yang lain. Berpakaian kemeja-T merah dan seluar panjang untuk menjalani aktiviti rutin, bersukan dan menghadiri kelas.

Cuba lihat dengan lebih teliti, anda akan melihat kanak-kanak lelaki kebanyakannya berbangsa Melayu bertutur dalam bahasa Mandarin di selang seli frasa Bahasa Arab. Ini adalah sekolah tahfiz pertama dan satu-satu seumpamanya yang mengajar bahasa Arab dan Mandarin.

Ia adalah sekolah agama swasta yang memberi penekanan kepada pelajar menghafal dan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab.

Menurut pengasasnya, Muhammad Ibrahim, bak pepatah Melayu, "tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China" mencetuskan idea kepadanya untuk menubuhkan Akademi Tahfiz Mandarin (ATM).
Meski akademinya tidaklah terletak di China tetapi Muhamad mewajibkan pelajarnya menguasai bahasa Mandarin sebelum memasuki sekolah yang terletak di Pulau Ketam, Klang.

Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Cina berkata, ATM yang berada di bawah pengurusan Pertubuhan Pendakwah Selangor dibuka pada Januari lalu.

"Pelajar rata-ratanya tidak mempunyai asas dalam bahasa Mandarin. Sebab itu kami meletakkan syarat selain boleh membaca Al- Quran dengan baik dan mempunyai minat menghafal, perlu juga ada minat belajar bahasa Mandarin," katanya semasa ditemui The Malaysian Insight di Pulau Ketam.

Tambahnya, seramai 30 orang pelajar diajar bahasa Mandarin oleh guru Cina yang diupah ATM pada sebelah malam.
Pengasas Akademi Tahfiz Mandarin, Muhammad Ibrahim ingin melahirkan generasi mempunyai latar belakang agama yang mantap dan mampu berkomunikasi pelbagai bahasa dengan baik. – Gambar The Insight Malaysia oleh Kamal Ariffin, 4 Jun, 2017.Pengasas Akademi Tahfiz Mandarin, Muhammad Ibrahim ingin melahirkan generasi mempunyai latar belakang agama yang mantap dan mampu berkomunikasi pelbagai bahasa dengan baik. – Gambar The Insight Malaysia oleh Kamal Ariffin, 4 Jun, 2017.

Dengan 99% penduduk di situ berketurunan Cina,  beliau percaya ia dapat membantu pelajarnya menguasai bahasa Mandarin dengan lebih baik.

"Saya fikir kalau nak belajar, mesti perlukan tempat yang sesuai, seperti nak belajar bahasa Arab, walaupun boleh dilakukan di sini tetapi ia suasana sebenar tidak ada.

"Jauh untuk pergi China, kerana itu Pulau Ketam menjadi pilihan dengan 99% penduduknya berbangsa Cina, di samping guru yang mengajar yang datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan" katanya.

Walau masih baru, kebolehan pelajar tahfiznya bertutur dan memahami bahasa Mandarin disifatkan pendakwah itu amat baik.

"Kita boleh kata mereka sudah menguasai sekitar 30 hingga 40% sebab masih baru. Justeru, kami tidak mahu terlalu memaksa.

"Cuma bermula Ogos, kita akan buat kaedah pembelajaran lebih intensif di mana pelajar perlu bertutur dalam bahasa Mandarin di siang hari. Kami galakkan mereka bercakap dengan penduduk tempatan," katanya yang turut fasih dalam bahasa Mandarin.

Pecah tradisi

Menubuhkan ATM merupakan langkah berani Muhammad sekali gus memecahkan tradisi memandangkan sekolah tahfiz lebih sinomim dengan oreintasinya dalam bahasa Arab.

Namun, ia tidak menghairankan kerana latar belakang Muhammad itu sendiri pernah tinggal di China selama enam tahun.

"Awalnya belajar di Nilam Puri, Kelantan. Di sana sebenarnya saya sudah mula belajar sedikit bahasa Mandarin."

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dan sekembalinya ke tanah air, terfikir untuk mendalami bahasa itu.

Justeru, pada 2006 beliau berhijrah ke China dan melanjutkan pelajaran di Universiti Jinan, Guangzhou dan di sanalah beliau mendapat gelaran Ustaz Mad Cina.

Tambahnya lagi, tujuan menubuhkan ATM adalah demi melihat kepelbagaian kemahiran yang dimiliki pelajar tahfiz agar tidak hanya tertumpu kepada hafazan Al-Quran dan pembelajaran agama semata-mata.

"Tujuan besar saya nak lahirkan pelajar berkemahiran dan berketrampilan yang boleh berkomunikasi pelbagai bahasa selain bahasa Arab," katanya yang mungkin akan membuka satu lagi akademi tahfiz bahasa Tamil.

Tangani Islamphobia

Seperti tahfiz lain, tempoh pembelajaran di ATM juga adalah sehingga lima tahun, tempoh disasarkan untuk selesai menghafaz kesemua 30 juzuk Al-Quran.

Satu lagi pendekatan unik yang diambil Muhammad adalah dari segi penampilan pelajarnya yang tidak seperti kebanyakan pelajar sekolah tahfiz yang memerlukan mereka memakai jubah dan serban.
"Saya nak mereka mengenakan baju rasmi sekolah seperti t-shirt berkolar berwarna merah yang ditempah khas dengan seluar saja.

"Kita tidak mahu pendekatan terlalu drastik hingga mengejutkan penduduk di sini."

Melalui pendekatan itu, ia diharapkan mampu menangani persepsi masyarakat bukan Islam tentang Islamphobia.

"Sebab itu tak pernah timbul soal kami nak lakukan pengislaman di sini.

"Yang ada tentang kebaikan Islam, paling kurang orang sini dapat tengok adalah ahlak pelajar tahfiz."
Bagi Ahmad Afnan Sobri, 13, yang berasal dari Perak mengakui tidak sukar mempelajari bahasa Mandarin memandangkan sebelum ini dia belajar sekolah Cina.

Afnan yang menunjukan kebolehannya bertutur dalam bahasa Mandarin, berkata dapat menyesuaikan diri belajar di tahfiz meski jauh berada dengan keluarga.

"Tak sukar sangat sebab saya suka belajar di sini bersama kawan dan ustaz."

Afnan antara pelajar ATM yang dapat menguasai bahasa Mandarin dengan baik dan selalu membantu rakannya semasa pembelajaran.

Begitu juga dengan pelajar Mohd Nasrullah Nadzri, 15, yang mampu menguasai bahasa Mandarin dengan baik walaupun baru sahaja mendaftar.

Seperti Afnan, Nasrullah turut memperkenalkan dirinya dalam bahasa Mandarin.

Katanya walau letih dengan tempoh pembelajaran yang agak panjang, namun dia menyukainya kerana dapat belajar sesuatu yang baru.

Sudah tentu, untuk menubuhkan sebuah tahfiz tidak semudah dilihat terutama apatah lagi ia terletak di pulau yang memerlukan kos tinggi.

Kata Muhammad, selain yuran dibayar ibu bapa sebanyak RM200 sebulan, ATM turut bergantung kepada sumbangan orang ramai.

"Ketika ini kami memerlukan sebanyak RM22,000 sebulan untuk mengekalkan operasi dan ia jumlah yang tinggi. Oleh itu, kami amat menghargai sumbangan orang ramai."

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian boleh menghubunginya melalui telefon 0136919717.-themalaysianinsight.com

Sumber TKO - 5-6-2017 

Karnival 25 Tahun Darul Bayan Janjikan Pelbagai Acara Menarik

DUNGUN – Institut pendidikan agama tersohor di sini, Darul Bayan akan mengadakan Karnival Sambutan Sempena 25 Tahun Penubuhannya, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 Mei depan.

Pengarah Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Darul Bayan merangkap Pengetua Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata Sambutan bertemakan ‘Menongkah Zaman, Meraih Kecemerlangan’.

Katanya, Karnival itu akan diadakan di Markas Tarbiyah Islamiyah Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka, dijangka mendapat sambutan meriah masyarakat sekitar terutamanya daripada guru dan para pelajar serta alumni.

“Bermula 4 April, 09.00 malam, perasmian karnival akan dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Darul Bayan, Yang Berhormat (YB)Ustaz Satiful Bahri Mamat,

“Dua tokoh akan turut berceramah pada malam pembukaan tersebut iaitu bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baki Othman dan Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Melaka,” ujarnya.

Ustaz Jamaluddin (gambar bawah)  berkata demikian ketika ditemui di sini semalam, Ahad 24 April.

Menurutnya, pada hari kedua sambutan iaitu Jumaat, 5 Mei 2017 pula seawal jam 08.00 pagi, program dimulakan dengan senaman tai chi, berjalan 10,000 langkah dan kuliah dhuha oleh Mursiydul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin.

“Datuk Dr. Muhammad Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat pula akan berkhutbah Jumaat di Masjid Kampung Pinang Merah,

“dan pada sebelah petang program chit-chat bersama dua personaliti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi pula diadakan,

Program wacana ilmu bertajuk Pemerkasaan Institusi Pondok pula akan diadakan pada pukul 3 petang menampilkan tiga ahli panel iaitu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Shairazi Haji Atiqullah,” jelas beliau.

Sementara itu, katanya, program penutup sambutan jubli perak ini pula akan diadakan pada hari sabtu malam dengan pengisian ceramah oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS dan YB Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Beliau berharap dengan pelbagai acara menarik sepanjang tiga hari karnival akan berlangsung mampu menarik minat masyarakat untuk mengenali lebih dekat Darul Bayan

Sumber BO - 25-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akademi Tahfiz Mandarin: Sejarah terukir

HARAKAHDAILY | .

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43837-akademi-tahfiz-mandarin-sejarah-terukir

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor telah membuka sebuah maahad tahfiz yang diberi nama Akademi Tahfiz Mandarin, semalam.

Setiausahanya, Ustaz Muhammad Najhan Halim berkata, Akademi Tahfiz Mandarin itu bertempat di lokasi yang sesuai dengan nama diberi iaitu di Pulau Ketam, Klang.

Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam laman facebook dewan itu, semalam, sebagaimana di bawah.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor melalui NGO rasminya Pertubuhan Pendakwah Selangor pada hari ini telah melakarkan sejarah buat pertama kalinya dan seumpamanya membuka sebuah maahad tahfiz yang diberi nama Akademi Tahfiz Mandarin (ATM).

Akademi Tahfiz Mandarin ini bertempat di lokasi yang sesuai dengan nama diberi iaitu di Pulau Ketam Klang.

Pulau Ketam yang populasinya 99 peratus golongan masyarakat Tionghua adalah lokasi strategik sesuai dengan hasrat Akademi Tahfiz Mandarin ingin melahirkan para huffaz yang berkemampuan berbahasa Mandarin. Antara lain misi Akademi Tahfiz Mandarin iaitu untuk menyediakan keperluan pendakwah dan ulamak yang dapat menembusi kelompongan dan halangan budaya dan bahasa kepada sasaran dakwah masyarakat bukan Islam khasnya kaum Cina di negara ini.

Akademi Tahfiz Mandarin pada hari ini juga menerima pendaftaran seramai 36 orang pelajar berusia 13 tahun untuk jangka masa pengajian hafazan selama 5 tahun di samping subjek lain antaranya Bahasa Mandarin, ilmu Islam, akademik serta kemahiran.

ATM juga turut mendapatkan sokongan masyarakat tempatan sama ada daripada pihak berkuasa seperti Polis Pulau Ketam dan pemimpin setempat. Ketua Balai Polis Pulau Ketam Encik SM Jamal Ibrahim dalam sesi taklimat telah bersyukur dan berterima kasih kepada PPS kerana mengambil inisiatif yang mulia mewujudkan sebuah institusi Islam di Pulau Ketam sebagai satu mercu tanda usaha dakwah yang amat efektif.

Pengarah ATM Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC bagi pihak ATM dan PPS amat terharu dengan sokongan ibu bapa dan pihak masyarakat setempat yang menerima baik usaha ATM serta berharap cita-cita dan misi ATM dapat diterjemahkan dengan jayanya.

ATM memiliki seorang mudir yang berkelayakan dalam bidang hafazan, 2 orang guru hafazan yang hafiz Al-Quran, 2 orang tukang masak sepenuh masa dan seorang pembantu asrama. Semua kakitangan ATM akan ditempatkan sepenuh masa bersama pelajar tahfiz di Pulau Ketam.

ATM mengalu-alukan sumbangan derma, infaq dan wakaf daripada orang ramai bagi tujuan pengurusan, pembangunan dan pembelajaran ATM agar berjalan lancar dan sempurna.

Sumbangan boleh disalurkan ke butiran berikut:
Maybank: 5624 7816 3674
AITM RESOURCES
(Akademi Islam Tahfiz Mandarin dan Pertubuhan Pendakwah Selangor)

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan diganjari-Nya. - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber HD - 8-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MOHON BANTUAN ALUMNI KUIZM DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN - KUIZM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34925-mohon-bantuan-alumni-kuizm-ditimpa-musibah-kebakaran

Sumber HD - 16-4-2015

KUIZM: Pengambilan pelajar baru sesi Sept masih dibuka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) membuka peluang kepada lepasan SPM yang masih lagi mencari tempat untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Kursus yang ditawarkan adalah Diploma Dakwah Dan Komunikasi dan Diploma Muamalat Dan Kewangan Islam.

Selain lepasan SPM, KUIZM juga menerima pelajar yang mempunyai sijil SMU atau SMA dan juga Shahadah Tahfiz 30 Juzuk.

Menariknya pada kali ini, graduan KUIZM mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di luar negara apabila telah memeterai perjanjian (MoU) dengan dua universiti di Yaman, satu di Palembang dan Brunei.

Pihak KUIZM dalam usaha untuk mengintai peluang di beberapa buah negara lagi.

Justeru, pihak KUIZM mempelawa dan mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru untuk memeriahkan majlis ilmu di KUIZM ini.

Tarikh tutup permohonan untuk kemasukan September 2014 adalah pada 25 Ogos 2014.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Ustaz Yazid (011-29118995) dan Ustaz Hafizuddin (014-5221840) atau hadir ke Pejabat KUIZM di Taman Melewar, Gombak. - HARAKAHDAILY 22/8/2014

Sumber HD - 22-8-2014

No comments:

Post a Comment